Sabah · 3 January 2024
16th Assembly, 5th session · not final · 296 turns · 28,185 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pemasyhuran dari Tuan Speaker
Pemasyhuran dari Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya dan Selamat Tahun Baru 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan khas pada hari ini daripada Yang Berhormat Sulabayan, Yang Berhormat Moyog, Yang Berhormat Sungai Sibuga, Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Suhaimi Nasir, Timbalan Speaker Yang Berhormat Datuk Richard Yong We Kong dan Yang Berhormat Kadamaian dan saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Richard Yong We Kong dan semua ahli keluarga atas pemergian isteri yang dikasihi, Yang Berbahagia mendiang Datin Helen Tseu Yun Tzu pada 1 Januari 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan khas kita pada hari ini adalah untuk membentang tiga Rang Undang-undang, iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 dan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Boleh Baharu Sabah 2024. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, diminta mengemukakan nama kepada Urus Setia dengan seberapa segera dan saya hanya akan memanggil mereka yang telah mengemukakan nama kepada Urus Setia. Ahli-ahli Yang Berhormat, diminta untuk sentiasa berada di dalam Dewan yang mulia ini bagi menunggu giliran berbahas. Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat hanya memfokuskan perbahasan kepada isu yang sedang dibincangkan
I sahaja agar sesi perbahasan akan dapat dilaksanakan dengan efektif. Sehubungan dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19, terutamanya di Kota Kinabalu yang salah satu daerah yang telah menjangkakan kes jangkitan yang tertinggi, atas nasihat dan saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan petugas yang ada pada hari ini adalah diwajibkan membuat ujian pengesanan COVID-19 bagi yang bergejala untuk memastikan tahap kesihatan diri masing-masing sebelum hadir pada hari ini dan hendaklah wajib memakai pelitup muka sehingga sesi persidangan selesai. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membuka pelitup muka ketika berucap dan memakainya semula dengan kadar segera selepas selesai berucap.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di sesi persidangan pada hari ini, Dewan akan terus bersidang tanpa rehat. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah mengambil masa mengikut kesesuaian masing-masing untuk solat, makan dan sebagainya. Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dimohon untuk memastikan bilangan kuorum di dalam persidangan sentiasa cukup.
Saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat ada kekebalan tersedia di bawah perlembagaan, namun hendaklah difahami bahawa kekebalan tersebut ada hadnya dan syarat tertentu. Oleh yang demikian, saya memohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin atau memberi apa-apa kenyataan di luar Dewan ini, janganlah buat kenyataan di luar batasan. Ahli-ahli Yang Berhormat perlu lebih berhati-hati, Ahli-ahli Yang Berhormat semua adalah orang dewasa yang matang dan mengetahui apakah tanggungjawab yang Ahli-ahli Berhormat perlu buat, tidak ada langsung…
… keperluan dan relevannya untuk Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan nama Speaker untuk menjustifikasikan tindakan-tindakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu, jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar Dewan ini yang mengheret nama Speaker untuk maksud political mileage murahan. Kebebasan dan kekebalan bersuara bukanlah sesuatu yang tiada batasnya.
I Setiausaha, sila teruskan.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 Bacaan PertamaBill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 Bacaan Pertama.
Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.
Bacaan kedua bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Silakan.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 Bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 Bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, pada 10 Januari 2023, Enakmen Suruhanjaya Tenaga 2023 telah dibentangkan dan sekali gus diluluskan di Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Sabah dan kelulusan ini juga memberikan fungsi dan kuasa kepada suatu badan kawal selia baharu di Sabah yang dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga Sabah atau Energy Commission of Sabah atau lebih dikenali sebagai ECoS.
I Enakmen ini pada dasarnya memberi kuasa kepada ECoS untuk mengawal selia segala aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sektor bekalan gas daratan di negeri Sabah.
Seiring dengan persetujuan secara bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengambilalihan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah diadakan pada 12 Jun 2023. Fungsi dan kawal selia bekalan elektrik dimasukkan ke dalam Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 melalui Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan 2024).
Sehubungan dengan itu, suatu perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan iaitu Penggantungan Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 di Negeri Sabah telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 22 Disember 2023 dan tarikh berkuat kuasa adalah pada hari ini 3 Januari 2024. Maka dengan itu, Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 hendaklah dibentangkan pada hari ini bertujuan untuk memasukkan fungsi dan kuasa berkenaan dengan bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu kepada pihak Energy Commission of Sabah atau ECoS bagi mengambil alih fungsi dan kuasa daripada pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 ini mengandungi dua pindaan. Perincian bagi pindaan pada Enakmen ini adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 yang telah diedarkan di dalam Dewan ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pindaan pertama dilakukan ialah kepada Fasal 2 dengan memasukkan perenggan baharu selepas takrif Jawatankuasa, iaitu takrif elektrik dan takrif undang-undang pembekalan elektrik Perenggan 2(B)(C)(D)(E)(F)(G)(H) dan (I) juga dipinda mengikut kesesuaian untuk memasukkan kuasa kawal selia bagi bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu.
I Pindaan kedua yang dilakukan ialah pindaan kepada Fasal 14 dengan menambah tiga perenggan baharu untuk memberi kuasa kepada ECoS untuk menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan elektrik dan kuasa untuk mengawal selia segala perkara yang berkaitan dengan industri pembekalan elektrik. Perenggan (E)(F)(G)(H) dan (I) juga diubah untuk memberi kuasa kepada ECoS untuk menyelia aktiviti bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu. Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan 2024) ini, ia akan memberi kuasa kepada ECoS untuk mengawal selia industri bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di negeri Sabah agar segala aktiviti-aktiviti berkaitan bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu dapat dijalankan secara berterusan tanpa sebarang gangguan.
Tuan Speaker, dengan ini saya mohon mencadang.
Terima kasih. Ada Ahli-ahli Yang berhormat yang masih belum memakai pelitup muka. Sila pakai sekarang. Ada disediakan di atas meja. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Sindumin.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tanjung Kapor, Petagas, Banggi, Petagas. Ya, silakan teruskan.
Bismillahirrahmanirrahim.
15 minit ya.
I
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sabah Maju Jaya, Malaysia Madani.
Datuk Speaker, saya mulakan dengan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, penjawat-penjawat awam dan seluruh rakyat Sabah terutamanya rakyat kawasan yang saya wakili, iaitu rakyat daripada kawasan N.35 Sindumin. Semoga tahun 2024 ini di bawah Kerajaan GRS Plus akan membawa banyak kebaikan untuk negeri Sabah dan rakyatnya. Tahun 2024 adalah tahun pelaksanaan perancangan GRS dan Malaysia Agreement 63 yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah.
Datuk Speaker, saya bersyukur kerana permulaan tahun 2024 ini saya mulakan dengan perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 yang mana Rang Undang-undang ini sebenarnya merupakan satu game changer untuk negeri Sabah untuk mara ke hadapan. Memang sepatutnya Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECoS ini sudah lama dibuat oleh Negeri Sabah dan saya menyatakan di sini, menyokong untuk Rang Undang-undang ini dilaksanakan, iaitu Rang Undang-undang 2024 pindaan ini.
Datuk Speaker, hierarki manusia mengikut Teori Motivasi Maslow, keperluan asas yang paling bawah adalah keperluan Physiological, iaitu makanan, udara. Yang kedua adalah keselamatan seperti tempat tinggal. Yang ketiga ialah keperluan kasih sayang.
…dan sosial. Dan yang keempat adalah keperluan harga diri dan yang kelima ialah pencapaian peribadi ataupun self-esteem. Sekarang kita berada di kedudukan yang ketiga, iaitu keperluan kasih sayang dan sosial dan inilah sebenarnya tanggungjawab kerajaan kita di bawah Kerajaan GRS mempunyai azam untuk melaksanakan kasih sayang ini kepada rakyat. Sebab itulah Rang Undang-undang ini dipinda dan ingin dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah ataupun ECOS.
I Tentunya dengan pelaksanaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah ini adalah permulaan pelaksanaan Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 yang kita rancang.
Datuk Speaker, kepentingan Rang Undang-undang ini tidak difahami tanpa mengetahui sejarah dan masalah bekalan elektrik di Sabah. Beberapa soalan yang perlu dijawab. Yang pertama, kenapa bekalan elektrik Sabah tidak mencukupi? Yang kedua, kenapa bekalan elektrik Sabah tidak stabil atau selalu mati? Yang ketiga, kenapa SESB berbelanja lebih untuk bekalan elektrik kepada awam melalui penjanaan sendiri ataupun membeli daripada IPP. Yang keempat, kenapa IPP yang ada sekarang didominasikan oleh syarikat daripada luar sedangkan kita di Sabah cuma sebagai pemegang saham minoriti?
Soalan-soalan ini akan terjawab dan kita selesaikan apabila kita melaksanakan Rang Undang-undang yang kita ingin luluskan pada hari ini. Yang pertama ialah Suruhanjaya Tenaga Sabah ataupun ECOS. Yang kedua adalah bekalan elektrik 2024 dan yang ketiga ialah Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024. Datuk Speaker, apa yang berlaku dulu adalah sejarah tetapi kita perlu tahu masalah ini agar dapat dirungkai dan negeri Sabah memangnya sudah sampai masa untuk mengatur sendiri bekalan elektrik untuk rakyatnya. Pada masa lalu, kuota tarif jenis bekalan elektrik di Sabah adalah ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia melalui Akta Suruhanjaya Tenaga 2002 ataupun Akta 601 bermula diwartakan pada 1 Mac 2001 dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun SEDA, Sustainable Energy Development Authority.
Fungsi Suruhanjaya Tenaga ini adalah untuk kawal selia aktiviti bekalan tenaga, iaitu dalam Rang Undang-undang itu, 2(a) berhubung dengan elektrik. Satu, bekalan dan penggunaan elektrik. Dua, penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik. 2(b) berhubung dengan gas bekalan dan penggunaan gas penghantaran, pengangkutan, pengagihan dan retikulasi ataupun saluran gas.
Melalui Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, menyelia bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah tidak termasuk Sarawak. Semua ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Untuk rekod, Suruhanjaya Tenaga tidak pernah faham mengenai dengan
I keperluan Sabah kerana rakyat jauh terpisah oleh Laut Cina Selatan dan tiada grid di antara Semenanjung dan terus ke Sabah. Tetapi semua negeri Semenanjung ada hubungan grid di antara negeri-negeri. Mungkin itulah yang mereka tidak faham dengan negeri kita.
Perkara kedua juga yang agak merumitkan kita ialah Pihak Berkuasa Penggunaan Tenaga Lestari, Sustainable Energy Development Authority atau SEDA yang mula ditubuhkan 1 September 2011 di bawah Akta Pihak Berkuasa Lestari 2011 ataupun Akta 726.
Matlamat utama adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisma tarif galakan ataupun feed-in tariff ataupun (FiT) melalui mandat yang diberikan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, iaitu Akta 725.
Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan SEDA adalah dua akta yang cuma sesuai untuk Semenanjung dan anggota ST dan SEDA mungkin tidak mendalami masalah di Sabah.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan GRS untuk membawa Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah pindaan 2024 ini seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi.
Pindaan ini akan dapat memberi impak yang sangat besar ataupun game changer kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya berkaitan dengan Bekalan Tenaga Elektrik dan juga Tenaga Boleh Baharu yang kini akan dikawal oleh Energy Commission of Sabah ataupun ECOS yang telah ditubuhkan pada 10 Januari 2023 dan pada hari ini kita pinda sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan. Pada tahun lepas, kuasa selia bekalan gas daratan telah pun diserah oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Hari ini juga sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Sabah mengorak langkah dan merealisasikan fasa pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang telah dijanjikan dan telah dipersetujui hasil kerja kuat pemimpin dan pegawai-pegawai melalui beberapa siri perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
I Tanpa kerja kuat dan kesungguhan pemimpin, agensi-agensi dan juga jabatan kerajaan tidak mungkin perkara ini dicapai. Tarikh keramat ini pada hari ini akan melakar satu sejarah negeri Sabah dalam menuntut kuasa autonomi Bekalan Tenaga Kuasa dan Bekalan Elektrik Boleh Baharu.
Datuk Speaker, seperti yang saya nyatakan tadi dan kita sedia maklum pihak kawal selia bagi bekalan elektrik pada ketika ini adalah di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga Malaysia manakala bagi Tenaga Boleh Baharu pula adalah di bawah kelolaan SEDA. Dengan adanya pindaan ini, ECOS memang akan ada kuasa dan telah pun bersedia untuk melaksanakan kawal selia ini dan ambil alih tugas ini daripada Semenanjung ataupun Kerajaan Persekutuan.
Walaupun tanggungjawab ini agak besar namun saya percaya ECOS telah membuat persediaan rapi dan sewajarnya bagi menyambut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui tenaga kerja ECOS yang terdiri daripada anak-anak Sabah sudah sampai masa kita anak-anak Sabah mengatur negeri kita sendiri. Yang sudah pasti yang juga sudah ada pengalaman dalam kepakaran operasi pentadbiran dan perundangan berkaitan dengan sektor tenaga. Pindaan ini merupakan keunikan yang tersendiri di mana Akta Persekutuan yang telah diwujudkan sebelum ini kita ambil dan kita sekalikan di bawah Enakmen Suruhanjaya Enakmen Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 ataupun ECOS. Ini akan memudahkan pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Sektor Tenaga dan Kerja Kerajaan Negeri Sabah melalui ECOS sebagai satu badan kawal selia yang holistik, efektif dan efisien.
Justeru, negeri Sabah sekali gus boleh bertindak secara bebas dengan tindakan proses membuat keputusan lebih lancar dan cepat. Keupayaan ini adalah penting bagi membolehkan negeri Sabah mempercepatkan proses pemulihan ke arah kestabilan penjanaan, penghantaran dan pengagihan bekalan tenaga elektrik bagi menjamin ketersediaan tenaga untuk seluruh negeri Sabah bagi tujuan pembangunan yang berterusan yang mampu menarik lebih banyak pembangunan, perniagaan, pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dari serata dunia untuk negeri Sabah.
I Kelengkapan dan pengawal seliaan sistem bekalan elektrik secara berterusan perlu dititikberatkan kerana telah terbukti penyeliaan tenaga elektrik di Sabah termasuk di kawasan luar bandar adalah satu pemangkin dan penggerak kepada peningkatan produktiviti, peningkatan industri luar bandar supaya dapat meningkatkan taraf rakyat di luar bandar juga.
Kelulusan kepada Pindaan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2024 ini adalah wajar dan sepatutnya tidak ada siapa yang boleh menyangkal kerana ia adalah satu titik permulaan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk terus komited merealisasikan perjanjian yang telah sekian lama dituntut dari Kerajaan Persekutuan di bawah Malaysia Agreement 1963 dan hak kuasa autonomi diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Datuk Speaker, saya rasa cukup itu setakat itu dan saya rasa dan saya yakin bahawa ECOS akan memulakan satu permulaan untuk membela rakyat Sabah dan membangunkan negeri Sabah. Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong Rang Undang-undang ini. Datuk Speaker, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Senallang, 15 minit ya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih Pengerusi, eh, Datuk Speaker dan Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada semua. Dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri membawa Rang Undang-undang ini yang saya pasti ianya menjadi satu kebaikan kepada masa depan, bukan hanya Sabah, bahkan juga rakyat Sabah yang ada kerana kita telah menunggu agak lama. Ah, kuasa bidang, ah, pengawalan bekalan elektrik ini diambil alih dan diurus tadbir oleh orang Sabah dan negeri Sabah sendiri, ya. Kalau kita mengimbau sejarah dia diambil alih pada tahun 1984, kalau tidak silap saya, hampir 34 tahun…
I
Sila tinggikan mic tu sedikit, sedikit ya, pasal yang lain...ah, okey.
34 tahun.
Terima kasih.
Dan saya melihat sejarahnya yang hampir 30 lebih tahun diurus tadbir oleh TNB dan di bawah tangan Kerajaan Persekutuan, dan saya ucapkan tahniah kepada rakan lama saya, ah, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, the first Sabahan native yang menjadi Pengerusi SESB dan yang baru, dan saya berharap beliau akan terus menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. Apa yang penting kepada kita ialah pastikan bahawa keperluan ini amat mendesak. Tidak ada tempat yang mempunyai catuan bekalan elektrik. Di negara Malaysia, satu-satunya tempat di Sabah saja ada catuan. Tidak diperolehi di Sarawak, tidak diperolehi di Perlis, tidak diperolehi di tempat-tempat lain. Dan that shows dengan izin, how bad the situation is. You have to ration the supply of electric to all district. Jangan cerita bandar, luar bandar di Penampang pun catuan berbulan. Kadang-kadang berminggu. Dibagi tarikh, berapa jam, berapa jam. Dan ini merupakan salah satu perkara yang cukup penting. Maka dengan itu, bila kita ambil alih Kerajaan pada tahun 2018, Pakatan Harapan, Warisan dan UPKO telah membawa perkara ini kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, MA63. Dan saya ingat Pengerusi SESB yang ada Datuk Madius Tangau sebagai saksi telah meluluskan supaya SESB diserahkan kepada Kerajaan Sabah waktu itu, daripada 21 perkara, 17 telah dipersetujui. Cuma pelaksanaan dia agak terbantut. Bukan hanya oleh kerana adanya beberapa usaha-usaha pihak tertentu bahkan juga kerana kita berpandangan, sebelum ianya diambil alih oleh Sabah, pemerintahnya perlu, SESB ini dilihat secara mendalam. Dan kerajaan waktu itu, Warisan telah assign PEMANDU that Tan Sri Idris Jala, we spend about one to two million. Saya ingat laporan tu ada kepada Kerajaan Negeri, financial report due diligence. That rolling to be check. Apa masalah liabiliti SESB? Apa masalah dia dari segi pengurusan bekalan elektrik di bumi Sabah? Kita sign, appointed Idris Jala, kawan lama saya untuk pastikan supaya perkara ini dapat kita detail out. Apa sebabnya?
I Dan hari ini, SESB sebagai sebuah badan yang berhutang cukup banyak. Lebih daripada dua bilion hutang dia di bawah TNB, sedangkan TNB memiliki SESB 80% lebih. Waktu itu, Sabah hanya mempunyai 20% saya ingat dia kurang hampir 17% of the shares is now earn by Sabah. Bayangkan, bagaimana keadaan ini yang perlu kita teliti waktu itu? Yeo Bee Yin menjadi Menteri Tenaga. Kita bincang secara mendalam. Saya bagitahu dengan dia, you want to, you want to hand over SESB to the state of Sabah? It must be clean. Jangan kita ambil seumpama kereta, generatornya, dia punya gearbox dia, tayar dia rosak. Berhutang. Kalau TNB sebagai sebuah badan laporan setiap tahun mempunyai hasil berbilion, ratus bilion why can they observe hutang yang lebih daripada dua bilion sahaja? Take it over. Mengapa harus kita, pemegang saham kurang daripada 20%, they take charges bayar 20%. No. Its not the right rule. Kalau dalam keadaan company, kita kadang-kadang selaku bekas pengerusi syarikat berdaftar di Bursa Saham, as a chairman of one listed company in few own more than 60, 50%, you should be responsible for others shares. Responsibility yang ada. Dan 80% dimiliki oleh TNB. Why should Sabah pay for other debts? Dua bilion. Saya cadangkan kepada Kerajaan, supaya runding dengan baik dengan Kerajaan Pusat, khususnya TNB, to observe the debts yang ada, sebelum kita ambil alih. Pastikan hutang itu dibayar oleh TNB. Dua perkara yang penting, bukan hanya hutangnya lebih daripada dua bilion, bahkan juga subsidi bekalan elektrik. Kita terpaksa menampung setiap tahun dua bilion lebih. Saya bagitahu dengan Yeo Bee Yin, we cannot shoulder this because dua bilion lebih setiap tahun kita kena bayar. Untuk mempastikan supaya perjalanan, IPP terlampau banyak sangat ya, lebih daripada sepuluh IPP. Di Sandakan saja dua IPP. Di Tawau saja, lebih daripada, saya ingat masih dahulu, dahulu masa Yang Amat Berhormat Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, saya suarakan suatu ketika di Tawau, kita ada blackout sampai ke Semporna saya suarakan. Lepas itu, bagi genset. Bagi genset. Second hand genset dari Langkawi. And make a noise in cabinet. I said how can it be you know? IPP terlampau banyak sangat. Ini di antara faktornya yang penyebabnya keadaan terganggu pasal IPP kadang-kadang nak service dia. Maintenance dia. Blackout di sana. Pasal apa the old technology yang ada IPP dia lebih daripada 10 tahun pergantungan di antara yang paling banyak bergantung IPP di negara Malaysia, Sabah? Why should we have two million IPP? Kenapa? Itupun pada sidang yang lalu saya persoalkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, mengapa harus kita setuju supaya runhill another one IPP?
I Walaupun Yang Amat Berhormat katakan ini bukan kuasa kita. Ini kuasa pihak pusat. Now the power is with us. Can we review this? All the IPP lebih daripada sepuluh, we must very tara on how to ensure dengan izin Datuk Speaker, check jangan harganya, jangan supplynya. Harganya tidak berpatutan, supplynya breakdown yang ada selalu.
Dan kita kena lihat yang pentingnya bukan kepentingan IPP. Kepentingan Sabah, kepentingan rakyat. Yang dahagakan kadang-kadang dalam keadaan gelap, ya.
Saya tengok street light pun menjadi masalah dia, kadang-kadang kita dapati bekalan elektrik terbantut terganggu di merata tempat jangan cerita tentang apa nama, bandar Kota Kinabalu, lagi-lagi di luar bandar. Bayangkan kita dalam keadaan yang sudah merdeka. Berpuluh tahun, ya. Sebagai sebuah tempat, masih lagi bergantung dengan keadaan yang ada kita hadapi pada hari ini. Dan saya melihat bahawa langkah ini memang, saya amat setuju dan saya akan menyokong. Tapi apa yang penting, the way forward, pengurusan pentadbiran kepada Suruhanjaya Commission yang ada yang mempunyai bidang kuasanya untuk memastikan bukan hanya tenaga yang ada kadang-kadang itu saya dengar, saya tidak tahu betulkah tidakkah. Kadang-kadang tadi pun ada menyebut tentang gas supply to be given to the state of Sabah. Tapi east cost saja. Kenapa east cost saja? Kenapa tidak whole Sabah contohnya, ya. Masa dahulu kita rancangan nak bagi gas kepada kita saya bagitahu mesti ada gas cylinder Sabah, mesti ada stesen minyak Sabah sendiri. Kita kena produce our own gas cylinder yang ada. Kita tidak boleh bergantung dengan hanya PETRONAS saya maklumkan kerana ini penting kepada kita untuk memastikan commission yang ada is so powerful. Bidang kuasa yang ada, manfaatkan kuasa ini dengan sebaik mungkin. Tapi dalam pada itu, seperti yang saya sebutkan kepada Dewan yang mulia ini, kita dapati bahawa pengurusan pentadbiran jana kuasa, sama ada ini ada satu akta renewal energy. Mungkin satu perkara bab tertentu tapi saya akan sentuh juga dalam commission yang ada, ya. Saya tidak dapati dalam akta ini bahawa contohnya, ini mungkin di masa akan datang, how can we export energy to our neighbouring countries Kalimantan yang jadi ibu kota. Ya. Kita tidak mahu nanti besok nanti untuk kita mengeksport, ya. Tapi sebelum eksport, pastikan cukup bekalan elektrik yang ada di peringkat negeri Sabah untuk kegunaan bukan hanya industrinya, bahkan juga rakyat yang ada di peringkat negeri Sabah.
I Saya melihat perkara ini pertama sekali bagi segi IPP yang ada. Ya. Saya berharap Kerajaan Negeri Sabah pastikan bahawa check currently ni. Pasal laporan saya dapati daripada PEMANDU, Tan Sri Idris Jala bila saya bagi financial report yang ada failure dari segi IPP yang ada sudah sampai ketika dia Kerajaan Sabah mempunyai badan…
Bukan hanya padanya, bahkan juga outfitnya, seperti juga Sarawak. Ya. Dapat melahirkan, dapat menjana bidang kuasa yang ada kepada rakyat. Kepada wilayah Sabah. Masanya agak singkat Datuk Speaker. Sebenarnya banyak perkara yang saya nak sentuh tapi saya berharap kita dah ada, saya cadangkan Datuk Speaker sebagai seorang…
Masih ada masa.
Ia kena sebagai suara Ketua Pembangkang di peringkat Wilayah Sabah ini, saya harap.
Teruskan.
Masa untuk kita berbahas. Masa untuk kita berbincang perkara ini, begini penting, ya. Kita pun mempunyai 73 ADUN. Jangan hanya satu hari, ya.
Kerana kita tahu bahawa perkara ini penting. Mungkin sehari dua, sehari tiga. Now we have to change dari segi modus operandi kita. Pentadbiran Dewan yang mulia, kerana ini decision making ada, yang penting kepada kita seperti yang saya nyatakan pengurusan dan saya menerima baik cadangan Pengerusi SESB, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius Tangau tentang IPP check (kurang jelas) dan bidang kuasa yang ada. Sama ada bagi kita untuk memastikan, sama ada kita perlu sambung ya ataupun lihat mana IPP fail it to supply, more than sepuluh yang ada, di Sandakan sahaja. Di Tawau sahaja.
I Keadaan ini yang membimbangkan kita, bukan hanya waktu itu. Pasal itu subsidi banyak sangat untuk menampung kerugian. Cost is very high. IPP join the profit. Tapi ini yang kita harus lihat, memastikan supaya perkara ini penting untuk dilahirkan oleh pihak Kerajaan untuk memastikan tenaga eletrik yang ada di Sabah ini dapat dipenuhi oleh keperluan masyarakat, rakyat yang ada.
Datuk Speaker, saya tidak mahu ambil masa Ahli Dewan kerana ada yang hadir hari ini mahu. Sebenarnya banyak perkara yang saya nak highlight but it’s not about history but it’s about fact seperti yang saya nyatakan, saya minta pertama tadi itu tentang hutang.
Keduanya, subsidi. Pastikan dua bilion subsidi. You don’t have the money yang ada untuk menampung setiap tahun moment this baby (kurang jelas) is under us, then you going to show that, where do we get the money to run SESB. It’s another failure yang ada. Kita banyak renewable energy ada. Tenom. Itu saya bagi kelulusan. Di Ulu Padas, tapi saya maklumkan sampai sekarang 2013 kita sampai sekarang pun tak ada perjalanan dia. Itu tentang bab akta yang lain. Tentang renewable energy saya akan menyentuh sedikit sebanyak tentang perkara itu tapi ini tentang komisen. Saya berharap Yang Amat Berhormat, mainkan peranan dengan baik, urus tadbir dengan baik. Komisen ini dan ini kebiasaan dia komisen is under the Chief Ministers. Kalau tenaga Suruhunjaya Tenaga Nasional di bawah Perdana Menteri, bukan di bawah mana Menteri Tenaga, bukan Ketua Menteri Kewangan. Dia di bawah bidang kuasa Perdana Menteri untuk pastikan perjalanan dia diurus tadbir with the head of the CEO of the State yang ada. Terima kasih banyak, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya ingin menjemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Terima kasih Tuan Speaker. Selamat Tahun Baharu diucapkan, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas peluang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini, berkenaan dengan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024. Sebenarnya, saya ada juga terlibat dalam perbahasan sewaktu Enakmen Energy
I Comission of Sabah Energy 2023 ataupun the main enakmen dibahaskan di sini, tahun lalu.
Maka hari ini saya ingin menyokong kepada pindaan ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebentar tadi. Pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2024 yang bersifat positif akan memberikan manfaat kepada Sabah dari segi kawalan penuh pengurusan sumber tenaga, khususnya tenaga elektrik termasuklah tenaga boleh baru ataupun renewable energy. Seperti mana yang kita sedia maklum, Energy Commission of Sabah ataupun ECoS merupakan satu badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 10 Januari 2023 untuk mengawal selia sektor bekalan gas daratan.
Terlebih dahulu sebelum penyerahan kuasa kawal selia bekalan eletrik diserahkan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah.
Seperti yang saya katakan pada perbahasan tahun lalu juga diingatkan bahawa supaya penyerahan kuasa dari Federal ke Sabah ini dapat dibuat. Maka satu akta yang berkenaan diluluskan Parlimen pada 3 Oktober 2022. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk Sabah melangkah ke hadapan supaya mampu berdikari dan mempunyai kuasa yang lebih menyeluruh untuk mengawal selia sektor bekalan gas daratan dan tenaga elektrik termasuk tenaga boleh baru ataupun renewable energy dari aspek perancangan tekno ekonomi, keselamatan dan komersial secara pragmatik dan berdaya maju. Tuan Speaker, supaya Kerajaan Sabah ini dapat membuat semua yang dikatakan ini diharap Lembaga ECoS, The Board of Energy Commission of Sabah ini dan di semua peringkat pengurusan. All level management dilengkapi dengan orang-orang profesional dan orang-orang yang ada pengalaman dalam sektor tenaga ini. Tuan Speaker, kemasukan pada fungsi dan kawal selia bekalan eletrik ini akan menjadi kebanggaan rakyat Sabah untuk membangunkan dan melaksanakan pengawal seliaan dasar sektor bekalan tenaga yang sejajar dengan keperluan dan pembangunan negeri dan mengembalikan kuasa autonomi Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 63.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Sabah Maju Jaya. Terima kasih.
I
Terima kasih, ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Liawan.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih terutama kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang berbangkit mengenai enakmen Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2024 yang berada di bawah fungsi Energy Commission of Sabah atau seperti yang dikatakan tadi lebih dikenal sebagai ECoS di bawah portfolio Jabatan Ketua Menteri Sabah. Datuk Speaker, saya sesungguhnya menghargai segala pandangan, teguran, cadangan yang telah disarankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Oleh itu, saya akan memulakan penggulungan saya dengan menyentuh isu penting, iaitu mengenai peluang pekerjaan di sektor tenaga di Sabah dan bagaimana penubuhan ECoS boleh menjadi pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi serta menggilap kemahiran dalam kalangan anak-anak tempatan.
Kita tidak dapat menafikan bahawa sektor tenaga adalah asas yang penting dalam kemajuan ekonomi dan kelestarian pembangunan di Sabah. Dalam usaha untuk memaksimumkan potensi tenaga di negeri ini, perubahan ECoS juga menjadi landasan untuk peningkatan kemahiran di bidang ini sekaligus, membuka peluang bagi anak-anak tempatan untuk bersaing dalam arena globalisasi yang semakin mencabar. Perubahan ECoS boleh dikatakan sebagai peristiwa bersejarah dan penting dalam penurunan kuasa sektor tenaga negeri Sabah yang membuktikan komitmen Kerajaan Negeri ke arah pentadbiran tenaga yang cekap, mampan dan berdaya harap di Sabah.
Adalah menjadi harapan saya agar kakitangan yang dilantik untuk mengendalikan operasi ECoS mengemudi.
…Landscape tenaga di Sabah dengan teratur. Fungsi ECOS juga adalah untuk memastikan kecekapan tenaga
I kerja yang merangkumi pengurusan tenaga dari segi penjanaan, penghantaran dan pembahagian serta memastikan kelestarian tenaga di Sabah. Justeru, penubuhan ECOS memberi Kerajaan pendekatan proaktif dalam menyelaraskan dasar tenaga kita, berdasarkan standard global dengan memperincikan keperluan khusus bagi mengecapi aspirasi jangka masa panjang rakyat Sabah.
Perubahan ECOS adalah diharapkan dapat memupuk persekitaran yang mana sumber tenaga digunakan secara optimum, menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta memastikan pemuliharaan alam sekitar. Saya juga berharap, pasukan yang terbentuk di dalam ECOS dapat memberi komitmen yang tinggi dan berdedikasi yang memajukan sektor tenaga di Negeri Sabah. Komitmen terhadap ketelusan accountibility dan inclusivity pastinya akan membuka jalan untuk infrastruktur tenaga yang lebih kukuh dan mampan di Sabah.
Keupayaan serta kemahiran yang tinggi adalah merupakan kunci utama di dalam usaha untuk menjayakan inisiatif-inisiatif yang telah dirangka dalam Pelan Induk Tenaga Negeri, iaitu Sabah Energy Roadmap dan Master Plan 2040 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 19 September 2023 yang lalu.
Datuk Speaker, saya ingin menyatakan satu contoh yang memberangsangkan, iaitu penubuhan satu pusat latihan bertauliah yang pertama di negeri Sabah untuk Program Kompetensi Industri Gas, Universiti Malaysia Sabah yang diusahakan bersama dengan pihak ECOS. Ini adalah cerminan hasil daripada fokus ke atas pembangunan kemahiran modal insan yang dapat melahirkan pekerja mahir, di kalangan anak-anak Sabah dan seterusnya memberikan peluang pekerjaan berkualiti tinggi selari dengan teras pembangunan industri seperti hala tuju Sabah Maju Jaya. Saya percaya usaha ini akan diteruskan lagi untuk membina kompetensi di dalam bidang industri elektrik dan tenaga boleh baharu melalui perancangan yang sama ke arah penubuhan pusat latihan bertauliah di Sabah.
Datuk Speaker, saya yakin dan berharap bahawa ECOS berdasarkan kemampuan yang ada pada mereka akan menjadi pemangkin dalam membawa Sabah ke arah masa depan yang diterajui oleh budaya inovasi, kecekapan dan kelestarian. Sehubungan dengan itu, Enakmen Suruhanjaya Tenaga Pindaan 2024 seharusnya
I diluluskan bagi memberi kuasa kawal selia yang lebih menyeluruh kepada ECOS untuk menjadi badan kawal selia yang boleh mengawal segala aktiviti-aktiviti bukan sahaja untuk gas, malahan bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu seperti yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Untuk menambah baik sektor tenaga di negeri Sabah, saya juga ingin mencadangkan supaya diadakan persempadanan yang jelas antara pembuat polisi dan kuasa kawal selia. Ini adalah penting agar rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat tindakan oleh pihak berkuasa seperti ECOS.
Datuk Speaker, pengambilalihan kuasa, kuasa kawal selia bekalan gas pada Januari 2023 tahun lepas, serta usaha pengambilalihan kawal selia bekalan elektrik tenaga boleh baharu pada tahun ini, adalah hasil daripada komitmen serta kerja keras Kerajaan Negeri Sabah dalam menuntut hak-hak kita seperti yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Saya berharap melalui Jawatankuasa Teknikal MA63 yang turut disertai oleh pimpinan negeri, lebih banyak lagi hak-hak di dalam MA63 dapat dikembalikan semula kepada kita dalam masa terdekat ini. Saya juga ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri agar terus mempergiat dan meningkatkan lagi usaha kita berhubung tuntutan 40% hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini seperti yang terkandung di dalam Perkara 112D, 112C dan juga 112D Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada Datuk Speaker, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, juga buat rakyat di kawasan saya di DUN N.41 Liawan, khususnya dan di seluruh negeri Sabah amnya. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dimurahkan rezeki dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang tahun ini.
Akhir kata, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan di atas perhatian yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Liawan mohon menyokong. Terima kasih. Tuan
Terima kasih Yang Berhormat Liawan.
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjung Aru.
Terima kasih, Datuk Speaker. Happy New Year, to all saya ucapkan. Terima kasih atas peluanglah untuk saya ambil bahagian
I dalam pembahasan usul ini. Terima kasih Datuk Speaker, so dengan saya mixlah dengan saya punya language ya. So, kita akan sokong update ini Datuk Speaker, sebab Warisan is the one that has started effort of getting back SESB with attention to reform SESB and serve Sabahans better and to lower down the electric, electrical tariff like what Sarawak didlah.
So, Sabah Energy Commission is planning to use co… yang saya dengarlah from the last patient discussion last year. Mungkin ada kemungkinan untuk naik tarif jadi saya ini saya mahu minta penjelasan daripada pihak SESB lah.
Now, saya bagi tahulah latar belakang itu SESB, I think it’s surviving now on 600 billion subsidy from Federal. In mean while of buying electrical from providers, which is Independent Power Plant at the lost approximately 71% of SESB of revenue up to almost a billion a year I am not mistakenlah.
Stand to be corrected. So, the problem is the Independent Power Producing Plant (IPP).
Okey such a high rangkinglah yang disebutkan oleh tadi YB daripada Senallang. Jadi my proposal to SESB Datuk Speaker, I was told that SESB has issue out around fourty prospecting licence and they see co gas plan as the fastest bridging solutions. Hydro also but they need a big bigger capitallah.
So, as a renovate energy SESB grab meets major upgrade. And cannot handle more and fit inlah. So, the solar, all this solar are proposal is not the solutions as them limitations.
There are certain things that we can learn from Sarawak, Datuk Speaker. Sarawak has pass along late last year to allowed fee from all. So, meaning anyone, any industry can set up their own solar and renewable energies or power and sell assess to the government in Sarawak now. So, meaning to say anyone, any industry can set up their own solar or renewable energy and sell asses back to the government. This mean letting the market started is all electricity power problems, so they it can become party market a partly market lab instead of raising the tariff as the only solutions. Jadi, ini this is one of the thing that we can be learn alsolah for announcing that we have our own commissions that we can look all of these. Now, Sabah has renegotiated or Sabah can renegotiated the gas rate or else come to deal with PETRONAS and the gas of take agreement. Whereby, the cost to Sabah is low for Sabah own producing generation purposes. So, they use the corporate fund raising
I scheme to actually corporatrice SESB and buying out the IPP agreements. So, instead of paying high rate to Independent Power Producing Plant, they make more less profit may berbillions and the expense of the users Sabahan. So, this is some of the proposes that I can purposeslah or we can take over IPP in actions of Federal subsidy. I think this one can be…
…can can negotiate with Federal. Meaning to say if you don’t give us back, subsidy anymore, it’s okay but you have to take back all that IPPlah. After all IPP is a Federal or TNB that actually make SESB sign all these IPP’s. So that could be also one of the solutions. So, gradually take back IPP when expired while increasing more power plantlah, like hydro gas renewable energy like what has been stated in the roadmap but to be owned directly by SESB, to be owned directly by SESB or Sabah Government to reduce the cost of efficiency and the electricity tariff.
For example, during Warisan time, we have actually approved that Cabinet has approved Ulu Padas Hydro Power Plant, 150 megawatt in for Beaufort ah Sipitang electric ah arealah and the whole KK. But I heard em I don’t know what is the statuslah so maybe er Yang Amat Berhormat can updatelah. Okay, so the purpose of taking back SESB is to serve Sabahan better with lower ah electricity tariff and certainly not to enrich certain quarterslah by continue wrong policies and the worst em not to misuse SESBlah. Okay, so I want just to quite a few examplelah em Datuk Speaker, just for us to, to em study and also maybe can get better. So, without a proper system ah, in place right, ah, right now I was toldlah SESB are after the new em SESB CEO and also maybe Chairman, so there are the system are now placing different professional ah at different field. Meaning to say if they are technical or engineering, they are put in admin, admin put in engineering, so that’s why there are a lot of huru-hara right now lah, in the system within SESB I was told, (kurang jelas) messy. So now the staff this year are not given the year end bonus which usually they always give. For all these years they have always been giving year end bonuses but this year they don’t give, unless they sell their leave bank. If they sell their leave bank, they can be given the year end bonuses which is very weirdlah. So, I don’t know what kind of system is this. But at the same time, I
I received from the reliable sources that new Chairman, don’t want to mention namelah, ah officers has a new office and the SESB and they recruited new 13 staff. One three, 13 staff. So why need 13 staff as the previous Chairman ah, as you said Chairman ah, of SESB they only maximize one maybe two staff by the max and they are using the SESB staff because they don’t have executive power. They don’t have it. But these time around is very weird because they have office, they have 13 new staff.
Okay, correct me if I’m wrong, I want to ask if this is true but I think it is reliablelah. So, who pay for the cost? And how much is the salary? So did they go through SESB normal procedure to be recruited because many people over the years had been applying to join SESB and it is not easylah. Datuk Speaker, it is not easy ya. So, I want to ah just asklah why we recruit so many staff if that’s true because those cost will all result to higher tariff and then please link to itlah. And also make sure this part is being rectified and regulated properly when we have this commission, ya.
So, Datuk Speaker, another perkara lagi penaik, penarikan balik keistimewaan perubatan untuk kakitangan dan pesara SESB. Ramai kakitangan dan pesara LLS - Lembaga Lektrik Sabah dan SESB juga tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital swastalah. Keistimewaan ini adalah diberi kepada kakitangan dan pesara LLS dan SESB sejak zaman BERJAYA.
So, kalau bolehlah maybe don’t remove this benefits for the staff because we need the healthy and happy workforce to deliver SESB. So, it’s not wiselah to remove the medical benefits from the staff. They have already been enjoying since zaman BERJAYA.
Okay, so, another perkara, Datuk Speaker, I want to bring up, is that they are now very weird system within the SESB because now there are negative reply by social media atau ugutan lah atau dia mungkin bukan ugutan lah, teguranlah. Okey teguran ke atas mana-mana individu yang mempos komen benar terhadap CEO atau SESB. This is very unprofessional, there are a lot of comments we can find in the social media and the SESB directly replying to pengguna using very kasar punya perkataanlah. Okay, which is very unprofessional, Datuk Speaker.
Now, CEO must be focus on the delivery duty and businesses and how to keep improving SESB to be profitable. Now not politicking and suddenly not using SESB as a tool to defend on personal image which is very weird ah. I find it very weird and
I I hope this can be rectified and also verified. And I being told, I think this one also from reliable sources but if it is truelah, but I think it’s truelah. And the CEO SESB mengarah juga Pengerusi Besar Perkhidmatan Korporat untuk mengugut, bukan mengugutlah, mungkin tegurlah, tegur dengan Musli Oli, Pak Mus dikenalkan oleh Pak Mus yang daripada Tanjung Aru itu. Daripada Tanjung Aru di kawasan saya yang telah mengeluarkan komen-komen yang benar terhadap CEO SESB di media sosial dan teguran itu adalah tidak mengambil kira Pak Mus juga adalah seorang pengguna elektrik yang bertanggungjawab dan perlu tahu apa sebab kualiti pembekalan elektrik adalah tidak baik. Jadi, oleh kerana komen-komen Pak Mus di media sosial sekarang, saya diberitahu juga CEO SESB telah mengarah Pengerusi Besar Perkhidmatan Korporat melantik cybertroopers. Melantik cybertroopers untuk menjawab di media sosial kepada sesiapa yang mengeluarkan komen-komen terhadap CEO atau SESBlah. Adakah ini benarlah? Jika ini benar ramai kakitangan dipaksa jadi cybertrooperlah.
Jadi cybertrooper dan mereka rela tetapi dipaksalah oleh…
Tuan Speaker.
Yang Berhormat, ada yang mahu mencelah.
Saya mohon penjelasan berhubung dengan penggunaan SESB kepada cybertrooper. Ada bukti-buktikah? Saya… (suara mencelah)
Okay, boleh, boleh, nanti saya serahkan kepada Datuk Speaker jugalah dan juga Yang Berhormat daripada Kemabong, Kemabong. It’s all in the media, ada banyak print screen itu, ya. Okay so, satu lagi perkara Datuk Speaker, saya nak, semua ini saya bangkitkan supaya kita boleh baikkan SESB bila kita ambil balik, bila kita sudah ada kuasa, kita boleh tambah baiklah atau ubah suailah.
The other one, kerja jadual harga tetap penghantaran. This is about the price of maintaining the transmission tower and system dan saya diberitahu bahawa kadar-kadar dalam jadual harga tetap penghantaran di SESB yang mana dianugerahkan
I kepada tiga kontraktor adalah amat tinggi dan jika dibandingkan dengan jika tender buka dipanggil. Jadi why not open tender with fair participating term and conditions. I want to bring this to the attention to the Dewan dan Datuk Speaker dan also Yang Amat Berhormat. Don’t get me wrong, I think there is tender but there are imposed terms and conditions. Tailor-made the tender requirement required and procedures to fit in certain parties. Ada berapa parties yang sahaja yang layak lah untuk bertanding untuk tender, participatelah in the tender. So, at this …always get the contracts, they always get .. beforelah, I hope can rectified it nowlah. They always get the contracts, but project costs reality higher than their open tenders, so kos tinggi ini sudahlah semestinya akan diserahkan kepada pengguna elektrik dengan kos Incentive-based remuneration (IBR) yang tinggi dan juga tarif elektrik yang tinggi. So contractors are katanya saya bawa ke perhatian Yang Amat Berhormat adalah katanya kontraktor ini Penulaju Sdn Bhd, Unimekar Sdn Bhd, REMT Utama Sdn Bhd, setiap kali, Datuk Speaker, subkontraktor Semenanjung yang berpusat di Kuala Penyu, eh di Kuala Penyu pula, di Kuala Lumpur, sorry, di Kuala Lumpur yang berdaftar di Sabah ini Larico Infrastructure Sdn Bhd akan jadi subkontraktor kerja-kerja ini. It’s really weird. It’s open tender but it’s they always get it. So, kadar kos kerja adalah lebih kurang saya diberitahulah. Ah, minta penjelasan lima kali lebih tinggi jika tender dibuka dipanggil. Jadi hapuskan Jadual Harga Tetap (JHT) dan panggil tender secara terbuka ini boleh menyebabkan banyak duit untuk SESB dan juga pengguna elektrik di Sabah. Dan jadi jika Jadual Harga Tetap dengan harga ini diteruskan jadi kos operasi akan naik dan kemungkinan tarif electricity dan elektrik ini akan naik.
Mula gulung.
Okey, jadi saya mintalah ah CEO SESB ini perlu berjimat cermat dan bukan membelanjakan untuk Jadual Harga Tetap secara tidak bertanggungjawablah. Jadi ini adalah satu isu yang saya mau bangkitlah untuk Datuk Speaker. Datuk Speaker, can I ask for like few more minutes to share about load-shedding. Isu load-shedding ini penting.
…..spoken. The isu had spoken about that…
Okay, er er.
I
Okay, I give you two minutes for that.
Okay two minutes, Datuk Speaker, I want to stresslah, I just speak in Englishlah supaya faster sikitlah. Okay, SESB ah CEO okay this one must focus on the job as just experience expertise to tackle issue arising from the field for both short-term and long-term solutions and I give one example how SESB or CEO hasn’t responded efficiently to an incident that has caused now the whole Sabah to actually experience or suffer with load-shedding. Sabahan had to go through hard…
Times without a schedule timing to endure electricity power cut today lah, I think it’s all over social media semua orang pun tahu. Mungkin Datuk Speaker punya rumah pun kena cut tu electricity kadang-kadanglah mungkinlah. Sabah has now lost Tenom Pangi hydroelectric, a station of 66 megawatt since October 2022 October, last year lah, last year lagi, last last year lagi, okay? October 2022 due to landslide lah.
So this has resulted to lost capacity of 37 megawatt, 37 negative megawatt and thus load shedding happen in Sabah especially KK and Penampang. Now what has the new CEO or Chairman done for one year and two months already? Beside doing press conferencelah. The available capacity I was told was 1171 megawatt so the capacity for Tenom Pangi is 66 megawatt. So, all together Sabah can produce 1237 megawatt and the maximum demand in Sabah is about 1200 megawatt, that is the maximum lah.
So, they are always margin about 37 megawatt plus lah positive margin but without Tenom Pangi now, we have short of 29 megawatt negative and therefore that have resulted to load shedding and so load shedding will surely go on now and we don’t know for how long more. We don’t for how long Datuk Speaker. So, i think ministers, menteri daripada JKR ever answer this in the newspaper before and it could resolve by the newspaper stated that it was, it will be resolved by July 2023, July means last yearlah, okay? If the minister can recalllah, I don’t know so I don’t know if the, it was
I CEO who brief him or you got taklimat daripada siapalah saya tidak tahulah tapi itu jawapan itulah.
Then the CEO later announce recentlylah recently that it will take another two years, it will take another two years to resolve this issue. So this makes our ministers look very badlah, it doesn't look goodlah. So what is the long term and the short term solution for this, Datuk Speaker? What is the road map to reduce to, to resolve this issue? It’s very penting because Sabahan’s are suffering, businesses are suffering. I’ll conclude very, just just another one minute, I’ll conclude it. So how do we bring investors into Sabah, Datuk, Datuk Speaker? When we, you know talk about, brag about billions of investment blah blah blah for the next two years no electricity with load shedding in Sabah for in the next two years has already been announced. So what are the losses of businesses such as cold storage, supermarkets, restaurants due to load shedding and I ask, I asked that SESB outline the road map for this issue and please and please and please leave notice and inform Sabahans what is the, what is the load shedding schedule a few days ahead at least, because what is important happening right now is that the electricity power cut can suddenly happen without notice and sometimes it goes on for days. It happens in my constituency, my kawasan so who’s gonna pay for the lost?
Imagine, imagine the restaurants they buy the groceries everyday and they prepare for businesses but out of sudden boom the electricity is gone. So when the electricity is gone, all groceries will be rotten and become losses. So this will be extremely bad for businesseslah so that is why SESB staff must be given conducive environment, good health welfare policies and CEO must be focus on the job, not cyber trooping, not worrying about his own image kecuali dia mahu jadi calonlah tapi itu pun jangan guna SESBlah, jangan salah gunalah. If as, if the CEO cannot take the heat, then there are many other professional who is lining up for the job. So with this Datuk Speaker, thank you for giving me extra time and I support the bill. Thank you Datuk Seri, Datuk Speaker.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Bongawan.
I
Terima kasih, Datuk Speaker memberi peluang saya membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah Pindaan 2024. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga pada Kerajaan Negeri Sabah kerana telah diberi penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia industri pembekalan elektrik di negeri Sabah.
Saya difahamkan bahawa sebelum tertubuhnya Energy Commission of Sabah ataupun ECoS, terdapat satu unit di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dipanggil Unit Tenaga Negeri Sabah yang bertanggungjawab untuk merangka polisi dan dasar bagi industri bekalan elektrik. Namun, sekarang UTNS ini tidak mempunyai satu pun anggota kerja kerana semua pekerja Unit Tenaga Negeri Sabah telah pun berhijrah kepada ECoS.
Persoalannya di sini, adakah ECoS akan memainkan peranan sebagai pengawal selia dan juga dalam masa yang sama sebagai pembuat dasar dan polisi ataupun policy maker?
Dalam ekosistem industri elektrik yang sihat dan maju, pemisahan kuasa antara policy maker dan regulator amatlah penting supaya tidak ada conflict of interest ataupun oversign akan berlaku. Jika kita ingin melihat penggubalan enakmen yang baharu kita luluskan ini berjaya sustainable, amatlah penting untuk UTNS memperkukuhkan semula dan diberi fungsi utama dalam membuat dasar dan polisi bekalan elektrik untuk Sabah.
Datuk Speaker, baru-baru ini dalam bulan Disember tahun 2023, satu majlis perasmian pecah tanah untuk pembinaan projek jana kuasa hidro Upper Padas oleh pihak swasta telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Ulu Tomani, Tenom.
Saya dimaklumkan bahawa kadar tariff belum lagi ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Persoalan saya di sini, adakah fungsi dengan tanggungjawab yang, tanggungjawab bagi kelulusan penetapan tariff untuk pembinaan projek hidro Upper Padas ini akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga ataupun Energy Commission of Sabah atau ECoS? Adakah kadar tariff yang akan diluluskan ini akan kompositif? Kerana berdasarkan kiraan anggaran kos pembinaan projek hidro Upper Padas memakan belanja sebanyak empat bilion.
I Kadar tariff yang mungkin akan dikenakan kepada Sabah Elektrik Sendirian Berhad ataupun SESB adalah dalam lingkungan 40 sen per kilowatt. Ini adalah jauh tinggi ya daripada tariff jualan SESB kepada pengguna, iaitu 34 sen per kilowatt. Ini mungkin akan membebankan Kerajaan dengan subsidi tambahan kepada SESB. Adakah projek ini berdaya maju ataupun kompetitif?
Datuk Speaker, saya mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri yang ingin mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun, iaitu tahun 2030. Kita maklum daripada perkongsian di media sosial SESB menyatakan hanya mempunyai share margin capacity sebanyak 20% sahaja di mana baki 80% lagi adalah dimiliki oleh Independent Power Producer ataupun IPP. Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam perkara ini? Sekiranya SESB akan diambil alih dan dimiliki oleh Kerajaan Negeri nanti, adakah lebih baik dan jelas untuk Kerajaan Negeri membuat satu rangkah polisi pembinaan dan pemilikan semula stesen jana kuasa yang baharu akan datang diberikan kepada SESB?
Walaupun bukan 100% seperti di Sarawak, mungkin 60% seperti TNB di Semenanjung. Walaupun bukan di Semenanjung Malaysia, kita tidak mahu pada tahun 2030 Kerajaan Negeri akan berputih mata dan terpaksa membeli semua IPP-IPP kelak kerana kadar harga tariff penjanaan yang mahal dan keuntungan SESB tidak begitu baik, kerana tidak memiliki generator margin share yang tinggi. Ini kita kena fikir-fikirkan mulai sekarang kerana selepas ini lesen penjanaan adalah di bawah Kerajaan Negeri Sabah. Sebelum saya mengakhiri perbahasan.
…ini, terlebih dahulu saya ingin ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua Ahli Dewan dan juga Datuk Speaker. Dengan ini, Bongawan ingin menyokong. Sekian, terima kasih. Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat Bongawan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Darau.
I
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama bahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah Pindaan 2024.
Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua rakan-rakan, Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya tidak banyak yang ingin saya bahaskan pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa saya dan rakan-rakan di sini menyambut baik cadangan kawal selia tenaga yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Seperti yang, saya ingin menyentuh kepada apa yang telah dinyatakan oleh rakan saya dari Bongawan tadi bahawa dalam masa tujuh tahun ini, Kerajaan Negeri Sabah berhasrat untuk mengambil alih sepenuhnya Sabah Electricity Sdn. Bhd. Apa yang menjadi, kita masih in the dark berkenaan dengan 80% milik saham yang dimiliki oleh TNB. Berapakah nilai 80% itu apabila kita mengambil alih nanti dan satu lagi siapakah yang akan membayar nilai ini bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah?
Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan tarif elektrik. Apabila enakmen ini diluluskan, selepas enakmen diluluskan, pindaan diluluskan, saya cadangkan agar satu mekanisma kawalan tarif elektrik yang lebih baik dapat diadakan bagi, memastikan bahawa tarif elektrik yang kita cadangkan nanti yang baru itu adalah ideal untuk semua pihak. Di mana ianya tidak akan membebankan rakyat, dan saya yakin, bukan saya yakin, saya rasa tidak dapat dielakkan kenaikan harga tarif itu. Walau bagaimanapun, seperti saya kata tadi kita perlu mencari satu tarif atau mekanisma yang ideal di mana. Pertama, kita tidak membebankan rakyat, dan pada masa yang sama ianya tidak membebankan pihak swasta. Pihak swasta, di mana bagi memastikan bahawa prestasi ekonomi kita akan berada dalam keadaan yang, terus dalam keadaan yang baik dan improvinglah. Jangan kerana tarif baru ini nanti, ianya akan membebankan pihak swasta.
Dan seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan ECoS. Pada masa ini, saya ingin bertanya adakah pihak ECoS ataupun Energy Commision of Sabah, ini mempunyai satu kemampuan dan expertise dengan peranan dan tanggungjawab tambahan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik dan tenaga boleh baharu. Saya minta Kerajaan agar dapat memastikan bahawa pengurusan kakitangan or
I personnel dalam ECoS ini mempunyai kepakaran dan pengalaman berkaitan dengan pengurusan elektrik ini. Lebih baik yang ada kredibiliti dan bukan kita bawa personnel yang ada masalah sebelum ini yang ada track record yang tidak baik pada masa lalu. Kerana ini akan lebih memberi ruang kepada masalah lama berulang kembali di mana kita akan kembali bergelap seperti sekarang ini. Kita akan balik back to square one. Jadi adalah penting bagi kita memastikan bahawa orang yang akan mengurus ECoS ini adalah terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman, mempunyai wawasan, dan berkredibiliti. Dan saya ingin mencadangkan juga, kalau boleh pengurusan bekalan tenaga elektrik dan tenaga boleh baharu ini diuruskan oleh dua entiti yang berbeza.
Tuan Speaker, perkara lagi, saya ingin cadangkan perlu ada kuasa atau authority yang lebih berkesan dalam kita membincangkan, apa ni, pindaan RUU ini. Perlu ada satu kuasa yang lebih berkesan bagi memastikan bahawa kecurian bekalan elektrik di negeri kita dapat dibendung. Kalau pun tidak dapat dibanteras secara 100%. Saya rasa itu sahaja, apa yang saya ingin bahaskan. Saya dari Darau, N.17 Darau menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Speaker, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan dan menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2024 ini. Saya cuma ingin menjawab secara ringkas beberapa isu dan persoalan yang telah dibangkitkan oleh ADUN-ADUN seperti daripada Sindumin, Senallang, juga daripada ADUN Dilantik, ADUN Liawan, Tanjung Aru, ADUN Bongawan, dan juga ADUN Darau. Isu-isu yang dibangkitkan ialah mengenai dengan permasalahan bekalan elektrik dan apa penyelesaian yang boleh diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Tuan Speaker, faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan bekalan elektrik ketika ini bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan kapasiti penjanaan, tetapi ianya juga atas sebab kenaikan beban pengguna yang dulunya kita menggunakan lebih kurang 900MW dan sekarang ini sudah hampir 1100MW dalam tempoh satu tahun ini. Kerana itulah ada catuan, dan ini bukan kerana kelemahan
I pengurusan SESB tetapi kerana kerancakan ekonomi di mana banyak pelabur-pelabur dan juga peniaga-peniaga mula membuka usaha mereka di Sabah…
…yang memerlukan tenaga elektrik dan inilah yang mencapai sehingga hampir 1100 megawatt.
Penjanaan tenaga elektrik ini dia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 30% margin. Di sinilah timbul permasalahan yang timbul tetapi semua ini akan dapat kita atasi dengan langkah-langkah yang diambil oleh ECoS dan juga SESB, contohnya kita telah pun menyediakan satu Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040.
Datuk Speaker, minta laluan, Datuk Speaker. Ya. Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Bila Yang Amat Berhormat nyatakan bahawa di antara penyebab bahawa keadaan bekalan ini tidak mencukupi oleh kerana kepesatan, saya agak tidak sependapat dengan pandangan itu. Kalau kita melihat pelaburan yang paling banyak, negeri Johor, negeri Pulau Pinang, negeri Selangor, forecast ada, perancangan ada, mengapa tempat-tempat ini tidak mempunyai langkah catuan? Because they have excess supply, and excess supply Sarawak is one example. Tidak ada pun IPP di Sarawak, bukan setakat excess supply, mereka mampu mengeksport bekalan elektrik ke Kalimantan. So, saya ingat SESB has failed dan pengajaran ini harus mengambil iktibar, bukan oleh kerana ada kepesatan ekonomi yang ada, management must be able convention ia akan datang ini ya, Datuk Speaker, kerana melihat keadaan ini jangan hanya nanti besok, “oh, this is failure because it is increase in demand”. It is not about demand and supply here and also when talking about if we have the competence to supply more dan bukan hanya setakat excess supply, price will be reduce.
I
Ya, terima kasih daripada ADUN daripada Senallang. Kerana itulah saya belum lagi habis untuk menerangkan, apakah perancangan dan langkah-langkah penyelesaian yang akan kita buat untuk mengatasi masalah ini?
Tadi saya sebut kerana keperluan yang mendadak akibat kerancakan ekonomi dan sebagainya. Kita mendapat lonjakan penggunaan tenaga elektrik sebenarnya. Jadi untuk mengatasi ini, beberapa perancangan telah dirancang oleh Kerajaan, iaitu satu Pelan Pembangunan Penjanaan Jangka Pendek dilaksanakan secara fast-track bagi mencapai jidar simpanan penjanaan ke tahap kukuh iaitu 30% secepat mungkin seperti berikut:
1. Penyewaan set-set jana kuasa berasaskan bahan api diesel sehingga 100 megawatt secara berperingkat, iaitu 40 megawatt pada bulan Disember lalu, 2023 dan 60 megawatt pada bulan Mac 2024.
2. Pelanjutan operasi loji janakuasa berasaskan bahan api diesel sedia ada di Tawau sebanyak 70 megawatt.
3. Penyiapan projek solar berskala besar sebanyak 62 megawatt pada tahun 2024. 4. Cadangan pemasangan Battery Energy Storage System atau BESS sebanyak empat rat sebanyak 100 megawatt yang dijadualkan untuk penyiapan pada tahun 2026 dan akan diawalkan untuk sasaran penyiapan pada tahun ini, iaitu pada tahun 2024.
5. Penyewaan loji berasaskan gas 100 megawatt bagi tempoh interim sehingga loji gas tetap 100 megawatt siap dibina.
6. Pengoperasian sumber-sumber tenaga hijau melalui Program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff dari sumber mini-hidro berkapasiti 31.6 megawatt dan biogas berkapasiti 5.6 megawatt pada tahun 2024.
7. Penambahan projek sekolah berskala besar sebanyak 100 megawatt pada tahun 2025. Di samping itu, untuk memastikan kemapanan kapasiti penjanaan yang
I mencukupi, Pelan Pembangunan Penjanaan jangka sederhana dan jangka panjang akan juga dilaksanakan yang antara lain melibatkan penambahan kapasiti penjanaan daripada sumber hidro berjumlah sekitar 400 megawatt. Projek solar berskala besar berjumlah 100 megawatt dan lain-lain projek penjanaan. Di samping itu, terdapat juga projek talian penghantaran utama 275 kilovolt, iaitu penyiapan talian penghantaran sumbang tara negeri Sabah dengan Sarawak dan projek talian penghantaran Southern Link. Ini akan mengukuhkan lagi kapasiti dan kestabilan grid Sabah untuk menerima permintaan beban besar terutamanya daripada pengguna-pengguna industri di masa akan datang.
Ini adalah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan dalam tempoh satu tahun yang akan datang ini untuk kita mengatasi masalah kekurangan elektrik yang kita alami sekarang ini. Maknanya, Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, saya berharap Ahli-ahli Dewan faham akan keadaan ini dan berharap kita dapat selesaikan untuk jangka masa yang terdekat, iaitu dalam masa satu tahun dari sekarang.
Saya ingat Yang Amat Berhormat bertanya tentang apa yang telah dibangkitkan tentang cadangan-cadangan untuk memastikan supaya ia mencukupi.
Dua. Satu, bab genset tadi itu. Keduanya, penggunaan dari segi diesel yang ada. Kalau kita melihat keadaan dunia pada hari ini. They are talking about carbon credit you know. Zero. Dengan keadaan ini, kalau kita lihat dari segi kedudukan, di mana tidak selari dengan dasar yang akan datang.
Kita tidak mahu nanti esok, Sabah will be boycotted by international community. Penggunaan, you have kita kena menyewa genset. Why do we have to sewa genset for? Dan saya ingin bertanya penjelasan dia dan juga penggunaan diesel. Saya ingat bab solar, I do agree dan renewable energy yang kita ada. Tenaga yang ada di apa ni Tenom itu satu langkah yang saya yakin ini juga merupakan renewable energy yang ada. Tapi, apakah sebab-sebabnya diesel contohnya penggunaannya. Satu. Keduanya, dari segi genset tadi itu, berapa jumlah pihak Kerajaan terpaksa menampung kerana kos sudah meningkat? Kerana ini end of the day you transfer to
I the industry, you transfer to user. Dan ini menjadi bebanan kepada pihak masyarakat di peringkat akar umbi.
Tuan Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Senallang ini saya ingat kita akan ambil tindakan saranan yang baik untuk mengatasi masalah ini. Ini masalah kita bersama, saya ingat kita perlu menyatukan tenaga kita untuk memastikan usaha-usaha ini dapat kita laksanakan. Dan perkara yang dibangkitkan itu nanti kita akan bawa kepada pihak yang berkenaan kerana perkara ini agak teknikal yang mungkin sukar untuk saya jawab secara tepat. Tapi apa pun, kita ambil apa nama dia itu, saranan dan juga cadangan yang dikemukakan oleh Ahli daripada Senallang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Banyak lagi perkara-perkara yang yang dikemukakan tadi seperti IPP, adakah perlu kita ambil alih kalau sudah tempoh, apa nama dia itu, penggunaan atau kontraknya habis. Kita…
...buktikan, semua ini kita akan kaji secara terperinci kerana ianya melibatkan satu kewangan yang besar yang melibatkan beratus-ratus juta ataupun berbilion ringgit dan juga untuk hutang SESB. Ini dibangkit oleh ADUN Senallang dicadang supaya boleh diobserve oleh TNB.
Ini kita akan bawa kalaulah perkara ini boleh dilakukan sedemikian. Kita lebih senang hati, maka cepatlah kita akan ambil alih SESB. Kerana dalam perancangan kita sekarang, kita akan ambil alih SESB ini dalam jangka tujuh tahun dari sekarang. Di mana, apabila Kerajaan Negeri tidak lagi menanggung sama ada subsidi ataupun bayaran-bayaran yang perlu kita buat. Kerana sekarang ini pemilikan SESB ini di peringkat Kerajaan Negeri hanya lah 17%, manakala TNB memiliki SESB 83%.
I Kalau kita ambil sekarang ini, tentu sekali kita akan bayar dan inilah kita cari satu formula ada yang cadangan seperti ADUN Senallang cadangkan tadi, mungkin boleh kita bawa apabila kita berunding dengan dengan pihak TNB dan sebagainya. Banyak lagi perkara-perkara lain yang saya rasa cukup, cukup bermakna yang ditimbulkan oleh…
Yang Berhormat…
…oleh ADUN-ADUN daripada Liawan, daripada Tanjong Aru, semua berkisar tapi Tanjong Aru ini dia, dia hentam CEO SESB sahaja.
Saya bukan hentam…
…saya ingat it’s not fair you cakap dalam Dewan ini, apa nama dia itu… ataupun mengkritik pegawai-pegawai Kerajaan yang tidak boleh mempertahankan diri. Saya ingat itu boleh bagi surat kepada kita ataupun kepada pihak pengurusan. Tidak payah kita bawa dalam Dewan yang mulia ini kalau ada sesuatu yang kita rasa tidak bagus. Okey.
Ya, Yang Amat Berhormat. Bila Yang Berhormat tadi menjelaskan tentang contohnya akan mengambil pandangan tentang bagaimana mengatasi masalah hutang mungkin observe by TNB ataupun saya juga bertanya tadi tentang penggunaan genset, penggunaan diesel. How much it cost? Saya berharap persoalan-persoalan ini jika akan dapat dijawab, akan dapat dijawab kenapa?
Ini, ini. Saya faham itu, tapi tidak boleh jawab sekarang pasal saya sendiri tidak faham berapa banyak genset digunakan…
Saya ingat yang…
…berapa kosnya?
I
Yang Amat Berhormat sebelum kita cadangkan kepada Dewan ini Yang Amat Berhormat sebut ini adalah langkah-langkah we must be thorough. We know how much it cost, berapa genset yang kita gunakan. Saya masih ingat masa di Tawau, bila Secondhand Langkawi punya genset dia hantar di Tawau. I told Datuk Najib “No.” I said, this is not the way forward for the country. Carbon credit is coming up, I said. But, saya berharap Yang Berhormat Menteri saya cadangkan kalau boleh laporan tahunan di Dewan ini tentang komisen yang ada ini lengkap. Apa pencapaian dia, apa kesudahan dia, apakah tindak-tanduk yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan supaya mengurangkan penggantungan kepada IPP, mengurangkan penggantungan penggunaan genset, menggunakan penggantungan diesel yang ada di Sabah ini.
Ya, itu kita akan ambil perhatian dan inilah ke arah Pelan Pembangunan Tenaga Elektrik kita di Sabah. Kita ke arah penggunaan Green Energy ataupun solar, biogas dan sebagainya. Terima kasih yang apa ni…
Yang Berhormat Datuk Speaker, di hujung jawapan, apa Yang Amat Berhormat Sulaman tadi ada menyebut mengenai inisiatif Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Sarawak. Ya, dan saya difahamkan sebelum ini Kerajaan Negeri dan Kerajaan Sarawak ada satu inisiatif, buat satu perjanjian mengenai bekalan elektrik.
Bolehkah Yang Amat Berhormat Sulaman bagi penjelasan kepada kita di Dewan yang mulia ini mengenai, kita mahu buat perbandingan. Sebagai contohnya, kos jualan kita sekarang kepada pengguna adalah 39 sen. Okey, jualan IPP kepada SESB adalah 48 sen, di mana Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 9 sen. Kalaulah bekalan elektrik daripada Sarawak ini comparatively dari segi kos lebih murah daripada apa yang dibekalkan oleh IPP, adakah Kerajaan mengambil langkah yang seterusnya sebagai jangka pendek dalam menyelesaikan masalah ini? Dan dalam per, per apa ni dalam perjumpaan tersebut adakah disebut mengenai kos yang akan dijual oleh Sarawak kepada kita, itu. Itu yang pertama. Yang kedua Yang Amat Berhormat Menteri, tadi kita bercakap soal ECoS sebagai badan regulator
I kawal selia bekalan elektrik di Sabah. Ada satu persoalan yang timbul dalam fikiran saya, ECoS ini, SESB ini akan diletakkan di bawah Kementerian mana? Kan? Kan? Sepertimana tadi mana tadi Bongawan kalau saya tidak silap dia ada bersap, bercakap soal Unit Tenaga Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri dan sebelum ini kalau saya tidak silap Lembaga Elektrik Borneo Utara dululah diletakkan di bawah JKR. Masa British masih lagi ya. Jadi ini, ini, ini antara perkara tadi tu dan apabila kita mengambil alih dalam tempoh tujuh tahun SESB ini kan, kerisauan saya adalah mengenai equity dan pegangan saham 80% oleh TNB bermakna kita 20%…
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat sudah menggulung, Yang Berhormat cuba berhujah jadi it’s unfair to him to reply recently. You should have taken part in the debate just now, kan? Kalau you minta pencerahan, minta penjelasan apa yang dia jawab okey.
ya saya…
but you’re making your new demand on your own. So it’s unfair for him to reply... [suara bertindih]
saya cuma mahu... [suara bertindih]
Jadi saya ingat Tuan Speaker saya apa nama dia itu, jawab juga pertanyaan daripada ADUN Tungku. Mengenai, kita sudah ada perjanjian dengan Sarawak untuk supply elektrik kepada Sabah yang telah dibuat pada satu dua tahun yang lepas sekarang sudah dalam pelaksanaan 30 megawatt sahaja. Tetapi kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk kita dapatkan lebih banyak supply elektrik…
ha, har harga seunit ada dia bagi tahu?
Dia lebih rendah daripada apa yang kita tawarkan kepada pengguna sekarang.
IPP?
I
Ya, IPP. Jadi…
Yang Berhormat boleh? Sedikit.
Ya.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Terima kasih, Datuk Speaker. Ya, tadi yang nasihat daripada Yang Amat Berhormat saya mendengar dengan baiklah. Saya mungkin, saya lain kali tulis suratlah kepada Yang Amat Berhormat ya. Jadi…
Kau tulis surat jangan kau jadi anu di sini kau buat eh, anu … kau pandai kritik orang saja, hentam orang. Diri kau, kau tidak tahu macam mana.
(ketawa) Okey, saya menerima dengan baik Yang Amat Berhormat ya. Tadi cadangan Datuk Speaker untuk apa itu, hapuskan debt itu daripada Federal, saya menyokong sepenuhnya Yang Amat Berhormat sebab saya rasa kebanyakan duit yang digunakan untuk bina infrastructure itu di Sabah ini.
I think it’s part of Federal punya tanggungjawab untuk membangunkan infrastructure di Sabah. Jadi kebanyakan tu duit yang dibagi itu adalah untuk membangunkan infrastructure di Sabah. Jadi ini adalah dapat untuk hapuskan kononnya debt tu, satu. Kedua, kebanyakan tu duit kalau kita tengok balik sejarah itu, kebanyak itu peruntukan adalah daripada Kerajaan Federal bukan daripada TNB. Daripada Kerajaan Federal dan kita hutang sama TNB. But in a form of grant atau loan daripada Federal Government if Yang Amat Berhormat bawalah ini kepada perhatian Yang Amat Berhormat untuk berbincanglah perkara ini dan juga, last satu ah? Tadi saya ada bangkitkan isu Tenom. Pangi punya stesen itu. Ini sejak kita sudah mempunyai kehilangan bekalan elektrik daripada Tenom, Pangi ini sejak 2022, Oktober sudah, ah Yang Amat Berhormat…
I
Dia orang sudah bagi jaminan dia akan mula beroperasi pada bulan Mac yang akan datang ini. Jadi kita tunggu lah pada bulan Mac..
I see, Okey.
…tambahlah elektrik kita lebih kurang 66 megawatt.
66, Yang Berhormat. Terima kasih. Kita tunggu lama. Terima kasih.
Terima kasih banyak. Jadi Tuan Speaker, saya ingat satu lagi perkara yang saya mahu jelaskan di sini tentang peranan ketiga-tiga entiti kerana tadi ada disebut, ada ditimbulkan oleh beberapa wakil rakyat mengenai dengan ECoS. ECoS ialah badan kawal selia bagi aktiviti bekalan gas daratan dan elektrik serta tenaga boleh baharu dari aspek penguatkuasaan enakmen…
Bekalan Gas 2023.
Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Enakmen Tenaga Boleh Baharu 2024. Ini adalah merangkumi pematuhan dari aspek keselamatan penggunaan elektrik, penyediaan kod standard dan kod pengoperasian sistem. Penetapan tarif yang mampan dan perancangan pembangunan bekalan gas daratan dan bekalan elektrik termasuk tenaga boleh baharu di negeri Sabah.
Selain itu, ECoS juga memainkan peranan untuk memastikan kos operasi SESB adalah munasabah dan berpatutan di samping menentukan tarif elektrik yang berdaya maju dan mampu milik kepada pengguna-pengguna di negeri Sabah. Manakala, peranan Unit Tenaga Negeri Sabah, UTNS, di bawah Jabatan Ketua Menteri adalah bertanggungjawab ke atas dasar atau polisi bekalan elektrik serta
I berperanan sebagai perantara di antara pihak utiliti SESB dan badan kawal selia ECoS berkenaan isu-isu pembangunan infrastruktur, dari aspek penyediaan dana projek daripada Kerajaan Persekutuan serta memudah cara isu-isu yang melibatkan Jabatan, Kementerian, Agensi Negeri Sabah.
Manakala, SESB ianya sebagai syarikat utiliti yang diberikan lesen oleh ECoS untuk operasi penjanaan, penghantaran, pengagihan dan peruncitan bekalan elektrik di negeri Sabah. Ianya bertanggungjawab untuk memastikan prestasi dan tadbir urus dilaksanakan berdasarkan kepada Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan. Itulah serba sedikit peranan ECoS, Unit Tenaga di Jabatan Ketua Menteri dan SESB.
Jadi Tuan Speaker, saya ingat itu sajalah yang perlu saya jawab mengenai persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang turut membahas dan menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih, Datuk Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
I
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu, Dua dan Tiga dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu, Dua dan Tiga dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila?
I
Sekarang Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024Bill
Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024. Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi pengawal seliaan pembekalan elektrik. Pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024Bill
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024.
Bacaan kedua bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
I
Baiklah.
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024, bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024, bacaan kedua.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, seperti mana yang telah kita sedia maklum, Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya mengambil alih kawal selia bekalan gas daratan pada 10 Januari 2023. Di mana kuasa kawal selia ini diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah yang lebih dikenali sebagai ECoS.
Peralihan kuasa kawal selia ini diteruskan lagi dengan pengambilalihan fungsi kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan, selaras dengan tuntutan di bawah perjanjian MA63. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kawal selia industri bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah berkuat kuasa pada hari ini, 3 Januari 2024. Justeru, Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 dibentang pada hari ini untuk membolehkan kuasa kawal selia bekalan elektrik tersebut dapat diambil alih sewajarnya dan seterusnya dapat dikuat kuasakan pada tarikh penyerahannya, iaitu pada 3 Januari 2024.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Rang Undang-undang ini akan ditadbir dan dikuat kuasakan oleh ECoS.
Tuan Speaker, pada Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 ini, mana, mengandungi 14 bahagian dan 112 Fasal. Perincian kepada perkara tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 yang telah diedarkan di Dewan yang mulia ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat.
I Bahagian pertama, mengandungi dua fasal yang menyatakan tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan tafsiran bagi perkataan yang digunakan di dalam Rang Undang-undang tersebut.
Bahagian kedua, mengandungi satu fasal yang menerangkan fungsi dan kuasa ECoS dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti bekalan elektrik.
Bahagian ketiga, mengandungi empat fasal yang memperuntukan berkenaan kumpulan wang elektrik yang berada di bawah tadbir dan kawalan ECoS. Bahagian keempat, mengandungi 24 fasal yang memperuntukan pelbagai perkara dan diantaranya adalah seperti berikut; kehendak.
Bagi pelesenan, pemindahmilikan lesen, obligasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen, kod garis panduan atau arahan yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen, penyelenggaraan akaun pemegang lesen tahunan, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada mana-mana pihak, liabiliti pemegang lesen sekatan penggunaan lesen selain daripada penggunaan yang dinyatakan. Pengecualian kelengkapan daripada distrust atau pengusiran penyitaan dan penahanan pendaftaran dan pemeriksaan pepasangan serta pemberian kuasa kepada pengendali sistem dan pembeli tunggal kepada sesuatu unit jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen.
Bahagian kelima mengandungi satu fasal berkaitan kawalan kompeten, bahagian keenam mempunyai empat fasal yang menerangkan mengenai standard dan kehendak sekali gus pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubung dengan pengunaan elektrik dengan cekap.
Bahagian ketujuh mengandungi 14 fasal yang menerangkan mengenai kewajipan membekal oleh pemegang lesen kecualian daripada membekal elektrik kuasa ECoS dalam menetapkan tarif dan caj hak pemegang lesen dalam mengenakan surcaj kos
I perbelanjaan cagaran dan pemulangannya.
Perjanjian pembekalan dan perjanjian khas penentuan dan pemberitahuan pertikaian serta keputusan ECoS dalam mengendalikan pertikaian dan kuasa ECoS dalam menetapkan harga maksimum bagi penjualan semula elektrik dan caj bekalan elektrik.
Bahagian kelapan mengandungi satu fasal berkenaan pemberitahuan kemalangan atau kebakaran, bahagian kesembilan mengandungi tujuh fasal yang memperuntukkan keselamatan pepasangan dan kelengkapan. Bahagian ini secara dasarnya menerangkan mengenai tanggungjawab pemegang lesen pemunya atau pengendali terhadap keselamatan dan segala kerja atau aktiviti yang tidak dibenarkan dan juga kuasa ECoS dalam melakukan pemeriksaan untuk memastikan kelengkapan mematuhi standard yang ditentukan oleh ECoS. Bahagian kesepuluh mempunyai dua fasal yang menerangkan mengenai tatacara siasatan bagi apa-apa perselisihan pendapat di antara pemegang lesen dan seorang pegawai diberi kuasa atau pengurus antara pengurusan atau pemunya mana-mana pasangan atau kelengkapan. Bahagian kesebelas mempunyai tujuh fasal yang menerangkan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan dan penalti.
Bahagian kedua belas mempunyai 18 fasal yang memperuntukkan kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan di bawah Rang Undang-undang ini. Bahagian ketiga belas mempunyai 25 fasal yang mana antaranya menyatakan tentang kesalahan oleh Pertubuhan Perbadanan Pengkompaunan kesalahan pendakwaan, penalti am, pengauditan pemegang lesen atau semua pemunya atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik penentuan standard pepasangan atau kelengkapan gangguan elektrik terhadap talian Pengisyarat Kerajaan atau Kerajaan Persekutuan. Tatacara dalam hal kecatatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya, larangan mengambil kanak-kanak bekerja, pembangunan kod oleh ECoS dan pematuhan baginya garis panduan atau arahan oleh ECoS, kuasa khas darurat, kuasa untuk mengisytiharkan sumber air obligasi untuk memberikan maklumat dan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.
Bahagian keempat belas mengandungi dua fasal yang menyatakan tentang kecualian dan peralihan dan juga kuasa eksekutif Kerajaan Persektuan bagi menyiapkan projek-projek infrastruktur elektrik yang sedia ada untuk memastikan kesinambungan perlaksanaannya.
I Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-undang ini, ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia Sektor Pembekalan Elektrik di negeri Sabah agar segala aktiviti Sektor Pembekalan Elektrik yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif dan efisien. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Peringatan masa untuk berbahas diberi sebanyak 15 minit, dengan itu saya menjemput Yang Berhormat daripada Kuamut.
Terima kasih, Datuk Speaker. Selamat Tahun Baharu adikku, Datuk Speaker, eh, tukar sudah Speaker. Selamat Tahun Baharu dan Selamat Pengantin Baru Datuk adikku, Datuk.
Terima kasih, YB Kuamut.
Saya berdiri di sini, untuk menjadi salah seorang saksi hidup untuk menyokong dan meraikan satu kejayaan yang besar kepada pimpinan GRS plus PH di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman. Semua kita maklum dan semua kita tahu dan pernah kita menyaksikan sejarah beberapa bulan atau minggu yang lalu di mana seluruh negeri Sabah mengalami satu situasi yang tidak menyenangkan semua pihak, di mana, di mana-mana sahaja di kedai kopi, di media sosial malahan di platform-platform mana sekalipun dinyatakan tentang ketidak upayaan Kerajaan Negeri untuk memberikan bekalan elektrik kepada warga di negeri Sabah.
Hari ini, kita meraikan satu kejayaan yang besar di mana pembentangan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Silam, apa ini, Sulaman, minta maaf, mengenai Rang Udang-undang Bekalan Elektrik 2024.
Tuan Speaker, saya ini jarang-jarang memberikan pujian melangit tetapi hari ini saya terpaksa memberikan pujian kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan
I pimpinan Kerajaan ini kerana telah mencipta satu lagi sejarah kejayaan negeri Sabah, di mana satu lagi kuasa yang dulunya kuasa itu ditangan Kerajaan Persekutuan tetapi hari ini, kuasa itu telah diberikan kepada Kerajaan Negeri. Saya juga ingin merakamkan pujian dan banyak terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana atas kerendahan hati beliau dan Kerajaan Persekutuan rela berkorban, rela mendengar rintihan rakyat negeri Sabah, rela mendengar saranan, cadangan dan permintaan pemimpin-pemimpin negeri Sabah dan hari ini adalah titik kegemilangan…
…Tanda mercu, keupayaan, persefahaman dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Persekutuan. Tuan Speaker, saya juga ingin merakamkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan kita daripada Warisan. Kalau dulunya apabila kita membuat persidangan khas mengenai teks mereka tidak hadir tapi hari ini mereka datang memberikan sokongan. Itu satu petanda awal bahawa suasana politik kita perlu gencatkan pertelingkahan, kita perlu gencatkan ketidaksefahaman demi untuk negeri kita yang tercinta ini. Tuan Speaker, saya meneliti, saya mendengar dan saya memahami pembentangan Rang Undang-undang yang dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan daripada itu saya boleh susur galurkan beberapa perkara yang sempat saya cerahkan pada hari ini. Yang pertama, Datuk Speaker ini menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri ini walaupun kita di luar mendengar bahawa Kerajaan ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman tidak bermaya, tidak cergas, tidak apa ini bersuara tetapi Kerajaan ini Datuk Tuan Speaker adalah Kerajaan yang diam-diam tetapi bekerja. Kita bukan macam ayam betina yang bertelur. Kalau ayam betina yang bertelur, dia bertelur satu biji satu kampung mendengar suaranya “kokoookkokoookkoookkoookkoook...” (bunyi ayam berkokok), Inda (tidak)! Yang Amat Berhormat Sulaman ini dia diam-diam tetapi dia bekerja dan hari ini adalah hasil daripada kerja Yang Amat Berhormat Sulaman (bunyi tepukan meja).
I Sebab Kerajaan Negeri ini Datuk Speaker, dia memahami, kita faham bahawa perlu ada satu tindakan yang konkrit yang tegas untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan elektrik di Negeri Sabah.
Kerajaan ini faham bahawa kadar penggunaan dari hari ke hari semakin bertambah apatah lagi dengan kestabilan politik dan keyakinan pelabur-pelabur luar terhadap pimpinan Kerajaan Negeri ini berduyun-duyun pelabur-pelabur datang ke Negeri Sabah untuk melabur, membuka kilang dan sebagainya dan itu memerlukan tambahan penggunaan tenaga elektrik. Jadi Datuk Speaker, kalau kita tanya apa cadangan, apa tindakan Kerajaan Negeri? Inilah dia bermula dengan mengambil alih kuasa daripada Kerajaan Persekutuan sebab selepas itu nanti semua perancangan akan dibentangkan dan sudah pun dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebentar tadi. Yang kedua, dapatan saya Datuk Speaker, di luar sana bertanya adakah selepas ini Kerajaan Negeri akan menaikkan tarif elektrik? Bil-bil elektrik adakah dia akan melambung tinggi? Datuk Speaker, menurut pendengaran saya yang kita akan luluskan pada hari ini tidak ada kenaikan tarif elektrik. Jadi kepada rakyat yang di luar jangan takut, jangan gundah-gulana, jangan bimbang kami di Dewan Undangan Negeri ini tidak meluluskan kenaikan tarif elektrik tetapi sekadar untuk meluluskan mengambil alih kuasa elektrik yang dulunya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Yang ketiga Datuk Speaker, Rang Undang-undang ini akan memberikan kepada ah ECoS untuk memantau mana-mana kecurian sama ada kecurian di kalangan elektrik, di kalangan rakyat ataupun mungkin di kalangan kilang-kilang, ah ini akan dipantau oleh ECoS ataupun Suruhanjaya Tenaga dan kalau ada pemantauan saya yakin dan percaya akan ada tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap pencuri-pencuri bekalan elektrik ini kerana kalau tidak seperti yang kita saksikan sekarang ini dan pernah kita dengar memang di merata-rata di negeri Sabah ini ada sahaja penyambungan-penyambungan elektrik secara haram, pencurian-pencurian tenaga elektrik yang di luar kawalan pihak SESB ataupun Suruhanjaya ini yang mengakibatkan blackout, kekurangan tenaga elektrik yang menyebabkan blackout dan sebagainya. Jadi, melalui pemantauan ini kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan pendek, menjadi jalan mudah mencari jalan mudah untuk mencuri bekalan elektrik saya pasti dan yakin akan dipantau dan akan
I diambil tindakan dan itu saya setuju sebab adil kepada kami yang membayar elektrik setiap bulan.
Datuk Speaker, yang terakhir kerana saya ada 15 minit sahaja. Pesan saya kepada siapa yang diberikan amanah oleh Kerajaan, menganggotai ataupun menakhodai sama ada Suruhanjaya ini ataupun SSABD yang akan dilantik menjadi pelaksana. Tolong! Tugas kami sebagai pelaksana dasar kami sudah buat. Kami sudah luluskan. Saya bantu kita bantu mereka untuk berikan kuasa. Kalau dulu alasan SESB kita bermasalah dari segi bekalan elektrik kerana kita tidak ada kuasa, kuasa itu dimonopoli oleh Kerajaan Persekutuan. Brother! Hari ini kita sebagai pelaksana dasar sudah tolong kamu bagi kuasa. Kami tidak mahu minta lebih, kita sudah buat dasar di Dewan Undangan Negeri, kami tidak mahu minta lebih. Tolong buat semampu dan sebaik yang mungkin. Jalankanlah amanah sebaik yang mungkin, kalau kamu kenal ada kecurian elektrik.
Saya dimaklumkan ada juga kilang-kilang, jangan rakyat sahaja diambil tindakan, yang kilang-kilang mencuri elektrik ini pun tolong ambil tindakan.
Berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kita supaya mereka mendapat bekalan elektrik yang baik. Kita tidak mahu nanti ada lagi gangguan di sana ada gangguan di sini, catuan di sana catuan di sini, kerana Tuan Speaker bukan sahaja rakyat yang terasa, saya sendiri pun terasa. Satu kali blackout, satu kali aircond rosak. Apatah lagi rakyat, satu kali blackout, ice box, kipas, aircond semua rosak. Rakyat terasa. Setiap kali blackout, setiap kali benda rosak ratusan mereka rugi.
Beribu mereka rugi. Satu tahun mereka kumpul duit untuk membayar kerosakan aircond dan apa juga yang sepatutnya duit ini dibelanjakan untuk anak-anak mereka yang pergi ke sekolah. Jadi, minta tolong kepada badan-badan pelaksana ini. Tolong laksanakan tugas dengan sebaiknya. Kita tidak mahu beberapa tahun yang lalu kita menyaksikan.
Datuk Speaker, minta pencelahan?
I
Ketidak.
Pencelahan YB.
Minta maaf, Datuk Speaker.
Sedikit sahaja. Saya sebenarnya amat bersetuju dengan Kuamut dengan kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna-pengguna elektrik ini. Tetapi setujukah Yang Berhormat Kuamut bahawa pihak SESB pada 30 Disember tahun lalu telah pun mengumumkan ada pelarasan tarif untuk komersial dan industri dengan kenaikkan dari 2.11 sen hingga 7.21 sen. Setujukah Yang Berhormat?
Tuan Speaker, masukkan itu dalam ucapan saya dan saya akan bertanya kepada pihak yang berkuasa tentang pelarasan-pelarasan sebab ini ditanya di bawahan. Tetapi yang saya faham setakat ini, tidak ada kenaikan tarif yang akan membebankan kepada rakyat.
Tuan Speaker, saya sambung mengenai permohonan saya supaya pihak pelaksana ini menjalankan sebaik yang mungkin. Dulu di Dewan ini, saya pernah utarakan mengenai “jambatan ke syurga”. Pihak SESB ini juga ataupun Suruhanjaya ini juga adalah salah satu part of yang boleh memungkinkan jambatan itu sampai ke syurga. Bukan saja engineer, bukan sahaja DA-DA, bukan sahaja badan-badan ataupun jabatan-jabatan yang lain tetapi SESB juga salah satu elemen ataupun faktor yang menjadikan kita naik ke syurga. Apa ini sampai ke syurga melalui jambatan yang kita akan bina.
Jadi, sama-samalah Datuk Speaker, harapan saya dengan apa ini lulusnya Rang Undang-undang ini yang baik untuk negeri Sabah. Mudah-mudahan permasalahan-permasalahan mengenai bekalan elektrik ini, kalaupun tidak diselesaikan serta-merta tetapi hari ini adalah satu langkah awal langkah pertama yang boleh memungkinkan langkah-langkah penyelesaian, seterusnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, bekalan elektrik kepada rakyat dan semua warga kita di negeri Sabah ini. Tuan Speaker, saya menyokong. Terima kasih.
I
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Kuamut. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Kapor.
Terima kasih kepada Datuk Speaker kerana diberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan berkenaan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 ini.
Saya ingin mengusulkan sokongan ke atas usul Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah sebentar tadi.
Adalah amat penting sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat di negeri Sabah ini untuk memastikan sebarang usaha atau inisiatif yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan, tidak akan menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara Kerajaan dan rakyat di negeri Sabah. Oleh yang demikian, Rang Undang-undang ini telah digubal dengan mengambil pendekatan adopt and adapt daripada Akta Bekalan Elektrik 1990 dengan beberapa penambahbaikan atau perubahan minimal dilakukan bagi memastikan ianya selari dan bersesuaian dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Sabah.
Selain itu, setelah mengambil pandangan Jemaah Menteri serta pihak-pihak yang berkaitan, Rang Undang-undang ini juga telah digubal berpaksikan dengan kesejahteraan sosioekonomi dan kebajikan rakyat negeri Sabah.
Maka, penggubalan Rang Undang-undang ini tidak sama sekali melibatkan sebarang kenaikan ke atas tarif elektrik demi memastikan rakyat negeri Sabah tidak merasa terbeban dan kuasa kawal selia elektrik dapat diserahkan kepada negeri Sabah dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan GRS Sabah atas usaha memastikan penyerahan kuasa kawal selia elektrik dapat direalisasikan. Seterusnya, Datuk Speaker. Suatu peruntukan khas telah dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang ini bagi memastikan Projek-projek Sambungan Bekalan Elektrik Sabah di bawah Rancangan Malaysia ke-12 diteruskan oleh pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah. Selain pembiayaan berterusan ke atas projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13, peruntukan ini dapat menjamin bahawa negeri
I Sabah tidak akan ketinggalan atau diabaikan secara total dalam Pelan Pembangunan Infrastruktur Bekalan Elektrik, terutamanya bagi projek-projek kritikal yang telah dikenal pasti di seluruh negeri Sabah.
Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan semua Ahli-ahli Dewan Undangan negeri Sabah atas perhatian dan kerjasama dalam perbahasan ini.
Saya berharap agar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dapat memberikan pertimbangan sewajarnya dan saya yakin dan percaya bahawa permasalahan kita selama berpuluh tahun lamanya, untuk mentadbir dan mengawal selia sendiri industri elektrik di negeri Sabah ini, dapat dirungkai dan diselesaikan melalui Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 ini. Tanjong Kapor mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Kapor Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Senallang.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya turut serta dalam perbahasan pada kali ini untuk menyentuh tentang Akta Bekalan Elektrik yang ada. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat dari segi dasar dia, policy of the government of the day walaupun saya faham bahawa dia mengambil sedikit masa, tujuh tahun sepenuhnya SESB ini telah diambil alih. Cuma saya ingin bertanya, kepelbagaian sumber bekalan elektrik bukan hanya di Sabah, di tempat-tempat lain pun.
Apakah dasar Kerajaan yang ada pada hari ini bila dah kita luluskan Rang Undang-undang ini tentang penggunaan bekalan elektrik daripada IPP? Adakah pihak Kerajaan ataupun ECOS akan mengambil satu langkah di mana menghentikan, tidak akan ada another IPP pergantungan seperti apa yang berlaku di Sarawak? Tidak ada satu pun IPP di Sarawak. Mereka boleh menjana kuasa sendiri menerusi tenaga elektrik yang ada.
Saya yakin bahawa pihak SESB mampu kalau sekiranya kita mempunyai dasar yang jelas dan keupayaan pengurusan pentadbiran yang begitu cekap. Kita boleh katakan bahawa swasta boleh bagi, IPP boleh bagi tenaga. Mereka juga meminjam
I duit daripada pihak swasta untuk melahirkan can supply the electric to the Government of the day.
Cuma saya melihat kenapa Kerajaan dengan outfit yang ada menggunakan bukan hanya kedu...
…duit yang sedia ada ataupun pinjam daripada contohnya Sabah Development Bank sendiri untuk menjana supaya bekalan elektrik ini mencukupi kepada rakyat Sabah dan juga Sabah. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, tentang apakah dasar pihak kerajaan untuk kegunaan contohnya dari segi membantu pelanggan-pelanggan R100 Companies, iaitu untuk mencapai nett zero carbon credit yang ada untuk memastikan dia selari dengan dasar dunia pada hari ini, sama ada kita galakkan?
Kita mempunyai dasar bekalan elektrik yang ada penggunaan dia dan pembekal dia, it must be free carbon yang ada contohnya penggunaan diesel, penggunaan yang environment can contribute to disaster, itu yang kita nakkan sama ada kita mempunyai dasar yang cukup jelas dan saya juga ingin bertanya kepada kerajaan contohnya alternative source yang ada, biomass ya, kita merupakan satu tempat yang mempunyai ladang kelapa sawit yang cukup besar di negara kita di Malaysia. Setakat ini cuma very minimal saja saya ingat, di Tawau contohnya di Sandakan, di Lahad Datu ladang-ladang yang begitu besar. Mereka mungkin hanya menggunakan biomass untuk kegunaan mereka sendiri, kilang-kilang.
Adakah pihak kerajaan di bawah ECoS yang ada mempunyai dasar supaya this is another green technology yang ada biomas untuk memastikan supaya kegunaannya dapat kita tingkatkan dan mengurangkan penggunaan kegunaan IPP yang ada? Dan saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat tentang non relieval energy yang ada, non apa ni, apa ni (sebutan tidak jelas) yang ada. Apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk memastikan supaya bila terbantut bekalan elektrik ke kampung, ke kawasan ini bahawa kita mempunyai satu dasar yang begitu jelas pembekalnya ya, sama ada kita mempunyai dasar, we get them a chance or we terminate them?
I Dengan jelas bahawa kita tidak boleh bergantung dan kita mendapat bekalan daripada pihak-pihak tertentu untuk memastikan supaya Sabah mempunyai bekalan yang mencukupi dan saya ingat setakat itu sahaja yang saya hendakkan bertanya kepada Kerajaan, iaitu contohnya SAIDI kita mempunyai yang terbesar di negara 262, manakala di Semenanjung cuma 50 saja.
Apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk memastikan supaya gangguan-gangguan, catuan-catuan yang ada pada hari ini mulai oleh kerana kita dah ambil alih, kita tidak mahu cuma lift services yang ada menyatakan we take over, then the moment we take over nothing is done, we don’t want to be blame end of the day, there you are you ask for it, now your managing SESB and failure after failure. Kita tidak mahu nanti (sebutan tidak jelas) bahawa kita tidak ada keupayaan untuk mengurus tadbir yang ada? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, bahawa apakah langkah-langkah untuk memastikan tenaga pekerja yang ada di bawah SESB ini mempunyai kebolehan, kemahiran, mereka dilatih. Ada kejadian, contohnya di Lahad Datu, di mana bekalan elektrik lepas itu dia di bawah, lepas itu dia meninggal dan ada juga insiden di mana pegawai-pegawai yang tidak terlatih, pegang wayarnya meninggal dunia dan adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan untuk melahirkan akademi contohnya, satu pusat kita tidak boleh bergantung kepada Kuala Lumpur, send them to KL, to trained them to KL?
Adakah pihak kerajaan melahirkan satu badan khusus di Sabah untuk melatih anak-anak kita mempunyai tenaga kemahiran dalam pembekalan elektrik supaya jangan nanti esok mereka tidak tahu, tidak apa, kesan dia ya? Apa akan berlaku kepada diri mereka sendiri, keselamatan mereka? Kalau sekiranya sambungan elektrik yang ada, kadang-kadang ada juga bukan setakat pegawai yang menyambung, terkadang itu sambungan yang tidak begitu baik, rumah boleh terbakar ya. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan langkah-langkah yang diambil, dasar-dasar jelas khususnya tadi saya sebut tentang IPP, sama ada masih lagi pihak kerajaan bergantung dan dengan hanya bekalan daripada pihak IPP dan juga kita source ada green technology yang ada? Terima kasih banyak.
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Sekarang, saya menjemput, Yang Berhormat daripada Kapayan.
I
Yang Berhormat Speaker, Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, kopivosian, salam sejahtera untuk tahun baru 2024. Semoga tahun 2024 ini akan membawa lebih kebaikan kepada semua dan juga terutamanya kepada rakyat Sabah. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah yang telah membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 ini tadi. Saya mengusulkan sokongan kepada Rang Undang-undang tersebut.
Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah akan memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi dan juga infrastruktur pembekalan elektrik di Sabah. Penyerahan kuasa kawal selia ini akan memberi fleksibiliti kepada Kerajaan Sabah dalam membuat keputusan berkenaan sektor elektrik dengan lebih efektif dan efisien. Ini adalah kerana ECoS selaku badan kawal selia adalah lebih fokus di dalam melaksanakan tugas mereka yang semata-mata tertumpu ke atas sektor elektrik di Sabah ini. Di samping itu, sebagai badan kawal selia tempatan pegawai-pegawai ECoS yang terdiri daripada anak-anak tempatan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang industri tenaga di Sabah akan mampu mengalas tugas yang diamanahkan.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga digubal sebagai komitmen kerajaan untuk merealisasikan isu-isu tuntutan di bawah MA63 yang juga akan memberi kesan langsung kepada ekonomi, sosial dan industri di Sabah. Melalui Rang Undang-undang ini, saya yakin bahawa kesan pengambilan kuasa kawal selia sektor bekalan elektrik dapat menambah baik fasiliti dan kemudahan elektrik di Sabah melalui kerjasama semua pihak, terutamanya pihak-pihak pemegang taruh. Keputusan untuk mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik terlebih dahulu dan kemudian Sabah Electricity Sdn Bhd ini atau SESB, setelah Pelan Tranformasi SESB siap dilaksanakan, iaitu tujuh tahun dari sekarang. Ini adalah suatu tindakan yang tepat, setelah mengambil kira SESB memerlukan masa untuk mencapai kemampanan operasi dan kewangan, sebelum ianya bersedia kembali kepada
I Sabah. Seperti yang kita dengar tadi, ini adalah pelan dan saya setuju ini bahawa ini kita perlu bersedia dan mengambilnya, tindakan yang sewajarnya untuk mencapai pengambil alihan SESB ini.
Ini bermakna SESB akan ambil alih, akan diambil alih oleh Kerajaan Sabah pada ketika ianya tidak lagi bergantung harap kepada bantuan kewangan yang besar dan tidak akan membebankan Kerajaan Sabah dan juga rakyat Sabah. Saya juga melihat Rang Undang-undang ini digubal dengan mengambil kira kelangsungan inisiatif dan Pelan Tindakan Kerajaan Persekutuan ke atas penambahbaikan infrastruktur utama bekalan elektrik, sama ada di bandar mahupun di luar bandar melalui peruntukan RMKe-12 dan juga RMKe-13 agar ianya dapat diteruskan dengan lancar walaupun tampuk kuasa kawal selia bertukar tangan kepada Kerajaan Sabah melalui ECoS.
Ini adalah selari dengan persetujuan bersama di antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan semasa perundingan pengambilalihan kuasa kawal selia yang diadakan, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah, saya percaya…
…bahawa Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 ini digubal dengan rapi setelah mengambil kira keperluan dan kepentingan rakyat Sabah.
Kenyataan saya ini boleh dilihat menerusi perbincangan dan kerjasama berterusan yang telah diadakan oleh pihak berkepentingan, antaranya Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Sabah Electricity Sdn. Bhd. serta lain-lain jabatan dan agensi berkaitan sebelum Rang Undang-undang ini dimuktamadkan agar ianya lebih relevan, efektif dan memenuhi kepentingan rakyat di Sabah.
Tuan Speaker, saya berpuas hati dengan isi kandungan 14, Bahagian Rang Undang-undang tersebut dan ia nampaknya terperinci serta termasuk juga empat
I jadual. Saya ingin mengesyorkan agar Kumpulan Wang Elektrik seperti dalam isi kandungan Rang Undang-undang ini dikehendaki untuk dibelanjakan bagi menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna.
Kumpulan Wang Elektrik tersebut harus dibelanjakan agar ia memerlukan, terutamanya mereka di luar bandar yang belum mendapat bekalan elektrik diberi keutamaan.
Tuan Speaker, saya juga mempunyai dua soalan pada Yang Amat Berhormat berkaitan Rang Undang-undang ini.
Pertamanya, apakah pendirian Kerajaan Sabah terhadap pembekalan tenaga, penjana kuasa bebas ataupun independent power producer, dari segi prestasi mereka dalam pembekalan serta implikasi-implikasi yang lain? Saya juga ingin bertanya, adakah terdapat rancangan Kerajaan Sabah untuk memberi prioriti kepada jenis pembangunan yang tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi, memandangkan Sabah masih dalam proses menaikkan kapasiti penjanaan elektrik, seperti dikatakan tadi?
Saya percaya ini adalah penting bagi kita melihat supaya kita merancang dengan baik di mana kita ingin, ke mana kita ingin gunakan atau prioriti kita supaya semua rakyat Sabah mendapat manfaat yang sama dan juga kita tidak akan mengurangkan bebanan dalam masalah-masalah yang timbul.
Akhir kata, Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah atas perhatian dalam perbahasan ini dan saya harap agar kita terus bekerjasama untuk mencapai Undang-undang yang berkualiti tinggi dan memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dalam apabila Rang Undang-undang ini diluluskan dan akan dilaksanakan.
Sekian dan saya menyokong usul pembentangan ini. Terima kasih.
I
Terima kasih, Yang Berhormat Kapayan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Aru.
Terima kasih, Datuk Speaker. Okey dan juga saya ucapkanlah syabas atas pembentangan Rang Undang-undang ini dan saya tertariklah pada tadi ucapan daripada YB Kuamut itu bahawa kuasa ini sudah kembali ke Sabah ini.
Ini memang satu usaha yang baiklah dan juga dialu-alukan jugalah. Kehadiran Warisan untuk menyokong Rang Undang-undang ini memang sebab ini adalah terbaik untuk Sabah. Jadi, memang kita sokong.
Tapi juga kalau bolehlah kasih sedikit kreditlah sebab permulaan ini adalah daripada Warisan plus government tu. Saya rasa pada masa itu, YB Kuamut pun bersama kitalah pada masa itu. Dia tahu itu.
Jadi, ini bagi kredit jugalah ah. Warisan yang bermula dengan ini, apa ini? Effort untuk kembalikanlah. Ini SESB kepada Sabah ini dan bila kita, Datuk Speaker, bila kita sentuh atau bincang pasal Pembentangan Rang Undang-undang tentang Bekalan Elektrik 2024 memang membimbangkan rakyat itu adalah tarif dialah. Walaupun tadi jugalah YB Kuamut ada bagi tahu bahawa hari ini kita tidak, apa ini? Bincang atau bentang atau luluskan Bekalan Elektrik ini pada hari ini, itu memang benar tapi juga saya ingin mungkin tambah sedikitlah bahawa kalau SESB mahu tambah atau mahu menaikkan tariff bekalan ini, bekalan elektrik tarif dia, dia tidak perlu melalui DUN itu.
Dia boleh naik esokkah atau bila-bila mengikut administratif dia. Jadi, itulah saya ingin buat punya jalan. Jadi, ini tidak. Ertinya bahawa hari ini kita tidak bincang. Ertinya, itu tarif tidak akan naiklah. Itu yang saya ingin memperjelaskan di sini. Sebab saya ada nampak pada hari ini, memang pun ada ini pengumuman daripada SESB bahawa ini tarif bekalan elektrik akan naiklah tapi saya rasa kebanyakan domestic user tidak akan dikenali dan juga yang dikenakan itu commercial dan juga business userlah dan saya diberitahu dia punya tarif naik daripada RM 2.11 ke RM
I 7.21, itu ada amat drastik sikitlah. Saya nampak ada drastik sikit. Kalau boleh, mungkin kalau boleh, adjust itu jangan terlampau drastiklah. That is very drastic for even commercial userlah.
Jadi, kalau bolehlah saya rasa, kalau ini boleh dan juga review jugalah dan di sini tadi saya ingin bila kita sentuh bekalan elektrik tarif ini, kita mahu cari kaedah atau cara macam mana kasih menurunkan hal ini bagi cadangan juga daripada banyak-banyak kepada Yang Berhormat tadi dan saya ingin sentuh satu sajalah, yang polisi yang SESB sedang apa yang kena panggil? Sedang laksanakan adalah sedikit. Saya nampak tidak macam itu friendlylah dan ada sedikit abnormallah bagi saya. Jadi, saya ingin bawa keprihatinan kepada Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat dan juga Datuk Speakerlah.
Tadi Yang Amat Berhormat ada sentuh pasal BESS tu, Battery Energy Storage System tu, salah satulah langkah untuk mengenai isu bekalan mengeluarkan bekalan elektrik untuk mencukupi Sabah ini. Jadi, saya nak sentuh ini sebab saya ada nampak ada satu tender ini. Regress for proposal untuk Battery Energy Storage System ini (BESS) telah dipanggil pada November 2023 and then dia tutup pada 20 Disember 2023.
Jadi, projek hanya diberi satu bulan untuk buat tender kerja kertas tender dia, dokumen dan sebagainya dan designnya dan apa lagi? Dan sudah dekat sama holiday. Jadi, kalau bagi pandangan saya dan juga apa ini kita panggil? Ini advice daripada profesionallah, daripada field ini. No matter how good the team is, they are unable to come out with the very comprehensive documented proposal with good design untuk projek ini for just one month.
Notice it is very unlikely. Jadi, why isn’t the participants be given enough time or at least give them time to participate in the tender? Ini soalan nombor satulah Yang Amat Berhormat dan juga Datuk Speaker.
Furthermore, contractor yang ingin mengikuti taklimat sahaja. Taklimat tender ini melalui online perlu bayar RM10 000.00. I think this is the dasar baru. Dia perlu bayar RM10 000.00 and it’s not refundable. Jadi, I didn’t understand what is the why
I do they have this kind of tender requirement for a project that tender that is the good for all public in Sabah? Why do they impose such a terms and conditions? So, ini adalah satu amat pelik sebab ini dia akan discourage people untuk participate eventhough when we are doing tenderslah. Sebenarnya kita inginkanlah banyak orang untuk ambil bahagian dalam tender ini.
Jadi, tambahan lagi pula, contractor yang mahu menyertai tender ini mesti mempunyai pay up capital tidak kurang daripada RM5 juta. Ini pun naik baru. It’s not RM1 juta atau RM2 juta ini RM5 juta tu punya capital and again this eliminate very genuine contractors who want to participate in the tender.
Kontraktor juga perlu siapkan dua projek yang serupa. Syarat-syarat ini diletakkan dengan ketat. Jadi, nampaknyalah ini Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat, ini saya ingin bawa keperihatinan Dewan yang mulia ini adalah ini tender nampak dia tailor made to fit certain people who can tender it. I feel like this need to be looked intolah. Looked into and supaya ini boleh sebab kalau bila unfair tenders and terms like thatlah…
…result to less people participating even though is open tender and that could result a lot of leakages and thus highest cost of project and thus higher cost of electric electricity operation and then higher electric tariff and that eventually Sabahan, anak Sabah akan bayarlah a pay for it for this leakageslah, and the form higher electric bills. So, ini yang saya ingin. Jadi, ada banyak ramai ini kontraktor yang tidak senang hatilah dengan syarat-syarat ini yang dinyatakan dan juga dengan masa yang singkat, request for project proposal tender ini mess, iaitu lebih kurang satu bulan.
Biasanya tender request proposal ini sedemikian akan dipanggil selama tiga hingga enam bulan kerana cadangan ini memerlukan banyak penelitian teknikal. Jadi, I am asked SESB untuk beri penjelasan dan juga rectitifylah dan saya mintalah Yang Amat Berhormat untuk rectified ini isulah. So, kita akan mahu cari means dan cara
I macam mana kasi turunkan cara menurunkan bekalan elektrik dari dialah, dan juga kalau, kalau ini praktis diteruskan jadi saya nampaknya dari segi sistem dia ada kelemahan kita boleh kasi tambah baik sistem dia untuk menurunkan operation cost dan juga projek cost untuk menurunkan bekalan elektrik tarif dia. Dengan itu, saya mohon menyokong. Thank you, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Tangong Aru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Papat.
Terima kasih kepada Datuk Speaker. This opportunity to wish everyone in this honour house a Happy New Year. Tuan Speaker, It has knowledge that the power generated by IPP to provide by SESB to IPP is 1.2 megawatt beginning 2100 megawatt. In the usage is 80% living a balance of 12% reduce for balancing or what we call exist power, there are recommended or West Malaysia taxis reply nation at 80%, of the power produce for the nation. Sabah is short is short of 18% of the energy produce, require to establish the energy require by Sabah. Recently, I think it is again changer and the good timing that we are now the electricity supply bill, and hopefully to be make an enactment after today. Therefore, is that good be able to regulate a supply the electricity in Sabah, it was must be easier for the local players to deal with, and aggrieve issue conditioning the need for power supply to all state holders. I believe a way forward to all come power shortage, is to the years of indelible energy. We all also help to improve our ESG comply index when this renew energy especially, and this renew energy and other eligible power produces a granted fit in the problem. The problem crony is the notice of the bill is that apparently everyone, to produces energy is required to have a licence from the commission, before there can produce for generate energy that mean electricity.
However, I also think with this provision, there are also many confusion and an sententious about the requirement for licensing, of smaller power producing installation. I like to said the Minister conformation, rather license it is actually require from the commission for solar power of 24 megawatt, for one face single face or for
I 24 kilowatt for three face. In addition, I hope that after the passing of this bill will be many good regulation, to regulate the supply of electricity a use of electricity. For example, if everyone whose is to install solar power to the rooftop, we have also what I call name next energy matter mean to say, whatever produce by that hothouse will be fit in to the SESB system, and will be utilized letter on by the same house, also in the evening when there came back to the house to use, and this will help to reduce the cost of electricity. Above residence as well as to also generate more electricity for the use by others inquire of the industry.
This installation for whom is use is a loud re-power to having the a license from to commission, then you have to encourage more residence for uses to actually install all this power solar panel to there rooftop. For example, if one house is a lot to install 24 kilowatt of electricity, 1000 show will produce 24 megawatt of electricity. And this certain to build up the energy reserve for our state. I just need today I just need the Government to help proper regulation, if regard to the installation of solar panel to every in the houses or including industry including rooftop. Thank you, Master Speaker. I support the bill.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Papat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Sri Tanjong.
Terima kasih kepada Datuk Speaker, untuk memberikan saya peluang dan ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang yang bernama, suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan Bekalan Elektrik Pembekalan Elektrik pada harga yang munasabah, yang mana...
Ini cukup sedap dengar, mendengar.
Di mana, baru-baru ini kita dikejutkan oleh pengumuman secara tiba-tiba bahawa ada pelarasan tarif mulai 1 Januari tahun ini untuk pengguna domestik dan
I pengguna komersial serta industri dari 2.11 sen bagi kilowatt per jam sehingga 7.21 sen bagi kilowatt per jam.
Peningkatan ini merupakan satu peningkatan yang cukup membimbangkan. Ini kerana ICPT ataupun Imbalance Cost Pass-Through surcharge yang dikenakan melonjak sebanyak 242%. Adakah ini merupakan hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Sabah bersempena Hari Natal yang baru-baru diraikan ini? Jikalau ini adalah benar, ia sebenarnya langsung tidak masuk akal, memandangkan Sabah adalah merupakan wilayah antara termiskin di Malaysia.
Saya tidak berhasrat untuk bercakap tentang isu bekalan elektrik yang sering mengalami catuan dalam sesi perbahasan, kerana jika saya sebut sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini, maka saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengutarakan isu-isu lain yang berkait rapat dengan perbentangan Rang Undang-Undang hari ini. Sesungguhnya orang Sabah sudah cukup sengsara di bawah pentadbiran kerajaan GRS. Seperti, seperti apa yang saya sebutkan dalam sidang sebelum ini mengenai purata perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan telah meningkat kepada RM5150.00 pada tahun 2022, dari tahun, dari RM4,609.00 pada tahun 2019, menandakan peningkatan sebanyak 11.07%. Pengangguran di Sabah dilaporkan kira-kira 169,800 orang, jumlah yang tertinggi di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, Sabah berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan enam negeri yang telah melebihi kadar pertumbuhan.
Pencelahan YB.
Tuan Speaker, saya hanya mohon penjelasan.
Saya ingat, saya tidak.
Mohon penjelasan saja, sikit saja.
Okey.
Saya nampak kita punya sesi persidangan, persidangan kita hari ini ialah berkenaan dengan pengambilalihan kawal selia
I bekalan elektrik di negeri Sabah. Ucapan Yang Berhormat Sri Tanjong, apa, apakah kaitan pembangunan ekonomi dengan bekalan elektrik pengambilalihan kawal selia ini sebab Yang Berhormat membezakan, iaitu antara ekonomi sekarang ini dan apa kaitan dia? Boleh terangkan?
Saya sebut perkara ini sebab dalam Rang Undang-Undang ada sebut pembekalan elektrik pada harga yang munasabah. Jadi, di sini saya ingin persoalkan sama ada caj yang akan dikenakan mulai tahun ini adalah munasabah atau tidak. Ini adalah satu soalan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tetapi, saya mengambil maklum apa yang disebutkan tadi. Datuk Speaker, saya ingin sambung ucapan saya. Sabah berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan enam negeri yang telah melebihi kadar pertumbuhan tahunan purata perbelanjaan penggunaan negara sebanyak 5.09%. Antara faktor-faktor tersebut di atas, apakah sebab, mengapa Kerajaan Sabah tidak membantah pelarasan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia?
Saya amat geram dan kecewa terhadap Kerajaan GRS, mengapakah selalunya menggunakan alasan seperti, itulah keputusan Federal, Kerajaan tidak boleh buat apa-apa untuk menjustifikasikan dasar yang sudah tentu akan membebankan rakyat Sabah, tanpa berunding betul-betul dengan pihak berkenaan bagi mencerminkan kerajaan ini adalah kerajaan yang prihatin dan lantang bersuara untuk memihak rakyat Sabah. Sebaliknya Kerajaan GRS yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sulaman, sering gagal untuk berjuang hak-hak orang Sabah dan seolah-olah sudah menjadi yes man kepada Kerajaan Persekutuan.
Kami telah pun menyaksikan bagaimana Yang Amat Berhormat Sulaman menjawab ketua pembangkang mengenai penubuhan LPP yang baru dalam sidang sebelum ini. Ketua Menteri sebut ini bukan kuasa Kerajaan Sabah tetapi kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan GRS tidak boleh menafikan bahawa pentadbiran di bawah kepimpinan.
Tuan Speaker, saya tengok ucapan Yang Berhormat Sri Tanjong ini sudah jauh, salah topik. Dia berkata kegagalan-kegagalan. Bolehkah Yang Berhormat nyatakan apakah kegagalan-kegagalan berbanding
I dengan kajian-kajian yang dibuat oleh Kerajaan GRS di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri?
Saya cuma ingin menerangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini, kenapakah Kerajaan Sabah tidak membantah kenaikan tarif dengan Suruhanjaya Tenaga?
Yang Berhormat Sri Tanjong, kalau boleh let’s stick to the perbahasan berkenaan deal yang kita, Rang Undang-undang yang kita bahaskan pada hari ini.
Datuk Speaker, saya, selepas ini saya akan memberikan cadangan supaya Kerajaan Sabah boleh memperhalusi bagaimana kita dapat membantu sekiranya ini sudah menjadi satu.
Datuk Speaker (suara bertindih).
Sila, sila, sekejap.
Datuk Speaker, saya minta laluan.
Ini ADUN daripada Sri Tanjong ini hanya pandai cakap ini.
Temberang saja. Jangan cakap tidak tentu di sini. Jangan cakap politik di sini.
Saya tidak berpolitik.
Jangan tuduh macam-macam. Kau punya potongan itu, apa? (Suara bertindih)
Yang Amat Berhormat Sulaman, adakah kamu membantah semasa Suruhanjaya Tenaga, melaksanakan ini? (Suara bertindih dengan Ketua Menteri)
Hei, Datuk. Datuk Speaker, saya.
I
Membantah apa?
Itu sahaja sebab kerana Kerajaan GRS gagalkah?
Bukan. Adakah Yang Amat Berhormat betul-betul membantah? (Suara bertindih dengan Ketua Menteri dan Pantai Dalit)
Eh, do you, eh! (Bertindih dengan Ketua
Apa punya wakil rakyat ini?
Ini membebankan rakyat Sabah.
Cakap politik yang tidak tentu, menghasut macam-macam. (Suara bertindih dengan Sri Tanjong dan Pantai Dalit)
Saya tidak menghasut. Ini fakta. (Suara bertindih)
Eh, Sri Tanjong! (Suara bertindih)
Tidak guna.
(Suara bertindih dengan Sri Tanjong dan Pantai Dalit)
Yang diumumkan oleh (kurang jelas) Sabah.
Do you come out with this yourself atau kau baca teks saja ini dari orang? Come onlah you, you, who qualify you to say that. (Suara bertindih dengan Sri Tanjong)
I (kurang jelas) I yang punya. I have. (Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih)
I
This government is not performing? Eh! (Suara bertindih dengan Sri Tanjong)
This is my floor please, this is my floor. (Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua duduk. Bagi saya cakap. Bagi saya cakap. (Suara bertindih)
Im not allow him mencelah. (Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih)
Bukan. (kurang jelas) No, no, no. Dia punya floor. (Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih)
Ahli-ahli Yang Berhormat, semua duduk. Bagi saya cakap dulu. (Suara bertindih)
This is my floor, he should sitting one first. (Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Sri Tanjong pun duduk. Sri Tanjong, sila duduk. Everyone duduk. (Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih)
Sebab dia punya floor, kenapa tidak boleh cerita? (Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Sekejap, sekejap.
Bagi saya cakap, YB duduk. (Suara bertindih)
Nanti YB Sulaman boleh, boleh apa?
Boleh jelaskan. (Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
I
Elopura, Elopura duduk.
Saya tidak bagi dia mencelah.
(Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Sri Tanjong, duduk. Elopura, duduk. Sebentar.
Saya tidak bagi dia mencelah.
(Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Bagi saya cakap. (Suara kurang jelas)
YB, YB, sila duduk.
When SESB review this? (Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Tuan Speaker, Tuan Speaker, masa Sri Tanjong sudah habis. Tutup.
YB, kawal perasaan YB. Kawal perasaan semua. Semua, kawal perasaan. Okey. Sri Tanjong, please let’s stick with the RUU. Kita semua.
Habis sudah masanya, Tuan Speaker.
Teruskan kepada cadangan. Saya tidak mahu dengar any negative feedback from, apa.
Okey, Datuk Speaker.
I
Kita mahu something yang produktif. Kita mahu dengar something yang produktif.
Saya.
Sila teruskan kepada cadangan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya di sini bukan mahu berpolitik. Saya cuma menyatakan fakta yang telah pun diumumkan oleh SESB bahawa ada pelarasan. Ada pelarasankah?
Datuk Speaker, Datuk Speaker. Tapi itu bukan fakta, itu dia membuat fitnah. Dia menghasut.
YB, YB, you only have a few minutes left. Sila teruskan kepada cadangan. Go ahead, go ahead. Kawal perasaan. Everyone please. Go ahead.
Terima kasih, Datuk Speaker. Maka dengan itu, saya mencadangkan sekiranya ini telah pun menjadi satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Saya mencadangkan agar inisiatif boleh dikenakan oleh Kerajaan Sabah seperti apa yang dibuat di Sarawak, di mana mereka telah pun mewujudkan satu inisiatif untuk bagi subsidi kepada rakyat Sarawak, terutamanya dalam bidang komersial dan perindustrian. Bagi sektor perindustrian, sebelum ini saya mengambil maklum bahawa syarikat asing seperti SK NEXILIS mendapat special rate melalui MOU yang telah dimeterai sebagai langkah untuk menarik pelaburan asing ke Sabah. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Sabah boleh mengambil ketetapan yang sama.
… untuk syarikat tempatan dalam sektor perindustrian dengan pemberian special rate sebagai tanda penghargaan
I kepada mereka yang sudah lama menyumbang kepada wilayah ini. Keadaan ini juga dapat meminimakan perbezaan dari segi perbelanjaan antara syarikat tempatan dengan syarikat asing, bahkan juga dilihat sebagai langkah untuk menggalakkan pengeluaran produk tempatan.
Tidak dapat dilupakan bahawa PKS ataupun perusahaan kecil dan sederhana adalah merupakan tulang belakang ekonomi wilayah Sabah, bahkan seluruh negara Malaysia.
Begitu juga untuk sektor penginapan, pengusaha-pengusaha tempatan yang akan menanggung kos bil elektrik yang lebih tinggi di Pantai Timur seperti Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau tidak silap saya semua pengusaha penginapan adalah pengusaha tempatan. Adakah pelarasan ini merupakan satu langkah untuk memangkinkan sektor pelancongan tempatan? Not to mention kekerapan gangguan bekalan elektrik yang sudah menjadi masalah ataupun rintangan untuk pengusaha yang mana kerugian daripada kerosakan alat-alat elektrik.
Itulah, sebab saya tadi menyokong penuh apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kuamut, di mana alat-alat elektrik yang sudah rosak, di mana mereka boleh dapat pampasan? Jadi, dengan itu saya berharaplah Kerajaan Sabah boleh consider cadangan saya untuk mewujudkan satu inisiatif diskaun elektrik. Di Sarawak, mereka dinamakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang, jadi di sini saya harap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh buat pertimbangan untuk adakan inisiatif ini bagi sektor-sektor komersial. Sebab sektor-sektor komersial juga terlibat dalam pelarasan tariff ini.
Pusat membeli-belah sebagai contoh banyak pihak PKS di sana membuka kedai salun dan sebagainya mereka tidak dikenakan, they are not directly affected by this, but they are be deem a shopping mall. Shopping mall adalah satu bangunan di mana mereka akan terpaksa membayar kos yang lebih tinggi oleh sebab ada pelarasan tersebut, maka dengan itu mungkin mereka akan dikenakan management fee yang lebih tinggi, jadi mereka juga akan terlibat secara langsung dalam perkara ini. So, dengan itu saya berharap Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sulaman boleh pertimbangkan cadangan saya untuk memberikan diskaun kepada pengusaha-pengusaha terutamanya pengusaha tempatan. Terima kasih.
I
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Tanjong, sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Elopura.
Terima kasih Tuan Speaker, salam tahun baharu dan berikut merupakan setakat kenyataan saya menilaikan isu bekalan elektrik ini.
Tuan Speaker, setiap tahun SESB yang subsidi dari persekutuan yang TNB 900 juta, nine hundred milion, jadi saya dalam SESB punya bible energy security dan energy sustainability dan energy affordability tadi Yang Amat Berhormat Sulaman ada sebutnya ada tujuh megawatt di Tawau, bateri, gas 100 megawatt, hydro, solar ada 100 di 2025 dan sebagainya.
Jadi, itu yang saya selalu cerita assembility dan affordability ini yang ini yang isu-isu di Sabah ini tadi yang Sri Tanjong pun tadi ada sebut naik harga, jadi kita investor atau yang bussinesman boleh effort kah dia punya harga naik sampai 70 sen yang per jam. Saya nampaknya East Cost dalam SESB ada sebut kita kurang 30% karan semua yang dari Kimanis pergi Sandakan, Tawau dan sebagainya. Jadi, sampai hari ini berapa balance yang Kimanis ada? Masih cukupkah karan untuk East Cost ini kita hanya harap East Cost supply karan pergi Sandakan, Tawau dan sebagainya, ini yang pertama soalan.
Kedua, jadi, harganya subsidi 900 milion, kita ada minta kasih lesskah? Atau yang sekarang Persekutuan di KL ini akan mulakan dia punya costkah? Petronas kasih free itu gaskah? Dieselkah? Untuk SESB sampai hari ini tiada satu jawapan yang betul. Saya harap Yang Amat Berhormat Sulaman ini dapat jawab seluruh Sabah atau yang Sandakan dan East Cost inilah.
Kita tidak dapat, nanti saya akan sebut itu biogas ataupun biomass atau renewable energy dan soalan yang ketiga saya ialah Trans Sabah Gas Pipeline, sampai hari ini Sandakan atau East Cost minta itu Trans Sabah Gas Pipeline sampai hari ini saya tiada cerita tentang Trans Sabah Gas Pipeline ini. Walaupun di East Cost betul-betul mahu satu power plant yang besar 300 megawatt, ingat power plant yang besar bukan macam tadi ada sebut 100 dan sebagainya.
I Kita betul-betul mahu satu power plant yang besar 300 megawatt ini, saya harap ini soalan yang dapat selesai East Cost punya issues. Investor baru datang dan langkah-langkah saya akan sebut di sini ialah sepatutnya ada tiga langkah, tiga langkah. Saya harap Yang Amat Berhormat boleh dapat kita punya suggestions atau kita punya purpose dalam ini yang short-term mungkin sekarang tariff kasih secepat mungkin kasih dari West Coast to East Coast kasih secepat mungkin selesai. Ini adalah satu cadangan the medium punya mungkin Trans Sabah Gas Pipeline atau power gas atau biomass di Sabah sekarang kita tangan ada, bukan di sini mungkin SESB ada planning mahu beli karan di Sarawak atau di Kalimantan. Di Kalimantan mungkin ada 600 megawatt mahu beli, planning mahu beli itu bukan cara yang betul atau cara yang betul, saya harap Yang Amat Berhomat boleh gunakan ini cadangan Trans Sabah Gas Pipeline atau yang power gas atau biomass itu hari saya ada sebut di Dewan yang mulia ini, Sabah minimum can get 600 megawatt yang di tangan kita biomass dan biogas nanti saya akan sebut di next section tapi di jangka panjang ini yang last jangka panjang mungkin hydro power di Sungai Labok atau Sungai Kinabatangan yang termasuk Kuamut juga, kawasan Kuamut juga, ini antara satu tempat yang sesuai untuk buat low pressure hydro power. Di Sungai Labok mungkin high pressure hydro power juga sekarang banyak jenis hydro power boleh dibuat di seluruh dunia boleh ada contoh juga.
Saya harap Yang Amat Berhormat, ini langkah panjang kita baru dapat lebih investor datang untuk Sabah, macam Sarawak. So, kalau tariff masih tujuh ringgit, 70 sen, tujuh sen per unit ini, per kilo watt ini, saya rasanya semua pun lari, mana ada orang mahu datang lagi sekarang rakyat pun tidak dapat mampu mahu bayar ini karan. Walaupun investor datang mana ada mahu pilih di kawasan Sabah. Saya harap dibahas ini Yang Amat Berhormat dapat sokong kita punya cadangan atau yang guna kita punya cadangan atau yang masa depan Sabah ada satu tariff yang murah yang kita mampu atau investor akan datang di Sabah ini. Jadi, Datuk Speaker terima kasih kasih peluang saya, thank you.
Terima kasih, Yang Berhormat Elopura. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat daripada Tungku.
I
Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Datuk Seri Speaker atas ruang dan peluang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam berbahas mengenai Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024. Datuk Seri Speaker, bercakap soal…
…bekalan elektrik di Sabah ini, kita sebenarnya bercakap soal sejarah dan perjalanan bekalan elektrik di Sabah dalam tempoh sejak 110 tahun yang lepas bermula daripada 1910. Bermula dengan tiga buah entiti yang membekalkan elektrik di tiga tempat berbeza secara stand alone, bagi memenuhi keperluan dan kehendak pada ketika itu. Pada tahun 1963, apabila Persekutuan Malaysia dimeterai melalui MA63, Lembaga Elektrik Borneo Utara ditukar nama kepada Lembaga Elektrik Sabah dan kekal di bawah pengurusan Kerajaan Sabah walaupun perbekalan elektrik diletakkan di bawah kawal selia Persekutuan ataupun Federal lease dari tahun 1963 hinggalah ke 1981 di bawah kawal selia Kerajaan Sabah pembekalan elektrik di Sabah melalui pelbagai fasa dan cabaran antaranya kos pentadbiran, kos penjanaan dan pengeluaran tenaga elektrik itu sendiri.
Dalam usaha menangani kenaikan kos, memberikan perkhidmatan di bawah penyediaan bekalan kepada pengguna Kerajaan Sabah telah mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil tanggungjawab mengurus dan mengawal selia pembekalan elektrik di Sabah memandangkan ianya berada di bawah senarai Persekutuan dan cadangan ini dibawa oleh Ahli Parlimen Ulu Padas. Dan dalam usaha menjayakan idea integrasi wilayah yang sedang menjadi keperluan penyatuan dan perpaduan di kalangan masyarakat, yang menduduki tiga wilayah yang berasingan yang disatukan dalam konsep Federation melalui MA63. Pada 1 Januari 1984, segala kuasa perundangan berhubung dengan elektrik Sabah telah dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Lembaga Elektrik Sabah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan susulan penggubalan Akta Lembaga Elektrik Sabah. Meletakkan Lembaga Elektrik Sabah di bawah kawal selia Persekutuan, nampaknya
I tidak menyelesaikan masalah bekalan elektrik di negeri Sabah hingga ke hari ini. Pada 28 Julai 1994, pasukan petugas khas tenaga elektrik dan air ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik dan air Sabah yang diketuai oleh Menteri Tenaga Telekom dan Pos dan Menteri Kerja Raya. 15 September 1994, Lembaga Elektrik Sabah telah menyempurnakan satu laporan mengenai keperluan yang perlu dilakukan bagi mengatasi gangguan tenaga elektrik di Sabah. Pada 16 Jun 1997, idea penswastaan Lembaga Elektrik Sabah diketengahkan dalam usaha membawa budaya korporat dan budaya niaga dalam pentadbiran dan operasi. Pada 1 September 1998, penswastaan Lembaga Elektrik Sabah membawa kepada lahirnya SESB yang menjadi anak syarikat TNB dengan pegangan saham 80% dan 20% Kerajaaan Sabah. Pada Februari 2000, Pengerusi TNB meminta Kerajaan Pusat mempertimbangkan pemberian subsidi terhadap kos bekalan elektrik di Sabah dalam usaha mengekalkan kadar tarif.
Penswastaan nampaknya tidak juga menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah apabila pada 12 April 2012, terjadi gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah mencetuskan idea agar Kerajaan Sabah mengambil semula kawalan penuh terhadap SESB. Hari ini adalah sejarah dan saya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan yang ada pada hari ini dan juga kepada YAB Sulaman kerana kawal selia SESB akan dikembalikan kepada Kerajaan Sabah, namun demikian di tengah-tengah keterujaan kita dalam hal ini kita sebenarnya berhadapan cabaran yang amat besar untuk diselesaikan. Yang Berhormat Speaker saya sengaja membawa cerita ini supaya kita lebih memahami apa sebenarnya masalah kita di negeri Sabah, bermula daripada apabila kita menyerahkan hak tenaga kepada Federal dan Federal pula menswastakan hak tersebut dan akhirnya ini yang kita alami pada hari ini, okey. Akhirnya, kita hari ini berhadapan dengan cabaran yang amat berat untuk diselesaikan yang pertama sekali mempastikan kelestarian kewangan bagi menjamin sekuriti tenaga bekalan elektrik, prestasi kos efektif dan tarif yang mampan. Datuk Seri Speaker, ada beberapa persoalan yang ingin saya sampaikan saya hendak tanya apabila Rang Undang-undang ini dibentangkan berkaitan dengan penswastaan tadi. Apakah dengan pengurangan kuasa kawal selia konsep penswastaan dengan pegangan saham 80% TNB dan Kerajaan Sabah 20% akan kekal dan teruskan dan jika Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengambil alih semua pegangan saham dan ekuiti? Saya rasa ini adalah satu insiatif yang baik.
I Kedua, persoalan saya mengenai Rang Undang-undang ini adakah SESB akan diberi kuasa untuk menjana sendiri kuasa atau mencari sumber baru atau boleh out-source daripada IPP selain daripada IPP yang ada sekarang Datuk Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Sulaman cabaran yang harus kita sedar dan forsee yang sedang menanti kita sekarang ini berkait rapat soal penyerahan balik ataupun devolution of power SESB. Yang pertama sekali, kita harus menerima hakikat bahawa kita berhadapan cabaran kemampanan kewangan apabila kita terpaksa menjual bekalan elektrik kepada pengguna di bawah harga kos yang dibekalkan oleh IPP kepada kita.
Keduanya, kita juga berhadapan dengan cabaran dan saya mohon kepada Kerajaan untuk memberi penjelasan sebab bila bercakap soal tenaga elektrik kita juga bercakap soal penjanaan kuasa. Apakah option, apakah alternatif yang ada pada kita pada hari ini? Adakah kita sudah mempunyai perancangan mengenai penjanaan kuasa yang akan kita buat di masa akan datang? Seterusnya Datuk Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Sulaman selain daripada kemampanan kewangan, penjanaan kuasa kita juga berhadapan dengan masalah infrastuktur.
Sebagai contoh, penghantaran tenaga daripada satu tempat ke satu tempat.
Begitu juga pembahagian tenaga yang akan kita bekalkan kepada setiap pengguna. Selain daripada cabaran, empat cabaran ini memandangkan SESB sebelum ini di bawah tanggungan ataupun di bawah Kerajaan Persekutuan kita juga berhadapan dengan cabaran dalam organisasi. Apabila kita mengambil alih SESB ini adakah kita mempunyai pasukan tenaga kerja yang mencukupi dan profesional? Ini antara perkara yang kita harus fikirkan. Dalam masa yang sama kita juga harus memikirkan sebab sebentar lagi kita akan bercakap soal RE, Renewable Energy. Apakah inisiatif kita Kerajaan Negeri SESB nanti untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai sifar carbon menjelang 2025? Sebab daripada pengalaman yang lepas kita Datuk Seri Speaker, ada dua perkara yang kita terlepas, kenapa kita sampai berhadapan dengan masalah elektrik ini?
Yang pertama dulu, kita pernah mencadangkan supaya jana kuasa berasaskan arang batu dibuat di Lahad Datu yang boleh menjana 300 megawatt…
I
Tapi disebabkan kita berhadapan tentangan daripada NGO dan aktivis, akhirnya cadangan tersebut terpaksa dibatalkan. Kedua, mengenai satu projek hidro yang pernah kita cadangkan sebelum ini, juga mendapat tentangan daripada aktivis masyarakat, NGO dan akhirnya, perkara ini juga terpaksa kita batalkan. Dua perkara RE yang sepatutnya sudah boleh menyelesaikan kita pada hari ini. Jadi, cabaran kita seterusnya adalah bagaimana kita boleh mengajak rakyat kita di luar sana, aktivis masyarakat, NGO supaya mereka ini boleh memahami apa yang kita buat pada hari ini. Keutamaan sama ada kita menjaga ekosistem ataupun menjaga kelestarian kehidupan manusia ataupun rakyat kita.
Datuk Seri Speaker, bercakap soal RE (Renewable Energy), Sabah satu-satunya negeri di Malaysia yang masih mengamalkan catuan tenaga elektrik. Sebabnya kapasiti penggunaan tenaga elektrik masih rendah dengan margin atau reserve tenaga simpanan kita di bawah 12 peratus. Sabah sudah diberi kebebasan sepenuhnya untuk menguruskan sendiri bekalan tenaga seperti dalam MA63. Kalau dulu, bawah Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sekarang, di bawah Suruhanjaya Tenaga Sabah melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Tenaga Sabah pada hari ini. Ada beberapa perkara yang saya mohon Yang Amat Berhormat Sulaman untuk memberi pertimbangan sebagai satu jaminan ya. Perlu ada jaminan yang akta ini akan memastikan rakyat Sabah akan menikmati bekalan elektrik yang stabil. Selain menghasilkan bekalan yang mencukupi untuk rakyat, akta ini juga perlu melihat potensi Sabah untuk mengeksport tenaga elektrik terutama ke ibu kota negara Indonesia yang baharu, iaitu Nusantara.
Persoalan-persoalan yang mungkin Yang Amat Berhormat Sulaman boleh terima untuk difikirkan dan diselesaikan di masa akan datang. Yang pertama sekali, adakah dengan memperkenalkan Rang Undang-undang ini ianya merangkumi isu eksport tenaga ke luar negara? Sebab ini adalah sumber pendapatan baharu ini. Negeri-
I negeri di Semenanjung dan Sarawak sedang meneroka potensi ini. Sabah tidak boleh ketinggalan sebab sumber ada banyak.
Persoalan yang kedua, adakah melalui Rang Undang-undang ini turut mengambil kira TPA ataupun the Third Party Access sebabnya TPA dalam konteks pasaran tenaga ialah idea, di mana pihak-pihak yang terlibat dalam operasi tenaga boleh berkongsi kemudahan melalui hak yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengakses dan menggunakan pelbagai kemudahan rangkaian tenaga yang dimiliki oleh syarikat lain. Maksudnya, common use of gridline yang kita ada nanti. Datuk Seri Speaker, sekarang satu dunia bercakap tentang Net Zero Carbon ataupun sifar karbon menjelang 2050. Akta ini pada pandangan saya secara peribadi, haruslah selari dengan sasaran Net Zero Carbon Global. Jika tidak, nanti kerisauan saya adalah Sabah akan dipulaukan dalam industri yang melibatkan global. Jadi adakah Rang Undang-undang ini akan mengambil kira isu environment atribute? Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk membantu pelanggan-pelanggan RE 100 companies untuk mencapai net zero carbon melalui Instrument IREC, iaitu International Renewable Energy Certificate.
Tanpa mekanisme ini, pelabur-pelabur yang mengutamakan carbon offset untuk mencapai net zero carbon tidak akan melabur di Sabah. Mungkin satu potensi baharu lagi yang terbentang luas di hadapan kita.
Mungkin Sabah boleh mewujudkan sendiri pensijilan Sabah Renewable Energy Certificate (SREC).
Persoalan yang keempat. Bagaimanakah komitmen kerajaan terhadap tenaga boleh baharu ataupun RE di bawah akta ini? Kalau berdasarkan Malaysian Renewable Energy Roadmap yang disediakan oleh Sustainable Energy Development Authority pada tahun 20...
Datuk Speaker, Datuk Speaker, mohon penjelasan. RUU untuk Akta Boleh Baharu belum pun dibentangkan.
Saya sudah minta kebenaran daripada Speaker untuk terus benda ini sebab selepas ini saya tidak akan bercakap lagi.
I
And I think better kita dengar dulu. Sebelum soalan itu dibentangkan nanti ada juga dibentangkan dalam RUU. Kenapa kita mahu ulang perkara itu dua kali?
No, bagus kalau kau berdiri lain kali, kau angkat itu buku Standing Order. Kau sebut itu Standing Order untuk membenarkan kau bercakap.
Saya rasa saya dibenarkan untuk membuat penjelasan.
YB.
Tuan Speaker, saya bercakap.
YB, teruskan. You have three minutes left.
Okey. Sabah ya. Saya ulang balik Datuk Seri Speaker. Sustainable Energy Development Authority pada tahun 2021. Sabah ada potensi untuk menjana 99 400 megavolt tenaga boleh diperbaharui. Akta ini sepatutnya merangkumi semua ini kerana tenaga boleh baharu adalah masa depan kita.
Yang kelima. Hidro juga dalam kategori tenaga boleh diperbaharui. Salah satu projeknya adalah projek yang bernilai 2.3 bilion di Upper Padas Tenom. Projek empangan ini boleh menyalurkan 180 000 megavolt hidroelektrik.
Ia telah memulakan kerja pada 2013 dan dijadualkan tamat kerja pada tahun 2019. Empat tahun telah berlalu tetapi projek ini masih belum siap. Persoalan saya, apakah status projek ini? Sebelum ini ada laporan akhir oleh Special Environmental Impact Assessment pada bulan Mei 2022 bahawa projek ini telah ditangguhkan kerana isu reka bentuk dan teknikal.
Tiga atau empat tahun lepas, difahamkan Kerajaan Pusat telah meluluskan soft loan berjumlah RM560 juta kepada SESB sebagai suntikan ekuiti dalam sebuah
I konsortium ataupun SPV untuk mengambil alih projek ini. Tahun lepas 2023, sudah sepuluh tahun projek ini sejak mula dilaksanakan dan ianya masih lagi belum siap untuk membekalkan tenaga elektrik untuk Sabah.
Seterusnya Datuk Seri Speaker, satu lagi isu ialah pada 26 Ogos 2022, di bawah Pelan Pembangunan Penjanaan Bekalan Kuasa Sabah 2022-2041.
Yang Amat Berhormat Sulaman berkata Kerajaan Negeri mencadangkan supaya projek loji jana kuasa kitaran tergabung 100 megavolt dibuka untuk tender, dibina di Kimanis yang mempunyai sumber gas mencukupi dan sedia ada.
Kerajaan Negeri turut menyokong permohonan New Sabah Hydro bagi cadangan pembangunan loji hidro elektrik 170 megavolt.
Konsep run of river di Sungai Maligan dan Ulu Sungai Padas, Sipitang yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet Sabah. Saya bertanya, apakah status projek ini? Dan Datuk Sri Speaker, kalaulah semua inisiatif yang saya sebut tadi dalam ucapan saya boleh terlaksana, insya-Allah saya yakin kerajaan ini akan mampu menangani masalah kekangan bekalan elektrik kita di masa akan datang. Datuk Seri Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Tungku.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan sudah tamat. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menjawab.
Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang turut membahas Rang Undang-undang ini. Pihak saya akan mengambil perhatian dan juga tindakan susulan.
… kebetulan kepada semua persoalan-persoalan yang telah diutarakan. Tetapi saya ingin menjawab satu dua isu yang saya rasa agak penting di sini, iaitu yang diutarakan
I oleh ahli dari Senallang. Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada penggunaan diesel atau gas tetapi kita kena beralih kepada tenaga boleh baharu di masa akan datang kerana itulah dalam perancangan kita yang diutarakan ataupun dirancang oleh ECoS kita ada satu perancangan yang kita panggil SERAMP 2040 yang menyokong pembangunan tenaga boleh baharu yang saya ingin nyatakan di sini untuk penambahan komposisi tenaga boleh baharu. Saya jawab ini, walaupun Rang Undang-undang untuk tenaga boleh baharu ini belum lagi saya bentang tetapi ada keperluan untuk saya jawab ini, kerana itulah penambahan komposisi tenaga boleh baharu di dalam campuran penjanaan tenaga elektrik di Sabah melalui Kajian dan Pembangunan Sumber Tenaga boleh baharu yang sedia ada dan yang baharu. Kedua, membangunkan suatu Pelan Induk Pembangunan Hidroelektrik di negeri Sabah melalui kajian yang kini sedang dilaksanakan oleh ECoS. Sasaran peratusan kapasiti tenaga boleh baharu yang telah ditetapkan adalah lebih 50% sehingga pada tahun 2030 berbanding dengan sekarang ini hanya 9% bagi menyokong aspirasi negara, untuk mencapai negara neutral carbon menjelang tahun 2050 dan menggunakan kelebihan sumber tenaga boleh baharu yang banyak serta unik di Sabah seperti kuasa solar, biojisim, geoterma, kuasa angin untuk dibangunkan sebagai sumber jana kuasa berskala besar yang mesra alam.
Inilah pendekatan-pendekatan yang akan kita buat untuk memastikan bahawa penggunaan ataupun keperluan jana kuasa elektrik ini dapat memenuhi kehendak rakyat Sabah dan juga industri-industri di masa akan datang. Satu lagi yang saya ingin jawab, iaitu mengenai dengan perkara yang jadi isu yang ditimbulkan oleh ahli daripada Sri Tanjong tadi, iaitu surcaj ke atas tarif elektrik atau Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang dikenakan kepada pengguna-pengguna besar elektrik di Sabah. ICPT adalah mekanisme yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan di bawah rangka kerja kawal selia berasaskan insentif pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme ICPT ini dilaksanakan mengikut kelulusan yang telah diputuskan oleh Kerajaan setiap enam bulan pada setiap tahun untuk dilepaskan kepada pengguna elektrik.
ICPT ini adalah bertujuan untuk mengatasi perubahan sama ada peningkatan atau penurunan kos bahan api dan kos-kos penjanaan elektrik di luar kawalan, di mana peningkatan kos dilepaskan dalam bentuk surcaj, manakala penurunan kos dilepaskan sebagai rebate kepada tarif elektrik pengguna.
I Bagi tempoh regulatory P4 atau Period 4 ialah di antara Julai 2023 hingga Disember 2023 yang disemak terdapat peningkatan kos penjanaan berjumlah RM225.33 juta yang disebabkan oleh peningkatan kos penjanaan di luar jangkaan seperti berikut: 1.
Peningkatan penggunaan bahan api, bahan api, diesel dan MFO (Medium Fuel Oil) disebabkan satu kelewatan pelaksanaan loji jana kuasa baharu berasaskan bahan-bahan api gas asli.
2.
Kelewatan penyiapan loji-loji tenaga baharu, iaitu solar berskala besar dan loji biojisim serta mini hidro di bawah program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff oleh pemaju-pemaju.
3.
Kerosakan stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi akibat bencana alam di mana kita kehilangan kapasiti sebanyak 66 MW.
Oleh itu, mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan telah memutuskan pelaksanaan Tarif Elektrik di bawah mekanisme ICPT dalam tempoh P5 atau Period 5, iaitu tempoh ENAM bulan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024. Sepertimana yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia melalui kawal kuasa kawal selia bekalan elektrik yang pada ketika ini masih di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, berdasarkan bantuan subsidi bersasar, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang surcaj ICPT kepada pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 1500 unit, iaitu jumlah bil sekitar RM700 sebulan dan juga pengguna komersial dan industri kecil-kecilan dengan memperuntukkan subsidi RM161.70 juta dengan subsidi tersebut 99% pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak akan dikenakan sebarang pelarasan tarif elektrik atau surcaj ICPT bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024. Manakala, baki kenaikan kos penjanaan berjumlah RM69 juta terpaksa ditanggung atau dilepaskan kepada pengguna domestik yang menggunakan lebih 1500 unit dan pengguna industri komersial besar serta tarif lampu awam yang memberi impak kenaikan 7.02 sen seunit kilowatt per hour atau sekitar 11% hingga 22%. Ini bermakna bahawa apa yang dibangkitkan mengenai dengan surcaj itu tidak melibatkan pengguna di bawah kategori B40.
Inilah maklumat untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini, manakala isu-isu yang lain mengenai IPP dan juga perkara-
I perkara mengenai solar dan sebagainya kalau perlu saya akan bagi jawapan secara bertulis kerana ini mengambil bukan saja masa yang panjang tetapi banyak melibatkan fakta-fakta yang harus, betul untuk dijawab. Jadi itu saja Tuan Speaker. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu, dibacakan…
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan setuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024Bill
Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024.
YB Menteri, peringkat Jawatankuasa hari apa?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
I Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 112 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Jadual Pertama hingga Keempat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 112 dan Jadual Pertama hingga Keempat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Sekarang, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
I
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Bekalan Elektrik 2024Bill
Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 bacaan pertama.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan dan melaksanakan suatu sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024Bill
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024.
Bacaan kedua bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
I
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, sebagaimana Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan kawal selia Industri Tenaga Boleh Baharu kepada Kerajaan Negeri Sabah berkuatkuasa pada 3 Januari 2024.
Justeru, Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 dibentangkan pada hari ini juga selaras dengan pengambilalihan kuasa kawal selia Tenaga Boleh Baharu tersebut dan seterusnya agar dapat dikuatkuasakan di negeri Sabah pada tarikh penyerahan kuasa kawal selia itu, iaitu pada 3 Januari 2024. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Rang Undang-undang ini akan ditadbir dan dikuatkuasakan oleh ECoS. Tuan Speaker, Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 ini mengandungi sepuluh bahagian dan 67 fasal yang saya akan huraikan secara ringkas selepas ini. Perincian kepada perkara tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 yang telah diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Bahagian Pertama mengandungi dua fasal yang menyatakan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa serta tafsiran bagi perkataan yang diguna di dalam Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024. Bahagian Kedua mengandungi dua fasal yang menerangkan fungsi dan kuasa ECoS. Bahagian Ketiga mengandungi sembilan fasal seperti berikut. Fasal 5, memperuntukkan berkenaan pewujudan sistem tariff galakan. Fasal 6, menyatakan kelayakan yang menyertai bagi menyertai sistem tarif galakan. Fasal 7 memperuntukkan tatacara permohonan bagi kelulusan galakan. Fasal 8 menjelaskan kehendak bagi maklumat atau dokumen tambahan. Fasal 9 menerangkan kuasa Suruhanjaya dalam pemberian atau keengganan memberikan kelulusan galakan. Fasal 10 memperuntukkan syarat bagi kelulusan galakan. Fasal 11 menyatakan kuasa Suruhanjaya untuk mengenakan syarat
I tambahan dan untuk membatalkan syarat.
Fasal 12 memperuntukkan mengenai pembatalan kelulusan galakan dan Fasal 13 menerangkan berkenaan rayuan kepada Menteri.
Bahagian Keempat mengandungi empat fasal seperti berikut.
Fasal 14 memperuntukkan perjanjian pembelian kuasa Tenaga Boleh Baharu. Fasal 15 peruntukkan penyambungan kepada talian bekalan.
Fasal 16 menerangkan keutamaan pembelian dan pengagihan dan manakala Fasal 17 menjelaskan secara terperinci kehendak teknikal dan pengendalian.
Bahagian Kelima mengandungi tujuh fasal yang menerangkan seperti berikut. Fasal 18 menyatakan pembayaran dan tempoh tarif galakan. Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi pengurangan tarif galakan. Fasal 20 menyediakan tatacara kajian semula dan penyelarasan kadar pengurangan. Fasal 21 membenarkan pemegang lesen pengagihan mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu. Fasal 22, menjelaskan berkenaan fee pentadbiran. Fasal 23 berkenaan penentuan kesetaraan grid dan Fasal 24 menyatakan larangan menggunakan sumber secara curang untuk menjana elektrik.
Bahagian Keenam mengandungi lima fasal yang menerangkan mengenai penubuhan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu dan cara pengendalian wang tersebut. Bahagian Ketujuh mengandungi sembilan fasal yang memperuntukkan tentang kuasa yang di miliki oleh ECoS dalam mengumpulkan maklumat serta kesalahan kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ECoS. Bahagian Kelapan mengandungi 20 fasal yang menerangkan berkenaan penguatkuasaan yang merangkumi tatacara kompaun, penyiasatan dan pendakwaan serta pegawai yang diberi kuasa.
Sebentar ya, Yang Amat Berhormat. Sebentar, sebentar..
Ya.
Itu Yang Berhormat, dia tidurkah atau dia… Oh, saya fikir pengsan. Tidak, tidak, tidak, tidak apa.
I
Okey, so sorry, teruskan, teruskan, tidak saya fikir dia tidak sedar diri tadi.
Okey Tuan Speaker, saya teruskan bahagian kelapan. Mempunyai 20 fasal yang menerangkan berkenaan penguatkuasaan yang merangkumi tatacara kompaun, penyesatan dan pendakwaan serta pegawai yang diberi kuasa.
Bahagian kesembilan, mempunyai tujuh fasal yang mana Fasal 59 menyatakan kewajipan itu of course untuk membuat laporan tentang pelaksanaan dan prestasi sistem tarikh galakkan. Fasal 60, berkenaan pematuhan semua undang-undang lain. Fasal 61, menyatakan kewajipan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh E-Kos.
Fasal 62, menyatakan berkenaan daftar pembayaran fi. Fasal 63, memberi kuasa kepada menteri untuk membuat peraturan-peraturan. Fasal 64, menyediakan penalti bagi perundangan subsidiary dan Fasal 65, memberi kuasa kepada menteri untuk memindah jadual.
Bahagian ke-10, mempunyai dua fasal yang menerangkan mengenai kecualian dan peralihan serta peruntukan untuk mengekalkan tempoh lesen tarif galakkan sedia ada. Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-undang ini akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia sektor tenaga boleh baru di negeri Sabah agar segala aktiviti sektor tenaga boleh baru yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan serta mampu jadi pemangkin kepada pembangunan tenaga boleh baharu khususnya di negeri Sabah ini.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahaskan sekarang. Dengan itu, sukacita menjemput Yang Berhormat Kemabong.
I
Terima kasih, Tuan Speaker, salam tahun baru 2024, salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya.
Tuan Speaker, sebelum ini Kerajaan Persekutuan yakin bahawa FEED-IN TARIFF atau lebih dikenali sebagai FiT adalah cara ke hadapan untuk beralih kepada tenaga boleh baharu iaitu pada tahun 2011, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air telah menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai keberkesanan instrument dasar tenaga boleh baharu yang diamalkan secara global. Hasil kajian menunjukkan bahawa FiT adalah mekanisme dasar tenaga boleh baharu yang berkesan dalam mempromosikan dan mengekalkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui. FiT diperkenalkan di Malaysia melalui Parlimen dengan meluluskan akta tenaga boleh baharu, iaitu pada tahun pada April 2011 seperti yang dinyatakan dalam perenggan awal akta tersebut, penubuhannya adalah dengan satu tujuan, iaitu menubuhkan dan melaksanakan sistem tarif khas atau FiT untuk merangsang penghasilan tenaga boleh baharu sebelum ini, sistem FiT telah dikawal selia dan dilaksanakan oleh pihak kuasa pembangunan tenaga lestari atau dengan izin, Sustainable Energy Development Authority atau singkatannya SEDA yang ditubuhkan melalui akta tersebut pada tahun 2011. Seperti mana Dewan Yang Mulia ini sedia maklum, salah satu faktor kajian dalam melaksanakan FiT adalah skim ini dapat menghasilkan pulangan yang baik dan keuntungan yang munasabah kepada pemegang lesen FiT atau dengan izin, FEED-IN Approval Holder atau singkatannya FIAH, seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Manakala untuk manfaat negeri ini, jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 104 megawatt tenaga boleh baharu dalam bentuk tenaga solar, biojisim, biogas dan hydro melalui program FiT ini adalah merupakan suatu jumlah yang signifikan, bukan sahaja dari aspek tenaga boleh baharu yang dihasilkan akan tetapi juga banyak membantu di dalam memastikan kecukupan kapasiti penjanaan grid, elektrik negeri Sabah ketika ini. Oleh itu, kesinambungan skim FiT ini adalah amat kritikal kepada keseluruhan bekalan tenaga di Sabah dan perlu diteruskan melalui Rang Undang-undang tenaga boleh baharu tahun 2024 ini.
Tuan Speaker, dalam penyelitian bahawa Rang Undang-undang ini tidak akan memberi impak negatif atau apa-apa pembelanjaan tambahan ke atas pemegang lesen yang sedia ada dan akan datang berkaitan dengan tenaga boleh baharu, ini
I juga selepas mengambil kira pandangan daripada pemegang taruh seperti Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), SESB dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) untuk memastikan ianya diteliti dan teratur sebelum dimuktamadkan.
Tuan Speaker, dalam ucapan perbahasan yang ringkas ini, sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri GRS, PH, pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang berjaya secara diplomatik melalui perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan, cara ini adalah cara yang terbaik untuk mengekalkan hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, iaitu melalui perbincangan berbanding dengan cara-cara yang lain yang melalui tidak mengikut undang-undang. Tadi Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang ada menyatakan bahawa akta ini ataupun Rang Undang-undang ini, kuasa ini, kuasa kaunselor ini kami sudah suarakan ketika Kerajaan Warisan sebelum ini dan daripada wakil rakyat Sri Tanjong mengatakan bahawa suatu kegagalan. Tuan Speaker, yang gagal itu adalah mereka kerana mereka menyuarakan tidak berjaya ketika itu dan Kerajaan GRS ini telah berjaya menyelesaikan perkara ini dengan tuntas, ini kerana hubungan yang baik, perbincangan yang rapi.
Fokus pada RUU.
Mengikut diplomasi dan undang-undang.
Tuan Speaker, so janganlah pihak mereka Ahli-ahli Berhormat ini, bercakap yang bukan-bukan di Dewan Yang Mulia ini, ini adalah suatu kajian yang signifikan, yang baik, yang tulus, untuk rakyat Sabah di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat Kemabong, sekarang saya mempersilakan, Yang Berhormat Kunak.
I
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera, juga Selamat Tahun Baharu. Datuk Speaker, pertama sekali, terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya dalam membahaskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu, iaitu pengambilalihan kuasa kawal selia Tenaga Boleh Baharu daripada Lembaga Pembangunan Tenaga Lestasi (SEDA), iaitu Kerajaan Persekutuan. Datuk Speaker dan sidang Dewan yang saya hormati sekalian, setiap kali berlaku gangguan elektrik, pastinya ramai pihak yang menuding jari kepada Kerajaan sedia ada. Menyalahkan sign board Sabah Maju Jaya, sedangkan bekalan ini diuruskan atau dikawal selia sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1984. Setiap kali berdepan dengan masalah, Kerajaan Negeri hanya bergantung kepada taklimat daripada SESB. Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi ada juga pihak yang sengaja buat-buat tidak tahu.
Namun, kita seharusnya berbangga kerana hari ini terbukti betapa erajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah berusaha menyediakan penyelesaian segera masalah elektrik di Sabah untuk mengambil tanggungjawab penuh dengan tindakan yang sangat konkrit. Datuk Speaker, usaha untuk mengekang pemanasan global dan ketidaktentuan perubahan iklim telah dijalankan secara agresif di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Kebergantungan kepada sumber bahan api sedia ada yang menghasilkan karbon perlu kita hentikan. Walaupun jumlah emesi karbon di Sabah buat masa ini tidak ada data yang tersedia, namun ternyata Kerajaan Negeri Sabah sedang berusaha melalui pelbagai polisi dan perancangan melalui pengurusan tenaga boleh baharu ini.
Datuk Speaker, pada 19 September 2023 yang lepas, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 atau disebut sebagai Sabah Energy Road Map and Master Plan 2040 bagi menangani keperluan jangka pendek dan membina daya tahan yang mampan untuk industri tenaga ini. Pelan Induk ini menggariskan hala tuju serta inisiatif, strategik Kerajaan Negeri apabila
I mengambil alih kuasa selia pembekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ketika itu menyatakan dengan jelas komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan pelan ini dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
Penubuhan Majlis Tenaga Sabah yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri telah membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan apa yang telah direncanakan dan dijanjikan dapat dilaksanakan dengan efektif untuk manfaat rakyat. Hal ini sejajar dengan dasar tenaga negara yang dilancarkan pada tahun 2022. Datuk Speaker, melalui Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 ini, kesedaran dan kepenggunaan tenaga boleh baharu ini sangat perlu dalam mencapai carbon neutral, yang mana ianya merupakan salah satu komitmen negara. Melalui hal ini, kita perlu peka dengan kelestarian alam sekitar dan menambah komposisi di dalam campuran penjanaan elektrik di negeri ini. Dan Datuk Speaker, ingin saya menarik perhatian sidang Dewan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama Tonibung yang berpusat di Penampang. Aktiviti mereka yang telah membantu masyarakat luar bandar mendapat tenaga elektrik melalui sistem mikro-hidro sangat memberangsangkan. Sistem mikro hidro itu selepas dipasang menjadi kepunyaan dan diselenggara oleh komuniti setempat. Difahamkan mereka telah pun berjaya membantu memberi bekalan elektrik kepada rakyat di sekitar Ulu Papar, Penampang dan Pensiangan.
Soalan saya, adakah selepas ini akan ada keperluan untuk mereka mendapatkan lesen untuk output di bawah 50 kilowatt dan adakah Kerajaan Negeri Sabah berhasrat untuk menggalakkan lebih banyak pertubuhan melakukan perkara yang sama dalam membantu Kerajaan menyampaikan bekalan elektrik kepada rakyat yang berada jauh di pedalaman.
Datuk Speaker, saya juga berpendapat dengan ini juga sudah tiba masanya untuk Kerajaan memberi inisiatif Panel Solar Rumah agar rakyat punya pilihan dalam mendapatkan bekalan elektrik. Di samping turut mengurangkan beban SESB kelak, saya juga turut mencadangkan pembinaan lebih banyak stesen jana kuasa tenaga boleh baharu ini di kawasan Pantai Timur Sabah.
I Datuk Speaker dan sidang Dewan yang saya hormati sekalian, selepas hari ini Kerajaan Negeri Sabah akan dapat membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang melibatkan penggubalan undang-undang, penyediaan polisi serta pembangunan infrastruktur elektrik dan tenaga boleh baharu bagi memastikan ianya selari dengan harapan dan keperluan rakyat Sabah. Saya yakin Kerajaan Negeri Sabah sudah punya pelan strategik. Saya juga berdoa dan berharap agar apabila selesai pengambilalihan kelak, pemilihan barisan pengurusan dibuat dengan teliti dan sebaiknya dari kalangan profesional dan berintegriti untuk mengelak kes yang pernah melanda Jabatan Air berulang lagi.
Datuk Speaker, ini satu lagi perkara penting dalam Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan hak serta kuasa autonomi dalam pembekalan elektrik, iaitu mengelola dasar dan mengawal selia perundangan dan peraturan ke atas sektor tenaga Negeri Sabah telah berjaya dipulangkan kepada kita. Hari itu gas, bekalan elektrik dan kini tenaga boleh baharu. Tahniah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Seperti biasa, bicaranya kurang tapi kerja kerasnya berbunyi dengan hasil bukti yang sahih. Semoga rakyat Sabah hari ini membuka mata, membandingkan siapa sebenarnya yang betul-betul serius memperjuangkan hak Sabah dalam MA63. Semoga rakyat Sabah tahu membandingkan yang mana intan dan kaca, termasuklah kali ini rakyat Sabah lebih bijak membandingkan yang mana antara ayam karan dan juga ayam jagung. Jangan salah lagi. Dan setelah sekian lama inilah.
Apa bezanya itu ayam karan sama ayam jagung?
Ai, Datuk Speaker inda (tidak) ikutkah itu viral?
Viral itu, nanti saya share link. Inilah definisi selesai.
Saya ulang, inilah definisi selesai yang sepatutnya dibanggakan. Jika sebentar tadi Sri Tanjong mengatakan bahawa Kerajaan GRS adalah kerajaan yang gagal. Saya rasa, saya juga boleh menyebut kerajaan yang lepas adalah kerajaan penipu kerana banyak risalah-risalah mengatakan kawal selia ini telah pun dilaksanakan sedangkan terbukti kawal selia tenaga elektrik hanya hari ini di bawah Kerajaan GRS berjaya dilaksanakan. Tapi, Sri Tanjong ini gagal juga pilih rumah sebab beliau gagal memberi manfaat kepada rakyat di Sri Tanjong. Saya yakin sekiranya kestabilan Kerajaan Sabah kita berkekalan akan lebih banyak lagi hak Sabah dalam MA63 akan dapat kita capai.
I Mari kita doakan moga selepas ini banyak lagi hak-hak autonomi kita yang ada dalam Akta PDA 1974, Akta Laut Wilayah 750, Autonomi Kesihatan dan Pelajaran, Pemberian Khas 40% dapat dilaksanakan oleh Kerajaan GRS.
Datuk Speaker, sekali lagi, tahniah rakyat Sabah, tahniah Kerajaan GRS. Kunak mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Kunak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kukusan.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Tahun Baharu.
Tuan Speaker, terima kasih kerana memberikan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan 67 Fasal, 67 perkara yang telah dibentangkan dalam Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024. Saya berdiri di sini untuk menyokong Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju secara prinsip untuk menyerahkan kuasa kawal selia industri tenaga boleh baharu kepada Kerajaan Negeri Sabah. Alhamdulillah. Tahniah kepada Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah bagi cadangan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024 yang bertujuan untuk mengambil alih kuasa kawal selia tenaga boleh baharu di negeri ini.
Peranan utama Rang Undang-undang ini adalah untuk mengurus dan mentadbir kesinambungan pelaksanaan program tarif galakan, iaitu feed-in tariff disamping memastikan pembangunan ekonomi negeri Sabah dan pemeliharaan alam sekitar.
I Rang Undang-undang ini juga akan memastikan program tenaga boleh baharu yang sedia ada dan yang akan datang dapat diurus dengan cermat dan cekap. Ia akan juga menilai secara berterusan penyelesaian tenaga boleh baharu yang berpotensi dalam menjalin kerjasama dengan pihak berkepentingan domestik dan antarabangsa bagi mempelbagaikan dan melengkapkan portfolio program tenaga boleh baharu sedia ada dan menggalakkan masyarakat untuk menerima tanggungjawab dalam perubahan paradigma ke arah cara hidup mampan. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini adalah untuk merupakan satu sejarah dan amatlah penting bagi negeri Sabah kerana penyerahan kuasa kawal selia tenaga boleh baharu ini kepada Kerajaan Negeri Sabah merupakan salah satu isu tuntutan di bawah MA63 yang selama ini kita perjuangkan.
Saya sungguh percaya bahawa penyerahan kuasa kawal selia ini akan memberikan impak yang sangat positif terhadap isu kekurangan bekalan tenaga elektrik di negeri Sabah dan dapat menggalakkan pelaksanaan visi dan misi tenaga boleh baharu sebagai sebahagian daripada penyelesaian menuju kepada pencapaian keselamatan tenaga dan otonomi tenaga di negeri Sabah.
Dengan adanya Rang Undang-undang ini juga ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia sektor tenaga boleh baharu di negeri Sabah agar segala aktiviti sektor tenaga boleh baharu yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Rang Undang-undang ini merangkumi banyak skop penting. Antaranya; 1.
Kawal selia sistem tarif galakan, feed-in tariff.
2.
Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu, renewable energy power purchase agreement, penyambungan kepada talian bekalan,keutamaan pembelian dan pengagihan, kehendak teknikal dan pengendalian. 3.
Penerangan mengenai tarif galakan, penerangan mengenai kumpulan pertubuhan wang tenaga boleh baharu dan cara pengendalian wang tersebut, penerangan tentang kuasa yang dimiliki oleh ECoS dalam mengumpulkan maklumat serta kesalahan kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ECoS.
I 4.
Menerangkan tentang penguatkuasaan, tatacara pengkompaunan, penyiasat dan pendakwaan serta pegawai yang diberi kuasa.
5.
Penerangan tentang laporan tentang pelaksanaan dan prestasi sistem taraf galakan, pematuhan semua undang-undang lain serta arahan oleh ECoS. Secara kesimpulannya, penggubalan Rang Undang-undang ini bukan sahaja penting dan perlu untuk meneruskan program atau inisiatif tenaga boleh baharu di negeri ini, iaitu sistem tarif galakan atau feed-in tariff yang telah dimulakan oleh pihak berkuasa sebelum ini, iaitu Sustainable Energy Development Authority iaitu SEDA. Malah ia juga amat penting untuk melengkapkan inisiatif penambahbaikan berterusan bagi negeri Sabah ke arah kelestarian alam sekitar dan pencapaian neutral carbon yang selari dengan aspirasi negara. Ianya juga merupakan mandat kepada Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah, ECoS untuk melaksanakan inisiatif dan program berkenaan tenaga boleh baharu di Sabah dengan sasaran-sasaran yang perlu dicapai seperti mana yang telah dirangka di dalam pelan induk tenaga negeri Sabah, iaitu Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040, SERMP 2040 yang telah dilancarkan pada tahun ini. Sesungguhnya, Sabah memiliki potensi yang besar dalam menghasilkan tenaga dari sumber biomass juga. Tadi, sebentar tadi ada banyak wakil-wakil rakyat yang telah membangkitkan isu-isu tenaga baharu yang seperti ini juga saya ingin mengambil perhatian mengenai sumber tenaga biomass.
Biomass merupakan bahan organik yang dihasilkan dari tumbuhan seperti hasil pertanian, hasil kayu dan hasil organik yang dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan tenaga boleh baharu. Di Sabah, ada beberapa jenis biomass yang boleh digunakan secara efisien, iaitu pertama, hasil pertanian, iaitu hasil dari sektor pertanian seperti tandan buah kelapa sawit, jerami padi dan hasil daripada tanaman lain yang dapat diolah menjadi bahan bakar untuk menjadi sumber tenaga elektrik. Saya ingin mengambil contoh di Tawau dan Kalabakan misalnya. Di mana palm oil industry di Tawau, Kalabakan banyak menggunakan biogas untuk mengakses tenaga elektrik. Namun, lesen adalah sangat susah dan mahal untuk didapatkan manakala tarif juga sangat-sangat murah dan juga infrastruktur yang belum sedia ada untuk dibuat penyambungan kepada grid.
I Begitu juga menggunakan kayu dan serbuk kayu. Sabah memiliki hutan yang sangat luas, sehingga hasil kayu dan serbuk kayu dari industri perhutanan dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan tenaga biomass yang diperlukan dan ketiga, melalui sampah organik. Sampah organik dari kawasan perumahan, restoran, pasar dan sebagainya dapat diubah secara engineering method, menjadi biogas melalui proses pengkomposan atau digestion biogas.
Sabah Government, Kerajaan Negeri Sabah telah menggalakkan penerokaan teknologi dan projek-projek untuk convert, untuk menukar sumber biomass ini kepada bentuk tenaga baharu. Hasil daripada penggunaan sistem biomass ini, Kerajaan Sabah tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bahan bakar fosil tetapi juga aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI secara umumnya, melalui minimum energy performance standard yang telah diusulkan oleh Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Saya percaya dengan mandat ini, beserta usaha yang gigih dan ketersediaan pelbagai sumber tenaga boleh baharu yang terdapat di Sabah, ianya akan membawa negeri kita sebagai salah satu wilayah contoh di dalam arena tenaga boleh baharu di rantau ini.
Oleh itu, dengan berbesar hati saya daripada DUN Kukusan dengan ini menyokong RUU ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Kukusan. Penuh semangat. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.
Datuk Speaker, pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan kabinet kerana berjaya mendapatkan kembali autonomi untuk mengawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan yang menunjukkan Kerajaan Negeri Sabah sekarang selari dalam memperjuangkan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 63.
Kejayaan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan bukan sahaja soal kejayaan tetapi juga soal tanggungjawab Kerajaan
I Sabah pada hari ini untuk menangani masalah bekalan elektrik pada masa jangka pendek, sederhana dan panjang.
Oleh demikian, saya sangat menyokong penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah, ECoS untuk memastikan Kerajaan Sabah sentiasa dalam landasan yang betul dalam urusan tenaga gas di Sabah.
Reserve margin dengan izin, tenaga elektrik di Sabah ketika ini hanya 12% sahaja berbanding pada tahap selamat 30%. System Average Interruption Duration Index, ataupun SIDI dengan izin atau pun purata tempoh gangguan bekalan elektrik pengguna dalam setahun di Sabah pada tahun 2022, adalah setinggi 286 minit berbanding di Semenanjung 45 minit sahaja. Bukan itu sahaja, kita di Sabah banyak bergantung dengan arang batu, petroleum untuk menjana tenaga elektrik yang tidak lestari pada kepada alam sekitar.
Oleh yang demikian, negeri Sabah perlu untuk memperkasakan usaha untuk menggunakan tenaga boleh baharu untuk penjanaan tenaga yang lestari kepada alam sekitar dan sekali gus dapat mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Tenaga yang boleh baharu merujuk kepada sumber tenaga yang bersih, mampan dan rendah impak alam sekitar yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga yang boleh baharu bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga fosil yang terhad dan merosakkan alam sekitar. Seperti minyak dan arang batu. Beberapa contoh ter….
…tenaga yang boleh baharu termasuk tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidro, biomass dan tenaga gelombang dan arus. Negeri Sabah mempunyai kelebihan untuk menerokai dan menggunakan sumber tenaga boleh baharu. Negeri Sabah menerima radiasi solar tertinggi sebanyak 1800 kWh per meter persegi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh kerana radiasi solar adalah relatif tinggi, tenaga suria PV dianggap sebagai pilihan RA yang layak untuk negeri ini. Berdasarkan kajian oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SIDA) Sabah mempunyai kapasiti potensi sebanyak
I 99.4 GW yang boleh dihasilkan melalui tenaga suria PV.
Negeri Sabah juga mempunyai potensi tinggi dalam menggunakan biotenaga dari sisa-sisa hasil terutamanya daripadanya aktiviti kelapa sawit. Menurut SIDA, biojisim merupakan sumber biotenaga terbesar di Sabah dengan kapasiti potensi sekitar 561 MW daripada lebih 26.2 juta tan biojisim dari ladang kelapa sawit. Memandangkan banyak…
Kukusan. Kukusan, face mask.
Memandangkan lembah sungai di Sabah negeri ini juga boleh memanfaatkan potensi untuk menghasilkan tenaga hidro bagi yang berskala kecil mahupun besar dan kapasiti potensi sebanyak 1.1 GW untuk biotermal, satu kajian yang diterajui oleh Jabatan Mineral dan Geosains telah mengenal pasti kira-kira 100 MW potensi sumber biotermal di Tawau, Sabah. Kelebihan tenaga yang boleh baharu termasuk membantu mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, mengurangkan pencemaran udara, dan menyokong pembangunan mampan. Penyerapan teknologi ini di Sabah dan seluruh Malaysia dapat membantu menyediakan sumber tenaga yang lebih bersih dan membina masa depan yang lebih cerah.
Namun status quo sekarang, Kerajaan Persekutuan masih memberikan subsidi diesel bagi penjanaan elektrik pada kadar RM1.50 sen untuk satu kWh per jam berbanding renewable energy seperti tenaga hidro, solar, biojisim dan banyak lagi yang hanya memerlukan subsidi kos 31…, 31.5 sen untuk 1 kWh per hour. Jumlah subsidi diesel untuk penjanaan elektrik adalah sebanyak 1.27 bilion, iaitu 44% daripada jumlah keseluruhan subsidi sebanyak 2.89 bilion dari tahun 2016 hingga 2021 kepada negeri Sabah.
Penjanaan tenaga elektrik menggunakan diesel yang diketahui kos operasinya mahal dan mencemarkan alam sekitar. Sudah tiba masanya kita bertukar kepada projek penjanaan elektrik yang lebih mesra alam serta murah.
Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan dan memastikan penurunan dana dan kelulusan seperti projek apa, Padas Hidroelektrik, Hulu Padas dan Sungai Malingan hidropower, projek-projek solar walaupun selepas ini Kerajaan Negeri mengambil alih awal selia berkaitan elektrik di negeri Sabah.
I Dengan itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah berjaya untuk memperkenalkan undang-undang ini dan Datuk Speaker saya dengan sukacitanya menyokong pembentangan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2020 ini dan terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin. Saya sekarang menjemput, Yang Berhormat daripada Elopura.
Terima kasih, Speaker. Ah, Salam Tahun Baru. Jadi ah, isu yang renewable energy. Sumber biomas atau biogas yang terbesar di Sabah khususnya daripada kelapa sawit di tangan kita ada mendorongkan kerajaan untuk melihatkan sektor hiliran berdasarkan biomass tanpa gas pakai sumber pendapatan baharu.
Bagi tempoh sementara, saya mencadangkan pihak Kerajaan Negeri menggunakan tenaga hijau seperti biogas atau biomas di tangan kita sekarang ada dalam 120 buah kilang sawit ini. Ini seharusnya sudah lama dimanfaat pihak Kerajaan Negeri memandangkan Sabah ini kaya dengan sumber kelapa sawit. Bagi satu tempoh yang panjang, caranya untuk hidro tadi ada sebut kepada ah, yang Menteri Amat Berhormat tentang di kawasan Kuamut atau di kawasan sungai, sungai, Sungai Kinabatangan ini. Saya juga mendapatkan bahawa sumber ganti bekalan elektrik dengan menggunakan arang tidaklah lagi sesuai memandangkan penggantian dengan arang akan menambahkan kos dari import ini.
Sabah belum membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menyumbang, memindahkan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang tinggi untuk beroperasi.
Sekitar yang tadi saya sebut ada yang 100 dan ada Wakil Rakyat cadang di rumah pasang panel dan sebagainya. Saya ada yang sebut di masa depan mungkin ada 30 tahun lepas macam Sarawak sekarang boleh eksport karan pegi Singapore. Sekarang study apa macam under sea punya kabel. Jadi di Sabah ada hidro, ada biomas di sawit boleh dapat 600 MW seluruh Sabah boleh generate biogas ada biomas. Hidro mungkin macam Sarawak kita boleh 1000 MW generate current, boleh jual current pegi Philippine dan sebagainya. Jadi saya harap masa depan kita nampak investor datang Sabah bukan hanya tahu kita naik dia punya harga, ikut pasaran punya costing, itu fuel diesel atau gas dan sebagainya. Kita yang
I generate, natural gas tapi kita tidak dapat generate current yang murah. Itu yang saya tidak ah saya harap aa Amat Berhormat Menteri boleh dapat jawab untuk seluruh Sabahan atau yang Sandakan ini. Sampai hari ini Sandakan masih kurang current. Seluruh Sandakan industries sendiri generate current sendiri. Contohnya, IOI PBB dan sebagainya. Dia generate current sendiri. Sebab Kerajaan tidak cukup current untuk dia yang invest, di situ. Saya pertama kali di sini walaupun tidak cukup air, ini lain cerita. Yang current tidak cukup di kawasan Sandakan. Di tangan kita sudah study lama dari dulu tahun 2020.
Sudah study, sampai hari ini, SESB pun tahu biogas dan biomas boleh dipakai kan.
Tapi, hanya ah dilaksanakan saja atau mungkin ada satu cara, ada satu ah palm oil board dan sebagainya untuk study ini yang generate current untuk SESB. Saya di masa depan ini, renewable energy di tangan kita. Tidak payah dieksport lagi ah, tidak dapat diimport itu raw material lagi. Di tangan kita sekarang. Di tangan kita ada 600 MW di east cost senang-senang boleh dapat. Saya harap Yang Amat Berhormat dapat yang laksana atau yang terus ah boleh dijaga kawasan biogas atau biomass ini. Dan, dan lain tu, yang last saya mahu mahu tanya lagi since kita punya oil royalti kita belum dapat lagi dan tax revenue 40% belum dapat lagi. Macam Timbalan Ketua Menteri Tambunan pun ada sebut tak payah gaji lagi. Kita terus boleh laksana dari Persekutuan Kerajaan. Kita terus boleh laksana. Tapi hari ini kita tidak nampak apa-apa, hari ini kita masih mahu subsidi SESB dari TNB 900 juta setiap tahun. Saya rasa ini tarif, tidak naik lagi. Jangan naik lagi sebab sekarang Sabah yang paling mahal. Jangan naik lagi. Kalau naik lagi, kita rakyat yang sengsara, sengsara dan investor pun tidak mampu invest di Sandakan walaupun di seluruh Sabah juga. Jadi saya harap, ah Kerajaan yang baharu ini saya harap timbang balik renewable energy yang satu cara yang bagus dan future 30 tahun kita boleh buat satu hidropower untuk ah, attract more investor datang untuk Sabah. Sekian, terima kasih, Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Elopura.
I
Itu sahaja pembahas-pembahas yang ada di dalam senarai saya. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ia. Sorry. Maaf, maaf. Sila jawab Yang Amat Berhormat Sulaman.
Datuk Speaker, pertama saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan dan juga di dalam Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri pada hari ini. Semua pandangan dan cadangan Ahli-ahli Dewan akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Kerajaan Negeri akan melaksanakan setiap inisiatif yang telah dirangka berdasarkan kawal selia yang kini akan dimiliki seperti mana saranan, sasaran yang telah ditetapkan di dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga, iaitu Sabah Energy Road Map and Master Plan 2040 atau SE-RAMP 2040.
Kerajaan Negeri juga akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pelaksanaan segala inisiatif bagi memperbaiki prestasi bekalan eletrik di Negeri Sabah. Seterusnya, Kerajaan Negeri akan juga bekerjasama dengan pihak SESB di dalam memudah cara dan memberikan sokongan di dalam pelaksanaan Pelan Transformasi SESB ke arah kemampanan operasi syarikat utiliti tersebut.
Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui ECoS dan SESB akan memastikan penglibatan secara langsung semua pemegang taruh di Negeri Sabah bagi memastikan isu-isu semasa dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan dan mampan. Jadi Tuan Speaker, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian, mana-mana cadangan dan juga pandangan yang tidak terjawab di dalam persidangan ini akan diambil perhatian dan juga tindakan sewajarnya. Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua.
I Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024Bill
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024.
Yang Amat Berhormat, peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Okey. Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 67 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah jadual dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 67 dan jadual dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
I Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Amat Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila?
Sekarang, Tuan Speaker.
Okey, silakan.
Tuan Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.
Yang tidak bersetuju, katakan tidak.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Tenaga boleh Baharu Sabah 2024Bill
Enakmen Tenaga boleh Baharu Sabah 2024.
I
Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur Alhamdulilah, Sidang Khas kita di Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Keenam Belas hari ini telah berjalan dengan lancar dan baik. Syabas atas keprihatinan dan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mematuhi Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan dalam sesi perbahasan tiga Rang Undang-undang yang telah kita luluskan hari ini.
Saya serta Timbalan saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan yang mana telah memberi pandangan-pandangan yang bernas, membina walau kadangkala ada sinisnya. Seperti biasa, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan atau perbahasan Yang Berhormat telah buat dan mohon dikembalikan semula kepada pentadbiran Dewan Undangan Negeri sekiranya terdapat pembetulan. Sila juga pastikan jawapan-jawapan bertulis yang telah dijanjikan diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua kakitangan Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan, PDRM, MKN dan wakil-wakil media massa serta semua pihak yang tidak dapat saya sebut satu per satu yang telah turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Sidang Khas kali ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Sabah dan Malaysia yang merayakannya. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan semua kepada semua agar selamat pulang dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang memandu, pandulah dengan selamat dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Sekian. Assalamualaikum.
(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali)
I Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 2:48 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan”.
SDN03012024/bnm