Sabah · 30 November 2023
16th Assembly, 4th session, 3rd meeting · not final · 469 turns · 28,170 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sebelum saya menjemput ADUN Dilantik Yang Berhomat Datuk Suhaimi Haji Nasir, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Tun Juhar, Sandakan yang ada bersama-sama kita sebagai pemerhati pagi ini.
Selamat belajar semua.
Sekarang saya jemput Yang Berhomat ADUN Dilantik Datuk Suhaimi Bin Haji Nasir.
Terima kasih Datuk Speaker, good morning, selamat pagi. Soalan saya No. 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Terkini Unit Tenaga NegeriQuestions
*1.
YB. Datuk Suhaimi bin Haji Nasir [ADUN Dilantik] bertanya kepada KETUA MENTERI, apa status terkini mewujudkan unit tenaga negeri sebagai Energy Commission of Sabah (ECoS) dalam menggubal dasar pembekalan elektrik Sabah.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Tuan Speaker, Dari Tawau ke Sandakan, Singgah Kunak membeli ikan; Soalan pertama ADUN lantikan kemukakan, Mohon perhatian dengarkan jawapan.
I Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 41, 43, 45, 47 dan 49 pada hari ini Khamis, 30 November memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhomat ADUN Dilantik dan ADUN daripada Karamunting, Elopura, Tanjung Papat dan Sri Tanjong serta Dewan yang mulia ini, Energy Commission of Sabah atau ECOS telah pun ditubuhkan melalui Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 yang telah berkuat kuasa pada 10 Januari 2023. Buat masa ini, ECOS adalah pihak berkuasa yang mengawal selia hal-hal berkaitan pembekalan dan pengagihan gas.
Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri pada 3 Januari 2024, insya-Allah.
Selaras dengan itu, kawal… kuasa kawal selia pembekalan elektrik akan diambil alih oleh ECOS bermula pada 3 Januari 2024, insya-Allah.
Berhubung dengan Unit Tenaga Negeri Sabah, unit ini adalah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab mengenai penggubalan dasar serta hal ehwal pentadbiran sektor tenaga bagi negeri Sabah selari dengan hala tuju Kerajaan Negeri bagi memastikan kelestarian bekalan tenaga di Negeri Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif ataupun JPPPET Sabah yang telah diadakan pada Jun 2023 yang lalu, pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan atau Power Development Plan atau (PDP) bagi memenuhi keperluan permintaan pengguna di Sabah.
Pelan Pembangunan Penjanaan ini telah mengambil kira satu, berkaitan tentang pertumbuhan organik, iaitu unjuran penambahan keperluan beban yang lazim yakni peningkatan pengguna domestik dan pengguna kategori lain yang kecil. Dan yang kedua, keperluan beban step load oleh pengguna dari industri besar yang komited. Strategi perancangan dalam Pelan Pembangunan Penjanaan adalah dibahagi kepada tiga fasa, iaitu satu, fasa penyelesaian segera dari tahun 2023 hingga 2025 adalah untuk mencapai jidar simpanan penjanaan ataupun generation space capacity ke tahap kukuh, iaitu 30%.
I Dengan erti kata lain, simpanan penjanaan perlu mempunyai lebihan 30%, iaitu sekitar 300 megawatt, berbanding beban maksimum grid Sabah yang kini telah mencecah hampir 1,100 megawat. Untuk tujuan ini, beberapa projek telah dikenal pasti untuk dilaksanakan seperti berikut.
Satu, penyewaan set-set jana kuasa berasaskan bahan api diesel sehingga 100 megawatt secara berperingkat, iaitu 40 megawatt pada bulan Disember 2023 dan 60 megawatt pada bulan Mac 2024. Daripada jumlah ini, 90 megawatt akan ditempatkan di Pantai Timur Sabah. Kedua, perlanjutan operasi loji jana kuasa berasaskan bahan api diesel yang sedia ada di Tawau, sebanyak 70 megawatt. Ketiga, penyiapan projek solar berskala besar, sebanyak 62 megawatt pada tahun 2024. Di mana 41 megawatt terletak di Pantai Timur Sabah.
Keempat, cadangan pemasangan Battery Enegry Storage System di Pantai Timur Sabah sebanyak 100 megawatt, yang dijadualkan untuk penyiapan pada tahun 2026 akan diawalkan untuk sasaran penyiapan pada tahun 2024.
Lima, pengoperasian sumber-sumber tenaga hijau melalui Program Tarif Galakan ataupun Feed-in Tariff dari sumber mini hidro berkapasiti 31.6 megawatt di Pantai Barat, dan biogas berkapasiti 5.6 megawatt di Pantai Timur Sabah pada tahun 2024. Keenam, penambahan projek solar berskala besar sebanyak...
… 100 megawatt pada tahun 2025. Langkah-langkah penyelesaian segera ini akan memulihkan jidar simpanan ke tahap yang kukuh dan kedudukan bekalan elektrik yang berdaya harap.
Kedua, fasa penyelesaian jangka sederhana dari tahun 2026-2030 adalah antara lain melibatkan penambahan kapasiti penjanaan daripada sumber hidro berjumlah sekitar 400 megawatt. Projek solar berskala besar berjumlah 100 megawatt dan lain-lain projek penjanaan. Di samping itu terdapat juga projek talian penghantaran
I utama 275 kilovolt, iaitu penyiapan talian penghantaran sambung tara grid Sabah dan Sarawak dan projek talian penghantaran Southern Link. Ini akan mengukuhkan lagi kapasiti dan kestabilan grid Sabah untuk menerima permintaan beban besar terutamanya daripada pengguna-pengguna industri di masa akan datang. Ketiga fasa penyelesaian jangka panjang, iaitu selepas tahun 2030 adalah tertumpu kepada mempertingkatkan potensi hidro elektrik di negeri Sabah melalui hasil kajian pelan pembangunan hidro yang sedang dilaksanakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) di samping itu penerokaan atas teknologi dan sumber penjanaan baharu akan dilaksanakan juga seperti geothermal, wind dan hydrogen.
Perancangan sambung tara talian penghantaran di antara Sabah dan Kalimatan Utara juga akan diteroka berdasarkan hasil kajian kebolehlaksanaan yang akan dibuat pada tahun ini.
Tuan Speaker, Pelan Pembangunan penjanaan ini adalah selari dengan Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 atau Sabah Energy Road Map and Master Plan 2040 atau SE-RAMP 2040 yang telah dilancarkan pada 19 September 2023. Salah satu daripada 16 pelan strategik yang telah dikenal pasti dalam SE-RAMP 2040 ini adalah penambahan komposisi tenaga boleh baharu di dalam campuran penjanaan tenaga elektrik di negeri Sabah. Peratusan kapasiti tenaga boleh baharu adalah disasarkan melebihi 50% pada tahun 2035 berbanding dengan 9% pada ketika ini dan sasaran ini akan terus dipertingkatkan sehingga mencapai lebih 80% pada tahun 2050.
Perancangan-perancangan ini akan diperhalusi dan seterusnya dipantau oleh ECoS setelah pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Sekian, Tuan Speaker.
Soalan tambahan daripada ADUN yang Dilantik. Soalan Tambahan
Terima kasih, Pembantu Menteri YB Apas. Jawapan yang cukup memberangsangkan dan memberi keyakinan untuk rakyat Sabah yang ada di luar sana. Isu bekalan elektrik di Sabah telah membelenggu rakyat sejak sekian lama. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan bagi mengambil alih penjana kuasa yang telah berhenti beroperasi, iaitu IPP Libaran berkuasa 30 megawatt di Sandakan dan IPP Serudung 33 megawatt di
I Tawau sebagai langkah jangka pendek sementara menunggu persiapan IPP baharu yang bermula dibina tahun 2024. Yang kedua, bilakah cadangan projek talian penghantaran Southern Link yang berkuasa 275kb yang dianggarkan bernilai 1.4 billion dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan, YB Dilantik, sahabat saya sama jawatan kita (ketawa). Okey. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Adun Dilantik berkaitan dengan IPP yang seperti disebutkan sebentar tadi apabila kita mengadakan Pelan Pembangunan Penjanaan sepertimana dilancarkan pada September tahun ini maka segala apa juga yang boleh mempertingkatkan tenaga-tenaga kita, kita akan ambil kira ya. Sekiranya cadangan itu adalah baik untuk negeri Sabah dan juga baik untuk meningkatkan bekalan elektrik kepada rakyat di negeri Sabah maka ia sudah pasti akan diberi pertimbangan oleh jawatankuasa ataupun ECoS yang telah dibentuk ini. Berkaitan tentang Southern Link oleh kerana perkara ini melibatkan Suruhanjaya Tenaga di Peringkat Persekutuan maka saya tidak boleh menyatakan apa-apa berkaitan ini, cuma perkara ini memang sudah berlaku sejak lama dahulu. Semua orang tahu apa tu Southern Link tetapi sehingga hari ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh hanya Suruhanjaya Tenaga Persekutuan hanya yang tahu kenapa tidak boleh kita laksanakan. Oleh hal yang demikian, kita akan mencari atau mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini berkaitan kita akan maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Adun Dilantik.
Yang Berhormat Liawan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker.
Semasa sidang DUN yang lalu ada dimaklumkan antara Rancangan Pelan Jangka Pendek untuk mengatasi kekurangan tenaga elektrik ialah untuk menggunakan powership saya ingin bertanya apakah status projek ini. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan ADUN Liawan, YB Handsome. (Ketawa) Okey. Berkaitan dengan pertanyaan yang Yang
I Berhormat Adun Liawan dan juga Dewan yang mulia ini, status projek powership ialah telah dibatalkan dan pembatalan projek penyewaan powership yang menyediakan 224 megawatt sebagai salah satu pelan jangka pendek bagi menangani masalah elektrik di Sabah disebabkan ialah walaupun perkara ini sudah diluluskan oleh JPPPET kepada 12 Jun 2023 dan proses seterusnya ialah rundingan perjanjian Power Purchase Agreement PPA di antara SESB dan Syarikat Powership di bawah penyeliaan Suruhanjaya Tenaga Malaysia akan tetapi proses rundingan ini tidak mencapai kesepakatan ataupun tidak mencapai persetujuan oleh kedua-dua pihak. Maka pihak Lembaga SESB telah berkeputusan untuk menamatkan proses rundingan pada 15 September 2023 melalui surat makluman kepada ECoS dan juga kepada syarikat pembekal yang dikenal pasti tersebut.
Seterusnya mesyuarat susulan mengenai keputusan ini telah diadakan di antara Yang Berhormat Menteri NRECC ataupun Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, dan juga turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, dihadiri oleh ECoS, SESB dan Suruhanjaya Tenaga Persekutuan pada 20 September yang lalu dan telah memutuskan pembatalan projek ini dan telah diselaraskan di dalam mesyuarat JPPPET dan menyokong agar satu pelan alternatif oleh SESB dan ECoS diambil.
Pelan alternatif bagi menggantikan projek powership ini adalah seperti berikut: i.
Meneruskan pelan interim, iaitu penyewaan diesel genset berkapasiti 100 megawatt yang akan dilanjutkan operasinya sehingga tahun 2025 berbanding dengan perancangan asal, iaitu untuk tempoh enam bulan sahaja, kita extend dia.
ii.
Projek pemasangan Battery Energy Storage System berkapasiti 100 megawatt akan diawalkan operasinya kepada tahun 2024 berbanding dengan perancangan asal …
I
Iaitu pada tahun 2026 dan di pihak ECOS akan memperhalusi dan menyelaraskan perubahan Pelan Pembangunan Penjanaan (PDP) melalui Mesyuarat JPAK Sabah atau Majlis Tenaga Sabah pada awal tahun hadapan setelah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik pada awal tahun hadapan. Insya-Allah. Sekian Datuk Speaker.
Jadi sekarang saya jemput Yang Berhormat Sebatik.
Terima kasih Datuk Speaker.
Soalan saya nombor dua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cabaran Mensifarkan Miskin Tegar Di SabahQuestions
*2.
YB Datuk Hassan A Gani Pg. Amir [Sebatik] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, berapakah peratusan terkini miskin tegar di Sabah dan apakah antara cabaran utama dalam mencapai sasaran kerajaan untuk mensifarkan miskin tegar menjelang hujung tahun 2023.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih Datuk Speaker. Sebelum saya menjawab soalan daripada Sebatik, terlebih dahulu di Dewan yang mulia ini saya ingin mengucapkan selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya, salam Pitas di Hatiku. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal pada semua Ahli Dewan yang ada di Dewan yang mulia ini. Begitu juga mereka yang ada di luar sana dan selamat menyambut tahun baru 2024. Datuk Speaker. Sebelum saya menjawab soalan, saya ingin menyampaikan sebuah pantun. Pantunnya ada pantun untuk kita syukuri semua. Pantunnya berbunyi begini,
I Hari Sabah hari bersejarah, Dulu dilupa bagai tak bermakna; Syukur GRS berhati wajah, Mengiktiraf semula Hari Sabah.
Datuk Speaker, saya ingin menjawab seterusnya soalan daripada Sebatik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.73 Sebatik dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, SDO setakat 31 Oktober 2023 seramai 18,853 miskin tegar di negeri Sabah telah berdaftar dalam sistem e-Kasih iaitu sebanyak 16.5 % daripada jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah (KIR) yang hanya berdaftar dalam sistem e-Kasih. Datuk Speaker, antara cabaran utama dalam mencapai sasaran Kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar di negeri Sabah menjelang 31 Disember 2023 adalah jumlah miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih terlalu ramai. Kedudukan miskin tegar yang berada di kawasan pedalaman menyukarkan mereka untuk menyertai program-program peningkatan pendapatan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan. Peruntukan agensi pemberi bantuan yang telah habis diguna pakai sepanjang tahun 2023 ini menyebabkan program bantuan yang bersesuaian untuk miskin tegar terpaksa dilaksanakan menggunakan peruntukan tahun hadapan. Kriteria golongan miskin tegar tidak menepati kehendak bantuan. Contohnya bantuan pertanian tetapi tidak memiliki dan lain-lain. Miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih majoriti berumur melebihi golongan produktif iaitu di atas 64 tahun. Mentaliti miskin tegar yang enggan berhijrah dari tempat asal tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk kemajuan diri sendiri. Miskin tegar enggan bekerjasama untuk melaksanakan program-program yang dianjurkan dan pemprofilan isi rumah miskin tegar berkenaan keperluan jenis bantuan yang bersesuaian belum siap dilaksanakan.
Kementerian kami sentiasa memperhalusi serta akan mempertimbangkan mengenai dengan menoktahkan isu-isu yang berkaitan dalam isu e-Kasih miskin tegar. Terima kasih Datuk Speaker.
Sekarang saya jemput soalan tambahan daripada Sebatik.
I Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri. Soalan tambahan saya, kalau merujuk kepada laporan perangkaan pada tahun 2022, Sabah merupakan menunjukkan insiden kemiskinan tegar yang tertinggi pada tahun 2022 iaitu sebanyak 1.2% dan juga merekodkan insiden kemiskinan tegar tertinggi melebihi nasional 0.2% serta insiden kemiskinan luar bandar iaitu sebanyak 2.1% dan bandar iaitu 0.5% yang juga merupakan yang tertinggi di Malaysia. Jadi, adakah pihak Kementerian bercadang ataupun apa ini merangka satu program ataupun satu langkah yang boleh kita harapkan sebagai satu tindakan jangka masa pendek untuk menyelesaikan untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini? Ini soalan saya. Adakah pihak Kementerian bercadang ataupun mengadakan satu program dalam jangka masa pendek ini untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini? Terima kasih.
Terima kasih Sebatik. Tahniah, anda telah mendapat terperinci mengenai dengan data yang disampaikan tadi. Ini bermakna kita sebagai wakil rakyat sememangnya kita sentiasa memberi perhatian tentang permasalahan terutama miskin tegar. Saya yakin dan percaya bahawa apa juga yang telah diutarakan sebentar tadi itu adalah salah satu daripadanya . Berkehendakkan negeri Sabah tidak lagi seperti yang tersurat pada tahun 2022. Tahniah saya ucapkan. Kementerian kami sentiasa mencari jalan mempastikan bahawa kerisauan Yang Berhormat Datuk itu adalah kerisauan kami. Sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar sudah pasti ini adalah kami yang bartanggungjawab untuk menyelesaikan mengenai dengan miskin tegar yang ada di negeri Sabah.
Walau bagaimanapun Kementerian kami melalui Datuk SUT dan pegawai-pegawai serta pegawai daerah yang ada di seluruh negeri Sabah ini sentiasa bekerjasama mempastikan bahawa rakyat yang begitu ramai sekali termasuk miskin tegar dan miskin terutama sekali di kawasan saya N.3 Pitas mendapat tempat di Malaysia. Pada saya, saya mendapat tempat di Malaysia salah satu daerah yang termiskin. Tidak apa, kita terima dia sebagai satu cabaran untuk kita selesaikan masalah rakyat di kawasan kita. Jadi Kementerian ini akan terus bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Kementerian ini juga akan sentiasa mengarah kepada pejabat-
I pejabat daerah mempastikan bagaimana cara untuk memberi bantuan-bantuan keperluan agar rakyat yang tersenarai dalam miskin tegar dapat kita keluarkan. Walau bagaimanapun, Kementerian kami memang banyak perancangan yang telah dijalankan tetapi kita melihat kepada peruntukan yang telah diturunkan kepada Kementerian kami dan percayalah peruntukan-peruntukan yang ada itu kita akan guna pakai sebaik mungkin demi untuk keselesaan rakyat di luar bandar kerana rakyat di luar bandar juga ingin terbela. Rakyat di luar bandar juga ingin merasai nikmatnya seperti rakyat yang ada di dalam bandar. Jadi, ini semua kami ambil kira. Percayalah Datuk Sebatik Kementerian kami sentiasa mempastikan bagaimana cara untuk mengatasi dan bagaimana cara untuk mengurangkan miskin tegar. Tidak boleh dapat menoktahkan seterusnya tetapi mengurangkan dari semasa ke semasa untuk negeri Sabah. Jadi kami mengalu-alukan kepada semua Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini agar datang ke Kementerian kami untuk berbincang apa sebenarnya resolusi yang boleh kita cari penyelesaian mengenai dengan masalah miskin tegar yang berlarutan sudah sekian lama di negeri Sabah ini. Terima kasih Datuk Speaker.
Ini jawapankah menggulung?
Tidak. Mahu jelas sikit Datuk Speaker.
Saya jemput sekarang Senallang. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Apa yang telah dihuraikan, rakyat di bawah sedarkah. Susah. Kita tidak boleh dendangkan dengan hanya rancangan.
…apakah langkah-langkah konkrit bukan hanya langkahnya, bahkan juga pencapaian dia.
I Tiga tahun satu bulan sudah Kerajaan ini memerintah Sabah. Tiga tahun satu bulan. Berapa pangkalan data kemiskinan? Jangan cerita seluruh Sabah ja. Di kawasan Yang Berhormat saja.
Di antara district yang termiskin sudah dinoktahkan kemiskinannya. Apakah kaedah, caranya bagi tanah, galakkan tanam sayur-sayuran? Rancangan yang kita boleh katakan lepas ini the report card dengan izin Datuk Speaker. Spill out. Jangan ini rancangan, buat apa mahu jemput kami pergi datang pergi pejabat.
Kamu memerintah.
Harus mempunyai rancangan yang konkrit.
Rakyat di bawah masalah makanan, masalah gaji tidak ada. Semalam Asia City pun padam. 300 ID the highest in the country.
Soalannya Yang Berhormat.
Soalan dia, data yang saya nyatakan rancangan konkrit ini Yang Berhormat Datuk Speaker dia sebut, kami simpati, kami merancang, datang ke pejabat. We want to know, saya mahu tahu apa sebenarnya konkrit rancangan membasmi menoktahkan miskin tegar di Sabah?
Di district.
Jangan cerita tempat lain.
Saya ingin tahu dengan Yang Berhormat kawasan di kawasan Yang Berhormat Pitas sendiri pun.
Okey sudah.
Berapa jumlah sudah orang miskin tegar yang sudah dikeluarkan daripada miskin tegar?
Okey, YB Datuk Senallang, terima kasih kerana mengambil perhatian tentang Pitas. Terima kasih.
Untuk makluman Datuk Senallang, saya mengalu-alukan kepada wakil-wakil rakyat janganlah kita bersuara di Dewan ini untuk mengajukan masalah-masalah yang kita fikirkan perlu kita bersama berbincang untuk memperbaiki DUN atau daerah-daerah lain.
Kami mengalu-alukan boleh datang.
Kalau di Dewan ni saja kita bercakap lepas itu pulang tiada tindakan macam mana kita mahu lakukan sesuatu. Ini pada saya.
I
Ini suara rakyat.
Kita Dewan ini kita gunakan untuk…
Biar dia jawab dulu. Biar dia jawab dulu.
…kita menyelesaikan isu-isu rakyat. Bukan untuk kita cari kredit. Tak perlu cari kredit di dalam Dewan ini.
Kami mengalu-alukan Kementerian kami.
Kami minta mana-mana daerah yang termiskin yang mempunyai masalah datang. Kita melayan sebaik mungkin. Okey.
Mengenai dengan kawasan saya, Kementerian kami telah banyak mengadakan kursus-kursus.
Membantu pelbagai jenis kursus tanaman kebun, tenunan dan sebagainya untuk mereka yang memerlukan bantuan-bantuan kursus. Begitu juga di bawah kawasan DUN N.3 saya.
Kita telah menjalankan pelbagai aktiviti yang telah kita bawa melalui Kementerian kami dan juga GLC-GLC Kerajaan di bawah Petronas yang banyak membantu seperti solar, air bersih.
Ini juga semua adalah usaha daripada Kementerian Kesihatan melalui daripada Kementerian KPLB melalui pegawai daerah.
Memberi data kepada Petronas dan juga kepada GLC lain untuk dibantu kepada rakyat yang ada di luar sana yang memerlukan pelbagai jenis kemudahan seperti apa yang diperlukan oleh rakyat di luar sana. Saya bukan berhujah di sini yang mengatakan bahawa hanya hujah saja tapi saya bekerja.
Saya turun padang. Saya masuk kampung.
Yang Berhormat, kalau perlu saya dijemput ke daerah mana-mana.
Jemput saya.
Saya datang membantu Yang Berhormat untuk bersama-sama mempastikan bahawa kawasan tersebut dapat kita noktahkan miskin tegar atau kurangkan miskin tegar di kawasan tersebut. Terima kasih.
Datuk Speaker…
I
Okey, sekarang…
Soalan saya spesifik.
Soalan saya tidak dijawab.
Saya minta pangkalan data contohnya di kawasan Pitas. Sudah berapa miskin tegar yang diatasi oleh Kerajaan dinoktahkan. Very simple.
Kalau kita tidak boleh bersuara di Dewan.
Tidak payah ada sidang Dewan, saya pergi pejabat saja.
Okey. Terima kasih. Sekali lagi pangkalan data…
Sekarang saya jemput Yang Berhormat, Elopura.
Datuk Speaker, soalan saya No.3.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pembinaan Intake Baharu Ke Empangan Air Betotan Dan Loji Rawatan Air SegaliudQuestions
*3.
YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, bilakah cadangan pembinaan intake baharu ke empangan air Betotan dan Loji Rawatan Air Segaliud akan dilaksanakan.
Yang Berhormat, Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker.
Izinkan saya menjawab soalan No. 3 bersamaan dengan soalan 41. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Elopura dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Air Negeri Sabah, sememangnya memang telah merancang untuk membina intake baru ke Empangan Air Butiton serta menaik taraf Loji Rawatan Air Segaliud.
Tindakan pelaksanaan kedua-dua cadangan ini dirangka bermula pada pertengahan 2024 setelah mendapat kelulusan siling daripada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negeri bagi tujuan melantik perkhidmatan perunding kejuruteraan untuk menyediakan dan melaksanakan kajian kemungkinan terperinci dan juga reka bentuk untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Segaliud termasuk pemindahan muka
I sauk baru di Sandakan. Terma dan syarat untuk menjalankan kerja-kerja kajian ini adalah untuk mengkaji serta mengenal pasti lokasi baru sumber air mentah yang mempunyai keupayaan bagi menampung keperluan permintaan bekalan air sehingga tahun 2050.
Seterusnya, reka bentuk loji air rawatan baru dengan kapasiti sebanyak 125 juta liter sehari. Selepas penyediaan kajian terperinci dan reka bentuk ini telah tersedia kelak, projek ini akan dimasukkan dalam cadangan program jangka panjang bekalan air negeri Sabah di bawah peruntukan Pinjaman Mudah Persekutuan Rolling Plan RP1, RMKe-13 untuk pertimbangan kelulusan projek ini dilaksanakan pada tahun 2026. Sekian, Tuan Speaker.
Soalan tambahan, Elopura.
Ya. Soalan sama soalan tambahan saya ialah since sudah kaji ini intake akan pindah dan RMK apply.
Soalan saya ialah sekarang short-term, apa tindakan sekarang nak ambil? Contohnya, operator issue atau itu test punya issue akan selesai masalah sekarang. Short-term lah short-term punya issue. Any short-term punya issue.
Okey.
Okey. Untuk menjawab soalan tambahan daripada Elopura, pihak jabatan saya kementerian saya dan juga Jabatan Air Negeri Sabah membuat tindakan yang diambil. 1.
Penukaran paip-paip yang telah usang bagi mengurangkan kadar kekerapan paip pecah; 2.
Cadangan menaik taraf system overhaul bagi loji Sibuga dan juga Hilltop; 3.
Cadangan kajian kemungkinan bagi mengenal pasti lokasi baru sumber air mentah; 4.
Cadangan menambah kapasiti Loji Rawatan Air Segaliud, dianggarkan bekalan air semasa bagi daerah Sandakan hanya mampu bertahan pada sekitar tahun 2026;
I 5.
Loji Rawatan Air Segaliud memerlukan pembaikan serta menyeluruh secara menyeluruh; dan 6.
Loji Rawatan Air Segaliud perlu diproses dioperasikan oleh pihak ketiga syarikat konsesi menjamin kecekapan perkhidmatan memerlukan kompeten menghapuskan sistem red tape.
Sekian, Tuan Speaker.
Soalan tambahan seterusnya dari Gum-Gum.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya juga ada masalah air di kawasan.
Okey.
Sekarang di kawasan DUN Gum-Gum ni terutama sekali di Kampung Kuala Gum-Gum, Kampung Sungai Beruang, Kampung Dandulit, Kampung Banting dan juga di kawasan Rancangan Lubuk. Saya mahu tanya di sini, paip-paip sudah di pasang dan juga tinggal memasang meter. Soalan saya, bilakah bekalan air bersih ini dapat dibekalkan kepada rakyat yang ada di kawasan Gum-Gum? Terima kasih.
Terima kasih dari soalan daripada Gum-Gum.
Saya tiada data yang disebutkan oleh Gum-Gum nanti kita jawab secara bertulis pada Gum-Gum dan boleh juga Gum-Gum datang kepada Kementerian saya untuk berunding kawasan-kawasan mana yang belum dapat air tersebut. Terima kasih, Tuan Speaker.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat, Pantai Manis.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya No.4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perbezaan Harga Ayam Di Sabah Dengan SemenanjungQuestions
*4.
YB Tuan Mohd Tamin @ Tamin bin Zainal [Pantai Manis] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, mengapakah harga ayam sekilo di Sabah RM12.00 berbeza dengan di Semenanjung hanya RM9.40 sedangkan ternakan ayam ada di Sabah.
I Jawapan
Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan...
Ahli Yang Berhormat ADUN Pantai Manis. Semasa pelaksanaan penentuan harga maksimum bagi ayam dan telur ayam, penetapan harga kawalan adalah berbeza mengikut wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan jenis ayam, iaitu, ayam hidup, ayam standard dan ayam super. Bagi negeri Sabah, terdapat dua perbezaan harga, iaitu di kawasan pantai barat dan juga di pantai timur. Untuk makluman ADUN Pantai Manis, semasa pelaksanaan penentuan harga maksimum. Harga ayam standard di Semenanjung adalah RM9.40 semasa harga kawalan. Manakala di Sabah RM11.00. Untuk ayam super di semenanjung RM10.40, manakala di Sabah RM12.00.
Ini menyebabkan penghasilan ayam pedaging lebih banyak di Semenanjung Malaysia serta penawaran lebih banyak seterusnya mewujudkan perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Kos pengangkutan kapal laut adalah lebih tinggi bagi negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Ini kerana proses pertukaran kapal di Pelabuhan Klang terpaksa dilakukan disebabkan pengusaha ayam tempatan Sabah tidak dapat mengimport bahan mentah dalam kuantiti yang besar. Ini menyebabkan berlaku peningkatan kos yang dianggarkan antara 15 hingga 20%.
Kos bahan mentah bagi makanan ayam di Sabah lebih tinggi, iaitu 20% berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kos bahan mentah ini menyumbang 70% kepada kos pengeluaran ayam pedaging ataupun telur ayam. Kos logistik juga yang tinggi kerana kawasan yang luas serta keadaan muka bumi dan jalan perhubungan yang masih kurang baik berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan. Pantai Manis. Baiklah, Tanjung Aru.
I
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Menteri, atas jawapan itu. Yang tadi Menteri ada jawab bah sebab dia, tentang logistiklah. Itulah sebab antara sebab dia kenapa harga ayam itu tinggilah. Tapi sedarkah kalau Datuk Menteri, bahawa tiga yang dahulu, dahulu. Walaupun sama punya sebablah, sebab logistik yang mahal dan sebagainya. Tapi harga ayam pada tiga tahun yang dahulu, hanya berapa duit d, di Sabah ini. RM9.00, RM9 ... RM9 setengah dikadang-kadang di apa ini, di bandar sekitar kita dapat beli ayam adalah RM8.00, kan. Tiga tahun yang lalulah.
Jadi, sekarang tiga tahun selepas, sekaranglah. Kenapa boleh, logistik mana mungkin pandai naik sampai 50%, ada yang mencetus lebih 100%. Saya rasa, mungkin ada sebab yang lainlah kenapa harga dia yang tinggi. Jadi, saya rasa kelmarin pun, kelmarin dulukah, Datuk Menteri, menteri sendiri di Timbalan Ketua Menterilah pun ada sentuh bahawa sepatut baik bagi lebih banyak import licence harga dia sepatut turun. Tapi tidak tahu kenapa juga bagi banyak sudah import licence. Tapi, harga masih tidak turun, masih lagi ditingkat. Jadi akan tubuh satu jawatankuasa untuk find outlah, apa yang sebab dia. Jadi mungkin Menteri boleh jugalah find out apa yang sebab dialah sebab saya rasa logistik itu, sebab logistik itu bukan satu alasan atau satu sebabnya kenapa harga dia masih tinggilah. Itu soalan saya. Terima kasih, Datuk Speaker.
Datuk Speaker, ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan Kementerian saya sebab saya ini di bawah KPDN Exco Kementerian Perdagangan Negeri dan Sara Hidup. Ini adalah kuasa MAFFI berkaitan dengan bekalan ayam kenapa tinggi, kenapa mahal, kenapa kurang. Saya ini cuma mengawal harga. Tapi, walau macam mana pun saya ingin menjawab jugalah sedikit sebab saya ini pun ada pengalaman juga waktu di Kementerian Pertanian dahulu. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat dari Tanjung Aru, kenapa ayam ini semakin menjadi mendadak kerana kita ada perbezaan di antara akta dan enakmen. Perbezaan di antara Veterinar Semenanjung dengan di Sabah.
Kalau di semenanjung kita boleh memilih banyak, banyak pemilihan farming, farming ataupun kilang-kilang di seluruh dunia ini. Contohnya, kalau di Semenanjung boleh membeli ayam ini di farming, farming seluruh dunia, berpuluh-puluh, mungkin hampir
I seratus. Mana sahaja di dunia ini di Semenanjung boleh membeli di farming, farming. Tetapi kalau di Sabah ini kita ada enakmen. Enakmen sendiri kita tidak boleh, kalau di Semenanjung contoh di Poland. Kita boleh, di Semenanjung boleh beli ayam di Poland, di Sabah tidak boleh. Kerana kita ada enakmen sendiri, kita menjaga penyakit di Sabah itu, iaitu kuku dan mulut. Di semenanjung ada penyakit ini, di Sabah tidak ada sebab itu, ayam di Sabah ini kurang, kurang sedikit kerana kita punya pengimportan itu terhad di Semenanjung,di seluruh dunia ini. Malahan, di Semenanjung pun ayam susah mahu masuk di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Aru, kerana apa, kerana di Semenanjung sudah ada penyakit kuku dan mulut sedangkan di Sabah belum ada. Jadi, ini penjagaan kita dan di Sabah ini, untuk makluman Dewan yang mulia ini dari segi Enakmen Veterinar ini, memang cukup ketat dan saya salute kepada veterinar di Sabah ini kerana dapat mengawal penyakit-penyakit yang berjangkit. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Datuk Speaker. Merotai dulu.
Ah. Merotailah. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ah ... Saya tertarik juga dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri kata enakmen kita tidak, tidak sama dengan di Semenanjung.
Soalannya sahaja.
Ya, adakah cadangan Yang Berhormat Menteri, kalau sudah kita tahu masalah-masalah yang berlaku di sini, saya sudah tentu Yang Berhormat Menteri juga pernah juga berada di Kementerian MAFFI dan sekarang berada di Kementerian apa nama, Kesejahteraan dan KPDN di bawah. Kalau sudah tahu masalah ini, saya rasa Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Tambunan supaya beri cadangan apa yang sepatutnya berlaku untuk, yang jadi mangsa nanti rakyat. Kalau kita mahu kawal,
I konon-konon mahu kawal penyakit dan sebagainya tetapi Yang Berhormat Menteri, tidak. Jadi saya minta, adakah cadangan untuk menambah baik enakmen-enakmen itu supaya rakyat dapat merasai kos sara hidup yang lebih rendah.
Sebenarnya, sebenarnya. Duduk dulu, Tanjung Aru. Satu-satu. Untuk menjawab soalan daripada ADUN Merotai, Datuk Speaker. Memang saya setuju, semasa saya menjadi Pembantu Menteri Pertanian dahulu, saya telah berapa banyak kali berbincang dengan pegawai apa, pihak veterinar daripada Semenanjung Malaysia supaya bagaimana ayam-ayam dari Semenanjung ini masuk ke Sabah, supaya kos mereka ini, kos ayam ini lebih murah. Tetapi, belum lagi saya selesai menyelesaikan perkara ini, saya sudah pindah Kementerian. Jadi, saya pun tidak tahu setakat ini macam mana. Terima kasih.
Datuk Menteri bolehkah. Last, last. Sikit. (Sebutan tidak jelas dan suara bertindih)
Okey, saya jemput. Ini Tanjung Aru, you ini sudah terang lagi bersuluh bah.
Ya satu lagi, cepat saja, penjelasan daripada Menteri. (Suara bertindih dan tidak jelas)
Sekarang saya jemput ADUN Dilantik YB Datuk Aliakbar. Dr. Aliakbar.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, Datuk Speaker, soalan saya No. 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembangunan Jelapang Padi Di Kota BeludQuestions
*5.
YB Dr. Aliakbar Gulasan [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah status terkini pembangunan jelapang padi Kota Belud, khususnya di 5 buah kampung; Kg. Kota Bungan, Kg. Merabau, Kg. Tawadakan, Kg. Tamau dan Kg. Pintasan.
I Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Dewan yang mulia ini. Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan amat komited untuk terus melaksanakan program-program pembangunan di kawasan Jelapang Padi Kota Belud yang bertujuan meningkatkan produktiviti hasil padi dan tanah bagi menampung keperluan beras penduduk negeri Sabah. Projek-projek pembangunan ini dilaksanakan oleh IADA Kota Belud, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Pusat. Melalui program yang telah diluluskan sepanjang RMK ke-12.
Program tersebut adalah seperti berikut, Program Pembangunan dan Pengurusan Pemulihan Tanah Sawah Terbiar, Program Pembangunan dan Pengurusan Teknologi Tanaman Padi secara Lestari, Program Menaik Taraf Jalan Pertanian di Kawasan Jelapang dan Program Penyelenggaraan Sistem Pengairan dan Saliran kawasan IADA. Bagi lima buah kampung, iaitu Kampung Bengon, Kampung Merabau, Kampung …
…Kampung Tawakadon, Kampung Tamau, Kampung Pintasan, kerja-kerja yang telah dan sedang dilaksanakan pada tahun 2023 adalah seperti berikut: Kampung Pintasan dan Kampung Tawakadon kerja-kerja menaiktaraf jalan ladang serta kerja-kerja lain berkaitan di kawasan persawahan Kampung Pintasan dan Kampung Tawakadon Kota Belud, Sabah sepanjang 6.77 kilometer. Kampung Merabau, kerja-kerja pemulihan tanah sawah terbiar dan kerja lain berkaitan untuk projek tanaman padi Kampung Merabau, Kota Belud seluar 20 hektar. Kampung Tamau kerja-kerja pemulihan tanah sawah terbiar dan kerja-kerja lain berkaitan untuk untuk projek tanaman padi Kampung Tamau Kota Belud seluas 20 hektar. Rancangan Pengairan Kota Belud Pakej 1C(5), Upgrading and Repairing
I Merabau dilaksanakan oleh JPS Sabah. Projek ini bermula 17 Februari 2023 dan jangkaan siap 2 April 2027 merangkumi kerja-kerja seperti berikut: 1.
Menambah baik dan menaiktaraf tali air sepanjang 8676.18 meter. 2.
Membina pembinaan struktur kawalan pengairan 17 buah.
3.
Pembinaan jalan ladang 2190 meter.
4.
Pembinaan jambatan.
5.
Menambah baik sistem saliran sedia ada.
Manakala bagi Kampung Bungon kerja-kerja perataan tanah sawah seluas 40 hektar telah dilaksanakan pada tahun 2019. Selain dari itu, Kampung Kota Bungon, Kota Merabau, Kota Tawakadon, Kampung Tamau, Kampung Pintasan ini juga turut mempunyai Kumpulan Pengguna Air (KPA) iaitu kumpulan petani yang menguruskan penggunaan air di dalam satu kawasan sawah di mana pengamalan KPA ini merupakan satu strategi dan langkah untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.
IADA Kota Belud sentiasa aktif mengadakan perjumpaan, kursus dan perbincangan di peringkat pegawai dan petani mengenai isu cadangan dan pelaksanaan daripada Kumpulan Pengguna Air (KPA). Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Datuk Speaker.
Tempasuk.
Memandangkan jelapang padi ini di dalam kawasan daerah Kota Belud yang melibatkan empat kawasan DUN, adakah pihak kementerian bercadang mengambil alih sepenuhnya pembangunan jelapang padi di daerah Kota Belud. Dan kedua, bagaimana pula kaedah kolaborasi, kerjasama antara Kementerian Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perikanan Industri negeri Sabah.
Seperti yang saya maklumkan tadi projek IADA ini adalah di bawah kementerian berkaitan. Pusat kolaborasi yang kita ada sekarang adalah kita di pihak JPS telah diberi kuasa dan peruntukan untuk menjalankan projek-projek yang
I berkaitan dengan irrigation.
Selain daripada itu kita juga maintain melaksanakan kerja-kerja maintenance penyelenggaraan kepada 15 buah skim pengairan yang ada di kawasan IADA sekarang. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjung.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penaiktarafan Lapangan Terbang TawauQuestions
*6.
YB. Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR: - a) bilakah Lapangan Terbang Tawau akan dinaik taraf memandangkan lapangan terbang itu telah lama melebihi kapasiti maksimum; dan b) adakah terdapat sebarang penglibatan (engagement) bersama Kementerian Pengangkutan dan apakah hasil atau jawapan yang diterima berkenaan penaikkan taraf tersebut.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN N.69 dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Ekonomi telah meluluskan permohonan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Tawau (LT Tawau) dan Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 untuk pelaksanaan pada tahun hadapan.
Cadangan-cadangan projek naik taraf ini antara lain akan melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada 1.5 juta penumpang setahun, million passenger per annum (MPPA) kepada 2.5 MPPA. Pada masa yang sama projek ini juga akan menambah baik kemudahan penumpang untuk proses pelepasan dan juga ketibaan di samping meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan operasi di lapangan terbang. Projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2024 dengan jangkaan siap pada pertengahan tahun 2027. Datuk Speaker, sememangnya pihak Malaysia Airport sentiasa mengadakan sesi libat urus secara berterusan dengan semua pemegang TARUF, TARUF termasuk
I Kerajaan Negeri Sabah secara berkala dalam memastikan kesemua lapangan terbang berada dalam keadaan yang tepat dan juga dalam mengambil kira maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan. Sekian.
Soalan tambahan daripada Sri Tanjung.
Ya. Terima kasih Datuk Speaker.
Setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh YB Menteri, saya ingin bertanya apakah usaha yang akan dilakukan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dari luar negara sedangkan kelmarin YB Menteri ada mendedahkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa setakat ini bulan September ada 1.8 million passenger ataupun pelancong dari luar, or west Malaysia kah, ataupun luar negara tetapi berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini, sebelum Covid tahun 2017 ada 2.7 million, 2018 ada 2.8 million dan 2019 ada 3.1 million, pada tempoh yang sama.
Apakah usaha lain untuk meningkatkan ketibaan pelancong. Baru-baru ini ada pengumuman bahawa visa free akan yang sedang, yang sudah mula dimulakan untuk rakyat Malaysia dan rakyat China untuk datang ke Malaysia tanpa Visa. Begitu juga di Thailand, mereka sudah lama melaksanakan Visa free tetapi mengikut statistik mereka tahun ini memang jumlah ketibaan pelancong di Thailand menurun. Antaranya ada sebab-sebab mungkin di China mereka tidak menggalakkan rakyat mereka untuk melancong ke luar negara. Jadi di sini, soalan saya adalah, selain daripada pelancong dari China, adakah Kementerian mempunyai cadangan yang lain ataupun kaedah yang lain untuk mempromosikan negeri Sabah seperti sektor Medical.
Di Tawau kami ada dua swasta...
You teruskan sahaja soalan you.
...Specialist Centre swasta di mana banyak rakyat Indonesia datang dan sektor Medical ini adalah salah satu sektor di mana Tawau boleh dipromosikan seperti macam di Penang. Sektor Medical adalah sangat popular untuk rakyat Indonesia untuk datang ke Sabah. Kalau boleh, kementerian boleh saya minta YB Menteri mungkin boleh…
I
…boleh mencadang kepada pihak kementerian untuk menceburi dalam bidang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjong, soalan tambahan.
Saya akan cuba jawab makluman yang saya dah ada di sini. Dua soalan sepertinya ditanya tadi, adakah kita rekod ketibaan pelancong pergi ke Tawau? Rekod ini saya akan, saya akan mengarahkan STB sampaikan kepada Yang Berhormat Sri Tanjong the breakdown of tourist arriving to Sabah. Majorities are coming to Kota Kinabalu International Airport tetapi, saya yang difahamkan ada direct charter flight coming from China to Tawau Airport, yang baru-baru saya dapat makluman kelmarin, semalam sepatutnya akan ada dua flight coming to Tawau directly from Shenzen China, twice a week starting January.
Ini satu rekod kita belum laporkan because is still on going and it will be finalize by the end of December, a direct flight coming direct from China, yang proses ini bukan sahaja limit to Shenzen China tetapi daripada lain tempat seluruh China. Mereka betul-betul berminat pergi ke Tawau lepas tu pergi Semporna untuk diving there as a diving destinasi.
Kedua, soalan kedua untuk cara mengenai improvement or upgrade the Tawau Airport, seperti tadi saya cakap itu adalah di bawah Rancangan Ke-12 from the Ministry of Transportation. Process is still on going and it will be until the end, until 2027 when the allocation a allotted to improved the Tawau Airport. Soalan ketiga, about the Medical Tourism Sector.
Yes, inilah adalah satu sektor yang mana saya sendiri yang promote very strongly.
I spoke and I met with the hospital concern in Kota Kinabalu, I encourage them to open up at office or rather a subsidiary in Tawau supaya in addition to that sekarang private sector hospital, macam kalau saya tidak silap KPJ, they open there and then after they see the patients coming over from Indonesia atau tempat lain they will refer them to the main hospital to Kota Kinabalu. Inilah satu hasil kita dapat whenever we try to promote
I products that we can in Tawau.
Ah, selain dari itu saya tidak ada mempunyai makluman mengenai soalan itu or the latest updates from the Malaysia Airport Berhad. So, walau bagaimanapun pihak kementerian saya akan menjawab soalan tambahan tersebut secara bertulis. Thank you.
Soalan Tambahan
Menteri, boleh saya tanya satu soalan lagi pasal charter flight dari Shenzen ke Tawau tu, waktu itu Tawau Airport masih belum diupgrade?
Jadi macam mana pelancong yang directly dari luar negara masuk ke Lapangan Terbang Tawau sebab kita tidak mempunyai arrival hall international, arrival hall.
Kami masih menggunakan domestik saja, jadi macam mana kita boleh, mungkin Kementerian boleh bercadang dengan Malaysia Airport how to handle international passengers?
Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sri Tanjong.
Yes, I was confirm yesterday that two direct flights per week coming to Tawau because the organizer or the promoter for organized this charter flights I working only on the ground, seperti tadi apa saya kata their working only and their predict confident their will be able to deal with the relevant authorities supaya flights itu boleh tiba ke Tawau. But, I understand that is only 737 not the jumbo size so, I think they can land in Tawau but in a short time maybe in two three weeks time when think I’ve finalize, I will announce this news publicly supaya for those that want to go to Shenzen dari Tawau direct they can try that but until now they a bringing the tourist from China directly to Tawau, sebab kita tidak mahu saja promoting West Coast, Kota Kinabalu and all this areas benefiting certain sector saja, kita mahu promote juga especially for the year of 2024 Tawau, Sandakan another areas supaya kita boleh benefit all the other areas district boleh benefit from the booming of the a tourism sectors. So, lets us show that we are still working on it. Next week I’m going to Korea, hopefully we can convince them that now I think daily flight, two flights a day and then will hope they will open up another airlines to coming, maybe tambah satu airline lagi, three flights a day coming direct ah to Sabah. Thank you.
Boleh soalan tambahan, Datuk Speaker?
I
Soalan tambahan daripada Moyog.
Terima kasih.
Dia dari tadi ghairah mau bangun tu. Soalan Tambahan
Haha, thank you. Datuk, Datuk Menteri minta penjelasan ataupun pendapat Menteri sebagai satu strategi untuk meningkatkan kita punya pelancongan, our dengan izin, to increased our tourism capacity. Setujukah Menteri bahawa there is no need to move their current airport ataupun jika adanya suatu pelan untuk memindah airport ini either Kimanis ataupun di war-warkan di Tuaran, setujukah bahawa ini akan negate ataupun it will negate our tourism capacity build up, because we can easily build an extension runway on the sea at the current airport. Don’t change midstream, we have ten more years to go for new type of tourism so I don’t think they are the necessity to change of airport or rather improve the current airport.
As see there’s kita punya current airport Datuk Speaker, I keep on repeating this we have a problem dengan kita punya steed of airport, toilet still a messy problem. I think women's toilet a better than the man’s toilet. Bagi car park, serious problem they will resolved Datuk Menteri, maybe Datuk Menteri should meet with Transport Minister di semenanjung then ask them to return all our control of ports, airports, ports and all entry points di Sabah. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Moyog. Okey, saya faham isu-isu yang raised adalah isu important, although many of the issues raised it’s not under majorly section, tetapi saya akan cuba raise them when I have meeting in Kuala Lumpur with the Tourism Ministry are regarding this issues is that we are facing in Sabah.
For the, for the building of a new airport in Kota Kinabalu, in Kota Kinabalu this issue has been brought up a few times, I read them in the newspaper also. So we have to, we have our top management from Malaysia Berhad as well as the Ministry of a
I transport to discuss with our, our government the State Government and about a regain us to build a new airport, and I’m very sure there will come out with their reasoning underground why their need it now, I’m very sure that’s all, we a just waiting, I’m just like you I’m waiting to the issue of cleanliness in the airport, I think this I also raised many times that you are understand.
Em, airport is a very important place, apabila tourist masuk ke Sabah, di mana-mana airport Tawau kah, Kota Kinabalu kah, first impression is very important. So, ada I admit their rooms got improvement.
When I have meeting with the CEO of a management of Sabah Berhad, I raised this many times. Imagine they came from very far, four five hours flight from Seoul, from Japan where they…
First thing they landed, where what do they go? They go to the toilet. The toilet cleanliness is very important. If I want to impress my tourist to come back again, bukan satu, satu hari, satu kali saja tetapi repeat tourist, I must improve these hardwares you know. So cleanliness, yes important. I bring this up again, Yang Berhormat, and also in addition to that, we received many, many reports and complaints.
Airports also need to be open up to more shops, catering shops so when people comes in or going out, they have a place to sit down and enjoy a good meal and bukan maggie mee sahaja. So I, this one of the many issues that I raise up whenever I have meeting with my Tourism Ministry in Kuala Lumpur. So…
Datuk Menteri, how fast have they responded to your demands?
(Ketawa) Okay. Okay, can I continue ? (gelak) I, I do my part as a Minister of Tourism. My job here is actually to get more tourist coming to Sabah and of course plus others but saya, I hope that all our Yang Berhormat-Yang Berhormat here if you have any request daripada kawasan kamu sendiri, you want
I us to help you open up your area as one of tourism hotpots for the foreigners to visit, please don’t hesitate to contact me or contact my Ministry.
I have a Sabah Tourism Board, the whole board is at our disposal. The whole board is here to hel … assist us, not only focusing on Kota Kinabalu or Mount Kinabalu although they are very important as well, but through out, through out Sabah. That is why we even promote this Homestay Tourism, Homestay Community Tourism, strongly promoting, the government has also allotted to ask many millions for us to assist district office and district-district to open up for Tourism Sector. Thank you.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah sudah sesi soal jawab kita untuk hari ini.
Sambungan ucapan pengulungan perbahasan kertas Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023Bill
Sambungan ucapan pengulungan perbahasan kertas Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Yang Berhormat Speaker.
Untuk menyampaikan ucapan pengulungan.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya bercakap sekejap ya? Standing Order 23 (1) urgent matter. Merujuk kepada, sekejap Menteri ya, merujuk kepada perkembangan apa yang sedang berlaku di Parlimen sekarang ini, mengenai warta baharu yang telah di table di atas meja wakil-wakil rakyat, kan? Saya rasa barang ini ada keperluannya kalau boleh kita bincangkan pada hari ini, itu sahaja, Speaker. Terima kasih.
Baik saya jemput dulu Menteri untuk menggulung, nanti saya, nanti saya tengok dia punya.
Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam
I sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Tuan Speaker, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah rahmatnya ke persidangan kita selama empat hari telah berlangsung dengan baik dan lancar. Kini, Tuan Speaker, izinkan saya menyampaikan penggulungan bagi pihak Kementerian Kewangan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang amat penting ini. Penghargaan khas, penghargaan ikhlas daripada saya kepada semua yang telah memberi pandangan dan cadangan, saranan serta teguran berkaitan dengan Rang Undang-undang berkenaan. Semua isu-isu penting, semua isu penting yang telah disuarakan, dikupas dan diberi penekanan di dalam Dewan yang mulia ini akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya demi untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Tuan Speaker, izinkan saya untuk memberikan penjelasan berkenaan perbezaan jumlah KDNK per kapita Sabah. Tahun 2021 seperti yang telah dibentangkan semasa ucapan belanjawan pada tahun lalu dan tahun ini, masing-masing berjumlah 29 960 dan 30 022 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bugaya. KDNK per kapita bagi kedua-dua jumlah tersebut adalah benar seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, malah saya ada dia softcopy kalau Yang Berhormat daripada Bugaya bersedia untuk memberi nombor mobile, I’ll be happy to send him dia punya laporan inilah ya.
Untuk maklumat Yang Berhormat Bugaya dan Dewan yang mulia ini, laporan KDNK 2021 berjumlah 29 960 adalah berdasarkan Laporan Sosioekonomi Sabah tahun 2021 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Ogos 2022. Di mana data yang digunakan itu merupakan data jangkaan awal. Manakala KDNK 2021 berjumlah 30 022 adalah berdasarkan Laporan Sosioekonomi Sabah Tahun 2022 yang diterbitkan pada Ogos 2023.
Sukacita saya ingin maklumkan bahawa data-data KDNK yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia akan berubah disebabkan oleh statistik yang
I mengunakan data jangkaan awal. Anggaran dan sebenar, ini bermakna data KDNK pada tahun 2022 juga, berkemungkinan akan berubah mengikut data sebenar yang akan diketahui pada tahun berikutnya, dan dilaporkan pada Laporan Sosioekonomi Sabah Tahun 2023.
Tuan Speaker, Kementerian saya juga mengambil maklum berkenaan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk terus proaktif meningkatkan hasil negeri melalui penerokaan hasil-hasil yang baharu. Kita akan terus menjelajah dan mengeksplorasi setiap peluang bagi yang berpotensi untuk dijadikan hasil baharu. Oleh yang demikian, bergantung kepada cukai jualan negeri, hasil komuniti CO ataupun Crude Oil ataupun CPO dapat dikurangkan. Seperti yang telah dibahaskan sepanjang persidangan dewan ini, corak kehidupan rakyat adalah cerminan pentadbir sebuah negeri bagi memastikan taraf dan kualiti kehidupan rakyat sentiasa terjamin, hasil negeri perlu kukuh dan dipertingkatkan.
Sehubungan dengan itu, semua Kementerian dan Jabatan pemungut hasil adalah diseru menyahut cabaran ini dengan melipatgandakan usaha bagi memastikan objektif ini tercapai. Ahli Yang Berhormat daripada Kadamaian telah membangkitkan dan memberikan beberapa cadangan ke atas rundingan mengenai pemberian khas. Kementerian saya mengambil maklum ke atas cadangan-cadangan tersebut dan diucapkan terima kasih di atas, diucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kadamaian.
Tuan Speaker, seperti yang telah ditegaskan, Kerajaan Negeri akan terus menuntut hak 40% daripada hasil bersih Kerajaan Persekutuan di Sabah dan kita berpendapat tidak ada keperluan untuk kita merangka formula baharu. Formula baharu itu telah pun tersedia di dalam dalam Perlembagaan tersebut dan, dan dalam, dalam apa itu dalam soal ini, apa yang perlu ialah untuk kita meneruskan perundingan berlandaskan kepada data dan statistik yang perlu dinyatakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah? Yang Berhormat Menteri, salah satu inisiatif Yang Berhormat Menteri usahakan untuk menambah pendapatan negeri adalah melalui tuntutan bersama Kerajaan Persekutuan dan so on lah kan? Yang
I Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar mengenai ada satu warta yang sekarang sedang berada di atas meja Ahli-ahli Parlimen kita di Dewan Rakyat, Warta PUA 364 (2023), warta ini adalah membatalkan PUA 119 (2022).
…dan nampaknya usaha ini Yang Berhormat Menteri, saya rasa kalau saya tidak silap Kadamaian sudah bagi tahu melalui Jawatankuasa, bahawa benda ni akan dimuktamadkan pada April tahun depan. That is why mereka telah menarik balik saman terhadap Kerajaan, kan. Lepas tu perkara ni macam dua (2) kali sudah berlaku. Yang Berhormat Menteri. Kalau kita meneruskan barang ni berterusan begini, saya nampak seolah-olah tidak ada kesungguhan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan hak kita dalam Perlembagaan, yang sudah termaktub. Walaupun mereka telah menjanjikan bahawa perkara ini akan diputuskan segera. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tungku. Saya tidak mahu menghakimi kenyataan yang telah dibuat oleh orang lain.
Tapi apa yang saya tahu ialah, Peruntukan Perlembagaan itu jelas. 40% we must get. Apa orang cakap kita di sini atau di sana, I think tuntutan kita harus berlandaskan kepada Peruntukan Perlembagaan dan saya juga teruja ataupun setelah mengambil apa ini mendengar kenyataan Yang Berhormat daripada Tungku, tapi saya juga merujuk kepada kenyataan yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan bahawa bayaran bayaran ini adalah bayaran interim dan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus berunding untuk mencapai penyelesaian yang tuntas.
Masalahnya Yang Berhormat Menteri, satu apabila warta ini menyatakan pembayaran interim ini ditambah lagi sampailah ke tahun berikutnya. Walaupun ada penambahan, saya nampak seolah-olah macam benda ni proses untuk delaying, mengenai perundingan dan tuntutan kita dan kerisauan saya adalah, implikasi perundangan sebab PUA ini merujuk kepada pembatalan PUA sebelumnya dan pembatalan PUA sebelumnya merujuk kepada pembatalan PUA yang mula-mula sekali. Masalah dia dalam PUA yang pertama tu,
I disebutkan dengan jelas Yang Berhormat Menteri, PUA itu adalah untuk menggantikan pembayaran 40% kepada Sabah. Jadi barang ni mesti mahu dilihat. Kalau kita tidak lihat, dua kali sudah ni. Tiga kali lah. Yang pertama dorang (mereka) buat PUA yang pertama. Lepas itu buat PUA kedua, delaying. Berapa tahun 50 tahun lebih. Sekarang delay lagi. Sedangkan kononnya ada sudah persetujuan by April next year, sepatutnya sudah ada keputusan. Terima kasih.
Kerana hujah Yang Berhormat daripada Tungku lah kita mesti bersatu hati dalam soal tuntutan ini. Tidak kira kita ni duduk di sana atau duduk di sini. Ada masa-masa tertentu kita harus lupakan perbezaan politik. Semua kita serving for the Sabahan and for Sabah. Dan salah satu daripada isu yang harus kita berdiri bersama ialah, tuntutan 40% dan saya ingin memberi perakuan kepada Yang Berhormat, selagi hayat dikandung badan, selagi ada kuasa we must make sure we get that 40%.
Datuk Speaker saya setuju dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Bahawa kita harus sepakat dan saya berharap Dewan Undangan Negeri ini kalau boleh saya cadangkan kita mempunyai pendirian apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walaupun ia berkonsepkan interim, tapi itu tiada bererti berhenti di situ. Pemberian khas. Formula dia tidak kena. Masa saya jadi Ketua Menteri pun saya waktu itu dipengerusikan Tun Mahathir, dinyatakan I don’t agree. You give us 50 million plus. But we want the money now. But the formula disagree.They must be a concrete way the pemberian khas ni, daripada tahun 74 lagi. Jadi saya setuju hari ini kita di Dewan yang bersidang kalau boleh kita buat satu kenyataan, that whatever announcement have been done by the federal Government in terms of formulas given, we disagree. It must be continue we must demand. The only 40% yang ada, yang kita katakan itu constitutional right I agree with you. I fully support sebagai Ketua Pembangkang ya. Bahawa kita menuntut hak dalam Perlembagaan yang telah dijanjikan selama 60 tahun. Terima kasih banyak.
I
Satu lagi Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh ya, for the sake of kita punya discussion. Proses benda ini saya nampak tidak mengikut peraturan yang betul, kan sebab, hak-hak Negeri Sabah sudah termaktub dalam satu 161E di dalam Perlembagaan Persekutuan dan the assent from TYT mesti mahu ada. Maksudnya TYT itu adalah Dewan yang mulia ini. Kita tidak boleh bypass yang itu. Jadi kalau kita buat sesuatu bypass kita punya akan menjadi proceeding case kepada masa-masa akan datang. This is not good. This house of August yang kita mesti mahu pelihara dan mesti mahu jaga. Dan TYT kuasa dia sebagai Head of the State. Terima kasih Menteri.
Saya sambung ya. Di kesempatan ini, suka saya maklumkan bahawa bayaran interim pemberian khas berjumlah 300 juta telah diumumkan ya. Sebenarnya telah pun kita terima dua hari yang lepas. Jadi walaupun kita belum berpuas hati dengan apa yang diberi kepada kita dan kita akan teruskan tuntutan ini, tapi saya sebagai orang yang orang kata macam orang Sabah yang sentiasa orang yang baik kita ucapkan terima kasih Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di atas bayaran interim tersebut dan kita yakin dan percaya bahawa Kerajaan Perpaduan dan juga Kerajaan Negeri Sabah dapat satu hari nanti dalam masa yang kita dapat ini, mencapai kata sepakat untuk menentukan jumlah 40% yang kita tuntut tersebut. Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin menyentuh berkenaan ketidakseimbangan pengagihan peruntukan Perbelanjaan Perbekalan yang jauh lebih tinggi daripada Perbelanjaan Pembangunan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, beberapa Kerajaan sebelum ini telah meneliti dan mencuba untuk melaksanakan Development bias budget.
Namun, disebabkan oleh kekangan kewangan negeri secara menyeluruh, Kerajaan Negeri tidak mampu untuk mengimbangkan atau mencarum lebih banyak kepada Kumpulan Wang Pembangunan daripada akaun hasil yang disatukan. Selain daripada itu, perkara ini telah diwarisi sejak dahulu sehinggalah sekarang.
Tuan Speaker, seperti mana yang saya telah bentangkan dalam Belanjawan 2024, sebanyak 808.06 juta adalah untuk perbelanjaan emolumen 2002.203 bilion. Perbelanjaan berulang dan perbelanjaan khas adalah sebanyak 1.74 bilion. Izinkan saya membuat satu simulasi berkenaan pengagihan peruntukan Perbelanjaan
I Pembekalan dan Pembangunan. Di bawah perbelanjaan khas tersebut terdapat komponen pembangunan yang boleh dipinda ke vot pembangunan. Iaitu sebanyak lebih 1 bilion.
Maka, Perbelanjaan Perbekalan akan berkurangan kepada 3.751 bilion. Selepas menolak pencaruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan 950 juta dan 1 bilion daripada perbelanjaan khas.
Pemindahan ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan akaun pembangunan kepada 2.328 bilion, berbanding anggaran asal yang berjumlah 1.328 bilion. Jika dicampur keduanya, ini akan menjadikan jumlah keseluruhan belanja perbekalan dan pembangunan kepada 6.079 bilion. Oleh itu, pengagihan peruntukan kepada perbelanjaan pembangunan akan meningkat kepada 38.3%, berbanding anggaran asal sebanyak 21.84%. Jika dibandingkan dengan 1.328 bilion yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun hadapan. Sekiranya keupayaan negeri mengizinkan, kita akan kita akan mampu mengimbangi ataupun membentangkan development bias budget negeri masa akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini juga, Kerajaan Negeri sedang merancang, merangka untuk menyelaraskan semua peruntukan di bawah Vot Perbekalan dan Vot Pembangunan semasa penyediaan Rancangan Malaysia ke-13 nanti. Di mana penumpuan pengagihan peruntukan akan diimbangkan di antara Perbelanjaan Perbekalan, dengan pembangunan secara berfasa dan bergantung kepada keupayaan kewangan Negeri Sabah.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Senallang, ADUN Lamag dan ADUN yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Suhaimi…
…ini Haji Nasir.
Kerajaan Negeri mengakui bahawa perutusan perbelanjaan bagi perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan masih lagi rendah pada bulan Oktober 2023. Setakat 31 Oktober 2023, peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM3.513 bilion bersamaan dengan 66.77%
I dibandingkan dengan peruntukan yang disemak. Sebenarnya daripada perbelanjaan disemak RM5.262 bilion tersebut hanya RM1.501 bilion sahaja yang projek yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi di bawah Kerajaan Negeri. Saya ulang. Sebenarnya daripada perbelanjaan disemak, RM5.262 bilion hanya RM1.50 bilion ringgit sahaja projek yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi di bawah Kerajaan Negeri yang telah mencapai prestasi perbelanjaan sebanyak 66.09%, iaitu bersamaan RM992 juta setakat 31 Oktober 2023.
Secara keseluruhannya, projek-projek yang telah didaftarkan di dalam MyProject melibatkan sebanyak 1,217 buah projek, iaitu 996 projek sambungan dan 271 projek baharu. Saya ulang. Projek yang terdaftar dalam MyProject ya, melibatkan 1,217 buah projek, 996 projek sambungan dan cuma 221 projek baharu, ya. Untuk makluman, perbelanjaan bagi projek sambungan telah mencecah RM3.338 bilion ataupun 63.66% setakat 31 Oktober 2023. Kerajaan Negeri yakin bahawa prestasi perbelanjaan akan meningkat lagi menjelang bulan Disember 2023, ya.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Dan dijelaskan tadi daripada berapa bilion peruntukan tiga bilion lebih yang sebenarnya RM 6 bilion lebih, RM6.5 bilion yang peruntukan sebahagian besar adalah merupakan projek sambungan.
Cuma dalam lingkungan RM100 juta lebih, hanyalah merupakan projek yang baharu, ya. Itu yang dinyatakan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya melihat keadaan ini kalau boleh ya. tadi disebutkan bahawa pelaksanaannya juga hanya membabitkan sedikit jumlah sahaja Kerajaan Negeri yang ada. Adakah pihak Kerajaan mempastikan hari ini di Dewan untuk mempastikan bahawa kita perlu membuat satu ketetapan. Kegagalan ini bukannya oleh kerana Kerajaan yang kita lihat keupayaan tapi ada setengah-setengah masalah bukan persoalan oleh kerana kena sambung sahaja. Pasal di Dewan Rakyat, bahawa kita dengar itu yang saya suarakan berulang kali tentang masalah bahawa Sabah dapat peruntukan yang besar termasuk PAN Borneo. Ini lagu lama. Lagu lama. Jadi kita tidak mahu didendangkan sekarangkan di Dewan Rakyat yang Mulia bahawa Sabah dapat peruntukan yang besar tapi peruntukan yang baharu tidak.
Hanya 100 juta lebih sahaja dan ini perkara yang tidak sihat. Maknanya tidak seimbang.
Apa yang telah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang sepatutnya Sabah mendapat lebih. When it to six billion, six billion. Bukan projek sambungan, ya. Di Sarawak
I bukan projek sambungan sebahagian besar daripada projek yang dilaksanakan di Sarawak itu, berapa bilion RM5 bilion, RM4 bilion yang mereka dah siap, its new project yang ada. Bolehkah Yang Berhormat, selain daripada contohnya dah diputuskan RM50 juta projek dikendalikan oleh Kerajaan Negeri. Daripada 50 juta yang telah diputuskan oleh pusat, berapa projek yang telah dilaksanakan sendiri oleh pihak Kerajaan Negeri pada hari ini?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Pertamanya, kerana itulah pada mulanya saya telah mencadangkan agar kita menubuh Tabung Amanah Permohonan. Yakni, supaya tidak ada lagi cara untuk menarik balik peruntukan kepada peruntukan yang telah diumumkan. Yakni, misal kata katalah kita dibagi peruntukan RM5 bilion. Dan kita dapat apa itu melaksanakan RM3 bilion.
Sekurangnya RM2 bilion itu kita masukkan dalam tabung amanah untuk membolehkan menyambung projek yang belum siap dan tidak lagi timbul soal peruntukan diklasifikasikan apa itu dimasukkan sekali gus dengan projek sambungan dan projek yang baharu. Malah, Yang Amat Berhormat telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri saya ingat dalam satu minggu lepas. Dan itu juga isu sebenarnya yang kita telah bangkitkan dan kita telah menyampaikan kepada wakil kerajaan pusat, iaitu Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri dan juga apa ini Setiausaha Persekutuan bahawa keadaan ini perlu diperbaikilah. Saya ingat tidak kita boleh terus menerus tahun demi tahun apa tu disajikan dengan keadaan yang sama dan mengharapkan keajaiban untuk mendapat hasil yang berlainan. Itu tidak boleh tidak timbullah. Jadi saya dalam soal isu RM50 juta ya, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senallang. So,ini kita tidak ada masalah ini masalah RM50 juta ni. Malah ada lagi open tambahan selepas ini saya akan baca. Tiada, tiada masalah. Masalah dia ialah RM50 juta ini, pada mulanya pada penghayatan kita ialah semua diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk memutuskan dan saya dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri begitulah keadaan dia. Tapi kadang-kadang kita berurusan bukan sahaja dengan pemimpin politik tetapi dengan pegawai-pegawai kerajaan sama ada di sini atau peringkat Persekutuan. Jadi, ada benda-benda tertentu, ya. Sebelum itu dan jawatankuasa penyelarasan telah pun kita bentuk.
Di bawah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah. No problem. Kita sudah tetapkan. Cuma, masalah sedikit
I sebanyak ialah ada keputusan-keputusan yang masih perlu dibuat oleh agensi pusat dan itu yang sedikit sebanyak melambatkan dan kita telah menyatakan cadangan kita untuk mengatasi masalah ini.
Kedua, bukan semua projek yang dijanjikan itu dan jumlahnya diturunkan pada tahun yang berkenaanlah. Seperti biasa, selepas dikaji semula, keberangkalian dia ini most cases I think the actual the actual apa itu amount will be very much less than what is announce.
But, we can give you a return apa tu..apa tu..apa tu..the the..more detail report on how much is been spend specifically on the RM50 billion RM50 million apa itu projek-projek berapa juta ke bawah yang diberikan kepada Kerajaan Negeri, ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingat masalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ini adalah antara penyebab utama kenapa pembangunan di Sabah begitu lambat dan terencat. Sebab kita mengharapkan peruntukan daripada Persekutuan untuk membangunkan hasil. Saya rasa ada baiknyalah Yang Berhormat Menteri kalau boleh diusahakan minta nasihat daripada Peguam Negeri mana-manalah apa semua. Barang ni haruslah menjadi legal obligation Kerajaan Persekutuan. Tidak boleh main umum saja dan kita pula menunggu saja.
Apabila menjadi legal obligation diputuskan di Dewan yang mulia ini, mereka terikat dengan tanggungjawab tersebut. Sebab kita kena akui Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf.
Bila berkait rapat dengan hubungan Sabah dengan Federal ini, saya sedikit kecewa.
Sebabnya, saya tak boleh cakaplah.
Keadaan kita sekarang ni jangan tipulah.
Banyak disebabkan melibatkan hubungan benda ini dan bukan ini kita harapkan masa kita punya four father dulu menandatangani Perjanjian 63, betulkan? Saya rasa kita kena tegaslah. Kalau cakap seja tidak cukup, kena legal obligation. Kita mesti mahu buat. Tolong semak kita punya Perlembagaan Negeri dan semak kembali kita punya Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Okey. Yang Berhormat Tungku saya anggap itu sebagai satu bentuk motivasi kepada semua sebelah kami di sini untuk membuat karya kita dengan lebih baiklah. Dan percayalah. Bagi saya hadiah yang terbaik bagi orang Sabah ialah apabila kita semua dapat bekerjasama untuk satu tujuan untuk orang Sabah dan juga untuk Sabah itu sendiri
I juga. Terima kasih. Ini saya manakala, bagi projek yang berstatus baharu ataupun masih berada dalam prapelaksanaan pula, projek-projek ini tidak memerlukan peruntukan.
… bukan yang banyak kerana ia hanya melibatkan kerja-kerja awalan dan mengambil masalah lebih kurang enam hingga 12 bulan untuk penyediaan dan pelaksanaan projek. Dalam frasa ini, keperluan peruntukan Kerajaan Negeri adalah jauh lebih rendah berbanding dengan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Peruntukan yang disalurkan yang berjumlah RM1.259 bilion, hanya dibelanjakan sebanyak RM175.24 juta ataupun 13.92% sahaja. Ini yang saya nyatakan, yang saya ingat yang disentuh oleh Yang Berhormat daripada Senallang dan juga dari apa itu, Ahli Yang Berhormat yang lain. Kerana yang kita minta sedikit, dia bagi banyak. Tapi kalau projek itu masih dalam pra apa itu, prapelaksanaan, masih dalam perancangan tapi tiba-tiba dapat peruntukan yang banyak pula setiap tahun, sudah pasti peruntukan itu tidak dapat dibelanjakan. Ini dia punya, ini dia kadang-kadang dia punya technical problem dia itu. Dia andaikan bahawa apabila kita minta ini, dia bagi satu kali tapi keperluan kita pada tahun itu adalah tidak sampai kepada tahap itu kerana dia masih dalam proses prapelaksanaan ataupun baru dimulakan. Jadi itulah yang menyumbang kepada statistik seolah-olah kita ini tidak, prestasi kita untuk utilize duit daripada Kerajaan Pusat itu rendah. Saya itu selalu itu technical issuelah. Tapi insya-Allah, slowly kita cuba untuk selesaikan. Mengikut prestasi bagi projek yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, prestasi perbelanjaan negeri adalah konsisten mencapai 80% ke atas setiap tahun. Ini, so you can guess the restlah. Ini menunjukkan bahawa prestasi jabatan atau agensi Kerajaan Negeri adalah agak baik dalam melaksanakan Projek Pembangunan Persekutuan.
Tuan Speaker, bagi membantu meningkatkan keberkesanan dan prestasi melaksanakan projek Persekutuan, Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri yang saya nyatakan tadi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri diadakan secara sukuan tahun berfungsi untuk menyelaras,
I memperbaiki dan memantau isu-isu perlaksanaan projek pembangunan biayaan persekutuan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan yang dibentangkan sebanyak RM6.5 bilion telah disemak penggunaannya kepada RM5.262 bilion pada bulan Jun 2023 oleh Kerajaan Persekutuan. Ini bertujuan untuk menjaga prestasi perbelanjaan setiap Kementerian Persekutuan. Tuan Speaker, saya terpanggil mengenai isu yang dibangkitkan oleh ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir dan Ahli Parlimen Kota Belud di sidang Parlimen tentang kelewatan Kementerian Kewangan Negeri menghantar permohonan dan maklum balas berkenaan pengeluaran pinjaman Persekutuan. Perlu diterangkan dan direkodkan di Dewan yang mulia ini bahawa kenyataan ini adalah kurang tepat dan saya memohon untuk meminta agar Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen yang mewakili Sabah untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan sahih sebelum menimbangkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang barangkali boleh menjejaskan imej negeri Sabah.
Adalah diakui terdapat kesilapan atau terlepas pandang oleh jabatan-jabatan permohonan, jabatan-jabatan pemohon. Ini saya lebih pergi secara spesifiknya kepada isu yang dibangkitkan oleh MP dan juga oleh ADUN Yang Dilantik. Ia melibatkan jabatan pemohon, Jabatan Air Negeri Sabah atau JANS dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah dalam permohonan pengeluaran pinjaman pada tahun lepas. Namun, proses ini telah ditambah baik di peringkat jabatan bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang. Perlu juga saya terangkan di sini bahawa Kementerian Kewangan Negeri hanyalah selaku pengantara bagi kedua-dua jabatan berkenaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri telah menghantar permohonan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Oktober 2022. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah membuat sekatan peruntukan seawal bulan Ogos 2022. Kita sudah hantar tapi dia orang sudah tutup. Jadi janganlah salahkan Kementerian Kewangan. We’ve done our job tapi awal sudah rupanya panggung sudah awal tutup. Macam mana lagi?
Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan teliti apa yang diulaskan oleh Yang
I Berhormat, saya ingat way forward. Kalau boleh, contohnya tahun depan 2024, berbagai masalah yang dihadapi di peringkat Wilayah Sabah. Bukan setakat air, pembentungannya, bukan setakat pendidikan, bukan setakat hospital. 57 bilion, saya sebutkan peruntukan yang terbesar dalam sejarah kepada Kementerian Pelajaran. Kesihatan, 41 bilion. Saya minta supaya Kerajaan Negeri merancang sekarang bukan bergantung dengan Jabatan Persekutuan Kesihatan.
Kita mendengar suara rakyat peringkat akar umbi, pakar tidak cukup, ubat tidak cukup, bekalan elektrik hospital tidak cukup.
Kalau ada komprehensif cadangan lebih awal daripada pihak Kerajaan Negeri, kita tidak boleh tunggu. Contohnya macam bulan 9, bulan 10, memang kita tahu bahawa bulan 11, akaun is already there. Tarik balik. Itu yang saya setuju bila trust fund diwujudkan untuk simpan kewangan mana yang tertangguh. Tapi dalam rancangan, contohnya dalam sektor-sektor yang cukup penting kepada manusia, kepada rakyat. Kesihatan, pendidikan, lebih awal kalau boleh. Saya cadangkan supaya pada tahun, hari ini boleh kita buat, lepas Dewan, Kerajaan Negeri buat gariskan yang mana yang kita beri keutamaan kepada umat yang di peringkat di negeri Sabah ini.
Sebenarnya, Tuan Speaker, belum saya habis dia punya perenggan tadi dan mungkin ini jawapan dialah. Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, Kementerian Kewangan Sabah telah menganjurkan bengkel pada awal tahun ini bertujuan untuk memperbaiki sebarang kekurangan ataupun kelemahan pada pemprosesan permohonan pinjaman Persekutuan. Ini yang berkaitan dengan air dan juga apa itu pembentungan inilah. Hasil daripada bengkel tersebut, terdapat peningkatan dari segi kecekapan oleh pihak Jabatan Air Negeri Sabah dan juga Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah dalam mengemukakan permohonan pengeluaran pinjaman Persekutuan.
Inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan agar semua syarat Kerajaan Persekutuan ditepati dalam setiap permohonan pengeluaran pinjaman yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri. Diteruskan lagi saya mengucapkan ucapan terima kasih atas saranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Senallang dan daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain untuk membolehkan kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik dan berkesan.
I Kami di Kementerian Kewangan sentiasa berusaha, sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada semua Ahli Parlimen dan juga DUN tidak kira di mana untuk memberi membantu untuk memberi pengesahan kepada setiap isu yang telah dibangkitkan atau mahu dibangkitkan sama ada di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen.
Merujuk kepada, Tuan Speaker, merujuk kepada cadangan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN yang Dilantik juga dari Datuk Suhaimi dan Yang Berhormat Datuk Raime Unggi dan ADUN Tungku mengenai inisiatif ke atas GLC, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kewangan sedang dalam perlaksanaan rancangan penambahbaikan tatakelola dan tadbir urus agensi awam negeri. Perlaksanaan ini termasuk membawa masuk juruaudit pakar untuk menjalankan audit dan kajian semula ke atas syarikat-syarikat yang bermasalah. Pemeriksaan teliti ke atas penyata kewangan ini akan dapat membantu agensi awam negeri mengenal pasti risiko dan mencari jalan sama ada mempertahankan atau membaik pulih perniagaan dan aktiviti yang dijalankan.
Sebagai jentera yang membantu Kerajaan Negeri meningkatkan hasil melalui pulangan pelaburan, beberapa inisiatif akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Antaranya:
i.
Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah adalah mengikut kriteria berdasarkan kepada pengalaman profesionalisme, kelayakan dan kompetensi.
Ini bertujuan untuk memastikan adanya check and balance dalam setiap perlantikan Ahli Lembaga Pengarah.
ii.
Melaksanakan sistem score card sebagai penanda aras prestasi yang membantu Kerajaan memantau dan meningkatkan akauntabiliti Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik.
C.
Melaksanakan sistem merit dan demerit sebagai strategi pemantauan agensi awam
I negeri dan menguatkuasakan peraturan serta undang-undang melalui jawatankuasa pengawal seliaan dan pematuhan tadbir urus korporat bagi memastikan aktiviti agensi awam dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan. Pelaksanaan sistem-sistem ini bertujuan untuk memantapkan lagi State Company Information System (SCIS) yang sedia ada.
1.
Menubuhkan jawatankuasa pengurusan pelaburan dan pinjaman agensi awam negeri untuk memastikan pelaburan yang dilaksanakan dapat memberi pulangan yang menguntungkan, membantu agensi awam negeri, merealisasikan cadangan perniagaan yang berpotensi dan memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terjaga.
2.
Mewartakan agensi awam negeri untuk pengauditan agar dapat memberi gambaran kedudukan kewangan yang sebenar dan saksama dan rekod kewangan mengenainya diselenggarakan dengan teratur dan kemaskini. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menilai sama ada pengurusan kewangan agensi awam negeri telah dilaksanakan secara telus dan berintergriti mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sindumin Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Kewangan bilangan 7 tahun 2001 mengenai dasar dan garis panduan bayaran dividen.
Terima kasih Yang Berhormat bagi jaminan bahawa kerjasama akan dilakukan dengan beberapa agensi, bukan hanya negeri bahkan juga usaha memastikan supaya tidak akan ada ketirisan dia.
Bukan hanya ketirisan bahkan dari segi keadaan, environment yang ada.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, usaha contohnya saya bagi contoh, gold mining operation di Tawau. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini kerana dia beroperasi. Saya ada surat dia yang daripada DO, dia tidak ada kelulusan dan saya juga bertemu dengan Menteri pasal environment. Kita tidak mahu keadaan, kegiatan seumpama ini berleluasa di peringkat Sabah, di mana,
I walaupun tanpa kelulusan agensi-agensi seperti SPRM termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berwajib untuk memgambil tindakan. Tidak boleh harus membiarkan operasi ini berlaku bukan hanya contohnya, di Tawau dan beberapa tempat yang ada, yang boleh menjejaskan keadaan environment.
Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Menteri, sebelum eh.
Tadi mengenai GLC, ya. Mungkin, kalau saya cadangakan ini ada orang senang hati ada orang tidak senang hati, ya. Tapi this is an open secret. Di mana jawatan-jawatan GLC ini, normally ada dia punya purpose. Contoh, politically motivated, what so ever lah kan. Tapi, put it a side.
Jadi cadangan saya bagi supaya GLC punya kedudukan ini tidak menjadi macam satu bentuk ghanimah. Ghanimah ini macam imbuhanlah kepada kita-kita ini wakil rakyat, apa semua. Belajar daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, kalau bolehlah saya minta kita cuba buat satu sejarahlah di DUN ini. Di mana peruntukan itu, bagi sama rata kepada semua wakil rakyat. Kadang-kadang jawatan-jawatan ini menjadi rebutan di kalangan wakil-wakil rakyat disebabkan itulah tapi, kalaulah. Kalau. Malulah kalau saya cakap panjang-panjang bah kan.
Tap, I think you know, kan. This is an open secret daripada dulu sampai sekarang. So, GLC. Saya setuju dengan pandangan Lamag. Okey. GLC yang profit oriented, mesti golongan yang ada merit profesional. Kalau mahu juga letakkan orang-orang kita ini di dalam yang CSR punya anu, supaya nampak peranan kerajaan itu membantu rakyat, terima kasih.
Terima kasih, terutamanya kepada saranan daripada Yang Berhormat daripada Senallang. Saya ingat sudah pasti kenyataan di dewan, kenyataan beliau di dewan ini akan dilaporkan dan saya andaikan dan saya harapkan saranan itu diambil sebagai satu mesej kepada semua yang terlibatlah. Malangnya, emas, lombong-melombong bukan di bawah Kementerian Kewangan. Saya hanya pastikan kita akan dapat royalti daripada lombong tersebutlah. Itu tugas kitalah, tapi saya haraplah, pada mana yang berkenaan ambil saranan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Senallang.
I Keduanya Yang Berhormat daripada Tungku, saya fikir bukan semua orang politik itu tidak pandai. Ini, saya dan bukan semua orang yang bukan politik itu pandai, ya. Saya punya pandangan ialah ada orang politik, walaupun dia politik, tapi dia ada kepakaran tertentu yang boleh membantu sesebuah syarikat milik kerajaan. Tetap boleh, apa itu dan dia boleh ambil dan ada juga yang orang bukan politik pun, ada juga rekod dia ada yang tidak baik. Jadi, bagi saya kita ambil per apa itu, saranan ini sebagai satu saranan yang bagi saya, itulah take time it to be implemented but most importantly, kita kena, kita kena, apa itu, pisahkan pengurusan dengan apa itu kuasa Chairman.
Itu, itu yang pentinglah sebab pengurusan itu, biar pengurusan profesional.
Walaupun pengerusi barang kali orang politik, kalau kita tidak dapat hidup, apa itu, co-exist dalam ekosistem yang berlain sambil tumpuan utama kita untuk memajukan syarikat tersebut kemungkinan kita akan dapat melangkah satu tahap kehadapan, dalam usaha kita untuk pada akhirnya memperbaiki pengurusan GLC-GLC di Sabahlah. Tapi saya ambil saranan tersebut dan percayalah, apa yang saya nyatakan tadi, saya mahu ke arah itu lah. Ada E, ada lima yang saya nyatakan tadi. Dengan izin, it will take a little bit of time but eventually, accauntability will be the order of the daylah, ya. Either, we are politiction or non-politction is all about accauntability and the need for the company to be succeed and make money. Terima kasih.
Saya ulang Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sindumin, Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Kewangan bilangan 7 tahun 2001 mengenai dasar dan garis panduan bayaran dividen oleh syarikat-syarikat Kerajaan Negeri, menetapkan bahawa syarikat Kerajaan Negeri perlu membayar sekurang-kurangnya 10% dividen daripada keuntungan syarikat kepada Kerajaan Negeri. Justeru, saya ingin menekankan bahawa sekiranya keuntungan lebih diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan. Peratusan dividen tersebut perlu ditingkatkan ketahap yang paling tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.
Bagi memastikan pembayaran dividen daripada setiap GLC dilaksanakan Kerajaan Negeri juga akan menambah baik pekeliling mengenai pembayaran dividen dan buku rekod kod tadbir urus badan-badan berkanun, seperti mana yang dimaklumkan
I Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan ke atas syarikat Kerajaan Negeri atau GLC yang mengalami kerugian.
Oleh yang demikian, saya sarankan supaya setiap GLC mengambil inisiatif untuk membaiki prestasi kewangan syarikat agar dapat memberi pulangan yang saksama kepada Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, akhir kata marilah kita sama-sama bekerja berusaha dan terus.
Penjelasan. Tuan Speaker, ya minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya sangat setuju tadi mengatakan bahawa bukan semua orang politik itu tidak pandai dan bukan semua orang bukan politik itu tidak pandai.
Orang politik ada kelebihan dia juga kerana mereka ini mempunyai hubungan yang banyak dari segi networking untuk memajukan satu syarikat.
Tapi, saya setuju bahawa kita mesti meletakkan the right person, the right place. Dari segi pengerusi, mengikut kepakaran dan kebolehan serta rekod intergriti yang ada pada pemimpin tersebut dan juga rekod kejayaan yang lalu, ya. Saya juga, mesti juga mencuba orang baru. Kalau tidak ada, bila dia mahu cari pengalaman. Tapi rekod lalu itu penting. Yang kedua, dari segi pengurusan syarikat juga perlu right person, right place dan kita hendaklah melantik orang-orang yang berkelayakan, yang boleh membawa kemajuan kepada syarikat. Jadi kita berharap di masa akan datang lantikan-lantikan itu ditapis dahulu.
… memang ada cadangan-cadangan daripada orang tertentu mungkin parti-parti komponen. Tapi cadangan itu biarlah yang bersesuaian dengan jawatan ataupun kelayakan.
Dari segi pembayaran dividen, saya sangat setuju. Saya ingat lima, 10 %, 5% sangat rendah. Kalau boleh dividen-dividen ini diberi yang semaksimum mungkin kepada Kerajaan. Kerana syarikat GLC ini adalah tempat Kerajaan mencari sumber kewangan. Itu yang pertama.
I Yang kedua, Kerajaan juga harus melihat bahawa aktiviti syarikat itu, first layer, second layer.
Ertinya subsidiari, subsubsidiari.
Ada syarikat-syarikat yang menyimpan ataupun kalau dalam bahasa Sabah tapuk keuntungan di subsubsidiari. Jadi, akhirnya syarikat induk subsidiari, subsubsidiari, duit ini di simpan di bawah. Lapisan ketiga dan mereka live like God. Enjoy dengan duit yang banyak disusun. Sedangkan Kerajaan punya syarikat tapi orang yang lapisan ketiga, keempat ini yang menggunakan duit itu. Sepatutnya, syarikat lapisan ketiga, keempat itu bagi kepada syarikat induk, subsidiari ataupun induk supaya dapat dibagi kepada Kerajaan. Terima kasih.
Sa…, Saya mendengar seakan akan Yang Berhormat akan mengakhiri ucapan. Saya nampak, tidak tahu betulkah tidak, kalau ikut sebelum ini saya ingin menyentuh tentang saya bangkitkan dalam sesi perbahasan tentang bagaimana belanjawan pada kali ini. Saya tidak nampak apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah rakyat di peringkat akar umbi dengan kenaikan harga barang. Kehidupan mereka yang begitu susah, saya tahu beberapa rancangan projek-projek yang ada. Tapi, dalam usaha pihak Kerajaan dalam belanjawan ini saya tidak nampak bahawa ada langkah yang konkrit untuk mempastikan, bukan hanya before, miskin tegar ya, di kawasan-kawasan luar bandar yang ada. Satu. Bab dua, lagi saya tidak nampak usaha pihak Kerajaan Negeri, dimana, atas tanggungjawab Kerajaan Negeri mengatasi masalah, sudahlah cost of living in Sabah is so high, but wages is still stagnant. Bolehkah pihak Kerajaan Negeri khususnya Kementerian Kewangan melihat, to revisit? Saya masih ingat masa dahulu kita jadi Kerajaan civil servant, itu civil servant. But we didn’t have time to go to the private sector. Upgrade kedudukan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat daerah, di peringkat… tidak cukup itu. Itu just pegawai kerajaan sahaja. Tapi di peringkat swasta contohnya beberapa sektor pelancongan, beberapa sektor plantation yang kita banyak bergantung. Ya. Contoh dari segi, sa…saya sebutkan. Contoh macam begini, perladangan yang merupakan sumber yang cukup besar kepada negeri Sabah selain daripada pelancongan. Yang ditekankan di sini income tax kepada, ini Federal punya responsibility. 24 percent lepas itu windfall tax tiga 3 percent. Lepas itu SST, 7.5 percent. Itu Kerajaan Negeri.
I Lepas itu imigresen 2,800 dan saya bahaskan di Dewan Rakyat saya nyatakan, daripada 24 % yang diambil orang kerajaan pusat, kepada tidak charge them 10… 14 percent ?10 percent give to those sector dan 10 percent we must remind the all company operator supaya jangan gunakan duit ini selain daripada naikkan gaji pekerja dia. When you have the purchasing power, affortable walaupun harga ayam meningkat, tahun depan harga gula akan meningkat. Cost of living will be higher because RON95, RON94 akan dinaikkan, diapungkan dan ini akan meningkatkan cost of whatever product related to it. Jadi saya melihat bahawa wages is one factor yang mana Kerajaan Negeri mungkin bukan Federal kalau berhubung kait dengan Federal berapa sektor-sektor yang mana kita boleh tekankan. Contohnya bukan hanya perkhidmatan awam, contohnya beban-beban GLC yang ada di bawah Kerajaan supaya keadaan, ketirisan. Ya, kadang-kadang GLC kita belanja banyak. Dividen banyak. Tapi lawatan pergi overseas pun banyak. Dah kita tahu hutang negara RM1.5 trilion, penjimatan tidak ada. Can we just be prudent enough and be thrifty in terms of leakages? Dan saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan, rancangan, saya nampak tidak ada dalam untuk mengatasi masalah konkrit. Where do we go? to atasi masalah kemiskinan, pasal saya pun hari-hari Yang Berhormat dapat laporan Datuk Seri tak cukup duit, Datuk Seri tidak ada makan, Datuk Seri anak hospital. Berbagai masalah yang ada dan saya berharap Kerajaan Negeri melihat kerangka belanjawan ini yang saya dapat, apa nama the surplus itu. About how many Billion, how many day. 35 million? yang ada? Lihat keadaan di mana bukan hanya dinaikkan wages yang ada, di mana di bawah tanggungjawab bukan Kerajaan Persekutuan tetapi negeri untuk tidak membebankan.
Negara seperti Brunei tidak pernah dengar pun telur jadi masalah. Ayam. Singapura tidak dengar. Tidak pernah merungut pasal apa purchasing power is there. Economy variable if you have income what ever cost increase you can sustained it because you have the money. Tapi oleh kerana kita di Sabah ini pengangguran banyak, the highest. Cost of living is very high. Wages is still very low. Ini yang saya berharap belanjawan yang saya lihat pada hari ini tidak nampak perancangan Kerajaan negeri untuk cuba mengatasi masalah ini. Ini bukan hanya dalam jangka masa yang pendek, bahkan juga panjang. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat. Bila kita mem…per…, membentangkan setiap bajet. Bajet ini
I sebenarnya adalah sinopsis kepada perancangan-perancangan yang dibuat oleh Kementerian-kementerian yang lain.
Kita ada 10 atau 11 Kementerian dan setiap Kementerian itu sudah pun menggaris perancangan dan kepe… kepenggunaan wang ataupun peruntukan yang disalurkan kepada setiap…setiap Kementerian. So misalan Kementerian Luar Bandarlah, misal kata. Hampir keseluruhan dia punya peruntukan pembangunan adalah untuk tujuan membasmi kemiskinan. Ya. Adalah. tapi barangkali tidaklah perlu saya membaca apa yang telah dirancang oleh Kementerian. Apa ini, luar bandar dan sebagainya. Kalau tidak satu hari saya siapkan ini, apa tu bacaan ini perbelanjaan. Tetapi cukup untuk saya mengatakan kita salurkan peruntukan-peruntukan ini, bagi Kementerian-kementerian dan Saya fikir setiap Kementerian itu ada perancangan yang sama. Pembasmian…pembasmian kemiskinan dan sebagainya.
Yang kedua, Yang Berhormat daripada dari… dari daripada Senallang. Kita juga menerima hakikat keterbatasan yang kita ada. Yes our head could be high in the sky, but our two feet must be firmly on the ground. Kita tahu kita punya peruntukan atau hasil tidaklah sebanyak mana kalau dibandingkan dengan negeri apa tu, jiran kita. Ketiga, te…te…te… Tuan Speak… Tuan Speaker, I would like to believe that I’m doing something that is practical and implementable. I don’t like to talk about idealism, idealism is good but it will not bring me anywhere. Tetapi saranan yang Yang ber… Berhormat daripada Senallang itulah sebenarnya matlamat kita dan kita semua tidak kira siapa Kerajaan pun. E… e… itu… nobody will question you. Nobody in this room at all will question. Semua kita setuju. Cuma finally perancangan itu hen… hendaklah ber… ber… berpaksikan kepada kemampuan kita untuk melaksanakanlah dan walaupun Sabah ini saya tahu satu negeri yang besar. Hasil dia lebih besar sedikit dari kebanyakan negeri tetapi at the same time, belanja kita juga besar.
Kita tengok perkhidmatan awam. Emolument sahaja 800.008.00 per capital, the highest in the whole country. Itu juga kita sa… sa… hakit.. tapi saya setuju. I totally agree with you, there’s nothing that we need to do. Sebagai misalan untuk apa tu, menaikkan apa gaji, tapi percaya lah Yang Amat Berhormat sebenarnya telah pun mengumumkan antara lainlah, inisiatif yang telah dibuat. Semua GLC yang… yang membuat keuntungan hendaklah mengambil pekerja di kalangan mereka, anak
I mereka B40. In fact, daripada 300 000.00 yang apa itu yang diterima daripada Kerajaan Pusat saya bayaran, bayaran khas ini 100 lebih Juta khusus untuk, program untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan dan saya andaikan saya tidak perlu sebut itu kerana dia telah pun di… di… diumumkan secara berkala, ya. Saya harap itulah yang apa itu, so kita, kita fahamlah ada. Tapi, saya ambil ingatan, ya. saya tahu dan saya setuju when our purchasing power is more, we can get more. Is it? but at the same kita juga ambil kira bahawa bila kita menambah gaji kebiasaannya harga barang pun terus naik. Inilah ironi dia dalam masyarakat kita ini dan kita harapkan over time…
Saya sendiri terus terang saya kata saya bukan orang yang terbaik di kalangan kita. I am learning new thing everyday tapi percayalah I always try my best to be better everyday dan saya ini untuk tujuan ini saya belajar daripada semua kawan-kawan yang memberi input yang berguna kepada saya, terima kasih. Ya, saya sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah kepada beberapa Agensi Kerajaan yang telah mencapai 100% dalam melaksanakan apa itu peruntukan ia daripada Kerajaan Pusat dan saya perlu sebut ini kerana apa yang kita nyatakan tadi seolah-olah prestasi kita begitu teruk sekali, ya. Antaranya Jabatan Veterinar Sabah saya ingat kalau saya tidak silap dan Jabatan LKTNS melaksanakan ataupun urtilize mereka 100% ya pada tahun lepas jadi bukan semua berita buruklah ada juga berita baik yang menjadi orang kata cahaya di penghujung terowong bahawa sepenuhnya kita boleh kalau kita betul-betul bersedia untuk membuat yang terbaiklah.
Jadi, Tuan Speaker, marilah kita sama-sama berusaha dan bekerja mencari bakti ke arah memajukan dan memakmurkan negeri yang tercinta ini sepertimana yang saya telah nyatakan, bukan isu, apapun bukan isu, I don’t reject politik kita.
Datuk Speaker, izinkan mencelah, Datuk Speaker …
I
… Isu dia adalah sama ada kita bersedia untuk menjadikan kerjaya kita sebagai sebahagian amal ibadah.
Datuk Speaker, boleh mencelah, Menteri?
Ya.
Silakan, silakan.
Saya ingin mencadangkanlah apabila mendengar tentang kekurangannya setiap tahun bajet kita dalam membelanjakan untuk mengatasi masalah-masalah kita di negeri Sabah mengenai infrastruktur pembasmian kemiskinan, saya rasa kita perlu mewujudkan satu kaedah pemungutan cukai yang lebih berkesan, transparent dan lebih telus. Maksud saya adalah pungutan cukai daripada agensi-agensi Kerajaan seperti MPOB. Negeri kita mempunyai keluasan kelapa sawit yang luas tetapi …
Ringkaskan, Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat Menteri sedang menggulung tu. Ringkaskan.
Ya. Tapi ini cadangan yang baik, sejauh mana kita mendapatkan cukai-cukai ini daripada kelapa sawit yang ditanam di negeri Sabah hasilnya diangkat ke Persekutuan dan ini kita minta Kerajaan Negeri supaya meneliti semula, mengkaji semula cara pungutan cukai kita ini kalau itu hak kita tetapkan supaya itu mesti yang kita mahu itu pertama MPOB.
Kedua, cukai jalan yang dipungut oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dia disebut sebagai secara spesifik cukai jalan oleh JPJ daripada Persekutuan. Sepatutnya cukai jalan ini bertanggungjawab untuk dipungut dan kemudian cukai itu digunakan untuk membangunkan infrastruktur jalan raya, pembaikan, membina jalan baharu. Di negeri Sabah ini kita ada JPJ yang memungut cukai jalan, setiap tahun kita dipungut cukai jalan, roadtax, kalau kereta kita tiada cukai jalan tidak boleh berada di jalan raya tetapi berbaloikah kita menerima jalan raya yang teruk? Justeru, kita minta Kerajaan supaya ada suatu kaedah pungutan cukai jalan ini. Cukai jalan bukan cukai
I bersama, ini cukai jalan jadi kita minta cukai jalan ini dikaji semula supaya pungutan cukai itu dapat kita gunakan sebaik-baiknya untuk memperbaiki jalan kita di negeri Sabah dan juga membina jalan-jalan baharu.
Matematiklah … Datuk Speaker, sekejap ah … matematiknya, kalau kereta kita di negeri Sabah ini ada satu juta buah, kemudian purata 500 ringgitlah setiap tahun bererti satu tahun kita memberi kepada JPJ 500 juta cukai jalan. Jadi? Kalau satu Rolling Plan lima tahun bukankah itu 2.5 bilion, 2.5 bilion cukai jalan sahaja, jadi kita sudah 60 tahun menyertai Malaysia.
Yang Berhormat, lain kali isu begini bawa dalam perbahasan you. Ya.
Tapi…
Sorry, tolong ringkaskan, ya?
Okey, okey, jadi inilah yang saya minta kepada Kerajaan kita supaya mengkaji semula pungutan cukai kita ini supaya cukai-cukai ini kita dapat manfaatkan kepada negeri kita yang tercinta ini. Terima kasih,Speaker.
Silakan, Yang Amat Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih daripada saranan daripada apa ini Telupid, ya. Saya start … saya mulakan yang kedua dulu, point kedua kerana itulah kita tuntut 40%, lagi bagus 40% daripada cukai jalan kalau kita katakan kita pungut 5 bilion, 2 bilion kita punya. Pasal itu kita tuntut 40% tu, saya jawab dulu yang pertama MPOB, bukan MPOB itu majlis dia, kelapa sawit ini kita sudah pungut cukai 7.5% kepada setiap metrik tan kalau harga sawit itu melebihi daripada 1000. So, actually done. Apa yang perlu bagi saya ialah menggalakkan down streaming pada apa itu hasil sawit yang mereka tuai daripada Sabah supaya dia dapat apa itu menjana lebih banyak pekerjaan di tempat kita dan bukan dieksport semata-matalah. Apapun terima kasih, ya.
I Akhir kata, marilah kita sama-sama bekerja, berusaha dan terus mencurah bakti ke arah memaju dan memakmurkan negeri yang tercinta ini. Cabaran pada tahun hadapan mengajak kita untuk terus berusaha dan bijaksana dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal negeri, marilah kita panjatkan doa-doa semoga negeri bertuah yang tercinta ini kekal aman, makmur dan sejahtera. Bersama-sama kita membina dan memperkasakan ekonomi negeri ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang berpanjangan dan saya suka mengambil peluang sekali lagi kepada Tuan Speaker, pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi saranan dalam kita bersidang selama empat hari, kadang-kadang ada yang memanas, kadang-kadang ada yang sejuk tapi itulah sebahagian daripada asam garam kita berada dalam Dewan ini, yang penting saya ingat niat kita, kalau kita semua niat kita, nawaitu kita baik, saya ingat dan suci saya ingat tiada masalah, bagi saya apapun bentuk perkataan dikeluarkan sama ada dalam nada marah dan sebagainya, iaitu ia ada satu pelajaran yang boleh memperbaiki diri kita setiap hari. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja Kementerian Kewangan Sabah, kementerian-kementerian yang lain serta agensi-agensi berkaitan yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk menyiapkan belanjawan ini.
Sekali lagi, saya ingin … tiada pantun saya hari ini, sekali lagi Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua Ahli Yang Berhormat…
Macam menyindir pula sama saya terlampau berpantun tu tahu …
… anggota penjawat awam dan seluruh warga Sabah yang beragama Kristian, dan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024 kepada semua sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri. Ayuh, mari kita jadikan tahun hadapan tahun permulaan yang akan membolehkan Sabah ini kita dapat bekerjasama dan membolehkan Sabah maju pada satu tapak lagi dalam usaha kita untuk membangun negeri yang tercinta ini. Semoga Tahun Baharu 2024 akan membawa tuah, rahmah dan barakah kepada negeri Sabah yang tercinta dan kepada seluruh rakyat yang dikasihi, sekian. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
I
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya teruskan saya ingin merujuk balik kepada permohonan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tungku tadi yang dibangkitkan mengenai warta katanya dan daripada pencelahan dia kepada penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi, saya andaikan mengenai isu 112(B) bah ini kan? Perkara yang you bangkitkan tadi minta dibincangkan warta tu ialah mengenai isu 112(B) yang you, yang YB mencelah dengan Menteri Kewangan tadikan?
112(D).
2(D).
Ya, bukan.
Ok. Walau bagaimanapun, jadi adakah itulah yang tadi you bangkitkan dengan Menteri Kewangan? Itulah isu dia kan?
Saya rasa sudah terjawab, cuma permintaan saya tadi itu supaya proses itu mesti dilakukan melalui peraturan yang sepatutnya.
Ya lah. Jadi untuk rekod supaya tidak tolak, you tarik balik lah permintaan itu sebab saya akan tolak itu, permintaan itu. Dia tidak memenuhi 24 jam.
Datuk Speaker.
Saya bagi.
Ya, masa dia bangkitkan. Saya juga mencelah dan mencelah kalau boleh, Dewan Undangan Negeri ini mempunyai stand. Pasal warta tu diedarkan di Dewan Rakyat dan satu ketetapan yang telah dibuat oleh Kerajaan Pimpinan Pusat, dan kita harus
I mempunyai pendirian.
Tuntutan kita mesti konsisten bahawa formula yang digunakan tidak lah, satu, selari dengan apa yang kita kehendaki dalam perjanjian yang telah termaktub dalam perjanjian 63 itu.
Jadi kalau boleh, Dewan Undangan Negeri ni juga harus mempunyai stand yang clear. Sepakat dengan apa yang diseleraskan. Bukan hanya yang termaktub dalam perlembagaan, it is agreed.
Kita tidak boleh ditangguh, tangguh, tangguh.
Dah berpuluh tahun dah.
YB, isu-isu 112(D) ini bukan sahaja ditubuhkan dalam jawatankuasa khas.
Ya, but.
Kita bincangkan lah dalan jawatankuasa khas
Bukan.
Dan kalau perlu panggillah satu-satu ADUN untuk memberi pandangan dia oleh jawatankuasa khas.
Ya itu jawatankuasa, itu yang saya bagi tahu tadi yang dibangkitkan kalau boleh dia stand, make it short. Stand Dewan Undangan ini jelas keadaan ini. We cannot be dragged, jawatankuasa ini, komiti ini, komiti ini, mengambil masa Datuk Speaker. Sebenarnya kalau stand Dewan Undangan Negeri bahawa kita katakan bahawa Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negeri Sabah stand very firm, we cannot be just stagnant kerana kita tidak mahu 56 juta, lepas itu 300 juta of duit kita tangguh, Federal having problem tapi dia orang di sana berbelanja berbilion untuk buat jambatan, buat kereta api. Takkan kita boleh tidak dibagi duit? Terima kasih banyak.
Datuk Seri Speaker, kalau saya boleh tambah sedikit. Satu saya punya concern adalah mengenai proses. Proses perlembagaan, yang pertama. Keduanya, seperti mana Senallang sebut tadi, perlukan pendirian tegas daripada kita, okay? Bila kita bercakap soal rakyat Sabah,
I keseluruhannya yang ada 3 juta lebih ini. Ini lah ini yang ada semua ini sebab kita adalah wakil rakyat.
Jadi apabila kita buat satu ketetapan dan keputusan di Dewan yang mulia ini, itu akan lebih bersifat seolah-olah macam referendum. Inilah keputusan rakyat Negeri Sabah dan mesti mahu direkodkan di hansard, proses dia. Kalau dewan ini jangan bilang dua per tiga lah, 100% semua say ya kepada apa yang dorang boleh buat? Ini bah ini. Kebijaksanaan yang harus ada kepada kita. Macam Lamag cakap minta-minta, mana enda cukup. Mesti mahu jolok, mesti mahu cucuk, mesti mahu segala-galanya lah.
Pandai-pandai lah Datuk Seri Speaker.
Tapi kalau balik-balik jawatankuasa apa semua, kita pun enda tahu apa yang berlaku dalam jawatankuasa, kan? Itu Datuk Speaker.
Tapi apa pun, semalam permintaan itu hendaklah dibaca bertulis 24 jam sebelum lah, jadi saya tidak dapat menerima dan terpaksa menolak permintaan tersebut, ya? Setiausaha.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023. Bacaan kedua.
Menteri Kewangan.
Datuk Speaker, saya mohon mengemukakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dibaca bagi kali kedua sekarang.
Masalahnya bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023.
Majlis dalam Jawatankuasa, Bentara sila jalankan.
I Masalahnya ialah wang yang disebutkan bagi kepala-kepala perbelanjaan yang dinyatakan di dalam ringkasan jumlah sebagai mana terkandung di dalam kertas CMD 3 Tahun 2023 yang bernilai 5 463 134 823 Ringgit dijadikan sebahagian daripada anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2024 hendaklah disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan. Masalahnya sekarang ialah wang berjumlah 5 463 134 823 Ringgit hendaklah diberikan kepada kerajaan di bawah kepala-kepala perbelanjaan bagi perkhidmatan awam yang dinyatakan di dalam anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2024 seperti yang terkandung dalam kertas CMD 3 Tahun 2023 hendaklah disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan. Tetapan Dewan itu itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, Saya mohon, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah diputuskan dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 bacaan kali yang ketigaBill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 bacaan kali yang ketiga.
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang ketiga sekarang.
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
I
Enakmen Perbekalan (2024) 2023Bill
Enakmen Perbekalan (2024) 2023.
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023), bacaan pertamaBill
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023), bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Speaker. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Fatwa 2004.
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023)Bill
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023).
Bacaan kedua bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023), bacaan keduaBill
Rang Undang-Undang Fatwa (Pindaan) (2023), bacaan kedua.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Datuk Speaker, terima kasih. Saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Datuk Speaker, Rang Undang-Undang Enakmen Fatwa (Pindaan) (2023) digubal bertujuan untuk memasukkan takrif Al-Sunnah Wal Jamaah sebagai suatu kawalan manhaj kemuftian di negeri ini dan mengganti.
I Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif]:… takrif Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kepada Jawatankuasa Muzakarah selaras dengan Peraturan 7. Peraturan-peraturan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2023.
Selain daripada itu, Tuan Speaker, ia juga bertujuan untuk memperkemas beberapa peruntukan dengan meminda perkara berkaitan dengan pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti. Meminda dan menambah bilangan keanggotaan Majlis Fatwa Negeri daripada 12 orang kepada 13 orang yang mempunyai kepakaran untuk sama-sama membantu mengeluarkan pandangan hukum serta menambah baik tatacara pembuatan fatwa .
Seterusnya, Tuan Speaker, ia juga adalah untuk memasukkan peruntukan baharu perkara-perkara yang menyebabkan pengosongan bagi jawatan Mufti dan Timbalan Mufti termasuk juga kuasa Mufti untuk mengeluarkan fatwa bagi maksud maslahat. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan kepada 8 fasal sahaja. Sebagaimana lazimnya Fasal 1 Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Rang Undang-undang ini. Fasal 2 Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Enakmen Fatwa 2004 No. 7 tahun 2004 selepas ini disebut Enakmen dengan menggantikan mana-mana perkataan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Enakmen kepada Jawatankuasa Muzakarah.
Fasal 3, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini untuk meminda Seksyen 2 Enakmen untuk memasukkan takrif baharu dan meminda takrif bagi istilah tertentu yang digunakan dalam enakmen.
Fasal 4, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Seksyen 4 Enakmen bagi menambah baik peruntukan mengenai pelantikan Mufti dan pelantikan Timbalan Mufti.
I Fasal 5 pula, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini bertujuan memasukkan Seksyen baharu 4A bagi mengadakan peruntukan pengosongan jawatan Mufti dan Timbalan Mufti.
Fasal 6 pula, Tuan Speaker, undang-undang ini bertujuan meminda Seksyen 6 Enakmen untuk meminda keanggotaan Majlis Fatwa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi Timbalan Mufti untuk mempengerusikan mesyuarat majlis semasa ketidakhadiran Mufti.
Fasal 7, Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Seksyen 8 Enakmen bagi menambah baik tatacara dalam pembuatan fatwa.
Manakala Fasal 8, Tuan Speaker, undang-undang ini bertujuan memasukkan Seksyen baharu 8A bagi mengadakan peruntukan bagi kuasa Mufti untuk mengeluarkan fatwa bagi maksud maslahat. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit. Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong, dapat bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar perkara-perkara berkaitan dengan pelantikan dengan pengosongan jawatan Mufti dan Timbalan Mufti sehinggalah pengeluaran fatwa. Pengeluaran fatwa dapat ditadbir urus dengan lebih kemas dan teratur.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang…
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas.
Ada ahli-ahli yang hendak berucap?
Bugaya, Tuan Speaker.
Yang Berhormat ADUN Dilantik, YB Dr. Aliakbar?
I Mana? Bugaya? Silakan…
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan zikir Ilahi Anta Maqsudi, Waridhoka Matlubi, Aatini Mahabbataka, Wa Maarifataka).
Praise to be Allah, who have guide us to this felicity, never could we have found guidance, had it not been for the guidance of Allah. Peace and blessing be upon Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. (Selawat Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad).
Much obliged Your Honourable Datuk Speaker.
Praise to be Allah by His Grace, I had the opportunity to debate for the Fatwa Amendment Bill 2023 herein referred as “the Bill”.
Your Honourable Datuk Speaker, first and foremost, I would like to congratulate and express my gratitude to Your Honourable Minister for presenting this Bill. Now, allow me to quote one of the prominent scholars saying by Imam Ahmad bin Hanbal, “If you desire Allah to persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the thing Allah loves’ Your Honourable Datuk Speaker. Islam is the religion of the state as stipulated by Article 5A of the state Sabah State Constitution and by virtue of Article 5B (2) of the same empowered this house of assembly to make provisions for regulating the Islamic religious affairs and constituting a council to advise the YDPA in matters relating to religious religion of Islam.
Your Honourable Datuk Speaker, it is right to say that the Fatwa Enactment shall derogate from or affect the right of the power of YDPA as the head of Islam in the state of Sabah as stated under Article 5B (1). If we are to look back to the history of fatwa made on Ahli Sunnah Wal Jamaah, we would be apparent to us to visibly see that Terengganu is the first state to define and gazetted ASWAJA, Ahli Sunnah Wal Jamaah in 1997. Followed by Federal Territory in year 2015 after 18 years and
I followed by us, Sabah in year 2017. Negeri Sembilan, on the other hand defined ASWAJA in year 2016 but not gazetted.
I would like to attract this honourable house of assembly to Clause 3 of the Bill. The insertion of new definition of “Ahli Sunnah Wal Jamaah”, hererefer herein referred as “ASWAJA”, should be done earlier but at least we are here as the saying goes “Better late than never”.
These days there are countless doctrine introduced by those individuals promoting deviant teachings and interpretations that deviate from the true path of Islam. This is why Muslim must join hands to ensure that the doctrine of Ahli Sunnah Wal Jamaah is always protected, understood and practiced.
Clause 3A of the Bill spelled out the true meaning of the Ahli Sunnah Wal Jamaah as the majority of Muslim who adhere to the Qur’an and Sunnah. The definition doesn’t stop there but further explained those Muslim who adhere and hold the three area of Islamic namely Aqidah, Tauhid of Imam Abu Hassan al-Ash’ari and Imam Mansur al-Maturidi, Fiqh and Syariah of Mazhab Shafie and also Mazhab Hanafi, Maliki and Hanbali and other qualified scholars views, and Tasawuf of Manhaj qualified sufi as Imam Junaid al-Baghdadi and Imam al-Ghazali.
Regarding Clause 5 of the Bill, by introducing Section 4A into the principal Enactment, it is a timely decision as there has been a lacuna in our principal Enactment. We have overlooked this provision. This provision provide the vacation of the office of the Mufti and Deputy Mufti.
Your Honourable Datuk Speaker, in lieu thereof, I state my stand that I agree with all the 8 clauses presented…
… in this house of assembly.
Before closing my submission I would like all of us to be reminded to word of Allah SWT in Chapter 6 Surah Al-An’am verse 116 (bacaan ayat).
I Sadaqallahul Azim. It means, If we were to follow the common run of those on earth, they will lead thee away from the way of Allah. They follow nothing but conjecture: they do nothing but lie (surah Al-An’am Chapter 6 verse 116).
With this, I close my speech and express my support for this bill. Much obliged. Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, Ali … ADUN Dilantik.
Bismillahirrahmanirrohim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Datuk speaker, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan Rang Undang-undang fatwa ini. Pertama saya mengucapkan tahniah kerana saya kira ini merupakan satu pembentangan yang membawa kepada kebaikan dan saya nampak dalam konteks ini kita bersama-sama dengan suatu saranan daripada Allah Taala dalam Al-Quran (bacaan ayat).
“Bertolong bantulah kamu dalam perkara-perkara kebaikan dan juga ketakwaan.” Dan saya lihat daripada apa yang dibentangkan ini merupakan suatu penyesuaian dan juga mempermudahkan mengikut kepada perkembangan-perkembangan misalnya pertukaran daripada Jawatankuasa Fatwa tadi kepada Jawatankuasa Muzakarah Fatwa. Cuma sedikit daripada apa ini Datuk Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diperjelaskan sedikit mengenai Fasal 5, huraian enam itu, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 4A bagi mengadakan peruntukan pengosongan jawatan mufti dan timbalan mufti. Mungkin saya dan Ahli Dewan ingin tahu apa sebenarnya yang yang akan berlaku dalam Fasal yang seumpama itu. Yang lainnya saya kira tidak ada apa saya ingat saya anggap ini merupakan suatu Rang Undang-undang ke arah yang lebih suatu tindakan yang proaktif dan juga untuk penambahbaikan dan juga kemudahan perjalanan fatwa khususnya untuk negeri Sabah.
Wallahualam, terima kasih.
Asalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, ADUN yang Dilantik. Ada lagi yang mahu berucap? Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
I
Terima kasih, Tuan Speaker, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada dua ADUN atau dua Ahli Yang Berhormat yang memberikan idea yang bagus dan memberikan dapatan yang bermakna untuk enakmen ini. Tuan speaker, berhubung dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Bugaya tadi yang menyatakan mengenai tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah dan beliau sangat bersetuju perkara ini dijadikan asas yang sangat penting untuk Jawatankuasa Fatwa dan memang sebelum ini pun kita telah laksanakan berdasarkan apa yang disebut pada Enakmen 2017 untuk Sabah. Terima kasih banyak dan kita akan teruskan memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah sebab itulah pindaan ini dilaksanakan untuk lebih jelas lagi walaupun sebelum ini asas kita teras kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk dalam akidah, dalam syariah dan tasawuf.
Kita akan jadikan pindaan ini untuk melangkah lebih jauh lagi kepada perjalanan proses pengeluaran fatwa yang lebih kemas dan lebih teratur berteraskan apa yang disebutkan oleh Bugaya tadi, iaitu berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita juga berharap agar pindaan ini akan dapat mengatur atau mengurus mentadbir pejabat mufti dengan baik dan citra serta atau imej kemuftian sebagai badan keilmuan, badan kefatwaan, badan hukum, pengeluar irshad yang tertinggi di negeri Sabah akan terus dapat kita perkasakan.
Meneruskan usaha pendedahan ilmu menjadi salah satu daripada langkah Kerajaan dalam sama-sama melahirkan kemahiran petugas-petugas yang berada di Pejabat Mufti dan juga di luar Pejabat Mufti sebab itulah, Tuan Speaker, kita telah mengadakan lawatan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ke Kaherah, Mesir, baru-baru ini dan salah satu hasil yang sangat baik yang kita perolehi ialah apabila kita dalam perbincangan dengan Darul Ifta Kaherah, Mesir, iaitu Rumah Mesir yang terkenal di dunia itu bersama-sama Universiti Al-Azhar kita telah membuat beberapa perbincangan dan persetujuan.
Alhamdulillah, hasil daripada lawatan kita bersama-sama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pihak Darul Ifta Rumah Besar atau Gedung Kefatwaan Mesir telah bersetuju membuat kolaborasi dengan negeri Sabah dalam pertama sekali untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai kita di fatwa atau tokoh-tokoh ilmuan atau anak-anak kita lulusan daripada bidang yang berhubung dengan
I kefatwaan ini untuk diberi pendedahan di Darul Ifta dengan kursus dengan pengajaran yang sesuai dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana di sana yang menjadi asas kukuh kepada Darul Ifta ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) sepertimana yang disebutkan oleh adinda Yang Berhormat dari Bugaya tadi. Yang kedua, kita juga mendapat persetujuan daripada Darul Ifta dan daripada Universiti Al-Azhar hasil daripada lawatan kita bersama-sama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tahun lepas, iaitu tahun ini bagaimana anak-anak Sabah yang sedang belajar di Mesir dalam bidang yang berhubung dengan fatwa termasuk bidang yang berhubung dengan akidah khususnya bidang syariah dapat diberikan kursus atau pendedahan di Darul Ifta berkenaan dan di beberapa kursus yang khusus untuk anak-anak Sabah. Alhamdulillah, ini satu usaha yang baik dan hasil yang telah kita perolehi daripada lawatan berkenaan dan kita akan meneruskan dan kita akan mengadakan MOU Majlis Ugama Islam Sabah dengan Darul Ifta Mesir dan juga dengan Universiti Al-Azhar macam mana kita untuk memperkasa pendidikan, keilmuan, agama, termasuklah bidang yang berhubung dengan kefatwaan ini. Tuan speaker, kita juga akan menghantar pegawai-pegawai kita berterusan sebelum ini ada usaha untuk mendedahkan pegawai-pegawai di MUIS, di JHAEINS, di Darul, di Jabatan Fatwa ini di Pejabat Fatwa ini ke Darul Ifta. Ini kita akan teruskan usaha berkenaan dan selain daripada itu kita juga akan membuat hubungan baik dengan institusi-institusi yang lain yang berhubung dengan usaha memberikan pendedahan berterusan dalam bidang pengurusan kefatwaan ini dan sebab itu, Majlis Ugama Islam Sabah, Pejabat Mufti sentiasa mengadakan kolaborasi dengan berbincang dengan universiti-universiti tempatan dan di luar negara bagaimana untuk kita memperkasa dan menasihat pandangan-pandangan hubungan dengan er pejabat-pejabat atau jabatan-jabatan kefatwaan di Malaysia ini. Tuan Speaker kita juga mendapat er manfaat daripada Darul Ifta dan juga … er …
...dengan University Al-Azhar mendapat sambutan apabila kita ingin rujukan-rujukan berhubung Irshad Al-Fatwa, buku-buku rujukan dan mudah-
I mudahan akan berterusan diberikan kepada kita. Saya yakin dengan adanya pemerkasaan kepada fatwa ini melalui pindaan ini, kita sudah bersedia untuk menyediakan anak-anak kita, generasi akan datang untuk menduduki tempat yang ada sekarang sebagai Mufti sebagai Timbalan Mufti sebagai ahli yang berhubung penyelidikan kefatwaan sebagai pegawai istimbat dan sebagainya. Mudah-mudahan Pejabat Mufti ini boleh kita perkasakan lagi sebagai Jabatan Pemuftian dan sebagainya. Sebagaimana harapan daripada Bugaya tadi, terima kasih banyak dan terima kasih juga kepada Ahli Dewan Undangan yang Dilantik yang telah memberikan saranan berhubung dengan usaha-usaha dan sokongan terhadap pindaan ini dan sudah tentu apabila disebut tentang pengosongan Mufti pengosongan jawatan Timbalan Mufti itu berhubung dengan enakmen ini, bagaimana cara-caranya apabila kita melantik dan apabila ada keperluan untuk dikosongkan jawatan berkenaan. Ada peraturan-peraturannya. Sekian saja Tuan Speaker.
Terima kasih kepada kedua-duanya, terima kasih banyak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua, Ahli-Ahli yang bersetuju, katakan bersetuju yang tidak, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujui.
Rang Undang-undang Fatwa (Pindaan) (2023)Bill
Rang Undang-undang Fatwa (Pindaan) (2023).
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
I
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujui.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi [Datuk Richard Yong We Kong]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal nombor 1 hingga 10 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah ialah Fasal nombor 1 hingga 10 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju Yang tidak bersetuju katakan tidak, Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujui. R ang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Berhormat Menteri.
Saya mohon melaporkan Datuk Speaker bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga, hari apa?
I
Sekarang Datuk Speaker.
Sila jalankan.
Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, (suara bersetuju) yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujui dan diluluskan.
Enakmen Fatwa (Pindaan) (2023)Bill
Enakmen Fatwa (Pindaan) (2023).
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) (2023) Bacaan PertamaBill
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) (2023) Bacaan Pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu lagi Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah (2004).
Bacaan kedua bila?
Hari ini Datuk Speaker.
Baiklah.
I
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) (2023) Bacaan KeduaBill
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) (2023) Bacaan Kedua.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Datuk Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Pindaan (2023) digubal bertujuan memberi kuasa yang lebih jelas kepada Mahkamah Syariah dengan mendengar dan memutuskan apa-apa perkara berhubung dengan pewarisan harta pusaka. Ia juga bertujuan menaikkan bidang kuasa Mal Mahkamah Rendah Syariah daripada RM100000.00 kepada RM300000.00 bagi membolehkan Mahkamah Rendah Syariah mendengar dan memutuskan nilai harta pusaka yang lebih tinggi bersesuaian dengan nilai harta yang ada pada masa ini semakin meningkat.
Datuk Speaker, bagi memperkasakan pengurusan pewarisan harta pusaka orang Islam, Mahkamah Syariah pada masa ini dalam merangka menyediakan draf cadangan undang-undang dan kaedah-kaedah agar harta pusaka orang Islam ditadbir urus dengan lebih teratur. Oleh itu Datuk Speaker, Rang Undang-undang ini akan memperkasakan lgi draf cadangan undang-undang dan kaedah-Kaedah tersebut. Rang undang-undang ini melibatkan pindaan kepada 3 Fasal sahaja Datuk Speaker sebagaimana lazimnya Fasal 1, Rang Undang-Undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Rang Undang-undang ini. Fasal Ke-2 Datuk Speaker, Rang Undang-undang ini bertujuan meminda sub Perenggan 11(3)(b) 8 Enakmen Mahkamah Syariah 2004, nombor 6 tahun 2004 selepas ini disebut sebagai enakmen bagi mengadakan peruntukan yang jelas mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa perkara berhubung dengan pewarisan harta pusaka.
Fasal 3 Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Perenggan 12(2)(b) Enakmen bagi menaikkan bidang kuasa Mal Sivil Mahkamah Rendah Syariah daripada
I RM100,000.00 kepada RM300,000.00. Datuk Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar pengurusan pewarisan harta pusaka orang Islam dapat ditadbir urus dengan lebih kemas dan dengan lebih teratur.
Mudah-mudahan dipermudahkan.
Datuk Speaker, saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada Ahli yang hendak berucap?
Dari Kukusan Datuk Speaker.
Ya, silakan Kukusan.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian di atas penguatkuasaan RUU ini telah menam…
Menampakkan bahawa Kerajaan Negeri begitu mengambil berat tentang kebajikan dan undang-undang Islam yang patut dipatuhi syariah. Dengan fasal-fasal yang akan digubal sebentar lagi, isu saya tidak banyak juga dan menyokong atas tindakan ini. Bagaimanapun, terdapat sedikit isu yang ingin saya sampaikan di sini.
Di Tawau sendiri ya, Hakim Mahkamah Syariah sudah tidak ada sejak saya rasa sudah setahun.
Sudah lama dan pelantikan ini sebenarnya datang daripada HQ, iaitu Kota Kinabalu.
Jadi, terdapat banyak sebenarnya kes-kes, tuntutan harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan secara baik dan juga terdapat beberapa perkara lagi yang menuntut daripada, pembelaan daripada Mahkamah Syariah yang tidak dapat ditunaikan akibat tiada hakim yang ditugaskan di Tawau itu sendiri ya dan juga mengambil kira faktor, tentang terdapat semakin hari banyak isu-isu,
I permasalahan yang timbul, kes-kes yang berbangkit dan yang masih belum dapat diselesaikan secara tuntas, diakibatkan tidak ada hakim ataupun perundangan yang mampu memberi verdict untuk selesaikan kes-kes yang telah banyak, yang banyak yang berlaku sekarang di Tawau, terutamanya.
Jadi, selain daripada itu Datuk Speaker, saya kira saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak Kementerian Tugas-tugas Khas, pimpinan daripada YB Menteri juga kita looking forward kepada pemerkasaan undang-undang Islam di Sabah dan mudah-mudahan apa, lebih banyak lagi kemas kini dan pemerkasaan untuk kita mengangkat undang-undang Islam itu sendiri sebagai satu undang-undang yang mampu berlaku adil kepada semua umat muslim.
Sekian, terima kasih.
Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kukusan. Ada lagi? Yang Berhormat Menteri, sila jawab. Sorry. Bugaya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
َم َمْن،لل ه فمَم َهضّ َل َمُهَِِّّمْن َمْن،َمْنَماََّماَِّم َّْن َمَّيَما،َمَنُهََّماََِّّْن ُهِهَّم َمُهَُه ِّاّل،َمْنَمِهِه َم َمَنَمََُّهُه َم َمَنَمْنُِّهِه،ّاَنْمَنِم ّل َم َمُنْمِه َمْل َهْمَلِدا ْمِنِهِه َم ِمَهََهُه،َمُه،َم َمُنْمِه َمْن ّم اَّمٰـُم اّّل لل ه،َهضنَِّن فمَم َماَِّم َمُه, َهْمَلِدَّامَِلْهَل َمَّي ْمِـى َهْمَلِد َم ْمِـى آ.
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT.
Saya berterima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas pada kali ini berkenaan dengan Enakmen Mahkamah Syariah 2004. Sebelum saya memulakan perbahasan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, berkaitan dengan enakmen ini, yang mana Enakmen Mahkamah Syariah ini dia melibatkan Mahkamah Syariah dan kalau kita perhatikan, ya. Di dalam enakmen ini sendiri ya ada banyak peruntukan-peruntukan dan sepatutnya ya Mahkamah Syariah, Enakmen Mahkamah Syariah yang melibatkan kuasa-kuasa dan juga melibatkan kuasa-kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah dan juga Mahkamah Rayuan.
Kalau kita perhatikan di dalam Undang-undang, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi dan juga di Mahkamah Sivil mereka mempunyai peruntukan yang berbeza.
I Mahkamah Syariah hanya untuk jurisdiction for the court jurisdiction only dan whereas for inheritance, we have another ordinance or another enactment of other provision to preserve the rights dan juga hak-hak bagi harta pusaka. Jadi, mungkin setakat cadangan kepada Yang Berhormat Menteri untuk memperkasakan lagi, ya. Kita punya Undang-undang Mahkamah Syariah ini ya, bukan hanya kita meletakkan di dalam enakmen ataupun dicampur ataupun dirojakkan sekali dengan kita punya Mahkamah Syariah.
Saya berpandangan kita perlu ya, mengadakan satu lagi enakmen ataupun ordinan berkaitan dengan inheritance ataupun harta pusaka ini, ya.
Khusus untuk pengurusan harta pusaka dan selain daripada itu juga, saya ingin menarik perhati… perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan kawasan saya, ya, di Semporna, yang mana saya rasa Yang Berhormat Menteri maklum ya di Semporna kita mempunyai Mahkamah Syariah.
Satu bangunan Mahkamah Syariah, yang mana hanya didengar untuk kes-kes Mahkamah Rendah ya, dan saya menerima aduan daripada rakyat. Terutamanya di kawasan di Semporna khususnya saya di Bugaya, ya.
Mereka sukar untuk mendaftarkan kes memandangkan kadang-kadang hakim ini tidak ditempatkan ataupun tinggal di kawasan Semporna itu.
Kadang-kadang makan sampai satu bulan, tiga bulan, kadang-kadang sampai empat bulan dia orang punya kes susah mahu didaftarkan.
Jadi, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk memudahkan rakyat di Semporna dan juga di Bugaya ini. Mudah-mudahan satu Hakim Mahkamah Rendah yang boleh ditetapkan di Daerah Semporna ya, untuk memudahkan pengurusan, urusan Mahkamah Syariah untuk rakyat di Semporna khususnya, di Bugaya dan juga saya, saya rasa Mahkamah Syariah yang ada di Semporna ini ya, termasuk juga untuk Sulabayan dan juga di Senallang.
Jadi, saya mohon lagi kerjasama Yang Berhormat Menteri.
Demi untuk kesejahteraan rakyat ya, saya mohon agar ditempatkan satu hakim yang resident judge ataupun judge to be station in Semporna.
Selain daripada itu, saya menyatakan sokongan saya kepada Rang Undang-undang untuk memperkasakan
I lagi Enakmen Mahkamah Syariah 2004 dan mohon cadangan saya dipertimbangkan. Wabillahitaufik walhidayah assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ada lagi yang ingin berucap?
Kalau tiada, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Speaker.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kukusan dan Yang Berhormat Bugaya kerana memberikan pandangan sekali lagi berhubung dengan enakmen kita ini dan ada beberapa perkara yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Yang pertama, berhubung dengan Hakim Mahkamah Syariah yang sudah setahun tidak ada di Tawau dan saya sudah rujuk perkara ini.
Sebenarnya Hakim Mahkamah tersebut telah ditempatkan di Mahkamah Syariah Tawau, Mahkamah Syariah Tawau 27 hari bulan 11 baru sahaja.
Mudah-mudahan dapat mempermudahkan urusan kerana di Tawau, saya lihat kalau kes berhubung dengan permohonan harta pusaka sahaja pada tahun 2022 sebanyak 754 kes dan yang selesai 497, yang sekarang dalam prosiding 257. Tahun ini 2023, jumlah yang daftar 572. Manakala, yang selesai 224, yang dalam prosiding 348 dan memang perlu untuk kita percepatkan dan terima kasih atas cadangan berkenaan.
Insya-Allah, apa-apa hal yang berhubung dengan Mahkamah Syariah ini kita sama-sama bantu. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bugaya yang telah memberikan sokongan berhubung dengan enakmen ini dan satu lagi cadangan beliau bagaimana kita untuk memperkasa enakmen sendiri harta pusaka ini. Kita ambil maklum perkara ini dan kita, saya sudah bawa perkara ini di JAKTUS. JAKTUS, jawatankuasa kita yang berusaha untuk meminda, memberi idea berhubung ini yang dipengerusikan oleh Datuk Peguam Besar Negeri Sabah dengan ahli-ahlinya yang cukup berpengalaman dan kerja keras mereka. Sampai sekarang masih lagi membuat usaha untuk memperkasa pelbagai enakmen kita termasuklah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi. Mudah-mudahan permudahkan oleh Allah SWT. Demikian juga saya mengambil maklum.
I
… cadangan beliau tentang Mahkamah Syariah di Semporna yang memerlukan seorang hakim yang tetap di sana. Ini satu cadangan yang akan saya bawa ke Mahkamah Syariah.
Di Semporna, 2023 yang berdaftar 127 yang berhubung dengan harta pusaka ini. Manakala, yang selesai 82 dan 45 dalam prosiding. Sudah pasti ini memerlukan kerja keras daripada pihak mahkamah dan saya lihat keseluruhan di Sabah. Tuan Speaker, statistik kes permohonan harta pusaka dan harta pusaka pada tahun 2023 memang banyak kita dapat selesaikan. 13 708 yang selesai 11 767 yang dalam peringkat prosiding 1941 dan ada peningkatannya. Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan daripada Mahkamah Syariah ini dan bantuan daripada kita yang sentiasa memberi pandangan akan dapat memperkasakan lagi Mahkamah Syariah itu sahaja, Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Kukusan dan adinda saya dari Bugaya, Yang Berhormat Bugaya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023.
Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa hari apa?
Tuan Speaker, hari ini juga.
I
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang Itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa. Bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah Fasa 1, 2 dan 3 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasa 1, 2 dan 3 dijadikan sebahagian Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, (lapar sudah bah) Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Yang Berhormat Menteri.
Saya mohon melaporkan, Tuan Speaker, bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
I
Bacaan ketiga, hari apa?
Sekarang, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Terima kasih. Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023Bill
Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023.
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023 bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk memindah Enakmen Yuran 1981.
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023Bill
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023.
Bacaan kedua bila?
I
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) (2023) bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) (2023) bacaan kedua.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker.
Saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang Undang-undang. Bernama Rang Undang-undang Yuran Pindaan 2023 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker, Rang Undang-undang Yuran Pindaan 2023 adalah bertujuan untuk memindah seksyen dua enakmen dengan memotong peruntukan yang mengenakan syarat bahawa yuran atau bayaran yang dikenakan atau ditetapkan hanyalah berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam senarai negeri Perlembagaan Persekutuan.
Selain daripada pindaan ke atas Seksyen 2 tersebut. Pindaan-pindaan lain yang dibuat adalah bagi menggantikan perkataan yuran dalam enakmen kepada perkataan fee.
Tuan Speaker, sedikit latar belakang berkenaan dengan Enakmen Yuran 1981. Enakmen tersebut telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 13 Ogos 1981 dan telah berkuat kuasa pada 3 September 1981. Enakmen tersebut telah digubal dengan merujuk kepada Akta Fee 1951 yang telah berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada ketika itu. Tujuan enakmen tersebut antara lainnya adalah bagi memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Negeri boleh dengan perintah dari masa ke semasa mengenakan dan menetapkan fee dan bayaran yang dilevi atau akan dilevi
I Dalam pejabat awam dan Jabatan Kerajaan Negeri melainkan jika telah diperuntukkan selainnya secara nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negeri Sabah. Namun enakmen tersebut di bawah Seksyen 2 mengenakan syarat bahawa fee atau bayaran yang hendak dikenakan atau ditetapkan hanyalah berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk di bawah senarai negeri, iaitu senarai dua dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan sahaja. Syarat yang dikenakan di bawah seksyen 2 enakmen tersebut tidak wajar. Dan menyekat Kerajaan Negeri daripada menjalankan bidang kuasa lain seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti mana Dewan Yang Mulia ini sedia maklum bidang kuasa Kerajaan Negeri yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan …
…persekutuan bukan hanya terhad kepada senarai dua atau senarai negeri sahaja. Kerajaan Negeri juga mempunyai bidang kuasa dalam senarai-senarai lain Jadual ke-9 seperti berikut:
A. Senarai 2A iaitu tambahan kepada Senarai Negeri. Bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti hal-hal berkenaan dengan adat dan anak negeri; B. Senarai 3 iaitu senarai bersama ataupun (con-current list). Seperti hal berkenaan dengan saliran dan pengairan; C. Senarai 3A iaitu tambahan kepada senarai bersama bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti hal berkenaan perkapalan yang beratnya kurang daripada 15 tan berdaftar; dan D. Kuasa baki ataupun (residual power) di bawah Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan. Seperti hal-hal berkenaan alam sekitar, gas dan juga energy yang akan kita ambil kuasanya pada 3 Januari 2024.
I Datuk Speaker, cadangan pindaan ini akan memperluaskan lagi kuasa Kerajaan Negeri bagi mengenakan fee dan bayaran ke atas perkara-perkara yang tidak hanya terhad kepada Senarai Dua, tetapi juga akan merangkumi bidang kuasa dalam senarai-senarai lain yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk menjana hasil Kerajaan Negeri.
Datuk Speaker, pindaan yang menggantikan perkataan yuran dengan perkataan fee adalah bagi menyelaraskan penggunaan perkataan fee yang telah menggantikan perkataan yuran dalam penggunaan bahasa kebangsaan semasa. Justeru, pindaan ini akan menjadi Enakmen Yuran 1981 selepas pindaan ini disebut sebagai Enakmen Fee 1981.
Datuk Speaker, rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan negeri dengan apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Oleh itu, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini, agar dapat membolehkan kerajaan negeri melaksanakan bidang kuasanya selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Datuk Speaker, saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ya, Ahli ADUN yang dilantik.
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik]:Terima kasih Datuk Speaker. If I may speak in English, Yang Berhormat Pembantu Menteri. I would like to seek qualification on the residue power but the State Government has under the Federal constitution for the State Government to collect fees. In this case, other then the item mention by YB Pembantu Menteri, including Mahkamah Adat dan sebagainya. But this enakmen has in anywhere to do with the possibility for the State Government collecting fees, under the Malaysia My Second Home or Sabah My Second Home skip. That it happen anywhere, to do with MM2H collection of fees. Because, this is the subject that is collecting rather the government has any power under any law to collect fees.
I Number two, financial application. The build are not involve the government in any extra financial expenditure. May I ask Datuk Speaker, is amendment allowed the government to collect fees or new fees?, can the minister explain to the house, if any, how much new fees we expect to collect in the coming financial year?, under this new amendment? Thank you. Terima kasih Datuk Speaker.
Menteri sila jawab.
Speaker, saya mengucapkan apa ini, berbanyak terima kasih di atas soalan yang ditimbulkan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Likas. Mengenai dengan persoalan-persoalan tersebut, bukan Likas kah itu? Ahli Yang Berhormat yang dilantik.
Mengenai persoalan yang dibangkitkan tadi, seperti mana yang saya katakan apa juga item, perkara item-item yang tersenaraikan dalam state list, con-current list kita mempunyai kuasa. Con-current list kita mempunyai kuasa bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, seperti mana yang saya katakan tadi, bahawa kita juga mempunyai kuasa yang diberi di bawah Senarai 2A iaitu tambahan kepada Senarai Negeri dan juga senarai tiga iaitu senarai bersama yang diberikan juga kepada Kerajaan Negeri. Kuasa-kuasa ini adalah tambahan kepada kuasa yang diberikan di bawah seksyen di bawah senarai apa itu, negeri dan juga con-current list.
Jadi, apabila Rang Undang-undang ini nanti dia dapat sudah diluluskan, kita akan bincangkan. Kerajaan Negeri akan bincang bersama-sama dengan apa ini, pihak-pihak yang tertentu terutama sekali Jabatan Peguam Besar Negeri untuk menyenaraikan apa item-item, aktiviti-aktiviti yang boleh dikenakan fee. Jabatan Peguam dan juga Kementerian Kewangan. Mengenai dengan berapa di collect apa semua ini, sekarang kita tidak mempunyai figure angka tersebut. Sekiranya kita sudah mendapatnya kita akan maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, apa ini, nanti. Terima kasih.
Tuan Speaker. Saya rasa saya perlu mengulangi apa yang saya maksudkan. Nombor satu, adakah pindaan
I Rang Undang-undang ini ada macam manapun berkaitan dengan MM2H or Sabah My Second Home (SM2H)?. Kalau yes, say yes, kalau at the moment no, just explain no. So that at least members of the house and the public will know whether this new power to collect fees, is in anywhere to do with MM2H or SM2H, that all. Number two, when we have a new power to collect new fees, I assume there a all for the government have already identify some item that you want to collect fees, and you have identify the item, in the coming year, one of the item in the estimated amount you collect, is that…
this, or is it a case whereby you just want and enabling close under the concurrent list State and Federal or under the State list just to enable the Government in the coming year, just in case, you want to impose a new fees on a new item. That’s all I want to know. Do you have specified list of thing you want to collect fees?
If so, how much? Ahli Yang Berhormat Menteri, ada jawapan, jawablah.
Kalau tak ada pun, at the moment jawapan belum ada.
Yang lebih penting, sama ada Rang Undang-undang ini ada berkaitan dengan MM2H atau SM2H, itu sahaja. Terima kasih Tuan Speaker.
Silakan, Menteri.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik. Sebarang fee pentadbiran boleh dikutipkan ke atas pelaksanaan MM2H. Sekiranya ditetapkan oleh Kerajaan Negeri nanti selepas ini, it can be done.
Hanya fee pentadbiran sahaja yang boleh dikenakan. Ini disebabkan pengeluaran MM2H adalah di bidang kuasa Persekutuan, iaitu under the Immigration Act.
Pengeluaran MM2H ini masih berada di bawah bidang kuasa imigresen, as I said earlier on. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
I
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023)Bill
Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023).
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa? Sila cadang.
Speaker, saya mahu mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1, 2, 3, 4, dan 5 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1, 2, 3, 4, dan 5 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada Pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Sekarang Tuan Speaker.
Sila jalankan.
I
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Yuran (Pindaan) (2023)Bill
Enakmen Yuran (Pindaan) (2023)
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023), bacaan pertamaBill
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023), bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Ordinan Pentadbiran Luar Bandar.
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023)Bill
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023).
Bacaan kedua, bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) bacaan kedua.
I
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker,…
Silakan.
Jawatankuasa…
Silakan, Menteri.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan badan pentadbir di peringkat kampung yang menjadi nadi penggerak pembangunan dan keselamatan di peringkat kampung.
Seperti mana yang diketahui bahawa JKKK adalah perantara dan penghubung jentera Kerajaan dan rakyat atau penduduk kampung. JKKK juga adalah sebagai pusat aduan kepada penduduk kampung terutamanya dari segi kebajikan dan keselamatan penduduk kampung.
Sehubungan dengan itu, Rang undang-Undang berkaitan JKKK ini adalah untuk memantapkan lagi institusi badan pentadbiran JKKK ini, dan sebagai satu sumber kuasa dalam melaksanakan tugas-tugas di kampung masing-masing.
Rang Undang-undang ini juga sebagai memberi sumber kuasa kepada pegawai daerah, atau pihak berkuasa tempatan untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat daerah dari segi pelantikan, penamatan, kawalan disiplin, mengadakan mesyuarat, menyediakan minit mesyuarat badan JKKK, dan pembayaran elaun. Dengan kewujudan Rang Undang-undang ini juga akan dapat menyegerakan pelantikan badan JKKK dengan kerjasama daripada semua pemimpin parti, parti politik yang menyokong pada Kerajaan Negeri Sabah.
Saya berharap, semua ini dapat disokong sepenuhnya agar permudahkan urusan-urusan yang lebih besar. Terima kasih.
I
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ramai.
Sindumin dulu.
Terima kasih, Datuk Speaker. Pertama, saya ingin mengucap tahniah kepada Kementerian dan juga menterinya yang telah berusaha untuk meminda satu Rang Undang-undang Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah lama tidak pernah diubah, dipinda.
Kalau dilihat sejarah bahawa ordinan ini telah wujud sejak zaman British lagi, iaitu pada 6 Disember 1951 dalam Bab 32. Wajarnyalah dipinda kerana ianya sudah begitu lama dan mengikut keperluan semasa.
Datuk Speaker, Cadangan Penguasaan Pindaan ini sebenarnya disuarakan pada tahun, dua tahun lalu oleh Yang Berhormat ADUN Kadamaian, iaitu Datuk Ewon Bendict dalam perbahasan tapi nampaknya seruan itu telah pun diterima dan dilihat. Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah ini milik hak, milik dan hak Kerajaan Negeri. Kalau dikaji, saya cuma melihat Ordinan atau Induk. Saya tidak jumpa dan bila dilihat Bab 3 atau Bahagian 3 telah pun dimasukkan dan hari ini kita ingin pinda memasukkan satu bab baharu, iaitu Bab 3 (a) yang telah diperincikan tadi. Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah asas untuk penukaran itu? Ke manakah perginya Bab 3 yang ada dulu yang dimasukkan itu, yang pertama.
Mengikut rentetan peristiwa Pentadbiran Kampung di Sabah ini berubah-ubah dan inilah tujuan Pindaan ini supaya orang Sabah tidak lagi bingung ataupun confuse. Selama ini, kita dilihat seolah-olah begitu mengikut kehendak Kementerian di Kuala Lumpur. Kalau dilihat peristiwa sejarah ini, pada mulanya kita memang gunakan
I JKKK, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Kemudian 2018, Pentadbiran Kampung ditukar kepada MPKK, Muafakat Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
Kemudian tahun 2020, kalau saya tidak silap, ditukar lagi kepada JPKK dan baru-baru ini diumumkan bahawa tukar lagi kepada JKKK dan sewajarnyalah bila kita ada Pindaan Enakmen Pentadbiran Luar Bandar ini, kita tetapkanlah JKKK sampai bila-bilalah.
Di kampung tidak bingung dan sebarang usaha daripada luar yang boleh menghuru-harakan kampung, kita tolak.
Mungkin ada agensi tertentu yang ada lagi Jawatankuasa Khas oleh kerana kepentingan-kepentingan politik macam satu parti tu lah, yang bagi penasihat kepada Jawatankuasa Penasihat Pusat GIATMARA. Saya tidak menentang ucapan saya yang awal. Siapa pun boleh dilantik tapi jangan guna nama parti di depan. Kalau kita itu, kita buat, nanti parti-parti lain akan guna juga.
Contohnya, presiden partinya misalnya, Menteri Pertanian. Dia akan guna Ketua-ketua Bahagian akan menjadi pengerusi LPPP.
Sudahlah.
Ya. Jadi itu yang kita minta supaya ini ditetapkan. Jadi, tidak diubah-ubah lagi. Kalau ikut perubahan-perubahan yang berlaku, itu sudah menjadi masalah bertelagah di kampung. Jadi, ada yang mengatakan ini ada agenda dan yang mana satu yang mahu diikut. Jadi, penduduk kampung bingung.
Jadi, Kerajaan Persekutuan ada jawatankuasanya, Kerajaan Negeri ada jawatankuasanya. Jadi, kita minta biar satu sajalah. Janganlah dilayan.
Datuk Speaker, Perkara 23 (a) menetapkan bahawa JKK, iaitu Kemajuan dan Keselamatan Kampung setelah pindaan ini diluluskan, memberi kuasa kepada Pegawai Daerah untuk melantik dibawah 23 (a) 1, 23 (a) 23.
I Kemudian, 23 (a) 45, Pegawai Daerah juga diberi kuasa untuk memecat ataupun menukar. Ada baik ada buruk. Yang baiknya ialah memudahkan proses, iaitu kita jelas kuasa itu diberi kepada Pegawai Daerah.
Kalau sebelum ini ada lantik Pegawai Daerah. Ada yang terus kepada Menteri. Ada yang main pintu belakang. Ada berbagai-bagai cara. Jadi, menyebabkan juga keadaan yang tidak baik.
Apa-apa pun, saya ingin minta kepastian daripada Menteri, apabila diberi kuasa kepada Pegawai Daerah ini, apakah prosesnya lagi? Cara proses pelantikan itu sub-sub. Jelas. Pegawai Daerah.
Tadi dikatakan ada penyelarasan dengan Parti-parti Kerajaan itu bagus tetapi apakah syarat-syarat pelantikan itu? Maksud saya ialah kriteria seseorang itu boleh menjadi Pengerusi JPKK yang juga perlu dijelaskan?
Sebab saya sini, saya ingin mencadangkan supaya ialah ia satu, ia mestilah warganegara Malaysia berasal dari Sabah. Jadi, kita tidak mahu nanti ada oleh kerana kuasa DO ataupun kepentingan tertentu, ada orang luar negeri Sabah. Warganegara Malaysia tapi berasal daripada Sarawak, daripada Kelantan, daripada Selangor boleh menjadi JPKK.
Yang kedua, pegawai ataupun pengerusi mestilah yang matang, yang tidak terlalu muda. Mungkin umurnya mungkin 30 tahun ke atas. Bukan yang baru keluar kolej atau universiti.
Yang keempat, mestilah ia penduduk tetap. Yang ketiga, mestilah penduduk tetap dan tinggal di kampung tersebut. Pada masa yang lalu, terdapat Pengerusi JPKK ini dia jawatan di sana tapi dia tinggal di KK. Ada yang tinggal di Labuan. Ada yang tinggal di Brunei. Ini kawasan sayalah. Saya tidak tahu di ADUN-ADUN kawasan lain.
Sebab dia JKKK di KK lah dia.
I
JPKK. Dia tinggal di KK. Jadi, dia kampung dia di Sindumin tapi dia tinggal di KK. Jadi, bagaimana orang kampung mahu berurusan? Jadi, itu siapa yang salah? Salah yang melantiklah. Yang keempat, sekurang-kurangnya mestilah ada kelulusan SPM. Kelulusan SPM. Saya tidak, lagi bagus kalau zaman sekarang ini ada kelulusan universiti ataupun kelayakan yang lebih tinggi daripada itu.
Yang kelima, mesti tidak ada rekod tidak pernah muflis, tidak ada rekod jenayah, tidak ada pernah menagih dadah kerana selama ini pun ada yang dilantik ada jadi penagih dadah dan yang sedihnya, ada juga jadi agen untuk menjual dadah ini, pusher dan dia mestilah berkemampuan tidaklah daripada golongan e-Kasih ataupun yang PPRT. Bukan tugasnya, bukan untuk mentadbir tetapi mencari duit untuk jawatan itu untuk lebih memikirkan berapa gaji.
Yang keenam, mesti sihat kerana dilantik ini ada yang sudah sakit oleh kerana rayuan politik membantu calon pengerusi JPKK itu, dia sudah tahu sakit. Jadi, dilantik juga sedangkan dia tidak boleh bertugas. Jadi, syarat-syaratnya mesti sihat. Yang ketujuh, mesti ada integriti. Maksudnya ada kepimpinan yang berwibawa di kampung itu. Bukan yang kalau cakap kami Datuk Yang Berhormat daripada Membakut, bukan yang capi-capi atau pun yang tidak ada.
Yang kelapan, tidak memegang jawatan lain dalam Kerajaan kalau boleh. Ini ada yang dilantik ada yang jadi Pengerusi JPKK, ada yang guru besar. Ada yang pegawai Kerajaan. Jadi, mereka itu ada kepentingan-kepentingan tertentu. Jadi ini garis panduanlah saya ingat. Kemudian lantikan ADO melantik, mungkin pandangan daripada masyarakat bawah tapi bagaimana yang kalau ada DO lantik, tiba-tiba ada protes daripada orang kampung. Ada kami tidak bersetuju dengan lantikan ini. Apakah cara penyelesaiannya? Apakah dibenarkan sistem undi atau pemilihan di kampung tersebut? Jadi, kalau dapat itu kita buat …
I
…dan saya ingin minta Yang Berhormat Menteri setelah pelantikan. Setelah pelantikan ini, ini yang masalah yang ada timbul. Sudah dilantik, satu, tidak diberi kursus. Bertahun-tahun tidak ada pernah kursus. Jadi, yang dilantik ini teraba-raba apa tugas kami. Satu, kursus. Satu, kursus ini tujuan dia untuk menjelaskan apakah tanggungjawab dan peranan JPKK ini. Yang kedua, apakah bentuk kerja yang dikehendaki oleh kerajaan? contohnya, di kawasan saya banyak JPKK ini sampai sekarang tidak ada profil kampung. Tidak pernah buat profil kampung. Jadi, dia tidak tahu di mana kawasan dia dan ada juga JPKK kita minta lantikan itu jangan kawasan itu bertindih. Ada yang kawasan itu bertindih overlap. Situ mesti ada sempadan yang jelas yang ditentukan oleh Kerajaan ataupun Pejabat Daerah.
Kemudian, JPKK ini juga selalunya minta meminta-minta kemudahan. Jadi, kalau boleh Kementerian sediakanlah kemudahan, laptop ataupun ada di pejabat itu dengan adanya printer, stationery yang mencukupi untuk JPKK ini bertugas. Selama ini pejabat UPPM pun minta kertas daripada ADUN. Saya tidak tahu ADUN-ADUN yang lain. Minta tolong printer minta dakwat dan sebagainya. Jadi ini, kita bukan tidak boleh bagi. Kita membantu tapi ini adalah garis panduan yang ada. Kemudian, yang keempat elaun. Ada yang berbulan-bulan sudah dikira janji elaun tapi elaun tidak dapat dibuat. Jadi, saya berharap elaun itu kalau sudah dilantik itu proseslah dipercepatkan. Mengenai dengan kursus ini, kita ada 73 ADUN. Tidak mungkin daripada Kementerian ataupun Ibu Pejabat dapat mengadakan kursus. Saya mencadangkan supaya kursus ini kalau boleh kita outsourcelah. Kita outsource supaya kursus itu diadakan serentak ataupun setelah lantikan mesti selesai dalam masa sebulan kursus itu sama ada mengikut zon ataupun tiap-tiap satu DUN supaya tugas JPKK ini memang menjadi cepat dan ini penting bagi orang kampung.
Datuk Speaker, jadi beberapa persoalan tadi, kita minta dapat kalau boleh dapat dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri dan apakah juga garis panduan ini diberi telah diberi kepada Pejabat Aduan Pegawai Daerah yang akan melantik? Seboleh-bolehnya garis panduan itu jelas kepada Pegawai Daerah dan juga ADUN di
I kawasan tersebut supaya proses lantikan JPKK ini dan peranan mereka efisien kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah mata dan telinga rakyat tetapi mata dan telinga kerajaan. Tetapi, kalau mereka tidak boleh mengambil peranan pelantikan itu akan jadi sia-sia. Datuk Speaker, saya mohon menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Usukan untuk berucap, saya hanya ada dua lagi jurucakap sini yang telah mengemukakan nama Tungku dan Kapayan. Jadi, siapa yang masih mahu berucap, tolong kemukakan nama sekarang juga. Okey, saya jemput Yang Berhormat Usukan.
Terima kasih ah, Tuan Speaker. Saya ingin terlibat membahas Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar ini Pindaan 2023. Saya menyokong penuh ah, Rang Undang-undang ini dan pada saya amat bertepatan sekali. Cuma, saya ingin melihat bagaimana kita pada masa hadapan memperkasakan lagi Jawatankuasa Kemajuan kampung ini dan saya ingin melihat pada suatu hari kelak, Jawatankuasa Kementerian Kampung ini dijadikan sebagai kerajaan desa, Village Government. So, kita ada empat peringkat kerajaan. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Desa.
Saya berkata sedemikian, kerana saya lihat dari sejak dahulu lagi, biasanya banyak masalah di peringkat bawahan ini. Sampai masanya kita depoliticize di peringkat bawah ini. Kalau ini berterusan, dia tidak boleh menyelesaikan masalah. Saya setuju Pegawai Daerah diberi tanggungjawab tapi saya yakin Pegawai Daerah akan pening juga ini kerana orang-orang politik ini biasanya suka kacau biasalah. Jadi, pada masa hadapan saya cadangkan kalau boleh kita ada pemilihannya. Bukan lagi administrative arrangement, tetapi proses pemilihan itu harus dimasukkan dalam Rang Undang-undang. Jadi kita terikat, terikat dengan Rang Undang-undang tersebut. Jadi, kita menerima hakikat siapa yang saja dipilih, mereka sudah tentu akan bekerjasama dengan Kerajaan kerana kita kena belajar bagaimana mengurus perbezaan. Bukan sekadar mengurus persamaan. Kalau mengurus persamaan, semua pun boleh. Tetapi, mengurus perbezaan bukannya
I mudah kerana kita tidak mahu JKK ini jawatankuasa cop.
Nanti biasanya dalam JKK ini, pengerusi yang berkuasa sepenuhnya, AJK ini angguk saja. Jadi, kita ada elaun mesyuarat tapi jarang bermesyuarat. Kadang-kadang tuntutan claim itu ada. Jadi, kalau kita pastikan, sekarang ini administrative arrangement, kita boleh pilih, kita boleh lantik, bukan sekaranglah pada masa hadapan.
Pada saya, kita ambil kira bagaimana proses pelantikan Kerajaan Desa ini ialah melalui pemilihan oleh masyarakat setempat dan kita boleh gunakan daftar pemilih sebagai asas kita untuk mereka bertanding di kawasan tersebut. Saya melihat Tuan Speaker negara Thailand ya, negara Philippines kadang-kadang bergolak di politik nasionalnya tapi di kampungnya aman damai. Mereka mengurus pembangunan di kampung itu aman damai. Contohnya di kampung ini ada permintaan bina masjid, membina rumah, cat balai raya, mereka kena bermesyuarat untuk tentukan mana keutamaannya. Sekarang ini kita berpandukan kepada senarai peruntukan ADUN bukan lagi berdasarkan senarai yang diputuskan oleh masyarakat. Jadi, pada saya sampai masanya bagaimana kita pada masa hadapan. Biarlah kita nombor satu dalam Malaysia mewujudkan Kerajaan Desa, fourth level of government. Bukan sekadar sampai Kerajaan Tempatan saja, kena sesuai dengan rakyat di bawah. Mereka ingin ketelusannya, mereka ingin ketelusan dan pada saya kalau kita boleh berbuat demikian sudah tentu ia akan membantu Kerajaan dalam hal ini. Ini yang saya sentuh Tuan Speaker, kerana pada saya, saya menyokong penuh pada saya saya sudah bosan hal JKK ini terlalu politicize kerana rosak orang kampung hanya kerana pemimpin. Jadi, kita tidak mahu orang kampung ini rosak kerana kalau mereka miskin tetap miskin dia tidak kira apa parti politiknya. Itulah saya pernah cadangkan e-Kasih ini, kita pamerkan senarai di balai raya di kampung supaya orang kampung tahu eh bolehkah ni kasih? rumah dia ada ASTRO? rumah dia macam-macam kemudahan? kereta ada dua tiga biji, tetapi kita tidak memberi peluang kepada orang kampung untuk melihat siapa yang layak di kampung tersebut. Tiba-tiba dari Kuala Lumpur kita ada list e-Kasih, siapa yang buat senarai tersebut?
Kita tidak ada melihat mereka sudah graduate, pernah kita melihat satu acara, majlis graduate daripada e-Kasih, tidak ada. Senarai makin bertambah tapi yang telah keluar daripada e-Kasih, kita tidak tahu siapa itu. Kadang-kadang yang keluarkan
I adalah jawatankuasa di peringkat Pejabat Daerah saya pun terlibat kerana kita sebagai ADUN.
Tapi masanya sampai pada saya dalam soal kalau kita ingin membasmi kemiskinan, membasmi masalah di bawah, biarlah kita tentukan pemilihan JKK itu. Bukan sekadar administrative arrangement, tapi dimasuk ke dalam Rang Undang-undang ada proses pemilihannya dan siapa yang dipilih kita iktiraf sebagai wakil kerajaan. Macam juga di Dewan Undangan Negeri ini, biarlah mereka membahaskan, kalau tidak nanti kita gaduh berapa peruntukan ADUN, siapa yang laksanakan macam-macam berlaku dan itulah harapan saya Datuk Speaker, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Usukan. Dengan itu, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tungku.
Terima kasih Datuk Seri Speaker, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Nampaknya apa yang saya tulis di sini, macam sudah disebut oleh Sindumin, sudah disebut oleh Usukan, tapi ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh juga Datuk Seri Speaker, ya. Yang pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang inilah, ya, Pindaan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar, ya, dan saya setuju dengan rakan-rakan yang lain. Benda ini all this while macam menjadi polemik dan terlalu… Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:…itu dipolitikkan. Jadi sudah tiba masanya macam satu kerangka khas mesti mahu dibuat dalam usaha untuk mengurus perkara ini.
Datuk Seri Speaker, masalah yang saya hadapi yang selalu berlaku sebelum ini soal pertindihan mengenai JKK ini.
Dulu JKK, lepas tu MPKK lepas tu ada lagi JKDB lepas tu ada lagi JKK daripada FELCRA, ada lagi JKKK daripada FELDA sebagai contoh. Ini ada masalah di peringkat bawah. Kadang-kadang timbul pertelingkahan di kalangan mereka menyebabkan usaha dan niat baik Kerajaan itu untuk
I menyampaikan sesuatu dan membuat pembangunan menjadi terencat. Ini perkara yang harus dilihat. Pertama, pertindihan.
Kedua, saya juga setuju dengan Sindumin tadi itu mengenai dengan syarat-syarat yang mesti ada dan proses pelantikan kepada pengerusi JKK ini. Kadang-kadang macam saya agak terkejut tadi bila Menteri menyebutkan yang last sekali dia kata pelantikan ini di kalangan parti menyokong Kerajaan.
Which is I don’t think this a good one. Kita seperti menggalakkan rakyat di bawah sana berpolitik dan kadang-kadang kalau politik kita di sini boleh lagi di atur-atur.
Ada Datuk Speaker boleh menegur. Kalau di bawah sana nah masalah. Kadang-kadang disebabkan masalah politik, satu kampung bergaduh, berpecah.
Jadi kalau boleh tadilahkan ada satu perenggan yang terakhir tadi saya dengar ucapan Menteri tadi menyebut parti yang menyokong Kerajaan. So, I mean come onlah kan.
Janganlah apa-apa yang berlaku di sini kita bawa sampai ke bawah sehinggakan rakyat marhaen yang merasa apa ini menanggung derita di atas apa yang kita buat di sini Datuk Seri Speaker itu.
Seterusnya Datuk Seri Speaker, di sini ada disebutkan dia mesti ada committee ya dan committee ini haruslah lebih diperjelaskan lagilahkan.
Jangan nanti kadang-kadang macam di peringkat kampung ini, bila tidak ada garis panduan ah mulalah jawatankuasa, pengerusi dia ini, timbalan dia ini, naib dia ini lepas tu ada biro ini, biro ini, biro ini, biro saya pun tidak berapa banya biro. Last, last begitu banyak biro semua pun minta elaun dan Kerajaan pun pening macam mana mahu bayarkan. Datuk Seri Speaker, jadi organisasi itu mestilah standard dan standardnya tu macam mana, maksudnya supaya hala tuju yang ingin dicapai melalui ordinan ini boleh dicapaikan sebab dia adalah satu missionary Kerajaan untuk membuat pembangunan di peringkat bawah.
Dan seterusnya Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Menteri mesti ada garis panduan yang clear cut mengenai tugas dan peranan Pengerusi JPKK dan jawatankuasa bukanlah JKKlah dan jawatankuasa tersebut. Kadang-kadang berlaku di bawah Datuk Seri Speaker, dia ada dua ni Ketua Kampung, JKK. Kadang-kadang Ketua Kampung bergaduh dengan JKK soal satu hal yang kita pun tidak tahu
I macam mana mahu memutuskan. Yang kita tahu Ketua Kampung ini adalah Ketua Adat, menjaga hal ehwal adat daripada kampung dan juga tanah. Manakala JKK ini adalah soal kemajuan, keselamatan all that kind of thinglah. Tetapi selalu sahaja ada masalah di antara Ketua Kampung dan JKK terutamanya sekali apabila sudah melibatkan peruntukan buat paritkah, repair balai rayakah apakah, peruntukan daripada wakil rakyatkah. Jadi ini mesti mahu diperjelaskan. Seterusnya Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Menteri, mesti ada laporan berkala daripada jawatankuasa ini kepada pegawai daerah mengenai aktiviti mereka di peringkat kampung ya.
Ada bermesyuarat, ada kerja yang mereka laksanakan.
Kalau ada projek yang telah dilaksanakan mesti laporan di hantar kepada Pejabat Daerah, itu penting supaya kita tahu jawatankuasa tersebut, pengerusi jawatankuasa tersebut berperanan dan berfungsi seperti mana yang sepatutnya. Dan, saya ingin melihat kepada pindaan ini Datuk Seri Speaker, Perkara 3 dalam Pindaan ini “a member of the committee shall hold office for short terms as the District Officer or local authority may specified ini this letter of appointment”,. Belum diberitahu dia punya jangka masa perkhidmatan.
Kalau boleh barang ini mesti diperjelaskan ya Yang Berhormat Menteri. Kita tidak mahu nanti contoh dua tahun tidak ngam tukar lagi, lepas tu yang satu orang lima tahun lepas tu sambung lagi lima tahun, sambung lagi lima tahun dan seterusnya ya. Itu yang ketiga.
Yang keempat, ah ini “the district the DO or local authority may at anytime with the approval the Minister rebuild the appointment of any member of a committee. Ini barang saya risau ini kan, saya risau ini. Kalau barang ini sudah menjadi katakan sebahagian daripada missionary Kerajaan, kita harus lihat perkara ini. Mana tahu tiba-tiba dia orang pandai sangat orang kampung ni jangan juga salah anu. Tiba-tiba kita apa kita pecat ka apa whatsoeverkah dia orang bawa pergi mahkamah pula barang ini. Jadi ini barang mesti mahu diperjelaskan.
Dan perkara enam, dalam Pindaan ini “the committee shall be subject to an act and accordance with any direction given by the DO or LA”. Macam tidak ada jelas dia punya tugas dan peranan kalau berdasarkan pindaan kan. Dia cuma perlu mengikut arahan sahaja dan barang ini harus (suara tidak jelas).
Kalau tadi Usukan sudah
I mencadangkan JKK ini akan menjadi Kerajaan di peringkat kampung, maka barang ini harus diberi perhatian Yang Berhormat Menteri ya.
Dan, okey soal allowance yang akan dibayar kepada pengerusi dan juga jawatankuasa, dia punya proses pembayaran apa semua apa itu ah itu perlu diperjelaskanlah.
Dan, saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai kecualian mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan bagi maksud yang sama sebelum permulaan kuat kuasa enakmen ini, hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah Bahagian 3 (A) Ordinan Pentadbiran Luar Bandar sehingga dibubarkan.
Tolong bagi penjelasan sedikit mengenai perkara ini sebab macam ada integriti dalam hal ini. Tidak berapa jelas ya dan saya rasa Datuk Seri Speaker, itu sahaja yang ingin saya sampaikan dalam ucapan saya mengenai Rang Undang-undang ini. Harapan saya adalah apabila kita membuat satu Rang Undang-undang di Dewan yang mulia ini, tujuan dia yang pertama sekali adalah untuk membolehkan pentadbiran Kerajaan berjalan dengan baik, pertama.
Kedua, apa-apa juga Rang Undang-undang kita buat niat dia mestilah demi Sabah kan.
Mesti untuk tujuan penyatuan jangan menyebabkan dengan kita buat sesuatu ini boleh menyebabkan kita semakin berpecah this is not goodkan.
Tugas kita adalah Sabah, first rakyat mahu dijaga dan disinilah tempatnya kita memulakan perkara ini sebelum dilaksanakan di peringkat bawah.
Datuk Seri Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tungku. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan.
Terima kasih Datuk Speaker atas peluang ini untuk membahas Rang Undang-undang meminda Ordinan Pentadbiran Luar Bandar. Allow me Datuk Speaker to continue the debate in English.
The Village Development and Security Committee or JKKK is an important a village adminis…
I
… operation unit that should be well managed and efficient. So, that all community members can enjoy progress in their respective villages. Idea for welcome this amendment to empower the District Officer or the local authority to establish a JKK, a JKKK, to assist him or his at him or her at the district level.
However, as much as possible the process of establishing the JKKK by the District Officer, the local authority a such committee should be done in a way that community is fully support and endorse the chairman and the members of the committee. I agree with YB from, just now when he said about the process of electing our JKKK. So, I hope the Minister would agree also. That this process should be looked into electing a village administration units like the JKKK is a vital democratic process fos, fostering good governance and community development.
In this grass loot, grassroots elections, village residences should choose a representative who understand the unique needs. De, decentralized approach ensures responsiveness to local challenges, empower citizens and instill a sense of ownership and accountability.
Datuk Speaker, I was once a JKK Chairman myself in Kampung Nampasan, Tanaki and it was, I was elected to a process agreed by all local, by the local authority and also the political parties. All political parties both in government and the opposition. The election was conducted by the Mahkamah Anak Negeri and the UPPM for all villagers in Penampang at that time. So, I think it is not difficult to replicate. We actually suggested this process as well from Penampang but in the end, it was decided that we should just appoint but I’m still raising this because I think that the fact that I was elected a JKK Chairperson, I felt accountable to my community and I did my best from there. I, Datuk Speaker, we also have many ASEAN and European countries, who have been electing their local government units and they are very similar to our JKK or even our Ketua Kampung there. Also, election of mayor. The
I election of counselors as well. And I think this, its time that we look in Sabah, we look at this possibilities.
I recommend that the Ministry of Local Government request the institute for the development studies. I understand they already doing some studies on this to con, to do a study on election of the JKK including, doing a comparative study on other countries. Those like Malaysia, which appoint and also electing their local government units.
I, a question I have to the Minister is that a chairperson of the JKK and also its members. I think it was in 2018, there was quota for, set for woman. So, it was a 30% quota and I wanted to ask if you could, if this can still be used in this election because I would say, I am proud that in Kapayan, I now have seven out of 16 or 43.7% lah, JKK Chairpersons and this women JKK are equally competent and if given the support and if their confidence are build. I think they can be thrilled blazers in our districts.
Datuk Speaker, I would also like to ask for clarification on why this amendment is very specific to the establishment of the JKK by the DO or local authority? I ... I would have thought that a more general provision to empower the local authorities to establish committees would allow the possibility of other equally important permanent committee in the rural areas such as, Natural Disaster Committee or maybe Environment Conservation Committee, in such an expedient manner. We don’t have to go back to the DUN. We don’t have to do other legal amendments. I think, I just want to get that clarification Datuk Menteri.
Also Datuk Speaker, through this current process of appointment under the, ena. Under this amendment, I sincerely hope like what my other YB has spoken. I sincerely hope that the appointment through the district office or local authority and the approval of the Minister could be free of excessive political interference, resulting in the laze of appointment that we have seen in the past.
Datuk Speaker, I understand that in 2024 next year, the Federal Government would provide 100 000 Malaysian Ringgit for each JKK to implement activities in the kampung. I would request the district office to issue guidance or guidelines and help
I facilitate application for the JKK for this funds. I, in the previously when funds are allocated to our JKK, they didn’t know how to apply. So, many of them failed to obtain the peruntukan that they were they have the right to apply to. So, my hope that having this kind of guidelines will facilitate many other issues and concerns. I have, was already raised by Yang Berhormat Sindumin. So, with this Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Thank you, Kapayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bugaya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdulillah. Terima kasih, Datuk Seri Speaker, atas peluang yang diberikan untuk berbahas pada kali ini. Sebelum saya memulakan perbahasan ini, izinkan saya menarik perhatian Ahli Dewan ini kepada peruntukan yang dicadangkan untuk dipindah atau dimasukkan di dalam lokal, eh. Ordinan Pertadbiran Luar Bandar, yang mana setakat yang saya faham, Seksyen 23 (a) ini satu seksyen yang baru diperkenalkan, yang mana Seksyen 23 dan yang sebelum ini telah dimansuhkan dan mungkin atas sebab pemansuhan seksyen-seksyen yang sebelumnya.
Maka sekarang dimasukkan Seksyen yang ke 23 (a). Tapi apa yang menarik perhatian saya di sini adalah perenggan dua. Di mana kuasa diberikan kepada, the power to be given by. Power given to the District Officer or local authority, shall appoint the chairman of the committee establish under this section. Baik. Saya ingin mengutarakan di sini serba sedikit berkaitan dengan kawasan saya di Bugaya. Antara kampung-kampung yang mempunyai masalah berkaitan dengan JKKK, ya. Kampung Bakung-Bakung Sejadah, Kampung Bangau-Bangau, ya. Yang mana kalau kita lihat, lantikan yang dibuat oleh Kerajaan ataupun bukan daripada pemilihan daripada kampung ini menyebabkan kekacauan di kampung tersebut. Ada kes sampai jadi kes polis sampai mahu bertikam, ya. Kerana di dalam kampung tersebut kita mempunyai ketua kaum. Ada ketua kaumnya.
I Bila ketua kaum ini tidak dilantik, orang yang tidak menjadi ketua di kawasan itu dilantik jadi ketua. Jadi, bila orang yang tidak, yang tidak mempunyai authority, ya? Di dalam kampung itu yang undergorund punyalah, bukan daripada Kerajaan. Jadi mereka tidak membagi kerjasama. Bukan sahaja tidak membagi kerjasama dan kadang-kadang ada yang juga sampai mengugut, ya. Boleh membahayakan nyawa. Jadi, perkara ini beka. Saya rasa perlu kita berikan perhatian. Saya setuju dengan cadangan yang dimukakan oleh Yang Berhormat Usukan, ya. Kalau boleh kita adakanlah pemilihan untuk memudahkan ya, orang-orang kampung kita yang ada di kawasan masing-masing. Mereka boleh memilih pemimpin mereka sendiri daripada District Officer yang melantik ataupun local authority yang melantik, yang mana mereka tidak tahu-menahu, ya, keadaan kampung.
Jadi, yang mana yang boleh menyebabkan kesukaran atau membuat kekacauan di dalam kampung tersebut. Itu yang saya ingin tarik perhatian kita punya Dewan dan cadangan kalau boleh saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri, ya. Kalau cadangan ini, saya mohonlah kalau cadangan ini …
…boleh diterima, janganlah, kita melantik orang-orang yang tidak disuka oleh orang kampung tersebut yang mana boleh menimbulkan masalah bukan sahaja DO bermasalah termasuk wakil rakyat pun bermasalah juga. Jadi saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan cadangan saya. Selain daripada itu cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk menambah baik Ordinan Pentadbiran Luar Bandar ini saya rasa semuanya ok cuma saya minta kalau boleh cadangan yang saya kemukakan ini dipermudahkan dan satu lagi saya ingin menarik mungkin ini pun di bawah kuasa yang Berhormat Menteri juga ya. Di kampung Bakung-bakung Sejadah yang mana Kampung Bakung-bakung ini kita ada satu program MESEJ ya. Yang ada dibuat di Kampung tersebut dan ini juga menimbulkan kesalah fahaman di kalangan penduduk kampung ya.
Yang mana mereka mempunyai ketua juga di sana di dalam kampung tersebut terlampau banyak ketuanya, ada Ketua Kampung ada JKKK ada ketua MESEJ lagi. Jadi mereka ini nampaknya seolah-olah kita
I mewujudkan terlampau banyak ketua di dalam ini kampung. Jadi menyebabkan kekacauan jadi saya mohon juga kepada pihak Yang Berhormat Menteri ya untuk meneliti lah ya. Yang MESEJ yang diadakan di Kampung Bakung-bakung ini kalau boleh macam memudaratkan mereka di sana mungkin tidak diperlukan lagi adakan dan kalau ada kebaikannya mungkin boleh diteruskan tapi mohon kepada yang Berhormat Menteri dan juga penguatkuasa ataupun pegawai-pegawai daripada Kementerian untuk turun membantu ya masyarakat-masyarakat di kawasan khususnya MESEJ yang ada di kampung Bakung-bakung Sejadah ya. Terima kasih yang Berhormat Menteri Saya mohon menyokong dan juga mencadang. Terima kasih wabillahi taufik walhidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Cadang daripada menteri. You hanya cadang you punya pandangan je. Ahli-ahli Yang Berhormat itu sahaja senarai nama yang ada pada saya dan saya andaikan tiada orang lain mahu cakap. Oleh itu yang Berhormat Menteri sila jawap.
Terima kasih Tuan Speaker. Setelah menerima, kita telah menerima lima pembahas-pembahas yang telah mengambil bahagian untuk mengemukakan idea-idea dalam pertemuan pada hari ini. Iaitu Sindumin, Usukan, Tungku, Kapayan dan Bugaya. Sebenarnya JKKK ini dulunya memang mereka sendiri ditadbir secara langsung oleh KPLB dalam keadaan yang teratur tetapi dengan keadaan yang baru ini ianya lebih tersusun. Dulu JKKK ini bergerak dia berjalan dengan tersendiri iaitu tidak, tidak terbuka. Pemimpin-pemimpin biasanya tiba-tiba mendengar itu dan ini tapi sekarang Kerajaan memberi peluang untuk mengetengahkan JKKK ini supaya telus, terang dan yang penting teratur pentadbiran ataupun perjalanan pentadbiran harian dan tahunan. Tuan Speaker, saya telah mendengar dengan penuh teliti misalnya olahan daripada Sindumin. Beberapa perkara telah disenaraikan setelah mengambil satu persatu dan saya telah mencatitnya untuk dibawa berbincang. Ada beberapa yang telah ditimbulkan tentang kriteria yang harus di kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang apabila berada sebagai seorang Pengerusi JKKK itu tentang warganegara, umur dan perkara-perkara berkaitan.
Semua itu apa yang telah dikeluarkan oleh ADUN Sindumin. Kita akan ambil perhatian. Usukan telah menyentuh tentang Kerajaan Desa dan sebagainya banyak perkara yang telah ditimbulkan juga akan kita ambil perhatian kerana idea-idea yang diberikan itu
I bermakna sekali.
Saya ringkaskan kerana semuanya itu bertujuan membawa kepada kebaikan dalam perjalanan ini nanti.
Tungku dengan beberapa perkara yang telah ditimbulkan seperti contoh lah seperti selain daripada JKKK harus dibimbing. JKKK dan Ketua Kampung laporan berkala juga insya-Allah kita akan ambil berat semua yang telah ditimbulkan dalam kita punya penyusunan nanti. Kapayan, mengenai amendment dan proses electing JKKK yakinlah bahawa kita akan memberi perhatian yang berat tidak sebegitu ringan kita ambil perhatian kerana apa yang ditimbulkan itu perkara-perkara yang penting. Bugaya, ada disebut Kampung Bangau-bangau dan lain insya-Allah kita akan beri pandangan kita akan mengambil pandangan, kita akan ambil perhatian tetapi apa yang penting ialah harus sentiasa dijaga ketenangan keamanan di kawasan tempat kita sendiri. Ahli-ahli Dewan kita mengambil berat dengan semua yang telah dikeluarkan oleh ADUN-ADUN wakil rakyat-wakil rakyat semua ini nanti akan kita perhatikan, telitikan dan kita akan susun secara baik untuk...
Minta penjelasan. Terima kasih. Kalau ditanya secara peribadi yang mana baik saya setuju pemilihan, kerana kalau ada kampung yang tidak ada masalah pilih sahaja endorse melalui endorse mesyuarat tapi kalau ada yang bergaduh bertandinglah, berundi itu juga pemilihan. Saya khuatir ada Pegawai Daerah, bukan menuduhlah barangkali ada distribute bila kita bagi Pegawai Daerah ada Pegawai Daerah yang bercita-cita menjadi calon misalnya. Dia lantik orang-orang dialah yang akan menjadi dia kata ini kuasa saya dia tidak dengar ataupun ada DO yang incline kepada satu-satu parti politik yang ataupun pemimpin tertentu dia tidak dengar cakap ADUN dia dengan cakap MP ataupun dia dengar cakap ADUN, tidak dengar cakap yang lain jadi ini menimbulkan masalah jadi kalau kita buat pemilihan saya ulangi kalau kampung itu tidak ada masalah dia pilih cadang satu sahajalah. Kami setuju, setuju tapi kalau misalnya ada pergaduhan itu dibuat jadi ia senangnya supaya tidak bingung suruh pilih semua saya setuju dengan Usukan tadi. Kita pilih semua jadi jelas mesej itu dibawa jadi ada memang ada buruk ada baik tapi tidak ada satu sistem yang perfect mesti ada masalah sedikit-sedikit. Terima kasih…
I
Terima kasih Sindumin. Setelah mendengarnya untuk dijadikan garis panduan. Jadi semua segala yang telah diperkatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian tadi itu telah kita dengar dan telah kita ambil perhatian dan mudah-mudahan dalam masa yang terdekat semua ini akan kita kemaskinikan supaya menjadi satu garis panduan untuk pemegang-pemegang yang bakal akan kita ketahui nanti.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berucap dan juga kepada yang belum berucap tetapi insya-Allah… yakinlah, daripada tidak bertulis kepada bertulis, daripada tidak tercatat kepada tercatat. Mudah-mudahan apa yang telah dicadangkan ini akan menjadi, memudahkan dan menjadi lebih baik untuk menjalani perjalanan-perjalanan pentadbiran JKKK kita khususnya peringkat kampung yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan setuju.
Yang tidak bersetuju katakan tidak.
Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023)Bill
Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023).
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
I
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan setuju.
Yang tidak bersetuju katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal nombor satu, dua, dan tiga dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal nombor satu, nombor dua, dan tiga dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan semula ke Dewan.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbang dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila?
I
Sekarang Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan setuju.
Yang tidak bersetuju katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Enakmen Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023)Bill
Enakmen Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) (2023). Pemilihan Ahli Dewan Negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima satu makluman daripada pihak Istana bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah menyampaikan perintah agar Dewan Undangan Negeri memilih seorang Ahli Dewan Negara untuk mengisi kekosongan yang akan berlaku pada 5 Januari 2024, iaitu setelah tamat tempoh perkhidmatan penyandangnya sekarang iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan sebagai senator.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa peraturan berhubung dengan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara sebagaimana yang telah ditetapkan dalam jadual ketujuh Perlembagaan Persekutuan dan dengan perintah yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Datuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:
I Nama calon hendaklah dicadangkan oleh seorang ahli, manakala seorang ahli lagi hendaklah menyokong pencalonan berkenaan; Ahli yang mencadang atau menyokong calon tersebut hendaklah menghantar satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon bagi menyatakan kesanggupannya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila ia dipilih kelak. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan dicalonkan untuk dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mulai 5 Januari 2024. Saya mengemukakan bersama ini suatu kenyataan bertulis yang telah ditandatangani oleh calon menyatakan kesanggupannya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila dipilih kelak.
Kenyataan didapati betul mengikut kehendak peraturan. Ada ahli yang menyokong?
Saya menyokong.
Nama calon ialah Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan. Ada di dalam Dewan ini? Sila berdiri. YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan adalah seorang senator yang sedang berkhidmat sekarang dan ini adalah pelantikan untuk penggal kedua beliau.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang dikehendaki menyatakan undi bagi calon tersebut bila sahaja kawasan masing-masing disebut oleh pegawai Dewan. Ahli-ahli Yang berhormat sila nyatakan ya, tidak, atau berkecuali apabila membuat pengundian. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengundi akan dicatatkan dalam undi-undi dan perjalanan-perjalanan mesyuarat. Sekarang pengundian dijalankan.
Yang Berhormat N.1 Banggi
Yang Berhormat N.1 Banggi.
I
(Tidak berada dalam Dewan).
Yang Berhormat N.2 Bengkoka
Yang Berhormat N.2 Bengkoka.
Ya.
Yang Berhormat N.3 Pitas
Yang Berhormat N.3 Pitas.
Sokong.
Yang Berhormat N.4 Tanjung Kapur
Yang Berhormat N.4 Tanjung Kapur.
(Tidak berada dalam Dewan).
Yang Berhormat N.5 Matunggong
Yang Berhormat N.5 Matunggong.
Ya.
Yang Berhormat N.6 Bandau
Yang Berhormat N.6 Bandau.
Yang Berhormat N.7 Tandek
Yang Berhormat N.7 Tandek.
Sokong.
Yang Berhormat N.8 Pintasan
Yang Berhormat N.8 Pintasan.
Sokong.
Yang Berhormat N.9 Tempasuk
Yang Berhormat N.9 Tempasuk.
I
Sokong.
Yang Berhormat N.10 Usukan
Yang Berhormat N.10 Usukan.
Ya.
Yang Berhormat N.11 Kadamaian
Yang Berhormat N.11 Kadamaian. Yang Amat Berhormat N.12 Sulaman.
Ya.
Yang Berhormat N.13 Pantai Dalit
Yang Berhormat N.13 Pantai Dalit.
Sokong.
Yang Berhormat N.14 Tamparuli
Yang Berhormat N.14 Tamparuli
Ya.
Yang Berhormat N.15 Kiulu
Yang Berhormat N.15 Kiulu. Yang Berhormat N.16 Karambunai.
Setuju.
Yang Berhormat N.17 Darau
Yang Berhormat N.17 Darau. Yang Berhormat.
Panggil dengan jelas, ya. Saya pun tak dengar yang you panggil.
Yang Berhormat
Yang Berhormat.
Lepas Karambunai siapa?
Yang Berhormat N.17 Darau
Yang Berhormat N.17 Darau. Yang Berhormat N.18 Inanam.
Ya.
I
Yang Berhormat N.19 Likas
Yang Berhormat N.19 Likas.
Ya.
Yang Berhormat N.20 Api-Api
Yang Berhormat N.20 Api-Api.
Sokong.
Yang Berhormat N.21 Luyang
Yang Berhormat N.21 Luyang.
Sokong.
Yang Berhormat N.22 Tanjung Aru
Yang Berhormat N.22 Tanjung Aru. Yang Berhormat N.23 Petagas.
Apa dia?
Sokong.
Yang Berhormat N.24 Tanjung Keramat
Yang Berhormat N.24 Tanjung Keramat. Yang Berhormat N.25 Kapayan.
Sokong.
Yang Berhormat N.26 Moyog
Yang Berhormat N.26 Moyog. Yang Berhormat N.27 Limbahau.
Sokong.
Yang Berhormat N.28 Kawang
Yang Berhormat N.28 Kawang.
Setuju.
Yang Berhormat N.29 Pantai Manis
Yang Berhormat N.29 Pantai Manis.
I
Setuju.
Yang Berhormat N.30 Bongawan
Yang Berhormat N.30 Bongawan.
Ya.
Yang Ber
Yang Berhormat N.31 Membakut
Yang Berhormat N.31 Membakut.
Ya.
Yang Berhormat N.32 Klias
Yang Berhormat N.32 Klias.
Confirm sokong. Kawanku itu. Ya.
Yang Berhormat N.33 Kuala Penyu
Yang Berhormat N.33 Kuala Penyu.
Setuju.
Yang Berhormat N.34 Lumadan
Yang Berhormat N.34 Lumadan.
Ya.
Yang Berhormat N.35 Sindumin
Yang Berhormat N.35 Sindumin.
Ya, sokong.
Yang Berhormat N.36 Kundasang
Yang Berhormat N.36 Kundasang.
I
Sokong.
Yang Berhormat N.37 Karanaan
Yang Berhormat N.37 Karanaan.
Ya.
Yang Berhormat N.38 Paginatan
Yang Berhormat N.38 Paginatan.
Sokong.
Yang Berhormat N.39 Tambunan
Yang Berhormat N.39 Tambunan.
Ya.
Yang Berhormat N.40 Bingkor
Yang Berhormat N.40 Bingkor.
Sokong.
Yang Berhormat N.41 Liawan
Yang Berhormat N.41 Liawan.
Sokong. Setiausaha Dewan:
Yang Berhormat N.42 Melalap. Yang Berhormat N.43 Kemabong.
Sokong.
Yang Berhormat N.44 Tulid
Yang Berhormat N.44 Tulid.
Ya.
Yang Berhormat N.45 Sook
Yang Berhormat N.45 Sook.
I
Sokong.
Yang Berhormat N.46 Nabawan
Yang Berhormat N.46 Nabawan.
Sokong.
Yang Berhormat N.47 Telupid
Yang Berhormat N.47 Telupid.
Apa dia?
Ya.
Macam lama kau fikir itu.
Dia berfikir lagi itu.
Yang Berhormat N.48 Sugud
Yang Berhormat N.48 Sugud. Yang Berhormat N.49 Labuk.
Setuju.
Yang Berhormat N.50 Gum-Gum
Yang Berhormat N.50 Gum-Gum. Yang Berhormat N.51 Sungai Manila.
Ya.
Yang Berhormat N.52 Sungai Sibuga
Yang Berhormat N.52 Sungai Sibuga.
Ya. Sokong. Setiausaha Dewan:
Yang Berhormat N.53 Sekong.
Yang Berhormat N.54 Karamunting.
Sokong.
I
Yang Berhormat N.55 Elopura
Yang Berhormat N.55 Elopura.
Ya. Sokong.
Yang Berhormat N.56 Tanjong Papat
Yang Berhormat N.56 Tanjong Papat.
Sokong.
Yang Berhormat N.57 Kuamut
Yang Berhormat N.57 Kuamut.
Sokong, Datuk Speaker.
Yang Berhormat N.58 Lamag
Yang Berhormat N.58 Lamag. Yang Berhormat N.59 Sukau. Yang Berhormat N.60 Tungku.
Ya.
Yang Berhormat N.61 Segama
Yang Berhormat N.61 Segama.
Sokong.
Yang Berhormat N.62 Silam
Yang Berhormat N.62 Silam.
Sokong.
Yang Berhormat N.63 Kunak
Yang Berhormat N.63 Kunak. Yang Berhormat N.64 Sulabayan. Datuk Dr.
Ya.
Yang Berhormat N.65 Senalang
Yang Berhormat N.65 Senalang. Yang Berhormat N.66 Bugaya.
Ya.
Yang Berhormat N.67 Balung
Yang Berhormat N.67 Balung.
I
Sokong.
Yang Berhormat N.68 Apas
Yang Berhormat N.68 Apas.
Ya.
Tuan Speaker:Ui, ini lama dia fikir.
Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong
Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong.
Ya.
Yang Berhormat N.70 Kukusan
Yang Berhormat N.70 Kukusan.
Ya.
Yang Berhormat N.71 Tanjung Batu
Yang Berhormat N.71 Tanjung Batu. Yang Berhormat N.72 Merotai. Yang Berhormat N.73 Sebatik.
Ya.
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Ya.
ADUN Dilantik Yang, ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi
ADUN Dilantik Yang, ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi.
Sokong.
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.
Sokong.
I
Lesu saja itu.
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam.
Ya.
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir. ADUN Dilantik Yang Berhormat Tuan Dr. Aliakbar bin Gulasan.
Setuju.
Okey, sila kira. 59, 20 tidak hadir. Saya dengan ini mengisytiharkan keputusan pungutan suara yang baru sahaja dijalankan seperti berikut. Tidak Hadir - 20, Berkecuali - 0 Tidak Bersetuju - 0 Bersetuju - 59.
Ini bermakna Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mulai Januari 2024.
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan telah dipilih sebagai Dewan, Ahli Dewan Negara. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan atas pemilihan ini dan saya mengucapkan selamat bertugas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas yang telah berlangsung selama lima hari, mulai daripada Jumaat 24 November 2023 hingga hari ini Khamis 30 November 2023 telah berjalan dengan lancar.
I Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan yang telah Bajet yang telah dibentangkan.
Saya serta kedua-dua Timbalan saya, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh lima hari ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan telah mengemukakan cadangan-cadangan, pandangan-pandangan yang bernas walaupun pada masanya, ada masanya ia bertentangan dengan kehendak tetapi ia dapat diselesaikan dengan baik.
Saya juga percaya pandangan dan cadangan tersebut akan diambil perhatian oleh pihak Kerajaan demi kebaikan kita semua. Seperti biasa saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat semua, dan kembalikannya semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan.
Lauk disedia di dalam dulang, Untuk dihidang di dalam majlis, Selesai sudah kita bersidang, Menteri jangan lupa beri jawapan bertulis.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua kakitangan-kakitangan Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan, wakil-wakil media massa serta semua pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.
Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Christmas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang meraikannya dan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Sabah, Tahun Baharu 2024.
I Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang memandu pandulah dengan selamat dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat sampai ke destinasi masing-masing, dan sihat walafiat di pangkuan keluarga yang tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh.
(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 2:54 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.”
SDN30112023/bnm