Sabah · 23 March 2022

16th Assembly, 3rd session · not final · 700 turns · 54,139 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat dari Telupid. Tiada? Dia tahu kah soalan dia naik ini?

Dia tiada rancang dia punya atur cara urusan.

Dijemput Yang Berhormat ADUN Sulabayan.

Datuk Dr.

(menunjukkan tanda isyarat tangan tiada).

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat ADUN Usukan.

Tuan Speaker, soalan nombor tiga (3).

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peluang Pekerjaan Kepada Individu Kehilangan Pekerjaan Akibat Pandemik Covid-19Questions

Speaker

*3.

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said [Usukan] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah usaha yang dilakukan dan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang telah hilang pekerjaan ataupun dibuang kerja akibat pandemik COVID-19. Jawapan

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Usukan, sejak tahun 2020 hingga kini, krisis penularan pandemik COVID-19 yang telah melanda negara dan seluruh dunia merupakan satu cabaran yang besar kepada negara am nya dan negeri Sabah khususnya. Umum mengetahui kesan pandemik COVID-19 telah mengubah

landskap ekonomi serta pasaran pekerjaan dunia.

Negeri Sabah tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut yang memberi kesan kepada ekosistem penyaluran bakat negeri ini.

Pelbagai usaha dirancang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang telah hilang pekerjaan ataupun dibuang kerja akibat pandemik COVID-19. Antara usaha Kerajaan Negeri Sabah adalah melalui pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan SMJ 1.0 2021-2025 yang antara lain menfokuskan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Melalui teras kedua Pelan Pembangunan SMJ ini, pelbagai inisiatif dalam merangka pelan baharu untuk membuka ruang pekerjaan tambahan kepada golongan yang kehilangan pekerjaan dan atau dibuang kerja akibat daripada pandemik COVID-19 telah dirancang.

Selain dari itu, Kerajaan Negeri Sabah juga telah melaksanakan beberapa usaha lain dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah, iaitu yang pertama, melalui kerjasama strategik JPSM dengan PERKESO pada tahun 2021, sebanyak dua siri Program Karnival Kerjaya dan Pekerjaan telah berjaya dilaksanakan. Setakat 31 Disember 2021, penempatan pekerjaan adalah seramai 6,977 orang. Pada tahun 2022, JPSM dan PERKESO telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 20 siri Program Karnival Kerjaya dan Pekerjaan di seluruh negeri Sabah. Siri Karnival Kerjaya Perdana Pertama bagi tahun 2022 telah berjaya diadakan pada 6 Februari 2022 di Sandakan dan seramai 284 orang telah mendapat pekerjaan. Program ini akan dilaksanakan di beberapa daerah lain di seluruh Sabah bagi memberi peluang saksama kepada rakyat Sabah untuk mendapat pekerjaan. JSPM juga telah membangunkan portal Sabah Jobs yang berupaya melaksanakan job matching antara pencari kerja dan majikan.

Portal ini membolehkan majikan mendaftarkan kekosongan jawatan yang terdapat di syarikat atau agensi mereka dan pencari kerja boleh mendaftar dalam portal tersebut secara percuma. Portal ini juga mampu membuat pengiklanan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat atau agensi kepada para graduan dan pencari kerja yang lain. Setakat 10 Mac 2022, seramai 111 majikan telah mendaftar dan menawarkan sebanyak 119 kekosongan kerja dan 383 orang belia telah memohon pekerjaan melalui portal Sabah Jobs ini.

Pada tahun 2022, JPSM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) dan Syarikat Handal Energy Berhad akan melaksanakan Kursus Crane Operation Training bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor oil and gas khasnya bagi operasi kren …

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…sektor oil and gas khasnya bagi operasi kren menara.

JPSM juga JPSM juga telah melaksanakan 3 program Sabah Talent Entrepreneurship Programme iaitu STEP pada akhir tahun 2021 melibatkan 60 orang peserta dari daerah Sandakan dan Kota Kinabalu.

Program ini adalah bagi melahirkan usahawan di Sabah yang akan dapat membuka atau mencipta peluang pekerjaan, job creation.

Dalam era pasca COVID-19, JPSM telah merancang dan melaksanakan bidang keusahawanan berkonsepkan ekonomi GIG iaitu perniagaan dalam talian atau e-commerce.

Pada tahun 2022, program STEP akan diteruskan melibatkan belia di 4 daerah iaitu Kota Marudu, Keningau, Beaufort dan Sipitang. Melalui program tersebut diharap pelatih akan menjadi usahawan yang berjaya dan berdaya saing yang secara langsung mampu mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.

Tuan Speaker, untuk menangani isu kehilangan pekerjaan, bukan hanya digalas oleh kerajaan negeri semata-mata secara bersendirian.

Kerajaan pusat telah dan akan meneruskan beberapa inisiatif yang boleh turut dimanafaatkan oleh rakyat negeri ini. Antaranya:

1.

Peruntukan bawah Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baharu; 2.

Penubuhan Majlis Pekerjaan Negara untuk mengkoordinasikan pewujudan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan;

3.

MySTEP atau Short-Term Employment Programme menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula bulan Januari 2021; 4.

Pelanjutan tempoh pemberian elaun mencari pekerjaan di bawah PERKESO untuk menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan selama 9 bulan.

Sebanyak seratus RM150 juta disediakan untuk manafaat 130,000 orang; 5.

Sejumlah RM100 juta disediakan kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah untuk menyediakan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk misalnya pekerja sektor pelancongan agar mereka mendapat peluang pekerjaan atau sumber pendapatan baharu; 6.

Kerajaan Negeri Sabah melalui KKIP yang juga pemaju dan pengendali Taman Perindustrian Kota Kinabalu, merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah telah memeterai perjanjian pajakan dengan SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd., membabitkan kilang pengeluaran kejang tembaga untuk pengeluaran bateri kenderaan elektrik iaitu EV bagi bakal mewujudkan 400 peluang pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini juga, terdapat 1 portal di bawah PERKESO yang dikenali sebagai MYFutureJobs yang boleh dilayari di halaman www.myfuturejobs.gov.my.

Maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan di semua negeri di Malaysia boleh diperolehi melalui portal ini. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Sri Tanjong. Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan saya adalah sama ada peluang pekerjaan ini juga termasuk golongan OKU dan jika kita sedia maklum, golongan OKU ini sentiasa menerima cabaran untuk intergrade with the masyarakat. Jadi soalan saya adalah sama ada peluang pekerjaan ini termasuk juga golongan OKU dan jika ada sama ada kementerian ataupun kerajaan mempunyai sebarang program untuk melatih mereka. Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih.

Jawapannya ya, kita juga melibatkan orang-orang yang kurang upaya dalam peluang-peluang pekerjaan ini. Contohnya di karnival kerjaya di Sandakan juga kita menyediakan tempat khas untuk golongan ini golongan ini dan selain itu juga memang kita ada melaksanakan program-program latihan yang melibatkan golongan tersebut. Terima Kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong. Soalan seterusnya.

Tuan Justin Wong Yuan BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, soalan saya nombor empat (4).

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mekanisme Menangani Masalah Kenaikan Harga Ayam Dan TelurQuestions

Speaker

*4.

YB. Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah mekanisme yang akan diambil untuk menangani kenaikan harga ayam dan telur yang mendadak ketika ini.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong, kementerian ini melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun KPDNHEP mengambil maklum tentang kenaikan harga ayam dan telur ayam di Sabah kini. Ini adalah disebabkan kenaikan kos input kepada penternak ayam terutamanya kos makanan yang meliputi 70% kos pengeluaran, selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti dan kos ubat-ubatan. Antara pendekatan yang telah dan sedang diambil untuk pihak kerajaan adalah seperti berikut:

1.

Surat pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 atau ringkasnya AKHAP, digunakan sebagai soft approach dalam tindakan pemantauan maklumat di bawah AKHAP 2011 ini.

Peniaga ayam dan telur di

peringkat borong dan runcit telah bersetuju mengurangkan margin keuntungan sejak 11 September 2021.

Sebanyak 82 premis telah memberikan komitmen penurunan margin keuntungan dan ini sangat membantu pengguna dalam mendapat harga runcit yang munasabah; 2.

KPDNHEP telah membuat penetapan harga dan pengurangan harga dengan mewartakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia atau ringkasnya SHMKM 2022 yang berkuatkusa pada 7 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan telah dilanjutkan bermula 1 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022. Barangan yang terlibat adalah ayam, telur ayam dan sayur-sayuran. Bagi terus mengawal harga ayam dan telur ayam, KPDNHEP telah menetapkan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam sejak 5 Februari 2022 dan akan berlanjutan sehingga 5 Jun 2022; 3.

Jemaah menteri persekutuan pada 9 Februari 2022 telah bersetuju untuk memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 sekilo bagi ayam dan RM0.05 sebiji untuk semua jenis gred telur ayam.

4.

KPDNHEP juga mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan, khidmat nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam memahami dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan serta melaksanakan langkah kolaborasi bersama agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah untuk memastikan bekalan adalah mencukupi dan ditawarkan pada harga yang munasabah.

Pendekatan penguatkuasaan ini menggunakan mekanisma Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan iaitu mekanisma untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah 2018 adalah meliputi: 1.

Penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

2.

Pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi...

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

... agresif meliputi seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh negara di bawah Operasi Catut 19.0, Operasi Pasar 2.0 dan Operasi Rantai 8.0.

Pengeluaran notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan secara betulis mengenai kenaikan harga bagi menentukan berlakunya elemen pencatutan.

Tindakan seterusan tindakan berterusan yang sedang dijalankan oleh KPDNHEP Sabah antaranya pendekatan penguatkuasaan berhemah, ops pasar 2.0 dan sebarang aduan melibatkan kenaikan harga yang tinggi akan disiasat melalui tindakan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Speaker

Soalan tambahan Sri Tanjong dulu. Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan saya adalah selain daripada pendekatan yang disebutkan tadi oleh Datuk Menteri sama ada Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk menambah ataupun meningkatkan industri ternakan ayam, pedaging dan penelur di Sabah sama sedangkan saya dapatkan info dari Jabatan Pekhidmatan Veterinar Sabah bahawa di Sabah mempunyai 103 ladang ternakan ayam dan kalau saya boleh mengambil Sandakan sebagai contoh, cuma satu tahun dalam tahun 2019 it’s close to 559 000 ekor ayam sahaja. Jadi, soalan saya adakah YB Menteri bersedia untuk berbincang dengan YB Menteri berkenaan untuk meningkatkan industri ini? Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Okay. Untuk menjawab persoalan soalan tambahan tersebut nanti eloklah akan dijawab oleh Kementerian Pertanian dan Perikanan kerana itu terletak di bawah bidang kuasa kementerian tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi kementerian saya melalui KPDNHEP Sabah kita memantau tentang hal pengguna berkenaan dengan kawalan harga. Memang kita mengambil maklum bahawa buat masa ini bekalan telur ayam adalah sedikit kurang lebih

kurang 10% tetapi jabatan-jabatan yang berkaitan sedang dalam usaha untuk memastikan bahawa bekalan terutama menjelang musim perayaan berada di dalam tahap yang mencukupi.

Speaker

Senallang berkenaan soalan tambahan seterusnya. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan berhubung kait tentang harga barangan khususnya harga ayam dan telur ayam. Perkara ini memang satu masalah yang dihadapi oleh seluruh negara ya bukan hanya di peringkat Negeri Sabah bahkan bukan harganya bekalan dia dan ini saban tahun berlaku. Apakah pihak kerajaan bukan hanya negeri malah peringkat nasional? Langkah-langkah yang very comprehensive kita tidak boleh berhadapan dengan setiap keadaan harga ini perlu ditangani menerusi enforcement. Enforcement alone dengan izin tidak boleh menangani masalah ini.

It’s basic supply and demand dengan izin. Kalau supply is there you can surpass the price. Itu yang persoalan yang dibangkitkan oleh Sri Tanjong apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk membolehkan menangani masalah? Bukan hanya harga ayam harga telur ayam ya dapat diatasi sama ada pihak kerajaan mempunyai langkah untuk mengimport contohnya kalau terdesak daripada kita menekankan bebanan kepada rakyat sudahlah tidak ada kerja tidak ada income nak beli makanan pun terbatas. Can we just allow people to have monopoly?

Atas landasan mereka nak mengaut keuntungan tetapi bebanan rakyat. Kalau sekiranya pihak kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mengalakkan pengimportan AP contohnya ya, kepada pengimport ayam yang ada, siapakah pembekal-pembekal di Pantai Timur dan Pantai Barat yang ada? Adakah ia mencukupi untuk membekalkan harga barangan ini?

Di samping itu, saya juga melihat bahawa dari segi apa ni kawalan harga walaupun di bidang pertanian, cuma saya nak sebut sikit sayur-sayuran yang ada, cili yang ada pun harga ayam RM9.00 lebih dahulu cuma RM7.00, RM6.00 sahaja.

Sekarang ini menjunam berapa ringgit dah.

Kadang itu KFC pun sudah mengecut dia punya nilai dia...

Speaker

Menjunam jatuh Yang Berhormat jadi melambung.

Speaker

Kalau menjunam jatuh harga, dia melambung. Menaik.

(ketawa) Melambung.

Menurun dia punya harga dia jadi saya saya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat supaya perkara ini bukan hanya kita begantung dengan subsidi baja dan berbagai.

Ini memang ada dalam pengalaman kita semuanya solution harga import, harga raw material tapi apakah pihak kerajaan supaya mengatasi masalah ini membantu coordination di antara Kementerian Pertanian dengan Kementerian Pengawalan Harga ini dapat kita tingkatkan supaya jangan hanya the other side your job, the other side your job there must be proper co-ordination? Terima kasih banyak.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Bagi menjawab persoalan ataupun cadangan daripada DUN Senallang sebentar tadi pihak kementerian melalui KPDNHEP memang sentiasa mengadakan libat urus bersama dengan kementerian-kementerian berkaitan dan juga jabatan-jabatan atau agensi yang bekaitan berkenaan dengan isu harga barang dan juga bekalan, ambil maklum.

Speaker

Sekarang saya jemput...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Speaker, satu lagi satu lagi minta satu lagi soalan 8, bolehkah?

Speaker

Okay, pendek ya. Ringkas.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Okay. Pendek.

Speaker

Jangan ulas, tanya sahaja.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker. Saya juga nak mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri selain daripada produk-produk ayam, telur dan juga saya, saya juga dimaklumkan bahawa satu lagi produk yang memang tidak halal daging khinzir memang dalam dua tiga bulan ini sudah naik harga secara sangat mendadak dua tiga kali sudah naik saya juga harap adakah kerajaan sedar bahawa isu ini kerana ini memang menyusahkan pengguna-pengguna khususnya yang non-muslim saya rasa harap ada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?

terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Luyang saya mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan. Memang kita ada dengar dan kita membuat pemantauan terhadap isu tersebut. Nanti dia bersaing dengan Sinalau Bakas. (ketawa)

Speaker

(ketawa) Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. (ketawa) Sekarang saya jemput Yang Berhormat Liawan.

Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor lima (5).

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Outsource (Konsesi) Kerja-Kerja Penstabilan Tebing SungaiQuestions

Speaker

*5.

YB. Datuk Annuar Datuk Ayub [Liawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah kerajaan negeri bercadang untuk Outsource (konsesi) kerja-kerja penstabilan tebing sungai di mana hakisan kerapkali berlaku semasa banjir dan apakah kaedah yang akan diambil oleh kerajaan.

Jawapan

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Liawan dan Sidang Yang Mulia ini, Kementerian Pertanian dan Perikanan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran setakat ini tidak ada perancangan untuk memberikan konsesi atau outsource untuk kerja-kerja penstabilan tebing. Kerajaan sememangnya menyedari akan kejadian

hakisan tebing-tebing sungai yang berlaku kepada sungai-sungai utama di Sabah termasuklah sungai-sungai di DUN Liawan seperti Sungai Pampang, Sungai Bariawa, Sungai Liawan, Sungai Senagang dan lain-lain sungai yang berhampiran. Hakisan tebing sungai ini sebenarnya fenomena semula jadi berlaku ke atas tebing sungai dan suatu proses yang berterusan terutama sekali pada musim tengkujuh. Walaupun begitu, Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa memantau situasi hakisan berkenaan dan mengambil tindakan susulan segera berdasarkan situasi semasa dan peruntukkan yang tersedia terutama di kawasan hakisan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

Perlu juga ditekankan di sini bahawa semua bukan semua kejadian hakisan tebing perlu diselenggara terutama yang tidak mendatangkan ancaman keselamatan nyawa dan harta benda kerana proses hakisan dan penstabilan tebing sungai ini akan sentiasa berlaku dengan sendirinya dari masa ke semasa. Tindakan pembinaan benteng penahan hakisan atau sebarang kerja-kerja pelencongan sungai juga bukanlah satu-satunya penyelesaian yang terbaik dan perlu dibuat berdasarkan kajian yang lebih teliti sebelum dilaksanakan. Sebarang struktur yang dibina di tebing sungai boleh ....

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

… yang dibina di tebing sungai boleh memindahkan tenaga hakisan itu ke kawasan lain dan akan mendatangkan bahaya pula kepada kawasan yang baru.

Saya menyeru kerjasama semua pihak, melalui kementerian ini, agar tidak membina rumah atau menjalankan aktiviti pertanian di kawasan yang berhampiran tebing sungai terutamanya kawasan rezab sungai bagi mengelakkan risiko bencana, ancaman nyawa dan harta benda. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Soalan tambahan Datuk Speaker, kita sedia maklum di...macam di kawasan saya ini ramai yang membina rumah tepi tebing-tebing sungai dan kita memang minta pada pihak berkuasa supaya tidak ada rumah dibina di tebing-tebing sungai tapi setakat ini bukan sahaja dia apa ini,

berkurangan tapi makin bertambah sebab bila saya bertanya dengan pihak JPS, kita yang, yang menjadi masalah kita ialah tiada, tidak ada enforcement, tidak ada enforcement.

Jadi apakah langkah kerajaan seterusnya untuk apa ini mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini, sebab kita sudah macam-macam sudah kita cakap dengan ini, dengan penduduk-penduduk tapi ada juga yang masih membina rumah di tebing-tebing sungai?

Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Tuan Speaker, berkenaan dengan penempatan berhampiran tebing sungai ini, sebenarnya masalah ini pun berlaku di tempat lain, tetapi dari segi penguatkuasaan sebenarnya kita perlu juga bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib yang lain, sementara di pihak kementerian tanggungjawab JPS hanyalah untuk memastikan sekiranya ada kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan segera, maka itu kita akan laksanakan, tapi dari segi penguatkuasaan untuk melarang mereka membuat penempatan itu bergantung juga kepada jabatan dan agensi-agensi yang lain. Terima kasih.

Ya, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan yang lain? Yang Berhormat Elopura. Soalan Tambahan

Ya Tuan Speaker, terima kasih Tuan Speaker, kasih saya peluang. Jadi dengan di Sandakan Sungai Alip, di tangan saya tahun ni lebih 10 kali banjir sebab under construction.

Jadi boleh saya tanya bila dapat siap ini Sungai Alip, monsoon drain ini?

Dari 18 2018 onwards 2020 start construction sampai hari ini tidak dapat siap, setiap kali pun banjir. Sekolah ada di sana, temple India pun di sana, itu apartment pun situ, kali-kali kita mahu pergi sapu itu tanah sebab banjir. Jadi apakah langkah atau cara-cara atau yang proses kasih cepat kah ini, ini construction? Terima kasih menteri.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Tuan Speaker, berkenaan dengan berapa cepatkah penyelesaian kerja-kerja yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Elopura, nanti jawapan yang tepat atau maklumat nanti saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Sebatik. Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan saya, berkenaan dengan hakisan di tebing sungai ini, apa yang kita dapat lihat pada hari ini, hakisan ini juga berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir. Jadi adakah pihak kementerian bersama dengan JPS bercadang untuk mengkaji semula penempatan ataupun tempat mengambil pasir ini, sebab kita ada mendapat aduan bahawa aktiviti pengambilan pasir ini yang berhampiran dengan kawasan yang berpenduduk. Jadi kita dapat aduan bahawa tebing sungai ini akhirnya terhakis dan juga mengakibatkan kualiti air di kawasan pengambilan pasir ini terjejas. Adakah pihak kementerian bersama pihak JPS meneliti perkara ini? Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Tuan Speaker, (batuk) sepengetahuan kita aktiviti pengambilan pasir mestilah melalui kelulusan yang dibenarkan. Jadi jika sekiranya berlaku pengambilan pasir di tempat yang tidak betul dan tidak diketahui, itu adalah pengambilan secara haram, sudah semestinya pihak kementerian dan JPS sentiasa mengambil berat tentang perkara ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Datuk Speaker, boleh satu lagi soalan tambahan?

Speaker

Ok.

Soalan Tambahan

Satu lagi tadi tentang kajian, di kawasan saya ini, kawas..di Liawan ini, sudah mengalami masalah ini selama 5 hampir 15 tahun atau lebih daripada 15 tahun, dan saya dalam ucapan saya dahulu kita perlu memper..apa ini, buat satu kajian yang komprehensif and to address the problem once and for all, sebab masalah minggu ini sahaja, minggu ini sahaja di kawasan saya ini ada beberapa tempat yang dilanda sampai 4, 5 kali.

Speaker

Soalan dia Yang Berhormat, soalan dia, soalan.

Soalan Tambahan

Jadi soalan, sejauh manakah kajian yang telah dibuat oleh pihak yang tertentu? Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Tuan Speaker, saya percaya memang, kajian telahpun dibuat, tetapi bagaimana bentuk dia nanti saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Tidak, dia tanya sejauh mana, sudah siapkah? Belum siapkah itu kajian? Yang Berhormat Menteri.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Kita akan, saya akan beri jawapan secara bertulis Tuan Speaker.

Speaker

Safe play. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Inanam.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor enam (4).

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Nombor enam (6).

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Nombor enam (6).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Rancangan Kbs Merakyatkan Sukan Di SabahQuestions

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

*6.

YB. Tuan Peto Galim [Inanam] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah rancangan KBS Sabah serta status dalam MERAKYATKAN sukan di Sabah. Jawapan

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Inanam, dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 16 buah kompleks sukan sedia ada di seluruh Sabah, iaitu Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Kompleks Sukan Sandakan, Kompleks Sukan Tawau, Kompleks Sukan Keningau, Kompleks Sukan Penampang, Kompleks Sukan Kota Belud, Kompleks Sukan Tenom, Kompleks Sukan Tambunan, Kompleks Sukan Beaufort, Kompleks Sukan Sipitang, Kompleks

Sukan Ranau, Kompleks Sukan Beluran, Kompleks Sukan Lahad Datu, Kompleks Sukan Kudat, Kompleks Sukan Nabawan, dan Kompleks Sukan Semporna.

Kemudahan kompleks sukan ini boleh digunakan oleh masyarakat setempat dengan bayaran-bayaran tertentu dan berpatutan.

Walau bagaimanapun, ada premis-premis ini boleh diakses secara percuma seperti trek jogging, lorong khas berbasikal, pusat riadah, gelanggang sukan extreme dan sebagainya untuk digunakan oleh orang awam dalam merakyatkan sukan terutamanya di Sabah.

Datuk Speaker, penganjuran beberapa jenis sukan dan permainan, dalam program mix and match oleh kementerian saya, bertempat di Kompleks Sukan Likas pada bulan Disember 2021 bertujuan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia, agama, status dan bangsa. Namun diutamakan adalah mereka yang sihat mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan seramai 1,110 peserta.

Penyertaan terbagi kepada penyertaan sukan fizikal seramai 454 orang dan sukan e-Sports seramai 656 orang. Tiga sukan fizikal yang terlibat dalam karnival kali ini ialah sukan kriket, futsal, bola keranjang, Cross Fit Throw Down. Sebanyak tiga permainan sukan elektronik atau e-Sports yang dipertandingkan, termasuklah Mobile Legend - Bang-Bang, Mobile Legend - Magic Chest, dan FIFA Play Station 2020. Karnival Sukan Bola Sepak dan Sepak Takraw tertutup Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah, bahagian pedalaman atas yang diadakan bertempat di Kompleks Sukan Keningau pada 4-6 Mac 2022.

Ia adalah merupakan sebahagian daripada program kementerian saya dalam merakyatkan sukan terutamanya di bahagian pedalaman atas termasuk Daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Sook, dan Nabawan. Penganjuran karnival sukan ini berjaya menarik penyertaan seramai 550 penyertaan.

Arena Belia yang terdapat di 16 daerah di negeri Sabah juga, digunakan untuk penganjuran dan permainan.

Pembinaan Arena Belia ini begitu signifikan, bukan setakat untuk program bengkel, kemahiran dan seminar, malah ia melangkaui daripada itu. Arena Belia dijadikan sebagai medium penganjuran acara-acara sukan antaranya sukan badminton, bola keranjang, futsal, ping pong, bola tampar, acara

sukan tempur seperti taekwondo, karate, silat, muay thai termasuklah latihan tarian singa.

Berikut statistik penggunaan orang awam ke atas kemudahan-kemudahan kompleks sukan iaitu, tahun 2017 jumlah pengguna adalah 2.4 juta, 2018 2.3 juta, 2019 jumlah pengguna 2.4 juta, 2020 jumlah pengguna adalah 780 ribu dan...

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

....jumlah pengguna adalah 780 ribu dan tahun 2021 jumlah pengguna adalah 300,009 ribu.

Datuk Speaker, kementerian saya telah mentakwimkan program-program sukan yang akan dilaksanakan di semua daerah bagi merakyatkan sukan di seluruh negeri Sabah. Masyarakat tidak lagi hanya menjadi penonton kepada penganjuran sesuatu sukan tersebut. Sukan-sukan terbabit termasuklah sukan massa seperti bola sepak dan sepak takraw. Sukan mencabar seperti paragliding, sukan tradisi seperti gusti lengan (mipulos), tarik tali (migazad dukug) dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Soalan tambahan.

Terima kasih jawapan pihak kementerian.

Daripada 16 kompleks sukan yang berada di Sabah ini, adakah kompleks ini keadaan infra ataupun facilitiesnya kondusif dan sempurna untuk kegunaan atlet dan dia boleh pemangkin kepada atlet-atlet kita ini lebih excel dalam sukan di negeri ini? Sebab saya dimaklumkan ada juga kemudahan-kemudahan dalam kompleks ini yang out dated dan tidak kondusif untuk kegunaan atlet-atlet kita yang semakin ke hadapan. Terima kasih.

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Datuk Speaker dan ADUN Inanam. Sudah pasti kemudahan-kemudahan sukan yang ada sudah pasti akan mengalami kerosakan dan sebagainya, sesuai dengan penggunaan dan juga usia.

Sebab itulah ya setiap tahun kita ada

maintenance, kita ada penambahbaikan setiap kemudahan sukan untuk memastikan kemudahan-kemudahan ini dapat digunakan dengan baik dan untuk kegunaan semua penggemar dan peminat sukan.

Selain daripada itu ya, dasar kementerian juga untuk membuat satu kompleks sukan untuk setiap daerah dan ini sedang berjalan dan kita harapkan ya, kemudahan-kemudahan ini dapat digunakan dengan baik. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya Luyang.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Soalan ahh, soalan terus.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ya, ya, ya.

Speaker

Jangan ulas-ulas lagi. Soalan Tambahan

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih.

Saya difahamkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan memang ada bajet untuk membaiki dan juga membaik pulih dan juga membina baru gelanggang-gelanggang sukan.

So, nak saya nak mendapat maklumat kerana kita lihat di seluruh Sabah, di taman-taman perumahan, di kampung-kampung, gelanggang sukan sudah rosak, banyak sudah dalam keadaan tidak baik.

So, saya nak tanya apakah kerajaan ataupun khususnya Kementerian Belia dan Sukan, sudahpun buat, telahpun laksanakan dengan pakai guna peruntukan yang disediakan untuk membaik pulih? Berapa yang telah pun dibaik pulih dan dibina baru? Kerana ini penting untuk dari dalam tujuan untuk merakyatkan sukan, kerana kalau kita punya anak-anak muda tidak dapat memakai fasiliti di taman-taman yang di sekitar itu, maka ini adalah susah untuk kita merakyatkan sukan. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Datuk speaker dan juga ADUN Luyang. Sudah pasti untuk merakyatkan sukan ini kita memerlukan kemudahan dan juga fasiliti sukan yang bukan hanya banyak tetapi juga terkini, up to date. Jadi kita memang mempunyai peruntukan ya untuk membaik pulih dan membina baru.

Tetapi ia adalah amat terhad dan memandangkan ah bajet yang terhad ini ya, kita melaksanakannya mengikut priority dan juga keutamaan mengikut kepada keperluan semasa.

Menjawab kepada soalan kedua pula ya, saya memerlukan masa dan juga perincian yang lebih. Oleh itu, saya akan tulis kepada ADUN Luyang secara bertulis lah, pasal dia mahu data dan maklumat yang lebih jelas. Terima kasih.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker satu soalan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk.

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, soalan saya nombor tujuh (7).

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Terkini Rumah Pprt Negeri SabahQuestions

Speaker

*7.

YB. Tuan Mohd Arsad bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah status terkini rumah PPRT Negeri Sabah, adakah terdapat penambahan kuota bagi rumah PPRT Negeri Sabah untuk tahun ini dan pecahan kuota untuk daerah khususnya daerah Kota Belud. Jawapan

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Bismillahirahmannirahim.

Datuk Speaker, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, adinda saya N.9 Tempasuk dan Dewan, Ahli Dewan Yang Mulia ini. Maklumat yang diterima oleh kementerian saya, daripada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

Alhamdulillah, daripada maklumat tersebut kita ada sedikit berita baik.

Pada tahun ini, negeri Sabah mendapat pertambahan kuota bagi rumah PPRT sama ada bina baru ataupun baik pulih.

Bagi Program Rumah PPRT Bina Baru, negeri Sabah mendapat kuota sebanyak 700 unit rumah, manakala untuk Program Rumah PPRT Baik Pulih, negeri Sabah akan menerima kuota sebanyak 290 unit rumah untuk baik pulih. Bagi agihan rumah PPRT bina baru atau baik pulih pada tahun ini, kementerian akan meneliti kaedah agihan tersebut berdasarkan kepada keperluan untuk setiap DUN atau daerah termasuklah daerah Kota Belud. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan?

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Ada soalan tambahan Datuk Speaker.

Speaker

Tempasuk.

Soalan tambahan ah..

Speaker

Tempasuk, Tempasuk. Soalan Tambahan

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Terima kasih Datuk Speaker. Walau macam mana pun, terima kasih adindaku, kekandaku Yang Amat Berhormat Pembantu Menteri. Cuma minta tambahan. Persoalannya sekarang rumah-rumah PPRT yang dipohon oleh masyarakat marhaen ini, yang tergolong dalam miskin ini, dia ada dapat yang jauh daripada fasiliti asal, seperti contoh tiang elektrik. Adakah pihak kementerian ataupun kerajaan itu sendiri menambahkan peruntukan untuk membekalkan tiang elektrik dan jalan akses masuk?

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Terima kasih soalan tambahan. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan, soalan tambahan tadi saya fikir dia ada di jawapan daripada soalan-soalan daripada Ahli-ahli Berhormat yang lain.

Oleh yang demikian, saya mohon kepada Ahli Yang Berhormat supaya mengikuti soal jawab ini sehingga habis dewan bersidang. Terima kasih.

Datuk Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Ah, Senallang, Senallang. Soalan Tambahan

Saya ingin bertanya dengan Yang Amat Berhormat Pembantu Menteri berhubungkait dengan PPRT. Semasa dahulu kerajaan, saya telah meluluskan hampir RM7 juta untuk kawasan Bangau-Bangau, dan peruntukan itu kita salurkan kepada JKR untuk membina rumah PPRT, dan saya ingin tahu apa perkembangan dia? Walhal kita dah luluskan dari Kementerian Kewangan untuk bagi dengan Kementerian Kerja Raya, untuk memastikan supaya mengatasi masalah PPRT yang lama diperlukan. Kalau berdasarkan jawapan tadi, kita gembira dapat 700 unit saja. 700 unit kalau kita kira 1 unit cuma RM50 ribu cuma RM35 juta saja Sabah dapat. Kalau berbanding dengan RM400 juta lebih Kementerian Luar Bandar Pusat agihkan untuk sektor PPRT.

Saya ingat kalau boleh kementerian desak, minta, tambah kerana kita amat memerlukan bukan hanya di peringkat semenanjung, bukan.

Di Sabah banyak memerlukan rumah PPRT. Saya minta persoalan tadi tentang Bangau-Bangau tadi, apa sudahnya?

Projek itu kita dah luluskan lah.

Saya selaku Menteri Kewangan dahulu hampir RM7 juta saya luluskan untuk mengatasi masalah. Sekarang rakyat di peringkat Bangau-Bangau tidur atas kabin saja. Sudah berapa tahun tidur, enam tujuh tahun sudah mereka tidur atas kabin. Terima kasih banyak.

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Terima kasih soalan tambahan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Senallang tadi.

Soalan tambahan yang amat menarik sekali dan saya juga perlu jawapan tambahan daripada menteri saya. Persilakan.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih Datuk Speaker.

Saya telah mendapat makluman daripada Senallang tadi, yang terakhir sekali saya belum dapat laporan muktamad daripada pejabat daerah. Oleh kerana telah dibawa pada hari ini, insya-Allah saya akan kembali terus bertanya, dapatkan dan memberi maklumat seluas-luasnya, sejelas-jelas...

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

.... tmaklumat seluas-luasnya, sejelas-jelasnya nanti insya-Allah.

Speaker

Sekarang saya jemput...

Datuk Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Mengenai perkara yang sama kah?

Perkara yang sama.

Speaker

Ok.

Soalan Tambahan

Datuk Menteri, saya ingin tahu dengan adakah kos pembinaan PPRT tahun ini dipertingkatkan sebab dinaikkan? Sebab kita sedia maklum bahawa kos bahan pembinaan sudah apa ni sudah banyak kenaikan kos, jadi saya ingin tahu adakah ditambah kos pembinaan itu? Terima kasih.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih, Liawan. Tidak dinafikan bahawa harga material memang sudah naik dan kita telah angkat perkara ini kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan untuk dikaji harga itu, kerana fakta telah menyatakan dengan jelas harga memang sudah meningkat.

Mutakhir daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, saya difahamkan harga itu sedang diputuskan di peringkat kabinet dan kita akan maklumkan kepada pihak wakil-wakil rakyat tentang perkembangan seterusnya apabila diketahui nilai yang diputuskan nanti. Terima kasih.

Speaker

Ok. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, soalan saya nombor lapan (8).

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Rancangan Menaik Taraf Rumah Pam Di SegaliudQuestions

Speaker

*8.

YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, adakah terdapat sebarang rancangan untuk menaik taraf rumah pam di Segaliud untuk memastikan tiada lagi gangguan bekalan air. Jika ya, sila nyatakan.

Jawapan

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan daripada ADUN Elopura sebab pertanyaan mereka ada hubung kaitnya.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanjong Papat, Elopura, dan Dewan Yang Mulia ini, Kementerian Kerja Raya telah melalui Jabatan Air Sabah sedang melaksanakan projek menaik taraf stesen pam rawatan air Sandakan di bawah Program Pembangunan Bekalan Air Negeri Sabah dalam Perancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2021- 2025.

Stesen pam rawatan air di Sandakan mempunyai 4 unit pam keseluruhannya dan hari ini di antara daripada 4 itu, 1 berfungsi 100%. Manakala, 3 lagi sedang menaik taraf kerja stesen pam rawatan air ini melibatkan pemasangan 2 unit pam air terawat baharu dan pembaikan 1 unit pam sedia ada.

Status kerja pada masa terkini adalah nombor 1, 1 unit pam air terawat pam nombor 3 telah siap dibaiki dan telah mula beroperasi pada Julai 2021.

1 unit pam air terawat baharu bare pump bagi menggantikan sebuah pam sedia ada, pam nombor 1 yang rosak telah siap dipasang dan mula beroperasi pada November 9, 2021.

1 unit pam air terawat baharu telah ditempah dan pemasangan dijangka siap serta beroperasi pada hujung tahun ini.

Selain itu, gangguan air yang sering berlaku di setengah kawasan bandar Sandakan turut disebabkan oleh masalah jana kuasa tangki pra pemantapan Logi Rawatan Air Kinabatangan, di mana tangki pra mendapan masih lagi bergantung sepenuhnya sumber tenaga sistem jana kuasa.

Oleh itu, bagi memastikan tangki air pra

pemantapan Kinabatangan beroperasi tanpa gangguan, Jabatan Air Sabah akan menaik taraf sumber tenaga di pra pemantapan dengan menggunakan tenaga elektrik daripada SESB. Status projek menaik taraf oleh detik ini adalah di peringkat perolehan, tender dan dijangka akan mula kerja fizikal pada suku keempat tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, terima kasih.

Dari saya ada buat services statistic ya, dari tahun 2021 since September lah baru ada kita ada 4 kali gangguan berhenti bekalan air, dari Oktober baru 13 kali dan di November baru ada 9 kali, dan di Disember baru 8 kali. Tapi, Januari ada lah 34 kali gangguan bekalan air dan di Februari ya semakin masa sekarang ada 28 kali gangguan bekalan air.

So, macam as time passes things get worst, not improvement lah.

Saya mahu tahu masalah apa itu?

Thank you very much men menteri.

Ya, menteri. Sama soalan menteri. Sama soalan. Saya akan tambah sikit.

Speaker

Sama soalan biar dia jawab.

Ya. Ya, 1 kali.

Speaker

Biar lah dia jawab. Biar menteri jawab kalau sama soalan.

Ok. Ok.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Terima kasih Yang Berhormat apa ini ADUN daripada Tanjong Papat. Apa ini, memang saya pun sebetulnya merasakan bahawa selepas hujan melanda dan sebagainya, sudah tentu bekalan air ini akan menyebabkan kemungkinan-kemungkinan gangguan berlaku dan ini sudah pasti. Sebab itu kita telah membuka apa ini Jabatan Air juga telah membuka satu website di mana setiap mana-mana

saja ahli boleh mengetengahkan masalah lokasi dan sebagainya di mana berlaku, tetapi website ini tidak boleh apa ini buat argument.

Kita tidak boleh berperang dalam web itu cuma melaporkan. Sebab itu Jabatan Kerja Raya pun ada kita buat, tetapi untuk memaklumkan tetapi orang kita ini salah faham. Dia ingat ini untuk buat argument untuk berlawan di udara. Jadi saya yakin, saya percaya Yang Berhormat bahawa dengan tersiapnya tiga apa ini naik taraf loji-loji apa ini masalah ini, saya rasakan ia nya akan dapat memulihkan bekalan balik di Sandakan dan kita juga kementerian telah mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah untuk terus memantau dan memastikan gangguan-gangguan seumpama ini dapat di apa ini dikurangkan supaya rakyat di bawah dan juga peniaga-peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka seharian dengan baik dan selamat. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Tanjong Papat dan juga Sandakan. Elopura.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Tuan Speaker, soalan tambahan Tuan Speaker.

Tuan Speaker. Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan dari Karamunting. Soalan Tambahan

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Tuan Speaker, terima kasih. Memang lah kalau lawan di udara memang kalah lah. Ok, soalan tambahan saya ialah adakah ini spare part yang standby untuk pam di Segaliud sebab setiap kali bila ada masalah putus air, jawapannya kali-kali pun tunggu spare part, tunggu part. Sebab kalau boleh sediakan itu spare part yang cukup untuk ini pam jadi tidak payah kita tunggu lama bah. Ok, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Terima kasih Yang Berhormat Karamunting.

Saya pun macam Yang Berhormat juga, saya bertanya adakah tidak, dan akhirnya kementerian telah memutuskan supaya semua loji-loji ini mempunyai spare part yang standby. Saya telah minta Pengarah Air purchase awal-awal dan simpan standby. Sebab ini masalah yang berlaku di mana-mana, di Sipitang nya, di Beaufort nya, di Telibong nya, di Sandakan nya, di Tawau nya, Lahad Datu nya, saya kata. Cuma dia kata

Yang Berhormat Menteri, ini spare part ini bukan macam spare part yang murah-murah, ratus-ratus ribu.

Ini pun kena cari duit juga, perolehan kena dibuat, kena bincang dengan kewangan. Maklumlah prosedur kita ini kalau prosedur ini kita tidak ikut, susah juga kita. Jadi ini yang berlaku saya akan pastikan setiap stesen tu ada pam standby untuk memastikan bahawa tidak ada keterlewatan bekalan air tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Speaker, kasi saya satu peluang lagi.

Speaker

Ok lah. Sebab rumah saya di Elopura. Elopura satu kali tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker kasi saya peluang. Kita sama-sama orang Sandakan juga.

Speaker

Soalan terus. Soalan Tambahan

Ya.

Saya tahu di Sandakan ada dua kontraktor sahaja, saya kurang pasti kenapa sekarang sampai hari ini 3, 2 kontraktor yang jaga paip bocor, jaga macam-macam punya itu pasal JPA punya masalah lah. Jadi tadi menteri bilang sebut internet internet, e-mel kah apakah. Walaupun internet apa macam canggih tapi telefon pun tidak sambut, masalah-masalah di JPA punya internal punya sistem lah saya kurang pas ....

… kurang pasti apa masalah di dalam.

Jadi saya harap menteri dapat selesaikan kontraktor, talian telefon dan air. Sampai hari ini, pagi tadi di telefon saya masih ada orang complain tiga minggu sudah di Jalan Aman, Jalan Aman masih tiada air. tiga minggu.

Speaker

Ya kah? Rumah saya Jalan Aman itu.

Ya (ketawa). Di kuburan sana, kuburan tu.

Speaker

Oh, bukan sana lah, bukan kuburan lah.

...(ketawa)...Itulah yang saya, saya harap menteri. Bukan ini, bukan pasal yang kita nak bisingkah atau yang cerita di sini.

Saya harap menteri betul-betul look into this issue dalam tiga minggu, kalau walaupun menteri punya rumah tiada air tiga minggu, apa dia punya rasa jugakan. Ini saya pun sekarang saya atur kenderaan hantar air. Mungkinlah. Hantar air pergi rumahnya. Itu yang saya harap menteri selesai masalah ini. Terima kasih.

Speaker

Silakan menteri.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya Speaker.

Speaker

Jalan Aman itu ya.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

(Ketawa) ...Gangguan air ini berlaku di seluruh Sabah Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi area-area ini, memang inilah selalu yang berlaku di Sepanggar, di Sandakan, di Lahad Datu, Beaufort, Tawau.

Saya telah mengarahkan sebetulnya, pihak Jabatan Air dan mereka telah mengadakan berbagai-bagai bengkel untuk mengatasi dan sebetulnya Hala Tuju Air Sabah sudah ada dan telah dibentang di kabinet dan saya akan bentang dalam penggulungan nanti bagaimana Hala Tuju Air dilaksanakan.

Cuma untuk menyelesai masalah air yang segera ini seperti di perumahan Jalan Aman ya, di Sandakan. Saya insyallah, saya akan meminta apa ini pihak Jabatan Air di Sandakan untuk menyelesai masalah ini dalam kadar segera. Sebab tidak baik.

Kalau boleh diselesaikan, kita selesaikan.

Sebab tugas kita ini, mempermudahkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Jadi kalau saya lain. Kalau boleh selesai ini hari, saya kata selesaikan ini hari.

Jangan tangguh lagi.

Kalau tertangguh lagi, susah kita.

Jadi itulah sebab tidak ada guna kalau kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesai masalah rakyat. Terima kasih Yang Berhomat.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor sembilan (9).

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembangunan Dan Pewartaan Pusat Pelancongan Batu PunggulQuestions

Speaker

*9.

YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah status pembangunan dan pewartaan pusat pelancongan Batu Punggul yang terletak di daerah Nabawan untuk dibangunkan sebagai salah satu tumpuan pusat pelancongan di negeri ini.

Jawapan

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman kepada Yang Berhormat dari N.46 Nabawan dan Dewan Yang Mulia ini, Pusat Pelancongan Batu Punggul adalah terletak di bawah kawalan Jabatan Perhutanan Sabah yang termasuk dalam kawasan yang diwarta dalam Hutan Simpan Batu Punggul Kelas IV.

Pada masa kini, Jabatan Perhutanan Sabah belum membuka bagi sebarang aktiviti pelancongan untuk dijalankan memandangkan belum ada pembangunan fasiliti pelancongan yang teratur disediakan kepada para pelawat. Datuk Speaker, Hutan Simpan Batu Punggul memang mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi salah satu kawasan pelancongan bagi aktiviti mencabar seperti hiking dan jungle trekking.

Ianya juga dikenal pasti antara kawasan yang berpotensi tinggi untuk aktiviti bird watching. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, beberapa perancangan awal telah diadakan oleh kementerian bersama Jabatan Perhutanan Sabah.

Kementerian saya telah memasukkan keperluan pembangunan infrastruktur asas di Batu Punggul ini di bawah peruntukan Program Pembangunan Pelancongan Luar Bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Pihak Jabatan Perhutanan Sabah juga, telah mengadakan perjumpaan dengan komuniti setempat di kawasan Batu Punggul ini.

Perjumpaan ini bertujuan untuk, memberikan pendedahan dan kesediaan mereka dalam menguruskan kawasan dan aktiviti pelancongan di Batu Punggul ini. Pada masa sama juga, kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah akan komited bersama-sama membantu dalam mewujudkan pelancongan yang berasaskan community ataupun community based tourism. Sekian. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lokasi pelancongan yang terletak di luar bandar di negeri ini, memerlukan sokongan dari kemudahan asas khususnya insfrastruktur awam.

Selain itu, sistem sekuriti pusat-pusat pelancongan yang berhampiran dengan sempadan negara perlu ditingkatkan tahap kekebalannya. Apakah langkah kerja pihak kementerian atau kementerian-kementerian yang berkenaan untuk mengatasi isu ini? Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat dari Nabawan.

Soal sekuriti ini, sudah tentulah saya rasa merupakan tanggungjawab pihak our security forces lah.

Tetapi dari segi mempastikan tidak ada pencerobohan dalam apa ini tempat-tempat pelancongan ini, itu juga menjadi tanggungjawab, saya rasa community itself.

Sebenarnya, kita juga mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan keselamatan, safety dan sebagainya. Jadi ini antara langkah-langkah yang kita ambil.

Tapi apa pun saya rasa pihak-pihak berkuasa seperti the police, JPKK Jawatankuasa Pengurusan Kampung dan komuniti themselves mempunyai tanggungjawab dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya, Sri Tanjong. Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri, sama ada

kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu Tourist Information Center di Tawau airport? Sedangkan dari segi tourist arrival, selain daripada KKIA, Tawau airport sebenarnya menerima tourist yang cukup banyak.

Sebab mereka melalui Tawau airport untuk pergi ke sama ada pergi Tawau, pergi mana Maliau Basin ataupun pergi ke Semporna, pergi pulau-pulau. Jadi soalan saya, sama ada kementerian, your ministry is prepared to set up TIC in Tawau Airport and also I would like to ask whether your ministry is prepared to explore more tourism site in Tawau?

Speaker

Dua sudah soalan. Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

(Ketawa)... Just, I just want to highlight that actually Tawau has got many potential and if kalau kementerian ataupun menteri ataupun pembantu menteri ada masa, sila kunjung Tawau dan saya tentu akan bawa datuk menteri ataupun pembantu menteri pergi ke site-site yang berpotensi ini. Terima kasih.

Tuan Speaker, boleh kita tanya satu kali jawab. Sama juga.

Speaker

Tiada. Tiada. Dia mahu jawab dulu Sri Tanjong punya.

Mahu jawab dulu? Menteri mahu dulu atau…

Speaker

Dia mahu jawab Sri Tanjong punya dulu.

Oh ok, ok.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Sri Tanjong.

Ya kita sedar, the importance of Tawau ini pasal dia entry point ke Semporna, the dive site dan sebagainya. Sudah tentulah jika ada keperluan untuk mewujudkan Tourist Information Center itu, it’s something that we need to look into.

So terima kasih atas cadangan itu dan dari segi mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang menarik di Tawau. Ya, pihak kementerian telah apa ini, meminta semua apa ini District Tourism Action Committee deactivate dan antara tanggungjawab yang diberi kepada mereka ialah untuk mengenal pasti tempat-tempat yang menarik ini dan memaklumkan kepada kementerian supaya kita boleh mengambil langkah-langkah seterusnya untuk mempastikan tempat-tempat yang menarik ini dapat dibangunkan. Ya.

We need more tourism attraction for us to have that competitive edge dan memang Sabah ini is bless with so many attractions terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar, yang kita lihat as the jewel of our tourism di luar bandar itu dan juga di bandar-bandar. So, we are always prepared to apa ini, mendengar daripada bukan sahaja pihak Ahli Yang Berhormat tapi also from the District Action Tourism Committee. Sekian, terima kasih.

Speaker

Okay. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lumadan.

Tuan Speaker, satu soalan.

Speaker

Tiada. Saya pindah sudah pergi soalan lain.

Terima kasih, Datuk Speaker...

Terima kasih Datuk Speaker soalan nombor sepuluh (10).

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perpustakaan Islam SabahQuestions

Speaker

*10.

YB. Tuan Haji Ruslan Muharam [Lumadan] bertanya kepada MENTERI TUGAS炴TUGAS KHAS:-a) bilakah Perpustakaan Islam Sabah akan mula beroperasi; dan b) apakah pengisian utama kepada perpustakaan itu kelak.

Jawapan

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.34 Lumadan di Dewan Yang Mulia ini.

Perpustakaan Islam Sabah atau yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah yang terletak berhampiran Wisma Muis dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2022. Perpustakaan ini merupakan komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai alternatif rujukan pelbagai disiplin ilmu berkaitan agama, berkaitan kebudayaan dan ketamadunan.

Tuan Speaker, pengisian perpustakaan ini, pengisian utama perpustakaan ini ialah akan menjadi tempat rujukan bagi bidang teras dan disiplin ilmu Islam. Buku-buku rujukannya adalah dari kitab-kitab muktabar dan terkenal dalam bidang keilmuan. Perpustakaan ini tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam sahaja tetapi juga sebagai pusat pembudayaan minat terhadap ilmu dan lambang kekuatan intelek masyarakat di negeri ini. Perpustakaan ini akan diurus secara sistematik dengan pembangunan koleksi ungkatan logan dan sirkulasi. Selain itu, perpustakaan Baitulmal ini akan menyediakan prasarana digital dan kemudahan capaian internet bagi mengakses kitab-kitab rujukan, jurnal, tesis, disertasi dan lain-lain.

Pengurusan Baitulmal atau pengurusan Baitul Hikmah akan menjalin kerjasama dengan beberapa buah perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, dalam dan luar negeri bagi menambah koleksi ilmu dan rujukannya.

Insya-Allah perpustakaan ini juga akan diletakkan pengurusannya secara bersama di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Solan tambahan Yang Berhormat. Soalan Tambahan

Yang Berhormat Menteri, adakah cadangan untuk mengembangkan apa itu nama Perpustakaan Islam di seluruh Negeri Sabah. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih soalan Lumadan.

Insya-Allah kita akan usahakan dulu Perpustakaan Baitul Hikmah ini di peringkat negeri dan sementara itu di peringkat daerah kita boleh

akses melalui maya dan Insya-Allah sekiranya sambutan terhadap perpustakaan atau Baitul Hikmah ini baik dan kita boleh kembangkan atau lebarkan perpustakaan ini di peringkat daerah-daerah yang terpilih. Insya-Allah, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya. Senallang Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan atas jawapan yang diberikan dan langkah-langkah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menambah kemudahan-kemudahan ini ke peringkat seluruh negeri Sabah. Saya ingin bertanya sama ada pihak kerajaan dan kementerian khususnya menteri mengambil langkah-langkah yang agak tegas tentang beberapa risalah-risalah yang terkadang itu ada buku-buku yang juga diedarkan di tempat-tempat ini seumpama ini perpustakaan seperti tempat-tempat awam diedarkan ada tulisan, ada risalah berhubungkait dengan ajaran khurafat ya. Ini bercanggah langsung dengan ajaran Islam jadi saya berharap sama ada pihak kerajaan meneliti risalah-risalah yang diedarkan tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah iaitu ajaran yang menjadi ikutan di peringkat negara Malaysia jadi sama ada kerajaan bertegas terkadang itu saya dapati bila saya terkunjung dia bawa buku jadi lepas itu saya tengok khurafatnya, ajaran sesatnya, saya harap supaya pengisian bahan-bahan buku yang ada pihak kerajaan bertegas supaya jangan ada dilonggarkan keadaan ini sehingga boleh memesongkan umat Islam di negara ini terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat.

Memang kita telahpun meluluskan baru-baru ini beberapa tahun lalu berhubung dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi teras kepada kerajaan kita, negara kita, dan kita amat tegas dalam hal ini dan terima kasih atas pandangan dan komitmen yang berterusan berhubung dengan Ahli Sunnah Waljamaah ini.

Majlis Ugama Islam Sabah khususnya JHEAINS memberikan perhatian yang amat mendalam berhubung dengan kitab-kitab risalah-risalah atau sumber-sumber yang ditulis berhubung dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan Ahli Sunnah

Waljamaah termasuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berhubung dengan perkara-perkara khurafat, syirik dan sebagainya yang sangat bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah.

Insya-Allah, kita ambil perhatian dan kita akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain yang berhubung dengan penguatkuasaan tentang bahan-bahan bercetak ini. Terima kasih.

Speaker

Sekian sahaja sesi soal jawab lisan kita pada hari ini dan saya minta mana-mana menteri yang telah menjanjikan untuk memberi jawapan-jawapan bertulis pada soalan-soalan tambahan tu dapat diberikan dengan segera dengan Yang Berhormat yang bertanyakan. Setiausaha.

Ucapan Penggulungan

Setiausaha Dewan

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 21 Mac 2022.

Speaker

Sekarang saya menjemput Menteri Pembangunan Perindustrian untuk membuat penggulungan.

11:17 pagi

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih Tuan Speaker. Datuk Speaker selamat pagi, salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih ke atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan usul ke atas Ucapan Dasar Kerajaan Sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 16 Mac 2022 dan seterusnya pada perkara-perkara yang menyentuh tanggungjawab di bawah kementerian saya. Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini terutama yang membahaskan perkara-perkara yang melibatkan kementerian saya. Datuk Speaker, prestasi pelaburan sektor perkilangan negeri Sabah tahun 2021 amatlah memberangsangkan. Mengikut rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia MIDA terdapat 14 syarikat perkilangan yang diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.86 billion.

Daripada nilai pelaburan ini lebih kurang 90.1% merupakan pelaburan asing.

Jika dibandingkan nilai pelaburan asing bagi tahun 2020 dan 2021, tahun 2021 mencatatkan nilai pelaburan asing yang lebih tinggi iaitu berjumlah RM4.37 billion berbanding RM11.5 juta pada tahun 2020. Penyumbang utama kepada lonjakan nilai pelaburan asing ini adalah pelabur daripada Korea Selatan iaitu SK Nexilis Malaysia Sdn.Bhd dengan nilai pelaburan sejumlah RM4.2 billion. Nilai pelaburan ini merupakan nilai pelaburan asing yang terbesar di terima oleh negeri Sabah setakat ini.

Untuk makluman Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini kejayaan membawa masuk pelabur dari Korea Selatan ini adalah hasil daripada inisiatif kementerian saya dalam memudahcara proses pelaburan Syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn.

Bhd.

Kementerian saya telah membentuk sebuah task force dikhaskan untuk menyelaras pelaburan yang berimpak tinggi yang mana dianggotai oleh lebih 26 agensi kerajaan.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

…oleh lebih 26 Agensi Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Task force ini telah berjaya mempercepatkan proses kelulusan yang diperlukan dalam masa 7 bulan sahaja, daripada perbincangan sehingga memulakan pembinaan kilang. Syarikat SKN Excellence Malaysia Sdn. Bhd. telahpun memulakan pembinaan kilang mereka pada awal bulan Julai tahun 2021. Kilang yang dibina di atas tanah seluas 100 ekar ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan Januari 2024. Peluang perkerjaan yang akan diwujudkan melalui projek ini adalah sebanyak 7,000 perkerjaan dalam pelbagai kategori semasa fasa pembinaan dan 400 lagi perkerjaan apabila kilang ini mula beroperasi kelak. Kesinambungan daripada kejayaan task force ini, kementerian saya telah meneruskan kolaborasi agensi-agensi bagi memudah cara proses pelaburan berimpak tinggi dari negara Cina yang mengeluarkan panel solar di KKIP. Hasil kolaborasi task force ini, list agreement telah ditandatangani di antara KKIP Sdn. Bhd. dengan syarikat ini pada 17hb Mac 2022. Nilai pelaburan setakat ini adalah sejumlah RM2 bilion, dan dijangka akan menyediakan 1,800 peluang perkerjaan di Kilang Kaca Photo Goal Tech di KKIP dan 300 peluang perkerjaan di kilang pemprosesan pasir silica di Sikuati, Kudat.

Datuk Speaker, bagi menyediakan iklim pelaburan yang kondusif kepada pelabur asing dan domestik, kementerian saya akan terus melaksanakan inisiatif seperti yang berikut, pertama, bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MAIDA untuk membekalkan maklumat terkini mengenai peluang-peluang pelaburan di Sabah. Yang kedua, memberi diskaun keatas kadar cukai dan bayaran pajakan tanah serta mengenakan kadar tarif yang kompetitif bagi penggunaan tenaga elektrik, gas dan air. Ketiga, memantapkan pelaksanaan fungsi Invest Sabah Berhad sebagai one-stop investment agency dengan mengisi jawatan-jawatan utama. Keempat, mempergiatkan aktiviti pejabat perdagangan dan pelancongan di Singapura sebagai one-stop center bagi merancakkan aktiviti promosi. Dan peluang-peluang pelaburan negeri Sabah kepada pelabur asing di Singapura.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Darau, daripada Inanam, dan daripada Liawan, berkaitan dengan isu penyediaan keperluan asas di kawasan-kawasan perindustrian, kementerian saya telahpun mendapat peruntukan sebanyak RM168.84 juta dari Kerajaan Negeri dan sebanyak RM39.18 juta daripada Kerajaan Persekutuan, untuk maksud meningkatkan keperluan asas dan kemudahan di taman-taman perindustrian, bagi menjadikan taman-taman perindustrian sebagai destinasi pilihan oleh pelabur-pelabur. Walaupun peruntukan ini tidak mencukupi, namun pihak kementerian saya akan terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan semasa kajian semula Rancangan Malaysia Ke-12. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Luyang berkaitan dengan masalah bekalan air di KKIP oleh President Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), kementerian saya sebenarnya telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan kemarin. Dan mendapati bahawa daripada 242 kilang yang sedang beroperasi di KKIP, hanya 6 kilang sahaja yang sebenarnya mempunyai masalah. 4 kilang telahpun dikenalpasti, manakala 2 lagi akan dimaklumkan oleh pihak FMM kepada kementerian saya.

Dalam perbincangan tersebut, mekanisma penyelesaian telah dibincang dengan baik dan dipersetujui oleh pihak FMM. Pihak Jabatan Air juga akan cuba mengatasi masalah tersebut dan akan memberi jalan penyelesaian terbaik. Ini menunjukkan bahawa masalah bekalan air di KKIP bukanlah tahap kritikal seperti yang digambarkan oleh FMM, dimana Jabatan Air Negeri Sabah sentiasa peka dan

mengetahui akan keperluan air di KKIP. Perancangan oleh Jabatan Air sudah dibuat dalam meningkatkan bekalan air bukan sahaja di KKIP malah di seluruh negeri. Kementerian saya akan bertungkus lumus untuk menarik pelabur asing untuk datang ke Sabah supaya peluang-peluang perkerjaan akan terus tercipta. Menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat daripada Kemabong, Banggi dan Tanjong Kapor untuk membuka lebih banyak kilang-kilang di daerah bagi meningkatkan ekenomi setempat dan lebih banyak peluang perkerjaan. Maka kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, akan terus membantu usahawan mikro dan kecil untuk meningkatkan kapasiti mereka untuk menjadi usahawan sektor pembuatan.

Dalam masa yang sama, di pihak pentadbiran daerah perlu juga menyediakan ruang atau zon perindustrian untuk dibangunkan. Menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat daripada Elopura untuk membuka kilang refinery di kawasan Pantai Barat, kementerian saya menyedari akan keperluan ini dan akan berusaha untuk mencari pelabur untuk melabur dalam bidang ini.

Pihak kementerian juga telahpun mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi pembinaan kilang ini dan diharapkan dalam tempoh terdekat ianya akan dapat direalisasikan.

Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat daripada Likas dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengenaan Cukai Jualan Negeri sebanyak RM200 per tan metrik, berkuatkuasa 1hb Februari 2022. Pengenaan Cukai Jualan Negeri ini, telah diwartakan pada 27hb Januari 2022. Dengan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri ini, pengharaman eksport besi buruk yang bersifat sementara telahpun dibatalkan. Untuk makluman tambahan Ahli-ahli di Dewan Yang Mulia ini, pengenaan Cukai Jualan Negeri pada kadar RM200 per tan metrik ke atas besi buruk yang dibawa keluar negeri Sabah adalah bertujuan untuk mengimbangi harga pasaran di Semenanjung Malaysia dan juga harga pasaran di Sabah. Pengenaan Cukai Jualan Negeri juga akan memberi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri sebanyak lebih kurang RM20 juta setahun. Kerajaan mengambil maklum dan prihatin dengan keluhan daripada pengusaha-pengusaha besi buruk bahawa pengenaan CJN ini sebanyak RM200 se-tan telah menjejas pendapatan mereka. Dengan ini, Jemaah Menteri Negeri Sabah telah mengarah Kementerian Pembangunan Perindustrian mengkaji semula kadar

Cukai Jualan Negeri ini. CJN (Cukai Jualan Negeri) sebanyak RM200 per tan akan terus dilaksanakan sehingga kajian tersebut selesai dibuat. Datuk Speaker, industri kecil dan sederhana…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada penje...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan khususnya berhubung kait dengan bahan-bahan raw material yang diperlukan oleh industri. Di peringkat Negeri Sabah, kita sedar dan tahu bahawa ini merupakan di antara komponen yang diperlukan bukan hanya raw material seperti steel, bekalan air, jalan raya, peluang apa ni… Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:.....jalan raya, peluang apa ini labour. Ini di antara komponen yang amat diperlukan untuk bukan hanya menarik pelabur datang ke Sabah, bahkan juga untuk pelabur-pelabur dalam negeri Sabah untuk melabur.

Dan saya berharap masalah tentang bahan bekalan besi ini dah pun meningkat 30%, 40% kadar dia yang bukan hanya menjejaskan dari segi industri dalaman kita, ya. The cost more in operating cost is too high. Jadi saya lihat bukan hanya langkah on piece mill basis dari segi raw material seumpama steel, bahkan juga faktor-faktor lain.

Contohnya industri KKIP, dan industri-industri lain di Sandakan contohnya, ya. Kita ada wujudkan satu pusat tapi malangnya tidak ada pelabur yang datang.

Pasal apa?

Question of prasarana, question kemudahan port yang ada, question of labour, yang ini perlu diatasi oleh kementerian perindustrian dan untuk saya berharap pihak-pihak ya Yang Berhormat Menteri akan cuba melakukan sesuatu untuk memastikan supaya Sabah to become

industry of state dengan izin. Kerana kita mempunyai bahan yang cukup banyak ya, raw material kelapa sawit, bahan mentah yang ada, but we don’t monetize it to the maximum. Terima kasih.

Speaker

Teruskan Menteri.

Datuk Dr.Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih cadangan daripada Yang Berhormat Senallang. Of course when we say about dengan izin Tuan Speaker, about the cost of raw materials ini. It’s not simply apa ini it’s not under our kawalan. Ini kadang-kadang, kadang kala juga di luar kawalan kita, seperti logistics ah and is an especially because of the pandemic ini, cost binaan sebenarnya banyak yang meningkat.

But our industry, our ministry is doing our best actually to apa ini, to check dan, dan juga bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain, ah pihak agensi yang lain, untuk membendung peningkatan harga especially yang cost binaan ini.

Kementerian kita juga akan terus memperkasakan, meningkatkan dan we are trying to do the best actually in order for pelabur-pelabur asing to come to Sabah. As I mention just now, seperti mengenakan initiative-initiative tertentu yang sebelum ini mungkin kita tidak pernah laksanakan. Saya akan teruskan Tuan Speaker. Datuk Dr.

Tuan Speaker, minta laluan boleh? Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya, masih menghantui saya. Saya menarik perhatian tentang hasrat kerajaan untuk membina rumah yang berharga RM47,000 dalam Ucapan Dasar Kerajaan. Berikutan dengan itu, bila saya membuat soalan Yang Berhormat Menteri soal harga bahan binaan besi, pasir dan simen. Ini oleh sebab dipengaruhi oleh harga pasaran termasuk pengangkutan. Jadi macam mana kita nak menjayakan rumah dengan RM47,000 untuk rakyat di negeri Sabah? Hari ini kita tahu, bukan sahaja masalah bekalan air, jalan raya, bahkan juga masalah rumah.

Yang saya sebut rumah setinggan yang begitu banyak. So, kalau ikut harga rumah PPRT contoh RM50,000 yang di bawah kementerian KKLW.

Jadi persoalan saya, walaupun bersaing dengan harga pasaran soal bahan binaan ni, simen, pasir, kita ada sumber bumi negeri Sabah ini.

Apakah kerajaan boleh mempertimbangkan, contoh pengusaha-pengusaha pasir supaya dikecualikan daripada cukai, contoh supaya harga pasir itu murah? Dan demikian juga batu bata, kita juga ada kilang di negeri Sabah ini buat batu bata.

Mungkin boleh difikirkan, dikecualikan ataupun dikurangkan tax cukai. Besi mungkinlah kita tidak ada industri besi.

Tapi simen contoh, Sabah juga ada industri simen.

Jadi itu yang apa ini, pertanyaan saya perkongsian supaya pihak kerajaan dapat memikirkan perkara-perkara ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. We will take into account apa yang sudah diutarakan oleh Yang Berhormat and I will ask my officers to look cadangan-cadangan yang telah dibuat. Terima kasih. Tuan Speaker, Industri Kecil dan Sederhana atau IKS merupakan satu sector yang penting dalam memacu ekonomi dalam sesebuah negara.

Ini kerana IKS memainkan peranan penting dari segi sumbangan kepada peningkatan pendapatan penduduk, nilai eksport, nilai tambah sumber-sumber asli tempatan, penyediaan peluang pekerjaan dan menjana aktiviti perniagaan. Kita semua sedar bahawa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun 2020, telah menguji daya ketahanan ekonomi negeri untuk kekal mampan.

Dunia, termasuk Sabah berhadapan cabaran kelembapan pertumbuhan ekonomi akibat COVID-19. Usahawan IKS, syarikat berskala pertengahan dan multinational mengalami kesukaran dari segi kekangan aliran tunai dan kehilangan atau kekurangan pelanggan.

Rantaian bekalan turut terjejas terutamanya bagi sektor industri serta perkhidmatan yang terpaksa bergantung kepada bahan mentah, komponen dan bekalan import.

Kajian soal selidik Jabatan Perangkaan Malaysia ke atas firma dan syarikat perniagaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan hampir 65.5% syarikat menghadapi cabaran ketiadaan pelanggan, manakala 45% syarikat akan mengambil tempoh lebih enam(6) bulan untuk kembali pulih.

Pandemik ini juga telah membangkitkan kesediaan dan kesedaran sektor

pembuatan untuk mentransformasi model perniagaan berasaskan teknologi digital agar selari dengan landskap perniagaan dalam norma baharu. Sehubungan dengan itu, bagi membantu usahawan IKS dalam fasa pemulihan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19, kementerian saya telah menyusun 17 program yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif “Sabah Maju Jaya” iaitu Kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”. Kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 27 Januari 2022 yang lalu di Daerah Ranau. Dan salah satu tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan rasa bangga rakyat Sabah terhadap barangan keluaran tempatan. Kempen ini juga akan dapat membantu usahawan IKS meningkatkan semula hasil jualan dan membantu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sekiranya semua rakyat Sabah menyokong kempen ini dengan mempertingkatkan pembelian barangan tempatan, sudah tentu ia akan merancakkan ekonomi domestik dan sekaligus mempertingkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar negeri Sabah. Sebagai respon kepada Yang Berhormat daripada Sulabayan iaitu membangunkan Industri Kecil Sederhana Negeri Sabah.

Dasar perancangan ini juga perlu diberi penelitian yang mana kerajaan negeri telah menyatakan untuk mewujudkan serta memperbanyakkan Pusat IKS tempatan dan ini kita sangat alu-alukan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya telah merancang untuk membuka empat(4) lagi pusat usahawan IKS Sabah pada tahun ini iaitu di Daerah Keningau, Tuaran, Tawau dan juga Kota Marudu.

Pembukaan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan ruang mengumpul, mempamer, mempromosi dan menjual produk keluaran tempatan dari seluruh daerah termasuk produk usahawan informal.

Melalui program ini, usahawan baru boleh menghantar dan memasarkan produk mereka ke Pusat Usahawan IKS dan pihak DIDR akan mengenal pasti produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Program ini dijangka akan melibatkan lebih kurang 500 usahawan dan hampir 2,000 jenis produk. Kementerian saya juga akan meneruskan program...

Datuk Dr.

Minta laluan YB, boleh?

Boleh tak? Ini banyak menarik perhatian tentang produk IKS ini. Memang kita akui,

sudah ada kesedaran dan banyak sudah syarikat-syarikat yang terlibat apa ini. Soalan saya...

Datuk Dr.

… Soalan saya, pandangan dan persoalan saya juga tentang kualiti.

Adakah pihak Kementerian Perdagangan Perindustrian Negeri Sabah satu badan ataupun pihak R&D supaya dapat meningkatkan dari segi mutu dan kualiti setiap produk-produk ini? Pasal saya melihat memang ada banyak tapi bila masuk ke pasaran antarabangsa masih agak jauh dari segi orang kata penerimaan pasal kualiti. Kita ambil lah contoh kuih cincin ya, ataupun kuih baulu.

Hari ini kuih baulu memang antara makanan asas, tapi peralatan sudah berubah, canggih.

Dulu kalau buat kuih baulu gunakan sistem secara manual. Hari ini sudah ada oven ada elektrik tapi kualiti rasa tidak berubah, ya.

Terutama sekali dari segi apa ini jangka masa dia.

Dia tidak boleh bertahan sampai 1 bulan, 3 bulan dah basi dah.

Sedangkan di tempat-tempat lain, produk-produk lain, kita tengok di Thailand contoh, mereka boleh sampai 6 bulan boleh bertahan.

Jadi persoalan saya tadi, adakah satu agensi di bawah kementerian ini yang mengawal supaya dapat mempertingkatkan kualiti produk-produk IKS ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih. Setakat ini kita tidak ada spesifik agensi yang membuat R&D ini.

Walau bagaimanapun, pihak DIDR sebenarnya berkolaborasi dengan beberapa institusi juga untuk terutama dari segi memanjangkan apa ini kualiti ataupun tempoh kegunaan barangan buatan Sabah ini. Dan untuk makluman kita juga semua sebenarnya produk-produk ini ada yang produk yang sudah dihasilkan turun temurun daripada nenek moyang mereka, kualitinya juga sama. Cuma kita bantu khususnya dari segi how to make kasih mechanize dia dan juga dari segi pembungkusan dia. Kualiti is more less the same, rasa dia more less the same. Cuma untuk memanjangkan hayat apa ini produk-produk ini, yes ini kita ada berkolaborasi dengan beberapa agensi. It is on the pipeline. Kementerian saya juga akan meneruskan program transformasi usahawan Sabah...

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Hello...

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Soalan. Minta laluan.

Speaker

Menteri, mahu beri laluan atau tidak?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Untuk membantu...

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Minta laluan.

Speaker

Tanjong Aru mahu minta laluan. Mahu beri atau tidak?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Untuk membantu usahawan baru yang mempunyai produk dan potensi dengan memberi bantuan dari segi reka bentuk baru..

Speaker

Aa menteri tidak berikan. Sila duduk Yang Berhormat Tanjong Aru.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Termasuk logo, mencetak pembungkusan, kandungan nutrisi serta kod bar.

So, sebenarnya untuk makluman, ini yang kita terus beri tumpuan daripada kementerian saya.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, mahu beri laluan? Dia tidak beri laluan.

Sekejap.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan baru memasarkan produk mereka ke pasar raya tempatan seperti di Pasaraya Bataras dan Kedai Mesra Petronas. Jumlah usahawan IKS yang akan dibantu pada tahun ini adalah sebanyak 50 usahawan dan nilai pulangan daripada program ini dianggarkan sebanyak RM 5 juta.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Terima kasih menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ada soalan. Satu. Yang bajet untuk SME adalah into billions from the Federal Government. How much is Sabah getting from federal

for the SME? I stand to be corrected maybe we are getting a giant fair. But, I would like the the minister to tell us, to tell the floor how much are we getting from the billions allocation from the Federal Government. Thank you.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

I don’t have a figure right now, Yang Berhormat. Maybe we can give it to you in writing?

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Give it to me in writing or you are saying asking me to write to you?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

I’ll give it to you in writing.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Okay, thank you.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih. Program pemasaran di Pasaraya Bataras dan Kedai Mesra Petronas juga akan diteruskan pada tahun ini bagi memasarkan produk usahawan IKS Sabah ke pasar raya tempatan. Melalui kolaborasi ini, ia turut dilihat memberi memberikan kesan positif terhadap peningkatan ekonomi usahawan dengan pencapaian yang amat memberangsangkan. Hasil jualan pada tahun lepas telah mencapai RM 4.2 juta dan kolaborasi bersama Petronas Dagangan Berhad telah menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM 344,311.

Sasaran bagi program pemasaran produk IKS Sabah ke pasaran tempatan pada tahun ini adalah sebanyak RM 5 juta.

Selain melaksanakan program pemasaran produk IKS ke pasar raya tempatan, kementerian saya turut mempunyai perancangan jangka masa panjang iaitu pelaksanaan program pemasaran ke Semenanjung Malaysia. Buat masa ini, DIDR sedang berkolaborasi dengan Segi Fresh iaitu sebuah pasar raya tempatan yang mempunyai 56 outlet di seluruh negeri Selangor dan juga Perak. Program pemasaran produk IKS Sabah ke pasar raya Semenanjung Malaysia ini akan dilaksanakan pada bulan Mei 2022.

Selain itu, kementerian saya turut merancang untuk melaksanakan program pemasaran produk IKS ke GM Klang di mana pasaran GM Klang adalah dilihat lebih meluas dan juga stabil bagi usahawan-usahawan IKS Sabah.

Tujuan program-program ini adalah untuk meningkatkan pemasaran produk IKS Sabah ke pasaran di luar negeri.

Kementerian saya turut memasarkan sebanyak RM 5 juta setahun untuk program pemasaran produk IKS Sabah ke pasar raya Semenanjung Malaysia. Bagi menjawab soalan tambahan Yang Berhormat daripada Sri Tanjong berkenaan strategi pemasaran di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu atau (KKIA), kementerian saya sedia maklum berkenaan dengan kepentingannya pembukaan Pusat IKS di pintu masuk utama negeri khususnya di KKIA. Sebenarnya, perbincangan telahpun diadakan dengan Malaysia Airport Bhd sejak 3 tahun yang lalu, namun amatlah sukar untuk mendapat outlet di KKIA. Bagaimanapun, permohonan mendapatkan ruang ini akan diteruskan. Terkini, kementerian saya akan bekerjasama dengan Malaysia Airport Bhd untuk mengadakan Ekspo Ramadhan yang akan bermula pada 2 April hingga 2 Mei 2022 di KKIA.

Sebanyak 33 tapak pameran akan dibuka dan akan melibatkan lebih 60 usahawan IKS. Sasaran hasil jualan bagi ekspo ini adalah sebanyak RM 1.5 juta. Sebagai respond daripada Yang Berhormat daripada Kunak yang mencadangkan agar ada satu mekanisma diletakkan dalam bentuk trademark di setiap produk atau website bagi memudahkan pembeli untuk mengenal pasti produk tersebut adalah barangan buatan Sabah, kementerian saya telah merancang pelak pelaksanaan inisiatif ini melalui program Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah, iaitu dengan mencetak logo Authentic Sabah di dalam bentuk label hologram. Label ini akan diedarkan secara percuma kepada semua syarikat yang berdaftar dengan kementerian saya. Apabila semua syarikat telah berdaftar, maka semua maklumat berkenaan usahawan, produk, dan syarikat boleh disemak melalui website yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Bagi menjawab isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Gum-Gum berkenaan masalah untuk mendapatkan kelulusan lesen perniagaan dan mengadakan taklimat, panduan serta bimbingan mengenai peluang-peluang pinjaman atau dana IKS yang sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan lesen perniagaan bukanlah di bawah kuasa kementerian saya tetapi

adalah di bawah kelulus kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah. Walau..

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

… pejabat daerah.

Walau bagaimanapun, kementerian saya sentiasa menggalakkan usahawan IKS untuk mendapatkan lesen perniagaan kerana ia adalah satu syarat yang perlu ada bagi memohon pinjaman atau bantuan IKS. Kementerian saya mengambil maklum atas permintaan daripada Yang Berhormat daripada Gum-Gum dan pegawai-pegawai kementerian saya sentiasa mengadakan aktiviti di daerah-daerah bagi menyampaikan maklumat berkaitan peluang-peluang pinjaman, kursus atau bantuan IKS yang disediakan oleh kementerian saya dan agensi-agensi yang berkenaan.

Selain program di bawah pelaksanaan kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”, kementerian saya melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) telah menyediakan lebih banyak premis perniagaan di pusat dan pusat inkubator kepada usahawan baru di kawasan yang strategik dan kadar sewa berpatutan. SEDCO dalam proses SEDCO ada dalam proses untuk menyiapkan 3 premis kedai dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM22.45 juta. Projek-projek ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2023 dan yang akan akan dimaksudkan yang dimaksudkan adalah:

1.

Kedai Sook Fasa Ke-5; 2.

Kedai dan Hotel 2 Blok Bangunan di Pulau Bum-Bum, Semporna; dan 3.

Kedai Kalabakan di Tawau.

Datuk Speaker, sukacita juga saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa Sabah Urban Development Corporation atau SUDC iaitu sebuah anak syarikat di bawah SEDCO yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 akan meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-50 pada tahun ini.

Dalam tempoh tersebut, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SUDC di atas peranannya membina kedai-kedai di bandar-bandar utama..

Datuk Speaker, minta laluan.

Terima kasih Datuk Speaker.

Pada ucapan dasar saya yang lalu, saya bertanya kepada kementerian adakah kementerian apa nama..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat.

…mencadangkan..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, mungkin perkara itu sudah dibincangkan dan sudah didebatkan. Kalau sudah, mengikut peraturan tetap kita tidak boleh diulang lagi.

Tidak, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tetapi terpulang kepada menteri kalau dia mahu jawab.

Saya ada mencadang bahawa apa nama pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian di kawasan saya perlu dibuat. Sebab memandangkan masyarakat disini yang pertaniannya mungkin ada bertanam di belakang rumah dan sebagainya dapat memasarkan hasil-hasil pertanian diorang di mana di pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian tersebut.

Sebab kalau ada 2 3 tandan pisang contohnya ataupun 2 3 kilo sahaja hasil tanaman di belakang rumah itu, tidak dapat dipasarkan di tamu ataupun di pasar-pasar. Jadi kita mahu perkara ini walaupun satu tandan dapat dipasarkan di pusat pengumpulan itu tadi, dapatlah masyarakat RM10 RM20 dan hasil ini juga terus dapat dibagikan kepada anak-anak sekolah untuk pergi ke sekolah pada hari itu juga.

Jadi itu sebab dia saya mencadangkan pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian ini perlu diadakan. Bukan sahaja di Gum-Gum tetapi juga mungkin di tempat-tempat lain. Terima kasih.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat daripada Gum-Gum kalau pengumpulan tempat hasil-hasil pertanian ini bukanlah di bawah kementerian saya.

Saya ingat ini ada di bawah kementerian kawan saya iaitu Menteri Pertanian dan Perikanan. Terima kasih.

Saya teruskan Datuk Speaker.

Dimana sudah saya itu? Dalam tempoh tersebut, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SUDC di atas peranannya membina kedai-kedai di bandar-bandar utama di negeri Sabah sejak daripada penubuhannya sehingga sekarang.

Kedai pertama yang telah dibina oleh syarikat ini adalah di Kudat dan terus melaksanakan tanggungjawabnya sehingga kini. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya ingin mengambil kesempatan disini…

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Mohon mencelah menteri.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

…untuk mengucapkan…

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Menteri, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada pencelah. Mahu beri laluan menteri?

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih menteri. Saya cuma mengambil perhatian menteri tentang industri ini saya rasa saya yakin menteri pun bersetuju antara key indicator untuk membuktikan yang kita punya industri semakin baik adalah sudah tentu menjaga area-area yang terlibat secara aktif dengan industri. So, untuk pengetahuan menteri, POIC Lahad Datu adalah satu indicator kejayaan industri kita dan di sidang yang lepas, menteri ada menyebut 35 kilang beroperasi secara aktif.

Walaupun sebenarnya saya tidak berapa setuju tapi ingin saya mengambil perhatian menteri bahawa keadaan jalan raya di POIC Lahad Datu sangat teruk.

Kalaulah saya ambil data menteri 35 kilang beroperasi, sekurang-kurangnya 100 bekerja sudah ada 3500 pekerja yang bekerja di POIC Lahad Datu. So, bayangkan betapa teruknya keadaan jalan raya.

Apabila disuarakan isu ini saya pun terlibat secara langsung. Saya bekerja disana since 2014 sehingga hari ini keadaan jalan raya begitu juga menteri dan alasan adalah dia di luar bidang kuasa POIC dan dia di bawah Kementerian Jalan Raya. But again this is (G2G) punya isu.

Kenapa tidak diselesaikan dalam usaha kita

membela nasib pekerja yang gajinya orang cakap cukup-cukup makan saja dan dalam masa yang sama untuk kita menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur dan membuktikan yang kita punya facility itu betul-betul dalam keadaan yang bagus. Selain daripada jalan raya juga menteri, saya mengharap menteri juga mengambil inisiatif untuk melihat betapa seriusnya masalah bekalan elektrik. Terlalu banyak masalah downtime di kilang-kilang di area POIC dan begitu juga bekalan air yang selalu tidak mencukupi dan ini sangat berbahaya dan sangat memberi kesan yang sangat serius kepada pelabur-pelabur. Terima kasih, menteri.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih. Untuk makluman Yang berhormat, sebenarnya kita sedang dalam perbincangan untuk membaiki jalan raya tersebut. Hopefully within this year dia akan diperbaiki.

Kita juga berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan agar mereka akan ambil ahli jalan raya tersebut.

Berkenaan dengan jumlah pelabur-pelabur yang ada POIC, ini figure this figure adalah diberi oleh POIC sendiri. So it’s either take it or leave it lah. Kalau dia pergi sama kita, we got no time actually to count everyone of them but memang ada tersenarai and they should know better.

Memang kita akur juga, bekalan elektrik dan bekalan air is still not enough dan itu juga kenapa kita walaupun kita aktif untuk menarik pelabur-pelabur daripada luar, our concern is still this electric supply dan juga water supply.

However, we are also always in discussion with the agensi-agensi yang berkenaan supaya ini pun dapat di atasi. Ok.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Minta laluan, minta laluan.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

I’m finishing already. Sorry Yang Berhormat.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

I can’t talk anymore after you finish.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Some other time. Tuan Speaker, saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menunai ibadah puasa di bulan Ramadhan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput menteri belia dan sukan. Silakan. 12:00 tengah hari

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kita semua dapat bersidang dan berhimpun sekali lagi pada hari ini sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 21 hingga 24 Mac 2022. Datuk Speaker, bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah saya menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 pada 16 Mac 2022. Dalam Ucapan Dasar Kerajaan tersebut, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah telah turut menyentuh mengenai pembangunan belia dan pembangunan sukan.

Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan serta pendapat sama ada secara langsung atau tidak langsung mengenai isu-isu berkaitan belia dan sukan di Sabah. Marilah kita bersama-sama berganding bahu merancang dan melaksanakan program-program pembangunan belia dan sukan untuk mencapai kecemerlangan belia dan sukan di negeri Sabah.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia pada tahun 2022, belia Sabah yang berumur 15 hingga 40 tahun adalah berjumlah 2 071 400 orang, manakala belia berumur 15 hingga 30 tahun pula berjumlah sebanyak 1 221 800 orang. Bagi unjuran populasi belia umur berumur 15 hingga 40 tahun jumlah populasi akan berkurang sebanyak 78 800 orang iaitu pengurangan sebanyak 3.8 % pada tahun 2042.

Data juga menunjukkan bahawa jumlah populasi belia lelaki berumur 15 hingga 40 tahun pada tahun 2022 adalah sebanyak 1 081 500 orang dan wanita adalah 988 900 orang. Melalui data ini belia Sabah menyumbang sebanyak 13.84% daripada jumlah keseluruhan populasi berumur, populasi belia berumur 15 hingga 40 tahun di Malaysia iaitu sebanyak 14 972 000 orang.

Untuk makluman Dewan yang mulia, populasi belia di Sabah berada di tempat kedua tertinggi selepas negeri Selangor dengan jumlah golongan belia 15 hingga 40 tahun seramai 2 923 100 orang pada tahun 2021.

Datuk Speaker, Dasar Belia Sabah telah digubal dengan matlamat berikut:-memberi manfaat kepada masyarakat Sabah khasnya golongan belia; meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab dan berinisiatif; dan memperkasakan pembangunan belia dan gerakan budaya belia.

Komponen yang digaris dalam Dasar Belia Sabah adalah kepimpinan, pendidikan, kemahiran dan pembangunan keusahawanan, kesukarelawan, keyakinan, kesejahteraan komuniti belia, keunggulan personaliti, integriti, persekitaran, pengetahuan, kerohanian dan perpaduan.

Dasar Belia Sabah ini telah menjadi garis panduan kepada kementerian saya untuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan belia di Sabah.

Kementerian saya telah melaksanakan program-program jaringan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, universiti awam dan swasta serta Majlis Belia Sabah dalam program bersepadu digital atau yang dipanggil YMS (Youth Management System).

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak dilancarkan pada 6 November 2021, ramai belia-belia di Sabah telah mendaftar di dalam Youth Management System termasuk belia Sabah di Semenanjung Malaysia. Manfaat yang akan diperolehi oleh YMS ini adalah permohonan dana (SYABAS) dan Persatuan Kelab Belia dan lain-

lain insentif yang boleh membantu belia.

Saya mengalu-alukan belia-belia di luar sana untuk mendaftar dalam YMS ini.

Datuk Speaker, bagi merealisasikan hasrat belia yang menyumbang kepada penyumbangan modal insan ekonomi dan kesejahteraan sosial di Sabah, kementerian saya telah memperuntukkan dana Program Signature KBSS yang akan mengubah pola pemikiran belia negeri itu, negeri Sabah iaitu Inkubator Kepimpinan Belia yang mempunyai lima (5) aktiviti bagi membantu kelompok belia iaitu Felo Sabah Maju Jaya.

Program yang menjurus kepada meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab dan berinisiatif, kementerian saya telah melaksanakan Felo SMJ yang dilancarkan pada 2 Mac 2022 di mana rakyat Kota Kinabalu seramai 24 orang belia IPTA yang telah menerima watikah pelantikan Felo SMJ dari Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah. Kesemua 24 Felo SMJ ini telah dan sedang bertugas di 12 Pejabat Menteri Kabinet Sabah. Adalah menjadi harapan kementerian agar Felo SMJ ini dapat merealisasikan golongan belia elit dan berkemahiran aras tinggi terutamanya dalam kepimpinan dan menjadi ikon belia kepada generasi muda untuk memberi pendedahan mengenai realiti sistem pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Dewan Belia Sabah, Dewan Belia Sabah adalah sebuah program yang memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan idea dan pandangan dalam sesi persidangan belia mewakili setiap 73 DUN di Sabah.

Program ini bukan sahaja menjadi platform bagi belia Sabah merasai sendiri pengalaman bersidang di Dewan Undangan Negeri malah melatih belia untuk melibatkan diri secara praktikal dalam proses penggubalan undang-undang negeri Sabah, menghayati falsafah dan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia, dan memperkasa kefahaman mengenai kaedah urus negeri dan konsep Persekutuan Malaysia.

Dewan Belia Sabah yang telah dibuka permohonan kepada belia berumur 15 hingga 30 tahun bermula 15 Mac 2020 melalui media sosial.

Sabah Youth Volunteer Community Program Sabah Youth Volunteer Community adalah latihan kerja, kemanusiaan dan sosial secara professional bagi melahirkan belia Sabah yang mampu menguruskan

kerja-kerja kesukarelawan dan bantuan kemanusiaan secara komprehensif di lapangan domestik dan antarabangsa.

Program latihan sukarelawan professional akan dilancar pada suku kedua 2022. Sasaran kita adalah pada Jun 2022. Exchange Programme Exchange Programme memberi peluang kepada belia Sabah untuk melibat dalam program pertukaran belia peringkat antarabangsa.

Ia berusaha untuk membina kapasiti belia dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan, kemahiran, agro-pelancongan, politik dan tadbir urus serta revolusi perindustrian dengan belia di negara yang terpilih.

Program ini akan dilancarkan pada suku ketiga pada tahun 2022, sasaran pada September 2022. Perbincangan pengisian program ini telah dimulakan antara negeri Jepun, Turki, Amerika Syarikat. Selain daripada itu, perbincangan juga sedang berjalan dengan negara-negara dalam ASEAN.

Empowerment Program Empowerment diwujudkan bagi meningkatkan peluang dan memudahkan proses untuk persatuan-persatuan belia di Sabah yang berdaftar di bawah ROI untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan projek-projek pembangunan belia di Sabah.

Proses saringan akan dilakukan dan dana hanya akan diluluskan kepada persatuan yang layak sahaja.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

…pkepada persatuan yang layak sahaja.

Permohonan telah dibuka pada 1 Januari 2022.

Sabah Youth Entrepreneurship dan Creativity Centre adalah sebuah inkubator usahawan belia yang akan membantu usahawan-usahawan belia dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap sebagai seorang usahawan.

Di antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam gro..dalam program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah, yang merangkumi 3 kategori permohonan iaitu, Startup Program, bagi mereka yang baharu memulakan perniagaan.

Co-Youth Business bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan dan Youth Developing

Creative Business bagi belia terkesan akibat pandemik 19 dan ingin memperluaskan lagi rangkaian perniagaannya yang sedia ada.

Program Syabas akan memberi manafaat kepada lebih kurang 4,800 belia di Sabah. Permohonan ini boleh juga dipohon oleh belia yang berada di luar negeri Sabah bagi menyantuni semua belia Sabah sebagai salah satu tanggungjawab kementerian saya kepada rakyat khususnya golongan belia.

Dan Sabah Youth Wised Centre, adalah program membantu kementerian saya menentukan dasar-dasar kementerian melalui kajian-kajian akademik serta pemantapan dasar-dasar belia Sabah.

Terdapat 3 fungsi utama program ini iaitu, Pemantapan Buku Dasar Belia Sabah, Kajian-Kajian Belia Berfokus dan Kajian Nilai Keberkesanan Program Pembangunan Belia yang dilaksanakan oleh kementerian saya.

Program ini akan melibatkan agensi-agensi seperti Majlis Belia Sabah, Universiti Malaya Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Putra Malaysia. Datuk Speaker, kalau boleh pekerjaan belia di Sabah adalah isu yang penting dan besar yang perlu diambil perhatian semua pihak terutamanya penglibatan badan-badan swasta yang menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia. Bagi tujuan pembinaan organisasi, kelab atau persatuan belia yang cemerlang, kementerian telah menyediakan dana khas bagi membantu kelab belia persatuan untuk mewujudkan korporasi belia dan komuniti terpilih. Kementerian saya juga ada menyediakan program-program kemahiran jangka pendek dan pensijilan Skim Kemahiran Malaysia yang berpandukan kepada pendekatan SMJ menerusi industri pelancongan, pertanian dan perindustrian.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pada tahun 2021, kementerian saya telah berjaya mengadakan 17 program kemahiran dengan penglibatan seramai 288 orang belia di daerah Tuaran, Tambunan, Tamparuli, Papar, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Marudu walaupun dalam masa pandemik. Datuk Speaker, kementerian saya masih meneruskan program pemberian dana kepada Majlis Belia Sabah dan gabungannya.

Bagi membantu melaksanakan program-program pembangunan belia peringkat negeri dan akar umbi.

Pada tahun 2021, kementerian saya telah memperuntukkan sebanyak RM2,0280,000 kepada Majlis Belia Sabah dan kepada gabungannya. Dengan tujuan itu, kementerian saya melalui Majlis Sabah.

Majlis Belia Sabah akan mewujudkan 27 Majlis Belia Daerah dan 9 Gabungan Belia bahagian di seluruh Sabah.

Kementerian saya juga memfokuskan kebajikan dan pembangunan kendiri belia Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dengan memberi bantuan dana kepada Persatuan-persatuan Pelajar IPTA atau IPTS yang berdaftar dengan pertubuhan belia dan Majlis Belia Sabah.

Majlis Belia Sabah juga akan mewujudkan Sekretriat Pelajar Sabah di Semenanjung Malaysia dan luar negara sebagai satu platform berbincang, merancang dan melaksanakan suatu tindakan tersusun bagi kelompok belia IPTA dan IPTS. Pada sambutan Hari Belia, pada tahun 2021, disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Sri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, kementerian saya telah memperuntukkan sebanyak RM475 ribu bagi melaksanakan program Hari Belia tahun 2021. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, aktivti-aktiviti belia dilaksanakan dalam tempoh masa 1 bulan secara digital dan maya yang telah mencapai sebanyak 1.1 juta belia secara dalam talian.

Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Belia Sabah atas penganjuran Sambutan Hari Belia tahun 2021 dengan jayanya. Datuk Speaker, dunia ketika ini segala masalah yang meruncing memerlukan idea-idea baru untuk menemukan jalan keluar. Belia perlu berkongsi idea, ya idea-idea yang bernas dan menyerlah bagi membantu untuk membangunkan negeri Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Usaha yang kita gambling bersama dalam membina belia yang cemerlang perlu sefahaman dan berkongsi matlamat yang sama agar matlamat belia cemerlang dan tujuan mensejahterakan negeri Sabah dapat dicapai bersama.

Kementerian saya akan menganjurkan Sambutan Perayaan Khas untuk Belia Negeri Sabah pada bulan Jun 2022 yang bertemakan, “Belia Cemerlang”. Program ini akan

melibatkan semua 12 Kementerian dan Agensi Pembangunan Belia agar tiada belia yang tertinggal atau ditinggalkan.

Datuk Speaker, kementerian saya sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan Sukan. Selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Negeri Sabah 2021-2030.

Pembudayaan sukan meliputi sukan massa, sukan lasak dan mencabar, e-sport, sukan pelancongan serta sukan tradisi telah pun ditakwimkan, dilaksanakan pada tahun ini.

Bagi sukan prestasi tinggi dan sukan kelainan upaya, latihan pasukan SUKMA dan PARASUKMA kontinjen Sabah berterusan sejak pembukaan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Sukan dan Rekreasi pada Jun 2020.

Atlet-atlet Sukan Malaysia atau SUKMA, kontinjen Sabah giat berlatih walaupun menghadapi banyak kekangan semasa pandemik COVID-19 ini.

Kekurangan penganjuran kejohanan menyebabkan prestasi pasukan tidak dapat dinilai sepanjang tahun 2020. Walaubagaimanapun, pada tahun 2021, kebanyakan kejohanan telah mula dianjurkan semula terutamanya kejohanan peringkat kebangsaan.

Kejohanan-kejohanan acara sukan giat dianjurkan bagi memberi peluang terkahir atlet-atlet untuk melayakkan diri ke berapa Temasya Sukan Antarabangsa yang dijangka akan diadakan pada tahun 2022 ini. Antaranya adalah seperti berikut; Temasya Sukan Sea ke-31, yang akan berlangsung pada 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vietnam. Bagi mewakili negara ke Temasya Sukan Sea ke-31, kementerian masih menunggu senarai nama akhir yang akan diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia terutamanya yang melibatkan Atlet Sabah dalam masa terdekat ini. Temasya Sukan Komanwel ke-22 akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022 di Birmingham, England. Sukan angkat berat merupakan sukan power house negeri Sabah. Terdapat 2 orang Atlet Sabah telah layak secara merit ke Temasya Sukan Komanwel ke-22, Birmingham 22. Atlet-atlet tersebut adalah Elly Cassandra Engelbert dan Marcetta Marlyne Marcus.

Elly Cassandra berasal daripada daerah Papar.

Layak secara merit dalam kategori 58 kg wanita untuk acara snatch dan

clean and jerk.

Manakala Marcetta Marlyne berasal daripada Tambunan layak secara merit dalam kategori 59 kg wanita untuk acara snatch dan clean and jerk. Temasya Sukan Asian edisi ke-19 akan diadakan pada 10 hari bulan hingga 25 September 2022 di Hangzhou, China. Pada masa ini, masih ramai atlet sedang berusaha untuk melayakkan diri ke temasya tersebut termasuk atlet memanah yang berasal daripada negeri Sabah, Cik Fatin Nur Fatihah Mat Salleh dan Encik Wong Koh Wan dalam acara compound.

Temasya Sukan Para Asean di Ghuang Zhou, China pada 9 hingga 15 Oktober 2020.

Temasya Sukan Malaysia merupakan temasya sukan yang terbesar di Malaysia diadakan secara di dwi tahunan…

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

...secara dwi-tahunan. Pada tahun 2020, temasya tersebut telah dibatalkan kerana situasi pandemik yang melanda negara pada masa itu tidak membenarkan penganjuran semua acara sukan secara besar-besaran.

Pada tahun ini, temasya SUKMA akan diadakan semula dengan 21 jenis sukan dipertandingkan dan bertempat di Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara Kuala Lumpur. SUKMA edisi ke-20 ini di kenali sebagai ‘Sukma XX, MSN 2020, 2022’ akan di langsungkan pada 29 September hingga 8 Oktober 2022.

Kontinjen Sabah akan menyertai 20 jenis sukan daripada 21 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sukan-sukan yang akan di sertai oleh kontinjen Sabah termasuklah sukan akuatik, berbasikal, badminton, bola sepak, lawn ball, gimnastik, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, pencak silat, squash, ten pin bowling, wushu, angkat berat, muay thai, ragbi, sepak takraw dan tinju. Hanya sukan menembak tidak disertai oleh negeri Sabah.

Sasaran kontinjen Sabah pada temasya sukan SUKMA kini masih kekal pada misi mencari 40 pingat emas. Datuk Speaker, kementerian telah membuat beberapa perubahan polisi dalam pencalonan Sukan Sabah termasuk tambahan elaun latihan pada atlet-atlet SUKMA

dan Para SUKMA yang telah berulang kali mewakili Sabah ke SUKMA dan Para SUKMA dengan syarat prestasi atlet kekal pada pingat emas. Tambahan elaun 300, tambahan elaun latihan RM300 seorang bagi atlet yang sudah 3 kali mewakili SUKMA dan RM500 bagi atlet telah empat kali dan atas mewakili negeri Sabah ke temasya SUKMA.

Datuk Speaker, Lembaga Sukan Sabah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan menyelenggara kemudahan sukan dan penginapan di 16 buah kompleks sukan daerah Sabah untuk kegunaan semua peringkat masyarakat, atlet berprestasi tinggi serta selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021 - 2030. Melalui penyediaan kemudahan sukan tersebut, kita akan dapat meningkatkan meningkatkan pembudayaan sukan di kalangan masyarakat serta melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif di negeri Sabah. Lembaga Sukan Sabah akan membuka semua kemudahan sukan dan penginapan untuk digunakan oleh masyarakat di negeri ini, tertakluk kepada procedure operasi standard yang akan dikuatkuasakan selaras dengan peralihan ke fasa endemik.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur kemudahan sukan di negeri Sabah. Terdapat beberapa buah kompleks sukan yang sedang dalam pembinaan pada masa kini iaitu Projek Pembinaan Kompleks Sukan Tongod, Projek Pembinaan Kompleks Sukan Tuaran, Projek Pembinaan Kompleks Sukan Kota Marudu. Selain itu juga, Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah juga telah melaksanakan projek naik taraf Kompleks Sukan Tenom dengan berdasarkan skop kerja-kerja meroboh pembangunan astaka, menambak tanah sebanyak 1.2 meter dari tanah asal serta pembinaan pembangunan astaka yang baru.

Fasiliti-fasiliti sukan yang ada di kompleks-kompleks sukan di bawah seliaan Lembaga Sukan Negeri Sabah akan sentiasa di selenggara dan dinaik taraf untuk memenuhi keperluan pengguna...

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Datuk Speaker, boleh minta laluan?

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, boleh berikan laluan?

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Boleh.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

Berkenaan dengan Kompleks Sukan Tenom.

Terima kasih kerana sudah mula kerja-kerja atas usaha kementerian khasnya Yang Berhormat Menteri. Bilakah kerja-kerja untuk menaik taraf Kompleks Sukan Tenom ini akan siap dan dijangka bilakah ianya boleh digunakan di daerah Tenom? Terima kasih.

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Yang Berhormat daripada Kemabong, sebenarnya penggunaan atau pelaksanaan kompleks sukan naik taraf Kompleks Sukan Tenom ini ada dalam penggulungan saya jadi kita dengarlah. Terima kasih, ya. Saya sambung ya Datuk...

Speaker

Teruskan, menteri...

Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ellron Bin Angin]:... Speaker.

Speaker

Teruskan.

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Selain itu juga, Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah juga telah...”ini saya sudah baca tad”. Fasiliti-fasiliti sukan...”ini pun sudah tadi”.

Speaker

Menteri bukan baca, sudah direnung.

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tidak apa, kadang-kadang ini boleh berlaku juga.

Kementerian saya juga, Kementerian saya melalui Lembaga Sukan juga telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022. Antara sukan tradisi yang dipertandingkan semasa Pesta Kaamatan tersebut adalah seperti

berikut; gusti lengan atau mimpulos, migazad dukung atau tarik tali, melastik ini melastiklah, menyumpit atau monopuk, menumbuk padi atau tumutu ya, mobpiri atau mengapui menyala api, manandus membujak dan moningkava kalabau menjerat kerbau ya.

Datuk Speaker, bagi menjawab isu yang diberikan oleh Yang Berhormat Elopura dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kerja-kerja pembaikan kemudahan...

Yang Berhormat Speaker.

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

...di Kolam Renang Kompleks Sukan Sandakan...

Speaker

Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan daripada Tungku.

Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri?

Datuk Ellron Bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Teruskan.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal prasarana ataupun infra sukan di negeri Sabah dan di sesi soal jawab pagi tadi, Pembantu Menteri pun ada bercakap soal bagaimana kita merakyatkan sukan di negeri Sabah. Dan kebanyakan daripada jawapan yang saya dengar tadi dia lebih kepada masyarakat di bandar, bercakap soal kompleks sukan, prasarana sukan dan kemudahan.

Setakat ini saya tidak nampak ada lagi satu usaha bagaimana merakyatkan dan membudayakan sukan di masyarakat luar bandar. Jadi bagi maksud tesebut, saya mencadangkan kalau bolehlah Yang Berhormat Menteri masukkan dalam cadangan pembangunan.

Sebab saya lihat melalui pengalaman saya sebelum ini, budak-budak kampung dulu suka main bola tapi sekarang ini mahu maintain padang bola itu sudah semakin sukar dan kadang-kadang buat main bola ini cuma pada waktu siang sahaja.

Pengalaman saya di tempat saya, saya buat sebuah dewan terbuka berukuran 80x150 yang menelan belanja RM300,000 hingga RM350,000 dan saya dapati dewan terbuka tersebut amat bermanfaat kapada belia-belia kita. Sebagai contoh sebuah dewan boleh digunakan untuk bermain futsal siang dan malam dan juga diwaktu hujan, pertama. Keduanya, dewan dengan ukuran tersebut, bumbung dia tinggi, boleh juga menempatkan 3 gelanggang bola tampar ya dan futsal, bola tampar, basket ball, takraw dan sebagainya. Jadi saya rasa bagi membudayakan sukan untuk di luar bandar, saya rasa ini satu pendekatan dan rancangan yang baik sebab dalam satu utility, single utility banyak aktiviti yang mereka boleh gunakan. Selain daripada untuk aktiviti sukan, dia juga boleh digunakan untuk ialah sudah saya bagi tahu dewan terbuka di situlah orang kahwin, di situlah kerajaan boleh buat program, latihan, kursus dan segalanya.

Dan dewan tersebut atap dia tinggi, kelebaran dia begitu dan berpagar ada kemudahan tandas. Saya rasa, kalau betul-betul kita berniat untuk membudayakan sukan dan mencungkil bakat-bakat belia dan ahli sukan daripada luar bandar dan tadi Yang Berhormat Menteri bercakap soal sukan-sukan tradisi, yang ini semuanya mungkin boleh bermula daripada bandar. Ini adalah pendekatan yang boleh dipikirkan dan saya rasa mungkin akan menyelesaikan kalau selama ini orang kampung minta balai raya, orang kampung minta dewan, orang kampung minta gelanggang takraw...

Speaker

Yang Berhormat Tungku, Menteri sila bertenang. Saya akan membuat sesuatu.

Ahli Yang Berhormat, masa sekarang ialah jam 12.30 tengah hari, sidang digantung dan disambung semula pada jam 2 petang ini.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat akan sambung semula ucapan dan penggulungan pada jam 2 petang, sekian. Sidang Berhenti Rehat [12:30 tengah hari - 02:00 petang]

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Selamat tengah hari YB-YB semua dan terima kasih kerana menepati masa ini kali. Di sini saya ingin

menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk meneruskan ucapan penggulungan beliau yang tadi tidak habis. Persilakan menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Datuk Speaker.

Sebelum saya meneruskan penggulungan saya, saya ingin menjawab pertanyaan daripada Tungku tadi, ya. Betul, ya?

Hello.

Yang Berhormat Speaker.

YB menteri. Kalau boleh saya yang akhirnya tadi kepada saya punya hujah itu adalah saya minta kalau boleh dalam perancangan KBS, soal untuk merakyatkan sukan tadi itu. Salah satu perancangan dia adalah menyediakan prasarana sukan luar bandar dalam bentuk dewan terbuka yang tadi itu dengan saiz begitu rasionalnya sepertimana yang saya sebutkan tadi itulah. Jadi, supaya daripada luar bandar ke bandar prasarana sukan pun ada dan prasarana sukan tersebut boleh digunakan oleh sebagai contoh, setiap lima (5) kampung cari satu centre buat itu, sebab pengalaman saya begitu lah itu.

Semua kampung-kampung berhampiran akan tertumpu di situ nanti. Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ok, terima kasih.

Datuk Speaker.

Datuk Menteri boleh satu soalan? N1 Banggi. Boleh ah, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan.

Datuk Menteri, saya juga mempunyai permintaan yang sama seperti mana yang dikemukakan oleh Tungku, yang mana kawasan saya N1 Banggi belum ada kemudahan dan adalah lebih baik seperti yang dicadangkan oleh YB Tungku tadi, dan satu soalan lagi adakah pihak kementerian telah ataupun bakal mengadakan perancangan ataupun pelaksanaan program pembangunan belia khasnya kepada mereka yang tercicir dari segi pendidikan dan juga kerjaya khasnya bagi golongan B40? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Sila menteri, tolong jawab.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Datuk Speaker, tadi daripada Banggi, Yang Berhormat. Saya minta kalau boleh ulang soalan yang pertama, tidak dengar tadi betul. Maaf.

Soalan pertama saya adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan lebih kurang lah pusat sukan ataupun seperti yang dicadangkan oleh Tungku tadi, kerana di kawasan saya tidak mempunyai sebarang kemudahan sama ada dari segi padang daerah, futsal yang, yang berpusatkan daerah, apa jua bentuk lah. Kemudahan tidak ada. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkannya? Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Datuk Speaker, untuk menjawab apa nama cadangan daripada Tungku tadi itu, kita mengambil maklum seban, dalam masa yang terdekat ini, banyak apa nama, permohonan permohan, permohonan-permohonan serupa ini, ya.

Kita mengambil kira juga apa nama, penglibatan daripada belia-belia daripada luar bandar, ya. Tetapi, ada juga sebilangan daripada kompleks-kompleks sukan kita itu memang terletak di dekat, dekat luar bandar, ya.

Tetapi, yang disebutkan tadi itu memang kita sudah, apa nama, mengalami dan menerima beberapa cadangan, beberapa permohonan untuk menaik taraf seperti yang dikatakan oleh Tungku tadi, ya.

Jadi, kita pada ketika ini, kita akan mengambil data itu dan seterusnya akan mengambil apa nama, tindakan sebaik manakah kita menangani isu-isu yang dihadapi oleh belia-belia atau peminat-peminat sukan di luar bandar, ya. Daripada Banggi tadi itu, ketika ini program untuk melihat atau membantu belia-belia yang tercicir dalam pendidikan itu belum ada sebenar dia.

Jadi kita juga akan melihat data itu. Adakah dia hanya di Banggi saja atau adakah dia isu-isu di negeri Sabah secara keseluruhan?

Jadi ini perlu kita mendapatkan data yang, yang lengkap sebelum sesuatu kita buat apa nama, penyelesaian, ya. Satu lagi pusat sukan, ya. Sama juga tadi itu. Saya ingat sudah jawab lah daripada Banggi.

Saya nampak soalan daripada Banggi juga tentang di Pulau Banggi itu sendiri, ya.

Jadi saya akan mengarah apa nama, pegawai-pegawai saya untuk

melihat dan mengumpul data-data tersebut sebelum kita mengambil tindakan yang sewajarnya, ya.

Datuk Speaker, saya ingin meneruskan penggulungan saya, ya. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Elopura dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kerja-kerja pembaikan kemudahan kolam renang Kompleks Sukan Sandakan akan dilaksanakan tahun ini, merangkumi skop kerja seperti berikut:-1.

Pembaikan sistem perpaipan dan aksesori tandas berkaitan; 2.

Menggantikan jubin pecah di kawasan kolam renang; dan 3.

Pembaikan sistem pam kolam.

Ya, selain itu, pembinaan bumbung kolam renang di Kompleks Sukan Sandakan juga telahpun dimasukkan dalam senarai perancangan pembangunan dan naik taraf kompleks sukan akan datang.

Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan kelak.

Datuk Speaker, terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat daripada Sebatik atas cadangan supaya kementerian ini dapat melaksanakan program sukan di daerah-daerah seluruh Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat serta Dewan Yang Mulia ini, perkara tersebut telahpun ditakwimkan untuk dilaksanakan oleh kementerian saya sebagai pembudayaan serta merakyatkan sukan. Sebagai tambahan juga, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah akan melaksanakan Sport League 2022 seperti yang diumumkan serta dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 18 Mac, pada minggu lepas.

Pelaksanaan sukan tersebut terbabit akan diadakan di enam (6) bahagian meliputi bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Keningau, Kudat dan Beaufort. Sukan-sukan yang terlibat adalah seperti berikut;- futsal, sepak takraw, bola keranjang, tiga three times three, bola jaring dan badminton.

Datuk Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kapayan dan makluman Dewan Yang Mulia ini, Lembaga Sukan Sabah sentiasa menjalankan kerja-kerja

pembaikan dan pembersihan fasiliti-fasiliti yang ada di Kompleks Sukan Penampang...

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

…Kompleks Sukan Penampang.

Ianya dilaksanakan setiap hari mengikut jadual pekerja pembersihan bagi memastikan keselamatan kawasan kompleks bebas sampah dan teratur. Tidak ada peruntukan khas yang diperuntukkan untuk perkara ini. Kementerian saya juga mempunyai peruntukan yang terhad bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kompleks-kompleks sukan setiap tahun.

Walau bagaimanapun, peruntukan ini adalah terhad kepada kerja-kerja pembaikan dalam skala yang kecil tertakluk kepada keutamaan dan keperluan mendesak kompleks sukan seluruh Sabah.

Kementerian saya sememangnya mempunyai perancangan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan milik Lembaga Sukan Sabah di seluruh negeri. Kompleks Sukan Penampang juga tidak terkecuali. Walau bagaimanapun, permohonan naik taraf ini termasuk membina bumbung Kompleks Sukan Penampang tertakluk kepada kelulusan permohonan peruntukan daripada kerajaan negeri.

Datuk Speaker, bagi menjawab Ahli Yang Berhormat Limbahau dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, lawatan tapak oleh kementerian telah dibuat pada 15 Disember 2021 bersama Yang Berhormat Pantai Manis, pegawai Daerah Papar, pegawai Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan di bertempat di Pantai Manis. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah memasukkan cadangan pembinaan Kompleks Sukan Papar di dalam Rolling Plan Ke-3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ya. Skop kerja yang dicadangkan adalah dalam cadangan pembinaan Kompleks Sukan Papar ini adalah seperti berikut: astaka kapasiti 600 orang, padang bola cow grass, trek sintetik 8 lorong, dan kemudahan infrastruktur. Datuk Speaker, bagi menjawab permohonan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kemabong dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, berkenaan naik taraf padang menaik taraf padang Pekan Kemabong, kementerian saya akan mempertimbangkan permohonan Ahli Yang Berhormat.

Berhubung dengan kerja-

kerja penyelenggaraan Kompleks Sukan Tenom yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kemabong dan ahli yang di mulia ini.

Kementerian saya telah menyerahkan tapak projek kepada Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri pada 2hb Mac yang lalu dan dijangka siap pada 1 September 2023 iaitu tempoh pembinaan dan naik taraf selama 18 bulan. Projek naik taraf ini adalah atas biayaan Kerajaan Persekutuan ya. Skop kerja yang akan dilaksanakan bagi projek ini adalah seperti berikut: kerja-kerja awalan, kerja-kerja meroboh bangunan sedia ada, kerja-kerja cerucuk, pembinaan astaka baharu, kerja-kerja infrastruktur, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, kerja-kerja running track system, landscaping works dan built-in furniture.

Datuk Speaker, kementerian saya ada menerima beberapa pertanyaan-pertanyaan lisan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, beberapa pertanyaan tersebut tidak sempat dijawab dalam persidangan pada kali ini.

Kementerian saya sudah menyediakan jawapan-jawapan pertanyaan tersebut dan akan dihantar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada jemaah menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan strategik, pakar rujuk dan kumpulan pelaksana termasuk rakan media yang terlibat dalam program pembangunan belia dan pembangunan sukan di seluruh negeri Sabah.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Datuk Speaker? 2.14 PM -

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Teruskan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Boleh? Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih kepada Menteri. Saya ingin kembali kepada awal sebab itu saya tidak ganggu sampai ke hujung ini. Di peringkat awal, saya ingat beberapa program yang sangat menarik yang ditawarkan oleh kementerian.

Saya rasa ada satu program iaitu Felo SMJ. Saya bertemu dengan beberapa orang yang terlibat dengan Felo ini dan saya difahamkan daripada 1,000 lebih orang yang ditemuduga hanya 24 yang diambil dan sedang bertugas sekarang.

Dan saya ingin bertanya kepada Yang

Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang sebab saya lihat kepimpinan proaktif apa ini staf belia yang kita ambil ini sangat sangat baik dan sangat proaktif. Adakah kerajaan bercadang untuk menyerapkan mereka ke dalam kerajaan sebagai satu award daripada dengan izin award daripada kerajaan Sabah Maju Jaya ini untuk diserap kepada mana-mana sektor dalam kerajaan ataupun paling kurang kementerian boleh bagi sokongan penuh supaya tenaga-tenaga ini dapat diserapkan di mana-mana sektor. Terima kasih Speaker, terima kasih menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih kepada soalan daripada ADUN Dilantik.

Terima kasih kerana mengambil berat tentang apa yang kita buat pada belia kita. Bagi saya, ini harapan kita ya sebab mereka ini hanya 24 orang saja daripada 1,000 yang telah ditemuduga dan mereka sebenarnya adalah belia-belia yang kualiti dia begitu tinggi ya. Sebab dalam temuduga itu banyak dia melalui dan merekalah sebenarnya yang yang berjaya ya.

Ini bermakna tuan-tuan dan puan-puan apa nama Yang Berhormat ya. Kita mengharapkanlah ya apabila tempoh mereka dengan kerajaan selama 6 bulan ya, mereka, harapan kita itu mereka akan dapat diserapkan untuk membantu kerajaan merealisasikan satu perkhidmatan awam yang baik ya.

Tapi dalam masa yang sama juga, kita tidak boleh rule out di mana mereka ini juga boleh dipasarkan dalam dalam dalam apa dalam peringkat swasta.

Sebab mereka ini sejak mereka ditempatkan di 10 kementerian itu, mereka sebenarnya sudah ada pasaran ya. Jadi harapan kita bukan sahaja mungkin belia-belia ini mengharapkan diserapkan dalam perkhidmatan awam tetapi mereka juga berfikir untuk bekerja atau menyumbang kepada pihak swasta ya. Jadi harapan kita memang begitu. Terima kasih. Datuk Dr.

Tuan Speaker?

Boleh minta laluan? Takut dia...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Menteri boleh kasih? Datuk Dr.

Boleh? Boleh?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ok.

Datuk Dr.

Ini cadangan sajalah, bukan soalan. Tempat saya ada beberapa buah futsal di bawah Jabatan Belia dan Sukan dulu.

Futsal iya.

Jadi sekarang ini tidak kurang kondusif, kurang dapat digunakan.

So, saya cadangkan mungkin kalau saya minta pun masalah bajet seperti Yang Berhormat Menteri kata tadi.

So, kalau dapatlah, boleh berhubung dengan Jabatan Belia ataupun Kementerian Belia dan Sukan di Malaysia supaya benda ini dapat digunakan dengan diletakkan bumbung.

Jadi boleh kita gunakan dalam berbagai-bagai sukan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Tungku tadi. Terima kasih. Itu saja.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sulabayan. Sebenarnya isu ini sudah saya dengar dan menerima laporan ya. Peruntukan futsal ini apabila dibina sebenarnya one-off daripada Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan.

Dia one-off, tidak ada apa nama peruntukan untuk menyelenggara atau menambah baik futsal ini ya.

Saya sudah apa nama memberitahu Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, negeri Sabah dan dalam masa yang terdekat ini kita akan berbincang macam mana menangani masalah ini. Tidak ada penyelenggaraan. One-off ya dan keadaan futsal yang banyak di negeri Sabah itu, begitu begitu ketara dan sampai ketika ini tidak dapat digunakan dan ini sebenarnya membazir membazir peruntukan daripada kerajaan pusat. Jadi ini sudah sampai dalam pengetahuan saya dan kita akan berbincang dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri macam mana untuk menangani masalah ini. Terima kasih ya.

Akhir kata, saya menyambung Datuk Datuk Speaker.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan hijrah serta selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam. Datuk Speaker, mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih kerana penggulungan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang cukup jelas. Untuk meneruskan…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

….meneruskan pengulungan ini saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dipersilakan.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismilah irahman irahim. Alhamdulilah (Bacaan Doa) Bismilah irahman irahim. Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya jua telah mengizinkan saya untuk bersama-sama menyertai sesi persidangan di Dewan Yang Mulia ini sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan kepada Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah di atas Ucapan Dasar Kerajaan semasa perasmian pada 16 Mac yang lalu. Di Dewan Yang Mulia ini antara lain menyentuh tentang pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu SMJ yang dirangka untuk membangunkan negeri kita ke arah yang lebih maju dan makmur.

Pelan Pembangunan 2021 ke 2025 merupakan satu merupakan satu kebertanggunjawaban setiap ahli politik sama ada di pihak pemerintah atau pun pembangkang, pegawai kerajaan dan lapisan masyarakat untuk membina negeri dan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera.

Datuk Speaker, kementerian ini komited mentransformasikan Negeri Sabah untuk menjadi sebuah negeri yang maju, kompetitif, progresif, inovatif dan berdaya tahan berlandaskan pembudayaan sains, teknologi, komunikasi maklumat dan pembangunan modal insan.

Teras utama dalam pembudayaan sains ialah membangunkan ekosistem SCIE yang mantap, menyelaras dan menghubungkan agensi kerajaan, masyarakat, akademia dan industri.

Teras ini bertujuan untuk memupuk dan menerapkan pembudayaan elemen-elemen SCIE dalam minda, nilai dan kebiasaan seterusnya mewujudkan bakat masyarakat dan industri yang mampu mengaplikasikan SCIE ke dalam kehidupan seharian secara mampan. Saya tidak menafikan dan turut merasa sedih dengan pengambilan bidang sains yang rendah di Negeri Sabah iaitu kira-kira 26% berbanding sasaran rasional 60/40. Sehubungan

dengan itu, sebagai dorongan kepada pembudayaan SCIE kementerian saya dan serta jabatan atau agensi di bawah kementerian telah dan akan melaksanakan program-program seperti berikut:

1) Karnival Sains Sabah yang mana ianya telah dilayari lebih daripada 600 ribu orang.

2) Program bersama Planetarium Negara iaitu Program Jelajah Astronomi Sabah. 3) Program bersama PETRONAS dan UITM yang mana programnya adalah Program STEM Outreach.

4) Program bersama Jabatan Perhutanan Sabah iaitu program penyelidikan sains flora dan fauna.

5) Program kolaborasi bersama JHEWA iaitu program bersama Hal Ehwal Wanita berkenaan dengan wanita dan sains.

6) Program bersama UMS dan Akademi Sains Malaysia yang melibatkan program Young Science Network dan yang terakhir iaitu; 7) Program bersama Taman-Taman Sabah bersama UMS berkenaan dengan Programme Marine Scientific Research Expedition.

Datuk Speaker, dalam bidang inovasi dan teknologi, teras KSTI adalah memacu pembangunan infrastuktur dan teknologi digital ke arah masyarakat kreatif, inovatif serta competitive.

Antara perkara utama yang telah dilaksanakan adalah penubuhan science box pertama di Borneo iaitu juga kelapan daripada seluruh Negara.

Konsep science box dimulakan semenjak tahun 2017 bertujuan untuk menguji teknologi dan menghasilkan penyelesaian inovatif dalam pelbagai sektor atau lebih dikenali sebagai test BET. Science box akan menjadi satu platform untuk belia menguji idea teknologi baru yang dapat memacu ekonomi negeri, meningkatkan produktiviti sektor awam dan swasta serta secara tidak langsung menggalakkan pembudayaan STI.

Kementerian akan melancarkan pelan startegik KSTI 2022, 2025 dalam masa terdekat ini melibatkan 9 teras strategik, 25 strategi, 33 program dan 52 bidang keberhasilan sejajar dengan matlamat Negeri Sabah untuk menjadi sebuah negeri yang berteknologi tinggi.

Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan, kementerian telah membangunkan Integrated Dashboard KSTI yang mampu memaparkan semua maklumat penting meliputi semua jabatan dan agensi di bawah kementerian termasuklah MCMC, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja iaitu JTK. Jadi untuk

makluman ahli dewan, bolehlah melayari laman web KSTI dan melihat kepada laman dashboard kita. InSyaAllah kalau masuk ke situ, semua berkenaan dengan kementerian ini termasuk tadi PERKESO, MCMC dan Jabatan Tenaga Kerja akan kita dapati maklumatnya di sana dan persoalan-persoalan atau pertanyaan-pertanyaan yang tidak terjawab akan dapat dijawab di situ. Datuk Speaker, menjawab isu-isu jaringan internet yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri kita termasuklah Yang Berhormat Bongawan, yang Berhormat Telupid dan Yang Berhormat Tanjong Kapor.

Dimaklumkan bahawa melalui pelan JENDELA di Negeri Sabah sebanyak 590 menara baharu akan dibina untuk meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sehingga suku keempat 2021 sebanyak 109 menara telah siap dilaksanakan. Sebagai tambahan, sebanyak 3,519 mesin pemancar sedia ada akan dinaiktaraf

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G untuk meningkatkan kualiti liputan kepada pengguna. Dari jumlah tersebut sebanyak 3,000 stesen pemancar telah siap dinaik taraf kepada liputan 4G. Perancangan sambungan fiber optic ke premis sebanyak 117,041 telahpun sedia beroperasi daripada 251,165 premis yang dirancang.

Speaker, boleh saya minta?

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Menteri, kasih laluan kah tidak?

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Yakub Khan]:Ya. Silakan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada orang mahu.

Boleh ya.

Yang pertama sekali, Yang Berhormat tadi ada menyatakan ada beberapa projek yang telah siap dilaksanakan. Boleh Yang Berhormat Menteri tolong bagi detail di mana yang sudah siap, mana area mana tempat, supaya saya tahu mana tahu ada tempat saya yang sudah siap

ataupun belum, yang pertama.

Keduanya tadi, masa Yang Berhormat Menteri berucap, baru saya sedar yang saya ini sudah tua bah...(ketawa)... Tolong bagitahu saya apa itu sandbox bah? Ya, silakan.

Datuk Haji Yakub KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat Tungku.

Macam saya katakan tadi, kalau kita layari laman web kementerian itu, di situ kita juga paparkan peta dengan lokasi-lokasi menara yang telah dipasang siap dan kita tahu di dalam laman web itu, kawasan masing-masing mengikut DUN masing-masing akan terpapar di situ dengan lokasi terperinci ya, terperinci.

Berkenaan dengan sandbox ni, ianya adalah sebuah pusat untuk kita menarik perhatian anak-anak muda melahirkan inovasi, menterjemahkan inovasi dan seterusnya meluaskan sekiranya keperluan pemasaran kemahiran mereka itu juga kita boleh lakukan, kita akan bantu mereka. Pusatnya adalah di Bangunan Wisma Bandaraya di tingkat 12.

Ada cadangan untuk memperbanyakkan lagikah sandbox ini? Kalau boleh di setiap bandar-bandar besar atau pun daerah-daerah besar yang ada potensi untuk dilaksanakan.

Datuk Haji Yakub KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih.

Memang hasrat kami akan memperluaskannya ke seluruh Sabah.

Jadi untuk permulaan ini, ianya kita laksanakan sebagai kita punya perintis kita punya program. Terima kasih Yang Berhormat.

Bagi DUN Sebatik, sebanyak dua(2) buah menara sudah pun siap dibina daripada 14 buah menara yang dirancang. Sebanyak 45 buah menara telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G.

Sebanyak 1,126 gantian optik ke premis telah pun disediakan dan lima(5) buah projek jalur lebar satelit telah dirancang yang dijangka akan beroperasi sepenuh di penghujung April 2022.

Bagi menjawab keluhan Yang Berhormat Sekong yang tidak merasai kehadiran program SMJ, suka saya maklumkan bahawa terdapat enam(6) buah menara

baharu telah dirancang di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Ini termasuklah empat(4) buah menara di bawah Projek TIMES 3...

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Boleh mencelah Datuk Menteri?

Datuk Haji Yakub KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Saya habiskan sikit ini ya, nanti saya terlupa macam kawan sebelah, nanti yang sudah baca pun baca balik.

Di bawah Projek TIMES 3 dan dua(2) buah lagi di bawah Projek JENDELA.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ya. Teruskan.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Terima kasih Datuk Menteri. Pertanyaan saya adalah, adakah tower menara ini adalah bersifat common tower ataupun dimiliki oleh players-players komunikasi tertentu?

Itu pertama.

Yang kedua adalah, adakah kementerian boleh mengawal selia pemain-pemain komunikasi kita di Sabah ini, supaya tidak masing-masing meletakkan bussiness mereka di dalam kawasan-kawasan yang menguntungkan? Akhirnya yang menjadi mangsa adalah pelanggan. Contohnya satu Kampung A itu, Kampung A, Celcom pun sana, Telekom pun sana, Maxis pun sana, Digi pun sana.

Jadi, customer akan berlumba-lumba dan akan keliru mana signal yang bagus. Jadi apakah kementerian mempunyai kuasa untuk menyelia pemain-pemain ini supaya tidak berebut-rebut hanya untuk dan fokus kepada keuntungan? Thank you.

Datuk Haji Yakub KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat Inanam. Berkenaan dengan syarikat-syarikat atau pemain-pemain dalam industri ini, bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi yang menentukannya. Ianya terletak di bawah bidang kuasa ini MCMC, yang diberi nama sekarang K-KOM ya, dulu MCMC Kementerian Komunikasi Multimedia sekarang dijenama semula, K-KOM maka ianya di bawah pengurusan mereka. Di peringkat negeri Sabah pula, ianya diletak di bawah Khazanah yang menyelaras pelaksanaan-pelaksanaan kerja-kerja pemasangan ini dan kementerian saya adalah sebagai apa nama ini, monitoring.

Berkenaan dengan telco-telco ini, saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Inanam, kita juga menyedari bahawa telco-telco ini yang mana Celcom, Digi, Maxis, dan U-Mobile yang pemain utama industri telekomunikasi di bumi Sabah ini, mereka ini kekadangnya membuat perkhidmatan di kawasan terpilih. Ya kawasan terpilih, di mana ramai penduduk mereka akan buat perkhidmatan, ada kawasan yang penduduknya kurang, mereka tidak menyediakan perkhidmatan di situ.

Ini antara menjadi cabaran kepada kita di Sabah khususnya di kementerian saya.

Makanya kementerian ini telah merancang untuk kita mewujudkan satu Suruhanjaya Telekomunikasi atau multimedia di peringkat Negeri Sabah agar kita dapat mewajibkan setiap telco ini akan meletakkan perkhidmatan mereka di mana sahaja menara yang dibina itu. Terima kasih.

Datuk Speaker, saya mohon meneruskan.

Antara lokasi menara di bawah Projek TIMES 3 semua sudah beroperasi adalah kampung seperti berikut;-Kampung Terusan Baru, Kampung Bambangan, Masang Estet, serta Kampung Tronglit. Bagi Projek JENDELA, dua(2) lokasi dalam perancangan iaitu POIC Sandakan dan Kampung Bambangan 2.

Bagi mengatasi isu liputan di kawasan pendalaman, sebanyak dua(2) buah Projek Jalur Lebar Satelit sedang dirancang di kawasan DUN Sekong. Projek ini dijangka selesai di penghujung bulan April 2022. Melalui Projek JENDELA juga, sebanyak 53 buah menara telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 55 buah menara yang telah dirancang.

Sebanyak 3,534 jumlah premis telah siap dengan gantian optik daripada 3,609 premis yang telah dirancang.

Bagi perkembangan Projek JENDELA di DUN Tanjong Kapor, setakat suku keempat tahun 2021 sebanyak dua(2) buah menara baharu sudah pun beroperasi daripada sembilan(9) buah menara yang dirancang.

Sebanyak 41 buah menara telahpun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 50 buah menara yang dirancang. Bagi meluaskan...

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…50 buah menara yang dirancang.

Bagi meluaskan perkhidmatan jalur lebar talian tetap,

sebanyak 2,375 premis tersedia gentian optik telah pun siap dipasang daripada 2,533 jumlah premis yang dirancang.

Selain itu, bagi Projek Jalur Lebar Satelit sebanyak 2 buah telah pun beroperasi manakala 1 buah lagi dijangka akan beroperasi di penghujung April 2022.

Perkembangan liputan di DUN Sebatik pula, MCMC telah pun merancang penambahbaikan liputan melalui projek JENDELA.

Setakat suku keempat tahun 2021, sebanyak 14 buah menara baharu telah dirancang di kawasan DUN Sebatik. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2 buah menara telahpun siap beroperasi. Sebanyak 45 buah menara telahpun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 60 buah yang dirancang.

Dan sebanyak 1,126 gentian optik ke premis telahpun dilaksanakan dan sebanyak 5 buah Projek Jalur Lebar Satelit dijangka akan beroperasi di penghujung April 2022.

Bagi menjawab isu daripada Yang Berhormat Senallang, penyediaan rangkaian 5G akan bermula pada suku ke-2 2022 yang melibatkan sebanyak 296 lokasi di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

Seterusnya, perluasan ke kawasan lain di Sabah akan dibuat secara berperingkat. Walau bagaimanapun, ketersediaan perkhidmatan 5G bagi kegunaan perusahaan boleh diawalkan sekiranya terdapat permintaan bagi kes kegunaan tertentu pada kawasan yang telah dikenal pasti. Untuk makluman Yang Berhormat Banggi dan Yang Berhormat Tungku, projek VSAT yang dilaksanakan bergantung kepada keperluan teknikal di lokasi tersebut. Bagi kawasan yang tidak menerima bekalan elektrik, projek ini akan menggunakan perkhidmatan solar panel.

Pihak KSTI merancang untuk memasang 300 VSAT pada tahun 2022 ini.

Itu pun tertakluk kepada kelulusan peruntukan tambahan daripada MOF, Kementerian Kewangan kita.

Datuk Speaker, berkaitan isu modal insan dan pengangguran di Sabah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Usukan...

Speaker..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Yang Berhormat Bongawan…

Menteri..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kasih habis dulu lah.

..ada, bagi laluan. Saja mahu tanya. Berapa kos satu VSAT tadi itu Yang Berhormat Menteri?

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Berkenaan dengan kos ini, ia bergantung kepada kawasan. Kawasan di mana ianya dipasang selain seperti saya katakan tadi keperluan teknikal.

Kalau kawasan tersebut mempunyai bekalan elektrik, maka kosnya itu agak murah berbanding kawasan yang memang tidak ada perkhidmatan elektrik.

Ini pemasangan panel solar diperlukan, kosnya agak tinggi, ya. Jumlahnya mencecah sampai RM50,000 untuk satu. Ya.

Okay, berkaitan isu modal insan dan pengangguran di Sabah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Usukan, Yang Berhormat Bongawan dan Yang Berhormat Tungku.

Dimaklumkan bahawa kadar pengangguran di Sabah telah meningkat dengan drastik daripada 5.8% pada tahun 2019, menjadi 8% pada tahun 2020 dan meningkat kepada 9% pada suku ke-4 tahun 2021 yang melibatkan 184,200 orang pada suku ke-4 2021.

Kadar pengangguran yang tinggi ini amat membimbangkan.

Pihak kementerian dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri sedang giat berusaha untuk melaksanakan program-program ke arah mengurangkan kadar pengangguran tersebut.

Melalui portal MyFutureJobs, sejumlah 110,038 orang pencari kerja aktif dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendaftar dalam portal ini. Setakat 22 Mac 2022, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui portal ini adalah sebanyak 43,229.

Jumlah penempatan pekerja daripada tahun 2021 hingga Februari 2022 adalah sebanyak 8,684 orang.

Untuk makluman, laporan ini adalah kita dapati daripada PERKESO.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sri Tanjong berkenaan penglibatan…

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker. Tuan Speaker, mencelah boleh? YB Menteri. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri. Saya ingin mendapat

penjelasan kerana saya tidak berapa jelas tadi berkaitan pembinaan 6 buah menara di sekitar Sekong. Apakah ianya direncana atau telahpun dibina? Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Tadi saya dalam, tadi saya sudah sebut ada yang sudah dibina dan akan dibina ya, akan dibina.

Di mana 6 buah menara baharu telah dirancang di bawah projek Program Perkhidmatan Sejagat yang mana 4 buah menara di bawah projek TIME 3 dan 2 buah lagi di bawah projek JENDELA yang telah disiapkan.

Sampai mana sudah saya tadi? Okay.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sri Tanjong berkenaan penglibatan golongan kurang upaya, JPSM iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia telah mengadakan 2 program bagi golongan OKU pada tahun 2021 kepada Persatuan Orang Buta Sabah yang melibatkan 40 orang peserta. Pihak PERKESO juga telah mengadakan 2 siri program Karnival Kerjaya, Kerjaya OKU melibatkan kumpulan OKU-Pendengaran dan OKU-Pelbagai, masing-masing pada awal tahun 2021 dan di penghujung tahun. Seramai 16 orang OKU telah mendapat penempatan pekerjaan dalam karnival yang diadakan. Pada tahun 2022, program ini akan diadakan pada bulan Mei bagi memenuhi keperluan golongan OKU di Sabah secara amnya. Antara lain adalah penempatan pekerjaan seramai 6,977 orang melalui program Karnival Kerjaya hasil kerjasama JPSM dan PERKESO pada tahun 2021 dan dalam masa terdekat ini dijangka seramai 2,500 orang belia Sabah akan mendapat peluang pekerjaan dalam Career Gig-SMJ yang akan diadakan pada 29 Mac 2022 ini.

JPSM melaksanakan 105 Program Latihan Kemahiran setahun dalam pelbagai bidang kemahiran di Sabah yang melibatkan 5,772 belia Sabah telah berjaya dilatih pada tahun 2021 dan seramai 236 orang sedang mengikuti latihan pada tahun ini. Pelbagai latihan, pelbagai latihan lain turut…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

..pelbagai latihan lain turut dijayakan oleh agensi KSTI seperti SSTC, SINAC dan AMC. Untuk

makluman Yang Berhormat Tungku dan Yang Berhormat Usukan, setakat ini KSTI dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah universiti teknikal di Sabah dengan kerjasama pihak MARA di lokasi yang tertakluk kepada dapatan daripada kajian kemungkinan.

Pihak KSTI telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan MARA dan setakat ini mendapat respon yang sangat positif.

Universiti teknikal ini bakal menerajui bidang-bidang latihan teknikal dan perdagangan yang bertaraf global dan lebih dinamik untuk memenuhi keperluan industri semasa selaras dengan Sabah Human Capital Development Blueprint 2021-2035.

Negeri Sabah mesti memiliki talent pool mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang bagi menyokong keperluan pembangunan dan industri khususnya industri..

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, mohon mencelah.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

.. yang menerapkan elemen Revolusi Industri 4.0..

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

..iaitu IR 4.0...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Menteri ada orang..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

..ada YB mahu minta penjelasan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, menteri.

Saya cuma mahu minta penjelasan menteri dalam keterujaan kita mendapatkan akses internet, saya ingin bertanya sama ada kementerian mengambil kira kesan negatif terhadap kemajuan teknologi kita ke atas perkembangan sosial dan masalah kesihatan anak-anak dan remaja kita masa kini yang menghadapi ketagihan terhadap peranti teknologi. So, saya berharap kementerian turut mengambil kira perkara ini. Begitu juga saya ingin bertanya apakah tindakan kerajaan dalam memantau atau menyekat laman sesawang yang sangat berbahaya seperti pornografi, ekstremis agama,

aktiviti jenayah, keganasan dan sebagainya dan juga kalau boleh penjelasan, apakah kementerian mempunyai program ataupun perancangan untuk membuat kempen-kempen pendidikan dan juga kesedaran kepada masyarakat terutamanya remaja dan kanak-kanak supaya menggunakan internet dengan betul dan berakhlak. Terima kasih menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih, Yang Berhormat Kunak. Kita memang menyedari perkara-perkara ini namun, untuk melakukan tindakan berkenaan dengan posting-posting yang boleh kita katakan keterlaluan ini bukan lah di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tetapi, saya pernah menyuarakan perkara ini.

Ya.

Pernah menyuarakan perkara ini.

Berkenaan dengan kesan kepada anak-anak kita, kanak-kanak terutamanya.

Kita tidak boleh hanya mengharapkan kepada pihak kerajaan atau pihak yang berwajib sahaja. Peranan yang paling penting dalam mengatasi masalah ini adalah peranan ibu bapa itu sendiri, ya. Peranan ibu bapa perlu untuk kita selalu memantau, memerhati selain daripada usaha dan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Saya berterima kasih atas pandangan Yang Berhormat Kunak.

Saya mengambil perhatian, ya. Saya mengambil perhatian.

Minta laluan, Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Menteri, ada lagi minta laluan. Boleh kasi?

Yang Berhormat menteri, saya menyentuh berkenaan dengan penubuhan, cadangan penubuhan universiti teknikal. Pertamanya, saya ingin bertanya apakah level pengajian yang akan disediakan sama ada diploma, sijil atau sarjana muda?

Dan dalam kita menyediakan penubuhan universiti teknikal ini, adakah kita sekadar menubuhkan untuk mengadakan universiti ini ataupun kita menyediakan universiti ini mengikut keperluan bidang-bidang yang diperlukan di negeri Sabah? Sekian terima kasih.

Datuk Speaker, mohon menyelit.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Mohon juga tambah juga berkaitan dengan universiti teknikal ini.

Sebagai seorang yang juga merupakan graduan daripada Univesiti Teknikal Malaysia, saya menyokong perlu ada institusi pendidikan di Sabah ini yang mengeluarkan graduan-graduan dalam pelbagai bidang teknikal. Cuma nya saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat menteri, apakah pewujudan kampus baru itu ataupun universiti teknikal baru itu merupakan satu-satunya solusi kepada keperluan atau keinginan kita melahirkan graduan-graduan teknikal ini? Kena saya terima surat daripada Kolej Teknikal Yayasan Sabah, kenapa tidak kita naik taraf saja Kolej Teknikal Yayasan Sabah ini kepada Universiti Teknikal Sabah barangkali supaya peruntukan untuk membina kampus baharu, pengambilan tanah itu apa nama dapat dijimatkan dan saya fikir di sini pun mereka banyak kursus yang dari peringkat sijil yang boleh dinaik taraf ke peringkat diploma dan juga sarjana. Itu yang minta penjelasan. Adakah itu satu solusi ataupun apa nama tidak mengambil solusi kemungkinan untuk menaik taraf institusi yang sedia ada seperti kemungkinan untuk menaik taraf Kolej Teknikal Yayasan Sabah ataupun Kolej Universiti Yayasan Sabah yang sedia ada. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, supaya jimatkan masa dan jawab satu kali. Apakah progress cadangan kalau saya tidak silap pada sidang kita yang lepas mengenai 10 kampus satellite JPSM yang sepatutnya dibina di beberapa kawasan? Any update mengenai perkara itu? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Sila, menteri. Datuk Dr.

Tuan Speaker, ada berkaitan lagi, kalau boleh menteri?

Dalam perbahasan saya semalam, saya ada sentuh berkaitan dengan apa ini Sekolah Teknikal MARA ini apa Yayasan Sabah dan termasuk juga ini Sekolah Pertanian Timbang Menggaris.

Pasal menyentuh pasal MARA ini ialah saya pun ada pengalaman sikit bukan kebimbangan, pasal saya, priority saya ialah soal anak-anak Sabah. Kalau kita ada kolaborasi contoh lah dengan MARA, yang membimbangkan saya apa yang berlaku kepada UMS. Akhirnya tidak tumpuan kepada anak-anak Sabah.

Dia termasuk secara keseluruhan.

Sedangkan fokus kita tidak sudah keperibadian lah.

Kita jauh

ketinggalan dari segi peluang untuk mendapatkan tempat di univesiti di negara kita ini. Tengok UMS, saya ingat 30% saja anak-anak Sabah. Jadi tidak jadi keutamaan. So, dalam perbahasan saya semalam, kalau dapat dinaikkan taraf Universiti Kolej Yayasan Sabah dan juga Universiti Timbang Menggaris.

Ini apa ini selari dengan hasrat kita negeri Sabah ini untuk melahirkan negeri pengeluar sumber makanan. So, kita kena ada institusi bukan sahaja menjurus kepada akademik yang normal tetapi saya lebih menekankan soal R&D. Seperti yang saya katakan di Kementerian Perdagangan tadi, kita perlu ada R&D.

Saya ambil contoh macam Universiti Chulalongkorn di Thailand kerana pernah saya berjumpa di situ.

Universiti Chulalongkorn di Bangkok ini, satu pusat penyelidikan soal sumber-sumber yang dijadikan IKS, TKS apa semua.

Jadi kajian diorang inilah yang akan diterapkan dibagi kepada pengeluar-pengeluar sumber ataupun bahan-bahan apa ini, yang diproses di negeri Sabah. So, kita hanya bergantung kepada UMS, ya. Jadi kalau dapat lah saya memang setuju lah..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ini Sulabayan.. Datuk Dr.

..dinaikkan taraf..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

..soalan kah atau penjelasan ini? Datuk Dr.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Soalan kah ataupun penjelasan?

Datuk Dr.

Yang berkaitan dengan tadi lah. Pasal ini ada dalam perbahasan. Ini satu peluang lah saya ingat untuk kita reckon. Saya lebih setuju. Saya tengok Timbang Menggaris itu tanah begitu luas tapi kita tidak dapat manfaatkan, kalau nak buat R&D kena rujuk dengan di UPM atau pun di MARDI. So, why Sabah kita tidak ada satu pusat penyelidikan seperti ini? Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat Darau, Yang Berhormat Kadamaian, Yang Berhormat Kunak dan juga Sulabayan.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

… Berhormat Kunak dan juga Sulabayan yang sangat prihatin dengan rakyat dan juga mungkin boleh membantu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini untuk merencana yang lebih baik.

Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, dalam perbincangan kita dengan pihak MARA ini sudah tentu kita telah mengambil kira, kita telah mengambil kira tentang kepentingan UMS apatah lagi Universiti Kolej Yayasan Sabah yang kita lihat dalam keadaan yang agak bermasalah.

Makanya kita dalam perbincangan tersebut meminta pihak MARA agar dapat membuat usahasama dengan Universiti Kolej Yayasan Sabah ini. Dengan kerjasama ini, saya yakin dan percaya kita dapat menyelamatkan kita punya KYS ini dan sekali dirangkumi bersama dengan MARA. Benda ini telah kita perbincang.

Begitu juga berkenaan dengan bidang-bidang jurusan yang apa yang perlu kita bawa ke Sabah. Kalau kita ambil contohnya, sains komputer kah, perdagangan kah, ini terlalu berlambak-lambak sudah.

Makanya kita telah berbincang untuk memperhalusi.

Mungkin kita terapkan berbentuk oil and gas, pelancongan, marin, perhutanan yang kita lihat mempunyai potensi untuk jangka masa panjang. Dalam masa hadapan bidang-bidang ini mempunyai peluang yang sangat luas. Makanya saya sangat mengalu-alukan kalau ada pandangan, cadangan, sila berhubung berjumpa dengan kita untuk kita duduk bersama demi untuk masa depan anak-anak kita dan negeri Sabah ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon meneruskan Datuk Yang di-Pertua. Bagi menjawab isu daripada Yang Berhormat Sekong, kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia iaitu JPSM telah mengadakan program-program latihan di kawasan ADUN Sekong seperti berikut:-

1) Pelaksanaan Kursus Membaik Pulih Telefon Bimbit ke pada 30hb September 2019 hingga 4 Oktober 2019 yang melibatkan 20 orang peserta dari kawasan Sekong; 2) Pelaksanaan Kursus Servis Penghawa Dingin pada 18 Januari 2022 hingga 23 Januari 2022 yang melibatkan 20 peserta dari kawasan Sekong. Terdapat dua(2) orang peserta Kursus Sabah Talent Enterpreneurship Program (STEP) e-Commerce, Sandakan yang telah diadakan pada Januari 2022 berasal dari DUN N.53 Sekong yang masing-masing berasal dari Jalan Sibuga dan seorang lagi dari Kampung Gas .

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kukusan, pihak Perpustakaan Negeri Sabah atau juga PNS telah memasang tiga(3) unit penghawa dingin jenis split unit untuk menyelesaikan jangka pendek bagi mengatasi masalah panas di ruangan membaca, kaunter pinjaman dan kaunter rujukan.

Pihak PNS juga telah mengemukakan permohonan kepada pihak JKR untuk mendapatkan penilaian kos ke atas penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sistem penghawa dingin di PNS Cawangan Tawau bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Pihak JKR telah membuat pemeriksaan serta penilaian anggaran kos dan telah memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagi tujuan pembaikan sistem tersebut. Saya memohon pihak kementerian kewangan agar dapat melakukannya secepat mungkin untuk kebaikan.

Datuk Speaker, marilah kita bersama-sama komited untuk terus bekerja keras bagi menunaikan amanah rakyat demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita cintai.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Mohon laluan Datuk Speaker.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat menjawab…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada permohonan untuk penjelasan. Boleh kasih?

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ok, ok.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Sila, sila.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Datuk Speaker. Menteri sesuai dengan portfolio menteri iaitu Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi dengan trend internet dan gaya hidup teknologi hari ini, saya percaya mungkin menteri pun tahu tentang penglibatan anak-anak muda menjadi YouTuber. Jadi soalan saya, adakah kementerian mempunyai inisiatif untuk memberi latihan dan mengalakkan agar anak-anak muda kita terlibat menjana pendapatan melalui YouTuber.

Jika tidak, ingin saya mencadangkan agar kementerian YB Menteri untuk menggalakkan, apabila kita melihat ramai anak-anak muda masa kini sudah menjadi YouTuber dan menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit.

Contohnya, yang terkenal di Indonesia, Atta Halilintar sekeluarga. Setiap keluarga mencecah jutaan ringgit.

So, saya rasa ini adalah satu cara yang baik untuk kita menggalakkan anak-anak Sabah mempromosikan tidak kiralah gaya hidup, kita punya pelancongan melalui Youtube dan dalam masa yang sama menghasilkan pendapatan mereka. Terima kasih menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat Kunak.

Datuk Speaker, Datuk Menteri boleh minta laluan?

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Banggi.

Terima kasih Datuk Menteri. Mungkin agak terlewat apa yang saya perkatakan ini cuma mungkin berbentuk pertanyaan dan juga mungkin cadangan.

Adakah pihak kementerian bila menyentuh soal universiti ataupun institut kemahiran tadi kan, adakah kementerian bercadang untuk menaik taraf Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, ILTP Papar, yang mana di bawah kendalian JPSM? Kerana kita faham ataupun kita sedia maklum institusi ini

sudah lama wujud di Sabah dan mempunyai kalau saya tidak silap tanah yang luas ada di sekitar Kundasang ataupun Ranau dan juga di Papar itu pun kemudahannya belum lengkap dan jika ada perancangan pihak negeri menaik taraf, mungkin ini lebih baik.

Yang kedua, tadi menteri ada menyebut berhubung dengan rendahnya peratus pelajar-pelajar Sabah mengikuti atau mengambil jurusan sains. Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian Yang Berhormat ada kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun dengan Jabatan Pendidikan Sabah ataupun dengan Majlis Guru Besar Sabah dan juga Majlis Persatuan Pengetua-Pengetua Sabah untuk mendapatkan data apakah punca berlakunya ataupun kurang peratus minat pelajar kepada aliran sains?

Sama ada adakah dia berpunca daripada dasar kementerian pendidikan itu sendiri yang mahukan gred purata sekolah mencapai tahap sepatutnya menyebabkan pihak sekolah mengambil pendekatan mudah untuk mengambil aliran sastera.

Itu yang pertama, ataupun adakah disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas yang sesuai seperti makmal?

Kalau pihak menteri melawat sekolah-sekolah menengah di seluruh Sabah, bila menyebut soal makmal sains, saya rasa sangat mendukacitakan dan begitu juga dengan peralatannya. Jadi melalui kaedah ini ataupun ada punca lain, pihak kementerian Yang Borhormat dan kerajaan negeri boleh memikirkan apakah langkah yang seterusnya sama ada melalui dapatan itu disuarakan ke pihak kementerian persekutuan ataupun ada cara lain untuk membantu bukan hanya untuk sekolah tapi jauh lebih baik untuk modal insan kita di peringat negeri Sabah. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, ada soalan saya tadi tu yang Kampus Satelit tu belum berjawab lagi. Ok.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ok, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Barangkali saya kena jawab yang daripada Tungku dulu berkenaan dengan Kampus Satelit.

Memang perancangan ini kita akan laksanakan seperti saya katakan tadi kita tengah menunggu kelulusan peruntukan untuk pelaksanaan ini. Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…peruntukan untuk pelaksanaan ini. Terima kasih Berkenaan dengan Yang Berhormat Kunak, iaitu untuk anak-anak kita ini mungkin boleh menjana pendapatan melalui menjadi YouTuber ini kan. Tadi tadi Yang Berhormat Kunak katakan untuk kita perlu pantau anak-anak kita ni, saya setuju dan ini juga adalah satu kaedah terkini untuk menjana pendapatan.

Kita mengambil perhatian kalau ada keperluan ke arah ini untuk kita membuat latihan ke arah ini kita akan cuba menjurus ke arah itu ya terima kasih Yang Berhormat Kunak. Dan begitu juga daripada Yang Berhormat Banggi sebentar tadi yang melontarkan tentang RTP kita di Papar.

Saya secara peribadi memantau rapat tentang kolej kita yang berada di Papar ini, yang mana banyak keperluan peningkatan dari segi alat pengajaran dan kemudahan yang ada di sana itu memang kita akui perlu untuk di tambah baik. Jadi jangan risau Yang Berhormat saya sangat memberi perhatian kepada perkara ini dan juga…

Datuk Menteri, maksud saya bukan ditambah baik dari segi kemudahan saja tapi dijadikan institusi itu sebagai institusi kemahiran ataupun sains di untuk keseluruhan negeri Sabah lah, selain daripada Kolej Yayasan Sabah, selain daripada MARA dan sebagainya.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ya memang memang tempat itupun memang tempat sebagai sebagai institusi latihan kita pun dan sebagai institusi latihan kita, tetapi saranan yang daripada Yang Berhormat saya ambil perhatian ya, saya ambil perhatian.

Kemudian berkenaan dengan mata pelajaran sains ini, persepsi kebanyakan pelajar kita ini beranggapan bahawa mata pelajaran sains ini satu subjek yang susah yang sukar, ini menjadikan minat untuk mereka belajar sains ini makin berkurang. Justeru itu pihak KSTI melihat perlu ada usaha bagaimana kaedah untuk kita melahirkan rasa minat anak-anak ini untuk belajar mata pelajaran sains ini. Pihak

kementerian telahpun mengadakan hubungan bersama Pusat Sains Negara. Pusat Sains Negara dan kita telah berbincang untuk meminta peruntukan daripada MOSTI…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, sekejap sekejap Ahli-ahli Yang Berhormat kalau tidak ada sarung muka, cuba minta kami boleh berikan kalau kekurangan ya, terima kasih. Teruskan.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Kita telah berbincang dengan MOSTI untuk kita wujudkan Pusat Sains Negara di Sabah. Di Sabah, perbincangan ini sudah sampai ke peringkat akhir malahan saya juga minta kalau boleh di Sabah ini untuk kita bawa Planetarium Negara untuk di buat di negeri Sabah agar mungkin ianya boleh memberi kesedaran ataupun minat anak-anak kita belajar mata pelajaran sains.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya sila.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Datuk Menteri, saya sebenarnya amat tertarik dengan apa yang disebutkan oleh YB Menteri tentang bagaimana kami memupuk keminatan anak muda terhadap sains dan teknologi dan sebenarnya salah satu inisiatif bagi saya sama ada kami boleh mewujudkan digital library di Sabah. Sedangkan kami mempunyai premis-premis yang sedia ada dan jikalau kita cuma menaik taraf dengan perpustakaan yang sedia ada di seluruh Sabah untuk menambahkan lebih banyak teknologi yang sedia ada sedangkan di Ero of IOT, AR, AI that all of things. So, what I’m trying to say is sama ada kami boleh mewujudkan satu interaktif library untuk menarik perhatian kepada anak-anak muda kita bahawa science is actually not a boring subject dan sekiranya kerajaan berhasrat untuk membina Pusat Sains Negara Platinum is not that is a bad thing is good, it a good initiative but do we can we actually look at thing that are ready before us and dan sekiranya peruntukan yang boleh dipohon boleh di pakai diguna pakai untuk menaik taraf perpustakaan kita dulu dan mewujudkan digital library maka saya rasa lebih banyak orang muda ataupun orang awam akan melawat perpustakaan di tempat yang terdekat. Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjong, yang satu-satunya YB mengiktiraf usaha untuk kita meningkatkan taraf internet di dalam dewan ini, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Tanjong dan Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya kita telah pun memikir dan merancang perkara ini tentang digital library sebagai langkah pertama untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telahpun menempah sebuah bas dan mengubahsuai 2 buah bas perpustakaan bergerak kita untuk kita naik tarafkan menjadi digital library yang mana kita akan gunakan untuk ke kawasan sekolah-sekolah di kawasan yang di luar bandar.

Kita yakin dan percaya ini juga adalah salah satu usaha yang boleh melahirkan minat anak-anak khususnya di luar bandar untuk meminat dengan mata pelajaran sains ini. Terima kasih Yang Berhormat, atas perkara ini mudah-mudahan kita dapat menjadikan ia satu realisasi ya, terima kasih.

Datuk Speaker, marilah kita bersama-sama komited untuk terus bekerja keras bagi menunaikan amanah rakyat demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita cintai.

Sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab, kementerian saya akan menjawabnya secara bertulis, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini sukacita saya menggucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua rakan-rakan yang berada di Dewan yang mulia ini.

Kalau siang ada matahari, Kalau malam ada bintang dan bulan , Marilah kita bersatu hati, Salam Ramadhan saya ucapkan.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, silakan menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin yahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Bismillahiromanirahim, Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadap Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya juga telah mengizinkan kita bersama-sama di Dewan Yang Mulia ini sempena mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16. Dengan sukacitanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 pada 16 Mac yang lepas. Tuan Speaker, selaras dengan Ucapan Dasar Kerajaan, kementerian saya akan terus mengekalkan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab atau dengan izin caring and responsible society sebagai teras utama perkhidmatannya dalam memenuhi tanggungjawab masyarakat dan kesejahteraan rakyat yang mampan. Dalam usaha kerajaan mewujudkan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab, kementerian saya melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa merancang dan melaksanakan…

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

... sentiasa merancang dan melaksanakan program bagi membolehkan kumpulan sasar kementerian berupaya hidup dalam keadaan sihat, produktif dan berdikari. Aktiviti memperkasa golongan sasar kementerian iaitu OKU, warga emas, ibu tunggal, wanita dan kanak-kanak adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam membolehkan mereka mencapai taraf hidup yang berkualiti dengan usaha mereka sendiri. Program-program pembangunan masyarakat berimpak tinggi telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 oleh kemen..oleh kementerian saya dengan kerjasama dan kolaborasi dengan jabatan dan agensi di bawah kementerian. Sebanyak 17 daripada 18 inisiatif di bawah Sabah Maju Jaya telah dilaksanakan dengan baik.

Purata pencapaian prestasi bagi inisiatif-inisiatif tersebut ialah sebanyak 94%.

Kementerian saya telah mengangkat program Homeward atau ward di rumah dan Program Outreach Santuni Wanita sebagai inisiatif-inisiatif flagship SMJ pada tahun lepas. Program homeward di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah mencapai 242% daripada sasaran awal iaitu 100 orang pesakit. Porgram ini berkonsepkan peminjaman peralatan sokongan seperti katil boleh laras, kerusi roda, commode chair serta peralatan lain berdasarkan keperluan pelanggan. Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) telah melaksanakan Prorgam Outreach Santuni Wanita di daerah Tuaran, Putatan, Daerah Kecil Sook dan juga Matunggong sebagai permulaan. Program ini melibatkan aktiviti bimbingan khidmat kaunseling, runding cara keluarga dan khidmat nasihat guaman. Seramai 88 orang wanita telah dapat dibantu setakat bulan Disember 2021. Pada tahun ini, kementerian saya akan melaksanakan inisiatif flagship SMJ terbaharu iaitu Program Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK). Program ini untuk memastikan kanak-kanak yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pra-sekolah, tadika atau taska berupaya menikmati pembelajaran asas berdasarkan sukatan pelajaran yang dirangka oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama Badan Bukan Kerajaan. Kementerian saya telah menyasarkan sejumlah 2 buah PPKK yang baharu setiap tahun dalam program Hala Tuju SMJ. Saya yakin kementerian saya mampu dan berupaya untuk melaksanakan semua Program Pembangunan Masyarakat Berimpak Tinggi kepada golongan sasar kementerian. Kementerian saya bersama jabatan dan agensi dibawahnya komited dalam merakyatkan perkhidmatan melalui pelaksanaan program di lapangan dan kawasan kediaman tempat tinggal golongan sasar yang benar-benar memerlukan. Pada masa yang sama, kementerian saya juga akan terus melipat gandakan usaha untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian dan semua jabatan dan agensi di bawahnya.

Tuan Speaker, seterusnya izinkan saya menjawab soalan-soalan berbangkit oleh Ahli-ahli Dewan Undangan semasa sesi perbahasan 2 hari lepas. Bagi menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senallang dan juga Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin berkaitan dengan harga telur dan juga telur ayam, saya rasa saya sudah menjawab semasa soalan lisan pagi tadi.

Jadi, tidaklah perlu saya ulangi cuma satu soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat Sulabayan. Kementerian saya melalui KPDNHEP telah menetapkan program Jualan Keluarga Malaysia di seluruh Sabah yang dilaksanakan dari 2 Disember 2021 hingga 30 April 2022 untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk sayur-sayuran dan juga daging. Kementerian saya melalui KPDNHEP sentiasa bersiap siaga dalam menangani isu kenaikan harga keperluan asas dan terus mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Elopura, Jabatan Pekhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah ada menyediakan bantuan sokongan pemulihan bagi kes-kes yang melibatkan kerosakan rumah berpunca daripada angin ribut, ombak besar, kebakaran dan juga tanah runtuh. Kadar bantuan bergantung kepada jenis keroso..kerosakan dan terhad kepada nilai tidak melebihi RM2,000 untuk warganegara yang mendiami rumah di atas tanah milik persendirian sahaja. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sebatik. Soalan ini lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan disebabkan ianya lebih kepada isu lesen peniaga wanita. Walau bagaimanapun sekiranya, ada permintaan bantuan sokongan untuk usahawan wanita dari golongan B40.

Kementerian ini melalui (JHEWA) Jabatan Hal Ehwal Wanita boleh menyediakan program-program keusahawanan kepada wanita yang berkenaan. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sekong. Kementerian ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sedar tentang ketiadaan klinik kesihatan di Sekong. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah Klinik Desa di Pulau Timbang iaitu Klinik Desa Tronglit. Pada masa ini, terdapat pelan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk membesarkan Klinik Desa sedia ada yang dapat menampung lebih kurang 50 orang pesakit pada satu-satu masa. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Usukan. Kementerian saya melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berterima kasih ke atas cadangan-cadangan yang telah diutarakan JKNS mengambil maklum tentang cadangan-cadangan tersebut dan akan mengangkatnya untuk dibincang selanjutnya.

Kementerian saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tungku kerana menyokong usaha kementerian program homework. Walau bagaimanapun makanan, susu dan pampers bukan sebahagian daripada program berkenaan. Namun demikian, kementerian saya melalui JPKA meluluskan peruntukan kewangan bulanan sebanyak RM500 bagi setiap kes. Dengan wang berkenaan keluarga mereka boleh membeli keperluan asas masing-masing. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Lumadan. Kementerian saya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum tentang kesukaran pembendungan penyalahgunaan dadah yang dialami oleh masyarakat khususnya di daerah Beaufort. AADK tidak mempunyai cadangan untuk menjadikan daerah Beaufort sebagai pusat AADK di Pantai Barat Selatan buat masa ini. Walau bagaimanapun, pengurusan AADK bagi daerah Beaufort dan sekitarnya pada masa ini masih lagi menggunakan petugas dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Langkah ini bersifat sementara sahaja sehinggalah masalah penjawatan untuk kakitangan AADK dapat diselesaikan oleh Jabatan Pekhidmatan Awan Malaysia dalam masa terdekat.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Kapayan. Antara dasar UNICEF yang melibatkan kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am adalah dengan pelaksanaan dasar-dasar.. pelaksanaan dasar kanak-kanak negara. Dasar ini adalah mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Oleh yang demikian, langkah dan usaha yang telah diambil oleh kementerian ini melalui JPKA untuk kanak-kanak terutamanya OKU adalah dengan menubuhkan institusi seperti berikut:

1) Institusi Perlindungan Melalui Taman Didikan Kanak-Kanak Upaya 2) untuk OKU; 3) Institusi Latihan Rasmi dan Tidak Rasmi PPKK; 4) Pusat Perkembangan Dalam Komuniti (PPDK).

Untuk makluman, kementerian ini melalui JPKA juga menyediakan pembelajaran awal melalui Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) kepada kanak-kanak yang

tidak berpeluang menghadiri sesi pembelajaran di tabika dan taska terutamanya di kawasan luar bandar ataupun di pedalaman. Kementerian ini akan menambah baik perkhidmatan asas kepada kanak-kanak dengan...

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

… asas kepada kanak-kanak dengan menyediakan sarapan pagi kepada kanak-kanak bermula pada tahun 2022.

Untuk makluman, PPKK merupakan salah satu inisiatif flagship KPNKR bagi tahun 2022 dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Dengan demikian, semua kanak-kanak di bawah seliaan kementerian ini akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kapayan, kementerian saya...

Jaa...ah tuan menteri, tuan menteri, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh beri laluan, menteri?

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, sila.

Cerita tentang itu budak-budak yang mengemis di Sandakan. Saya yang kita yang jumpa pernah jumpa kes kita sama-sama dengan OCPD dengan MPS dengan kebajikan.

Masalah kita jumpa, ini pengemis mahu hantar dia balik, ke contoh pergi Kampung Beluran, Telupid, mahu ambil masa dua(2) tiga(3) atau satu minggu bertahan di satu tempat. Tapi masalahnya kita tidak ada tempat itu, tak ada rumah itu, atau tidak ada satu yang, yang, jaga ini budak-budak walaupun dia warganegara, dia ada ibu bapa juga, dia ada keluarga juga.

Itu yang saya harap menteri dapat buat satu rumah atau satu pertahanan untuk buat record selepas itu bagi dia makanan selepas itu, kita guna transport hantar dia balik pergi yang kampung yang asal.

Ini yang antara satu cadangan. Polis tidak boleh lokap dia, kebajikan tidak ada tempat yang simpan dia,

MPS pun tidak ada tempat yang boleh kumpul ini budak-budak. Jadi saya berharap menteri dapat selesai ini masalah. Walaupun saya rasanya bukan saya Sandakan sahaja, saya rasanya Tawau, Lahad Datu ataupun Kunak pun begitu. Memang KK ada tempatnya, tapi di lain-lain tempat east coast langsung tidak ada tempat, begitu. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Okay, terima kasih Ahli Yang Berhormat Elopura.

Saya mengambil maklum, makluman yang telah disampaikan dan akan mengambil tindakan yang susulan.

Okay, saya teruskan untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kapayan. Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah memang sedar tentang keperluan untuk melibatkan semua golongan wanita dalam program-program pembangunan wanita. Antara program berimpak tinggi untuk wanita adalah seperti berikut;-1) Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa ataupun Women of Substance.

Adalah lebih kepada program yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita akan kepentingan terhadap kemahiran kepimpinan dan wanita di peringkat pembuat keputusan; 2) Program Pembangunan Gender pula, merupakan program memberi fokus kepada program yang melatih para peserta untuk menjadi pelatih yang peka terhadap isu gender dengan kepakaran khusus dalam bidang tersebut. Program ini memberi kesedaran kepada para peserta terhadap keperluan menyeluruh ataupun inclusive semua golongan; 3) Program Pembangunan Ibu Tunggal, memfokuskan kepada program-program yang boleh menambah kemahiran dan peluang keusahawanan kepada para peserta yang mengikuti program.

Berhubung dengan dasar 30% wanita di peringkat pembuat keputusan, kementerian saya melalui Majlis Penasihat Wanita Sabah ataupun MPWS telah diberi mandat untuk menubuhkan satu pusat akademi kepimpinan wanita bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin dan pembuat keputusan dalam polisi kerajaan untuk menjaga

kepentingan wanita dan masyarakat dalam pembangunan serta kemajuan wanita di negeri Sabah, seiring dengan aspirasi, dasar dan hala tuju kerajaan. Pada masa ini MPWS sedang merangka model-model kepimpinan untuk kegunaan pusat akademi kepimpinan wanita tersebut.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Kapayan juga, kementerian saya juga melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serious tentang masalah kesihatan mental di negeri Sabah. Untuk makluman, berdasarkan kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia 2019, isu kesihatan mental di negeri Sabah adalah berada di tangga yang ke-4 dan bukannya tertinggi di Malaysia.

Sebagai maklumat tambahan, antara Dasar Kesihatan Mental Negara dalam fasa pemulihan adalah seperti berikut;-1) Perkhidmatan mudah diperolehi dan saksama; 2) Perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan menyeluruh; 3) Kerjasama dengan pelbagai sektor; 4) Penglibatan masyarakat.

Berhubung dengan peruntukan yang disediakan untuk melaksanakan dasar ini di Sabah, kementerian saya melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi tujuan pemulihan kesihatan mental, meliputi promosi kesihatan mental, latihan pemulihan dan ubat-ubatan. Untuk menjawab kepada cadangan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong, kementerian saya melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berterima kasih atas cadangan Ahli Yang Berhormat tentang pemeriksaan di pelabuhan atau di lapangan terbang. Untuk makluman, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah berbincang dan seterusnya bekerjasama dengan pihak pengendali Malaysia Airport Holdings Berhad, Sabah Ports and Harbour Department bagi pemeriksaan semasa ketibaan dengan melantik makmal swasta untuk menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sungai Manila, kementerian saya berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat kerana membangkitkan isu kesukaran badan bukan kerajaan khususnya persatuan berkaitan OKU semasa pandemik COVID-19. Untuk makluman, kementerian saya melalui Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM106,000 kepada Pertubuhan Orang-Orang Buta Sabah cawangan kawasan Sandakan pada tahun 2021 dan bukannya RM60,000.

Kementerian saya akan berusaha untuk mendapatkan lagi peruntukan bagi tahun hadapan untuk tujuan sedemikian. Untuk menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Tanjong Kapor, kementerian saya merakamkan ucapan terima kasih ke atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap mangsa kebakaran di Landung Ayang. Kementerian saya akan memantau dan membantu dalam mempercepatkan penyaluran bantuan sepertimana yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Tuan Speaker, sebagai mengakhiri ucapan saya...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Datuk Tuan Speaker, boleh minta laluan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan cukup menarik.

Antara kementerian yang popular di akar umbi.

Saya ada dua(2) perkara yang ingin disampaikan dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertama, tentang penerima bantuan-bantuan kebajikan yang telah ditamatkan yang telah tidak disambung. Apakah mekanisme komunikasi yang pihak kementerian berikan kepada penerima-penerima ini sebab bantuan itu dihentikan?

Lawatan-lawatan saya ke beberapa kampung ini antara aduan yang banyak disampaikan.

Saya tanya kenapa diberhentikan?

Mereka pun tidak tahu.

Jadi, kalaulah pihak kementerian barangkali Jabatan Perkhidmatan Kebajikan itu dapat memberi secara bertulis barangkali, mudah untuk penerima ataupun keluarga itu memahami justifikasi. Itu yang pertama.

Keduanya tentang Bantuan Bakul Makanan. Terima kasih di atas jawapan bertulis kepada salah satu soalan bertulis saya.

Saya terima sebentar tadi yang mana

kementerian ataupun kerajaan tidak akan meneruskan pemberian bakul makanan. Dalam budget kita tahun ini ada RM173 juta untuk program berkaitan dengan COVID-19 dan pasca C0VID.

Tadi Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang homeward dan saya sangat menyokong.

Cumanya disebut juga dia dalam bentuk pinjaman. Dalam pelaksanaan Program Bakul Makanan yang kita laksanakan, yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini, dia memakan peruntukan sekitar RM30 juta-RM40 juta, mungkin lebih.

Bolehkah budget ini diolah semula pasca COVID ini, supaya sebahagian daripada peruntukan RM173 juta yang diperuntukkan untuk bakul makanan itu yang tidak diteruskan dapat digunakan untuk membiayai Program Homeward ini? Supaya kelengkapan dia tidak lagi dipinjamkan tetapi barangkali di, diberi terus kepada apa nama, rakyat yang kita kenal pasti memerlukan itu.

Ini dua(2) perkara yang saya ingin sama ada minta penjelasan kah atau bentuk cadangan kah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Speaker.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Yang Berhormat Speaker.

Berkaitan ja, ah berkaitan...

Berkaitan ja, ah berkaitan. Ah, okay?

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Okay ah, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kadamaian.

Berkaitan dengan bantuan kebajikan yang tidak disambung, bukan dihentikan kerana bantuan-bantuan kebajikan ini adalah di apa renew, diperbaharui setiap tahun dengan memastikan bahawa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu dipatuhi.

Jadi memang ada kes-kes yang berlaku, di mana selepas tamat tahun dia hanya menerima, tahun selepas itu mungkin kriteria penerima sudah berubah, mungkin

anaknya sudah bekerja.

Kalau waktu dahulu anaknya belum bekerja, tetapi pada tahun selepas itu anaknya sudah bekerja dengan gaji yang agak baik, maka dia terkeluar.

Jadi apa yang saya nasihatkan kepada penerima-penerima bantuan kebajikan untuk sama-sama berhubung dengan pegawai-pegawai kebajikan di daerah-daerah masing-masing, untuk tujuan mengemaskini maklumat peribadi agar untuk memastikan bahawa mereka masih terus layak untuk menerima bantuan kebajikan tersebut.

Sekiranya ada kes-kes yang terpencil, bolehlah berhubung terus kepada saya. Untuk home ward, home ward ini di mana kita pinjamkan katil boleh laras kepada pesakit yang terlantar di rumah, untuk mereka mendapat penjagaan bersama ahli keluarga terdekat.

Jadi kita berpendapat bahawa katil tersebut kita pinjamkan kerana dengan konsep meminjam, selepas pesakit yang telah meminjam katil tersebut tidak lagi memerlukannya, maka katil itu boleh diulang ya, diulang semula. Jadi macam saya katakan tadi, kita pada asal pelancaran Program Home Ward ini, kita menyediakan 100 katil, tetapi kitaran katil ini sudah mencapai 242%. Ertinya, dia sudah menjangkau jauh daripada jumlah katil tersebut. Katil itu sudah di recycle balik-balik ertinya, lebih ramai rakyat kita yang memerlukan katil tersebut dapat merasainya. Jadi itulah konsep yang diberikan, tetapi apa yang ingin saya katakan sekali lagi atau ulangi, sebagaimana kita jawab kepada pertanyaan ADUN Tungku tadi, bagi penerima katil boleh laras, dalam tempoh meminjam katil tersebut, mereka dibantu lagi dengan RM 500 untuk tujuan memberi keringanan terhadap kos-kos yang diperlukan.

Yang Berhormat Menteri, soal bantuan yang tidak disambung tadi tu, kalau boleh saya mencadangkanlah.

Ini pengalaman peribadi saya, di mana saya berjumpa dengan orang yang sudah tua yang dan begitu miskin, lepas tu anak-anak dia pun yang tidak mampu, yang merasa begitu sedih, menangis di hadapan kita, bagitahu kenapa bantuan dia tidak lagi sama. Itu yang pertama. Keduanya, saya mencadangkanlah kalau boleh, kalau sudah tua kita tidak tahu dia akan boleh lagi kembali kepada kehidupan yang muda dia, normal untuk hidup seperti biasa.

Kalau boleh teruskan saja lah itu bantuan.

Itu yang pertama.

Keduanya, pagawai-pegawai kita di bawah harus proaktif, harus proaktif sebab mereka ini adalah kumpulan yang susah dan mungkin juga mereka ini ada keterbatasan yang kita tidak tahu sebenarnya.

Kenapa boleh sampai lapse.

Jadi ada baiknya kalau sudah sampai ke tahap itu, pegawai itu sendiri lawatlah orang tersebut dan biarlah mereka yang update kan itu semua dokumen, supaya tidak ada kes di mana orang akan berkecil hati dengan kita. Dia ni sampai tua, sampai mati dia akan ingat ini. Kenapa kerajaan ini tiba-tiba dia tarik? Bukan dia tarik pun, tapi disebabkan apa ini kegagalan dia untuk memenuhi syarat. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri....

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada, sekarang sudah 25, 25 minit, hanya Kapayan satu-satunya YB wanita, berikan dia peluang sedikit, dua tiga minit kalau boleh saya berikan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Saya jawab dulu daripada ADUN Tungku, lepas itu....

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Lepas itu ya.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Lepas itu saya akan bagi laluan kepada ADUN Kapayan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, terima kasih. Sila duduk Yang Berhormat.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, untuk cadangan mungkin juga teguran daripada Ahli Yang Berhormat Tungku, saya terima. Saya mengambil maklum dan sebagaimana yang saya katakan pada awal tadi sekiranya untuk kes-kes terpencil yang mungkin

dirasai tidak ada tindakan, bolehlah terus berhubung dengan saya untuk tindakan susulan. Memang saya sedang memantau prestasi pegawai-pegawai kementerian, jabatan-jabatan yang bernaung di bawah kementerian ini, di seluruh daerah di negeri Sabah untuk memastikan bahawa budaya prihatin dan bertanggungjawab, caring and responsible society itu kami dapat terapkan sebagai budaya kerja untuk warga kementerian KPMKR.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, silakan Kapayan. Sila, ini penghabisan ya.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih YB Menteri, terutama jawapan yang memuaskan dan terperinci atas soalan. Saya juga ada cadangan saja berkaitan dengan kerja-kerja yang dibuat oleh MPWS and JHEWA, terutamanya dalam aspek penjagaan kanak-kanak dan juga kepimpinan wanita ini lah.

Saya juga merasa bahawa NGO-NGO banyak membuat kerja ataupun latihan seperti itu dan saya cadangkan agar di usaha-usaha ini dipersatukan, dikuatkan lagi lah supaya ada kerjasama di antara kerajaan dan juga badan-badan yang membuat ini.

Yang kedua, dan soalan saya berkenaan kriteria yang digunakan oleh kerajaan apabila memberi bantuan kepada mangsa kebakaran.

Saya mengam difahamkan bahawa mangsa kebakaran di Landung Ayang ini diberikan RM 20 ribu satu keluarga, tapi apabila ada kebakaran di kawasan Kapayan, dan malangnya ada beberapa yang terjadi di Kapayan pada hujung tahun lalu, tahun ini juga tapi tidak mendapat layanan yang sama.

Jadi saya ingin mengetahui apakah kriteria yang digunakan apabila memberi bantuan seperti itu? Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kapayan, cadangan untuk bekerjasama dengan NGO-NGO bagi tujuan penjagaan kanak-kanak dan hal ehwal wanita akan kita, amat kita alu-alukan dan akan kita lakukan. Berkaitan dengan bantuan kebajikan bagi mangsa-mangsa bencana, sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ianya mempunyai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bagi kes kebakaran di Landung Ayang yang dimaklumkan bahawa mangsa kebakaran akan menerima bantuan RM 20 ribu dalam bentuk barang-

barang bahan binaan. Itu adalah peruntukan khas daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ianya bukan melalui, ianya bukan bajet kementerian tetapi adalah peruntukan khas daripada Ketua Menteri, disalurkan terus kepada kebajikan untuk tujuan tersebut. Jadi....

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Mohon laluan, Datuk Speaker.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Sekejap ah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menteri. Menteri, kalau boleh kasih tapi....

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sama. Sama tajuk menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Okay, okay.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, menteri. I think I, saya pernah juga bekerja di kementerian YB Menteri, saya juga faham yang bantuan daripada kementerian especially Jabatan Kebajikan untuk bencana adalah dalam bentuk makanan kering. Tapi kalau boleh saya cadangkan menteri, semoga menteri dapat materialize kan benda ini. It is time untuk kita ubah sedikit bantuan supaya ditukar dalam bentuk wang tunai, kalau boleh menteri. Saya melawat beberapa rumah yang hangus terbakar, bantuan dari JKM adalah makanan kering, mahu masak di mana? Kan? Dia kasih mee kering, dia kasih you know makanan, mahu dimasak di mana? Sedangkan ketika itu saya melihat ada anak kecil yang perlukan susu. Saya rasa ada wanita yang memerlukan mungkin pakaian yang sesuai dan saya rasa kena diberi bantuan sesuai dengan keadaan mangsa. Jadi saya harap Jabatan Kebajikan ada sedikit kelonggaran untuk memberi bantuan sesuai dengan keperluan mangsa. Terima kasih, menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Saya tidak dapat recall secara keseluruhan that a jenis-jenis bantuan yang diberikan, tetapi apa yang saya dapat kongsikan di sini, bila

sesuatu bencana berlaku ianya di bawah kendalian Jawatankuasa Bencana Daerah yang mana dipengerusikan oleh Pejabat Daerah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am ataupun Jabatan Kebajikan Am akan terlibat apabila sesebuah Pusat Pemindahan Sementara diaktifkan. Di mana pusat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kediaman sementara, partition, makan bermasak itu akan dapat dibekalkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan......

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

…Majlis Keselamatan Negara dalam pengurusan bencana.

Disamping itu, sebagai mana tadi saya respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Elopura, bagi kes-kes bencana kecil seperti tanah runtuh rumah rosak disebabkan oleh tanah runtuh, banjir ataupun kebakaran. Kita ada bantuan sama ada bantuan bahan binaan untuk membaiki kerosakan yang ada atau terus memberi tunai sebanyak RM2,000 kepada mangsa yang terlibat. Tetapi, syaratnya adalah mangsa adalah seorang warganegara dan mendiami rumah yang dimiliki atas tanah sendiri.

Sekiranya setinggan itu tidak lah masuk dalam kriteria bantuan di bawah JPKA.

Saya harap, penjelasan ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan situasi sebenar bagaimana kita membantu mangsa-mangsa bencana. Ok?

Tuan Speaker, saya teruskan sebagai mengakhiri ucapan, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan kepada semua umat islam yang ada di negeri Sabah. Marilah kita bersama-sama bertekad untuk terus bekerja keras bagi menunaikan amanah rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri kita yang tercinta.

Bulan Ramadhan menjelang tiba, Amalan mulia ibadah puasa, KPMKR berinisiatif terus berusaha,

Merakyatkan perkhidmatan untuk semua.

Selama sebulan kita berpuasa, Sambutan Aidilfitri pasti menjelma, Santuni wanita hormati warga tua, Masyarakat Sabah Maju Jaya.

Sekian, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sekarang saya menjemput Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, silakan.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Datuk Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan di Dewan Yang Mulia ini pada 16hb Mac 2022 dan menyambut baik saranan-saranan tersebut. Datuk Speaker, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga pelan Sabah Maju Jaya, kementerian saya sentiasa komited untuk memastikan sasaran kerajaan di bawah portfolio kementerian dicapai. Tambahan pula pada dengan pembukaan pintu sempadan pada 1 April ini, kementerian saya akan memastikan strategi dan kesiapsiagaan para pemain industri pelancongan di tahap yang tinggi ke arah pertumbuhan ekonomi lebih baik dan stabil. Pada masa yang sama, alam sekitar dan warisan budaya yang merupakan aset utama pelancongan negeri terpelihara dan dipulihara.

Datuk Speaker, Kementerian saya dan sektor pelancongan negeri sememangnya menantikan pengumuman pembukaan pintu sempadan negara.

Hasil engagement kementerian saya dengan pemain industri pelancongan negeri, saya telah mengangkat kepada perhatian kerajaan negeri agar pembukaan pintu sempadan negeri dan juga Prosedur Standard Operasi (SOP) dapat disamakan seperti mana

pengumuman kerajaan persekutuan. Dengan satu keputusan yang sama dan jitu di antara kerajaan negeri dan persekutuan, ianya mengelakkan kekeliruan kepada para pemain industri pelancongan kita pada masa sama juga dapat memberi peluang dan masa kepada para pengusaha mempersiapkan diri sebelum kedatangan pelancong. Datuk Speaker, Kementerian saya amat yakin kesediaan para pengusaha pelancongan menerima kedatangan para pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Sabah dengan mengadaptasi norma dan Prosedur Standard Operasi yang baharu. Kementerian akan terus komited memberikan dan memperkenalkan pakej-pakej ransangan pada tahun ini serta melaksanakan strategi-strategi pemasaran yang komprehensif.

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini, sungguh pun pintu sempadan ditutup, kementerian saya tetap mengatur strategi yang memfokuskan usaha perkongsian pintar bersama syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan pejabat-pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia di luar negara untuk memaksimumkan sumber demi mencapai matlamat yang sama iaitu mempromosikan Sabah dan menarik kedatangan pelawat apabila pelancongan antarabangsa sudah dibenarkan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pada 24 Mac 2022 ini, Malaysia Airport Berhad bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta MyEG atau dikenali sebagai Malaysia Electronic Government, satu agensi yang diguna khidmat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengadakan simulasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Turut serta dalam simulasi ini juga adalah para pemain industri pelancongan negeri.

Simulasi ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap protokol keselamatan dapat diadaptasi bagi persediaan pembukaan pintu sempadan.

Datuk Speaker, tahun 2022 akan menjadi tahun yang amat baik yang akan mampu melonjakkan produk pelancongan negeri Sabah yang berasaskan alam semulajadi di tahap yang lebih tinggi. Di bawah Perancangan Strategik Taman-Taman Sabah, pelaksanaan projek ikonik eko-pelancongan diusahakan selaras dengan perancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Terdapat satu

projek biayaan kerajaan persekutuan dan 7 projek pembangunan biayaan kerajaan negeri sedang dilaksanakan.

Manakala, melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, projek Selam Skuba Rangka Kapal dan Selam Bebola Terumbu di Pulau Mamutik, Taman Tunku Abdul Rahman dirancang akan dilancarkan pada tahun ini yang akan menarik perhatian para penyelam skuba.

Selain daripada itu, program Anak Angkat Orkid Liar dan Anak Angkat Rangka Karang juga akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini sebagai salah satu produk pemasaran pelancongan medium pemuliharaan. Program yang diperkenalkan oleh Taman-Taman Sabah ini di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya, akan melibatkan orang awam dalam usaha rehabilitasi terumbu karang di Taman Marin di bawah konsep Citizen Science yang bermaksud untuk membawa orang awam yang tidak mempunyai latar belakang sains alam semulajadi untuk bersama-sama menjayakan usaha-usaha sekaligus mempromosi usaha pemuliharaan di negeri Sabah. Dalam aspek pemerkasaan pengurusan alam sekitar yang bersepadu di negeri Sabah, pelbagai kajian akan dilaksanakan pada tahun 2022 di mana kajian-kajian ini dilaksana berdasarkan keperluan semasa berkaitan alam sekitar.

Antara kajian yang akan dilaksanakan tahun ini adalah kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom Semporna, Sabah. Kajian Pengurusan Sisa Efluen dan Pepejal Kilang Kelapa Sawit di Sabah dan kajian Cadangan Penubuhan Lembaga Profesional Alam Sekitar Sabah.

Datuk Speaker, dari aspek pengurusan hidupan liar yang menjadi tarikan utama pelancongan bagi pasaran Eropah, program-program penguatkuasaan, pengawalan dan kajian hidupan liar menjadi antara program yang semakin giat dijalankan pada ketika ini mengikut norma baharu. Pelan-pelan Tindakan yang telah dirangka akan diimplementasikan dengan melaksanakan beberapa pendekatan.

Antaranya, penubuhan Unit Konservasi Hidupan Liar Terancam di Lahad Datu. Pada tahun ini juga…

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Pada tahun ini juga, pembangunan Eco-Tourism di Gua Gomantong dijangka akan siap dan dibuka kepada para pelancong pada tahun hadapan. Datuk Dr.

Tuan Speaker, boleh minta laluan? Minta maaf, tengah rancak nanti saya takut terlupa.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Sekali Yang Berhormat. Boleh?

Ada usul penangguhan yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri ADUN dari Sukau. Silakan.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2)(1)(b) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, dewan ini tidak ditangguhkan sehingga selesai giliran kesemua Yang Berhormat Menteri-menteri menggulung mengikut aturan urusan mesyuarat pada hari ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Penyokong ?

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Yang Berhormat Bengkoka, terima kasih menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa dewan ini tidak akan ditangguh sepertimana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Teruskan Yang Berhormat Menteri. (Ahli Dewan Undangan bersetuju) Datuk Dr.

Saya minta laluan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Sila ya, teruskan Sulabayan.

Datuk Dr.

Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Ya.

Datuk Dr.

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik ingin mengambil perhatian tentang pemuliharaan terumbu karang tu di Semporna tadi. Pertama, setakat ini kita sudah ada akta tak, tentang undang-undang? Pasal ialah kita tahu, terumbu karang ini terutama saya lihat di tempat saya masih lagi berlaku pencerobohan ataupun macam bom ikan apa semua dan yang kedua tadi ada disebut akan ditingkatkan diperbanyakkan penguatkuasaan.

Itu satu pendekatan yang baik.

Satu lagi cadangan saya, melihat bila berlaku pandemik COVID ini masuk dua(2) tahun bila tidak ada sudah scuba diving, snorkelling, so, terumbu karang itu makin bertambah baik. So, saya mencadangkan macam berlaku di Negara Jepun. Dalam satu tahun, mesti ada sebulankah atau dua bulan, tak dibenarkan snorkelling, scuba diving. So, ini kita demi menjaga apa ini pemuliharaan batu karang di situ. Terima kasih banyak.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih ADUN Sulabayan. Saya ambil maklum tentang cadangan itu dan kita akan melihat untuk memastikan terumbu karang kita dapat kita pelihara.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Abdul Rahman)

Menteri mahu berikan?

Sebelum ini Yang Berhormat Menteri saya ada minta penjelasan lebih lanjut mengenai Program Anak Angkat Rangka Karang, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri akan sebut dalam penggulungan nanti.

Yang keduanya, saya ingin bertanya mengenai sebab tadi ada sebut pasal hidupan liar especially Lahad Datu.

Saya mahu bertanya status progress Electric Fencing.

Kita punya kawasan hutan apa ini hidupan liar antara hutan simpan

hidupan liar kita dengan pekebun-pekebun kecil di apa kawasan Lahad Datu. Sebab saya mendapati bahawa masih lagi terdapat kejadian di mana gajah-gajah kita terlepas keluar daripada Tabin Wildlife. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Tentang... ya, saya akan sampai ke sana seperti yang pertanyaan dengan ADUN Tungku, dan perkara yang disentuh yang kedua tentang Electric Fencing saya akan menjawab secara bertulis.

Datuk Speaker, pada tahun ini juga pembangunan Eco-Tourism di Gua Gomantong dijangka akan siap dan dibuka kepada para pelancong pada tahun hadapan. Kemudahan yang disediakan ini akan membolehkan para pelawat melawat gua-gua sarang burung bahagian atas iaitu Gua Batu Semut Putih dan Gua Batu Ulun-ulun. Ini salah satu produk pelancongan baharu negeri yang akan diperkenalkan kepada awam.

Datuk Speaker, perancangan yang holistik untuk memulihara serta memelihara warisan dan budaya juga menjadi bidang keutamaan kerajaan untuk memacu Pelan Sektor Pelancongan. Melalui Perancangan Malaysia Ke-12, kementerian saya pada tahun ini akan melaksanakan Projek Naik Taraf Kemudahan Pelawat ke Perkampungan Tradisi Kampung Warisan Fasa 1 dan 2 di Kompleks Muzium Sabah dan Projek Kemudahan Relokasi Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan Fasa 2 di Keningau. Dengan pelaksanaan projek ini ia akan memberi nilai tambah tarikan Jabatan Muzium Negeri Sabah.

Datuk Speaker, hubungan etnik yang harmoni merupakan kunci keamanan dan kemakmuran sesebuah kerajaan khususnya negeri yang mempunyai etnik dan agama yang pelbagai. Bagi menjadikan Sabah sebuah negeri yang kekal aman dan unik sebagai tarikan pelancongan, kementerian saya melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Pelancongan Budaya Bersepadu yang merangkumi Program Hentian Budaya sebagai laluan pelancongan ke daerah. Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas saranan dan cadangan yang telah dikemukakan kepada

kementerian saya.

Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang berhormat agar kita bersama-sama membantu memulihkan serta meningkatkan lagi kualiti sektor pelancongan negeri di peringkat lebih tinggi. Dengan itu, izinkan saya memberi penjelasan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan kepada kementerian saya.

Datuk Speaker, Yang Berhormat N.28 Kawang dan juga Yang Berhormat N.60 Tungku ada bertanyakan mengenai program pelancongan di bawah Inisiatif Sabah Maju Jaya dan pelancongan berasaskan semula jadi dan juga pertanyaan berhubung pakej insentif kepada pengusaha pelancongan tempatan. Untuk makluman Tungku dan Kawang, antara pakej-pakej rangsangan yang diperkenalkan kepada para pengusaha pelancongan pada tahun ini, antaranya Kempen Mansau Sabah Boostku, Boostku, bukan bossku, boostku ada satu e-wallet yang memberikan insentif RM100 melalui platform e-wallet Boost. Yang kedua, insentif untuk syarikat-syarikat penerbangan bagi menggalakkan syarikat untuk tiket penerbangan tersebut memulakan semula laluan penerbangan dan atau membuka laluan penerbangan baharu sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka dan yang ketiga memberi pemberian insentif kepada pelancong domestik dengan pemberian harga rebate untuk pembelian tiket penerbangan Air Asia dan tempahan penginapan di platform SNAP.

Datuk Speaker, Yang Berhormat daripada N.73 Sebatik ada bertanya mengenai Program Kesenian dan Kebudayaan dalam usaha mengangkat seni budaya negeri Sabah. Kalau boleh saya skip memandangkan ADUN Sebatik tidak berada di dalam dewan ini.

Speaker

Saya serahkan sama Yang Berhormat Menteri untuk membuat keputusan.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

ADUN Kuamut.

Oh ada, ada.

Untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat dari N.57 Kuamut berhubung cadangan untuk mewujudkan Taman Safari di Kuamut, Tongod. Untuk makluman Yang Berhormat serta Dewan Yang Mulia ini, pada ketika ini kementerian saya belum mempunyai hasrat untuk membuka Taman

Safari di Sabah memandangkan perkara ini memerlukan peruntukan yang besar. Walau bagaimanapun, kementerian saya amat mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak swasta yang ingin menjalankan secara usaha sama.

Namun ianya tetap bergantung kepada lokasi kawasan yang strategik.

Kawasan saya, kementerian saya juga pernah membuat perbincangan dua hala dengan pihak Taman Safari...

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

…Taman Safari Bogor, Indonesia sebelum pandemik COVID-19 melanda dan hasil daripada perbincangan tersebut mereka berminat untuk melabur, untuk membuka Taman Safari ini jika berpotensi memberi pulangan yang menguntungkan kepada mereka.

Ahli Yang Berhormat N.1 Banggi, N.27 Limbahau, N.28 Kawang, N.62 Silam dan N.63 Kunak telah menyarankan agar kementerian membantu, membangunkan dan mempromosi produk-produk pelancongan yang mempunyai potensi di daerah mereka. Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah sememangnya telahpun mengenalpasti beberapa kawasan berkenaan yang berpotensi untuk dibangunkan dan dimajukan menjadi kawasan dan produk pelancongan daerah, contohnya seperti memperkenalkan tapak sulaman melalui aktiviti selam skuba perairan Blue Ring Reef. Ini antara salah satu Blue Ring yang terdapat di dunia dan berpotensi untuk dimajukan dan diketengahkan sebagai salah satu tarikan yang terdapat di daerah Kunak. Dalam hal ini, kementerian saya mengalu-alukan cadangan ini dan bersedia bekerjasama dengan majlis tindakan pelancongan daerah dalam merealisasikan perkara ini.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Mohon laluan Datuk Speaker.

Speaker

Ya, silakan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Menteri, saya cuba..cuma ingin meminta sekali lagi penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab walaupun seringkali kita dengar Blue Ring Reef itu ditemui oleh penyelam daripada Lahad Datu dan banyak tulisan-tulisan di..di media sosial yang mengatakan Blue Ring Reef berada di Lahad Datu tetapi Kunak dapat jackpot sebab melalui persempadanan JTU, Blue Ring Reef tersebut terletak di daerah Kunak. Jadi saya rasa saya sangat

bangga terima kasih kepada YB Menteri maknanya secara rasmi Blue Ring Reef itu terletak di daerah Kunak. Terima kasih YB Menteri.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih ADUN, oleh Yang Berhormat…

Speaker

Ini ADUN Tungku sama Kunak ni betting kah di mana kawasan Blue Ring Reef ini?. YB Menteri silakan.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Datuk Speaker, mengenai dengan saranan-saranan dan soalan-soalan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya berikan penjelasan kementerian saya akan memberi penjelasan secara bertulis. Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. (suara bertindih)

YB Menteri..

Speaker

YB Menteri ada…

Mahu gulung sudahkah?

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Ia, habis sudah.

Ada satu soalan saya. Saya mohon penjelasanlahkan kalau boleh kita berbincang di sini soal anak angkat rangka karang. Kalau boleh tolong bagi detail sedikit mengenai program ini dan bagaimana community setempat boleh terlibat dalam program ini. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Yang betul, nanti saya jawab seperti yang dinyatakan sebentar tadi saya akan jawab secara bertulis.

Ya Menteri.

Speaker

Ok, Elopura ada mahu tanya?

Ya, terima kasih Speaker, terima kasih Menteri kasih peluang saya. Jadi saya di Sandakan ada beberapa isu nak..nak..nak inform lah tentang airport, airport sudah siap di hujung bulan, hujung bulan Februari. Airport ah lintasan airport itu sudah siap, saya harap saudara Menteri dapat invite agent-agent kalau STP ada OC dapat promotion Sandakan since airport sudah siap bangunan..building sudah siap, semualah jadi harap Menteri dapat promosi Sandakan punya pelancongan…

Speaker

Menteri minggu-minggu balik Sandakan mah.

[ketawa] Terima kasih ya, kecuali ini logistic pun satu antara satu yang peluang untuk yang eksport seafood juga sebab ini antara satu logistic boleh landing besar punya kapal terbang. Ini satu antara satu logictic jugalah kecuali itu yang information centre, tadi saya rasanya Sri Tanjong pun sebut information centre tourism information centre nak buat di airport lah. Jadi sekarang sedia siap sedia untuk stand by for tourist masuk Sandakan. Ini yang isu yang kita nak inform. Yang last ialah saya cakap last muzium di Sandakan langsung tidak berfungsi. Ini yang antara saya sakit hati sebab di Sandakan ada 150 sampai 200 tahun punya sejarah.

Speaker

Jangan sakit hati, tidak senang hati.

[ketawa] Jadi itu yang masalahnya tidak senang hatilah, saya bilang nampak muzium 150 tahun punya sejarah.

Speaker

Sri Tanjong duduk.

Hilang, hilang begitu sahaja ah, tiada prepare atau tiada operation atau ada yang tidak baik pulih balik ini muzium di Sandakan. Terima kasih Menteri.

Datuk Speaker, Datuk Speaker, boleh minta… [suara bertindih]

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Sekejap saya jawab dulu…

Speaker

Biar dia jawab dulu yang Elopura punya.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Saya ambil maklum tentang apa yang disarankan oleh YB Elopura dan akan ambil tindakan.

Speaker

Ok, Tanjong Kapor tadi duluan.

Banggi

Speaker

Eh Banggi sorry, sorry…

Terima kasih Datuk Speaker [suara bertindih] dan Datuk Menteri, terpaksa juga menyoal sebab ada permintaan daripada rakyat di bawah sana. Soalannya mudah sahaja Datuk Menteri saya ingat sudah dikemukakan juga oleh YB Darau sebelum ini. Cuma perkara ini berlaku lagi semula di kawasan saya iaitu berkenaan dengan buaya ini. Ada beberapa kes sebelum ini berlaku dan…

Speaker

Mengenai apa?.

Menjadi kerisauan kepada para nelayan

Speaker

Yang Berhormat mengenai apa…

Buaya, buaya…

Speaker

Buaya…

Buaya…

Speaker

Daratkah laut atau sungai?.

Laut Datuk Speaker, jadi adakah pihak kementerian merancang untuk mengadakan kolaborasi dengan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk memastikan sekurang-kurangnya ada pelan untuk meminimakan perkara ini daripada berlakulah. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Banggi. Saya akan mengambil maklum dan ambil tindakan yang sewajarnya. Saya akan pastikan kalau boleh jabatan di bawah kementerian saya untuk melihat secara serius tentang kejadian-kejadian ancaman buaya ini. Terima kasih.

Speaker

Jangan terlampau pergi dekat sungai tu ha. Yang Berhormat Menteri. Tepi saja. Ok Sri Tanjong mahu tanya apa?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker, mengenai dengan airport tadi yang disebutkan oleh ADUN Elopura. Sebenarnya saya ingin mengutarakan bahawa di airport-airport di seluruh Sabah ada satu fenomena di mana banyak kedai sudah gulung tikar.

Susulan daripada wabak pandemik ini, cadangan saya kepada YB Menteri, sama ada bolehkah atau tidak kementerian, menteri berbincang dengan MHV. Jadi kedai-kedai ini dapat di occupy ataupun di sewa kepada pengusaha tempatan, jadi semasa pengembara antarabangsa ataupun dari Semenanjung datang mereka dapat membeli-belah sebelum mereka balik ke tempat masing-masing dan juga pada masa yang sama dapat menolong orang-orang kita di Sabah.

Jadi saya minta juga Tawau airport pun sangat sesak jika tourist come back dan minta juga YB Menteri untuk terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau boleh expand Tawau airport sebab setahu saya memang ada pelan sudah, memang ada pelan untuk expand itu Tawau airport untuk menambah itu gate dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih YB. Saranan dan juga cadangan daripada Ahli Yang Berhormat akan

saya ambil maklum dan akan ambil susulan terutama yang melibatkan gerai-gerai...I mean kedai-kedai di Lapangan Terbang yang mana masih kosong untuk kalau boleh kita ajukan kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakanlah tentang cadangan untuk pembesaran itu akan kita salurkan kepada mereka yang berwajib. Datuk Speaker, mengenai dengan saranan-saranan dan soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat ….

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

...soalan-soalan Ahli Yang Berhormat...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

YB Menteri, sikit..

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

yang tidak sempat saya berikan penjelasan...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk menteri?

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Kementerian, yes?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Thank you Datuk Speaker.

Saya nak tanya, apakah status terkini berkenaan dengan Kota Kinabalu International Airport 2, itu Low Cost Terminal? Yang kalau saya tak ingat silap, memang ada plan untuk bangunkan ini Low Cost Terminal yang AirAsia pun ada hantar proposal kepada kerajaan negeri untuk bangunkan Terminal 2 Kota Kinabalu International Airport. So saya nak tanya apakah status terkini, kerana kita bersiap sedia untuk menerima semula pelancong-pelancong antarabangsa datang balik ke Sabah. Kalau kita nak mengambil kesempatan ataupun mengambil peluang ini untuk bangunkan bukan saja KKIA 1 tapi KKIA Terminal 2.

Saya rasa ini masa yang tepat.

Apakah pandangan? Terima kasih. Thank you, Datuk Speaker.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Luyang. Saya mengambil maklum juga

dan saya setuju dengan penggunaan lapangan terbang yang baru, kedua, KKIA 2 itu. Tetapi as per now, status dia saya pun belum, saya akan jawab secara bertulis setelah mendapat pengesahan dan juga tentang apa status KKIA 2. Datuk Speaker, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih kepada menteri atas jawapan-jawapan dan komitmen untuk memberi menyusul pertanyaan-pertanyaan yang kita tidak sempat dijawab.

Sekarang saya persilakan Menteri Tugas-Tugas Khas.

4:24 petang

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum w.b.t...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Waalaikumsalam

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam keluarga Malaysia. Tuan Speaker, saya bersyukur kerana dengan limpah kurnia-Nya mengizinkan saya untuk membuat penggulungan bagi pihak Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas yang melibatkan bidang tanggungjawab pejabat saya iaitu Hal Ehwal Islam dan Pendidikan. Tuan Speaker, sejambak kasih semerbak budi kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas pembentangan Ucapan Dasar Kerajaan sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas.

Selaras dengan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Pejabat Tugas-Tugas Khas bertekad dan beriltizam untuk memastikan dasar dan strategi serta perancangan program dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada pejabat ini dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Tuan Speaker, selaras dengan salah satu komponen Sabah Maju Jaya iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah meluluskan peruntukan kepada pejabat ini untuk bantuan pendidikan dalam memastikan penyelarasan pendidikan di Sabah dapat dilaksanakan. Dan antara penambahbaikan seperti berikut; Satu, Inisiatif Bantuan-Bantuan Pendidikan Oleh Kerajaan Negeri Sabah Melalui Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Tahun 2022. Pertama, meneruskan bantuan yang sedia ada iaitu; Satu, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off yang kita sebut sebagai BUDI. Bagi tahun 2022, kerajaan negeri meneruskan BUDI iaitu bantuan ini secara one-off untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sebanyak RM2,000 untuk Sarjana Muda dan RM1,500 untuk anak-anak Sabah yang mengambil Diploma, Asasi, Matrikulasi di seluruh Malaysia tahun 2022. Bantuan ini dijangka memberikan faedah kepada lebih kurang 5,000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS di seluruh Malaysia.

Ini melibatkan peruntukan sejumlah RM10 juta.

Yang kedua Tuan Speaker, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan bagi tahun 2022. Kerajaan negeri juga menerusi BAKTI iaitu Bantuan Khas Tunai Peperiksan, sebanyak RM200 seorang bagi pelajar yang akan menduduki SPM, semester akhir STPM, dan STAM bagi tahun 2022.

Bagi maksud ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM7.5 juta yang akan memberikan manfaat kepada lebih 37,000 pelajar di seluruh sekolah di Sabah.

Yang ketiga Tuan Speaker, Bantuan Ikhsan Komputer (BAIK 2.0).

Kerajaan juga melalui pejabat ini masih menyediakan bantuan BAIK iaitu Bantuan Ikhsan Komputer tetapi sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar anak Sabah di bawah e-Kasih, miskin tegar yang sedang belajar di IPT, sekolah yang tidak mampu membeli komputer untuk mempelajaran.

Bantuan BAIK kali ini melibatkan peruntukan RM1 juta dan akan memberi faedah kepada 600 pelajar.

Tuan Speaker. Kedua, Inisiatif Bantuan Baru 2022. Bantuan Aktiviti Guru Dan Ibu Bapa Sabah yang kita namakan sebagai BAGUS. Mulai pada tahun 2022 juga, bagi mengiktiraf dan memperkasa peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), kerajaan akan memberikan bantuan peruntukan one-off sebanyak RM2,000 kepada PIBG setiap sekolah di Sabah untuk mereka dapat memantapkan aktiviti bagi kebaikan pelajar dan sekolah masing-masing. Ini melibatkan peruntukan RM3 juta kepada 1,500 PIBG seluruh negeri Sabah.

Tuan Speaker, inisiatif baharu yang kedua iaitu Bantuan Ikhsan Sekolah Sabah. Mulai tahun 2022, kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan bagi pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah seperti komputer, mesin pencetak, multimedia projector, perabot, alat-alat bantuan belajar dan seumpamanya kepada 1,500 sekolah secara berperingkat. Ini bertujuan memberikan keselesaan dan kelengkapan bagi menambah kecemerlangan sekolah di Sabah.

Bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM12 juta.

Yang ketiga, inisiatif yang ketiga, yang terbaru pada tahun 2022 ini Tuan Speaker ialah bermula tahun 2022 bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar anak-anak Sabah disemua peringkat persekolahan yang berjaya mengharumkan negeri Sabah, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar berhubung pendidikan di Sabah yang kita namakan sebagai AKSA, yang cemerlang dalam kurikulum atau kokurikulum. Bagi peringkat kebangsaan, insentif berupa sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 bagi individu dan RM3,000 bagi kumpulan. Manakala peringkat antarabangsa, akan kita hadiahkan sijil dan wang tunai RM3,000 bagi individu, dan RM5,000 bagi kumpulan. Ini melibatkan peruntukan RM500,000.

Tuan Speaker, satu lagi inisiatif baharu yang dilaksanakan pada tahun ini iaitu seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Bajet 2022, iaitu Bantuan Ikhsan Tabung Pendidikan Negeri yang dinamakan sebagai BISTARI dengan peruntukan sejumlah RM5 juta. Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang lahir sepanjang tahun 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri. Inisiatif yang akan memberi faedah kepada 50,000 bayi...

Menteri Tugas-Tugas Khas [Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif]:.... kepada 50,000 bayi, menzahirkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan modal insan dengan merintis galakan menabung untuk pendidikan sejak dari awal kelahiran mereka.

Tuan Speaker, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas juga bertanggungjawab dalam memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam, dilaksanakan oleh agensi dipertanggungjawabkan dengan efisien dan efektif dan selaras dengan undang-undang dan syariat Islam, berdasarkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepertimana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senallang tadi. Pertama, MUIS Halal Hab. Pejabat ini sedang berusaha untuk menjaga kepentingan pengguna Islam dalam hal ehwal barang gunaan dan makanan Islam di negeri ini. Penubuhan MUIS Halal Hab, MUIS adalah langkah, langkah pejabat ini dalam menjaga kepentingan pengguna di neg di negeri ini, dengan potensi pasaran barangan gunaan dan makanan halal yang dijangka meningkat ke USD 3 trilion pada tahun 2023, menjadikan industri halal ini sangat berpotensi untuk menjana ekonomi ummah di negeri ini.

MUIS Halal Hab yang telah beroperasi sepenuhnya pada tahun, pada 17 September 2021 lalu, telah merancang agenda lebih membumi dan membantu industri mikro khasnya di kalangan usahawan-usahawan yang berorentasikan produk keluaran dari rumah, home based.

MHH telah membangun dan memperkenalkan Sijil Patuh Syariah (SPS) dengan kerjasama agensi dan institusi pengajian tinggi seperti SIRIM, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam membangun standard SPS dan latihan kepada auditor halal dan pemain industri. Seramai 84 pengusaha industri mikro telah hadir dalam sesi ulasan dan rundingan Garis Panduan Sijil Patuh Syariah pada 8 Mac 2022 yang lalu yang diadakan Wisma MUIS Kota Kinabalu, di samping lawatan lapangan kepada pengusaha industri bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang industri home based ini. SPS, Sijil Patuh Syariah yang akan dikeluarkan oleh MUIS Halal Hab ini membawa maksud bahawa produk tersebut adalah halal dan selamat, halalan toyyiban

dimakan dan diguna serta mematuhi prinsip makanan dan minuman syarak. SPS ini hanya diberikan kepada industri mikro yang melibatkan pembuatan dan pengeluaran produk makanan dan minuman yang beroperasi di negeri ini.

Pengeluaran SPS akan mula dilaksanakan pada awal bulan Jun 2022.

Tuan Speaker, pejabat ini juga telah mengatasi beberapa isu dalam pembelajaran rendah di Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri ini, termasuk masalah penyediaan buku teks yang dialami oleh SAN, Sekolah Agama Negeri dengan mencetak sebanyak 47 judul buku teks bagi penggunaan pembelajaran Tahun 1 dan Tahun 6. Buku-buku teks ini telah digunakan bermula 21 Mac baru-baru ini yang meliputi subjek Bahasa Arab enam(6) buah, Tauhid enam(6) buah, Fikah enam(6) buah, Khat enam(6) buah, Akhlak enam(6) buah, Tajwid, Sirah, Tafsir, Hadis dan Jawi bagi Tahun 1-6.

Penataran dokumentasi standard kurikulum pembelajaran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi MUIS pada Jun 2020, telah dilaksanakan bermula 7 Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022 yang melibatkan seramai 520 guru di seluruh Sabah.

Ini bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat diterapkan dengan baik di sekolah-sekolah SAN.

Ketiga, kerajaan juga melalui MUIS berusaha untuk memperkasakan Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen MUIS 2004. Lembaga Pengurusan Wakaf mula diwartakan pada 15 November 2018 dan telah dilaksanakan pada 1 Januari 2019.

Lembaga ini insya-Allah akan memantapkan aktiviti wakaf dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan mempertingkatkan urus tadbir hal ehwal wakaf di negeri ini dan lebih terancang dan tersusun dengan diperkemaskan lagi mekanisme pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan selaras dengan objektif penubuhan MUIS. Sabah mempunyai potensi besar untuk membangun bidang wakaf, wakaf kesihatan, wakaf pendidikan, wakaf pembangunan serta mampu menjadi salah satu komponen enjin pembangunan sosio ekonomi masyarakat di negeri ini.

Tuan Speaker, dalam kesempatan ini, saya ingin memberi maklum balas kepada persoalan yang dibangkitkan...

Datuk Dr.

Tuan Speaker.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

... oleh ahli-ahli.. Datuk Dr.

Minta laluan.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Ya, silakan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Sulabayan. Datuk Dr.

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin nak bertanya dari segi permakluman lah tentang beberapa inisiatif tadi.

Pertama, mengenai bantuan kepada anak-anak sekolah sama ada mereka mengikut peperiksaan, dan yang penting juga bantuan bagi PIBG tadi, kerana ini kita Wakil Rakyat selalu jadi sasaran. Bagaimana pihak PIBG maklum tentang perkara ini dan yang keduanya, ialah sistem wakaf ini, saya masih melihat dari segi kepentingan dia, rakyat terutama orang Islam belum begitu maklum sedangkan ianya seperti yang dikatakan tadi merupakan satu ibadah yang sangat penting. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Sulaba, Yang Berhormat Sulabayan dan kita telah memaklumkan kepada PPD di daerah-daerah berhubung dengan perkara ini, berhubung dengan yang disebut sebagai bagus bantuan kepada PIBG kita ada 1,500 PIBG di seluruh negeri akan mendapat bantuan ini, dan insya-Allah kita juga akan membuat, sudah membuat laman berhubung dengan pengumuman tentang ini dan kita akan membuat jelajah ke seluruh daerah berhubung dengan bantuan sedemikian.

Insya-Allah kita akan pastikan seluruh sekolah, insya-Allah. Saya akan bawa bersama Yang Berhormat Sulabayan dan yang YB-YB yang lain, kita bersama-sama untuk membantu kawasan kita khususnya sekolah-sekolah.

Memang betul, setiap tahun itulah yang akan dikemukakan kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat ADUN. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri kerana telah membuat idea yang bagus untuk anak-anak kita di seluruh negeri Sabah.

Yang kedua, berhubung wakaf dan wakaf ini telah kita bentuk jawatankuasa nya, alhamdulillah dan saya juga membawa beberapa pegawai untuk melawat beberapa pelaksanaan wakaf yang berjaya.

Misalnya di Selangor, Yayasan Wakaf Negeri Selangor dan memang sangat baik dan amat berpotensi kalau kita lihat di Mesir, atau kita lihat di Turki, memang wakaf lah yang menjadi penjana kepada pendidikan di negara berkenaan. Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Datuk Speaker, boleh minta penjelasan?

Ringkas.

Terima kasih, Datuk Menteri.

Tahniah di atas banyak inisiatif baru, ini mesti disokong. Satu masalah di kawasan saya, masalah akar umbi terutama yang meneruskan pelajaran ke IPTA, IPTS, bantuan komputer riba tadi daripada ucapan Yang Berhormat Menteri itu dikhususkan kepada keluarga e-Kasih bermula tahun ini, tetapi ada kategori mungkin tidak lah sampai berpuluh ribu tetapi banyak mereka ini yang ibu bapanya tidak tersenarai dalam e-Kasih, tetapi pendapatan mereka sangat terjejas dan tidak menentu iaitu golongan pastor.

Di kawasan saya banyak ini dan saya percaya banyak kawasan lain di mana ibu atau bapa atau kedua-duanya ini bertugas selaku pemimpin agama bukan Islam, pastor di gereja-gereja. Pendapatan mereka itu dari segi pungutan jemaat di gereja mereka. Bila anak mereka ke menerus mendapat tawaran ke IPTA, IPTS, mereka perlukan sokongan. Tadi ada bantuan tunai dan sebagainya, itu sangat bagus dan sangat membantu tapi kalau lah dapat dibantu mereka ini bantuan komputer riba, misalnya. Selain daripada keluarga e-Kasih tadi itu, ada cara untuk kita membantu bagi anak-anak pastor ini memiliki komputer riba bila mereka ke IPTA, IPTS yang menawarkan tempat kepada mereka. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Kadamaian.

Soalan yang sangat baik dan kita ambil maklum perkara ini.

Memang perkara ini wajar kita bantu dan Kadamaian juga ada menimbulkan berhubung dengan soalan tentang kawasan Kadamaian tentang sekolah, inisiatif kerajaan untuk menggantikan kemudahan meja, kerusi dan kemudahan yang lain dan sudah saya, kami jawab melalui bertulis dan insya-Allah kita akan kemukakan

dan saya ambil maklum dan saya akan kaji dan minta teliti perkara ini. Mudah-mudahan dapat membantu rakan-rakan kita.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

…dapat membantu rakan-rakan kita.

Datuk Menteri boleh minta laluan? Datuk Speaker, boleh?

Speaker

Silakan.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Boleh.

Terima kasih Datuk Menteri dan syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelbagai inisiatif untuk membantu para pelajar yang memasuki IPTA dan IPTS. Cuma saya ada persoalan sama ada pihak kementerian Yang Berhormat ada menyediakan kaedah tertentu misal kata kepada pelajar yang tercicir. Sebab dalam proses permohonan ke IPTA ada masa tertentu dan ada pula seterusnya proses rayuan.

Saya khuatiri permohonan untuk mendapatkan bantuan itu sebelum IPTA di apa ni ada tawaran. Jadi bila proses rayuan, permohonan telah ditutup.

Jadi adakah pihak kementerian menyediakan kaedah, maksudnya pelajar yang mendapat keputusan rayuan ini terus datang ke kaunter buat permohonan isi borang dan sebagainya dan mendapat bantuan seterusnya. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Kita ambil maklum kaedah berkenaan yang sangat baik dan kita sudah berhubung dengan PPD masing-masing dan guru-guru besar untuk memaklumkan segera sekiranya ada yang layak, yang benar-benar layak yang tercicir untuk kita Insya-Allah kita atasi masalah mereka.

Datuk Menteri sebagai tambahan, seperti yang saya dapat Whatsapp daripada salah seorang pelajar yang mendapat

tawaran daripada salah satu kolej dalam sukan bola sepak.

Baru di diminta mendaftar pada hari ini dan beliau menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dari segi pendaftaran.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Untuk tahun ini? Tahun ini? Tahun 2022?

Ya. Baru ini.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Ok-ok.

Masih buka lagi.

Jadi, sebab itulah saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri lah.

Speaker

Jumpa Yang Berhormat Menteri di pejabat saja lah.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Menteri. Datuk Speaker boleh saya minta laluan.

Speaker

Tanya menteri kalau menteri bagi lah.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Menteri, thank you.

Terima kasih Datuk Menteri. Saya cuma ingin sentuh tentang kebakaran Kampung Kurnia Jaya baru-baru ini.

Saya nak tanya sama ada sesiapa yang ada menyumbang zakat dalam kampung itu sama ada mereka boleh dapat bantuan segera ataupun bantuan musibah kebakaran?

Khususnya kepada keluarga asnaf miskin untuk Kampung Kurnia Jaya di Apas, Tawau.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih YB dan semalam kita sudah sampaikan bantuan berkenaan untuk 580 keluarga isi rumah di kawasan berkenaan melalui sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah daripada kutipan zakat dan fitrah. Semua 580 dan setakat ini kita sediakan 500 untuk satu keluarga. Itulah yang kita dapat kita bantu dan di samping itu saya juga minta agensi-agensi agama yang boleh membantu seperti JAKIM, JHEAINS,

YADIM, YaPEIM, Tabung Haji untuk tampil dan semalam saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Timbalan Ketua Menteri juga sampai ke sana. Insya-Allah saya ada juga dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan beliau juga bagi pihak kerajaan negeri akan menyumbang membantu rakan-rakan kita ditimpa tragedi kebakaran.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Menteri.

Saya cuma ingin tambah sikit. Adakah ini maksud bahawa kelmarin mereka sudah dapat 500 itu tidak akan menjadi satu apa it’s only the beginning kan? Satu permulaan sahaja. Maksudnya masih ada ada pembantuan yang akan datang untuk mereka.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Untuk zakat itu dan jabatan agensi agama yang lain juga akan membantu dalam bentuk yang lain.

Saya juga mengharap dan saya juga yakin agensi-agensi yang lain, jabatan-jabatan yang lain termasuk NGO serta individu yang sangat simpati berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang ditimpa musibah ini.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Sama-sama.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik Yang Datuk Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan telah membangkitkan isu mengenai penyediaan surau di bazar Ramadhan. Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah akan mengadakan perbincangan dari semasa ke masa dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazar Ramadhan yang kekal untuk menampung keperluan pengunjung dan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. Adapun bagi tapak bazar yang sementara sifatnya memadai sekadar musalla bergerak atau surau bersifat sementara.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari N.62 Silam membangkitkan Kawasan Parlimen P.188 Lahad Datu yang mempunyai 4 DUN tetapi hanya mempunyai satu buah sekolah menengah.

Beliau mencadangkan untuk sebuah sekolah agama dapat dibina bagi membangun menampung permintaan yang tinggi dari ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, pada ketika ini, di kawasan parlimen ini terdapat sebuah Sekolah Menengah Agama yang dan 4 Sekolah Agama Negeri. Sekolah Menengah Agama Negeri Kunak, Sekolah Agama Negeri bagi Kunak (SMAN Kunak), Sekolah Agama Negeri Kampung Lorong Haji Khamis, SAN Kampung Tabanak, SAN Silabukan Tungku dan SAN Negeri atau SAN Kunak dan di samping itu, ada juga Sekolah Agama Rakyat Kunak, sekolah-sekolah swasta.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Yang Berhormat. Minta penjelasan.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Ya.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih YB Menteri. Alhamdulillah dengan penjelasan itu. Tapi cuma di DUN Lahad Datu ini di Parlimen Silam ini cuma ada satu bangunan sekolah menengah iaitu di Kunak. Jadi permintaan kami di DUN, 2 3 DUN ini, mohon satu sekolah menengah lagi. Untuk menampung permintaan rakyat Kunak, Tungku. Terima kasih YB.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Kerajaan sedar akan permintaan masyarakat terhadap pendidikan anak-anak sekolah agama adalah amat tinggi di kawasan parlimen ini dan di seluruh negeri juga. Justeru, kerajaan melalui JHEAINS dan JAKIM sentiasa mengambil berat keperluan pendidikan mendirikan sekolah agama di seluruh negeri bagi menampung permintaan tersebut.

Sehubungan itu, Jabatan ini akan meneliti cadangan pembinaan sekolah agama baharu di kawasan Yang Berhormat melalui JHEAINS atau memberikan sokongan kepada SMAN Swasta seterusnya, memastikan pendidikan agama diberi diberikan dengan sewajarnya.

Beberapa Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan masalah sekolah yang daif dan tidak selamat dan Alhamdulillah kita telah membentuk Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah yang saya pengerusikan sendiri, juga merupakan platform yang digunakan untuk membincang isu-isu berkaitan dengan masalah pendidikan di negeri ini. Untuk mesyuarat akan datang yang akan kita adakan pada bulan Ramadhan ini, saya akan mendapatkan taklimat dan kita akan berbincang dengan jawatankuasa berhubung dengan isu dan masalah pembangunan projek sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Mereka akan memberikan taklimat berhubung dengan perkara ini dan kita akan bincang isu-isu berkenaan berhubung taklimat dan isu pengajian tinggi oleh Jabatan Pengajian Tinggi yang kita undang daripada Putrajaya, taklimat dan isu pendidikan JHEAINS dan JAKIM yang melibatkan SMAN dan SAN serta KAFA bagi di negeri ini. Tuan Speaker, bagi persoalan ADUN yang tidak sempat dijawab dalam Dewan Yang Mulia ini...

Speaker..

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Saya akan..

Speaker

Yang Berhormat Menteri, ada pencerahan dimohon daripada Elopura.

Ya.

Ya. Terima kasih Speaker kasih peluang saya.

Terima kasih menteri.

Tadi menteri bilang sekolah KAFA.

Di kawasan saya ada 33 buah surau dan masjid adalah ada kampung-kampung pun ada KAFA lebih kuranglah 10 buah KAFA. Itu yang kasihan sikit tentang itu budak-budak sampai sekarang buku tekskah atau zinkkah atau macam-macam lah. Kurang kurang kurang kurang bajet lah semua. Sebab sekarang hasilnya pendapatan dari kampung-kampung pun kurang. Jadi mungkin orang yang derma untuk KAFA pun kurang.

Itu yang kasihan budak-budak yang sendiri punya lama pun tidak pandai tulis.

Itu yang saya sokong sekolah KAFA dibangunkan lagi atau peruntukan lagi untuk kampung di kawasan saya. Lagipun cikgunya gajinya saya harap pertimbang balik cikgu untuk sekolah KAFA sebab betul-betul rendah.

Ada yang RM800, ada yang RM1,000 tidak sampai apa macam dia hidup apa macam dia boleh ajar...

…. macam dia boleh ajar budak-budak bagus. Itu yang saya harap menteri dapatkan timbang balik ini gaji yang cikgu-cikgu. Kadang-kadang saya sendiri masuk kampung pun sedih juga. Nampak ada yang surau ada masjid, musim hujan sembayang di situ. Kadang-kadang saya punya mata air pun keluar. Itu yang…

Speaker

Air mata.

Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura]:Nuntuk-untuk menteri.

Speaker

Air mata. Mata air di perigi itu.

Ya, air mata. Ya, itu yang saya bilang.

Saya harap menteri betul-betul yang visit itu kawasan-kawasan yang di tempat saya yang masjid dan surau ada 33 buah di kampung-kampung yang ada di Elopura. Yang last punya saya soalan bilang tanah gazette yang last meeting sidang belum gazette kan sebab air kan masih tidak dapat apply itu meter. Kalau saya paksa curi air nanti menteri tahu susah jugakan nanti satu hari. Itu yang harap timbang balik penduduk untuk muslim punya kawasan. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat Elopura adalah mata air kepada rakyatnya.

Beliau hafal statistik berapa surau, berapa masjid, berapa kelas KAFA tahniah. Dan kelas KAFA ini di bawah federal di bawah JAKIM dan saya dari masa ke semasa saya akan membawa perkara ini dan inSyaAllah saya juga kami ada membuat peracangan dan akan memohon kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bagaimana cara-caranya sekolah KAFA ini kita bantu sepertimana kita membantu St., kita membantu sepertimana kita membantu SK, kita bantu sepertimana kita membantu SEMAN ataupun Sekolah Menengah Kebangsaan apa yang boleh kita bantu.

Dan saya juga mengambil maklum berhubung dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat berhubung dengan tanah perkuburan di Batu Satu Setengah tanah perkuburan ini menurut laporan daripada MPS dan JHEAINS di sana sudah penuh dan ada yang secara diam-diam

melaksanakan pengkebumian di sana, kemudian ada yang sudah temakan dengan tanah orang lain.

Speaker

Bertindih pun ada Yang Berhomat Menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

..hah?

Speaker

Dia betindih pun ada.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Bertindih pun ada. Alternatifnya Yang Berhormat Tuan Speaker ialah kita sudah sediakan tanah yang luas di Batu 11, di mana tanah tersebut lebih 40 ekar. Baru ini juga kita sudah luluskan untuk apa nama meluaskan lagi dalam 2 ekar tanah berkenaan. Sekiranya ada cadangan daripada Yang Berhormat, tanah yang kosong untuk kawasan berkenaan yang dekat dengan kawasan yang disebutkan tadi boleh dikemukakan inSyaAllah kita akan cari berjalan.

Saya juga mengambil maklum dengan yang disebutkan sebelum ini oleh Tanjong Papat, Yang Berhormat Tanjong Papat berhubung juga masalah kuburan disana kita sudah bentuk sebuah jawatankuasa khas pada tahun ini untuk tanah perkuburan yang dipengerusikan oleh salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi MUIS dan dilantik dari kalangan profesional dan di kalangan pengarah termasuk Pengarah Jabatan Tanah, termasuk pegawai-pegawai yang berhubung dengan bidang kuasa tanah perkuburan yang diurusetiakan oleh MUIS, inSyaAllah dari masa ke masa kita akan melihat sebab jawatankuasa ini antara fokusnya adalah melihat isu berhubung dengan tanah perkuburan.

Kita mempunyai tanah perkuburan yang banyak juga dan kita juga mencadang untuk mewujudkan tanah perkuburan contoh. Misalnya, yang berlaku baru-baru ini kita ada melawat di Selangor tanah perkuburan di Raudhatul Sakinah yang mana ini sangat teratur, tersusun dan ada beberapa tanah perkuburan yang akan kita jadikan tanah perkuburan contoh termasuk tanah perkuburan di Batu 11, Sandakan dan tanah perkuburan di Sepanggar kawasan Yang Berhormat di Lobou. Dan ini akan kita lihat dari masa ke masa dan isu-isu berhubung tanah perkuburan memang banyak termasuk yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Darau sebelum ini, terima kasih.

Datuk Speaker, boleh minta laluan satu soalan?

Terima kasih Datuk Speaker dan juga Datuk Menteri.

Minta maaf Datuk Menteri sedikit kerap mengemukakan persoalan memandangkan kita selalu diajukan pertanyaan oleh masyarakat dibawah sana.

Speaker

Kalau kita minta. Kalau kita mengajukan soalan atau minta pencerahan pastikan isu dia ada kita bangkitkan dalam perbahasan ya. Kalau kita tidak ada bangkitkan dalam perbahasan dan kita minta pencerahan sekarang tidak adil pada menteri sebab dia tidak dibangkitkan perbahasan. Jadi kalau ada dibangkitkan dalam perbahasan tidak terjawab boleh ditanya semula.

Okay, saya faham Datuk Speaker.

Cuma untuk kali ini minta laluan dan saya harap untuk Datuk Menteri tidak keberatan untuk menjawabnya. Saya diajukan persoalan oleh beberapa rakan di kawasan Bengkoka dan juga di termasuk di kawasan saya Pulau Bangi berkenaan dengan jika ada peruntukan pembaikkan untuk gereja-gereja, terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Peruntukan ini bukan di bawah pejabat saya tapi di bawah saya ingat dibawa Ketua Menteri dan MOF Yang Berhormat Menteri Kewangan ke-2 dan saya yakin ini boleh diatasi.

Dalam kesempatan ini, saya juga merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas perancangan dan kepimpinan beliau dalam tempoh-tempoh yang mencabar ini. Saya mendoakan semoga Allah S.W.T terus menaungi Yang Amat Berhormat Datuk Ketua Menteri, mengurniakan keteguhan kepada beliau, ketabahan, dada yang lapang serta ilham yang cerdas dan cemerlang dalam menahkoda Negeri Sabah bersama dengan pimpinan jemaah menteri dan kita semua. Saya juga mengambil peluang, untuk menyeru agar kita terus meraikan perbezaan untuk mencari titik persamaan. Kepelbagaian agama, budaya dan tradisi adalah aset bernilai tinggi dan merupakan sumber kekayaan nilai sebuah pemerintahan yang merdeka. Kejayaan Negeri Sabah bergantung kepada perpaduan penduduk yang berbilang kaum dan kepercayaan. Semoga pejabat ini dan semua kita bersama-sama rakan pemimpin

yang lain dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk memenuhi keperluan penduduk Negeri Sabah.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan.

Semoga ramadhan ini ramadhan yang mubarak ini akan menjadikan kita terlatih kerana bulan ramadhan adalah bulan ketabahan, bulan ramadhan bulan kesyukuran, bulan ramadhan bulan ilmu, bulan ramadhan bulan tarbiyah dan yang sangat penting bulan ramadhan bulan kasih sayang Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Aidil Fitri serta Selamat meraikan Hari Kaamatan Pesta Kaamatan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”.

Sekian, Tuan Speaker saya mohon menyokong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Walaikumsalam. Terima Kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. 4:59 petang

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Datuk Speaker, terlebih dahulu saya dengan penuh hormat dan takzim menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas pembentangan dasar kerajaan sempena dengan pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang ke-16.

Datuk Speaker, seiring dengan usaha kerajaan persekutuan berhasrat untuk mencapai miskin tegar sifar pada tahun 2025 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kementerian saya menyambut baik hasrat tersebut dan akan terus memperkasa dan memantapkan pelaksaan pelbagai program pembasmian kemiskinan di luar bandar, melalui program-program pembangunan sedia ada di kementerian saya. Sebagai pelengkap kepada usaha-usaha untuk mencapai sasaran tersebut, selain menambah baik program yang ada. Kementerian saya juga akan mempelbagaikan program untuk meneroka inisiatif baharu seperti pembinaan dan memperkasakan aktiviti penternakan burung walit sebagai contoh, yang merupakan Program Usahawan Luar Bandar serta aktiviti Ekonomi Tambahan. Di samping itu, aktiviti tanaman sacha inchi juga akan digalakkan kerana ianya bidang pertanian amat

mudah tanpa memerlukan kos tinggi dan kepakaran khusus tetapi memberi pulangan pendapatan dalam tempoh singkat kepada penduduk luar bandar yang menceburi dalam bidang pertanian.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

…tanaman sacha inchi juga akan digalakkan kerana ianya merupakan bidang pertanian amat mudah tanpa memerlukan kos tinggi dan kepakaran khusus tetapi memberi pulangan pendapatan dalam tempoh singkat kepada penduduk luar bandar yang menceburi dalam bidang pertanian ini.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas keprihatinan dengan mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan pada kali ini yang berkaitan dengan kementerian saya.

Menyentuh cadangan Ahli Yang Berhormat dari N.9 Tempasuk agar senarai daftar e-Kasih yang lebih telus. Sukacita saya maklumkan bahawa pangkalan data sistem e-Kasih adalah di bawah kawalan dan seliaan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Penyenaraian nama-nama dalam pangkalan data ini diperolehi dari pejabat daerah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, majlis perbandaran dan dalam proses untuk memuktamadkan senarai ini pihak ICU Jabatan Perdana Menteri akan melakukan verifikasi di lapangan untuk menentukan kesahihan maklumat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.73 Sebatik, pihak kementerian saya akan terus meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan untuk menambah kuota rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi negeri Sabah.

Pada tahun ini, kementerian saya dimaklumkan ada pertambahan kuota tetapi bilangan sebenarnya masih belum diterima secara rasmi sebab mereka sedang memurnikan pelaksanaan keperluan-keperluan daerah-daerah yang terkena oleh bencana alam banjir baru-baru ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.49 Tungku, MESEJ Kampung Nala Tungku, status terkini bagi MESEJ tersebut adalah tidak lagi berfungsi di mana kebanyakan pesertanya tidak berminat untuk meneruskan projek ini.

Memandangkan hal demikian, Pejabat Daerah Kecil Tungku selaku pentadbir program telah memutuskan untuk membuat kajian dan tapisan peserta. Laporan keputusan kajian ini akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Teknikal MESEJ Daerah yang akan datang. Ahli Yang Berhormat dari N.62 Silam...

Yang Berhormat Datuk Speaker, boleh saya mencelah sikit? (berdehem) MESEJ Nala ini saya anggap sebagai satu program yang gagal dan perlu diambil tindakan segera. Ada lagi satu benda yang berkaitan dengan MESEJ Nala ini adalah mengenai ada tanah yang lebih lagi sebenarnya yang boleh dimajukan bagi maksud apa jugalah yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. Mungkin kementerian ada mempunyai rancangan tertentu bagaimana kita boleh guna pakai tanah lebihan tersebut untuk tujuan yang sama di masa akan datang. Terima kasih.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih Yang Berhormat.

Apabila Jawatankuasa Teknikal MESEJ Daerah bermesyuarat kelak segala kemungkinan ini akan diambil kira supaya MESEJ yang awal Kampung Nala itu boleh difikirkan bagaimana dimanafaatkan program itu supaya tidak tersia-sia. Terima kasih.

Ahli Yang Berhormat dari N.62 Silam telah menyentuh isu berkenaan MESEJ Kampung Bangkaruan, Lahad Datu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, perkara tersebut walaupun telah lama berlalu masih dalam peringkat penyelarasan dari berbagai aspek teknikal di peringkat daerah.

Kementerian saya akan membuat pertimbangan dan keputusan setelah menerima laporan lengkap dari pihak Pejabat Daerah Lahad Datu.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Datuk Speaker, terima kasih Datuk Menteri.

MESEJ rumpai laut Bangkaruan itu sebetulnya memang sudah lama. Pada dasarnya memang dibuat di Kampung Pulau Sakar tetapi tidak digalakkan pasal tempat itu adalah laluan kita punya ini, kapal-kapal ataupun kita punya keselamatan jadi kita pindah pergi Bangkaruan.

Pada ketika itu Yang Berhormat Kadamaian sebagai Menteri KPLB telah melawat tempat ini dan dalam LUC Meeting saya pun ada hadir tapi cuma di bahagian pejabat daerah macam tidak ambil peduli tidak

ambil tindakan yang sewajarnya.

Jadi terima kasih Yang Berhormat Menteri telah mengambil tindakan perkara ini. Terima kasih.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Memang benar pewartaan kawasan tapak projek dianggarkan seluas 420 ekar itu telah disokong melalui LUC. Cuma pihak JKR baru sahaja selesai membuat survey dan menunggu site investigation team (SI) dari Ibu Pejabat JKR bagi tujuan ujikaji tanah.

Ahli Yang Berhormat, untuk menjawab pertanyaan Ahli dari N.34 Lumadan tentang kelewatan bayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), mohon maklum bahawa kementerian saya memang sedar ada terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh negeri Sabah termasuk di kawasan Ahli Yang Berhormat Lumadan. Usaha-usaha penambahbaikan sedang dibuat dengan serius. Insya-Allah isu-isu yang timbul tersebut akan diminimakan dan diusaha untuk diselesaikan supaya bayaran dapat dibuat tepat pada masa yang telah ditetapkan apabila sistem yang dirancang dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Ahli Yang Berhormat dari N.25 Kapayan telah menyentuh isu dasar 30% keterlibatan wanita untuk memegang jawatan kepimpinan utama dan sebagai pembuat keputusan.

Kementerian saya sangat komited untuk memenuhi dasar yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, setakat ini kementerian saya telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada seramai 30,716 orang untuk menganggotai Badan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh Sabah. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,700 orang adalah dari kalangan wanita dan 320 orang daripada mereka telah dilantik sebagai Pengerusi JPKK. Ini bermakna di peringkat kepimpinan akar umbi, penglibatan kaum wanita melebihi 30% iaitu 31.57%.

Datuk Speaker, berkenaan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat dari N.47 Telupid kaedah untuk menangani kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar, kementerian saya menyambut baik kesemua cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut dengan mengambil pendekatan baru seperti yang saya nyatakan di awal

ucapan penangguhan tadi. Selain daripada pembasmian kemiskinan tegar fasa satu (1) tahun 2022 Kerajaan Persekutuan yang melibatkan 10 buah kampung seluruh Sabah.

Datuk Speaker, sekali lagi saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan bersempena dengan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16.

Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang meraikannya. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri. 5:10 petang

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi terima kasih dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas ucapan dan titah yang telah disampaikan pada minggu lepas sempena pembukaan…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

….minggu lepas sempena pembukaan sidang kita pada kali ini.

Pertamanya, oleh kerana saya kebetulan juga adalah jurucakap kerajaan negeri melalui COVID, sekadar untuk makluman dalam beberapa minggu ini terdapat trend penurunan dan hari ini dia turun sedikit lagi kepada 388 kes. Tapi apa pun, dari segi apa ni kadar kebereng apa itu kadar RO atau RT kita adalah yang terendah di Malaysia iaitu 0.65. Ini sekadar makluman.

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini Tuan Speaker untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakyat negeri Sabah, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang barangkali selama ini kadang-kadang terasa terasak dengan SOP-SOP baru.

Tapi niat kita ialah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Dan kalau kita lihat statistik yang ada pada kita hari ada di hadapan kita hari ini, saya dapati bahawa dan saya boleh berani mengatakan I think we are one the most discipline Malaysian when come to compliance SOP. So, semua orang Sabah harus merasa bangga kerana we are very law abiding.

Saya tahu juga it is not easy, bukan mudah apa lagi dalam keterbatasan apa itu dalam sosial apa itu pekerjaan dan sebagainya. Tetapi, kita telah buktikan kepada masyarakat di seluruh Malaysia bahawa when come to common interest, Sabahan can get around together and succeed.

Dan ini lah apa ini arah tuju sepatutnya menjadi landasan politik bagi kita semua di negeri Sabah.

Tuan Speaker, saya pertamanya saya ingin menyentuh beberapa perkara yang barangkali perlu diketahui oleh Yang Berhormat dan pertamanya ialah, usaha kita untuk memper pembaikan, penambahbaikan punca kuasa perundangan berkaitan dengan KKTP bagi menyokong pertumbuhan ekonomi pasca A 19 yang saya nyatakan tadi.

Dan saya telah pun menyatakan bahawa, so far lah, so far sudah nampak tanda-tanda bahawa kita sedang keluar daripada masalah yang apa itu masalah pandemik ini dan beralih kepada fasa endemik.

Saya tahu bahawa this is going very very dengan izin Tuan Speaker, bukanlah sesuatu yang mudah mudah nya mutah mudah diutarakan, di cakap tapi actually when come to real things, it’s not gonna be easy tapi it can!

Saya penuh yakin di atas kesabaran dan kesungguhan orang-orang Sabah bahawa bila soal kita berhadapan dengan masalah yang sama, saya yakin orang-orang Sabah, penduduk Sabah sekali lagi akan mampu untuk mengharunginya secara bersama.

Tuan Speaker, menyusul sama menyedari hal tersebut, kementerian saya akan terus memberikan tumpuan terhadap usaha-usaha menambah baik dasar dan

perundangan yang sedia ada. Ini antara usaha kita antara usaha kita dalam pasca pandemik ini atau pasca COVID ini, untuk berusaha untuk memulihkan ekonomi. Dan bila saya bercakap ekonomi, kerana kerajaan, Kementerian Kerajaan Tempatan juga PBT mempunyai peranan yang amat penting dalam bersama sama-sama berganding bahu untuk memudahkan rakyat kita untuk kembali atau memulihkan kedudukan ekonomi mereka dan menyediakan peraturan-peraturan yang bukan sahaja mudah tapi dengan sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menambah pulangan dan juga apa itu pendapatan selepas kita dihimpit lebih 2 tahun di dalam era COVID ini.

Yakni, ini adalah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Di samping, apa itu meneroka peluang-peluang baharu bagi menjana sumber pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan dan saya tadi baru menerima mesej Whatsapp daripada Elopura yang mengatakan ketidak kecekapan ya Elopura?

Kecekapan apa ini PBT.

Saya ambil ini sangat serius.

In fact, seperti mana yang saya nyatakan lepas, Yang Berhormat Tanjong Papat pun saya ada Whatsapp dengan saya.

No problem.

Saya terima dengan senang hati. My job is to solve everybody’s problem, our problem is the problem of Sabah. So I’m at your service. Siapa yang belum tahu nombor telefon saya? Yang Berhormat saya ingat Datuk Azhar tahu, saya hampir... is a general knowledge. Please, please apa itu bagi tahu saya kalau ada yang saya boleh apa boleh bantu. YB Yang Berhormat Azalina tadi Norazlinah tadi Whatsapp saya pasal masalah di PBT apa ini Kunak. Saya telah ambil perhatian dan telah mendapat maklum balas yang mana saya pun telah balas semula apa itu respond daripada saya melalui Whatsapplah. Pokok pangkalnya ialah, ini bukan soal di sini bahagian kerajaan di sana soal pembangkang. Ini soal ialah sama ada kita di sini atau di sana the same we are serving the same people. Orang yang kita serve tu sama juga dan orang ini perlu bantuan daripada kita, daripada kerajaan. Daripada saudara-saudara sebagai pemimpin-pemimpin setempat.

Jadi kedua, kerana itulah antara di antara undang-undang di bawah kementerian saya yang telah selesai disemak dan dibuat pindaan-pindaan tertentu adalah penambahbaikan terhadap surat cara atau Instrument 25 Pihak Berkuasa Tempatan

dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Beberapa perundangan lain seperti Food and Eating Establishment By-Laws, undang-undang kecil ya, Public Amenities By-Laws dan Uniform Parking By-Laws. Juga sedalam, juga sudah dalam tindakan kementerian ini dan dijangka akan selesai dan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, tahun ini.

Dalam pada itu, kementerian saya juga akan membentang 2 Rang Undang-Undang pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini iaitu esok, Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan dan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang kita telah sama-sama mendapat taklimat daripada pegawai saya tadi.

Jadi, saya lebih rela dan lebih memilih untuk consultative ya. Erti consultative erti dia saya dengan izin Tuan Speaker, I want you to all consecutive comfortable with the with the rules in the laws that we are introducing.

Pasal eventually, sebagai pemimpin kita sama-sama memastikan peraturan ini dikuatkuasa secara bersama. Walaupun barangkali di pihak sebelah sana bukan berada dalam kerajaan tetapi kita menjadi wakil rakyat di tempat-tempat itu.

Dan itu penting untuk kita apa kita pegang dan apa ini peringatkan diri kita bahawa kita sebenarnya adalah pemimpin dalam semua dalam pemimpin dalam kedudukan kita masing-masing. Tidak kira ada jawatan menteri ataupun tidak.

Satu lagi Yang Berhormat Datuk Speaker ialah dalam pada itu, kementerian saya juga akan membentang yang ini saya telah bawa, minta maaf. Ketiga, kementerian saya juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Perbadanan Produktiviti Malaysia atau MPC bagi melaksanakan Penggubalan Polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah, good governance ya.

Sebagai makluman, melalui program ini kementerian saya akan melaksanakan semakan dan kajian terhadap 335 undang-undang kecil (by-laws) yang sedang diguna pakai oleh PBT di seluruh negeri Sabah.

Dapatan daripada semakan dan penelitian tersebut adalah untuk sama-sama untuk sama ada kita kemaskinikan undang-undang kecil melalui penggubalan undang-undang baru, membuat atau membuat pindaan yang bersesuaian atau memansuhkan terus undang-undang kecil tersebut. Saya dapati bila saya masuk ke

apa ini kementerian ini, kita boleh mempunyai terlalu banyak by-laws ya, undang-undang kecil dan some of them berpuluh tahun tidak pernah di apa itu I mean barangkali kita terlepas pandang untuk menilai semula keberkesanannya atau kepenggunaanya kepada masyarakat.

Jadi apa yang kita buat ialah by-laws ini yang pada kiraan kita berjumlah 335, kita sedang meneliti satu per satu.

Niat kita ialah satu, untuk pembaikan agar ada keberkesanannya. Kedua juga, kalau sudah tidak perlu, biarlah kita apa ini kita apa itu kita keluarkan sahaja undang-undang kerana menjadi orang pun tidak faham, orang sabah bilang apa? Menyemak saja dia bilang, lepas tu tapi guna dia tidak ada. Ah ini lah.

Jadi, what apa yang saya perlu apa yang saya nyatakan ialah kita di pihak kementerian juga we also need to update ourselves. Matter in fact we should be the one to update ourselves to renew the laws so that you find an easier...

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

... find an easier way to implement them and it make it simple.

Seperti biasanya dengan tadi kita punya new slogan dalam kementerian ialah KISS bukan cium ya, KISS (Keep It Short and Simple) supaya faham semudah difahami oleh rakyat mudah untuk di apa ini dikuatkuasakan. Datuk Speaker, satu lagi usaha kita ialah meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT, PBT melalui penjilid pen pendigitalan.

Tuan Speaker, meskipun ada juga cabaran yang telah dihadapi sepanjang tempoh penularan COVID-19, rakyat perlu menghargai peluang unik, unik yang di beri, in fact yang di jana oleh pandemik itu sendiri yang menyaksikan peningkatan usaha pihak kerajaan untuk menam, menambahbaikkan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunasi, telekomunikasi jalur lebar di negeri Sabah.

Keperluan terhadap perkhidmatan atas talian semasa pandemik COVID telah mendorong pihak penguasa tempatan untuk menggunakan platform atau talian bagi menyampaikan perkhidmatan yang selama ini dilaksanakan dengan secara bersemuka. Di antara perkhidmatan PBT yang telah di transformasi kepada perkhidmatan atas talian antara lain ada seperti pembayaran cukai pintu, pembayaran lesen penjaja, semakan kompaun, pemeriksaan status pelan pembangunan dan pembaharuan lesen-lesen perniagaan dan operasi.

Apa yang dibuat Yang Berhormat Datuk Speaker ialah we can keep it simple. Kita buat dalam talian tidak perlu untuk bersusah-susah payah drive sampai ke majlis daerah jumpa pegawai.

Kalau pegawai sakit atau pegawai tidak ada, kita tunggu lagi.

Kalau boleh we do everything online.

So, peluang untuk apa tu apa usaha untuk memudahkan, memudah cara semua bayaran ini dapat kita buat tanpa apa-apa, with little problem.

Bagi menambah baik proses penyampaian maklum balas dan pemantauan aduan berkaitan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan, kementerian saya juga akan menggunapakai Sistem i-Adu yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Governans, Jabatan Ketua Menteri.

Setakat ini kesemua aduan-aduan yang diterima telah diberi perhatian dan akan diambil tindakan sewajarnya, dan ini yang telah saya perjelaskan tadi tetapi apabila aduan dibuat, tetapi hasilnya tidak ada, by all means, WhatsApps me, call me. Supaya saya tahu bahawa aduan telah dibuat tapi tindakan susulan tidak ada.

Izinkan saya mengambil peluang ini bagi menjawab pertanyaan dan memberikan pencerahan ke atas beberapa isu yang dibangkitkan sepanjang persidangan pada penggal ini.

Isu berkaitan pembangunan sektor perumahan.

Kementerian saya mengambil maklum terhadap keperluan penyelengaraan Projek Perumahan Rakyat atau PPR di Taman Harmoni dan PPR Sungai Manila sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Elopura dan Yang Berhormat ADUN Dilantik, Tuan Jaffari Waliam.

Kementerian saya sedang meneliti keperluan untuk melantik syarikat pengurusan bagi mengurus PPR Taman Harmoni manakala bagi PPR Sungai Manila permoho, permohonan peruntukan telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT Pusat bagi tujuan penyelenggaraan PPR tersebut.

Berhubung cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat mengenai keperluan untuk menambah bilangan perumahan PPR di daerah Sandakan, kementerian saya telah memanjangkan 2 kertas kerja cadangan pembinaan PPR di Sandakan iaitu PPR Batu Putih Fasa 2 di Jalan Sungai Kayu Batu 7, Sandakan dan cadangan pembinaan PPR Taman Harmoni Fasa 2 di Batu 3

Jalan Utara Sandakan.

Kementerian saya akan membuat susulan kepada pihak KPKT berhubung permohonan ini.

Saya ingin merujuk kepada yang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sri Tanjong berkenaan status dan proses pengisian PPR Taman Sri Apas Tawau.

Terdapat 5 kriteria yang telah ditetapkan untuk melayakkan seseorang itu layak menyewa rumah PPR:-1.

Warganegara Malaysia; 2.

Berumur 18 tahun ke atas; 3.

Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 satu bulan; 4.

Pemohon belum memiliki rumah; dan 5.

Syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri di mana keutamaan akan diberi kepada setinggan, OKU, ibu tunggal dan juga mangsa bencana alam.

Sebagai makluman, setiap kekosongan perumahan PPR di Taman Sri Apas akan diisikan dengan segera setelah selesai kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan dilaksanakan ke atas unit yang dikosongkan. Mengikut rekod yang ada pada hari ini, hanya terdapat 2 kekosongan di PPR Taman Sri Apas. Sehubungan itu, penyewa yang layak untuk mengisi kekoso kekosongan tersebut telah dikenal pasti untuk mengisi kekoso kekosongan berkenaan.

Berkenaan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Sekong, Majlis Perbandaran Sandakan bersama UPPM dan agensi kerajaan yang berkaitan telah melaksanakan beberapa langkah bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Gas yang ditempatkan di penempatan sementara kontena.

Langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-1.

Penyediaan Pelan Susun Atur Penempatan Semula Mangsa Kebakaran Kampung Gas (Rujukan pun telah pun disediakan juga); 2.

Mendapatkan peruntukan bagi pembinaan semula rumah sebanyak 100 buah kepada pihak persekutuan;

3.

Mempercepatkan pelaksanaan pembinaan jambatan utama yang telah diluluskan dan dijangka akan siap pada tahun 2022.

Tahun ini sepatutnya.

Kemen, kementerian melalui Majlis Perbandaraan Sandakan akan mengambil langkah proaktif bersama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memastikan kebajikan mangsa-mangsa kebakaran Kampung Gas diberi perhatian yang sewajar. Mengenai keperluan melaksanakan kajian keselamatan rumah pangsa seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong Aru, kementerian saya melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah pun melantik konsultan bertauliah bebas untuk mengkaji dan membuat pemeriksaan secara komprehensif, iaitu melalui pengambilan sampel di setiap bangunan dan penilaian secara visual terhadap setiap unit dalam rumah bagi memastikan sama ada hubungan tersebut selamat diduduk atau sebaliknya.

Laporan kajian tersebut dijangka siap sepenuhnya pada peng penghujung bulan ini.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya?

Speaker

Ada pertanyaan.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker. Terima kasih Datuk Speaker dan Datuk Menteri. Berkenaan dengan kekosongan yang ada di Taman Sri Apas, sama ada dia akan diisi oleh mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya sedangkan adalah sangat berhampiran.

Keduanya adalah berhubung kait dengan permohonan PPR ini, sedangkan latar belakang PPR ini diwujudkan untuk sedikit sebanyak untuk setinggan, orang yang tinggal setinggan, sama ada kementerian ada pendekatan untuk menjemput dulu ataupun mempelawa orang-orang yang sedang menetap di setinggan dimasukkan ke PPR dulu, khususnya untuk warganegara dan ini boleh sedikit sebanyak membantu membanteras isu setinggan di Sabah dan juga boleh prevent all sort of issues such as NRW, etc. Ya, thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih. Sebenarnya saya sudah jawab soalan ini. Pertamanya, di Taman Harmoni, hanya 2 kekosongan yang ada lah, buat sementara waktu, ya. So, tidak apa.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

What I try to ask is how, how, how ever, how many, what I’m trying to say is, no matter how many units are available in that particular PPR, will the priority given to the victims of, okay.

Speaker

You are jumping the gun.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, ya.

Kedua ialah sebenarnya saya telah pun menetap kriteria-kriteria yang apa itu yang perlu, 4 kalau saya tidak silap itu dan kita akan ikut kriteria ini.

As far as for what I can assure you we try to, kita akan cuba agar apa tu pengisian itu dibuat mengikut syarat-syarat yang berpandukan kepada empat 4 inilah, ya.

Of course, kadang-kadang ada juga yang perlu diberi keutamaan dan itu kita akan recommend accordingly lah ya.

Saya ingat isu utama sebenarnya di PPR ini, terus terang lah ini salah satu pengalaman saya dari kementerian ni adalah satu, tidak cukup ya. Tidak banyak unit. Kedua, ada juga yang tinggal di situ yang sepatutnya sudah layak untuk tinggal sendiri tempat lain tapi dia tidak mahu keluar dan ini yang menyukarkan kita....

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…. yang menyukarkan kita untuk mengisi mereka yang betul-betul layak kerana masih didiami oleh mereka yang sepatutnya dari segi pendapatan sudah tidak layak untuk tinggal di situlah dan Yang Berhormat pun tahu, menghalau orang bukan senang, ya.

Ini masalah dia. Jadi kita ini pun sebagai manusia kadang-kadang kesian.

Inilah jadi, akan jadi kekangan kita lah untuk mengurus apa itu isu seperti inilah.

Mungkin ada satu lagi.

Terima kasih menteri.

Mungkin ada satu lagi masalah yang sama ada saya, pihak kementerian sedar, kerajaan negeri sedar. Terdapat ramai penyewa saya katakan penyewa lah yang tinggal di PPR ini dan mereka ini menyewa daripada penyewa lain.

Dia sublet, ini perkara yang biasa terjadi di mana-mana dan ianya terjadi di kawasan saya.

Satu lagi, saya ingin bertanya. Adakah perancangan di pihak kementerian ataupun kerajaan negeri untuk mengadakan suatu konsep? Dia PPR tapi at the end of the day dia akan menjadi hak milik kepada orang yang tinggal di sana, rent to own. Konsep rent to own.

Kalau ianya boleh dilaksanakan di semenanjung, saya tidak nampak ianya tidak boleh dilaksu, dilakukan di sini.

Mungkin cuma pihak local government mungkin perlu mencari satu mekanisme yang membolehkan pelaksanaan ini dilakukan di Sabah. Sekian.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Yang Berhormat, sebenarnya ini pertama yang kita harus ingat bahawa semua PPR ini adalah projek kerajaan pusat ya. Ini yang kita (rakaman tidak jelas), bukan milik kerajaan negeri. Kedua, kekangan kita dalam kerajaan negeri ialah of course satu kerana membina perumahan ini bukan murah ya.

Tapi, lebih daripada itu ialah tanah-tanah yang berdekatan dengan bandar ini hampir tidak wujud sudah.

Malah, kita sedang berusaha sekarang untuk mencari tanah kosong. Saya sudah arahkan LPPB untuk mencari tanah kosong, sepanjang jalan di sebelah Papar sudah. Kerana itu yang itu yang terdekatlah. Jadi andaian saya ialah apabila jajaran jalan raya Pan Borneo ini siap, kita tinggal di Papar pun mungkin 20 minit saja sampai di Kota Kinabalu. Jadi itu yang kita sedang cari kerana konsep PPR ini ialah bagi mereka yang kerja di bandar tapi tidak ada pendapatan untuk menyewa rumah.

Rumah di Kota Kinabalu ini cukup mahal ya.

It’s one of the most expensive in in the country, I would say lah. Jadi, itu kekangan satu modal untuk (rakaman kurang jelas).

Kedua, apa itu tanah. Tanah yang ada bukan di bahagian bandar. In fact, Tuaran pun sekarang hampir macam emas harga tanah dia. Itulah kita punya cabaran lah, dan ketiga apa itu Yang Berhormat ialah saya setuju.

Pada akhirnya kita kena cari

satu konsep baru di mana actually kita boleh bekerjasama dengan apa itu, dengan pihak swasta kalau kita dapat rumah GV then probably, then kita boleh laksanakan rent to own. Erti dia mungkin dalam masa 10 tahun pertama dia sewa dulu dan 10 tahun itu, sewa 10 tahun itu dianggap sebagai apa itu, apa ini deposit ya, dan lepas itu dia boleh ambil option untuk membeli dan sebagainya lah.

Itu yang saya terpikirlah yang kita boleh buat kerana the, the situation of tiada perumahan is especially orang muda ini is very serious. Jangan kata di semenanjung, di tempat kita very serious.

So, ada satu hari nanti kita akan melihat orang kita sendiri tidak ada rumah. Sekarang, apa ini apartment swasta dua(2) bilik, 300 ribu. Siapa? Saya pun tidak mampu. 200, 300 ribu, baru dua(2) bilik, two plus one is very very expensive. Jadi, apapun kita tidak guna kita mengeluh. We, let’s find the solution lah bagi sayalah dan akhir sekali Yang Berhormat, balik kepada apa ini, juga daripada Yang Berhormat Karambunai, ya.

Saya setuju lah ini managing orang yang menyewa PPR yang sudah tidak layak ini. Terus terang saya katakan lah, orang Sabah bilang bukan senang diuruslah. Di bawah berparking ninja tapi masih menyewa di atas. Sewa atas sewa lagi.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Itu ninja bos dia punya, Yang Berhormat Menteri.

5.35 PM - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II [Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun]: Ninja King lagi.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, bos dia punya. Bos dia punya itu, dia bawa pulang ja. (Ahli Mesyuarat ketawa)

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, sudah itu, dia sudah lari tapi dia tidak mahu serahkan balik itu unit.

Dia sewa lagi pada orang lain.

Jadi ini kita punya masalah.

So, saya kalau orang cakap nanti orang marah.

Tapi inilah kita punya

masalah sekarang ini. So, kadang-kadang mereka yang ada, apa tinggal di PPR ni yang sudah tidak layak. I think, anggap dia punya amal ibadah untuk kita bagi orang lain lagi yang memerlukanlah.

Kita balik rumah.

Kita dapat pahala.

Kita bagi peluang lagi orang lain untuk memiliki (rakaman tidak jelas). Inilah barangkali pendekatan yang kita boleh bagitahu oranglah.

Tapi bila memaksa, eh bukan senang Yang Berhormat. Maki-makian hari-hari kita dapat daripada anu. Apapun a problem have to be solve and we will solve it lah, ya.

Jadi seterusnya Datuk Speaker, saya ingin memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat daripada Petagas berkenaan sebidang tanah yang telah dikenal pasti.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Speaker, ada sikit.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya ya ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, tadi you punya itu, tentang rumah pangsa itu belum habis lagi kena intercept. Saya rasa belum habis lagikan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Pasal apa itu?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Pasal rumah pangsa itu. Saya rasa tadi you, you belum habis lagi you punya baca itu teks itu. Sudah ada interception, bolehkah repeat balik sebab saya rasa itu tak belum habis lagi.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Saya mengatakan kita telah lantik a consultant yang bertauliah dan ke apa itu hasil kajiannya akan apa itu akan diketahui pada hujung bulan ini. Then will know from there lah, ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, I just want to ask a few things lah.

Kalau end of this month apabila itu report sudah ada, sudah diwujud, bolehkah kita present kepada penghuni-penghunilah di rumah pangsa dan kita boleh

buat satu dialoglah mungkin saya tak boleh, boleh terlibat, boleh tak terlibatlah. Tapi jumpa sama penghuni-penghuni di rumah pangsa dan kasih table lah ini report supaya secara transparent.

Supaya semua orang pun tahulah.

Apa dia punya outcome of this, this the test report.

Then, apabila kalaulah kalau dia tak safe lah untuk terus di duduk lagi, then we have to have a dialogue to find a solution lah. Where to, where can we actually place our penghuni-penghuni because tadi yang apa Datuk Menteri cakap itu betul. Mungkin ada yang orang mungkin dari segi pendapatan dia sudah tak layak tinggal dalam itu rumah.

Tapi bila, apabila you tengok atau kita lawat itu rumah atau buat satu dialog sama dorang, you boleh nampak dua(2), tiga(3) keluarga itu dalam satu(1) rumah. Dia bukan satu(1) keluarga, dia banyak keluarga dalam satu(1) rumah sudah. So, mungkinlah itu boleh, have to take into consideration, mungkinlah. Mungkin have to take into consideration but kalau dia masih safe lah. I mean if the report is out and it still safe to be occupied, saya mintalah Datuk Menteri bagi satu(1) jaminan bahawa LPPB boleh teruskan maintain itu, itu building. Because saya di saya ingin maklum kepada menteri itu lama sudah.

Berapa tahun pun dorang tak maintain sudah dengan rumah pangsa, dengan alasan itu itu building tak safe.

Tak selamat lagi untuk di di di duduk. Jadi saya minta lah bolehkah Datuk Menteri? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…orang dengan izin Datuk Speaker, I think we’ll cross the bridge when we comes to it lah.

But first and foremost, kita mesti ingat tanah itu adalah milik LPPB, bukan PPR. Jadi the land owner have the right how or what to do with this land. Itu satu prinsip undang-undanglah. Fahamkah? Kedua juga saya ingat, ingin saya nyatakan LPPB tidak menerima satu sen pun bantuan daripada kerajaan. It is on it’s own. So, dia perlu menjana pendapatan in order to survive.

Itu satulah dan ketiga apa itu, saya tidak mahu pergi sana atau minta maaf saya ini bukan sombong.

Tapi kalau kita minta semua yang penghuni untuk menentukan sama ada on kah tidak (rakaman tidak jelas) I mean, we are not having a pilihan raya bah here. We are making a decision, a business decision to a certain extent and of course with social implications and I think we will try to merge

that two lah.

So, that we have that best of, the best of two decision.

Tapi kalau bilang nanti kita bawa pergi sana ada dialog, then dorang tentukan sama ada on kah tidak, I don’t think it’s a good management style.

Because the land it belongs to LPPB. It have, they have the rights to determine what they want to you make considering, taking into consideration applied of the people who are working there. Oh, who are staying here.

I’m sorry.

Tapi kalau kita bilang everything kita ambil, angkat tangan siapa mahu.

I think we are polity, we are politizing, politicizing the issue.

We are not here to politicize the issue.

We are here to solve the problem (kedengaran bunyi ketukan meja) and we will not solve the problem kalau semua kita bawa masuk politik.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, kalau boleh ya? I think we not politicizing, bukan mau politicize dan kita bukan suruh dia orang angkat tangan satu-satu kalau dorang mahu kah tidak but at least you have to have a dialogue with them so you can hear all at least the action committee. Dia orang ada satu badan 10 mungkin 10 orang saja.

Boleh jumpa semua 10 orang yang mewakili penghuni-penghuni di rumah pangsa. Apa salah pun kalau mahu dengar daripada penghuni-penghuni ini, ini satu lah Datuk Menteri.

Kedua itu, memanglah itu tanah LPPB yang saya sedar tetapi LPPB di tubuh dengan asas pertubuhan yang paling asas untuk menjaga bagi rumah.. rumah.. apa ini.. rumah milik kepada rakyat di Sabah ini. That is their in, what it’s called? The, the purpose of LPPB being set up. So ini sangat penting Datuk Menteri. If they gonna build another rumah pangsa or they are gonna build another project, that is in lined with their objective I think that one is fair lah tapi saya dengar Datuk Speaker bukan macam itu. Yang mahal lagi daripada 2, two plus one punya unit. Dia orang akan buat so I feel that LPPB has to responsibly to.. to..

Speaker

Itu you dengar. Adakah itu fakta?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Jadi, LPPB boleh bagi lah fakta itu. Apa proposal dia untuk mahu bangunkan itu lah? Tapi itu.. that’s not the issue lah.. that’s not the issue lah Datuk Menteri.

Speaker

So, bila itu masih you dengar, you tak boleh bangkitkan isu itu sini because it’s not fakta.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

That’s why Datuk Menteri, I feel that LPPB still have to work closely with the people. Maybe Datuk Menteri is mungkin busy lah, tak dapat tapi LPPB should have a dialogue with them. Dia orang sudah sewa dengan LPPB berpuluh tahun sudah bah. So I feel that is a responsibility still..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

I thi.. i think that they have not have a dialogue with LPPB..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

But they haven’t have a dialogue..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

They were there.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ok.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Come on.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

They No.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Macam mana wakil rakyat ini tidak tahu dia orang ada di sana?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, I can tell you they haven’t have a dialogue.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Yes, they haved.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

No they have not.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

I can tell you the date.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Let’s do okay.. let’s.. let’s do another one.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

No, no, no Yang Berhormat. Whether we go there or not is one thing, will decide later but the thing is that I think in the list, we talk about politicizing the issue then should not.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

We are not politicizing.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Jadi?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, we are not politicizing it.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Okay. What do I see? You say sekarang berapa unit sekarang? How do we know that we can’t not double up the number if we re.. redevelop balik?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

No. That’s why we need to have this dialogue mah..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Exactly what I said.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

I think just now.. you need can this dialogue.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

After we get the report daripada konsultan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Exactly.. exactly.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

So, what.. what’s the problem?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

No, no problem. That’s why I said.. I thanked Datuk Menteri during my perbahasan because why? They asked them to move out without even doing the report or this says not safe. So now Datuk Menteri is carrying…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Saya sudah cakap dulu Yang Berhormat. No listen, you sit down

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

It’s my turn.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay. Okay.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

You sit down.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya.

Speaker

Teruskan. Teruskan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya. Saya sudah cakap dulu dalam Dewan yang mulia ini juga. Saya sudah bagi jaminan we will not simply halau dia orang selagi tempat itu selamat dan selagi mereka belum ada peluang untuk mencari tempat tinggal baharu. Please trust me, I’m the minister in charge of that. Although LPPB may not like my instruction but they that was my instruction to LPPB, okay? Janganlah kita ini, minta maaf.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay. Thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Sorry kalau saya bukan…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Mahu ulang-ulang lah macam ini. Daripada kita ulang sana, ulang sana, itu juga mahu adakan kalau yes, we can have dialogue every day finally does the dialogue solve the problem? That is the issue so kita tunggu sehingga konsultan datang dengan laporan dia. So now we are no better position to decide into final the solution. Isn’t it? Okay? That’s all on Tanjong Aru. Tengok hilang terus, mana sudah saya punya ucapan itu?

Speaker

(Ketawa)

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

aii.. inilah kau ini YB.. tertengok.. ter.. ter.. ada sini. Ok, so okay? Nanti anu we.. we.. we will wait until the laporan siap and to be honest lah jangan marahlah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay, thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Saya bukan marahlah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, i just want to emphasize.

Speaker

Dia tidak marah, dia geram saja.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

(ketawa) I just want to emphasize, I think we need to keep for cool head when dealing with the public or what I am saying jangan kita emosional. Kalau every.. sikit-sikit kita emosional, kena-kena saja, kena sorong I think universal got problem lah. So I’m slightly older than you, I think I’m a bit cooler because I’m only 72 year. Only 27 year (ketawa). Okay. Okay.

Speaker

You look 7, you look 27 Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, I look 27 every time yes, thank you (ketawa). Ok balik saya tadi itu, belum berapa siap bah actually tadi itu. Saya ingat saya ingin memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Petagas berkenaan sebidang tanah yang telah dikenalpasti berhampiran rumah pangsa Tanjong Aru yang sesuai untuk dijadikan penempatan semula penghuni rumah pangsa Tanjong Aru.

Setakat ini LPPB tidak memiliki tanah di sekitar Tanjong Aru atau yang berhampiran dengan rumah pangsa Tanjong Aru. Kementerian saya amat mengalu-alukan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Petagas untuk mencadangkan mana-mana tapak atau lokasi yang sesuai di kawasan DUN Petagas sebagai cadangan pembinaan penempatan semula penduduk-penduduk rumah pangsa tersebut. Berhubung dengan isu pemilikan geran tanah subsidiari, subsidiary title bagi 17 pembangunan perumahan di Elopura yang masih belum diperolehi semenjak 30 tahun yang lalu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari DUN Elopura. Kementerian saya telah mengenalpasti kesemua pembangunan perumahan tersebut dan akan bekerjasama dengan pihak pemaju, pemilik tanah, Jabatan Tanah dan

Ukur dan Majlis Perbandaran Sandakan untuk memastikan geran subsidiari tersebut dapat diserahkan kepada pemilik berkenaan.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, ini lah salah salah satu keadaan ini, salah satu daripada kita punya apa itu bikin pening kepala sekarang ini. Subsidiary title tidak boleh keluarkan kerana ini developer sudah lari. Premium tidak bayar, tanpa bayar.

Bila kita ada tanah, kita mahu pecah geran. Mahu kadang-kadang pecah geran tapi ada premium untuk pecah geran tersebut.

Ini dia sudah anu, lari baru kelam kabut cari apa itu, itu developer untuk urus. Baru subsidiary title boleh apa ini di boleh dikeluarkan.

This is i want to tell you Yang Berhormat, inilah salah satu daripada masalah kita di sekitar bandaraya ini. Jadi kalau Ahli Yang Berhormat ada kenalan. I think we better compile dia punya apa itu list yang pemaju ini supaya awal-awal kita apa itu check betul-betul everytime dia sudah bayar anu kah tidak the premiums. Sekarang kita punya cara dan ada juga developer yang marah, okay you submit you punya development plan but we give a timeline for you to pay the premium dulu supaya mempertahankan dan menjaga kebajikan pembeli-pembeli.

Kalau dia lari selepas ambil duit tetapi premium belum bayar, subsidiary title tidak boleh dikeluarkan. Ini dia punya masalah ini. So, tolonglah let’s open our eyes kalau tertengok ada kawasan Ahli Yang Berhormat yang anu, inform us, ambil nama dia, they will check dia sudah bayar anu kah tidak premium ini. Kalau tidak, ini bakal berulang. Banyak kes ini. The one you mentioned Yang Berhormat is just a tip of the iceberg, i can tell you okay?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Menteri, what about the company that has already worn out? Already bankrupt? Dan itu bangunan sudah di diri dan sudah ada pembelinya?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Yang Berhormat daripada Sri Tanjong, itulah masalah dia yang sekarang ini. Pasal technically unless kau sudah bayar itu premium, you don’t get the subsidiary title kerana kerajaan Jabatan Tanah dan Ukur belum diterima dia punya bayaran. Itu.. itu dia. So, we have not come up with any

solutions yet.

So, technically dari segi undang-undang, it falls on the apa itu the apa.. apa itu per bilik.. rumah untuk membayar tetapi its unfair pasal dia orang sudah bayar tu rumah.

Jangan kita, ada yang tinggal di 10 tahun, 12 tahun, 20 tahun pun ada, subsidiary title belum ada. Subsidiary inilah one of kita punya kekanganlah ya yang kita hadapi. Untuk pengetahuan, kita cuba cari jalan bagaimana but we need your assistance, especially to find out all this apa itu apa itu.. pemaju yang sudah lari ini. I don’t know dia larikah dia sengaja bersembunyi, we don’t know but on paper, cari punya cari tidak boleh dapat.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Menteri, setahu saya jikalau itu development adalah satu development tentang resident, residential development maka itu pemaju harus bayar satu security deposit kepada housing developer sebelum membuat itu pembangunan. Adakah ini boleh can this be applied to commercial development di mana pemaju perlu serahkan satu security deposit?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Kita sedang studies apa itu amalan yang baru diperkenalkan di Semenanjung. On the completion, dia punya apa itu bila kita bagi OC terus satu kali bagi itu apa itu subsidiary title. Ada-ada dia ini yang kita sedang study sekarang lah. Sila noted, siap saja rumah, you get you punya kunci, this is your title or if you are ambil daripada bank, loan bank, we give the bank first lah itu. Ini, that’s the only way lah saya tengok ini. Ok, Datuk Speaker, minta maaf melarut sikit tadi. melarat sorry.

Kementerian saya mengambil maklum terhadap persoalan..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN Darau mengenai status tanah Kampung Warisan yang dimiliki oleh LPBB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tanah tersebut telah diwartakan sebagai rezab kampung di mana DBKK adalah sebagai Pemegang Amanah.

Manakala LPBB hanyalah sebagai ejen pelaksana bagi pembinaan rumah penduduk kampung tersebut.

Pengeluaran geran tanah individu kepada penduduk Kampung tidak dapat dilaksanakan kerana tanah tersebut telah diwartakan sebagai rezab Kampung.

Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sulabayan, pihak Kerajaan setakat ini memberi jaminan bahawa harga jualan 47,000 untuk Rumah Mampu Milik khusus kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan setinggan adalah tidak berubah. Adalah tidak berubah. Walaupun kenaikan pada kos binaan telah berlarutan sejak 2 tahun hingga 3 tahun yang lalu. Sekiranya pada masa hadapan ada cadangan untuk menaikkan harga jualan Rumah Mampu Milik berkenaan, pihak Kerajaan akan memastikan bahawa harga jualan yang dicadangkan adalah tidak akan membebankan golongan sasar ini dan hendaklah munasabah serta berpatutan.

Sebagai makluman tambahan, harga jualan 47,000 seunit ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak tahun 2000 lagi. Isu penyelenggaraan kemudahan awam di pihak berkuasa tempatan. Mengenai keperluan melaksanakan penyelenggaraan menyeluruh terhadap Pasar Umum Sandakan dan kerosakan kaki lima pasar Karamunting seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Papat dan Ahli Yang Berhormat Karamunting. Kementerian saya telah menyediakan anggaran kos baikpulih penyelenggaraan Pasar Umum Sandakan dan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan.

Manakala bagi penyelenggaraan Pasar Karamunting, pihak majlis masih dalam proses mengenal pasti dan melantik konsultan bagi menjalankan kajian menyeluruh bagi penyediaan anggaran kos yang terlibat untuk kerja-kerja membaiki kerosakan berkenaan.

Berkenaan isu-isu lampu jalan tidak berfungsi, parit tersumbat dan rumput yang tidak dipotong di Taman Perumahan Sibuga dan Taman Perumahan Mawar seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekong.

Kementerian saya melalui Majlis Perbandaran Sandakan sedang menjalankan proses tender bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan melibatkan 3 kawasan Parlimen iaitu kawasan Parlimen Batu Sapi, Parlimen Sandakan dan juga Parlimen Libaran yang dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Bagi aduan berkaitan rumput dan pembersihan parit, kerja-kerja penyelenggaraan parit dan pemotongan rumput di Taman Mawar dan Taman di Sibuga dilaksanakan oleh sebuah syarikat konsesi lantikan Kementerian Kewangan.

Majlis Perbandaran Sandakan akan membuat penyeliaan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh konsesi berkenaan.

Kementerian saya mengambil maklum berkenaan keperluan untuk menyelenggara jalan raya di Taman Perumahan dalam Daerah Sandakan termasuk Taman Rajawali seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Yang Dilantik Tuan Jaffari Waliam. Jalan-jalan tersebut adalah di bawah tanggungjawab konsesi, sebuah syarikat konsesi syarikat sebarang aduan kerosakan di jalan-jalan tersebut yang diterima oleh Majlis Perbandaran Sandakan akan dimaklumkan kepada konsesi tersebut untuk tindakan segera. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Tungku untuk menaiktaraf Pasar Rakyat Lahad Datu, Kementerian saya melalui Majlis Daerah Lahad Datu telah mengemukakan permohonan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan BP1 berjumlah RM500,000 bagi tujuan tersebut. Kementerian saya akan membuat susulan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan..Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan berhubung permohonan ini.

Speaker

Ada persoalan dari Tungku Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan saya berkaitan dengan benda ini sebelum ini pun ada juga saya sentuh mengenai yang saya kata Pasar Lahad Datu itu sedikit istimewa sebab ada orang berjual di dalam ada orang berjual di luar.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri faham apa maksud saya dan saya mohon kita dengar keluhan daripada peniaga-peniaga itu bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini.

Itu yang pertama.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, saya juga mendapat keluhan daripada peniaga-peniaga tamu, kiosk atau pun bundle yang biasanya mereka ini berniaga di lorong antara bangunan yang mana kadang-kadang mereka ini dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat tanpa ada notis lebih awal dan diberitahu. Bagi maksud tersebut saya ingin menyampaikan hasrat mereka supaya ada baiknya mereka ditempatkan di satu tempat yang tetap dan lebih sesuai dan mereka bersedia untuk mematuhi apa juga syarat yang dikenakan oleh Majlis Tempatan. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin membawa sedikit mengenai keluhan di sana juga yang internal politicking antara pegawai-pegawai kita ini Yang Berhormat Menteri. Di mana antara Pegawai Daerah dan juga PE ada macam konflik yang seolah-olah mereka ini tidak berasuk bah. Jadi saya pun tidak tahu apa masalah dan benda ini menjadikan ..

Speaker

Lain perguruan.

Yang jadi mangsa adalah kita punya pelanggan-pelanggan itu.

Jadi cuba kalau saya mohon Yang Berhormat Menteri tolong bagi perhatian sedikit terhadap benda ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tungku. I think saya berada di Lahad Datu sebulan lepas kah itu then saya ambil perhatian apa yang telah dinyatakan. Kalau tidak dalam, “kalau tidak berngam itu kurang professional” lah.

Then kalau ada perbezaan pun biarlah perbezaan itu perbezaan kekal. Masuk dalam poket tapi bila soal kerja sepatutnya menjadi bukan penyebab untuk tidak ada kerjasama lah.

Saya teruskan Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Berkenaan dengan cadangan pembinaan lot-lot rumah komersial di Pekan Limbahau seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Limbahau.

Setakat ini LPBB tidak mempunyai tanah di kawasan Limbahau untuk dibangunkan. Walau bagaimana pun memandangkan tapak dikenal pasti oleh Yang Berhormat maka Kementerian saya melalui LPBB amat berbesar hati sekiranya diberi peluang untuk melaksanakan projek pembinaan lot kedai yang turut berfungsi sebagai pusat Hentian Rehat dan Rawat (RNR). Mengenai keadaan lampu jalan yang tidak berfungsi di Jalan Pekan Kudat seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tanjong Kapor, Kementerian saya melalui Lembaga Bandaran Kudat telah mengenal pasti kawasan yang kerap terjadi kemalangan tersebut yang sebahagian besarnya adalah di Jalan Protokol yang telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya.

Lembaga Bandaran Kudat akan memastikan lampu-lampu jalan di bawah seliaan sentiasa diselenggarakan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kerosakan.

Isu pengurusan setinggan.

Kementerian mengambil maklum berkenaan persoalan berkaitan pengurusan setinggan di Negeri ini yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yang Dilantik Dr. Aliakbar Gulasan dan Yang Berhormat ADUN Kukusan.

Kementerian saya akan mengambil..membawa

perkara ini kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincangkan lebih lanjut. Isu landskap persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan.

Datuk Speaker, kementerian saya mengambil perhatian terhadap tumbuhan berjuntai yang tumbuh di bangunan-bangunan sekitar Bandar Sandakan seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tanjong Papat. Sebagai makluman, Majlis Perbandaran Sandakan telah pun mengambil inisiatif untuk membeli sebuah jentera sky lift bagi tujuan kerja-kerja pembersihan walaupun sky lift ini hanya akan diterima pada bulan Mei tahun ini.

MPS telah meminjam sebuah sky lift daripada Majlis Daerah Kinabatangan mulai 18 Januari 2022 dan kini sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembersihan tumbuhan berjuntai secara berperingkat. Berkenaan saranan Yang Berhormat Yang Dilantik Tuan Jaffari Walliam untuk mencantikkan landskap Batu Sapi bagi menarik perhatian para pelancong, Kementerian saya melalui Majlis Perbandaran Sandakan telah mengambil kira perkara tersebut dalam penyediaan pelan pelancongan Daerah Sandakan di mana kawasan Batu Sapi telah dikenal pasti sebagai hub warisan budaya dan hub eko pelancongan. Sebagai makluman tambahan, MPS juga akan sentiasa menanam dan menyelenggara landskap lampu di semua pembahagian jalan di Sandakan termasuklah di kawasan Batu Sapi. Berhubung isu yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Tanjong Kapor, berkenaan tanah awam Kudat yang tidak diselenggara dan rumput tidak dipotong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanah tersebut belum diserah sepenuhnya kepada pihak Lembaga Bandaran Kudat disebabkan beberapa masalah seperti kecacatan pembinaan belum diselesaikan sepenuhnya oleh pihak kontraktor taman tersebut.

Selain daripada itu, taman tersebut juga tidak mempunyai pagar dan menyukarkan Lembaga untuk mengawal orang awam yang berkunjung di taman tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak Lembaga Kudat..Lembaga Bandaran Kudat telah mengambil inisiatif untuk membekal tenaga pekerja untuk memotong rumput, menyelenggara landskap dan mengutip sampah sarap di keseluruhan kawasan taman bagi mengekalkan kecantikan Taman Awam berkenaan. Isu pengurusan sisa pepejal, pembentungan dan kebersihan awam…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

….pembentungan dan kebersihan awam,

kementerian saya menyambut baik saranan oleh Yang Berhormat oleh ADUN Dilantik Dr. Aliakbar untuk melaksanakan pilot projek di kawasan perumahan bagi menggalakkan penyertaan komuniti bagi usaha-usaha berkaitan pengurusan sisa pepejal.

Kementerian saya akan memperhalusi dan memperincikan cadangan tersebut sebelum dilaksanakan.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Papat mengenai pertindihan skop tugas antara PBT dengan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Negeri yang boleh menyebabkan masalah kebersihan kepada pengusaha-pengusaha kedai makan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat dan makluman Dewan Yang Mulia ini, apabila Enakmen Perkhidmatan Pembentungan 2017 dikuatkuasakan, semua tugas-tugas penyelenggaraan dan pembaikan sistem pembentungan telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Negeri Sabah.

Majlis Perbandaran Sandakan telah diarah untuk menyerahkan semua tugas kepada jabatan berkenaan. Pihak majlis hanya membantu mengutip caj pembentungan yang dimasukkan dalam cukai pintu dan menyerahkan kutipan tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan.

Bagi memastikan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam di Daerah Sandakan dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien, satu jawatankuasa khusus akan ditubuhkan yang melibatkan semua jabatan dan agensi yang berkenaan and hopefully Yang Berhormat, we will should be able to solve kerja which one is whose lah, ya.

Saya tengok ini bila dilaksanakan penyerahan dulu, itu yang a bit of confusions lah saya tengok, ya.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Minta izin.

Masalah ada berkaitan dengan itu five-feet walkways bah. Apabila saya ada berbincang sama PB, PHS ya, PBS, mereka kata ini five-feet walkways itu under the control of the MPS Local Council. Jadi mereka tidak boleh masuk tempat itu. Jadi mereka bilang, dia bidang dia authority is on the road, selepas lima(5) kaki itu di bangunan sana. That’s what they were saying, thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih.

Hopefully this jawatankuasa penyelaras will be able to determine siapa apa itu, incharge the who lah what lah, ya. Saya ingin menjelaskan berhubung dengan isu ketiadaan tong sampah di kawasan pelancongan terkenal di Kudat, Simpang Mangayau iaitu Tip of Borneo yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Kapor.

Kawasan tersebut adalah di bawah seliaan Lembaga Pelancongan Sabah dan diselenggara oleh pihak kontraktor yang dilantik Syarikat Sri Hujung Borneo. Boleh tahan juga nama syarikat dia Datuk Speaker, Sri Hujung ya.

Speaker

Sebab dia di hujung Sabah baitu.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Patut lah kebersihan dia tiada penghujung.

Pantai dan kawasan rekreasi di bawah seliaan Lembaga Bandaran Sandakan adalah dibekalkan kemudahan-kemudahan tong sampah yang mencukupi seperti di Pantai Bak-Bak, Kudat. Jadi di mana di bawah seliaan Lembaga Bandaran Kudat, tiada masalah. Ini di bawah seliaan sahabat saya menteri pelancongan. Jadi, saya harap beliau ambil tindakanlah, ya.

Hal-hal berkaitan operasi PBT.

Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba pada awal bulan April nanti, kementerian saya menyambut baik cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik Dr. Aliakbar mengenai penyeliaan surau sementara menggunakan kanopi, penyediaan surau sementara dengan menggunakan kanopi di kawasan tapak Bazaar Ramadan.

Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada SOP Bazaar Ramadhan lah ya, kesesuaian lokasi dan juga keluasan tapak bazaar.

Berhubung dengan persoalan Yang Berhormat DUN Kukusan berkenaan gerai peniaga kecil yang menjual makanan dan bengkel menjahit yang telah dirobohkan oleh PBT dan sehingga kini masih belum ada tanda-tanda akan dibangunkan semula. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kukusan, peniaga yang dimaksudkan adalah peniaga yang menjalankan perniagaan di tapak lapangan terbang lama dan mereka adalah penjaja yang tidak berlesen ya.

Majlis Perbandaraan Tawau melalui majlis mesyuarat majlis penuh telah memutuskan untuk mengeluarkan notis perobohon gerai-gerai tersebut disebabkan kawasan tersebut menjadi hot spot berlakunya wabak denggi dan struktur pembinaan yang tidak teratur membahayakan orang awam yang membeli makanan di gerai-gerai berkenaan.

Selain daripada itu, penjaja gerai makanan tidak mempunyai kad kesihatan yang sah dan ini boleh menjadi punca berlakunya keracunan makanan disebabkan penyeliaan, penyediaan makanan yang tidak terjamin kebersihannya.

Kesemua gerai telah pun dirobohkan pada pertengahan tahun 2019.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Kukusan, Majlis Perbandaran Tawau mempunyai cadangan untuk membina semula gerai-gerai yang lebih teratur di atas tapak berkenaan.

Memandangkan tapak berkenaan belum dimiliki majlis, maka permohonan TOL ke atas tapak tersebut telah dikemukakan.

Berkenaan perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat Yang Dilantik. Dr.

Aliakbar untuk PBT memantau gerai, kedai-kedai judi online dan kedai-kedai judi di pasar raya. Kementerian saya melalui Bahagian Inspektorat dan Unit Penguatkuasa di Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing sememangnya mempunyai SOP khusus untuk menangani masalah ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui rondaan dan operasi bersepadu.

Kementerian saya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani masalah ini. Mengenai cadangan penubuhan Majlis Daerah Kalabakan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sebatik, setakat ini kerajaan negeri belum ada cadangan untuk menubuhkan Majlis Daerah Kalabakan.

Perkhidmatan yang biasanya disediakan oleh PBT kepada masyarakat setempat di Daerah Kalabakan tersebut ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Kalabakan. Manakala perkhidmatan perlesenan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Tawau.

Walau bagaimanapun, kementerian saya akan mengkaji cadangan pewujudan Majlis Daerah Kalabakan.

Keperluan untuk menubuhkan sebuah majlis akan diteliti dan dikaji dengan mengambil kira kriteria-kriteria tertentu termasuklah bilangan populasi penduduk, kewujudan aktiviti ekonomi dan sumber hasil yang lain menerusi aset alih

dan tak alih seperti hartanah yang boleh menjamin penjanaan hasil yang mencukupi dengan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.

Kementerian saya mengambil maklum di atas cadangan oleh Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik Tuan Jaffari Waliam untuk mengkaji semula bayaran lesen operasi kedai gunting rambut yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Sebagai makluman Yang Berhormat dan sidang Dewan Yang Mulia ini, kadar lesen bagi kedai gunting rambut yang dikuatkuasakan oleh MPS adalah berdasarkan kepada bilangan kerusi iaitu bagi kedai gunting lelaki dan kedai gunting wanita adalah RM10.00 satu kerusi satu bulan. Minimum kerusi yang mesti dipohon adalah dua(2) buah kerusi bersamaan RM20.00 satu bulan.

Bagi kedai gunting unisex, kadar yang dikenakan adalah RM30.00 bagi sebuah kerusi dan minimum kerusi yang mesti dipohon ialah juga dua(2) kerusi bersamaan RM60.00 satu bulan. Ini unisex ini mahal sikit lah, saya pun tidak tahu kenapa.

Dia RM30.00 yang lain tu RM20.00 ya, RM10.00 ya.

Kadar ini sebenarnya adalah berpatutan dan terserah kepada pengusaha untuk memohon bilangan kerusi di kedai gunting mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Berhubung dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Kapayan berkenaan penyaluran aduan secara atas talian, kementerian saya melalui Majlis Daerah Penampang telah mengguna pakai Sistem e-Aduan bagi mengendalikan aduan-aduan orang ramai. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri telah membangunkan sistem baharu yang dikenal pasti dan yang saya telah umumkan lebih awal i-Adu untuk diguna pakai oleh semua agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin memberi penjelasan terhadap pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kapayan, mengenai undang-undang kecil yang mengambil masa terlalu lama untuk diluluskan. Undang-undang kecil merupakan undang-undang yang dibuat di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan Ordinan Tempatan, Kerajaan Tempatan 1961. PBT boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda dan membatal undang-undang kecil mengikut keperluan kawasan pentadbiran PBT tertakluk kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 50 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Sebelum membuat, meminda dan membatalkan sesuatu undang-undang kecil, PBT perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung keperluan untuk membuat atau meminda suatu undang-undang kecil.

Setelah kajian kepada keperluan penggubalan atau pindaan undang-undang kecil yang dicadangkan tersebut dibuat oleh PBT, maka draf undang-undang kecil perlu dirangka dan dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk semakan.

Tujuan semakan itu ialah untuk memastikan semuanya mengikut lunas-lunas undang-undang ya.

This is the last apa itu, cara yang terakhir sekali untuk memastikan mereka boleh pinda dan sebagainya, tapi kita mahu pastikan bahawa semua peraturan dan prosedur telah pun dipatuhilah. So, dalam in short dari Yang Berhormat Kapayan, in fact nothing to stop them from making amendment...

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

… from making amendments, renewing or updating.

Tiada masalah.

They are free to do so.

Cuma whether they active, whether they do it or not, that is not a question, ya. Of course, you can, kita juga boleh apa itu, pihak-pihak the public juga boleh terus beri aduan kepada pihak apa itu, KKTP dan kita akan cuba berurusan dengan apa ini, dengan pihak majlis daerah yang berkenaan kalau ada keperluan untuk apa itu, untuk membuat dengan baik then we will advise them accordingly later, ya.

Di peringkat semakan, kementerian akan membuat kajian, ya.

Ini mengenai draf undang-undang kecil tersebut seperti mengenai, untuk mengenal pasti kesan undang-undang kecil terhadap ekonomi, sosial dan pelaksanaan di PBT dan akan melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan of course orang ramai.

Ini adalah untuk memastikan draf undang-undang kecil tersebut boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan prinsip undang-undang yang sedia ada.

Kesemua proses ini perlu dilaksanakan sebelum undang-undang kecil boleh diluluskan dan diwartakan atas sebab itulah penyediaan undang-undang ini kadang-kadang mengambil sedikit masa.

Berkenaan soalan yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Banggi, adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan sukarelawan bomba?

Kementerian saya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Adalah dicadangkan agar beberapa daerah terpilih memulakan program sukarelawan bomba pada masa terdekat ini. Perkara ini akan disusuli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di da dan daerah-daerah projek rintis ini.

In fact untuk pengetahuan Yang Berhormat daripada Banggi ini, Pengarah Bomba dan Penyelamat sendiri datang untuk berjumpa saya pada minggu lepas dan kita ada beberapa cadangan yang kita bincang dan kita telah bersetuju. Barangkali kita boleh mulakan dengan beberapa daerah sebagai apa itu, daerah rintis lah. Bagaimana kita mewujudkan apa ini, badan sukarela dalam bomba ini, ya.

Terima kasih. Yang Berhormat Speaker...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan.

Berkaitan dengan bomba, Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin menyampaikan keluhan peniaga-peniaga gas memasak di kawasan Lahad Datu.

Apabila mereka memohon lesen untuk menjual itu, mereka terpaksa merujuk ke penguasa bomba yang berada di Tawau.

Which is kadang-kadang apabila mereka pergi ke sana, pegawai itu tidak ada dan ini agak sedikit menyusahkan mereka.

Jadi kalau boleh, kuasa itu diturunkan kepada pegawai bomba yang ada di Lahad Datu. Itu yang pertama, dan kedua saya ingin sampaikan keluhan dan permintaan daripada masyarakat ataupun penghuni yang mendiami Taman Khazana Indah di mana setiap kali hujan lebat, kawasan mereka itu akan dinaiki air disebabkan sistem perparitan yang ada di situ yang tidak apa ni, tidak berfungsi dengan baik dan saya rasa saya sudah buat tinjauan, saya dapati bahawa sebenarnya pemaju projek tersebut, ada sedikit apa ini kerja-kerja yang dia lakukan itu yang tidak boleh menyelesaikan dan tidak mematuhi pelan pembangunan kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Menteri, boleh minta laluan?

Sebentar tadi Datuk Menteri ada menyebut akan ada perbincangan. Adakah perbincangan itu merangkumi mungkin dari segi elaun sukarelawan ini? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Itulah bah isu utamanya, elaun ini.

Jadi itu telah kita bincang dan kita ari kaedah bagaimana sama ada elaun ini boleh kita pasal sebab insentiflah. Macam RELA juga, dia ada elaun, APM ada elaun dan ini juga saya telah bincang dengan pengarah dan kita fikir ada jalan untuk kita buat. Yang orang, orang kampung ini suka yang ada uniform bah ini, dorang pasal dia nampak gap sikit kalau ada elaun Datuk. Sorry, ada uniform, Datuk Speaker. Jadi di sini saya telah mencadangkan kalau ada peruntukan apa itu, uniform ini barangkali Ahli-ahli Yang Berhormat lah dalam daerah-daerah yang terpilih ini boleh lah barangkali donate sikit peruntukan untuk beli baju saja lah. Supaya dia nampak cantik bah kan.

Datuk Speaker….

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ok.

Isu berkaitan dengan hal ehwal anak negeri, Datuk Speaker.

Kementerian saya mengambil maklum terhadap saranan yang dibuat oleh ADUN Kapayan terhadap cadangan melantik ketua adat dari golongan wanita.

Wanita, ya.

Kepimpinan wanita tidak pernah dilupakan dalam pentadbiran negeri termasuklah pentadbiran anak negeri Sabah. Kepimpinan wanita dalam pentadbiran anak negeri Sabah sebagai ketua adat, ketua daerah, ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri dan ketua kampung tidak pernah dilupakan malahan diangkat di mana sesuai sebagai satu penghormatan kepada kaum wanita. Sebagai contoh, kita mempunyai seorang Ketua Daerah Wanita di Inanam, ya. 14 orang ketua anak negeri, 89 wakil ketua anak negeri, 161 ketua kampung dan 12 orang ketua masyarakat cina di kalangan wanita.

Dengan adanya kepimpinan wanita sebagai ketua adat membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan atau menidakkan peranan wanita dalam pentadbiran anak negeri Sabah khususnya dalam soal-soal yang ada kaitan dengan adat di negeri Sabah. Kerajaan sangat mengalu-alukan cadangan daripada semua pemimpin kawasan untuk mencadangkan nama-nama calon wanita yang berpotensi sebagai ketua adat untuk dipertimbangkan di masa akan datang.

Berhubungan isu kelewatan pelantikan beberapa ketua kampung di Kunak iaitu Kampung Simpang Empat, Kampung Cenderawasi, Kampung Skim Kokos, Kampung Airport Batu 10 seperti yang dibang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kunak, kelewatan pelantikan ketua kampung di 4 kampung tersebut adalah disebabkan kampung tersebut tidak ada dalam senarai Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri.

Tidak ada syor nama ketua kampung yang dikemukakan dan syor yang dicalonkan dan tidak ada syor nama ketua kampung yang dikemukakan dan syor yang dicalonkan bukan di kalangan anak negeri.

Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah atau JHEAINS telah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah Kunak sama ada kampung tersebut yang telah dinyatakan telah diwartakan atau belum.

Sekiranya kampung tersebut telah diwartakan, JHEAINS akan mempertimbangkan untuk pelantikan ketua-ketua kampung yang layak dan memenuhi syarat. Untuk makluman, JHEAINS baharu sahaja menerima surat permohonan pelantikan tersebut pada 7 Januari, eh, 7 Mac 2022 dan sedang dalam menjalankan pengesahan bagi memastikan calon yang dikemukakan adalah berstatus anak negeri.

Tuan Speaker, saya amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan kementerian saya pada persidangan kali ini. Isu-isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dan tindakan sewajarnya termasuk yang dibangkitkan Yang Berhormat sahabat saya daripada Tanjong Aru.

We will look into it.

I’m here to solve the problem, we were here all to solve the problem. Kadang-kadang bahasa yang kita gunakan itu kadang-kadang terkasar but we never bukan kita mahu kasar (audio kurang jelas).

Tapi itulah semangat kita berkobar-kobar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini harus menjadi pandangan kita ya, dan ketiga, we want to be practical. Kita tidak mahu itu semua berakhir dengan empty political slogans. We want to solve the problem. So, we have to face the problem as is not what it should be. Kita mahu selesaikan dengan baik dan Yang Berhormat daripada Tanjong Aru, dipersilakan datang ke pejabat saya bila-bila masa sahaja. We can talk, we can sit down discuss. Tiada masalah. You know me, I know you, ya.

Yang Berhormat ini saya cukup senang hati, adik saya ini Ahli Yang Berhormat Luyang.

Dia banyak kali datang office bukan apa nothing, we just have kopi-kopi

saja. Tiada masalah. Tapi hairan kadang-kadang kopi itu lain warna dia, kan YB? (ketawa) Ini main-main saja lah.

So, I am open tapi saya ini terus terang bukan I saya ada di sini, you all know me. At my age, I have nothing more to prove. I only want do a good job of what I have been entrusted.

Itu saja saya punya niat yang (audio kurang jelas). Ya, and that’s why we all should work together. At the end of the day, sama ada kita this party or that party, bila sampai masanya we can walk out with our head high know that we have done our best and we should and must do our best for the people of Sabah.

Jadi, Tuan Speaker semoga apa yang kita lakukan dan usahakan demi kebaikan dan niat amal ibadah akan diberkati oleh Allah S.W.T dan semua perbuatan kita akan diredhai oleh Allah S.W.T..

Speaker, kasih saya peluang Speaker.

Menteri, Menteri.

Ya, sorry.

Tentang pintu cukai di Sandakan, di Sandakan kawasan lah. Apa yang saya dapat maklumat di MPS, ada rumah pintu cukai tidak bayar lebih 40 tahun. Saya rasanya ini more than a bilion…

… ini more than a million seluruh Sandakan lah tidak dapat dibayarkan.

Saya rasanya mahu ambil tindakan lah tentang hal ini itu cukai tu.

Yang kedua, ialah Pasar Muhibah dengan bas terminal.

Saya rasa yang menteri secepatkan kasih gerakkan ini bas terminal untuk user lah, untuk user yang buat ada bumbung. Sekarang langsung tak ada bumbung, kalau hujan memang susah yang naik turun bas itu. Bas terminal yang express punya itu lah dengan Pasar Muhibah. Yang akhirnya, saya tadi saya nampak menteri bilang alert for this Bomba. Saya rasanya sekarang pun banyak contoh di Sandakan atau di Tawau pun ada kes yang kampung ada kebakaran.

Jadi saya rasanya boleh propose itu self priming pump untuk kampung. Sebab dia punya standard post jaraknya 100 meter. I think it’s a radius 100 meter itu mungkin jika ada 4 jambatan, 1 pump begitulah. 1 mungkin team yang sukarelawan kasih jaga ini pump macam operate atau function ini pump. Sebab machine mesti mahu setiap minggu, mahu ada function lah.

Jadi saya rasanya ini 1 cadangan untuk gazette perkampungan punya isu kasih upgrade ada pump untuk setiap kampung yang boleh cover pada masa kebakaran. Terima kasih menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di antara beberapa tempat yang kita telah recentralized cadangkan kepada Pengarah Bomba untuk barangkali kita pilih daerah yang menjadi tempat apa itu, daerah rintis kah ini kalau ini. Daerah rintis ialah Tawau, Sandakan, Kudat. Hari ini ada antara 3 lah pasal saya tengok kebakaran ini selalu berada di sini dan tempat-tempat ini selalu kadang-kadang perkhidmatan bomba belum berapa sampai ke tahap yang baik lah. Jadi dia setuju. In fact kita akan berjumpa. In fact, sebenarnya apa ini, saya dijemput oleh pengarah bomba untuk apa itu satu sebagai permulaan lah kita sedang apa dia bekerjasama untuk menangani ini. It will take time but I think we are quite determine to make sure that apa ini pasukan bomba voluntary ini apa tu sukarela ditubuhkan dulu di beberapa tempat ini ya. So Datuk Speaker..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

..minta maaf kerana..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Yes. One.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Thank you.

Terima kasih Datuk Menteri.

Thank you Datuk Speaker.

The COVID build bah, actually brought up the COVID build temporarily measures to reduce the COVID impact tu.

Is it under Datuk Menteri punya kementerian kah? If it is because saya pun telah bangkit isu ini for West Malaysian and also Sarawak, they extended for the developers I think they liquidated they measures and all the reductions. Temporary measures was actually extended due October 2022 this year.

So only for Sabah right, we only extended

until 31st March 2021. So hopefully menteri can look into it and help to extend it as well lah. Ini nombor satu.

Kedua, terima kasih lah atas jaminan bahawa kita akan selesai rumah pangsa punya isu dengan baik lah. So saya akan kerjasama, Datuk Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima Kasih Yang Berhormat Tanjong Aru.

I’m just sign I think 6 apa tu order itu apa tu for dispensation apa tu daripada perlanjutan. Saya faham dengan apa tu masalah yang dihadapi oleh pemaju. Bukan salah mereka ya..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

..we know then kita akan tapi akan tengok case by case lah. So Datuk Speaker, mohon maaf di atas kelewatan terlalu panjang saya gunakan untuk apa tu..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

It’s your floor. You have to satisfy the member.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

..membaca ini..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

..carry on.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

..penggulungan saya tapi inilah diorang banyak kacau. Cerita masalah dia ini..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Bukan kacau.

Ini masa saja boleh memberikan maklumat.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

..tapi kacau yang saya suka lah. Cukup baik ya. Jadi akhir sekali Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa.

Mari kita gunakan bulan puasa yang mulia ini untuk pertamanya dipergandakan usaha kita untuk beri service kepada rakyat dan kedua barangkali kita murnikan niat sanubari kita agar apa yang kita buat ini hanya kerana Tuhan, hanya Allah S.W.T dan juga Allah membantu kita untuk membuat yang terbaik dalam usaha kita sebagai wakil rakyat.

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Amin.

Sekarang saya dengan segala hormatnya menjemput Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, silakan menteri.

6:26 petang

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih Tuan Speaker.

Selamat sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya.

Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat bertemu sekali lagi dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang ke-16 ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar yang komprehensif dan merangkumi semua bidang ekonomi termasuklah sektor pertanian.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana pada bulan ini kita akan meraihkan ulang tahun pertama Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan untuk ini pelbagai inisiatif SMJ telah digariskan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Sabah. Tuan Speaker, saya mohon menyiapkan ucapan saya, penggulungan saya sebelum ada apa-apa soalan yang lain dan saya akan tumpuhkan untuk menjawab soalan-soalan daripada Ahli-ahli daripada Nabawan, daripada Sekong, daripada Banggi,

daripada Tungku, daripada DUN Dilantik, daripada Bongawan, daripada Elopura dan baru-baru ini juga daripada Liawan.

Jadi Tuan Speaker, kementerian saya akan terus memberi tumpuan kepada program-program pembangunan tanaman komoditi dan buah-buahan seperti avocado, durian premium, nanas MD2, kelapa dan kopi.

Pembangunan ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan domestik tetapi dalam jangka masa yang panjang Sabah berpotensi sebagai pengeksport bersih yang terbesar hasil tanaman di rantau ini.

Jadi pembangunan sektor pertanian Sabah memerlukan pelaburan-pelaburan baharu terutama sekali pelabur-pelabur sebagai anchor membangunkan pertanian dan dalam masa yang sama bagi meningkatkan lagi keperluan hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan tahap sara hidup, sara diri (SSL). Beras bagi negeri Sabah pada tahun 2021 adalah 28.8% dan sasaran SSL menjelang 2030 adalah 60%.

Bagi tujuan ini, kementerian saya sedang berbincang dengan pihak FELDA untuk membangunkan seluas, tanah seluas 11,000 hektar di Semenanjung Dent atau Dent Peninsular di Lahad Datu yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sesuai untuk penanaman padi.

Kementerian saya juga akan fokus kepada produktiviti dan penggunaan pendekatan atau kaedah baharu melalui adaptasi teknologi baru seperti precision farming dan recognization.

Dan untuk ini kementerian juga bercadang untuk menghidup semula atau mengactivatekan lembaga padi Sabah.

Tuan Speaker, berdasarkan banci tahun 2020, jumlah penduduk Sabah adalah sebanyak 3.4 juta yang mana 24% merupakan golongan yang berumur 40-an ke atas.

Kebanyakkan tenaga kerja dalam sektor pertanian pada masa kini terdiri daripada golongan berumur macam saya lah.

Manakala golongan muda kurang berminat atau terlibat dengan sektor ini. Oleh sebab itu, kementerian saya melalui jabatan dan agensi di bawah kementerian akan terus berusaha untuk menggalakkkan penyertaan golongan muda dalam sektor ini. Dengan pemberian…

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

...ini. Dengan pemberian kursus-kursus, latihan-latihan dalam agroprenourship. Untuk memberikan mereka juga, apa ini, satu attitude atau satu sikap bahawa pertanian adalah perniagaan. Tuan Speaker, kenaikan harga baja dan racun adalah satu kebimbangan rakyat kita dan ini berlaku kerana kesan kenaikan harga pesanan antarabangsa, pasaran antarabangsa dan juga perubahan polisi negara pengeksport input pertanian dan logistik yang terhad semasa andemik COVID-19.

Maka itu, kementerian saya melalui jabatan dan agensi akan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D bagi meningkatkan kapasiti industri dalam pengeluaran baja dan racun tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import. Pada umumnya, amalan pertanian di luar bandar masih lagi mengikut cara tradisional dan konvensional dan kurang menggunakan teknologi moden. Oleh sebab itu, penyertaan golongan petani luar bandar dalam arus perdana pertanian moden perlu digalakkan.

Kementerian saya akan berusaha untuk mengarus perdana golongan petani luar bandar ini dengan mewujudkan Sistem Rangkaian Pembangunan atau Pengoperasian Petani di Luar Bandar iaitu dengan mewujudkan satu model baru yang dinamakan Rural Micro Business System. Tuan Speaker, hala tuju Jabatan Pertanian sepanjang RMK-12 adalah mengukuhkan pengeluaran untuk jaminan bekalan bahan makanan dan keperluan industri hiliran untuk dieksport dan pada tahun 2022 tahun ini, Jabatan akan terus memberikan tumpuan kepada pengeluran tanaman makanan, pensijilan ladang, penyelidikan tanaman dan inovasi pertanian di samping menguatkuasakan bio-sekuriti dan kuarantin tumbuhan serta pemerkasaan usahawan tani. Bagi memastikan Projek Pembangunan Pertanian dapat dilaksanakan pada tahun 2022, jabatan telah diluluskan peruntukan berjumlah 16.68 juta pembangunan bagi 31 projek biayaan kerajaan negeri dan 18 projek pembangunan biayaan kerajaan persekutuan.

Pelan Pembangunan SMJ yang dilancarkan tahun lalu, telah mencapai beberapa hasil dan kejayaan dan pada tahun 2021 umpamanya Jabatan

Pertanian Sabah berjaya melancarkan enam(6) jenis variety baru tanaman iaitu Durian Babagon, Durian Merah, Nangka, QJF1 iaitu Nangka Madu, Jagung Pulut Ungu, Pisang Sabah dan Kopi Catimur LSC1.

Pisang Sabah telah dipilih dan diisytiharkan sebagai ikon buah-buahan negeri Sabah sempena Majlis Sambutan Jubili Emas Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Tenom pada 18hb September 2021. Dalam tempoh SMJ tahun 2021 hingga 2025, 11 variety baharu atau klon tanaman terdiri daripada satu varieti ubi manis, satu daripada pisang, avocado, tarap, jagung pulut, kelapa, durian dan dua lagi variety padi dan buah-buahan lain yang dirancang dan dihasilkan.

Tuan Speaker, pada tahun 2021 kementerian saya melalui jabatan pertanian telah membangunkan tanaman makanan seluas 701 hektar iaitu tanaman Durian Premium, 154 hektar tanaman Nanas MD2, tanaman Pisang Sabah dan buah-buahan terpilih 134 hektar, tanaman kontan 43 hektar, tanaman sayur-sayuran 15 hektar serta tanaman industri terdiri daripada kopi 100 hektar dan kelapa 250 hektar. Bagi inisiatif Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani sebanyak 286 kursus telah dilaksanakan pada tahun 2021 dengan penglibatan 2974 peserta. Manakala sebanyak dua(2) produk iaitu Serbuk Kopi Tanah Tinggi melibatkan dua(2) usahawan daripada usahawan Daerah Kota Belud dan Ranau telah berjaya ditingkatkan kualiti pembungkusan Produk Usahawan Industri Asas Tani berjenama BessBah. Inilah dia punya nama ini, BessBah.

Untuk Program Agropreneur Muda seramai lima(5) orang telah berjaya menerima Geran Agropreneur Muda melibatkan Daerah Tuaran, Beaufort, Kudat, Sandakan dan Penampang.

Pada tahun 2021 juga, seramai 113 graduan telah berjaya menerima Sijil Pertanian di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, 82 graduan di Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu dan 51 orang usahawan muda di Pusat Latihan Pertanian Bersepadu Putatan telah berjaya menerima Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu. Kementerian saya akan meneruskan program latihan ini untuk membina kapasiti golongan muda dalam sektor pertanian. Tuan Speaker, Sabah merupakan negeri pengeksport bersih atau net exporter bagi komoditi ikan dalam tempoh masa yang lama dan telah mencapai SSL melebihi 100% dari segi pengeluaran ikan.

Sabah akan terus menjadi negeri pengeksport

utama hasil perikanan Malaysia di Malaysia dan menyumbang kepada Imbangan Dagangan atau Balance of Trade yang positif sekitar RM600 juta hingga ke RM900 juta setahun.

Sektor perikanan menyumbang sebanyak 15.7% atau 2.01 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar iaitu KDNK di bawah sektor pertanian pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, jumlah nilai eksport ikan adalah sebanyak 658.47 juta. Manakala nilai import ikan salmon, herring, Abalone New Zealand, ketam besar dan lain-lain bernilai 71.883 juta pengeluaran kasar ikan di Sabah pada tahun 2021 berjumlah 338.884 ratus ribu tan matrik iaitu penurunan sebanyak 15.53% berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 401,228.02 tan metrik. Nilai borong bagi pengeluaran kasar ikan menunjukkan peningkatan sebanyak 3.71% iaitu dari 1.529 juta, iaitu 1.5 bilion pada tahun 2020 ke 1.58 bilion pada tahun 2021.

Tuan Speaker, Jabatan Perikanan Sabah bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal sumber perikanan di Sabah yang melibatkan 30,659 orang nelayan...

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

… orang nelayan dan 8,357 pengusaha aquaculture.

Jabatan Perikanan Sabah telah diberikan empowerment untuk mengurus penerokaan sumber perikanan dengan mengunakan vessel bersaiz 70GRT dan ke atas di perairan yang melebihi 30 batu nautika dari pantai Sabah. Pengarah Pertanian Sabah telah diwakilkan kuasa atau delegated power oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia di bawah seksyen 3 (4) Akta Perikanan 1985 [Akta 317] melalui satu majlis ringkas yang telah disempurnakan pada 4hb Disember 2021 di Kota Kinabalu.

Dengan adanya empowerment ini, perlesenan perikanan laut dalam yang merangkumi permohonan permit dan lesen alat menangkap ikan kini ada di bawah tanggungjawab dan kuasa Jabatan Perikanan Sabah sepenuhnya termasuk juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan empowerment ini, maka kementerian saya akan lebih berkesan untuk menjalankan tanggungjawab ke atas industri perikanan

dan kita juga bercadang supaya kuasa ini berkekalan bukan hanya diturunkan tetapi akan..kita akan menggubalkan undang-undang perikanan supaya kuasa ini berkekalan di..di peringkat Negeri Sabah.

Tuan Speaker, kementerian saya juga melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar, menitikberatkan kecukupan dan kualiti makanan berasaskan ternakan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Sabah (DVS) dan akan terus berusaha.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Minta laluan bolehkah?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada minta laluan daripada Tanjong Aru boleh berikan?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Boleh.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Walaupun saya bilang selepas tapi bolehlah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih lah Datuk Menteri, Datuk Speaker tahniahlah, tahniah atas itu empowerment untuk kontrol itu deep sea license lah. Datuk Menteri..Timbalan Ketua Menteri dengan itu empowerment are we going to see reduction of illegal Vietnam boat encroachment into Sabah Sea because all this want right it very difficult to control itu encroachment daripada Vietnam boat because a lot of them are mempunyai …..opposes a deep sea licence which is approve by are Federal before, before but now has really been given back to Sabah. So, tahniah congrats so with that empowerment so we should be able to would we be seen reduction of illegal Vietnam boat encroaching into Sabah Sea, that the question. Thank you. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Ya, terima kasih Ahli daripada Tanjong Aru, sudah tentunya bila mana dia berikan kuasa ah untuk ah apa ini memberikan lesen di kawasan yang tertentu ah ini juga bererti kawalan untuk keselamatan daripada out side going in like Vietnam sea pointed out arr juga di bawah ahh kuasa

Jabatan Perikanan Sabah. Di samping itu juga, kita sedang melihat satu cadangan untuk mewujudkan satu apa ini earth station satellite kerjasama dengan China untuk memastikan kapasiti untuk monitoring to monitor all the boat will be in hand lah. Terima kasih.

Ahh ya bagi daging, Sabah akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL). Bagi daging lembu dan kerbau daripada 10% tahun 2022 kepada 30% pada tahun 2025. Ini adalah satu cabaran bagi jabatan ini kerana kita masih bergantung kepada import daripada luar. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus mengekalkan tahap sara diri bagi pengeluaran ayam, telur dan khinzir pada tahap sekitar 100%.

Tuan Speaker, bagi pencapaian hala tuju inisiatif di bawah Pelan Pembangunan SMJ, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mencapai prestasi 100% bagi 18 daripada 28 inisiatif antaranya Projek Memperkasakan Industri Ruminant Sabah yang melibatkan 10,500 ekor baka ternakan yang memberikan manafaat kepada 300 penternak dan pembinaan 2 buah rumah penyembelihan haiwan iaitu satu untuk unggas dan khinzir di Keningau.

Selaras dengan visi dan misi sebagai peneraju dalam industri penternakan dan perkhidmatan veterinar, Jabatan Veterinar Sabah telah merangka sebanyak 28 inisiatif hala tuju SMJ di mana 18 daripadanya telah berjaya mencatat pencapaian 100% dalam tahun 2022 manakala yang selebihnya sedang giat dilaksanakan. Tuan Speaker, dalam RMKe-12, Jabatan Pengairan dan Saliran atau (JPS) akan memberi fokus kepada pembangunan prasarana pengairan dan saliran di daerah-daerah seperti Beluran, Tambunan, Kota Marudu, Keningau dan Kota Belud. Dan pagi ini sejumlah RM236.65 juta iaitu RM168.14 juta biayaan Kerajaan Persekutuan dan selebihnya RM68.51 juta biayaan Kerajaan Negeri bagi tujuan ini. Pada tahun 2022, sejumlah RM6.7 juta daripada Kerajaan Negeri diperuntukkan bagi prasarana pengairan dan saliran.

Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan projek-projek tebatan banjir. Dalam RMKe-12, sejumlah RM924.28 juta iaitu RM808.7 juta biayaan Kerajaan Persekutuan dan RM115.58 juta biayaan Kerajaan Negeri telahpun diluluskan untuk

menangani gejala banjir. Pada tahun 2022, RM80.97 juta diperuntukkan bagi tujuan ini iaitu RM66.27 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM18.7 juta daripada Kerajaan Negeri.

Saya masih tidak berpuas hati dengan ini kerana tebatan banjir di Sabah adalah antara yang, yang boleh dikatakan teruklah dan banyak lagi peruntukan yang perlu untuk menyelesaikan masalah banjir hanya di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Kota Belud kita memerlukan tidak kurang daripada 2 hingga 5 bilion, tetapi peruntukan yang kita dapat adalah pada tahun ini RM66 juta sahaja, jadi macam kita meratakan bukit tetapi hanya diberikan cangkul, kasihan kita ni. Tuan Speaker, mengenai Ko-Nelayan, Ko-Nelayan memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kemudahan asas perikanan seperti loji ais untuk keperluan nelayan setempat di daerah Sipitang dan Beluran. Jumlah peruntukan adalah...

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

.Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM 2 juta. Selaras dengan inisiatif pendigitalan kerajaan negeri, Ko-Nelayan akan meng membangunakan platform pemasaran dan perkhidmatan digital berasaskan peranti mudah alih atau mobile yang inovatif bagi memenuhi keperluan nelayan artisanal iaitu nelayan mahir yang dan pengusaha produk hiliran berasaskan sumber ikan.

Tuan Speaker, Korporasi Pembangunan Desa menyediakan prasarana pemasaran melalui pusat-pusat pengumpulan hasil di Kota Kina Kota Marudu, Kundasang, Beaufort, Keningau, Telupid dan Lahad Datu.

Semua pusat pengumpulan-pengumpulan ini pusat-pusat pengumpulan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun 2022 iaitu tahun ini dan KPD sedang membangunkan sistem pemasaran digital iaitu KPD-Smart System sebagai platform urusniaga di pusat-pusat pengumpulan.

KPD juga bekerjasama dengan Aqina Borneo Sdn. Bhd. melalui penyewaan tanah untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Nanas MD2 di Sabah.

KPD menyewakan tanah seluas 400 ekar di Lingkungan, Beaufort kepada Aqina Borneo Sdn. Bhd. Penyediaan tapak telah pun dimulakan pada bulan Disember 2021 dan melibatkan pembangunan tapak semaian mula April 2022 dan pembinaan kilang pemprosesan pada tahun menjelang Jun 2022.

Aqina Borneo Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan KPD dalam melatih perantis dan graduan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA untuk menjadi usahawan nanas melalui Program Agro Komuniti B40. Apabila projek ini mengeluarkan hasil, Aqina Borneo Sdn. Bhd. akan meluaskan pasaran eksport Nanas MD2 dari Sabah ke pasaran antarabangsa.

Tuan Speaker, jumlah keluasan yang ditanam getah sehingga Disember 2021 adalah 222,486.69 hektar. Seluas 162,860.8 hektar daripada jumlah keluasan tersebut dimilki oleh 60,420 pekebun kecil dan seluas 50,625.8 adalah ekar hektar adalah sektor estet dan Forest Management Unit.

Pada tahun 2022, Lembaga Industri Getah Sabah mensasarkan penambahan keluasan tanaman getah sebanyak 2,490 hektar menjadikan jumlah keluasan getah sektor pekebun kecil sebanyak 165,350 ribu hektar.

LIGS juga akan meneruskan kerja penyelenggaraan bagi kawasan yang telah ditanam pada tahun 2017 ke 2021 iaitu seluas 18,600 hektar. Kawasan tersebut adalah dimiliki oleh 5,408 pekebun kecil untuk program latihan seramai 2,000 pekebun kecil telah dilatih pada tahun dan akan dilatih pada tahun ini. Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, LIGS akan meneruskan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan pada tahun 2022 yang mana program ini akan memberi bantuan kepada pekebun kecil untuk menanam penanam halia, pisang, penanaman nanas dan penternakan ikan air tawar.

LIGS juga melaksanakan perkhidmatan pembelian getah daripada pekebun kecil di 14 daerah pada tahun 2021 dan LIGS juga telah membeli sebanyak 72,835.56 kilogram getah bernilai RM222,780,880 yang telah menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah.

Tuan Speaker, pada tahun 2022, SAFMA telah mengorak langkah selaras dengan inisiatif SMJ melalui pelaksanaan projek-projek memperbaiki dan menaik taraf jentera kilang ais. Projek ini meningkatkan pengeluaran blok ais 50 metrik tan sehari dengan anggaran pendapatan tidak kurang daripada RM190,000 sebulan. SAFMA juga melaksanakan projek menaik pulih bilik-bilik penyejukbekuan.

Kapasiti keseluruhan bilik penyejukbekuan ini boleh menampung sehingga 115 metrik tan dengan anggaran nilai produk sehingga RM575,000.

Pada tahun 2022, terdapat dua lagi inisiatif SAFMA di bawah SMJ yang akan dimulakan iaitu menambahan jeti pendaratan dan dewan borong dan jeti bekalan diesel atau air dan perolehan kapal-kapal penangkap ikan.

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini terutama sekali ADUN Nabawan, kementerian saya sentiasa mengambil berat dan mengambil langkah dan strategi untuk meningkatkan program pembangunan komoditi tanaman yang berskala besar seperti padi, sayur-sayuran, kontan, buah-buahan, kelapa dan kopi.

Melalui Pelan Pembangunan Sabah, Jabatan Pertanian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM188 juta dalam RMK-12 untuk pembangunan komoditi tanaman ini di seluruh Sabah termasuklah Labua.. Nabawan. Berhubung dengan mekanisme terhadap adaptasi pertanian moden, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan kaedah pertanian daripada konvensional kepada automasi dan meka mekanisasi secara berperingkat seperti penggunaan drone untuk perjalanan kawalan perosak dan penyakit dan sebagainya. Sebagai tambahan, Jabatan Pertanian juga telah membangunkan Portal Smart Tani yang mengandungi aplikasi ALaRM atau Ulasan Kesesuaian Tanah Dalam Tempoh 24 Jam, Hub Hasil Pertanian Pemasaran Hasil, Pertanian secara online juga dan Sistem Laporan Keluasan dan Pengeluaran Tanaman Pertanian serta Sistem Pendaftaran Pelajar IPS Timbang Menggaris dan Lahad Datu.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Sekong berhubung isu perparitan yang tersumbat sehingga terjadi banjir waktu hujan.

Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah membuat penyelenggaraan di kawasan Behn Meyer, Batu Sapi eh Behn Meyer Drain, Jalan Batu Sapi, Sungai Sapi Kampung Sundang, Batu Sapi, Jalan Karamunting Basin 36 Collector Drain dan Jalan Batu Sapi

kawasan Sekong juga telah dimasukkan di dalam kajian Pelan Induk Saliran iaitu Saliran Mesra Alam, Sandakan, Sabah yang sedang berjalan bermula pada Ogos 2021 dan dijangka siap pada Disember tahun ini 2022. Kajian ini bertujuan untuk mendapat secara terperinci permasalahan dan isu yang terdapat di dalam kawasan tersebut dan seterusnya langkah-langkah cadangan bagi mengatasi isu-isu tersebut dengan lebih efisien dan berimpak tinggi.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

... efisien dan berimpak tinggi.

Saya juga ingin menjawab soalan yang dibangkitkan, isu yang dibangkitkan oleh ADUN Sekong tentang manfaat inisiatif SMJ, jabatan pertanian, jabatan perikanan, dan Ko-Nelayan masing-masing mempunyai Program SMJ yang dilaksanakan di kawasan Sekong.

Jabatan pertanian melaksanakan Program Pembangunan Tanaman seluas 46.4 hektar di Sekong, melibatkan tiga(3) kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli kumpulan tani, serta melaksanakan Projek Pertanian Bandar di SMK Batu Sapi dan seko, SK Gas.

Jabatan Pertanian memberi bantuan insentif untuk nelayan iaitu peralatan perikanan, Kursus Bina Insan, bantuan sara hidup nelayan darat dan elaun nelayan tradisional.

Manakala Ko-Nelayan juga melaksanakan program peningkatan pendapatan, pembangunan modal insan dan pembangunan infrastruktur perikanan untuk rakyat di Sekong. Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk kan kepada isu dan cadangan ADUN Banggi, berhubung perancangan untuk meningkatkan aktiviti hiliran, perikanan Jabatan Perikanan Sabah menggalakkan aktiviti hiliran di semua daerah bukan sahaja di Banggi, dan memberikan insentif bantuan dalam bentuk peralatan pemprosesan, di samping pemberian kursus dan latihan. Sebagai tambahan, terdapat tiga(3) orang pengusaha di Pulau Banggi, iaitu Pulau Balambangan dan Pulau Sibogo, yang menjalankan aktiviti penternakan udang kara atau lobster secara komersial yang disepadukan dengan ternakan ikan menggunakan Sistem Kandang. Cadangan penternakan abalon juga, secara komersial berlaku di Pulau Banggi dan akan diteliti untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan ADUN Tungku, pemasangan Intruder Intervention Vessel Monitoring System atau IIVMS, merupakan sistem pemantauan vessel yang beroperasi dalam lingkungan 12 batu nautika sehingga ke laut dalam sistem ini, telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dan mensasarkan pemasangan sistem ini kepada 1,459 buah vessel pukat tunda dan pukat jerut di seluruh Sabah. Sistem ini memastikan industri perikanan di negeri ini bebas daripada kegiatan perikanan yang tidak mampan.

Berhubung dengan pertanyaan daripada ADUN Tungku, tentang pembangunan akuakultur dan industri perikanan, Ko-Nelayan melaksanakan ternakan ikan dalam sangkar dan pengeluaran benih ikan, ikan laut ya, marin, menggunakan sistem ternakan Sabah Efficient Nursery Tank System atau SENTS. Program pengeluaran makanan dan hiliran perikanan menggeluarkan produk hiliran berasaskan ikan di Kudat dan di Kunak.

Saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Dilantik...

Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri. Ya, saya boleh tanya sedikit lagi mengenai sebab berkaitan dengan soalan saya itu.

Pemasangan Intruder Intervention Vessel Monitoring System, adakah ini bermaksud bahawa kapal-kapal yang dipasang dengan sistem ini tidak akan lagi menceroboh, tidak akan lagi menceroboh ke kawasan nelayan pesisir pantai? Itu pertama.

Keduanya, mengenai ada disebutkan di sini perkhidmatan digital berasaskan peranti mudah alih yang inovatif juga akan dilaksanakan bagi membantu nelayan pesisir pantai. Apakah sistem yang dimaksudkan di sini oleh Yang Berhormat Menteri dan bagaimanakah sistem ini boleh apa ini, boleh membantu nelayan-nelayan kita ataupun bagaimana boleh menjaga kawasan karang dan juga apa ini, apa-apa sahaja yang berkaitan?

Selain daripada itu Yang Berhomat Menteri, saya ingin tambah sedikit soalan saya mengenai penjelasan ya, mengenai 11,000 hektar tanah yang akan diusahakan oleh pihak FELDA bagi tujuan tanaman padi.

Bagaimana dia boleh memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan juga apakah peluang-peluang yang boleh diceburi oleh masyarakat setempat dalam usaha tersebut?

Dan seterusnya adalah mungkin tadi saya tersalah tanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan mengenai kalau saya tidak silap, dalam satu mesyuarat di pejabat daerah, saya pernah diberitahu bahawa ada satu program tebatan banjir yang akan dibuat di Kampung Bulus yang berhampiran dengan Taman Khazanah Indah di Tungku. Bagaimanakah status rancangan ini dan apakah langkah jangka pendek yang akan dilakukan oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah kawasan perumahan tersebut yang selalu sahaja dilanda banjir apabila tibanya musim hujan yang berpanjangan? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih Ahli daripada Tungku. Isu apa ini, sistem pengawalan ini, IIVMS ini, Intruder Intervention Vessel Monitoring System ini memang bertujuan untuk mengurangkan kalau boleh menghalangkan apa ini intruder, kapal-kapal atau bot-bot yang masuk ke kawasan yang sepatutnya tidak dibenarkan lah. Pada nelayan-nelayan yang, yang bot-bot yang sebelah pantai itu, dia sudah ada kawasan yang memang dikhaskan untuk mereka sampai 12 batu kah tu. Jadi mereka bebas untuk membuat apa ini, penangkapan ikan di kawasan itu.

Untuk menjawab isu banjir di, aik ini, isu tanah di FELDA, 11,000 ekar yang di target sebagai kawasan paling sesuai untuk tanaman padi, kita sedang berbincang dengan mereka.

Setakat ini, mereka memberi respond yang positif, tetapi kita kena buat perancangan jangka panjang dan ini mungkin akan mengandungi dalam perancangan itu, bagaimana kita akan apa ini, membangunkan kawasan itu dengan penglibatan rakyat di kawasan yang berhampiran lah termasuk Tungku. Mudah-mudahan lah begitu. Kita akan umumkan. Kita akan apa ini, we will inform you lah dengan bila mana perancangan ini siap dan perbincangan siap dengan FELDA. Terima kasih.

Banjir di perumahan itu, setakat ini, walaupun mungkin ada perbincangan di apa ini, di pihak Kementerian Kerajaan Tempatan kerana perumahan itu di bawah seliaan mereka, tetapi isu banjir ini, belum pejabat saya memberi maklumat kepada saya lah. Jadi untuk itu saya akan mengarahkan jabatan JPS untuk memeriksa dan memberi cadangan-cadangan yang munasabah. Terima kasih.

Saya juga ingin menjawab isu yang...

Ada satu lagi Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

...oleh ADUN Yang Dilantik.

Ada satu lagi, yang peranti mudah alih yang inovatif akan dilaksanakan bagi membantu nelayan pesisir pantai. Peranti mudah alih inovatif...

….mudah alih inovatif. Ada di sini di bagitahu, antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian adalah perkhidmatan digital berasaskan peranti mudah alih yang inovatif juga akan dilaksanakan bagi membantu nelayan pesisir pantai.

Boleh Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan sedikit, supaya kita mudah memahami benda ini dan mudah saya menyampaikan kepada masyarakat setempat nanti.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Ya, ini ini untuk membantu mereka, kita menggunakan bukan saja apa ini conventional system tapi menggunakan sistem digital atau online melalui apa ini smart telephone ya, termasuk smart telephone lah. Jadi ini akan membantu mereka untuk berhubung dengan ini pejabat dengan apa saja bantuan ataupun sokongan perkhidmatan yang akan disampaikan kepada nelayan di pesisir pantai ya.

In other words to adapt to the new technology lah ya.

Terima kasih.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Dilantik berhubung masalah perparitan di Sungai Memanjang Batu 16, Gum-Gum, Batu 12 Sungai Manila dan Pasar Batu 8, projek ini telah dicadangkan dalam RMK-12 tetapi belum mendapat kelulusan. Walau bagaimanapun, projek ni akan dikemukakan semula dalam Kajian Separuh Penggal atau Rolling Plan.

Sebahagian parit di kawasan Gum-Gum dan Batu 12, Sungai Manila akan diselenggara di bawah program pasca banjir, di mana

peruntukan persekutuan akan dipohon pada tahun yang akan datang. Menurut cadangan ADUN Dilantik untuk mewujudkan inisiatif yang lebih sistematik bagi memastikan sumber makanan tidak terputus. Ini cadangan yang baik, kementerian saya akan mengambil perhatian ke atas cadangan ini.

Saya juga ingin merujuk kepada cadangan daripada ahli daripada Bongawan untuk memperbanyakkan pembiakan ikan seperti Tukun Tiruan di kawasan Bongawan. Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan program pemuliharaan sumber marin sebagai salah satu strategi masa panjang untuk memastikan sumber perikanan di satu-satu kawasan dapat diperbaiki dan ditingkatkan untuk penerokaan secara mampat. Ini termasuklah di tukun, termasuklah Tukun Tiruan.

Ada juga soalan tambahan daripada ahli daripada Elopura berkenaan Projek Sungai Anip Sandakan.

Projek tersebut dijadualkan siap pada tahun ini, iaitu tahun hadapan 7 Disember 2023 ya.

Menjawab soalan tambahan ADUN Liawan mengenai Kajian Pelan Induk Saliran bandar Keningau ini sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap pada tahun atau bulan Ogos tahun 2022.

Tuan Speaker, kementerian saya menghargai semua maklum balas yang positif daripada dan idea-idea dan cadangan-cadangan yang bernas dikemukakan dalam Dewan Yang Mulia ini dan semua maklum balas dan cadangan ini diambil maklum dan akan diambil tindakan sewajarnya setelah meneliti kesesuaian dan sumber kewangan kerajaan negeri.

Bagi soalan-soalan lisan yang tidak sempat dijawab, jawapan akan diberikan secara bertulis.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Tadau Kaamatan. Tuan Speaker, saya siapkan dengan akhiri dengan satu pantun. Pertanian teras Sabah Maju Jaya, Bulan 3 genapnya setahun, Saya ucapkan Selamat Berpuasa, Dan kepada semua Salam Kaamatan.

Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri terlupa mengucapkan Happy Easter juga.

Sekarang dengan segala hormatnya saya menjemput Timbalan Ketua Menteri I, merangkap Menteri Kerja Raya. Silakan menteri. Jangan kelam kabut, take your time. 7:16 malam

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera. Tuan Speaker, sejumlah 48 persoalan yang dibangkitkan oleh 32 Ahli Dewan Negeri Sabah kepada kementerian ini dan saya terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan apa ini terima kasih ke atas Ucapan Dasar Kerajaan sempena pembukaan dewan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 16 Mac 2022. Saya ingin keizinan Tuan Speaker untuk menjawab persoalan di mana ADUN itu ada dalam dewan ini, yang tidak ada saya akan jawab secara bertulis kepada mereka sebab kalau saya jawab satu demi satu, saya mengambil rigid. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Itu Yang Berhormat, itu itu terpulang kepada Yang Berhormat ya. Saya berikan laluan ya terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Sebelum itu Datuk Speaker, saya ada berapa perkara ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pertama, di mana pendirian kerajaan persekutuan iaitu untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak, dengan mana-mana negara untuk menuntut negeri Sabah dikeluarkan daripada Malaysia dan kerajaan persekutuan daripada dulu

sehingga pada hari ini kekal, firm dengan pendirian mereka iaitu tidak mengizinkan satu inci muka bumi Sabah pun dikeluarkan dari peta negara Malaysia. Kedua, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebab akhirnya kita telah mengisytiharkan untuk membuka sempadan kita pada 1 April 2022. Ini adalah berita penting sebab Malaysia adalah sebuah negara yang terpanjang mengunci diri daripada di apa ini, didatangi oleh pendatang-pendatang di negara lain dan sudah tentu dalam keadaan begini, ramai peniaga ramai orang yang apa ini mencari rezeki telah lumpuh perniagaan mereka dan ini tidak baik untuk ekonomi negara dan juga negeri Sabah. Dan saya juga ingin merakamkan terima kasih.

Semuanya ini atas jasa frontliner kita yang telah bertungkus lumus, yang telah mempertaruhkan nyawa mereka unutk memastikan negara kita, negeri Sabah selamat daripada jangkitan COVID-19. Saya tahu ramai di antara frontliner kita ini yang meninggal dunia, ada yang kehilangan isteri, ada yang kehilangan suami, kehilangan anak dan sebagainya. Sudah tentu saya ingin dalam dewan ini, kalau boleh kita Ahli-ahli Dewan Undangan yang ada, kita ucapkan terima kasih kepada semua frontliner kita yang telah memastikan mereka bertugas bertungkus lumus.

Yang ketiga, saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri sebab pada mesyuarat kabinet yang lalu meluluskan Pakej Pan Borneo Fasa 1. Walau bagaimanapun, selaku menteri yang apa ini melaksanakan..

Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya [Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin] :..menteri yang apa ini melaksanakan tugas di Sabah, saya akan memastikan bahawa kelulusan itu dipercepatkan.

Sebab hari ini, rata-rata wakil-wakil rakyat daripada Sabah menyatakan keresahan, menyatakan kebimbangan bermacam-macam masalah jalan raya ditimbulkan dan saya sendiri sebetulnya telah merasakan apa yang Ahli-ahli Dewan suarakan pada hari ini saya suarakan telah suarakan di Parlimen.

Saya telah meminta bermacam-macam hari ini terdapat banyak back lock permintaan seharusnya dibayar kepada Negeri Sabah lebih daripada hampir-hampir 2 bilion, 1 bilion yang belum dijelaskan oleh Kerajaan

Persekutuan.

Sebab itulah, kebetulan pula jalan raya kita di Sabah ini sudah menjangka hayat 30 tahun kalau macam makanan sudah expired tidak boleh dimakan, ah jalan raya kita ini beginilah sebab itu kita saya telah apa ini minta supaya pakej 28, 29, 30 disegerakan dan kontraktor telah dilantik dan kontraktor pada hari ini sedang melakukan kerja-kerja.

Persoalannya sekarang, adakah kita boleh bersabar dalam masa 3 tahun untuk kita menikmati jalan yang baik ataupun kita perlu membelanja 300 juta selepas itu jalan ini akan dirobohkan. Bagi saya, berpulah-puluh tahun kita boleh bersabar, kenapa 3 tahun kita tidak boleh bersabar? (Tepuk meja) Inilah antara lain dan saya juga Tuan Speaker, ingin menyatakan Sabah ini mundur macam-macam kemunduran tiga perkara asas tidak boleh kita selesaikan, jalan raya, air, elektrik. Kita merdeka berapa puluh tahun? Itu juga yang berlaku dan saya berada di kementerian ini.

Walaupun berat, tetapi saya nampak ada cahaya di hujung terowong.(Tepuk meja) Kenapa kita tidak boleh mewujudkan ruang pekerjaan? Sebab tidak ada investor datang.

Investor datang dia tanya, you have electricity or power? No, you have water? No.

How to bring them in? Is useless. Sebab itu saya kata saya telah bincang dalam kabinet untuk air, Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk Jabatan Air melaksanakan apa ini melantik consultant professional untuk menilai halatuju air Negeri Sabah. Sebab seperti awal-awal saya katakan, Jabatan Air sendiri telah saya arah untuk buat semakan di bawah memerlukan program jangka panjang 27 bilion untuk memulihkan bekalan air di Sabah untuk short terms solution kita perlu 5 hingga 7 bilion. Jadi kerajaan negeri memang tidak mampu kita kena berunding dengan cara-cara yang lain dan juga saya telah membuat kajian di seluruh dunia termasuk di negara kita ini tidak ada kerajaan yang berniaga air kecuali di Sabah. Jadi, sudah tiba masanya kita mencari investor ataupun pelabur-pelabur untuk mengusahakan penjualan air di Negeri Sabah. Di UK, di US, di Canada the best water supply in the world pun kasih privatize air dia tetapi di Sabah kita ini masih terkunci dengan semangat kesabahan kunun tetapi rakyat menderita, negeri mundur.

Pada saya, untuk kalau cintakan negeri kita harus bangunkan negeri ini, makmurkan rakyat kita itu baru cinta dengan negeri. Tapi kalau bangga dengan Sabah! Sabah! Sabah! tapi rakyat mundur jalan raya teruk, elektrik teruk.

Saya inSyaAllah, selagi saya di sini saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan Sabah tidak lagi negeri miskin, negeri mundur sedangkan kita mampu melakukan perkara-perkara yang sebegini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, ada juga sindiran-sindiran sinis daripada rakan-rakan tapi pada saya itu merupakan satu cabaran dan juga untuk kita jadikan landasan.

Sebetulnya, pengujudan Kerajaan GRS adalah satu platform yang baik walaupun Barisan Nasional bukan tergolong dalam apa ini pendokong GRS secara direct sebab Barisan Nasional ada komponen lain kita sentiasa mendukung perjuangan GRS. Antara Sulaman dan Lamag walaupun tidur di bantal yang lain mimpi kami tetap sama. (Tepuk meja) Tuan Speaker, daripada itu kita lihat bagaimana Sabah ini mundur sebab seperti saya katakan di Sabah ini PRN ini sudah 16, Sarawak baru habis ke 12, Federal baru habis 14.

Kenapa? sebab pemimpin dan rakyat Sabah suka tukar kerajaan, apabila tukar kerajaan banyak kali pemimpin yang ada tidak memikirkan fokus membangun anak negeri dia fokus menjaga kedudukan dia.

Kalau hilang jawatan maka dia rasa dia hilang semuanya, ini tidak perlu ini boleh sebab itu Barisan Nasional timbul kestabilan demi kemakmuran.

Kita stabilkan politik kita, kita makmurkan negeri kita makmurkan rakyat kita, kalau kita tidak stabil mana ada kemakmuran. Jadi kita di sini semua kerjasama kita fikir bantu saya kita selesaikan tiga perkara asas yang kita hadapi.

Kalau ini kita dapat selesaikan, peluang pekerjaan akan dapat kita laksanakan, Negeri Sabah akan membangun, saya banyak perancangan tetapi perancangan ini tidak akan menjadi kalau kita tidak semua tidak ada persetujuan yang apa ini asyik menjatuhkan antara satu sama lain. Pada saya enough is enough lah, is high time for us develop Sabah. Ini masa yang sesuai sebab semua kerajaan sudah kita cuba ganti sana, ganti sini, tokok sana, tambah sini tidak juga menjadi.

Pemimpin menjadi rakyat sengsara.

Ini masalah kita, jadi ukiran daripada itu siapa yang YB ada sini? Kemabong ada? Oh ada. Yang Berhormat Kemabong, Kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat terutama yang melibatkan perhubungan jalan raya.

Jalan Kemabong Rundum, Tenom telah diluluskan dalam rolling plat 4 Rancangan Malaysia ke-11 di bawah program jalan luar bandar biayaan Kerajaan Persekutan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Projek tersebut adalah dalam fasa pembinaan akan siap pada tahun 2025. Yang Berhormat daripada Tanjung Kapor ada? tidak ada? ok, Tuan Speaker saya minum sekejap.

Speaker

Silakan. Cukup air? Saya boleh tambah.

Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya [Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin] :Kemabong apa ini, Tanjung Kapor tidak ada ah, nanti saya jawab secara bertulislah. Yang Berhormat Tempasuk, ya.

Berkenaan langkah-langkah diambil kerajaan mengenai Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menyebabkan bencana alam seperti banjir kilat terutama di kawasan laluan sungai seperti Penampang, Tuaran dan Kota Belud. Kementerian Kerja Raya Sabah melalui JKR Sabah telah meneliti dan mengenal pasti risiko banjir di kawasan laluan sungai dan kawasan yang rendah impak daripada pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Tempasuk.

Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko bencana JKR telah meminta perunding untuk mengkaji semula kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir semasa tempoh pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo. Yang Berhormat daripada Liawan, ada? Tiada? Nanti kita jawablah dia. Yang Berhormat ADUN Lantikan Tuan Dr. Aliakbar, ya dia memang setia.

Yang Berhormat, kementerian saya bersama JKR Sabah amat mengambil berat mengenai kualiti…

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

…mengenai kualiti Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Apabila siap kelak, pelan piawaian, pengawalan dan pengesahan kualiti telah digariskan oleh JKR Sabah untuk dipatuhi oleh pihak kontraktor pakej kerja yang telah dilantik. Pihak penyeliaan terdiri daripada wakil pegawai penguatkuasa dan JKR dan juruperunding yang telah dilatih dan telah arif dengan memantau pelan ini. Yang Berhormat Tanjong Papat.

Ya depan saya dia ini.

Dewan Yang Mulia ini, menyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini penyelesaian jangka pendek telah dilaksana oleh pihak konsesi dalam menyelesaikan isu jalan berlubang.

Penyelenggaraan rutin manakala jalan yang rosak teruk yang berpunca daripada kelemahan struktur pavement dilaksanakan di bawah Program Penyelenggaraan Berkala.

Kementerian melalui Jabatan Kerja Raya Sabah juga telah mengemukakan, senarai permohonan termasuk backlog kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Pihak Jalan

Persekutuan Sabah dan kini masih menunggu kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih tersebut secara menyeluruh. Saya ingin memaklumkan, bahawa jalan-jalan yang ada di Sabah ini ada unik sikit iaitu kita ada jalan pertanian dan jalan ini diselenggara oleh jabatan pertanian. Jalan balak diselenggarakan oleh pemegang konsesi kayu balak ataupun jabatan perhutanan.

Jalan majlis perbandaran, dibina melalui berbagai jenis peruntukan termasuk peruntukan ADUN, pemaju dan majlis sendiri dan kerja-kerja jalan raya selenggaraan laksanakan Pembinaan Kekal Mewah (PKM) di bawah kementerian kewangan.

Jalan negeri berturap dan tidak berturap, dibina oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, diselenggara sendiri oleh JKR Sabah.

Jumlah panjang rangkaian jalan ini adalah 10,000 kilometer. Jalan persekutuan dibina menggunakan peruntukan persekutuan dan diselenggara oleh JKR Sabah melalui syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Lintasan Resources.

Jumlah panjang jalan ini kira-kira 1,500 kilometer dan jalan yang berturap di Sabah lebih kurang 11,000 kilometer, yang belum berturap 10,000 kilometer. Ahli Yang Berhormat dari Kukusan, ya. Kementerian ini sentiasa komited dalam melaksanakan Program Penyelenggaraan Jalan Persekutuan bersama pemilik aset iaitu Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui Program Penyelenggaraan Rutin. Program Penyelenggaraan Berkala Pavement dan Berkala Bukan Pavement. Namun begitu, disebabkan oleh jumlah peruntukan yang diterima oleh kementerian ini sangat terhad maka pelaksanaan program penyelenggaraan ini adalah tertakluk kepada senarai keutamaan yang telah diluluskan. Ahli Yang Berhormat dari Sebatik. Tidak ada. Manakala Ahli Yang Berhormat dari Kapayan. Ya, dan Yang Berhormat Lantikan Aliakbar. Pembinaan FB JKR Sabah adalah untuk memberi respond kepada isu jalan yang diviralkan berbaur fitnah di dalam media sosial.

Selain itu, ia juga sebagai platform memberi info mengenai bencana alam serta isu semasa jalan raya.

Tujuan Kerja Raya Sabah menutup ruang komen adalah untuk mengelak perdebatan secara terbuka dan hanya mendatangkan keadaan yang tidak sihat. JKR ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam tidak menjatuhkan moral dan menjadikan FB sebagai medan tohmahan. Untuk makluman Yang Berhormat,

aplikasi aduan awam yang lebih sistematik yang teratur dan mampu memberi info lokasi kerosakan jalan dan dapat mengenal pasti situasi dengan lebih jelas dan tepat. Bagi Jabatan Air Negeri Sabah pula, dua(2) platform media iaitu Facebook Jabatan Air Negeri Sabah dan IG Jabatan Air Official.

Facebook Jabatan Air berperanan untuk mempaparkan notis-notis gangguan bekalan air di seluruh Sabah dan Instagram berfungsi untuk mempaparkan notis pemotongan meter dan kaedah pembayaran bil.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Aru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Aru, terdapat dua(2) pemilik aset jalan raya di negeri Sabah.

Pertama, Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah, jalan adalah merangkumi jalan persekutuan dan jalan negeri dikawal selia oleh JKR Negeri Sabah.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, jalan-jalan Municipal Council, District Council di bawah seliaan oleh kementerian kewangan. Manakala bagi aduan jalan raya rosak yang diterima bagi jalan di bawah MCDC, aduan tersebut akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan Negeri untuk tindakan. Tuan Speaker, Yang Berhormat menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lantikan YB Jaffari Waliam di Dewan Yang Mulia ini, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bulatan Helang Batu 7 dan Jalan Lapangan Terbang Sandakan ke Bandar Batu 8. Cadangan untuk membina dua(2) flyover bagi tujuan tersebut akan dimasukkan dalam permohonan RP 42024 RM Ke-12 untuk pertimbangan KKR dan kelulusan agensi. Dan saya juga telah mencadangkan buat sementara waktu, mungkin perlu didirikan apa ini, menggunakan traffic light yang bersistem untuk mengelak daripada kesesakan di jalan raya ini sebab saya selalu balik kawasan saya guna jalan yang sama daripada Batu 9 ke Sandakan memerlukan dua(2) jam untuk sampai.

Sebab itu, saya pun datang daripada Sandakan, saya tahu dan saya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk meneliti kemungkinan-kemungkinan yang baik bagi memastikan jalan ini dapat dilalui dengan selamat.

Bagi ADUN daripada Karamunting, jalan utama daripada Telupid ke Sandakan merupakan jalan persekutuan.

Aset jalan raya ini dimiliki oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia yang dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan usia jalan ini sudah 30 tahun, sudah tentu perlukan penggantian. Sebab itu, Kerajaan Persekutuan setelah kita desak telah meluluskan tiga(3) pakej awal. Pakej 28, 29 dan 30 dan kita akan mempunyai jalan yang dua(2) hala, pergi dua(2), jalan pun dua(2). Jadi ini permulaannya Pan Borneo untuk kita laksanakan. Cuma sementara ini, memang saya katakan, saya nyatakan memang sengsaralah kita untuk melalui jalan ini ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Saya pun selalu balik, saya tahu tayar pun pecah. Tapi diam-diam sajalah. Jadi ini yang kita hadapi tetapi saya kata, “kita menunggu sesuatu yang baik, lebih baik daripada menunggu pun tidak ada yang ditunggu”. Jadi saya harap Wakil-wakil Rakyat boleh memaklumkan di mana kuasa masing-masing, bersabarlah kita. Saya tengah mengusahakan untuk dipercepatkan jalan-jalan ini dinaik tarafkan sebab ini penting untuk Sabah. Ya, Yang Berhormat?.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya sedikit? Minta penjelasanlah. Adakah benar, kalau jalan di Semenanjung ataupun di Sarawak, Sarawaklah contoh, ini yang Pan Borneo ini, apabila diorang buat, diorang kekalkan jalan lama, yang Jalan Pan Borneo ini adalah jalan baru. Adakah betul perkara tersebut? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Dia ada beberapa kemungkinan. Sebab mungkin jalan lama itu dia ada lagi keperluan untuk akses dengan kampung-kampung ataupun pekan-pekan. Di Sabah pun begitu, kalau ada pekan-pekan, kampung-kampung kita kekalkan. Tapi yang tidak ada berpenghuni kita kena buat allignment baru sebab lebih murah dan lebih licin daripada allignment yang ada sekarang. Terima kasih.

Datuk Seri, Datuk Seri. ..

Datuk Seri, Datuk Seri, ya Elopura.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya.

Tentang you bilang ah buat alignment baru tapi saya bilang lock aim sana memang ikut yang asal jalan tiada yang baru punya. Walaupun pekeliling bilang yang estate katam, paul estate, ah ah tabung haji semua estate itu, tiada kampung di situ.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Saya akan teliti perkara ini dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis kenapa dia pilih apa ini mengekalkan, mungkin masalah tanah ataupun berbagai-bagai kemungkinan. Saya akan balas maklumkan kepada Yang Berhormat ya.

Tuan Speaker untuk makluman Yang Berhormat daripada Bongawan, ada Bongawan ya dan Dewan Yang Mulia ini kerajaan dari semasa ke semasa membuat perancangan secara holistik dan teliti melalui Rancangan Malaysia untuk menaik taraf jalan raya termasuk jalan-jalan yang menuju pusat tumpuan pelancong di seluruh negeri Sabah. Dan projek yang melibatkan kawasan tersebut adalah Projek Naik Taraf Jalan Bukit Manggis, Sabah.

Projek jalan ini telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Program Jalan Luar Bandar biayaan Kerajaan Persekutuan akan bermula dilaksanakan pada tahun ini tahun 2022.

ADUN Banggi ada? Tidak ada.

Tanjong? Tanjong ada? Sri Tanjong balik sudah?

Masalah Jalan Tiku yang merupakan jalan masuk ke kebun sawit yang telah rosak, cadangan baik pulih akan dicadangkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dalam program pemulihan jalan raya.

Yang Berhormat Nabawan dan Dewan Yang Mulia ini, pihak kementerian mengambil maklum berhubung dengan jalan-jalan kampung di Nabawan yang daif kerana banyak jalan yang belum dinaik taraf sehingga menyebabkan sesi persekolahan tertangguh...

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Menteri, boleh saya?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Kasih habis dulu ini ah.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ok.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

...tertangguh apabila musim tengkujuh. Sebanyak 9 batang jalan di daerah Nabawan telah dicadangkan untuk dinaik taraf dalam RMKe-12.

Walau bagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan. Ya, sila.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ah terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Menteri saya mengalu-alukan jawapan yang diberikan memang best sekiranya jalan ini boleh dimasukkan dalam RMKe-12. Boleh saya minta juga Datuk Menteri satu lagi jalan yang masuk kebun di Sungai Burung? Sungai Burung ini walaupun bukan di kawasan saya tapi kebanyakan pekebun-pekebun pun pengundi Sri Tanjong juga. Jadi saya meminta kalau boleh Datuk Menteri pun memasukkan Jalan Sungai Burung pun masuk ke estate. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Jalan Sungai Burung? Ya, kita akan masukkan Yang Berhormat.

Ada beberapa senarai jalan yang telah dimasukkan Yang Berhormat Nabawan iaitu Jalan Kampung Enam, Jalan Fontas, Jalan Kulasing, Jalan Ulu Loboh, Jalan Kg. Padang Sapulut, Jalan Bigor, Jalan Pandewan, Jalan SK Simatuoh dan Jalan SK Labang. Semua telah dimasukkan, kita berdoalah Yang Berhormat. ADUN Sekong..

YB Menteri, boleh saya? Nabawan?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Boleh.

Ah dalam perbahasan saya, saya ada bertanyakan perkembangan mengenai pengambilalihan jalan-jalan bekas jalan-jalan balak yang menuju ke kampung-kampung ini.

Apakah perkembangan tersebut? Terima kasih YB Menteri.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya, jalan balak ini kita akan menunggu cadangan daripada pejabat daerah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah sebab hanya jawatankuasa itu saja yang boleh mencadangkan di mana bahawa jalan balak ini dicadangkan untuk dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Jadi itu sahaja caranya. Boleh ya? Terima kasih Yang Berhormat.

ADUN Sekong ada? Dia sudah, nanti kita balas lah. Last untuk jalan raya, ADUN Api-Api.

Terdapat 11 Projek Sakit yang telah dikenal pasti bagi tahun ini. 7 daripadanya adalah projek pembinaan kerajaan negeri, manakala 4 adalah pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

Sememangnya kerajaan bercadangkan untuk membawa perkara ini ke peringkat Persekutuan untuk dipertimbangkan. Saya beralih kepada Jabatan Air. Kalau di Semenanjung di-Pertua, JKR jaga jalan raya, air dijaga oleh menteri lain, elektrik ada menteri lain. Tapi di Sabah ini kita ada unik sikit.

6 agensi kerajaan di bawah satu kementerian, memang membebankan. Jabatan Air Negeri Sabah seperti awal-awal saya katakan tadi berhadapan dengan berbagai-bagai masalah.

Pertama, Non-Renew Water kita average 59%, 59%.

Faktor dia paip lama, tidak pernah dinaik taraf, faktor kecurian dan ada juga faktor-faktor perjanjian dulu-dulu, saya pun tidak tahu kerajaan mana saya tidak ingat sebab kita selalu tukar-tukar kerajaan.

Perjanjian dia berat sebelah, tidak boleh di terminate, kerajaan kena buat composition.

Ini pun memeningkan kepala saya.

Saya tidak mahulah sebut siapa-siapa tetapi memang tidak adillah untuk kita. Seolah-olah kita mewarisi penyakit ini turun temurun dan tidak ada yang berani ke depan.

Jadi saya Insya-Allah lah, saya akan cari pendekatan yang baik.

Kita tidak akan hidup dalam keadaan ini. Sebab kita ini pun ada pegangan, ada agama. Duduk di sini kalau tidak boleh bantu rakyat, berhentilah. Kalau tidak di dunia ini kita mungkin boleh tipu, tapi di akhirat nanti Allah persoalkan kita. Itu saya kata, saya tidak boleh begini. Saya kalau tidak betul, tidak betullah. Kalau saya rasa sudah tidak boleh, undurlah bagi chance orang lain yang boleh. Itu saja kita mahu ini. Sebab itu saya kata, dalam RMKe-12 ada selaras dengan Plan Strategik 2021-2025 iaitu itu merancang, membangun sistem bekalan air yang mesra alam di samping

membekal air yang selamat dan berterusan dari segi kualiti dan kuantiti kepada pengguna-pengguna di Sabah.

Selain itu, Jabatan Air Negeri Sabah juga berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang efisien, berkualiti dan mesra untuk kepuasan pengguna air. Sebetulnya air ini, saya teliti betul-betul. Saya panggil pengarah sehingga bertukar pengarah. Saya pun saya bilang kalau boleh saya tidak mahu duduk sinilah. Tapi Ketua Menteri kata tidak boleh, duduk dulu sana, you pergi call dulu biawak hidup ni. Tuan Speaker, air kita di sini sudah terlalu unik untuk diselesaikan. Terdapat 22 loji air yang sekarang ini sudah tidak airnya sudah tidak berfungsi. Sungainya sudah tidak boleh lagi kita apa ini sedut air.

Sebab waktu dibina loji ini 25-35 tahun lalu sungai itu bersih, cantik, tidak tercemar. Tetapi oleh kerana pembukaan perumahan, pembukaan ladang dan sebaginya kita pula tidak ada Lembaga Air Sabah yang selalunya Lembaga Air Sabah ini menyelia air di seluruh Sabah. Di seluruh negeri-negeri di Malaysia ini ada Lembaga Air, Lembaga Sungai dan macam-macam dan saya baru cadangkan kepada kabinet untuk Sabah mewujudkan 1 Lembaga Sungai-Sungai ataupun Lembaga Air untuk memastikan bahawa sungai-sungai yang ada di Sabah ini masih bersih dan boleh memberi aliran air kepada rakyat negeri Sabah.

Sebab bayangkan kalau semua sungai di Sabah ini sudah pupus tidak membekal lagi air akhirnya orang Sabah ini mati saya cakap. Kita mahu tahu sungai ini berapa puluh tahun dia boleh keluarkan air? Berapa ketahanan dia? Dan berapa sungai kita ada? Sebab itu kita perlu konsultan untuk apa ini membuat penyelidikan secara khusus. Berapa lagi sungai yang boleh membekal air 20 tahun? 30 tahun? 50 tahun? 100 tahun? Kalau tidak ada lagi, saya tidak tahu, kita macam Singaporelah ambil air laut ah pusing...

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

....air laut, pusing.

Itu hujung-hujung dia lah.

Sebab 22 air sungai sudah tercemar terlampau teruk. Ini yang membimbangkan saya untuk mencari jalan apa yang baik untuk negeri Sabah.

Program pembangunan air di negeri ini di bawah biayaan Kerajaan Negeri Sabah, negeri D.33, program bekalan air serta merta,

Rancangan Bekalan Air Negeri Sabah melalui Kementerian Alam Sekitar dan atau KASA P.23 dan persekutuan untuk Program Bekalan Air Luar Bandar P.33 Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

Datuk Speaker, bagi menjawab ADUN daripada Senallang, ADUN daripada Tanjong Aru, daripada Darau, daripada Liawan, daripada Luyang, daripada Inanam dan Sulabayan, kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah air terutama masalah bekalan air di kawasan masing-masing, lebih-lebih lagi utara Kota Kinabalu khususnya, kawasan Sepanggar dan Tuaran. Sejak setahun, tahun lalu, isu bekalan air khususnya di kawasan utara Kota Kinabalu sering hangat diperkatakan. Secara keseluruhan, bekalan air di daerah Kota Kinabalu mengalami kekurangan bekalan air yang kritikal iaitu dianggarkan sebanyak 34 juta liter sehari berbanding dengan permintaan semasa.

Baru-baru ini, isu kekurangan air di KKIP telah dibangkitkan oleh Federation of Manufacturer Malaysia melalui akhbar tempatan dan media sosial. Kementerian Perindustrian sama pihak GGNS KKIP, Malaysia Investment Development Authority (MIDA) telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan untuk mengenal pasti isu yang dibangkitkan seterusnya, mencari jalan penyelesaian. Dalam perbincangan tersebut, mekanisma penyelesaian telah dibincang dengan baik dan dipersetujui oleh pihak FMM. Pihak Jabatan Air sentiasa peka dengan keperluan air di kawasan KKIP dan sentiasa bekerjasama dengan KKIP dalam mengatasi aduan gangguan bekalan air di kawasan tersebut.

Kementerian saya juga melalui Jabatan Air Negeri Sabah dan juga syarikat konsesi yang terbabit telah mengambil langkah-langkah usaha menangani masalah kekurangan bekalan air yang amat mendesak di kawasan utara Kota Kinabalu. Dan saya juga melihat bahawa ada satu cadangan daripada kerajaan dahulu, Kerajaan Warisan untuk membangun membina satu loji baru di Penampang dan saya telah menyatakan dengan Kerajaan Negeri Sabah, kita perlu teruskan usaha tersebut untuk memastikan rakyat Sabah mendapat bekalan air, dan ini seharusnya, saya minta juga Yang Berhormat sekalian bantu kita sebab ada juga bantahan-bantahan daripada NGO. Tetapi, kalau tidak kita laksanakan sekarang, Kota Kinabalu, Sabah dalam 5 tahun akan berhadapan dengan bekalan air yang terlalu kritikal. Ini, ini betul-betul boleh berlaku. Jadi, sebelum rakyat menderita, kita ikhtiar lah.

Pembinaan Urgent Water Supply Scheme Loji Rawatan Air Telibong II yang berkapasiti 10 juta liter sehari yang mana milik tapak telah diserah pada 30 November 2021. Projek ini dijadual siap pada bulan Ogos 2022. Pembinaan Loji Air Under Water Supply Scheme Telibong I berkapasiti 5 juta liter sehari di bawah Program Privatisation of Kota Kinabalu Water Supply Scheme, projek ini dijadual siap pembinaan pada bulan Oktober 2022.

Projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II, Tamparuli daripada 80 juta liter sehari kepada 160 juta liter sehari, termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan. Projek ini dalam masa, fasa pembinaan dan dijangka siap menjelang penghujung 2022. Kerja baik pulih tangki simpanan R17 A, R17 B, dan KA1 yang berkapasiti 10 juta liter sehari, kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan pada bulan September 2021, dijangka siap Mac 2023.

Ahli Berhormat daripada Senallang, bos tidak ada.

Jabatan ini telah menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi memantau, memastikan supaya procedure yang dikemas kini dipatuhi.

Antara jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Pengurusan Akaun Aduan Air Negeri Sabah, jawatankuasa pembangunan, Jawatankuasa Anti Rasuah Jabatan Negeri Sabah, jabatan tatatertib dan sebagainya. Ini untuk memastikan bahawa kita ada transparent dalam mengendalikan akaun-akaun Jabatan Air sebab kita telah melalui sejarah hitam di Jabatan Air. So, kita tidak mahu perkara ini berulang lagi.

Tuan Speaker, ADUN Elopura, ber berkenaan isu tekanan air rendah dan izinkan saya turut menjawab soalan tambahan Ahli Yang Berhormat daripada Sekong, Tanjong Papat, dan lain-lain. Gangguan bekalan air yang sering berlaku di setengah kawasan di daerah Sandakan adalah disebabkan masalah set jana kuasa dan loji air di Kinabatangan dan saya telah jelaskan pagi tadi dan itulah jalan penyelesaian, ia nya 3 buah pam itu sedang baik pulih dan dijangka siap dalam masa terdekat. ADUN dari Sebatik, tidak ada.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker. YB menteri.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, YB menteri.

Berkaitan status kemudahan bekalan air di kawasan Sekong, saya ingin meminta pencerahan daripada YB menteri. Apakah status bekalan air di Kampung Bambangan kerana Kampung Bambangan ini dia ada perkampungan di situ, ada satu kawasan sekolah di situ dan sekarang ini mereka bergantung kepada, bergantung dengan sumber bekalan air daripada bukit? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Mana sudah YB?

Tinggal kapal sikit.

Mana sudah Sekong itu?

Ok, beginilah. Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan dan saya akan, kita akan panjangkan kepada Kementerian Luar Bandar, sebab Bambangan ini bekas kawasan jajahan saya.

Jadi, Yang Berhormat sana boleh mencadangkan kepada saya untuk saya panjangkan kepada Kementerian Luar Bandar.

Sebab bkalan air bersih ini, kalau luar bandar adalah KPLB, luar bandar.

Terima kasih Yang Berhormat, sentiasa prihatin dengan masalah rakyat.

Tuan Speaker, ADUN Banggi tidak ada.

Tanjong Aru ada.

Petagas.

Dalam perancangan asal objektif pemasangan, inilah fix sudah lah ini ya. Bayaran, prabayar adalah dilaksanakan untuk menyalurkan air terawat sebanyak 35 juta liter sehari di Kampung Kesuapan, dan Kampung Gaya, Pulau Gaya.

Projek ini siap dilaksanakan pada 2021. Namun demikian, disebabkan oleh permintaan air semasa yang tinggi dan amat mendesak di kawasan utara Kota Kinbalu, maka Jabatan Air Negeri Sabah terpaksa menangguhkan penyaluran bekalan air melalui meter prabayar tersebut buat sementara waktu ini, kerana akan menyebabkan bekalan air di kawasan utara Kota Kinablu bertambah kritikal.

So, itulah antara lain penyebab dia dan sekiranya Telibong II complete, maka benda ini akan dapat dikembalikan semula kepada asal, perancangan asal. Sebab kalau kita divert air ke situ, di sini lagi sengsara, lagi parah dia punya masalah. Sementara itu, penggunaan berdaftar di Pulau Gaya seperti sekolah dan pusat peranginan masih menerima bekalan air secara terhad.

Penangguhan ini bersifat sementara sehingga penambahan kapasiti Loji Air Telibong II, 80 juta termasuk ......

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

... kapasiti Loji Air Telibong 2, RM80 juta termasuk saluran paip utama tangki simpan dijangka siap tahun 2023.

So another word, 1 tahun lebih lagilah.

Yang Berhormat, sabar-sabar sikit lah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Bolehkah Datuk Menteri? Terima kasih Datuk Menteri.

Terima kasih Datuk Speaker. Hanya saya ahh ingin minta lah penjelasan daripada Datuk Menteri bahawa apa sebenarnya atas apa sebab dia bah? Tak cukup dia di KK kah atau di Pulau Gaya, sedang dahulu ada juga lah masalah yang bekalan air yang tidak cukup lah. Mungkin ada putus-putus tapi tidak sampai macam tu bah. Macam itu kritikal. Jadi itulah saya minta penjelasan saya daripada Datuk Menteri, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ok, seharusnya Telibong 2 sudah complete this year March. Tapi dia delay another 8 month. The delay mendatangkan masalah besar. Sebab bekalan air tidak dapat dibekalkan oleh loji yang sedia ada tidak demand, the demand terlampau tinggi. Sebab bangunan orang pindah, hari-hari ada pindah. They demand air ada. Sebab itu sometime kita orang minta untuk apa ini, lesen pemindahan perumahan, Jabatan Air kena tidak setuju.

Sebab kalau dibenarkan orang datang tidak boleh supply air juga. Ini berlaku di kawasan utara Kota Kinabalu. Penduduk terlalu padat meningkat, bekalan air kurang.

Dulu kita bagi 80 juta liter per day. The demand now 145. That’s why kita kena increase capacity from 80 to 160 million per day. Jadi itulah, tapi ini sehingga 2023 sahaja.

Selepas Telibong 2 complete, then original time akan kita laksanakan. Itulah antara lain dia sebab paip di Kota Kinabalu ini dari from British time tidak ditukar. So paip itu pecah sudah, macam-macam. Leaking of water that’s why Kota Kinabalu alone, non revenue water 59%. State government only bussiness on 40%. Saya harap, boleh memahami Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tungku, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Liganod, Kampung Hak dan Kampung Talibas, Tungku Lahad

Datu. Dalam Rolling Plan RP2 2017. Rancangan Malaysia Yang Ke-11 yang lalu, status projek kini dalam peringkat penyediaan dokumen. Minum dulu. Kering leher. Tender dijangka akan dilaksanakan dalam tahun ini kepada pengurusan pengambilan tanah yang turut diurus pada masa ini diharap dapat diselesaikan tahun ini juga. Good news for you (batuk).

Berhormat, boleh ulang nama yang pertama tadi itu apa? Bagingod kah?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Bagingod, Bagingod.

Bagingod, ok ngam.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Kampung Sri Hak dan Kampung Talibas.

Dialah tu.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Projek pemasangan paip di kawasan Kampung Tambisan, Sungai Nipa, Pamahutan dan Tagupi di bawah Bekalan Air Luar Bandar Negeri Sabah dalam Rolling Plan Ke-4. Rancangan Malaysia Ke-12 dan cadangan ini telah dimasukkan tertakluk dengan kelulusan persekutuan.

Saya harap boleh melegakan Yang Berhormat. Speaker, dari ADUN daripada Karamunting, balik sudah dia(ketawa). Tuan Speaker, saya beralih kepada pelabuhan negeri Sabah.

Lembaga apa ini dermaga pelabuhan.

Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah atau JPDS merupakan jabatan penuh di negeri Sabah. Satu-satunya jabatan yang kita kekalkan dan fungsi dia serupa dengan apa ini, maritim dan jabatan ini masih berada di Labuan dan kita tidak pindahkan sebab ini sajalah tanda mata negeri Sabah untuk Labuan. Selebihnya sudah tidak ada.

Jadi fungsi dan peranan berlandaskan perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 dan Enakmen Penubuhan Dermaga 2002.

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelabuhan, harbour, kawalan dan peraturan lalu lintas, air serta perlesenan kapal di bawah 15 tan berdaftar. Sesuai dengan fungsi dan peranan pada tahun 2022, JPDS diperlu memerlukan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk melaksanakan program pembangunan yang tertumpu kepada penyiapan projek-projek dimulakan pada tahun 2021, iaitu projek pembinaan sebuah kapal diperbuat daripada aluminium, projek menaik taraf kemudahan pelabuhan di jeti terminal feri penumpang Menumbok.

Menjawab soalan daripada Yang Berhormat daripada Darau, adakah Darau? Ya. Mengenai muara Sungai Likas yang cetek yang menyukarkan laluan perahu-perahu nelayan, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah akan memohon peruntukan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Yang Ke-12 bagi keperluan kerja-kerja pengorekan untuk mendalamkan dasar muara sungai berkenaan. Kementerian ini juga mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Gum-Gum.

Ya, terima kasih Yang Berhormat mengenai cadangan untuk tidak mengenakan denda kepada pemilik perahu jenis perikanan disebabkan kelewatan memperbaharui lesen baharu yang tamat tempoh. Bagi isu ini Jabatan Pelabuhan dan Dermaga selaku salah satu pihak berkuasa perlesenan kapal di bawah 15 tan berdaftar akan menyemak dan mengkaji semula keperluan denda yang dimaksudkan.

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah proaktif juga, JPDS sememangnya merancang untuk mengadakan program outreach ataupun perlesenan bergerak ke kawasan yang jaraknya jauh daripada Pejabat Perlesenan JPDS, bagi membantu komuniti nelayan mendapat satu pembaharuan lesen baharu mereka. Tuan Pertua, baru-baru ini terdapat satu insiden berlaku di mana melibatkan kemalangan perlanggaran kereta api dengan mangsa.

Mangsa dikenali dengan Allahyarham Nur Ajman bin, Nur Ajuan bin Ajman, 29 tahun daripada Sandakan baru berpindah ke Papar beberapa minggu dan mungkin Allahyarham tidak arif dengan jalan di kawasan ini. Gate sudah ditutup, pintu sudah dikunci tapi motosikal dia lolos juga. Akhirnya dirempuh oleh kereta api dan kementerian kita telah jumpa dengan keluarga dan membantu apa yang perlulah.

Saya apa ini, bersimpati dengan Allahyarham.

Mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan dengan orang yang

beramal soleh dan keluarga dia tabah apa ini, menerima kejadian yang berlaku. Saya pun tidak apa ini, ingin perkara ini tidak berlaku tetapi mungkin apa ini, beliau Allahyarham tidak faham perjalanan di sana.

Dia tidak mungkin tidak begitu fasih, baru pindah itu saja. Jadi itu yang berlaku.

Kementerian ini melalui Jabatan Keretapi Negeri Sabah akan meneruskan program pembangunan yang telah dirancang dalam Malaysia ke-12 dan sejumlah RM78 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk meneruskan 16 projek pembangunan yang telah dicadangkan.

Ahli Yang Berhormat Elopura ada membangkitkan mengenai pembangunan rangkaian kereta api di seluruh Sabah.

Sebenarnya Yang Berhormat, memang banyak terdapat beberapa cadangan-cadangan daripada syarikat swasta untuk apa ini, untuk mengusahakan kereta api separuh laju…

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

…. keretapi separuh laju iaitu 120 km per hour di seluruh Sabah. Dan kementerian saya sedang mempertimbangkan perkara-perkara ini bagaimana kita boleh laksanakan usaha-usaha seumpama ini. Sebab ini penting untuk kita dapat memberikan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengusaha-pengusaha sawitkah? Minyak sawitkah? Dan lain-lain juga perlu penumpang-penumpang mempunyai pilihan. Kalau tidak mahu naik kereta, ada keretapi. Tidak mahu naik kapal terbang ada keretapi. Tetapi kita akan lihat kemungkinan-kemungkinan ini sebagai satu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan rakyat negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Speaker. Isu yang terakhir iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Negeri Sabah. Terdapat berapa persoalan daripada ADUN Tanjong Papat. Masalah yang lazim pada sistem pembentungan adalah seperti kesumbatan dan limpahan air kumbahan adalah disebabkan oleh pembuangan minyak lemak dan grease, kecurian, vandalisme dan paip pembentungan pecah. Hal ini berpunca daripada sikap masyarakat kita, pengguna, perkhidmatan pembentungan, pengusaha restoran yang membuang sisa minyak lemak dan grease ke dalam

sistem pembentungan. Salah satu langkah penjagaan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah telah merancang dan melaksanakan program-program kesedaran awam atau pun public awareness bagi memberi pengetahuan kepada pengguna sistem pembentungan kesan buruk pencemaran akibat limpahan memungut kelimpahan yang menggugat kesihatan awam. Dalam pada itu, JPPS juga telah merancang kerjasama strategik bersama PBT dan komuniti setempat yang dipanggil Rakan Pembentungan. Tujuan kerjasama ini agar informasi seperti vandalisme, kecurian, atau kerosakan aset pembentungan dapat kita apa ini kenal pasti.

Ada sedikit iaitu Yang di-Pertua, iaitu saya menjawab Ahli Parlimen daripada Luyang iaitu untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah tidak akan menerima sebarang aduan rasmi dari mana-mana pihak termasuk Federation of Malaysian Manufacture (FMM) mengenai masalah kenaikan rate charge of shipping charge seperti mana dinyatakan. Kenaikan shipping fee seperti dinyatakan oleh YB adalah di luar kawalan Kerajaan Negeri dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan (LPPS). Shipping fee ini dia berkaitan dengan quote charge tariff LPPS, setakat ini tiada kenaikan dalam quote charge tariff LPPS. Shipping fee ini melibatkan berapa kompaun iaitu rate charge, shipping charge yang berkaitan di mana ianya diuruskan oleh pihak perkapalan.

Kementerian ini mendapat maklumat maklum daripada pihak perkapalan kenaikan shipping fee ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut; 1. Perkapalan sukar untuk mendapatkan kapal-kapal disebabkan oleh penutupan beberapa syarikat perkapalan akibat daripada pandemik COVID. Pandemik COVID telah mengakibatkan kekurangan tenaga kerja bagi menjalankan aktiviti perkapalan. Kenaikan harga minyak juga menyumbang kepada kenaikan kos operasi shipping tersebut.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Menteri..

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Menteri. Terima kasih Datuk Speaker.

Berkenaan isu dengan rate charge ataupun shipping fee ini adalah dari kenyataan dari FMM yang telahpun di di apa dikeluarkan melalui media. Ia mengatakan bahawa, salah satu faktor kenaikan rate charges ataupun shipping fee yang menyebabkan kos-kos import goods kenaikan itu adalah kerana salah satu faktor adalah kerana ketidak cukupan kakitangan yang bekerja di pelabuhan. Ianya telahpun menyebabkan kelewatan untuk menangani imported goods masuk ke Sabah.

So, saya nak minta kerajaan Datuk Menteri untuk melihat secara serius kerana kalau memangnya berlakunya ada kelewatan ataupun oleh kerana proses menangani a goods itu, ianya sudah tentu akan menyebabkan kenaikan harga. Kerana kosnya oleh kerana delay dianya akan menaikkan harga itu. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Yang Berhormat daripada Luyang, mungkin salah satu faktor tambahan di mana kekurangan ini disebabkan pandemik COVID-19 di mana syarikat-syarikat kena memberhentikan staf mereka sebab tidak ada aktiviti di kawasan. Justeru itu, untuk mengambil semula ini bukan mudah sebab ada yang mencari pekerjaan lain, berpindah arah dan sebagainya. Tetapi kita akan pastikan sekiranya, perkara ini adalah faktor utama maka kita akan meminta jabatan untuk campur tangan dalam memastikan bahawa setiap apa ini port yang sudah dibuka penuh itu kita ada kakitangan pekerja kita. Sebab itu juga boleh apa ini membangunkan pembangunan untuk masyarakat di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Tanjong Aru, juga ada menyentuh gangguan bekalan elektrik di Sembulan daripada berpunca daripada sambungan haram. SESB dari masa ke semasa sentiasa melakukan operasi dan telah menaiktaraf dan mengasingkan talian ke kawasan sambungan haram agar pengguna yang sah tidak terjejas. Di samping itu, untuk makluman Yang Berhormat ADUN daripada Lumadan, tiada.. ADUN Bongawan, sehingga hari ini pihak SESB tidak menerima sebarang permohonan bekalan elektrik baru daripada usahawan, orang awam, persendirian atau sebagainya bagi tujuan pemasangan di premis-premis mereka. SESB tidak ada halangan untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan bekalan jika terdapat

permohonan baru daripada kawasan berkenaan. Ahli Yang Berhormat daripada Pintasan, adakah? Balik sudah dia?

Tuan Speaker, akhir kalam saya ingin..

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Boleh minta laluan Yang Berhormat Menteri?

Saya maklum dan saya sangat menghargai ucapan Yang Berhormat Menteri di Dewan Rakyat tentang masalah kelewatan projek sebenar itu berlangsung. Di Kadamaian ini banyak jalan-jalan yang telah kelulusannya diumumkan kerajaan yang dulu, kerajaan yang lepas dan kerajaan yang sekarang ini begitu banyak pengumuman dan komen rakyat Kadamaian mereka mengatakan kami tidak percaya kelulusan itu selagi jalan itu belum ada. Yang jalan batu kelikir itu jadi batu aspal. Ini pandangan mereka dan suara mereka itu di wakili oleh suara Yang Amat Berhormat .. Yang Berhormat.. Yang Berhormat Menteri di Dewan Rakyat baru-baru kami menghargainya. Cuma ini pandangan saya, dan juga minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah pihak kementerian bersedia untuk menerima cadangan misalnya kalau kita apabila kita mengemukakan projek-projek baharu untuk kelulusan bagi tahun rolling plan itu. Kita sediakan dulu bajet untuk buat design kah reka bentuk kerja-kerja juru perunding itu di peringkat negeri Sabah. Mungkin menggunakan service fees 12% yang dipungut oleh JKR oleh Kementerian Kerja Raya Sabah bagi projek-projek Persekutuan yang menggunakan kakitangan Jabatan Negeri Sabah lah. Kita biayai dulu kerja-kerja juru perunding itu, supaya bila siap dan diperakukan kita submit, apabila diluluskan tinggal lagi peruntukan itu terus tender dan laksanakan.

Adakah pihak kementerian bersedia mempertimbangkan apa nama pendekatan baru ini sebab yang saya faham sekarang ini, dia lulus rolling plan dia baru dia juga lantik consultant buat design dan sebagainya. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di Parlimen itu di Dewan Rakyat itulah yang berlaku sekarang. Saya fikir perlu diubah sedikit pendekatan itu Yang Berhormat Menteri kalau sudi dan kalau pihak kerajaan, kementerian bersedia mengambil pendekatan ini kita biayai dulu pelantikan perunding itu. Contohnya..

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

…perunding itu. Contohnya di Kadamaian bila saya tanya soalan bertulis masih banyak yang akan dikemukakan dalam

Rancangan Malaysia yang seterusnya dalam Rolling Plan yang seterusnya.

Kalaulah senarai jalan itu dapat dibuat dahulu design lebih awal, dibiayai lebih awal bila dikemukakan dan dilulus cepat dia punya tender kontraktor dan kerja lapangan sebenar bermula ini pandangan saya dan juga terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebetulnya ada juga kita bincang pendekatan yang sedemikian cuma kebimbangan kita apabila kita design tahun ini peruntukan dapat 4 tahun kemudian design itu tidak sama sudah. Harga dia pun berbeza sudah. You dua kali buat. Ini Sabah ini, saya telah panggil beberapa kali mesyuarat untuk membincangkan pendekatan yang paling baik untuk memastikan infrastruktur di Sabah ini dapat dilaksanakan dengan pendekatan yang baru. Sebab saya kata dengan Kementerian dengan Menteri Kewangan pendekatan untuk open tender sudah tidak sesuai untuk Sabah. Sebab satu projek perlukan 3 tahun setengah untuk dilaksanakan so is not applicable anymore tidak sesuai sudah kita akan cuba lihat bagaimana keadaan ini boleh dapat kita selaraskan sebagai tuntutan Sabah itu sendiri. Tuan Speaker, sebagai yang terakhir.

Minta laluan. Last.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ya.

Terima Kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan saya, saya ada menyentuh berkenaan dengan projek tebatan banjir Sungai Rampaian di mana dalam projek itu sekarang ada dibina sebuah jambatan jambatan itu digunakan untuk akses jentera-jentera berat seperti lori dan lain-lain lah. Apa yang masalahnya sekarang ini adalah bila jambatan itu wujud apabila air naik dia tidak boleh dilalui oleh perahu-perahu nelayan orang kampung sana lah. Jadi ini menjejaskan pendapatan orang kampung untuk ke laut. Jadi saya nampak masalahnya ialah design jambatan itu sendiri sebab dia terlalu rendah dia akan sangkut di sana itu sahaja yang saya kalau boleh saya minta sedikit perhatian ke atas ini.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Ok Yang Berhormat Darau, saya akan meminta pegawai-pegawai di jabatan untuk meneliti perkara ini. Sebab kawasan ini pun tidak juga jauh daripada bandar terima kasih banyak.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih, Datuk Menteri.

Cuma saya nak tambah sedikit berkenaan pelabuhan Sepanggar kerana saya lihat kenyataan dari FMM itu, dia secara sangat jelasnya mengatakan bahawa memang ada masalah-masalah dan tidak apa? Short comings dari proses pelabuhan itu. Bukan sahaja tidak cukup kakitangan buat kerja di sana cuma ada satu crane yang, yang berfungsi di sana dan juga seluruh proses itu adalah tidak efisien so saya minta Yang Berhormat Menteri mengkaji perkara ini kerana kalau kita punya pelabuhan tidak efisien, tidak berkesanan ini adalah satu isu yang besar kerana kita bergantung kepada 80% imported goods masuk ke Sabah so saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji dan cuba menyelesaikan masalah ini terima kasih.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Okay I will check with them dengan apa ini pihak lembaga pelabuhan untuk membuat penilaian dan pemantauan sejauh mana dakwaan ini benar sebab ianya akan merugikan apa ini negeri Sabah juga sendiri dan menutup peluang pekerjaan kepada mereka yang mampu untuk bekerja di sana.

Tuan Speaker, saya ingin merakamkan terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli di..Yang Berhormat yang telah memberi pandangan memberikan komen-komen kepada agensi-agensi di bawah kementerian saya dan mungkin ada perkara-perkara yang saya tidak boleh jawabkan maka saya akan pastikan Ahli-ahli Yang Berhormat mendapat jawapan bertulis. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan menyambut Selamat Hari Raya Aidili Fitri dan juga seterusnya Selamat Menyambut Hari Kaamatan Kopivosian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada kita semua. Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan kepada kita dan kita terus jaga diri kita. Kita harus berwaspada dalam apa keadaan sekali pun mungkin kita berlainan ideologi berbeza pendirian tetapi dalam isu-isu tertentu mari sama-sama kita bersama-sama mempertahankan hak dan kedaulatan negeri Sabah. (Tepuk Meja) Terima kasih Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ahli-ahli yang Berhormat memandangkan masa hari ini sudah betul-betul cukup maka dewan ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi 24hb Mac 2022.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 8:26 malam. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10:00 pagi, 24 Mac 2022”.

SDN23032022/bnm