Sabah · 10 August 2023
16th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 374 turns · 30,397 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum kita memulakan sesi pertama pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru daripada SMK Tamparuli. Semoga lawatan adik-adik kita daripada SMK Tamparuli menjadi suatu lawatan dan pembelajaran yang produktif.
Dan suka juga saya untuk memperingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas pada sesi perbahasan RUU pada hari ini, untuk memastikan sesi perbahasan kita berjalan dengan lancar dan teratur. Sila kemukakan nama Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Setiausaha Dewan. Semoga sidang Dewan kita pada hari yang terakhir ini berjalan dengan lancar dan produktif.
Oleh itu, untuk memulakan sesi pertanyaan lisan pada hari ini, saya menjemput Yang Berhormat daripada Sebatik untuk bertanya soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya no. 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Sumbangan Industri Utama Kepada Pendapatan Negeri SabahQuestions
*1.
YB. Datuk Hassan A Gani Pg. Amir [Sebatik] bertanya kepada KETUA MENTERI:-a) setakat suku pertama bagi tahun 2023, apakah bidang industri utama yang menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah; dan b) mohon senaraikan Industri tersebut mengikut peratusan pendapatan negeri secara keseluruhannya.
Silakan YB Menteri. Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sebatik serta Dewan yang mulia ini, sumbangan sektor ekonomi kepada pendapatan negeri Sabah diukur melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar ataupun KDNK. Yang mana data KDNK bagi negeri Sabah, hanya diterbitkan secara tahunan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM.
Pada masa ini, data rasmi terkini bagi KDNK negeri Sabah adalah setakat tahun 2022 sahaja. Data rasmi ini telah pun diterbitkan oleh DOSM pada 27 Jun 2023.
Pada tahun 2022, KDNK Sabah mencatat peningkatan sebanyak 3.7% berbanding 1.5% pada tahun sebelumnya dengan nilai ditambah sebanyak RM81.9 bilion. Pada tahun 2021, nilai ditambah adalah sebanyak RM79 Billion. Pertumbuhan positif ini didorong oleh peningkatan ketara dalam sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada KDNK Sabah, iaitu sebanyak 49.5% dengan nilai ditambah sebanyak RM40.6 bilion.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan sebanyak 8.6% telah dipacu oleh peningkatan prestasi subsektor utama, iaitu subsektor perdagangan, borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan diikuti sektor perkhidmatan kerajaan dan sektor utiliti pengangkutan dan penyimpanan serta maklumat dan komunikasi.
Tuan Speaker, meskipun menjadi penyumbang kedua terbesar kepada keseluruhan KDNK Sabah, iaitu sebanyak 24.8% dengan nilai ditambah sebanyak RM20.3 bilion. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian menunjukkan penurunan pertumbuhan sebanyak -1.3% pada tahun 2022 berbanding 3.2% pada tahun sebelumnya. Penguncupan sektor ini dipengaruhi oleh penyusutan subsektor utama, iaitu minyak mentah dan juga kondensat kepada -4.4% dan subsektor gas asli sebanyak 8.4%. Sektor pertanian, Sabah pula mencatat nilai ditambah berjumlah RM12.5 bilion pada tahun 2022, iaitu merosot sebanyak -0.2%.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan sektor ini lebih baik daripada penyusutan - 2.2% seperti yang direkodkan pada tahun 2021. Sektor pertanian merupakan sektor ketiga terbesar di Sabah dengan sumbangan sebanyak 15.2% kepada keseluruhan KDNK di Sabah. Subsektor tanaman kelapa sawit mendominasi sektor pertanian di Sabah dengan sumbangan sebanyak 9.6% daripada keseluruhan KDNK Sabah, diikuti subsektor perikanan…
2.5%, taman-tanaman lain 1.3% dan ternakan 1.0%. Sektor pembuatan, merekodkan pertumbuhan -2.5% dengan penurunan dalam nilai ditambah kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.9 bilion pada tahun sebelumnya. Penyusutan dalam sektor ini adalah disebabkan oleh penguncupan dalam subsektor minyak dan lemak daripada sayur-sayuran dan haiwan prosesan makanan, minuman dan produk tembakau serta subsektor produk kayu, ragut, keluaran kertas dan juga pencetakan. Manakala sektor pembinaan bertumbuh pada kadar 6.2% berbanding 7.9% pada tahun sebelumnya nilai ditambah sektor ini mencatatkan peningkatan kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion pada tahun 2021 yang disokong oleh prestasi yang konsisten dalam subsektor pembinaan pembangunan kejuruteraan awam dan aktiviti pembinaan pertukangan. Sekian dan terima kasih.
Soalan tambahan, ADUN Sebatik. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker dan terima kasih, Yang Berhormat Pembantu Menteri. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ada satu cadangan di sini yang mana adakah mungkin Kementerian boleh apa ini menimbang ataupun mengambil sedikit perhatian terhadap industri hartanah di negeri Sabah ini memandangkan ada beberapa pembangunan yang dibuat di negeri Sabah ini. Cumanya dari segi pemasaran ia jadi maknanya di sini cuba kita sama-sama untuk perhatikan industri hartanah ini untuk berkembang sebab ianya juga mungkin dapat menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah dan
seterusnya soalan saya, apakah ketumbuhan ekonomi negeri Sabah ini bagi tahun 2023 berada di atas landasan bermula daripada Januari hingga Jun pada tahun ini adakah ianya berada di atas landasan yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
YB Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sebatik walaupun pada mulanya saya katakan bahawa KDNK negeri Sabah hanya dikeluarkan setiap tahun sekali tapi walau bagaimanapun fokus kita, iaitu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah pada tahun 2023 adalah diunjurkan semakin pulih dan berkembang pada kadar 4 hingga 5% momentum pemulihan ekonomi negeri pada tahun 2023 ini dijangka akan terus didorong oleh pemulihan semula subsektor ekonomi utama khususnya sektor perkhidmatan khususnya sektor pelancongan, sektor perlombongan dan juga pengkuarian, pertanian, pembuatan dan juga pembinaan. Pengukuhan pasaran buruh kestabilan eksport peningkatan pengunaan domestik perbelanjaan modal sektor awam dan swasta serta peningkatan projek pelaburan berimpak tinggi. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan juga bahawa prestasi sebenar pertumbuhan sesebuah ekonomi negeri ini banyak bergantung kepada dynamic economy. Di dynamic economy kestabilan politik serta faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhikan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini. And other words dengan izin they must be are political stability kalau kita mahu terus memajukan sesebuah negeri.
Jadi kita berharap, kita di negeri Sabah ini perlu berkerjasama kurangkan politik tetapi bersatu dalam memajukan negeri Sabah yang kita cintai. Terima kasih.
Satu lagi soalan tambahan. YB Senallang, silakan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker dan terima kasih, Yang Berhormat, yang telah menjelaskan tentang persoalan KDNK peningkatan Sabah pemulihan yang dikatakan tadi ada pembelian
tapi kalau kita mengikut data tak seimbang pulih pengangguran masih lagi ada malahan banyak berhijrah anak-anak Sabah keluar di negeri Sabah. Berhubung kait apa yang dibangkitkan tentang industri-industri disebutkan tadi bila saya mendengar perlombongan telah pun menurun 3.2% yang ada. Saya bertambah pada Yang Berhormat dalam sesi dewan yang telah lalu, 20 lebih lesen perlombongan yang telah diberikan oleh Kerajaan ia yang ini dinyatakan lebih daripada 20 termasuk di kawasan Yang Berhormat sendiri Paginatan di Ranau, iaitu berkaitan berhubung kait dengan contohnya perlombongan emas yang ada dan saya ingin bertambah kepada Yang Berhormat sama ada pihak Kerajaan mempunyai dasar, mempunyai sistem yang cukup lengkap supaya jangan berulang copper mamut di Ranau, jangan berulang emas di Tawau listed company yang manfaat Japan yang dapat manfaat listed company di Tawau dapat hasil Kerajaan Negeri tidak dapat kelihatan how can in Tawau gold belong to the state khazanah yang ada tapi hasilnya listed company yang ada jadi ini saya ingin bertanya perlombongan yang kita keluarkan lesen ke arah mana Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah memastikan supaya ketirisan hasil.
Keduanya, adakah pihak Kerajaan mempunyai dasar untuk memastikan ship from all the kind of things ia industri manufacturing dasar-dasar untuk memastikan supaya Sabah Industry lies kerna kalau kita go downstream ya seperti yang saya katakan, iaitu kelapa sawit go downstream makanan-makanan yang ada pekerjaan akan banyak dihasilkan kepada negeri Sabah anak-anak tidak perlu pergi Shah Alam, pergi Klang, pergi ke Semenanjung untuk cari kerja. Mereka dan saya ingin lihat sama ada bertanya kepada Yang Berhormat satu perlombongan tadi yang kedua sama we ship from the way of running the state kalau sekiranya keadaan ini ekonomi kita maju jangan persoalkan kestabilan politik apa ini ekonomi politik yang ada kita tidak menjadi membangkang tidak menjadi masalah.
Soalan, YB.
Untuk membantu soalan dia dua. Datuk Dr.
Datuk Speaker.
Satu bab, iaitu mengenai dengan perlombongan tadi apa sudahnya adakah rancangan pihak Kerajaan untuk memastikan begitu lengkap tentang supaya jangan berulang copper Mamut berulang di Tawau keduanya tentang we going to a new industries.
Sulabayan, duduk sebentar, bagi YB Menteri menjawab dulu. Silakan, YB Menteri.
Mungkin saya apa ini, Tuan Speaker,saya akan sentuh mengenai dengan industri aliran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Senallang. Sebenarnya kalau kita, saya boleh jelaskan di sini Kerajaan Negeri sekarang sebenarnya telah berbincang bukan saja berbincang, telah mengadakan persetujuan dengan pelabur-pelabur daripada luar negara yang mereka telah pun mula membina industri mereka di negeri Sabah. Saya sebut di sini satu daripadanya ialah projek pembinaan kilang pembuatan kerajang tembaga oleh Sk Nexilis, anggaran peluang pekerjaan ini juga berkaitan dengan jawapan yang apa itu soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat tadi anggaran peluang pekerjaan dalam pembinaan sekarang sahaja pun terdapat 3000 peluang pekerjaan dan apabila ianya belum pasti ia akan memberi peluang kepada 400 hingga 500 pekerja. Selain daripada itu, projek pembuatan kaca photo gold pack panel dan pemprosesan pasir silika di Taman Perindustrian Kota Kinabalu KKIP dan Kudat oleh Kibing Group dan saya tahu bahawa ini juga apa itu di apa ini Yang Berhormat ini is fully aware about this dahulu dan anggaran peluang pekerjaan juga ini akan apa ini memberi peluang pekerjaan waktu pembinaan ini seramai 2000 orang.
…dan apabila start beroperasi 1,800 orang.
Saya perlu nyatakan di sini juga bahawa, membaik.. kerajaan sekarang ini hanya baru memerintah hampir tiga tahun dan tidak semestinya dalam tiga tahun itu industri terus akan disiapkan akan bermula. It takes time dan apa yang bermula sekarang ini ialah Syarikat Nexilis dan juga Syarikat Kibing.
Jangan lupa Hock Standard also.
Hah?
Another investment ini kamu lupa Hock Standard, carbon itu pun investment.
What for saya jawab kalau tidak ditanyakan? So, don’t ever try to put mouth. Apa itu words into my mouth (ketawa) dan sebenarnya kita telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
Industri hiliran sedang bermula.
Kalau saya ingat dahulu, waktu kerajaan dahulu, and sorry to say this but dahulu kerajaan dahulu tidak membenarkan the export of timber. Tujuannya ialah untuk mendirikan industri hiliran di KKIP untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia. But then what happen?
Tidak ada seorang pun investor yang berminat untuk menceburkan diri dalam perkilangan membuat ini furniture-furniture di KKIP.
This is wrong.
I mean I don’t want to debate pasal soalan saya bangkit Datuk Speaker, sebenarnya dia tidak teratur, you know is you are wrong. Downstream, you haven’t seen people seeing me masa itu jadi Ketua Menteri.
Ada daripada Netherland, kilang perabot, IKEA.
Tidak ada.
IKEA. No I, let me tell you the truth because this where you tidak tahu apa yang berlaku downstream (bertindih dengan Paginatan)
Itu mungkin boleh buatkan cadangan, tetapi tidak ada it’s not being realize. (bertindih dengan Senallang)
Satu bab environment.
No why I don’t want to export timber because environment.
It can affect the environment of the world. Flood is dead. Itu you tidak faham. Ya. Yang tadi Silika.
Saya tidak mahu bagi Silika pasal dia mahu control pelabuhan di Sepanggar and control by China. I don’t want that.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Teruskan Yang Berhormat Menteri. Gulung.
I think I have answered what, I have answered what I want to say that. Terima kasih.
Okay, terima kasih.
Soalan seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Petagas.
Soalan yang kedua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Mengatasi Masalah BanjirQuestions
*2.
YB. Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Sahari [Petagas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kawasan Kampung Tebongon, Kampung Ketiau, Kampung Sailan, Kampung Teguli dan Kampung Ulu Putatan yang akan banjir jika hujan berterusan melebihi dua hingga tiga jam.
Yang Berhormat Menteri, silakan. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat daripada Petagas. Untuk makluman Yang Berhormat Petagas dan Dewan Yang Mulia ini, kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran di mana kawasan tadahan untuk Kampung Tobongon, Kampung Sailan, Kampung Taguli dan Kampung Ulu Putatan adalah termasuk dalam tadahan Sungai Putatan. Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS ketika ini sedang melaksanakan projek pembangunan lembangan sungai
bersepadu Sungai Moyog, kerja-kerja menaik taraf Sungai Putatan dan kerja-kerja berkaitan di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang kadangkala kita namakan pakej 3 melibatkan 131 juta.
Kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 74.043% berbanding dengan 73.846% yang dijadualkan, iaitu dia ahead of schedulelah bersamaan dengan 12 hari ke hadapan dan dijadualkan siap pada 12 hari, 31 Disember tahun 2024. Antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti plimunories and general item 96%, jambatan 55%, contiguous board pile 97%, flood bun 49%, retaining walls 89%, trapezoidal river channel 83%, flood gate 58%, out fall drain 80%, floor control structures 78%, jeti Kampung Sipanggil belum lagi sebab menunggu persiapan yang lain dan setakat ini semuanya provisional sum 70%.
Sebanyak 89 buah struktur termasuk rumah setinggan berada dalam jajaran projek yang perlu dialihkan ataupun dirobohkan dan merupakan salah satu halangan dalam pelaksanaan projek ini. Di sini kita memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat untuk berunding dengan tuan-tuan punya rumahlah.
JPS setakat ini telah memohon untuk mendapatkan kelulusan perobohan rumah setinggan yang terlibat di dalam jajaran projek kepada Jabatan Tanah dan Ukur dan untuk makluman Kampung Ketiau pula, JPS ketika ini sedang melaksanakan projek rancangan tebatan banjir Sungai Ketiau, Putatan, Sabah.
Di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan kemajuan kerja fizikal di tapak ini adalah sebanyak 8.47% yang sebenar berbanding dengan 8.43%. Maksudnya dia melebihi sedikit daripada yang dijadualkan, iaitu dalam satu hari ke hadapan dan dijadualkan siap pada 30 Oktober tahun depan.
Antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti plimunories and general item 71%, environment perfection and enhancement 100%, traffic management control belum lagi dan yang lain-lain menunggu kerja-kerja untuk disiapkan yang lain. Sebanyak 78 buah rumah setinggan berada juga di dalam jajaran projek yang perlu dialihkan ataupun dirobohkan dan merupakan juga satu daripada halangan dalam pelaksanaan projek ini yang juga memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat nantilah. Jabatan Pengairan dan Saliran telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan pembayaran rumah setinggan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui kementerian saya. Di mana biasanya kita memberi pampasan sebanyak Ringgit Malaysia 50,000 untuk setiap rumahlah. Kementerian saya juga amat menitikberatkan progres pelaksanaan projek ini dengan
memantau dengan rapinya kemajuan fizikal dan kewangan projek bagi memastikan manfaat projek ini dalam mengurangkan impak banjir dapat dikecapi oleh rakyat di kawasan yang terlibat. Sekian. Terima kasih.
Yang Berhormat Petagas, soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima Kasih Yang Berhormat. Masalah banjir di Putatan ini sudah lama. Walaupun tadahan banjir ini projek tadahan banjir ini telah dilaksanakan, ada juga kawasan-kawasan yang dahulunya kena banjir sekarang sudah hampir tidak. Namun demikian…
…sejak tadahan banjir ini dibuat, kampung-kampung seperti Kampung Ketiau, Kampung Sailan, Kampung Tebongon, Kampung Teguli dan Kampung Ulu Seberang adalah kawasan-kawasan yang dalam setahun mengalami sekurang-kurangnya tujuh hingga 12 kali banjir.
Soalan YB?
Ya sekejap. This has to be known before I ask the question. Jadi, masalah ini adalah masalah yang sangat besar dan saya selaku YB di kawasan itu memang sudah lama membantu rakyat, tetapi tidak ada kesudahannya. Kerana setiap kali hujan lebih daripada dua jam, kampung-kampung ini akan terkena banjir. Kawasan Ketiau sudah saya mohon daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, untuk membuat satu parit supaya air itu lebih lancar perjalanannya and hopefully masalah kita ni, masalahnya akan menurun.
Baru lebih kurang tiga minggu yang lalu saya turun juga ke kampung-kampung yang saya sebut tadi kerana masalah banjir. Jadi soalan saya ialah, masalah ini dijangka siap pada tahun 2024 dan kadang-kadang bila kita berhadapan dengan masalah, dimana ada di antara setinggan yang enggan meroboh rumah
mereka atau tidak bersetuju dengan pampasan yang diberikan, dan ada yang membawanya ke mahkamah, akhirnya mahu tidak mahu projek ini terlambat sedikit dan jangkaan 2024 tu saya rasa mungkin sampai ke 2025 atau 2026. Saya rasalah kerana masalah berurusan dengan rakyat ini bukan senang.
Bila dibawa ke mahkamah, projek ini akan tertangguh sebentar.
Itulah sebabnya ia akan menyebabkan kelewatan menyiapkan.
Soalan YB. Soalan.
Jadi soalan saya ialah, kalau ia siap pada tahun 2024 atau selepas itu, saya mencadangkan agar masalah air banjir ini dapat diselesaikan kerana kampung-kampung yang terlibat ini adalah kampung-kampung yang kawasannya rendah.
Jadi bila air sudah banyak, outlet yang sepatutnya memasukkan air ke dalam sungai, menjadi sebaliknya. Air daripada sungai tadahan ini tadi turun ke tanah-tanah yang rendah rendah. Boleh saya mencadangkan kepada Kerajaan, sama ada Kementerian Pertanian dan Perikanan, atau Kerajaan Negeri supaya bersetuju dan menerima cadangan yang saya buat. Saya memohon peruntukan sebanyak 1 juta ringgit untuk menyelesaikan masalah ini, dengan menutup apa bukan bukan menutup menyediakan satu yang dipanggil flip gate. Apabila banjir, apabila sungai sudah penuh, air tidak akan keluar kerana flip gate ini akan secara automatik tertutup. Bila flip gate ini tertutup air tidak akan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah dan saya sangat yakin benda ini boleh diselesaikan.
Saya sudah panggil beberapa orang engineer termasuk anak saya engineer juga bawa pergi sini macam mana kita menyelesaikan masalah ini.
YB Petagas terima kasih.
Jadi, saya mohonlah perkara ini dapat diselesaikan kerana masalah ni masalah yang terjadi hampir setiap kali lebih daripada dua jam dua kali…
Terima kasih YB Petagas.
Dua jam hujan. Ya.
YB Menteri silakan.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu, yang lebih kepada commentary lah. Walau bagaimanapun, kita ambil maklum apa yang dibangkitkan dan antara seperti mana yang kita lihat projek ini mempunyai jadual dan jadualnya adalah supaya projek-projek berkaitan dengan kampung-kampung yang terlibat dengan sebab ini projek bersepadu dengan Moyog dan Sungai Putatan dan dijadualkan siap pada 2 Disember 2024. Walau macam mana pun setakat ini, projek melebihi perjadualan. Bererti we ahead of time lah. Hanya kalau kita tiada dapat menangani isu-isu pemindahan ini dia akan slow down the process seperti mana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, maka sebab itulah kita perlu bantuan daripada Yang Berhormat untuk sama-sama menangani isu pemindahan ini. Sebab mengikut undang-undang dan dasar kita sekarang ni hanya RM50,000 saja pampasan yang akan dibuat terutama sekali pada mereka yang apa ini tinggal secara haram di jajaran itu. Satu lagi kalau banjir dan ini belum siap, air tidak akan mengalir kerana apa ini paras laut juga akan meningkat. Maka itu kita juga perlu untuk menahan air daripada laut untuk masuk. The reverse flow of water akan berlaku. Jadi parit yang dicadangkan oleh Yang Berhormat juga akan kita bagi cadangan ini kepada JPS, Federal dan Negeri untuk…
Yang Berhormat Menteri yang saya cadangkan bukan parit.
Kita akan ambil kiralah.
Flip gate dia bila air itu sudah menyampai ke lubang untuk air masuk ke dalam sungai daripada kampung, itu ditutup. Bukan ditutup 24 jam. Dia hanya akan tutup secara automatik.
Terima kasih YB Petagas.
Dia dipanggil flip gate.
Bagi Menteri habis jawab dulu.
Bukan parit. Ya. Tadi dia salah faham Yang Berhormat. Bukan parit. Flip gate. Dia menutup tu lubang bila sudah air di dalam sungai tu penuh, dia akan tutup secara automatik.
Okey, terima kasih YB.
Okey terima kasih. Kita akan ambil kira ambil maklum dan we will get the necessary apa ini jabatan untuk melihat cadangan yang dicadangkan tadi tu. Jadi supaya tu air tidak masuk kampung kan? Ya. Terima kasih.
Soalan tambahan. YB Gum-Gum.
Soalan Tambahan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya, saya pada sidang yang lalu memohon bahawa di Gum-Gum ini seperti Jaya Bakti, Sungai Memanjang dan Kampung Pertanian Batu 25 tetapi dalam masa yang sama pihak Menteri juga menjawab bahawa ini masih dalam kajian.
Jadi soalan saya, bila kajian ini dapat diselesaikan dan dimaklumkan kepada rakyat kepada rakyat? Terutama sekali di
kawasan DUN saya di Gum-Gum.
Keduanya, pada sidang yang lalu juga saya memohon supaya kawasan-kawasan banjir ini dibekalkan bot penyelamat semasa banjir berlaku. Jadi sampai sekarang saya dapat tahu bahawa semua perkara-perkara yang telah saya ajukan kepada dua sidang yang lalu, sidang pertama dan kedua dan hari ini saya merayu juga kepada Kementerian supaya di kawasan Jaya Bakti ini, Sungai Memanjang dan juga Pertanian ini, jangan lagi asyik kajian kajian, kajian tetapi saya mohon sangat akan dilaksanakan seberapa segera. Itu sahaja soalan saya Yang di-Pertua. Terima kasih.
YB Menteri silakan.
Soalan kurang jelas sebenarnya. Jadi, minta supaya diulangkan dengan lebih jelas.
YB Gum-Gum.
Soalan Tambahan
Terima kasih. Okey. Soalan saya, di Jaya Bakti, Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Memanjang dan juga Kampung Pertanian, pada sidang yang lalu saya memohon kepada Kementerian, bahawa kawasan ini selalu dilanda banjir ah banjir kilat. Pada masa itu, saya memohon dibekalkan bot penyelamat semasa banjir dan juga saya minta…
Minta kepada menteri pada sidang yang lalu supaya apa nama, banjir di sini ini dapat diselesaikan dengan beberapa segera. Tetapi jawapan daripada Kementerian daripada sidang yang lalu, sidang pertama dan kedua ini adalah dalam kajian. Jadi, soalan saya di sini ini bila kajian ini dapat dilaksanakan dan dimaklumkan kepada rakyat terutama sekali di kawasan DUN Gum-Gum.
Terima kasih. Soalan mengenai keperluan bot penyelamatlah seperti mana yang kita tahu, isu banjir ini adalah satu bencana yang melibatkan agensi-agensi yang lain termasuk juga pihak keselamatan bomba dan yang lain-lain. Maka itu, isu pemberian, apa ini, bekalan bot untuk menyelamatkan ataupun disediakan semasa banjir itu adalah isu yang berlainan daripada soalan ini dan walau macam mana pun akan diambil kira untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Bencana nanti. Terima kasih. Ya.
Soalan tambahan? Silakan, YB Darau.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Soalan saya very simple, juga berkaitan dengan masalah banjir. Mungkin sudah berulang kali saya tanya di sini untuk mengatasi masalah banjiran di Kampung Rampaian. Soalan saya bilakah projek tambatan Sungai Rampaian dapat disiapkan? Itu sahaja, terima kasih. Tidak dengar? Bilakah projek tambatan Sungai Rampaian dapat disiapkan? Terima kasih.
Rampaian adalah satu kawasan projek tambatan banjir yang penting dan pemindahan-pemindahan apa ini, penduduk-penduduk yang menjadi halangan, sebenarnya sedang dibuat sekarang ini, sedang berjalan dan isu-isu berkaitan dengan pemindahan ini telah pun selesai dan kebenaran untuk merobohkan telah pun didapat dan saya harap dan mohon juga, apa ini, sokongan daripada Yang Berhormat untuk memberi pemahaman kepada mereka-mereka yang terlibat ini. Di mana sebenarnya projek ini telah diubah sedikit jajarannya untuk mengurangkan kos dan juga untuk memastikan lebih ramai yang tidak akan termasuk di dalam jajaran projek ini. Jadi, terkeluarlah, kos pun rendah dan orang yang terlibat akan lebih sikit daripada yang mulanyalah. Jadi, sekarang sedang berjalan, terima kasih.
Terima kasih YB Menteri. Soalan seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Moyog.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya soalan nombor tiga.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Terperinci Menangani Masalah AirQuestions
*3.
YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah perancangan secara terperinci untuk menangani masalah air yang semakin parah sehingga mengakibatkan banyak fasiliti kritikal mengalami gangguan seperti yang berlaku di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah.
Silakan, YB Menteri.
Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Moyog dan Ahli Yang Berhormat Senallang serta Dewan yang mulia ini, soalan nombor tiga dan nombor 11 ini akan saya jawab bersama kerana ianya berkaitan. Masalah gangguan bekalan air yang sering kali berlaku di Sabah khasnya di kawasan utara Kota Kinabalu adalah disebabkan oleh kadar permintaan air terawat semasa di kawasan ini adalah 221 juta liter sehari, telah pun melebihi kapasiti reka bentuk sedia ada, iaitu sebanyak 171 juta liter sehari.
Kekurangan bekalan ke kawasan ini adalah sebanyak 50 juta liter sehari ataupun bersamaan 29.2%. Sumber bekalan air yang membekalkan air ke kawasan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah adalah melalui Loji Rawatan Air Telibong II Fasa I. Jabatan Air Negeri Sabah melalui Jabatan Air Daerah Kota Kinabalu mengambil maklum terhadap gangguan bekalan air di kawasan tersebut dan telah mengambil tindakan serta-merta dengan melaksanakan pengawalan injap suis untuk memastikan bekalan air sama rata dan meningkatkan tekanan air ke kawasan yang terlibat, khasnya Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas. Buat masa ini, masalah gangguan bekalan air di Hospital Wanita dan Kanak-kanak itu telah dapat diatasi dan dalam keadaan stabil. Selain itu, projek yang dalam fasa pembinaan dan dalam proses penyiapan, iaitu pembinaan projek naik taraf Loji Rawatan Air Telibong II Fasa II yang dijangkakan akan siap pada awal September
2023, akan dapat membekalkan tambahan air terawat sebanyak 20% ataupun tambahan sebanyak 16 juta liter sehari untuk menampung keperluan bekalan air di kawasan UiTM, ILP, IKM, UMS, Hospital Likas dan kawasan sekitar. Tambahan 16 juta liter sehari ini yang akan disalurkan ke dalam sistem bekalan air sedia ada akan dapat mengurangkan masalah gangguan bekalan air di kawasan terbabit sehinggalah projek Telibong II Fasa II siap sepenuhnya, termasuk pemasangan paip-paip baharu ke kawasan ini untuk penyelesaian sepenuhnya.
YB Moyog, soalan tambahan.
Terima Kasih, Datuk Speaker. Terima kasih juga kepada menteri atas jawapan. Okay fine, boleh saya touch supplementary question saya berkaitan dengan fasiliti kritikal. Dalam experince saya hingga ke hari, sejak tahun lepas eh, dua tahun lepas sampai ke hari ini dan saya juga berpendapat daripada jawapan kawan-kawan pressure water kita setiap malam di beberapa kampung di kawasan saya dan juga di kawasan lain sangat rendah. It is very low pressure. That means, we are not prepared even for supply of water, Speaker kepada rakyat kita. We, I don’t know why pressure dia sangat rendah. Critical question yang patut kita atasi sekarang adalah masalah air.
Piping dia, the pipings, I read somewhere adanya penyelenggaraan ataupun upgrading a piping, but what worries me, Datuk Speaker, is the pipe that we are using. Sama ada paip-paip ini are healthy, maksud saya tiada dia punya corrosion, bertagar. Banyak rumah dapat menampung membayar untuk filtration, ada yang tidak dapat membayar untuk membina filtration di rumah. So, we should be very concern about our state of water. Beside supply, our health of water. So, Menteri setujukah kalau ada white paper untuk menerangkan kepada rakyat Sabah the condition of its water supply, as well as condition of the health of our water because ultimately kalau saya dapat nampak, Datuk Speaker, banyak orang kita mengalami kidney problem. Could it come also daripada content of our water, terima kasih.
YB Menteri, silakan.
Terima kasih kepada ADUN Moyog berkenaan dengan masalah air yang mana saya telah sebenarnya menyentuh sedikit sebanyak program pemulihan masalah bekalan air pada hari Selasa yang lepas. Mungkin elok saya secara ringkas mengulanginya untuk jangka pendek kita bermula daripada Jun lepas sehinggalah sekarang telah melakukan program-program pemulihan, iaitu mengawal selia air di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran. Menyelaras dan mengubah suai keseimbangan air kerana ada tempat-tempat yang kita dapati mempunyai tekanan yang dalam keadaan zon selesa, mencukupi ada juga sebahagian kawasan yang mempunyai tekanan-tekanan rendah ataupun hotspot yang kita panggil dan ini kita sedang lalukan pengimbangan dan begitu juga kita menyusun semula pengurusan bekalan air dan melakukan pemotongan sambungan langsung, iaitu di mana pada sebelum ini terdapat direct transmission line daripada loji ke tangki utama dilakukan penyambungan yang menyebabkan gangguan tekanan. So, perkara ini sedang berlaku sekarang dan keadaan…
…alhamdulillah kita mendapat feedback beransur stabil. Namun demikian, sebagaimana yang saya katakan tadi ada juga masih kawasan-kawasan yang kita gelar hotspot yang mempunyai tekanan bekalan air rendah dan kita mengalu-alukan pemakluman untuk kita mengambil tindakan serta-merta dan penukaran paip air yang lama terutama AC pipe yang sudah berumur lebih puluhan tahun juga sedang berlangsung. Namun demikian, ia memerlukan KAPEX yang agak tinggi. Jadi ianya dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana ini adalah salah satu punca kepada peratusan yang tinggi terhadap apa yang kita gelar revenue water ataupun bahasa Melayu dia saya non revenue waterlah. Cadangan tentang white paper itu kita boleh duduk bincang dan fikirkan untuk dilakukan penerangan agar rakyat jelas dan faham status bekalan air di negeri Sabah ini dan of course we need to do apa ini empangan dan kita memohon kerjasama daripada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk nanti menyokong keputusan apabila kita ingin melakukan ataupun membina empangan air bagi tujuan bekalan air jangka masa panjang negeri Sabah.
Senallang, soalan tambahan.
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker.
Bagi ruang untuk soalan dan jawapan sekali tadi dengan soalan nombor 11 dan saya juga telah mendengar penjelasan Yang Berhormat sampai bila Sabah ini bergantung dengan bekalan air tangki.
Tidak ada negeri-negeri yang bergantung hari-hari untuk mendapat bekalan air menerusi tangki-tangki yang dibekalkan dengan swasta. Hospital Kanak-kanak sahaja, hospital itu menampung RM145,000 kena bayar daripada pihak swasta dan jawapan secara bertulis ada dua syarikat akan dianugerahkan untuk membawa air tangki yang ada. Ini bukan hanya Hospital Kanak-kanak sahaja saya yakin sekolah-sekolah pun tandas-tandas yang ada bermasalah di Sabah ini di bandar di luar bandar. Bila agaknya masalah ini kita boleh tangani supaya ianya dapat mengatasi masalah bekalan air kerana tadi disebut permintaan.
Ini permintaan rakyat Sabah. Ini belum lagi permintaan pihak pelabur yang kita galakkan datang ke Sabah untuk mendapat bekalan air. Bila agaknya ini dapat diatasi? Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Senallang berkenaan dengan statement ataupun bila kita bergantung kepada bekalan tangki-tangki air swasta ataupun lori-lori air swasta. Ini sebenarnya adalah satu langkah apa yang kita panggil langkah immediate langkah kecemasan yang mana apabila terdapat gangguan bekalan air kritikal, maka kita deploy lori tangki air daripada Jabatan Air ataupun sekiranya ketidakcukupan lori air daripada Jabatan Bekalan Air maka kita melantik syarikat swasta untuk membantu menghantar air ke tempat-tempat yang terkesan. Namun demikian, apa yang terjadi adalah ada pihak-pihak swasta yang mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan berlebihan daripada aktiviti tersebut yang sepatutnya mereka bekalkan air sahaja tetapi the charge should be charge to the government.
Tentang jangka masa bilakah masalah ini akan selesai, lori tangki air ini yang tidak berlesen yang swasta perkhidmatannya telah kita tamatkan. Kita hentikan sejak dua minggu lalu kerana kita percaya dalam proses selain pemulihan air ini bekalan air di
sekitar daerah Kota Kinabalu semakin stabil dan apa reka bentuk bekalan air itu dapat dipenuhi dan pelanggan dapat memenuhi sekejap. Memenuhi air yang datang daripada kestabilan water pressure. Untuk jangka masa panjang pula, yang sebagai mana yang saya katakan tadi kerajaan mempunyai perancangan untuk membina Ulu Padas Dam dan juga Papar Dam.
Yang mana Papar Dam ini pada asalnya Kaiduan Dam mendapat tentangan oleh sebahagian pihak dan sekarang kita sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang dijangka keputusan kajian tersebut siap pada bulan Oktober sebelum kita membuat keputusan yang muktamad. Ya, sila.
Datuk Speaker, bila disebutkan tadi syarikat kita hentikan. Dua syarikat di sini. Bertulis ini. Satu Syarikat Megah Abadi, satu Megah Juta, satu lagi Syarikat Perkasa Maju Ria. The issue dan di samping itu penjelasan juga bahawa akan ada lesen-lesen diberikan. Jadi tadi disebutkan tidak akan diberikan dan ini menampakkan kegagalan Jabatan Air Sabah tidak boleh mengatasi sehingga kita bergantung.
Tak kan tak ada lori yang kerajaan boleh bekalkan.
Ya. Terima kasih kerana menyentuh perkara ini.
Bagus saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan lebih lanjut. Apabila saya mengatakan tadi bahawa kita memberhentikan perkhidmatan lori-lori swasta yang profiteering di Kota Kinabalu adalah syarikat-syarikat yang tidak diberi lesen.
Nama-nama syarikat yang ADUN Senallang nyatakan tadi adalah syarikat-syarikat yang kita beri lesen mengikut Enakmen Bekalan Air kita untuk membekal air di kawasan Sandakan, Lahad Datu dan juga Kunak di mana kawasan-kawasan mereka bertujuan untuk membekal air di kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan air terawat.
Soalan saya kenapa Jabatan Air tidak beli lori untuk membekalkan as a mitigation problem yang terdesak supaya kita tidak boleh outsource all process JETAMA outsources. Prosesnya outsource.
Swasta semuanya.
Buat apa kita buat Jabatan Air kalau tidak mampu Jabatan Air melaksanakan distribution of air di negeri Sabah ini.
Ya.
Kita tidak memerlukan banyak lori air untuk Jabatan Air kerana ini
menjadikan satu aset yang tidak digunakan secara efektif jika bekalan air berjalan di dalam keadaan yang stabil.
Terima kasih YB. I need to move on to the next question. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Telupid.
Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor empat. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Menyelesaikan Masalah Pertindihan Pungutan Cukai TanahQuestions
*4.
YB. Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah Majlis Daerah Telupid dan Majlis Daerah Beluran yang menghadapi masalah pertindihan pungutan cukai tanah.
YB Menteri. Silakan.
Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Terima kasih.
Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Telupid.
Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Telupid dan juga makluman Dewan yang mulia ini, dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Beluran dan Majlis Daerah Telupid telah mengambil langkah awal dengan mengasingkan senarai hak milik mengikut sempadan daerah masing-masing. Usaha seterusnya yang akan diadakan oleh kedua majlis daerah adalah untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi mengenal pasti dan mengemaskini data-data hak milik di sepanjang sempadan daerah Beluran dan Telupid. Ini adalah berikutan keputusan mesyuarat di peringkat kementerian saya, iaitu Mesyuarat Status Tanah Majlis Daerah Beluran yang berada dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Telupid yang telah diadakan pada 23 November 2022 yang lepas. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan Tambahan
Terima kasih Speaker. Kenapa kita bangkitkan dengan masalah pertindihan ini oleh sebab Telupid sudah menjadi mewujudkan majlis daerah yang baharu dan kemudian sudah tentu kita perlu revenue untuk menggaji kakitangan-kakitangan majlis yang pada hari ini saya difahamkan masih kekurangan dana untuk membayar gaji-gaji kakitangan. Oleh sebab itu, kita bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.
Seterusnya saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai dengan mohon updatelah kita punya persempadanan kerana saya nampak pada mesyuarat tindakan daerah yang lalu sempadan daerah masih belum memasukkan beberapa kampung yang masuk dalam daerah Telupid.
Jadi, pelan itu saya nampak pada tarikh 2012.
Jadi saya memohon kepada pihak kementerian supaya mempercepatkan mesyuarat yang dikatakan…
…tadi bersama JTU, JKR dan agensi-agensi yang terlibat supaya mempercepatkanlah untuk pengasingan Pentadbiran Tanah, Pungutan Ses Tanah dan apa-apa aset Majlis Daerah Telupid. Terima kasih, Speaker.
Silakan, YB Menteri.
Terima kasih, soalan tambahan Yang Berhormat Telupid. Buat masa ini Kementerian saya sedang pernah membuat proses penganalisa data-data untuk perkadaran dua-dua Majlis antara Telupid dan Beluran dan Insya-Allah, kita akan buat secepatnya mungkin. Terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Senallang.
Datuk Speaker, soalan no. 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kawasan Tanah Bagi Penambahan Blok Hospital TawauQuestions
*5.
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan adanya kawasan tanah bagi penambahan blok Hospital Tawau.
Silakan, YB Menteri.
Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Senallang, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPM&KR) telah mengenal pasti sebidang tanah seluas empat ekar, iaitu tanah kerajaan kepunyaan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk penambahan blok Hospital Tawau.
Kementerian saya akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab tentang masalah tanah dan saya ingin bertanya dengan selain daripada itu untuk masalah Hospital Tawau ni, di mana para doktor bermasalah bukan hanya doktor bahkan juga pelawat pesakit yang mengunjung tidak ada tempat parking space dia.
Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa pada hari ini bukan hanya masalah tanah dihadapi di Tawau malahan di seluruh Sabah?
Pakar-pakar doktor di kawasan saya sendiri dari tiga bulan yang lalu, tujuh Pegawai Perubatan letak jawatan dan ini sebahagian daripada tanah susah nak parking, bahagian, bukan ini menjadi satu faktor yang mereka letak jawatan. Ya? Adakah? Apakah langkah-langkah pihak Kementerian berunding tadi Yang Berhormat sebut runding tentang tanah dengan Kerajaan Persekutuan yang ada.
Bila agaknya ada usaha? Apakah usaha pihak Menteri atau pun Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya kekurangan pakar doktor di Sabah ini ya? Di Sarawak baru satu bilion untuk jantung. Kerajaan Persekutuan dah, ya? Satu bilion bagi. Di Sabah ini bukan hanya satu bllion.
Contoh, macam pakar doktor di Kota Kinabalu pun kita kekurangan. Apakah langkah-langkah pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi, ya?
Bukan hanya masalah parking area, tanah yang ada, hospital yang tidak guna kemudahan. Pakar-pakar yang cukup penting.
Mengatasi masalah keperluan pesakit-pesakit yang ada di Sabah ini.
Datuk Speaker, yang pertama berkaitan dengan masalah parking. Di Tawau ini, kita telah pun berbincang dengan pihak Jabatan Tanah dan Ukur dan pihak Jabatan Tanah dan Ukur mahu melepaskan tanah seluas empat ekar itu dengan syarat, Jabatan Tanah dan Ukur minta satu bangunan pejabat dan juga satu kuaters dan saya telah pun mempelawa mana-mana syarikat yang berpotensi di Tawau supaya dapat membina bangunan ini secara land swap dengan Jabatan Tanah dan Ukur dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun bersetuju untuk menyewakan bangunan itu sekiranya bangunan itu telah disiapkan dari segi parking dan dari segi tanah pula, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti beberapa tanah-tanah di sekitar hospital dikeliling hospital. Contoh, di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. Kita telah berunding dengan DBKK, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk menyewakan sementara tanah yang dipunyai oleh DBKK dan kalau boleh kita minta kepada Kerajaan Negeri supaya tanah DBKK seluas sepuluh ekar itu terus diberikan kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak untuk pembesaran dan keperluan Hospital Wanita Kanak-Kanak pada masa yang akan datang itu. Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Silakan, Moyog. Silakan.
Okey.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Menteri, boleh minta penjelasan berkaitan dengan Klinik Kesihatan di Penampang, Moyog sama ada Kementerian Datuk telah mengambil maklum bahawa parking problem pun masih you know? Serious issue di kawasan itu dan dia amat kritikal kerana ramai orang dari Moyog dan bukan saja Moyog yang datang ke kawasan itu. Klinik itu untuk mendapatkan rawatan and it has cause them a long delay untuk mendapat rawatan.
Berkaitan dengan itu juga, Datuk Menteri, bolehkah Datuk Menteri mendapat kepastian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada hospital yang telah dicadang di kawasan Kampung Hubah-Babah, Penampang Type-3 hospital akan diwujudkan sebab janji mereka selepas selama tiga tahun ini adalah mereka akan tender projek itu tetapi hingga ke hari ini tapak pun sudah penuh dengan lalang. Terima kasih.
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Moyog berkaitan dengan Klinik Kesihatan Moyog ini, saya telah pun mengarahkan JKNS, Pengarah JKNS supaya melihat keadaan di Klinik Kesihatan Moyog yang sesak. Kita faham, dia sesak dari segi parking dan kita akan require mana-mana tanah-tanah yang berdekatan di kawasan ini supaya dapat negotiate dengan Klinik Kesihatan Moyog ini.
Yang kedua, berkaitan dengan Klinik Kesihatan yang telah pun dijanjikan dulu. Tiga tahun, saya baru-baru ini mungkin Yang Berhormat Ahli Parlimen Moyog telah pun menyuarakan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Nabawan.
Datuk Speaker, soalan saya no. 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Kementerian Agar Belia Dan Beliawanis Di Kawasan Pedalaman Sabah Mendapat MaklumatQuestions
*6.
YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, apakah inisiatif yang sedang giat diusahakan oleh pihak kementerian bagi memastikan belia dan beliawanis di kawasan pedalaman Sabah sentiasa mendapat maklumat berkaitan peluang melibatkan pekerjaan, keusahawanan dan kemahiran.
Silakan, YB Menteri.
Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Nabawan dan makluman Sidang Dewan yang mulia ini, Kementerian saya amat memahami mengenai keperluan golongan belia dan beliawanis di kawasan pedalaman Sabah untuk mendapat maklumat berkaitan peluang melibatkan pekerjaan, keusahawanan dan kemahiran.
Saya suka menyatakan di sini, bahawa Kementerian saya tidak memegang fungsi dalam menyediakan peluang pekerjaan atau pun menjadi ejen pencarian pekerjaan kepada belia yang menganggur.
Namun demikian, Kementerian saya bersama-sama dengan Majlis Belia Sabah dan Majlis Perundingan Negeri Sabah sentiasa bekerjasama dalam mengadakan Sesi Libat Urus dalam menyebar luaskan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh golongan belia berkaitan peluang melibatkan pekerjaan, keusahawanan dan kemahiran.
Selain daripada itu, Kementerian saya sedang menjalankan Program KBSS Turun Padang Jelajah Belia di Seluruh Sabah termasuk kawasan pedalaman Sabah yang berdomainkan kesukarelawan, kesejahteraan ekonomi, kesihatan, kebudayaan dan kerohanian.
Melalui program ini, pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah Sesi Sembang Belia Bersama Pemimpin dan Belia Akar Umbi.
Semasa program ini dijalankan, pihak Kementerian saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa Kementerian Belia dan Sukan Sabah ada melaksanakan program-program latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang seperti Bidang Perhotelan, Kursus Asas Didikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Asas Binaan, Automotif, Kecantikan, Kelas Seni Kreatif Jahitan, Pertanian dan Permakanan.
Selain itu, persatuan-persatuan Belia Akar Umbi juga dimaklumkan bahawa, Kementerian saya ada menyediakan geran berjumlah RM5,000.00 kepada setiap persatuan yang memohon geran untuk mereka melaksanakan program atau pun aktiviti yang dirancang.
Persatuan yang layak dipertimbangkan untuk kelulusan geran ini hendaklah mempunyai dokumen yang sah antaranya seperti berikut:
1.
Surat permohonan persatuan atau kelab belia 2.
Sokongan daripada Pegawai Pengelola KBSS, Kementerian Belia dan Sukan bahagian atau daerah 3.
Salinan sijil pendaftaran yang sah 4.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Penyata Kewangan Tahunan atau yang diaudit senarai AJK terkini dan senarai ahli-ahli yang biasa. 5.
Kertas Cadangan Aktiviti/Program 6.
Penyata…
… serta akaun bank persatuan atau kelab yang terkini.
7.
Borang pengesahan akaun bank; 8.
Laporan pelaksanaan dan program terdahulu, kalau ada dan surat pengaku terimaan maklumat yang diberi atau yang terkini. Kementerian saya juga memberi bantuan berupa dana yang dikenali sebagai Skim Jaya Usahawan
Belia atau SYABAS kepada usahawan belia yang berumur 18 hingga 40 tahun serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Dana ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dan jumlah penerima bantuan setakat ini adalah seramai 2893 orang. Bantuan skim ini akan diteruskan pada tahun ini dan permohonan akan dibuka tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.
YB Nabawan, soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin bertanya adakah pihak Kementerian ada menyimpan rekod ataupun mengenal pasti bidang-bidang yang amat diminati oleh belia dan beliawanis ini? Selain daripada bidang sukan yang untuk mendapatkan pendapatan ada di bidang keusahawanan dan juga kemahiran khususnya di kawasan pedalaman ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat dari Nabawan. Sebenarnya pada ketika ini kita sedang mengemaskinikan kerana beberapa Kementerian juga dan agensi Kerajaan mengendalikan kursus-kursus yang sama. Jadi kita perlu elakkan ini dan yang, yang kita tahu saya telah di… saya telah memberi apa nama setelah sampaikan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan difahamkan Kerajaan sedang mengumpul dan mengkaji apa nama, kursus-kursus yang kita perlu kendalikan melalui Kementerian atau agensi-agensi yang ada. Terima kasih.
Untuk soalan seterusnya oleh kerana YB Kedamaian telah memaklumkan kepada Dewan beliau tidak dapat hadir sidang pada hari ini kerana beliau harus berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri, menghadiri Mesyuarat Kabinet maka beliau telah mewakilkan soalannya kepada YB Tanjung Papat. Oleh itu, saya mempersilakan YB Tanjung Papat untuk bertanya soalan.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Soalan yang nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Permohonan Lesen Perniagaan Dan Tempoh Permohonan Atas TalianQuestions
*7.
YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, berapakah jumlah permohonan lesen perniagaan dan bilangan lesen perniagaan yang telah dikeluarkan di daerah Kota Belud, dan berapakah tempoh masa (hari) memproses permohonan secara atas talian bagi lesen perniagaan tersebut.
Jawapan
Terima kasih. Selamat pagi, salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya kepada semua sidang Dewan yang mulia pada pagi ini, terutama Datuk Speaker. Terima kasih kepada Tanjung Papat telah diwakilkan oleh Menteri Ewon Benedick untuk meneruskan pertanyaan mengenai dengan soalan seperti berikut dan ini jawapannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.11 Kedamaian dan Dewan yang mulia ini berdasarkan maklumat berkenaan bilangan permohonan lesen atas talian yang telah diterima pada daripada Pejabat Daerah Kota Belud mula, mulai 24 Februari hingga 2023 dan 31 Julai 2023 jumlah permohonan lesen baharu yang diterima adalah sebanyak 1259. Daripada jumlah tersebut bilangan lesen dikeluarkan adalah sebanyak 759 sekiranya dokumen lengkap dan dimuat naik dengan sempurna. Pihak Pejabat Daerah Kota Belud mengambil tempoh masa satu hari bagi memproses permohonan lesen atas talian tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker.
Berdasarkan pada Dasar Kerajaan untuk menerima memohon perlesenan untuk kedai-kedai perniagaan ini yang dilaksanakan pada untuk semua daerah di Sabahkah, sama rata? Sebab di Sandakan saya dengar banyak permohonan ada terlewatlah sampai enam bulan, setahun pun tidak adalah diluluskan.
Terima kasih kepada YB Tanjung Papat. Ini saya tidak boleh terima kerana Kementerian kami di bawah KPLB dan Pejabat Daerah sentiasa mengambil perhatian tentang lesen-lesen yang dipohon. Kita sudah mempunyai Pejabat Daerah dan kita juga mengubah sudah untuk secara online maka pada saya ini saya tidak setuju bermakna Yang Berhormat tidak, tidak sepatutnya Yang Berhormat datang ke Pejabat Daerah mengenal pasti permohonan-permohonan tersebut sehingga enam bulan.
Saya mahu, saya minta data-data yang ada ini saya, Kementerian kami minta kerana kalau enam bulan kita boleh tanya kepada Pegawai Daerah. Buat apa dia orang kerja di situ? Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan kalau ada enam bulan hantar data kepada kami. Kita akan siasat perkara ini. Kita akan turun di daerah tersebut bersama Kementerian. Terima kasih.
Terima …, silakan soalan tambahan, Sulabayan. Datuk Dr.
Boleh?
Silakan.
Soalan Tambahan Datuk Dr.
Okey. So, ini cukup menarik perhatian. Terima kasih, Tuan Speaker. Berhubung kait dengan soalan nombor 7 tadi.
Satu, soal lesen pasal di daerah ini secara manual. Soalan saya, bila kita bercakap soal atas talian ini sudah baikkah liputan kita punya Internet? Ah, itu saja soalan saya. Pasal kalau talian ini banyak dulu pernah masa saya di Kementerian juga kita cuba usahakan. Ada jua tersangkut pasal talian akses ini jangan ceritalah 5G, 4G, saya ingat 3G pun belum sempurna. Terima kasih.
Terima kasih kepada N.64 Sulabayan. Mengenai masalah Internet itu, itu di bawah
kuasa Kementerian yang berkaitan tetapi bukan semestinya pengeluaran lesen itu hanya melalui Internet. Kita boleh guna pakai secara manual. So, apabila manual saya percaya bahawa adalah cara kaedah Pejabat Daerah, iaitu untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan-kawasan yang mana memerlukan lesen untuk berniaga. Saya yakin dan percaya bahawa Pegawai Daerah tidak berdiam diri dan tolonglah YB kalau ada di mana-mana daerah saya sejujurnya katakan pada hari ini kerana pada kita, kita mempunyai Kementerian sendiri dan mana-mana ada masalah di bawah Kementerian kami. Kami akan turun ke daerah tersebut. Bagi saya tempoh dalam dua tiga minggu saja, saya akan turun. (dia masuk jadi tidak boleh bercakap, jadi ini boleh sudah?) Jadi, Datuk, YB, tolonglah bagi tahu saja. Kita akan kerja. Kita akan bantu. Percayalah saya akan bantu. Terima kasih.
Satu lagi, soalan tambahan terakhir.
Sudah dua soalan tambahan tu.
Terakhir.
Sudah dua soalan tambahan tadikan? Yang Berhormat Sulabayan, sudah dua soalan tambahan tadikan?
Belum, belum…
Ah?
Satu, baru satu, baru satu.
Satu okey, teruskan.
Alah, dia ambil lagi.
Pok silaplah bah itu.
Nda dengar, nda dengar.
Datuk Dr.
Soal manual tiada masalah. Itu perkara biasa. Cuma yang persoalan saya hari ini mampukah kita mengadakan pembaharuan lesen ya melalui apa ini online? Oleh sebab liputan kita jangan cerita 5G, 4G, 3G pun masih belum sempurna. Hari ini tinguk soalan-soalan lain masih lagi timbul pasal menara ini. Terima kasih.
Terima kasih. Memang kita akuilah itu YB kerana banyak tempat line Internet tidak berapa baik kerana dulu saya pun di Kementerian yang sama, Kementerian Sains Teknologi saya dulu tapi untuk makluman di Pejabat Daerah Pitas saya bawa Pejabat Daerah turun padang. Jumpa rakyat, buat bersama pemimpin, rakyat ketua jabatan bersama rakyat kita boleh keluarkan lesen dalam masa 10 minit untuk rakyat di kawasan kita tapi itulah mesti kita ada memerlukan usaha yang Wakil Rakyat itu kena berjumpa dengan Pegawai Daerah. Jangan hantam kita di Dewan saja, yang penting kita turunlah ke daerah-daerah. Check dulu. Lepas tu kalau sudah check hantamlah kami di Dewan ini, kami akan perbaiki sebaik mungkin apa kelemahan kami. Percayalah. Terima kasih.
Datuk Speaker, minta satu penting, satu soalan boleh?
Janganlah. Kita pergi soalan nombor 8. Sekarang saya jemput soal, Yang Berhormat ADUN Dilantik.
Dilantik, Datuk Jaffari Waliam.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan nombor lapan.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Menara Telekomunikasi Siap Dibina Dan Status Peruntukan Pembinaan Menara TersebutQuestions
*8.
YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, berapakah menara telekomunikasi yang telah siap dibina diseluruh Sabah sehingga hari ini dan apakah status terkini peruntukan pembinaan menara tersebut yang disediakan Kerajaan Pusat.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dilantik dan Ahli-ahli Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, bagi meluaskan perkhidmatan jalur lebar mudah alih di Sabah, sebanyak 169 buah menara telah siap dibina daripada 616 jumlah menara yang dirancang di bawah Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA. Manakala, bagi 447 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan.
Dalam usaha mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih sebanyak 4,158 stesen pemancar telah dinaik taraf kepada 4G daripada 4,186 stesen pemancar yang telah dirancang. Manakala, baki 28 stesen pemancar masih dalam peringkat pelaksanaan.
Bagi meluaskan perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 180,346 daripada 303,569 premis telah tersedia dengan gantian optik berkelajuan gigayte. Manakala, baki 123,223 premis masih dalam peringkat pelaksanaan. Kesemua inisiatif yang dinyatakan dijangka akan siap dan beroperasi secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025.
Bagi perkhidmatan jalur lebar satelit pula, kesemua 136 lokasi telah siap dan beroperasi di seluruh negeri Sabah.
Pelaksanaan JENDELA di Negeri Sabah melibatkan peruntukan kerajaan melalui Program Pemberian Pekhidmatan Sejagat (UFC) dan Pelabur Komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan. Secara keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM4.2 bilion. Setakat suku pertama tahun 2023, anggaran sebanyak RM2.9 bilion telah dilaksanakan dan manakala
bakinya dalam peringkat pelaksanaan.
Ini menunjukkan bahawa lebih 50 peratus sudah dibelanjakan.
Inisiatif pembangunan insfra digital ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan terutamanya daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah serta pihak Kerajaan Negeri dari segi memudah carakan proses kelulusan bagi projek-projek yang telah dirancang, dan akan dilaksanakan di bawah Pelan JENDELA demi merealisasikan aspirasi Rancangan Malaysia yang Ke-12. Datuk Speaker.
Itu sahaja?
Itu sahaja jawapan daripada Kementerian saya. Terima kasih.
Saya tambah sikit. Bilakah menara di DUN ini boleh dihalalkan?
Datuk Speaker.
Okay. Soalan tambahan daripada ADUN Dilantik. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker.
Masih pada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, tahniahlah kerana ini merupakan satu program yang sangat penting untuk tempoh dan zaman ini. Cuma soalan saya yang pertama, adakah tempoh penyiapan itu mengikut jadual? Dan yang kedua, mungkin kalau boleh pun jawapan bertulis, menara telekomunikasi ini mengikut ke daerah-daerah? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan.
Kalau mengikut perancangan yang telah dijadualkan, kesemua menara yang dirancang ini akan siap sepenuhnya pada penghujung 2025.
Bagaimanapun kita
sedikit ada masalah dari segi mempercepatkan pembinaan menara ini atas sebab beberapa perkara.
Pertamanya, kita susah mendapatkan kebenaran segera, kebenaran masuk daripada agensi-agensi yang berkenaan seperti PBT, JTU dan juga Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.
Bagaimanapun bagi makluman untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Berhormat boleh merujuk kepada dashboard KSTI untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan pelaksanaan dan juga menara-menara yang sudah siap dan menara yang belum siap di kawasan masing-masing. Terima kasih.
Okay, terima kasih.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Telupid.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Yang segak bergaya.
Ya.
Saya mahu bertanya kepada pihak Kementerian.
Kalau di Telupid, menaranya sudah ada yang beberapa siap, tetapi bila…
Soalan apa ini?
Ya?
Soalan sembilankah soalan tambahan?
Oh, oh, oh.
Soalan sembilan.
Oh, ya!
Sorry. Saya ingat ada soalan tambahan tadi. Minta maaf Tuan Speaker. Ya, pasal saya mahu tanya juga untuk soalan, untuk soalan sebelum soalan ni bolehkah itu?
Ya. Pergi soalan sembilan.
Sembilan.
Okaylah. Okay, soalan saya nombor sembilan. Terima kasih Datuk Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mewujudkan Kawasan Perindustrian Berasaskan Perkayuan Di Daerah TelupidQuestions
*9.
YB. Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan kawasan perindustrian berasaskan perkayuan di daerah Telupid contohnya seperti kilang perabot. Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat daripada Telupid dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian saya memang mempunyai usaha dalam merancang atau mewujudkan lebih banyak taman perindustrian di Sabah.
Bagi daerah Telupid pula, setakat ini belum ada perancangan untuk mewujudkan sebuah kawasan perindustrian yang berasaskan kayu. Kementerian saya sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana Ahli Yang Berhormat bagi meninjau, dan merancang potensi-potensi pembangunan kawasan perindustrian di daerah masing-masing demi pembangunan ekonomi negeri kita. Terima kasih.
Soalan tambahan. Ini you punya soalan tambahan. Tanyalah.
Terima kasih Datuk Speaker. Ya, setakat ini belum ada perancangan, tetapi saya memohon kepada kementerian supaya mengambil kira daerah Telupid ini dikelilingi oleh Forest Management Unit di bawah konsesi di bawah Forest Management Unit yang beroperasi pembalakan selama 100 tahun. Kita ada FMU 5, kita ada ada Anika Desiran, kita ada Deramakot, Tangkulap, KTS sebagai pemain industri kayu balak.
Oleh sebab itu, kita mencadangkan kepada pihak Kementerian, kita difahamkan FMU sekarang sudah menanam getah, batai, laran dan sebagainya. Kita berfikir di mana kita mahu jual getah dan tanaman-tanaman kayu tersebut dalam hutan simpan di bawah FMU ini.
Jadi, justeru itu, saya minta kepada kemeneterian untuk mempercepatkan satu kajian di daerah Telupid itu sebagai satu tempat strategi bagi perindustrian yang berasaskan kayu, kerana saya sudah meminta kepada pihak IDS untuk menyediakan satu zoning perindustrian, iaitu di Mukim Sapi sebagai satu kawasan yang strategi untuk pusat ataupun membina mahu menarik pelabur.
Soalannya YB? Jangan berhujah. Soalan dia?
Soalan dia adalah kita minta, kita minta.
….pada Kementerian, bilakah ada satu perbincangan kepada pihak kami DUN dan juga pihak jabatan-jabatan yang lain dan juga erm dengan mengambil kira apa yang saya sudah sebutkan tadi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Telupid.
Kita sedar dan maklum berkenaan potensi yang ada berkenaan industri perkayuan (suara bertindih) dan untuk mewujudkan kilang-kilang perabot dan kita sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan ataupun makluman dan boleh ya kita bekerjasama untuk mewujudkan bukan hanya perkayuan tetapi juga industri-industri lain yang boleh kita fikirkan memajukan negeri Sabah. Terima kasih.
Soalan tambahan seterusnya okey YB Senallang.
Terima kasih Datuk Speaker dan Yang Berhormat Pembantu Menteri tentang ingin melahirkan industri perkayuan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, ya
Timbalan Pembantu Menteri berhubung kait dengan industri perkayuan, saya mendapati bahawa ada kayu dieksport, adakah cukup kayu digunakan untuk domestik?
Industri yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kegunaan kerana bila kita lihat di pedalaman banyak kayu-kayu sebenarnya dan di Tawau pun eksport ke luar negara ya, itu kita tahu hasil berapa pun. Jadi adakah ia mencukupi, adakah langkah pengeksportan ini menggalakkan supaya kesuburan industri perkayuan, down stream yang ada di Sabah ini?
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang.
Buat masa sekarang saya tidak ada data ya berkenaan berapa nilai jumlah eksport yang ada untuk negeri kita dan saya mohon untuk memberikan data tersebut secara bertulis kepada Yang Berhormat, tetapi untuk makluman untuk makluman ya, kita sebagai sebuah negeri yang berubah daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian ya kita sangat mengharapkan banyak industri-industri baru wujud di Negeri Sabah ini dan sebab itulah ya, Kerajaan Negeri bertekad untuk membuka seberapa banyak taman-taman perindustrian di negeri Sabah untuk kita cater keperluan-keperluan perindustrian. Kita sedar, kita masih banyak kekurangan berkenaan industri-industri yang kita ingin terokai dan kita ingin pergi tetapi saya fikir, langkah-langkah itu kita telah dimulakan dan kita akan sentiasa terbuka ya kepada sebarang cadangan.
Bukan hanya sektor perkayuanlah, industri kayu yang saya fikir berada dalam sunset industri tapi kita juga terbuka kepada mana-mana industri yang boleh kita fikirkan ya ah future proof maknanya boleh meningkatkan lagi ya ekonomi dan juga sektor perindustrian Negeri Sabah, terima kasih.
Tuan Speaker, soalan saya berhubung kait dengan adakah mencukupi kayu di Negeri Sabah untuk memastikan supaya industri ini dapat kita suburkan sama ada is there any policy, adakah polisi Kerajaan Negeri, berapa kuota untuk eksport, berapa kuota untuk kegunaan dalaman?
Seperti yang telah saya nyatakan tadi ya,
saya akan buat secara bertulis kerana saya tidak ada data tersebut, ah dan kita pun maklum ya berkenaan tadi soalan daripada Telupid, ada apa ah GLC-GLC kita yang telah berubah daripada menanam apa kayu, telah berubah kepada pertanian ataupun sektor yang lain.
Yang Berhormat Menteri, soalan daripada Senallang tadi, adakah you boleh jawab atau you mahu jawab secara bertulis?
Saya jawab secara bertulis.
Okey. Terima kasih.
Pastikan dia bagi jawapan yang bertulis supaya tidak ada kekeliruan tentang jawapan-jawapannya.
Terima kasih.
Demikianlah saja sesi soal jawab kita pada hari ini.
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) (Pindaan) 2023Bill
Penolong Setiausaha: Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2023. Bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1978.
Penolong Setiausaha: Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023.
Bacaan kedua bila Yang Berhormat Menteri?
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
Penolong Setiausaha:
Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023. Bacaan kedua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua. Tuan Speaker, Pemajuan Perumahan di Sabah adalah tertakluk di bawah Enakmen Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1978 dan Kementerian saya telah dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan (suara batuk) enakmen tersebut. Secara amnya, enakmen ini merupakan undang-undang bagi kawalan pelesenan urusan Pemajuan Perumahan di Sabah dan berperanan untuk melindungi kepentingan pembeli rumah.
Enakmen ini telah dipinda kali terakhir pada tahun 2007. Semenjak itu, terdapat keperluan untuk mengemas kini dan menambah baik enakmen ini bagi memenuhi tuntutan rakyat, khususnya untuk membantu pembeli rumah projek perumahan sakit agar projek perumahan sakit tersebut tidak melarat menjadi perumahan terbengkalai.
Pindaan ini perlu kerana enakmen yang sedia ada tidak mencukupi untuk membela nasib pembeli rumah yang berdepan dengan masalah projek perumahan sakit selain memastikan masalah itu tidak berulang pada masa yang akan datang.
Selain itu, pindaan ini juga adalah untuk memastikan pemantauan dan pengawalan ke atas kemajuan perumahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memantapkan lagi tindakan penguatkuasaan bagi mengurangkan masalah pemajuan perumahan di Sabah.
Sekali gus dapat memberi perlindungan kepada pembeli rumah.
Tuan Speaker, secara umumnya Rang Undang-undang Enakmen Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan Pindaan 2023 ini merangkumi pindaan dalam 16 Fasal keseluruhannya seperti berikut:
Fasal (1) mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal (2) bertujuan meminda Seksyen 2 Enakmen untuk memberi Menteri kuasa bagi mengecualikan mana-mana badan atau agensi yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut statute dan di bawah Kawalan Kerajaan atau Kerajaan Malaysia daripada mana-mana atau semua peruntukan enakmen dan mengecualikan pengecualian itu boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa had sekatan atau syarat.
Fasal (3) bertujuan untuk meminda Seksyen 3 Enakmen untuk meminda tarikh tertentu bagi istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam enakmen berikutan dengan pindaan yang dicadangkan dalam enakmen yang dicadangkan ini. Fasal (4) bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 5 (a) ke dalam enakmen untuk melarang pindah milik atau serah hak suatu lesen.
Fasal (5) bertujuan untuk meminda Seksyen 7 enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan tambahan seseorang pemaju perumahan yang dilesenkan untuk memastikan perlindungan yang lebih baik kepada pembeli. Fasal (6) bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 8 (b) ke dalam enakmen untuk memberi pengawal kuasa untuk mengarahkan supaya akaun pemajuan perumahan…
…dibekukan sekiranya pemaju perumahan menjalankan perniagaan mengikut cara yang menjejaskan kepentingan pembeli, atau bertentangan dengan enakmen.
Fasal 7, bertujuan untuk menggantikan Seksyen 12A Enakmen untuk memberi pembeli hak, untuk menamatkan perjanjian jual beli sekiranya pemaju perumahan
berlesen enggan untuk menjalankan atau menangguhkan atau menggantungkan, atau menghentikan kerja untuk suatu tempoh yang berterusan selama enam bulan, atau lebih selepas penyempurnaan perjanjian jual beli itu. Fasal 8, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 13A ke dalam Enakmen bagi memberi pengawal kuasa untuk melaporkan kelakuan seseorang arkitek, jurutera atau juruukur baharu. Fasal 10, bertujuan untuk meminda Seksyen 19B Enakmen dengan memotong subseksyen 5, dan untuk menyatakan kehendak bagi mana-mana ahli tribunal untuk menghentikan amalannya, yang melibatkan mana-mana pemajuan perumahan semasa tempoh perlantikannya.
Fasal 11 dan 12, bertujuan untuk meminda Seksyen 19N dan 19Q Enakmen untuk menambah bidang kuasa tribunal daripada RM40,000 kepada RM50,000, dan daripada RM80,000 kepada RM100,000 masing-masing. Fasal 13, bertujuan untuk memasukkan subseksyen memasukkan seksyen baharu 20A, dalam enakmen untuk menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pemaju perumahan berlesen, yang meninggalkan suatu pemajuan perumahan untuk mengelakkan terjadinya pemajuan perumahan terbengkalai dan membolehkan prosiding jenayah terhadap pemaju perumahan berlesen, yang meninggalkan suatu pemajuan perumahan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, sebelum projek perumahan diisytiharkan sebagai projek terbengkalai, ia perlu memenuhi salah satu kriteria berikut. Pertama, projek perumahan yang tidak siap dalam atau luar tempoh perjanjian jual dan beli, atau SMP dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan, seperti yang diperakui oleh perunding atau Pihak Berkuasa Tempatan atau kedua, pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan. Dan ketiga, disahkan sebagai projek terbengkalai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di bawah Seksyen 11 Enakmen Pemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan 1978.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu Seksyen baharu 20A ini memperuntukkan hukumannya lebih berat untuk memastikan pemaju perumahan berlesen, tidak bertindak sambil lewa atau tidak bertanggungjawab dalam menyiapkan projek perumahan, mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Seterusnya, Fasal 14 bertujuan memasukkan Seksyen baharu 21B dan 21C ke dalam enakmen bagi memperkatakan tentang hal perkara yang berkaitan dengan isu penyerahan dan perakuan, kemajuan bagi melindungi kepentingan pembeli. Fasal 15 bertujuan untuk meminda perenggan 26(2)(E) enakmen bagi menambah baik peruntukan dan untuk memasukkan pemberian, perlanjutan masa bagi penyiapan pemajuan perumahan.
Fasal 16, bertujuan untuk meminda jadual kepada enakmen bagi menghendaki suatu salinan jaminan, peribadi oleh pengarah syarikat untuk dikemukakan bersama dengan permohonan bagi suatu lesen. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam ucapan pembentangan saya ini, adalah pindaan kecil atau yang berbangkit.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Pemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan Pindaan 2023 ini, telah melalui proses yang melibatkan semua pihak-pihak yang berkepentingan, seperti Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Sabah Housing And Real Estate Developers Association atau (SHAREDA) dan Sabah Law Society. Sebelum dikemukakan sebelum dimuktamadkan di peringkat Kementerian saya, dan dibawa untuk proses gubalan Rang Undang-undang. Pindaan Rang Undang-undang ini, juga turut melibatkan kajian yang komprehensif dan rujukan terhadap model undang-undang Kerajaan Persekutuan, iaitu Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan 1966.
Justeru, saya ingin menarik perhatian semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Pindaan Rang Undang-undang ini secara keseluruhannya, dapat mengawal risiko berlaku projek terbengkalai, sekali gus membela nasib pembeli rumah di Sabah. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ke-2 dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya mempersilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
(suara tidak jelas)
Boleh boleh, boleh boleh? Mic, your mic is off.
Okey sudah?
Ah.
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, atas membentangkan Rang Undang-undang, saya setuju dengan niatnya ataupun tujuannya untuk melindungi para pembeli. Pada masa yang sama, sebelum saya bangkitkan tiga perkara dalam Rang Undang-undang ini, saya merayu kepada YB Menteri dan Kementerian. Jangan dulu mewartakan Rang Undang-undang ini sehingga sudah cukup-cukup, dialog bersama dengan pihak-pihak berkenaan. Supaya perlaksanaan dan penguatkuasaan diperhalusi. Saya harap nanti YB Moyog dan YB Tanjong Papat pakar dalam bidang ini juga boleh membantu. Kerana sebaik sahaja Rang Undang-undang ini dilulus kemudian diwartakan, maka dia berkuat kuasa bukan hanya menjadi kuasa Kementerian. Juga menjadi tanggungjawab Kementerian.
Menguatkuasakan undang-undang yang tersebut di sini.
Maka saya mencadangkan dan saya harap menteri boleh memberikan undertaking kepada Dewan ini, sebelum Rang Undang-undang ini apabila dilulus sebelum diwartakan, engage and intensive dialog with the stakeholder. Tadi YB Menteri ada cakap bahawa ada dialog sudah dengan SHAREDA, Sabah Real Estate Developers Association, Sabah Law Society dan sebagainya. Tapi saya rasa kalau dia orang betul-betul ada pandangan tak sebaik itulah, walau macam manapun kalau Dewan ini lulus Rang Undang-undang ini, mereka mesti terlibat. Dalam perlaksanaan ini misalnya, Tuan Speaker, dengan izin saya pakai English sikit pasal ini law of contract the lawyers who are advising the developer, in drawing up the sale and purchase agreement the lawyers who are advice the bank to respect of termination of contract, the lawyers who are advice the purchaser must know this new law to be pass, they must also know the implications of this law. Maka Tuan Speaker, saya merujuk kepada tiga perkara Fasal 6…
…yang memasukkan seksyen baru 8B.
Saya juga merujuk kepada Fasal 7 yang memindakan menggantikan Seksyen 12A dan juga Fasal 13 yang ada membawa seksyen baharu 20A. Tuan Speaker saya mohon izin campur Inggeris dengan bahasa Malaysia.
Tidak apa. Tidak apa. Tidak apa.
Okey.
Semua kita faham juga tu.
Okey. Terima kasih. Satu enam yang saya cakap tadi itu. Fasal 6, seksyen baharu 8B Pembekuan Akaun Pemaju Perumahan. The Freezing Open Account of The Housing Development Account.
Disini tidak sebut apakah time limit.
Saya rujuk kepada kuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), kuasa hanya 12 bulan. Selepas dua bulan apabila akaun dibekukan, kalau tiada dia kena charge, SPRM kena memohon kepada mahkamah supaya freezing order ini disambungkan disini dia sebut. YB Menteri berharap boleh menjelaskan sama ada there is no limit ataupun macam mana.
Seterusnya, Fasal 7.
Ini memberikan hak dan kuasa pembeli menamatkan perjanjian jual beli. This keep the right because we talks about entitlement not dalam English ini should be entitle to terminate the sell purchase agreement. This became a right. The moment that the project is abandoned this became a right to terminate the sell purchased agreement.
Soalan saya, whether this right even by this they won’t agree. Maybe or maybe not in conflict with A Contract’s Act of Malaysia. Akta Kontrak Malaysia. Because the principals sell purchase agreement sign between the developer and the purchaser is bound under The Contract Act of Malaysia. The provision within this you may terminate such a contract recurrent by other law including a parliamentary statue. So is this going to be in conflict or it this not going
to be in conflict?
What is the recourse, sekiranya ada konflik. Number two, bagaimananya sekiranya dalam the principal same purchase agreement, there is already a termination clause? Other than the project is abandoned. What if in the same purchase agreement, there is already a terminations clause? Some lawyers called this exit clause. We enter in the contract you exit from the contract. What if this alternative terminations clause, which is not exactly in tune with this amendment? Seterusnya Tuan Speaker, something very important. We allowed the purchaser to terminate the sell purchase agreement, what about the loan agreement? Because from my experience dari dahulu sekarang sebagai lawyer we meet people we meet purchasers, the biggest burden to a buyer is not the same purchased agreement. Their because burden is the aim financing agreement with the bank. Projek perumahan tidak siap.
Projek perumahan tidak siap. Rumah belum dapat tetapi masih mahu bayar itu pinjaman kepada bank yang dia pinjam untuk bayar bikin developer.
There are some buyers who want to terminate that aim financing agreement and we know the package between the bank to finance a project. The bank have also a duty to make sure that the project can be completed. So we allow the purchaser to terminate the agreement for good purpose.
What about allowing the purchaser to terminated also the loan agreement so that the purchaser does not have to continue to service the loan for a house which he might never own. Itu pasal ini dalam perjanjian dalam fasal ini.
Seterusnya, dalam fasal yang sama juga the new Section 12, allow the buyer to sue the developer.
This is already in the contract YB.
All sell purchase agreement already allow under the contract buyers to sue the developer. Not the moment here we said buyers may sue the developer for a several debt. To me this law is not real. Because in actual fact, by the time the project got abandoned, the developers is almost bankrupt. You’re getting a paper judgement. Even to spent fifty thousands ringgit on legal fees to get the judgement that you cannot enforce against a buyer the developer with already bankrupt or missing.
Long gone.
Long gone. Pasal kalau di Sabah ini setahu saya genuine developer dia tidak lari. Yang lari ini fly by night apa
nama itu. Dia tidak pandai juga bah dia buat-buat saja itu. Jadi orang ini yang lari. Kita kasih kuasa dia saman sama dia. To me this is not real. But it’s theirlah. Seterusnya, this the intention of this amendment is good. If there are abandoned project we sue lah.
But Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri there are cases where it is not in the interest of the buyer to terminated the sell purchased agreement. There are cases where it is not in the interest of the buyer to terminate the sell purchased agreement. Why? After he terminate the agreement he lost everything. The company go bankrupt. He gets nothing.
Saya ulangi ya. Apabila dia tamatkan perjanjian jual beli dengan pihak pemaju, dia kehilangan semua hak dia. Dia hanya boleh saman itu Sdn. Bhd. Sdn. Bhd pun sudah lari, dia tidak dapat apa-apa.
But if later on, the Ministry, the bank, the liquidator revive the project, they get the new buyers, new invester, government take over. Dana harta punya stylelah. The newly revive project, dana hartakah, bankkah, mischievourkah. We’re only be committed to fulfil the obligation of the existing buyers. With the sell purchase agreement. Orang yang sudah tamatkan perjanjian itu he lost everything. Even after the project had being revive, there no money to be paid to the buyers for late delivery. Their now house to be delivered. It only goes to whereby the sell purchased agreement are still effective and subsisting. Orang yang awal sudah tamatkan perjanjian dia tidak dapat apa-apa. Dia kena saman itu Sdn. Bhd., itu yang sudah mahu binding up. Jadi, itulah maksud saya itu YB.
The intention is good. But in real commercial life, this is not real. Akhir sekali, ini bahaya sikit.
Lima tahun bukan satu tahun.
Itu hari diberikan maklumat saya bahawa penjara satu tahun bukan lima tahun. Ini lima tahun. Tuan Speaker, as I said fly by night developer sudah lari.
Dia mahu tangkap dia pun bukan senang.
Now the issue about this the project terbengkalai.
Bukan semestinya kesilapan ataupun kesalahan pihak pemaju. Saya berikan tiga contoh. Selepas gempa bumi di Ranau tahun 2019 another projek terutamanya apartment di daerah Ranau boleh berjaya. Ada yang sudah berhenti. Kedua perang. Selepas perang tanduo di Lahad Datu selama dua tahun berturut-turut, satu unit pun rumah tidak boleh dijual. Nasib tidak ada pojek besarlah. Ada yang rugi because it happen thought the developer …
At the Lahad Datu District.
Big established developer.
There is no abandoned project but for two years continuously, not one single house could be sold. Sekiranya projek itu tergendala, orang ini pun sudah rugi, sudah mahu bankrupt. Bukan dia punya salah. Bukan dia punya niat. So we are gonna enforce this law and get those public listed company, directors of the board, charge them for a criminal offense.
Ketiga, itu perang sama gempa bumilah.
Tapi bagaimana kalau change of government and change of the government policy.
Misalnya, pihak pemaju buat satu projek untuk foreign investor. They apply MM2H, Malaysia My Second Home. Dia punya syarat RM600,000. Malah buat di Sabah, boleh belilah itu MM2H punya rumah, dia dapat imigresen pas, tinggal di Sabah.
Tiba-tiba, dasar diubah. Tiba-tiba polisi of MM2H is withdrawn, abolished. Changed in a dramatic way. Projek itu sudah berjalan, kerajaan tukar itu dasar MM2H. Projek itu gagal. Siapa punya salah? Orang ini yang dia sudah melabur berjuta-juta ringgit, dia sudah beli tanah, bayar premium, rezoning, bayar konsultan, bayar lawyer, semua ini. Tiba-tiba, dasar ubah. Ini kita nampak di mana? Di Johor Forest City. Di Johor Forest City. Banyak bankrap. Macam mana? Do to know afford (kurang jelas) of the developer, of the banker, of the investor. Something happened. Perang di Lahad Datu, gempa bumi di Ranau, MM2H di Johor.
Belum lagi saya sebut COVID. So Tuan Speaker, these are the issues that I hope The Minister will consider in any case.
There is a question of because here YB, Ahli-ahli Yang Berhormat, this is a question of criminal offense. YB, YB Menteri, mintalah kita punya peguam check on the mens rea of this criminal offense. Every criminal offense have two (2) components. Actus reus. The act, mens rea, the mental element. Is there impatient to cheat? Is there negligence resulting in the failure of the project?
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, ini criminal offense, when I read this section, the imprison directors of the developer company, five years imprisonment. I’m looking for
the mens rea, itulah Tuan Speaker. Akhir sekali, saya merayu dan saya meminta supaya YB Menteri dan Kementerian berkenaan engage with a list the Sabah Law Society supaya dia orang faham apa ini undang-undang.
Kedua, SHAREDA. Ketiga, persatuan bank.
The bankers must be involved in this new law.
At least in drafting the new said purchase agreement.
Why? Tuan Speaker, after we pass this law today, kalau diwartakan, this should be incorporated into the new sale and purchase agreement for new project. For project yang ongoing, mungkin dorang kena buat supplementary agreement YB. Atau projek yang sedang berjalan dengan undang-undang yang ada sebelum ini.
Tiba-tiba ini timbul.
Perlukah pembeli dan pemaju buat supplementary agreement to incorporate what is already here?
Itulah. Ini akan mengambil masa Tuan Speaker.
Maka saya merayu kepada YB Menteri, tangguh dulu pewartaan supaya ini belum ada legal effect. Talk to the lawyers. Talk to the bankers. Talk to the buyers association. Talk to the developers. Throughout syarat-syarat instruments, guidelines.
Make all the stakeholders in Sabah fully aware before you gazette and implement the law.
Terima kasih Datuk Speaker, saya beri laluan sedikit. Terima kasih Datuk Speaker, YB ADUN Dilantik. Setujukah bahawa premis bila meminda satu undang-undang atau pun menggubal satu undang-undang, stakeholder consultation dengan parties-parties seperti yang dicadang oleh ADUN Dilantik patut dibuat, dan in this case, patut juga Ahli Dewan Undangan Negeri through a select community patut juga ditubuhkan sebelum menggubalkan pindaan tersebut supaya information dapat diperolehi dan kita dapat memperhalusi sebelum membentang. Terima kasih.
Ini nanti Menteri jawablah.
Sebab saya punya komen bahawa YB Menteri dalam ucapan tadi at the end of the ucapan, YB Menteri menjelaskan bahawa ada perundingan, ada dialog dengan Persatuan Sabah Law Society, misalnya. Tapi, kalau saya baca ini, mustahil Sabah Law terus terima saja ini. There must be some gap in the understanding of what you told them or what they believed. Maka, tidak ada. Hari ini kita buat saja apa yang perlu dibuat.
Cuma sebelum diwartakan, before it have legal effect.
Engage with
this society, have the proper instruments, proper guideline.
I agree, YB Moyog.
Kalau YB menteri mahu, selepas hari ini pun, jemputlah pakar-pakar practicing lawyer yang ada dalam Dewan atau pun di luar Dewan. We discuss this how to find into it. Memperhalusi pelaksanaan dan pemerkasaan.
Maka dengan itu Tuan Speaker, saya sudahi ucapan saya dengan nasihat kepada YB Menteri. Saya tamatkan ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik.
Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Tuan Dr. Aliakbar. Yang Berhormat Moyog, kalau you ada mahu cakap, you bagi nama untuk berucap, lagi bagus. Daripada you berdiri duduk, you berdiri duduk. Kan?
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri.
Saya kira sampai masanya melihat kepada Rang Undang-undang ini.
Suatu pindaan yang akhirnya sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada pembeli rumah, yang saya kira sudah lama kita boleh kata mungkin terperangkap dengan undang-undang lama atau pun yang lebih lapuk sehingga ramai di kalangan pembeli-pembeli rumah yang sudah merasai suatu kesan yang sangat menyakitkan.
Saya menyebutkan begini kepada Dewan yang mulia ini.
Di antara beberapa perkara yang sentiasa menghantui pembeli adalah apabila rumah yang sudah dibeli itu terbengkalai.
Saya rasa ada ramai di kalangan kita yang pernah menyantuni orang seumpama ini.
Saya ambil contoh misalnya, beberapa pembeli projek perumahan One Sulaman yang tidak jauh daripada sini. Kira kita pun tahu perkara ini. Rumah yang sepatutnya siap 2012. Tetapi hanya berjaya disiapkan dan diserah kepada pembeli pada tahun 2022. Sepuluh tahun. Diantara masalah yang sentiasa dihadapi oleh pembeli, Datuk Speaker dan Dewan yang mulia, pastilah pembeli bila sampai tempoh pinjaman dia akan membayar pinjaman.
Cuma beberapa isu sebelum saya masuk kepada kesusahan yang berlaku itu, di antara dalam kes ini sebagai contohnya pihak KPKT lambat mengisytiharkan projek ini sebagai abandoned. Surat yang dikeluarkan oleh KPKT. Rumah ini sepatutnya siap 2012. KPKT mengeluarkan surat abandoned pada tahun 2016. Maknanya satu
tempoh yang cukup lama setelah pembeli tadi merasai pelbagai kesukaran dan juga pastilah pembayaran loan dan sebagainya khususnya di kalangan, ada di kalangan mereka yang terpaksa re-loan semula tetapi golongan-golongan yang berumur lebih, tidak mampu terpaksa top-up dengan cara-cara yang pelbagailah. Kita tidak mahu menuduh mana-mana pihak.
Tetapi, saya kira dalam konteks kita membantu pembeli khususnya.
Biasanya pemaju dia sudah bagi performance bond ataupun bank guarantee kepada KPKT yang sepatutnya kos guaman ini yang pertamanya tempoh pengisytiharan abandoned tu kena cepat supaya kita membantu masyarakat yang perlukan rumah atau saya difahamkan ada yang bayar loan dan terpaksa menyewa rumah menjadi dua beban dan menanggung pula kos guaman yang saya kira KPKT juga boleh mengambil peranan seumpama itu untuk membantu pembeli dengan performance bond ataupun guarantee bank yang diberi oleh pemaju dan saya kira undang-undang ini kalau berjaya diluluskan nampak lebih membantu dan juga menjaga kebajikan pembeli-pembeli rumah dan saya ingat KPKT harus lebih proaktif dalam konteks ini saya kira ini di antara pindaan yang sangat positif untuk kita melihat masa depanlah. Yang kedua, Datuk apa ini Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri dan Ahli Dewan yang mulia, saya nampak dalam konteks Sabah ini kita sudah sampai masanya perlu kepada satu dasar perumahan yang lebih sejahtera ataupun dasar perumahan untuk semua dalam konteks negara ada Dasar Perumahan Negara 2018 sehingga 2025. Walaupun mungkin akan berlaku perubahan-perubahan yang tertentu khususnya mengenai kebolehmilikan di kalangan di kalangan rakyat.
Sebagai contoh, Datuk Speaker, harga rumah di Sabah kita pun tahu bukan kita sebut di Kota Kinabalu, di luar Kota Kinabalu sampai ke pedalaman di Keningau, di Tenom ni jauh kita boleh katakan rural kawasan luar bandar.
Purata harga median rumah di Sabah ini landed house yang rumah, rumah apa kita kata rumah ampai-ampai di tanah RM280 per kaki persegi, apartment rumah apartment ini RM325 per kaki persegi harga median bagi rumah landed house ini
RM600 ribu. Saya kira perkara seumpama ini kita harus teliti dengan satu dasar perumahan yang lebih progresif walaupun mungkin kita tidak boleh mewujudkan satu mekanisme kawalan harga yang betul-betul menepati kehendak dan juga kemampuan masyarakat kita tapi saya kira sampai masanya dengan keadaan negeri kita yang kita pun tahu categorized by negeri yang miskin tetapi harga rumah yang cukup mahal perlu ada satu tindakan yang lebih mesra dengan tagline kita Sabah Maju Jaya.
Jadi, kawalan-kawalan harga saya rasa perlu ada mekanisme yang tertentu dan juga saya melihat kepada beberapa perkara lain selain daripada pindaan undang-undang ini saya nampak pihak KPKT khususnya boleh juga bukan boleh seharusnya untuk memastikan suasana perumahan kawasan-kawasan baharu khususnya perlu menangani segera isu-isu persetingganan kuarters koloni terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Kita bukan bercerita soal meroboh ataupun menggunakan sifat-sifat yang tidak berperikemanusiaan tetapi bagaimana kita mengurus perumahan-perumahan yang tidak formal ini perumahan-perumahan setinggan ini kita urus tadbir dengan baik dan juga kita mengadakan suatu polisi pembasmian setinggan yang sistematik pastilah kita kena meletakkan sesuatu sasaran saya nampak Sabah semakin hari khususnya di bandar-bandar utama semakin menghadapi isu ini dan semakin membesar. Maka, berlakulah masalah-masalah kecurian air, non revenue water, kecurian elektrik.
Saya kira kita sudah tidak punya banyak masa kita perlu mengambil tindakan segera yang dipenuhi dengan sifat kemanusiaan mengurus dengan baik dan juga memastikan suatu tempoh masa bila kita menoktahkan bukan saja kemiskinan tadi yang kita mahu noktahkan tapi juga isu-isu perumahan juga harus kita harus noktah dan selesaikan khususnya di negeri Sabah ini dan saya kira kawasan-kawasan perumahan baharu juga, Yang Berhormat Menteri, Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini sampai masa KPKT saya yakin sekarang sudah ada beberapa mekanisme perumahan-perumahan baharu mesti ada beberapa entiti yang duduk kawasan perumahan baharu cuma mungkin perlu ditekankan semula. Kadang-kadang ada perumahan baharu yang dia cuma ada rumah tetapi tidak tempat masyarakat untuk berinteraksi, bersosialisasi, perlu ada dewan-dewan komuniti, perlu ada tempat-tempat apa ni masyarakat mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, perlu ada surau atau masjid bagi entiti masyarakat bukan Islam ah
masyarakat Islam saya kira ini perlu diambil penekanan sebab apa saya pernah suruh dalam sidang yang lepas hanya kerana tiada surau di kawasan perumahan akhirnya orang turun naik mahkamah sebab apa sebab pertelingkahan tanah di kawasan perumahan jadi kira sampai masa kita mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kawasan-kawasan yang baharu ini, kawasan-kawasan perumahan baharu dan juga untuk kita menjadikan Sabah lebih harmoni dan saksama sifatnya saya kira sampai masanya untuk kita apa ni mengambil kira perkara yang saya sebutkan jadi saya dengan rasa sangat gembira menyokong pindaan ini mudah-mudahan ianya memberi kebaikan kepada kita. Terima kasih, Datuk Speaker.
Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik.
Sekarang mempersilakan Yang Berhormat daripada Telupid.
Terima kasih, Datuk Speaker…
Panjangkah?
Tidak juga, pendek saja, padat dan ringkas saja. Saya melihat kepada pindaan Rang Undang-undang ini ada dua perkara yang difikirkan, iaitu satu kebajikan pembeli kemudian pemaju. Bagi saya, Datuk Speaker, rakyat kita yang tidak mempunyai rumah dan kemudian berhutang semata-mata untuk mendapatkan rumah. Oleh sebab itu, kegagalan kontraktor atau pemaju untuk menyiapkan rumah menjadi masalah pada pembeli rumah. Sampai satu masanya kita harus menguatkuasakan undang-undang supaya masalah pembeli-pembeli rumah ini dapat diselesaikan.
Berkaitan dengan undang-undang, saya rasa kalau yang dikatakan oleh ADUN Dilantik mengenai dengan kelewatan disebabkan oleh bencana alam dan sebagainya barangkali tu adalah satu alasan yang kita boleh terima pakai tetapi kalau berlarutan pembeli-pembeli rumah ini menjadi mangsa kepada kelewatan barangkali mungkin yang disebabkan oleh perundangan, jadi janganlah menjadi mangsa pembeli rumah kita kesian pembeli rumah kita yang menunggu rumah dijanjikan barangkali dua tahun atau satu tahun siap tetapi bertahun-tahun tidak siap kemudian menyewa rumah lagi sudahlah bayar loan rumah menyewa rumah lagi kebanyakan orang-orang kita ini awal-awal muda lagi sudah ada bankruptcy.
Oleh sebab itu, Datuk Speaker, satu keperluan untuk mempercepatkan Rang Undang-undang ini bukan menghukum pemaju tetapi sampai satu masanya juga kita harus menguatkuasakan kerana perkara ini bukanlah perkara baharu, banyak kes turun naik mahkamah mengenai dengan pembelian rumah ini dan yang selalu yang bermain-main ini adalah bahasa undang-undang kesian yang pembeli rumah ini kadang-kadang bukan tahu undang-undang mengharapkan peguam, membayar peguam lagi kalau kalah di mahkamah lagi…
Bahasa undang-undang itu betul, orang yang kasi main bahasa tu…
Betul, Speaker. Jadi kita tidak mahu yang menjadi mangsa ini adalah pembeli-pembeli rumah jadi ini satu perkara, iaitu kita harus membela kepada pembeli-pembeli rumah ini yang seharusnya menjadi keutamaan dan tunggak utama dia ialah kepada penguatkuasaan kepada undang-undang ini jadi untuk pemaju memang kita sedia maklum banyak rintangan, masalah oleh pemaju ini tapi kadang-kadang yang saya dengar kalau ini di bawah projek kerajaan perumahan ini kadang-kadang dia pakai lesen proxy yang maincon itu kadang-kadang kalau sudah dapat itu projek dia loan bank lagi tapi bukan untuk buat rumah kerana dia bagi sub, sub itu yang bikin rumah, yang maincon itu dia loan itu projek…
…lain benda dia buat, bila subkontrak itu tiada kemampuan kewangan nah di sana masalah dia.
Jadi, ini kadang-kadang yang membantutkan usaha kita untuk membantu orang-orang kita kurang mampu ini untuk mendapatkan rumah. Jadi, saya juga bersetuju dengan ADUN dilantik tadi mengenai dengan kos rumah yang terlalu tinggi.
Sukar untuk orang-orang yang mempunyai pendapatan sederhana ini untuk memiliki rumah idaman mereka. Jadi ini harus juga dikaji sebagai kesempatan ini untuk disampaikan kepada pihak Kementerian. Jadi itu sahaja Datuk Speaker yang ingin saya sentuh pada hari ini dengan Rang Undang-undang ini. Pembeli-pembeli rumah ini harus kita bela melalui Rang Undang-undang yang kita pindah ini. Mengenai dengan pemaju-pemaju ini, kita juga mungkin pihak kementerian mengambil kira mengenai dengan alasan-
alasan yang kukuh tentang kelewatan-kelewatan itu baru kita mungkin boleh memberi denda kepada mereka. Justeru itu, Datuk Speaker, daripada Telupid saya menyokong pada pindaan Rang Undang-undang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Telupid, sekarang saya jemput Yang Berhormat Moyog.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya akan buat dengan ringkas. Saya ingin ulangi apa yang dibahas oleh ADUN dilantik Yang Berhormat Datuk Yong Teck Lee dan memasuki juga dalam contents saya the initial part especially berkaitan dengan State Order Conseltation.
Saya mengambil pendirian Datuk Speaker bahawa kalau Menteri dapat consider, why not we tangguhkan ini, kita buat satu community, kita discuss juga dengan stakeholder lebih mendalam termasuk Sabah Law Society, SHAREDA, Association of bank and all others stakeholder yang berminat. Yang saya ingin juga meminta kepada Datuk Menteri adalah when you make a standard housing developers sales in purchase aggrement sebab ini adalah aggrement yang akan dilulus oleh Kementerian YB Menteri. This is not the ordinary sales and purchase, this will be a standard sales and purchase for residential properties.
So, kalau Menteri boleh consider, don’t rush into this because I notice they few problems. Let’s look into how development are done in Sabah, approval bagi development plan, Datuk Speaker. Already takes months if not years. Ada problem dengan cara kita di Majlis Daerah when its come to approval. When its come to issues berkaitan dengan tanah native titles yang dipinda atau convert kepada country lease ataupun di mana mereka amalgamate banyak geran tanah untuk menjadi satu geran its already time consuming. The next step, saya faham waktu saya practice I have not been in practice for several years, but I try to deduct. Bila adanya satu approval bagi developers licenses, one condition daripada housing controller adalah you must surrender your master titlekan? and you must pay your conversion premium.
Okay, sales and purchases masih boleh di buat di mana adanya tripartite aggrement. I think ADUN Dilantik Datuk Yong dan juga YB yang dalam ilegal practice faham.
They will be tripartite aggrement di mana nama seorang native itu masih menandatangani jual beli. Surat jual beli sebagai pemilik tanah, conditionnya asal conversion premium sudah dibayar asal conversion sudah
diluluskan ada. So, in your standard aggrement di mana termination boleh dibuat, how do you compelled the native land owner who owns the converted title sekarang untuk mengikuti you know, saving proviso yang kamu memberi kepada purchaser. How do you compelled them? It is ah not easy actually to look for that native person. Now, of course they have many question, decide the the imagination of the law Datuk Speaker di mana there’s no dealing with native land so they convert the title to country lease sebelum menjual property itu.
This is something we should really consider to better mechanism to protect the purchaser. The other one Datuk Speaker adalah berkaitan dengan surrender of title. I notice, this surrender of title ini is always a problem. At the end of the certificate of a completion geran itu masih tidak dikeluarkan.
The individual title ataupun subsidiary titles. Kalau bangunan building or in the case of condos. It’s still not out, how we do compelled them to put it out sebelum final payment dikeluarkan kepada housing development.
This is a problem with Land and Survey, problem with processes di land and survey how they issues the title. I think this is never been resolved and I hope YB Menteri dapat consider sebelum meluluskan undang-undang ini go back to the basic of protecting your buyer, your purchased, they are your stakeholders. Emm, property prices that’s another story, I think sudah they sudah sub everyone else.
Another one juga Datuk Speaker adalah berkaitan dengan termination of the sales and purchase lagi.
The purchaser under clause pindaan 12A perenggan B the purchaser has a returned concern um-financial. Now, at this stage the financial tahu projek sudah terbengkalai.
The purchaser once to get out daripada contract loan financing dia and he would have to pay off whatever is due to the financing, he loses everything, macam Datuk ADUN Dilantik cakap. But, what if they is have rehabilitation project? Waktu itu, maybe a Ministry ataupun some other white knight datang, how do ensure that an purchaser doesn’t loose everything sebab dia sudah bayar interest dia sudah simpan semua dia punya harapan kepada pembangunan ataupun komuniti.
The other one is, satu definisi berkaitan dengan amendment kepada Seksyen 3, abundant means housing development in this aspect of which a licenses housing developers has refuse to carry out or delay or suspended or stop or seize
continuously, the word of continuously is none stop for six month, continuously for period of other six month. What if they berhenti tiga bulan dia start lagi ketuk-ketuk sini. Is that considered revival of the project? You have to defined what is continuous what is stooping for six months continuously, and another one lagi you follow through after seize work continuously for period six month or more or beyond the stipulated period of accomplish-end as agreed under sales and purchased aggrement. Datuk Speaker, six month after six month dia cakap sini stipulated period six month or more or beyond the stipulated period of accomplish-end as agreed under sales and purchased aggrement. The reality is dalam setiap sales and purchases agreement, developer dan juga purchaser is a different times. Ada kadang-kadang one last buyers by sit supposed to be two months sebelum accomplish-end on the first sales and purchases agreement yang telah ditandatangani first sales and purchases agreement.
So, I give example a signs 2010 I mean 2023 January, developers launch the project, 36 months to completed or 24 months to completed landed property ataupun buildings. So, at the end of 36 months, two months before that another sales and purchase comes in. I am so happy, I’m excited I sign. My 36 months starts from the date I sale I sign my sales and purchase. So, how do you define or more or 6 month or beyond the stipulated period of accomplish-end as agreed under the sales and purchased aggrement. Because, each buyer have a different time line. This I think you really have to consider. You really have to in intrinsically and our look into this sebelum kita rush into something. They would affect everyone and I have also to purchase property yang abandoned and I know it feels. So I think, Sabah Law Society, SHAREDA, as well as all association of bankers dan juga the public should be involved in drawing up what is good for our future. Satu soalan yang was rare I think one of the speaker studies what happens dalam situasi di mana apa ini Datuk ya Datuk Yong they raise, you approved
Who gazet ini undang-undang?
What happens to the existing project that is abandon?
Your laws can there apply retrospectively on this people, on this developer.
Bolehkah undang-undang ini diguna kepada pem… you know… ah… pembangun… this developers bila kita
meluluskan undang-undang ini? The developers who’s abandon that project. What happens to the (sebutan kurang jelas) and financial? Two different set of laws apply kepada end financer di sana ah maaf, kepada end purchaser di Sabah ah and I think this is not good dalam undang-undang kita.
They are more and I’m sure dalam evolution undang-undang di Sabah yang patut kita bangkit dalam Dewan ini, but saya minta maaf Datuk Speaker I’m also lack of knowledge sudah selepas tidak practice selamanya walaupun saya ada firma guaman hingga ke hari ini. Personally I don’t practice anymore.
Terima kasih and I hope YB Menteri dapat membuat suatu consideration dengan nasihat pegawai-pegawai YB Menteri untuk menangguhkan undang-undang ini sebelum kita meluluskan suatu undang-undang yang akan membawa suatu kebaikan kepada pembeli-pembeli dan juga kepada warga Sabah. Kotohuadan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Moyog atas a very positive input.
You see you can contribute better when us give you name (sebutan tidak jelas) as a Speaker rather then balik-balik mencelahkan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.
Terima kasih Tuan Speaker membenarkan memberi peluang kepada Sekong untuk terlibat dalam perbahasan RUU tentang perumahan ini. Alhamdulillah yarabil alamin wabinastain rabbi… (perkataan arab) Tuan Speaker dan sidang DUN yang dimuliakan, berdasarkan Laporan Pasaran Harta 2022, hartanah dalam lingkungan harga RM500,000.00 hingga RM1 juta adalah paling banyak yang tidak terjual yang direkodkan pada 2 Jun 2023 mewakili 33.6% atau 9,323 unit, iaitu meningkat berbanding tahun 2021 kepada 30.2% manakala hartanah dalam lingkungan harga RM300,000.00 dan RM500,000.00 berada di tempat kedua merangkumi 29.3% iaitu sebanyak 8,128 unit. Harga rumah Tuan Speaker di bawah RM300,000.00 membentuk 23.5% iaitu sebanyak 6,509 unit dan yang terakhir adalah lingkungan harga rumah yang melebihi RM1 juta yang menyumbang 13.6% bersamaan 3,786 unit.
Ini adalah data-data yang dikongsikan oleh penganalisis terkemuka hartanah Profesor Dr. Noor Rosly Hanif yang merupakan Profesor Program Pergurusan Hartanah dan Lelong di Fakulti Perniagaan Universiti Malaya, Wales. Sebenarnya Tuan Speaker, laporan dan kajian ini sendiri disokong oleh Kementerian Kewangan Malaysia apabila dalam pasaran hartanah Malaysia merekodkan penurunan aktiviti sebanyak 5.7% dalam suku pertama 2023. Dengan lebih 89,000 transaksi bernilai RM42 juta, berbanding dengan tempoh yang sama bagi tahun lepas. Jadi Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian bahawa kita di Sabah juga berdepan dengan situasi yang sama. Lalu perlu ada mekanisme untuk memastikan objektif dan hala tuju untuk memastikan rakyat di negeri ini, terlindung dan boleh memiliki rumah sendiri seperti yang dicadangkan dalam RUU Perumahan ini. Laporan ini juga menyebut bahawa secara puratanya kemampuan harga rumah adalah sekitar RM250,000.00 ribu hingga RM300,000.00 ribu. Bayangkan unjuran yang dilakukan ini Tuan Speaker adalah mengambil kira demografi dan segmen rakyat yang duduk di Semenanjung, bukannya di Sabah.
Jadi Sekong berfikir, kita di Sabah melalui RUU ini juga perlu menetapkan suatu mekanisme harga rumah yang mampu milik dan berpatutan dengan mengambil kira pendapatan purata tahunan rakyat Sabah khususnya golongan B40 dan M40. Jabatan Perangkaan Malaysia, 28 Julai 2023 menyatakan bahawa nilai pendapatan garis kemiskinan bagi tahun 2022 adalah RM2,589 menurut Ketua Perangkaan Malaysia. Dan saya berfikir sebagai wakil rakyat kita lebih memahami dan mengerti berapa ramai bilangan rakyat kita di Sabah dan kawasan yang kita wakili ini berada pada paras tahap pendapatan garis kemiskinan sebegini.
Di Sekong Tuan Speaker, ada yang susah melepasi RM1000.00.
Dengan nilai pendapatan sebegini maka sudah tentulah amat sukar untuk rakyat Sabah memiliki rumah sendiri. Untuk itu, saya mencadangkan pihak Kementerian dan Jabatan yang terkait dalam prospek, dalam Enakmen Pemajuan Perumahan untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu harga rumah.
Satu kajian lengkap telah dibuat pada tahun 2019 telah dilaksanakan oleh Azima Abdul Manaf dan Goh Le Zheng, dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menjelaskan aspek penentu harga dalam perspektif pemaju perumahan. Analisis kajian mereka mendapati terdapat dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Bagi faktor dalaman ialah faktor jarak, lokasi, persekitaran sosial, reka bentuk struktur rumah, spekulasi status fizikal dan faktor keselamatan. Sementara faktor luaran pula ialah kadar pinjaman bank, penggunaan teknologi hijau, penggunaan mesra alam serta cukai perumahan mempengaruhi penentu, penentuan harga pemaju.
Dan kesemua faktor yang dinyatakan perlu kita mengambil kira kemampuan tahap ekonomi isi rumah dan pendapatan per kapita rakyat Sabah sendiri.
Ini penting supaya rumah mampu milik dapat direalisasikan untuk rakyat Sabah dan yang selalunya terjadi kita di Sabah ini adalah rupa, rumah yang mampu kita tengok sahaja sebab harganya mahal ataupun rakyat Sabah beli tapi tidak dapat diduduki, kerana tidak dapat disiapkan sebagai mana hasrat objektif daripada cadangan RUU ini.
Antara langkah dan tindakan proaktif Tuan Speaker bagi menangani isu-isu masalah lambakan rumah yang tidak terjual adalah seperti berikut. Tesis Sarjana telah mengkaji bagaimana kesan rebat dan diskaun harga rumah mampu mempengaruhi nilai pasaran rumah.
Kerajaan Negeri juga perlu proaktif mencari solusi mengurangkan harga bahan mentah, tenaga kerja supaya kos terakhir yang tinggi tidak ditanggung oleh pembeli.
Ini ditambah lagi dengan kebanyakan tanah di Sabah berstatus pegangan, pajakan dengan izin lease hold, jenis country lease dan juga provisional lease.
Harga tanah di Sabah sebagai mana disebut oleh ADUN Dilantik tadi adalah pada harga RM250 hingga RM1,000 mengikut kaki persegi. Dan ini dianggarkan antara nilai tanah yang termahal di Malaysia. Sedangkan artikel ini diterbitkan pada tahun 2020 dan mungkin harganya sudah tentu naik sedikit. Maka di sinilah kita berharapkan peranan Kerajaan Negeri perlu bijak berkor, mengkoordinasikan dengan pihak pemaju.
Untuk mengenal pasti pendekatan ini dapat direalisasikan supaya lambakan rumah tidak berlaku dan dalam masa yang sama rakyat juga mampu memiliki rumah.
Menariknya Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan pelbagai senario dan isu-isu yang menarik melatari isu perumahan rakyat kita di Sabah. Bulan lepas yakni, 2 Julai 2023 terdapat pemilik rumah di Villa Permai Jaya di Batu 5, Sandakan masih belum menerima kunci rumah dan sudah menunggu hampir tiga tahun.
Sepanjang tiga tahun mereka pula terpaksa membayar sewa rumah kepada pihak bank.
Tuan Speaker, pihak pembeli rumah merasa tertekan dan merasa diri mereka ditindas. Ini kerana para pemilik ini sudah mula membayar sewa rumah berkenaan dan mereka juga memiliki komitmen untuk membayar pinjaman daripada bank tetapi rumah sama ada belum siap ataupun terbengkalai.
Saya faham dan mengerti perasaan para pemilik ini. Boleh kita bayangkan kita bayar sewa rumah setiap bulan tapi dalam masa yang sama kita tidak duduk di rumah berkenaan. Maka Tuan Speaker, perlu juga ada satu polisi dasar yang melindungi para pembeli dan pemilik rumah daripada ditindas dan digantung tanpa tali oleh pihak pemaju, sebagai mana yang ada dinyatakan oleh Adun-Adun yang…
…bahaskan tadi. ADUN Sulaman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada tahun 2021 menyatakan bahawa sebanyak Ringgit Malaysia 500 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 untuk membina PPRT di Sabah. Oktober tahun lepas, terdapat 90 projek, 90% projek kendalian Kerajaan Persekutuan di Sabah terbengkalai seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. 90% projek-projek terbengkalai atau sakit ini termasuklah projek perumahan yang ada di Sabah.
Tuan Speaker, hasil kerja yang kurang berkualiti dan memuaskan terhadap bangunan untuk projek perumahan juga, perlu dinilai dan dipertimbangkan agar kes yang berlaku di Selagon, Beaufort tidak berlaku lagi di tempat lain di Sabah. Tuan Speaker, kesimpulannya, di sini kita di Sabah memerlukan satu pendekatan yang progresif dan berani khususnya pihak Kerajaan Negeri harus ada tekad untuk membantu sebagai mana perkena usul Rang Undang-undang Perumahan ini. Untuk membantu setiap rakyat Sabah agar terlindung daripada sama ada pemaju dan sebagainya. Maka, Tuan Speaker, saya memetik kata-kata penyair W.S Rendra “kesedaran adalah matahari, kesabaran adalah bumi, keberanian menjadi
cakerawala dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.”
Sekong mohon mencadang. Terima kasih.
Terima kasih Sekong dengan pujangganya dia sekali. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat.
Terima kasih, Datuk Speaker, I…I think that this proposed amendment to the housing development control licensing build act has come at a correct time. Its long overdue. It will certainly oust those potential in developers or looks at housing development has a good money making machine. It will certainly increase and encourage well known developers to continue their quality development to housings.
It will also encourage buyers to have confidence in buying houses. House buyers generally are petty in experience. They assume everything in agreement is okay because they are all standard agreement but most of the times, can be some of the times, they get caught and they do not know what to do and this piece of amendment to the legislation through my 30 years of experience in legal practice, has seen quite a number of abandoned housing projects and its certainty is there to actually assist and help young and experience buyers.
However, having said that, I seek to also the ministry to actually refine the proposed amendments. For example, the termination of some purchased agreement by the possessors under seven twelve apostrophe A subsection 6. This section says here only applies to an agreement lawfully enter into between the purchaser and a license housing developer, after date of coming into operations of the housing development control and licensing amendment Enactment 2023.
It means to say that, for those agreement enter into before the gazette of this supposedly past bill, they cannot terminate the agreement. I think the whole objective of this is to ensure that those abandoned projects directors or whoever will not be punished. This is how I read into it. So, I proposed instead of having this sub sections, we rather say this amendments will not affect those abandoned projects.
Meaning to say, those buyers of any existing agreement before the gazette of this build, will still have the right to terminate the agreement. Why do I say that? When a housing project is abandoned under this provision, if he’s allowed to terminate the agreement, that means the loan which he obtains from the bank, he can still terminate and he does not have to incur more interest from the loan and financing taken from the bank.
Many I have seen, many house buyers before, have enter into same purchase agreement and loan agreement, cannot terminate the end financing because the dealer, the end financial refuse to let them terminate. They say there was an existing binding agreement in that same purchase agreement. But, by automatic reason, if there is an agreement by the same purchaser and developer, by the developer and terminated, the end financing bank will have nothing to finance.
Automatically they will also have to terminate the sir… the loan agreement. By wish, the interest would cease by then if the whole amount of end financing taken by or released by end financial to the developer, is also settled by the buyer. Otherwise, in the current situations, the buyer will continue to… to pay the interest of the end financing without fail until the whole amount is settled if they can settle. I hope I’m able to convey my thoughts and what I want to say over and understood. This is an…
They will find a way to understand what you want to present.
Thank you.
Don’t worry.
I will try to elaborate more if you need.
Can, Tuan Speaker?
Sila.
I have a clarification for Yang Berhormat Tanjong Papat which I believe the Minister will also take note. Section 6 of Fasal 7, tak ada agree. This section only applies to agreement lawfully entered after this Rang Undang-undang comes into effect. Yang Berhormat Tanjong Papatlah. What about in Sabah now on going projects, some SMP have been sign, and some yet to be sign.
Some houses have been sold with SMP, some not yet sold with no SMP. In between this new law comes in, so same project, some houses use the old SMP. Other unsold units sold after today, use the new SMP with the new terms. Is this the intention Yang Berhormat Tanjong Papat and the Ministry? Is it the intention of this law? That eventually for ongoing project now ongoing, some are sold, some are not sold that you have two different sets of SMP. Thank you, Yang Berhormat.
Teruskan, Tanjong Papat.
An answer to ADUN Dilantik Datuk Yong, I believe that when an act is amended, the agreement will be subject to any amendment that is presented or already make as a law. It will be inserted into as part of the agreement as required under the law. There for, I did said and I have say that if you just remove this subsection 6 and just proceed, it will not apply to already abandoned project meaning to say any existing agreement will also incorporate the right to terminate by a purchaser in agreement, and hence also there to protect the interest of the purchaser. Similarly, with this of provision said there, the developers…
…would be very concern, they will be very quick to pay the contractor to ensure the contractor. We’ll be happy to complete the job for them rather than be length payment to the contractor for what so ever reason. In general, I believe that all commercial or non increment law that are respective in their applications.
As a man, they making into law, as a clause increment law, there will be only after the law, a commission of a crime after the law has been made into effect. Okey, other than that I think that’s about it. I think that’s
the gist of that I write to share with in this DUN.
Thank you very much, Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Papat. Demikianlah tadi perbahasan daripada enam orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, inti pati Pindaan RUU 2023 ini adalah seperti berikut. Yang pertama, kita cuma hendak melindungi pembeli khususnya di masa projek perumahan-perumahan ataupun pemajuan perumahan itu bermasalah atau akhirnya terbengkalai dan pembeli terpaksa membayar kepada bank ataupun mana-mana pihak ketiga walaupun akhirnya mereka tidak akan mendapat rumah tersebut.
So, that’s the first one.
Secondly, kita juga tujuannya adalah mencegah mana-mana pihak pemaju perumahan yang atau kita mencegah supaya pemaju perumahan ini tidak mengambil jalan yang senang dan mengabaikan tanggungjawab mereka apabila berhadapan dengan masalah tertentu. So, meaning to say kalau masalah itu disebabkan oleh natural phenomena earthquake or war or sound wave. Ini tidak, is not within in this amendment.
Dan yang ketiga, sebenarnya Undang-undang ini adalah salah satu penyelarasan ataupun diselaraskan dengan undang-undang yang sudah sedia ada di peringkat persekutuan yang sudah berjalan sejak 10 tahun yang lalu.
So we just menyelaraskan undang-undang ini untuk kebaikan kepada apa ini kepada pembeli-pembeli dan juga pemaju perumahan di Sabah. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut membahas daripada ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Datuk Yong juga daripada ADUN Dilantik Aliakbar, daripada Telupid, Moyog, daripada Tanjong Papat.
Ini menunjukkan berapa serius dan keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Saya tidak akan menjawab satu per satu yang dikatakan but untuk makluman kita, Rang Undang-undang ini sebenarnya sudah dibincang di, Rang Undang-undang ini sudah dibincang dan dibengkelkan. There’s a bengkel that has been done with this sebelum Undang-undang ini dibuat bersama-sama dengan Agensi-agensi Kerajaan
dan juga ahli-ahli profesional yang lain seperti SHAREDA, Sabah Law Society, Persatuan Arkitek Malaysia (Sabah Branch) Institute Engineers Malaysia (IEM), Surveyors Sabah, apa ini The State Attorney-General.
So, in principal, mereka semua sudah bersetuju sebab Undang-undang yang sama juga telah apa ini yang sama di Semenanjung sudah berjalan.
So, we are just actually menyelaraskan untuk negeri Sabah.
Dan untuk makluman Ahli daripada Moyog, Rang Undang-undang ini hanya digunakan setelah pembangunan, pelan pembangunan, pelan bangunan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Ia tiada kaitan dengan proses kelulusan kebenaran merancang atau proses permohonan pembangunan tanah yang perlu dibuat secara berasingan dan tidak, tiada kaitan dengan Rang Undang-undang ini. Undang-undang ini adalah bertujuan untuk mengawal selia dan melesenkan perjanjian perumahan sahaja.
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit soalan, Menteri. Terima kasih, ya.
Terima kasih Datuk Speaker.
Saya faham, we all know license tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pembangunan. What I meant adalah diproses sebelum mendapat lesen ini pun ada masalah.
It’s takes months if not one year untuk mendapat kelulusan. So, itu masalah di Majlis Daerah, but when it comes to license thing like this, you can imagine situasi di mana developer menjual property, purchaser pun excited yet kita masih ada problem berkaitan dengan definasi di sini. Abandonment, sales and purchase berkaitan dengan bagaimana kita boleh control pemilik tanah itu. Kalau dia tripartite, itu lain owner, developer dan juga pembeli. So, that’s what I meant. Kalau ikut flowlah. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang spesifik, all the details kita akan periksa nanti dan untuk sebagai makluman juga, saya juga akan memberi jaminan bahawa selepas pindaan tertentu dilulus oleh Dewan yang mulia ini, Kementerian juga akan mengadakan lebih sesi perundingan dengan pemegang taruh sebelum diwartakan. This will be our janji.
Just sekejap sahaja, Datuk Speaker.
Minta maaf, just sekejap.
Mewartakan 30 hari setelah diluluskan oleh Dewan, so that’s one issuelah.
Why not kalau Menteri tidak ingin tangguhkan you know Undang-undang ini ataupun kelulusan undang ini, Undang-undang ini, why not put some condition that ini akan dieffective within dari di satu tahun dari tarikh pewartaan. At least, things can be adjusted by then. Terima kasih.
We’ll check into that. Kalau kita tidak luluskan pada hari ini, bila kita akan balikkan Undang-undang ini. Itu yang kita mahu, apa ini diluluskan dari segi pewartaan, yes we can if there is a specific amendment, I agree if there is a need to be ada yang diperlukan diperhalusikan. Thank you.
Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada YB Menteri atas kenyataan bahawa…
…Perbincangan, perundingan, engagement dengan stakeholders, akan diadakan sebelum diwartakan, cuma YB Tanjong Papat ada maklumkan di muka depan ini, Enakmen ini, mula berkuat kuasa pada 1 September, ah yang ni dalam sini. Kalau YB, nda apa, kalau YB, menteri ah, memberikan undertaking bahawa pewartaan ini ditangguhkan sehingga engagement dengan stakeholder.
Seterusnya YB, saya nak tanya penjelasan daripada YB Menteri, adakah YB Menteri sedar bahawa masalah projek terbengkalai dan masalah projek sakit, projek perumahan sakit di Semenanjung lagi teruk, lagi dahsyat yang ada di Sabah. Saya berikan contoh, hari ini, hari ini punya surat khabar bahawa Timbalan Menteri Perumahan Federal mengatakan bahawa di Semenanjung, projek sakit, projek perumahan sakit, 481, projek terbengkalai, 112, ini, hari ni punya news ini, bermakna, saya harap YB Menteri jangan terlalu terkandung kepada apa yang berlaku di Federal. Kadang-kadang diorang punya pengurusan lagi lemah, lagi teruk daripada yang ada di negeri, di Sabah ini. Misalnya, adakah Menteri sedar bahawa performance bond yang dikehendaki daripada pemaju di Sabah ini 5%, di Semenanjung hanya 3%, dia lagi longgar, dia
lagi longgar itu, jadi ah, adakah YB sedar statistik yang baru hari ini, adakah YB, janganlah terlalu terkandung kepada yang dari Federal. Saya punya pandangan, kita punya pengurusan lagi bagus. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Dilantik.
Kita sebenarnya tidak semata-mata ah, apa ini, eh, meniru ataupun just copycat what is in the Federal law, we have our own law, cuma, kita juga perlu penyelarasan yang lebih kurang sama dan yang lebih memihak kepada pembeli dan tidaklah memudaratkan sangat dengan pihak pemaju perumahan. It is only those yang, apa ini, sengajakan ada masalah-masalah supaya ah sebagai contoh, mungkin pemaju-pemaju yang gagal mematuhi perjanjian jual beli ataupun ada pemaju yang sengaja menyebabkan projek tersebut terbengkalai ataupun pemaju yang membuat tuntutan melebihi progress atau kerja fizikal sampai mereka, they cannot finish up the whole project later on. So this other, ah, pemaju yang kita mahu cegah supaya tidak terjadi di negeri Sabah. Maka itu Tuan Speaker…
Datuk Speaker, that’s why, Datuk Speaker, terima kasih, that is why I’m concern berkaitan dengan definisi di seksyen 3, abandoned, I repeat lagi, abandoned means a housing development in respect of which licence housing developer has refused to carry out, or delayed, or suspended, or stopped, or ceased to work, ceased work continuously for six months.That’s one problem sudah. How do you define that? Dan akhirnya, six months or more or beyond the stipulated period of completion of the sale and purchase agreement. Each sales, different timeline. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk mengisytiharkan sebuah projek ataupun, apa itu, ah, pengisytiharaan projek itu terbengkalai, I think the number of processes that we have to go through. Yang pertama mungkin ada kelewatan permohonan perbaharuan lesen pemajuan perumahan dan permit iklan atau jualan, dan selepas itu, kita kena buat siasatan sebelum Menteri boleh mengisytiharkan. So it’s not just simply the six months, ah, no work, but if there’s ah, yeah, part of the criteria with the six months. Akan tetapi, ada juga kriteria-kriteria
yang lain. Okay, sorry, ah, if I cannot explain it in more detail, okay, since I am not, ah, familiar...
(Mencelah) It’s not about knowing the, it’s not about that.
…with the terms there, alright, we will give you in writing, but ah, sebagai, as I say just now, kita ambil jaminan bahawa sebelum diwartakan, yes, we will engage bersama semua pemegang taruh yang ada.
What happens, Datuk Speaker, what happens, selepas kita wartakan, you know, sebelum mewartakan, kita engage, ada masalah, meaning, you know, some, the attorney general realize selepas perbincangan dan your Ministry realize, ada definisi yang, problematic di sini. What do we do?
Seperti mana saya katakan tadi, if the definition is ah, kalau perlu definisi yang lebih lanjut lagi mungkin boleh diperhalusi, yes, itu kita akui. Tuan Speaker…
(Mencelah)(Kurang jelas).
Okey, Tuan Speaker, sekali lagi terima kasih kepada semua pembahas-pembahas yang telah mengikut dan apa-apa soalan yang tidak terjawab, we will try to give it in writing. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dibawah peraturan 2B, saya tempohkan sidang hari ini untuk 30 minit, untuk beri masa saya berbincang dengan pihak AG. Ya, 30 minit kita tempohkan.
[Sidang ditempohkan]
[Sidang ditempohkan sepanjang masa ini] [Sidang disambung semula]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023.
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini menerima permohonan daripada Yang Berhomat Menteri untuk meminda Fasal 1(2) dan saya membenarkan pindaan ini dikemukakan di bawah Peraturan Tetap 70(3A).
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, enakmen ini bermula berkuatkuasa pada tarikh ianya, selepas ianya diwartakan dalam Warta Kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri itu dipersetujukan dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Dua hingga 16 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Dua hingga 16 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’,
Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
[Cokmar dinaikkan]
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Ada pindaan.
Dengan pindaan tarikh.
Pindaan Fasal Satu.
Tarikh diwartakan.
Bacaan ketiga hari apa?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya mohon
mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023Bill
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023.
Enakmen Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023, bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Biodiversiti Sabah 2000.
Setiausaha: Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023.
Bacaan kedua bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023, bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023, bacaan kedua.
YB Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang Undang-undang. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri [Datuk Abidin bin Madingkir]:…..bernama Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah Pindaan 2023 dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Speaker, secara umumnya, tujuan pindaan ini dibuat adalah untuk memperkasakan aktiviti pemuliharaan, penggunaan lestari, pengurusan, penguatkuasaan dan hal-hal berkenaan dengan akses dan perkongsian faedah hasil daripada penggunaan sumber biologi dan sumber genetik termasuk pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi agar dapat dilaksanakan secara berkesan mengikut perundangan negeri dan antarabangsa yang berkuat kuasa.
Semenjak tahun 2018, Pusat Biodiversiti Sabah telah beberapa kali menerima aduan orang awam berkenaan dengan kegiatan penyeludupan keluar biji durian spesies endemik.
Pusat Biodiversiti Sabah juga menerima aduan penyeludupan keluar spesimen serangga bagi tujuan penyelidikan tanpa lesen akses dan lesen eksport Pusat Biodiversiti Sabah yang dikeluarkan di bawah enakmen. Sekiranya isu ini dibiarkan, maka sumber biologi Sabah berkemungkinan dieksploitasi dan dikomersialkan di negara lain.
Perkara ini akan merugikan Kerajaan Sabah sekiranya sumber genetik, sumber biologi berkenaan dibangunkan dan dipatenkan di negara lain.
Justeru, Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan kepada sumber biologi agar tiada seorang pun boleh menyimpan, menjual, membeli, mengeksport atau mengimport apa-apa sumber biologi yang dilindungi tanpa lesen yang sah daripada pengarah Pusat Biodiversiti Sabah. Tuan Speaker, Pusat Biodiversiti Sabah telah mengenal pasti sumber biologi yang perlu dilindungi dan telah disenaraikan dalam cadangan pindaan bagi memastikan hak-hak genetik tumbuhan tersebut dilindungi selaras dengan kehendak antarabangsa atau Protokol Nagoya. Kesemua 126 spesies haiwan dan tumbuhan yang disenaraikan dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut: a. Endemik di Sabah b. Rare ataupun jarang atau Geologically Obligated c. Status terancam d. Mempunyai nilai budaya yang signifikan e. Penting bagi ekologi f. Mempunyai nilai genetik g. Permintaan tinggi oleh masyarakat h. Berpotensi atau mempunyai nilai komersial Salah satu sumber biologi yang dicadangkan untuk dilindungi dalam Rang Undang-undang ini ialah spesies tumbuhan.
Phyllanthus rufuschaneyi yang mana hasil penyelidikan mendapati speseis tumbuhan ini boleh menyerap logam seperti nikel dan zink.
Cadangan Rang Undang-undang ini adalah penting bagi melindungi spesies tumbuhan tersebut daripada diseludup dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Speakar, Rang Undang-undang ini juga bertujuan untuk mewujudkan Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus Pusat Biodiversiti Sabah. Dengan cadangan ini, Pusat Biodiversiti Sabah akan berfungsi secara terus di bawah Jabatan Ketua Menteri dan tidak lagi bernaung di bawah Pejabat Hasil Bumi.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah Pindaan 2023 ini mengandungi 30 Fasal yang di antaranya adalah yang berikut:
Fasal 1:
Seperti lazimnya mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal 2: Bertujuan untuk meminda tajuk panjang enakmen bagi menyatakan secara khusus maksud enakmen.
Fasal 3:
Bertujuan untuk menggantikan perkataan majlis dengan perkataan pengarah dalam Seksyen tertentu enakmen dan untuk menggantikan perkataan setiausaha atau setiausaha dengan perkataan pengarah dalam enakmen. Fasal ini juga bertujuan untuk mengemas kini istilah tertentu dalam teks bahasa kebangsaan supaya selaras dengan istilah semasa yang digunakan dalam bahasa kebangsaan. Fasal 4: Bertujuan untuk meminda Seksyen 2, Enakmen untuk memasukkan takrif baharu eksport dan pengarah serta meminda dan memotong takrif lesen akses, pengetahuan yang berkaitan dan setiausaha untuk diselaraskan dengan cadangan pindaan lain enakmen.
Fasal 7: Bertujuan untuk meminda Seksyen 3A, Enakmen untuk memberi majlis kuasa untuk menasihati kerajaan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengurusan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi mengikut kehendak antarabangsa dan untuk memotong fungsi dan kuasa tertentu majlis memandangkan fungsi dan kuasa itu telah diberikan kepada Pengarah di bawah Seksyen 8B.
Fasal 9: Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu, iaitu 7A, 7B, 7C dan 7D ke dalam enakmen bagi mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan jawatankuasa oleh majlis.
Penzahiran kepentingan, pelantikan penasihat oleh majlis dan perwakilan kuasa oleh majlis.
Fasal 10: Bertujuan untuk memasukkan Bahagian 2A dan Seksyen baharu 8A, 8B dan 8C ke dalam enakmen bagi mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan Pengarah dan pegawai Pusat Biodiversiti Sabah. Fungsi dan kuasa Pengarah dan perwakilan kuasanya.
Fasal 11: Bertujuan untuk meminda Seksyen 9, Enakmen bagi membolehkan Pusat Biodiversiti diurus oleh Pengarah dan untuk memotong fungsi tertentu Pusat Biodiversiti.
Fasal 14: Bertujuan untuk meminda Seksyen 14, Enakmen bagi memberi Pengarah kuasa untuk mentadbir, mengawal dan menyenggarakan Kumpulan Wang Pusat Biodiversiti.
Fasal 16: Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 14B bagi memperuntukkan larangan untuk menyimpan, menjual, membeli, mengeksport atau mengimport sumber biologi yang dilindungi dan memasukkan takrif sumber biologi yang dilindungi.
Fasal 22: Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 21B ke dalam enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan tentang eksport. Fasal 26: Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 36B ke dalam enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan terhadap guaman dan prosiding untuk Undang-undang dan prosiding Undang-undang.
Fasal 28:
Bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 38 ke dalam enakmen bagi memberi Menteri kuasa untuk meminda jadual melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
Fasal 29:
Bertujuan untuk memasukkan jadual ke dalam enakmen bagi menyenaraikan spesies sumber biologi yang dilindungi…
…mengandungi di bawah Enakmen Fasal 30 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kecualian bagi semua lesen yang diberikan atau dikeluarkan oleh majlis sebelum permulaan kuat kuasa enakmen ini. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam pembentangan ini merupakan
pindaan yang kecil dan boleh dirujuk dalam Rang Undang-undang yang telah diedarkan kepada semua Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepayan.
Terima kasih, minta maaf. Tuan Speaker ada batuk sikit, so harap suara ada masih jelas.
Tidak apa suara rocker.
Terima kasih, Datuk Speaker, atas peluang ini bagi membahas Rang Undang-undang memindah Enakmen Biodiversiti 2000 ini. Terima kasih YB Timbalan Menteri atas pembentangan pindaan enakmen ini yang saya percaya akan memperkukuhkan lagi usaha Pusat Biodiversiti Sabah yang saya sendiri dan ramai rakyat Sabah sudah lama menunggu, Sabah adalah sumber pelbagaian biologi yang kaya dengan lebih 15 ribu spesies tumbuhan, lebih 600 spesies burung, 6 ribu spesies haiwan dan lebih 200 spesies mamalia. Kepelbagaian biologi ini merupakan sumber yang berharga untuk Sabah yang menyediakan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan lain untuk masyarakat tempatan dan juga masyarakat orang asal.
Kepelbagaian biologi, juga menyokong industri pelancongan yang berkembang maju sekarang. Sumber biologi ataupun pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu adalah sesuatu yang kita fokus di sini dan saya ingin fokus kepada keperluan ataupun kepentingan masyarakat orang asal.
Masyarakat orang Sabah kaya dengan pengetahuan tradisional berkaitan biodiversiti di wilayah mereka sendiri. Pengetahuan ini, termasuklah flora dan fauna, kegunaan dan cara mengurus dan memuliharanya secara mapan.
Komuniti telah
menghasilkan protokol komuniti untuk membantu mereka dan dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber biodiversiti mereka serta berurusan dengan orang luar yang berminat dengan sumber biologi ataupun pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan sumber tersebut.
Oleh itu, pengetahuan tradisional ini penting untuk pemuliharaan biodiversiti di Sabah dan saya percaya dengan adanya Pusat Biodiversiti ini di Sabah dan pindaan yang ada di sini, dia akan membantu untuk menguatkan lagi kepentingan orang asal ini, dia boleh membantu untuk mengenal pasti dan melindungi spesies yang terancam, membangunkan amalan pengambilan secara mapan dan mengurus sumber semula jadi dengan cara yang serasi dengan keperluan masyarakat orang asal dan masyarakat tempatan.
Rang Undang-undang Pindaan Enakmen Biodiversiti 2000 adalah menyeluruh, pada pendapat saya dan perlu disokong oleh Dewan Yang Mulia ini. Namun begitu, saya ingin mendapat penjelasan daripada menteri ataupun timbalan menteri mengenai beberapa bahagian.
Pertama, di bawah Seksyen 8(B), Sub-Seksyen K, antara fungsi dan kuasa Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah adalah untuk mewujudkan satu sistem perlindungan sumber biologi atau pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan sumber biologi supaya orang asal dan masyarakat tempatan hendaklah sentiasa dan selama-lamanya menjadi pencipta yang sah, pengguna dan juga penjaga pengetahuan tersebut dan akan mendapat manfaat secara kolektif daripada pengetahuan tersebut, ini bersama Subseksyen N amatlah penting. Soalan saya adalah, apakah jenis aktiviti dan bajet yang diperlukan oleh Pusat Biodiversiti Sabah untuk mewujudkan sistem sedemikian dan untuk membangunkan protokol dan prosedur komuniti yang telah di which is mention in the law, in the sub-section di bawah seksyen baharu 15(A) pula, bolehkah syarat kelulusan untuk lesen akses juga termasuk mendapat persetujuan ataupun keizinan berasaskan makluman awal dan telus ataupun prior informed consent dari komuniti yang terbabit khususnya jika ia melibatkan akses kepada sumber biologi atau pengetahuan tradisional di wilayah komuniti yang tersebut.
Datuk Seri Speaker, terdapat juga banyak kes kecurian-kecurian haram biodiversiti atau pengetahuan Sabah sejak 20 tahun yang lepas, beberapa kes terkini yang telah dilaporkan termasuk pada tahun 2019, sekumpulan Warga Cina or China ditahan kerana menyeludup 300 kilogram sisik tenggiling dari Sabah ke China, tenggiling ialah mamalia yang sangat terancam dan diperdagangkan untuk sisiknya dan digunakan dalam perubatan tradisional Cina.
Pada tahun 2020, sekumpulan Warga Indonesia ditangkap kerana memburu 100 rusa dari hutan lindung di Sabah. Rusa dibunuh untuk daging dan tanduknya yang digunakan untuk perubatan tradisional di Indonesia. Pada tahun 2021, seorang lelaki warga Malaysia telah ditangkap kerana mengumpul dan menjual orkid secara haram dari hutan lindung di Sabah, ini bererti semua ini tidak mendapat akses ataupun lesen akses. Kes-kes kecurian ini menyerlah keperluan untuk pelindungan yang lebih kukuh terhadap biodiversiti dan pengetahuan tradisional di Sabah. Namun, jika kita lihat ataupun dalam pengertian saya bila saya ingin mendapat penjelasan dari YB Timbalan Menteri, jika kita melihat bahagian baharu di bawah 14(A), 14(B) dan 21(A) akses kepada sumber biologi atau pengetahuan tradisional yang berkaitan sumber biologi ini nampaknya hanya dikawal yang terbabit penyelidikan dan pembangunan dan tidak termasuk akses untuk tujuan komersial ataupun tujuan lain. Jadi ini yang saya ingin tahu sama ada bila kita kena katakan penyelidikan dan pembangunan yang terdapat dalam pindaan undang-undang ini Rang Undang-undang adakah ini bereti dia dimasukkan adakah ia bermakna kecurian sumber biologi atau pengetahuan tradisional dilindungi di bawah undang-undang lain. Jadi, mungkin sebab bila saya lihat kepada mereka yang ditangkap ini biasanya di kerana dia telah membabitkan banyak agensi yang lain jadi saya ingin bertanya sama ada ini bukan sahaja dari Pusat Biodiversiti ataupun di bawah Kementerian Ketua Menteri ini tapi juga Kementerian-kementerian yang lain daripada Persekutuan ataupun juga dari Sabah.
Jika ya, jadi saya tanya ini, jika ya, bagaimana agensi negeri dan persekutuan yang berlainan di Sabah bekerjasama untuk memastikan pesalah yang mendapatkan sumber dan pengetahuan tradisional ini untuk tujuan komersial tidak terlepas. Jadi sekian saja, terima kasih, Datuk Seri Speaker dan saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kepayan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sindumin.
Terima kasih, Datuk Speaker, saya ingin mengambil sedikit perbahasan mengenai dengan Enakman Biodiversiti Sabah…
…dua ribu pindaan jadi 2023. Sebelum teruskan yang Datuk Speaker ada juga di sini mungkin perlu diubahsuai selepas ini. Enakmen ini mula berkuatkuasa September 2003, ini juga barangkali perlu dilihat. Datuk Speaker, saya ingat sudah sampai memang timely suda sampai masa, kita adakan pindaan ini untuk mengawal kepentingan kita khususnya di Sabah. Tetapi sebelum itu saya ingin bertanya kepada Kerajaan atau kementerian Yang Berhormat Sabah ataupun Borneo ini bukan milik Malaysia sahaja.
Kita ada Wilayah Sabah, Sarawak kemudian kita ada Brunei dan juga Kalimantan dan tumbuhan serta haiwan, burung, ikan mereka ini tidak ada sempadan. Mereka boleh terbang, mereka boleh masuk, biji benih boleh dibawa oleh burung oleh haiwan.
Jadi apa yang tumbuh di Sabah, boleh juga tumbuh di Kalimantan boleh juga di Sarawak, di Brunei. Kalau kita adakan undang-undang ini kita sekat, misalnya kita kawal di Sabah, tapi kita tidak ada kolaborasi dengan negara jiran seperti Kalimantan Utara, Kalimantan Utara sempadan kita dan juga negara Brunei Darussalam dan juga ah Sarawak mereka mempunyai peraturan yang lain. Sudah tentu rang undang-undang ini tidak ada kesan kerana ada ruang untuk dibawa keluar. Memang kita kawal di pelabuhan kita, di airport kita, di sempadan kita, tetapi bila sampai di negara jiran kita dia akan bebas. Lebih lagi sempadan kita dengan Kalimantan Utara, dengan Sarawak di sebelah hutan belantara tidak ada yang jaga, tidak ada yang kawal. Itu sahaja kebimbangan saya.
Saya harap kalau sudah ada maknanya masalah itu sudah selesai dan sepatutnya Sabah seperti yang dikatakan oleh kawan daripada Kepayan tadi Borneo bukannya Sabah. Mengikut laporan daripada WWF, World Wide Fund for Nature tumbuhan di
Borneo ini termasuk Sabah ada 15 ribu jenis tumbuhan dan 6 ribu daripadanya tidak ditemui di tempat lain mana-mana dunia. Maksudnya, ialah endemik untuk Borneo termasuklah Sabah. Kalau haiwan mamalia ada 222 jenis ataupun spesis ataupun jenis spesis dan 44 daripadanya adalah endemik, cuma ada di Borneo. Burung ada 420 spesis, 37 spesis adalah endemik. Untuk ikan, ni laut ikan ni boleh berenang, dia boleh ke mana-mana dalam lautan, 394 yang ditemui di Borneo ini, 19 adalah khusus untuk perairan Borneo termasuk juga Sabah.
Jadi Datuk Speaker, sudah sampai masanya pada masa yang lalu, pelawat pelancong, penceroboh, tidak dikawal dan kita tidak tahu masa yang lalu, banyak mana sudah spesies-spesies yang endemik ataupun unik di Sabah ini yang mempunyai nilai komersial dari segi komersialnya adalah dari segi boleh dipasarkan tumbuhan itu sendiri sama ada hiasan atau perubatan ataupun kegunaan-kegunaan lain kita tidak kawal dan ia bebas keluar. Dan sebab itu saya sebelum menghujah lanjut, saya memang menyokong dilaksanakan di Sabah.
Namun demikian, mengikut rang undang-undang ini huraian ini saya tidaklah mau cara terperinci tapi tujuannya juga ialah untuk mengadakan menubuhkan satu Majlis Biodiversiti Sabah dan Pusat Biodiversiti. Apabila kita ada majlis, ada orang. Bila kita ada pusat, ada nanti pertambahan ada seperti yang dihuraikan di sini akan ada orang tertentu.
Jadi ini memang juga penting tetapi sebelum itu kita kena faham beberapa istilah yang telah pun dimasukkan ke dalam rang undang-undang ini, iaitu contohnya eksport, ertinya membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Sabah apa-apa sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi melalui darat, laut, udara dan apa-apa yang lain mana-mana yang berkenaan. Sumber biologi itu, sama ada kalau di laut melalui vessel, barge, pengangkut dan juga udara dan juga lain-lain. Ini yang saya katakan tadi, kita kawal tapi negeri lain belum tahu. Wilayah lain belum tahu ini dilaksanakan.
Kemudian dalam ah Fasal 9 ataupun Subseksyen baru 7A, iaitu boleh menubuhkan jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada fungsi dan siapa dia tetapi tidak nyatakan sini apakah kelayakan disebut yang layak, layak tu dari segi apa?
Dia ada kelulusan dari segi pakar tumbuhan ataupun pakar biologi ataupun forestry dan sebagainya.
Dan jawatankuasa ini juga agak sudah ada jawatankuasa lepas tu perlu lagi melantik penasihat.
Jadi dia double layers.
Kalau lantikan politik itu lain ceritalah.
Kalau satu-satu jawatankuasa itu kita lantik, memang atas barangkali pertimbangan pemimpin, tetapi ini adalah spesifik untuk biodiversiti sudah tentu yang kita lantik itu, biarlah yang mempunyai kepakaran dalam biodiversiti dan cuma kalau perlu saja melantik mana ataupun mengundang mana-mana penasihat ataupun jadi di sini Perkara 10, kalau kita lihat 7A muka surat 6 Perkara 10, jawatankuasa ini boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang dibincang, tetapi tidak berhak untuk mengundi.
Jadi ini mereka dilantik menjadi penasihat bukan free bukan percuma tentu ada kos.
Jadi ada baiknya kita selesaikan dahulu di peringkat jawatankuasa siapa yang jadi ahli itu dan mereka yang pakar untuk dilantik.
Datuk Tuan Speaker, jadi sini juga di Perkara 7C, majlis boleh melantik, 7C muka surat 8 majlis boleh melantik mana-mana orang yang mempunyai pengalaman, kepakaran, pengetahuan sumber biologi tradisi ini sebagai panel penasihat. Jadi maksudnya, mereka ini tidaklah jadi Penasihat mereka sepatutnya Ahli Tetap yang berkelayakan jadi ini ada duplications of function di situ. Dalam perkara muka surat 9, iaitu fungsi dan jawatankuasa Pengarah dan penubuhan Pusat Biodiversiti akan ada pengarah jadi sudah tentu tidak disebut sini kos yang akan terlibat apabila, rang undang-undang ini dilaksanakan nanti.
Jadi saya tidak mau, secara terperinci kerana telah digariskan dalam buku ini. Apa yang saya ingin utarakan ialah di sini ialah bahawa tadi Yang Berhormat Pembantu Menteri membentangkan ada beberapa tumbuhan yang perlu disenaraikan ataupun yang perlu kita ambil. Saya melihat senarai yang telahpun disediakan dalam muka surat 21 schedule ini, Protected Biological Resources cuma 120. Apakah 120 itu telahpun kita buat kajian apakah itu sahaja yang kita halang?
Ataupun yang kita larang? Apakah ada lagi yang lain? Kalau tidak, kita tidak ada ruang lagi ni. Kalau orang, misalnya contohnya tadi Yang Berhormat bagitahu ada satu jenis tumbuhan, iaitu “Phyllanthus” Phy-llan-thus Rufuschaneyi ini nama latin. Ini spesis (sebutan kurang jelas) yang ada sifat mengumpul logam berat, tetapi sebenarnya mengikut kajian yang saya lihat, saya tengok nama tumbuhan ini mempunyai sifat
dipanggil paytu bayu remediation dalam bahasa Inggerisnya, iaitu tumbuhan ini mempunyai kuasa untuk menyerap logam-logam berat dalam tanah dan dikumpul dalam tumbuhan itu sama ada di batang atau di daun dan logam-logam berat ini boleh dituai kemudian…
Kemudian.
Ya, misalnya dalam kalau membaca artikel yang dibuat ataupun jurnal, yang dikeluarkan mengenai dengan tumbuhan, yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Pembantu Menteri, Pembantu Mentari tadi itu, iaitu Phyllanthus Rufuschaneyi ini sudah ada cubaan untuk menanam dan menuai zink dan nikel daripada daun dan ini menjadi pendapatan kepada penduduk tempatan.
Tapi sebenarnya kalau kita lihat dalam kajian dalam juga jurnal, ada lagi empat tumbuhan yang mempunyai sifat bytwo bioremedition, iaitu satu ialah Rinorea Bengalis.. Bengalensis.
Ini nama orang-orang sains saja tahu ini.
Orang-orang yang biasa.
Kemudian yang kedua ialah Phyllanthus bal… Balgooyi dan tidak terkecuali juga ada satu tumbuhan itu Hibiscus rosa-sinensis, iaitu bunga raya, juga dimasukkan kalau dalam jurnal ini, dan yang kelima ialah Pitusa Arundinacea. Jadi ini mempunyai sifat-sifat apa itu bytwo bioremedition.
Dan saya setuju. Mungkin mengikut kajian akan datang, pohon-pohon ini kita tanam di kawasan misalnya, di bekas lombong tembaga di Mamut, untuk menyerap semua merkuri raksa yang ada di situ dan juga bahan-bahan logam berat lain. Kita tanam di situ, dan kita biarkan dia diserap dan kita tuai dari pokok tersebut, dan tanah itu jadi bersih, sebagai pembersih kawasan yang tercemai ini tercemar oleh logam-logam berat.
Jadi saya minta penjelasan, apakah sudah cukup kajian yang 122 ini sudah cukup? Dari segi ini, binatang pun sikit, haiwan cuma animals, animal cuma enam sahaja. Tadi kita lihat sana, ada kalau ikut laporan daripada WWF, kita ada ratusan misalnya mamalia kita 444 yang endemik, dan mungkin tidak diprotect, burung ada 37, ikan ada 19, yang memang tidak ada di tempat lain. Apakah ini cukup senarai ini? Kita
takut nanti ada orang sana is it is not an offence because not in the list, ah itu ini peguamlah bicara. Datuk Yong, ADUN Yang Dilantik tahu. Dan mengikut sejarah, saya ini orang kampung Datuk Speaker. Pengalaman saya, memang saya ada niat untuk…
Orang kampung mana cakap jenis-jenis yang begitu susah, saya pun tidak boleh sebut.
Tak, kita, saya ini aliran sains Yang Berhormat, kalau tidak saya doktor jadi saya belajar yang inilah. Dari segi taksonomi, nama famili tumbuh-tumbuhan. Taksonomi itu ertinya kumpulan ataupun nama-nama saintifik, mengikut family genres.. famili semualah dan saya ini orang kampung.
Masa saya kecil, Yang Berhormat Speaker, di kampung Pelakat, Sipitang, Sabah. Saya ini orang Kadayan dan kami bangsa Kadayan ini dulu tidak ada hospital, dan saya sendiri ada empat luka besar di badan saya sekarang.
Dua di dahi, satu ini ialah bila sepupu saya potong nenas, nenas itu parang itu lewat pohon nenas dan singgah di dahi saya, saya luka di sini. Nasib baik tidak singgah di leher, kalau leher saya tidak ada sudah.
Luka yang kedua ialah adik saya, kami gaduh pasal botol susu ataupun botol, bila gaduh dia baling botol kena di dahi saya, botol itu botol cili sos, dulu mana ada botol sekarang canggih. Botol cili sos.
Baling saya kena sini luka dua-dua ini. Ada dua ini masih lagi pilat, orang Kadayan cakap parutlah, pilat. Jadi dua-dua ini tidak diubat dengan tidak dijahit, cuma diubat dengan ubat kampung. Dan saya ada dua luka di tangan saya. Satu ini, ini adalah akibat buat gasing, dan satu lagi main perang dengan adik saya . Satu ini memang luka, satu ini memang luka. Ubat masa dahulu ialah daun senduduk. Kita gigit, kita kunyah, kita letak di situ balut, lepas dua2 hari dia cantum sendiri. Jadi saya mintalah UMS ataupun saintis-saintis kita, buat kajian, dan ini tidak termasuk dalam senduduk itu, dia kalau apa, ia kuduk-kuduk lah orang kita cakap. Jadi itu ubat dulu, jadi maknanya dan banyak lagi ubat-ubat yang ada yang saya tahulah, saya tidak tahu apa nama dalam saintifik ia, iaitu satu lagi palibas nama ia, orang Kadayan ini.
Palibas, palibas ini ialah tumbuhan dan dia penawar racun.
Kalau dulu-dulu di kampung dia meracun orang. Jadi rendam itu, minum, racun jadi tawar.
Dan difahamkan juga, saya belum cuba Yang Berhormat Datuk Speaker, dikatakan...
Jangan cuba, tidak bangun karang.
[suara ketawa] makan ubat. Saya tidak mahu cuba juga, tapi tidak cuba juga.
Ada satu lagi, iaitu kalau kita potong lebih kurang 1 inci ataupun 2 inci palibas ini, letak di bawah garam satu guni, seluruh garam itu akan tawar, tawar tidak ada, itu nama dia palibas, jadi saya tidak tahu apa nama saintisnya.
Kemudian yang kedua ada lagi pokok, ada pokok di kampung, saya orang kampung paling takut.
Kalau ada orang jahat dia ambil pokok itu, dia letak masa kenduri mencuci gelas.
Dia letak di pohon itu dan seluruh gelas yang dicuci itu akan hancur cair jadi cecair. Jadi maksudnya dia ini boleh juga digunakan untuk industri, mungkin Yang Berhormat pernah dengar yang ini. Dan ada satu tumbuhan lagi di tepi sungai, buahnya warna kuning. Dulu kami gunakan untuk merawat wot maksudnya butir ataupun eee butir, gosok saja itu butir akan jatuh dulu.
Dan ada lagi satu pokok, iaitu yang dipanggil nawali, orang Kadayan nawali. Saya bawa di sini Datuk Speaker, pokok contoh. Ini saya tanam di rumah saya. Pokok ini ialah pokok tunjuk dalam gambar pokok batang nawali. Saya nak offer kepada, saya potong di sini saya mahu offer kepada, Kuam Kuamut, cuba gigit. Kalau boleh habis yang ini, saya bagi RM100.00, ini penawar. Tidak dapat kenal pasti siapa: Jaga racun.
Makan. Saya bagi kau rasa. Ini, ini, ini penawar. Gigit saja.
Datuk Speaker, kalau saya ada masalah sikit ini sebab nanti berlawan itu ilmu [suara ketawa].
Ini boleh dicuba sini.
Boleh bawa pulanglah cuba kalau mahu.
Yang Berhormat, dan pokok ini daunnya begini.
Pokoknya namanya nawali dan dia ubat.
Kalau di kampung kita gunakan untuk ubat kencing manis, ubat inilah daun nawali. Kalau habis gigit, you tries, can, can you bite it, boleh gigit dengan izin. Jadi ini adalah pokok, ini mungkin ada nilai komersial yang boleh kita gunakan. If you want to try, boleh.
Boleh cuba? Mahu cuba.
Jadi inilah. Jadi ada beberapa pokok lagi yang lain yang ada juga di Sabah ini barangkali.
Mungkin ini kontroversi sedikit, pokok ketum, kretum dalam bahasa englishnya kratom, atau dalam nama saintifiknya ialah Mitragyna Specioca.. Speciosa. Mempunyai ada, ada yang kuning, hijau, merah mempunyai 38 variety.
Dan di Thailand sudah dihalalkan ini, boleh dikomersial dan di Thailand melalui kretum ini, sudah dibuat kajian, dan sudah banyak produk-produk yang telahdikomersialkan dan digunakan. Dan kajian yang terakhir kretum ini mempunyai kesan atapun merawat kanser, anti kanser telahpun dibuat ujian, dan dan yang saya pasti juga Thailand sudah halalkan ini, dan saya difahamkan Malaysia, Kementerian Kesihatan.
Kalau KJ dulu, sudah ada ura-ura untuk menghalalkan ataupun membolehkan kita membuat kretum ini sebagai produk komersial.
Dan ada satu lagi, saya pasti juga akan ada di hutan kita, iaitu kanabis itu marijuana yang ada sini, dan Thailand telahpun menghalalkan penanaman marijuana ini ataupun kanabis ini.
Kerana kanabis ini ada dua hasil produk dia iaitu CVD.
Ini siapa pergi Bangkok, boleh cuba sekarang.
Ada outlet ataupun kedai-kedai yang kita boleh hisap ganja secara halal, secara boleh di situ, iaitu CBD tapi yang penting ialah CBDnya, iaitu nama chemicalnya Canna.. Cannabidiol (CBD), iaitu mempunyai nilai rawatan.
Kemudian ada satu lagi, iaitu dalam kanabis itu, ada satu jenisnya iaitu, TH.. THC, iaitu Tetrahydrocannabinol.
Ini mempunyai kesan khayal ataupun yang digunakan sebagai rekreasi di Thailand.
Tapi yang penting ialah nilai mahal sekarang ini ialah nilai medical dan juga kosmetik dan juga rawatan-rawatan misal minyak urut dan sebagainya yang memberi pendapatan ratusan juta kepada negeri Thailand di masa mendatang ini. Jadi ini adalah, jadi saya minta kepada Yang Berhormat Timbalan Pembantu Menteri apakah kita ini cukup lengkap untuk kita mengatur strategi ini kerana ini mempunyai nilai pendapatan untuk negeri yang sangat baik dari segi nilai komersial sama ada kayunya sendiri, tumbuhannya sendiri, nilai hiasannya, nilai kosmetiknya, nilai medicalnya yang tidak terdapat di negara lain kecuali di Sabah.
Namun demikian, sebagai penghujungnya penutupnya, Datuk Speaker, saya masih ragu-ragu senarai 120 ini amat terhad dan banyak lagi yang akan ada terutama sekali tadi tumbuhan yang boleh menghasilkan logam menyerat logam-logam berat seperti raksa, nikel dan sebagainya. Itu yang perlu kita jaga.
Sebagai penggulung, Datuk Speaker, saya cuma ada beberapa isu yang perlu kita lihat. Yang pertama tadi saya sudah sebut, iaitu koordinasi dengan negara jiran kita. Brunei, Indonesia dan juga negeri Sarawak. Dan yang kedua, sudahkah kita bersedia untuk melaksanakan undang-undang ini. Kita jangan ada undang-undang tapi kita tidak cukup dari segi infra, dari segi kepakaran, dari segi main power ataupun pekerja petugas untuk berada di sempadan. Contohnya sempadan Sabah-Sarawak, sempadan di airport kita di Kota Kinabalu, di yang ada boleh ke luar negara. Kemudian di pelabuhan kita ataupun di kawasan Lahad Datu yang orang naik pump boat ini, yang bawa ni. Saya ingat ini juga perlu kita fikirkan sama ada kalau kita ada…
... YB Assafal boleh jaga itu.
…kita tidak ada peraturan ini.
Kemudian yang ketiga ialah isu tempatan, iaitu kita katakan tadi bahawa tumbuhan ini mungkin berada di tanah milik persendirian. Bolehkah kita kawal mereka ini? Dia
cakap ini tanah saya, itu suka hati sayalah. Itu atas tanah itu saya punya. Itu sama ada kita mengarahkan mereka ini menjaga ataupun menggunakan sebagai pendapatan mereka. Ataupun apakah kita sudah bersedia untuk menghalang pemaju-pemaju tanah ini misalnya pembalak atau penanam kelapa sawit yang menebang pokok sesuka hati, riparian river kita tidak kisah untuk mengawal tumbuhan kawalan ini yang mempunyai nilai komersial. Yang mereka interest ialah potong balak sebesar ini tapi yang kecil ini lebih mahal daripada balak yang sebesar ini. Ini yang kita perlu lihat isu ini bagaimana cara kita mengawal ataupun… Kemudian masyarakat setempat, orang-orang kampung ini yang hidupnya dahulu bertahun-tahun jual ubat. Ini di tamu ada, di Beaufort ada, di Sipitang ada, di Kota Belud ada. Jadi mereka ini ambil daripada hutan dan jual kerana bertahun-tahun sudah inilah cara kehidupan mereka. Jadi kalau kita halang, apakah kita ada cara ataupun membenarkan mereka ini jual dan bila dia dikomersial, pembeli itu boleh jadi pelancong, boleh jadi siapa-siapa sahaja. Ataupun di Tamu Gaya Street sekarang ada jual tumbuhan dalam pasu dan berbagai-bagai tumbuhan di situ. Kita boleh beli. Siapa-siapa saja boleh beli, pelancong boleh beli…
Banyak lagi, Yang Berhormat Menteri?
…penghujung habis ni. Jadi inilah bagaimana kita nak menyusun yang mengamalkan perubatan tradisional ini yang ada di tamu atau di rumah dan sebagainya. Apakah juga itu termasuk dikawal. Jadi kalau ini sudah dipertimbangkan, saya ingat tidak ada masalah dan sebagai rumusan yang terakhir kita perlu jaga negeri kita. Kita punya nilai duit di situ yang begitu banyak dan kita boleh kembangkan kalau ditanam keluasan kerana mereka tumbuh di sini dan kita boleh jadikan sebagai ladang yang menghasilkan jutaan mungkin bilion ringgit untuk negeri Sabah di masa akan datang. Terima kasih. Saya mohon menyokong, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin, tapi sekarang di pasaran banyak juga daun sudah berjual yang boleh mendatangkan hasil. Daun terup. Ahli Dewan: (ketawa)
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kukusan.
Terima kasih, Datuk Speaker, memberikan ruang untuk saya berbahas sedikit. Tidak juga banyak. Lepas saya mendengar daripada Sindumin tadi, saya macam seorang pakar perubatan pula. Pakar botani pula tiba-tiba membuat satu perbahasan di sini, ya. Serba tahu, doktor serba tahu. Saya juga sebenarnya terpanggil untuk berbahas sedikit kerana saya juga merupakan pengamal perubatan herba. Saya sebelum ini juga saya pernah melakukan pekerjaan sebagai seorang therapist dan saya ada mempunyai knowledge sedikit dengan perubatan-perubatan herba ini yang saya kira banyak yang kita terlepas pandang.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan sangat berbangga kepada pihak kementerian kerana akhirnya mengangkat biodiversiti ini untuk dikemaskinikan enakmen Rang Undang-undangnya supaya kita boleh bergerak selari dengan seiring dengan penyelidikan peringkat antarabangsa dan dunia.
Sejak daripada 2000 lagi kita sudah tidak lama tidak RUU Biodiversiti ini tidak dikemaskinikan dan saya kira terlalu banyak mungkin sumber-sumber di luar sana sumber flora dan fauna kita yang masih lagi kita tidak dapat venture dan kenal pasti adanya sumber kita yang mampu memberi boleh merangsang ekonomi perubatan kita dan seterusnya memberi rangsangan kepada ekonomi negeri. Di sini juga saya juga ingin menekankan tanpa biodiversiti ini, ini adalah satu ruang untuk sebagai satu kesedaran kepada semua bukan sahaja kepada Ahli-ahli di Dewan sidang DUN di sini tapi kepada masyarakat di luar sana bahawa tanpa biodiversiti yang dikawal dengan diselia dengan baik, kita akan kehilangan sedikit demi sedikit kita akan kehilangan sumber yang mampu memberi kita banyak manfaat serba-serbi daripada segi aspek perubatan, daripada aspek ekonomi dan sebagainya. Dan kita lihat sekarang dengan perubahan iklim yang begitu drastik, kadang-kadang masalah panas kemarau yang tidak menentu.
Ini telah mempercepatkan kehilangan sumber biodiversiti dan mengurangkan daya tahan ekosistem kita.
Dengan terencatnya masalah ini dengan masalah biodiversiti yang terancam ini, sedikit demi sedikit akan mengganggu-gugat kita punya life style kehidupan kita. Contohnya, baru-baru ini virus COVID-19 juga sebenarnya terdorong daripada permasalahan-permasalahan ekosistem yang tidak dikawal. Ini juga sebenarnya mampu memberi penyakit-penyakit wabak berjangkit yang tidak kita mampu kawal jika kita tidak pandang ke hadapan tentang apa yang akan berlaku jika biodiversiti ini tidak di apa nama, diempowerkan apa tu, pengawalan setia pengawal seliaannya. Kajian Bank Dunia juga menilai tahap kerosakan yang akan berlaku jika bahagian tertentu sesebuah ekosistem seperti perikanan laut, pendebungaan liar dan bekalan kayu balak dalam ekosistem mampu berkurang sehingga 90%.
Di Malaysia ini juga, kerugian dijangka lebih besar 6% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) menjelang 2030 disebabkan kesan buruk daripada ekosistem perhutanan dan perikanan kita yang semakin terjejas. Jadi kehilangan biodiversiti ini juga jadi punca perebakan penyakit yang tadi saya ada sebutkan oleh haiwan kepada manusia seperti penyakit Ebola, selesema burung, virus nipah dan sebagainya dan of course virus COVID-19. Semuanya juga daripada haiwan yang menjangkiti manusia melalui aktiviti manusia. Jadi kita percaya…
…jika Enakmen ini dikuatkuasakan, dikemaskinikan sewajarnya kita mampu mengenalpasti dan memperbaiki Eko-sistem kita yang, yang seharusnya, apa itu, memberi manfaat kepada manusia sekeliling kita.
Langkah menyeluruh haruslah dirangka dengan teliti bagi menggalakkan penggunaan secara bertanggungjawab untuk menggantikan semula sumber-sumber yang sudah dipakai, yang sudah diguna pakai. Kita past, kita faham juga dengan kekayaan sumber asli, sumber flora dan fauna di Sabah ini di Borneo terutamanya ada banyak spesis-spesis yang langsung kita tidak pernah dengar sebelum ini dan mungkin tumbuhan itu adalah di halaman rumah kita sendiri pun kita tidak, tidak tahu bahawa dia mampu menjadi sebahagian ubat penawar. Ya, sebab semasa saya ini dahulu sedangkan Pokok Mengkudu itu pun sendiri yang tumbuh liar di tepi jalan mampu memberi kita ubat yang menjadi penawar kepada mereka yang sakit ketika berpantang. Kita panggil “kambuh” ya, itu pun mampu
memberi, memberi, menjadi ubat penawar kepada mereka yang mengalami sakit berpantang yang tidak, tidak terjangka.
Pentingnya memulihara dan menguruskannya.
Untuk menguruskan kesan gangguan iklim ini juga ya, adalah dengan untuk menjamin keselamatan bekalan air dan makanan selain mencegah kemunculan wabak generasi baharu, ya. Itulah kenapa saya sangat mengucapkan syabas dan tahniah atas kemaskinian ini agar mampu kita lebih apa, menguatkan kekayaan yang kita ada protect what we have dan kembangkan, memperkayakan lagi our diversity into, sebagai rangsangan ekonomi kepada negeri kita sendiri. Ya, mengikut data PBB sendiri ada menyatakan ikan menyumbang 20% daripada jumlah protin haiwan kepada hampir 3 bilion manusia. Manakala lebih 80% daripada diet manusia juga terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan ini betapa pentingnya. Ya, bukan sahaja kita bercakap soal darat, tetapi dalam perairan juga, juga harus diangkat di dalam, apabila kita mengangkat semua RUU ini untuk dikuat, dikemaskinikan untuk dikuatkuasakan di dalam Enakmen, di dalam Enactment Biodiversity Sabah pindaan 2023. Ya, mungkin sikit lagi saya boleh dapatkan perhatian di sini, seperi di kawasan saya di Kukusan terdapatnya juga pokok besar yang dipanggil Pokok Banyian dan Banyian ini juga salah satu nama dalam PDM Kukusan. Banyian, Pokok Banyian ini kalau di kita pergi ke Kukusan ada beberapa Pokok Banyian yang begitu besar, yang sudah melebihi ratusan tahun umurnya jadi adakah ini juga akan…
Pokok Ara itu, Banyian ini Pokok Ara.
Ah, Pokok Ara. Ya, Pokok Ara, dan di sesetengah tempat seperti di India, di Vietnam misalnya mereka menganggap inilah satu pokok suci ya, dan ini bagi saya juga boleh menjadi salah satu tarikan kepada sesuatu tempat itu yang mempunyai satu ekologi pokok yang begitu lama yang boleh kita, yang harus juga di protect untuk di, adakah ini juga menjadi sebahagian daripada, sebahagian daripada RUU yang akan dibentangkan ini? Adakah akan menjadi sebahagian daripada Enakmen ini? Dan juga mungkin ramai di sebelah India mungkin sebab Pokok Banyian ini, Pokok Ara ini ialah pokok besar di situ mungkin dia orang boleh mengamalkan ritual yang mereka dalam agama-agama, agama yang mereka percayai.
Orang percaya dia berhantu tu. Buat apa tanam-tanam? 02:24 Petang [ GANGUAN TEKNIKAL ]
…itu mengikut kepercayaan agama masing-masinglah. Tetapi bagi kita melihat Pokok Banyian ini adalah satu di kawasan saya sendiri adalah pokok yang saya harap dengan banyaknya, apa itu, pembaikpulih, penaiktarafan di kawasan Kukusan saya berharap pokok ini tidaklah ditebang sewenang-wenangnya dan dijadi sebahagian daripada Arkib untuk disimpan di dalam kawasan Kukusan. Saya rasa tidak kira, tidak banyak juga yang ingin saya ceritakan, yang boleh saya bahaskan disini, tetapi mungkin sedikit perhatian dengan pokok-pokok tumbuhan yang berada di sekeliling kita juga dan saya juga berharap agar Enakmen ini mampu memelihara dan memulihara apa hasil, hasil bumi, hasil ciptaan Tuhan yang begitu kompleks yang kita sendiri tidak terjangkau manfaatnya kepada manusia dan kepada seluruh dunia. Jadi itu sahaja, Kukusan menyokong Enactment Biodiversity Sabah 2023. Terima kasih.
Terima kasih Kukusan, sekarang saya jemput Yang Berhormat Telupid. Panjangkah?
Pendek sahaja, dia bilang Sindumin mahu balik sudah.
Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya mengenai dengan pindaan Rang Undang-undang Enakmen, Pindaan Enakmen yang dibentangkan pada hari ini, bagi saya Datuk Speaker, amat sesuailah satu Pindaan Rang Undang-undang yang bertanggungjawab untuk melindungi Biodiversiti kita di negeri Sabah ini kerana untuk makluman kita semua, Borneo ini adalah satu tempat khazanah Biodiversiti yang sangat popular. Dibuktikan dengan kehadiran terlalu ramai penyelidik daripada luar negara untuk datang ke negeri Sabah di Borneo ini untuk menyelidik Biodiversiti kita sama ada tumbuhan, hidupan liar dan sebagainya. Oleh sebab itu, dengan Pindaan Undang-undang ini dapatlah kita untuk menjaga kekayaan diversiti kita, Biodiversiti kita supaya ianya bukan sahaja untuk tetapan generasi di masa akan datang, tetapi boleh kita kembangkan sebagai suatu produk
yang baharu. Kalau kita lihat pada hari ini, manusia mula percaya kepada perubatan tradisional yang berasaskan tumbuhan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya percaya juga dengan kehadiran-kehadiran penyelidik dari luar negara ini datang ke Sabah untuk mengambil sampel, mengambil bibit dan mengambil sebagainya untuk dikembangkan. Lepas itu, ubat-ubat itu nanti dijualkan kepada kita balik. Kerana kita ada teknologi ai, tiada teknologi, tiada penyelidikan. Oleh sebab itu, kita menyeru kepada Kementerian bukan sahaja memperkenalkan Rang Undang-undang ini untuk melindungi Biodiversiti, tetapi membuat kajian yang lebih mendalam kepada hasil, kepada potensi terhadap hasil-hasil botani kita ini, iaitu Biodiversiti kita ini. Kerana sudah tentu dia menjadi suatu produk yang sangat berharga. Kerana kita hairan kenapa daripada penyelidik luar negara minat datang ke negeri Sabah ini untuk menyelidik. Mesti ada alasan dan saya risau bukan menyelidik sahaja, tetapi mereka juga mencuri. Jadi kita memohon juga kepada agensi Kerajaan seperi Jabatan Hutan, Jabatan yang ini Yayasan Sabah jangan juga sewenang-wenang memberi kebenaran kepada pengkaji-pengkaji selidik ini daripada luar negara mungkin ada “udang di sebalik batu” ataupun “menyelam air sambil minum”. Mereka menyelidik memohon permit kepada kita atas nama penyelidikan, tetapi dalam masa yang sama mencuri khazanah kita. Jadi dengan Pindaan ini saya percaya kita boleh mengawal dan melindungi kita punya kekayaan dan khazanah di negeri Sabah ini.
Saya juga mengambil contoh, bukan sahaja melindungi, memperkenalkan Rang Undang-undang ini untuk melindungi Biodiversiti, tetapi juga mungkin kita memikirkan tentang penyelidik-penyelidik yang datang di negeri Sabah ini membuat penggambaran dan sebagainya. Ramai penyelidik datang di Sabah, contohnya di Danum membuat penyelidikan sebelum dia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Tidak lama dari itu, keluar di National Geographic Astro, Borneo membuat pergambaran di Lembah Danum yang di mungkin dia biayai oleh BBC (British Broadcasting Centre). Centrekan?
…commission sorry. Jadi yang saya risau ini, ini bukan fakta tetapi ini andaian saya.
Bukan tuduhan tapi andaian saya.
Mereka membuat penggambaran melalui penyelidikan tetapi yang lebih menjurus dihighlightkan di sana adalah penggambaran yang sangat baik dan dijual kepada Astro.
Saya bertanya disini berapakah yang kita dapat hasil daripada penggambaran tersebut?
Kerana royalti ia.
Kerana sudah tentu kalau Astro menayangkan ini National Geographic ini kita terpaksa bayar melalui pakej National Geographic. Jadi berapa Kerajaan Negeri dapat hasil daripada penggambaran itu? Jadi berbalik kepada cerita saya tadi bukan sahaja untuk biodiversiti ini tetapi kita juga memikirkan tentang apa-apa aktiviti persatuan ataupun pasukan penyelidik yang kita lantik, kita mesti menghadkan pergerakan mereka.
Kita jangan mereka ambil penggambaran naik pokok pergi di view yang cantik kemudian mereka jual kepada Astro, mereka yang kaya. Kerana Astro membayar per minit bukan per jam, per minit.
Bayangkan berapa juta bilion orang melihat kita punya keistimewaan kawasan kita menarik di negeri Sabah.
Justeru, kita cuma kita juga membayar. Tapi tidak tahu berapa royalti yang dibayar kepada kita mereka mengambil gambar di tempat kita dan menjualkan gambar itu balik kepada kita melalui Astro.
Jadi inilah yang saya sentuh di sini mengenai dengan pindaan ini dan sesuai dengan itu juga kerajaan harus mengambil pendekatan lain mengenai dengan yang saya sebutkan tadi aktiviti-aktiviti penggambaran. Kita juga melihat ia sebagai suatu perlu dilarang macam di muzium. Ada barang-barang antik di muzium, kita tidak boleh gambar. Jadi kawasan kita di negeri Sabah ini jangan mereka senang-senang menggambar membuat dokumentari lepas itu mereka jual dokumentari mereka, kita tidak dapat apa-apa. Jadi ini yang saya sentuh dalam Dewan yang mulia ini supaya diambil perhatian oleh kerajaan. Sesuai dengan enakmen ini memang saya sangat bersetuju supaya dia dipinda dan diluluskan.
Jadi itu saja daripada saya, Telupid mohon menyokong terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Telupid. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Moyog. Panjang?
Terima kasih, ah tidak jugalah.
Kali ini saya baca apa saya tulis. Terima kasih Datuk Speaker. Yang di-Pertua, perbahasan saya kali ini saya akan menggunakan national policy on biological diversity for 2016 hingga ke 2025 sebagai rujukan dimana polisi negara berkaitan biodiversiti ini telah diperakui oleh UNDP ataupun United Nation Development Programme YB dan jika kita rujuk kepada National Policy ini kita akan tahu bahawa Sabah Biodiversity Enactment 2000 yang sedia ada sudah cukup dalam melindungi sumber biodiversiti yang ada di negeri kita ini dan apa yang kita perlukan ialah memperkasakan or enhancing pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada di samping memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada rakyat Sabah khususnya NGO dan pelajar-pelajar sekolah untuk mengetahui dengan lebih mendalam keunikan alam flora dan fauna yang ada di Sabah.
Kita semua maklum bahawa sumber biodiversiti Sabah amat bernilai sekali dan mungkin setaraf dengan sumber nadir bumi, Rare Earth Element (REE) yang banyak isu ataupun terhadap di Semenanjung Malaysia ketika ini. Jika (REE) ini diburu oleh syarikat-syarikat IT gergasi dunia, pelbagai spesies flora dan fauna termasuk biome hutan or forest biome yang terdapat di Sabah pula menjadi buruan syarikat-syarikat biotech dan pharmaceuticals gergasi dunia.
Isu mengenai pemeliharaan dan perlindungan sumber biodiversiti utama dunia terutama yang berada di kawasan garisan khatulistiwa or equator line seperti Brazil, Congo, Afrika menjadi topik utama dunia. Sebagai contoh Amazon Basin or Lembangan Amazon yang dahulunya amat kaya dengan sumber flora dan fauna yang menyumbang kepada pembangunan pharmaceutical dan ubatan dunia kini diancam kepupusan kerana pemanasan global seperti mana yang dilaporkan Thomson Reuters Foundation pada 28 Jun tahun lalu. Oleh yang demikian, kita sepatutnya tidak merasa terkejut apabila syarikat-syarikat biotech dan pharmaceuticals or giant pharmaceuticals companies kini menumpukan perhatian kepada Sabah.
Lebih-lebih lagi apabila mereka tahu bahawa Gunung Kinabalu sahaja yang berkeluasan 30km x 40km mempunyai 5,000 spesies tumbuhan yang menyumbang kepada 2.5% flora dunia ataupun our fauna di seluruh dunia dan kita belum lagi mengambil kira Maliau Basin dan Ramsar Site di Sabah,
iaitu Kinabatangan Segama Wetlands. Industri biotech dan pharmaceuticals dunia bernilai bilion-bilion dan sudah pastinya ejen-ejen syarikat gergasi ini akan membuat apa sahaja untuk mendapat access terhadap pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang ada di negeri ini.
Maka secara logiknya kita sepatut memperketatkan lagi penguatkuasaan untuk melindungi sumber-sumber yang berharga ini. Datuk Speaker, kita tidak sepatutnya juga menghalang research kepada spesies flora dan fauna ini but it must be done dengan kawalan ataupun kerjasama juga dengan research centre di Sabah dan penyelidik-penyelidik local universiti di Sabah. After all, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kita hanya trusty kepada sumber-sumber ini yang sebenarnya telah diberikan oleh Tuhan kepada orang Sabah untuk tujuan makanan, perubatan dan kelangsungan hidup selama berkurun lamanya. Yang menjadi kerisauan kepada kita semua pada hari ini Datuk Speaker ialah kemungkinan wujud and this is happen many times. Segelintir pemimpin-pemimpin Sabah akan mengambil kesempatan juga ke atas kelemahan sistem perundangan yang kita sediakan sendiri dimana mereka akan menjual hak ke atas sumber biodiversiti kita ini kepada pihak asing dan jika pun perkara ini tidak akan terjadi today pada hari ini, tidak ada jaminan bahawa future leaders, pemimpin masa depan tidak akan mengeksploitasikan kesilapan yang bakal kita lakukan pada hari ini. Saya juga merujuk kepada prinsip kelima dalam National Policy on Biological Diversity, national policy kita yang terkandung di antara lain menyatakan good governance including accountability and transparency is crucial to biodiversity conservation. Pandangan saya, Datuk Speaker prinsip kelima yang saya sebut tadi telahpun dipenuhi oleh enakmen sedia ada sekarang dan jika pindaan ini diteruskan maka saya berpendapat dan melihat dua perkara bercanggah akan terjadi. Pertama, pindaan yang disebut di sini adalah pada Artikel 10, dimana pindaan kuasa eksekutif daripada council yang sedia ada kepada director membawa risiko tinggi kepada penyalahgunaan kuasa lebih-lebih lagi apabila Perenggan 10 yang saya sebut tadi memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi arahan kepada Pengarah dan kita tahu banyak isu yang membabitkan pengarah-pengarah bukan semua tapi pengarah-pengarah di negeri kita, disebabkan oleh arahan-arahan sulit Menteri seperti mana yang didedahkan di on going case Jabatan Air Negeri Sabah ini. Diarahkan oleh Menteri dan sekian dan sekian. So this are the concern. If you move
council kepada seorang director membuat keputusan dan dia mengikut arahan daripada Menteri.
Jika arahan sulit ini cuma sekadar berkaitan dengan pengurusan negeri harian day to day management, I’m okey.
Maka kita tidak akan begitu risau.
Tetapi jika ia membabitkan aset Sabah yang bernilai berbilion-bilion ini dan mempunyai begitu ramai pemburunya, maka kita perlu berhati-hati. We have to be careful. Prevention is always better than cure.
Jika arahan-arahan sulit ini dikeluarkan dan diketahui oleh orang ramai hanya apabila ia telah pun digazetkan…
…dan seterusnya akan mengakibatkan konflik dan penduduk setempat. Maka prinsip kelima transparency sudah pun dilanggar. Kedua, Datuk Speaker, penambahan perenggan 36(B) yakni imuniti terhadap pengarah bercanggah dengan accountability of good governance yang ditetapkan dalam prinsip kelima National Biodiversity for 2016 and 2025 National Policy kita ini dan pihak yang berkepentingan the stakeholders tidak akan boleh memfailkan legal redress terhadap keputusan yang dibuat.
Datuk Speaker, saya ingin membawa kepada perhatian Datuk Speaker. Enakmen ini dipinda, 36(B) diadd ataupun ditambah di mana 36(D) menyatakan, ‘tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap anggota majlis atau jawatankuasa pengarah ataupun mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah enakmen ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan enakmen ini dan di mana-mana peraturan dibuat dalam enakmen ini.’ This is kind, worrying, sebab tidak boleh disaman, tidak boleh. There’s no accountability. Anyway, Datuk Speaker. Sekali lagi saya ingin mahu mengingatkan semua di sini bahawa kita Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengikuti jejak pemimpin, pemimpan, pemimpin Sabah yang lalu, yang telah membuat pelbagai kesilapan berkaitan dengan pengurusan sumber asli Sabah.
Kerap kali kita telah disoal dengan keputusan meluluskan coup failing, timber failing, oil and gas, apa lagi dengan fauna dan flora ini, biodiversiti kita. Kita hanya, saya ingin memperingatkan sekali lagi, kita hanyalah trustee dan kita sepatutnya memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin Sabah yang akan datang, bahawa pada hari ini kita mesti memperhalusi dan bagi saya sendiri, saya ingin menolak. Until, I’m fully satisfied bahawa ada beberapa perenggan sepatut kita review balik, iaitu seperti 36(B). Di mana kita tidak boleh membawa ke mahkamah keputusan direktor ataupun majlis ini. So, maaf. Tapi, saya. I like this biodiversiti. Saya suka ini undang-undang. Tapi, ada beberapa perenggan pindaan yang saya tidak setuju. Terima kasih, kotohuadan dan all the best.
Terima kasih, Moyog. Sekarang saya jemput ADUN Yang Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih dan tahniah juga kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri serta kerajaan kerana membuat Rang Undang-undang ini supaya menguatkan biodiversiti di Sabah ini.
Tuan Speaker, saya menuju ini kepada YB Timbalan Menteri, ya. Fasa tiga ini, 3(C). Fasa 3(C) ini bertujuan menggantikan perkataan majlis dengan perkataan pengarah. Iaitu kuasa fungsi dan tugas majlis sekarang akan dijalankan oleh pengarah, bukan majlis. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Pembantu Menteri, sama ada sengaja ataupun satu perkara yang perlu dikemas kini. Mengapa perkataan majlis digantikan dengan pengarah hanya di sembilan, sepuluh, 15, 18, 20, 22, 24(A), 24(B), 25, 26, di enakmen asal, iaitu enakmen biodiversiti 2000. Tetapi, bukan seksyen 24.
Fasa tiga ini bertujuan menggantikan majlis dengan pengarah, di seksyen-seksyen tersebut di enakmen asal, enakmen 2000. Enakmen Biodiversiti 2000. In the principle enactment 2000, the word council in this section 9, 10, 15, 18, 20, 22, 24(A), 24(B), 25, 26 but not 24. Padahal kalau saya baca enakmen asal itu, kalau saya baca Enakmen Biodiversiti 2000 itu, nampaknya 24, 25, 26, satu pakej. Di mana 24 kuasa majlis untuk mengeluarkan lesen ataupun permit. 24 hanya untuk review sekiranya perlu. 26, iaitu kesalahan.
So, YB is this deliberate that 24, with the word council is deliberately allow to continue as council? Kalau ya, saya minta YB Pembantu Menteri menjelaskan, kerana kalau saya baca, saya belum faham. Kalau tidak bolehlah dibetulkan lagi nanti di jawatankuasa, peringkat jawatankuasa.
Seterusnya, apabila mendengar YB, ucapan YB Sindumin, itu nama-nama saintifik bah, Tuan Speaker. Susah mahu faham ini. Doktor pun susah mahu baca, apa lagi yang bukan doktor. Saya mencadangkan kepada pusat biodiversiti ini apabila buat itu website, laman web. Taruklah common name. Ini haiwan, ini apa nama ini, tumbuhan. Taruklah itu nama common name. Jangan terus saintifik name. Saya, misalnya kalau orang kena tahan you bilang you, dia tidak faham ini. Kalau kita kena tahan simpan itu Carcharhinus Leucas, mana saya tahu apa itu. Itu ikan yu. Ikan yu laut. Kalau Glyphis Glyphis, ikan yu sungai. Kalau Papilionidae. (Bertindih dengan Tuan Speaker).
Ikan yu darat.
Ahh? Itu butterfly.
The third one is ikan yu darat.
Apa?
The third one is ikan yu darat.
Ikan yu darat. Oh, dia bilang English nama river shark. River shark dia bilang, okey. Jadi saya haraplah selepas ini Rang Undang-undang dilulus, pasal ini jadual baharu bah ini. Schedule baharu. Jadi untuk makluman pegawai kerajaan, pihak orang import, eksport, pihak bisnes. Supaya kita tahu apa yang dimaksudkan. Kalau kita publish ini scientific name ini, saya rasa tidak ada orang tahulah apa ini. Apa itu, satu lagi itu, Tachypleus tridentatus. Itu ketam ladang bah itu. Horseshoe crab ah kita fahamlah itu, tidak boleh, tidak boleh pelihara itu horseshoe crab untuk bisneskah, researchkah. Tapi, kalau you buat ini notis Tachypleus tridentatus, mana saya tahu apa itu, kan? Pergi mahkamah boleh bicara itu. Jadi, ini dua perkara. Ini nombor dua hanya cadangan.
Minta laluan. ADUN Dilantik. (Bertindih dengan ADUN Dilantik).
Buat itu common name.
Sama itu gambarlah, kalau boleh dalam itu laman web.
Ada Sindumin mahu mencelah.
Hmm? Oh.
Terima kasihlah, Datuk Speaker. Saya sangat setuju. Itu yang mahu disebutkan juga tadi. Kalau kita orang sains pun susah sebut, apa lagi orang kampung. Jadi kita minta nama tumbuhan, nama burung, nama ikan, nama yang disebutkan tadi, kalau boleh nama Sabah. Bukan nama local, nama Sabah. Jadi, saya, satu lagi saya minta Yang Berhormat Sabah (kurang jelas) setuju. Di UMS, ada beberapa pakar. Salah seorang ialah Dr. Jidon@Adrian Janaun yang membuat itu, yang membuat kajian tentang tumbuhan dan berbagai-bagai inovasi baharu. Apakah Yang Berhormat setuju kalau kita minta bantuan UMS dan pakar-pakar ini dan kita kerajaan ini bagi geran.
Secukupnya untuk mereka membuat kajian tentang apakah yang boleh kita gunakan untuk komersial, untuk perubatan untuk kosmetik dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker. Memang saya amat setuju.
Kalau di Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang sudah mulai itu TCM (Traditional Complementary Medicine). Sudah bermula dan saya berharap Yang Berhormat Pembantu Menteri pihak kerajaan boleh mengusahakan supaya ubat-ubat tradisi ini boleh diterima pakai secara legal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pusat TCM. Tadi YB cakap dia punya luka-luka sini dia pakai itu medicine tradisi ubat tradisi. Saya dahulu jatuh pun luka sini masih ada.
Saya punya abang dan lain-lain dia pakai itu halia. Dia gigit-gigit dia
“tuppp” sini tidak berdarah lagi. Ya, itulah saya masih sini. Semua ini dahulu mana ada bawa bikin. Saya di kampung dahulu jatuh ini mana ada ambulans bawa pergi hospital, Queen 1 kah Queen 2 tak ada. Pakai itu halia “tuppp” sini tidak berdarah. Jadi…
Itulah jadi..itulah jadi begitu sekarang itukan?
Ok, Tuan Speaker sebelum YB jawab. Ini bah. In the Principle Enactment 200 Section (24) council is mention follow up by (25) (26), tetapi di sini kalau ikut pindaan sini masih (24) masih council yang lain pengarah. Adakah ini sengaja ataupun tidak? Terima kasih Tuan Speaker. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Demikianlah tadi perbahasan yang disertai oleh enam orang Ahli Dewan Undangan Negeri kita untuk RUU biodiversiti ini.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya turut? Sekejap sahaja.
Ok.
Hari terakhir, ya. Boleh? Terima kasih Datuk Seri Speaker.
Boleh boleh boleh.
Tidak apa petang sudah.
Lepas ini balik jugakan? Balik tempat masing-masing. Terima kasih atas ruang dan peluang Datuk Seri Speaker bagi kepada saya. Yang pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti Sabah Pindaan 2023.
Ya, bercakap soal biodiversiti, saya rasa mungkin ada keperluan untuk kita Datuk Seri Speaker untuk memahami apa sebenarnya biodiversiti. Sama dengan apabila ADUN-ADUN yang
lain tadi menyebut nama-nama saintifik mengenai item-item yang disenaraikan dalam perkara ini.
Biodiversiti juga mungkin kurang difahami oleh kebanyakan masyarakat kita. Ok. Saya bacakan sahaja daripada apa yang saya dapati. Biodiversity is all the different kinds of life you will find in one area. The variety of animals, plants, fungi, and even microorganism like bacteria that’s make our natural world. Apa yang penting sangat mengenai biodiversiti ini Datuk Seri? Sebab saya rasa kalau barang ini tidak penting, tidaklah perkara ini dibawa dalam Sidang Dewan ini. Biodiversity is the natural world around us and the variety of all of the different kinds of organism the plants, animals, insect and microorganism the live on our planet. Everyone of this lives and works together in ecosystem to maintain and support life on earth and exist in delicate balance.
Jenis-jenis biodiversiti berdasarkan kajian daripada WWF. Biodiversity is usually exploit at three levels, genetic diversity, species diversity and ecosystem diversity. Okey.
Kepentingan Biodiversiti Datuk Seri Speaker, yang mungkin tidak disebut disini. Kebanyakan kita tadi cuma bercakap dari segi hal undang-undang, enakmen dan sebagainya. Kan? Ini jauh lebih besar daripada apa yang kita ketahui mungkin. Biodiversity supports food security and sustain lively hoods through overall genetic diversity.
Genes regulate all biological processes on the planet and increase the ability of organism to cope with environmental stressors.
Apakah kesannya kalau kita tidak jaga kita punya biodiversiti. Biodiversity is about not just the wealth of nature. But also the health of nature.
Lost of biodiversity undermine the ability of ecosystem to function effectively and efficiently and does undermine natures ability to support a healthy environment.
Datuk Seri Speaker, dari apa yang saya bacakan tadi itu, memang sudah tepat masanya apabila Kerajaan ini mengambil berat tentang bagaimana kita perlu menjaga Biodiversiti. Namun demikian, apabila kita bercakap soal Biodiversiti dalam Rang Undang-undang ini, saya ingin berkongsi kerisauan saya dengan Yang Berhormat Moyog dan juga ADUN dilantik tadi itu mengenai imuniti yang berlebihan yang diberi kepada pengarah dan ahli-ahli majlis dalam pindaan ini nanti dan saya rasa ini mungkin perlu disemak semula dan juga perlu difikirkan kaedah yang terbaik untuk ini. Datuk
Seri Speaker, apabila kita bercakap soal biodiversiti, kita bercakap soal flora, fauna dan juga kita ini manusia yang hidup secara co-exist dengan ekosistem. Okey.
Apbila saya cakap kita ni co-exist dengan flora and fauna, kita sebagai manusia kalau kita dalam Islam kita dipanggil sebagai khalifah yang mengurus dan mentadbir dunia ini, kita harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga semua ini. Biodiversiti.
Sebab penting sangat food security, sustainability, kehidupan kita di masa akan datang. Even masalah air di masa akan datang, semuanya bergantung kepada Biodiversiti.
Dan Biodiversiti ini apabila kita bercakap, dia kena berada di suatu tempat.
Di suatu kawasan sebagai contoh, Biodiversiti kita di negeri Sabah adalah berada di kawasan 7 juta hektar keluasan tanah negeri Sabah. Now, saya cuma saya ingin memohon penjelasan Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Sulaman ya. This is nothing to do dengan personal ya. This is nothing to do with political agendakan.
Bila kita bercakap soal Biodiversiti saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai NCA yang telah ditandatangani sebelum ini. Ya, i’m sorry I have to bring this matter ke dalam dewan ini.
Sebab di sinilah letaknya Biodiversiti ini.
Nature Conservative Agreement antara Kerajaan negeri dan Hoch Standard.
Ada beberapa perkara yang mungkin Datuk Seri Sulaman, harus lihat kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam NCA ini. Yang pertama sekali, Perjanjian NCA ini kelihatannya sepertinya tidak telus sebab tidak dibawa berbincang secara lebih mendalam.
Kan.
Kawasan yang dibincang ataupun disebutkan dalam NCA ini kita tidak tahu di mana kawasan dia. 2 juta hektar itu kita tidak tahu kawasan itu di mana dan kita juga tidak mengetahui lebih mendalam mengenai the parties involve dalam agreement ini. Sebagai contoh, hoch standard, Lionsgate siapa mereka ini? Apakah kerajaan telah membuat due diligence mengenai pihak-pihak yang kita menandatangani perjanjian ini.
Sama dengan kerisauan daripada Telupid tadi. Apabila bercakap….
….BBC menaja National Geographic untuk membuat penggambaran di Danum, di Tabin dan sebagainya ini antara perkara-perkara yang juga harus kita fikirkan dalam apabila kita bicara..bercakap soal
biodiversiti selain daripada itu Datuk Seri Speaker, saya ingin mengulangi kerisauan sepertimana yang dibawa oleh Moyog tadi itu ialah kita pada hari ini jangan lakukan kesalahan yang sama sepertimana pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu apabila kita kehilangan kita punya pelantar benua, apabila kita kehilangan hak terhadap minyak kita melalui PDA, apabila kita menyerahkan hak cari gali minyak kepada Federal dan akhirnya pada hari ini baru kita menyesali perkara ini dan sebelum ini baru sahaja berlaku apabila kita membiarkan Kerajaan Persekutuan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menyerahkan Ambalat sempadan Ambalat kepada Kerajaan Indonesia ini antara kesilapan-kesilapan yang mungkin akan kita lakukan apabila kita tidak memperhalusi apa yang kita bincangkan pada hari ini.
Datuk Seri Speaker, NCA ini akan berlaku selama 100 tahun dan mungkin disambung untuk another 100 years persoalannya adalah kenapa kita mendatangani perjanjian itu untuk begitu lama sedangkan mengikut kajian saintifik yang dibuat by 2050 kita sudah tidak ada masalah carbon apabila kita mula mengamalkan Renewable Energy apabila kita sudah berada pada tahap sifar carbon tetapi pada tahun 2050 tetapi kita terikat dengan perjanjian 100 tahun dengan sebuah syarikat. Datuk Seri Speaker, ada beberapa perkara lain lagi yang menjadi kerisauan saya mengenai perjanjian ini terutamanya sekali pulangan yang Kerajaan Negeri akan dapat apabila kita mendatangani perjanjian ini sebab tidak ada perkiraan yang betul-betul boleh dibuktikan mengenai berapa hasil yang akan kita dapat dengan menyerahkan kawasan ini bagi tujuan perjanjian dan Datuk Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Sulaman ada satu perkara mengenai perjanjian ini yang betul-betul mengecewakan saya dua perkara mengecewakan saya.
Yang pertama sekali, perjanjian ini dalam Klausa D, C continue regardless of any changers in government agencies and Ministers including the Constitution of Sabah State Legislative Assembly and the Cabinet of Sabah as form from time to time show have no effect on the validity and continuation of this agreement. Terlalu kebal ini perjanjian tidak boleh dicabar dan tidak akan berubah for the next 100 years dan the worse part of it parties to this agreement Datuk Seri Speaker, saya bukan peguam, Moyog peguam, Tanjung Papat peguam, ADUN dilantik peguam, Segama peguam tetapi bila saya merujuk kepada perjanjian ini, pihak-pihak kepada perjanjian sama
ada saya ini terlalu naif ataupun ignorance saya pun tidak tahulah tetapi sign okay, sign for and on behalf of hoax standard private limited by stand Lasa lock in yang tandatangan di bawah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Gapari bin Kitingan okay the one party on behalf of hoax standard dalam masa yang sama bagaimana individu yang sama boleh menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Negeri dalam perjanjian. Dan kalau kita lihat kepada perjanjian ini sudahlah tentu ada Conflict of interest yang akan berlaku di masa akan datang jadi Datuk Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Sulaman dan rakan-rakan yang ada kita di sini biodiversiti negeri ini tanah ini akan kita wariskan kepada generasi akan datang kita jangan lagi melakukan kesilapan yang sama seperti yang disebutkan tadi apabila kita mula mungkin kalau saya cakap menjual keterlaluanlah tapi menggadaikan masa hadapan anak cucu dan negeri kita kepada pihak luar, kita harus ingat kita ini tanah ini kita pinjam daripada generasi di masa akan datang anak cucu kita di masa akan datang dan saya kena ulang balik lagi bahawa kita kena menyediakan tanah ini bumi ini sebaik mungkin untuk kita wariskan kepada mereka di masa akan datang. Datuk Seri Speaker, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang ini, syabas dan tahniah atas usaha Kerajaan untuk menjaga biodiversiti kita dalam usaha untuk memelihara kita punya kelangsungan hidup di masa akan datang and apa yang kita lakukan ini juga adalah selari dengan SDG yang diamalkan di peringkat antarabangsa Datuk Speaker, N. 60 Tungku mohon menyokong terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tungku demikianlah tadi perbahasan daripada tujuh orang Ahli Undangan Dewan Negeri dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat daripada Kapayan, Sindumin, Kukusan, Telupid, Moyog, ADUN Yang Dilantik DSP Yong Teck Lee dan juga daripada Tungku kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan untuk memindah Enakmen Biodiversiti Sabah. Ini menunjukkan dan mereka sangat prihatin mengenai dengan biologi sumber-sumber biologi dan habitat
kita dan saya akan menjawab beberapa isu yang diutarakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang relevan kepada pindaan enakmen ini sahaja.
Pertama, iaitu isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kapayan di mana Yang Berhormat tersebut telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan biodiversiti ini yang perlu saya maklumkan di Dewan yang mulia ini sebenarnya Pusat Diversiti Sabah pada ketika ini sedang melaksanakan apa ini untuk mengambil ataupun membuat dokumentasi pengetahuan tradisi komuniti protokol komuniti procedure prior ataupun procedure prior inform consent juga telah disediakan dalam usaha untuk disosialisasikan kepada pihak orang-orang asal ataupun komuniti mengenai dengan isu penyeludupan pusat akan memperkasakan lagi aktiviti Pusat Biodiversiti Sabah akan memperkasa lagi aktiviti penguatkuasaan dan akan berkerjasama dengan agensi pelaksana dan penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-taman Sabah dan Jabatan Kastam serta agensi-agensi lain dalam menguatkuasakan Enakmen…
… ini dapat dilaksanakan secara berkesan. Enakmen Biodiversiti Sabah sebenarnya mempunyai kuasa untuk pengambilan sumber kepada mereka yang mengambil sumber biologi dan (sebutan kurang jelas) tradisi, mereka boleh dihukum dan dipenjarakan.
Mengenai dengan isu yang dibangkitkan dari Wakil Rakyat dari Sindumin, tidak boleh dinafikan bahawa haiwan ah seperti burung, boleh terbang daripada Sabah, Sarawak, Indonesia dan sebagainya. Tetapi perlu dimaklumkan bahawa di bawah Nagoya Protokol telah ditetapkan kerjasama antara negara ahli untuk mengeluarkan ataupun mengawal pengeluaran dan juga penyeludupan sumber biologi yang dimiliki oleh sesuatu negara, oleh sesuatu negara. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini juga bahawa negara Indonesia dan juga Filipina adalah merupakan negara ahli yang perlu mematuhi Protokol Nagoya dan untuk makluman juga pada Ahli Yang Berhormat dari Sindumin, ini pelantikan mengenai pelantikan ini ahli-ahli adalah berdasarkan kepada keperluan dan kepakaran yang diperlukan oleh Pusat. Lima
daripada Ahli Majlis Biodiversiti tersebut adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkaitan terutama sekali dalam bidang pemuliharaan dan juga perlindungan biodiversiti.
Tentang dengan senarai sumber biologi yang dilindungi yang telah diutarakan tadi, ah, baru 126. Enam haiwan, 120 tumbuh-tumbuhan sebenarnya ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan ah, secara pewartaan di bawah jadual yang dinyatakan kerana pihak biodiversiti juga perlu berbincang dengan pakar-pakar. Ah, sebenarnya senarai itu diperolehi daripada pakar-pakar mengenai dengan biodiversiti.
Pusat Biodiversiti Sabah sememangnya mengetahui kewujudan spesies-spesies bioacumulator tersebut yang seperti yang apa itu, dihuraikan oleh Ahli Yang Berhormat ada terdapat beberapa jenis ini filantos. Sebenarnya di Amerika Syarikat pun ada juga terdapat ini tetapi spesies filantos (sebutan kurang jelas) adalah yang terbaik pada masa ini. Dan kajian yang dilakukan juga lebih banyak yang diperbuat pada masa kini. Dan saya sebenarnya berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat mengenai dengan maklumat ah, berkenaan pengetahuan tersebut.
Dan untuk maklumat, Pusat Biodiversiti Sabah ini sememangnya dalam usaha untuk mendokumentasikan pengetahuan orang asal Sabah. Sebenarnya saya juga ingin berkongsi sebagai orang Dusun daripada Ranau, banyak juga ubat-ubatan yang boleh diperolehi yang saya ketahui. Sepertinya kalau sakit perut ah, boleh minum itu daun apa ini, ah, kita masak apa ini, ini rumput apa itu kita panggil lalang itu. Ah, boleh juga gunakan itu. Ini apa ini, daun jambu batu, boleh diguna juga untuk ah, apa ini ubat-ubatan sakit perut. Ya, terima kasih.
Sebenarnya kita akan dokumentasikan senarai tersebut. Pusat Biodiversiti Sabah juga sedang berkolabarasi dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Traditional and Complimentary Medicine dalam usaha untuk mendokumentasikan dan pengiktirafan amalan-amalan orang Sabah dan sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa tujuan utama pindaan ini diadakan adalah untuk melindungi sumber genetik dan biodiversiti yang dimiliki oleh negeri Sabah agar tidak sewenang-wenangnya diseludup keluar, dieksploitasi dan juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pengkomersialan di luar negeri Sabah tanpa mengikut
perundangan yang sah.
Melalui pindaan ini aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama dengan jabatan dan agensi penguat kuasa yang lain dapat dilaksanakan secara berkesan mengikut perundangan negeri dan antarabangsa yang berkuat kuasa.
Selain Enakmen Biodiversiti Sabah 2000, perjanjian antarabangsa seperti CITES, iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora. Ini kita juga mudah pakai.
Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 antara lain juga akan berkuat kuasa. Maka dengan adanya usaha penguatkuasaan secara bersepadu ini fasiliti yang ada pada ketika ini akan ditambah baik dan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dan selain daripada itu, kapasiti pegawai-pegawai penguatkuasaan untuk diletakkan di pintu-pintu masuk Sabah akan di ah, akan ditambah mengikut keperluan.
Tentang penyenaraian haiwan dan tumbuhan di jadual sumber biologi yang dilindungi di bawah Seksyen 14B merupakan rekod yang jelas pemilikan Sabah terhadap sumber biologi tersebut. Dan dengan rekod pemilikan dan unik kepada Sabah maka Kerajaan Sabah boleh menuntut hak-hak intelek dan inovasi hasil daripada penggunaan sumber genetik dan sumber biologi tersebut. Namun hak-hak pekebun kecil masih terjaga seperti yang termaktub di Seksyen ah, 2B enakmen yang sama. Sumber biologi yang disenaraikan sekiranya dipungut atau dikumpul di luar kawasan dilindungi contohnya di kawasan persendirian masih boleh diambil dan dijual oleh komuniti tempatan di dalam ah, di Sabah.
Namun, namun sekiranya komuniti ini ingin menggunakan sumber tersebut dan terlibat dalam aktiviti R&D ataupun penyelidikan dan pembangunan maka perlu mendapat lesen yang terlibat daripada pihak Pusat Biodiversiti Sabah. Pihak Pusat Biodiversiti Sabah akan mengadakan usaha-usaha kesedaran termasuk memberikan pendidikan kepada komuniti betapa pentingnya sumber-sumber ini dilindungi termasuk keperluan-keperluan dari segi perundangan sekiranya ingin menggunakan sumber tersebut bagi tujuan penyelidikan dan juga pembangunan sesuai dengan keperluan Enakmen ah, Biodiversiti Sabah 2023.
Ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya difahamkan terdapat satu ah, syarikat yang telah ah, menanam benih ini, filantos ini di sebelah apa ini, ah, Ranau di Kampung Pahu, Kampung Pahu. Di mana nanti apabila biji ini sudah menjadi apa ini, sudah menjadi ianya akan apa itu, dibagi-bagikan kepada ah, orang-orang kampung sebagai ah, kontrak farmers mereka dan mereka ini apabila mendapat hasil daripada filantos ini mereka akan jual kepada syarikat ah, tersebut. Jadi mereka ini ah, tidak dibenarkan membuat R&D. Only apa itu syarikat tersebut sahaja yang dibenarkan.
Untuk menjawab ah, persoalan yang di ah, diutarakan kepada YB Kukusan. Pusat Biodiversiti Sabah juga mengamalkan pengurusan biodiversiti secara bersepadu termasuk penggunaan (sebutan kurang jelas) sumber-sumber biologi di Sabah. Pusat juga menekankan kepada hasil-hasil daripada perkhidmatan ekosistem kepada kehidupan manusia sejagat dan ini termasuklah penjagaan bencana, penggunaan ubat-ubatan dan juga memastikan udara dan sumber air yang bersih. Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Telupid, Sabah adalah destinasi penyelidikan biodiversiti tertinggi di Malaysia. Melalui enakmen ini pihak Pusat akan cuba menghalang dan memantau bio piracy daripada dilakukan oleh penyelidik luar antarabangsa …
Dan untuk makluman, semua penyelidik yang ingin mengakseskan pengetahuan tradisi orang asal Sabah perlu mendapatkan keizinan tersebut, apa ini? Terlebih dahulu atau Prior Informed Consent. Penyelidik luar dan tempatan juga harus mendapatkan lesen akses daripada Pusat Biodiversiti Sabah sebelum mereka dapat mengakses sumber biologi di mana-mana kawasan di dalam, di negeri Sabah dan dari segi pengembaraan bagi tujuan dokumentari biodiversiti ini adalah terletak di bawah apa ini? Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan juga agensi pelaksana yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan bukan di bawah Pusat Biodiversiti Sabah.
Untuk menjelaskan apa ini? Pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Moyog, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015 hingga 2025 adalah dalam proses semakan yang mana ketika ini Strategi Biodiversiti Sabah 2012 hingga 2022 juga dalam proses kajian semula dan kedua-dua dasar ini digubal bagi memenuhi Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework 2023 hingga 2033 yang telah pun dipersetujui di COP 15 di Montreal, Canada baru-baru ini dan tujuan utama pindaan ini adalah untuk memperkukuhkan lagi penguatkuasaan dan juga pentadbiran sumber biodiversiti Sabah.
Keputusan-keputusan melibatkan akses kepada sumber biologi masih dibawah Majlis Biodiversiti Sabah.
Ini untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan mengenai dengan apa ini?
Dari kuasa diturunkan kepada Pengarah. Sebenar.
Keputusan-keputusan melibatkan akses kepada sumber biologi masih di bawah Majlis Biodiversiti Sabah.
Institusi Pengarah hanya bagi tujuan melancarkan proses pentadbiran dan juga operasi Pusat Biodiversiti Sabah. Dengan kata lain, Majlis Biodiversiti Sabah masih sebagai rujukan untuk keputusan penting sebelum diangkat ke Kabinet ataupun Menteri dan untuk menjawab ataupun yang memberi pencerahan kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Dalam keadaan sekarang, Majlis Biodiversiti Sabah memang berkuasa untuk mengurus dan juga meluluskan dan mentadbir sumber biologi di Sabah.
Selepas pindaan ini, kuasa melulus dan juga mengurus pelesenan masih di bawah Majlis. Pindaan kuasa daripada Majlis ke Pengarah yang seperti yang saya katakan tadi ialah hanya melibatkan pentadbiran dan juga koperasi Pusat Biodiversiti Sabah. Berkaitan dengan common name ataupun nama tempatan, mengenai dengan apa itu?
Senarai sainstifik yang telah di apa itu?
Dilampirkan dalam Rang Undang tersebut.
Berkaitan dengan common name atau nama tempatan kebanyakan spesis-spesies tersebut belum mempunyai nama tempatan. Belum lagi ada kerana ia jarang ditemui di tempat-tempat komuniti.
Kita menerima cadangan dan untuk mengemaskini jadual bersama nama tempatan sekiranya boleh diperolehi.
Tadi di apa itu?
Dibangkitkan juga mengenai dengan
kemusykilan.
Apa itu?
Mengenai dengan Seksyen 36(b), iaitu mengenai dengan imuniti pengarah dan juga apa ini? Ini pegawai-pegawainya.
Sebenarnya, Seksyen 36(b) itu adalah standard protection sahaja to protect civil servants in the course of their duty but if proven negligent, legal actions can always and can be always be commands against them. Jadi, Tuan Speaker, itu adalah apa ini? Yang apa itu? Jawapan-jawapan yang dapat saya berikan untuk menjelaskan kepada apa itu? Isu-isu yang dibangkitkan oleh ketujuh-tujuh Ahli Yang Berhormat. Dan sekali lagi, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana rata-rata apa ini?
Menyokong tentang apa ini?
Rang Undang-undang. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023.
Yang Berhormat Menteri Peringkat Jawatankuasa bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Ok. Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal 1 hingga 30 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal 1 hingga 30 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
[Cokmar dinaikkan]
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023Bill
Enakmen Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Keenam Belas yang telah berlangsung selama tiga hari ini selesai dan berjalan dengan lancar. Sepanjang tiga hari itu, sebanyak enam Rang Undang-undang dari pihak kerajaan berjaya diluluskan melibatkan Sesi Perbahasan yang baik, padat, berinformasi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua kementerian supaya semua perakuan untuk menjawab jawapan bertulis sama ada daripada soalan ataupun perbahasan mestilah disampaikan kepada yang bertanya.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pegawai kerajaan, kakitangan-kakitangan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung, mahu pun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada semua rakyat Sabah. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing, yang mana memandu untuk pulang ke kawasan masing, pandulah dengan cermat dan selamat.
Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang.
Daun pandan daun selasih, Ikat bers… Tuan Speaker:…. diikat bersama daun jerami.
Terima kasih kepada semua YB memberi pandangan kepada Menteri. Buah mempelam di urung tebuan, Dipetik sebiji dari beranda, Moga semua YB selamat pulang ke kawasan, Di sidang belanjawan kita jumpa semula.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan pada satu tarikh yang belum di tetapkan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Bunyi ketukan tukul sebanyak 3 kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 3.32 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.”
SDN10082023/bnm