Sabah · 23 April 2024
16th Assembly, 5th session · not final · 449 turns · 53,299 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sebelum itu. Sebelum kita bermula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran 28 orang pelajar dan dua orang guru pengiring dari SMK Beaufort 1 dan juga, dua orang dari Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara Kampus Sabah. Selamat datang dan selamat belajar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Senallang.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan nombor satu.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Kutipan Hasil Negeri Daripada Sumber Balak Dan KayuQuestions
*1.
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah jumlah kutipan hasil negeri setakat ini daripada sumber balak dan kayu yang diproses di kilang papan, samada daripada hasil royalti atau cukai.
Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang serta Dewan yang mulia ini, jumlah kutipan hasil yang telah dikutip oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2023 adalah sebanyak RM155,320,887.49. Daripada jumlah tersebut, hasil daripada royalti sumber balak adalah RM93,270,201.64 dan hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu yang dieksport adalah sebanyak RM3,872,617.40. Lebihan hasil sebanyak RM58.2 juta adalah daripada lain-lain hasil hutan seperti yuran permit menduduki hutan simpan, yuran pembaharuan lesen, royalti hasil agroforestry, iaitu getah dan kelapa sawit, yuran pendaftaran kenderaan dan lain-lain.
Bagi tahun ini, setakat 31 Mac 2024, jumlah kutipan royalti balak bulat adalah sebanyak RM28.3 juta. Manakala, hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu yang dieksport adalah sebanyak RM629,672.90. Kutipan daripada lain-lain hasil hutan pula adalah lebih kurang RM10.75 juta. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, tiada yuran yang dikutip untuk kayu yang diproses di kilang papan tempatan memandangkan semua kutipan ke atas kayu balak bulat telah pun dikenakan di kawasan penghasilan, iaitu sebelum ia dihantar ke kilang pemprosesan. Yuran pemeriksaan hanya dikenakan kepada beberapa produk kayu terpilih yang dieksport dan diimport masuk ke Negeri Sabah. Sekian.
Datuk Speaker?
Senallang.
Soalan tambahan. Daripada jumlah 155 juta yang dikutip daripada hasil cukai perhutanan di Negeri Sabah 2023. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri, berapakah jumlah daripada 155 juta yang diperolehi daripada perjanjian RBJ Bentawasan dan juga perjanjian di antara Forestry Department kepada beberapa syarikat. Syarikat Usahawan Borneo Greenwood Bhd di Kalabakan, Golden Borneo Plantation Bhd juga di Kalabakan dan Forestry di Sapulut. Jumlah kawasan ini lebih daripada 100 ribu hektar tanah dia.
Ada di antara perjanjiannya 100 tahun dan ini saya bertanya daripada hasil, aaa daripada 2015, 2019 sampai 2115. Ini bukannya saya reka, ya. Kerana saya tahu fakta ini. Pasal saya dulu selaku Ketua Menteri, access to all the info. Tentang siapa dapat konsesi, siapa, syarikat mana, siapa dia, I don’t want to mention name owner. Tapi, I know that companies.
I want to know daripada hasil itu, kita tidak mahu hasil ini ketirisan, satu bab. Ketirisan mungkin lebih daripada 155 juta. I want to know the detail part of it pasal extraction of timber contoh di Kalabakan, tidak jauh daripada kawasan Yang Berhormat. Bila dia extract the qubit meter yang kayu balak ini, who is going to determine? Forestry Department? But can you imagine bus, beratus bas, lori yang memuatkan ini. Who is going to verify that?
Yang Berhormat tadi ini nyatakan bahawa bila sampai sudah cost of mile, tidak ada verification. That companies, so mile yang ada dalam hutan juga subject to be tax. Not only by the state but also Federal Government because they are company registered. We need to know. Itu yang bila saya tengok, 155 juta untuk tax diperolehi tapi cukai untuk eksport cuma 3 juta saja Yang berhormat tadi. Saya ingin bertanya beberapa soalan, saya harap kalau Yang Berhormat boleh jawab, jawab. Kalau tidak, saya minta supaya secara bertulis dan I want the detail part of it. Because saya ingin fakta, ini persoalan ketirisan, persoalan tatakelola, ya. Kita tidak mahu sebut ini tentang good governance and yet, in front of us there’s no good governance. Terima kasih banyak.
Terima kasih di atas soalan tambahan oleh Yang Berhormat Senallang. Untuk makluman Yang Berhormat Senallang, sebenarnya kayu bulat yang dieksport adalah di bawah kebenaran yang dibenarkan oleh Kerajaan sebanyak 20%, di mana kayu yang dieksport tidak sampai 10%. Tetapi, untuk menyatakan berapa, yang perjanjian antara syarikat-syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat Senallang, saya tidak mempunyai data di sini.
…kita akan beri jawapan secara bertulis. Ya, kerana Yang Berhormat pernah jadi Ketua Menteri. Saya belum lagi. Jadi saya tidak ada access kepada perkara itu. Jadi insya-Allah kita akan jawapan secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Ya, sebab Yang Berhormat tadi telah menyebut bahawa Yang Berhormat Senallang pernah menjadi Ketua Menteri dan
mempunyai access. Jadi saya bukan Ketua Menteri dan saya limited saya punya access tapi insya-Allah kita akan jawab secara bertulis.
Okey, Yang Berhormat Tempasuk.
Soalan Tambahan
Ya, Datuk Speaker, Pembantu Menteri. Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan ya bagi memastikan pembekalan kayu balak mencukupi di Sabah? Dalam jangka masa yang panjang sebagai salah satu aktiviti yang menyumbang kepada hasil negeri?
Terima kasih di atas soalan tambahan, Yang Berhormat Tempasuk.
Untuk makluman Sidang yang mulia ini, bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah telah pun merangka dan melancarkan action plan untuk Forest Plantation Development 2022 hingga 2036 pada bulan Mac tahun 2022. Pelan tindakan pembangunan ladang hutan ini merupakan panduan bagi transformasi pembangunan ladang hutan di Sabah bagi tempoh 2022 hingga 2036. Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan pembangunan lebih kurang 81 000 hektar kawasan ladang hutan untuk dibangunkan pada setiap tahun bagi mencapai sasaran 400 000 hektar ladang hutan menjelang tahun 2036.
Kawasan ladang hutan ini dijangkakan bakal membekalkan sumber kayu tanaman yang berkekalan sebanyak 6 juta meter padu setahun kepada industri hiliran kayu-kayan dan membuka 40 000 peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah. Pelan tindakan ini juga menggariskan hala tuju untuk pengurusan ladang hutan yang berkesan dan cekap bagi memastikan bekalan kayu balak adalah mencukupi untuk industri hiliran kayu balak di Sabah dalam masa jangka panjang dan ia juga adalah selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya dan Dasar Hutan Sabah 2018. Sekian.
Soalan tambahan, Datuk Speaker. Merotai?
Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik.
Satu soalan sahaja, Datuk Speaker..
Datuk Seri Panglima Datuk Yong Teck Lee.
Satu soalan saja, Datuk Speaker. Soalan tambahan, Datuk Speaker. Satu soalan. Boleh?
Dua saja soalan tambahan. Sudah.
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebelum itu, Tuan Speaker saya memohon supaya dewan ini memastikan supaya Kementerian-kementerian yang berkenaan di mana pertanyaan kelmarin tidak sempat dijawab memberikanlah jawapan secara bertulis. Tahniah dan terima kasih kepada YB Kementerian Pembangunan Masyarakat kerana memberikan jawapan bertulis bagi pertanyaan nombor 29 kelmarin. Tapi yang dua Kementerian belum kasi jawapan secara bertulis, iaitu nombor 12, Kementerian Kerajaan Tempatan dan nombor 40, Jabatan Ketua Menteri. Dipohon jawapan diberikan pada hari ini juga. Tuan Speaker, pertanyaan nombor dua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cukai Yang Dikenakan Bagi Pengeksportan EmasQuestions
*2.
YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, adakah cukai jualan dan cukai eksport dikenakan bagi emas yang diambil keluar dari Sabah dan sekiranya ya, apakah cukai yang dikenakan bagi pengeksportan emas.
Jawapan
Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Yang Berhormat Senallang bersekali kerana ianya berkaitan.
Sabah merupakan negeri bertuah dan berpotensi tinggi bagi membangunkan industri emas berdasarkan hasil kajian kerja cari gali atau penerokaan dan pengeluaran pajakan lombong mining list bagi operasi melombong. Buat masa ini, operasi perlombongan emas hanya dijalankan di Bukit Mantri, Tawau dengan keluasan 317.7 hektar di atas pajakan CL.105681141.
Sejak mula beroperasi pada tahun 2018, sebanyak 2300 kilogram jongkong emas telah dijual dengan nilai RM585 juta dan Kerajaan Negeri telah menerima 5% royalti keatas hasil jualan emas mentah yang berjumlah RM23,967,315.79. Untuk makluman, Kerajaan Negeri belum mengenakan cukai jualan negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga tidak mengenakan duty export ke atas emas yang dibawa keluar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia kerana ianya penjualan domestik pada masa ini.
Saya juga ingin menjelaskan mengenai isu rampasan 110 kilogram jongkong emas oleh polis bantuan di Lapangan Terbang Tawau pada 6 Februari 2024, bahawa jongkong emas tersebut hanya ditahan sementara dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mengesahkan tiada pelanggaran terhadap akta kastam dan atau pelanggaran perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967 disebabkan jongkong emas tidak tertakluk kepada perintah kastam, iaitu larangan mengenai import 2023 dan larangan mengenai eksport 2023 dan larangan pemindahan 2022. Oleh yang demikian, barangan terbabit telah dikembalikan kepada pembawa.
Bagi menjaga kepentingan Kerajaan Negeri Sabah dan memastikan kutipan hasil yang optimum, Kerajaan Negeri dengan kolaborasi Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah Dan Ukur, Jabatan Mineral Management Sdn. Bhd., Jabatan Mineral dan
Geosains dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menambah baik proses perlombongan dan pelaburan emas menjadi lebih telus dan efektif. Yang pertama, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah melantik Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebagai Ketua Merinyu Galian selaras dengan Seksyen 2 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 bermula pada 1 Januari 2023 untuk mentadbir yakni untuk memantau, menjaga dan mengelola sistem pentadbiran mineral di Sabah dan mengawal selia operasi perlombongan.
Yang kedua, Jawatankuasa Pemandu Bersepadu telah ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti pemantauan operasi perlombongan emas, jawatankuasa ini telah memperkenalkan sistem tiga kunci, three key system bagi aktiviti pemantauan yang diadakan dua kali sebulan.
Kualiti jongkong emas yang terhasil semasa proses peleburan akan disahkan oleh Pejabat Hasil Bumi dan Jabatan Tanah Dan Ukur manakala kualiti jenis emas tersebut akan ditentukan mengikut laporan analisis kimia dikemukakan oleh operator sebelum dijual kepada pembeli.
Ketiga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah Dan Ukur, Pejabat Hasil Bumi dengan kerjasama Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. akan mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan perlombongan mineral berdasarkan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 dan Ordinan Tanah Bab 68 melalui pemerkasaan rangka kerja pengawal seliaan atau regulatory framework sejajar dengan Seksyen 28 Ordinan Perlombongan 1960 untuk memperkenalkan peraturan-peraturan baharu bagi operasi perlombongan yang lebih efisien dan mematuhi konsep environmental social and governance.
Yang keempat, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji semula kontrak perjanjian dan ordinan atau akta dan enakmen berkaitan untuk meningkatkan kadar royalti emas…
23/04/2024 -
…daripada 5% kepada 10% ke atas emas mentah yang dihasilkan daripada aktiviti perlombongan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan pengenaan cukai jualan ke atas emas yang dibawa keluar dari Sabah. Sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk menjaga kelestarian alam semula jadi, peraturan perlombongan juga perlu diperketatkan di samping meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam semula jadi. Kewaspadaan risiko kecurian, dan rampasan emas kepada pemain industri emas tempatan, pihak swasta dan masyarakat setempat. Intervensi Sains dan Teknologi juga akan ditekankan bagi memastikan aktiviti melombong emas dapat dijalankan dengan lebih efisien mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti emas, serta memberi kesan minimal kepada alam sekitar.
Tuan Speaker, yang terakhir industri emas ini masih lagi baharu dan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa prihatin serta mengambil berat isu-isu yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan penjanaan hasil kepada negeri. Kerajaan akan sentiasa menambah baik proses perlombongan mineral, yang bukan sahaja emas dan memperketatkan peraturan sedia ada bagi memastikan Kerajaan Negeri tidak Kerajaan Negeri dapat mengutip hasil yang maksimum. Sekian dan terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri atas jawapan yang lengkap. Soalan tambahan. Bagi 110 kilogram emas yang dibawa keluar dari Sabah ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Tawau pada Februari lalu, apakah harga pasaran market price bagi 110 kilogram emas tu? Dan seterusnya, adakah Kerajaan akan menimbangkan mengenakan export duty selain daripada royalti, export duty juga seperti sudah dikenakan bagi pengeksportan makanan laut. Ataupun ah, seafood ini. Tuan Speaker, kalaupun belum dikenakan ah, export duty ini, bolehkah dikenakan Export Permit? Kurang-kurangnya Kerajaan Sabah tahu apakah yang berlaku
kepada emas yang telah di lombong di Sabah ini sama ada diexport, digunakan sendiri ataupun sebagainya. Export Permit dikenakankah tidak? Terima kasih Tuan Speaker.
Pembantu Menteri.
Okey, itu soalan nilai bagi ah, 110 kilogram jongkong emas yang diambil tersebut of course kita mengira daripada apa yang, apa yang apa itu harga pasaran yang ada pada sekarang ini iaitu dalam lebih kurang probably waktu itu dan sekarang saya tidak check juga yang terkini, adalah lebih kurang dalam RM350 per gram. Jadi darabkan itu, itu adalah ah, hasilnya dan kita, 5% lah royalti yang kita akan terima.
Soalan seterusnya, permit ya itu adalah, ini adalah satu cadangan yang baik untuk kita kalau sekarang ini kita belum mengenakan cukai eksport ataupun import, or whateverlah in exportlah maka Kerajaan Negeri of course seperti yang saya sebutkan sebentar tadi sentiasa mencari jalan bagaimana supaya kita dapat mendapat hasil daripada apa yang diambil daripada negeri Sabah dan semestinya i think Export Permit kalau ini dibolehkan untuk kita perkenalkan, ini adalah sesuatu yang baik untuk kita ah laksanakan.
Hello ya, ya Merotai, Merotai.
Datuk Speaker.
Merotai Datuk Speaker.
…soalan
Saya bagi satu lagi tambahan. Jadi Senallangkah Merotai?
(suara tidak jelas)
Tadi dia dia nak bawa…
Tak apa saya bagi Senallanglah nanti saya, saya belum berbahas. Nanti saya bawa masuk dalam perbahasan saya.
Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Pembantu Menteri tentang, kalaulah saya tahu ini salah satu tanah yang dimiliki. ….(kurang jelas) di Tawau di Bukit Mentri dan ia seluas 700 ekar kalau tidak silap saya. And 300 arces is pajak. Di antara syarikat itu dengan listed company now. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat operasi dia, dulu memang ada ya. Kita tidak tahu berapa tan yang sudah extracted since then, satu. Keduanya, saya difahamkan dah diluluskan baru-baru ini oleh Federal Government, you have land and ordinance of mineral is State authority, ya. The land is …(kurang jelas) us but yet the Federal Government just granted a licence for them to operate now. But there is a dispute, the land owner is disputing in court. Kata kalaulah ni, good governance how can Federal Government bagi approval, sedang persoalan tanah juga menjadi pertikaian di mahkamah tentang pemiliknya dengan listed company and this is very crucial. The government should step in.
Pasal ini dalam tanah negeri Sabah. Bukan tiga kilometer coastal line yang ada yang kita dispute, ya, nautical mile yang ada. Tapi ini saya ingin bertanya mengapa Kerajaan Negeri tidak membantah tentang perkara ini satu dari segi environment, ya. Satu dari segi tata kelola. Dari segi pengurusan tanah? How can Federal just grant a licence for them to operate, ya. When they know that there’s a dispute in court and satu persoalan yang dia pemilik juga dah dibuang daripada persoalan pertikaian tentang gold. Satu lagi saya nak bertanya are we having any future ya? Dari segi masa depan negeri Sabah mineral bukan hanya copper. Dahulu copper masa BERJAYA pun, sekarang ini emas. Are we monetizing it? Down stream. Jangan hanya raw export, kayu pun kita export, emas pun kita export. We can be the producer so macam-macam rantai like what Dubai have. Dubai mana ada gold. Now their producing they selling one of the center in, in rantau middle east. … (kurang jelas) kalau tanya di situ bukan hanya ianya design dia cantik but this is the downstream. Terima kasih banyak.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Senallang, ya. Sepertimana yang telah pun dijelaskan oleh Pembantu Menteri Kewangan tadi, kita telah mengambil lima langkah untuk memperbaiki tata kelola dan pengurusan apa itu ah perlombongan emas di Bukit Mentri. Itu satu dan lima yang dinyatakan tadi. Kedua juga kita tidak berhenti untuk mencari jalan bagaimana kita memperbaiki dan mencari jalan bagaimana hasil yang diperolehi daripada emas tu, semaksimumnya dapat dikembalikan melalui cukai kepada Kerajaan Negeri. Dan salah satu daripada perkara yang disentuh dalam jawapan tadi ialah, kita sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai jualan dalam masa yang terdekat, ya. Ini, ini antara satulah. Kedua juga kita akan memperbaiki dan melihat semula bagaimana proses perlombongan itu dibuat untuk memastikan usaha orang kata tidak ada jalan untuk mana-mana apa ini operator untuk tidak memberi hak kepada Kerajaan Negeri dalam soal apa tu bahagiannya dalam perlombongan tersebut. Dan yang ketiga saya ucapkan terima kasih di atas maklum balas yang diberi oleh Yang Berhormat Senallang. …(kurang jelas) mengenai apa tu yang dikatakan campur tangan daripada Kerajaan Pusat, ya. Daripada ini tanah ini adalah di bawah apa tu di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kita ada mining ordinance juga. Kita ada land ordinance. The two ordinances are sufficient although they are subject to improvement untuk mengurus apa tu perlombongan di Sabah. Dan ah, I look at it as a very serious apa tu orang kata, kalau saya boleh katakan satu ah, apa ini campur tanganlah dalam pengurusan tanah kita yang saya agak serius dan kita akan siasat, mendapat maklum balas untuk tujuan tindakan …
Since Yang Berhormat menyatakan bahawa ordinance semua ini mineral and tanah is …(kurang jelas) with the State. We are concerning now because waiting for info from KL illegal operations. Stop it because they don’t have jurisdiction such because this in the court and land dispute is there. Takkan kita nak biarkan sehingga maklumat datang daripada Kuala Lumpur untuk menyatakan bahawa ini boleh beroperasi, must stop because we have the authority. You have the power there. Terima kasih banyak.
Saya andaikan Pengarah Tanah dan Ukur sebagai …(kurang jelas) galian, berada di
Dewan ini dan beliau mengambil tindakan yang sewajarnya di atas syor yang dikemukakan oleh Senallang. Terima kasih.
Ah, Datuk Speaker.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bandau.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor tiga.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Membantu Meningkatkan Kuantiti Hasil Tangkapan Nelayan Di Kawasan Perairan Teluk MaruduQuestions
*3.
YB. Datuk Wetrom bin Bahanda [Bandau] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah usaha jangka panjang dan jangka pendek yang sedang dilaksanakan di kawasan perairan Teluk Marudu bagi membantu meningkatkan kuantiti hasil tangkapan para nelayan yang semakin merosot.
Terima kasih Tuan Speaker. 23/04/2024 -
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bandau dan Dewan yang mulia ini, Kementerian ini menyedari mengenai kemerosotan hasil tangkapan nelayan di kawasan perairan Teluk Marudu akibat keadaan cuaca yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu, Kementerian ini melalui Jabatan Perikanan telah dan sedang mengambil usaha jangka panjang dan pendek bagi membantu meningkatkan kuantiti hasil tangkapan. Antara strategi jangka pendek yang dilaksanakan ialah pemberian subsidi minyak diesel dan petrol bagi membolehkan nelayan mendapat harga belian minyak subsidi, seterusnya menggalakkan nelayan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan baru yang mempunyai populasi ikan yang banyak.
Jabatan Perikanan Sabah turut melaksanakan pengawalan dalam kaedah penangkapan ikan melalui pengeluaran lesen-lesen menangkap ikan dan pemantauan terhadap nelayan-nelayan yang beroperasi di kawasan tersebut. Selain itu, strategi jangka pendek turut dilaksanakan oleh Kementerian melalui Ko-Nelayan, iaitu menyediakan pembiayaan kewangan kredit mikro di bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan, iaitu Skim Bantuan Nelayan untuk membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan di Teluk Marudu. Bermula dari tahun 2021 sehingga kini, seramai 12 orang nelayan di kawasan Teluk Marudu dan 29 orang nelayan di kawasan Pitas serta Pulau Banggi telah menyertai Program i-Nelayan. Program pembiayaan kewangan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan para nelayan terbabit sekurang-kurangnya 30%.
Tuan Speaker, bagi strategi jangka panjang Kementerian melalui Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan Program Pengembangan dan Perkhidmatan Perikanan Marin yang menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai subsektor perikanan tangkap kepada nelayan-nelayan. Program ini juga menawarkan pelbagai khidmat nasihat, kursus dan latihan in-situ kepada nelayan-nelayan melalui Program Bimbingan Nelayan.
Strategi jangka panjang seterusnya ialah pelaksanaan Program Transformasi Sosioekonomi Nelayan dan Penternak Miskin dan Miskin Tegar, Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Setempat dan Bantuan Nelayan Pesisir Pantai. Program-program ini menyasarkan Ketua Isi Rumah Termiskin yang berdaftar. Pakej yang ditawarkan ialah kursus dan satu set peralatan menangkap ikan seperti kotak ikan berinsulasi, bot gantian kaca, enjin sangkut dan pukat. Selain itu, Projek Pemuliharaan Sumber Perikanan Demersal dan Projek Pembangunan dan Pengurusan Sumber Perikanan, melalui pembinaan tukun di Sabah merupakan strategi jangka panjang untuk meningkatkan produktiviti biologi perairan persekitaran, iaitu melalui pewujudan tukun-tukun tiruan.
Selain itu, pelaksanaan Projek Peningkatan Sumber Perikanan Pelagik, iaitu pemberian bantuan peralatan perikanan seperti peranti pengumpul ikan payau dan unjam kepada para nelayan. Payau ini dipasang di perairan laut dalam yang berfungsi untuk menarik perhatian ikan pelagik berkumpul. Payau pula berfungsi untuk tempat perlindungan anak-anak ikan dan mewujudkan ekosistem rangkaian
makanan untuk memudahkan nelayan menangkap ikan. Unjam-unjam juga berfungsi seperti payau namun ia dipasang di pesisir pantai.
Di samping itu, kawasan larangan operasi menangkap ikan untuk kapal-kapal perikanan komersial telah dilaksanakan bagi mengawal penerokaan sumber perikanan. Rondaan berkala turut dijalankan bagi memantau dan mengawasi perairan terutama pencerobohan nelayan komersial tempatan. Tindakan kognitif termasuklah mengenakan kompaun akan diambil terhadap nelayan yang menceroboh kawasan tersebut. Kementerian saya juga melalui Ko-Nelayan juga melaksanakan strategi jangka panjang, iaitu mengadakan latihan dan penggunaan aplikasi Sabah Mobile Artisanal Remote Technology atau e-SMART kepada nelayan Teluk Marudu untuk menyebar luas aksesibiliti penangkapan ikan melalui teknologi satelit. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan daripada Pembantu Menteri yang begitu detail. Satu perkara yang ingin saya tanya disini sebagai soalan tambahan, iaitu selalunya nelayan kita ini ramai yang tidak berdaftar dengan e-Kasih dan juga LKIM. Sedangkan apa ini bantuan-bantuan yang diberikan mesti berdaftar dengan e-Kasih ataupun LKIM. Adakah pihak Kementerian mempertimbangkan apa-apa bantuan bagi golongan ini yang tidak berdaftar ini? Seperti bantuan perahu dan juga pukat kerana ini amat penting bagi mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker soalan tambahan. Memang ada, iaitu antara program-program yang telah dan kita pergiatkan sekarang ini ialah mengenai dengan Program Transformasi Sosioekonomi Nelayan ataupun yang kurang berkemampuan termasuklah yang tidak berdaftar dengan e-Kasih tetapi berdaftar sebagai nelayan. Kedua, Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Setempat dan yang ketiga ialah Bantuan Nelayan Pesisir Pantai. Ini layak dipohon dan terbuka kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan untuk memohon di Pejabat Perikanan daerah.
Selain daripada itu Tuan Speaker, ada lagi satu inisiatif yang dilaksanakan melalui Lembaga Ikan Malaysia, iaitu Bantuan Subsidi Minyak Petrol pada harga RM1.60 seliter. Kedua, Bantuan Touch Point, iaitu peralatan menangkap ikan seperti enjin sangkut, pukat dan tong ikan seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Bandau tadi dan yang ketiga ialah Skim Pinjaman Dana Nelayan dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM25 ribu untuk tujuan membeli bot, enjin dan pukat. Keempat, meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jeti pendaratan ikan dan yang kelima menubuh melabuhkan unjam-unjam untuk pembiakan ikan dan yang terakhir memberikan bantuan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan bagi meringankan beban akibat peningkatan kos sara hidup dan bantuan ini hanya diberikan kepada nelayan yang aktif menangkap ikan di laut. Terima kasih, Tuan Speaker.
Sekarang jemput Yang Berhormat Kemabong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebelum saya sebut soalan saya, saya juga turut cadangkan supaya mana-mana soalan yang tidak dijawab dalam secara lisan dalam Dewan ini, dijawab secara bertulis tetapi diserah kepada kami sebelum berakhirnya sidang Dewan ini pada 25 hari bulan. Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan nombor empat.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Solusi Kerajaan Mengenai Masalah Peluang Pekerjaan Para Belia Dan Beliawanis Di SabahQuestions
*4.
YB. Datuk Rubin bin Balang [Kemabong] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, apakah solusi kerajaan berkenaan masalah peluang pekerjaan para belia dan beliawanis negeri ini untuk membantu mereka memperolehi pekerjaan dalam masa yang cepat dan apakah perancangan jangka panjang kerajaan supaya mereka melibatkan diri dalam sektor ekonomi. Jawapan
Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kemabong, dan untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, Kementerian saya tidak mempunyai solusi yang spesifik untuk membantu para belia mendapatkan pekerjaan dalam masa yang cepat. Ini adalah kerana Kementerian saya bukan agen pencarian pekerjaan. Walau bagaimanapun, berikut adalah antara inisiatif Kementerian saya bagi membantu belia memperolehi
pekerjaan. Antaranya adalah seperti berikut, pertama, mengadakan kursus kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang berasaskan homebased, iaitu Kursus Seni Kreatif Jahitan, Kursus Perhotelan, Kursus Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak, Kursus Teknologi Automotif dan banyak lagi. Selepas mengikuti kursus ini, para peserta boleh menjadi usahawan ataupun bekerja di sektor yang bersesuaian dengan kemahiran yang telah diikuti. Setakat ini ramai daripada peserta telah berjaya mendapatkan pekerjaan.
Kedua, Kementerian saya telah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO menghebahkan kepada belia yang memerlukan pekerjaan untuk mendaftar dalam MYFutureJobs yang dikendalikan oleh pihak PERKESO. Berdasarkan kepada data yang diperolehi, sebanyak 15,484 pencari kerja…
Yang berdaftar di Sabah setakat Mac 2024 dan jumlah kekosongan jawatan aktif bagi tempoh sama adalah sebanyak 26,250. Kementerian saya berharap para pemohon yang telah berdaftar, akan memperoleh pekerjaan yang cepat, sesuai dengan keperluan majikan. Ketiga, penganjuran karnival kerjaya dengan kerjasama dengan pihak PERKESO, pada setiap tahun yang disertai oleh sektor swasta, yang bertujuan memberi peluang kepada belia untuk mendapatkan pekerjaan. Keempat, Kementerian saya telah melaksanakan program Fellow Sabah Maju Jaya (SMJ) sejak 2022, dan melalui program ini sebilangan besar peserta yang telah tamat program, berjaya mendapatkan pekerjaan yang kini berkhidmat di dalam pelbagai sektor, sama ada sektor awam mahupun sektor swasta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kemabong, dan untuk makluman Sidang yang mulia ini, bahawa Kementerian saya tidak bersendirian dalam merancang meningkatkan ekonomi masyarakat, termasuk golongan belia. Saya percaya ada beberapa kementerian dan agensi kerajaan mahupun swasta, mempunyai perancangan jangka panjang untuk meningkatkan ekonomi masyarakat di negeri Sabah, diberikan sama ada berupa subsidi pinjaman kewangan, grant bantuan perniagaan dan sebagainya.
Di peringkat Kementerian saya, perancangan yang dijalankan adalah memfokuskan kepada peningkatan pendapatan para belia, melalui keusahawanan dan penjanaan inovasi dan kreativiti. Untuk memastikan perancangan ini dapat dicapai, maka Kementerian saya telah melaksanakan program latihan keusahawanan khas kepada para belia, serta menyediakan platform bersesuaian dalam penjanaan inovasi dan kreativiti para belia. Inovasi dan kreativiti belia dapat ditransformkan setelah mengikuti program latihan seperti seni kreatif dan jahitan, membaiki telefon dan sebagainya. Sekian dan terima kasih.
Sekarang siapa yang lebih muda? Telupid. Beliau sangat belia.
Dia tengok rambut bangkali. Terima kasih Datuk Speaker, Timbalan Speaker. Di dalam hala tuju, pelan hala tuju Sabah Maju Jaya di bawah pembasmian garis kemiskinan, beberapa langkah Kerajaan yang diambil untuk pembasmian kemiskinan melalui pangkalan data e-Kasih. Jadi, adakah Kementerian di bawah pelan perancangan, pelan Sabah Maju Jaya di bawah pembasmian kemiskinan, ada satu langkah Kerajaan yang mengambil pekerja daripada pangkalan e-Kasih untuk diberi kepada GLC dan sektor-sektor swasta, supaya e-Kasih ini dapat diberi peluang pekerjaan? Adakah Kementerian Belia dan Sukan juga terlibat untuk memberikan data-data belia ini, untuk diserahkan kepada GLC dan sektor-sektor swasta untuk diberi peluang pekerjaan? Itu satu. Kedua, adakah langkah-langkah Kementerian untuk mewujudkan satu pangkalan data, seperti yang kita wujudkan dalam sistem e-Kasih ini yang membolehkan para belia untuk menghantar data mereka kepada satu pangkalan data? Mungkin kita boleh panggil sebagai bank data belia yang menunggu pekerjaan, supaya semua data-data ini dapat diakses oleh Kementerian ataupun GLC-GLC ataupun sektor-sektor swasta, untuk mendapatkan input belia yang masih menunggu pekerjaan. Dan semua data ini mesti ada profil dari segi pengalaman, kelulusan, alamat dan sebagainya. Adakah langkah-langkah Kementerian diambil untuk ke arah ini, bagi memastikan belia-belia kita di negeri Sabah ini mendapat pekerjaan? Terima kasih.
Yang Berhormat daripada Telupid. Sebenarnya pangkalan apa nama... untuk belia ini kita sudah ada, tapi dia tidak… kita tidak melibatkan apa nama pemohon-pemohon yang dikategorikan
sebagai e-Kasih. Tetapi, kita sudah ada pangkalan dan data-data mengenai belia ini, kita tahu dan kelulusan dia, kemahiran dia dan juga keperluan dia. Jadi ini sudah ada semuanya, terima kasih.
Datuk Speaker.
Sindumin.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan tambahan. Kita memang dapat tahu potensi dan peluang pekerjaan mendatang ini cukup banyak, kita ada pelabur-pelabur 11 bilion ringgit akan masuk. Kita ada Kibing, Nexilis kemudian kita ada SOGIP berbagai. Tapi apa yang menyedihkan kita ialah saya tidak nampak, ataupun apakah ada cadangan Kerajaan ada cadangan peluang pekerjaan ini, dari segi semua jawatan kepada daripada pelabur-pelabur ini, juruteranya, techniciannya sehinggalah buruh oleh subkontraktor? Apa yang berlaku di Sindumin ataupun di Sipitang daripada SOGIP ini sudah ada labor supply yang bermaharajarela, yang rekrut dan bila labor supply ini berhubungan dengan pelabur ini, tendency mereka bukan mengambil orang Sabah mengambil orang luar dahulu, di mana mereka sudah ada. Ini saya dapat tahu jadi ini masalah kepada kita. Walaupun banyak jawatan nanti peluang itu diberi kepada orang luar, itu yang pertama. Yang kedua, siapakah yang agensi manakah yang membuat unjuran keperluan pekerjaan di Sabah ini? Dari segi penjawat awamnya, misalnya doktor, kita ikut kajian kita perlu beratus doktor di Sabah tapi siapa yang mengatur ini? Begitu juga dengan jawatan-jawatan Persekutuan, guru-gurunya ada lain-lain jabatan. Jadi saya minta penjelasan, apakah perancangan ada rancangan Kerajaan untuk mengadakan one stop centre, yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri bukan labor supply bukan agensi-agensi. Saya setuju. Terima kasih PERKESO sudah buat karnival tapi saya ingat tidak mencukupi. Terima kasih.
Kita apa nama, kita tahu perkara apa nama yang di diutarakan oleh YB Yang Berhormat daripada Sindumin tadi itu. Itu perkara yang betul, dan kita akan berbincang dengan beberapa agensi kerajaan, dan juga kementerian supaya satu job centre ini disatukan, ya, supaya siapa-siapa juga dikhususnya belia ini untuk mencari kerja atau syarikat yang ingin
mencari pekerjaan ya, bekerja sebenarnya disatukan, jadi kita alu-alukan cadangan ini. Terima kasih.
Datuk Speaker, one last question about...
Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Jaffari bin Wiliam.
Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya nombor lima.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penglibatan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Dalam Membantu Memperkasa Bidang TvetQuestions
*5.
YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, sejauh mana penglibatan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di bawah kementerian dalam membantu memperkasa bidang TVET.
Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera.
Yang di-Pertua Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan nombor lima daripada adinda saya, Yang Berhormat Datuk Jaffari, bersekali dengan soalan nombor 25 daripada sahabat saya, Yang Berhormat Tuan Mohd Tamin ADUN Pantai Manis.
Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Yang Berhormat Pantai Manis, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia telah merangka kertas kerja penubuhan Majlis Debit Negeri Sabah. Majlis Debit Negeri Sabah ini adalah inisiatif baharu yang akan melaksanakan bidang debit, khususnya di negeri Sabah. Majlis Debit Negeri juga merupakan kesinambungan daripada Majlis Debit MADANI yang akan dilancarkan di peringkat Persekutuan tidak lama lagi. Majlis ini…
23/04/2024 -
… berperanan dalam menentukan dasar TVET negeri Sabah dan juga akan memastikan modal insan yang dilahirkan bukan sahaja memenuhi keperluan industri malah berupaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di negeri Sabah. Selanjutnya, usaha ini juga menyambut pengumuman MOSTI koperasi pekerjaan sedia ada ke pekerjaan bersiri KSTI dan STEM menjelang tahun 2030. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik dan juga Dewan yang mulia ini Jabatan Pembangunan Sumber Manusia memiliki sebuah Institut Latihan Teknik dan Perdagangan ILTP yang terletak di daerah Papar. Institut ini adalah sebuah institut TVET yang telah dipilih sebagai hub TVET di bawah bidang kimpalan, sebagai salah satu hub TVET di negara. ILTP juga telah mengadakan bengkel bersama Universiti Kuala Lumpur UniKL untuk mendapatkan panduan dan pengurusan hub. Usaha ini akan mampu meningkatkan kapasiti ILTP sebagai Hub TVET Kimpalan terbaik di negara. ILTP Papar telah dan sedang melaksanakan dua jenis program berasaskan TVET. Program ini terbahagi kepada empat pusat pengajian:
1.
Pusat Pengajian Elektrik yang menawarkan dua kemahiran iaitu: (i) Penjana Penjaga Jentera Elektrik (AO).
(ii) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik satu fasa dan tiga fasa. 2.
Pusat Pengajian Mekanikal yang menawarkan enam kemahiran, (i) Teknologi Kimpalan, 6G kerjasama bersama PETRONAS; (ii) Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam; (iii) Mekanik Traktor dan Jentera Berat; (iv) Pembaikpulihan Kenderaan Perdagangan Diesel; (v) Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan Petrol, dan; (vi) Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyaman Udara Pengudaraan dan Pemanasan HBC.
3.
Pusat Pengajian Pengurusan Pentadbiran dan Teknologi Maklumat, Tiga kemahiran yang ditawarkan dalam pusat ini:-
(i) Pentadbiran Sistem Maklumat; (ii) Setiausaha Korporat SUKT; (iii) Koperasi Sistem Komputer; 4.
Pusat Pengajian Wellness dan Kosmotologi yang menawarkan empat kemahiran:-(i).
Dandanan Rambut; (ii).
Perkhidmatan kecantikan, Perkhidmatan Rapi Kecantikan dan Perkhidmatan Estetik; (iii).
Program Moduler? Modular Dandanan Rambut, dan; (iv).
Program Moduler? Modular Juru Kecantikan.
Datuk Speaker, merujuk kepada soalan kedua daripada Yang Berhormat Pantai Manis berkenaan dengan kelayakan. Kelayakan pengambilan di Pusat ILPP Papar ianya terbuka kepada semua belia dan beliawanis yang berusia 17 hingga 30 tahun dan sekurang-kurangnya telah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima. JPSM juga dalam perancangan untuk mengadakan program baharu untuk memenuhi keperluan industri seperti Program Electric Vehicle, Penjaga Elektrik A1(V4) dan Bidang Mengetuk dan Mengecat Badan Kenderaan mengikut Piawaian IR(40). Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih, dengan jawapannya Datuk Menteri. Soalan tambahan, bagaimanakah kebolehan pasaran lepasan ILP dan JPSM?, terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, JPSM merupakan sebuah agensi yang ditadbir urus oleh JPSM sendiri. Berkaitan dengan keupayaan dan juga maklumat-maklumat untuk pasaran kerja adalah ditadbir urus oleh JPSM sendiri. Untuk makluman soalan ini perlu saya mendapatkan maklumat
jelas daripada JPSM sendiri, insya-Allah jawapannya akan diberi secara bertulis, terima kasih.
Soalan Tambahan
Soalan tambahan, terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Pembantu Menteri. Boleh saya, saya ingin bertanya kepada Pembantu Menteri sama ada Kementerian, Kementerian dan Kerajaan Negeri telah mengadakan satu visi, berapa ramai ataupun berapa banyakkah murid-murid yang kamu target untuk enroll ataupun memasuki dalam bidang STEM ini, ya? Dan juga sama ada kerajaan negeri akan membuka Makmal STEM di setiap daerah supaya sekolah-sekolah boleh menghantar the best of our people di dalam makmal itu and we have satu target di mana setiap daerah boleh produce orang yang boleh mencapai kemahiran dalam STEM. Untuk makluman pembantu menteri di Sarawak, Premier Sarawak telah mengumumkan mereka ingin mencapai by 2025 kalau saya tidak salah, 60% murid-murid di Sarawak untuk apa ini adanya kursus dan kemahiran STEM ini, terima kasih.
Tuan Speaker, terima kasih atas soalan berkenaan. Memang kita ada berkolaborasi dengan PPD seluruh daerah dan kita juga ada memberikan beberapa peruntukan sejak beberapa tahun yang lalu untuk membaikpulih atau menaik taraf pusat atau makmal sains dan yang berhubung dengan STEM dan beberapa sekolah menengah telah kita berikan peruntukan untuk membuat atau memperbaiki pusat yang berhubung dengan STEM ini. Kita juga di JPSM dianggarkan lebih 200 setiap tahun peserta daripada program ini dan sejak 2021 sehingga 2024 ini lebih kurang hampir 10,000 pesertanya dan peserta di kalangan anak-anak muda ini sebenarnya kebolehpasarannya daripada yang kita dapat maklumat ialah 80 hingga 85 peratus keboleh pasaran untuk peserta-peserta daripada Pusat Latihan di JPSM, ILTP dan kita juga sedang berkolaborasi dengan beberapa agensi termasuk dengan PETRONAS, sudah kita membuat program bersama untuk menaik taraf kursus-kursus pengajian kita program juga berhubung dengan apa Yang Berhormat kemukakan tadi dan kita juga berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam Sabah, bagaimana kita mewujudkan TVET Tahfiz dan kita juga berkolaborasi dengan SMJ Sekretariat SMJ bagaimana peserta bukan saja di kalangan B40 tapi di kalangan…
23/04/2024 -
… ah kalangan mereka yang ah, e-Kasih termasuk berkolaborasi dengan Majlis Ugama Islam Sabah, bagaimana asnaf-asnaf kita beri peluang untuk bersama untuk program-program ini. Mengenai STEM berkenaan ah, kita berusaha untuk memperkasakannya termasuk memperkasa bidang Sains, pada tahun lepas kita menganjurkan Anugerah Saintis Negeri Sabah dan ini dapat sambutan yang agak baik dan dari masa ke masa, Yang Berhormat, kita bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagaimana untuk memperkasa STEM ini. Setakat ini ah, baru 28% minat atau kecenderungan anak-anak kita dalam bidang ini dan alhamdulillah ada daerah yang mencapai 30% hingga 31%, kita akan perkasakan, terima kasih.
Terima kasih Menteri, boleh jawab sedikit sahaja? Hmmm, dengan masa yang sama terima kasih atas jawapan. Adakah hmmm, Kerajaan akan memperkasakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Maths ini seperti mana rakan kita di Sarawak telah apa ini mengumumkan tahun lepas, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, kita sedang membuat kajian berhubung perkara tersebut.
Datuk Speaker, boleh satu soalan?
Saya menjemput Yang Berhormat Senallang.
Datuk Speaker, soalan nombor 5, eh 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Pampasan Tanah Dan Pemilik Tanah Yang Telah Dibayar Di Bawah Projek Lebuhraya Pan BorneoQuestions
*6.
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III /MENTERI KERJA RAYA, berapa jumlah keseluruhan pampasan tanah dan pemilik tanah yang telah dibayar bagi setiap 11 pakej di bawah Rakan Penyampai Projek (PDP) projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang dan Dewan yang mulia ini, sebanyak 12 pakej kerja terlibat dalam pembayaran pampasan tanah dan struktur semasa projek lebuh raya Pan Borneo Sabah di bawah seliaan Rakan Penyampai Projek ataupun PDP. Pakej-pakej ini adalah (WP1) menaik taraf jalan dari Sindumin ke Kampung Melalia, (WP2) menaik taraf jalan dari Kampung Melalia ke Beaufort, (WP3) menaik taraf jalan dari Beaufort ke Bongawan, (WP4) menaik taraf jalan dari Bongawan ke Papar, (WP5) menaik taraf jalan dari Papar ke Donggongon, (WP6) menaik taraf jalan dari Putatan ke Inanam, (WP7) menaik taraf jalan dari Inanam ke Sepanggar, (WP8) menaik taraf jalan dari Sepanggar ke bulatan Berungis, (WP10) membina jalan dari Pituru ke Rampayan Laut, (WP15) menaik taraf jalan dari Tawau ke Semporna pakej satu fasa dua, (WP21) membina jalan Lahad Datu Bypass dan (WP27) menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, jumlah keseluruhan pampasan yang telah dibayar sehingga 2019 adalah berjumlah RM651 juta yang melibatkan sebanyak 1,591 orang pemilik tanah dan struktur.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Di Parlimen baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kerja Raya telah pun menjawab soalan tentang pengambilan tanah yang ada, tadi disebutkan RM600 juta, dalam Parlimen RM1.22 bilion, harga dia dan saya ingin bertanya di Sarawak cuma RM33 milion bukan bilion, pasal dia gunakan existing road, pasal itu dia cepat, Sarawak pasal itu cost less, tidak banyak belanja pasal kita gunakan ambil tanah-tanah lain dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat itu yang kadang-kadang kelewatan, perjalanan PDP memantau perkara ini 2019 bila kita tamatkan 12% syarikat pencapaian dia, bila kita tamatkan sepatutnya 40%, 39% but dia gagal since 2016 to 2019.
Saya minta kepada Yang Berhormat sama ada mungkin secara bertulis, senarai tanah-tanah, di mana dia, pemilik dia, pasal kita menggunakan kita kerajaan yang ada kuasa dalam bidang tanah dan saya yakin Yang Berhormat mempunyai maklumat ini khususnya di kawasan-kawasan contohnya, daripada Beaufort sampai ke Sipitang, pasal apa Tawau itu cepat, pasal existing road dia guna, begitu juga di Lahad Datu dia cepat pasal existing flyover yang ada tidak ada pengambilan tanah yang begitu besar, saya ingin bertanya supaya kalau boleh secara bertulis senarai tanah-tanah yang ada dan jumlah kos yang ditampung sehingga RM1.2 bilion belanja banyak sangat. Terima kasih banyak.
Okey, aaa, terima kasih pada Yang Berhormat Senallang kerana highlight perkara tersebut, apa yang saya jawab sebentar tadi RM651 juta pampasan tanah dan struktur yang dibayar adalah melibatkan 12 pakej semasa PDP mengendalikan projek tersebut. Untuk sehingga tahun ini, sehingga 1 April 2024, jumlah yang sudah dibayar pampasan tanah dan struktur adalah berjumlah RM1.147 bilion ya dan kenapa jumlah pampasan tanah dan struktur di Sarawak adalah rendah berbanding dengan negeri Sabah kerana di Sarawak koridor jalan sedia ada mereka adalah selebar 100 meter, manakala di negeri Sabah pula koridor ada sedia ada adalah selebar 30 meter sahaja dan dalam secara dasar kriteria pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan juga Sarawak adalah untuk menaik taraf jalan persekutuan utama yang sedia ada. Namun demikian, memandangkan jalan persekutuan sedia ada adalah bertaraf 2 lorong 1 lorong 2 hala yang dinaik tarafkan kepada 2 lorong 2 hala maka ia melibatkan pengambilan tanah yang lebar dan sebagaimana saya katakan tadi di Sarawak existing koridor sudah ada 100 meter, jadi dalam pengambilalihan tanah mereka kurang pampasan berbanding dengan Sabah yang hanya 30 meter, memerlukan pengambilan tanah another 30 meter hingga 40 meter lebar jadi ia melibatkan bukan saja mengambil alih tanah namun pembayaran ganti rugi rumah-rumah ataupun struktur-struktur yang terlibat. Berkenaan dengan detail terperinci ya, kita boleh bagi secara bertulis, kita akan dapatkan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
Datuk Speaker, soalan tambahan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Terdapat banyak kes-kes pampasan akibat pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan Pan Borneo yang masih belum diselesaikan disebabkan kes tuntutan waris di peringkat Mahkamah Sivil Syariah yang berpanjangan.
Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk membantu proses ini agar segera cepat diselesaikan? Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada ADUN yang Dilantik untuk rekod bagi fasa 1a yang melibatkan 15 pakej yang sedang berlangsung ada terdapat RM114.7 juta yang belum dapat dibayar disebabkan oleh kes-kes rayuan dan juga tuntut waris. Jadi, proses ini adalah di luar bidang kuasa JKR ialah kena perlu mengikut prosedur yang sedia ada.
Saya jemput Yang Berhormat Kukusan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan nombor tujuh.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tindakan Kerajaan Bagi Mengurangkan Pembakaran Haram Secara Terbuka Di SabahQuestions
*7.
YB. Puan Rina Jainal [Kukusan] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apa tindakan kerajaan untuk mengurangkan pembakaran haram secara terbuka yang kian banyak dilaporkan di Sabah.
Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker.
Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan nombor tujuh, nombor 26 dan no.28 secara serentak kerana soalan-soalan tersebut yang kesemuanya diajukan oleh Yang Berhormat YB Kukusan adalah berkaitan.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN N.70 Kukusan dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kejadian pembakaran terbuka meningkat disebabkan oleh cuaca kering yang sedang melanda di negeri ini, mujurlah hujan pun sudah mulai turun, kita harap ini akan berterusan dan Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan status cuaca panas… 23/04/2024 -
Bagi negeri Sabah, mencatat suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius. Kejadian pembakaran terbuka dan pembakaran hutan secara tidak langsung.
[Gangguan bekalan elektrik]
Boleh sudah.
Okey ya, Yang Berhormat Menteri boleh sambung.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya mulakan daripada yang saya berhenti tadilah bila power out tadi itu. Di negeri Sabah, terdapat beberapa jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa berkaitan isu tersebut, terutamanya Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Datuk Speaker, Jabatan Alam Sekitar Sabah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan pembakaran terbuka dengan menggariskan pelbagai strategi untuk menangani kejadian yang tidak diingini akibat pembakaran terbuka seperti mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Prosedur Tetap Operasi atau SOP, Standard Operation Procedure sejak 16 Februari 2024
serta melaksanakan program Pencegahan Pembakaran di Tanah Gambut dengan melaksanakan rondaan secara intensif.
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) di bawah Kementarian saya pula, mengawal pembakaran terbuka dengan memastikan pemaju projek pembangunan dengan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau EIA mematuhi syarat larangan pembakaran terbuka. JPAS juga melaksanakan program Environmental Self Regulation atau ESR di daerah Tawau, Keningau dan Sandakan untuk mempertingkatkan pematuhan syarat-syarat alam sekitar yang ditetapkan, terutamanya larangan pembakaran terbuka.
Datuk Speaker, selain daripada itu, bagi menangani isu ini dalam jangka masa panjang pula, JPAS turut mengadakan pelbagai program kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar kepada pelbagai kumpulan sasar seperti orang awam, pemaju projek pembangunan serta membuat ceramah dan pameran, menyedia poster serta menghasilkan permainan digital berkaitan dengan perubahan iklim. Sebagai contoh, JPAS bersama dengan United Nations Children’s Fund atau UNICEF mengendalikan projek dikenali sebagai “Air Quality Monitoring in Schools” dan telah dilaksanakan di lima buah sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran untuk memantau kualiti udara di sekitar sekolah dan meningkatkan kesedaran pelajar dan komuniti sekolah.
Pelbagai usaha turut dikendalikan oleh Jabatan lain seperti Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa. 23/04/2024 -
Tempatan untuk mengawal kejadian pembakaran terbuka dengan mengeluarkan amaran atau arahan dan menggesa orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka untuk mengelakkan kejadian pembakaran yang sukar untuk dikawal.
Datuk Speaker, bagi menjawab persoalan berkaitan tindakan yang telah diambil berkaitan isu pembakaran terbuka tersebut, Jabatan Alam Sekitar Sabah juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memantau kualiti udara di kawasan titik panas secara berterusan melalui rondaan dan menggunakan drone, mengenakan tindakan dan denda sehingga RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya kepada pesalah alam sekitar. Spesifik kepada mereka yang melakukan pembakaran terbuka bagi tujuan pertanian dalam kawasan tanah sendiri atau tanah orang lain, sekiranya melakukan kesalahan maka mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000.00 untuk setiap kesalahan. Denda juga boleh dikenakan sehingga RM500,000.00 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kementerian saya juga bersama dengan kementerian dan Jabatan berkaitan akan terus berusaha lebih gigih dalam mengawal isu pemanasan global dan perubahan iklim berpandukan kepada strategi dan pelan tindakan digariskan di bawah Dasar Perlindungan Alam Sekitar 2017. Sekian.
Soalan tambahan, ya.
Ya. Soalan tambahan. Okey, Datuk Speaker.
Terima kasih YB Menteri atas jawapan. Di dalam penguatkuasaan ini berapa banyak pihak yang pernah guilty as charge? Yang pernah, di dalam rekodlah sebab ikutkan daripada beberapa tahun lalu, beribu kes rekod pembakaran terbuka yang pernah berlaku. Jadi, adakah rekod berapa ramai yang sudah memang ditangkap, diberi, diberikan hukuman? Ada berapa ramai dan berapa banyak kes yang dilepaskan, terlepas begitu sahaja atau bagaimana?
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Kukusan. Menurut statistik, statistik yang untuk tahun ini dari Januari hingga April tahun ini, sebanyak 85 aduan diterima. There could have been many cases off file but yang dilaporkan adalah 85 aduan dan sudah tentulah ini memerlukan sedikit masa untuk menyiasat sebelum kita boleh bawa ke mahkamah.
Tapi, suka juga saya ingin menyatakan di sini bahawa seperti yang saya nyatakan tadi, prevention is better. So, rondaan itu diadakan begitu agresif sekali. Misalannya, dari Januari hingga April ini sahaja lebih daripada hampir 600 rondaan dilakukan dan juga usaha untuk mengenalkan, mengenalpasti hot spot itu, ya. Di mana mengikut pemantauan JAS, Jabatan Alam Sekitar dan JPAS, lebih kurang 177 hot spot, 75nya ini, ini tanah gambut, ya, dan jumlah notis arahan kesalahan pembakaran terbuka bagi tempoh Januari hingga April, 17.
Ini arahan ini lebih kepada amaranlah dan jumlah kompaun kesalahan, ini yang saya rasa Yang Berhormat Kukusan ingin tahu tadi. Pembakaran terbuka bagi tempoh Januari, April sehingga masa inilah, sebanyak 17, yang saya katakan tadi memerlukan sedikit siasatan sebelum boleh dibawa ke mahkamah. Terima kasih.
Moyog, silakan satu (1) lagi, satu (1) lagi soalan tambahan, ya.
Terima kasih Datuk Speaker. Pembantu Menteri boleh minta penjelasan if you are using to the fullest dengan izin the Environmental Protection Enactment 2002 dan sama ada, adanya rancangan untuk meningkatkan lagi kompaun yang dihadkan maksimum 50,000.00 sahaja. Because the environment needs good regulation and protection. I think we should go well and above, half a million. Make it very tough for them especially big lands yang di, apa ini, di, di, what do you call it? Dibakar secara terbuka and it’s a causing a lot of problem. I think 50,000.00 as a fine is too little. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Saya bersetuju. Kita sekarang ini berhadapan dengan isu climate change yang begitu hebat sekali dan sudah tentulah kita memerlukan apa ini, deterrent yang lebih keras lagi, ya dan saya percaya ini akan, satu (1) cadangan yang baik yang harus diteliti dan dipertimbangkan. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai.
Timbalan Setiausaha: Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama.
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis, bersamaan 18 April 2024.
Dengan itu saya menjemput ADUN yang dilantik, Yang Berhormat Aliakbar Gulasan untuk menyambung ucapan perbahasan. Sepuluh (10) minit.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, Datuk Speaker. Ash-bahna wa asbahal mulku lillah walhamdulillahi, La shareeka lah, Ash-bahna ‘alaa fithrotil islaam, Wa’ala kalimatil ikhlaash, Wa’ala diini nabiyyinaa muhammadin shallallahu ‘alaihi wa sallam, Wa’alaa millati abiina ibraahima haniifan, Wa maa kaana minal musyrikin.
Saya menyambung daripada apa yang dibahaskan kelmarin. Pagi ini, saya akan mengetengahkan beberapa suara daripada guru-guru ataupun pendidik di kawasan pedalaman Sabah. Beberapa perkara yang ditimbulkan sebelum daripada perbahasan ini, saya melihat guru-guru ini yang sudah kadang-kadang kita biasa melihat juga di media-media sosial, bagaimana cabaran mereka untuk mendidik warga negeri kita ataupun anak-anak bangsa kita yang berada jauh daripada pusat pentadbiran ataupun bandar ini, dengan keadaan jalan dan sebagainya. Secara spesifiknya, perkara-perkara yang ditimbulkan khususnya daripada beberapa kawasan di kawasan Meligan, Tenom dan sebagainya.
Yang pertama, berkaitan dengan rumah guru-guru yang terlalu usang. Saya ingat bagi kita yang biasa pergi ke kawasan-kawasan luar bandar pasti dapat melihat perkara yang sama secara umumnya di seluruh negeri Sabah. Seolah-olahnya rumah ini tidak, rumah guru-guru khususnya tidak. Saya ada gambarlah di sini, cuma mungkin tidak perlu kita tayangkan. Terlalu usang dan terlalu uzur. Yang saya
kira tidak mendapat suatu perkara yang setimpal dengan pengorbanan para pendidik yang berada di luar bandar ini. Sebab itulah saya melihat perlunya, walaupun memahami tanggungjawab pengurusan sekolah dan juga budget ini datang daripada pusat. Perlunya Kerajaan Negeri.
23/04/2024 -
…mungkin memberikan beberapa insentif. Kita faham kita tahu ada elaun-elaun khusus kepada mereka yang bekerja di pendalaman tetapi dengan susah payah dan sebahagian yang menggunakan kenderaan dengan keadaan jalan yang sangat-sangat mencabar mungkin sebahagian daripada kos elaun itu sudah dipindahkan kepada kereta yang rosak dan sebagainya. Kos barang juga Datuk Speaker, di kawasan keperluan harian barangan keperluan harian yang bagi mereka yang mengajar di kawasan-kawasan yang jauh daripada bandar. Harga barang lebih tinggi berbanding dengan di kawasan-kawasan pentadbiran di kawasan-kawasan bandar. Maka, mungkin sampai masanya Kerajaan Negeri harus melihat secara serius bagaimana Kerajaan Negeri juga boleh membantu dalam konteks elaun dan sebagainya untuk memperbaiki kualiti hidup pendidik ini ataupun guru-guru yang sebenarnya mereka inilah nanti yang boleh melahirkan generasi yang bijak pandai untuk memimpin negeri Sabah ini. Itu belum lagi diambil kira daripada beberapa perkara, misalnya walaupun masuk untuk mengajar tetapi kadangkala mereka terpaksa keluar untuk bersukan aktiviti guru-guru dan sebagainya.
Yang saya difahamkan secara berhadapan kita berjumpa, mereka terpaksa menggunakan duit sendiri untuk menampung kos-kos dan juga segala perkara dalam perjalanan untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan itu. Selain daripada itu, kemudahan asas kampung, ada satu kenyatan media pada tahun 2022, misalnya ada satu kampung di Eburu sampai sekarang projek solar itu masih terbengkalai. Mungkin ini juga perkara-perkara yang menyebabkan penduduk kampung terpaksa menggunakan generator sampai kepada setiap malam menggunakan generator dan juga perkara ini melibatkan kos yang sangat tinggi dan kita memahami bahawa sebahagian besar penduduk berada di kawasan luar bandar
di kalangan mereka yang miskin dan kadangkala kita melihat terlalu sangat sedih dan juga terharulah dengan perkara yang berlaku seumpama itu.
Minta laluan…
Sila, sila…
Terima kasih ADUN yang Dilantik. Oleh kerana kawasan Sindumin disebut, jadi saya minta penjelasan. Saya setuju ada satu projek yang besar di kawasan Meligan, Long Pasia melibatkan empat lokaliti, iaitu kampung Olobol, Kampung Meligan, Eburu, Long Miau dan Long Pasia. Ada satu projek di bawah yang disebutkan tadi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pusat. Projek ini besar bernilai 96 juta ringgit. Tetapi hingga hari ini ada masalah dengan kontraktor dan dilihat projek itu sudah dihentikan. Jadi, kita minta penjelasan. Apakah tindakan Kementerian Kerajaan? Saya difahamkan projek ini sudah dipasang tiang, talian sudah dipasang tapi cuma solarnya belum dipasang. Jadi kita minta supaya ini dijelaskan oleh Kerajaan kerana kami di Sindumin menunggu-nunggu yang ini dan kalau kita lihat projek ini membazir kalau tidak diteruskan. Terima kasih. Mohon perkara ini dikeluarkan.
Saya mohon ucapan daripada Sindumin dimasukkan menjadi sebahagian daripada persoalan dalam perbahasan saya. Jadi secara prinsipnya Datuk Speaker dan juga Ahli Dewan, yang dihormati sekalian kita mesti menekankan ataupun melihat juga kepada kebajikan para pendidik kita yang terlalu ramai di kawasan-kawasan luar bandar ini yang kita secara saya rasa secara umumnya merasai kesusahan-kesusahan ini dan tanpa guru-guru ataupun tanpa pendidik yang berkorban ini susah untuk kita melahirkan anak bangsa kita yang bijak pandai dan juga yang berilmu ini, maka pengorbanan para guru dengan perjalanan yang sangat jauh kemudahan asas yang sangat terhad tapi mereka sanggup berada di kawasan-kawasan luar bandar ini satu pengorbanan yang sekurang-kurangnya kita bagilah kemudahan mereka biarpun tidak kelas pertama tetapi kita dapat membantu pada kadar yang sepatutnya di samping daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri mungkin lebih keselesaan ini boleh menyebabkan lebih ramai pekerjaan mereka lebih selesa lebih sempurna dan
mereka tidak menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan nanti terkesan kepada pendidikan dan juga perjalanan pengajaran dan juga pembelajaran. Saya tutup ucapan dasar ini, perbahasan ini Datuk Speaker, dengan apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas daripada perjalanan mengelilingi Negeri Sabah. Saya rasa perkara ini juga harus difahami oleh Kerajaan Persekutuan mengenai peruntukan. Titah Yang di-Pertuan Agong itu seolah-olehnya mengatakan, perjalanan pada jarak yang sama di Semenanjung tidak sama dengan kos perjalanan pada jarak yang sama di Negeri Sabah dan titah Yang di-Pertuan Agong menyebutkan bahawa bajet ataupun dana kos yang diperlukan di negeri Sabah ini lebih besar berbanding dengan apa yang terdapat di luar daripada Negeri Sabah khususnya di Semenanjung, maka mudah-mudahan titah diambil serius oleh apa ini Kerajaan Pusat khususnya melihat kepada ketinggalan negeri Sabah yang terlalu ke belakang dari segi pendidikannya, dari segi aksesnya, dari segi kemudahan asasnya, eletrik dan sebagainya. Maka, kita saya rasa kita semua bersepakat bahawa Kerajaan Pusat mesti menumpuhkan sepenuhnya perhatian kepada negeri Sabah khususnya dalam konteks Dewan Undangan Negeri ini supaya Sabah juga boleh berdiri sama tinggi, bergerak sama laju seperti mana yang sudah ditunjukkan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
Kalau kita melihat di negeri-negeri Semenajung Malaysia sudah tidak membicarakan soal kemudahan asas. Mereka sudah membicarakan soal-soal bagaimana untuk pergi kepada perkembangan peringkat ketiga services tetapi kita di Sabah masih kepada peringkat yang pertama. Soal air, soal eletrik, soal jalan yang masih tidak selesai. Maka, mudah-mudahan perkara seumpama ini tidak lagi berlaku dan kita akan berjalan lebih laju dan juga berdiri sama tinggi dengan mereka yang berada di luar daripada Sabah.
Akhirnya saya juga secara peribadi dan juga keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dan juga menjelang pesta Kaamatan Tadau Tagazo Do Kaamatan. Mudah-mudahan ini akan menjadikan kita lebih harmoni dan bersepakat dan juga Selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja di negeri Sabah. Mudah-mudahan kita akan terus berada dalam keadaan harmoni dan juga aman dan damai. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih ADUN Dilantik.
Saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong. Ucap 15 minit. Selepas ini Usukan.
Terima kasih kepada Datuk Speaker.
Salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua. Saya berdoa agar semasa saya berucap tiada bekalan eletrik terputus. Terima kasih Datuk Speaker, kerana memberi saya peluang untuk membahaskan ucapan dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari khamis yang lalu. Datuk Speaker, saya ingin memulakan ucapan dengan membangkitkan isu berkaitan kawasan saya, iaitu Sri Tanjong. Ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan daripada persidangan-persidangan saya lepas kerana nampaknya kurang tindakan daripada pihak Kerajaan.
Pertama adalah berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir ataupun (RBT) Sungai Tawau. Untuk rekod saya telah membangkitkan perkara ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini sama ada dengan soalan bertulis ataupun dalam ucapan perbahasan saya. Ia bukan projek baharu. Baharu semata-mata hanya kesinambungan daripada pentadbiran terdahulu kerana projek ini dimulakan pada tahun 2019. Saya ingin bertanya kepada Kementerian yang berkenaan, khususnya Menteri MAFI, Perikanan dan Perindustrian Makanan. Sama ada projek ini boleh disiapkan tepat pada masanya mengikut jadual atau tidak? Mengapakah projek ini masih tertangguh? Pada tahun ini ia sepatutnya meneruskan baki projek pakej ketiga selepas muara sungai siap. Yang saya telah difahamkan adalah bahagian Jabatan Jambatan Apas. Namun, sudah empat bulan berlalu dan masih tiada khabar berita lagi. Terdapat khabar angin bahawa projek ini telah dihentikan. Maka, dengan itu saya ingin bertanya kepada…
23/04/2024 -
…ah, Menteri ah, iaitu ADUN daripada Tambunan sama ada hal ini benar. Projek ini sepatutnya mempunyai sejumlah empat pakej untuk disiapkan bagi menyelesaikan isu banjir sepenuhnya. Melihat kepada keadaan sekarang, adakah ia bermakna penduduk Tawau masih perlu menunggu bertahun-tahun secara tidak pasti untuk menghadap dengan musibah banjir lagi? Adakah pihak Menteri menyedari betapa kritikalnya isu ini selama ini? Terutamanya dengan peningkatan mendadak hujan dan pembangunan pesat di kawasan berper… ah, penduduk padat di sepanjang Jalan Chong Thien Vun, Jalan Apas dan Jalan Sin Onn untuk menamakan beberapa.
Sebagai contoh, tahun lepas merupakan antara kejadian banjir terburuk, terburuk di Tawau… ah, di mana beberapa kawasan perumahan turut terlibat dan terjejas buat kali pertama kali dan ini (sambil menunjukkan keratan akhbar di tangan) adalah salah satu liputan berita dari The Star di mana headline nya adalah “Flash floods in Tawau after two-hours downpour” semua sudah paralyzed, it’s seems like… ah, hujan berlaku di Tawau sepanjang dua jam ah akan mengakibatkan seluruh Tawau paralyzed di mana ah, kereta pun tidak boleh bergerak, orang pun ah, susah hati mau pindah barang di setiap rumah sehingga ada nampak di Tawau ah, khususnya di kawasan yang sangat padat. Ada yang nampak itu jalan ada naik ah, apa, dinaiki air dengan ketinggian sekurang-kurangnya tiga sampai empat meter. Terdapat juga banyak kawasan di mukim saya yang sering dilanda banjir ah, seperti Kampung Rawa-Rawa, Kampung Sadani, Taman Capital, Taman Green, Taman Nikah dan Taman Villa Park dan sebagainya. Tahun lepas, saya sendiri pun ah, menyaksikan betapa serius dan besar impaknya kejadian banjir ini sehingga mereka terpaksa memindahkan barang-barang mereka dari rumah dengan menggunakan bot kerana paras air terlalu tinggi tidak selamat untuk dilalui. Semasa membantu mereka mengalihkan barang-barang, ada juga kanak-kanak yang menangis kerana beg sekolah dan buku mereka hilang, terpampas terpampang ah, raut wajah yang sedih dan kecewa setiap penduduk mangsa banjir kerana mereka merasa mereka tidak berdaya dan mereka diasing tertanya-tanya, mengapa tiada tindakan yang
serius daripada Kerajaan yang sedia ada dan mengapakah mereka tidak dibantu semasa bencana ini berlaku.
Projek itu sepatutnya dapat menangani masalah banjir ini sekiranya Kerajaan menunjukkan komitmen agar projek ini menjadi kenyataan dan saya berharap untuk tidak mendengar isu ini timbul lagi terutamanya semasa kempen pilihan raya, di mana mungkinlah pihak pentadbir akan mendakwa ini seolah-olah kegagalan pentadbiran yang lalu yang mengakibatkan projek ini tergendala. Permainan ini pernah dipermainkan oleh pihak di sebelah dan saya amat berharap ini tidak akan berlaku.
Datuk Speaker, isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah isu berkenaan dengan open space di Sabindo dan isu ini saya pernah bangkit dalam Dewan yang mulia ini ah, dalam ucapan sulung saya pada tahun 2020 ketika penggulungan Yang Amat Berhormat, berkata beliau akan menelitinya dan makluman semula dan maklumkan semula kepada saya secara bertulis. Sejak daripada itu, saya tidak menerima apa-apa ah, makluman terkini daripada beliau ataupun ah, Jabatan Ketua Menteri. Isu open space ini telah pun dibahaskan dalam beberapa perbahasan saya sebelum ini. Maka, dengan itu saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut di sini. Walau bagaimanapun, saya ingin merekodkan bahawa pembangunan ini, sebelum adalah ah, merupakan usaha sama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan JERAMA Sdn. Bhd. Pada tahun 2006, saman sivil telah difailkan untuk menyaman kedua-dua pihak. Selepas itu, MPT menarik diri daripada saman itu dan bersetuju untuk mematuhi sebarang penghakiman daripada mahkamah. Mahkamah Persekutuan pada tahun 2017 mengesahkan keputusan daripada Mahkamah Rendah untuk memaksa pemaju merobohkan bangunan itu disebabkan ah, tentangan daripada pemaju. Bangunan ini masih belum dibongkar dan kini masih ada saman yang tertangguh mengenai prosiding komital yang tidak boleh saya katakan lebih lanjut kerana ah, konsep prejudice.
Jadi pendekkan cerita, seperti yang dinyatakan sebelum ini syarat untuk MPT menarik diri daripada saman adalah untuk mematuhi penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah dan kini MPT sebagai pemegang amanah tanah dan demi melaksanakan tugas mereka untuk melindungi kepentingan orang ramai. Mereka
sepatutnya mengosongkan dan membongkar bangunan itu dengan segera. Walau bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah open space tersebut telah dizonekan semula kepada komersial dan saya difahamkan title telah pun diberikan. Saya mahu ah, pihak Menteri daripada KKTP untuk mengesahkan sama ada ini benar atau tidak. Tambahan pula, jika memang ia telah dizonekan semula adakah MPT membuat, adakah MPT telah buat Notis Awam terlebih dahulu?
MPT seharusnya mengeluarkan Notis Awam selama 30 hari untuk menunggu jika ada bantahan daripada orang ramai dan di sini saya ada satu contoh (menunjukkan keratan Notis Awam) di mana DBKK ingin ah, menukar syarat tanah di Inanam ah, dari Rich Conservation to Residential. Di mana mereka telah pun ah, meletakkan Notis Awam di tapak tersebut dan juga ah, melalui surat khabar supaya dalam 30 hari ini, sekiranya ada terima bantahan maka penukaran ini tidak boleh berlaku dan di sini saya ingin bertanya sama ada MPT pada ah, hari tersebut, pada tahun tersebut, pernah mengeluarkan Notis Awam ini? Dan jika ada tarikh bila, tahun bila, di akhbar mana yang diiklankan oleh MPT?
Kawasan lapang ini sepatutnya berfungsi sebagai tempat letak kereta, memandangkan parkir di kawasan bandar adalah tidak mencukupi dan sangat terhad tetapi kini ia telah menjadi imej buruk kepada Tawau dan lebih teruk lagi menjadi sarang untuk penagih dadah.
Datuk Speaker, saya ingin meneruskan perbahasan saya mengenai pelancongan di Sabah. Berdasarkan statistik terkini, yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Sabah setakat Februari ini terdapat seramai 2,000 ah, 20 eh, 231 ribu perpuluhan eh bukan 231,237 orang masuk dari antarabangsa seperti yang dijangkakan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa bermula akhir tahun ini. Saya pasti angka itu akan meningkat.
Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian Menteri kepada dasar sasaran pasaran Kementerian anda, di mana nampaknya Kementerian anda memberi banyak penekanan untuk menarik pelawat dari utara Asia sahaja dan kita tahu tujuan mereka datang ke Sabah. Itulah sebabnya Kota Kinabalu dan Semporna kedua-duanya mendapat manfaat yang paling banyak. Saya ingin tahu, negara mana yang ah, yang ah, negara mana yang Menteri akan pergi tahun ini? Adakah
Kementerian akan terus mempromosikan produk dan perkhidmatan yang sama sahaja? Adakah Kementerian ah, akan mempertimbangkan untuk mempelbagaikan pasaran pelancongan lain?
Saya tertanya-tanya kenapa Menteri tidak melawat negeri jiran? Negara jiran kita untuk mempromosikan Sabah terutamanya pelancongan, perubatan, medical tourism? Di Sarawak, mereka menerima 750,768 pelawat antarabangsa untuk dua bulan pertama tahun 2024 melebihi sasaran mereka. Pengunjung terutamanya dari negara jiran, iaitu Brunei dan Indonesia. Apakah yang sebenarnya menarik minat orang Brunei dan Indonesia ke Sarawak?
Bagi pendapat saya secara peribadi adalah… 23/04/2024 -
NADIA
– NORMA
…medical tourism memainkan faktor penting dalam menarik mereka. Sebagai bandar yang paling hampir dengan Brunei, Miri telah mendapat sekurang-kurangnya tiga pakar swasta, iaitu Columbia Asia, KPJ, Borneo Medical Centre dan sebagainya. Di Kuching, terdapat KPJ, Normah dan Timberland. Pusat Perubatan Timberland juga adalah satu-satunya pusat perubatan di Borneo di mana mereka mempunyai imbasan PET ataupun PET scan untuk pesakit kanser terutamanya bagi mengimbas bagi mengesan cancer cell. Alangkah baiknya jika Sabah boleh memanfaatkan pasaran ini dengan menubuhkan hub perubatan di beberapa kawasan yang bukan sahaja boleh di akses melalui pengangkutan udara tetapi juga di akses melalui jalan darat. Memikirkan bagaimana pemindahan ibu kota ke Kalimantan Timur yang benar-benar memberi manfaat kepada Sabah kerana Sabah berada di kedudukan yang lebih menguntungkan daripada Sarawak dari segi jarak mengikut kilometer. Sebagai bandar sempadan yang paling dekat dengan Indonesia, Tawau terletak di lokasi yang sangat strategik. Itulah sebabnya Sabah pernah mempunyai penerbangan terus dan satu-satu penerbangannya…
Yang Berhormat.
… di Borneo.
Banyak lagi? Lama lagi? Boleh gulung?
After this one more point.
Dua minit lagi itu?
3 minutes. Okey, thank you Datuk Speaker. Satu-satu bandarnya di Borneo untuk terbang ke Kalimantan. Justeru itu, saya mempunyai beberapa cadangan untuk tujuan memacu sektor pelancongan baharu dan bukannya hanya mempromosikan pulau-pulau dalam pelancongan sahaja.
Pertama, menaik taraf Terminal Feri Penumpang Tawau sedia ada untuk menampung jumlah pengunjung yang tinggi. Kedua, mencari pelabur untuk melabur dalam feri yang lebih laju untuk menghubungkan Tarakan ataupun Nunukan dan Tawau bagi tujuan memendekkan waktu perjalanan. Walaupun merupakan walaupun Kota Kinabalu International Airport merupakan lapangan terbang yang kedua tersibuk di Malaysia, KKIA cuma menerima warga asing melalui syarikat penerbangan yang hanya boleh memuatkan maksimum 200 penumpang setiap penerbangan. Melalui penggunaan pengangkutan laut kita boleh menampung lebih ramai penumpang dengan harga yang lebih rendah. Jadi ini yang dua-dua cadangan yang saya berikan kepada Kementerian oleh sebab kekurangan masa saya akan jump to the next issue.
Datuk Speaker, isu terakhir yang ingin saya sentuh adalah pasal renewable energy di Sabah ini. Sedangkan kita mempunyai satu route map di mana Kerajaan yang sedia ada, ada satu strategic plan sehingga tahun 2040. Jadi saya ingin bertanya mengapakah Sabah sedangkan kita sudah ada ECoS yang baru tubuh tahun ini, kenapa tidak macam di Semenanjung di mana Suruhanjaya Tenaga melalui SEDA telah pun mewujudkan satu skim Solar PV dan untuk menjana tenaga. Sejak tahun ini awal tahun ini Kerajaan Persekutuan telah menyambung balik skim Solar PV ini melalui Net Energy Metering. Sebenarnya skim ini bukan baru. Dia sudah
diwujudkan kalau tidak silap saya 10 tahun yang lalu. Jadi cuma ini satu penyambungan inisiatif dan saya ingin bertanya mengapakah Kerajaan Sabah sedangkan ECoS sudah dibawa Kerajaan Sabah tidak mewujudkan inisiatif sebegini supaya tidak lagi mereka bergantung kepada fossil fuel sahaja. Yang saya nampak baru-baru ini dalam newspaper, SESB telah pun menyewa enam genset yang berjumlah 96 megawatt bagi menjana tenaga di Sabah.
Tapi kalau kita pakai skim ini seperti di Semenanjung untuk domestik sahaja pengguna domestik sahaja. Kerajaan Persekutuan telah pun menyambung telah pun memperkenalkan Net Energy Metering ini sebanyak 100 megawatt bagi domestic users sahaja dan 300 megawatt untuk pengguna komersial dan kedua-dua ini mereka dibagikan subsidi. Jadi saya punya cadangan ialah Kerajaan Sabah harus dilihat ini secara total untuk memperkenalkan di Sabah…
Tuan Speaker, point of order.
Nanti saya mahu habis sudah. Mahu habis sudah.
Point of order.
By order apa?
42(1). Saya mahu tahu Tuan Speaker, berapa lama seorang ahli berucap pada hari ini? Terima kasih.
Mahu habis sudah. 15 minit di allocated, dibahagikan satu orang.
Ya last sudah. Last sudah. So bagi saya, saya punya cadangan ialah Kerajaan Sabah harus mewujudkan skim sebegini untuk satu, align if your renewable energy route map. Kedua, dia juga boleh menjana tenaga sebanyak 100 megawatt di Semenanjung. Jadi di Sabah jikalau Kerajaan Sabah boleh memperkenalkan ini mungkin boleh kerjasama dengan Sabah Credit ataupun STB supaya boleh bagi insentif kepada pengguna-pengguna di
Sabah secara rebate supaya mereka boleh install Solar PV ini di rumah masing-masing. So, dengan itu and satu lagi last point yang saya mahu emphasize ialah renewable energy is to us we all understand that renewable energy is the way forward but memandangkan perubahan iklim adalah sesuatu yang happening is something that is happening, so I hope that the government can look into this seriously and then don’t forget Malaysia, as a country we are signatory to The Paris Agreement 2015 and our mission is to achieved net zero. So by using the old school your diesel, genset, approved 100 megawatt by using gas this is not align. This doesn’t hold the line…
Yang Berhormat nanti ada build up haba laut juga itu.
Itu belum…
Gulunglah. Sila gulungkan.
Datuk Speaker masih embargolah kan.
Boleh berbahas dalam itu.
If that…
Lebih-lebih 15 minit sudah Speaker.
Okey. So with that…
Okey.
…saya mengakhiri ucapan saya dengan mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kaamatan kepada semua. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Tanjong. Saya jemput Yang Berhormat Usukan sekarang.
Terima kasih…
Cubalah dalam 15 minit ya.
Kurang kurang 15 minit. Terima kasih, Tuan Speaker kerana diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama. Saya hanya sentuh beberapa perkara sahaja dalam masa yang singkat ini.
Pertama, yang saya ingin sentuh seperti juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain soalan kemiskinan. Ini adalah satu subjek yang menjadi perhatian kita semua. Tapi saya tengok kita terlalu sibuk melihat statistik tentang kemiskinan. Ini masalahnya dan kalau kita hanya berbahas soal statistik, kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Kita tengok ya tahun 2022, kita tengok. Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dia kata ada lapan daerah miskin di Sabah. Tongod, Pitas, Telupid, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud dan Nabawan. Tahun 2024 pula, lain sudah senarainya. Kita tengok Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau, Lahad Datu. Ia berdasarkan statistik dan ia bergantung kepada senarai e-Kasih. Saya masih ingat kerana Kota Belud terlibat di situ. Tidak akan dua tahun selesai masalah di Kota Belud. Pada ketika itu apa yang berlaku, saya minta Pegawai Daerah melihat kembali pemutihan senarai e-Kasih. Masalahnya ini senarai e-Kasih. Apabila senarai itu kurang jadi tidak miskin sudah. Jadi itulah saya cadangkan dahulu kita kena lihat semula… 23/04/2024 -
TERESA – AZRIN
…senarai eKasih ini, kita harus telus dalam senarai eKasih ini. Kita pamerkan senarai eKasih ini, di balai raya, di pejabat daerah supaya kita tahu siapa yang benar-benar layak dalam eKasih, siapa yang seharusnya keluar dalam eKasih dan siapa harusnya yang
masuk dalam eKasih. Kita bergantung kepada eKasih ini kerana apa pun sekarang ini kena minta eKasih, ada senarai eKasih, kadang-kadang YB ini pun sign saja sama DO, sila senaraikan dalam eKasih. Kadang-kadang tanpa kita periksa kita masuk ke dalam eKasih. Itulah sebabnya kadangkala kawasan-kawasan di mana ada menterinya senarai eKasih itu bertambah, sebab kadang-kadang desakan. Jadi pada saya senarai eKasih ini kita kena tengok betul-betul. Kita transparent. Kedua, dalam eKasih ini juga macam kata Ketua Menteri banyak kategori yang miskin ini bah. Ada yang fakir, ada yang macam-macam relative, over macam-macam. So, kita kena pastikan dalam eKasih kategori miskin ini, paling bahaya sekarang ini kita pakai perkataan noktah lagi. Paling saya takut menoktahkan kemiskinan. Ini bahaya ini kalau di kampung, kalau dia tidak faham dia nampak masih ada miskin, bila lagi mahu noktah ini. Fahaman dia noktah ini tiada sudah miskin. Tapi realitinya memang ada saja kemiskinan ini, memang ada. Jadi kadangkala banyak kata-kata seperti ini kita kena hati-hati.
Jadi pada saya, pertama Datuk Speaker kena tengok betul-betul senarai eKasih ini. Kita transparentlah, bolehkah? Dulu dia sulit, sekarang tidak sulit sudah senarai tetapi kita tengok senarai sebenarnya, barulah kita boleh melihat bagaimana bantuannya. Kerajaan juga dalam saya setuju ingin membina rumah SMJ ya di setiap kawasan DUN, iaitu 1,500 unit ini tujuannya untuk membantu mereka yang layaklah di kawasan masing-masing. Kita di Sabah ini kalau ikut data terkini ada 100 ribu kurang lebih isi rumah, sudah tentulah 1,500 itu tidak mencukupi. Pada pandangan saya, Kerajaan kena melihat semula ya dalam hal seperti ini. Kita kena ada kaedah-kaedah baru, kita bukan sekadar membina rumah, kita kena ada konsep satu produk satu komuniti. Pernah di buat oleh FELDA dan juga kalau kita ke negara Filipina dia dibuat oleh Gawad Kalinga. Konsepnya ialah bahawa sebelum kita membeli rumah kepada mana-mana pihak kita tentukan bahawa, bila kita tawarkan mereka rumah tersebut, mereka harus disekolahkan dulu dengan keusahawanan dan dia punya saham ialah dia punya titik peluh, dia punya sweat. Ini berlaku di Filipina agak aktif sekali dan mereka telah membina di Jakarta 500,000 unit seperti ini. Mungkin pihak Kementerian boleh tengoklah, kadang-kadang kita jauh melawat ke tempat-tempat yang lain tetapi sebenarnya ada (sebutan tidak jelas) kita yang berkesan.
Satu produk satu komuniti ini, Kerajaan memerlukan melihat dalam kualiti tersebut apakah produk-produk yang sesuai untuk mereka, jadi kita memberi peluang pekerjaan dan juga perumahan. Kalau tidak kita berbuat demikian akhirnya kadangkala ada rumah tersebut tetapi pendapatan mereka tidak ada. So, kita kena cari langkah-langkah yang lain dan Kerajaan harus mahu buat kajian. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah di mana Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mereka akan membina Pusat Jantung untuk Sabah 80 juta ringgit. Ini kita alu-alukan tapi pada saya tidak mencukupi ya, kerana masalah kesihatan ini bukan berpusat di Kota Kinabalu sahaja. Kalau kita melawat di daerah-daerah banyak masalah. Kawasan saya pun di Kota Belud baru-baru ini dia kata kurang doktor, kurang ambulans, macam-macam kurang. Saya tengok di Sarawak autonomi sudah diberi, soal kesihatan. Di Sabah bila lagi kita diberi autonomi ini, tidak akan Sarawak saja kita pula hari-hari nombor dua. Dia orang saja dulu, kita bila?
Sama juga seperti pendidikan, Sarawak diberi autonomi, kita bila lagi? Sekarang terkini protokolnya. Premier Sarawak sama level dengan Timbalan Perdana Menteri, takkan Ketua Menteri Sabah juga tidak level dengan Timbalan Perdana Menteri. Jadi kita ini ketinggalan ya. Kita harap wakil-wakil Kerajaan Negeri yang duduk dalam MA63, kena beranilah mendesak, kalau boleh minta maaf ya, kurang ajar sikit, kena cakap, kena cakap masalah seperti ini. Kita bukan lagi sekadar diatur kerana kita mesti mengatur.
Yang Berhormat Speaker.
Contohnya...
Yang Berhormat Speaker.
Sekejap ya. Contohnya satu, kalau soal doktor contohnya, sekarang ini kita minta kita macam posmen saja. Ada surat kita hantar sama dia orang sepatutnya kita menentukan, kalau bila kurang doktor tiga orang di Kota Belud, bagilah tiga orang, kurang ambulans dua buah ambulans, bagilah ambulans. Sekarang ini rujuk. Kalau di Jabatan Pendidikan PPD
pun mahu dirujuk ke Kuala Lumpur, PPD Pegawai Pendidikan Daerah saya tanya, “oh” dia kata. “Ini mahu rujuk ke Kuala Lumpur dulu,” katanya. Tidakkah ini tidak boleh kita putuskan. So, kita punya sekarang ini bukanlah sekadar administrative arrangement. Itulah sebab kita mahu autonomi itu kepada negeri, negeri Sabah dan kalau Sarawak boleh dilakukan kenapa tidak Sabah, sementara kita menunggu 40% itu, takut nanti mendung tapi tidak hujan. Bagus kita cari mana yang boleh kita minta autonominya. Jadi, itulah harapan saya. Silakan.
Yang Berhormat Usukan. Adakah Yang Berhormat Usukan bersetuju kalau kita mencadangkan Kerajaan Negeri yang ada sekarang untuk mewujudkan semula Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan untuk negeri Sabah sendiri dengan mempunyai dan memegang autonomi sendiri? Terima kasih.
Saya memang bersetuju ya, saya bersetuju walaupun kuasa masih Kerajaan Pusat, itu persediaan kita untuk mendapat kuasa yang sepenuhnya. Tidak salah kerana kita di Sarawak pun saya tengok dia wujudkan kementerian-kementerian yang dia tidak ada kuasa, kuasa pusat tetapi dia tentukan bahawa kita control negeri kita sendiri. Dalam soal kita memperjuangkan Sabah ini, kita harus melintasi ya, melintasi kepentingan politik. Bila kita kesetiaan itu sudah bermula kepada negeri, maka kesetiaan kepada parti itu sudah tidak ada lagi. Itu konsep prinsipnya, itulah saya daripada dulu kalau soal MA63 ini, it should been all party punya effort. Dia tidak ada politiknya semua pihak harus terlibat kerana ini adalah kepentingan kita bersama. Point ketiga yang ingin saya sentuh Tuan Speaker, ia mengenai dengan kita sekarang ini gila B40 apa lagi, T20, B20. Gila kita dengan istilah-istilah ini. Ini bukannya kita yang buat, ini daripada Kerajaan Persekutuan, dia ada sebab mengapa berbuat demikian, tapi pada saya istilah ini boleh menjadi masalah kepada kita kerana mana-mana masyarakat ini, kalau kita ingin maju what we need to create a middle class. Kelas menengah itu penting, kelas menengah tinggi, menengah sederhana, bawah. Sekarang ini kalau saya tanya berapa kelas menengah di Sabah ini susah kita mahu jawab sebab kita sudah terperangkap dengan konsep B40, T20, B20 lagi sekarang.
Ini subjektif, dalam setiap keadaan mesti ada below 40% of the population. Tapi untuk mengukur kejayaan sesebuah negara atau negeri berapa ramai middle class dalam negeri tersebut. China diukur kerana middle class nya 300 juta sama dengan penduduk Amerika, tapi di Sabah kalau kita tanya setiap tahun berapa kita wujudkan kelas menengah, kerana itu adalah pengukur kepada ekonomi kita, kerana middle classlah yang menyumbang kepada peluang pekerjaan. Barulah di Kota Belud, berapa ramai sudah middle class di Kota Belud yang wujud kerana ini adalah penggerak kepada ekonomi kita.
Jadi saya harap Kerajaan Negeri melihat, melihat perkara ini agar ya, agar kita ada angka-angka tertentu, berapa ramai middle class kita sama ada middle class apa sederhana atau bawah dan setiap tahun berapa ramai yang kita akan wujudkan. Ini adalah pengukur kepada sesebuah negara kerana kita dalam negara ini ada yang dipanggil the few and the many. The few yang paling atas dan the many rakyat biasa, tetapi dia tidak akan stabil kalau tengah itu tidak kuat. Jadi mana-mana negara, itu negara Filipina politik bertukar tapi stabil. Negara Thailand sama juga middle class kuat, Indonesia sama juga. Jadi kalau kita tengok mana-mana negara yang middle classnya kuat, maka itu negara itu boleh menentukan kekuatan ekonomi itu ada.
Akhirnya, saya punya point Datuk Speaker ialah mengenai branding. Saya paling risau branding ini, branding ini ada kebaikannya, dia juga boleh jadi gila. Branding ini bagus tetapi ia juga melibatkan kos, ia melibatkan perceptions. Kita dulu di Malaysia ini kita ada apa, Kerajaan 1Malaysia, semua Kerajaan 1Malaysia, Kedai 1Malaysia apa lagi, Klinik 1Malaysia. Macam-macam 1Malaysia, bantuan 1Malaysia. Dulu kita ada lagi Islam Hadari, semua Islam Hadari lepas itu kita ada lagi Keluarga Malaysia, semua Keluarga Malaysia. Pada saya slogan tidak ada masalah nya, slogan itu motivated kita, yang paling baik…
23/04/2024 -
[GRACIA]
– THEODORA J.
– NUR FATIN
Kalau dia jadi structure. Apabila dia structure, dia masalah kerana semuanya akan tinggal kalau
kita tidak berkuasa. Kerajaan itu Kerajaan. Kerana Kerajaan itu dibentuk setelah kita menghadapi pilihan raya.
Selepas pilihan raya tidak ada lagi diadakan Kerajaan. Tidak ada lagi soal tangki birunya. Tangki itu tetap tangki juga. Jadi, kita di Sabah ini, kalau boleh kerana kita di Malaysia ini, negeri yang paling terkenal matang politik adalah Sabah. Pada satu ketika, kita mungkin ekonomi tidak develop tetapi politik nombor satu dalam Malaysia. Kita tidak suka kerajaan ini, kita tukar kerajaan. Setiap sepuluh tahun bertukar kerajaan. Kerana politically kita matang. We develop. Kalau istilah politikal sainsnya, dia merujuk kepada culture politik-politik culturenya. Jadi, kita di Sabah ini, harus sampai ke satu tahap bahawa kalau kita ada slogan, tidak ada masalah tetapi jangan terus structure dia akan menimbulkan masalah kemudian. Akhirnya, dia menjadi negative perception. Dia menjadi perbahasan. Akhirnya, ia tidak akan menentukan kesatuan di antara kita.
Pada saya, Kerajaan tetap Kerajaan. Politik tetap politik. Kita kena bekerja, kita belajar bekerjasama dalam keadaan kita berbeza. Kita kena pandai mengurus perbezaan antara kita kerana akhirnya, kita bertanggungjawab untuk membawa pembangunan di Sabah ini.
Tuan Speaker, itu sahajalah. Tiga perkara yang ingin saya sentuh dan saya juga seperti kawan-kawan lain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dan Selamat Menyambut Kaamatan.
Dengan ini, saya menyokong Ucapan Dasar ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Usukan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kukusan.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum waramatulahi wabarakatuh kepada semua Sidang Dewan sekalian. Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang telah disampaikan
pada Khamis lalu di hari Pembukaan Sidang Penggal Kelima bersamaan 18 April 2024.
Alhamdulilah, setelah seminggu kita meraikan kemenangan di bulan Syawal ini, kita dapat berkumpul semula di Dewan yang mulia bersama tanggungjawab kita dalam membangkit isu permasalahan rakyat agar dapat diambil perhatian. Pagi ini, saya mewakilkan suara Kukusan akan mengusul beberapa perkara dari Ucapan Dasar tersebut. Saya akan bermula daripada kawasan yang saya wakilkan, yang saya boleh panggil DUN bungsu di Daerah Tawau dan Kalabakan yang lahir daripada persempadanan DUN Tanjung Batu, DUN Sebatik dan DUN Merotai. DUN Kukusan terletak di pinggir bandar dan sebenarnya berpotensi menjadi satu subbandar baharu di daerah ini, di Daerah Tawau dengan kepadatan melebih 30,000 orang penduduk.
Kukusan diisi dengan kemudahan, penempatan, agensi kerajaan seperti kem tentera, sekolah-sekolah rendah, menengah, sekolah agama yang menjadi mercu kepada prestasi pendidikan di Tawau dan Kalabakan.
Selain itu, ada juga Kompleks Sukan Tawau dan yang sedang dalam pembinaan, Hospital Besar Tawau. Maka, kiranya mungkin ini layak berkembang sebagai sebuah hub bandar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi penduduk di sekitar. Di Sidang lepas, saya telah menegaskan mengenai isu setinggan yang berleluasa di kawasan persisiran sungai dan aerodrome yang mengambil sebahagian besar keluasan Kukusan.
Sebelum penguatkuasaan menghapuskan setinggan ini dilaksanakan, saya ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai perancangan dalam menyediakan penempatan kepada mereka ini? Kerana mereka ini juga merupakan warganegara sah dan tidak wajar jika tiada perancangan khusus dalam mengurus kelompok ini selaras dengan Kesejahteraan Modal Insan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama ada menyebut mengenai Kajian Semula Pelan Tempatan Sri Tanjong di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang dijangka siap pada tahun 2025.
Saya percaya, Kukusan juga turut menjadi sebahagian daripada pelan ini. Namun, adakah ini hanya bermakna kami akan dapat melihat perancangan tersebut pada tahun hadapan? Berapa kajian lagi mahu dilaksanakan? Walhal isu ini sudah sepatutnya sekarang berada di fasa penyelesaian. Bukan lagi untuk kajian. Saya berharap juga ini bukanlah alasan sebagai langkah procrastination untuk semata-mata mendahulukan kerja-kerja lain yang lebih kuat. Lobi yang lebih kuatlah ini maksud saya. Ya?
Maaf ya? Saya tiada bunga-bunga. Kami hanya mahu kerja dapat dijalankan. Jadi, status yang tidak jelas mengakibatkan fasiliti padang bola sepak dan gelanggang tenis terbiar sehingga dikelilingi, diseliputi oleh setinggan. Maka, atas nota ini, Pihak PBT, di MPT ya? Di tempat saya. Diharap dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan berkala dan membuka fasiliti ini kepada umum agar tidak lagi mengundang occupation yang pastinya semakin sukar dibendung.
Masih berkait dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, iaitu isu Serahan Milik Kawasan Residensi atau Komersial. Di Sabah, pengurusan hartanah ini melibatkan pemindahan tanggungjawab pengurusan daripada pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Ini penting untuk memastikan pembangunan kawasan tersebut berjalan lancar dan memenuhi keperluan penduduk setempat. Walau serahan milik ke PBT ini menjadi lazim, wujud ketidaksempurnaan dalam pelaksanaannya seperti yang berlaku di daerah Tawau dan Kalabakan. Terdapat di beberapa kawasan pihak pemaju masih lagi menguruskan infrastruktur dan perkhidmatan awamnya sendiri tanpa melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, meski mereka telah membayar cukai pintu. Keengganan pemaju menyerahkan tanggungjawab kepada PBT menyebabkan beberapa masalah signifikan. Antaranya, penyelenggaraan jalan yang perlu diturap baru, sistem perparitan yang tersumbat, pemotongan rumput yang tidak teratur dan lampu jalan yang tidak berfungsi. Ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan penduduk, malahan mengabaikan pembangunan kawasan tersebut secara keseluruhan.
Datuk Speaker, terdapat beberapa langkah proaktif yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, mengemas kini Dasar Berkaitan Serahan Milik ini dan Pemeliharaan Infrastruktur Awam di bawah bidang kuasa PBT.
Kedua, menilai prestasi pemaju dalam menyerahkan tanggungjawab pengurusan kepada PBT seperti mengenal pasti punca ketidakpatuhan di beberapa kawasan. Ketiga, memperincikan mekanisme serta insentif yang sesuai untuk mendorong pemaju bekerjasama dengan PBT dalam Pengurusan Hartanah dan Pembangunan Kawasan dan yang keempat, mewujudkan Sistem Penyeliaan dan Penguasaan yang efektif bagi memastikan pemaju patuh terhadap serahan milik kepada Pihak PBT. Saya juga ingin turut membawa perhatian Kerajaan Negeri dalam aspek perumahan yang kian melambung tinggi. Selain daripada faktor kos bahan bina, nilai hartanah yang ditetapkan oleh pihak PBT juga mempengaruhi keseluruhan kos. Nilai yang ditawarkan adalah tidak seimbang seperti membandingkan harta tanah, harga tanah di bandar Kota Kinabalu dan di tepi bandar Tawau. Bagaimana nilai ini boleh berada di dalam rate yang lebih kurang sama sedangkan kualiti sosial di dua bandar ini adalah sangat berbeza?
Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan menyebabkan pelabur mengambil satu langkah ke belakang dan ini sangat tidak sihat dalam memastikan perkembangan bandar Tawau seiring dengan keperluan rantau Nusantara yang pastinya memberikan impak kepada masyarakat, terutamanya di pantai timur. Adakah data yang lengkap dan terperinci dalam mengenalpasti household income, masyarakat sekitar Tawau sama ada mereka bersedia untuk memiliki rumah atau lot komersial dan berapa ramai yang mempunyai purchasing power atau sebaliknya? Ini kerana bandar Tawau perlu beradaptasi lebih ke hadapan dalam menyambut kerancakan Ibu Kota Baharu Indonesia kelak? Potensi second home di Tawau
boleh terokai dengan lebih baik jika semua ini bergerak dalam satu algoritma yang sama.
Seterusnya Datuk Speaker, saya ingin mengalih perhatian di Dewan yang mulia ini kepada nasib mahasiswa yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang dikenali sebagai BKNS.
Saya telah menerima beberapa aduan daripada mahasiswa Sabah bahawasanya, biasiswa mereka agak lambat untuk dikreditkan ke akaun mereka dan sehingga kini, majoriti mahasiswa Sabah masih belum lagi menerima biasiswa mereka walaupun sekarang menghampiri fasa pertengahan semester.
Kelewatan dalam pengkreditan BKNS..
23/04/2024 -
[MOHD NOOR]
– SITI JUBAIDAH
– NORMA
…memberikan beban kepada majoriti pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dalam menampung kos kehidupan harian serta pendidikan mereka. Pengkreditan BKNS secara tepat pada masanya adalah sangat penting dalam memastikan kestabilan mahasiswa dalam menjalani pengajian mereka dengan lancar dan tanpa tambahan beban yang tidak perlu. Berkaitan dengan isu biasiswa juga, saya ingin membawa satu lagi isu, yang membelenggu mahasiswa Sabah yakni berkaitan dengan sistem pengajian daripada sistem pinjaman pengajian daripada Yayasan Sabah.
Pada mulanya, Yayasan Sabah telah mewujudkan satu sistem pinjaman pengajian yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang tertinggi. Sistem ini menyediakan fleksibiliti di mana pinjaman tersebut akan ditukar kepada biasiswa dengan membayar semula pada kadar yang berpatutan, iaitu 25% daripada jumlah pinjaman pengajian khususnya untuk mereka yang mencapai kecemerlangan akademik dengan keputusan CGPA 3.50 ke atas. Namun begitu, keadaan semasa menunjukkan bahawa terdapat ketidakselarasan dalam pelaksanaan sistem ini. Mahasiswa yang berjaya mencapai kecemerlangan
akademik dengan mencapai keputusan CGPA 3.50 masih terpaksa membayar semula pinjaman mereka pada kadar 100%.
Perbandingan dengan sistem pinjaman pendidikan MARA yang mungkin boleh kita jadikan satu perbandingan relevan untuk kita memahami dengan lebih jelas. Dalam sistem MARA, mahasiswa yang mencapai keputusan CGPA memperoleh pengecualian dapat pembebasan sebahagian daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik. Ini memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa untuk belajar dengan lebih tekun sekali gus memotivasikan diri mereka untuk mereka berusaha lebih keras dengan agar mendapat keputusan cemerlang. Jadi, saya ingin mengusulkan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap isu ini. Sebagai mercu Kerajaan Negeri adalah penting Yayasan Sabah menyelaraskan semula sistem pinjaman pengajian mereka dengan mempertimbangkan semula terma dan syarat dan memberi tumpuan kepada pemberian insentif kepada mahasiswa yang cemerlang.
Lanjut kepada hala tuju anak-anak mahasiswa ini setelah grade. Kita perlu menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi negeri memainkan peranan penting dalam menentukan peluang pekerjaan bagi graduan tempatan. Mengikut rekod, Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi di Malaysia, sebanyak 29% ataupun 169,800 orang. Jadi, buat masa ini, adalah penting melibatkan agensi yang boleh mengkaji dan memahami trend pekerjaan dan keperluan pasaran di sesebuah kawasan secara komprehensif. Ini termasuk menganalisis sektor utama seperti pertanian, perikanan, pelancongan perkhidmatan dan industri lain yang mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat di Sabah.
Datuk Speaker, dalam kita membentuk dasar-dasar yang berkaitan dengan pekerjaan dan pendidikan adalah penting untuk mendengar suara graduan tempatan dan agensi yang terlibat melalui dialog berterusan, forum ataupun sebagainya agar kita melihat pihak termasuk universiti tempatan, majikan dan masyarakat setempat dapat memberikan satu idea ataupun satu pandangan ke arah, ya, memastikan kesejahteraan mahasiswa ini berada di tahap yang lebih baik. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri haruslah bersifat berterusan dan komitmen yang
berjangka panjang untuk menyediakan peluang pekerjaan ini yang budaya maju bagi graduan tempatan di seluruh negeri Sabah.
Dengan pendekatan ini, insya-Allah, kerajaan dapat memberikan keyakinan kepada anak-anak muda atau belia Sabah bahawa mereka memiliki masa depan yang cerah. Ingin menyentuh mengenai masa depan yang cerah, adalah juga penting bagi kita mengekalkan kesetiaan kepada perjuangan menuntut hak-hak yang termaktub di MA63. Semua ini perlu disematkan kepada generasi hari ini, bahawa perjuangan politik kita, di Sabah politik Sabahan berlandaskan perjanjian yang masih tidak tertunai. Serulah kepada anak-anak kita, ceritakanlah kepada mereka bagaimana negara Malaysia ini terbentuk, terokailah sejarah, belajarlah daripada kesilapan. Maafkan saya, kepada semua pejuang-pejuang lama, kepada kawan-kawan seperjuangan di dalam Dewan ini, saya juga ingin bertanyakan apakah kelebihan bersama Parti Kerajaan Federal jika tuntutan kita ini masih lagi di anak-anakkan. Sudah berpuluh tahun hingga pelbagai janji-janji manifesto politik yang di laung-laungkan, ketika kempen kononnya, menang saja parti kami MA63 terus dilaksana, ternyata bukan sahaja pendatang baru saya digula-gulakan, orang-orang lama politik juga masih di gula-gulakan. Kuasa anatomi apakah yang kita tuntut sebenarnya ini? Akhir sekali, terima kasih juga atas fokus dalam membasmi kemiskinan, melalui lawatan kerja di akar umbi, kebanyakan mereka yang berada dalam kepompong… kepompong miskin tegar ini sebenarnya mempunyai masalah pengurusan dokumentasi yang tidak teratur. Ibu bapa mempunyai IC yang sah namun anak-anak hanya mempunyai sijil beranak, lebih parah lagi tiada sebarang dokumen pun. Oleh itu, saya amat berharap jawatankuasa kecil dapat dilaksanakan dalam merungkaikan masalah dokumentasi ini dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti JHEAINS dan Mahkamah Anak Negeri dalam mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah tersebut.
Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri, yang membawa inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma kepada rakyat Sabah, salah satu langkah yang mampu membantu mereka yang terbelenggu dalam kemiskinan. Namun pada yang sama, perlu juga memonitor kesihatan demi survival dalam memastikan keluarga mereka jaga. Program ini telah saya laksanakan sejak bersama dengan blok kerajaan dua
tahun lalu dengan menggunakan peruntukan ADUN sendiri. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, DSP, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sabah dalam mengendali kepimpinan Kerajaan Negeri ke arah hala tuju yang lebih jelas dalam konteks politik dan hal ehwal pentadbiran.
Momokan signboard SMJ itu sebenarnya hanyalah tindak balas negatif kerana kita menyusun isu untuk diprovokasikan. Moto Sabah Maju Jaya memang sudah lama tersemat di jata Sabah sejak berpuluh tahun lagi. Pada masa itu, keadaan infrastruktur berada di tahap yang terendah namun atas semangat pemimpin kita sebelum ini, slogan Sabah Maju Jaya sudah dijadikan tanda untuk menggapai impian anak-anak Sabah. Mengherdik pembinaan signboard samalah juga ya, kita tidak macam jangan kau tanam pokok bunga, tanam pokok sayur saja, sebab pokok bunga tidak boleh dimakan. Ini sebenarnya kita memerlukan satu tanda mercu sebagai ingatan kepada usaha kerajaan untuk mengangkat Hala Tuju SMJ kepada kesatuan dan kebersamaan rakyat Sabah.
Saya juga menghargai komitmen Kerajaan Negeri untuk memperjuangkan keadilan, kesaksamaan, dan kemakmuran untuk rakyat Sabah. Saya berharap agar setiap dasar, dan inisiatif yang dilaksanakan akan memperkuat perpaduan di kalangan masyarakat serta membawa kemajuan yang berkekalan bagi negeri Sabah yang kita cintai. Kerjasama antara kerajaan dan rakyat akan perlu terus diperkukuhkan untuk menikmati kejayaan kita ini bersama, ya. Sekian, itu sahaja Datuk Speaker, terima kasih, selamat hari raya maaf zahir dan batin, kotobian tadau kaamatan, sejahtera kamemon, #SayangSabah, kukusan mohon mengusul, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kukusan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Banggi.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya, untuk terlibat dalam perbahasan ucapan Dasar
Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 18 April 2024 yang lalu. Mohon izin, Datuk Speaker.
Perbahasan saya yang serba ringkas ini yang berkisar kepada isu-isu asas di kawasan saya. Tuan Speaker, setiap insan mempunyai impian dan harapan. Sekecil-kecil impian dan harapan itu ialah ingin menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Untuk selesa dan tenang bagi masyarakat di luar sana, khasnya mereka yang berada di pedalaman. Sudah memadai dengan mereka mudah mendapati bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya yang sebaiknya di samping mudah mencari rezeki mengikut kemampuan dan peluang masing-masing. Semua impian mudah ini, rakyat berikan kebertanggungjawabannya kepada kita semua wakil rakyat di dalam Dewan yang mulia ini, khususnya kepada barisan Kabinet Negeri untuk direalisasikan. Oleh yang demikian, usaha lebih drastik, sangat dituntut agar…
23/04/2024 -
[NOREERA]
– DARRYL JUDE
– AZRIN
Kita semua berjaya mengatasi masalah-masalah atau isu-isu yang rakyat hadapi kini.
Datuk Speaker, saya sangat yakin dengan dan percaya dengan kemampuan barisan Kabinet Negeri Sabah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mampu menggalas tanggungjawab ini, bahkan banyak usaha yang telah berjaya dilaksanakan dan sudah tentu rakyat mahukan kejayaan ini dinikmati sepenuhnya, bukan hanya oleh mereka yang berada di bandar tapi juga oleh masyarakat di luar bandar.
Tuan Speaker, meneliti kembali ucapan Dasar Kerajaan Negeri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah banyak program Kerajaan dan Kementerian seperti, antara lainnya ialah usaha memastikan keterjaminan makanan, memastikan kejayaan modal insan anak-anak Sabah, membawa banyak pelaburan masuk ke dalam Sabah, menaik taraf akses pengangkutan, sumber air dan elektrik serta menarik lebih banyak kehadiran pelancong dalam dan luar negara. Semua ini sudah
tentu akan memberikan impak positif dalam pembangunan dan perkembangan infrastruktur dan ekonomi negeri dan rakyat.
Namun demikian, Datuk Speaker, saya ingin mencadang atau sekadar mengingatkan walau ianya telah pun dipraktikkan, iaitu saya mohon agar setiap kementerian dan jabatan mempunyai data apa juga peruntukan dan nilainya yang diturunkan ke setiap DUN. Kemudian, dalam mesyuarat Kabinet Negeri dilakukan penyelarasan memastikan setiap DUN diberikan peruntukan yang sesuai pada setiap tahun atau penggal. Sekurang-kurangnya satu atau dua program atau projek pembangunan yang berimpak dan kemudiannya data itu perlu dikongsikan kepada setiap Wakil Rakyat agar Wakil Rakyat ini juga dapat kongsikan kepada masyarakat selain sebagai penanda aras kejayaan Kerajaan dan juga wakil rakyat di setiap kawasan.
Datuk Speaker, semalam saya dihubungi oleh rakan lama, guru di pedalaman tiga di kawasan saya. Mohon izin Datuk Speaker untuk saya bacakan teks beliau kepada saya; Assalamualaikum, YB?
Saya sambut dulu ah, Waalaikumussalam.
Tentang elaun pedalaman di Pulau Banggi, Pihak KPM berkemungkinan bercadang menurunkan elaun pedalaman tiga ke pedalaman satu. Untuk makluman yang… Dewan yang Mulia, pedalaman tiga diberikan elaun BKLB sebanyak 1,500.00 akan diturunkan ke pedalaman tiga, satu dengan sebanyak RM500.00 dengan alasan ada banyak kemudahan di Pulau Banggi seperti kesihatan, keselamatan dan perbankan dan Pekan Kecil Karakit sebagai pekan terdekat dari setiap sekolah di Pulau Banggi. Sedangkan jarak pekan terdekat sebelum ini yang digunakan sebagai penanda aras ialah Pekan Kudat, iaitu jaraknya lebih kurang 71 kilometer daripada setiap sekolah di Pulau Banggi dan kini Pekan Karakit dijadikan pekan terdekat sejauh 10 kilometer. Karakit tidak layak dijadikan sebagai pekan asas sebab Pulau Banggi belum dinaik taraf sebagai daerah penuh. Perkhidmatan perbankan pula hanya menggunakan khidmat ejen yang sering kehabisan duit, talian telefon tidak stabil, klinik kesihatan
belum taraf hospital, keselamatan masih tidak terjamin kerana… kerana menyeberang lautan menggunakan feri dan juga pengangkutan laut yang lain. Selain cuaca teruk, ancaman lanun juga berpotensi berlaku. Belum lagi masalah air dan elektrik yang sering terputus dan sebahagian besar daripada 14 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi ini, tidak ada bekalan elektrik dan air bersih. Jalan raya juga hanya sedikit yang boleh dianggap baik yang selebihnya dalam keadaan teruk. Saya dapat laporan surat pengurangan Elaun BKLP ini, sudah dihantar oleh PPD ke JPN dan akan dipanjangkan ke KPM. Cuaca pun jadi masalah, cuaca yang ketara setiap tahun hujan dan panas yang lama berbulan-bulan. Harap harga keperluan, barang keperluan asas pun di Pulau Banggi masih terlalu tinggi.
Elaun itu, elaun BKLP ini seperti tiada juga YB kerana selepas dibelanjakan, ianya tidak terasa. Malah kebanyakan guru di pulau ini menggunakan elaun tersebut untuk membeli keperluan mengajar, membeli alat bantu mengajar, buku untuk murid dan kertas sekiranya kehabisan di sekolah. Kesimpulannya, elaun itu kembali ke sekolah dan kepada keperluan murid juga YB.
Minta YB bahaskan atau sampaikan di Sidang DUN, semoga diambil perhatian dan berjaya dikekalkan. Datuk Speaker, ini… inilah keluhan rakan-rakan guru di kawasan yang saya wakili, yang mana rata-rata sekolah di kawasan Pulau Banggi berada di pedalaman tiga. Bahkan, saya juga mantan seorang guru yang bertugas di pedalaman tiga di SK Balambangan beberapa tahun lalu sepanjang lebih kurang lapan tahun.
Selain sebagai wakil rakyat, saya juga memahami situasi ini dan mohon kepada Kementerian yang berkaitan dan juga kepada Kerajaan Negeri kerana situasi ini saya yakin dan percaya bukan hanya berlaku di Pulau Banggi tetapi bahkan di kawasan pedalaman-pedalaman seluruh Sabah sepertimana yang disampaikan juga oleh ADUN Lantikan sebentar tadi Tuan Dr. Aliakbar Gulasan.
Tuan Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri, Datuk Seri Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Pengarah Jabatan Air
Sabah dalam usaha menangani isu air di beberapa kawasan di negeri Sabah, tidak terkecuali di kawasan yang saya wakili. Inisiatif pemasangan sistem pam terapung di pengambilan air bagi mengatasi isu paras sungai yang berada di bawah paras operasi secara berterusan merupakan satu cadangan dan pendekatan yang efisien di loji rawatan air di Pangkalan Darat, Pulau Banggi.
Dalam masa yang sama, kajian untuk menaik taraf sistem pengambilan air dan cadangan pembinaan pengambilan air baru dengan kapasiti tiga juta liter air sehari telah siap dan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk kelulusan. Dan untuk perkongsian... perkongsian Dewan yang Mulia ini, saya dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah bahawa kerja-kerja membina semula cable ke pump intake di Pangkalan Darat, Pulau Banggi akan dilaksanakan dalam minggu ini. Inilah contoh gerak kerja yang terbaik, tuntas dan efektif yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan hari ini. Mudah-mudahan ianya berjaya dilaksanakan segera yang mungkin Datuk Speaker, Pulau Banggi tidak dahagakan bangunan tinggi ketika ini tapi aspal jalan raya kami. Banggi tidak dahagakan bangunan tinggi ketika ini tapi bangunkanlah bekalan elektrik kami. Banggi tidak dahagakan bangunan tinggi ketika ini tapi kami mohon masjid-masjid, surau-surau, gereja-gereja, sekolah-sekolah, tempat-tempat berniaga, pusat riadah dan sukan, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba dan perpustakaan, naik taraf lah dan bangunkan untuk kami. Kami mohon semua kementerian turunkan peruntukan yang sesuai untuk pembangunan infra dan ekonomi rakyat Pulau Banggi.
Banggi mohon menyokong, Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Banggi. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Tungku.
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta
dalam perbahasan Dasar Kerajaan Negeri yang telah disampaikan sebelum ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat. 23/04/2024 -
[CHARITY]
-AZYATUL
– NUR FATIN
Ketua Menteri atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas.
Ucapan syabas dan tahniah juga kepada Kerajaan, kakitangan kerajaan yang telah bertungkus lumus berkhidmat demi memastikan pentadbiran Kerajaan ini berjalan baik dan semoga usaha baik anda semua, akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Dengan iltizam melipatgandakan usaha bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, melalui inisiatif merancakkan pembangunan sektor ekonomi, meningkatkan hasil sedia ada, meneroka potensi hasil baru, menarik pelaburan berimpak tinggi, Ucapan Dasar ini telah menyentuh beberapa perkara seperti memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan, merancakkan sektor pembuatan, memperkasa sektor pelancongan, mempergiat pembangunan infrastruktur utiliti dan jaringan komunikasi, Koridor Pembangunan Sabah, memperkasa pembangunan modal insan, pemantapan penyampaian perkhidmatan, mengukuhkan pengurusan governan, integriti dan antirasuah, pendigitalan Kerajaan, menoktahkan kemiskinan, memacu ke arah kesejahteraan masyarakat, memupuk masyarakat sihat melalui sukan, memelihara budaya dan etnik, melestari alam sekitar, kemapanan pengurusan hutan, mempercekap pengurusan pentadbiran tanah, memantapkan hasil negeri.
Yang Berhormat Speaker, Ucapan Dasar ini agak panjang dan menyentuh 17 perkara yang penting. Saya mencadangkan di masa akan datang, memandangkan pentingnya Ucapan Dasar ini di masa akan datang setiap perkara yang disentuh dan melibatkan Kementerian haruslah dibentangkan perinciannya oleh menteri bertanggungjawab supaya memudahkan setiap wakil rakyat lebih memahami setiap dasar dan perinciannya, lepas itu barulah Ucapan Dasar tersebut dibahas.
Perkara yang sama juga Yang Berhormat Speaker, harus dibuat kepada setiap Rang Undang-undang yang akan dibekalkan. Kali ini kita mempunyai tiga] Rang Undang-undang yang akan dibentangkan. Pihak State AG haruslah memberi penerangan dengan cara mudah, difahami oleh setiap wakil rakyat memandangkan Rang Undang-undang akan melibatkan perkara berkaitan undang-undang dan perlembagaan yang menjadi sumber dan punca kuasa terhadap sesuatu perkara. Itu dua cadangan saya yang pertama, Yang Berhormat Speaker.
Sebelum saya meneruskan kepada Ucapan Dasar Datuk Speaker, saya ingin bermula dulu dengan kawasan saya, Tungku. Yang Berhormat Speaker, saya mewakili Tungku dengan keluasan kawasan seluas 4,144 kilometer persegi dan bilangan penduduknya seramai 77 ribu orang mengikut bancian 2010, dengan status sebagai daerah kecil sejak tahun 2009, saya mengulangi sekali lagi keperluan menaik taraf daerah kecil menjadi daerah penuh dan usaha kita, dalam usaha kita untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat Tungku.
Kewujudan pekan baru Tungku juga harus segera dilaksanakan bukan sahaja akan menjadi pusat pentadbiran yang akan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Pekan baru juga penting untuk pusat aktiviti dan pembangunan ekonomi yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat setempat.
Tungku adalah kawasan luar bandar yang perlukan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, elektrik dan air, seperti mana juga kawasan-kawasan luar bandar yang lain dan di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan yang ada sekarang dan juga Kerajaan Persekutuan, kerana tiga projek besar bekalan air luar bandar sedang dalam proses pelaksanan di daerah kecil Tungku, iaitu di kawasan Bakapit, Bangingod, Tulibas Kecil, Tulibas Besar, Kampung Sri Hak.
Datuk Seri Speaker, selain daripada itu, saya mulakan dulu keperluan Tungku mengenai jalan raya luar bandar, melihat kepada pentingnya jalan perhubungan yang baik bagi penduduk luar bandar, saya memohon agar projek luar bandar diteruskan meliputi kampung-kampung seperti Kampung Sungai Nipah, Kampung Simuning, Kampung Pamanhutan, Kampung Tagupi, Kampung Lok Buani, Kampung
Tulibas Kecil, Kampung Tulibas Besar, Kampung Takun, Kampung Membatu, Kampung Bakapit dan kampung-kampung yang lainnya.
Bukan sahaja menaik taraf jalan pertanian atau jalan kampung, juga jalan sedia ada di Kampung Tambisan, Gugusan Felda, Kampung Nala, Kampung Baku Lud, Rancangan Silabukan, Kampung Long Danau, Kampung Bikang, Kampung Segangan dan Remang. Pembaikan dan penyelenggaraan jalan haruslah dibuat dengan segera. Bekalan air bersih, masih ada kampung-kampung selain kampung yang saya sebutkan tadi itu yang belum mendapat bekalan air bersih luar bandar, Datuk Speaker.
Kampung-kampung seperti yang berada di Gugusan Mukim Tambisan, Mukim Tanjung Labian, Tungku dan Silabukan, masih lagi tidak mempunyai bekalan air bersih. Selain daripada bekalan air bersih untuk kawasan luar bandar, kawasan saya juga berhadapan dengan masalah tekanan air yang tidak mencukupi. Kawasan Taman Khazanah Indah, Kampung Bulus, Kampung Bikang, disebabkan kampung-kampung ini berada di penghujung sistem bekalan air artikulasi, maka tekanan air ke tempat tersebut tidak mencukupi untuk membekalkan air.
Bekalan elektrik luar bandar Kampung Bangingod, Kampung Membatu, Kampung Takun, Kampung Sungai Nipah, Tambisan. Datuk Seri Speaker, selain daripada tiga perkara asas ini, saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini mengenai kawasan saya soal pembasmian kemiskinan luar bandar.
Saya berpendapat bahawa dalam usaha kita untuk membasmikan dan menoktahkan kemiskinan luar bandar ini, kita perlu ada program bersepadu yang akan melibatkan kumpulan petani dan pekebun kecil, kumpulan nelayan sama ada tradisi ataupun moden, aktiviti penternakan dengan integrasi tanaman asal.
Datuk Seri Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, terutamanya sekali kepada Pengarah Tanah Negeri Sabah atas kelulusan Program Pengukuran PANTAS yang sudah berlaku sehingga kini dan cuma tinggal tiga buah lagi kampung di kawasan Tungku yang masih belum terlibat dalam Pengukuran PANTAS, Kampung Lok Buani, Kampung Sungai Bilis, Kampung
Tagupi. Saya harap kampung-kampung ini akan dimasukkan dalam program Pengukuran PANTAS di masa akan datang.
Selain daripada itu, Datuk Seri Speaker, saya mohon supaya pentabiran tanah bagi Mukim Tambisan dipindahkan daripada pejabat PPHT daerah Kinabatangan kepada pejabat PPHT daerah Lahad Datu bagi memudahkan pengurusan pentadbiran tanah dan masyarakat kampung untuk berurusan.
Projek berimpak tinggi bagi kawasan Tungku, jalan pesisir pantai dari kampung dengan Bangingod ke Tandu sudah dimasukkan ke dalam RMK ke-12 dan sekarang RMK ke-12 sedang berada di penghujungnya. Saya mohon supaya projek ini yang akan memberi impak besar terhadap pembangunan kawasan pesisir pantai DUN Tungku disegerakan menjelang RMK ke-13. Sebabnya, jalan ini adalah merupakan jalan perhubungan, jalan untuk tujuan rondaan keselamatan, jalan yang boleh memberi pemangkin ekonomi kawasan pesisir pantai. Juga, jalan ke Pusat Hidupan Liar Tabin sudah lama dalam senarai untuk dilaksanakan sehingga kini belum lagi dilaksanakan, sedangkan tempat ini adalah tempat tarikan pelancongan yang mendapat lawatan setiap masa.
23/04/2024 -
[EVY CHARLYN]
-RAMENAH
– NORMA
…begitu juga saya mohon untuk dipercepatkan pewartaan Taman-Taman Sabah, Taman Teluk Darvel sebagai kawasan Conservation Marine Park, Taman Tun Juhar juga kawasan Conservation Marine Park. Pendidikan Modal Insan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan sebab inisiatif untuk mewujudkan K9 di SK Fajar telah terlaksana sejak tahun ini. Namun demikian, banyak perkara yang berkaitan dengan kemudahan pelajar dan guru di tempat tersebut perlu diambil tindakan dan pelaksanaan segera sebuah sekolah menengah sebagai kesinambungan kepada program K9 ini haruslah dibuat dan saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini Datuk Seri Speaker, kepada satu masalah sekolah yang sudah terbengkalai begitu lama di kawasan Tungku, iaitu di SMK Binuang. Saya tidak tahu apa status sekolah ini, saya mohon Kerajaan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan perkara ini.
Datuk Seri Speaker, sekarang saya pergi kepada ucapan dasar. Saya kena sentuh kawasan saya dahulu Datuk Seri Speaker, sebab saya risau manalah tahu penggal ini adalah penggal terakhir saya berada di DUN Dewan yang mulia ini, ataupun mungkin hari ini adalah hari terakhir kita pada hari ini, besok kita tidak tahu apa lagi saya kena sentuh dulu kawasan saya kawasan Tungku. Sekarang saya pergi kepada perbahasan dasar Datuk Seri Speaker. Dasar ini agak inklusif meliputi 17 perkara dan saya tidak mampu untuk menyentuh semua 17 perkara, walaupun ianya semua penting. Tetapi disebabkan faktor masa saya hanya akan menumpukan perkara berkenaan yang pertama, Memperkasa Sektor Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Memperkasa Sektor Pelancongan, Menoktahkan Kemiskinan dan Memantapkan Hasil Negeri.
Yang pertama Datuk Seri Speaker, bercakap soal Memperkasa Sektor Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya baca buku ucapan ini namun demikian agak menyedihkan semua perkara-perkara yang disentuh dalam buku ini lebih bersikap perkara-perkara yang kita anggap tradisional. Masih lagi bercakap soal padi, masih lagi bercakap soal pengairan dan saliran, masih lagi bercakap soal baja. Cadangan saya adalah, bergerak ke hadapan sepatutnya Kerajaan Negeri sudah melihat cara baharu dan moden dalam usaha kita dalam Sektor Pertanian. Sebagai contoh mungkin kita boleh meneroka Indoor farming ataupun Urban Farming dengan melibatkan belia-belia dan anak muda yang akan melibatkan produktiviti yang lebih baik dan efficiency yang lebih baik dan perkara ini haruslah dilakukan memandangkan negara-negara lain sudah ke hadapan dan menggunakan IOT dan juga AI. Saya rasa kalau kita boleh bergerak ke arah ini Datuk Seri Speaker, banyak kebaikan yang kita boleh terokai.
Perikanan aquaculture. Cadangan saya dalam industri perikanan kita di negeri Sabah ini, perikanan ini masih lagi dianggap sebagai industri orang kampung dan industri orang miskin. Jadi apabila kerajaan berusaha untuk meneroka aquaculture, saya rasa ini adalah satu cara yang baik bagi kita menerokai Sektor Perikanan. Namun demikian, ada beberapa perkara yang kerajaan harus lihat mengenai perikanan ini, sebagai contoh kita mesti lari dan keluar daripada Industri Perikanan Tradisi, bercakap soal pukat, bercakap soal boat fiber, bercakap soal enjin sangkut, bercakap soal subsidi diesel. Kita sudah harus bercakap soal aquaculture di tengah laut menggunakan sangkar terapung berteknologi tinggi. Kita juga boleh bercakap
soal aquaculture berada di bawah laut yang juga menggunakan teknologi tinggi, dan juga kita boleh juga bercakap soal aquaculture di daratan yang menggunakan teknologi sebagai contoh kolam canvas. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh lihat, tetapi tidak ada kemudahan sebegini rupa untuk kita di negeri Sabah bagi yang mahu menerokai perkara ini.
Begitu juga soal ternakan. Dalam ucapan ini lebih kepada soal bagaimana kita memperoleh ternakan tersebut daripada Australia, New Zealand. Sedangkan sepatutnya kita harus beralih kepada pembiakbakaan ternakan tersebut, walaupun berhadapan dengan cabaran kepakaran, kos makanan, peralatan, tetapi itu sepatutnya bukan menjadi halangan kepada kita.
Memperkasa Sektor Pelancongan. Bagi saya setelah saya melihat kepada ucapan dasar ini, nampaknya Kementerian ini terlalu fokus cuma kepada ketibaan bilangan pelancong sahaja dan sepatutnya Kementerian ini lebih fokus kepada spin off ataupun spill over yang kita boleh dapati daripada industri pelancongan. Perkara-perkara seperti zero cost tour yang selama ini membelenggu pemain industri pelancongan kita, harus ditangani.
Datuk Seri Speaker, begitu juga dengan produk-produk pelancongan kita di negeri Sabah. Setakat ini yang saya nampak adalah kita terlalu banyak bergantung kepada Nature ataupun alam semula jadi di mana kita tidak mungkin boleh mungkin membina Gunung Kinabalu yang kedua di Lahad Datu…
Sila gulung YB…
Panjang lagi Datuk Seri. Okey, bagi saya masa untuk perkara yang saya lompat kepada perkara yang keempat Yang Berhormat Speaker, ya dan saya akan gulung. Memantapkan hasil negeri, yang pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas Kerajaan kejayaan kutipan hasil tertinggi daripada 6.960 bilion kepada 6.974 bilion, namun demikian komen saya terhadap perkara ini, kita jangan terlalu selesa dengan angka kerana kita tahu daripada dan bagaimana angka ini dicapai dan disentuh juga dalam ucapan dasar ini, mengenai perjanjian kerjasama CCA yang akan memperluaskan pegangan ekuiti kita dalam industri petroleum mengenai potensi hasil negeri yang
akan kita terokai melalui industri minyak dan akan menjurus kepada bagaimana Kerajaan Negeri memperluas skop percukaian. Yang paling menarik mengenai perkara ini Datuk Seri Speaker adalah, berkaitan dengan hasil negeri, berkaitan dengan petroleum, berkaitan dengan minyak, berkaitan dengan cukai yang terakhir disebut memperjuangkan hak-hak Sabah seperti dalam MA63.
Datuk Seri Speaker, saya amat gembira kerana pada masa ini MA63 sudah berada di mana-mana dan menjadi perbualan dan meniti di bibir orang Sabah, rakyat Malaysia. Ini adalah bukti kejayaan dan perjuangan kita semua sebagai contoh kita tahu bagaimana Tambunan berhadapan dengan pelbagai masalah semasa beliau memperjuangkan perkara ini. Kita juga tahu bagaimana kawan-kawan kita yang lain. Sebagai contoh ADUN Dilantik, Presiden BPS sebelum ini berhadapan dengan pelbagai provokasi. Disebabkan mereka ini memperjuangkan MA63. Di sebalik ini, berapa ramai di antara yang mengetahui MA63 dari sudut yang betul dan menggunakan kaca mata ataupun spectrum yang betul mengenai MA63. Datuk Seri Speaker, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merekodkan pendirian saya sebagai wakil rakyat Tungku yang dipilih melalui satu proses pilihan raya yang sah. Merekodkan di hansard…
…Dewan yang mulia ini, pendirian saya bahawa MA63 is the constitution. MA63 is the constitution bukan semata-mata perjanjian.
Datuk Sri Speaker, bagi sedikit masa untuk saya selesaikan perbahasan saya mengenai MA63 ini sebab ianya berkaitan rapat dengan hasil negeri dan tuntutan Kerajaan Negeri mengenai MA63.
Bercakap soal MA63 kalau kita lihat kepada buku ini, ianya berada di dalam Annex A Malaysia Bill. Dalam Annex A Malaysia Bill Artikel 2, disebutkan di sini “the government of the Federation of Malaya will take such step as may be appropriate and available to them to secure the enactment by the Parliament of the Federation of
Malaya upon act in the form set of an Annex A,” dalam perjanjian. Dan saya juga ingin merujuk kepada Perkara Artikel 2 tadi itu dijadikan syarat dalam perjanjian untuk dimasukkan dalam Perlembagaan.
Saya juga ingin membawa Dewan yang mulia ini mengenai satu akta di Parliament British Malaysia Act 1963, Chapter 35 yang berbunyi “An act to make provision for and in connection with the Federation of North Borneo, Sarawak and Singapore with the existing State of the Federation of Malaya 31st July 1963 be it enacted by the Queen’s most Excelent Majesty, by and with the advise and consent of the Lords Spritual and Temporal, and Commons, in this present Parliament Assembled and by the authority of the same, as follows:
Yang pertama Datuk Speaker, mengenai Malaysia. For the purpose of enabling North Borneo, Sarawak and Singapore in this Act referred to as the new State to federate with the existing State of the Federation of Malaya in this Act referred as the federation, the federation thereafter being called Malaysia, on the day on which the new appointed day. On the day on which the new state are federated as aforesaid in this Act referred to as the appointed day. Her majesty’s, Her majesty’s sovereignty and jurisdiction in respect of the new state shall be relinquished so as to vest in the manner agreed between the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, the Federation and the new State.
Datuk Seri Speaker, berapa ramai di kalangan kita mengetahui kandungan buku ini dan berapa ramai di kalangan kita yang mengetuai apa yang ada di Parlimen Britain?
Datuk Seri Speaker, masalahnya adalah bila bercakap soal MA63 ini. Apabila MA63 dijadikan Perlembagaan Persekutuan, ada beberapa kemelut Perlembagaan yang tidak selesai.
Yang pertama sekali, pindaan Perlembagaan Persekutuan of Malaya menjadi Federation of Malaysia tanpa mengubah takrifan, tanpa mengubah takrifan Merdeka Day dan tanpa memasukkan takrifan Malaysia Day. Biar saya bacakan Datuk Seri Speaker untuk makluman kita semua. Perkara ini ada dalam Artikel 160.
Yang Berhormat, tolong masukkan di perbahasan akan datang kalau boleh. Macam panjang lagi tu.
…sikit lagi, sikit ja.
Lebih masa sudah Yang Berhormat. Gulunglah. Sila gulung.
Okey. Saya terus kepada penutup ya, Datuk Seri Speaker. Sebenarnya dalam Perlembagaan ini, kita sudah tahu selepas Akta Darurat diangkat, dibatalkan. Pembatalan Akta Darurat itu menjadikan Akta Wilayah Laut yang cuba diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, Akta 750 menjadi tidak boleh terpakai di negeri Sabah. Dan saya memohon dan mengharapkan Dewan yang mulia ini, Ketua Menteri kita untuk membuat pendirian yang tegas mengenai perkara ini. Sebabnya walaupun beliau telah menyatakan pendirian dia melalui kenyataan akhbar bahawa kita menolak Akta Wilayah Laut ini, tetapi kenyataan akhbar tidak akan mempunyai kesan perundangan. Penolakan Akta Wilayah Laut ini haruslah dibuat di dalam Dewan yang mulia ini. Itu yang penting. Bila kita menolak Akta Wilayah Laut 750, itu bermakna pelantar benua akan balik kepada kita. Semua yang berada di pelantar benua, di daratan, di bawah seabed kembali kepada milik kita. Dan kita juga daripada apa yang berlaku ini, kita sudah boleh nampak di mana hasil kita yang kita boleh dapat daripada PETRONAS. Di mana hasil kita yang kita boleh dapat daripada petroleum.
Datuk Seri Speaker, walaupun Akta 750 ingin menggunakan United Nation Convention Law of Sea dalam usaha mereka untuk kekal berada dalam pelantar benua kita, tetapi saya ingin menyatakan pendirian saya di sini bahawa memperkenalkan Akta 750 itu adalah bertentangan dengan UN Convention sendiri Perkara 6 Continental Shore dan juga Artikel 77 Convention tersebut disebabkan dalam artikel tersebut dinyatakan right of the coastal state over the continental … (kurang jelas).
Datuk Seri Speaker, macam berterabur sudah aku punya anu, ucapan ni. Saya ingat tadi…
Gulung, Yang Berhormat.
Ya. Jadi tidak tercapai hasrat saya untuk mencapai …ini MA…
Tidak apa, bawa di perbahasan akan datang.
Saya tidak tahu perbahasan akan datang saya ada lagikah ataupun mana tahu empat, tiga bulan empat bulan daripada sekarang saya sudah tidak ada di sini, kan? Kita tidak tahu. Saya amat berharap supaya kalau boleh, tadi saya minta sebenarnya kalau boleh bagi saya yang paling last bah bercakap. Jadi…
Teruskan, teruskan Yang Berhormat.
YB Tungku, belum lagi bubar. Lama lagi.
(suara bertindih) Ada lagi peluang bercakap. Lain tahun boleh lagi.
Kalau tidak bubar pun kalau saya tidak mahu, saya cuma mahu menyatakan pendirian saya. Okey apa pun, apa pun Datuk Seri Speaker, yalah, apa boleh buat. Tidak tercapai. Ah, saya cuma mengharapkan Dewan yang mulia ini untuk membuat pendirian tersebut. Saya ingin menyeru Artikel 6(6), State Consitution mengenai tugas kita selaku Wakil Rakyat. Saya juga ingin menyentuh soal obligasi Artikel 49, 1, 2, dan 3 State Consitution mengenai perkara ini.
Datuk Seri Speaker, Datuk Speaker sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, saya ingin menghargai saranan dan cadangan rakan-rakan dalam ucapan yang saya dengar sebelum ini. Satu hari dua hari ini, yang pertama sekali, ramai rakan-rakan kita menyeru agar berhentilah daripada asyik menuding jari mengenai masalah sekarang dan menyalahkan Kerajaan mana-mana sahaja sebab kita semua ini pernah berada di Kerajaan yang sama. Berhentilah dan saya ucapkan terima
kasih atas saranan tersebut. Dan ada juga saranan daripada kawan-kawan kita menyeru kita untuk bersatulah demi Sabah yang kita cintai. Rakyat di bawah sebenarnya sana boleh bersatu bah Datuk Speaker. Kita di sini yang 73 orang ni boleh bersatu. Tidak ada masalah mengikut arahan. Dalam masa yang sama, saya juga mahu merayu agar warlord-warlord politik kita di Sabah ini bah. Bersatulah bah kamu. Kami ini ikut sahaja ni. Rakyat ni ikut sahaja ini tapi bos-bos kita ini bersatulah kamu demi Sabah.
23/04/2024 -
- NUR FATIN
…duduk dan berbincang bagus-bagus dan perkara, sebab saya punya hasrat ini tadi tidak tercapai, Datuk Speaker dan saya mahu MA63 adalah berada dalam darah daging orang Sabah. Saya mencadangkan satu kerusi MA63 diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah. Ini penting, ini perkara yang harus kita punya. Datuk Seri Speaker, bagi maksud tersebut saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Tungku. Sungguhpun MA63 is very close to the heart of the Sabahan, saya minta YB Tungku untuk bawa lagi isu berkenaan MA63 di perbahasan akan datang. Terima kasih atas perbahasan tersebut. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Kapor.
Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahas ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada hari Khamis yang lalu. Saya ingin membangkitkan Perkara 25 dalam muka surat sepuluh dalam ucapan Tuan Yang Terutama mengenai utiliti dan jaringan komunikasi.
Pertama-tamanya, saya ingin mengetengahkan masalah yang berkaitan dalam perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi di kawasan N.4 Tanjong Kapor. Kita di zaman yang sedang menuju ke Revolusi Industri 4.0, namun kualiti perkhidmatan dan liputan telekomunikasi di daerah Kudat masih jauh ketinggalan zaman. Masih
banyak kampung-kampung dan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai sebarang liputan dari mana-mana syarikat telekomunikasi. Walaupun Kudat merupakan satu destinasi pelancongan yang terkemuka, namun terdapat banyak lokasi tumpuan pelancong yang tidak mempunyai liputan telefon. Antaranya ialah Kampung Kimihang, Kampung Bangau, Kampung Suangpai, Kampung Bawang Jamal, Kampung Loro Kecil, Kampung Longgom Kecil dan Kampung Longgom Besar. Kualiti perkhidmatan seperti Unifi juga sangat tidak memuaskan biarpun di pekan Kudat. Kadang-kadang sampai berhari-hari system down dan pelanggan tidak dapat menggunakan perkhidmatan ini tetapi di hujung bulan bil tetap sama. Ini adalah tidak adil kepada pengguna dan rakyat. Jadi, saya sangat berharap syarikat-syarikat telekomunikasi yang sudah lama bertapak di Sabah ini dapat mempertimbangkan untuk memperluaskan liputan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Walaupun saya tahu di kawasan kampung-kampung ini tidak pesat sangat penduduk seperti di bandar dan kajian cause and effect mungkin tidak menunjukkan kandungan yang besar seperti di bandar.
Namun, saya berharap syarikat-syarikat gergasi swasta ini tidak hanya memikirkan tentang keuntungan semata-mata dan akan mempertimbangkan juga kebajikan rakyat di kawasan-kawasan pedalaman seperti di Kudat. Saya mohon supaya sekali-sekala syarikat-syarikat swasta ini akan dapat contribute to the community dan menjadi community builders di kawasan-kawasan pedalaman di mana rakyatnya tidak ramai seperti di Kudat walaupun kandungannya tidak besar. Kita ada mendengar dan dijanjikan bahawa liputan internet atau jaringan komunikasi di Sabah akan diselesaikan menjelang 2024. Apakah kedudukan liputan internet atau liputan 3G dan 4G di seluruh Sabah? Apa pula kedudukan 5G yang sudah dilaksanakan di negara maju atau di bandar utama? Saya difahamkan masalah ini diselesaikan melalui projek JENDELA 1. Apakah status pelaksanaan projek JENDELA 1? Saya dapat tahu dari taklimat yang lalu, JENDELA 1 ada lebih kurang 400 menara. Sehingga hari ini berapa yang telah siap dan mula berfungsi? Ikut laporan kita yang tahun lalu, sepatutnya siap tahun 2023. Sekarang belum siap lagi. Bila dijangka siap? Banyak rungutan rakyat tentang kelewatan JENDELA 1 ini. Bagaimana pula projek JENDELA 2? Bila ia dimulakan? Ini merupakan suara-suara rakyat di bawah dan meminta pihak Kerajaan dapat memberi penjelasan.
Datuk Speaker, saya juga ingin membawa kepada perhatian YB Menteri berkenaan dengan isu pendidikan di kawasan N.4 Tanjong Kapor. Saya ingin bercadang supaya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan mempertimbangkan untuk membuat satu blue print yang selari dengan blue print Kementerian Pendidikan Malaysia atau mengubah suai blue print yang sedia ada untuk masukkan lebih banyak program atau silibus untuk membina modal insan atau human capital di kawasan pedalaman. Ini adalah kerana majoriti daripada daerah-daerah pedalaman tidak mempunyai fasiliti atau kepakaran seperti di bandar-bandar besar. Modal insan adalah satu terminologi yang jarang disebut atau diberi tumpuan.
Namun, ia merupakan faktor asas dan penting dalam membina sebuah masyarakat yang maju. Lebih-lebih lagi ingin menoktahkan kadar kemiskinan tegar. Modal insan buka sahaja merujuk kepada pencapaian akademik tetapi ia merupakan satu usaha untuk membina bakat dan pendidikan alternatif seperti muzik, coding dan sukan-sukan profesional seperti tenis, golf, skuasy di kalangan pelajar. Saya percaya bahawa untuk seorang pelajar itu mempunyai nilai modal insan yang tinggi ataupun high human capital value ia perlu mempunyai kemahiran dan kebolehan alternatif selain daripada hanya sijil akademik.
Di bandar-bandar besar kebanyakan pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti kelas-kelas pendidikan alternatif seperti kelas muzik, kelas renang, kelas coding, kelas gimnastik dan banyak lagi sebagai pendidikan alternatif yang ditauliahkan dengan sijil-sijil. Tapi anak-anak di daerah pedalaman sering terlepas peluang ini. Jadi adalah harapan dan cadangan saya kepada YB Menteri supaya kita dapat menyediakan pendidikan dan kemahiran alternatif ini di peringkat sekolah di zon-zon pedalaman khususnya di Kudat dan saya juga cadang supaya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melatih atau mengenal pasti guru-guru sekolah yang akan dapat menerajui program-program seperti ini. Contoh yang mudah ialah kelas coding. Kita boleh melatih guru-guru Sains dalam bidang coding asas dan kemudian mengajarnya kepada pelajar-pelajar. Coding merupakan satu subjek asas yang sepatutnya diwujudkan dalam silibus pelajar sekolah kerana ia menjadikan satu keperluan asas di zaman ini. Namun ia tidak langsung terdapat dalam silibus pendidikan pada hari ini.
Oleh itu saya berharap di peringkat Sabah kita boleh create satu blue print atau silibus yang selari dengan silibus sedia ada yang akan membolehkan pelajar-pelajar dari kawasan pedalaman untuk berpeluang bagi mempelajari skil atau kemahiran yang sangat diperlukan ini dan selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan lagi pelajar dalam bidang sem.
Datuk Speaker, saya juga ingin membawa kepada perhatian berkenaan dengan masalah kekurangan fasiliti atau doktor pakar di Hospital Kudat. Setiap hari terdapat beratus-ratus pesakit atau keluarga pesakit dari Kudat yang terpaksa berulang-alik ke hospital-hospital besar di Kota Kinabalu. Ada yang perlu menghadiri review sehingga tiga kali… 23/04/2024 -
[NELLY]
– TERESA
– NORMA
…seminggu kerana ramai di antara pesakit ini terpaksa mengabaikan rawatan atau review ini kerana tidak mampu untuk membayar tambang untuk ulang-alik dari Kudat ke Kota Kinabalu dan ada yang terpaksa berhutang dan menggadaikan emas ataupun harta benda. Setiap hari saya perhatikan ambulans-ambulans yang terpaksa bergegas dari Hospital Kudat ke Kota Kinabalu tanpa berhenti-henti dan adakala pesakit yang dalam keadaan serius terpaksa menunggu dan bertarung nyawa kerana ambulans yang menghantar pesakit sebelum ini belum kembali dari Kota Kinabalu, saya pernah melihat sendiri bagaimana seorang pemandu ambulans yang baru tiba di Hospital Kudat lepas hantar pesakit di Kota Kinabalu yang hanya sempat minum segelas air sebelum dia terpaksa mengejarkan pesakit seterusnya yang kritikal ke hospital di Kota Kinabalu, walaupun saya tahu peruntukkan dan hal-hal berkaitan ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun saya berharap YB Menteri akan dapat berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan lebih ramai doktor-doktor pakar untuk ditempatkan di hospital daerah Kudat dan saya juga mohon supaya YB Menteri akan dapat memohon untuk mendapatkan peruntukkan bagi menaiktarafkan fasiliti Hospital Kudat seperti peralatan dan dewan bedah supaya tidak perlu lagi pesakit-pesakit kritikal ini terpaksa dibawa ke hospital di Kota Kinabalu dan sebagai langkah jangka pendek dan cepat saya berharap YB Menteri dapat berunding dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah supaya
meningkatkan kekerapan rawatan doktor-doktor pakar ke daerah Kudat supaya pesakit-pesakit dari Kudat tidak perlu berulang-alik ke Kota Kinabalu dengan perbelanjaan yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.
Datuk Speaker, akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang di dalam dewan ini yang beragama Islam. Tanjong Kapor, mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Kapor, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Balung.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada hari Khamis 18 April 2024 yang lalu. Datuk Speaker, saya ingin menyentuh bicara tentang isu penting yang menjadi inti kehidupan kita sehari-hari, isu bekalan air di negeri Sabah terutamanya mengenai cabaran terkini di kawasan Zon Balung saya, Tawau serta beberapa kawasan lain di negeri ini. Datuk Speaker, Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam sepatutnya tidak menghadapi masalah dalam menyediakan air bersih yang mencukupi untuk semua rakyatnya namun hakikatnya kita masih berdepan dengan masalah gangguan bekalan air yang berulang. Sebagai contoh, baru-baru ini beberapa kawasan seperti Lahad Datu pada 19 April 2024, dan Tawau pada 18 April 2024 telah mengalami gangguan bekalan air yang serius. Di Papar bekalan air juga dilaporkan kritikal pada 13 April 2024 walaupun hujan yang turun baru-baru ini telah sedikit meredakan masalah di kawasan tersebut. Namun, berita baik menurut kenyataan pada 24 Februari 2024, empangan-empangan kita di Sabah dilaporkan mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk tempoh tiga bulan sekiranya berlaku kemarau berpanjangan. Ini memberikan kita sedikit ruang untuk bernafas tetapi jelas bukan penyelesaian kekal kepada isu ini.
Datuk Speaker, Kerajaan Negeri bertekad untuk menangani isu bekalan air negeri Sabah sebagai tindakan penyelesaian peningkatan infrastruktur harus diiringi dengan strategi pengurangan air tidak berhasil NRW yang kini mencapai 53.9%. Kita perlu memodenkan rangkaian paip dan meningkatkan teknologi pemantauan untuk mengenalpasti dan membaiki kebocoran dengan cepat. Pengurangan NRW bukan saja akan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumber air. Tetapi juga membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak berkuasa air dan akhirnya oleh rakyat. Dalam hal ini pihak JANS harus lebih proaktif bagi mengurangi permasalahan NRW berterusan dan memikirkan cara penyelesaian yang terbaik. Selain itu, kita juga perlu membina dan melaksanakan sistem pengumpulan dan penyimpanan air hujan yang lebih baik ini akan membolehkan kita untuk mengatasi kekurangan air terutamanya semasa musim kemarau. Kita harus melihat kepada teknologi baru dan inovasi-inovasi dalam pengurusan sumber air untuk memastikan kita bukan saja bertindak balas terhadap masalah yang ada tetapi juga menjangka masalah yang akan datang. Kita memerlukan kerjasama yang erat antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil.
Semua pihak hendaklah terlibat secara aktif dalam usaha kita untuk memastikan bekalan air yang mampan. Inisiatif seperti program pendidikan masyarakat tentang penggunaan air yang bertanggungjawab dan kempen penjimatan air perlu dipertingkatkan.
Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin membawa suara penduduk-penduduk kampung di kawasan saya, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab kepada JANS di mana masalah bekalan air bukan sekadar soal ketersediaan tetapi juga kemampanan dalam pengagihan. Loji rawatan air Balung kini beroperasi pada kapasiti 18 juta liter sehari dan membekalkan air sepanjang jalan Apas dari Balung sehingga ke kawasan penghujung liputan seperti kawasan Ranggu dan sekitarnya, Membalua Batu Payung dan kawasan sekitarnya. Disebabkan masalah tekanan air yang rendah di kawasan penghujung pihak JANS terpaksa melaksanakan catuan di kawasan sepanjang jalan Apas secara bergilir-gilir yang melibatkan kampung-kampung dan taman-taman dalam kawasan Dun Balung dan Dun Apas.
Walaupun terdapat tangki simpanan di Batu 11 Jalan Apas dan Jalan Mariano yang berkapasiti 2 juta liter dan 5 juta liter penduduk masih mengalami kesukaran mendapat air bersih secara konsisten, catuan air yang berterusan masalah paip ada air tiada yang berlaku di setengah tempat di kampung contohnya kampung Jawa Kongsi 10, Kampung Serudung Baru Batu 18, dan kampung-kampung sekitar adalah cerminan daripada infrastruktur yang tidak mencukupi dan sistem pengurusan yang kurang efektif untuk makluman Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini pihak Majlis Perbendaharaan Tawau… 23/04/2024 -
[HASTRINA]
– THEODORA J.
- AZRIN
Telah mengadakan dialog bersama penduduk Kampung Kongsi Sepuluh, Kampung Lapan dan sekitarnya. Di dalam majlis dialog itu beberapa agensi dan jabatan kerajaan turut hadir termasuklah JANS, Cawangan Tawau yang mana penduduk kampung telah menyuarakan ketidakpuasan mereka berhubung masalah bekalan air bersih yang berlanjutan yang selalu terputus dan mereka mengatakan sesetengah kawasan di Kampung Kongsi Sepuluh seperti yang saya katakan awal tadi. Paip ada air tiada, angin saja yang ada, dan masalah catuan air kadangkala melebihi empat hari hingga enam hari tanpa bekalan air bersih.
Saya baru saja tadi dihubungi oleh masyarakat atau penduduk Kampung Serudung Baru Batu 18, yang mereka meminta, memaklumkan saya bahawa mereka telah tidak mendapat bekalan air selama sepuluh hari. Ini amat mendukacitakan kita dan saya minta kepada JANS Tawau agar dapat memberikan perhatian serius di dalam agihan catuan bekalan air khususnya di kawasan saya DUN Balung. Tuan, Datuk Speaker, ekoran daripada perjumpaan masyarakat kampung yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau, mereka meminta saya sampaikan pada Yang Berhormat Menteri agar masalah mereka ini dapat diatasi oleh pihak JANS dengan segera. Untuk mengurangkan dan membantu ketidakcukupan bekalan air bersih di DUN Balung dan Apas Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar kapasiti Loji Rawatan Air Balung kini beroperasi 18 juta liter sehari ditingkatkan kepada 50 juta liter sehari dan saya juga ingin bertanya pada
Yang Berhormat Menteri berhubung cadangan Projek Loji Rawatan Air Apas, Balung berkapasiti 20 juta liter sehari yang telah dicadangkan. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan kuantiti air yang tersedia tetapi juga kualiti hidup rakyat yang sejahtera.
Datuk Speaker, selain daripada masalah air di kawasan saya. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya berhubung cadangan naik taraf Jambatan Bailey Sungai Kinabutan, kilometer 9.8, Jalan Senangtiku, Jambatan Sungkai Serudung Baru, kilometer 0.6, Jalan Maria Tawau. Kedua-dua jambatan ini adalah laluan utama dan ianya perlu dinaik taraf ke jambatan konkrit dua hala. Untuk keselesaan penduduk yang menggunakan jambatan ini. Saya berharap pihak Kementerian akan dapat mempercepatkan pelaksanaan kedua-dua projek ini. Datuk Speaker, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan beberapa projek meningkatkan keberkesanan sistem pengairan dan saliran serta pengurusan banjir bagi mengurangkan risiko dan impak banjir negeri ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan tentang status terkini projek rancangan mencegah banjir di Sungai Kinabutan Kecil Tawau kerana setiap kali hujan lebat sungai ini melimpah dan berlaku banjir di kawasan penduduk kampung berdekatan.
Datuk Speaker, merujuk perkara 51 muka surat 21 dalam Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Kerajaan Negeri akan memperhebat usaha dan meneruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat bagi menambahbaik lagi kualiti hidup dan sosial ekonomi pelbagai lapisan masyarakat melalui pembangunan pekan baru. Maka, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat mewujudkan pembangunan pekan baru di Apas, Balung.
Akhir kata, saya berharap agar cadangan-cadangan yang diutarakan dalam perbahasan saya pagi ini, akan dapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada Yang Berhormat Menteri di kementerian dan yang bersangkutan, dan juga Kerajaan Negeri.
Datuk Speaker, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Dewan yang merayakannya.
Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat Balung. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Segama.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana saya bersama seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, di Dewan yang mulia ini. Sekali lagi berkumpul bagi membahas, membincang dan mencari penyelesaian kepada setiap masalah rakyat yang sudah menjadi amanah dan tanggungjawab kita semua selaku wakil rakyat semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan. Amin.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker atas peluang yang diberikan kepada Segama. Untuk mambahas Ucapan Dasar Kerajaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri April kali ini. Saya berusaha menyampaikan perbahasan saya dalam tempoh yang ringkas dan bahasa yang mudah difahami. Insya-Allah. Datuk Speaker, izinkan saya mambahas tiga kerangka Ucapan Dasar Kerajaan, iaitu:-1.
Tatakelola atau management syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan GLC; 2.
Autonomi Pendidikan Negeri Sabah; dan 3.
Industri Pelancongan Negeri Sabah.
Usaha Kerajaan yang dilihat proaktif, merombak struktur kerja, organisasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC Negeri Sabah adalah sesuatu diberi sokongan. Saya pernah membaca kenyataan media yang dibuat oleh YB Menteri Kewangan
pada November 2023 yang menyatakan kegusaran pihak Kerajaan terhadap underperforming GLC all loss making GLC.
Walau bagaimanapun, kegusaran pastinya tidak mampu merubah underperforming GLC-GLC Kerajaan Negeri ini yang saban tahun tidak mampu memberi pulangan dividen tetapi menambah liabiliti Kerajaan seperti bill out, cash course dan sebagainya. Saya difahamkan lebih 90% daripada lebih 200 buah GLC Kerajaan Negeri yang mempunyai prestasi perniagaan tidak memuaskan. Justeru, apakah langkah drastik yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menguruskan prestasi merugikan rakyat Sabah secara keseluruhan ini?
Datuk Speaker, program-program bantuan pendidikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah ketika ini seperti, program BUDI, BAKTI, BISBAH, BAIK adalah inisiatif yang positif. Namun, adakah program ini adalah program pendidikan yang sama yang dibuat oleh Yayasan Sabah selama bepuluh tahun lamanya? Kerana program bantuan pendidikan tidak hanya biasiswa, Yayasan… 23/04/2024 -
[ ROHANI
] – SITI JUBAIDAH
– NUR FATIN
…Sabah telah terbukti berkesan meringankan bebanan rakyat terutama di musim pembukaan sekolah. Masih menyentuh mengenai Yayasan Sabah, saya mewakili suara rakyat di luar sana meminta agar pihak Kerajaan Negeri jelaskan status pelaburan MoU tanah 30 ekar berdekatan SICC di antara pihak Yayasan Sabah dan syarikat pemaju Pavillion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. yang ditandatangani pada 20 Januari 2022 yang diuar-uarkan bernilai lebih kurang RM4 bilion dan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan tempatan sebanyak 2000 hingga 3000 peluang pekerjaan.
Datuk Speaker, kerangka kedua Ucapan Dasar Kerajaan yang ingin saya sentuh adalah mengenai autonomi Sabah dalam bidang pendidikan. Melihat langkah inisiatif pelbagai telah diperkenalkan Kerajaan mengenai pendidikan anak-anak Sabah. Saya percaya pihak Kerajaan serius dalam mengangkat kualiti pendidikan di peringkat Sabah ke persada setaraf kualiti pendidikan di peringkat kebangsaan. Justeru itu, Kerajaan Negeri perlu juga memikirkan cara dan langkah terbaik
berhubung Perjanjian Malaysia 1963 atau (MA63) kerana perenggan ke-74 Ucapan Dasar Kerajaan menyentuh mengenai komitmen negeri Sabah memperjuangkan hak-hak seperti yang terkandung dalam Perjanjian MA63, terutamanya dalam tuntutan hasil, iaitu pemberian khas dan kepentingan rakyat Sabah melalui tindakan pelaksanaan Perjanjian MA63. Harus diingat dalam perjanjian tersebut juga melibatkan autonomi pendidikan dan kesihatan yang harus diberi penekanan di setiap perbincangan majlis tindakan tersebut di masa akan datang seperti negeri jiran, Sarawak, Sabah juga seharusnya berjuang bagi mendapatkan autonomi kedua-dua sektor tersebut agar Sabah dapat diberi sama tinggi dengan negeri lain. Saya mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah diberi kuasa penuh untuk melantik Pengarah Pendidikan Negeri Sabah sebagai langkah awal untuk ke arah penurunan kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri Sabah. Perjanjian MA63 telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak atau pihak-pihak yang terlibat, iaitu Sabah, Malaya dan Sarawak. Tetapi dalam hal ini setiap apa yang telah dipersetujui di dalam perjanjian, Once the agreement is signed both side have their right to implement.
Apa yang termaktub di dalam itu perjanjian, tidak ada orang yang boleh melarang satu pihak tidak boleh melaksanakan kalau itu perjanjian sudah ditandatangan. Masalahnya, kita di Sabah ini sepatutnya ambil itu perjanjian, baca apa yang tertulis di dalam dan dipersetujui kita laksanakan. Tidak ada yang boleh larang. Tetapi, apa hal kita di Sabah ini, perjanjian yang telah ditandatangan, kita mahu lagi tanya Malaya, bolehkah kita ini laksanakan atau tidak. Malaya tidak laksanakan perjanjian ini untuk Sabah. Kita orang Sabah kena baca perjanjian itu, kita laksanakan sendiri. Asalkan yang kita laksanakan ini yang termaktub dalam itu perjanjian. Kalau kita laksanakan di luar perjanjian, kita salah dalam itu agreement. Tetapi kita Sabah ini balik balik, kalau mahu laksana maka sudah tertulis dalam perjanjian. Balik lagi tanya Malaya, bolehkah kita laksanakan atau tidak, maka kita sudah sign. Its agreed in the agreement already, and we have the right to implement what is written in the agreement. So, kita kena ubah sedikit kita punya apa ini approach kita tentang ini perjanjian. Jangan kita menunggu orang lain yang bagi sama kita yang kita sudah tandatangani. So, this is the things that we have to change kita punya approach tentang Perjanjian MA63 ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengutarakan atau membahaskan tentang industri pelancongan negeri Sabah. Saya bersyukur kerana diberi mandat untuk menjadi Menteri Penuh dalam Kerajaan Persekutuan. Sebelum ini sebagai Menteri Pelancongan Seni dan Budaya. Agak kurang sempurna sekiranya saya tidak menyentuh mengenai industri pelancongan negeri Sabah. Saya mengucap tahniah dan syabas kepada Kementerian Pelancongan Sabah, Sabah Tourism Board sehingga mencapai peningkatan positif pada kadar 51.3% ketibaan pelancong pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya. Saya ucap tahniah kepada Kementerian Pelancongan. Namun pihak Kerajaan Negeri perlu sedar bahawa kerancakan perkembangan industri pelancongan perlu selari dengan penyediaan produk dan prasarana yang baharu untuk mampu terus menarik minat pelancong datang melawat negeri kita. Selain itu, perlu dilaksanakan program promosi ke negara-negara yang menjadi sumber pelancong berkualiti. Pelancong yang mampu berbelanja besar ke negeri ini dan bukannya melihat kuantiti semata-mata. Industri pelancong mampu menjana ekonomi usahawan kraf tempatan dan program-program melestarikan budaya etnik yang berbagai ragam, suku perlu diluaskan ke peringkat kampung. Anak-anak muda untuk menanam minat cinta keunikan budaya. Datuk Speaker, in term of connectivity issues, izinkan saya mengangkat betapa pentingnya Kerajaan mengambil perhatian terhadap Lapangan Terbang Lahad Datu yang sudah sekian lama tidak mendapat pembangunan yang ia sewajarnya dapatkan. Saya sendiri telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat YB Sulaman merangkap Ketua Menteri Sabah agar pembinaan Lapangan Terbang Lahad Datu baharu menjadi perancangan penting Kerajaan Negeri hari ini.
23/04/2024 -
] –
DARRYL JUDE
– NORMA
Sekali lagi saya mohon jasa baik pihak Kerajaan khasnya kepada YAB Sulaman merangkap Ketua Menteri Sabah untuk memberi perhatian, pertimbangan supaya memperjuangkan pembinaan Lapangan Terbang Lahad Datu yang baharu. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya mengucap juga terima kasih kepada Menteri JKR yang telah menjawab soalan saya tahun lepas.
Menteri Kerja Raya bukan Menteri JKR.
Menteri Kerja Raya. Minta maaf.
Menteri Kerja Raya yang memberi apa ini jawapan bertulis kepada saya selaku DUN Segama berkaitan dengan jalanan. Jalan raya di apa ini jalan... jalan lama, jalan lama Segama yang selalu dilanda banjir dan saya telah mendapat dalam jawapan itu bahawanya Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membuat parit sepanjang jalan tersebut, dan demikian juga kepada Menteri… Menteri Pertanian juga telah apa ini memberi jawapan bahawanya terdapat satu sungai di tepi jalan ini, yang dahulunya saya minta untuk diperluaskan dia diluaskan, diluruskan, di dalamkan supaya apabila hujan tidak berlaku banjir.
Jadi saya harap perkara ini akan mendapat perhatian yang lebih serius dan dapat dilaksanakan demi kepentingan penduduk-penduduk di kampung tersebut kerana apabila banjir, apabila hujan, dia terus banjir sahaja. Jadi tidak boleh dilalui jalan tersebut. Di akhir perbahasan, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada YB Datuk Speaker dan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang merayakannya. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segama. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Merotai. Selepas itu, yang ADUN Yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Jafari. Bersedia ya. Silakan. 15 minit.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker kerana Merotai juga diberi peluang untuk membahaskan ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji... bin Datuk Haji Mahiruddin bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas pada 18 April 2024.
Datuk Speaker, isu kemiskinan adalah topik yang menarik perhatian saya pada kali ini dan ianya juga banyak disentuh dan dibahaskan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Tun menyatakan bahawa
Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha menoktahkan kemiskinan. Kemiskinan adalah asas kepada ukuran kemakmuran sesebuah Kerajaan dan rakyat. Saya meneliti Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Tun dan juga jawapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri semalam, kata soalan pertama daripada Yang Berhormat Sekong.
Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan secara berfasa untuk program jangka pendek, program jangka sederhana dan juga program jangka panjang. Pembasmian kemiskinan tidak hanya boleh ditangani dengan pemberian subsidi atau bantuan semata-mata. Sebaik... sebaliknya penekanan kepada cara menambah pendapatan dengan meningkatkan produktiviti.
Datuk Speaker, kemiskinan berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di negara maju mahupun di negara membangun ataupun negara mundur. Meskipun demikian Datuk Speaker, pelaksanaan di beberapa negara seperti negara China penting untuk kita jadikan contoh. Pada tahun 1990, seramai 750 juta penduduk China hidup di bawah garis kemiskinan. Ia menyamai 2/3 daripada jumlah penduduknya. Menariknya Datuk Speaker, pada 2012 berlaku penurunan yang sangat drastik apabila hanya 90 juta rakyat negara itu berada di bawah garis kemiskinan. Perubahan mendadak dalam tempoh kurang 30 tahun ini sangat menarik untuk kita perhalusi dan kita teliti supaya menjadi teladan kepada kita. Apakah formula yang digunakan Kerajaan China bagi membasmi kemiskinan tegar dalam negaranya? Apakah faktor-faktor yang membantu mereka membawa berjuta rakyatnya keluar daripada kemiskinan? Mengikut penelitian saya, Kerajaan China menggunakan pendekatan ekonomi dan sosial dalam menangani isu kemiskinan. Namun terdapat tiga strategi yang menarik yang kita kupas dan boleh perhalusi. Pertama Datuk Speaker, Program Pembangunan Agriculture. Pada tahun 1956 hingga 1967 yang dilaksanakan menjadi pemangkin asas kepada pengukuhan sektor agriculture negara tersebut. Dasar ini secara langsung memberi impak yang sangat positif dalam membantu masyarakat khususnya golongan petani. Dasar bersifat terarah ini membantu wilayah-wilayah yang mundur untuk bangkit dan mengejar pembangunan.
Keduanya, China dilihat begitu komited memperkukuhkan Dasar Perlindungan Sosial Ekonomi sejak era 1950-an meskipun negara itu dibelenggu kemunduran ekonomi. Namun Negara China terus komited mengukuhkan sistem pendidikan dengan mewajibkan rakyatnya memperoleh pendidikan. Malah China turut merancang Pelan Pemodenan Pendidikan China menjelang 2035 yang menyasarkan kepada pembangunan sektor pendidikan yang berkualiti. Ketiga, memastikan penekanan kepada aspek tadbir urus yang baik, telus dan amanah. Strategi ini mampu... strategi ini tertumpu kepada pengurusan peringkat lokal dengan menyasarkan perkampungan-perkampungan miskin. Pasukan ini terlibat dalam rangkaian pembasmian kemiskinan dan digerakkan di setiap lokaliti dan bekerjasama dengan masyarakat tempatan bagi memudah cara pengurusan kemiskinan. Sudah tiba masanya kita belajar dan melaksanakan apa yang dilaksanakan. Program-program yang telah dilakukan oleh negara China. Kita mempunyai banyak tanah yang subur dan cukup untuk kita bangunkan program-program pembasmian kemiskinan. Namun usaha-usaha ini hendaklah didahului dengan menyediakan kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik. Jika ini tidak dapat disediakan, kita akan menghadapi kesukaran untuk menjayakan program-program kemiskinan. Datuk Speaker, saya mendengar dan saya juga meneliti ucapan rakan-rakan Ahli Dewan yang berucap satu persatu semalam dan juga hari ini Datuk Speaker. Dalam ucapan mereka, ramai juga ya yang menyatakan bahawa kami di blok pembangkang hanya suka memfitnah kerajaan GRS plus dan sering memomokkan slogan Sabah Maju Jaya. Contohnya ucapan YB Sindumin semalam ya.
Beliau pada awalnya memuji kerajaan GRS plus bahawa… bahawa inilah kerajaan harus disokong oleh rakyat. Namun Datuk Speaker, di perenggan-perenggan seterusnya ucapan beliau juga bersuara macam kami di macam beliau di blok pembangkang. Contohnya daripada masalah bekalan elektrik kawasan beliau di Sindumin, terpaksa tidak… tidak apa tidak sembahyang tarawih gara-gara mati elektrik, air pai... mati elektrik dan juga panas dan tiada...
Minta, minta laluan.
Datuk Speaker, kalau Datuk Speaker boleh tambah saya punya masa, saya bagi laluan Sindumin ini. Boleh? Boleh?
Bolehlah. Ganti, ganti, ganti, ganti.
Ganti. Ganti.
Ya.
Okey, okey saya. Sekejap, sekejap, boleh sekejap? Bagi saya kasih habis dulu. Contohnya daripada masalah bekalan elektrik kawasan beliau di Sindumin yang sering dicatu dan menjadi keresahan kepada rakyat. Begitu juga masalah jalan raya Sipitang. Apa yang disuarakan oleh pengerusi Backbencehers ini juga adalah masalah yang kami suarakan sama ada di Dewan mulia ini ataupun di luar sana. Kami juga menyuarakan aduan dan juga keluhan rakyat di kawasan.
23/04/2024 -
…keperluan kami. Berkenaan isu yang sama, iaitu isu keperluan asas jalan raya, air dan juga bekalan eletrik. Isu tiga serangkai pada hari ini adalah isu yang nyata, bukan fitnah. Kerana buktinya, semua wakil rakyat backbenchers daripada penyokong Kerajaan juga, menyatakan isu yang sama juga. Bukan itu sahaja Datuk Speaker, ramai wakil rakyat Kerajaan. Contohnya Yang Berhormat Sebatik, contohnya Yang Berhormat Telupid, contohnya Yang Berhormat Balung dan rakan-rakan lain juga khususnya, Pengerusi backbenchers Yang Berhormat Sindumin, yang berbahas semalam juga menyatakan bahawa masalah yang mereka bangkitkan seperti, ketidakcekapan penjawat awam di setiap daerah.
Sindumin juga membangkitkan isu GLC yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kelembapan dan kelewatan membuat keputusan sehingga mengambil masa setahun, belum ada keputusan oleh pihak kementerian khususnya Kementerian
Kewangan. Ini juga membuktikan bahawa ketidakcekapan pentadbiran pengurusan GRS-Plus.
Banyak lagi Datuk Speaker, perkara apa yang dibangkitkan, yang dibahaskan oleh wakil rakyat semalam yang membuktikan secara langsung Kerajaan hari ini adalah gagal.
Bagi. Bagi peluang.
Gagal dan gagal. Jika Kerajaan GRS tidak gagal, sudah pasti bait-bait ucapan perbahasan yang berbeza contohnya, Datuk Speaker. Sabar, sabar, sabar, saya kasih peluang yang penting Datuk Speaker kasih saya masa. Sabar, sabar, satu per satu.
Tuan Speaker: You kasihlah dia sekarang. Nanti sudah habis masa, habislah giliran.
Ya, ya, ya. Sekejap, Datuk Speaker. Saya belum habis. Selepas saya habis ini, saya bagi. Bait-bait ucapan perbahasan mereka berbeza. Contohnya Datuk Speaker, kalau YB Sindumin, “saya mewakili rakyat Sindumin, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan GRS kerana semenjak empat tahun memerintah, negeri Sabah, di Sindumin, di Sipitang tidak pernah terputus bekalan air dan elektrik. Jalan raya juga di Sipitang juga dalam keadaan baik dan memuaskan hati rakyat Sipitang.” Tetapi, ucapan Yang Berhormat Sindumin bersifat in denial. Yang Berhormat Sindumin kalau tidak silap saya, Yang Berhormat ini jadi wakil rakyat sejak 1995. Sudah 29 tahun, hampir tiga dekad. Mun paham bisai (rakaman bertindih dengan Sindumin).
Datuk Speaker, point of order. Dia tidak mahu duduk. Duduk. Point of order.
Okey.
Bagi saya baca. 43, 43 (6). Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap mana-mana Ahli yang lain. Ini
YB dia bercakap, dia buat andaian. Kita bercakap benda lain, dia cakap soal lain. Berbelit. (suara bertindih)
Datuk Speaker, saya bukan membuat andaian.
You.
Saya menyatakan apa yang diucapkan. (suara bertindih).
You bagi dia laluan, bagi dia habis cakap dulu.
Ah, nanti.
You dengarlah.
Tidak, dia point of order, dia point of order. Jadi, saya jawab.
Tiada, you dengarlah apa dia mahu cakap. (rakaman bertindih dengan Merotai)
Saya jawab balik Datuk Speaker. Apa yang dia cakapkan tadi mengatakan bahawa saya membuat sangkaan jahat. Tidak. Saya mengulangi semalam dari semalam, saya ulangi apa yang dia perkatakan di Youtube. Saya tengok satu per satu, Datuk Speaker. Jadi, apa yang saya katakan, saya ulang balik apa yang dia katakan. Ya, Datuk Speaker. Mun paham bisai. Datuk Speaker sebagai wakil rakyat dipilih oleh rakyat. (rakaman bertindih dengan Sindumin)
Bagi, bagi laluan. (bertindih dengan Merotai)
Siapa lagi yang diharapkan untuk menyuarakan isu-isu yang membelenggu rakyat di kawasan. Tugas Kerajaan adalah menangani isu-isu yang dibangkitkan dan jangan berdolak-dalih dan sering memberi alasan yang tidak dapat diterima oleh rakyat sehingga rakyat sendiri bersuara. (Suara bertindih)
Mahu bagi laluan. (Suara bertindih)
Laluanlah. (Suara bertindih)
Tidak payahlah, Datuk Speaker. Dia backbenchers. Dia 25 minit, 30 minit. (rakaman kurang jelas, kerana bertindih)
Ah, tengok. Dia takut Datuk Speaker, ini penakut ini. (Rakaman bertindih dengan Merotai)
Dia takut apa? Buat apa saya takut sama dia Datuk Speaker.
Dia cakap andaian. Dia tidak, saya minta.
(bertindih) Saya mahu bagi penjelasan yang dia cakap itu. Saya memang menyuarakan masalah rakyat.
Datuk Speaker, saya tak bagilah laluan ini Datuk Speaker.
Tapi, Kerajaan juga. (Rakaman kurang jelas kerana bertindih)
Sindumin, sudahlah.
Apa yang dia katakan Datuk Speaker, yang sudah dia katakan semalam.
(Rakaman kurang jelas kerana bertindih) Kerajaan juga bertungkus lumus menjayakan. Awak, Yang Berhormat, tidak habis. (Kurang jelas kerana bertindih)
Okey, Sindumin duduk dulu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Sindumin, you are the Cabinet Minister juga sebelum ini. (rakaman bertindih)
Pasal itu saya tahu yang erajaan, Kerajaan Warisan juga gagal. (rakaman bertindih)
29 years you are. (rakaman bertindih)
Saya tahu, sebab itu saya boleh cakap sini kegagalan Warisan.
Datuk Speaker, 29 tahun hampir tiga dekad.
Okey, Merotai teruskan.
Baiklah Datuk Speaker, saya teruskan. Datuk Speaker, isu kedua ucapan dasar Yang Terutama Tun yang ingin saya bangkitkan adalah komitmen Kerajaan untuk terus memperjuangkan hak-hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, terutamanya dalam tuntutan hasil, iaitu pemberian khas Sabah. Saya ingin merujuk kepada manifesto GRS semasa Pilihan Raya Negeri ke-16 pada 2020. Manifesto dan Aku Janji ini berbunyi “Kami berjanji sekiranya dipilih menerajui Kerajaan Negeri Sabah akan meneruskan penambahbaikan dan kesejahteraan semua penduduk Sabah berpaksikan hak Sabah, iaitu:
4.
Memelihara dan terus memperjuangkan hak-hak Sabah berlandaskan Perjanjian 1962, 63;
5.
Membentuk jawatankuasa khas berkaitan hak-hak Sabah. Membentuk Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan hak-hak Sabah.” Namun demikian Datuk Speaker, sehingga hari ini hampir empat tahun Kerajaan GRS mentadbir. Tetapi sehingga kini, Kerajaan GRS belum lagi memperjuangkan dan merealisasikan 1963. Malah, Aku Janji, manifesto yang membentuk jawatankuasa khas DUN pun masih belum dibentuk sehingga hari ini. Semalam saya ada mendengar jawapan Menteri Kewangan, berkenaan dengan tuntutan 40% yang masih belum dapat dilaksanakan kerana banyak kekangan dan kurangnya kerjasama Kerajaan Persekutuan.
Semasa Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk, buat pertama kalinya Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak telah diwujudkan dan presiden PBS telah pun dilantik, iaitu pada 10 Mac 2020 dan kemudian selepas Pilihan Raya Umum yang lepas pula 3 Disember 2022, wakil GRS juga dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak sehinggalah beliau ditukarkan pada Disember 2023.
Kedua-dua Menteri GRS ini memegang amanah sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Namun, gagal juga mendapatkan hak-hak Sabah. Semasa saya menjadi Pembantu Menteri Kewangan pada 2019, Yang Berhormat Tambunan pernah bangkitkan, memberikan cadangan kepada saya supaya menuntut terus 40% hasil Sabah yang termaktub dalam Perjanjian 1963. Bahkan beliau mencadangkan supaya, kita membawa perkara ini di mahkamah.
Semasa awal-awal pembentukan awal Kerajaan GRS, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Jawatankuasa Khas MA63 akan diketuai oleh Yang Berhormat Tambunan. Namun sehingga hari ini, pembentukan khas Jawatankuasa DUN berkenaan hak Sabah, hilang tanpa khabar. Saya ingin mencadangkan Datuk Speaker, agar Jawatankuasa Khas DUN ini harus diwujudkan segera agar perkara ini dapat kita tuntaskan melalui tuntutan dan persetujuan bersama dalam Dewan Undangan Negeri ini, iaitu peringkat tertinggi dalam pembuatan keputusan.
Sila gulung.
Datuk Speaker, belum habis Datuk Speaker.Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu dasar Kerajaan dalam memperkukuhkan potensi hasil negeri. Hasil negeri tahun ini 2024 dianggarkan 5.737 bilion dan hasil terdiri daripada 2.6326 bilion hasil cukai dan 2.37 bilion untuk hasil bukan cukai.
Merotai, Merotai. Tuan Speaker, Merotai.
Nantilah itu.
Baru-baru ini, dikejutkan oleh berita tangkapan beberapa individu membawa 110 kilogram emas lombong Wullersdorf, Bukit Mantri. Saya merasakan Kerajaan Negeri sudah hilang kawalan tentang hasil royalti emas ini. Saya pernah dedahkan bahawa lesen skim melombong, Operation Mining Scheme (OMS), Syarikat Lombong Wullersdorf telah tamat tempoh sejak 1 November 2023. Walaupun Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah berdolak-dalih berkenaan kuasa di bawah Mining Act. Namun mengikut undang-undang, sekiranya lesen OMS tidak diperolehi bermakna pemilik lombong tidak boleh menjalankan aktiviti jual dan beli bahan mineral.
Jabatan Mineral dan Geosains juga tidak akan mengeluarkan lesen pengangkutan bahan mineral emas kepada pihak pembeli. Untuk makluman Dewan yang mulia, royalti emas yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan laporan jual beli daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Saya ada beberapa persoalan yang saya ingin kemukakan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Menteri Kewangan, yang bertanggungjawab atas pungutan royalti terhadap penjualan emas. Memandangkan lesen melombong emas Syarikat Wullersdorf telah tamat tempoh 1 November 2023 dan kilang itu beroperasi tanpa lesen OMS. Selama hampir enam bulan sehingga OMS dikeluarkan atau diluluskan.
Yang Berhormat, masa cukup.
Datuk Speaker, sikit lagi. Bagi saya tiga minit.
Tiada, tiada. Satu minit.
Soalan saya kepada Kementerian Kewangan. Pertama.
Gulung, gulung.
Ya, saya gulung Datuk Speaker. Berapakah jumlah emas yang telah diproses dalam tempoh berkenaan, kerana saya difahamkan beberapa agensi Kerajaan juga turut hadir dalam setiap kali proses pembakaran emas tersebut. Kedua, berapakah nilai jualan kilogram emas? Ketiga, adakah nilai jualan tersebut mendapat pengesahan daripada Jabatan Mineral dan Geosains? Kerana lazimnya, setiap penjualan emas haruslah mendapat kelulusan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk memastikan emas tersebut. 23/04/2024 -
– NUR FATIN
…Tidak di jual di bawah harga pasaran emas dunia dan untuk mengelakkan penipuan pembayaran royalti kepada Kerajaan Negeri.
Keempat, berapakah nilai royalti emas yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri sejak 1 November 2023 hingga kini?
Masa cukup, Yang Berhormat.
Saya khuatir. Saya kasi habis Datuk Speaker.
Saya khuatir berlakunya ketirisan dalam pembayaran royalti daripada Kerajaan Negeri kerana ada kemungkinan emas bawah pasaran ataupun under declare dengan izin Datuk Speaker. Datuk Speaker, saya gulung Datuk Speaker. Terakhir sekali, saya ingin menyentuh beberapa isu di kawasan saya. Saya meminta penjelasan kepada Kementerian JKR.
Masa cukup.
Ya, berkenaan dengan jalan menghubungkan bandar Tawau sehingga Kalabakan. Setahu saya pakej Pan Borneo tidak termasuk dalam laluan Tawau dan Kalabakan. Oleh itu, adakah rancangan Kementerian JKR akan melaksanakan penyelenggaraan jalan tersebut dalam tempoh ini? Seperti yang saya bangkitkan dalam persidangan-persidangan yang lepas-lepas, bahawa banyak jalan-jalan yang berlubang dan juga jalan-jalan yang tidak diselenggara. Ada yang sudah di down grade empat, lima kawasan. Perkara ini telah sekian lama dan saya berharap ianya diambil perhatian sewajarnya secara serius oleh Kementerian JKR. Apatah lagi Kerajaan telah bercadang untuk membuka CIQS di Simanggaris, Kalabakan.
Datuk, Datuk Speaker.
Dan akan menjadi laluan utama pengguna jalan raya termasuk pelancong.
Yang Berhormat Merotai, masa cukup.
Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini jika ada terkasar bahasa dan terlanjur kata-kata sehingga menyinggung semua rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Ikhlas dari hati saya. Saya inginkan sebuah negeri yang harmoni dan makmur serta maju satu hari kelak. Semoga kita sama-sama terus memberikan cadangan dan juga kritikan membina untuk diambil perhatian oleh pihak Kerajaan demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Sekian, terima kasih, Datuk Speaker.
Yang Berhormat juga terlanjur masa ya.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat seterusnya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada siswa-siswi daripada Kampus IPG Gaya seramai 19 orang dan satu orang guru untuk bersama-sama kita pada petang ini. Selamat datang, selamat belajar.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Jaffari Waliam. 15 minit. Jangan lagi tawar-menawar.
Terima kasih, Datuk Speaker. Insya-Allah, saya usahakan Datuk Speaker.
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini saya ingin membangkitkan beberapa isu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada beberapa perkara yang saya bahaskan pada tahun lalu telah pun dilaksanakan biarpun tidak semua.
Beberapa masalah ingin saya bangkitkan dalam persidangan kali ini agar ianya mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada agensi atau jabatan kerajaan yang terlibat dan juga daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah dibawah kementerian yang berkaitan, iaitu; Pertama adalah berkaitan dengan slogan “Sabah Maju Jaya” yang terdapat dalam Jata Negeri Sabah. Umum mengetahui selepas pilihan raya ke-16 yang lalu apabila Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Slogan “Sabah Maju Jaya” telah diangkat kembali. Slogan ini adalah hasil ilham daripada pemimpin yang terdahulu dengan negeri dan diabadikan dalam Jata Negeri Sabah yang menjadi tonggak Kerajaan Sabah. Namun, agak malang dan mengecewakan bila ada pihak yang langsung tidak menghormati slogan ini dan turut menjadi bahan politik yang murahan kepada parti politik yang ada sekarang ini. Mereka untuk cuba mempertikaikan sebarang usaha yang tidak laku oleh Kerajaan yang ada pada hari ini. Penyokong parti tertentu juga tidak ketinggalan untuk memperlekehkan slogan yang menjadi kebanggaan kita rakyat Sabah ini. Untuk isu ini juga saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri melalui MCMC untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang memperlekehkan slogan “Sabah Maju Jaya”. Sudah tiba masanya pihak Kerajaan Negeri bertegas dalam isu ini kerana ianya melibatkan identiti negeri yang amat kita cintai.
Datuk Speaker, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas idea dan usaha beliau mewujudkan rumah SMJ, iaitu rumah percuma kepada rakyat Sabah yang tidak mampu memiliki kediaman sendiri. Melalui program ini, ianya telah dapat membantu 1,500 keluarga setiap tahun untuk memiliki rumah sendiri yang mana ianya sudah dimulakan pada tahun 2022 dan diperuntukkan 20 buah untuk setiap kawasan DUN di Sabah. Untuk Parlimen Libaran, ada 60 buah. Setiap DUN ada 20. DUN Sungai Sibuga, Sungai Manila dan Gum-Gum. Untuk DUN Gum-Gum yang kita dimaklumkan ada lima yang telah kita serahkan kunci, 15 buah tengah dalam sedang diatur dengan SESB untuk menyalurkan elektrik.
Walaupun ada suara sumbang yang menidakkan usaha Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ini, namun rakyat yang telah menerima kunci dan menduduki rumah ini lebih merasai kegembiraan bersama ahli keluarga mereka kerana sudah lama mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri umum tidak kemampuan. Alhamdulillah, mereka mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah. Insya-Allah, seramai 3,000 penerima lagi sedang menunggu kediaman mereka untuk disiapkan yang dijangka akan siap pada tahun ini juga. Insya-Allah. Inilah antara sebahagian daripada hala tuju Sabah Maju Jaya yang telah menjadi panduan Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini.
Alhamdulillah, tidak lupa juga sempena Hari Raya Aidilfitri apabila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah mengumumkan bantuan one-off RM600.00 balik kampung bagi pelajar-pelajar yang di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan balik ke Sabah untuk beraya bersama keluarga yang mereka cintai. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan GRS PH Plus. Datuk Speaker, saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik dan khususnya juga rakyat Sabah sangat berbangga dengan hasil pencapaian yang sangat memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dengan hasil kutipan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Belum pernah dalam sejarah kerajaan yang lepas mencapai kutipan yang sangat tinggi. Syabas dan
tahniah saya ucapkan barisan Kabinet Menteri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Datuk Speaker, saya amat kecewa dengan Kerajaan yang lepas. Mereka pandai bersuara mengenai isu jalan raya. Pada waktu pemerintahan mereka, mereka lagi gagal kerana terdapat lubang yang begitu besar mereka tidak nampak apabila jadi pembangkang lubang yang begitu kecil mereka dapat lihat dengan jelas. Begitulah juga lampu dan air yang seringkali mereka bangkitkan dan suarakan di dalam media sosial sedangkan mereka ini sudah berlaku pada waktu pemerintahan Kerajaan WARISAN yang gagal.
Datuk Speaker, saya ingin mengucap syabas dan tahniah kepada pihak Jabatan Kerja Raya melalui Kementerian Kerja Raya Sabah yang sudah pun mengambil tindakan dan berusaha sehabis daya untuk membaiki jalan raya kawasan Sandakan bermula daripada Batu 16 Gum-Gum, Batu 17, Batu 20, Batu 25 hingga ke Batu 27 dan Batu 30. Walaupun tidak semua dapat dibaiki secepatnya, namun kita dapat melihat usaha yang mereka lakukan agar memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya yang menggunakan jalan ini berulang kali, terutamanya mereka yang berada di Pantai Timur khususnya kawasan Sandakan. Saya yakin Kementerian Kerja Raya Sabah akan… 23/04/2024 -
- MOHELENA
– NORMA
…dapat membaiki keadaan jalan ini dengan sebaik yang mungkin. Begitu juga dengan keadaan jalan-jalan di daerah yang lain perlu diambil perhatian.
Datuk Speaker, saya ingin mencadangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar setiap jalan Pan Borneo yang tengah dalam pelaksanaan perlu dipasang lampu-lampu solar buat sementara waktu bagi kemudahan pengguna jalan raya pada waktu malam.
Selain itu, mengenai isu yang saya usulkan berkenaan lampu jalan di simpang Beluran telah pun dilaksanakan dengan menggunakan lampu solar. Terima kasih
kepada Kementerian Kerja Raya. Pada setiap penjuru simpang, Beluran memudahkan pengguna jalan raya pada waktu malam dan penumpang-penumpang yang turun dari bas ekspres tidak merasa khuatir dengan keselamatan mereka sebab kawasan tersebut sudah terang dan memasuki jalan di kawasan Batu 8 hingga ke Batu 16. Lampunya telah diselenggarakan dengan baik dan berfungsi sepenuhnya. Sekali lagi terima kasih Kementerian Kerja Raya.
Datuk Speaker, saya ingin mengajukan permasalahan isu air yang berlaku di beberapa buah kawasan di Sandakan terutamanya Kampung Sungai Monyet Batu 26 yang sebelum ini yang belum menerima bekalan air bersih sejak dahulu lagi. Jadi kerajaan yang gagal Kerajaan Warisan hinggalah ke hari ini. Penduduk menyuarakan masalah mereka tentang isu air ini sudah lama tapi tiada tindakan daripada kerajaan yang lepas. Mereka mendapat punca air daripada air sungai, air hujan dan air perigi. Mereka juga bimbang sekiranya air hujan dan air perigi sahaja yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan seharian mereka.
Yang Berhormat.
Saya…
…ADUN Dilantik. Boleh bagi laluan ?
Saya berharap agar pihak Jabatan Air mengambil perhatian serius tentang permasalahan ini, agar ada perancangan dan cadangan untuk memasang paip air baharu ke kawasan kampung tersebut…
Dia tak bagi Sekong.
…akan datang. Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker sekali lagi kerana memberi saya ruang untuk saya membawa suara rakyat agar diambil perhatian oleh Dewan yang mulia ini dan pihak Kerajaan Negeri saya mendoakan semoga kita semua diberikan kesihatan agar kita Wakil Rakyat dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat negeri Sabah yang kita cintai.
Datuk Speaker, di kesempatan ini, walaupun sudah beberapa hari berlalu, saya mengucapkan sekali lagi Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, kakitangan kerajaan, swasta dan semua rakyat Sabah. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalammuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Karambunai dan Yang Berhormat Kunak bersedia ya, selepas ini. 15 minit.
Insya-Allah. A’uzubillahi Minashaitan Nirajeem. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassalatu Wassalamu ‘Ala asyrafi anbiya-I wal mursalin Wa ‘Ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Robbis rohli shodri, wa yassirli amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qouli. Allahumma Shollli ‘Alaa Sayyidina Muhammad, Wa ‘Alaa Alihi Wa sahbihi ajmaeen. Datuk Speaker, terima kasih kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk turut sama membahas, melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 18 April yang lepas. Di kesempatan ini juga, saya memulakan bicara saya dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Sabin Samitah yang mana telah dilantik menjadi Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Selamat bertugas dan selamat menempuh cabaran di Kota Raya. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada anak-anak pelajar dari IPG yang turut serta pada petang ini. Datuk Speaker, pada hari Sabtu yang lepas, Sabtu, Ahad yang lepas, rakyat Sabah telah diberikan kegembiraan dengan pengumuman peruntukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan peruntukan untuk menjadikan Hospital Queen Elizabeth 2 sebagai Pusat Jantung Negara Sabah.
Saya sebagai rakyat Sabah sudah tentu merasa ianya sangat-sangatlah dialu-alukan. Namun, pada Dewan yang mulia ini saya ingin mencadangkan adalah baiknya sekira peruntukan tersebut diberikan kepada Hospital UMS. Kenapa saya berkata sedemikan. Saya melihat Hospital Universiti Malaysia Sabah mempunyai kelengkapan yang lebih ah terkini berbanding dengan hospital kerajaan. Di samping itu, mungkin UMS, Hospital UMS ini boleh kita menjadikan sebagai satu pusat latihan kepada pelajar-pelajar kedoktoran untuk kita lahirkan lebih ramai lagi doktor-doktor pakar jantung di negeri yang kita sayangi ini.
Justeru itu, saya harap Kerajaan Negeri dapatlah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadikan ianya realisasi yang kita nanti-nantikan selama ini.
Saya juga ingin membawa di sini berkenaan dengan beberapa minggu yang lepas, di mana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dalam lawatan ke Pulau Gaya, telah mengumumkan bahawa satu rancangan pembangunan Pulau Gaya akan dilakukan. Dan pada ketika itu Yang Amat Berhormat juga mengumumkan bahawa penduduk-penduduk di Pulau Gaya akan dipindahkan ke tanah besar. Saya sebagai rakyat Sabah sangat berbangga sekiranya negara kita, negeri kita ini semakin membangun. Namun pada masa yang sama, perlu kita ambil iktibar pada satu ketika dulu kita pernah memindahkan penduduk di Pulau Gaya ke satu kawasan di Telipok. Sebelum kita memindahkan mereka-mereka yang terlibat ini perlulah kita membuat kaji selidik yang terperinci.
Pertamanya, untuk kita menganalisa status bumiputera, bukan bumiputera. Keduanya, tempat untuk kita pindahkan itu biarlah tempat yang sesuai dengan kehidupan asal mereka. Mereka ini duduk di pulau. Kehidupan dengan laut, persekitaran sebagai nelayan. Namun apa yang berlaku pada satu ketika dulu dipindahkan ke Telipok yang jauh daripada pinggir laut apatah lagi seharian kehidupan mereka. Jauh sekali. Akhirnya ikan kita buang ke darat. Terkapar-kaparlah dia sebelum mati.
Jadi Datuk Speaker, saya berharap sangat. Saya mungkin bersependapat dengan rakan saya daripada Darau, begitu juga rakan saya di Inanam, apabila diumumkan perancangan ini mungkin mereka ini akan dipindahkan kawasan Sepanggar. Tidak tahu di Karambunai, di Darau, atau di DUN Inanam. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa kawalan pusat-pusat pemindahan ini ianya akan mencetuskan pelbagai masalah sama ada masalah sosial, keselamatan dan berbagai. Selepas kejadian Tanduo, pihak Berkuasa Keselamatan memburu saki-baki pengganas. Antara tempat yang dituju penempatan di Telipok. Saya tidak menuduh penduduk tempatan Telipok ini pengganas tetapi, menjadi tempat pemerhatian yang dilakukan ah, pemburuan di Telipok, agak mengerikan. Pihak berkuasa kita menggunakan kereta kebal untuk masuk ke situ. Tidak berani masuk secara normal. Apa gambaran yang kita lihat bahawa penempatan-penempatan ini kita tidak susun atur, kita tidak… 23/04/2024 -
NADIA
-AZRIN
…kawal pertumbuhan rumah-rumah setinggan di sekitarnya lebih banyak daripada perumahan yang kita sediakan Datuk Speaker. Begitu juga apa yang berlaku di Kampung Numbak. Dulu mereka ini, seramai 534 keluarga dipindahkan daripada Kampung Lok Madas, Sabang, Lok Butah, dan pelbagainya. 534 keluarga dipindahkan ke Kampung Numbak, disediakan penginapan yang ala kadar. Dengan perjanjian pemindahan sementara. Sementara tidak sementaranya sekarang sudah makan masa 23 tahun. Sementara. Saya tidak tahu sementaranya berakhir bila. Tapi yang lebih menjadi permasalahnya, pertumbuhan rumah setinggan di kawasan sekitar. Tanpa ada kawalan. Tanpa ada pemantauan daripada kita. Ianya sudahlah tentu menjadi satu permasalahan kepada masyarakat tempatan sekitar. Mudah-mudahan apa yang saya lontarkan ini dapat perhatian seterusnya tindakan daripada pihak Kerajaan dan pihak-pihak yang berwajib.
Datuk Speaker, berkenaan dengan food security, saya melihat kepada ucapan Tuan Yang Terutama pada hari pembukaan Dewan. Berkenaan dengan ucapan tersebut menyebut perkara-perkara yang bersabit dengan kita punya food security. Saya
ingin mencadangkan di sini di mana saya lihat bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melakukan pelbagai kaji selidik sama ada bidang pertanian, penternakan, industri malahan yang mereka lakukan. Kita lihat daripada apa hasil kaji selidik mereka telah mencapai kejayaan, malahan ada yang memenangi anugerah nombor satu peringkat antarabangsa. Namun, yang sedihnya kita sendiri di negeri Sabah tidak memanfaatkan kehasil kejayaan universiti yang kita perjuangkan untuk kita bina di negeri kita ini, tetapi hanya tinggal sebagai sebuah piala atau sebuah sijil penyertaan jadi kebanggaan mereka. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan, agar kita memanfaatkan apa juga hasil kaji selidik daripada Universiti Malaysia Sabah mahupun universiti-universiti yang lain, agar ianya memberi pulangan kepada negeri kita sendiri.
Ada pihak swasta yang mengambil kesempatan. Mempatternkan hasil reka cipta daripada UMS. Akhirnya, pihak swasta yang mendapat meraih keuntungan. Datuk Speaker, selain daripada itu saya juga ingin membawa isu berkenaan pembangunan menara telekomunikasi yang mana pada tahun 2021, pihak Kerajaan Persekutuan telah meletakkan peruntukan yang agak besar kepada negeri Sabah terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Kita telah diperuntukkan peruntukan untuk menaik taraf Internet di negeri kita. Malangnya, maklumat yang saya dapat daripada menara jumlah yang menara sebenarnya 637 yang dibina hanya 205 menara yang siap setakat ini. Saya bukan mencari kesilapan sesiapa tetapi sedarlah atas kelewatan kita, atas kelalaian kita rakyat tertunda untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan. Rakyat yang menerimanya. Bukan kita sahaja.
Justeru itu, saya berharap Menteri yang bertanggungjawab agar dapat memberi perhatian dan tekanan kepada kontraktor-kontraktor yang telah diamanahkan untuk melaksanakan kerja ini, menyiapkan sesegera mungkin menara-menara ini atau tamatkan kontrak mereka gantikan dengan mereka yang bersedia menyiapkan kerja-kerja ini. Selain daripada itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Agama yang mana telah berusaha untuk membina pusat dialisis, ya dialisis di kawasan Sepanggar. Namun, saya ingin bertanya berapakah kos dalam penyiapan pusat dialisis tersebut? Berapa kos operasi pusat dialisis tersebut dan berapa ramai orang yang mendapat rawatan di pusat dialisis tersebut? Selain daripada itu, saya juga
melihat pihak Majlis Agama telah menyediakan kenderaan klinik bergerak. Syabas dan tahniah. Namun, apakah logiknya pihak Agama ini pihak Majlis Agama melakukan kerja-kerja yang lebih kepada Kementerian Kesihatan? Menyediakan kereta, klinik bergerak ini sudah tentulah memerlukan doktor, pakar, selain itu…
Amal jariah. Amal jariah.
Amal jariah, alhamdulillah. Kalau itulah matlamatnya. Tetapi, tetapi, untuk melaksanakan tugasan klinik bergerak ini ianya memerlukan doktor. Memerlukan peralatan. Sudah tentulah memerlukan kos. Jadi saya mahu bertanya sekali lagi, berapakah kos penyediaan klinik bergerak ini? Berapakah kos operasinya? Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya juga membawa permasalahan di kawasan N.16 Karambunai. Seperti rakan-rakan yang lain isu berkenaan air, elektrik, jalan, tidak juga ketinggalan di kawasan Karambunai ni.
Namun, pada persidangan tahun lalu bulan Mei, saya ada mencadangkan kepada Dewan ini agar mungkin untuk penyelesaian sementara atau mengimbangi masalah kekurangan air ini mencari penyelesaian dengan cara membuat tube well. Pada bulan Mei tahun lepas, tube well. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana tindakan. Buktinya ada, Datuk Speaker. UMS yang bermasalah dengan air apabila Perdana Menteri sendiri menurunkan bajet pembinaan telaga tiub di UMS. Alhamdulillah, UMS sekarang sudah tidak bermasalah lagi dengan air. Kalau ini dapat kita laksanakan, saya yakin dan percaya ianya salah satu alternatif untuk kita mengurangkan menyelesai saya tak berani janji menyelesai, tetapi mungkin boleh membantu menambah bekalan air kepada rakyat negeri Sabah ini.
Mudah-mudahan ianya diperhatikanlah, diperhalusilah. Laksanalah mana yang baik untuk rakyat. Kita sudah apa mengagung-agungkan dan kita sudah menyatakan pendapatan negeri kita semakin meningkat. Tahun ini, tahun lalu kita mencapai 6.9 bilion. Kos untuk satu telaga tiub ini dalam 100, 200, paling mahal 500 ribu untuk satu telaga tiub. Takkanlah dengan pendapatan kita yang begini banyak kita tidak boleh membantu menyelesaikan masalah yang kita boleh selesaikan.
Selain daripada itu, kepada Menteri Kerja Raya juga saya bangkitkan dalam Dewan ini, pada persidangan-persidangan yang lepas masalah kesesakan jalan raya di kawasan Karambunai terutamanya dari persimpangan jalan Sepanggar ke Tuaran. Kita tahu, kerja pembinaan Pan Borneo ini sudah memang rancak dilakukan. Terima kasih juga sebahagian daripada kawasan Karambunai ini sudah menikmati nikmat jalan Pan Borneo terutamanya daripada Indah Permai ke arah Kota Kinabalu. Namun, daripada Jalan Tuaran Bypass tengah itu, kita lihat tidak ada lagi istilah masalah puncak. Sentiasa sesak. Orang kerja dari kalau dari Kota Belud, Tuaran… 23/04/2024 -
TERESA
– NUR FATIN
Datuk Haji Yakubah Khan [Karambunai]:…pukul 5.00 pagi sudah kena turun kerja. Sembahyanglah yang bersembahyang orang Islam, bersembahyanglah di Masjid Bandaraya, Masjid Darau mana, pada waktu Subuh.
Panjang lagi?
Sedikit lagi, Datuk Speaker yang dikasihi.
Ya, teruskan.
Saya hampir ke penghujung. Jadi saya berharap kepada Menteri Kerja Raya, mintalah kontraktor ini fokus dulu kerja di kawasan yang berpuncanya kesesakan ini. Selesaikanlah masalah ini secepat mungkin yang diurutan yang lain itu di kemudian pun tidak apa. Datuk Speaker, Datuk Speaker orang budiman, Tampil tegas nampak garang; Manis dilihat lontar senyuman, Bila didekati senang dan riang.
Alhamdullilah, inilah Datuk Speaker kita.
Masa tetap juga masih.
Jadi Datuk Speaker, saya pun tidak mahu mencuri masa rakan-rakan yang lain, saya akur dengan Dewan yang mulia ini, dengan yang demikian saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Terkasar bahasa dan tingkah laku, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Kepada rakan-rakan yang akan merai Perayaan Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo saya ucapkan kepada rakan-rakan yang ada dalam Dewan ini dan rakyat di luar sana yang ada. Sekian, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Karambunai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kunak dan Yang Berhormat Gum-Gum bersedia ya. 15 minit juga ya.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sabah Maju Jaya. Jangan betulkan siaran anda suara saya memang macam ini, mungkin terlampau banyak makan kuih raya, Datuk Speaker.
Suara rock.
Datuk Speaker, pertama sekali terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya dalam membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Jelas betapa Kerajaan amat serius dalam memastikan hala tuju Sabah Maju Jaya, dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya berjaya direalisasikan. Pastinya kita semua tahu, prasyarat utama dalam membangunkan sesebuah negeri ataupun negara adalah kestabilan politiknya. Dan hari ini, Kerajaan GRS plus dalam keadaan yang sangat stabil. Moga ini akan menjadi pemangkin dan asas kepada pembangunan Sabah yang lebih pesat.
Dalam Ucapan Dasar disebutkan tentang usaha memperkukuhkan sistem pertanian dan keterjaminan makanan terutama dalam subsektor perikanan. Dalam usaha Kerajaan menjana pengeluaran hasil perikanan, saya mohon, untuk fasiliti yang melibatkan subsektor ini diperbaiki. Untuk Kunak, kami mempunyai sebuah pangkalan pelabuhan kapal-kapal ikan atau dalam dialek kami dipanggil sebagai kelibu. Namun, masalah kesesakan trafik yang mengarah ke jeti tersebut kian meruncing akibat jalan yang sempit. Keadaan ini mengakibatkan proses membawa keluar hasil-hasil tangkapan nelayan oleh para peraih dan peruncit, seringkali terbantut dan menjejaskan pendapatan para nelayan. Lalu, tidak dapat tidak, satu-satunya kaedah terbaik untuk membantu mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh nelayan, adalah dengan menimbus dan membesarkan jalan sedia ada. Dan keperluan untuk peruntukan bagi tujuan membesarkan jalan tersebut amat mendesak. Malah sejak beberapa Kerajaan Negeri Sabah silih berganti, permasalahan tersebut masih berterusan, dan bertahun-tahun menjadi dambaan masyarakat di Kunak, terutama lebih 600 penduduk yang mendiami kawasan kampung atas air ini.
Pembesaran jalan ini dapat bakal memberi kemudahan meletak kenderaan yang lebih selamat. Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, yang telah memberikan saya kelulusan awal kepada permohonan ini. Namun, besar harapan saya agar proses menurunkan peruntukan dan proses melaksanakan projek ini dijalankan dengan kadar segera.
Datuk Speaker, Dalam merancakkan sektor pembuatan, iaitu sektor perindustrian. Sekali lagi, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sabah terutama Ketua Menteri, yang telah terbukti mendengar suara rakyat yang saya suarakan dalam Dewan yang mulia ini. Buktinya, 9 Disember 2021, saya pernah suarakan dalam perbahasan saya tentang kewujudan sebelas kilang penapisan di Sabah dan dua daripadanya berada di Kunak. Namun malangnya, tidak ada kilang pembungkusan minyak berada di daerah Kunak itu sendiri. Alhamdulilah, selepas setahun melalui syarikat milik Kerajaan, kilang penapisan Sawit Kinabalu di Kunak telah pun membina dan mengoperasikan kilang pembungkusan minyak, dan hasilnya sangat membantu rakyat, terutama dalam mendapatkan minyak subsidi berpaket.
Namun, ingin saya mengambil perhatian Menteri dan juga Ketua Menteri, setakat hari ini pembungkusan minyak yang dibuat oleh kilang penapisan Sawit Kinabalu, adalah untuk minyak sawit yang diperolehi dari Kuantas dan Sandakan Edible Oil, berikutan kuota yang tidak dimiliki oleh Sawit Kinabalu. Justeru, saya berharap Menteri yang berkaitan agar mendapatkan kuota pembungkusan minyak subsidi diberikan terus kepada syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, agar kewujudan dan produktiviti kilang pembungkusan Sawit Kinabalu di Kunak ini dapat dioptimakan. Datuk Speaker, Kunak adalah daerah yang penuh dengan industri kelapa sawit. Walaupun hasilnya sangat tinggi, namun malangnya manfaatnya sangat sedikit dapat dirasai oleh penduduk Kunak. Antaranya, jika industri ini begitu penting keselamatan rakyat Kunak juga penting. Kewujudan kilang penapisan minyak sawit yang berada di kampung saya kampung Kunak Jaya, Kunak, sangat perlu jalannya dibesarkan atau dilebarkan, serta dinaik taraf dari kualiti jalan raya kampung ke jalan raya yang lebih kondusif, agar tidak mudah rosak apabila dilalui oleh lori-lori tanker yang besar, serta tidak membahayakan penduduk terutama pejalan kaki termasuk kanak-kanak sekolah. Begitu juga dengan jalan di Tingkayu, yang sudah sekian lama menjadi mimpi ngeri kepada penduduk, yang berulang-alik dari kampung dan estet di sekitarnya, tidak kira ketika musim kemarau mahupun musim tengkujuh. Ini kerana jalan tersebut merupakan jalan tanah yang berdebu ketika kering dan berlumpur serta berlubang teruk ketika musim tengkujuh.
Saya begitu tersentuh, apabila mendapat tahu bahawa ramai anak-anak kita yang terpaksa bangun seawal jam tiga atau empat pagi, semata-mata untuk mereka bersiap dan dapat tiba pada masa yang tepat di sekolah, yang terletak di Madai ataupun pekan Kunak, yang jaraknya hanyalah lebih kurang 15 km hingga 30 km, tapi mengambil jarak tempuh dua hingga tiga jam. Dan ini mereka hadapi hampir setiap hari selama tempoh persekolahan. Justeru, Jalan Tingkayu ini sudah wajib diturap bagi keselesaan penduduk yang bekerja dan menetap di sekitarnya. Pastinya penaiktarafan jalan ini akan dapat memberi manfaat kepada ribuan penduduk dan puluhan kampung dan ladang sekitarnya. Setakat hari ini, jalan ini hanya diselenggara dan seringkali berada dalam keadaan yang sangat mengecewakan dan membahayakan penggunanya.
Datuk Speaker, Daerah Kunak mempunyai dua program Mini Estet Sejahtera, satu Mesej Pangi dan satu lagi Mesej Sepang. Saya ingin mengambil perhatian Kerajaan Negeri agar memperkasakan semula program ini. Pendapat saya, sudah ada keperluan untuk penambahbaikan, termasuk melaksanakan program ekonomi tambahan dan menaik taraf fasiliti, serta baik pulih rumah yang tidak pernah mereka terima, terutama Mesej Pangi yang telah pun mendiami perumahan tersebut sejak tahun 2015. Baru-baru ini, ketika kita meraikan Syawal, pada Syawal keempat jambatan di Mesej… 23/04/2024 -
] –
THEODORA J.
– NORMA
…Pangi roboh dan malangnya permohonan Pejabat Daerah Kunak untuk peruntukan naik taraf masih belum mereka terima. Alhamdulillah, berkat kerjasama penduduk dan bantuan peralatan dari pejabat ADUN, gotong-royong diadakan bagi membaiki jambatan tersebut. Saya mohon kementerian yang bertanggungjawab untuk mengambil perhatian serius. Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk memohon agar Kerajaan Negeri melalui kementerian yang berkaitan untuk mengambil inisiatif segera membantu Sekolah Menengah Agama Negeri Tahfiz di Kunak yang ketika saya lawati mempunyai banyak kerosakan terutamanya fasiliti yang digunakan oleh anak-anak asrama. Dia punya katil sudah vibrate, ada kes anak jatuh patah gigi dari atas katil.
Begitu juga terkini saya menerima banyak permohonan dari kelas-kelas KAFA di seluruh daerah Kunak untuk fasiliti asas seperti kerusi dan meja, banyak kelas-kelas KAFA yang duduk di lantai saja kasihan, saya mohon dan merayu berilah peluang anak-anak kita mendapatkan ilmu agama dalam keadaan yang kondusif. Datuk Speaker, mewakili keluarga Kunak saya ingin juga mengucapkan terima kasih untuk inisiatif kerajaan yang telah meneruskan projek pembangunan, bangunan komersial yang telah diusahakan oleh Majlis Daerah Kunak sejak tahun 2006. Hanya selepas hampir 20 tahun barulah bangunan komersial tersebut siap dan telah pun merancakkan ekonomi Daerah Kunak, pastinya kehadiran usahawan-usahawan
terutama peruncitan berskala besar telah memberi peluang pekerjaan buat anak-anak Kunak. Setakat hari ini melalui sektor peruncitan seperti Servay, One Stop, Macro dan juga dalam masa terdekat Bataras lebih 200 peluang pekerjaan telah diterima oleh anak-anak Kunak walaupun jumlahnya masih sedikit berbanding yang memerlukan tapi saya yakin ini adalah petanda yang baik untuk Kunak yang lebih maju.
Datuk Speaker, untuk isu wanita ketika kerajaan berazam untuk memperkasa peranan golongan wanita agar bersama-sama menyumbang secara optimum terhadap pembangunan Negeri Sabah, ini membuktikan pentingnya wanita untuk membantu masyarakat hidup sejahtera terutama mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan. Jika punya suami, wanita berperanan sebagai tonggak mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan mengurus keluarga. Jika pegang status ibu tunggal, perlu bekerja keras menanggung diri sendiri anak-anak yang mungkin ditinggalkan termasuk ibu bapa yang dijaga. Kemampuan wanita boleh beri kesan kepada institusi kekeluargaan seterusnya mampu menjadi pemangkin untuk mengeluarkan kita daripada kepompong kemiskinan. Wanita sangat perlu diberi perhatian, namun Datuk Speaker, seperti yang sering saya suarakan ketika Persekutuan, ketika negeri Sarawak punya Kementerian khas untuk wanita, Sabah tidak punya.
Begitu juga dengan peruntukan yang dikhaskan untuk wanita. Saya agak fesimis? jumlah wanita hampir menyamai lelaki di Sabah namun peruntukan untuk wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita hanya RM3.5 juta berbanding jumlah wanita negeri Sabah seramai 1.6 juta. Bermakna, secara purata setiap wanita di Sabah hanya memperolehi peruntukan lebih kurang dua (2) ringgit sahaja untuk setiap orang. Saya mencadangkan agar jumlah ini dikaji semula inti pati bagi pertimbangan ini dalam memberi kelulusan sangat mudah. Bayangkan wanita itu ibu kita, wanita itu isteri, wanita itu emak kita ataupun zuriat ataupun setidaknya kakak atau adik-beradik kita.
Datuk Speaker, menjadi tanggungjawab ADUN yang dipilih rakyat Sabah mengetahui hak kita dalam MA63, mutakhir ini kita sangat bangga kerana kita menyaksikan hampir semua ahli-ahli parlimen dari Sabah membangkitkan dan
memperjuangkan hak kita dalam MA63 di Dewan Rakyat namun hakikat yang tidak boleh kita nafikan adalah suara yang lebih kuat dan berkesan adalah melalui Dewan Undangan Negeri. Namun saya mesti mengucapkan tahniah kerana kejayaan mengambil semula hak Sabah dalam mengurus selia elektrik dan tenaga. Namun saya mohon, next in line adalah kesihatan dan pendidikan. Tapi ambil autonomi dulu, jangan buat Kementerian dulu nanti ibarat boneka yang tidak ada fungsi, ibarat singa yang tidak bergigi seperti yang berlaku lepas.
Baru-baru ini kita gembira dengan pengumuman Pusat Jantung Sabah. Namun jauh lebih penting, secara peribadi saya berharap agar peruntukan 80 juta tersebut bukan hanya gula-gula dan insiden pengumuman untuk menyelesaikan masalah air untuk UMS tidak berlaku dan berulang lagi dan lagi dan lagi. Kemudiannya yang jadi mangsa kecaman adalah Kerajaan Negeri Sabah dan sejujurnya Sabah lebih layak menerima perkhidmatan kesihatan jauh lebih baik daripada sekadar Pusat Jantung Sabah. Walaupun begitu, ini membuktikan bahawa kelantangan suara jemaah menteri yang mungkin tidak lantang di media sosial namun terus menerus mendesak satu demi satu hak kita dipulangkan oleh Kerajaan Persekutuan sedang mereka lakukan.
Datuk Speaker, baru-baru ini kita disajikan dengan polemik daerah termiskin di Sabah, bertalu-talu pembangkang menyalahkan Kerajaan Negeri. Ironinya sedikit pun tidak bersuara mempersoalkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya memastikan negeri yang kaya dengan sumber ini tidak seharusnya menjadi negeri yang rakyatnya miskin. Kita ibarat jutawan fakir ni! Kita kaya dengan sumber tapi kita miskin…
Fakir mana boleh jadi jutawan…
Jutawan fakir kita ini…
Panjang lagi…
Sikit lagi Datuk Sri…
Okey…
Dulu kita dipanggil equal partner sekarang saya rasa kita adalah unequal partner. Kawan-kawan, MA63 tidak akan tercapai kalau kita sibuk menyalahkan satu dengan lain, MA63 akan tinggal anggan-anggan jika kita sibuk menuding jari, masalah kita hari tidak berubah semenjak 1963. Walaupun Kerajaan silih berganti. Masalah jalan, masalah air, masalah elektrik masih terus menjadi warisan yang tidak sudah di inginkan, masih terus menjadi legasi yang tidak di impikan.
Namun ingin saya tegaskan, perbezaannya adalah rakyat hari ini sudah celik informasi. Rakyat tahu kerajaan sebelum ini juga gagal menoktahkan masalah ini, rakyat hari ini hanya mahu penyelesaian bah. Ayuhlah move on la bah kita, sudah-sudahlah bercerita tentang kehebatan diri ketika menjadi kerajaan, sudah-sudahlah bertekak sambil pegang buku biru, rakyat sudah muak, muak membaca posting-posting lucu yang akhirnya memakan diri sendiri.
Kerajaan hari ini gagal, kerajaan hari ini gagal, projek empangan yang dulu tergendala telah diteruskan, projek jalan Pan Borneo yang sebelum ini dihentikan juga diteruskan dan ada antara yang sudah siap. Tidak pernah ada program rakyat termiskin untuk perumahan selain PPRT, sekarang sudah ada pilihan kedua rumah SMJ. Dulu tidak ada bantuan subsidi tiket untuk anak-anak belajar di luar Sabah untuk pulang sempena Aidilfitri, hari ini kerajaan ini bagi. Bantuan biasiswa yang baru-baru ini di viralkan untuk kroni terbukti anak pembangkang pun dapat juga jutaan ringgit.
Saya setuju masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk Sabah yang lebih baik. Buat jemaah menteri dan wakil kerajaan fokuslah kita cari penyelesaian. Buat wakil rakyat pembangkang, bagilah idea dan cadangan yang bernas bukan lawak-lawak lucu yang akhirnya jadi bahan jenaka rakyat. Buat rakyat Sabah, saya merayu action speak louder than words kita perlu menilai kepimpinan itu daripada hasil kerjanya bukan sekadar kebolehan bercakap dan menabur janji-janji manis. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, izinkan saya menyampaikan salam takziah buat keluarga anggota TLDM yang terlibat dalam kemalangan helikopter sebentar tadi di Lumut, Perak…
23/04/2024 -
- AZRIN
Dan saya mewakili keluarga Kunak, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, Kunak bersuara dan mohon menyokong dasar Kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Walaupun serak tapi dia lantang dia bercakap ini. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum dan Yang Berhormat Sungai Manila dan Sukau bersedia ya selepas ini.
Silakan, Yang Berhormat Gum-Gum. 15 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Datuk Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk saya sama-sama membahaskan ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun pada 18 April 2024 yang lalu.
Datuk Speaker, pada kesempatan ini saya hanya fokus kepada aduan rakyat di kawasan saya saja jadi saya tidak ambil masa yang panjang.
Datuk Speaker, yang pertama sekali pasal air. Seperti juga di kawasan lain, yang telah sekian lama dialami oleh beberapa kampung di kawasan saya seperti Kampung Sungai Memanjang, Kampung Sungai Monyet, Kampung Semawang Laut dan Semawang Darat, Kampung Sungai Beruang, Kampung Dandulit, Kampung Banting dan juga Kampung Pulau Libaran. Kasihan penduduk di kampung ini Datuk Speaker, mereka terpaksa keluarkan duit simpanan konon-konon untuk anak sekolah di masa akan datang tapi mereka terpaksa beli air bersih dari kampung lain atau beli mineral untuk memasak, untuk keperluan.
Soalan saya pada Kerajaan, bilakah agaknya bekalan air bersih ini dapat dibekalkan berapa buah kampung yang saya nyatakan tadi? Sebab ada kampung-kampung sebut ini ada paip tapi belum ada air.
Seterusnya, Datuk Pertua, masalah jalan raya yang dialami kampung-kampung berikut, Kampung Sungai Memanjang juga jalan rayanya teruk, Kampung Memanjang dari Jaya Bakti ke Sungai Memanjang, Jalan dari Sungai Tiram ke Kampung Semawang, Jalan Kampung Dandulit ke Kuala Gum-Gum. Jalan raya yang saya sebutkan ini sangat teruk, Datuk Speaker. Sampai ada ketikanya tidak boleh dilalui langsung terutama sekali ketika hujan dan Kampung Semawang dan Kampung Memanjang ini bukan terlampau panjang pun jalan ini baru lebih kurang 6 kilometer dan 3 kilometer begitu saja. Jadi, saya mohonlah kepada Kerajaan untuk mengambil perhatian kampung ini sebab kampung ini selalu banjir, bukan sahaja tahunan aaa, tapi asal hujan banjir, asal hujan banjir, jadi ada kalanya sebulan itu boleh dua kali banjir ya kasihan dorang ini.
Datuk Speaker, kalau boleh jangan lagi dikaji-kajilah ah cuba selesaikan masalah, bayangkan bila banjir pusat penempatan banjir pun tiada. Terpaksa menggunakan masjid sampai penduduk mahu beribadah pun susah, contohnya solat jumaat ya kasihan. Jadi, saya sudah beberapa kali bukan saya mahu meluaskan sungai tetapi juga memohon dewan serbaguna untuk penempatan pun masih sampai sekarang belum tiada lagi. Satu lagi perkara Datuk Speaker, saya juga dimaklumkan oleh mangsa banjir, pembahagian bantuan pun tidak telus sebabnya bantuan dibahagi kepada jumlah rumah yang terlibat ah tetapi tidak bukan merujuk kepada Ketua Isi Rumah ataupun KIR yang ada di dalam rumah itu. Jadi, tidak cukup kalau kita menggunakan jumlah rumah yang terkesan.
Seterusnya, masalah lampu atau elektrik. Datuk Speaker, saya juga dapat aduan hampir semua kampung mendapat catuan elektrik yang tidak menentu, tiba-tiba mati dan hidup semula. Ini menyebabkan kerosakan harta benda juga kepada masyarakat kampung yang ada di kawasan saya.
DUN ini pun kena catu tadi bah.
Ini pun saya mohon kepada Kerajaan untuk ambil perhatian sebab di kampung ini sudahlah kais pagi makan pagi, dapat lagi harta benda yang rosak jadi susah.
Seterusnya, masalah internet juga ada kampung saya. Jalur lebar juga menjadi masalah di hampir semua kampung di Gum-Gum. Ada beberapa sekolah turut mengalami masalah liputan internet yang tidak memuaskan, contohnya SK Semawang. Ini saya diberitahu terpaksa guru-guru keluarkan duit sendiri untuk membeli router untuk kegunaan sekolah. Saya mohon pihak Menteri Sains dan Teknologi usahakanlah untuk rakyat, bukan untuk saya. Terima kasih. Saya difahamkan ah bisik ah bila berjumpa dengan Menteri ini tadi ah ada sudah ah apa nama Starlink ya Starlink terima kasih ada itu terima kasih.
Datuk Speaker, belia juga menjadi perhatian saya kalau saya masuk kampung pasti saya tanyakan berkenaan kelab belia di kampung masing-masing. Namun begitu, banyak kampung tiada kelab. Perkara ini saya pun tidak pasti kebenarannya, Datuk Speaker. Mari kita tanya kepada Menteri Belia dan Sukan, berapakah kelab belia yang terdaftar di kawasan saya di Gum-Gum dan apakah jenis bantuan yang telah disalurkan kepada kelab belia tersebut?
Selain daripada itu, Datuk di-Pertua, saya juga buat lawatan ke Kampung Nelayan, saya pasti ada berapa jeti nelayan yang perlu dibaik pulih seperti Jeti Kampung Kuala Gum-Gum, Kampung Dandulit, Kampung Banting, Kampung Sungai Beruang. Selain daripada itu, ada juga kampung seperti Kampung Sungai Kapur, Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Semawang ini perlu jeti yang baru. Ini tiada jeti ini di kampung ini. Jadi saya berharap sangatlah ini pun dibagi ah apa nama keutamaan kepada kampung ini sehinggakan budak-budak sekolah pun terpaksa naik bot terus ke tepi sungai ataupun di pasir, dorang lompat saja ini Datuk Speaker, kasihan dorang ini.
Selain daripada itu, Datuk Speaker saya juga dapat aduan bahawa urus tadbir di kawasan DUN Gum-Gum yang diambil alih oleh PPM yang dilantik di DUN Pembangkang tidak berjalan lancar. PPM susah dihubungi bilang dorang ah apalagi mahu jumpa untuk bincang masalah. Mohon perkara ini diambil perhatian sebab saya yakin dan percaya bukan saja diberi kuasa tetapi peruntukan juga disalurkan
kepada PPM tersebut. Jadi, saya mohonlah kepada PPM, terutama sekali PPM di kawasan saya, sila ambil perhatian masalah-masalah yang dialami oleh masyarakat kampung ada di kawasan kita.
Datuk Speaker, untuk menjimatkan masa, saya buat keputusan untuk bertanya soalan sahaja okey. Mudah-mudahan saya dapat jawapan yang tepat walaupun cara bertulis.
Soalan saya, adakah Kerajaan berhasrat menaik taraf jalan daripada batu 16 ke checkpoint daripada 1 lorong ke 2 lorong dan apakah sebabnya jambatan runtuh batu 16 itu sampai sekarang tidak diambil tindakan? Jadi, saya difahamkan masyarakat kampung yang melalui jambatan itu di bawah itu dorang pun ah apa nama takut sebab bila melalui di bawah jambatan itu takut tiba-tiba runtuh dan di bawah jambatan itu juga terdapat batu-batu yang timbul di laluan mereka. Kedua, berapakah jumlah pemohon eKasih yang telah diluluskan setakat 2024 di Gum-Gum?
Ketiga, adakah pihak kerajaan bercadang supaya status rumah PPR sebagai rumah transit diubah kepada sewa beli? Saya ada ah Datuk Speaker ah saya ada satu rumah PPR di kawasan DUN Gum-Gum.
Yang Keempat.
Milik YB ?
Tidak, di kawasan Gum-Gum Datuk.
Ya YB tadi saya ada jadi milik YB kah rumah PPR itu ?
Tidak.
Oh.
Yang keempat, bilakah bekalan air bersih dapat disalurkan kepada beberapa kampung seperti Kampung Sungai Monyet, Kampung Semawang, Kampung Kuala Gum-Gum, Kampung Sungai Beruang, Kampung Dandulit dan Kampung Banting? Ini semua kampung-kampung ini Datuk Speaker memang betul-betul tiada air, betul-betul tiada jadi ah mereka ini susah sangat dan menyebabkan mereka ini terpaksa membeli bergelen-gelen daripada kampung di sebelah ya untuk masak dan sebagainya, jadi mohon diambil perhatian. Datuk Speaker, saya bersyukur ada lagi Dewan yang mulia ini tempat mengadu kalau rakyat ah… 23/04/2024 -
Wakil rakyat pembangkang ini surat-surat pun tidak kena peduli. Itu kadangkala saya buat live di kawasan yang perlu tindakan segera untuk pihak berwajib selesaikan masalah tetapi ada lagi yang… yang katakan wakil rakyat pembangkang ini hanya pandai fitnah sahaja. Buat masa ini, saya mencadangkan kepada kontraktor yang dapat projek memasang signboard “Sabah Maju Jaya” itu supaya jangan dulu pasang di mana-mana, kasihan Kerajaan. “Sabah Maju Jaya” diperlekehkan rakyat. Sebab apa? Satu kontena pun kamu pasang kalau masalah air, lampu dan jalan raya tidak selesai, risau laungan Kerajaan gagal semakin kuat dilaungkan oleh rakyat di kawasan negeri Sabah ini. Akhir kalam, sempena bulan yang mulia ini, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker, saya Arunarnsin bin Taib, N.50 Gum-Gum mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Gum-Gum. Dia hentam dahulu baru dia minta maaf. Pandai juga dia kan? Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Sungai Manila.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Selamat Petang.
Pergi beraya hingga ke petang, Makan ketupat dan juga rendang; Datuk Speaker ini nampak garang tapi penyayang, Bikin hati jadi senang.
Masa 15 minit juga.
Belajar-belajar skil ADUN Karambunai, Datuk. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin. Datuk Speaker, inti pati ucapan Tuan Yang Terutama merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan, kemajuan dan kemakmuran negeri wajar diberi perhatian. Meskipun masih terdapat keluhan dan kekurangan yang telah pun disampaikan, disuarakan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang berhormat melalui soalan dan perbahasan daripada hari kelmarin hinggalah ke hari ini. Pihak Kerajaan perlu menerima dengan hati yang terbuka kritikan bernas tentang polisi-polisi yang telah diperkenalkan dan membuat penambahbaikan di mana wajar.
Datuk Speaker, makanan yang mencukupi dengan harga yang mudah diperolehi dan mampu dibeli oleh rakyat golongan majoriti termasuk rakyat yang termiskin merupakan salah satu resepi utama untuk kita sejahtera, maju dan makmur. Makanan yang mencukupi juga menjadi pengukur kepada taraf hidup masyarakat dan menjadi ukuran tahap kemiskinan individu, keluarga, masyarakat, negeri dan negara.
Berbanding dengan negara yang masih dibelenggu kekurangan makanan, negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Singapura, Australia, New Zealand, Eropah Barat, Amerika Utara dapat memfokuskan pemikiran dan tenaga untuk
membangunkan negara mereka sehingga menjadi maju pada hari ini kerana kekurangan makanan tidak lagi menjadi hambatan setiap hari.
Kita di Malaysia termasuk Sabah masih lagi bergantung kepada import keperluan makanan dari negara asing. Ini kerana tahap sara diri kita atau SSL kita masih rendah. Jika masalah ini tidak dipertingkatkan, sukar untuk kita menjadi kategori negara maju ataupun berpendapatan tinggi. Acapkali apabila negara tempat kita bergantung untuk mendapatkan bekalan makanan ataupun mengehadkan eksport barangan makanan mereka atau harga import menjadi mahal, kita menjadi kelam-kabut dan hilang fokus terhadap usaha pembangunan yang lain kerana terpaksa beralih semula kepada isu keterjaminann makanan. Justeru, sedikit sebanyak membantutkan usaha membangunkan sektor lain di dalam negeri ini. Oleh yang demikian, Kerajaan harus memastikan perancangan dan pelaksanaan setiap industri pengeluaran makanan khususnya makanan ruji dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga tuntas dan matlamat kemandirian sumber makanan kita dicapai sepenuhnya. Bukannya kita hanya gah ketika membuat pengumuman dan pelancaran, selepas itu, makin lama, makin susut.
Agensi berkaitan pengeluaran makanan seharusnya tidak lalai memantau aktiviti pengeluaran makanan secara mapan supaya setiap pelaburan Kerajaan tidak sia-sia. Pengajaran masa lalu harus kita jadikan iktibar. Kita sudah banyak menubuhkan dan mewujudkan inisiatif pengeluaran industri makanan, bukan sahaja untuk kecukupan makanan rakyat dalam negeri tetapi untuk tujuan eksport. Malah dulu kita sudah ada rangkaian industri makanan yang agak teguh dari pengeluaran makanan termasuklah pertanian, perikanan dan penternakan, pemprosesan makanan hingga ke pemasaran tapi akhirnya hilang begitu sahaja.
Kita juga sekarang ini ada Taman Kekal Pengeluaran Makanan tetapi ada di antaranya yang terhenti atau kita hilang fokus apabila berhadapan masalah. Sebahagian masalah kegagalan kita juga kerana rakan kolaborasi yang salah kita pilih kerana terlalu memikirkan pulangan keuntungan. Begitu juga berlakunya masalah ketirisan dalam pengurusan.
Akhirnya, usaha asal pengeluaran makanan tertentu beralih kepada tujuan yang lain atau membiarkannya ber… terhenti begitu sahaja. Contohnya, rancangan penanaman padi di Terusan Sapi Nangoh di Beluran terbengkalai dan lari dari sasaran. Sepatutnya jika kita berhadapan dengan masalah pelaksanaan dan pengeluaran, penyelidikan harus ditingkatkan untuk mencari jalan mengatasinya dan meneruskan program yang telah dirancang.
Saya mengharapkan usaha Kerajaan untuk melaksanakan Kajian Pelan Induk Lembah Makanan di Pedalaman Sabah akan berjaya, bukan hanya setakat menyediakan Pelan Induk tetapi terus mampu mengeluarkan makanan yang disasarkan. Begitu juga rancangan di Taman-taman Pengeluaran Makanan yang lain. Sehubungan ini, juga saya ingin bertanya apakah status terkini Projek Penanaman Kelapa Ladang Linaco di Paitan yang dulu diumumkan bernilai RM400 juta? Berapa luas sudah ditanam? Dan berapa peluang pekerjaan telah disediakan? Dan saya juga ingin bertanya mengenai status Projek Akuakultur Udang di Pitas dengan nilai asal pelaburan RM1.2 bilion ringgit. Bagaimana statusnya sekarang? Datuk Speaker, salah satu sektor penting yang disasarkan membantu menjana pendapatan kerajaan ialah sektor perindustrian. Keupayaan negeri Sabah menarik pelaburan sebanyak 11.346 bilion pada tahun 2023 boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan lagi kemasukan pelabur ke negeri ini, dan merancakkan lagi sektor pembuatan yang telah mewujudkan peluang pekerjaan. Namun, sebagai sebuah negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan sumber hasil bumi yang kaya, kita tidak harus berpuas hati dengan kedudukan ketujuh tertinggi menerima pelaburan di negara ini. Usaha menarik pelaburan mesti diteruskan dan dipelbagaikan selain usaha mengalakkan pekaburan dalam negeri kita sendiri.
Sektor perindustrian juga seharusnya dikembangkan kepada pelbagai wilayah di negara ini sejajar dengan Koridor Pembangunan Sabah. Ia yang meliputi keseluruhan negeri Sabah berbeza dengan Sarawak dan Semenanjung. Pada ketika ini, dua daerah yang dulunya merupakan generator industry terutama hasil laut dan kayu-kayan di negeri ini, iaitu Sandakan dan Tawau agak ketinggalan. Dalam hal ini, saya berpandangan kedua-dua bandar utama ini tidak harusnya terabai dari segi pembangunan industri kerana kedua-dua daerah ini mempunyai
lebih daripada 500 ribu penduduk juga perlukan sumber pekerjaan khususnya anak-anak muda, dan sudah pun sebenarnya mempunyai tapak industri serta sumber bahan mentah yang tersedia yang boleh dibangunkan.
Untuk menerajui pengwujudan industri di kawasan-kawasan ini, selain Kementerian Perindustrian dan Keusahawanan, SEDIA selaku peneraju Sabah Development Corridor juga harus memainkan peranan untuk memajukan industri di daerah-daerah ini. Di antara industri-industri yang berpotensi termasuklah pemeriksaan makanan, perikanan dan hasil tani dan industri hiliran kelapa sawit. Sehubungan… 23/04/2024 -
-AZYATUL
– NORMA
Dengan ini saya juga ingin bertanya, apakah perancangan Kerajaan untuk memajukan POIC Sandakan yang masih di tahap ketinggalan ketika ini? Dan saya difahamkan, pengurusannya juga telah berpindah kepada Sawit Kinabalu.
Datuk Speaker, sampah merupakan satu (1) masalah utama yang kita hadapi di semua daerah di negeri Sabah. Tidak kira di laut atau di darat, pemandangan indah dan kebersihan persekitaran kita agak membimbangkan. Sebagai negeri yang bergantung kepada pelancongan, sebagai salah satu (1) dari tiga (3) sektor penjanaan pendapatan. Seharusnya, kebersihan alam sekitar kita harus dipelihara secara mampan, supaya dapat menarik lebih ramai pelancong. Salah satu (1) yang mengekang usaha untuk melestarikan alam sekitar ialah keupayaan pelupusan pelbagai sisa buangan termasuk sisa buangan demo, domestik dan juga industri, yang kini sudah mencapai tahap kritikal.
Kebakaran selama satu (1) minggu di tapak pelupusan sampah Kayu Madang di Kota Kinabalu, telah mendedahkan kekurangan kita dalam pengurusan sisa pepejal. Sebagai sebuah negeri pelancongan yang semakin berkembang, kita harus menguruskan pelupusan sampah dengan lebih bijak dan berkesan. Kita harus mencontohi kebanyakan bandar sama ada kecil atau besar di negara maju yang sudah menggunakan kaedah pelupusan bertidik?, berteknologi tinggi.
Justeru, dicadangkan Kerajaan mewajibkan semua bandar-bandar utama menaik taraf pusat-pusat pelupusan sampah dengan menggunakan loji insinerator berteknologi tinggi. Baru-baru ini sebuah syarikat dari Korea Selatan, CDSSE telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan UMS untuk memperkenal dan menawarkan teknologi terkini mereka dan mudah-mudahan, ianya boleh diterokai untuk membantu Sabah menangani masalah pelupusan sampah. Datuk Speaker, marah-marah sudah ini. Minta tolonglah ya, ada sedikit lagi. Pandu kereta biarlah cermat, Mari menuju ke Tasik Chini; Tingkatkan khidmat kepada rakyat, Agar hidup aman harmoni.
Datuk Speaker, keadaan kesesakan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau semakin lama semakin bertambah. Keadaan ini dijangka akan terus meningkat dengan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya. Saya tinggal di kawasan ADUN Luyang, confirm pagi dan petang memang sesak. Jadi, kesesakan jalan bukan lagi satu (1) igauan, tetapi merupakan kenyataannya setiap hari. Saya berkesempatan mengikuti lawatan bersama dengan Datuk Speaker, terima kasih banyak. Lawatan ADUN, ya. Ke United Kingdom, Australia dan juga Consulate China ke Beijing dan lawatan sendiri ke Korea Selatan dan Singapura. Apa yang saya dapat perhatikan, walaupun bandar-bandar ini lebih besar dan lebih banyak kenderaan tetapi keadaan kesesakan kenderaan dan pergerakan manusia di bandar-bandar ini lebih teratur kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang sangat baik dan terancang.
Sehubungan itu dicadangkan, khususnya di Kota Kinabalu sistem pengangkutan awam bersepadu yang mengintegrasikan semua jenis pengangkutan awam perlu diwujudkan. Justeru, saya ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah Kerajaan telah merancang sistem pengangkutan bandar raya yang melibatkan light rail transportation ataupun lain-lain mode pengangkutan moden di Kota Kinabalu sebagai alternatif pengangkutan kepada penduduk dan pengguna di Kota Kinabalu. Selain, rancangan landasan kereta api Putatan ke K.K.I.P.?
Datuk Speaker, sebagai negara yang sedang membangun, pemerkasaan pembangunan modal insan adalah satu (1) yang wajib kita lakukan secara mampan untuk memastikan kita tidak ketandusan modal insan yang berilmu, mempunyai jati diri dan kompetitif. Saya bersetuju dengan agenda yang telah dibentangkan melalui Ucapan Dasar dan berkeyakinan jika usaha ini dilaksanakan dengan telus dan sungguh-sungguh, ianya akan membolehkan negeri ini membekalkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dalam usaha ini dicadangkan, agensi-agensi dan institusi-institusi yang mengurus dan melaksanakan program-program pendidikan dan latihan berusaha untuk melipatgandakan usaha untuk mengenal pasti anak-anak muda khususnya di pedalaman untuk diberikan latihan sepadan dengan kemahiran yang diperlukan. Sehubungan dengan ini juga, saya menyeru kepada anak-anak muda tempatan jangan terlalu memilih kerja dan kalau boleh mencubalah untuk mempelbagaikan usaha untuk bekerja dalam pelbagai bilang, bidang. Seperti mana pelajar-pelajar universiti di luar negara yang siang belajar, malam jadi tukang cuci dan macam-macam lagi untuk menambah pendapatan supaya kita terkeluar daripada kepompong kemiskinan.
Sehubungan dengan ini juga, saya ingin menyarankan kepada Kerajaan khususnya SEDIA supaya menggembleng tenaga mengaktifkan semula hak pendidikan Sandakan yang pada ketika ini hanya mempunyai empat (4) buah institusi. Walaupun telah wujud lebih daripada 15 tahun dan tapak juga telah tersedia. Salah satu (1) bentuk institusi yang boleh diwujudkan ataupun boleh dipanggil untuk mendirikan institusi mereka di sini ialah mereka yang berasaskan TVET dan khususnya memprototype dan mengkomersialkan pelbagai hasil penyelidikan dan ciptaan anak-anak tempatan daripada pelbagai institut TVET yang sedia ada seperti mana yang telah disebutkan tadi oleh ADUN Karambunai.
Sebenarnya, saya berkesempatan melawat ke Politeknik Sandakan, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, banyak ciptaan-ciptaan mereka ini, tetapi tidak dikomersialkan. Jadi, seperti kata ADUN Karambunai tadi, kadang-kadang orang lain ambil kesempatan untuk patenkan dia dan kita hilang ataupun mereka hilang apa ini, sumber pendapatan.
Datuk Speaker, saya terpanggil untuk turut mencadang apabila Kerajaan telah meluluskan penaiktarafan dua (2) daerah kecil, iaitu Sook dan Paitan kepada daerah penuh dan mewujudkan sebuah daerah kecil baharu Sukau. Untuk ini, saya ingin memohon kepada Kerajaan untuk turut mempertimbangkan sebuah daerah kecil di kawasan Majlis Perbandaran Sandakan, untuk meningkatkan perkhidmatan dan sistem penyampaian di Daerah Sandakan. Dicadangkan, pusat ini boleh ditubuhkan di Gum-Gum ataupun di Pekan Batu 32, Sandakan.
Sebagai makluman untuk semua, di seluruh Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan adalah menanggung beban yang amat berat dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kerana terpaksa menguruskan tujuh (7) DUN, tiga (3) parlimen, satu (1) sebahagian DUN dan satu (1) sebahagian parlimen yang terbanyak di negeri Sabah. Berbanding dengan DBKK dengan hanya dua (2) parlimen, enam (6) DUN. Tawau satu (1) parlimen, empat (4) DUN. Keningau satu (1) parlimen, dua (2) DUN. Lahad Datu satu (1) parlimen, tiga (3) DUN.
Kita kasih kurang dia mahu? Kita kasih kurang DUN, kasih kurang parlimen dia. Mahu?
Janganlah Datuk Speaker, yang kita mahu tambah itu anu, itu daerah kecil pun okeylah ya, untuk membantu MPS sebenarnya. Ya, saya rasa rakan-rakan dari Sandakan pun setuju ini. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Sandakan ini bersetuju ini.
Datuk Speaker, saya menyedari usaha Kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air dan elektrik di seluruh Sabah. Ini kita akui. Saya sendiri melihat paip-paip air sedang disusun dan dipasang di kawasan saya sendiri. Jadi ini, kita kena bagi kredit kepada Kerajaan, sebenarnya usaha sedang dilakukan. Namun, peningkatan perkhidmatan ini nampak tidak selari dengan keperluan masyarakat dan industri kerana peningkatan penggunaan adalah lebih tinggi daripada bekalan yang ditawarkan.
Di kawasan DUN N.51 Sungai Manila dan Sandakan umumnya, masalah ini masih berlarutan dan sebagai Wakil Rakyat kami terpaksa menanggung beban untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang apa masalah yang berlaku. Untuk
mengurangkan tekanan kepada kami, selaku Wakil Rakyat dengan ikhlasnya dipohon supaya projek-projek naik taraf bekalan air khususnya, jangan lagi tertangguh dan tindakan jangka pendek untuk melakukan penghantaran air di kawasan-kawasan terjejas teruk harus dilakukan dan pemantauan berterusan juga perlu dibuat oleh Jabatan Air di kawasan-kawasan masing-masing sehingga bekalan air kembali normal.
Di kawasan N.51 Sungai Manila, kalau ikut signboard dia, di jangka 2026. Nah, jadi kalau tidak ada apa ini, tindakan jangka pendek, susahlah kami. 2025 mahu election sudahkan. Jadi, minta tolonglah. Saya juga mencadangkan supaya projek-projek besar utiliti dan infrastruktur yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu sama ada Negeri ataupun Persekutuan dan sudah pun dilaksanakan ataupun sudah. 23/04/2024 -
[ZURINA]
-
RAMENAH
-AZRIN
…pun di peringkat akhir perancangan, diteruskan pelaksanaan tanpa kajian-kajian semula. Inilah yang berlaku kepada Pan Borneo kita, kepada empangan kita dan macam-macam lagi. Jadi untuk mengelak kelewatan sehingga menjejaskan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan sebenarnya meningkatkan kos lagi kerana saya maklum setiap projek Kerajaan yang telah diluluskan adalah dilaksanakan oleh jentera Kerajaan yang sama. Tidak kira siapa Kerajaan yang memerintah. Jadi kalau kita tangguh nanti yang buat itu juga pegawai Kerajaan itu, bukan orang lain. Jadi Datuk Speaker, akhirnya satu lagi saya ada terbaca sebuah buku karangan seorang penulis jutawan tukang gunting. Bernama Razie Armansur, bertajuk Dunia Ini Penuh Wang. Inti pati buku ini menyatakan bahawa wang itu ada di mana-mana di sekeliling kita, hatta di dalam dewan ini pun semuanya sebenarnya wang. Ya, cuma ia tidak datang melayang, kita perlu mendapatkannya dan menukarnya dalam bentuk yang kita mahu. Oleh itu, untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan mesti pandai dan bijak menukarkan barangan dan perkhidmatan yang ada di negeri ini menjadi wang. Kerajaan juga kena bijak memilih mereka yang pintar, jujur dan berkebolehan untuk melaksanakan dan melakukannya dan yang kita yang ada di dalam Dewan ini seharusnya juga mengetepikan perbezaan sesama kita dan sering saling menerima
idea bernas tanpa prejudis untuk melontarkan idea kerana tujuan sebenarnya semuanya sama, menjadikan Sabah dan rakyatnya kaya, maju dan makmur. Saya ingin berpesan jangan gaduh-gaduh sama-sama kita bina Sabah.
Datuk Speaker, sebelum mengakhiri perbahasan ini saya ingin merakamkan ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan seluruh rakyat Sabah.
Pergi pekan cari ambuyat, Tempat membeli kedai Pak mamat; Banyakkanlah amal bantulah rakyat, Moga hidup mendapat berkat.
Dari Kudat ke Pulau Banggi, Membawa beras untuk Pak Ali; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.
Tuai padi antara masa, Esok jangan layu layuan; Intai kami Datuk Speaker, antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Sungai Manila mohon menyokong. Terima kasih.
Nantilah lusa saya jawab, saya beli pantun, saya jawab pantun. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Manila. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sukau. Sebelum tu saya minta Yang Berhormat Nabawan dan Tanjung Aru untuk bersedia ya. Silakan, Yang Berhormat Sukau.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Awal perbahasan ini saya panjatkan rasa syukur dan berterima kasih kerana diberi ruang untuk turut serta terlibat membahas Ucapan Dasar
Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang keenam belas pada 18 April 2024 yang lalu.
Sesungguhnya ucapan Dasar berkenaan menggambarkan usaha Kerajaan dalam cuba untuk memakmurkan Negeri Sabah. Umum memaklumi fakta bahawa Sabah adalah sebuah Negeri yang kaya dengan sumber alam dan keindahan semula jadi. Namun hakikatnya negeri kita masih dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang menghimpit keadaan kehidupan rakyat. Waimah tidak hairanlah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia mendedahkan lapan buah daerah termiskin di negara ini adalah terletak di negeri Sabah.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang dihormati sekalian, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan menyentuh sektor pelancongan di negeri Sabah. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar serta seluruh warga Kementerian yang telah berkerja keras mempromosikan serta berjaya mencatatkan kedatangan sebanyak 2.6 juta pelancong luar negeri ke Sabah pada tahun 2023. Namun, angka berkenaan seharusnya kita jadikan sebagai pendorong utama untuk kita lebih berjaya meningkatkan mutu produk pelancongan serta manfaatnya kepada pemain industri di negeri Sabah.
Saya mohon menyarankan kepada Kerajaan Negeri agar memasukkan sektor pelancongan di bawah Jadual Bersama atau Concurrence list di bawah Perlembagaan Persekutuan bersesuaian dengan tuntutan MA63 melalui perbincangan bersama jawatankuasa teknikal MA63. Isu ini amat penting kerana ianya melibatkan beberapa Kementerian Persekutuan yang lainnya dalam memastikan sektor pelancongan dapat berjalan dengan lancar. Untuk itu, kita memerlukan sektor pelancongan ini diletakkan di bawah senarai bersama atau Concurrence list kerana agak sukar bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan pemberian kuasa secara mutlak kepada negeri Sabah. Ini disebabkan bukan saja melibatkan MOTAC tetapi juga melibatkan agensi-agensi yang lain seperti Kementerian Pengangkutan iaitu Pelesenan Kenderaan
Pedagangan dan juga Kementerian dalam Negeri mengenai isu visa dan juga Kementerian yang lain.
Datuk Speaker, pihak Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar juga disarankan untuk mengambil inisiatif merancang pelan Pembangunan Pelancongan di negeri Sabah. Saya maklum, kita mempunyai dasar pelancongan Negeri Sabah akan tetapi rancangan untuk menjayakan dasar tersebut tidak dapat dijalankan secara teratur. Sebagai contoh pihak Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah dan juga Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah. Kedua-dua agensi ini boleh dikatakan memiliki dan tidak keterlaluan saya katakan menjaga hampir keseluruhan produk-produk pelancongan di negeri Sabah, akan tetapi kedua-dua agensi ini tidak merancang Pelan Pembangunan secara teratur. Sebagai contoh kita lihat sahaja tiga buah pulau di hadapan mata kita, iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Pembangunan di ketiga-tiga pulau ini dipacu berdasarkan kepada permintaan pihak pelabur. Ini akan menyebabkan kita boleh dieksploitasi oleh pihak luar dan sekiranya master plan ini dapat dirancang dengan teliti ia akan memudahkan kita untuk membawa pelabur-pelabur yang berkemampuan untuk datang di kawasan-kawasan ini.
Seharusnya Taman-Taman Sabah mempunyai Master Plan yang sudah pasti akan memudahkan pelabur-pelabur yang benar-benar berkemampuan dan bukannya daripada Syarikat yang mencari daripada syarikat-syarikat yang bermodalkan RM2.00 sahaja dan mencari keuntungan melalui jalan mudah dengan menjual kelulusan daripada Taman-Taman Sabah tersebut.
Datuk Speaker, saya juga ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah agar dapat menambahbaik infrastruktur produk-produk pelancongan Community Based Tourism yang dimiliki di dalam negeri Sabah… 23/04/2024 -
MOHELENA
– NUR FATIN
… produk-produk pelancongan seperti Batu Bersusun yang berada di Daerah Tawau, Melangkap Village yang berada di Kota
Belud serta lain-lain lanskap kampung yang ber, yang berpotensi untuk menarik minat pelancong.
Saya juga bersetuju dengan saranan daripada Usukan pada kelmarin hari agar Kementerian merangka formula berkaitan dengan monopoli rangkaian sektor pelancongan yang dikuasai oleh warga-warga asing di negeri Sabah. Pihak Kerajaan saya cadangkan mewujudkan satu formula ataupun mekanisme bagi mengekang perkara ini daripada melarat yang mana pasti akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada pemain-pemain industri pelancongan tempatan di negeri ini. Di samping itu, saya juga mencadangkan kepada pihak Kementerian sewajarnya menumpukan kepada pelancongan yang berasaskan kepada spending tourism di sebalik mass tourism.
Datuk Speaker, umum mengetahui pintu masuk ke negeri Sabah adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Namun berdasarkan maklumat-maklumat yang diterima keadaan fizikal serta perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu masih berada di bawah standard antarabangsa. Kesesakan di lorong imigresen, kebersihan di kawasan lapangan terbang, kekurangan pencahayaan lampu serta penyaman udara yang tidak berfungsi akan memberikan tanggapan pertama atau first impression yang tidak elok kepada pelancong-pelancong daripada luar negeri. Jalan keluar dari lapangan terbang yang suram di waktu malam juga mencacatkan first impression ke atas negeri Sabah yang kita sayangi ini. Saya berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi permasalahan ini.
Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang perjalanan sektor pelancongan di negeri Sabah. Saya telah menerima aduan bahawa sebahagian pemain-pemain industri masih lagi gagal untuk memperolehi lesen daripada MOTAC, malahan yang lebih mendukacitakan wujudnya sebahagian kemudahan penginapan yang didirikan tanpa mendapat kebenaran.
Keadaan ini amat, keadaan ini akan memberikan impak yang negatif terhadap sektor pelancongan terutama sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini sekali gus merugikan pihak Kerajaan kerana pihak Kerajaan tidak boleh mengutip hasil daripada lesen serta permit kebenaran yang sepatutnya diperolehi oleh pihak
Kerajaan. Saya juga mohon agar langkah-langkah persediaan awal disediakan terutama dalam kes-kes kemalangan yang berlaku di laut-laut di negeri kita. Datuk Speaker, satu isu yang ingin saya utarakan iaitu mengenai isu airbnb yang timbul pada masa kini. Saya mohon agar Kementerian dapat menyelesaikan atau berbincang mengenai permasalahan ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan terutama dengan kelulusan tujuan penggunaan penginapan. Saya tidak berhasrat untuk memperjuangkan kepentingan hotel-hotel mewah yang telah banyak melabur dalam sektor perhotelan. Namun, bagi saya keselamatan penyewa wajar diberikan keutamaan.
Pantai Tanjung Aru merupakan satu kawasan riadah yang sangat menarik bukan sahaja kepada pelancong-pelancong luar negeri malahan kepada orang awam di negeri Sabah. Ianya menjadi destinasi riadah serta tumpuan orang ramai terutama di hujung minggu. Malangnya isu kebersihan serta pencemaran air disebabkan longkang serta air kumbahan menjadi satu masalah kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang di sana.
Saya mohon tindakan tuntas dan wajar oleh pihak Kerajaan dalam menangani permasalahan ini. Saya juga secara ikhlas menyarankan agar Kementerian yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri dapatlah kiranya mengambil inisiatif untuk turun ke bawah meninjau serta merasai denyut nadi pemain-pemain industri pelancongan di negeri Sabah dan seluruh tempat-tempat pelancongan di negeri Sabah, agar dapat menghargai keadaan sebenar sektor pelancongan di negeri Sabah.
Datuk Speaker, izinkan saya beralih kepada permasalahan di kawasan saya, iaitu Dewan Undangan Negeri Sukau. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas pewujudan Daerah Kecil Sukau yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada baru-baru ini. Saya mohon penjelasan tentang permulaan operasinya, bidang kuasanya atau jabatan yang terlibat beroperasi dan bilangan kewujudan kakitangan yang terlibat. Ini amat penting bagi mengelakkan kecelaruan yang akan timbul dan selanjutnya mengakibatkan kesulitan kepada masyarakat.
Saya juga mohon penjelasan tentang bidang kuasa pentadbiran di antara Majlis Perbandaran Sandakan dan juga Pejabat Daerah Kinabatangan di beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri Sukau. Penyelarasan bidang kuasa dan kawasan wajar diselesaikan untuk memudahkan urusan rakyat di kawasan yang terbabit.
Ini melibatkan Kampung Rancangan Suarnama dan juga Kampung Guamantong Jaya. Kampung ini terletak di Dewan Undangan Negeri tetapi pentadbirannya di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Sandakan dan sebagai contoh, sekiranya berlaku sebarang kemalangan pihak polis ataupun pihak polis kena mengambil masa dua jam baru sampai daripada, daripada Bandar Sandakan sebab dia di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan, dua jam baru sampai ke kawasan kejadian sedangkan kalau dia diletakkan di bawah ah, di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan ia hanya memakan masa dalam setengah jam. Jadi, saya minta kalau boleh penjelasan daripada Kementerian yang terlibat untuk kalau boleh kita selaraskan pentadbiran bagi kawasan ataupun kampung-kampung yang berkaitan.
Datuk Speaker, isu bekalan air bersih merupakan keperluan asas seharian rakyat. Kinabatangan yang menjadi punca bekalan air bersih ke Daerah Sandakan tidak terkecuali daripada masalah ini. Batang paip utama di beberapa di buah kampung yang telah uzur di samping loji air yang sering kali rosak telah mengakibatkan gangguan bekalan air bersih sehingga berbulan-bulan lamanya. Ini berlaku di kebanyakan kampung di bawah DUN Sukau sekali gus menambah derita rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau.
Saya mohon agar pihak Kerajaan… 23/04/2024 -
] –
NADIA
– NORMA
…mengambil langkah wajar bagi memastikan bukan sahaja bekalan air di bandar diselesaikan tetapi permasalahan air di kawasan luar bandar seperti Sukau juga mendapat pembelaan sewajarnya.
Datuk Speaker, perkhidmatan bekalan elektrik merupakan keperluan asas yang sewajarnya dinikmati oleh rakyat di seluruh pelosok negeri Sabah. Kita memahami kekurangan tenaga di negeri Sabah. Namun, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, rasanya kita wajar berusaha keras untuk mengatasi segala permasalahan. Saya juga amat berdukacita memaklumkan bahawa setelah lebih 60 tahun berlalu, masih terdapat masyarakat kampung yang masih belum menerima bekalan elektrik untuk menerangi kegelapan malam di rumah-rumah mereka. Kampung-kampung ini kalau boleh saya sebutkan di sini adalah: 6.
Kampung Sri Ganda 7.
Kampung Dagat 8.
Kampung Abai 9.
Kampung Dumundung 10. Kampung Sungai Madang 11. Kampung Suba Sina 12. Kampung Terusan 13. Kampung Selogong 14. Kampung Cahaya Baru Saya mohon. Saya telah berusaha dalam memastikan kampung-kampung tersebut dapat juga dibekalkan tenaga elektrik. Semenjak saya diamanahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, saya juga saya telah memohon di peringkat Persekutuan untuk memastikan kampung-kampung tersebut dapat dibekalkan namun sehingga ke hari ini masyarakat yang terlibat masih lagi menunggu pemasangan ataupun kelulusan projek bekalan elektrik tersebut. Saya mohon agar pihak kerajaan sama ada Negeri ataupun Persekutuan dapat menangani permasalahan ini secara tuntas dan penuh komited. Saya juga saya menekankan bahawa kejayaan sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada penawaran khidmat yang terbaik untuk rakyat. Pencapaian berbilion ringgit Kerajaan Negeri sewajarnya tidak menjadi kayu ukur kejayaan kita sekiranya rakyat masih dibelenggu dengan pelbagai penderitaan.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Penutup sudah ini.
Okey.
Datuk Speaker, saya mohon izin untuk meminjam peribahasa Melayu yang berbunyi “tak tumbuh tak melatah, tak sungguh orang tak kata”. Akhir kalam sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat Sukau. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Nabawan. 15 minit juga.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, salam damai, salam Malaysia Madani dan juga salam Sabah Maju Jaya. Dalam kesempatan awal ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan perbahasan Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah yang Keenam Belas. Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pada penelitian saya ianya antara perkara penting perlu diambil perhatian oleh semua pihak, iaitu mengenai memperkukuhkan pertanian dan juga dan keterjaminan makanan di negeri ini. Dalam hal ini ada beberapa subsektor yang perlu diambil perhatian yang mana akan memberi pulangan ataupun manfaat kepada Kerajaan dan amnya untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Selain itu, dalam usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan sektor pertanian dan juga keterjaminan makanan, ada beberapa perkara yang perlu dilihat yang mana boleh menggandakan hasil daripada usaha yang dilaksanakan. Seperti penyelesaian isu pemilikan tanah, pengeluaran geran-geran sama ada kepada individu ataupun mana-mana pihak yang tertentu dan juga selain itu sistem pengairan dan saliran yang perlu dikaji semula khususnya untuk kawasan-kawasan besar yang ingin
dibangunkan. Jalan-jalan pertanian dan juga jalan perhubungan, sistem yang baik dan juga pertanian moden yang akan memberi kesan yang positif kepada hasil kualiti pertanian.
Persoalannya, bagaimanakah bentuk usaha sama yang ingin dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri? Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk melibatkan dan memperkukuhkan persamaan dengan izin G2G itu untuk memastikan agenda yang ingin dicapai dapat diterjemahkan lebih efektif dan juga efisien. Selain memberi peluang kepada agensi-agensi Kerajaan seperti syarikat-syarikat Kerajaan, Badan-badan Berkanun ataupun GLC untuk turut serta dalam melicinkan agenda murni Kerajaan bagi mempercepatkan projek-projek pembangunan pertanian yang berimpak tinggi. Sebagai contoh, saya tertarik dengan pembangunan komoditi beras yang akan menyumbang kepada keterjaminan stok makanan asas khususnya untuk negeri Sabah sendiri.
Persoalannya, saya adakah kawasan-kawasan yang telah di cadang dan giat dibangunkan pada ketika ini telah dikaji dan teliti untuk pelaksanaan projek-projek penanaman padi? Jika dilihat penanam padi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu padi sawah dan juga padi bukit.
Harapan saya agar Kerajaan meneliti dengan sebaiknya perkara ini dan berbalik kepada perkara pengukuhan persefahaman ataupun G2G ini. Pada hemat saya, secara dasarnya saya melihat usaha ini adalah antara cara yang terbaik untuk kita menangani pelbagai isu terutama mengenai infrastruktur asas yang perlu ditangani dengan kadar segera pada ketika ini. Isu bekalan air, elektrik dan juga jalan raya. Masalah-masalah ini bukan mudah untuk ditangani. Masalah ini kita warisi daripada kerajaan-kerajaan yang lalu dan bukan mudah untuk ditangani untuk beberapa pihak sahaja kerana ia sudah menjadi ataupun sekian lama dan kita tidak seharusnya menuding jari sesama sendiri sesama kita. Janganlah kita politikkan perkara-perkara ini sebegini. Keutamaan bersama untuk kerjasama dan berganding bahu menyelesaikan isu ini agar semua mendapat manfaat untuk kesejahteraan rakyat. Selain itu, adalah menjadi keutamaan saya untuk menyentuh mengenai isu peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa ini. Sebagai Kerajaan
kita haruslah bersedia dengan solusi yang sepadan serta bersedia dengan serta berkesan membantu rakyat adalah keutamaan yang perlu kita laksanakan. Kita tidak mahu rakyat terus menanggung bebanan khususnya golongan b40 ini terutama kumpulan atau kelompok yang ada dalam kategori miskin dan miskin tegar walaupun sudah dikurangkan tetapi masih ramai lagi di negeri kita ini. Sebagai cadangan, pada saya bantuan-bantuan seperti bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ataupun STR yang dilaksanakan oleh Kerajaan Federal juga perlu dicontohi oleh Kerajaan Negeri. Sekurang-kurangnya secara one-off. Begitu juga dengan bantuan-bantuan ya. Bantuan bakul makanan, pemilikan perumahan seperti… 23/04/2024 -
- AZRIN
…seperti rumah SMJ haruslah ditambah dan diteruskan oleh… (suara bertindih)
Yang Berhormat Nabawan.
Ya.
Boleh tunggu sekejap? Ada usul.
Oh. Ya, baik.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2) (1b) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan. Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga 6.30 petang hari ini.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan “bersetuju”
yang tidak bersetuju katakan “tidak”
Lebih suara yang bersetuju.
Usul dipersetujukan.
Teruskan, Yang Berhormat Nabawan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Sebagai sambungan pemilikan perumahan seperti rumah SMJ yang haruslah ditambah dan diteruskan oleh Kerajaan Negeri dan sasaran mestilah sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Agensi-agensi Kerajaan juga harus memainkan peranan penting sebagai penggerak, dan juga pelaksana dasar-dasar Kerajaan terutama untuk membantu mensejahterakan rakyat dalam soal pembangunan sosial dan juga ekonomi, yang mana kita harus mengutamakan tempatan yang berstatus B40 untuk direkrut sebagai tenaga kerja atau dilatih menguasai sekurang-kurangnya kemahiran asas dalam bidang yang diminati yang ingin diceburi oleh mereka. Sekali gus akan menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan juga mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. Datuk Speaker, saya ingin menyentuh mengenai dengan Kerajaan Negeri untuk menambah baik kualiti hidup dan juga sosioekonomi rakyat. Pada kesempatan kali ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha Kerajaan yang telah merancang dan juga untuk membangunkan khususnya Pekan Baharu Pagalungan, di Daerah Kecil Pagalungan, Nabawan. Persoalannya, bilakah kerja-kerja ini akan dimulakan untuk pembangunan pekan baru ini dan berapakah tempoh masa yang untuk pembangunan yang disiapkan?
Selaku Wakil Rakyat di kawasan saya Nabawan, pada saya keutamaan ini untuk pembangunan pekan baru ini, daerah kecil ini sangat tepat dan perlu disegerakan kerana kawasan ini adalah kawasan yang sangat hampir dengan negara jiran Indonesia, yang mana jiran kita Indonesia telah siap membina sebuah kompleks post sempadan mereka bersebelahan di Kampung Bantul di Daerah Kecil Nabawan. Jika diteliti senario ini, ini memberi gambaran awal jelas yang mana kawasan Daerah Kecil Pagalungan antara kawasan penting untuk dibangunkan pada ketika
ini, terutama dalam usaha mengukuhkan sistem sekuriti dan sosioekonomi, termasuk liputan jaringan internet-internet perlu dibangunkan. Datuk Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang liputan internet di Sabah khususnya di kawasan-kawasan pendalaman dan juga kawasan saya. Apakah rancangan Kerajaan supaya isu Internet ini di Sabah ini dapat diselesaikan? Mengenai dengan pelaksanaan Jendela Satu ini, saya difahamkan ia dilaksanakan oleh Command Tower Technology Sdn Bhd tetapi diberi secara total kepada syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan sekiranya Jendela Dua dilaksanakan kelak, apakah kaedah pelaksanaan sama seperti Jendela Satu ini? Dan juga saya berharap Kerajaan dapat memberi penjelasan mengenai isu-isu ini, dan juga saya juga ingin bertanya juga, satu lagi saya juga ingin dapat tahu projek ini sudah lewat siap. Apakah sebab-sebabnya dan apakah langkah untuk mempercepatkan supaya ia dapat disiapkan dengan segera?
Dan juga Datuk Speaker, seperti yang saya katakan tadi di kawasan ini sebagai persediaan untuk mengawal limpahan aktiviti ekonomi mahupun sosial yang memberi impak dan juga manfaat untuk Kerajaan Negeri dan juga amnya untuk negara kita.
Dan selain itu, dalam kesempatan ini juga izinkan saya sekali lagi merujuk balik mengenai status atau perkembangan mengenai penaik taraf beberapa infrastruktur asas yang menjadi keperluan penduduk di kawasan saya Nabawan. 1) Mengenai dua buah jambatan besi, iaitu laluan utama masuk ke Pusat Pentadbiran, masuk ke Pekan Nabawan, masuk untuk ke pusat apa ini Klinik Nabawan yang masih belum dinaik taraf kepada jambatan konkrit.
Apakah perkembangan terkini mengenai perkara ini? dan 2) Ialah, mengenai jalan-jalan bekas pembalakan ini di daerah Nabawan. Saya ingin sebutkan seperti jalan-jalan Kampung Masopoh ke Kampung Katalirus, Kampung Penontomon ke Kampung Layon, Kampung Penontomon ke Kampung Katalirus, Kampung Penontomon ke Kampung Nangkawangan,
Kampung Binanun ke Kampung Pangaraan, Kampung Pensiangan ke Kampung Salinatan, Pagalungan ke Kampung Saliku, Kampung Katalirus ke Kampung Sasuan, Kampung Layon dan juga Kampung Nangkawangan. Apakah sebenarnya status tindakan terkini pihak Kerajaan dan negeri bagi menaik taraf jalan-jalan bekas balak ini untuk menjadi jalan utama di daerah Nabawan yang saya sebutkan sebentar tadi?
Harapan saya agar perkara ini dapat diambil perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya demi kesejahteraan rakyat dan juga pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah yang telah menjalankan kerja-kerja kajian penyediaan, pengiktirafan kampung-kampung dalam hutan simpan sebagai komuniti perkampungan dalam hutan simpan di Nabawan ini.
Jadi Datuk Speaker, saya kongsikan dua bidaan melayu yang mengatakan “sediakan payung sebelum hujan.” Maksudnya, bersiap sedia sebelum sesuatu terjadi.
Dan yang kedua, “kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk.” Maksudnya, jangan dilewatkan-lewatkan kerja yang baik ini.
Datuk Speaker, sebagai penutup sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada barisan kabinet Kerajaan GRS, PH Plus ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang terus bertungkus lumus untuk menjayakan agenda murni Kerajaan Negeri di bawah pembangunan Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah.
Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dan selamat menyambut Pesta Kaamatan yang akan datang. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalammualaikum waramatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Nabawan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Aru.
Terima kasih Datuk Speaker, kerana diberi peluang untuk membahas atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama. Dengan izin, saya, I’m gonna mix saya punya debate ya. So, I’m gonna touch on the few policies and which I think aaa the Government can look in to improve and some to do a way with. The first policy I would like to touch on, of course in a food securitylah, mean jaminan makananlah sekarang.
To ensure the Sabah has enough food supply for Sabah in the future, what I meant is the stable food, corn, rice sebagainya. Food security now as we see the world trend right has been very rare important now as we can expect food prices to rise with a war emerging around the world with the weather being unpredictable. So, nation that we can predict may restrict their export and import soon of foodlah. Soon or later all we can see some countries already restricting their export. So, Sabah must be ready as Sabah mempunyai potensi to become one of the net food producer in South East Asia. Kalau we have to really expend the utilize the potential of Sabah. So, saya ucapkanlah syabas atas pengumuman Lembaga Padi, bagi saya walaupun sudah kelewatan lah tapi saya ucapkan syabas. Secara kebetulan Lembaga Padi telah pun sudah di pada 7 Julai 22, 20… 23/04/2024 -
– NUR FATIN
July seventh. Diumumkan oleh Kerajaan Warisan dahululah, yang Kerajaan Warisan akan sudah umumkan bahawa kita akan wujudkan semula Lembaga Padi sebagai langkah untuk meningkatkan taraf tahap sara diri, beras di Sabah ini dan sudah pun diluluskan oleh Kabinet tapi selepas empat tahun sekaranglah, diumumkan harap boleh dibentuk as soon as possiblelah, Datuk Speaker, so, now we’re standing the about 322,600 hectare of land are suitable to plant paddy cultivation but only about ten percent or maybe 31 or 32,000 hectare have been utilized since 2017. I believe it’s about the same right now. Data has been collected when we are launching our Sabah Agriculture Blueprint back in 2020. So, on the other hand about 72 hectare of land were used for corn plantations.
So, I would like to ask, of course our Sabah DBT Chief Minister and also our comes our Sabah State Government Ministers of Agriculture. Is there any additional efforts of plans of Ministry to continue the programmed started by Warisan? Okey, to boost the state rice and also corn plant, for example, I give example, ya. Trusan Sapi, paddy project revived under Warisan, the Sabah Agricultural Blueprint had by the KPD. Okey, back then, when we have already successfully develop the first phase of paddy project supposed to be 16,000 hectare with a target to produce average 15,000 tons of paddy a year, annually.
So, Trusan Sapi is a very potency and can produced 15,000 tons white rice after remain with the husklah. Together with the husk, its should be weight weighting weights about 22,400 tons.
So, project it started we’ve actually harvested 600 acres back then. Ya? 600 acres and the another project are involved more 250 peserta from Trusan Sapi, from Beluran, from Telupid. Like this project have full scale could’ve able provide opportunity for 500 peserta and of course there was a Pilot Project and a module to show planting of paddy is doable and once this is done, it can be duplicated to more plots to, for successful paddy planting and that plot alone 1,600 hectares of Trusan Sapi can approximately produce ten percent of Sabah, rice demand in Sabah. I mean Sabahan rice demandlah. Every year.
So, if we have, If we can successfully develop another seven plots plus right now, we are developing about 24, 27 percent from local farmers. We can actually achieve self SSL (Self-Sufficient Level) in ten years time.
So, by duplicating the successful formula in Trusan Sapi, I would like to ask of course, whether what is the status now with the, with the project? And hopefully we can get some respond from the Kementerianlah, and I would like to stressed here that the food price, I think, according to the world trend and also theory that food prices will actually soar. Will go uplah. Will rise in very near future, so, we have to be prepared for it.
So, Datuk Speaker. Another policy that I would like review on this actually related to food chain as well is the export, fishery export taxlah. To even KL. I mean, the fisher export tax are really. I mean, debated it before but I want to repeat it again that it’s not only exporting to other countries but even to KL our players have been charged. So, that has greatly undermined the potential of fishery industry especially down stream and also aquaculture because down stream and aquaculture are also being taxed. Which should be the case at all.
So, Sabah is losing investment, investors not only to Indonesia. That’s very far. Not to talk about Indonesia. We’re losing investor even to Sarawak. They are now moving to Sarawak because Sarawak send to KL no need to tax. So, they are moving to Sarawak and government.
Other governments, other countries government are given incentive for fishery aquaculture investors. Sabah doesn’t give but Sabah tax themlah. So, I sincerely call for pertanian and also kewangan to review this policy as this is the part of the food chain. Food supply chain, production chain that should be given up most priority and I and consideration. I hope Ministry can really look into revealing this taxes especially the down stream and aquaculture should not be taxed.
Okey, Datuk Speaker. Yet another tax to be implemented soon. I supposed, and this time is on palm oil millers. New property assessment tax. Latest I’ve been received by millers. So, we assume that is gonna be implemented by GRS. I can, I must say, the timing is really badlah. The timing to implement new taxes again, once again the taxes right now is, is a bad timing and the back dated three years. If you don’t understand my… So, is here representing the voices of players, the palm oil players and so the millers. Why do they back date three years even if they want to implement new tax, new tax now lah kan? Why implement back three years? So, that amount to half a million to million for one millers player so that’s a lot of moneylah. I don’t have the exact figure with me.
So the few question you’ve asking, why is count board? How does the count board, count board calculated the figures? Cause there’s list of figures, how they calculate the chargers? They don’t know. How do they calculate it and based on what ground? Because palm oil players build their own houses in the estate. They build on estates.
The build on the mills, their own house, they build their own roads, they build their own electricity, they build their own waters. Government doesn’t provide them with any assistance of services and what so everlah.
So, now, they are taxing them on this. So, the millers are asking. The Government supposed to help me lah kan? At this very difficult time, but now you are taxing me. Currently, the palm oil players are actually paying 75 percent, self-tax plus three percent, wouldn’t it full tax? Okey, so, the shortage of labors in plantation sectors is a huge challenge has been raised so many times. Not tackled. I think no tackled. Not resolved. Resulting to very low productions plus lot of loss income. In terms of for government tax. For players are the yearslah and yet the Government has not tackled this problem and they choose imposed extra tax again.
So, at this time is I was told, palm oil millers are almost being forced cause this year they received letter and this year want to renew their license and they were macam daripada DO itu macam tidak mahu renewlah dia punya trading license. Kalau kamu tidak bayar itu, kita tidak renewlah. I think that’s not the way how thing should be carry. I’m stand to be corrected. I stand to be corrected by I hope this is not the case and it’s should not be like that.
I ask for the Government to be, I ask the Government to be have empathy on the business communities and also the industry players. Let’s work together with the industry players to find a win-win situationlah and the timing to implement new more taxes is a bad timing right now.
Datuk Speaker, another policy needed to be improved. Which is abandoned projects now. There are few abandoned project now, I’m sure the newspaper has been probably publish. So, I think Kementerian Perumahanlah mesti juga noticelah kan? There are few project abandoned already. So, if I recon one of them is in Bundusan, Pacific City. There’s another one, there’s kind of few I cannot remember by hands but I don’t understand why is the Government allowing the players I mean, the buyers, sorry, the buyers to actually tackled the problem themselves.
Now they come a few times. I think they’ve met with Your Honorable Minister. I think now they plan to sue SDB. I think if you study, if you read from this. I think they plan to sue SDB as part of the owner of the development which is a waste of time. Which a waste of time. A waste of efforts. A waste of money from the buyers and also the Government because the Government can’t handle it. I think the Government should not be late. We can take initiatives to actually resolve the rules of the house buyers’.
The interest of trace charging. The buyers are in pain. You know the Government can actually can help them? Housing controller can take over, can take actions and resolve this first. The Kementerian, if may I suggest the Kementerian can actually declare the project abandoned, so the interest can be stopped. This first. And then secondly, both of litigator then get the wide next complete the project. I think this has been done before. It’s not something new where have done before. Kerajaan Warisan dahulu kita sudah selesaikan projek. Example. 1 Sulaiman Condo. That 1 Sulaiman Condo was abandoned for 16 years. 16 years and then, it was revived. It was revived and completed during lessen timelah. During our time. So, now for the buyers and for the OC. There’s no more stress. They’re happy about it. So, it can be done. Even though, kita mahu raise lah itu masalah. Tapi kita tidak blamelah. Kita Kerajaan dahulu yang bertanggungjawab. So, kita selesaikan itu masalah.
So, same, we may be inherited but don’t give excuses ya? The Garden’s OC, court case was in herited from the previous government to Warisan but we resolved the problem. We now the house buyers obtained their OC and they are already staying at their homes happily after.
I think now, here, I want to come back your point is that. There are ready buyers. Sorry, there are ready wide next. There are ready wide next who wanted to help but they cannot because cannot deal with the litigator or the receiver them self, good receiver representing the bank.
So when they representing the bank they don’t consider the buyers. They don’t consider the huge public interest. This is consider their interestlah. So, maybe Government should be declared abandoned and deal with the litigators and directly with the wide next to complete the project.
I thinks this is definitely adorable. I don’t mind lah if Menteri can reconsider together. I don’t mind really to help. I think we have done it before, we can do it again. Ya, Datuk Speaker. I don’t know about this house amendment barely needed to save the housing industry. Housing concerns that short chains and do not save got interest of the house buyers in Sabah. In reference, the land of the titlelah. Amendment 1973, it’s way too long already. To outdated and we really need to, need to upgrade it for example, application of to sub divide, for application to sub divide titles that can actually to catch without ...
23/04/2024 -
–
SITI JUBAIDAH
– NORMA
…anything for developers approving authority so, there’s no end, there’s no law to actually, a govern managing cooperation so, man form cooperation is act as own by a developers and even the law doesn’t allow anybody to get avoid, when I’m think Kementerian as a late, related say also on national cooperation which is wrong. So, there a lot of dispute and house owner field the developers are made during huge profit from the collection of the fees, and sinking fund and orderlah.
So, there’s no proper audit account was done better fund collected there’s no shown on transparency and there’s so, so no accountability to the rightful home owners who call share the condominium and there more from homelah. Okay, so, there are no authorities too actually in Sabah to oversee discrepancy of the aim management corporation account. So, i think there need a change we need to amend more laws and share protect both.
Yang Berhormat, three more minutes.
Haa …okay, okay. I, so, i just, but don’t get me wrong, there are actually a lot of good developers in Sabah. Some of willing to form join management corporation but that is resident in Sabah, there are out of good will, out of professionalism not because the law say’s it, but we need the laws, the laws are very much needed to uphold justice, and so fairness to the Sabah house buyers. Not only to the Sabah house buyers, but also to the developer and all stakeholderslah and i think this should be amended urgently otherwise it will affect the My Second Home Programme jugalah.
The My Second Home Programme which is recently be launch and its only six thousand and i don’t know why its only their response too it, it’s only RM600,000 and a few more requirement for them to achieve, for apply by the second home by. But, i It’s only RM600,000 and i don’t know why and i believe is because there are not, they don’t feel secure buying homes especially condominium in Sabah and if is this one look into maybe we do a lot betterlah for My Second Home Programme. Okay, Datuk Speaker, i want to raise the other policy which is about the 10% open spacelah. Okay, i want to ask if this law is still applicable? Okay, governance and management of public open spaces in Sabah are subject to Town And Country Planning Ordinance, Sabah kept 141 local governance ordinance, 1961 uniform building by loss UBBM 2022, Sabah Land Ordinance kepts 64, 68 sorry, 4 laws. Pursuit the applicable laws, the minimal requirement are for open spaces in any development in Sabah is a 10%, is that law still applicable?, I’m not gonna ask this time that because in aspect to the Austral farm, actually i already save the answer just for it’s clear the say it quickly but there are two pieces of land that’s actually in the from the development are Taman Austral, the open space related to Taman Austral, are actually, no i want to said it here it but this is not the same case as the actually it’s not the same case as controversial case, it’s a separated, and a different matter from the spot and recreation reserve but this currently developed at the marketplaces 88 and i think YB Luyang also, Menteri Perindustrian are know the controversial issues.
Just to put to the record, that cases structure plan was approved by Disember 2023, structure plan approval. Development plan was actually approved March 2024, just recentlylah. But, that one different matter and i don’t want to talk about that one ya.
So, the question now is regarding to the two phases of open space for this Austral Park, the Austral Park one it’s not the case, just different case, Austral Park get two open spaces. Okay, the situate at the queue the back of the lorong Austral 11, Taman Austral held under the title CL number 015533258 and also 015585065 which is previously zone as open space and i received, and i want to ask why is still open space but it already been answer by a Kementerian Perumahan by a BB saying that land as already been a rezone, too low density residential area okay, in Kepayan Ridge, and diluluskan mesyuarat lembaga pusat perancangan bandar pada 20 Julai 2017.
KK draft plan 2020, KK draft plan 2020, this piece of land is still gazette under open space. So, it’s a vividlah known which one, now which one, you want to apply it, so, this is a one, one question ya. The other question are is that know, know If this is already been answer meaning it’s a same this land has already been takenlah, as long as been rezone as a low density area Datuk Speaker, so meaning to say there are must be a replacementlah, of that 10% so to reopen space for Taman Austral right, if I’m not wrong lah, if I get it right, if the law a still applicable and meaning to say there must be a replacement of 10% open space for this Taman Austral Park. So i want to know, where is this open space, because the law is still as applicable and i assumed is still applicable and everybody should be, nobody is above the law and we should all bid by the law and we should get the answer for this lah where the other open space.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Wong, sila gulung ya.
Okeylah, ya, i’m gonna closing it ya. I’m gonna skip the restlah. Some, now it’s very quickly, it’s very quickly. This one are very important. Why are this one are very important ya, Datuk Menteri. Why a the title deep with the open space are key invented by third parties is caveat. This caveated was actually first enter before the draft kk plan 2020, extraction of the title deep for the open space indicated the land used for two parcel, now a being caveated, has been enter into open space land in 2023 by one Rangkai Jutai, Juta sorry. One Rangkai Juta Construction Sdn. Bhd on the 6 November 2023 and 7 November 2023. Caveated ya, so we will like to know whylah. So, i hope Menteri can
gives the clarification so that one nantilah. Ya, Datuk Speaker, just one don’t mind it my kawasan Pulau Gaya.
Okay, kepada Kerajaan Warisan, kenapakah? Ya. Of course, Yang Amat Berhormat lawat alu-alukan ke Pulau Gaya, but kita dipanggil ya,delivery ke pulaulah, kerana kita panggil penghuni Pulau Gaya unit PPR, bagi Pulau Gaya Unit PPR dan memanggil mereka setinggan?, that’s very not nicelah. Bukankah kerajaan sedia maklum bahawa mereka telah pun menetap di sana sejak turun temurun dan telah membuat permohonan supaya perkampungan tersebut diwartakan. Mengapa GRS kerajaan tidak meluluskan permohonan pewartaan kampung tersebut. Semasa Kerajaan Warisan memerintah, kita telah bersedia untuk meneruskan permohonan perkampungan tersebut yang terdiri daripada lima buah kampung, iaitu Kampung Pulau Gaya, Kampung Kurai, Kampung Kesuapan, kampung Lobong sebab itu, Warisan telah memasang sistem paip per meter air ke setiap rumah di Pulau Gaya dan malangnya sampai hari ini, belum ada air paip disalurkan kepada penduduk pulau.
Jadi, adakah, saya ingin tanya, adakah ini sebabnya kenapa Kerajaan GRS tidak sambung air oleh kerana GRS mungkin adakan rancangan untuk ambil tanah itu, Kampung Pulau Gaya itu? Saya nak tanya ini, jadi janganlah beri kosong idea janji, Unit PPR, Unit kepada Pulau Gaya, sebaliknya selesaikan terlebih dahulu masalah penghuni rumah bangsa dulu. Rumah bangsa yang begini, yang begitu ramai tiada rumah dan terpaksa berpindah juga. Pada saya ini lebih penting daripada memindahkan mereka daripada tempat tinggal baru yang belum tentu wujud sudah banyak kali saya bangkit isu ini tetapi masih penghuni rumah bangsa dihalau tanpa rumah. Saya yakin bahawa Pulau Gaya tidak akan terima dan juga percayalah lagi dengan apa-apa janjian itu. Adakah, saya setuju dengan tadi, Yang Berhormat daripada Karambunai, bila dia bangkit isu perpindahan itu.
Adakah kita terlupa pada satu ketika waktu dahulu, serta lupa itu adalah Ketua Menteri Musa Aman, Tan Sri Musa Aman, dahulu, dia dapat orang Kampung di Pulau Gaya telah dipaksa keluar dan dipindahkan ke Taman Telipok tanpa info infrastruktur, tanpa infrastruktur asal, siapakah Menteri Perumahan yang sepatutnya menjaga pembinaan mereka dan memastikan perumahan disediakan untuk mereka
pada ketika itu. Kalau saya tak silap, Mungkin Yang Amat Berhormat waktu itu adalah Menteri Perumahan pada masa itu. Jadi, saya mencadangkan kepada Kerajaan GRS plus, supaya menyelesaikan masalah kediaman mereka dengan infrastruktur yang asas dan rumah bangsa terlebih dahulu sebelum memindahkan mereka ke satu tempat yang menambahkan lagi beban hidup mereka dan mewartakan Pulau Gaya sebagai perkampungan. Ini cadangan saya. I’m gonna closed Datuk Speaker. Just, saya akan …
Habis masa sudah.
Okay, saya closed satu minit saja. Jadi, Datuk Speaker, too concluded lah ya. I hope GRS can now and government can focus on training job for Sabahan and focus on giving conducive on business environment and implement people oriented policy life and help Sabahan find job, business community get through this are very hard, very tough and economic time in order to maintain competitiveness and so relentless of this economic. Just one, just one policy are very i want to uses as example, you know, i would propose lah GRS too continue the good policy of producing Sabah on cooking oillah from, during my time when we started it, it has created jobs it has actually given portable cooking oils and also have economic effect Sabahan, so why, i don’t know what the status, i just asking i don’t heard about the cooking oil and asking now, what is the status, why hasn’t GRS continue with the producing Sabah Cooking Oil and creating more job for Sabahan . That is the best during my time lah. The best in town … 23/04/2024 -
–
DARRYL JUDE
-AZRIN
When we first launched it, five kilo cooking oil was only RM21.70 before covid.
Yang Berhormat, tutup sudah.
Okay, before covid. So, go in Sandakan and also in Keningau so i don’t know what happen now. I think ini bukan sahaja
masalah diinherit, diwarisi oleh Kerajaan dahulu tapi saya rasa ada yang kebaikan juga. Itu boleh diteruskanlah kan, Datuk Speaker?
Jadi dengan itulah, I would like to close, before I close lah I want just to ask sudah promise sudah YB Telupid. Saya akan sentuh sedikit pasal RISDA yang kemarin YB Telupid yang bangkit itu. I think kalau pendirian kita itu tidak ada, there’s no needlah for RISDA to be in Sabah actually honestly because Sabah has LIGS. Sabah has LIGS to take care of penoreh getah, so there’s no double doing of the same job. For example, when… when we were in the Government, RISDA has their own list of penoreh getah because they are from Federal. Konon dia, dia mahu meluaskan kerja penoreh getah, mahu take care of penoreh getahlah but they are on project basis according to their… their what’s that called, their budget. So when they implant projects, they have their own record of listing of penoreh getah in Sabah which are all penoreh getah but they don’t have all, so went they give the incentive or certain incentive.
Datuk Speaker.
Incentive to their, to their own listing, so went they give to their own listing right, some of the penoreh getah in Sabah don’t get it and then they salahkan the penoreh getah. They wouldn’t know so there is.
Tanjong Aru, boleh tutup sudah, sudah.
They didn’t get the incentive and dia salahkan Kerajaan Sabah, dia salahkan LIGS. Actually was not GRS because LIGS don’t have the fund.
Ya, Okey.
So, RISDA should… I propose RISDA should give the fund to LIGS to carry out the responsibility to take care of Sabah rubber tappers instead of they coming here doing the same thing as LIGS to try to…
to double do the job because in Malaya there is no LIGS. Malaya there is only RISDA but in Sabah there is LIGS. So, there is no need for RISDA to come into Sabah to try to replace LIGS.
Okey.
And that’s my stand. Okey, dengan itulah.
Terima kasih, sekian Datuk Speaker. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Tanjong Aru.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pantai Manis. Selepas ini Kawang. Sedia, kan?
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera.
15 minit ya.
Salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin atas ucapan dasar yang disampaikan pada 18 April 2024 yang lalu bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi Perbahasan Usul Sempena Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas ini.
Penglibatan ini menunjukkan bahawa wujudnya usaha untuk mencapai pembangunan yang mampan melalui inisiatif program serta projek pembangunan Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Malaysia ke-12. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja prihatin dengan kesejahteraan rakyat di negeri ini tapi juga ambil berat dalam menyelaras pelan pembangunan secara efektif dan efisien.
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, sejak beberapa bulan yang lalu, gangguan bekalan air telah pun berlaku di daerah Papar. Justeru itu, pada kesempatan ini, saya ingin berbahas berhubung krisis gangguan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Daerah Papar. Isu ini wajar untuk saya ketengahkan di dalam Dewan yang mulia ini bagi mewakili suara rakyat di kawasan saya untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan mereka terjaga.
Pada 13 Mac 2024 yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar telah mengisytiharkan daerah Papar sebagai kawasan bencana kemarau. Pengisytiharan ini adalah berikutan krisis bekalan air yang berada pada tahap kritikal ekoran cuaca panas yang melanda di kawasan setempat. Oleh sebab itu, saya telah menerima aduan daripada penduduk daerah Papar yang mana krisis gangguan bekalan air masih lagi berlanjutan hingga ke hari ini dan ianya seolah-olah tiada titik noktah.
Daerah Papar turut mengalami kekurangan bekalan air terawat sebanyak 15 juta liter sehari akibat kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) di Limbahau yang telah terjejas, iaitu Loji Rawatan Air (LRA), Skim Bekalan Air Kecemasan (EWS) dan Loji Rawatan Air (LRA) Jetama. Operasi bagi kedua-dua LRA ini terpaksa dihentikan pada 17 Februari lalu kerana sumber air mentah yang sampai ke muka sauk mempunyai kadar kemasinan yang amat tinggi. Gangguan masalah air ini telah memberi kesan yang negatif kepada seluruh penduduk di daerah Papar.
Berdasarkan laporan yang saya terima hampir 45 ribu penduduk melibatkan 11 kampung dan 11 taman perumahan di kawasan Pantai Manis telah terjejas. Ketiadaan air telah mengganggu aktiviti harian penduduk di daerah ini. Malahan, saya telah menerima khabar bahawa ramai yang terpaksa menumpang sementara di rumah saudara-mara yang menetap luar daerah. Ada juga sebilangan yang terpaksa datang awal ke pejabat untuk menumpang mandi akibat ketiadaan air di rumah masing-masing.
Gangguan bekalan ini juga telah memberi kesan kepada 13 buah sekolah di sekitar, di kawasan sekitar, bukan itu sahaja malah saya juga difahamkan bahawa rumah ibadat seperti masjid dan gereja juga mengalami masalah yang sama. Tuan
Speaker, memang benar bahawa Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah, Pejabat Daerah Papar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Kinabalu serta pihak swasta lain telah menyalurkan bekalan air secara berjadual kepada penduduk di daerah ini.
Namun begitu, bekalan air melalui lori-lori tangki yang disediakan tidak dapat menampung keperluan harian penduduk. Tidak dinafikan juga bahawa buat masa ini lebih 100,000 penduduk daerah Papar yang terjejas telah dibekalkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon sebagai alternatif kepada LRA Limbahau yang dihentikan operasi.
Namun begitu, berlaku kesesakan di Loji Rawatan Air Kogopon disebabkan kehadiran orang ramai yang membawa kenderaan masing-masing untuk mendapatkan bekalan air. Tuan Speaker, sehubungan itu, saya ingin mengusul beberapa cadangan mengatasi masalah kekurangan bekalan air ini. Sepertimana semua sedia maklum, gangguan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar daerah Papar berpunca daripada Rawatan Air Limbahau yang tidak dapat beroperasi disebabkan tahap kemanisan air sungai terlalu tinggi, iaitu jumlah bacaan 2,899 miligram per liter yang jauh melebihi had maksima yang dibenarkan, iaitu 120 miligram per liter. Ini menyebabkan daerah Papar mengalami 15 Juta liter bekalan air terawat sehari.
Memandangkan Loji Rawatan Air Skim Bekalan Air Kecemasan (EWS) Limbahau berkapasiti 10 Juta liter sehari tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat air di muka sauk yang mencatat tahap kemasinan yang tinggi. Loji Rawatan Air Jetama di Limbahau juga terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran daripada 13 juta liter sehari kepada 9 juta liter sehari disebabkan satu daripada muka sauknya turut dimasuki air masin.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar teknologi penyahgaraman air laut dibangunkan di muka sauk bagi kedua-dua loji rawatan air di Limbahau untuk membolehkan air masin ditapis menjadi sumber air bersih. Teknologi seumpama ini telah dibangunkan oleh Institut Piawaian dan Pendidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) di Pulau Sebangkat, Semporna dan ianya telah terbukti berhasil membekalkan air bersih untuk kegunaan penduduk sekitar.
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, proses penyahgaraman air laut ini membabitkan tiga tahap, iaitu rawatan awal bagi membuang bahan mendapan menggunakan penapis khas. Diikuti rawatan utama menggunakan teknologi Osmosis Terbalik (RO), Membran atau tapisan Nano untuk membuang garam. Manakala peringkat akhir adalah membuang kandungan bakteria menggunakan Ultraviolet atau Klorin.
Air yang disuling menjadi bekalan air bersih, kemudiannya dimasukkan ke dalam tong takungan sebelum disalurkan kepada penduduk. Saya difahamkan bahawa melalui teknologi ini sebanyak 600 liter air bersih dapat dihasilkan dalam tempoh sejam dan hanya perlu beroperasi selama lima jam sehari untuk menghasilkan 3.5 meter padu air bersih. Mengambil kira justifikasi ini, maka adalah wajar jika teknologi seumpama ini turut dibangunkan dalam kapasiti yang lebih besar bagi membantu proses penyahgaraman air di Pusat Loji Rawatan Air (LRA) di Limbahau. Teknologi penyahgaraman air laut ini bukanlah inisiatif baharu tapi sudah dilakukan di negara-negara besar seperti Arab Saudi yang mana merupakan pengeluar air penyuling terbesar di dunia. Seperti kita sedia maklum, masalah kekurangan bekalan air merupakan salah satu cabaran bagi negara Arab Saudi. Oleh itu, teknologi seumpama ini turut digunakan bagi mengatasi masalah tersebut. 23/04/2024 -
Sehubungan itu, saya yakin bahawa teknologi penyahgaraman air laut boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif jangka masa pendek bagi mengatasi masalah loji rawatan air, LRA/LI Limbahau yang pada ketika ini tidak dapat beroperasi.
Sekiranya teknologi tersebut diperluas dalam negeri terutamanya di lokasi memerlukan, masalah gangguan bekalan air dapat diselesaikan. Oleh itu, saya ingin menekankan agar usul ini diberi pertimbangan sewajarnya.
Tuan Speaker, selain daripada krisis kekurangan bekalan air bersih, saya juga ingin membahas berhubung pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). Seperti
mana yang kita sedia maklum, pelancaran Rumah Mesra SMJ ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan melalui hala tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik. Inisiatif ini adalah usaha Kerajaan dahulu semasa Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional. Dimaklumkan bahawa projek ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri, menggunakan geran Persekutuan bernilai 125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri dengan kos 70 ribu bagi setiap satu unit rumah.
Namun begitu saya ingin bertanya, berapa jumlah Rumah Mesra SMJ yang telah diluluskan dan dilaksanakan di setiap DUN sehingga hari ini, terutama di kawasan saya, Pantai Manis. Hal ini disebabkan saya telah dimaklumkan bahawa pada Mei 2023 yang lalu, satu majlis penyerahan simbolik replika kunci 120 Rumah Mesra SMJ yang akan dibina di Papar telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong kepada Pegawai Daerah Papar. Namun begitu, setakat Februari 2024 hanya 33 Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedia untuk diduduki di daerah Papar.
Sebahagian itu, saya juga ingin mempersoalkan status bagi 87 lagi rumah SMJ. Bilakah projek tersebut akan selesai dibina dan sedia untuk diduduki sepenuhnya? Sekiranya status projek tersebut masih dalam proses pembinaan, saya memohon agar kerja-kerja pembinaan tersebut dapat disegerakan.
Tuan Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin membangkitkan berkaitan projek Rumah Rakyat PPR di Sabah yang pernah tular dan meresahkan rakyat yang menetap di kawasan berkenaan, terutama berkaitan notis pengosongan rumah. Untuk makluman semua, projek perumahan PPR ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menyediakan unit rumah yang mampu untuk disewa kepada mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa selepas lima tahun penyewa boleh memohon atau merayu semula untuk kekal hingga sepuluh tahun.
Namun begitu, di sini saya ingin memohon pencerahan berkaitan projek tersebut. Pertama, berapakah jumlah penyewa yang mendapat kelulusan melebihi dua
penggal, iaitu sepuluh tahun? Kedua, berapakah bilangan notis yang dikeluarkan di setiap PPR? Ketiga, bagaimanakah pihak LPPB memantau skim sewa atas sewa yang salah dari segi undang-undang? Dan keempat, adakah kesalahan sewa atas sewa telah dikenal pasti dan apakah tindakan yang telah diambil? Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar rumah mampu milik atau projek Rumah Rakyat PPR ini lebih giat dibina di daerah Papar, khususnya di Pantai Manis. Hal ini disebabkan pembinaan projek ini seperti tidak diberi keutamaan. Walhal, dengan adanya pembinaan rumah mampu milik ini dengan lebih giat, ianya mampu membantu meringankan beban rakyat khusunya golongan B40. Oleh itu, saya mohon agar cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya.
Tuan Speaker, isu lain yang ingin saya ajukan dalam Dewan yang mulia ini adalah berhubung inisiatif bagi menggantikan Skim Perubatan MADANI. Untuk pengetahuan semua, skim ini ialah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat, khususnya kumpulan B40 bagi mendapat rawatan pesakit luar bagi kes-kes akut di klinik perubatan swasta secara percuma dan sekali gus menampung keperluan kesihatan golongan B40. Namun, kini saya agak kesal bila mana negeri Sabah cuma Kota Kinabalu yang tersenarai dalam program Skim Perubatan MADANI ini. Skim ini juga telah dihadkan kepada sepuluh kawasan sahaja di seluruh negara pada tahun ini. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk menggantikan skim yang diwujudkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah ini?
Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan sedikit berkenaan soalan, jawapan lisan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan.
Yang Berhormat, minta gulung sudah.
Ya, sikit saja Tuan Speaker.
Soalan saya, apakah tindakan Kerajaan terhadap jeti di Pantai Manis yang telah siap dibina tetapi belum beroperasi? Jawapan daripada Kementerian, jeti di Pantai Manis dibina di bawah peruntukan Pejabat Daerah Papar. Untuk makluman, setakat ini jeti tersebut belum diserahkan kepada Majlis Daerah Papar.
Untuk makluman Tuan Speaker, jeti yang saya bangkitkan ini telah lama terbengkalai dan jawapan daripada Kementerian bahawa peruntukan daripada pejabat daerah dan projek belum diserahkan kepada pejabat daerah, menjadi kemusykilan kepada saya. Jadi, pengerusi pejabat daerah adalah, majlis daerah adalah pegawai daerah sendiri. Jadi, kalau boleh saya minta Menteri semasa penggulungan mungkin boleh bagi pencerahan sedikit mengenai dengan masalah ini.
Jadi, Tuan Speaker saya mohon agar semua isu dan cadangan saya bahaskan di Dewan yang mulia ini disokong sepenuhnya bagi mencapai pembangunan yang mampan.
Sebelum mengakhiri perbahasan saya ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Manis. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kawang.
Terima kasih Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali, sebagai mendahului ucapan saya, saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas penyampaian Ucapan Dasar Kerajaan sempena dengan Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan
Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas di Dewan yang mulia ini, pada hari Khamis lepas bersamaan dengan 18 hari bulan April 2024.
Sebagai rakyat yang berlindung di bawah naungan payung Tuan Yang Terutama, saya menyahut dengan penuh takzim, kesaranan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertua Negeri bagi mencapai hasrat bersama membangunkan negeri tercinta kita ini dengan acuan sendiri mengikut hala tuju Sabah Maju Jaya atau ringkasnya, SMJ. Kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, marilah kita sama-sama panjatkan doa, menadah tangan dan besyukur agar Tuan Yang Terutama Tun bersama-sama dengan Toh Puan, dilimpahkan kesejahteraan untuk terus menjadi payung rakyat jelata dan semoga negeri Sabah kita ini terus makmur, sejahtera, terhindar daripada segala bahaya bencana.
Demikian juga buat pimpinan negeri kita, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta seluruh anggota Jemaah Kabinet, dipohonkan doa kami agar mereka terus dikurniakan taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wa Taala dalam merangka membawa kejayaan, keamanan dan kecemerlangan untuk rakyat Sabah keseluruhannya.
Datuk Speaker, terima kasih atas kesempatan yang diberikan bagi saya turut serta dalam perbahasan ini. Ada beberapa isu hendak saya sampaikan di sini dengan harapan masanya mencukupi.
Dari Kawang naik kereta, Hadir bersidang di Dewan yang mulia; Hajat banyak mahu dicerita, Mohon kiranya diberi masa.
Jadi, Tuan Speaker tadi, adik saya Yang Berhormat dari Pantai Manis ada membawa isu tentang masalah air di Papar. Apa yang dihuraikan itu memang benar. Cuma lagi saya tidak sempat orang kata, bercerita dengan adik saya ini, adik kesayangan saya di Pantai Manis.
23/04/2024 -
CHARLYN
] - RAMENAH
– NORMA
…kerana sebenarnya Yang Berhormat Menteri Infrastruktur Kerja Raya, Datuk Shahelmey dengan izin dan seterusnya disusuli dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun melawat ataupun datang ke Papar untuk meninjau sendiri, melihat dan mengumumkan peruntukan khusus untuk menangani isu masalah bekalan air di Papar. Tapi yang itu saya rasa tidak perlu huraikan kerana insya-Allah adik saya Datuk YB Tamin akan dihuraikan, ataupun dijawab oleh menteri yang berkaitan nanti. Banyak isu yang boleh dibawa.
Datuk Speaker, pertama saya ingin membawa isu yang pertama isu yang ingin saya utarakan ialah mengenai isu kemiskinan di Sabah. Hal ini dihuraikan dengan jelas pada perenggan ke-45 Ucapan Dasar Kerajaan berkaitan usaha dan komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan di negeri ini. Saya tertarik membangkitkan isu ini kerana ianya dekat dan relevan di hati kita semua. Saya percaya di semua kawasan Ahli Yang Berhormat tidak dapat lari daripada isu kemiskinan ini. Oleh yang demikian, suatu penyelesaian tuntas dan berkekalan hendaknya diisytiharkan bersama oleh semua pihak kerana ianya bukan soal politik semata-mata, tetapi sebaliknya berkaitan soal kehidupan rakyat yang harus dibela. Usaha berterusan oleh kerajaan dilaksanakan bagi menangani isu kemiskinan ini, sebagaimana terkandung dalam Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya. Ini terbukti menerusi program pembasmian kemiskinan yang disebut sebagai ‘Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar’. Saya tidak akan mengulangi angka-angka kemiskinan itu kerana ia sudah dinyatakan dalam Ucapan Dasar Kerajaan. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah pentingnya dukungan, kerjasama dan tindakan bersepadu semua pihak berkepentingan menjayakan agenda serta perancangan kerajaan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya sistem pangkalan data e-Kasih diperbaiki dan dikemaskini, kriterianya diperhalusi dan sistem pengesahan status seseorang Ketua Isi Rumah (KIR) dikaji semula demi untuk memastikan kelayakan seseorang sebelum didaftarkan dalam senarai e-Kasih. Ini penting untuk memastikan kesahihan daftar e-Kasih benar-benar telus, memenuhi prinsip “kasih sayang” kerana kita tidak mahu lagi kedengaran suara-suara sumbang menyatakan
e-Kasih itu bersifat “pilih kasih”. Ini kerana kononnya ada yang layak dapat bantuan tapi tidak memperolehnya, tapi sebaliknya ada yang tidak layak pula mendapat kemudahan atau bantuan daripada kerajaan hanya semata-mata kerana nama mereka tersenarai dalam e-Kasih, justeru timbullah apa yang disebut “e-Kasih” dan “pilih kasih”.
Dalam soal membasmi kemiskinan tegar ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Awat Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri, telah mengangkat isu kemiskinan ini sejak awal menerajui pemerintahan negeri ini pada tahun 2020 dan sejak itu pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Paling ketara adalah menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya di mana program pemutihan miskin tegar ini menjadi fokus dan keutamaan. Antaranya, usaha telah dan sedang diambil oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya, termasuk menyediakan 1,500 buah rumah setiap tahun bagi membantu rakyat kurang berkemampuan, selain memberi tumpuan modal perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Isu kemiskinan ini menjadi hangat baru-baru ini disebabkan ada kenyataan daripada pemimpin pusat berkaitan lapan daerah di Sabah yang dikatakan termasuk dalam kategori daerah termiskin. Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, kekeliruan itu timbul kerana faktanya diambil berdasarkan rekod tiga tahun yang lalu, namun dalam tempoh tiga tahun selepas itu iaitu terkini, angka-angka kemiskinan sudah jauh berubah sebagaimana dinyatakan dalam Ucapan Dasar Kerajaan. Namun saya sangat yakin, ia tidak sama-sekali bermakna bahawa kerajaan berpuas hati dan berhenti daripada meneruskan usaha. Yang nyata, penurunan angka-angka tersebut itu adalah hasil daripada usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memerangi kemiskinan tegar yang berterusan.
Datuk Speaker, kedua Isu “Sabah Maju Jaya”. Ia merupakan simbol dan lambang pada Jata Negeri Sabah yang harus kita junjung bersama. Ucapan Dasar Kerajaan, dari awal hingga perenggan ke-80 penutup menjawab segala persoalan tersebut. Ucapan Dasar Kerajaan itu menghuraikan betapa besar gagasan pimpinan yang menzahirkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Harapan saya kepada semua, marilah kita sepakat dan bermuafakat membangunkan negeri ini di atas landasan yang sudah dibina, memakmurkan negeri, menjayakan hala tuju pembangunan negeri yang kita
cintai bersama ini. Jika kita berfikiran tuntas, pastinya kita akan menemukan lebih banyak kebaikan tersirat dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya ini. Memahami makna sejati SMJ akan menyedarkan kita nilai-nilai murni slogan itu dan mendalami intipatinya tentu akan membangkitkan keinsafan betapa tinggi impian dan komitmen pimpinan negeri untuk rakyat dan “Sabah Tanah Airku”. Secara mudah, SMJ adalah hala tuju pelan pembangunan negeri Sabah yang menjangkau tempoh lima tahun sehingga 2025. Dilancarkan pada 29 Mac 2021, SMJ merupakan idea dan inisiatif yang diperkenalkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sejurus mengambil alih teraju pemerintahan negeri pada September 2020. Matlamatnya untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri. SMJ berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri. Hakikatnya, SMJ adalah sebuah perancangan berwawasan untuk membangunkan Sabah setelah sekian lama tertinggal dari arus pembangunan akibat ketidaktentuan politik sejak awal kemerdekaan dahulu.
Datuk Speaker, ketiga isu membangun dan memperkasakan ekonomi Sabah. Hal ini dihuraikan dengan terperinci pada perenggan ke-77 Ucapan Dasar Kerajaan, yang menunjukkan dengan jelas hala tuju ekonomi negeri jauh ke hadapan. Pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanakan kerajaan kita termasuklah yang terbaru meneroka Ekonomi Biru (Blue Economy), dengan izin, yang berpotensi besar untuk merangsang lagi pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini. Melihat angka-angka pertumbuhan ekonomi yang disebutkan dalam Ucapan Dasar Kerajaan itu, kita berkeyakinan sungguh bahawa ekonomi Sabah diramalkan akan terus bersinar terang daripada pelbagai sumber termasuk daripada sektor pelancongan yang bakal membawa impak signifikan kepada ekonomi negeri. Dalam memacu pertumbuhan ekonomi ini, kita mengharap sungguh agar pendekatan lebih proaktif dilaksana bagi memastikan golongan rakyat di kampung-kampung turut sama mendapat faedah dan manfaatnya. Sehubungan dengan itu, kita mahu kementerian, jabatan dan agensi berkaitan “turun padang” melihat keperluan rakyat kita di luar bandar, kemudian mengangkatnya untuk pertimbangan supaya segala inisiatif yang di bawah kerajaan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. Program ‘turun padang’ untuk
bersemuka ini, perlu diperhebatkan kerana tidak semua komuniti luar bandar mendapat… 23/04/2024 -
…mengakses maklumat secara atas talian berkaitan program-program yang disediakan oleh Kerajaan untuk mereka.
Datuk Speaker, Ucapan Dasar Kerajaan telah merungkai hala tuju dan pedoman untuk Kerajaan seluruh rakyat negeri yang tercinta ini. Ia membawa pengharapan besar untuk sebuah kesatuan dalam sebuah perjuangan bersama membangunkan negeri Sabah.
Justeru, kepada rakan-rakan semua marilah kita bergandingan tangan demi masa depan yang lebih baik. Janganlah kita berpolemik lagi. Tumpukanlah kepada agenda besar menyejahterakan rakyat. Marilah meniupkan sentimen politik kebencian dengan emosi, ilusi, dan fantasi. Saya sedar dan insaf bahawa kesemua Ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan yang mulia ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu memperjuangkan nasib anak-anak bangsa negeri dan negara yang kita cintai bersama.
Marilah kita hayati bersama harapan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negeri Sabah pada perenggan akhir Ucapan Dasar Kerajaan yang berbunyi “Saya berdoa semoga Allah Yang Maha Esa sentiasa melimpahi kurnia dan rahmatNya kepada negeri Sabah yang tercinta ini agar terus maju dan makmur serta rakyatnya sentiasa hidup sejahtera, bersatu padu dan aman”. Dengan demikian Datuk Speaker, Kawang mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kawang. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi perbahasan.
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 22 April 2024
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 22 April 2024.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Terima kasih Datuk Speaker. Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya.
Tuan Speaker, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan atas Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negeri Sabah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang ke-16 pada 18 April 2024.
Tuan Speaker, tidak boleh dinafikan bahawa sektor perindustrian merupakan tunjang utama bagi pembangunan ekonomi negeri Sabah di samping untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini. Seiring dengan agenda untuk menjadikan Sabah untuk sebagai sebuah destinasi pelaburan di negara ini, Kementerian saya akan terus komited dan beriltizam untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi seterusnya menyelaras dan memudah cara pelaburan-pelaburan tersebut.
Sebelum saya pergi ke jawapan-jawapan Yang Berhormat, saya rasa setelah saya mendengar hujahan ataupun pandangan, ataupun teguran, ataupun idea-idea yang dibangkit oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa kita ada satu konsensus yang mana kita mahukan, membangunkan industri supaya kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah. Dan salah satu perkataan yang sangat penting saya rasa banyak kali disebut dan dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah downstreaming. So saya rasa ini adalah konsensus kita.
Tak kira manapun Kerajaan, mahupun di seluruh dunia kalau kita nak membangkitkan ataupun kita nak bangunkan industri kita, mestilah kita tak boleh semata-mata eksport bahan mentah. Kita kena menggunakan ataupun utilise our nature resources untuk membangunkan industri kita.
So, sukacita saya nak berkongsi dan memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Syarikat Kumpulan Kibing telah mengeluarkan dan mengeksport kaca solar buat pertama kali. Pertamanya, first shipment made in Sabah, Malaysia berjumlah 672 tan ke negara South East Asia dengan anggaran nilai produk berjumlah RM1.43 juta pada 21 April yang lalu. Dan jumlah pengeluaran kaca solar ini akan meningkat sehingga 876,000 tan setahun bermula pada bulan Mei 2024 dengan anggaran nilai eksport produk yang dihasilkan berjumlah RM1.86 bilion apabila kilang ini beroperasi sepenuhnya kelak. Hal ini sekali gus akan meningkatkan sumbangan sektor perindustrian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ataupun GDP Sabah di samping nilai eksport negeri ini dijangka akan menaik juga.
Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian saya sedang menyelaras cadangan pelaburan syarikat tersebut, Kibing yang akan meningkatkan kapasiti penghasilan kaca solar kilangnya di KKIP melalui penambahan third production line. Pengembangan produk pelaburan ini akan meningkatkan lagi pelaburan tersebut dengan anggaran nilai pelaburan tambahan sejumlah RM700 juta sekali gus mewujudkan lebih lagi 600 peluang pekerjaan. Maksudnya di sini, kalau kita sebut tentang downstreaming kita kena sangat berfokus. Dari pasir silica kita bangunkan industri supaya membuat kaca solar dan seterusnya itu adalah midstream …(kurang jelas) midstream.
Saya setuju dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat cadangan dan idea, dan Kementerian ini sedang berusaha untuk secara lebih fokus to track and do the investment particularly on solar panel industry. So, saya adalah untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah bertemu dalam tahun ini, saya telah bertemu dengan beberapa kilang khasnya untuk membuat solar panel dan mudah-mudahan kita boleh menarik mereka datang bersama supaya kita boleh complete the whole ecosystem for the solar industry.
Tuan Speaker, sepanjang mengikuti sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini saya telah mendengar dan mengambil maklum berbagai isu berkaitan dengan Kementerian saya. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan serta cadangan yang telah dikemukakan demi merancakkan lagi pertumbuhan sektor perindustrian di negeri ini.
Kementerian saya menyambut baik saranan dari Ahli Yang Berhormat Senalang…
Datuk Speaker, boleh, mencelah…
…agar lebih banyak industri hiliran terutamanya industri yang melibatkan sumber bahan mentah atau mineral di Sabah. Sehubungan itu, Kementerian saya akan berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan di dalam industri hiliran ataupun dalam downstreaming agar sumber bahan mentah atau mineral di negeri ini dapat lebih ditambah nilai (value added), seterusnya membangunkan ekosistem industri sedia ada yang lengkap.
Datuk menteri, boleh…
Sebentar, sebentar. Yang Berhormat Senallang turut membangkitkan mengenai insentif yang diberikan kepada para pelabur yang melabur di Sabah. Pelbagai galakan atau insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur yang melabur di Sabah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. So, ini adalah standard galakan utama yang boleh diberikan kepada pelabur yang berkelayakan antaranya ialah pengecualian cukai tempatan, cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan, grant dan pengecualian duti import serta cukai jualan bagi bahan mentah, mesin, peralatan yang berkaitan. Manakala untuk Kerajaan Negeri Sabah, kita akan memberi insentif untuk dengan menawarkan kos sewaan tanah yang lebih kompetetif di taman-taman perindustrian kepada para pelabur yang merupakan antara daya tarikan utama selain daripada tawaran-tawaran insentif yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kementerian saya akan bekerjasama rapat dengan MIDA dan juga SEDIA dalam menggalakkan pelaburan ke negeri Sabah.
23/04/2024 -
…nak menjawab Yang Berhormat Moyog yang membangkitkan persoalan berhubung berapa banyakkah daripada 78% pelaburan yang direalisasikan berdasarkan pelaburan yang diluluskan menurut data Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC)? Ini antara tahun 2018 hingga 2023 di Sabah dan adakah pelabur yang telah menarik diri dan dari Sabah dan beralih ke Sarawak? Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Moyog, pada masa ini Kementerian saya belum lagi meminta makluman yang terperinci. The news was published four days ago. So, saya sedang mendapat laporan yang secara terperinci berapakah sebab itu secara keseluruhannya dari 2018 hingga 2023, 78% has been realised. So, saya nak minta makluman secara terperinci dan saya akan bagi sama Yang Berhormat.
Datuk Menteri, Datuk Speaker. Datuk Menteri, terima kasih atas jawapan begitu dan saya tunggu dengan jawapan bertulis. Meanwhile bolehkah saya bertanya juga, you mentioned MID akan kerjasama dengan MIDA dan SEDIA. Ada agensi yang telah kita cadang pada Kerajaan lepas waktu kamu juga di Kabinet Warisan Plus, Invest Sabah dan subsequently approved during the GRS government through your former Minister, Datuk Joachim, Invest Sabah. Why not use Invest Sabah as the catalyst for investment procurement di Sabah instead of MIDA and apa ni SEDIA? And besides that threshold bagi investment, that was the first time I heard it, honestly. I was MITI Minister but the policy that we brought during our time was there should be no threshold. That is why the focus during our time was Sabah and Sarawak was ignored. Dia di you know just to explain, Datuk Speaker. I think my friend, the minister knows this. Daripada 2013 sampai 2018, the total investment approved to Sabah realise or not but total investment approved hanya 9 bilion. So, in 2018 when we took over the government, we change this policy look into Sabah. Look is, forget about other places. So, of course kita masih share dengan seluruh Malaysia because at the time we have to become Minister of Malaysia Minister.
So the total investment approved during that time was in 18 months was 11.8 billion. Realize is another thing. So, what am I saying is, now you have Invest Sabah. Tell MIDA bring Invest Sabah to every trip that they go all over the world. MIDA has
about close to 50 offices all over the world. Invest Sabah should tap on it. That’s what I want to say. Terima kasih, Minister.
Ya. Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat my friend good friend, Yang Berhormat, Moyog yang merupakan former Minister of MITI. Memang betul kita kena ada lukis polisi dan saya rasa sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan kena lebih memberi fokus kepada East Malaysia khasnya di Sabah. So, selama ini memang sangat sedikit dia flow into Sabah dan Sarawak. So, saya rasa ini kita kena pertingkatkan usaha dan memang betul Kerajaan telah menubuhkan satu agensi one stop agency, iaitu Invest Sabah dan satu lagi jawatankuasa, iaitu State Manufacturing Investment Taskforce yang melibatkan MIDA dan juga MATRADE dan a few agencies untuk bersama-sama tap into the potential investment untuk masuk ke Sabah.
So, saya setuju kita kena memperkasakan Invest Sabah dan we have been asking MIDA and we have been telling them that any mission investment mission, kalau ada potensi untuk Sabah you have to include us and this is something that we have done. So, saya pun include wakil MIDA dan juga wakil-wakil dari MITI dalam post-cabinet saya dan seterusnya kita pun ada beberapa agensi dan meeting yang melibatkan MIDA juga. So, ini kerjasama adalah sangat penting dan mustahak untuk kita ada satu on the same picture untuk kita terus memperkenalkan Sabah. Itu yang sangat penting. Ramai I think, Yang Berhormat pun tahu ramai sebenarnya tidak tahu Sabah. So, when they promote Malaysia, sebenarnya they talk about Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya. So, itu adalah kita kena melipatgandakan promosi dan juga mission untuk memperkenalkan dan menarik pelaburan datang ke Sabah. Ya, Yang Berhormat?
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar perbahasan sepanjang dua hari. Kebanyakan yang disebut adalah KKIP. Pelaburan di sebelah sini. Di Lahad Datu, kita ada POIC. Bolehkah Yang Berhormat Menteri berkongsi dengan kita apa sebenarnya masalah POIC ini yang sehinggakan POIC ini tidak berperanan sepertimana sepatutnya tujuan asal penubuhan dia? Kedua, apakah inisiatif yang pihak Yang Berhormat
sedang usahakan bagi merancakkan sedikit POIC ini supaya spill over, spin off boleh ada di situ untuk masyarakat setempat?
Ya. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat memang Kementerian ini berusaha bukan sahaja untuk mempromosikan KKIP. Dia macam seolah-olah kita hanya promosikan. Tidak. So, kita sebenarnya pergi kemana-manalah. Kita pergi ke Chinakah atau Koreakah kita promosikan tiga tempat perindustrian termasuk POIC Lahad Datu dan Lahad Datu mempunyai satu very strategic location. Tapi oleh kerana dia tidak ada bekalan gas di sana, dia memang ada sedikit kekangan di sana. Tapi kita sedang membangunkan POIC Lahad Datu sebagai satu zon bebas dan ianya sudah mendapat kelulusan secara dasar oleh Kerajaan Persekutuan dan setelah kita menubuhkan satu zon bebas di sana, kita estimate ianya akan ada lebih aktiviti perdagangan dan perkapalan di sana.
So, itu adalah antaranya satu strategi untuk POIC Lahad Datu dan juga ada beberapa cadangan pelaburan termasuk giliran kelapa sawit pun sedang diselaraskan oleh Kementerian dan kita masih sedang walaupun mereka sudah mengemukakan cadangan until it realised ianya melibatkan satu proses yang agak panjang. So, kita akan maklumkan from time to time ke Dewan yang mulia ini apakah perkembangan terkini berkenaan POIC Lahad Datu. So, sudah tentu saya terus komited untuk memperkenalkan dan mempromosikan Lahad Datu sebagai satu destinasi pelaburan untuk East Coast of Sabah. Saya nak menjawab Yang Berhormat. Ya silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi saya mendengar Yang Berhormat Menteri mengatakan berkaitan tentang Kibing. Saya rasa ini satu investment yang bagus kepada kita punya Kerajaan Negeri. Tapi bolehkah saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan berapakah jumlah pekerja kita yang ada di Kibing dan mana yang lebih banyak kita dapat kelebihan? I mean benefit we get from whether the company get more benefit than the masyarakatlah. Which one is more? It’s either the rakyat ataupun the company? So, my concern it’s better we get our people get more works rather than the company get more and one more thing, can we also know how much the electricity supplied to the Kibing? Ya, that’s all. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bugaya. Terima kasih. Setakat ini peluang pekerjaan yang telah diwujudkan di Kibing KKIP adalah 1,630. Manakala untuk orang Sabah, 86% adalah anak Sabah ataupun bersamaan 1,430 orang telah bekerja di kilang Kibing.
Ya sorry… 23/04/2024 -
TERESA
– NORMA
Sorry Minister, satu lagi boleh saya kita tau juga yang pekerja kita yang bekerja di Kibing itu pegawaikah ataupun dia jawatan dia sebagai kerani sahaja?
okey, so…Yang Berhormat minta break down, untuk…
Sebentar Menteri, just a reminder semua ahli-ahli Yang Berhormat ya kalau boleh jangan isu yang baru yang tidak dibahaskan sewaktu perbahasan anda kerana ini tidak adil kepada Menteri untuk menjawab, tapi terpulang kepada menteri mau menjawab bertulis atau menjawab sekarang, terpulang kepada menteri.
okey, saya bagi bertulislah sebenarnya ada di sini, tapi nanti saya bagi Yang Berhormat.
okey , thank you. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat. Okey, saya terus ya. Saya nak menjawab Yang Berhormat Tanjung Papat. Boleh saya apakah kalau yang tidak ada di sini saya skiplah macam parlimen ah, boleh ah? Secara bertulis supaya diorang rasa rakan-rakan menteri saya marah sama saya. Okey, Yang Berhormat Tanjung Papat tidak
ada sini, so saya bagi bertulis. Yang Berhormat Bongawan, tiada. So, saya bagi bertulis ya. Yang Berhormat Telupid. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Telupid yang telah mencabar yang telah mencadangkan agar pihak kementerian untuk meneroka sumber atau industri baru di daerah Telupid.
Kementerian saya akan berusaha untuk mengenalpasti industri yang bersesuaian yang boleh dibangunkan di daerah ini. Terutamanya dengan mengoptimumkan kesediaan bahan mentah di daerah tersebut dan seterusnya mempromosikan potensi pelaburan industri tersebut dan saya nak minta pandangan Yang Berhormat kalau ada sumber-sumber asli yang khas di sana, kita boleh tolong meneroka apakah cadangan pelaburan yang ada khasnya di Telupid dan untuk kalau dia sumber asli adalah pertanian, mungkin pun boleh maklumkan supaya apabila kita bercakap ataupun bertemu dengan pelabur-pelabur kita boleh mempromosikan itu daerah sebagai satu tempat yang boleh membuat kilang perindustrian di sana. Okey. Untuk menjawab pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bugaya sememangnya Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan sektor...
Datuk speaker...
Ya, silakan.
Saya sedikit boleh memberi input mengenai dengan potensi di daerah Telupid. Daerah Telupid di kelilingi oleh hutan simpan yang diberikan konsesi oleh FMU, iaitu beberapa FMU yang beroperasi di Telupid dan kita di Telupi telah merezoning kawasan perindustrian yang sesuai untuk diberi perindustrian seperti pemprosesan kayu, getah, laran dan bata yang di tanam dalam FMU. Jadi ini yang kita cadangkan kepada KKIP terima kasih.
Ya, berkenaan dengan industri kayu. Kita kena lihat kepada fee stock, dan berapa bilangan yang ada supaya ianya mencukupi untuk dibangunkan sebagai satu industri yang menyeluruh. So, mungkin saya nak dapatkan bantuan dari Yang Berhormat untuk dapatkan statistik itu berapa bilangan yang ada supaya kita yang mencukupi untuk untuk menampung keperluan dari pelabur. Kadang-kadang pelabur
datang Sabah, dia tanya sama ada minyak cukup ataupun dia tanya kayu cukup ke tidak so itu adalah satu soalan yang dia biasanya bangkit. So saya minta untuk kalau ada Yang Berhormat Yang Berhormat tahu lebih secara lebih mendalam apakah potensi di sana, so saya sudah tentu kementerian saya akan memberi kerjasama. Untuk jawab soalan Yang Berhormat Bugaya, sememangnya Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan sektor pembuatan di seluruh Sabah dan Dun Bugaya adalah tidak berkecuali.
Berdasarkan penelitian awal kementerian saya, industri yang bersesuaian untuk dibangunkan di kawasan tersebut adalah industri hiliran berasaskan hasil laut dan kelapa sawit. Kementerian saya akan terus berusaha untuk menarik pelaburan di kawasan tersebut melalui program-program promosi pelaburan yang akan dilaksanakan dan sentiasa komited dalam menyelaras serta memudah cara sekiranya terdapat cadangan pelaburan di kawasan tersebut.
Datuk Menteri, Datuk Speaker, terima kasih. Datuk Menteri, ya industri hiliran dan all this normallah. What about adakah rancangan Kementerian untuk attract dan membawa Hi-tect Investment seperti Semi-Conductor Manufacturing, wafer center, dan sekian dan sekian. Also, of course we are far away but we have to do it. Artificial Intelligence punya machine learning are these all the possible investments and also infra are our infra ready for this. Power is one and of course, can I ask juga mengikuti apa yang ditanya disoal oleh Bugaya, current investment seperti Kibing, SK Nexilis dan sekian. How are we powering them? Are they doing their own IPP or SESB able to handle to give them enough power while sharing semua ni power dengan kawasan berdekatan. Terima kasih.
Ya, untuk Kibing memang kita benarkan mereka untuk menjana kuasa sendiri kerana kita mahu kan perindustrian ini adalah satu exception yang kita berikan kepada mereka untuk membuat loji jana kuasa di sana…
Datuk Menteri, when you give them begitukan, are you giving they more incentives or its their own cost. Okey, thank you.
Ya, saya setuju. When you look at the whole world kita tau Hi-tech Industry and sebagainya, Semi-Conductor, Artificial Intelligence (AI) semua industri ini adalah semakin berpengaruh di dunia perindustrian. So, sudah tentu kalau kita lihat di Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang, Selangor they took 40 years to build the whole ecosystem, so bukan senang untuk kita bangunkan satu ekosistem yang menyeluruh di Sabah. So itulah sebab saya berhasrat saya ada idea dan kerajaan sudah setuju, kita akan bina dua lagi taman perindustrian di Sabah dan saya harap while we are still making conceptual paper, tapi saya berhasrat ianya boleh berkonsepkan Hi-Tech, dan we can take the investment from hi-tech industry or atleast one semi-conductor industry to open up the ecosystem, so ini adalah hasrat dan saya harap kalau ada kawan-kawan yang tahu yang kenal you know the investor from this investor, we can work together.
Datuk Menteri, very good idea untuk to open up industrial parks ini bukan under your ministry but please also advise to your government that don’t give out land sudah, forget about privatizing land , through the nature resources ataupun land and survey. Take lands don’t give out because this land are your assets so this assets become one of the procurement ataupun attractiveness bila investor datang, dia tidak payah deal with private land owners lagi they are dealing with the government. So at the same time, i suggest maybe Penang you are very close to Penang, go to the Penang, i think its Penang Skill Center, learn how they attract high skills people dalam institusi mereka.
Thank you, i totally agree. Saya teruskan, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi, Ada, ada, ada. Untuk menjawab persoalan yang telah di bangkit oleh ADUN Dilantik YB Datuk Raimie Unggi mengenai setakat manakah kerjasama pihak Kerajaan Negeri dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MAIDA), Kementerian saya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak MITI dan MAIDA untuk memudah cara dan menyelaras cadangan pelaburan di Sabah.
Sebagai makluman MAIDA merupakan salah satu ahli dalam State Manufacturing Investment Task Force yang telah ditubuhkan dan invest Sabah merupakan salah
satu ahli juga dalam task force ini untuk menyelaras cadangan pelaburan di Sabah. So, dengannya task force ini , ini telah melihat ada hasilnya ada penambahbaikannya kerana Kibing dan juga SK Nexilis dan banyak lagi syarikat-syarikat ingin melabur di Sabah telah melalui task force ini yang telah melibat… 23/04/2024 -
–
THEODORA J.
– AZRIN
MIDA, MITI, Invest Sabah dan sebagainya telah berjaya menghasilkan ataupun menjayakan pelaburan mereka, dengan adanya task force ini.
Terima kasih Datuk Pengerusi, Datuk Speaker. Yang Berhormat Menteri kalau ada data inilah, saya ingin tahu Datuk, Yang Berhormat Menteri, setakat ini berapakah apa ini, syarikat-syarikat lokal kita yang terbabit dengan usaha sama dengan, apa ini… dengan syarikat-syarikat daripada pelabur-pelabur asing, yang telah yang sepertimana, Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi kerjasama dengan MIDA. Sebab kita juga ingin melihat pemain-pemain industri ini adalah terdiri daripada di kalangan lokal-lokal kita daripada negeri Sabah. Kalau ada data tolong jelaskan.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sudah tentulah local ataupun domestic investment pun merupakan satu faktor yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi. So, bukan sahaja kita fokus FDI tetapi kita juga sangat berfokus untuk membantu local investor untuk menjayakan pelaburan. So, if you look at the trend last three years, so local investment direct investment ataupun domestic investment adalah meningkat secara mendadak. So, ini adalah satu trend yang positif untuk Sabah, ianya bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada foreign investment tetapi domestic investment pun merupakan memainkan peranan yang cukup penting. So, nanti saya bagi info secara lebih mendalam lagi. Okey. Yang Berhormat Datuk Raime juga membangkitkan soalan berkaitan setakat manakah inisiatif Domestic Investment Coordination Platform, DICP. Bagi membantu syarikat tempatan khususnya PKS di Sabah dalam aspek sumber kewangan.
Platform DICP ini telah ditubuhkan pada tahun 2018, di bawah kelolaan MIDA, bertanggungjawab untuk membantu SME dan syarikat-syarikat tempatan untuk merapatkan jurang kewangan teknologi RND dan akses pasaran. So, usaha ini adalah sangat baik yang ianya melibatkan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi Kerajaan, pusat-pusat penyelidikan, penyedia teknologi, institusi kewangan serta firma penasihat pelaburan dan ekuiti. Matlamat utama adalah untuk membantu PMKS, mengenal pasti eko-sistem pelaburan yang diperlukan bagi pertambahan nilai dan peningkatan daya saing perniagaan mereka. Inisiatif ini terbuka kepada semua pemain industri di seluruh negara termasuk Sabah. So, MIDA sekarang sedang aktif mempromosikan DICP ini kepada syarikat-syarikat tempatan. Thank you for asking that question. So, saya rasa penting juga untuk kita mengambil peluang ini untuk kita mempromosikan DICP ini kepada syarikat-syarikat tempatan. Ya, silakan.
Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri, kita sedari bahawa MIDA juga telah apa ini, memberi insentif-insentif terutama kepada pemain-pemain domestik kita. Cuma saya ingin Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian. Saya juga mendapat keluhan daripada pemain-pemain industri kita, terutama IKS kita, di negeri kita. Aaa, pinjaman yang telah diberikan ataupun insentif kewangan ataupun kemudahan kewangan, kredit yang telah disediakan oleh pihak MIDA. Bila pemain-pemain lokal daripada negeri kita, kebanyakan mereka cuma mendapat dalam sekitar RM500 ribu tidak sejuta. Berbanding dengan pemain-pemain lokal di negeri-negeri lain. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri memberi keutamaan, kepada pemain-pemain lokal kita supaya mereka boleh juga berdaya saing sepertimana pemain-pemain domestik yang lain di negeri lain. Sebabnya kita tidak mahu nanti, akhirnya nanti, kita dianggap sebagai anak tiri pula. Kita tidak mahu, kita mahu pemain-pemain domestik yang berasal daripada Sabah diberi peluang juga. Kalau boleh soal pinjaman kredit tadi kalau di sana boleh dapat tiga juta kita pun boleh dapat tiga juta dan seterusnya. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, saya setuju dan saya mengambil perhatian dan saya ingin membawa perkara ini ke MIDA juga untuk perbincangan selanjutnya. Supaya kita
boleh mendapatkan lebih lagi support dan sumbangan dari Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat Sabah. Ya, saya ambil maklum.
Tuan Speaker, ramai YB-YB, Yang Berhormat-Yang Berhormat pun, menyentuh program keusahawanan. Saya, suka saya secara amnya untuk memberi sedikit sebanyak info berkenaan program keusahawanan. Kementerian saya melalui DIDR dan SEDCO, sememangnya komited dalam pembangunan usahawan di Sabah. Perkara ini telah dijelaskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dan diterjemahkan melalui misi Kementerian, iaitu menggalakkan SME sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan. Pelbagai program dan inisiatif telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini dan ianya adalah untuk memberi sokongan pembangunan keusahawan, serta mewujudkan industri yang berdaya tahan dan mampan. Program-program yang dirancang ini akan dapat mengoptimumkan prestasi para usahawan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan adalah penubuhan Jawatankuasa Penyelaraskan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah yang dipengerusi bersama dengan Menteri KUSKOP dan saya. Ini bertujuan untuk menyelaras program-program pembangunan keusahawanan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan keusahawanan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kedamaian selaku Menteri KUSKOP bagi bekerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menawarkan lebih lagi program dan kursus kepada usahawan. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang terus memberi peruntukan sebanyak RM15 juta untuk meneruskan program bantuan SME. Dengan peruntukan ini, Kementerian melalui DIDR akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kapasiti dan produktiviti usahawan IKS dengan memberi bantuan pensijilan MESTI, Halal, bantuan mesin dan peralatan, peningkatan kualiti pembungkusan dan pendigitalan perniagaan.
Dalam tempoh 2017 sehingga 2023 sebanyak 5,138 usahawan dari seluruh Sabah telah mendapat manfaat melalui program ini. Kementerian ini juga mengadakan program-program seperti karnival SME ataupun karnival PMKS di beberapa tempat
lagi untuk kita mengalakkan usahawan mikro ataupun usahawan pembuatan mikro untuk ada tempat ataupun ruang untuk buat pendedahan untuk produk mereka. So, karnival ini ataupun program ini akan diteruskan dan kita akan besarkan di beberapa tempat lagi supaya kita boleh memberi, membuka ruang kepada usahawan untuk ada tempat untuk mereka membuat marketing kepada produk-produk tempatan dan juga kita akan teruskan program kerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad dan juga Pasar Raya Bataras. Untuk kita membuka ruang untuk produk-produk IKS ataupun SME untuk dijual di ruang perniagaan mereka.
Kerana bukan senang volume dia, dia sikit, so, kalau kita minta apa kedai-kedai yang besar ataupun supermarket yang besar untuk jual barang-barang tempatan mereka, mungkin volume itu tidak cukup. So, kita telah wujudkan satu kerjasama dengan Bataras dan Petronas Dagangan supaya kita teruskan, wujudkan satu ruang kepada mereka untuk mereka jual produk-produk tempatan.
Tahun ini kita juga akan mewujudkan satu kerjasama dengan KOJASA Mart di bawah seliaan Qazanah Sabah. So, ini sama juga tujuan adalah untuk kita buka ruang di KOJASA Mart supaya produk-produk tempatan kita boleh membuat penjualan di sana. So, begitu juga dengan adanya kerjasama melalui Jawatankuasa bersama dengan KUSKOP.
23/04/2024 -
NUR FATIN
Kita pun ada program-program kerjasama dengan agensi Persekutuan. So, supaya mereka buat program ataupun mereka punya mart ataupun supermarket, kita boleh bawa produk-produk tempatan ke ruang mereka. Dengan adanya kerjasama begini, kita boleh buat pendedahan, we will have more exposure for our local entrepreneur product. Salah satu agensi Kerajaan Persekutuan PERNAS, tahun ini kita akan mengeratkan hubungan ataupun kerjasama dengan PERNAS di bawah agensi Kerajaan Persekutuan ataupun KUSKOP, kita akan mempromosikan untuk mengambil bahagian dalam program di bawah PERNAS adalah untuk melibatkan lebih lagi usahawan Sabah untuk mengambil bahagian dalam program francais. So, sememangnya di Sabah, kita ada beberapa brand franchise particularly
F&B yang sangat mantap. So, dengan adanya program ini kita boleh membantu sekiranya usahawan Sabah ingin melebarkan perniagaan ataupun franchising ke Semenanjung Malaysia. So, saya rasa ini pun salah satu fokus tahun ini kita akan membantu usahawan kita supaya kita boleh mempromosikan…
Speaker?
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan [Datuk Phoong Jin Zhe]:…kita punya brand, kita punya F&B, kita punya nasi lemak, ataupun apa-apa brand lagi dari Sabah untuk ke Semenanjung Malaysia. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri. Saya dapati apa yang menjadi masalah kepada usahawan-usahawan kita untuk mengembangkan ataupun menjual produk mereka keluar adalah kekangan volume. Seperti di masa lalu, saya selaku bekas Pembantu Menteri di Pembangunan Industri dan Perdagangan, apa yang menjadi masalah adalah apabila kita bawa usahawan-usahawan kita keluar negeri untuk mengikuti expo-expo di sana, banyak kita terima banyak permintaan. Tetapi, apa yang menjadi kekangan adalah untuk mendapatkan bahan-bahan mentah.
Jadi, apakah usaha Kerajaan untuk memastikan, bagi memastikan usahawan-usahawan kita ini dapat berkembang, dengan apa ini untuk mendapatkan bahan-bahan mentah secara lokal? Contohnya, kalau kita ambil kerepek. Kerepek ubi, kerepek ubi kayu, kerepek pisang. Yang menjadi masalah adalah ketidakcukupan bahan-bahan mentah itu. Saya rasa kita perlu, perancangan kita itu perlu selari. Contohnya, Kementerian Yang Berhormat Menteri dengan Kementerian Pertanian perlu selari, perlu ada coordination di antara kementerian-kementerian ini. Kalau kita sibuk promote-promote, tetapi tidak ada hasil saya rasa kita buang masa sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya setuju. When it comes to, ini kita mahu bangunkan local industry memang sering kali kita sebut antaranya satu cabaran yang besar adalah bahan mentah. The feedstock. Di mana dapat itu. So, saya akui memang kita kena pertingkatkan lagi inisiatif untuk mendapatkan feedstock supaya kita boleh
membantu usahawan-usahawan untuk membangunkan industri mereka. So, setakat ini di peringkat Kementerian kita bagi bantuan mesin dan peralatan. Kita bagi bantuan pembungkusan supaya mereka ada satu packaging yang menarik supaya dia ada kebolehpasaran. So, ini adalah apa yang kita sedang buat. So, untuk feedstock, kita akan rujuk kepada Kementerian Pertanian untuk membantu tapi walau bagaimanapun, saya ambil, saya sambut baik Yang Berhormat. Ini memang satu yang ekosistem yang kita kena perhalusi dan kita akan tambah baik, supaya kita bukan sahaja at the dari middle to the end, kita akan membantu juga dari peringkat awal itu.
Dan sebelum saya akhiri, saya nak kongsi sedikit sebanyak apa yang Kementerian akan fokuskan untuk tahun ini. So, beberapa inisiatif kita akan terus mengadakan salah satu adalah apa yang kita telah bincang tadi adalah untuk memperkasakan Invest Sabah dan juga State Manufacturing Investment Committee supaya kita boleh melakukan lebih lagi misi-misi promotion pelaburan ke negara asing dan juga untuk membawa usahawan-usahawan ke negara asing untuk mempamerkan ataupun mempromosikan produk tempatan. Dan satu lagi kita akan mengadakan beberapa persidangan. Salah satu adalah ini Sabah China Business Summit kerana tahun ini adalah Ulang Tahun ke-50 The Establishment of the Foreign, Diplomatic Relations antara China dan Malaysia. So, kita boleh tap into salah satu potensi yang besar yang mana sekarang pun ada ini dasar visa free antara China dan Malaysia. So, ini sudah tentulah kalau kita boleh buat satu persidangan ataupun summit di sini dan buat expo di sini, sudah tentulah ianya akan membuat pendedahan kepada syarikat-syarikat ataupun pelabur dari China. So, kita juga akan menganjurkan Sabah-Japan Business Forum…
Minta penjelasan.
…dan satu lagi Sabah International Blue Economy Conference yang akan dianjurkan pada September 2024. So, dengan adanya sidang-sidang ataupun expo-expo begini, kita akan membuka lebih ruang kepada bukan sahaja pelabur-pelabur yang ingin datang tapi kita akan menyediakan ruang kepada usahawan tempatan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam expo antarabangsa sebegini. Silakan.
Terima kasih. Tahniah Yang Berhormat Menteri muda yang banyak membawa pelaburan. Saya sangat setuju kalau kita ada expo ataupun pendedahan membawa pelabur-pelabur dan kita sudah ada Sabah Invest. Tetapi, masalahnya kita kena selesaikan dahulu, saya lihat sekarang ini Sabah Invest ini seolah-olah belum ada koordinasi yang kemas. Bawa pelabur sini, bawa jalan tapi tidak ada penyelesaian. Saya minta kalau dan mesti dibuat, yang pertama sekali tapak industri ini perlu sedia ada dahulu. Seperti SOGIP, kita sudah ada jadi kita bawa pelabur jadi kita tunjuk ini bahagian kamu, kamu mahu buat di sini. Tapi kalau kita cuma bawa pelabur dan kita cakap apa potensi tapi kita tidak sedia tapak, proses akan lama dan kita tidak mahu pelabur-pelabur ini yang memohon turun naik Pejabat PPHT, turun naik Pejabat Tanah dan Ukur. Ini berlaku di kawasan saya Sipitang, Sindumin. Bila pelabur Korea, Curix daripada kumpulan yang memang ada duit melabur tapi mereka masuk mereka kena turun naik Pejabat PPHT, jumpa pegawai pasal tapak tidak selesai.
Jadi saya minta, kalau boleh koordinasi dahulu dengan jabatan berkenaan, dengan Jabatan Tanah dan Ukur, bahagian-bahagian yang lain supaya kita kenal pasti dahulu dimana kita mahu letak ni. Yang Berhormat, Ketua Menteri sudah announce di Kimanis sebagai KKIP kedua, ataupun di Kudat, Kota Belud ataupun di POIC. Jadi, kita sudah tawarkan, okey ini tempat-tempat kita, kita sedia lot-lot lima ekar, sepuluh ekar, 100 ekar, 200 ekar, kita tawarkan kepada mereka mengikut kesanggupan mereka yang mana satu mereka mahu buat. Tetapi, kalau kita cuma bawa nanti sama juga, rakyat rasmi-rasmi pecah tanah ataupun belum pecah tanah, JV, MOU-MOU tetapi tidak ada yang jalan. Terima kasih.
Untuk Curix ini saya pernah dengar keluhan daripada Yang Berhormat, wakil rakyat Sindumin memang betul ada cadangan begitu tetapi saya check nanti apakah kekangan yang sedang dihadapi mungkin ada beberapa isu yang tertimbul tapi mungkin kita overlook. So, itulah sebab saya katakan dan saya stres tahun ini kita akan memperkasakan State Manufacturing Investment Taskforce. So, agensi ini akan diperkasakan supaya kita mempercepatkan lagi dan memudahcarakan cadangan pelaburan. So, ini adalah satu fokus yang kita kena apa perhalusi..
23/04/2024 -
DARRYL JUDE
– NORMA
So mungkin saya nanti saya boleh bincang dengan Yang Berhormat supaya kita melihat apakah cabaran yang ada dalam cadangan tersebut, okey? Tuan Speaker, so secara keseluruhannya tahun... tahun ini, Kementerian ini akan terus memberi fokus untuk memperkenalkan, mempromosikan Sabah sebagai satu destinasi pelaburan dan kita akan, tahun ini dijangka performance manifacturing sektor perindustrian dan sumbangan kepada KDNK itu akan meningkat dan ianya merupakan satu berita yang baik.
Ianya membuka satu lembaran yang baharu untuk perindustrian kita. So saya akan terus berusaha bersama dengan seluruh Kementerian dan kita ucapkan terima kasih kepada semua idea-idea dan cadangan yang bernas dan baik dari Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya ada apa-apa cadangan ataupun idea berkenaan dengan pelaburan, sudah tentulah kita akan sedia membantu dan berkhidmat, okey? Begitu saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan juga Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas Ucapan Dasar Kerajaan bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas pada 18 April yang lepas. Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di atas
pengumuman pewujudan Pusat Jantung Negara Sabah dengan peruntukan sebanyak RM80 juta, dan ini menjadikan Hospital Queen Elizabeth II sebagai pusat rawatan jantung di negeri Sabah yang baharu.
Sukacita juga saya ingin maklumkan bahawa pemasangan Pad Scan telah pun diluluskan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di bawah Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke-12. Perkara ini adalah perkara ini telah diusulkan kepada Menteri Kesihatan Malaysia oleh saya selaku EXCO Kesihatan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, atas perbincangan dengan Ahli Jemaah Kabinet Negeri Sabah dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah di bawah Pelan Pembangunan SMJ. Kementerian saya juga akan memperkenalkan satu lagi program.
Datuk Menteri.
Kesejahteraan rakyat.
Datuk Menteri, boleh minta penjelasan sedikit? Penjelasan sedikit?
Okey.
Terima kasih Datuk Speaker. Berkaitan dengan PET Scan. Dia ini, ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri ataupun seperti mana yang telah di janji sewaktu saya Ahli Parlimen oleh bekas Menteri Khairy Jamaludin bahawa dia sudah luluskan PET Scan pada tahun 2021? Okey. 22. Maaf. 22 eh 21. So i’m… i’m just wondering adakah ini State ataupun Federal? Sebab saya dapat baca dua hari ataupun empat hari lepas bahawa Menteri ada juga cakap bahawa tiada PET Scan di Sabah and ada keperluannya.
Berkaitan juga dengan IJN Sabah, saya minta penjelasan sahaja. Walaupun kita patutnya ada heart centre, dedicated heart centre tersendiri instead of a take over of
the existing hospital. Adakah rancangan ini juga akan menukar nama Queen Elizabeth II kepada IJN Sabah? Kalau dapat, maintain the name Queen Elizabeth II. Get this money tapi ask the government of Malaysia to buka satu dedicated heart centre. Terima kasih.
Terima kasih penjelasan daripada Moyog. PET Scan ini ada kelulusan daripada Persekutuan sebanyak RM30 juta yang ketika itu semasa, saya rasa zaman Yang Berhormat Datuk KJ. Waktu itu dia menjadi Menteri dan diluluskan waktu itu tetapi perkara ini stranded di Kementerian. stranded kerana apa? Tidak ada yang mengurus. Tiada yang follow up.
Jadi baru-baru ini, baru kita follow up, baru kita dapat peruntukan. Sebab itu kebanyakan projek-projek kita ini mahu kena follow up. Jadi saya bentangkan perkara ini di Kabinet bersama dengan Ahli Jemaah Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa banyak lagi projek-projek kita standard di Kuala Lumpur, di Kementerian. Jadi kita berusaha seperti mana yang saya telah umumkan ataupun buat statement di Lahad Datu bahawa Sabah ini perlukan satu PET Scan. Kerana apa? Di Sabah ini ada MRI. Kita ada CT Scan tetapi kita belum ada PET Scan.
PET Scan ini adalah kegunaannya kepada mereka-mereka penghidap kanser yang tahap satu. Sebab itu ramai rakyat kita penghidap kanser tahap satu ini dihantar ke Kuala Lumpur untuk berubat. Tetapi dalam nisbah sepuluh hanya seorang atau dua orang saja yang sanggup ke Kuala Lumpur kerana tidak mempunyai perbelanjaan. Dan apabila mereka kembali balik ke Hospital Wanita Kanak-Kanak untuk pemeriksaan selanjutnya, mereka sudah mendapat tahap empat kanser. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Sabah ini merupakan penghidap kanser yang terbanyak seluruh Sabah, seluruh negara, bukan seluruh Sabah, seluruh negara sebab itu kita perlukan PET Scan ini.
Sebenarnya PET Scan ini telah pun diluluskan 2021 seperti Yang Berhormat Moyog cakap, memang betul tetapi tidak ada follow up. Kita follow up, baru jadi. Itu pun 30 juta tidak mencukupi. Kita... Kementerian Kesihatan terpaksa berunding dengan EPU untuk menambah 13 juta lagi dan dengan jumlah keseluruhan 43 juta. Ini pun
kalau tidak di follow up pun memang lambat. Sebab itu saya selaku EXCO Kesihatan sentiasa berulang alik ke Kuala Lumpur dan sentiasa berjumpa dengan Menteri.
Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, apabila saya telah membuat statement di Lahad Datu berkaitan dengan PET Scan, barulah Yang Berhormat Menteri Kesihatan tahu bahawa Sabah ini belum ada PET Scan and then dia arah pegawainya untuk call Pengarah HWKKS. Dia bertanya apakah Hospital-Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak di Likas ini belum ada PET Scan? Sedangkan di Sarawak sudah ada dua.
Erti itu Kerajaan Persekutuan pegawai dia tidak buat kerja.
Bukan mungkin. Saya pun tidak tahu Yang Berhormat sesiapa yang tidak buat kerja.
No because.
Sama ada Menterikah, pegawaikah ataupun…
Hairan juga Menteri dia tidak tahu because yang semua dalam rekod yang you know sudah berapa kali dibawa isu ini so saya setuju and good work dan jika mereka tidak berikan duit, kasih pinjam ini Federal Government duit, kasih hutang mereka. You have the money.
Yang Berhormat, saya setuju juga Yang Berhormat Moyog. Kita ikut macam Sarawak, Sarawak dia buat dulu. Baru belakang dia claim macam Institut Jantung Kanser. Dia buat dulu, kemudian baru dia claim. Kalau sekiranya kita punya kewangan di Sabah ini mencukupi, no problem. Sarawak punya kewangan memang mantap. Sabah kita ini oleh kerana pergolakan politik kita yang sentiasa berubah-ubah ini, baru mahu stabil.
Kalau peruntukan kita banyak, no problem macam Sarawak. Mungkin kita lebih hebat daripada Sarawak lagi. Itu PET Scan. Yang kedua, Institut Jantung Sabah ini. Apabila saya menjadi Menteri, saya khuatir juga Yang Amat Berhormat Moyog. Saya hairan kenapa Sabah ini belum ada Institut Jantung Sabah? Selalu saya tanya and then saya tanya Yang Berhormat Menteri Federal Datuk sebelum ini Menteri dulu dan sampai sekarang ini. Saya tanya kenapa Sabah ini belum ada Institut Jantung? Sarawak sudah ada. Semenanjung pun banyak. Pulau Pinang ada. Oh, dia kata pun belum adakah Datuk Seri? Belum ada. Sebab itu saya cakap ramai orang Sabah mati termasuk saya hampir mati. Stage 3, sumbat jantung. Sebab itu saya berupaya mahu supaya jangan lagi ada rakyat Sabah macam saya. Jadi pasal berkaitan dengan Institut Jantung ini Yang Berhormat Moyog kalau kita minta satu bangunan. Saya sudah minta satu bangunan. Yang Berhormat tanya ini Ahli Kabinet ini.
…kampung membayar bil air dari Telupid … 23/04/2024 -
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah memberikan kita sebidang tanah seluas sepuluh ekar untuk pembinaan sebuah Institut Jantung Sabah, di belakang Kastam itu. Tanya Yang Berhormat ini. Itu tandanya keprihatinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Dia bagi Federal, sepuluh ekar tanah untuk pembinaan Institut Jantung Sabah. Tetapi, memandangkan kewangan kita sekarang masih belum orang kata mengizinkan. Maka, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah memberi peruntukan kita sebagai permulaan 80 juta untuk meningkatkan equipment, facilities kita, di Queen 2, Bahagian Perawatan Perkhidmatan Jantung. So, kalau kita minta lebih-lebih pun kegawatan ekonomi kita sekarang untuk membina sebuah Institut Jantung di Sabah ini untuk sendiri memakan belanja lebih kurang 500 hingga satu bilion. Mahal.
Tapi, satu, 500 juta telah diberikan sebagai ubah suai di Johor, Hospital Sultanah. Ubah suai saja, belum pembinaan. 500 juta, baru-baru ini Disember 2023.
Yang Berhormat, itu Johor. Kita ini Sabah. Mungkin di Johor itu mungkin, ya, dia punya ekonomi sudah stabil dan juga ekonomi dia, the politik dia stabil. Kita ini baru bermula. Saya rasa 80 juta itu, daripada langsung tiada, lebih baiklah untuk kita menaik taraf atau meningkatkan kita punya equipment di Queen 2, supaya boleh mengurangkan pesakit kita, pesakit jantung ini untuk dihantar di Kuala Lumpur sebab untuk makluman Yang Berhormat Moyog, setiap tahun kita menghantar lebih kurang 200 orang. 200 pesakit penghidap jantung di Kuala Lumpur.
Jadi, dengan adanya peningkatan equipment rawatan perkhidmatan jantung di Queen ini, mungkin kita boleh reduce kepada 100 orang. Itu sebagai permulaan, bagus kita ambil 80 juta daripada langsung tiada. Kalau kita minta bilion, million pun, 300 juta pun belum selesai. Apa lagi kita minta 500 juta, apa lagi kita minta 600, 1 bilion. Jadi, kita ambil dulu apa yang ada ini untuk menyelamatkan para pesakit yang kritikal sekarang ada di Queen itu. Untuk makluman, ramai pesakit kita yang kritikal berkaitan dengan jantung. Queue. Sudahlah kekurangan pakar, kita queue lagi. Jadi, sepertimana yang announce oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita akan tambah pakar. Jadi sekurang-kurangnya lebih ramailah mendapat rawatan jantung di Queen 2 ini, Yang Berhormat. Okey.
Okey. Memandangkan ada tiga YB saja yang masih stay di sini ini, maka saya jawab tiga orang sajalah. YB Senallang pun sudah pulang, tidak payah dijawab. YB Lamag pun sudah balik dan YB Moyog, berkaitan dengan (tidak jelas) pagi tadi, Yang Berhormat telah mengutarakan berkaitan dengan hospital. Sebenarnya Yang Berhormat, itu bukan hospital. Itu klinik. Klinik Kesihatan Type tiga sebab kadang-kadang ada yang cakap ini klinik. Kita ada tiga kategori kesihatan di Sabah. Satu, hospital. Kedua, kesihatan. Ketiga, klinik desa. Ini ada perbezaan semua ini. Kadang-kadang, bila saya datang di kampung-kampung, hospital-hospital, orang cakap itu hospital sedangkan itu klinik, klinik desa pun kadang-kadang hospital juga orang kampung ini. Jadi, ada tiga dia punya kategori.
Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Moyog, pembinaan klinik kesihatan baru jenis tiga di Penampang ini telah pun diluluskan dalam Rolling 13, lama sudah ini. Ini, apa, rolling, pelan tiga, Rancangan Malaysia ke-12. Memang lama sudah ini, Yang Berhormat. Dulu pun, persidangan dulu pun kita ada sentuh perkara ini. Dulu sebenarnya ini, dulu Kementerian, Kementerian Kerja Raya yang mahu laksanakan, tetapi ada, bila ada undang-undang pula, 50 juta ke bawah ini harus dilaksanakan oleh JKR Sabah. Tukar lagi pelan dia. Berubah lagi dia punya pelan.
Jadi, JKR Sabah yang akan mengendalikan projek ini dan saya difahamkan bahawa projek ini dalam design oleh JKR Sabah dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan untuk makluman Yang Berhormat Moyog, kalau sekiranya Yang Berhormat Moyog ada mahu ada hospital di Penampang, sila sediakan tapak tanah sebab Penampang ini memang wajiblah ada hospital. Tetapi, masalah kita di Kementerian, Kementerian Kesihatan saya difahamkan tidak ada tanah, sekurang-kurangnya ada 20 ekar, 15 atau 20 ekar. Barulah boleh bikin hospital, Yang Berhormat. Jadi, kita minta bantu bantuanlah, Yang Berhormat. Okey. Kemudian, kemudian PET-SCAN sudah jawab. Yang Berhormat, berkaitan dengan Tronglit ini. Berkaitan dengan Klinik Kesihatan Tronglit. YB Sekong, jadi, tidak payahlah saya pakai teks ini Yang berhormat Sekong. Dulu pun saya sudah sentuh juga ini, pasal klinik, Klinik Sekong ini. Dulu, di Tronglit ini ada Klinik Kesihatan, tetapi apabila owner tanah itu meninggal dan dijual kepada orang lain, yang owner baharu ini pula, dia minta pampasan atau minta sewa kepada Kementerian Kesihatan.
Jadi, dia, Kementerian Kesihatan tidak mampu membayar sewa tersebut. Akhirnya, Klinik Kesihatan Tronglit ini telah pun ditutup dan stafnya dipindahkan ke Klinik Desa Karamunting dan sebahagiannya, daripada Sandakan dan kebanyakan. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Sekong, kita ada rancangan untuk membina Klinik Kesihatan Type Tujuh untuk Tronglit. Klinik Kesihatan Tronglit, tetapi memandangkan tanah yang kita ada cuma tiga ekar, kita perlu dua ekar lagi. Jadi kalau Ahli Yang Berhormat mahu cepat Klinik Kesihatan Tronglit dibina, sila beri kerjasama bagi Kementerian Kesihatan tanah sekurang-kurangnya tambah lagi dua ekar jadi lima ekar untuk membina Klinik Kesihatan.
Datuk Speaker, Datuk Menteri, boleh minta penjelasan? Kenapakah Kerajaan tiada reserve tanah? Adakah banyak tanah Sabah sudah di privatise? Tanah milik Kerajaan Sabah sudah di, apa ini, privatise atau pun there’s no more strategik tanah-tanah yang disimpan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Okey, Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat pernah juga membaca saya punya newspaper, news. Saya kata kamu ini tidak kerjakah? Makan gaji buta. Saya rasa Yang Berhormat ada baca, sebab itulah kelemahan kadang-kadang sebahagian pegawai kita. Inilah kelemahan kita seperti Datuk Dr. Yusof, ini apa Sindumin cakap. Kadang-kadang kelemahan pegawai kita juga di bawah ini. Tidak prihatin kepada isu-isu yang perkara-perkara kecil ini, sebab berapa banyak pun peruntukan yang diberikan oleh Federal kepada kita, tetapi perkara pokok seperti tanah ini kita tidak selesaikan terlebih dahulu, tidak guna. Beratus bilion pun peruntukan dihantar ke Sabah, tetapi sekiranya perkara asas ini kita tidak boleh selesaikan, tidak akan jadi. Sebab itu kita jadi miskin.
Bagaimana dengan reserve land yang telah disimpan sebagai tanah Kerajaan Sabah? Semua hilang sudah ataupun.
So, notes sekarang ini Yang Berhormat, baru kita selesaikan perkara ini di bawah Sabah Maju Jaya, kita selesaikan perkara ini. Kalau dulu antara State dengan Federal, kadang-kadang confuse. Macam mana cara penyelesaian tanah ini. Tetapi baru-baru ini, kita ada tiga kali mesyuarat berkaitan dengan tanah saja. Saya yang jadi chair, walaupun bukan kuasa saya. Tapi, saya jadi chair. Sebab saya berpandangan bahawa, kalau kita tidak urus tanah ini dengan segera, semua projek-projek di Sabah ini tidak akan berjalan. Itu membuatkan kita ini masih miskin sebab apa? Perkara-perkara asas ini kita tidak selesaikan terlebih dahulu.
Minta penjelasan bah. Saya setuju.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, prihatin. Inilah masalah kita. Tadi, saya bagi tahu dengan Kementerian Perusahaan. Bila kita bawa pelabur, kita tiada sedia tapak. Pelabur yang cari tapak. Bila kita mahu buat bangunan pun, tidak ada tapak.
Baru mahu tercari-cari, sepatutnya kita mencari tapak dahulu. Tapi saya setuju dengan Yang Berhormat, di daerah kawasan tertentu memang semua orang punya sudah. Jadi, kita kena, Kerajaan tidak boleh bagi tapak, itu yang pertama. Yang kedua, masa saya Menteri Pelajaran dahulu, ada 400 lebih sekolah di Sabah ini tidak selesai tapak. Saya minta task force untuk selesaikan dapatkan tapak dan sekarang saya tidak tahu apa kedudukan, sama ada sekolah-sekolah itu selesaikah tidak soal tapak. Saya setuju dengan Yang Berhormat, klinik-klinik saya rasa banyak yang tidak selesai tapak juga. Jadi, apa lagi untuk yang bangunan baru. Saya setuju. Terima kasih, Yang Berhormat kerana prihatin yang ini. Kita teruskan di bawah Kerajaan GRS ini, selesaikan yang tertangguh ini.
Untuk makluman Datuk Speaker, saya juga menyeru kepada mana-mana jabatan, agensi kerajaan yang masih mempunyai masalah tanah. Sila rujuk dengan Jabatan Pendidikan Sabah. Mereka adalah master dalam pengurusan tanah ini sekarang. Kerana apa? Saya chair, I know ini problem ini. Sila rujuk dengan Jabatan Pendidikan Sabah. Mereka tahu macam mana cara mengurus tanah-tanah ini sebab mereka sudah ada pengalaman dulu yang… 23/04/2024 -
– NUR FATIN
…paling teruk Kementerian Pendidikan. Tetapi mereka dapat menyelesaikan semua tanah-tanah mereka dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana berjaya menyelesaikan tanah-tanah mereka di Sabah ini. Okey, berkaitan dengan Yang Berhormat daripada Telupid.
YB Menteri, mohon mencelah. Terima kasih YB Menteri. Terima kasih Tuan Speaker. Jika sekiranya kita menghadapi masalah untuk penambahan dua ekar tanah di Pulau Tronglit di kawasan yang sekarang merupakan tapak untuk klinik itu, apakah YB Menteri bersetuju dengan cadangan sementara tidak ada tanah? Maka, Kerajaan perlu pertimbangkan untuk membina juga klinik di situ walau dengan keluasan tiga ekar kerana itu lebih baik daripada
membiarkan rakyat di Kepulauan Sekong pergi dari kepulauan-kepulauan tu ke klinik terdekat di PPR Batu Sapi ataupun hospital. Jadi, mohon pertimbangan daripada YB Menteri. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat. Untuk perkara ini, saya akan berjumpa dengan pegawai saya sebab dalam klinik kesihatan ini kita bermacam-macam type. Ada type enam, type tujuh, type enam, ada macam-macam dia punya kategori dan saya akan berbincang. Insya-Allah, Yang Berhormat Sekong kita pun kawan juga bila lagi boleh bantu classmate, schoolmate. Jadi, insya-Allah saya akan bantu sehabis baik sahabat saya daripada Sekong. Insya-Allah, tiada masalah. Don’t worry. Berkaitan dengan dua perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada Telupid berkaitan dengan; Pertama sekali, pusat dialisis. Untuk makluman, setakat ini ada sepuluh pesakit dialisis di Telupid. Lima sedang mendapat rawatan di Sandakan dan lima mendapat rawatan sendiri di rumah dan saya telah berbincang dengan KKM dan JKNS sebentar tadi bahawa permintaan Yang Berhormat untuk mengadakan perkhidmatan dialisis di Klinik Kesihatan Telupid telah pun kami luluskan. Syabas dan tahniah. Perkara yang kedua berkaitan dengan…
Terima kasih, Menteri. Terima kasih.
Perkara yang kedua berkaitan dengan Pegawai Kebajikan yang bertindak kasar di Telupid. Saya telah pun berbincang dengan Pengarah saya bahawa pegawai tersebut akan diambil tindakan sekiranya pegawai tersebut benar-benar melakukan perkara sepertimana yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat pada persidangan Pembentangan Ucapan Dasar Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi, untuk menjawab soalan ADUN Dilantik berkaitan dengan penderaan. Mana sudah? Jadi tidak payah jawablah kan? Sudah pulang. Datuk Speaker. Datuk ADUN
Dilantik pun sudah pulang. Ini tidak payah saya jawablah. Dijawab secara bertulis saja.
Datuk. Datuk Menteri. Menteri.
Teruskan YB Menteri. Kalau mahu berjawab bertulis, silakan.
Yang mengenai dengan laporan ataupun kenyataan saya mengenai pegawai. Sebenarnya, saya tidak mention di Telupid tetapi memang bila Telupid bercakap memang persepsi itu memang staf dari Telupidlah. Tetapi, oleh kerana Menteri sudah katakan dari Telupid. Sebenarnya beberapa kejadian ini telah berlaku cuma saya diamkan saja saya minta supaya pegawai itu ditegur oleh atasannya. Jadi, saya tidak mahu pula nanti saya kena label memburuk-burukkan kakitangan kerajaan yang menjadikan pegawai-pegawai kerajaan di kawasan ini memandang tidak baik, masam muka dengan saya tetapi apa yang saya nyatakan di sini, Datuk Menteri dan Datuk Speaker, bahawa perkara ini memang satu tahun, dua tahun yang lalu sudah. Saya diam saja dan sampai satu tahap saya bawa di Dewan Undangan Negeri. Jadi, minta maaf Menteri kerana perkara ini saya bawa di dalam Dewan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Telupid. Datuk Speaker, bagi soalan-soalan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan mengemukakan jawapan secara bertulis dan sebelum saya mengakhir ucapan saya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin dan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya ingin memanggil YB Menteri Belia dan Sukan untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Terima kasih.
15 minit YB Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Esa kerana kita berkesempatan untuk berhimpun dalam Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Keenam Belas.
Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas pada 18 April 2024 baru.
Dalam Ucapan Dasar tersebut, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah telah turut menyentuh mengenai pembangunan belia dan pembangunan sukan. Pada mesyuarat kali ini, Kementerian saya telah menerima enam pertanyaan lisan dan 17 pertanyaan bertulis daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terdapat juga soalan-soalan tambahan telah dikemukakan selepas saya menyampaikan jawapan-jawapan lisan ataupun semasa perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Setakat ini, Kementerian saya telah menerima lima isu yang dibangkitkan oleh lima orang Ahli Yang Berhormat. Sehubungan dengan ini, berikut adalah penjelasan kepada isu-isu tersebut.
Merujuk kepada cadangan Ahli Yang Berhormat Liawan, supaya perlu ada hala tuju untuk meningkatkan potensi belia lebih berinovasi. Sukacita saya maklumkan bahawa Kementerian saya sudah ada dasar belia Sabah yang memberi tumpuan kepada 12 elemen, iaitu kepimpinan, perpaduan, pendidikan, keunggulan personaliti, integriti, kesejahteraan ekonomi, kesukarelawan, kerohanian, kemahiran dan pembangunan keusahawanan, pengetahuan, persekitaran dan keyakinan.
Bagi mencapai setiap elemen ini, Kementerian saya telah menyediakan pelan strategik pembangunan belia Sabah bagi tempoh setiap lima tahun. Pelan strategik ini menjadi panduan kepada Kementerian saya untuk mencapai hala tuju pembangunan belia yang dirancang setiap tahun.
Bagi menjawab pertanyaan oleh Ahli Yang Berhormat Kemabong mengenai peruntukan menaik taraf padang Pekan Kemabong, terutamanya pembinaan astaka. Perkara ini sudah pun diambil perhatian dan akan disenaraikan dalam program naik taraf padang bola sepak luar bandar dalam Rancangan Malaysia ke-13. Menjawab kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Elopura dan untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, pada masa ini belum ada peruntukan tersedia bagi membaik pulih gelanggang tinju dan papan markah elektronik yang terdapat di Kompleks Sukan Sandakan. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah pun membuat lawatan pemantauan awalan bersama pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mengenai keperluan naik taraf semua kemudahan di Kompleks Sukan Sandakan. Pihak Kementerian mengambil maklum perkara ini dan akan memasukkan perkara ini dalam cadangan naik taraf kemudahan pada masa hadapan untuk tujuan permohonan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuklah cadangan pembinaan bumbung kolam renang, naik taraf bilik gimnasium, pemasangan lampu limpah di padang bola sepak sintetik dan naik taraf peralatan di dewan gimnastik.
Sebagai respon kepada Ahli Yang Berhortmat Telupid dan Ahli Yang Berhormat Sindumin, untuk Kementerian mewujudkan pangkalan data atau job centre bagi para belia mendaftar sebagai pencari kerja dan pencari pekerja. Kementerian saya akan memperhalusi cadangan tersebut dengan kerjasama kementerian dan agensi-agensi lain.
Jika masih ada soalan-soalan yang tidak sempat saya jawab, akan menjawab secara bertulis atau sekiranya ada antara yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ingin bertanya, atau meminta penjelasan lebih lanjut mengenai perkara yang berkaitan dengan belia dan sukan, saya alu-alukan untuk menghubungi saya dan pegawai-pegawai saya di Kementerian Belia Dan Sukan.
Datuk Speaker, untuk makluman, Kementerian saya akan terus komited untuk memastikan pembangunan belia dan sukan di Sabah akan terus ditadbir dengan urus dengan cemerlang.
Pada tahun ini, pelbagai program telah dirancang yang kebanyakannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup belia dan prestasi sukan sepertimana yang digariskan dalam Dasar Belia Sabah dan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030. Pada tahun ini…
...di Sabah ini, dalam hal ini dan setakat 23/04/2024 -
- MOHELENA
– NORMA
…atlet negeri Sabah akan menyertai Sukan Malaysia atau SUKMA di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 dengan misi untuk mencapai sasaran 40 pingat emas dan berada dalam kedudukan kelima negeri terbaik. Manakala Para SUKMA yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 September 2024, akan berusaha untuk mengekalkan kejuaraan yang telah dicapai pada Para SUKMA 2022. Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Kotobian Tagazo Do Kaamatan kepada semua yang hadir yang berada di Dewan yang mulia ini dan kepada seluruh rakyat Sabah di negeri Sabah. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Menteri Belia dan Sukan. Seterusnya, saya memanggil Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.
Sempat lagikah tu, tuan Speaker?
Sepuluh minit Yang Berhormat Menteri.
Okey. Terima kasih Tuan Speaker. Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wasyukur lillah Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, waba’.
Tuan Speaker merujuk Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama berhubung modal insan dengan pengumuman MOSTI peralihan sejumlah dianggarkan 86 juta pekerjaan sedia ada kepada anggaran 169 juta pekerjaan berciri STIE dan STEM dengan revolusi industri 4.0 menjelang 2023 negeri Sabah yang juga tidak asing lagi berada di mata dunia pelaburan antarabangsa.
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menyahut seruan Tuan Yang Terutama ini, dan kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas… atas ucapan dasar berkenaan yang sangat menarik dan bernas. Telah pun merangka pelan tindakan secara berperingkat dengan meneruskan usaha pembudayaan sains melalui Program Pembudayaan dan Pengadaptasian Sains Teknologi dan Inovasi. Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik (STEM) dengan kolaborasi rakan strategik daripada Kerajaan Persekutuan, serta agensi dalam dan luar negara dengan objektif untuk memupuk minat di kalangan pelajar meminati aliran sains, yang kebelakangan ini menghadapi jumlah menurun sepertimana saya sebutkan pagi tadi, untuk menjawab soalan daripada rakan Ahli Dewan Undangan.
Antara program pembudayaan STEM yang akan dilaksanakan termasuk Pameran Sains Bergerak, festival STEM, iaitu kita memberikan peruntukan semua PPD untuk mengadakan Program Festival Sains di seluruh daerah di 24 pejabat pendidikan daerah. Kita sediakan RM20,000.00 untuk program berkenaan. Program STEM bersama Uni Sains, UMS kita juga mengadakan STEM Program STEM bersama MOSTI, Karnival Sains Sabah kerjasama kementerian dengan Guangzhi Science and Technology Museum akan diteruskan dalam tempoh tiga tahun. Pelancaran Mobile Exhibition tersebut telah pun dilancarkan 27 Disember 2023 dan melibatkan penempatan lebih 60 bahan pameran berciri STIE di Perpustakaan
Negeri Sabah, cawangan Tanjung Aru dengan jumlah pengunjung yang direkodkan sebanyak 1,005, 597 orang.
Setakat 2,000, 29 Februari jelajah ini bakal diteruskan ke daerah-daerah yang lain termasuk selepas ini di Tambunan yang akan dilancarkan 16 Mei 2024. Kementerian turut mengambil inisiatif dalam memperkasakan peranan Perpustakaan Negeri Sabah, dalam sebagai wadah untuk pengembangan ah, termasuklah STEM dan Pusat Sains Keningau adalah pusat sains yang pertama di Malaysia yang dibina dalam bangunan perpustakaan dan majlis perasmian pusat sains ini telah pun dilaksanakan Disember 2023 oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri mewakili Yang Berhormat Ketua Menteri.
Di samping itu, kementerian juga berjaya mendapat persetujuan pembinaan pusat sains di Perpustakaan Negeri Sabah, cawangan Tawau dan Sandakan yang berjumlah 10.2 juta daripada PETRONAS Tuan Speaker.
Tuan Speaker, kementerian juga berusaha menubuhkan Pusat Sains Negara, cawangan Sabah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Tapak lokasi pusat sains telah dikenal pasti di kawasan Kota Kinabalu dan ketika ini berada dalam proses pewartaan. Inisiatif ini juga salah satu daripada usaha kerajaan yang komited dalam memperkasa STEM melalui penyediaan fasiliti berciri STIE. Tuan Speaker, agensi di bawah KSTI ialah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM). Untuk tahun ini merancang program-program berhubung dengan, yang berhubung dengan jabatan berkenaan iaitu Pengurusan Sumber Manusia. Satu, melalui Sabah Talent Entrepreneur Programme (STEP) 2024. Kita ada tiga kursus yang dia telah disusun. Demikian juga Programme High Impact Training Programme, JPSM akan menjalankan lima kursus. Ini semua adalah untuk sumber manusia.
Pada tahun ini, JPSM merancang untuk TVET Sabah, merancang untuk TVET Sabah, iaitu penubuhan Majlis TVET Sabah dan ini mudah-mudahan akan dapat memperkasa lagi usaha kita. Perancangan untuk Karnival Kerjaya juga telah kita susun sejumlah tujuh program pada tahun ini. Insya-Allah.
Tuan Speaker, Perpustakaan Negeri Sabah memikul tanggungjawab dalam meningkatkan pembangunan modal insan dan ini juga adalah telah kita rancang dengan ah, pembinaan perpustakaan baharu, sedang giat dibina sebagai contoh perpustakaan cawangan Kunak, siap 8, 58% perpustakaan cawangan Tenom 24.26%. Manakala bangunan perpustakaan cawangan Kota Marudu akan mulai dibina pada tahun ini. Tidak lupa Tuan Speaker, kawasan luar bandar pembinaan bangunan baharu Perpustakaan Desa di Lubok Darat Sipitang dijangka siap pada bulan Jun dan setakat ini 16.98% telah siap. Tiga projek pembinaan bangunan Perpustakaan Desa seperti Kampung Entilibon Tongod, Kampung Kerakit Banggi, dan Kampung Larapan Hujung, Semporna telah diserahkan kepada pihak JKR. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan SMJ, KSTI menyokong penuh usaha kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri Sabah, melalui intervensi yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KSTI dari aspek keusahawanan dan peluang pekerjaan. Antara intervensi yang dilaksanakan daripada pihak KSTI adalah melalui Program Keusahawanan Sosial yang disasarkan kepada golongan e-Kasih seperti Sabah Talent Entrepreneur Programme (STEP), Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS), penubuhan Program Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional dan lain-lain yang dikendalikan di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Tuan Speaker, pada masa ini kementerian sedang menjalankan kajian kemungkinan terhadap potensi pembangunan industri angkasa Sabah bersama dengan Malaysian Space Agency (MYSA). Industri ini berpotensi melonjakkan hasil negeri yang lebih berimpak tinggi berbanding hasil industri minyak dan gas. Hasil kajian sangat realistik disebabkan kedudukan geografi yang hampir dengan garisan khatulistiwa dan pasaran angkasa dunia adalah pesat membangun. Oleh itu ia sangat memberangsangkan. Di samping pertumbuhan sumber dan kutipan hasil negeri, pembangunan industri angkasa di Sabah sudah tentu berpotensi untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori sama ada golongan profesional, vokasional mahupun teknikal. Pembangunan Industri Tempatan dan Logistik akan turut menerima faedah dari perkembangan industri angkasa di Sabah. Dengan peralihan pekerjaan conventional ke pekerjaan sains teknologi dan inovasi KSTI, dan Science Technology Engineering and Mathematic (STEM) menjelang
2023 seperti diumumkan oleh MOSTI. Inisiatif ini, ini akan memenuhi keperluan pembangunan sumber manusia di Sabah. Pembangunan Pusat…
YB Menteri. Masa persidangan hampir tamat. Boleh habiskan ayat terakhir dan sambung besok?
Ya saya jawab. Berapa minit lagi?
Satu minit.
Satu minit. Saya sambung besoklah. Itu sahaja Tuan Speaker.
Okey, kita sambung esoklah.
Terima kasih.
Terima kasih YB Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan masa hari ini sudah cukup maka Dewan ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, 24 April 2024. (Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6.30 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Rabu, 24 April 2024 pukul 10.00 pagi.”
SDN23042024/bnm