Sabah · 11 July 2024

16th Assembly, 5th session · not final · 371 turns · 21,221 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Bacaan doa)

Setiausaha Dewan

(Bacaan doa). Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemerhati daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), KOJASA Holdings Berhad, para pemerhati Ahli Dewan Negeri daripada N.1 Bangi, N.10 Usukan, N.22 Tanjong Aru, Karambunai, Darau, Sindumin, Liawan, Kemabong, Nabawan, Labuk, Sibuga, Elopura, Sukau, Kunak, Balung, Sri Tanjong, Kukusan dan N.73 Sebatik. Selamat datang dan semoga lawatan anda menjadi lawatan yang produktif. Sekarang saya menjemput ADUN Tanjong Papat untuk bertanyakan soalan mewakili ADUN Kadamaian. Silakan YB.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, soalan nombor satu.

Program Penyukatan Tanah Anak Negeri (Pantas)

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

*1.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah peruntukan yang disediakan untuk program penyukatan tanah anak negeri (PANTAS) dan adakah kampung dalam kawasan DUN Kadamaian dan DUN Moyog yang akan terlibat dalam program tersebut pada tahun ini (2024) dan tahun depan (2025). Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]:Yang Berhormat Menteri.

I Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 43 pada hari khamis, 11 Julai 2024, memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian dan Telupid serta Dewan yang mulia ini, Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah atau PANTAS yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan telah bermula pada tahun 2011. Pada tahun ini iaitu tahun 2024, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan program tersebut dan sehingga 31 Mei 2024, Program PANTAS telah berjaya menyelesaikan pengukuran sebanyak 31,518 lot Tanah Anak Negeri dengan jumlah keluasan tanah 46,285.411 hektar atau 114,373.741 ekar yang melibatkan 145 buah kampung yang terletak di 22 buah daerah di seluruh negeri Sabah.

Sebanyak 250 geran-geran tanah hasil pengukuran PANTAS di DUN Kadamaian telah tersedia untuk diserahkan bila-bila masa. Program PANTAS di Kampung Tambatuon, di DUN Kadamaian pula sedang dijalankan dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2024.

Manakala, kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan Program PANTAS bagi Kampung Togudon di kawasan Moyog telah diterima pada 3 Julai 2024. Jabatan Tanah dan Ukur sedang dalam peringkat perancangan untuk memasuki kawasan tersebut bagi memulakan pengukuran tanah. Bagi Daerah Telupid pula, Jabatan Tanah dan Ukur telah selesai menjalankan pemeriksaan ke atas empat buah kampung yang didapati sesuai untuk dilaksanakan Program PANTAS. Kampung-kampung yang dimaksudkan adalah:

1. Kampung Ansuan; 2. Kampung Wonod; 3. Kampung Buis; dan, 4. Kampung Bauto.

I Kebenaran melaksanakan Program PANTAS untuk keempat-empat kampung tersebut telah diperolehi pada 28 Jun 2024 yang lalu dan pada masa kini, Jabatan Tanah dan Ukur sedang dalam perancangan untuk memasuki kampung-kampung tersebut untuk memulakan pengukuran tanah.

Sekian, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan?

Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Telupid? Soalan tambahan?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Sindumin. Okay, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sindumin… Sindumin… Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan tambahan dari Sindumin. Tadi, disebut mengenai penyukatan Tanah Anak Negeri (PANTAS) untuk Kadamaian, Moyog dan Telupid. Tahniah, yang telah selesai. Memang isu PANTAS ini sangat popular di kalangan penduduk luar bandar khususnyalah. Jadi saya…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta penjelasan daripada Yang Berhormat, memang banyak yang bertanya ni, sebenarnya apakah kriteria kawasan tanah yang boleh dipohon dan dipertimbangkan oleh Kerajaan kerana banyak permohonan dan oleh kerana Moyog, Telupid dan juga Kadamaian yang disebut di

I Sipitang, Yang Berhormat, saya banyak juga memanjangkan dan menyokong permohonan pantas seperti Long Pasia, Eburu, Meligan, Eburu Mendulong di kawasan-kawasan daerah Sipitang.

Jadi, adakah kawasan-kawasan sudah dapat kelulusan untuk rakyat di kawasan saya dan minta penjelasan dan bila ia selesai dan bila kita boleh serah geran ini kepada mereka, mereka sedang tunggu ini, terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Sindumin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Datuk Speaker, kriteria-kriteria kawasan tanah yang boleh dipertimbangkan untuk Program PANTAS adalah:-1.

Tanah Kerajaan yang telah diduduki oleh anak negeri secara turun-temurun; 2.

Kawasan itu berkeluasan sekurang-kurangnya 200 ekar; 3.

Kawasan yang telah diduduki itu telah diusahakan oleh penduduk yang berstatus anak negeri dan berumur 18 tahun ke atas; dan 4.

Keluasan setiap lot mestilah tidak melebihi 6 hektar.

Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa Program PANTAS ini telah mempercepatkan pengeluaran geran yang sudah lama tertangguh atau yang bertindih dan sebab itu usaha ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi dan berterusan sehingga tahun 2024 ini, sehinggalah tahun-tahun ke hadapan untuk kita menyelesaikan tanah-tanah yang bertindih ini. Jadi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengclaim bahawa geran-geran tanah ni, dikeluarkan oleh kerajaan-kerajaan tertentu itu adalah salah. Sebenarnya program ini adalah program berterusan kerajaan, siapa juga yang menjadi Kerajaan meneruskan legasi yang baik untuk kepentingan rakyat dan negeri Sabah yang tercinta ini. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Sindumin, mengikut maklumat yang saya ada di sini, di daerah Sipitang juga tidak terkecuali. Ada beberapa kawasan yang sekarang ini, masih dalam proses pengukuran PANTAS iaitu:

1) Meligan, yang disebut oleh ADUN tadi Sindumin;

I 2) Imui; 3) Rundulang; dan 4) Mengayam Jadi inilah empat buah kawasan yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Ukur, dan sekarang ini dalam proses pengukuran PANTAS dan kalau mengikut SOP kebiasaannya pengukuran PANTAS ini sekiranya tiada isu-isu yang berbangkit ia akan dapat menyelesaikan sehingga pengeluaran geran dalam tempoh 8 bulan hingga ke atas, ya dalam tempoh 8 bulan sekurang-kurangnya, sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Telupid?

Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Ada dua soalan tambahan saya, dimaklumkan tadi bahawa RM20 juta setiap tahun daripada Persekutuan untuk tujuan pengukuran tanah anak negeri ini sejak daripada 2012. Tiadakah cadangan Kementerian untuk menambah bajet tersebut untuk membuat pengukuran tanah ini supaya dapat diselesaikan dengan bajet tambahan yang ada nanti kerana sudah berapa puluh tahun cuma ada RM20 juta.

Jadi, kita mencadangkan supaya ada tambahan kalau daripada Persekutuan RM20 juta, mungkin Kerajaan Negeri boleh tambah RM20 juta lagi menjadi RM40 juta dan ini boleh menambah kepada tenaga pengukur supaya dapat mengukur keseluruhan kawasan daerah-daerah yang masih memerlukan penyukatan tanah anak negeri ini. Kedua, mengenai dengan skim pekebun kecil. Skim pekebun kecil di kawasan saya di daerah Telupid, terlalu complicated, lain yang mendapat offer geran, lain yang membuka. Yang memegang offer geran tidak pernah timbul daripada daerah lain dan kemudian orang kampung in situ yang membuka jadi masalah. Adakah cadangan kerajaan untuk membatalkan pemegang-pemegang offer geran ini dan kemudian kita cadangkan untuk penyukatan tanah anak negeri, terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Telupid. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Telupid dan Dewan yang mulia ini, sebenarnya peruntukan PANTAS ini adalah peruntukan yang kita terima

I daripada Persekutuan dan ia bergantung kepada kelulusan bajet. Memang kita meminta peruntukan yang besar tetapi kita akan terima apa juga peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan namun peruntukan RM20 juta ini dia berubah-ubah ada satu ketika kita dapat RM30 juta, ada satu ketika kita dapat RM19 juta. Jadi, daripada 2011 itu sehingga tahun ini, dia, kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan adalah berubah-ubah.

Namun, pandangan Yang Berhormat ADUN Telupid, kita akan ambil perhatian dan sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai, apa ini kemampuan kewangan yang lebih itulah kita semua mesti bersatu hati untuk memastikan apa yang menjadi hak kita supaya dapat dikembalikan kepada Sabah untuk kita dapat melaksanakan program-program seperti PANTAS ini dan untuk perkara yang kedua, Jabatan Tanah dan Ukur akan mengkaji akan mengkaji case by case skim pekebun kecil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Telupid dan saya yakin dan percaya di bawah Kerajaan GRS ini, kita tidak akan benarkan sesiapa pun untuk mendiskriminasi atau menyusahkan rakyat yang berhak mendapat tanah yang memang mempunyai yang mempunyai hak, inilah Kerajaan GRS PH Plus yang ada pada hari ini, sekian terima kasih.

(Ketuk meja beramai-ramai) …..

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya saya menjemput, I move on to the next question?

Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Next question.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Manila.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Datuk Speaker, soalan saya nombor dua.

I BANDAR SANDAKAN SEBAGAI SEBUAH BANDARAYA. *2.

YB. Datuk Mokran bin Ingkat [Sungai Manila] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, adakah kerajaan merancang untuk menjadikan Bandar Sandakan sebagai sebuah bandaraya. Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sungai Manila dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 11 kriteria yang perlu dicapai oleh mana-mana Majlis Perbandaran untuk dinaik taraf kepada Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya. 11 kriteria yang dimaksudkan adalah:-1) Pihak Berkuasa Tempatan atau (PBT) itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri; 2) Mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500 000 orang; 3) Hasil pendapatan tahunan adalah Ringgit Malaysia (tiada suara); 4) Perkhidmatan dan struktur organisasi yang mantap; 5) Perancangan mengambil kira sustainable development goals; 6) Imej bandar selaras tema dan budaya; 7) Pusat tumpuan…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

… ekonomi pelbagai bidang.

Kelapan, Pusat Institusi Pendidikan Tinggi. Sembilan, Pusat Kebudayaan dan Konvensyen Antarabangsa.

Kesepuluh, Kemudahan Infrastruktur yang lengkap dan yang kesebelas, mendapat Pengiktirafan Kebangsaan atau Antarabangsa. Pihak Kerajaan Negeri pada dasarnya, telah bersetuju untuk Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Bandaraya yang pertama di Sabah. Walau bagaimanapun, pihak majlis masih perlu memenuhi dua daripada sebelas kriteria yang ditetapkan, untuk mendapatkan pengiktirafan bandaraya itu,

I iaitu kriteria kedua, jumlah penduduk dan juga kriteria ketiga, iaitu hasil kutipan tahunan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak majlis sudah merangka perancangan melalui Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan yang dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini. Berdasarkan kepada pelan strategik tersebut, pihak Majlis Perbandaran Sandakan telah menetapkan sasaran, untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Sandakan ke Majlis Bandaraya sebelum atau pada tahun 2030. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih Yang Berhormat Kundasang, Menteri Perumahan. Soalan tambahan saya ialah, apakah status Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Sandakan, yang sebelum ini telah di ... di yang sebelum ini telah dibentuk dengan tujuan untuk membantu melonjakkan Sandakan sebagai sebuah bandaraya?

Dan seterusnya, ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pandangan saya, usaha-usaha daripada pihak majlis untuk memastikan kesemua kriteria yang telah disebutkan tadi, macam saya pun tidak tahu sama ada diusahakan bersungguh-sungguh ataupun tidak, sebab saya sendiri tidak ... tidak lagi menjadi ahli-ahli mesyuarat, di dalam apa ini mana-mana apa ini majlis ataupun mesyuarat di dalam dewan apa ini, dalam Majlis Perbandaran Sandakan. Jadi terutamanya, salah satu kriteria yang disebut tadi ialah tentang hasil kutipan tahunan dan jumlah penduduk. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak ataupun ramai di kalangan penduduk terutamanya anak-anak muda di Sandakan ini, terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan. Jadi, itulah di antara sebab-sebab kenapa kita sukar untuk mencapai jumlah penduduk seperti yang ... yang disasarkan. Walau bagaimanapun, saya fikir ada juga kriteria yang telah, yang boleh kita minta dengan pihak yang berkuasa tentang apa ini penubuhan Majlis Bandaraya ini, sebab seingat saya di Majlis Bandaraya Kuching ya, ada dua sekali majlis apa ini bandaraya ditubuhkan di Bandaraya Kuching, Kuching Selatan dan juga Kuching

I Utara dan Kuching Sela ... Kuching Utara ketika itu, dia punya penduduk baru 100 lebih ribu, pun sudah boleh mendapat taraf bandaraya.

Yang keduanya ialah salah satu kriteria juga ialah adanya institusi apa ini pendidikan ya, dan di Sandakan ini kita ada hub pendidikan tapi masih lagi belum beroperasi sepenuhnya, hanya empat institusi pendidikan.

Jadi, saya mintalah kepada kementerian-kementerian yang ada, kalau ada ingin menubuhkan institusi bagi pih ... kementerian masing-masing. Contohnya, institusi, institut latihan JKR kah ya, dan sebagainya, bolehlah menggunakan tapak yang tersedia di hub pendidikan. Itu saja Datuk Yang Dipertua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih daripada soalan tambahan daripada ADUN Sungai Manila. Tuan Speaker, untuk status jawatankuasa yang disebutkan tadi, saya ingat jawatankuasa itu tidak ditubuhkan secara rasmi atau is not really official jawatankuasa dengan izin. So, sekarang ini yang dahulunya dipengerusikan kalau saya tidak silap oleh ADUN Lamag, dan sekarang ini beliau bukan lagi dalam Kerajaan. So, status dia mungkin tiada sudah, I’m not very sure apa status dia sebenarnya tapi tidak berperanan setakat ini. Untuk menjawab soalan yang kedua, iaitu adakah majlis bersungguh-sungguh untuk menaik taraf keadaan perbandaran di Sandakan atau Majlis Perbandaran Sandakan, pihak Majlis Semporna Sandakan sememangnya telah merangka beberapa inisiatif, bagi mencapai kriteria khususnya kriteria ketiga, iaitu memperolehi hasil yang melebihi RM100 juta, dan juga kriteria yang kedua, iaitu supaya penduduk dia melebihi atau tidak kurang daripada 500 ribu.

1. Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan pengiktirafan bandaraya adalah seperti berikut. Yang pertama, MPS akan menguatkuasakan sepenuhnya ke semua uniform by law bagi mengoptimumkan kutipan hasil. Yang kedua, melaksanakan kadar penilaian baharu yang akan diwartakan sepenuhnya pada tahun 2025. Ketiga, melaksanakan penyemakan semula kadar sewa harta

I majlis berdasarkan seunit kaki persegi atau setara dengan nilai pasaran semasa dan keempat, memperkasa usaha mengutip semula tunggakan hasil yang berjumlah lebih daripada RM40 juta.

Bagi kriteria kedua, iaitu mempunyai jumlah penduduk tidak kurang daripada 500 ribu orang, MPS pada ketika ini sedang mempergiat pelbagai usaha perancangan, bagi memastikan Daerah Sandakan sentiasa menjadi destinasi pelaburan strategik yang sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan serta mempelbagaikan potensi bidang ekonomi.

Bagi mencapai tujuan ini, salah satu perancangan MPS adalah dengan merancakkan industri pelancongan, melalui inisiatif pelan tindakan pelancongan Sandakan 2020-2030.

Selain itu pihak MPS sedang dalam usaha untuk memperolehi pelbagai pengiktirafan, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa bagi memastikan Daerah Sandakan sentiasa menjadi sorotan positif pelbagai pihak.

Antara yang telah dicapai dan dalam perancangan adalah pertama, ASEAN Clean Tourist City Standard 2024-2026 peringkat kebangsaan dan ini telah dicapai pada bulan April 2024 melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan yang kedua, Voluntary Local Review dan SDG atau Sustainable Development Goals Road Map Majlis Perbandaran Sandakan yang akan siap pada tahun 2025, dan dibentangkan di New York, Amerika Syarikat semasa High Level Political Forum 2025.

Pihak majlis optimis dengan kedudukan ekonomi yang kukuh serta pengiktirafan pelbagai peringkat, pastinya dapat meletakkan Sandakan sebagai salah satu sebuah bandar yang bertaraf global, dan berdaya huni selaras aspirasi sesebuah …

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Bandaraya. Terima kasih.

I

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan. Elopura.

Soalan Tambahan

Ya. Yang, terima kasih, Tuan Speaker.

Terima kasih Menteri yang jawab dalam kertas yang cantik tentang masa depan 2030 lagi. Jadi, soalan saya ialah tanya apakah langkah, ada apa, selesai yang pada masa kita ada rumah, pintu cukai belum dapat dikutip. Ada yang rumah satu list kita dapat, ada 40 tahun yang lebih tidak pernah bayar pintu cukai punya. Ini yang saya, rasanya bukan satu rumah sahaja.

Banyak rumah yang tidak dapat kutip. Tadi, Menteri ada sebut kita kutip hasil. Okay, pertama.

Kedua, belakang, di pekan, bandar, belakang kaki lima, kaki lima belakang bangunan itu. Banyak tahi dengan kencing dari atas bangunan itu. Ada pokok lagi. Jadi, kalau pelancong datang kita pun takut, walaupun kita rakyat di Sandakan, pun takut ini. Jadi, apa macam kita cakap pelancong, 2030 kah dan sebagainya. Ini satu, Menteri sampai hari ini bangunan yang abandon punya banyak, pokok di bangunan punya banyak. Air tandas dengan tahi-tahi di belakang kaki lima punya, banyak. Bau lagi. Sampah sarap dan sebagainya. Tidak dapat selesai. Apa yang bilang kita mahu pergi maju lagi?

Ini saya rasanya Menteri boleh jawab untuk rakyat Sandakan.

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

YB Elopura lain kali sebut najis saja. Lain kali sebut najis saja.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih soalan tambahan daripada Elopura. Ah dan ah, kalau Yang Berhormat Elopura boleh membantu MPS mengutipkan tunggakan yang begitu banyak, kita juga akan ada lebih banyak dana untuk membersihkan kawasan-kawasan yang kita sebut tadi. Terima kasih.

Kasih saya masuk pergi MPS. Saya jadi Presiden MPS.

I (Tepuk meja).

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Datuk Speaker, boleh? Boleh satu soalan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

ADUN Dilantik.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Terima kasih ya, Datuk Speaker.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Di antara perkara yang selalu berlaku terutama untuk mencapai sasaran pendapatan RM500 juta itu.

RM100 juta kalau saya tidak silap yang disebut oleh Menteri tadi. RM1 juta setahun. Biasanya berlaku di mana-mana bandaraya selepas dinaik taraf itu adalah kenaikan yang melampau. Sewa, parking dan sebagainya.

Dalam konteks Sandakan ini, adakah Kerajaan boleh memberi jaminan kalau pun berlaku sebarang kenaikan, tidak akan membebankan peniaga, penghuni di bandaraya Sandakan, akan bandaraya Sandakan itulah. Sebab seperti mana berlaku dulu di Kota Kinabalu perkara yang sama. Bila dinaik taraf menjadi bandaraya, pelbagai kenaikan berlaku. So, soalan saya adakah Kerajaan boleh memberi jaminan tidak akan membebankan masyarakat Sandakan. Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan [Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam]:Terima kasih, soalan daripada Ahli Yang Berhormat Dilantik. Sememangnya kalau kita naikkan kadar cukai, of course dia akan membebankan sesetengah pihak but kenaikan cukai itu kalau kita kaji sebenarnya dia bergantung kepada nilai property yang ada di kawasan tertentu. We are not simply going to raise a cukai pintu di mana keadaan business itu juga tidak menentu. So, in that’s sense the Kerajaan is a really, a very responsible in trying to raise a, apa ini, pendapatan supaya mendapat sejumlah RM1 juta bagi MPS. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebenarnya telah mencadangkan supaya pihak MPS mendapat satu apa ini, to get a consultant to look into the whole issue about Sandakan, re-development ataupun kita re-design Sandakan ini, supaya dia akan lebih menarik pada pelancong dan

I akan lebih mendapat pelabur-pelabur daripada dalam dan luar negeri. But this one, ini akan memakan apa ini, menggunakan kewangan dan it is not cheap to get an outside consultant dan juga Tuan Speaker, kita juga perlu melihat kemampuan MPS pada ketika ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Elopura.

Tuan Speaker, soalan saya nombor tiga.

Terima kasih.

Isu Kekurangan Mesin Dialisis Di Hospital Duchess Of Kent Sandakan

*3.

YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [ELOPURA] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu kekurangan mesin dialisis di Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Elopura, bilangan mesin sedia ada di Hospital Duchess of Kent, Sandakan adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buat masa ini. Hospital Duchess of Kent mempunyai 30 water point dan 45 mesin dialisis dan seramai 121 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan hemodialysis dan 52 orang pesakit mendapat rawatan CAPD di hospital berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Ya, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Menteri jawab jelas. Yang soalan tambahan saya yang, Likas Hospital saya rasanya di, di Menteri punya list memang first priority lah. Jadi, Hospital Tawau sudah dinaik taraf. Jadi, Sandakan Hospital sudah get extra empty land in the Hospital premis. Sudah dapat tanah juga. Jadi, saya soalannya ialah bila akan Sandakan dapat satu extra department atau extra bangunan atau tam, some

I additional bangunan untuk additional katil yang sekarang congested punya situasi dan tanpa had department atau cancer department.

Tak payah orang Sandakan selalu datang KK, QE dan atau tambah parking. Itu sebab you tambah bangunan, untuk katil, memang tambah Doktor, tambah department dan tambah tempat parking juga. Ini, bilakah Sandakan dapat ini bangunan yang baru. Since, Tawau pun sudah dapat. Likas kamu punya list ialah first priority. Jadi, Sandakan sampai bila boleh dapat ini. Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, untuk makluman ADUN Elopura, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mencadangkan untuk pembesaran Hospital Duchess of Kent dengan peruntukan sebanyak RM400 juta dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. RP1. Dan kerja permulaan sedang pun dijalankan, yang mana kita mendapat peruntukan sebanyak RM2 juta yang pada masa sekarang ini. Dan untuk makluman ADUN Elopura, baru-baru ini saya telah pun berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa cadangan kita pada kali ini ialah menaik taraf Hospital Sandakan dan Hospital Tawau menjadi hospital bertaraf negeri untuk membolehkan semua pakar-pakar kita tempatkan di hospital-hospital ini apabila dia sudah bertaraf negeri. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan. Senallang.

Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak Kerajaan mempunyai rancangan yang rapi untuk memastikan supaya setiap daerah di Sabah dapat disusun atur diselaraskan dengan apa jenis penyakit dia. Daerah ini kencing manis. Daerah ini sakit jantung. Daerah ini dialisis diperlukan, kerana saya sedar dan tahu Kementerian Kesihatan mempunyai RM48 billion tahun ini peruntukan dan sebahagian besar peruntukan itu disalurkan di Semenanjung. Tidak di Sabah. Dan saya sudah bangkitkan supaya perkara ini diselaraskan dengan keperluan rakyat.

I Apa perlunya, kita tidak perlu hantar pesakit untuk darah tinggi kalau banyak penyakit jantung di daerah-daerah tertentu.

Sama ada pihak Kerajaan. Pasal itu saya Datuk Speaker, mewujudkan Kementerian Kesihatan pasal ini penting. Tidak ada gunanya ada ilmu, tapi kalau tidak sihat. Tidak ada gunanya kalau ada duit, kalau tidak sihat. Kementerian Kesihatan Pusat saya nampak tidak seimbang. Peruntukan yang diagihkan seluruh negara. Hari ini kita nampak di Johor. Hospital di situ beratus juta dibagi. Jadi, ini yang saya minta sama ada pihak Kerajaan Negeri mempunyai rancangan pakar-pakar.

… Pakar. Kita tidak mahu semua pakar yang dikeluarkan di Semenanjung, Sabah sikit seja dia bagi di sana semua pakar jantung, pakar macam-macam yang ada. Terima kasih banyak, sama ada Kerajaan mempunyai rancangan yang rapi untuk masa depan.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan daripada ADUN Senallang. Ya, Kementerian Kesihatan Malaysia memang ada cadangan sebagai contoh di Tawau kita telah pun menghantar SUB untuk penyakit kanser. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, ini bahawa Tawau ini sudah ada satu pakar SUB Kanser dan begitu juga dengan di Kota Marudu, di Kota Marudu pun kita telahpun menghantar pakar-pakar pada permulaannya dan di samping itu juga, hospital Hospital Queen 1 telah pun membuat satu perancangan iaitu yang berskill hospital, hospital taraf kluster seperti Hospital Tuaran kita telahpun menghantar pakar-pakar di situ secara berskala memang kita ada rancangan Datuk Speaker, untuk masa akan datang, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 4, terima kasih.

I TINDAKAN UNTUK MENANGANI ISU-ISU PEMBENTUNGAN YANG BERLAKU DI SABAH. *4.

YB. Puan Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah tindakan segera untuk menangani isu-isu pembentungan yang semakin serius dan memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk menyelesaikannya dan bilakah kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS) Penampang akan ditambah.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kapayan dan Dewan Yang Mulia ini Jabatan Pembentungan Sabah (JPPS) menangani isu-isu pembentungan dengan melaksanakan kerja operasi dan juga penyelenggaraan aset pembentungan secara berkala dan juga apabila menerima aduan. Bagi aset pembentungan yang telah dikenal pasti sebagai kritikal di mana terdapat aduan berulang yang memerlukan kerja rutin operasi dan juga penyelenggaraan bagi pihak (JPP) Sabah akan merancang dan mengadakan kontrak operasi penyelenggaraan tiga bulan ke tiga tahun dan juga secara tahunan.

Selain itu, terdapat juga aset pembentungan yang telah dikenal pasti sebagai kritikal dimasukkan dalam skop kerja di bawah program Skim Pembentungan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2024. Terdapat 23 buah projek di mana tujuan utama program ini adalah untuk menaik taraf dan juga membaik pulih aset sedia ada milik PBT yang telah di ambil alih oleh (JPP) Sabah semenjak tahun 2015. Di bawah program Skim Pembentungan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak 10,931,85.00 telah diperuntukkan Kerajaan Negeri pada tahun 2024.

Dari segi peruntukan penyelenggaraan pula pada tahun 2024 Jabatan Pekhidmatan Pembentungan (JPP) Sabah telah diperuntukkan sebanyak 42 640 554.00.

Berkaitan dengan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan JPP Sabah Penampang pula, untuk makluman Yang Berhormat daripada Kapayan dan Dewan Yang Mulia ini JPP Sabah menyedari tentang peningkatan jumlah aduan yang diterima pada tahun 2024 berbanding dengan tahun 2023 selain penerimaan aset tambahan daripada PBT bagi Daerah Penampang. Langkah-langkah proaktif dengan menambah baik organisasi di JPP Penampang telah diambil selain menghentikan Pegawai Kerja Pembentungan Daerah J29 kepada Jurutera Daerah

I J41 ini bagi membolehkan JPP Penampang dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menangani setiap aduan yang cepat. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Kapayan.

Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih atas jawapan itu YB Menteri.

Saya ingin bertanya tadi walaupun saya dengar macam sepuluh kira-kira 52 lebih daripada 52 Juta untuk 2024 ini. Saya rasa seperti yang dikatakan tadi masih banyak masalah dan aduan-aduan ini memang serius lah dan terutama masa musim hujan dan banjir baru-baru ini memang kita telah melihat bahawa masalah memang masih tidak dapat di atasi saya berterima kasih kerana ada penambahan kakitangan di Penampang ini dan terutama lah di Kapayan ini di mana banyak betul perumahan di kawasan tersebut.

Saya ingin bertanya kalau jadi dari pandangan saya memang peruntukan untuk Kapayan ini saya rasa tidak lah mencukupi jadi adakah cadangan Kementerian di mana boleh menambah lagi ataupun fokus lagi kepada kawasan seperti di Kapayan ini di mana banyak taman-taman perumahan dan banyak aduan-aduan yang diterima mungkin daripada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun tempat-tempat lain, terima kasih.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Datuk Speaker, untuk menjawab soalan daripada Kapayan dan Ahli Dewan Yang Mulia di ini, selepas pengambilan aset daripada PBT tersebut di dapati sebanyak 70% daripada berada dalam keadaan yang uzur tidak berfungsi dan ini menyebabkan kumbahan-kumbahan tidak dapat dirawat ya jadi Pihak Kementerian juga dan juga Jabatan JPP Sabah telah memohon dan untuk menambah peruntukan dari masa ke semasa dan sebahagian untuk pembentungan milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu termasuk aset pembentungan di kawasan Kapayan di Majlis Daerah Penampang hanya dapat diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan hanya diserahkan kepada JPP Sabah pada bulan oktober 2024 dan total aduan tahun 2023 sebanyak 57 aduan selesai 57 aduan, tahun 2024 117 aduan termasuk

I tahun 2024 aduan selesai 111 dan jumlah aset tahunan di Penampang ialah 80 dan 2024 112 Sekian Tuan Speaker, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Moyog?

Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, Datuk Speaker, Menteri boleh minta penjelasan berapa banyak kah main functioning pump di seluruh Daerah Penampang dan apakah tindakan yang telah dibuat untuk memperbaiki pump ini kerana selepas banjir the sewerage pump you have the sewerage what do you call drainage kamu pun ada banyak masalah sepatutnya di buat tindakan secepat mungkin dan I don’t know macam mana kamu dapat menampung masalah di Penampang sebab ini bukan satu seja dua, tiga banyak kita punya sewerage plant ada masalah di Penampang, terima kasih.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Moyog, kita faham di Penampang ini ada satu banjir dari itu tadi Pihak Jabatan JPP Sabah sedang mengenal pasti di mana kawasan-kawasan yang terjejas jadi saya tidak dapat apa ini memberi jawapan terperinci nanti kita jawab secara bertulis, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Bongawan.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5?

Inisiatif Kerajaan Dalam Pembangunan Kemahiran Dan Keusahawanan Kepada Belia

*5.

YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam pembangunan kemahiran dan keusahawanan kepada belia dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan penternakan serta jenis bantuan yang ditawarkan.

I Jawapan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya, Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.30 Bongawan dan Dewan Yang Mulia ini Kementerian saya telah melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawahnya telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi membangunkan kemahiran dan keusahawanan kepada belia dalam pelbagai bidang antara inisiatif utama ialah Program Geran Agropreneur Muda (GAM) biayaan Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah sejak tahun 2 ribu…

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

19 … GAM memberikan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20 ribu bagi setiap individu. Program ini terbuka kepada golongan belia berumur 18 hingga 40 tahun dengan pendapatan di bawah RM5000 sebulan. Pegawai jabatan di setiap lokasi peserta program ini berperanan sebagai pegawai pembimbing dan menjalankan pemantauan secara berkala.

Setakat tahun 2023, Kementerian saya melalui DYA telah memberikan bantuan kepada seramai 15 belia yang berkecimpung dalam sektor tanaman dengan jumlah nilai geran R ... RM299 811 manakala bagi sektor ternakan seramai 18 orang belia telah menerima bantuan GAM dengan jumlah nilai geran RM360 ribu. Projek-projek yang diluluskan melibatkan unggas dan ruminan, iaitu kambing pedaging. Bagi sektor perikanan, seramai lapan orang belia telah menerima bantuan GAM dengan nilai geran RM153 982. Pada tahun lepas, negeri Sabah mencatat pencapaian yang baik dalam pelaksanaan GAM, iaitu 200% daripada kuota yang diperuntukkan kepada negeri Sabah, iaitu 20 dan kita telah meluluskan 40 permohonan.

Tuan Speaker, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah juga menawarkan pelbagai kursus dan latihan kepada para belia untuk membangunkan

I kemahiran dan keusahawanan dalam bidang pertanian dan kita telah menyediakan lima jenis kursus berkaitan perkara ini.

Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga telah melaksanakan inisiatif untuk pembangunan kemahiran dan keusahawanan kepada belia dalam bidang penternakan. Antaranya adalah kursus penternakan secara percuma di Pusat Pengurusan Veterinar, Tuaran. Sebanyak 29 latihan telah sedang dan akan dilaksanakan pada tahun 2024 ini. Informasi berkaitan ini boleh dirujuk dalam Facebook DVS dan terdapat lima latihan, program latihan ditawarkan berkaitan dengan penternakan ini.

Selain itu, Kementerian saya melalui Koperasi Pembangunan Desa (KPD) melaksanakan inisiatif pembangunan kemahiran dan keusahawanan kepada belia menerusi latihan kemahiran yang dilaksanakan di Pusat Latihan Belia, KPD-OISCA Tenom dalam bidang pertanian dan perternakan.

Program latihan ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan industri pertanian. Lebih praktikal dan boleh meningkatkan kemahiran serta keupayaan mereka dalam bidang keusahawanan. Terdapat lima kursus ditawarkan.

Di samping itu, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dalam keusahawanan kepada belia dalam bidang perikanan.

Jabatan Perikanan Sabah menawarkan 22 kursus bimbingan dan 15 program inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pembangunan kemahiran para belia di negeri Sabah.

Inisiatif yang dilaksanakan bagi pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia di negeri Sabah melibatkan kerjasama dengan agensi luar seperti Universiti Teknologi MARA, Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI), Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) dan Sabah Tourism Board (STB). Antara kursus yang ditawarkan adalah program pemasaran bagi menggalakkan dan membangunkan rantaian aktiviti seperti pemprosesan pembungkusan serta agropelancongan pengusaha.

I Akuakultur marin dalam tahun 2022 dan 2023, seramai 294 orang belia telah menyertai pelbagai kursus ditawarkan. Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya turut memberikan pelbagai jenis bantuan kepada golongan belia bagi membangunkan kemahiran keusahawanan dalam sektor pertanian. Kementerian saya melalui DOA memberikan bantuan dalam pembangunan tanaman yang merangkumi kos pembukaan kawasan, bahan tanaman, baja, racun dan peralatan ladang. Jenis bantuan bagi pembangunan usahawan adalah maklumat nutrisi pembungkusan produk, bantuan mesin pemprosesan dan naik taraf premis. Sementara itu, DVS Sabah menawarkan dua jenis inisiatif, iaitu agihan ternakan ruminan dan agihan itik jantan. Permohonan bagi kedua-dua inisiatif ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Jumlah agihan lembu pedaging pada tahun 2023 ialah 750 ekor manakala jumlah agihan kambing pedaging adalah 380 ekor. Inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh DOF adalah peralatan dan perkakasan perikanan berdasarkan program inisiatif yang disertai oleh kumpulan sasar.

Pada tahun 2023, sebanyak 14 program melibatkan seramai 260 orang peserta individu telah dilaksanakan dengan nilai inisiatif RM9.5 juta. Projek pembinaan dan aktiviti melabuhkan 200 unit tukun tiruan juga telah dilaksanakan di enam lokasi dengan kos hampir mencecah RM3.2 juta.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Bongawan.

Soalan Tambahan

Terima kasih pada jawapan yang detail.

Saya ingin bertanya, berapa ramai belia yang sudah dilatih berjaya menjadi usahawan?

Terima kasih.

I

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat.

Mengikut rekod yang kita ada dari sejak 1996 sehingga 1920, saya bagi data berkait dengan kursus, jumlah kursus anak muda-mudi yang kita telah keluarkan seramai 835 dan pada tahun 2021 kita telah mengeluarkan 51 graduan dan pada saat tahun 2022 kita mengeluarkan 49 dan pada tahun ini setakat 25 Jun 2024, kita telah melatih 31 anak muda-mudi berkaitan perkara ini dan sedikit tambahan soalan Yang Berhormat, kita juga program Agropreneur Muda merupakan salah satu program penting untuk muda-mudi ba ... tetapi pada masa yang sama, kita juga menyediakan kursus pengukuhan usahawan industri asas tani. Jadi, kita juga menyediakan kursus-kursus yang menjurus kepada membantu anak muda-mudi berkecimpung dalam bidang pertanian, perikanan dan yang berkaitan dan kita menyediakan enam ... 16 kursus yang berkaitan pertanian dan kita juga menyediakan tiga kursus berkaitan dengan nelayan dan semua informasi ini kita boleh dapatkan di Kementerian.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang ataupun adakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian …

…untuk memastikan ataupun untuk memastikanlah bahawa peserta-peserta kursus ini berjaya. Maksud saya adakah kita monitor pihak Kementerian monitor memastikan bahawa peserta-peserta kursus ini berjaya menjadi usahawankah ataupun sebagainya. Terima kasih.

I

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat. Seperti program GM yang saya sebutkan sebentar tadi, walaupun program ini dilaksanakan oleh Kementerian sepenuhnya dengan bajet yang diperuntukkan di Federal, kita telah akan memastikan mesti memastikan supaya peserta-peserta yang telah menerima geran ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan tujuan sebenar projek ini diberikan. Itulah sebab pegawai-pegawai Kementerian yang berada di setiap kawasan bertanggungjawab, bertanggungjawab memastikan supaya projek ini dan penerima-penerima geran ini dapat melaksanakan dan menghasilkan output seperti yang kita kehendaki.

Pada masa yang sama juga, kita sentiasa memberi saranan dan nasihat kepada ketua-ketua belia yang sentiasa interfacing dengan penerima-penerima ini supaya sentiasa bersemangat dan memberitahu Kementerian sekiranya mengalami masalah yang berkaitan dengan bantuan yang diberikan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, YB Datuk Raime Unggi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor 6.

Pembinaan Perpustakaan Di Daerah Tenom

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

*6.

YB. Datuk Raime bin Unggi [Adun Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI, bilakah pembinaan perpustakaan Daerah Tenom akan dilaksanakan.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]:Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Bismillahirrahmanirrahim. Datuk Speaker, terlebih dahulu saya mohon izin untuk menyampaikan salam dan ucapan sepatah kata daripada Perpustakaan Negeri Sabah. Mohon diizinkan Datuk Speaker. Saya mohon izin untuk menyampaikan salam dan sepatah kata ucapan daripada Perpustakaan Negeri Sabah…

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Silakan-silakan.

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Okey. Terima kasih Datuk Speaker.

Pulau Labuan tidak berbukit, Pantainya indah cantik dan bersih, Budi tuan bukan sedikit, Kami ucapkan terima kasih.

(Dewan Bertepuk) Perpustakaan Negeri Sabah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Datuk Raimie bin Unggi terhadap perkhidmatan perpustakaan di daerah Tenom. Demikian bunyinya.

Datuk Speaker, untuk menjawap soalan ringkas yang diberikan oleh ADUN Dilantik dan untuk makluman Dewan yang mulia Ini, sukacita dimaklumkan bahawa bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tenom sedang dalam pembinaan. Pembinaan bangunan baharu Perpustakan Negeri Sabah Cawangan Tenom telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Projek ini telah ditawarkan kepada sebuah syarikat dengan kos RM6 272 904 dan sen 40. Projek ini dijangka siap pada bulan Disember 2024. Bangunan baharu Perpustakan Negeri Sabah Cawangan Tenom mempunyai dua tingkat dan apabila siap kelak, antara perkhidmatan yang akan disediakan adalah perkhidmatan peminjaman buku dan lantik keahlian, perkhidmatan hyper media, perkhidmatan rujukan dan maklumat dan perkhidmatan Internet.

Disamping itu, bangunan baharu ini juga akan dilengkap dengan sebuah dewan serbaguna dan bilik mesyuarat yang mana boleh di sewa oleh orang awam. Projek pembinaan bangunan ini dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Sabah dan peratus kemajuan setakat bulan Mei adalah 28.21%. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan.

I Soalan Tambahan

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana telah merancang untuk memberi peruntukan untuk membina perpustakaan di Tenom. Sebagai soalan tambahan saya Datuk Speaker, pertama saya mengharapkan pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar dan siap pada tarikh yang telah ditetapkan Disember 2024 pada akhir tahun ini dan sememangnya saya melihat keperluan sebagai anak-anak luar bandar perlu perpustakaan. Buat masa ini, saya lihat perpustakaan di Tenom itu bangunannya cuma di sewa. Dalam soalan tambahan saya Datuk Speaker, selain daripada pembinaan perpustakaan, saya juga ingin mencadangkan pada pihak Kementerian sebagai susulan supaya merancakkan apa ni program-program aktiviti sebagai contoh membaca di luar bandar supaya anak-anak luar bandar ini penguasaan 3M itu membaca, mengira dan menulis sentiasa segar dalam apa ni fikiran mereka supaya mereka boleh menguasai dan saya harap program-program lebih kepada kesedaran contoh Datuk Speaker, contoh tentang apa ni kesedaran tentang Sains dan Matematik.

Saya dapati penguasaan anak-anak luar bandar di khusus di kawasan Tenom penguasaan untuk Sains dan Matematik ini juga amat kurang sekali. Kalau dilihat peratus keputusan SPM, STPM dan juga yang lain-lain, kalau di Tenom itu tidak berapa dapat menguasai. Jadi saya minta pihak Kementerian bila ada perpustakaan baru ini boleh mengadakan pelbagai untuk merancakkan pelbagai aktiviti. Supaya seperti mana saya nyatakan tadi, kesedaran untuk menguasai penguasaan 3M dan juga kesedaran tentang bagaimana pentingnya mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan masyarakat apa ni anak-anak murid di luar bandar ini supaya mereka boleh mendapat keputusan yang terbaik sepertimana anak-anak di luar bandar dan juga anak-anak di bandar ini. Jadi tidak jauh jurang apa ni jurang pendidikan tu jurang keputusan itu tidak jauh ketara apabila mereka menghadapi peperiksaan umum ataupun awam pada tahun-tahun. Jadi terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Terima kasih soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Dilantik tadi dan saya

I amat bersetuju dengan ini merupakan cadangan dan soalan pertama kita mengharapkan agar pembinaan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan. Mudah-mudahan dan kita menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya Sabah yang mengawal selia tentang pembangunan ini dan yang kedua, cadangan yang baik InsyaAllah kita akan ambil perhatian oleh terutamanya Perpustakaan Negeri untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan STEM dan untuk makluman Kementerian juga telah mengembangkan program STEM ini di seluruh daerah negeri Sabah dan tidak terkecuali aktiviti-aktiviti STEM dilakukan di seluruh perpustakaan di negeri Sabah ini dan untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik, Perpustakaan Negeri Sabah sedang rancak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan galakkan membaca bukan sahaja kepada anak-anak muda kita tetapi juga kepada seluruh masyarakat di negeri ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan Sulabayan.

Soalan Tambahan Datuk Dr.

Terima kasih Tuan Speaker. Merujuk kepada perpustakaan, dia ada dua. Satu perpustakaan daerah, satu desa dan baru-baru ini saya telah memantau sendiri satu Perpustakaan Daerah Tawau, yang kedua Semporna. Lepas itu di tempat saya di DUN Sulabayan. Ada tiga perpustakaan desa sama ada ini di bawah Kementerian Negeri ataupun Luar Bandar, tidak pasti. Satu di Kampung Gusung Malanta, satu di kampung saya sendiri di Kampung Kabimbangan yang cukup membimbangkan saya. Yang kedua, di Pulau Lalapan. Sudah tidak ada penjagaan, dibiarkan begitu sahaja dan saya tengok juga di Tawau itu, bangunan begitu cantik. Saya tengok ada sudah kerja-kerja vandalism. Padahal tempat tu cantik. So, apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan supaya perpustakaan ini sentiasa dalam keadaan yang menarik. Bukan sahaja bersih tetapi ada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Sedangkan Kerajaan bersusah payah untuk memastikan orang kata budaya membaca itu digalakkan. So, kalau tempat itu tak kondusif, sudah tentu tidak mendapat perhatian mahupun tarikan.

I Jadi saya cadangkan supaya perkara ini juga diambil perhatian kerana kerajaan sedang berusaha. Tapi kalau tempat itu tak selesa, susah. Cuma saya nak ambil satu sedikit di Brisbane di Australia. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pernah ke sana. Masa saya di sana saya tanya kepada anak-anak kita yang belajar di sana, apa mercu tanda di Brisbane ini tarikan orang? Dia kata, perpustakaan. Bila saya pigi perpustakaan, memang perpustakaan itu bukan anak-anak sekolah sahaja. Bahkan keluarga. Ibu bapa dia di hujung minggu semua berada di perpustakaan dan itu yang saya nampak kalau dapat kalaupun tidak sama tetapi tolonglah ambil perhatian dalam usaha kita untuk menjayakan supaya budaya membaca ini dapat diterapkan pada masyarakat kita dan akhirnya miskin tegar disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri antara faktor-faktor satu miskin tegar berlaku kerana soal pendidikan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Kita akan ambil maklum apa yang dilaporkan oleh beliau. Sebenarnya Perpustakaan Desa di bawah Federal dan insya-Allah kita akan teliti dan kita akan berbincang dengan pihak berkenaan. Kita hubungan baik dengan Perpustakaan Negara dan banyak juga membantu kita termasuk program-program.

Memang di Perpustakaan Negeri seluruh daerah kita membuat program-program untuk menarik minat anak-anak kita. Yang terbaru kita akan perkenalkan di perpustakaan itu Pusat Sains Sabah. Misalnya sudah di perpustakaan Keningau seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini. Ini sangat menarik dan kita sedang menggilir-gilirkan pameran sains dan teknologi dari negara China sekarang di Tambunan.

Memang pun apabila di Tanjung Aru diadakan dalam masa empat bulan 120 000 pengunjungnya termasuklah boleh menarik minat anak-anak kita ke perpustakaan di samping untuk mendapat ilmu berhubung dengan 60 exhibit bahan pameran teknologi, sains dan teknologi dan insya-Allah Perpustakaan Tenom nanti dan perpustakaan-perpustakaan lain kita akan cadangkan dan kita akan rancang untuk

I wujudkan pusat sains di sana dan yang terkini, insya-Allah pada tahun ini Petronas akan membantu kita untuk mewujudkan pusat sains di Tawau seperti mana Yang Berhormat nyatakan dan ini akan kita baik pulih apa-apa keperluan dan juga Pusat Sains di Sandakan juga daripada Petronas. Kita akan memohon dari masa ke masa agar setiap daerah perpustakaannya ada Pusat Sains dan menarik minat anak-anak kita untuk berkunjung di samping buku-buku dan program-program yang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker terima kasih. Soalan saya nombor 7.

Peruntukan Dan Projek Di Dun Moyog

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

*7.

YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, berapakah sudah peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan di DUN Moyog dan senaraikan jumlah projek yang telah dipohon dan diluluskan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih Datuk Speaker. Sebelum saya menjawab soalan daripada ADUN Moyog, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Speaker dan juga Dewan yang mulia ini di atas kesudian menerima kunjungan daripada kawasan saya seramai sepuluh wanita dan belia dari kawasan DUN Labuk untuk datang ke sesi Dewan pada pagi ini. Sekian, terima kasih Datuk Speaker. Untuk menjawab soalan daripada ADUN Moyog, Datuk Speaker sebagai makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.26 Moyog dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Daerah Penampang, jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM9 670 000 juta bagi kawasan DUN N.26 Moyog daripada jumlah itu, sebanyak RM5 910 000 juta

I adalah melalui biayaan Kerajaan Negeri. Dan selebihnya iaitu RM3 760 000 juta adalah biayaan Kerajaan Persekutuan.

Datuk Speaker, pada tahun 2024, setakat ini Pejabat Daerah Penampang telah memohon sebanyak 1117 projek-projek iaitu sebanyak 602 permohonan projek kepada Kerajaan Negeri dan juga 505 permohonan projek kepada Kerajaan Persekutuan. Manakala jumlah projek yang telah diluluskan adalah sebanyak 73 projek iaitu 60 projek daripada Kerajaan Negeri dan juga 13 projek daripada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan Moyog.

Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, terima kasih Menteri. 1117 projek telah dipohon oleh Majlis Daerah, Pejabat Daerah, hanya 73 diluluskan. Apa saya nampak di sini Datuk Speaker adalah seribu lebih ini adalah projek mungkin yang sangat diperlukan di kawasan Moyog, dan kalau 73 sahaja diluluskan ada masalah besar ini. Saya tidak tahu apa permohonan ini. Saya tidak tahu apa yang dipohon oleh Pejabat Daerah sebab saya tidak duduk dalam Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Bolehkah saya minta Datuk Speaker daripada Menteri senarai 1117 ini supaya kita boleh merujuk kepada rakyat di Moyog bagaimana kita you know memberikan penjelasan kenapa tempat mereka tidak diberikan projek ini dan saya ingin mengambil peluang di sini, selepas banjir banyak jalan raya, banyak jalan kampung yang rosak di Penampang di Daerah Moyog dan di depan rumah bapa saya pun jambatan yang dibuat oleh JKR pun belum siap. Masalah besar bila kamu masuk ke I mean jalan raya di situ. Macam ombak. Tanah liat. Kereta orang kampung komplen pada saya, diorang pun ada juga minta tolong sikit-sikit untuk repair sebab diorang punya mud guard pun rosak, diorang punya tailpipe pun rosak. So, this are the kind of urgency we did. By the way, JKR Minister saya baru hubung dengan engineer kamu di district and he said he do something lah. But we do need quick fix solution. Please kasi (beri) saya itu senarai supaya kita boleh mengenal pasti apa masalah ini dan kita akan juga hubungi kawan kita di persekutuan kalau mereka boleh menolong. Terima kasih.

I

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Moyog. Sememangnya data-data permohonan yang disebutkan iaitu sebanyak 1117 itu adalah merupakan data yang berada di Pejabat Daerah Penampang dan ianya sememangnya boleh dikongsi oleh wakil rakyat. Namun demikian, perinciannya kita akan minta daripada Pejabat Daerah Penampang untuk lebih terperinci dan kemungkinan besar dapat disampaikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan.

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Kukusan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya nombor lapan.

Penglibatan Belia Dalam Proses Pembuatan Keputusan Dan Dasar-Dasar Yang Berkaitan

*8.

YB. Puan Rina Jainal [Kukusan] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, bagaimana kerajaan negeri melibatkan belia dalam proses pembuatan keputusan dan dasar-dasar yang berkaitan dengan mereka.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Fairuz bin RenddanBEBASPembantu Menteri Belia dan Sukan · Pintasan

Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan nombor lapan dan soalan nombor 37 daripada Ahli Yang Berhormat Kukusan secara serentak memandang soalan-soalan tersebut adalah berkaitan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kukusan dan makluman Dewan yang mulia ini, di Sabah telah wujud banyak persatuan belia sama ada berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ataupun Pendaftaran Pertubuhan Belia.

I Melalui persatuan ini, para belia dapat menyuarakan pandangan dan pendapat yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak Kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan. Di peringkat Kementerian saya, Majlis Belia Sabah merupakan badan induk yang menjadi penggerak kerja belia terutamanya dalam membantu belia menubuhkan persatuan serta sebagai perunding dalam kebajikan dan kemajuan belia. Di samping itu, Majlis Belia Sabah adalah penyalur maklumat dan kerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta dalam dan luar negara. Bagi memastikan suara-suara belia sentiasa didengari, maka Kementerian saya sentiasa merangka program-program pemerkasaan belia di bawah Inisiatif Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS), iaitu Pelaksanaan Program Dewan Belia Sabah dan Felo Sabah Maju Jaya. Program Dewan Belia Sabah merupakan sebuah program simulasi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan idea dan pandangan pada sesi persidangan belia. Di bawah program ini, belia dapat berbincang sekali gus memberi idea dan pandangan kepada Kerajaan berkaitan isu dan dasar Kerajaan semasa persidangan.

Selain itu, Program Felo Sabah Maju Jaya juga dirangka untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran Kerajaan Negeri. Penglibatan belia dalam program ini memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam perancangan dan penggubalan dasar Kerajaan Negeri. Secara holistik, Program Felo Sabah Maju Jaya memberi peluang kepada peserta untuk mendalami dan mempelajari fungsi dan tadbir urus sebuah kementerian dan agensi di peringkat tertinggi sekali gus dapat menyuarakan dasar yang berkaitan kepada belia. Aspirasi golongan belia wajar mendapat tempat dalam proses pembentukan sebuah dasar. Selain daripada melaksanakan hak mereka sebagai seorang warganegara, penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar awam juga dapat meningkatkan kedudukan belia untuk sama-sama memacu pembangunan sesebuah negara.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, boleh ulang semula nombor soalan yang dijawab bersekali? Nombor soalan yang dijawab bersekali. Boleh ulang semula?

I

Datuk Fairuz bin RenddanBEBASPembantu Menteri Belia dan Sukan · Pintasan

Nombor soalan lapan dan nombor 37.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Kukusan?

Soalan Tambahan

Tahniah kepada KBS, sebab saya pun melihat dengan program seumpama Felo Sabah Maju Jaya seumpamanya itu juga buat pertama kalinya dalam Kerajaan Negeri ada banyak inisiatif-inisiatif yang ditujukan kepada para belia. Di sini saya melihat perkembangannya. Cuma saya ingin bertanyakan berapa ramai sudahkah mahasiswa-mahasiswa yang sudah terlibat dalam Program Felo Sabah Maju Jaya ini? Saya kira ini sudah dalam penggal ketiga atau penggal kedua? Boleh tolong perjelaskan sedikit, YB Menteri?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kukusan, nanti kita akan jawabkan secara bertulis sebab kita tidak ada perincian pada ketika ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi bin Haji Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya nombor sembilan.

Industri Kecil Dan Sederhana Di Sabah

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

*9.

YB. Datuk Suhaimi Bin Haji Nasir [Adun Dilantik] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan industri kecil dan sederhana di Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

I Jawapan

Datuk Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Tanjung Batu

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian saya sentiasa komited dalam meningkatkan kebolehupayaan industri kecil dan sederhana di Sabah melalui program-program seperti berikut. 1. Program Bantuan SME-UP.

Program Bantuan SME-UP di bawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan atau DIDR diwujudkan bagi membantu para usahawan meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kualiti produk yang berpotensi untuk dikomersialkan di luar dan juga di dalam negeri Sabah. Kategori bantuan yang ditawarkan pada tahun ini ialah:

1) Mesin serta peralatan 2) Peningkatan kualiti pembungkusan Usahawan yang berminat pada tahun ini boleh memohon melalui portal SME-UP di laman sesawang DIDR.

2. Program Transformasi Usahawan Sabah.

Kementerian saya juga turut melaksanakan Program Transformasi Usahawan Sabah bagi membantu para usahawan menambah kualiti pembungkusan agar mampu menembusi pasaran di pasaraya-pasaraya tempatan termasuk di luar negeri. Bantuan yang ditawarkan kepada produk usahawan adalah seperti reka bentuk produk baharu, maklumat kandungan nutrisi, cetakan kod bar dan maklumat tarikh luput.

3. Kursus Pembangunan Keusahawanan.

Kementerian saya juga komited dalam menganjurkan pelbagai kursus pembangunan keusahawanan bagi membantu usahawan meningkatkan kemahiran bagi

I mengembangkan potensi perniagaan. Antara kursus yang dianjurkan di bawah Kementerian saya adalah:

1) Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri ataupun MESTI; 2) Kursus Peningkatan Kualiti Produk melalui Teknologi Retort; 3) Kursus Pematuhan Pensijilan Halal; dan, 4) Program Pemerkasaan Usahawan Sabah.

Datuk Speaker, 4. Program Pemasaran di Pasaraya Tempatan.

Kementerian saya melalui DIDR juga telah berkolaborasi bersama pasaraya tempatan seperti Pasaraya Bataras dan juga Kedai Mesra Petronas bagi membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Melalui kolaborasi ini, hasil jualan produk-produk usahawan tempatan merekodkan jumlah yang memberangsangkan. Buktinya, produk usahawan di Pasaraya Bataras telah merekodkan hasil jualan sebanyak RM3.64 juta untuk tahun lalu. Manakala hasil jualan di kedai-kedai Mesra Petronas pula adalah sebanyak RM2.4 juta.

5. Penganjuran Karnival PMKS Sabah.

Karnival PMKS Sabah merupakan program bagi membantu para usahawan meneroka peluang pasaran baru, meningkatkan hasil jualan, menjalankan padanan perniagaan bersama pasaraya tempatan dan mempromosi produk PMKS. Pada tahun ini, dua Karnival PMKS Sabah telah diadakan, iaitu di Luyang dan di Tawau. Manakala dua lagi karnival PMKS Sabah akan diadakan di Keningau pada 26 hingga 28 Julai bulan ini dan daerah Beaufort pada bulan Oktober. 6. Program Pemasaran Produk IKS Sabah ke Luar Negara.

Kementerian saya turut membantu para usahawan untuk mempromosikan produk agar mampu menembusi pasaran luar negara melalui pemasaran Produk IKS Sabah di ekspo-ekspo bertaraf antarabangsa. Pada tahun ini, MIDE menyasarkan nilai potensi jualan usahawan IKS Sabah adalah sebanyak RM50 juta berbanding

I pencapaian pada tahun lalu adalah sebanyak RM30.25 juta. Jika sasaran ini dapat dicapai, maka anggaran peratus pencapaian nilai potensi jualan Usahawan IKS Sabah dapat ditingkatkan sebanyak 40 peratus berbanding pencapaian pada tahun lepas.

Oleh itu, berikut adalah antara ekspo-ekspo yang telah dan akan disertai pada tahun ini, iaitu Gulfood Expo di Dubai, Foodex di Tokyo, Thai Fex Anuga Asia di Bangkok, Wofex World’s Food Expo di Manila, HKTDC Food Expo di Hong Kong dan Largest Food at Dubai. Hasil penyertaan dari enam ekspo yang telah berlangsung, usahawan IKS Sabah telah berjaya menjana nilai jualan kaunter sebanyak RM830 ribu dan potensi jualan sebanyak RM30.3 juta. Nilai ini telah melepasi pencapaian pada tahun lepas dan diharap sasaran yang ditetapkan dapat dicapai. Kerajaan Negeri Sabah juga bersama-sama persatuan-persatuan badan bukan kerajaan ataupun NGO komuniti Cina tempatan dan dewan-dewan perniagaan Cina akan menganjurkan Sabah China Business Summit 2024 pada 22 hingga 24 November 2024 di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.

Datuk Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Tanjung Batu

…Program ini dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun yang ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China khususnya Sabah dan China. Saya berharap Usahawan IKS khususnya di Sabah mampu memanfaatkan peluang-peluang yang ada seperti program, kursus dan juga bantuan yang disediakan di bawah Kementerian saya agar mampu bersaing di peringkat global dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi negeri Sabah. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan ADUN Dilantik? Soalan Tambahan

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Batu telah memberikan penjelasan yang cukup komprehensif. Namun, selain daripada

I membuka produk-produk IKS ataupun bantuan-bantuan peralatan sama ada program-proram ataupun berbagai yang dicadang oleh pihak Kerajaan tapi adakah satu cadangan ataupun rangka sebaik mungkin untuk menjadikan produk IKS ini ada value dan kalau boleh boleh dipasarkan?

Namun saya juga dimaklumkan seperti apa yang dikatakan Yang Berhormat tadi produk IKS dipamer di Peringkat Dubai Convention baru-baru tahun lalu hanya mencecah sampai RM20 juta sahaja. Sedangkan kita mempunyai raw material yang cukup banyak di negeri Sabah ini tetapi kita tidak boleh menembusi pasaran dan kalau boleh dikatakan saya mendapat laporan daripada MITI hampir hab halal daripada Malaysia ini keluar mencecah sampai RM50 bilion. Tetapi kita di negeri Sabah ini sampai tahap RM20 juta sahaja. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Tanjung Batu

Terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Dilantik. Saya bersetuju bahawa potensi untuk jualan industri halal ini merupakan satu potensi yang harus di tab dengan lebih banyak dan berkesan dan oleh sebab itu Kementerian saya pada akhir bulan ini juga yang akan mengadakan satu jelajah. Kita akan bekerjasama dengan HDC, Halal Development Corporation untuk meneroka lagi lebih banyak potensi-potensi yang boleh kita dapat kita garap daripada industri-industri halal ini dan saya juga bersetuju daripada saranan ADUN yang Dilantik bahawa produk-produk kita ini sebenarnya mempunyai potensi dan juga mempunyai apa peluang lagi untuk dipertingkatkan dan sebab itulah seperti yang telah saya jawab tadi di dalam jawapan saya. MID mempunyai program-program ataupun aktiviti untuk membantu meningkatkan lagi pasaran-pasaran untuk kita punya produk ini diperkembangkan. Bukan hanya di peringkat daerah tetapi juga boleh menembusi pasaran antarabangsa. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan terakhir untuk sesi soal jawab lisan kita pada hari ini saya menjemput Yang Berhormat daripada Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker, sempat juga Sindumin. Soalan saya nombor 10.

I HOMESTAY YANG TERDAPAT DI NEGERI SABAH. *10.

YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR:-a) berapa banyakkah jumlah Homestay yang terdapat di negeri ini mengikut daerah dan; b) apakah inisiatif atau program yang diambil oleh kementerian untuk menjalin keterlibatan secara berterusan dengan pengusaha Homestay terutama mengelakkan scammer mengambil kesempatan dari industri ini.

Jawapan

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini khasnya ADUN N.35 Sindumin. Pada ketika ini terdapat 37 kluster homestay di 17 buah daerah. Dengan bilangan sebanyak 459 orang peserta homestay di seluruh Sabah dan pecahannya adalah seperti berikut. Di Kota Kinabalu ada 3 kluster, Kota Belud 9 Kluster, Papar 2 kluster, Kota Marudu 1 kluster, Kuala Penyu 1 kluster, Beaufort 1 kluster, Kinabatangan 4 kluster, Kudat 1 kluster, Lahad Datu 3 kluster, Penampang 1 kluster, Pitas 1 kluster, Ranau 2 kluster, Semporna 1 kluster, dan di Sipitang ada 1 kluster di Long Pasia, dan Tambunan ada 2 kluster, Tuaran 2 kluster, dan Tawau 1 kluster. Datuk Speaker bagi menjalin keterlibatan secara berterusan dengan pengusaha homestay yang berdaftar, Kementerian saya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang merupakan penyelaras bagi pogram homestay di Malaysia.

Pelbagai kursus dan yang telah di tawarkan oleh MOTAC untuk meningkatkan kemahiran kepada para pengusaha homestay seperti Kursus Pemasaran Digital, Kursus Asas Bahasa, Kursus Mesra Malaysia, Kursus Mengenai Kelestarian Alam dan lain-lain lagi.

Pada masa sama MOTAC juga sentiasa mengadakan engagement dengan penyelaras kluster homestay bagi mendapatkan maklum balas. Serta mengenal pasti masalah yang dihadapi termasuklah isu-isu semasa berkenaan scammer dan

I penipuan. Bagi mengelakkan kes-kes sedemikian semakin berleluasa pihak MOTAC sememangnya telah membangunkan laman sesawang iaitu Program Pengalaman Homestay Malaysia di mana senarai-senarai pengusaha homestay boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut untuk dijadikan panduan kepada pengguna mahupun pelancong.

Suka juga saya ingin nyatakan di sini bahawa Kementerian juga sering mengadakan engagement dengan Persatuan Homestay Sabah dan juga Persatuan Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah untuk mendengar daripada mereka bagaimana lagi kita boleh bantu untuk merancakkan lagi homestay ini di Sabah dan juga untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkemungkinan dihadapi supaya kita sama-sama boleh mencari ikhtiar untuk mengatasi apa sahaja kekangan atau masalah yang dihadapi. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan Sindumin?

Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Pembantu Menteri.

Saya terkejut juga, kalau kluster cuma ada di Long Pasia. Di kawasan bawah itu memang banyak homestay. Barangkali tidak didaftar, jadi mungkin ini perlu dilihat. Soalan tambahan saya Yang Berhormat, trend ataupun keinginan yang untuk menyewa homestay ini Sekarang ini mereka perlu tempat yang agak sunyi. Tidak semestinya di bandar. Jauh mereka perlu tempat yang tenang yang ada reakreasi semula jadi itu dan anak-anak perlu ada kolam renang, perlu ada pantai. Jadi ini jadi tarikan.

Namun demikian, masalahnya adalah infra, untuk jalan, untuk bekalan air, elektrik. Jadi, saya difahamkan MOTAC, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pusat ada peruntukan ini. Jadi, apakah bentuk pelarasan supaya peruntukan infra ini ataupun daripada mana sumber dapat turun ke daerah-daerah melalui Kementerian Yang Berhormat? Arr, jadi senang. Jadi mana-mana yang ingin mencadang, merancang buka homestay di kawasan ini kita sertakan dengan kelulusan ataupun

I peruntukan untuk infra jalan, air dan elektrik. Soal untuk kolam, pantai untuk reakreasi itu terpulanglah kepada pengusaha homestay. Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut.

Memang saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan Yang Berhormat Sindumin.

The trend now is terutama sekali di kalangan pelancong Eropah, back to nature, dan apabila kita memperkatakan tentang back to nature sudah tentulah di kawasan kampung-kampung dan itulah maka kita memberi penekanan supaya lebih ramai lagi akan terlibat dalam homestay ini dan pihak Kementerian juga telah meminta semua daerah untuk mengaktifkan dia punya Majlis Tindakan Pelancongan Daerah untuk melihat potensi-potensi itu dan menghubungi pihak Kementerian supaya sama-sama usahakan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah membentuk satu Jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelancongan Sabah, Kementerian Luar Bandar dan juga Kementerian Pertanian di mana Jawatankuasa bersama ini akan melihat keperluan-keperluan kalau keperluan infra itu dan…

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Masuk dalam skop kementerian apa ini, Pembangunan Luar Bandar, kita akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama dan ada juga kaitan dengan agro tourism kalau di luar-luar ini, seperti Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi. Jadi perlu ada satu sinergi di antara tiga kementerian ini supaya kita boleh maju ke hadapan, dan sudah tentu lah kerjasama juga dengan MOTAC itu penting.

Dan pada masa sekarang ini, saya dimaklumkan Yang Berhormat MOTAC sedang mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan saya pasti perkara-perkara ini juga akan dibincang.

Because it is important for the

I Federal Ministry of Tourism and The State Ministry to be working very closely and this is being done. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan Lamag.

Soalan Tambahan

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, homestay ini actually dia merupakan ekonomi pemacu kepada masyarakat luar bandar. Bagai kita imagine, di Eropah, di mana-mana. Kalau masyarakat di luar bandar satu keluarga mempunyai tiga bilik sahaja, sudah tentu mereka bukan lagi tergolong dengan mereka yang berpendapatan di bawah kemiskinan.

Jadi, apa usaha dan langkah yang diusahakan oleh kementerian dan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa industri homestay ini dapat kita manfaatkan di seluruh Sabah?

Dan kalau kita lihat Kundasang ini, dia adalah destinasi pelancongan seluruh dunia tetapi homestay-homestay yang ada, tidak well organised dan tidak up to the standard.

Jadi apakah usaha kementerian untuk reorganize semula kawasan-kawasan Kundasang ini supaya menjadi terus tarikan kepada pelancong-pelancong di seluruh negara? Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Lamag.

Saya bersetuju, we need to upgrade kita punya homestay semua ini.

Maka itu tadi saya nyatakan kita sentiasa mengadakan engagement. Satu, dengan Majlis Tindakan Pelancongan Daerah. Dua, dengan Sabah Homestay Association.

Tiga, dengan Gabungan Persatuan Pelancong Luar Bandar...

Pelancongan Luar Bandar, supaya kita boleh sama-sama mencari jalan apa sahaja yang perlu di upgrade itu, dan disampaikan kepada kementerian dan kita akan bawa ke pengetahuan sama ada perlu apa ini, penglibatan MOTAC dan sebagainya. We are looking into that. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab lisan telah pun

I tamat.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sewaktu sesi soal jawab lisan tadi. Setiausaha.

Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004.

Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) (2) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) (2) 2024.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan kedua bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baiklah.

Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) (2) bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) (2) bacaan kedua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pindaan 2024 dibaca kali kedua… kali kedua sekarang.

I Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pindaan 2024 bertujuan untuk meminda takrif tertentu. Ertinya takrif sahaja Tuan Speaker. Bukan ini Rang Undang-undang Induk, bukan ibunya, tetapi takrif saja kita masukkan kerana kita untuk sudah meluluskan Mahkamah Utama Syariah, dan inilah takrif dan istilah berkenaan dimasukkan.

Dalam sub-seksyen 2(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 nombor 9 Tahun 2004, Enakmen Ibu supaya selaras dengan istilah masa kini yang diguna dalam undang-undang berkaitan termasuk pindaan lain yang berkaitan dengan perubahan proses rayuan dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan Pindaan 19 Fasal sahaja sebagai mana lazimnya, Fasal satu Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Rang Undang-undang ini.

Fasal kedua Tuan Speaker, bertujuan meminda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan Islamic Law di mana-mana jua terdapat dalam, termasuk dalam nota, termasuk nota bahu dengan perkataaan hukum syarak.

Fasal tiga Tuan Speaker, bertujuan meminda seksyen dua Enakmen Ibu bagi meminda takrif tertentu bagi istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam Enakmen Ibu berikutan Pindaan yang dicadangkan dalam Enakmen yang dicadangkan ini. Fasal lima Tuan Speaker, bertujuan memasukkan subseksyen baharu 152(1A) ke dalam Enakmen Ibu untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa Mahkamah Utama Syariah untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal enam dan hingga 17, bertujuan untuk meminda Seksyen 153 dan 155 hingga 165, Enakmen Ibu untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara suatu rayuan daripada Mahkamah Rayuan Syariah ke Mahkamah Utama Syariah. Tuan Speaker, pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

Tuan Speaker, saya dengan ini mohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini, agar perkara berhubung dengan perjalanan prosiding jenayah syariah di Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan dengan lebih kemas, lebih teratur selaras dengan struktur Mahkamah Syariah yang

I baharu, yang selepas ini mempunyai empat lapisan Mahkamah dan selaras dengan kehendak hukum syarak. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Bongawan untuk berucap.

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang ini, dan apa ini tahniah juga kepada Menteri kerana berjaya membawa Rang Undang-undang ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk Speaker. Pada kesempatanan ini… pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1416 Hijriah kepada semua Ahli Dewan dan semua rakyat khususnya di kawasan saya, iaitu DUN Bongawan. Semoga Tuhan… semoga tahun baharu ini menjadi lebih baik dari apa yang sudah dan menjanjikan kesejahteraan kepada kita semua.

Datuk Speaker, Rang Undang-undang Mahkamah Syariah 2024 yang telah diluluskan adalah merupakan satu usaha yang baik dan murni, serta berdaya maju dalam memperkasa sistem keadilan syariah di Negeri Sabah ini. Hal ini sekaligus menambahbaik undang-undang yang sedia ada dan ianya seperti dimaklumi, telah dipraktikan hampir 20 tahun lamanya.

Bayangkan selama hampir 20 tahun lebih, undang-undang yang sedia ada hanya memperuntukkan bagi kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah yang hanya boleh dirayu sekali, iaitu di peringkat Mahkamah Rayuan sahaja.

Justeru, dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah melalui usul yang terkandung dalam Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah 2024 ini, ianya membenarkan pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah untuk merayu di peringkat Mahkamah Utama Syariah. Melalui Rang Undang-undang yang diusulkan ini juga, diharapkan mampu meningkatkan imej Mahkamah Syariah agar setanding dengan Mahkamah Sivil dalam kalangan masyarakat. Selain pembangunan pembinaan mahkamah-mahkamah yang baharu, kita mengharapkan agar pegawai Syariah dan Peguam Syarie yang akan dan bakal ditugaskan ke

I Mahkamah-Mahkamah Syariah hendaklah individu yang benar-benar layak dari fak... faktor pendidi.

… kan sahsiah dan berintegriti.

Datuk Speaker, menjadi persoalan kepada kita bahawa berdasarkan Seksyen 5(5) dan (a) Enakmen ini, di dalam perkara yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong atas syor Majlis melantik sementara Hakim Mahkamah Utama Syariah yang paling kanan apabila jawatan Ketua akan Hakim Syarie kosong.

Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada Dewan Yang Mulia ini, adakah Seksyen 5(5)(c) yang menyatakan jelas mempunyai hubungan Sabah yang dibacakan bersama dengan Seksyen (3) merujuk kepada Seksyen 6 yang dibacakan bersama dengan Seksyen 11 Enakmen tersebut juga. Saya melihat isu kekosongan hakim masih boleh menimbulkan polemik, jika Hakim Mahkamah Utama Syariah yang kanan itu adalah tiada hubungan Sabah dan atas sebab itu, saya berpendapat seksyen ini perlu ditambah baik agar ianya tidak menjadi polemik apabila jawatan Ketua Hakim Syarie itu kosong di kemudian hari. Oleh itu, Tuan Speaker, DUN Bongawan mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Bongawan. Ada sesiapa lagi yang mahu berucap? Okay, silakan, Kukusan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. Saya ingin juga mengambil sedikit ruang untuk menyentuh sedikit mengenai Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, yang kita lihat, sebenarnya yang boleh kita, yang ingin saya dapatkan perhatian di sini adalah mengenai isu jenayah di kalangan mereka yang di bawah umur. Jika dililhat daripada pindaan-pindaan seksyen ini, pindaan seksyen ini memang banyak pindaan-pindaan yang telah dilaksanakan, yang telah dikemaskinikan untuk sejajar dengan keperluan semasa dan saya ini juga ingin melihat sama ada pindaan

I seksyen ini juga menyentuh kepada mereka-mereka pesalah yang di bawah umur. Suka saya ingin mengambil perhatian ya, sebab isu jenayah yang semakin bercambah pada hari ini, yang kita lihat di peringkat yang lebih membara adalah melibatkan mereka di dalam, di golongan remaja. Antara isu jenayah.

Speaker

Jenayah syariah. Ini jenayah syariah.

Ya, jenayah syariah. Antara jenayah syariah yang memang kita lihat ada sekarang adalah hamil luar nikah, yang kita lihat memang beri masalah serius ya, dalam konteks jenayah ini. Kita lihat bukan sahaja dia memberi kesan moral ya, kepada ahli keluarga. Tetapi, juga meninggalkan kesan kepada pelaku dan lebih parah lagi apabila dia memberi kesan yang mendalam terhadap status anak yang dilahirkan.

Jadi, ini semua dia bersangkut paut dan berkait rapat kepada, jika ditelusuri di bawah Undang-undang Syariah Anak Tak Sah Taraf ini, dia tidak mempunyai hak yang sama seperti anak yang lahir daripada perkahwinan yang sah. Jadi, kita lihat ini jelas memberi, menjejaskan perkembangan kanak-kanak tersebut dan memberi, akhirnya menyumbang kepada kitaran kemiskinan atas faktor tidak dapat dokumentasi pengenalan diri dan sebagainya. Jadi, jika masalah ini tidak dibendung, pastinya mengganggu usaha untuk menoktahkan juga kemiskinan di Sabah ya. Kita dapat laporan daripada pihak media bahawa pada tahun 2022 sahaja, terdapat 329 kes kehamilan luar nikah remaja di Sabah yang mencatatkan bilangan kedua tertinggi di Malaysia.

Di dalam undang-undang sedia ada, kita lihat seolah-olah kurang berkesan bagi menangani berapa, beberapa isu yang berbangkit. Kita tidak sangkal bahawa isu hamil luar nikah bukanlah masalah yang kita dapat selesaikan dengan pendekatan tunggal. Dia juga memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak ya. Bukan sahaja daripada penguatkuasaan undang-undang, tapi adalah lebih pendekatan yang lebih tegas ya.

Bukan sahaja membanteras dengan menguatkuasakan undang-undang begitu, tetapi juga mengambil langkah pencegahan lebih awal.

I Di mana kita boleh melihat, melibatkan pihak-pihak berkaitan dan bagi saya juga selain daripada pihak NGO, pihak JHEAINS, bukan hanya apa melaksanakan apa itu, penguatkuasaan tetapi juga melaksanakan program-program pencegahan yang lebih awal ya. Agar dapat membanteras masalah-masalah jenayah ini yang melibatkan para remaja dan golongan kanak-kanak yang kita lihat juga semakin terdedah kepada permasalahan ini. Jadi, adalah penting untuk melindungi anak muda daripada pelbagai, daripada hanyut dengan masalah sosial yang kita kira semakin meruncing pada hari ini. Tidak dinafikan juga ya, bahawa anak muda merupakan aset penting dan diharap dengan pindaan-pindaan seksyen ini dapat menyentuh dan secara inclusivenya dapat melibatkan juga, bagaimana jenayah ini dapat kita, ditangani dengan mengambil pendekatan kepada para remaja segera, pada mereka yang dibawah umur.

Selain daripada itu, kes jenayah yang kita lihat juga yang melibatkan mereka di kalangan belia ini adalah masalah perjudian. Jenayah perjudian yang kita lihat semakin, di Sabah sendiri, di Tawau sendiri, khususnya di Tawau, semakin hari semakin banyak kes-kes judi, termasuk pertaruhan wang tunai dan sekarang ini dengan pertandingan bola sepak Euro juga sudah ada kes-kes yang kita dengar sudah keluar, daun terup, judi slot, nombor ekor haram dan lain-lain lagi. Adalah merisaukan adalah penglibatan masyarakat bawah umur dalam aktiviti perjudian ini yang menunjukkan betapa seriusnya masalah ini semakin meruncing, semakin meningkat di kalangan masyarakat kita.

Jadi, meskipun pihak berkuasa telah menjalankan beberapa operasi tangkapan, daripada saya kira daripada peringkat JHEAINS, peringkat MUIS juga melakukan penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Tetapi masih lagi kes ini tidak dapat kita apa, kurangkan, sebab banyak sarang-sarang perjudian ini adalah daripada mereka yang memang sudah, sudah lama dalam, dalam, dalam broker judi ini ya. Jadi, jadi ada tempat-tempat yang memang perjudian haram ini di, di, memang tertapuk, ditutup juga daripada sesetengah pihak ya, kerana bila sudah ditutup, tapi permasalahannya mereka yang menyediakan slot-slot judi ini masih lagi aktif menjalankan aktiviti mereka sama ada secara lebih eksklusif. Maksud saya, yalah, lebih tertumpu kepada mereka yang sudah memang sudah sedia, sedia menjadi klien merekalah. Jadi, ini kita lihat juga banyak memberi kesan

I kepada kanak-kanak sekarang, sebab itu adalah penting juga dalam kita menguatkuasakan, menguatkuasakan RUU Enakmen-enakmen yang akan, yang dipinda ini adalah penting kita melihat bukan sahaja di kalangan, di kalangan orang dewasa tetapi juga di kalangan mereka, kanak-kanak dan belia yang kita kira makin terdedah kepada masalah ini.

Di kesukaran ini memang, untuk dikesan itu selain daripada kreativiti pengendali judi haram ini adalah dengan banyak menggunakan teknologi-teknologi sosial. Saya kira adalah juga perlu peringkat jabatan agama kita harus juga lebih peka dan sensitif dan lebih aware dan lebih ke depan dalam tindakan mengenal pasti. Sebab banyak cara-cara yang lebih canggih yang telah mereka gunakan sekarang ini untuk melaksanakan aktiviti perjudian mereka.

Dan juga elok juga sekiranya, penyeliaan berkala secara berterusan bagi mengenal pasti sarang atau lubuk perjudian ini dapat diberi pertumpuan dan menyemak semula undang-undang atau tindakan ke atas kanak-kanak yang terlibat dengan perjudian. Jadi, banyak juga lagi kes-kes jenayah yang semakin meningkat antaranya juga, banyak juga lelaki yang berlagak seperti perempuan atau sebaliknya juga, ada dalam Seksyen 92 yang mungkin juga kita perlu ambil pendekatan lebih tegas agar permasalahan ini tidak lagi semakin meruncing, tidak lagi semakin meluas ya, kerana kita lihat dengan pendedahan pada hari ini memang agak sukar untuk mengawal dan bukan sahaja, dan saya memohon sekali lagi, bukan hanya sahaja penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga perlu langkah pencegahan lebih awal untuk dilaksanakan daripada pihak berwajib. Daripada itu sahaja daripada Kukusan, mudah-mudahan mendapat juga sedikit perhatian daripada Dewan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Kukusan. Ada lagi lain-lain? Kalau tidak ada saya persilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bongawan.

I

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

…dan Kukusan atas pandangan yang diberikan dan untuk Bongawan tadi memang ada sebenarnya enakmen berhubung dengan perkara yang disebutkan yang masih terikat dengan Sekseksyen 5 [5(a)] dan Seksyen 5[2(c )] tafsiran mempunyai hubungan Sabah ada diperuntukkan dalam Seksyen 5(3) Enakmen Mahkamah Syariah 2024.

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai hubungan Sabah bagi maksud Subseksyen 2 jika dia seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di Sabah (A). 2(B) Lazimya bermastautin di Sabah bagi tempoh 5 tahun berturut-turut atau lebih dan C, memuaskan hati Yang di Pertua-Negeri bahawa dia pada masa timbul persoalan mengenai hubungan Sabah adalah relevan berdomisial di Sabah sepertimana yang saya bentangkan semalam Yang Berhormat.

Demikian juga berhubung dengan apa yang dikemukakan oleh Kukusan itu memang ada dalam enakmen kita ini berhubung dengan pesalah muda Seksyen 128(1) Perkara (A), (B) dan C dan ini panjang nanti saya akan serahkan, kemukakan kepada kedua-dua ADUN berkenaan dan saya juga akan rumuskan Tuan Speaker, nanti pada penghujung ke-9 Rang Undang-undang ini.

Saya juga mengambil maklum dan mengambil maklumat berhubung dengan kes-kes yang terjadi yang disebutkan oleh Kukusan tadi dan kita JHEAINS, MUIS dan agensi agama malah sebenarnya peranan semua kita untuk membanteras, membasmi, mengelak perkara-perkara yang berhubung dengan jenayah syariah yang melibatkan remaja seperti zina dan sebagainya, judi dan sebagainya. Ini peranan kita bersama dan bagi pihak majlis dan agensi agama, kita bersepadu menganjurkan program-program di masjid. Program-program yang di luar termasuk program-program berhubung dengan remaja di sekolah dan sebagainya.

I Insya-Allah dengan kerjasama bersama kita akan dapat membentuk generasi muda yang berakhlak dan mampu menjalani kehidupan jauh daripada perkara-perkara yang mungkar dan maksiat. Itu sahaja Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan setuju, tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024).

Speaker

Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Ya sila cadang.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatakuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal 1 hingga 19, dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

I Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal 1 hingga 19 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujukan. Rang Udang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

[Cokmar dinaikan]

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah [Pindaan (2024)]. Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024) bacaan pertamaBill

Setiausaha Dewan

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah [Pindaan (2024)]. Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024) bacaan pertama.

I RANG UNDANG-UNDANG, UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN 2024)

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk memindah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004. Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024).

Speaker

Bacaan keduanya bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Sekarang Tuan Speaker.

Speaker

Ok teruskan.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024) Bacaan kedua.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Banyak masa kita ini. Jangan kelam kabut ah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Ini juga Tuan Speaker adalah bukan enakmen induk tetapi memasukkan beberapa perkara termasuk takrifan ke enakmen induk kerana kita telah memindah atau menambah mahkamah utama syariah. Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024) bertujuan memindah takrif tertentu bagi istilah tertentu dalam Subsekyen 2(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004 nombor 8 Tahun 2004, Enakmen Ibu supaya selaras dengan istilah masa kini yang digunakan dalam undang-undang yang berkaitan termasuk pindaan lain yang berkaitan.

I Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan 4 fasal sahaja sebagaimana lazimnya fasal 1 Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Rang Undang-undang ini.

Fasal ke-2 Tuan Speaker, bertujuan memindah dalam teks Bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan Islamic Law dimana-mana jua kecuali dalam Subseksyen 109(2) dengan perkataan hukum syarak.

Fasal 3 Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini adalah bertujuan memindah Subseksyen 2(1) Enakmen Ibu dengan menggantikan takrif enakmen mahkamah dengan takrif yang berikut; Enakmen Mahkamah ertinya Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Tukar tarikh sahaja ini Tuan Speaker.

B, dengan memotong Takrif Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

C, dalam Takrif Hakim Syarie atau Hakim dengan menggantikan perkataan Subsekyen 9(1) atau Subsekyen 7(1) dengan perkataan Subsekyen 9 atau Subsekyen 8(1).

D, dalam Takrif Mahkamah dengan menggantikan perkataan 4(1) atau 4(2) dengan perkataan 4 dan dengan memotong Takrif Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal ke-4 pula Tuan Speaker, bertujuan memotong Subsekyen 1,2,3 Enakmen Ibu memandangkan peruntukan ini melibatkan perjalanan mana-mana rayuan di dalam mahkamah yang hendaklah ditentukan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2004.

Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan dapat bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar perkara berhubung dengan perkahwinan, perceraian dan rujuk dan lain-lain perkara yang terbit dari perkahwinan orang islam dapat dilaksanakan dengan lebih kemas, teratur dan selaras dengan kuasa mahkamah syariah…

I

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

… Saya mohon mencadang Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada ahli yang mahu berbahas? Tiada yang berdiri, bentara pula tadi. Usherer yang berdiri. Okey, tidak ada yang berbahas. Silakan Yang Berhormat Menteri, jawab.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker, itu saja. Mudah-mudahan disokonglah.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang, Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024).

Speaker

Peringkat jawatankuasa bila Yang Berhormat Menteri?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Bah cadangkan lah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

I

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal satu hingga empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya fasal satu hingga empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju.

Kalau kamu membantah kuat suara kamu, bersetuju perlahan suara kamu, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

[Cokma dinaikkan semula]

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan Tuan Speaker.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Okey silakan.

I

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju.

Ahli-ahli Dewan: Setuju.

Speaker

Begitulah, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024) RANG UNDANG-UNDANG ZAKAT DAN FITRAH (PINDAAN 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2024)

Rang Undang-Undang Zakat Dan Fitrah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Zakat Dan Fitrah (pindaan 2024), bacaan pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Zakat dan Fitrah 1993.

Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah (pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah (pindaan 2024).

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Okey, baiklah.

I

Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah (pindaan 2024) bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah (pindaan 2024) bacaan kedua.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang Undang-undang Enakmen Zakat dan Fitrah (pindaan 2024) dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Zakat dan Fitrah (pindaan 2024) digubal bertujuan meminda subsection 2 (1) untuk Enakmen Zakat dan Fitrah 1993, nombor 6 tahun 1993 Enakmen Ibu untuk meminda taarif mahkamah, majlis, setiausaha supaya konsisten dengan taarif yang diperuntukkan dalam Enakmen Mahkamah Syariah 2024 yang baru diusulkan dalam sidang Dewan yang mulia ini. Itu saja Tuan Speaker.

Yang kedua, Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan dua fasal sahaja sebagaimana lazimnya fasal satu Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Rang Undang-undang ini.

Fasal dua bertujuan untuk meminda subsection 2 (1) mengenai taarifan dalam Enakmen Ibu dengan menggantikan taarif mahkamah dengan taarif yang berikut; Mahkamah ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 2024 yang sekarang ini lah Tuan Speaker.

(b) Dalam taarif majlis dengan menggantikan perkataan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1992, dengan perkataan Enakmen Majlis Agama Islam Sabah 2004, nombor 5 tahun 2004 dan taarif setiausaha dengan menggantikan perkataan enakmen dengan Pentadbiran Undang-undang Islam 1992 dengan perkataan Enakmen Majlis Agama Islam Sabah 2004.

Tuan Speaker, dengan ini saya mohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar perkataan berhubung dengan Zakat dan Fitrah dapat, agar perkara yang berhubung dengan Zakat dan Fitrah dapat ditadbir urus dengan lebih kemas, teratur dan dengan selaras dengan kuasa

I Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam Sabah. Saya mohon mencadang Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi yang kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada Ahli-ahli yang hendak berbahas?

(suara kurang jelas)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat …

(suara kurang jelas)

Speaker

Oh ada. Silakan Yang Berhormat Bugaya.

Auzubillahi minashaitanirajeem, bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah, washolatu wassalamu ala asrofil anbiya mursalin, wa `alaa aalihi wa sahbihi ajma`een.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker atas ruang yang diberikan untuk berbahas Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah ini dan Enakmen 2024. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana sekali lagi, sedikit banyak enakmen-enakmen di kementerian, di jabatan JHEAINS ini diperbaharui dan mudah-mudahan dengan penambahbaikan ini akan memudahkan lagi urusan umat kita, insya-Allah.

Di sini saya melihat penambahbaikan tidak banyak cuma berkaitan tentang taarifan setelah berubahnya Enakmen Mahkamah Syariah. Namun begitu saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga dewan ini berkaitan tentang zakat ya, yang mana zakat fitrah ah, enakmen ini sudah daripada tahun 1993, hampir lebih daripada 20 tahun atau 30 tahun sudah enakmen ini.

Walaupun sudah 20 tahun ataupun 30 tahun enakmen ini tapi kita masih lagi melihat kita punya asnaf-asnaf ini masih lagi ramai dan hari demi hari pun semakin meningkat ya.

I Jadi mungkin ada penambahbaikan yang lebih extensive dan juga significant untuk meningkatkan kita punya Enakmen Zakat Fitrah ini untuk diperkasakan lagi ya dan saya ingin mengemukakan cadangan kepada Yang Berhormat Menteri ya, sekiranya mungkin boleh dipertimbangkan ya memandangkan zakat memandangkan zakat di kalangan kita ini yang hanya maklum zakat fitrah pada bulan Ramadan saja. Berkaitan dengan zakat-zakat yang lain ini masih kita dalam err, buta masih tidak faham. Jadi sudah tiba masanya untuk kita memperkasakan peringkat zakat ini ya. Memandangkan peringkat pungutan kita di peringkat negeri tidak ada LHDN. Di peringkat negeri tidak boleh memungut cukai macam LHDN begitu banyak. Tapi dengan adanya enakmen zakat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengutip ya, zakat seumpama cukai …

… daripada masyarakat kita terutamanya umat Islam ya, dan mungkin juga sudah sampai masanya di peringkat daerah-daerah ya. Peringkat daerah ini ya, ada pusat-pusat zakat masing-masing di peringkat daerah ya. Yang mana kita boleh perkasakan, mereka ini boleh mengutip zakat dan juga memberi penerangan di setiap daerah kepada kita punya masyarakat di peringkat daerah. Ya, bukan hanya di peringkat di bandar, tapi maksudnya kita pergi peringkat daerah yang mana dengan adanya di peringkat daerah ini kita boleh kutip. Kita lihat contoh sebagaimana di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, antara khalifah di zaman Bani Umaiyah.

Yang mana antara satu khalifah begitu cemerlang pencapaiannya. Begitu juga di zaman Abbasiyah ya dan Abbasiyah empayar Kerajaan Islam itu semakin melebar sampai ke Afrika ya. Bayangkan kerajaan sampai ke Afrika ya daripada timur daripada Timur Tengah sampai ke Afrika ya. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja ya, sudah tidak ada orang asnaf yang boleh menerima zakat dalam tempoh 20 tahun eh, 10 tahun pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid ya. Jadi, di sini kita lihat keberkesanan sistem zakat itu berjaya mengeluarkan masyarakat itu daripada kepompong kemiskinan.

Sampai tidak ada lagi masyarakat yang layak untuk menerima zakat.

I Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri mungkin kalau boleh kita perkasakan lagi Enakmen Zakat Fitrah ini dan mudah-mudahan dengan memperkasakan itu akan mengeluarkan kita punya masyarakat sekali, sekali gus mungkin selaras dengan kita punya rancangan pihak Kerajaan yang mana untuk ingin untuk menoktahkan kemiskinan ya. Tidak lain itu sahaja cadangan saya dan diharap juga mungkin ada satu lagi mungkin ini jarang-jarang di sentuh ya berkaitan tentang asnaf gharimah ya. Orang yang berhutang ya.

Di sini pun mungkin ada boleh membantu kita punya masyarakat-masyarakat ya terutama kalau kita lihat dari segi asasnya. Asasnya gharimah ini, orang-orang yang berhutang untuk membantu keperluan asas, tidak mampu untuk membeli barangan-barangan asas yang mana perlu dibantu oleh Pusat Zakat dan sekarang ini kita banyak badan kalau kita lihat ini ada Baitulmal, ada Pusat Zakat ya, MUIS dan pada satu ketika juga kita keliru mahu bayar zakat pergi Baitulmal kah, ada mahu bayar zakat pergi Pusat Zakat kah ada masanya masyarakat kita pun keliru. Jadi, kalau dulu ya kalau kita di, ini cuma ada satu saja Baitulmal tapi mungkin ada kebaikannya juga kalau ada dua badan ini tapi saya melihat, kalau cuma ada satu badan yang lebih baik untuk mengutip zakat. Dan, berkaitan dengan gharimah tadi ya, mungkin boleh dilebarkan mungkin boleh diperhalusi ya, memandangkan kita lihat Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini ya, mereka berusaha untuk menyelesaikan PTPTN ya. PTPTN mereka cuba selesaikan. Jadi mungkin kita di peringkat Kerajaan Negeri pula, mungkin cuba juga menyelesaikan ya, masyarakat-masyarakat kita. Mungkin ada ya, mungkin yang berhutang dan mungkin juga kita boleh extend pergi sana. Di bahagian peringkat zakat ini, mungkin boleh diperhalusi. Itu cadangan saya. Jadi, saya mohon mencadang dan juga menyokong. Terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Bugaya. Silakan, Yang Berhormat Menteri jawab.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Bugaya tadi. Banyak cadangan beliau sejak semalam. Terima kasih banyak. Bermanfaat kita untuk hadam dan, dan untuk kita cernakan. Antara

I cadangan beliau tentang memperkasa memang insya-Allah. Selepas ini, kita akan perkasakan lagi Enakmen Zakat dan Fitrah supaya lebih kemas dan kita juga akan berusaha untuk memperkasa asnaf itu sendiri dengan program-program dan ada beberapa program yang boleh membantu usaha Kerajaan kita dalam menoktahkan kemiskinan tegar. Sepertimana yang diharapkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kita juga menyokong usaha yang berkenaan dengan memberikan kursus berhubung dengan TVET atau berhubung teknikal Oil & Gas. Tahun lalu kita telah memilih 50 orang asnaf dan alhamdulillah sebahagian besar mereka mendapat pekerjaan.

Ini antara usaha-usaha yang boleh memperkasa asnaf, agar mereka boleh bukan selama-lamanya menjadi asnaf sepertimana yang diharapkan Yang Berhormat.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa antara penyumbang zakat yang terbesar adalah zakat penggajian. Tahun ini sahaja pada sehingga Jun, kita sudah mengutip RM71 juta dan zakat penggajian adalah RM34 juta, RM34 juta, 48% zakat penggajian.

Kemudian yang kedua, zakat perniagaan RM15 juta.

Zakat fitrah kita RM12 juta pada tahun ini yang meningkat dan agihan kepada daripada 71, itu RM71 juta yang kita kutip sehingga Jun ialah 89, sebahagian besar sudah kita berikan kepada yang berhak.

Ya, Yang Berhormat Menteri, apa yang saya tekankan mungkin ada silap ada mungkin kesalahfahaman di sini. Tujuan saya untuk kita melebarkan sayap ini bukan untuk jumlahnya.

Tapi untuk masyarakat kita beribadat yang melaksanakan ibadah zakat ini. Di peringkat, peringkat daerah. Ya. Oleh kerana ramainya kita punya masyarakat yang petani, ya mempunyai ladang sawit ya, tapi tidak membayar zakat pertanian ya.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ya.

Jadi, di sana mungkin kita banyak kerugian, bukan kerugian apa tapi ibadatnya tidak dilaksanakan. Berniaga bertani

I tapi tidak ada ibadah zakatnya diabaikan. Jadi, tujuan saya membangkitkan perkara ini supaya kita punya masyarakat ini melaksanakan ibadah zakat. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, YB. Itulah Tuan Speaker, itulah saya mahu sambung tadi. Cadangan daripada Yang Berhormat tadi belum habis saya sambun, iaitu kita akan kembangkan, kita akan lebarkan cawangan-cawangan Pusat Zakat Majlis Ugama Islam Sabah ini. Setakat ini di bandar-bandar besar sudah kita tubuhkan, termasuk di Kota Marudu, di Tawau, di Sandakan, di Beaufort, di Keningau kemudian di Lahad Datu. Insya-Allah kita akan kembangkan. Tujuannya adalah sepertimana Yang Berhormat cadangkan tadi agar kesedaran orang untuk menunaikan zakat ini akan lebih bertambah bersemarak untuk membantu, akhirnya untuk membantu asnaf berkenaan. Itu saya maklumkan kepada Yang Berhormat, memang kita ada cadangan pada tahun ini ada beberapa lagi cawangan kita akan tubuhkan dan sambutan YB, sambutan Tuan Speaker, sambutan terhadap perkara ini amat baik dan menggalakkan dan kita akan gerakkan lagi dengan pelbagai program di daerah-daerah, terima kasih. Itu sahaja Tuan Speaker, saya juga mengambil maklum berhubung gharimin tadi. Insya-Allah kita akan membantu.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Zakat dan Fitrah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Zakat dan Fitrah (Pindaan 2024).

Speaker

Peringkat Jawatankuasa bila Yang Berhormat Menteri ?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadangkan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan bahawa

I Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan. Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Yang Berhormat Menteri. Sekejap, sekejap, sekejap …

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujui dengan tidak ada pindaan Tuan Speaker.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila.

I

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Zakat dan Fitrah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Zakat dan Fitrah (Pindaan 2024).

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024) 2024. Bacaan pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, macam lancar ni. Saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk…

Speaker

Semua dorang mahu pulang bah ini.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

(Ketawa).

Speaker

Menengok orang banjir, membantu.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Wakaf Negeri Sabah 2018.

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024).

I

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024) bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024) bacaan kedua.

Speaker

YB Menteri silakan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-Undang Enakmen Wakaf Negeri Sabah Pindaan 2024 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker ini adalah yang ke lapan Tuan Speaker. Lebih kurang 85 kali saya sudah berdiri Tuan Speaker. Rang Undang-Undang Enakmen..

Speaker

Exercise.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Exercise (ketawa). Rang Undang-Undang Enakmen Wakaf Negeri Sabah Pindaan 2024 digubal bertujuan meminda Enakmen Wakaf Negeri Sabah 2018, Nombor tujuh (7) Tahun 2018 Enakmen Ibu. Berkaitan dengan takrifan mahkamah selaras dengan pewujudan Mahkamah Utama Syariah dan Enakmen Mahkamah Syariah 2024 yang baharu sahaja dibentang dalam Dewan mulia ini. Tuan Speaker, Rang Undang-Undang ini melibatkan Pindaan Dua (2) Fasal sahaja, Dua (2) sahaja sebagaimana lazimnya Fasal Satu (1) biasa, iaitu Rang Undang-Undang ini memperuntukan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Rang Undang-Undang ini. Fasal kedua bertujuan meminda Sub Seksyen 2 (1) Enakmen Ibu dengan menggantikan takrif mahkamah dengan takrif yang berikut, mahkamah ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Ini sahaja Tuan Speaker. Saya dengan ini memohon agar Dewan yang Mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-Undang ini, agar perkara

I berhubung dengan wakaf dapat ditadbir urus dengan lebih kemas selaras dengan Mahkamah Syariah. Saya mohon mencadang Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada Ahli, ahli yang hendak berucap?

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024).

Speaker

Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadangkan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker terima kasih. Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya, masalahnya ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan]

I Pengerusi: Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu (1) dan Dua (2) dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu (1) dan Dua (2) dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Ngantuk seja kamu ni.

Yang tidak bersetuju katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

[Cokmar dinaikan]

Speaker

Yang Berhormat Menteri, berdiri lagi lah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini juga Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan 2024).

I RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (PINDAAN 2024)

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024). Bacaan pertama

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024).

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024) bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, (Pindaan 2024) bacaan kedua.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada Ahli-Ahli yang hendak berucap?

I

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker. Saya dulu Tuan Speaker.

Speaker

Hah?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya dulu bentang dulu.

Speaker

Belum lagi?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Belum (bunyi ketawa).

Speaker

Habis Yang Berhormat duduk tadi. Jadi saya fikir sudah habis.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ingau sudah Tuan Speaker (bunyi ketawa). Terlampau 81…

Speaker

Yang Berhormat pun ingau, turun naik turun naik seja pun ingau balik-balik itu jak diulang. Sama-sama kita ingau. Okay teruskan. Silakan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

81 kali sudah saya duduk bangun duduk (bunyi ketawa).

Speaker

Saya… Tapi saya balik-balik belum juga saya hafal ni.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Okay teruskan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2024 bertujuan meminda takrif tertentu bagi istilah tertentu dalam Sub Seksyen 2 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2004, Nombor tiga (3) tahun 1995. Supaya

I selaras dengan istilah masa kini yang digunakan dalam undang-undang yang berkaitan termasuk pindaan lain yang berkaitan.

Tuan Speaker, rang undang-undang ini melibatkan Pindaan empat (4) Fasal sahaja sebagaimana lazimnya Fasal Satu (1) biasa, Rang Undang-Undang ini memperuntukan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Rang Undang-Undang ini. Kedua Tuan Speaker, Fasal Kedua bertujuan meminda Sub Seksyen 2 (1) Enakmen Ibu seperti berikut:

1) Dalam takrif hakim dengan menggantikan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 1992 dengan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Tukar tarikh dan tahunnya Tuan Speaker.

2) Dalam takrif hukum syarak dengan menggantikan perkataan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 dengan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Tukar tahunnya Tuan Speaker.

3) Dalam takrif mahkamah dengan menggantikan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 1992 dengan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 2024. 4) Dalam takrif Majlis menggantikan perkataan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992, dengan perkataan Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah… Negeri… Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004. Fasal Tiga (3) Seksyen 52 Enakmen…

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ibu di pindah dalam teks bahasa Inggris dengan menggantikan perkataan Islamic Law dengan perkataan Hukum Syarak. Fasal 4 Seksyen 101 Enakmen Ibu di pindah dengan menggantikan perkartaan Enakmen Mahkamah Syariah 1992. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1992 dengan perkataan Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004. Tuan Speaker, pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit. Dengan ini saya mohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar perkara berhubung pelaksanaan kesalahan di Mahkamah Syariah

I dapat dilaksana dengan lebih kemas, teratur dan selaras dengan struktur Mahkamah Syariah yang baharu yang selepas ini mempunyai empat lapisan mahkamah dan selaras juga dengan kehendak Hukum Syarak.

Saya mohon mencadang Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada ahli yang mahu berbahas? Silakan Yang Berhormat Bugaya.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Speaker atas peluang yang diberikan untuk berbahas untuk Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Pindaan 2024.

Tahniah, kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan Rang Udang-undang ini walaupun ada dua undang-undang berkaitan jenayah yang tadi procedure, yang ini adalah kesalahan-kesalahan jenayah dan saya telah meneliti Rang Undang-undang tersebut dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan takrifan perubahan istilah-istilah memandangkan perubahan Enakmen Mahkamah Syariah 2024 yang baharu telah diluluskan.

Namun begitu, saya ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan ini adalah kita punya Enakmen Jenayah Syarie ini, dia bukan baru, dia sudah wujud sejak tahun, kalau kita perhatikan enakmen yang sebelum ini tahun 1992 tapi sebelum itupun memang ada. Bolehkah kita mendapatkan statistik Kes Jenayah Syarie yang telah di dengar sejak bermulanya ataupun daripada tahun 1992 sehinggalah sekarang ini?

Walaupun kesalahan jenayah syarie ini lebih mungkin orang akan faham sebagai hudud, ya, hudud cuma ada tujuh kesalahan tapi di dalam kita punya enakmen ini ada lebih kurang 58 kesalahan di dalam enakmen kesalahan jenayah syarie.

Jadi, mohon kepada Yang Berhormat Menteri, memberikan statistik kita punya kesalahan jenayah sejak tertubuhnya kita punya enakmen ini hinggalah sekarang. Kenapa penting benda ini? kita kena melihat keberkesanan kita punya enakmen ini.

I Keberkesanan kita punya enakmen sejauh mana jenayah-jenayah syarie yang telah berjaya kita banteras dan mungkin ada penambahbaikan dan sekirannya kita punya jenayah itu semakin meningkat mungkin usaha yang lebih significant perlu kita tingkatkan.

Jadi, mohon kepada Yang Berhormat Menteri kalau boleh bekalkanlah kami kepada statistik kes jenayah syarie mengikut daerah masing-masing dari tahun ke tahun dan kita melihat sama ada peningkatankah atau penurunan? Selain daripada itu, tidak ada juga tapi saya rasa saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan Rang Undang-undang ini dan saya mohon menyokong Rang Undang-undang tersebut, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Bugaya, Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Tuan Speaker, saya ucap tahniah dan menyokong sebenarnya Pindaan Rang Undang-undang ini. Saya bangun untuk menerangkan sedikitlah mungkin di luar sana mengatakan, kenapa Ahli-ahli Undangan Negeri tidak berbahas, tidak membahas, pindaan Rang Undang-undang ini? Tapi sebenarnya kita sudah bahas, kalau kita lihat Rang Undang-undang Induk iaitu di bawah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah 2024 yang dibentangkan pada 10 haribulan kemarin dan bila dibentangkan yang baru ada perubahan perkara-perkara baru yang dimasukkan maka semua yang Rang Undang-undang yang lain, ada lapan semua dibentangkan semalam dan hari ini sebagai kongsi counsel ataupun perlu diselaras, jadi ini sebabnya kita melihat bahawa ada yang tidak perlu kita bahas panjang lebar kerana perkara ini telah dibahas dahulu semasa kita meluluskan Rang Undang-undang Induk sebelum ini dan ini bukan asing. Saya ada pengalaman masa di Parlimen juga banyak perkara-perkara bila ada kongsi counsel effect daripada Undang-undang Induk itu dia akan mengubah kepada Rang Undang-undang ataupun enakmen berikutnya ataupun apa-apa perubahan dan banyak kali kita tidak perlu buang masa yang panjang untuk membahas benda yang sudah lulus, benda yang sudah ada.

Jadi sebab itu, kita tidak, saya tidak membahaskan disini dan kita mempercepatkan proses untuk meluluskan yang ini, lebih-lebih lagi di peringkat jawatankuasa. Kecuali

I kalau ada cadangan pindaan dan telah pun di bagi tahu dengan pihak Kementerian yang bertanggungjawab, kepada Speaker barulah kita bahaskan untuk dipertimbangkan. Jadi, Datuk Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong, terima kasih.

Speaker

Saya pun tidak ada juga meminta semua yang mesti berucap tapi saya hanya bertanya kalau ada yang mahu berucaplah. Dipersilakan Yang Berhormat Senallang.

Terima kasih Tan Seri Yang di-Pertua dan saya terima kasih Yang Berhormat Menteri yang daripada sepanjang beberapa hari, saya telah mendengar dan juga melihat akta-akta perubahan yang ada. Sebahagian besar daripada akta ini ialah berhubung kait dengan istilah perubahan perkataan dan berbagai-bagai kaedah supaya tafsirannya cukup jelas. Cuma kebimbangan saya ialah daripada sudut contohnya, enforcement of the law, keberkesanan undang-undang ini, kita ada undang-undang tapi how effective the law yang kita bentangkan hari ini, daripada beberapa hari, dapat kita laksanakan sebaik mungkin supaya keadilan kepada umat yang ada dari segi Undang-undang Islam yang ada. Sama ada makanan halal, sama ada kahwinnya, sama ada hubungan keluarga yang ada kadang-kadang itu harta wasiatnya itu kadang-kadang ada juga kes jenayah yang ada.

Kadang-kadang itu berlaku diantara, contohnya, berhubung kait dengan anaknya, dadah, lepas itu bunuh dia punya mama, dia contoh, ini di antara perkara tapi mereka juga dituntut dalam kes-kes tertentu, tertanya ada perbuatan ibunya sesuatu perkara yang tidak mungkin diterima oleh anak.

Tapi, ini yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat. Satu dari segi keberkesanan, keduanya dari segi keadaan yang ada di Sabah ini, berapa banyak kes berhubung kait dengan seumpama ini yang tertangguh?

Kadang-kadang itu lambat. Mungkin oleh kerana peguamnya, Mahkamah Sivil, Peguam Syarie tidak banyak di Sabah, terbatas jumlah dia untuk mewakili seseorang to justified, whether they have the right to access to justice dengan izin untuk membela diri mereka oleh kerana mereka bergantung kepada pihak guaman yang mereka boleh lantik.

I Keduanya, dari segi kewangan kadang-kadang, ada orang kampung, ada orang-orang kita yang mungkin tidak ada kemampuan, how can they defend themselves, is there any system where, kita dari segi perundangan ini menyediakan legal system yang ada kepada masyarakat di peringkat bawah, bila berlaku tidak ada kemampuannya, maka ada ruang untuk mereka dibela.

Ketiganya, mengenai dengan kahakiman yang ada dan saya bangkitkan dahulu pun masa Perjanjian 63, masa mesyuarat dulu pun, saya bagi tahu Mantan Perdana Menteri, kita nakkan supaya semua hakim-hakim yang ada yang khususnya berhubung kait dengan kes berlaku di Sabah it must be heard di Sabah. Kita tidak mahu didengar di Kuala Lumpur, kita mahu terbang ke Kuala Lumpur. Pasal itu contohnya Perjanjian 63 hari ini, tiga hakim yang ada terpaksa terbang ke KK, and that was done. Satu sebab pasal kita mahu perubahan supaya jangan semua kes yang berhubung kait dengan Sabah ini bawah pergi Kuala Lumpur, kerana tidak semua hakim tahu tentang apa masalah kaum yang ada, budaya yang ada, yang ada hubung kaitnya dengan agama, contohnya. Kadang-kadang kaum-kaum yang ada, mungkin ada diantara mereka originally.

… Islam pada nama saja, ada yang dia yang mualaf tapi budaya itu berbeza, dan adakah undang-undang yang ada bersesuaian dengan kita lihat bahawa perkara ini juga mungkin membabitkan diclassified sebagai satu jenayah kepada mereka. Oleh kerana mungkin ada satu kes sama ada dia sivil atau jenayah, mereka makan makanan yang tidak halal lepas dia saman orang itu, oleh kerana dia seorang Islam dan bagaimana keadaan-keadaan seumpama ini sama ada this is a very comprehensive kind of legal system dari segi undang-undang Islam yang ada sebenarnya dahulu kita mahu bentangkan ada pada penyusunan kita tahu yang Berhormat Menteri reject the file there. Oleh kerana waktu itu saya tangguhkan dua, tiga hari, saya ingat tidak sempat dibentangkan lepas itu bubar Dewan, cuma mahu pastikan satu bab cuma saya tidak masukkan supaya hakim-hakim itu kerana satu enforcement very important.

I Adakah yang akan melakukannya ini polis yang ada, ataupun pegawai-pegawai MUIS yang ada di peringkat daerah-daerah yang memantau supaya macam mana kes ini berlaku tuduhan orang, banyak tuduhan dalam kehidupan. Macam-macam dituduh tapi macam mana kita verify whether its true or not, who is the apa ini yang kita punya elemen bagi pihak Kerajaan kita pastikan we dari segi ini we are prepared to justify itu yang the person is only guilty, proven guilty to proven guilty. Kita tidak boleh hukum dia oleh kerana dia tak proven guilty tapi ini yang saya minta ada beberapa persoalan Yang Berhormat kalau dapat mungkin alhamdulillah kita sentiasa membantu. Jangan bimbang, ini perundangan Islam untuk membolehkan supaya bukan hanya dari segi istilahnya tapi jauh penting dari segi keadilan yang ada untuk membela nasib orang di peringkat akar umbi kelewatan yang there must be a time frame di mana ada jadual yang ada kalau kita berdasarkan dengan hakim daripada Kuala Lumpur datang I told you it was going to be a long process yang ada delay after delay. Saya ingat Yang Amat Berhormat apa nama, Lamag, ada tanya juga bahas dia pun kadang-kadang dia mau kahwin dia bilang susah delay, hakim dia jadi susah dia itu is a personal kind of thing perasaan itu. Saya minta supaya pelantikan kehakiman kelewatan yang ada enforcement yang ada supaya kita pastikan Rang Undang-Undang yang kita bentangkan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana saya pun dengar pagi tadi masalah peguam di Astro ada peguam yang menipu dalam kes-kes tertentu untuk some kind of thing di mana tidak ada keadilan untuk kadang-kadang ada dia cakap peguam berkongsi dengan peguam pihak tertentu untuk supaya kawan ini yang client dia ini confirm kalah ataupun confirm menang. So this is must be very clear supaya jangan kita apa nama aniaya orang. Tidak. Itu berdosa itu. Datuk Speaker, terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Senator Datuk Noraini Idris yang ada bersama-sama kita dalam Sidang hari ini, selamat datang. Silakan Yang Amat Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya mengucapkan banyak berterima kasih kepada ADUN Bugaya yang Berhormat Bugaya, Yang Berhormat Senallang dan Yang Berhormat Sindumin atas perbahasan atau pandangan yang telah diberikan. Ada beberapa perkara yang boleh saya petik nanti. Pertama sekali,

I berhubung dengan Yang Berhormat Bugaya minta statistik insha-Allah kita akan berikan, di tangan saya hanya statistik lima tahun, 2020 sampai 2024.

Kesimpulannya, dalam lima tahun berkenaan, empat tahun berkenaan Yang Berhormat Bugaya, jenayah ada 7277, kemudian yang selesai 5976, yang terbaki lagi ada 1301 dan memang inilah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi.

Kita perlu selesaikan dengan segera kerana ini perkara-perkara yang tertunggak dan Tuan Speaker, RUU ini saya ucapkan berbanyak terima kasih kita telah membentangkan dan Ahli Dewan telah bersetuju menyokong sembilan RUU yang saya bentang sejak semalam, iaitu RUU Enakmen Mahkamah Syariah 2024, RUU Undang-Undang Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah Pindaan 2024, RUU Enakmen Keterangan Syariah Pindaan 2024, RUU Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pindaan 2024, yang kelima Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah 2024 Pindaan, Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang tadi baru sahaja kita luluskan, Rang Undang-Undang Enakmen Zakat dan Fitrah Pindaan 2024, Rang Undang-Undang Enakmen Wakaf Negeri Sabah Pindaan 2024 dan yang terakhir Rang Undang-Undang Enakmen Jenayah Syariah Pindaan 2024. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana memberikan amanat kepada saya untuk membentangkan Rang Undang-Undang ini dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker yang telah mempermudahkan urusan kita.

Rang Undang-Undang ini Tuan Speaker tidak lain dan tidak bukan sepertimana disebutkan oleh Senallang tadi untuk memperkasa perundangan dan institusi perundangan syariah negeri Sabah dari masa ke masa insha-Allah Tuan Speaker kita akan membentangkan lagi RUU yang lain, Rang Undang-Undang yang lain ke arah usaha memperkasa Rang-Undang-Undang atau memperkasa Mahkamah Syariah sepertimana yang dikehendaki oleh semua ADUN yang berbahas dari semalam hingga hari ini. Antara akan kita kemukakan nanti ialah RUU Perwarisan, RUU Pengangkatan Anak Islam termasuklah berhubung dengan Majlis Ugama Islam Sabah, tidak lupa juga kita akan bentangkan nanti bagaimana untuk memperkasa Peguam Syarie yang juga telah disebutkan oleh Bugaya dan juga disebutkan oleh Senallang tadi. Setakat ini untuk makluman, kita ada Peguam Syarie negeri Sabah, peguam ada 189 dan yang beramal ada 72 orang.

I Tuan Speaker, antara yang juga akan kita kemukakan ialah Jawatankuasa Pendamai dan tentang hakam, dan Tuan Speaker pembentangan kali ini apabila sudah lulus memang sudah lulus Mahkamah Utama Sabah ini merupakan satu sejarah yang tersendiri bagi kita semua di Sabah adalah negeri Sabah merupakan negeri yang kedua kalau saya tidak silap selepas daripada Perak yang mengemukakan lapis keempat, yang Mahkamah Syariah Rendah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Utama Syariah. Kita juga Tuan Speaker menyedari keperluan yang mendesak untuk mengatasi masalah kelewatan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan masyarakat khususnya kes berhubung MAL. MAL ini berhubung nikah, cerai, fasak dan sebagainya dan juga yang banyak juga masalah faraid harta dan ini telah dikemukakan semalam dan tadi juga disebut oleh Yang Berhormat Senallang. Kita akan mewujudkan segera Jawatankuasa Penambahbaikan untuk meperkasa atau mempercepat atau menyelesaikan perkara-perkara berhubung dengan masalah secara menyeluruh dan mencari jalan penyelesaian hal-hal yang berhubung dengan Mahkamah Syariah. Jawatankuasa ini akan saya pengerusikan sendiri terdiri daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Sabah, MUIS, JHEAINS, JAKIM, Pejabat Peguam Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan beberapa yang insha-Allah kita akan fikirkan nanti saya akan bawa perkara ini untuk restu kabinet agar kita ada punca kuasa. Tuan Speaker, antara punya awal yang kita kenal pasti berhubung kes tertunggak lewat adalah masalah kekurangan hakim tadi pun disebut oleh Ahli-ahli termasuk Senallang tadi. Enforcement itu salah satunya kita setakat ini mendapat bantuan daripada Penolong Pegawai Dakwah, Pembantu Pegawai Dakwah yang kita lantik baru-baru ini juga ada lebih kurang 50 orang mereka ini. Sebahagiannya kita beri kuasa untuk menjadi penguatkuasa jadi sekarang di Sabah lebih kurang 200 orang penguatkuasa kita yang dilantik dan kita akan mencari jalan menyelesaikan masalah ini dengan pertama meminta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menambah hakim-hakim syariah mereka ini saya rasa …

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Mungkin mengambil masa tetapi ada juga masalah di negeri-negeri

I yang lain kekurangan hakim.

Tapi kita akan cari jalan yang lain.

Kita akan mendapatkan nasihat Yang Berhormat Peguam Besar kita dan juga kita akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, apakah boleh melantik Peguam Syarie secara kontrak.

Sekiranya tiada halangan, kita akan melantik secara kontrak Peguam Syarie untuk daerah-daerah. Kita perlu sebahagian besar daerah mempunyai seorang sekurang-kurangnya hakim dan pendaftar, dan menambah bagi kawasan daerah yang banyak, mungkin di KK, kita akan tambah lagi hakim-hakim Mahkamah Rendah. Kita akan berbincang dengan Majlis Ugama Islam Sabah untuk melantik pegawai syariah, iaitu Hakim Mahkamah Tinggi perlu juga sekurang-kurangnya dua hakim Mahkamah Rendah.

Kalau dapat 20 orang untuk daerah-dearah dan pegawai penyelidikan untuk memudahkan urusan ini. Ini kita akan bincang dengan MUIS kerana fee, bayaran denda daripada Mahkamah Syariah ini disalurkan ke MUIS dan alangkah baiknya, sebahagian daripada fee berkenaan dikembalikan kepada Jabatan Kehakiman Syariah.

Tuan Speaker, kita juga akan mencari jalan bagaimana untuk memperkasa sistem yang disebutkan sebagai Panel Hakim,Panel HAKAM, sorry. Seperti mana kalau saya tidak silap dalam seksyen 47, 48, kalau saya tidak silap. Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 dan akan menilai semula Jawatankuasa Pendamai kerana Jawatankuasa Pendamai apabila berlaku pertelingkahan, sekurang-kurangnya diberi peluang 6 bulan, 6 bulan itu lama. Alangkah baiknya apabila kita ada prosedur HAKAM seperti mana di negeri-negeri yang lain. Ini kita akan kaji semula dan ini terpaksa kita akan bawa ke Pindaan dan saya harap ADUN-ADUN menyokonglah. Dan yang seterusnya, kita akan membuat kajian bagaimana untuk, seperti mana juga yang ditimbulkan, memisahkan bahagian pendakwaan daripada MUIS dan insya-Allah, satu hari nanti kita ada peluang mudah-mudahan akan ada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sabah, Jawatan Pendakwa.

I Tuan Speaker, kita juga akan menambah lebih banyak pegawai-pegawai apabila kita ada sudah ada jawatan kontrak ini, yang terdiri daripada anak-anak Sabah yang perlu kita latih dan insya-Allah, Majlis Ugama Islam Sabah akan memberikan keutamaan untuk mendapatkan derma siswa atau biasiswa kepada mereka, termasuk agensi yang lain untuk melatih anak-anak kita dalam bidang Diploma Kehakiman Pentadbiran Islam.

Supaya mereka boleh menjadi, insya-Allah selepas itu menjadi Hakim Mahkamah Rendah sekurang-kurangnya. Dan kita akan memperkasa penguatkuasa seperti mana saya sebut tadi. Ada 202 seluruh Sabah penguatkuasa. Memang masih kurang kerana ia dilantik secara ad hoc dan tetapi melalui JHEAINS. Program Bersepadu Jelajah Syariah akan kita wujudkan, kita akan… akan adakan yang melibatkan Jabatan kehakiman Persatuan Peguam Islam, MUIS, JHEAINS dan agensi termasuklah Jabatan Pendaftaran.

Kita ada dikemukakan semalam berhubung dengan masalah anak sah, tak sah taraf, masalah yang nikah lambat, nikah di luar daripada… daripada Majlis Ugama, daripada JHEANS. Kemudian sudah 10 tahun, 5 tahun sudah ada anak, baru kita tahu mereka nikah di kampung. Ini juga ada masalah yang juga, kita mahu, tidak mahu, kita akan bantu walaupun itu sebenarnya, sepatutnya rujuk kepada, dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, daftar nikah dan sebagainya.

Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih semua, kepada tidak lupa kepada rakan-rakan daripada JAKTUS, Jawatan Kuasa Teknikal Undang-Undang Syarak…

Speaker

Ada yang mahu mencela.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Jabatan Kehakiman, Majlis Ugama Islam Sabah, JHEAINS, Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah, Penasihat Undang-undang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan ADUN yang turut membahas dan menyokong Rang Undang-Undang ini. Saya ucapkan terima kasih.

I

Tadi Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat menyatakan tentang bagaimana anak-anak yang ibu bapa mereka tak dapat nikah ataupun tidak ada sijil nikah, this is very big dengan izin. Kerana ini yang menyebabkan anak-anak tak boleh masuk sekolah.

Saya dapati bukan hanya di kawasan-kawasan seperti daerah saya ataupun di Lahad Datu, di Kunak, di pedalaman pun because susah nak dapat imam, mahu tunggu imam yang ada tauliah dia, satu bab. Lepas itu, bila anak itu ada empat. Tiga ada surat beranak, yang satu tak ada surat beranak, ini keluarga, same but this is the problem dia. Cuma mungkin saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan tentang perkara ini cukup penting. Mungkin tauliah atau pun bagaimana kita buat pendekatan dari segi undang-undang, bukan hanya imam yang bertauliah ya. Kadang-kadang ini nak jalan sampai ke kampung, sampai ke pulau, kadang-kadang orang pulau di kawasan saya lebih daripada 40 pulau di Semporna tu. Bila ada tunggu imam, berbulan-bulan, satu bab. Yang satu lagi bangkit tadi soalan saya tentang sama ada legal aid. Di peringkat nasional sudah ada. Di mana ada peguam contohnya membantu kes-kes jenayah seumpama ini bila mereka tidak dapat pembelaan. Maka ada pihak-pihak apa ini, dari segi legal aid untuk mereka-mereka ada akses to guaman, apa ni, Peguam Syarie yang ada untuk membela mereka. Jadi saya berharap sama ada, apa ni, ada sistem yang anu, untuk membolehkan supaya we don’t deny justice to the people oleh kerana kewangan mereka terbatas. Saya tahu kadang-kadang banyak di antara kes-kes berlaku ini membabitkan orang-orang yang tidak ada pendapatan mereka. Terima kasih banyak, sama ada legal aid dalam rancangan yang akan datang dilakukan oleh pihak Kerajaan?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Saya ambil maklum dan akan memperhalusi cadangan berkenaan, dan memang itulah yang akan kita cari jalan macam mana mengatasi masalah yang disebutkan tadi dalam jelajah kita bersama dengan Jabatan-Jabatan yang terlibat.

I Saya juga berharap mudah-mudahan satu hari nanti, kita boleh mentadbir Mahkamah Syariah ini sendiri tanpa ada guna sama, mudah-mudahan. Sekarang sedang dalam kajian. Dengan itu kita boleh memberi peluang kepada ramai lagi anak-anak Sabah yang ber… berilmu berhubung dengan hal-hal seumpama. Sekian sahaja Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri tapi belum habis. Masih perlu berdiri duduk lagi beberapa kali. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan 2024).

Speaker

Peringkat jawatankuasa bila Yang Berhormat Menteri?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadangkan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan]

I Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu hingga Empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu hingga Empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

[Cokmar dinaikkan]

Speaker

Yang Berhormat Menteri, kejap, kejap. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga, bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan 2024) IBill

Setiausaha Dewan

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan 2024)

I

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah sudah lima Rang Undang-undang untuk di, yang di bawah aturan urusan mesyuarat kita pada hari ini. Sebelum saya menangguhkan sidang, saya ingin menjawab atau memberi keputusan sama perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Senallang semalam dan juga Merotai.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai makluman Ahli Yang Berhormat daripada Senallang telah membangkitkan beberapa perkara pada 10 Julai 2024 berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024, 2024 pada 9 Julai 2024.

Ahli Yang Berhormat daripada Senallang telah menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengeluarkan sangkaan jahat terhadap beliau. Setelah meneliti hansard yang mengandungi ucapan perbahasan Yang Berhormat Senallang dan juga hansard yang mengandungi jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan perkara yang dirujuk tersebut bersama pihak Dewan Undangan Negeri, bersama wakil daripada Jabatan Peguam Negeri dan setelah mendapat penjelasan daripada Kementerian Kewangan adalah didapati kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 9 Julai 2024 tersebut adalah hanya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan sendiri dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Senallang. Oleh yang demikian, setelah meneliti semuanya, saya berpuas hati bahawa isi kandung jawapan-jawapan itu tidak ada niat jahat berkenaan kenyataan tersebut. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Merotai, saya juga telah meneliti perkara tersebut dan saya telah merujuk perkara ini bersama dengan pihak Peguam Negeri dan juga pihak Kementerian Kewangan dan saya mendapati prosedur yang dilaksanakan oleh kerajaan mengenai perkara dibangkitkan adalah teratur dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan perundangan yang sedia ada, ya?

I

Tan Sri Speaker telah menyatakan bahawa dia menjelaskan persoalan yang dibangkitkan. Saya sebutkan 4, 3 (6). Kalau saya membaca hansard yang ada ini, ini hansard Tan Sri Speaker yang menyatakan contohnya, apa nama, dalam rekod menunjukkan apabila kita mengambil alih kerajaan atau beliau mengambil alih kerajaan, sudah berbilion-bilion yang telah dipinjamkan kepada syarikat daripada Semenanjung, bukan salah dia juga tetapi bukan salah kami juga ya.

Itu saya akui, ya. Yang Berhormat, saya tidak tuduh, dia tidak menuduh saya pun ya, tentang perkara ini.

Cuma beza dia, di zaman dia, dia tidak tackle, dia tidak.

Maknanya dia tidak selesaikan masalah ini, itu yang saya nyatakan. Saya telah bagi arahan kepada CEO ya, SDB Bank untuk melantik guaman yang ada untuk memastikan ya, supaya bagaimana kita bawa kes ini untuk pastikan selesaikan ya. Akhirnya, kalau perlu masuk ke mahkamah, bila dia sebut, cuma bezanya zaman dia, dia tidak tackle, satu bab.

Keduanya, mengenai dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat “The Account was non-PL and the borrower instead hand it’s starter changed from non-PL to Performing Loan, that was done by providing a new loan of RM172 million, which is there’s no new money.

Tan Sri Speaker ini bukan duit yang baru, there was a restructuring of borrower, no, there is a restructuring.

There’s a different between loan, existing loan restructured dengan new money.

You must look into the file, I have never instructed no bon, yang saya bagi tahu saya increase 172 loan.

Speaker

Yang Berhormat.

Speaker

Ia hanya berpandu kepada apa yang terkandung dalam Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

No, I want to get that.

Give me a copy of it.

Saya nak kan salinan itu untuk pastikan supaya

I bahawa ini 172, saya yang settle. Siapa punya syarikat, saya pun tidak tahu syarikat mana dia di Kuala Lumpur, yang saya tahu bagi tambah lagi 172 loan.

Speaker

Dan dalam kenyataan dia tidak mengatakan Yang Berhormat yang arah.

Tak, ini, this is bila kita tengok “it was done by providing a new loan in 197, the account was non-PL borrow instead hand it started changes from.” Ini yang disebutkan, ya.

Speaker

It was done by SDB, not by you.

I know SDB but I was the Chief Minister. I don’t want that was done, no, because there’s no new money, satu bab. Kedua dia, saya salah sebut kan, ya, triggered dia. Tentang bila Yang Berhormat sebutkan, I chair a meeting, dalam mesyuarat SIP yang dinyatakan bahawa saya meluluskan supaya raise sukuk yang ada, untuk apa nama, yang disebutkan settle sukuk. Kenapa kami, this sukuk untuk settle SIP boleh, kalau dia tidak boleh.

This is where I think, saya tidak pernah Tan Sri, saya tidak pernah bagi arahan mana-mana pihak sama ada SDB Bank, SD Berhad ataupun Sabah Credit untuk settle mana-mana loan yang non performing yang ada.

Actually, SIP bukanlah sebuah syarikat yang non-performing loan, they late, they borrow, they, they pay the money. Cuma bila dia sebut, dia tuduh saya chair the meeting, mungkin saya sebut yesterday.

Management board minutes, dia ada.

Management, not me.

Dia mungkin information paper but kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya minta salinan dia, untuk memastikan bahawa minutes is there or not because I don’t want nanti Tan Sri Speaker, ini Youtube ada.

Speaker

Amin.

Nanti, kadang-kadang orang tahu kali ramai yang saya buat. Tan Sri Speaker, saya minta supaya apa nama perkara ini bukan berat sangat. Tapi, kalau tidak boleh you know,

I pasal perkara ini I mean, I have never directed, I have already called dia punya CEO SIP si (tidak jelas), pegawai yang saya lantik, yang satu lagi si Hasnul SDB Bank verified dua tiga kali “are you sure you have done something behind me, you know, no, no, no. Datuk Seri you have not decided, you have not, no directed from you to settle any loan” ataupun tambah duit you know untuk supaya masalah ini berlaku. Terima kasih banyak.

Speaker

But if you read the hansard properly. Teliti, dia kata bukan Datuk, Yang Berhormat Senallang yang mempengerusikan.

Datuk, Yang Berhormat Senallang berada dalam mesyuarat dan mesyuarat itu memutuskan untuk respond.

Who’s chairing the meeting at that time, Datuk Speaker? I was.

Speaker

Yeah, you chair.

But he said that I chair the meeting and I raise sukuk. I agreed supaya.

Speaker

The board agreed and there was no objection from you and that is the implication.

No, no.

There was no directive, there was no objection to me because that paper was not table. Tan Sri Speaker, di Parlimen.

Speaker

Amin.

Untuk maklumat tidak dibahaskan, tidak dibentangkan macam tadi itu. Dibentangkan Rang Undang-undang Syariah, kita bahaskan, kita bentangkan dan kita luluskan. Itu dipersetujui tapi kalau just for information paper, it cannot be concluded that, that is my decision, that is my directive.

Yang, Yang Berhormat katakan “oh, zaman dia boleh, zaman kami tidak boleh.”

I Ini persoalan, kadang-kadang bila saya tengok, it must be very clear. Hutang contoh RM8 bilion yang ada, dia sebut pun di surat kabar itu RM8 bilion di Semenanjung daripada tahun 2018 sampai 2023.

Seakan-akan 26 bulan saya jadi kerajaan, where was the loan, I have to verified that, you know.

Tapi, saya minta tentang perkara ini, kalau boleh yang Tan Sri Speaker supaya perkara ini jelas. Jangan, saya tidak mahu nanti perkara ini berlaku kalau apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, I want that, I want the copy of the minutes (kurang jelas) tentang sama ada benar ataupun tidak. Dan satu, sama ada ini new money because I was very clear that CEO dua tiga kali saya tanya “no, Datuk Seri there’s no loan baru 172. No new money.

Speaker

Okay, Menteri Kewangan, you produce all the necessary facts and document and in writing to him.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

I will be more than happy Tuan Speaker.

Speaker

Thank you.

Datuk Speaker, terima kasih atas ruling yang diberikan tadi Datuk Speaker.

Saya faham maksud Yang Berhormat Speaker, bahawa tatacara yang dibuat berhubung dengan bajet, supplementary budget ataupun belanjawan tambahan ini adalah betul. Memang betul apa yang kita buat, kita luluskan betul. Cuma yang saya bangkitkan berkenaan dengan AP50.

… saya minta siling saja, kalau Menteri bagitau siling cukuplah, lepas tu Yang Berhormat Menteri bagi jawapan salah. Sebab siling tidak ditentukan akhir tahun, cuba Datuk Speaker, banyak kali ulang-ulang tu jawapan er, soalan saya. Saya mau jawapan daripada Yang Berhormat Menteri satu jawapan yang betul dan tepat saja. Pertama, siling berapa siling yang telah ditentukan untuk AP54. Kedua, berapakah lebihan daripada siling itu digunakan pada kali ini untuk AP54. Ketiga, siling ini yang dikatakan oleh Menteri

I bahawa ditentukan pada akhir tahun penyelarasan akaun. Itu salah, Speaker. Dia telah ditentukan, siling ini dibawa ke Dewan dalam satu Rang Undang-undang untuk kita menentukan siling AP54. Saya harap Datuk Speaker, faham apa maksud saya, bukan saya maksudkan er, er, budget supplementary budget ni salah dari segi procedure, bukan.

Speaker

Saya pun bukannya maksudkan itu prosedur dia. Semua diambil kira suda saya berbin … ar … berbincang ...

Datuk Speaker, er accounting ini is just about fact and figure, bah Datuk Speaker. Saya mahu Menteri kasih perbetulkan saja itu saja lepas tu okey, finish. Pasal, yang kita gunakan ini adalah dana awam ini, itu saja ...

Speaker

… tiada yang salah, apa yang mahu diperbetulkan kalau benda semua betul. Beginilah Yang Berhormat Merotai, you pun pernah di MOF dulu kan? You sendiri cakap ...

Ya.

Speaker

… tapi kalau you mahu juga apa yang di, yang you mahu, saya akan minta MOF kasih segala prosedur tu sama you, secara bertulis dan saya masukkan dalam hansard.

Terima kasih, itu yang saya mahu. Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Inda kan you hendak tau, you duduk dulu di sana you taulah cara dia sepatutnya.

Datuk Speaker, salah Datuk Speaker cakap tu Datuk Speaker, kita bincangkan jawab ...

Speaker

You sudah, sudah, sudah terang, sudah terang lagi bersuluh ...

I

… baca bah jawapan daripada Menteri, bukan pasal saya ...

Speaker

… eh, I made the decision, you sit down.

Saya boleh sit down, Datuk Speaker.

Speaker

Sit down.

Sudah buat keputusan, keputusanlah.

Speaker

Sit down. Before I send you out.

Datuk Speaker, menyindir-nyindir lagi.

Speaker

Tidak, you because you yourself claim you, I know MOF before. Apa yang sindir?

Datuk Speaker.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Hormatlah Speaker, YB Merotai. Hormatlah Speaker.

Saya hormat.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Hormat dia suruh duduk, duduklah.

Saya boleh duduk.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Janganlah mau dapat nama di luar.

I

Speaker

I made the decision, I said the MOF will send you the, the document you needed and recorded in the hansard, sudahlah.

Ah sudahlah, Datuk Speaker, jangan lagi sindir-sindir.

Speaker

No because yourself claim, I didn’t sindir. You yourself claim before. You are MOF before.

No.

Speaker

Didn’t you?

Datuk Speaker, kalau sudah buat keputusan, keputusan saya sudah cakap tadi, terima kasih.

Speaker

Didn’t you? Didn’t you not claim that you are MOF before? Did you not claim?

Kejap ah, saya minum dulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam belas telah pun selesai dan berjalan dengan lancar.

Datuk Speaker, satu lagi. Saya harap soalan semalam pun bila saya bangkitkan tentang tanah adalah secara bertulis tidak tahu bila buli diberi jawapan biasanya sistem itu hari ini bersidang, besok dia bagi. Tapi tidak tau bila-bila diberikan saya minta supaya secara bertulis soalan-soalan yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat itu akan disampaikan ...

Speaker

Ada, ada saya, saya mau sentuh dalam penangguhan saya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini telah selesai menjalankan fungsi legislativenya dengan membahaskan dan meluluskan sebanyak 10 Rang Undang-undang di sesi Sidang kali ini. Terima kasih saya ucapkan atas komitmen dan penglibatan yang sangat aktif Ahli-ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tanggungjawab semua dalam membincangkan Rang Undang-undang tersebut. Saya harap momentum ini akan diteruskan pada sidang-sidang yang akan datang. Tahniah juga kepada YAB

I Ketua Menteri dan Pembantu Menteri yang telah memberi jawapan yang input dan yang komprehensif yang tepat semasa sesi soal jawab sepanjang sesi Sidang kali ini. Pada Ahli-ahli Berhormat yang telah berbahas, saya ucapkan terima kasih kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan kita menyempurnakan persidangan kali ini sehingga selesai. Ramai YB sudah berbahas, teguran diberi sepenuh hati, kami hanya jalankan tugas mempastikan semua mematuhi PT. Seperti biasa, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikannya kepada, kembalikan semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan. Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan jawapan secara bertulis kepada mana-mana soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab secara lisan semasa sesi persidangan ini tidak lewat daripada tempoh satu bulan daripada tarikh hari ini. Kalau boleh secepat tapi saya kasih tempoh tidak lewat dari 30 hari daripada hari ini. Sila pastikan untuk kemukakan satu salinan jawapan secara bertulis tersebut kepada Dewan ini untuk tujuan direkodkan di hansard. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga telah menerima surat permohonan tidak menghadiri Sidang daripada Yang Berhormat N.11 Kadamaian daripada 10 Julai hingga 11 Julai kerana beliau diperlukan untuk berada di Dewan Negara sebagai tugas Menteri Persekutuan. Saya juga ingin maklumkan bahawa cuti, permohonan cuti untuk ahli N.20 Api-api dan N.57 er, Kuamut sehingga 11 haribulan dibatalkan hanya untuk dan bercuti hanya untuk bercuti pada 10 haribulan sebab mereka telah kembali hadir Sidang Dewan sejak kemarin 10 haribulan 7 dan saya telah meluluskan semua ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, BOMBA, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Jabatan Cetak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Muzium Negeri, Jabatan Air, Dewan Bandaraya KK, SabahNet dan SESB, wakil-wakil media massa dan semua kakitangan dan pegawai kementerian serta semua pegawai kerajaan. Semua kakitangan Dewan Undangan Negeri serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian Mesyuarat Kedua Dalam Penggal Kelima ini dari mula hingga selesai, terima kasih daun keladi kerana sudi menolong kami, moga di persidangan bajet

I nanti sudilah kalian membantu lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pada yang memandu tu memandulah dengan cermat dan selamat, berhati-hati di jalan raya, walaupun jalanraya kita belum lagi seelok-eloknya yang kita inginkan tapi percayalah Kementerian Kerja Raya akan memberi komitmen akan memberi jalan raya yang lebih baik dalam tempoh yang tidak lama lagi dan saya doakan Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai ke destinasi masing-masing disamping keluarga yang tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 1.30 tengah hari. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang akan ditetapkan.”

SDN11072024/bnm