Sabah · 9 August 2023
16th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 359 turns · 31,786 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pemasyuran daripada Tuan Speaker
Pemasyuran daripada Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat semua mengenai kuorum persidangan. Sila pastikan pada setiap masa, kuorum di dalam Dewan adalah mencukupi ya.
Kalaupun ada yang keluar merokok, minum atau ke tandas buatlah secara bergilir-gilir dan pada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap dalam RUU pada hari ini, saya minta kerjasama sila kemukakan nama untuk disenaraikan sebagai pembahas dan akhir sekali, satu lagi peringatan dia ialah pada Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap, pada semasa pertukaran shift di antara Speaker, saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat berhenti bercakap sebab, masa peralihan itu, tidak ada Speaker yang preside, jadi you have to stop until the incoming Speaker sit down then you continue. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat dari Bongawan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, soalan saya Datuk Speaker, no. 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penambahan Kapasiti Penjanaan Tenaga Elektrik Di SabahQuestions
*1.
YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah hala tuju penambahan kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah berbanding permintaan pengguna.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Datuk Seri Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bongawan serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 12 Jun 2023 yang lalu telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan (Power Development Plan) bagi memenuhi keperluan permintaan pengguna. Pelan Pembangunan Penjanaan telah mengambil kira pertama, pertumbuhan organik, iaitu unjuran penambahan keperluan beban yang lazim yakni peningkatan pengguna domestik dan pengguna kategori lain yang kecil dan yang kedua, ia juga mengambil kira keperluan beban step lot oleh pengguna dari industri besar yang commited.
Strategi perancangan di dalam Pelan Pembangunan Penjanaan adalah dibahagi kepada tiga fasa, iaitu yang pertama Fasa Penyelesaian Segera yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2023-2025, adalah untuk mencapai jidar simpanan penjanaan generation spec capacity ke tahap kukuh, iaitu 30%. Dengan erti kata lain, simpanan penjanaan perlu mempunyai lebihan 30% atau sekitar 300 megawatt (MW) berbanding beban maksimum grid Sabah yang kini telah mencecah hampir 1100 megawatt (MW). Untuk tujuan ini, beberapa projek fast track telah diputuskan termasuk Projek Penyewaan Powership berkapasiti 224 megawatt (MW) yang akan beroperasi di Pantai Timur Sabah pada penghujung tahun ini.
Manakala pelbagai tindakan mitigasi yang lain yang sedang dan akan dilaksanakan bagi meningkat tahap kebolehharapan loji jana kuasa sedia ada.
Yang kedua, iaitu Fasa Penyelesaian Jangka Sederhana, iaitu 2026-2030 adalah antara lain melibatkan penambahan kapasiti penjanaan daripada sumber hidro berjumlah sekitar 400 megawatt (MW), projek solar berskala besar berjumlah 100 megawatt (MW) dan lain-lain projek penjanaan.
Di samping itu, terdapat juga Projek Talian Penghantaran Utama 275KV (Kilovolts), iaitu penyiapan talian penghantaran sambung tara grid Sabah dengan Sarawak dan projek penghantaran Southern link yang akan menghubungkan Sipitang dengan
Tawau. Ini akan mengukuhkan kapasiti dan kestabilan grid Sabah untuk menerima permintaan beban besar terutamanya pengguna-pengguna industri pada masa akan datang.
Fasa yang ketiga adalah fasa penyelesaian jangka panjang, iaitu selepas tahun 2030 adalah tertumpu kepada mempertingkatkan potensi hidro elektrik di Negeri Sabah melalui hasil kajian Pelan Pembangunan Hidro yang sedang dilaksanakan oleh Energy Commission of Sabah (ECOS).
Di samping itu penerokaan ke atas teknologi dan sumber penjanaan baharu akan juga dilaksanakan seperti geothermal, wind, hydrogen dan Battery Energy Storage System (BESS).
Perancangan sambung tara talian penghantaran di antara Sabah dan Kalimantan Utara juga akan diterokai berdasarkan Hasil Kajian Kebolehlaksanaan yang akan dibuat pada tahun ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri akan mengambil alih kuasa kawal selia pembekalan elektrik dan tenaga boleh baharu pada 3 Januari 2024 melalui Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri dan seterusnya Pewartaan Enakmen Bekalan Elektrik 2024, Enakmen Tenaga Boleh Baharu 2024 serta Pindaan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah dengan tambahan fungsi kawal selia elektrik dan tenaga boleh baharu pada hari tersebut.
Sekian Datuk Seri Speaker.
Ada soalan tambahan Bongawan?
Saya bagi ADUN Dilantik dari ADUN Dilantik Yang Berhormat Tuan Jaffari Waliam.
Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan tambahan saya, sejauh mana penyewaan Power Ship ini boleh dijadikan penyelesaian fast track kepada penambahan kapasiti penjanaan elektrik? Terima kasih, Datuk Speaker.
Silakan.
Terima kasih, ADUN Dilantik.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Dewan yang mulia ini, penyewaan Power Ship adalah penyelesaian tuntas dan terpantas untuk membolehkan penambahan kapasiti penjanaan sebanyak 200 megawatt kerana set penjanaan di atas kapal Power Ship adalah tersedia dan boleh dipasang di mana-mana lokasi dengan pantas tanpa memerlukan tapak.
Power Ship atau loji jana kuasa terapung ini akan dikendalikan oleh Syarikat Karpowership Global DMCC yang merupakan syarikat daripada negara Turkiye. Syarikat ini adalah pemilik pengendali dan satu-satunya pembina Power Ship di dunia. Mereka memiliki dan mengendalikan 36 Power Ship dengan kapasiti 6 ribu megawatt, menyediakan tenaga boleh diharap kepada 15 buah negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan melalui SESB akan menyewa dua buah Power Ship dengan kapasiti 224 megawatt dan akan diletakkan di Lahad Datu dan Sandakan dengan tempoh penyewaan selama lima tahun.
Power Ship ini boleh dihantar dan dimula tugas secara komersial dalam tempoh dua bulan setelah kontrak dimeterai tertakluk kepada semua permit, lesen dan kelulusan pihak berkuasa telah diperolehi dan diselaraskan oleh pihak-pihak yang terbabit. Jadi buat masa ini, SESB sedang berunding dengan Syarikat Karpower disertai oleh ECoS dan juga Suruhanjaya Tenaga. Stesen pencawang untuk meningkatkan voltan kepada 132kV juga tersedia di atas kapal ini. Talian 132kV ke pencawang masuk utama SESB lengkap dengan alat suis dan ia adalah di bawah tanggungjawab syarikat berkenaan.
Power Ship tersebut juga mengguna pakai Reciprocating Engines berasaskan bahan bakar Heavy Fuel Oil ataupun HFO yang akan diuruskan oleh Karpowership dan terdapat tangki minyak di dalam kapal bagi keperluan penjanaan kuasa elektrik. Penggunaan bahan api Heavy Fuel Oil ini adalah lebih murah berbanding penggunaan bahan api diesel dan ia juga akan menyelesaikan isu bekalan gas asli
yang kini juga diperlukan oleh industri perkilangan yang semakin pesat membangun di negeri Sabah ini. Sekian, Datuk Speaker.
Okey Yang Berhormat Darau, Darau, Darau.
Terima kasih, Datuk Speaker. Yang Berhormat Menteri, untuk fasa pertama seperti yang telah disebutkan tadi. Adakah pihak Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan para pelabur yang akan datang dari luar negeri? Kerana kalau mengikut dalam persidangan lepas seperti yang Menteri Industri Perindustrian dan Keusahawanan nyatakan bahawa berbilion projek akan dibawa ke pelaburan akan dibawa ke negeri Sabah.
Adakah fasa pertama itu mengambil kira keperluan ini? Kerana kita khuatir ketidakcukupan energy supply ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada kita dan diharap keperluan ini dapat dipenuhi bagi memenuhi keperluan tersebut. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih atas soalan tambahan, ADUN Darau. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Darau dan juga Dewan yang mulia ini seperti mana yang telah saya nyatakan tadi, bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Penjanaan Elektrik dan Tariff telah diadakan pada 12 Jun yang lalu, dan telah dipengerusikan secara bersama antara Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, dan pada perbincangan dan juga penelitian yang telah dibuat ke atas kelulusan Pelan Pembangunan Penjanaan ini atau Power Development Plan seperti yang saya nyatakan tadi telah mengambil kira dua perkara.
Satu, pertumbuhan organik.
Maknanya, ada peningkatan penggunaan oleh pengguna domestik dan yang kecil-kecil ini dan yang kedua, ia juga satu pelan yang mengambil kira kepada keperluan beban Step Load, iaitu dengan izin amount of load that will be place on genset at one time. Maknanya, industri yang memerlukan power yang lebih besar.
Jadi dua perkara ini telah diambil kira dan saya yakin pihak SESB dan kerajaan yang sedia ada sudah melihat segala keperluan-keperluan pada masa akan datang supaya semua perancangan-perancangan secara fast track ini, perancangan jangka sederhana dan juga perancangan jangka panjang dapat diatur dengan sebaik mungkin. Apa yang perlu ialah supaya politik di negeri Sabah ini stabil dan kita bersama-sama memajukan negeri kita daripada kemun... apa ni… keperluan asas seperti bekalan elektrik dan juga bekalan air. Sekian, Datuk Seri Speaker.
Datuk Speaker.
Okey, okey sebelum kita teruskan…
Just additional question.
…soalan kedua.
Satu.
Sebelum kita teruskan soalan kedua, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada rombongan pelajar sebagai pemerhati daripada sekolah SMK Tamparuli seramai 22 orang dan 2 orang guru.
(bunyi tepuk meja) Selamat datang dan selamat belajar.
Datuk Speaker, boleh minta…
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat.. .
Satu peluang.
Sindumin.
Satu soalan saja.
Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor dua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bilangan Projek Mengikut Kementerian Yang Dilaksanakan Dan Status TerkiniQuestions
*2.
YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA:-a) berapakah bilangan projek mengikut kementerian yang telah dilaksanakan berikutan projek RM 50 juta ke bawah yang diluluskan oleh YAB Perdana Menteri dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk dilaksanakan; dan b) apakah status terkininya, adakah telah dilaksanakan pada tahun ini.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.35 Sindumin dan Dewan yang mulia ini, secara keseluruhan JKR Sabah telah menerima sejumlah 141 projek bernilai 1.635, 525, 65, 165.25 bilion Pembangunan Persekutuan bernilai sehingga 50 juta daripada pelbagai kementerian. Daripada jumlah tersebut, 61 projek dengan kos 8.967 juta mendapat pengecualian ke atas EP182 kepada semua kementerian, agensi pelaksana sehingga di peringkat negeri dan daerah dengan had nilai sehingga 1 juta ringgit.
Bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil manakala enam projek dengan kos RM74.825 diberikan pengecualian berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak agensi pemilik. Oleh yang demikian, jumlah akhir projek yang dilaksanakan oleh JKR Sabah adalah sebanyak 74 dengan kos 1.55 bilion daripada 74 projek, 35 projek dijangka akan ditender pada tahun 2023 dan 39 projek pada tahun 2024. Pada tahun 2023, status pelan adalah di peringkat kerja awalan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini… oleh Dewan mulia ini, ada tiga projek sudah ditinja... ditender pada 7 Ogos oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah. Sekian.
Soalan tambahan.
Silakan Sindumin. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan.
Kita ucapkan tahniah kepada usaha Kerajaan Negeri yang berunding dengan Kerajaan Persekutuan sehingga kita dapat devolution of power ataupun decentralised projek ini diberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan 50 juta ke bawah. Kita harap apa yang berlaku di masa lalu tidak berulang, iaitu di mana projek ini tidak boleh disiapkan, duit dikembalikan. Jadi, apakah rancangan Kerajaan supaya projek ini tidak tertangguh ataupun tidak berulang, misalnya ada dahulu alasan kekurangan kakitangan, kekurangan kontraktor yang layak, kekurangan konsultan.
Jadi apakah rancangan Kerajaan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek ini secara fast track seperti yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker untuk menjawab soalan tambahan daripada N.35 Sindumin.
Kita mempunyai rekod dari dahulu lagi kita lambat melaksanakan dan tidak sempat membelanjakan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan, iaitu Kementerian. Keadaan ini berulang-ulang tahun demi tahun oleh kerana kekurangan staf teknikal peringkat JKR, kekurangan kontraktor tempatan yang layak dan berwibawa dan kekurangan konsultan.
Apakah rancangan supaya kita tidak dapat memulangkan duit yang sudah diperuntukkan atau melaksanakan projek secara fast track seperti yang Menteri inginkan supaya kita menambah kakitangan-kakitangan teknikal kita di Jabatan Kerja Raya supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Jadi untuk makluman juga Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya Sabah melalui Jabatan Kerja Raya Sabah telah mempelawa prakelayakan dari kontraktor yang layak melalui prakelayakan terpilih peringkat pertama dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, bagi projek Kementerian Pendidikan prakelayakan sudah
dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang layak akan dipanggil untuk turut serta ke dalam tender.
Tender Terbuka prakelayakan terpilih akan dipelawa di kalangan kontraktor yang mempunyai kelayakan yang telah disyaratkan oleh MOF. Kaedah perolehan ini akan melalui proses kelayakan peringkat pertama dan juga peringkat kedua.
Perolehan ini juga merupakan saringan awal tender terbuka prakelayakan peringkat pertama yang bertujuan untuk mendapatkan pangkalan data kontraktor yang layak untuk menyertai pelawaan tender bagi projek bernilai 50 juta ke bawah. Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.
Soalan tambahan seterusnya. Tiada. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senallang.
Soalan nombor tiga.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kandungan Terperinci Mou Dengan Sk NexilisQuestions
*3.
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, sila jelaskan secara terperinci kandungan MoU yang ditandatangani dengan SK Nexilis kerana amat menghairankan bagaimana SESB mampu menyalurkan bekalan elektrik yang begitu banyak kepada hanya satu syarikat sedangkan seluruh rakyat Sabah menderita atas sebab kekurangan bekalan.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih Datuk Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, perancangan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. (SK Nexilis) telah dimulakan dan dipersetujui pada tahun 2021 lagi.
Perjanjian Bekalan Tenaga Elektrik (Electricity Supply Agreement) yang ditandatangani di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan SK Nexilis telah dimeterai pada 17 Julai 2023 setelah ia diteliti dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Sebagai makluman tambahan Ahli Yang Berhormat Senallang, Perjanjian Bekalan Tenaga Elektrik ini adalah amalan lazim dalam memberikan perkhidmatan pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna dan bukannya melalui MoU.
Perjanjian tersebut telah mengambil kira keperluan bekalan tenaga elekrik oleh SK Nexilis di Taman Perindustrian Kota Kinabalu atau KKIP secara berperingkat bermula dengan 5MW pada tahun 2023 dan hanya akan mencapai kehendak maksimum 70MW pada sekitar pertengahan tahun 2024.
Datuk Speaker, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ataupun NRECC telah meluluskan cadangan pembangunan loji janakuasa (Power Plant) yang baharu di Pantai Barat Sabah dengan kapasiti sebanyak 100MW. Tujuannya adalah untuk menampung keperluan SK Nexilis dan pengguna-pengguna domestik yang lain.
Selain itu, Mesyuarat JPPPET Sabah juga telah meluluskan pelaksanaan projek fast-track, iaitu penyewaan dua set penjanaan powership dengan jumlah kapasiti 224MW di Pantai Timur Sabah yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan Oktober 2023 bagi menampung keperluan semasa.
Di samping itu, cadangan projek-projek penjanaan bekalan tenaga elektrik lain yang telah diputuskan dalam Mesyuarat yang sama JPPPET tersebut akan juga dilaksanakan mengikut jadual bagi memastikan kapasiti penjanaan terus kukuh di Sabah. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan berhubung kait dengan pelaburan.
Kita sedar bahawa Sabah memerlukan pelaburan daripada luar negara bukan hanya kemungkinan putaran kewangan, peluang pekerjaan yang ada, tetapi bila mendengar jawapan itu berhubung kait dengan power supply. Jaminan seakan-akan diberi oleh SESB bahawa bekalan ini mencukupi sedang rakyat di Sabah pada hari ini dalam keadaan gelap berpuluh tahun, bahkan semalam pun ada di beberapa kawasan. Jadi saya bimbang jaminan tentang memberikan bekalan elektrik mencukupi kepada pelabur-pelabur ini apabila
saya mendengar jawapan Ketua Menteri tadi, iaitu sehingga kita ada Karpowership di Lahad Datu, di Sandakan untuk membekalkan elektrik, sama ada Environmental Study has been done.
Sustainable Goal yang ada, kita katakan Sustainable Development Goal, Malaysia signatories too.
Kalau sekiranya produk bateri yang kita keluarkan ini tidak ada environmental kelulusan dia, di South Africa pengalaman South Africa San Amigo, Siere Leon, environmental problem.
Inikah Karpowership yang ada?
Yang pengalaman South Africa ada, di Siere Leon ada, dan beberapa negara yang ada telah mengamalkan penggunaan power generator from the capacity yang ada dan saya bimbang kalau kita menggunakan kaedah ini sedang kita mempunyai pelbagai side dam pun ada environmental friendly. Tak kan kita tidak boleh guna. Esok kita keluarkan bateri, mungkin tidak beli, jadi saya bertanya sama ada jaminan yang diberikan supaya pelabur ini mencukupi sedang rakyat juga. You sacrifice the rakyat punya need daripada pelabur yang ada. Saya tahu ada mungkin seratus, tiga ratus, sembilan ratus pekerja, but rakyat di peringkat bawah tidak ada bekalan elektrik yang ada. Kalau adapun seperti rancangan yang ada environmental not friendly the world is facing that.
Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman, sememangnya untuk SK Nexilis 70MW ini memang dalam energy mix kita. Jaminan itu memang boleh kita jaminkan kepada pelabur-pelabur.
Tapi untuk pelaburan yang baharu, kita memerlukan loji janakuasa yang baharu.
Itu adalah yang kita semua tahu hakikatnya kita memerlukan loji janakuasa untuk pelaburan yang baharu, tetapi untuk pelaburan bagi SK Nexilis 70MW pada tahun hadapan itu sudah kita, SESB sudah buat perancangan dalam kita punya margin pun sudah memang mencukupi dan kita pun seperti saya maklumkan dalam jawapan tadi memang ada loji-loji janakuasa yang baharu akan dibina. So, itu kita jangka untuk pelaburan SK Nexilis ini adalah mencukupi dan terjamin. Terima kasih, Datuk Speaker.
Soalan tambahan. Moyog. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker.
Menteri, berkaitan dengan soalan Senallang tadi, are we meeting this Sustainable Development Goals with all the proposal state you have at the moment. Renewal Energy is important.
Why are we not ready berkaitan dengan Renewal Energy, walaupun you mention you have Karpowership, you have other power stability agreement dengan SESB dan SK Nexilis. The most important question, dengan izin Datuk Speaker, adalah are we able to guarantee the people of Sabah that they too have the stability in power and not only the pelabur because the pelabur part, we bring them to Sabah, we should provide them with power but that power should renewal energy in order for them to meet the Sustainable Development Goals number seven as well. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Datuk Speaker, saya memang setuju kita perlu membesarkan janakuasa dalam RE.
…buat energy. So itulah sebab kita ah saya rasa kita ini Yang Berhormat ah YB Menteri Ekonomi pun baru saja melancarkan ah National Energy Transition Road map adalah untuk kita Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kerjasama untuk sama-sama bangunkan industri RE ini kerana kita semua tahu ah menjelang tahun 2050 semua industri kena um comply to ESG ah dengan izin comply to ESG and also Net Zero, so ini adalah satu cabaran buat Sabah dan kita yakin ah selepas kita ambil alih kuasa-kuasa selia ah Kerajaan Sabah tahun depan, memang ia akan diberikan tumpuan untuk kita bangunkan RE lebih banyak lagi, buat setakat ini memang kita ada RE juga, ada Solar, ada Large-scale Solar, ada Biogas dan Biomass tapi setakat sedikit saja. So kita memang dalam usaha untuk bukan sahaja ah minta peruntukan untuk membangunkan loji janakuasa untuk RE tapi juga untuk menarik pelaburan membangunkan RE untuk negeri kita.
Ah Datuk Speaker, Menteri setujukah dengan proposal untuk menggunakan jenama kuasa Cold. Terima kasih.
Itu saya rasa, memang kita ada banyak kaedah dalam dunia ini untuk jana kuasa.
So memang kita tak boleh nafikan dalam Dewan yang mulia ini memang banyak ah ramai Ahli-ahli Yang Berhormat mencadangkan pelbagai cara ah Cold kah ataupun yang belum lagi disebut Nuclear kah, banyak cara ataupun kaedah untuk jana kuasa tapi buat setakat ini ah setelah berbincang dengan ah e-Cost dan juga SESB memang dalam perancangan mereka ah setakat ini memang tidak ada ah cadangan setakat ini untuk ah bina jana kuasa untuk Cold tapi kita sangat bergantung kepada natural gas, I think Yang Berhormat pun tahu. So kita saya rasa, saya ambil kesempatan ini untuk ah kita sama-sama fikir ataupun bincang apakah ah cara untuk jana kuasa yang paling sesuai dan baik untuk Sabah dan saya rasa ah tadi kita ada bincang RE itu memang bring forward dan trending untuk Sabah dan juga seluruh dunia. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Liawan.
Terima Kasih Datuk Speaker, soalan saya. Soalan no. 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah-Langkah Untuk Membantu Golongan Usahawan Kecil Di SabahQuestions
*4.
YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu golongan berkenaan dan berapa ramaikah usahawan kecil di negeri Sabah yang telah mendapat sijil pengiktirafan halal untuk produk yang mereka keluarkan.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Liawan dan makluman sidang Dewan yang mulia ini, Kementerian saya telah memberikan bantuan usahawan-usahawan belia melalui Skim Jaya Usahawan Belia Sabah
setakat ini seramai 2,893 usahawan belia telah menerima dana tersebut. Skim SYABAS ini akan diteruskan pada tahun ini dan permohonan akan dibuka tidak lama lagi.
Di samping itu, Kementerian saya juga menyediakan latihan secara spesifik kepada usahawan-usahawan belia yang memulakan atau mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang seni kreatif jahitan.
Kementerian saya telah menyediakan tujuh pusat kelas seni kreatif jahitan yang dijalankan di bangunan-bangunan ARENA Belia di Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Sandakan, Ranau, Kudat dan Beaufort.
Kelas jahitan ini dikendalikan oleh tujuh orang jurulatih jahitan yang bertauliah. Peserta-peserta kelas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuklah makan, minum, peralatan dan juga kemudahan tempat tinggal.
Datuk Speaker, Kementerian saya telah mendapat maklum balas daripada Majlis Agama Islam Negeri Sabah bahawa bilangan syarikat yang diberi Sijil Halal Sabah adalah sebanyak 510 syarikat.
Pihak saya telah memohon secara rasmi kepada pihak Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) untuk memberikan senarai-senarai syarikat tersebut bagi membolehkan kementerian saya dapat menyemak dari aspek umur syarikat-syarikat tersebut dengan mengambil kira definisi belia Negeri Sabah yang berumur antara 18 hinggalah ke 40 tahun.
Kementerian saya juga akan menyampaikan jawapan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat selepas membuat semakan status umur pemilik syarikat tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Liawan dan juga maklumat sidang yang mulia ini, saya telah pun memaklumkan kepada Jemaah Menteri supaya kursus-kursus dan latihan-latihan yang dilaksanakan perlulah diselaraskan supaya tidak berlaku bertindihan program antara Kementerian ataupun Agensi yang menganjur. Saya telah dimaklumkan bahawa tindakan mengenai perkara ini telah pun diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, demi memperkasakan lagi ah ekonomi belia di setiap daerah, pihak Kementerian juga mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mencadangkan kursus-kursus yang sesuai di setiap daerah bagi memastikan sama-sama kita
mengambil ah peluang ini untuk mengangkat dan memperkasakan lagi ekonomi belia di setiap daerah. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Liawan ? Tiada ? Kukusan. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Ah okay tadi yang saya dengar daripada pihak Pembantu Menteri tadi ada nyatakan kursus-kursus kelas jahitan ini ah tidak ada pun ah yang terlibat melibatkan Pantai Timur di sebelah Tawau, sedangkan Tawau juga mempunyai satu Dewan ARENA Belia yang sudah lama tidak digunakan, last sekali digunakan pun masa zaman PKP lagi dan ia sekarang ah kenapa Tawau tidak terlibat dalam kursus-kursus kelas jahitan ini.
Terima kasih ah kepada ADUN ah Kukusan.
Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, kursus-kursus tadi itu memang sudah dilaksanakan seperti yang kita katakan. Bagaimanapun itu seperti yang saya katakan tadi, kami memohon jasa Ahli-ahli Yang Berhormat setiap daerah mencadangkan, sebenarnya kadang-kadang kursus ini atas permintaan kelab-kelab belia ataupun persatuan-persatuan yang ada di daerah ini jadi bagaimanapun kami mohon supaya ah Yang Berhormat Kukusan boleh mencadangkan ah apa jenis kursusnya insya-Allah kita akan laksanakan di ah ke ARENA Belia daerah Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Tuan Dr. Aliakbar, silakan.
Soalan Tambahan
Terima kasih ah Datuk Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ah senario sekarang ini ah erm sebahagian belia sudah terlibat dengan keusahawanan daripada rumah ah terutama atas talian ataupun online ah mungkin
perlu jawapan bertulis, apa strategi kementerian kepada belia-belia ini sama ada berbentuk kursus-kursus atas talian ataupun strategi memperkasakan usahawan belia daripada rumah. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih ah pertanyaan daripada Ahli Yang Dilantik, sebenarnya kita sedang mengkaji secara keseluruhan tentang keperluan-keperluan belia kita. Jadi setakat ini, ini adalah antara satu yang kita akan tumpukan jadi kita akan ah melihat kalau sesuai pada masa dia kita akan laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Nabawan.
Datuk Speaker, soalan saya no.5.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Menambah Dana Atau Peruntukan Pembangunan Di Setiap Kawasan DunQuestions
*5.
YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, apakah pihak kementerian akan mengkaji semula dan bercadang untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat ADUN Nabawan dan Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa perihatin dan ambil maklum masalah rakyat dan sememangnya peruntukan pembangunan disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada semua kawasan DUN setiap tahun bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat melaksanakan tanggungjawab membangun dan menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.
Peruntukan ini adalah diselaras dan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, di bawah pentadbiran Kerajaan GRS sejak tahun 2021, peruntukan kepada setiap kawasan DUN Kerajaan telah dinaikkan sebanyak sejuta ringgit untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan Program Sentuhan Kasih. Pada tahun 2021, sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan dengan agihan RM… HAIFA
…700 ribu untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM300 ribu untuk program Sentuhan Kasih. Manakala pada tahun 2022, peruntukan kepada setiap ADUN Kerajaan telah dinaikkan kepada RM2 juta, iaitu dengan agihan RM1,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk program Sentuhan Kasih. Pada tahun 2023 pula, sejumlah RM3 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan, iaitu dengan agihan RM2,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk program Sentuhan Kasih.
Justeru itu, semua Ahli Yang Berhormat diharap memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kawasan yang diwakili membangun dalam pelbagai aspek termasuk tahap ekonomi dan taraf hidup rakyat. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan bersedia membuat kajian semula untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN berdasarkan kemampuan kewangan negeri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Selain daripada peruntukan pembangunan ini, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyediakan penambahan dana khas untuk setiap ADUN khusus untuk kegunaan kecemasan dan juga ketika bencana alam yang berlaku di kawasan DUN masing-masing dan
juga penambahan baik pelaksanaan untuk memohon dana-dana untuk kecemasan dan bencana ini. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soal peruntukan khas ataupun yang spesifik kepada tujuan seperti bencana alam dan sebagainya, memang kita sudah sedia ada tapi bukan untuk spesifik kepada setiap ADUN ya. Kadang-kadang ada kawasan yang tidak ada bencana alam, ada kawasan yang ada bencana alam. Jadi kita tidak boleh rangkumkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat itu mesti ada peruntukan. Apa yang kita buat ialah kita sediakan peruntukan khusus itu sebenarnya apabila saya membentangkan RUU nanti mengenai tabung amanah, salah satu daripada fokus yang kita tubuhkan ialah creation sebab apa tabung bencana alam dan ini nanti boleh diguna pakai oleh semua Ahli Yang Berhormat di mana saja mereka berada.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Okey, Yang Berhormat Moyog, you gotta eager ah everyday.
That of course. Terima kasih, Datuk Speaker. Thank you juga kepada Timbalan Pembantu Menteri dan juga Menteri untuk menjelaskan bahawa peruntukan ini hanya kepada penyokong Kerajaan Sabah sahaja. So, dari pihak pembangkang dan saya ulangi tidak dapat peruntukan supaya kita boleh ulang kepada constituency kita sebab kita selalu diwar-warkan seperti seperti kononnya kami ada peruntukan. So, saya ingin tanya dalam peruntukan yang diberikan kepada penyokong Kerajaan, ADUN Kerajaan ini, adakah mekanisma untuk menunjuk bahawa mereka menggunakan Sentuhan Kasih ini dengan target yang sepatutnya diberikan dan juga sama ada Kerajaan mencadang untuk meminta setiap ADUN untuk mengeluarkan audit dengan peruntukan khas ini sebab akhirnya duit ini adalah kutipan-kutipan cukai daripada semua kita termasuk saya sebagai pembayar cukai. Terima kasih.
Semua penggunaan peruntukan yang diberi kepada ADUN termasuklah peruntukan Sentuhan Kasih diaudit. Dia dikawal bersama dengan Pejabat Daerah. Erti dia, dia mesti mengemukakan resit untuk membolehkan Pejabat Daerah apa tu membuat daftar semua peruntukan dan penggunaan yang telah dibuat.
Tapi report card yang penting.
Yes, ya.
Daripada ADUN itu. Terima kasih.
Ya, ya. Malah, audit is very strict actually ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat…
Boleh satu soalan, Datuk Speaker?
Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Bongawan.
Terima kasih, Datuk Speaker, soalan saya nombor enam.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Manfaat Tenaga Hijau (Green Technology)Questions
*6.
YB. Dr.
Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, sejauh mana manfaat tenaga hijau (Green Technology) seperti Biogas dan Biomass daripada industri sawit.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bongawan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, kebanyakan negara kini sedang beralih ataupun dalam proses mengadaptasi konsep Green Energy ataupun Green Technology. Umum mengetahui bahawa Green Energy memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara dan juga untuk mencapai net zero target menjelang tahun 2050.
Datuk Speaker, jenis-jenis biomass yang berasaskan kelapa sawit adalah termasuk tandan buah sawit kosong Anti-Food Branch, Serat Mesocarp, isirung minyak sawit ataupun Palm Kernel Shell, batang kelapa sawit (Oil Palm Trunk), pelepah kelapa sawit and enfluent kilang yang kelapa sawit ataupun POME. Dalam industri kelapa sawit biogas dihasilkan secara semula jadi apabila enfluent kilang minyak kelapa sawit ataupun POME terurai secara organik.
Datuk Speaker, pemerangkapan dan penggunaan biogas daripada POME boleh digunakan dalam penjanaan tenaga kerana sifat kimianya yang mudah terbakar. Ini memberikan banyak faedah kepada alam sekitar kerana pembakaran biogas adalah lebih bersih kerana ia menghasilkan jumlah sulfur dan zarah yang lebih rendah serta bebas asap berbahaya. Walau bagaimanapun, pemerangkapan dan pengangkutan biogas ini adalah sukar untuk dilaksanakan memandangkan sumber bekalan fit stock biogas tersebut adalah selalunya terletak di kawasan ladang dan kilang minyak itu sendiri.
Pada masa ini, kaedah menjanaan tenaga melalui biogas yang terhasil adalah digunakan untuk menjana tenaga untuk kilang kegunaan kilang itu sendiri sahaja. Datuk Speaker, menyedari akan kelebihan biomass yang boleh menghasilkan produk yang bernilai amat tinggi seperti BioPilot, bio bahan api, biokimia di negeri ini, kementerian saya sedang merangka dasar biomass Sabah agar industri ini dapat diperkembangkan dan bukan sahaja untuk downstreaming dan untuk penjanaan kuasa.
Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri baru-baru ini melalui pewujudan dasar ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sebuah pusat pengumpulan biomass dan melantik sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengurus perkara ini. Menerusi pewujudan pusat-pusat pengumpulan ini ianya sudah pasti kita dapat lebih senang lebih baik untuk wujudkan pembekalan sumber bahan biomass fit stock yang konsisten seterusnya dapat kita mempelawa menarik pelaburan untuk melabur dalam industri ini.
Lanjutan daripada pewujudan dasar tersebut, Kerajaan Negeri juga mencadang untuk mewujudkan enakmen berkaitan biomass supaya kuasa kawal selia berkaitan industri ini adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri yang mana pada masa ini ianya tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak. Datuk Speaker, penerokaan biomass ini dilihat mempunyai pelbagai potensi dan mampu memberikan manfaat terutamanya
dalam sektor tenaga hijau ataupun tenaga yang boleh diperbaharui renewable energy dan industri hiliran yang berkaitan. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat…
Soalan tambahan, saya.
Okey, Elopura. Soalan Tambahan
Ya, terima kasih, Speaker, harap dapat jumpa di Sandakan Sim-Sim. Ya, terima kasih, Speaker. Terima kasih Menteri yang jawab yang yang yang ada satu warehouse all the stock for the biomass. Saya rasanya Menteri atau yang SU ada SUT tidak belajar dari yang failure di Sandakan. Sandakan ada…
You tujukan jawapan soalan kepada Menteri ya jangan kepada pegawai kerajaan.
Ya. Ya. This Seguntor Power Plant dengan Kina Power Plant yang failed. Kenapa sekarang masih mahu laksana balik? Kenapa sekarang mahu kumpul balik itu soalan pertamalah, kenapa kita mahu masih mahu kumpul balik itu biomass di satu kawasan yang generate power atau buat apa-apalah. Ini costing sebab costing yang transport. Saya tidak tahu Menteri ada belajar ini failure atau tidak. Kedua, di Sabah ni erm…
Berapa soalan mahu tanya ni? Satu ja bah..
Ya, ya, ya, kasih peluanglah, Speaker. Di Sabah ini more than 10 years lah, biomass and biogas more than 10 years it’s free. Sekarang kilang mahu buat ini is free, ada apa langkah-langkah yang ada majukan boleh generate berapa power…
Untuk memajukan kawasan east coast atau seluruh Sabah, yang berbanding dengan tadi yang sebut ini powership, yang kenapa mahu powership, sekarang di tangan kita ada itu power sudah. Kenapa mahu powership lagi.
Saya kurang fahamlah itu yang harap menteri dapat jawab.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Yang Berhormat Menteri, dua soalan tadi itu dia tanya.
Terima kasih.
Buat setakat ini fish stock untuk daripada kilang-kilang dia adalah purely business. Dia mungkin menggunakan by-product Biomasss itu untuk menjana kuasa untuk kilang sendiri, ataupun mereka export kepada negara-negara asing. Kita tak boleh kawal mereka dan perintah mereka, tidak boleh, export kecuali, kalau kita sudah adakan satu enakmen, ataupun satu dasar yang jelas bahawasanya, kita boleh.
Kita mahukan mereka bagi itu fish stock kepada kita untuk janakuasa.
So, memang saya setuju dengan Yang Berhormat Elopura. Kita pun ada kopi-kopi, kita ada berbincang, memang betul kita perlukan ini Biomass untuk dibangunkan, untuk janakuasa ataupun hiliran, industri hiliran.
Buat setakat ini, kita punya Biomass by-productnya Palm Kernelkah Shellkah empty food bunchkah. Semua export kepada Japan, untuk janakuasa. Sedangkan kita Sabah ini tidak ada, tidak ada, tidak cukup elektrik. Kita punya bahan-bahan semua export untuk janakuasa di Japan.
So, ini adalah tidak munasabah. So, ini, inilah sebab kita sedang merangka satu dasar yang baru, untuk kita kumpul dan untuk wujudkan ataupun tambah bio, Biomass ini dalam menjana, dalam energy mix kita. So, ini sudah tentu, ini adalah usaha untuk kita menuju ke arah RE yang lebih banyak, seperti kita bincang tadi. Sekian terima kasih, Yang Berhormat.
Okey, okey Darau.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada Menteri, berkenaan dengan Biomass, Biogas ini. Adakah pihak kerajaan memberikan sebarang insentif kepada pihak swasta, yang bekerjasama dengan pihak kerajaan, dalam membangunkan cara baru dan inovatif penggunaan Biomass dan Biogas? Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Darau. Memang, memang kita, itulah sebab kita wujudkan dasar ini dan harap-harap dasar ini dapat di kita siap, dirangka pada tahun ini, hujung tahun ini.
Supaya kita tahu macam mana kita, dalam dasar itu, ianya merangkumi beberapa bahagian, satu insentif. Apakah insentif yang diberikan kepada kilang untuk mengangkut Biomass ke pusat pengumpulan, dan juga beberapa dasar untuk kita bukan saja insentif, tetapi dasar untuk encourage mereka menyerahkan Biomass itu kepada kita.
So, itu untuk menjawab yang, Ahli Yang Berhormat Darau, memang setuju kita kena bagi insentif kepada mereka. So, dalam dasar itu ia akan merangkumi perkara-perkara itu. Terima kasih.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Jaffari bin Waliam.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor tujuh.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penglibatan Pelajar Dan Usaha Kerajaan Meningkatkan Minat Terhadap Subjek Sains Tulen Dan Matematik (Stem)Questions
*7.
YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, setakat manakah tahap minat dan penglibatan pelajar terhadap subjek sains tulen dan matematik (STEM) dan apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap STEM. Jawapan
Tuan Speaker. Terima kasih. Saya mohon menjawab soalan daripada Yang Berhormat Datuk Jaffari bin Waliam ADUN Dilantik, bersekali dengan soalan nombor 15 pada hari ketiga, 10 Ogos 2023 daripada Yang Berhormat Datuk Hamild bin Haji Awang daripada Balung kerana ia berkaitan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mengambil berat mengenai kadar penglibatan pelajar dalam Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Metametik yang disebut STEM. Terutamanya Sains Tulen di Sabah semakin menurun, dan perkara ini amat membimbangkan, kerana kerajaan perlu menyediakan modal insan berkemahiran tinggi, dalam bidang STEM dan Teknikal, serta vokasional atau TVET bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.
Pada tahun ini, jumlah penglibatan pelajar dalam bidang STEM hanya 27%, masih jauh daripada sasaran kita untuk mencapai target 60/40, iaitu 60% aliran Sains dan 40% aliran Sastera.
Menyedari hakikat ini Tuan Speaker, kementerian telah menggubal Pelan Strategik KSTI 2022-2025 dan menstruktur, semula peranan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah atau MaPTIS, bagi memperkasa bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Sabah.
Pelan ini merupakan perancangan empat tahun kementerian untuk memenuhi matlamat dan aspirasi Pelan Pembangunan Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Salah satu inisiatif utama kementerian Tuan Speaker, bagi tujuan mengarusperdanakan atau memasyarakatkan Sains, Teknologi dan Inovasi, ialah dengan melaksanakan antaranya, program Anugerah Sains Sabah, yang kita laksanakan pada 23 Jun 2023.
Anugerah ini mengiktiraf saintis, teknologis dan inovator dari kalangan rakyat Sabah.
Kementerian berharap pengiktirafan dan perhatian kepada para pakar tempatan, akan mewujudkan semangat persaingan yang sihat, yang seterusnya menghasilkan momentum kreativiti dan inovasi yang dinamik, supaya mereka terus maju dalam bidang masing-masing, dan membawa Sains, Teknologi dan Inovasi kepada bidang-bidang keutamaan negeri Sabah. Di samping itu, pengiktirafan juga diberikan kepada Duta Guru STEM, sekolah STEM BITARA serta pengiktirafan usaha-usaha inovasi pelajar dan guru di negeri Sabah. Hari ini kita bersama dengan pelajar, alhamdullilah mudah-mudahan ada manfaatnya untuk pelajar yang berada di dalam Dewan ini dan di luar. Anugerah Sains Sabah, kita berikan anugerah 25 ribu.
Anugerah Inovator Sabah, 20 ribu ringgit. Anugerah Teknologi Sabah, 20 ribu ringgit. Demikian juga, anugerah khas kita berikan, Anugerah Khas Juri Sekolah, Anugerah Khas Juri Sekolah Inovasi,
sekolah rendah, Anugerah Guru STEM, Anugerah Sekolah STEM BITARA, untuk 48 buah sekolah.
Tuan Speaker, kementerian juga dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan persekutuan, telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan dan pembudayaan STEM yang berkaitan, bertujuan untuk menarik minta pelajar, dan seterusnya menepis persepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang susah. Program ini secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru dan komuniti mengenai kepentingan pendidikan STEM dan kerjaya STEM.
Kementerian, Tuan Speaker, telah memberikan peruntukan sejumlah 250 ribu ringgit, bagi menjayakan program STEM FIESTA di semua pejabat pendidikan daerah, 24 buah pejabat pendidikan daerah. STEM FIESTA ini dilancarkan pada 16 Mei 2023 di Beaufort dan akan ditutup pada 7 September 2023 di Ranau. Didapati Tuan Speaker, penglibatan pelajar dan guru amatlah menggalakkan, dan setiap daerah merekodkan penglibatan 600 hingga seribu orang yang hadir.
Kementerian juga turut memperkasa peranan Perpustakaan Negeri Sabah, dengan mewujudkan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Keningau, dengan kos keseluruhan 3 juta ringgit, dan di jangka akan beroperasi pada penghujung tahun 2023.
Kementerian juga telah berjaya mendapatkan persetujuan, pembinaan pusat STI Tawau dan pusat STI Sandakan, yang bernilai lebih daripada 10.2 juta daripada Petronas. Selain itu, kementerian turut merancang, melaksanakan, satu projek berimpak tinggi, iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu. Pusat Sains ini akan merangkumi elemen pembelajaran secara interaktif, mengenai sains, planetarium pusat penyelidikan saintis, Kecerdasan Buatan (AI), intrenet, pelbagai benda robotik dan ketamadun sains.
Tuan Speaker. Kementerian telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Guangxi Science and Technology Museum dan..
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif]:…melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak untuk ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah selama tiga tahun. Pameran ini dijangka tiba dan ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah Tanjung Aru pada bulan September 2023.
Tuan Speaker, kementerian turut mengambil langkah proaktif sebagai usaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran sains yang kondusif dengan memberi peruntukan sebanyak RM600,000 pada tahun ini bagi menaik taraf 14 buah makmal sains sekolah menengah dan mewujudkan 16 buah sudut sains sekolah rendah. Kementerian juga akan mengenal pasti beberapa syarikat untuk membantu membina sudut-sudut sains dan make a space di sekolah-sekolah. Melalui pelbagai inisiatif kementerian dan sokongan dari pelbagai pihak Tuan Speaker, Kementerian yakin kadar penglibatan pelajar STEM akan mencapai 30% pada penghujung tahun ini dan melepasi 40% pada tahun 2025. Sekian Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan?
Tiada? Dari Balung, dari Sulabayan? Soalan Tambahan Datuk Dr.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sains, ada persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Dilantik tadi. Saya cukup tertarik dengan beberapa inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian ini dan penjelasan tadi cukup jelas. Cuma saya nak cakap sikit mengenai pencapaian SPM baru-baru ini.
Di mana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun ada saya dengar bagaimana mengatasi anak-anak Sabah ini di peringkat SPM terutama sekali bila kita sentuh soal STEM ini, iaitu bidang sains matematik ini. Kebanyakan gagal. Kalau universiti swasta, dia memerlukan 9A dan termasuk sains dan juga matematik mesti lulus. So, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri di bawah Yang Berhormat
Datuk bagi mengatasi anak-anak Sabah yang SPM ini tidak dapat masuk ke universiti awam ini kerana pencapaian tidak memenuhi syarat?
So, saya berpandangan kita ada satu institusi, Universiti Yayasan Sabah, contoh. Apakah ada usaha-usaha kita untuk orang kata naik taraf universiti ini supaya anak-anak yang tidak memenuhi dalam STEM ini dapat dimasukkan ke Universiti Yayasan Sabah kerana universiti awam sudah tentu tidak dapat? So, saya melihat juga di peringkat awam walaupun pencapaian..
Soalan Yang Berhormat, soalan. Soalan Tambahan Datuk Dr.
iya,iya dia kena ada juga sikit dia punya pandanganlah.
Pasal banyak yang terkandas ini oleh sebab pencapaian tadi.
So, apa langkah-langkah kita sedangkan kita ada universiti tempatan? Contoh. Adakah cadangan Kementerian mengatasi untuk masalah keciciran ini? Kalau tidak, setakat itu ja dia akan tidak dapat meneruskan pendidikan. Dan saya melihat di peringkat awam, pencapaian tidak baik tapi bila dia masuk universiti swasta, contoh dalam bidang ini, dia akan mendapat pencapaian yang baik. Banyak contoh, termasuk anak saya untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Setiausaha.
Di peringkat SPM memang tidak menguasai, tapi setelah dia masuk universiti awam insya-Allah hari ini dia mencapai pencapaian yang baik.
Ini persoalan saya tadi bagaimana mengatasi anak-anak di peringkat SPM yang tidak mencapai apalagi cerita pasal STEM ini dapat masuk ke universiti sedangkan kita ada institusi tempatan seperti Universiti Yayasan Sabah. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker.
Kita ambil kira beberapa cadangan daripada Yang Berhormat tadi dan sebenarnya inilah antara usaha kita bagaimana untuk memasyarakatkan dan membudayakan STEM ini di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar.
Di sekolah-sekolah, kita ada mata pelajaran STEM ini termasuk pakej-pakej ABC, C1, C2, A2, Physical, Kimia, Biologi. Daripada 222 sekolah, sebahagian besarnya mengambil atau mengambil salah satu bidang ini, iaitu misalnya yang paling banyak
ialah sains gunaan dan teknologi, dan halangan-halangan kita antaranya dari sudut makmal, dari sudut prasarana, dari sudut penguasaan guru dan ini dari masa ke masa kita berbincang terus dengan jabatan atau kementerian pendidikan bagaimana untuk memperkasa guru dan juga memperkasa atau membantu dari sudut keperluan-keperluan pelajar termasuk yang sangat penting ialah semangat pelajar, semangat ibu bapa kerana bidang sains ini sendiri persepsinya seperti mana yang saya sebutkan tadi dianggap sebagai bidang yang susah.
Tetapi sebenarnya dengan adanya program-program yang kita adakan bersama dengan Kementerian Pendidikan maka saya lihat minat kepada bidang ini semakin meningkat dan mudah-mudahan dengan minat yang ada dengan semangat yang ada mereka akan suka dan cinta kepada bidang ini dan dengan itu mereka akan dapat menguasai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya harap anak-anak daripada pelajar SMK Tamparuli dapat meneliti dan memahami jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi ya.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Sebatik.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya no. 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Kutipan Zakat Dan Sumbangan Yang DikeluarkanQuestions
*8.
YB. Datuk Hassan A Gani Pg. Amir [Sebatik] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah jumlah kutipan zakat setakat bulan Jun 2023 dan berapakah jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan daripada zakat tersebut.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Untuk makluman Yang Berhormat dari Sebatik serta Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memungut kutipan zakat sehingga Jun 2023 sebanyak RM76,663,880.41. Kutipan zakat ini adalah daripada pelbagai jenis, iaitu:
1.
Zakat Pendapatan : RM5,419,984.32 2.
Zakat Penggajian : RM33,630,129.10
3.
Zakat Simpanan : RM4,179,495.03 4.
Zakat Perniagaan : RM22,432,855.30 5.
Zakat Emas dan Perak: RM561,625.54 6.
Zakat Saham : RM115,735.76 7.
Zakat Pertanian : RM35,909.08 8.
Zakat Ternakan : RM17,451.02 9.
Zakat Fitrah : RM10,270,695.26 Manakala agihan zakat kepada asnaf, penerima sehingga Jun 2023 adalah sebanyak RM76,506,163.58. Pecahan agihan adalah seperti yang berikut: 1. Fakir : RM 28,560.000.00…
..
RM44,966.46. Kedua, miskin…
Yang Berhormat Bugaya, Sri Tanjong, berhenti berbual. Okey, teruskan, Yang Berhormat.
2.
Miskin : RM 12,830,003.24 3.
Amil : RM 7,221,835.47 4.
Mualaf : RM 1,780,385.50 5.
Al-Riqab : RM 12,801,167.33 6.
Ibnu Sabil : RM 226,367.89 7.
Gharimin : RM 126,690.00 8.
Fi Sabilillah : RM 14,421,747.69 Sekian.
Terima kasih.
Soalan Tambahan
Terima kasih, Yang Berhormat Pembantu Menteri dan terima kasih, Datuk Speaker. Berdasarkan pendapatan zakat, berdasarkan kutipan apa yang kita lihat daripada pendapatan 5 juta, simpanan 4 juta dan yang terendah adalah emas dan perak. Soalan tambahan saya kalau boleh diizinkan dua sekali, Datuk Speaker.
Adakah kementerian bercadang untuk menambah baik kaedah pungutan zakat selain daripada bayaran di kaunter dengan bayaran online contohnya, mewujudkan satu task force yang boleh secara langsung berjumpa dengan client ataupun pelanggan-pelanggan seperti syarikat-syarikat swasta yang pemiliknya sudah tentu mesti orang Islam…
Pihak along kali…
… (ketawa) yang juga pastinya, saya rasa dapat meningkatkan lagi hasil kutipan zakat. Ya dan sudah tentu juga akan dapat menambah baik ataupun ramai lagi golongan-golongan yang boleh dapat dibantu.
Yang kedua, dari segi pendidikan. Adakah pihak kementerian ataupun Pusat Zakat bercadang untuk mengadakan Kempen Kesedaran Membayar Zakat kepada masyarakat terutama sekali bermula daripada sekolah-sekolah ataupun Institusi Pendidikan secara mungkin ada kursus-kursus yang tertentu ataupun ada bengkel-bengkel? Itu soalan saya. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Sebatik. Kita akan melantik lebih banyak ejen Zakat Harta di kalangan Institusi Kewangan Perbadanan dan juga Pertubuhan.
Yang kedua, meluaskan pembayaran secara online untuk memudahkan bayaran dan yang ketiga, pembukaan kaunter zakat di tempat yang strategik. Keempat, pembukaan lebih banyak cawangan zakat di bandar-bandar utama secara berperingkat dan yang kelima, Memperkasa Kempen Penghayatan Ibadah Zakat semasa secara tradisional atau melalui media sosial. Kita juga akan daripada masa ke semasa melaksanakan perancangan meningkatkan kutipan termasuk cadangan Yang Berhormat sebentar
tadi dan yang kedua, apakah peranan Pusat Zakat dalam pendidikan? Ya, kita ada membantu pembangunan pendidikan dengan bantuan guru-guru zakat dan juga bantuan biasiswa kepada golongan B40 dan Insya-Allah pihak kita akan memberi pendedahan secara meluas kewajipan untuk kita membayar zakat. Insya-Allah, terima kasih.
Bab pembayaran memang susah selalunya, YB.
Datuk Speaker…
Bab membayar-bayar ini selalunya susah.
(ketawa)
Datuk Speaker, soalan tambahan.
Silakan. Ya, Kunak. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Adakah kerajaan bercadang untuk melakukan Skim Potongan Zakat kepada kakitangan kerajaan terutama wakil-wakil rakyat agar memudahkan pembayaran zakat dibuat dan menggelakkan sudah habis gaji baru teringat mahu bayar zakat? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Pihak kakitangan kerajaan memang sedia. Mereka telah pun memotong gaji mereka dalam zakat pencarian dan Insya-Allah dalam semua kita Wakil Rakyat yang beragama Islam mungkin kita akan fikirkan bersama. Insya-Allah.
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, itu saja sesi soal jawab kita pada hari ini.
Datuk Speaker. Datuk Speaker. Boleh soalan tambahan?
Satu sahaja.
(Ketawa)
Satu saja ah... Soalan Tambahan
Satu sahaja, terima kasih, Datuk Speaker, tentang penjelasan Yang Berhormat Pembantu Menteri Kutipan Zakat. Bila saya mendengar itu menjurus ke arah cuma pengutan sahaja. Ini di antara Rukun Islam yang ditekankan kepada umat Islam, pungutan zakat wajib yang mampu ya, yang mampu. Kalau wajib dia wajib kalau dia mampu bayar zakat. Cuma dari segi pengagihan saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan sama ada pendekatan, pengagihannya bukan hanya kutipan harus ditingkatkan tapi pengagihan zakat ini saya nak tanya. Sama ada kita mempunyai kaedah yang kita katakan untuk kita memastikan fakir miskin satu bab, miskin tegar, miskin B40, ya yang kita sering bantu mereka saban tahun. Adakah orangnya sama? Ataupun adakah kaedah untuk membolehkan supaya umat ini kita bantu tapi akhirnya mereka terkeluar daripada kepompong kemiskinan sebagai seorang miskin tegar, miskin daif kerana ini di antara langkah diturunkan kewajiban ini zakat ini kepada umat Islam supaya bukan setakat membantu mereka suatu ketika tapi membasmi kemiskinan itu. Bukan hanya dengan everytime tongkat kita bagi. Jadi adakah kaedah kerajaan untuk memperbaharui supaya kita mempunyai pendekatan membolehkan mereka bukan hanya saban tahun dapat. Mungkin dua, tiga tahun lepas itu mereka akan terkeluar there’ll be a new guys yang miskin tegar, B40 ataupun yang miskin. Terima kasih banyak.
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Okey, pihak kita memang melihat mereka yang mendapat agihan zakat ini sudah pasti memang daripada golongan asnaf dan kebanyakannya terdiri daripada B40 dan yang keduanya, sudah tentu bukan semua mereka yang menerima zakat ini sepanjang hayat akan menerima zakat. Kerana
dengan keadaan semasa perubahan kehidupan mereka berubah maka perubahan mereka akan terkeluar daripada asnaf itu maka mereka tidak ada kelayakan untuk menerima zakat. Terima kasih.
Okey, Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja la sesi soal jawab lisan kepada pagi ini. Ada usul yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker.
Saya ingin, saya mohon mencadangkan bacaan pertama, kedua dan ketiga Rang Undang-undang…
…Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, amanah atau pindaan.
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (pindaan 2023) hendaklah dibacakan pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Datuk Seri Speaker, saya mohon menyokong.
Ini macam lah terus bangun menyokong, tidak kita tunggu-tunggu.
Okey bos.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bacaan pertama, kedua dan ketiga Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (pindaan 2023) hendaklah dibincangkan pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023 bacaan pertama.
YB Menteri silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004.
Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023.
Bacaan kedua bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023 bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023 bacaan kedua.
YB Menteri silakan.
Tuan Speaker saya mohon mencadang bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Saya mohon mencadang bahawa Rang Undang-undang bernama Rang Undang-undang Keluarga Islam pindaan 2023 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker Rang Undang-undang Keluarga Islam pindaan 2023 ini digubal adalah bertujuan untuk meminda dan menambah peruntukan baharu dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004 bagi memberi kuasa kepada Yang Di-pertua Negeri untuk melantik jurunikah dari kalangan pendaftar dan mana-mana orang yang berkelayakan tidak lagi mengikut sempadan yang ditetapkan bagi qaryah masjid tetapi mengikut kawasan yang ditentukan oleh ketua pendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam.
Selain daripada itu Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga turut memberi kelonggaran kepada pasangan yang hendak berkahwin untuk menjalankan akad nikah mereka di mana-mana daerah dalam negeri ini atau dalam mana-mana negeri lain dalam Malaysia tanpa tertumpu kepada tempat di mana perempuan itu bermastautin tertakluk kepada kebenaran daripada pendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam Hakim Syarie atau pihak berkuasa sesuatu negeri itu.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga menyediakan peruntukan yang lebih jelas berkaitan dengan fungsi Wali Raja yang mana fungsinya bukan sahaja diperlukan bagi mengkahwinkan atau mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai Wali dari nasaf tetapi juga diperlukan dalam mana-mana keadaan di mana hak Wali berpindah kepada Wali Raja menurut Hukum Syarak. Selain daripada itu Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga menyediakan peruntukan yang lebih praktikal bagi mana-mana pemastautin Sabah yang berkahwin di luar negara untuk mengikut undang-undang yang diperuntukkan oleh negara itu.
Mereka hanya perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di negeri ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh ketibaan mereka kembali ke negeri ini sebagai rekod yang sah menurut undang-undang negeri ini.
Akhir sekali Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga mengadakan satu peruntukan untuk memberi pengiktirafan kepada suatu perkahwinan yang diakadnikahkan di luar negara atau dalam mana-mana negeri lain dalam Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan itu selaras dengan kehendak undang-undang negara atau negeri itu dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang enakmen ini melibatkan pindaan kepada 10 fasal sebagai mana lazimnya.
Fasal 1 Rang Undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal kedua, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 2 enakmen untuk memotong, meminda dan menganti takrif tertentu bagi istilah tertentu yang digunakan dalam enakmen.
Fasal 3, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 6A untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Wali Raja oleh Yang Di-pertuan Agong dan jurunikah oleh Yang Di-pertua Negeri masing-masing melalui pemberitahuan dalam warta. Fasal 4 Tuan Speaker, bertujuan untuk menggantikan perkataan qaryah masjid dengan perkataan kawasan untuk memandangkan kuasa pendaftar untuk memberikan kebenaran berkahwin dan kuasa jurunikah untuk mengangkatnikahkan perkahwinan pada masa ini tidak lagi tertakluk kepada sempadan qaryah masjid tetapi tertakluk kepada sempadan kawasan yang hendaklah ditentukan oleh ketua pendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam.
Fasal 5 Tuan Speaker, bertujuan untuk menggantikan seksyen 20 enakmen bagi menambah baik peruntukan seksyen ini.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 31 enakmen untuk menghendaki perkahwinan mana-mana orang yang dilakukan di luar negara supaya didaftar di hadapan pendaftar dalam masa enam bulan setelah ketibaan pertama orang itu di Negeri Sabah.
Fasal 9, Tuan Speaker bertujuan untuk menggantikan seksyen 109 enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan perkahwinan yang diakadnikahkan di luar negara atau di mana-mana negeri di Malaysia jika perkahwinan itu diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak atau Undang-undang Islam yang berhubung dengan perkahwinan masing-masing.
Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen 1135a bagi mengadakan peruntukan pemansuhan enakmen undang-undang keluarga Islam 1992 nombor 15 tahun 1992.
Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil yang berbangkit.
Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini demi membolehkan perjalanan pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam dapat ditadbir dan dilaksana dengan lebih efisyen dan teratur.
Tuan Speaker saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas.
Saya menjemput Yang Berhormat daripada Nabawan.
Datuk Speaker, saya tidak ada ah untuk berbahas di Rang Undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Speaker boleh saya ambil tempat beliau? Sekejap saja Saya ingin bertanya saja, penjelasan.
Okey, silakan.
Ah Yang Berhormat Menteri, saya cuma ada beberapa soalan mengenai Rang Undang-undang ini.
Yang pertama, adakah perkahwinan yang berlaku sebelum ini selepas Rang Undang-undang diwartakan akan boleh di apa ini, boleh diselesaikan seperti mana yang dinyatakan di sini? Pertama.
Keduanya, apakah perkahwinan yang sebelum ini, sebelum daripada perwartaan Rang Undang-undang ini akan dikenakan penalti disebabkan lewat mendaftar? Sebab sepertimana yang saya ketahui, apa yang kita amalkan pada masa ini ada denda yang dikenakan disebabkan perkahwinan ini, kedua.
Ketiganya, bagaimana dengan negara yang mengamalkan mazhab yang berbeza dengan kita di negeri Sabah? Sebab sepertimana yang kita ketahui bahawa Sabah mengamalkan Ahli Sunah Wal Jamaah. Mungkin pasangan time tu kahwin di Iran ataupun mana-mana negaralah yang tidak sama dengan mazhab kita. Itu saja yang dimohon.
Penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, mahu jawab sekarang?
Saya akan menjawab selepas ah…
Okay.Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat daripada Sebatik.
Bismillahirrahmanirrahim (Membaca doa dalam bahasa Arab) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama
membahas RUU berkenaan dengan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Datuk Speaker, saya ingin menyatakan pada awal-awalnya ini menyokong terhadap RUU ini untuk meminda Undang-undang Keluarga Islam 2004.
Pindaan ini merupakan sesuatu usaha yang wajar dalam memperkasa perundangan keluarga Islam dan sekali gus menjadikan Undang-undang Keluarga Islam sesuai dengan situasi masyarakat pada hari ini.
Pemotongan pindaan dan penggantian perkataan kepada yang lebih ringkas dan bersesuaian amat perlu bagi menyediakan terjemahan yang mudah difahami, dan tidak mengelirukan selagi mana tidak berubah dari segi maksudnya.
Perubahan-perubahan ini termasuk menggantikan seperti kariah masjid kepada perkataan kawasan.
Perkataan timbalan digantikan kepada perkataan pendaftar dan pindaan takrifan “wali raja”. Pindaan dan penggantian di Seksyen 20 Tempat Perkahwinan, Seksyen 31 Pendaftar Perkahwinan Luar Negeri oleh Orang yang Bermastautin dalam Negeri Sabah dan Seksyen 109 Pengiktirafan Perkahwinan Orang Islam yang Dilakukan di Luar Negeri Sabah dalam RUU terkini dilihat lebih mudah difahami dan jelas penyampaiannya.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, salah satu sebab pendaftaran lewat surat lahir anak-anak yang beragama Islam di Sabah meningkat di Sabah ialah kesukaran pasangan yang berkahwin di luar negara mendaftarkan perkahwinan mereka di negeri ini. Kesukaran ini juga memberi kesan kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan surat lahir yang juga memberikan kesan yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan kes rakyat tanpa dokumen.
Kesan apabila perkara ini berlaku, anak-anak mereka ini akan tidak dapat peluang, akan tercicir dari segi pendidikan, mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan juga peluang pekerjaan apabila mereka sudah dewasa. Datuk Speaker, sebagai contoh di kawasan DUN Sebatik bersempadan dengan negara jiran Indonesia.
Sebagaimana yang kita selalu dengar bahawa sebelum ini, untuk memudah cara. Ada sesetengah pihak yang merujuk ataupun mendapatkan perkhidmatan nikah ini di sempadan Golok, Thailand.
Ini cara untuk mendapatkan perkhidmatan yang mudah tetapi natijahnya dengan kaedah ini, ia bercanggah dengan undang-undang
di negeri ini dan di negara Malaysia. Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, pernikahan itu yang sahnya itu adalah lafaz yang disaksikan oleh hakim ataupun wali. Tetapi dari segi dokumentasi, ini juga akan mengakibatkan kesukaran.
YB Sebatik ada perancangankah?
Saya kasih habis dulu.
Ini akan mengakibatkan kesukaran dari segi dokumentasi ya.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, yang menerima akibatnya ini adalah generasi hasil daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan di negeri ini.
Oleh itu Datuk Speaker, saya amat-amat menyokong ya, Rang Undang-undang ini supaya Ahli Dewan ini sebulat suara dapat bersama-sama menyokong disebabkan faktor-faktor yang saya sebutkan tadi ya.
Sekiranya anak ini, pernah berlaku di kawasan saya sendiri. Bila anak ini untuk mendapat mendaftar di sekolah. Soalan yang pertama dikemukakan oleh guru-guru ialah surat lahir. Ada surat lahir, minta surat kahwin. Bila minta surat kahwin, sana sudah sangkut sebab perkahwinan tidak didaftarkan.
Jadi inilah, saya berharap pihak kerajaan terutamanya MUIS ataupun JHEAINS memudahkan perkara ini supaya kita mengurangkan anak-anak ataupun generasi-generasi yang tidak memiliki dokumen ya.
Sebagai contoh, baru-baru ini awal tahun ini, di kawasan saya di Kalabakan. Kolaborasi kerjasama di antara Pejabat Daerah, Pejabat Pendaftaran, JHEAINS. Di mana pada ketika itu, ada satu taskforce untuk mendaftar, mendokumentasikan generasi ataupun anak-anak yang tanpa dokumen dan pada ketika itu, kita dapat lihat dan kita dapat maklumat bahawa ada anak-anak orang tempatan yang tidak memiliki dokumen disebabkan bapa atau ibunya orang Malaysia tapi bapa atau ibunya adalah orang Indonesia.
Maknanya di antara kedua-dua itu, salah satu di antaranya adalah warganegara Malaysia dan seorang lagi adalah warga Indonesia ataupun negara jiran kita. Jadi ini akan menimbulkan kesulitan dan akan memberi kesan kepada anak-anak ini
yang sepatutnya mendapat hak pendidikan dan mendapat hak perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.
Oleh itu Datuk Speaker, sekali lagi saya menyerulah kepada Ahli Dewan yang mulia ini untuk sama-sama menyokong persoalan mungkin tadi ada sahabat Yang Berhormat mengatakan ada cadangan-cadangan itu soal yang kedua. Yang penting lulus dulu ini RUU baru kita fikir yang kedua.
Ya, jadi Datuk Speaker, sekali lagi saya mewakili masyarakat di kawasan saya terutama masyarakat-masyarakat yang berada di jauh di pedalaman yang sukar mendapatkan perkhidmatan pendaftaran surat lahir, pendaftaran nikah cerai ini.
Saya berharap juga kepada pihak JHEAINS ataupun pihak yang berkaitan ini, sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat-masyarakat yang di luar sana. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi sebelum ini kita adakan taskforce dan harap-harap pada masa-masa akan datang, program ataupun taskforce seumpama ini kita teruskan untuk mengelak ataupun melindungi anak-anak ataupun generasi akan datang supaya…
…Supaya mereka ini ada dokumen dan mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sebagai rakyat Malaysia. Daripada saya itu sahaja, Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Bugaya. 15 minit, Yang Berhormat.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas limpah dan juga nikmat dan kurnia-Nya serta selawat dan salam tidak lupa disampaikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah. Atas limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk membahas dalam Rang Undang-Undang ini, Rang Undang-Undang
Keluarga Islam Pindaan 2023. Yang man…yang mana selepas ini saya akan rujuk sebagai RUU.
Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. Sebagai permulaan saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, di mana berkaitan dengan perkembangan Undang-Undang Keluarga Islam di Sabah, yang mana Undang-Undang Islam di Sabah ini terutamanya enakmen yang mana pada tahun 1971, satu Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah telah ditubuhkan. Susulan daripada itu, pada tahun 1977 pula, satu enakmen baharu ditubuhkan dan juga memansuhkan enakmen yang sebelumnya, iaitu Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah Nombor 15 Tahun 1977. Perkembangan Undang-Undang Islam ini tidak berhenti di situ, seterusnya, ia berkembang lagi dengan tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal Negeri Sabah, yang dibentuk pada tahun 1989 di peringkat kebangsaan. Di mana telah berjaya melahirkan sembilan enakmen dan salah satunya Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Nombor 15 Tahun 1992, yang mana selepas ini saya akan rujuk sebagai enakmen terdahulu.
Pada tahun 2005, enakmen baharu diperkenalkan, iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Nombor 8 tahun 2004. Yang mana kita lihat yang ada sekarang ini dipinda di RUU ini. Pada tahun 2005 tersebut, Enakmen Ibu ini bersama-sama dengan 6 enakmen yang lain, iaitu Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah Nombor 5 2004, Enakmen Mahkamah Syariah Nombor 6 Tahun 2004, Enakmen Fatwa Negeri Sabah Nombor 7 Tahun 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Nombor 8 Tahun 2004, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Nombor 9 Tahun 2004, Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Nombor 10 Tahun 2004, dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Nombor 11 Tahun 2004. Pada 01 Jun 2005, Dewan yang Mulia ini, telah menyaksikan pemansuhan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Nombor 13 Tahun 1992. Yang mana telah dimansuhkan oleh Seksyen (86) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah Nombor 5 Tahun 2004. Dan ketika Enakmen Ibu ini dikuatkuasakan, dan dalam masa yang sama enakmen terdahulu masih berkuat kuasa. Kerana Enakmen Ibu, tidak ada satu seksyen pun memansuhkan enakmen yang terdahulu. Ini bermakna ada dua enakmen yang berkua tkuasa untuk
mentadbir Undang-Undang Islam dan Undang-Undang Keluarga Islam di Negeri Sabah.
Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan kenyataan saya yang tidak bersetuju, dengan pemotongan takrif kariah masjid dalam Fasal (2) dalam RUU ini. Kerana apa? Kerana ia akan mengganggu dan juga boleh menimbulkan keraguan maksud kariah masjid yang dimaksudkan dalam seksyen-seksyen yang lain. Seksyen (16), Seksyen (20), Seksyen (28), Seksyen (25). Kalau diperhatikan dalam enakmen ini ada 10 perkataan kariah masjid di dalam enakmen tersebut.
Izinkan saya membacakan takrifan asal Enakmen Ibu.
Kariah masjid ialah berhubung dengan suatu masjid ertinya kawasan, ataupun sempadan yang ditetapkan di bawah Seksyen 61 (3) Enakmen. Ini yang tertulis dalam kita punya Enakmen Ibu. Tetapi sekiranya kita merujuk di dalam Enakmen Ibu, Seksyen 61 (3), kita tidak akan jumpa kawasan ataupun sempadan yang ditetapkan kerana Seksyen 61 lain bunyinya. Ia memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.
Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Dewan yang Mulia ini, kita hanya boleh mendapat maksud ataupun takrifan kariah masjid ini seperti yang terdapat di dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah, Nombor 5 Tahun 2004 yang mana berbunyi seperti berikut: Kariah masjid berhubung dengan sesuatu masjid ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan menurut Seksyen 60 (3) dalam mana masjid itu terletak dan dalam Seksyen (63) pula Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah Nombor 5 Tahun 2004, yang mana berbunyi di perenggan yang ketiga, majlis boleh melalui pemberitahuan dalam warta menentukan meminda ataupun mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini, kalau kita merujuk kepada saudara-saudara kita di negeri-negeri yang lain. Kita ambil contoh daripada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen (2) tafsiran kariah masjid juga, sama juga, berhubung dengan suatu masjid ertinya kawasan sempadan yang ditetapkan di bawah Seksyen (2) Enakmen Pentadbiran. Berbeza dengan kita punya enakmen, yang mana enakmen kita meletakkan Seksyen 61 (3)
di bawah enakmen itu sendiri. Kita tidak mempunyai Enakmen Pentadbiran kerana Enakmen… Enakmen Pentadbiran Agama Islam kita sudah diambil alih oleh Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kan.
Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia ini, ya, Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah memberikan takrifan kepada kariah masjid. Oleh yang demikian, takrif kariah masjid hendaklah dikekalkan dan dicadangkan agar perkataan di dalam Enakmen Ibu itu Seksyen (2) takrifan kariah masjid perkataan 61 (3) Enakmen digantikan dengan 60 (3) Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, agar makna kariah majlis itu lebih jelas. Ataupun alternatifnya, kita boleh menggantikan kariah masjid…
…ini kepada perkataan kawasan seperti mana yang mahu digantikan sekarang ini dan kawasan tersebut kenalah ditakrifkan yang mana ditentukan oleh pendaftar tetapi di dalam RUU yang ada sekarang ini tidak ada satu pun takrifan kawasan yang menyatakan dia akan ditentukan oleh pendaftar.
Sekiranya cadangan ini tidak dipertimbangkan maka perkara ini boleh menimbulkan kekeliruan dan dia juga akan menyebabkan istilah kawasan terbuka kepada pelbagai tafsiran boleh jadi dia menjadi mukim boleh menjadi kawasan Parlimen boleh menjadi kawasan DUN boleh juga mungkin menjadi kawasan Majlis Daerah dan mungkin juga zon-zon.
Kenapa sebagai contoh kita ambil saya punya kawasan sendiri di DUN seperti di kampung Tanjung Keramat, Tanjung Keramat ini ya di kawasan Parlimen Semporna, tetapi Majlis yang bertanggungjawab adalah Majlis Daerah Kunak. Manakala, dalam hal pendidikan pula termasuk dalam kawasan Pejabat PPD Kunak, manakala urusan kesihatan pula adalah kawasan yang diselia oleh Pejabat Kesihatan Semporna, sekiranya berlaku perselisihan takrifan perkataan kawasan hakim dan juga peguam Syariah akan keliru untuk menggunakan takrifan yang mana satu, sedangkan kawasan ini tidak pun diterjemahkan ataupun ditafsirkan di dalam Enakmen Ibu di
mana kawasan tersebut dan tidak juga menyatakan pendaftar itu boleh menentukan kawasan tersebut seperti mana yang ditakrifkan di dalam tafsiran bagi kariah masjid. Sekurang-kurangnya jika kita merujuk kepada kariah masjid ini lazimnya ada jurunikah bagi kariah masjid tersebut seperti imam kariah yang mana imam kariah kadang-kadang dia merangkap jurunikah yang bertauliah dan ini akan memudahkan juga orang-orang yang ingin berkahwin untuk mengesahkan tempat mereka bermastautin. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Dewan yang mulia ini dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, Seksyen 2 tafsiran. Baik di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan kariah ini dalam bahasa Arablah dan kalau bahasa Melayunya kawasan berhubung dengan sesuatu masjid ertinya kawasan yang sempadanya ditetapkan di bawah Seksyen 114 Enakman Pentadbiran dan dalam mana masjid itu terletak.
Yang Berhormat Datuk Speaker, memandangkan Dasar Kerajaan Negeri adalah menyokong Kerajaan Perpaduan dan juga Dasar Kerajaan Madani maka adalah wajar dan juga semestinya kita juga harus mempuyai dasar dan undang-undang yang sama dengan Kerajaan Persekutuan. Saya lebih cenderung menggunakan perkataan Kariah Masjid kerana masjid ini adalah tempat yang paling disukai oleh Allah SWT seperti mana yang diriwayatkan oleh hadis Abu Daud hadis nombor 1,243 masjid ini tempat turunnya rahmat Allah, dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda “Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di dalam rumah di antara rumah-rumah Allah SWT membaca kitab Allah dan saling mempelajarinya dan di antara mereka melainkan akan turun kepada mereka ketenangan mereka diliputi rahmat serta dikelilingi malaikat dan Allah menyebut-menyebut mereka di antara malaikat yang ada di sisinya”.
Dalam hadis yang lain pula oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “َل َلِلَلُض اَلِاَل ِا ِاَلى لا،َلَلّب اَلِاَل ِا ِاَلى لا َلَلاِا ِضَلا َلَلَل اُضَلا“ maksudnya tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya hadis diriwayatkan muslim hadis yang nombor 671.
Imam Nawawi di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadis ini masjid merupakan tempat yang paling disukai oleh Allah adalah disebabkan ia merupakan tempat yang dilakukan ketaatan serta ia diasaskan di atas ketakwaan adapun berkaitan tempat yang dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya disebabkan ia merupakan tempat penipuan tipu daya, riba, sumpah yang dusta, pemungkiran janji, menjauhi daripada mengingati Allah dan sebagainya makna suka dan benci Allah adalah Allah menghendaki akan kebaikan dan juga keburukan. Selain itu, dengan perbuatannya itu akan menyebabkan seseorang itu gembira atau berduka tambahan pula masjid-masjid merupakan tempat turunnya rahmat dan pasar-pasar merupakan sebaliknya. Oleh yang demikian, janganlah kita mengeluarkan istilah ataupun nama tempat yang disukai oleh Allah SWT di dalam Enakmen Ibu ini seolah-olah pula seperti kita ini menghilangkan keberkatan ataupun rahmat Allah di dalam Enakmen Ibu ini. Bagi Fasal 4, 5 dan 6 dan 8, iaitu Seksyen 16, 20, 28 dan 52 yang mana mempunyai istilah yang baharu saya rasa sekiranya kita bersetuju untuk meletakkan istilah kawasan di dalam seksyen-seksyen tersebut, saya cadangkan agar kawasan ini diberikan takrifan yang jelas di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam untuk memudahkan kita punya pengamal undang-undang termasuk hakim. Fasal yang pertama, ketiga dan sembilan saya tidak ada masalah untuk mempersetujuinya.
Manakala, fasal yang kesepuluh pula memandangkan di dalam Enakmen Ibu ini jumlah seksyennya adalah 135 dan selepas Seksyen 135 tiada ada Seksyen yang lain sepatutnya selepas Seksyen 135 adalah 136 bukannya Seksyen 1354 jadi Seksyen 135(a) hanya boleh diguna pakai sekiranya Seksyen 135 ada nombor seksyen yang lain ini cadangan daripada saya.
Dengan adanya dasar Kerajaan Madani ini kita melihat perkembangan Islam itu semakin dapat dirasai dengan ramai tokoh-tokoh agama antarabangsa yang hadir ke Malaysia dan juga termasuk juga negeri Sabah ini dan saya juga dimaklumkan satu Kompleks Pusat Islam di Libaran dalam pembangunan ketika ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Kompleks Pusat Islam di Libaran ini apakah statusnya saya ada diberi maklum bahawanya diambil alih dan kompleks ini bolehkah kita tahu dibina oleh siapa dan adakah Kerajaan Negeri
terlibat secara langsung ataupun siapa yang terlibat membina kompleks tersebut. Jadi di sini saya memohon untuk mencadang cadangan untuk memasukan satu takrifan yang jelas untuk kawasan di dalam kita punya Enakmen untuk mengelakkan kekeliruan yang berlaku terutamanya ketika perkara ini dibincangkan di mahkamah nanti.
Saya menutup perbahasan ini dengan Wabillahitaufik Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, mohon mencadang.
Terima kasih ADUN Bugaya macam khatib Jumaat, suka saya ingin mengambil perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya Mic anda blinking itu bermaksud 10 minit telah berlalu dan bagi sesi perbahasan kali ini saya membagi masa kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas sebanyak 15 minit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Kunak.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi ta’ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Datuk Speaker, terima kasih atas peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Keluarga Islam. Datuk Speaker, pastinya kita menyambut baik…
…Rang Undang-undang Keluarga Islam yang melibatkan wali, kawasan pemohon dan kawasan jurunikah dilonggarkan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Macam ramai yang tersenyum gembira terutama kelonggaran kebenaran berkahwin di luar negara.
Terutama sahabat saya YB Sebatik sangat besar senyuman dia. Alhamdulilah, namun Datuk Speaker, mewakili wanita dan kaum isteri saya usulkan keperluan justifikasi berkahwin di luar negara pada masa bernikah tersebut.
Ini untuk mengurangkan pasangan yang sengaja bernikah di luar negara kerana hendak mengelak tegahan keluarga termasuk berpoligami ataupun takut meminta izin kepada isteri pertama. Datuk Speaker, berdasarkan statistik perangkaan tahun 2020, penduduk daerah Kunak adalah seramai 68,475 orang. Tapi hanya ada tiga orang pegawai jurunikah di Kunak. Jumlah ini amat sedikit berbanding keperluan. Saya mohon agar perkara
ini diambil tindakan keperluan untuk menambah jurunikah ini sangat kritikal. Di samping itu, izinkan juga saya untuk menyarankan agar pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah untuk melantik jurunikah yang benar-benar berintegriti mengelakkan lantikan semula jurunikah yang pernah ditamatkan lantikan dan punya rekod yang tidak baik. Terlalu banyak kes jurunikah yang terlibat dengan kes salah laku tidak diambil tindakan segera.
Kedua, prosedur permohonan berkahwin.
Di Sabah, kes rakyat Sabah yang berkahwin dengan pemegang pasport, dokumen sijil lahir, pemegang IMM 13 ataupun bukan warganegara seringkali berlaku.
Prosedur yang amat rumit telah menyebabkan pasangan mengambil jalan mudah untuk nikah kampung sehinggalah lahir anak.
Saya ingin mengusulkan untuk pihak Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula prosedur yang lebih mudah sesuai dengan undang-undang sedia ada kerana kerumitan ini akan menjadi bebanan dan anak-anak yang lahir bakal menjadi mangsa keadaan.
Pertambahan generasi bukan warganegara pasti juga memberi kesan kepada masalah sosial negeri. Begitu juga dengan isu daftar lewat pernikahan. Prosedur terkini yang mana tarikh nikah selepas tahun 94 boleh didaftar lewat.
Jika nikah tersebut sebelum tahun tersebut, ia adalah di bawah bidang Mahkamah Syariah. Pun begitu tetap di bawah bidang siasatan awal pihak JHEAINS dan bila kita menyebut siasatan awal pihak JHEAINS, disinilah Datuk Menteri akar kepada permasalahan.
Izinkan saya memetik sebuah kes yang amat dekat dengan saya kerana ia berlaku kepada pegawai saya.
A bukan nama sebenar telah lewat berkahwin secara kampung kerana sang isteri adalah pemegang pasport.
Namun ketika itu, kerumitan prosedur dan jiwa muda menyebabkan mereka tidak mengambil serius terhadap keperluan sijil nikah. Setelah masa berlalu dan setelah mempunyai anak barulah mereka sedar bahawa tindakan mereka menyusahkan anak-anak dalam mendapatkan pendidikan.
Bermulalah proses mendaftarkan sijil nikah mereka. Setelah melengkapkan borang 4P ini, siasatan dari pihak JHEAINS amatlah sulit.
Berlakulah permintaan bayaran-bayaran tidak munasabah sebagai pelincir sekiranya pemohon ingin urusan tersebut lebih lancar dan cepat. Namun A bukan nama sebenar ini tidak mampu untuk membayar dan mengambil keputusan untuk merujuk kes beliau ke JHEAINS Tawau. Sambil menjelaskan perkara sebenar beliau terpaksa membawa kes tersebut ke cawangan daerah lain.
Alhamdulilah pegawai yang bertugas telah membantu dan akhirnya kes tersebut berjaya dibawa ke Mahkamah Syariah dan kesan PKP ketika itu beliau hanya mendapat jadual bicara selepas dua tahun dokumen lengkap dihantar. Apa yang saya ingin usulkan, adalah keperluan untuk penambahbaikan proses pendaftaran lewat ini bagi mengelakkan salah laku seperti memaparkan kadar bayaran di setiap pejabat JHEAINS daerah dan tempoh setiap urusan mesti diselesaikan. Kes di atas pastinya bukanlah kes yang terpencil. Saya yakin ramai lagi rakyat yang terkesan akibat salah guna kuasa dan ketirisan pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan ramai yang mengalah kerana tidak mampu untuk memenuhi permintaan pegawai terbabit.
Datuk Speaker, saya yakin pihak Kementerian akan mengambil perbahasan saya ini dengan terbuka dan saya mohon dilihat dari sudut positif.
Kami wakil rakyat ini hanya berjuang membela rakyat yang ditindas dan jauh sekali ada niat untuk mencari-cari silap pegawai kerajaan. Sekali lagi saya ucapkan atas Rang Undang-undang yang dibentangkan hari ini kerana sangat jelas betapa Kerajaan hari ini sangat bersungguh dalam mengatur kehidupan rakyat termasuk dari sudut undang-undang keluarga islam yang pastinya mempunyai impak yang besar kepada kesejahteraan rakyat.
Datuk Speaker, wanita bersuara, Kunak mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kunak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Sekong.
Terima kasih Tuan Speaker. Alhamdulilah rabbil alamin.
(bacaan surah).
Bahawasanya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu sebagai pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin.
Pertama sekali tahniah saya ingin ucapkan kepada Tuan Speaker atas perlantikan dan sidang Dewan yang dihormati. Di sebalik perkara yang dibentangkan oleh YB Menteri tadi, maka ada beberapa ada perkara besar yang juga perlu Kementerian takluki, yakni Rang Undang-undang Keluarga Islam bertujuan menjaga maslahat
perkahwinan orang Islam di Sabah.
Paling penting memelihara nasab dan keturunan mereka daripada sebarang kemudaratan Tuan Speaker, satu fakta menarik yang suka saya kongsikan ini adalah sebuah kajian akademik yang mengupas dan membincangkan panjang lebar mengenai permasalahan hak pasangan dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia yang dihasilkan oleh Dr. Mohamad Zawawi Abu Bakar daripada Universiti Utara Malaysia. Antara permasalahan yang banyak acap kali berlaku adalah ketidakadilan dan diskriminasi menjadi isu utama.
Isu-isu seperti fasakh, poligami, harta sepencarian dan hadanah. Hasil kajian beliau merungkaikan bahawa antara isu-isu yang timbul dalam perkara yang berkaitan dengan Undang-undang Keluarga Islam adalah mengenai emosi, ketidakfahaman prosedur Mahkamah Syariah dan pengaruh feminism yang mewujudkan permasalahan ini.
Bahkan amalan pengharmonian gender dalam perundangan syariah agar mampu menyelesaikan permasalahan diskriminasi hak pasangan dalam Undang-undang Keluarga Islam khususnya di negeri Sabah yang kita cinta ini.
Tuan Speaker dan sidang DUN yang dihormati, kes dan isu pengesahan pernikahan bukan warganegara yang berlaku di Mahkamah Syariah Negeri Sabah perlu diperkasakan.
Sebagaimana yang dilontarkan oleh YB daripada Kunak tadi.
Penting untuk mengkategorikan kes yang berlaku, status pernikahan dan kesan nikah bukan warganegara dengan wanita… 12.10 tengah hari
…tempatan di negeri Sabah. Malah kes YB Menteri, kes dan senario Pengesahan Nikah dan Perintah Nikah tidak pernah sunyi didaftarkan di mana-mana Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Sekong difahamkan kes-kes yang menggunakan kod pendaftaran 010, ini boleh didaftarkan dan didengar di 12 Mahkamah Rendah Syariah daerah-daerah di seluruh negeri Sabah. Manakala, bagi kes Pengesahan Pendaftaran Poligami yang menggunakan kod 012 yang hendak didaftar dan didengar pula di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah
sama ada di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau dan Kudat. Ini bersesuaian dengan Arahan Amalan nombor sembilan, Tahun 2007, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Ini, Tuan Speaker, belum mengambil kira penceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah yang saya fikir lebih besar jumlahnya daripada ini. Maka, YB Menteri, apakah ada pemerkasaan dan pendidikan terhadap perkara ini kepada pasangan-pasangan Islam yang ada di negeri Sabah kita ini?
Tuan Speaker dan Sidang DUN yang dimuliakan, satu kajian telah dilaksanakan mengenai analisis pada tahun 2020 terhadap peruntukan penentuan idah dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Kajian ini adalah kajian akademik yang membahaskan isu-isu yang melatari interpretasi idah yang tidak mempunyai garis panduan yang jelas.
Idah adalah suatu tempoh pra-penceraian tertentu bagi isteri perlu menunggu sebelum berkahwin baharu atau dirujuk semula oleh bekas suami dan juga suatu tempoh bagi bekas suami memberi nafkah idah kepada isterinya. Penentuan idah, Tuan Speaker, di sisi syariah ini sangat penting dan perlu diteliti bagi menjaga kemaslahatan isteri yang diceraikan semasa dalam tempoh idah. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri didapati tiada garis panduan atau peruntukan undang-undang yang khusus bagi rujukan pengamal undang-undang dan hakim dalam penentuan idah bagi seseorang wanita yang diceraikan.
Justeru, keadaan ini menjerus ke arah interpretasi yang berbeza sehingga boleh menyebabkan pelaksanaan boleh dipertikaikan. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis peruntukan undang-undang dan perlaksanaannya dalam kes atau isu penentuan idah.
Tuan Speaker, hasil kajian mendapati tempoh idah tidak diperjelas secara teliti ketika perbicaraan kes perceraian. Penentuan tempoh tuntutan nafkah idah oleh orang awam dan Pengamal Undang-Undang Syariah hanya setakat tiga (3) bulan
dan kebanyakan kes bergantung kepada tuntutan pihak yang menuntut tanpa meneliti terlebih dahulu kondisi dan tempoh haid sebenar bagi idah seorang wanita. Maka, kajian ini mencadangkan pembahagian idah secara komprehensif dan padat perlu dimasukkan sebagai seksyen dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan penelitian pada keadaan wanita harus dititikberatkan oleh pihak peguam cara dan hakim sebelum mahkamah menetapkan sebarang keputusan penentuan idah.
Maka, Tuan Speaker, moga kajian ini membantu dalam menambah baik Penghakiman Penentuan Idah di Malaysia agar lebih efektif dan sesuai dengan tuntutan syariah. Khususnya, kita di negeri Sabah ini.
Tuan Speaker, satu perkara menarik mengenai Undang-Undang Keluarga Islam juga adalah bagaimana kita dapat memperkasa undang-undang yang sedia ada untuk membantu mengurangkan trend perceraian yang berlaku. Trend perceraian bagi pasangan bergama Islam dilihat semakin membimbangkan. Termasuk kita yang berada di Sabah. Data yang saya akses pada pagi tadi di laman web statistik Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan daripada bulan Januari sehingga Jun 2023 terdapat 5,963 kes perceraian yang direkodkan.
Menurut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pula pada tahun 2021, Tuan Speaker, sejumlah 45,420 ribu kes perceraian yang berlaku. Jumlah bagi perceraian tertinggi yang berlaku ini pula adalah dalam segmen golongan yang berusia muda, iaitu 30-34 tahun.
Untuk makluman sidang, kes perceraian bagi negeri Sabah pada tahun 2021, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah sebanyak 3,037 kes. Selain itu, berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia melaporkan sebanyak 4,503 kes perceraian antara warga tempatan dan warga asing bagi tempoh 2014 sehingga 2016.
Sabah adalah negeri yang merekodkan jumlah tertinggi daripada 4,000 lebih kes yang berlaku itu. Tuan Speaker, kalau kita perhalusi kes-kes perceraian yang berlaku di kalangan warga tempatan dan warga asing, kebanyakan kes ini adalah
disebabkan suami tidak beri nafkah, berlaku penderaan, suami dipenjarakan, suami penagih dadah, suami kaki pukul, suami pulang ke negara asal meninggalkan isteri dan anak begitu sahaja.
Saya pernah di kawasan saya Sekong berhadapan kes seorang wanita berniat membunuh diri bersama seorang anaknya. Berniat membunuh diri bersama seorang anaknya kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh suaminya ketika Pandemik COVID mencengkam pada 2021 yang lalu.
Tuan Speaker, manakala antara faktor-faktor utama yang menjadi penyumbang kepada krisis perceraian secara umum kepada pasangan-pasangan Islam khususnya, dalam kalangan warganegara ini menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia terdapat tiga:
1.
Masalah kewangan yang berlaku dalam keluarga; 2.
Tekanan emosi dan hilang kawalan diri; 3.
Pasangan tidak sekufu atau setaraf atau perkahwinan dua darjat. Maka, pemerkasaan yang dicadangkan selain daripada beberapa fasal yang kita bahaskan dan bincangkan di sini, saya mengambil pendekatan supaya di pihak kementerian mengambil inisiatif yang paling kurang meminimumkan kes-kes perceraian yang berlaku.
Antara cadangan yang komprehensif dan ditekankan oleh barisan Peguam-peguam Syariah yang bergelomang dengan kes ini adalah menyediakan kursus perkahwinan yang lebih komprehensif melibatkan pengurusan kewangan dan pendidikan rumah tangga khususnya, dalam menangani emosi.
Pendidikan rumah tangga bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga pada setiap tiga hingga lima tahun. Melalui inisiatif sebegini, pasangan dapat memberi idea dan gambaran bagi setiap krisis kehidupan yang tidak lepas daripada kehidupan kita sebagai manusia.
Tuan Speaker dan Sidang DUN yang dimuliakan, William Shakespeare pernah mengungkapkan
“my bounty is as boundless as the sea, my love as deep the more I give to thee, the more I have for both are infinite”.
Tuan Speaker, Sekong mohon mencadang. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sekong and thank you for the Shakespeare’s quote. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Hajjah Amisah Yassin, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahitallah Wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan saya terhadap Enakmen Undang-Undangan Keluarga Islam pindaan 2023 yang kini sedang dibincangkan. Sebagai Wakil Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Dilantik, saya percaya bahawa setiap pindaan undang-undang yang dibawa di Dewan ini mempunyai tujuan yang jelas dan bermakna untuk kebaikan rakyat.
Penjelasan dan pemodenan istilah adalah penting dan pindaan ini menggantikan beberapa istilah yang mungkin sudah tidak relevan atau mengelirukan dengan istilah yang lebih jelas dan sesuai dengan konteks pada masa kini. Sebagai contoh, penggantian istilah kariah masjid dan kawasan memberikan kejelasan bahawa undang-undang ini merangkumi kawasan yang lebih luas dan bukan hanya terhad kepada kariah masjid tertentu sahaja.
Walau macam mana pun, Datuk Speaker, saya setuju dengan pandangan sesetengah Ahli Dewan Undangan Negeri di sini...
….. bahawa kita perkataan kawasan itu haruslah penjelasannya lebih jelas, tepat dan definite dengan izin seperti mungkin
kawasan mukimkah, ADUNkah, Parlimen dan sebagainya supaya lebih jelas lagi untuk dilaksanakan.
Pengenalan seksyen baharu, iaitu Seksyen 6(A) yang baru diperkenalkan menjadi pelantikan wali raja dan jurunikah adalah langkah proaktif dalam memastikan proses perkahwinan dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang betul. Ini juga memastikan bahawa tiada kekeliruan berkenaan dengan kuasa dan tanggungjawab yang ada pada setiap pihak yang terlibat.
Pengiktirafan perkahwinan luar negara adalah merupakan satu pindaan yang menggariskan prosedur mengiktirafkan perkahwinan yang dijalankan di luar negara adalah langkah penting untuk memastikan hak dan tanggungjawab pasangan yang berkahwin di luar negara diiktiraf dan dilindungi di bawah Undang-undang Negeri Sabah.
Walau bagaimanapun, Datuk Speaker saya harap dengan pindaan sedemikian janganlah pula berlumba-lumba sang suami untuk ke sempadan Thailand untuk kahwin cepat. Saya tidak melarang sebagai seorang wanita Islam saya tidak boleh melarang seorang suami Islam untuk berkahwin satu, dua, tiga, empat dan sebagainya, tetapi saya juga tidak menggalakkan sebab kahwin ini dalam Islam pun ada syarat.
Kalau kau mampu kahwinlah satu, dua, tiga, empat tetapi kalau tidak mampu…
Alhamdulillah.
…jangan kahwin hanya satu sahaja jadi Tuan Speaker kita dapati pada hari ini saya katakan begini kerana di kawasan saya sendiri kawasan sebelah Ranau, daerah Ranau ramai wanita yang ditinggalkan dianiaya begitu sahaja dengan anak yang si suami ini senang-senang cari girlfriend, senang-senang kahwin sana sini.
Apa lagi sekarang ini kalau sudah apa ini dilonggarkan boleh diiktirafkan silap-silap barangkali di Thailand itu dekat saja kalau barangkali ke England itu jauh tetapi Thailand itu dekat.
Jadi inilah saya rasa pihak JHEAINS juga haruslah mengambil iktibar tentang perkara ini supaya jangan pula undang-undang itu apabila dilonggarkan ada pihak
yang lebih teraniaya khasnya kaum wanita itu sendiri kerana ada satu kes di Ranau di mana sudah tiga tahun ditinggalkan. Suami itu tidak jauh dari di mana isteri itu tinggal dengan anak-anaknya tetapi suami itu tidak peduli dia syok-syok dengan dia punya, dia senang-senang hati saja beristeri baharu. Entah halalkah tidak! Kita pun tidak tahu tetapi inilah si isteri pula bila balik-balik datang ke Syariah datang ke JHEAINS jumpa JHEAINS habis-habis jawapan diorang bilang tunggu-tunggu sampailah ini sekarang tunggu sampai tiga tahun lebih. Alangkah baik kalau sekiranya ada penyelesaian yang lebih cepat mungkin juga kalau ada rezeki si isteri ini masih muda lagi boleh bersuami balik boleh ada orang yang bertanggungjawab terhadap sang isteri. Jadi, inilah Datuk Speaker sambil kita mahu apa ini orang bilang menyenangkan rakyat kita pada waktu yang sama jangan pula timbul masalah yang lain, terima kasih.
Pengenalan sistem baharu, pengenalan sistem baharu, iaitu Seksyen 6(A) diperkenalkan mengenai pelantikan wali raja dan jurunikah adalah langkah proaktif dalam memastikan proses perkahwinan dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang betul ini juga memastikan bahawa tiada kekeliruan berkenaan dengan kuasa dan tanggungjawab yang ada pada setiap jabatan yang terlibat. Sebagai Wakil Rakyat tugas kita adalah untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan dengan pindaan ini. Kita memastikan bahawa Undang-undang Keluarga Islam di Sabah adalah relevan, moden dan mencerminkan realiti masyarakat kita hari ini.
Sebagai penutup, saya ingin merayu semua Ahli Dewan untuk memberikan sokongan penuh terhadap Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pindaan 2023 ini. Ini bukan sahaja tentang pemodenan undang-undang tetapi juga tentang memastikan keadilan, ketulusan dan keberkesanan dalam sistem perundangan kita.
Sekian terima kasih, Yang Di Pertua saya mohon menyokong.
Terima kasih ADUN Yang Dilantik, thank you for you consent regarding suami yang hendak beristeri lebih daripada satu.
Saya belum kahwin lagi, maka dengan itu tamatlah sudah sesi perbahasan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang, Undang-
undang Keluarga Islam (Pindaan 2023).
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Speaker, moga-moga cepat beroleh jodoh.
Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan DUN yang telah mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-undang ini daripada Yang Berhormat Tungku, Sebatik, Yang Berhormat Sebatik, Yang Berhormat Bugaya kemudian Yang Berhormat Sekong, Yang Berhormat Tungku, Kunak dan ADUN Dilantik Datuk Amisah dan saya mengucapkan terima kasih atas saranan-saranan yang telah diberikan.
Ada beberapa perkara yang ditimbulkan saya ambil maklum dan misalnya, apa yang disebutkan oleh Tungku tadi, Yang Berhormat Tungku berhubung dengan pendaftaran lewat dan berhubung dengan yang sebelum ini apa yang terjadi dan ini juga berhubung dengan mazhab. Ini peraturan yang dibuat atau pindaan yang kita buat ini lebih kurang dengan yang sebelum ini.
Apa-apa peraturan berhubung dengan nikah, berhubung dengan pendaftaran semua sama dan cuma menurut pindaan ini kita membuat pindaan ini untuk memperkemas dan memperjelas lagi dan mempermudah, mempermudah maksud saya bukan untuk memudah-mudah, mudah orang senang-senang mahu poligami dan sebagainya ini contoh dan ini untuk memperkemas peraturan-peraturan dan mempermudahkan urusan dan tetap juga apabila berlaku sesuatu yang tidak tepat dari sudut syarak misalnya tadi perkahwinan lewat kita akan lihat dari sudut, dari segi hukumnya dan mereka boleh merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, NCR kemudian NCR akan menilai sama ada sah atau tidak, sama ada boleh didaftar atau tidak, ini tetap juga berlaku dan demikian juga dari sudut ke sahkan dari sudut mazhab dan sebagainya ini juga dirujuk terlebih dahulu kepada JHEAINS. JHEAINS akan menilai dan meneliti kemudian boleh didaftarkan sekiranya mengikut syarak dan mengikut peraturan sedia ada yang telah di tetapkan.
Saya mengambil maklum juga dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bugaya yang memberikan pandangan yang sangat baik kerana beliau seorang pengamal undang-undang dan peguam syarie dan cadangan-cadangan beliau amat baik. Untuk makluman, selama ini kita melantik jurunikah berdasarkan
zon jadi di bawah satu jurunikah itu adalah kariah-kariah beberapa kariah jadi kariah masjid itu kita tetapkan untuk penetapan sesebuah masjid dan kemudian pendaftar nikah untuk daerah kita lantik berdasarkan daerah jadi dengan adanya kawasan-kawasan kita wujudkan berdasarkan kawasan akan memudahkan urusan pendaftaran urusan pernikahan kerana kawasan kita amat luas dan ada juga dalam satu kariah kita boleh wujudkan dua jurunikah misalnya di taman-taman akan datang kawasan-kawasan… Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif]:...kawasan akan bertambah, luas, kawasan akan ramai. Tuntutan untuk jurunikah itu sangat mendesak dan sangat diperlukan. Demikian dicadangkan tadi oleh kalau tidak silap daripada Tungku daripada Kunak… Yang Berhormat Kunak berhubung dengan jurunikah yang tidak mencukupi.
Ini kita ambil maklum dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Sebatik yang bersemangat dan menyokong usaha kita pindaan ini demikian semangat beliau dan mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam sama-sama memperkasa usaha membantu umat Islam yang berurusan dari sudut perkara ini dan cadangan daripada Yang Berhormat Sekong tadi amat baik dan ada data-data yang telah diberikan oleh beliau kita ambil kira.
Usaha untuk memperkasa kekeluargaan Islam ini perlu kita bekerjasama dalam memberi idea, memberi dapatan-dapatan yang baik termasuk cadangan untuk menambah baik kursus praperkahwinan, amat baik dan kita boleh tambah baik dari sudut pengurusan kewangan. Memang sebelum ini ada juga salah satu modulnya berhubung dengan pengurusan kewangan keluarga. Tapi boleh kita tambah baik, boleh kita perkasa dan cadangan-cadangan seumpama inilah yang kita perlukan untuk sama-sama kita membantu masyarakat dan rakyat kita, umat kita dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Dilantik tadi berhubung dengan beberapa pandangan beliau bagi memperkasa pindaan ini bagi memperkasa kekeluargaan Islam dari sudut pindaan ini.
Cadangan atau pertanyaan daripada ADUN Bugaya tadi berhubung dengan Pusat Islam Sandakan ini juga kalau tidak silap semalam ada disebut oleh Menteri Kewangan kita tentang tambahan peruntukan. Pusat Islam Sandakan ini, insya-Allah apabila siap kita akan gunakan sebagai salah satu daripada tempat untuk memperkasa pembangunan tamadun disebut tadi Madani berhubung dengan boleh kita jadikan tempat pejabat bagi Sandakan, Majlis Agama Sandakan, Baitulmal, Zakat, boleh jadi Pusat Tahfiz, boleh jadi Pusat Pentadbiran di samping galeri-galeri Islamik dan Tamadun Islam dan sebagainya.
Ini kita akan jadikan Pusat Pelancongan Islamik dan ini mudah-mudahan akan berjalan dengan baik dan mudah-mudahan akan cepat siap dan sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat ADUN yang telah memberikan pandangan yang sangat baik untuk kita memperkasa enakmen ini. Sekian sahaja, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker.
Sebelum Yang Berhormat Menteri buat ataupun kita buat pengundian, bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi jaminan bahawa kes-kes yang berkaitan dengan stateless di negeri Sabah ini disebabkan masalah sijil nikah? Boleh diambil serius oleh kerajaan untuk diselesaikan. Kita kena ada satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini kalau tidak saya rasa masalah stateless ni akan berpanjangan sampai bila-bila. Kemungkinan juga memerlukan iltizam yang tinggi di mana kita kita perlukan the legal shortcut, di mana benda ini kita boleh selesaikan sebab ini akan jadi bebanan kepada Kerajaan untuk mengurus golongan ini di masa akan datang. Terima kasih.
Terima Kasih YB Tungku. Kalau boleh next time minta izin Speaker dulu ya untuk bercakap? Silakan YB Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Ini melibatkan banyak agensi saya ingat sudah ada jawatankuasa berhubung dengan perkara ini dan JHEAINS atau kita
terlibat dalam jawatankuasa ini. Saya akan mengambil perhatian dan akan melihat perkara ini secara mendalam. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Setiausaha Dewan:
Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023.
YB Menteri peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju,
Usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 hingga 10 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 hingga 10 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]:YB Menteri silakan.
Tuan Speaker saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023Bill
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023.
Enakmen Tatacara Mahkamah Mal Syariah (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Tatacara Mahkamah Mal Syariah (Pindaan) 2023 bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2004.
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023.
Bacaan kedua bila?
Hari ni, Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 bacaan kedua.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah pindaan 2023 digubal adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada…
…Mahkamah Syariah untuk mengadakan SULH bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang bertikai secara damai pada mana-mana peringkat prosiding. Mahkamah Syariah telah melantik Pegawai SULH sebagai pengantara bagi membantu pihak-pihak yang bertikai untuk menjalani proses SULH agar kes mereka dapat diselesaikan secara damai.
Keberkesanan proses ini terbukti telah banyak membantu, Tuan Speaker, membantu pihak-pihak bertikai di Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Proses ini bukan sahaja dapat mengurangkan lambakan kes sedia ada tetapi ianya juga dapat menjimatkan masa, menjimatkan kos dan lebih memuaskan hati kerana keputusan dibuat adalah berdasarkan persetujuan pihak-pihak.
Namun, peruntukan sedia ada tidak memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah secara jelas untuk mengadakan proses SULH kerana ia hanyalah sebagai pilihan kepada pihak-pihak untuk menjalani proses ini.
Oleh yang demikian, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini dibuat bertujuan untuk mengadakan peruntukan yang lebih jelas kepada Mahkamah Syariah Negeri Sabah,
agar Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak-pihak yang bertikai menjalani proses SULH terlebih dahulu sebelum sesuatu kes diteruskan ke perbicaraan penuh.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan kepada dua fasal sahaja sebagaimana lazimnya Fasal (1) Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk dan permulaan kuat kuasa Rang Undang-undang ini. Fasal kedua, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Seksyen 99 Enakmen Tatacara MAL Syariah 2004 No.10 Tahun 2004 bagi memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengadakan SULH bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang bertikai secara baik pada mana-mana peringkat prosiding. Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar tempoh perjalanan sesuatu kes tuntutan matrimony di Mahkamah Syariah dapat diselesaikan dengan kadar yang lebih cepat dan efisien. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ah, sekarang saya jemput ah Yang Berhormat Sindumin.
Terima kasih, Datuk Speaker. Pertama, saya ingin ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Negeri kerana peka dengan keadaan dan memulakan satu yang baharu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan masyarakat. Ah apabila Yang Berhormat tadi membaca ah tentang huraian ringkas mengenai dengan Enakmen Tatacara MAL mahkamah ini, tentu ramai yang tertanya-tanya dan saya juga tertanya-tanya sebenarnya, beberapa istilah baharu dalam enakmen ini sudah ada tapi tidak diketahui umum.
Pada masa yang lalu ah Mahkamah Syariah adalah di bawah Mahkamah Sivil dan cuma dipisahkan pada tahun 1988 di bawah Perkara 1 21(A) Perlembagaan Malaysia dan sejak itu Mahkamah Syariah berfungsi sebagai satu yang berpisah daripada Mahkamah Sivil. Untuk tujuan ini Negeri Sabah khususnya, kita perlu memberi ilmu kepada masyarakat. Sabah mempunyai struktur yang berbeza dengan
Semenanjung. Kita adalah masyarakat yang unik, maknanya kita tidak ada garis pemisah yang jelas di antara agama, iaitu Islam, Kristian, Tionghua dan sebagainya kerana ini ialah struktur masyarakat kita dan kita juga tidak boleh memisahkan ataupun di antara kaum sama ada Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Brunei, Kedayan dan sebanyak 50 suku kaum. Perkara itu kita tidak boleh ungkit dan ia adalah satu keunikan negeri Sabah.
Namun, bila diputuskan ke arah mana suku kaum ini ataupun ah perkahwinan itu sama ada pergi Islam ataupun Kristian ataupun agama lain, ini jelas sebab itu dalam soal ini, dalam masyarakat very friendly community in Sabah dengan izin ah, Datuk Speaker, kita semua kaum, semua agama kena faham ah tentang undang-undang ini. Ah memang di Malaysia adalah agama rasmi adalah agama Islam dan ini sudah diterima baik oleh semua kaum di Sabah.
Kalau misalnya ada perkahwinan, ah dia akan menjurus kepada conversion to Islam ah sebagai agama dan ini sudah dihormati oleh suku kaum di Sabah. Cuma yang kita perlu ialah kefahaman tentang Undang-undang Syariah itu sendiri dan ini sepatutnya dipanjangkan dari segi pendidikan ke bawah khususnya, saya bukan menyalahkan siapa-siapa. Kita sendirilah sebagai pemimpin, sebagai ah masyarakat Islam, NGO terutama sekali pengamal-pengamal ah, undang-undang ataupun peguam-peguam syariah yang berniaga yang di luar mencari kes. Kalau mereka tidak promote untuk orang awam mengambil kes mereka, ah tentu sekali klien ataupun ah perniagaan mereka menurun, tetapi saya ingat sebagai untuk mempromosi fungsi Peguam Syariah ini mereka harus buat marketing. Marketing itu ditambah dengan ah pengajaran ataupun memberi education kepada masyarakat, sama ada masyarakat Islam atau masyarakat Kristian supaya faham fungsi. Kalau kita lihat struktur mahkamah ah mungkin Yang Berhormat Menteri nanti memberi penjelasan apakah peringkat-peringkat Mahkamah Syariah yang ada di negeri Sabah.
Saya juga melihat ah melalui buat kajian sedikit bahawa mahkamah kita terbahagi kepada tiga, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan ya, Yang Berhormat Menteri. Ah saya bukanlah Peguam Syariah tetapi kita belajar, kita kena melihat, bila berbahas saya selalu bercakap
dengan rakan-rakan backbenchers ataupun ya, we must learn, kita mentelaah sedikit sebelum kita bercakap supaya kita ada fakta.
Kemudian ada istilah baharu, iaitu ah MAL, apakah itu MAL? Saya, mungkin Menteri nanti menerangkan juga dan juga kes jenayah. MAL adalah kes-kes bukan jenayah yang kecil ah misalnya di bawah kuasa Mahkamah Rendah, kes-kes perceraian, kes-kes perkahwinan, wali lari, wali enggan dan sebagainya.
Kemudian di bawah Mahkamah Rendah itu ada kes jenayah misalnya, isu-isu tidak berpuasa, tidak Solat Jumaat ah yang melibatkan denda tidak melebihi daripada tiga ribu ringgit ataupun ah penjara dua tahun.
Kemudian di Mahkamah Tinggi pula sama juga, ada dua kes juga. Kes MAL, iaitu misalnya hak perceraian, tuntutan harta sepencarian ah yang melibatkan denda lebih daripada 100 ribu ringgit. Dan jenayah misalnya, ah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi adalah soal arak, khalwat, judi yang mempunyai ah denda tiga ribu ringgit ke atas ataupun dua tahun penjara dan sekarang. Tapi sekarang ini, Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan apakah keputusan terakhir tentang ah tindakan Mahkamah Tinggi ini? Ada satu formula yang dia bagi tiga, lima, enam, iaitu ah penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan juga sebatan enam kali.
Jadi ah, ini yang kemusykilan kita yang tidak jelas. Saya bukan pengamal, sekali lagi bukan pengamal Mahkamah Syariah tapi melalui pembelajaran dan apa yang saya tahu ialah, jadi isu di Sabah ini ialah ini cadangan yang cukup baik daripada Kementerian, daripada Yang Berhormat Menteri, iaitu mesyuarat kita ini pincang, banyak pincang. Pincang kerana kelalaian kita ataupun ketidakcekapan kita. Maksud saya pincang ini, ada beberapa kes. Contohnyalah kes-kes tertangguh seperti yang dikatakan oleh Yang Menteri tadi. Sudah kes perceraian, banyak perceraian ini tergantung-gantung, cerai tidak, talak jelas tidak jelas…
Ada talak melalui handphone, boleh terimakah talak melalui handphone? Yang tidak disebut semula, ataupun talak di luar hakim. Maknanya, talak bersendirian dua orang dan mereka berpisah dan ada masalah rumah tangga.
Tetapi, tidak ada keputusan.
Akibatnya ialah, apabila dilapor kes ini tertangguh dan ada consequences effect.
Contohnya, soal harta sepencarian, soal tanggungjawab penjagaan anak, nafkah anak dan status isteri itu sudah ada boyfriend ataupun ada bakal calon suami, tetapi dia belum secara rasmi ditalak ataupun lafaz talak.
Kalau laki-laki tiada masalah, dia boleh tambah empat macam Sebatik tadi dia mau tambah pun, jadi kita ada maksimum empat. Jadi kalau tiga ada lagi satu, ada kuota tiga lagi.
Tetapi, saya rasa ada juga yang tujuh (ketawa) jadi, itu di luar kawalan kitalah. Masing-masing punya salah.
Tetapi maksud saya ialah, bahawa kepincangan dalam masyarakat ini perlu diselesaikan. Ertinya, ada sesuatu mekanisma yang boleh mempercepatkan proses seperti penjagaan anak.
Contohnya, tidak ada keputusan penjagaan anak berapa yang perlu dibayar kepada anak itu. Akhirnya, suami yang tidak bertanggungjawab meninggalkan isteri dengan anak dan tidak ada nafkah diberi. RM500, RM1000, ataupun berapa-berapa yang, yang akhirnya si isteri itu terkapai-kapai. Jadilah ibu tunggal inverted comma yang (yang tidak bertuan) ataupun tidak ada keputusan.
Jadi, saya ingat dengan usaha Yang Berhormat Menteri ini boleh menyelesaikan kes tertangguh dan juga isu-isu yang apa ini yang bermasalah ini. Kita cepat diselesaikan.
Jadi ini semua perlu dalam masyarakat kita, demi untuk melincinkan dan kena semua ahli masyarakat kena faham. Baik suami, baik isteri, yang Islam dan bukan Islam ini sebagai satu peraturan dalam negara. Dan langkah yang dicadang oleh Yang Amat Berhormat Menteri tadi ialah ada lagi satu istilah baru, iaitu SULT, S.U.L.T. Ini kadang-kadang bukan salt ah. Salt garam. SULT. SULT ini apa tadi, Yang Berhormat Dilantik? Dia tanya what is SULT? Saya
kata ini istilah dalam Mahkamah Syariah.
Kalau dalam perniagaan dua yang bertelanggah, kita panggil arbitration ataupun perundingan.
Supaya kedua-dua belah pihak.. pihak ini, bersetuju di luar mahkamah. Jadi mungkin Yang Berhormat bagi contoh kes-kes nanti, apakah contoh SULT ini? Contohnya, saya bagi gambaran begini kalau ada dua bertelagah suami isteri, dia boleh correct me, betulkan saya, kalau saya anggapan saya begini. Kalau ada contohnya sekarang ini, ada kes-kes saya dapat tahu, di depan hakim bila bicara, hakim panggil kadang-kadang suami tidak datang.
Jadi tangguh ataupun isteri tidak datang dan tangguh, jadi tangguh untuk mencari tarikh baru susah.
Ataupun bila bicara, dua-dua pihak tidak ada persetujuan di situlah macam apa ini mahkamah jadi kandang boxing. Di situlah gaduh. Kadang-kadang baling selipar, ini dengar ceritalah.
Cerita yang kita dengar dan terpaksa ditangguh kerana bergaduh di mahkamah.
Jadi, saya ingat caranya ialah saya setuju sangat inilah cara pandangan baharu SULT ini, iaitu kedua-dua belah pihak ini dipanggil di luar mahkamah tetapi yang mengarah memanggil itu ialah mahkamah ataupun hakim supaya berunding secara aman.
Sama ada suami atau isteri, ataupun dua belah pihak yang keluarga yang bertelagah ini duduk, ataupun melalui wakil mereka, atau peguam syarie yang mereka lantik.
Jadi boleh bersama ataupun duduk dua-dua belah, berunding dan direkodkan perundingan itu persetujuan awal sebelum dibawa ke mahkamah. Jadi bila sudah setuju di situ, tandatangan bila keputusan perundingan dan bila dibawa ke mahkamah, mahkamah tidak lagi payah gaduh.
Mahkamah kata mengikut persetujuan awal, kita endorse saja persetujuan itu dan selesai. Minta Yang Berhormat Menteri, menjelaskan sama ada saya betul atau tidak. Ini anggapan, anggapan sebagai orang awam untuk kes ini.
Dan saya ingin bertanya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bolehkah SULT ini kita lantik? Ataupun di kalangan orang luar yang bukan pegawai mahkamah ataupun kita swastakan. Untuk lebih senang, orang yang rapat dengan kedua-dua belah pihak ini ataupun yang dipercayai, tidak semestinya pegawai mahkamah.
Jadi, kalau sudah kita selidik dua pasangan yang bergaduh ini dua
kumpulan ini, okey, siapa yang boleh jadi orang tengah. Kalau syarikat arbitration friendly party, yang boleh mempengaruhi sini mempengaruhi sini dan keputusan itu. Dan hasil itu dibawa ke hadapan hakim dan diputuskan. Jadi apakah ini juga saya tidak nampak huraian yang itu, mungkin detailnya Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan.
Jadi akhirnya kalaulah ini dapat kita buat, kita lakukan, saya ingat soal gaduh di depan hakim, soal delay ataupun tertangguh, backlog yang beratus-ratus ini dapat kita selesaikan. Dan tahniah kita ucapkan supaya selepas ini immediately ataupun segera dilaksanakan kerana masih ramai yang menunggu di luar sana. Ibu tunggal, saya dapat aduan juga sampai kita tumpang beli susu.
Untuk saya ingat ADUN-ADUN lain pun sama. Jumpa kita, anak saya dua. Mana bapa? Tanya, “bapa lari”. Sudah ceraikah? Tidak jelas.
Jadi mana bapa? Tidak tahu.
Ada bagi nafkah? Tidak ada.
Jadi, ini isu kita jadi yang jadi beban ialah masyarakat di situ, jiran, keluarga sebelah isteri dan juga tidak terkecuali wakil rakyatlah. Saya pun hari ini ada juga Whatsapp minta belikan susu. Saya tapi mungkin bukan itulah tapi ini adalah tapi iyalah akibat daripada itulah juga. Satu orang dia jaga cucu dia, dia tanya bapa dia mana? bapa dia lari. Jadi ini juga isunya.
Jadi Datuk Speaker, atas hujah itu, minta nanti Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Dengan ini saya mohon menyokong Rang Undang-undang ini untuk diluluskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kunak.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Datuk Speaker atas peluang untuk saya berbahas dalam Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Mal.
Tahniah sekali lagi atas inisiatif Rang Undang-undang ini. Bila kita berbicara tentang kes di Mahkamah Syariah, pastinya perkara atau kes pertama yang terfikir adalah kes cerai, nafkah, hadanah dan sebagainya.
Biasanya, Datuk Speaker, yang jadi mangsa kepada kes seumpama ini adalah kaum wanita kerana sering kali, kaum
wanita menjadi mangsa berbagai bentuk diskriminasi ditambah lagi dengan procedure undang-undang yang sangat rumit.
Secara peribadi sebagai wanita, saya sangat teruja kerana Rang Undang-undang ini membuktikan betapa Kerajaan Negeri Sabah hari ini amat prihatin terhadap isu dan masalah terutama golongan wanita dalam mendapatkan hak dan perlindungan mereka. Tunggakan kes di Mahkamah Syariah dan kelewatan penyelesaian kes pastinya sangat membebankan.
Apatah lagi jika melibatkan kes cerai akibat penderaan mental dan fizikal.
Bila kes seperti ini berlaku pastinya, keselamatan wanita dalam keadaan yang sangat berbahaya.
SULT adalah satu contract bagi menyelesaikan pertikaian dengan cara persetujuan.
SULT yang sinonim atau kita fahami sebagai Jawatankuasa Timbang Tara atau arbitrasi ini sangat penting dalam mengatasi kes-kes melibatkan perbicaraan mahkamah, yang mengambil tempoh masa yang sangat lama untuk diselesaikan.
SULT ini akan membantu mempercepatkan kes untuk diselesaikan.
Penyelesaian pertikaian yang berbentuk kompromi perdamaian dari kedua-dua pihak ini, bukan hanya menjimatkan masa, juga menjimatkan kos untuk berulang-alik ke mahkamah.
Penekanan Rang Undang-undang ini yang menukar perkataan Pihak-pihak diubah kepada Mahkamah, pastinya bakal menjadi kekuatan kepada usaha mediasi di luar mahkamah ini.
Pastinya komitmen pihak yang terlibat akan lebih serius, dengan penambahan istilah mahkamah tersebut. Contohnya, tindakan suami yang enggan beri kerjasama dan sengaja tidak hadir untuk usaha menggantung isteri tanpa tali juga kesan ego dan tujuan membalas dendam. Namun, yang menjadi kerisauan saya adalah adakah Jawatankuasa SULT ini benar-benar adil dan terhindar dari…
… diskriminasi dimensi yang baharu. Pegawai SULH adalah tulang belakang pelaksanaan sebagai kaedah alternatif penyelesaian pertikaian di Mahkamah Syariah. Pengetahuan dan pengalaman pegawai SULH boleh mempengaruhi kejayaan perjalanan dan kejayan majlis SULH ini. Dan saya
yakin gender pegawai tersebut juga memberi impak dalam isu ini. Saya sangat berharap Datuk Menteri agar peluang yang sama diberi bagi lantikan pegawai SULH wanita dalam mengendali dan menyelesaikan kes mahkamah.
Justeru saya mohon penjelasan jumlah pegawai SULH sedia ada dan jumlah pegawai SULH wanita. Bahaya juga Datuk Menteri kalau wanita selalu berhubung dengan pegawai lelaki nanti lain pula jadinya. Juga ingin saya penjelasan adakah kerajaan akan menambah jumlah pegawai sedia ada.
Saya mohon Dewan untuk ambil maklum jumlah Mahkamah Syariah yang ada kini amat sedikit dengan jumlah hanya 12 Mahkamah Syariah di seluruh negeri Sabah. Saya berpendapat ada keperluan untuk menambah bagi memudahkan rakyat yang terlibat dengan kes seumpama ini. Contohnya, rakyat Kunak perlu ke daerah Semporna, Lahad Datu atau Tawau untuk mendapatkan pembelaan. Begitu juga dengan jumlah kakitangan Mahkamah Syariah di seluruh Sabah. Saya yakin antara punca lain tunggakan kes yang banyak ini juga disebabkan oleh kekurangan kakitangan.
Datuk Speaker, melihat kepada seriusnya Kerajaan Negeri hari ini dalam mengangkat isu wanita di peringkat akar umbi saya dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan walaupun bukan langsung kepada Menteri tetapi kepada Kerajaan Negeri Sabah terutama Ketua Menteri untuk penubuhan Kementerian Wanita seperti yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan. Kita juga menyaksikan bagaimana Sarawak antara negeri contoh yang juga mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti. Justeru, kewujudan sebuah kementerian yang spesifik dalam menjaga isu wanita di pelbagai sektor akan menggambarkan komitmen kerajaan yang tinggi dalam meningkatkan martabat wanita di negeri ini. Saya yakin wanita Sabah yang mengisi populasi 49.5% akan berasa amat gembira, bangga dan juga terhutang budi kepada Kerajaan Negeri Sabah hari ini.
Akhir kata, tahniah buat Kerajaan kerana serius dalam menyelesaikan semua permasalahan rakyat dari sebesar-besar perkara, iaitu hak kita dalam MA63 termasuklah seremeh-remeh perkara ataupun isu marhaen terutamanya yang
majoritinya yang menekan kaum wanita melalui Rang Undang-undang ini. Dengan ini Datuk Speaker, wanita bersuara Kunak mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Kunak. Saya ingin menjemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Hajah Amisah Yassin untuk berucap.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, saya dengan tulus dan sepenuh hati ingin menyuarakan sokongan saya terhadap Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah 2004, no.10, tahun 2004. Dengan memasukkan pindaan dalam seksyen 99 dengan menggantikan perkataan, iaitu “Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh pada mana peringkat prosiding itu mengadakan SULH bagi menyelesaikan pertikaian mereka” kepada perkataan “Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding mengadakan SULH untuk menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak”. Langkah ini merupakan langkah yang penting dalam memperkukuhkan sistem keadilan di Mahkamah Syariah dan memberikan peluang untuk menyelesaikan pertikaian dengan cara yang berhemah dan berharmoni.
Apapun Datuk Speaker, saya juga setuju dengan pandangan rakan saya dalam dewan ini bahawa SULH ini mestilah pastikan bahawa adalah terdiri daripada mereka bukan sahaja didominasikan oleh kaum bapa tetapi juga ada penglibatan wanita. Dan bukan itu sahaja, Tuan Speaker tetapi mestilah mereka yang berwibawa yang betul-betul memahami, mempunyai ilmu dan sebagainya, kerana kalau sekadar untuk ulang main pilih-pilih begitu sahaja kadang-kadang keadilan pun tidak juga akan tercapai.
Keberadaan mekanisme SULH dalam mahkamah syariah adalah satu tanda positif dalam usaha mendekatkan isu-isu yang timbul dalam masyarakat secara adil dan berperikemanusiaan dan memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk mengadakan SULH. Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian akan diberikan peluang untuk mencari pernyelesaian yang saling bermanfaat dan merangkumi
pendekatan berbaik-baik dengan sedemikian mungkin berangkali lebih cepat masa masalah keluarga khasnya kes-kes perceraian itu dapat diselesaikan ataupun kes harta sepencarian dan sebagainya. Kerana kita tahu bahawa pada masa ini terlalu ramai masalah-masalah wanita yang digantung tidak bertali dan kes-kes harta sepencarian pun begitu juga tidak dapat diselesaikan kerana terlalu mungkin berangkali kes terlalu banyak dan sebagainya dan dengan mengadakan SULH ini mungkin akan membantu mahkamah untuk mempercepatkan lagi apa-apa juga masalah yang berkaitan dengan masalah keluarga. Kerana kadang-kadang masalah bila timbul ini, bila ada masalah perceraian melibatkan anak-anak dan sebagainya bukan sahaja mahkamah atau JHEAINS menghadapi masalah tetapi juga melibatkan juga jabatan-jabatan yang lain, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan KPLB. Bila sudah masalah anak, masalah nafkah mereka akan mencari Jabatan Kebajikan. Bila sudah tiada rumah ditinggalkan begitu terpaksa juga terlibat Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyediakan rumah untuk ibu-ibu tunggal.
Jadi inilah bila kita mempunyai sesuatu yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan cepat maka berakhirlah ataupun lebih lagi baik untuk semua pihak.
Pertikaian adalah unsur biasa dalam kehidupan masyarakat namun adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa pertikaian ini diselesaikan dengan cara yang menyanjung tinggi nilai-nilai kesantunan, hormat-menghormati dan persaudaraan. Dalam konteks ini, SULH bukan sahaja memberi peluang kepada pihak-pihak yang bertikai untuk mencari penyelesaian tetapi juga membuka ruang untuk dialog dan komunikasi yang membina. Saya percaya bahawa Rang Undang-undang ini akan memberikan manfaat yang berkekalan kepada masyarakat Sabah. Ini adalah langkah penting dalam melangkah ke arah keharmonian dan keamanan sosial. Saya mengharapkan agar langkah ini akan diterima dengan baik oleh semua pihak dan menjadi asas untuk perkembangan sistem keadilan yang inklusif dan bersepadu.
Oleh itu, saya menyatakan sokongan penuh saya terhadap Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah 2004 bagi tujuan memberi Mahkamah Syariah kuasa untuk mengadakan SULH dalam menyelesaikan
pertikaian. Semoga langkah ini akan membawa kebaikan dan kesinambungan dan sistem kadar kita. Datuk Speaker, saya menyokong terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dilantik.
Ada lagi yang ingin mahu bahas? Nampaknya tiada. Saya menjemput YB Menteri menjawab.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat membahas pindaan ini, iaitu Yang Berhormat daripada Sindumin, terima kasih. Yang Berhormat Kunak untuk kali keduanya dan Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Hajah Amisah dan ada beberapa istilah atau …
…penerangan yang telah dijelaskan oleh ADUN Sindumin memang sesuai dan tepat dan kita juga mengambil maklum beberapa perkara yang telah ditimbulkan. Sulh ini seperti mana yang disebut berasal daripada perkataan solahah. Perkataan soleh itu, yang baik itu, itulah sulh. Baik. Jadi tujuan kita untuk membaikkan, mendamaikan.
Fa aṣliḥụbaina akhawaikum. Maka damaikanlah antara dua keluarga, antara dua saudara mu yang bertikai. Fa aslihu itu daripada perkataan solahah, juga bahagian daripada sulh. Kemudian Islah yang selalu disebutkan oleh Perdana Menteri kita. Islah itu juga adalah akar katanya solahah dan semua apa yang bertujuan untuk mendamaikan, melahirkan suasana baik itulah soleh dan sulh ini seperti mana yang saya huraikan tadi ada hubungan dengan perkara-perkara untuk kebaikan dan saya mengucapkan terima kasih atas dapatan, atas sumbangan fikrah.
Misalnya cadangan daripada Kunak, Yang Berhormat Kunak tadi tentang pegawai sulh termasuklah daripada ADUN dilantik daripada wanita.
Memang kita ada dalam waran, 13 orang pegawai sulh dan daripada kalangan yang kompeten, kalangan pegawai-pegawai undang-undang juga yang kita lantik dan seorang daripadanya adalah wanita dan sembilan orang adalah lelaki ada beberapa kosong lagi dan kita mengambil berat dan mengambil perhatian tentang peranan wanita dalam semua bidang. Malah apabila kita lihat hakim syarie yang hakim syariah kita daripada di negeri Sabah, ada tujuh orang hakim syariah dari kalangan wanita dan sembilan orang lelaki.
Saya juga mengambil maklum berhubung dengan masalah atau isu mahkamah syariah yang perlu ditambah di negeri kita. Kita akan bawa perkara ini kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang mana dalam perjanjian kita bersama dalam guna sama pegawai syariah ini salah satu peranan daripada Jabatan Kehakiman itu ialah menyediakan prasarana.
Sebelum ini prasarana disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan kita akan sentiasa bekerjasama.
Alhamdulillah dan lebih-lebih lagi menteri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Agama peringkat pusat dulu adalah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman, Ketua Hakim Syarie Malaysia. Dan kita juga mengambil berat tentang isu kakitangan atau staf yang diperlukan dalam menyelesaikan atau memudahkan masalah yang dihadapi dalam Mahkamah Syariah ini.
Sulh ini melibatkan nafkah anak, nafkah isteri dan beberapa perkara dan sulh ini untuk mempermudahkan urusan seperti mana yang YB-YB nyatakan tadi dan mudah-mudahan dengan adanya sulh ini. Sebelum ini pun memang ada sulh tetapi alternatif secara pilihan. Tetapi sekarang mahkamah boleh membuat arahan untuk mewujudkan sulh ini dan sulh ini bukan sahaja boleh di kalangan pegawai sulh tetapi yang bukan pegawai sulh yang kompeten pun boleh kita benarkan dan selepas sulh itu sama ada gagal atau berjaya proses sulh itu akan ke mahkamah. Yang baiknya apabila berjaya, proses sulh itu, maka akan cepatlah kerja-kerja penghakiman atau pengadilan di mahkamah syariah. Ini yang kita mahu agar mudah, cepat tapi tidak mempermudah-mudahkan. Tetap juga dengan peraturan yang ada yang ditetapkan oleh mahkamah atau enakmen kita. Itu saja. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, saya ingat yang penghabisan sebelum kita meluluskan. Saya ingin beri pandangan bahawa apakah Kementerian ataupun Kerajaan sudah ada database?
Berapakah bilangan tertunggak seluruh negeri Sabah mengikut daerah. Kalau ada itu mungkin kita boleh buat projection berapa lama kes ini boleh kita selesaikan. Tiga bulan? Enam bulan? Dan lantikan sulh ini kalau dikatakan Yang Berhormat Menteri tadi boleh daripada orang biasa.
Saya ingin mencadangkan kalau tidak terlari daripada peraturan ataupun undang-undang. Kita boleh lantik sulh ini ialah di antara peguam syariah itu sendiri yang ada di seluruh Sabah jadi kita beri mungkin cash by cash elaunnya ataupun bayarannya jadi ada juga kerja untuk peguam ini.
Yang kedua, mantan-mantan hakim yang pencen yang ada pengalaman. Di bawah hakim Mahkamah Syariah di bawah yang sudah bersara kita panggil balik untuk mereka sebagai sulh yang kerana mereka sudah tahu peraturan.
Kemudian yang ketiga, kita di kalangan masyarakat orang yang berpengaruh misalnya mantan OKK yang selama ini pun sudah terlibat dalam menghakimi kes-kes syariah masa lalu yang kalau yang bukan Islam itu memang sudah ada Mahkamah Anak Negeri yang menentukan tetapi untuk ini, barangkali kita kaitkan, kita boleh buat screening seluruh negeri Sabah dan yang; Keempat ialah, kepala keluarga si yang bertelagah ini. Mungkin di satu pihak ada yang orang berpengaruh boleh bagi nasihat yang sebelah sini ada berpengaruh dan kita kahwinkan ataupun cantumkan untuk menyelesaikan masalah ini, dan yang terakhir, Yang Berhormat Menteri, seperti Kunak katakan tadi apakah kita cukup Mahkamah Syariah di seluruh Sabah ini? Saya ingat kita kalau cuma sembilan sama tujuh, baru 16. Kita ada 26 daerah. Kita masih jauh mencukupi daripada apa yang kita perlukan. Sudah tentu perancangan untuk mengadakan Mahkamah Syariah di setiap daerah adalah satu alternatif menyelesaikan kes-kes tertunggak ini. Terima kasih.
Tuan Speaker, sebetulnya selepas saya gulung tiada lagi soalan. Saya mengambil maklum cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat tadi. Berhubung dengan kes tertunggak, saya ingat sebelum ini sudah saya jawab di secara bertulis dalam soalan sebelum ini dan kita juga selain daripada sulh, kita ada Jawatankuasa Pendamai. Jawatankuasa Pendamai ini di JHEAINS. Itu di kalangan kes-kes perceraian. Sulh ini nafkah isteri, nafkah anak, hadanah dan sebagainya. Terima kasih, Datuk Speaker.
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan 2023)Bill
Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan 2023).
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa, hari apa?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi [Datuk Richard Yong We Kong]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasa satu dan dua dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasa satu dan dua dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke dewan… MAJLIS BERSIDANG SEMULA
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya rang undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukandan diluluskan.
Penolong Setiausaha: Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 .
Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023Bill
Setiausaha: Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2023) Bacaan Pertama.
Yang Berhormat Menteri silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964.
Setiausaha: Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2023).
Bacaan kedua bila Yang Berhormat Menteri?
Hari ini Tuan Speaker.
Okey silakan.
Setiausaha: Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2023 Bacaan Kedua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang. Rang Undang-undang Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2022 adalah bertujuan untuk menubuhkan satu Kumpulan Wang Amanah yang diberi nama Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri bagi 2023 ya. Bagi melaksanakan penubuhan Kumpulan Wang Amanah itu, Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1994 atau K9 hendaklah dipinda bagi menambah butiran baharu berkenaan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ke dalam jadual enakmen pindaan ini adalah butiran Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini adalah jadual enakmen pindaan ini adalah selaras dengan keperluan Seksyen 10(1)(B)(I) Akta Tatacara Kewangan 1957. Cadangan pindaan ini dinyatakan dalam Rang Undang-undang seperti yang telah diedarkan di Dewan yang mulia ini untuk tatapan semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Speaker, terdapat beberapa program dan aktiviti yang tidak tersenarai dibawah peruntukan perbelanjaan, pembekalan perbekalan dan pembangunan sesuatu program dan aktiviti perlu diwujudkan bagi menangani masalah luar jangka contohnya jika berlaku bencana alam.
Justeru itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kumpulan Wang Amanah, Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri untuk menampung sebarang kekurangan peruntukan untuk disalurkan kepada kementerian, jabatan, pejabat daerah atau agensi-agensi
Kerajaan Negeri yang akan melaksanakan antara lain program dan aktiviti seperti berikut:
1.
Program pencegahan dan pemulihan bencana alam yang melibatkan antaranya bencana banjir, ribut taufan, kebakaran, gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, wabak penyakit dan juga epidemik; 2.
Program-program pembasmian kemiskinan; 3.
Program penyediaan kemudahan perkhidmatan sosial yang meliputi penyediaan kemudahan peralatan pembelajaran dan peralatan kesihatan; 4.
Perkhidmatan infrastruktur dan utiliti yang meliputi pembinaan, penyenggaraan dan naik taraf jambatan, jalan raya, cerun serta kemudahan sokongan yang lain termasuk penyediaan utiliti elektrik, air, pembentungan; dan 5.
Sebagai perbelanjaan yang diluluskan oleh jawatankuasa khas yang tidak termasuk dalam perkara-perkara disebutkan seperti bantuan kepada mangsa bencana contohnya mangsa banjir dan kebakaran.
Tuan Speaker, sumber kewangan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini adalah program pencaruman daripada Kumpulan Wang Amanah Dalam Wang Perbelanjaan Tahunan Kerajaan Negeri yang mana jumlah belum dapat ditentukan pada masa ini.
Selain itu, Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini boleh menerima sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, badan-badan bukan kerajaan seperti NGO serta daripada individu dan juga daripada dermawan-dermawan.
Tujuh, ini sesuatu yang barangkali ingin saya tekankan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini juga ditubuhkan sebagai persediaan awal untuk meletakkan peruntukan persekutuan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk tidak menarik balik mana-mana peruntukan-peruntukan tahun kewangan semasa jika tidak habis digunakan.
Tuan Speaker, pentadbiran dan pengawalan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini akan ditadbir kawal oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Bagi maksud tersebut, seorang pegawai perakaunan akan dilantik oleh Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan yang akan bertanggungjawab mengakaun penerimaan dana ke dalam wang dalam Kumpulan Wang Amanah tersebut.
Tuan Speaker, justeru itu penubuhan Kumpulan Wang Amanah ini adalah penting bagi memastikan Kerajaan Negeri mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung sebarang kekurangan peruntukan terutamanya bagi memastikan program pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar termasuk bagi menyantuni rakyat semasa dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera daripada Kerajaan Negeri , Tuan Speaker saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Dengan itu, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senallang untuk membahas. Perbahasannya panjang?
Pendek sahaja.
Pendek sahaja okey.
Datuk Speaker, saya akan berucap sesingkat yang mungkin.
Terima kasih banyak atas ruang yang diberikan. Bagi saya untuk terlibat dalam perbahasan enactment to amend the government Trust Fund Enactment 1964 dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Langkah yang dilakukan untuk memastikan bahawa kita wujudkan satu trust fund. Sebenarnya, saya juga pernah juga bersuara di Parlimen tentang perkara ini bagaimana untuk memastikan supaya there must be a special kind of fund yang kita boleh letakkan beberapa kewangan yang ada. Cuma tadi disebutkan oleh Yang Berhormat, pertama ialah berhubung kait dengan contohnya bila ada masalah malapetaka, kekurangan dana yang ada, maka pihak-pihak tertentu boleh memberi sumbangan, donation kepada badan ini untuk mempastikan supaya mencukupi untuk menampung keperluan masyarakat yang amat daif dan juga dalam keadaan bencana. Ini satu langkah yang cukup baik dan saya selaku Ketua Pembangkang saya menyokong penuh cadangan yang dilakukan…
Oleh pihak kerajaan ini, untuk menjadi kenyataan dan seperkara yang saya amat nak tekankan, iaitu berhubung kait dengan kewangan. Disebut yang bab kedua tadi itu, iaitu projek yang tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya ingat badan ini harus mempunyai terms of reference yang begitu jelas, iaitu bab satu, collection of fund yang khususnya untuk bencana alam, yang satu lagi, iaitu fund yang kita khususkan dengan contohnya ada beberapa projek yang telahpun dirancang, sama ada Rancangan Malaysia Ke11, Rancangan Malaysia Ke12 ataupun Belanjawan Kerajaan Negeri.
Belanja kita RM6 bilion, RM4 bilion dan sebahagian besar terkadang itu projek ini tidak dapat dilaksanakan.
Pasal apa tidak dapat dilaksanakan, masalah tanah, masalah bahan, masalah pekerja. Berbagai isu yang timbul.
Kelewatan itu mengakibatkan ia menelan masa. Contohnya, pada hari ini, negara kita berhadapan dengan masalah pelaksanaan projek yang ada. Walaupun kita belanjakan RM300 bilion. The last budget in Parliament yang ada dan saya tidak jangka bahawa, saya jangka tidak akan mungkin RM300 bilion itu boleh dilaksanakan dalam jangka masa enam bulan. Impossible, dan kalau kita melihat dari segi track record pelaksanaan projek-projek pembangunan yang ada di negara kita, bukan semuanya 100%. Not even ninety percent dan ya, mungkin dalam lingkungan 50%, 60%, 70% yang telah dibelanjakan, yang telah dibentangkan.
Maka itu boleh digunakan oleh apa ini, boleh kewangan itu telah digunakan sebaiknya dan sebahagiannya itu balik, ya, disimpan oleh Kementerian Kewangan dan membimbangkan kita, berlaku di mana projek itu telah diumumkan. Rakyat di peringkat akar umbi menunggu dan mereka meraikan dan kadang-kadang diberitahu akan ada satu lapangan terbang, akan ada satu jambatan, ya. Saya masih ingat dulu di Semporna, dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen dan belanja berapa ratus juta untuk buat jambatan daripada Semporna ke Pulau Bum-Bum. Lepas itu, saya pun seronok juga diumumkan tapi sampai sekarang tidak ada. Jangan cerita jambatan, tiang pun tidak ada.
Jadi bila kita lihat keadaan seumpama ini, sepatutnya kita sudah tahu dalam rancangan ke, saya akan bahas nanti di parlimen bulan depan, iaitu bila ada RM nine dan saya juga tekankan dimana perlunya peruntukan-peruntukan ini. Kalau dah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah ya, saya setuju.
Jangan dipegang oleh trust fund di Kuala Lumpur. Let the state hold it and let be manage by your side to insure that it can be implemented. Pasal kita dah ada assignment, kita dah ada rancangan dan rakyat di peringkat umbi dah menunggu.
Tapi, saya berharap jangan letakkan trust fund ini seumpama consolidated fund, kalau dia consolidated fund, you can spend for any proposes. Maknanya, semuanya dirangkum dalam satu kumpulan wang yang ada, lepas itu kita boleh belanja. Ada terdesak, kita belanja. No, it should not be done like that. What is been meant for that project yang penting kepada kita dilaksanakan sebaik mungkin supaya tidak tertangguh, ya.
Kadang-kadang saya dapati bukan hanya diperingkat nasional bahkan juga diperingkat negeri kita tidak mampu melaksanakan projek-projek yang ada, banyak di Tuaran. Sport Complex diumumkan daripada Kerajaan Persekutuan sampai sekarang tidak ada. Banyak lagi sebenarnya.
Jadi kita ketinggalan, dari segi pembangunan yang ada. Walaupun dah dirancang, walaupun dah diluluskan. Jadi, kita perlu berusaha sedaya mungkin dan insya-Allah jangan bimbang sangat saya akan bersuara selaku ahli parlimen di peringkat parlimen, untuk menyatakan bahawa harus disalurkan kepada trust fund yang ada di peringkat negeri untuk membolehkan supaya kelangsungan because what the reason why, because you know better.
Ya, yang bimbang saya kalau treasury mengambil carta, dia kata bahawa, apa nama kewangan ini perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan. Maka, kita tidak tahu sama ada projek itu akan dilaksanakan. Saya masih ingat cuma tidak boleh sebut sangatlah. Pengalaman saya bila sebagai seorang menteri, beberapa kementerian, ada peruntukan, saya tidak simpan di my ministry, I put it at the agency.
Agensi itu akan melaksanakan beberapa projek, kalau tertangguh, duit itu masih ada di sana. Itu yang saya ingat. Yang penting it’s a ready a platform untuk membolehkan Yang Berhormat Menteri Kewangan, bahawa landasan ini sebaik mungkin.
Cuma, saya nak peringatkan pertama, they must be segregation dari segi yang tadi Datuk sebutkan additional kind of a responsibility, iaitu Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Negeri Sabah dengan mematuhi kehendak Seksyen 10, iaitu untuk membantu bencana, ya.
Tapi kita tidak mahu pula nanti besok bencana punya kejadian berlaku untuk projek-projek itu, digunakan duit sini. It’s not meant for that, because this already plan for five years, Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan datang contohnya dan saya juga berharap seperti apa yang disebutkan harus diletakkan di satu badan seperti di Kementerian Kewangan dan akan diamanahkan pegawai yang cekap, pegawai yang amanah ya.
Kita tidak mahu nanti banyak ketirisan akan berlaku ya, dalam banyak pengurusan kewangan.
Kalau saya, saya tidak ada masa sebenarnya kalau untuk nak menyatakan tentang beberapa belanjawan baru-baru ini.
Bila saya tengok kereta kerajaan, maintenance. Sudahlah ada insurance progressive, lepas itu maintenance lagi kita belanja. Malahan, ada satu subjek saya tidak perlu sebutkan untuk maintain, untuk belanja komputer saja, printing, ini hunderd thousand, as it where do leakages. Jadi kita kena susun tadbir. Ini bukan untuk kita ya, untuk masa depan anak-anak kita. Maknanya ada satu pengurusan kewangan yang begitu baik, tersusun dan kita tidak mahu akan ada ketirisan dan alhamdulilah ini satu rancangan yang baik dan saya berharap the propose structure must be let out.
Dari segi keadaan pengurusan kewangan ini, trust fund dan saya juga minta kerjasama daripada kerajaan dan Menteri Kewangan untuk be transparents. After all this is apa ini, trust fund. So, that shouldn’t any kind of hidden agenda, when is the main for project satu bab it must be.
Sama ada dimaklumkan ke Dewan Undangan Negeri dan satu bab untuk amanah contohnya, tabung derma, yang menderma ini kita tahu, lepas itu is meant for that. At least, kita boleh bentangkan contohnya by nota, apa ini, tidak perlu perbahasan cuma dimaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri.
Sekurang-kurangnya, kelak nanti bila mana ada orang yang nak memberi derma untuk memberi bantuan bencana-bencana alam yang ada. Maka mereka akan tergalak untuk memberikan sumbangan jauh lebih banyak lagi ya dan disamping itu, yang keduanya bila projek tadi yang tertunggak tapi, duitnya tidak digunakan dan kita letakkan disini dan saya yakin ini another transparency yang kita nak kan pencapaian, penambahbaikan.
When we do that, saya yakin Kerajaan
Persekutuan akan melihat next time in the future we don’t mind to give, you know, yang unutilize funding yang ada dan ini akan membantu Kerajaan Negeri Sabah dan juga rakyat di peringkat negeri supaya keseimbangan pembangunan yang kita cukup daif ya, berbanding dengan tempat-tempat lain di negara ini dan kita harus ah menyatakan bahawa sokongan penuh ke atas trust fund ini dan saya Datuk Speaker, itu yang saya tekankan but what is important as well pengurusan dia, transparency dia but asingkan duit untuk pembangunan yang tertunggak tapi jangan batalkan, teruskan. Yang keduanya, untuk dana yang bencana alam. Terima kasih banyak. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Telupid.
Terima kasih Datuk Speaker.
Lawa jacket.
(senyum) Terima kasih Datuk Speaker.
Berkaitan dengan pindaan Rang Undang-undang bagi menubuhkan satu tabung khas Kerajaan Negeri, saya amat bersetuju dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai kerana selalunya ada kekurangan kewangan seperti banjir. Kalau di Telupid, dua kali dilanda banjir.
Pengarah Jabatan Kebajikan sendiri datang ke Telupid.
Kemudian, kita senaraikan mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Malangnya, tidak semua kita dapat salurkan bantuan kepada mereka.
Jadi, saya rasa dengan adanya Tabung Bencana ini, kita dapat memenuhi keperluan yang diterima ataupun keperluan yang perlu daripada mangsa-mangsa banjir kita. Jadi, saya rasa ini kita sokong dan ia sangat penting bukan sahaja untuk mangsa banjir tapi kerosakan-kerosakan lain yang diakibatkan oleh banjir. Selain daripada itu, mengenai dengan…
Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid]:…peruntukan Persekutuan yang tidak sempat dibelanjakan kepada negeri Sabah. Selalunya pelbagai alasan yang kita perolehi daripada kerajaan mengenai dengan pelaksanaan, projek yang sudah diumum tapi tidak dapat dilaksanakan. Oleh sebab itu, kita mencadangkan kepada Kementerian supaya memohon kepada Persekutuan mana-mana peruntukan yang tidak sempat dibelanjakan supaya dimasukkan dalam Tabung Khas Kerajaan ini supaya kita dapat meneruskan pembangunan ataupun projek-projek yang telah diumumkan.
Sebagai contohlah di daerah Telupid yang telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri di Kinabatangan. Saya masih ingat lagi, masuk newspaper lagi, iaitu Jalan Bintang Mas Manduring ke Kuala Sapi, Beluran. Yang menghubungkan Telupid dan Beluran, dan juga Jalan Lumou-Kepuron telah diumumkan mendapat kelulusan tapi sehingga kini saya selaku wakil rakyat apabila menyampaikan khabar gembira pada waktu itu sehingga kini kita dilabel sebagai pembohong.
Jadi justeru itu, dengan adanya Tabung Amanah ini, saya berharap sangatlah setiap yang kita perolehi daripada Persekutuan sama ada untuk bencana alam dan sebagainya dan juga pembangunan kita dapat diteruskan.
Selain daripada itu, juga saya mengambil kesempatan mengenai dengan baru-baru ini kami kena banjir dan saya difahamkan memang tiada peruntukan. Saya menggunakan inisiatif untuk ke peruntukan touch point tapi tidak cukup dan kita meminta kepada Jabatan Kebajikan dan saya rasa ada beberapa perkara yang kita boleh belum langsaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya harap ini juga akan dimasukkan dalam perbelanjaan sekiranya tabung ini sudah dilaksanakan. Untuk makluman, saya sudah memohon tambahan peruntukan kepada SKN, supaya tambahan peruntukan khusus untuk banjir di daerah Telupid yang sehingga ini saya belum dapat lagi memperbaiki infrastruktur-infrastruktur yang telah rosak akibat banjir kerana peruntukan khas yang diberikan kepada saya itu pun tidak mencukupi. Jadi, dengan adanya tabung ini, mudah-mudahan dalam tahun ini juga ada kelulusan untuk itu, untuk daerah Telupid saya ada memohonlah untuk
tambahan peruntukan untuk banjir. Saya sudah hantar juga permohonan kepada SKN melalui Pejabat Ketua Menteri.
Dengan itu, Datuk Speaker, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada inisiatif kerajaan yang mewujudkan Tabung Khas Kerajaan Negeri ini di bawah pindaan undang-undang yang kita baca pada hari ini. Dengan itu, Telupid menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Telupid dan tahniah you are not reading.
Thank you.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Karamunting.
Terima kasih, Tuan Speaker, kerana memberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 ini.
Melihat kepada Rang Undang-undang ini tujuan adalah untuk menyediakan peruntukan untuk tampung kekurangan dana dalam menyediakan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan perkhidmatan sosial antara lain.
Tuan Speaker, saya ingin bertanya jika peruntukan ini akan disalurkan dengan untuk menambah kakitangan di Jabatan Air Sabah. Kerana Jabatan Air ini mengalami masalah kekurangan kakitangan. Saya ambil contoh kes air masin di Sandakan baru-baru ini. Saya difahamkan jumlah kakitangan di Pusat Rawatan Air Segaliud tidak mencukupi.
Begitu juga apabila berlaku masalah gangguan air di sekitar kawasan saya. Sering kali ia mengambil masa berhari-hari untuk diselesaikan dan menurut jabatan tersebut kekurangan kakitangan juga merupakan salah satu masalah yang mereka hadapi. Ini soalan pertama saya.
Tuan Speaker, kedua ini, mengenai infrastruktur dan utiliti walaupun saya bangga dengan pencapaian Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, namun bukan semua rakyat di akar umbi boleh faham pencapaian kita kecuali apabila mereka melihat dan merasakan sendiri perubahan itu secara langsung. Contohnya, kita mengadu tentang tiga masalah utama, iaitu air, elektrik dan jalan raya. Bagi mereka kerajaan yang baik, wakil rakyat yang baik, adalah mereka yang boleh memberi mereka ketiga-tiga kemudahan ini dalam keadaan baik kerana ini mempengaruhi kehidupan harian mereka. Jalan raya juga merupakan cerminan imej Sabah. Orang luar masuk ke sini lihat tahap pembangunan kita berdasarkan jalan raya kita. Begitu juga dengan pelabur. Mereka akan lebih tertarik untuk melabur di Sabah. Jika melihat keadaan jalan raya kita baik bekalan elektrik dan air kita tidak ada masalah.
Tuan Speaker, soalan saya bagaimana kita ingin memastikan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Khas Negeri Sabah ini sampai kepada matlamat, iaitu antara lain menyelesaikan tiga masalah utama, air, elektrik dan jalan raya ini. Tuan Speaker, tentang pembasmian kemiskinan, saya ingin bertanya keadaan Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan, kerana jika ia adalah untuk memberi bakul makanan kepada penduduk miskin tegar maka saya berasa ia bukanlah satu solusi jangka panjang. Saya berasa, kita harus meletakkan perhatian kepada penduduk warganegara miskin yang masih lagi menyewa dan tinggal di rumah setinggan.
Memandangkan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Khas Negeri Sabah bertujuan untuk menampung kekurangan dana sedia ada. Maka saya ingin bertanya, jika dana ini juga akan digunakan untuk menambah jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Saya juga ingin bertanya jika dana ini akan digunakan sedikit untuk menambah subsidi kerajaan ke atas barangan keperluan seperti makanan asas beras dan minyak masak untuk meringankan beban kewangan rakyat kita, sekali gus membantu mereka yang ada di dalam golongan B40 atau golongan miskin tegar.
Tuan Speaker, tentang pemulihan bencana pula, perkara yang sering berlaku di kawasan saya di Karamunting dan Parlimen di Batu Sapi ialah sering berlaku kebakaran dan mangsa-mangsa akan ditempatkan di pusat penempatan sementara. Pusat penempatan sementara ini selalunya akan menggunakan dewan sekolah dan dewan PPR. Soalan saya sekiranya boleh diwujudkan satu pusat penempatan sementara yang khas buat mangsa kebakaran ataupun banjir, rumah roboh atau sebaliknya supaya setiap kali berlakunya bencana kita boleh ikut sesuatu satu prosedur yang tetap, iaitu menempatkan mangsa-mangsa bencana di suatu tempat yang khusus supaya proses untuk membantu makanan dan sebagainya dapat diurus dengan lebih efisien dan tegas tanpa perlu menggunakan dewan-dewan di tempat ini.
Tuan Speaker, akhir sekali saya memuji usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam membangkitkan Enakmen Rang Undang-undang ini yang jelas memberi apa yang betul-betul rakyat mahu. Justeru saya menyokong dan juga mengharap dana-dana berkaitan dengan…
…akan dapat diurus tadbir dengan baik agar ia sampai ke matlamat dan tujuan kita. Karamunting sokong penuh. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Karamunting. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Nabawan.
Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker, dengan izin im reading (ketawa)
Reading.
Ya, reading (ketawa). Okey.
Jalur gemilang bendera kita, megah berkibar di pagi hari, selalu kita berdoa kepada-Nya, supaya negara dan negeri, aman harmoni.
Ya. You are pantuning, you know.
Lama tidak berpantun dalam Dewan.
Sampan kolek menuju ke hilir, Sarat muatan si buah kelapa; Jangan berkata hanya dibibir, Cintakan Sabah cerahkan buktinya.
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa, diatas segala nikmat dan anugerah yang dilimpahkan kepada kita semua sama-sama kita berdoa, mudah-mudahan Sabah akan terus maju dan berdaya saing setara dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini, khususnya Kerajaan dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri. Terima kasih sekali lagi, Datuk speaker kerana memberi peluang bagi saya sama-sama membahas usul Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964.
Datuk speaker, pertama sekali untuk saya membahas usul ini saya suka memetik laporan surat khabar The Star yang bertarikh pada 30 Julai 2023 yang lalu. Mengenai peratus kadar kemiskinan di seluruh negara pada tahun 2022. Secara kasarnya, keseluruhan yang dikeluarkan oleh Department Of Statistics Malaysia atau Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan trend penurunan berbanding rekod sebelumnya. Sabah merupakan antara Negeri tertinggi peratus kadar kemiskinannya. Dan tetehan ini, perkara ini menyentuh sedikit tadbir urus dalam isu perlaksanaan dan juga penyelenggaraan projek-projek infrastruktur prasarana di negeri Sabah yang boleh menyokong pertumbuhan pembangunan ekonomi dan juga aktiviti sosial sekali gus bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Semoga dengan pindaan enakmen ini, isu seperti projek-projek pembinaan pembangunan yang bersifat merangsang aktiviti ekonomi dan juga sosial akan dapat ditangani dengan kadar segera dan juga teratur.
Berkait dengan perkara tersebut antara isu utama yang ingin saya suarakan adalah mengenai insfrastruktur dan juga prasarana di kawasan saya sendiri di daerah Nabawan, merupakan kawasan pendalaman bersempadan dengan negara Indonesia, sebelum ini kita telahpun menyuarakan tentang isu-isu pembinaan ICQS ini jalan-jalan perhubungan, bekalan air, dan elektrik pun aktiviti internet dengan izin,
dan isu lain dari segi ekonomi dan sosial seperti Pembangunan Modal Insan demi Kesejahteraan Masyarakat dan manafaat negeri Sabah. Berhujah mengenai isu insfrastruktur atau prasarana saya ingin bertanya dan tekankan kepada Pihak Kerajaan Negeri mengenai status terkini cadangan pembinaan ICQS di Kampung Bantul Pansiangan yang terletak di daerah Nabawan. Saya mengalu-alukan perkara ini untuk dilakukan kajian semula untuk dipercepatkan berikutan pihak Kerajaan Negara jiran, iaitu Indonesia sudah pun hampir selesai membina atau mewujudkan kos sempadan mereka di Labang Pansiangan, Indonesia, iaitu bersebelahan dengan Kampung Bantul di Nabawan. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar Kerajaan Negeri mengambil perhatian khusus berkenaan dengan perkara ini untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan agar tindakan sususlan yang pantas dan sesuai boleh dilaksanakan.
Isu kedua yang ingin saya suarakan pada kali ini adalah berkaitan dengan status dan tindakan kerajaan mengenai Kerajaan Negeri terhadap kawasan perkampungan yang masih termasuk dalam hutan simpan. Sebagai contoh, kawasan kampung pangarangan di Nabawan kawasan perkampungan di sana masih terkandung dalam hutan simpan. Perkara ini berkaitan dengan isu jalan-jalan perhubungan dan juga jalan bekas pembalakkan yang kini menjadi jalan utama belum dapat diwartakan sebagai jalan negeri dan diharapkan melalui Pindaan Enakmen ini masalah jalan-jalan bekas pembalakkan di pendalaman negeri ini dapat diberikan peruntukkan pembangunan yang wajar. Begitu juga dengan masalah bekalan air dan juga elektrik dan kita tidak boleh pandang remeh perkara-perkara ini dan kita mesti berganding bahu untuk mencari solusi yang berkesan sebagai penyelesaian yang tuntas. Persoalan lain ialah mengenai, isu bencana alam yang mana telah dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum ini dan juga isu-isu kesihatan yang memerlukan pelan strategik, ataupun persediaan awal bagi memudah urusan pemulihan pencegahan dilakukan. Lebih-lebih lagi bila dikawasan pendalaman ini. Persoalannya ialah melalui Pindaan Enakmen ini adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengasingkan atau mewujudkan sesebuah badan bertanggungjawab atau jawatankuasa yang boleh mengurus peruntukkan untuk memfokuskan kepada pelaksanaan pencegahan awal dan pemulihan bencana-bencana alam yang sering berlaku di negeri ini. Datuk speaker, ya kita faham mungkin sebelum ini peruntukkan ataupun perbelanjaan Kerajaan Negeri agak terbatas. Namun demikian, saya percaya di
bawah kepimpinan Kerajaan Negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan kita mampu melonjakkan peruntukkan dan pendapatan negeri untuk membangunkan negeri Sabah yang kita cintai. Lebih-lebih lagi, apabila usul Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 dipinda dan ditambah lagi dengan komitmen kita mengenai tuntutan perkara-perkara yang terkandung MA63 yang mana akan mengembalikan pelbagai kuasa autonomi ataupun Hak-hak Sabah yang boleh merubah landskap tadbir urus kita terutamanya dalam aspek tatakelola Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri.
Datuk speaker, hari ini saya terpanggil untuk menyuarakan pandangan saya mengenai kerjasama ataupun dokongan dari pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk agensi-agensi dan juga badan-badan berkanun dibawah Kerajaan Negeri Sabah. Sebagai contoh, pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah atau SLDB. Antara objektif utama, adalah untuk membantu Kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan dan melaksanakan program pembangunan yang berpandukan kepada kehendak agar menjadikan kawasan luar bandar di Sabah satu kawasan yang menarik maju dan juga menguntungkan. Apa yang menjadi persoalan saya, adalah mengenai kesediaan Kerajaan Negeri dari segi suntikan dana dan juga usaha sama G to G, ya untuk ditranformasi dan diperhebatkan lagi. Apakah kesediaan pihak Kerajaan Negeri untuk membantu badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan mengendalikan dan melancarkan urusan pembangunan atau pembinaan projek-projek infrastruktur yang melibatkan keperluan rakyat luar bandar di Negeri ini. Sebagai contoh, SLDB perlu melakukan kerjasama dengan contohnya pihak Kementerian Pertanian, Perikanan dan juga Industri makanan untuk melaksanakan projek besar dan berimpak tinggi, iaitu mengenai food security. Kita memerlukan pengiktirafan dan juga bantuan-bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk menjayakan program-program sebegini kerana kita tidak atau SLDB tidak boleh melakukan sendiri, banyak proses kekangan lain yang memerlukan kerjasama untuk manjayakan program tersebut.
Secara keseluruhannya, dalam membahas usul Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Kerajaan 1964 ini adalah menjadi harapan saya isu-isu yang telah saya utarakan dan kupas diambil perhatian dan ditangani oleh Pihak Kerajaan Negeri bagi menilai dan menimbang dengan sewajarnya bagi membelanjakan peruntukan atau dana
kerajaan sesuai dengan keluhan dan keperluan rakyat di negeri ini demi pembangunan yang lebih menyeluruh.
Datuk Speaker, untuk mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini ataupun saya mengambil kesempatan ini untuk...
…mengucapkan Selamat Menyambut atau menjayakan Hari Kebangsaan, bulan kebangsaan ini dan Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Saya titipkan kata-kata bijak daripada seorang tokoh yang bernama Napoleon Hill untuk pedoman kita semua. “The man who does more than he is paid for will soon be paid for more than he does”, maksudnya orang yang melakukan yang lebih daripada yang sepatutnya, akan segera dapat apa ini er segera dibayar dengan lebih apa yang dilakukan.
Akhirulkalam, wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
(bunyi ketukan meja)
Terima kasih Yang Berhormat Nabawan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin. Panjangkah, Sindumin? Okey.
Terima kasih, Datuk Speaker. Pertama, saya ingin ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Kerajaan kerana ah membuat satu langkah yang bijak, yang baik, iaitu ah dengan meminda sedikit Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 dengan menambah Sabah State Special Fund Trust menggantikan yang itu.
Datuk Speaker, tabung amanah ini bukan baru tapi sebelum saya teruskan, saya minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri.
Berapa sebenarnya tabung amanah milik Kerajaan Negeri Sabah ini?
Saya cuba kaji dan lihat, kita cuma ada dua. Satu, iaitu Tabung Amanah Yayasan Sabah untuk pendidikan dan ah saya setuju kita tubuhkan tabung ini dan kita kena belajar dari negeri-negeri lain,
negeri jiran kita sahaja, Sarawak. Saya melihat Sarawak ada sekurang-kurangnya lima tabung amanah, iaitu Tabung Bencana Sarawak yang ditubuhkan untuk sokongan kewangan dalam menghadapi bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan dan yang sering berlaku di Sarawak. Yang kedua, Dana Amanah Pembangunan Infrastruktur Sarawak ataupun DAPIS ringkasnya yang bertujuan untuk membiayai pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penting Sarawak seperti jalan raya, jambatan, lapangan terbang dan lain-lain. Kemudian, Tabung Kebajikan Sarawak (TKS) adalah amanah, tabung amanah yang ditubuhkan untuk membantu keluarga miskin dan golongan yang memerlukan di Sarawak. Yang keempat, Tabung Kebajikan Masyarakat Nelayan Sarawak, iaitu TKMNS yang bertujuan untuk membantu komuniti nelayan Sarawak dalam menyediakan kewangan dan sokongan untuk meningkatkan kehidupan ah dan juga bantuan untuk nelayan. Kemudian, mereka ada Tabung Orang Asli Sarawak ataupun TKOAS, iaitu untuk tujuan membantu untuk komuniti orang asli Sarawak. Ah, saya pun baru tahu, Sarawak ini ada orang asli. Kita tidak ada orang asli, kita orang Bumiputera. Kemudian di Johor, Yang Datuk Speaker, kita sekurang-kurangnya ada lima juga tabung di Johor, iaitu Tabung Bencana Negeri Johor. Ah saya, iaitu untuk bencana juga. Kemudian, Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur seperti Sarawak juga, DAFI, TAPIJ (ejaan kurang jelas).
Kemudian, Tabung Kebajikan Negeri Johor (TKNJ) yang juga untuk membantu keluarga miskin dan juga golongan memerlukan. Kemudian, Dana Amanah Pembangunan DESA Johor (DAPDJ), iaitu untuk menyokong pembangunan dan kemajuan DESA di Johor. Yang kemudian kelima, Tabung Kebajikan Nelayan Johor. Jadi kita ini, ah saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri ah untuk yang itu.
Kemudian di Selangor, juga sekurang-kurangnya ada lima tabung. Ah, Tabung Bencana bagi negeri Selangor, ah saya tidak macam tadi juga Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur sama juga, Tabung Kebajikan Negeri Selangor, Tabung Kebajikan Orang Asli Selangor dan Tabung Kebajikan Nelayan Selangor. Ah, mereka semua ada tabung untuk membela dan saya cuba lihat di luar negara, Datuk Speaker, ah di Alaska, Amerika Syarikat, dia ada Dana Amanah Tetap Alaska, iaitu untuk mengambil sebahagian daripada keuntungan minyak dan disimpan untuk menjana sumber kewangan bagi generasi akan datang. Maknanya, ah mereka ada
tabung, siapa juga menjadi rakyat Alaska akan ada, ada saham di situ dan dibagi dividen semua tahunan kepada penduduk Alaska.
Dan saya semak juga di Alberta Kanada, iaitu Dana Tabung Kekayaan Warisan Alberta, iaitu kutipan daripada royalti minyak dan gas untuk generasi akan datang seperti juga di ah, Alaska.
Kemudian di Australia, ada Tabung Amanah Masa Depan Orang Australia yang ditubuhkan dalam tahun 2006, iaitu untuk menangani kewangan penduduk Australia yang kekurangan liabiliti pencen yang belum selesai ataupun diselaraskan oleh anak ,oleh kos Kerajaan.
Kemudian, ada di Singapura dan juga di Negara Kuwait.
Mereka ada tabung tapi diserah kepada ah Holding Company milik Kerajaan Negeri, iaitu Tumasek yang juga bertanggungjawab untuk mencari dana, ah untuk tabung negara. Kemudian Kuwait Investment Authority di Kuwait dan di Sabah kita sudah ada sebenarnya, kita tidak menjalankan, iaitu kita ada Khazanah Holding Berhad yang sepatutnya ah membuat yang ini.
Jadi, ah saya tertanya apabila tabung ini diadakan ada wang yang dikumpul ke dalam tabung ini nanti dan digunakan untuk berbagai peruntukan. Contohnya tadi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, iaitu banjir, untuk kebakaran dan juga lain-lain.
Tapi barangkali agak sukar kerana ah bila duit ini masuk ke dalam tabung ini nanti masing-masing akan berebut.
Ah, masing-masing akan mengejar tabung itu dan the best fighter will get.
Saya tidak, kalau boleh Yang Berhormat, Kerajaan tidaklah sebegitu, contohnyalah. Ah, kita ada Tabung NADMA banjir di kawasan Sindumin, Sipitang. Tiap-tiap tahun kita memang ada banjir seperti Telupid juga tadi. Bila ada banjir, kita sudah ah lapor. Kita bagi anggaran berapa yang kita mahu tuntut.
Kita bawa mesyuarat bencana alam daerah. Kemudian kita hantarlah laporan itu kepada negeri dan juga ke pusat. Malangnya, Datuk Speaker, laporan itu sampai atau tidak sampai, kita tidak tahu dan peruntukan itu tidak turun ke daerah ataupun ke negeri dan kalau turun pun, dia banjir, kemarau, banjir lagi, kemarau lagi, baru sampai.
Ah, jadi maksudnya tidak
selesai dalam masa keadaan banjir masa itu.
Jadi, banjir sudah surut, kemarau baru…
Jalan kaki sahaja dia orang bawa itu peruntukan ah. Dia orang bawa itu peruntukan, barangkali jalan kaki pergi Sipitang.
Maksud saya ialah bahawa kita mahu masalah rakyat itu diselesaikan segera, bukan kita mesyuarat, tunggu hantar ke Persekutuan dan kita memohon. Apa yang saya ingin cadangkan kepada Kerajaan ialah kita minta duit NADMA itu diparking ataupun disimpan kepada Kerajaan Negeri dan bila ada banjir, terus dibagi kepada daerah mengikut bajet. Tidak tertangguh. Ini juga ah, Yang Berhormat Sugud, Menteri kita mengkali ah sudah cadangkan begitu.
Saya cadangkan begitu supaya juga diparking duit banjir itu yang sering ada banjir di daerah itu. Contohnya, dalam RM300 ribu di daerah tapi janganlah kita parking di daerah yang sering banjir yang memang kita ah setiap tahun di situ tetap akan ada peristiwa banjir.
Rekod contohnya, di Beaufort yang selalu banjir, memang ada banjir. Di Sindumin tetap ada banjir. Di Telupid, daerah-daerah di sebelah Pitas tapi kalau yang tidak ada banjir itu di Semporna jarang ada. Tidak payahlah parking di Semporna, misalnya.
Jadi, , inilah yang saya ah,… kita ada peruntukan daripada Pusat tapi kita ada perancangan lima tahun.
Kadang-kadang duit itu, dia tidak datang at the right time dengan izin Datuk Speaker.
Ah, contohnya, kita perlu datang duit itu bulan Januari atau Februari tapi dia sampai bulan Jun dan kita diarah untuk laksanakan, siapkan belanja bulan Jun.
Ah, tentu sekali kita terkapai-kapai kerana kita tidak bersedia.
Seharusnya duit itu sudah diserah hak di negeri Sabah seperti yang dikatakan tadi, kita ambil dan kita tidak sempat laksanakan dan kita simpan di bawah tabung untuk melaksanakan. Memang melangkah tahun, tidaklah kita perlu AP55 ataupun AP58 untuk membayar yang itu.
Maknanya, ah duit itu sudah ada, terserah kepada Kerajaan Negeri, berapa tahun dia mahu melaksanakan tapi itu terpulang kepada Kerajaan Negeri. Kalau Kerajaan Negeri mahu…
Rakyat senang, mahu rakyat mendapat manfaat kita kena aturkan tetapi bila kita tidak belanja, ditarik balik pada bulan 12 ataupun bulan satu, Januari. Dan kita kena memohon semula dan pemohonan semula itu peranannya sama juga. Mohon bulan Januari, bulan Jun sampai, akhirnya kita tidak boleh belanja. Jadi sebab itulah salah satu juga saya melihat bahawa Kerajaan atau negeri kita ini lambat maju, kerana urusan birokrasi ini. Kalau sudah kita ada MA63 ini, hak yang telah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat, iaitu disentralisasi ataupun kuasa kepada negeri yes parkinglah duit itu tanpa ditarik balik. Saya sangat setuju cadangan, sebenarnya ini sudah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sudah suarakan pada sidang yang lalu bulan Mei dan pada 27 Julai, Jun tahun ini.
Yang Berhormat Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah bangkitkan cadangan untuk tubuh tabung ini dan memang Kerajaan Persekutuan sebenarnya sudah setuju, dan kita berharap ini adalah langkah yang sangat bijak oleh Kerajaan Negeri untuk mengadakan tabung ini, dan selepas ini tidak ada lagi isu penarikan peruntukan. Tidak ada lagi isu memohon semula. Tidak ada lagi isu kita tidak boleh bekerja ataupun ada isu-isu yang birokrasi yang mengekang dan tidak lagi payah orang Sabah bilang tapuk-tapuk duit itu di tempat lain seperti kata Senallang tadi. Saya tahu Senallang dulu ada duit di Kementerian dia di luar bandar, dia tapuk di MARA, dia tapuk di FELCRA, jadi duit itu tidak hilang dalam rekod bila, bila sudah buat accrue, all spent, all spent but the, bilang ejen sebenarnya duit itu belum dibelanja tapi tapuk ataupun simpan di tempat lain, dan dikeluarkan. Jadi ejen pelaksananya bukan Kementerian tapi agensi, misalnya FELCRA, pusat Giatmara atau MARA jadi ini tapi tidaklah baik sebegitu.
Kita ada jalan yang, cadangan Kerajaan Negeri yang telus, yang teratur yang boleh kita laksanakan dan ini sudah dipersetujui. Datuk Speaker, saya rasa ini adalah sudah sampai masa untuk rakyat negeri Sabah menikmati apa yang kita seharusnya ada. Untuk menikmati pembangunan yang kita rancang dan berjalan dengan lancar,
tidaklah tersekat oleh kerana birokrasi dan juga kerenah Persekutuan. Tahniah Yang Berhormat Menteri atas cadangan ini, Kerajaan Sabah, saya ingat Sabah Maju Jaya itu menjadi kenyataan apabila ini dilaksanakan berkuat kuasa 11 Ogos sudah, sudahlah, sudah berkuasa pada 11 Ogos nanti. Dengan itu, Sindumin, Datuk Speaker, mohon menyokong. Tahniah, terima kasih.
Terima kasih, Sindumin. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kunak. Jangan marah-marah ya, Kunak.
Insya-Allah tidak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terima kasih untuk peluang saya berbahas untuk Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan. Langkah ini merupakan langkah yang sangat penting untuk negeri Sabah kerana selain kegunaan untuk pemulihan bencana, kita sangat berharap agar peningkatan infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan air menjadi keutamaan.
Kita perlu memastikan moto dan doa-doa kita agar Sabah Maju Jaya dapat kita realisasikan secepat mungkin. Datuk Speaker, pada setiap tahun, wilayah Sabah secara anggarannya akan diberikan di antara 5.5 bilion sehingga 6.7 billion peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kita wilayah Sabah akan mengembalikan secara anggaran 1 hingga 3 bilion kerana wang yang diberikan tidak dibelanjakan habis.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan antara faktor yang ketara adalah kerenah birokrasi. Sama ada perkara ini berlaku benar-benar disebabkan prosedur yang gagal kita penuhi ataupun tindakan sengaja bagi menidakkan hak Sabah dalam pembangunan, dan situasi ini jelas merugikan wilayah Sabah yang dahagakan pembangunan.
Oleh itu, penubuhan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini adalah perkara yang amat perlu dalam memastikan lebihan dana ini tidak perlu lagi dikembalikan kepada Persekutuan tetapi perlu kekal diurus oleh Kerajaan Negeri. Datuk Speaker, selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri kita
berjaya meningkatkan pemberian khas, iaitu daripada 20.6 juta sekian lama kepada 125.6 juta bagi tahun 2022 dan meningkat kepada 129.7 juta pada tahun 2023. Dan semoga komitmen meningkatkan ke 300 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak juga dapat kita realisasikan. Datuk Speaker, sebagai rakyat Sabah yang sangat dekat perjuangan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, saya merayu agar tindakan Kerajaan GRS dalam mewartakan perkara ini bukanlah bermakna kita menggugurkan tuntutan asal 40% dan hak untuk menuntut tunggakan. Saya mengesa agar kita terus menuntut 40% tersebut sehingga berjaya. Pada masa yang sama, pewartaan ini tidak akan menyekat kita untuk meneruskan rundingan dan kadar pemberian khas boleh dinaikkan bila-bila masa.
Dengan jumlah pemberian khas yang meningkat dari tahun ke tahun, pastinya akan menjadi penangkis kepada putar belit pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Datuk Speaker, kami di Kunak sangat teruja setiap kali satu demi satu inisiatif peruntukan Kerajaan dari Persekutuan diumumkan. Nilainya yang mencecah ratusan jutaan ringgit sangat sedap di halwa telinga, namun kami juga sedikit terkilan kerana setiap kali senarai projek diumumkan, amat jarang nama daerah Kunak disebut sebagai penerima projek pembangunan. Permohonan untuk membina masjid baharu bagi menggantikan masjid daerah yang lama, yang sudah berumur lebih 50 tahun masih tidak ada bunyi.
Permohonan kompleks sukan yang pernah diumum, diluluskan dalam Dewan yang mulia ini, Datuk Speaker, masih tidak nampak bayangnya. Sekolah-sekolah daerah Kunak terutama sekolah menengah sudah tidak dapat menampung jumlah pelajar dan perlukan pembinaan sekolah menengah yang baharu. Permohonan kecil rakyat Kunak yang ingin menikmati taman awam yang lebih selesa untuk anak-anak juga tidak kelihatan sehingga hari ini.
Saban kali, bersidang dan berbahas, saya pastinya akan menyuarakan rayuan kami tentang Jalan Tingkayu yang sangat mengerikan.
Masalah air yang tidak berpenghujung juga menjadi zikir perjuangan kami di Kunak. Datuk Speaker, walaupun jelas terdetik rasa kecewa, namun saya bertegas untuk tidak berputus asa. Selagi ada kudrat, jerit pekik untuk memajukan Kunak, akan saya teruskan.
Datuk Speaker, dalam keterujaan kita menuntut peruntukan yang lebih besar dan melaksanakan projek-projek pembangunan di seluruh Sabah, saya ingin mengusulkan pihak Kerajaan Negeri agar terus berusaha untuk penurunan kuasa bidang pendidikan dan kesihatan. Saya sangat setuju dengan pendekatan Kerajaan Negeri hari ini yang mengambil keputusan melaksanakan penurunan kuasa terlebih dahulu, barulah mewujudkan portfolio Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Kita perlu belajar dari kesilapan yang lepas apabila Kementerian yang ditubuhkan hanya gah di mata namun ibarat singa yang tidak ada gigi. Jangan kata menentukan projek pembangunan, mahu pindahkan pegawai pun, kami tidak ada kuasa. Oleh itu, sebagai anak Sabah, saya menyokong penuh usul Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1994 bagi penubuhan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri Sabah.
Datuk Speaker, sebelum mengakhiri perbahasan saya, sedikit pesan buat diri sendiri dan semua. Ayuh rakan-rakan wakil rakyat, mari kita fokus bekerja membantu rakyat. Mari kita hindarkan politik kebencian yang memualkan rakyat. Izinkan saya menyatakan tanda hormat saya kepada barisan Kabinet hari ini kerana budaya kerja mereka yang sangat proaktif. Barisan pimpinan Kabinet hari ini, boleh saya katakan bicaranya kurang tapi tindakannya banyak dan hebat.
Selaku wakil rakyat, saya kini, Datuk Speaker, always looking forward untuk persidangan Dewan Undangan Negeri kerana setiap kali Dewan Undangan Negeri bersidang, ada perkara-perkara baharu yang sangat baik dalam usaha membangunkan negeri yang tercinta ini. Sekali lagi, tahniah kepada semua, keep up the good work, Kunak mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Kunak. Yang Berhormat Menteri tolonglah tengok-tengok rayuan dia itu. Dia memang lama sudah dia minta-minta. Jadi sekarang saya jemput Yang Berhormat Darau.
Terima kasih, Datuk Speaker, bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera.
Terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahas Enakmen RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 2023 yang mana enakmen ini memperuntukkan menampung kekurangan dana program berhubung dengan pencegahan dan pemulihan bencana pembasmian kemiskinan dan penyediaan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan perkhidmatan sosial.
Saya menyambut baik RUU ini dan sudah pastinya saya menyokong pembentangan RUU pada kali ini dan dengan adanya RUU ini, ianya sekurang-kurangnya dapat memastikan sektor industri kecil sederhana dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum Tuan Speaker, IKS memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan ekonomi sesebuah negeri walhal sebuah negara.
IKS telah menyumbang hampir 40% dan lebih tepat lagi 38.3% keluaran dalam negara kasar KDNK negara kita.
IKS amat penting kerana ianya dapat memberi peluang, membentuk peluang pekerjaan kepada rakyat khasnya kepada belia-belia dan dalam pada masa yang sama, ianya dapat mengurangkan pengangguran dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negeri kita.
Kalau kita lihat dengan adanya peluang pekerjaan, kita ada terbentuknya purchasing power ataupun kuasa membeli rakyat kita dan ini secara langsung akan meningkatkan ekonomi kita dengan pesat dan disamping itu, ianya juga dapat memanfaatkan pengeluaran bahan-bahan mentah asli yang dikeluarkan secara local kerana secara amnya IKS-IKS ini akan menggunakan bahan mentah, bahan-bahan mentah local.
Saya ambil, Saya ambil contoh yang paling simple sekiranya contohnya, industri kecil yang orang kampung menjual kerepek pisang. Dengan adanya industri ini, kita perlukan pekebun-pekebun untuk memperbanyakkan hasil tanaman pisang mereka.
Saya bercakap melalui pengalaman kerana apa yang saya perhatikan pada masa ini, yang menjadi masalah kepada eksport IKS-IKS kita, usahawan-usahawan kita adalah ketidakcukupan bahan-bahan mentah seperti pisang dan ubi-ubi kayu kerana terdapat permintaan dari luar negara yang amat tinggi. Tetapi oleh kerana kita tidak
mampu mengadakan bahan-bahan mentah ini, maka pengusaha kita tidak dapat menjual dalam kuantiti yang lebih besar untuk memenuhi permintaan daripada luar negara dan ini menyumbang kepada apa ini, kos pengangkutan yang lebih tinggi di mana kontena-kontena yang masuk ke negeri kita, bila dia balik tidak ada hasil dari negeri ini, tidak ada kecukupan hasil daripada negeri ini untuk memenuhi permintaan daripada luar negara dan satu lagi kepentingan IKS ini adalah dimana produk-produk ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh IKS adalah pada tahap yang berkualiti dan pada harga yang berpatutan dan ini sekurang-kurangnya dapat membantu merancakkan ekonomi di negeri kita dan saya minta pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan untuk melihat, memberikan tumpuan yang lebih kepada IKS ini kerana kalau kita terlalu memandang ke luar, kita lupa kepada industri yang boleh membantu rakyat kita sendiri.
Jangan lupa 40% KDNK negara kita adalah daripada IKS, kita tidak boleh pandang rendah benda ini dan saya mohon kepada kementerian Kerajaan Negeri tumpuan kepada IKS dari segi bantuan dan sokongan bagi memastikan IKS dapat terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negeri Sabah. Idea-idea baharu dan inovatif perlu dikenal pasti untuk tujuan ini. Kita tidak boleh terus bergantung kepada cara lama, kita mengurus sektor ini. Sekiranya masih mengamalkan business as usual, percayalah tanpa idea baharu saya percaya kita akan terus berada pada tahap yang sama.
Datuk Speaker, RUU ini juga digunakan untuk menampung kekurangan dari segi pemulihan bencana dan pencegahan dan saya mengambil peluang ini untuk beberapa kalinya seingat saya setiap kali DUN ini bersidang, perkara ini saya tetap akan bangkitkan, ianya berkaitan dengan sungai Rampayan.
Saya mohon tidak tahu untuk keberapa kali sudah, saya mohon lihatlah masalah yang dihadapi di Kampung Rampayan, iaitu sungai Rampayan setiap kali hujan kita akan mengalami banjir.
Sindumin tadi lupa sebut pasal Rampayan.
Kalau tempat lain mungkin beberapa bulan sekali banjir, tetapi di Rampayan ini dikatakan sebulan dua, tiga kali banjir.
Jadi, saya mohon dengan adanya tabung ini, kita mohon dapat menyelesaikan walaupun tidak banyak dapat menyelesaikan masalah sungai Rampayan banjir ini dan saya khuatir ia akan mengakibatkan kehilangan nyawa kerana pada masa ini, terdapat beberapa rumah yang terdapat di sepinggir sungai Rampayan ini yang berada dalam keadaan amat membimbangkan.
Sekali lagi banjir, saya yakin yang rumah sebuah itu inalillahi wainailaihi rajiun.
Saya mohon, saya telah mohon, saya telah menghubungi MP, MP pun tidak boleh buat apa-apa, Pembantu Menteri kita YB Peto, saya sudah maklumkan beliau kerana beliau, Kementerian beliau yang bertanggungjawab ke atas pembinaan sungai ini.
Saya mohon, saya mohon merendahkan diri di sini kalau boleh selesaikanlah masalah ini dan demi membantu penyelesaian masalah ini, saya juga memohon bagi pihak kerajaan agar lantiklah ketua kampung di sebuah kampung yang baharu di gazettekan.
I think Datuk Isnin tahu berkenaan perkara ini, saya mohonlah lantik ketua kampung di sana, kita boleh pindahkan penduduk kampung ini melalui ketua kampung yang baharu. Saya mohon, saya merayu, saya merayu betul-betul kali ini. Sudah berapa tahun…
...saya mohon ini setiap kali kalau kita tengok ah… kita punya ini pun setiap kali DUN ini juga benda yang saya cakapkan. Kita serius, okey? Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar pengerusi-pengerusi JPKK yang telah ditamatkan, kalau boleh buat sementara waktu ini disambung dulu untuk sementara bagi mengurus kampung-kampung di kawasan masing-masing kerana banyak masalah. Budak sekolah minta tandatangan apa semua. Kalau mahu jumpa saya, boleh patah juga tangan saya ini mahu tandatangan semua dokumen-dokumen itu. Jadi saya mohon perkara-perkara ini dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Saya merayu agar kali ini tindakan dapat diambil dengan segera. Saya mohon menyokong.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Darau.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kuamut.
Terima kasih Datuk Speaker.
Salam hormat, salam Malaysia Madani dan salam… Terima kasih atas peluang ini. Datuk Speaker…
Panjang? Panjang?
Pendek saja mungkin.
Okey.
Terima kasih atas peluang yang diberikan ini.
Saya, tujuan saya berdiri di sini untuk sama-sama menyokong Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebagai tanda solidariti kami daripada DUN Kuamut kerana selama itu kita saling, sering mengatakan bahawa harus ada penambahbaikan dalam perkhidmatan kita di peringkat Persekutuan dan di peringkat Negeri.
Kita sedia maklum melalui Rang Undang-undang ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan, akan menubuhkan sebuah tabung yang dipanggil sebagai Tabung Amanah untuk tempat parking ataupun tempat menyimpan mana-mana juga dana-dana yang diperuntukkan sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan ataupun mungkin ada satu ilham daripada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan kewangannya sendiri dan disimpan di sini untuk memudahkan penggunaan kewangan dan sebagainya.
Datuk Speaker, melalui tabung pewujudan Tabung Amanah ini akan banyak manfaat yang kita kan terima. Dalam pengamatan saya peng… ah… manfaat yang pertama dari segi sudut politik ataupun dari segi sudut pentabiran sama adanya politik di Persekutuan ataupun di politik di Kerajaan Negeri.
Sebagai contoh Datuk Speaker, setelah sekian lama kita Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri selalu mempertikaikan tentang usaha dan keikhlasan Kerajaan Persekutuan apabila mereka menyalurkan peruntukan setiap tahun tetapi dana itu tidak dapat dilaksanakan mengikut seperti yang dijadualkan dan rakyat tertanya-tanya kerana
sering kali kita mendengar pengumuman-pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan sama ada dalam bentuk projek ataupun dari segi bentuk dana ataupun kewangan tetapi akhirnya rakyat tidak dapat melihat hasilnya kerana seperti yang kita sedia maklum ramai yang diperkatakan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa peruntukan perkara yang Persekutuan itu hanya disalurkan kalau pun bukan diper… di penghujung ia hampir-hampir di penghujung tahun barulah peruntukan-peruntukan itu disalurkan dan apa yang berlaku kita semua maklum bahawa peruntukan itu tidak dapat dimaksimumkan penggunaannya dan hasilnya peruntukan-peruntukan ataupun projek-projek yang diumumkan tidak dapat dilaksanakan.
Jadi saya amat setuju. Sekiranyalah memang sudah ada persetujuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bahawa setiap dana yang telah disalurkan tetapi projeknya tidak sempat dilaksanakan maka kewangan itu haruslah disimpan dalam Tabung Amanah ini.
Datuk Speaker, apabila ini berlaku Kerajaan Negeri mempunyai ruang lingkup yang tidak terhad. Ertinya dari sudut politik seperti yang saya katakan tadi mungkin Kerajaan Negeri boleh membantu melalui tabung ini menggunakan duit yang dalam tabung ini untuk memulakan projek-projek yang diumum oleh pemimpin-pemimpin Persekutuan ataupun disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebagai contoh Datuk Speaker, kelmarin Yang Berhormat Menteri Kerja Raya melalui jawapan lisan kepada seorang wakil rakyat yang bertanyakan tentang masalah-masalah yang melibatkan elektrik dan sebagainya dan waktu Pre-Council Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah bersedia untuk menggunakan Kewangan Kerajaan Negeri sehinggalah Kerajaan ataupun peruntukan khas yang belum sampai yang diumumkan daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri bersedia untuk menggunakan kewangannya sendiri.
Nah, ini satu kerjasama yang amat baik. Kerana apa Datuk Speaker? Sebelum kerajaan ataupun dana Kerajaan Persekutuan sampai ke Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri boleh menggunakan kerja.. apa ni.. kewangannya sendiri dan mungkin melalui Tabung Amanah ini boleh digunakan sekurang-kurangnya boleh
meminimumkan tanggapan masyarakat bahawa Kerajaan Persekutuan hanya tahu mengumum sahaja tetapi tidak menyalurkan kewangan seperti yang dijadualkan. Itu yang pertama, yang kedua Datuk Speaker, memang sudah tentu Kerajaan Negeri akan dapat banyak, banyak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berada di hadapan kita dan berada di hadapan rakyat tanpa terikat dengan polisi ataupun prosedur-prosedur tertentu seperti.. apa ni peruntukan-peruntukan belanjawan biasa. Sebagai contoh seperti yang dinyatakan di sini, penyediaan jalan raya, mungkin penyediaan untuk bencana alam dan pelbagai dan kita sering kali melihat dan mendengar bahawa ada keluhan-keluhan daripada pelabur-pelabur kita yang berminat melabur di tempat kita dan kita ucap tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat bahawa sama ada di media sosial ataupun di Dewan Undangan Negeri sendiri ini, kita mendengar bahawa ramai sudah pelabur-pelabur yang datang ke negeri kita ini untuk melabur dan sekali gus melonjakkan ekonomi negeri Sabah ini.
Tetapi pada masa yang sama, kita juga mendengar keluhan bahawa kemudahan-kemudahan infra kita, tidak tersedia untuk menghubungkan antara kilang-kilang yang mereka akan dirikan dan sebagainya kemudahan elektrik dan sebagainya dan mungkin saja Datuk Speaker, melalui tabung ini, sebelum pun mungkin peruntukan-peruntukan yang akan disediakan di masa akan datang pihak Kerajaan Negeri mempunyai alternatif untuk menggunakan tabung ini untuk terus menyediakan kemudahan tersebut supaya tidak ada lagi kerisauan, tidak ada lagi kekhuatiran di kalangan pelabur-pelabur yang datang ke negeri Sabah ini kerana ertinya Kerajaan Negeri penuh dengan tanggungjawab untuk tidak membiarkan mereka tertanya-tanya tetapi Kerajaan Negeri bersedia untuk menjadikan perkhidmatan bukan sahaja dalam bentuk polisi dan dasar tetapi melalui kemudahan-kemudahan infra dan sebagainya.
Datuk Speaker, saya katakan begini sebab beberapa hari yang lalu, saya turut hadir. Kerajaan Negeri telah merancang untuk membuat satu, sebuah kilang simen untuk menyelesaikan permasalahan kenaikan harga simen yang tidak terkawal dan juga harga simen yang kurang dan saya dimaklumkan pada masa itu antara SEDCO dengan pihak satu syarikat yang bekerjasama untuk membina kilang ini.
Sebagai rakyat Kuamut, kami amat bangga dan kami mengalu-alukan usaha kerajaan ini sekurang-kurangnya seperti yang saya katakan selain daripada dia melonjakkan ekonomi negeri Sabah tetapi kami juga di rakyat Kuamut kerana kebetulan saya difahamkan kilang ini akan didirikan di kawasan saya, di kawasan Kuamut.
Sudah tentu akan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan persekitaran yang baik dan yang penting sekali dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi.
Nah, Datuk Speaker, cuma saya ingin maklumkan kepada Kerajaan Negeri kilang yang dicadangkan itu berada di hutan, tengah-tengah hutan kerana di sana ada sumber bahan mentah yang diperlu…
… untuk mahu apa ni membina ataupun mewujudkan simen itu sendiri tetapi letaknya Datuk Speaker terlalu jauh daripada perkampungan. Jadi saya ingin ingatkan kepada pihak Kerajaan Negeri, di sana tidak ada kemudahan jalan raya, di sana tidak ada kemudahan elektrik, di sana tidak ada kemudahan air tetapi kilang akan dibina di sana. Sama juga dengan isu yang lain kepada pelabur-pelabur yang datang di Kota Kinabalu yang belum ada kemudahan jalan raya, elektrik dan sebagainya. Dan saya pasti dan yakin, Datuk Speaker, melalui tabung ini mungkin Kerajaan Negeri boleh mencipta ataupun menyediakan kewangan tertentu untuk penyediaan jalan raya, air dan elektrik ini. Jadi, Datuk Speaker, ini perkara-perkara yang besar. Perkara-perkara yang kecil, yang dapat diselesaikan melalui tabung amanah ini seperti rakan-rakan yang lain nyatakan sebagai contoh bencana alam dan sebagainya. Kerana apabila kita berbicara pasal bencana alam ini, kita tidak tahu itu bencana alam datang bila. Ada satu kes di tempat saya, Datuk Speaker, tiba-tiba bencana alam datang, jambatan gantung jatuh. Budak-budak pun cuma kita tidak highlightlah sebab kebetulan di tempat saya ini kebanyakan Orang Sungai kalau setakat jatuh dua tiga kaki saja tiada hal. Dia pandai berenang jadi tidak payahlah kita highlight. Cuma maksudnya di situ, Datuk Speaker, boleh mengancam nyawalah.
Jadi apa yang berlaku, Datuk Speaker, apabila itu berada di hujung tahun, kita tidak dapat peruntukan mana-mana. Jadi apa yang berlaku kita minta ihsan kepada apa ini Pejabat Daerah, bolehkah kita buat dulu? Supaya jangan lagi jadi menjadi isu yang besar. Sebagai contoh, kalau jambatan-jambatan yang gantung yang kecil. Jadi mungkin melalui tabung ini kita tidak terikat dengan jadual. Kalau perlu dibuat sekarang, buatlah sekarang kerana rakyat mahu supaya ada penyelesaian yang tuntas secepatnya. Bukan kita tunggu, oh kita kehabisan peruntukan, tunggu tahun hadapan dan sebagainya. So, ini penyelesaian jangka yang pendeklah. Satu lagi, Datuk Speaker, di sini ada dinyatakan tabung ini mungkin boleh… Hah? Bukan sama saya, pergi Speaker. Kalau sama Speaker izinkan, saya bagi.
Datuk Speaker, boleh minta laluan?
Okey. Kalau diizinkan, boleh.
Berkaitan dengan kelewatan, bersetujukah Yang Berhormat Kuamut, sekiranya pun walau tabung ini diwujudkan bukanlah menjadi satu alasan kepada agensi Kerajaan untuk melambat-lambatkan ataupun birokrasi berlaku. Nanti dalam mindset, duit ini tidak dibelanjakan pada tahun ini, tahun hadapan lagi. Justeru itu, ada satu mindset di antara agensi Kerajaan yang melambat-lambatkan projek, bukan dengan sengaja tapi mungkin birokrasi. Jadi, kita memohonlah supaya ini dimasukkan dalam ucapan Kuamut. Kita memohon supaya agensi Kerajaan terutamanya bahagian teknikal supaya mempercepatkan apa sahaja projek-projek Kerajaan yang ingin dilaksanakan supaya kita dapat melihat hasil projek, hasil daripada peruntukan yang kita belanjakan setiap tahun. Terima kasih. Terima kasih, Speaker.
Datuk Speaker, saya setuju dengan ucapan itu dan boleh masukkan dalam ucapan saya.
Cuma sebagai penambahbaikan, tambahan saya percaya melalui Tabung Amanah yang diwujudkan ini, kakitangan Kerajaan dia tidak terikat lagi dengan prosedur-prosedur tertentu dan saya juga ingin bertanya kepada Menteri Kewangan bentuk prosedur yang macam mana? Adakah ianya mengikut prosedur-prosedur yang biasa seperti peruntukan ADUN ataupun
peruntukan-peruntukan Kementerian-kementerian, agensi Kerajaan kerana itu terlalu mengikat kita sehingga pelaksanaannya itu amat lambat dan juga kontraktor-kontraktor pun kadang-kadang dia maju ataupun dia gostan kerana dia tanya bila dapat claim dan sebagainya. Tapi saya percaya dan yakin, Datuk Speaker, melalui Kerajaan yang kita dukung sama-sama ini bersama-sama dengan kakitangan Kerajaan. Sebab itu saya selalu mengatakan kepada rakan-rakan penjawat-penjawat awam ini. Mereka ini ada istilah ataupun slogan, kami ini sentiasa berkhidmat. Kami setia kepada Kerajaan. Kami serve kepada government of the day. Kalau boleh, Datuk Speaker, ada SKN sini, tukarlah itu slogan, kami setia kepada government of the day. Mesti setia kepada Kerajaan Negeri Sabah. Itu yang terbaik.
Bila-bila masa pun Kerajaan Negeri Sabah juga, kan.
Kerajaan Negeri Sabah, ertinya tiada sudah yang macam…
Any other day is, Kerajaan Negeri Sabah instead tiada kerajaan negeri lain.
Bukan. Pembetulan. Bukan setia kepada Kerajaan semasa tetapi Kerajaan Negeri Sabah. Barulah kita boleh bentuk sama-sama Kerajaan Negeri Sabah ini tapi yakin dan percayalah di bawah pimpinan SKN dan selama ini pun banyak mereka, apa ini membantu kita dan kita minta mereka akan teruskan khidmat yang terbaik ini untuk sama-sama kita memerdekakan kemiskinan di negeri Sabah ini.
Datuk Speaker, berhubung dengan kawasan saya, kerana di sini ada pembasmian kemiskinan. Saya ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri, sebab selama itu seperti yang kita sedia maklum, Tongod ini merupakan kawasan ataupun daerah lapan daerah yang termiskin di Malaysia. Ini semua orang faham. Orang tahu dan sebagai pimpinan di sana bukan sahaja kita dituduh yang kita tidak membuat sesuatu, malahan seolah-olah kita ini menjadi wakil rakyat tidak tahu apa-apa, buat apa. Sedangkan kita telah memberikan cadangan-cadangan kepada Kerajaan Negeri. Memang ada usaha. Kerajaan Persekutuan pun sekarang melalui ICU
kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat bertekad untuk membasmikan kemiskinan, kalau boleh saya pinjam kata-katanya, kita akan noktahkan apa ni kemiskinan pada tahun ini dan memang sedang bergerak di kawasan dengan membuat kolam-kolam ikan dan sebagainya.
Projek sedang berjalan tetapi harus kita faham sebenarnya sebelum itu pun projek-projek kemiskinan ini sedang bergerak di daerah-daerah. Di kawasan saya pun tidak terkecuali. Menternak ayamnya, menternak ikannya, menternak itiknya, menternak kambingnya, menternak macam-macam.
Tapi entah ke mana, Datuk Speaker, kebanyakan projek-projek ini tidak berjaya. Saya tidak pasti di mana silapnya, sama ada daripada agensi-agensi pembimbing ataupun daripada rakyat saya sendirilah. So, kebanyakan saya tengok selepas ayam sudah matang, sepatutnya boleh dijual dan beranak balik, entah ke mana enam bulan habis satu kandang ayam tiada sudah, tidak lagi. Demikian juga ikan, janganlah ketara kasi pusas. Jadi mungkin ini kita kena buat kajian semulalah. Tetapi di tempat saya, Datuk Speaker, secara terus teranglah, di tempat di Kuamut ini, ramai orang kami ini jadi pekebun-pekebun kecil. Buka kelapa sawit sebab ekoran daripada keprihatinan Kerajaan memberikan tanah mereka geran dan sebagainya. Mereka sekarang usaha kelapa sawit.
Alangkah baiknya kalau usaha kalau ada kewangan dan sebagainya melalui mungkin Tabung Amanah ini. Bagi peruntukan untuk menyelenggara atau untuk menaiktarafkan jalan-jalan kebun ke kelapa-kelapa sawit ini supaya mereka mudah mengeluarkan hasil-hasil mereka dan sebagainya. Itu lagi lebih baiklah sebab kalau kita mengadu kepada JKR, JKR dia cakap, dia jalan yang besar. Kalau kita mengadu kepada KPLB, KPLB dia jalan luar bandar. Kalau kita mengadu kepada MPOB, dia cakap kami hanya memantau kelapa sawit, kami hanya memantau kualiti kelapa sawit, buah kelapa sawit dan sebagainya. Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk menyediakan apa ini, jalan-jalan kebun ini? Untuk memudahkan pekebun-pekebun kecil ini. Kalau melalui peruntukan ADUN, saya ingat tidak ke mana-mana. Itu tidak cukup. Jadi kita mohonlah pada Kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya ini dapat dipertimbangkan mana-mana mereka yang apa ini betul-betul dikenal pasti sebab di sana pun ada Peladang. Saya ingat di mana-
mana pun ada Pertubuhan Peladang. Mereka boleh membantu mengenal pasti mana-mana individu pekebun-pekebun kecil…
Yang betul-betul menyerah hidup mereka kepada kebun-kebun ini, sediakanlah kemudahan ataupun peruntukan untuk jalan-jalan kampung ini.
Datuk Speaker, yang terakhir mungkin ini agak luculah. Tetapi saya cadangkan saja untuk, saya ingat untuk memudahkan orang-orang muda kita ini, selain daripada inisiatif-inisiatif selama ini yang disediakan oleh kerajaan. Saya kongsikan ini kerana sewaktu saya Pembantu Menteri Belia dan Sukan dahulu, kita banyak bergaul dengan orang-orang muda kita dan
Sekarang pun masih muda bah YB.
Ya, syukurlah Datuk Speaker. Dan kita bertanya tentang aspirasi mereka dan sebagainya.
Tetapi itu sudah terkandung ataupun sudah termasuk dalam aktiviti apa ini, polisi ataupun usaha-usaha Kementerian Belia dan Sukan. Cuma satu hal yang saya mahu kongsikan disini Datuk Speaker, kebanyakkan belia-belia kita ini sebenarnya tidak mampu kahwin, terus terang.
Kenapa itu ?
Saya tidak pasti, mungkin kerana mereka, tidak, belum ada pekerjaan ataupun mungkin berian terlampau mahal sekarang. Saya berani cakap sebab saya punya budak pun masih kecil. Tetapi, bukan saya punya maksud begitulah, Datuk Speaker.
Kahwin lari saja bah.
Jadi, mungkinkah kerajaan kita ini mempunyai keperihatinan kepada orang-orang bujang ini, kepada mereka yang baru pertama
kali kahwin Datuk Speaker. Jangan yang kedua kali, jangan ketiga kali, yang pertama kali. Bolehkah Kerajaan Negeri melalui tabung amanah ini kita bagi mereka inisiatif, insentif.
Tidak, tidak cukup itu tabung itu.
Tidak cukup? Kerana Datuk Speaker, ini serius.
Kadang-kadang ada bujang-bujang ini kan bila dorang kahwin, habis. Tiada sudah lima ribu berian bah, Datuk Speaker.
Lima ribu.
30, 40 ribu, 20 ribu.
Lima ribu dia tidak gentar.
Sudahlah pengangguran kita tinggi, kasihan.
Jadi, itu saya utarakan ya Datuk Speaker. Manalah tahu ada keperihatinan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sama Menteri Kewangan sebab tadi dalam jawapan kelmarin, saya dengar Menteri Sainskah? Menteri Sains menjawab apa ini, program-program yang disediakan oleh kerajaan melalui BUDI, BAKTI, pelajar-pelajar universiti sudah ada macam-macamlah, saya tidak boleh sebut satu per satu di sini.
Boleh kita panggil dia Berian Madanilah.
Ah, mungkin keperihatinan Sabah Maju Jaya. Jadi, yang terakhir Datuk Speaker.
Tadi bilang yang terakhir.
Yang ini betul-betul kali terakhirlah. Ini kadang-kadang begini bah Datuk Speaker, sebab saya ini pun kadang-kadang orang panggil YB, kadang-kadang panggil artis juga. Mungkin melalui tabung amanah kita boleh tengoklah Datuk Speaker, kadang-kadang kita punya artis-artis tempatan ini kasihan,
hanya apabila kita ada keramaian-keramaiankan barulah kita jemput dorang. Bagi buat persembahan-persembahan.
Itu yang bikin tinggi belanja kahwin, mahu panggil artis juga.
Maksud saya Datuk Speaker untuk kebajikan mereka, sebagai contoh, mungkin belas kasihan kepada mereka kerana mereka pun, sebenarnya mereka pun pemimpin. Cuma platform kita berlainan. Mereka. Kadang-kadang dalam persembahan-persembahan lagu mereka pun, mereka membantu kita untuk menasihatkan orang-orang muda supaya jangan berfikir yang bukan-bukan dan sebagainya.
Antara mungkin yang kita boleh fikirkan, dulu kita ada bagi mereka anugerah Datuk tahu, Datuk Speaker, artis-artis ini.
Jadi mohonlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri dan Kerajaan Negeri. Kita kalau saya diminta untuk mencadangkan, saya boleh cadang.
Kita ada nama Francis Landong, saya ingat semua orang tahu ini, Francis Landong ini. Dia satu orang legend, orang penghibur yang terkenal di negeri Sabah.
Dia juga pernah mewakili Malaysia pada dulunya sehingga ke Turki dan sebagainya untuk mengharumkan nama negeri Sabah. Jadi mungkin melalui ruang ini saya mohonlah, supaya kalau pun bukan tahun ini, tahun depan. Tetapi, tahun inilah kita teruskan itu, penganugerahan minta ihsan daripada Kerajaan Negeri untuk apa ini, untuk apa ini, kumpulan-kumpulan, penyanyi-penyanyi inilah. Saya ingat itu sajalah Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuamut. Mahu berucap? Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tungku.
Terima kasih Datuk Seri Speaker, atas ruang dan peluang. Pendek sahaja, Datuk Seri Speaker.
Sekadar cadangan dan pandangan kepada Yang Amat Berhormat Menteri untuk kita sama-sama pertimbangkan.
Yang pertama sekali, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2023, banyak perkara telah disentuh dalam
perbahasan tadi.
Tetapi, saya lebih berminat bercakap soal antara peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri yang akan kita simpan dalam Tabung Wang Amanah ini, okay. Bagi memastikan perkara ini menjadi realiti, saya rasa Datuk Seri Speaker ianya memerlukan political will, okay, memerlukan political will.
Perkara pertama yang perlu kita putuskan di Dewan yang mulia ini adalah Dewan yang mulia ini haruslah memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan apabila telah mengumumkan sesuatu peruntukan mestilah terus disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah ini. Dewan ini harus membuat ketetapan tersebut yang pertama. Yang keduanya, melalui Dewan yang mulia ini juga kita boleh meminta kepada wakil-wakil parlimen kita yang mewakili Sabah, ada 25 orang, membawa satu federal bill di parlimen nanti, mengenai perkara ini sebab perkara yang berkaitan dengan hubungan Sabah dan Sarawak ada termaktub dalam IDC report, para 20 subsection dua. Di mana special constitutional arrangement boleh dibuat melalui Dewan yang mulia ini.
Jadi, Yang Berhormat Menteri itu saja cadangan saya dalam perkara, penambahbaikan, okay? Sebab tadi kita bercakap soal banjir apa semua, betul, itu betul dan itu perlu. Tetapi, bagaimana kita mahu selesaikan perkara ini kalau tidak ada duit dalam tabung tersebut tadi dan dengan adanya usaha yang kita buat pada hari ini dan kalau kita ambil keputusan ini, Sabah bukan lagi jadi pentas untuk Kerajaan Persekutuan menabur janji demi untuk dapatkan sokongan kita. Terima kasih Datuk Seri Speaker, itu sahaja, terima kasih.
Tuan
Terima kasih Yang berhormat Tungku.
Demikianlah tadi perbahasan daripada sembilan orang Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, silakan. Itu saja, sembilan saja.
Terima kasih Tuan Speaker, pertamanya saya ingin merakamkan terima kasih di atas penyertaan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri yang kebiasaannya pada waktu petang ini tidak ramai yang ingin bercakap.
Tetapi, barangkali isu dihadapan kita begitu penting sekali. Dia melepasi kepentingan politik, ia sebenarnya memfokus kepada
apa yang kita boleh buat untuk membangun negeri Sabah dan salah satu daripadanya ialah untuk pastikan peruntukan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, semuanya setiap sen dapat digunakan di Sabah dan inilah intipati sebenarnya ucapan sahabat saya daripada Tungku tadi. Walaupun pendek. Tetapi, itulah intipati dia dan ini sebenarnya disambut oleh wakil rakyat daripada Senallang tadi dan beliau berjanji bahawa beliau sendiri akan membawa isu ini di parlimen dan kita harapkan semua 25 Ahli Parlimen Sabah akan juga bersuara dengan satu suara yang sama, demi membangunkan Negeri Sabah.
Tuan Speaker, kita berbeza pandangan politik.
Tetapi, satu pandangan yang barangkali semua kita boleh setuju ialah kita sayang negeri Sabah. Kita mahu Sabah maju, ya dan kita mahu pastikan Sabah ini satu negeri yang sebenarnya mempunyai potensi yang begitu tinggi untuk menjadi maju, barangkali sudah sampai masanya Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau dengan izin we can agree to disagree but when you come to Sabah I think we should all agree in the interest of Sabah.
Datuk Speaker, saya ingin memberi jaminan bahawa pengawalan duit yang masuk dalam tabung amanah ini akan terus dibuat dengan rapi.
Compliance kepada treasury instruction masih ada ya. Ini bukanlah jalan pintas bagi kita untuk memudahkan penggunaan wang sewenang-wenangnya.
Apa yang kita buat ialah kita cuba melangkau beberapa prosedur yang kadang-kadang menjadi masalah kita untuk mempercepatkan pelaksanaan. Itu yang kita sebenarnya matlamat kita. Sebagai misalan, baru-baru ini kita mendapat Peruntukan Khas Interim daripada Kerajaan Pusat yang telah diumumkan bahawa peruntukan tersebut akan digunakan untuk kebajikan rakyat antaranya untuk membina rumah SMJ. Tetapi rupa-rupanya setelah kita selidiki, terpaksa dia tidak boleh gunakan begitu sahaja, dia harus dimasukkan dulu kepada satu tabung amanah barulah kita boleh gunakan sepertimana yang di apa itu yang kita yang kita menjadi matlamat kita dan kerana itu
tabung amanah ini memudahkan pelaksanaan tanpa mengorbankan good governance yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan. Tidak ada hidden agenda sepertimana yang di apa itu dalam apa isu untuk apa tu membentuk satu lagi tabung amanah ini. The only agenda for Sabah and the make sure that Sabah boleh kita boleh melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik teratur tanpa apa orang kata tanpa ada alasan lagi untuk melengah-lengahkannya. Dan kita akan we will be very transparent dengan izin, kita akan pastikan dari masa ke masa melaporkan penggunaan. Malah, semua wang yang dalam masuk dalam tabung amanah ini masih perlu diaudit ya. Ah, ini jangan lupabmasih perlu diaudit dan ini standard pengauditan dan standard pengawalan kewangan kita mesti pada tahap yang apa itu yang tinggi. Ini sekadar untuk jaminan bahawa tidak ada niat lain selain daripada niat kita ialah untuk mempercepatkan pembangunan di Sabah dan betullah apa yang dinyatakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Kadang-kadang dan ini kita sendiri telah lalui apabila malapetaka datang seperti banjir dan sebagainya.
Kadang-kadang kita terduduk kerana duit sudah habis apalagi kalau sudah penghujung tahun peruntukan sudah habis.
Dan inilah gunanya Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Speaker supaya di mana pun masalah itu berlaku, kita masih ada kewangan untuk menampung perbelanjaan bagi meringankan beban mereka yang terjejas dengan bencana alam tersebut.
Kita masih berunding dengan Kerajaan Pusat mengenai keperluan dan cadangan kita dan suara kita hari ini dengan terlaksananya tabung amanah ini kita harapkan menjadi suara yang bulat yang suatu suara dari Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa kita mahu ini dilaksanakan dan dengan sokongan semua Ahli Yang Berhormat kita Ahli Parlimen mudah-mudahan ini akan memudahkan Ketua Menteri berunding dengan Perdana Menteri agar Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan semua bantuan kewangan pembangunan dalam akaun amanah kita. Kita saya perhatikan dari dahulu sampai sekarang, kita banyak kerugian seperti mana yang diperakukan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Kadang ada yang diumum RM5 bilion tapi yang diguna atau sempat diguna RM4 bilion bermakna kita suda rugi RM1 billion satu tahun. Lima tahun kita rugi RM5 bilion. Lima tahun yang sepatutnya kita dapat RM25 bilion untuk pembangunan sebenarnya kita hanya memperoleh RM20 bilion dan inilah sebenarnya saudara tuan-tuan ah, Tuan
Speaker kenapa kita perlu ada tabung amanah ini kerana prosedur kerajaan sekarang ialah wang yang tidak sempat digunakan pada hujung tahun dengan sendirinya akan kembali kepada apa tu Kerajaan Pusat dan sebagainya. Karamunting, Yang Berhormat daripada Karamunting bercakap pasal harapan beliaulah Yang Berhormat ADUN Karamunting agar wang ini akan digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah pokok ya terus terang saya katakan inilah sebenarnya kita apa tu kita ingin wujudkan tabung amanah supaya kita cepat untuk respon kepada masalah-masalah pokok yang kita boleh buat dan walaupun ya, walaupun barangkali kita tidak mampu menyelesaikan masalah tapi sekurangnya asas untuk menyelesaikan masalah sudah tersedia untuk digerahkan untuk memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan.
Dan saya juga ingin memperingatkan diri saya dan semua Ahli Yang Berhormat bahawa tabung amanah is not a substitute for the annual budget ini kita kena fikir kita kena faham betul-betul kerana annual budget itu sendiri mempunyai peruntukan-peruntukan dan kepala-kepala perbelanjaan tertentu.
Cuma apa yang kita boleh buat dengan tabung amanah ini ialah ia memudahkan pelaksanaan itu sahaja.
Tuan Speaker, saya faham masalah kita di Sabah ini bukan sedikit. Banyak. And this are many of them are apa itu dengan izin legacy problems, sesuatu yang kita warisi daripada dahulu sampai sekarang.
Dia bukan timbul kelmarin atau timbul semasa kerajaan baru ambil alih. Dia sudah bertahun-tahun berkurun-kurun kalau saya katakan. Bercakap pasal kemiskinan, saya masih ingat, saya masih menjadi pegawai kerajaan dalam tahun 70-an masalah daerah termiskin sudah ada wujud di sebelah Kota Marudu, Pitas dan juga Kudat.
Tapi, masalahnya ialah kita pasti merasa agak malu kerana sampai sekarang pun kita tidak boleh selesaikan masalah tersebut dan ini cabaran kita dan saya tahu kemiskinan itu sesuatu yang relatif. Semua negeri dan negara mengalami masalah kemiskinan ini kerana miskin ini kadang-kadang dia sudah tidak jadi miskin boleh kembali menjadi miskin. Mengikut satu senses di Amerika, negara yang paling maju di dunia. Pada 2021, 16.03% daripada penduduk Amerika adalah dikategorikan sebagai miskin. Jadi, dia berlaku di mana-mana tapi ini bukan alasan kita untuk tidak menyelesaikan masalah. Ini ialah peringatan kita bahawa kemiskinan itu sentiasa ada dan bermakna siapa pun pemimpin dan kepimpinan yang ada harus menyelesaikan masalah tersebut.
Nabawan, saya dan beberapa Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain mengemukakan beberapa masalah yang berkaitan dengan kementerian-kementerian tertentu.
Seperti mana kita bersetuju kelmarin, kementerian-kementerian tertentu ini akan memberi respon secara bertulis kepada masalah yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian dalam perbahasan tadi.
Yang Berhormat dari Nabawan mencadangkan ini sesuatu yang barangkali boleh difikirkan oleh Kementerian Kesejahteraan Rakyat, mencadangkan agar barangkali satu agensi khas untuk menangani bencana alam ditubuh boleh difikirkan untuk ditubuhkan. Sindumin antara ADUN kita yang paling aktif pada kelmarin dan hari ini, terima kasih ya.
Banyak idea-idea bernas yang beliau telah kemukakan, beliau mengatakan antara lain Sarawak, Johor, Selangor ada lima apa itu tabung amanah. Sabah mempunyai 22 tabung amanah tapi banyak yang tidak aktif ya. Jadi kita ini terkenal sebagai banyak. Tapi, kadang-kadang banyak yang bagus, kadang-kadang banyak tidak bagus. Jadi ada 22 lah cuma kebanyakannya tidak aktif malah sorry ada yang aktif kalau ter..
.
…yang tidak aktif 27 sebenarnya. Ah inilah, we are very good and making law’s and rules but we are none good probably in apa itu making fully authorizing name for the propose getting done.
Mencelah.
Ya.
Maksud saya menyatakan bahawa negeri lain itu banyak saya pun terkejut juga, saya ingat Sabah ada dua. Yayasan Sabah, mungkin tadi 27, tapi terkejut yang lain itu tidak aktif. Jadi, rasanya sudah sampai masa la wakeup call untuk kita, semua kerajaan dan juga kementerian to re-activate. Kalau 27, saya tidak tahu apa yang dia jaga, kalau kalau begitu, Yang Berhormat,
satu-satu agensi itu jaga banjir, satu jaga sekolah, satu jaga ah semua terjaga. Cuma mungkin cara menyalurkan dana itu saja dari mana sumber dana itu. Terima kasih.
Dan saya ingin juga memberi perakuan walaupun kita ini hanya ada satu tabung amanah yang kita bentangkan hari ini tapi kita ada categorization, ya. Untuk apa? Ini untuk apa, B, C, D jadi, kerana tadi dinyatakan takut nanti berebut, siapa yang siapa yang dapat banyak, tidak. Kita bagi ikut keperluan. So, dia akan ditadbirkan di tadbir urus dengan penuh amanah, ya.
Kunak, terima kasih dan terus terang saya katakan, saya pun bersimpati dengan Kunak sebenarnya. Saya tahu Kunak ni kadang-kadang terus terang saya katakan, Yang Berhormat, yang saya ingat pasal Kunak ini kerana seafood dia sedap, itu saja, dan pada tahun 70-an semasa saya berkhidmat dengan kerajaan, saya selalu apa itu singgah di sana kerana dia ada daging payau yang sedap, itu sajalah. Barangkali sekarang tidak boleh memburu dan tidak boleh makan lagi. Tapi saya ingat, Yang Berhormat Amat Berhormat ada di sini, semua yang ada di sini, please do something for Kunaklah. Saya, terus terang saya katakan ya, [meja ditepuk] janji sudah banyak kita tabur, barangkali sudah sampai masanya bagi kita untuk melaksanakan janji tersebutlah, ya. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Kunak juga, kita tidak pernah melepaskan hak kita menuntut hak 40% kita. No way, tidak ada kompromi dalam soal ini, saya boleh nyatakan di sini.
Darau, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1, saya ingat tolong ambil bahagian, mengatasi masalah Sungai Rampayan, ya. Kalau kita lalu daripada jalan jalan lintas kalau kita daripada Tamparuli dari Ranau dan sebagainya. Kita akan tahu bila Darau itu banjir kerana jalan raya berdekatan sana pun banjir dan Yang Berhormat juga telah membangkitkan peranan yang penting IKS dan saya pasti Menteri Keusahawanan ya, mengambil apa itu maklum mengenai hal ini.
Yang Berhormat daripada Kuamut ya, daripada Kuamut, apa ini apa itu terima kasih sekali lagi kerana membangkitkan beberapa isu yang penting, mengenai kilang simen dan harapan kita ialah apabila kita apa itu, laksanakan dia juga selari dengan
kemudahan asas yang perlu dibuat untuk membolehkan pelaksanaan kilang inilah ya.
Dan kedua, dia juga complainlah berian naik ya, beriankah tu? Ramai yang tidak kahwin kerana berian mahalkan, berian mahal. Jadi kalau begitu, Yang Berhormat, kita kena ubah suai lirik lagu Raider Guting Guntinglah, pasal lirik lagu Raider Gunting ialah “lima ribu saya tidak gentar” dia bilang, jadi ini kena ubah suai, lima ribu tidak ada yang mahu sekarang, 15 ribu pun tidak ada yang mahu sekarang. Ini lima ribu untuk dia bilang anak cikgu…
Berian pun nego sekarang, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, barangkali Yang Amat Berhormat saya haraplah kalau keadaan kewangan kita bertambah baik, barangkalilah satu hari nanti kita boleh menjadi negeri pertama di Malaysia yang adakan skim subsidi kahwin [suara ketawa] kebajikan artis betul…
Kahwin pertama…
Datuk Speaker…
Skim, skim subsidi kahwin yang pertama [suara ketawa].
Datuk Speaker. Menteri, apa yang saya maksudkan bukan berian, cuma mungkin adakah? Mungkinkan Kerajaan Negeri akan bersedia memberikan sedikit insentiflah? Sebagai contoh macam pelajar-pelajar kita yang mahu masuk universiti, kita bagi bantuan dua ribu untuk pendaftaran, sedangkan kos sebenar untuk mendaftar itu lebih kurang enam hingga tujuh ribu. Bukan juga kita mahu bayar penuh tetapi, untuk orang-orang muda kita yang baru mahu kahwin ini, sebagai tanda keprihatinan daripada kerajaan, mungkin kita bagi insentif satu ribu sebagai contohlah...
Itulah bilang Menteri, subsidi.
Bukan berian, bukan berian, kalau berian sudah tentu kita tidak ada keupayaan, itu saja, terima kasih.
Terima kasih.
Pangkalnya semua berkisah pasal duit. Dan bila kita kahwin mesti ada berian, jadi erti dia sepertimana Yang Amat Berhormat pun ada di sini, barangkali mudah-mudahanlah kedudukan kewangan kita akan terus kukuh dan kita akan menjadi negeri yang prihatin terhadap mereka yang ingin mendirikan rumah tangga seperti kata Tuan Speaker buat pertama kali [suara ketawa].
Datuk Speaker, menambah Kuamut tadilah. Dia sebenarnya sudah ada negeri yang buat ini… Amerit sudah buat, Kuwait sudah buat, Qatar tapi..
Amerit banyak minyak.
Status mereka itu jauh lebih kaya daripada kita la. Di Kuwait misalnya, bagi berian bagi rumah…
Kita minyak angin saja ada...
Jadi kita di sini ini belum sampailah. Tapi mudah-mudahanlah, itu saja, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya fikir saya telah menyentuh hampir keseluruhan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tadi saya mulakan dengan apa itu dengan menyentuh pasal apa yang dinyatakan pembahasan terakhir daripada Tungku ya, kerana saya fikir dia telah menyatakan sesuatu yang penting kita ingat, the political well, ada apa orang kata ke azam politik kita untuk menyelesaikan masalah, itu itu yang pentinglah dan azam politik ini melepasi kepentingan politik kepartian. Politik yang terbaik, dalam soal kita memastikan kita memperolehi apa yang perlu kita perolehi, ialah sayang kepada Sabah, sayang kepada negeri kita, kitalah menjadi pemegang amanah kepada semua penduduk dan juga rakyat negeri Sabah dan duduk di sini seramai…
79…
79 orang daripada penduduk negeri Sabah yang dipegang 3.8 juta orang, jadi peranan kita penting tak kira di sini atau di sana, tapi matlamat kita hanya satu, bagaimana kita majukan negeri Sabah yang kita sayang ini. Tuan Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dan saya ingin ingatkan kepada Menteri-menteri yang lain, mana ada isu-isu yang Kementerian yang dibangkitkan dalam Ahli-ahli yang telah berbahas tadi, tolong beri jawapan kepada mereka secara bertulis ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara bersetuju usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023.
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-Undang itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang Itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-udang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Bacaan ketiga bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibaca kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan dan diluluskan.
Setiausaha: Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2023).
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab tidak ada lagi perkara urusan mesyuarat maka Dewan ini ditangguhkan dan mesyuarat semula pada 10 Ogos (Rabu) 2023, pukul 10.00 pagi.
(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 3.30 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga esok pukul 10.00 pagi, 10 Ogos 2023.”
SDN09082023/bnm