Sabah · 22 April 2024

16th Assembly, 5th session · not final · 424 turns · 57,235 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pemasyhuran dari Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran dari Tuan Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Ketiga dan Mesyuarat Khas, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Keenam Belas, yang lalu seperti berikut: 1) Enakmen Perbekalan 2023-2024; 2) Enakmen Fatwa pindaan 2023; 3) Enakmen Mahkamah Syariah pindaan 2023; 4) Enakmen Yuran pindaan 2023; 5) Enakmen Pentadbiran Luar Bandar pindaan 2023; 6) Enakmen Suruhanjaya Tenaga Elektrik pindaan 2024; 7) Enakmen Bekalan Elektrik 2024; dan 8) Enakmen Tenaga Boleh Baharu 2024.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini, daripada Yang Berhormat kawasan N.25 Kapayan yang tidak dapat hadir daripada 18 April 2024 hingga 25 April dan telah meluluskan permohonan cuti tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan Peraturan Tetap 17(1) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentang pada persidangan kali ini, iaitu Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Kementerian Agensi Negeri Sabah

tahun 2022, Perintah Cukai Jualan Negeri, Kadar Cukai 2024 dan Sijil-sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada yang berikut:

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta semua ahli keluarga atas kembali, kembalinya ke rahmatullah ayah mertua kepada Tuan Yang Terutama dan ayahanda kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan yang dikasihi, Almarhum Tan Sri Rasan Majanun Jasni. A.K.A R.M Jasni mantan ADUN Bingkor pada 16 Januari 2024 bersamaan 4 Rejab 1445 Hijrah yang lalu. Kedua, Yang Berhormat Datuk James Ratib dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda yang dikasihi Almarhum Ratib bin Jikrun pada 3 Februari 2024 bersamaan dengan 22 Rejab 1445 Hijrah yang lalu, dan yang ketiga, Yang Berbahagia Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup dan semua ahli keluarga atas pemergian suami dan ayahanda yang dikasihi. Mendiang Tan Sri Datuk Seri Penglima Joseph Kurup, mantan ADUN Sook, mantan MP Pensiangan, mantan Menteri Persekutuan dan mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah pada 17 April 2024.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang meraikannya.

Alhamdulillah Istiadat Pembukaan Penggal DUN Kelima ini, telah pun disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri pada 14 April 2024 yang lalu. Istiadat tersebut kemudian diteruskan dengan penyampaian dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama. Mesyuarat pertama bagi penggal kelima ini dijadualkan berlangsung selama empat (4) hari bermula pada hari ini, 22 April 2024 hingga 25 April 2024 seperti yang ditetapkan dalam aturan urusan mesyuarat, persidangan akan dimulakan dengan sesi soal jawab. Kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan ke atas usul, ucapan terima kasih atas ucapan dasar Kerajaan, dan mempertimbangkan Rang Undang-undang dan seterusnya urusan Kerajaan yang lain.

Besarlah harapan saya di bulan yang mulia ini, agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menghormati Dewan ini dengan memastikan perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat dilakukan dengan keadaan tertib dan berhemah selain mempamerkan kematangan termasuk menjaga kesopanan dan kesusilaan semasa berucap atau berbahas. Di samping itu juga saya berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat menghormati masa yang telah ditetapkan untuk berbahas bagi memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Dewan adalah satu forum tertinggi lagi mulia untuk kita sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah rakyat dan memajukan Negeri Sabah ini. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk mempersendakan ataupun memperlekehkan sebarang program atau tindakan yang dibuat atau dilaksana yang mana ialah untuk kepentingan rakyat Sabah sendiri. Oleh itu, marilah bersama-sama kita mengingatkan diri bahawa semua jawatan yang kita pikul pada hari ini adalah amanah yang sangat berat, dan oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua anggota pentadbiran Kerajaan agar menunaikan amanah kepimpinan ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah.

Semoga kita semua diberi kekuatan dari Allah S.W.T agar sentiasa dipandu dengan hidayah-Nya dalam melaksanakan kewajipan pemerintahan ini. Setiausaha, sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Sebelum saya memulakan, menjemput Ahli Yang Berhormat untuk soalan yang pertama. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa-mahasiswi daripada UITM Sabah, yang berada bersama kita pada pagi ini, di galeri…

Speaker

Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat daripada Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor satu.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Kerajaan Membawa Sabah Keluar Daripada Kedudukan Tercorot Negeri Miskin Di MalaysiaQuestions

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

*1.

YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah langkah kerajaan dalam usaha membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Speaker

Silakan Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 49, 55 dan 65 pada hari ini, 22 April 2024 memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sekong, Sungai Manila, Lamag dan Moyog serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri komited dalam usaha menangani isu kemiskinan di negeri ini melalui Pelan Pembangunan SMJ yang berteraskan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

Perkara ini juga adalah selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan dalam menoktahkan miskin tegar di Malaysia. Secara prinsipnya, pengukuran kadar kemiskinan yang diguna pakai adalah berdasarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk kemiskinan mutlak dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan untuk mengukur kemiskinan tegar. Bermula tahun ini pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2020 - 2022 yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537.00 kepada RM2,742.00. Manakala pendapatan garis kemiskinan makanan meningkat daripada RM1,179.00 kepada RM1,218.00.

Sebagai tambahan kepada definisi kemiskinan sedia ada, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) telah mengambil langkah proaktif dalam memperhalusi definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar di negeri ini melalui tambahan seperti kemiskinan tegar, iaitu pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmatan

asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftaran kelahiran serta tahap pendidikan. Secara asasnya, golongan miskin tegar adalah mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan sendiri berdasarkan kepada indikator negeri Sabah seperti tidak memiliki rumah sendiri, tiada pemilikan tanah untuk diusahakan, masih menggunakan peralatan tradisional dalam kehidupan seharian serta akses kepada pendidikan. Justeru, Kerajaan Negeri telah menetapkan log figure yang direkodkan dalam sistem e-Kasih bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah yang melibatkan 22,510 Ketua Isi Rumah atau KIR dan 94,315 Ahli Isi Rumah atau AIR.

Tuan Speaker, dalam usaha Kerajaan Negeri bergerak dalam Program Kemiskinan Tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaian untuk disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah dikenal pasti. Sekretariat SMJ bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah telah memulakan kerja verifikasi lapangan data e-Kasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaian kepada golongan miskin tegar di negeri ini. Setakat 31 Mac 2024 angka log figure ini di dalam sistem e-Kasih merekodkan penurunan sebanyak 42 peratus yang masih berstatus miskin tegar adalah seramai 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR). Namun demikian, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan Ahli Isi Rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima atau ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain. Bagi penyelarasan Program Kemiskinan Tegar di negeri ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun tahun 2025. Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Program jangka masa pendek merangkumi lima program, iaitu Program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO, MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri. Manakala Program jangka masa sederhana melibatkan lima

program. Antaranya, MySMJ: Tani, MySMJ Mikro, Rumah Mesra SMJ, MySMJ: Tour dan MySMJ: Care. Bagi jangka masa panjang, terdapat dua program, iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka.

Secara prinsipnya, bagi tujuan pemadanan atau intervensi bantuan yang bersesuaian kepada miskin tegar, program ini akan meliputi lima aspek utama, iaitu pekerjaan, keusahawanan, perumahan, pendidikan dan kebajikan. Bantuan atau intervensi ini akan melibatkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, syarikat swasta dan pemain-pemain industri. Setakat ini sebanyak 27 agensi pemberi bantuan telah menyatakan komitmen dalam program ini yang terdiri daripada sepuluh Kementerian Negeri Sabah, sembilan agensi Kerajaan Negeri, tujuh agensi Kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri.

Tuan Speaker, salah satu program di bawah Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah adalah Program MySMJ Kerja. Faktor akses peluang pekerjaan kepada golongan miskin ini juga telah dikenal pasti dalam isu yang membelenggu golongan ini. Berdasarkan data log figure, didapati sebanyak 9,215 KIR atau 41 peratus tidak mempunyai sebarang sijil pelajaran. Perkara ini telah mengekang… 22/04/2024 -

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

… kepada keupayaan Ketua Isi Rumah (KIR) untuk mencari peluang pekerjaan sehingga terpaksa melakukan kerja bermusim seperti nelayan, petani dan pekerja buruh di kampung. Oleh yang demikian, Program MySMJ Kerja ini akan menumpukan kepada usaha memberikan peluang pekerjaan kepada Ketua Isi Rumah atau (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih untuk diberikan peluang pekerjaan dalam usaha memberikan sumber pendapatan dan peningkatan ekonomi kepada golongan miskin tegar di negeri ini.

Sebagai langkah memperkasakan program ini, pihak sekretariat SMJ juga telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 13 Februari 2024 yang lalu. Perjanjian ini merupakan kerjasama dalam memperkukuhkan program menoktahkan miskin tegar di negeri

Sabah. Kerjasama ini meliputi pelaksanaan Program Sosial Synergy, Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial dan Program Intervensi Pasaran Kerja. Pejanjian ini telah menyaksikan kerjasama sekretariat SMJ dan PERKESO dengan penganjuran karnival kerjaya MYFuture Job, OKU, TVET dan miskin tegar 2024 yang pertama pada 2 Mac 2024 yang lalu bertempat di Dewan Sri Sulaman, Tuaran dan telah disertai oleh 15 majikan di negeri Sabah.

Kerjasama ini juga akan menyaksikan, penganjuran mini karnival kerjaya di kawasan pedalaman Sabah dalam usaha memberikan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar yang tidak mempunyai kemudahan asas untuk ke pekan atau bandar terdekat bagi menghadiri sesi temu duga. Program ini akan dilaksanakan di seluruh daerah sepanjang tahun ini. Sekretariat Sabah Maju Jaya juga telah menjalinkan kerjasama bersama pelabur dan pemain-pemain industri di Sabah dalam usaha memberikan peluang pekerjaan kepada Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah miskin tegar di negeri ini.

Setakat ini, Syarikat SBH Kibing Solar Sdn Bhd telah melantik seramai 71 anak-anak dari golongan miskin tegar pada bulan Januari yang lalu. Syarikat SBH Kibing juga komited untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam melantik golongan miskin tegar dengan beberapa perancangan dan siri temumduga yang telah dirancang pada tahun ini. Beberapa siri libat urus juga akan diteruskan dengan hasrat pemain-pemain industri di negeri ini turut serta dalam memberikan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan menyumbang dalam negeri ini. Syarikat Kim Teck Chong Sdn Bhd dan Kumpulan BTC Berhad telah menyatakan komitmen kepada Kerajaan Negeri dalam pelantikan anak-anak miskin tegar di syarikat masing-masing.

Syarikat berkepentingan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, juga menyokong usaha dalam pemberian pekerjaan kepada golongan miskin tegar di negeri ini. Antaranya ialah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah melantik seramai 12 Ketua Isi Rumah yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dan petugas keceriaan untuk ditempatkan di sekolah agama negeri Sabah. Yayasan Kebajikan telah melantik satu Ketua Isi Rumah sebagai pemandu dalam Lembaga Industri Getah (LIGS) juga menyatakan

komitmen untuk melantik sebanyak 100 Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah miskin tegar dan seramai 3 Ketua Isi Rumah akan dilantik oleh pihak LIGS dalam masa terdekat.

Seterusnya, pihak sekretariat SMJ juga telah melantik 73 anak-anak miskin tegar untuk bertugas sebagai pegawai MySMJ Profiling dan ditempatkan di semua pejabat daerah negeri Sabah. Dalam pada itu, saya juga menyarankan supaya sebahagian daripada wang zakat yang diterima oleh Majlis Agama Islam Sabah digunakan untuk membasmi miskin tegar di negeri Sabah. Saya yakin agenda dan inisiatif program menoktah miskin tegar di negeri Sabah akan terus diperhebatkan dengan beberapa perbincangan bagi mewujudkan program ini. Antaranya ialah dengan Yayasan Petronas, SK Nexilis Sdn Bhd, Kumpulan BTC, dewan-dewan perniagaan serta pemain industri yang lain. Secara prinsipnya, program yang dirangka oleh Kerajaan Negeri adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya melalui tiga teras utama, iaitu sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan juga teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dan juga jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau. Tuan Speaker, Kerajaan Persekutuan juga sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan seperti Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan. Bagi Program Inisiatif Pendapatan Rakyat, program ini terbahagi kepada empat, iaitu Inisiatif Usahawan Tani, Inisiatif Usahawan Makanan, Inisiatif Operator Perkhidmatan dan Inisiatif Basmi Miskin Tegar. Antara projek yang sedang dilaksanakan di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat adalah Projek Penanaman Cili Bara Secara Polibag menerusi program pembasmian kemiskinan tegar di Kampung Pelakat, Sipitang, Program Penanaman Nenas MD2 melalui INTAN di Kampung Gana, Kota Marudu, serta Projek Rintis Vending Machine di bawah INSAN di Universiti Malaysia Sabah. Manakala bagi Program AET pula, Kerajaan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) melaksanakan Program Penanaman Nenas MD2 di Pulau Banggi. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini. Saya juga berharap dan menyeru agar lebih banyak lagi syarikat-syarikat di negeri ini akan tampil ke hadapan dengan turut serta dan menyumbang kepada Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada golongan miskin

tegar ini dalam usaha merealisasikan program menoktahkan miskin tegar di negeri Sabah menjelang penghujung tahun 2024 atau tahun 2025. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekong ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas penjelasan yang detail itu. Namun, saya mohon bertanya pencerahan ataupun penjelasan berkaitan ekoran berlakunya kontradiksi kenyataan antara Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Ekonomi berkaitan data kemiskinan di Sabah ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih ahli daripada Sekong. Ya, di dalam Parlimen telah dinyatakan oleh Menteri Ekonomi data dan juga bilangan miskin tegar di negeri Sabah. Tetapi mungkin, data yang diberikan itu adalah data yang terdahulu daripada sebelum dikemaskinikan sekarang ini dan setelah dikemaskinikan kita telah dapat menurunkan sehingga 12,555. Itulah data yang telah diverifikasi oleh Pejabat ICU negeri dan Perdana Menteri dan Jabatan Pembangunan Negeri.

22/04/2024 -

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Serta pejabat daerah, serta Sekretariat SMJ. Jadi kita berpegang kepada data yang terbaru ini kerana inilah yang telah didapati sehingga pada 31 Mac yang lalu. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker.

Speaker

Saya bagi Moyog sebab ada soalan dia, dia jawab sekali ya. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih juga Yang Amat Berhormat. Boleh minta penjelasan dengan apa yang telah diberikan oleh Ketua Menteri tadi, bahawa apakah pendapatan isi rumah minimum

yang disasarkan oleh Kerajaan Sabah di lapan (8) daerah termiskin di Sabah itu dan bolehkah Ketua Menteri mengesahkan bahawa ada kaitan dengan kita punya lack of skilled forces in the labour market di Sabah? Di mana dalam laporan labour survey 2022, 1.856 juta pekerja di Sabah, hanya 20% ada foam education selepas sekolah menengah. Maka 45% hanya ada sekolah menengah dan di bawah itu 23.4% daripada 1.8 juta ini hanya ada Primary School Education ataupun Sekolah Rendah. So, ini ada kaitan dengan kemiskinan juga because they have no skill. Apakah dasar dan polisi Kerajaan untuk meningkatkan skill mereka supaya mereka dapat keluar daripada masalah gaji dan masalah dilabelkan sebagai yang not high income atau pun middle income workforce di Sabah supaya kita dapat menyelesaikan masalah kemiskinan di Sabah. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih, ahli daripada Moyog.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita mempunyai definisi kemiskinan ini. Dia terdiri daripada miskin, miskin relatif, miskin mutlak dan miskin tegar. Apa yang kita perkatakan tadi ini adalah miskin tegar di mana pendapatan ketua isi rumah atau ahli isi rumah itu tidak lebih daripada RM1,218.00 sebulan. Jadi di bawah itu adalah miskin tegar, manakala di atasnya kita ada miskin mutlak. Makna dia miskin ini dimana-mana pun ada tetapi yang kita mahu menoktahkan adalah mereka yang dalam kategori e-Kasih ini yang miskin susah cari makan ini. Jadi inilah usaha kita, kemiskinan ini adalah isu sejagat. Isu yang telah wujud sekian lama kerana rakyat kita ada yang tidak produktif, tidak ada pendidikan, tidak ada bermacam-macam kemudahan. Jadi kita akan cuba usahakan yang terbaik dan saya minta kerjasama semua pemimpin-pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat kita dari setiap kawasan supaya memastikan apa juga usaha kita untuk mengatasi masalah ini.

Memang ini satu masalah kemanusiaan. Kadang-kadang ada dibantu oleh kerajaan, dia tidak mahu kerja. Jadi bagaimanapun usaha kerajaan kalau orang yang terlibat tidak mengambil inisiatif sendiri, memang agak sukar tetapi kita mempunyai usaha-

usaha yang khusus untuk membantu miskin tegar ini keluar daripada masalah kemiskinan tegar ini. Mereka boleh naik menjadi miskin biasa, jadi kadang-kadang kalau mereka tidak bekerja dia akan balik jatuh kepada miskin tegar. Jadi ini satu usaha yang bersepadu yang perlu mendapat kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan pimpinan kita di semua peringkat dan juga saya telah meminta supaya syarikat-syarikat yang ada di Sabah ini sama ada besar atau kecil supaya mengambil senarai dalam e-Kasih ini supaya mereka bekerja di syarikat mereka. Kalau syarikat kecil pun boleh ambil satu (1) orang, bayangkan kita ada ribuan syarikat-syarikat di Sabah ini. Kalau besar mungkin dia boleh ambil 2, 3, 5 itu kerja sebagai tukang sapu, pembantu pejabat ataupun macam-macam.

Jadi bagi saya isu kemiskinan tegar ini perlu kita usahakan bersama. Kita jangan jadikan ini sebagai satu (1) isu kerana ini isu secara umum. Rakyat kita. Jadi itu yang saya haraplah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Ketua Menteri. Penjelasan lagi. Tadi Ketua Menteri telah cakap bahawa data yang diperolehi ataupun dikenal pasti adalah melalui berdasarkan ketua isi rumah. Adakah Ketua Menteri setuju bahawa di Sabah some family atau satu (1) rumah ada empat (4) keluarga. So adakah kita patut guna juga data keseluruhan isi rumah instead of ketua isi rumah?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Kita gunakan ketua isi rumah walaupun di dalam rumah itu ada dua (2) atau tiga (3) yang sudah berkahwin tetapi kita gunakan ketua isi rumah. Jadi kalau ada di sana tiga (3) maknanya (3) ketua isi rumah. Jadi kalau sekiranya ada di antara anak dorang kerja lebih daripada RM1,500.00, ini yang minimum supaya jangan dorang menjadi miskin tegar maka ketua isi rumah kumpulan itu boleh dikeluarkan daripada kumpulan miskin tegar ini. Tetapi dia masih miskin. Ini masalah memang complicatedlah Datuk Speaker. Itu saja yang saya boleh terangkan. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lamag.

Datuk

Seri

Panglima

Moktar

bin

Radin

[N.58

Lamag]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor dua (2).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kerajaan Berhasrat Mencadangkan Penaksir Bebas DilantikQuestions

Speaker

*2.

YB. Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Lamag] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, adakah kerajaan berhasrat untuk mencadangkan penaksir bebas dilantik menurut Perkara 112D Fasal 6 bagi menentukan jumlah wajar pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesepuluh Bahagian Empat Subseksyen 2(1).

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Kewangan · Likas

Terima kasih Tuan Speaker.

Memandangkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Adun Lamag soalan nombor dua (2) dan Adun Kedamaian soalan nombor lapan (8) dan nombor 23 adalah berkaitan dengan pemberian khas kepada Negeri Sabah, saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut sekaligus.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 10 Jun 2022 Kerajaan Negeri Sabah telah mengemukakan kepada Kerajaan Persekutuan pada ketika itu menerusi Menteri Kewangan Malaysia pengiraan pemberian khas untuk tahun 2021 menggunakan formula di perkara 112(C) Bahagian 4, Jadual ke-10 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Kerajaan Persekutuan pada masa kini menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Bil.1/2023 yang telah diadakan pada 18 Julai 2023. Keputusan yang dicapai juga adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan meneruskan perundingan bagi memuktamadkan formula pemberian khas. Tempoh masa rundingan adalah satu (1) tahun bermula daripada tarikh mesyuarat ini, iaitu 18 Julai 2024.

Lanjutan daripada itu Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa penyemakan nilai pemberian khas Negeri Sabah bagi tujuan menyemak dan memuktamadkan nilai amaun pemberian khas. Jawatankuasa ini dipengerusi bersama oleh Peguam Besar Negeri Sabah serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Ahli-ahli jawatankuasa juga terdiri daripada Penasihat

Undang-undang kepada Ketua Menteri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bendahari Negeri dan seorang penasihat bebas.

Antara tindakan yang telah diambil menerusi jawatankuasa ini adalah:

1.

Mengkaji, menyemak dan meneliti formula awal asal pengiraan pemberian khas.

2.

Mengkaji, menyemak dan meneliti istilah hasil bersih.

3.

Mengkaji, menyemak dan meneliti data termasuk mengenal pasti hasil-hasil persekutuan di Sabah, data perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan...

22/04/2024 -

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Kewangan · Likas

… di negeri Sabah keperluan kewangan Kerajaan Negeri, dan dokumen pengiraan pemberian khas bagi tahun-tahun awal seperti 1963, 1964 dan 1965. Tuan Speaker, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri berhadapan dengan cabaran dan kekangan dalam pengiraan amaun pemberian khas, ekoran data kewangan Kerajaan Persekutuan yang tidak lengkap. Pelbagai kaedah dan inisiatif telah dilakukan untuk mendapatkan data-data tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah mengemukakan lapan surat permohonan perkongsian data kepada Kerajaan Persekutuan sejak Januari 2022. Namun, Kerajaan Persekutuan masih belum membekalkan data sehingga kini, kecuali daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Penyemakan Nilai dan Pemberian Khas Negeri Sabah telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk membuat tuntutan secara berfasa, dengan strategi rundingan yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri pada

waktu yang akan ditentukan nanti. Seperti yang ditekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri Sabah berpegang teguh untuk mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub di Perkara 112C dan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, iaitu 2/5 atau 40% daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah.

Semenjak rundingan di atas amaun pemberian khas ini dimulakan, Kerajaan Persekutuan telah membayar RM125.6 juta pada tahun 2022, dan seterusnya RM300 juta pada tahun 2023 yang mana Kerajaan bersetuju menerima bayaran tersebut sebagai penyelesaian secara interim. Suka ingin saya ingatkan bahawa perkara mengenai pemberian khas ini masih dalam proses rundingan. Saya yakin dan percaya rundingan Kerajaan Persekutan dan Negeri akan membuahkan hasil yang kita nantikan sekian lama untuk kepentingan dan kesejahteraan negeri ini. Walau bagaimanapun, apabila tempoh rundingan satu tahun ini tamat, jika rundingan tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan, maka Kerajaan Negeri mempunyai pilihan untuk melantik seorang pentaksir bebas selaras dengan Perkara 112D Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Speaker, sekali lagi di Dewan yang mulia ini, ingin saya tegaskan bahawa soal memperjuangkan hak-hak negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 adalah keutamaan Kerajaan Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Lamag, soalan tambahan? Soalan Tambahan

Terima kasih, Yang Dipertua.

Yang Berhormat Pembantu Menteri, masalah ini sebetulnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu 40% tanpa perlu dikaji. Kenapa perlu bertahun-tahun untuk Kerajaan mengkaji sedangkan kita dalam Perlembagaan Persekutuan juga kita diberi kuasa, iaitu sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak bersetuju, DUN Sabah perlu digunakan sebagai platform untuk melantik pentaksir bebas. Kita hanya bergantung dengan interim, sedangkan ini hak kita. Apa yang Kerajaan perjuangkan kalau begini? saya mahu Yang Berhormat menjelaskan sejelas-jelasnya, apakah kita menggunakan hak kita sebab kita diuar-uarkan bahawa Kerajaan membela untung

nasib rakyat melalui MA1963. Jawapan Yang Berhormat langsung tiada pembelaannya. Saya mahu penjelasan yang tepat. Jangan pusing-pusing dengan saya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat daripada Lamag. Kata bahasa Inggeris, “It takes two to tango”. Erti dia, kalau kita mencapai kata sepakat mesti kedua-duanya bersetuju atau sekurang-kurangnya, ada data-data dan juga apa ini maklumat yang perlu kita ada untuk memulihkan atau kita membuat tuntutan. Ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Pembantu Menteri tadi. Sudah lapan kali kita minta data untuk membolehkan kita menentukan jumlah yang patut kita apa itu, tuntut daripada Kerajaan Persekutuan. Sampai sekarang tidak ada jawapan yang munasabah daripada Kerajaan Pusat. Jadi untuk pengetahuan, dan ini juga sepertimana yang barangkali telah pun dimaklumkan secara ringkas, setelah selesai bulan Julai ni. Kita telah bersetuju dan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua bahawa kita diberi satu tahun daripada bulan Julai tahun lepas ya untuk berunding dan kita ambil itu sebagai satu janji. Dan sekiranya selepas bulan Julai tidak ada juga persetujuan yang dicapai antara Negeri dan juga Persekutuan, terserah kepada kita untuk mengambil option untuk melantik penaksir bebas. Dan ini yang telah dinyatakan.

Meanwhile, meanwhile kita juga menyatakan selepas Julai, kita akan membuat tuntutan secara berfasa. Tanpa data-data yang lengkap daripada Kerajaan Pusat, kita akan membuat andaian sendiri.

Terutamanya berdasarkan kepada pengumuman data yang telah diumumkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan sendiri. Kedua, kita akan membuat calculation, berapa jumlah sebenarnya kita tuntut. Then, masa itu kita tuntut. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker.

Speaker

Yang Berhormat ADUN Dilantik. Datuk Yong Teck Lee. Soalan Tambahan

Okey. Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri jawapan aaa, memang saya rasa

semua Ahli-ahli di Dewan ini menyokong penuh usaha Kerajaan menuntut hak kita yang dinamakan 40%, net revenue entitlement. Dalam usaha itu kita akan menyokong penuh. Cuma soalan tambahan satu, sama ada diambil kira yang dinamakan the lost years, iaitu daripada tahun 1974 sehingga lebih kurang tahun 2000, aaa, lalu lebih kurang 25 tahun the lost years. Kerana tahun ulang tahun ulang kaji review 40% net revenue itu pada tahun 1974 sudah diberhentikan untuk selama lebih kurang 25 tahun itu. Itu satu.

Seterusnya Tuan Speaker, secara ringkas sebenarnya formula ini tidak complicated. 40% net revenue, selepas assignment diberikan. Cuma data ini kalaulah tarikh revenue daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah lebih kurang RM6 billion. Tolaklah 1 billion assignment yang sudah diberikan Kerajaan Negeri RM5 billion. 40% daripada RM5 bilion ini 2 billion. Untuk beberapa tahun ini. Secara ringkas, itulah saya rasa sebenarnya Kerajaan pusat tahu bah ini. Tapi apa yang saya baca ini Tuan Speaker, sama ada pihak Persekutuan ini main kuntau.

Speaker

Soalannya?

… Sudah berapa tahun restruction lagi ini jawatankuasa. Dulu YB Parlimen Papar yang urus ini. Tiba-tiba dia kena pindah. Lain orang masuk. Start all over again. Ah, inilah Tuan Speaker, satu sama ada 25 years lebih kurang lost years itu akan diambil kira? Dua, apakah complicatednya roman 2C roman 2D ni jelas ketiga. Jaga-jagalah ini pihak Persekutuan mungkin main Tai Chi, main kuntau supaya lepas Pilihan Raya lain orang ganti, mula lagi satu kali. Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Sila, Yang Berhormat Menteri. Soalan Tambahan

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih saya ingat yang kedua tu saya ingat sokongan dan pendapat setuju penuhlah ya. Selalunya Ahli-ahli Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang dikatakan ADUN Dilantik. Saya punya issue ni tidak complicated sebenarnya. Dengan izin, all they need to do is to cover the data. And we will to calculate the 40% accordingly. Itu sahaja.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk, mereka tidak ikhlas ni, tuk.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Macam mereka tidak ikhlas mahu tolong Sabah.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Dan saya berharap Yang Berhormat akan aaa, ahli sahabat-sahabat saya daripada akan menyuarakan di Parlimen nanti. Ya.

Masalahnya Yang Berhormat Menteri, apabila kita bersuara Kerajaan Negeri sudah gustan. Sudah bersetuju. Padahal kita di Parlimen kita sudah hentam habis-habisan. Tapi Kerajaan Negeri tidak pun bincangkan dengan kita. Kita tak ada info-info dah. Akun. Sudah akun dua tiga ratus juta selesailah.

22/04/2024 -

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Itu yang diperakukan itu ialah bayaran interim, bayaran yang diberi sementara kita berunding. Dia bukan tuntutan yang apa itu yang tuntas atau bayaran yang terakhir, ya. Jadi, Yang Berhormat pun tahu juga bahawa daripada Lamag, sahabat baik saya, tahu nombor handphone saya, anytime you can call me kalau minta apa-apa itu untuk disuarakan di Parlimen. Tiada masalah bagi saya, ya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Dan tadi soalan the firstly more back question, ya. Selain yang kita katakan the low hanging fruits pada 202…, iaitu kita akan buat andaian bagi 2023 ke atas. Tapi yang arrears tu, kita akan tuntut dari mula sampai sekarang, ya. Tiada lain-lain.

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput.

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Telupid. Masukkan dalam perbahasan saja nanti.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor tiga.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Kementerian Untuk Mempergiat Usaha Nelayan Darat Untuk Meningkatkan Ekonomi SetempatQuestions

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

*3.

YB. Datuk Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah inisiatif-inisiatif kementerian untuk mempergiat usaha nelayan darat yang dilihat berpotensi untuk meningkatkan ekonomi setempat khususnya bagi penduduk di luar bandar.

Tuan Speaker: Silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri Perikanan, sila jawab.

Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada soalan daripada Ahli Telupid. Untuk makluman Ahli daripada Telupid dan Dewan yang Mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah, melaksanakan berbagai inisiatif untuk mempergiatkan usaha nelayan... nelayan darat bukan laut yang dilihat berpontensi bagi meningkatkan ekonomi setempat khususnya penduduk di luar bandar. Antara inisiatif-inisiatif ini yang dijalankan ialah pertama, mendaftarkan nelayan-nelayan darat Sabah bagi memudahkan Kerajaan merancang dan merangka program-program berkaitan peningkatan ekonomi mereka.

Yang kedua, inisiatif melaksanakan sistem tagal. Di mana pada hari ini kita mempunyai 628 tagal yang berdaftar dan kita juga berusaha untuk menambah jumlah kawasan tagal yang bertujuan untuk mengurus populasi ikan dengan baik dan meningkatkan hasil tangkapan ikan.

Selain itu, pelaksanaan tagal ekopelancongan, juga berupaya meningkatkan hasil pendapatan komuniti melalui aktiviti ekopelancongan dan di Telupid ini, ada satu program seperti itu di Kopuron. Di samping itu juga, Jabatan Perikanan Sabah turut menyalurkan inisiatif berbentuk bantuan insentif di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau KPKM, iaitu Program Kebuni… Kebuniti Madani tapi ini sub sektor akuakultur untuk komuniti penternak akuakultur di... di darat. Bantuan yang diberikan ialah satu set peralatan sistem ternakan ikan talapia yang merangkumi tangki high-density polyethylene canvas, juga polyethylene gentian kaca, sistem perpaip… perpaipan untuk menyalurkan air dan juga pam air, benih ikan dan makanan ikan. Setakat tahun 2023, sebanyak 25 komuniti telah diberikan bantuan insentif di dalam 13 daerah termasuk Telupid, iaitu Kota Belud, Telupid, Keningau, Sook, Tambunan, Ranau, Sipitang, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota… Marudu termasuk juga Pitas.

Tuan Speaker, Kementerian saya melalui Ko-Nelayan juga melaksanakan inisiatif untuk mempergiatkan usaha nelayan darat dengan melaksanakan Skim Bantuan Nelayan atau I-Nelayan di bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan. Skim ini merupakan pembiayaan kredit mikro untuk tujuan pembelian bot, enjin sangkut, peralatan penangkapan ikan termasuk peranti GPS, dan perkas perkakas perikanan yang lain. Inisiatif yang lain yang dilaksanakan oleh Ko-Nelayan ialah Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur, atau I-Akuakultur yang bertujuan untuk membantu nelayan darat yang berkelayakan dan berminat menjadi penternak ikan atau udang air tawar. Kumpulan sasar ini turut diberikan kursus upskilling yang komprehensif secara hands-on di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Tuaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pembuatan bot gentian kaca, penyelenggaraan enjin sangkut, pembenihan dan penternakan ikan serta udang. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan, Telupid.

Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian. Soalan tambahan saya, adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan ataupun mewujudkan Koperasi Nelayan Darat? Yang mana kita merasakan bahawa di bawah Skim Keterjaminan Makanan ini, amat penting bagi kita untuk mengkomersialkan pengusaha-pengusaha terutama di kawasan luar bandar melalui nelayan darat. Maksudnya di sini adakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk mewujudkan Koperasi Nelayan Darat yang mana koperasi ini seperti fungsinya dengan Pertubuhan Peladang yang menyediakan bekalan seperti alat-alat menangkap ikan, pembaikan bot ataupun penyediaan perahu, pukat, tong ikan dan sebagainya? Jadi buat masa ini, nelayan darat cuma konvensional secara tradisi dan kita minta kepada Kementerian supaya melihat ini supaya dapat dikomersialkan dan seterusnya boleh meningkatkan pendapatan nelayan darat di luar bandar dan seterusnya boleh mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Selain daripada itu, adakah juga Kementerian bercadang untuk memberi subsidi kepada nelayan darat ini yang mana mereka ini banyak menggunakan petrol melalui penggunaan enjin sangkut apabila menangkap ikan. Jadi adakah ini ada juga dalam pakej ataupun rancangan Kementerian? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Ahli Berhormat Telupid. Jawapannya dua-dua soalan tu adalah ya. Walau bagaimanapun, kuasa mengawal selia subsidi minyak adalah agensi pusat, iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LKIM dan Kementerian akan mengambil langkah untuk mencadangkan kepada KPL atau Kementerian Pertanian Pusat untuk mempertimbangkan cadangan ini supaya nelayan-nelayan darat juga akan mendapat subsidi sama dengan nelayan-nelayan di laut. Terima kasih.

Soalan tambahan Speaker.

Speaker

Soalan…

Speaker.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya daripada Sindumin. Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri tentang…

Speaker

Soalan saja terus ah.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya. Tentang tagal tadi tapi tagal ini dia untuk conservation dan juga… 22/04/2024 -

- NORMA

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Untuk Ekopelancongan, bukan untuk pendapatan ikan itu. Ikan itu dituai setahun sekali, mungkin. Jadi, saya soalan saya, apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan satu lokasi kluster nelayan darat ini. Saya pun tidak tahu apa tak… apa takrif nelayan darat ini. Secara berkelompok untuk menternak ikan-ikan berkualiti tinggi seperti di Sarawak, ada ikan empurau. Di Sabah ini terkenal dengan ikan pelian, ikan kelah. Tapi, banyak yang mencuba tidak berjaya kerana masalah-masalah lain. Apa perkara yang bercadang ini sebagai, satu kilo ikan pelian di semenanjung ataupun kelah sampai RM400, RM500. Di kampung-kampung pun sekarang RM100, RM130.00.

Apa Kerajaan bercadang untuk kita adakan kluster dulu di lokasi tertentu supaya Kerajaan boleh bantu inisiatif untuk memulakan yang ini. Di kawasan saya ada Long Pasia, ada Maligan, Ulu Bole, Iburu, kawasan yang sangat sesuai untuk yang ini, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ya, terima kasih, soalan tambahan daripada mana dia itu, Sindumin. Saya bersetuju untuk kita berjaya

mengurus pengeluaran ikan darat ini.Pertama, kita perlu penyelidikan yang lebih rapi supaya kita tahu di mana yang sesuai untuk memelihara pelian umpamanyalah, ya. Yang kedua, kita perlu juga memastikan nelayan-nelayan ini berdaftar. Yang ketiga, nelayan-nelayan darat ini perlu juga berpersatuan supaya kita boleh menyalurkan bantuan-bantuan dan juga bantuan-bantuan teknikal, termasuk untuk membantu mereka supaya pengeluaran ikan-ikan di sungai-sungai ini di daratlah boleh berjaya seperti pengeluaran ikan di pantai dan di laut, terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Usukan.

Tuan Speaker, soalan nombor 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Pelaburan Asing Baharu Dan Langkah Pengagihan PelaburanQuestions

*4.

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak [Usukan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN:-a) berapakah jumlah pelaburan asing baharu yang diterima oleh negeri Sabah untuk tahun 2022 dan 2023; dan b) bagaimanakah pengagihan pelaburan tersebut dan jenis sektor terlibat berada di daerah mana.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Usukan. Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan nombor 4, nombor 51 dan 57 sekali, memandangkan ianya berkaitan.

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Usukan, Pantai Manis dan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raime serta Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Prestasi penerimaan pelaburan negeri Sabah dilihat

amat positif sejak kebelakangan ini. Pada tahun 2021 menyaksikan negeri Sabah merupakan antara destinasi pelaburan di negara ini walaupun dihimpit Wabak COVID-19 pada ketika itu. Pada tahun tersebut, Sabah telah mencatatkan jumlah keseluruhan pelaburan berjumlah 6.045 bilion ringgit. Manakala, bagi tahun 2022 nilai pelaburan keseluruhannya yang diterima oleh negeri Sabah dalam berbagai sektor merangkumi sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan adalah berjumlah RM11.561 bilion ringgit.

Pada tahun 2023, Sabah telah menerima jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak 11.346 bilion ringgit. Jumlah keseluruhan pelaburan ini telah menjadi Sabah sebagai negeri ketujuh tertinggi yang menerima pelaburan di Malaysia pada tahun yang lalu. Kerajaan negeri Sabah yang berjaya merancakkan sektor perindustrian dan menggalakkan lagi pelaburan berkembang dalam rantaian ekonomi apabila Syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. telah mengembangkan pelaburan mereka di Sabah melalui subsidinya, iaitu Curix Sdn. Bhd. bagi kilang pembuatan Copper Granulation berjumlah bernilai 300 juta ringgit di KKIP.

Pada masa yang sama, kementerian saya sedang menyelaras cadangan pelaburan Syarikat Kumpulan Kibing yang akan meningkatkan kapasiti penghasilan kaca solar kilangnya di KKIP, melalui penambahan third production line dengan anggaran nilai pelaburan tambahan berjumlah RM700 juta sekali gus, mewujudkan lebih lagi 600 peluang pekerjaan.

Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi cadangan pelaburan yang sedang kita selaraskan. Perincian untuk maklumat Yang Berhormat Usukan, perincian pengagihan jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diterima oleh negeri Sabah pada tahun 2021 hingga 2023 adalah seperti berikut: Tahun 2021, pelaburan asing adalah RM4.399 bilion, pelaburan domestik adalah RM1.646 bilion. Tahun 2022, pelaburan asing adalah RM9.171 bilion, pelaburan domestik adalah RM2.390 bilion. Tahun 2023, pelaburan asing 132.7 juta, domestik RM11.213 bilion.

Berdasarkan data pelaburan yang telah diterbitkan oleh pihak MIDA, maklumat berhubung dengan berbagai jenis sektor dan daerah bagi pelaburan asing yang telah diluluskan untuk tahun 2022 dan 2023 adalah seperti berikut: Jenis-jenis sektor pelaburan yang telah diluluskan adalah merangkumi sektor pembuatan perkhidmatan dan utama; Daerah-daerah yang pelaburan yang merangkumi pelaburan asing ini adalah terletak di daerah terutamanya di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sipitang, Kudat dan Keningau.

Usaha Kementerian saya akan terus menarik pelaburan tidak terhenti di sini. Malah, Kementerian akan terus melipatgandakan usaha untuk menarik lebih lagi pelaburan masuk ke Sabah demi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan khasnya untuk membangunkan industri sekali gus, untuk wujudkan lebih lagi peluang pekerjaan untuk Sabah dan anak-anak Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan Usukan. Soalan Tambahan

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang detail. Saya cuma ingin bertanya semasa perjumpaan ataupun lawatan Yang Berhormat dengan para pelabur. Apakah perkara-perkara yang mereka bangkitkan? Apakah mereka bangkitkan soal kemudahan asas, proses kelulusan ataupun soal harga tanah? Kedua, saya ingat juga dari segi perangkaan nanti, lain masa kita kena melihat soal potential investment dan juga realized investment. Kadang-kadang, kita dengar mereka melabur banyak tetapi actually the real realized investment itu tidak seperti itu. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Yang Berhormat Usukan. Memang betul ia adalah ada perbezaan antara pelaburan yang potensi melalui MOU signing dan sebagainya. Itu yang sedang diselaraskan dan perbezaan yang pelaburan yang sudah pun dicapai, memang ada perbezaan.

Apa yang saya umumkan tadi adalah berdasarkan statistik dari MIDA dan ianya telah pun di rekodkan dalam MIDA. Ia akan bawa ke peringkat yang seterusnya, iaitu Kerajaan Negeri melibatkan semua agensi untuk menyelaraskan, sama ada harga tanah kita kena runding ataupun mencari tapak yang sesuai untuk mereka membangunkan kilang dan juga kemudahan asas yang juga sangat-sangat penting untuk perindustrian ini. So, memang kita ada beberapa cadangan. Memang setiap cadangan dari pelabur itu adalah berlainan, ada yang memerlukan kemudahan asas yang lebih berat sebagai contohnya, bekalan elektrik yang lebih berat dan sebagainya.

Ada yang tidak memerlukan kemudahan asas yang berat. Mereka mungkin cuma nak mencari tapak yang sesuai ataupun mereka nak pakai gas yang lebih tinggi. So, memang ada perbezaannya terima kasih.

Speaker

Ya, Senallang dia awal sudah berdiri itu.

Kena berdiri takut nanti tak bagi peluang. Terima kasih Datuk Speaker. Setelah mendengar. 22/04/2024 -

penjelasan Yang Berhormat Menteri dan saya setuju dengan Usukan tentang apa yang telah diutarakan. Saya ingin bertanya dari segi apa yang kebenaran dia, ya, saya tidak mahu nanti besok nanti, kita hanya war-warkan. Berbilion duit yang datang ke Sabah. Beratus bilion yang datang ke Malaysia. Ini saya persoalkan di Parlimen tapi dalam kehidupan kita, Datuk Speaker, outcome kita boleh rancang ya, Kibing kita rancang. But the question is job opportunities, the facts the reality, berapa jumlah anak-anak kita dapat peluang pekerjaan? Adakah industri ini juga menggunakan pasir daripada atau pun raw materials daripada Wilayah Sabah ini, raw ya saya tanya macam contohnya solar panel yang ada. It must go down here, downstream, we don’t want to export those raw material to China to Japan. Macam dulu, kita tidak mahu supaya macam kayu balak dihantar ke Jepun, lepas itu kita beli perabot dari Jepun. We want job opportunities. Saya ingin bertanya semenjak apa

yang telah dinyatakan berapa realiti dia dan jumlah peluang pekerjaan diberikan kepada anak Sabah, satu.

Kedua dia, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sedang saya nampak keluar sana keluar sini tarik pelabur but are we providing the incentive or attractive State to attract investor? Elektrik pun bermasalah, bekalan air pun ada masalah dan ini yang antara faktor yang saya tidak mahu nanti besok, contohnya Kibing is taking out electricity. Sepanggar tidak ada. UMS tidak ada air.

Speaker

Soalannya Yang Berhormat Senallang. Soalan Tambahan

Soalannya itu yang saya tanya. Sama ada ini merupakan satu fakta dimana pelabur bila kita tarik mereka, mereka menggunakan berapa kilowatt elektrik, berapa? These are basic things infrastructure needed by the pelabur yang ada. Yang saya tidak mahu nanti besok, contohnya macam air, electricity, incentive as well. We are giving what are their incentive given to the foreign investors compare to the domestic investors yang ada. Kenapa kita bagi incentive electric contohnya kepada Kibing. Kenapa tidak bagi kepada usahawan tempatan yang juga memberi peluang pekerjaan?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih yang soalan dari Yang Berhormat Senallang. Memang betul setiap pelaburan memerlukan kemudahan asas dan infrastruktur yang ada. So, sememangnya kalau kita lihat perindustrian prestasi, perindustrian kita adalah amat rendah berbanding kepada negeri-negeri yang maju seperti Pulau Pinang, Selangor dan sebagainya. So, itulah sebab kita kalau kita nak menarik pelabur untuk masuk ke Sabah untuk membangunkan industri kita, seterusnya wujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah. Memang betul kita kena bagi insentif yang lebih menarik kepada mereka dan pada masa yang sama kita nak memastikan mereka, pelaburan mereka adalah berjaya di Sabah. Saya ambil contoh, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi, Kibing. Mereka telah menubuhkan kilang di KKIP dan mereka telah berjaya first shipment dieksportkan ke negara asing. Mainly, Southeast Asia. So, maksudnya pasir silika telah pun go downstream, dia tidak eksport. Dia go downstream untuk membuat

kaca solar. So, kaca solar itu adalah pembuatan dari Sabah dan memang betul, saya setuju memang banyak dengan cadangan Yang Berhormat Senallang. Saya sedang berusaha secara sangat memfokus untuk membangunkan hiliran industri itu supaya kita boleh go further down stream. Saya akui kaca solar adalah di peringkat midstream up midstream. So, kita kena go downstream, kita kena tarik lagi, saya ambil kesempatan ini di dalam Dewan yang Mulia ini untuk menarik atau pun untuk memperlawa pelabur-pelabur khasnya dalam industri solar panel untuk datang ke Sabah kerana kita sudah berjaya membuat kaca solar dan berjaya dieksportkan buat pertama kali. Kelmarin, kita telah melaksanakan upacara itu dan untuk sorry sorry…

Speaker

Let him finished.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… untuk peluang pekerjaan. Untuk peluang pekerjaan, izinkan saya menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Senallang. Buat setakat ini, di kilang KKIP sudah berjaya diwujudkan 1,661 peluang pekerjaan. Dan 1,430 orang adalah anak Sabah iaitu bersamaan dengan 86% adalah anak Sabah berjaya bekerja di kilang kita dan first shipment of kaca solar telah pun dieksportkan. Sekian, terima kasih.

Datuk Speaker, saya tanya dia tentang…

Speaker

Tak apa, masukkan dalam you punya soalan ja. Perbahasan lah nanti.

Dia tidak jawab, Datuk Speaker. Saya minta perjawaban, Dewan ini kena perlu jawapan ya, tapi tidak apa, Saya…

Speaker

Sekarang saya jemput… Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Aliakbar bin Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor lima.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tindakan Kerajaan Bagi Mengatasi Masalah Bekalan AirQuestions

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

*5.

YB. Dr. Aliakbar Gulasan [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air yang semakin berkurangan menjelang musim kemarau ini.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan nombor lima ini bersama-sama dengan soalan nombor 34, 47 dan 56 memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Ahli Yang Berhormat dari Senallang, Tanjong Papat dan Darau serta Dewan yang Mulia ini, Kementerian Kerja Raya Sabah sememangnya menyedari akan kerumitan yang dialami rakyat akibat musim kemarau baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, Kementerian melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah mengambil beberapa tindakan dan langkah kecemasan bagi mengurangkan masalah bekalan air semasa musim kemarau baru-baru ini. Ini termasuklah pembinaan empangan sementara atau temporary way dan mendalamkan Muka Sauk melalui kerja-kerja pengorekan bagi memastikan sumber air mentah adalah mencukupi untuk melancarkan semula proses rawatan air.

Pada masa yang sama, Jabatan Air Negeri Sabah terus bekerjasama dengan jawatankuasa pengurusan bencana setiap daerah untuk melaksanakan pengagihan air bersih bagi memenuhi keperluan. Sehingga ini, sehingga kini pengagihan air melibatkan 67,308 ketua isi rumah di 18 daerah terkesan. Selain itu, Jabatan Air Negeri Sabah juga bekerjasama dengan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melaksanakan pembenihan awan di kawasan yang strategik seperti kawasan tadahan air. Operasi pembenihan awan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan ramalan kesesuaian atmosfera awan yang menunjukkan tanda-tanda positif. Hujan boleh jadi sekiranya pembenihan awan dilaksanakan. Pembenihan awan telah dilaksanakan di Tawau, Lahad Datu dan Papar. Meteorologi Malaysia telah memaklumkan bahawa pada 28 dan 29 Mac yang lalu, operasi tersebut telah

menunjukkan tahap keberhasilan sebanyak 67% dan hujan telah direkod pada dua hari operasi tersebut dilaksanakan. Manakala pada hari ketiga iaitu pada 30 Mac 2024, tiada hujan telah direkodkan semasa operasi pembenihan awan dilakukan. Jabatan Air Negeri Sabah juga telah mengambil inisiatif khusus untuk mencari sumber air mentah bawah tanah dan diproses melalui sistem Purifier Water Package Plan di kawasan yang terjejas teruk seperti di Pulau Sebatik. Manakala inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan adalah catuan air di kawasan-kawasan terkesan dan menyediakan depo air serta tangki statik bagi penyediaan bekalan air terawat kepada pengguna di lokasi-lokasi terpilih. Bagi penyelesaian jangka masa panjang, antara cadangan dan perlaksanaan adalah projek penambahan kapasiti takungan air untuk memastikan keterjaminan bekalan air mentah… 22/04/2024 -

FATIN

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

…seperti pembinaan off river storage dan empangan. Projek-projek dalam pelaksanaan adalah seperti berikut:

Projek bekalan air luar bandar kawasan Semporna, Sabah, iaitu pembinaan off river storage berkapasiti 90 juta liter yang dan diunjurkan akan siap menjelang hujung tahun ini; Sistem bekalan air Tawau fasa tiga yang mana reka bentuk dan pembinaan empangan air Tawau berkapasiti 30 juta kubik meter yang diunjurkan siap menjelang pertengahan 2026.

Manakala projek yang dalam perancangan adalah seperti berikut, iaitu sistem bekalan air Kota Kinabalu fasa tiga, iaitu pembinaan empangan berkapasiti 130 juta kubik meter, projek dalam perancangan adalah seperti berikut, iaitu sistem bekalan air Kota Kinabalu fasa tiga pembinaan empangan berkapasiti 130 juta kubik meter, Sistem Bekalan Air Ulu Padas, pembinaan off river storage dan penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Segaliud Sandakan bertambah daripada 120 juta liter ke 125 juta liter tambahan. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan? Okey, Senallang. Soalan Tambahan

Yang Berhormat,setelah saya mendengar penjelasan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bahawa dahulu saya dengar, ada pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan bagi RM300 juta untuk membantu short-term ya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat bahawa duit ini sudah digunakan bukan diterima. Saya nak tanya sama ada duit ini dah pun digunakan untuk mengatasi masalah bekalan air di Sabah dalam short term ini, simple … (kurang jelas)

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

...ya terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Senallang. Sebenarnya soalan ini ada diajukan dalam soalan lisan pada hari Khamis nanti, namun demikian memandangkan ADUN Senallang telah bertanya secara ringkas saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan 300 juta daripada Persekutuan itu telah diluluskan. Namun demikian, ianya belum digunakan sepenuhnya disebabkan oleh ada lagi proses-proses pengurusan dalam mengurus inisiatif-inisiatif yang telah dipersetujui malah dalam mesyuarat kerja yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Sabtu lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju bahawa selepas sahaja makmal pengurusan nilai yang telah diadakan pada bulan Mac lepas bahawa proses pemerolehan boleh diteruskan tanpa menanti perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditandatangani berkaitan dengan bantuan pinjaman untuk menyelesaikan inisiatif jangka masa pendek menyelesaikan bekalan air di Negeri Sabah…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ini yang bantuan pinjaman, kan?

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, bantuan pinjaman 300 juta…

Speaker

Soalan tambahan?

Ya.

Speaker

Okey.

Terima kasih Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mohon bertanya kepada Menteri, apakah standard atau pun procedure Jabatan Air untuk membuat pembaikan setelah dilapor oleh pengguna. Contoh, saya ingin mengambil kes kejadian di kampung, di kawasan saya di Kampung Tanjung Aru pihak orang kampung telah mengadu kepada Jabatan Air untuk memperbaiki paip besar yang bocor yang melimpah tetapi satu minggu pun belum selesai dan apabila saya minta pegawai saya menghubungi Jabatan Air, dia bilang kontraktor belum sempat ataupun belum lagi mahu ke sana. Apakah Standard Operating Procedure Jabatan Air yang memberikan pilihan kepada kontraktor untuk memperbaiki, instead of memperbaiki dengan segeralah, mengelakkan pembaziran air di kalangan para pengguna? Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Sukau yang bertanyakan soalan yang di luar daripada tajuk persoalan lisan pada pagi ini. Namun demikian sebagai response bahawa setiap kerosakan yang diterima sepatutnya diambil response ataupun tindakan oleh kontraktor panel kontraktor yang dilantik atas dasar kerja-kerja kecemasan. Saya mengambil maklum tentang permasalahan ini dan akan menyemak semula dan akan memberi maklum balas secara bertulis nanti. Namun demikian, untuk makluman Dewan yang mulia ini, apa yang dinyatakan oleh ADUN Sukau sebentar tadi bukanlah satu perkara yang hanya berlaku di Sukau. Ia juga berlaku di beberapa tempat di kawasan di Negeri Sabah. Maka, dengan itu kita melalui Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah bersama Jabatan Air Negeri Sabah sedang memperinci, memperkemaskan tatacara pemerolehan untuk kerja-kerja kecemasan ini dilakukan. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bugaya.

Soalan saya nombor enam.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Skim Sewa Beli Rumah Ppr Bubul RiaQuestions

*6. YB. Tuan Hj. Jamil bin Datuk Haji Hamzah [Bugaya] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah kerajaan merancang untuk memperkenalkan skim sewa beli rumah PPR Bubul Ria kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau yang kini ditempatkan di rumah PPR tersebut.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya. Terima kasih Datuk Seri Speaker untuk menjawab soalan pertanyaan Yang Berhormat Bugaya dan makluman Dewan yang mulia ini, setakat Kerajaan belum ada sebarang perancangan untuk memperkenalkan Skim Sewa Beli Rumah PPR …(kurang jelas) Semporna kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau. Konsep yang kita gunakan pada masa ini secara sewa. Terima kasih Speaker.

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Soalan tambahan daripada saya.

Adakah, apakah perancangan Kerajaan selepas mungkin mereka ini dikeluarkan daripada PPR memandangkan kebanyakan daripada mangsa-mangsa kebakaran yang ada di Kampung Simunul, Kampung Air, dan Kampung Bangau-Bangau ini yang tinggal di sana, mereka ini tidak mempunyai tempat sekiranya mereka dikeluarkan dan saya juga ada menerima aduan daripada mereka, ada kemungkinan mereka akan dikeluarkan dan sekiranya mereka dikeluarkan ke mana mereka akan pergi? Kalau tidak ada perancangan untuk kita membantu mereka ini sepertimana yang Ucapan Dasar Kerajaan sebelum ini nyatakan mereka begitu prihatin untuk menoktahkan kemiskinan di negeri Sabah ini. Jadi saya ingin bertanya apa perancangan Kerajaan seterusnya sekiranya mereka ini dikeluarkan daripada PPR ini?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Datuk Speaker, setakat sekarang ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk mengeluarkan mereka-mereka yang sudah berada di PPR. Terima kasih.

Speaker

Okey, soalan tambahan seterusnya, last. Soalan Tambahan

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat mangsa kebakaran contohnya, di Bangau-Bangau ini masa saya menjawat jawatan Menteri Kewangan, saya telah meluluskan duit sejumlah RM7 juta kalau tidak silap saya kerana sekarang ini mereka berada di kontena. Tidur di kontena, you imagine human tidur di kontena pada hari ini dan saya telah luluskan hampir tujuh, lapan juta ringgit dan saya salurkan duit itu kepada JKR untuk pastikan supaya dipercepatkan. Apa sudahnya kelulusan yang saya telah berikan waktu itu untuk membolehkan supaya mengatasi masalah manusia yang dalam keadaan kehidupan yang cukup teruk. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, kelewatan biasanya disebabkan pengurusan yang banyak karenah. Kita juga mahu supaya semua itu dapat dipercepatkan but because of especially when it comes apa ini, bersama soalan JKR memang ada saja ada sahaja yang kelewatan yang di sana, so bear with us we are trying our best actually to solve the problem. Thank you.

Speaker

Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat demikianlah sajalah sesi soal jawab kita pada hari ini.

22/04/2024 -

Usul melahirkan rasa terima kasih oleh Yang Berhormat dari SinduminMotion

Setiausaha Dewan

Usul melahirkan rasa terima kasih oleh Yang Berhormat dari Sindumin.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa kami, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 18 April yang lalu. Terima kasih.

Speaker

Terus berucap. 30 minit.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ada yang menyokong, ya.

Datuk Speaker, saya mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu Sindumin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada Datuk Speaker, Timbalan-timbalan Speaker, Jemaah Menteri dan para ADUN serta hadirin yang hadir di dalam Dewan pada hari ini. Datuk Speaker, Sindumin mengucapkan tahniah dan menjunjung kasih, terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama yang disampaikan semasa Pembukaan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada 18 April yang lalu. Sindumin bersyukur dan terima kasih kerana saranan dan ucapan Tuan Yang Terutama adalah menyeluruh yang telahpun dibukukan dalam buku putih ini dan semuanya adalah untuk negeri, rakyat, terutama sekali kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah. Ini menunjukkan keprihatinan Tuan Yang Terutama kepada rakyat negeri Sabah dan kita mahu melihat jauh ke hadapan untuk kemakmuran dan juga kemajuan negeri Sabah. Kita berdoa semoga Tuan Yang Terutama Tun dan keluarga akan terus dikurniakan kesihatan dan terus menerajui negeri ini.

Datuk Speaker, dalam buku ataupun teks ucapan semasa dibentangkan itu memang disebutkan satu per satu. Tapi saya merasa sedih bahawa ada juga orang yang tidak faham dan mengatakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ketua Menteri yang gagal dan juga Kerajaan GRS ini Kerajaan yang gagal dan juga slogan Sabah Maju Jaya itu dimomokkan, dipermainkan. Sedangkan orang yang bercakap ini juga adalah mantan, bekas orang yang pernah memerintah dan tahu keadaan ini dan semasa mereka juga masalah ini ada dan tidak berusaha ataupun berusaha tapi tidak menyelesaikan masalah ini. Tapi syukur dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang baru daripada Sulaman dan juga Jemaah Menteri serta rakan-rakan di peringkat penjawat awam, telah berusaha bertungkus lumus untuk menjayakan misi dan menyelesaikan masalah yang telah lama kita pegang ataupun kita warisi yang ini.

Kalau saya mahu sebut satu per satu daripada dahulu hingga sekarang terlalu banyak tetapi semua ini kita tidak payah ungkit, yang penting bagi kita ialah usaha Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Jemaah Menteri serta pegawai kerajaan bagaimana kita untuk menyelesaikan isu-isu yang ada ini untuk kebaikan negeri Sabah. Kita cukup-cukuplah menyalahkan satu dengan lain. Sepatutnya semua menyokong dan inilah peluang GRS, di bawah Kerajaan GRS Plus ini untuk menyelesaikan negeri Sabah, masalah negeri Sabah dan saya minta rakyat beri sedikit masa, rakyat faham dan saya berharap semua yang mengikuti teks ucapan ataupun ucapan Tuan Yang Terutama pada 18 hari bulan itu memahami hasrat Kerajaan dan kita tunggu kalaulah misalnya ada masalah, boleh kita tegur, boleh kita bagi cadangan, bagaimana untuk memperbaiki ah, sistem ataupun Kerajaan kita ini. Datuk Speaker, oleh kerana terlalu banyak isu yang ada di sini, saya tidak akan menyentuh semua. Saya bagi rakan-rakan yang lain tapi saya ingin fokus beberapa perkara yang telah disebutkan oleh Tuan Yang Terutama pada ucapan yang lalu. Saya ingin fokus kepada isu bekalan eletrik di negeri Sabah. Saya tahu SESB ataupun Ahli Lembaga Pengarah ataupun mereka yang bertugas di jabatan yang ada kaitan dengan bekal tahu isu ini. Saya telah membuat kajian dan meneliti, apakah isu-isu sebenarnya supaya saya mengatakan ini supaya rakyat faham isu-isu ini dan jangan lagi dipersoalkan dan kita kena faham apakah rancangan Kerajaan ke hadapan ini.

Datuk Speaker, memang rakyat terutama kawasan saya juga di Sindumin, kita merasa gelisah oleh kerana keadaan elektrik yang tidak stabil, gangguan yang kerap melalui dan juga ada proses catuan. Pada Ramadan yang lalu, saya balik di kawasan beberapa surau tidak dapat meneruskan sembahyang tarawih kerana tidak ada elektrik dan cuaca yang panas, kipas tidak boleh hidup, aircond tidak boleh hidup dan tidak ada lampu. Saya yakin semua wakil-wakil rakyat bersama dengan rakyat di kawasan mereka juga, kita difahamkan Sabah secara keseluruhannya tidak mempunyai penjanaan yang mencukupi dan ikut kajian saya, reserve margin cuma sekitar 7.9% dan di bawah industry standard, iaitu 30% kerana ketiadaan penjanaan elektrik baharu atau tambahan.

Datuk Speaker, kenapa Sabah mempunyai masalah bekalan elektrik ini? Apakah yang berlaku? Kenapa Sabah tidak cukup penjanaan?

Datuk Speaker, semua ini sebenarnya adalah kelemahan lalu dengan perancangan bekalan tenaga yang tidak kemas, unjuran keperluan bekalan elektrik di Sabah yang mungkin tidak dikaji secara mendalam. Mungkin ada tapi tidak diaplikasikan dan tidak dilaksanakan kerana pada masa itu kuasa meluluskan penjanaan adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga Persekutuan. Saya lama bekerja di Kuala Lumpur sebagai Timbalan Speaker, sebagai Pengerusi Bank Rakyat dan bersekolah di Semenanjung untuk nyatakan di sini, minta maaf dengan rakan-rakan di Semenanjung, mereka ini tidak faham keperluan kita di Sabah. Bila mereka tidak tahu bahawa Sabah difikirkan Sabah ini kecil dan saya tahu banyak pembuat dasar yang ada di Kuala Lumpur tidak pernah datang ke Sabah. Kalau datang pun cuma ke Kota Kinabalu. Tidak datang ke Pensiangan, tidak datang ke Sindumin, tidak datang ke Kinabatangan, tidak datang ke Pantai Timur, cuma berkisar sekitar Kota Kinabalu. Sebab itu mereka tidak faham akan keperluan ini. Saya ulangi bahawa kelulusan masa yang lalu, Suruhanjaya Tenaga Persekutuan tidak melihat secara menyeluruh. Saya pernah berjumpa menterinya, Suruhanjaya Persekutuan untuk meminta kuota, ditambah kuota bekalan elektrik, penjanaan elektrik di Sabah. Saya tidak dilayan, tidak langsung di bawah berbincang, tidak langsung berjumpa. Kenapa ini boleh berlaku? Saya difahamkan SESB banyak kali meminta kuota untuk dapat ini lesen menjana tapi tidak diluluskan. Saya ingin membawa Dewan yang Mulia ini bahawa penjanaan elektrik di Sabah hari ini ada 14 IPP, iaitu Independent Power Plant. Daripada 14 ini majoriti mereka semua milik daripada Semenanjung. Sepuluh,

cuma daripada 15. 15 sebenarnya. Cuma sepuluh, cuma lima saja, ah… empat saja milik… 22/04/2024 -

- AZRIN

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… Kerajaan bukan milik berdaftar di negeri Sabah. Mungkin pemilik ini adalah juga orang luar. Daripada 15 itu saya ingin sebutkan di sini supaya kita faham.

Yang pertama, Ranhill Powertron, Teluk Salut berkuasa kapasiti 190M, pemiliknya adalah Hamdan Ahmad, Amran Awaluddin dan kita beruntung ada 40% saham ataupun pemilikan oleh Sabah Energy Corporation. Saya berharap Sabah Energy secara aktif terlibat dalam IPP ini.

Yang kedua, Ranhill Powertron, Rugading pemegang saham adalah Hamdan Mohamad, Amarin Amran Awaluddin dan Sabah Energy ada 20%, ini berkapasiti sebanyak 190M juga dan, ada satu lagi yang baharu yang akan beroperasi pada tahun 2026, iaitu Ranhill Powertron yang juga adalah milik daripada sana. Kemudian Sepangar Bay Corp, yang tadi itu Powered Ranhill Powetron III, yang ada Sabah Energy ada 40% berkapasiti 100MW kemudian kita ada Sepangar Bay Corp adalah juga berdaftar di Kuala Lumpur 100MW. SPR Energy dari Kuala Lumpur berkapasiti 100MW, Air Melawa Cyber, Selangor, Diesel. Yang tadi itu dari yang pertama sampai yang kelima itu adalah gas yang keenam gas, yang ketujuh ini Air Melawa, iaitu berkapasiti rendah, iaitu cuma 17MW diesel pemiliknya oleh daripada Selangor. Kemudian Stratavest Power berkapasiti 15MW di lokasinya adalah di Sandakan juga daripada Kuala Lumpur. Serudung Power berkapasiti 36MW daripada Petaling Jaya, Selangor. Kita ada Sabah Energy kurang daripada 2% ataupun 1.7%, kemudian Cash Horse berdaftar di Selangor juga biomass 10MW, kemudian kita Seguntor biomass 10MW juga daripada, ini daripada Sandakan cuma tidak tahu sama ada orang Sandakan ataupun orang luar. Kinabio Power 10MW juga daripada Sandakan berdaftar di Sabah. TSH Bioenergy 10MW berdaftar di Tawau dan ESAJADI di Kota Belud dan satu lagi ESAJADI di Kota Marudu berkapasiti 6MW, ini berdaftar di Kota Kinabalu.

Datuk Speaker, kalau dijumlah daripada IPP ini pemilikan negeri Sabah cuma sekitar 25%, ertinya kuasa penjanaan ini dimiliki oleh orang luar. Kenapa ini berlaku? Saya meramalkan melihat bahawa kelulusan is untuk mendapat kuota ini adalah daripada Suruhanjaya Tenaga, Kuala Lumpur yang cenderung kepada orang-orang, rakan-rakan mereka di Semenanjung. Saya bertanya, kenapa tidak dibagi syarikat Sabah? Kenapa tidak dibagi SESB masa itu? Kenapa tidak dibagi Sabah Energy Corporation secara penuh? Dikatakan salah satu jawapannya “kamu tiada duit. Tidak cukup duit untuk menjana.” saya ingat ini tidak betul kita punya kapasiti pada hari ini kita boleh menjana ini.

Kemudian SESB sendiri ada power plant. Kita ada di Tenom-Pangi 66M, Patau-patau, Labuan kita ada 105M, Melawa ada 30, Batu Sapi ini tadi hydro, di Pangi hydro, di Patau-patau gas, di Melawa diesel, di Batu Sapi ada diesel 17MW, Sandakan di Labuk Canopy genset ada 8 diesel, Tawau EC 30MW diesel. Kubota 64MW diesel di Tawau, Mini Hydro di Merotai dan Bombalai 2MW, Mini Hydro dan satu lagi Mini Hydro Melangkap dan Sayap di West Sabah 2MW. Berjumlah semua milik SESB adalah 324MW. Ya, yang itu baharu, yang baharu ada lagi dalam pembinaan. Jadi, kalau kita jumlah keseluruhan bahawa pemilikan sebenarnya kuasa ataupun penjanaan kuasa ini Sabah cuma minoriti sekitar 25% sahaja tapi perlu diingat walaupun SESB ada 324, SESB cuma kita ada 17% milik Kerajaan Negeri yang selebihnya milik Kerajaan ataupun milik TNB. Jadi, ertinya keseluruhan sama ada kepunyaan SESB ataupun IPP semua diatur oleh orang luar. Saya menyatakan ini, ini adalah penting bahawa tenaga ini adalah suatu yang sangat penting untuk negeri Sabah dan jikalau jika kita tidak mengurus dengan baik, maka kita akan ada masalah di kemudian hari. Saya tahu Kerajaan tengah menyusun di bawah SESB juga di bawah Kementerian ataupun Kerajaan Negeri bahawa ini perlu kita selesaikan. Kita tidak sebolehnya sewenang-wenangnya melepaskan penjanaan elektrik ini kepada orang luar kerana ianya penting untuk kemajuan negeri kita.

Oleh kerana margin reserved kurang daripada 10% pada masa ini, maka ada masalah keperluan-keperluan itu melambung tinggi ataupun oleh kerana pembekal tidak mencukupi oleh kerana keadaan kritikal bila IPP yang ada ini diselenggara ataupun rosak. Masalah ini mungkin berterusan kalau kita tidak tiada tindakan tapi

syukur alhamdulillah semasa ucapan Tuan Yang Terutama telah digariskan oleh Kerajaan dan juga pihak SESB barangkali bahawa penyebaran bekalan elektrik dikongsikan dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga SESB 2040 ataupun SE-RAMP 2040 yang telah dibentang pada September 2023. Ini disusuli dengan penubuhan Majlis Tenaga Sabah, ini yang baharu ini, yang akan dibentuk pada tahun ini. Saya harap ini cepat dibentuk Majlis Tenaga Sabah ini untuk menyelesaikan bekalan kuasa secara menyeluruh di Negeri Sabah. Antara inisiatif yang dibuat adalah:

1) menyelesaikan stesen-stesen jana kuasa solar berskala besar ataupun kita buat solar berskala besar; 2) memulihkan ataupun pemulihan operasi stesen-stesen jana kuasa yang sedia ada yang tidak efisien jadi lebih efisien; 3) tambahan tenaga boleh tahan seperti hydro dan biomass; 4) penyewaan interim genset yang telah dilakukan yang sedang dilakukan sekarang dan penyimpanan tenaga bateri; 5) pelaksanaan self-consumption SELCO yang baharu dilancarkan di Negeri Sabah.

Saya yakin dengan adanya ini masalah elektrik kita akan selesai dan ada lagi yang baharu yang akan dibentangkan pada hari Khamis, iaitu penggunaan tenaga perbezaan suhu lautan yang mungkin akan dilaksanakan di negeri Sabah. Datuk Speaker, saya ingin membuat kenyataan ataupun mengambil kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ketua Menteri pada yang dilaporkan di surat khabar pada 3 Januari 2024 seperti berikut, “Sabah to take over within the next to take over SESB within the next 7 years,” dengan izin. Ertinya, Sabah tengah merancang untuk mengambil SESB daripada TNB dalam masa 7 tahun. Itu menjelang tahun 2030 rasanya sudah sampai masanya di bawah Kerajaan GRS serius untuk menyelesaikan masalah elektrik supaya mencukupi dan stabil. Saya…

22/04/2024 -

] – THEODORA J.

– NUR FATIN

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…juga mengambil kenyataan daripada Pengerusi SESB sendiri, Yang Berhormat Datuk Madius Tangau, dengan izin SESB must own capacity to generate power of Sabah, base lot power. Requirement before going into renewable energy. Jadi, ertinya kita mesti menyusun sekarang, kita ambil alih. Kita mesti control bekalan elektrik di Sabah ini.

Saya ingin mencadangkan kepada dan pandangan, saranan kepada Kerajaan dan juga ECOS sebagai, oleh kerana kita sudah ambil alih pada tahun sudah dan tahun ini perlaksanaan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah ataupun ECOS untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

1.

Melaksanakan Pelan Transformasi SESB dan mesti siap sebelum ataupun pada tahun 2030. Maknanya tujuh (7) tahun daripada sekarang.

2.

Memastikan bahawa Jawatankuasa Perunding iaitu Jawatankuasa Perunding di antara dengan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penjanaan elektrik ditubuhkan untuk ambil alih SESB oleh Kerajaan Negeri. Kerana berbagai isu, pada hari ini, SESB mendapat subsidi daripada Kerajaan Persekutuan sekitar tujuh (7), 800 juta dan juga daripada Kementerian Kewangan untuk bekalan Diesel sekitar 300 juta dan ini perlu diselesaikan. 3.

Memastikan SE-RAMP 2040 yang telah digubal oleh ECOS dilaksanakan mengikut jadual dan kita harap inilah yang akan dibuat dan akhirnya kita mesti ada pelan pengambilalihan semua IPP-IPP yang ada di Sabah. Bagi IPP-IPP yang akan tamat tempoh konsesinya tidak perlu diperbaharui dan kita mesti rancang untuk ambil alih IPP-IPP yang ada ini dan digantikan dengan IPP-IPP milik Kerajaan Negeri yang pertama. Yang kedua, semua IPP-IPP baru hendaklah kita buat sendiri di bawah kuasa ECOS dan saya yakin Sabah sudah ada pemain yang itu, kita ada Sabah Energy Coorperation, kita ada Khazanah, kita ada SESB sendiri bila kita ambil alih nanti mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk membina dan juga mengurus jana kuasa ini.

Akhirnya pada masa akan datang, semua penjanaan ini hendaklah di kawal oleh negeri Sabah kerana ia adalah penting sebagai sumber pertumbuhan ekonomi, keselamatan negeri dan juga daya tarikan pelabur-pelabur asing untuk membuka industri.

Dasar yang kita buat sekarang di mana pelabur-pelabur yang datang seperti di KKIP, Nexilis, Kibing dan juga saya di fahamkan ZLNG di SOGIP Sipitang diberi mandat kuasa untuk mengadakan penjanaan sendiri. ZLNG saya difahamkan mereka akan menjana sekitar 60 megawatts sendiri. Kemudian Petroventure yang akan dirasmikan bulan hadapan, pecah tanah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang akan membuat refinery juga telah diberikan mandat untuk membina penjanaan sendiri sekitar 52 megawatts dan Esteel juga yang akan beroperasi di SOGIP Sipitang juga diberi kebenaran untuk menjana elektrik sendiri. Kalau ini trend berterusan, akhirnya nanti penjanaan itu akan diambil, masih lagi dikuasai oleh orang luar. Jadi mungkin sementara ini, secara interim program ini kita bagi laluan oleh kerana masa tidak mencukupi, tetapi akhirnya kita secara perpan. This is our strategic planning untuk mengambil alih semua kuasa penjanaan ini. Kita sudah ada kepakaran saya katakan tadi, SESB boleh ambil alih, Khazanah boleh ataupun milik, syarikat milik kerajaan negeri untuk beroperasi di Sabah. Akhirnya, inilah yang perlu kita buat dan kalau dikatakan kita tidak ada duit, kita boleh respon melalui pinjaman daripada bank ataupun menggunakan program SUKUK dan yang lain-lain kita selesaikan seperti yang dirancang iaitu yang penting adalah grid di antara selatan, di antara PMU Mengalong dengan Tawau itu mesti kita laksanakan. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Luar Bandar dahulu tapi dia telah ditangguhkan dan tidak dibuat. Tapi ini sangat penting untuk negeri Sabah. Oleh itu, kita mesti berunding, berbincang bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah grid di antara pantai timur dan juga ataupun, pantai barat dan juga pantai timur di negeri Sabah. Untuk menyelesaikan masalah ini, juga ada mungkin ada, mungkin IPP nanti kita sudah akan memiliki, kita boleh jemput orang luar, syarikat luar tapi bukan sebagai pemilik, Datuk Speaker, kita mahu mereka cuma sebagai, sebagai konsultan ataupun sebagai EPCC pelaksana tapi pemilik adalah, mestilah negeri Sabah pada akhirnya.

Datuk Speaker, yang juga telah disebut oleh TYT adalah mengenai dengan SELCO iaitu, penjanaan...

Speaker

Tuan Yang Terutama jangan pakai TYT ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tuan Yang Terutama, terima kasih. Hmm.

Speaker

Tuan Yang Terutama.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

...itu penjanaan melalui SELCO pun consumption yang di buat di rumah. Ini perlu dijelaskan dan kita minta ECOS dan juga SESB mengenal pasti kalau boleh diberi kuota tiap-tiap daerah. Berapakah kuota yang boleh kita buat SELCO ini dan apakah prosesnya? Kalau boleh kita bagi tawaran kepada mereka yang mampu dahulu yang rumah besar, banglo kalau orang-orang kayalah ah. Supaya mereka pada siang hari mereka tidak menghisap elektrik daripada main grid, mereka boleh gunakan di rumah sendiri dan kita minta supaya ini jelas dan ditawarkan supaya ada taker dan apakah bentuk insentif ataupun minta penjelasan bentuk insentif ataupun bantuan teknikal daripada SESB ataupun ECOS ataupun ada dilantik syarikat pelaksana untuk SELCO ini. Kerana saya melihat ia boleh menyelesaikan secara cepat untuk bekalan elektrik ini. Jadi, Datuk Speaker, saya habiskan untuk masalah elektrik ini dan saya berharap bila yang ini akan dikaji dan kita selesaikan bagi syarikat. Saya ingat SESB, Sabah Energy Coorperation, Khazanah sendiri kita boleh berunding bagaimana untuk melaksanakan perkara ini.

Saya ingin masuk kepada yang disebut perkara, para 22 muka surat sembilan (9) ucapan Tuan Yang Terutama memperincikan ketibaan pelancong ke Sabah pada tahun 2023, iaitu sebanyak 2.61 juta dan pada tahun 2024 ini dijangka meningkat kepada 3.0 juta.

Tahniah, kepada Menterinya yang telah pun bekerja keras dan bertanggungjawab untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Sabah ini dan kita harap akan meningkat kembali seperti sebelum COVID-19. Namun perlu kita memanfaatkan kehadiran pelancong ini untuk rakyat dan juga negeri kita yang datang ke Sabah ini

pada masa ini kebanyakannya, Datuk Speaker, kebanyakannya untuk sight seing dan untuk makan sahaja.

Tapi tidak ada program lain lagi. Tapi memang ini menguntungkan syarikat pengangkutan, syarikat-syarikat pelancongan di Sabah dan industri hospitality seperti hotel, homestay, restoran, rangkaian restoran. Tetapi saya dapat laporan daripada pemandu-pemandu pelancong tempatan. Saya juga sedih bila pemandu-pemandu pelancong tempatan ini tidak diberi peluang untuk terlibat aktif sebagai pemandu pelancong. Bila pelancong daripada Korea misalnya ataupun China ada syarikat-syarikat ini sudah ada operator daripada Korea berada di Sabah dan mereka bawa pemandu pelancong mereka sendiri. Sedangkan banyak anak-anak Sabah yang sudah fasih berbahasa Korea apa lagi bahasa mandarin tidak diberi peluang dan mereka ini sebagai di belakang dan pendapatan mereka pula ditekan tidak seperti pemandu pelancong Korea.

Saya berharap Kementerian ataupun agensi-agensi memantau supaya ini dipantau kalau boleh buat spot check naik ke bas-bas ataupun ke kawasan-kawasan itu supaya operator-operator yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat luar ini terutama Korea...

22/04/2024 -

SITI JUBAIDAH – NORMA

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Diberi penjelasan dan juga sekarang ini Korea, kalau kita lihat dia tidak pergi restoran kita, dia pergi restoran Korea. Jadi peluang untuk anak-anak kita tidak dapat ataupun untuk restoran-restoran kita tidak dapat limpahan daripada yang diberikan itu.

Speaker

Kita pergi London pun kita cari restoran Malaysia juga.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tapi sekali-sekali Datuk Seri bukan hari-hari kita banyak juga makan steak di London yang halallah. Makanan Arab. Datuk Speaker oleh kerana masa terhad saya ada masa sedikit lagi. Saya rasa tidak lengkap ucapan saya ini kalau saya tidak masukkan beberapa isu untuk kawasan

N35 Sindumin. Sebagai wakil rakyat kepada pengundi-pengundi dan penduduk kawasan Sindumin, saya banyak menerima berbagai aduan dari rakyat, daripada NGO, daripada pengusaha-pengusaha tempatan dan juga pengunjung-pengunjung yang datang ke Sipitang ataupun ke kawasan Sindumin. Apa yang saya ingin perkatakan ialah isu keluhan rakyat N35 Sindumin dan saya sampaikan di Dewan ini supaya ada tindakan daripada pihak tertentu.

Isu yang pertama ialah jalan Pan Borneo. Kawasan Sindumin atau daerah Sipitang meliputi pakej semua pakej WP1 Pan Borneo, iaitu sepanjang sekitar 24 kilometer daripada Sindumin ke Malalia. Pakej ini amat penting kerana jalan ini pintu masuk ke Sabah daripada sama ada orang tempatan keluar atau masuk ataupun pelancong pengunjung daripada Sarawak daripada negara Brunei Darulsalam dan juga Kalimantan. Jalan ini adalah lambang first impression mengenai Sabah dari negara jiran, iaitu daripada Sarawak daripada Indonesia dan juga Brunei. Begitu juga bila kita dari Sabah ingin keluar ke Sarawak, kita akan tahu perbezaan bagaimana jalan di Sabah ini dan bagaimana jalan di Sarawak dan di Brunei yang selalu disebut amat jauh berbeza.

Datuk Speaker, Saya tiada kepentingan peribadi mengenai jalan malahan yang saya ingin suarakan bukan suara saya. Saya cuma sebagai wakil rakyat menyampaikan di Dewan yang mulia ni bagi pihak rakyat saya dan juga rakan-rakan di luar sana. Saya mengenal kontraktor ini dan juga syarikat yang mengendalikan dan juga saya pasti pihak JKR juga tahu apakah masalah yang ada. Cuma saya ingin nyatakan ini bahawa kami merasa gelisah dengan keadaan pembinaan jalan Pan Borneo ini dan semalam yang Yang Berhormat terima kasih Menteri daripada N48 Sugut yang datang ke Sipitang ke Sindumin rumah terbuka juga merasai bagaimana jalan itu. Beberapa isu telah pun dikemukakan yang pertama progress atau kemajuan pembinaan Pan Borneo WP1 dan juga termasuk kawasan Lemadan WP2, amatlah perlahan. Saya lihat kawasan lain pun sama juga. Walaupun YB Menteri menyatakan pada tahun sudah 2023, Menteri ada sini bahawa jalan ini akan siap pada September 2024. Tetapi saya tidak nampak jalan ini akan siap 2024 atau tahun ini cuma tinggal lagi lima bulan kerana pengurusan pembinaan jalan ini tidak ada sistem dan tidak profesional, saya minta maaf saya katakan di sini. Ini pemerhatian, saya pun tidak tahu kenapakah ini berlaku? Dalam hal ini saya tidak

menyalahkan kontraktor ataupun apa-apa tapi sebagai tugas kita untuk memastikan bahawa ia siap mengikut jadual dan juga apakah tugas konsultan dan juga JKR untuk memantau projek ini.

Yang kedua bahan atau batu yang digunakan adalah tidak berkualiti saya melihat ini pemerhatian saya, dia digunakan sandstone, iaitu saki-baki batu yang dikorek daripada bukit bukau ditimbun dan dikisar dan dijadikan batu. Saya sebagai orang biasa saya bukan jurutera, setahu saya batu itu digunakan adalah jenis granit dan kalau di kawasan Papar sana ia jenis granit batu warna hijau hitam yang ada kualiti tapi yang kami di Sindumin ini batu sungai dan sudahlah batu sungai dicampur lagi dengan pasir ditembok sebagai base. Saya tidak tahu jurutera ini bagaimana ini boleh berlaku? Apakah kualiti batu ni menurut ataupun memenuhi prasyarat atau standard yang ditetapkan? Saya minta JKR dan agensi pemantau memberi jawapan ini, kalau tidak memenuhi mengikut spesifikasi mengapa kerja juga diteruskan? Jadi ini,yang ketiga, rakyat Sipitang meminta supaya pembinaan jalan ini di audit kerana banyak yang menimbulkan masalah kerana kenapa dia ada dibuat ada ditinggal ada dibuat ada ditinggal dan mengapa lagi setakat hari ini masih lagi banyak tiang-tiang elektrik berada di tengah-tengah, paip tidak dipindah.

Speaker

Panjang lagikah?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Mahu habis hujung, minta dua tiga minit.

Yang ini yang minta di audit. Yang keempat, ciri-ciri keselamatan pada bangunan semasa pembinaan tidak dititikberatkan itu jalan dibiarkan rosak berlubang tidak rata dan juga tidak selesa dilalui terutama sekali pengguna-pengguna kenderaan kecil seperti kancil, myvi dan lain-lain. Sudah banyak kerosakan kenderaan dan rakyat sudah jemu tidak mahu lapor lagi ini, penat sudah. Rosak pun mereka baiki sendiri tayar pecah, rim bengkok, kenderaan masuk dalam lubang, masuk longkang dan mengundang kemalangan. Saya telah melihat beberapa kemalangan di depan mata saya oleh kerana pembinaan jalan yang teruk ini.

Kemudian papan tanda tunjuk arah laluan tidak jelas ini juga menyebabkan kekeliruan. Mereka menganggap bahawa pengguna jalan raya ini tahu, bayangkan kalau pengunjung daripada Brunei daripada Indonesia lalu jalan ini mereka akan sesat, mereka salah simpang kerana tidak ada penunjuk arah. Saya katakan tadi

pemindahan paip air tiang elektrik juga tidak dilaksanakan. Kebanyakan kawasan dibiarkan gravel dan kita minta dia di tar tapi berbulan-bulan tidak dilayan. Jadi, Datuk Speaker apakah tindakan Kerajaan ataupun konsultan untuk mempercepatkan proses projek ini siap segera. Bukan sahaja di kawasan N35 Sindumin tetapi juga seluruh Sabah sepatutnya pakej WP1 WP2 ini dijadualkan siap pada September 2019 tapi sekarang sudah April 2024 lagi tinggal lima bulan, walaupun saya pasti ia tidak akan siap melihat. Jadi, apakah tindakan rakyat? Apakah perlu EOT ataupun termination non performing oleh kontraktor jadi ini kita minta penjelasanlah.

Jadi, Datuk Speaker kawasan N35 Sindumin ini amat memerlukan jalan ini kerana kami berada di situ sehari-hari kami guna jalan ini dan juga akan ada pelabur di SOGIP, Jet LNG, Petroventure, Esteel, CURIX daripada Korea yang akan menggunakan jalan ini dan juga akan banyak pengunjung daripada negara-negara lain.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Boleh laluan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Sindumin. Terima kasih Datuk Speaker. Memang saya lihat perbezaan Pan Borneo ini di Benoni, jalan Papar, Sipitang teruk. Ada kemungkinan kontraktor-kontraktor ini banyak projek. Kalau…

Speaker

Jangan buat andaianlah.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ini andaianlah. Andaian

Speaker

Jangan buat andaianlah dan menyalahi PT tu buat andaian.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Jadi kalau boleh. Kita beri kepada mereka-mereka yang fokus untuk membina jalan raya ini daripada mereka mempunyai lagi komitmen yang lain.

Speaker

You bawah nanti dalam you punya ucapan sendiri.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya. Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Saya setuju dengan YB Kemabong ya.

Saya pasti, saya pasti Kementerian ada kaedah prosedur sebab itu salah satu prosedur Pre-Q. Kita Pre-Q, maknanya kontraktor yang layak sahaja dapat membuat projek pastikan ia siap. Kalau sudah daripada awal ada sejarah tidak menyiapkan projek dan diberi lagi kepada kontraktor ini maknanya kita menempah bala, mencari bala dan yang terseksa ialah rakyat. Kalau ini diteruskan di Sipitang jalan kualiti yang rendah nanti dia cepat rosak dan bila rosak perlu maintenance dan untuk dapat peruntukan maintenance lambat dan kami terpaksa menanggung kerosakan melalui jalan rosak itu berbulan-bulan, bertahun-tahun sehingga sebelum ia dibaiki dan yang penghabisan Datuk Seri Speaker, iaitu mengenai dengan konsesi jalan juga. Sekarang ini prosesnya ialah jalan-jalan negeri Sabah dan juga Persekutuan ini di bawah konsesi. Isunya sekarang bila kita jalan ini rosak, konsesi ini mengatakan dia tidak boleh baiki kerana belum sampai pusingan.

22/04/2024 -

[SALEHA]

-DARRYL JUDE

– AZRIN

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Rakyat jalan rosak mana boleh tunggu pusingan Datuk Seri Speaker, kami mahu jalan baiki. Rosak hari ini, baiki besok ataupun dalam masa sebulan tapi bertahun tunggu pusingan belum sampai dia kata, belum dibaiki dan lagi satu malangnya ialah pihak konsesi ini, dia bukan buat sendiri, dia pergi sub, yang sub ini pula menunggu peruntukan daripada induk daripada main... main con ataupun konsesi. Yang konsesi pula, minta peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Sepatutnya, konsesi tidak payah minta daripada Kerajaan Negeri. Konsesi buat dulu, claim kemudian. Rakyat tidak boleh tunggu.

Saya minta supaya ini dikaji balik supaya konsesi ini kalau boleh kita tengok, kaji. Kalau dia non-compliance, kita terminate sajalah. Kita ganti sajalah. Lebih baik, lebih baik proses lalu peruntukan itu diberi kepada JKR, daerah dan aaa, barang.. sebarang aduan daripada orang kampung, JKR lawat, tindakan dan ambil pembaikan immediately sama ada cara direct award, quotation ataupun sebagainya. Dan ini juga memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor daerah sama ada G1, G2, G3. Sekarang ini tidak ada peluang, dia pihak konsesi cuma lantik satu syarikat

sahaja, wakil mereka di daerah ataupun di kawasan itu dan ini menyusahkan kita. Jadi kalau boleh, memang perlu saya ingat rakyat sudah marah di bawah ya, Datuk Seri Speaker kerana saya ada dua, tiga jalan saya mengadu juga dengan pihak konsesi ini. Sudah satu tahun sudah tidak dibaiki dan kawasan ini penting kerana dia di situ hujung sana ada kawasan pelancongan COBT.

Speaker

Sila gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Di hujung ini. Gulunglah ini, Yang Berhormat Speaker kerana kawasan yang jalan ini adalah dihujungnya adalah COBT iaitu, pendapatan orang kampung untuk berniaga kerana ramai pengunjung dan saya mendapat, menerima aduan daripada pengunjung dan juga operator COBT ini minta dibaiki tapi sampai sekarang belum dibaiki iaitu, Jalan COBT Kampung Malalia yang itu air terjun, air yang deras, cantik di situ. Kalau Datuk Speaker ada ke Sipitang, boleh lawat, singgah sambil sambil makan durian nanti bulan lapan. Datuk Speaker, akhirnya sebagai penggulung, saya sudah sampai masa saya ingat pemimpin kita, ahli-ahli politik janganlah lagi berebut lagi jadi Ketua Menteri ini. Kita bagi sokonganlah kepada Datuk Seri Panglima Sulaman sehingga habis waktu atau sambunglah, kita akan bantu. Apa yang berlaku lalu daripada Kerajaan USNO, Kerajaan BERJAYA, PBS, BN, itu sudah sejarah, yang kita mahu hari ini.

Saya pasti Kerajaan hari ini sudah banyak belajar, politik Sabah ini berbunga-bunga, kompleks tapi banyak lagi yang peristiwa sedih. Apa yang berlaku tahun sudah Januari, Pelantar Kinabalu, malu kita. Semua mahu rebut jadi Ketua Menteri. Plan A, ada seorang jadi Ketua Menteri Gagal itu, plan B lagi. Saya tidak tahu plan C pun buat kali. Jadi, janganlah ada lagi yang begini. Jadi, kita minta pemimpin Sabah bersatu demi untuk negeri Sabah.

Yang kedua, penjawat awam. Saya minta SKN, SUT-SUT pantaulah Pejabat Daerah, pantaulah Majlis Daerah ini. Saya melihat saya bukan wujud dalam sistem, saya melihat banyak yang perlu dinaik taraf, diperbaiki. Tadi disebutkan semua Kementerian dalam buku ini banyak dasar tapi berapa banyak Ketua-ketua Jabatan di daerah yang faham dasar ini? Saya mencadangkan supaya setiap Kementerian

turun padang ke bawah, buat forum, soal jawab dengan penduduk tempatan, pemimpin tempatan menerangkan apa yang dirancang oleh Kementerian. Saya berpengalaman mesyuarat pembangunan daerah, bila saya tanya round table, bila DO Pengerusi tanya round table, Ketua-ketua Jabatan semua (gerakan tangan). Ini saya tunjuk semua geleng kepala, tiada, tiada. Jadi, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pertanian, Perikanan ada menyebut beberapa perancangan saya tidak nampak ini difahami oleh pegawai-pegawai di daerah dan saya tidak nampak ada program di daerah. Saya mintalah, bukan saya menyalahkan dia tapi kita perlu lebih profesional, turun padanglah dan beberapa tindakan perlu diambil segera. Jadi, kita ini sebagai satu pasukan, pegawai di Kerajaan Negeri sebagai penyampai, sebagai pelaksana juga hendaklah proaktif. Kemudian kepada syarikat GLC, saya sendiri Pengerusi. Saya melihat bahawa banyak ruang untuk kita memajukan negeri Sabah ini tetapi saya melihat banyak juga ruang untuk kita perbaiki. Kita kena bergerak cepat, rundingan-rundingan perlu diambil keputusan segera. Saya sebagai Pengerusi Qhazanah, banyak yang kita sarankan tidak ada keputusan setahun kita menunggu keputusan. Jadi pegawai-pegawai tengoklah kalau boleh setiap Kementerian mana-mana ada usul daripada GLC, kalau boleh saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memberi garis panduan.

Dia kata semua masalah GLC kalau dipohon, mesti selesai dalam dua minggu. Saya minta, saya mengambil wording ini dalam masa dua ming… tapi bolehkah pegawai menyelesaikan isu ini dalam masa dua minggu? Saya telah menyarankan bahawa bagi agensi-agensi yang sudah ada wakil Kementerian, misalnya Qhazanah ataupun yang lain-lain. Sudah ada di situ ada SKN sebagai ahli Lembaga Pengarah, ada Peguam Negeri, ada SUT Kewangan.

Speaker

Sila gulung, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ini gulunglah ini, Yang Berhormat.

Penghabisanlah ini. Jadi, sepatutnya tidak lagi secara diambil secara kompleks. Sepatutnya ini boleh dibuat keputusan dan diusulkan untuk pemberitahuan sahaja kepada Kementerian bukan cuma kelulusan kerana bila kita hantar ke Kementerian,

bukan Menteri yang melihat. This officer, this officer ini seolah-olah keputusan SUT Kewangan itu di overule oleh this officer. Jadi saya ingat ada kejanggalan di situ. Saya minta supaya ini dikaji dan diperbaiki. Datuk Speaker, banyak lagi sebenarnya mahu disuarakan tapi saya pilih itulah tajuk yang tadi dan saya berharap saya mahu melihat sebagai rakyat juga, sebagai wakil rakyat, kita mahu melihat negeri kita maju ke hadapan dan semua rundingan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama dengan Perdana Menteri, Kabinet, Ahli Kabinet, Menteri-menteri dan Kementerian di KL, kita perlu kerjasama. Kita perlu mengikut jejak langkah negeri jiran kita Sarawak. Bagaimana mereka boleh memajukan negeri, kita kena belajar bukan kerana kita tidak mampu kita mampu tapi barangkali kita terlepas pandang, kita fokus yang salah. Datuk Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Mencadang. Sekarang saya jemput seorang Ahli untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih, Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Tuan Speaker: Masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan… melahirkan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 18 April 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul tersebut sekarang dibuka untuk dibahas. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Senallang untuk menyampaikan perbahasan.

Terima kasih Datuk Speaker di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk terlibat secara langsung dalam perbahasan ucapan Tuan Yang Terutama baru-baru ini, dan saya berharap bahawa ianya menjadi peringatan kepada kita bukan hanya untuk membangunkan negeri Sabah, memajukan rakyatnya. Di samping itu, saya selaku Ketua Pembangkang tidak bererti bahawa tidak inginkan Sabah ini dimajukan. Bukan saya tidak ingin bahawa rakyat Sabah ini tidak dibantu. Banyakkan teguran bukan hanya di Dewan Undangan Negeri, di Parlimen, saya menegur depan Perdana Menteri, banyak Perdana Menteri bukan satu orang dengan secara ikhlas

because we must develop the country. Kita kena bangunkan bumi Sabah ini sebaik mungkin. Tidak bererti bahawa bila kita menegur dan bagi pandangan itu maka ia satu perkara yang kita tidak boleh ambil kira, we go against. Dari dahulu saya ingin unite the Sabahan tapi ada juga yang tidak mahu unite Sabahan, Datuk Speaker. Dan kita harus belajar, humankind they don’t learn from the history. Manusia yang tidak belajar daripada sejarah sama ada kebaikan, kesilapan manusia dan negara itu akan dalam keadaan kegagalan di masa akan datang. Learn from your mistake dengan tujuan dia untuk kita tambah baik bukan bila kita menegur maknanya ada kesilapan.

22/04/2024 -

[NABILA]

-AZYATUL

– NUR FATIN

…yang dahulu dalam satu perkara contohnya, Sabah sebagai sebuah wilayah yang kaya raya. Sumbernya banyak. Tapi, Pangkalan Data Kemiskinan cuma 25 ribu. Itu nanti menteri akan sentuh, sedikit sebanyak tentang pangkalan data.

I think apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat, kita perlu teliti secara mendalam and that is not the right kind of way approach to nail down untuk supaya menoktahkan kemiskinan. Kemiskinan di Sabah ini bukan 25 ribu. Bukan, 50 ribu. I can tell you, selaku, selalu orang turun ke bawah. Saya ke Bangi, saya ke Kudat, saya ke Sandakan. Jangan cerita, saya pergi Penampang pun baru-baru ini, rumah orang kampung di Penampang bukan setakat air tidak ada, bukan setakat elektrik. Dalam rumah itu pun, bukan satu orang ketua isi rumah. Anak dia, isteri dia, menantu dia, dengan RM1,200.00 can you think? You think it can overcome (tidak jelas) of the property? Dalam satu rumah? Banyak sebenarnya. Jadi, itu saya akan sentuh sedikit sebanyak supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah secara teliti and very a comprehensive approach nak menoktahkan kemiskinan ini. Tapi, saya nak jurus kepada apa yang telah diucapkan oleh Tuan Yang Terutama, tentang beberapa perkara yang telah diutarakan. Contohnya, pertama, muka surat dua Pertanian. Di antara langkah untuk memastikan supaya bagaimana kita

mengatasi kemiskinan. Saya masih ingat bahawa di antara langkah untuk kita mengatasi kemiskinan ialah sumber kekayaan is a very fertile land in Sabah. Di Tawau itu, tanahnya yang paling subur, volcanic soil yang ada. Tanam rambutan, tanam nangka very sweet the sweetest sulfur. Keningau pun tidak lawan. Maka dengan itu, penting kepada kita bukan hanya meneliti area, kawasan mana yang bersesuaian, di peringkat pangkalan map out. Jangka panjang, short-term, boleh. Jangka panjang dalam sektor pertanian. Where are the areas? Kita tidak mahu hanya membangunkan kawasan-kawasan Kota Kinabalu. Kita tidak hanya membangunankan tempat, spread it out supaya kita nakkan mengimbangi pembangunan, bukan hanya di daerah-daerah, di seluruh kawasan yang ada. Pasal itu terkadang paling banyak miskin orang luar bandar, KDN, Dusun yang ada. Ini fakta dia, pasal kita nampak kilang-kilang tidak banyak dilahirkan di situ. Ya, and that’s why we have to nail down, banyak kemiskinan.

Saya kadang-kadang pergi Sinulihan, di Keningau. Saya pergi Tenom, saya pergi Long Pasia dan saya tengok perkara-perkara yang cukup membimbangkan kita. Dalam pertanian ini penting untuk kita cuba mengatasinya kerana kita tahu bahawa Sabah tanahnya cukup luas. The land is fertile but where is the land? Di mana dia? Tanah yang kita boleh clear mark, pertanian. Masa dahulu saya clear mark Terusan Sapi, sepuluh ribu ekar. Tapi, dari sepuluh ribu ekar cuma enam ribu ekar sahaja yang sesuai untuk tanam padi yang ada.

Lepas itu, saya bagi peruntukan 5 juta untuk bagi dengan Sabah Credit untuk tanam padi bukit bukan hanya di Long pasia, di Keningau, di Tambunan. Pasal saya tahu dia punya harga dia, padi bukit ini kadang-kadang dia grain/brand. Jenis yang kita tanam itu, kita mahu bukan hanya is hygienic to take but the price is very much in demand. Ini yang kita nakkan. Tapi, bila saya melihat, saya juga cadangkan supaya kembalikan Lembaga Padi Negeri Sabah. Revive that dan ini bila saya melihat ucapan Tuan Yang Terutama, iaitu projek untuk Pembangunan Kawasan Baru Tanam Padi seluas 100 ekar. Lepas itu, di Kota Marudu dan kolabrasi bersama dengan Sawit Kinabalu.

Datuk Speaker, kenapa dengan Sawit Kinabalu? Why Sawit Kinabalu? And this is we must look in to it. Saya mencadangkan jangan libatkan, kerana ini untuk

penanaman sawit dan saya tahu Sawit Kinabalu mempunyai kewangan. Tapi, dahulu Sawit Kinabalu bila saya cek thoroughly, bila saya tengok berjuta duit di situ. Juta apa dia? Pegangan saham-saham. Why Sawit Kinabalu? Ada saham, pegang saham. Why? Dia buat kelapa sawit. Go down stream on kelapa sawit. We must very focus kerana kita tahu ini merupakan satu jentera, satu GLC yang saya yakin mempunyai keupayaan untuk bukan hanya kita letakkan untuk meletakkan supaya kelapa sawit datangnya dari Sabah. We have palm much better than Sarawak. Datuk Speaker, saya di Sarawak dahulu masa saya menteri. Saya tengok cek tarrely, pits well. Sebahagian besar daripada Sarawak itu banyak saya ingat dalam lebih kurang dalam one third or less than that. This why, yang tidak sesuai. Kita ada, cuma mungkin di kawasan-kawasan Kimanis, Beaufort, itu sahaja but tidak banyak. Tapi, kita nakkan, pastikan dalam sektor pertanian ini kita belajar. Bayangkan dahulu kita belanja hampir 300 juta untuk nak tambah baik penanaman padi. Di mana? Di Kota Belud. What happenned to it? Benih apa yang kita nakkan, supaya setahun dua tiga kali and we must look into that, the mistake that was done. We cannot. Now, pula tanam padi sini, tanam padi sini, it must be very tarer. Kita nakkan supaya pastikan bukan hanya sektor pertanian dalam pertanian padi ini dapat kita perluaskan dan kita tahu contohnya, di kawasan Bongawan, Membakut. Membakut di antara kawasan yang mempunyai tanah yang cukup baik. Pasal dia bukan fix soil. Kadang-kadang banjir dia. Banyak air dia. Itu yang saya minta kepada Yang Berhormat Bongawan dahulu selaku Pembantu Menteri, bangunkan kerana di situ juga banyak orang-orang miskin yang boleh dibantu di kawasan-kawasan, spread out the development yang ada untuk membolehkan supaya kita membantu rakyat yang ada dan seperkara dalam sektor pertanian ini. Bila saya sebut tentang padi. Saya harap Kementerian Pertanian dan Kerajaan Negeri melihat secara mendalam. Jangan libatkan agensi-agensi.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Speaker?

Yang langsung tidak ada hubungkaitnya dengan…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Senallang boleh mencelah?

… dengan.

Saya takut masa nanti. Ya, tidak apa.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, saya tertarik dengan hujah daripada Senallang mengenai dengan Pembasmian Kemiskinan melalui pertanian. Saya ingin bertanya dengan Senallang. Bagaimana dengan pencapaian RISDA di daerah seluruh luar bandar yang pada ketika dahulu Senallang selaku menteri KKLW. Di kawasan saya, masalah RISDA kalau boleh hantar auditlah, amat malang sekalilah. Pencapaian RISDA yang bertanggungjawab untuk menanam getah di daerah Telupid. Jadi, saya ingin minta daripada Senallang. Terima Kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Telupid dan bertanya tentang agensi RISDA. Kita mempunyai pendekatan, amalan kita bukannya law by law. Itu agensi federal, ada batasan dia kerana waktu itu saya selaku menteri, kita tahu kita tidak mahu supaya RISDA, FELDA, FELCRA semuanya playing the role. We want the State Government to play in more important role. Dari segi bagaimana untuk pastikan bahawa ini federal agensi dan kita tahu bahawa ada Lembaga Getah Negeri Sabah, dan waktu itu saya bagi bantuan lembaga.

Tapi, malangnya bila kita bagi peruntukan, sebahagian daripada peruntukan digunakan untuk pengurusan. Bukan bagi bantuan subsidi dan itu yang saya bagi tahu, we must in very focus we did our means, saya bagi tahu. Kerana kita tahu bahawa lembaga getah ini di bawah control Kerajaan Negeri. Ya, dan waktu itu saya tidak mahu supaya semuanya menjelajah RISDA. Sama ada setengah-setengah agensi yang ada terpaksa dipakai untuk membina beberapa perkara tapi saya bagi tahu.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk. Datuk.

I limit in such a manner. Dengan izin.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

YB Senallang.

Supaya it must be done by the State Government.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

YB Senallang.

It must be done by the agency of the Government of the day. Tapi saya tahu bahawa perkara itu kemungkinan saya akan bangkit nanti. Masalah-masalah RISDA. Contohnya, di situ di parlimen bagaimana.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ini bukan pengurusan. Saya rasa peruntukan yang ada itu untuk penanaman semula ataupun penanaman baru di bawah peruntukan RISDA. Cuma, implementasinya langsung amat mendukacitakan sehingga peruntukan itu telah dibelanjakan tetapi hasil kita tidak mendapat di situ. Tidak ditanam, tapi saya difahamkan kena claim jadi ini yang menjadi salah satu kegagalan kita. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Dan saya juga ingin menyentuh tentang, dalam sektor pertanian ini. Komoditi-komoditi yang perlu kita menfaatkan. Contohnya, bukan kubis, bukan sayur-sayuran kangkung.

22/04/2024 -

[RUPIKA]

-RAMENAH

– N

ORMA

…we have to looking to it, mana komoditi yang bukan hanya harganya tinggi tapi juga mendapat pasaran, contohnya nanas di Keningau, manis dia punya nanas, di Penampang manis dia punya but taklah kedengaran Penampang punya nanas, dulu saya masih ingat wah, bukan main nanasnya but we didn’t develop that, cili waktu dahulu saya galakkan supaya kita tanam cili, pasal apa kita nak tanam cili, pasal cili harga dia sekarang lebih daripada 20 ringgit sekilo, dan kalau kita tanam cili bukan hanya kita nak pastikan supaya ianya, harganya tinggi tapi permintaan dia banyak but beside

that saya cadangkan, saya bagi pandangan supaya jangan hanya tanam cili, jangan hanya tanam kubis, jangan hanya kita nakkan pertanian, perikanan yang ada, go downstream chili sauce, peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa kita bagaimana supaya pastikan tomato sauce, tomato sauce. Tomato kita boleh tanam tapi saya tau ada smooth more skill yang ada (can I have the water). Minta maaf Datuk Speaker, very dry sikit.

Kadang-kadang kita tidak lihat bagaimana manfaat yang kita berikan kalau sekiranya we go downstream process, monetize all the commodities and raw materials in Sabah for the benefit of Sabahan and the state of Sabah. Ini yang kadang-kadang bila saya lihat tidak pernah pun ada chili sauce, kilang dia di Sabah ini. Sabasco ada, saya perkenalkan sabasco tapi itu di Sarawak keadaan dia tapi kita nakkan supaya pastikan kalau dapat kita lahirkan produk-produk tomato sauce, chili sauce di Keningau. Saya ada minta dengan usahawan di Keningau Datuk, saya tak sebut nama dia.

Datuk Speaker, pasal saya bagitau dengan dia, contohnya dalam sektor pertanian, dia ternak lembu di situ sapi, sampai berapa ribu. Saya bagitau dia jangan hanya produce susu, buy product of milk, buy product of beef yang ada must go downstream supaya anak-anak di Keningau itu dapat peluang pekerjaan, begitu juga dengan nanas, dia tanam nanas. Saya bagitau jangan hanya tanam nanas untuk dimakan, they must also produce in terms of juice yang ada dan buy product gula nanas. Kita tidak keluarkan gula-gula nanas, yang ada kita tahu coklat koko, dahulu koko ada. Dahulu saya minta dengan kawan saya Yang Berhormat Menteri Lim Ken Nyet dahulu saya minta supaya go downstream, ibu pejabat koko sini Tawau. Hari ini koko hilang dah pasal there’s no downstream, coklat tidak ada, gula-gula coklat tidak ada, gula-gula pasal itu yang kita nakkan supaya dalam sektor pertanian ini harus kita tingkatkan bagaimana usaha untuk kita memastikan dari segi apa nama, usaha sektor ini bukan hanya memberi melahirkan industri-industri downstream tapi jauh penting daripada itu peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa kita, begitu juga dalam sektor perikanan.

Saya dahulu saya nyatakan dengan mantan Perdana Menteri dahulu, the oldest mantan Perdana Menteri, klon ikan di Semporna ini mati sampai pencen, tidak ada kilang sardin, tidak ada kilang-kilang. For god sake let the industries be there

downstream yang ada untuk memastikan supaya kita turunkan di situ ikannya subur. Di Tawau itu the special fish yang kita nak othai kai, sea chicken, sea chicken ini kalau di Tawau dalam 200 ringgit harga dia, 300 ratus ringgit tapi kalau di Hongkong sampai 700 ringgit harga dia and it’s very good quality untuk pastikan bahawa kita boleh this is a the product jenis ikan Ampurau tadi disebut. Ini produk tidak dapat diperoleh di mana-mana tempat di Malaysia cuma di Tawau saja, it’s very suitable for them to grow to ray dan kenapa kita tidak buat kajian secara mendalam, why don’t we do that for the benefit for the masyarakat yang ada di situ dalam sektor pertanian yang ada.

Datuk Speaker, saya juga menyentuh tentang beberapa perkara sektor pelancongan, dalam ucapan Tuan Yang Terutama dan saya tahu bahawa pelancong datang but it’s not the jumlah pelancong yang kita mahu. Dahulu 3 juta datang masa saya Ketua Menteri, lock down turun semuanya tapi keadaan ini dari segi macam mana kita nak manfaatkan sektor pelancongan, saya balik ke Semporna, bila saya balik ke Semporna saya tengok budak-budak di Tawau ini grab, lepas itu bila saya tanya grab kamu ada penumpang? Tidak dapat. So I told Menteri Pengangkutan baru-baru ini, dahulu saya bagitau please issued license to this young people supaya mereka juga boleh mengangkut pelancong yang ada, tapi saya difahamkan ada bas yang berwarna putih, ada yang berwarna hijau dan itu dimiliki bukan oleh rakyat Malaysia, bukan oleh orang Sabah connected to China (suara batuk) ya seperti kita masih ingat dahulu bila ada orang Korea datang ke Sabah, dia main golf di Sabah kerana di sini murah tapi makan dia bungkus, bawa semuanya but we have to looking to it.

Sektor pelancongan jangan hanya lawat ke sana ke luar negara, tengok macam mana but what this their outcome, apa kesudahan diri mereka? Adakah ini sektor pelancongan 5 juta, 100 juta manfaat dia kepada rakyat di peringkat Negeri Sabah? Saya buat kajian, saya datang ke Hotel Shangri-La, I go in Hyatt Centric saya tanya GM dia macam mana pelancong yang datang. How many occupancy 90%, 98%, 80% sound very good and then macam mana dia punya consumption are this spending money in your hotel? Yes, the room. But are they also eating? No, no. They don’t eat here Datuk Seri. Dia makan di luar ada restoran dia. Begitu juga di Semporna, kita mempunyai jumlah pelancong dari China yang terbesar di Sabah, hampir satu minggu 1,000-2,000 orang di Semporna ini tapi bila saya tengok ke

mana manfaat dia kepada anak-anak tempatan ini supaya memastikan we nailed down, we work with them, we want them to come over because kita ada buy product sektor apa ini pulau-pulau yang cantik tapi, malangnya sektor ini tidak dilihat sebagai satu sektor yang berharap untuk membawa banyak kebaikan kepada anak bangsa kita di daerah Semporna ini. Ini di antara perkara yang saya nak sebut tentang sektor pelancongan, begitu juga daripada sudut apa nama bukan hanya ,bahkan juga dari segi perbelanjaan mereka.

Saya bimbang bukan hanya negeri tapi pusat juga, membuat kajian secara mendalam. Dia tidak membawa duit yuan, dia tidak bawa duit banyak, they don’t use US currency, they don’t bring money, tapi dia akan gunakan credit card, that is why semalam saya pun telefon dengan Menteri Kewangan tapi dia berada di London, saya just want to suggest to them tambah baik, jangan hanya gunakan transaction saya tahu credit card, Internet yang ada, Alipay. Sekarang Alipay we don’t want it in kita punya sistem yang ada, tapi pasal itu ringgit tidak stabil, pasal penggunaan ringgit tidak banyak, dia orang tidak perlu beli, you know is a basic kind of thing supply demand, if you demand for ringgit, ringgit will grow up. Itu yang kadang-kadang kita nampak kenapa ringgit 4.7 sampai sekarang tidak pernah turun sebaik tiga ringgit, dua ringgit tidak pasal the used of ringgit is not there and why because all this technology yang ada kita tahu mereka buat transaction-transaction, mungkin Yang Berhormat daripada Kadamaian ada sini, dia seorang Ahli Jemaah Menteri boleh highlight must improvised supaya kita boleh tap keadaan transaction yang ada, jangan Alipay yang untung.

We want Malaysian, we want Sabahan to benefit all of this dan kalau kita tidak lihat hotel yang ada bayar bil pun bukan menggunakan ringgit connected Alipay. All the transaction is in China tapi mana kita punya manfaat dia. Itu yang saya berharap sungguh supaya perkara ini juga dilihat oleh pihak Kerajaan Negeri kerana kita merupakan wilayah yang mempunyai apa nama, tarikan jauh saya ingat dari Sarawak we are far much better than Sarawak. We are far much better semenanjung untuk menarik sebanyak mungkin pelancong, tapi kadang-kadang kraf tangan pun saya nampak tidak begitu kita lahirkan how to attract kita usahawan-usahawan untuk supaya mereka ini, apa ini tertarik dengan kraf tangan-kraf tangan kita.

Sebahagian besar hanya pertunjukan, persembahan kebudayaan saja, bolehlah tapi kadang-kadang itu untuk kita uar-uarkan kita punya budaya kita, but what is the content liability hood of the people in the ground supaya manfaat daripada sektor pelancongan ini dapat diperoleh oleh masyarakat di peringkat akar umbi.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Seri, Datuk Speaker saya ingin mencelah, setujukah Senallang YB Senallang bahawa there is a concertain effort bagi saya untuk merudum kita punya tourism industry khususnya at the entry port kepada Sabah, Airport Sabah, Airport Kinabalu, Tawau, Sandakan. Kualiti dia pun so poor… 22/04/2024 -

[GRACIA]

-MOHELENA

– AZRIN

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

…The first thing orang sampai ke Sabah, di Kota Kinabalu, aircond pun problem, toilet pun very poor, very wet toilet. I’ve raised this dalam beberapa sesi sidang kita sudah. Menteri telah jawab bahawa she’ll look into it.

I think when you know and maybe MAHB is not bothered about Sabah, take over! We just do like Sarawak. Don’t need to be shameful. Jangan kita malu-malu. Jangan kita segan. Jangan ikut itu culture sabar dahulu, pelan-pelan kita. No, no more like that. Tourism Entry sudah problem…

Speaker

You’ve, you’ve your opportunity later.

Terima kasih, Yang Berhormat Moyog. Saya terima apa yang pandangan Yang Berhormat kerana itu merupakan di antara infrastruktur yang diperlukan untuk memudahkan. Pasal saya bila balik ke Semporna, saya nampak pelancong tidur atas bangku. Kadang-kadang jam. Tandas pun jam. Numbers a day but in terms of size, bila saya dah suarakan di Parlimen, kadang-kadang itu yang saya minta di Dewan ini, bila kita bersuara tolonglah jawab. Tolong lah bagi supaya kadang-kadang tidak terjawab.

Pasal we want to know how Sabah is moving. Ke mana dia? Saya bagitahu tiga hari yang lalu, Datuk Speaker. Timbalan Duta US came to my house. Why do you? Why do you have to come? No, dia bilang I don’t. We don’t want to wait for you to go to KL. Dia datang ke rumah saya.

Bila datang ke rumah, saya bincang dengan dia. Dia bincang, dia tanya. Bukan hanya political scenario in the world, political scenario di Gaza. I bagi tahu dengan dia “no, no, no, we are not going to …(kurang jelas).” Itu manusia dari segi humanitarian. I said “I’m not siding anyone or everyone is in the wrong,” I said. “Killing people is not legal,” I said. “This is not justified as a Muslim,” I said. But let’s work together.

Kalau ada pelaburan daripada Amerika Syarikat. Yes, Datuk Sri we want to invest in Sabah. Please come. Saya tahu saya Ketua Pembangkang tapi saya tidak saya … (tidak jelas) I facilitate. Saya bagi tahu.

If anything which are the area, dia mahu datang untuk melabur koko. Apa ini? Coca Cola. Dia nak melabur di Sabah sampai Elon Musk dia cakap, connectivity. I said, “please for God’s sake, come over but don’t just come over to this part of the world because of security. Don’t get involved that”.

Pasal ini kita akan menjadi satu tempat peperangan yang kita tidak mahu. I told him. I said, “no human will benefit if war is there.” “Everybody would lose,” I said but what is important let the world be at peace.”

Ya, ini yang kadang-kadang kita tidak melihat keadaan ini sehingga bila kita sebut unity, unity tapi kadang-kadang perpaduan, perpaduan tapi berpadu macam mana ni kita? There is no sensitivity. Ya?

Kadang-kadang saya bagi tahu dengan orang. Semalam, saya di Penampang. Kucing kau bela, kucing kau kasih makan, anjing pun kau jaga dengan baik, ayam pun kau kasi makan tapi kita ini Cinanya, Indianya, Bajaunya, semuanya. Kadang-kadang itu tidak ada unity dia.

Sampai Datuk Speaker, saya ini digelar PTI. Kadang-kadang ke mana bangsa unity ada? Yang ini saya bimbang. Saya Sabahan. Saya anak Sabah. Nenek saya dilahirkan, nenek moyang saya dilahirkan di Semporna, bukan. Saya pun tidak tahu di mana Philippines. Allahuakbar! Tapi kadang-kadang how do you unite the people? Saya bagitahu, this is where I told the ambassador. Saya bagi tahu, “please for God’s sake. You see the Chief Minister, if there is anything that on my part. Do I am a position leader?”

As a Sabahan, saya sayang orang Sabah, saya sayang wilayah Sabah ini. You know? Itu yang saya mahu supaya perkara ini dapat dilihat dekat. Seperkara lagi yang saya nak sentuh tentang tadi pun dah sikit sebanyak tentang prasarana dan ini yang membimbangkan saya. Membimbangkan saya.

Saya pun bincang dengan Yang Berhormat Menteri tentang perkara-perkara bukan hanya dari segi airnya. Bukan hanya dari segi elektriknya. Dahulu pun saya ada bincang dah. Electricity yang ada, SESB, we must take tapi saya bagi tahu dengan pimpinan dahulu, Menteri.

Saya bagitahu yang incharge. I can only take this if you provide subsidy two billion of subsidy yang ada. Hutang SESB yang ada. Berapa bilion hutang SESB? Yang berhutang ini bukan SESB, TNB!

Why can’t they write off. They have hundred and million profit every year yang kalau direkodkan dalam laporan-laporan or ‘Laporan Untung TNB 100 bilion’ tapi hutang SESB dua bilion, satu billion ja. Kenapa tidak boleh write off? Bukan kita yang berhutang. Dia orang yang dulu mengambil alih. You know why the danger and kita tahu masalah di Sabah ini berlaku pasal pergantungan kita, kepada IPP yang ada.

Lebih daripada sepuluh IPP. No other state in the country dependent on IPP. Ini lagi Kerajaan Negeri pula cadangkan gunakan genset. Ya Rabbi, diesel punya harganya mahal. Genset. Itu yang saya bagitahu.

Dam. Papar Dam. Set up the dam. Di Sarawak saya masih ingat tahun 1996, kami di bawah Ahli-ahli Parlimen tidur di Sarawak, Bakun. Tiga malam di situ. Makan, minum di Bakun, tengok macam mana keadaannya. Protes orang sampai ke United Nation. Bantah sana, bantah sini. We don’t want the dam, it will spoil the land. Spoil the environment yang ada.

Hari ini, Bakun menghasilkan pendapatan kepada Sarawak 7.2 bilion one year. Water no problem. Elektrik bukan setakat dia boleh gunakan untuk Sarawak. Dia jual sampai ke Sabah. Dia jual sampai ke Kalimantan.

We must be forward-looking. Nak tengok masa depan, tengok masa depan kadang-kadang, melompat kita. Tidak fikir tentang hala tuju umat yang ada ini. Where do we go? Dan ini yang saya nakkan supaya masalah prasarana ini cukup penting, ya. Dari segi bukan hanya elektriknya.

Saya harap Kerajaan Negeri bila berunding dengan Kerajaan Pusat. First thing, write off. Saya ada bagitahu Yang Berhormat, apa? Errr… Energy, Chairman of SESB. Saya ada maklumkan kepada dia, Yang Berhormat Datuk Sri make sure satu, write off the debt yang ada. Kedua, subsidi. You must continue the subsidy dua bilion yang ada. Sampai bila mana Kerajaan Negeri tidak boleh mampu 300 juta then, full pledge. They want to give to us.

Dia berhutang, kereta dia rosak, dia punya tayar. Kamu ambillah ini kereta ini. Bagus itu. They think our so stupid. I said, “no. You have to write-off this one first. You have to continue the subsidy. It must be agreed.” Jangan tidak ada subsidi. Hasil kita punya SESB, dia punya tiang dia pun. Dia punya non-performing, non-revenue punya, punya banyak.

Macam mana kita nak menampung begitu? Satu subsidi, satu hutang yang ada. Macam mana kita mahu membayar kalau kita nak dengan eagerness want to take over. We want to take over but make sure take over you have the complete control. You are able to ensure …(kurang jelas) income.

You can generate from this, apa ini? SESB yang ada. Seperkara lagi saya nak sentuh tentang contohnya, perkara yang cukup penting kita tidak ada sistem penerbangan. Kita bergantung dengan jalan raya yang ada.

Masa saya jadi Kerajaan, Ketua Menteri, saya tambah sedikit kewangan untuk maintenance of road. Ini Kerajaan Negeri. Bukan Federal punya. Seingat Menteri Kerja Raya kena check throughly.

There’s about more RM300 million saya ingat. Peruntukan untuk maintenance road. Ini bukan Federal punya. So where the money is? Saya tambah sedikit about 100 million if I’m not mistaken.

Bagi, supaya saya pastikan, saya tidak mahu jalan-jalan berlubang sana sini. Saya tidak mahu nanti tunggu pusingan dia untuk kasih baik jalan. Where are the money now? 300, 400 juta? Ke mana duit ini?

Kenapa jalan-jalan tidak diperbaiki. Kita tidak boleh tunggu Kerajaan Persekutuan. I see we will become beggers dan ini yang saya nak bagi tahu. Contoh perkara itu…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Speaker.

…perlu dilihat secara mendalam. Go throughly. Saya tahu peruntukan ini…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

YB Senallang.

…boleh digunakan untuk hanya jalan tempatan. Bukan jalan Persekutuan yang ada.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

YB Senallang? Boleh sekejap? Sekejap saja.

(Bertindih)

…masa saya singkat sangat. Saya minta maaf pasal kadang-kadang Datuk Speaker, I’m a very

obedient Datuk Speaker. You ask me to sit down, I sit down. You ask me not to speak, I speak. …(Tidak jelas) lama dalam Parlimen. Jadi, for God’s sake kalau bolehlah. Saya nak…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Boleh? Sekejap sahaja.

Last one lah, okey?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okey. Tadi YB Senallang ada menyatakan mengenai dengan Empangan Kaiduan. Jadi, saya seingat dulu waktu Kerajaan Barisan Nasional berhajat untuk melaksanakan empangan. Pada ketika itu juga sedikit pertanyaan yang terlalu banyak daripada Kerajaan Warisan waktu itu. Jadi, saya bertanya kepada Senallang, semasa Senallang menjadi pemerintah pada ketika itu, apakah yang mengekang terhadap ketidakjadian Empangan Kaiduan. Terima kasih.

Bukan Kaiduan, Yang Berhormat. Mandalipau di Papar.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Sorry, sorry, sorry. Saya tarik balik. (suara bertindih)

…saya cadangkan Mandalipau di Papar dan saya dah ke China. Saya dah ke China, buat lawatan ke Shenzhen, ke apa nama? Not Shanghai dan saya berbincang dengan… 22/04/2024 -

[MOHD NOOR]

-NADIA

– NUR FATIN

…syarikat-syarikat yang besar dari China dan mereka sanggup untuk melabur. Bukan hanya membuat empangan itu bahkan juga dari segi kereta api itu. Is not a, is not a joke.

Kalau kereta api sekarang di Indonesia boleh dorang berjalan speed track yang ada, takkan kita tak boleh lakukan. Dua perkara, saya bagitahu a one railway line to be set up and another one was port in Kudat. Pasal saya tahu, saya tidak mahu congest di Sepanggar. Pasal Sepanggar ni cukup congested dah ya. IPT ada, MARA ada, universiti ada, orang kampung ada, dan bayangkan industri di situ. Bagaimana kita, itu yang kalau kali kita lihat, balik ke Tuaran, balik ke Kota Belud punya jammed. Kalah-kalah di Tokyo dan selepas itu kita bina pula bangunan, jalan-jalan bertingkat-tingkat di situ. Kalah-kalah pula Tokyo dia. You know, you spend money on rail and road, you spend money on highway. Apa nama flyover, flyover, tapi kadang-kadang…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Jadi, jadi, kenapa pula empangan, empangan Papar tadi, kenapa tidak dapat diselesaikan atau dilaksanakan masa Senallang?

Ada yang, ada yang melompat. Ada yang tidak jadi Kerajaan. Kalau tidak ada lompat, unity saya bagitahu. Kalau saya bagitahu unity, lets move forward. Saya tahu, waktu itu saya tidak pilih orang, saya tidak pujuk dan bagi jawatan. Cuma saya bagi dua orang sahaja. Satu dari Merotai, satu lagi saya ingat yang saya bagi jawatan pasal saya bagitahu, no lets work together ya. Jangan rosakkan ini Sabah because i have experience. Paling lama orang Sabah berkhidmat di Semenanjung 30 tahun, saya. Paling tinggi jawatan Naib Presiden Kerajaan bayangkan tapi saya bukan mendengar cerita YouTube. Saya bukan mendengar fitnah orang. Saya sendiri nampak dengan mata, saya sendiri rasa dengan hati saya. Bagaimana perlunya saya balik untuk bantu, ya. Orang Sabah, ya.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tapi, dua dua tahun tu Senallang. Dua tahun juga.

Saya tahu.

Bukan sesenang semudah itu.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Lapan, lapan kali dituntut oleh Kerajaan negeri Sabah kepada Persekutuan pun tidak dapat selesai seperti mana seorang

Menteri pun cakap, dalam enam bulan saya akan selesai empat perkara daripada dua puluh satu perkara. Sudah empat tahun bukan enam bulan.

Saya ingat, i want to move forward, I want to move forward, yang penting kepada kita…

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker, dalam… dalam perbahasan kita ada peraturan yang harus dituruti. Yang Berhormat, jika Yang Berhormat hadap, minta laluan jangan duduk macam tidak sopan. Semua ada peraturan.

Speaker

Merotai, Tungku, sila duduk. Senallang mahu habiskan ucapan, ya.

Saya, saya, saya berharap sungguh bukan hanya bekalan air yang ada dapat diatasi. Saya tahu 300 juta. Saya tahu 300 juta, janji. Satu tahun sudah, Yang Berhormat Menteri. The money is there, given. But, we cannot spend the money. What’s wrong with the system yang ada? Why can’t we spend? Saya dipanggil di Parlimen dengan Ahli-ahli Parlimen untuk nak menjelaskan bagaimana kita nak urus tadbir perbelanjaan 300 juta untuk air di Sabah.

Saya tidak mahu hadir, saya bagitahu. I don’t, refused attend. Why should you discuss on how the money is spend? Give the money to the State. Let them do the job. It’s a short term. Ini yang kita nakkan. Saya tidak mahu nanti, oh, kita tunggu rundingan, mahu taklimat lagi macam mana belanja duit. Baru 300 juta saja. Bukannya berbilion duit yang ada. Saya kadang-kadang itu, itu yang saya bagitahu bukannya emotional sangat tapi i love the people in Sabah ini. I love my State. Honestly, lillahi ta`ala. Ini bukan saya, saya, saya bagitahu. I know it’s not easy but kadang-kadang saya lawan dengan Persekutuan itu bukannya semudah itu ya dan saya ingin dari segi prasarana ini contohnya Pan Borneo.

Ini penting kepada kita dan saya masih terlibat dahulu pun pada tahun 1960 2015, dengan mantan Perdana Menteri dan saya maklumkan dengan dia bahawa ini satu perkara, ya. Yang penting bukan hanya jalan dan bila dia tanya saya di Keningau “Brother, what do you think? How much do you need to resolve the problem

infrastructure in Sabah?” I said, “easily about more than 90 billion”. Airnya, elektriknya, 90 bilion. Wah, so much money dia bilang. 90 bilion bukannya banyak sangat. Perbelanjaan 300 bilion tiap tahun yang ada, ada di Parlimen takkan tak ada duit. But, I told him, I said, “no this is way, this is very important”. Jadi dengan itu, Pan Borneo ini menjadi satu perkara yang penting kepada kita. Kita kena belajar dari Sarawak juga, ya. Tapi dalam pada itu, bagaimana pelaksanaan Pan Borneo di peringkat negeri Sabah ini, membimbangkan saya, ya. Dengan persoalan syarikat...

Datuk Speaker, Senallang.

Masa sangat singkat ini. (Ketawa)

Maaf mencelah. Tentang Pan Borneo, memang kita tahu ada there’s a delay. Tapi pada masa Kerajaan yang lalu, kelambatan ini sebab implementation. Due to change any implementation on the project delivery system partner. So, itu masa Senallang masih lagi Ketua Menteri. That’s why, there is a delay. Kita tidak dapat bersaing dengan Sarawak. During your time, two years. Two years delay, due to this. Right, thank you.

Terima kasih Yang Berhormat Liawan. Terkadang itu payah saya pun dengar juga. Kelewatan, kelambatan, perjalanan Pan Borneo ini adalah oleh kerana Kerajaan Warisan. Saya nak ni. Inilah Pelan Audit 2019. Apa laporan audit cakap? Well let me tell it. Bukan laporan Warisan. PDP akan dibayar yuran dengan kadar 5.5% daripada kos pembinaan sebenar tertakluk kepada had maksimum 12.86 puluh bilion. Kadar yuran ini akan diselaraskan mengikut jadual kadar yang dipersetujui. Can you imagine? Waktu itu Yang Berhormat Menteri Kewangan, Ketua DAP, mengkaji 5.5% out of 12 billion, almost 700 million yuran kepada PDP yang ada dan saya nak nyatakan di sini ya. Kerajaan pada ketika itu kemudian memutuskan bahawa kaedah terbaik adalah dengan menamatkan perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan PDP. Bukan Kerajaan Negeri. Ini dalam Laporan Audit yang membatalkan PDP Sarawak, PDP Sabah, Kerajaan Persekutuan. Salah saya…

Boleh sikit? Yang Berhormat Senallang, ini PDP ni siapa punya, syarikat mana ini?

(Ketawa).

Seingat yang ini pun tahulah Yang Berhormat. Kita tahu di antaranya juga ialah tapi saya tahu dia ada maklumkan dengan saya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya was the CEO di situ. Saya tahu ada consortium ya.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, Tuan Speaker.

Saya ingat nanti jawab la itu.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Boleh haa, sekejap, just, just a short one. Ya, untuk menjelaskan tentang Syarikat Project Delivery Partner yang melaksanakan lebuh raya Pan Borneo Sabah ianya bukan milik saya. Sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan. Ianya adalah usahasama satu syarikat daripada Sabah, Warisan Tarang Construction joint venture dengan UEM dan MMC. Saya pada waktu tersebut, pada tempoh 2016 sehinggalah 2018 hanyalah seorang Managing Director makan gaji.

Saya faham.

Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri dan menjelaskan tentang perkara itu, tapi dalam pada itu walaupun Yang Berhormat bukan yang dapat tapi PDP dapat. You see, that is where is the essence, the content is that money and paid 5.5% is about huge money dan pasal itulah Kerajaan Persekutuan memutuskan, “maka dengan itu jadi penamatan PDP bagi projek lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak 2019, manakala projek LBS Sarawak pada, Sabah was September 2019 lepas itu Sarawak was 2020”. Ini Kerajaan Persekutuan yang batalkan dan lepas itu pasal apa dibatalkan, dia serahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. JKR Sabah, JKR Sarawak, JKR apa ini yang mengendalikan. Pasal apa kita bagi dengan PDP. Yang Berhormat pun tahu mana ada engineer PDP, di kawasan Tawau, mana ada engineer PDP di Kimanis, mana ada engineer PDP di Kudat ataupun di Sandakan. Yang ada engineer ini JKR. Kenapa kita tidak boleh

manfaatkan engineer-engineer yang di bawa JKR? You don’t have to pay 700 million. Itu pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Ini dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya sekarang ini pun dalam bilik khas di Parlimen.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, tapi apapun yang telah berlaku adalah pandangan yang berbeza. Okeylah okay. (suara Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Lamag] kurang jelas)

Iyalah, saya ingat boleh, pasal masa singkat dan saya minta untuk penjelasan saja. Ini dalam audit ini. Audit report, ambil alih tanah saja di Sabah, di Sarawak…

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Tapi, Tuan Speaker, hari itu dalam Kerajaan Warisan yang memerintah itu, PDP yang dibatalkan dan kalau ikutkan Menteri hari itu, dia ada penglibatan dua juta. Tapi, bukan sekarang ada…

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

...Perkhidmatan tapi melebihi...

Saya ingat, Yang Berhormat.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Bilion tapi mana itu 2 bilion? Tiada penjimatan sampai sekarang.

Yang Berhormat you can, you can mention… what you have said.

Speaker

Duduk.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Speaker (perkataan tidak jelas)

...tapi ini buktinya bukan saya.

Pampasan tanah di Sabah, pampasan tanah di Sarawak. Di Sarawak pampasan untuk ambil tanah the whole complete Pan Borneo 33 juta sahaja. Di Sarawak 33 juta, di Sabah 1.2 bilion ambil alih tanah yang ada bayangkan peningkatan dia dalam audit bukan saya ini.

Ini yang laporan-laporan dan dalam PDP pun Yang Berhormat pun tahu kontraktor-kontraktor mana saya, mana saya batalkan kontraktor never batalkan. Waktu saya jadi Menteri waktu saya jadi Kerajaan kita tidak batalkan they go ahead saya bagi tahu teruskan kontraktor-kontraktor ini berjalan dengan baik uruskan dengan Kerajaan pusat supaya perjalanan kontraktor.

Saya nak sebut kontraktor dia; Pakej 1 : Juta Hajat Pakej 2 : Expo Warisan Konsortium Pakej 3 : Tanah Permai Sdn. Bhd.

Pakej 4 : Pembinaan Kekal Mewah Pakej 5 : Aktif Jaya Pakej 6 : Pembinaan Azam Jaya Pakej 7 : Pembinaan Progresif Construction Pakej 8 : Sinkong Fleet Pakej 9 : Kontraktor Jutawan Kaya Pakej 21 : BHO Sdn. Bhd.

Pakej 27 : Sri Jutaya Dan syarikat-syarikat ini PDP dahulu pun found out dalam laporan audit syarikat-syarikat ini tidak layak financially oleh kerana keadaan tidak ada pengalaman. Datuk speaker, tidak ada yang ada di antara syarikat mereka tidak pernah buat jalan ada yang, jadi ini yang saya minta supaya ada yang ada bukan tidak ada.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan,

Ada yang kita lantik tapi bagi sub kontrak.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan.

Kenapa bagi sub kontrak kepada mereka ini, jadi ini yang saya minta supaya masa singkat saya ingat Yang Berhormat banyak perkara yang saya nak sentuh itu baru.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan, Sindumin.

Saya berharap supaya kita jelaskan, jangan pula orang cerita semuanya ini kesilapan Kerajaan dahulu. Saya tidak pernah stop kontraktor-kontraktor i don’t deal with any kontraktor to stop them to make sure saya tidak tahulah kalau Menteri yang dahulu Kerja Raya berurusan dengan Yang Berhormat daripada ini. Saya tidak tahu but to me i never ya i don’t want to deal, saya bagi tahu dengan you all sama ada dari segi projek-projek yang ada.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan, Senallang

Speaker

Sindumin dia tidak bagi laluan, dia mau habiskan jawapan dia.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Okey.

Kerana banyak perkara Datuk Speaker yang saya akan sentuh.

Ini bukan hanya prasarana dan kawan-kawan pun banyak yang mahu berucap dari segi kesihatan perkara yang cukup penting ini belum lagi touch kemiskinan dan kesihatan ya dan saya bimbang. Semalam Yang Amat Berhormat pun suarakan dan umumkan 80 Juta untuk IJN Sabah dan saya bimbang keadaan ini sebenarnya kalau kita lihat dalam belanjawan 300 bilion yang ada untuk Kementerian Kesihatan sahaja, diberi peruntukan 48 bilion. 48 bilion itu untuk kesihatan untuk pendidikan 57 bilion dua sektor ini mempunyai peruntukkan yang terbesar dalam Belanjawan 2024.

Kerajaan Negeri saya cadangkan go to the details check how much do we get in Sabah, we need more dari sekolahnya, dari kesihatan dia kalau kita lawat Queen 1 saya pergi Queen 1 orang di lantai tu katil pun tidak cukup. Queen 2, saya tengok ada berapa katil yang ada di Queen 2 ni ya hanya mempunyai 400 katil yang ada dan i tell you is very sad to see.

Jumlah anak-anak kita yang kita hantar ke Semenanjung ke IJN untuk jantung berlubang sahaja hampir setiap tahun 100 orang kita hantar. We don’t have no specialist. Saya suarakan di Parlimen cuma satu seja diorang tambah dua lagi tiga-tiga di Keningau tidak ada, di Tawau tidak ada, di Sandakan tidak ada private sector orang tidak mampu we don’t have that. Di Kuala Lumpur banyak bukan hanya IJNnya, Centre For Heart, you want to have Centre For Heart di Queen Elizabeth kalau kita wujudkan Centre For Heart di Queen Elizabeth katil pun tidak cukup, pakar pun tidak cukup.

Queen Elizabeth akan menjadi satu pusat yang mana orang sakit COVID, sakit jantung, sakit kencing manis, sakit diabetic there will be congested, they don’t have time, they don’t have the place, space yang ada. Why don’t we have kita bagi tahu dengan dia space pun kita tidak boleh untuk bangunkan spread it out. They can spend milion of money umumkan di Johor 500 juta, 41 juta, 40 bilion peruntukkan kesihatan kenapa tidak bagi dengan Sabah.

Di Sarawak dia buat centre baharu untuk jantung dan dia bagi tahu dengan Kerajaan yang ada pusat you don’t have money, i give you 1 bilion, can you imagine? It shows that how they need. Bayangkan kalau kita dapat centre di Wilayah Sabah ini, bukan hanya untuk orang Sabah hari ini pun Wilayah Persekutuan Labuan pun sakit jantung datang ke KK kenapa nda datang ke KL Wilayah Persekutuan. Bukan setakat itu, kalau kita ada centre yang kita boleh lahirkan bukan hanya untuk orang Sabah masa akan datang Kalimantan is coming kalau kita pergi Kuala Lumpur Datuk Speaker pesakit-pesakit yang ada they go to IJN, they go to tempat-tempat lain, where are you from? Prince Court apa ini, Sunway bila saya tanya “where are your from?” “Indonesia.”

Kelak nanti kalau kita mempunyai pusat you can cater not only for the Sabah people but also for apa ini international market yang ada. Cuma saya sedih yang ada pada hari ini anak-anak kita this year alone 170 orang berlubang terpaksa diterbangkan ke Kuala Lumpur kerana kita tidak mempunyai pakar yang ada dan saya berharap perkara ini harus kita lihat secara serius kerana kesihatan ini penting. Waktu itu, saya jadi Kerajaan pasal apa saya wujudkan dua Kementerian satu kesihatan, satu pendidikan and that was, bila saya tengok the vision that we have because to provide job you have to have the skill, saya minta bekas Menteri Pendidikan dahulu you go to Singapore invite TVET ya.

Yang Berhormat Sindumin bukan tidak tahu, saya lantik dia saya bagi tahu dia go and work out bring all the technological yang ada sama ada daripada Singapore, sama ada di Semenanjung supaya train the people. Kita tarik pelabur investor come to Sabah pelabur datang ke Sabah you have the technical knowledge up skill bahawa Sabahan jadi kita tidak bergantung dengan orang Myanmar, orang India, orang daripada luar Nepal untuk memenuhi peluang pekerjaan yang ada. Ini terpaksa anak-anak kita berhijrah sampai ke Semenanjung beratus di Semenanjung itu ya kalau data yang tadi digunakan untuk kemiskinan orang Sabah di sana banyak miskin itu terpaksa mereka tidak ada rumah di Semenanjung itu. If it is base on household, mana ada rumah dorang miskin itu dan macam mana kita nak bantu kepada mereka ini dan ini yang saya lihat ini perkara yang cukup penting kepada kita dari sudut kesihatan kita harus mempunyai rancangan. Kita tidak boleh bergantung dengan Kerajaan Pusat sahaja untuk IJN untuk benda-benda yang lain. It’s must to way forward.

Speaker

Panjang lagi yang berhormat, panjang lagi?

Panjang lagi saya akan cuba habiskan kerana saya tahu dari segi kemiskinan, Datuk Speaker.

Speaker

I give you another 10 minutes.

Okey, thank you Datuk Speaker.

Saya akan, apa nama perkara seperti yang saya nyatakan tadi dari segi kesihatan kita tidak mempunyai pakar-pakar cuma ada 5 sahaja yang ada itu pun bergantung dengan swasta orang-orang kita tidak mempunyai keupayaan untuk berbelanja dengan banyak dan saya berharap Kerajaan Negeri yang ada supaya kita boleh bagi peluang pekerjaan kalau rakyat kita tidak sihat tidak ada guna dia, orang kaya ada duit kalau tidak sihat tidak boleh makan daging, darah tinggi, tidak boleh minum coca cola, kencing manis ini yang kadang-kadang kita kena lihat must be very healthy but sihat pun kalau tidak ada ilmu thats why education is very crucial for us dan saya berharap dalam sektor pendidikan ini kita kena pastikan supaya kita wujudkan sebanyak mungkin ruang untuk melahirkan cuma ada satu university sahaja yang ada public punya universiti yang ada di negeri Sabah ini kenapa kita tidak boleh lahirkan sebanyak mungkin saya ada suarakan di Parlimen di Semenanjung sana hampir 50 universiti universiti utara universiti UMS .

22/04/2024 -

- AZRIN

...we must make sure that.

Kalau tidak saya pun pada hari tu saya galakkan supaya masa adik saya jadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi saya bagi tahu go and find other university yang ada link out sama ada dari Eropahkah sama ada dari China stay it out from Sabah, supaya pastikan sektor pendidikan. Pasal itu saya, your marked Papar was the area where education centre must be enhanced.

Kita ada ruang, kita ada pelan, bukan cakap sahaja. Tapi ini yang saya berharap sungguh di antara ini perkara yang penting Kerajaan yang ada pada hari ini harus melihat dalam sektor apa nama, ah pendidikan ini dapat, akan dapat kita tingkatkan. Seperkara lagi mengenai dengan kemiskinan tadi dan saya berharap dari segi kemiskinan Kerajaan Negeri jangan bergantung dengan e-Kasih semata-mata. Kita

mempunyai pegawai-pegawai di peringkat daerah. Pegawai Daerah ada, kita ada JKKK. Kita ada Ketua Kampung bila Yang Berhormat Menteri Kewangan menyentuhkan bahawa we are waiting for all the data. No!Don’t wait for the data yang ada dengan kita sudah ada. Cukai, GLC state punya, our tax, because it’s based on collections of tax itu dalam perlembagaan yang ada. Perjanjian 40, ya? Perjanjian di dalam 40 apa ni, 63. Itu sudah laid out, spelled out, what is the formula. Tapi kita jangan tunggu rundingan. Kita ada pangkalan data di peringkat Negeri Sabah yang kita bagi cukai kepada Kerajaan Pusat.

Kalau kita belanja berbillion Kerajaan Negeri, GLCnya bagi cukai gaji-gaji pegawai-pegawai GLC, pegawai-pegawai Kerajaan, kita collect because it’s based on collections from Sabah yang ada. Jangan kita bergantung dengan hanya Kerajaan Pusat. Saya tidak boleh bergantung waktu dulu pun saya tidak bergantung dengan Kerajaan Pusat.

Pasal itu, bila kita lihat dari segi hasil negeri Sabah ini, bila disebut hasilnya enam bilion tapi kalau saya lihat dari segi, saya nak sebut sikit, Datuk Speaker, 2018, 2019 hasil Sabah yang kita perolehi ya! 4.1, 4.1 bilion, itu masa saya jadi Menteri Kewangan ya. Lepas itu, sekarang ini hasil cukai tidak langsung. Ini, can be verified with Menteri Kewangan yang hasil cukai tidak langsung ni, you know what is it? 5% sales tax yang saya perkenalkan. Saya tidak tunggu Kuala Lumpur, saya bagi tahu Yang Berhormat Perdana Menteri. No. You want to say, no! I want to inform pasal ini bidang kuasa Kerajaan Negeri I wanted to do it.

Datuk Speaker, first stage 5%. I want to do it 20%, pasal kalau tidak ada tindakan undang-undang, tidak bawah kita heret ke mahkamah it’s okay with me cause this is our right under the law I can impose. Macam kelapa sawit kita boleh letak 17% sales tax. Kita boleh letak kepada Kerajaan Pusat pun boleh letak. Why can’t I do it? And that is why staggered tapi kita considerate kepada Kerajaan Pusat not totally 20% dan kita nampak pada 22 hasil daripada non-cukai 2.5 bilion. So, if you add out, Datuk Speaker, 2019 punya hasil waktu saya jadi Menteri Kewangan is 4.7 bilion, eh 4.1 bilion you plus by 2.8 bilion of 2.5 bilion is almost 7 bilion hasil yang kita perolehi.

Now it’s only 6 bilion haaa itupun 4 tahun sudah. We cannot be so kita bagi tahu don’t be too complacent with what bigger is. But the question is, how can we increase not just dependent on sales tax yang ada. There are ways in means, ya! Bagaimana kita nak tingkatkan hasil negeri Sabah supaya keadaan ini dapat kita gunakan untuk belanja perkara-perkara yang penting kepada anak-anak Sabah set up the industry ya, yang ada ini dan saya berharap sungguh kepada Kerajaan Negeri bukan hanya 6 bilion ini but where the money we spent. Ke mana duit ini kita nak belanja, ya? That is more important. Kita tidak mahu nanti duit ini disalahgunakan dan saya juga ingin menyebut tentang beberapa perkara dan ini juga yang Tuan Yang Terutama juga menyebut tentang perhutanan yang ada dan kayu kayan yang ada.

Saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara yang harus dimanfaatkan. SFI is one of the industry yang sepatutnya Datuk Speaker, kita hidupkan waktu itu sudah ada pelabur daripada Shenzhen yang buat kualiti tissue paper yang ada. Bila saya bincang dengan mereka, saya bagi tahu dengan dia bukan hanya dengan tissue paper bahkan quality paper untuk agreement berbagai-bagai yang ada. Dia bagi tahu dengan saya “we don’t have enough demand” dan ini yang saya bertanya kepada Kerajaan Negeri yang ada, apa sudahnya dengan SFI ini? Apa sudahnya dengan kayu akasia beratus ekar yang ada dan saya difahamkan mereka potong kayu itu dan lepas itu dia hantar ke Sarawak.

Why can’t we process this here? Provide jobs. Begitu juga kayu yang ada di Kalabakan, di kawasan Tawau. Kalau kita nampak berlori-lori. Check out, lepas itu proses kayu yang ada dalam hutan somil yang ada. Lepas itu buat plywood yang ada ataupun buat kayu secara kecil then we export, we sell it. We don’t go down stream.

Saya tanya kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, berapa sebenarnya jumlah royalti yang diperolehi daripada proses, contohnya SFI yang ada, contohnya kayu yang diperolehi daripada kawasan-kawasan Kalabakan yang ada di mana cukup jumlah besar. Kalau kita nampak lori yang keluar daripada kawasan hutan itu cukup banyak. How much is the taxes that we benefit out of it? How much is the royalty that we benefit out of this? Dan ini yang saya nak bertanya kepada Yang

Berhomat, Yang Amat Berhormat tentang perkara-perkara yang penting untuk pastikan supaya kita dapat atasi.

Seperkara lagi yang saya nak sentuh, perkara ini juga penting pasal kita nak selamatkan kawasan kita dan baru-baru ini di Kunak, ada pencerobohan, ya. Nasib dia terkawal. saya telefon dengan pihak keselamatan tentera bagaimana mengatasi masalah ini, kerana saya bagi tahu dengan orang kampung “please help the security people.” Saya panggil Panglima Tentera Darat dan saya bagi tahu dengan dia “please work together with the rakyat yang ada, ya. Mengatasi masalah ini, ya. Yang berhomat Kiulu pun dulu bukan main berucap kalau kita perintah saya akan hantar PTI-PTI yang ada. What happened now? Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri? Saya tidak mahu nanti pilihan raya digunakan isu “I was the one who did that”, :I didn’t do anything”, ya. Tapi kita nakkan supaya bagaimana manfaatkan daripada pekerja-pekerja untuk bantu ladang, sektor perladangan, sektor construction yang ada.

Saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri, apa sudahnya? Berapa jumlah? apa tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan jangan nanti besok berbangkit pilihan raya “Oh, Warisan is PTI?” Ya, dan saya belum lagi mengambil tindakan undang-undang tentang tuduhan-tuduhan fitnah yang ada ini, perkara-perkara pada saya ini tidak mahu perkara ini dilanjutkan dan saya Datuk Speaker, saya berharap usaha untuk memastikan supaya Sabah dapat kita bangunkan. Saya tahu, saya selaku Ketua Pembangkang, we support the Federal Government. Saya tidak pernah tidak support Federal Government. Tapi dalam pada itu, dalam kita menyokong Kerajaan sama ada negerinya, sama ada Persekutuannya tapi pastikan hak yang ada.

I’m not fighting for the privileges, we are fighting for the right of Sabahan what is invaded in 63? Apa yang terkandung dalam Belanjawan 350 bilion lebih untuk pendidikan, 40 bilion untuk kesihatan. I want to know! Ke mana duit ini? Sedang kita memerlukannya, sedang hasil dari Sabah, minyak, gas dan berbagainya? Bukan hanya dihantar ke Sarawak. Gas kita yang pelantar, pelantar di Kimanis tu, Kimanis

punya PETRONAS seumpama is a bus stop, I tell you the truth. We don’t have process. Kilang tidak ada. Kes proses kilang minyak yang ada...

Speaker

Sila gulung, Yang Berhormat. Sila gulung.

Proses minyak di Johor, di Pengerang. Mana ada minyak di Johor. Proses-proses minyak di Melaka, mana ada minyak di Melaka. Why Sabah doesn’t have? Can we demand from Federal Government particular Petronas? Set up! We don’t want to have that outfit yang ada seumpama dekat Kimanis. We want jobs. Itu pun saya difahamkan bahawa pekerjaan bukan semuanya anak-anak tempatan dan ini saya harap sungguh Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang teratur dan komprehensif untuk membolehkan supaya perkara ini dapat diatasi. Terima kasih banyak Datuk Speaker atas ruang yang diberikan dan saya menyokong tentang perkara ini.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih, Tuan Speaker. Menjunjung kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas... 22/04/2024 -

CHARLYN]

– SITI JUBAIDAH

– NUR

FATIN

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

…ucapan Dasar Kerajaan yang dizahirkan pada 18 April yang lepas. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat…

Speaker

15 Minit ya…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya dan Kerajaan Sabah di atas segala pencapaian dan rancangan yang telah dizahirkan. Pencapaian pelaburan asing

dengan nilai keseluruhan RM26.7 bilion dalam tempoh dua tahun daripada tahun 2021 hingga 2023 serta penurunan daftar miskin tegar daripada 22,150 kepada 12,555 isi rumah merupakan dua pencapaian besar yang harus dihargai dan dibanggakan oleh Dewan yang mulia ini. Saya juga ini menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama padu bagi membangunkan sektor keusahawanan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Kawasan Negeri Sabah seperti mana yang dihasratkan oleh Tuan Yang Terutama (TYT). Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menyusuli amanat ini dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah bagi Pembangunan Komuniti Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana dan Koperasi di Sabah. KUSKOP juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi merumuskan bersama cadangan-cadangan intervensi keusahawanan dan pendidikan bagi menangani insiden kemiskinan tegar di Sabah terutama bagi saling melengkapi inisiatif-inisiatif dan intervensi yang telah dirancang dan direncanakan.

Pada saya, kita bukan terus menarik pelabur asing langsung ke Sabah tetapi juga perlu menyediakan premis pembiayaan program bimbingan dan promosi kepada komuniti perusahaan mikro kecil dan sederhana. Saya juga berpandangan Gerakan Keusahawanan, Gerakan Koperasi dan Gerakan Pendidikan boleh membawa keluar keluarga miskin tegar di Sabah selain daripada bantuan rumah dan juga bantuan kebajikan. Saya hargai persetujuan Kerajaan Sabah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan bersama tersebut kerana kewujudan puluhan agensi dan jabatan yang terkait fungsinya dengan pembangunan keusahawanan yang memerlukan penyelarasan bagi memberikan impak maksimum kepada aktiviti ekonomi di Sabah. Tuan Speaker, Kerajaan Indonesia sedang rancak membangunkan Ibu Kota Nusantara IKN di wilayah mereka di Kalimantan Borneo. Ini merupakan pengiktirafan mereka kepada potensi yang amat besar kepada Pulau Borneo. Saya menjangkakan mereka akan mulai berpindah ke IKN bermula pada tahun ini juga. Dalam hubungan ini, saya berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Sabah tampil dengan satu rancangan Dasar Pandang ke Timur dalam negara, iaitu membangunkan Sabah sebagai hub ekonomi Malaysia yang baharu.

Saya mencadangkan kepada Kerajaan Sabah dan Dewan ini agar kita tampil dengan satu pelan rancangan ekonomi yang progresif untuk dikemukakan dan dituntut daripada Kerajaan Persekutuan terutama dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 2026 hingga 2030. Jika Indonesia sedang membangunan IKN di Kalimantan, manakala Thailand pula mula bercakap membina terusan kapal mereka, maka selayaknya kita di Sabah perlu tampil kompetitif dalam perancangan potensi ekonomi masa depan terutama aktiviti perdagangan yang begitu aktif di Laut Sulu dan juga atau di Laut Sulawesi dan aktiviti perhubungan udara Borneo yang rancak di Sabah.

Tuan Speaker, pembangunan greater Kota Kinabalu daripada Tuaran sehinggalah ke Papar semakin pesat terutama sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan juga komersial. Sudah tentu pengurusan sisa pepejal perlu ditangani dengan lebih baik. Dalam hubungan ini saya ingin mengajukan pertanyaan kepada Kerajaan Sabah, apakah perancangan untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang pada masa ini termasuk rancangan membangunkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui ataupun renewable energy melalui aktiviti pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang tersebut. Saya juga ingin mengetahui sama ada Kerajaan Sabah mempunyai rancangan pembinaan pusat-pusat pengurusan sisa pepejal moden di daerah-daerah lain yang dalam masa yang sama boleh mengeluarkan tenaga sesuai dengan hasrat kita untuk membangunkan industri tenaga baharu serta pengurusan alam sekitar yang lebih mampan.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama (TYT) juga menzahirkan ucapan berkaitan inisiatif untuk memulihara khazanah dan warisan etnik. Dalam hubungan ini, saya ingin menyentuh mengenai ruangan lain-lain dalam beberapa borang rasmi yang bertujuan mendapatkan maklumat kaum. Selain daripada Melayu, Cina dan India, maklumat kaum yang selebihnya dinyatakan sebagai “lain-lain”. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Sabah sama ada bersedia memulakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk di pihak Kerajaan Persekutuan bagi mencari formula terbaik menggantikan kolum “lain-lain” kepada istilah rumpun etnik yang lebih realistik dan progresif.

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Sabah dan Dewan yang mulia ini, agar rumpun etnik Orang Asal di Sabah dihimpunkan sebagai rumpun Momogun

seterusnya rumpun ini digunakan menggantikan dalam kolum “lain-lain” dalam borang-borang rasmi Kerajaan. Kerajaan Malaysia merupakan antara yang menandatangani The United Nations Declaration On Rights Indigenous People. Manakala Sabah pula mempunyai demografi Orang Asal yang begitu besar. Pada saya, meletakkan istilah “lain-lain” dalam borang-borang rasmi Kerajaan tidak menggambarkan penghormatan kepada rumpun Orang Asal. Saya percaya proses ini perlu bermula daripada peringkat Kerajaan Negeri. Justeru, saya mencadangkan agar perbincangan rasmi dapat dimulakan untuk menimbang syor-syor daripada pelbagai pihak termasuk cadangan saya tadi untuk merumpunkan Orang Asal ini sebagai Momogun.

Tuan Speaker, saya menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Sabah menuntut hasil yang lebih besar sepertimana dinyatakan dalam 112C dan D Perlembagaan Persekutuan serta provisi-provisi lain dalam Perlembagaan. Kita memerlukan hasil-hasil ini bagi membangunkan ekonomi infrastruktur dan juga untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah. Saya setuju proses tuntutan ini perlu dimulakan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi semua kita yang ada di Dewan ini dalam platform masing-masing mempunyai peranan dan harus saling melengkapi antara satu sama lain. Sebab itu saya ingin mencadangkan agar mengenai perkongsian maklumat di antara Kerajaan dan juga Ahli-ahli Dewan ini dapat diperkasakan agar kita semua dapat menggunakan platform-platform masing-masing yang ada untuk kita menuntut hak-hak kita terutama melibatkan pemberian semula hasil daripada Sabah.

Tuan Speaker, bagi kawasan Kadamaian, saya ingin merekodkan permintaan-permintaan seperti berikut:

1.

Agar penaiktarafan jalan luar bandar bagi Jalan Gaur Pinalabuh Mangkulat yang melibatkan tiga buah Sekolah Rendah, Jalan Kebidahan Takulung yang melibatkan sebuah sekolah dan Piasau Dundau melibatkan sebuah sekolah dapat dimasukkan sebagai keutamaan negeri dalam Rolling Plan Kelima, RMK-12 pada tahun hadapan atau sekurang-kurangnya RP-1 dalam Rancangan Malaysia ke-13 pada tahun 2026. Saya juga meminta agar penaiktarafan Jalan Mandap Deluoh Kinasaraban dapat disegerakan.

Saya juga harus merakamkan

penghargaan ke atas, kepada Kerajaan di atas penaiktarafan tiga jalan utama Kadamaian yang sedang rancak dilaksanakan sekarang, iaitu Jalan Tengkurus Lahanas, Jalan Sayap Mensulit, dan seterusnya Jalan Podos Taginambur.

2.

Agar Kerajaan Sabah segera membangunkan potensi baharu pelancongan Gunung Kinabalu yang berada dalam kawasan Kadamaian terutama di Kampung Sayap, Kampung Lobong-Lobong dan Kampung Kiau sebagai pusat pelancongan baharu selain daripada Taman Kinabalu sedia ada dan Mesilau yang ada sekarang. Saya hargai usaha-usaha yang dibuat oleh Taman-Taman Sabah yang telah mengenal pasti potensi-potensi baharu ini dan saya mencadangkan agar kerjasama dengan koperasi-koperasi pelancongan komuniti di kampung-kampung tersebut dapat diperkasakan; 3.

Agar Kerajaan Sabah meneruskan penyukatan tanah anak negeri di bawah program PANTAS di Kampung Kiau, seterusnya Kampung Sayap Torintidon, Kampung Lobong-Lobong, Kampung Kaung, Kampung Tombotuan, Kampung Melangkap dan Kampung Lasau. Pemilikan tanah bergeran merupakan syarat program bantuan pertanian, maka rakyat yang mengusahakan pertanian bukit ini, perlu dibantu memiliki geran tanah mereka di bawah Program PANTAS. Saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah meminta peruntukan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan bagi penyukatan tanah di bawah PANTAS ini di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah di peringkat Persekutuan; 4.

Agar Kerajaan Sabah memasukkan semula cadangan loji bekalan air di Sungai Kadamaian dan cadangan baharu loji bekalan air di Sungai Wario dapat dijadikan keutamaan negeri dalam Rancangan Malaysia ke-13 bagi membekalkan air terawat kampung-kampung dalam kawasan DUN Kadamaian serta kampung-kampung lain di DUN bersebelahan dengan Kadamaian; 5.

Agar Kerajaan Sabah segera menaik taraf kemudahan pengairan dan saliran ...

22/04/2024 -

[ADRIAN]

-DARRYL JUDE - NORMA

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Saliran ke kawasan sawah padi yang utama di Kadamaian seperti di Kampung Togudon, Kampung Tambulion, Kampung Piasau, Kampung Kinasaraban dan Kampung Tambulion dan kampung-kampung lain. Saya menerima banyak aduan daripada pesawah-pesawah padi di Kadamaian mengenai masalah pengairan, hakisan tebing sungai, jalan perhubungan dan juga kekurangan jentera. Saya berharap kerajaan Sabah dapat tampil dengan rancangan penyelesaian kepada aduan-aduan ini supaya mereka dapat terus menanam padi dan memainkan peranan dalam sistem rantaian bekalan serta keterjaminan makanan terutama padi beras di Sabah.

Tuan Speaker, demikian ucapan perbahasan saya yang ringkas. Kadamaian menyokong. Terima kasih.

Tuan Speaker: Terima kasih Yang Berhormat Kadamaian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lamag. 15 minit ya.

15? bukan 20kah Speaker?

Speaker

Ambil 15 dululah.

Terima kasih. Terima kasih Datuk Seri Speaker. Saya ingin turut membahas Dasar Ucapan Kerajaan yang disempurnakan oleh Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Ucapan saya lihat banyak berkisar berhubung dengan kemiskinan dan sudah tentu kita gambarkan kemiskinan ini berantai. Rantaian dia, iaitu pertama, manusia yang miskin dan ekonomi sekitar juga, infrastruktur juga mengakibatkan kemiskinan. Justeru itu, saya melihat pertanian juga pun begitu. Tidak daripada ucapan Kerajaan ini, tidak ada satu cadangan yang komprehensif yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menganjak Sabah ini keluar daripada belenggu kemiskinan.

Yang di-Pertua, Yang Speaker, hasrat komitmen itu dua perkara berbeza dengan pelaksanaan. Apabila tiada pelaksanaan, kita di sini berhujah-hujah, tidak akan jalan juga. Akhirnya Sabah negeri termundur di Malaysia dan lapan daerah tetap miskin sehingga bila-bila masa. Justeru itu, saya ingin memberi pandangan sedikit sudah tiba masanya Kerajaan negeri Sabah mewujudkan satu pelan tindakan baharu untuk memastikan bahawa strategi-strategi kena sasaran dia. Pertama. Sabah ini tiga musuh utama kita. Air, elektrik, jalan raya. Kita harus selesai isu masalah bekalan air bersih ini. Kalau tidak, pelabur tidak akan datang. Menteri Perindustrian cakap pelabur banyak datang. Dia datang sekejap dia lari. Elektrik tidak ada. Sindumin kata tadi, contoh Sarawak. Sarawak mempunyai 5,000 megawatt sudah habis dijual, dia wujud lagi 3,000 baru. Sabah berapa ribu cadangan? Apakah kita masih bercakap tentang IPP? Apakah kita masih bercakap pasal pemberian tukun? Soal enjin sangkut?

Rasa saya, cadangan ini saya sudah dengar sebelum saya jadi wakil rakyat pun. Dewan ini sudah berbincang soal tukun, soal enjin sangkut, soal baja dan sebagainya. Sudah tiba masanya Menteri-Menteri Kerajaan Negeri ini berfikir di luar kotak. Menyediakan satu skop yang baik untuk Kerajaan melaksanakan sesuatu bagi memastikan rakyat Sabah ini terbela untung nasibnya. Kita ini, sumber kita terlampau banyak, kita tidak guna pakai, kita fikir lain, ini masalah. Satu perkara yang ingin saya sentuh berhubung dengan baru-baru ini Menteri Kewangan menyatakan penerbitan Sukuk, apa ini wakalah berbagai-bagai mata wang dan sukuk ini saya lihat untuk bill out SIP. Kenapa? Sedangkan SIP ni pun milik Kerajaan Negeri, SDB Bank. Kenapa tidak Kerajaan restructure SIP itu? Instead of wujudkan Sabah Maju Jaya Sdn. Bhd. untuk Oil and Gas, bill out apa ini SIP. 950 juta telah di… descry. Jadi kita saya rasa ADUN-ADUN pun bukan di sini, sebelah sana pun tidak ada pengetahuan secara jelas tentang perkara ini sebab kita tiada akses nak tahu berapa sudah dibelanja.

Sedangkan SIP ini dulu dia berkepakaran dan telah dianugerahkan dua blok Oil and Gas, iaitu blok pertama, iaitu di SB331 dan SB332 tetapi masih juga liabiliti 1.2 bilion rugi ditanggung. Pergi… Macam mana dia boleh rugi? Sedangkan dia berkepakaran. Jadi apa jaminan? Persoalan saya apa jaminan SMJ Sdn. Bhd. tidak

akan rugi seperti SIP? Sebab kalau rugi lagi, akhirnya rakyat menanggung lagi hutang demi hutang demi hutang. Kita tidak menyelesaikan masalah tetapi kita create another problem for the future.

Yang seterusnya Datuk Speaker, Kementerian Pertanian seharusnya merencana berapa blok tanah, berapa ribu hektar tanah. Kalau mahu tanam padi, jangan kalau setakat 1,000 ekar, 500 ekar, itu bukan skala yang besar. Kita di Sabah ini perlu jelapang padi kalau betul-betul mahu untuk self sustainable untuk negeri Sabah kalau betul-betul mahu. Kalau tidak, janganlah macam melepas batuk di tangga itu, tiada makna. Habis duit rakyat, habis duit Kerajaan, padi pun tidak ada. Hilang begitu saja.

Lepas itu, pelancongan. Industri pelancongan ini harus dijadikan sebagai enjin yang kedua untuk menyumbang ekonomi negeri Sabah tetapi pelancong... pelancongan kita tidak macam hidup segan mati tak mahu, tidak bergerak. Seharusnya digerakkan ke secara menyeluruh. Saya tahu banyak pelancong-pelancong datang tapi they don’t know how to spend their money sebab tidak ada yang dicadangkan oleh Kerajaan, oleh Menteri, oleh Kementerian ke arah mana untuk kita membawa apa ini kita punya pelancong-pelancong.

Satu perkara lagi saya mahu tanya Kerajaan. Apa istimewanya sangat dengan SKN ini? Duduk berbagai-bagai Board Director, pegang jawatan sana sini. Saya mahu tanya berapa banyak Board Director dia duduk?

Speaker

Lamag, Usukan mahu mencelah. Boleh?

Tuan Speaker, terima kasih. Saya tadi sebelum Yang Berhormat Lamag ke topik yang lain tadi, Yang Berhormat bercerita soal pelancongan ya. Saya cuma ingin tahu apa pandangan Yang Berhormat kerana saya nampak sekarang ini banyak tourist ini, package tourist kalau dia orang Korea, dia datang sini, dia makan restoran Korea, bas pun orang Korea. Semua orang dia balik. Tidak ada spill overnya kepada pemain-pemain utama di Sabah. Apakah Kerajaan Yang Amat Berhormat bersetuju boleh membuat satu dasar agent harus diutamakan bagi orang-orang Sabah untuk mengendalikan perniagaan-perniagaan yang ada berkaitan dengan mereka dan tentukan syarat-

syarat bahawa syarikat-syarikat itu biarlah milik-milik orang sabah? Supaya ada manfaat kepada orang kita.

Saya mahu setuju Usukan. Ini antara salah satu strategi untuk kita mengetengahkan usahawan menengah bagi industri pelancongan, dikena syarat bahawa syarat dia macam di Arab Saudi. Syarat dia terlampau cantik. Apabila ada syarikat luar mahu berniaga, boleh tapi syarat dia, kau bayar orang kami sebanyak lebih. Kalau kita bayar orang kita 2,000, kena bayar orang dia 5,000. Dan ditetapkan syarat kalau sepuluh staf you, empat orang saya. Itu baru membela orang dia, jadi seharusnya kita begitu. Ada syarikat luar mewujudkan syarikat apa-apa juga, kita syaratkan boleh tapi mesti ekuiti orang Sabah. At least 30 percent, that’s all, muktamad. Kalau ini dapat kita laksanakan, percayalah Sabah ini tidak akan miskin bahkan kita akan maju daripada negeri-negeri yang lain. Ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sekejap saja Datuk. Terima kasih Datuk Speaker. YB Lamag, setujukah bahawa ada ramai tour guide ini yang saya dapat complain and of course we need clarification daripada Kerajaan. Tour guide ini bukan orang Sabah, dia orang dari Koreakah atau China. Dia jadi tour guide di Sabah sama sampai mereka take over daripada local tour guide kita? Terima kasih.

Ya, memang ada saya dengar, cuma kita juga tidak boleh nafikan. Mungkin cuma kita kasi limitlah. Kalau seratus, mungkin sepuluh percent daripada orang luar pun kita pun mahu juga orang kata technology transfer, itu boleh tetapi kena ada kawalanlah. Kalau tiada kawalan, beratlah. Saya balik kepada tadi, saya mahu tanya berapa Board GLC yang SKN duduk dan berapa amaun wang berjumlah wang dia dapat daripada selain daripada apa ini pendapatan.

22/04/2024 -

[ ARINA

] - AZYATUL

- AZRIN

Gaji dia sendiri. Saya mahu tahu di dalam Dewan ini juga dan saya juga ingin tahu apakah Kerajaan telah mempunyai semua data-data daerah dan DUN masing-masing di negeri Sabah ini, sebab data

itu boleh menunjukkan pembangunan apa yang kita mahu wujudkan di kawasan masing-masing.

Jadi wakil rakyat kita tidaklah bercakap di kawasan saya ini tidak ada, itu tidak ada. Ini saya ke Membakut, ini menteri Yang Berhormat Membakut. Hospital Membakut pukul 6 petang tutup. Dia kasih tinggal telefon sana kalau ada emergency, telefon saja. Berlaku baru-baru ini, orang sakit tenat dibawa ke sana, ditelefon seratus kali, tidak angkat. Bawa ke Beaufort, sudah meninggal dunia. Jadi, bayangkan hospital tutup. Ini tidak patut. Hospital ini dia untuk menjaga keselamatan, kesihatan orang. Jadi Yang Berhormat Membakut, tolong pastikan itu Hospital Membakut itu, jangan tutuplah. Bahaya rakyat kita.

Saya juga ingin tanya, sama ada menteri kewangankah, ketua menterikah. Sepanjang empat tahun ini, berapa ratus MOU sudah dibuat dengan berbagai-bagai pihak dan berapa puluh sudah dapat diexecute, dapat dijayakan. Kalau tidak, bagi saya penjelasan nanti dalam penggulungan apa masalah yang kita hadapi. Mana tahu kita boleh bantu.

Yang kedua, yang seterusnya, iaitu saya rasa SEDIA juga perlu dibuat kajianlah sebab SEDIA ini ada Corridor. Satunya Corridor yang ada di Sabah ini fokus kepada daerah yang miskin. Lapan daerah termiskin ini perlu kita wujudkan Corridor untuk mempertingkatkan ekonomi di kawasan tersebut. Bukannya untuk cari peruntukan asal ada dan distribute mana-mana. Jadi, saya harap Menteri Kewangan boleh struktur semula konsep SEDIA ini.

Kalau kita ada hasrat untuk mengeluarkan Sabah daripada rantaian kemiskinan ini, kita wujudkan Eastern Corridor ataupun corridor, corridor yang daerah termiskin ini dan kita bincang dengan Kerajaan Persekutuan. Mintalah berapa bilionkah, berapa ratus jutakah, kita kena mula. Kalau kita tidak mula, tidak dapat apa-apa. Jadi, kita kena mula.

Berhubung dengan air, air ini serius. Yang Berhormat Menterinya, tidak ada. Saya sudah cakap dulu dalam Dewan ini. Enam bulan Kerajaan tidak tangani masalah air, air di Sabah ini akan berhadapan dengan krisis. Betul-betul krisis. Sehingga hari ini, lapangan terbang kita macam mana nak meningkatkan kehadiran pelancong, datang

saja airport, kalau ada mask pakai mask lah. Bau. Busuk. Tandas busuk, aircond tidak ada, tempat duduk tidak ada. Semua, pokoknya down. Kenapa begini? Apa yang berlaku? Apa sudah jadi adakah negeri kita ini sudah diserang Garuda? Ya.

Ini. Ini Yang Berhormat, ini soal air inilah. Sepertimana yang semua kita maklum, di Sabah ini ada beberapa concession yang telah diberi kepada syarikat-syarikat yang airlah. Dan saya nampak syarikat ini juga mendapat keuntungan sebab mereka boleh menaja pasukan bola sepak lima juta bah. Jadi, biasanya syarikat-syarikat yang boleh menaja pasukan-pasukan bola ini adalah syarikat-syarikat yang ada keuntungan dan kalau betul untung banyak, keuntungan itu harus dicari jalan dikembalikan untuk membantu kita menyelesaikan masalah air. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat dalam hal ini?

Saya setuju dengan apa ini, Usukan dan masukkan dalam ucapan saya sebab dia sekurang-kurangnya dapat memberi impak yang baik kepada pengurusan tibas (kurang jelas) Kerajaan Negeri Sabah.

Datuk Seri Speaker, saya juga ingin bertanya dengan Kerajaan, selama empat tahun ini, ada berapa banyak sudah usahawan-usahawan yang dijadikan sebagai usahawan menengah. Dalam bidang apa? Kalau tidak ada, kenapa tidak ada? Sebab untuk membina usahawan ini juga, ianya dapat mengeluarkan negeri Sabah daripada kemiskinan, sebab itu saya selalu berkata, apabila kita ingin melihat kemiskinan itu dapat diturunkan. Kita, Kerajaan perlu mencari satu sumber-sumber baru bagi memastikan bahawa usahawan-usahawan kita daripada usahawan kecil dan sederhana perlu diangkat mereka.

Begitu juga saya ingin bertanya kepada Menteri Pertanian, berapa banyak sudah. Apa ini, usahawan pertanian yang kecil dan sederhana ini diangkat sebagai daripada nelayan, usahawan tradisional kepada usahawan yang konvensional yang boleh bersaing dengan negeri-negeri yang lain. Tidak akan seumur dia, hidup dia 40 tahun itu saja pendapatan dia, tidak ada peningkatan dia. Sudah tentu kita tidak melakukan kerja-kerja kita. Pertanian ini satu industri yang boleh dikembangkan. Tapi perlu ada komitmen yang tinggi dan strategi pelan strategi yang betul-betul

fokus. Contohnya, di Kinabatangan kita mahu keluarkan apa jenis makanan, berapa jenis makanan, berapa ribu hektar kita mahu, sebab kalau di Korea, di Jepun, di Taiwan dia tidak perlu ratus-ratus hektar. Dia ada sepuluh hektar, dia boleh mengeluarkan 20-30 juta hasil.

Jadi, ini seharusnya dikaji oleh kementerian-kementerian, menteri-menteri supaya kita sebetulnya, jangan lagi kita hidup dalam dunia menjanjikan harapan kepada rakyat tetapi harapan itu sebetulnya tidak ada harapan sudah. Yang Berhormat sudah best, jadilah orang yang best. Ya, jangan lagi apabila sudah best maka, kena buatlah satu yang best. Jangan slogan best saja, tetapi tidak best. Demikian juga dengan slogan SMJ. Yang Amat Berhormat Sulaman, Ketua Menteri marah sebab bising sebab ada konon Pembangkang termasuk saya meremehkan SMJ. Saya tidak pernah meremeh tapi, rakyat bertanya kepada saya. Dia bilang Yang Berhormat Datuk Bung, di kampung kami ada Sabah Maju Jaya tapi Datuk Bung tengok jalan raya kami ini. Bermakna tidak perlu logo pun Sabah Maju Jaya, yang penting kita majukan Sabah itu. Kita berjayakan jiwa rakyat. Logo kiri kanan pun tidak menjamin Sabah kita maju jaya sebab itu fikirlah baik-baik. Yang kaya raya orang buat logo, dia suka pasang saja, charge bill saja sama menteri JKR. Ini masalah kita signboard, sana sini dia simpan. Yang hutan pun dia simpan. Di Membakut ini saya tahu, dia daerah sudah daerah penuhkan. Membakut. Logo dia masih Daerah Kecil Membakut. Cabutlah. Buatlah daerah penuh Membakut. Sabah Maju Jaya juga di atasnya. Jadi, macam mana dia maju. Jangan marah saya, saya bercakap sebab rakyat minta saya bertanya. Kalau mahu marah rakyat, marahlah rakyat, apa mahu buat.

Jadi inilah antara lain, apa ini, dan saya juga ingin bertanya dengan Kerajaan. Berapa banyak kes Kerajaan Negeri telah dibawa ke mahkamah, berapa kes dia menang dan berapa kes dia kalah dan berapa jumlah kewangan yang Kerajaan Negeri telah keluarkan untuk membayar saman dibawa oleh mana-mana individu atau syarikat di mahkamah? Dan saya juga mahu tahu daripada 13 ribu yang dikira miskin tegar itu, yang telah terkeluar daripada kemiskinan tegar itu, saya mahu detail dia. Daerah mana, kampung mana dan nama-nama dia sebab kita pun mahu tahu,

kalau kita jumpa orang-orang ini kita nyatakan bahawa kamu tidak lagi boleh layak menerima bantuan.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, boleh minta laluan sedikit mencelah. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Lamagnmengenai dengan pembasmian kemiskinan melalui pungutan-pungutan royalti. Jadi, saya ingin bertanya kepada Lamag, sama ada masih konsistenkah dengan pendirian bahawa pada suatu ketika dulu ada satu petikan ucapan daripada Yang Berhormat bahawa sekiranya kita terlalu mendesak Persekutuan untuk meminta 40%, persekutuan akan bankrupt. Jadi, adakah ini pada hari ini masih konsistenkah Yang Berhormat daripada Lamag? Terima kasih.

Saya memang konsisten, Berhormat. Saya tidak pandai reverse, lompat-lompat punya. Sebab itu saya mencadangkan oleh kerana ada masalah bertemu di sini antara Negeri dan Persekutuan. Maka, lantiklah penafsir bebas.

22/04/2024 -

] -

RAMENAH

– NUR FATIN

…di mana Yang Berhormat tadi sewaktu saya bertanya, Yang Berhormat tidak ada mungkin dalam dewan, lain kali janganlah absent, Jadi itu lah jawapan saya, saya memang konsisten dalam apapun cara, I’m very consistent.

Speaker

Gulung-gulung…

I am a gentleman...

Speaker

Mula gulung Yang Berhormat, mula gulung…

Yang... yang terakhirlah… saya mahu minta supaya Kerajaan fokus untuk membangun negeri Sabah ini jangan anggap kita pembangkang tidak boleh menyumbang, kita boleh menyumbang. Saya komited bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain untuk saya tidak mahu lagi, 8

daerah ini miskin terus. Negeri Sabah ini daripada tahun 64 sampai sekarang dalam carta termundur. Malu kita. Banyak sumber yang boleh kita guna pakai mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan. Jadi kita cuba bincang fikir macam mana, ucapan saya tadi kalau elektrik ini kita tambah jangan bergantung dengan solar, dengan IPP dan sebagainya. Tapi kita cari ilham bagaimana untuk mencetuskan 3,000 megawatt tambahan, bagaimana untuk menjana air bersih dengan baik. Ini perlu kita selesaikan dulu. 3 faktor ini, Tuan Speaker perlu diselesaikan barulah Sabah ini terkeluar dari belenggu kemiskinan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Lamag, sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat seterusnya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada 17 orang pelajar daripada IPG Kampus Gaya bersama seorang guru. Oleh itu, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Moyog, 15 minit ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, terima kasih Datuk Yang Dipertua, cabaran yang dihadapi oleh Malaysia ini disebabkan oleh perubahan cuaca climate change, kelemahan permintaan global dan conflict geopolitics, memberi impak dari segi ekonomi kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah. Kita semua sedar bahawa Sabah bergantung kepada industri sensitif seperti pelancongan serta pengeksportan komoditi mentah seperti kelapa sawit dan minyak mentah. Datuk Speaker, Sabah perlu beralih kepada pengeksportan komoditi mentah kepada perindustrian terutama dalam proses, memproses ataupun pemprosesan kerana ini akan menjadikan Sabah kita kekal relevan dalam ekonomi serantau di samping menjana banyak peluang pekerjaan. Sabah must exploit kedudukan Sabah yang strategik di rantau Asia dan ini perlu dimulakan dengan persediaan ekosistem dan prasarana yang bergred kualiti di Sabah industri. Saya tidak tahu kalau Datuk Speaker, setuju atau tidak dan juga kerajaan sama ada kita adanya satu ancaman yang kita akan hadapi dengan saingan dengan Sarawak. Kita semua maklum bahawa Sarawak sedang mempergiatkan sektor perindustrian di negeri mereka dan kita tahu bahawa ramai wakil rakyat termasuk juga saya telah berkali-kali membangkitkan perkara berkaitan dengan sektor pembuatan di Sabah. Kos untuk menjalankan aktiviti pembuatan dan pengilangan di Sabah adalah sangat tinggi ditambah pula dengan kekurangan tenaga buruh mahir dan infrastruktur yang baik. Tiada elektrik ataupun inconsistent electric and juga water termasuk pressure water yang selalu dihadapi di setiap daerah termasuk di kawasan saya di Moyog, saya

memberi amaran kepada you must take note of this, bahawa jika our investor ataupun pelabur dalam dan juga luar negeri mendapat bahawa kos operasi is way below ataupun jauh lebih kurang ataupun jauh lebih murah di Sarawak berbanding dengan Sabah, they will close shop in Sabah, mereka akan keluar dari Sabah dan pergi ke Sarawak. Kita nampak bahawa Sarawak adanya satu ekosistem dan juga supply change yang sangat baik sekarang, their water, electricity tiada masalah. Walaupun mungkin kita ada dengar di kampung mereka ada. But overall, di Sarawak sudah ada and this is the focus of Sabah. If we want to maintain kita punya investor or reinvest the investor punya investment di Sabah, we must provide them exactly what they need selain daripada insentif-insentif yang ada dengan Kerajaan. Datuk Speaker, I would like to bring beberapa isu juga berkaitan dengan pengumuman yang saya dengar di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini oleh Menteri Persekutuan, beliau telah mengumumkan peruntukan yang sangat besar kepada pembangunan di Kuala Kubu baru kerana beliau cakap adanya ong di kawasan itu ataupun feng-sui, kenapakah tiada ong di kawasan kami di Penampang ataupun Moyog, di mana hospital taip 3 yang diumumkan sejak 2013 dan kita juga bentang dan membawa balik peruntukannya pada 2019 dapat kelulusan pembangunan dan juga pelan pembangunan dan building plan 2019 dan diumumkan oleh Kerajaan selepas Sheraton move bahawa mereka akan tender pada Jun 2020, November 2020, dan saya juga bentang di Parlimen pada 2021, mereka juga menjawab bahawa adanya tender akan dijalankan, pembinaan taip 3 hospital di Penampang, sampailah hari ini tidak dilaksanakan. Saya ingat telah saya juga telah menyoal menteri di yang bertanggungjawab di Sabah dan beliau juga telah menjawab adanya keperluan untuk mengemaskini development plan kalau saya tak salah dan hingga ke hari ini Kerajaan Persekutuan mungkin rasa tiada ong, tiada feng-sui di kawasan kami untuk memperuntukkan dan melaksanakan projek taip 3 yang di umum sejak 2013 dan diluluskan plan pembangunan pada 2019. Saya kembali lagi kepada isu investment, Malaysian Rating Corporation telah mengeluarkan suatu data bahawa approve investment setakat 78.1% telah diluluskan ataupun telah direalisasikan antara pelaburan yang diluluskan sejak 2018 hingga ke 2023.

Datuk Speaker, saya ingin tanya Kerajaan berapa banyakkah daripada 78% ini yang telah direalisasikan antara 2018 ke 2023 direalisasikan di Sabah, dan adakahnya pelabur yang telah menarik diri di Sabah dan telah beralih kepada Sarawak, I mean

whether they is, ataupun adanya uar-uar yang kita dengar, because we cannot compete dengan infrastruktur yang diberikan oleh Sarawak. Datuk Speaker, saya juga ingin membawa 1 isu yang saya telah bawa di parlimen pada 2021, dan dijawab oleh menteri ketika itu, di mana beliau telah juga umum di sosial media beliau bahawa PET Scan ataupun kita tahu dia punya jenama adalah Positron Emission Tomography. CT PET Scan akan di apa ini di dia telah luluskan PET Scan ini di Sabah dan patut dilaksanakan selepas pengumuman dan kelulusan beliau itu pada 2021, baru ini saya juga baca di surat khabar, Menteri yang bertanggungjawab di Sabah cakap kita perlu PET Scan hanya Sabah tiada PET Scan sebab PET Scan ini boleh dapat early indication of cancer. Now, kalau Sabah tiada hairan juga. Hendak ada, kita tahu jawapan menteri dahulu pada saya di Parlimen pun sama tiada. Tapi beliau telah luluskan sekarang beliau dia keluar sekejaplah, so mungkin beliau boleh menerangkan dalam podcast beliau kenapa ini tidak dilaksanakan oleh Kerajaan selepas beliau, saya bertanya Datuk Speaker. Kalau kerajaan Sabah ada beratus bilion ataupun billion collection daripada sales tax Sabah, why don’t we lend the Federal Government duit. Pinjamkan duit ini untuk membeli PET Scan dan hantar resit hutang ini kepada Federal Government sebab akhirnya Federal Government patut membayar ataupun patut memperuntukkan dan kita tahu dia sudah peruntukan PET scan di Sabah ini adalah you know, 4 bilion nah 4 milion, what is that to the state government yang ada bilion bilion bilion, pinjamkan kepada kerajaan Sabah dan make them do what they should do untuk Sabah because adakah Sabah tiada cancer detection system ataupun PET Scan.

Datuk Speaker, pada 18 April lalu ini, JKKK di Kampung Tunoh walaupun dia di kawasan Kapayan, mereka telah umumkan kepada saya bahawa mereka telah buat laporan polis dengan suatu kerja yang tidak baik dibuat oleh JPS mereka telah menurunkan… 22/04/2024 -

- NORMA

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

…dia orang punya gerbang yang menunjukkan kampung mereka sebab GPS punya, GPS claim itu tanah mereka, dan mereka membangun kawasan itu. But why in the first place you allowed the gerbang to have to be there for many years, and if you want to do development bincanglah

dengan JKK yang kamu telah lantik, Kerajaan telah lantik. You must do dengan baik, ketuk pintu dengan baik di kampung itu and solve the problem. And ini bukan kali pertama, saya juga dimaklumkan bahawa bus stop di sana ataupun pondok bus pun telah diturunkan oleh GPS semasa pembangunan mereka, dan ini memberikan suatu kesan kepada orang-orang di Kampung Tunoh ah, Kepayan, Penampang. Datuk Speaker, saya juga ingin membawa isu yang berkaitan dengan DLP. Now, semua kita pun dalam usaha untuk memperbaiki kemahiran kita, skill kemahiran ataupun language. Kita tahu we must invest on our young. Kita mesti invest dengan orang-orang muda di Sabah. We need to teach them English. Kita tahu Bahasa Malaysia penting, Bahasa Mandarin penting yes, but English is the language of science.

Di Sarawak pula kita mendapati bahawa Kerajaan mereka fokus. They want to make sure their Sarawakian are very equipped dengan English, proficiency English. Dia tidak menjan… dia tidak menjanji bahawa English ini, akan memberikan kita hidup yang sangat baik lepas mereka keluar dari sekolah, tetapi dia memberikan satu saingan, memberikan kita satu confidence bahawa we can face the world. Di Sabah pula we keep on apa ini, kita we don’t realize, ramai kita punya anak Sabah telah keluar Sabah, and they they have no way to go other than to stay di Semenanjung, ataupun Singapore, ataupun di Australia dan sekian. We need to bring back the Sabahan.

Saya ingat Datuk Speaker, ah, semasa perundingan kami dengan men… Presiden Jokoko, Jokovi Midodo, saya telah berbincang berkaitan dengan orang Sabah, dan apa kita telah ah, bersaing dengan orang-orang Indonesia dalam kemahiran. Beliau telah mengumumkan pada saya, satu polisi Kerajaan mereka, di mana sekolah-sekolah Indonesia di Sabah, they are looking at the talent the Indonesian have talent in Sabah and they will invite them balik kepada Indonesia.

Now, why can’t we do this to our own Sabahan. Kita invest on Sabahan. Change our system, I understand di Sarawak i mean kita balik-balik cakap pasal Sarawak. We can do much better than them, hanya we need to put our compose right. Di Sarawak pula mereka cakap, they want to make sure english is a essential subject di sekolah

ah, Sarawak. Dia orang pun invest dengan private institution, di mana dia call the best Sarawakian to enter those institution and among this people in Sarawak. Mungkin mereka akan ada ah, seperti mendiang Steve Job, seperti Bill Gates, seperti Elon Musk dan sekian, sekian.

We have better in Sabah, because I can see the talent in Sabah were always there. We are always the first to make changes in Sabah. Kita juga ah, membawa banyak idea-idea di Sabah but kita rujuk, we are not encouraging our youth and I believe education ah, specially fokus dengan English is so important. DLP jawapan ah, Pengarah Pelajaran di Sabah cakap different we must memperhalusi dan sekian dan sekian. Different set of things di Sabah. It’s different because the Federal Government ignored Sabah all these years.

So take over, ambilkan polisi education kita, do something right and if i can if i can recall, i don’t know kalau ramai di sini, ramai orang Sabah dibiayai oleh Yayasan Sabah suatu ketika dahulu and all these people have done well in their life. Maybe it is time to reset, let us focus on technology, let us focus on skill. Am i know ini tiada kaitan di kawasan saya, tetapi saya nampak adanya attack on Starbucks di Tawau. There they got they own issue. It is a humanitarian issue. Kita respect dia. That is not a religious issue for me. It is humanitarian issue. War crime have been committed in another country. Tetapi di Sabah don’t kill our industry. Infact I urge ini Kerajaan, set up a certain department dalam Kerajaan, di mana we keep on reminding people that kita adalah anak Sabah, orang Sabah and we will not be split by event of the world. Infact kita patutnya berpadu di Sabah, untuk mengangkat Sabah kepada satu tahap baru.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I wish kita boleh tambah longer ah, apa ini ucapan, but Datuk Speaker, terima kasih kerana memberikan saya peluang dan sebelum saya end my speech, saya ingin menyentuh sedikit pasal airport kerana Speaker sebelum itu cakap ucapkan dalam ucapan ah, Moyog.

Airport seperti mana yang telah saya bawa banyak kali dan ah, Menteri pun ingat, parking kita pun tidak dapat selesai di airport. Memasuki dia punya gerbang parking pun hanya satu machine sahaja. Beberapa hari lalu saya telah ambil satu kawan di airport, di apa ini dia punya machine payment pun satu sahaja yang working and the other one work and there are full of people and total mess. Jangan cakap pasal toilet, aircond and …(kurang jelas). This was not raise today, kelmarin, last week or last month. This has been going on years and years. I remember raising this last year and I expect the government if you want to take back tourist, if you want to show Sabahan ada dignity dan kita boleh do something about the airport. Deal MAHB, charged mereka.

Kalau Datuk Speaker would know dalam undang-undang, when someone fails to do something which is their obligatory statutory duty the government can do and bill them. You can charge them with interest and the court will side you. MAHB have failed dia orang punya pengurusan di Airport Sabah sangat memalukan. And this is time for Sabah to take back, don’t wait for the Federal Government because they did the same thing all these years.

Hospital di kawasan saya pun tidak dilaksanakan dengan banyak alasan, pembangunan lah, COVIDlah dan sekian sekian.

Ehe, we will keep on facing this and if we keep on blaming Semenanjung. To me they are already at fall tetapi this become our fault, kalau kita dengan bilion dalam akaun, billions and billions dalam reserve akaun Kerajaan Sabah, tidak mengguna dan menghantar ini sebagai hutang mereka Federal Government kepada Sabah. Terima kasih, kotohuadan and kounsikou.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Terima kasih Tuan Speaker memberi saya peluang menyampaikan ucapan bahas saya dalam persidangan DUN ini untuk membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Sabah pada 18 April 2024 minggu lepas di Dewan yang mulia ini.

Saya telah meneliti Ucapan Dasar tersebut yang merangkumi pelbagai aspek, menitikberatkan masa depan rakyat dan negeri ini. Dengan ketokohan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, hala tuju, gerak kerja serta keprihatinan beliau, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memimpin mentadbir negeri ini, di samping menuntut hak-hak negeri ini, di dalam Persekutuan Malaysia, seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian MA63, untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak. Sekian lama tidak dilaksanakan oleh pemimpin dan penjawat awam Kerajaan Persekutuan Malaysia, kini melalui secara pendekatan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam kerajaan garis PH, dengan cara perundingan di antara kepimpinan negeri dan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, yang saya sedari selama ini adalah berhasil. Tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Dalam pada itu juga menjana semula… 22/04/2024 -

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…kewangan, ekonomi negeri untuk meneroka sumber-sumber baru sama ada sumber asli dan sebagainya semata-mata demi meneroka demi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi walaupun beliau tidak war-warkan publisiti. Itulah corak sebenar pemimpin yang sejati. Tidak seperti cemuhan propaganda pihak Pembangkang yang sering mengelirukan rakyat menyatakan Kerajaan GRS-PH, gagal tidak berupaya membangun negeri Sabah. Walhal diketahui umum banyak kejayaan-kejayaan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sulaman. Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, iaitu mewarisi kelemahan kerajaan-kerajaan sebelum ini. Penularan pandemik COVID-19 dan sebagainya. Usaha oleh rakan awal bersama pihak Pembangkang mengganggu gugat Kerajaan Negeri akan tetapi Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri cekal melaksanakan gerak kerja komitmen tinggi beliau kepada negeri tercinta ini.

Tuan Speaker, dalam ucapan dasar tersebut saya memetik beberapa perkara yang selaras masa yang diperuntukkan kepada kami untuk membahaskan dalam persidangan ini. Saya menyentuh, iaitu masalah air, masalah jalan raya, ketiga, pembasmian kemiskinan, keempat utiliti dan padang bola sepak ataupun kemudahan oleh para belia dan beliawanis untuk bersukan. Masalah air yang masih belum selesai. Rakyat Tenom dan rakyat Kemabong masih menunggu jawapan lisan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya di Dewan yang mulia ini pada tahun 2022 dan tahun 2023. Baru-baru ini dalam bulan April ini juga, rakyat di kedua-dua daerah terpaksa, di kedua-dua daerah terkesan berikutan masalah sumber air makan. Masalah bekalan air di daerah ini sudah sekian lama tidak diselesaikan oleh pihak Kerajaan. Kalau tidak ada pegawai yang komited menyelesaikan masalah air, saya syorkan kepada Kerajaan supaya satu pindaan Rang Undang-Undang untuk membolehkan melantik pihak profesional dari luar untuk menyelesaikan masalah air di negeri kita ini. Saya mahu juga tanya Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, bilakah sebenarnya pembinaan entik dan loji rawatan air yang baru di daerah Tenom dan daerah Kemabong akan dibina? Sebab ini sudah balik-balik dibawa dalam perbahasan, dalam sidang ini tetapi masih belum selesai. Yang kedua, masalah jalan. Saya juga berasa kecewa dengan Jabatan Kerja Raya. Dari dulu yang jarang sekali menyelenggara jalan-jalan masuk kampung. Apabila rosak, ianya dibiarkan begitu sahaja. Adakalanya sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun, seperti yang berlaku di daerah Kemabong waktu banjir. Selepas banjir, satu tahun masih lagi jalan itu belum diperbaiki oleh pihak JKR ataupun juga konsesi Kekal Mewah. Saya minta Kerajaan khasnya Kementerian Kerja Raya ini supaya memantau pelaksanaan oleh Jabatan Kerja Raya ini dari semasa ke semasa supaya jalan raya-jalan raya ini apabila rosak segeralah diperbaiki diselenggara. Jangan sampai mana-mana pihak termasuk wakil rakyat berteriak untuk marah kepada JKR kerana apabila rakyat marah wakil rakyat, kita juga marah dan oleh kerana kita sampaikan masalah-masalah tersebut, apabila ada Mesyuarat Tindakan Daerah kita sampaikan tetapi tidak juga ada tindakan.

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sindumin tadi, iaitu Kerajaan haruslah mengubah dasar, iaitu projek-projek yang ada di daerah itu haruslah diberi peluang kepada kontraktor-kontraktor tempatan di daerah itu. Sama ada dia Kelas Fkah ataupun lesen-lesen yang kecil, tetapi mereka juga diberi peluang. Kebaikannya dia juga akan membawa aktiviti-aktiviti ekonomi dalam daerah itu berbanding dengan syarikat-syarikat besar yang selama ini memegang posisi tapi tidak menyelenggara, tidak melaksanakan tanggungjawab mereka yang telah dianugerah sebaik sebagai kontraktor.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, lima minit ya.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, soal pembasmian kemiskinan dan pengangguran para belia dan beliawanis. Apabila berbincang soal kemiskinan, kita haruslah bincang bermula daripada awalnya, iaitu target belia dan beliawanis kerana dari situlah bermula bermulanya suatu kehidupan dan bukan sudah tua baru kita banteras kemiskinan kerana itu sudah terlambat Tuan Speaker. Untuk menjamin masa depan rakyat negeri ini, kita haruslah menjana sosio-ekonomi agar akar umbi bermula daripada awalan belia dan beliawanis supaya mereka berusaha dari awal. Bukan setelah mereka sudah separuh umur barulah kita membanteras masalah kemiskinan mereka. Kita harus mencontohi negara Jepun, iaitu untuk mendidik dan mendorong belia dan beliawanis mereka menjana sosio-ekonomi mereka sejak awal lagi di usia belia. Saya yakin mustahil ramai yang miskin apabila kita mendidik secara serius dan berdisiplin apabila kita mendidik belia dan beliawanis dengan memberi pendedahan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat, contohnya menternak haiwan. Ayam, kambing, lembu. Ternakan ikan secara komersial dengan latihan teknikal dan sebagainya dengan menyediakan kemudahan pinjaman kredit secara mudah lulus. Justeru itu, memperkenalkan juga pasaran harga ternakan yang kompetetif. Saya yakin jika perkara ini dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua para belia dan beliawanis, menurut kecenderungan mereka saya yakin negeri ini bukan sahaja sifar kemiskinan bagi bahkan akan menjadi negeri yang maju.

Last Tuan Speaker, sikit lagi. Saya sentuh utiliti di pekan Kemabong. Pertama, Dewan Masyarakat Sri Ontoros, Pekan Kemabong yang semakin usang, iaitu siling dewan. Masalah sistem wiring, kipas, aircond serta kemudahan tandas yang tidak mencukupi. Saya mohon Yang Berhormat Datuk Seri Panglima, Timbalan Ketua Menteri, Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya mengambil perhatian ke atas perkara ini kerana sudah terlalu lama. Lapan tahun Dewan Sri Ontoros tidak diselenggara. Walhal hanya satu sahaja dewan di pekan Kemabong yang digunakan oleh rakyat. Saya mohon supaya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengambil perhatian dan serius dan memperbaiki masalah ini.

Perkara kedua untuk saya utarakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya mempertimbangkan permohonan Mahkamah Anak Negeri, Daerah Kecil Kemabong supaya menambah Ahli Mahkamah Anak Negeri Kemabong, iaitu tambahan Ketua Anak Negeri kepada tiga orang dan tambahan wakil Ketua Negeri lima orang. Untuk makluman Tuan Speaker, kami masyarakat Murut masih mengamalkan menggunakan Mahkamah Anak Negeri untuk… 22/04/2024 -

-

TERESA

– NUR

FATIN

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Untuk menyelesai perkara adat istiadat datuk nenek moyang kami. Jarang sekali menggunakan mahkamah awam ataupun mahkamah undang-undang. Saya mohon pertimbangan Kerajaan ke atas perkara ini, kerana banyak kes-kes yang melibatkan adat istiadat tidak selesai. Mungkin di lain-lain tempat dia mengunakan kaedah-kaedah yang lain. Tetapi bagi kami orang Murut dia menggunakan keputusan untuk penyelesaian itu adalah Mahkamah Anak Negeri. Jadi tidak cukup. Tidak cukup ahli mahkamah. Saya mohon supaya perkara ini dapat dipertimbangkan dengan segera.

Yang akhir Tuan Speaker, saya juga telah menyuarakan masalah Padang Pekan Kemabong. Saya mohon kepada Kementerian Belia dan Sukan khasnya Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan supaya menghulurkan peruntukan untuk menaik taraf padang bola sepak sukan di Pekan Kemabong ini dengan membina grandstand dan juga tiang gol. Itu sahaja, yang kita minta di Kementerian ini.

Tuan Speaker, yang akhir sekali, saya ulangi sokongan saya kepada Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk membangunkan Negeri Sabah, yang harus disokong oleh semua pihak untuk membangunkan Negeri Sabah dengan mengekalkan keharmonian rakyat Negeri Sabah. Di bawah teraju kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Tuan Speaker saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Kemabong. Dengan itu, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat untuk berucap.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ucapan terima kasih, kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan persidangan yang mulia ini.

Kita semua sedar bahawa infrastructure asas harus disediakan untuk sebarang pembangunan di mana-mana tempat, demi pembangunan ekonomi yang kukuh. Dengan adanya infrastructure yang baik dan kukuh, barulah pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) akan masuk untuk melabur dan membangunkan ekonomi tempatan. Kini, infrastructure termasuk talian data yang berkualiti, adalah penting untuk memudahkan komunikasi dan rangkaian perniagaan. Saya percaya senarai infrastructure akan berkembang dari semasa ke semasa.

Datuk Speaker, sebagai permulaan saya ingin membangkitkan isu, pembekalan air terawat yang berkualiti kepada penguna-pengguna di Sandakan. Sepertimana yang dilihat, terdapat banyak bahan paip air di sepanjang tepi jalan. Adakah terdapat program menaik taraf pemasangan paip air utama baru ke seluruh Sabah dijalankan? Bilakah program menukar dan, atau pemasangan bahan paip baharu bermula? Berapa bajet? Bagaimanakah peringkat penyiapan? Bilakah projek berkenaan dijadualkan siap?.

Tuan Speaker, di samping mengambil berat tentang saluran paip di air utama yang baharu, saya juga prihatin dengan status kualiti air terawat di Sandakan. Adakah sebarang peruntukan diberikan untuk menangani masalah bekalan air berkualiti kepada penduduk Sandakan? Apakah tindakan yang telah diambil untuk menangani isu air masin dan jumlah pepejal terlarut (TDS) yang tinggi dalam air terawat Sandakan daripada Jabatan Air Negeri Sabah. Sudah lebih 14 bulan sejak isu air masin ini timbul. Namun, nampaknya tiada peningkatan terhadap kualiti air. Kualiti air bukan sahaja menjejaskan kehidupan penduduk Sandakan, malah juga akan menjejaskan semua pelawat dan bakal FDI dan DDI. Kualiti air yang teruk akan memberi kesan negatif kepada pelawat dan pelabur yang datang ke Sandakan. Kita ingin menarik lebih ramai pelabur dan bukanlah menakutkan mereka. Industri-industri juga merungut tentang kekurangan atau tiada bekalan air dari JANS di Sandakan. Ini sememangnya telah menambahkan kos pengeluaran mereka dan tidak menggalakkan kehadiran bakal pelabur. Kegagalan untuk menyelesaikan isu tertunda ini, akan menjadi ‘bumerang’ kepada usaha Kerajaan untuk membawa masuk DDI dan FDI. Maksudnya, Domestic Direct Investment and Foreign Domestic Investment. Kita harus memastikan bahawa semua pengusaha industri berpuas hati dengan infrastructure terlebih dahulu. Untuk mengelakkan kerugian pelabur, kerana lebih mudah bagi syarat untuk menghentikan pelaburan daripada memulakan pelaburan. Dalam hal ini, saya ingin bertanya, adakah Kerajaan Sabah mempunyai sebarang perancangan untuk menyediakan air industries untuk kegunaan industries, dan bukannya membekalkan air terawat biasa untuk kegunaan manusia. Bagi menyelesaikan isu kekurangan air terawat untuk kegunaan manusia. Kekurangan air terawat untuk kegunaan manusia. Ini akan membantu mengelakkan isu kedua-dua pihak bersaing untuk mendapatkan sumber bekalan air yang sama, dan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kedua-dua kumpulan pengguna ini. Datuk Speaker, satu lagi isu yang saya ingin bangkitkan, membangkitkan ialah elektrik. Saya memuji usaha dan pandangan jauh Kerajaan dalam, Sabah dalam mengambil alih kuasa kawal selia elektrik dan tenaga boleh diperbaharui, di Sabah sejak awal tahun ini. Sabah kini boleh merancang dan menentukan hala tuju berkaitan dengan isu tenaga melalui penubuhan ECOS. Subsidi Persekutuan kepada penjanaan elektrik dan kos pengurusan kami akan dihentikan dalam tempoh lapan tahun. Ini merupakan rahsia terbuka bahawa pemotongan RM800 juta dalam

subsidi Persekutuan untuk mengimbangi kerugian SESB setiap tahun, akan menjadi satu jumlah yang besar dan penyusutan yang besar dalam bajet kita. Jika kita tidak membuat perancangan dan usaha yang komprehensif untuk menahan kerugian yang berterusan. Adakah terdapat rancangan komprehensif untuk mengurangkan kerugian tahunan dan peningkatan pendapatan kepada SESB, untuk memastikan tiada lagi kerugian dalam SESB sebelum Kerajaan Persekutuan menghentikan subsidi.

Tuan Speaker, masa depan ekonomi kita juga banyak bergantung kepada bekalan elektrik. Penggubalan dan penerbitan SERAMP, Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040. Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040, merupakan pelan yang baik dan tepat pada masanya. Saya berharap Kerajaan Sabah akan mengambil serius tentang perkara ini dan memainkan peranan sebagai pemandu yang bertanggungjawab untuk memacu pelan itu dengan jayanya. Lebihan arus elektrik adalah kurang daripada 10% jumlah penjanaan elektrik di Sabah. Hampir tidak ada margin elaun untuk gangguan bekalan elektrik. Baru-baru ini, penjadualan bekalan elektrik telah dilaksanakan disebabkan kerosakan IPP. Ini telah menyebabkan ramai orang berasa kurang senang dengan perkembangan bekalan elektrik sebegitu, dan tidak memberi gambaran yang baik kepada pelabur kerana sesetengah industri tidak mampu untuk menghentikan jentera mereka disebabkab sifat industri mereka. Genset tidak boleh digunakan untuk kegunaan kekal. Kerajaan Sabah melalui ECOS mengiktiraf hala tuju untuk memiliki kedua-dua tenaga boleh diperbaharui. Terutamanya melalui sistem penyimpanan tenaga Solar dan Bateri (BESS). ECOS harus melaksanakan pemetaan.

22/04/2024 -

[ROHANI

-

THEODORA

-NORMA

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

...Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Nett Energy Metering dan Tarif Tenaga Hijau (GET) Green Energy Tariff dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, demi menampung permintaan bekalan tenaga semasa dan masa hadapan para pengguna. Pemasangan solar di atas bumbung harus dikaitkan dengan NEM dan digalakkan kepada rakyat untuk penjimatan kos. Oleh itu, pengumuman Ketua Menteri baru-baru ini, bahawa Kabinet

Negeri seperti yang dilaporkan dalam berita telah bersetuju untuk memberi kebenaran khas kepada para pelabur yang beroperasi di Taman Perindustrian di negeri ini, untuk memasang kemudahan penjanaan kuasa untuk kegunaan mereka sendiri adalah tepat pada masanya. Tetapi mengapakah hanya terhad kepada sektor perindustrian? Industri park ia adalah lebih bermakna untuk menggalakkan mereka untuk memasang panel solar dan memberikan insentif cukai. Justeru, Kerajaan Sabah harus membantu dalam pemasangan panel solar pada bumbung isi rumah secara kredit dan menggalakkan pemaju serta semua bangunan industri memasang panel solar di atas bumbung.

Kerajaan harus menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui selanjutnya melalui pelaksanaan dasar tenaga hijau seperti NEM serta GET. Penggunaan tenaga pembaharuan akan membantu syarikat untuk mematuhi piawaian ESG dengan lebih mudah. Saya percaya mungkin sukar untuk memaksa semua ini dilaksanakan dengan segera kerana terdapat kekurangan dalam sistem elektrik semasa kita. Khususnya, sambungan Grid Selatan masih menunggu kelulusan dan bakal dilaksanakan. Di samping itu, banyak kabel penghantaran perlu dinaik taraf kepada voltan yang lebih tinggi. Oleh itu, adalah penting bagi Kerajaan Sabah untuk meluluskan pembinaan Grid Selatan dalam tempoh setahun yang akan datang untuk mempercepatkan naik taraf kabel penghantaran di seluruh Sabah. Walaupun kita cuba untuk mempercepatkan langkah untuk menjana lebih banyak tenaga elektrik, khususnya tenaga solar, dalam masa yang sesingkat mungkin, kita tidak boleh lupa “Sabah Dahulu, (Sabah First)”! Usahawan dan kontraktor tempatan harus diberi keutamaan dalam semua pelesenan dan kerja berkaitan. Datuk Speaker, Sabah diberkati dengan keindahan alam semula jadi dan pastinya boleh menyumbang kepada sektor pelancongan. Pelancongan merupakan industri terbaik untuk merancakkan ekonomi secara positif. Di Sabah, terdapat kaum yang berbeza, dengan tidak kurang daripada 33 kumpulan etnik tempatan, pelbagai agama dan budaya. Kita semua hidup secara harmoni. Ini adalah satu norma kepada kita tetapi menarik perhatian ramai orang luar termasuk rakyat dari Semenanjung. Oleh itu, selepas pandemik Kerajaan Sabah harus mempergiatkan promosi Sabah.

Dalam isu pelancongan, saya berterima kasih atas usaha Kerajaan Negeri membawa masuk pelancong melebihi 2.61 juta pada tahun 2023. Kerajaan Sabah menyasarkan 2.8 hingga 3 juta pengunjung pada 2024. Saya ingin bertanya, adakah Kerajaan boleh memberikan statistik destinasi dan tumpuan pelancong di Sabah pada tahun 2023? Bagaimanakah para pelancong memberi manfaat kepada rakyat Sabah secara amnya? Berapakah peratusan pelancong yang pergi ke Sandakan dan bandar-bandar lain?

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan yang meraikannya. Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan yang menjelang tidak lama lagi. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Papat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sulabayan. 15 minit. Datuk Dr.

Lima belas minit tak apa saya kasi kurang daripada itu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam ucapan dasar Kerajaan Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 18hb April yang lepas. Saya telah meneliti ucapan dasar kerajaan dan banyak perkara-perkara yang menyentuh tidak dapat dinafikan masalah Negeri Sabah yang berkaitan dengan masalah kemiskinan, masalah kos sara hidup dan juga potensi pembangunan di Sabah yang saya melihat 17 perkara utama yang telah disentuh dalam ucapan berkenaan memang sangat penting. Tetapi memandangkan masa tidak cukup 15 minit sahaja di bagi (beri), saya tidak dapat ulas satu persatu 17 perkara itu, cuma saya beri keutamaan perkara utama yang disebut dalam ucapan dasar iaitu mengenai keterjaminan makanan pertanian ini dan juga sebahagian ada berkaitan dengan pelancongan serta keselamatan.

So, Pertanian ini menjadi isu besar walaupun banyak dalam sektor pertanian ini yang perlu dibangunkan lebih-lebih lagi Sabah. Sebuah negeri mempunyai tanah yang luas dan juga tanah yang subur very fertile tetapi diperkatakan soal beras yang hari ini menjadi topik teras dan disentuh Kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan kawasan Jelapang Padi, contoh di Kota Marudu dan di beberapa tempat yang lain. Saya ingat soal Jelapang Padi ini daripada dulu lagi sudah disentuh. Saya masih ingat masa zaman era Tun Abdullah Badawi bila dia perkenalkan Koridor Timur, Koridor Pantai Timur, koridor Sabah dan Sarawak. Dan antara di Sabah ini adalah Jelapang Padi di Kota Belud yang tidak silap saya yang telah dijadikan Jelapang Padi dan sebahagian juga di Papar dan Putatan. Dan di samping itu juga kewangan Kerajaan Persekutuan begitu banyak berjuta ringgit telah diperuntukkan untuk Jelapang Padi di Kota Belud ini. Tetapi hari ini berulang lagi, hendak buat pula satu kawasan Jelapang Padi seperti yang disebut pasal semua sudah dapat teks ini semua. Jadi sampai bila ini, dah berapa 15 tahun sudah Jelapang Padi ini pun tidak jadi juga dan ini pula nak buat yang baharu pula. Dan lebih-lebih lagi seperti Ketua Pembangkang sebut tadi, dibuat Jelapang Padi di kawasan Kota Marudu ada di sini dan yang terlibat ialah GLC Kerajaan pula. Itu Sawit Kinabalu. Jadi itu yang saya tanya, saya tengok termasuk dalam sektor pertanian, soal ternakan ikan, akuakultur, ini juga melibatkan syarikat GLC. Jadi saya pun melihat yang sepatutnya kita ada syarikat-syarikat GLC di negeri Sabah ini, baik dari sektor pertanian, perikanan, pembuatan termasuk tetapi saya tidak nampak dalam ucapan dasar ini. GLC yang sudah wujud sekian lama ini tidak ada peranan dalam usaha kerangka, dalam RMK13 dalam ucapan dasar Kerajaan saya tidak nampak sedangkan GLC ini menjadi satu isu, tidak hairan lah Menteri Kewangan pandai bercakap baru-baru ini bahawa GLC di Sabah ini yang banyak mengalami kerugian dan banyak dilantik YB-YB. Bukan YB pun lantik jadi Pengerusi Board. Kerajaan banyak berbelanja sedangkan fungsi GLC ini saya tengok (lihat) tidak dapat memberi manfaat kepada pembangunan sama-sama membangunkan negeri Sabah ini. Jadi mengenai soal Jelapang Padi ini, saya tengok (lihat) perlu ada kajian. Saya bukan tidak menyokong, perlu menyokong, cuma saya lihat secara keseluruhan. Kalau dahulu tidak wujud Jelapang Padi ini kerana tanaman padi ini dimasyarakatkan kepada petani-petani yang terlibat dalam sawah padi ini seluruh, orang kata, Sabah. Tidak wujud masalah beras tidak cukup ini. Semalam kita pergi lawatan tamu minggu, di Donggongon, saya tengok (lihat) petani-petani kecil itu…

22/04/2024 -

- AZRIN

Datuk Dr.

Saya ingat puluhan ratusan jenis padi yang ada, berwarna-warni lagi. Beras putih, beras kuning, beras biru, beras coklat macam-macam saya tengok. So, saya melihat ini yang perlu dibangunkan kalau saya melihatlah. Kalau kita bergantung pada jelapang padi di sini, berlaku juga di Semenanjung. Walaupun kita tengok di Kedah apa semua, cuma yang saya lihat perkongsianlah betulkah tidak tapi bukan sangkaan. Saya berpandangan bila wujud soal AP ni, dibagi kepada yang pengimport ini AP ini. Ini juga salah satu perkara penting ya, dia akan wujud kartel ini. Nanti I akan sebut kartel ini. Sehingga AP ini, terutama orang-orang yang berkepentingan bukan saja di Sabah, jadi rebutan, jadi perkara penting terutama kepada orang-orang politik. Kalau ada AP senang kerja hmmm duit sentiasa ada aaa, ada komisyen. Masyuk dia kata. Sehingga kita terlupa, padi ini merupakan makanan utama pada manusia. Jadi saya rasa disebab itulah, sehingga petani-petani tiada semangat untuk menanam padi dan demikian juga kalau kita galakkan juga saya katakan tadi jelapang padi ini. Saya ingat tak mungkin kita boleh berjaya. Lebih-lebih lagi saya tengok bukan entiti yang sebenar untuk mengendalikan jelapang padi ini. Syarikat yang lain, Sawit Kinabalu yang sepatutnya berperanan di Kementerian Pertanian ini yang sudah orang kata ada dia punya entiti, ada dia punya kerangka. Cuma mungkin perlu pakar mengkaji macam mana kaedah ini. Kerana tidak senang bila kita buat jelapang padi yang baru ini. Sudah tentu perlu saliran air, perlu saliran air. Macam saya tengok di Kota Belud yang sudah dibuat saliran air. Berapa juta duit dibelanjakan, tapi tidak juga berjaya. Tidak juga dapat menangani masalah keperluan beras yang cukup untuk rakyat di negeri Sabah ini dan saya berpandangan kalau dapat, elok satu sistem ini galakkan balik kepada petani-petani tempatan ini dan bagi insentif kepada mereka. Bagi insentif mereka, insentif berbentuk bajakah atau benih yang baru yang sekarang ini boleh tanam dalam satu tahun sampai empat kali. Benih yang baru ini, contract farming. Lepas itu kena ada jaminan. Hasil tanaman mereka kita beli. Mungkin kita wujudkan satu agensi di bawah Kementerian Pertanian ya, macam FAMAkah ataupun apa ini di Semenanjung ini, dia akan beli padi-padi yang diusahakan oleh masyarakat

kampung ini dan saya rasa ini lebih menggalakkan lagi pasal dua di situ kita wujudkan. Satu peluang pekerjaan kepada petani, yang kedua mewujudkan peniaga ataupun usahawan-usahawan IKS kecil ini. Kerana kita tahu beras ini, padi ini bukan saja kita makan seperti biasa. Kerana daripada padi itu banyak downstream yang kita boleh buat di situ. Minyak makan pun boleh, jadi tepung pun boleh dan banyak lagi, itu menjadi asas keperluan.

Kementerian Pertanian khususnya memikirkan perkara ini dan di samping itu juga, saya lihat baru-baru ini bila kita di Papar, kita buat majlis apa ini buka puasa dekat Benoni, seorang usahawan kecil, dia beli daripada petani padi itu kan, dia proses lepas itu, dia buat pembungkusan macam mana jual di supermarket beras putih. Dia jual. Rupanya ramai orang beli tempat dia lebih murah lagi daripada dia beli beras lima kampit, satu kampit lima kilokah, sepuluh kilo lebih murah daripada dapat di supermarket di Bataraskah di mana-mana. Jadi akhirnya kita lihat di situ petani-petani yang mendapat menanam padi ini dia dapat menghidupkan aktiviti dia, dapat digalakkan dan dapat mengusahakan. Menjadikan seorang pengusaha ya, membeli padi, dibungkus kemudian dia jual dan lebih murah dan praktikal lagi. Satu lagi selain daripada beras ini saya tengok, banyak kemungkinan-kemungkinan kajian di samping masalah saluran air lebih lagi sekarang ini dunia mengalami cuaca yang panas. Jangan cerita padi, manusia pun rakyat pun tidak dapat bekalan air yang bersih. Kalau kita buat tanaman padi ini perlu air yang cukup. Perlu air yang cukup. Ini kemungkinan-kemungkinan juga kita kena ambil perhatian, bukan sahaja kita buat ada tanah buat jelapang padi. Masa kita Kerajaan Warisan pun dulu, kita sudah cadangkan jelapang padi. Sambung daripada Kota Belud dan juga di Beluran di kawasan Terusan Sapi kita sudah buat. Jadi ini nak buat lagi pula balik di tempat lain. Tapi saya lihat akhirnya sampai bila jelapang padi ini menjayakan pengeluar padi di Sabah ini. Jadi itulah, sebahagian pandangan saya soal isu yang besar pasal beras ini. Tak habis soal beras ini. Beberapa tahun ini yang kita katakan sudah bertukar berapa Kerajaan, tak juga masalah selesai. Sepatutnya asas ini dimasyarakatkan sawah padi dan demikian juga jagung saya tengok tidak ada di sentuh walaupun mungkin ada dalam perancangan Kementerian Pertanian soal jagung. Jagung ini juga satu komoditi tanaman kontan kita boleh banyak buat downstream. Isu yang besar contoh penternak ayam ini. Harga telur, harga ayam mahal.

Isu dia besar sebab berjumpa dengan penternak ayam. Masalah dia, makanan ayam ini jagung ini diimport daripada luar. Ini yang menyebabkan harga ayam tidak dapat dikawal terpaksa dinaikkan pasal ayam ini dia tidak makan lain-lain, dia nak makan jagung saja. Jadi makan jagung pun senang, tanam jagung pun senang. Ah, ini juga saya melihat perlu Kerajaan melihat supaya apa yang penting ialah mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat setempat di samping memberikan usahawan kecil dan ini juga sebahagian bagaimana kita menoktahkan masalah kemiskinan di Sabah ini. Mesti ada perancangan. Lama sudah cerita, sehingga yang kita katakan kalau kita dengar dari sini sejak empat tahun ini sumber pendapatan di Sabah sedang meningkat sampai RM7 bilion. Lepas itu kita dengar cerita laporan daripada Kementerian di peringkat pusat ah lapan daerah termiskin di Sabah. So, perancangan-perancangan bila kita lihat yang disebut dalam Dasar 17 perkara penting ini, perkara yang sama. Kita nak ada satu pendekatan yang kita katakan satu pendekatan yang cepat.

Minta laluan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya.

Minta laluan. Boleh? Datuk Dr.

Boleh.

Terima kasih, Yang Berhormat. Okey, setujukah Yang Berhormat Senallang kalau kita mencadangkan supaya Kerajaan ah, Sulabayan minta maaf. Setujukah Yang Berhormat Sulabayan supaya kita mencadangkan kepada Kerajaan supaya, ah kita menanam padi fertigasi dan setiap, ah ketua isi rumah hanya menanam hanya di belakang rumah sahaja? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, dua minit lagi boleh?

Datuk Dr.

Dua minit lagi?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Gulunglah. Jawab dan gulung.

Datuk Dr.

Itu baru mukadimah tadi itu. Itu yang kadang-kadang saya tiada semangat untuk berucap ini. Tidak apa. Itu sebahagian juga konsep, pasal tidak semua rakyat di Sabah ini ada tanah. Jangan cerita tanah berkebun, tanah belakang rumah pun tiada, tanah untuk pasang bunga pun tiada. Jadi, itu sebahagian juga supaya galakkan masyarakat kita ini masyarakat sihat. Kena ada aktiviti. Jangan tunggu, saya bila saya tengok saya tanya Jabatan Kebajikan di Semporna, apa ini yang status yang senarai dalam e-Kasih. Makin meningkat, bukan berkurangan. Bila saya tanya kenapa makin meningkat ini sepatut semakin berkurangan. Semakin meningkat. Makna terlalu banyak subsidi, terlalu banyak insentif-insentif percuma, akhirnya masyarakat kita tidak mahu bekerja lagi. Saya akan masukkan dalam saya punya ucapan. Terima kasih banyak. Seterusnya, saya balik kepada sektor perikanan tadi. Bila saya tengok akuakultur, dua perkara. Satu, Sawit Kinabalu terlibat untuk ikan, saya pun lupa ikan apa ini. Yang kedua, yang Sistem Tagal ini. Yang saya tahu Sistem Tagal ini, dia hanya boleh diharvest setahun sekali. Yang diperlukan ini, hari-hari nak makan ikan. So, kalau Sistem Tagal diteruskan makna masih kita kekurangan keperluan ikan dalam pasaran. So, apa salahnya kita ada GLC, KO-Nelayan, contohnya ataupun SAFMA yang bahagian pemasaran selain daripada itu perikanan LKIM. So, ini yang kita galakkan pasal mereka ini sudah ada orang kata Akta, entiti yang harus melaksanakan program perikanan ini. Kenapa pula agensi yang lain ini? Itu yang saya katakan banyak agensi yang tidak dapat difungsikan. Tak hairanlah kalau beberapa agensi di Sabah ini rugi saja. Tapi bayar gaji banyak. So, banyak duit pendapatan, banyak bayar gaji. Tapi dia punya return tidak ada. So, itu yang berkenaan pertanian oleh sebab dua minit ah. Cuma saya nak sentuh soal pelancongan ini. Sikit. Bagi saya masa tambahanlah. Pasal masa saya tadi sudah diambil. Pasal penting. Pelancongan ini salah satu tempat saya Semporna ini. Menteri Pelancongan ada sini. Bila saya tengok sektor pelancongan ini memang menggairahkan. Di Semporna saja…

22/04/2024 -

– DARRYL JUDE

– NUR FATIN

Datuk Dr.

Bukan saja ramai pelancong datang, hotel pun tumbuh macam cendawan. Bukan saja hotel butik hotel, hotel lima (5) bintang, tiga (3) bintang, berbintang-bintang sudah di Semporna ini. Pelancong begitu ramai tapi yang membimbangkan saya dari segi kawalan pelancong ini, dari segi kawalan.

Kita tarik ini Menteri Pelancongan ada memanglah promosi itu baik tapi promosi baik, pelancongan banyak datang. Apa persediaan kita untuk menghadapi cabaran-cabaran pelancong ini? Contoh macam lapangan terbang. Isu lapangan terbang ini isu besar. Di Tawau, di Sandakan, di Kota Kinabalu pintu masuk. Bukan standard international lapangan terbang ini di Kota Kinabalu ini.

Saiz besar pun cukup, bukan dikira saiz dia tapi kemudahan facilities dia itu semua penting. Dia kata ini di bawah MBB. Kita tahu MBB Persekutuan, kan? Tapi Kerajaan Negeri kita perlu tegas. Pelancong yang ramai datang ke Malaysia ini di Sabah dan hasil yang paling banyak dikutip di Sabah. So ke mana duit itu?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh sekejap mencelah? Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih juga YB Sulabayan.

Setujukah YB Sulabayan bahawa RM10.00 tax kepada setiap foreign tourist, bukan orang Malaysia tourist tetapi foreign tourist telah dikutip selama dekat lapan (8) tahun? Saya ingin tanya sebab ada laporan bahawa dia about 3 juta tourist yang telah visit Sabah tahun lepas. Daripada 3 juta ini Datuk Speaker, berapakah foreign tourist? Cubalah kalau 1 juta foreign tourist, 2 juta local tourist. 1 juta kalau kutipan RM10.00 is 10 million.

Adakah 10 million ini telah dikembali kepada Sabah untuk pembaikan prasarana dan pembaikan infrastructure di Sabah? Yang immediate infrustructure. Setujukah YB Sulabayan bahawa RM10.00 ini boleh jadi sebagai satu (1) penyelesaian tourism di Sabah?

Datuk Dr.

Tadi interupt tadi lima (5) minit, tolak tambah lima (5) minit ucapan saya. Saya setuju, masukkan dalam saya punya perbahasan dan ini saya dapat laporan juga di Semporna. Di samping itu juga, sekarang ini dikenakan SST 8% dikenakan dan duit ini di mana? Ke mana? Semua pergi Federal. Takkan kita Federal saja pungut banyak, tempat kita yang tempat tarikan buat duit di sini nak minta buat jetikah nak upgrade lapangan terbang kan tak boleh?

Tapi di samping itu juga, kita tengok banyak insentif-insentif. Saya tidak tahu syarikat penerbangan juga dibagi insentif oleh Kerajaan sama ada Statekah atau Federal? Insentif macam mana? Saya tidak tahu nanti jelaskan dalam penggulungan Menteri. Apa insentif yang dibagi kepada penerbangan antarabangsa ini sama ada dikecualikan cukaikah? Saya tidak tahu dikurangkankah macam mana tapi yang saya lihat local penumpang ini sangat mahal.

Nak ke Semporna ke Tawau saja bukan sekali, berkali-kali. Nak pergi Tawau saja one way, saya pernah kena RM980.00. Saya ingat penuh bila saya naik.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey.

Datuk Dr.

Banyak lagi kerusi kosong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, baik gulunglah.

Datuk Dr.

Tak cukup ini pun itu itu saja. Banyak saya minta tadi.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Itu cadangan bah itu. Datuk Dr.

Tadi… Cuma saya nak ambil perhatian perkara-perkara ini. Dalam soalan pun saya ada soal tapi soalan saya sangat jauh, tidak dapat dijawab. Yang saya katakan ini pasal isu rakyat. Isu rakyat kalau tak cukup itu yang kadang-kadang dalam mesyuarat mintalah ditambah

pasal kita bercakap ini, kita bercakap ini bukan auta. Kita bercakap bukan… bukan fitnah, kita bercakap fakta. Kita sebagai pembangkang ini ada tanggungjawab bah untuk memastikan negeri Sabah ini baik.

Saya cukup malu bila dikatakan daerah termiskin di Sabah. Negeri termiskin tapi kaya sumber. Rakyat dia rakyat bijak-bijak bukan bodoh. Jadi kalau nak bagi masa pun begini tidak cukup macam mana kita nak buat? Saya tahu Menteri Pelancongan pun berusaha. Tengok di Semporna itu, masalah jambatan, masalah jalan raya. Berapa kali tahun lepas, pelancong banyak yang terkorban. Jalan raya berlubang-lubang.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Jalan raya di situ. Datuk Dr.

Bila kita bercakap menarik pelancongan ini, perkara keselamatan jalan raya, kemudahan asas semua kenalah lengkap, barulah kita pergi menjual pelancongan kepada negara luar. Ini nak jual bila datang pelancong ini, masalah, banyak kemalangan. Di Kota Kinabalu, berlaku lagi rompakan awal pagi. Di TikTok sudah disebarkan seluruh China jadi akhirnya pelancong daripada luar bimbang datang ke tempat kita. So itu yang persoalan dia. Sebelum kita datang untuk promote negara kita negeri Sabah ini, kita kena bincang. Satu (1) dengan bahagian keselamatan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Kena charge… kena charge. Datuk Dr.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Lagi RM10.00. Datuk Dr.

Kena bincang juga dengan PBT, Menteri Kerajaan Tempatan ada. Sampah sarap. Masa saya dulu, kita sudah cadangkan dan sudah diluluskan Akta Sisa Pepejal ini. Saya tengok sampah sarap masih berkeliaran di sana sini. Yang kena Semporna tapi depan Jesselton Point itu bertimbun, bertan-tan sampah di sana.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Itulah dia anu itu. Datuk Dr.

So sudah ada akta. Ini juga yang perlu saya tengok dilihat oleh Kerajaan termasuk kita juga walaupun kita pembangkang tapi kita kena ada tanggungjawab. Ada sepuluh minit lagi, boleh? Tuan speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sudah lebih itu. Datuk Dr.

Sudah lebih. Tak apalah kalau sudah lebih. Cuma dalam masa kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada, nanti saya bincang dengan Menteri Pelancongan. Kepada kementerian Dalam Negeri. Pertama Jabatan PDRM telah pun apa ini menyiapkan pembinaan Balai Polis di Pulau Gum-Gum dengan bangunan kekal. Sebelum ini balai polis di sana menggunakan kontena. Kesian saya sehingga saya bagi satu (1) van balai polis bergerak, Alhamdulillah sudah selesai. Dan yang keduanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah pun meluluskan satu (1) sekolah menengah bertaraf K9 dan sudah memulakan pembelajaran pada awal tahun ini. Terima kasih banyak dan akhirnya saya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Salah silap saya mohon maaf kepada rakan-rakan yang ada hadir di Dewan ini khususnya dan saya juga mengucapkan selamat menyambut Tadau Kaamaatan yang tidak lama lagi akan disambut kepada rakan-rakan yang menyambutnya tahun ini. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuamut untuk berucap.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker kerana walaupun belum sampai giliran, saya sudah dijemput untuk berucap. Saya pun terkejut jugalah.

Datuk speaker, hari ini saya akan berucap dalam bahasa yang mudah dan ringkas dan ucapan ini tertumpu kepada kawasan saya sahaja kerana Datuk Speaker,

dalam ucapan Kerajaan yang dibaca dilafazkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di muka surat 19. Tuan Yang Terutama telah mengambil perhatian tentang soal kemiskinan dan pada masa yang sama suatu ketika dahulu pernah heboh di media sosial tentang ucapan Menteri Ekonomi Persekutuan bahawa ada lapan (8) daerah yang termiskin di Sabah dan antaranya adalah kawasan saya di Kuamut, iaitu daerah Tongod.

Datuk Speaker, saya tidak kecil hati dan saya tidak sakit hati kalau ada rakan-rakan di sebelah sana yang memperlekeh keberadaan kita sebagai pimpinan di Kuamut. Malah saya gembira kerana Datuk Speaker yang pertama, ini adalah satu (1) kemenangan yang besar kepada kawasan saya di Kuamut di daerah Tongod. Kerana apa kemenangan yang besar? Kalau dulu seantero dunia, di Malaysia, di Sabah ini malahan mungkin ada rakan-rakan kita di sini yang tidak mengenali ini Tongod. Hari ini mereka sudah tahu bahawa rupa-rupanya di Malaysia ini, di negeri Sabah ini wujud sebuah daerah yang termiskin di Malaysia dan di Sabah ini. Saya cukup gembira Datuk Speaker.

Yang kedua Datuk Speaker, pengumuman ini adalah satu (1) endorsement kepada setiap bait-bait perkataan yang saya ungkapkan sejak saya berada di Dewan. 22/04/2024 -

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Dewan Undangan Negeri ini bermula daripada 2008 sehingga hari ini. Kita minta Kerajaan Persekutuan, kita minta Kerajaan Negeri, ambil maklum, ambil perhatian kepada daerah Tongod kerana daerah Tongod ini merupakan daerah yang terpencil, yang termundur di Malaysia, di Sabah dan perlu diberi perhatian. Dan hari ini adalah jawapannya. Memberi tahu kepada kita, bahawa betullah apa yang diucapkan, apa yang diungkapkan, apa yang dibahaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut.

Yang ketiga Datuk Speaker, saya amat bersyukur dan berterima kasih, kerana akhirnya Kerajaan Persekutuan telah terbangun daripada lena tidurnya. Kenapa saya katakan begitu. Dalam khidmat saya sejak saya berkecimpung di dalam politik, sama ada sebagai Wakil Rakyat sekarang ini, malah menjadi pengikut kepada Ahli-

ahli Dewan Undangan Negeri sebelum saya. Saya tidak pernah sekali mendengar pihak Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa ada daerah yang termiskin di Sabah dan hari ini kita mendengar bahawa ada daerah yang termiskin. Kenapa saya gembira Datuk Speaker, kerana sekurang-kurangnya atas kesedaran mereka, kesedaran bukan sekadar kesedaran. Tetapi harus ada langkah-langkah berani untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Datuk Speaker, dalam khidmat pengalaman saya, saya memberi tabik hormat dan pujian kepada pimpinan Yang Amat Berhormat PMX dan Pakatan Harapan dan Perpaduan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan kerana berani menyatakan apa yang nyata. Kalau miskin, miskinlah dan cari jalan penyelesaiannya. Sepatutnya Datuk Speaker, isu kemiskinan ini tidak timbul lagi. Kalau kita balik kepada sejarah bermula daripada bersama-bersama dengan Kerajaan Malaysia membentuk Kerajaan Malaysia pada 1963. Masa dan hari itu kita tidak boleh lagi kira, bukan tahun malah berabad-abad tetapi, akhirnya kita disajikan dengan satu angka. Bahawa masih ada kemiskinan.

Datuk Speaker, Kerajaan Persekutuan saya ucapkan terima kasih kerana mempunyai komited yang tinggi untuk menoktahkan kadar kemiskinan di Sabah, di Malaysia ini. Tetapi, bagi saya Datuk Speaker bukan sekadar kita mahu menoktahkan, kita harus memerdekakan Rakyat Malaysia. Memerdekakan rakyat di Negeri Sabah. Memerdekakan rakyat saya di Kuamut. Supaya mereka merdeka dari segi minda, mereka merdeka dari segi bentuk ekonomi, sosial dan sebagainya. Kenapa ini tidak dititikberatkan? Kerana dalam khidmat dan pemerhatian dulunya, setiap kali Kerajaan bertukar, di persekutuan, setiap kali Perdana Menteri bertukar, apa yang dihitung? Mereka berlumba-lumba untuk mendirikan menara gading, pencakar langit di Kuala Lumpur. Bermula daripada menara, Menara Kuala Lumpur sampai kepada PETRONAS tidak habis. Berlumba-lumba mendirikan menara pencakar langit kerana itulah konon menjadi simbol kekuasaan sesebuah Kerajaan dan seorang ketua Kerajaan.

Mereka lupa bahawa ketika kita, mereka mendongak langit untuk melihat menara yang paling tinggi. Di bawah ada rakyat kita masih lagi termiskin. Tetapi Datuk Speaker, syukur pada hari ini di bawah Kerajaan Perpaduan, dan dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Belum saya terdengar dalam ucapan-

ucapannya bahawa dia akan mendirikan gedung-gedung, dia mahu mendirikan menara-menara, dia mendirikan jalan-jalan yang bertingkat di Kuala Lumpur. Tetapi, keutamaannya ialah untuk menoktah dan saya tambah memerdekakan, kalau boleh membasmi kemiskinan di Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri. Datuk Speaker, kawasan saya ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Datuk Speaker sendiri, orang-orang saya ini bukan sahaja handsome-handsome, saya terus terang. Bukan sahaja cantik-cantik. Tetapi, mereka adalah terdiri daripada suku bangsa yang berani dan rajin berusaha. Di pihak kita, pimpinan kita, di bawah Kerajaan Negeri memang kita ada usaha supaya mereka ini terkeluar daripada kadar kemiskinan. Melalui peruntukan ADUN, kita bantu dengan segala upaya melalui MPOB. Kita bagi mereka bantuan tanam kelapa sawit sebagai contoh, untuk mereka merdeka daripada kadar kemiskinan.

Malahan, Kerajaan Negeri juga sudah wujudkan program-program yang lain. Seperti MESEJ dan sebagainya. Di Kerajaan Persekutuan, saya puji kerana ada satu kampung di Kuamut dalam Tongod, dipanggil sebagai Mukim Kuamut. Kerajaan Persekutuan telah membuat satu projek untuk tanam pokok dan sebagainya. Tetapi Datuk Speaker, semua ini tidak akan mengubah nasib masyarakat kita kalau program-program ini tidak diiringi oleh kemudahan-kemudahan infrastruktur. Sebagai contoh Datuk Speaker, di Kampung Bobotong, di Kampung Kironggu ini adalah kampung-kampung pengeluar utama getah dan menyumbang kepada hasil Kerajaan Negeri. Tetapi, apabila kita tidak bangunkan modal insan bersama-bersama dengan kemudahan infrastruktur yakni jalan raya, yang baik. Hasil-hasil ini tidak boleh dibawa keluar dan akhirnya apabila hasil ini tidak boleh terjual, maka pekebun-pekebun ini tidak dapat, mendapat ekonomi ataupun hasil yang diingini. Demikian juga di Kuamut, di Mukim Kuamut, Datuk Speaker. Kerajaan Persekutuan cuba membantu orang-orang saya di Kuamut dengan melancarkan program pekebun kecil tanam koko. Tanaman koko sudah berhasil, memang ada yang membimbing tetapi masalah yang di hadapannya ialah, juga tidak ada kemudahan infrastruktur yang baik. Untuk sampai ke sana Datuk Speaker, kita kena ikut perahu dan untuk pergi ke tempat menjual koko mereka kena berbelanja RM600.00. Bayangkan kos Datuk Speaker.

Demikian juga di Kampung Inarad. Kerana dalam fikiran saya dan hemat saya dan saya telah meminta laporan penuh daripada Pejabat Daerah Tongod. Salah satu faktor dan penyumbang kepada kadar angka kemiskinan di Tongod adalah mereka-mereka, kampung-kampung yang tinggal di tempat-tempat yang tidak ada kemudahan infrastruktur. Jalan raya.

Jadi dengan ini Datuk Speaker, saya mencadangkan, saya bukan pakar ekonomi, bukan juga saya pakar formula untuk menyelesaikan masalah kemiskinan daerah Tongod ini. Very simple. Simple sangat. Mudah. Buat kemudahan asas. Jalan raya ke Inarad. Jalan raya ke Kuamut. Jalan raya ke Bobotong. Jalan raya ke Kironggu. Bagi elektrik, bagi air. Ini tugas Kerajaan. Maka, mudahlah pekebun-pekebun kecil ini untuk mengeluarkan hasil-hasil mereka.

22/04/2024 -

- AZRIN

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

…Dan secara tidak langsung ini boleh mengubah..

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya. Sila gulung.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ekonomi mereka. Datuk Speaker, yang terakhir.

Saya terpaksa rumuskanlah, yang saya setuju dengan kawan-kawan bahawa untuk membasmi kemiskinan ni bukan sahaja program-program kerajaan tetapi harus ada kestabilan politik. Dan dulu kita saya pernah katakan bahawa harus ada gencatan politik. Dan kita nampak keseriusan sekarang, daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sulaman dan barisan kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan, mereka tidak lagi menoleh ke belakang. Mereka duduk bersama-sama penuh dengan komitmen dan komited untuk mengangkat mandat rakyat semampunya. Tetapi Datuk Speaker, memang betul ada seja di antara rakan-rakan kita yang dulunya pernah menjadi Kerajaan. Yang dulunya juga mempunyai kuasa, tetapi sekarang ini melonggokkan isu-isu kelemahan, isu-isu kekurangan yang sekarang sekarang ini dilonggokkan kepada Kerajaan GRS dan dilonggokkan kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Datuk Speaker, kita lupakanlah itu. Kita maju ke hadapan. Supaya Negeri yang kita cintai ini aman makmur dan sebagainya. Kalau boleh kita

lupakanlah sengketa politik. Fitnah memfitnah kita lupakanlah. Dengki mendengki kita lupakanlah. Kerana kalau ini berkekalan harapan rakyat kepada kita mereka akan kecewa tidak terhitung besarnya. Datuk Speaker, yang terakhir boleh lagi kah ataupun saya sokong? Last. Last ah.

Datuk Speaker, saya buat cerita sedikit satu cerita sebagai rumusan dan kesimpulan. Saya terdengar satu pendeta, penceramah agama. Bercerita tentang Tuhan dan syaitan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ini macam long story ini.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ah. Boleh ah?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Cerita panjang ni.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Sikit seja. Sikit jak. Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Berapa minit?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Satu dua minit begitu lah. Boleh ah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Dua minit tutup ah.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ok, dua minit ok. Jadi pendek cerita begini Datuk Speaker, semua kita percaya ada Tuhan dan syaitan, betul kan? Jadi, tiba-tiba satu masa syaitan ini jumpa Tuhan. Tuhan pun terkejut. Tuhan kata, “kenapa?” “Kau mahu jadi Tuhan kah?”. Syaitan cakap, “Tidak. Sekarang ini saya mahu jumpa saya mahu letak jawatan sebagai syaitan. Saya mahu letak jawatan sebagai iblis”. Tuhan bilang “kenapa kau letak jawatan?” Syaitan bilang “saya terpaksa letak jawatan sebab semua tugas diambil alih oleh manusia.” “Cuba kau tengok” syaitan bilang, Kau…dia bilang dia tidak mahu panggil Tuhan sebab dia pun mahu jadi Tuhan, Kau…dia bilang “Kau cipta manusia supaya mereka beranak pinak..pinak, mempunyai suku bangsa, ramai keturunan dan ini manusia sepatutnya bertugas untuk memberitahu kepada dunia dan manusia yang lain tentang kebesaranMu bahawa Kau lah satu-satunya yang paling besar. Tiada lagi.” Itu satu. Kedua, kata

syaitan “diturunkan agama. Pelbagai agama. Untuk apa? Membimbing supaya semua umat manusia yang ada di dunia ini semua terarah kepadaMu. Menyembah kepadaMu. Bersyukur kepadaMu. Berbuat baik kepadaMu dan sesama manusia. Tetapi syaitan cakap, saya tidak tugas lagi ini semua diambil oleh manusia. Digunakan suku bangsa sudah bergaduh berperang sekarang. Digunakan agama untuk memfitnah, untuk dengki mendengki antara satu dengan yang lain. Menghasut antara satu dengan yang lain. Saya terpaksa letak jawatan” kata syaitan. Jadi Datuk Speaker, kesimpulan dia moral yang saya dapat belajar disini, Tuhan itu adil. Dia ciptakan Adam, dan kita Dia ciptakan manusia ini Dia ciptakan juga ini syaitan. Kita masing-masing ada tugas. Janganlah kita cuba-cuba ambil alih tugas syaitan dan iblis.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Bah.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, Selamat Hari Raya maaf Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sama-sama. Saya biarkan aa kepada Menteri kalau dia mahu jawab kepada cerita tu, tapi kita kecualikanlah. Ini kali seja. Satu kali ah. Cerita macam tu ah. Takkan nanti Yang Berhormat yang lain, juga ada cerita-cerita yang lain ah. Itu, janganlah ah. Exception this time ah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat aa Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker, atas kesempatan yang diberikan kepada Sekong. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, washolatu was salaamu ‘ala sayyidina wa muhammadin, wa ‘ala aalihi wa shohbihi ajma’iin. Rabbish-rohli shodrii, wa yassir-lii amri, wahlul 'uqdatammin-lisaani, yafqahu qauli. Firman Allah dalam Al-Quran, Auzubillahiminashaitanniirajeem, Wama lakum la tuqatiloona fee sabeeli Allahi walmustadAAafeen minarrijal wannisa-i walwildan alazeena yaqooloona rabbanaaa akhrijnaa min haazihil qaryatiz zaalimi ahluhaa waj'al lanaa mil ladunka waliyanw waj'al lanaa mil ladunka naseeraa (surah Nisa: 75). Kesimpulan ayat ini Tuan Speaker, Sidang DUN yang dihormati adalah seruan Tuhan terhadap kita semua untuk maju berjuang membela mereka-mereka yang susah, mempertahankan golongan yang lemah dari kalangan lelaki, wanita dan

kanak-kanak, yang mereka selalu berdoa, turunlah pertolongan Tuhan, agar mereka terhindar dari kesusahan.

Tuan Speaker, Sekong menjunjung kasih titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, dan Sekong juga merakamkan ucapan terima kasih atas usaha-usaha Kerajaan yang dilakukan. Namun, yang bermain di fikiran ialah kita ada semua. Namun, hari demi hari kita rakyat di Sabah semakin susah. Ini yang kita dengar dan lihat di ketika ini. Ada jabatan kerajaan, ada agensi kerajaan, ada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang dedikasi, ada YB, ada unit ada menteri, kabinet, ada Ketua Menteri kita Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Ada peruntukan. Ada sistem. Namun mengapa rakyat Sabah berterusan berdepan kesusahan hidup saban hari? Tuan Speaker, izinkan Sekong membawa keluhan-keluhan rakyat di kawasan DUN N.53. Saya mengambil contoh, Perkara (28) berkaitan isu bekalan air. Kami rakyat di Sekong bahkan Sandakan dalam empat tahun ini, bukan hanya berdepan dengan masalah air, namun kami berdepan dengan krisis air. Ianya bukan sudah tentang masalah Tuan Speaker, tapi ianya sampai kepada tahap krisis. Sekolah terputus bekalan air seperti yang berlaku di SK. Bahagia. Bangunan perniagaan dan juga pasar terputus bekalan air, seperti yang berlaku di Pasar Taman Mawar, Pasar Sibuga, Pasar Besar Sandakan. Bangunan rumah kedai di Bandar Sandakan, bahkan Lapangan Terbang juga berlaku kejadian tiada air pada masa-masa tertentu. Semua ini Tuan Speaker, telah menjejaskan aktiviti kehidupan, keharmonian rakyat yang akhirnya menghakis kesejahteraan mereka. Anak-anak pelajar sekolah terjejas. Masyarakat peniaga terjejas. Rakyat di kampung-kampung dan perumahan terjejas. Kakitangan kerajaan terjejas. Aktiviti ibadah di tempat-tempat ibadah juga terjejas. Demikian pelancong juga ada yang terjejas. Dan ianya kerap terjadi selama ini selama empat tahun ini sama ada ketika hari biasa atau… 22/04/2024 -

-MOHELENA

– NUR

FATIN

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

…tinggal hari perayaan dan malang Tuan Speaker bagi saya dan rakan-rakan Ahli Berhormat sekalian selama empat tahun menjadi Wakil Rakyat di Sekong saya lalui, saya hadapi, alami kejadian memilukan di mana

ada jenazah orang Islam perlu dimandikan dan tidak ada air dan ini saya pernah kongsikan gambarnya pada sidang DUN pada tahun lalu yang berlaku di Kampung Bokara dan pada awal tahun ini satu kejadian yang serupa saya alami di PPR Batu Sapi dengan izin Tuan Speaker maniak bohe untuk mapandi amun siakmatai jadi amunsiak lum pun susah amun siakmatai pun susah.

Tuan Speaker, Sekong berterima kasih kepada usaha dan fokus Kerajaan Negeri di Kawasan Utara dan tengah KK serta Putatan dengan 18 projek dilaksanakan tahun ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri namun bagaimana kami rakyat di Sandakan? Bagaimana rakyat di Sekong yang juga menghadapi krisis yang sama?

Kami ada lebih 400,000 rakyat penduduk yang mendiami daerah Sandakan. Apa alternatif jika Loji Segaliud itu rosak lagi? Apa langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan air untuk Rakyat Sandakan diatasi sebagaimana usaha Kerajaan untuk daerah Kota Kinabalu ini?

Tuan Speaker dan Ahli Berhormat yang dihormati saya juga tertarik dengan dasar Memacu Ke Arah Kesejahteraan Rakyat pada Perkara ke-54 kemudahan kesihatan adalah antara perkara daruli yang menjadi tanggungjawab utama Kerajaan untuk rakyatnya.

Ironinya, saya ingin mengongsikan ketika Kerajaan mengumandangkan meningkatkan kualiti kesihatan rakyatnya namun Klinik Kesihatan di Pulau …(kurang jelas) yang merupakan satu-satunya Klinik Kesihatan untuk Kepulauan Sekong itu telah ditutup sejak akhir 2022 yang lalu dan setakat yang saya maklumi sehingga kini tiada usaha serius untuk membina Klinik Kesihatan baharu. Ini telah menjejaskan kebajikan, kesihatan hampir 5,000 Rakyat Sabah di Kepulauan Sekong. Bayangkan Tuan Speaker dan sidang DUN yang dihormati, jika ada kes kritikal rakyat Kepulauan harus meredah lautan baik siang mahupun malam dan justeru perjalanan boat ke Klinik ataupun Hospital di daratan itu mendedahkan ancaman nyawa kepada mereka. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi perkara ini?

Tuan Speaker, Perkara ke-70 ada menyebutkan usaha Kerajaan untuk memberikan Tanah Anak Negeri dan pewartaan tanah rezab untuk perkampungan Anak Negeri. Lalu saya ingin bertanya apakah usaha Kerajaan dalam membantu rakyat Sabah termasuk di Sekong yang mendiami perkampungan setinggan?

Contoh baru-baru ini pada bulan Mac tahun ini, PPHT Sandakan telah mengeluarkan notis pengosongan tanah kepada 43 rumah warganegara yang membuat rumah atas tanah rezab Kerajaan Negeri untuk tujuan jalan di Kampung Cenderamata Batu Sapi. Dari satu sudut kita memahami keperluan pembangunan dan mendukungnya, namun persoalannya ialah mengapa memilih mengeluarkan notis arahan pengosongan ketika menjelang bulan Ramadan?

Saya bertanya kepada beberapa Pegawai PBT termasuk PPHT dan JKR, bilakah projek untuk jalan itu dimulakan dan mereka menjawab belum tahu lagi. Lalu di mana nurani? Ke mana menghilangnya kemanusian? Notis pengosongan ketika umat Islam ingin menyambut bulan Ramadan al-mubarak. Jadi saya ingin bertanya apakah langkah yang telah dilakukan untuk rakyat di penempatan setinggan? Dan sepanjang empat tahun ini berapakah kampung-kampung di Sekong yang telah digazet perkampungan oleh Kerajaan? Demikian halnya Tuan Speaker untung nasib rakyat Sabah di penempatan kontena yang merupakan mangsa kebakaran Kampung Gas lebih daripada 100 buah keluarga terjejas dan masih ada yang tinggal di penempatan kontena lebih daripada empat tahun. Mereka menunggu rumah yang dikatakan, namun sehingga kini tiada.

Tuan Speaker dan sidang DUN yang dihormati saya difahamkan peruntukan telah pun ada di PBT. Namun, sehingga kini projek berkenaan belum lagi dibuat dan rakyat terkial-kial dengan janji rumah kepada mereka. Saya mengambil kesempatan ini memohon Kerajaan untuk melihat perkara ini dan melakukan tindakan-tindakan proaktif yang perlu.Mengapa berlaku penundaan projek yang begitu lama yang menjejaskan kehidupan rakyat yang kita kasihi.

Tuan Speaker dan sidang DUN MA63 adalah asas pembentukan Malaysia yang kita cintai. Tanpa Sabah dan Sarawak tidak akan ada pembentukan Malaysia, telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan hak-hak Sabah yang Kerajaan Persekutuan wajib tunaikan untuk diberi.

Tuan Speaker Sekong berpendapat menyelesaikan isu MA63 itu bukan ikut kehendak Federal atau bukan ikut kehendak pemimpin-pemimpin tertentu walaupun mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Namun, menyelesaikan isu MA63 itu harus kembali kepada keperluan kepatuhan Perlembagaan Persekutuan. Kita berhak terhadap, kita berhak atas 40% itu dan Federal diharapkan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersikap jujur dan memenuhi dan melaksanakan apa yang telah menjadi hasrat dalam tuntutan kita kepada Kerajaan Federal itu. Ini untuk dapat data berkaitan macam yang dibahaskan tadi untuk dapat data berkaitan hasil diperoleh pun kita mengalami keadaan yang sukar sampai lapan kali surat tapi kita belum dapat jawapannya. Ya, kita tentu bersyukur atas bayaran melalui pemberiaan khas yang sedang berjalan dan setiap tahun meningkat itu. Namun, inti MA63 antara lain adalah hak 40% rakyat dan Negeri Sabah. Jika kita perolehi ini, saya yakin Tuan Speaker dan sidang DUN yang saya hormati kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada Federal untuk prasarana pendidikan kita, untuk sekolah kita, untuk jalan raya kita, hospital kita sekali gus ianya akan membantu rakyat Sabah tanpa mengira kaum Bumiputera, Cina, India dan lain-lain di Negeri Sabah yang kita cintai ini.

Melalui Dewan yang mulia ini, Sekong menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam isu MA63 dan menuntut Kerajaan Negeri tegas terhadap semua keperluan mempertahankan hak rakyat dan negeri ini agar tercatat dalam sejarah perjalanan bangsa dan negeri Sabah yang kita cintai ini bahawa kita pertahankan hak kita dengan jiwa dan raga kita.

Tuan Speaker, rakyat kritikal terhadap perkataan “Sabah Maju Jaya” itu bukan ditujukan kepada jata negeri kita. Bahkan saya yakin, rakyat juga bukan bermaksud untuk menghina Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Namun, kekecewaan rakyat terhadap Kerajaan yang sedih sehingga memasuki tahun ke-4 ini adalah kerana gagal mengatasi isu-isu utama melingkari kehidupan rakyat dan akankah slogan “Sabah Maju Jaya” di tepi jalan raya, di bangunan-bangunan itu akan menjadi utopia? Pendekatan kecekapan, pendekatan dan kecekapan Kerajaan yang rakyat tagih sebenarnya Tuan Yang Di-pertua simpanlah signboard “Sabah Maju Jaya” menutupi seluruh langit di Sabah ini, namun jika sekiranya pendekatan Kerajaan tidak cekap, maka jangan kita bermimpi untuk menoktahkan kemiskinan di lapan

daerah termiskin. Jangan kita mimpi kita bisa mengatasi Sarawak bahkan Singapura atau Brunei yang kecil itu. Akhirnya Tuan Speaker saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada Speaker, Timbalan-timbalan Speaker, para Bentara, kakitangan DUN yang dedikasi serta kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya sangat hormati. Saya sudahi dengan memetik kata-kata mahsyur Abraham Lincoln, “democracy is government of the people, by the people and for the people” rakyat susah Tuan Speaker, tolonglah Sekong mohon mencadangkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Sekong.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Darau.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatulla taala wabarakatuh. 22/04/2024 -

- NADIA

-NORMA

Menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama atas Ucapan Dasar semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Perbahasan saya pada hari ini akan menyentuh ucapan dasar Tuan Yang Terutama terutamanya hal-hal berkaitan pemantapan, penyampaian, perkhidmatan, mempercepat pengurusan tanah, mempergiat pembangunan infrastruktur, utiliti dan jaringan komunikasi. Untuk makluman, semua Ahli Dewan terdapat isu pelantikan Ketua Kampung yang masih lagi tertunggak di kawasan DUN Darau ini. Yang pertama, Ketua Kampung Likas Lama yang telah meletakkan jawatan atas faktor kesihatan tetapi sehingga ini masih belum ada sebarang tindakan pelantikan yang baharu. Ini membebankan Ketua Kampung Likas Utara yang terpaksa menanggung tugas tersebut. Untuk makluman, dianggarkan lebih 20,000 penduduk di seluruh Kampung Likas. Saya rasa adalah tidak wajar tanggungjawab Ketua Kampung untuk penduduk seramai itu diletakkan di atas bahu seorang Ketua Kampung sahaja. Untuk itu, saya merayu agar pelantikan Ketua Kampung baharu bagi Kampung Likas Lama dapat

dipercepatkan bagi memastikan semua urusan-urusan penduduk kampung dapat diselesaikan dengan lebih efisien.

Bagi Kampung Bahagia dan Kampung Selamat, pelantikan Ketua Kampung juga masih belum ada sebarang keputusan dari pihak Kerajaan. Menurut peraturan sedia ada bagi memastikan pembahagian lot-lot tanah di kampung ianya hanya adalah ianya adalah hanya pemegang amanah yang dibenarkan iaitu Ketua Kampung, Ketua Daerah dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah atas keperluan peraturan tersebut. Pelantikan tersebut akan dapat membantu para penduduk yang amat memerlukan lot-lot tanah bagi kesejahteraan keluarga mereka. Penduduk Kampung Rampaian yang terkesan dengan projek tebatan banjir Sungai Rampaian masih berhadapan dengan ketiadaan lot-lot di Kampung Bahagia seperti yang dirancang terlebih awal.

Untuk makluman Ahli Dewan, saya difahamkan bahawa pihak UPPM Darau telah pun memajukan nama-nama yang dicadangkan bagi tujuan pelantikan Ketua Kampung untuk Kampung Bahagia dan Kampung Selamat. Oleh itu, saya mohon agar pelantikan ini dapat disegerakan agar masalah yang telah berlarutan sejak tahun 2021 ini dapat diselesaikan pada tahun ini juga.

Seterusnya, Datuk Speaker dan sidang Ahli Dewan yang saya muliakan, dianggarkan lebih 100 orang penduduk di Kampung Bangka-Bangka, Kampung Likas, Kampung Rampaian, Kampung Kalansanan, Kampung Darau dan Kampung Gusung menjadikan nelayan sebagai sumber mata pencarian utama mereka. Kehidupan seharian nelayan ini yang keluar mencari nafkah bermula seawal 4.30 pagi dan balik dalam jam 7.30 malam setiap hari. Saban hari mereka keluar untuk mencari nafkah melalui muara Sungai Likas. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muara Sungai Likas telah menjadi cetek sehingga ke paras tiga kaki yang menyukarkan laluan perahu nelayan. Adalah didapati oleh para nelayan itu sendiri, antara punca yang menyebabkan sungai menjadi cetek adalah paras dasar sungai yang dipenuhi oleh plastik sampah dan hasil buangan dan lumpur yang makin menebal.

Adakalanya ketika air surut semasa pergi atau balik dari mencari nafkah, para nelayan ini tidak dapat kembali ke rumah masing-masing kerana laluan yang cetek

dan tidak dapat dilalui oleh perahu mereka. Ada ketikanya, semasa surut yang berpanjangan, para nelayan terpaksa menarik perahu masing-masing sejauh satu hingga dua kilometer untuk sampai ke jeti nelayan. Dalam keadaan yang sukar sehingga menyebabkan nelayan terpaksa tidur bermalam di dalam perahu di tengah laut. Ini dapat mengundang pelbagai isu keselamatan kepada nelayan itu sendiri. Adalah dicadangkan agar pihak kerajaan dapat membantu melakukan kerja-kerja pedalaman di kawasan yang cetek ini, iaitu bermula di kawasan berhadapan Jabatan Perikanan Kampung Likas sehingga ke kawasan berhampiran helipad di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di muara Sungai Likas. Penyelenggaraan sistem perparitan di Kampung Darau, Kampung Rampaian, Kampung Likas, Kampung Bangka-Bangka dan Kingfisher, Taman Kingfisher juga tidak konsisten sehingga menyebabkan potensi banjir boleh berlaku di kampung-kampung atau di tempat-tempat berkenaan. Kampung Rampaian adalah kampung yang mempunyai risiko tinggi sekiranya sistem perparitan di sana tidak dibuat penambahbaikan. Terdapat beberapa kawasan di kampung ini tidak mempunyai sistem perparitan yang sesuai. Manakala terdapat beberapa kawasan di Kampung Rampaian itu sendiri yang langsung tidak mempunyai sistem perparitan. Ini menyebabkan apabila berlakunya hujan yang lebat, air akan bertakung kerana tidak mempunyai laluan untuk keluar ke sungai.

Manakala di kampung-kampung lain yang telah saya sebutkan tadi, sistem perparitan yang sedia ada telah mengalami kerosakan dan reka bentuk yang tidak berkesan. Saya ambil contoh sekarang ini di Kingfisher sudah banjir akibat sistem perparitan yang tidak efisien, tidak betul. Terdapat juga parit-parit yang tersumbat dan telah dibiarkan tanpa penyelenggaraan secara berkala. Saya mohon agar pihak kerajaan dapat melihat permasalahan ini agar sistem perparitan di kawasan DUN Darau ini dapat dinaik taraf dan diselenggarakan dengan efisien. Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang saya hormati, terdapat beberapa kampung di dalam DUN Darau yang masih menggunakan jambatan kayu untuk laluan harian penduduk. Untuk makluman Dewan yang mulia, antara perkampungan yang masih menggunakan jambatan kayu adalah Kampung Kalansanan, Kampung Muhibah dan Kampung Cenderamata. Secara purata, setiap tahun atau paling lama dua tahun, jambatan ini, jambatan kayu ini perlu diperbaiki ataupun diganti. Ini hanya akan

menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Merujuk kepada Kampung Kalansanan yang mempunyai jambatan kayu dan juga jambatan simen yang telah dibina sebelum ini. Saya mencadangkan agar jambatan kayu yang masih digunakan di kawasan kampung tersebut digantikan atau dinaik taraf kepada jambatan simen. Untuk memberikan nilai tambah kepada jambatan simen yang telah pun dibangunkan di Kampung Kalansanan adalah baik sekiranya dapat dinaik taraf dengan menambahkan atap atau bumbung yang dapat memberikan nilai tambah kepada kehidupan masyarakat.

Masih lagi berkaitan dengan jambatan kayu. Seperti ramai sedia maklum, saya pernah menyuarakan permasalahan yang sama di Dewan yang mulia ini di persidangan yang lepas. Saya harap isu ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan untuk menggantikan semua jambatan kayu dengan jambatan simen. Tidak dinafikan kos agak tinggi tetapi dalam masa jangka masa panjang, ianya akan memberi nilai kesejahteraan yang tinggi kepada rakyat dan memberikan penjimatan dari segi kos kewangan kepada Kerajaan dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Datuk Speaker, terdapat aduan daripada penduduk Kampung Kembirian dan sekitarnya pada masa ini sedang mengalami keadaan brownout. Brownout adalah satu keadaan di mana bekalan elektrik tidak mencukupi secara sementara. Walau bagaimanapun, bagi penduduk Kampung Kembirian dan sekitarnya, ianya bukanlah berlaku secara sementara malah telah berterusan selama beberapa minggu. Kesan daripada keadaan ini… 22/04/2024 -

TERESA

- AZRIN

…penduduk terbabit telah mengalami kerugian atas kerosakan kepada peralatan elektrik di rumah mereka, ini juga melibatkan para peniaga yang beroperasi menggunakan peralatan elektrik. Datuk Speaker, untuk itu Kerajaan melalui agensi yang berkaitan, iaitu SESB perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan isu brownout ini dapat diatasi segera.

Datuk Speaker, saya juga sekali lagi ingin menyentuh tentang masalah bekalan air di kawasan saya terutamanya di Kampung Kelansanan, Kampung Warisan, Kampung Rampaian dan Taman Kingfisher. Saya terpaksa membawa isu ini kerana rakyat meminta saya untuk membawa perkara ini ke atas untuk makluman setelah sekian lama kawasan ini tidak mendapat bekalan air yang cukup. Menurut dapatan saya bekalan hanya dibekalkan dalam masa tiga hingga enam jam sehari. Ketiadaan air juga telah menyebabkan ketidakmampuan pihak bomba untuk melaksanakan tugas mereka memadam api, saya ambil contoh beberapa bulan lepas, telah berlaku kebakaran di kampung Kelansanan yang melibatkan beberapa buah rumah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, begitu juga kebakaran di empat buah rumah di kampung Warisan yang tidak dapat dikawal gara-gara ketiadaan air dan kira-kira tiga minggu lepas berlaku lagi kebakaran di Kampung Likas yang melibatkan lapan buah rumah milik orang tempatan, kegagalan memadam api juga gara-gara ketiadaan bekalan air.

Saya merayu pihak Kerajaan memandang serius perkara ini dan lakukan sesuatu dengan segera bukan sahaja untuk keselesaan rakyat tetapi juga untuk keselamatan dan untuk melindungi nyawa rakyat.

Datuk Speaker, terdapat aduan daripada kampung Darau bahawa “Bolt and nut” di jambatan Kampung Darau di Jalan Tuaran Bypass telah dicuri, keadaan ini akan menyebabkan membahayakan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut setiap hari. Oleh itu saya minta agar pihak Jabatan Kerja Raya agar dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan dengan kadar segera untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk kampung di kawasan tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak berwajib menjalankan kerja-kerja pemantauan keatas struktur-struktur jambatan di setiap jalan raya di negeri Sabah. Selain itu, terdapat juga keluhan daripada penduduk kampung terutamanya di Kampung Rampaian berkenaan dengan keadaan jalan raya di dalam kampung. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jalan Kampung Rampaian merupakan laluan yang amat popular digunakan oleh pengguna sebagai laluan pintas dari Jalan Tuaran Bypass ke jalan UMS, begitu juga sebaliknya. Keadaan ini menjadikan laluan ini menjadi sibuk sepanjang hari disebabkan itu saya mencadangkan agar dapat

ditambah bonggol-bonggol di laluan tersebut bagi memastikan kenderaan yang lalu berjalan dengan perlahan.

Datuk Speaker, akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada Datuk Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker kepada semua kakitangan DUN dan semua rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Sabah. Datuk Speaker, saya mohon menyokong sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Darau. Tepat 15 minit. Sekarang saya jemput ADUN yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin, silakan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Mesra, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani, Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah kerana membentang ucapan dasar Kerajaan begitu memberansang sekali, khususnya untuk rakyat Sabah Negeri di Bawah Bayu pada 18 April lalu, sesungguhnya saya amat berkeyakinan tinggi dengan ucapan dasar kali ini akan mendapat sambutan daripada rakyat dan saya percaya apa yang dibentang telah pun mengambil kira kepentingan rakyat dan kepentingan Kerajaan dari setiap pelbagai sudut.

Datuk Speaker, banyak perkara hendak dibicara di Dewan yang mulia ini, tetapi memandangkan masa tidak akan mengizinkan mungkin saya akan hanya membawa empat isu pada hari ini. Mudah-mudahan dapat diselesaikan dalam ruang yang telah diberikan.

Datuk Speaker, isu buli, kanser sosial yang perlu ditangani. Merujuk kepada kes buli melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun akibat dipukul di sebuah sekolah Kolej Vokasional di Lahad Datu baru-baru, ini sangat menyedihkan kita. Mangsa yang merupakan seorang pelajar Program Bioteknologi di kolej berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Hanya disebabkan perselisihan kecil, membuktikan bahawa isu buli perlu ditangani secara serius

sebelum kanser sosial ini terus membara dan sukar untuk dirawati. Buli adalah perlakuan yang mengandung elemen dera dan memalukan mangsa walaupun sudah banyak kes, pesalah telah menerima hukuman, namun kes buli seolah-olah tidak berkesudahan, malah lebih dikesali ada pihak pentadbir institusi pendidikan cuba menyembunyikan kes yang berlaku untuk menutup malu. Hal ini terbukti melalui apa yang dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa data daripada sistem sahsiah diri murid Kementerian Pendidikan menunjukkan kes jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023. Menurut beliau jumlah kes buli yang direkodkan pada 2021 adalah 326 kes, rendah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, pada tahun lepas jumlahnya meningkat mendadak kepada 3,887 kes, manakala pada tahun 2023 sehingga Oktober jumlahnya adalah 4,994 kes.

Saya yakin pendidikan agama dan sivik dengan modul khas mampu menyelesaikan masalah buli dalam kalangan pelajar mahupun anggota masyarakat. Seawal usia enam tahun di tadika pendidikan agama dan sivik perlu diterapkan kepada anak-anak kita. Buli, budaya saling menghormati dan menyayangi antara sesama insan menjaga hak diri, hak orang, tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan, asas undang-undang sebagainya mesti ditanam di dalam diri setiap murid. Adab hormat-menghormati sesama rakan perlu diajar termasuk adab terhadap orang lebih muda, seusia, orang lebih tua, rasanya semua agama mengajar penganutnya menghormati sesama insan dan melarang perbuatan menindas orang yang lemah, kempen kesedaran sayangi diri dan orang sekeliling satu pengurusan kawalan diri perlu diperluaskan di sekolah bagi memupuk pelajar dengan kemahiran empati dan mengawal emosi seawal usia muda.

Saya memetik kenyataan pensyarah kanan program psikologi klinikal dan tingkah laku kesihatan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Professor Madya Doktor Sazley Izzat Ghazali bahawa pendedahan program seumpama ini perlu supaya pelajar bijak mengawal keadaan dan tidak bertindak melulu apabila sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku. Sudah sampai masanya mereka perlu dipupuk dengan kempen sayangi diri dan persekitaran ini kerana dengan sayangi diri mereka akan mengambil sikap menjaga diri mereka dengan baik dan tidak akan menganiaya diri mereka dengan terbabit dalam aktiviti yang memudaratkan atau memusnahkan diri mereka, malah memberi kesan langsung kepada keluarga mereka. Ini

menunjukkan generasi muda pada masa ini beranggapan gejala buli itu sebagai perkara normal biasa dan tidak langgsung rasa bersalah melihat mangsa menderita kesakitan. Ketiga, korikulum pendidikan kebangsaan dikaji semula… 22/04/2024 -

ZULFIKREE

] – THEODORA J.

– NUR FATIN

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

...dan pelaksanaan kokurikulum bersepadu sekolah rendah pada tahun 1883, Pendidikan Sivik telah dimansuhkan dan nilai-nilai Pendidikan Sivik dimasukkan ke dalam subjek seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Kesihatan. Pendidikan Sivik kemudiannya telah diperkenalkan semula pada tahun 2005 sebagai satu mata pelajaran khusus atau berasingan. Namun tidak lama selepas itu, pihak Kerajaan sekali lagi memansuhkan Pendidikan Sivik pada tahun 2013 bagi sekolah rendah dan 2017 bagi sekolah menengah. Oleh itu adalah wajar, Pendidikan Sivik diperkasakan semua dalam usaha membentuk nilai-nilai jati diri generasi muda agar mereka ini bukan saja pintar dalam aspek akademik tetapi juga mempunyai akhlak yang terpuji. Adalah silap jika kita mempunyai tanggapan-tanggapan mereka yang bijak, pintar dan terpelajar itu secara automatik memiliki akhlak dan rohani yang baik.

Datuk Speaker, kes dera masih berterusan. Baru-baru ini kita terkejut mendengar apabila dilaporkan satu (1) kes dera membabitkan kanak-kanak berusia 5 dan 13 tahun yang ditekap dengan seterika, disiram dengan air panas dan dipukul dengan batang besi. Kita tidak faham mengapa masih ada individu yang bergelar manusia sanggup memperlakukan kanak-kanak golongan lemah yang sepatutnya dilindungi, dijaga, diberikan pendidikan, dicurahkan kasih sayang tetapi dijadikan mangsa kekejaman ibu bapa dan penjaga. Sampai bila kita harus menatap berita-berita yang menyayat hati seperti ini, sedangkan haiwan tidak memperlakukan anak mereka dengan kejam, bagaimana kita ini yang bergelar manusia tetapi kelangsungan tidak mempunyai sifat simpati dan belas kasihan. Sehubungan itu, saya memohon di Dewan yang mulia ini agar agensi dan kementerian yang berkaitan segera mengambil langkah-langkah lebih serius, drastik agar kes-kes penderaan seperti ini tidak lagi berulang. Kempen-kempen mengenai cara mengawal emosi, kemarahan mesti diterap kepada masyarakat khususnya mereka yang mahu menjadikan rumah tangga, jiran-jiran dan orang awam yang melaporkan kes dera wajar diberi ganjaran

dan insentif supaya ada sifat berlumba-lumba untuk mengambil cakna dengan masalah sosial di tempat mereka. Guru-guru, ketua kampung, pemimpin kejiranan juga mesti dilatih untuk lebih peka dengan murid dan kanak-kanak di kawasan mereka, jika dilihat ada mencurigakan segera lapor kepada pihak polis bagi tujuan pemeriksaan segera. Pihak-pihak berkaitan pula wajar mengkaji semula hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes dera, hukuman mestilah setimpal dan mampu memberi pengajaran kepada orang lain, perlu ada hukuman sebat dan penjara yang lama kepada pelaku.

Mangsa dera akan mengalami trauma seumur hidup mereka, sedangkan pelaku boleh bebas begitu sahaja jika dikenakan sekadar penjara setahun atau dua tahun. Saya menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah dan agensi-agensi yang berkaitan supaya bersama-sama mencari solusi, kenapa sering berlaku penderaan? adakah daripada kerapuhan institusi kekeluargaan, keadaan persekitaran semakin mencabar atau media sosial, Internet mempengaruhi mereka.

Datuk Speaker, tangani isu sampah holistik, seperti kita sudah sedia maklum masalah sampah baik di Bandaraya Kota Kinabalu mahu pun di daerah-daerah lain seakan tidak berkesudahan, apabila dari masa ke semasa kita semua berhadapan dengan isu yang sama berulang-ulang. Ternyata di sini masyarakat kita belum lagi terdidik sepenuhnya dan mengenai budaya kebersihan, mencintai keindahan dan kaitan secara langsung dengan pelancongan ekonomi dan manfaat kepada diri, keluarga dan negeri Sabah.

Sebab itu budaya menjaga kebersihan mesti bermula dari setiap seorang daripada kita tanpa mengira usia, seawal dari kecil, pelajar sekolah, pelajar kolej, universiti serta golongan dewasa. Mendidik adalah satu terpenting dalam membudayakan sikap menjaga kebersihan bermula dari setiap rumah, namun pada masa yang sama perlu memberi pengajaran kepada sekutu sampah ini termasuk mengenakan denda yang tinggi dan disertakan hukuman yang boleh menginsafkan. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya setiap pihak berkuasa tempatan mengenakan denda atau kompaun maksimum sebanyak RM500.00 kepada individu yang ditangkap membuang sampah di tempat awam, denda ini adalah sedikit jika dibandingkan dengan tindakan Majlis Bandar Raya Ipoh, Perak yang menaikkan denda kepada

RM1,000.00. Malah kita meminta PBT untuk mengenakan denda tambahan melaksanakan jam perkhidmatan sosial seperti membersih longkang, tandas, dan rumah-rumah kebajikan terhadap kutu sampah ini. Denda RM30.00 bukan saja tidak berkesan, malah mampu berikan pengajaran, malah tidak mampu memberi pengajaran kepada kutu sampah. Selain itu, PBT perlu menambah kamera keselamatan atau CCTV supaya proses pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Pegawai-pegawai berpakaian preman perlu ditugaskan pada masa-masa tertentu agar mampu mengekang masalah sampah ini. Datuk Speaker, Pelancongan Marin Terumbu Karang, salah satu tarikan pelancong di Sabah ini ialah keindahan marin semula jadi yang sangat menakjubkan dan kita antara memiliki khazanah alam terbaik di dunia. Namun khazanah ini, didapati semakin hari semakin terancam dengan pelbagai aktiviti haram dan tidak bertanggungjawab seperti mengebom ikan, kehadiran kapal-kapal dan faktor pembangunan secara tidak mengikut peraturan, jika tidak ada usaha bagi mengekang semua ini, saya khuatir suatu hari kelak kita tidak lagi memiliki khazanah ini sekali gus hilang daya tarikan pelancong antarabangsa ke negara kita. Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa perlu melaksanakan pendekatan baharu yang lebih efektif bagi menjaga dan menangani kemusnahan terumbu karang di perairan negeri Sabah. Kemusnahan terumbu yang menjadi pemampan kepada ombak dan arus hanya akan mengakibatkan kawasan persisir pantai terdedah kepada hakisan pantai dan daratan. Satu protokol perlu diwujudkan bagi memastikan ekosistem marin negeri ini sentiasa terpelihara, langkah-langkah pemulihan juga perlu dilaksanakan di kawasan batu karang yang didapati telah terjejas, kerana proses pemulihan ini memakan masa beberapa tahun malah ada pakar mengatakan sehingga menjangkau puluhan tahun. Kita bimbang kemusnahan struktur tiga dimensi terumbu karang akan menjejaskan perkhidmatan ekosistem yang diberikan oleh terumbu karang tersebut, malah kehidupan marin yang bergantung kepada struktur terumbu sebagai tempat perlindungan dan mencari makan makanan akan kehilangan habitat.

Seperkara yang perlu beri keutamaan Kerajaan Negeri dan Kementerian berkaitan ialah masalah kekurangan dari segi bidang kuasa, peraturan, penguatkuasaan dalam memastikan Sabah mempunyai peruntukan undang-undang yang lebih ketat berkaitan perlindungan alam sekitar, undang-undang lapuk terhad memiliki lompong

kelemahan wajar dikaji semula termasuk meningkatkan hukuman denda atau sehingga tindakan penjara bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang didapati bersalah merosakkan terumbu karang di perairan negeri Sabah. Khazanah alam yang tidak ternilai harganya ini tidak lagi boleh dipelihara dengan undang-undang lama, sedangkan aktiviti perkapalan pelancongan dan sebagainya semakin berkembang pesat. Para pelancong dan agen pelancongan juga mesti diberikan panduan mengenai etika, peraturan dan undang-undang ketika mengunjungi tempat-tempat sensitif agar semua khazanah marin kita harus terpelihara untuk generasi akan datang.

Sebagai penutup Datuk Speaker, akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini dan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk menyokong usul perbahasan ucapan dasar kerajaan Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-Pertuan Negeri Sabah pada hari ini, akhir kata; Membeli barang di pasar selesa; Barang di bawa di dalam raga; Rakyat Sabah hidup sentosa; Semoga kekal maju sejahtera.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, Selamat Hari Pekerja, Selamat menyambut Tadau Kaamatan… 22/04/2024 -

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

…ponsikahan. Dengan ini saya memohon menyokong, Datuk Speaker. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Elopura.

Sebentar, Elopura. Ada usul penangguhan daripada YB Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat ada usul penangguhan yang akan dikemukakan oleh YB Menteri. Silakan.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2 (1)(b) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 7.00 petang hari ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ada yang menyokong?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Salam sejahtera kepada seluruh Ahli Dewan dan hadirin yang dihormati. Izinkan saya membahas 10 isu yang saya yakin perlu Kerajaan Negeri melaksanakan tindakan dalam kadar segera.

Pertama, isu pejabat JPN di Sandakan. Untuk maklumat Datuk Speaker, keadaan JPN bahagian Sandakan setiap hari dipenuhi penduduk yang sangat sesak. Ada yang sanggup datang seawal jam 6.00 pagi kerana takut habis nombor dan takut

menunggu terlalu lama akibat sering kali kurang kerusi kerana dipenuhi orang ramai. Justeru, saya mencadangkan dan menggesa pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk membina satu bangunan baharu atau cari satu bangunan yang sesuai untuk pejabat JPN tersebut agar boleh membuka kaunter yang lebih sistematik atau lebih kerusi atau lebih pegawai boleh cope up dia punya volume setiap hari. Sampai sebab sekarang punya bangunan lebih 40 tahun tidak pernah tukar. Sampai hari ini masih guna itu kalau tambah satu bangunan yang baharu. Antara alternatif lain yang boleh dilaksanakan adalah membuka satu kaunter operasi di lain tempat juga. Boleh atau dua cawangan boleh cover sesi di pantai tidak semesti di tempat darat. Isu yang kedua, elektrik di Sandakan ini. Kita semua sedia maklumkan bahawa elektrik di Sandakan semua sudah tahu tidak payah ulang apa sebabnya. Jadi, saya hanya cadang di sini harap di East Coast, Pantai Timur dapat laksana, ada melantik satu konsultan dari luar negara yang lebih berpengalaman untuk mengkaji dengan lebih mendalam dalam membina hidroelektrik di kawasan yang sesuai untuk 1000MW, ini fasa pertama. Di Sarawak ada 5000MW pun guna habis. Di East Coast kita minta 1000MW untuk siap sedia untuk household dan investors. Walaupun saya tahu banyak syarikat dapat arang batu import lesen tapi resource air hidroelektrik ini ialah paling murah dan paling environment-friendly. Kebaikan yang boleh Kerajaan dapat melalui membina satu hidroelektrik adalah Kerajaan akan memperoleh bekalan elektrik yang murah bukan sahaja bekalan elektrik yang dapat diperoleh bekalan air serta tekanan ikan juga dapat melaksanakan sekali gus ia juga mampu menjadi investor attract datang ke Sabah, kepada negeri Sabah.

Isu ketiga, bekalan air. Saya rasanya isu air Menteri sudah tahu, Sandakan selalu kurang air dan tekanan tidak stabil. Ini cadangan saya mungkin kontraktor hendak tambah lebih atau yang team yang agresif tambah agresif dan sebagainya atau kurangkan fundingkah dan sebagainya. Saya kurang pasti, mungkin need to improve dia punya kualiti. Kedua ialah itu pam di loji Segaliud. Make sure spare parts cukup. Make sure dia selalu jalan dua pam. Make sure itu starter panel, spare part cukup. Jangan rosak baru pergi order. Memang Sandakan yang selalu cerita tidak habis. Sampai hari ini saya lapan tahun jadi YB, rakyat datang jumpa pun elektrik, air, elektrik, air. Penatlah. Betul-betul penat. Dan, sources Menteri pun sudah tahu. Sources mungkin dapat Sungai Kinabatangan tambah lebih atau Sungai Labuk buat satu loji lagi, support Sandakan punya air sebab ini Sandakan banyak sungai tapi

kurang air. Household kurang air. Paip selalu bocor. Ini yang masalahnya Sandakan sampai hari ini orang Sandakan tidak faham kenapa berlaku sampai hari ini? Isu keempat ialah belia, belia punya isu. Jadi, bila sentuhkan berkenaan peluang pekerjaan itu buat saya tersentuh kerana sedih mengenang banyak anak muda Sabah terpaksa merantau jauh demi mencari pekerja dan meneruskan hidup walaupun berpendidikan tinggi yang amat merugikan Sabah. Sebab kita pun tahu kurang peluang kerja dan kurang investor datang Sabah dan pelancong Sandakan memang tiada. Jadi, belia sekarang habis sekolah dia hendak pergi mana? Cari kerja. Ada yang saya kawan office kasih tahu saya. Ada kawan yang Ijazah dari UMS, dia balik sini dia kerja di McDonald’s, kerja di KFC, itulah. Itu yang kerja dialah. Bagus punya mungkin boleh masuk estet atau masuk kilang sawit buat admin atau engineer atau berapa kilang di Sabah atau berapa murid yang graduate boleh cope upkah? Jadi kasihan semua. Macam Hari Raya baru habis semua mau flight to KL or Singapore or lain-lain tempat, itu yang saya sedih. Dalam hati saya di airport nampak budak-budak, ibu atau keluarganya nangis. Kenapa Sandakan tidak boleh tinggalkan dia punya anak-anak di tempat sendiri? Itu yang saya hairan. Kalau Kerajaan boleh tolong orang Sandakan ini. Saya juga ingin menyentuh berkenaan keadaan Kompleks Sukan Sandakan yang sehingga hari ini masih mahu selalu naik taraf. Bukan yang tidak… 22/04/2024 -

Bagus ada yang macam tempat boxing atau tempat gymnastic dia punya cushion ada keluar dia punya itu sponge sudah. Kulit sudah hilang sudah, boxing langsung tutup. Jadi bola sepak memang okeylah. Lampu ada tidak hidup. Scoreboard, scoreboard langsung tidak hidup. Bukan tidak boleh guna, boleh tapi mau improvelah, mesti mahu aggresively untuk belia punya. Saya kasihan orang exercise mahu sihat tapi tidak ada tempat yang bagus. Tidak macam kita boleh cakap, tidak macam Kompleks Sukan Likas. Tidak macam Kompleks Sukan semua lengkap. Apa feeling orang Sandakan begini? Kenapa lain tempat boleh dapat fasiliti yang begitu? Bayar cukai yang sama, guna gaji yang sama, minimun gaji 1,500 juga. Jadi apa yang kel… Sandakan jadi standard keduakah? Selalu orang tanya saya.

Yang isu kelima, itu pelancongan punya keselamatan, “K” factor lah. Jadi di sini, saya mahu mentionkan kalau “K” factor di east coast. Sekarang di Semporna paling banyak pelancong di seluruh Sabah ini tapi “K” factor masih tidak ditarikkan. Jadi, harap ini perunding dengan Duta Negara tertentu untuk mengeluarkan Sabah daripada tanda “K” dan atau tidak selamat untuk kunjungan. Kalau tidak selamat kenapa masih hantar banyak pelancong pergi Semporna?

Kalau ada apa-apa kes berlaku, jadi nama Sabah akan dirosakkan. Saya harap Menteri atau Ketua Menteri timbangkan ini kalau betul-betul tidak selamat, kalau start ini, sekarang tidak berlaku memang tidak ada masalah. Kalau ada berlaku apa macam? Tidak ada api memang tidak ada masalah, kalau ada api baru keluar apa itu, bomba masalah. Itu saya harap Menteri dapat ini… ini “K” factor mesti mahu dipertimbangkan untuk pelancong punya east coast.

Keenam, kumbahan. Kumbahan di Sandakan. Tempat kawasan saya Elopura pem… permasalahan merupakan satu isu yang panas kerana hampir setiap hari menerima laporan kumbahan mainhole yang sumbat dan overflow. Paip lama dan paip lama sudah pecah atau yang dia… dia foundation dia punya underground foundation sudah lari, tanah sudah lari dan sebagainya. Jadi harap tambah lebih bajet untuk kumbahan team ini. saya memang tahu dia ada konsesi untuk under JPPS. Saya harap ini kumbahan di taman-taman semua ada lebih dua tahun tidak berfungsi. Itu yang itu Taman Indah, Taman Indah Apartment di situlah. Itu yang tahu, itu tempat yang tahu ialah Elopuralah. Lain saya rasanya di Karamunting, Sekong atau di lain tempat makin banyak juga atau banyak juga. Saya tiada pergi tengok lain-lain tempat. Saya tahu saya tempat yang selalu complaint sebab itu bau dan sekarang JPPS buka terus mainhole biar dia overflow pergi parit. Dia parit semua sekolah, taman semua bau. Jadi itulah, itu masalahnya. Ada yang isu yang kedua ialah, kumbahan ini pump kena dicuri, ada pump yang tidak fungsi atau yang itu pump trip sudah atau yang rosak sudah, sudah pergi repair belum dibalikkan. Ada isu-isu saya tanya JPPS punyalah. Jadi saya harap selalu look into this issue jangan ditangguhkan makin isu masalah, makin besar, makin luas. Saya harap Menteri tolong rakyat Sandakan.

Isu yang, isu yang ketujuh. Kemiskinan. Kerajaan Negeri perlu mencari menyelesaikan segala terhadap isu kemiskinan di Sabah dan mengeluarkan lapan daerah termiskin di negeri ini daripada kategori berkenaan, bukan hanya menyalahkan data yang sudah diberikan oleh kakitangan yang bertanggungjawab atas isu tersebut.

Dengan melihatkan keadaan penduduk Sabah yang saya yakin tanpa data tersebut juga, kita boleh melihat juga jelas bahawa kadar kemiskinan di Sabah ini meningkat. Mesti ada satu cara apa macam. Mungkin next year, saya harap next year sama juga itu yang Kerajaan kita yang failedlah, mesti ada improve. Mana boleh itu cakap itu data yang tidak… tidak betul yang berbanding dengan pertama punya, sama juga. Dia, dia survey sahaja. Dia buat survey, dia buat dia punya kerja sahaja. Bukan yang, bukan yang dia mahu rosakkan orang Sabah.

Isu yang kelapan Ialah SDB. SDB, saya hanya harap Menteri dapat jelaskan untuk rakyat Sabah. Berapa banyak hutang tidak dapat dibayar atau bad debts punyalah? Jadi ada jelaskah? atau langsung bad debts ada apa tindakan nak kita Kerajaan Sabah buat sekarang? Yang kedua, dia punya figure, benefitkah atau yang incomekah atau yang profitkah. Profit dia SDB dari mana? Semua sebab ini hasil rakyat. Saya harap bad debts dan profit untuk SDB sebab ini hasil rakyat mana boleh kita pinjam sahaja. Banyak yang bad debts kita pun tidak peduli, kita pun tidak tahu, tidak, kita pun tidak tahu figure apa itu? Saya harap Menteri jelaskan sahajalah.

Isu yang kesembilan, rumah MM2H. Rumah MM2H smpai hari ini sebab ada satu geng China mahu datang Sandakan beli rumah dan buat hotel. Geng China itu datang Sandakan, bukan dia boleh beli rumah dan buat hotel mesti orang kayalah. Jadi saya tidak harap dapat MM2H. Jadi sampai hari ini belum jelaskan Sabah, Kerajaan Sabah apa procedure nak apply MM2H? Saya harap Menteri dapat jelaskan jugalah.

Kesembilan, saya baru baru nampak, dapat info ke Pulau Balambangan di Kudat. Itu isu Balambangan, Pulau Balambangan dapat EIA reportkah? Dan sekarang syarikat license dapat di… dikorek pasir, korek pasir di… di Pulau Balambangan. Ada kapal,

ada kapal Hitachi, ada kapal Hitachi, kapal sedang korek. Jadi, siapa yang dapat license? Siapa yang dapat coral apa macam protect semua rosak coralnya? Ini sedang, sedang baru-baru saya dapat. Sedang dikorek itu pasir. Itu yang saya kurang pasti sebab orang... orang yang yang send kasih saya. Jadi yang Kerajaan dapat dijelaskan kenapa pulau yang pasir ini dikorek dan coral tidak peduli itu pash terus langgar semua sampai pantai korek semua? Ini yang saya tidak faham sekarang Kerajaan senang dapat license senang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung YB.

Ya.

22/04/2024 -

[ZURINA]

-

AZYATUL

– NUR

FATIN

Senang didapat license, diapprove untuk ini, collect yang rosakkan environment, rosakkan ini pantai. Ini yang saya harap, sebelum ini isu, saya harap dapat kementerian dapat dijawabkan. Jadi, saya terima kasih speaker, saya yang menyokong. Saya harap masa di, Selamat Kaamatan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Elopura. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Yang saya hormati Datuk Speaker, ribuan terima kasih kerana sudi memberikan saya peluang dan kesempatan untuk turut berserta berbahas pada hari ini. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya jua, kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan yang mulia ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adilifitri, Maaf Zahir dan Batin, pada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, juga buat rakyat di kawasan saya DUN N41 Liawan, khususnya dan di seluruh Negeri Sabah, amnya. Semoga aidiliftri tahun ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan segala amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT. Datuk Speaker, dalam ucapan Tuan Yang Terutama, di istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang keenam Belas pada 18 hari bulan 2024 yang lepas, setiap bait ucapan tuan, Tun menggambarkan kepimpinan yang cukup berhemah, berhikmah dan jelas dalam memastikan negeri ini dipandu secara harmoni oleh semua pihak tidak kira apa jua fahaman politik.

Oleh itu, saya teruskan dengan membawa isu pertama, iaitu terdapat, iaitu terdapat banyak jalan-jalan Jabatan Kerja Raya di bawah Konsesi, Syarikat GLOBINACO Sdn. Bhd. Di kawasan Keningau tidak mempunyai sistem monsoon rain yang mengakibatkan/menyebabkan air mudah masuk mengalir ke kawasan perkampungan apabila hujan turun. Antara jalan-jalan yang memerlukan kerja-kerja menaik taraf atau besarkan ialah Jalan Kampung Semalang, Jalan Kampung Keningau dan Jalan Luagan.

Selain itu, saya dimaklumkan, oleh pihak Kementerian bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan Kampung Senagang, Senagang Ulu, Jalan Kritan Telipok Baru akan dilaksanakan pada tahun ini. Maka, saya ingin bertanya apakah status terkini bagi projek ini?

Selain itu, saja juga meminta Kementerian Kerja Raya Sabah untuk mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Gaulan, Jalan Sigapon dan Jalan Batu 27. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat konsesi seperti Kekal Mewah, atas usaha-usaha yang telah dilakukan atas kerja-kerja pembaikan dan menaiktarafkan jalan-jalan di bawah tanggungjawab mereka. Datuk Speaker, jalan-jalan kampung yang lama dan juga yang telah sampai waktu luputnya menjadi punca jalan tersebut sering mengalami kerosakan dan berlubang-lubang. Bagi jalan-jalan ini, kerja-kerja penyelenggaraan saja sudah tidak memadai.

Sebaliknya memerlukan kerja-kerja menaik taraf dengan segera. Antara jalan yang dimaksudkan adalah seperti Jalan Sondoton, Jalan Tudan Baru, Jalan Bayangan Purakagis, Jalan Toboh Baru dan Jalan Lingkudau. Namun, kerja-kerja menaik taraf tersebut pastinya memerlukan dana yang mencukupi. Oleh itu, saya memohon agak pihak Kementerian dapat membantu dengan memberi suntikan dana kepada konsesi yang terlibat bagi menurap semua jalan-jalan dalam kampung di bawah konsesi.

Datuk Speaker, berkenaan jalan-jalan pertanian pula, Kerajaan haruslah mengenal pasti akan jalan-jalan yang memerlukan kerja-kerja menyelenggara atau menaik taraf kerana masih terdapat banyak jalan-jalan pertanian yang tidak diselenggarakan dengan baik.

Datuk Speaker, saya juga meminta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah agar dapat mewujudkan geran khas bagi mendorong minat para belia dan golongan wanita untuk menceburi perusahaan industri kecil dan sederhana. Pertama, di kawasan luar bandar kerana perusahaan industri kecil dan sederhana kebiasaannya mempunyai hasil pertanian yang mencukupi seperti ubi kayu, pisang, jagung dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya akan membawa pendapatan yang lumayan kepada petani, pengusaha serta meningkatkan kadar permintaan yang mana akan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Datuk Speaker, kebocoran paip utama Jabatan Air yang kerap berlaku di kawasan pendalaman khasnya daerah Keningau, secara langsung memberi kesan kepada pengguna-pengguna di daerah ini. Di tambah lagi pada ketika ini, keadaan cuaca yang panas menyebabkan kapasiti air semakin berkurangan. Oleh itu, saya meminta Kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah tersebut dengan kadar segera disebabkan jawapan Kementerian pada mesyuarat yang lalu berkenaan isu ini akan dipercepatkan.

Saluran-saluran paip di daerah Keningau kebanyakkannya telah usang dan kerap mengalami gangguan bekalan air bersih terawat. Saya berharap agar pihak Kementerian Kerja Raya Sabah dapat memperuntukan, memperuntukan dana untuk daerah Keningau bagi kerja menaik taraf saluran-saluran paip yang telah usang ini. Penyata tunggakan daripada Jabatan Air yang diterima oleh pengguna-pengguna

sehingga mencecah ribuan ringgit, sudah pasti membuatkan para pengguna tidak mampu untuk membayarnya khasnya penduduk kampung. Mekanisme Kementerian agar penduduk kampung tidak terbeban dengan masalah tersebut dan adakah program pengampunan akan dilaksanakan.

Kekerapan kerja-kerja pembaikan empangan pengairan air sawah juga perlu dijalankan agar masalah yang sering dihadapi oleh pesawah dapat diatasi. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia pasti akan menjejaskan petani yang bergantung kepada punca pengairan air sawah, air sawah yang baik dan efisien. Musim kemarau yang bermula pada bulan Mac 2024 lalu, menyaksikan banyak tempat yang mengalami krisis bekalan air bersih. Keadaan ini sudah pasti akan membawa kesan kepada beberapa kawasan di negeri ini, khususnya di daerah Keningau. Saya yakin langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan seperti Program Penuaian Air Hujan di kawasan yang kerap kali mendapatkan gangguan air, khasnya kawasan yang menggunakan paip graviti dapat mengatasi masalah ini.

Datuk Speaker, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kualiti belianya pada masa ini. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah hendaklah membantu dalam mengurangkan beban golongan belia yang terkesan dengan kekuncupan ekonomi global pada masa ini. Dalam masa yang sama, Kementerian Belia dan Sukan Sabah hendaklah meletakkan hala tuju dan perancangan masa depan kementerian dengan jelas untuk meningkatkan dan mengilap lebih banyak potensi belia di Sabah agar lebih inovatif dan produktif. Selain itu, saya menyeru juga pihak Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merancang program-program untuk meningkatkan kemahiran golongan belia di Sabah khususnya di daerah Keningau agar golongan di daerah tersebut mempunyai peluang untuk mengasah kemahiran mereka.

Datuk Speaker, aktiviti berbasikal pada masa ini menjadi pilihan keluarga untuk mengisi masa lapang bersama. Namun, atas faktor keselamatan dan tiada laluan khas disediakan.

22/04/2024 -

-

RAMENAH

-NORMA

…maka penggemar aktiviti berbasikal sering menggunakan laluan utama kenderaan sebagai laluan mereka. Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah perlu mewujudkan lorong laluan khas berbasikal di daerah Keningau agar penggiat sukan tersebut dapat menjalankan aktiviti dengan lebih selesa dan selamat. Datuk Speaker, jika kita masih ingat akan penderitaan seorang anak muda yang mula viral pada bulan lalu yang sehingga hari ini masih menerima rawatan di salah satu hospital di Korea Selatan, dalam kita bersimpati dengan permasalahan anak muda tersebut saya terpanggil untuk mengingatkan di sini agar kita berhati-hati dengan tawaran-tawaran kerja di luar negara yang menawarkan gaji lumayan. Walaupun Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana individu ke luar negara kecuali yang disenarai hitam namun usaha wajar harus dilaksanakan agar sebarang permasalahan seperti penipuan, perdagangan manusia dan bencana contohnya dapat dielakkan.

Adalah menjadi harapan rakyat di luar sana agar segala persoalan dan permasalahan yang mereka suarakan didengari oleh pihak Kerajaan seperti yang pernah saya ungkapkan pada mesyuarat yang lepas dan saya ulangi pada mesyuarat kali ini rakyat di luar sana inginkan permasalahan mereka diselesaikan oleh kita semua dalam Dewan yang mulia ini. Saya menganggap tugas saya sebagai wakil rakyat ini sebagai ibadah dan amanah buat saya untuk disampaikan kepada Kerajaan. Harapan saya sudilah Kerajaan mentelaah dan memperhalusi permintaan rakyat di kawasan saya ini. Datuk Speaker, industri minyak, gas dan tenaga adalah merupakan komponen penting di dalam memainkan peranan sebagai asas pembangunan dalam memacu pertumbuhan dan kestabilan ekonomi, keselamatan serta kelestarian alam sekitar. Menyedari akan kepentingan sektor tenaga kepada Sabah, Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh GRS, PH Plus melalui pelan hala tuju Sabah Maju Jaya dalam merangka beberapa pendekatan yang akhirnya telah mencapai kejayaan yang julung kali dikecapi dalam sejarah negeri ini khususnya di dalam sektor tenaga.

Menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial ataupun Commercial Collaboration Agreement dengan PETRONAS pada 2021. Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. telah mengambil alih hak milik pengurusan pembekalan gas asli PETRONAS di Sabah dan seterusnya menjadikan SCC antara pembekal dan pengangkut gas asli terbesar di Malaysia sebanyak 358 juta kaki cubic standard sehari. Melalui CCA ini juga sebuah lagi syarikat milik negeri, iaitu SMJ Energy Sdn. Bhd. telah memperoleh 50 kepentingan penyertaan dalam sebarang PAC melalui Perjanjian Operasi Bersama (Joint Operation Agreement) dengan PETRONAS Cari Gali Sdn. Bhd. selain mengambil alih 25 peratus equity dalam PETRONAS Chemical Fertiliser Sabah Sdn. Bhd, sepuluh peratus pegangan pemilikan dalam PETRONAS LNG 9 Sdn. Bhd. yang mengendalikan loji LNG di dalam kompleks LNG Bintulu dan 25 percent pegangan saham dalam ZLNG. Inisiatif lain seperti kenaikan equity di SC SSB sehingga 50 percent, equity Northern Sabah PSC juga permintaan tambahan gas pada Sabah Energy Cooperation Sdn. Bhd. untuk kegunaan industri hiliran sedang dalam peringkat perbincangan. Sila.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Yang Berhormat Liawan.

Tahniahlah kerana SCC telah diberi mandat untuk menjaga kepentingan negeri Sabah dalam urusan gas dan gas ini penting dalam beberapa penjana elektrik ataupun IPP di Sabah. Pada pandangan Yang Berhormat, setujukah Yang Berhormat kalau ada consortium tiga agensi ini, iaitu Sabah Energy Cooperation, Yayasan Sabah yang sudah ada pengalaman menjana elektrik, Yayasan Sabah ada 40% Kimanis Power Plant di ah, Kimanis dan ah, SCC pada keseluruhannya ada 25% keseluruhan tenaga di IPP di Sabah dan Qhazanah salah satu yang juga mempunyai potensi dan ada peluang untuk ah, menjana tenaga ataupun menjana tenaga dan juga sumber kewangan. Saya rasa SCC pembekal gas, Yayasan Sabah sebagai operator, bolehkah agak kita kerjasama untuk memiliki keseluruhan ah, pembekal tenaga di Sabah ini? Terima kasih.

Terima kasih YB Sindumin. Saya setuju sekali cadangan YB Sindumin itu dan saya mahu dimasukkan ke dalam teks ucapan saya juga. Datuk Speaker, selain menjadi pemain industri utama di dalam sektor tenaga Kerajaan Negeri juga turut melihat kepentingan di dalam mengawal selia sendiri bekalan gas dan elektrik di Sabah. Pengambilalihan kawasan kawal selia bekalan gas dan elektrik oleh Kerajaan Negeri Sabah memberi manfaat dan

pelbagai aspek termasuk pembangunan, ekonomi tempatan, pengurusan tenaga yang lebih efisien dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada penduduk Sabah sesuai dengan keperluan dan kehendak negeri ini sendiri. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri pada tahun 2023 telah berjaya mewujudkan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang mengambil alih peranan Suruhanjaya Tenaga Persekutuan bagi mengawal selia bekalan gas hiliran dan disusuli dengan pengambilalihan kawasan pengawal selia sektor bekalan elektrik pada tahun 2024. Selain daripada itu, dari segi pegangan saham di dalam beberapa penjana kuasa bebas IPP di Sabah seperti Ranhill Powertron misalnya seperti yang telah disentuh oleh rakan saya juga tadi Yang Berhormat Sindumin, pihak Sabah Energy Cooperation Sdn. Bhd. sebenarnya sedang di dalam proses untuk mendapatkan pegangan saham majoriti di dalam syarikat-syarikat IPP ini agar kita dapat mengurus penjanaan tenaga ini mengikut perancangan dan kehendak kita sendiri tanpa pengaruh daripada luar. Kejayaan-kejayaan ini bukanlah datang bergolek malah kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran legacy yang membelenggu sektor tenaga di Sabah ini. Dalam kita mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik misalnya kita terpaksa berdepan dengan masalah spinning reserve. Bekalan tenaga yang rendah, iaitu di bawah paras ideal sebanyak 25 hingga 30 percent. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan oleh permintaan pengguna dari ekoran dari pertumbuhan dari ukuran ekonomi yang rancak dari pemain industri yang besar yang melabur di Sabah. Melalui inisiatif penting Kerajaan Negeri dan SESB seperti New West Coast Rental Gas Power Generator 100 Megawatt, East Coast Rental Deserve Power Generator 100 Megawatt dan pemasangan sistem Battery Energy Storage System 100 megawatt hingga 400 megawatt per hour, masalah catuan elektrik dijangka akan selesai. Datuk Speaker, dalam mendepani cabaran-cabaran ini pendekatan holistik yang menyeluruh seperti Pelan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 dalam Pelan Transformasi SESB telah digarap dan akan dijayakan. Antara inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam pelan-pelan tersebut adalah seperti menyelesaikan masalah legacy pengagihan elektrik, meningkatkan perjalanan penjanaan tenaga termasuk tenaga boleh baharu seperti solar berskala besar, pembinaan hidro elektrik, pembinaan kincir angin juga dijangka dapat menurunkan indeks tempoh gangguan purata sistem sehingga 100 minit menjelang 2030. Datuk Speaker, mengakhiri perbahasan-perbahasan saya perbahasan saya dan keluarga serta seluruh kepimpinan di peringkat kawasan N.41 Liawan ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia

ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2024 pada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat juga buat rakyat di kawasan saya di DUN N.41 Liawan khususnya dan seluruh negeri Sabah amnya. Semoga kita semua terus diberi kesihatan dalam membawa negeri ini ke arah kemajuan, kemakmuran dan saya berdoa agar Negeri Sabah ini terus aman, makmur dan sentosa. Liawan mohon menyokong… 22/04/2024 -

… Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Liawan.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik YB Datuk Suhaimi Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam Perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan 2024.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah telah merasmi Pembukaan Mesyuarat Penggal kelima DUN Sabah yang keenam belas. Saya ingin menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan mengemukakan cadangan-cadangan di Dewan yang mulia ini.

Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan isu Sandakan yang dilihat seolah-olah dipinggirkan daripada arus Pembangunan Hala Tuju SMJ. Taraf kemiskinan di Sandakan pun telah sampai ke arah itu. Sandakan tiada industri dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang pekerjaan. Ramai penduduk di Sandakan terpaksa berhijrah keluar dari negeri bagi mencari pekerjaan.

Syukurlah baru-baru ini Kerajaan MADANI mengumumkan Subsidi Tiket Penerbangan untuk mengurangkan beban rakyat untuk balik berhari raya. Terima kasih Kerajaan Persekutuan. Pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat lemah, ada hala tuju tetapi kita tidak melihat kesempurnaannya. Di Sandakan, kita tidak, tiada melihat papan tanda SMJ.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Yang Berhormat…

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

…yang lebih jelas seperti di kawasan lain. Adakah Sandakan ini…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

ADUN yang dilantik tidak…

…dimajukan hanya melalui peruntukan…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…penjelasan.

…Kerajaan Persekutuan sahaja dalam perjalanan SMJ. Saya ingin bertanya adakah perancangan SMJ di Sandakan membabitkan tiga kawasan Parlimen memiliki tujuh kawasan DUN?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan ya?

Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]:Pencelahan YB?

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Sila.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Okey, tadi Yang Berhormat kata. Terima kasih, Yang Berhormat kata kita memang di bawah Kerajaan MADANI tapi kalau yang fakta itu biarlah fakta. Bantuan tiket percuma itu bukan daripada setahu saya bukan daripada Kerajaan MADANI tapi daripada Kerajaan Negeri Sabah. Terima kasih. Minta betulkan fakta Yang Berhormat.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Ini bukan fakta Yang Berhormat Sindumin.

Kita ini duduk di dalam Parlimen. Kita diberi penjelasan melalui sidang Parlimen. Jadi mungkin nak mengambil, Sindumin nak mengambil kredit, silakan. Untuk itu Datuk Speaker, isu peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki. Pada masa kini Malaysia termasuk Negeri Sabah sedang menghadapi fenomena brain drain atau penghijrahan individu berkemahiran tinggi yang berterusan dalam kalangan graduan tempatan daripada pekerjaan di Malaysia. Tinjauan yang dilakukan terhadap graduan Malaysia oleh Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers Surveyor pada tahun 2023 sebanyak 56% daripada 37,380 responden memiliki untuk bekerja di luar negara selepas tamat pengajian.

Saya melihat melalui survey ini graduan merasa tidak yakin dengan masa depan kerjaya di Sabah. Dengan keadaan gaji yang tidak setimpal yang diperolehi berbanding sekiranya mereka bekerja di luar negeri. Jika kita lihat contoh di Sabah, khususnya di Sandakan tidak banyak sektor pekerjaan menawarkan pekerjaan kepada graduan yang berkemahiran tinggi. Sekiranya ada pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka tetapi gaji diterima tidak setimpal dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar Sabah.

Saya dimaklumkan ramai graduan berkemahiran tinggi yang berasal dari Sabah terutamanya daripada Sandakan terpaksa melakukan apa saja pekerjaan walau tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki demi kelangsungan hidup. Pada hemat saya, ilmu yang diperolehi oleh graduan ini seharusnya dapat dikembangkan dan menyumbang semula kepada kemajuaan negeri sekiranya Kerajaan tidak bertindak daripada sekarang sudah tentu Negeri Sabah akan kehilangan graduan yang bermutu tinggi untuk membangunkan negeri pada masa akan datang. Pada akhirnya, kita terpaksa mengambil tenaga pakar luar bagi membangunkan negara dan sudah tentu ianya akan merugikan kita sendiri.

Datuk Speaker, saya menyambut baik segala usaha pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan raya di Sabah. Namun begitu, saya melihat terdapat jurang yang besar dari segi peruntukan yang diperlukan bagi kerja pembaikan jalan berbanding peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun.

Namun ataupun makluman yang diterima daripada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi peruntukan yang diterima pada tahun ini berjumlah 108.2 juta bagi program berkala …(kurang jelas). Pelaksanaan penyelenggaraan berkala …(kurang jelas) dengan segera dilalu-laluan yang kritikal terutamanya di daerah Telupid, Sandakan dan Kinabatangan. Berdasarkan penilaian semula kerosakan jalan untuk tahun 2024 jumlah permohonan berkala …(kurang jelas) telah mengalami peningkatan mendadak sehingga mencecah 672 juta. Melihat kepada nilai peruntukan yang diluluskan amat besar tetapi mengapa jalan raya di Telupid, Sandakan, Kinabatangan masih mengalami kerosakan? Ke manakah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat itu digunakan? Pada akhirnya isu jalan raya tidak diselenggara ini akan menjadi punca kemarahan rakyat kepada Kerajaan Negeri.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai Industri pelancongan. Saya terbaca satu aduan rakyat yang tular di media sosial mengenai pintu masuk negeri ini di airport berhubung kemudahan dan infrastruktur yang serba kekurangan serta tidak berfungsi. Sewajarnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengambil tindakan drastik untuk menyelenggara, menambah baik kemudahan ini. Kita mahu menarik pelancong luar dengan jumlah yang lebih ramai tetapi kemudahan di airport Kota Kinabalu dan Sandakan tidak diselenggara dan ditambah baik akan membantutkan usaha ini.

Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bersama Malaysia Airport Berhad untuk melihat perkara dan menyelesaikkan isu ini dengan kadar segera. Jumlah ketibaan pelancong ke Negeri Sabah setelah, telah mencecah 2.6 juta pada tahun lalu dan dijangka 2.8 juta hingga 3 juta pada tahun ini tetapi produk pelancong hanya tertumpu di Pantai Barat sahaja. Kehadiran pelancong ke Sandakan amat kurang. Soalan saya apakah pecahan jumlah pelancong daripada 2.6 juta pada tahun 2023 yang datang ke Sandakan dan ke Pantai Timur? Selain itu, daripada 2.8 juta hingga 3 juta pelancong yang dijangka datang pada tahun ini berapakah jumlah pelancong yang dipromosikan Kementerian untuk datang ke Pantai Timur?

Saya mencadangkan supaya Kementerian mengadakan program-program pelancongan lebih kerap dan menarik terutamanya di Sandakan. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dilihat tidak serious dalam

mempromosi produk pelancongan dalam membantu pengiat industri pelancongan di Pantai Timur Sabah.

Akhirnya, industri pelancongan di Pantai Timur Sabah tidak menerima kesan muntahan pelancong yang datang ke Sabah. Sebelum ini saya telah kemukan cadangan berulang kali di Dewan yang mulia ini supaya Kementerian mewujudkan penerbangan terus daripada luar negara ke Lapangan Terbang Sandakan. Bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke Pantai Timur Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 apa perancangan Kerajaan Negeri Sabah untuk Sandakan dan apa pula bentuk bantuan kepada pemain industri pelancongan di Pantai Timur? Saya bersetuju dengan apa yang ADUN Lamag bahawa industri pelancongan dijadikan enjin kedua menjana pendapatan Kerajaan Negeri dan rakyat keluar daripada kemiskinan dan kedaifan pembangunan.

Datuk Speaker… 22/04/2024 -

] -

NADIA

– NUR FATIN

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

…Speaker, saya ingin bangkitkan hanya menerusi Kesatuan hak Sabah boleh terrealisasi. Tidak ada mana-mana pemimpin yang rasional, boleh menolak bahawa hanya menerusi Kesatuan semua pemimpin Sabah sahaja yang boleh merealisasikan hak-hak Sabah dalam Perjanjian MA63. Selagi ada loop whole dilihat sebagai kelemahan dan menjadi penghalang terealisasinya hak-hak Sabah dalam MA63 secara tuntas.

Isu tidak terrealisasinya peruntukan pembangunan persekutuan untuk Sabah sebahagian besarnya berpunca daripada jabatan-jabatan persekutuan sehingga mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan melaksanakan projek-projek pembangunan. Rupanya, puncanya daifnya kemudahan asas di Sabah meliputi semua sektor adalah kesan peruntukan kitar semula. Keadaan ini tidak boleh berterusan dan perlu dihentikan dan diyakinkan menerusi kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan barisan Kabinet Negeri dan mungkin sokongan daripada Wakil-wakil Rakyat Pembangkang usaha menoktahkan peruntukan kitar semula akan berakhir dengan segera.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh peruntukan ADUN berdasarkan keluasan dan kedaifan. Adalah satu keperluan untuk Kerajaan menggunakan pendekatan agihan peruntukan setiap ADUN berpandukan kepada keluasan atau kedaifan sesebuah DUN sebagai upaya mempercepatkan keseimbangan kemajuan dan pembangunan. Pada masa ini, pendekatan Kerajaan memperuntukkan agihan sama rata tapi mengira kedudukan DUN yang diwakili selain pendekatan berpandukan pada kedaifan sebuah kawasan DUN juga perlu diambil kira status kehidupan rakyat yang diwakili. Difikirkan lebih adil dan saksama jika Kerajaan mengambil pendekatan sedemikian supaya rakyat negeri ini merasa keseimbangan kemajuan pembangunan dan sosioekonomi. Jika berpandukan kepada perjuangan parti Kerajaan untuk mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran negeri dan jaminan kesejahteraan, maka difikirkan sudah sampai masanya Kerajaan melaksanakan jumlah peruntukan yang berbeza berasaskan kedudukan sebuah DUN. Untuk melaksanakan agihan peruntukan yang berbeza itu, maka perlu diwujudkan nisbah atau asas agihan dan tentunya Kerajaan lebih arif mengenai berpandukan data statistik. Datuk Speaker, sebelum mengakhiri perbahasan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir di dalam Dewan dan rakyat di luar sana, maaf zahir batin.

Jalan-jalan ke pekan lama, Dalam semak ada duri; Hentikanlah segala salah kerajaan lama, Tumpukan perhatian bangunkan negeri.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Karamunting.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih kepada Tuan Speaker bagi peluang saya untuk mewakili Karamunting membahas di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker, ini petang saya ada bawa dua perkara ke dalam Dewan mulia ini. Pertama adalah jalan raya. Jalan raya di Lahad Datu sehingga ke Telupid limpas ke Sandakan, saya puji kepada Kerajaan GRS dan juga dibimbing oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengusahakan Kerajaan ini dua tahun, kita nampak Pan Borneo di jalan tersebut telah pun siap lebih dari 60%. Tetapi Tuan Speaker, pada masa sekarang ini kita masih pakai kita masih guna jalan lama khususnya dari Sapi Nangoh ke Kinabatangan, Sukau termasuk jalan Sandakan.

Ini memang adalah satu isu yang memang sakit kepala dari zaman dulu sampai sekarang. Siapa Kerajaan siapa yang kena marah sebab ini jalan saya tengok kerajaan JKR, Kementerian JKR ini buat jalan bukan saja sengaja kasih buruk ini jalan, kasih rosak ini jalan ataupun kasih kurang ini jalan, tetapi JKR buat jalan ini untuk seluruh Sabah dengan spec yang sama, dengan standard yang sama. Tetapi mengapa jalan tersebut semakin hari maintain, semakin hari berlubang-lubang sampai masuk ke media sosial tahun lalu kan jalan bulan ini seluruh dunia ketawa dan juga bila jalan rosak, salahkan kerajaan, hina menteri, Kerajaan GRS gagal. Macam-macam orang simpan di social media. Tetapi, kita tahukah jalan ini mengapa tidak dapat diselesaikan? Antara satu punca yang kasih rosak jalan ini adalah pengguna yang tidak bertanggungjawab. Tuan Speaker, saya berapa kali limpas di jalan tersebut khususnya pada waktu malam. Saya terkejut bila saya tengok lori yang muat buah kelapa sawit bertingkat-tingkat. Ini kita tahu jalan dibuat oleh JKR ada standard, ada specnya untuk kenderaan yang biasa, yang standard. Begitu juga kenderaan permit khususnya lori yang muat kelapa sawit ini pun ada PDM dari JKR. Jadi Tuan Speaker, bila pengguna yang tidak bertanggungjawab muat buah yang lebih-lebih ini, itulah punca yang kasih rosak jalan tersebut. Tuan Speaker, kalau ini tidak kita Kerajaan tidak ambil perhatian, ambil tindakan yang secepat mungkin besok nanti Pan Borneo yang sudah siap, tidak lama rosak lagi. Jadi Tuan Speaker, saya minta Kementerian JKR wujudkan satu penguatkuasa ataupun task force team turun ke jalan tersebut untuk buat siasatan. Bila mahu tangkap, jangan saja tangkap lori dan drivernya, bila mahu tangkap sekali gus kita mahu check buah kelapa sawit dari mana kebun ke mana kilang, sekali gus kasih saman dia. Ini saman untuk ganti rugi jalan ini. Saya yakin Tuan Speaker, kalau ini

yang telah berlaku tidak lama lagi jalan di Telupid sampai ke Sandakan, ke Sukau tiada masalah sudah.

Begitu juga kita boleh lihat yang jalan lain seperti Ranau ke Kota Kinabalu tiada pengguna yang tidak bertanggungjawab, tiada masalah. Itu saja jalan yang balik-balik bikin, balik-balik rosak, tetapi duit yang mereka untung daripada nyawa rakyat Sabah ini. Jadi bila ada kemalangan salah lagi Kerajaan, hina lagi menteri, hina lagi kerajaan. Jadi, inilah saya minta pihak Kementerian ambil tindakan dengan secepat mungkin.

Tuan Speaker, selain daripada itu perkara kedua adalah buah-buahan di Sabah ini kena ada ceiling price sebab kita sedar dan tahu semakin hari semakin ramai orang tanam buah Musang King dan juga Duri Hitam. Jadi untuk makluman Tuan Speaker, seluruh Sabah telah pun ditanam durian Musang King lebih 7,000 hektar termasuk baru-baru saya dapat tahu satu GLC, Sawit Kinabalu pun sedang cadang tanam 1,000 ekar pokok durian Musang King dan telah pun sudah tanam 100 ekar. Tetapi, yang saya bimbang ini bila dua tiga tahun mulai hasil buah-buahan durian-durian ini, berjuta-juta tan ini ke mana? Yang ini telah berlaku, bukan akan berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku. Ini terpaksa bila jumpa di pasar lelong dengan harga murah ataupun akhirnya buang di siring jalan. Begitu juga buah-buahan yang lain. Dulu Sabah khususnya Keningau, Tenom banyak buah-buahan macam-macam. Papaya ada, Pamelo ada, avokado ada, guava ada, pisang pun banyak. Tetapi ini hari semua petani-petani ini terpaksa tumbang… 22/04/2024 -

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Pokok buah-buahan, tanam kelapa sawit.

Tuan Speaker, kelapa sawit ini walaupun harganya tengah murah, satu (1) tan baru RM500.00 bermakna satu (1) kilo kelapa sawit hanya 50 sen tetapi petani-petani ini sanggup tanam sebab senang jaga dan senang jual dan dengan harga yang tetap, tetapi berbanding dengan buah durian Musang King bila musim sekarang ini, lebih RM100.00 satu (1) kilo.

Paling-paling pun bila musim terjumpa pun paling-paling RM50.00 sekilo. Kalau RM50.00 sekilo buah durian, maksudnya satu tan adalah 50,000. Tetapi Tuan Speaker, tanah di Sabah subur. Cukup subur.

Khususnya Keningau, Tenom, Lahad Datu, Kunak, Sandakan, Kota Belud, Kota Marudu, semua tanahnya sesuai untuk tanam buah-buahan. Oleh sebab kerajaan, Kementerian Pertanian tiada buat harga siling untuk buah-buahan akhirnya, semua terpaksa tanam buah kelapa sawit. Seperti negara jiran kita Thailand. Thailand, cuacanya, tanahnya lebih kurang Sabah. Luas. Tetapi kenapa Thailand tidak tanam kelapa sawit dan Thailand adalah antara satu negara yang export buah-buahan yang terbesar ke seluruh dunia tetapi Sabah ini diikat oleh kelapa sawit sahaja. 50 sen satu kilo.

Tuan Speaker, ini pun satu kita bilang, kita kata membantu orang miskin. Antara satu kategori orang miskin sebetulnya khususnya di pedalaman, mereka ada tanah. Ada tanah dalam satu, dua ekar ataupun tiga ekar. Kalau dua, tiga ekar ini, kalau mahu tanam kelapa sawit tidak untung. Memang rugi.

Tetapi, kalau tanam Musang King ini, dapat duit tetapi oleh sebab tiada ceiling price, besok, nanti bila sudah hasil nampak duit, bila turun berjumpa-jumpa, lelong mahu tampung rugi. Satu ekar kelapa sawit boleh tanam 55 pokok dan satu ekar setiap orang paling-paling RM500.00 hasilnya satu tan dan satu tahun paling-paling RM6,000.00. Tetapi, berbanding dengan durian Musang King. Kalau kita set celing pricenya ada RM50.00 satu kilo. Satu pokok, satu ekar boleh masuk 30. Boleh tanam 30 pokok. Satu pokok kalau kita jangka dia 100 kilo boleh hasil, jadi, satu bulan ada 1 ekar pendapatan...

Yang Berhormat…

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Dapat 150,000.

Minta penjelasan, minta laluan. Boleh?

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Aik?

Aik? Kawan. Kawan.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Okey, silakan.

Minta penjelasan. Terima kasih, Datuk Speaker. Tadi Yang Berhormat Menteri awal-awal mengatakan bahawa SAWIT KINABALU ada menanam seribu hektar atau seribu ekar kalau tidak silap saya tadi tapi di akhir-akhir itu saya tengok Yang Berhormat galakkan pula tadi untuk mengawal harga dan sebagainya dan tiba di saat akhir, Yang Berhormat pula mahu menggalakkan banyak pula pekebun-pekebun untuk menanam.

Cuba bagi penjelasan. Sebenarnya, Yang Berhormat sokong untuk tanam banyak-banyak atau pun mahu kawal tanaman Musang King tadi.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

YB, ada kau tanam Musang King? Kita memang mahu sokong untuk tanam buah-buahan di Sabah sebab Sabah, tanah Sabah cukup subur. Jangan saja kita tanam kelapa sawit.

Kalau YB ada tanah, jangan tanam kelapa sawit saja sebab 50 sen satu kilo. Kalau kita tanam Musang King, RM50.00 satu kilo. Saya sambung. Kalau kita, kebun-kebun kecil ini kalau satu, dua ekar tanah ini, kalau kita wujudkan ini ceiling price dengan buah-buahan, saya yakin orang-orang kampung ini akan turun, akan balik ke kampung buka tanah masing-masing untuk tanam buah-buahan sebab bila ada ceiling price, mereka ada semangat.

Ada jaminan untuk tanam buah-buahan. Esok hasil sekurang-kurang kita tahu mana akan jual. Dalam masa yang sama, kita mesti mahu buka banyak collection centre seperti kilang seperti itu Collection Centre Kelapa Sawit. Barulah petani-petani ini ada semangat untuk tanam ini.

Jangan esok nanti bila hasil tiada harga. Ingat macam untung. Bila esok bawa pergi pasar jumpa-jumpa terpaksa lelong dengan harga yang rugi modal. Jadi, Tuan Speaker, saya harap kita nak belajar di sama negara jiran kita Thailand.

Kita jangan saja diikat oleh kelapa sawit. Kalau kebun-kebun kecil ini, kalau kita dapat wujudkan satu ceiling price. Boleh set ceiling price, bukan sahaja Musang King tetapi semua buah-buahan di Sabah ini.

Saya yakin ramai orang mahu tanam buah-buahan seperti tadi apa yang YB Pembangkang kata. Kalau boleh, belakang rumah tanam padi. Kalau kita ada ceiling price ini, tak payah kita ajar. Mereka masing-masing buka tanah. Jadi, kita akan kurangkan orang miskin di Sabah ini.

Jadi, Tuan Speaker, saya minta kalau Kementerian Pertanian ini boleh set ceiling price dengan secepat mungkin tapi Tuan Speaker, kita jangan duduk office, set sendiri, syok sendiri. Kita nak turun padang pergi kebun-kebun, jumpa petani-petani atau pun industry player yang untuk makluman Tuan Speaker, sekarang di Sabah ada satu NGO untuk, Persatuan untuk tanam Musang King.

Ini semua industry player, kita sebetulnya mahu duduk bincang sama mereka baru kita set ceiling price yang untuk senang petani. Jangan duduk office, tutup pintu untuk set ceiling price kalau tidak, esok bengong semua petani. Jadi, itu sahaja Tuan Speaker. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Saya minta, cadangan saya disokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Karamunting. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Bongawan.

Bismillahirahmanirahim assalamualaikum waramatulahitaalah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi ruang saya untuk membahas ucapan dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 18 hari bulan empat tahun 2024. Saya menyambut baik segala usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasa keterjaminan makanan khususnya melibatkan padi atau beras di Sabah melalui banyak perancangan serta pelaksanaan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran SSL Komuniti tersebut.

Tuan Speaker, sebagaimana yang pernah saya suarakan sebelum ini bahawa sewajarnya, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan memperkasa semula tanah sawah terbiar di seluruh Sabah sebagai langkah utama untuk meningkatkan SSL beras kita.

Ini adalah langkah paling tepat dan merupakan penyelesaian utama untuk menjamin bekalan beras kita berbanding rancangan demi perancangan projek-projek pertanian yang langsung tidak berhasil atau membawa manfaat kepada usaha meningkatkan keterjaminan makanan kita. Terdapat ratusan ribu ekar tanah sawah di Kota Belud, Penampang, Papar, Bongawan hingga ke Membakut yang dulunya pernah aktif dalam tanaman padi kini terbiar hingga perlukan usaha untuk menghidupkan semula kawasan ini.

Justeru, saya menggesa Kerajaan Negeri supaya menghentikan segala usaha dan perancangan yang tidak jelas hanya membuang masa dan membazir duit rakyat. Sebaliknya, ubah semuanya dengan mengaktifkan semula kawasan sawah padi yang terbiar ini.

Tuan Speaker, usaha ini biar relevan kerana semua kawasan sawah ini sebelumnya merupakan penyumbang kepada kelestarian keselamatan bekalan beras kita sejak sekian lama.

Namun, disebabkan beberapa masalah semuanya terhenti hingga menyebabkan berlaku isu kekurangan beras sebagaimana berlaku sebelum ini hingga menimbulkan keresahan di hati rakyat.

22/04/2024 -

Kesimpulannya, kita bangunkan semua sawah padi terbiar ini, dengan cara mengatasi sebarang segala, segala masalah berkaitan seperti sistem pengairan dan perparitan termasuk masalah jentera-jentera padi yang sudah uzur dan perlu diganti segera. Jika semua masalah ini diselesaikan, insya-Allah, kita mampu meningkatkan keterjaminan makanan kita malah saya yakin mampu mencapai lebih 35% SSL menjelang tahun 2025. Kita pernah lakukan

sebelum ini tanpa perlu ada sebarang kajian atau perancangan projek pertanian sebagaimana kerana semua itu hanya membuang masa dan membazir wang rakyat. Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Kerajaan dan agensi berkaitan mengenai status pembangunan pertanian bersepadu, iaitu IADA di Kota Belud. Apa perkembangan dan peranan IADA ini? Adakah masih berfungsi ataupun sudah memberi hasil yang diharapkan untuk memperkasa penanaman padi di Kota Belud? Apa yang disaksikan sekarang ini hanya sebilangan kecil kawasan penanaman padi yang masih aktif, itupun menghadapi banyak masalah seperti bekalan air dan perparitan. Manakala, kawasan selebihnya difahamkan sudah menjadi sawah terbiar melibatkan ribuan hektar. Justeru, saya ingin tahu apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengaktifkan semula peranan IADA ini kerana dalam bajet Sabah tahun ini tidak ada sebarang perancangan melibatkan IADA walaupun ia di bawah Kerajaan Pusat. Tuan Speaker, dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan keselamatan makanan bagi memperkasa pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat, saya lihat Kerajaan melalui agensi berkaitan terlepas pandang terhadap satu industri yang belum ini menjadi antara penyumbang ekonomi rakyat, iaitu industri sarang burung walit. Semua maklum, industri ini berpotensi dibangunkan kerana harga bagi sekilogram sarang walit mencecah ribuan ringgit dan situasi ini sudah tentu menepati usaha Kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam aspek kesejahteraan rakyat. Untuk makluman, Kerajaan Warisan sebelum ini telah memperuntukkan tujuh juta untuk pembangunan industri walit di Sabah membabitkan bantuan pembinaan rumah burung walit dan sebagainya. Ini kerana kita sedar mengenai potensi industri ini yang mendapat permintaan besar pasaran dunia, khususnya dari Negara China.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri harus berbangga kerana hasil walit Sabah adalah yang terbaik berbanding kawasan lain di Malaysia. Malah, China hanya mengimport hasil atau produk walit daripada Malaysia, khususnya Sabah dan tidak berminat dengan hasil walit daripada negara jiran. Berikutan kualiti sarang burung walit kita yang tinggi yang berpunca persekitaran alam semula jadi kita yang unik. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah kecil yang berlaku terhadap industri ini apabila banyak rumah burung walit yang gagal atau dalam erti kata mudah burung

walit tidak bersarang di dalamnya sehingga merugikan pengusaha kita. Daripada pengambatan pakar, didapati punca adalah kerana beberapa faktor yang tidak diambil berat oleh pengusaha rumah walit kerana tidak mempelajari sepenuhnya keadaan penjagaan walit yang sebenar. Namun masalah ini, hanya sebilangan kecil sedangkan sudah ramai pengusaha walit yang berjaya tinggal meraih sehingga puluhan malahan ratusan ribu sebulan. Justeru, saya berharap, Kerajaan Negeri tidak terlepas pandang potensi industri walit di Sabah yang bukan sahaja melibatkan hasil daripada Gua Madai di Kunak, atau Gomantong di Sukau tetapi juga rumah atau bangunan-bangunan walit milik pengusaha tempatan.

Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri turut memperkasa industri walit ini sebagai salah satu langkah utama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama mampu mencegah kemiskinan di kalangan masyarakat kita. Jadikan industri ini sebagai salah satu penyumbang besar kepada pendapatan Kerajaan negeri bersama industri lain di Sabah.

Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyuarakan rintihan pengusaha pelancongan tempatan tentang bayaran oleh operator pelancong yang amat rendah, iaitu sekitar RM40.00 satu kepala, sedangkan segala kos dan perbelanjaan bagi perkhidmatan prasarana pelancongan semakin meningkat seiring dengan situasi kenaikan harga barang-barangan kita hari ini. Untuk makluman pengusaha pelancongan tempatan ini, menyediakan perkhidmatan makanan untuk setiap pelancong yang datang di bawah operator pelancongan termasuk khidmat bot, membawa mereka melihat keunikan serta keindahan biodiversiti alam semula jadi kita. Antara khidmat diberi termasuk membawa pelancong menyaksikan monyet, proboscis, sunset, kunang-kunang termasuk pakej makanan dan minuman petang. Namun, bayaran diterima daripada operator pelancong tidak setimpal dengan perkhidmatan diberikan sehingga pengusaha kita terdiri daripada masyarakat setempat dalam dilema sama ada meneruskan perniagaan ini atau tidak. Sedangkan mereka sudah membelanjakan banyak untuk membina jeti, dewan makan, membeli bot-bot, dan banyak lagi. Justeru, Tuan Speaker, saya ingin bertanya, apakah tindakan daripada Kementerian untuk menangani masalah yang sudah berlarutan sekian lama tanpa ada respon ataupun tindakan untuk membantu pengusaha tempatan kita ini? Saya berharap Kementerian Pelancongan mengambil maklum

masalah ini dengan berbincang dengan semua operator pelancongan supaya dapat memberikan bayaran lebih setimpal.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyuarakan mengenai masalah konflik bidang kuasa di antara Pejabat Daerah Membakut dan juga Pejabat Daerah Papar, berkaitan masalah pengagihan bekalan air bersih pada masyarakat di DUN Bongawan ekoran kemarau baru-baru ini. Ekoran perancangan bidang kuasa ini ada beberapa kampung di bawah daerah Membakut, tidak menerima bantuan bekalan air dengan alasan kampung terbabit berada di bawah Papar, daerah Papar ataupun dalam erti kata lain di bawah tanggungjawab Jabatan Air Cawangan Papar. Antara kampung terlibat, Kabang, Lingan, Kimanis, Kampung Mendahan yang sememangnya dekat dengan Papar namun terletak di bawah daerah Membakut. Apabila saya menghubungi Pegawai Daerah Papar mengenai ketiadaan air di kampung terbabit, mereka mengatakan kawasan terbabit di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Membakut atau lebih mudah Jabatan Air Papar sedangkan Membakut juga ada Jabatan Air sendiri. Situasi ini amat mengelirukan rakyat, malahan memberi masalah kepada rakyat yang terjejas hanya disebabkan oleh masalah kecil yang tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana pentadbiran daerah di Sabah.

Tuan Speaker, justeru saya meminta Kerajaan Negeri supaya dapat mengatasi masalah ini, supaya tidak berulang di masa depan terutamanya semasa berlaku bencana hingga menyukarkan hidup rakyat. Tuan Speaker, saya turut ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan mengenai masalah liputan internet di DUN Bongawan yang tidak berfungsi di banyak kawasan kampung. Yang peliknya, kawasan terbabit mempunyai menara telekomunikasi, namun malang tidak befungsi walaupun sudah didirikan sejak sekian lama. Semua maklum, jaringan internet adalah keperluan utama kita dan sewajarnya masalah ini tidak berlaku, khususnya di bawah agenda Sabah Maju Jaya.

Tuan Speaker, demi menjayakan usaha Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan rakyat, ekonomi rakyat, saya meminta pihak PETRONAS untuk mewujudkan industri hiliran...

22/04/2024 -

JUBAIDAH

– NUR

FATIN

Di DUN Bongawan melalui kewujudan terminal gas dan minyak Sabah atau SOGT di Kimanis antara cadangan saya adalah dengan mewujudkan produk hiliran berasaskan minyak dan gas sesuai dengan keberadaan SOGT di kawasan ini seperti produk minyak pelincir kenderaan, gas memasak dan produk-produk berkaitan lainnya.

PETRONAS dan SOGT wajar melaksanakan inisiatif ini sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat untuk masyarakat di kawasan ini bagi membantu mewujudkan industri yang dinyatakan sekali gus membantu masyarakat setempat menjana ekonomi mereka.

Tuan Speaker, usaha ini penting kerana kawasan ini, khususnya Kimanis telah memberikan kelebihan buat PETRONAS hingga memudahkan usaha berkaitan minyak dan gas seterusnya memberikan keuntungan besar buat badan tersebut. Namun malang, apakah sumbangan PETRONAS untuk Kimanis di sebalik semua ini sejak sekian lama? Justeru, Tuan Speaker saya meminta Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan PETRONAS dan SOGT supaya aspirasi masyarakat di DUN Bongawan yang terletak di daerah Membakut tercapai sekali gus memenuhi usaha Kerajaan Negeri untuk menyejahterakan rakyat.

Tuan Speaker, di samping kritikan dan teguran saya turut menyokong beberapa langkah Kerajaan di dalam usaha dasar Tuan Yang Terutama ini khususnya dalam aspek pembangunan serta bantuan pendidikan, pemeriksaan golongan miskin, pemerkasaan golongan miskin B40 termasuk serta pelbagai lagi inisiatif yang menjurus bukan sahaja menyejahterakan masyarakat tapi juga pemerkasaan ekonomi dan pembangunan Sabah. Antara yang amat saya sokong termasuk inisiatif Kerajaan Membudayakan STEM, program-program mengurangkan beban ibu bapa B40 seperti BUDI, BAIK, BAKTI, BISBAH dan BANTU.

Selain itu, Tuan Speaker Program Pembangunan Modal Insan juga saya sokong dan sambut baik khususnya melibatkan kepentingan golongan belia serta program

pembasmian kemiskinan dan banyak lagi inisiatif yang mampu memberikan manfaat serta impak besar terhadap kepentingan rakyat di semua peringkat. Tuan Speaker, tidak semua kita tolak apa yang baik dan berkesan untuk rakyat yang Kerajaan lakukan kita sudah tentu akan sokong kerana kita tidak membabi buta, mengkritik atau kepentingan sendiri. Sebaliknya, teguran yang diberikan demi kepentingan rakyat kerana rakyat tanggungjawab kita walaupun mereka berada di kawasan Pembangkang atau Kerajaan rakyat tetap rakyat yang harus dibantu tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Apa yang penting Tuan Speaker, Kerajaan harus bersikap adil kerana tujuan Kerajaan diwujudkan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat sebagai satu amanah dari Allah SWT yang perlu ditunaikan. Tuan Speaker, sebelum mengundur diri saya ingin menyeru kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama berusaha membantu wilayah Sabah ini mengharungi cabaran seterusnya meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat. Tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Sekian dan terima kasih, saya ingin mencadang.

Speaker

Menyokong, menyokong.

Saya ingin menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Bongawan sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat daripada Telupid, 15 minit ya.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Seri Speaker. Selamat petang, salam sejahtera kepada semua Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan dan para pemerhati di Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, kita telah mendengar ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada 18 hari bulan yang lalu.

Pada hemat saya, ucapan Dasar ini amat menyeluruh dan merupakan satu maklumat penting serta panduan bagi kita semua terutamanya kepada setiap Kementerian untuk memastikan agenda Kerajaan ini dapat dicapai dengan baik,

telus dan cepat. Datuk Speaker, sebelum saya membahaskan beberapa perkara yang disentuh oleh Tuan Yang Terutama dalam pembukaan Sidang baru-baru ini saya mewakili seluruh masyarakat daerah Telupid ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah mengambil perhatian seterusnya meluluskan beberapa permohonan mendesak di dalam kawasan kami iaitu daerah Telupid.

Saya tidak berniat untuk membuat perbandingan atau mengambil kira pencapaian daerah lain tetapi saya ingin berkongsi dengan sumbangan Kerajaan kepada daerah kami di Telupid yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. Datuk Speaker, dalam empat tahun Kerajaan GRS memerintah dan pada hari ini bersama-sama dengan PH Plus beberapa kelulusan telah kami terima di daerah Telupid. Yang pertama, kelulusan mengenai dengan berkaitan dengan Pejabat Jabatan Tanah yang sangat penting bagi kami untuk menyelesaikan masalah tanah di daerah Telupid dan terima kasih pada Kerajaan kerana dalam tempoh tiga tahun saya menjadi Wakil Rakyat harapan kami untuk mendapatkan Pejabat Daerah Tanah di Daerah Telupid telah menjadi kenyataan atas kesedaran bahawa masalah tanah ini perlu disegerakan.

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana menempatkan Jabatan Tanah dan Ukur di daerah Telupid dan sedang beroperasi sekarang. Saya juga difahamkan ada peruntukan tambahan untuk membina baru Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur ini dan saya mengalu-alukan kerana buat masa ini pejabat ini menggunakan ruang kecil di dalam Pejabat Daerah Telupid. Seterusnya Datuk Speaker, selain daripada itu, pewujudan pejabat ataupun pembinaan Pejabat Majlis Daerah Telupid juga telah diluluskan oleh Kerajaan dua tahun yang lalu dan sedang beroperasi sekarang dan juga Pejabat Jabatan Veterinar yang baharu, yang baru juga siap dan terima kasih kepada Kementerian Pertanian yang meluluskan satu bangunan baharu untuk kami di Telupid bagi Jabatan Veterinar dan juga penempatan seorang pegawai di Jabatan Pertanian yang mana pada dahulunya Jabatan Pertanian ini di bawah seorang pegawai yang di daerah Beluran dan sekarang ini Telupid mempunyai seorang pegawai dan ini

memudahkan bagi masyarakat untuk berurusan di daerah Telupid melalui Jabatan Pertanian dengan apa sahaja urusan di Pertanian tidak perlu lagi ke Beluran terutamanya ulasan-ulasan tanah, pemeriksaan-pemeriksaan lapangan dan sebagainya.

Selain daripada itu, ada juga kelulusan baru-baru ini di tahun yang lalu, iaitu pembinaan Pusat Jagaan Orang Tua di bawah Jabatan Pekhidmatan di bawah Kebajikan Am juga sedang dalam pembinaan. Kelulusan Balai Bomba baru-baru ini seorang pegawai telah datang di daerah Telupid untuk melihat tapak cadangan Bomba dan saya difahamkan ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan sudah tentu hasil sokongan daripada Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dan yang amat penting bagi kami di daerah Telupid, iaitu bagi menyelesaikan masalah air. Saya berterima kasih kepada Kerajaan bagi meluluskan projek menaik taraf Jabatan Air di Daerah Telupid pada tahun 2022 dan dijangka siap pada Julai tahun ini yang melibatkan penukaran engine set dan juga pam di intake Jabatan Air yang mana memang peralatan ini sudah 22 tahun tidak pernah ditukar dan juga penukaran kepada engine set dan pam di loji rawatan air yang mana peralatan ini telah dibuat atau telah dipasang pada 1992, iaitu lebih kurang 38 tahun tidak pernah ditukar dan inilah yang menjadi punca masalah air kami di daerah Telupid. Selain daripada itu juga, projek untuk tambahan tangki simpanan untuk membekalkan air di beberapa buah kampung di Mukim Ulu Labuk dan juga penukaran dua booster pump dan juga penukaran paip-paip utama kepada saiz yang lebih besar untuk membekalkan lebih banyak air untuk menampung pengguna yang semakin ramai dan juga penyambungan paip utama bagi beberapa kampung yang belum mendapatkan bekalan air bersih dan juga pelbagai kerja-kerja naik taraf di dalam Jabatan Air Telupid… 22/04/2024 -

[CHARITY]

–

DARRYL JUDE

-NORMA

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian JKR yang telah meluluskan projek naik taraf air dan untuk makluman kepada Dewan yang Mulia ini, saya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana

empat kali saya berjumpa dengan Ketua Menteri selepas saya angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan ini untuk menaikkan taraf Jabatan Air di daerah Telupid. Selain daripada itu, Datuk Speaker, pembinaan rumah SMJ lebih kurang 60 buah unit telah diluluskan dalam tempoh tiga tahun dan juga di bawah Kementerian Pertanian, penternakan berkelompok dan juga persendirian di bawah Jabatan Veterinar seperti ayam daging, ayam penelur dan juga penternakan kambing. Beberapa projek pengairan, Projek Pengairan Ladang Padi di Terusan Sapi di bawah KPD, penyelenggaraan jalan-jalan pekebun kecil, penyelenggaraan jalan-jalan perhubungan kampung dan banyak lagi.

Ini sebahagian kecil Datuk Speaker, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam tempoh empat tahun bagi kami di daerah Telupid dan jauh leb... belum mencukupi bagi daerah kami yang baru menjadi daerah penuh dan juga bagi daerah yang baru menjadi DUN di, di dalam negeri Sabah ini, dan saya berharap permohonan-permohonan yang mendesak yang sudah kita kemukakan, bukan sahaja melalui pejabat daerah dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dapat dipertimbangkan dan dipercepatkan oleh Kementerian-kementerian.

Datuk Speaker, walaupun ada suara-suara sumbang yang menuduh Kerajaan ini gagal tetapi bagi saya, ia bukanlah satu kegagalan tetapi ia merupakan proses yang perlu mengambil masa kerana setiap permasalahan yang kita hadapi hari ini adalah akibat daripada kelemahan bersama di masa yang lalu, dan inilah yang sedang diperbaiki dan diambil dan oleh diambil tindakan oleh Kerajaan untuk diselesaikan. Kalau ada di antara kita yang menabik dada bahawa “Saya lebih hebat dan lebih baik” maka ia adalah bohong dan retorik. Bukankah di antara kita sudah diberi peluang untuk menyelesaikan masalah-masalah asas kita di negeri Sabah ketika bersama-sama dalam Kerajaan dan juga semasa berkuasa? Ada yang berpuluh tahun menjadi YB dan memegang jawatan penting dalam Kabinet Negeri mahupun Persekutuan. Namun masalah asas kita dan juga taraf kemiskinan masih membelenggu kita di negeri Sabah. Adakah dengan menukar Kerajaan yang sedia ada ini memberi jaminan bahawa masalah kita ini akan selesai dengan segera?

Siapa yang di antara kita berani memberi jaminan ini? Sedangkan peringkat Persekutuan yang dipimpin oleh Kerajaan yang pada dahulunya pembangkang dan sekarang ini sudah memerintah, masih terkial-kial untuk mentadbir dan membangunkan negara ini. Kerana bagi saya, selagi ada kehidupan, selagi itulah kita berhadapan dengan penyelesaian masalah.

Oleh yang demikian Datuk Speaker, janganlah kita asyik mencari kesalahan dan saling menuding jari atas kelemahan dan kesilapan kita di masa yang lampau. Tetapi marilah kita bersama-sama membangunkan negeri ini dan mempertahankan serta memperjuangkan hak-hak negeri kita yang tercinta ini.

Datuk Speaker, berbalik kepada perbahasan saya kepada Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, saya amat menyambut baik namun beberapa penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terutamanya dalam sistem penyampaian oleh kakitangan Kerajaan.

Saya selalu mendengar keluhan masyarakat tentang beberapa masalah mengenai kakitangan atau pegawai Kerajaan yang sangat lambat untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu masalah seperti masalah kebocoran paip, masalah gangguan elektrik dan kelambatan untuk membaiki jalan-jalan utama oleh JKR atau pemegang konsesi. Pelbagai alasan yang saya dengar daripada pegawai dan kontraktor, seperti kerja-kerja yang terdahulu dia bilang, belum dibayar. Jadi susah mau pusing balik dia bilang itu kos.

Kadang-kadang peralatan belum dibekalkan oleh pihak atasan. “Belum ada peruntukan” inilah selalu ayat-ayat ini kita dengar. Mesin atau jentera rosak, kita amat memahami dengan situasi ini dan faham tentang kekangan-kekangan tertentu ini tetapi bila masalah ini sering berulang-berulang, sering berulang-ulang dan le… seperti bekalan berulang-ulang dan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti bekalan air, bekalan elektrik, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan masyarakat dan lebih malang YB dan Kerajaan pula yang akan menjadi sasaran kepada kemarahan pengguna.

Jadi kita mohonlah kepada semua pemegang taruh Kerajaan supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cekap dan komitmen.

Apa yang kita lakukan sekarang ini akan menjadi penentu kepada kepada masa depan negeri kita di negeri Sabah ini. Kalau kita tidak ubah cara kita untuk bekerja, saya percaya kita akan mewariskan masalah ini kepada generasi kita di masa akan datang.

Datuk Speaker selain daripada itu, saya juga mendapat beberapa isu maklumat beberapa isu dengan kerenah birokrasi dalam sistem penyampaian kakitangan Kerajaan yang sering dilontarkan oleh masyarakat kita, iaitu isu kelewatan pengurusan tanah seperti dokumen permohonan tanah yang hilang, dokumen-dokumen tiada balasan dan terlalu banyak ulasan yang diminta, susah jumpa pegawai, masalah pertindihan tanah yang banyak dan tidak selesai, bicara tanah di peringkat daerah ataupun di peringkat, pengarah berat sebelah yang menafikan hak-hak orang kampung dan ini semua menambahkan kemarahan rakyat kita di negeri, di negeri Sabah ini.

Ada juga saya dengar terdapat kakitangan Kerajaan yang tidak mesra kepada pelang… kepada masyarakat. Ada yang marah dengan masyarakat dan ini secara spesifik saya tujukan kepada di Jabatan Kebajikanlah, minta maaf. Saya mendapat makluman dan ini saya sudah sampaikan kepada Menteri mengenai dengan beberapa kakitangan yang.

Speaker

Tapi ramai juga pegawai yang baik, kan?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, Datuk Speaker?

Speaker

Ramai juga pegawai yang baik, kan?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, ya, ya, ya. Tapi ini segelintir kecil saja.

Tapi saya ingin maklumkan di sini bahawa kadang-kadang ini juga yang menjadi kemarahan rakyat kepada kita, iaitu sikap terbawa-bawa barangkali dia ada masalah dari rumah kah, masalah peribadikah tapi janganlah menunjukkan kemarahan itu di depan orang-orang tua yang sudah lah memohon kebajikan. Kebajikan ini adalah pusat untuk meminta bantuan Kerajaan. Orang tua, balu, orang cacat yang datang untuk minta duit, menjaga sakit terlantar. Tapi kalau kena marah lagi sehingga saya

difahamkan pernah kasih koyak lagi kertas permohonan, “Ini bukan original, ini photostat”, dia kasih koyak depan pemohon, tidak bolehlah.

Jadi ini saya minta kepada Kementerian supaya mengambil sikap ataupun memantau setiap laporan masalah-masalah kakitangan awam di setiap daerah kita. Ada juga yang saya dengar mengenai dengan beberapa kumpulan kontraktor yang cuba untuk mempengaruhi penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai daerah ataupun juruteknik yang mungkin dia boleh mudah untuk menyampaikan permohonan kepada peringkat atasan. Jadi tidak melalui UPPM, tidak melalui YB. Jadi ada satu kes Datuk Speaker, YB pun memohon projek pada Kementerian kerana projek itu mendesak dan orang-orang ini, kontraktor-kontraktor ini juga memohon peruntukan di Persekutuankah, di peringkat negeri dan kemudian adalah lulus daripada Kementerian. Jadi kampung saya ini contoh sebagai yang paling jelas, saya memohon lebih kurang mahu lima projek dan kebetulan ada kewangan Kerajaan Persekutuan dan lulus dan kemudian ada juga kelulusan yang dipohon oleh kontraktor dan lulus di tempat yang sama.

Saya menjadi bahan tohmahan kepada masyarakat, dia bilang “mentang-mentang itu YB punya kampung, semua projek dia taruh sana” dia cakap. 22/04/2024 -

– AZRIN

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Jadi, inilah masalah dia sekiranya kalau ada kontraktor yang mempengaruhi Pegawai-pegawai Daerah, tidak melalui kita punya ADUN. Jadi, kita pun tidak tahu itu senarai. Kebetulan bila lulus semua, bukan kita yang pohon semua. Banyak orang memohon, kontraktor-kontraktor memohon, dan kemudian lulus pada suatu tempat, kebetulan di kampung saya. Jadi, orang cakap kampung si YB saja banyak. Mentang-mentang dia YB, dia saja banyak projek. Bukan kita yang kasih lulus.

Jadi ini Datuk Speaker, ini salah satu juga yang boleh mengeruhkan keadaan. Jadi, saya minta kepada penjawat awam terutamanya yang ada kuasa mengenai dengan peruntukan-peruntukan ataupun permohonan peruntukan ini, sudah diminta oleh

Ketua Menteri dan Menteri, saya ingat dulu kita retreat di Kudat jelas dimaklumkan bahawa semua permohonan itu harus dibuat perbincangan dengan Yang Berhormat. Kita tidak kisah kontraktor itu ada linkkah, di mana dia punya keluargakah, kerja pihak atasan sana, di Kementerian, kita tiada kisah, lagi bagus. Tetapi, kita mahu supaya projek-projek yang kita pohon ini, supaya projek ini betul-betul keutamaan bukan berasaskan keuntungan. Keutamaan.

Jadi kalau pun itu keutamaan, tiada masalah. Kita pohonlah. Bagus jugalah kena tolong itu YB untuk memohon. Tapi, kalau memohon satu kampung sampai sepuluh kelulusan, orang akan cakap tapi bukan saya yang pohon. Jadi, ini yang saya minta supaya perkara ini dapat diambil perhatian. Bawalah berbincang pada wakil rakyat mengenai dengan projek-projek yang dipohon itu supaya kita boleh bincang di mana keutamaan-keutamaan, supaya kita tidak bertindih dan pelaksanaan itu tertumpu kepada satu tempat kerana banyak kampung lagi yang memerlukan permohonan-permohonan ataupun peruntukan-peruntukan fizikal ini.

Jadi Datuk Speaker, bukanlah niat untuk menuduh ataupun memburuk-burukan kakitangan Kerajaan, apalagi mahu cari pasal dengan Kerajaan ini melalui kakitangan-kakitangannya. Mereka adalah pelaksana dasar, mereka yang ada kuasa, jadi bukan niat kita untuk begaduh dengan mereka. Tetapi selaku Wakil Rakyat, ini maklumat dan perkongsian yang sering rakyat majukan kepada Wakil Rakyat. Mahu tidak mahu saya sampaikan perkara ini kerana ini juga yang akan membantutkan hubungan kita dan juga cara sistem Kerajaan ini berfungsi. Memang setiap pegawai ada alasan munasabah, setiap masalah yang timbul tetapi kalau masalah seperti ini tiada penghujungnya, maka timbul persoalan siapa lagi yang akan menyelesaikannya?

Jadi Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan masalah kemiskinan dalam ucapan Tuan Yang Terutama (TYT) sidang pembukaan baru-baru ini, iaitu…

Speaker

Ada dua minit masamu ini.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, Datuk Speaker. Iaitu saya ingin mengemukakan kembali cadangan dan saranan serta desakan kepada Kerajaan

dalam membasmi kemiskinan ini, rakyat kita senang saja yang kita boleh, maksudnya bantu mereka, iaitu dari segi pengeluaran geran. Berulang-ulang kali saya katakan kepada ke dalam Dewan yang mulia ini mengenai dengan percepatkan pengeluaran geran tanah kerana banyak bantuan-bantuan daripada Kerajaan ini memerlukan geran tanah. Janganlah kita sibuk tentang berapa puluh ribu kita bagi dia orang itu, tapi kalau dia orang ada geran tanah, maka dia orang boleh dapat bantuan daripada MPOB. Kalau tidak pun secara percuma, AGRO Bank sekarang kalau ada geran tanah boleh pinjam di AGRO Bank, lima tahun baru boleh bayar dia punya pinjaman. Tidak juga menyusahkan kepada rakyat kita. Lima tahun kelapa sawit, dua tahun, tiga tahun sudah berbuah. Jadi, sudah boleh bayar hutang. Jadi, percepatkanlah pengeluaran geran tanah ini supaya orang-orang kita bila ada tanah, ada geran tanah, dapatlah mereka meningkatkan pendapatan melalui bantuan-bantuan Kerajaan. Selalu orang datang di pejabat minta sokongan, tapi semua pakai geran tanah. Jadi bagaimana? Susah sangatkah mahu kasih keluar geran tanah ini? Saya difahamkan banyak sudah di HQ geran tanah itu. Hantarlah di PPHT untuk beri kepada orang kampung.

Di daerah saya sudah banyak yang diukur melalui Kaedah PANTAS. Sampai sekarang dia punya geran tanah belum keluar. Ukur PANTAS 2014, takkan sudah geran itu, sudah kena ukur, ada pelan ukur, sudah endorse itu pelan, apa lagi yang mahu ditunggu ini? 2014, sekarang 2024, sepuluh tahun sudah. Susah sangatkah mahu cetak geran tanah? Jadi, ini juga membantu kita untuk memikirkan bagaimana kita kasih keluar rakyat kita ini daripada kemiskinan. Perkara kecil itu tolonglah, percepatkanlah mengenai ini dengan masalah geran tanah.

Mengenai dengan ini pelabur, supaya bila ada pelabur, kita ada peluang pekerjaan, bila ada peluang pekerjaan, rakyat ada kerja, ada kuasa beli. Maka, bila ada kuasa beli secara automatik kita akan boleh menjana ekonomi kita. Jadi, ini kita minta dengan Kementerian supaya meneroka sumber-sumber baharu dan saya di Telupid mempunyai kawasan yang luas. Jabatan Haiwan, saya tidak tahu sekarang ini Jabatan Haiwan menternak dan menyelidik. Tapi, kita ini masih kekurangan daging. Kita masih mengimport lagi daging lembu daripada Pakistan, India dan sebagainya. Jadi, saya tidak tahu buat apa itu kawasan terlalu luas untuk padang ragut, lembu pun kurang juga.

Jadi selain daripada itu tuan-tuan, Datuk Speaker, mengenai dengan masalah infrastruktur juga di daerah Telupid ini, mohonlah juga supaya jalan-jalan kampung, air dan elektrik ini dapat diselesaikan segera. Masalah elektrik dan air ini juga boleh membantu untuk mempercepatkan perkembangan ekonomi setempat bagi meningkatkan pendapatan kita di daerah. Demikian juga dengan sekolah-sekolah daif, dengan fasiliti-fasiliti yang tidak, yang tidak berkesan sudah. Kita minta supaya Kerajaan menaik taraf sekolah-sekolah di luar bandar ini supaya mutu pendidikan ini kita boleh berikan kepada anak sekolah kita, supaya anak-anak kita mempunyai kualiti dari segi pendidikan dengan kualiti yang baik, mereka bijak untuk mencari peluang dan sudah tentu mereka akan menjadi modal insan yang boleh membantu keluarga mereka keluar daripada garis kemiskinan dengan kebijakan yang mereka perolehi daripada sekolah yang bermutu tinggi.

Jadi, Datuk Speaker beberapa perkara yang saya ingin bawa ke dalam, ada isu-isu di dalam kawasan saya, iaitu mengenai dengan masalah pertindihan tanah di antara dengan Jabatan Haiwan dan penduduk Singgah Mata. Ini sudah berlarutan sehingga ada suatu ketika saya datang di kawasan projek Jabatan Haiwan ini sehingga orang kampung pun mahu berpukul sudah sama pegawai-pegawai Jabatan Haiwan. Jadi, ini saya minta kepada Kerajaan supaya ada suatu ihsanlah kepada penduduk Singgah Mata untuk mengeluarkan kawasan yang mereka pohon itu, supaya dikeluarkan sebagai rizab kampung mereka, kerana bagi saya walaupun Kerajaan ada program ataupun ada projek ke atas kawasan mereka, iaitu tanah simpanan Jabatan Haiwan, tetapi bagi saya orang kampung itu lebih penting daripada haiwan yang kita ternak. Kadang-kadang nakal juga dia orang di Tiktok, dia bilang. “Suruhlah itu kerbau mengundi,” dia bilang. Jadi, itu orang tidak mahu mengudi. Nah, susah kita mahu dapat sokongan daripada kerbau.

Speaker

Sila gulung ah.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Selain daripada itu, Datuk Speaker, mengenai dengan masalah pentadbiran daerah ini, iaitu beberapa mukim di kawasan saya di Telupid yang dia punya pentadbiran masih lagi di daerah Beluran. Jadi, susah kita mahu kolaborasi, mahu tahu apa permohonan kerana kita memohon, dia mesti melalui Beluaran, iaitu Jabatan Air bagi kawasan Nangoh di

Batition, Datuk Menteri. Yang Berhormat Datuk James telah datang sendiri dan kawasan ini, air, Jabatan Air ini masih di Beluran, tapi kampung di daerah Telupid. Jadi, susah.

Kita minta kepada Kementerian dan beberapa kali saya sudah meminta supaya pentadbiran ini dipindahkan di daerah Telupid. Kita sudah ada Jabatan Air di daerah Telupid. Kenapa beberapa kampung ini masih di bawah pentadbiran di daerah Beluran? Memohon meter di daerah Beluran, membayar bil di daerah Beluran yang begitu jauh, menyusahkan. Beberapa tahun sudah ini. 2014, daerah telupid menjadi daerah penuh. Sekarang 2024 sudah. Lama sangatkan kita mahu kasih pindah kuasa ini kepada pentadbiran di daerah Telupid?

Demikian juga dengan pendidikan. Beberapa kampung di daerah Telupid ini masih PPDnya di Beluran. Demikian juga dengan JKR, jadi ini menyusahkan Datuk Speaker, menyusahkan. Jadi, kita mintalah kepada Kementerian supaya semua ini dapatlah dipindahkan di daerah Telupid supaya tidak menyusahkan orang kampung. 22/04/2024 -

] -

RAMENAH

– NUR FATIN

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

…kampung membayar bil air dari Telupid pergi ke Beluran bayar bil air. Pigi Beluran mau satu jam lebih. Kalau sekarang jalan rosak, dua jam. Kalau mau pigi di Pekan Telupid di Jabatan Air, cuma 30 minit. Aduh. Kenapa baini. Apa masalah kita. Jadi mintalah kementerian supaya perkara ini dapat dipercepatkan.

Mengenai dengan beberapa kawasan yang belum mendapat bekalan air bersih, 60 lebih tahun merdeka tetapi belum mendapat bekalan air bersih seperti Mukim Nangoh. Jadi saya mencadangkan di kawasan Mukim Nangoh ini, daripada Rancangan Nangoh, Pinunakan, Trumidi, Sinaputan, wujudkanlah loji. Mini loji baru RM5 juta saya difahamkan mini loji ini. Janganlah tunggu daripada Intake Pump Butition yang tidak boleh menampung pengguna sudah. Berilah mini loji. Jadi kita minta 60 tahun sudah merdeka, sampai sekarang belum dapat air. Saya terpaksa menggunakan Peruntukan Khas ADUN untuk membeli ini water pump, membeli tangki setiap kampung. Aduh. RM5 juta kalau satu tahun kasi bagi RM5 juta, enam

kampung selesai dan menteri sendiri sudah melihat. Saya membawa Menteri JKR baru-baru ni dan dia melihat sendiri. Dia pun merasa hairan juga 60 tahun tidak mendapat bekalan air bersih. Saya pun tidak tau di mana silapnya. Datuk Speaker, mengenai dengan cadangan untuk meletakkan hemodialisis di Klinik Daerah Telupid. Saya memohon ini diambil perhatian kerana ramai penghidap buah pinggang di Daerah Telupid termasuklah remaja. Jadi di Telupid tiada hemodialisis dan terpaksa ke Beluran ataupun ke Sandakan dan menyebabkan beberapa kehilangan nyawa kerana jauh untuk ke Sandakan untuk buah pinggang dan juga tambah darah. Jadi melibatkan kematian. Saya memohon supaya ini dapat diambil perhatian oleh kementerian.

Mengenai dengan isu konsesi jalan.

Speaker

Tiada masa sudah. Tutup dulu.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Last, last… yang terakhir. Mengenai dengan isu, ini penting ini. Mengenai dengan ini konsesi pembaikan jalan ini Datuk Speaker. Di Telupid ini, ada beberapa puluh batang jalan di bawah pembinaan Kekal Mewah. Jadi baru-baru ini banjir, baru-baru ini banjir banyak jalan yang putus sehingga saya sendiri pun membeli culvert kerana konon-konon itu culvert tiada dalam itu senarai kerja PKM ini Pembinaan Kekal Mewah, syarikat yang memegang konsesi ini. Jadi saya memohonlah supaya konsesi ini diberikan kepada setiap satu Parlimenlah. Janganlah macam satu syarikat ini, seluruh Sabah dia mau pegang ni. Peralatan pun tidak cukup. Tidak tau kewangan cukupkah tidak. Susah. Peralatan kadang-kadang kampung sebelah daerah lain daerah lain. Jadi orang sudah banjir, putus-memutus YB yang kena maki. Jadi kita mahu pohon pun itu konsesi daripada Kekal Mewahlah dan sebagainya jadi ini masalah kita. Jadi saya cadangkan kepada Kerajaan, mungkin boleh dibagi kepada JKR kerana setakat ini saya difahamkan di bawah Kementerian Kewangan. Jadi kalaupun begitu, bagilah kepada melalui Parlimen. Janganlah semua di negeri Sabah ini ada tiga konsesi yang dapat. Susah kita mau mengatur itu jalan raya kalau sudah hujan. Jadi ini juga yang menyebabkan orang kita di luar bandar ini sangat marah pada Kerajaan.

Di samping itu juga, saya ingin mencadang, saya ingin memohon kepada…

Speaker

Yang Berhormat, sila tutup.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Yang satu terakhir sudah ni mengenai dengan Pan Borneo.

Speaker

Satu, satu, satu…(tidak jelas, suara bertindih dengan YB Telupid).

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Pan Borneo saya ingin memohon supaya bajet untuk membina suatu transit di daerah Telupid memandangkan jalan Keningau - Tongod - Telupid dan saya difahamkan ada juga cadangan Kerajaan daripada Luasong ke Imbak dan sudah tentu Telupid menjadi hub perhentian yang strategik dan saya meminta kepada Jabatan Kerja Raya untuk melihat suatu tempat di Telupid itu sebagai satu hub sehenti.

Kenapa kita fikirkan sedemikian Datuk Speaker, kalau kita ada satu pusat sehenti di daerah Telupid, ini akan mengurangkan kesesakan di luar di kawasan bandar. Bas dari Tawau ataupun kereta-kereta penghantaran barang, punggah di Telupid kemudian kereta dari KK ke Telupid dan kemudian balik ke tempat masing-masing. Dan sudah tentu ini akan mengurangkan kesesakan lah. Dari kereta ke Tawau, dari Tawau ke Kota Kinabalu, di Telupid punggah barang punggah penumpang sambung kereta jadi bererti kereta daripada Telupid, daripada KK ataupun dari Tawau, dia balik sendiri. Dia balik semula. Tidak ke Kota Kinabalu untuk menambah trafik kita di KK. Dan bajet-bajet kita tahun lalu kita endorse dalam Dewan yang mulia ini untuk mengelakkan kesesakan di bandar mau hampir bilion. Tambatan banjir pun mau hampir bilion untuk masalah kesesakan. Kita tambah jejantas lagi, kita tambah lapan lorong lagi di kawasan bandar. Jadi saya memohon kepada JKR adakan satu pusat yang saya cadangkan dulu, ‘land port’ supaya tidak akan mengganggu trafik di kawasan bandar.

Jadi saya rasa itu saja Speaker, yang saya ingin kongsikan pada hari ini. Terima kasih sekali lagi ke atas ucapan dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada sesi pembukaan sidang baru-baru ini yang cukup menyeluruh dan harapan saya supaya setiap yang telah menjadi suatu dasar kepada Kerajaan ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya oleh setiap kementerian yang bertanggungjawab. Dengan itu saya sekali lagi mengucapkan selamat menyambut

Hari Raya Aidilfitri dan juga selamat menyambut Hari Pekerja dan selamat menyambut Kotobian Tadau Kaamatan kepada kita semua untuk bulan Mei ini yang tidak lama lagi akan menjelma. Dengan itu, Telupid menyokong. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Adun Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi. 15 minit juga.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya. Terima kasih Datuk Speaker.

Assalamualaikum waramahtullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan juga salam hormat. Saya juga turut ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang dalam mengambil bahagian ucapan dasar yang telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada 18 hari bulan yang lalu.

Datuk Speaker, saya berdiri pada hari ini berbahas atas perkara yang kita berdiri di bumi yang nyata. Usahlah kita beretorik kerana apa yang saya cadangkan selama ini harus diberikan perhatian serius dan diambil peduli oleh pihak Kerajaan pada hari ini.

Sudah tentu kita semua sayangkan negeri Sabah dan juga rakyat Sabah, tetapi apakah misi pada tahun lalu 2023 telah berjaya dicapai atau masih berhadapan dengan tentangan yang memberi kesan penangguhan untuk mencapainya. Apakah lagi sekarang ini sudah memasuki hampir empat bulan atau melebihi suku tahun pertama pada tahun ini.

Datuk Speaker, begitulah formula kehidupan yang menghadapi tolak dan juga tambah bergantung pada situasi tertentu yang kadangkala menjadikan tenang dan senang. Tetapi pada hakikatnya Datuk Speaker, resah dan gelisah daripada akar umbi rakyat di negeri Sabah. Tidak ada gunanya slogan ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ waima ‘Sabah Maju Jaya’ kerana yang pastinya ekonomi negeri Sabah perlu dipacu lebih berganda mencipta kejayaan baharu dan juga pekerjaan baru terutama dalam soal memberi fokus kepada sektor pertanian, industri dan juga pelancongan. Pada masa yang sama, Sabah perlu terus memperteguhkan sumber tenaga kerja. Menambah baik infrastruktur fizikal dan juga jaringan digital serta memfokuskan terhadap sumber teknologi hijau.

Secara ekonomikalnya, saya melihat kadar pertumbuhan negeri Sabah mencatatkan pada sekitar 3.7% dan masih berada di kelompok kadar terendah dalam negara ini. Walaupun negeri ini tidak dinafikan di antara negeri yang menjadi penyumbang terbesar bagi ekonomi negara, iaitu sebanyak 5.4% dan usaha itu perlu berterusan bagi mengekori rapat kelompok negeri-negeri maju seperti Selangor 25.5%, Wilayah Persekutuan 15.9 %, Johor 9.4 % dan juga Sarawak 9.3 %.

Datuk Speaker, di sebalik beberapa perkara yang telah dilihat positif saya terus terang katakan bahawa Sabah terus dibelenggu dengan isu-isu yang mampu… 22/04/2024 -

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…pertumbuhan ekonomi dan menghalang peluang untuk menarik pelabur-pelabur asing ke negeri ini. Jolokan Sabah sebagai negeri yang termiskin di negara ini terus memperlihatkan kadar 19.7% pada tahun 2022, iaitu melebihi kadar kemiskinan nasional berdasarkan data terkini survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah HIES dan di samping kadar pengangguran yang tinggi, pada sekitar 7.7%. Malah dinyatakan pada Julai 2023 kadar kemiskinan di Kota Marudu, Sabah telah meningkat daripada 4.61% pada tahun 2019 kepada 14.9% pada 2022. Terlalu besar jurang dan ini belum lagi diceritakan di kawasan ataupun di daerah saya.

Jadi saya hendak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri setakat manakah pelaksanaan inisiatif bagi mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan darjat hidup rakyat umpamanya Program Pemberian Bantuan Tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah MySTR? Berapa ramaikah rakyat Sabah menerima dan daerah mana yang dibantu sebenarnya? Saya juga tertanya-tanya, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dikatakan sebagai tambahan kepada Program Bantuan Sosial yang terus disediakan? Saya dengar peruntukan telah diberikan oleh daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500.00 juta untuk seluruh negara dan juga negeri Sabah. Saya juga telah difahamkan, Kerajaan Pusat telah memperkenal Program Komuniti MADANI di bawah seliaan ICU, Jabatan Perdana Menteri yang mana Kerajaan

Pusat menyediakan peruntukan RM1 bilion di bawah dana Komuniti MADANI di Kota Marudu bagi menjadikan geran antara 50 ribu hingga 100 ribu kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti MADANI. Peruntukan besar, kita saya juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, setakat manakah impak peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan? Dan kita mahu tahu kawasan-kawasan fokus yang telah difokuskan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan saya melihat bahawa ini amat penting kerana peruntukan yang telah disediakan ini amat bermakna bagi rakyat kita di negeri Sabah.

Datuk Speaker, Sabah adalah sebuah negeri yang istimewa dan unik. Antara pelaksanaan Program Khas Anak Negeri Sabah yang bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi Bumiputera Sabah ke arah pendapatan wajar selari dengan komitmen Kerajaan. Dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 2021 sehingga 2025, jadi saya difahamkan Kerajaan Pusat telah meluluskan siling peruntukan pembangunan sebanyak RM229.7 juta bagi membiayai Program Khas Anak Negeri PKAN Sabah dalam Rancangan Malaysia ke-12. Ini satu jumlah yang sangat besar dan bermakna kepada rakyat Sabah terutama kepada anak-anak Bumiputera di negeri ini. Saya berharap Kerajaan Negeri ada aware dengan izin Datuk Speaker dalam soal ini. Antara PKAN yang saya tahu adalah Projek Pembinaan Mahkamah Anak Negeri, pengukuran Tanah Native Customary Right NCR dan juga pembangunan modal insan.

Saya lebih berminat Datuk Speaker dalam soal pembangunan modal insan di mana ianya akan memberi jangka panjang yang lebih efektif. Dan saya hendak tahu, apakah bentuk-bentuk program yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri? Setakat manakah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan? Adakah soal-soal kursus kemahiran disediakan bagi memenuhi tiga perkara pokok asas yang telah saya sebutkan pada awal perbahasan saya iaitu pertanian, industri dan juga pelancongan?

Saya juga telah dengar Datuk Speaker sebanyak RM30 juta diperuntukkan dan ini jumlah yang sangat besar dan khusus tetapi setakat manakah sebenarnya pencapaian sasaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat bersasar ini? Ini penting kerana saya melihat, ia tidak selari dan tidak seimbang dengan

peruntukan yang diberikan dan kenikmatan ataupun faedah yang diberikan kepada rakyat. Ia perlu diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Datuk Speaker, saya memahami bahawa Sabah tidak pernah dipinggirkan sejak membentuk Malaysia. Sabah sentiasa memiliki hubungan istimewa dan sangat akrab. Soalnya adakah Kerajaan Negeri akrab bersama rakyat? Kadang-kadang saya terfikir juga Datuk Speaker, peruntukan sebanyak RM6 bilion dalam setiap belanjawan, bantuan kewangan dan program pembangunan yang diberikan adakah ia benar-benar tidak mencukupi atau ada berlaku ketirisan atau salah tadbir urus? Namun saya kira yang perlu difokuskan adalah kaedah peruntukan tersebut diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan dapat dibelanjakan secara sistematik dan berkesan. Umpamanya, contohnya Datuk Speaker, Kerajaan Pusat ada memberi geran khas, iaitu berdasarkan kepada Perkara 112 D Perlembagaan Persekutuan berjumlah 300 juta kepada negeri Sabah dan juga negeri Sarawak. Menerusi peruntukan itu, Sabah turut mempunyai kuasa autonomi. Itu untuk melaksanakan projek seperti Pan Borneo, pemberian kuasa projek pembangunan di bawah RM50 juta, pemindahan kuasa penyelenggaraan elektrik yang bermula 3 Januari 2024 dan juga pelantikan Ketua Menteri Sabah dalam Jawatankuasa Inland Revenue Board of Malaysia.

Persoalan besarnya Datuk Speaker, kemunduran negeri Sabah tidak harus diperkatakan lagi.Sabah perlu dibawa keluar daripada istilah kemiskinan seperti pemberian kuasa projek di bawah RM50 juta. Sejak 1 Mac 2023 yang lalu, saya ingin tahu siapakah yang telah memperoleh projek-projek sedemikian dan boleh tidak senaraikan syarikat-syarikat yang telah mendapat projek-projek di bawah RM50 juta itu? Saya juga ingin tahu siapakah sebenarnya menganggotai di bawah Garis Panduan Pelaksanaan Perolehan Kerja Projek Pembangunan Persekutuan Negeri? Jabatan mana yang sebenarnya mengawal selia di bawah kuasa projek di negeri kita ini? Apakah projek-projek yang dijalankan 1 Mac 2023 itu, Apakah projek-projek yang dilaksanakan sejak 1 Mac 2023? Rakyat di bawah ingin tahu keadaan sebenarnya bagaimanakah projek-projek ini telah dilaksanakan? Sepertimana yang saya nyatakan tadi, kuasa autonomi. Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri setakat manakah limpahan ekonomi dan juga peningkatan

sosioekonomi kesejahteraan rakyat Sabah dicapai dengan efektifnya termasuklah di bawah MA63? Seperti yang kita tahu, satu majlis tindakan dan juga jawatankuasa teknikal tersebut diurus selia oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan juga Sarawak, Jabatan Perdana Menteri sejak 10 Mac 2020. Sudah tentu perkara berkaitan royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak, medan minyak serta Akta Laut Wilayah 2012 dan juga hak negeri ke atas pelantaran benua, adakah sudah mempunyai formula-formula baharu dalam mempertingkatkan kemampuan Kerajaan Negeri? Saya mohon penjelasan Datuk Speaker.

Seperti yang saya sebutkan tadi Sabah mempunyai kekuatan tersendiri seperti dalam sektor pertanian. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan tetapi mengapakah negeri ini masih dilihat gagal untuk mengoptimumkan keluasan tanah geografi yang subur dan terbentang luas? Sabah perlu memfokuskan semula terhadap bidang pertanian back to nature dengan izin Datuk Speaker. Itulah asasnya. Umpamanya Datuk Speaker, juga disebut oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tanam padi bagi mencapai zero import padi dalam jangka 10 hingga 20 tahun mendatang. Adakah ia telah berlaku atau telah dilaksanakan? Adakah Kerajaan Negeri terfikir atau mengangkat perkara ini di peringkat kementerian? Perkara-perkara masa depan ini perlu difikirkan secara kuat.

Bagi sektor industri pula Datuk Speaker, Sabah perlu melihat kekuatan setiap ceruk daerah di negeri ini dan membuat perancangan dan membangunkan industri kecil yang sedia ada. Industri ini mungkin wujud dalam sektor pemakanan atau perkilangan. Saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian setakat manakah kerjasama Kerajaan Negeri dengan MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Saya faham mereka ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan keyakinan pemain industri dan pelabur tetapi impaknya macam nampak tidak berjalan dengan begitu lancar. Yang …(kurang jelas) adalah proses red tape dengan izin Datuk Speaker bagi setiap pelaksanaan projek pelaburan. Jadi saya perlukan penjelasan dalam soal ini. Saya juga ingin tahu Datuk Speaker setakat manakah potensi syarikat tempatan di negeri…

22/04/2024 -

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

...di Sabah ini, dalam hal ini dan setakat manakah inisiatif Domestic Investment Coordination Platform (DICP) bagi membantu syarikat tempatan, khususnya PKS di Sabah dalam aspek sumber kewangan. Malah saya melihat SME Investment DASH seolah-olah lesu yang sepatutnya berfungsi dan untuk memberi khidmat nasihat mengenai facilities Kerajaan secara one stop center kepada PKS. Saya pohon penjelasan. Di samping itu, saya juga hendak tahu apakah Kerajaan Negeri follow through dengan izin setiap kali penganjuran seminar pelaburan pelaburan domestik terutamanya memaklumkan kepada pemain industri mengenai dasar dan juga kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan, dan akhir sekali yang menyebabkan ekonomi negeri ini terbantut selalu terbantut atau tersangkut-sangkut adalah berkaitan dengan Industry Linkage and Supply Chain, dengan izin. Jadi saya tidak tahu apa tahu setakat manakah Kerajaan Negeri mengintegrasikan syarikat domestik dengan syarikat multi-nasional dan juga syarikat besar tempatan melalui kerjasama strategik.

Datuk Speaker, akhir sekali Datuk Speaker dalam perbahasan saya ini, saya ingin menyentuh sedikit soal rang rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2.0, 2021 sehinggalah 2030, yang mana telah memberi penekanan kepada pembangunan ekosistem yang lebih mesra perniagaan bagi memudah cara keperluan pelabur di Sabah. Di bawah rangka tindakan ini, saya ingin tahu setakat manakah pihak berkuasa pembangunan ekonomi dan juga pelaburan Sabah sedia menganalisa daerah-daerah yang telah mendapat limpahan bagi sektor pembuatan logistik pertanian dan juga pelancongan? Sejauh manakah pula aktiviti ekonomi, tempatan diperkasakan dan dengan berasaskan kepada pertumbuhan utama dan juga kawasan titik tumpuan? Adakah daerah-daerah di Sabah termasuk di daerah saya daerah Tenom ini telah berjaya disuntik atau dipupuk secara Future Fourth Economy dengan izin termasuk menerima guna teknologi moden dengan menawarkan kelebihan kepada pelabur-pelabur dan yang terakhir sekali Datuk Speaker, saya juga hendak tahu usaha Kerajaan Negeri memastikan jajaran ekonomi digital yang rangkaian jalur lebar di negeri ini yang selari dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan juga rangkaian digital nasional, iaitu JENDELA. Setakat manakah penerimaan negeri Sabah dalam hal ini?

Bagaimanakah keberkesanan kepada rakyat dan juga industri dalam negeri Sabah, seiring dengan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 Kebangsaan (4IR). Daerah-daerah mana yang telah dimudahcarakan transformasi digital ini. Peralihan industri dan juga pengoptimum rantaian jalur lebar di negeri ini. Setakat manakah pencapaian jangkauan internet di negeri Sabah sebenarnya? Ini masalah besar, kerana ada juga di kawasan-kawasan di luar bandar terdapat kawasan-kawasan yang tidak mendapat liputan disebabkan muka bumi. Jadi apakah tindakan Kerajaan dalam usaha dalam membantu perkara ini? Setakat manakah pencawang-pencawang rangkaian internet telah didirikan termasuk pencawang mini di kawasan pendalaman dan bolehkah Kerajaan Negeri menjadikan projek ini sebagai projek Solar Rakyat sebagai agenda utama negeri?

Jadi Datuk Speaker, moga isu sejagat di dalam negeri ini terutama soal kemiskinan, soal kemunduran, soal kepinggiran dan soal ketidakseimbangan ekonomi wilayah dan juga ketidak kecukupan infrastruktur dijadikan sebagai agenda utama. Datuk Speaker, terima kasih.

Tuan Speaker: Terima kasih, ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Raime. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Sebatik, saya minta Yang Berhormat Bugaya, ADUN Dilantik Yang Berhormat Aliakbar dan Yang Berhormat Sri Tanjong untuk bersedia ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sebatik.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

15 minit saja ya.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua Ahli Dewan yang hadir di Dewan yang mulia ini. Menjunjung kasih di atas Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah. Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, di dalam ucapan dasar ini telah membentangkan berbagai-bagai inisiatif dan juga perancangan Kerajaan Negeri pada hari ini dan secara

peribadi bagi saya ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri pada hari ini amat komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan juga bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat ataupun rakyat di negeri Sabah ini. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah yang menerajui Kerajaan Negeri yang telah menyediakan berbagai-bagai inisiatif untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur dan berbagai-bagai kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Dasar dan polisi telah dirangka untuk menangani berbagai-bagai isu yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.

Pada kali ini saya ingin menyentuh beberapa isu infrastruktur yang melibatkan di kawasan saya N.73 Sebatik dan juga di beberapa kawasan di seluruh negeri Sabah. Yang pertama sekali saya ingin menyentuh isu bekalan air bersih yang telah menghambat rakyat di seluruh negeri Sabah dan di beberapa kawasan yang menghadapi bekalan air bersih ini. Sebagai mana yang saya telah jelaskan tadi bahawa dasar Kerajaan telah sediakan polisi pun telah disediakan, namun peringkat pelaksanaan, ingin saya jelaskan disini bahawa peringkat pelaksanaan ini perlu diambil perhatian, perlu dititikberatkan Sebabnya sekiranya, perlaksanaan tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya, natijahnya rakyat ataupun masyarakat di bawah sana akan menyalahkan Kerajaan yang ada pada hari ini.

Justeru, saya ingin menyeru terutama sekali kepada Jabatan Air Negeri Sabah supaya memberi perhatian yang amat serius kepada perkara ini. Bermula daripada peringkat akar umbi, Jabatan Air perlu mendapatkan maklumat ataupun data-data yang tepat untuk disampaikan kepada peringkat kementerian dan juga Kerajaan Negeri. Bagi memudahkan Kerajaan untuk memutuskan apa juga tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi terutama sekali masalah bekalan air bersih ini.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, sebagaimana yang saya jelaskan tadi bermula dari peringkat bawah, Mesyuarat Tindakan Daerah seringkali kita adakan mungkin setahun tiga kali, empat kali, dan setiap kali Mesyuarat Tindakan Daerah ini dan kita difahamkan bahawa pekeliling telah dikeluarkan bahawa yang menghadiri

Mesyuarat Tindakan Daerah ini adalah Ketua-ketua Jabatan. Namun, apa yang berlaku adalah sesetengah jabatan menghantar wakil-wakil yang bukan Ketua Jabatan. Jadi ini...

22/04/2024 -

– NUR

FATIN

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

…menyulitkan Majlis Tindakan Daerah atau pun Ahli Mesyuarat Tindakan Daerah ini membuat keputusan, disebabkan ahli yang hadir yang dihantar oleh jabatan-jabatan tertentu ini bukanlah Ketua Jabatan yang boleh membuat keputusan di dalam mesyuarat, dan inilah yang menyebabkan beberapa perkara terutama sekali bekalan air bersih ini tidak dapat dilaksanakan, dibantu ataupun diselesaikan secara tuntas.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, saya bagi contoh sebelum ini di Pulau Sebatik, kolam takungan air loji rawatan air ini kering disebabkan tidak ada sumber air. Sebelum ini, loji ini hanya bergantung kepada air hujan, dan disebabkan berhadapan dengan masalah-masalah ini, saya telah mengarahkan pihak UPPM dan kakitangan pejabat saya untuk mencari sumber-sumber air ini, dan alhamdulilah setelah beberapa lama kita mencari sumber air ini, kita telah berjumpa dan menemui satu sumber air bersih, yang berada di dalam kawasan tadahan hujan, di dalam kawasan Pulau Sebatik, dan perkara ini telah pun saya sampaikan kepada pegawai Jabatan Air Daerah supaya sumber air ini dapat dibangunkan.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, sebelum ini sumber air ini tidak dapat dibangunkan, mungkin kekangan faktor apa ini informasi yang kurang tepat, ataupun tidak sampai kepada pihak jabatan, dan begitu juga kepada Kementerian. Dan baru-baru ini saya telah menjelaskan dan memaklumkan, bahawa sumber air ini yang berjarak lebih kurang 5 hingga 8km ke loji rawatan air yang sedia ada, ini berpotensi untuk dibangunkan.

Jadi Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, saya berharap kepada pihak Jabatan Air Negeri Sabah, begitu juga dengan pihak Kementerian, supaya dapat mengambil tindakan ataupun mengambil perhatian terhadap perkara ini untuk tindakan jangka masa panjang. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

di atas usaha-usaha Kerajaan pada hari ini yang telah membantu kawasan beberapa kawasan di negeri Sabah ini, yang menghadapi masalah berkenaan air, sehinggakan apa ini mengadakan pembenihan hujan dan alhamdulilah pembenihan hujan ini dapat membuahkan hasil, selepas beberapa hari pembenihan hujan hujan pun turun tetapi itu hanya jangka masa pendek. Apa yang saya ingin jelaskan di sini untuk jangka masa panjang, perlu ada satu inisiatif yang mana sumber air yang tersedia ini perlu kita bangunkan, perlu kita naiktarafkan, untuk membekalkan air bersih yang terawat di seluruh kawasan Pulau Sebatik.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, selain daripada membangunkan kawasan loji, baru-baru ini pihak saya telah merujuk kepada pihak SIRIM yang mana pihak SIRIM telah melaksanakan projek mini loji rawatan air, iaitu sistem Ultra Turasan, yang mana projek ini dapat menapis air sungai sama ada air tawar ataupun air masin yang boleh terus digunakan oleh rakyat ataupun masyarakat di kawasan. Jadi saya berharap kepada pihak Kementerian ataupun Jabatan Air, agar dapat berhubung dengan pihak SIRIM, supaya projek ini dapat membantu di kawasan-kawasan yang lain.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh dengan bekalan elektrik luar bandar Grid Luasung. Baru sebentar tadi saya menerima panggilan daripada Pejabat Daerah bahawa mengatakan bekalan elektrik di kawasan Kalabakan telah terputus. Sebenarnya Grid ke Luasung ini sebenarnya tahun lepas lagi ya, tapi kita pun tidak tahu apa masalah projek ini tergendala. Jadi, mohon juga kepada pihak Kementerian dan pihak yang berkaitan supaya dapat mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara ini.

Datuk Speaker, di dalam melestarikan alam sekitar dalam Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah dalam Perkara 63, menjelaskan konflik hidup hidupan liar dan manusia, yang tidak dibendung akan memberi ancaman kepada rakyat. Daerah Kalabakan merupakan antara daerah yang terdedah kepada isu berkaitan konflik gajah dan manusia, ataupun human elephant Conflict. Beberapa insiden keliaran gajah telah dilaporkan berlaku yang menyebabkan kerosakan harta-benda. Di kawasan penempatan dan memusnahkan tanaman kelapa sawit di kawasan kebun, dan seterusnya menjejaskan pendapatan sosio-ekonomi orang-orang kampung dan dalam masa

yang sama pada tahun ini juga beberapa insiden serangan gajah yang mengakibatkan nyawa terkorban.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, di dalam hasrat kita untuk melestarikan alam dan melindungi hidupan liar, sudah tentunya saya selaku wakil rakyat juga berharap pihak Kementerian yang berkaitan, menimbangkan ataupun memikirkan sesuatu berkenaan dengan keselamatan rakyat yang diancam oleh hidupan liar ini. Selain daripada itu, beberapa insiden serangan buaya, sebelum ini...

Speaker

Banyak lagi?

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Tidak lagi tuan. Sebelum ini perkara ini saya telah bentangkan di Dewan Yang Mulia ini, dan pada kali ini dalam masa sebulan berlaku dua insiden serangan buaya yang mengakibatkan nyawa terkorban. Jadi berdasarkan senario ini saya ingin mengutarakan beberapa persoalan: Apakah tindakan Kerajaan bagi mengurangkan impak konflik gajah dan serangan buaya khususnya di Daerah Kalabakan?

Apakah inisiatif Kerajaan dalam membantu khususnya pekebun kecil, kebun sawit yang terjejas sumber ekonomi akibat konflik gajah dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan buaya ini?

Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah jumlah kakitangan Jabatan Hidupan Liar ataupun perancangan mengujudkan pejabat cawangan di Daerah Kalabakan bagi memantapkan peranan dan operasi jabatan dalam menangani kedua-dua isu ini?

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, sebagai wakil rakyat juga saya menyambut baik dan amat mengalu-alukan pengumuman Yang Berhormat Menteri…

22/04/2024 -

THEODORA

J. -

NORMA

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

...Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Pendidikan Negeri Sabah yang meluluskan permohonan untuk pembukaan Pejabat JHEAINS Daerah Kalabakan. Ini sudah tentu akan memudahkan urusan berkaitan hal ehwal pentadbiran dan penyelarasan hal ehwal agama Islam di Daerah Kalabakan.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan status permohonan tanah perkuburan Islam yang baharu di Daerah Kalabakan. Keperluan ini amat mendesak memandangkan tanah perkuburan sedia ada sudah sesak dan tidak dapat menampung keperluan lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tanah seluas lima ekar telah diwakafkan oleh pihak Sabah Softwood Sdn. Bhd. selaku pemilik tanah dan urusan berkaitan proses penyerahan tanah wakaf ini kepada pihak JHEAINS dan MUIS telah dimajukan oleh Pejabat Daerah Kalabakan melalui surat pada Februari 2023 dan surat susulan pada November 2023 untuk tindakan perwakafan.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, selaku wakil rakyat dan mewakili masyarakat atau pun rakyat di kawasan DUN Sebatik mengharapkan kepada pihak Kerajaan dan Kementerian pada hari ini supaya dapat memberi perhatian yang khusus berkenaan dengan infrastruktur yang amat diperlukan oleh masyarakat bukan hanya di kawasan DUN Sebatik tapi di seluruh negeri Sabah. Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan perbahasan ini saya dengan rendah diri memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker dan seterusnya kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Sekiranya ada tersilap atau pun terlanjur bahasa, saya memohon maaf bagi pihak saya dan ahli keluarga.

Sekian. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terlanjur bahasa itu tidak adalah. Terlanjur masa ada. (Ketawa). Terima kasih Yang Berhormat Sebatik. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Bugaya.

(Bacaan Doa).

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah (bacaan doa) Terima kasih Datuk Seri Speaker. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah atas limpah dan juga kurnia-Nya Bugaya dapat berpeluang untuk berbahas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah bagi Sidang DUN Yang Keenam Belas Penggal Kelima.

Datuk Seri Speaker, pertamanya izinkan Bugaya mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan pada 18 April 2024, 9 Syawal 1445. Terima kasih juga kepada Datuk Seri Speaker atas peluang yang diberikan. Izinkan saya memetik ayat al-Quran daripada surah At-Taubah ayat 105 di mana Allah S.W.T. berfirman (bacaan doa) yang mana maksudnya dan katakanlah wahai Muhammad beramallah kamu akan segala yang diperintahkan maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. Datuk Seri Speaker, tahun demi tahun kita mendengar Dasar Kerajaan. Alhamdullilah Dasar Kerajaan semakin baik. Semoga dasar dan hasrat Kerajaan dapat dicapai.

Datuk Seri Speaker, Bugaya menyahut baik usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam point 5 dalam ucapan Dasar Kerajaan sehingga point yang ke-17. Oleh itu, Bugaya ingin bertanya apakah Rancangan Kerajaan Negeri khususnya Kementerian Pertanian, Perikanan dan juga Industri Makanan kepada DUN Bugaya?

Datuk Seri Speaker, Bugaya juga tertarik untuk menarik perhatian Dewan ini kepada point 18 yang mana Kerajaan cuba untuk merancang merancakkan lagi sektor

pembuatan dan di sini sekali lagi Bugaya ingin bertanya apakah dasar yang melibatkan adakah dasar ini juga melibatkan DUN Bugaya? Dan sekiranya ada, program apa yang telah, sedang dan yang akan dirancang oleh pihak Kerajaan?. Selain itu juga saya tertarik juga kepada perenggan 22 dalam Ucapan Dasar yang mana memperlihatkan usaha Kerajaan untuk memperkasakan sektor pelancongan. Memandangkan Semporna adalah pusat pelancongan yang mencatatkan kehadiran pelancong yang teramai, apakah inisiatif dan juga Rancangan Kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan di DUN Bugaya?

Berkaitan dengan infrastruktur utiliti dan juga jaringan komunikasi yang mana dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama TUN dalam Ucapan Dasar pada point 25 hingga 32. Pastinya sekiranya berjaya akan memberikan kebaikan kepada masyarakat secara amnya. Saya ingin menarik perhatian dewan ini terutamanya Kementerian yang berkenaan. Di kawasan saya sendiri di Jalan Bugaya di DUN Bugaya berhampiran dengan SMK Bugaya yang mana jalannya begitu uzur. Memandangkan laluan tersebut digunakan oleh lori-lori besar untuk mengangkut kuari batu-batu dan jalan tersebut begitu uzur dan ketika malam lubang itu tidak boleh kelihatan. Ditambah lagi dengan ketiadaan lampu jalan dan keadaan itu ini membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, begitu juga pejalan-pejalan kaki. Selain daripada itu juga jalan di Kemiri, perkara yang sama juga. Tidak ada lampu jalannya. Jalannya begitu uzur dan membahayakan dan satu lagi jalan yang berhampiran dengan SK Simunul yang mana begitu memerlukan pembaikan jalan. Diharap Kementerian JKR dapat membantu memperbaiki jalan-jalan tersebut untuk kegunaan masyarakat. Di sini juga...

Speaker

Kementerian Kerja Raya ya. Bukan Kementerian JKR.

Kementerian Kerja Raya.

Speaker

Ya. JKR is sebuah jabatan di bawah Kementerian.

Kementerian Kerja Raya. Dan seterusnya saya ingin juga memohon kepada Kementerian berkenaan Perancangan

Jaringan Komunikasi. Saya dimaklumkan sebelum ini rancangan-rancangan untuk meningkatkan sistem telekomunikasi terutamanya di DUN Bugaya dan saya ingin mendapatkan update yang terbaru berkaitan dengan Jaringan Telekomunikasi tersebut.

Satu lagi yang menarik perhatian Bugaya adalah point 45 hingga 53 yang mana hasrat Kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan. Apakah perancangan Kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan di DUN Bugaya? memandangkan Daerah Semporna salah satu juga Negeri eh Daerah yang tersenarai dalam Daerah termiskin di Malaysia ini. Saya juga ingin menarik perhatian dewan ini melihat kepada sejarah. Daripada sejarah kita boleh belajar dan mungkin kita boleh mengambil iktibar. Melihat kepada sejarah Kerajaan Islam di Zaman Umaiyah, ya. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berdasarkan manuskrip dan juga kitab mengenai Khalifah Umar bin Abdul Aziz, perkataan fakir banyak diguna pakai ketika menceritakan mengenai kemiskinan yang terhapus pada zaman itu. Seorang lelaki yang berketurunan Zaid bin Khatab berkata Umar bin Abdul Aziz memerintah selama dua tahun setengah, iaitu 30 bulan. Dia tidak meninggalkan dunia kecuali selepas membuatkan kita kaya dan membawa harta yang berlimpah-limpah. Lalu dia berkata bahagikan ini kepada… 22/04/2024 -

JUBAIDAH

– AZRIN

Seseorang yang kamu anggap fakir.

Umar terus melakukan itu sampai dia pulang dengan membawa harta yang tersisa. Saat itu, tidak ditemukan lagi orang yang berhak menerima zakat dan keprihatinan negara. Sehingga harta itu dibawa kembali ke Baitulmal. Diriwayatkan juga oleh Yahya bin Said, dan juga salah seorang gabenor. Pada ketika itu, katanya saya pernah diutus oleh Umar Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Selepas memungutnya saya berniat untuk memberikan kepada orang fakir, namun saya tidak menjumpai seorang pun.

Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya zakat itu saya putuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya. Selain daripada itu riwayat daripada, terdapat juga surat daripada Khalifah Umar

Abdul Aziz kepada pegawainya, iaitu Urwah bin Muhammad yang membuktikan beliau sentiasa mengambil berat golongan fakir berbandingkan dengan golongan yang miskin.

Kelebihan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini, yang mana mempunyai sifat qanaah. Bukan hanya pemimpinnya tetapi rakyatnya juga mempunyai sifat qanaah yang ditanamkan oleh Umar Abdul Aziz dan beliau turut melakukan pengislahan sehingga rakyatnya berusaha mendekati diri kepada Allah Subhanahuwataala berbanding dengan hal keduniaan. Rakyatnya memilih kecenderungan seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Qanaah ini ialah sifat, iaitu rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Orang yang memiliki sifat qanaah ini memiliki pendirian bahawa apa yang diperoleh atau yang ada di dirinya adalah atas kehendak Allah Subhanahuwataala. (Yang Berhormat Membaca Ayat al-Quran) Dan ingatlah kita Tuhan kamu memberikan, beritahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah nikmatmu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ataupun ingkar. Sesungguhnya azabku amatlah keras.

Dalam ayat yang lain pula surah An-Nisa’. (Yang Berhormat Membaca Ayat al-Quran) Yang mana maksudnya apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur akan nikmatnya serta kamu beriman kepada-Nya, dan ingatlah Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya akan, orang-orang yang bersyukur kepada-Nya lagi Maha Mengetahui akan keadaan mereka. (Surah An-Nisa’, ayat 147) Jadi sistem zakat ini baik, kerana ianya telah terbukti dapat menoktahkan kemiskinan di zaman Umar Ibnu Aziz, dan kalau kita rujuk daripada ayat

al-Quran, orang-orang yang layak untuk menerima zakat ini seperti dalam Surah At-Tawbah, ayat 60.

(Yang Berhormat Membaca Ayat al-Quran) Yang mana maksudnya, sesungguhnya sedekah ataupun zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan kepada jalan Allah, dan orang-orang musafir, yang keputusan dalam perjalanan, ketetapan hukum yang demikian itulah ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Tawbah, ayat 60) Berdasarkan ayat al-Quran ini, terdapat hanya lapan golongan yang layak untuk menerima zakat, dan selain daripada itu duit zakat ini tidak boleh digunakan untuk barang-barang yang lain. Sepanjang tempoh pemerintahan Umar Al-Aziz, dua tahun enam bulan pemerintahannya, orang miskin yang mana relativenya masih wujud, mereka adalah individu yang berhutang, pemuda yang tidak mampu membayar mahar perkahwinan, dan juga musafir yang kehabisan bekal. Semua mereka turut dibantu oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dengan melangsaikan hutang mereka, memberikan wang untuk dijadikan mahar perkahwinan, dan memberikan wang kepada bekalan kepada musafir yang kehabisan bekal.

Dalam konteks Kerajaan Negeri, yang duit lebihan zakat ini boleh digunakan untuk menoktahkan kemiskinan. Dengan adanya kolaborasi, mungkin daripada MUIS dan juga Pusat Zakat Sabah untuk melangsaikan hutang-hutang orang muda. Memandangkan baru-baru ini kita mendengar Kerajaan Pusat mencadangkan untuk melangsaikan, menghapuskan hutang-hutang bagi mereka yang berumur 60 dan mungkin kita pula ya, di Kerajaan Negeri ini sekiranya ada kolaborasi daripada Pusat Zakat yang selayaknya diberikan kepada orang-orang yang berhutang, untuk melangsaikan hutang-hutang mereka. Menurut ayat al-Quran ini, mereka yang layak untuk dibantu agar wang zakat yang berlebihan tidak sia-sia ataupun hilang, ataupun dormant tidak digunakan ke mana-mana. Seterusnya saya ingin menarik kepada point yang ke-59 berkaitan dengan sukan.

Speaker

Panjang lagi?

Ada sikit lagilah, 5 minit.

Speaker

Aik, 3 minit.

Berkaitan dengan sukan yang mana memerlukan aaa, stadium sukan di daerah Semporna, khususnya di Bugaya. Memandangkan kekurangan grandstand, setiap kali program diadakan, kita memerlukan grandstand untuk acara-acara sukan, dan juga acara-acara sukan yang lain.

Seterusnya, saya ingin juga menarik perhatian di masjid-masjid dan juga imam-imam yang mana ada di daerah Semporna atau khususnya di DUN Bugaya ini kebanyakannya masjid-masjid dan juga surau-suraunya sudah uzur mohon bantuan daripada pihak Kerajaan yang aaa, jabatan yang berkenaan.

Begitu juga, satu lagi saya tertarik dengan point 64 hingga 68 berkaitan dengan pengurusan hutan, di mana di kawasan saya sendiri di Kampung Sungai Nasib di mana terdapat pertindihan di antara tanah rizab hutan juga tanah individu. Begitu juga dengan tanah rizab kampung. Jadi yang mana-mana rumah mereka ini, mereka menerima surat daripada Jabatan Hutan walaupun mereka sudah sekian lama tinggal di situ, jadi rumah-rumah mereka hendak dirobohkan oleh Jabatan Hutan. Diharap keprihatinan Kerajaan untuk mengekalkan rumah-rumah, rumah-rumah yang ada di Kampung Sungai Nasib yang bertindih dengan tanah rizab hutan ini dapat diberikan peluang kepada orang kampung untuk dikekalkan dan tidak dirobohkan.

Begitu juga saya terpanggil untuk menyuarakan kesusahan dihadapi oleh mahasiswa UMS yang tidak ada air. Baru-baru ini kita melihat yang mana Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi hadir pada bulan Januari, dan mereka menunjukkan mereka mahu air dan dijamin akan selesai dalam bulan Mac. Baru-baru ini hari Ahad, kita melihat Menteri Pengajian Tinggi hadir membuat lawatan kejutan ke UMS, dan masalah tersebut masih belum selesai.

Bayangkan sekiranya Kementerian Pendidikan Sabah pastinya UMS dan Mahasiswa kita dapat dibela. Mungkin benarlah firman Allah Subhanahuwataala . (Yang Berhormat membaca firman Allah Subhanahuwataala) Dan jadi, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu. Dan boleh jadi yang kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 216) Dan untuk yang akhirnya realiti yang kita hadapi sekarang ini, kita menyaksikan peruntukan perbelanjaan Kerajaan yang terdahulu.

Mungkin kurang daripada sekarang. Bayangkan saja pada tahun 2017, peruntukan yang dibelanjakan ada RM3.7 bilion, dan seterusnya RM4.1 bilion pada tahun-tahun yang seterusnya RM4.2 bilion, RM4.3 bilion dan pada tahun 2024, RM4.7 bilion. Di mana Kerajaan terdahulu kita menghadapi kurang masalah air, kurang masalah elektrik dan juga kurang masalah jalan, jalan raya. Di mana silapnya Kerajaan sekarang ini? Disebabkan salahnya perbelanjaan yang besarkah? Kutipan hasil yang besarkah? Pelaburan yang besar dari dahulu tapi kita masih lagi lebih besar masalahnya daripada dahulu.

Ataupun apakah pihak Pembangkang ini kurang memberi tekanan kepada Kerajaan sekarang mengakibatkan lambatnya tindakan yang diambil oleh Kerajaan sehingga menyebabkan isu air dan juga elektrik ini, masih belum dapat diselesaikan. Melihat daripada satu Sidang DUN ke Sidang DUN yang lain dalam enam Sidang DUN… 22/04/2024 -

] –

DARRYL JUDE

– NUR FATIN

Saya menyaksi... kita dapat menyaksikan jawapan-jawapan yang diberikan di Dewan yang Mulia ini, tidak menampakkan penyelesaian isu-isu yang dibangkitkan terutama isu air, elektrik dan juga jalan. Jadi perkara tersebut semakin membengkak lagi dengan ditambah masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Speaker

Sila gulung. Sila gulung.

Ya. Bagaikan mimpi ngeri yang tidak ada penghujungnya. Moga mimpi ngeri ini dapat digantikan dengan mimpi yang indah. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati kita, memberkati kita di dunia dan juga di akhirat. Daripada saya itu sahaja, mudah-mudahan kita mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebelum mengakhiri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Pesta Kaamatan dan Selamat Hari Pekerja. Begitu juga saya ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah dan juga terkhilaf, mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

(Bacaan doa) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Speaker: Terima kasih Bugaya. Sekarang saya persilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Aliakbar bin Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Bacaan doa) Terima kasih Datuk Seri Speaker. Pertama, syukur pada Allah Ta’ala kita dapat sampai kepada saat ini dan saya mulakan dengan firman Allah Ta’ala wafii amwaalihim haqqun lilssaa-ili waalmahruumi maksud daripada ayat al-Quran ini dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar yang sudah disampaikan kepada kita pada 18 April yang lepas, yang saya kira satu kandungan yang sangat menyeluruh dan juga meliputi pelbagai aspek sama ada pembangunan, falsafah dan juga prinsip-prinsip yang penting dalam mendepani keadaan semasa khususnya di negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan dalam sidang ini, dalam perbahasan ini. Yang pertama, walaupun mungkin sebahagian sudah ada yang diulang ataupun disampaikan oleh beberapa pembahas sebelum daripada ini. Yang pertama, soal masih berkitar soal kemiskinan sebab dalam pembentangan ini, dalam Perkara ke-45 agak panjang lebar juga membicarakan soal kemiskinan di Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, saya ingat kita kena balik kepada perkara asas kalau kita melihat kepada kemiskinan yang berlaku di kawasan-kawasan luar bandar khususnya.

Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Kuamut. Kadang kala orang Sabah ini bukan orang yang malas tetapi sebenarnya orang yang rajin tetapi tidak disokong oleh infrastruktur yang dapat membantu mereka membawa hasil-hasil yang sudah mereka usahakan di kampung-kampung mereka. Maka menyebabkan mereka duduk dalam takuk yang lama, mereka hanya boleh hidup pada kadar mereka tertentu dan tahap sosio ekonomi mereka tidak meningkat berpunca daripada keadaan jalan, kemudahan elektrik dan juga kemudahan air.

Saya rasa perkara ini dalam pengetahuan Kerajaan tetapi sepatutnya diperkasakan sedaya mungkin supaya perkara ini mudah diselesaikan. Saya juga menyebutkan mengenai kemudahan asas yang bukan hanya berlaku di luar bandar tetapi juga di kawasan-kawasan perbandaran, bukan sahaja di bandar sekunder tetapi juga di bandar-bandar primer khususnya Kota Kinabalu. Seperti mana yang disebutkan juga kebetulan oleh Bugaya sebutkan tadi mengenai isu air di Universiti Malaysia Sabah. Ini merupakan suatu lokasi Dewan Bandaraya, kawasan yang menjadi titik utama pembangunan di Negeri Sabah ini. Dan saya kira sudah sangat menyusahkan pelajar UMS ini, bukan setakat pelajar, bukan setakat mahasiswa tetapi juga kakitangan yang kadang kala dapat notis kerja setengah hari, pelajar tidak dapat mandi pergi Dewan Kuliah, mandi dengan air dalam botol mineral dan sebagainya sangat-sangat menyusahkan.

Ada ibu bapa yang daripada luar bandar jauh anak perempuan dia sukar untuk bergerak hantar air dalam karton dan sebagainya. Saya rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam tempoh yang agak lama walaupun kita mengetahui dan kita menyedari dan saya pun sendiri menyedari bahawa mungkin faktornya, puncanya sebahagiannya akibat daripada NRW yang berlaku di kawasan-kawasan

persekitaran khususnya daripada kawasan-kawasan setinggan di sekitar daripada kawasan-kawasan pembangunan ataupun UMS itu sendiri. Berkait dengan itu, saya sudah sebut juga beberapa kali dalam Dewan ini, Kerajaan setakat ini saya melihat dalam beberapa soalan saya di Dewan Undangan Negeri ini, tidak ada satu perancangan yang khusus untuk menyelesaikan isu persetingganan bandar. Tidak ada satu perancangan strategik bagaimana untuk mengatasi. Saya ulang beberapa kali bukan dirobohkan rumah setinggan tetapi diurus, bagaimana diberikan rumah penempatan, tapak dan sebagainya supaya masalah setinggan selesai, masalah kemudahan asas selesai, masalah-masalah yang lain khususnya berkaitan dengan kecurian air, elektrik dan sebagainya tidak berlaku dan tidak terjadi dalam keadaan yang sangat kritikal. Saya mohon Kerajaan Negeri tumpukan memberi perhatian kepada mahasiswa UMS.

Saya difahamkan juga malangnya sebahagian daripada mahasiswa yang menyatakan pendirian mereka khususnya di media sosial diambil tindakan. Saya mohon kepada pihak berkuasa UMS khususnya biarkan lah mahasiswa ini menunjukkan sedikit daripada kehendak mereka. Ini adalah merupakan hak asasi mereka selagi mana tidak menimbulkan fitnah dan juga perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebobrokan dalam masyarakat, saya kira anggaplah perkara itu sebagai menyuarakan hak.

Berkait dengan itu juga, mahasiswa ataupun sebahagian daripada pelajar kita yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sabah, di Semenanjung ataupun di Sarawak terkait juga dengan masalah tiket. Tahniah kepada Kerajaan Negeri, tahun ni saya kira satu sejarah Kerajaan Negeri menyediakan RM600.00 kepada khususnya mahasiswa yang berada di Semenanjung dan juga di Sarawak untuk balik ke negeri Sabah.

Yang kita hairan mohon mungkin Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan pihak penerbangan khususnya bila musim perayaan ataupun musim cuti semester, masa itu lah juga harga tiket terlalu tinggi. Sedangkan dari segi perniagaannya kalau pun rendah tetapi volume kuantiti orang yang naik kapal terbang itu semakin meningkat, sepatutnya harga lebih murah pun keuntungan masih kekal. Tetapi pelik seolah-olah menyusahkan mahasiswa mahu bertemu keluarga, balik kampung, hari perayaan. Jadi seolah-olah satu sekatan yang sangat bersifat kapitalis yang tidak menunjukkan rasa harmoni dalam masyarakat.

Seterusnya apa ini Datuk Seri Speaker, sedikit suara daripada, saya pernah suarakan juga, Datuk Menteri ada sini saya ulang semula. Saya mohon kita ada 2,500 orang lebih kurang Guru Kafa, 1,900 orang Imam Marawatib, angkatlah elaun mereka ini paling kurang kepada gaji minima. Kerajaan Pusat bagi pada kadar yang rendah, MUIS tambah seratus, saya sangat minta Kerajaan Negeri dengan pendapatan yang sudah meningkat kepada 6.960 bilion. Mudah-mudahan bila kita bantu mereka inilah yang berada di lapangan mendidik umat, mendidik masyarakat kenal Allah Ta’ala, mudah-mudahan kita masuk dalam ayat yang Allah Ta’ala sebut. Saya mohon baca Datuk Seri… Datuk Seri Speaker, Wa law anna ahlal quraaa aamanoo wattaqaw lafatahnaa 'alaihim barakaatim minas samaaa'i wal ardi, andailah penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Allah Ta’ala, akan diturunkan keberkatan, maka mudah-mudahan makin ramai orang yang baik, makin ramai juga, makin banyak keberkatan diturunkan oleh Allah Ta’ala InsyAllah. Terakhir Datuk Seri Speaker, suara daripada pendidik-pendidik di luar bandar. Saya mendapat satu mesej dua, tiga hari yang lepas khususnya daripada banyak kawasan di Tenomnya, di Meligannya dalam kaw.

22/04/2024 -

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Sindumin, ada beberapa perkara yang ditimbulkan yang pertama soal rumah. Mereka ini bekerja jauh, bekerja.

Speaker

Yang Berhormat?

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Ya?

Speaker

Yang Berhormat nak cakap panjang lagikah?

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Satu minit.

Speaker

Satu minit. Kalau ada masih panjang ucapan, you boleh sambung besok.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

(ketawa) Boleh sambung besoklah, Datuk Seri.

Speaker

Ah?

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Boleh sambung besok, boleh.

Speaker

Boleh sambung besok sebagai pembahas pertama.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Okey.

Speaker

Dan selepas itu, Sri Tanjung, ya.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Seri.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan masa hari ini sudah cukup, maka di Dewan, Dewan ini ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, 23 April 2024.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 7.02 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Selasa, 23 April 2024 pukul 10.00 pagi.”

 SDN22042024/bnm