Sabah · 27 November 2023

16th Assembly, 4th session, 3rd meeting · not final · 414 turns · 43,120 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Permasyhuran dari Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Permasyhuran dari Tuan Speaker. Tuan

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Keenam Belas seperti berikut:

1.

Enakmen Perbekalan Tambahan 2023; 2.

Enakmen Kemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan Pindaan 2023; 3.

Enakmen Biodiversiti Sabah Pindaan 2023; dan 4.

Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2023.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak dapat hadir menghadiri persidangan pada kali ini daripada:

1.

Yang Berhormat N.71 Tanjung Batu untuk 27 November 2023; 2.

Yang Berhormat daripada N.63 Kunak daripada 24 November hingga 30 November 2023; 3.

Yang Berhormat daripada N.53 Sekong daripada 24 November hingga 30 November; 4.

Yang Berhormat daripada N.24 Tanjung Keramat pada 30 November; 5.

Yang Berhormat Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri pada 29 November hingga 30 November; 6.

Yang Berhormat daripada N.11 Kadamaian pada 30 November; dan 7.

Yang Berhormat daripada kawasan N.16 Karambunai pada 27 November 2023. Dan saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut.

I Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17 (1), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentangkan pada persidangan dewan kali ini, iaitu:

Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan agensi negeri serta pengauditan pematuhan kementerian, agensi negeri Sabah tahun 2022 dan sijil-sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dan 31 Disember 2022.

Di sini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dianugerahkan pingat kebesaran sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-70 pada 7 Oktober 2023 seperti berikut:

Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk: 1.

Yang Berhormat N.21 Luyang; 2.

Yang Berhormat ADUN N.7 Tandek; 3.

Yang Berhormat ADUN N.49 Labuk; 4.

Yang Berhormat ADUN N.47 Telupid; 5.

Yang Berhormat ADUN N.51 Sungai Manila; 6.

Yang Berhormat ADUN N.63 Kunak; dan 7.

Yang Berhormat ADUN N.54 Karamunting.

Saya juga merakamkan tahniah kepada timbalan saya, Yang Berhormat Datuk Al Hambra bin Tun Juhar, yang telah selamat diijabkabulkan pada 17 November 2023 lalu dan menamatkan zaman bujang beliau.

Langit membentang warnanya biru, Datang hujan menimba kayu; Selamat menempuh hidup baru, Didoakan bahagia sepanjang waktu.

I Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada:

1.

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah, isteri yang dikasihi, Almarhumah Datin Seri Hajah Jouyah Haji Mohd Yunin, pada 27 September 2023 bersamaan 11 Rabiulawal 1445 Hijrah; 2.

Yang Berhormat ADUN Senallang dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah, ayah mertua yang dikasihi, Almarhum Datuk Shuaib bin Haji Lajim, pada 11 November 2023 bersamaan 27 Rabiulakhir 1445 Hijrah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT; dan 3.

Yang Berhormat ADUN Sook dan semua ahli keluarga atas pemergian isteri yang dikasihi, mendiang Datin Maria Concepcion Omamalin, pada 6 September 2023; 4.

Yang Berhormat ADUN Kuamut dan Yang Berbahagia Datuk Ewon Ebin serta semua ahli keluarga atas pemergian ibu mertua yang dikasihi dan isteri yang dikasihi, mendiang Datin Obidan Untol Dana@Dana, pada 9 September 2023; 5.

Yang Berbahagia Datuk George Anthony Ginibun dan semua ahli keluarga atas pemergian isteri yang dikasihi, mendiang Datin Margaret Chin En Min, pada 16 November 2023 yang lalu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulilah saya mengucapkan selamat datang ke Sidang Dewan kali ini. Mesyuarat ketiga ini dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula pada 24 November 2023, iaitu dimulai dengan Sesi Pembentangan Bajet oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, dan mesyuarat seterusnya disambung pada hari ini, 27 November hingga 30 November 2023. Sini, saya mohon untuk mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat untuk menurunkan thumbprint di conference system atas meja masing-masing bagi tujuan merekodkan kehadiran. Tiada thumbprint, tiada elaun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,

I sesi persidangan kali ini akan diteruskan tanpa ada waktu rehat. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh keluar dewan untuk makan tengah hari, solat dan sebagainya …

Speaker

… secara bergilir-gilir. Ahli Yang Berhormat adalah dimohon untuk memastikan bilangan kuorum di dalam Dewan Persidangan sentiasa cukup sepertimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan-peraturan Tetap Dewan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan diminta mengemukakan nama kepada urus setia dengan seberapa segera dan Ahli-ahli Yang Berhormat diminta untuk sentiasa berada di dalam Dewan bagi menunggu giliran masing-masing untuk berbahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, tahun ini merupakan penggal keempat Ahli-ahli Yang Berhormat menjadi wakil rakyat dan yang mewakili Badan Legislative, iaitu yang berautoriti menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang seperti mana yang tertakluk dalam sistem pemerintahan negara kita.

Badan Legislative merupakan satu daripada tiga cabang tersebut Kerajaan selain daripada Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Oleh itu, sebagai wakil rakyat dan ahli-ahli yang mewakili Badan Legislative, saya yakin bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat adalah matang dan amat berpengalaman untuk berbincang dan bermesyuarat dengan lancar agar dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang akan membanggakan negeri kita.

Saya juga mengharapkan semoga dari pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat selama ini ia akan membantu Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas dengan lebih komited dan sentiasa menjaga tatakelakuan dan etika ketika berada di dalam Dewan yang mulia ini dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tetap Dewan Undangan di sepanjang sesi persidangan agar persidangan kali ini dapat berjalan dengan baik mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mempastikan agar persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan baik, insya-Allah.

I Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 24 Ogos 2023, saya telah menerima satu aduan bertulis untuk merujuk Ahli Yang Berhormat N.60 Tungku ke Jawatankuasa Hak-hak dan Kebebasan kerana Ahli Yang Berhormat telah dituduh antara lainnya mengeluarkan kenyataan berkenaan isu Ambalat yang mengelirukan Dewan yang mulia ini pada 10 Ogos 2023 di Sesi Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri. Saya telah memohon penjelasan daripada Ahli Yang Berhormat N.60 Tungku dan telah mendengar penjelasan mengenai kenyataan tersebut. Saya berpendapat kenyataan itu adalah dibuat tanpa niat untuk mengelirukan Dewan. Walau bagaimanapun, oleh kerana kenyataan tersebut telah direkodkan dan dicatatkan di dalam Penyata Rasmi bertarikh 10 Ogos 2023, Ahli Yang Berhormat N.60 Tungku hendaklah membetulkan kenyataan tersebut dengan menarik balik kenyataan yang dibuat dan hendaklah direkodkan di dalam Penyata Rasmi pada hari ini.

Saya ingin mengingatkan bahawa ini bukanlah satu kes Precedent bagi aduan-aduan yang lain yang akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak-hak dan Kebebasan. Dengan itu saya menjemput Ahli Yang Berhormat N.60 Tungku untuk buat kenyataan beliau.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih, Datuk Seri Speaker. Saya akan menarik nasihat dan peringatan saya pada 10 Ogos 2023 semasa menyertai perbahasan Rang Undang-undang Biodiversiti. Namun demikian, Datuk Seri Speaker, kalau boleh saya diberi peluang dan keadilan di Dewan yang mulia ini, saya mohon menggunakan Perkara 24 Peraturan Tetap Mesyuarat dan juga saya menuntut hak saya selaku Wakil Rakyat dalam Artikel 25 Perlembagaan Negeri dan juga Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan. Kalau boleh saya mohon untuk diberi peluang, Datuk Seri Speaker. Saya terus sahaja kepada teks penarikan tersebut, Datuk Seri Speaker. Boleh, Datuk Seri Speaker saya teruskan?

Speaker

Okey silakan.

I

Datuk Seri Speaker, saya menyedari bahawa nasihat dan peringatan saya pada 10 Ogos 2023 semasa menyertai perbahasan Rang Undang-undang Biodiversiti telah mengundang kekeliruan kerana tanpa pernyataan fakta bagi menyokong nasihat dan peringatan tersebut. Saya amat kesal mengenai kekeliruan tersebut dan dengan ini saya dengan ikhlas dan suci hati menarik balik nasihat dan peringatan tersebut menarik balik nasihat dan peringatan tersebut dan memohon maaf atas kekeliruan dan kesulitan serta ketidakselesaan yang timbul akibat kenyataan tersebut. Saya juga dengan ini memberi jaminan bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang. Terima kasih. Datuk Seri Speaker, kalau Datuk Seri Speaker izinkan saya, bolehlah. Kalau Datuk Seri Speaker, tidak mahu izinkan saya, apa boleh buat. Tetapi untuk berlaku adil kepada saya, saya pun sudah nyatakan penarikan balik tersebut tetapi ada baiknya Dewan yang mulia ini mengetahui konteks nasihat dan peringatan saya tersebut dalam perbahasan ucapan saya, Datuk Seri Speaker.

Speaker

You boleh bawa dalam you punya ucapan nanti masa berbahas Bajet.

Ucapan kita kali ini Bajet, Datuk Seri, lagipun selepas ni soalan pertama dalam bentuk urusan Dewan adalah mengenai soal Pulau Sebatik.

Speaker

Tak apa you sudah menarik balik, you sudah mengatakan and we consider as the case close … dan …

… dan sebelum itu, Datuk Seri Speaker, sekali lagi saya mohon Perkara 24 Peraturan Tetap di mana saya boleh membuat penerangan diri sendiri.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Seri Speaker, Peraturan.

Speaker

No, okey biarlah, biarlah.

I

Datuk Seri Speaker, Perkara 24 tidak perlu dibahaskan dan this is my floor dan selaku wakil rakyat, artikel…

Speaker

Duduk, duduk.

… dan selaku wakil rakyat, Artikel 25 Perlembagaan Negeri juga adalah hak saya dan selaku wakil rakyat, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan adalah hak saya. Jadi di masa akan datang, saya tidak mahu benda ni menjadi precedent case, menjadi rujukan kepada kes-kes di masa akan datang sebab saya risau Datuk Seri Speaker, tugas saya sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya demokrasi harus menjaga kemuliaan Dewan yang mulia ini dan juga menjunjung kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan. Saya juga menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini yang mana membolehkan saya selaku wakil rakyat untuk mempunyai kebebasan bersuara melalui Perlembagaan Artikel 25 Perlembagaan Negeri, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih, Datuk Seri Speaker.

Speaker

Terima kasih. Tetapi kita harus ingat Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun kita diperuntukkan untuk bersuara apa semua, apa yang kita suarakan hendaklah berdasarkan berfakta dan kebenaran. Jangan ada yang tersalah tafsir menjadi menimbulkan kekeliruan. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tungku kerana sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang matang, beliau mengakui kesilapan dan memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut. Syabas.

Sebelum kita meneruskan Atur Cara Urusan Mesyuarat pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada gabungan pelajar-pelajar sekolah gabungan SMK Matunggong, SMK Sikuati Dua dan SMK Pinawantai seramai 20 orang pelajar dan sembilan orang guru. Dan juga perwakilan daripada Majlis Belia Sabah seramai 30 orang serta pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah seramai sembilan orang. Diucapkan selamat datang dan selamat belajar.

Setiausaha, teruskan.

I

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Sekarang dipersilakan Ahli Yang berhormat daripada Senallang.

Datuk Speaker, soalan Nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perundingan Dengan Indonesia Berkaitan Pulau SebatikQuestions

*1.

YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada KETUA MENTERI, mohon penjelasan mengenai rundingan dengan Indonesia berkaitan Pulau Sebatik di bawah Perjanjian Laut Sulawesi, apa yang dituntut oleh Indonesia dan sama ada perjanjian sudah dibuat atau masih dalam peringkat perundingan.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang serta Dewan yang mulia ini, Malaysia dan Indonesia komited untuk menyelesaikan persempadanan darat dan persempadanan laut wilayah secara menyeluruh dan setakat ini tidak ada apa-apa persetujuan dibuat melalui…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Platform-platform mesyuarat dua hala, by literal meeting, yang berkaitan Pulau sebatik dan Laut Sulawesi.

Kerajaan Negeri juga telah dilibatkan secara aktif dalam platform-platform mesyuarat dua hala ini, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan akan memastikan setiap perundingan atau cadangan-cadangan yang melibatkan persempadanan Sabah, Malaysia dan Indonesia adalah dibentang dan dirujuk kepada Jemaah Menteri Sabah, terlebih dahulu untuk mendapat asas perundingan hala tuju dan ketetapan.

I Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Sabah kekal dengan pendirian jelas, konsisten dan tidak akan berganjak dari apa jua cubaan negara jiran bagi memastikan persempadanan negara, khususnya Negeri Sabah sentiasa dipelihara dan tidak tergugat. Sebagai tambahan, saya juga ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri tegas dengan pendirian bahawa persempadanan Negeri Sabah di Pulau Sebatik adalah digarisan sempadan, memanjang sepanjang latitude 4⁰ 10 minit bermula dari East Pillar sehingga Low Water Line disebelah Timur Pulau Sebatik. Sempadan maritim yang telah ditandatangani melalui Triti Laut Sulawesi hanya melibatkan 12 batu nautika dan tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada Negeri Sabah. Perundingan penetapan sempadan maritim bagi kawasan yang melebihi 12 batu nautika sehingga 200 batu nautika di laut Sulawesi yang merupakan exclusive economic zone masih belum dimulakan.

Sempadan yang melibatkan Pulau Sebatik iaitu kawasan inter title masih dalam rundingan. Sesi rundingan terkini melalui mesyuarat jawatankuasa teknikal khas (Special Technical Meeting) yang telah diadakan kepada 16 dan 17 November yang lalu di Tangerang, Indonesia diakhiri tanpa apa-apa perkembangan kerana kedua-dua belah pihak kekal dengan pendirian masing-masing. Rundingan tersebut, diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri. Manakala Negeri Sabah, diwakili oleh Yang Amat Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Pengarah Tanah dan Ukur di dalam delegasi Malaysia pada mesyuarat tersebut. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Speaker, soalan yang saya bangkitkan ialah berdasarkan dengan kenyataan Ketua Menteri iaitu, ‘Sabah Hormati Perjanjian Laut China Selatan’, ini kenyataan dilakukan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Yang keduanya, saya bertanya oleh kerana ianya juga adalah joint statement yang dilakukan oleh Menteri Luar, kementerian luar dan disitu dinyatakan dengan izin

I Datuk Speaker, iaitu antara Jokowi dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan izin, ‘I welcome the completion of the territorial sea border negotiation since Sulawesi Sea, The Southern Balaka’s Street after 18 years of negotiation process, 18 years can be completed, thank god, thanks to Datuk Seri Anwar Ibrahim the president said in the joint press conference’, kalau kita melihat dari segi keadaan dia, dalam joint statement ini, 3(6) Territory Between Malaysia and The Republic of Indonesia relating to the delimitation of territorial seas of the two countries in Sulawesi, South China Sea.

Jadi ini yang saya ingin tahu detail part of it dan dinyatakan disini joint statement bahawa ada perjanjian dirunding, diantara President Jokowi dan juga Perdana Menteri sebelum ini 18 tahun, tidak pernah dipersetujui dan kalau kita melihat dari segi artikel Perlembagaan Malaysia, saya baca Perlembagaan Malaysia dengan izin Datuk Speaker, iaitu dimana admissions of new territories into the federations, Parliament made by law, admit other state to the federations be out of boundaries of any state but a law altering the boundaries of a state shall not be pass without the consent of a state, express disitu, maknanya apa juga yang terkandung dalam joint statement kalau benar bahawa kita tidak tahu, kita mahu tahu ini Datuk Speaker pasal kenapa Jokowi mengatakan selepas 18 tahun perjanjian ini, baru sekarang ini joint statement kementerian luar dan saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Ketua Menteri sedar atau tidak kalau sekiranya perkara ini kita kena tanya daripada Kementerian Luar tentang detail part of it supaya memastikan, seharusnya dia mengikut Rang Undang-undang Perlembagaan, it must be discuss in the cabinet, it must be pass by state assemble yang ada, ini perkara berkait dengan Perlembagaan, bayangkan nak tambah Dewan Undangan Negeri pun, nak tambah Parlimen pun, Dewan Undangan Negeri kena luluskan ini tak boleh.

Speaker

Soalannya, apa dia?

Soalannya saya nak tanya detail part of it apa yang saya sebutkan joint statement, adakah benar? apa detail dia tentang 3 perkara tadi itu, 3(6) iaitu ‘Territorial Between Malaysia and The Republic of Indonesia’ yang relating to the delimitation of the territories seas of the two countries yang ada. Terima kasih banyak.

I

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya ingin ah nyatakan didalam Dewan yang mulia ini, bahawa perundingan mengenai dengan Laut Sulawesi itu tidak pernah ditandatangani.

Yang ditandatangani ialah 1 yang melibatkan hanya perairan 12 nautica mile dan sebelum itu tidak pernah ada sesuatu perundingan ataupun persetujuan dalam persempadan tersebut. Yang menjadi persoalan sekarang ialah sama ada kita bersetuju atau tidak dalam tuntutan Laut Sulawesi ataupun disebut Laut Ambalat, ini tidak pernah dipersetujui dan masih lagi di dalam perundingan dengan Kerajaan Indonesia, itu yang saya dapat tahu dalam taklimat dan juga penerangan-penerangan yang telah diberikan oleh Kementerian Luar kepada Kerajaan Negeri. Jadi melibatkan apa yang Laut Sulawesi atau Ambalat itu tidak pernah ditandatangani, tidak pernah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia ataupun Negeri Sabah, jadi tidak timbul isu bahawa kita tidak dimaklumkan dalam perkara ini. Terima kasih.

Tidak jelas apa yang dinyatakan, kalau kita mendengar soalan saya tadi itu tentang 3(6), Pertamina mempelawa Petronas, reuter keluarkan, we are inviting Petronas to explore dengan izin, kekayaan yang ada dikawasan itu Sulawesi Sea, why Petronas inviting? do they have the authority or not, bidang kuasa, sedang pun saya masih ingat masa saya masih Timbalan Menteri Pertahanan, kapal dilanggar pasal disitu banyak kekayaan gas, minyak, masa itu dan kita nasihatkan don’t retaliate pasal kita negara jiran yang harus kita ada runding sebaik mungkin tapi saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, saya ingat detail have to be kalau boleh ya Yang Amat Berhormat detail out, kita tidak mahu nanti besok apa yang berlaku seperti yang disebutkan, bukan saya tuduh yang disebutkan Perjanjian Brunei dan juga Malaysia, gas yang ada, kita tidak mahu itu berulang ya jadi kalau keadaan ini juga dikawasan-kawasan Sulawesi berulang kekayaan, there’s a lot of reserve there, gas and oil yang ada.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya Tuan Speaker, saya amat maklum apa yang dimaksudkan oleh Ahli daripada Senallang kerna itu saya sebutkan tadi, kita tidak pernah bersetuju tentang ah tuntutan Indonesia di Laut Sulawesi atau Ambalat yang kaya dengan khazanah seperti gas.

I

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Sekarang masih lagi di dalam perundingan, baru-baru ini, pada 16 dan 17 hari bulan yang lalu, satu perundingan juga diadakan di Indonesia dan kita dilibatkan yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Peguam Besar Negeri Sabah, Pengarah Tanah, belum ada pencapaian apa-apa. Jadi pendirian kita tegas di dalam perkara itu. Kita tidak akan sewenang-wenangnya memberi apa nama dia itu? Hak kita untuk menuntut apa yang disebut di Laut Sulawesi itu. Itu saja yang dapat saya maklumkan dan saya tahu dalam perkara ini, kerana ini, apa nama dia itu, ditangani oleh Kementerian Luar Negara tetapi kita telah jelaskan kepada Kementerian Luar dan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri mesti dimaklumkan, dibawa dalam setiap perundingan dengan Kerajaan Indonesia terutama mengenai perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya jemput, Yang Berhormat Bongawan.

Datuk Speaker, satu saja Datuk Speaker. Penjelasan satu saja. Boleh?

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya Nombor 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Meningkatkan Pengeluaran Bahan Makanan Terutama Beras Dan Daging RuminanQuestions

*2.

YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi memenuhi keperluan rakyat terutama beras dan daging ruminan.

Speaker

Bawa saja dalam bajet nantilah, dalam ucapan bajet dibawa minta penjelasan dia. Okey Bongawan, sudah? Silakan, Yang Berhormat Menteri.

I Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih, Tuan Speaker.

Terima kasih juga ahli daripada Bongawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Bongawan dan Dewan yang mulia ini, soalan ini akan dijawab bersama dengan soalan-soalan, iaitu soalan yang lain, soalan nombor 30 pada 28 hari bulan dari Ahli Yang Berhormat Sebatik dan soalan nombor 43 pada 30 hari bulan November dari Ahli Yang Berhormat DUN Dilantik.

Sebagai jawapan Pelan Pembangunan Tanaman Padi dan Beras yang dilaksanakan Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah dalam tempoh RMK12 adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 hingga 2025 untuk memperkasakan industri tanaman padi dan beras di Negeri Sabah. Pelan Strategik yang dirangka di bawah Program Pembangunan Tanaman Padi yang merangkumi Pelan Pembangunan Jangka Pendek dan Jangka Panjang adalah seperti berikut: Pertama, meningkatkan kekerapan penanaman padi di 24 000 hektar kawasan fizikal sawah padi yang aktif bertanam, iaitu bagi kawasan K.1, seluas 11 000 hektar penanaman sekali ditingkatkan kepada dua kali setahun menjadikan keluasan penanaman 22 000 hektar setahun.

Untuk kawasan K.2, seluas 7000 hektar penanaman sekali setahun akan ditingkatkan kepada tiga kali dalam dua tahun menjadikan keluasan bertanam 10 500 hektar setahun, dan kawasan K.3, 6000 hektar penanaman sekurang-kurangnya satu kali setahun.

Yang kedua, menambah jentera pembajak sawah padi daripada 211 buah sedia ada kepada 482 buah dan jentera penuai ataupun penuailah daripada 143 buah kepada 460 keperluan mekanisasi jentera ini diperlukan untuk pembangunan tanaman padi seluas 24 000 hektar kawasan fizikal yang sedia ada dan aktif. Yang ketiga, mengoptimumkan pemberian bantuan baja tanaman padi oleh Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang bernilai RM1307.20 per hektar yang sedia ada kepada maksimum RM5610.00 per hektar. Pada masa ini, purata pengeluaran padi adalah 3.44 metrik tan per hektar. Memang rendahlah,

I akan ditingkatkan kepada minimum 5 metrik tan per hektar melibatkan sasaran keluasan 24 000 hektar yang saya sebutkan tadi.

Yang keempat, mempertingkatkan penggunaan varieti padi high-yielding varieti TR lapan.

Yang kelima, meningkatkan usaha kerjasama atau kolaborasi dengan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan atau GLC atau pelabur bagi meningkatkan, membangunkan kawasan-kawasan baru dan sedia ada untuk tanaman padi seperti Sawit Kinabalu, SLDB dan sebagainya yang mana kolaborasi ini kita buat di Kota Marudu untuk membangunkan 100 hektar.

Yang keenam, mengekalkan pemberian insentif pembajakan sawah padi sebanyak RM494 per hektar dan subsidi harga jualan beras oleh Bernas nilai 500 ringgit setan (satu tan).

Yang ketujuh, menaik taraf infrastruktur pengairan yang sedia ada. Bagi strategi jangka panjang, kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah, yang pertama, membina infrastruktur pengairan baru. Kedua, memperkasakan seluas 2202.03 hektar ladang satelit benih padi berkualiti untuk memenuhi keperluan benih padi di Sabah, benih sah. Yang ketiga, memulihkan seluas 7392.43 hektar kawasan padi yang terbiar sekarang. Keempat, mewujudkan seluas 3500 hektar kluster padi bersepadu Sabah yang mengintegrasikan beberapa Program Pembangunan Tanaman Padi dengan sasaran pengeluaran minimum enam metrik tan. Kalau sekarang ini 3.4 metrik tan saja. Kawasan penanaman padi ini dilaksanakan di luar jelapang meliputi enam daerah pada masa ini kita utamakan enam daerah, iaitu Kota Marudu, Tuaran, Papar, Tambunan, Keningau dan Tenom. Yang kelapan, eh kelima, meningkatkan semula, mengaktifkan semula bantuan baja tanaman yang telah dihentikan sejak 2021 untuk padi tanah kering. Tanah seluas 13 733.45 hektar bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanah padi tanah kering. Yang keenam, mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan tanaman terutama tanaman padi khusus bagi menjalankan Program Penyelidikan Tanaman Padi Sawah dan Padi Kering, Padi Tanah Kering.

I

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

… meningkatkan usaha kerjasama atau kolaborasi dengan pihak swasta atau pelabur bagi membangunkan kawasan-kawasan baharu, dan sedia ada untuk tanaman padi seperti FELDA dan Sahabat seperti FELDA, kawasan FELDA di Sahabat atau di the Dent Peninsula, Lahad Datu seluas 11 000 hektar. Yang kelapan, seperti mana arahan Kerajaan Negeri meminta dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Oktober 2023, meminta supaya semua GLC seperti SLDB, Sawit Kinabalu, Felcra Berhad, Felda dan sebagainya untuk to set aside certain portion seperti 5000 hektar termasuk aset-aset kelapa sawit swasta seperti Sime Darby, IOI dan aset-aset lain perlu membangunkan tanaman makanan khususnya padi. Ini akan memperluaskan tanaman padi yang ada sekarang.

Kesembilan, kesembilan ka itu? Menubuhkan… mengaktifkan semula Lembaga Padi dan Beras. Jadi ini baru ini padi dan beras Sabah di mana dalam Bajet 2024 telah diperuntukan 1.82 juta untuk pengurusan dan insentif pembajakan sawah padi sebanyak 18 juta.

Tuan Speaker, sekiranya strategi Pelan Pembangunan Jangka Pendek dan Jangka Panjang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kawasan penanaman padi seluas 24 000 hektar akan dapat ditingkatkan kepada 30 000 hektar. Penambahan keluasan ini, akan meningkatkan SSL kita kepada 30% berbanding dengan 22% masa kini. Dengan pewujudan Lembaga Padi Sabah, Kerajaan Negeri akan dapat mengurus pembangunan tanaman padi dan beras dengan lebih berfokus. Mengenai pengeluaran daging, kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar, mempunyai beberapa perancangan untuk meningkatkan bahan pengeluaran bahan makanan bagi memenuhi keperluan rakyat terutama sekali daging ruminan. Kadar Self-Sufficiency Rate atau SSR pengeluaran daging ruminan tempatan adalah sangat rendah berbanding dengan komoditi lain. Sehubungan dengan itu, DVS Sabah telah menyusun beberapa strategi seperi berikut. DVS Sabah mensasarkan untuk memperluaskan penternakan lembu secara fidlot, iaitu

I membangunkan semula ladang mega ternakan lembu bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan. DVS Sabah telah bekerjasama dengan sebuah syarikat berkaitan Kerajaan ataupun GLC di Balung, Tawau dalam meningkatkan populasi lembu daging melalui sistem fidlot dan dijangka akan meningkatkan populasi ternakan lembu pedaging daripada 50 000, yang ada sekarang pada tahun 2023 kepada 155 ribu ekor pada tahun 2030.

Peningkatan populasi ini dijangka akan meningkatkan SSR komoditi daging ruminan di Sabah, dari 5.2% kepada 25% menjelang 2023. Yang kedua, meningkatkan populasi ternakan ruminan dengan memfokuskan kepada Program Pembiak, Pembiakbakaan dan agihan ternakan. DVS Sabah telah membuat perolehan baka yang unggul mempergiatkan Program Artificial Insemination dan menyediakan Bull on Loan bagi pembiakan alami. Untuk tahun 2023, sebanyak 900 ekor lembu betina telah diimport, 50 ekor lembu berjantan diimport, 1240 ekor biri-biri dan kambing diimport, 40 ekor lembu sapi Brahman kacukan tempatan dan 40 ekor kambing Katjang tempatan telah diagihkan kepada 37 peserta yang terdiri daripada dua GLC dan 25... 35 penternak kecil seluruh Sabah. Program Pengagihan Ternakan ini, akan diteruskan pada tahun hadapan, iaitu 2024.

Yang ketiga, meningkatkan pengeluaran dan pengoptimumkan penggunaan bahan makanan ternakan. Seperti yang sedia maklum, makanan merupakan kos terbesar dalam aktiviti penternakan dan kenaikan harga makanan ternakan menjadi isu yang amat membimbangkan. Oleh yang demikian, DVS Sabah giat memberi latihan dalam pengurusan konservasi makanan, mencari sumber makanan yang baharu seperti Pakchong Napier, mempastikan pengeluaran ransum makanan yang berkualiti dan menggunakan sisa-sisa pertanian sebagai sumber makanan. Yang keempat, pembangunan Food at dave, Fodder Bank bukan Food Bank, Fodder Bank. DVS telah mengenal pasti kawasan pasti lima kawasan, Jabatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Fodder Bank, iaitu di Papar, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Semporna. Lokasi-lokasi ini dipilih sebagai Fodder Bank kerana kedudukan yang strategik, yang akan memudahkan para penternak di daerah masing-masing untuk mendapatkan bekalan rumput makanan kawasan di haiwan ternakan.

I Tuan Speaker, sebagai maklumat tambahan, Kerajaan juga membenarkan pengimportan daging ini sebagai apa ini, membekalkan keperluan makanan di Sabah tetapi dia bersyarat, iaitu dengan syarat tempat pengimportan itu atau negara yang tempat kita import itu bebas penyakit foot and mouth disease dan juga adalah halal. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan?

Tidak, rakam bolehkah?

Speaker

Elopura. Soalan tambahan. You mahu tanya ka? Bah.

Speaker

Elopura, Elopura, Elopura.

Ya, terima kasih, Tuan Speaker. Jadi apa yang saya nak tanya Menteri Tambunan ini, kita yang Sandakan sekarang ini sengsara. Di Sabah ini pun sama. Kita nak kisah apa yang sekarang kita mahu. Saya tidak mahu yang satu tahun ternakan pati, mahu satu tahun baja dan sebagainya. Kita sekarang tahu next month ialah Krismas, New Year akan datang. Chinese New Year bulan dua, raya bulan empat akan datang. Sekarang ayam, beras dan sebagainya semuanya naik harga. Apa tindakan sekarang Menteri Pertanian ini? Apa tindakan nak ambil hari ini? Kita mahu tahu. Rakyat Sandakan atau Sabah ini sengsara. Tidak dapat hidup lagi. Especially di Sandakan ini, apa tindakan Menteri? Terima kasih.

I

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ini di Sandakan kah?

Sabah lah. Di seluruh Sabah pun boleh.

At least, ayam bukan hanya Sandakan mahal saja kan. Seluruh Sabah pun mahal kan. Khinzir. Daging khinzir pun sama juga. Saya rasanya menteri pun mahu mesti mahu setiap tempat pigi. Baru tahu rasanya apa yang rakyat setiap tempat dia sama dia punya isu-isu.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Elopura. Kalau Yang Berhormat boleh bantu kementerian saya untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan, kementerian saya akan mengambil tindakan yang sesuai untuk memajukan kawasan yang yang dikenal pasti itu. Ya.

Apa tindakan yang sesuai? Sila sebutkan dari semua rakyat-rakyat disini dan SU sumber di sini. Silakan apa tindakan yang sesuai. Teruskan.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Apa, Apa?

Apa tindakan yang sesuai? Jangka yang jangka yang pendek ini. Apa yang langkah yang sesuai? Tadi Menteri yang sebut yang langkah-langkah yang sesuai, apa yang sesuai? Sampai hari ini kita tidak nampak apa-apa yang lengkapnya. Di Sandakan ni, itu beras tempatan tidak dapat. Tidak dapat, langsung tidak dapat.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Seperti yang saya katakan tadi, satu daripadanya tindakan yang kita akan ambil yang sedang kita ambil juga

I adalah untuk mengupgradekan kita punya irrigation, pengairan ya, satu. Kedua, untuk menambahkan kita punya jentera.

Speaker

Kasi dia habis jawab dulu, dia belum habis jawab you sudah mau jawab. You mau soal lagi.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ya. Ya sebab kita..kita tanya apa tindakan yang kita ambil? Right? Jadi ya, selain daripada itu, kita telah juga mengenal pasti supaya kawasan-kawasan yang terbiar itu, kita aktifkan kita bangunkan dan juga kita mewujudkan Lembaga Padi Sabah supaya ada satu jentera fokus untuk membantu mengambil tindakan seperti mana yang kita kehendaki. Faham?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker.

Speaker

Ya.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Saya... saya ingat apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Elopura.

Speaker

Tiada. Tiada. Yang Sri Tanjong duduk.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Pasal kenaikan barang, bukan pasal irrigation…

Speaker

Sri Tanjong duduk.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Apa kebaikan?

Speaker

Yang Berhormat Menteri, Elopura bertanya..

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Kenaikan barang.

I

Speaker

Apa tindakan sesuai Kementerian untuk memastikan kenaikan harga daging harga ayam di seluruh... di seluruh negeri ini dapat dikawal.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ok. Terima kasih. Saya ingat kenaikan barang apa. In fact, pertama sekali saya perlu bagi penjelasan bahawa isu kenaikan harga bukanlah tanggungjawab Kementerian saya. Itu di bawah Kementerian yang lain. Terima kasih.

Soalan tambahan Datuk Speaker kalau boleh. Soalan tambahan. Setelah mendengar, dengan izin Datuk Speaker. Setelah mendengar apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Rancangan. Sedap telinga mendengar. Bila agaknya Sabah ini dapat memperolehi bekalan beras yang mencukupi untuk dimakan oleh orang Sabah, bukan hanya bekalannya cukup, harganya berpatutan. Kerana kita sedar climate changes. Perubahan iklim dunia semakin ketara. Thailand banjir. Di merata tempat. Mereka tidak akan mengeksport. India. Bahan-bahan ini ke negara-negara luar. Diumum dengan izin, we don’t have enough. Rancangan dengan... Datuk Speaker, bahawa ini rancangan irrigation system. Kota Belud kita belanja 300, 100 juta. Masa saya menteri di Persekutuan. What happen to the money? What happen to the production capacity? Bila agaknya ni, saya nak tahu dari Dewan yang Mulia ni, Yang Berhormat bagi jaminan ataupun boleh, kalau tidak, tidak menjadi masalah. Cuma saya nak mendengar... apa jawapan Yang Berhormat seperti apa yang dibangkitkan Elopura tadi. Rakyat disini dahagakan negara kita berhadapan baru-baru ini dengan satu, beras tidak cukup. Keduanya harganya tidak berpatutan. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih soalan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Kenyalang. Ai Senallang. Pertama sekali isu, isu banjir memang di bawah Kementerian saya. Tetapi, isu banjir juga adalah tertakluk kepada apa ini, bencana.

Saya tidak soal pasal banjir. Saya tanya bila agaknya bekalan beras dijamin supaya Sabahan

I ini enough supply food security. I mean, let me explain, simplify that when a this thing dengan izin that we ample supply that district government can guaranty that they will be not dependent on importations of rices. Climate changes is already there. Real.

Speaker

Biar dia jawab dulu. Yang Berhormat Senallang, biar dia jawab dulu. Biar dia jawab dulu.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ok. Terima kasih. Mohon maaf saya punya telinga kurang... haa (bunyi ketawa) jadi, apa yang dicakap lain saya dengar. Isu bekalan beras. Sekarang beras yang kita keluarkan ini memang tidak mencukupi. Iaitu hanya 22, 23 peratus. Tetapi kita membenarkan pengimportan beras daripada beberapa apa ini negara. Termasuk Thailand, Vietnam dan India. Walau bagaimanapun, kita bekerjasama dengan BERNAS untuk mempastikan bekalan beras ini mencukupi. Di samping itu, kita juga mengambil tindakan aa yang perlu untuk mempastikan kita cukup makan. Iaitu untuk menanam padi lebih luas. Meningkatkan apa ini produktiviti daripada apa yang ada sekarang, masih rendah 3.4 peratus sehinggalah enam atau tujuh tan sehektar. Aa mengikut penilaian pusat, daripada Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan kalau kita boleh tingkatkan pengeluaran kita kepada tujuh... tujuh tan sehektar. Kita akan dapat mengeksport beras kita. Jadi kita sudah mencuba sebenarnya di beberapa tempat. Satu daripadanya di Apin-Apin Keningau. Kita mencubakan padi benih baru. Dan kita mencapai tujuh, tujuh tan per hektar. Jadi ini akan kita perluaskan. Kita sudah cuba di Kota Belud dan kita akan cuba di Kota Marudu. Dan kalau konsisten pengeluaran dan hasilnya kita akan buat ini di seluruh Sabah. Sebab itulah kita minta GLC-GLC ini, supaya set a site certain portion. Kalau saya tidak silap mungkin 5 ribu hektar, satu GLC. Kalau ada sepuluh GLC, set a site apa ini 5 ribu hektar kita ada 50 ribu hektar untuk kita bangunkan sebagai kawasan penanaman makanan. Tidak semestinya padi. Tetapi keutamaan kita adalah padi. Jadi, makanan adalah penting bagi kita. Tiada makan, bah matilah kita. Tapi selain daripada padi sawah, kita juga menanam padi, padi kawasan tanah kering, padi bukit. Padi bukit sebenarnya boleh menghasilkan ekonomi yang lebih baik untuk petani kita kerana demand ataupun harga padi bukit ini lebih lumayan. Jadi we have to look at the

I possibility of increasing, sebenarnya ada peningkatan apa ini pengeluaran padi bukit sekarang ini, secara pengeluaran mungkin…

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

… untuk ah eksport dan komersial sebab biasanya kita makan apa pun beras importkah, lokalkah apa tetapi untuk komersial untuk ekonomi kita, kita boleh tingkatkan pengeluaran pengeluasan tanaman padi bukit. Kita juga sedang mencuba menanam padi dalam air masin dan kita akan cuba ini di kawasan Pantai Timur, sebenarnya kita sudah mencubakan ini di Terusan Sapi dan ah memang dia berjaya dan ah kita akan teruskan penanaman ini di kawasan-kawasan air masin ah sekiranya ah konsisten dia punya result. Jadi saya ucapkan terima kasih atas soalan yang dinyatakan ya, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Bongawan, sekali lagi.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya Nombor 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Menaik Taraf Klinik Kesihatan Pekan BongawanQuestions

*3.

YB. Dr.

Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Klinik Kesihatan Pekan Bongawan.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat, ADUN Bongawan, Klinik Kesihatan Bongawan mula beroperasi sejak tahun 1963 di Pekan Bongawan. Pada asalnya bangunan klinik ini adalah binaan kayu dan dinaik taraf pada tahun 2003 ke bangunan konkrit. Pada masa ini, Klinik Kesihatan

I Bongawan menerima jumlah pesakit seramai 160 orang pesakit sehari. Klinik Kesihatan Bongawan sememangnya memerlukan naik taraf bangunan klinik tetapi ruang tapak sedia ada sangat terhad. Klinik Kesihatan Bongawan yang sedia ada telah disenaraikan dalam projek pembaikan klinik daif untuk tahun 2024 dengan anggaran kos sebanyak RM155,000. Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sememangnya telah mempunyai perancangan untuk mewujudkan Klinik Kesihatan Jenis 4 Bongawan yang baharu. Namun, tapak baharu yang sesuai masih sedang dikenal pasti memandangkan tapak tanah yang dicadangkan sebelum ini tidak sesuai kerana berpaya dan berisiko banjir. Cadangan keluasan tapak yang diperlukan adalah seluas 10 ekar bagi pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 4, kuarters dan kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan dan pesakit. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan?

Datuk Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Bongawan dulu. Soalan Tambahan

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Ah, oleh kerana daerah Membakut ini sudah kita wujudkan, jadi apa ini adakah ah apa ini Kerajaan bercadang juga untuk erm membina hospital baharu di kawasan ini? Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Ya, Kerajaan telah pun bercadang untuk membina sebuah hospital di Membakut, di Membakut. Sebenarnya di hospital ataupun Klinik Kesihatan ini telah pun diluluskan pada tahun 2016, tahun 2016 dengan harga kos ketika itu lebih kurang RM35 juta. Tetapi memandangkan kawasan tersebut, tanahnya terhad maka tidak boleh dibina dengan standard KKM. Maka Klinik Kesihatan ini, harus dibuat melalui design in bear dan sekarang ini kita sedang menunggu kelulusan daripada JKR, iaitu dengan syarat design in bear. Terima kasih.

Speaker

Liawan, soalan tambahan? Liawan, Liawan, Liawan. Off mic.

I

Menteri, apakah status Klinik-klinik Kesihatan Tulid, Sook dan juga Merapoh? Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Untuk Klinik Tulid dan Sook ini sebenarnya kita sedang dalam proses JKR dan pengambilan tanah. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, soalan saya Nombor 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Masalah Kerosakan Jalan RayaQuestions

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

*4.

YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA:-a) adakah masalah kerosakan jalan raya dipantau oleh pihak JKR dari semasa ke semasa sebelum kerosakan tersebut menjadi isu aduan daripada penduduk-penduduk setempat; dan b) jika ada, apakah jadual pemantauan tersebut.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Papat dan Dewan yang mulia ini, pemantauan jalan raya ada dilakukan oleh pihak JKR dan syarikat konsesi atau kontraktor penyelenggaraan secara berkala di bawah skop penyelenggaraan rutin bagi memastikan keadaan jalan selamat dilalui dan mengemukakan laporan segera sekiranya terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan. Jabatan Kerja Raya melakukan pemantauan jalan raya dari masa ke semasa dan melakukan penyelenggaraan melalui tiga kategori nilai kerja, iaitu routine maintenance, periodic maintenance dan emergency maintenance.

Pemantauan yang dilakukan termasuklah melakukan rondaan berkala dan pemeriksaan rutin oleh syarikat konsesi serta melalui aduan orang awam. Bagi prosedur routine maintenance yang dibuat oleh syarikat konsesi, jalan raya yang didapati rosak seperti adanya crack ataupun pothole perlu diselenggara secepat mungkin. 24 jam tempoh untuk jalan protokol dan tiga hari untuk jalan bukan

I protokol. Jalan protokol adalah merujuk kepada jalan-jalan utama di kawasan bandar dan jarak terkumpul berjumlah 80 kilometer. Sementara itu, jalan bukan protokol adalah berjumlah 4731 kilometer di sekitar kawasan bandar dan 560 kilometer jalan berturap di kawasan luar bandar. Manakala penyelenggaraan secara periodic maintenance dilaksanakan mengikut keperluan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar berpunca dari tindakan lalu lintas dan cuaca seperti resurfacing - mengecat garis jalan, menggred dan menabur semula batu bahu jalan. Emergency maintenance pula diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang menimpa jalan yang terjadi di luar bidang rancangan ataupun luar jangka penyelenggaraan seperti tebing tanah runtuh, pokok tumbang, kerosakan jalan atau jambatan disebabkan oleh banjir dan sebagainya. Namun demikian, Kementerian menyedari bahawa walaupun pemantauan dilakukan, isu kerosakan jalan yang tidak diselenggara dengan teratur masih berlaku dan Kementerian ini dari masa ke semasa sentiasa berusaha mendapatkan dana agar kerja pembaikan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual. Dari segi pemantauan, syarikat-syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan di bawah seliaan JKR Sabah, melaksanakan pemeriksaan rutin setiap minggu bagi setiap jalan di bawah selenggaraan syarikat masing-masing. Bagi jalan-jalan dikategorikan sebagai jalan protokol, pemeriksaan rutin adalah sebanyak dua kali seminggu. Selain itu, pejabat-pejabat JKR bahagian dan daerah juga akan melakukan pemantauan setiap bulan untuk memastikan pelaksanaan kerja penyelenggaraan mematuhi jadual, standard dan spesifikasi penyelenggaraan.

Laporan ketidakpatuhan ataupun Non Conformance Report (NCR) akan diberikan kepada syarikat konsesi atau kontraktor penyelenggaraan sekiranya kerja penyelenggaraan didapati tidak mematuhi jadual, standard dan spesifikasi penyelenggaraan yang sepatutnya. Untuk makluman sehingga 30 Oktober 2023, sebanyak 2230 NCR telah diberikan kepada syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan untuk tindakan pembetulan atau penyelenggaraan semula. Ibu Pejabat JKR Sabah juga turut melakukan lawatan pemantauan ke daerah-daerah pada setiap tahun bagi memastikan kerja penyelenggaraan oleh syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan dan pemantauan kerja pejabat-pejabat JKR bahagian dan daerah dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi jadual, standard dan spesifikasi penyelenggaraan yang ditetapkan.

I

Speaker

Soalan tambahan, Tanjong Papat?

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih, Menteri. Terima kasih kepada Speaker. Kebelakangan akan berlaku jugalah, kalau kita tidak baik pulih dengan kemudahan di jalan raya termasuk lampulah. Mungkin nyawa akan hilang jugalah. Jadi, cadangan saya adakah…

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

…Menteri atau Kementerian ada melancarkan satu appslah untuk menolong Kementerian supaya rakyat atau membantu dari luar daerah atau di mana-mana yang melalui tempat itu. Khasnya, especially roundabout dan kadang kala lampu tidak dihidupkan? Itu apa? Itu the pending of the black and white pun tidak terang especially rainy time, lights are not on itu mungkinlah menyebabkan kemalangan. Saya selalu ada memandu di sana, saya pun tidak nampaklah. Kalau saya reverse, saya tidak nampak, kalau saya tidak aware dan saya nampak mungkin saya langgar itu roundabout juga sebab itu roundabout di Sandakan yang paling besar, from my age, up to my sixteen. Thank you.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Papat atas pertanyaan yang telah diutarakan. Kementerian mengambil maklum berkenaan dengan komen yang telah diutarakan dan untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya Malaysia baru-baru ini pada bulan Oktober tidak silap saya ada melancarkan satu apps yang dipanggil MyJalan ya.

Daripada apps tersebut, laporan boleh dikemukakan ataupun aduan boleh dikemukakan kepada ke apps tersebut dan dari situ maklumat itu akan disalurkan.

Cuma saya sendiri belum memasuki MyJalan apps tersebut untuk melihat sama ada ianya hanya tertumpu kepada jalan persekutuan sahaja atau meliputi semua jenis jalan. Jalan persekutuan, jalan negeri, jalan majlis daerah, pejabat daerah dan juga jalan luar bandar. Selain daripada MyJalan apps tersebut, saya juga mengalu-alukan

I orang awam untuk terus membuat aduan ke pejabat-pejabat JKR di daerah-daerah dan juga ibu pejabat untuk makluman dan tindakan yang sewajarnya.

Speaker

Sri Tanjong, soalan tambahan? Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin bertanya Menteri, sampai bilakah lampu jalan di Jalan Apas yang dari lapangan terbang hingga bandar dapat diperbaiki?

Sebab berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB Menteri tadi, maintainance ada tiga jenis. Rutin, emergency dan periodic. Jadi masalah ini telah pun berlaku lama dan banyak kali pun saya ada bentang isu ini di dalam Dewan. Saya ingat DE yang lama dan sekarang ini pun tahu. Saya ingat, YB Menteri pun tahu. YB Menteri baru melawat Tawau. Jadi saya di sini saya ingin bertanya, kenapa masalah lampu jalan ini tidak dapat diatasi dan sama ada masalah ini boleh dianggap sebagai emergency? Sedangkan jalan ini dilalui oleh banyak kereta dan juga ada tourist yang datang dari Semporna ataupun lapangan terbang ke Tawau, dan ini tidak akan memberikan satu imej yang bagus kepada visitor atau pun tourist kita yang dari luar negara. Jadi saya ingin bertanya, apa sebenarnya masalahnya dan bilakah masalah ini dapat diatasi? Terima kasih.

Tolong jawab Sandakan jugalah. Sama juga sama.

Speaker

Baik. Tunggu saya bagi peluang baru you cakap.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Sri Tanjong kerana bertanyakan soalan tentang lampu jalan. Sebenarnya memang ada soalan spesifik berkenaan dengan lampu jalan yang akan dijawab pada sama ada esok atau lusa dengan soalan lisan. Tapi secara ringkas ingin saya katakan atau nyatakan bahawa cabaran yang dihadapi dalam senario lampu jalan yang tidak menyalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan dana untuk melaksanakannya. Selain daripada itu, juga terdapat unsur-unsur vandalisme terhadap lampu jalan yang ada di negeri kita ini. Terima kasih.

I

Speaker, Merotai?

Speaker

Okey, saya bagi…

Merotai, Merotai tadi awal lagi.

Speaker

…Tungku.

Lepas ini kau, bos. Terima kasih, Datuk Speaker. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada bagitahu (beritahu) bahawa JKR mempunyai ataupun membuat inisiatif lawatan berkala. Soal kerosakan jalan apa semua. Masalah dia yang saya ada nampak selama ini apabila saya melalui jalan, saya tidak pernah nampak kakitangan JKR buat kerja tersebut, pertama.

Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya mencadangkanlah kan, tolong empower balik JKR supaya mereka mempunyai dan menjalankan peranan seperti yang sepatutnya. Tubuhkan unit khas dalam JKR itu untuk memantau bagaimana syarikat-syarikat konsesi melakukan kerja mereka, bagaimana kualiti kerja mereka lakukan dan apa jua yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut. Cadangan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih, ADUN Tungku di atas cadangan yang diberikan. Komen mungkin sewaktu Yang Berhormat Tungku berada di jalan raya tidak terjumpa team JKR, mungkin masa tidak bertembung. Tetapi apapun saya mengambil maklum terhadap saranan tersebut. Berkenaan dengan kualiti kerja tadi, jawapan lisan saya kepada Tanjong Papat, saya ada menyatakan bahawa pada tahun ini saja, setakat 30 Oktober, ada 2230 NCR (Non Conformance Report) telah dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai kita di JKR menjalankan kerja mereka untuk membuat semakan terhadap kualiti kerja yang dilakukan oleh konsesi atau kontraktor penyelenggara. Isu audit jalan raya ini telah kita mulakan pada tahun 2022. Pada tahun lepas sebanyak 1800 NCR telah dikemukakan dan telahpun ditutup. Jadi pada tahun ini ada sedikit peningkatan dan saya harap ianya dapat

I ditutup dan seterusnya menjadikan kualiti kerja yang dihasilkan dapat dikawal mengikut spesifikasi dan standard yang termaktub di dalam kontrak.

Speaker

Okey, terima kasih. Seterusnya, dijemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam.

Datuk Speaker, satu soalan please? Tuan

Speaker

Saya sudah panggil ADUN Dilantik.

Masukkan saja dalam perbahasan nanti ya.

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya No. 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Kerajaan Memperkasa Subjek Sains, Teknologi Dan Inovasi Terhadap Pelajar Luar BandarQuestions

*5.

YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah usaha kerajaan dalam kempen memperkasa subjek sains, teknologi dan inovasi khasnya terhadap pelajar luar bandar.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik, sebenarnya Tuan Speaker, soalan ADUN Dilantik ini sama juga dengan soalan lebih kurang dengan soalan No. 11. Pada besok hari, 28 hari bulan sebelas daripada YB Sebatik. Jadi, saya mohon menjawabnya serentak.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2022, kadar penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih jauh daripada sasaran 60/40, iaitu Sains dan Sastera. Negeri Sabah hanya merekodkan 28 peratus pelajar-pelajar dalam aliran STEM. Prihatin dengan isu ini, kementerian saya dengan kerjasama juga MOSTI, komited melaksanakan pelbagai inisiatif dan program Kementerian Sains, Teknologi dan

I Inovasi, KSTI, bagi menggalakkan pelajar-pelajar termasuk pelajar luar bandar menceburi bidang STEM. Kementerian memperkasakan peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) bagi menarik minat pelajar-pelajar terhadap STI dengan pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (Pusat STI) misalnya di Perpustakaan Keningau dengan kos RM3 juta. Pusat ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas sains, iaitu matematik, fizik, biologi dan kimia dengan suasana persekitaran yang menyeronokkan dan interaktif. Pembinaan Pusat STI ini akan memanfaatkan pelajar-pelajar dari pedalaman atas, iaitu Keningau, Tenom dan Tambunan. Diharap pusat seumpama ini akan dapat kita bangun di zon pantai timur, insya-Allah. Tuan Speaker, kementerian saya juga telah menganjurkan program Outreach STEM pada tahun ini khas untuk pelajar-pelajar luar bandar. Antara program yang dilaksanakan….

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Pertama, Program Kembara Sains Borneo Siri 1 di Kota Marudu, di Pitas dan di Kudat. Dua, Kembara Sains Borneo Siri 2 di Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan. Tiga, STEM Fiesta di semua daerah. Kementerian kita memberikan peruntukan semua PPD untuk menganjurkan Program STEM Fiesta ini. Keempat, Program Outreach STEM luar bandar dan, kelima, Mini Theater STEM misalnya, kita buat di Beaufort.

Selain itu, kementerian juga berkolaborasi bersama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui Programme National Science Challenge yang telah diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2023. Program ini bertujuan untuk memupuk minat dikalangan pelajar sekolah mendalami bidang STI seterusnya menyemai kecenderungan mereka untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang tersebut.

Negeri Sabah mendapat pengiktirafan penyertaan terbanyak pelajar luar bandar iaitu seramai 2,454 orang sepanjang program ini dilaksanakan. Karnival Sains Sabah

I (KSS) iaitu program Flagship KSTI telah dianjurkan sejak tahun 2021 Tuan Speaker, dan merekodkan seramai 1.8 juta penyertaan bagi tempoh 2021-2022. Pada tahun ini Program Karnival Sains Sabah yang telah diadakan pada tahun 2023 adalah Karnival STEM, STEM For You Science and Art Edu Camp dan 3S STEM Speaker Series.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selaras dengan memorandum perjanjian yang telah ditandatangani pada 11 Julai 2023 di antara kementerian saya, KSTI bersama China Science Technology Museum, dan Guangxi Science Technology Museum. Sebanyak 60 buah bahan pameran sains bernilai tiga juta ringgit telah di tempatkan di Sabah bagi tempoh tiga tahun. Tiga juta ringgit ini adalah biaya dana secara percuma yang telah ditanggung oleh kerajaan Negeri China. Pameran bergerak bertemakan Experiencing Science Enlightening Innovation ini menjelajah termasuk ketiga belas lokasi luar bandar di seluruh negeri.

Berdasarkan perancangan jelajah di luar bandar ini melibatkan daerah Kudat, Tambunan, Ranau, Beaufort, Tenom, Sipitang, Kota Belud dan lain-lain. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat ADUN Dilantik.

Difahamkan ah. Dari jawapan YB Datuk Menteri tadi, bahawa salah satu langkah kerajaan untuk memperkasa minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi, adakah pusat ah. daerah seperti pusat STI di Keningau? Adakah pusat atau galeri yang sama akan diwujudkan di Sandakan? Kami rakyat Sandakan mengalu-alukan Datuk Menteri, terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Datuk Speaker, terima kasih atas soalan tambahan berkenaan. Ah, seperti mana di Keningau, kita menyediakan Pusat Sains Keningau di Perpustakaan Negeri Sabah di Keningau dan insya-Allah seperti mana yang kita sebut di Zon Pantai Timur, kita akan juga mewujudkan ah. Pusat Sains di Perpustakaan Negeri Sabah Sandakan. Untuk makluman Yang Berhormat Sebatik juga kita akan wujudkan di Perpustakaan Negeri Sabah Tawau. Sekarang di Sandakan diperingkat kita pembaikan ah. Perpustakaan berkenaan, selepas itu akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan. Kedua-dua pusat sains ini adalah kolaborasi atau sumbangan daripada Petronas. Terima kasih.

I

Speaker

Okey, Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Menteri, adakah kementerian beliau bersedia untuk memberikan syllabus quantum computing kepada STEM ini iaitu kita bukan lagi menggunakan binary type of teaching ataupun the all way of computing. We are now moving towards qubits. Di mana hal-hal berkaitan dengan problem solving boleh diselesaikan dengan cepat. Problem berkaitan dengan climate change dan trajectory yang patut kita buat dalam AI dan sekiannya.

So, quantum computing adalah suatu skill yang baru dan patut di apa ini diperkasakan dalam STEM syllabus program yang kementerian sedang buat. So, the all computing ataupun the all learning of computing adalah always. We have to move to the new ways sebab we’re already behind, I believe Sarawak menggunakan Curtin University, adanya syllabus. (sebutan tidak jelas) (suara bertindih).

Speaker

Soalannya, soalan-soalan. Soalan ja terus.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Soalannya, adakah kita bersedia untuk memperkenalkan syllabus quantum computing yang menggunakan qubits instead of the all binary system. Di mana Curtin University sedang melaksanakan di Sarawak. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Ini juga kita bincangkan dalam jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Majlis Sains Negeri Sabah dan beberapa perkara kita ambil perhatian dan mudah-mudahan kita boleh menuju ke arah itu secara berperingkat-peringkat. Tetapi yang penting asasnya, asasnya kita memerlukan kesedaran atau kempen untuk memastikan anak-anak kita minat dengan bidang sains ini. Kalau kita bandingkan 28%

I berbanding dengan sasaran kita 60-40 masih terlalu jauh dan kita perlu menggerakkan perkara ini berdasarkan program-program yang telah kita sediakan juga bersama dengan bantuan MOSTI ke arah memperkasa sains itu, termasuklah nanti insya-Allah, apabila perkara ini dapat kita perkasa, kesedaran ini meningkat tinggi dan anak-anak kita minat dengan sains. kita akan mampu untuk sampai ke tahap yang saudara Yang Berhormat nyatakan itu. Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker, soalan saya nombor 6.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Anggaran Kehadiran Pelancong Ke Sabah Pada Tahun Ini Dan Tahun HadapanQuestions

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

*6.

YB. Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, berapakah anggaran kehadiran pelancong ke Sabah pada tahun ini dan tahun hadapan.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Sindumin matikan mic. Jawapan

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.35 Sindumin serta Dewan yang mulia ini, anggaran kehadiran pelancong yang disasarkan pada tahun ini adalah sebanyak 2.2 juta orang dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM4.5 bilion. Anggaran tahun ini hampir dicapai kerana berdasarkan statistik terkini ketibaan pelawat setakat bulan September, kita masih ada dua, tiga bulan punya figure belum masuk.

Kita telah merekodkan seramai 1 883 794 orang-orang pelawat dengan peningkatan positif sebanyak 58.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 iaitu 1 190 513 orang pelawat dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM3.9 bilion. Daripada-daripada jumlah tersebut, pelawat domestik merekodkan seramai 1 287 279 orang. Manakala, pelawat antarabangsa pula adalah seramai 596 515 orang pelawat.

I Datuk Speaker, bagi tahun 2024 jumlah ketibaan pelancongan yang dianggarkan adalah dengan kenaikan 15 sehingga 25 peratus daripada jumlah anggaran ketibaan pelancong pada tahun 2023. Namun begitu, jumlah ini tertakluk kepada semakan berdasarkan situasi semasa ekonomi global, jumlah penerbangan yang masuk ke Sabah dan juga.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

… trend pelancongan. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan. Sindumin. Sindumin. Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YusofWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Soalan tambahan, Datuk Speaker.

Tahniah jawapan Yang Berhormat Menteri. Pelancong China datang ke Sabah dianggarkan makin meningkat kepada lebih daripada dua juta. Tetapi pengalaman kita yang lalu, bahawa pakej pelancongan ini ataupun operator dia bawa pelancong ini ke tempat tertentu sahaja seperti Kudat, Semporna, Sandakan, Sepilok ataupun Gunung Kinabalu.

Tapi Sabah ini setiap daerah ada keunikan.

Bolehkah Kementerian mengatur pakej-pakej ini kita agih-agihkan pelancong ini ke daerah-daerah mengikut kesukaan mereka? Saya minta Sipitang. Kita ada durian Sipitang yang sedap, sate Sipitang. Saya minta tidak banyak Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya minta satu hujung minggu lima bas sahaja pelancong akan ke Sipitang. Hari Jumaat lima bas, hari Sabtu lima bas, hari Ahad lima bas untuk mereka makan durian dan juga makan sate di Sipitang. Jadi yang lain-lain pun Keningau perlu ada, Kuala Penyu perlu ada, Tenom dan juga kawasan-kawasan lain. Bolehkah Yang Berhormat mengatur yang ini? Terima kasih.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih. Suggestion atau cadangan ini dari, daripada YB, Yang Berhormat daripada Sindumin. Ini satu cadangan yang baik. Saya akan meminta Kementerian saya bersama STB (Sabah Tourism Board) untuk meneliti

I cadangan ini dan mengadakan perbincangan dengan Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Sipitang serta pengusaha pelancongan.

Sebelum kita promote an area atau kawasan baru, or promote a new product, we need to make sure enough facilities together for the tourist. Itu yang satu, yang cadangan untuk arrange mengaturkan buses dari company tour and travel group companies ini ialah, this is a commercial transaction already. Kita akan berbincang sama mereka. We call meeting with the association of this tourist players and see whether these can be promoted by way of arranging their promoting by way of arranging dia punya apa pelancong bukan dari negeri China sahaja bah, dari mana-mana sebab memang betul itu produk satay sama durian, to be honest with you saya sendiri pun paling suka pergi ke Sindumin because of this appetizer I don’t know why we cannot promote it internationally. Especially tourist from China paling suka itu durian dari kita punya tempat. Okey, I will bring this up. Untuk Kementerian, STB saya untuk mengambil tindakan seterusnya. Terima kasih.

Speaker

Okey, Lamag.

Terima kasih, Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri kita maklum bahawa di Sabah ini kita dianugerahkan Tuhan dengan semua keindahan, keunikan. Tetapi, saya bukanlah seperti Sipitang nak promote satay ataupun durian sebab benda ini berada di mana-mana. Tetapi saya maksudkan, kita buat promosi keunikan yang ada di seluruh negeri Sabah ini. Kenapa kita tidak manfaatkan?

Soalan saya nombor dua, apakah Yang Berhormat Menteri mempunyai grand planning, jangka panjang, jangka pendek untuk memastikan bahawa sasaran kita pelancong daripada luar negara datang ke Sabah berlimpah-limpah sebab kita mempunyai keindahan. Apa perancangan Kementerian untuk jangka panjang? Terima kasih.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih, Yang Berhormat. Ini adalah satu cadangan, saya sangat setuju dan daripada setiap kawasan kita adalah Majlis Tindakan Pelancongan Daerah dari setiap kawasan. Jadi program-program atau aktiviti-aktiviti

I atau cadangan-cadangan untuk promosi tourism, tourism sector, we must get the cooperation dengan daerah-daerah and they must tell us what they want, what they plan in their daerah and submit to my ministry so that we can go. Sebelum ini, even for next year, 2024 we are already have plans to promote for instance, lower Kinabatangan yang mana kita akan, menternak, we are going to plant elephant food, Supaya the elephants in all the area in the forest can be remove to the area, we called this elephant corridor. That will be a new project, a new project in Kinabatangan River yang mana is a kawasan very famous for wildlife and also animals.

So this is one, rancangan that gonna cost us millions of dollars. But dapatlah some sponsorship and donation from private sector and top up dengan kita punya apa itu, STB. Seperti di Lahad Datu, Kunak we also plan to go and develop dia punya new cadangan baru untuk em, diving sport step. So this is 2024. Kita juga plan to um, that’s in Lahad Datu sudah, ini Kinabatangan kita buat and then we plan to develop Tawau Hills Park juga. So dari, dari Tawau, we go to Kunak, we go to Kinabatangan..

Tuan Speaker, saya Lamag ah, bukan Kinabatangan.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Okey, anyway…

Speaker

DAP bah tu dia bilang, tapi Kinabatangan.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Kita akan pergi Kinabatangan. Tidak apa. Seperti Yang Berhormat tadi kata, everywhere in Sabah we will do. So everywhere we try to go not only focusing to one daerah sahaja tetapi yang mana sesuai yang kita sudah terima promosi, kertas promosi with cadangan we will come…we will take action on this one. Sekian, thank you.

Speaker

Selesailah sudah ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab kita untuk hari ini.

I

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, satu lagi soalan. Satu lagi soalan tambahan Datuk Speaker.

Speaker

Selesai sudah. Setiausaha teruskan.

Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan (2024), bacaan kali yang kedua)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan (2024), bacaan kali yang kedua)

Speaker

Ahli-ahli yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan (2024), bacaan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Senallang untuk berucap dahulu. 25 minit ya.

Terima kasih, Datuk Speaker, ruang yang diberikan untuk saya menyertai perbahasan Belanjawan 2023.

Saya sedar dan tahu bahawa setelah mendengar pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, belanja lima bilion lebih dan satu jumlah yang besar dan saya melihat dari segi kerangka rancangan tidak selari dengan apa yang dirasa oleh umat di peringkat akar umbi. Rakyat Sabah hari ini bergelombang dengan berbagai masalah.

Bukan setakat rasanya makanannya tidak mencukupi, keupayaan, kemampuan mereka begitu terbatas. Tapi sebelum saya menyentuh saya juga ingin menyebut sedikit sebanyak masalah rakyat termasuk di Gaza, termasuk di Ukraine.

Kita sedar dan tahu bahawa perkara ini juga bukan hanya berhubung kait dengan kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan di Ukraine.

Kebimbangan kita ini menampakkan kepada kita bahawa superpower dengan izin yang ada ingin menakluki kuasa-kuasa yang kuat dizalimi untuk memastikan bahawa ini taklukan mereka. Saya bimbang Kerajaan dan saya berbahas di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri saya berharap tak disentuh pun langsung tentang perkara ini kerana kita menyentuh tentang bukan hanya apa yang berlaku di Gaza, apa yang berlaku di Ukraine kita juga berhadapan dengan rantau Asia.

Tuntutan sempadannya, tadi soalan nombor satu tentang Sulawesi sebegitu juga tentang

I kepulauan yang ada dituntut oleh negara-negara seperti China. Apakah rancangan pihak Kerajaan?

There must be a proper template. Persediaan dia supaya tuntutan terhadap ini tidak akan berulang, berlaku. Hari ini kita diheret ke peringkat antarabangsa, Mahkamah tentang tuntutan Sabah oleh Kesultanan Philippine dan kita perlu ada template yang komprehensif untuk membolehkan kita tinggalkan kepada zuriat anak-anak Sabah bila mana berhubung kait dengan complete of territory yang ada perlu mempunyai guidance dari segi bukan hanya perundangannya bahkan juga dari segi keadaan kemanusiaan yang ada. Perlu kita lihat dan saya melihat bahawa perkara ini penting bukan hanya seperti yang saya sebutkan tentang Sulawesi, tentang tuntutan Sulu apa yang berlaku di peringkat dunia dan saya nyatakan kepada Ambassador Europian, Europian Ambassador datang ke Sabah waktu itu ke rumah saya termasuk Timbalan Duta Amerika Syarikat dan saya nyatakan bahawa there must be peace. There will be a lot of masalah yang akan dihadapi oleh masyarakat. Contohnya, duit, bekalan tidak mencukupi, padi, keadaan cuaca yang tidak terbatas. Maka ini juga satu perkara yang harus diambil perhatian oleh pihak pemerintah bukan hanya di peringkat Sabah bahkan juga di peringkat pusat. Setelah mendengar pembentangan Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini kita juga telah meluluskan di peringkat jawatankuasa, di peringkat pusat. Sejumlah kewangan yang begitu besar tapi sebelum itu dinyatakan bahawa hutang negara kita ialah 1.5 trilion. The biggest dalam sejarah kita. Tapi dalam pada itu kita juga berbelanja sejumlah 393 bilion. Bajet yang begitu besar dalam negara kita dan ada rancangan-rancangan saya bersetuju, kita bersuara. Saya dengan rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk Kinabatangan dengan lantang bersuara meminta dan meluluskan supaya tambah peruntukan ke peringkat negeri Sabah. Langsung tidak terlintas niat bahawa kita yang mengurus ini, Yang Berhormat Ketua Menteri dari Sulaman yang mengurus kewangan ini Yang Berhormat daripada Keranaan, kewangan dia, yang penting kepada kita, jiwa kita, pemikiran kita, rakyat Sabah, hak Sabah perlu ditunaikan kerana kita sedar dan tahu kita daif bukan hanya dari segi airnya,

I elektriknya. Saya akan ulas secara terperinci. Bekalan makanan, hospitalnya, pendidikannya dan saya setuju pendidikan buat pertama kali dalam sejarah negara ini peruntukannya yang begitu besar 58.7 bilion. Begitu juga kesihatan 41.3 bilion. Dua kementerian yang penting kita sedar dan tahu maka dengan itu masa kita jadi Kerajaan, Kementerian ini kita wujudkan. Kerana kita sedar bahawa tidak ada ertinya manusia yang mempunyai ilmu kalau tidak sihat badan dia. Tidak ada ertinya kalau mereka sihat tapi tidak ada ilmunya. Tidak akan dapat manfaatkan, monetized the wealth dengan izin.

Resources yang ada di peringkat negara kita untuk kepentingan rakyat yang ada. Tapi bila saya melihat jumlah yang begitu besar di peringkat persekutuan, hanya 7.7% sahaja daripada 393 bilion. Sabah 6.6 bilion. Kalau kita kira dari segi keadaannya saya sedar dan tahu ada Kementerian Pertahanan, Kementerian Keselamatan, Kesihatan bagi peruntukan 6.6 billion sahaja ke peringkat negeri Sabah. It’s only about 7.7% kalau kita lihat dari segi bajetnnya. Saya bimbang sangat keadaan ini Kerajaan Negeri kalau kita lihat slogannya bukan main sedap “Sabah Maju Jaya”. Teguh untuk bela rakyat. Sabah teguh bela rakyat but what have we done? Belanjawan setiap tahun dirancang oleh Kerajaan Persekutuan? Apakah suara kita? Apakah rancangan kita seperti yang berlaku disuarakan oleh Kerajan Sarawak? Begitu lantang mereka, begitu tersusun mereka untuk merancang keperluan rakyat, umat di Sarawak pembangunan hak mereka. Tapi kita malangnya kita melihat peruntukannya tidak begitu besar. Kalau saya melihat dari segi peruntukan.

Contohnya dari segi belanjawan sahaja. Belanjawan untuk pendidikan, untuk kesihatan contohnya, tahun hadapan beberapa projek pembangunan baharu akan dimulakan antaranya Kompleks Hospital, Pengajian Universiti Islam, USM di Kota Tinggi Johor. Kerja awal bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah Dua Johor, Blok Fetologi tambahan Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan.

Bangunan tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Abdul Aziz Putera Malaysia Selangor. Lima buah klinik kesihatan yang ada di Kota Belud, di Mantanani. Bayangkan hospital besar ada, di Sabah, klinik, Datuk Speaker.

I Kenapa kita tidak punya rancangan di peringkat lebih awal, di peringkat negeri untuk menuntut bahawa keadaan kesihatan di peringkat negeri Sabah cuma ada satu pakar jantung sahaja di Sabah ini. I don’t question about private sectors, about public services. Itu pun elektrik tidak ada kadang-kadang. Dapur Hospital Queen Elizabeth, Hospital KK pun tidak ada. Dia bergantung dengan bekalan makanan dari luar. Takkan Kerajaan Negeri tidak sedar ini keutamaan. Tidak ada pakar jantung di Sandakan. Tidak ada pakar jantung di Keningau. Tidak ada pakar jantung di Ranau. Kalau ada masalah jantung, mereka terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu.

Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senallang, apakah berhormat mungkin akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri pada masa akan datang untuk kepentingan rakyat negeri Sabah bahawa perlu ada penyelarasan antara pentadbir dan juga Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Parlimen supaya kita boleh selaraskan apa juga hala tuju yang kita inginkan dan kita dalam satu nada satu suara. Tidak guna kita berbalah. Kalau rakyat kita, negeri kita, mundur dan terus mundur, Sabah terus dikenal sebagai negeri termiskin. Minta penjelasan.

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya kita boleh runding dengan baik. Saya ingat sudah sampai ketikanya kita ubah Kerajaan Negeri ini. Ini jauh lebih saya lihat kalau dari segi rancangan, sudah tiga tahun. Sudah tiga tahun yang ada. Rancangan demi rancangan, belanjawan di peringkat pusat. Saya tidak dengar keadaan dia itu seperti yang saya sebutkan kepada Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Tidak pernah terlintas saya bersuara lantang minta duit, bagi dengan Sabah. Yang mengurus Yang Berhormat Menteri Kewangan, Keranaan. Bukan ada rasanya kita tidak mahu bantu, kita bantu walaupun mungkin peruntukan tidak diurus. Kita selaku Ahli Dewan Undangan ini pun tidak bagi peruntukan. Saya tidak persoalkan demi kepentingan rakyat yang penting rakyat di Semporna, rakyat di Kinabatangan, bantu mereka. Kadang-kadang itu tidak bantu, ada yang melompat demi kepentingan rakyat. Tidak. Seharusnya kita bantu rakyat. Perlu ada keseimbangan pembangunan. Kalau tidak, apa yang berlaku di peringkat pusat, tidak seimbang. Di Kelantan, daif airnya macam apa nama? Coklat. Begitu juga Terengganu. Pasal mereka jadi pembangkang, mereka tidak selari. Tapi sedarkah kita ini rakyat Malaysia?

I Saya masih ingat masa saya Menteri Luar Bandar. Ahli PAS minta di Baling buat jalan lima juta. Saya tidak fikir itu Ahli PAS. Ustaz Nazimuddin, Pegawai Agama di Sabah. Lima juta tidak lintas dalam pemikiran saya ini pembangkang. Yang jalan di jalan raya itu umat rakyat Malaysia. Yang Berhormat Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR dulu, minta Biasiswa MARA saya bagi supaya bantu mereka. Ini rakyat. Jangan kira. Jadi saya ingat Yang Berhormat Datuk Kinabatangan, yang penting (suara bertindih).

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan. Minta laluan. Terima kasih.

Sebenarnya itulah harapan kita supaya pemimpin Sabah bersatu untuk menuntut hak kita. Tapi Yang Berhormat Senallang pun pasti faham. Beliau dulu Menteri Pembangunan Luar Bandar, masa Menteri Pembangunan Luar Bandarlah sepatutnya masukkan, menyelesaikan masalah air, masalah jalan, masalah-masalah rakyat kemiskinan. Tetapi peluang sudah dibagi dan tidak digunakan dan sekarang baru kita mula bising, tapi tidak apa kita terus bising, okey.

Yang Berhormat Sindumin, masa kan tidak sedar. Masa saya Menteri Luar Bandar, saya ingat senangkah masuk ke Sabah ini? Orang Sabah. Yang Berhormat Sindumin pun dibuang daripada calon. Yang bantu Warisan jadi calon. Dah bagi calon, lupa kepentingan rakyat. Datuk Speaker, saya tidak mahu buang masa sebenarnya banyak perkara yang…

…saya hendak bangkitkan tentang perkara ini. Saya di Sarawak dulu tidur di rumah panjang pun bantu Sarawak. Tun Taib galakan saya datang ke rumah dia bincang macam mana bantu di sini. Saya bantu, bukan, saya pergi Tuaran saya, saya pergi tempat-tempat kawasan yang lain, Yang Berhormat…

Speaker

Yang Berhormat Kemabong, minta laluan. Bagi laluan atau tidak?

I

Saya ingat masa tidak mengizinkan because banyak perkara Yang berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Okey. Dia tidak bagi laluan, duduk Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Mahu penjelasan sahaja. Sedikit sahaja. Penjelasan…

Speaker

Dia tidak bagi laluan. Duduk.

Saya ingat dari segi. Saya akan masa, bagi masa kalau sekiranya banyak perkara saya pun…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Mohon, penjelasan sedikit sahaja.

Tidak apa.

Nanti saya bagi.

Speaker

Nanti Yang Berhormat bagi dalam perbahasan sahajalah.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Dua kementerian tadi, cadangan-cadangan YB Senallang. Itu sahaja yang saya mau tanya. Kalau boleh?

Speaker

Okey, teruskan Senallang.

Datuk Speaker, sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi yang penting kepada kita contohnya dari segi pendidikan. Dari segi pendidikan, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pasal itu saya nyatakan 7% lebih sahaja daripada total 393 billion yang ada, sebanyak 20 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek 2.5 bilion. Antaranya termasuk satu sahaja SMK Laya-laya, Tuaran, Sabah. Bayangkan dari segi keadaan sekolah yang begitu daif, keadaan hospital begitu daif, kenapa peruntukan untuk kemudahan-kemudahan seumpama ini yang jauh ketinggalan di Wilayah Sabah? Dari segi pendidikannya, dari segi kesihatannya.

I Penting bagi kita kalau melihat seperti yang saya nyatakan, kita kesal daripada apa yang dilakukan dari segi belanjawan yang ada pastinya saya berharap Kerajaan Negeri terus menuntut dengan rancangan yang begitu rapi, ya. Bagaimana keadaan hospital? Bagaimana dengan keadaan sekolah-sekolah yang begitu daif bukan hanya dari segi prasarana. Kadang-kadang kita bina sekolah 1 juta, 5 juta, 10 juta but the content is not there, ya. Kita bekalkan dengan tablet tapi kadang-kadang bekalan elektrik pun tidak cukup, genset pun tidak ada. Perlu ada rancangan yang begitu rapi untuk memastikan supaya dua sektor yang ada khususnya kesihatan dan juga apa nama dari segi pendidikan perlu kita tingkatkan.

Datuk Speaker, saya berharap ya, walaupun saya sedar dan tahu bila saya sebut 6.6 bilion, ada juga peruntukan yang diumumkan iaitu 16 bilion Pan Borneo. Tapi ini sudah lima perdana menteri, seakan-akan cerita lama. Dari zaman Datuk Najib saya ingat 2013 diumumkan 17 bilion, zaman Mahathir umum lagi, zaman Muhyiddin umum lagi, zaman Ismail Sabri umum, zaman Anwar pun umum lagi. Lima Perdana Menteri, keadaan yang berlaku tapi kalau kita dengar seakan-akan suara banyak peruntukan di peringkat Negeri Sabah. Tidak banyak ya, dan ini yang saya berharap agar usaha memastikan supaya peruntukan mungkin 50, 58 bilion pendidikan, 41 bilion kesihatan Kerajaan Negeri mengambil langkah. Mungkin ada peruntukan tambahan untuk memastikan it is a desperate requirement of the people in this part of the world to ensure the better education, better health services can be rendered by the government not only in terms of physical development but also the content. Pakar-pakar yang ada, yang perlu kita apa nama bekalkan di peringkat Negeri Sabah.

Cuma yang Yang Berhormat, Datuk Speaker bila saya juga melihat dari segi peruntukan Persekutuan yang ada, 6.5 bilion yang ada saya kesal bila melihat dari segi prestasi yang diberikan hanya 54% sahaja. Contohnya, peruntukan asal Kerajaan Persekutuan 6.5 bilion di dalam belanjawan dan peruntukan disemak oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 5.2 bilion belanja, yang dibelanja sahaja 3.5 bilion, 54% only the money allocated to the Sabah Government cuma belanja 3 bilion. Ke mana 3 bilion? Kita sudah bersuara dengan lantang. Tahun demi tahun there must be a point where is Badan yang ada khusus to fast track masalah tanah, masalah bahan, masalah pekerja yang ada. Kenapa ada kelewatan? Kenapa lambat? Itu yang kadang-kadang kita tuduh Kerajaan Persekutuan tidak bagi duit. Sudah bagi

I duit tapi kita tidak mampu laksanakan. Why is that so? Dan ini perkara yang benar. Bukan saya mau reka kerana ini merupakan satu fakta yang...

Pendekan sahaja.

Tidak apa, Yang Berhormat, jangan takut kita masa ada.

Yang Berhormat, kita sedar bahawa peruntukan Persekutuan ini memang susah dicapai 100% sebab masalahnya Kerajaan Negeri tidak pernah berhala tuju untuk menentukan, di Semenanjung apabila di syarikat dianugerahkan dia segera boleh melaksanakan kerja-kerja tersebut sebab pertama land composition dia sudah selesai, utilities dia selesai, masalah di bawah dia selesai. Di sini dapat anugerah syarikat satu tahun tunggu utilities, 1 tahun tunggu composition tanah, sudah 3 tahun peruntukan tarik balik. Ini masalah kita. Jadi macam mana? Saya tidak boleh salahkan juga Semenanjung tidak kasih kita banyak, kasih 6 bilion pun tidak boleh habis.

Terima kasih.

Sebenarnya banyak perkara yang banyak sebab-sebab dia yang kita kadang-kadang tidak sedar dan tahu melantik, kadang-kadang syarikat-syarikat yang tidak ada keupayaan. Contoh macam Pan Borneo ya, daripada Sipitang sampai ke Kimanis, apa ini dengan izin Datuk Speaker, Syarikat ??? Chong yang ada. Lepas itu dia juga yang buat di Kota Marudu PPRT. We must be mindful, get somebody who can do the job, qualified. Kita sedar dan tahu hendak acquire tanah berapa, beli tanah lepas itu jual balik. Bukan senang. I know it is not easy. I have gone through all the experience, details dari segi tapi cuma masa tidak mengizinkan. Cuma saya berharap dari segi keadaan yang ada berlaku ini seperti yang saya nyatakan Kerajaan Negeri saya cadangkan supaya adakan fast track kind of …(sebutan kurang jelas) dengan izin untuk memastikan, kita tidak mahu nanti kita mendesak di peringkat Parlimen, lepas itu 3 bilion tinggal. Now it is November, it’s on end of the year. Mereka akan tarik duit ini, Datuk Speaker. By end of this month, all the money will be taken back to the central government. Kita juga cadangkan trust fund. They

I don’t get the (sebutan kurang jelas) trust fund yang ada supaya kita memastikan perbelanjaan duit ini tidak akan dibelanjakan di peringkat yang lain. Saya sedar dan tahu dari segi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, rancangan, projek demi projek, satu projek 1 ribu pekerja dia, 1 projek 500. Saya kesal dari segi keadaan anak-anak Sabah yang ada pada hari ini. The highest unemployment di Negara Malaysia ialah Sabah. Ini highest unemployment, break recorded in Sabah yang menyatakannya ialah Menteri Sumber Manusia iaitu V. Sivakumar yang menyatakan jobless hampir 200 ribu dan bayangkan anak-anak ini yang jobless ada di antara anak-anak Sabah graduate. Cari kerja di Semenanjung jadi operator. Sekarang ini dapat kerja, baru dapat guru. I passed, I tengok, I tracked them. Itu yang kadang-kadang kita bagi projek. Saya masih ingat masa saya Menteri Domestic Trade bagi, bagi kelulusan kepada Tesco, kepada Giant. Saya minta sebelum saya bagi kelulusan kepada Giant dan Tesco pastikan pekerja-pekerja anak-anak kita dari Sabah banyak yang bekerja di Kuala Lumpur. Manakala itu saya juga nasihatkan dan nyatakan kepada mereka don’t only deployed Malaysian in Malaysia, mana ada office Giant, mana ada office Tesco di luar negara di Dubai, I want Malaysian to be employed there. If you want me to approve licenses supaya kita melihat kerangka bagi ruang pekerjaan kepada anak-anak kita. Contohnya kita bagi projek glass silika di Kibing, di Kibing, di Kudat. Ya, tapi dia buat glass sahaja, saya difahamkan dia buat glass bukan buat panelling untuk solar. That is part of the component. Bayangkan kalau dia buat komponen bukan hanya glass saja tapi solar peluang pekerjaan anak-anak kita jauh lebih besar di peringkat Negeri Sabah dan ini yang saya minta supaya bila mana ada pelaburan datang pastikan anak-anak Sabah dapat mengatasi masalah mereka dari segi peluang pekerjaan tapi bila saya melihat belanjawan tidak ada rancangan yang begitu rapi on how to overcome unemployment in Sabah. Sudah berpuluh tahun, ini yang saya melihat perlunya…

Ada pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya kita dapat mengatasi masalah ini. Di samping itu, saya juga ingin menyentuh tentang apa nama…

I

Speaker

Mula gulung ya.

Speaker

Mula gulung.

Kos kehidupan. Contohnya pada hari ini, bila saya ke pasar-pasar bukan hanya di Kota Kinabalu, di beberapa tempat, masih lagi peningkatan harga barangan yang begitu ketara. Tidak jelas bukan hanya dari segi dalam belanjawan. Apakah pihak Kerajaan Negeri cuba mengatasi bukan hanya dari segi bekalan harganya? Jangan hanya kita bergantung dengan Kerajaan Pusat bagaimana menangani. Saya tahu ada subsidi banyak. Subsidinya hampir 80 billion. Saya juga setuju dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, we must cut off subsidy but there will be time when subsidy ya yang kita katakan akan foregone but never the less people can be, they cannot fault untuk memastikan supaya pendapatan mereka akan dapat kita tingkatkan.

Ini dahlah saya bimbang sangat dari segi keadaan ekonomi dunia pada hari ini. Ringgit pun menurun, semakin lemah ya. Saya yakin bahawa importation of some raw materials dan bahan makanan di peringkat negara kita akan meningkat, dan saya melihat kesejahteraan rakyat tidak boleh dikompromi oleh daya tarik kuasa keuntungan projek besar yang ada seperti yang saya mendengar belanjawan baru-baru ini dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri cuba mengatasi masalah kemiskinan.

Dinyatakan di antara sepuluh district termiskin di negara Malaysia, lapan di Sabah. Apakah rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan? Saya tidak dapat melihatnya dalam belanjawan yang ada untuk mengatasi. Contohnya, di Kota Marudu. Contohnya di Pitas malahan di Kota Belud. Kawasan ini merupakan satu kawasan yang tersenarai di antara district yang termiskin di negara Malaysia. Dalam belanjawan ini, cuma suaranya dengar kalau kita lihat slogannya “Sabah Teguh, Rakyat Terbela”.

I Peruntukan lima bilion surplus 35 million tapi ke manakah duit yang ada pada hari ini? Bukan hanya untuk melaksanakan projek-projek yang sedia ada seperti yang saya nyatakan tapi mengatasi masalah ya, kos kehidupan rakyat yang ada. Bukan di situ saja, bahkan juga bukan hanya barangannya. Penyeludupan masih lagi berleluasa. Yang ada contohnya di pesisiran Pantai Timur, di pesisiran Tawau yang ada bukan hanya barangan makanan dengan secara kita lihat dibiarkan tidak ada fropointfise enforcement yang ada.

Itu yang kadang-kadang bila saya jadi waktu dahulu menjadi menteri, Ketua Menteri buat lawatan Kalimantan dari sepuluh kedai, lima kedai barangan dari Tawau yang dijual di situ. But what enforcement had been done? Saya tahu Federal Government is responsible tapi pihak Kerajaan Negeri perlu bersuara, mengambil langkah memastikan supaya perkara ini boleh diatasi. Mungkin barter trade is one of the solution untuk menghalalkan supaya barangan ini boleh dijual ke negara seperti Filipina, negara seperti Indonesia dan kita dapat melahirkan anak bangsa kita menjadi pedagang, barter trade untuk memastikan supaya tidak akan berlaku ketirisan keadaan di peringkat negara kita.

Datuk Speaker, oleh kerana banyak perkara yang nak saya bangkitkan masa tak mengizinkan, ya. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker, cuma saya melihat dari segi kerangka belanjawan yang ada, saya dalam keadaan ekonomi dunia dan keadaan ekonomi negara kita yang begitu hutang banyak tapi penjimatan di peringkat Wilayah Sabah membimbangkan. Ke luar negara, belanja banyak ya. How do we do this? Dari segi ke macam mana? Seakan-akan kita tak menyedari 1.5 trillion duit kita, there will be a moment this country will face problem just like any African countries yang ada.

Dan saya berharap Kerajaan Negeri berjimat-cermat. Ya, saya tahu perlu lawatan ke luar negara, ke United Kingdom, study tourlah, macam-macam yang study tour ini pun bekas pakar-pakar, ya. Ke arah mana perbelanjaan yang berjimat-cermat memastikan supaya rakyat di bawah ya dari segi kos makanan, dari segi perbelanjaan anak-anak mereka ke sekolah, biasiswa yang ada masih lagi terbatas. Jadi saya setelah mendengar belanjawan walaupun saya kesal kandungannya tidak seperti apa yang dikehendaki oleh umat di peringkat bawah. Tidak ada rancangan mengatasi masalah kemiskinan, tidak rancangan untuk mengatasi masalah kos

I barangan yang ada, semakin mungkin bekalan tidak cukup harganya tidak berpatutan ya dan saya dalam pada itu menyokong belanjawan ini kerana saya tahu bahawa rakyat di peringkat negeri Sabah memerlukan bantuan dan pembelaan. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Sindumin, 20 minit ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker. Izinkan saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas nikmat diberi kepada kita Sabah dan keadaan yang aman damai, hidup harmoni antara kita walaupun berbagai kaum, berbagai agama dan berbagai kefahaman politik. Kita juga patut bersyukur kerana negeri dan negara kita tiada bencana alam yang besar seperti gempa bumi atau banjir besar yang tidak dapat dikawal, atau malapetaka sosial seperti perang yang pernah berlaku masa Jepun dahulu, iaitu tahun 1942 sehingga 1945 yang mana datuk nenek kita ada pengalaman pahit tentang kejadian pada masa itu. Datuk Speaker, kita beranggapan perkara silam tidak berlaku tetapi pada hari ini perkara sedemikian sedang berlaku dan berulang Perang Ukraine-Russia.

Penghapusan warga Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bumi Palestin. Kita bersimpati dengan mereka dan semestinya masyarakat dunia mengutuk sekeras-kerasnya dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, kerana keganasan Zionis di Gaza bukanlah penghapusan Islam tetapi rancangan penaklukan wilayah dan penghapusan warga Palestin tidak kira agama sama ada Islam, Kristian ataupun lain-lain agama. Kita berdoa supaya penindasan ataupun perkara ini dapat dihentikan serta merta dan kita minta pemimpin dunia campur tangan.

Datuk Speaker, sebagai ADUN Sindumin dan rakyat Sindumin, saya selaku mewakili rakyat juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai yang telah bertungkus-lumus menyediakan susunan belanjawan untuk negeri Sabah tahun 2024. Mungkin belanjawan ini bukanlah yang terbaik tapi berdasarkan beberapa pertimbangan dan petunjuk ekonomi, prestasi dan prospek ekonomi Sabah. Saya katakan belanjawan ini memadai dan bersifat conclusive atau menyeluruh untuk keperluan negeri Sabah bertahan sementara menunggu keadaan

I ekonomi Sabah menjadi lebih baik, yang juga sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi negara ini.

Pada masa ini, ekonomi Sabah sangat sensitif dan bergantung kepada dua komuniti utama, iaitu petroleum mentah ataupun crude oil dan minyak sawit mentah ataupun crude palm oil yang dapat dilihat, bila penurunan eksport petroleum mentah menurun 21 peratus, dan harga pun turun kepada 24 peratus daripada USD 106 Dollar kepada USD 80 Dollar setong, dan minyak sawit pula turun daripada 5628 Ringgit setan kepada 3873 setan pada tahun ini.

Kita berharap keadaan dunia lebih baik dan Perang Ukraine-Russia segera berakhir dan menghentikan sekatan ekonomi ataupun perdagangan. Petunjuk positif sudah nampak di mana kesan selepas COVID yang sudah berakhir dan industri pelancongan semakin pulih dan kedatangan pelancong ke Sabah semakin meningkat, dan kita berharap seperti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa pelancong ke Sabah terutama sekali daripada China semakin meningkat dari pada setahun ke setahun.

Walaupun belanjawan kita berimbang dan mengikut unjuran faktor ekonomi dan unjuran pendapatan, kita sangat jauh ketinggalan berbanding dengan negeri Sarawak, jiran kita untuk beberapa tahun berturut-turut. Sebagai perbandingan, Sarawak pada tahun ini bajet adalah pada bajet untuk 2024 adalah 12.38 bilion sementara Sabah cuma 5.71 bilion. Pembangunan untuk Sarawak adalah 9.04 billion sementara Sabah cuma 950 juta ataupun 10 peratus daripada yang berlaku di Sarawak. Belanja mengurus pula negeri Sarawak…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…cuma 3.328… 3.32 bilion tapi Sabah agak tinggi, iaitu 4.75 bilion. Saya bukan merendahkan, keadaan nasib atau cara kita mentadbir negeri tetapi ini merupakan wake up call kepada pemimpin-pemimpin politik, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan pemain-pemain Korporat, terutama sekali pemimpin-pemimpin GLC dan pengurus-pengurus GLC atau GLIC yang dipertanggungjawabkan untuk menjana pendapatan negeri.

I Mengapa saya buat perbandingan sebegini, sebagai tafsiran mudah untuk orang biasa faham dari data atau bajet. Pertama, bajet memo Sarawak 9.04 bilion dan Sabah cuma 950 juta ataupun 0.95 bilon. Ertinya Sarawak punya pembangunan local berlipat kali ganda berbanding dengan Sabah. Kalau keadaan ekonomi atau cara pengurusan kita tidak berubah kita perlu 10 tahun untuk kejar pembangunan Sarawak dalam tahun 2024. Kalau setiap tahun kita ketinggalan sepuluh tahun, bayangkan bagaimana Sarawak 10 tahun, 20 tahun ataupun pada tahun 2040, 2050 dan bagaimana pula Sabah pada jangka tempoh yang sama. Yang kedua, belanja mengurus Sarawak cuma 3.32 bilion berbanding dengan Sabah sebanyak 4.75 bilion.

Di manakah berbedaan ini, di manakah kita tidak efisien. Sarawak mempunyai saiz lebih besar daripada kita. Pentadbiran Negeri Sarawak agak kompleks juga kerana mereka ada Pejabatt Resident dan juga ada Pejabat Daerah. Sedangkan kita cuma Pejabat Daerah sahaja. Kita kena tanya, yang ketiga kita kena tanya apakah punca pendapatan negeri kita rendah seperti saranan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, mengapa GLC Sabah menyumbang kewangan cuma dalam di bawah 150 juta, sedangkan di Sarawak GLC Sarawak menyumbang lebih kepada satu bilion. Sarawak dan Sabah mempunyai sumber ekonomi muka bumi kedudukan yang hampir sama bentuk Malaysia.

Kedudukan dan masa tempoh yang sama dalam pembentukan Malaysia, iaitu pada tahun 1963. Apa yang berbeza, perbezaan yang sangat ketara adalah struktur politik dan kepimpinan Sarawak. Cara penguasaan negeri mereka, cara pentadbiran mereka. Apa yang saya cakap ini mungkin tidak menyenangkan setengah pihak tapi saya terpaksa menyentuh isu ini dan bercakap di sidang ini supaya direkodkan dan menjadi rujukan masa akan datang, anak-anak, cucu-cucu serta generasi akan datang dapat membaca bahawa saya tidak mahu disalahkan kerana tidak menyuarakan atau menegur keadaan yang telah berlaku ataupun sedang berlaku. Datuk Speaker, apa yang menjadi, apa yang terjadi dalam sejarah. Yang baik sepatutnya jadi panduan, yang tidak baik menjadi pelajaran ataupun sempadan. Tetapi ia berulang, ternyata terulang, berulang dan terbukti sejarah hitam terus berlaku dan berulang-ulang dan tidak pernah dipelajari. Apa yang berlaku di Sabah juga sepatutnya kita semua perlu pelajari dan beberapa soalan perlu dijawab.

I Yang pertama, mengapa Sabah dari negeri terkaya dalam tahun-tahun 60-an ataupun awal tahun 70-an, kini menjadi negeri miskin tegar dengan 19.5% penduduknya dengan lapan daerah di Sabah dari sepuluh daerah yang miskin di Malaysia.

Yang kedua, mengapa sejak Sarawak, sejak merdeka Sarawak cuma ada enam Ketua Menteri dan Sabah sudah ada 16 Ketua Menteri. Mengapa ini terjadi? Sebenarnya tanpa disedari oleh pemimpin politik di Sabah, kita sudah jadi permainan orang lain terutama sekali rakan kita di Semenanjung, kenapa UMNO masuk ke Sabah? Semua itu akibat kita juga pemimpin-pemimpin Sabah yang bercakaran.

Saya berharap semua kita sedar akan game di Semenanjung ini. Saya juga insaf juga dulu kita bawa UMNO masuk ke Sabah dan juga saya sebagai salah seorang engineer ataupun jurutera membawa UMNO masuk ke Sabah. Saya berharap dengan keadaan pada masa itu, bila UMNO berada di Sabah kita bertambah maju seperti negeri Selangor dan Johor. Yang ditadbir oleh UMNO tetapi kita silap, semasa UMNO BN berada di Sabah kita semakin terhakis akhirnya kita semakin jauh ketinggalan dan bukan mahu, saya tidak mahu bergaduh dengan rakan kita di Semenanjung akhirnya kita semakin jauh ketinggalan dan semakin mundur. Dalam masa yang sama juga ini juga kita perlu belajar mengapa UMNO yang memerintah Malaysia 60 tahun boleh jatuh pada tahun 2018 ini adalah akibat tabiat pemimpin-pemimpin UMNO yang bawa salah yang telah telah guna kuasa kemudian perangai UMNO juga terbawa-bawa ke Sabah.

Sehingga ke hari ini pun tidak sedar lagi yang mendukacitakan kita yang terbaru pemimpin UMNO pusat, Setiausaha Agong UMNO dan pengerusi MARA mengumumkan bahawa semua Ketua-ketua bahagian UMNO Sabah menjadi penyelaras Pusat Giat MARA. Ini sangat tidak wajar apabila parti secara terus terang campur aduk dengan pengurusan pusat Giat MARA ataupun urusan Kerajaan. Pusat Giat MARA adalah milik Kerajaan bukan milik UMNO. Saya berharap Kerajaan Sabah boleh membuat protes perkara ini kalau tidak nanti semua parti politik akan ada organisasi sendiri dalam Kerajaan. Tidak mustahil mungkin parti memerintah juga akan menguasai universiti akan ada wakil ataupun pentadbir

I universiti oleh parti politik dan ini sungguh tidak sihat dan kita akan menjadi negara yang kucar-kacir.

Yang ketiga, Datuk Speaker, mengapa projek dari luar bandar luar, dari luar besar yang masuk ke Sabah bertapak di Sabah pada masa lalu tiada penyertaan Kerajaan Negeri atau GLC negeri. Projek seperti Felda, Sime Darbi , IOI, Boustead dan lain-lain. Kerajaan tiada saham, kita mungkin dapat pulangan secara one off melalui bayaran premium tetapi tiada saham sedangkan tanah adalah milik kita. Tidak seperti Sarawak yang mempastikan bahawa setiap pelaburan yang masuk ke Sarawak GLC atau Kerajaan Negeri ada saham sekurang-kurangnya 30%.

Syukurlah atas kebijaksanaan pemimpin GRS sekarang kita sudah ada penglibatan Kerajaan Negeri dalam Syarikat Petronas, iaitu 25% saham di Petrochemical Sabah Fertilizer Sdn. Bhd. di SOGIP yang sudah memberikan pulangan dividen kepada kita. Tahniah kepada pemimpin GRS.

Saya juga dan telah pun mengatur di Qhazanah Sabah Berhad telah menetapkan minima 30% pemilikan kepada saham milik Qhazanah semua kepada semua pelabur-pelabur yang akan berkerja sama dengan Qhazanah.

Pengalaman lalu ketirisan dalam GLC seperti Sabah Forest Industry yang menyebabkan Sabah (SFI) bankrupt digulung adalah pelajaran yang sangat mahal beberapa lagi syarikat kita sepatutnya untung telah mengalami kerugian. Kawal selia yang rapi hendaklah dilakukan agar tidak tiada ketirisan atau pembaziran. Datuk Speaker, semua ini adalah pengalaman yang lalu yang perlu kita pelajari dan hendaklah diperbaiki.

Datuk Speaker, oleh kerana kekangan masa saya tidak dapat memperincikan satu per satu apa yang saya katakan tadi tetapi sekadar untuk memperingatkan seperti berikut:

Pertama kepada pemimpin, pemimpin Sabah mengimbau masa silam dan apa yang berlaku masa kita sudah bertukar sesama kita. Masing-masing mahu jadi Ketua Menteri sehingga ada cabar-mencabar, cubaan rampas kuasa seperti yang berlaku pada bulan Januari. Sayangilah negeri ini, cukuplah untuk mengejar kekayaan

I ataupun pangkat. Kita lebih mementingkan kesejahteraan rakyat kita dan kita tadbirlah negeri ini dengan baik. Pada pemimpin cukuplah dengan gaji ataupun pencen janganlah tidak perlulah ada duit berbilion di Switzerland ataupun di Cameron Highland ataupun di British Virgin Islands. Kita lebih mengurus negeri ini demi kepentingan rakyat.

Kepada penjawat awam, yang kedua bantulah Kerajaan yang ada fahamilah bahawa dasar-dasar yang telah digariskan hendaklah dilaksanakan supaya sistem penyampaian yang kemas dan efisien. Lakukan tugas cara …

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tanggungjawab. Fahamilah erti urgency terutamanya sekali dalam usaha membantu mempercepatkan perlaksanaan projek dan juga pelaburan jangan harap habuan atau rasuah. Mana sudah sisem fail meja, one stop centre dan juga cara penyelesaian semua masalah dalam 14 hari. Pengalaman pahit seperti yang berlaku di Jabatan Air kalau kita huraikan adalah sangat memalukan dan cukup pahit untuk pegawai-pegawai kerajaan dan saya juga yakin masih lagi berlaku ikut cerita-cerita di bawah masih lagi ada berlaku pengambilan ataupun pencurian dana kerajaan secara sistematik. Saya harap di Kementerian-kementerian ini cerita di kedai kopi dan juga yang boleh dipercayai seperti yang berlaku di Jabatan Air juga ada Jabatan-jabatan yang mencuri duit ataupun projek-projek dengan peruntukan percent tertentu diberikan kepada mereka. Kepada pemain ekonomi ahli perniagaan termasuk GLC, DOD dan juga CCO fikirkanlah bagaimana memajukan negeri ini melalui penyertaan GLC dalam kerajaan.

Datuk Seri Speaker, mohon laluan. Sindumin boleh?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Silakan.

Terima kasih. Tadi Sindumin ada menyebut bagaimana pimpinan UMNO di peringkat federal melantik ketua-ketua bahagian

I sebagai penasihat Giat Mara. Adakah Yang Berhormat Sindumin setuju bahawa Skim Optim ini adalah satu amalan yang tidak baik juga berlaku dalam pimpinan Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih. Dia berlaku secara terus terang, Ketua Bahagian UMNO menjadi penyelaras dalam pusat Giat Mara. Kalau Yang Berhormat tuju ah tuduh kerajaan GRS ini tidak berlaku. Cuma kebetulan barangkali orang itu adalah Ketua Bahagian. Tapi tidak disebut bahawa GRS menjadi penyelia dalam projek-projek ataupun jabatan kerajaan tertentu, Yang Berhormat dalam Warisan pun sama dahulu.

Yang Berhormat menyentuh secara spesifik UMNO okey kan UMNO. Bagaimana pula dengan amalan kerajaan yang ada sekarang sepertimana Yang Berhormat menjadi Pengerusi Qhazanah. Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ah saya, Pengerusi GLC Qhazanah bukan Ketua Bahagian bukan mewakil politik. Tapi oleh kerana saya dilantik dan saya adalah atas nama wakil rakyat juga ah tidak dilibatkan nama politik dalam pengurusan Qhazanah.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Mohon mencelah Datuk Speaker.

Speaker

Ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Cukuplah saya saya kesuntukan masa Yang Berhormat.

Speaker

Dia tak bagi laluan.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Saya ingin menarik kenyataan sepertimana yang dikatakan beliau Yang Berhormat Sindumin bahawa Ketua Bahagian daripada UMNO dilantik sebagai saya sebagai Ketua Bahagian, saya sebagai Ketua Bahagian ah apa ini Libaran tapi tidak dilantik..

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya.

I

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

…sebagai Pengerusi Penyelaras bermakna kenyataan yang dibuat adalah satu fitnah, fitnah di dalam Dewan ini yang tidak bermakna, bermakna saya mohon Datuk Speaker ah tarik balik.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Cukup, ya.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Saya tidak tarik balik kerana ini kenyataan Setiausaha Agung UMNO. Bukan kenyataan saya. Saya memetik kenyataan dan ini kenyataannya sedang berlaku Yang Berhormat boleh semak.

Tuan Speaker bolehkah kenyataan akhbar diguna pakai dalam Dewan ini. Kalau boleh kita gunalah, saya ingat Yang Berhormat Sindumin faham jangan jadi orang yang kurang bijak dalam Dewan ini.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Kita bukan sahaja kenyataan akhbar ini cerita-cerita dibawah pun sama..

Speaker

Okay teruskan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… cuma sahaja tidak nampak.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Di Dewan ini cuma cerita-cerita kosong ataupun cerita-cerita yang tidak ada ini.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Saya tidak layan lagi. Semaklah sendiri daripada Pejabat Setiausaha Agung dan ini kenyataan. Terima kasih. Datuk Speaker saya sudah katakan tadi bahawa Bajet 2024 adalah telah diambil seimbang dan telah diambil perhatian. Saya berharap kawasan saya dan rakyat Sindumin…

Speaker

Mula gulung ya.

I

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya saya menggulung, dapat limpahan daripada bajet ini dan tidak lengkap tugas saya sebagai ADUN N35 Sindumin kalau tidak menyatakan keperluan kami dari bajet yang telah diluluskan. Datuk Speaker, pertama Perkara 112 dalam teks ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, iaitu sebanyak RM430.84 juta untuk senggara infrastruktur termasuk jalan raya.

Keperluan segera untuk kawasan saya N35 Sindumin, saya ingin bertanya apakah jenis senggara dan berapakah yang diperuntukkan oleh Daerah Sipitang ataupun DUN Sindumin? Saya dan rakyat merayu agar masalah Jalan Mondolong-Meligan kemudian Meligan-Long Pasia dapat diselesaikan segera kerana penduduk kawasan itu atau desa dan juga petugas-petugas kerajaan seperti guru, petugas Jabatan Kesihatan seperti jururawat dan sebagainya. Tidak kira sama ada daripada luar atau orang tempatan perlu diselenggarakan. Saya mohon Yang Berhormat, Menteri yang berkenaan dapat membuat pembaikan segera sama ada melalui peruntukan khas ataupun daripada konsesi.

Sebagai rayuan, menjelang pilihan ah perayaan sambutan Hari Natal hari ini ataupun Krismas, saya mohon supaya kerajaan melalui syarikat konsesi terutama sekali pembinaan kereta mewah dapat memastikan keadaan jalan itu baik sepanjang masa Krismas ini kerana ramai penduduk di sana yang akan pulang bercuti lebih-lebih lagi cuti sekolah pada hujung tahun ini. Kita berharap ia dapat diselesaikan. Ini rayuan saya, saya minta tolonglah kami telahpun terseksa di situ dan rakyat sangat-sangat menderita kerana jalan yang rosak ini. Kedua, di bawah pembangunan bandar dan luar bandar. Perkara 99 Mahkamah Anak Negeri ataupun MAN untuk N39 Sindumin.

Pejabat MAN sekarang menumpang di Bangunan Urus Setia Pejabat Daerah dan dalam keadaan daif. Oleh itu, Sindumin sudah layak ada bangunan Mahkamah Anak Negeri sendiri dan saya minta Kementerian dapat memberikan untuk Sindumin yang ini.

Ketiga, di bawah pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dana sebanyak RM679.85 juta, Perkara 109 dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan saya berharap bekalan air di Sipitang yang sering terputus atau rosak perlu diatasi. Banyak juga kawasan perumahan baru yang perlu sambungan paip dan juga rumah ke rumah.

I Keempat, untuk belia. Belia-belia perlu aktiviti seperti sukan. Saya mencadangkan supaya aktiviti riadah diadakan setiap bulan untuk belia-belia ini dan kerajaan memberikan peruntukan melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk setiap daerah supaya belia-belia ini tidak aktif dalam aktiviti yang tidak sihat. Mereka boleh mengadakan pertandingan sepak takraw pertandingan bola sepak, badminton…

Speaker

Okey sila gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

...atau sebagainya. Penghabisan Yang Berhormat. Datuk Speaker yang kelima, satu pembangunan ADUN Sindumin ialah supaya setiap daerah ataupun pekan di Sabah ini mengekalkan bangunan heritage sebagai kenangan ataupun sebagai satu tempat ah simpanan sejarah. Bangunan ini mesti dijaga disenggara. Di Sipitang terdapat satu Pejabat Daerah lama yang masih boleh digunakan tetapi agak uzur. Saya mohon supaya bangunan ini kekalkan jangan dirobohkan dan saya telah pun meminta peruntukan sekitar RM4 juta ringgit untuk kekalkan supaya dijadikan heritage building sebagai galeri daerah di mana informasi daerah dapat dikumpul di situ. Akhirnya Datuk Speaker, saya sekali lagi memohon supaya kita sedar dan pentingnya menjaga negeri kita dan pastikan kita berada di landasan betul untuk mewariskan negeri ini kepada generasi yang akan datang. Datuk Speaker, saya memohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Lamag untuk berucap, 15 minit ya.

Tidak boleh 20 kah Speaker?

Speaker

(Ketawa) 15 minit dululah.

Tuan Speaker terima kasih.

Assalamualaikum WBT selamat petang. Saya sepatutnya tidaklah berhasrat untuk membicarakan perkara-perkara yang di luar bajet. Tetapi, saya terpanggil dengan hujah yang tidak bermaruah daripada ADUN Sindumin membuat tuduhan lemparan yang tidak berasas terhadap parti saya UMNO. Saya kena mempertahankan, UMNO bukanlah sebuah parti yang seperti dituduh begitu. Sindumin pun berasal daripada UMNO. Dia mendapat banyak keuntungan daripada UMNO. Tapi, sekarang sudah

I jadi pengkhianat. Dia punya lompatan bukan satu dua kali banyak kali. Jadi kalau orang pengkhianat ini beginilah Skim Optim ini berlaku daripada dia lah, dia yang mula.

...dia tahu tapi dia tuduh kita dia tuduh kita. Hari ini UMNO dipimpin oleh saya. Ini tidak akan berlaku lagi. Saya bukan manusia yang luar biasa tetapi saya tahu apa yang rakyat Sabah mahu dan Sindumin “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”. Majoriti hujahan Sindumin itu seperti meludah ke langit, kena muka sendiri. Tuan Speaker…

Speaker

Ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan, Tuan Speaker.

Tidak ada laluan. Sudah tadi. Cukup. Kalau mahu debate, keluar.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Takut. Takutkah?

…keluar cari tempat kita debate.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Takutkah?

Jangan buang masa saya. Saya tidak akan layan orang yang tidak ada karisma. Tidak berintegriti. Kalau ada integriti saya bagi. Tidak bermaruah sorry no place for you.

Tuan Speaker..

I

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Banding juga siapa ada maruah atau tidaklah.

Bolehkah begini, Tuan Speaker?

Speaker

Relax. Relax.

Macam apa ini, monyet. Mengacau.

Speaker

Jangan. Tarik balik itu.

Ya. Dia, saya berdiri, dia bercakap.

Speaker

Tarik balik. Tarik balik.

Ya, saya tarik balik. Tapi, bolehkah begitu?

Speaker

Tak boleh. Tak boleh.

Jangan. Kalau tidak mahu jaga.

Saya ini bukan ayam mati. Saya ini tahu jugalah.

Tuan Speaker, saya ada beberapa isu yang ingin saya bertanya dengan kerajaan. Berhubung dengan cadangan, iaitu SMJ Energy Sabah Berhad. Melancarkan sukuk ataupun sukuk ini loanlah. Bon. Apabila dilancarkan bon 900 juta, bermakna adab-adab mengambil dia dan sudah tentu Kerajaan Negeri selaku guarantor dia akan berhutang.

Jadi persoalan yang saya nak tanya, sejauh manakah keberkesanan pengurusan, apa ini, dalam risiko soal pewujudan sukuk ini? Ada pula yang mencadangkan penerbitan bon sebanyak 900 juta. Sebab ianya kebimbangan ini berlaku ianya menggunakan berbagai mata wang asing. Sedangkan hari ini kita faham bahawa

I mata wang asing ini terpengaruh oleh keadaan dunia. Kalau ada perang contohnya di Ukraine. Perang contohnya Israel ini dan negara-negara lain sudah tentu akan mempengaruhi unjuran mata wang asing itu.

Jadi apakah kerajaan ataupun syarikat ini benar-benar bersedia dan telah apa ini melihat? Sebab kita unsolidarity. Jadi, mohon untuk diperjelaskan kepada sidang Dewan ini supaya kita faham hala tuju, ke mana pelaburan dia dan apakah, apa ini, target, matlamat kita? Sebab terdapat juga penganalisa-penganalisa ekonomi di luar sana menyatakan kalau tidak diurus tadbir dengan baik, bon ini akan menjadi seperti 1MDB. Jadi, kita tidak mahu begitu. Mudah-mudahan, kita berdoa niat yang baik ini akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Persoalan yang seterusnya Datuk Speaker, iaitu tentang blue economy. Blue economy ini kefahaman saya, iaitu ianya ada sepuluh negara yang menggariskan ke arah blue economy, iaitu lebih kurang negara ini negara majoritinya negara Amerika Latin, iaitu Congo, Vietnam, Samoa, India, China Trinidad dan Tobago, Tunisia, Gambia, Portugal dan Costa Rica. Cuma sasaran mereka 2030 - 2050. Jadi, apakah blue economy yang di Sabah ini yang diunjurkan ini menjurus ke arah mana? Sebab dia tidak ada kalau blue ocean itu kita tahulah lautlah. Tetapi apabila blue economy bermakna bukan hanya laut mungkin di darat juga. Jadi, apakah siapa pelaksananya ini dan apa sasaran kita? Sudah ada grand planningkah untuk semua ini? Kita pun mahu tahu, Dewan ini perlu tahu supaya dapat diperjelaskan.

Saya juga Tuan Speaker, berhubung dengan kenyataan Menteri Kewangan, iaitu GLC Sabah, performance dia tidak ada. Kurang. Sumbangan untuk kerajaan lebih kurang 140 juta. Dari dulu saya telah notice benda ini, iaitu kadang-kadang kita lihat ada GLC rugi tetapi membeli kereta sampai dua kereta. Jadi ini pun satu perkara rasa saya perlu dilihat dan mana-mana GLC yang betul-betul boleh menyumbang kepada ekonomi negeri, biarlah lantikan CEO dia itu berlandaskan dia punya merit. Bukan sebab ah, ini kawan saya, ini saya kenal. Kalau begini jadinya, akhirnya kita tidak akan mencapai apa yang kita hasratkan.

Ada GLC, dia memang untuk CSR. Itu tidak apalah. Orang politik terlibat, terlibatlah. Tetapi yang bukan CSR punya perlulah dibagi seorang apa ini pengerusi yang ada

I kematangan yang mampu bersaing dalam dunia perniagaan. Kalau tidak akhirnya negeri Sabah mungkin tahun 2022 sumbangan GLC 152 sekarang reduce 12 juta. Tuan Speaker, Sabah Maju Jaya. Rakyat di luar sana bertanya dengan kita. “Bolehkah Yang Berhormat tanya, di mana majunya? Daerah mana yang maju? Kampung mana yang berjaya?” Dia kata, di Dubai pun makmur berjaya tetapi tidak ada Dubai Maju Jaya. Kita di semua penjuru ada tetapi kemajuan sebenarnya tidak ada. Sebab itu saya melihat bahawa krisis air di negeri Sabah ini berleluasa Tuan Speaker. Saya ada kebimbangan sebab kalau tidak ditangani ianya akan terus menjadi kanser kepada negeri Sabah. Saya juga kecewa sebab Kerajaan Negeri memaklumkan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa air di Sabah boleh diatasi dengan hanya 300 juta. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jumpa saya. Bung, kalau macam ini masalah air di Sabah tidaklah seberat sangat 300 juta saja. Saya kata tidak. Tidak, Yang Amat Berhormat. Semasa saya jadi menteri dulu, saya buat kajian lima bulan. Kami memerlukan di antara 20 hingga 23 bilion. Dia bilang Kerajaan Negeri cadang dengan saya 300 juta. Jadi kenapa, apakah ini boleh menyelesaikan isu air di Sabah ataupun saya tidak tahu? Saya mahu tanya, menterikah, siapa-siapa, kenapa dikemukakan bajet peruntukan untuk menyelesaikan air di Sabah hanya 300 juta? Ini namanya kita menganiaya orang Sabah.

Di Sandakan, air ini Tuan Speaker, di Sandakan ini macam orang kata macam di Palestin. Air tidak ada, elektrik tidak ada. Macam mana mahu hidup? Dua-dua tidak ada. Tapi Sabah Maju Jaya. Di mana? Majukah kita? Berjayakah kita? Saya pun tidak faham. Ini Sindumin kalau ada kena faham. Macam mana nak memajukan? Jangan criticize orang yang bukan-bukan tetapi sendiri tidak boleh memajukan. Jangan jolok sarang tebuan.

Saya juga ulang, Tuan Speaker. Kenapa Sabah tidak boleh berbelanja peruntukan daripada Persekutuan secara total 100%? Tidak pernah. Paling tinggi pun 52%. Kadang-kadang 36, 34 sebab Sabah terus terang saya cadangkan perlu mewujudkan satu one stop center. Semua agensi sana. Sebelum projek yang kita cadangkan untuk dikemukakan mendapatkan peruntukan, kita settle down dulu dia punya pertama, tanah, soal tanah, pembayaran tanah, pampasan tanah, settle. Utilities, elektrik, air, jalan, pembentungan. Ini kadang-kadang pem…

I

Pembentungan dan air pun tidak, tidak synchronise. Kontraktor korek sini pecah satu, korek sini pecah satu, ah ini masalah. Jadi, satu projek dibagi untuk Sabah dapat berjalan dalam hanya masa tiga tahun. Di Semenanjung, di Sarawak tidak ada masalah ini. Ya, sila.

Datuk Seri Speaker. Lamag, mohon laluan.

Lamag, adakah Lamag bersetuju kalau saya menyatakan bahawa, daripada apa yang Lamag nyatakan tadi, bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negeri? Terutamanya sekali dalam hal mengurus kewangan? Dan apakah Yang Berhormat Lamag setuju, dengan kenyataan Menteri Kewangan sebelum ini yang menegur Pengerusi-pengerusi GLC, Lembaga-lembaga GLC yang tidak berperanan menyumbang dan membantu kewangan Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Yang Berhormat mungkin pergi tandas tadi. Saya sudah bahas perkara ini, dan saya telah apa ini, mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat perkara ini, untuk kebaikan negeri Sabah. Sebab kita mahu, walaupun saya berada di sini. Tapi niat saya Sabah kena maju, dan untuk makluman juga Yang Berhormat Menteri dan Speaker, saya tidak pernah berhenti untuk membela untung nasib Sabah.

Di Parlimen, saya kata sekiranya Kerajaan masih tidak meluluskan, untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai sebuah agensi bertauliah. Setiap Dewan, hari saya datang saya akan cakap perkara yang sama, dan hari ini alhamdulillah, Kerajaan telah luluskan Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai jabatan bertauliah. Ini selepas berpuluh-puluh tahun kita lawan. Ini kerja saya. Bukan saya mahu ambil kredit. Tapi, ini kerja saya. Saya pastikan supaya Kerajaan Persekutuan memberi pengiktirafan.

Begitu juga dengan jalan Pan Borneo ini. Betul ada peruntukan tapi kalau tidak dijolok tidak dicakap, tidak dikejar, beginilah jadinya. Sarawak sudah hampir 100% siap, kita punya baru nak bermula, ini masalah kita.

I Ah Yang Berhormat Menteri juga, saya ingin bertanya jugalah, tentang cadangan pekan apa ini, majlis, jabat, apa ini, Daerah Kecil Sukau. Berapakah peruntukan yang disediakan dan bilakah perancangannya bermula? Sebab dalam apa ini, pembentangan Yang Berhormat Menteri tidak dinyatakan. Jadi kita pun ingin tahu sebab ini penting, sebab dia berada dalam kawasan Parlimen saya. Demikian juga dengan apa ini, mempersiapkan Kompleks Sukan di Tongod. Sebetulnya Kompleks Sukan ini amat, amat saya kelirulah, hampir tiga kali pecah tanahnya. Daripada Ketua Menteri ke Ketua Menteri ini, Ketua Menteri ini belum juga siap-siap. Saya pun tidak tahu. Mudah-mudahan kali ini boleh siaplah, dengan peruntukan 1.5 juta kalau saya tidak silap, sebab tiga juta dibagi dua. Jadi, sekarang ini pun kerja-kerja sana pun saya nampak amat-amat tidak mencapai 70 peratuslah.

Jadi, saya harap dapat dilihat sebagai satu perkara yang menjadi kepentingan sebab ini pun melibatkan kepentingan apa ini, rakyat, dan saya untuk makluman Dewan yang mulia ini, selaku Ahli Parlimen Kinabatangan, boleh tanya Kementerian Kewangan, Parlimen Kinabatanganlah yang mendapat peruntukan terbanyak di seluruh negara [meja diketuk].

Dulu, Tongod ini semasa saya menjadi wakil rakyat, hutan rimba, tidak ada tempat hantu orang kata, hantu berkumpul. Tetapi hari ini, jaringan jalan raya di Tongod boleh tuan-tuan nampak dan insya-Allah tahun depan, satu lagi jalan raya luar bandar, iaitu daripada Kenang-Kenangan, sebanyak 200 lebih juta akan diluluskan. Ini pun saya bawa, saya. Saya. Betul peruntukan ada. Tapi kalau wakil rakyatnya tidak efisien, tidak kejar, tidak cakap, tidak tukul, tidak jalan. Sebab itu saya walaupun begini, peranan saya, saya tidak peduli. Menteri kah bukan Menteri saya tanya, Perdana Menteri pun saya tanya. So, alhamdulillah. Tidak tahulah rakan saya ADUN, ADUN Kuamut, dia bawa apa pula. Tapi saya jalan raya sudah, air bersih sudah, letrik sudah, cuma air tidak ada, paip ada.

Di Tongod ini, DUN Kuamut ini, kalau pun tidak ada kampung yang tiada letrik, tinggal mungkin lima hingga sepuluh kampung, air pun begitu.

Semuanya peruntukan daripada Persekutuan. Ini yang saya jelaskan, saya tidak mahulah orang lain ambil kredit, cukup-cukuplah saya terlampau baik. Tetapi hari ini saya nyatakan bahawa di Kuamut pun saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan orang

I Kuamut mendapat perkhidmatan yang baik. Jadi, saya harap apa ini, rakan-rakan yang lain melihat perkara ini sebagai satu perkara menjadi keutamaan, dan yang, ya ada mahu tanya?

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Pembetulan, itu Tongod masih lagi guna elektrik daripada agensi Telupid.

Memanglah dari Telupid, tapi talian grid dia daripada federal. Yang Berhormat pun kurang faham, Allahuakbar. Hahaha. Saya ini tujuh tahun Timbalan Pengerusi di SESB, saya fahamlah semua.

Datuk Seri Speaker. Lamag, mohon ditegur Telupid tadi itu, sebab bila dia minta mahu bercakap tapi dia tidak berdiri dan tidak menghormati Dewan. Terima kasih.

Tidak apalah, dia orang baharu, jadi kurang pengalaman. Jadi harap-harap dia belajarlah, belajar cara how to perform. Jangan orang kata tidak beretika, tidak bagus.

Jadi, Tuan Speaker, yang terakhir. Walaupun apa ini, walaupun bajet ini tidak mencukupi kehendak rakyat.

Tetapi, sebagai wakil rakyat ADUN yang bertanggungjawab, saya menyokong bajet ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Lamag. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Sabah dan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, di atas pembentangan surplus Bajet Belanjawan 2024 pada Jumaat yang lepas. Unjuran hasil bagi tahun 2024 sebanyak 5.737 bilion ringgit, didasari dua punca hasil utama, iaitu hasil cukai terutama cukai jualan negeri dan hasil bukan cukai terutama royalti petroleum. Saya ingin menyentuh punca hasil terkait dengan terimaan bukan hasil, iaitu pemberian daripada Kerajaan Persekutuan serta komitmen Kerajaan Negeri, untuk meneruskan tuntutan berkenaan pemberian

I khas sepertimana dinyatakan di dalam bahagian empat jadual ke-10 Perlembagaan Persekutuan.

Dewan ini harus merekodkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang telah meningkatkan kadar pemberian khas interim kepada Sabah, daripada 125.6 juta ringgit kepada 300 juta, serta perakuan bahawa keputusan ini hanyalah bersifat interim, sepertimana dinyatakan beliau semasa pembentangan Belanjawan MADANI tahun 2024.

Dewan ini harus merakamkan penghargaan di atas komitmen Kerajaan Perpaduan memuktamadkan formula kekal pemberian khas ini dalam tempoh satu tahun dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, iaitu pada bulan Julai 2023 yang lalu.

Dalam ketegasan kita untuk memperjuangkan penyelesaian tuntas kepada tuntutan ini, saya berharap dan saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah tampil dengan cadangan formula pemberian khas yang boleh diterima, sekiranya kita tidak dapat bersetuju dengan cadangan formula yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan Persekutuan.

Justeru, saya mencadangkan agar Jawatankuasa Perunding yang ditubuhkan sebelum ini yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Sabah, diperkasakan dengan pasukan pakar terdiri daripada profesional dalam bidang guaman, percukaian, perakaunan, audit, kewangan termasuklah bekas hakim, timbang tara dan sebagainya bagi membantu Kerajaan Sabah, mengemukakan cadangan formula yang kekal berdasarkan kepada intropretasi pelembagaan dan analisa cukai dan hasil persekutuan di Sabah. Saya mancadangkan agar pemberian semula 40% hasil persekutuan yang dikutip secara langsung daripada Sabah.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

...terutama cukai pendapatan dan kutipan kastam, manakala kutipan secara tidak langsung seperti cukai syarikat-syarikat Multi-national yang beroperasi di Sabah tetapi didaftarkan di luar Sabah, yang menyebabkan mereka membayar cukai tanpa melalui pejabat hasil di Sabah harus

I dibincangkan secara berasingan. Cadangan ini bagi membolehkan Sabah menikmati tambahan hasil kepada belanjawan Negeri yang lebih segera sementara meneruskan rundingan mengenai kutipan hasil Persekutuan tidak langsung.

Sayajuga mencadangkan agar Kerajaan Sabah menerokai potensi mewujudkan enakmen khas di dewan ini terkait pungutan semula hasil Persekutuan bagi melengkapkan apa yang sudah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Cadangan ini saya pernah kemukakan dalam perbahasan saya yang terdahulu. Bagi menambahkan lagi hasil Kerajaan Sabah, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan mensyaratkan pemilikan ekuiti Negeri dalam setiap pelaburan terus syarikat Multi-National Negara ataupun luar Negara yang dilaksanakan di Sabah. Ini termasuklah syarikat Multi-National yang berhasrat mendapatkan lanjutan pajakan sedia ada bagi yang terlibat dalam sektor perladangan, perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sindumin dalam perbahasan beliau. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ucapkan tahniah kepada Kerajaan Sabah kerana memberi fokus yang besar kepada pembangunan perusahan mikro, kecil, dan sederhana, walaupun peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan itu nampaknya agak kecil. Di peringkat Kerajaan Persekutuan bermula di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya telah mengutarakan agar kita melaksanakan dasar pandang timur dalam Negara atau Nasional look east policy dengan memberi tumpuan dan fokus tambahan kepada wilayah Borneo bagi pembangunan keusahawanan dan ekonomi di wilayah ini. Jika Indonesia berwawasan membangunkan ibu kota Nusantara mereka di Kalimantan. Jika Sarawak kian menyerlah dalam pembangunan ekonomi berasaskan teknologi hijau dan industri air, sudah tentu Sabah boleh membangunkan potensi ekonominya bagi mewujudkan sinergi ekonomi Borneo. Seterusnya menjadikan pulau ini potensi besar pusat ekonomi Asia Pasifik. Justeru, kita sama-sama memperkasakan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Sabah yang telah ditubuhkan atas cadangan saya di dewan ini dan tidak lagi menoleh kebelakang. Kita berganding bahu, mitatabang kata orang Kadazandusun dengan izin untuk terus membangunkan PMKS di Sabah. Di peringkat daerah pula, saya mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah diadakan setiap bulan bagi menyelaras, memantau, dan menangani isu-isu pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan lebih baik dan permesyuarat, permersyuaratan ini haruslah melibatkan wakil-wakil rakyat. Tuan Yang di-Pertua, pemberian bonus

I RM2000 kepada penjawat awam Negeri merupakan komitmen Kerajaan Sabah menghargai peranan mereka dalam menjayakan agenda pembangunan kita. Bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian dewan ini agar pengambilan baharu dalam perkhidmatan Awam Negeri dan termasuklah Persekutuan di Sabah haruslah mencakupi penyertaan semua kaum dan agama, ini termasuklah dalam pengisian jawatan, ketua-ketua jabatan dan kenaikan pangkat. Saya terkilan apabila membaca aduan terkait pengambilan baharu perjawatan awam di sebuah Jabatan Negeri yang tidak menggambarkan keberbilangan kaum dan agama di Sabah. Untuk ini saya mencadangkan agar pengambilan baharu, kenaikan pangkat, dan pengisian ketua Jabatan Negeri sekurang-kurangnya haruslah berasaskan kepada peratusan demografik kaum dan agama di Sabah. Dengan ini, kita boleh memupuk semangat mitatabang dan mencetuskan semangat Sabah Maju Jaya yang sebenar seperti mana terserlah semasa kita menandatangani perjanjian Malaysia 1963 apabila pemimpin-pemimpin suku kaum utama di Sabah menurunkan tandatangan mewakili pasukan ataupun team Sabah. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang di dalam belanjawan Sabah 2024 dan belanjawan Madani 2024 kita terus mengiatkan usaha pembangunan infrastruktur asas seperti jaringan jalanraya, bekalan air, utiliti elektrik, dan liputan telekomunikasi. Saya ingin merakamkan penghargaan atas pelaksanaan projek-projek infrastruktur utama di kawasan Kadamaian iaitu naiktaraf jalan Tengkurus-Lahanas dan jalan Nahabas-Sayap yang sedang dilaksanakan pada ketika ini serta naiktaraf jalan Tembolong-Podos dan jambatan kekal Kampung Kaung yang sedang dalam proses perolehan. Apabila siap kelak, kemudahan ini akan menjadi game changer kepada pembangunan ekonomi, keusahawanan, dan pendapatan rakyat di Kadamaian.

Saya ingin merekodkan permintaan saya seterusnya, permintaan rakyat Kadamaian seperti mana dalam pelan pembangunan Kadamaian iaitu agar kesemua jalan-jalan utama menuju ke kawasan sekolah di Kadamaian yang selebihnya iaitu jalan Gaur-Pinoloboh-Mengkulat di mana terdapat tiga sekolah di jalan ini iaitu SK Mengkulat, SK Pinoloboh, dan SRA Gaur. Kemudian jalan ke Kebidahan-Takulung yang melibatkan SK Lasau, jalan Kaung Lobong-Lobong yang mencakupi sekolah SK Kaung, jalan-jalan di Melangkap mengarah ke SK Melangkap, dan SK Gensurai, jalan Kampung Dunda menuju ke SK Piasau, jalan Tembutun ke SK Tembutuanan jalan Tiong Tembaruonong menuju ke SMK Narinang, dapat dimasukkan dalam senarai keutamaan Negeri bagi pelaksanaan projek Rolling Plan keempat RMK-12 atau Rolling plan terawal dalam RMK-13.

I Saya juga berharap pelaksanaan projek naiktaraf jalan Mandap Duluon Kinasaraban juga dapat dipercepatkan. Saya juga mencadangkan agar projek bekalan air luar bandar dengan membina water intake di Mukim Kebayau dapat diteruskan dengan mengubah nama sedia ada kepada projek bekalan air luar bandar Kebayau bagi membekalkan air terawat kepada Kampung Kebayau, Kampung Bundu Paka, Purak Ugis, Lingkubang, Melangkap Baru, Melangkap Tumis, Melangkap Tiong, Melangkap Kapa, Melangkap Noriou, Narinang Sogoh, dan Tambotun sebelum dibekalkan kepada kampung-kampung lain termasuk yang berjiran dengan kawasan Kadamaian. Saya merekodkan dalam cadangan dalam dewan ini dan akan menyusuli secara bertulis kepada Kementerian dan Agensi yang berkaitan. Saya juga mahu merekodkan sekali lagi di dewan ini permintaan saya agar penyukatan tanah melalui program pantas diteruskan di kawasan Kadamaian terutama bagi kawasan-kawasan tanah milik anak Negeri. Selepas selesainya penyukatan pantas dengan sasaran 1000 lot di Mukim Kiau yang sedang dilaksanakan ketika ini sejak tahun 2019. Saya mahu dan meminta ianya dipanjangkan, dilaksanakan di Mukim-mukim seterusnya iaitu di Kampung Kaung, Lobong-Lobong, Tombotuon, Gonsurai, Podos, Melangkap Sayap, Lasou, Lahanas, antara lainnya. Dalam sidang yang lepas semasa pembentangan Belanjawan Tambahan 2023, Saya telah meminta agar projek arena belia dilaksanakan di Kadamaian tahun depan dan pengolongan belas Yang Berhormat Menteri Kewangan pada sesi belanjawan tambahan sangat positif pada ketika itu.

Justeru, saya berharap ianya dapat dijayakan dan dilaksanakan pada tahun hadapan. Saya turut meminta agar fokus tambahan kepada pembangunan pelancongan di Kadamaian dapat diberikan bukan hanya aspek promosi dan bimbingan, tetapi juga kemudahan infrastruktur asas yang berkaitan serta penganjuran program-program pelancongan utama di Kadamaian. Saya mencadangkan agar Kerajaan menjadikan acara Kadamaian run dan tambah besar Kadamaian sebagai acara besar program tahunan Kerajaan di Kadamaian dan juga membangunkan laluan baharu mendaki gunung Kinabalu dari Kampung Sayap serta menyediakan kemudahan laluan pendaki ke gunung Nungkok dari Kampung Tombotuon dan Kampung Lobong-Lobong kerana ini boleh menjadikan Kadamaian tarikan pelancongan yang kompetitif. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai program pembangunan rakyat termiskin di Sabah. Dengan penuh keinsafan, kita harus menggembleng tenaga untuk membawa keluar rakyat kita di Sabah dari belenggu kesusahan dan kemiskinan. Kita tidak mahu Sabah terus dikenali mempunyai daerah-daerah termiskin di Negara ini. Saya

I mencadangkan agar Kerajaan Sabah melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Institut Kajian Pembangunan IDS untuk menjalankan kajian berapa sebanyaknya, berapa sebenarnya senarai daftar dalam e-Kasih itu yang memilik tanah. Sama ada yang sudah diberikan geran pemilikan atau masih di peringkat permohonan tanah.

Seterusnya kita membangunkan program khas inisiatif pendapatan rakyat bagi senarai e-Kasih yang mempunyai tanah ini dengan menjadikan aset mereka tersebut iaitu tanah lebih produktif dan dibangunkan sebagai sumber, punca pendapatan isi rumah mereka. Projek pembangunan inisiatif pendapatan rakyat khas ini, boleh dicadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembiayaan. Kita semua tahu, aset tanah tidak dikira sebagai faktor pertimbangan semasa menentukan garis kemiskinan isi rumah dalam e-Kasih tersebut. Justeru, kita boleh membangunkan program khas bagi yang memiliki aset tanah ini. Tuan Yang di-Pertua, Saya juga ingin menyentuh mengenai wawasan untuk memartabatkan Mahkamah Anak Negeri sama tarafnya seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Dalam belanjawan ini selain perbelanjaan mengurus untuk membayar elaun kepada ketua-ketua adat peruntukan yang disediakan untuk Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) iaitu hanya tiga ratus tujuh puluh…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

…ribu ringgit dan peruntukan membina bangunan Mahkamah Anak Negeri, iaitu 1.7 juta. Pada pandangan saya, satu jumlah yang sangat kecil berbanding dengan wawasan tersebut. ILMAN harus tampil membangunkan Modul Pengajian sekurang-kurangnya, Diploma Pengajian Undang-Undang Anak Negeri supaya graduannya kelak boleh diserap menjadi Hakim atau Peguam Cara Undang-undang Anak Negeri atau Perjawatan Tetap di Mahkamah Anak Negeri.

Lantikan secara politik atau Ketua Adat masih boleh diteruskan dengan persetujuan wakil-wakil rakyat kerajaan tetapi wawasan memartabatkan ILMAN dan Mahkamah Anak Negeri harus dijayakan bermula dengan pengenalan pengajian di peringkat diploma tersebut dan saya mahu…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Duduk, YB.

I

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Pelantikan Ketua-ketua Adat di Kadamaian haruslah melibatkan persetujuan wakil rakyat ini, yang sedang bercakap sekarang ini. Saya juga memohon agar peruntukan membina Mahkamah Anak Negeri dapat ditingkatkan termasuk mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap daerah di Sabah harus memiliki bangunan Mahkamah Anak Negeri tersendiri termasuk di daerah Kota Belud yang saya cadangkan dibina dalam kawasan DUN Kadamaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas ruang ini dan Selamat Maju Jaya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan, rakan-rakan pimpinan dan rakan-rakan Ahli Dewan ini agar sama-sama kita mendukung menjayakan Belanjawan 2024.

Datuk Speaker.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Saya ucapkan…

Yang Berhormat...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru…

Yang Berhormat…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

…yang bakal tiba kepada semua yang ada di sini…

Minta laluan…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

…serta rakyat amnya. Saya turut menjemput semua…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Merotai, duduk.

I

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Saya turut menjemput semua ke Rumah Terbuka…

Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

(suara bertindih) pada 26 Disember 2023 ini di Pusat Kebudayaan Negeri Sabah…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Merotai, duduk.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Dengan ini, saya mohon menyokong...

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Sekian dan terima kasih, Datuk Speaker.

Boleh masukkan dalam Perbahasan Segera nanti. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kadamaian. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker, rakan-rakan Dewan yang mulia ini, yang memberikan peluang, pandangan, kemukakan cadangan-cadangan untuk kepentingan rakyat Sabah berhubung Belanjawan Negeri 2024 yang dibentang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, tahniah Menteri Kewangan, pada Jumaat lepas, yang bertemakan “Sabah Teguh, Rakyat Terbela” dan tahun 2023 “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”.

Persoalannya, sejauh manakah perbandingan ini direalisasi oleh rakyat yang terbela? Cadangan saya agar Kerajaan Negeri memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam bagi memastikan pelabur berminat melabur ke Sabah. Belanjawan 2024 dilihat sebagai belanjawan terbesar.

Peruntukan 5.701 billion diumumkan, memerlukan kesungguhan serta komitmen tinggi daripada pelbagai peringkat dan

I diharapkan agar dapat memacu, memperkasa ekonomi negeri Sabah dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2024 tidak jauh berbeza dengan Belanjawan 2022, sebanyak 5.2 billion dan 5.138 billion Belanjawan pada 2023. Ini dilihat peningkatan hasil Sabah tidak begitu besar dalam tempoh tiga tahun walaupun belanjawan dikatakan supples, iaitu 30, 35.87 juta.

Saya membahaskan, tiada langkah membasmi kemiskinan, Datuk Speaker, bagi lapan daerah di negeri Sabah yang dibentang pada minggu lalu. Peruntukan yang besar sepatutnya merangkumi aspek, benar-benar diperlukan serta perhatian perlu diberikan kepada B40 dan juga kawasan bandar, luar bandar dalam usaha membangunkan Sabah.

Program Bantuan Sosial Sekolah yang diumumkan sebanyak 26.06 juta melibatkan 1075 buah sekolah rendah dan memberikan manfaat 291.414 orang murid di Sabah telah meningkat kepada RM 1.51 juta untuk tahun 2024 berbanding 2023. Saya amat menyokong Pelaksanaan Program Bantuan Sosial Sekolah ini dengan telus dan Kerajaan Negeri perlu memantau dan memastikan kualiti bantuan pakaian seragam, kasut sekolah, alat tulis serta botol air yang disampaikan dari pembekal mencapai tahap kualiti yang baik dan dapat digunakan oleh murid. Saya juga ingin mencadangkan supaya Pemberian Program Bantuan Sosial Sekolah ini diperluas kepada pelajar di Sekolah Menengah terutamanya pelajar B40.

Datuk Speaker, Bantuan Am Kebajikan kepada OKU, warga emas, kanak-kanak, anak yatim dan ibu tunggal sebanyak 76.27 juta. Saya banyak menerima aduan daripada penerima bantuan ini, mereka terpaksa melapor di Pejabat Kebajikan setiap tiga bulan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar mempermudahkan urusan berhubung perkara ini penerimaan bantuan adalah OKU, warga emas mungkin antara mereka kurang sihat dan terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan untuk sampai ke Pejabat Kebajikan.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri telah menerima 140.23 juta merangkumi dividen dan Sumbangan Badan Berkanun dan agensi Kerajaan Negeri dan meningkat sebanyak 47.4 juta berbanding 92.87 juta pada tahun 2023. Saya setuju dengan YB

I Lamag dalam perbahasannya tadi. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, mana-mana GLC yang tidak memberikan impak keuntungan kepada Kerajaan Negeri perlu dikaji semula ini kerana masih banyak anak syarikat menjadi liabiliti kepada syarikat GLC itu sendiri mahupun kepada Kerajaan Negeri seperti yang dipengerusikan juga oleh Sinduminlah. Kena kaji semula. Banyak anak-anak syarikat di bawah khazanah yang tidak dan menjadi liabiliti kepada Sindumin juga nantinya.

Datuk Speaker, saya melihat peruntukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah meningkat sebanyak enam juta dalam Bajet 2024, iaitu 210.03 juta. Berbanding tahun 2023, pada tahun 2023, 204.3 juta. Di Sabah, hanya terdapat dua Majlis Perbandaran selebihnya Majlis Daerah. Pihak Kementerian seharusnya memfokus menyediakan peruntukan yang besar kepada Majlis Perbandaran, terutamanya Majlis Perbandaran Sandakan.

Majlis Perbandaran dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Sandakan. Service, dengan izin. Sampah, parit, rumput, pembentungan, lampu jalan dan sebagainya. Begitu juga jalan raya di taman-taman perumahan yang tidak diturap selepas lebih hampir 15 tahun. Saya mengambil contoh, Datuk Speaker, di perumahan yang saya tinggal hampir 15 tahun perumahan tersebut tidak disenggelara jalan raya sehingga ada yang sudah keluar batu kelikir daripada jalan tersebut. Walau telah mengalami kerosakan dan tidak rata. Begitu juga Taman Hing Wah, Bandar Batu 8 yang tidak diturap lebih 20 tahun.

Datuk Speaker, baru-baru ini rakyat Sandakan rasa tidak berpuas hati di atas tindakan Majlis Perbandaran Sandakan yang mengumumkan kenaikan kadar bayaran Cukai Pintu pada tahun 2024. Bukan kita tidak menyokong. Kita menyokong, Datuk Speaker. Kenaikan cukai terutamanya Majlis Perbandaran kerana kegunaan cukai ini adalah untuk membangun ekonomi dan juga prasarana di Majlis Perbandaran tersebut.

Dalam keadaan ekonomi, rakyat yang tenat, kos sara hidup yang meningkat. Saya apa nama ini? Saya tidak bersesuaian. Maka itulah Majlis sepatutnya Majlis Perbandaran tingkatkan dahulu mutu perkhidmatan kepada rakyat Sandakan.

I Namun, saya mengambil contoh, ketirisan yang berlaku disebabkan sistem delivery, pengurusan yang tidak cekap. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan gagal dalam mengutip cukai termasuk Cukai Pintu, Cukai Perniagaan, Cukai SES Tanah dan sebagainya.

Saya dimaklumkan setakat bulan Oktober 2023, jumlah hutang cukai yang masih tertunggak di Majlis Perbandaran…

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Majlis Perbandaran Sandakan sebanyak 40 365 792.18 atau lebih kurang 89.75 percent, hanya yang ter, ter, apa ni terkutip lebih kurang 400 sat, 4 138 292.80 atau lebih kurang 10.25 percent, cukai berjaya dikutip. Perkhidmatan tidak memuaskan, cukai pun tidak masih belum dapat dikutip, tiba-tiba mahu menaikkan, ah, cukai pintu, macam mana Sandakan mahu menjadikan bandar raya.

Sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak dapat menyelesaikan masalah penjelasan pengurusan dan juga pentadbiran, berbagai mana kita nak maju di daerah Sandakan ini.

Datuk Speaker, majlis perbandaran juga dilihat gagal dalam menguruskan projek-projek yang berimpak tinggi kepada rakyat. Sebagai contoh, Projek Retikulasi Air di PPR Sungai Manila. Kalau diingat, haa, projek ini telah diluluskan pada 2018 lagi, masih lagi belum dilaksanakan sehingga hari ini. Saya difahamkan masalah teknikal menyebabkan ia tergendala tetapi perkara ini diangkat semula dan dibincang, dimesyuaratkan, yang telah diluluskan dalam mesyuarat penuh Ahli-ahli Majlis pada tahun 2022. Akibat daripada pelaksanaan, pengurusan dan tender, dicampuri oleh pihak-pihak tertentu, telah menyebabkan 3451 orang yang tinggal di kawasan PPR Sungai Manila, ah, yang terpaksa menanggung akibat. Walau bagaimanapun, seksyen 37 telah diluluskan.

Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari ini, memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan pada ketika itu. Yang lebih menariknya lagi Yang Berhormat, ah, Menteri Kewangan hari ini pada adalah Menteri KPKT pada

I tahun 2022. Saya dicadang, saya mencadangkan supaya Projek Retikulasi Air di PPR Sungai Manila ini dapat dilaksanakan ah, pada tahun 2024. Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan di Dewan ini bagi jawapan Timbalan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan juga perubahan iklim di Dewan Rakyat. Terdapat permohonan pinjaman yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang tidak lengkap dan memaklum balas yang dikemukakan semula telah melangkaui tahun yang diproses. Persoalannya, mengapakah Kerajaan Negeri lewat mengemukakan cadangan isu kemudahan asas, terutamanya isu air kepada Kerajaan Persekutuan? Tindakan kelewatan Kerajaan Negeri, mengemukakan cadangan terbabit akan menyebabkan Sabah lebih jauh ketinggalan. Seharusnya, Kerajaan Negeri ah, lebih proaktif dan pantas dalam perkara ini untuk memastikan Sabah tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Tiga, tiga masalah utama di negeri Sabah ini iaitu bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air berdasarkan daripada tiga sumber iaitu dalam Teks Belanjawan dan Penyata Kewangan Persekutuan anggaran perbelanjaan Persekutuan perkara ini amat penting untuk saya bangkitkan di dalam Dewan ini. Mengenai bekalan air, Sabah diumumkan sebanyak 226 juta. Perbelanjaan sebenarnya adalah 190 juta. Bekalan air eletrik luar bandar, Sabah diumumkan sejumlah 300 juta. Namun, perbelanjaan sebenarnya adalah 170 juta. SESB diumum sejumlah 308 juta. Namun, perbelanjaan sebenar 178 juta dan jalan raya diumumkan 129 juta. Perbelanjaan sebenarnya 100.46 juta. Peruntukan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebegitu besar tetapi Kerajaan Negeri tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disediakan. Ini menyebabkan negeri Sabah masih ketinggalan daripada arus pembangunan.

Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, ke manakah lebihan peruntukan pembangunan ini disalurkan dan mengapa dia tidak digunakan sepenuhnya? Saya seperti mana yang kita tahu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan 6.5 bilion pada tahun 2023 dan 6.6 bilion pada tahun 2024. Datuk Speaker …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, YB.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Sa, sa, sa gulung. [berdeham]

I Datuk Speaker, saya melihat keperluan bajet yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini, mengharapkan ah, kalau boleh mengharapkan proses dan sistem delivery kalau boleh didigitalizekan. Kerana apa, kerana memerlukan sistem yang cukup orang bilang kecekapan dan pentadbiran dan pengurusan kewangan itu sendiri.

Saya ingin mengetahui ke manakah wang yang dibelanjakan dan berapakah jumlah baki yang belum digunakan?

Saya mencadangkan Kerajaan Negeri dapat melaksanakan pembangunan serta jumlah baki peruntukan pembangunan Persekutuan demi keselesaan dan kepentingan rakyat serta memberi impak besar kepada negeri Sabah.

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin menyampaikan pantun, Jika berlayar ke Pulau Libaran, Singgah sebentar membeli buah; Menteri membentang semua belanjawan, Diharap membela rakyat Sabah.

Mohon saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Adun Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Ehmm. Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Bajet Negeri Sabah 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, Kerajaan sentiasa berusaha untuk membangunkan Sabah melalui agenda dasarnya. Malangnya, atas pelbagai sebab Kerajaan Sabah tidak dapat menyampaikan perkhidmatan atau menyampaikan, menyiapkan projek seperti yang dijatuhkan, dijadualkan. Ini menyebabkan ramai Wakil Rakyat agak sukar untuk menunaikan janji mereka disebabkan kerana birokrasi atau pun red tapes.

I Datuk Speaker, saya sedar bahawa banyak kerja pembaikan kemudahan awam milik Kerajaan yang memerlukan hanya beberapa hari untuk diselesaikan masih belum dapat diselesaikan selama berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan. Senario ini telah memberi gambaran yang sangat buruk terhadap Wakil Rakyat dan semestinya menjejaskan keberkesanan Kerajaan. Ini menyebabkan Wakil Rakyat amat kecewa dan tidak berpuas hati kerana kelihatan tidak kemampuan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan peruntukan dana khas bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan awam bagi setiap Wakil Rakyat untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan atau penyelenggaraan yang diperlukan di constituency masing-masing tanpa perlu menunggu Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk menjalankan kerja pembaikan kerana masa yang diperlukan terlalu lama. Mekanisi berkenaan harus diusaha antara, harus diusahakan antara Wakil Rakyat dan Kerajaan Tempatan daerah masing-masing. Dengan peruntukan dana khas ini, saya yakin imej kerajaan kita akan bertambah baik dan dipertingkatkan serta disambut baik di mata orang ramai kerana berkepe, berkeprihatinan dan proaktif. Datuk Speaker, jelasnya, senario pada masa ini adalah di sebaliknya, sebagai contoh isu air masin di Sandakan masih belum diselesaikan setelah masalah itu timbul sejak setahun lalu, kami mempunyai GOC yang berpengalaman dan rekod prestasi yang terbukti dalam rawatan air. Namun, mereka masih belum terlibat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus melantik syarikat rawatan air tempatan yang terbaik yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti untuk menyelia, menyeliai Loji Rawatan Air Sandakan sekali bukannya pihak luar, melainkan kita tidak mempunyai kepakaran. Datuk Speaker, kerajaan harus menunjukkan peri, keperihatian dan memberikan yang terbaik untuk rakyat…

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Air amat penting kepada semua makhluk hidup. Oleh itu, jika didedahkan kepada air yang tidak bersih secara berterusan, ini adalah tidak sihat dan tidak patut berlaku pada zaman ini. Baru-baru

I ini saya dimaklumkan bertambah satu kes kucing mengalami cirit-birit selepas minum air baik secara berterusan. Keadaan cirit-birit berhenti selepas diberikan air mineral atau air minuman. Perkara ini tidak pernah didengari sebelum ini. Bagaimana pula dengan manusia?

Saya percaya bahawa sedangkan perkhidmatan Kerajaan tertentu adalah tidak cekap walaupun diberikan peruntukan dana awam secara berterusan. Lebih baik dana awam tersebut disalurkan kepada syarikat swasta, tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Datuk Speaker, di samping itu, adalah amat menyedihkan kerana banyak perangkaan sanitari rumah rakyat dan paip air logam telah berkarat. Kerajaan harus proaktif dan bertindak untuk memberi pampasan kepada penduduk Sandakan yang terjejas dengan mengurangkan bayaran bil air rakyat sebanyak separuh bagi tempoh satu tahun pada tahun 2024.

Datuk Speaker, Post Covid-19 menyaksikan permulaan perlahan dalam sektor ekonomi dan seterusnya menyebabkan isu pengangguran. Cara perniagaan juga mempengaruhi sektor pekerjaan. Oleh itu, dalam sektor tertentu, ramai tenaga kerja telah diberhentikan atau tidak dapat mencari pekerjaan di local. Ada yang rela meninggalkan rumah untuk mencari rezeki di tempat lain, ada yang tidak. Akibatnya bertambah banyak kes pecah rumah dan kedai.

Justeru, Kerajaan harus mengambil tindakan untuk memasang CCTV di kawasan strategik di Sabah dalam membantu pasukan keselamatan kita mengurangkan dan menangani kes jenayah. Saya percaya peruntukkan dana untuk kemudahan ini akan membantu memberikan rasa selamat bukan sahaja kepada penduduk tetapi juga pelancong kerana kita ini kini sedang bergerak ke arah ekonomi atas pelancongan. Datuk Speaker, ekonomi asas pelancongan adalah pemangkin yang baik untuk melonjakkan ekonomi. Ia juga merupakan cara terpantas untuk menjana peluang pekerjaan. Sehubungan itu, dicadangkan kementerian dapat memperuntukkan dana kepada setiap wakil rakyat untuk memasang lampu solar di kawasan strategik, strategik sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyelesaikan isu keselamatan. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan ucapan

I Selamat Hari Natal kepada semua yang akan menyambut Hari Natal pada bulan Disember.

Sekian dan terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Papat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Datuk Speaker. Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Menteri Kewangan selaku ADUN Karanaan kerana berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2024 sejumlah 5.701 Bilion bertemakan “SABAH TEGUH, RAKYAT TERBELA” adalah suatu kata-kata saranan motivasi kepada semua pihak negeri ini. Justeru itu, ianya juga memperlihatkan kemampuan mentadbir urus kewangan negeri kita yang tercinta ini.

Pada hemat saya, tema tersebut cukup memberi harapan tinggi untuk menyelesaikan masalah yang mereka rakyat yang mereka hadapi di kampung-kampung apabila Kerajaan terus teguh. Dengan pengalaman yang sangat luas, pernah memegang beberapa jawatan tinggi sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan awam sebelum melangkah ke arena politik, dan menduduki jawatan yang tinggi dalam Kerajaan sebagai Jemaah Menteri serta segala pengalaman beliau dan dengan teraju Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pastinya akan berupaya memulih tadbir urus kewangan untuk disalur demi pembangunan rakyat, dengan prosedur yang tidak menyusahkan pihak pelaksana ataupun anggota pentadbiran iaitu, cepat dan efisyen di samping meningkatkan ekonomi negeri ini.

Dengan harapan yang tinggi, Kerajaan GRS plus PH ini akan mengagihkan peruntukkan kewangan di seluruh negeri ini untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh rakyat di beberapa daerah yang sangat memerlukan tindakan segera. Walaupun dunia mengalami kelembapan ekonomi termasuk kuasa besar ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, pertumbuhan diunjurkan hanya

I sebanyak 1.8%. Rata-rata di Eropah hanya 0.3% hingga 0.4%. Beberapa Negara Asian seperti Singapura hanya 1 hingga 3% dan juga negara-negara lain mengalami kelembatan ekonomi yang sangat teruk.

Pertumbuhan KDNK Sabah pada tahun 2021 hanya sebanyak 1.5% manakala pada tahun 2022 telah meningkat kepada 3.7%. Walaupun dunia masih mengalami kelembatan ekonomi dan juga kita baru sahaja mula keluar daripada cengkaman penularan pandemik Covid-19, namun kini peningkatan ekonomi Sabah telah mula kelihatan serta kestabilan politik mengembalikan Sabah harmoni. Semua ini adalah merupakan bukti pencapaian positif oleh Kerajaan Negeri pimpinan pragmatik dan dinamik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang kita kasihi.

Datuk Speaker, izinkan saya utarakan masalah di kawasan saya iaitu, pertama, membina jalan laluan penghubung di antara Kampung Gumisi dan Kampung Inubai yang diberi nama Jalan Kemabong Gumisi Fasa 2. Rakyat menunggu sekian lama kerana menghadapi ketiadaan jalan laluan penghubung tersebut. Kedua, masalah bekalan air oleh Jabatan Air Daerah Kecil Kemabong dan Daerah Tenom. Bilakah water intake dan loji penapis air yang baharu akan mula dilaksanakan seperti dalam jawapan Kementerian Kerja Raya di Dewan yang mulia ini pada tahun lepas? Datuk Speaker, rakyat di Daerah Kemabong dan Daerah Tenom telah sekian lama bersabar menunggu bekalan air bersih dan mencukupi di kedua-dua daerah ini. Yang ketiga, menaiktaraf jalan ke Kampung Sumambu dan sekarang ini Kampung Sumambu pun jalan sudah putus jalan dia, tidak boleh dilalui sama sekali pada hari ini, pagi pagi tadi. Keempat, menaik taraf jalan ke Kampung Tilis. Untuk makluman Datuk Speaker, Jalan Semambu dan Jalan Tilis adalah sangat daif, teruk, menyukarkan penduduk kampung untuk turun ke pekan dan dengan dan demikian juga dengan guru-guru yang bertugas di sekolah rendah di kedua-dua sekolah kampung tersebut.

Yang kelima, masalah hakisan jalan raya, tanah runtuh di kilometer 16 Jalan Kemabong-Sipitang. Datuk Speaker, saya ingin melaporkan kepada Kerajaan khasnya Kementerian Kerja Raya supaya mengambil tindakan segera ke atas jalan raya tersebut tadi, yang semakin runtuh dan sangat berbahaya di kilometer 16 tadi

I iaitu, dari Temon ke Kemabong dan juga ke Sipitang. Apabila jalan ini runtuh sepenuhnya maka tiadalah jalan laluan alternatif lagi ke Daerah Kemabong dan juga ke Sipitang. Oleh itu, saya mohon tindakan segera Kerajaan terhadap perkara ini…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Keenam, masalah jalan raya ke kampung-kampung. Di daerah Kemabong, pihak berwajib seperti JKR dan Konsesi Kekal Mewah Sdn. Bhd. terlalu lembab menyelenggarakan jalan raya-jalan raya ke kampung-kampung sehingga mengecewakan penduduk kampung berkenaan kerana sukar melalui jalan perhubungan mereka, sama ada keperluan mengeluarkan hasil pertanian mereka, laluan murid-murid sekolah dan sebagainya. Saya mohon supaya pihak kementerian berwajib, khasnya Kementerian Kerja Raya terus memantau perkara ini. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Menyusahkan rakyat termasuk pihak-pihak yang menggunakan jalan-jalan berkenaan. Dalam pada itu juga, saya mohon supaya pihak kerajaan mengaspal kembali jalan-jalan yang telah rosak. Kembali seperti biasa. Maksud saya, banyak jalan-jalan JKR sebelumnya beraspal, namun apabila rosak dan walaupun rosak keseluruhannya terus dibiarkan tidak pula diaspal semula kembali seperti biasanya. Keadaan ini adalah sangat mengecewakan rakyat dan juga saya sebagai wakil rakyat. Sering kali sudah saya suarakan perkara ini sama ada di peringkat daerah ataupun di Dewan yang mulia ini selama ini. Tolonglah, janganlah seperti bak kata pepatah yang mengatakan ibarat “mencurahkan air di daun keladi”. Datuk Speaker, kembali kepada aspek negeri. Kajian menarik para pelabur untuk melabur di Sabah adalah hasil pendekatan dengan mekanisme masalah pelabur yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri telah menarik perhatian para pelabur luar dan dalam untuk melabur mendirikan kilang-kilang adalah yang terbaik dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi Sabah di samping itu rakyat mempunyai ruang yang cukup luas mendapatkan peluang pekerjaan di tempat sendiri berbanding berhijrah mencari pekerjaan di luar

I negara yang tidak pasti. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri dan kerajaan GRS plus PH di atas kejayaan ini.

Datuk Speaker, ucapan saya menjurus kepada ekonomi akar umbi. Saya mohon mencadangkan supaya suatu pendekatan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi akar umbi. Maksud saya, rakyat jelata. Rakyat kita berada di tiga kategori kelompok, iaitu rakyat miskin dalam bandar, rakyat pesisir pantai atau pasir laut dan rakyat luar bandar. Kerana saya adalah wakil rakyat datangnya daripada kawasan luar bandar, pendekatan yang saya cadangkan supaya kerajaan melalui jabatan atau GLC (Government Link Company) supaya kerajaan mewujudkan kolaborasi rapat interaksi yang sentiasa kepada pengusaha pekebun, pertanian, cara-cara menghasilkan pengeluaran kebun seperti buah-buahan secara komersial serta bermutu tinggi akan berupaya meningkatkan sosioekonomi mereka dengan memperkenalkan penamaan secara hybrid, berkualiti boleh dipasarkan dalam negara atau peringkat global.

Dengan cara-cara menanam, cara-cara penjagaan dan cara-cara penuaian disamping itu juga pihak kerajaan bolehlah juga memperkenalkan kaedah sistem contract farming secara berkelompok dalam pada itu juga kerajaan haruslah menyediakan pusat-pusat pengumpulan hasil buah-buahan dengan menyediakan tempat penyimpanan sejuk beku (cold storage).

Kita mohon supaya peruntukan untuk Kementerian yang berhubung dengan prasarana dan juga latihan ini supaya diperbanyakkan, ditambah peruntukan pada tahun hadapan, Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Prestasi sektor pertanian adalah sangat rendah dibandingkan dengan sektor-sektor yang lain, iaitu perkhidmatan 8.6%, perlombongan, iaitu hanya kuari, 1.3% sahaja, manakala pertanian hanya 0.2%, pembuatan 2.5%, pembinaan 6.2%. Walaupun Sabah mempunyai peluang yang luas untuk pembangunan ekonomi rakyat melalui sektor pertanian kerana kerajaan sebelum ini belum lagi serius dilihat ke arah memanfaatkan sepenuhnya sektor pertanian dengan kaedah dan sistem yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi. Cara-cara serta pendekatan sistem tersebut dilakukan oleh negara Netherlands atau Belanda yang menganggap negara

I itu sebelum ini sebagai pengeluar makanan kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

Selain daripada itu juga, kerajaan adalah dipohon membina jalan-jalan masuk ke kebun-kebun para petani. Namun sekiranya, namun kalau ada masalah, ada halangan sekiranya pihak kerajaan mendapat kesukaran dalam pengawalan penyaluran peruntukan terus ke jabatan ataupun agensi kerajaan ianya juga boleh juga disalurkan melalui peruntukan wakil rakyat dengan mencukupi. Percayalah pada rakan di Dewan yang mulia ini termasuk Datuk Speaker, pastinya kita dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat bukan sahaja keluar daripada kantung kemiskinan malah mereka akan terus berdaya saing justeru itu juga kerajaan haruslah mempercepatkan proses kelulusan pemilikan tanah-tanah yang dipohon oleh rakyat yang belum mendapat kelulusan selama ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, YB.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Mau habis sudah, Datuk Speaker.

Untuk membangunkan negeri ini yang ketinggalan terutama dalam aspek pembangunan pasaran asas dan pembangunan ekonomi, semua pihak harus berkerja sama. Gembleng tenaga untuk mencapai pembangunan mapan negeri ini. Seperti yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri dalam pelbagai sumber.

Majoriti rakyat mengharapkan agar keharmonian, kestabilan politik, kemajuan pembangunan prasarana asas dan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan rakyat Sabah dan negeri Sabah. Justeru itu, janganlah ada pihak tertentu cuba-cuba mengganggu gugat kerajaan pimpinan Ketua Menteri, iaitu GRS plus PH kerana semua itu adalah merugikan rakyat dan negeri apabila tidak mencapai pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia dan Sarawak yang kita kini masih ketinggalan jauh.

Rakyat mahukan Sabah bersatu padu, harmoni, menyelesaikan masalah rakyat, negeri menjana ekonomi negeri dan berdiri teguh di belakang kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri supaya suara

I kita kuat berjaya mendapatkan kembali hak-hak negeri Sabah seperti yang termaktub dalam ME63.

Marilah kita sama-sama, sama ada di pihak penjawat awam, peneraju politik negeri, para peniaga, para petani, nelayan termasuklah pihak pembangkang berkerja sama untuk berganding bahu memajukan rakyat dan negeri tercinta ini. Datuk Speaker, akhir sekali, marilah kita tetap berdiri teguh di belakang pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi.

Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Kemabong. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat daripada Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, Datuk Speaker, dan tahniah on your recent marriage. Congratulations.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dekat dengan hati saya, iaitu daerah…sorry, maaf, kawasan saya, Moyog.

Seperti mana di daerah yang berdekatan dan juga seluruh Sabah, saya tidak tahu kalau Datuk Speaker mengalami ini juga. Tiada elektrik. Konsisten dengan tiada elektrik. Blackout almost every week, tekanan air, water pressure. It is I believe one of the most consistent low water pressure di seluruh Malaysia, Sabah and also Moyog. I don’t know kawasan lain, Datuk Speaker, tetapi I believe cerita pun...

I

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

… sama always poor electricity supply catuan elektrik water pun I think Menteri JKR cuba explain pada Sidang yang lepas we are not even close to solving kepada satu state ataupun nation yang boleh membawa suatu penarikan kepada industry player baharu, investor baharu termasuk juga dengan orang yang ingin tinggal di Sabah sebagai you know part of Sabah people want to migrate here I don’t know why the food is amazing people are amazing but our basic infra is not there. I hope that the Government will be more serious than ever, in fact sack people cannot do the job sacked people who travel on business class just to enjoy forums or melawat sambil belajar. I just don’t understand that.

We have to create new budaya, new culture because if we don’t do this we keep on finding excuses. I give this, Datuk Speaker, saya I mean in one week I think we have two or three blackout ataupun in one month more than five or seven blackout and each time I tried to call 088515000 dan juga 15454 but through the handphone 088515000 I have on record dan kalau dia mahu dispute, I waited for 32 minutes exactly just to get an answer. I don’t blame the poor young girl, I think dia pun penat. I’m not the only one telling her off, we tried not to tell off because kita beradab, we try to be nice to them but their only explanation is catuan baharu. Kami dapat maklumat bahawa ada kerosakan and they trying their best sampai hinggalah pekerja-pekerja yang buat maintenance ataupun repair I even went to see the while they doing repair and mereka pun memberi penjelasan tetapi they saying is it not only your place, Darrel. Seluruh Sabah pun mengalami yang sama so that would mean in simplicity we have a problem we cannot sweep this under the carpet. This is serious and if we do not resolve this, any government regardless who ever takes over or continue, you have to change this attitude. We cannot afford blackout sebab it will kasi rugi peniaga-peniaga.

I give you for example, Datuk Speaker, last week, bukan last week, two weeks ago I remember going to one of the restaurant, they said they cannot serve because there is no water, they lost business sudah yalah you can buy the coco-cola drink but for the diabetic like me not so goodlah. You want to make kopi you want to make tea-c

I this just no supply of water and even if there were they will have to use water yang mereka beli dari botol.

So, my complain and I wish bring to the government is I think we have to just be serious we are gonna be remove in every election but those people in power I mean the in authorities controlling our water dan juga electricity and they will continue to be there until there are sacked, or they retired so be serious how about you deal with them.

Datuk Speaker, kedua ingin to bring to this matter saya sebagai wakil rakyat I don’t sit the district committee so I would to ask the government what are they plans to mitigate the incoming floods that I see in the next probably of month or two di kawasan saya, Moyog, we have been hearing so many rancangan plan to mitigate. I remember pada 17 September 2021, Menteri Pertanian yang bertanggungjawab atas flood mitigate ataupun flood matters in Sabah drainage umum bahawa Sabah hanya ada 281 juta untuk memperbaiki Moyog River Basin and Kerajaan Sabah perlu 481 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di Moyog. So, I would like to ask what is the outcome sama ada ini sudah dilaksanakan dan jangka masa di mana kita akan finally tidak payah fikir pasal blackout, low water pressure supply dan juga possibility of banjir.

With that, Datuk Speaker, kita juga saya ingin membawa kepada Menteri masalah kita dengan climate change di mana saya telah baca baru ini bahawa we have we are now actually at 1.5 degree so maybe different parts of the world berbeza some maybe at 0.5 some maybe at 1 some maybe 1.5% degree which we have been trying to fight everybody is trying to fight, so we’ll do our little part to reduce the problem of climate change but the impact kepada kita punya food security will be very serious why kita punya land our soil will no longer be productive for food security so what are the government plans in overcoming dengan masalah yang menghadapi kita seperti climate change. We also wish to ask Kerajaan sama ada our stockpile food are we ready for one year of stockpile food security because anything can happen we don’t know, COVID nobody realize apalagi dengan keadaan climate change kita pada hari ini.

I Datuk Speaker, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan education. Di Sarawak mereka telah mengumumkan tahun lepas pada 9 April 2022, Menteri Pelajaran Sarawak dan Inovasi telah mengumumkan bahawa they will focus on Dual Language Program di mana Maths dan Sains akan di will be held will be conducted dalam Bahasa Inggeris. The Sarawakian has realize the importance menggunakan bahasa English and I think di Sabah we can also shift similar polices kepada our people in Sabah because we have to think different from our friends di Semenanjung Malaysia kalau kita emphasize bahawa our education system adalah suatu bullet or our armory untuk membawa Sabah kepada high impact challenges or high impact nation challenges yang akan datang English is just one of the tools that we have beside skills.

I mention tadi dalam soalan tambahan quantum computing this is something even new to me. I have read about it about six months ago dan I realize in Sarawak they already talking quantum computing, my generation belongs to binary termasuk dengan Menteri Kewangan binary system 1010 1010 this is cubic its almost organic its amazing so this technology walaupun we are far behind I think we can catch up if we change our policies and we emphasizes on English and I hope that the government will do the same.

Datuk Speaker, maybe the Minister of Finance boleh memberikan suatu kunjungan and this is are important visit to Estonia where we can learn how they digitalize Kerajaan mereka we learn a few things from them but we need to bring the right people when you travel to Estonia. The Premier of Sarawak visited Estonia during my term sebagai Menteri MITI dan di sana saya telah mendapat banyak maklumat berkaitan dengan negara Estonia ini and we must be very brave to not follow what our friends in Semenanjung does but instead do our own journey and our own in chart kita punya own way of doing things in Sabah, so Estonia and I’m sure many other places yang sama is well worth the visit supaya kita boleh catch up dengan digitization of government.

Airport, Menteri Tourism pada sidang dua sidang lepas saya telah membangkitkan isu parking lot ataupun parking entry kepada airport. I don’t know if Datuk Speaker if you have the chance, minta maaf if you have the chance to find to try enter the parking site di sana Airport Kota Kinabalu is horrible. There is only one car park

I punya entrance the even itu main picit I mean the button to press to get ticket is already broken. When you press I think still see someone punya hingus di sana. So, what sort of high tourism state are we when basic thing ini pun kita tak boleh selesaikan? We have to start asking and maybe give if you can’t manage it give it to Sabah and at least there is local government can do something about it. Mana tahu handle MAB punya problem give it back to Sabah all the ports airports to our ports we must manage it because I believe Sabahan who own stakeholdership over it will love Sabah more and we will do something special. Health and all those sudah was touched and I know my time is almost near. Kibing, saya ingin bertanya…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

…kepada Menteri Kewangan dan juga rakan saya dari Likas, Kibing dalam pengumuman ataupun pembentangan Menteri Kewangan telah mentioned bahawa status pembinaan Kilang Pembuatan Kaca Solar (Solar Panel). Saya punya bahasa is not good as you can see I makes my perbahasan. Solar Panel and Kaca Solar are two different thing to me. Unless I stand corrected lah. Solar Kaca is glass, solar glass. That’s my understanding. Ecstatic, photovoltaic and what have you. That’s my understanding. Glass is a component of the entire value chain which is panel, solar panel. A component. So, my question is this. Kibing are they gonna just do solar glass and export it for the complete value chain to create solar panel ataupun this is a stand alone? Meaning, we are not completing the solar panel here but China is completing the solar panel. So, I’m not sure. If we are suppose to go in high impact investment, why not finish the product here dengan solar panel. After all they are using our material. Dia menggunakan kita punya silica Datuk Speaker.

So, instead of just doing one part of the value chain, why not complete the entire value chain? So, this word also impact probably what our Minister has consent as a balance of trade. Kita punya balance of trade can probably be corrected if we shift our apa ni our hopes or concentration only on oil, palm oil and gas. We should move to new type of production or downstream to overcome the balance of trade because with the rise of the ringgit, eh sorry the decline of the ringgit ataupun US Dollar are

I getting higher. We are not be so attractive to them other than just being cheap materials. So we have to move on to new things to overcome the balance of trade. So I believe if you can assure us maybe you can get Kibing to expand their investment kepada the complete the value chain and we become a state that produces the entire solar panel as suppose to just being a supply chain for a component of the panel.

So, Datuk Speaker ada juga one more if you don’t mine. I would like to touch on the what do we call that, aik I lost it already but anyways berkaitan dengan kawasan Moyog…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Moyog, silakan gulung.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

…Yes I will menggulung. Dengan Moyog, I hope that my friend the Minister of JKR will help us di kawasan kami untuk menyelesaikan all the road that under you jurisdication and my friend from the Local Government to also help us dengan penyelesaian all the potholes that under the Majlis Daerah. And my friend overhead guy, it drains is horrible. We need to clean up our drains, the major drains. Parit juta. It is stagnant. It is not moving and I think kalau we clean it up, we service it not quarterly, tetapi probably every month although its expensive, it will reduce the impact of flooding in will identify what is the real cause of the flood. Thats about it. Terima kasih Datuk Speaker and I wish all of you all Selamat Hari Natal and Happy New Year until we meet again. God Bless.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya, salam Malaysia Madani. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahas Ucapan Bajet Negeri Sabah bagi tahun 2024 yang telahpun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 23 November lalu.

I Datuk Speaker, saya juga merakamkan terima kasih di atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah pada tahun 2024. Sesungguh bajet ini merupakan bajet mesra rakyat dan memberikan tumpuan kepada semua aspek yang menjadi keutamaan kepada pembangunan negeri Sabah. Sabah Teguh, Rakyat Terbela. Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) PH Plus amat prihatin dengan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000.00 kepada semua penjawat awam negeri Sabah termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian. Saya berharap inisiatif ini memberi suntikan dan semangat kepada para penjawat awam.

Peranan wanita turut mendapat tempat dimana kesaksamaan gender dan membangun potensi wanita, Kerajaan GRS PH Plus sentiasa memastikan golongan wanita turut mendapat peluang dan faedah. Antaranya sebanyak RM6.7 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita dan RM11 juta disediakan melalui Yayasan Usaha Maju untuk membantu suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal pinjaman. Selain Pembangunan Modal Insan melalui program bantuan SME UP dengan peruntukan sebanyak RM15 juta, dimana setakat ini program ini berjaya melahirkan 5,000 usahawan industrial Industri Kecil dan Sederhana Sabah. Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan membahas isu yang jarang diperdebatkan. Yakni berkait peri pentingnya kemudahan tandas awam yang bersih dan selesa. Berdasarkan kajian World Toilet Organisation (WTO), satu badan bukan mengaut keuntungan NGO, secara purata seseorang individu menggunakan tandas sebanyak 2,500 kali setahun dan atau enam hingga lapan kali sehari. Bayangkan betapa pentingnya fasiliti tandas dalam kehidupan harian kita. Namun, sejauh masyarakat kita meletakkan fasiliti ini sebagai satu keperluan harian yang sangat penting dan seramai manakah antara masyarakat kita yang mempunyai rasa kepunyaan atau sense of belonging, dengan izin terhadap kegunaan tandas awam yang disediakan.

Melihat kepada senario ini, sudah masanya kita mula memikirkan kaedah terbaik bagi memupuk budaya dan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang

I kepentingan menjaga kebersihan tandas awam serta memberikan pendidikan tatacara penggunaan tandas awam secara berhemah dan betul.

Walaupun pihak kerajaan menyediakan kemudahan beberapa lokasi, khasnya kawasan tumpuan ramai namun kadang kemudahan ini masih dilihat belum mencapai tahap memuaskan dan adalah amat penting fasiliti awam ini dinaiktarafkan.

Datuk Speaker, seperti yang kita maklum, negeri kita menjadi antara destinasi pilihan pelancongan pelancong luar negara. Justeru itu, tandas awam jadi salah satu asas penilaian pelancong luar terhadap kualiti pelancongan kita selain keindahan landskap, kepelbagaian produk kraf, makanan, kecantikan pantai dan sebagainya. Semua keunikan produk-produk pelancongan ini akan terjejas jika kemudahan asas seperti tandas awam dalam keadaan tidak bersih dan tidak terurus. Selain itu, lokasi pembinaan tandas awam perlu strategik khususnya lokasi sepanjang jalan laluan tumpuan orang ramai. Tandas awam yang bersih, selesa dan strategik merupakan fasiliti sokongan yang dapat mempengaruhi tahap kepuasan pelancong berkunjung ke negeri ini dan seterusnya memberikan persepsi positif terhadap peribadi penduduk Sabah secara tidak langsung.

Sehubungan itu saya ingin mencadangkan dan menyarankan kepada pihak yang berkenaan dalam transformasi menaik taraf tandas ini iaitu: 1.

Infrastruktur berkualiti tinggi.

2.

Melabur dalam infrastruktur tandas awam yang berkualiti tinggi di pelbagai lokasi seperti Taman-taman Pelancongan, Taman-Taman…

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

…dan kawasan bandar. Kemudahan-kemudahan ini direka untuk menjadi bersih, selesa dan mudah diakses oleh orang awam. Kedua, penyelenggaraan berkala tandas awam menjalani penyelenggaraan dan pembersihan berkala untuk memastikan mereka kekal dalam keadaan terbaik.

I Jadual penyelenggaraan diikuti dengan rapi mengatasi segala sebarang masalah dan mengekalkan standard kebersihan.

Ketiga, inisiatif mesra alam, menggalakkan amalan mesra alam dalam tandas awam. Ini termasuk ciri-ciri penjimatan air seperti tandas dual flush, dengan izin, paip air yang menggunakan sensor, dengan izin untuk mengurangkan penggunaan air. Keempat, facility yang mudah diakses.

Terutamanya untuk golongan OKU, contohnya pengguna kerusi roda. Tanda dan maklumat juga disediakan dalam pelbagai bahasa untuk kemudahan pelancong. Tandas awam perlu direka untuk mudah diakses. Diakses oleh semua orang termasuk orang kurang upaya. Mereka dilengkapi dengan kemudahan seperti landasan pintu yang lebih besar dan ruang yang mencukupi.

Tindakan segera juga perlu diambil bagi pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab agar menjadi teladan kepada pengguna yang lain. Ke arah memupuk kesedaran sivik khususnya dalam penggunaan tandas, kerajaan juga perlu meneruskan dan menggalakkan pusat-pusat membeli-belah, sekolah, restoran dan lain-lain organisasi untuk membuat permohonan penilaian tandas untuk diberikan taraf bintang.

Tindakan yang tegas juga perlu diambil bagi operator restoran yang gagal menyediakan kemudahan tandas awam yang bersih untuk pelanggan mereka dan isu ini merupakan perkara yang sering kita terlepas pandang. Mungkin pihak berkuasa tempatan terlepas pandang. Sudah masanya masyarakat kita menjadikan kebersihan tandas awam satu aspek penting dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadikan masyarakat kita, masyarakat minda kelas pertama yang cintakan kebersihan. Sesungguhnya penggunaan tandas awam adalah cerminan kepada kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

Saya menggesa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi yang berkaitan supaya memantau tandas-tandas awam tersebut mestilah dibuka 24 jam. Kerana Datuk Speaker, saya dapati ada beberapa tandas di bawah Majlis Daerah, di swasta-swasta, diswastakan. Tapi, bila sampai, jam lima ditutup. Soalannya, kalau tandas awam ditutup jam lima

I bagaimana orang yang akan lalu lintas? Sedangkan orang ramai setiap hari 24 hours dengan izin menggunakan tandas awam.

Kalau sudah ditutup jam lima dimana mereka akan mencari tempat untuk melepaskan sesuatu? Di tengah jalan? Di pinggir jalan? Di dalam hutan? Jadi, ini persoalannya. Jadi, ini seharusnya tandas awam ini mesti dibuka 24 jam kerana tandas awam ini diguna 24 jam oleh pengguna setiap masa, setiap saat, setiap second, atau mengikut kesesuaian masa bagi memudahkan para pengguna selain di restoran-restoran. Ada kala kita terlepas pandang sebagai contoh, restoran tersebut mendapat tanda A, terbaik keadaan restoran itu. Tetapi, tandas yang diguna pakai seharian tidak bersih.

Saya amat bersetuju, cadangan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Yang Berhormat Datuk ADUN Paginatan yang mencadangkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menetapkan syarat tahap kebersihan tandas premis makanan sebagai kriteria bagi pembaharuan lesen perniagaan. Pemilik premis makanan perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga bintang mengikut garis panduan star rating tandas awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

Datuk Speaker, Sabah dan Sarawak pada masa kini hanya menduduki 25% daripada 222 kerusi Parlimen dan tidak mempunyai kekuatan untuk menentang atau mempertahankan sebarang perubahan Perlembagaan, termasuk dalam beberapa perkara mengenai hak dan keutamaan rakyat Sabah dan Sarawak. Kita sewajarnya perlu kembalikan kuasa dan kekuatan kita di parlimen sekurang-kurangnya 35% daripada 222 kerusi Parlimen. Ini bersesuaian dengan keperluan rakyat Sabah dan Sarawak sendiri yang dilihat masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan dan kemajuan.

Dalam isu ini kita melihat, wujud kewajaran yang besar supaya jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak ditambah bagi memastikan keseimbangan dengan Semenanjung. Ketika ini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai hanya 25 dan 31 kerusi parlimen. Kita berpendapat bahawa faktor kepadatan penduduk tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pertimbangan menentukan kesesuaian pengembalian

I 35% kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak. Tetapi berdasarkan saiz kawasan, kita yakin dengan penambahan kerusi

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Sekejap lagi, Datuk Speaker. Kita yakin dengan penambahan kerusi itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban wakil rakyat terlibat supaya mereka boleh lebih fokus dalam usaha membangunkan sesuatu kawasan apabila saiz parlimen yang dijaga menjadi kecil. Malah, kita percaya dengan penambahan kerusi di Sabah dan Sarawak, peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen dapat diagih dengan lebih saksama, menyeluruh mencapai kepada sasaran.

Sehubungan dengan itu, kita berharap cadangan ini diberi perhatian dan diteliti dengan serius oleh kepimpinan kerajaan perpaduan hari ini. Sebagai penutup Datuk Speaker, andai kata, akhir kata saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama kristian. Selamat menyambut Tahun Baru 2024 dengan doa dan harapan semoga 2024 lebih baik serta membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada kita semua rakyat Sabah dan Malaysia amnya.

Pura cendana negeri sentosa, Alam Shah Bana nama puteranya; Bersurai kita untuk sementara, Tetap pertahankan kerajaan GRS Plus kita.

Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih kepada ahli yang dilantik. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Nabawan.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang saya untuk turut sama berbahas Belanjawan Negeri Tahun 2024. Pertama sekali, syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun yang telah berjaya membentang

I Belanjawan tahun 2024. “Sabah Teguh, Rakyat Terbela”, tema belanjawan ini mencerminkan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah peka dan sentiasa mengutamakan keperluan rakyat.

Meneruskan penghujahan saya, saya telah meneliti belanjawan pada kali ini. Saya akan mengupas tiga indikator utama dan juga beberapa isu yang perlu saya tekankan agar ianya diambil perhatian dan tindakan wajar oleh pihak kerajaan negeri. Tiga sektor utama tersebut adalah pertanian, perindustrian dan juga pelancongan. Menerusi belanjawan 2024, saya melihat sejumlah RM813.5 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk menyokong ketiga-tiga sektor ini.

Pada saya adalah menjadi harapan agar agensi-agensi kerajaan seperti GLC dan juga badan-badan berkanun juga diberi peluang untuk turut bersama melaksana pembangunan pertumbuhan ketiga-tiga sektor ini. Apa yang menjadi persoalan, adakah dalam jumlah peruntukan tersebut kerajaan sudah meneliti potensi dan juga kemampuan pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan untuk melaksana dasar atau pembangunan termasuk dalam perbelanjaan ini?

Kedua, bagaimanakah penagihan bajet untuk ketiga-tiga sektor ini mengimbangi keperluan semasa sektor? Melihat isu ini secara serius, saya mempunyai beberapa justifikasi utama mengapa saya menekankan tiga sektor utama tersebut. Pertama, sektor…

…Pertanian akan memberi pulangan ataupun nilai tambah kepada Kerajaan dan rakyat Sabah sendiri. Mengambil data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dalam sektor pertanian, sumbangan Sabah terhadap sektor pertanian negara setakat tahun 2020 adalah 15.2% menunjukkan pertumbuhan sebanyak 12.6% sejak tempoh tahun 2016 hingga 2022. Sumbangan ini terbahagi kepada tiga ataupun empat aktiviti utama, iaitu tanaman 73.3%. Ternakan 6.2%. Perhutanan 4.1% dan juga Perikanan

I 16.3%. Seterusnya saya juga ingin menyentuh mengenai sektor perindustrian dan juga pelancongan yang mana dalam sektor perindustrian menurut data daripada Jabatan Statistik Malaysia prestasi dalam bidang pembuatan Sabah telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% sejak tahun 2016 hingga 2022. Begitu juga dalam bidang pembinaan sebanyak 4.7%. Dalam sektor pelancongan, kita juga menyedari bahawa sektor ini antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negeri Sabah. Jumlah pelancong telah bertambah. Peningkatan ketara telah berlaku pada tahun ini, iaitu 94% kemasukan pelancong di Sabah berbanding tempoh tahun 2018 hingga 2022 yang mana hasil ini telah diunjur untuk menyumbang RM 4.1 bilion kutipan hasil Sabah. Data atau statistik tersebut menunjukkan kemampuan Sabah dalam tiga sektor utama tersebut dalam peningkatan hasil Negeri. Apa yang menjadi persoalan kita mempunyai kemampuan kewangan untuk menterjemahkan hasil tersebut kepada pembangunan negeri.

Isu pelaksanaan pembangunan atau pelaksanaan peringkat akar umbi yang tulus dan juga efisyen perlu diberi perhatian serius kerana walaupun banyak program atau projek yang Kerajaan lancarkan, ianya masih belum dapat menuntaskan permasalahan isu seperti masalah keperluan asas rakyat, pembasmian kemiskinan dan juga kadar pengangguran yang masih tinggi. Maka dengan itu suka saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar Kerajaan meneliti kembali pelaksanaan projek-projek Kerajaan Negeri melalui pemerkasaan pelaksana peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan penjawat awam serta melibatkan agensi-agensi awam berkaitan untuk menggembleng tenaga dan idea. Melaksana dan melicinkan pelaksanaan segala projek dan juga dasar Kerajaan Negeri. Selain itu dalam usaha kita menyokong tiga sektor utama yang saya sebutkan tadi saya juga ingin menyentuh mengenai pemerkasaan ekonomi akar umbi ataupun ekonomi aras rendah.

Kerajaan seharusnya mempelbagaikan suntikan atau inisiatif melalui belanjawan tahun 2024 yang bertujuan untuk menggalakkan ah para peniaga kecil dan sederhana melakukan aktiviti perniagaan dengan lebih rancak dan mendapat sambutan masyarakat setempat contohnya peniaga di pasar-pasar ataupun tamu, penjaja kedai-kedai runcit, para petani, nelayan dan sebagainya. Usaha ini juga untuk memastikan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar dapat dirapatkan sekali gus memastikan isu pembasmian kemiskinan dapat ditangani dengan menyeluruh. Beralih kepada isu yang menjadi keutamaan kita semua, iaitu infrastruktur dan juga prasarana. Saya ingin mengupas sedikit mengenai isu ini terutama di kawasan saya sendiri. Apa yang saya harapkan menerusi Belanjawan Negeri Sabah pada tahun 2024 ini masalah-

I masalah jalan-jalan kampung, jalan-jalan pertanian dan juga jalan-jalan bekas pembalakan yang sekian lama menjadi laluan utama ah penduduk di daerah Nabawan dapat diambil perhatian dan menerima agihan peruntukan Kerajaan Negeri untuk diselenggara atau dinaik taraf.

Begitu juga dengan masalah bekalan air bersih juga adalah masalah di Nabawan. Masyarakat di kawasan saya ah inginkan agar pihak Kementerian ataupun agensi Kerajaan yang berwajib untuk mengkaji semula bekalan air di daerah Nabawan kerana isunya apabila musim tengkujuh ataupun musim kemarau bekalan air kerap kali akan terputus. Jadi saya ingin cadangkan juga kepada pihak Kerajaan mengenai bekalan alternatif ini sama ada elektrik ataupun air di Nabawan khususnya kampung-kampung yang di hulu-hulu ini tidak akan dapat ah bekalan eletrik yang biasa. Maka kerana itu, saya mohon pihak Kerajaan ambil tumpuan untuk letrik sama ada membekal tenaga solar, mini hidro ataupun membekal generator-generator set ini. Dengan izin untuk kampung-kampung yang jauh di pedalaman dan untuk masalah air ini pula kenapa tidak kita menyelenggara balik ah air-air graviti ini dan juga sumber air di bawah tanah ini, iaitu seperti tube well dan selain daripada juga itu isu liputan jaringan ataupun akses Internet ini yang masih rendah ah di kawasan saya juga masih perlu diberi perhatian serius dan di samping juga di samping itu juga seringkali menyuarakan mengenai pembangunan daerah Nabawan yang mana kawasan saya ini mempunyai banyak potensi terutama dalam sektor ekonomi khususnya dari segi pertanian, pelancongan, perindustrian dan beberapa bidang yang lain. Lebih-lebih lagi apabila dalam beberapa tahun ke hadapan ini ibu kota Indonesia akan berpindah ke Kalimantan yang mana akan memberi kesan langsung kepada kawasan daerah Nabawan yang berhampiran dengan Kalimantan, Indonesia.

Oleh itu, saya memohon agar Kerajaan menambah pembinaan bangunan-bangunan kedai seperti Bangunan SEDCO dan juga kemudahan prasarana awam yang lain dan saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan isu tanah menerusi Bajet Tahun 2024. Saya berharap agar adanya peruntukan yang lebih Kerajaan Negeri sediakan untuk urusan kajian semula dalam penilaian tanah-tanah Kerajaan khususnya tanah Hutan Simpan yang telah dibubarkan. Begitu juga urusan pengeluaran geran tanah orang-orang kampung yang sudah sekian lama memohon dan menunggu perlulah dicari solusi yang sesuai agar isu-isu seperti ini dapat dipercepatkan.

I Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan, saya ingin menyimpulkan beberapa justifikasi yang telah saya tekankan pada hari ini, iaitu mengenai tiga sektor utama yang menjadi penyumbang utama hasil negeri dan secara langsung memberi nilai tambah kepada masyarakat Sabah sendiri. Kedua, mengenai isu infrastruktur dan prasarana yang perlu diambil perhatian serius selari dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya. Terakhir saya telah menyentuh sedikit mengenai isu tanah yang memerlukan penelitian dalam usaha menyelesaikan perkara yang menghalang pelbagai usaha Kerajaan dan rakyat untuk membangunkan tanah-tanah negeri ini.

Tuan Speaker, mengakhiri ucapan saya titipkan sedikit bahasa ibunda suku kaum Murut yang mengatakan dengan izin “Ambabaya apasingkot sumuko raakansayan” maksudnya Membangun Bersama Menikmati Kemakmuran.

Jalan-jalan di Pekan Nabawan, Datang membeli keropok singkong; Terima kasih YB Karanahan, Belanjawan 2024 saya mohon menyokong.

Akhir sekali di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas bagi yang merayakan dan Selamat Tahun Baru 2024. Sekian dan terima kasih.

(Tepuk meja)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Nabawan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sebatik.

Datuk Hassan A Gani Pg AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Tema pembentangan bajet ataupun Belanjawan 2024 pada tahun ini adalah Sabah Teguh, Rakyat Terbela. Sebagai rakyat Sabah, kita berkongsi…

I

Datuk Hassan A Gani Pg AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

…tanggungjawab untuk membangunkan dan memperkasakan negeri dan kita dapat melihat Belanjawan ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun selaku Menteri Kewangan yang telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang dianggap satu belanjawan yang membela ataupun satu belanjawan yang cukup inklusif bagi pembangunan negeri Sabah.

Datuk Speaker, kesejahteraan hidup rakyat adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dengan bertindak berlandaskan strategi-strategi yang dirangka seperti pemerkasaan modal insan, menangani jurang sosio ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan pembolehdaya bagi menyokong pembangunan ekonomi. Kehidupan rakyat akan terbela sekiranya ekonomi negeri kita membangun dengan teguh dan mampan.

Datuk Speaker, Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam dan kepelbagaian budaya. Sabah juga mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah negeri maju dan sejahtera. Namun kita tidak boleh menafikan bahawa masih terdapat banyak cabaran dan masalah yang perlu diatasi oleh Kerajaan dan rakyat Sabah. Antara cabaran dan masalah tersebut ialah kemiskinan, ketidakseimbangan pembangunan, penggangguran, kualiti pendidikan, kesihatan, infrastruktur, alam sekitar dan sebagainya. Dalam usaha untuk mengatasi cabaran dan masalah tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai dasar, program dan projek pembangunan yang menyeluruh dan inklusif. Salah satu bidang pembangunan yang menjadi fokus ataupun keutamaan Kerajaan Negeri ialah Pembangunan Ekonomi Akar Umbi.

Ekonomi Akar Umbi merujuk kepada aktiviti ekonomi termasuklah perusahaan sosial, inovasi sosial, koperasi komuniti dan lain-lain yang melibatkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Petani-petani, nelayan-nelayan, pengusaha-pengusaha kraftangan, penjual-penjual makanan dan sebagainya secara tidak langsung

I Ekonomi Akar Umbi ini juga memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat Sabah yang ramai terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kita perlu membangunkan Ekonomi Akar Umbi kerana ia melibatkan komuniti penduduk tempatan ataupun kampung yang boleh menjamin pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan luar bandar mereka tidak perlu menunggu sehingga projek pembangunan yang besar dilaburkan di kawasan tersebut. Komuniti tersebut perlu bergerak sendiri yang disokong kuat daripada pihak Kerajaan, maka dengan ini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada ekonomi berdasarkan masyarakat tempatan.

Pertamanya, Ekonomi Akar Umbi dapat mencipta peluang pekerjaan tempatan dan membantu mengurangkan kemiskinan dengan memberi penduduk tempatan akses kepada mata pencarian. Secara tidak langsung penduduk luar bandar dapat meningkatkan pendapatan, menjamin kesejahteraan serta menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Ini akan menyumbang kepada pengurangan kemiskinan, ketidakseimbangan pendapatan dan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Yang kedua, Ekonomi Akar Umbi dapat meningkatkan daya saing dan produktiviti negeri Sabah dalam era globalisasi. Dengan adanya Ekonomi Akar Umbi ini, Sabah dapat menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi, unik, inovatif dan berdaya tahan tinggi yang dapat menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak Kerajaan semasa pembentangan belanjawan baru-baru ini.

Produk-produk ini juga dapat mencerminkan identiti budaya dan warisan Sabah yang berbilang kaum dan agama. Ini akan meningkatkan nilai tambah dan kelebihan komparatif Sabah dalam arena ekonomi global.

Yang ketiga, Ekonomi Akar Umbi dapat meningkatkan kelestarian dan keselamatan alam sekitar negeri Sabah. Dengan adanya Ekonomi Akar Umbi, Sabah dapat memanfaatkan sumber-sumber alam yang ada dengan cara yang bijak, berhemah

I dan bertanggungjawab. Ekonomi akar umbi juga dapat mendorong rakyat Sabah untuk menjaga keindahan alam semulajadi negeri ini sebagai aset penting bagi pembangunan masa hadapan. Ini akan membantu Sabah untuk menghadapi cabaran, perubahan iklim, pencemaran, pembalakan haram, kehilangan biodiversiti dan sebagainya.

Yang keempat, Ekonomi Akar Umbi dapat meningkatkan perpaduan dan harmoni sosial di kalangan rakyat Sabah. Dengan adanya Ekonomi Akar Umbi, Sabah dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang padu, saling hormat menghormati, saling bantu membantu dan saling bergantung antara satu sama lain. Ekonomi Akar Umbi juga dapat menggalakkan kerjasama dan keterlibatan rakyat Sabah dari pelbagai latar belakang etnik, agama, bahasa, budaya dan politik dalam aktiviti ekonomi. Ini akan menyumbang kepada kestabilan, keselamatan dan kemakmuran negeri Sabah. Namun begitu, Ekonomi Akar Umbi juga menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang menghalang potensi dan prestasinya. Kerajaan harus peka dan prihatin dengan masalah-masalah ini agar sentiasa bersedia membantu ekonomi berdasarkan komuniti tempatan.

Datuk Speaker, di dalam usaha Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa dan mempercepatkan pembangunan prasarana ICT di Sabah, saya ingin menyentuh mengenai langkah Kerajaan bagi menaiktaraf rangkaian internet di 1031 premis yang turut melibatkan pusat-pusat e-Desa menggunakan gantian optik berkelajuan minima kepada 300mbps. Dalam hal ini saya ingin mengemukakan beberapa persoalan berkaitan status bangunan Pusat e-Desa Kalabakan yang sudah lama terbiar dan tidak digunakan lagi walaupun masih mempunyai beberapa peralatan komputer didalamnya.

Persoalan saya yang pertama, apakah perancangan kementerian dalam menghidupkan dan menggerakkan semula peranan Pusat e-Desa ini?, memandangkan lokasinya yang agak strategik ditengah-tengah kawasan pekan dan berhampiran dengan sekolah. Yang kedua, apakah peruntukan menaiktaraf dalam Belanjawan Negeri 2024 tersebut turut melibatkan Pusat e-Desa Kalabakan?

Berkaitan usaha untuk membudayakan bidang Sains dan Teknologi, engineering dan Matematik ataupun STEM, saya juga memohon pihak Kementerian untuk

I memberikan peluang kepada anak-anak daerah Kalabakan mengikuti sesi pembelajaran secara interaktif melalui penyertaan dalam pameran-pameran yang dianjurkan. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak Kementerian juga mengadakan pameran tersebut di daerah Kalabakan selain beberapa daerah yang dijadualkan pada tahun hadapan iaitu di Membakut, Beaufort, Sipitang, Tenom…

Datuk Hassan A Gani Pg AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

…dan Tawau. Daerah Kalabakan, jangan dilupakan, supaya pembudayaan STEM ini juga dapat dimanfaatkan oleh anak-anak di kawasan luar bandar.

Datuk Speaker, saya juga ingin membawa isu bekalan air mengenai usaha untuk mengurus dan menangani isu-isu bekalan air di seluruh negeri. Saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri menerusi peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah sebanyak RM156.77 juta bagi melaksanakan program-program penyelesaian serta merta dan jangka pendek dan sebanyak RM258.05 juta bagi program penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang di bawah Program Pinjaman Mudah Persekutuan.

Persoalan saya, pertama, daripada jumlah peruntukan tersebut, berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk menambah baik perkhidmatan bekalan air daerah Kalabakan termasuk memastikan dua buah loji rawatan iaitu Loji Rawatan Kalabakan dan Loji Rawatan Murut yang mana berada dalam kapasiti yang terbaik? Persoalan yang kedua, berapakah jumlah peruntukan yang telah dipohon dan dimajukan oleh Jabatan Air Daerah Tawau kepada Jabatan Air Negeri Sabah dalam tempoh 2022 hingga 2023 dan berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam tempoh tersebut untuk kedua-dua loji air dalam Daerah Kalabakan? Datuk Speaker dan sidang Dewan yang mulia ini, Kampung Brantian merupakan antara kampung tertua di Daerah Kalabakan. Namun, sehingga hari ini tidak mempunyai bekalan air bersih.

Bekalan air bersih ini amat penting bagi memudahkan penduduk untuk meneruskan.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung. (suara bertindih)

Datuk Hassan A Gani Pg AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Baik, Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung.

Datuk Hassan A Gani Pg AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Oleh itu, saya mencadangkan pembinaan dam ataupun tangki air ataupun takungan air ataupun kolam untuk menampung bekalan air pada musim kemarau ataupun pada musim banjir. Datuk Speaker, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kedai-kedai lama di Pekan Kalabakan yang sudah agak padat, uzur dan tidak teratur serta terdapat isu-isu kesesakan dan kebersihan. Oleh itu, amat penting untuk kita memastikan perancangan pembangunan Bandar Baru Kalabakan berjalan lancar mengikut jadual, apatah lagi dengan perkembangan pembangunan yang rancak di negara jiran serta kerja-kerja awalan yang telah mula dilaksanakan di kawasan Sempadan Serudung Kalabakan dan Simanggaris.

Pembangunan Daerah Kalabakan, sebagai pintu masuk antarabangsa, darat perlu terus dipergiatkan kerana ia merupakan gambaran pertama kepada pelancong dan pelawat khususnya dari negara jiran Indonesia.

Persoalan saya, bilakah perancangan pembinaan Rumah Kedai Komersial Fasa 1 oleh pihak LPPB yang dijalankan usaha sama ataupun Jevi di Bandar Baru Kalabakan akan bermula dilaksanakan? Berkaitan perkara ini juga, pada tahun ini akan bermula kerja-kerja awal untuk pembinaan sebanyak 12 buah unit kedai sosioekonomi oleh pihak Perkasa Reality Sdn. Bhd. di dalam kawasan Fasa 1 Bandar Baru Kalabakan. Dalam pada masa yang sama juga, banyak pelabur termasuk sektor swasta dan GLC berminat menyatakan hasrat dan minat yang tinggi untuk memajukan daerah Kalabakan.

Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, beberapa projek pembangunan melibatkan kerja-kerja awalan sedang giat dijalankan.

I Pertama, pembinaan pejabat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah Daerah Kalabakan.

Kedua, jalan masuk ke sempadan Serudung Simanggaris dan Pembinaan ICQS di Serudung Kalabakan juga sedang giat dirancang dan dilaksanakan. Di samping itu, perbincangan awal untuk pembukaan Agro Bank Cawangan Kalabakan juga disediakan.

Datuk Speaker, mengambil kira pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan, sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini saya menegaskan akan pentingnya pewujudan Majlis Daerah Kalabakan dipercepatkan bagi membolehkan proses pembangunan dapat berjalan dengan lancar dan daerah ini dapat mengurus kutipan hasil dan cukai sendiri bagi menjana pembangunan yang lebih pesat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat di DUN Sebatik, khasnya di daerah Kalabakan pada keseluruhannya.

Datuk Speaker, pada tahun 2024 menjadi tahun yang amat penting kepada negeri Sabah dan negara kita, tahun untuk kita memacu kembali pertumbuhan ekonomi negeri dan menyejahterakan kehidupan rakyat dengan pelaksanaan dasar, perbelanjaan berhemat, pembudayaan cara kerja efisen dan berinterigriti akan melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri ini dapat dicapai melalui pemerkasaan keupayaan, kecekapan serta keberkesanan pentadbiran dan sistem pencapaian Kerajaan Negeri.

Datuk Speaker, saya yakin dengan kerjasama yang kuat daripada semua pihak bagi menjayakan agenda-agenda yang digariskan dalam Belanjawan 2024 ini akan meletakkan Sabah pada landasan yang lebih baik selaras dengan tema Belanjawan 2024 ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Dewan dan juga seluruh rakyat Sabah yang menyambut ataupun meraikan perayaan ini pada 25 hari bulan Disember yang akan datang dan untuk itu saya mohon menyokong.

Sekian dan terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik ya. Saya sekarang menjemput, Yang Berhormat Tanjong Aru.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

12 minit, YB.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, Datuk Speaker ya untuk beri peluang saya untuk bahaslah dalam Bajet 2024.

Terima kasih Datuk Speaker dan first issue saya mahu bangkit ini adalah isu airlah seperti semua YB pun ada bangkit isu itu. Tetapi saya nak bagi tahulah, ini bencana air ini bukan sahaja menderitakan penduduk bagi industri pembiakan, industri ringan dan berat juga mengalami menderita ah, ini secara berterusan. Hampir setahun sudah masalah ini bekalan air ini di Sabah menyebabkan seluruh Sabah …(sebutan kurang jelas). Ya, setelah beberapa bulan kerajaan ah sedia ada sekarang berulang kali menekankan bahawa mereka telah bekerja keras untuk atasinya tapi nampaknya masalah ini semakin teruk. Saya bagi contoh ya, saya ingin ambillah ini kesempatan untuk memberi tahulah kepada ramai orang tentang kesakitan untuk yang ditimbulkan oleh bencana air ini kepada rakyat Sabah selama hampir setahun sudah sekarang dan berharap pihak berkuasa ini ah, yang berkenaan, mengetahui …(sebutan kurang jelas) ketidakcekapan mereka sehingga memudaratkan seluruh Sabah.

Saya bagi contoh ah, K2, jenama air minuman tempatan yang terkenal ah, sekarang masalah dorang ah, pengeluaran produk air minuman terjejas teruk. So jumlah dorang ada bagi report dorang sendiri, jumlah tempoh gangguan bekalan air yang dialami oleh dorang lah berlaku daripada Januari hingga ah Julai tahun ini adalah sebanyak 451 jam daripada dorang, rekod dorang ya. Setiap gangguan ini berlarutan daripada lima jam sehingga 65 jam. Terdapat beberapa gangguan ah, berlaku tanpa sebarang notis awal dan ini sungguh memalukanlah, memalukan dan juga bagi sebuah syarikat yang mengeluarkan air minuman sehingga saluran pengeluarannya terganggu oleh putus air seperti ini. Ini adalah sangat impak ah, kesan sangat serius kepada perniagaannya.

Jadi, siapa yang patut bertanggungjawab atas kerugian dalam perniagaan ini? Cuba kita fikirlah semula. Ini

I hanyalah satu kilang mengeluarkan, iaitu industri ringan yang terletak di KKIP tapi berapa banyak lagi industri yang lain mempunyai permintaan tertentu untuk bekalan air di kawasan perindustrian KKIP atau di kawasan industrial parklah yang lain seperti Kinarut, seperti di…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Putatan ya park dia. Jika kita susun jumlah bersama berapa banyak kerugian air ini menjadi punca kekurangan kepada industri Sabah ini. Jadi industri-industri yang sudah lama beroperasi di dalam negeri ini juga telah lama menderita. Banyak pada ini, baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan terdapat beberapa pelaburan asing akan melabur di Sabah pada tahun ini dan saya ucapkan syabas tapi jadi ini bukan buat orang ramai juga bertanya-tanya. Adakah pelabur asing ini bersedia untuk memasuki Sabah dan menyertai pakatan mangsa air? Adakah ratusan jumlah pelaburan akan dilabur di tempat yang kekurangan air dan elektrik?

Datuk speaker, saya bagi contoh lagi, dobi banyak dobi di KK ni sedia sudah untuk ditutup. Seorang yang seorang saya jumpalah pemilik kedai dobi mengatakan yang dia bercadang untuk menutup perniagaannya yang keluar daripada Sabah untuk mencari peluang pekerjaan. Gangguan bekalan air di daerah dia, kedainya telah berlaku selama hampir setahun sudah menyebabkan dia tidak dapat meneruskan operasi perniagaannya dan impact, impact berlarutan akibat tiada bekalan air akhirnya perniagaannya terpaksalah menamatkan perniagaan tersebut, dan dia juga bukan hanya tutup itu kedai macam itu senang saja sebab dia sudah ada banyaklah pengusaha dobi telah pun sudah menandatangani kontrak yang pemilik syarikat berjenama.

Jadi mesin basuh dan kering peringing mereka dengan separuh dijual dan separuh dipajak. So, penutupan peniaga tersebut bukan sahaja menyebabkan mereka kehilangan, kehilangan perniagaan tetapi juga menyebabkan mereka berhutang dengan syarikat berjenama itu bayaran penyelenggaraan untuk membaiki mesin. Jadi siapa? Adakah sesiapa memahami kesedihan pemilik peniaga ini?

I Jadi ada lagi contoh sebagai hot pot restaurant di pusat bandar menggunakan bekalan air sebagai sumber utama. Tapi sekarang ini, ini peniaga juga berharap dari membeli air minuman daripada luar setiap hari, meletakkan air minuman yang beli memakan ruang yang besar juga memerlukan masa tambah, tambahan serta tenaga kerja untuk mengangkat dan menuangkan dari botol air dalam banding setiap hari. Jadi, Datuk Speaker, saya ingin tegas, tegaskan di sini perusahan kecil dan sederhana ini adalah tulang belakang ekonomi dan peniaga ini berkait rapat dengan ekonomi Sabah.

Jika Kerajaan terus membiarkan keadaan ini, terus memburukkan atau tidak tambah baiklah dengan keadaan ini dan yang akan menjadi terus merosot ekonomi Sabah sendiri. Jadi ada yang di Bandar Sierra, ada yang banyak rakyat itu sudah sedia mahu pindah daripada rumah di Telipok dan juga di sanalah sebab masalah yang tiada air. Tapi tidak tahu mahu pindah pergi manalah diaorang. Apa ni orang ramai berkali-kali bergaduh bahawa pihak yang berkuasa ini berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan penderitaan penduduk tempatan walaupun sudah beberapa kali dihebohkanlah.

Jadi sungguhlah kita berbinggungan bahawa Kerajaan hari ini boleh berbincang atau rancang roket untuk pergi ke bulanlah tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat yang menderita selama ini dan jugalah ada satu penduduk, seorang pemuda menjalankan perniagaan kalis air di Sabah ini, dia bagitahulah. Saya tidak pernah menyangka rakyat Sabah boleh hidup dalam keadaan sedemikian dalam pemotongan, pemotongan air berterusan tanpa notis.

Jadi, saya, mereka atau andalah mesti tahu bahawa manusia boleh mati jika tiada mempunyai air untuk tiga hari tapi Kerajaan sedia ada pada hari ini boleh tanpa bekalan air selama seminggu atau lebih.

Jadi ini memang betul-betullah mempersendakan rakyat ini. Jadi adakah pekerja syarikat yang dibiayai pelabur asing ini sungguh menetap di kawasan yang mengalami masalah bekalan air? Ini apa lagi, belum termasuk ini, ini belum termasuk lagi masalah electricity, belum lagi termasuk masalah jalan raya. Jadi sehinggahlah ramai rakyat Sabah ini sendiri tidak bersetujulah dengan propaganda Kerajaan Sabah bahawa Sabah ini sekarang adalah berada di landasan yang betul ya.

I So, dalam hal ini apa apakah dengan rancangan My Home My Second Home projek di Sabah ini yang akan dilancarkan, adakah itu berjaya? Sebab pelabur asing yang datang ke sini untuk menyertai program rumah kedua ini inginkah rumah kedua mereka berisiko jatuh harga? Dan mereka juga tidak ingin seperti berada di dunia ketiga apabila mereka datang tinggal di sabah ini.

Datuk Speaker, topik yang ke the next topic will be the top of the cost of living, the high cost of living ya. Dengan izin I will just continue in English. The cost of living for the past three years, skyrock, really skyrock like some I, a lot of important items actually more than 100 percent increment ya. The skyrock in last three years which I have debated before and I believed by next year will be very very tough for Sabahan, really tough because especially after the eight percent logistic tax because luckily for Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia timbang baliklah untuk tidak laksanakan removal of subsidies di Sabah ini.

Kalau tidak, I think we Sabahan will face at least another 30 percent increment of our cost of living and also cost of doing business. So, what are the Government’s initiative to actually control the price item and also the initiative to boost the economic activities in Sabah? Just in the phase of next year coming forward because I don’t see a lot initiative to help the people on the ground ya. Datuk Speaker, dan jugalah syabas, syabas saya ucapkanlah kepada positive Sabah GDP upper capital has increase from 30,022 ringgit to 35,766 ringgit but is that the reality on the ground? Datuk Speaker, I would like to ask is that the reality? I don’t know where we get the figure from but is that the reality on the ground? Now people have no more spending power and it’s becoming not a feeling but it’s becoming very visual. You can actually literally see that people have no water, no spending power already.

So, shops are pretty empty during peak hours even lunch time and dinner time. Many are closing down if not already closed on ya. So, more people are tidying up their belts. You know a lot people are should bringing back to the 70s 80s something, Datuk Speaker, bringing their own water bottle, bringing their own cooked food at home from family and this is already happening. At least we’re going back already,

I not going forward ya and this is already house hold topic and also so a coffee shop talk right now.

I just went to Batu Sapi for party matters and I went to the Pasar Karamunting and I bought, I purposely go there and buy a, I bought, I bought a kubis, I bought a kubis and the kubis is normal, ini saiz macam itulah. It’s not the big one, not very small but something like that. It’s a local produce and it’s costing five ringgit, five ringgit. Three years ago when I was still in the Kementerianlah, three years ago. Kubis will cost you like 1.50 maybe 2 ringgit the max, that’s the max. That’s three years ago and this is mind you this is a local produce. This is not even importing, we are not even importing yet but talking about local produce and that local produce in the last three years, kubis sahaja pun sudah increment lebih 100 peratus, more than 100 percent.

So, when we look at this one is very also another funny one because I always look at the news regarding our chicken protein, the most protein item, chicken. The pricing of chicken have surge that means it has increase in west Malaysia melalui berita Straight Timeslah, I just quoting as a reference, 10.50 then they also quote the fresh chicken sold around Johor Bahru is about also increase and it’s 10.50 also in Kuala Lumpur and Johorlah. Okay, so they want to maintain that ceiling price at 9.40 so Sarawakian is 9.80 to 10 something, 10 a little bit but 9.80 mainly about 40, 50 cents difference.

So the price, the chicken pricing in newspaper announce by any Menteri and Menteri now alsolah is only applicable in Malaysia. When Sabahan read the news it’s like seolah-olah kita Sabah ini bukan di Malaysia because keadaan di Sabah ini langsung that’s not applicable. We do not see how it actually what its called berkait dengan kitalah because in Sabah, our pricing, chicken price in Sabah has long gone excited the ceiling price. Exciting about 12.80 to 13 ringgit ya now even now per kg and I think it’s gonna increase soon. I think its gonna increase soon so after they have remove the ceiling price now, the egg and chicken I believe will increase soon also in sabah and also we are already importing a lot and now the policies which I have ask the last bersidang.

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

... Menteri sendiri pun katakan sekarang kita sudah banyak import. So, bergantung dengan import of our basic food which is chicken and egg and all of that lah. So, I’m look I’m seeing a lot of a challenges ahead of us. So, where I’m hope the Government can take into concentration and really find initiative to achieve hope with the cost of living because I think rakyat very worried about this price height into the 2024 very quickly to this, I have very little time…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Boleh gulung.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Very quickly I will gulung it.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Banyak Shopping ya Yang Berhormat?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Tidak ini bukan Shopping sebab ini rakyat yang bagi tahu. (ketawa). Sebenarnya saya tidak tahu.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Satu (1) minit.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

I don’t know how to cook so I don’t buy these thing so I have to find out.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Satu (1) minit boleh?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Give me another two minutes lah. Two minutes. Very quickly ah. So rumah pangsa house has been offer and this rumah pangsa lah. Not about the pindaan but rumah di rumah ditawarkan lah. Ada adalah dengan condition keadaan yang sangat teruk. Tidak bersih, tidak sangat kotor, sangat daif, dan begitu teruk dan ada yang keadaan yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk di rumah pangsa ini, keadaan dia lebih teruk daripada rumah pangsa. I think this one, I just want to bring it up so that Menteri can look into it lah.

I But they tawar-tawar rumah yang baiklah. Jangan tawar dengan rumah yang sudah rosak. Okey ah Menteri.

Move on, I think very quickly one this is about the swimming pool. Because I read here very quickly so the Sabah has this vision about producing the world class athlete. This is Sabah is very good. So there are a lot of money, spend so we are actually Sabah has spending a lot of money, and also will be sending at athlete to participate in Malaysia game, SUKMA. In Sarawak in August 2024 which is coming at 8 months, 9 months, and we hope the success to bring pride to Sabah and I say, this is very good initiative Datuk Speaker. But I wanna to bring this attention Datuk Speaker.

The swimming pool to the Menteri, Sport Menteri lah. Swimming pool has already been stop since 31 of October 2023, and I’m sure Menteri know about that. And the initial notice was only until December. No sorry until, 22 August October for the upgrade, for the upgrade of the Likas Swimming Pool. And then after the 22 of August right, it was opened up trial for a day. For a day I think Menteri himself also went to ini mungkin what’s that it perasmian lah. One day. Since selepas the day after opening rasmi 22nd August it was closed again. And then was made another upgrade until the first they said the next will be until November 1st. But until November 1st the swimming pool still not open yet until they have further notice that the swimming pool will be opening in February 2024. Belum tahu lagi kalau itu boleh jadi lah.

So I just want to bring this quickly to Menteri and also Datuk Speaker, when the parents and the passionate swimmers have no places, no where to train themselves right now. Okey they have been ready deprive many months, they may have to go many other options but there is no other options lah. There is only two pool mah, in Penampang and one in Likas. The rest is at Sutera Harbour they can not afford. And then the only one that has qualify because you see we are sending our, our athlete to SUKMA. So the only swimming pool that actually allowed our swimmers to do the qualifying time which is the Touch Board lah. The Touch Board System where they can do the qualifying time is in Likas and it’s not done yet, and they can not practice, and now they have to get their qualifying time already. So where they have to go? They have to go nearest to Kuching. Kuching that they do the qualifying time.

I For our athletes to know their qualifying time whether they qualified for the next SUKMA, they have to fly to Kuching to do it. Kuching they are about ten (10) swimming pool is their qualified Touch Board but Sabah has only one (1). So here, I would like to ask Menteri lah. To give a definite answer to when this swimming pool upgrade can be completed this number one (1). Number two (2) secondly, can also Menteri put into more effort an ensuring lah the Sabah athlete for the passionate to do Sabah proud or be given more attention. And also more support both financially, spiritually and I am sure you will do it because you pun athlete yourself lah but I have to put more a little bit more attention lah to them, because they are actually facing a lot of trouble which I don’t have time to …

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey, Yang Berhormat.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya okey. Just very quick. One (1) last one (1) ah. It’s my last one (1). There are few controversial land issues in KK recently, which I think I need to bring the Government attentions but they are Kepayan Immigration Land, there are Sutera Harbour Open Space the sea view, open space development, which has been reported to the news paper, but there is one(1) that actually caught my eyes Datuk Speaker. I think this one (1) you been interested as well. There is one that caught my eyes is the Inanam there is one (1) Inanam land. … this case Inanam, where there is a claim where, they are two (2) lot of land with different title have been merged as one (1) lot without notice. Now there is 0.3 acres of land, which is status by is the Government reserves land. The land title is 01200910362/773. I don’t know if I read it right because I also don’t know to read the title but I see this number I read it out. Okey then, however it was later claimed this same lot have been merged with another Lot, beside it which is believe it to be native title. And then that land title is 0130843410112/3938. Now if we check from the app, if you check from the land… Datuk Speaker if you check from the land it used to be two(2) land. Two separated land. And then now if you check from the land title if becomes one(1) land. One (1) land title. Which is very weird. Maybe there is technical fault, I don’t know. But I stand to be corrected and I would like Government to clarified. I would like the Government to clarified, because that piece of land should located very prime area. It’s actually near the ford. The ford there in Inanam area. So it’s very prime land and my question is that I stand to be corrected Datuk Speaker. I want I would like to ask you. If is that land Government reserves land

I number one (1). Okay Is it Government reserves land that’s number one (1). Number two (2) can a Government reserves there be sold or to be transfer to any individual. That’s second question.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya, ya I will be clear just give me 30 seconds. So what are the grounds, what are the procedures and I would Government to actually explain to the public whether or not it is true and, hopefully the Government can gives us thorough answers lah. And actually I don’t have much time already. It’s okey lah Datuk Speaker. Thank you so much with that I sokong menyokong lah dengan bajet ni. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Thank you, terima kasih.

Yang Berhormat Tanjong Aru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bongawan. 12 Minit ya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

Terima kasih Datuk Speaker, kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2024, yang telah dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada Jumaat lalu. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepada Kerajaan Negeri di atas Belanjawan lebih lebihan yang bersifat inklusif berjumlah RM 5.70 bilion tahun Bajet 2024. Diharap apa ni diharap mampu memperkasa pembangunan wilayah ini dan juga untuk rakyat Sabah khususnya.

Datuk Speaker, Belanjawan 2024 ini sememangnya amat disokong bagi memastikan kerancakan ekonomi dan pembangunan wilayah ini sentiasa berterusan demi kepentingan rakyat di semua peringkat golongan yang telah ketinggalan dalam pelbagai serba serbi kemajuan, berbanding wilayah lain di Malaysia. Tema Sabah Teguh Rakyat Terbela juga harus menepati aspirasi kita. Jangan hanya bersifat patriotik sahaja, tanpa ada pemerkasaan yang mantap dari semua pihak bagi memastikan pelaksanaan semua mampu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

I Datuk Speaker, sebagaimana yang dinyatakan Menteri Kewangan semasa sesi pembentangan Belanjawan Sabah 2024 Jumaat lalu, mengenai ekonomi dunia yang semakin pulih daripada impak pandemik COVID19 sebelum ini. Namun perang Rusia-Ukraine memberi kesan terhadap prestasi ekonomi global termasuk siri pembentaian Israel, rakyat awam Palestine yang telah menarik kecaman serta simpati seluruh dunia. Situasi yang berlaku ini dilihat akan berterusan melibatkan berbagai lagi krisis lain yang sudah tentu akan memberi kesan terhadap ekonomi dunia dan paling terkesan adalah negara-negara membangun seperti Malaysia. Termasuk kita di Sabah khususnya dalam aspek jaminan keselamatan, bekalan makanan domestik seperti beras. Kita faham Kerajaan Negeri…

…telah laksanakan berbagai insentif untuk menjamin tahap kesediaan makanan bekalan beras kita namun masih belum mencukupi dan seterusnya diperluaskan lagi secara besar-besaran. Kerana kita pernah laksanakan usaha ini tahun-tahun sebelumnya. Bukan tidak pernah, namun apa yang berlaku, dua ribu hektar tanah sawah di Kota Belud, Penampang, Papar, Bongawan dan juga Membakut yang dulunya pernah aktif dengan tanaman padi kini terbiar menjadi hutan dan semak samun.

Datuk Speaker, sehubungan itu, saya melihat peruntukan pertanian insentif ketiga penanaman padi sawah dalam Bajet Sabah 2024 berjumlah RM5.16 juta sememangnya tidak mencukupi untuk membangunkan seluruh kawasan sawah padi yang ada di Sabah. Jumlah ini juga tidak masuk akal dan sudah tentu tidak akan mencapai usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan SSL beras daripada 22% tahun ini kepada 31% pada tahun 2025. Kajian semula perlu dibuat terhadap perkara ini kerana peruntukan lebih besar diperlukan bagi menampung segala keperluan pembangunan sawah padi di Sabah. Untuk kelestarian dan jaminan keselamatan bekalan beras kita untuk tempoh panjang.

Bagaimanapun, memperkasa tanaman padi sawah untuk bekalan beras domestik jika peruntukan yang disediakan amat kecil dan langsung tidak mencukupi.

I Datuk Speaker, saya ulang apa yang pernah saya suarakan sebelum ini bahawa kita perlu perkasakan penanaman padi sawah dan usaha ini harus dilaksanakan secara segera di bawah peruntukan pertanian untuk tahun 2024. Kita pernah lakukan sebelum ini tanpa perlu ada kajian pertanian dan sebagainya kerana semua ini hanya membuang masa dan membazir wang rakyat. Sebaiknya laksanakan semua penanaman padi kita secara meluas sebagaimana dibuat tahun-tahun sebelumnya. Masalah-masalah berkaitan yang menjadi penghalang harus ditangani dengan segera. Sistem pengairan, sistem perparitan termasuk masalah jentera padi yang sudah uzur, yang perlu diganti. Ini adalah antara masalah yang berlaku terhadap usaha penanaman padi kita.

Harus diingat sebahagian besar bekalan beras kita adalah dari negara India, Vietnam yang mewakili lebih 80% berbanding bekalan domestik. Situasi ini sangat mengkhuatirkan, kerana jika kedua-dua negara menghentikan eksport beras bagaimana dengan nasib kita. Kita tidak ada apa-apa langsung persediaan langsung selain projek-projek kajian pertanian termasuk tanaman kekal pengeluaran makanan yang bagi saya jelas membazir. Sebaliknya, saya tabik adalah pengambilan aktiviti maaf. Sebaliknya, cara terbaik adalah mengembalikan aktiviti tanaman padi kita seperti dahulu dan ini sudah tentu satu jaminan keselamatan terhadap bekalan beras kita di Sabah.

Datuk Speaker, tahun depan dijangka adalah tahun yang getir yang getir susulan beberapa krisis peperangan di dunia dan ramai pakar menjangkakan kesan domino akan berlaku hasil daripada krisis sedia ada, iaitu Perang Rusia-Ukraine dan Israel-Palestin ini. Ini belum termasuk ramalan saintis yang menjangkakan akan berlaku krisis terhadap suhu global yang bakal mengakibatkan pelbagai bencana alam semula jadi seperti kemarau, banjir besar dan gempa bumi di seluruh dunia. Bayangkan jika ini berlaku. India dan Vietnam menghentikan eksport beras mereka kerana bekalan domestik, iaitu rakyat mereka juga tidak mencukupi ketika itu. Sebagai orang Islam saya percaya, ia akan berlaku kerana kita sudah berada di akhir zaman. Namun persoalannya sekarang, apakah persediaan kita berhadapan situasi getir itu terutamanya bekalan makanan seperti beras untuk rakyat kita. Itu belum lagi melibatkan komuniti makanan lain. Justeru, saya ulang gesaan saya supaya kita mulai tahun depan laksanakanlah secara besar-besaran penanaman

I padi di Sabah di atas tanah sawah sedia ada yang terbiar ketika ini. Pada masa sama juga harus digunakan konsep penanaman moden yang lebih cekap dan produktif seperti penggunaan drone untuk aktiviti meracun dan menyembur benih padi yang bagi saya lebih tangkas berbanding tenaga manusia. Gunakanlah peruntukan bajet ini sebagai sebaiknya kerana kita adalah rakyat Malaysia yang sememangnya hari-hari makan nasi bukan roti. Nasi adalah makanan ruji kita. Hentikan projek pertanian tiada bermanfaat sebaliknya bangunkan projek pertanian yang menghasilkan jaminan makanan domestik berpanjangan untuk rakyat Sabah. Bagi saya, tidak salah kerana jika situasi getir yang saya sebutkan tadi belum tiba, tidak juga masalah sebab kita boleh gantikan ia untuk tujuan peningkatan ekonomi Sabah dan rakyat. Kita mungkin boleh jadi pengeksport beras bukan lagi wilayah pengimport. Datuk Speaker, bajet di bawah pertanian ini juga diharap dapat mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan penghasilan padi di Sabah, yang bagi saya amat kecil hasilnya, iaitu baru satu ekar bagi setiap musim. Hasil penyelidikan, saya dapati, kita hanya mampu menghasilkan tiga metrik tan padi bagi satu hektar sawah padi sahaja berbanding di Sekinchan, Selangor yang menghasilkan sehingga enam hingga tujuh tan metrik tan, satu ekar ataupun 12 metrik tan. Begitu juga di Kedah dan di Perlis yang menghasilkan sehingga tujuh ke lapan metrik seekar. Perbezaan itu amat jauh berbanding hasil padi di Sabah yang sudah tentu perlukan kesedaran dari pihak-pihak Kementerian berkaitan untuk penyelesaian segera. Tidakkah pelik hasil padi di Sekinchan, Kedah dan Perlis lebih banyak daripada di Sabah? Apa masalahnya sehingga perbezaan itu berlaku sama ada dari segi benih ataupun konsep penanamannya?

Justeru, Kerajaan Negeri dan Kementerian berkaitan perlu proaktif dalam usaha ini kerana ini melibatkan makanan ruji kita dan kita harus serius untuk pastikan hasil padi kita juga sama seperti mereka. Jangan kita terus ketinggalan dalam semua segi…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, tiga minit ya.

I

…sampaikan hasil produk makanan beras pun kita masih di tahap lama. Semua harus berubah, bukan bentuk diri kita tetapi demi rakyat dan juga Sabah yang kita cintai.

Berkaitan peruntukan untuk kemudahan awam di bawah belanjawan tahun 2024 ini, susulan kewujudan Membakut sebagai daerah penuh baharu, saya amat berharap supaya hospital baharu di daerah Membakut, sebagai sebuah daerah penuh baharu dibina di kawasan Bongawan. Memandangkan kawasan ini juga terletak di bawah daerah Membakut. Ia wajar kerana Bongawan terletak di tengah-tengah di antara Papar dan juga Beaufort yang kedua-duanya mempunyai hospital daerah masing-masing. Rakyat dari kawasan Bongawan atau Membakut tidak lagi perlu sama ada ke Beaufort atau ke Papar untuk hospital, jika hospital daerah Membakut dan Bongawan berbanding ia dibina di kawasan DUN Membakut.

Kita harus permudahkan kepada bukan kepentingan peribadi, hingga sanggup mengenepikan keselesaan rakyat yang ingin mendapat rawatan dengan membina hospital yang jauh dari kawasan mereka.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyuarakan permasalahan kemudahan asas di kawasan saya yang perlu diambil tindakan penyelesaian segera seperti…

…pemeriksa, pemerkasaan bekalan air bersih dan elektrikal serta jalan-jalan perhubungan penduduk khususnya di kampung-kampung di Ulu Bongawan yang masih ketinggalan sehingga kini. Terdapat beberapa kampung di kawasan yang masih menggunakan sumber air daripada graviti untuk mendapatkan bekalan air harian. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita sudah lama merdeka dan sewajarnya usaha di bawah peruntukan ini termasuk di daerah Membakut. Ia merupakan ia mampu memberi manfaat kepada mereka supaya dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana penduduk di kawasan lain. Masalah ini baru-baru ini, tetapi sudah berlangsung sekian lama tanpa ada penyelesaian total.

Antara cadangan saya untuk menyelesaikan secara total masalah bekalan air ini adalah dengan membina sebuah loji rawatan air di Ulu Bongawan kerana potensi di kawasan ini juga mempunyai

I sumber air diperlukan. Lokasi untuk loji berkenaan juga sudah dikenal pasti. Jika Kerajaan Negeri merealisasikan cadangan ini, loji ini, bukan sahaja membekalkan air kepada penduduk di Bongawan tetapi juga kepada penduduk di Membakut, sekali gus memenuhi impian masyarakat di kawasan ini. Dalam aset bekalan elektrik, masih banyak kampung di kawasan saya khususnya di kedua-dua lokasi tadi tidak menerima kemudahan asas ini. Malah kampung berdekatan yang mempunyai bekalan elektrik tetap pun kerap mengalami gangguan bekalan injap menyebabkan banyak barang-barang elektrik milik penduduk yang rosak sekali gus menyusahkan…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, sila gulung.

…hidup penduduk yang sedia dalam kesusahan. Justeru, kita berharap bekalan seperti Sabah Electricity dan KPLB dapat mencari jalan penyelesaian ini demi kesejahteraan rakyat. Bagi saya sebagai wakil rakyat, berharap semua masalah seumpama ini diselesaikan secara total di bawah Belanjawan Sabah 2024 sesuai dengan tema ‘Sabah Teguh Rakyat Terbela’. Ia penting kerana rakyat di kawasan ini masih ketinggalan dalam berbagai segi berbanding kawasan lain. Tahun 2024 akan menjadi satu tahun yang mencabar…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung.

…untuk kita memandangkan ah Belanjawan Negeri Sabah 2024 mampu membawa hasil yang manis untuk semua rakyat sekali gus makmurkan Sabah tercinta ini. Saya turut menyeru kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk berusaha bersama membantu negeri Sabah mengharungi cabaran dan meningkatkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyat Sabah. Sebelum saya menutup, Tuan Speaker, Datuk Speaker, saya ingin bertanya baru-baru ini tular ah satu surat dari Kerajaan Negeri membuat kajian lapangan terbang baharu di Tuaran. Jadi saya mahu tanya, apakah status yang telah diumumkan di kawasan saya di Kimanis ini? Sama ada masih lagi berjalan ataupun masih apa ini di dalam kajian? Okey ah, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Natal, Selamat Tahun Baharu 2024 dan Selamat Tahun Baru Cina. Sekian, saya ingin menyokong. Terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Bongawan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Telupid.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Speaker. Selamat petang. Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya. Salam Malaysia Madani. Saya mengucapkan penghargaan ke atas Kerajaan di atas kejayaan untuk meningkatkan kadar pendapatan negeri pada tahun 2022. Ini membuktikan bahawa Kerajaan berada di landasan yang betul, di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Kenaikan kadar pendapatan negeri ini juga didorong oleh kehadiran ramai pelabur yang datang melabur di negeri Sabah dan keyakinan pelabur ini sudah tentu adalah disebabkan oleh kestabilan politik pada hari ini dan rakyat pada hari ini di negeri Sabah mengharapkan supaya kestabilan politik kita di negeri Sabah ini dapat diteruskan untuk memastikan pentadbiran negeri ini berjalan dengan lancar.

Datuk Speaker, selepas daripada pembentangan bajet pada baru-baru ini, rakyat mengharapkan pula pelaksanaannya dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat di seluruh negeri Sabah.

Aspek kehidupan ini yang melibatkan pembangunan infrastruktur seperti air, elektrik dan jalan raya. Yang kedua, keterjaminan makanan ataupun food security. Ketiga, pembasmian kemiskinan. Keempat, kos sara hidup. Kelima, aspek kesihatan. Keenam, aspek pendidikan. Ketujuh, kebudayaan dan kerohanian. Kelapan, kelestarian alam semula jadi. Sembilan juga yang melibatkan kesejahteraan rakyat terutamanya untuk rumah kos rendah bagi B40. Datuk Pengerusi Tetap, untuk aspek pembangunan di negeri Sabah ini yang melibatkan infrastruktur, iaitu air, elektik dan jalan raya. Ini sudah beberapa kali kita menunggu tentang penyelesaian yang tuntas mengenai dengan masalah ini. Berulang kali dalam bajet kewangan, kita meluluskan suatu bajet dan rakyat di bawah sana mengharapkan supaya masalah asas ini dapat diselesaikan. Pada bulan Ogos sidang Dewan yang lalu, saya mengungkapkan tiga perkara ini sebagai penyakit serangkai yang perlu diselesaikan dan pada hari, tahun, akhir tahun ini, kita meluluskan lagi satu bajet untuk dibelanjakan bagi menyelesaikan perkara asas yang dihadapi oleh negeri Sabah ini.

I Jadi apa yang kita harapkan sekarang adalah implementasi dia, pelaksanaan dan kita mengharapkan supaya pemegang taruh kerajaan, di bawah Kementerian, semua terlibat untuk bekerjasama supaya memastikan perbelanjaan ini adalah memenuhi kehendak rakyat yang sedang menunggu sekarang. Kita bercakap tentang masalah air dari kita merdeka sehingga sekarang, masalah air belum diselesaikan. Apa masalah sebenarnya? Peruntukan yang kita luluskan takkan tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Justeru itu, Datuk Speaker, dalam bajet kali ini kita mintalah supaya pemegang-pemegang taruh Kerajaan daripada SKN, SUT, Pengarah yang di bawah Menteri supaya dapat bekerjasama untuk memastikan perbelanjaan ini dapat diimplementasikan dengan sebaik-baiknya. Nanti suatu masa akan datang, tuan-tuan, Datuk-Datuk juga ini sudah pencen, balik ke kampung masing-masing berjumpa dengan keluarga, nanti mereka akan tanya, “Datuk, apalah kau sudah buat selama SUT, Pengarah selaku Menteri? Air belum ada di kawasan kita”, bukankah itu memalukan kita.

Justeru itu, Datuk Speaker, kita minta supaya ada suatu keseriusan, ada suatu pendekatan yang lebih jelas mengenai dengan penyelesaian masalah asas kita ini. Kita tidak boleh membuang masa lagi. Rakyat kita di bawah sana sudah semakin marah. Kalau di kawasan saya di Telupid, cukup-cukuplah makian mereka. Air, yang dipersalahkan Wakil Rakyat. Elektrik tiada, dipersalahkan Wakil Rakyat. Jalan berlubang semua juga Wakil Rakyat. Jadi ini tidak adil.

Datuk Speaker, saya memohon supaya bajet pada kali ini, dibelanjakan sebaik-baiknya. Janganlah pula, ada saya dengar ini dengan izin Datuk Speaker, janganlah pula ada di kalangan kakitangan-kakitangan ini yang tidak puas hati dengan Menteri, tidak puas hati dengan SUT, tidak puas hati dengan sesama jabatan, di antara jabatan yang lain, kemudian peruntukan itu tidak dapat dibelanjakan dengan sebaik mungkin. Ini juga kita memerlukan satu kestabilan politik dalam agensi kerajaan. Bukan kami sahaja sebagai wakil rakyat yang perlukan kestabilan tetapi di kalangan penjawat…

I

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Penjawat awam juga mesti ada kestabilan supaya Kerajaan Negeri Sabah ini kita boleh bangunkan bersama, bukan di bahu orang politik saja. Ini yang kita minta kerana kita berbuih pun bercakap di dalam dewan ini tentang bajet, kalau masalah ini tidak dapat diselesaikan, sama juga bohong dia betul kah tidak?

Jadi Datuk Speaker, saya mintalah kepada semua kita di dalam Dewan yang mulia ini, sama ada ahli politik, menteri dan juga pemegang taruh kerajaan, marilah kita sama-sama mengimplimentasikan peruntukan kerajaan ini dengan sebaik-baiknya. Jadi Datuk Speaker, mengenai dengan beberapa perkara yang saya ingin bawa di kawasan saya sendiri, mengenai dengan masalah air ini. Sekali lagi saya ingin membawa keperhatian menteri dan saya berharap menteri pada, janjinya kepada wakil rakyat Telupid yang membawanya sebelum hujung tahun ataupun tahun ini berakhir, Menteri Kerja Raya akan datang di daerah Telupid untuk melihat sendiri masalah kami di daerah Telupid dan saya berharap juga beliau juga akan melawat kawasan-kawasan daerah yang lain, yang mempunyai masalah yang sama dengan daerah Telupid.

Mengenai masalah air ini, kalau pun masalah air ini di Telupid sedang sekarang ini ada pembaikan ataupun naik taraf yang kita perolehi daripada kerajaan pada tahun lepas. Tapi dalam progress. Tapi sementara menunggu dia siap, saya meminta kepada Jabatan Air supaya dapat menyelesaikan masalah kebocoran paip di daerah Telupid.

Bayangkan dalam Facebook saya kena cakap “kawasan YB dia bilang ada air, kawasan kampung kami tiada air, kawasan YB saja ka perlu air”, dia cakap. Jadi, kita mintalah kepada Jabatan Air supaya dapat memelihara perkara ini. Satu, saya nampak masalah di sana adalah, mereka melantik kontraktor untuk yang konsesi menyelenggara ini, pembaikan ini, kontraktor itu saya nampak macam tiada peralatan.

I Pernah saya tanya, kamu punya pejabat di mana? Dia punya itu barang-barang untuk kelengkapan membaiki paip pun tiada. Jentera dia pun tiada. Jadi ini macam mana kontraktor boleh mahu melaksanakan penyelenggaraan paip, kalau tiada peralatan. Dia cakap kalau ada kebocoran, tiga hari dia mahu pergi KK lagi ambil barang. Jadi ini menyebabkan kelewatan untuk pembaikan, menyebabkan air itu lambat diperolehi. Kalau bocor hari ini, ada laporan dan kemudian besok dibuat. Mungkin lusa, kita sudah dapat air.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Confirm masuk neraka.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Jadi Datuk Speaker, inilah kelemahan-kelemahan yang ada. Kalau kontraktor itu tiada kemampuan dari segi kewangan, tiada kemampuan dari segi kemahiran, tiada kemampuan dari segi jentera, janganlah lantik. Kita mintalah kepada pengarah, jangan lantik. Walaupun mungkin itu kawan rapat, selalu main golf kah, janganlah kerana dia memberi masalah kepada kawasan, Datuk Speaker (ketukan meja) dan satu lagi yang saya ingin angkat di sini iaitu susulan daripada kelulusan kerajaan pada tahun lalu, mengenai dengan naik taraf Jabatan Air daerah Telupid. Saya memohon dua perkara yang sangat penting untuk dilaksanakan melalui bajet yang telah diluluskan iaitu menukar baru Intake pump dan Engine set di pump, intake pump di daerah Telupid Jabatan Air.

Intake pump itu telah dibina pada tahun 2002, dengan kapasiti barangkali 30 horsepower, ada empat biji. Sekarang penduduk Daerah Telupid sudah terlampau ramai. Jadi, itu pam tidak menampung sudah. Apa lagi balik-balik rosak, balik-balik rosak. Dia punya enjin pun balik-balik rosak. Jadi, tukar. Dengan bajet yang ada diluluskan itu, saya memohon kepada pengarah dan menteri tukar itu intake pump dan engine pump, termasuk juga loji penapis rawatan iaitu pam dan juga dia punya enjin itu dibina pada 1992 lagi. Ada enam biji di sana, ada pam dia di sana, di loji penapis ataupun loji rawatan air, Jabatan Air Telupid.

Bayangkan sekarang 2023, banyak kerosakan yang dibaik pulih. Rosak, baik pulih, rosak. Balik-balik rosak, saya tidak tahu sekarang tinggal berapa lagi yang berfungsi dan inilah yang perlu ditukar oleh Jabatan Air supaya dengan adanya pam yang

I baru dengan ada enjin yang baru. Maka kita dapat memberikan air yang lancar kepada…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat tiga minit.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Wuih, cepat juga.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Air saja panjangkah mahu ucapan.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Air saja. Yalah, sebab ini yang banyak maki rakyat kepada saya Datuk.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Itu pam pun kau sudah kasih cadangan.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ok, mengenai dengan elektrik, elektrik.

Saya memohon kepada Kementerian supaya mempercepatkan kabel ABC daripada Simpang Sapi kepada rumah pengagihan elektrik di daerah Telupid, yang setakat ini daerah Telupid ada dia punya enjin set sendiri yang telah dibina pada 1991 lagi. Enjin elektrik itulah kami punya muzium SESB yang ada di daerah Telupid, yang dikongsikan dengan daerah Tongod.

Bayangkan, sekarang pengguna sudah berapa dan kemudian sekarang ini Telupid, hari-hari catuan elektrik.

Hari-hari catuan elektrik.

Jadi kita minta supaya mempercepatkan kabel ABC yang daripada talian grid Segaliud itu, percepatkanlah. Kalau itu Pan Borneo sudah ada elemen jalan raya, bahu jalan dia di mana, ketetapan dia dan di mana utilities itu limpas. Berilah peluang kepada SESB untuk jalankan kerja-kerja penyambungan talian ABC ke rumah pengagihan elektrik di daerah Telupid. Rumah untuk pengagihan elektrik itu sudah ada, tinggal tunggu kabel saja cucuk dan kemudian separate itu elektrik. Kita minta kepada Kementerian supaya mempercepatkanlah talian ABS yang saya maksudkan tadi. Mengenai dengan ini lagi masalah birokrasi yang membantutkan pembangunan daerah. Ada satu masalah daerah Telupid, dengan Majlis Daerah Telupid dengan

I Majlis Daerah Beluran mengenai dengan tanah. Tanah untuk makluman dahulunya daerah Telupid, ini di bawah pentadbiran daerah Beluran dan juga Majlis Daerah Telupid ini, di bawah Majlis Daerah Beluran. Sepatutnya kalau daerah Telupid sudah ada majlis daerahnya sendiri, yang tanah dulu diatas permohonan Majlis Daerah Beluran, bagilah kepada Majlis Daerah Telupid. Tukar saja nama. Jangan lagi banyak birokrasi sehinggakan kita sekarang ini memerlukan perjumpaan yang terlampau banyak untuk membincangkan itu tanah bagi kah tidak? Mahu batal itu geran atau pohon itu geran, dulu atas nama Beluran kemudian baru MOT. Ini birokrasi. Sedangkan dia boleh dibincang J to J.

Jadi, ini yang menyebabkan pembangunan daerah ini akan menjadi terbantut akibat daripada birokrasi. Syukur kita sudah dapat solution dia dan satu, satu bulan saya minta kepada pihak majlis daerah dan juga Jabatan Tanah untuk mengeluarkan geran dan melakukan memorandum of transfer supaya tanah Majlis Daerah Beluran yang itu akan diberikan kepada Majlis Daerah Telupid. Mengenai dengan aspek pendidikan. Baru-baru ini viral mengenai dengan seorang guru besar yang tiga tahun tinggal dalam stor sekolah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, gulung?

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Jadi, ini juga harus diberi penekanan oleh kerajaan supaya memantaulah kawasan-kawasan sekolah yang daif supaya guru-guru kita selesa juga untuk memberi pendidikan kepada anak-anak kita. Kemudian, saya juga ingin di bawah pembasmian kemiskinan. Point yang terakhir Datuk Speaker, pembasmian kemiskinan ini kita meminta juga melalui pembasmian kemiskinan ini adakah terlibatan daripada Jabatan Tanah. Selalu saya ingin tekankan dan meminta kepada Jabatan Tanah supaya mempercepatkan geran-geran tanah orang-orang kampung ini supaya orang-orang kampung ini, bila ada geran tanah dapat peruntukan daripada kerajaan. Jabatan Pertanian sekarang pun banyak peruntukan tapi memerlukan geran tanah. MPOB, RISDA, LIGS dan sebagainya, semua memerlukan geran tanah.

Jadi, saya meminta kepada Jabatan Tanah. Dalam pembasmian kemiskinan untuk orang-orang kita ini, tolonglah, percepatkanlah geran tanah kita. Kalau sudah sukat, apa lagi kalau melalui kaedah pantas, apa lagi masalah dia. Sudah sukat, pelan

I sudah endorse, ada dia punya offer geran, kasih keluarlah geran. Kenapa lagi mahu kasih berlambak geran di HQ, bagilah, supaya pembasmian kemiskinan ini kita boleh realisasikan kerana geran tanah itu juga sebagai satu faktor yang boleh mengeluarkan orang-orang kita daripada garis kemiskinan, melalui skim-skim kerajaan.

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

…yang diberi itu melalui geran-geran tanah ini, jadi kita minta kepada kerajaan janganlah dipersulitkan soal-soal geran tanah ini, berilah kepada siapa yang sudah diatur, teratur, dengan baik, berilah geran-geran ini kepada orang kampung dan saya berterima kasih kepada kerajaan kerana daerah Telupid sudah ada Jabatan Tanah. Jadi, saya berterima kasih kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ketua Menteri yang telah memberikan Jabatan Tanah di daerah Telupid dan sudah beroperasi, cumanya itu kod belum rasmi, pembayaran geran masih di Beluran dan itu Beluran masih lagi menerima bayaran, jadi Telupid belum dapat duit lagilah. Jadi, tiada guna juga kami ada bangunan Jabatan Tanah tapi itu geran bayar di Beluran, Beluran yang dapat duit. Jadi, ini kita minta (suara bertindih) perlu dipercepatkan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey, sudah, ada lagi?

Datuk Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Jadi, Datuk Speaker, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya Datuk Speaker, mudah-mudahan bajet pada kali ini, kita nampak impak yang lebih baik untuk rakyat kita di Sabah, supaya semua rakyat di Sabah ini dapat kita bela dengan sebaik-baiknya. Kita tidak mahu orang di kampung bila bercakap dia bilang, “kami dengar bilion-bilion saja” dia bilang, tapi kami punya jalan kampung “iri om iri” dia bilang. Jadi, yang sekarang ini Kerajaan GRS ada komitmen untuk meningkatkan usaha dalam menaik taraf infrastruktur dan beberapa daripada kawan sebelah yang menuding jari kegagalan kita. Kita baru tiga tahun, mereka sudah beberapa puluh tahun diberi peluang tapi biasalah kalau bercakap ini senang saja, tetapi bila berada di tempat itu kadang-kadang itu suara hilang juga.

I Tapi, saya yakin dan percaya kolaborasi daripada kepimpinan yang ada pada hari ini, himpunan dan gabungan daripada parti-parti pemerintah kita yang ada pada hari ini di bawah GRS PH Plus, saya percaya kita dapat membawa Sabah ini kepada suatu langkah yang lebih baik yang diharapkan oleh rakyat kita di negeri Sabah ini. Dari terakhir sekali, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan yang seagama dengan saya dan selamat menyambut Tahun Baharu kepada kita semua di Dewan yang mulia ini dan khususnya kepada seluruh negeri, rakyat negeri Sabah yang kita kasihi. Sekian dan terima kasih. Saya mencadang ah, menyokong. Terima kasih. (Bunyi tepukan meja).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Telupid. Sekarang, saya jemput, Yang Berhormat Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang telah dibentangkan pada Jumaat lalu di Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyentuh isu-isu yang berkait rapat dengan kawasan mukim saya DUN Sri Tanjong. Isu pertama saya dalam perbahasan ini adalah rancangan PBT Tawau untuk mengkaji semula kadar cukai pintu. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa PBT Sandakan akan menaikkan kadar cukai pintu bermula awal tahun hadapan. Pengumuman ini menerima berbagai reaksi, maklum balas ataupun kecaman yang hebat daripada rakyat sehingga YB kerajaan daripada Kerajaan DAP terpaksa tampil bagi pihak rakyat selepas mengetahui rentetan daripada pengumuman tersebut. Ketika itu saya fikir pihak kerajaan akan sekurang-kurangnya membuat penangguhan buat sementara waktu, memandangkan ketika ini adalah bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kenaikan kadar cukai tersebut.

Datuk Speaker, negara ini telah dilanda pandemik COVID-19 tidak lama dahulu, saya percaya kita semua masih segar dan jelas dalam ingatan betapa teruknya ekonomi kita terkesan dan terjejas, malah pakar ekonomi juga telah menganggarkan dan mencadangkan bahawa tempoh beberapa tahun yang akan datang, akan

I menjadi tempoh pemulihan. Rakyat masih dalam proses pemulihan status ekonomi mereka. Mengapa kerajaan mahu atau perlu melaksanakannya dengan segera? Jika kerajaan berpendapat bahawa kesan pandemik bukanlah alasan yang kukuh untuk menangguhkan kenaikan kadar tersebut.

Saya ingin mengemukakan beberapa angka untuk mempertikaikan mengapa sekarang adalah bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kadar kenaikan cukai tersebut.

Menurut Department of Statistic Malaysia, purata perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan meningkat daripada 4609 ringgit pada tahun 2019 kepada 5150 ringgit pada tahun 2022, menandakan peningkatan sebanyak 11.7% untuk tempoh yang singkat sahaja. Selain itu, Menteri Persekutuan Sumber Manusia pada tahun ini turut melaporkan kira-kira 588 700 orang menganggur di seluruh negara apabila kadar pengangguran di negara ini mencecah 3% di mana dilaporkan daripada jumlah itu, Sabah mempunyai pengangguran tertinggi dengan 169 800 pengangguran dan ini bermakna 29% pengangguran di Malaysia adalah dari negeri Sabah.

Kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.5% dan kadar ini juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5% bagi seluruh negara. Kerajaan mungkin berpendapat bahawa purata pendapatan per kapita telah meningkat yang sebelum ini telah dilaporkan oleh kajian jumlah saraan mesra. Menurut tinjauan ini purata gaji dijangka meningkat sebanyak 5.1% tahun depan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pendapat purata kekal tidak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat wabak pandemik COVID-19.

Tidak lupa juga bahawa ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan mungkin masih tidak dapat mendapat pekerjaan yang baru pada masa ini. DOSM juga melaporkan bahawa Sabah berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan enam negeri yang telah melebihi kadar pertumbuhan tahunan purata perbelanjaan penggunaan negara sebanyak 5.9%. Kelantan, Perlis dan Sabah menunjukkan medium upah bulanan yang rendah masing-masing sebanyak RM1600 ringgit, RM1627 dan RM17 082 dalam tempoh yang sama mengikut laporan statistik upah pekerja suku pertama 2023. Dalam erti kata lain Sabah merupakan antara negeri top three purata pendapatan terendah dan juga merupakan negeri dengan kadar pengangguran

I tertinggi.

Namun, Sabah mencapai kadar peningkatan ataupun pertumbuhan tertinggi dari segi purata perbelanjaan penggunaan.

Sehubungan dengan itu, faktor-faktor tersebut adalah merupakan antara sebab dan justifikasi mengapa kenaikan kadar cukai pintu adalah tidak wajar jika dilaksanakan pada waktu ini. Kenaikan kadar cukai pintu, cukai pintu tersebut adalah tidak wajar jika dilaksanakan semata-mata dengan hanya berdasarkan keperluan untuk memperbaiki kedudukan kewangan PBT tetapi mengabaikan tentang kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat. Jika difikirkan semula, saya tidak membantah sekiranya pihak PBT melaksanakan kenaikan itu, malah mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah peruntukan Seksyen 74 (1) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 tetapi main pointnya di sini adalah masanya tidak sesuai. Pelaksanaan kenaikan kadar cukai pintu pada waktu ini akan memberi kesan dan menjejaskan terhadap semua lapisan golongan masyarakat.

Datuk Speaker, betulkan saya jika saya salah, saya ingat bahawa PBT telah menyemak kadar taksiran pada tahun 2019 tetapi saya mohon diperbetulkan sekiranya saya silap. Oleh itu, mengapa atau apakah keperluan mendesak untuk pihak PBT…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…ini menaikkan kadar cukai pintu sehingga sebanyak dua kali dalam jangka masa di bawah 10 tahun. Sedangkan jelas bahawa terdapat faktor atau justifikasi yang jelas untuk tidak melaksanakan kenaikan tersebut.

Malah jika dibandingkan dengan PBT di negeri-negeri lain, sebagai contoh di Majlis Bandaraya Subang Jaya yang masih bergantung dan mengekalkan kadar cukai taksiran pada penilaian hartanah pada tahun 1995 dan 1997 walau… meskipun nilai hartanah yang telah meningkat berkali ganda.

Datuk Speaker, isu seterusnya yang ingin saya ketengahkan adalah berkenaan lampu jalan. Saya telah menyuarakan isu ini beberapa kali dalam persidangan ini

I yang lalu, tetapi tidak, tiada tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan. Lampu jalan bertujuan untuk menerangi jalan bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya, tetapi bagi saya di Tawau ini amat berbeza. Kita, ada kejadian seperti mentol lampu yang pecah dan hampir menimpa pengguna jalan raya. Apatah lagi lampu jalan yang tidak terkira banyaknya sama ada tidak berfungsi ataupun dalam keadaan usang. Bilakah pihak berkuasa berkenaan akan meyedari betapa bahayanya situasi tersebut kepada pengguna jalan raya jika perkara ini dibiarkan berterusan. Setiap kali sebelum pengumuman bajet untuk tahun depan, saya sentiasa berfikir bahawa adakah Kerajaan kita benar-benar miskin? Sangat daif sehinggakan lampu jalan yang usang pun tidak boleh ditukar. Padahal, ketika itu bajet Kerajaan Negeri sentiasa mencurah berbilion ringgit untuk tujuan pemeliharaan negeri. Namun, isu lampu jalan tidak dapat diselesaikan. Sekiranya Kementerian berkaitan seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kerajaan Tempatan…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, tiga minit.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…dalam perumahan tidak mempunyai dana yang mencukupi. Saya harap Menteri Kewangan kita atau Ketua Menteri boleh mempertimbangkan untuk memperuntukkan dana tambahan bagi tujuan memastikan lampu jalan kita dalam keadaan yang boleh digunakan. Datuk Speaker, isu seterusnya adalah berkenaan pembinaan Empangan Air Cinta Mata. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kerja Raya, adakah projek itu boleh disiapkan pada hujung tahun hadapan seperti yang dijadualkan? Jika tidak, apakah faktor yang menyebabkan kelewatan, dan apakah jadual tarikh baharu projek tersebut dijangka siap? Apakah yang berlaku terhadap bayaran pampasan bagi pengambilan tanah berdekatan? Beberapa pemilik tanah telah menghubungi saya, bertanyakan tentang baki pampasan yang belum mereka terima berikutan penangguhan dan kelewatan projek ini. Adakah terdapat sebarang alternatif untuk mempercepatkan proses pembayaran?

Datuk Speaker, baru-baru ini saya difahamkan bahawa Jalan Sin On akan dinaik taraf dan kerja-kerja akan dijalankan oleh pemaju The Wealth. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, The Wealth adalah projek pembangunan terbaharu yang terletak di kawasan Sin On. Pemaju telah menyiarkan di akhbar berkenaan projek

I tersebut tanpa notis awal terutama kepada penduduk di sekitar. Soalan saya kepada Menteri adalah, mengapa cadangan itu diluluskan tanpa notis awal kepada orang ramai kerana pakej pembangunan ini bukan sahaja merangkumi pembinaan fast lane malahan juga tambahan dua bulatan ataupun roundabout. Kebimbangan saya adalah penambahan dua bulatan akan mengakibatkan kesesakan yang amat teruk kepada orang ramai. Ini bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk setempat malah pengguna jalan raya di Tawau secara keseluruhannya.

Bagi pencerahan pada Dewan yang mulia ini, jalan ini terletak di salah satu kawasan yang paling ramai penduduk di daerah Tawau dengan anggaran penduduk seramai 20 ribu, lebih daripada 30 taman perumahan, satu pasar basah dan berpuluh-puluh kedai komersial. Belum ambil kira lagi projek-projek pembangunan lain yang sedang dijalankan di kawasan ini.

Tambahan, bolehkah pihak Menteri menjelaskan mengapa jalan sepanjang kira-kira dua km ini akan mempunyai empat bulatan. Saya tidak yakin bahawa menambah bulatan adalah satu-satunya menyelesaian untuk mengalih lalu lintas. Meskipun, saya bukan seorang yang arif dalam bidang kejuruteraan saya telah mengambil inisiatif untuk melawat beberapa kawasan kejiranan berpenduduk di Semenanjung seperti Taman Bahagia, Taman Paramount…

Speaker

Sila gulung ya, YB.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

… SS1 hingga SS8. Sikit lagi, Datuk Speaker. Jadi saya di sini saya ingin tanya adakah pelan pengurusan trafik lalu lintas telah dikaji dengan betul sebelum meluluskan cadangan ini? Daripada membiarkan pemaju membuat keputusan sebegitu mengapa pihak Kementerian tidak mengambil tanggungjawab atau inisiatif untuk membina jalan ini menjadi dua carrige way. Datuk Speaker, one last point boleh?

Speaker

I did ask you to gulung. I didn’t ask you to stop.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okey, Datuk Speaker…

Speaker

Carry on, carry on.

I

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okey, Datuk Speaker, isu catuan elektrik sudah berkali-kali dibangkitkan di Dewan ini yang saya percaya ramai di kalangan Adun boleh related dan bersetuju dengan saya betapa kerapnya rakyat terpaksa mengalami gangguan bekalan elektrik di kawasan masing-masing. Baru-baru ini, hampir setiap daerah di Sabah berhadapan dengan catuan kuasa tidak kurang daripada dua jam setiap hari. Saya difahamkan oleh rakan sekerja saya bahawa bahkan satu-satunya Lapangan Terbang Antarabangsa kita (KKIA) menghadapi masalah yang sama. Apatah lagi awal tahun ini kita juga terkejut apabila mengetahui bahawa Hospital Queen Elizabeth juga mengalami catuan bekalan elektrik semasa operasi sedang dijalankan. Kerajaan yang diterajui GRS dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada kami bahawa perkara ini akan diselesaikan namun tiada ada, tidak ada tanda-tanda perubahan sama sekali. Pengarah SESB, Pengerusi SESB merangkap Ahli Parlimen Tuaran baru-baru ini menegaskan bahawa 80 peratus tenaga elektrik di jana oleh Loji Tenaga Bebas ataupun LTB manakala 20 peratus dijana oleh SESB sendiri. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa apabila berlaku lot sharing atau gangguan bekalan, pihak SESB terikat kerana mereka tidak mempunyai kawalan ke atas penjanaan kuasa oleh LTB. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan, bagaimana rakyat akan menetapkan keyakinan bahawa keadaan boleh diperbaiki apabila pengerusi sendiri mengatakan bahawa tangan mereka ataupun pihak SESB adalah terikat. Reserve margin kita adalah kurang daripada 12 peratus kerana SESB mampu menyediakan beban asas ataupun base lot sebanyak 1080 megawatt dan output kuasa maksima hanya kira-kira 1200 megawatt. Apa-apa sahaja yang berlaku kepada LTB seperti penyelenggaran tanpa disedari keseluruhan sistem grid akan runtuh kerana kita tidak mempunyai backup. Isunya di sini, ialah Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain untuk menjana kuasa selain bergantung kepada LTB.

Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah melaporkan bahawa purata indeks sistem gangguan ataupun SAIDI tahunan setakat Ogos tahun ini telah meningkat 17 peratus kepada 234 minit bagi setiap pelanggan berbanding tahun lepas 199 minit pada bagi tempoh yang sama. SAIDI adalah purata gangguan elektrik dalam beberapa minit yang dialami oleh setiap pelanggan. Jumlah itu terus menunjukkan keadaan tersebut tiada penambahbaikan. Bagi saya ia menunjukkan betapa jahilnya Kerajaan kita kerana tidak mengakui mereka tidak mampu mengendalikan keperluan paling asas untuk rakyat. Jika Kerajaan gagal melaksanakannya, akui sahaja.

I Mereka gagal dan bukan sekadar mendabik dada dengan pencapaian mereka. Isu yang ingin saya ketengahkan di sini.

Speaker

Eh, bilang satu tadi…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okey…

Speaker

Bilang last…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…last, boleh saya…

Speaker

Last sudah tadi tu.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun?

Speaker

Boleh.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, Ke Pasar Tanjung bersama abah, Membeli gelang dan juga kurma, Krismas tiba pasti banyak hadiah, Namun kenaikan cukai yang rakyat terima.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…cukai yang rakyat terima. Sekian, terima kasih.

Speaker

Itu pantun untuk siapa tu?

I Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjong.

Ahli-ahli Yang Berhormat, jika Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan ingin menyentuh pegawai-pegawai Kerajaan, saya nasihatkan di sini jangan disentuh nama jawatan sebab ini memberi implikasi seolah-olah penyandang jawatan tersebut adalah yang menyebabkan segala-gala masalah dalam pelaksanaan. Make it general because everybody is responsible dalam pelaksanaan. Make it general. Pegawai Kerajaan, cakap saja Pegawai Kerajaan because it is from A to Z is Pegawai Kerajaan. Jangan sebut jawatan dia because it implies as if that particular jawatan is the main cause of all the slow implementation. Itu nasihat saya ya, and it is unfair for them, they cannot stand up and reply to you.

Okey, sekarang dengan sukacita saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Petagas. Tidak ada. Ahli Yang Berhormat dari Bugaya. Pun tidak ada. Okey, Ahli Yang Berhormat daripada Liawan.

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumsalam.

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Maju Jaya. Datuk Speaker, alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk melaksankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya daripada DUN Liawan untuk turut sama berbahas pada hari ini. Datuk Speaker, bagi memulakan sesi perbahasan pada kali ini, izinkan saya untuk menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah penghargaan dan terima kasih di Dewan yang mulia ini atas pembentangan Belanjawan Negara 2024 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 13 haribulan Oktober 2023 yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat. Seperti yang kita semua sedia maklum, peruntukan berjumlah RM393.8 bilion telah diumumkan yang mana menyaksikan belanjawan negara tersebut adalah yang

I tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah. Daripada belanjawan tersebut, 303.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion simpanan luar jangka. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga saya ucapkan kepada Kerajaan Sabah di atas pembentangan Belanjawan Negeri 2024 berjumlah RM5.701 bilion yang merupakan belanjawan lebihan ke-10 berturut-turut pada 2015 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah pada 24 haribulan November. Pencapaian belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut ini adalah bukti nyata kecekapan pengurusan kewangan dan disiplin sektor awam di Sabah. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan harus dikekalkan. Datuk Speaker, beberapa peruntukan berkaitan Sabah telah dibentangkan menerusi Belanjawan 2024 yang merangkumi semua bidang.

Antaranya peningkatan peruntukan pembangunan, konsep pelaksanaan projek ke agensi teknikal Sabah, Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, sokongan kepada tenaga solar hybrid dan elektrik. Peruntukan khas untuk projek-projek infrastruktur di Sabah dan peningkatan kemudahan asas di kawasan desa dan pendalaman.

Izinkan saya mengupas dengan lebih lanjut mengenai beberapa intipati peruntukan berkaitan Sabah tersebut. Pertama sekali peruntukan pembangunan sebanyak RM6.6 bilion daripada Kerajaan Persekutuan yang meningkat sebanyak RM100 juta berbanding RM6.5 bilion pada tahun lepas.

Dalam kita mengalu-alukan peruntukan ini, in reality jumlah ini hanyalah 7.3% daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan Malaysia yang berjumlah RM90 bilion. Jumlah ini tidak menggambarkan status Sabah sebagai sebuah wilayah atau sebagai rakan kongsi dalam Malaysia.

Sebagai contoh, sekiranya menggunakan formula agihan peruntukan berdasarkan jumlah penduduk Sabah yang seramai 3.59 juta iaitu lebih kurang dari 10% daripada jumlah kesuluruhan rakyat Malaysia, Sabah sepatutnya mendapat peruntukan lebih kurang RM10 bilion.

I Formula agihan baru yang lebih adil dan saksama harus Kerajaan Sabah usahakan bersama-sama Kerajaan Persekutuan kerana selagi formula lama ini masih digunapakai, saya tidak dapat melihat Sabah mampu merapatkan jurang ekonomi dengan Semenanjung Malaysia dan bagi mengelakkan dana peruntukan pembangunan Persekutuan yang tidak habis digunakan, dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan. Dana tersebut perlu kita yang simpan di dalam Tabung Amanah Khas yang telah diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada Ogos lepas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan Kerajaan Sabah terus kerugian oleh karenah birokrasi daripada Kerajaan Persekutuan.

Berkenaan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta yang telah diturunkan pada agensi teknikal Sabah pula, dalam kita menyambut baik langkah ini, ingin saya bertanya berapa banyakkah projek-projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta yang tersenarai dan akan diturunkan pada agensi teknikal Sabah? Jumlah projek di bawah nilai RM50 juta ini haruslah significant agar impaknya kelak lebih efektif dan berkesan.

Seterusnya bagi proses tender untuk 19 Pakej Kerja Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dengan jajaran sepanjang 366 kilometer dan kos RM15.7 bilion yang dijangkakan akan diselesaikan pada bulan Novermber ini berbanding Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang dijangka siap tahun depan, kita masih bergelut untuk mendapatkan peruntukan Fasa 1 dan masih berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi Fasa 2 dan Fasa 3 Lebuh Raya Pan Borneo ini. Kerajaan Persekutan harus digesa agar memandang kelewatan peruntukan ini dengan lebih serius lagi.

Datuk Speaker, saya ingin beralih pula kepada pembentangan Belanjawan Negeri 2024. Sebanyak RM168.34 juta telah diperuntukkan bagi Program Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran di seluruh negeri seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah.

Peruntukan ini pada hemat saya sebenarnya tidak mencukupi kerana kelewatan kerja-kerja pembaikan pengairan dan saliran di kawasan saya seringkali berlaku disebabkan kekangan peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat daerah. Malahan terdapat kampung-kampung di kawasan saya yang sudah

I bertahun-tahun tidak dapat menanam padi kerana sukar mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Saya memohon agar pengairan sawah padi yang lebih mampan di kawasan pendalaman dapat diadakan.

Masalah mendapatkan bekalan air yang konsisten sering terjadi disebabkan kawal selia sistem pengairan tidak termasuk dalam jagaan sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran tapi sebaliknya hanya secara case by case sahaja. Ini telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di negeri ini khususnya di Daerah Keningau. Saya juga ingin menambah, kawasan DUN Liawan ini sering dilanda banjir kerana ketiadaan sistem…

…pengairan yang berkesan. Banjir kilat sering berlaku terutamanya ketika musim monsun timur laut akibat sistem perparitan yang tidak teratur. Culvert yang kecil dan apabila berlaku hakisan tebing sungai. Datuk Speaker, Belanjawan Negeri 2024 telah memperuntukkan RM1.67 juta.

Speaker

Ahli Yang Berhormat, sila duduk sekejap. Duduk, bukan habis berucap. Duduk sahaja. Duduk, duduk dulu. Ada usul.

Speaker

Matikan mic dulu. Ada usul. Nanti sambung balik, ya.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Usul Tuan Speaker.

Speaker

Ya, silakan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2)(1)(b)

I Peraturan-peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 6.00 petang hari ini.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Sokong terus.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Sokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju.

Usul dipersetujukan.

Sila teruskan, Yang Berhormat Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Saya harap masa saya ditambah sedikit.

Speaker

Bacalah dulu. Baca sahaja dulu.

Belanjawan Negeri 2024 telah memperuntukkan RM1.72 bilion kepada Kementerian Kerja Raya dan RM430.484 juta kepada Jabatan Kerja Raya untuk program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan dan perparitan.

Saya ingin memperingatkan sekali lagi berkenaan jalan-jalan menuju ke kawasan kampung-kampung di sekitar DUN N.41 Liawan yang perlu dinaiktarafkan dengan segera, terutamanya jalan masuk ke Kampung Keritan, Kampung Sinagang, Kampung Bariawa Tengah, Kampung Ulu Mempikit, Batu 27 Ulu Patikang, Kampung Gaulan dan Jalan Terapak. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya melalui

I Jabatan Kerja Raya, apakah status terkini berkenaan permohonan ini? Kerja-kerja ini haruslah disegerakan dan dipercepatkan atas faktor keselamatan dan juga keselesaan penduduk kampung.

Seperti yang Kerajaan Negeri yang sedia maklum, jalan-jalan pertanian kampung tidak termasuk dalam kawal selia agensi Kerajaan. Disebabkan itu, jalan-jalan berkenaan sering mengalami kerosakan dan menyukarkan pengguna untuk menggunakan jalan tersebut dan sekaligus menjejaskan hasil pertanian kerana kesukaran membawa hasil tuaian keluar khususnya di daerah Keningau. Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan menyenaraikan jalan-jalan tersebut dalam agihan peruntukan belanjawan pada tahun hadapan.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh pula mengenai peruntukan untuk memberi kesaksamaan, pemerkasaan dan kesejahteraan wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita sebanyak RM6.27 juta dan Yayasan Usaha Maju sebanyak RM11 juta. Saya berharap pelbagai program pembangunan yang telah dirancang mempunyai objektif dan matlamat yang jelas, selain memastikan tidak ada wanita dari daerah luar bandar yang tercicir daripada manfaat peruntukan ini. Saya juga selaku Wakil Rakyat di DUN N.41 Liawan akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak-pihak terlibat dalam menjayakan program-program pembangunan untuk wanita di kawasan saya.

Begitu juga dengan peruntukan RM100.17 juta untuk pembangunan belia dan kemajuan sukan di negeri Sabah. Saya melihat terdapat keperluan untuk membina lebih banyak padang bola sepak terutama di kawasan-kawasan kampung dan tidak hanya menumpukan kepada pembinaan gelanggang-gelanggang yang kecil semata-mata.

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dari pembinaan padang-padang bola sepak ini.

Program-program pembangunan serta pencarian bakat-bakat baharu tempatan dalam bola sepak menjadi lebih mudah dengan kemudahan sedemikian rupa dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada pemain-pemain asing yang purata gajinya lebih tinggi daripada pemain tempatan, selain mampu menjana pendapatan sampingan melalui sewaan padang.

I Datuk Speaker, saya kini ingin mengambil perhatian Ahli Dewan Yang Mulia terhadap kemelut pembayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di DUN Liawan yang mana arahan kebenaran melantik JPKK telah diberi pada Januari 2023. Namun, pembayaran-pembayaran elaun-elaun mereka hanya bermula pada April 2023. Ini bermakna JPKK yang dilantik ini walaupun telah menjalankan khidmat dan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sejak bulan Januari, hanya mendapat elaun pertama mereka pada bulan April. Saya memohon agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar selaku Kementerian yang bertanggungjawab akan mengambil langkah proaktif dan segera menyelesaikan permasalahan ini.

Datuk Speaker, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. bakal melancarkan pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang bernilai, yang bernilai RM4 bilion di Kemabong, Tenom. Majlis Pecah Tanah projek tersebut akan dirasmikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 7 Disember bulan depan. Empangan ini apabila siap nanti akan menyumbang sebanyak 15% penambahan kuasa bekalan elektrik Sabah. Selain berpotensi untuk membekalkan aliran air bersih dan stabil kepada pengguna sehingga 6000 juta liter sehari.

Terima kasih tidak hingga, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah kerana sentiasa membantu dalam memudah cara proses-proses permohonan dan perancangan projek ini. Inisiatif ini digalas oleh SEC dengan usaha sama Gamuda Berhad dan Conlay Construction kerana menyedari masalah kemudahan bekalan elektrik dan air di Sabah yang akan semakin meruncing sekiranya tidak ada langkah penyelesaian tuntas diambil dengan segera.

Di samping itu, langkah ini juga adalah demi menyahut seruan Kerajaan ke arah mengurangkan kebergantungan negeri pada bahan api fossil selain menyokong matlamat Kerajaan Negeri untuk menjana 30% tenaga elektriknya daripada sumber tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035.

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, suka saya membawa perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan kenyataan Premier

I Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkenaan penambahan kerusi bagi kawasan Parlimen Sarawak. Saya menyokong penuh dengan kenyataan tersebut dan berharap agar Kerajaan Negeri Sabah juga mendesak agar penambahan itu disegerakan sekurang-kurangnya 33% daripada sekarang yang hanya 26% sahaja. Jumlah 33 kerusi ini juga sebenarnya adalah jumlah kerusi parlimen yang dituntut semasa perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan sewaktu kita menubuhkan Malaysia pada tahun 1963 dulu. Datuk Speaker, mengakhiri perbahasan, saya dan seluruh kepimpinan di peringkat N.41 Liawan ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakan-rakan, ahli-ahli Yang Berhormat juga buat rakyat saya di kawasan di DUN N.41 Liawan khususnya dan di seluruh negeri Sabah amnya. Semoga…

Di hari-hari mendatang kita semua akan terus maju dan negeri Sabah ini terus aman, makmur dan sentosa. Datuk Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Liawan, dan sekarang saya persilakan Yang Berhormat daripada N.17 Darau.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Saya ingin membawa Ahli Sidang DUN pada hari ini pada tarikh 22 November 2022 Kerajaan Negeri Sabah telah membentangkan bajet yang bernilai RM5.13 bilion dengan Tema Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera dan sekali lagi pada 24 November 2023 yang lalu Sabah mengumumkan bajet yang besar, iaitu sebanyak RM5.701 bilion dengan tema Sabah Teguh Rakyat Terbela. Pembentangan belanjawan yang gah dengan tema yang hebat didengar semoga ianya tidak seperti

I indah pada wajahnya sahaja, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan berapa peratuskah dari jumlah belanjawan 2023 yang sebanyak RM5.13 bilion itu telah dilaksanakan.

Datuk Speaker dan sidang Ahli Dewan yang saya muliakan soalan ini saya ajukan kerana terlalu banyak gangguan keperluan asas yang berlaku di negeri Sabah seperti air, elektrik dan jalan raya ini adalah perkara asas yang sepatutnya hanya dibincangkan secara pentadbiran dan bukan lagi sebagai tajuk utama di peringkat Kerajaan merujuk kepada jadual laman sesawang Suruhanjaya Tenaga Malaysia atau ST Sistem Average Interruption Index atau SAIDI Sabah di bawah SESB dilihat mempunyai trend peningkatan yang tidak baik berbanding SAIDI di Semenanjung di bawah seliaan TNB. SAIDI Sabah pada tahun 2019 adalah 25.31 minit dan pada tahun 2020 ianya menurun kepada 189.44 minit pada tahun 2021 terdapat peningkatan gangguan kepada 332.14 minit tahun 2022 terdapat sedikit penurunan kepada 296.22 minit tetapi naik semula pada tahun ini setakat Ogos 2023 jumlah catatan SAIDI adalah sebanyak 351.53 minit secara anualize. Merujuk kepada gangguan ini dan berbalik kepada belanjawan 2023 dengan tema Perkasa Ekonomi Rakyat Sejahtera, di manakah usaha memperkasa ekonomi dengan gangguan asas yang terus-menerus berlaku dengan catuan bekalan merupakan suatu kebiasaan dan bagaimana pula, dengan rakyat sejahtera sedangkan rakyat sengsara menanggung ketiadaan bekalan elektrik sering kali dicatu. Bagaimana pula dengan bekalan asas yang kedua, iaitu air tidak perlu jauh jika saya ingin memberikan contoh cukup dengan merujuk di dalam kawasan DUN Darau sahaja. Saya fokuskan lagi, iaitu di dalam kawasan Taman Kingfisher 2, iaitu taman perumahan yang paling hampir dengan Dewan Undangan Negeri ini. Jumlah gangguan air dari bulan September 2023, 1 September 2023 hingga 24 November 2023 adalah sebanyak 36 hari. Maknanya dalam tempah 85 hari terdapat 36 hari gangguan bekalan air perkara ini bolehlah kita ungkapkan sebagai gangguan yang melampau di era digitalisasi ini tidak hairan apa yang dikatakan oleh wakil daripada Telupid tadi rakyat sudah memaki-maki ini memang hakikatnya.

Bagaimana pula dengan perkara asas ketiga, iaitu jalan raya yang kini telah diperbaiki secara mengejut dengan kehadiran Yang Di-pertuan Agong melalui Program Kembara Kendali Borneo pada bulan September yang lalu barulah nampak baik itu pun secara ad hoc dan kini kita juga sudah merasa kembali keadaan jalan

I sebelum Program Kembara Kenali Borneo tersebut. Bajet yang besar dengan tema yang gah hanyalah seperti melukut di tepi gantang tidak ada kemampuan untuk berdaya saing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa pula yang berlaku pada tahun pada bajet tahun 2024 dengan jumlah RM 5.701 bilion dengan tema Sabah Teguh Rakyat Terbela melalui pembentangan bajet baru-baru ini merujuk kepada perenggan 109 terdapat peruntukan sebanyak 679.85 juta untuk mengurus dan menangani masalah kekurangan air dan RM 156.77 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan bagi penyelesaian jangka pendek dan serta merta bagi masalah air manakala sejumlah RM 258.05 juta bagi penyelesaian cara jangka sederhana dan jangka panjang bagi masalah kekurangan air ini. Terima kasih atas peruntukan ini tetapi janganlah ianya hanya seperti melepaskan batuk di tangga cantik pada peruntukan tetapi tidak pada implementasi projek. Kita harap tahun 2024 isu air akan dapat diselesaikan dengan tuntas.

Jabatan Kerja Raya yang telah diperuntukkan sebanyak RM 1.72 bilion diharapkan dapat mengambil langkah proaktif dalam memberikan fokus kepada implementasi projek asas rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 21 Ogos 2023 Menteri Sumber Manusia Datuk V. Sivakumar telah memaklumkan melalui sidang media bahawa negeri Sabah telah mencatatkan jumlah pengangguran yang tertinggi di Malaysia dengan jumlah pengangguran seramai 169 800 orang atau 29% dari jumlah pengangguran di Malaysia. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif pada Mei 2023 menjelaskan bahawa terdapat penurunan point 4% pengangguran di Sabah dari 176 700 kepada 169 800 orang jumlah yang sama seperti yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia.

Sekali lagi saya ingin merujuk pada belanjawan 2023 dengan tema yang gah tersebut apa sudah jadi Sabah masih menjuarai pengangguran di Malaysia dan Kerajaan hanya dapat menurunkan point 4%, iaitu hanya seramai 6900 orang yang mendapat pekerjaan. Tidak hairan jika terdapat ramai anak Sabah yang keluar dari negeri ini untuk mencari sesuap nasi di perantauan. Kita juga telah dikejutkan dengan anak muda cerita anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan di

I Semenanjung yang telah dipukul hanya kerana bahasa kita yang berbeza kisah yang viral ini menjadi ikhtibar kepada kita semua sebagai pemimpin di Sabah saya berharap pemimpin Sabah di peringkat Kerajaan juga dapat mengambil langkah proaktif dalam memastikan anak-anak Sabah tidak lagi perlu keluar negeri untuk mencari rezeki tetapi melipatgandakan ruang… Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin [Darau]:…peluang pekerjaan, sama ada dari aspek pekerjaan GIG ataupun usahawan. Jika Belanjawan 2023 dengan nilai sebanyak 5.138 bilion hanya membuka ruang kepada lebih kurang 6,900 rakyat Sabah, berapa pula sasaran yang peluang pekerjaan untuk anak Sabah dengan nilai belanjawan 5.701 bilion? Adakah juga di bawah 1% seperti tahun ini? Adakah Kerajaan Negeri menyediakan sasaran bagi mengurangkan pengangguran di Sabah. Berapakah jumlah sasaran Kerajaan Sabah dalam mengurangkan isu pengangguran di Sabah pada tahun 2024 akan datang?

Yang berhormat Datuk Speaker dan Ahli Sidang DUN, saya ingin merujuk kepada isu di dalam kawasan saya iaitu DUN Darau. Pada Januari 2020 Kampung Bahagia berhampiran Kampung Darau telah pun diluluskan dan digazetkan sebagai perkampungan bagi penduduk di Kampung Rampayan Laut, Kampung Saradan dan Kampung Tampuru yang berhadapan dengan risiko banjir.

Pada minggu lepas, sekali lagi kawasan ini telah dilanda banjir dan penduduk yang sepatutnya letak dipindahkan masih lagi berhadapan dengan situasi banjir yang mana ianya merugikan penduduk tempatan. Kita semua maklum, setiap kali berlakunya bencana banjir ini pasti ianya akan memberikan kesan ekonomi yang merugikan kepada penduduk yang terjejas. Merujuk kepada maklumat laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia November 2023 ini bermulalah Monsun Timur Laut dan bagi negeri Sabah kita akan menerima limpahan hujan sekitar 100mm hingga 400mm. Kerajaan perlu memastikan penduduk di ketiga-tiga kampung tersebut dapat dipindahkan dalam keadaan kadar segera kerana kini mereka bakal lagi berhadapan dengan risiko banjir.

I Datuk Speaker, kemudahan infra seperti jambatan kayu di perkampungan atas air juga harus diambil perhatian. Penduduk yang menduduki perkampungan ini adalah terdiri daripada kalangan nelayan dan juga penjawat awam mahupun swasta. Di kawasan DUN saya DUN Darau, kampung-kampung seperti Kampung Cendaramata, Kampung Cenderamata 2, Kampung Likas Lama, Kampung Muhibbah, Kampung Kalansanan dan Kampung Rampayan Laut merupakan perkampungan yang mana sebilangan besar penduduknya mendirikan rumah di atas air. Adalah didapati bahawa keadaan jambatan kayu yang saban hari penduduk tempatan gunakan telah pun usang dan tidak selamat untuk digunakan. Keperluan penggantian dan pembaikan amatlah kritikal.

Pada 19 November lalu baru-baru ini saya telah mengadakan satu program, Program Mangkuaya Madani, yang bermaksud gotong royong dalam bahasa bajau sama. Di mana dalam program ini saya bersama penduduk kampung telah bersama-sama membaiki jambatan usang yang sudah hampir tidak dapat dilalui oleh penduduk di Kampung Cenderamata Likas dengan dana yang amat terhad. Maklumlah pembangkang, tiada dana. Namun, atas inisiatif program Mangkuaya Madani ini alhamdulillah, jambatan dan kena cover oleh RTM. RTM datang cover, namun atas inisiatif program Mangkuaya Madani ini alhamdulillah jambatan tersebut kini selamat digunakan oleh penduduk untuk keluar bekerja serta bekerja serta untuk anak-anak pergi sekolah. Untuk itu saya berharap, saya berharap agar pihak Kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk memperbaiki jambatan-jambatan usang ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya akhiri ucapan bahas Belanjawan 2024 ini dengan serangkap dua rangkaplah pantun. Dengan izin, Sira masin tuang di cangkir, Ayam mengaram di keratahan; Kalau berjanji jangan tak mangkir, Masa hadapan jadi taruhan.

Ngomot parai tak Kampung Sangkir, Parai penuiyan jatak pentaran; Amun berjanji dong no mangkir, Masa bunda jadi gadaian.

I Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Darau. Tepat-tepat 15 minit. Sekarang saya persilakan YB daripada Kawang. 100% cintamu.

Terima kasih Tuan Speaker. Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya.

Pertama sekali izinkan saya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada Datuk Speaker atas peluang dan keizinan untuk saya sama-sama menyertai perbahasan ke atas Belanjawan Sabah 2024 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada hari jumaat yang lepas. Selesai meneliti inti sari belanjawan tersebut, Kawang berkongsi citra semangat yang dibawakan dalam belanjawan itu yang bertemakan “Sabah Teguh, Rakyat Terbela”, kerana ia dirangka sebegitu rapi dengan berteraskan aspirasi serta komitmen Kerajaan Negeri ke arah melonjak dan mempercepatkan pembangunan negeri demi kesejahteraan hidup rakyat. Sebagaimana yang telah dijanjikan, ketika mengambil alih teraju permintaan negeri tiga tahun yang sudah belanjawan tahun 2024 berjumlah RM5.701 bilion. Adalah belanjawan lebihan sebanyak RM35.87 juta. Adalah yang tertinggi bagi Negeri Sabah dan merupakan sejarah bagi Kerajaan pada hari ini. Di mana ia menunjukkan perancangan yang berwawasan holistik, objektif lagi pragmatif sifatnya. Sehubungan dengan itu, Kawang menzahirkan dokongan dan sokongan teguh kepada Kepimpinan Kerajaan Negeri yang begitu komited untuk membangunkan negeri serta membuat kesejahteraan kepada rakyat. Seiring dengan agenda pembangunan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sungai Kawang banyak sembilang, Ramai orang datang menjala; Bersama Ketua Menteri kita berjuang, Sabah teguh Rakyat terbela.

Datuk Speaker, sesungguhnya belanjawan ini diciptakan cukup istimewa oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasa pembangunan serta membela untuk nasib rakyat Sabah. Merentas jauh dari utara sampai selatan, menjangkau luas dari bandar

I hingga ke pedalaman. Ia mengandungi perancangan strategik untuk menjadikan Sabah antara negeri terbaik dari segi ekonomi. Ternyata jelas huraian dan perincian dalam Belanjawan 2024 ini mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bagi mensejahterakan rakyat terbanyak dan demikianlah sebenarnya makna tersirat disebalik tema “Sabah Tegu Rakyat Terbela” dan jelas belanjawan yang dibawakan ini merupakan gambaran aspirasi Kerajaan untuk melonjakkan pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Ini, inilah bukti yang terang dan nyata dalam mencorak serta mentranformasikan pengurusan bagi mencapai pembangunan Negeri Sabah ke arah lebih telus, efisien, tinggi dan mampan seiring Hala Tuju SMJ. Untuk itu, tahniah dan syabas kita ucapkan kepada YB Menteri Kewangan atas penyediaan belanjawan terbaik sedemikian rupa demi mengangkat kemajuan rakyat dan Negeri Sabah yang tercinta ini.

Datuk Speaker, selepas mendengar pembentangan tempoh hari saya tertarik dengan Kerajaan Negeri memperkasa pertumbuhanan ekonomi dengan meneroka potensi-potensi sumber baru tanpa mengabaikan sektor-sektor tradisional seperti pertanian, pelancongan, perhutanan, perindustrian serta minyak dan gas.

Mengimbau inti pati Belanjawan 2024 pada perenggan ke-49 misalnya, Kerajaan Negeri akan merintis usaha untuk meneroka potensi ekonomi baru. Ekonomi biru…

…yang mana ini sesuatu yang baru bagi kita. Usaha Kerajaan Negeri ini harus kita dukung bersama bagi memastikan kerajaan memiliki sumber ekonomi yang pelbagai pada masa akan datang. Penerokaan Ekonomi Biru ini bertujuan untuk pembangunan ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan konsep Ekonomi Biru ini merupakan penerokaan sumber laut yang menekankan pengurusan marin dan pantai secara lestari, contohnya pemeliharaan hutan bakau, perikanan dan akuakultur (aquaculture), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan rekreasi, perubahan iklim dan juga lain-lain.

I Mengambil kira khazanah kelautan dan maritim yang ada di perairan laut dalam negeri Sabah, penerokaan Ekonomi Biru ini merupakan nilai tambah utama bagi kita ke arah pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan peluang pekerjaan di samping menjaga kemakmuran dan kesihatan ekosistem laut.

Kita berharap, penerokaan baharu ini dapat direalisasikan dengan kerjasama pelabur-pelabur asing yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Kita berharap mendapat pencerahan lanjut pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi Biru yang dijadualkan pada bulan Februari tahun 2024. Ekonomi Biru ini amat tinggi potensinya. Dianggarkan bernilai hingga berbilion ringgit kerana khazanah laut Sabah belum diterokai sepenuhnya dan sesuai kedudukan Sabah dikelilingi lautan dalam lingkungan kawasan pertumbuhan Asian Timur yakni Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) serta status Malaysia sebagai negara maritim. Apabila sektor ini diterokai nanti, kita yakin ia dapat membawa anjakan perubahan kepada komuniti nelayan serta penduduk sekitar persisiran laut kita. Kerana nantinya pelbagai industri hiliran dibangunkan di lokasi-lokasi pinggiran laut sekali gus menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru dan selain daripada kawasan potensi yang terdapat di negeri ini, pesisir laut di kawasan Kawang dari Lok Kawi, Kinarut hingga ke Melinsung juga boleh menjadi pangkalan lokasi industri hiliran Ekonomi Biru ini kelak.

Datuk Speaker, bagi membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar pula, kita menyokong usaha yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bagi memperkasakan usahawan-usahawan luar bandar.

Sememangnya banyak agensi ekonomi pelbagai kegiatan untuk diceburi. Perenggan ke-72 Belanjawan Negeri menyebutkan antara produk tempatan boleh diusahakan termasuk pembuatan gong, gubahan bunga, pembuatan manik dan produk makanan berasaskan bahan tempatan. Sehubungan dengan itu, kita yakin setiap daerah untuk kawasan DUN akan mengenal pasti potensi kawasan masing-masing untuk diteroka dan dibangunkan ekonomi berasaskan produk tempatan masing-masing. Ini seiring dengan program Satu Daerah Satu Produk yang mana telah diperuntukkan sebanyak RM2.41 juta menerusi Belanjawan 2024 bersama-sama dengan program Pembangunan Usahawan Desa dan program Industri Desa. Kita

I yakin dengan perancangan strategik sedemikian, Sabah mampu mendepani cabaran di masa depan termasuk kebarangkalian krisis makanan susulan kemelesetan ekonomi dunia dalam beberapa tahun terakhir ini. Program Satu Daerah Satu Produk ini wajar diberi keutamaan demi mempelbagaikan sumber serta membantu keterjaminan makanan jangka panjang. Saya mengambil contoh di kawasan DUN Kawang sendiri, kita mempunyai kawasan padang ragut dan boleh dibangunkan bagi ternakan ruminan manakala kawasan persisiran pantai di Kinarut juga dalam kawasan DUN Kawang barangkali boleh diterokai dengan sektor perikanan atau akuakultur.

Datuk Speaker, walaupun menyedari dan memperakui tentang berbagai komen, kita juga menyambut baik dan mengalu-alukan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha menangani isu bekalan air di negeri ini termasuk daerah Papar dan sekitar kawasan DUN Kawang.

Perenggan ke-109 hingga Perenggan ke-111, ucapan Belanjawan 2024 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan dengan jelas mengenai usaha Kerajaan Negeri menangani isu bekalan air sejumlah RM679.85 juta diperuntukkan bagi mengurus dan menangani masalah kekurangan bekalan air bersih yang kritikal. Di bawah program Bekalan Air Negeri Biayaan Kerajaan Negeri, Jabatan Air Negeri Sabah, diperuntukkan sebanyak RM156.77 juta bagi melaksanakan program-program penyelesaian serta merta dan jangka pendek.

Sementara bagi program penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang, peruntukan sebanyak RM258.05 juta seperti mana yang disebut sebentar tadi oleh adinda saya, Yang Berhormat dari Darau, akan dibiayai di bawah program “Pinjaman Mudah Persekutuan” sebagai tindakan penyelesaian bekalan air di daerah Papar termasuklah Lahad Datu, Sandakan dan juga Kota Kinabalu. Dalam hal ini, kita menyambut baik pelaksanaan projek Peningkatan Kapisiti Loji Air Kogopon yang sedang dalam pelaksanaan untuk membekalkan keperluan air kepada pengguna sekitar daerah Papar termasuk kawasan DUN Kawang apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Loji rawatan air Kogopon ini mampu memenuhi

I keperluan lebih 160 ribu pengguna di Pantai Barat Selatan meliputi daerah Putatan, Kinarut, Lok Kawi serta kawasan di sekitarnya.

Datuk Speaker, isu air yang banyak diperkatakan akhir-akhir ini sebenarnya sudah lama berlaku dan diwarisi daripada kerajaan-kerajaan sebelum ini. Begitu pun, kita sedar kerajaan pada hari ini terus berusaha dan berusaha dan sentiasa peka tentang isu masalah bekalan air yang cukup kritikal. Pelaksanaan projek…

Speaker

Mula gulung, ya.

Ya, gulung?

Okey kalau gitu saya pusing.

Speaker

Jangan gulung teks. Gulung di depan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Tiada lagu lagi untuk isikan. Terus gulung ya. Sampai di sinilah. Okey, em, satu lagi..

Speaker

Saya suruh gulung, bukan saya suruh berhenti. Saya suruh gulung.

Oh, gulung.

Okey, gulung, okey Speaker. Sambung sikitlah. Sementara menunggu beberapa operasi air Telibong dan Kogopon, kerajaan telah menstrukturkan semula Jabatan Air Negeri Sabah bagi memperkasa operasinya, termasuk bagi menangani isu none revenue water (RNW) yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna selama ini. Kita difahamkan dalam tempoh lima bulan ini, usaha itu sudah membuahkan hasil apabila kadar RNW ini berjaya dikurangkan daripada 60 peratus sebelum ini kepada 51 peratus setakat awal bulan ini.

Saya turut berkongsilah dengan adik saya ADUN daripada Liawan satu lagi berita baik yang disebutkan tadi dalam tempoh terdekat ini ialah pelaksanaan projek mega, iaitu Upacara Pecah Tanah Projek Empangan Hidroelektrik bernilai RM4 bilion di Ulu Padas, Tenom. Projek tersebut adalah perancangan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu bekalan air dan elektrik.

I Datuk Speaker, saya gulunglah. Di penghujung ucapan ini, Kawang ingin mengajak seluruh pimpinan dan lapisan rakyat untuk menghayati tema belanjawan ini sekali lagi, iaitu “Sabah Teguh Rakyat Terbela” kerana maknanya cukup besar dan mendalam. Pertama, marilah kita berdiri teguh bersama pimpinan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri supaya Sabah teguh. Kedua, marilah kita bergandingan tangan dan melupakan sebarang sengketa lama supaya rakyat terbela. Jika dua prinsip ini dapat kita semua hayati bersama pastinya Sabah akan meluncur laju. Insya-Allah.

Kita penuh yakin barisan kabinet negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan terus komited meletakkan negeri ini di landasan yang tepat. Melalui pelaksanaan pelbagai usaha dan inisiatif pembangunan. Marilah kita bersama-sama memuliakan tanggungjawab kita dan terus mendukung kepimpinan negeri demi mewujudkan sebuah kestabilan dan keharmonian yang berkekalan untuk kita dan generasi seterusnya.

Akhirnya, marilah kita pupuk semangat muhibah dan suburkan semangat perpaduan demi kesejahteraan bersama dan sesuai dengan suasana di penghujung tahun ini, saya juga bersama seperti rakan lain ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua dan kepada yang meraikan Hari Natal tidak lama lagi, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas. Semoga kita semua dilimpahi, limpahkan rezeki dan keafiatan di bawah naungan Allah S.W.T. Sekian, Kawang mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kawang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura.

Terima kasih, Speaker. Apa khabar?

Salam sejahtera. Sidang Dewan yang dihormati, selamat bertemu kembali dalam bersidang kita bagi sesi kali ini. Terima kasih, Tuan Speaker, kasi peluang yang telah diberi kepada saya untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini.

I

Speaker

Saya tak bagi peluang pun, you cakap juga.

Tuan Speaker dan hadirin sekalian sebelum saya mulakan bahas. Saya ingin sentuh berkenaan kemajuan bandar Sandakan pada masa kini.

Dahulu bandar Sandakan mempunyai Maktab Perguruan Sandakan, Kolej dan Kolej Jururawat Sandakan. Namun kini semuanya telah pun ditutup tanpa atas dasar, alasan dan munasabah. Kini Sekolah Seni, Sekolah Seni juga ditutup dan dipindah ke daerah lain. Selain itu, bajet pada tahun ini juga seperti tidak di pihak kepada golongan B40. Apa yang lebih jelas ini, kos sara hidup pada masa kini terlalu tinggi. Subsidi bagi berkenaan makanan seperti ayam dan beras juga tidak diberikan walaupun banyak bajet yang telah dikhaskan bagi industri pertanian. Bekalan elektrik juga tidak mencukupi di Sandakan. Walaupun di Sabah kaya dengan kelapa sawit. Namun, mengapakah sehingga kali ini tidak dapat rancangan untuk hanya menggunakan biomass bagi berkesan bekalan elektrik. Persoalannya yang saya tekan di sini, mengapa bandar Sandakan begitu disisihkan. Berbanding Kota Kinabalu dan Tawau. Sandakan terlalu ketinggalan jauh dan saya akan tidak mempunyai sebarang harapan untuk perkembangan maju. Hadirin yang dihormati, saya akan meneruskan dengan perbahasan saya.

Isu yang pertama, saya ingin membahaskan soal berkenaan cukai pintu di Sandakan.

Untuk memaklumkan Tuan Speaker, di Sandakan baru-baru ini menerima maklumat atas cadangan kepada pihak MPS berkenaan kenaikan kadar cukai pintu.

Pada tahun 2024, tindakan tersebut telah menimpahkan perasaan mula daripada penduduk Sandakan yang sudah sangat terbeban selepas pelbagai subsidi akan mula ditarik pada tahun hadapan. Apatah lagi gaji tidak dinaikkan. Adalah aduan ini sering diterima adalah masalah dengan rumput panjang, masalah longkang sumbat, tangki paip pecah, pokok tidak ditrim, sampah sarap dan…

Speaker

Rambut panjang?

I

Rumput panjang dan haiwan-haiwan yang liar di kawasan-kawasan Sandakan tidak dapat diselesaikan. Ini saya dan saudara saya pun sama, ini masa yang tidak sesuai. Walaupun Menteri ada di Sandakan Port. Taklimat untuk semua persatuan NGO juga. Masa yang tidak sesuai, saya bukan tidak disokong, hanya masa yang tidak sesuai. Yang naik taraf dari in a komersial punya, naik hampir 287% yang kenaikan, yang swasta punya. Macam perumahan punya naik lebih 100%. Dia punya pintu cukai.

Speaker

Cukai pintu.

Ini yang saya…

Speaker

Bukan pintu cukai.

Cukai pintu. Ini yang saya tidak bersetuju. Masa ini yang naik pintu cukai.

Speaker

Cukai pintu.

Cukai pintu. Ini yang saya selalu di dalam news atau dalam artikel yang apa saya sebut. Saya sokong Sandakan jadi pembandaran. Tapi masalahnya ini sekarang ekonomi atau yang sengsara hidup.

Speaker

Bukan sekarang dia perbandarankah?

Sorry.

Speaker

Bukan sekarang Sandakan perbandarankah sudah?

Belum.

Speaker

Perbandaran mah. Majlis Perbandaran Sandakan.

I mean the city. The.

I

Speaker

Banda raya.

Banda rayalah. Banda raya. Ini yang tidak sesuai untuk yang, satu cara yang harap Menteri yang pertimbang balik apa yang Sandakan punya rasa, rakyat Sandakan punya kemajuan. Contohnya, pelancongan belum dapat semua yang tentang Sandakan dan kedua kita itu subsidi-subsidi yang tadi saya sebut pun tidak dapat di… dibandarkan.

Point yang kedua, bekalan kualiti air. Sampai hari ini apa yang kita test masih ada 300 PPM dalam setiap taman contohnya, Taman Mawar, Taman Indah Jaya dan Bandar Kim Fung dan sebagainya. Saya, Sandakan harap dapat buat sebab jangka satu tahun dari tahun lepas bulan sebelas sampai tahun ini bulan sebelas. Cukup satu tahun, tidak dapat selesai masalah-masalah air masin di Sandakan ini. Saya rasanya Menteri pun ada kasih peluang Menteri, Pejabat Menteri kasi tiga bulan. Tapi, hari ini air masin masih diteruskan. Masih kita minum air masin dalam hari ini. Saya akan buat somethinglah. I think Menteri mesti mahu buat something. Saya tidak adil bah untuk orang Sandakan. Orang KK, orang Tawau, orang lain-lain tempat minum yang air bersih. Air dalam masin tapi, bayaran yang sama. Tapi, orang Sandakan yang bayar yang sama tapi, air minum air masin. Dalam satu tahun ini, tidak henti. Jadi.

Speaker

Tawau sama KK, tiada Bukit Garam.

Itu yang tidak adil untuk orang Sandakan.

Orang Sandakan yang bayar yang sama. Bayangkan sama tapi, kenapa orang Sandakan yang macam bodoh ini, minum satu tahun punya air masin. Tiada tindakan apa-apa pun. Itu yang saya tidak puas hati masa ini. Dalam orang Sandakan tidak adil untuk orang Sandakan. Ini yang saya selalu sebut orang Sandakan sebab pelancongan, dalam perindustrian, dalam air masin, dalam infrastruktur pun tidak dapat tolong orang Sandakan ini.

Point yang seterusnya ialah ekonomi Sandakan. Di Sandakan baru-baru ini menyiasat, menyaksikan kenaikan harga beras yang sangat kritik sehingga menyebabkan aduan rakyat Sandakan hari ini, terpaksa beli beras yang import. Itu

I yang saya hairan, Sandakan di tadi Menteri ada sebut di Sapi Nangoh ada tanam padi. Tapi, hari ini Sandakan dia dapat padi yang tak matang. Saya pergi yang pasar raya yang macam besar punya seperti Bataras dan sebagainya. Saya tidak dapat beras tempatan. Walaupun, Sandakan, Sapi Nangoh ada tanam padi yang sendirian. Teruskan. Apa?

Saya pun mahu jelaskan, saya pun mahu faham. Kalau saya tidak faham terus fahamkan saya. Saya, sebab saya sebagai suatu Wakil Rakyat, yang saya mahu dengar rakyat atau Menteri yang boleh jawab ini soalan. Sandakan ini tidak dapat satu beg beras tempatan. Walaupun di Sapi Nangoh ada padi atau yang kilang padi ini.

Point yang keempat.

Saya ada jumpa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Tahun lepas apa yang dia sebut dengan saya, tuntutan yang bahawa tahun depan mahu pasang GPS. Bukan GRS ahh, GPS. Jadi, mahu pasang GPS ini, akan termasuk ini bas berhenti-henti dan bas sekolah. Jadi, hal ini kerana bagi golongan B40 yang merupakan satu kemudahan bagi mereka.

…yang kebanyakan belum mampu memilik kenderaan sendiri. In fact pemasangan GPS sudah pasti akan ditanggung oleh penumpang, yang mana ia kebanyakan melibat golongan B40. Pihak Kerajaan Negeri tidak dapat melakukan pengecualian tersebut, bukan saya menggesa pihak Kerajaan Negeri, mencari langkah-langkah lain agar ia tidak menjadi beban baharu, khusus bagi golongan B40 ini. Kita tidak boleh berbanding dengan semenanjung, semenanjung yang mensasarkan ini GPS untuk yang LPKP punya kenderaan termasuk e-hailing, sebab Sabah ini spare part yang mahal ke berbanding dengan semenanjung, tayar yang infrastruktur jalan raya. Kita banyak bukit jalan raya tidak bagus, tidak ada Pan Borneo di Sandakan pun, kenapa mahu laksana ikut yang sama dengan semenanjung. Saya rasanya, Kerajaan Sabah se..sepatutnya mahu timbang rasa dalam bidang ini. Seluruh Sabah pun ada in fact masa ee yang isu GPS ini.

I Perumahan PPR. Sampai hari ini Sandakan tidak dapat ee bagus satu rumah yang mampu milik. Walaupun ada 1PRIMA punya perumahan, dia punya harga lebih kurang 280 ribu yang seunit. Jadi saya harap Perumahan PPR itu kos rendah untuk yang orang Sandakan.

Saya ingin membahaskan penggesaan permasalahaan kewarganegaraan ini. Di Sabah, khususnya Sandakan, yang maklumatkan berdasarkan jumlah bilangan populasi penduduk Sandakan yang ramai, sudah merupakan bandar kedua besar selepas Kota Kinabalu. Ditambah lagi dengan arus kemodenan namun, sehingga kini masih ada lagi ramai tempat rakyat tempatan yang menghadapi masalah dokumentasi iaitu, ketiadaan dokumen atau kad pengenalan diri.

Hal ini menyebabkan segala kemudahan tidak dapat dinikmati oleh golongan tersebut, terutamakan penduduk pedalaman dan sekitarnya. Di Sandakan juga masih terdapat banyak penduduk yang berstatus state less yang kurang mendapatkan perhatian oleh pihak kerajaan, menyebabkan golongan ini di pinggir. Saya rasanya ini isu bukan yang pertama kita result dan bukan baru, saya rasanya saya rasa apa yang saya jumpa Saiffudin di KL. Saya rasanya mesti mahu buat satu ee satu special committee atau yang selesai masalah ini, kalau tidak sampai hari ini kita tidak tahu berapa banyak jumlah di Sabah itu state less ada, dan kita tidak tahu apa macam menyelesaikan ini jenajah aa sorry jenayah jenayah ini. Banyak kes tidak dapat trace, walaupun kita selalu jumpa OCPD dan sebagainya, tidak dapat selesai. UTC Sandakan. Sampai hari ini UTC Sandakan belum diadakan, walaupun Keningau pun ada, KK ada, Tawau ada. Kenapa Sandakan tidak dapat selesai UTC? Hari ini UTC di Sandakan tidak dapat dilaksanakan, walaupun bangunan disediakan, dan semua ee department kerajaan siap sedia mahu pindah pergi kawasan situ. Isu Pendidikan. Apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu pelajar anak merantau dari Sabah? Pihak kerajaan seharusnya mengambil insentif dengan membeli subsidi tiket penerbangan atau bas express, dari negara pergi negara atau yang tempat KK pergi Sandakan atau Sandakan pergi Tawau dan sebagainya, yang kasih subsidi untuk yang murid-murid untuk ee senang sikit ee kemudahan keluarganya. Ada kes yang saya dapat aduan di office saya, walaupun bukan hanya tiket saja, airpun mahu beli pergi universiti itu ee education hub di Sandakan ini. Sandakan hub ni ada kekurangan air. Ibubapa mahu beli air pergi

I hantar kasih anaknya mandi atau yang minum untuk itu education hub sana. Saya tidak tahu apa masalah orang Sandakan, sebab selalu ada masalah tentang air, jalan, air, jalan, air, jalan, sampai hari ini. Di universiti pun tidak ada air. Akhirnya, saya ingin menegaskan berkenaan pendapatan saya pada bajet pada tahun ini, dimana saya akan mempersetujui bajet tersebut sekiranya rakyat Sandakan masih disisihkan, namun jika sebaliknya bukan saya ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu..Baharu, semoga kesihatan dan kebahagiaan selalu mengikuti hadirin dan sekeluarga. Selamat tahun 2024 yang akan datang. Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Elopura, you memang pilih mahu cakap berucap dalam bahasa ya? You choice is to speak in bahasa?

I hopefully I can learn more from bahasalah because I am best in english lah, ee I mean best english punyalah.

Speaker

That is your choice lah, you, you op to speak in bahasa lah.

Definitely, thank you, thank you Speaker, thank you.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam senarai ini ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyenaraikan untuk berucap, tapi nampaknya tidak ada dalam Dewan. Ahli Yang Berhormat Petagas, Bugaya, Gum-gum, Silam, tidak adakan? Kita masih ada masa untuk berucap tetapi dia orang tidak ada. Jadi saya minta usul, Menteri buat usul.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Usul. Datuk Speaker. Menurut Peraturan Tetap 2(1)(d) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, tanpa menghiraukan usul terdahulu saya mohon mencadangkan bahawa Dewan pada hari ini ditangguhkan sekarang.

I

Speaker

Ada Ahli-ahli yang menyokong (suara: setuju). saya belum tanya setuju, saya tanya sokong saja. (suara ketawa).

Datuk Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Lumadan

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini ditangguhkan sepertimana yang dicadangkan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, Yang tidak katakan tidak, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan dan bermesyuarat semula pada Selasa 28 November 2023, jam 10.00 pagi.

(Bunyi ketukan tukul sebanyak 3 kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 5.00 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang ke 28 November 2023.” SDN27112023/bnm