Sabah · 19 November 2024

16th Assembly, 5th session, 3rd meeting · not final · 456 turns · 50,508 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan–pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Selamat pagi, salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Universiti Malaysia Sabah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 30 orang pelajar dan enam orang pensyarah yang mengiring berjumlah 36 orang dan juga daripada Persatuan Ibu Tunggal Nur Qasih Daerah Kinabatangan, 22 orang ahli ibu tunggal. Sila duduk. Selamat datang, selamat berbelajar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Telupid.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Daun sirih, daun selasih, Good morning, selamat pagi; Soalan saya nombor satu diberi, Datuk Speaker, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Kerajaan Menoktahkan Kemiskinan Di SabahQuestions

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

*1. YB. Datuk Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah status perkembangan bagi inisiatif kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan di negeri Sabah melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, Menteri.

Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya tidak sedia dengan pantun ini. Terima kasih, Datuk Speaker. Izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 53, 59 dan 62 pada hari Selasa 19 November 2024 memandangkan soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Telupid, Elopura, Gum-Gum dan Nabawan serta Dewan yang mulia ini. Usaha Kerajaan Negeri dalam pengurusan pembasmian miskin tegar di Sabah adalah dengan menggunakan dengan dua jenis data iaitu;

Data Lock Figure, iaitu data miskin tegar yang telah dikunci pada Januari 2023 oleh Kerajaan Persekutuan bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah Fasa Satu pada tahun 2024.

Data Dinamik, iaitu data yang sentiasa berubah mengikut masa dalam pangkalan data eKasih. Setakat September 2024, Sabah merekodkan seramai 68 089 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin, manakala seramai 3978 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar. Jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah miskin dan miskin tegar adalah seramai 72 067 dan melibatkan 265 335 Ahli Isi Rumah. Kedua-dua data adalah berdasarkan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional iaitu, eKasih.

Inisiatif Kerajaan Negeri untuk menoktahkan miskin tegar di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 telah berjaya disifarkan pada 31 Julai 2024 yang lalu. Iaitu di bawah Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah Fasa Satu 2024 yang merupakan pemurnian data telah dikunci pada Januari 2023 melibatkan seramai 22 510 Ketua Isi Rumah dan 94 315 Ahli Isi Rumah. Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengkaji semula keputusan menoktahkan semula miskin tegar yang lalu, iaitu fasa satu 2024 yang lalu kerana kerja-kerja tersebut telah pun selasai dan dimuktamadkan pada 31 Julai 2024.

Walau bagaimanapun, data dinamik setakat September 2024 yang diperolehi daripada sistem pangkalan data eKasih menunjukkan seramai 3 978 Ketua Isi Rumah masih berstatus miskin tegar. Perubahan status ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, iaitu perubahan bilangan Ahli Isi Rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima atau ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya sedang dalam proses menjejaki Ketua Isi Rumah yang tidak berdaftar dalam pangkalan data eKasih yang layak mendapatkan intervensi bantuan. Berdasarkan kerja-kerja

profiling di lapangan yang dilaksanakan oleh petugas Sekretariat Sabah Maju Jaya telah merekodkan seramai 268 Ketua Isi Rumah yang tiada dalam daftar pangkalan data eKasih.

Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah kewangan untuk berurusan di pejabat daerah, kekangan pengangkutan untuk keluar ke pekan, tiada akses kepada pendaftaran di dalam sistem talian eKasih, keengganan Ketua Isi Rumah untuk mendaftarkan diri rasa segan atau malu dan sebagainya. Dapatan ini berdasarkan daripada kerja profiling hasil aduan dan laporan awam yang dilaksanakan di 23 daerah daripada keseluruhan 28 daerah di Sabah dan 11 daerah kecil. Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi usaha untuk menjejaki Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang layak untuk mendapat bantuan. Kerja-kerja susulan di lapangan akan diteruskan bagi memastikan tidak ada rakyat yang tercicir dalam Program Menoktahkan Miskin Tegar.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Kerajaan negeri yakin bahawa lebih ramai lagi penduduk yang masih berstatus miskin tegar tetapi tidak berdaftar dalam sistem eKasih. Sekretariat Sabah Maju Jaya sedang menambah baik banci data kemiskinan dengan menggunakan 13 indikator tambahan khusus untuk Sabah bagi penentuan status kemiskinan dan cadangan intervensi bantuan. Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Sabah atau PADANS juga telah dibangunkan dengan tujuan penyimpanan data solusi intervensi bantuan dan rujukan silang di masa akan datang. Datuk Speaker, Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah menggariskan lima teras utama bangi intervensi bantuan, iaitu perumahan, pendidikan, pekerjaan, kebajikan dan keusahawanan. Setakat Oktober 2024, sebanyak 77 256 intervensi bantuan telah disalurkan kepada golongan miskin tegar. Teras intervensi perumahan memfokuskan kepada penyediaan rumah percuma, iaitu Program Rumah Mesra SMJ di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Sejumlah 1500 unit rumah telah diperuntukkan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri setiap tahun. Bermula pada tahun 2025, peruntukan Rumah Mesra SMJ akan dinaikkan

kepada 40 unit bagi setiap DUN yang melibatkan pembinaan 3000 unit rumah di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah dengan kos sebanyak RM250 juta.

Setakat 2000, setakat November 2024, sebanyak 2908 unit Rumah Mesra SMJ telah disiapkan dan 1578 unit rumah lagi dalam pelaksanaan untuk disiapkan pada tahun ini. Kerajaan Negeri melalui pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) telah memberikan fokus bantuan dalam mengurangkan perbelanjaan isi rumah bantuan seperti bantuan IPT secara one-off atau dikenali sebagai BUDI, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) melibatkan 32 617 ahli isi rumah telah menerima manfaat daripada bantuan ini dengan jumlah perbelanjaan berjumlah RM17 juta setakat September 2024.

Intervensi bantuan pekerjaan, setakat September 2024, seramai 220 ketua isi rumah atau ahli isi rumah telah pun diambil sebagai pekerja melalui Program My SMJ Kerja di bawah Sekretariat Sabah Maju Jaya, Yayasan Kebajikan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah, Sawit Kinabalu Sdn. Bhd., Lembaga Industri Getah Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah, Kumpulan BTC Berhad dan SBH Kibing Solar Sdn. Bhd.

Datuk Speaker, adalah juga dimaklumkan bahawa seramai 58 463 ketua isi rumah telah menerima Sumbangan Tunai Rahmah dengan nilai RM200.00 hingga RM1,200.00 dan seramai 50 556 ketua isi rumah telah menerima Sumbangan Asas Rahmah ataupun (SARA) dengan nilai RM450.00 hingga RM1,200.00 bagi golongan miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah pada tahun 2024. Pemberian bantuan STR dan SARA ini diberikan mengikut kategori seperti warga emas, bujang dan berkeluarga. Setakat ini, sejumlah RM40.13 juta di bawah program bantuan STR dan RM58.79 juta di bawah program SARA telah diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah.

Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya juga telah menyalurkan Bantuan Tunai Khas Miskin Tegar kepada 1218 ketua isi rumah yang telah dikenal pasti dalam Program Menoktahkan Miskin Tegar Fasa Satu 2024 dengan jumlah pemberian bernilai RM300.00 hingga RM600.00 bagi tempoh enam bulan dengan peruntukan berjumlah RM2.8 juta. Program Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR di

bawah seliaan pihak SEDIA dan diselaraskan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) memfokuskan kepada usaha peningkatan ekonomi dalam bidang keusahawanan seperti penyediaan mesin layan diri, perniagaan kedai runcit, program pertanian dan perikanan. Setakat Oktober 2024, seramai 487 ketua isi rumah telah menerima bantuan, iaitu seramai 252 ketua isi rumah untuk Program IPR Basmi Miskin Tegar yang melibatkan 37 program dengan nilai RM4.9 juta. Manakala 230 ketua isi rumah untuk IPR Inisiatif Usahawan Tani dan lima orang ketua isi rumah untuk Inisiatif Usahawan Makanan dengan peruntukan berjumlah RM8.9 juta.

Datuk Speaker, bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Fasa Dua tahun 2025, Kerajaan Negeri akan terus komited dan berusaha bukan sahaja dalam menangani isu miskin tegar tetapi bersekali dengan kategori miskin. Pembancian dan pemantauan kepada ketua isi rumah atau ahli isi rumah akan diteruskan ke atas nama yang tersenarai dalam Locked Figure fasa 1 tahun 2024 dan data dinamik dalam pangkalan data eKasih. Perhatian juga akan diberikan kepada ketua isi rumah atau ahli isi rumah yang tercicir dalam senarai eKasih untuk didaftar masuk ke dalam sistem PADANS bagi tujuan intevensi bantuan yang bersesuaian. Program Menoktahkan Miskin Tegar Fasa Dua tahun 2025 juga terus memfokuskan kepada enam teras utama iaitu;

1. Penambahbaikan pemberian rumah mampu milik; 2. Peningkatan jenis bantuan pendidikan dan latihan kemahiran; 3. Bantuan tunai bersasar; 4. Peningkatan ekonomi sara hidup; 5. Penambahbaikan program bantuan kebajikan; dan 6. Peluang pekerjaan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Ekonomi Biru juga akan membuka ruang dan peluang ekonomi serta pekerjaan kepada rakyat di Sabah terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.

Kerajaan Negeri akan mengumumkan data dikunci ataupun Locked Figure untuk Program Membasmi Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa Dua tahun 2025 ini dalam tempoh yang terdekat.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terus komited menjalinkan kerjasama erat di dalam agenda pembasmian kemiskinan di Sabah terutamanya miskin tegar seperti yang telah ditunjukkan dalam program fasa 1 tahun 2024 sebelum ini. Usaha ini adalah sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 2021 hingga 2025, sektor modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam usaha pembasmian kemiskinan dan miskin tegar di Sabah. Sekian, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Jawapan yang sungguh lengkap. Ada, soalan tambahan?

Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Saya mengamati jawapan tadi amat sesuai untuk desas-desus yang menyatakan bahawa Sabah ini betul-betul tiada orang miskin lagi tetapi pemahaman saya mengikut penjelasan pembantu.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tadi bahawa, ini adalah satu Program Pembasmian Kemiskinan. Menoktahkan kemiskinan. Bukan pengisytiharan bahawa Sabah sudah tiada orang miskin. Bagi pemahaman sayalah, mengikut penjelasan tadi. Melalui pewujudan Sekretariat SMJ di setiap daerah untuk memastikan tiada lagi yang tercicir orang-orang miskin di negeri Sabah. Bukan menyatakan seperti yang selalu disebutkan, kerajaan telah mengumumkan tiada lagi miskin tegar di negeri Sabah ini. Jadi, hari ini penjelasan Pembantu Menteri menyatakan bahawa pewujudan Sekretariat pada 31 Julai itu adalah sesuatu program untuk menoktahkan kemiskinan. Terima kasih.

Soalan saya adalah untuk mereka yang berdaftar dalam e-Kasih, adakah ini adalah secara automatik mendapat bantuan sara hidup yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini, iaitu RM300.00 setiap bulan? Adakah setiap e-Kasih ini secara automatik untuk tempoh satu tahun? Kerana dinyatakan tadi, data ini sentiasa

berubah-ubah. Takut nanti bulan satu dia dapat, bulan dua dia sudah keluar daripada e-Kasih tidak dapat, jadi macam isu juga nanti. Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih atas penjelasan yang begitu jelas, sejelas-jelasnya di Dewan Undangan Negeri bahawa usaha kerajaan GRS-PH ialah berterusan untuk memastikan usaha-usaha pembasmian kemiskinan ini akan terus dilakukan dan untuk merespond kepada soalan yang kedua, adakah penerima-penerima e-Kasih yang ada pada hari ini, penerima sumbangan Sentuhan Kasih Rakyat. Saya boleh menyatakan, ya. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, satu soalan tambahan? Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat Gum-Gum, soalan asal.

Soalan Tambahan

Ok baik, oleh kerana nama saya pun disebut tadi di soalan 59. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah KIR ataupun miskin tegar yang telah dibantu di kawasan saya di DUN Gum-Gum? Dan soalan saya yang kedua, ada satu rumah yang hangus terbakar di kawasan saya tetapi sampai sekarang tidak mendapat apa-apa bantuan, ya daripada kebajikankah ataupun daripada mana-mana, apa nama, sumber yang dibantu oleh kerajaan. Ini, rumah ini sudah lama sudah lama terbakar. Lebih kurang mahu hampir satu bulan sudahlah lebih tetapi saya dimaklumkan oleh, apa nama. Mangsa tersebut sampai sekarang, jangankan atap, tiang pun satu biji pun tidak dapat dibantu. Jadi, saya bertanya kepada Menteri apa langkah-langkah kerajaan membantu kepada mangsa seperti ini? Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Gum-Gum. Berkaitan tentang soalan pertama itu, oleh kerana saya tidak mempunyai data yang menyatakan berapa jumlah daripada DUN Gum-Gum, insya-Allah kita akan jawab secara bertulis.

Berkaitan dengan perkara kedua, sekiranya ada perkara-perkara seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gum-Gum, kita kena faham dan kita kena maklum bahawa tugas pembasmian kemiskinan ini bukan sahaja kita letakkan kepada Sekretariat SMJ ataupun kepada YB-YB yang mewakili kerajaan. Sebenarnya, usaha ini adalah usaha semua 73 Yang Berhormat yang ada di Dewan Undangan Negeri Sabah ini untuk memberikan kerjasama kepada usaha baik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini.

Kerana isu kemiskinan ini adalah isu sejagat. Di mana-mana ada orang miskin. Jadi, tidak baiklah kalau kita menyatakan apabila diumumkan bahawa tiada lagi miskin maka, kita remeh-temehkan usaha kerajaan. Jadi, sebagai Yang Berhormat ADUN Gum-Gum, sekiranya isu yang dibangkit ini berlaku di kawasan Yang Berhormat, Yang Berhormat bolehlah membuat laporan dan aduan. Sama ada secara calling-calling atau secara bersurat kepada Pejabat Daerah atau Majlis Perbandaran Sandakan ataupun Sekretariat SMJ yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras, membantu menoktahkan kemiskinan tegar ini supaya dapat juga, boleh berhubung kepada Sekretariat SMJ untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker satu soalan. Yang Berhormat last.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kita, kita kena bagi peluang masa kepada Yang Berhormat yang lain untuk bersuara juga. Yang Berhormat boleh masukkan soalan tambahan itu dalam ucapan nanti.

Satu sahaja, takut nanti dia terlupa mahu cakap nanti. Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Nanti ada peluang.

Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Nanti saya jemput.

Soalan Tambahan

Saya juga minta data yang sama seperti mana Gum-Gum minta tadi itu, pertama. Keduanya, kalau ada inisiatif yang dinyatakan tadi bahawa pihak kami di sini terlibat dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dalam Sekretariat, persoalan saya kenapa saya tidak pernah tahu benda ini? Dan kalau boleh tolong maklumkan kepada kita semua mengenai perkara ini secara yang sepatutnya. Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih Yang Berhormat Tungku. Ini kawan saya di UiTM ini. Jadi, saya rasa di dalam Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya di dalam itu ada M, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat yang melibatkan semua kita rakyat. Jadi, saya rasa tidak sepatutnyalah Yang Berhormat Tungku menyatakan Yang Berhormat tidak maklum. Kita mengalu-alukan pandangan dan juga pandangan dan juga apa ini, kerjasama daripada Yang Berhormat-Berhormat. Tidak termasuk, tidak hanya kepada Yang Berhormat kerajaan, termasuk juga kepada Yang Berhormat yang bukan dari kerajaan untuk bersama-sama membantu menyelesaikan isu ini. Ok?

Masalahnya Yang Berhormat, cuba bagi tahu kepada pejabat daerah, pegawai daerah, penolong pegawai daerah supaya kita dilibatkan dalam benda ini.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Ok.

Kita tidak pernah dipanggil dalam mesyuarat pun. Lepas itu, and then you cakap saya begitu.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

(Ketawa) Ok. Begini saudara. Yang Berhormat Datuk Speaker, inilah masalahnya kalau kita benarkan soalan tambahan.

Jadi, hari ini kita jadikanlah, jadikanlah ini sebagai satu apa ini. Persepakatan kita. Untuk kita sama-sama berkerjasama di dalam mengatasi isu ini. Terima kasih ya, sahabat. (ketawa)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ok, terima kasih. Ketika ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan 40 orang dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, DUN Tanjung Batu, Tawau. Selamat datang. Sila duduk. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sekong no. 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Hasil Cukai Yang Dikutip Kerajaan Persekutuan Dan Hasil Cukai Diserahkan Kembali Kepada SabahQuestions

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

*2. YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, berapakah jumlah hasil cukai yg dikutip oleh kerajaan Persekutuan dari negeri Sabah sejak tahun 1974 sehingga tahun 2021 dan berapakah jumlah 40% hasil cukai yang wajib dipulangkan dan diserahkan kembali kepada Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri.

Jawapan

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Ok, Tuan Speaker.

Memandangkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong dan ADUN Lamag, walaupun beliau tidak ada di sini pagi ini adalah berkaitan dengan pemberian khas kepada Kerajaan Negeri Sabah, saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut sekali gus.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti mana Kementerian Kewangan pernah jelaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data lengkap berhubung hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah, atas sebab itu pengiraan hasil bersih persekutuan mempunyai kekangan kerana Kerajaan Persekutuan belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan perkongsian data yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan membuat pengiraan anggaran, amount pemberian khas dengan menggunakan data yang tersedia serta andaian munasabah daripada kajian yang dibuat untuk menganggarkan hasil Kerajaan Persekutuan.

Namun, amount hasil Kerajaan Persekutuan tersebut masih perlu dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua kerajaan. Tuan Speaker, menerusi Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), bilangan satu tahun 2024 yang telah diadakan pada 12 September 2024 di Kota Kinabalu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anuar Ibrahim telah mengumumkan nilai bayaran interim pemberian khas untuk negeri Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada ringgit.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

… Malaysia 600 juta pada tahun 2025. Kerajaan Negeri menghargai dan bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim telah sebanyak dua kali melaksanakan semakan interim ke atas pemberian khas, iaitu daripada 125.6 juta ke RM300 juta dan seterusnya kepada RM600 juta. Sesungguhnya, kita mengalu-alukan kenaikan bayaran interim tersebut, yang sudah tentunya akan membantu pembiayaan pembangunan di negeri ini.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap berpegang teguh untuk mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub di Perkara 112C dan Bahagian Empat, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan, iaitu 2/5 atau 40% daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah. Rundingan bagi tuntutan mengikut formula pengiraan ini masih menunggu tindakan lanjut Kementerian Kewangan Malaysia dan saya percaya rundingan tersebut akan diadakan bersama pihak Kementerian tidak lama lagi. Sekian.

Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, YB Pembantu Menteri. Namun saya soalan tambahan saya, saya ingin pengesahan kerana pada sidang ah, Parlimen

baru-baru ini, Ahli Parlimen Tuaran dan juga Ahli Parlimen Tambunan ada bertanya kepada Kerajaan Persekutuan tentang jumlah sebenar 40% according to 11C Perlembagaan Persekutuan tapi tiada jawapan dan it’s okay, ada anggaran-anggaran dari pihak Kerajaan Negeri tetapi saya ingin pengesahan daripada YB Pembantu Menteri bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Ogos 2023 lalu, di SICC dia menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan menerima perbendaharaan menerima sejumlah 10.2 bilion daripada cukai yang dipungut daripada Kerajaan daripada negeri Sabah. Saya ingin minta pengesahan apakah itu benar? Kerana ia dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di SI di ICC pada Ogos 2024, sorry, Ogos 2024. Terima kasih, Tuan Speaker.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Okey, terima kasih. Ah, soalan tambahan daripada Yang Berhomat ADUN Sekong. Sebagai makluman kita semua seperti yang juga telah disebut pada tahun yang lalu, kita Kerajaan Negeri, Kerajaan Sabah telah menghantar beberapa surat, sebanyak lapan buah surat ataupun lapan buah komunikasi yang telah buat dan sebagai tambahan tahun ini, ah, Kerajaan Negeri kita juga telah menghantar beberapa surat sebagai proses untuk menyusuli perkara yang telah dikemukakan. Dan sebagai, secara spesifiknya pada 26 Ogos, iaitu surat yang terakhir dihantar oleh Kerajaan Negeri kita telah juga menyentuh mengenai perkara yang telah kita apa ini sebut di sini. Dan, surat yang telah dihantar, dihantar tersebut antara lainnya yang pertama itu adalah, kita menyatakan Kerajaan Negeri menyatakan prinsip pemberian khas yang telah dimaklumkan untuk menentukan kutipan Kerajaan Persekutuan di luar Sabah, daripada keuntungan yang dijana daripada negeri Sabah. Dan yang kedua, Kerajaan Negeri memberi pemakluman mengenai tuntutan pemberian khas bagi tahun 2023 yang dibuat merupakan pengiraan kasar dan kutipan yang dibuat di luar Sabah akan dan dikira semula apabila menerima data yang sebenar. Dan yang ketiga, Kerajaan Negeri bersedia untuk berunding agar pembayaran dibuat secara berperingkat mengikut mana-mana hasil yang dipersetujui terima. Dan yang terakhir itu adalah, kandungan yang seperti telah disebut oleh Yang Berhormat Sekong tadi, iaitu Kerajaan Negeri bersedia membincangkan pecahan RM10.2 bilion yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Ogos 2024 pada tahun ini. Jadi maknanya sekarang statusnya adalah kita juga sedang menunggu apa ini, perkara tersebut untuk proses rundingan seterusnya. Okey.

Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Ah, terima kasih, YB Pembantu Menteri. Saya, saya alu-alukan penjelasan itu namun pertanyaan saya ialah pengesahan. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat tentang apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang 10.2 bilion itu? Atau Kerajaan Negeri tidak ada maklumat tentang itu? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, menjawab kepada persoalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Sekong. Sudah dinyatakan tadi, isu sekarang ialah perbezaan jumlah yang kita fikirkan perlu dirunding, ya. Kerajaan Persekutuan dia ada data sendiri. Kerajaan Negeri bergantung kepada data yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi dalam ketiadaan data-data yang diberi oleh Kerajaan Pusat atau agensi-agensi Kerajaan Pusat, kita terpaksa membuat andaian dan andaian itu berpaksikan keberapa apa ini data yang kita baca dan kita … kita nampak.

Sebagai misalan, ya, sebagai misalan dalam apa itu, pengiraan jumlah pendapatan kita juga mengambil kira dividen yang dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Pusat ke atas keuntungan operasi ah, apa itu, minyak di Sabah. Antara satulah, ya, antara satu. Dan lain kedua, sebagai misalanlah ya, keuntungan syarikat yang beroperasi di Sabah khususnya syarikat yang apa itu disenaraikan dalam bursa saham tapi beribu pejabat di Kuala Lumpur. Erti dia, pada … (kurang jelas) accounting seolah-olah keuntungan itu dibuat di Kuala Lumpur walaupun sebenarnya dia timbul daripada operasi perniagaan di Sabah.

Dan kalau saya boleh simpulkanlah secara pendek ya, satu, isu dia sebenarnya adalah perbezaan kita ada data yang kita fikirkan yang kita sudah submit ya, dan Kerajaan Pusat sendiri berlandaskan kepada apa yang diumumkan mungkin mereka juga ada apa ini, data-data tertentu. Ah, itulah yang dinyatakan oleh Pembantu Menteri tadi kita akan duduk sama-sama. We dengan izin, we exchange the data and hopefully come to a conclusion. Terima kasih.

Soalan Tambahan

Yang Berhormat, boleh satu ja. Boleh ah, Menteri? Ah, kalau boleh saya mencadangkan, ya, kalau boleh saya mencadangkan

Yang Berhormat Menteri sebab benda ini melibatkan perlembagaan dan melibatkan perjanjian yang sudah dipersetujui. Dan kita tahu bagaimana perjalanan perkara ini sehingga ke hari ini tidak ada jalan penyelesaian dia.

Sudah tiba masanya saya ingat at the chamber, ya. Melihat balik kepada apa yang berlaku daripada 1970 hinggalah sekarang, bagaimana ordinan-ordinan tertentu sebagai contoh Ordinan lapan dalam Ordinan Persekutuan, yang menyatakan bahawa pemberian 40% tu dihentikan. Itu adalah warta dan mungkin ini boleh dijadikan asas Kerajaan Persekutuan untuk berlengah dalam hal ini. Kita kena rujuk balik kepada perlembagaan. Kita tidak boleh sekadar berdasarkan andaian, kan? Saya cadangkan begitulah. Dewan yang ini … Dewan mulia ini harus membuat keputusan. Apa yang mereka buat sekarang ini bukan sepertimana yang ada dalam perlembagaan dan telah dipersetujui. Dan ada di antara kaedah-kaedah yang mereka gunakan warta inilah, warta itu, sebenarnya bertujuan untuk menafikan hak kita sepertimana yang sepatutnya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Saya berpegang kepada bahawa niat semua orang itu baik, ya. Kedua, kita sudah memulakan mesyuarat, kita teruskan mesyuarat. Jadi saya faham Kerajaan Negeri Sabah atau pihak Kerajaan Negeri Sabah juga cukup dengan peguam-peguam dan kita faham, isu yang timbul tapi proses perundingan sudah bermula. Eloklah bagi tempoh yang munasabah bagi kita meneruskan mesyuarat dan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada apa ini, Tungku tadi itu, boleh kita kemukakan sebagai satu daripada input dalam perundingan tersebut. Tapi, bagi saya, saya Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Speaker, dalam usaha kita untuk menyelesaikan setiap masalah tuntutan dan sebagainya saya we have to be very practical. Dan menganggap bahawa sebenarnya masalah ini bukan masalah Sabah sahaja. Masalah ini sebenarnya masalah negara kerana dia melibatkan tuntutan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, we solve the problem on that spirit. Bahawa kita menyelesaikan bukan menyelesaikan masalah Sabah, kita sebenarnya menyelesaikan …

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

… Malaysia.

Insya-Allah, kita akan dapat sampai kepada penghujung masalah ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pantai Manis.

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya No. 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bekalan Benih Padi Untuk Kilang Padi Di PaparQuestions

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

*3. YB. Tuan Mohd Tamin @Tamin bin Zainal [Pantai Manis] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, dari manakah bekalan benih padi untuk kilang padi yang berada di Papar kerana daerah Papar sudah berkurangan aktiviti menanam padi.

Jawapan

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pantai Manis atas soalan yang dikemukakan kepada saya. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pantai Manis dan Dewan yang mulia ini, bekalan padi dan untuk kilang padi yang berada di Papar adalah berasal dari daerah Papar dan Membakut. Tidak ada benih padi dibekalkan kepada kilang padi di daerah Papar. Jabatan Pertanian Sabah hanya membekalkan benih padi sah kepada pesawah yang terlibat dalam skim pengeluaran padi benih padi bermutu, iaitu para peserta Skim Starlight Pengeluaran Benih Padi Berdaftar dan Benih Padi Sah. Terima kasih.

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih jawapan daripada Pembantu Menteri. Datuk Speaker, kawasan Papar khususnya Pantai Manis ada tanah-tanah sawah yang dulunya ditanam padi tapi kini sudah tidak ditanam. Jadi soalan saya, adakah Kementerian

mempunyai perancangan untuk membantu pesawah-pesawah di kawasan itu untuk menanam semula tanah-tanah yang terbiar ini? Terima kasih.

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Pantai Manis. Ya, memang Kementerian melalui Jabatan Pertanian mempunyai rancangan untuk membangunkan beberapa kawasan yang di kawasan-kawasan tertentu seperti daerah Papar. Ini terutama sekali di bawah rancangan Lembaga Padi Beras Sabah yang bakal membangunkan beberapa kawasan seperti antaranya Papar, Kota Marudu, Tambunan, Keningau, Kota Belud dan Tuaran. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Tuan Speaker, Soalan No, 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Dan Tempoh Pan-Borneo Dijangka Siap SepenuhnyaQuestions

*4.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah status dan progres Pan-Borneo di seluruh Sabah dan bilakah Pan-Borneo dijangka siap sepenuhnya.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Dewan yang mulia ini, lebuh raya Projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa 1 terbahagi kepada 35 pakej, mengikut Fasa 1A dan Fasa 1B dengan jumlah panjang sekitar 706 km. Status pelaksanaan bagi Pakej 1 adalah seperti berikut, empat pakej kerja telah pun siap pembinaannya, 28 pakej kerja sedang dalam pembinaan, dua pakej kerja sedang dalam peringkat memuktamadkan perolehan, manakala satu lagi pakej kerja dalam peringkat pengeluaran surat setuju terima.

Bagi Fasa 1A yang sedang dalam peringkat pembinaan, adalah dijangka keseluruhannya akan siap menjelang Oktober 2026. Manakala Fasa 1B pula dijangka siap keseluruhannya pada September 2028. Bagi Fasa 2 yang melibatkan jajaran Tamparuli - Ranau dengan anggaran jarak sekitar 98 km dan Fasa tiga jajaran Kimanis - Keningau - Kalabakan - Tawau dengan jarak sekitar 432 km adalah masih di peringkat perancangan. Pelaksanaannya adalah bergantung kepada kelulusan dan keupayaan kewangan Kerajaan.

Soalan Tambahan

Tuan Speaker, soalan tambahan. Saya difahamkan bahawa masalah pembinaan Pan Borneo ini bukan sahaja dari segi construction pembinaannya tetapi juga melibatkan masalah besar pengambilan tanah ataupun land acquisition. Apakah masalah pengambilan tanah dalam projek ini masa kini dan apakah anggaran pampasan yang dibayar oleh Kerajaan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat? Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima Kasih Ahli Yang Berhomat Dilantik. Saya jawab dulu kepada soalan yang kedua, iaitu berapakah jumlah kos keseluruhan pengambil balik tanah bagi projek Pan Borneo Fasa 1. Secara totalnya adalah berjumlah RM2.53 bilion yang boleh dibahagikan kepada Fasa 1A sebanyak RM1.32 bilion manakala Fasa 1B sebanyak RM1.21 bilion. Pembayaran pampasan tanah kepada pemilik tanah adalah diselesaikan melalui tatacara yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur termasuk pewartaan, penilaian, pemberian tawaran, penerimaan tawaran daripada pemilik tanah dan seterusnya proses pembayaran.

Berdasarkan daripada pengalaman yang dilalui dalam pelaksanaan pakej-pakej kerja dalam Fasa 1A, apabila surat setuju terima baru-baru ini telah dikeluarkan kepada pakej, ah, fasa pakej-pakej kerja Fasa 1B, Kementerian Kerja Raya bersama JKR Sabah dan juga Kementerian Kerja Raya Malaysia membentuk satu Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini.

Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah yang di bawah hak milik adat. Tanah yang

dimiliki oleh individu atau komuniti berdasarkan Hak Adat ataupun Native Customer Re-Right memerlukan proses yang panjang kerana ia perlu mendapat kelulusan daripada pemilik tanah serta persetujuan secara perundangan. Selain daripada itu juga kekurangan sumber manusia, ya tenaga kerja di pihak Jabatan Tanah dan Ukur dalam sudut membuat penilaian juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kelewatan dalam proses penilaian dan pengambil balik tanah.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Soalan tambahan, Speaker. Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Menteri ah, dari Kunak…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ha, bukan Kemabong?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kemabong dulu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Okey. Thank you.

Soalan Tambahan

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya ialah berhubung dengan wilayah pedalaman Keningau yang tidak termasuk dalam pembinaan Pan Borneo ini. Mungkin masuk pun barang kali ada beberapa tahun lagi. Rakyat di pedalaman khuatir apabila jalan raya daripada Kalabakan - Tawau - Kalabakan kemudian ke Keningau dan seterusnya ke Papar, Kimanis - Papar. Jalan Kimanis - Papar ini sangat curam. Ramai sudah yang jadi mangsa, yang mendapat kemalangan, meninggal di tempat itu. Kalau ambil dia punya statistik di apa ini di balai polis ataupun di hospital boleh dapat itu berapa jumlah yang sudah meninggal akibat kemalangan.

So, bolehkah Kerajaan khasnya Kementerian Kerja Raya ini bina dulu yang di Kimanis ni? Apa juga dia punya namalah yang penting dikurangkan dia punya kecuraman tu sebab dia sangat merbahaya. Dahulukan dulu Jalan Kimanis ni. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Kemabong bertanyakan soalan tersebut. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, Fasa 3 masih dalam proses perancangan. Jadi, belum lagi dimuktamadkan sepenuhnya. Masih ada ruang untuk kita mengenal pasti perkara-perkara teknikal dari sudut reka bentuk …

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tersebut.

Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker ini ada satu soalan penting ini soal keselamatan mengenai dengan Pakej WP30 kalau tidak silap yang melibatkan Hutan Simpan Tawai. Adakah JKR mengambil kira tentang pemasangan pagar elektrik bagi mengelakkan ini gajah untuk lalu lalang di Pan Borneo ini nanti? Adakah pihak JKR telah mengambil langkah untuk mengelak gajah di lebuh raya ini nanti terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih pada Ahli Yang Berhormat Telupid yang bertanyakan soalan tersebut untuk secara untuk merujuk kepada soalan tersebut sebenarnya pakej yang terlibat adalah Pakej 31 yang berada di sekitar Telupid dan dalam proses reka bentuk dan juga makmal pengurusan nilai memang telah dimasukkan kaedah-kaedah keselamatan terhadap hidupan liar yang akan melalui di kawasan jajaran Lebuh raya Pan Borneo tersebut.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker. Last Datuk Speaker dari Kunak.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat Kunak nanti bawa soalan dalam ucapan perbahasan ya.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan.

Datuk Dr.

Datuk Speaker daripada DUN Sulabayan ke Dewan Undangan Negeri. Soalan saya no. 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pelaksanaan Syarikat Singapura Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd Dalam Peluang PekerjaanQuestions

*5.

YB. Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, sejauh manakah pelaksanaan terkini oleh Syarikat Singapura Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. berharga RM19.8 billion dalam Green Steel Projek SOGIP Sipitang, yang dikatakan mencipta 10,000 peluang pekerjaan oleh YB. Menteri Kewangan pada Persidangan Bajet 2023.

Jawapan

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sulabayan atas pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sulabayan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, pelbagai kemajuan telah dicapai berhubung dengan pelaksanaan pelaburan syarikat dari Singapura, iaitu Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd., Esteel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang SOGIP.

Terdapat tiga fasa pembangunan pelaburan yang telah dirancang makluman berhubung dengan status kemajuan pelaksanaan pelaburan fasa satu adalah seperti berikut:

1. Pelan pembangunan projek atau Development Plan telahpun diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri.

2. Laporan penilaian kesan kepada Alam Sekitar (EIA) bagi kerja- kerja tanah earthwork telah diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS).

3. Kerja-kerja siasatan tanah soil investigation bagi tapak pembinaan kilang fasa 1 telah dilaksanakan. Pelaksanaan Full Mission Ship Handling Simulation (FMSHS) yang merupakan salah satu kompenan Marine Traffic Risk Assessment (MTRA) bagi pembangunan jeti telah dilaksanakan dengan jayanya.

Kerja-kerja siasatan tanah di kawasan laut untuk pembangunan jeti sedang dijalankan.

Merujukkan term of reference bagi laporan penilaian kesan Alam Sekitar telah disiapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini bagi fasa 2 dan 3 Pakej Esteel sedang memuktamadkan perjanjian sewaan tanah dengan pihak SOGDC dan ini jelas menunjukkan bahawa syarikat pelabur tersebut komited untuk terus melabur di Sabah dan terus menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelaburan yang untuk syarikatnya.

Kementerian saya bersama agensi kepentingan akan terus komited untuk menyelaras dan memudah cara pelaksanaan pelaburan Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. Sekali gus mempercepatkan pertumbuhan sektor perindustrian di Sabah dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat yang kita sayangi di negeri ini, sekian terima kasih.

Soalan Tambahan Datuk Dr.

Terima kasih di atas penjelasan terhadap soalan saya tadi, satu lagi yang tidak terjawab ialah dari segi peluang pekerjaan dalam berapa 6 perkara tadi saya faham. Dan di samping itu juga, saya ingin tahu berhubung dengan Kementerian. Soalan saya, apakah langkah-langkah Kementerian Yang Berhormat tentang mengatasi masalah pengangguran? Pasal bila saya tengok tadi boleh memberi peluang pekerjaan sebanyak 10 ribu lebih kuranglah tapi itu saya faham kerana projek ini belum berjalan lagi cuma sekarang ini bergantung kepada Kementerian. Apakah langkah-langkah awal untuk membantu mengatasi masalah pengangguran di negeri Sabah ini yang berjumlah 181,500 orang atupun lebih kurang 7.9 % cuma perkongsian itu soalan saya tadi apa langkah-langkah Kementerian kerana hari ini di Malaysia di Sabah khususnya soal

pengangguran ini banyak bergantung kepada Kerajaan banyak bergantung pekerjaan, kita ambil contoh di Thailand dan juga Jepun.

Jepun dan di Thailand berubah tiap-tiap tahun Kerajaan dia Perdana Menteri tapi tidak terjejas dia punya ekonomi kerana apa kedua-dua negara ini banyak bergantung kepada industri di bawah Kementerian Datuk. So apakah langkah-langkah Kementerian Yang Berhormat untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah supaya soal pengangguran ini dapat dibantu dan dapat dikurangkan terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenter Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Saudara Yang Berhormat dari Sulabayan atas pertanyaan tambahan tersebut. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, fasa 1 untuk pelaburan Esteel adalah sebanyak RM5.78 bilion dan ianya akan mewujudkan peluang pekerjaan pada fasa pembinaan seramai 10 ribu orang dan untuk fasa operasi adalah 2,795 orang dan ia merupakan salah satu pelaburan yang tertinggi terbesar untuk Sabah dan Kementerian saya seperti telah saya jawab tadi Kementerian saya sedang giat untuk menyelaraskan pelaburan tersebut dan untuk jawab soalan tambahan tadi ia sangat penting kerana ianya adalah berkaitan kerana kita melihat projek ini bersama dengan projek-projek perindustrian dan pelaburan yang lain adalah sangat penting untuk kita berjaya menyelaraskan supaya kita boleh wujudkan peluang pekerjaan di samping itu boleh merendahkan pengangguran.

So kita ini adalah perjalanan yang panjang selama ini kita Kerajaan telah sangat berusaha untuk membangunkan industri. I think we are on the same page kita mahu mahukan industri ini bangun kerana tanpa perindustrian Sabah tidak akan maju. So ini adalah sangat-sangat penting kita mesti bangunkan industri, kalau kita lihat dalam GDP yang baru-baru ini prestasi kita untuk last year GDP peningkatan ataupun pertumbuhan bagi Sektor Pembuatan Perindustrian meningkat 4.4%, iaitu tertinggi di Malaysia. So ini adalah usaha daripada Kerajaan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk kita bangunkan industri dan banyak lagi kerja kita kena buat kita akan berusaha untuk menarik lagi pelaburan bukan sahaja dari asing tapi untuk giat membangunkan industri tempatan supaya portion itu ataupun kek ekonomi akan meningkat supaya industri kita dibesarkan baru kita boleh wujudkan lebih ruang pekerjaan kepada anak-anak muda kita ianya akan mengambil masa dan kita telah melihat ada usaha ataupun ada pencapaiannya, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker sebenarnya saya sudah masuk dalam teks ucapan kerana Esteel ini SOGIP ini berada di kawasan Sindumin untuk pengetahuan pemerhati daripada luar. Terima kasih atas kelulusan dan sudah ada tahap-tahap pembangunan yang meyakinkan dalam kilang yang besar sebegini memang peluang pekerjaan itu yang kami tunggu-tunggu di Sindumin tetapi apa yang berlaku masa lalu misalnya Samur ataupun ZLNG kita bercerita di luar dia cantik tapi bila sudah pelaksanaan dia ada 3 level Datuk Speaker, iaitu masa construction itu pekerja tetap sudah habis construction pekerjanya lari. Yang kedua, pekerja tetap yang akan bekerja di Kilang tersebut dan ketiga ialah pekerja senggaraan jadi ini kita kena beza bunyinya banyak 10 ribu tapi mungkin pecahan-pecahan itu masa pembinaan pekerja tetap dan juga senggaraan.

Jadi saya mintalah saya tidak mahu perkara berulang bila ini masa construction pengambilan pekerja ini telah di swastakan ada syarikat lain luar dan pemimpin tempatan tidak dirunding tahu-tahu ada pekerja daripada Sarawak, daripada Semenanjung, daripada China ataupun mungkin kali ini syarikat yang membawa ini bawah daripada Bangladesh, ataupun daripada Vietnam dan sebagainya. Jadi saya minta pastikan Kementerian

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… pastikan bila ada pengambilan pekerja sama ada masa pembinaan construction pekerja tetap ataupun senggaraan, mesti diberi peluang kepada orang Sabah dahulu. Kalau boleh kita panggil yang 350 ribu di Semenanjung yang berkeliaran itu, panggil kenal pasti mereka, jemput, tentu ada yang sesuai. Yang di sini pun banyak yang perlu pekerjaan juga tetapi kalau kita tidak beri peluang, orang luar akan ambil. Jadi apakah jaminan Kerajaan supaya peluang ini dibuka kepada rakyat Sipitang dulu. Kalau tidak ada, memang kalau 30 ribu ataupun 20 ribu, Sipitang tidak sanggup, mesti ambil daripada tempat-tempat lain Sabah kawasan sekililing. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sindumin atas pertanyaan tersebut. Memang sangat relevant ini pun selaras dengan aspirasi kita dan komitmen Kementerian dan Kerajaan untuk memastikan any investment ataupun apa-apa kilang yang akan ditubuhkan ataupun dibuka di Sabah adalah memberi kepentingan utama kepada anak-anak Sabah ataupun Rakyat Sabah. So, itulah sebab kita meletak satu dasar yang mana semua kilang-kilang ini 80% minimum hendaklah dibagi kepada … diutamakan kepada rakyat Sabah. So, seperti mana saya telah maklumkan dalam Dewan yang mulia ini seperti SK Nexilis ataupun, Kibing, Solar, mereka pun mengupah lebih 80% anak Sabah di kilang-kilang masing-masing. So, ini adalah selaras dengan komitmen kita. Kita mahukan kilang akan dibuka nanti adalah memberi pembangunan modal insan untuk anak-anak Sabah supaya mereka dapat belajar teknik ataupun skil teknologi yang moden. So, untuk menjawab juga soalan tambahan Yang Berhormat Sindumin, dia ada sikit berlainan dengan L&G projek ataupun SAMUR kerana industri besi dan keluli ini adalah labour intensive. Mereka akan mengupah anak-anak ataupun pekerjaan yang lebih tinggi berbanding dengan industri yang lain. So, ini saya sudah dapat lihat seperti saya maklumkan tadi untuk fasa operasi dia E-still akan mengupah 2,795 orang itu sangat tinggi kalau bagi satu kilang sahaja di satu tempat So, sudah tentu akan membawa manfaat dan kebaikan kepada rakyat setempat khususnya dari Sindumin dan satu lagi saya nak kongsikan, memang kita buat seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sindumin yang mana untuk Kibin last year alone mereka ada kesusahan untuk cari anank-anak Sabah. So, mereka minta untuk besarkan kuota untuk masuk mengambil pekerja asing tetapi kita membantu menyelaras untuk bawa balik anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung balik pulang ke KKIP untuk dapat pekerjaan. So, ini ada usaha yang kita buat dan kita akan berusaha. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang jemput Adun dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan No.

6.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pendirian Kerajaan Terhadap Pegangan Ahli Sunnah Wal JamaahQuestions

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

*6. YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI [yang menyandang portfolio EXCO Agama], apakah pendirian Kerajaan terhadap pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks akhlak dan tasawuf aliran Imam al-Ghazali.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, Menteri.

Jawapan

Datuk Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Lumadan

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Adun Dilantik serta Dewan yang mulia, ini pendirian Kerajaan negeri Sabah terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks akhlak dan Tasawuf aliran imam Al-Ghazali adalah jelas. Ini selaras dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil.2 2016 yang telah diwartakan pada 7 September tahun 2017 dan merujuk kepada Rang Undang-undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pindaan 2019. Imam Al-Ghazali adalah seorang tokoh akademik antarabangsa yang banyak menguasai disiplin ilmu termasuklah ilmu akhlak dan tasawuf sehingga dia digelar sebagai hujjatul Islam. Menurut beliau, akhlak berasal daripada perkataan al-qalhu kejadian dan al-khuluqu akhlak atau tingkah laku yang dimaksudkan al-qhulqu adalah bentuk zahir dan al-alqhulqu bentuk batin. Hari ini kerana kejadian manusia yang tersusun dari jasad yang dapat dilihat dengan mata kasar serta unsur roh dan jiwa yang hanya dapat dilihat dengan mata hati, manakala tasawuf menurut beliau adalah dekat dengan kesederhanaan. Justeru hasil pengamatan pihak Kerajaan menerusi agensi agama yang berteliti di negeri Sabah ini, kajian Imam Al-ghazali mengenai akhlak dan tasawuf amat sesuai dipraktikkan masyarakat Islam di negeri ini yang sentiasa mengutamakan nilai-nilai toleransi perpaduan dan meraihkan kepelbagaian etnik budaya bangsa dan agama. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan?

Soalan Tambahan

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker, soalan tambahan saya, apakah ciri-ciri ajaran halus Surah Al Jumu’ah yang menyebabkan nilai-nilainya sesuai dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini khasnya di negeri Sabah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, untuk menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Adun Dilantik tadi, ahli Sunnah Wal Jamaah atau disebut juga sebagai ASWAJA memang sesuai dengan keadaan dan kedudukan negara kita khususnya di Sabah dan apabila kita lihat ASWAJA, perkataan ASWAJA itu merangkumi nilai-nilai yang terdapat dalam ahli Sunnah Waljamaah. ASWAJA, A itu adalah Al-Quran jadi penganut agama Islam yang berpegang dengan Al-Quran itulah ahli Sunnah Wal Jamaah. Apabila dia menentang tidak mengamalkan kitabullah ini, dia terkeluar dari ahli Sunnah Wal Jamaah.

Yang kedua, “S”, S itu adalah sunah. Apabila kita mengatakan kita berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah, mesti berpegang dengan sunah juga, tidak boleh antihadis, tidak boleh menolak sunah. Hanya berpegang dengan al-Quran tanpa dengan sunah maka itu juga tertolak daripada ahli Sunnah Wal Jamaah apabila kita menyatakan al-Quran sudah ada sembahyang tidak perlu lagi kita berpegang dengan al sunah atau hadis kerana dalam Quran pun ada sembahyang tapi Sunah itu … hadis itu menjelaskan memang ada dalam al-Quran, Akimussolah, dirikan sembahyang tapi macam mana sembahyang itulah al-Sunah menjelaskan perkara berkenaan, demikian dengan zakat, demikian dengan haji. Al-Sunah atau hadis itu sebagai penjelas kepada kitabullah. Yang ketiga, “S” … yang ketiga “W”, ASWAJA, “W” itu wasatiah hidup kita di Malaysia khususnya di Sabah, mesti ada. Wasatiah itu merujuk kepada kita sederhana, kita harmoni, kita berpadu, kita berkasih sayang dan “A” itu merujuk kepada akal. Ahli Sunnah Wal Jamaah mengamalkan atau kedudukan memartabatkan nilai akal beramal mesti dengan ilmu, beramal tanpa ilmu adalah satu kesesatan. Apabila kita beramal tanpa menggunakan ilmu, kita tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh kitabullah, apa yang diajarkan oleh Sunah. Demikian jugalah dengan “J”, “J” itu adalah Jamaah, Jamaah itu bukanlah Jamaah Islamiah tetapi Jamaah yang merujuk kepada Jamaah Insaniah, ertinya kita mesti bersatu padu bukan sahaja sesama Islam tetapi dengan agama-agama yang lain, mesti kita bersatu padu, mesti kita berharmoni. Inilah ajaran Sunnah Wal Jamaah. Demikian juga yang terakhir “A” itu juga merujuk kepada Alamiah. “A” itu tentang nilai-nilai cinta kepada alam sekitar, cinta kepada makhluk-makhluk yang lain ini diajarkan dalam ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Senallang, soalan tambahan? Silakan.

Soalan Tambahan

Terima kasih.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya sedar dan tahu bahawa Akta Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perkenalkan dahulu masa saya jadi Ketua Menteri kerana kita sedar dan tahu bahawa pemesongan agama ini cukup penting berlaku ketara. Bukan hanya di Sabah, di negara kita, di merata tempat dunia. Berbalah di Arab, Syiah, Sunni. Ya. Di situ, ya. Fahaman-fahamannya. Maka, ini merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah berlandaskan dengan al-Zawiyah. Ya. Yang kita katakan bahawa ini merupakan mengikut ajaran supaya dikumpul Ahli Sunnah Wal Jamaah ini.

Cuma saya persoalan yang saya nak bangkitkan kepada Yang Berhormat. Undang-undang ini dah(sudah) ada? One of the only state. Cuma satu sahaja di peringkat negara Malaysia, di Sabah dan pertama yang telah memperkenalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan untuk pastikan enforcement of that. Ya. Kerana di bawah itu ada kejadian. Saya masih ingat masa Hamid Othman dulu menjadi Menteri Agama. Saya bawa dia pergi Semporna banyak ajaran yang sesat, ya. Sekarang pun di pun semenanjung ada. Tapi macam mana kita nak enforce? Kita ada undang-undang, kita tidak boleh bergantung dengan hanya polis, dengan hanya dengan agensi-agensi, pejabat majlis daerah, pasal mereka ada kerja banyak.

Jadi, saya nampak perkara ini perlu disusun atur structure, we didn’t have the time then to really structure, create a structure where enforcement of this law can be implemented properly. Cuma saya nak bertanya sekarang, apakah langkah-langkah pihak Kementerian untuk pastikan supaya, contohnya Mahkamah Syariah yang ada. Kadang-kadang di kawasan saya Mahkamah Syariah pun, bagus kalau dalam satu bulan ada. Kadang-kadang orang nak bawa kes-kes tentang ini tentang kahwin mengahwin mengambil masa. Jadi apakah langkah-langkah bukan hanya dari segi

enforcement, structure yang ada di peringkat negeri Sabah untuk pastikan supaya akta ini, undang-undang ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk dapat menjalankan supaya jangan ada perbalahan, berpecahan di kalangan umat Islam yang ada di Sabah Khususnya. Terima kasih banyak.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah ni memang sudah lama kita amalkan tanpa penguatkuasaan pun dia diamalkan. Ahli Sunnah Wal Jamaah itulah apabila kita berpegang dengan kitab al-Quran, sunnah, hadis Rasulullah SAW, Ijma’ Ulama’, dan qiyas. Ini semua diajarkan dari dulu dan inilah yang diperkenalkan dan kita pegang dan kita telah menjadikan dia sebagai salah satu panduan atau pedoman dan menjadi undang-undang apabila dia dijadikan salah satu dalam RUU kita sendiri. Dan di seluruh negara juga, Ahli Sunnah Wal Jamaah dilaksanakan, diamalkan, dan menjadi bahagian daripada pegangan seluruh dunia termasuk Nusantara, di Mesir, dan negara-negara yang lain.

Ini hanya pegangan kita yang menjadi pedoman dan panduan kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Manakala dari sudut perlaksanaan undang-undang juga kita berdasarkan hukum-hukum yang berdasarkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebelum kita melaksanakan RUU Ahli Sunnah Wal Jamaah 2018 pun, kita sudah melaksanakan Mahkamah Syariah dan ini juga berdasarkan fiqh-fiqh yang berdasarkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Persoalan yang tadi, iaitu bagaimana kita menguatkuasa? Alhamdulillah, dari masa ke masa, kita memperkasa Mahkamah Syariah. Yang sangat penting bagi saya, Yang Berhormat Senallang ialah bagaimana kita memperkasa kefahaman umat, kesedaran umat, dan ilmu serta dakwah kepada seluruh masyarakat kita.

Ini yang sangat penting dengan kesedaran itu, maka kita akan mafhum dan faham berhubung dengan hakam-hukum dan perkara-perkara berhubung dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini. Manakala usaha Kerajaan pula dari masa ke masa kita mempertingkat, memperkasa. Bukan sahaja Mahkamah Syariah tapi JHEAINS. Dalam JHEAINS itu ada penguatkuasa. Penguatkuasa ini juga kita perkasa. Salah satu usaha kita ialah bagaimana kita menyelaras jawatankuasa ini, iaitu dengan penguatkuasa kita sendiri tidak mampu untuk kita melaksanakan tetapi dengan jawatankuasa yang lain. Misalnya, berhubung dengan GISB yang sekarang telah

diambil tindakan. Global Ikhwan. Ini adalah hasil kerjasama kita dengan pihak PDRM, kerjasama kita dengan pihak Pendaftar Jabatan Kebajikan, Jabatan Imigresen, dan sebagainya. Dengan penyelarasan ini yang diselaras di bawah Majlis Ugama Islam Sabah kita dapat mengambil tindakan.

Beberapa minggu yang lalu, fatwa negeri Sabah telah menfatwakan bahawa GISB sebagai salah satu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita di antara yang awal telah menfatwakan perkara ini. Demikian juga, dengan itu ada 16 ajaran yang bertentangan di Sabah yang juga di dalam pantauan kita. Biasanya ajaran sesat ini berasal daripada luar Yang Berhormat. Bukan kekal di negeri Sabah. Datang. Masuklah diisebut tahrir? dan sebagainya. Demikian juga dengan GISB ini, dia bertentangan dari sudut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Misalnya, kalau boleh saya jelaskan. Misalnya, dia masih lagi berpegang dengan Aurad Muhammadiyah dan mereka percaya bahawa Ashaari Muhammad itu masih hidup, ghaib, dan akan datang pada satu masa akhir zaman bersama dengan imam Mahdi. Ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dari sudut syariah juga bertentangan. Di kalangan mereka ada yang menyatakan bahawa solat Jumaat itu tidak wajib. Sembahyang jamak dan qasar itu boleh sepanjang masa kerana kita berada dalam fisabilillah. Kerana kita belum lagi di bawah Kerajaan imam Mahdi. Ini juga bertentangan dengan syariah. Dari segi muamalah atau ekonomi, ada eksploitasi berhubung dengan penggunaan pekerja-pekerja dan sebagainya. Itu antara penjelasannya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Silam.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Seri Speaker, soalan saya, Soalan No. 7.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bilangan Pesakit Buah Pinggang Dan Inisiatif Membantu Golongan B40 Pesakit Dialisis Di SabahQuestions

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

*7.

YB. Tuan Hj. Dumi bin Pg. Masdal [Silam] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, adakah Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu golongan B40 yang merupakan pesakit dialisis yang dikenakan bayaran rawatan cuci buah

pinggang sebanyak RM 13 untuk dikecualikan daripada membayar bayaran tersebut dan berapakah bilangan pesakit buah pinggang di seluruh Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri.

Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Terima kasih. Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Silam. Belum ada cadangan untuk mengecualikan pembayaran kos RM13.00 bagi pesakit yang mendapat rawatan perkhidmatan dialisis. Belum ada lagi setakat ini. Insya-Allah, kita akan bawa perkara ini ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, ada menyediakan satu skim bantuan am yang boleh dipohon oleh pesakit buah pinggang di bawah kategori B40 yang layak. Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah membayar rawatan hemodialisis mereka. Jadi bermakna, kalau ada RM13.00 tu inda (tidak) payah susah-susah memohon bantuan dengan Jabatan Kebajikan.

Sehingga November 2024, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah merekodkan seramai 21 504 orang penerima Skim Bantuan Am. Saya difahamkan lebih kurang RM300.00 bagi setiap seorang ini. Jadi, kalau RM13.00 itu, Yang Berhormat, seminggu, sebulan, lebih kurang RM149.00 sahaja kos dia. Lebihan itu boleh bikin (buat) tambanglah. Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4,719,740 dan 732 orang jumlah penerima adalah penghidap sakit buah pinggang. Setakat bulan Oktober tahun ini, negeri Sabah mencatat 2182 pesakit buah pinggang dan ini mungkin boleh naik lagi.

Datuk Speaker, kalau kita terus mengamalkan kehidupan yang tidak sihat, iaitu banyak makan gula. Dan manakala 1385 adalah pesakit yang menggunakan perkhidmatan dialisis. Bermakna 1385 ini adalah yang sudah dialisis dia punya buah pinggang dan 797 masih menggunakan cara perkhidmatan di rumah atau sendiri di rumah itu. Saya rasa itu sahaja la. Terima kasih.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Soalan tambahan saya, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, soalan tambahan.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Ya. Yang Berhormat Menteri, kebanyakannya pesakit buah pinggang ini, adalah orang susah yang tiada pendapatan tetap. Mereka menjual sayur, ikan untuk mendapatkan RM13.00 satu kali rawatan. Kalau satu minggu dia ada tiga kali rawatan, RM39.00. Kalau satu bulan 14 kali rawatan, RM156.00. Jadi adalah menyusahkan pihak-pihak ini. Jadi saya mohon kalau …

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Boleh, pasal gaji ini dikecualikan daripada membayar yuran apabila buat satu rawatan, sekali rawatan saja. Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Yang Berhormat, memang kita sedar masalah ini dan inilah yang selalu saya hadapi apabila saya melawat di pusat-pusat hemodialisis yang mana mereka mengalu… mengeluh dengan saya bahawa mereka kadang-kadang bukan sahaja RM13 ini diberikan tidak mampu malahan lagi besar masalah dorang, iaitu dari segi tambang berulang alik. Saya rasa ada yang kos mereka sampai RM1,000, RM2,000 tambang saja, tidak termasuk lagi RM13 ini. Oleh sebab itu, saya ada pernah bawa perkara ini di Kabinet dan insya-Allah mungkin ada pertimbangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri dan Kabinet di bawah Sabah Maju Jaya yang akan datang, insya-Allah, terima kasih.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima Kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker, soalan Sindumin, soalan no. 8.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kerajaan Bercadang Untuk Membina Pangkalan Marin Di SipitangQuestions

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

*8. YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada KETUA MENTERI, adakah Kerajaan bercadang untuk membina Pangkalan Marin di Sipitang memandangkan ada keperluan untuk pembangunan

Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) yang sudah beroperasi dengan kedudukan Sipitang bersempadan dengan Sarawak dan berjiran dengan Labuan dan Brunei.

Jawapan

Datuk Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Lumadan

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin serta Dewan yang mulia ini, setakat ini, tiada cadangan membina pangkalan Polis Marin di daerah Sipitang kerana bentuk muka bumi yang tidak sesuai, iaitu pantai yang terlalu landai, perairan Sipitang adalah dalam kawasan tanggungjawab markas operasi pasukan marin, pasukan Polis Marin Labuan yang jaraknya lebih kurang 2.5 batu nautika bersamaan dengan 41 km, iaitu 40 minit perjalanan menggunakan bot laju. Sekian.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tambahan, terima kasih jawapan. saya kecewa juga bila jawab tidak ada projek kerana kedudukan Sindumin itu bersempadan dengan Sarawak, berjiran dengan Brunei dan Labuan dan sebenarnya yang di depan Pekan Sipitang memang landai tapi kawasan berdekatan dengan dengan SOGIP itu dalam yang boleh. Tujuan saya ialah untuk memastikan bahawa keselamatan dan memang ada berlaku penyeludupan ataupun pencerobohan di kawasan itu, yang mana mana jadi saya, so itu saya tanyakan. Jadi jangka panjang, apakah ada lagi rancangan ataupun cuma setakat itu saja? Terima kasih.

Datuk Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Lumadan

Terima kasih Yang Berhormat Sindumin, insya-Allah pihak kerajaan akan melihat daripada masa ke semasa keperluan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai.

Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan 2025 dibacakan kali ...Bill

Setiausaha Dewan

Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan 2025 dibacakan kali kedua sekarang.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tungku untuk menyambung semula ucapan perbahasan kelmarin. Yang Berhormat ada lima minit ya.

(ketawa).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kemarin sudah pakai 15.

Saya harap kalau awal ini mungkin ada masa lebih sikit lah sebab kelmarin last sudah kan. Okey, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, saya teruskan dulu kepada perbahasan belanjawan sebab selepas itu saya mahu balik kepada maklumat kawasan saya ya.

Ciri-ciri belanjawan yang baik, yang pertama sekali, belanjawan tersebut mestilah realistik. Kedua, seimbang. Ketiga, fleksibel. Keempat, tertumpu kepada keutamaan. Sebagai contoh, mengutamakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan kesihatan. Mempunyai matlamat jangka panjang dan jangka pendek untuk tujuan mencapai matlamat kewangan, membayar hutang, menabung dan melabur sebagai contoh. Pematuhan kepada perancangan berpandukan analisis dan rekod, menyediakan simpanan untuk kecemasan, meminimumkan hutang dan boleh diukur dan dianalisis. Itu adalah sepuluh ciri-ciri belanjawan yang baik Datuk Speaker. Jadi sebagai kesimpulan, belanjawan yang baik mestilah membantu negeri mengawal kewangan, mencapai matlamat serta mengelakkan kekangan kewangan.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin berlaku adil dalam perbahasan saya, saya ingin melihat dari sudut positif dan juga sudut negatif bajet ini. Tugas saya sebagai wakil rakyat haruslah membuat check and balance terhadap apa juga diketengahkan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Speaker, ada beberapa kelebihan bajet 2025 ini pada hemat saya, yang pertama sekali, bajet ini fokus kepada keterjaminan makanan. Sebagai contoh, penekananan kepada sektor Agriculture, iaitu pembangunan logistik makanan dan sistem pengairan sawah padi untuk tujuan meningkatkan produk produktiviti, mengurangkan kebergantungan makanan kepada import makanan untuk memastikan makanan, bekalan makanan stabil.

Kedua, pembangunan ekonomi biru. Sebagai contoh, pelaburan dalam perikanan dan akuakultur yang akan meningkatkan pendapatan nelayan dan komuniti persisiran pantai. Kedua, meneroka potensi besar sumber laut untuk menyumbang kepada ekonomi negeri.

Ketiga, penambahbaikan infrastruktur. Sebagai contoh, dan menyelesaikan bekalan air bersih, menjadi masalah utama di beberapa kawasan luar bandar, menyediakan sistem pengedaran air yang lebih cekap untuk menyokong keperluan asas rakyat.

Yang keempat, kebajikan sosial diperluaskan. Sebagai contoh, peruntukan tambahan kepada warga emas, OKU dan golongan miskin. Ini bagi tujuan membantu kelompok masyarakat rentan dan memperbaiki taraf hidup mereka, juga elaun tambahan kepada pihak-pihak tertentu, banyak disebut kepada JKK bagi memperkasakan pentadbiran akar umbi untuk menyokong pembangunan di peringkat kampung.

Datuk Speaker, saya ingin standing Order sedikit Datuk Speaker. Standing Order perkara (2) (1) iaitu dari segi Standing Order (2) (1).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Berkenaan?

Berkenaan dengan Persidangan soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang diberikan waktu dia. Daripada jam 10.00 hingga jam 11.30, saya difahamkan tidak tahu sama ada betul ataupun tidak, ini standing order just want to clarified, minta clarification daripada Datuk Speaker pasal belum sampai jam 11.30 tadi. Soalan saya nombor 9, jadi saya nampak ada 10 minit tadi tapi cuma saya ingin bertanya sama ada Datuk Speaker tetapkan 10 o’clock to 11.30 or at your?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Soalan tadi?

Ya, soalan-soalan ya saya minta waktu dia cuma seingat Standing Order (2) (1) saya tanya bila agaknya waktu soal jawab, sidang soal jawab ini ya? sebab tadi belum sampai jam

11.30 sudah Datuk Speaker cakap perbahasan. Is it 11.30 the end of the question and answer session dengan izin?

Boleh saya sambung?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Tadi dia habis sudah 11.30 jadi kalau kita sambung itu, dia akan limpas 11.30, jadi saya ambil keputusan untuk teruskan perbahasan itu.

Masih ada ya, tapi sekarang sudah 11.30 ya, jadi saya berpandukan dengan waktu cuma saya minta tanya.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey.

I know your decision is final, saya tahu, cuma saya ingin bertanya sama ada pasal ini tidak pernah berlaku, sama ada di Parlimen ataupun Dewan, sampai 11.30 ataupun sampai di kalau Semenanjung 12.30 waktu ya, Speaker akan tetapkan itu waktu dia. Terima kasih banyak saya ingin bertanya sama ada flexibility atau you have fixed the time from 10.00 to 11.30? terima kasih banyak.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey, sila teruskan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya teruskan lagi ya. Number 5, antara satu kelebihan belanjawan ini.

Juga terdapat pelaburan dalam pendidikan dan latihan, ya. Fokus kepada Pendidikan, Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang mahir dan bersedia menghadapi perubahan teknologi, sebagai contoh IOT, AI dan robotik. Juga, program ini penting

untuk menyediakan peluang pekerjaan yang relevan kepada generasi muda di masa akan datang.

Yang ketujuh, penurunan kemiskinan dan penciptaan peluang pekerjaan sebagai contoh pelaburan dalam sektor baharu seperti agriculture dan perikanan. Ini boleh menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, membantu menurunkan kadar kemiskinan dengan memperkasa ekonomi tempatan.

Yang kelapan, pendekatan mesra rakyat sebagai contoh peruntukan kepada sektor sosial, pendidikan dan pembangunan luar bandar. Ini menunjukkan usaha Kerajaan untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Sebagai kesimpulan dari segi aspek positif Budget 2025 ini, belanjawan ini mempunyai langkah strategik berpotensi memberikan manfaat kepada rakyat Sabah, memastikan keterjaminan makanan, membangunkan sektor baharu dan memperbaiki sektor asas.

Pelaburan dalam pendidikan, kebajikan sosial, perkhidmatan asas mencerminkan komitmen Kerajaan menyokong kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang. Namun, keupayaan Kerajaan untuk melaksanakan belanjawan ini dengan cekap adalah kunci untuk memastikan hasil positif akan dicapai. Jika pelaksanaan tidak terurus, manfaat yang diharapkan mungkin tidak akan tercapai.

Yang Berhormat Speaker, aspek sebelah pula kelemahan Belanjawan 2025. Yang pertama sekali, apa yang saya nampak daripada analisa yang saya dapati, terdapat perbelanjaan berulang yang tinggi. Sebagai contoh RM2.27 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan berulang, meliputi kos operasi seperti penyelenggaraan dan pentadbiran. Kelemahan budget ini, peruntukan ini tiada bukti jelas perbelanjaan ini akan memberi impak langsung kepada rakyat. Keduanya, ianya berpotensi untuk menjadi pembaziran jika tidak diaudit dengan teliti.

Yang kedua, lebihan belanjawan yang kecil sebagai contoh, lebihan hanya 24.08 juta, berbanding dengan 48.55 juta pada 2020. Margin kecil ini tidak memberikan ruang fiskal mencukupi kepada Kerajaan untuk berhadapan dengan kejutan ekonomi, bencana ataupun keperluan mendesak. Risiko kewangan juga akan meningkat jika hasil tidak mencapai sasaran seperti kejatuhan harga petroleum dan komoditi.

Ketiga, budget ini agak lebih tertumpu kepada fokus politik dalam peruntukan, sebagai contoh elaun tambahan, cash hand out boleh dilihat sebagai langkah memastikan sokongan politik bukan keutamaan rakyat. Tiada penjelasan bagaimana elaun, cash hand out akan memberi kesan ekonomi atau sosial yang ketara. Mengalih dana daripada keperluan rakyat secara langsung ke arah kepentingan politik.

Yang keempat, peningkatan emolumen penjawat awam, saya minta maaf saya kena sentuh ini. Peningkatan emolumen kepada 903.91 juta. Tiada justifikasi jelas untuk kenaikan ini, sama ada untuk menambah kakitangan baharu ataupun kenaikan gaji dan ini akan menjadikan beban fiskal meningkat tanpa jaminan peningkatan produktiviti penjawat awam. Seterusnya, risiko projek infrastruktur, projek bekalan air dan sebagainya. Pelaksanaan projek besar berisiko tinggi terbengkalai, menghadapi kos tambahan jika pengurusan lemah.

Minta laluan, Datuk Speaker. Kalau dapat Yang Berhormat daripada Lamag, saya juga ingin bertanya tentang penjawat awam tadi. Kata Tungku, sama ada benar atau tidak jumlah penjawat awam, bukan hanya penjawat awam contohnya, di peringkat Yayasan Sabah saja, saya tidak tahu jumlahnya cukup besar. Apakah peranan mereka ini yang dilantik, begitu besar jumlah dia dan belanja operating cost, itu yang menyebabkan kita katakan bahawa berapa operating cost dah pun meningkat, adakah di antara perkara itu juga membabitkan seperti perkara seumpama ini?

Terima kasih, Senallang. Saya mohon Yang Berhormat Speaker untuk memasukkan pertanyaan Senallang dalam ucapan saya. Seterusnya, tiada rancangan jelas bagi memastikan projek yang dirancang tadi selesai mengikut jadual dan juga budget, dan ini akan membuka kepada risiko pembaziran dana jika pelaksanaan tidak efisien.

Keenam, terlalu pergantungan kepada hasil minyak dan gas, iaitu sebagai contoh, royalti petroleum masih menjadi antara penyumbang utama hasil negeri, sebanyak 1.297 bilion. Kerisauan saya adalah kejatuhan harga minyak global akan memberikan impak besar kepada kestabilan hasil negeri. Kurangnya usaha nyata

untuk mempelbagaikan sumber hasil negeri akan meletakkan kita dalam keadaan yang sukar di masa akan datang.

Ketujuh, ketidakseimbangan dalam fokus sektor, sebagai contoh kali ini perhatian besar, terlalu besar kepada sektor ekonomi biru, perikanan dan aquaculture. Pelaburan besar tanpa kajian mendalam mengundang risiko rendahnya hasil atau kegagalan projek ini nanti. Kelemahannya yang saya lihat adalah Sabah mungkin belum bersedia dengan infrastruktur logistik, teknologi ataupun pasaran eksport. Peluang dalam sektor pelancongan yang merupakan pemacu utama ekonomi Sabah, nampaknya kurang diberi perhatian.

Seterusnya, kekurangan simpanan strategik. Sebagai contoh, tidak ada rujukan jelas kepada pengekalan rizab negeri ataupun pengukuhan simpanan kewangan Sabah. Ini akan membuat negeri terdedah kepada cabaran ekonomi atau bencana alam tanpa sandaran kewangan ekonomi. Dan seterusnya pelaksanaan tidak efisien. Pengalaman sebelum ini, projek pembangunan besar sering menghadapi masalah pelaksanaan seperti kelewatan ataupun kualiti kerja yang rendah. Belanjawan ini bergantung sepenuhnya kepada pelaksanaan yang cekap. Tanpa pengawasan ketat, banyak dana boleh dibazirkan. Kesimpulannya, Yang Berhormat Speaker, walaupun Belanjawan 2025 ini mempunyai langkah positif, kelemahan utamanya ialah; yang

1. Pembaziran dalam perbelanjaan yang tidak strategik; 2. Lebihan kecil ataupun surplus yang meningkatkan risiko fiskal Kerajaan; 3. Tumpuan kepada kepentingan politik, bukan kepentingan rakyat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, Yang Berhormat.

Ya, untuk menjadikan belanjawan ini benar-benar efektif, Kerajaan perlu, saya mencadangkan; yang

4. Mengurangkan pembaziran; 5. Menilai semula projek-projek besar yang berisiko; 6. Memastikan keutamaan diberikan kepada hasil langsung untuk rakyat Sabah.

Datuk Seri, Datuk Seri Speaker, saya selesai sudah mengenai budget, saya ingin kembali sedikit mengenai kawasan saya dan kalau dibenarkan, Datuk Speaker, ya, boleh, ya?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Satu minit saja, lepas itu sila habiskan.

Okey, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan atas niat warta Taman Teluk Darvel yang akan diwartakan mungkin enam bulan daripada sekarang. Ini adalah satu inisiatif yang baik, yang harus disokong oleh semua pihak. Sebabnya sebagai salah satu tonggak utama ekonomi negeri Sabah yang menjadikan Sabah ini begitu kompetitif di Malaysia adalah pelancongan. Dan pewartaan Teluk Darvel sebagai salah satu lagi destinasi pelancongan, sudah tepat pada masanya. Dalam usaha kita untuk menambahkan kantung pendapatan Kerajaan sebab kebergantungan sepenuhnya kepada Taman Tun Sakaran, Taman Tun Mustapha ataupun taman-taman di sebelah sini, mungkin boleh ditambah lagi dengan wujudnya ...

… Taman Teluk Darvel ini nanti. Namun demikian Yang Berhormat Speaker, saya berharap pihak kerajaan harus mempunyai rangka kerja yang strategik dalam usaha kita memastikan bahawa usaha pewartaan ini akan mencapai matlamat sepertimana yang kita harapkan. Perancangan awal juga harus dibuat mulai daripada sekarang di mana usaha untuk menarik pelabur, melabur dalam taman ini, membuka resortkan, menyediakan peluang pekerjaan sebab industri ini adalah industri perkhidmatan. Ramai peluang pekerjaan akan boleh diwujudkan daripada industri ini.

Seterusnya, kerajaan juga sudah harus bersedia dan berfikir ke hadapan bagaimana beberapa perkara harus dilakukan dalam usaha kita menyokong pewartaan Teluk Darvel ini. Sebagai contoh, Lahad Datu harus mempunyai sebuah marina ataupun jeti pelancongan di mana bot-bot pelancong ini akan membawa pelancong ke

destinasi pelancongan harus disediakan mulai daripada ataupun dirancang mulai daripada sekarang.

Keduanya, hotel dan juga homestay di kawasan Lahad Datu begitu terhad. Saya rasa kalau katakan rancangan ini berjaya, kita perlukan hotel dan homestay yang banyak.

Ketiganya, kita perlukan satu leisure centre di kawasan bandar bagi pelancong sebagai contoh, mungkin kita boleh membuat satu waterfront di Lahad Datu. Di mana para pelancong yang datang nanti boleh berehat di sebelah malam sambil menikmati juadah makanan whats so ever di kawasan tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Speaker apabila pelancong datang ke Lahad Datu ini dengan ada inisiatif ini, paling penting nombor satu, advisory travel yang selama ini dan sekarang ini masih lagi berkuat kuasa mestilah dihapuskan dalam nasihat perjalanan dan last, last …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, habiskan ayat yang terakhir.

Ayat yang terakhir.

Cadangan untuk membina lapangan terbang, lapangan terbang baharu di Sanda … di Ladang Seberang Lahad Datu haruslah direalisasikan dalam usaha kita menampung permintaan keluar masuk ke kawasan berkembar ini, iaitu Teluk Darvel dan Taman Tun Sakaran. Itu sahaja Datuk Seri Speaker. Tungku mohon mencadang dan menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tungku. To address the concern from Senallang regarding the question and answer time ah … it’s not written in the Peraturan Mesyuarat, the specific time that the question and answer should end. It’s just a convention that the question and answer is about one hour but usually we extend more than an hour so it’s our at the Speaker’s discretion when we finished the, end the question and answer time. Terima kasih.

Cuma itu yang saya Datuk Speaker pasal ini amalan convention ya, biasa pasal itu saya tanya, pasal kita kena konsisten kita pun persoalan-persoalan yang dibangkitkan membolehkan kita berada di Dewan bukan hanya untuk menyoal bahkan juga para menteri menjawab bila saya nampak tadi, menteri tidak ada timbalan menteri pun tidak ada.

Jadi, itu yang saya bimbang sama ada ini satu perkara yang harus di parlimen tidak pernah berlaku seumpama ini kedua-dua, kalau pun tidak diamanahkan menteri-menteri lain menjawab kalau sekiranya ada menteri yang tidak hadir cuma itu yang saya tahu walaupun itu hak sebab saya nyatakan tadi. It’s the decision of the Speaker of the house but nevertheless you know it’s already a convention so we have to attend 10 o’clock, 11.30 because kita pun ada urusan lain. Terima kasih banyak.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Senallang. Point taken. Okey seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Kuamut. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker. Salam hormat, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai belanjawan yang telah dibentangkan pada Jumaat yang lalu. Namun, sebelum Datuk Speaker, saya berbahas lebih lanjut, kelmarin rakan sahabat saya daripada Tungku telah berbahas dan saya petik perkataan beliau ataupun ayat beliau. Beliau mengatakan, “persidangan kali ini ataupun ucapan pada kali ini merupakan ucapan yang terakhir saya. Manalah tahu tahun hadapan pilihan raya akan diadakan dan saya tidak akan berada lagi di Dewan ini.”

Datuk Speaker, saya petik ayat itu sebabnya mungkin sahabat saya ini ADUN Tungku ini merasakan bahawa belanjawan ini telah menyentuh hati rakyat. Belanjawan ini telah memikat hati rakyat kerana apa kalau kita lihat secara keseluruhannya, belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan ianya menjurus kepada kebajikan dan kehendak rakyat dan mungkin sahabat saya ini ADUN Tungku, dia tahu bahawa apabila belanjawan ini dibelanjakan tahun hadapan

kebetulan tahun hadapan adalah tahun keramat pilihan raya yang kita kembalikan mandat kepada rakyat, rakyat akan berpihak kepada kerajaan ini. Kerajaan GRS-PH ini di masa akan datang. (tepuk meja)

Datuk Speaker …

Ah, Yang Berhormat Kuamut boleh saya memberi sedikit penjelasan. Boleh bah kan?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

12 minit saja ni Datuk.

Inda (tidak) … indapa (tidak apa) sebab nama saya disentuh.

Yang pertama sekali, Yang Berhormat Speaker, apabila saya bercakap “mungkin ini ucapan Bajet terakhir kita” sebab bajet yang akan dibentangkan di setiap DUN pada bulan 11 tahun hadapan, jadi tidak ada lagi perbentangan bajet selepas ini. Ataupun mungkin bila saya cakap “ini ada ucapan terakhir saya” manalah tahu kan? Saya tidak akan menawarkan diri lagi menjadi wakil rakyat. Sekurang-kurangnya saya sudah menyampaikan apa yang saya harus nyatakankan? Bukan bermak ... dalam ucapan saya tadi saya ada sebut “saya berlaku adil kepada bajet ini”. Yang pertama, saya sebut dia punya kelebihan. Saya juga sebut dia punya kelemahan. Itu tugas saya selaku wakil rakyat yang buat kerja-kerja check and balance ya. Boleh abangku? Harap-harap fahamlah saya punya konteks. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey, Datuk Speaker, difahami. Difahami sahabatku ADUN Tungku. ADUN Tungku, sahabatku, jangan lemah semangat. Walaupun ADUN Tungku rasa bahawa kerajaan ini kuat dan boleh memerintah lagi balik, jangan lemah semangat. Lawan tetap lawan! Kalau tidak lagi boleh melawan, belum terlambat. Sokonglah kerajaan ini.

Kau silap bos, kau silap. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, kenapa saya mengatakan belanjawan ini adalah mesra rakyat?

Yang pertama, kita lihat belanjawan yang dibentangkan perbekalan belanjaan dan perbekalan enam bilion 421 dan anggaran hasil adalah enam bilion 445 juta dengan lebihan 24.8 juta. Saban tahun Menteri Kewangan membentangkan belanjawan ada saja peningkatan dari segi pendapatan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ini berupaya. Dia berupaya bukan sahaja membelanjakan tetapi berupaya dan mempunyai kesungguhan untuk mencari dana untuk mengisi kewangan Kerajaan Negeri Sabah.

Kerajaan ini berupaya. Dia mempunyai kebijaksanaan untuk mencari dana Kerajaan Negeri ini dan oleh kerana kita mempunyai dana yang banyak, dana itu harus dibelanjakan kepada untuk kebajikan dan kebaikan rakyat. Sebagai contoh, kita berhadapan dengan isu infra … jalan rayanya, airnya, elektriknya. Kalau kita lihat dalam belanjawan ini Kementerian Kemudahan Infrastruktur ataupun Kerja Raya telah diperuntukan sebanyak 2.67 bilion merupakan Kementerian kedua yang tertinggi di …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

…Belanjawan ini untuk menyelesaikan bekalan air, elektrik dan jalan raya. Jadi Datuk Speaker, cumanya di sini saya ingin tanya kepada pihak Kementerian sebab ini selalu didendangkan dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang yang mengatakan bahawa Kerajaan ini tidak mempunyai perancangan untuk menyelesaikan air dalam jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Dan kita mahu supaya nanti pembentangan ataupun penggulungan nanti kita mahu supaya Kementerian Kerja Raya memberikan pencerahan semula walaupun sebenarnya sebelum ini memang sudah dibagi pencerahan berkali-kali kepada pihak pembangkang dan kepada rakyat secara umumnya.

Datuk Speaker, di ruangan peruntukan ini saya ingin mengambil bahagian khususnya untuk apa ini kawasan saya, iaitu apa. Untuk makluman Datuk Speaker, saya ingin bertanya apakah dalam peruntukan ini kawasan saya ataupun ada perancangan untuk menaik taraf jalan raya di kawasan saya. Yang pertama jalan ke Kuamut. Yang kedua jalan ke Kampung Kirunggu. Yang ketiga jalan ke Kampung Inarad daripada Pinangah ke Inarad. Kerana untuk makluman Datuk Speaker, kita

bangga ada Pan Borneo dan sudah pun dianugerahkan kepada beberapa syarikat. Kalau saya tidak silap lebih kurang 17 syarikat yang dapat anugerah. Tetapi kalau kita lihat jajaran Pan Borneo ini, seolah-olah jajaran itu menganaktirikan kawasan saya di kawasan Kuamut. Kita lihat jajarannya, hanya bandar-bandar pekan-pekan yang besar ada apa ini jajaran Pan Borneo.

Di kawasan saya langsung tidak ada satu batang pun tiada. Tapi tidak apa Datuk Speaker, kita kena terima hakikat itu sebab untuk makluman Datuk Speaker, memang Pan Borneo kita alu-alukan untuk merancakkan ekonomi negeri Sabah untuk kemudahan. Tetapi untuk makluman Datuk Speaker, kawasan saya ini boleh dikatakan tidak sampai 10% yang mendapat kemudahan sebenarnya daripada Pan Borneo ini kerana mereka berada di kampung-kampung dan sebagainya. Paling kuat pun mereka memasarkan tanam-tanaman mereka ke pekan-pekan, ke pekan Tongod ke pekan Telupid dan sebagainya.

Jadi maksud saya Datuk Speaker, kalau kita tidak termasuk dalam jajaran borneo ini Pan Borneo saya mahu supaya ada peruntukan khas untuk membina jalan-jalan utama seperti yang saya maksudkan tadi supaya mudahlah orang-orang saya di Tongod ini keluar ke pekan-pekan kecil untuk membawa hasil-hasil pertanian, perikanan dan apa juga hasil usahawan mereka untuk membantu meningkatkan ekonomi mereka. Itu yang pertama.

Yang kedua Datuk Speaker, saya juga mahu supaya mahu tanya kepada Jabatan Air. Kerana disini diperuntukkan sebanyak RM729.79 juta. Banyak ini Datuk Speaker. Saya mahu tahu mahu tanya juga perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang untuk menyelesaikan air di Sabah khususnya di kawasan saya. Kerana untuk makluman Datuk Speaker, saya letak mendapat Whatsapp daripada Pengetua salah satu guru SMK Tongod. Sekarang ini sudah hampir dua minggu tidak ada air di SMK Tongod di asrama Tongod dan apa yang berlaku? Tingkatan tiga, tingkatan empat hanya mereka dibenarkan belajar daripada rumah. Sebab mereka masih kecil. Kemudian yang tingkatan lima dan tingkatan enam memang berada di asrama di sekolah untuk belajar tetapi terpaksa mandi di sungai dan sebagainya.

Jadi Datuk Speaker, saya mohonlah supaya perkara-perkara yang kecil sebegini pun mesti kita selesaikan. Jadi Datuk Speaker yang kedua, yang saya nampak peruntukan ini mendapat menyentuh hati rakyat. Saya kelmarin juga mengamati ucapan…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Minta laluan Yang Berhormat Kuamut. Tadi beliau menyatakan bahawa solusi. Apa solusi jangka pendek, jangka panjang. Adakah Yang Berhormat setuju cadangan saya solusi jangka pendek ialah Kerajaan memberi peruntukan untuk membina paip-paip graviti sebelum Jabatan Air membina paip-paip yang lebih berkualiti. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker masukkan itu dalam ucapan saya.

Yang kedua Datuk Speaker, kelmarin juga saya mengamati ucapan daripada ADUN Elopura yang dia tidak menyokong Belanjawan ini. Kita hormati sebab kita ini dalam sistem berperlembagaan semua ADUN-ADUN ataupun wakil rakyat bebas membuat pilihan sendiri tetapi saya ingin nyatakan kepada Dewan yang mulia ini, ADUN Elopura dan mungkin apa ini ucapan saya ini boleh dilihat di media sosial. Khususnya untuk apa ini, pengundi-pengundi di Elopura. Sebab Datuk Speaker, dalam Belanjawan ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat RM2,000.00. Pelajar-pelajar yang melanjutkan apa ini ke SMK ataupun ke sekolah apa ini universiti, diploma dapat RM1,500.00 subsidi bayaran. Bagi mereka yang ambil master RM2,000.00. Bagi mereka tingkatan lima, budak-budak pelajar tingkatan lima, tingkatan enam yang belajar ataupun menghadapi peperiksaan dapat RM200.00. Sekolah-sekolah yang membuat aktiviti RM3,000.00.

Manakala bagi yang keluarga miskin tegar dan miskin yang sudah dikenal pasti untuk membantu mereka supaya tidak terdedah kepada kenaikan harga barang diberi percuma RM300.00 sebulan dalam tempoh satu tahun. Itu bukan. Itu lain lagi, yang keduanya, yang ketiganya Datuk Speaker, ialah apa dia? Semua badan-badan agama, badan-badan sekolah dinaikkan peruntukannya. Saya pun hairan Datuk Speaker kenapa ini, ADUN Elopura tidak sokong ini belanjawan.

Jadi, saya kasi tahulah Datuk Speaker, yang kita risau nanti dia gaji pun tiada. Elaun pun tiada kalau kita tidak kasih sokong ini belanjawan tapi tidak apalah Datuk Speaker itu pilihan dia sendiri. Cuma yang saya mahu nyatakan disini ialah

belanjawan ini direka begitu teliti, direka begitu baik demi untuk kesejahteraan sesuai dengan temanya “Sabah Makmur dan Rakyat Sejahtera”.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey. Datuk Speaker, saya telah mengamati dan menelaah semua bajet ini. Memang bajet ini adalah terbaik dalam zaman ini. Cumanya Datuk Speaker, seperti rakan-rakan yang lain bajet ini tidak akan bergerak dan dirasai oleh rakyat kalau semua komponen pengerak Kerajaan tidak memberikan komitmen yang baik. Bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga penjawat-penjawat awam. Jadi saya harap kepada penjawat awam selaku pelaksana. Bukan kita menagih kerana sudah naik gaji, bukan kita menagih kerana ada bonus tetapi sama-sama kita bekerja supaya bajet ini dapat dirasai oleh rakyat jelata.

Tuan Speaker.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kesimpulan dia Datuk Speaker, saya dulu waktu sekolah...

Kasih saya peluang bolehkah? Tadi ada sebut nama sayakan? Saya terus lari tadi tempat yang sudah makan. Apa kamu punya rasa, kamu yang pun sudah tahu. Selalu turun Sandakan…

Saya pun jumpa banyak kali di Sandakan.

Air masin dua tahun kita minum, current tidak berapa, selalu pecah paiplah dan sebagainya, current selalu pump yang breakdown dan sebagainya. Hospital parking pun tidak cukup. Bandar selalu belakang bandar kedai-kedainya itu paip bocornya kita pun sudah tidak tahu. Empat tahun kita ada di Sandakan pun nampak Kerajaan ini sudah buat di buat orang Sabah bah. Kita harap kamu jelaskanlah ini. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya tidak berapa faham tetapi saya boleh rumuskan dia punya keluhan tadi. Inilah tujuan budget ini untuk menyelesaikan permasalahan termasuklah di ADUN di DUN Elopura jadi kena sokong, Datuk Speaker. Okey, kesimpulan, dulu apabila kita ada seminar kursus dan sebagainya selalu kadang-kadang penceramah bagi kita salah satu ilustrasi ataupun andaian bukan andaian ilustrasilah dia mengatakan kita ini satu team bola sepak. Jadi masing-masinglah kita memainkan peranan supaya pasukan ini boleh menang. Jadi saya mahu supaya sama ada kita penggubal dasar ataupun emm, kita penjawat awam, kita adalah satu pasukan bola sepak dan pasukan bola sepak ini harus menang sebagai contoh, Datuk Speaker, ada dua team bola sepak yang kita kenal di Liga Inggeris cara mereka bermain bukan sepasukan saja tapi cara mahu menang yang pertama dapat bola dapat kepada Alison, Alison terus menghantar kepada Mani, Mani meluru kepada Salak, Salak terus merembat, gol!

Bagi bagi bah, bagi bagi bah abangku bagi bagi.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Begitu kalau kita mau menang. Jangan kita macam satu pasukan itu, dapat kepada Ohnana hantar kepada Margue terus menghantar kepada Anderson, Anderson terus kepada Raspod …

Abang …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Raspod mengelecek. Belum lagi menghantar terbuka ruang, belum menghantar balik kepada Anderson, balik kepada Margue, balik lagi kepada Ohnana, gol sendiri, oh, terlepas.

Alhamdulillah, semua dapat bahagian.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kita tidak boleh begitu, Datuk Speaker. Kita mesti kalau mau, kita mau jadi satu pasukan harus kita seperti Liverpool yang merancang dan menang, kadang kita satu pasukan itu, Datuk Speaker

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Yang ini saya tidak sokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat, pendekkan, kalau cerita pasal bola ini panjang ini. Ramai peminat pasukan-pasukan lain di sini.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey, Datuk Speaker. Contoh, contoh, Datuk Speaker, kalau kita mau menang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, teruskan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Jadi, Datuk Speaker, yang terakhir saya mau tanya Kementerian Pertanian dulu, pernah saya bahas ini di kampung saya di kawasan saya masih lagi ada gajah-gajah yang merosakkan tanaman-tanaman orang kampung, kelapa sawitnya, padinya dan sebagainya. Bila saya tanya, Kementerian Pertanian tidak ada peruntukan khas untuk memberikan subsidi.

Datuk Speaker, itu sajalah pendapatan orang kampung. Cubalah selidiki dan cuba teliti bolehkah diwujudkan satu peruntukan khas untuk memberikan pampasan kepada mangsa-mangsa apa ini pekebun-pekebun kecil ini yang menjadi mangsa kepada hidupan liar, tolong, Datuk Speaker. Yang kedua tadi ada dinyatakan oleh Menteri apa ini Kebajikan tentang penyakit pesakit-pesakit buah pinggang ini. Saya rasa, Datuk Speaker, kalau kita bagi bantuan kepada PIBG sekolah-sekolah, pelajar-pelajar dan juga touch point (kurang jelas) kepada miskin tegar dan emm, miskin kerana apa mungkin kita tidak boleh fikirkan kita bagi touch point one off kepada pesakit-pesakit buah pinggang ini. Sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri kepada mereka ini bukanlah kita mau biayai sepanjang perubatan mereka. Tapi at least mungkin kita bagi one off RM500 sebagai contoh sebagai tanda keprihatinan kita kepada penyakit-penyakit buah pinggang ini jadi saya harap ini diberi perhatian oleh Kerajaan. Saya rasa itu sajalah, Datuk Speaker. Sebelum saya mengundurkan diri saya ingin memohon maaf manalah tau ada penyokong Manchester United di sini tapi itu saya bercakap secara ikhlas. Yang kedua, saya mengucapkan Selamat Menyambut Merry Christmas Hari Natal kepada semua rakan-rakan yang seagama dengan saya. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat daripada Kuamut di atas perbahasan yang …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya sokong. Lupa saya sokong, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, terima kasih. Dengan ah, seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Melalap. Kita ingat tidak ada. Saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Usukan. Seterusnya Yang Berhormat dari Kunak, sila bersedia. 12 minit, Yang Berhormat.

Tuan Speaker, terima kasih atas peluang untuk menyertai perbahasan mengenai Belanjawan Negeri Sabah 2024. Secara keseluruhannya saya menyokong budget yang telah dibentangkan dan akan saya menyokong bersetuju dengan mana-mana agenda saya rasa perlu disokong dan saya juga ingin memberi pandangan-pandangan konstruktif untuk pertimbangan Kerajaan. Belanjawan yang dibentangkan ini menggariskan pelbagai insentif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memenuhi keperluan mendesak mereka. Walau bagaimanapun, cabaran ekonomi Sabah memerlukan perhatian yang lebih mendalam. Sebagai contoh kadar pertumbuhan KDNK purata Sabah antara 2021-2024 adalah hanya 2.18% jauh di belakang purata nasional Malaysia 5.11%. Belanjawan Negeri 2024 mensasarkan pertumbuhan 2.5% untuk tahun 2025 sedangkan Sabah memerlukan purata pertumbuhan sekurang-kurangnya 7% setahun dalam tempoh lima tahun akan datang untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana.

Dalam isu pengangguran pula, kadar pengangguran Sabah pada tahun 2021 ialah 8% dan hanya menurun sedikit kepada 7.9% pada suku tahun Ketiga 2024. Ini jauh lebih tinggi berbanding kadar pengangguran nasional Malaysia yang diunjurkan pada 3.2% tahun ini. Statistik ini menunjukan keperluan mendesak untuk langkah-langkah transformasi ekonomi yang lebih berani. Dalam konteks ini, perlu kita cari jalan bagaimana menambah pelaburan dalaman dan juga luar negara dan juga perbelanjaan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, untuk menjamin masa depan Sabah yang lebih cerah, kita perlu membina asas ini dengan memperkenalkan dasar-dasar transformasi yang berani dan strategik dengan menangani kelemahan infrastruktur kritikal seperti air, elektrik dan logistik. Menerapkan pendigitalan melalui plan bandar pintar dan sokongan

kepada ekosistem start up, mempromosikan tenaga lestari seperti solar dan hydrogan, memperkukuhkan sektor penjagaan kesihatan dengan fokus master card yang semakin menua serta membuka potensi Ekonomi Biru melalui industri maritim dan perikanan moden. Sabah mampu mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

Tuan Speaker, saya ingin juga memberi komen kepada beberapa cadangan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Pertama, mengenai bantuan one-off RM5000 kepada penjaja. Saya ingin tahu siapakah yang layak dalam hal ini adakah mereka pemohon baharu ataupun pemohon lama ataupun yang sudah pernah mendapat bantuan daripada sektor-sektor lain, ini penting supaya bantuan seperti ini sampai ke sasarannya dan kita ingin tahu adakah dia mempunyai kuota kepada daerah-daerah ataupun hanya sekadar di bandar sahaja. One-off ini baik daripada pandangan cakap panjang, ya, Tuan Speaker, Kerajaan Negeri kena memohon daripada Kerajaan Pusat untuk kita mempunyai bank kecil sendiri. Satu ketika dahulu, kita ada Sabah Finance, Sabah Bank, kita ada macam-macam bank tetapi pada ketika itu ada dasar untuk kumpul …

… kalau kumpulkan semua menjadi bank yang besar. Semasa Sabah Credit Corporation ada, semasa Sabah Finance ada, Sabah Bank, ada banyak anak-anak kita dilatih dalam soal perbankan. Apakah salah pada kita kalau Sarawak membeli Affin Bank, kita memohon bank kecil, bank kecil yang boleh membantu para peniaga kita di peringkat bawah. Tidak ada salahnya kalau kita tengok di negara Japan, negara Germany, banyak small banks yang boleh membantu kita. Sekarang ini, kita ada Yayasan Amanah Ikhtiar. Tetapi pada saya masanya sampai untuk Kerajaan Negeri, berunding dengan Kerajaan Pusat untuk kita mewujudkan bank sendiri. Tidaklah bank yang besar. Bank yang boleh cater kepada kehendak-kehendak masyarakat peniaga di bawah. Kedua saya juga ingin menyentuh soal … ah …

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Speaker … speaker … please a short one.

Tuan Speaker, terima kasih. Setujukah YB bahawa YB Usukan bahawa adanya satu

badan di Sabah dikenali sebagai Borneo Development Corporation? Dan mereka adalah dikurnia … aa … dilesenkan untuk berniaga untuk mendapat deposit, menerima deposit, dan untuk bergerak seperti bank juga tetapi melalui company side dahululah. Yang saya faham. Terima kasih.

Pada saya, apapun jika ada sudah tersedia saya bersetuju. Kerana pada saya high time bagi kita. Kerana saya mengkaji banyak negara-negara maju, small banks ni very important. Paling penting untuk membantu peringkat bawah. Kerana bank-bank besar ini dia akan melihat peluang-peluang yang besar. Tetapi siapa yang akan … ini one off five thousand memang saya setuju. Tetapi dijangka panjang, kita tidak boleh bergantung kepada one-off. Kita kena sistem bagaimana anak-anak muda yang terlibat berniaga ini mendapat pinjaman daripada bank-bank kecil. Yang di bawah kawalan kita. Dulu memang kita ada. Tetapi pada ketika itu, semua mahu bank besar. Semua disatukan. Sehingganya sekarang kita lost touch dengan bank-bank seperti ini.

Kedua, saya ingin komen mengenai dengan bantuan 300 per month kepada orang miskin. Saya setuju. Pada saya kalau orang miskin ini dia harus disimpan sebagai bantuan kebajikan. Kerana, yang memerlukan kebajikan itu mesti dibantu. Cuma saya ingin tahu senarai. Siapa yang layak 300 sebulan ini? Senarai apa yang dipakai. E-Kasih? Ataupun senarai PPRT dan berapa ramai yang terlibat. Kerana kita ingin melihat sasaran itu tepat.

Ketiga, saya juga mendengar cadangan mengenai dengan railway ya. Railway yang di … dibuat satu kajian. Saya bersetuju. Tetapi pada saya penting, apa matlamatnya. Kalau saya baca, dengar matlamatnya ialah daripada Putatan ke KKIP. Pada saya, kalau railway di bandar ini harus dianggap sebagai public transport. Dan kita harus pastikan ada kawasan-kawasan pertumbuhan ekonomi yang baharu. Peluang pekerjaan, perumahan harus ada. So, ini mungkin harus bermula daripada Papar sehingga ke Tuaran. Kerana banyak tanah-tanah disitu boleh dibuat sebagai economic centre yang baharu. Kita di Sabah ni, aa perumahan itu penting sama sekali. Dan kita tidak ada kawasan tanah. So, kalaupun dia perumahan itu dibuat di Paparkah, di Tuarankah, tetapi kalau ada public transport, maka mudah. Macam juga di semenanjung. Mereka bekerja di Nilai … tinggal di Nilai, dia bekerja di Kuala Lumpur. So, tidak semestinya tinggal di Kota Kinabalu. Kalau bekerja di KK, dia

boleh tinggal di Tuaran ataupun di Kota Belud, ataupun di Papar. Kerana ada public transport. Masalah ini adalah cater dengan housing. Dalam bajet tersebut tidak diberi penekanan soal housing. Kita ada LPPB disini, pengerusinya ada. Pada saya kita ikut satu sistem di Philippine dia buat ya. Di mana-mana mana pelabur asing, ataupun pelabur tempatan ia memberi sumbangan cash kepada satu tabung. Untuk membantu kerajaan dalam soal perumahan. Tabung ini khusus untuk perumahan sahaja. Dan kita ada LPPB boleh diletakkan di bawah LPPB. Dan dengan ada dana tersebut, kerana anak-anak muda ini perlu rumah, Yang Berhormat Tuan Speaker. Macam mana dia orang beli kalau di KK harga rumah sejuta, 800 ribu. Itu bukan lagi perkara pokok pada mereka. Mereka tidak ada wang. Tapi deposit mahu bayar 20% dimana mereka cari? So, kita kena cari jalan bagaimana minimum deposit. Kalau boleh bayar satu ribu, boleh masuk sudah. Kita pernah buat, Yang Berhormat Tuan Speaker. Seri Maju, kita pernah buat. Konsep Seri Gaya. Di mana kita memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan untuk mendapat second loan supaya mereka boleh mendapat second loan. Kerana matlamat kita ialah untuk create middle class mana-mana tidak ada middle class dalam ekonomi, ekonomi itu tidak boleh maju. Kerana middle classlah yang memberi peluang pekerjaan. Dan saya harap housing ini harus dilihat. Kerana kalau kita bergantung dana daripada Kerajaan Persekutuan, daripada Kerajaan Negeri bukannya mudah kerna kewangan itu harus diagih kepada badan-badan lain. Kenapa kita tidak ikut cara negara Filipina? Dia wajibkan kalau saya melabur satu ribu juta, 50 juta saya untuk pendidikan. Untuk perumahan contohnya. So, kita wajibkan mereka berbuat demikian.

Perkara keempat yang ingin saya sentuh ialah mengenai dengan soal pewujudan padi board. Saya nampak peruntukan disediakan. Saya bersetuju. Dulu zaman Kerajaan Perikatan memang ada padi board. Tetapi pada penting pada saya dalam soal padi ini, benihnya. Kita kena cari benih-benih baharu ya. Benih-benih baharu, yang boleh menghasilkan lebih baik lagi. Saya tengok sekarang ni kita bergantung benih ni daripada semenanjung semata-mata. Tapi kalau kita pergi negara-negara seperti Taiwan di tempat-tenmpat yang lain banyak benih-benih ni yang boleh kita gunakan di … di Sabah. Cuma saya difahamkan, betulkan saya kalau saya salah, bahawa ada kekangannya. Bahawa Kerajaan Pusat hanya mesti melalui satu badan sahaja untuk berbuat demikian. Pada saya ini antara perkara yang harus kita perjuangkan bahawa kita di Sabah juga boleh berunding dengan mana-mana pihak,

untuk kita ada benih sendiri. Benih yang lebih produktif untuk kepentingan masyarakat kita di Sabah.

Saya juga ingin menyentuh soal pelancongan ek. Dan nampak statistiknya baik sekali. Tapi pelancongan ini pada pandangan saya, saya minta Yang Berhormat Menteri jika ada statistik ya, statistik berapa ramai kuantiti tourist, mass tourist, dan berapa ramai kualiti tourist. Kerana kuantiti tourist ini adalah mass tourist, dia pakej. Dia jalan, dia balik. Kualiti tourist ini yang akan tinggal disini. Ini yang ada spill over. Ini yang akan berbelanja di tempat kita. Dia tinggal tempat kita seminggu, dua minggu. Dia berbelanja. Biasanya mass tourist ini tidak banyak perbelanjaan yang akan dibuat dalam sesebuah ekonomi. Jadi saya ingin tahu statistiknya, daripada pihak Kementerian berapa ramai kualiti tourist berapa ramai mass tourist. Kuantiti tu. Ini penting untuk kita merancang. Macam kami di Kota Belud kami perlu kualiti tourist. Mereka yang boleh tinggal di Kota Belud satu dua minggu. Keindahan Kota Belud, berbelanja di Kota Belud, selain daripada mass tourist. Pakej tourist. Ini yang paling penting pada saya dalam soal pelancongan ini, kita kadang-kadang ada kategorinya. Kalau di Australia dia ada apa yang dipanggil backpacker tourist. Kerana dia ada leisure tourist. Ada eco tourism tourist. Macam-macam bentuk kategori tourist. So, data itu mesti lengkap. Supaya kita boleh merancang, apa bentuk pelancong yang kita ingin jemput ke Sabah. Akhirnya saya juga ingin menyentuh Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sudah banyak revenue, alhamdulillah. Revenue ini adalah kegunaan, bukan untuk hari sana, untuk masa hadapan kita. Masa hadapan kita, kita kena jaga baik-baik. Kita kena belajar daripada negara Brunei, ya. Negara Brunei. Negara Brunei … mempunyai satu reserve yang kuat untuk masa depan anak-anak Brunei. Dulu saya masih ingat bekas Setiausaha Tetap Kewangan allahyarham Doktor … Datuk Dr. Fauzi pernah melawat ke Brunei. Untuk melihat bagaimana kita pastikan generasi masa hadapan ada reserve kita. So, dia mempunyai satu idea. Setiap revenue kalau dia satu ribu juta, certain percentage mesti ada satu tabung khusus untuk masa depan. Bencanakah, kegunaan masa depan. Dan duit itu tidak boleh digunakan sesuka hati. Tetapi mesti melalui, Dewan Undangan Negeri. Ini penting kerana kalau ada bencana alam yang besar, kita ada earth quake, kita ada Tsunami. Jadi kita tidak meminta-minta lagi. Kalau setahun pun kita boleh simpan 50 juta, 10 tahun sudah ada 500 juta. Dan kita makin lama revenue bertambah.

Dulu Tuan Speaker, orang bilang sediakan payung. Sekarang tidak boleh sediakan baju hujan. Sebab kalau payung angin kuat hilang. So, kita kena sekarang ni kena sediakan masa hadapanlah kita. Jadi, saya lihat dulu pernah kita buat, tetapi telah dibubarkan tabung tersebut kerana dia orang rasa apa keperluannya? Bagi orang politik mungkin mereka mahu belanja semua. Tapi orang politik ini memikir masa hadapan. Kita tidak selama-lama di sini. Hari ni kita Ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, kita menjadi Menteri. Bagaimana masa hadapan? Kalau saya ingat pada ketika itu, kita simpan 50 juta, sekarang sudah 1,000 juta ada. Tetapi kita bubarkan tabung tersebut, mungkin kita kena kaji semula. Kaji semula melihat masa hadapan kita reserve kerana revenue ini bertambah. Dan kalau tidak ada reservenya bagaimana masa hadapan? Dan saya juga ingin sentuh macam sama juga dengan Yang Berhormat Kuamut, ya …

… mengenai dengan soal pelaksanaan projek ini memerlukan kakitangan kerajaan yang efisien. So, mesti ada succession mesti ada latihannya jangan terlalu banyak kakitangan tetapi tidak berkesan. Kadang-kadang satu orang kerja boleh buat kerja banyak. So, latihan itu penting saya melihat dalam konteks kita Kerajaan Persekutuan Sabah ini berdasarkan MA63 saya ambil banyak istilah representative meritokrasi, iaitu kakitangan itu juga mesti mewakili kaum ya. Mesti mewakili kaum di Kanada dia buat antara French Canadian then English Canadian.

Dulu kita ada understanding ya. Makin kita lakukan kalau President KK itu orang melayu, Tawau itu orang cina, Sandakan itu mesti bukan Bumiputera Islam itu understandingnya. Kalau Pegawai Daerah itu orang Islam, Timbalan Pegawai Daerah itu bukan Islam. So, itu understandingnya. So, saya nampak kadangkala kita terlupa kerana understanding kita MA63 itu bukan sekadar soal Kerajaan Pusat ya. Ada itu di bawah kuasa kita. So, saya harap kita kena lihat. So, kalau recruitment tidak ada, kurang Bumiputera bukan Islam dan bukan Bumiputera dan tambah recruitmentnya supaya akhirnya mereka merasakan mereka ada peluang untuk mendapat tempat dalam birokrasi. Mereka boleh jadi SKN, boleh menjadi Pengarah

Perjawatan, boleh menjadi SUT mana-mana jabatan. Tetapi kalau kita tidak ada sistem, tidak ada persefahaman, maka sukar kita lakukan.

So, kita kena berani ya. Saya lihat bumiputera bukan Islam amat berkurangan. Saya lihat masyarakat Cina pun berkurangan. So, kita kena ada recruitment untuk tambah mereka dalam sistem birokrasi kita kerana kita cerita MA63, kadang-kadang MA63 ini kita fikir ini semua salah KL. Kita boleh perbetulkan di sini. Local Government Ordinance ini Yang Berhormat Peguam di bawah kita. Saya punya pandangan Local Government Ordinance ini pelantikannya kena diubah suai kerana dia harus melihat keperluan kaum, keperluan agama dan juga melihat penyertaan orang biasa melalui proses pemilihan. Mungkin 30% harus dipilih menggunakan vot sistem, agar vot sistem itu tidak melatih orang politik ini daripada kaunselor. Kalau kita lihat di mana negara-negara komanwel banyak ADUN banyak Ahli Parlimen bermula daripada kaunselor dan kaunselor pada ketika itu dipilih. Kita tidak boleh ubah semua pemilihan tetapi kita buat secara progress ini kuasa kita kerana Local Government Ordinance adalah di bawah kita. Kita tidak boleh rujuk kepada Kuala Lumpur. Sekadar itulah pandangan saya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dengan ini ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal yang meraikannya, dan Selamat Menyambut Tahun Baru Tahun 2025. Dengan ini Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Usukan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Kunak.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada Yang di-Pertua Datuk Speaker atas peluang berharga ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Kewangan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang cukup menyeluruh dan inklusif. Yang Berhormat Datuk Speaker, bajet ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah terhadap kesejahteraan rakyat. Sebagai belanjawan yang berfokus kepada pembangunan mampan dan pengurangan kemiskinan yang menggariskan peruntukan yang

signifikan kepada sektor-sektor kritikal yang mampu mengubah kehidupan rakyat Sabah.

Belanjawan 2025 memperuntukkan RM6.421 bilion dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, kebajikan sosial, pendidikan dan kesihatan. Ini bukan sekadar angka, ia adalah pelaburan masa depan untuk rakyat Sabah. Yang paling menarik adalah agihan berstruktur sesuai dengan keutamaan 57% untuk sektor ekonomi, 41% untuk sektor sosial dan hanya 2% untuk sektor pentadbiran.

Datuk Speaker, sejak kelmarin kita mendengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat ada yang berbahas menggunakan mata lebah, lebih melihat yang manis dan indah. Namun tidak kurang juga segelintir yang masih bermata lalat, sibuk mencari yang busuk. Pastinya bagi saya fokus utama saya adalah elemen yang berkaitan dengan rakyat Kunak yang saya wakili. Jelas diingatan saya Datuk Speaker, tahun lalu saya menyuarakan rasa kecewa saya apabila dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2024 daerah Kunak tidak disebut dalam pembentangan. Namun sedikit terubat apabila Menteri Kewangan menjawab dan menyatakan rasa simpati dan beliau turut menyeru kepada kepimpinan untuk mengambil perhatian.

Untuk pengetahuan sidang Dewan, sedikit throwback kajian yang saya buat sepanjang pembentangan belanjawan di mana saya duduk sebagai Wakil Rakyat 2019 Kunak di sebut hanya sekali untuk Projek Bangunan Tambahan Pejabat Daerah. 2020, 2021, 2022 Kunak tidak disebut. 2023 ada sekali dan 2024 seperti yang saya nyatakan tadi tidak ada. Namun, Datuk Speaker dan Sidang Dewan untuk Belanjawan 2025 Kunak tidak disebut sekali bukan dua kali namun empat kali nama daerah Kunak dikumandangkan dalam Dewan yang mulia Ini.

Pertama, pembangunan Kompleks Sukan Kunak yang akan dimulakan pada tahun 2026. Kedua, Dewan Masyarakat Kunak baharu. Ketiga, pembinaan pejabat baharu Pejabat Daerah Kunak dan keempat meneruskan pembinaan Perpustakaan Daerah Kunak. Subhanallah. Alhamdulilah. Mewakili keluarga Kunak setinggi penghargaan buat kerajaan yang terbukti mendengar suara rakyat marhaen di daerah kecil seperti Kunak. Sejujurnya juga, peruntukan pembangunan yang kunak terima ini menjadi ubat. Menjadi ubat bagi segala hina cerca, caci maki yang sering saya terima sejak

berpindah ke rumah baharu. Terbukti juga menjadi wakil rakyat itu bukan tentang ketaksuban menunaikan cita-cita peribadi kepimpinan parti tetapi ketaksuban kita memperjuangkan rakyat yang kita wakili.

Datuk Speaker, pertama saya ingin menyentuh tentang peruntukan RM38.6 juta yang diterima oleh subsektor perikanan dan akuakultur. Saya dengan ini memohon agar satu-satunya pelabuhan ikan di Kunak yang terletak di Pangkalan Kunak diberi perhatian kerana jalan masuknya sangat sempit. Amat tidak kondusif untuk aktiviti distribusi hasil perikanan dan lebih berat adalah keadaan trafik yang sangat teruk sangat memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di sekitar perkampungan atas air pangkalan ini. Saya mohon agar Jabatan Perikanan Sabah mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan, mengangkat cadangan menaik taraf membesarkan Jalan Pelabuhan Ikan Pangkalan Kunak, untuk rekod daerah Kunak adalah antara lima daerah utama pengeluar utama hasil laut di Sabah.

Datuk Speaker, kedua adalah industri pelancongan. Disebutkan oleh Menteri Kewangan tentang peningkatan 25.7% jumlah pelancong dan telah pun mencecah jumlah 3 juta pelancong. Justeru untuk Kunak saya mohon agar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang bakal menerima RM102.87 juta untuk tidak mengabaikan Kunak. Berulang kali saya kemukakan yang Kunak mempunyai banyak hidden gems yang sangat berpotensi dan bertaraf dunia untuk diteroka dan dipromosi sebagai pilihan baru dan alternatif pelancongan di Sabah dan pastinya akan meningkatkan lagi jumlah pelancong ke Sabah.

Pulau Boheyan kaya dengan sejarah penempatan awal penduduk daerah Kunak dan sejarah aktviti pembalakan tradisional dengan tinggalan man-made underwater great wall. Pulau Maganting, Pulau Tanah, Pulau Pasir, Blue Ring Reef atau terumbu lingkaran biru sangat cantik dan unik. Justeru, sekali lagi, sekali lagi saya menyeru agar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk mengambil inisiatif serius kerana pastinya rakyat Kunak akan dapat menikmati limpahan ekonomi dari industri pelancongan ini.

Datuk Speaker, dalam masa yang sama saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi terima kasih buat pemimpin rumah baru kami yang serius

mendengar setiap kali saya merayu untuk Kunak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sulaman, iaitu Ketua Menteri dan juga Datuk …..

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… Armizan Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia. Perjuangan saya sejak 2018, kini Syarikat Sime Darby atau nama mereka, nama baharu mereka, iaitu SD Guthrie, akhirnya bersetuju membuka pintu ladang mereka untuk orang Kunak dan orang awam menikmati objek-objek pelancongan yang berada dalam ladang mereka. Kolam Air Panas Sungang, Kolam Lumpur atau Mud Pool Binuang dan Tasik Impian Mostyn seluas satu ekar bakal dibuka. Terima kasih kepimpinan GRS dan sudah tentu pihak pengurusan Syarikat SD Guthrie. Pastinya rakyat Kunak akan membalas dengan memastikan Kerajaan baik ini kami kekalkan.

Datuk Speaker, amat jelas betapa Kerajaan hari ini sangat serius dalam sektor modal insan dan kesejahteraan. RM497.54 juta disediakan untuk melahirkan generasi yang kompeten, berdaya tahan, kreatif, berinovasi dan pastinya akan memartabatkan Sabah ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai inisiatif yang disediakan untuk pelajar. Ada biasiswa, ada bantuan subsidi tiket penerbangan, bantuan untuk sekolah-sekolah, bantuan one-off bernama SENTOSA, ada yang namanya BUDI, ada namanya BAIK, BISTARI, BAGUS, BISBAH, BANTU, banyak lagi. Namun, secara peribadi, saya sangat berharap agar Kerajaan hari ini untuk terus memperjuangkan hak autonomi dalam menguruskan sektor pendidikan.

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, saya yakin dengan autonomi, lebih banyak yang boleh Kerajaan lakukan kerana hanya Kerajaan Sabah yang faham serta lebih memahami denyut nadi dan dambaan rakyat Sabah. Tahun lalu, Kerajaan telah berjaya mengambil semula autonomi urus tadbir bekalan elektrik. Moga lepas ini, pendidikan pula.

Datuk Speaker, keempat adalah program pembasmian kemiskinan. Hebatnya Kerajaan hari ini menyantuni rakyat. Saya pasti kita pernah mendengar ada pemimpin yang melarang rakyat agar suka, agar jangan suka meminta-minta.

Namun, jauh berbeza dengan kepimpinan Kerajaan hari ini. Antara pengumuman yang mengejutkan dan pastinya disyukuri oleh rakyat marhaen yang berada dalam golongan rentan ialah pertama, pengumuman penambahan Rumah Mesra SMJ yang dibahagikan secara saksama di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Jika tahun ini dan tahun lalu dapat 20, tahun depan 40 unit, hebat, hebat.

Kedua, Program Sentuhan Kasih buat rakyat miskin, RM300 setiap bulan selama setahun. BR1M dan STR pun kalah oh. Ketiga, dan bantuan RM5000 one-off untuk peniaga kecil tepi jalan. Ini pastinya menambah jumlah modal para peniaga kecil berkenaan sekali gus diharapkan akan datang menjadi pemangkin kepada pertambahan jualan dan keuntungan mereka. Bagi penjawat awam, bonus sebulan gaji. Yang biasa saya dengar adalah bonus RM500 tapi kali ini sebulan gaji dan yang paling best buat yang bergaji kurang daripada RM3000, dapat RM3000, untung, untung. Tahniah semua. Semoga ini memberikan peningkatan kualiti perkhidmatan awam kepada rakyat Sabah.

Datuk Speaker, poin saya yang kelima adalah untuk pembangunan infrastruktur dan utiliti. Sudah tentu untuk Kunak saya merayu, tunaikanlah impian rakyat Kunak yang berada di sekitar Tingkayu untuk menikmati jalan yang berturap. Hampir setiap hari rosak. Saban kali terutama ketika musim hujan, kami akan menyaksikan anak-anak sekolah dan warga sekitar yang tersekat dan terpaksa berjalan kaki dalam lumpur yang dalam. Begitu juga kerosakan kenderaan milik penduduk dan juga kos yang tinggi ditanggung oleh ladang-ladang di sekitar Tingkayu. Untuk bekalan air pula, saya berharap agar kawasan yang masih belum mendapat bekalan paip air bersih seperti Kampung Seri Bahagia, Kampung Mostyn Lama dan sebahagian penduduk di Kampung Sungai Langgas, saya mohon berilah peruntukan yang sewajarnya dan selayaknya.

Saya juga ingin mendapatkan respons Jabatan Air tentang status tangki besar simpanan air di Ulu Madai dan Ulu Lormalong, Kunak, yang dari dulu tidak berfungsi kerana apa yang berlaku sekarang di Kunak termasuk di rumah saya, sehingga kini kami masih berdepan dengan catuan bekalan air. Untuk rekod, saya sebagai wakil rakyat telah melaksanakan bahagian saya dengan membantu Jabatan Air dengan pembinaan air graviti sebanyak 30 buah unit setakat ini. Dibina di kampung-kampung yang sering terkesan dan dengan perbelanjaan RM1.31 juta peruntukan

ADUN. Ironinya, ini adalah tanggungjawab Jabatan Air dan jumlah RM1.31 juta ini sangat besar, alangkah baiknya jika saya boleh gunakan peruntukan ini untuk menyelesaikan masalah rakyat yang lain.

Datuk Speaker, terakhir adalah aspirasi untuk generasi anak muda. Generasi muda di Kunak adalah aset yang tidak ternilai. Mewakili anak muda daerah Kunak, sekali lagi kami ucapkan terima kasih kerana menunaikan impian kami untuk memiliki Kompleks Sukan Daerah Kunak dan saya juga ingin menambah dan menggesa agar Belanjawan ini memberi perhatian kepada pembangunan belia di Kunak melalui latihan teknikal dan vokasional, kerana setakat ini Kunak tidak memiliki sebarang pendidikan lanjut selepas tingkatan enam. Kami harap ada … lah pusat latihan teknikal dan vokasional dibuat di Daerah Kunak. Untuk rekod juga, dulu tahun 1994 hingga 2004, Kunak pernah memiliki pusat Giat Mara. Namun, selepas itu dihentikan operasinya.

Seterusnya, Datuk Speaker, izinkan saya menggunakan peluang ini untuk memberikan penghargaan atas jasa bakti Tuan Awang Yusof, Pegawai Daerah Kunak yang bersara wajib pada 17 November dan Tuan Rubert Salimon yang telah pun berpindah ke Tungku sebagai ADO Pembangunan pada bulan September yang lepas. Sehubungan itu, saya merayu agar pihak Kementerian untuk membuat penggantian pegawai baharu ke Kunak secepat yang mungkin. Saya gulung sudah, Datuk Speaker. I know you are.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, YB.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, Datuk Speaker. Dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, perpaduan adalah kunci utama untuk memastikan Sabah terus berada di landasan yang betul. Kita tidak boleh biarkan isu-isu kecil memecahbelahkan usaha kita untuk mengembalikan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, terutama untuk kita mendapatkan semula hasil 40% yang belum selesai secara tuntas. Namun, tidak boleh menafikan, tiada siapa boleh nafikan Sabah telah menunjukkan banyak kemajuan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Sulaman. Di sebalik tekanan politik dan cabaran yang tidak pernah surut, beliau telah memimpin dengan tenang, berpandangan jauh dengan penuh

keyakinan. Pelan Sabah Maju Jaya bukan sekadar dokumen tetapi rancangan transformasi yang jelas.

Namun, Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tidak boleh memandang enteng cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan kita, banyak pihak berusaha untuk menggugat kestabilan Kerajaan hari ini. Sedikit ingatan buat diri saya dan semua Ahli Dewan yang mulia, tugas hakiki wakil rakyat adalah bersuara untuk kawasan yang kita wakili. Rakyat sedang menonton dan berharap agar kita menggunakan medan ini untuk bersuara, mengutamakan perjuangan rakyat di kawasan lebih dari sekadar berlagak pakar. Ada jadi pakar ekonomi, pakar undang-undang, pakar MA63. Masa berbahas hanya habis untuk mengulas kelemahan Kerajaan. Saya menyeru kepada semua Ahli Dewan hari ini, kita kena sedar hakikatnya, fitnah, rasuah, adalah makanan orang politik.

Hampir setiap insan yang bergelar ahli politik pasti tercalit dengan tohmahan dan tuduhan jahat seumpama ini. Cabaran fitnah ini perlu kita hadap dengan integriti dan jiwa yang kental. Dalam masa yang sama, ingin saya ingatkan “everyone is innocent until proven guilty”, semua orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Justeru, biarkanlah orang tidak bersalah sehingga dibuk, biarkanlah agensi berkaitan yang menyiasat dan membuat keputusan. Jangan kita sibuk mengulas sehingga lupa bos sendiri pun ada juga kes mahkamah. Jangan buat-buat hilang ingatan yang bos sendiri pun pernah juga pakai baju oren, jangan ya, adik ya, jangan ya, abang ya. Apa kata kita letakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Politik yang tidak matang dan perpecahan hanya melambatkan usaha kita untuk membangunkan negeri ini. Sudah-sudahlah bergigit, bilangkan mahu jadi macam Sarawak.

Datuk Speaker, akhir perbahasan saya untuk Belanjawan Negeri Sabah adalah ayuh semua, ayuh semua rakyat Sabah, mari kita kekalkan Kerajaan yang baik ini. Last, Datuk Speaker, last dari Kunak, kelmarin kita nampak kenyataan media yang mengatakan belanjawan ini adalah Belanjawan …

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Belanjawan gula-gula rakyat. Pendapat saya, gula-gula yang diberi kepada rakyat, jauh lebih baik daripada gula-gula itu diberi pada keluarga sendiri. Kunak menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Kunak. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Manila.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sebelum itu, Pantai Manis sila bersedia. Teruskan.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2025 pada hari ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Sulaman dan juga khususnya kepada Menteri Kewangan, Yang Berhormat Keranaan yang telah dapat menyediakan suatu belanjawan holistik, yang merangkumi banyak aspek penting untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah yang bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Datuk Speaker, pada hemat saya, tidak ada satu pun kerajaan yang pernah memimpin negeri Sabah yang ingin melihat Sabah menjadi mundur. Malah, semuanya menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadikan negeri Sabah sebagai sebuah negeri termaju, makmur dan sejahtera.

Oleh itu, saya amat menghormati semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, termasuk yang pernah berkhidmat di kerajaan-kerajaan terdahulu kerana masih mempunyai aspirasi yang sama meskipun mempunyai pandangan yang berbeza. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk memastikan Sabah mampu mengejar kemajuan negeri-negeri lain supaya kita setara kalau pun tidak, lebih sedikit daripada yang lain.

Datuk Speaker, meneliti belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Kewangan dari Keranaan, yang bernilai RM6,445.00 bilion hasil dan 6421 bilion perbelanjaan perbekalan. Saya optimis belanjawan ini akan mampu membawa pembangunan lestari berteraskan lima tonggak dan strategi utama jika diuruskan dengan baik, dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut tempoh masa yang dirancang.

Namun, sebaliknya jika tidak diuruskan dengan bijak dan jika pelaksanaan tidak mengikut strategi yang dirancang, serta lari dari masa dan piawai yang ingin dicapai. Maka, hasrat murni kerajaan melalui perbelanjawan ini akan mengalami kecacatan. Kalau pun tidak, mengalami kegagalan.

Datuk Speaker, tonggak pertama yang digariskan sebagai strategi belanjawan ini ialah menyokong pembangunan sektor-sektor produktif termasuk menarik pelaburan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negeri. Saya amat bersetuju. Namun, selaku Wakil Rakyat yang berasal dari Sandakan, seperti juga ADUN Elopura kelmarin, merasakan bahawa daerah Sandakan yang meliputi empat parlimen dan lapan DUN kurang mendapat perhatian walaupun punya potensi dan tapak tersedia.

Sebagai contoh, saya ambil hab pendidikan Sandakan di dalam Parlimen Libaran dan di dalam DUN saya sendiri, N.51 Sungai Manila dan POIC Sandakan yang kini diletakkan di bawah Sawit Kinabalu, seolah-olah tidak termasuk dalam perancangan untuk dibangunkan. Sedangkan kawasan ini dahulunya adalah sebahagian lokasi Pembangunan Koridor Sabah yang disasarkan sebagai enjin utama pembangunan bagi Daerah Sandakan.

Pada ketika ini, saya boleh katakan Sandakan tidak mempunyai industri yang boleh memacu Sandakan sebagai sebuah daerah yang boleh menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan Sabah. Industri yang ada hanyalah kilang penapis minyak sawit. Itu pun ada dua saja.

Justeru, saya menyeru kepada kerajaan untuk berusaha menarik pelabur ke Sandakan, supaya Sandakan yang suatu ketika dulu menjadi penyumbang utama hasil kerajaan melalui industri pembalakan tidak ketinggalan. Kita tidak mahu Sandakan ini ditinggalkan seperti kacang lupakan kulit. Habis madu sepah dibuang, sebab berpuluh-puluh tahun Sandakan telah menyumbangkan sumber untuk memajukan ekonomi dan pembangunan keseluruhan di negeri Sabah.

Di antara industri utama yang berpotensi ialah pemprosesan hiliran hasil keluaran daripada ladang sawit dan industri pemprosesan hasil-hasil perikanan. Kewujudan industri ini bukan saja dapat menjana pendapatan baharu kepada daerah Sandakan dan pelabur yang datang, tetapi akan memangkinkan Industri Kecil dan Sederhana yang sekarang ini hidup segan mati tak mahu, untuk berkembang dan menyediakan lebih banyak lagi pekerjaan yang didambakan oleh penduduk di Sandakan.

Datuk Speaker, di antara kekangan utama yang mungkin menjadi penghalang kepada kedatangan pelabur ke Sabah, khususnya Sandakan, termasuk di dalam tonggak keempat belanjawan ini. Saya tabik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana meletakkan ini sebagai salah satu daripada Tonggak Pembangunan Lestari dalam Belanjawan ini.

Kerjaan harus memastikan semua usaha untuk menangani pemboleh daya industri seperti tenaga elektrik dan air menjadi keutamaan supaya industri dapat berkembang dan pelabur ada keyakinan dengan keupayaan kerajaan untuk menyediakan utiliti ini. Jangan ada delay lagi. Jangan terlalu kerap gangguan. Mesti ada alternatif penyelesaian segera yang tersedia. Umum tahu, gangguan bekalan elektrik dan air ini bukan saja menjadi kekangan bagi industri, malah lain-lain pengguna termasuk juga pengguna orang ramai.

Perkara seterusnya ini telah juga saya timbulkan di Sidang DUN lalu, namun terpanggil untuk mengulanginya semula. Di kawasan saya, bekalan air masih

menjadi hambatan di kawasan-kawasan penempatan penduduk. Belum lagi wujud industri, sudah ada masalah air. Kalau tidak setiap hari, pasti ada setiap minggu.

Kita tahu bagi rancangan panjang sudah ada pelaksanaan yang dapat dilihat dengan mata kasar di sana sini tetapi, belum siap sepenuhnya. Bagi saya, sebagai pemimpin, saya memahami. Tetapi, bagi masyarakat yang memerlukannya hari-hari, macam manapun kita cakap, tetap juga akan diulang-ulang.

Oleh itu, adalah diharapkan kerajaan melalui kementerian berkenaan dapat membuat penyelesaian ataupun mencadangkan penyelesaian jangka pendek untuk memastikan bahawa bekalan air ini tidak terganggu. Kalau pun sekarang ini berminggu-minggu, sekurang-kurangnya satu, dua hari itu adalah. Ya. Ini kadang-kadang saya dapat laporan sampai sebulan tidak ada bekalan air.

Jadi, saya berharap kepada kerajaan untuk mengambil langkah-langkah jangka pendek sebab kita sudah tahu projek ini tidak boleh, projek yang sekarang ini, jangka panjang ini penyelesaiannya lambat sedikit. Kita faham. Tetapi, mesti ada penyelesaian jangka pendek supaya masyarakat tidak menerima kesan dengan ketara.

Datuk Speaker, usaha kerajaan untuk terus mempergiatkan pembasmian kemiskinan dalam belanjawan ini adalah satu usaha murni yang wajar mendapat penghargaan. Dengan jumlah peruntukan 488.5 juta peruntukan adalah diharapkan dapat membantu mengeluarkan lebih banyak rakyat termiskin daripada belenggu terutamanya kemiskinan tegar.

Namun begitu, kerajaan perlu juga memfokus lebih kepada pewujudan pendapatan tetap yang sejajar dengan bantuan yang diberikan secara langsung ini, kerana dibimbangi apabila terhentinya bantuan seumpama di masa akan datang, kerajaan yang berniat baik akan dianggap sebaliknya oleh rakyat.

Pada khidmat saya, penyediaan peluang pekerjaan atau peluang untuk mendapatkan pendapatan yang tetap dan lestari adalah kunci utama kepada kemakmuran dan ...

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…kesejahteraan rakyat. Saya mengambil contoh, rakyat yang mendapat nikmat tinggal di PPR, ramai yang terbeban dengan bil-bil tambahan kerana pendapatan tidak meningkat malah berkurang akhirnya kembali menjadi miskin tegar.

Datuk Speaker, kembali kepada kawasan saya, saya ingin menyentuh mengenai dengan hak pendidikan Sandakan di DUN Sungai Manila. Saya mencadangkan oleh kerana kawasan ini sudah terbiar lebih daripada 15 tahun ya, dengan hanya empat institusi daripada 20 yang dirancang, saya mencadangkan kerajaan membangunkan tapak yang telah diperuntukkan untuk pembangunan komersial dan perumahan kerana wujudnya permintaan tinggi daripada pengguna sektor, pengguna sekitar dan juga pelajar serta kakitangan institusi yang sedia ada dan ada pelabur yang sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membangunkannya tanpa melibatkan peruntukan daripada kerajaan.

Ini diharap akan dapat memangkinkan minat daripada institusi-institusi yang sebelum ini hilang minatnya untuk terus melabur di kawasan hab pendidikan ini. Yang kedua, mengambil alih dan menawarkan lot tanah yang telah diperuntukkan kepada pelbagai institusi yang belum ada rancangan atau untuk membangunkannya atau tidak lagi berminat dan ditawarkan kepada lain-lain institusi, ataupun digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan lain termasuk juga contohnya hospital kedua daerah Sandakan ya.

Datuk Speaker, dalam kesempatan berbahas tentang belanjawan kali ini, saya ingin merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa perkara berikut untuk manfaat penduduk di DUN 51 Sungai Manila. Saya telah menyuarakan ini pada Sidang DUN yang lalu juga, iaitu jambatan menghubungkan Kampung Lalasun dan Kampung Tanjung Pisau ya, di Kampung Tanjung Pisau ini yang berupa seperti pulau tetapi tidak jauh ya dalam lebih kurang 50 ke 60 meter saja dan hari-hari pelajar sekolah terpaksa naik bot dan kawasan ini populasi buayanya makin banyak. Kita tidak mahu bila ada tragedi barulah sudah terhantuk baru kita tengadah. Jadi

saya mintalah kepada kerajaan melalui JKR untuk melihat keadaan ini supaya dapat menyediakan jambatan daripada Kampung Lalasun ke Tanjung Pisau.

Kawasan ini juga merupakan satu kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan baharu bagi Sandakan. Seterusnya, ah ini nampak kecil saja tetapi keperluannya sangat mendesak ya, padang bola awam di Pekan Muhibah. Kawasan ini didiami oleh lebih kurang 33,000 penduduk dan ada sebuah sekolah menengah dan ada sebuah sekolah agama tetapi mereka ketiadaan tempat untuk mengadakan aktiviti sukan disebabkan tidak ada padang. Jadi saya minta kepada kerajaan untuk menyediakan padang awam di pekan ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Dekat-dekat mahu gulung sudah ini Datuk Speaker. Kemudian seterusnya penerapan dan upgrade jalan ya. Alhamdulillah, daripada peruntukan ADUN dan juga peruntukan daripada Parlimen, banyak sudah jalan-jalan yang sudah diupgrade di kawasan Sungai Manila ini, daripada jalan apa ini, kelikir ke jalan yang disimen ataupun diturap. Walau bagaimanapun, masih lagi ada jalan-jalan yang belum diupgrade terutamanya jalan-jalan yang dikendalikan oleh JKR. Selama empat tahun saya jadi YB ini, ada lima jalan raya yang saya kenal pasti di sini yang di bawah JKR yang tidak pernah masuk di dalam anggaran belanjawan untuk diupgrade. Jadi kali ini, kalau boleh mintalah diberikan pertimbangan.

Datuk Speaker, sektor pelancongan merupakan salah satu juga income generator dan saya ucapkan terima kasih kepada penganjur Sandakan Little Hong Kong National and International High Pole Lion Dance Competition yang telah diadakan pada 2-3 November, penganjurnya YB Vivian dan terima kasih kepada YB Luyang yang telah hadir merasmikan majlis tersebut. Terima kasih dan kalau boleh tahun depan kasih besar lagi. Kemudian Festival Sandakan 9-10 November, Bird Festival Borneo Bird, Bird Festival 26-27 Oktober dan Havoc Food Festival 7-11 November. Adalah diharapkan lebih banyak aktiviti dan program kebangsaan dan antarabangsa di bawah Sandakan kerana Sandakan tidak punya industri berimpak tinggi. Kita

hanya bergantung kepada pelancong. Jadi kita minta perkara ini diambil perhatianlah.

Datuk Speaker selaku wakil rakyat yang diamanahkan, saya telah berusaha untuk merancang dan melaksanakan keperluan masyarakat di kawasan saya dengan kuasa dan peruntukan yang ada. Bagi saya keperluan rakyat harus diutamakan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan atas belanjawan yang selaras dengan aspirasi dan keperluan rakyat dan masyarakat pada ketika ini.

Datuk Speaker saya mengambil kesempatan, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini dan kepada semua rakyat dan masyarakat Sabah di luar sana.

Bagai bulan jatuh ke riba, Bajet saksama kemakmuran dirasa; Ini harapan bandar dan desa, Jangan gula menjadi lada.

Terima kasih saya mohon menyokong. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manila. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Pantai Manis.

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Terima kasih Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat tengah hari. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Sabah atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2025 yang disampaikan pada 15 November baru-baru ini. Pembentangan yang bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sememangnya peka dan prihatin terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah atas

pembentangan bajet tersebut. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin dengan keluh kesah rakyat di negeri ini khususnya yang melibatkan isu jaringan infrastruktur dan kemudahan asas yang seolah-olah tiada kesudahan.

Datuk Speaker, saya amat bersyukur sekali lagi diberi peluang dan ruang bagi mewakili suara rakyat di kawasan saya, iaitu DUN N29 Pantai Manis. Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk membawa beberapa usul, khususnya yang berkaitan dengan jaringan infrastruktur dan kepada awam yang memerlukan perhatian segera di kawasan saya. Seperti mana dibentangkan dalam Belajawan Negeri Sabah 2025 sebelum ini, Kerajaan Negeri telah meruntuhkan sebanyak RM2.607 bilion bagi menangani isu-isu melibatkan jaringan infrastruktur dan kemudahan awam.

Selaras dengan peruntukan dibentangkan, saya memohon agar dana tersebut dapat disalurkan di kawasan saya bagi menyelesaikan isu-isu kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, baik pulih bangunan dan sebagainya. Untuk makluman Tuan Speaker, terdapat jalan raya di skuad, di sekitar kawasan Papar yang mana aspalnya telah rosak dan berlubang, iaitu dari jalan Kampung Takis menuju ke Hospital Papar. Begitu juga dengan keadaan jalan raya di jalan Kampung Sri Tanjung Sungai Padang, jalan raya dari jalan Sungai Padang menuju ke Kampung Kuala, jalan raya Kampung Kelanahan dan jalan raya Kampung Kelan… Rimba yang juga mengalami kerosakan. Berdasarkan aduan yang diterima, keadaan jalan raya di kawasan ini telah menjejaskan keselesaan dan keselamatan orang awam ketika memandu, lebih-lebih ketika waktu hujan kerana jalan raya yang berlubang. Saya bimbang sekiranya jalan raya ini dibiarkan ianya boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna. Sehubungan itu, saya memohon agar Jabatan Kerja Raya Sabah…

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

… JKR, untuk turun padang dan sama-sama membantu dalam menyelenggara jalan raya ini secara berkala bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Isu jaringan infrastruktur lain yang tidak kurang pentingnya adalah berkenaan isu perparitan di sekitar Hospital Papar.

Untuk makluman Tuan Speaker, struktur sistem perparitan sedia ada di sekitar Hospital Papar ini adalah jenis parit tanah yang mana sudah tidak mampu untuk menampung air-air hujan yang banyak. Sistem perparitan yang tidak efisien ini perlu diselenggara kerana telah menjadi punca sering berlakunya banjir.

Untuk makluman Tuan Speaker juga, baru-baru ini telah berlaku banjir di sekitar Hospital Papar sehingga menenggelami wad kecemasan. Saya khuatir sekiranya sistem perparitan ini tidak ditambah baik, keadaan banjir ini akan berterusan dan akan merosakkan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan sekitarnya. Berdasarkan tinjauan saya sendiri, beberapa parit besar di kawasan lain juga perlu diselenggara seperti Parit German Ban Kampung Takis, Parit Yunus Kampung Takis, Parit Kinandukan dan Parit Andus. Sepertimana yang kita sedia maklum, parit besar ini memainkan peranan penting bagi menampung jumlah air hujan terutamanya semasa musim hujan lebat. Ini membantu bagi mengelak air daripada bertakung dan boleh menyebabkan banjir kilat serta kerosakan kepada infrastruktur lain.

Sehubungan itu, saya sekali lagi memohon agar pihak JKR dapat melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dengan membina sistem perparitan konkrit di kawasan Hospital Papar dan parit besar yang lain supaya isu banjir ini dapat dibendung. Selain daripada menaik taraf kemudahan asas sedia ada, saya juga ingin mengusulkan cadangan bagi membaik pulih bahagian bangunan terjejas di Hospital Papar akibat kebakaran berlaku baru-baru ini. Kebakaran ini melibatkan bahagian yang menempatkan stor farmasi Hospital Papar manakala infrastruktur lain seperti bilik makmal, kajian yang telah terkena bahang api. Saya difahamkan bahawa seramai 51 orang pesakit telah dipindahkan secara sementara ke beberapa lokasi berbeza di hospital yang sama bagi memastikan keselamatan mereka terjaga. Saya turut dimaklumkan bahawa berlaku kerugian lebih RM1.3 juta bagi ubat-ubatan yang rosak manakala kos bagi kerosakan stor farmasi belum dapat ditentukan. Mengambil kira senario ini, saya memohon pertimbangan Kerajaan Negeri agar dapat menyalurkan peruntukan dana bagi mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih sebahagian kecil bangunan yang terjejas akibat nahas kebakaran tersebut. Baik pulih segera ini adalah perlu memandangkan Hospital Papar merupakan hospital utama di daerah tersebut yang mana menyediakan akses perkhidmatan kesihatan lebih kurang 100 ribu penduduk di kawasan sekitar ini. Hospital ini juga penting

dalam memberikan rawatan kepada penduduk di luar bandar yang mungkin sukar untuk mendapat akses ke hospital-hospital di bandar.

Tuan Speaker, saya turut menerima aduan berkenaan haiwan ternakan, iaitu lembu yang berkeliaran di Pantai Manis. Penduduk di kawasan berkenaan mengeluh kerana ianya telah mengganggu keselesaan mereka. Ini disebabkan lembu yang berkeliaran di jalan raya pada waktu malam terutamanya di kawasan tidak mempunyai pencahayaan lampu yang baik sangat berisiko untuk mengundang kemalangan jalan raya. Saya turut menerima perkhabaran bahawa haiwan ternakan yang berkeliaran ini telah merosakkan tanaman dan merupakan sumber jualan petani dan pekebun yang berniaga di pasar-pasar tamu.

Secara tidak langsung, ianya telah mendatangkan kerugian kepada mereka. Bukan itu sahaja malah setelah diperhatikan haiwan ternakan yang berkeliaran ini juga mencemarkan persekitaran dan mendatangkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Sehubungan itu, saya juga ingin mencadangkan agar Majlis Daerah Papar untuk menguatkuasakan peraturan mengenai penjagaan dan mengurus haiwan ternakan untuk memastikan haiwan tidak dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyuarakan keluh kesah rakyat di kawasan saya berkenaan tahap kebersihan restoran dan tandas awam yang kurang memuaskan khususnya di sekitar kawasan pekan Papar. Kebersihan yang tidak terjaga ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pelanggan dan saya khuatir jika para pemilik restoran tidak menjaga kebersihan restoran mereka, ianya akan menyebabkan pencemaran serta keracunan makanan kepada para pengunjung. Manakala tandas awam yang kotor ini pula boleh menjadi tempat penyebaran penyakit berjangkit dan keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana ianya boleh memberi kesan negatif kepada imej daerah Papar kepada pengunjung luar.

Mengambil kira justifikasi ini, saya juga ingin mencadangkan agar pihak berkuasa seperti Majlis Daerah Papar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan pemeriksaan yang lebih kerap bagi menilai tahap kebersihan di restoran dan tandas awam di sekitar pekan Papar. Tindakan yang lebih tegas tanpa kompromi seperti penalti, denda, dan penutupan sementara juga boleh dikenakan

terhadap pemilik restoran dan tandas-tandas awam agar tahap kebersihannya lebih terjaga.

Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berkenaan penamatan seramai 64 pekerja kilang kasut, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) di daerah Papar. Untuk makluman Tuan Speaker, Mesyuarat Khas Anggota Lembaga Koperasi Bilangan 2/2024 yang diadakan pada 2 Oktober 2024, telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan seramai 232 orang kakitangan dan pekerja serta menutup Kilang Perusahaan Pakaian Tuaran dan Kilang Perusahaan Kasut Papar berkuat kuasa pada 14 Oktober 2024.

Keputusan ini dibuat memandangkan Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat tidak lagi melanjutkan kontrak KOSAN untuk membekal pakaian seragam dan kasut sekolah di semua sekolah-sekolah di negeri Sabah. Apa yang amat mendukacitakan sekali adalah apabila kesemua pekerja ini tidak dibayar gaji hampir tiga bulan. Alangkah sedihnya kerana terdapat pekerja yang sudah bertahun-tahun berkhidmat, tiba-tiba diberhentikan begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu 64 pekerja kilang kasut KOSAN di daerah Papar yang telah diberhentikan ini? Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang kehilangan mata pencarian ini atau akses kepada peluang pekerjaan dalam sektor lain atau bantuan sosial dalam bentuk bantuan sara hidup. Inisiatif ini perlu bagi membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terjejas.

Tuan Speaker, akhir kata saya berharap agar usul yang saya bawa ini bagi mewakili suara rakyat di DUN Pantai Manis akan mendapat perhatian sewajarnya. Melalui cadangan dikemukakan ini, saya percaya ianya mampu merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri selaras dengan tema Belanjawan 2024 kali ini, iaitu “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” yang bermatlamat untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan itu, saya mohon agar semua isu dan cadangan yang saya kemukakan di Dewan yang mulia ini, disokong sepenuhnya. Tuan Speaker, Pantai Manis mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat dari Pantai Manis. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Banggi. 12 minit, ya. Yang sebelum tu, selepas itu, saya minta ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Suhaimi untuk bersedia, ya. Silakan, teruskan. 12 minit.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera …

Speaker

Waalaikumsalam.

… Salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah pada 15 November 2024 yang lalu. Belanjawan yang bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM6.421 bilion, ibarat ramuan yang ampuh dalam mendepani usaha merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Menteri Kewangan Sabah dan juga Ketua …

… Menteri atas kejayaan merangka satu belanjawan, yang pada hemat saya akan memberikan manfaat besar kepada masyarakat Sabah, dan juga pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Alhamdulillah, Kerajaan GRS senantiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan pembangunan, serta pertumbuhan ekonomi sepertimana tahun-tahun sebelum ini. Dalam masa yang sama, Belanjawan 2025 ini menampakkan usaha sungguh-sungguh kerajaan, untuk melonjakkan dan menggerakkan dengan lebih laju, usaha merealisasikan impian rakyat Sabah yang lestari, berasaskan kebersamaan dengan berpandukan lima tonggak utama. Yang pastinya rakyat negeri Sabah inginkan, termasuklah usaha menarik pelaburan, yang memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negeri. Menangani ketidakseimbangan ekonomi dan taraf hidup,

pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerajaan.

Tuan Speaker, sehubungan dengan itu, sidang kali ini saya membawa suara dan juga aspirasi masyarakat Pulau Banggi kepada kerajaan hari ini. Saya tidak berhajat untuk membicarakan soal perkembangan dan isu semasa berkaitan negeri secara keseluruhan, soal kawasan-kawasan lain jauh sekali. Untuk kali ini saya lebih fokus mengutarakan isu dan juga keluhan masyarakat yang saya wakili. Saya mohon kepada barisan Kabinet Negeri dan juga pegawai-pegawai tinggi jabatan-jabatan kerajaan, untuk mendengar dengan teliti dan empati kepada kawasan dan juga masyarakat kami. Pulau Banggi merupakan antara pulau terbesar di Malaysia. Pulau ini terletak di utara Sabah yang jaraknya dari tanah besar Kudat, lebih kurang 40 km dengan mengambil masa 1 jam 30 minit menaiki feri. Pulau ini terdiri daripada 55 buah kampung dan puluhan pulau-pulau kecil yang lain. Dengan keluasan keseluruhan seluas 442 kilometer persegi dan dihuni lebih kurang 30 ribu jiwa. Pulau Banggi pada dasarnya masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, tidak dikenali sebelum ini, bukan hanya dikategorikan sebagai luar bandar tapi juga sangat pedalaman. Tidak ramai pemimpin sebelum ini pernah menjejakkan kaki dan menyantuni Pulau Banggi, kerana mungkin beranggapan Banggi tidak ada apa-apa yang istimewa. Namun, sejak kebelakangan ini, Pulau Banggi menjadi tumpuan khasnya apabila viral terkait Pasir Silika di Balambangan.

Saban tahun masyarakat Pulau Banggi mendengar dengan penuh harap sekian belanjawan, akan ada tempiasnya untuk pulau yang kami cintai ini. Harapan demi harapan berlalu saban tahun. Dari zaman pemerintahan UMNO, hinggalah kepada Warisan dan kini Gabungan Rakyat Sabah, kami tidak akan berhenti meminta, merayu, berharap dan berdoa agar nasib kami terbela nanti.

Datuk Speaker, Pulau Banggi belum ada pelan pembangunan yang jelas dan tuntas daripada kerajaan sehingga hari ini. Bukan kerana masyarakatnya tidak celik, tapi mungkin dasar pembangunan negeri yang tidak sekata sebelum ini, mungkin kerana tumpuan peruntukan lebih kepada kawasan atau daerah penuh atau bandar-bandar besar. Namun kita semua tidak sedar, khazanah alam yang bernilai ada di Pulau Banggi. Sebut saja pasir silika, kini menjadi rebutan kebanyakan GLC dan juga syarikat-syarikat dalam dan luar negara. Pulau Banggi juga kaya dengan khazanah

laut, menyumbang kepada hasil perikanan negeri Sabah. Keindahan pulau dan pantainya berpotensi sebagai hab pelancongan. Kami masyarakat Banggi ternanti-nanti siapakah Menteri dan Kabinet Negeri pemberani, simpati lalu memayungi kami? Mana kerajaan yang memajukan bumi tercinta ini maka, kerajaan itulah yang akan kami sanjung tinggi. Mana kerajaan yang dapat mendengar suara kami maka, kerajaan itulah yang akan kami undi dan tidak perlu diganti.

Jika pihak kerajaan membenarkan GLC atau Syarikat Perlombongan Pasir Silika, silakan tapi jangan lupa kembalikan kepada masyarakat Banggi keuntungan melalui pembangunan yang mampan. Pembangunan yang mampan yang saya maksudkan, perlulah ada garis panduan jelas kepada pengusaha silika ini, antaranya GLC atau syarikat ini perlu mengemukakan terlebih dahulu cadangan pembangunan yang lestari. Mereka perlu bukan hanya melombong pasir, tapi juga lebih penting selepas itu perlu adanya perancangan pembangunan projek atau program hiliran, mungkin seperti kolam ternakan udang ataupun ikan, pembangunan kawasan pelancongan, program penanaman kelapa dan juga program penternakan kambing ataupun lembu.

Kepada pihak yang mahukan keindahan lautan terumbu karang dan pantai pulau-pulau sekitarnya, kembalikan kepada masyarakat Banggi melalui peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan. Andai ada pihak yang mengidamkan sumber alam lainnya, kembalikan kepada masyarakat Banggi melalui pembangunan kemudahan asasnya. Jalan raya kami hanya 16 kilometer yang berturap, selebihnya ratusan kilometer lagi masih jalan lumpur, dan paling menyedihkan bila musin hujan ianya tidak boleh lagi dilalui. Masyarakat kampung, staf klinik kesihatan, guru-guru, petani serta nelayan mengeluh dan mencari Wakil Rakyat mereka untuk minta diselesaikan segera.

Kepada Menteri dan juga Kementerian Kerja Raya, Banggi ada loji air tetapi sumber airnya akan terputus ketika kemarau, atau ketika air sungai kering, atau ketika bekalan minyak melalui JKR yang dikonsesikan pada syarikat, gagal sampai tepat pada masanya. Apabila situasi ini berlaku, ADUN menjadi sasaran makian dan ejekan terutama daripada pihak pembangkang. Dalam masa yang sama, loji yang sedia ada ketika ini hanya dapat menyalurkan air paip kepada 23 buah kampung, manakala 24 buah kampung lagi belum ada paip air, tidak termasuk empat buah

pulau berpenghuni lain seperti Pulau Balambangan yang ada empat buah kampung, Pulau Sibogo, Pulau Tanjung Manawali, Pulau Mandi Darah dan Pulau Tigabu.

Situasi yang sama juga berlaku dari sudut bekalan elektrik, hanya sebilangan kampung sahaja yang mendapat bekalan kemudahan ini, manakala separuh lagi belum menerimanya. Penduduk kampung-kampung yang tidak menerima bekalan elektrik ini sudah tentu sangat terkesan dalam banyak perkara, anak-anak tidak dapat mengulang kaji pelajaran menjelang hari gelap, ekonomi rakyat tidak dapat dirangsang, bahkan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan tidak dapat dilaksanakan pada waktu malam.

Tuan Speaker, banyak lagi kekurangan di Pulau Banggi, bahkan daerah kami yang banyak potensi ini jauh lagi daripada pengiktirafan daerah penuh. Pulau Banggi tiada balai bomba, bila ada kes kebakaran hanya sukarelawan bomba yang bergegas memadamkan api dengan menggunakan baldi dan pam semburan rumput. Pulau Banggi tiada padang daerah, belianya hanya menumpang kasih pihak sekolah. Pulau Banggi tiada mesin ATM, jauh sekali bank, jika berurusan perlu turun ke Kudat bandar Kudat. Pulau Banggi tiada tempat pembuangan sampah kerana masih bergantung ehsan Lembaga Bandaran Kudat. Jabatan-jabatan penting hanya megah di bandar namun, tiada di Pulau Banggi. Bagaimana menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, jika staf dan pegawai jabatan-jabatan berkaitan terhad, dan tidak dapat memantau dan merencana plan pembangunan untuk masyarakat dan kawasan ini.

Empat belas buah sekolah rendah di Pulau Banggi masih dalam kategori sekolah daif, bahkan lapan daripadanya tiada bekalan elektrik. Lain-lain kemudahan pembelajaran jauh sekali, guru-gurunya bergantung pada air perigi. Kebanyakan keluarga guru-guru ini tinggal di tanah besar Kudat, selepas solat jumaat pada jam dua petang akan keluar ke Kudat menaiki feri, untuk bertemu keluarga yang mereka rindui setelah ditinggalkan seminggu atau dua minggu. Kebanyakan perjalanan keluar ke Kudat menaiki feri ini akan berdepan dengan laut yang bergelora, namun yang menyedihkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengurangkan nilai elaun pedalaman guru-guru ini. Saya memahami kesungguhan dan cabaran yang dihadapi rakan-rakan guru Pulau Banggi, kerana saya juga pernah mengajar atau bertugas selama lebih kurang lapan tahun di sekolah Pedalaman Tiga di SK

Balambangan. Oleh yang demikian, saya merayu kepada Exco Pendidikan Negeri yang merupakan juga Menteri KSTI, untuk memanjangkan hal ini kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan kemudian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk menilai semula perkara ini agar tidak menjejaskan pendidikan anak-anak masyarakat kami di Pulau Banggi.

Datuk Speaker, saya menyambut baik kenaikan gaji dan juga pemberian bonus tahunan kepada penjawat awam negeri, sama ada lantikan tetap, kontrak dan juga harian. Sejajar dengan itu, saya membawa juga rintihan pesara awam …

…Negeri Sabah jika boleh pencen mereka juga dinaikkan. Atau pun apa-apa bentuk kemudahan yang lain. Demikian juga saya mencadangkan agar sukarelawan Bomba jika boleh diserapkan sebagai Penjawat Awam Negeri atau sekurang-kurangnya diberikan elaun setimpal. Khasnya bagi kawasan-kawasan luar bandar atau pedalaman atau jauh daripada kemudahan Balai Bomba seperti kawasan saya Pulau Banggi. Hari ini masyarakat Pulau Banggi meyakini dengan sangat tinggi bahawa Kerajaan GRS mampu merealisasikan impian yang mereka dahagakan pembangunan dan juga pembelaan. Lihat sahaja siri lawatan beberapa orang Menteri dan juga Pembantu Menteri Kabinet Negeri Sabah dan juga Menteri Penuh Persekutuan. Bahkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah mengumumkan pada 5 Mei 2024 yang lalu di Dewan Tun Mustapha Kudat semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri berhubung peruntukan pembinaan loji air yang baharu. Saya memahami proses reka dan bina untuk loji rawatan air baharu di Bangkingit, Pulau Banggi. Ini dalam proses penyediaan dokumentasi di peringkat Kementerian Kewangan negeri. Namun mewakili masyarakat Banggi yang acap kali bertanya bilakah agaknya pembinaan LRA ini akan dimulakan. Terima kasih juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya kini dengan terbinanya loji air baharu ini akan dapat membekalkan air bersih kepada loji lama dan juga akan dibina paip air ke kampung-kampung yang belum mendapat bekalan air di sebelah utara Pulau Banggi. Terima kasih juga kepada Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan juga Kerajaan Negeri. Melalui Belanjawan tahun 2025 ini, Pulau Banggi telah diperuntukkan pembinaan Perpustakaan Desa

dan juga Jeti Awam di Pekan Kerakit, Banggi Fasa 2. Selain saya difahamkan Projek naik taraf Jalan Kampung Limbuak ke Kampung Pangkalan Darat Banggi dalam proses tender. Semua kemudahan ini semestinya adalah khabar gembira hasil usaha Kerajaan ini. Ini petanda bahawa Kerajaan GRS serius dan komited untuk menyelesaikan segala keperluan rakyat di seluruh Sabah. Khasnya kawasan kami Pulau Banggi.

Tuan Speaker, berhubung dengan ketidakseimbangan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti mana pada tonggak kedua Pembangunan Lestari. Suka saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa usaha ini belum menampakkan impaknya di Pulau Banggi. Oleh yang demikian, melalui Kementerian Perikanan, melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan juga Industri Makanan Sabah kami mohon agar diberikan program atau projek pertumbuhan ekonomi bersesuaian dengan tanah yang subur dan khazanah lautan yang banyak. Saya difahamkan LIGS memiliki tanah seluas lebih 3,000 hektar di Pulau Banggi yang telah diwartakan pada Januari 2018. Mewakili masyarakat Banggi, saya mencadangkan agar Kerajaan dan juga Kementerian mengusahakan atau membangunkan sebahagian tanah ini dengan ternakan lembu atau projek kolam ternakan udang atau pun apa sahaja yang sesuai dan juga saya mohon agar sebahagiannya dibubarkan untuk diserahkan milikan tanah kepada penduduk Pulau Banggi.

Speaker

Mula gulung ya YB.

Okey, terima kasih Datuk Speaker.

Dari segi aspek keagamaan, Pulau Banggi ada 55 buah kampung, rata-rata kampung ini memiliki surau yang sudah sangat uzur dan perlu dibina baru. Hasil tinjauan kami ada beberapa buah surau, kampung-kampung terlibat seperti Indah Lupi, Kampung Laksian, Kampung Telutu, Kampung Batu Sirih, Kampung Padang, Kampung Damaran, Kampung Sibumbung, Kampung Limbuak dan juga masjid, dua buah masjid, iaitu Kampung Timbang Dayang dan juga masjid Kampung Tanjung Maliwali sudah tidak boleh digunakan lagi. Di samping surau-surau lain juga perlu pembaikan. Manakala bagi masyarakat bukan muslim, di Pulau Banggi ada lebih kurang 14 buah gereja atau pun rumah ibadat. Semuanya juga perlu bantuan baik pulih dan bina baru, yang terakhir berkaitan dengan Rumah SMJ. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas inisiatif ini. Alhamdulillah

tahun hadapan 40 buah rumah lagi bakal dibina di kawasan kami sama bilangannya seperti kawasan lain. Rakyat yang menerima sangat bersyukur dan gembira. Namun berbeza dengan kontraktor yang dilantik mengeluh kerana kos pengangkutan yang sangat tinggi merentas laut dari tanah besar Kudat ke Pulau Banggi lebih kurang 40 kilometer menaiki kapal kargo. Nilai Rumah SMJ hanya RM80,000 kalau saya tidak silaplah Datuk Speaker.

Datuk Seri Menteri Kewangan dan juga Kerajaan Negeri, saya merayu dan menyeru agar bagi kawasan saya wakili ini, nilai Rumah SMJ ini dapat dinilai semula supaya bukan sahaja rakyat yang menerima gembira tapi pelaksana pembina rumah SMJ ini juga gembira.

Datuk Speaker, saya akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Terima kasih daun keladi, Datuk Seri Hajiji dan Datuk Seri Masidi; Diaju sudah masalah Pulau Banggi, Sudilah kiranya membantu kami.

Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua rakan-rakan yang meraihkannya dan juga Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua ahli Dewan yang mulia ini. Banggi mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Banggi dan sekarang saya persilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir. 12 minit ya.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker, di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas …

Speaker

Lepas itu Tanjong Kapor. Bersedia ah… Tanjong Kapor dan Limbahau. Teruskan.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Saya ingin mengambil peluang di sini menyuarakan suara rakyat dan mengemukakan cadangan-cadangan di Dewan yang

mulia ini. Belanjawan yang dibentang oleh Menteri Kewangan pada Jumaat lepas yang bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dilihat sebagai belanjawan besar membabitkan peruntukan RM6.42 bilion untuk anggaran perbekalan dan peruntukan RM1.299 bilion untuk perbelanjaan pembangunan berbanding belanjawan tahun 2024 RM5.701 bilion untuk anggaran perbelanjaan dan peruntukan RM1.328 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dilihat angka peruntukan perbekalan meningkat kepada RM70.72 juta, 70 ini sensitif juga. Datuk Seri Speaker dan perbelanjaan pembangunan dikurangkan kepada RM29 juta. Datuk Seri Speaker, saya ingin menyuarakan suara rakyat berhubung belanjawan 2025 yang disifatkan tidak menyelesaikan isu utama yang membelenggu rakyat Sabah, iaitu kegagalan Kerajaan Negeri dalam mengurangkan permasalahan bekalan air bersih dan terawat serta bekalan elektrik kepada penduduk dan isu-isu berkaitan jajaran rangkaian jalan raya. Saya juga ingin bertanya berhubung bantuan one off yang diumumkan oleh Kerajaan kepaga...kepada peniaga gerai kecil tetapi peniaga tepi jalan yang berlesen sah sebanyak RM5,000.00 Mahasiswa IPTA ah… dalam Sabah SENTOSA secara one off RM300.00 seorang dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPTA (BUDI) berjumlah RM2,000.00 kepada setiap pelajar yang menyambung yang ah… peringkat ijazah RM1…RM1,500 kepada pelajar di peringkat Diploma dan Matrikulasi. Saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan sebenar disediakan jumlah sasaran penerima bantuan dan bilakah pembayaran ini mula dibuat dan berapakah jangka masa pembayaran ini berakhir.

Datuk Speaker, Isu bekalan air bersih Negeri Sabah adalah masalah yang sudah lama berlarutan masih banyak kawasan di luar bandar termasuk di kawasan DUN Gum-Gum yang penduduknya masih bergantung kepada air sungai atau air hujan yang tidak dirawat bagi digunakan untuk tujuan seharian. Di kawasan bandar pula seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau masalah tekanan air rendah dan bekalan air yang tidak konsisten semakin membebankan pengguna domestik serta peniaga. Jabatan Air Negeri Sabah telah diperuntukkan RM729.29 juta bagi melaksanakan program-program penyelesaian segera dan jangka pendek walaupun terdapat peningkatan…

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Peruntukan kepada Jabatan ini sebanyak RM49.94 juta berbanding angka Belanjawan 2024 sejumlah RM679.85 juta. Jumlah peruntukan ini dilihat tidak menyelesaikan secara menyeluruh permasalahan bekalan air di Sabah, sedangkan Jabatan ini memerlukan peruntukan yang lebih besar dan pelan jangka panjang Kerajaan Negeri sendiri untuk penyelesaian isu bekalan air bersih dihadapi rakyat dalam Belanjawan 2025. Saya ingin bertanya, adakah peruntukan RM729.79 juta kepada Jabatan Air Sabah hanya memfokuskan kepada pembaikan pengurusan Jabatan Air dan selebihnya untuk program-program penyelesaian segera? Saya berpandangan adalah wajar sekiranya masalah bekalan air ini diselesaikan secara holistik dan menyeluruh.

Pertama, Kerajaan Negeri perlu untuk mengenal pasti loji rawatan air yang tidak mampu untuk memenuhi permintaan pengguna seperti di Loji Rawatan Air Telibong yang kini beroperasi melebihi kapasiti dan telah mengakibatkan gangguan bekalan.

Kedua, Kerajaan Negeri perlu mengatasi masalah non revenue water, kadar non revenue water di Sabah ini mencecah lebih daripada 40%, iaitu jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan. Adalah wajar sekiranya Kerajaan Negeri menambah peruntukan yang lebih kepada kerja-kerja penggantian paip-paip usang yang sering bocor dan telah mengakibatkan pembaziran hasil negeri serta kos penyelenggaraan yang tinggi.

Datuk Speaker, masalah bekalan elektrik di negeri Sabah ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian rakyat tetapi juga menyekat pembangunan ekonomi negeri Sabah, yang amat memerlukan sokongan infrastuktur asas yang kukuh. Sabah terus mengalami masalah bekalan elektrik yang tidak stabil, gangguan bekalan, tekanan rendah dan kerap berlaku blackout menyebabkan ketidakselesaan kepada rakyat dan menjejaskan produktiviti perniagaan terutama di kawasan pedalaman. Kapasiti gred elektrik di negeri Sabah kini tidak lagi mampu untuk menampung permintaan yang semakin meningkat terutamanya dengan pertumbuhan sektor perindustrian dan perumahan.

Bagi tahun 2023, Sabah mencatatkan sistem purata tempoh gangguan, iaitu SAIDI sebanyak 150 minit, pengguna jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan. Pada masa yang sama terdapat sebilangan besar tenaga elektrik yang dijana menggunakan diesel yang bukan sahaja mahal tetapi tidak mesra alam.

Saya ingin bertanya, apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar gangguan ini dan berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri mengatasi masalah bekalan elektrik?

Kerajaan Negeri sepatutnya menyediakan peruntukan bagi penyediaan sumber bekalan elektrik, teknologi hijau dan lestari untuk menggantikan pengunaan diesel. Walaupun Sabah kaya dengan sumber mineral hasil bumi yang boleh mengubah kepada teknologi, tetapi sumber yang boleh diperolehi ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Datuk Speaker, isu jalan raya, rakyat Sabah masih berdepan dengan cabaran infrastruktur jalan yang tidak memadai. Masalah ini bukan sahaja melibatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya tetapi turut memberikan impak yang besar kepada pembangunan ekonomi negeri.

Sabah mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang lebih 21 ribu kilometer tetapi hampir separuh daripadanya masih dalam keadaan tidak berturap, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Jabatan Kerja Raya hanya diperuntukkan sebanyak RM424.53 juta bagi melaksanakan program membina dan menaik taraf jalan raya di kawasan bandar, luar bandar dan pekan kecil, membina dan menaik taraf jambatan, cerun, bangunan kerajaan dan program infrastruktur yang lain. Jumlah peruntukan ini telah dikurangkan kepada RM6.31 juta dari angka Belanjawan 2024 sebanyak RM430.84 juta sedangkan masih banyak program membina, penyelenggaraan dan menaik taraf jalan raya di negeri-negeri ini perlu dilaksanakan untuk memastikan keselesaan dan kepentingan rakyat.

Kawasan pedalaman yang kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran menghadapi cabaran besar untuk mengangkut hasil ke pasaran menyebabkan kos logistik meninggi, meningkat. Adakah sekadar mengharapkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi apabila peruntukan tersebut

disediakan, ianya tidak dibelanjakan dengan sebaik mungkin. Cukuplah Kerajaan Negeri memberikan alasan bahawa ia tidak dapat dibelanjakan dan Kementerian Kewangan Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan penyaluran peruntukan ke Tabung Amanah Sabah. Penyelesaian yang menyeluruh perlu diambil dalam memastikan isu jalan raya di negeri Sabah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Rakyat Sabah hanya ingin menikmati infrastruktur yang memadai. Isu ini sepatutnya sebagai keutamaan demi keadilan sosial kesejahteraan rakyat Sabah.

Datuk Speaker, peruntukan pembangunan Sabah, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion untuk Pembangunan Sabah dan pemberian khas sebanyak RM600 juta. Saya yakin dengan peruntukan disediakan oleh Kerajaan Persekutuan ini mampu menyediakan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih yang masih ketinggalan.

Walaupun peruntukan yang diberikan kepada Sabah meningkat secara konsisten saban tahun tetapi Kerajaan GRS tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan yang telah diberikan sebelum ini untuk menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat. Sebagai contoh bagi tahun 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah tetapi hanya RM4.9 bilion yang telah dibelanjakan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, adakah ia berlaku punca dari kegagalan Kerajaan Negeri untuk menyelia, mentadbir, mengurus peruntukan yang disediakan itu dengan baik. Saya ingin bertanya, apakah jaminan, perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan peruntukan Pembangunan Sabah dan Kerajaan yang Kerajaan Persekutuan ini diguna sepenuhnya untuk manfaat rakyat keseluruhnya. Tidak ada gunanya peruntukan besar telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi gagal dibelanjakan sepenuhnya yang menyebabkan rakyat Sabah terus ketinggalan.

Jalan berlubang semakin panjang, Bila hujan lumpur melimpah; Janji dahulu selalu diulang, Tetapi hasilnya tidak pernah bah.

Datuk Speaker, Kompleks Pusat Islam Libaran, di kesempatan ini saya ingin menyuarakan suara rakyat Sandakan. Khususnya Parlimen Libaran, berhubung kos Kompleks Pusat Islam Libaran Sandakan.

Speaker

Mula, mula gulung, ya, YB.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Ya, Datuk Speaker, Projek Pembangunan Kompleks Pusat Islam ini dikatakan telah siap 50% pembinaannya, kini dilihat terhenti pada masa-masa tertentu oleh kerja tidak dibuat tetapi terlalu perlahan. Ia amat mengecewakan masyarakat Islam di Sandakan khususnya di Parlimen Libaran. Pembinaan kompleks ini telah dilancarkan pada fasa awal 15 Februari 2017 dengan kos RM60 juta dan sepatutnya disiapkan pada 2019 tetapi gagal disiapkan selepas tertangguh pembinaannya. Kompleks ini kemudiannya diteruskan sepatutnya disiapkan pada November 2021, telah dilanjutkan pembinaan ekoran kelewatan lebih kurang tempoh enam bulan tetapi sehingga hari ini masih gagal disiapkan. Ini juga akan membuka peluang kepada penduduk setempat. Saya ingin memohon penjelasan, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi, mengapakah Kompleks Pusat Islam ini masih gagal disiapkan sehingga ke hari ini?

Datuk Speaker, Belanjawan 2025 sewajarnya memberikan penekanan khas terhadap isu keselesaan rakyat dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Isu masalah bekalan air bersih masih lagi membelenggu rakyat, kerosakan perhubungan jalan raya utama masih ada tidak diselenggarakan serta belum dinaik taraf dan gangguan elektrik yang kerap berlaku menjadi permasalahan utama rakyat tidak diberikan penekanan khas untuk jangka panjang yang dapat mengubah keadaan hidup rakyat Sabah secara signifikan. Tindakan Kerajaan GRS meraih populariti sementara menjelang PRN dengan banyak dana yang diperuntukkan kepada rakyat yang disifatkan sementara tidak menyentuh akar permasalahan utama di negeri dihadapi rakyat. Belanjawan kali ini juga disifatkan …

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Sebagai pemberian jangka pendek dan hanya memberi kepuasan sementara kepada rakyat dari Kerajaan GRS untuk

menghadapi PRN. Selepas PRN, rakyat akan menghadapi masalah yang sama tanpa penyelesaian sebenar terhadap isu-isu utama yang kini semakin kritikal dan berlarutan setiap tahun. Saya amat berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian secukupnya dalam membangun negeri Sabah.

Datuk Speaker,

Seiring jalan penuh semak, Bila banjir jalan tenggelam; Menteri cakap memang bijak, Rakyat susah mana mahu faham.

Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih ADUN Yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Suhaimi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Kapor. Limbahau bersedia ya. Lepas Limbahau.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Semakin panjang.

Speaker

Yang Berhormat Balung. Silakan Tanjong Kapor. 12 minit ya.

Datuk Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Okey, terima kasih Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”. Saya ingin membawa kepada perhatian Dewan ini berkenaan dengan dua masalah di kawasan N.4 Tanjong Kapor yang memerlukan tindakan dan komitmen yang segera dari pihak-pihak yang berkaitan. Namun, sebelum saya membahaskan masalah yang dihadapi oleh rakyat saya di kawasan N.4 Tanjong Kapor, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan GRS dan PH Plus dan khususnya Yang Amat Berhormat Sulaman yang telah berjaya memulakan kerja-kerja pembinaan empangan air dan juga stesen janakuasa hidroelektrik, sebagai langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah air dan elektrik di Sabah secara muktamad. Dan saya juga sangat kagum dengan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri kita yang telah

memulakan Projek Sistem Simpanan Tenaga Bateri atau BESS yang berkapasiti 100 megawatt yang merupakan sistem BESS terbesar di Asia Tenggara dan dijangka siap pada bulan Jun tahun depan.

Projek ini merupakan satu tindakan proaktif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik sementara menunggu Stesen Janakuasa Hidroelektrik Ulu Padas siap sepenuhnya. Apabila projek-projek penyelesaian jangka panjang ini sudah siap, maka kita akan dapat mengatasi masalah air dan elektrik di Sabah secara tetap. Sebab itu adalah penting untuk rakyat Sabah memberi masa dan mandat kepada Kerajaan GRS dan PH Plus pada PRN 17 nanti, untuk terus mengurus negeri Sabah supaya projek-projek yang dalam pembinaan ini dapat disiapkan secepat mungkin tanpa sebarang gangguan. Jika bertukar Kerajaan Negeri lagi sebelum siap projek-projek kritikal ini, maka akan terjadilah seperti Projek Pan Borneo yang jauh ketinggalan berbanding Sarawak disebabkan oleh ketidakstabilan politik.

Datuk Speaker, walaupun dengan tersusunnya semua projek-projek jangka panjang untuk mengatasi masalah air dan elektrik di Sabah, namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, masalah elektrik dan air di kawasan N.4 Tanjong Kapor telah mencapai ke satu tahap yang agak kritikal. Dari kawasan Pekan Kudat sehinggalah ke kampung-kampung di pedalaman di kawasan N.4 Tanjong Kapor, mengalami masalah bekalan air dan elektrik. Terdapat kampung-kampung yang tiada air sehingga berminggu-minggu dan masalah gangguan bekalan elektrik pula berlaku hampir setiap hari dan kadangkala tiga hingga empat kali dalam sehari.

Anak-anak di asrama mahupun di rumah tidak dapat belajar pada waktu malam. Restoran dan resort terpaksa membeli air tangki jika ingin terus berniaga dan semakin hari, masalah ini semakin kritikal dan saya paling risau ialah anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula pada bulan depan sehingga bulan Februari 2025. Selain daripada SPM, sekolah-sekolah juga akan mengadakan ujian akhir sesi akademik. Saya sangat khuatir jika masalah air dan elektrik berterusan semasa musim peperiksaan ini, maka persiapan dan pencapaian anak-anak ini akan terjejas.

Oleh itu, saya merayu kepada kementerian yang bertanggungjawab untuk mewujudkan satu task force khas. Task force ini akan bertanggungjawab bagi mencari satu penyelesaian dalam jangka masa pendek supaya masalah elektrik dan air di kawasan N.4 Tanjong Kapor boleh diatasi sekurang-kurangnya di musim peperiksaan ini, supaya semua pelajar-pelajar dapat menduduki peperiksaaan yang penting ini dalam keadaan yang selesa dan tanpa gangguan dalam persediaan mereka.

Datuk Speaker, Kudat mempunyai 358 hektar tanah padi sawah dan hanya segelintir pesawah sahaja yang ada mengusahakan tanah padi sawah mereka, dan mereka hanya menanam sekali dalam setahun untuk pembekalan sendiri sahaja dan bukan untuk dikomersialkan. Saya telah berjumpa dengan sekumpulan pesawah dan dengar sendiri rintihan mereka kenapa tidak mengusahakan tanah padi sawah yang mereka miliki. Kekangan yang mereka hadapi ialah kos penanaman padi yang semakin mahal, bahan-bahan import seperti bahan racun dan sebagainya yang semakin meningkat, tiada kemudahan takungan air yang tersedia supaya mereka boleh menanam padi dalam tiga hingga empat kali dalam setahun, supaya mereka boleh mengkomersialkan hasil mereka. Oleh itu, saya ingin mengalu-alukan kementerian yang bertanggungjawab turun ke padang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesawah ini. Saya percaya bahawa jikalau kesemua tanah padi sawah yang terdapat di Kudat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, maka ia akan mengurangkan kadar import beras dari luar negara.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang syarat menyediakan tapak tanah sendiri untuk pembinaan rumah SMJ. Pada kebiasaannya, masalah yang dihadapi terutama penduduk kampung yang tinggal di persisiran pantai, tidak dapat penyediaan tapak tanah untuk pembinaan rumah SMJ. Maklumlah mereka dalam kategori miskin tegar ini tidak mempunyai geran tanah sendiri mahupun tapak tanah untuk pembinaan rumah SMJ. Syarat ini sering menyebabkan mereka yang sepatutnya layak menerima pembinaan rumah SMJ ini akan tercicir, oleh kerana mereka tidak dapat menyediakan tapak tanah untuk pembinaan rumah SMJ. Oleh itu, saya minta kementerian yang bertanggungjawab dapat pertimbang untuk menambah baik syarat-syarat untuk pembinaan rumah SMJ ini. Permudahkanlah cara dan bukan merumitkan cara untuk mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar ini.

Datuk Speaker, saya mengalu-alukan cadangan Yang Amat Berhormat Sulaman tentang keperluan pewujudan satu industrial park di daerah Kudat dan juga pembinaan pelabuhan antarabangsa dan juga pembinaan landasan kereta api dari Sepanggar ke Kudat, dipercepatkan supaya peluang pekerjaan untuk belia-belia di persekitaran Kudat dapat direalisasikan.

Datuk Speaker, sebelum saya akhiri ucapan saya di Dewan yang mulia ini, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Merry Christmas dan Happy New Year kepada semua yang meraihkannya terutama seluruh rakyat di N.4 Tanjong Kapor. Tanjong Kapor mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Tanjong Kapor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Limbahau. Limbahau, lepas itu Balung bersedia ya.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih.

Speaker

12 minit ya.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Okey. Terima kasih Datuk Speaker. Salam MADANI dan Salam Maju Jaya dan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2025 di DUN pada hari ini. Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kita panjatkan kepada Tuhan yang mahakuasa kerana dengan izin-Nya juga, kita semua diberikan kesihatan yang sebaik-baiknya dan dapat hadir untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Belanjawan Negeri 2025 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada petang hari Jumaat yang lepas, bersamaan 15 November 2024. Untuk itu, Limbahau ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Karanaan selaku Menteri Kewangan di atas pembentangan belanjawan tahun depan yang merupakan kesi …

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Sehubungan daripada siri belanjawan prihatin kerajaan untuk rakyat negeri ini. Yang jelas dan terang, inti pati belanjawan

berjumlah RM6.421 billion ini sesungguhnya mencerminkan sifat kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah teraju Yang Amat Berhormat Sulaman, selaku Ketua Menteri dalam mengemudi bahtera negeri ini yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya, ketika usaha-usaha terus dibuat untuk menyuburkan ekonomi bagi memakmurkan rakyat tanpa membelakangkan fungsi serta peranan sektor awam dan korporat. Seperti rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, Limbahau ingin berkongsi kegembiraan sepintas lalu terhadap beberapa inti pati menarik belanjawan tersebut.

Pertamanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang diperuntukkan RM106.43 juta untuk perbekalan dan RM243.5 juta, pembangunan. Sebagai Kementerian kelima mendapat peruntukan terbesar, ini bermakna belanjawan tahun depan meletakkan kepentingan masyarakat luar bandar sebagai keutamaannya. Berpaksikan atas kepentingan rakyat, kita berharap agar usaha pembangunan masyarakat di luar bandar terus diperkasakan lagi bagi mengimbangkan jurang kemajuan bandar dan desa.

Bukan rahsia betapa kekurangan dan kedaifan hidup rakyat di luar bandar senantiasa menagih simpati dan kemajuan daripada kerajaan. Dengan membawa kemajuan dan pembangunan ke luar bandar ia tentu sekali dapat mengatasi masalah ekonomi kampung, pengangguran dan penghijrahan belia-belia ke bandar.

Sebagai wakil rakyat dari kawasan kategori luar bandar, Limbahau mengharapkan agar kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik selain sekolah dan kemudahan kesihatan diperhebatkan tumpuannya oleh kerajaan. Saya yakin dan percaya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari kawasan luar bandar yang menyimpan harapan yang sama agar rakyat yang diwakili turut sama menikmati erti kemajuan dan pembangunan.

Kedua, pelaburan asing yang datang ke Sabah dibawa ke peringkat daerah bagi menggerakkan ekonomi setempat dan tidak tertumpu di pusat-pusat bandar sahaja. Limbahau dalam daerah Papar, bersyukur kerana adanya pelabur dari luar negara yang membina hotel di daerah kami, selain pelaburan berkaitan solar yang ditempatkan di Kimanis. Apa yang diharapkan agar lebih banyak pelabur sedemikian

dibawa ke peringkat daerah supaya ia dapat membugarkan ekonomi di kawasan luar untuk menjadi kawasan pertumbuhan baru.

Limbahau mengalu-alukan komitmen kerajaan sebagai mana dalam perenggan ke-21 belanjawan ini yang menekankan beberapa tonggak utama. Saya petik dua tonggak teratas yang disebutkan, iaitu pertama, menyokong pembangunan lanjut sektor-sektor produktif, termasuk menarik pelaburan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negeri. Dan tonggak kedua, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup melalui pendekatan eksklusif.

Ketiga, Limbahau menyambut baik penyediaan peruntukan keempat terbesar kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, berjumlah RM373.24 juta untuk perbekalan dan RM148.13 juta, pembangunan. Langkah ini amat bertepatan sekali dalam kita menghadapi ketidaktentuan dan pasang surut ekonomi dunia, di mana kita harus mempersiapkan diri untuk memenuhi keperluan sara diri tanpa pergantungan kepada info.

Limbahau mempunyai kawasan pertanian yang luas dan mencukupi bagi pembangunan sektor utama seperti tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur selain getah. Barangkali, Jabatan Pertanian boleh melihat kawasan kami, dalam usaha melaksanakan atau memenuhi keperluan dasar keterjaminan makanan dan dasar pertanian negeri demi menjamin kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Limbahau berkongsi rasa gembira dan senang hati dengan kerangka belanjawan ini sebagai bukti kestabilan pemerintahan yang kukuh, teguh berdiri dengan prinsipnya dan senantiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Langkah Kerajaan Negeri buat julung kalinya menerusi Belanjawan 2025, menyantuni golongan terkesan dalam kategori miskin dan miskin tegar melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat, dengan bantuan khas RM300.00 sebulan selama setahun adalah langkah betapa kerajaan GRS-PH Plus ini benar-benar merakyat sifatnya.

Dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta, program ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir terutama mereka yang paling memerlukan. Selain itu, buat pertama kalinya bantuan one-off sebanyak RM5000.00

akan diberikan kepada peniaga gerai kecil, tepi jalan yang memilik license perniagaan sah. Ini adalah langkah amat signifikan untuk menyokong ekonomi mikro di negeri ini.

Datuk Speaker, di daerah Papar terutama sepanjang jalan Pan Borneo, kita dapat melihat banyak gerai kecil yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Bantuan ini bukan sahaja dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan tapi, memberi impak positif kepada pelancongan di Sabah kerana gerai-gerai kecil ini sering menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin menikmati produk tempatan. Namun, saya ingin menegaskan betapa pentingnya mechanism pelaksanaan yang jelas dan tulus bagi memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan yang layak. Kita tidak mahu bantuan yang baik ini dicemari dengan kelemahan pengurusan atau ketidaktulusan.

Datuk Speaker, program seperti ini bukan sahaja melambangkan keperitan kerajaan tapi juga memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi rakyat. Saya berharap pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan cermat dan berkesan impaknya, benar-benar dirasai golongan susah.

Datuk Speaker, seterusnya saya ingin menyatakan penghargaan atas kenaikan bantuan kepada bukan, badan agama bukan islam. Sekolah mubaligh dan persendirian kepada RM70 juta, iaitu meningkat sebanyak RM13.25 juta. Kenaikan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap badan-badan ini yang selama ini terpaksa mencari dana sendiri untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan. Dengan bantuan tambahan ini, saya berharap facility mereka dapat dipertingkatkan untuk menjadi kondusif, selamat dan selesa sekali gus memberi manfaat besar kepada masyarakat yang bergantung kepada institusi-institusi ini.

Untuk itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas keprihatinan menyediakan program yang pertama kali diperkenal ini. Sekali lagi, Limbahau ingin memberikan kepujian setinggi-tingginya kepada Kerajaan Negeri atas kesungguhan dalam mewujudkan dasar yang berpihak kepada rakyat. Semua usaha ini tidak akan berjaya tanpa kepimpinan yang berwawasan dan berketerampilan. Dan saya percaya Kerajaan Negeri, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman,

selaku Ketua Menteri telah berjaya membuktikan kebijaksanaan dalam mengurus ekonomi dan pentadbiran negeri.

Belanjawan 2025 memancarkan harapan, menerangi seluruh horizon kehidupan di bawah payung kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Membawa bersama jalur pelangi, kemakmuran berpaksi transformasi menerusi lima tonggak utama yang dipasak di dalam belanjawan ini. Berdasarkan prinsip pembangunan dosogigisom, sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Indahnya hiasan jalur pelangi, Bagai lukisan sebuah pandangan; Budi Yang Amat Berhormat Datuk Seri kami sanjungi, Tetap abadi dalam kenangan.

Makanan tradisi sepanjang zaman, Sambal tauhu tetap jadi penyeri, Janji dihadapan persidangan Dewan; Limbahau teguh bersama Datuk Seri.

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang kawasan saya, iaitu tentang pewujudan pekan baru di Limbahau. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, pada isu pewujudan pekan baru di Papar, khususnya di Limbahau. Ini adalah satu cadangan yang penting, lebih-lebih lagi selepas penaiktarafan Membakut dari daerah kecil kepada daerah penuh pada tahun ini.

Dengan perubahan ini Datuk Speaker, kutipan cukai dahulunya berada di Daerah Papar kini telah dipindahkan ke Membakut. Ini pastinya memberi kesan kepada hasil kutipan cukai daerah Papar. Justeru itu, adalah wajar untuk mempertimbangkan langkah strategik seperti mewujudkan…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

… untuk mempertimbangkan langkah strategik seperti mewujudkan lebih banyak pekan baharu dan begitu juga dengan sekolah

menengah di Papar, iaitu di kawasan Limbahau. Saya minta supaya dapat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dapat membantu untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di … di kawasan Limbahau ini, iaitu SK Gana.

Ini adalah kali ketiga mungkin saya menyuarakan tentang perkara ini kerana Limbahau tidak mempunyai sekolah menengah dan kewujudan SMK Gana ini nanti akan membantu kepada penduduk-penduduk kampung ataupun anak-anak yang bersekolah di luar bandar. Di kawasan saya di Limbahau, kita mempunyai lebih kurang sepuluh sekolah rendah tapi tidak mempunyai sekolah menengah. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan dalam pembinaan sekolah menengah di Limbahau ini. Yakinilah bahawa tiada siapa dapat menandingi kemampuan kerajaan GRS PH Plus yang terbukti sepanjang empat tahun ini di bawah naungan Yang Amat Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri.

Saya juga ingin baru-baru tadi kita telah diminta supaya dibawa satu masalah tentang perhubungan antara Papar dan Kota Kinabalu dan ada selalunya biasa orang menggunakan kereta api ini, kerana kalau kita menggunakan kenderaan selalunya jem. Selalunya apa ini, terlalu banyak kenderaan yang terkandas ataupun terlewat datang ke pejabat. Jadi mungkin kereta api adalah satu jalan untuk kita apa ini, dapat datang awal ke pejabat di Kota Kinabalu tetapi malangnya kereta api ini sering rosak. Jadi kita mintalah kalau boleh perjalanan ataupun kereta api dari Papar ke Kota Kinabalu dapat ditambah dan kalau boleh gantilah satu kereta api yang baharu supaya keselesaan penduduk ataupun mereka-mereka yang bertugas di Kota Kinabalu akan sampai masa yang tepat.

Jadi dengan itu, saya mungkin mengakhiri ucapan saya ini dalam perbahasan ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraikannya dan Selamat Menyambut Tahun Baharu pada 2025 yang menjelang tiba tidak lama lagi. Dengan itu saya Limbahau memohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Limbahau. Sekarang saya menjemput YB Balung. 12 minit, ya, saya minta selepas tu ADUN Dilantik YB Datuk Raime untuk bersedia. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, selamat petang, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan, YB Datuk Sri Panglima Haji Masidi Haji Manjun atas pembentangan Budget Kerajaan Negeri 2025 yang telah dibentangkan pada 18 hari bulan yang baru lalu. Bajet ini saya sifatkan sangat menyeluruh, mantap, mesra dan inklusif, membela rakyat untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Khususnya rakyat yang kita memerlukan perhatian lebih daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Speaker yang memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahas Budget Belanjawan 2025 di Dewan yang mulia ini dan menyuarakan suara rakyat di kawasan DUN Balung.

Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang memperuntukkan sebanyak RM6.421 bilion untuk menampung perbelanjaan perbekalan bagi tujuan mensejahterakan rakyat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah di atas pencapaian ini dan ianya bertepatan dengan slogan Sabah Maju Jaya yang berteraskan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” amatlah tepat pada masanya.

Justeru, untuk menjayakan dan merealisasikan hasrat ini, Kerajaan perlu fokus kepada pelaksanaan pembangunan lestari berasaskan kebersamaan berpandukan tonggak-tonggak utama lima perkara seperti dalam muka surat 7, bilangan 21 untuk memastikan sistem penyampaian secara efektif dan telus sekali gus hasilnya dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya (berdeham). Pembentangan budget kali ini mencerminkan wawasan Kerajaan Negeri dalam menyeimbang keperluan ekonomi, sosial dan pembangunan infrastruktur di seluruh Sabah, dia tidak hanya bertujuan untuk menyelesaikan isu semasa tetapi juga meletakkan asas kukuh untuk masa depan negeri Sabah ini.

Salah satu komponen utama belanjawan ini adalah RM88.8 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Ini adalah peluang

besar untuk Sabah meneroka potensi transformasi digital dalam arah dalam era revolusi industri keempat. Namun, cabaran yang kita hadapi adalah realiti, akses Internet yang tidak merata. Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai capaian Internet yang memuaskan, terutamanya di kawasan luar bandar.

Dalam konteks ini, inisiatif Pelan Jendela yang melaksanakan pembinaan menara komunikasi baharu di kawasan DUN saya menunjukkan langkah ke arah yang betul. Namun usaha perlu dipertingkatkan. Saya menyeru kerjasama erat antara KSTI dan SKMM untuk memperluas liputan jalur lebar ini. Pelaburan dalam teknologi seperti jalur lebar satelit juga boleh menjadi penyelesaian bagi kawasan-kawasan yang sukar diakses. Sebagai contoh, pemasangan jalur lebar satelit di Penampang telah membantu penjaja kecil mengadaptasi pembayaran digital, memudahkan transaksi mereka di tamu-tamu.

Datuk Speaker, akses kepada Internet di kawasan Balung masih menjadi cabaran. Saya menggesa KSTI dan SKMM untuk memperluaskan capaian Pelan Jendela di kawasan ini. Penempatan jalur lebar satelit adalah salah satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan dengan akses Internet yang baik, lebih banyak peluang pendidikan dan ekonomi akan terbuka kepada penduduk di kawasan saya ini. Penjaja kecil dan pengusaha mikro di kawasan tamu Balung memerlukan sokongan khusus. Saya mencadangkan pelaksanaan program latihan keusahawanan dan digitalisasi termasuk penggunaan aplikasi pembayaran elektronik untuk memudahkan transaksi mereka.

Datuk speaker, kita semua sedar bahawa pendidikan adalah kunci kepada pembangunan. Peningkatan infrastuktur sekolah luar bandar perlu menjadi keutamaan. Tanpa kemudahan asas yang kukuh, pelajar di kawasan luar bandar akan terus terpinggir dalam dunia yang semakin mencabar ini. Sebagai contoh, capaian Internet yang stabil adalah asas kepada kejayaan program pembelajaran dan pengajaran. Namun, ramai pelajar di Sabah menghadapi cabaran besar akibat kekurangan kemudahan ini. Saya berharap peruntukan ini dapat membantu infrastruktur pendidikan kita termasuk membina lebih banyak sekolah pintar yang dilengkapi dengan teknologi moden.

Datuk Speaker, saya juga ingin membawa perkara-perkara yang disuarakan oleh rakyat saya di kawasan DUN Balung. Saya ingin menarik perhatian kepada beberapa keutamaan dan cabaran yang dihadapi di kawasan DUN saya ini. Balung adalah kawasan strategik yang mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian dan pelancongan.

Namun beberapa isu memerlukan perhatian segera.

Pembangunan infrastruktur dan jalan raya, kawasan Balung memerlukan rangkaian jalan raya yang lebih baik untuk menyokong pergerakan barang dan penduduk. Projek naik taraf jalan raya perlu diberi keutamaan dalam belanjawan ini …

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya di muka surat 48 bilangan 127, Jabatan Kerja Raya diperuntukkan RM424.53 juta bagi pelaksanaan membina dan menaik taraf kawasan luar bandar. Membina dan menaik taraf jambatan dan program infrastruktur yang lain.

Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, untuk kali yang kedua kerana perkara ini telah pun saya bangkitkan di Sidang Dewan yang lalu, untuk menaik taraf jambatan bailey sungai Serudung Baru kilometer 06 Jalan Maria, dan jambatan bailey jungai Kinabutan kilometer 98 Jalan Sin On Tiku, memandangkan kedua jambatan ini sangat penting bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan.

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri agar dapat memberikan peruntukan segera ke atas kedua-dua jambatan ini kerana ianya amatlah mendesak sekali. Saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar rangkaian jalan di Kalumpang A sejauh 23.7 kilometer agar dapat diselenggarakan dengan baik. Memandangkan jalan-jalan tersebut adalah jalan utama para pekebun kecil mengeluarkan hasil mereka begitu juga jalan Bukit Mall 6.8 kilometer, jalan Bukit Tajam 8.98 kilometer, jalan Maria 3.8 kilometer dan jalan Sungai Burung Emas 7.6 kilometer. Saya berharap agar Yang Berhormat Menteri memberikan keutamaan untuk mendapatkan peruntukan menaik taraf dan menyelenggara jalan-jalan

tersebut bagi kepentingan dan keselesaan para pekebun kecil dan penduduk setempat.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri JKR, saya juga ingin menyentuh soal lampu-lampu jalan di sepanjang Jalan Persekutuan. Bermula daripada bulatan Batu 4 Jalan Apas sehingga …

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Menteri Kerja Raya bukan Menteri JKR ah. Menteri Kerja Raya.

Minta maaf Datuk Seri (ADUN gelak).

Ya, Menteri Kerja Raya. Saya juga ingin menyentuh lampu-lampu jalan di sepanjang Jalan Persekutuan bermula daripada bulatan Batu 4 Apas sehingga ke Lapangan Terbang Tawau di mana jumlah keseluruhan tiang lampu jalan adalah sebanyak 520 tiang lampu. Tetapi setakat ini hanyalah 187 tiang lampu sahaja yang berfungsi atau satu pertiga sahaja dari jumlah keseluruhan. Selebih 333 tidak berfungsi dan ini berlaku sejak tahun 2022 apabila tanggungjawab menjaga lampu-lampu jalan di Jalan Persekutuan ini diambil oleh Kementerian Kerja Raya Persekutuan daripada JKR, Jabatan Kerja Raya Negeri.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat membantu menangani masalah lampu jalan tersebut dengan Jabatan Kerja Raya pusat, memandangkan ianya tidak berlarutan, ianya telah berlarutan hampir tiga tahun. Walaupun saya difahamkan ada peruntukan daripada JKR pusat tetapi masalah lampu ini tidak juga dapat diselesaikan sepenuhnya.

Datuk Speaker, masalah gangguan bekalan air dan catuan air. Saya juga ingin menyentuh berhubung masalah air di DUN Balung dan Apas yang masih berterusan, iaitu masalah gangguan bekalan air dan catuan air di beberapa kawasan kampung dan taman-taman perumahan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah yang begitu serius bagi menyelesaikan masalah air dengan memberikan peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah sebanyak RM729.79 juta bagi tahun 2025. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri untuk kedua kali bagi menampung bekalan air yang mencukupi dalam jangka masa panjang bagi kawasan DUN Balung dan DUN Apas. Saya

cadangkan agar Kementerian melalui Jabatan Air untuk memberikan peruntukan segera naik taraf pengeluaran loji air Balung, daripada 20 juta liter sehari kepada 50 juta liter sehari. Serta menaik taraf paip-paip dan tangki air sedia ada untuk memastikan bekalan air terawat mencukupi dan tiada gangguan pada masa akan datang dan mempercepatkan pelaksanaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), sistem bekalan air di Apas dan Balung, dan sekitarnya.

Datuk Speaker, penjaja kecil dan pengusaha mikro di kawasan tamu Balung memerlukan sokongan khusus. Saya ingin mencadangkan pelaksanaan program Latihan Keusahawanan dan Digitalisasi termasuk penggunaan aplikasi pembayaran elektronik untuk memudahkan transaksi mereka.

Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk muka surat 42 bilangan 111 perkara kedua bantuan one-off sebanyak RM5,000.00 yang dibuat pertama kali oleh kerajaan Sabah kepada peniaga-peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen yang sah. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Saya berharap bantuan one-off ini tepat sasaran dan mencadangkan agar bantuan one-off ini dapat diselaraskan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan DUN masing-masing untuk memastikan ianya berjalan dengan baik dan teratur. Termasuklah Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan bantuan khas sebanyak RM300.00 sebulan selama setahun untuk menyantuni golongan yang terkesan dan dalam kategori miskin dan miskin tegar. Sabah telah menunjukkan kemajuan yang ketara dalam beberapa sektor strategik seperti pelancongan dan perindustrian. Pelan Sabah Maju Jaya telah menyediakan kerangka yang kukuh untuk pembangunan negeri ini. Namun, pembangunan mapan hanya boleh dicapai dengan tadbir urus yang berintegriti.

Datuk Speaker, dengan belanjawan ini, dengan Belanjawan Tahun 2025 ini, saya yakin Sabah berada di landasan yang betul untuk mencapai aspirasi Sabah Maju Jaya. Namun kita semua bertanggungjawab memastikan setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan dengan telus dan cekap.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penjawat awam negeri Sabah yang menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau

minimum RM3,000.00 termasuklah yang berstatus kontrak, vot? terbuka dan pekerja sambilan harian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk mengakhiri perbahasan saya pada pagi ini, saya amat menyokong inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah seiring dengan slogan “Sabah Maju Jaya” sejajar dengan tema Belanjawan 2025 “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”. Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan, saya ingin menyertai rakan-rakan Ahli-ahli Dewan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan ahli Dewan yang beragama Kristian dan juga selamat menyambut Tahun Baharu kepada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan dan seluruh rakyat negeri Sabah yang tercinta ini.

Yang Berhormat Datuk, saya mohon menyokong. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Balung. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raime Unggi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

12 minit juga ya.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya Datuk Speaker. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan juga salam hormat. Saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua, kerana telah membentangkan bajet …

Speaker

Menteri Kewangan saja. Tiada sudah kedua.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Menteri Kewangan.

Speaker

Ya.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya, Menteri Kewangan yang telah membentangkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM6.42 bilion dan juga anggaran

hasil negeri RM6.445 bilion yang mana ia merupakan satu belanjawan surplus yang mana di dalam angka RM24.08 juta.

Datuk Speaker, dalam perbahasan bajet kali ini saya ingin membawa satu isu Datuk. Datuk Speaker, iaitu soal-soal pengangguran. Kalau kita lihat soal pengangguran ini adalah merupakan satu masalah makro dan juga mikro yang mana telah yang mana secara tidak langsung mempengaruhi khususnya kepada golongan-golongan belia. Anak-anak muda bagi di negeri Sabah dan juga isu pengangguran di kalangan belia ini juga perlu diberi penekanan dan juga fokus oleh pihak Kerajaan yang serius bagi mengelak golongan belia di negeri kita ini tidak lagi berhijrah meninggalkan negeri ini.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…untuk mencari pekerjaan di seberang dan akhirnya nanti Datuk Speaker, ini menyebabkan berlakunya brain drain atau kehilangan sumber tenaga mahir negeri kita. Dan bagi di negeri Sabah berdasarkan kepada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Speaker, DOSM yang mana telah menerbitkan hasil survey tenaga buruh menunjukkan bilangan pekerja adalah lebih kurang 1.62 juta orang. 10.3% daripada jumlah pekerja di Malaysia. Angka ini juga menunjukkan Sabah adalah antara penyumbang pekerja ketiga tertinggi di Malaysia selepas Selangor 3.86 juta orang yang mana 24.4% juga Johor 2.01 juta orang, 12.9%.

Datuk Speaker, laporan ini menunjukkan bahawa stastistik pekerja di Sabah yang dilihat begitu malap juga tidak memberangsangkan. 80% pekerja di negeri Sabah memiliki tahap pendidikan menengah ke bawah manakala, iaitu seramai 1.2, 1.3 juta orang daripada jumlah pekerja 1.6 juta orang. Sabah juga merekodkan jumlah pekerja yang tiada pendidikan rasmi tertinggi dalam negara kita ini, iaitu 53% daripada jumlah keseluruhan dalam negara Malaysia dan apa yang menyedihkan Datuk Speaker, juga tercatat dalam pembentangan bajet baru-baru ini pada suku tahun kedua 2024, kadar penggangguran di negeri Sabah telah meningkat pada kadar 8.0% berbanding 7.5%. Dalam tempoh yang sama, pada tahun suku kedua tahun lalu 2023 dan pada masa yang sama kadar penyertaan tenaga buruh di negeri Sabah telah meningkat kepada 71.4% berbanding 7.8% dalam tempoh yang sama

pada tahun lepas dan juga menunjukkan terdapat lebih ramai individu dalam pasaran buruh berbanding jumlah peluang pekerjaan yang tersedia Datuk Speaker dan ini masalah perlu ditangani secara bijaksana melalui bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan untuk tahun hadapan.

Cumanya Datuk Speaker, dalam perbahasan kali ini saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan matlamat Kerajaan untuk menangani isu-isu penggangguran ini. Adakah pihak Kementerian yang saya lihat telah menyediakan melalui agensi-agensi kerajaan mengadakan apa ini, kursus-kursus sama sahaja Datuk Speaker. Kalau kursus jangka pendek buat kek, jahitan dan adakah Kerajaan ataupun pihak Kementerian bersedia untuk menukar kursus-kursus yang boleh dibawa ke pasaran menyediakan kepada mereka boleh bersaing dengan pekerja-pekerja tempatan dan juga saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, kebergantungan kepada apa ini Kerajaan kepada buruh tenaga asing ini. Soal-soal di bidang pertanian, adakah masih kita di negeri Sabah ini masih bergantung kepada tenaga buruh asing seperti daripada Filipina dan juga Indonesia.

Begitu juga dengan keadaan di mana Datuk Speaker, saya melihat bahawa amat penting bahawa hari ini anak-anak muda kita ini perlu diberi kemahiran dalam usaha Kerajaan Persekutuan melalui TVET Datuk Speaker. Saya melihat bahawa antara point ataupun antara matlamat Kerajaan untuk mengadakan TVET ini, iaitu melahirkan tenaga mahir. Jadi dalam soal ini saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian apa usaha selanjutnya untuk menyediakan tenaga-tenaga mahir supaya apabila pelabur-pelabur Kerajaan mengalakkan pelabur asing untuk datang ke negara kita, negeri kita membawa duit yang banyak mengadakan kilang-kilang, adakah mereka telah bersedia untuk bekerja. Jadi soal-soal begini perlu juga dilihat oleh pihak Kerajaan keserasiannya kerana kalau pelabur-pelabur datang keadaan tenaga buruh itu tidak dapat disedia, agak malang. Kita mengalami kerugian yang besar ya.

Datuk Speaker, dan juga saya ingin melihat bahawa agensi-agensi dibawah kementerian, Biro Pembangunan Sumber Manusia mungkin di bawah Jabatan Pertanian tentang latihan-latihan yang mereka adakan. Kalau boleh adakan latihan-latihan juga latihan jangka panjang. Kalau dilihat di Jabatan Pertanian mungkin cara untuk menanam getah mungkin buat latihan-latihan yang lebih panjang. Usaha untuk

menanam mungkin satu hal Datuk Speaker, mungkin boleh mengadakan usahawan. Ramai di antara kalau kita lihat di kalangan belia di kalangan luar bandar, Datuk Speaker, mereka cuma tahu menanam sahaja tetapi mereka tidak tahu macam mana memasarkan hasil-hasil pertanian mereka. Jadi di sini lah dilihat bahawa kecenderungan mungkin anak-anak muda kita. Mungkin akibat daripada ini kecenderungan mereka untuk bekerja di bahagian pertanian ini amat kurang dan mereka lebih gemar untuk berhijrah ke Kuala Lumpur ke negeri-negeri mempunyai kilang.

Jadi soal-soalnya hari ini Datuk Speaker juga, saya turut apa ini ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kerajaan, berapakah setakat ini berapakah MOU-MOU Kerajaan yang telah dimeterai dan telah dilaksanakan? Dan ini amat penting, kita tidak mahu nanti MOU-MOU ini dilihat sebagai satu gimik politik sahaja untuk melihat sebagai satu angan-angan sahaja walhal apabila MOU-MOU ini tidak dibuat secara serius, ini akan merugikan kita Datuk Speaker. Jadi saya meminta kepada pihak Kementerian supaya mana-mana yang terlibat supaya merealisasikanlah MOU-MOU ini supaya akhirnya nanti rakyat ataupun belia-belia di negeri Sabah tidak lagi berhijrah tetapi dapat bekerja di negeri kita dan dalam masa yang sama Datuk Speaker saya sebelum saya terlupa, saya juga ingin melihat apa ini, data-data sebenarnya. Data-data kecenderungan penggangguran yang berlaku di negeri Sabah ini. Di bidang perkhidmatan berapa, di bidang pertanian berapa dan juga di bidang yang lain-lain supaya dilihat supaya nanti kita tidak mahu nanti apabila berlaku penggangguran yang tinggi Datuk Speaker, di negara kita ini akan mengakibatkan berlakunya sosial. Desakan hidup yang berlaku di kalangan belia-belia kegiatan merompak, mencuri dan macam-macam lagi yang akan akhirnya nanti akan menjejaskan ketenteraman di negara kita akibat daripada berlakunya penggangguran kadar penggangguran yang tinggi.

Datuk Speaker, saya ingin mengalu-alukan usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan hasil yang mana telah dinyatakan dalam pembentangan yang lalu Datuk Speaker, ada tujuh perkara dan saya berminat untuk bertanya kepada pihak Kementerian kepada pihak Kerajaan menerusi usaha Kerajaan dalam yang ketujuh, iaitu meningkatkan hasil menerusi rundingan bersama Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan dengan Pemberian Khas yang sepertimana yang telah dinyatakan dalam Bahagian 6 Jadual Ke 10 Perlembagaan Persekutuan.

Alhamdulilah, mana-mana pun Kerajaan dalam peringkat Federal mereka berusaha untuk memberi apa ini, Pemberian Khas cumanya Datuk Speaker dalam perbahasan kali ini pemberian-pemberian khas ini, adakah dibelanja dengan berapakah pemberian khas ini diberikan setiap tahun kepada negeri Sabah?

Speaker

Mula gulung ya.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya, Datuk Speaker. Berapakah jumlah Pemberian Khas diberikan yang oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada negeri kita dan di manakah Pemberian Khas ini dibelanjakan? Ini perlu tahu Datuk Speaker. Jadi saya akhirnya Datuk Speaker, saya berharap tema yang telah apa ini diutarakan dalam pembentangan bajet kali ini untuk mensejahterakan rakyat mudah-mudahan dan kita mengharapkan supaya terutama kepada penjawat-penjawat awam yang akan apa ini, yang akan menggerakkan bajet ini, kita harap bajet ini dapat dilaksanakan secara holistik dan mendapat manfaat kepada setiap sen yang telah dibelanjakan oleh apa ini, oleh Kerajaan kepada rakyat dan kita tidak mahu berlaku ketirisan yang hari ini dilihat kita sentiasa dimomokkan dengan soal-soal rasuah di sana sini. Kalau boleh Datuk Speaker, saya melihat supaya belanja ini, biarlah mendapati apa yang telah dikatakan oleh pihak Kerajaan supaya rakyat hari ini kita melihat rakyat hari ini sebenarnya mereka menginginkan keadaan ekonomi yang terbaik, hidup yang terbaik..

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

… supaya mereka dapat menjalani dan juga dapat apa ini dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Jadi, Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi peluang saya pada kesempatan ini saya juga turut ingin mengucapkan kepada rakyat yang beragama Kristian tidak lama lagi akan menyambut Hari Natal. Selamat Hari Natal dan juga Tahun Baharu, jadi itu saja, Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Raime Unggi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima Kasih, Datuk Speaker. Pertama saya ingin mengucapkan ...

Speaker

12 minit juga, ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya, saya cuba. Pertama saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah membentangkan satu budget yang ...

Speaker

Sebentar, sebentar, sebentar, Yang Berhormat Sindumin. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan pelajar-pelajar Pra-Universiti daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar, yang ada bersama kita pada petang ini dan saya ucapkan selamat belajar. Okey, teruskan, Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membentangkan satu budget yang saya lihat khas untuk rakyat ini, “Sabah Makmur dan Rakyat Sejahtera” yang terbaik pada saya sejak beberapa tahun yang lalu, iaitu berjumlah RM6.281 bilion. Walaupun ada yang mengatakan bahawa budget ini adalah budget pilihan raya, budget digula-gula, budget politik. Seperti yang dikatakan oleh rakan saya daripada Tungku, betullah kerana tahun depan adalah pilihan raya. Tapi kalau komen dia biar nampak bijak dan menegur atau ada cadangan yang baharu, tiada cara yang lebih baik untuk kita sama-sama memajukan negeri Sabah ini dan kalau dikatakan budget ini tidak membela orang miskin ataupun orang susah, itu juga disalah erti. Kerana segala yang diberikan adalah terutama sekali untuk rakyat negeri Sabah.

Datuk Speaker, saya ucap tahniah juga kerana semua yang diatur ini menyeluruh, iaitu berpaksikan kepada pertanian kelestarian ataupun sumber makanan yang mencukupi untuk negeri Sabah, kemudian perindustrian dan juga pelancongan sebagai teras utama ekonomi negeri Sabah. Jadi ini adalah satu langkah yang kita fokuskan kepada isu tersebut. Saya ingin menyentuh perkara ini mengikut kategori dan saya kaitkan dengan suara-suara daripada kawasan saya, Sindumin. Datuk Speaker, pertama sekali dari segi fokus untuk sektor pertanian dan juga kerterjaminan makanan untuk negeri Sabah. Kita kena melihat bahawa Sabah ini satu negeri yang luas dan subur dan sejak dahulu kita merancang untuk negeri ini

dari segi kecukupan makanan ataupun tahap sara diri. Tetapi nampak gayanya kita masih lagi terpinga-pinga belum mencapai satu kadar yang mencukupi dan jauh daripada cukup. Bahan-bahan utama seperti beras, buah-buahan, ikan, daging, semua kebanyakan bergantung daripada luar dan kalau bekalan daripada luar ini terhenti, kita memang mendapat masalah yang besar.

Bagi saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk yang ini kita kena ada dua strategi yang besar, iaitu yang pertama sekali untuk kecukupan kita, dan yang kedua untuk eksport ataupun untuk sumber komuniti ataupun menjadi pendapatan kepada negeri. Oleh itu, agensi-agensi di Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian ataupun agensi-agensi lain seperti KPD atau yang lain, harusnya, untuk membantu rakyat tempatan, untuk membantu usahawan-usahawan kecil. Tetapi untuk berskala besar seperti untuk eksport dan juga untuk proses yang lengkap, haruslah diserahkan ataupun kita minta pelabur luar atau kita usahakan melalui GLC kita, dan pada tahun lalu sudah ada ataupun awal tahun ini sudah ada usaha untuk memanggil semua GLC ini, iaitu yang mana ada kawasan tanah yang luas supaya merancang untuk program pengeluaran makanan ini dan saya minta penjelasan daripada Menteri. Apakah progres ataupun hasil daripada perundingan ataupun arahan itu? Kita kena melihat negara luar mengikut jenis industri. Saya melihat satu program baharu, tidak juga baharu sejak 2017, iaitu negara Mesir telah pun membangun Brakal Galion Project, iaitu ternakan ikan yang begitu luas meliputi 4000 ekar di … dekat dengan Cairo ataupun dekat dengan Kaherah dan sekarang Mesir merupakan negara pengeluar ikan yang terbesar di dunia dengan eksport atau pengeluaran 1.4 juta tan setahun, dan negara kedua adalah Denmark dan negara ketiga adalah daripada Jepun dan kita pegawai-pegawai kita saya ingat Pegawai Kementerian ataupun GLC kita harus melihat yang ini supaya kita boleh mengeluarkan sumber makanan ini sama ada ikan, sayur ataupun buah-buahan skala yang cukup besar. Walaupun kita sudah ada yang membuat pada tahun yang kebelakangan tapi gagal, tapi itu tidak bererti kita tidak boleh buat itu, Datuk Speaker.

Bagi tanaman ataupun bagi kerja-kerja di bawah Kementerian Pertanian ataupun Jabatan-jabatan Pertanian. Saya ucap tahniah kerana telah pun memberi peruntukan sebanyak RM138 juta untuk program ini. Tetapi, tidaklah rasanya mencukupi kerana perlu kita bekerja kuat. Di sini dilaporkan bahawa banyak tanah-tanah yang terbiar yang perlu ditanam ataupun diperbaiki. Misalnya di Sipitang

sendiri ataupun di kawasan Sindumin. Pada masa dahulu ada kawasan tanaman padi sekitar 1000 ekar, iaitu kawasan tumbuh tinggi, dan pada masa itu ia di bawah Lembaga Padi Sabah tetapi telah pun gagal dan ditutup, dan hingga sekarang sejak sudah 40 lebih tahun ia ditinggalkan kawasan itu dan saya berharap ini dilihat semula dan dijadikan kawasan tanaman padi.

Datuk Speaker, saya ingin minta Jabatan Pertanian ataupun Kementerian melihat semula tanah-tanah terbiar di kampung ataupun di kawasan tepi-tepi rumah supaya ada pendekatan baharu, iaitu dengan bekerjasama dengan pemilik tanah ini. Kita sediakan mesin baja ataupun mesin-mesin untuk mereka bertanam sendiri di kawasam kampung secara percuma kepada penduduk ini. Kerana kawasan-kawasan ini kita lihat banyak kawasan di belakang rumah, di sekeliling itu cuma kita tanam dengan lalang ataupun hutan. Kalau kita ada program ini, ertinya kita menggalakkan mereka bertanam tapi kita sediakan tapak. Tidak kira apa yang mereka akan tanam sama ada bertanam halia, limau kasturi, serai atau sebagainya dan kita berharap Kementerian walaupun sudah ada pengumpulan tapi berikan semua daerah ada pusat pengumpulan dan apabila mereka menuai hasil tuaian ini ada jaminan membeli, mengumpul hasil-hasil ataupun produk daripada kawasan rumah mereka, dan dengan ini kita boleh menambahkan hasil dan juga dalam masa yang sama kita membantu mereka yang miskin ataupun Program Membasmi Kemiskinan. Memang ada banyak projek-projek, program-program tetapi tidak begitu dilihat ataupun tidak disupervise ataupun dikawal di kampung-kampung, di kawasan. Saya rasa menyeluruh di Sabah, di Sindumin pun banyak kawasan kosong di kawasan Lumadan, di kawasan Tenom dan sebagainya. Saya melihat di kawasan atas yang ada di sekeliling rumah adalah hutan ataupun lalang sahaja.

Datuk Speaker, ada lagi program, iaitu di bawah Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Yang ini juga kita kena serius, kita kena betul-betul membangunkan kawasan ini. Saya difahamkan ada banyak peruntukan daripada Kementerian di peringkat Persekutuan, tapi kita tidak …

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… menggunakan duit ini kita tidak minta untuk kelebihan kepada kita. Saya telah kenal pasti satu kawasan di Ulu Bole. Kawasan itu berpotensi untuk tanaman kekal tanaman kekal pengeluaran makanan. Di kawasan itu begitu sejuk dan orang kampung ataupun usahawan dahulu telah bertanam kubis, tomato, asparagus dan memang jadi dan saya telah pun mengadakan dialog beberapa tahun dulu untuk membangun kawasan ini tapi tidak dijadikan. Jadi, situ sesuai untuk kubis, lada, asparagus, terung, lobak merah, labu dan sebagainya dan kita memang ada pasaran kalau kita buat di situ kerana Sindumin itu berdekat dengan Sarawak berjiran dengan Brunei Darul Salam merupakan kawasan yang ada pasaran dan saya minta Yang Berhormat di bawah Kementerian Pertanian ataupun Jabatan Pertanian adakan satu taskforce untuk menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Kementerian dan juga Menteri Kewangan ada peruntukan untuk saliran pengairan dan saliran di Sabah tidak terkecuali di Sindumin. Saya minta peruntukan ini disalurkan kepada Sindumin kerana terutama sekali di kawasan Kampung Ranau-Ranau, di Kampung Skim Sindumin, Kampung Masapu lama, Naluyan, Napas, dan Palakat yang selalu banjir dan keselenggaraan ini begitu lambat sehingga air bertakung dan mengakibatkan tanaman mati kerana air itu tidak dikeluarkan air bertakung di situ.

Datuk Speaker, saya beralih kepada industri. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah telah pun memanggil banyak pelabur-pelabur daripada luar tidak terkecuali di Sabah di Sindumin, iaitu di Sogip seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kita berharap ia cepat dilaksanakan kerana rakyat menunggu-nunggu dan selalu menyalahkan wakil rakyat. Kita sudah umumkan tapi tidak juga mula-mula ataupun tidak juga bermula dan kita berharap ia dapat disegerakan dan seperti yang saya katakan tadi bahawa mesti ada penglibatan rakyat tempatan, iaitu terutama sekali bila ada pengambilan pekerja. Tidak diserahkan kepada agensi pengambilan pekerja yang mana mementingkan pekerja-pekerja luar dan tidak pernah ataupun tidak ada karnival pengambilan pekerja oleh kilang ini di kawasan Sindumin pada masa yang lalu mengakibatkan diserah kepada

agensi luar dan akhirnya agensi luar ini mengambil orang-orang yang mereka kenal dan tidak pada orang tempatan majoritinya orang luar. Jadi kita berharap pada kali inilah kita minta berapa apa jenis jawatan apa jenis latihan yang diperlukan supaya orang tempatan di situ yang dekat daripada Sindumin daripada Lumadan daripada Klias kemudian daripada Tenom, Kemabong kawasan sekitar situ tahu dan ini memudahkan kilang mendapat pekerjaan. Dan bila orang tempatan ini ada di situ beberapa masalah telah selesai. Pertama sekali masalah perumahan, tidak perlu disediakan rumah kerana yang bekerja adalah orang daripada Sindumin sendiri ataupun di kawasan sekitarnya.

Dan kami mengharap Kerajaan Negeri banyak pelabur yang datang ini mereka datang tapi lambat untuk melaksanakan semestinya Kerajaan Negeri mengatur supaya ada koordinasi di antara yang kita ada sekarang Sabah Invest, MIDA kemudian semua GLC dan juga ada juga rombongan-rombongan daripada luar yang datang ke Sabah dan saya difahamkan pada 22 hari bulan, iaitu Sabtu depan ini, Jumaat depan ada rombongan daripada China untuk datang ke Sabah untuk mencari pelaburan.

Tetapi apa isunya ialah kita kena selesaikan dahulu yang pertama sekali tapak untuk mereka membuat industri ini. Yang kedua, infra kita mesti selesaikan, iaitu jalan raya ataupun jalan kereta api. Kemudian, bekalan air yang mencukupi untuk kilang ini. Yang ketiga, tenaga elektrik, kemudian yang keempat sistem perhubungan ataupun telekomunikasi.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila gulung. Sila gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… dan yang lain-lain adalah untuk seperti pelabuhan laut, airport, pengangkutan udara. Datuk Speaker, saya terus kepada isu sumber manusia. Di Sabah ini, kita banyak potensi tetapi kita kekurangan sumber manusia. Saya ucap tahniah kepada kerajaan telah memberi peruntukan untuk latihan terutama sekali benefit kepada pelajar-pelajar untuk pelajar universiti masuk ada diberi RM2,000.00 untuk belajar di semenanjung dan RM1,000.00 yang belajar di Sabah. Kemudian, dibagi lagi tiket kapal terbang RM600.00, dibagi lagi untuk one-off RM300.00 kemudian bayaran tunai pendaftaran.

Saya cadangkan bayaran tunai ini Datuk Speaker tidak payahlah diberi kepada RM2,000.00 itu terus, kita siapa-siapa yang masuk ke Universiti automatik kita bayar dan biar bil itu dihantar oleh universiti itu kepada kerajaan kita balik. Kalau kita bagi kalau pelajar ada yuran yang RM3,000.00 ada yuran yang RM1,500 ada yuran yang RM4,000 barang kali. Jadi, kalau kita minta universiti itu membayar, kita bayar terus kepada universiti, universiti mengatur. Jadi ini memudahkan pelajar, ini pelajar ini memohon lagi jadi ertinya bagi pelajar yang masuk ke universiti daftar automatik kita akan bayar. Jadi, universiti tidak payah menagih kepada pelajar ini masuk universiti jadi maknanya yuran pendaftaran itu automatik kita bayar.

Datuk Speaker, penghabisanlah. Kita di Sabah ini mengikut WHO yang perfect ialah satu dari segi perubatan, iaitu yang penting untuk kesejahteraan rakyat ialah sistem perkhidmatan perubatan yang baik. Ikut WHO, ratio yang paling perfect ataupun yang biasa ialah satu doktor untuk 500 pelajar. Ni yang Berhormat Menteri adanya di sini. Satu doktor untuk 500 orang. Bagi Malaysia pada masa ini yang terbaik di seluruh Malaysia tapi ini adalah untuk keseluruhan. Malaysia sekarang ini ikut Menteri Kesihatan satu doktor untuk 400 orang. India sebenarnya satu doktor 850 orang. Bagi Eropah satu doktor untuk 300 orang dan yang terbaik ialah Sweeden satu doktor untuk 200 orang penduduk.

Apa yang berlaku di Sabah Datuk Speaker di Sabah ini jawatan pakar ada 620 jawatan. Tapi yang diisi, dari saya dapat data ini daripada kajian saya isunya ialah yang diisi cuma 554 orang dan kekosongan ada 66 orang. Pegawai perubatan kita ada jawatan ialah 2375 dan diisi cuma 1951, kita ada kekosongan 355. Ikut kalau sekarang, ini ikut di Sabah dengan jawatan doktor yang atau jawatan doktor yang diisi sekarang ialah 2995 untuk merawat 3.5 juta orang. Jadi ertinya sekarang satu orang doktor untuk 1100. Kalau semua, kalau semua tapi sekarang yang diisi adalah 554 pakar 1951 untuk pegawai perubatan. Kalau dikira sekarang ini jumlah itu, satu doktor jaga 1400 orang dan untuk mencapai ratio satu doktor 500 orang kita perlu 7000 orang doktor di Sabah. Saya cadangkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini membantu Kementerian Kesihatan supaya kita ambil anak-anak kita yang pintar-pintar yang ada sekarang ini supaya mereka yang berminat jadi doktor kita latih kita beri mereka biasiswa untuk mengisi kekosongan ini dan juga pegawai-pegawai perubatan yang ingin mengambil ataupun kita tawarkan untuk menjadi doktor pakar kita bagi biasiswa supaya kita ada kecukupan doktor di Sabah ini. Ini penting untuk

rakyat kita untuk rakyat kita sihat untuk rakyat kita ceria dan keluarga yang harmoni perlu sihat. Jadi kita berharap program ini, jadi program ini …

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

mesti diatur daripada Kerajaan Negeri, Bahagian Bbiasiswa daripada Kementerian Kesihatan dan juga Universiti-universiti. Kita ada program di UMS, kita ada program di UKM yang, dan juga universiti luar negara. Jadi Datuk Speaker, saya berharap.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Habis sudah?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Saya berharap inilah. Jadi, pung.

Penggulungan, penghabisan. Tahniah, jadi bajet kali ini luar biasa. Jadi ini adalah untuk rakyat. Kalau kita lihat, sebagai penutupnya, rakyat harus berterima kasih dan kita semua sebagai wakil rakyat berterima kasih, kita ada peruntukan yang betul-betul untuk rakyat, iaitu kita ada untuk pertanian, kita untuk penjaja, kita ada untuk murid, tidak untuk pelajar-pelajar dan yang lain-lain kita berikan. Dan tahniah juga kepada pegawai kerajaan dapat bonus RM3,000.00 minimum pada tahun hadapan dan yang lain-lain yang Jusa itu banyaklah dapat. Jadi kita berharap prestasi membantulah kerajaan ini untuk menyampaikan khidmat yang terbaik untuk rakyat daripada bajet ini. Jadi saya tidak seperti Elopura, dia tidak sokong. Gaji dia mungkin tidak dibayar kerana dia tidak sokong. Rakyat dia pun mungkin marah dengan dia. Jadi Sindumin menyokong bajet ini. Terima kasih.

ya, ya bukan saya tidak sokong. Sekarang Sandakan punya cara apa macam kami pergi sokong? Kamu tidak datang Sandakan memang kamu tidak tahu. Itu air masin dua tahun kita minum.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Cukup, habis-habis.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya ucapkan, ucapkan terima kasih kepada Yang Berhomat Sindumin. Jadi selesai sudah ucapan perbahasan. Kita mula ucapan penggulungan.

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (2025-2024)Bill

Setiausaha Dewan

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (2025-2024).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya akan menjemput Menteri-menteri yang sudah bersedia untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Untuk permulaan, saya jemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Datuk Speaker.

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, saya bersyukur kepada Tuhan yang maha esa kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang menyampaikan ucapan penggulungan selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah pada mesyuarat kali ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah kerana telah menyediakan satu bajet yang inclusive dan bersifat surplus bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Dalam pembentangan cadangan Bajet 2025, Kementerian saya diperuntukkan sebanyak RM90.1 juta perbekalan dan RM11.29 juta pembangunan. Daripada jumlah tersebut, RM23 juta akan diperuntukkan kepada Lembaga Sukan Sabah, di samping RM24.69 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan pejabat, kelab-kelab belia, asrama dan kompleks-kompleks sukan. RM10.05 juta untuk pemberian persatuan sukan, RM16.75 juta untuk melaksanakan program-program pembangunan modal insan belia, RM27.21 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan kemajuan sukan prestasi tinggi dan para atlet.

Sesungguhnya Kementerian saya akan membe…, membelanjakan peruntukan ini berdasarkan kepada perancangan Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2025 seperti berikut. Mengukuhkan kompetensi setiap anggota kementerian dengan menyediakan program-program latihan yang berteraskan kepada pengurusan belia dan sukan. Latihan seumpama ini diperlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan belia masa kini. Latihan ini juga penting untuk menghadapi persaingan yang semakin mencabar daripada negeri-negeri lain di negara ini dalam bidang sukan.

Memindah, menyele…, membina dan menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan luar bandar. Seperti padang bola sepak luar bandar dan gelanggang-gelanggang sukan komuniti. Kemudahan-kemudahan sukan ini amat diperlukan bagi menggalakkan masyarakat bersukan dan meningkatkan bakat belia yang berpotensi mewakili negeri dalam bidang sukan prestasi tinggi dan sukan para. Memberi bantuan peralatan bantuan sukan kepada persatuan dan kelab sukan bagi memastikan program-program sukan akan sentiasa berkembang maju.

Kementerian saya juga akan menganjurkan sukan massa dan sukan tradisi secara kolaborasi dengan persatuan sukan dan kelab sukan di beberapa daerah di Negeri Sabah. Menaik taraf dan menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di kompleks-kompleks sukan dan arena-arena belia, seperti gelanggang-gelanggang sukan dan bangunan yang telah pun dikenal pasti.

Pemberian geran kepada kelab belia akar umbi yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia atau eROY. Geran dan bantuan ini akan membolehkan kelab belia mengadakan aktiviti tahunan mereka supaya kelab mereka kekal aktif. Pemberian geran dan bantuan kewangan ini adalah di bawah Program Hak Upaya Pengurusan Kelab Belia.

Kementerian saya juga akan meneruskan program FELOW SMJ dan Dewan Belia Sabah. Di mana kedua-dua program ini telah berjaya memberi pendedahan kepada anak-anak muda mengenai dasar-dasar kerajaan dan kesedaran mengenai Literasi Politik Undi 18 Tahun. Program Pembangunan Modal Insan Belia dengan melaksanakan aktiviti seperti kepimpinan, sukarelawan, pendidikan, sosial, jati diri, integrasi belia dan perkongsian data belia.

Bagi menjayakan program ini, Kementerian saya akan berkerjasama dengan Kementerian-kementerian dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, Majlis Belia Sabah dan beberapa rakan strategik, iaitu Jabatan Pendidikan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO dan sebagainya.

Kementerian saya berhasrat menaik, menaikkan nama Sabah yang tercinta ini sebagai sebuah negeri yang cemerlang dalam bidang sukan berprestasi tinggi dan juga sukan para. Beberapa langkah drastik dilaksanakan pada tahun 2025, iaitu menstrukturkan semula pengurusan persatuan-persatuan sukan yang terdapat di negeri ini. Penstrukturan ini melibatkan pegawai pembangunan sukan atau SDO, jurulatih dan para atlet. Ini adalah yang, ini adalah bagi memastikan atlet yang bertanding sama ada dalam kejohanan, kejohanan kebangsaan atau antarabangsa, benar-benar kuat secara fizikal dan mental supaya dapat memenangi pingat yang disasarkan.

Atlet-atlet yang dikenal pasti dapat menyumbang pingat kepada negara dalam kejohanan antarabangsa, dihantar berlatih ke luar negara, iaitu dalam misi pencarian emas di temasya Sukan Olimpik. Penghantaran atlet-atlet ini akan dilakukan dengan mengadakan perjanjian persefahaman atau MOU dengan institusi pengajian tinggi luar negara yang mempunyai kecemerlangan melahirkan atlet sukan tertentu.

Kementerian saya akan menganjurkan Sukan Sabah atau Sabah Games yang ke-10, edisi ke-11, sorry. Edisi ke-11 pada tahun 2025 di Daerah Tawau. Melalui kejohanan SAGA ini, kita akan memilih atlet-atlet yang layak dan berpotensi untuk menjalani latihan intensif bagi mewakili Sabah dalam kejohanan Sukan Malaysia atau SUKMA pada tahun 2026.

Kita telah menyusun beberapa strategi baharu bagi meningkatkan sasaran pungutan pingat emas kepada kejuaraan SUKMA akan datang. Kementerian juga akan menumpukan kepada pembangunan atlet para. Seperti yang kita sedia maklum bahawa atlet para Sabah telah menyumbangkan pingat kepada Sabah dan Malaysia dalam beberapa kejohanan sukan sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Seperti kejayaan Eddy Bernard memenangi pingat gangsa pada Paralimpik Paris 2024.

Justeru itu, bagi memertabatkan imej Sabah dan sukan para, Kementerian saya akan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan kejayaan demi kejayaan dapat dicapaikan. Kementerian saya juga dalam usaha membangunkan pusat latihan sukan berprestasi tinggi dan sukan para, kertas kerja mengenai penubuhan pusat latihan ini telah pun disediakan dan akan dibawa untuk dibentangkan ke…

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

… Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan. Sekiranya memperolehi kelulusan, akan dibina secara berfasa tempat penubuhan ini terletak di Kampung Biah, Keningau, seluas 120 ekar. Dengan wujudnya pusat latihan ini, maka Sabah sudah pasti akan melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang pada masa hadapan dan sekali gus Sabah akan menjadi tarikan kepada penggiat-penggiat sukan, bukan sahaja dalam negara tetapi juga daripada luar negara untuk melabur dalam sektor sukan.

Kementerian saya akan memastikan persatuan, kelab dan badan-badan belia yang terdapat di Sabah akan melaksanakan program-program yang boleh mempertingkatkan sahsiah dan ekonomi para Belia Sabah. Walau bagaimanapun, dalam usaha membangunkan Belia Sabah, ianya melibatkan penyertaan semua pihak sama ada daripada pihak Kerajaan mahupun badan-badan bukan Kerajaan.

Pada masa ini, Majlis Belia Sabah (MBS) merupakan platform ke beberapa persatuan, kelab-kelab, badan-badan belia berinteraksi, berunding dan sebagainya. Sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, saya ingin menjawab beberapa pertanyaan dan ah …

Datuk Dr.

Tuan Speaker.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Pertanyaan.

Datuk Dr.

Tuan Speaker, boleh minta laluankah?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya, saya mahu habis sudah, nanti boleh tanya balik.

Datuk Dr.

Nanti habis soalan, tak dapat lagi.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya. Ingat juga itu.

Datuk Dr.

Boleh, ya.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya, boleh.

Datuk Dr.

Bagi ruang, ya.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya. Promise.

Datuk Dr.

Okey. I’m done. (suara tidak jelas)

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tadi. Yang Berhormat Pantai Manis telah membangkitkan kebajikan pekerja kilang Papar dan Tuaran, ya. Saya melihat ini satu … satu prihatin kepada Kerajaan Negeri Sabah dan saya telah berbincang dengan rakan saya, Menteri Kebajikan, ya, kemajuan rakyat, kesejahteraan rakyat, untuk sama-sama berbincang dengan Yang Berhormat dari Pantai Manis dalam masa yang terdekat ini, ya, boleh? Kalau saya baca, kalau kita runding hari ini, empat, lima jam pun nda habis, ya. Terima kasih.

Pertanyaan daripada Yang Berhormat N70 Kukusan, memaklumkan bahawa berlaku pertindihan aktiviti atau program keusahawanan dan kemahiran dilaksanakan oleh Kementerian saya dengan kementerian lain. Saya tidak menafikan perkara ini berlaku. Sehubungan dengan itu, pegawai di Kementerian saya akan buat perbincangan dengan pegawai-pegawai kementerian lain supaya apa-apa aktiviti atau program keusahawanan dan kemahiran diselaraskan bersama untuk mengelakkan pertindihan. Fokus Kementerian saya adalah pembangunan modal insan belia.

Mengenai dengan Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, supaya Kementerian Belia Sukan Sabah terlibat satu badan payung untuk mengurus pembangunan industri kreatif. Jika sekiranya cadangan ini berupaya membangunkan modal insan Belia Sabah, Kementerian saya akan memberi sokongan penuh.

Permohonan oleh Ahli Yang Berhormat Nabawan, supaya belia-belia di daerah Nabawan diberi lebih banyak peluang menyertai latihan keusahawanan dan kemahiran. Saya menyarankan supaya belia-belia di daerah ini supaya sentiasa melayari iklan-iklan latihan yang disalurkan melalui Facebook rasmi dan laman web Kementerian supaya mereka berpeluang menyertai program latihan yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Sebagai respons kepada permohonan Ahli Yang Berhormat Gum-Gum untuk menaik taraf serta membaikkan fasiliti-fasiliti sukan terutamanya gelanggang futsal. Kementerian saya akan mengambil perhatian terhadap permohonan menaik taraf serta membaiki fasiliti sukan yang terdapat di kawasan DUN Gum-Gum berdasarkan kepada peruntukan yang ada.

Mana-mana pertanyaan dan cadangan dan komen yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab semasa sesi perbahasan berlangsung, akan dijawab secara bertulis. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan Belanjawan Negeri Sabah, negeri, tahun 2025 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Ahli-ahli Jemaah Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan strategik, pakar rujuk dan kumpulan pelaksana termasuk rakan media yang terlibat program pembangunan belia dan pembangunan sukan di seluruh negeri Sabah.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ...

Datuk Dr.

Tuan Speaker.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

… Menyambut Hari Natal. Boleh, boleh.

Datuk Dr.

Kata tadi boleh tanya.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Lepas ini boleh tanya.

Datuk Dr.

Akhir sudah ini.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ah …

Datuk Dr.

Kata nak akhir sudah. Mana tahu.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tidak, saya boleh, saya boleh buka juga itu. Okeylah, sila, sila.

Datuk Dr.

Okey, pasal nak akhir kata sudah.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Takut saya ada lupa ini.

Datuk Dr.

Dengan izin, ya. Boleh ya, Tuan Speaker?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Sila, sila, sila.

Datuk Dr.

Okey, ada dua perkara.

Satu, kompleks sukan di Semporna. Hari itu, yalah kita ada pohon supaya dinaik taraf. Yang kedua, yang penting ialah berkenaan dengan sudah diberi tawaran tuan rumah di Sukan SEA bersama Sarawak dan juga di Semenanjung. So, kenapa kita Kerajaan Negeri menarik diri pula. Sedangkan ini satu peluang. Dengan adanya kita sebahagian daripada tuan rumah di Sukan SEA ini, satu peluang yang baik untuk menaikkan taraf kita punya apa ini, sukan di Sabah ini dan sudah tentu banyak kemudahan-kemudahan benefiting yang kita boleh peroleh kalau kita tuan rumah.

Bagi saya, tiada persoalan duit tak cukup tapi yang penting jadi tuan rumah itu boleh dinaikkan taraf kita punya facilities dan ini juga merancang kita punya, sebagai Menteri Belia, ya, pelari yang hebat dulu. Satu galakan kepada khusus anak-anak di sekolah sana, kerana sukan ini merupakan satu aktiviti yang penting dalam hari ini menyumbang kepada ekonomi juga. Ah, itu nak saya tanya kenapa kita tarik diri menjadi tuan rumah bersama dengan Sarawak dan (kurang jelas). Itu ja, terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Satu, tadi soalan, ah. Dua soalan, Kompleks Sukan Semporna. Tahun ini saya melawat di sana dan ada, kita telah berbincang tentang naik taraf tadi kan? Ya. Jadi, kita tengoklah nanti budget mungkin tahun depan kita atur tengok macam, ya. Saya sendiri datang sana tapi Yang Berhormat tidak ada pula sana. Yang kedua itu, tentang Sukan SEA. SEA kan?

Datuk Dr.

... sana (suara tidak jelas)

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Okey, terima kasih. Tentang Sukan SEA, bila kita, bukan bercadang sebenarnya. Kita diberi peluang untuk sama-sama co-host Sukan SEA ini. Tetapi, itulah banyak juga yang menyokong tapi lebih banyak yang tidak menyokong. Memang sayang. Jadi, kita cuba tahun depanlah. Kita sudah putuskan dalam Jemaah Menteri, tidaklah sebab kita punya kewangan pun terhad dan itulah asas dia kenapa kita tolak. Okey, terima kasih.

Akhir sekali, ya. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal Tahun 2024 kepada rakan-rakan yang meraikan, meraikan Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini dan juga yang hadir tadi, baru sampai, ya. Selamat Tahun Baharu 2025, terima kasih. Datuk Speaker, saya mohon menyokong perbahasan Budget Negeri Tahun 2025, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wa syukurillah wassalatu wassalamu mu ‘ala Rasulillah amma ba’ad.

Tuan Speaker, syukur ke hadrat Allah, pemilik segala kurnia lagi sebaik-baik perancang kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun sekali lagi sidang Dewan Undangan Negeri yang Ke-16 pada tahun 2024. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Menteri Kewangan Sabah di atas pembentangan Bajet 2025, yang berlangsung pada 15 November 2024 yang

lalu dengan tema “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.” Sesungguhnya Tuan Speaker, Belanjawan yang diumumkan membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan berterusan.

Bagi tahun 2025, Tuan Speaker, sebanyak 196 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Jumlah peruntukan ini bertepatan mengikut kesesuaian strategi berfasa mencerminkan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi. Selain itu, pemerkasaan modal insan sebagai pemangkin penting dalam memacu pembangunan sosioekonomi melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Tuan Speaker, pada tahun 2024, Kementerian telah melaksanakan pelbagai program pembangunan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) untuk menarik minat murid terhadap bidang ini. Antaranya, Tuan Speaker, program yang telah dilaksanakan;

Festival STEM yang melibatkan kerjasama ...

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

24 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kementerian telah memperuntukkan RM15,000.00 kepada setiap PPD untuk melaksanakan program tersebut.

Yang kedua Tuan Speaker, Program Outreach STEM. Contohnya Kembara Sains Borneo dan Mini Teater STEM yang bertujuan memupuk minat pelajar luar bandar dalam bidang STEM.

Ketiga Tuan Speaker, yang telah kita laksanakan Program pameran Mobile Exhibition, iaitu pameran bergerak yang bertemakan “Experiencing Science : Enlightening Innovation,” telah dilaksanakan di dua buah lokasi, iaitu Perpustakaan

Negeri Sabah, Tanjung Aru dan Perpustakaan Negeri Sabah, cawangan Tambunan dan selepas ini akan beredar ke daerah yang lain. Ini adalah hasil daripada kerjasama kita dengan Kerajaan Republik China yang telah memberikan kita keizinan selama tiga tahun untuk mengadakan pameran 70 buah exhibit mereka yang berhubung dengan STEM.

Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui KSTI akan meneruskan pelaksanaan program-program pembudayaan sains yang sedia ada Tuan Speaker. Kementerian juga akan memastikan program baharu yang bakal dilaksanakan kelak akan dapat meningkatkan minat dan penyertaan ramai murid dalam bidang STEM. Berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan, dilakukan jelas terdapat perkembangan positif dalam usaha Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memperluaskan lagi akses kepada pendidikan sains di negeri kita.

Pada tahun 2023, Pusat Sains Keningau juga telah dibina memenuhi keperluan pendidikan sains di kawasan pedalaman sebagai bukti komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang berkualiti untuk generasi muda Sabah.

Tuan Speaker, melangkah ke hadapan bagi tahun 2025, KSTI merancang untuk menambah dua lagi cawangan pusat sains di Sabah ini, iaitu di Sandakan Tuan Speaker dan di Tawau dengan tajaan dari Petronas bagi mengukuhkan kerjasama strategik kerajaan dan industri.

Penubuhan pusat-pusat sains ini Tuan Speaker dijangka akan memberi impak kepada menggalakkan minat dan kesedaran sains di kalangan pelajar dan masyarakat setempat sekali gus membantu memperkasa pembudayaan STEM di negeri ini.

Tuan Speaker, sebanyak 300 buah perantis Starlink telah dipasang di 300 lokasi di seluruh negeri Sabah yang telah dikenal pasti mempunyai masalah ketersambungan Internet. Pemasangan Starlink merupakan penyelesaian interim kepada Jalinan Digital National (JENDELA) yang dijangka siap pada akhir tahun 2025.

Kawasan pemasangan merangkumi daerah Tuaran, Tambunan, Ranau, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kuala Penyu, Tenom, Tawau, Kalabakan, Sandakan tadi

ada disebut, semalam ada disebut oleh Gum-Gum berhubung dengan connectivity ini. Tadi juga disentuh oleh Balung, YB Balung termasuk Tongod, Pitas, Kunak, Beluran, Telupid, Sipitang, Beaufort, Lahad Datu, Semporna, Nabawan, Sook, Papar dan Penampang. (Moyog mencela) Sebagai penyelesaian interim, nanti saya jawab (suara berlapis).

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sorry, Okey.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

… sebagai penyelesaian interim kementerian sedang melakukan pemantauan ke atas penggunaan Starlink yang telah dipasang. Sekiranya capaian Internet tersebut telah diperbaiki dengan siapnya JENDELA, kementerian akan memindah perantis Starlink tersebut ke kawasan yang masih mempunyai masalah capaian Internet. Kerajaan Negeri juga, Yang Berhormat ah, Yang Berhormat bolehkah selepas akhir-akhir nanti saya jawab?

Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog: Okey, berkaitan dengan Starlink sahaja.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya jawab nanti ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga akan terus memantapkan penyampaian perkhidmatan melalui ICT agar lebih produktif dan mesra rakyat.

Kerajaan akan memanfaatkan Teknologi IR 4.0 dalam operasi pentadbiran Kerajaan Negeri seperti penggunaan Artificial Intelligence (AI) untuk kerja-kerja berulang dan urusan pentadbiran harian agar kakitangan perkhidmatan awam lebih produktif dan mampu melaksanakan tugasan yang lebih sukar dan berimpak tinggi. Pengunaan AI ini akan digunakan untuk teknologi rangkaian komputer, keselamatan siber, sistem-sistem aplikasi dan beberapa lagi bidang lain. Penggunaan maklumat biometrik dan tandatangan digital juga akan memanfaatkan, dimanfaatkan dalam urusan kerajaan.

Pada tahun 2025, Sabah Net akan menganjurkan pertandingan Drone MultiGP Sabah Chapter 2025 Edisi Kedua, Sabah Net Cyberchallenge 2025 dan Sabah Net Youth eSport 2025 Keningau yang pertama selaras dengan pembangunan bakat dan ekosistem industri kreatif. Takut saya lupa, silakan Yang Berhormat.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Menteri. Berkaitan dengan Starlink, saya ingin bertanya kepada Menteri. Bagaimana kamu overcome bila tiada electricity? Sebab dia pakai dia guna high power juga ini Starlink walaupun low watt tapi high power, so banyak tempat kita di rural areas termasuk di Penampang, i’m certain di kawasan pedalaman Sabah electricity supply tiada, tidak ada ataupun tidak konsisten. How do we continue? Bagaimana kita ensure Starlink ini boleh memberi membawa manfaat dengan continues supply ataupun continues non (kurang jelas) mereka cakap, ah, kepada kawasan-kawasan yang ingin mengguna facility Internet Starlink ini? Dan satu lagi, adakah masalah berkaitan dengan consistence supply of internet connectivity kalau memakai Starlink? What i am saying is macam unifi, ada problem dengan Internet connectivity sometimes, macam juga time another facility, Starlink pun ada juga mengalami problem yang sama dan ini akan menjejas penggunaan di kawasan pedalaman. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat, emm Moyog. Setakat ini kita memilih tempat yang sesuai sahaja dan kita membuat kajian sementara ni di bawah MCMC baru buat kajian, tapi di bawah kita Sabah Net kita membuat, meletak di tempat-tempat yang sesuai. Tapi bermasalah dari segi connectivity dan ah, kemudian saingannya lebih kurang ah, 100 boleh menggunakan. Jadi kita letakkan di satu tempat misalnya di dewan, di dekat masjid, gereja untuk komuniti beroperasi di sana. Selain daripada itu, masalah ini boleh kita selesaikan dengan adanya POP, Point of Present untuk sekolah-sekolah. Ini tidak ada masalah sebab dia menggunakan optik, talian optik.

Tuan Speaker, KSTI komited membuat penyelidikan bagi tujuan pembangunan Pusat Geospatial STI yang merangkumi pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti penyelidikan serta sinergi antara agensi kerajaan. institusi penyelidikan dan institut pengajian dalam bidang Geospatial. Hasil kajiannya akan menyumbang kepada

peningkatan penggunaan maklumat dan berperanan penting dalam pelbagai aplikasi termasuk perancangan bandar, pengurusan sumber alam, pemetaan laut, tindak balas bencana khususnya dalam tiga sektor utama, iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan. Dengan adanya platfom yang efisien perkongsian data ini, kita dapat mengelakkan pertindihan sumber, mengoptimumkan penggunaan maklumat dan memastikan dasar-dasar yang dirangka lebih berasas dengan bukti. Kemajuan dalam teknologi dan metodologi ah, teknologi ini antara instrumen penting membantu kerajaan membuat keputusan khusus dalam bidang, dalam konteks pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Speaker, pada tahun 2025 Perpustakaan Negeri Sabah telah merancang dan menyusun aktiviti dan program yang akan dijalankan sepanjang tahun. Antaranya adalah program bersama komuniti di perpustakaan desa, sebanyak empat perpustakaan desa akan dikenal pasti untuk menjalankan program ini. Program tahunan lain akan diteruskan seperti World Quran Hour, Hari U-Pustaka, Jom Membaca untuk 10 minit, Minggu Perpustakaan 2025, Pameran Seni Lukis Kanak-kanak Malaysia-Jepun, Pesta Buku 2025, Bengkel Tactile, Karnival Baca Perdana dan Hari Inovasi serta aktiviti cuti sekolah. Projek Pembangunan akan …

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

…teruskan dengan pembinaan bangunan cawangan Kunak kemudian Tenom dan Kota Marudu. Bas bergerak Semporna, Beaufort dan Kudat akan diganti untuk memberi perkhidmatan di luar bandar. Untuk makluman Sulabayan, saya ada melawat kawasan Perpustakaan Desa Yang Berhormat maklumkan kepada saya. Terima kasih atas makluman berkenaan dan sudah kita ambil tindakan yang berkenaan.

Pada tahun 2025 akan menyaksikan pelaksanaan program yang lebih strategik dan berfokus kepada keperluan industri. Ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat ADUN Dilantik tadi Datuk Raime, iaitu Latihan TVET berfokus Industri. JPSM berhasrat memperluaskan program latihan TVET ke sektor baharu seperti teknologi boleh baharu (RE), ekonomi biru (blue economy), teknologi kenderaan elektrik (EV) dan

agropreneurship atau keusahawanan agro. Kerjasama strategik dengan penyedia latihan seperti MARDI, MARii dan peneraju industri melalui program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan latihan berasaskan teknologi tinggi.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat Menteri, ada mencelah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ya.

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri mendengar daripada apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri daripada awal sehingga perpustakaan tadi termasuk science technology. Cuma saya membahaskan Datuk Speaker dalam sesi perbahasan koordinasi di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri yang ada dari segi peruntukan pembangunan di negara ini khususnya di Sabah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, belanjawan Kementerian Pendidikan ya daripada RM400 bilion yang dibelanjakan pada tahun ini dan tahun lepas pun hampir RM48 bilion kalau saya tidak silap ya. Berapa jumlah duit yang dimanfaatkan daripada perbelanjaan yang begitu besar RM395 bilion tahun lalu, tahun ini 20 400 bilion lebih ya 25 ini, peruntukan itu untuk menaik taraf bukan hanya perpustakaan bukan hanya kemudahan-kemudahan seperti yang dibangkitkan oleh YB Moyog tadi malahan saya persoalkan juga di peringkat Dewan Rakyat. Tandas RM1 bilion tapi malangnya di beberapa pulau termasuk di Larapan, di kampung saya termasuk di Pulau Banggi ada sekolah ada tandas tapi tidak ada air. Bagaimana tandas itu boleh digunakan kalau tidak ada.

Saya tanya guru di Banggi 1, ada 10 di situ tandas yang susah nak dapat air. Saya bilang dari mana dapat air? Tunggu air hujan, tunggu kalau ada dorang (mereka) ambil daripada ini pakai tangki ni. Macam mana anak-anak ini belajar? So there’s about 400 billion, out of that more than 50 billion dari segi peruntukan pendidikan yang ada. Saya ingat kalau dapat saya cadangkan kepada Yang Berhormat ya selain saya bertanya berapa daripada yang dahulu tahun lalu sehingga sekarang dan saya cadangkan kepada Yang Berhormat peruntukan yang ada RM50 bilion lebih. Senaraikan apa keperluan Sabah ini. Kita tidak mahu duit RM50 bilion semua

belanja di Semenanjung. Ini duit rakyat Malaysia yang kita juga rakyat Malaysia kita mahu seimbangkan. Kita tidak mahu bukan setakat accessibility term of apa ni electric, internet accessibility kita bagi laptop.

Saya pun kadang-kadang di kawasan saya bukan sahaja di sini bahkan tempat-tempat yang lain Datuk Seri bolehkah sponsor beli laptop. You know, itu yang kadang-kadang tabletlah macam-macam. Tapi setakat mana kita ada keupayaan dan ini kita perlu senaraikan anak-anak kita di peringkat negeri Sabah sekolah menengah, universiti yang ada UMS berapa bantuan yang kita boleh bantu mereka bukan setakat bagi imbuhan duit 1 ribukah, 3 ribukah ataupun subsidi apakah. But this is for enlight (kurang jelas)…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey Yang Berhormat.

Terima kasih banyak.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih atas input yang Yang Berhormat Senallang berikan. Amat bermanfaat bagi kita dan baru-baru ni kita ada bermesyuarat khas berhubung dengan MA63 dan perkara ini juga kita ada bawa kepada Menteri berkenaan yang bersama-sama saya menjadi pengerusi bersama untuk membincang perkara berkenaan dan isu penting yang kita kemukakan termasuklah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi berhubung dengan sekolah-sekolah daif kita. Kita ada lebih 300 yang memerlukan bantuan khususnya yang berskala tujuh. Berskala enam pun ada dan kita harap apabila berskala enam itu dapat dibaik pulih dia akan turun ke skala lima, empat, tiga dan mudah-mudahan inilah fokus kita berhubung dengan sekolah daif termasuklah bajet yang disebutkan tadi yang saya telah minta kepada Pengarah Pendidikan untuk menyenaraikan semua dan sudah pun disenaraikan oleh pihak berkenaan. Rupanya bukan 200 lebih yang memerlukan bantuan sekolah-sekolah. Lebih daripada itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya Tuan Speaker berhubung dengan program latihan berteraskan digital ini juga diberi perhatian oleh JPSM merancang melaksanakan program latihan berteraskan digital yang memberi tumpuan kepada teknologi terkini AR, VR, AI dan

sebagainya. Dan seterusnya agropreneurship dan homestay di Kundasang, JPSM melaksanakan program seperti SLDN, kursus pendek dan on-the-job training dan bagi mempromosikan sektor pertanian dan ekopelancongan di Kundasang sama seperti mana diharapkan Datuk Raime tadi berhubung dengan apa yang perlu kita tingkatkan dalam bidang TVET.

Seterusnya peningkatan infra dan alat bantuan latihan di ILTP, merancang untuk menaikkan taraf blok perdagangan dan blok teknikal serta penyediaan ABL yang terkini selaras dengan perkembangan teknologi serta amalan industri semasa. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Raime, kita ada sijil, diploma, ada kursus persijilan di ILTP kita. Lebih 300 pelajar disana. Selain daripada JPSM ada satu lagi Sabah Skill and Technology Center (SSTC) pula akan terus memberikan fokus kepada penyediaan…

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Speaker, minta laluan. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin bertanya Datuk Menteri, lanjutan daripada kursus-kursus diploma tadi adakah mereka berpeluang juga untuk melanjutkan kemahiran mereka di peringkat institusi yang lebih maju lagi dan yang kedua semasa mereka melanjutkan pembelajaran ataupun kemahiran mereka adakah penyediaan bantuan-bantuan kewangan untuk selama mereka membuat pengajian mereka di sana? Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Memang ada bantuan kita dan mereka kursus di sana secara percuma dan mendapat dana daripada Kerajaan kita dan kebolehpasaran mereka ada 80% ke atas alhamdulillah. Kebolehkerjaan dan inilah menarik minat mereka untuk berkursus di JPSM. Demikian juga selepas kursus di sana, kita ada juga membuat MoU dengan Universiti KL (UNIKL) dan ada beberapa pelajar kita sudah menyambung ijazah di peringkat selepas mereka di ILTP.

Tuan Speaker, antara kursus yang dilaksanakan oleh SSTC inisiatif memperkasa latihan kemahiran untuk pembangunan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET. Kemudian demikian juga memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan latihan dan industri

program pembangunan bakat muda dan sijil profesional, mengasah potensi golongan muda melalui pelbagai latihan kemahiran yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran soft skill dan hard skill. Demikian juga Tuan Speaker, SSTC membuat program membangun infrastruktur ekosistem yang sesuai untuk memperkasa budaya kreativiti dan inovasi. Penganjuran program kesedaran tentang IR 4.0 dan lain-lain.

Saya teruskan Tuan Speaker. Kementerian akan meneruskan program inovasi seperti Pitchborneo, RoboNeo dan Sabah Screen Fest. Pitchborneo ialah pertandingan persembahan idea perniagaan yang menjemput usahawan di semua peringkat dari pemula hingga profesional berpengalaman untuk mempersembahkan konsep perniagaan mereka untuk peluang mendapat RM20,000.00 ribu geran bagi 10 pemenang dalam bentuk pembiayaan dan modal permulaan.

RoboNeo ialah acara robotik komuniti utama di Sabah yang bertujuan untuk menghubungkan komuniti melalui teknologi. Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan pelajar sekolah rendah hingga profesional berpengalaman. RoboNeo menawarkan pelbagai kategori pertandingan termasuk robotik, pengaturcaraan…

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

… dan inovasi teknologi, acara ini juga menampil bengkel dan demonstrasi untuk memberi inspirasi dan mendidik serta mengenai robotik dan teknologi. Sabah Screen Fest ialah festival filem digital dan pertandingan terbuka kepada dua kategori Sekolah Menengah dan Rendah di Malaysia serta kategori terbuka bagi mana-mana peminat Filem Amatur Malaysia yang berasal dari Sabah. Program ini dapat memanfaatkan kreativiti pembikin filem di Sabah dan menggalakkan para peserta mempamir kemahiran kreativiti pembuatan filem mereka melalui pelbagai genre termasuk filem pendek, animasi, dokumentari dan iklan.

Untuk tahun 2025, Tuan Speaker, SCENIC akan terus memberi tumpuan kepada tiga teras utama teknologi, keusahawanan dan berteraskan inovasi dan kreatif.

Fokus utama adalah pembangunan modal insan dalam sektor ini sambil memacu pertumbuhan start up melibatkan perusahaan sosial dan teknologi sementara penubuhannya pada 2020.

Semenjak penubuhannya pada 2020, Kementerian melalui SCENIC telah berjaya menjadikan Sabah sebagai ekosistem pengurusan sosial, kedua terbesar di Malaysia serta ekosistem syarikat pemula teknologi keenam terbesar di negara ini.

Perusahaan sosial SCENIC akan bergabung tenaga sekali lagi dengan Sosial Enterprise World Forum (SEWF) untuk menganjurkan SEWF World Gathering pada Oktober 2025 di mana seluruh dunia akan datang ke Kota Kinabalu, Sabah. Program ini bertujuan mengumpulkan perusahaan sosial luar bandar di bandar di Kota Kinabalu untuk pertukaran ilmu dan membina rangkaian yang menyokong pembangunan ekonomi luar bandar. Melalui inisiatif digital IOT SANDBOX, SCENIC berusaha mempertingkatkan kesiapsiagaan teknologi sehingga boleh dikomersialkan. Kerjasama dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi juga akan diteruskan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di Sabah. Sejak 2022 melalui inisiatif ini, SCENIC telah berjaya memfasilitasi pengumpulan dana sebanyak 7.8 juta untuk syarikat pemula teknologi di Sabah. SCENIC berhasrat melahirkan lebih ramai bakat animasi tempatan melalui pelaksanaan Sabah Animation Hub menjadikan Sabah destinasi pilihan syarikat produksi animasi tempatan dan antarabangsa. Selain itu, SCENIC akan membantu mempromosikan karya filem rakyat Sabah melalui kerjasama dengan Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu, sebuah NGO yang mendukung pembangunan filem tempatan. Dengan usaha berterusan ini, SCENIC berharap dapat memperkukuh ekosistem teknologi, inovasi kreativiti di Sabah pada tahun mendatang.

Tuan Speaker, kelulusan pertambahan peruntukan 35.5 juta untuk bantuan pendidikan pada tahun 2025 menunjukkan Kerajaan amat prihatin terhadap perkembangan bangunan pendidikan di negeri ini. Pertambahan ini menjadikan keseluruhan peruntukan untuk bantuan pendidikan termasuk bantuan agama, bahasa dan sastera pada tahun 2025 secara keseluruhannya berjumlah 79.5 juta.

Pertambahan peruntukan untuk bantuan pendidikan ini melibatkan pertambahan bantuan sedia ada untuk bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off BUDI,

daripada 10 juta pada tahun 2024 menjadi 20 juta pada tahun 2025. Ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat Adun Dilantik Datuk Suhaimi. Pertambahan ini akan memberi manfaat kepada sepuluh ribu orang pelajar. Dulu sebelum ini lima ribu sekarang sepuluh ribu pelajar akan melanjutkan … yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan swasta dari kalangan B40 dan M40 pada tahun 2025. Saya mengambil maklum apa yang dicadangkan oleh Sindumin tadi berhubung dengan pengagihan biarlah daripada universiti, dan ini akan kita perincikan, kita akan berbincang dan akan melihat macam mana keberkesanannya, insya-Allah. Tuan Speaker …

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Penjelasan … Terima kasih, tahniahlah kepada Kementerian beri biasiswa kepada tiga ribu pelajar baharu. Maksud saya tadi ialah kita ada banyak kekurangan doktor pakar di hospital tapi banyak juga pegawai perubatan di Sabah. Kalau boleh mereka yang ingin membuat bidang specialist ataupun pakar ini, kita yang pilih dan hantar dan mereka boleh menjadi pakar di kawasan saya di Sipitang atau di Sindumin tidak ada doktor pakar walaupun hospital itu lengkap peralatan. Begitu juga dengan kawasan Yang Berhormat di Klias, di Beaufort, kita perlu doktor pakar ini. Tapi masalahnya ialah kita kekurangan dan kebanyakan doktor pakar ini adalah daripada Semenanjung. Bila mereka habis di sini, mereka terus pulang dan tidak ada pengganti jadi kita lebih baik mengatur daripada awal untuk mencari doktor-doktor daripada anak Sabah dan kita hantar dan mereka pasti kerja tetap, kita bagilah kontrak kepada mereka untuk beberapa tahun bekerja di hospital. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin, kita ambil maklum perkara berkenaan dan kita ambil kira keperluan doktor di Sabah. Sepertimana keperluan dalam Dasar 9010, sebenarnya Dasar 9010 sudah tercapai tapi belum … belum tercapai bidang Pendidikan Islam dan ini juga kita akan fokus untuk mendapatkan guru-guru daripada Sabah supaya sampai kepada 9010 dasar dalam guru pendidikan kita.

Tuan Speaker, bantuan subsidi tiket penerbangan Graduan Rindu Sabah atau Subfly kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta secara one-off siswa siswi yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan sebanyak RM600

akan diteruskan pada tahun hadapan, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam Sabah juga tidak dilupakan dengan pemberian bantuan secara one-off sebanyak RM300 seorang melalui skim bantuan yang baharu diperkenalkan, iaitu Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi dalam Sabah atau SENTOSA. Selain itu terdapat satu lagi skim bantuan pendidikan yang baharu, iaitu sumbangan kegiatan sekolah atau SUKSES ...

Datuk Speaker … minta izin Yang Berhormat Menteri tadi dibangkitkan tentang subsidi penerbangan, saya juga bangkitkan bahawa Kerajaan Pusat bila saya bertanya dengan Menteri Pengangkutan Menteri Low, iaitu berhubung kait dengan subsidi yang diberikan, 48 juta diberikan kepada Sarawak dan juga Sabah lepas itu dia melibatkan membabitkan 52 ribu pelajar-pelajar yang ada. Jadi saya ingin bertanya ini yang saya nyatakan persoalan:

1. Koordinasi 2. Ketirisan

Kita tidak mahu nanti dah ada … sudah ada 48 juta diberikan, diteruskan tahun ini jadi kalau … kalau boleh kita gunakan duit yang extra RM600 tadi, yang RM600 gunakan untuk tempat yang lain yang kadang-kadang ini yang membimbangkan saya macam MRSM di Semporna, inovasi di situ saya kena taja juga, itu hari itu peringkat antarabangsa mereka memerlukan untuk to become very innovative young people, cuma saya nakkan supaya selaraskan sama ada langkah ini jangan ada pembaziran. Kita dengar baik but why should we spend money yang Federal dah ada duit dia don’t use for that same purpose kerana kita boleh gunakan untuk bantuan lain itu yang saya katakan laptop ada tapi kita beri, tablet ada kita tak beri kepada anak-anak, ya, jadi ini yang saya minta kepada Yang Berhormat sama ada dari segi penyelarasannya 48 juta is there my handsard is there, nanti dia log dia jawab dia cakap 48 juta sedia ada jadi mungkin Yang Berhormat boleh jumpa dengan dia senarai pelajar-pelajar dan saya tanya mana penerbangan, dia cakap choice any student, Datuk Seri, dia cakap they can take firefly, they can take MAS, they have the choice jadi ini yang tidak mahu pembaziran perbelanjaan pasal kita terbatas duit kita di belanjawan cuma 6 bilion dia orang punya belanjawan 400 bilion. Terima kasih banyak.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, kita ambil maklum dan saya akan mengatur perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan dan untuk makluman subsidi tiket penerbangan boleh digunakan sepanjang tahun. Saya ingat Sarawak pun menggunakannya dan boleh digunakan sebelum raya, sebelum Krismas, sebelum tahun baharu Cina dan sepanjang tahun ini, anak-anak kita boleh menggunakannya dan apa pun saya akan ambil maklum apa yang Yang Berhormat Senallang cadangkan tadi. Selain daripada itu, terdapat satu lagi skim bantuan pendidikan yang baharu, iaitu sumbangan kegiatan sukses, sumbangan kegiatan sekolah yang dinamakan SUKSES, sebelum ini, Tuan Speaker, kita ada …

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

… satu sumbangan untuk PIBG. PIBG ni kita sediakan 2,000.00. Tapi dengan adanya sukses ini, diberi kepada sekolah pula untuk membuat program. Jadi memudahkan ADUN-ADUN kita, untuk meringankan ADUN-ADUN kita walaupun sebenarnya tidak cukup. Tapi sekurang-kurangnya 3,000.00 ni boleh untuk kegiatan hari-hari ucapan, atau anugerah dan sebagainya untuk kegiatan di sekolah dan juga boleh digunakan untuk keperluan-keperluan yang lain. RM3,000.00 pada tahun ini kita perkenalkan dan sebelum ini kita ada BAGUS, BAGUS ini saya ingin maklumkan pada tahun lalu 2023. Bantuan BAGUS kita telah agihkan kepada 676 sekolah.

Antara yang banyak mendapat Bantuan BAGUS, Beaufort 79 sekolah, Papar 60 sekolah, Sandakan 54, Semporna 43, Tamparuli, Tawau 42, Tongod 2, Tuaran 21, Ranau 32, dan Papar 60, Lahad Datu 20. Masih kurang, Yang Berhormat. Jadi saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat memaklumkan kepada semua Pengerusi PIBG bahawa BAGUS ini perlu dipohon. Tapi sekarang kita sudah, akan, kita akan ubah sistemnya. Kita melalui PPD masing-masing. PPD akan menyenaraikan dan kita akan beri borang sahaja. Sebelum ini dia akan memohon dan membuat kertas kerja, mungkin menyulitkan PIBG. Satu lagi masalahnya ada PIBG yang akaunnya tidak, tidak ada akaun. Jadi, ini tidak dapat kita perkenankan. Tuan Speaker …

Datuk Yang Berhormat Menteri, kalau boleh. Saya ingat kalau dapat, bukan kita berdasarkan dengan permohonan. Kalau dapat, berdasarkan dengan keperluan. Go to the detail, which particular school yang daif, PIBG dia tidak ada bangku, tidak ada meja, tidak ada kemudahan dia. Mungkin, oleh kerana keperluan bukan atas permohonan. Kalau kita tunggu permohonan, saya ingat kita mungkin, Yang Berhormat pun ada data semua ni. Mana sekolah-sekolah daif yang disebut tadi 300. Which is the more daif? Banding dengan Papar, banding dengan kawasan-kawasan lain. So boleh kita imbangkan. Di pedalaman contohnya di Pitas, di Long Pasia. Ada sekolah-sekolah di situ yang memerlukan bantuan. Jadi, kita imbangi, balanced development in terms of education. Yang hanya bandar, tapi yang luar bandar anak-anak kita yang daif ini perlu kita bantu. Terima kasih banyak.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ya. Itulah yang kita laksanakan sekarang bersama dengan PPD. Tapi kalau boleh, kalau ADUN-ADUN ada kenal pasti yang kawasannya, sekolahnya belum ada lagi, bagi senarai dengan kita, kita akan melaksanakan.

Tuan Speaker, selain daripada itu bantuan-bantuan pendidikan sedia ada juga akan diteruskan pada tahun 2025. Satu, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer kepada pelajar, Bantuan Ihsan Komputer kepada pelajar, iaitu yang disebut sebagai BAIK. BAIK ini Tuan Speaker, ada 740 yang tadi saya sebutkan BAGUS tu ada 676, yang BAGUS. Tapi BAIK ini, Bantuan Ihsan Komputer ada 740, tahun lalu mendapat bantuan ini. Antaranya Beaufort 33, Kota Belud 54, Kota Kinabalu 103, Sandakan 78, Sipitang 20, Lahad Datu 32, Semporna 40. Ertinya, maklum seluruh daerah maklum tentang inisiatif ini dan mereka memohon. Jadi tidak timbul isu mereka tidak tahu. Seluruh daerah sehingga Tongod pun ada dapat. Jadi mudah-mudahan dengan adanya ini, sekurang-kurangnya boleh membantu anak-anak kita.

Dan kedua, saya memohon sekali lagi kepada ADUN-ADUN maklumkan dan kenal pasti sekiranya ada anak-anak kita ini yang memerlukan bantuan sedemikian. Ketiga, bantuan BAGUS kita teruskan. Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA). Anugerah ini juga banyak mendapat tempat apabila anak-anak kita cemerlang di peringkat kebangsaan dan peringkat

antarabangsa. Kita beri anugerah dan beri wang tunai kepada anak-anak yang berjaya yang diiktiraf pertandingan berkenaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Yang terbaru ialah kita beri anugerah kepada dua orang anak daripada Sekolah Menengah Toh Puan Hajjah Rahmah. Dia johan pidato bahasa Arab peringkat kebangsaan sekolah menengah dan dia johan, seorang lagi johan pidato bahasa Inggeris peringkat kebangsaan. Jadi luar biasa anak kita.

Bantuan seterusnya, Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Sabah (BISTARI), Bantuan Khas Pendidikan (BANTU), Bantuan Penyenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Sekretariat Mahasiswa Sabah, Bantuan Khas Aktiviti Keagamaan, Bantuan Majlis Halal Sabah, dan ini juga, saya ingin mengambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kadamaian, beliau tiada di sini. Berhubung dengan makmal halal yang perlu ada di Sabah. Kita akan memperincikan perkara ini dan memang sudah kita rancang dan agar memudahkan usahawan-usahawan kita dalam hal mendapat sijil halal.

Tuan Speaker, yang seterusnya kita juga meneruskan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Ini saya ingin sentuh bahawa pada sebelum ini peruntukan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah setahun 50 juta. Tapi sekarang telah dinaikkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri 101 juta dan melalui ASP baru-baru ini, ditambah lagi 12 juta. Jadi, sekarang peruntukan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ialah 113 juta.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, tajaan pada tahun 2024 yang baharu, kita sudah memilih sejumlah 4950 pelajar untuk tajaan baharu. Yang lama, yang masih aktif 6908 dan jumlah keseluruhan penerima Biasiswa Kerajaan Negeri adalah 11 858. Dan bidang pengajian juga ada PHD, sarjana, sarjana muda, diploma. Dan diploma 3022 orang, sarjana muda 8647, sarjana 183, PHD kita masih sedikit. Baru 8 orang. Jadi kita alu-alukan YB-YB kalau ada masa ambillah, lanjutkan pengajian.

Dan saya ingin maklumkan juga jajaran atau statistik daerah yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Kota Kinabalu 2127, Penampang 639, YB Penambang 639, Putatan 256, Tuaran 762, Daerah Kuala Penyu 82, Kudat 325, Banggi pun ada 8, Kota Marudu 416, Papar 725, Ranau 576, Kota Belud 697. Semua anak-anak kita diploma dan universiti dapat Biasiswa Kerajaan Negeri.

Keningau 537, Tambunan 238, Tenom 244 orang, Sipitang 218 orang, Nabawan 64, Beaufort 511, Pitas 107, Sook 11 orang, Sandakan 835. Anak-anak Sandakan pun dapat Biasiswa Kerajaan Negeri. Beluran 156, Kinabatangan 108, Tongod 199, Lahad Datu 361 pelajar, Tawau 846 pelajar, Semporna 400 lebih, 407. Alhamdulillah. Ramai anak ambil diploma dan ijazah dari Semporna. Kunak 84, Tamparuli 225, Telupid 91. Ini antaranya, dan bidang-bidangnya sangat banyak. Tidaklah saya huraikan …

… Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri. Boleh tak Yang Berhormat Menteri bagi sedikit penjelasan kenapa terdapat perbezaan angka yang begitu ketara, yang menerima biasiswa ni? Mengikut tempat-tempat tadi. Sebagai contoh, macam Kunak dia baru dapat 84, Lahad Datu 300 lebih sahaja, Beaufort. Mana tau (tahu) ada benda yang, kenapa benda ni boleh berlaku? Untuk membagi sama rata kepada semua tempat.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tidak, dia berdasarkan permohonan, Yang Berhormat. Berdasar permohonan …

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Daripada pelajar berkenaan sekiranya ada di tempat YB-YB sebelum ini kalau ada tercicir maklumkan kita, kita tidak memilih malah kuota untuk kuota untuk sekejap ah, saya tidak bawa di sini malah kuota untuk agama BBI (Bumiputera Bukan Islam) ah Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, Bukan Bumiputera, 40 Bumiputera Bukan Islam, 40 Bumiputera Islam, 20 Bumiputera Bukan Bumiputera. Ini kita perincikan lebih kurang 4,000 dan 2,000 ah ini bukan.

Yang Berhormat Menteri kena cari satu kaedah yang lebih memudahkan supaya bantuan ini boleh dinikmati oleh semua kawasan semua pelajar memerlukan. Takkan ada satu tertinggal.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Boleh. Saya mahu saya meminta ADUN-ADUN menyenaraikan, mana yang layak, senaraikan, insya-Allah kita akan bantu tidak ada masalah.

Daripada Pejabat ADUN.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ah ya, kalau tidak ada Biasiswa Kerajaan Negeri, Biasiswa Yayasan Sabah ada, Dermasiswa Yayasan Sabah masih ada, kalau dua-dua tidak ada, kita ada Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang tidak dapat Biasiswa Kerajaan Negeri, yang ditolak kemudian merayu, dapat semua, ada yang tercicir kita boleh bantu dari Tabung Pendidikan Negeri Sabah, no problem itu tapi yang penting dia layak. B40, M40, apa lagi e-Kasih kita akan utamakan, yang penting jika ada didapati tercicir maklumkan dengan kita ah kita tak boleh maklum untuk semua, kalau ada yang tercicir maklumkan kita, kita akan bantu tidak ada masalah. Tahun ini sahaja daripada satu ribu, kita beri peruntukan sehingga 5,000 pelajar baru yang dapat biasiswalah. Alhamdulillah.

Lagi satu Yang Berhormat Menteri, sebagai satu cadangan ya ah bagi memudahkan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

YB Tungku, YB Tungku kalau boleh saya mencelah.

Sekejap dulu, sekejap dulu. satu saja.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya dari Kunak, sekejap saja. Saya adalah antara saksi sebab di Kunak ada satu pelajar tercicir, segera saya hubungi YB Menteri dan alhamdulillah pelajar tercicir tersebut segera mendapat bantuan biasiswa.

Okay.

Ah lagi satu cadangan yang Yang Berhormat Menteri ya bagi maksud untuk membantu pelajar-pelajar kita dalam perbelanjaan seharian mereka ataupun

keperluan mereka, mungkin ada baiknya kerajaan negeri perkenalkan kad pelajar, suatu ketika dulu kita ada kad pelajar di mana kad itu sebagai contoh kalau kita beli tiket kapal terbang, kita boleh tunjukkan dengan syarikat penerbangan untuk membeli tiket untuk mendapatkan diskaun sebab itu juga dengan pembayaran online, jadi kalau ada itu saya rasa kita lebih memudahkan pelajar daripada dia kena terus urusan dengan mana-mana agensi, mana-mana apa semualah, kalau boleh dicadangkan. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih cadangan yang baik.

Seterusnya Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Kukusan, Kementerian sedar mengenai peranan dan fungsi KSTI dan KBS sebagai pencerahan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) komited dalam usaha dalam memperkasa modal insan di negeri Sabah. Inisiatif pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh JPSM dengan memfokus kepada kumpulan sasaran yang lebih luas tanpa meninggalkan golongan rentan. Golongan ini terdiri daripada belia keluarga B40, OKU dan warga emas. Melalui program latihan berasaskan TVET dan usahawan TVET, golongan rentan ini berpeluang meningkatkan keupayaan mendiri serta kebolehpasaran mereka. Tersebut tadi sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan berhubung dengan program yang bertindih dan insya-Allah kita akan selaraskan dengan Kementerian-kementerian lain, mungkin akan datang kita boleh buat seperti mana yang boleh buat oleh penaja-penaja biasiswa. Sekarang kita ada portal khas satu saja, ah di sana ada boleh memohon Biasiswa Kerajaan Negeri, boleh memohon Yayasan Sabah, boleh memohon Majlis Ugama Islam Sabah, boleh memohon Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan boleh memohon inisiatif-inisiatif dan ini mungkin boleh mengurangkanlah pertindihan seperti mana yang disebutkan oleh YB Kukusan.

Langkah ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan sendiri tapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat dan negeri secara keseluruhan, manakala latihan yang diadakan oleh KBSS memberi fokus kepada golongan belia, usaha ini adalah sinergi peranan dan fungsi yang saling melengkapi

serta usaha pembangunan sumber manusia melalui perancangan dan penganjuran program latihan .

Tuan Speaker, KSTI sedang merancang menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah, Satu langkah strategik yang selaras dengan dasar TVET Negara 2030 dan penubuhan majlis ini bertujuan memperkukuh pembangunan TVET di Sabah melalui peranan utamanya dalam pemantauan dan kawalan selia dasar TVET di negeri ini, langkah ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi Sabah sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat dan ini juga selalu disebut oleh ADUN-ADUN ah Yang Berhormat ADUN khususnya Sulabayan selalu menyebut berhubung TVET, terima kasih.

Bagi menjawab soalan ADUN 70 Kukusan dan ADUN N50, Gum-Gum dan Balung, Kementerian mengambil maklum akan isu liputan di beberapa kawasan negeri Sabah. Kerajaan melalui MCMC sentiasa berusaha menjalankan aktiviti pemantauan pemajuan liputan dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi mematuhi standard mandatory yang ditetapkan, ini adalah berdasarkan aduan yang diterima serta kawasan-kawasan penting seperti hospital, institusi pengajian dan pusat pemindahan sementara dan sudah juga kita bincang tadi.

Bagi menjawab soalan ADUN Yang Berhormat Datuk ah Dilantik, Datuk Amisah Yassin, industri kreatif mempunyai skop yang luas dan pada masa ini KSTI melalui SCENIC memberi fokus kepada pemerkasaan sektor animasi, filem dan sektor-sektor berkaitan warisan, seni budaya. Dalam bidang animasi sejak 2022 SCENIC telah memberi impak besar kepada bakat animasi Sabah melalui program Toon Boom, Industrial Bridging Programme yang telah membuka peluang pekerjaan kepada bakat tempatan dalam industri animasi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain itu, karya bakat daripada pusat animasi SCENIC yang melalui siri kartun Classic Explained telah memenangi Best Animated Web Series di UK Online dan ini antara kejayaan kita.

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan ADUN yang Dilantik, Dr. Aliakbar Gulasan mengenai soalan pusat AI, Kerajaan Negeri sedang dalam peringkat kajian dan perancangan untuk menubuhkan pusat kecerdasan buatan AI sebagai salah satu inisiatif untuk menyokong ekosistem digital di negeri ini. Usaha ini adalah

sebahagian daripada langkah strategik menuju Transformasi Teknologi dan Ekonomi Digital dengan matlamat untuk menarik pelaburan, mengembangkan bakat tempatan dan memacu inovasi dalam pelbagai sektor.

Bagi menjawab Yang Berhormat Bugaya, ah berhubung dengan imam kontrak berumur 58 tahun, Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan 1 2011 bertarikh 2 Februari 2011 telah dikeluarkan bagi tujuan menyeragaman pemakaian peraturan had umur 58 tahun berkuat kuasa 1 Febuari 2011 ya Yang Berhormat dan ah pihak Kerajaan Negeri prihatin terhadap isu ini dan telah mengambil inisiatif mengadakan beberapa siri perbincangan sejak 2011 melalui libat urus yang boleh dibuat oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bagi memberi kelonggaran agar perkhidmatan imam kariah dapat dibuat secara kontrak 66 tahun sehingga 31 Disember 2024. Kelonggaran ini adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada pihak JHEAINS mengenal pasti jumlah jawatan imam kariah yang bakal dikosongkan, persediaan membuat permohonan pengisian jawatan imam kariah yang baru, mengenal pasti imam kariah yang telah mencapai umur 58 tahun atau yang akan bersara wajib masih kompeten menjalankan tugas sebagai imam di masjid berkenaan, memberi peluang persediaan kepada para imam kariah yang bakal bersara.

Pendekatan pihak JHEAINS dalam isu penamatan lantikan imam kariah berstatus lantikan sementara ini adalah melalui proses temu duga, bertujuan agar imam kariah yang bersara wajib dapat diserap masuk imam rawatib. Jadi kalau beliau tidak boleh menjadi dalam pelantikan dalam imam kariah, kita lantik dia sebagai imam rawatib sekiranya masih kompeten, nanti inilah yang diambil kira oleh JHEAINS dan untuk makluman tahun ini saja Tuan Speaker, kita melantik enam orang imam kariah di Semporna dan tahun ini juga kita telah melantik 47 imam rawatib.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

… pelantikan jumlah yang paling ramai di Sabah di Semporna kerana di Semporna masjidnya banyak. Ada 47 imam baharu rawatib, imam baharu kariah

enam, dan saya sudah sampaikan bersama Yang Berhormat di masjid-masjid baharu, ya.

Datuk Dr.

Imam daerah sudah lantikkah di Semporna?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Imam daerah yang, terima kasih, Yang Berhormat.

Datuk Dr.

Dah lantik dah?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya jawab.

Datuk Dr.

Yalah, sudah dilantikkah belum? Pasal tadi imam kariah, imam rawatib, imam daerah sudah ada perlantikankah?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya jawab, ah.

Datuk Dr.

Okey.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya istilah imam daerah kita sudah tidak ada, yang ada ialah imam kariah tapi sekarang kita akan perkenalkan imam daerah sepertimana kita ada ketua daerah, mesti ada imam daerah, dulu pun ada imam daerah dan ini akan kita perkenalkan dan kita akan lantik daripada kalangan imam daerah, eh, imam kariah dan mana-mana yang layak untuk menjadi imam daerah, kita akan lantik setiap imam di daerah sebagai imam, imam kariah sebagai imam daerah, seorang untuk satu daerah. Dengan sedikit penambahan elaunlah untuk mereka. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sebentar, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Iya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ada usul daripada Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(b) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Yang Berhormat Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan menggulung ke atas perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, 2024 dan akan disambung semula pada Rabu 20 November 2024 pukul 10.00 pagi.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ada Ahli yang menyokong?

Datuk Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sepertimana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju (suara ramai bersetuju). Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul disetujukan. Sila teruskan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, terima kasih. Berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Gum-Gum dan Banggi tadi, berhubung dengan keadaan masjid mereka yang perlu dilihat dan diperbaiki, kita ambil maklum, ada disebutkan oleh Gum-Gum semalam, Sungai Monyet, Ulu Dusun dan beberapa, insya-Allah kita akan beri keutamaan. Demikian juga apa yang disebutkan oleh Banggi tadi.

Tuan Speaker, mana-mana soalan tambahan yang tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan memberi jawapan secara bertulis. Saya yakin KSTI akan

terus mudah-mudahan dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah sesuai dengan tema pembentangan budget oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan melalui pelaksanaan program-program dan inisiatif pembangunan STIE. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua sahabat dan keluarga yang merayakannya dan Selamat Tahun Baharu untuk semua 2025. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk menjawab.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Bismillahirrahmannirrahim. Assalammualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, syukur ke hadrat Allah SWT, pemilik segala kurnia lagi sebaik-baik perancang kerana dengan izin-Nya, kita dapat berhimpun sekali lagi pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 tahun 2024. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah di atas pembentangan Belanjawan bagi tahun 2025 “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” pada 15 November 2024 yang lepas.

Belanjawan yang telah diumumkan semuanya adalah komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri memperkasa kesejahteraan dan kebajikan setiap lapisan masyarakat secara inklusif dan holistik. Bagi tahun 2025, sebanyak RM162.42 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, iaitu sebanyak RM11.91 juta untuk pembangunan dan RM150.51 juta untuk perbekalan. Peruntukan ini jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Datuk Speaker, izinkan saya untuk memberi jawapan kepada beberapa isu yang telah ditimbulkan semasa perbahasan Belanjawan tahun 2025. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN N.66 Bugaya, berkenaan pembinaan Klinik Desa

kawasan Kampung Lihak-Lihak, Semporna. Jabatan Kesihatan Negeri telah pun merancang untuk membina Klinik Kesihatan Jenis Lima di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Tapak klinik berkenaan seluas sembilan ekar telah pun dikenal pasti dan permohonan tanah sedang dalam proses.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN N.25 Kapayan, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah ataupun MPMS sentiasa bekerjasama dengan NGO-NGO untuk sokongan dan pengetahuan kepada ibu bapa, keluarga serta masyarakat melalui bengkel pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas dan yang mempunyai autism.

Pada tahun ini melalui gabungan NGO dan jabatan ataupun agensi Kerajaan, satu persidangan telah diadakan untuk menghimpunkan tenaga pengajar profesional, penjaga dan ibu bapa untuk bertukar-tukar pandangan, pelajaran, pembelajaran dan pendekatan inovatif ke arah meningkatkan pendidikan khas dan intervensi bagi individu yang mempunyai pelbagai keperluan pembelajaran. Kerajaan Negeri akan meneruskan program-program yang memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak dan individu autism dan berkeperluan khas. Selain itu, MPMS turut bekerjasama dengan NGO-NGO seperti Cheshire Sabah, C.H.I.L.D Sabah, Pusat Seri Mengasih dan Persatuan Autism Sabah untuk menyediakan latihan kemahiran dan program bengkel perlindungan untuk orang dewasa yang menghidap autism.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN N.73 Sebatik, Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Pulau Sebatik merupakan klinik kesihatan terdekat, bagi penduduk Kampung Serudung Laut yang hanya boleh diakses melalui pengangkutan laut. Klinik ini beroperasi setiap hari dengan kehadiran dua orang Pembantu Pegawai Perubatan dan dua orang Jururawat. Walau bagaimanapun, klinik kesihatan ini telah roboh pada tahun 2012 memandangkan bangunan telah usang dan isu mendapan tanah. Buat masa ini, klinik ini beroperasi di bangunan Pejabat UPPM sebagai penyelesaian jangka pendek, sementara menunggu pembinaan Klinik Kesihatan Sebatik yang baharu yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan dijangka ditender pada tahun hadapan dengan kos sebanyak RM49 juta.

Sebagai tambahan, panggilan kecemasan pada waktu malam akan dikendalikan oleh pasukan petugas khas panggilan. Lawatan pegawai perubatan dua kali sebulan

dan pakar perubatan keluarga sekali sebulan juga dilaksanakan bagi menangani kes-kes lebih kompleks. Pihak JKNS telah merancang untuk menyediakan operasi klinik bergerak bagi membolehkan penduduk di kawasan ini turut menikmati perkhidmatan kesihatan.

Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat N.41 Liawan, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am sedar akan kepentingan intervensi awal dan pendidikan untuk kanak-kanak autism. Oleh yang demikian, JPKA dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah akan mewujudkan program Pra Sekolah Autism di Institusi Kebajikan Negeri bermula pada tahun 2025. Bagi menjawab …

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Pertanyaan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Dr. Aliakbar, JKNS sentiasa memantau masa menunggu di Jabatan Kecemasan serta Jabatan Pesakit Luar Hospital. Inisiatif-inisiatif seperti Klinik Rawatan Extends Hours dan Klinik Rawatan Pesakit selepas waktu pejabat telah pun dilaksanakan untuk mengurangkan masa menunggu rawatan, terutamanya semasa waktu luar pejabat.

Bagi Klinik Kesihatan Awam pula, JKNS juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan masa menunggu di klinik kesihatan seperti satu, pengurusan sistem temu janji dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Pengkelasan temu janji, iaitu tetapan khusus untuk perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan rutin dan rawatan penyakit kronik.

Ketiga, pemantapan pengurusan kaunter pendaftaran dengan pengasingan kaunter. Keempat, penggunaan sumber tenaga kerja yang maksimum dan penambahbaikan proses kerja, iaitu sistem trigger yang cekap.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tungku, terdapat empat Unit Hemodialisis dan dua orang kakitangan yang bertugas di Unit Hemodialisis, Klinik Kesihatan Tungku. Pada masa ini, unit tersebut beroperasi dalam satu set, dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang memberikan rawatan kepada lapan orang pesakit.

Bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan, penyelarasan penempatan kakitangan perlu dilaksanakan bagi mendapatkan tambahan empat orang kakitangan yang akan dilatih untuk mengendalikan rawatan di klinik ini.

Bagi makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Kuamut, Kementerian saya sedang meneliti dan akan menyediakan cadangan bantuan yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan seperti rawatan dialisis kepada Kabinet Negeri Sabah. Perkara ini adalah penting dan perlu diteliti lebih lanjut lagi bagi manfaat yang menyeluruhi, menyeluruh dan berpanjangan khususnya kepada pesakit buah pinggang dan umumnya kepada semua pesakit yang menerima rawatan fasiliti kerajaan di negeri Sabah. Terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat.

Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan saya merakamkan penghargaan kepada semua Yang Berhormat di atas maklum balas dan input yang telah diberikan. Jika ada sebarang isu yang belum dijawab, Kementerian saya akan menyediakan dan mengemukakan jawapan bertulis kelak.

Saya yakin dengan sokongan dan kerjasama semua, Kementerian saya akan dapat menyumbang dengan lebih, lebih efektif kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Marilah kita semua bersama-sama melestarikan semangat perpaduan dan muhibah demi pembangunan dan kemakmuran negeri Sabah.

Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baharu 2025. Semoga tahun baharu ini akan mengambil, memberi semangat dan inspirasi baharu kepada kita semua. Saya menyokong.

Dengan itu, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan untuk menjawab.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Tuan Speaker, kopivosian, selamat petang saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya.

Tuan Speaker, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesempatan untuk diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan usul Belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2025 yang telah pun disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Di kesempatan ini, saya juga ingin memberi maklum balas berhubung perkara-perkara yang telah dibangkitkan, berhubung kait dengan Kementerian saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas pembentangan bajet untuk tahun 2025 yang telah memberikan fokus kepada pertumbuhan ekonomi negeri khasnya untuk sektor perindustrian.

Ucapan penghargaan dan terima kasih turut dizahirkan kepada kerajaan yang telah menyediakan peruntukan sebanyak, sejumlah 64.05 juta kepada Kementerian saya, iaitu 29.15 juta bagi peruntukan pembekalan dan 34.9 juta bagi peruntukan pembangunan. Jumlah peruntukan ini jelas mencerminkan bahawa sektor perindustrian merupakan salah satu tunjang dan sandaran utama pembangunan ekonomi negeri ini. Kementerian saya sentiasa menyahut dasar kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat dan mengelak pembaziran serta mengutamakan pengurusan yang cekap sambil mengamalkan disiplin kewangan yang tinggi.

Tuan Speaker, menerusi jumlah peruntukan pembangunan yang diterima, sebanyak 18.07 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur taman-taman perindustrian di KKIP, POIC Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang, SOGIP, agar lebih kondusif dan menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah.

Dalam usaha berterusan untuk mencetuskan nadi ekonomi di serata pelosok daerah di negeri ini, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah, SEDCO, pula telah

diperuntukkan sebanyak 16.33 juta untuk meneruskan projek pembinaan premis perniagaan baharu dan melaksanakan projek pembangunan sedia ada.

Kementerian saya telah diberi peruntukan sejumlah 500 ribu yang merangkumi kursus-kursus keusahawanan dalam memberi pendedahan kepada para usahawan IKS mengenai teknologi terkini. Pematuhan kepada persijilan MeSTI dah halal serta perundangan yang perlu dipatuhi bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Selain itu, dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan bertingkatkan pembangunan infrastruktur taman perindustrian, Kementerian saya juga telah diberi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MITI, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 100, 05 di RM7,781,000.00 secara geran. Dengan pengagihan peruntukan sebanyak RM14,585,000.00 pada tahun 2025.

Tuan Speaker, iltizam Kementerian saya untuk membangunkan sektor perindustrian di negeri ini telah membawa hasil, apabila sumbangan sektor pembuatan di negeri Sabah di KDNK Sabah ataupun GDP Sabah telah meningkat kepada RM6.03 bilion pada tahun 2023 dan mencapai kadar pertumbuhan bagi sektor pembuatan di negeri Sabah pada tahun 2023 adalah sebanyak 4.4%. Melebihi pertumbuhan purata sektor pembuatan nasional, iaitu sebanyak 0.8%, ini sekali gus melonjakkan kadar pertumbuhan sektor pembuatan di neg … di Sabah yang tertinggi di Malaysia. Momentum pertumbuhan sektor pembuatan di Sabah ini dijangka akan terus berkembang positif pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Di samping untuk membangunkan ekonomi negeri Sabah, matlamat utama untuk meningkatkan aktiviti perindustrian dan pelaburan juga adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini. Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan jumlah peluang pekerjaan di negeri ini menerusi peningkatan aktiviti perindustrian dan pelaburan. Hasil usaha untuk meningkatkan aktiviti perindustrian dan pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat dilihat apabila statistik penduduk yang bekerja di Sabah telah meningkat kepada 2.1 juta penduduk pada suku ketiga tahun 2024, berbanding 1.94 juta untuk suku tahun, suku ketiga tahun 2022.

Berdasarkan laporan survey Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sukacita saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. telah berjaya mengeksportkan sejumlah 1257 tan kerajang tembaga atau copper foil yang bernilai RM67 juta setakat Oktober 2024 ke negara Amerika Syarikat, Hungary.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

…China dan Korea Selatan. Dalam pada itu, setakat bulan Oktober 2024 ini juga Syarikat Kumpulan Kibing telah mengeksport kaca solar sebanyak 165,551 tan kaca solar dieksportkan dan dengan nilai RM245 juta ke negara India, Vietnam, Cambodia, Turki dan Amerika Syarikat.

Pada masa ini kedua-dua kilang tersebut masih belum lagi mencapai kapasiti yang tertinggi dan ianya dijangka akan dipertingkatkan kapasiti lagi untuk mencapai hasrat mereka masing-masing. Peningkatan eksport produk siap ini sudah pasti akan meningkatkan nilai eksport Sabah khususnya meningkatkan lagi sumbangan sektor pembuatan di dalam GTP negeri ini.

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mendengar jawapan yang telah disampaikan Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan beberapa syarikat khususnya Kibing tadi tu SK juga ada dan saya telah bertanya dalam perbahasan ini sama ada downstream yang ada. Pasal saya dapati daripada data DOS yang ada data DOS Department of Statistic Malaysia hampir 45% daripada raw material yang ada di Sabah ini dieksport ke Semenanjung. Di samping itu, eksport contohnya China 11.2%, Thailand 4.9%, Republic Korea, India dan beberapa peratus yang ada.

Bila saya mendengar tadi glass, kenapa tidak saya telah minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya do the …(kurang jelas) panel. Pasal glass ini raw material ja, and we can do that. Satu bab ya dan saya berharap agar solar panel akan dapat dilakukan. Saya tidak tahu sama ada SK already done that. Saya ingat kalau boleh

supaya ini merupakan salah satu perkara yang cukup penting kepada kita. Keduanya saya ingin juga telah berbahas, dari segi insentif yang diberikan bukan hanya kepada idea foreign direct investment yang ada bahkan juga domestic investor yang ada. Sama ada subsidi yang diberikan, elektrik contohnya, kepada Kibing, kepada SK elektrik subsidi adakah diberikan? 31 sen saya difahamkan 21 sen kalau saya tidak silap. Whereas domestic 21 cent if I’m not mistaken, there is some kind of rate yang diberikan kepada domestic 31 cent, ya but kepada ini, ada rate kepada foreign yang ada 21 sen itu tak masuk lagi bekalan air ya. Pasal itu kita ketandusan masalah air di kawasan Sepanggar. Saya ingin bertanya berapakah jumlah air yang digunakan oleh kilang ini, Kibing dan SK? Sehingga mereka boleh kita katakan consume the whole capacity yang ada dan menjejaskan keperluan rakyat.

Kita juga harus menimbang bukan hanya pelabur asing, pelabur tempatan domestic mereka juga bersuara kepada saya, Datuk Seri you have to raise the issue, we are the Malaysian, we are the Sabahan. Why extra incentive given to foreigners? While we want to grow up not only as a small SME tapi kami juga memerlukan bantuan daripada kerajaan saya telah bahaskan daripada dalam perbahasan ini. Saya tanya satu elektrik, satu subsidi air yang ada. Kalau ada, kalau tidak ada cuma saya nakkan detail because I what to find out the details later nanti. Yang keduanya, yang tadi persoalan tentang downstream, solar panel yang ada, ya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Yang Berhormat Senallang memang saya akan jawapan yang tersebut telah disediakan. Saya izinkan saya baca dulu nanti saya akan sambung ke jawapan yang telah pun disediakan.

Tuan Speaker seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa terdapat beberapa pelaburan yang sedang diselaraskan bukan sahaja SK dan Syarikat Kumpulan Kibing yang telah pun banyak disentuh di Dewan yang mulia ini dan izinkan saya untuk memaklumkan pelaburan-pelaburan yang berimpak tinggi, yang bernilai tinggi yang sedang diselaraskan oleh Kementerian saya yang telah mencapai beberapa pencapaian ataupun ada status yang update pelbagai kemajuan yang positif. Antaranya adalah seperti berikut:

…(kurang jelas) pagi tadi saya telah menjawab soalan berkenaan dengan isu yang dalam status yang baik kita pun sedang selaraskan DP EIA telahpun diluluskan bagi kertas kerja-kerja off work dan kerja-kerja siasatan tanah pun telah pun dilaksanakan Full Mission Shiphandling Simulation (FMSS) sedang dilaksanakan dan sebagainya, dan keduanya …(kurang jelas) yang melabur lebih 300 juta dari Korea pun sedang diselaraskan.

Ketiganya, PETRONAS ZLNG pun belum lagi kemukakan permohonan FML tapi kita akan, kita harap ianya akan direkodkan untuk tahun depan dan ianya akan membawa limpahan ekonomi yang besar untuk state dan juga untuk Kumpulan Kibing bukan kita henti di KKIP sahaja seperti semua maklum kita third production line di KKIP sedang kita selaraskan. Ianya sedang dilaksanakan dan juga mereka membesarkan pelaburan RM7.2 bilion di Kimanis area yang telah pun ditandatangani Perjanjian Sewaan Tanah dan juga …(kurang jelas) of Agreement untuk natural gas supply so itu telah pun dilaksanakan dan ianya akan membawa limpahan ekonomi untuk kawasan Kimanis dan di sekitarnya dan beberapa lagi cadangan-cadangan telah pun diterima bukan sahaja di KKIP, SOGIP dan juga termasuk POIC so kita berasa gembira kerana melihat sambutan pelaburan yang semakin masuk ke Sabah adalah sangat memberangsangkan.

Kementerian saya juga akan kerjasama dengan agensi yang berkepentingan, akan terus komited untuk menyelaras dan memudah cara pelaksanaan pelaburan tersebut agar pengoperasian kilang-kilang ini dapat dipercepatkan. So kita juga tubuhkan satu taskforce yang one stop …(kurang jelas) taskforce untuk memudah cara untuk facilitate semua cadangan pelaburan yang ingin masuk ke Sabah. Kita akan tengok, apakah keperluan mereka seandainya mereka perlukan electricity tariff yang sangat-sangat rendah yang kita tak boleh compete memang akan tolak. So kita akan melihat apakah implikasi dari segi jangka panjang dan implikasi untuk ekonomi kita, baru kita terima ataupun by product dia ataupun dia ada wastage dan juga by product yang akan mencemar alam sekitar kita memang kita tidak sambut.

Saya bagi satu contoh, kita terima satu surat daripada MITI sama ada kita alu-alukan untuk assembly plan …(kurang jelas) untuk ada di Sabah kerana ada pelabur tanya tapi Kabinet telah buat satu keputusan. Kita tak alu-alukan assembly …(kurang jelas) ini di Sabah. So ini sebagai satu contoh memang bukan kita apapun sapu sahaja

apapun masuk kita terima, kita akan melihat sama ada, ada technology transfer ada peluang pekerjaan yang kita akan wujudkan untuk supaya pastikan anak-anak Sabah kita akan mendapat ilmu dan pengetahuan yang moden.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Menteri. Technology transfer Menteri, adakah subjek ataupun silibus ataupun skill ini dibuat di Sabah ataupun mereka terpaksa keluar daripada Sabah untuk pelajari skill …(kurang jelas), just in line but I like to ask satu question with the announcement oleh Chairman Sabah Electricity Sdn Bhd, ataupun Sabah Electricity, Datuk Madius Tangau bahawa adanya keperluan untuk subsidi RM800 lebih juta to avoid the possible blackout kepada consumers and also residence in Sabah. We lead the fact all this investment although we know they have their own IPP’s tapi with current supply given by SESB or SE kepada this investors will it have an effect if there is no subsidy from the Federal Government. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Saya rasa kita semua pun sedia maklum berkenaan dengan subsidi. Ianya bukan hari ni sahaja kita terima subsidi berkenaan dengan ini subsidi kepada SESB dari segi penjana kuasa. So, sudah tentu saya say yes ini kalau tidak ada subsidi memang ianya akan membawa satu impak yang sangat negatif khsusnya bagi pihak…

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… pelabur so, kita saya rasa kita pun ah, sebulat suara di sini menyokong untuk mendapat subsidi daripada Kerajaan Persekutuan supaya ianya dapat meyakinkan pelaburan pelabur kita … kita akan ada satu pembekalan yang mampan untuk tahun depan dan juga untuk technology transfer, pada Fasa 1 apabila kita menyelaras pelaburan mereka masuk ke Sabah, memang kita hantar anak-anak kita yang ingin dapat kerja di sana, yang diambil kerja di sana untuk pergi ke South Korea dan juga China untuk menerima latihan. Tapi untuk sekarang kerana dia punya skill semakin besar, dia ada sudah sendiri punya syarikat HQ dia pun sudah ditubuhkan, so, mereka dapat melatih mereka di kilang yang sedia ada. So, sebagai

contohnya SK Nexilis dan juga Kibing, mereka melatih orang-orang baharu ataupun mengambil pekerja-pekerja yang baharu dan dilatih di kilang di Sabah. So, ini pun merupakan satu berita yang baik tapi kalau untuk yang mungkin higher skill, higher technology mungkin mereka masih perlu dihantar ke kilang lain untuk menukar ilmu tapi ini biasalah.

Tuan Speaker, memang betul saya setuju dengan Yang Berhormat bukan kita tak boleh hanya mementingkan pelaburan asing walaupun saya defend FDI itu sangat penting ianya akan meningkatkan GDP kita yang kita tak boleh elak nafikan kepentingan FDI. Tapi buat masa yang sama mesti kita mesti mementingkan industri tempatan dan membantu industri tempatan kita untuk diperkasakan lagi dan juga dibesarkan dari segi skala perniagaan mereka. So, itu … itulah sebab saya telah membuat satu inisiatif saya telah mengadakan satu jelajah satu industri tempatan yang saya telah melawat ke 50 kilang tempatan di Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Kunak, Inanam, Sandakan, Tenom dan Keningau yang terdiri daripada pelbagai industri termasuk makanan, termasuk building materials, termasuk produk plastik, minuman, perabot dan sebagainya.

So, ini matlamat ini adalah bertujuan untuk mendengar apakah keperluan mereka. Cabaran mereka sudah tentu ada. Kilang-kilang tempatan dia ada pelbagai cabaran dan apakah peluang mereka perlu sama ada mereka nak upskilling, mereka nak dapat tanah yang lebih besar tapi tanah sangat mahal ataupun apakah cabaran mereka yang kita boleh bantu mereka mengatasi. So, sudah tentu 50 kilang tempatan yang telah saya lawat memang ada lain-lain punya cabaran tapi saya mempunyai good news. Some of them are doing very well. So saya salah satu …

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Nanti, nanti. Salah satu tujuan adalah untuk melihat sama ada kita ada potensi untuk eksport kerana mengikut World Bank Report kita punya eksport produk-produk tempatan adalah sangat rendah berbanding kepada negeri-negeri lain. So, sudah tentu membantu local industri untuk upskilling, untuk membesarkan potensi eksport adalah salah satu priority ataupun keutamaan Kementerian saya. So, itulah sebab

kita kena menjelajah dan melihat apakah bantuan yang kita boleh bagi kepada … kepada industri-industri tempatan. Ya, silakan, Yang Berhormat.

Saya, Datuk Speaker, sebenarnya saya menunggu jawapan yang saya tanya tu kepada Yang Berhormat sama ada selepas ini ada jawapan ataupun tidak. Kalau tidak, saya telah bertanya tadi. Masalah dari segi contohnya berapa megawatt kilang-kilang sama ada SK sama ada Kibing sama ada foreign investment use, utilise and subsidy given to them? They are given certain rate, I know. SESB I have the info daripada TNB menyatakan bahawa ini kalau pelabur asing stick to it, stagnant. Manakala consumer user juga pengguna sama ada rakyat di Sabah ataupun usahawan-usahawan tempatan, kalau dia consumption dia meningkat they have to pay more. There’s no such of thing fixed rate. What is foreign investors they have fixed rate satu dan saya juga bertanya itu tentang berapa ribu liter air yang consume by this industry sehingga menjejaskan kegunaan kepentingan rakyat di Sabah ini khususnya di daerah Kota Kinabalu.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Apa pun saya sudah sedia dia di hujung tapi saya untuk saya boleh jawab dulu berkenaan soalan kepada SK Nexilis kerana untuk Kibing ia adalah self power plant, kita benarkan mereka untuk membina power plant sendiri dan kita untuk memastikan mereka berjalan dengan lancar. So, itu adalah berlainan sikit tapi SK Nexilis memang kita saya telah keluar kenyataan yang ditanya oleh Yang Berhormat juga dalam Dewan yang mulia ini. Memang kita bagi satu rate ataupun tarif yang competitive yang mesra kepada pelabur dan ianya dan saya telah explained tadi dalam surat khabar yang mana kita adalah ini adalah satu one-off punya policy dan ianya kerana SK Nexilis merupakan kumpulan yang konglomerat yang terbesar di South Korea dan mereka bawa teknologi yang moden cooper foil ini adalah satu komponen dalam electric vehicle kerana kita melihat ianya selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia juga untuk membangunkan satu industri EV manufacturing di Sabah.

So, oleh kerana itu kita melihat ada peluang untuk kita dapat kilang ini adalah melihat dia sudut yang lain yang mana kita boleh wujudkan peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan juga ianya merupakan satu pelaburan yang besar dan kita

nak pastikan kejayaan ini dapat kita menjadikan satu name card kepada negeri supaya negeri kita dapat mendapatkan pelaburan yang begitu berimpak tinggi dan ianya dapat to tell the world we are satu state yang bermesra kepada pelabur.

Saya sebenarnya itu bukan pertanyaan yang saya tanya sebenarnya, yang saya tahu SK ini musim saya lagi. Masa itu saya pohon, saya hantar dengan Menteri Perindustrian waktu itu, Datuk Darell, kita bawa pergi Sabah, ya. Begitu juga ada satu daripada syarikat China what was it? Not Kibing, Zenin, yang itu saya tolak pasal dia perlukan jeti yang dia minta Zenin RM100 juta jeti harga dia dan dia mahu control. Saya bagi tahu dengan dia, saya bagi duit RM100 juta, you build. Dia cakap Malaysian contractor very slow. But I don’t want you to control the jeti. Jeti must be control by Sabah. I don’t know what happened pasal pengalaman kita di Kuamut (tidak jelas). Saya tidak mahu what component daripada silika yang dia bawa kalau kita tidak examine sama ada saya minta custom analize all the raw material that they bring. Bawa daripada sama ada Kinabat sama ada Kudat, Banggikah apakah manalah tahu ada komponen-komponen mineral yang lain yang kita kekalkan valuable price. Kita tidak tahu dulu Kuamut (tidak jelas) ada emaskah ada apakah. Itu yang saya ingat. Cuma saya tanya tadi itu dari segi consumption dia you know and the rate as well. Berapa ribu megawatt ya that one you mentioned. They have their power but Kibing, no, they don’t have. But the thing is the water as well. Saya minta berapa ribu liter. I don’t think they have their own supply of water there. So, saya nak tanya rate subsidi yang diberikan kepada pelabur asing dan berapa subsidi yang diberikan kepada pelabur tempatan, ya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Seperti maklumkan tadi saya nak ulangi sekali lagi ini adalah penting untuk kita dan saya setuju dengan keputusan Yang Berhormat Senallang, memang itu syarikat dari Xiang Xi kalau tidak silap, dia memang tidak berapa baik untuk Sabah. So, mereka ada follow up dengan kami tapi kita teruskan policy yang telah dibuat. Untuk electricity, SK Nexilis maksimum adalah 18 megawatts, untuk Kibing 20 megawatts, air SK Nexilis 7 mld, Kibing 5 mld dan tariff saya akan bagi jawapan bertulis kerana kita ada NDA yang telah tandatangani tapi trust me, ini bukan satu penjualan kepentingan kita kerana I have to tell you bagi satu follow up kepada Yang Berhormat Senallang, selepas mereka datang, mereka

sebenarnya pergi ke Sarawak yang ditawarkan tarif yang lebih … lebih rendah tetapi mereka masih suka Sabah dan the rest is restrict, ya.

You know the reason why they give Sabah because nearer to China. Sarawak is too far but …

… constructions beside that, yang you sebut tadi tu Kibing dibahagikan kepada lima juta liter. Ya. Yang diberikan kepada Kibing, ya. Dan ini yang saya nak catat ni. Pasal ini kita pastikan the rate as well. Kalau lima ml, iaitu mililiter yang ada dan yang tadi tu SK berapa million? Tujuh million? Million? Ya. MLD yang ada. Dan saya ingin catat ini the rate yang ada. How much is a rate given? Dari segi elektriknya. Dan juga dia punya rate water. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Seperti saya maklumkan tadi, nanti saya akan bagi surat jawapan bertulis berkenaan dengan rate sama ada electricity dan juga air. Terima kasih Yang Berhormat Senallang dan terima kasih kepada Tuan Speaker.

Tuan Speaker, bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini melalui ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Boleh?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker Speaker dan Menteri juga. Tentang isu jugalah dengan SK saya nak follow up sedikitlah dengan itu … satu lagi soalan. Sebab tadi Menteri sudah ada cakap dia untuk Kibing ada satu independent apa ni, planlah kan? Untuk dia orang binakan sendiri. So, adakah itu adalah satu option untuk local industri juga. Yang mungkin local industri yang

besar sebab dia pun mengalami isu dengan bekalan elektrik. Sedang apa ni mengalami banyak kerugianlah. Tentang bekalan elektrik. So, for this local industry yang big onelah. To be consider juga. Bagi dorang independent contact seperti yang foreign investor ni. Satu.

Kedua tu, the one of subsidy to SK itu you can tulislah. Berapa rate tu. So, siapa yang sebenarnya bayar itu subsidi? Hah, itu yang saya nak tahulah. Tidak payah kasi tahu sebab apa, mungkin you tulis kepada YB Senallang, tapi saya nak tahu siapa yang sebenarnya bayar. Sebab saya tidak nampak dalam bajet ini, tidak nampak ada bajet untuk membayarkan subsidi inilah. So, saya nak tahu, terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Sepatutnya … terima kasih Yang Berhormat Tanjong Aru. Seperti saya maklumkan tadi, memang dalam dunia pelaburan memang kita akan bagi pelbagai insentif dan subsidi, diskaun dan sebagainya. MIDA pun bagi. Insentiif. Siapa yang bayar? Rakyat Malaysia. Ini biasa macam di Sarawak, mereka bagi tarif electricity yang rendah juga kepada pelabur. Tapi bukan semua rate yang sama. Tarif yang sama. Ada yang bagi yang kita berdasarkan implikasi ataupun impact dia untuk naik ekonomi negeri kita, untuk memacu sektor pembuatan, perindustrian kita. Kita bagi satu. So, dan juga satu lagi jawapan memang kalau local ingin dia perlukan begitu besarnya power plan kita boleh mengambil pertimbangan untuk membenarkan itu di dalam masalah.

I know you ask, you sudah jawab tadi untuk saya secara bertulis. Cuma bila you sebut tadi tu, we know that we want to incentivise them to invest in our country. But the rate of differences yang ada. Ya. Like Sarawak and Sabah. They have different kind of rate. But you must also realize that. Sarawak has a capacity to provide that. That have access capacity of electric and that’s why they can afford to even rate is lower. But Sabah, you know blackout you know in Penampang you know. I mean, that’s why im saying. Can you just imagine, mana dasar Kerajaan Negeri yang ada pertimbangan dia? Rakyat kah pelabur asing? Which is keutamaan? We need investment in our country. That’s why dalam perbahasan saya belum lagi tunggu jawapan yang tentang downstream. 45% of our raw material. Tadi saya sebut ke Thailand, ke

Korea, ke India, ke apa ini semenanjung. Why don’t we process it here? Is there any plan? Jadi ini yang saya nak penjelasan. Kalau pun tidak secara bertulis i want the detail part of it, ya. Cuma pastikan bahawa kita tidak mahu nanti atas dasar dikatakan we need all the foreign investors. I mean, i do agree with you. But, not the expenses of killing our people. You know the young boy there, they don’t have water you know.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Terima kasih Yang Berhormat ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk … just … just ...

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Just for clarification, Datuk Speaker. Thank you Menteri. So, in short thank you for you answer. So in short meaning to say kalau local businesses who needed a bigger voltage macam tu bolehlah timbang? Ditimbangkanlah?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Ya. Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Sebab saya rasa banyak especially plantation.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ini bukan ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

I think they need the dose exceed plantation they may need to have their own independent power plant.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yes … own independent …

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

So, boleh ditimbangkanlah? Satu.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan [Datuk Phoong Jin Zhe]:Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey, terima kasih. Kedua tu tadi erti Malaysia rakyat tu, erti subsidi elektrik, bekalan elektrik ke SK tu rakyat Sabah yang bayarlah? Itu in short maksud dialah kan?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Setakat ini Kerajaan Persekutuanlah. Kerana kita masih perlu subsidi ma. Jadi, Kerajaan Persekutuan akan ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey (bunyi ketawa) … terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih saya setuju apa … apabila kita sebut tentang insentif wise, memang kita tahu keadaan dan cabaran kita ada di Sabah dan when we talk about downstreaming kita perlu menarik pelaburan masuk ke Sabah, kita untuk wujudkan hiliran industri, dan kita mahu ada, kalau bukan downstream, midstream pun baik sikit kalau bukan bahan mentah yang kita eksport seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Senallang, itulah sebab kita tak boleh tunggu sampai satu ekosistem yang baik baru kita ambil tindakan. Untuk industri hiliran ini. Kerana hiliran ini, dia perlu electricity. Dia perlu buat water. So, kita perlu ada satu strategi yang lebih moderate, yang mana kita tawarkan, kita sedikit sebanyak kita tawarkan kepada pelabur supaya membesarkan industri hiliran yang kita ada di Sabah. So, saya setuju. Ini melihat kepada keseimbangan antara infrastruktur dan juga keperluan industri.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Menteri. Berkaitan dengan what Menteri explain tadi emm … with all this invitation oleh your ministry kepada pelabur, investor, have you applied to MIDA as well as a MITI to increase your threshold the approval? I mean at the state level. Ok? And what is the figure? Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Kita selalu even during the Post Cab the dan juga mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan aclose agencies memang kita jemput MIDA untuk bersama-sama. Ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

What i mean Minister, is this. In Sabah our approval threshold is in our immediate approval threshold that can be done by your ministry with the state cabinet is about 2.45 billion. I think ...

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

I think more than that. More than that now.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

More than that, that’s why i wanted to know what is the current figure, where you do don’t need MIDA as well as MITI approvals to approve investment.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yes. Yes. I think approving right now. We just last year kita approve one-off punya more than three billion a recorded under MIDA.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Can not go more than that?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yeah, yeah. I think, I think it should be, it should be.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I think you should be able go more than that? Nowlah.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yes. Yes. Agree with you. Agree with you.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

You have to apply to get this from MITI. So, that they decentralize to you bah. Okey, terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Let me check. Let me check. I give back to you.

Since the sub subject downstream you mention just now, dan ini akan dilakukan, saya nak sebut ni balik ni. Petroleum mentah kita 24.7 bilion. Kita eksport ya. Minyak kelapa sawit 16 bilion. Kita eksport untuk gas asli, 5.1 bilion. Ini 2023, ya. Dan saya bila saya dengar tadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, ya. Pasal ini dalam persoalan perbahasan saya ya. The downstream. Contohnya gas asli. Contohnya petroleum banding dengan Sarawak. They now struggling with Petronas. They rejected what Petronas have done. Kita tidak mahu nanti Kimanis yang terminal di situ cuma menjadi seakan-akan bus top seja. Is a passage for them but there's no downstream on gas. Kita ada Sabah Gas Industri, kita ada Sabah Energy, kita ada SOGIP. Why can’t we? Sampai bila rancangan ini dilakukan going downstream. Yang mempastikan supaya minyak yang masih ada di semenanjung mengikut Menteri Ekonomi, depleating resources. Don’t wait until in Sabah also depleating by then we don’t have the resources. That is not downstream. Ini yang saya bertanya tentang contoh macam kelapa sawit, kita eksport. Almost 16 bilion. Masakan, pelabur daripada Indiakah, pelabur daripada Chinakah, there also pelabur daripada semenanjung 45% dari semenanjung. We can’t, can we join venture in Sabah, Sabahan usahawan semenanjung punya usahawan, or even for that matter China. Ini rancangan yang saya tanya kenapa tidak boleh dilakukan? Dah empat tahun dah.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih berkenaan dengan industri hiliran, ini minyak dan gas ini saya rasa sudah ada perancangan tapi bukan di bawah kementerian ini setakat ini. Kita akan mungkin dalam penggulungan penggulungan nanti akan disebut nanti. Tapi, di SOGIP ada ada satu processing untuk oil and G. Walaupun dia bukan sepenuhnya downstream, tapi dia ada processinglah. Dia akan membawa limpahan ekonomi yang sudah tentu akan memanfaatkan kepada negeri kita. So, untuk minyak sawit i think we all know challenge all the while.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

…kita terikat kepada Akta MPOB yang mana semua fee stock dan semua ACPO dan sebagainya telah pun banyak tahun dikawal so bukan senang untuk kita paksa syarikat-syarikat untuk mewujudkan town firming di Sabah. Tapi kita ambil langkah bukan saja dari segi palm oil tapi juga untuk biomass untuk mewujudkan industri di Sabah nanti saya akan terangkan apabila saya menjawab soalan daripada YB Senallang. Saya teruskan ya.

Tuan Speaker, bagi memacu pertemuan ekonomi negeri melalui pembangunan keusahawanan di negeri Sabah, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana terus diberi pertubuhan sebagai industri pertubuh dan pemangkin kepada sektor pembuatan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Kerajaan Negeri kepada Usahawan IKS di negeri Sabah kerana telah memberi peruntukan sebanyak RM15 juta untuk bagi meneruskan program bantuan SME-UP 2025. Dengan peruntukan ini Kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) akan terus membantu usahawan-usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi dengan memberi bantuan mesin, peralatan dan pembungkusan produk. Kementerian saya amat komited untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan di negeri Sabah melalui langkah-langkah upscalling yang bertujuan untuk menjana sumbangan ekonomi di negeri ini. Pada masa yang sama Kementerian saya juga sedang berusaha untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk dibantu khususnya dalam memperluaskan perniagaan mereka ke negeri panduan terdiri daripada mesin dan peralatan serta penambahbaikan dari aspek pembungkusan produk dengan sokongan ini Kementerian saya yakin syarikat-syarikat tempatan mampu meningkatkan kualiti produk, kapasiti pengeluaran dan seterusnya berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Dan seterusnya melihat kepada potensi dari segi eksport seperti saya telah maklumkan tadi. Sebagai satu contoh, salah satu pemain utama industri tempatan di Sabah adalah Life Water Industries yang beroperasi di KKIP dan juga Sandakan yang tersenarai baru-baru ini di dalam pasaran utama Bursa Malaysia. Syarikat ini telah memberi sumbangan yang banyak dan besar dalam meningkatkan kapasiti industri air minuman di negeri ini. Inilah air local mineral local

drinking water yang kita patut memberikan sokongan teguh dan juga sasa. So tahun lepas Kementerian saya juga membantu Life Water untuk meningkatkan kapasiti ini sebagai satu contoh yang mana kita membantu kita punya industri tempatan untuk membesarkan kapasiti mereka ataupun upscalling. Menyedari keberkesanan produk pemasaran, produk IKS Sabah ke pasaran pasar raya tempatan dan memberikan impak positif kepada usahawan IKS Sabah. DIDR juga akan meneruskan usaha kerjasama bersama dengan Bataras dan Petronas Dagangan Berhad bagi tahun 2025. Program ini bukan sahaja mampu membantu produk IKS Sabah menembusi pasaran tempatan namun ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi serta menjana pendapatan usahawan. Melalui kolaborasi bersama dengan Bataras, hasil jualan produk Sabah setakat Oktober telah mencapai sebanyak RM1.5 juta dan sasaran pencapaian hasil jualan yang ditetapkan untuk tahun 2024 adalah RM2 juta. Manakala hasil jualan kolaborasi bersama dengan Petronas Dagangan Berhad setakat Oktober adalah sebanyak RM1 juta.

Datuk Speaker, since you mention Petronas. Saya ingat pasal ini down stream again apa yang telah saya bangkit…

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Boleh, saya nanti nanti dulu saya habiskan usahawan tempatan dulu. Kementerian saya juga melalui DIDR akan bekerjasama dengan beberapa agensi di bawah kerajaan negeri yang lain seperti DESA Fresh Mart, KOJASA Mart, Sabah Credit Outlet dan Ko-Nelayan bagi membantu usahawan IKS Sabah untuk memasarkan produk mereka ke pasar raya tempatan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, salah satu strategi yang kita telah buat adalah membawa usahawan-usahawan kita dengan kerjasama dengan ini MITI untuk menyertai ekspo-ekspo antarabangsa bagi melihat dan membesarkan potensi untuk eksport. So untuk tahun ini, 11 ekspo telah kita menyertai dan melibatkan 76 kilang ataupun usahawan IKS Sabah yang berjaya menjana nilai potensi jualan sebanyak RM54.4 juta. Nilai ini telah melepasi pencapaian tahun lepas, iaitu tahun 2023 sebanyak RM30.3 juta dan peratusan pencapaian nilai potensi jualan ini dapat ditingkatkan lebih 40% berbanding pencapaian tahun lepas. Kita telah menghadiri dan membawa usahawan-usahawan untuk menghadiri ke membawa produk-produk Sabah, Produk Onsoi Sabah untuk pergi ke antarabangsa dan mencapai satu potensi jualan yang

cukup memberangsangkan, 76 usahawan potensi jualan RM54 juta. Antara produk-produk tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran global hasil daripada penyertaan ekspo di peringkat antarabangsa ini adalah produk-produk yang telah Bentara mengedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagi menitikberatkan pembangunan insan terutamanya kepada usahawan-usahawan sedia ada. Beberapa kursus dan program telah dirancang bagi tahun 2025 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, pemasaran, pengiktirafan, pensijilan dan peningkatkan kualiti produk dan antara kursus dan program tersebut seperti berikut Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri MeSTI, Kursus Peningkatan Kualiti Produk Melalui Teknologi Detoks, Kursus Pematuhan Pensijilan Halal dan Program Pemerkasaan Usahawan Sabah.

Tuan Speaker, sepanjang mengikuti sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini saya telah mendengar dan mengambil maklum pelbagai isu berkaitan dengan Kementerian saya. Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan serta cadangan yang telah dikemukakan demi merancakkan lagi pertumbuhan sektor perindustrian di negeri ini. Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat Senallang, Kementerian saya menyambut baik saranan Yang Berhormat Senallang agar lebih banyak industri hiliran bagi mengoptimumkan sumber bahan mentah yang terdapat di Sabah. Walau bagaimanapun, bukan semua sumber bahan mentah di negeri ini di bawah kawalan negeri, kerajaan negeri dan memandangkan dia ada akta-akta yang masing-masing sebagai contohnya Akta MBOB dalam konteks industri hiliran minyak sawit pelbagai inisiatif walaupun kita tidak boleh control entirely the fix stock tapi kita pun ambil inisiatif. Saya I’m fully support and I totally agree with you kita mesti menggalakkan ada inisiatif untuk menggalakkan supaya munculnya lebih banyak industri hiliran mahupun besar atau kecil tapi inisiatif mesti dimulakan dan diambil tindakan. So sebagai contohnya, industri audio kimia, audio chemical kita sedang bercakap dengan satu pelaburan yang berpotensi supaya harapnya kita dapat menimbulkan satu audio chemical plant di Sabah. Tapi isu ketersediaan dan kecukupan sumber bahan mentah merupakan antara merencatkan usaha untuk merealisasikan industri hiliran ini memandangkan syarikat pengeluar sumber bahan mentah ini telah mempunyai komitmen untuk mengeksport sumber bahan mentah kita ke negara asia ataupun ke client masing-masing di seluruh dunia. Khasnya di Semenanjung Malaysia so memang betul itu 45% itu minyak dan gas, oil

pump, produk dikeluarkan secara raw material ini adalah menyedihkan kita akan berusaha. Ini pun merupakan salah satu keutamaan Kementerian untuk melihat bagaimana kita boleh mempergelapkan industri tempatan kita untuk mengambil peluang…

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… untuk menggunakan bahan mentah yang available di Sabah supaya kita boleh mewujudkan kilang. Walaupun kecil tapi tidak apa. Tapi kita nak besarkan seperti kilang minyak masak. Kita kena terus memberi sokongan kepada mereka. Macam saya pergi ke Kunak, ada satu kilang di bawah Sawit Kinabalu …

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ada minyak masak with brand dia Sayang Sabah, Sayangi Sabah. So, itu pun merupakan satu inisiatif yang baik selain daripada BESS. So, ini saya sokong banyak dan kita ada berusaha lagi. Silakan, Yang Berhormat.

Saya ingat Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat Sarawak has benefit to a lot for nonsense and firm action taken against when deal with Petronas. Raw materials are comes from us, we are the biggest producer of oil in the country. 37 percent hampir berapa bilion trilion barrel yang ada dikeluarkan dari Sabah. Gas we are received the second biggest. O&G service industry outfit yang ada, ada di Sarawak. They monetize that. That’s why I said for an example like di Kimanis di situ. For example like all the industry yang ada. Sabah Gas, Sabah Energy, all these SOGIP semuanya. Why they can’t merge? You know yang SOGIP Industry, number of jobs employed is not that big.

Dan saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat, itu yang saya tanya. Rancangan Kerajaan sampai bila seperti apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan

Sarawak berunding dengan pihak Kerajaan Pusat, Petronas khususnya untuk memastikan supaya we can monetize the raw material yang ada. Bagi dengan anak-anak kita, bagi pekerjaan. The service industry in Bintulu in so many places in Sarawak, they have been advanced there. That’s why their income dia ada. Dan kita tidak boleh bergantung kepada hanya pelabur daripada Kibing, daripada SK kalau sekiranya ini kita boleh monetize, there will be billion of income in Sabah. Sehingga bila pertanyaan saya, supaya downstream for example, the service O&G industry that can be set up in Sabah and deal firmly, no nonsense yang ada dengan pihak Petronas. Terima kasih banyak.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Memang saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini untuk Oil and Gas Development ini, saya rasa ada colleague saya yang lebih sesuai untuk menjawab. Walau bagaimanapun, minyak sawit seperti yang saya telah maklumkan tadi bukan senang kita untuk mencapai ataupun memastikan kesediaan pit stock itu di Sabah kerana mereka telah ada komitmen yang lain untuk eksport. Kini pun sudah dikenali dan diketahui banyak tahun, bukan tahun ini yang berlaku.

Tapi walau bagaimanapun, kita tolong menyelaraskan dan saya ada beberapa good example dan ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebagai contohnya untuk menggunakan oil palm by product dan bina satu kilang di Sabah untuk dijadikan sebagai satu Tocotrienols ataupun dikenali sebagai Super Vitamin E yang mempunyai potensi yang cukup tinggi. Kilang ini telah saya lawat di Kunak dan ianya akan beroperasi early next year. So, ini salah satu contoh yang kita berusaha untuk mendapatkan dan saya pun berterima kasihlah kepada kita punya Sabahan Deputy Minister Yang Berhormat Chan Foong Hin yang merupakan Timbalan Menteri untuk minyak sawit, perladangan dan komoditi yang berusaha juga untuk mendapatkan pelaburan untuk masuk ke Sabah.

So, ini adalah satu syarikat di bawah Sawit Kinabalu dan untuk membuat Tocotrienols di Sabah. So, ini mempunyai satu potensi yang cukup tinggi dan kita sepatutnya memberi sokongan. Ini salah satu inisiatif dan usaha untuk kita go downstream dan bukan senang, kalau kita tahu, Yang Berhormat pun tahu CPO kita semua eksport secara raw ke Semenanjung dan negara asing. So, bagaimana kita

nak pastikan syarikat besar ini untuk mewujudkan ini downstreaming di Sabah. Kita ini pun go back to business. So, kita tak boleh kecuali Dewan yang mulia ini bersedia untuk stop the eksport. Tapi ini bukan satu cara yang kita kena buat. Kita sudah memperkenalkan CJN 7.5 percent ke atas CPO yang dikeluarkan dari Sabah. Tapi itu pun mendapat rintihan dan aduan daripada syarikat-syarikat kalau kita meningkatkan cukai lagi untuk menghadkan mereka untuk eksport. Biar cukai dia naiklah.

I think, Yang Berhormat, I am so sorry, Yang Berhormat. Kalau sekiranya pendekatan pihak Kerajaan Negeri seumpama ini, kita bergantung oleh kerana the contract MPOB atau CPO yang kita eksport ke luar negara menerusi Kementerian Perindustrian yang di Kuala Lumpur. Then, we are running, they are running and show how the volume, berapa tan yang kita eksport. But, kita kena ingat, contohnya bila kita tekankan dasar 17% sales tax, semua kelapa sawit CPO yang kita eksport ke luar negara, 17% sales tax by Sabah. Kita benefit out of it. Tapi kita tidak firm dari segi certain volume. Kita ada agensi dan kawasan belongs to us. GLC belongs to us. Yang tanam kelapa sawit, takkan kita tak boleh ubah suai supaya memastikan tahun ini fulfill encountered yang ada. We have to be firm. Ya, I mean look at the American is it enough of export from China. Don’t compare just there. But for the benefit for our people in underground there. Palm Oil yang ada contohnya, cuma satu sahaja. Yang dulu kita buat di Tawau. Sandakan is gone, Keningau is gone. Walhal kita banyak kelapa sawit tapi boleh buat di Shah Alam.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Baik.

Boleh buat di Petaling Jaya. Saya tanya di Shah Alam, saya lawat kilang di Petaling Jaya. Dari mana kamu dapat kelapa sawit minyak ini? Dari Sabah, Datuk Seri. Why can they got the source, they provide lepas itu kita beli. Dia jual ke Sarawak. Dia jual ke Perak. Dia jual ke Perlis. Why can’t we produce downstream yang ada for the benefit. We must be firm. You know the policy.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya setuju downstream pun banyak dalam perkataan ini pun banyak timbul dalam dalam ucapan saya. Saya, I think we are on the same page. Kita memang mahu membangunkan downstreaming untuk Sabah. Tanpa downstreaming ini, kita akan menjadi satu negeri yang hanya eksport bahan mentah. Kita tidak mahu itu. We are on the same page. Itulah sebab Kementerian saya, mengambil inisiatif yang tertentu untuk membantu menyelaras beberapa yang kita boleh buat, kita buat dan memastikan …

The same page but for already four years. For God sake.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Datuk Seri, Yang Berhormat, last year kita achieved manufacturing sector GDP gloves 4.4% higher in Malaysia. So, ini adalah satu usaha yang panjang, yang kena kita taruhkan semua usaha dan inisiatif daripada seluruh Kerajaan. So, ini kita … kita, I think we are on same page. Tak mungkin saya mahu bahan mentah kita dari Sabah untuk keluar ke Semenanjung. Itu bukan hasrat saya. Saya bagi komitmen di sini. Memang kita nak bangunkan industri di Sabah. Itulah sebab kita mahu mendatangkan pelabur asing pelaburan asing. Kita mahu membantu industri tempatan kita untuk berjaya dan kita mahu membantu kita punya GLC-GLC kita untuk membangunkan industri hiliran. So, inilah kita punya usaha.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, Datuk Menteri, just quick one.

Thank you, Datuk Speaker, all good, all fine. I just wonder what are Kibing, SK Nexilis doing with the waste chemical ataupun the waste products in order they have because I remembered sometimes di Februari tahun ini, adanya satu report bahawa Sikuati, Kudat telah dicemar dengan pollution. I am just wondering what is the mitigating factor and mitigation measure on pollutant that’s they had done in their waste products. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

So, untuk laporan itu memang saya sudah baca dan meneliti. Nanti saya akan kongsikan maklum balas daripada itu dan juga memang ada EIA yang proper. Itu bukan masalah. Dan nanti saya akan kongsikan maklum balas dan siasatan yang

terperinci kepada Yang Berhormat. So, berhubung dengan salah satu bahan mentah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Senallang. Bahan mentah pasir silika, pada masa ini belum lagi ada sebarang aktiviti pengeksportan bagi bahan mentah tersebut khususnya dari Kibing. Ketika ini, pasir silika tersebut yang sedang digunakan untuk tujuan industri hiliran. Pembuatan kaca solar oleh Syarikat Kumpulan Kibing di KKIP. Walaupun Yang Berhormat, saya setuju itu bukan betul-betul until the end of downstream. Tapi pun downstream, dia dari awal hingga ke tengah pun downstreaming. So, tapi Kementerian saya juga sedang sentiasa …

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… berusaha salah satu priority untuk kementerian saya adalah untuk mendatangkan dan mempelawa palaburan pembuatan solar panel kerana kita sudah berjaya membuat solar, kaca solar, sudah tentu ekosistem industri pembuatan panel solar adalah satu keutamaan kementerian saya ambil.

Usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam industri hiliran termasuk sumber bahan mentah pertanian, hasil laut mineral di negeri ini akan diteruskan agar dapat lebih ditambah nilai seterusnya membangunkan ekosistem industri yang lengkap.

Dalam pada itu, industri berasaskan Ekonomi Biru (Blue Economy) dan Keselamatan Makanan (Food Security) turut akan diberi tumpuan dalam taman perindustrian baharu yang akan dibangunkan.

Yang Berhormat Senallang juga membangkitkan soalan berkenaan pemilihan lokasi kilang clinker dan simen di daerah Tongod. Pemilihan lokasi kilang bersepadu pembuatan clinker dan simen yang terletak di Pinangah, daerah Tongod, Kuamut oleh Syarikat Borneo Cement Sabah Snd. Bhd. .

Satu syarikat usaha sama antara SEDCO dan Sri Alam Setia Sendirian Berhad adalah berdasarkan kepada faktor kawasan tersebut yang mempunyai ketersediaan sumber bahan mentah, iaitu batu kapur, shell, batu pasir dan tanah liat bagi pembuatan clinker dan simen.

Penerapan konsep pembangunan kilang secara kaptif dan mine mouth ini, iaitu berhampiran dengan sumber bahan mentah dilihat sudah pasti dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan kerosakan jalan raya. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan pergerakan logistik seperti lori pengangkutan untuk mengangkat bahan mentah.

Bagi bahan mentah, memandangkan sebahagian besar bahan mentah boleh diperolehi di kawasan kilang mine mouth kecuali gypsum yang perlu diimport dari luar negara. Oleh yang demikian, pergerakan logistik bagi kilang ini hanya tertumpu kepada pengangkutan produk siap (finished product), iaitu simen ke kilang Cement Industry Sabah (CIS) di Sepanggar.

Sebagai makluman, kilang ini akan menghasilkan sejumlah 1.75 juta metrik tan simen yang mana 1.2 juta metrik tan simen akan dihantar ke CIS untuk pembungkusan bagi memenuhi pasaran tempatan dan selebihnya akan dieksport 500 000 metrik tan.

Kedua-dua syarikat, iaitu CIS dan Borneo Cement Snd. Bhd. akan saling bekerjasama dan tidak akan wujudnya persaingan memandangkan SEDCO mempunyai kepentingan ke atas dua-dua syarikat dan kilang tersebut. Di samping itu, kemudahan infrastruktur asas di kawasan ini juga akan secara langsung dapat dinaik taraf bagi menyokong pengoperasian kilang ini yang turut akan dimanfaat oleh rakyat setempat seperti pembinaan jalan raya berturap sepanjang 26 kilometer yang mengikut piawaian JKR.

Pembekalan elektrik dan Internet berkelajuan tinggi seterusnya dapat meningkat kesejahteraan, keselesaan dan taraf hidup penduduk di sekitar. Pada masa yang sama, pewujudan kilang ini di daerah Tongod dijangka akan membantu mengurangkan jurang kemiskinan dan tidak keseimbangan pembangunan ekonomi di antara daerah di negeri Sabah.

Ini dapat dicapai melalui 1000 peluang pekerjaan yang dianggarkan bakal diwujudkan kepada penduduk penempatan dan keutamaan adalah kepada penduduk setempat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, kilang Cement Industry Sabah Snd. Bhd. (CIS) di Sepanggar

beroperasi dengan mengadun, pengadun bahan-bahan mentah seperti clinker, gypsum, tanah liat (fly ash) dan bahan-bahan lain yang diimport untuk dijadikan simen pada masa ini.

Hal ini sudah pasti akan menyebabkan di CIS terdedah kepada risiko pertukaran wang asing serta kos logistik perkapalan yang mengimport bahan mentah dan simen pukal tersebut. Melalui pembangunan kilang bersepadu clinker dan simen yang akan dibangunkan di daerah Tongod ini, ianya sudah pasti akan dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan yang semakin meningkat sekitar 1.2 juta tan setahun sekali gus, mampu menurunkan harga simen daripada harga pasaran memandangkan bahan mentah pembuatan simen ini terdapat di Sabah dan di berhampiran kilang tersebut.

Ya, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Yang saya tanya itu the essence that the reason why the rational behind for that decision to set up the industry there. Asas untuk memutuskan supaya industri simen dilakukan di Tongod, ya? Dan tadi telah dijawab oleh Yang Berhormat bahawa berdasarkan dengan kena dekat dengan sumbernya.

Adakah pihak kementerian telah menilai? Kawasan itu tidak ada elektrik cukup. Adakah kementerian telah menilai bahawa di kawasan itu tidak cukup air juga, ya? Dan it is not the question of nearest to the raw material. Bayangkan Yang Berhormat pun tadi sebut kita eksport glass ke China, punya jauh itu and they process the solar panel in China.

Just not because of nearest to the raw material. Bayangkan jalan pun tidak seberapa. Kenapa tidak kita lakukan seperti di Lahad Datu? Sudah ada, clinker pun ada. Kita transport the raw material to the nearest to the port. Sudahkah ada kementerian menilai bahawa kilang di set up contohnya, di Kudat, ya? Ataupun di tempat yang berhampiran di situ, Kudat pun banyak juga, ada clinker juga di setengah tempat di kawasan Pitas, that side. But bila kita lihat kenapa tidak dinilai tentang tidak ada bekalan elektrik, tidak ada bekalan air.

Di samping itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Jaminan bahawa bukan setakat untuk membina simen. Berapa? Adakah kegiatan dari segi contohnya,

tebang kayu di kawasan itu, ya? Di kawasan Tongod yang sehingga yang tadi clinker tapi saya tidak tahu jaminan daripada Yang Berhormat, i want the detailed part of it whether there's any logging or timbers di kawasan itu? Satu, sama ada dia membabitkan dari segi raw material, emas di kawasan itu? Itu soalan saya yang dalam perbahasan itu.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Yang Berhomat Senallang. Memang inilah apabila kita soal bincang tentang bahan mentah, kita kena lihat apakah lokasi dia. Kalau itu tempat ada bahan mentah yang cukup, mungkin lokasi itu akan menjadi satu kelebihan untuk membina satu kilang di sana.

So, saya faham kebimbangan Yang Berhomat tadi dan kita telah bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk MIDA (Malaysian Investment Development Authority) yang bertanggungjawab untuk meluluskan FML dan mereka sudah berjaya mendapat FML sebenarnya untuk tahun lepas dan FML salah satu proses untuk dapat FML adalah untuk menilai sama ada pelaburan itu betul-betul boleh dilaksanakan dan ianya dilihat dan diyakini oleh pihak MIDA dan pihak MITI.

Ianya dapat dilaksanakan walaupun dia mesti ada pelbagai cabaran. So, kita mesti mengikut apa, mengikut proses dan prosedur yang tetap, kita sedang buat ini EIA dan ianya sampai mahu siap sudah. Nanti kalau ada apa-apa yang perkembangan yang terkini, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat nanti.

Kita masih dalam proses untuk menyelaraskan pelaburan tersebut. So, terima kasihlah atas cadangan dan juga soalan daripada Yang Berhormat Senallang.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ini kayu balak. There’s no felling of trees?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Mesti. Kalau kita nak, nak apa, buka satu kilang, dia mesti ada satu apa, cara mengikut EIA, yang mengikut Jabatan Alam Sekitar, dia mesti ada cara untuk macam mana dia melaksanakan projek itu. So, nanti kita akan maklumkanlah.

But you’re saying just now tengah menganalisa, analisa tentang bagaimana supaya pelaburan ini dapat direalisasikan. You’re still finding whether it is feasible. Is that what you’re saying?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

It’s feasible. Kalau bukan, macam mana mendapat …

Ya. But have you weigh it, for example, like weigh it dari segi kita nak fakta dia kalau ada, dari segi keadaan dia. Kalau sekiranya, clinker ini kita hantar kepada Sabah Cement Industry, contoh lah, ya? Kita ada kilang, bukan kita tidak boleh proses. Pasal itu saya masih ingat dahulu, saya pegawai kerajaan bersama dengan Menteri Kewangan ini. Waktu itu saya di …

Perindustrian dan pada waktu itu, saya di Kementerian Kewangan, dimana kita bergantung dengan usaha sama dengan Sarawak, sama usaha dengan Sarawak sehingga kita setup our own Sabah cement industry, we cannot rely sending our wrong material to Sarawak to be process. Why can’t we process our own. Masa itu kita wujudkan Sabah cement industry dan untuk membolehkan supaya kita proses, maka dieksport tapi tidak dapat proses.

Itu yang saya katakan sama ada analisis betul, dari segi keadaan menimbang. Oleh kerana di situ sesuai betul, it is more profitable. Jauh jarak daripada port, ya. Tidak ada elektrik, tidak ada airnya, kemudahan labour force, dari mana kita dapat. Tapi, tadi disebut bahawa mungkin ini pelaburan belum selesai dan saya nak tanya sama ada kalau pelaburan belum selesai but the chopping of logs its already there or not? Terima kasih banyak.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Nanti kita akan maklumkan nanti berkenaan status yang terkini, tapi untuk

projek ini ia sudah diteliti oleh pihak MIDA dan juga pihak-pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar. So, dia bukan kita mahu masuk itu tempat dan buka semua. Ia bukan macam itu.

So, kita sudah menyelaras pelaburan ini sejak dua tahun yang lalu. Ia masih ada proses untuk diikuti so, dia from time to time. So, walaupun ada, ada kebimbangan daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tapi saya percaya ini pihak, pihak pelabur dan juga pihak SEDCO telah membuat analisis berkenaan dengan itu dan telah mendapat kelulusan daripada MIDA, ini pun penting.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Forestry Departments pun telah memberikan kelulusan.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, nanti saya maklumkan nanti.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh minta ah apa ini, jawapan bertulis.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya boleh, boleh.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Berkaitan dengan impact assessment as well as logging di sana.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kita, kita maklumkan EIA punya peraturan. Apakah ketetapan oleh EIA nanti, ya. Ya, saya, saya tengok masa pun kurang. Saya ingin secara sangat cepat untuk, untuk kalau saya belum sempat untuk menjawab Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti saya bagi soalan, jawapan bertulis. Maaf, kalau tidak sempat nanti semua orang tegur saya sampai pukul enam pun tidak boleh balik, pulang. Tapi.

Kasih peluang saya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Nanti, nanti. Saya baca, saya baca dulu, ya. Saya juga ingin memaklumkan

status terkini taman-taman perindustrian di Sabah. Pembangunan perindustrian di KKIP melancar, berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, 341 buah syarikat telah beroperasi di KKIP sejak penubuhannya yang telah menjana pelaburan sebanyak RM11.2 bilion dan mewujudkan 14,608 pekerjaan sepenuh masa. Pembinaan kilang Integrated Building System (IBS) 100% milik KKIP Sdn. Bhd. juga kini dalam peringkat show production run dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2025.

Fasa 1 pembinaan kilang ini menjana pelaburan sebanyak RM50 juta dan mewujudkan 90 peluang pekerjaan sepenuh masa. Pada maksud masa hadapan, tahun hadapan, KKIP memberi tumpuan untuk menyediakan pelan induk, master plan untuk taman perindustrian baru. Memandangkan jumlah baki dana masih belum lagi dibangunkan di KKIP, hanya seluas 230 ekar dan terletak di beberapa kawasan berasingan. Oleh itu, penyediaan pelan induk untuk membangunkan taman perindustrian baru adalah penting untuk menarik usaha berterusan, untuk menarik pelaburan yang baru ke Sabah.

POIC Lahad Datu, POIC Lahad Datu sememangnya mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi hab industri hiliran untuk bagi pengeluaran produk berasaskan sawit seperti oleokimia, neutral sudikal dan biofuel cosmetics. Selain itu, pengeluaran produk berasaskan biojisim seperti biokimia, bio bahan Api, bioplastik, tenaga elektrik, bahan bakar, kertas pulpa dan fiber turut berpotensi untuk dikembangkan.

Pada masa ini, POIC Sabah, Lahad Datu memberi tumpuan untuk membangunkan satu platform digital yang memudahkan pengumpulan data, mengenai pemprosesan dan penggunaan biojisim kelapa sawit di negeri ini bagi merealisasikan dasar industri biojisim kelapa sawit di Sabah. POIC juga dalam fasa penilaian kesesuaian lokasi di mana biojisim kelapa sawit akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk mendapati tempoh pelaksanaan dasar iaitu dalam masa dua tahun. Pada masa yang sama POIC sedang.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, boleh sekejap, ya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya.

Bercakap pasal POIC tadi itukan.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya.

Bolehkah nanti Yang Berhormat Menteri sama ada bagi jawapan bertulis dengan saya, apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh POIC ini? Yang saya nampak perkembangan dia terlalu perlahan supaya kita tahu apa masalah dia. Mungkin ada cara kita boleh bantu. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, emm, kerana dia, dia terletak di east coast. So, itulah sebab kita bina satu pelabuhan yang baru saja kita selesai, itu belum, pelabuhan ini akan dijadikan sebagai zone bebas dan sekarang sedang diselaraskan dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan kalau itu berjaya diselaraskan, ianya akan membawa peluang untuk masuk ke Lahad Datu. So, kita harap-haraplah ini akan kita berjaya. Ini adalah satu tumpuan yang kita telah buat untuk POIC Lahad Datu.

Selain itu, so, untuk biojisim, biomass untuk Lahad Datu dan juga east coast seacara amnya, kita perlu adakan polisi untuk kita mendapat ianya sebagai bahan mentah dan dijadikan sebagai industri hiliran. So, ini adalah tumpu kita, tumpuan kita. So, sebagai contohnya, saya, kita, POIC sedang memuktamadkan satu cadangan pelaburan yang berasaskan biojisim yang menggunakan sisa buangan di dalam kolam tanggungan kilang pemprosesan buah tandan ataupun FFB untuk diproses sebagai sustainable aviation fuel (SAF) di Taman Perindustrian Lahad Datu.

Nilai cadangan pelaburan ini dianggarkan bernilai RM400 juta. So, kedua-dua cadangan ini, pelaburan ini adalah sejajar dengan kita punya hasrat untuk wujudkan satu dasar untuk kekalkan biomass di Sabah. So, itulah sebab kita memperkenalkan CJN ke atas biomass. Kita tak mahu macam CPO, yang mana kita ada kesusahan untuk kawal sepenuhnya. Tapi, untuk biomass ianya belum lagi dikawal selia dalam apa-apa akta ataupun di khususnya di federal. So, kita punya hasrat adalah pakai

guna biomass yang kini tidak, belum lagi di kawal selia untuk kumpul dan untuk membangunkan industri hiliran yang kita semua cita-citakan.

Untuk SOGIP, so, kita, seperti saya maklumkan pagi tadi, it still first face. Kita akan mula secepat mungkin dan second face and third face akan, akan muktamadkan sewaan tanah dan beberapa lagi pelaburan seperti e-concern tax evolusi akan bermula tahun, tahun depan. So, ini juga akan membawa peluang perniagaan dan pelaburan dan limpahan ekonomi ke daerah Sipitang dan daerah sekitarnya.

Dan izin saya maklum kepada Dewan yang mulia ini, Sabah Trade and Tourism Office Singapore (STTOS) yang ditubuhkan pada awal tahun 2022 telah berusaha untuk memposisikan dirinya untuk menjadi satu jambatan strategik menghubungkan Sabah to the rest of the world, melalui Singapura.

So, ini adalah kita punya hasrat, kita dengan ada satu office. Cuma mengupah tiga, empat orang tapi kita telah menghubungkan dengan entiti seperti interrupt, enterprise Singapore dan Singapore business federation untuk mencari apakah peluang dan ruang yang boleh kita bawa masuk dari Singapura masuk ke Sabah. Ini pun selain daripada Sabah Trade and Tourism Office Singapore (STTOS), Sarawak pun ada set up begitu. So, antara pencapaian yang telah, salah satu yang saya boleh quote di sini oleh STTOS adalah kejayaan memasukkan syarikat makanan ringan Sabah, iaitu Syarikat Hong Sin ke Pasar Raya Sheng Siong di Singapura, menghasilkan pendapatan untuk syarikat Sabah ini tahunan sebanyak RM250,000.00 . So, terima kasihlah kepada STTOS kerana telah menghubungkan, memasukkan dan mengimportkan Sabah produk ke Singapura.

Tuan Speaker, Sabah memang berpotensi tinggi untuk mengorak, mengorak langkah menuju ke arah sebuah negeri perindustrian dengan mengambil kira…

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… kelebihan yang ada di negeri ini serta kemampuan untuk menawarkan

produk Sabah ke seluruh dunia dengan mengambil kira aktiviti perindustrian dan pelaburan yang semakin rancak dan membangun di negeri ini, Kerajaan melalui Kementerian saya akan memberi tumpuan untuk membangunkan tiga lagi taman perindustrian yang baharu dan dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perindustrian negeri ini, melalui kemasukan pelaburan yang berterusan untuk tahun hadapan.

So, kita sedang selaraskan, kita akan kemukakan permohonan kepada Rancangan Malaysia Ke-13 dan untuk menyokong pembangunan taman perindustrian kerana kita tahu seperti saya telah maklumkan tadi, emm, adalah sangat penting untuk kita bangunkan industri khususnya industri hiliran downstreaming untuk menjayakan ekonomi Sabah. So, sebagai penutup saya, Elopura …

Ya, terima kasih, Menteri, terima kasih, Tuan Speaker, kasi saya peluang. Emm, saya ada beberapa soalan dalam tangan saya. Yang cerita dengan upstream dulu, sebab saya all the while saya dengar ada Sandakan punya bah, langsung tak ada, hanya satu … (kurang jelas) di Sandakan sahaja. Di Sandakan ada 60 kilang yang sawit upstream, sampai sekarang masih tidak cukup pekerja.

Walaupun jamin kita ada lebih kurang 2500 jaminan seseorang. Jadi ini … ini akan jadi sekarang itu kualiti minyak CPO akan turun, sebab hari ini kita tiada dapat 22 yang atas, semua 20 atau 18 oh, ya, sekarang dapatlah sebab pekerja tidak cukup, ini yang main key yang quality offer CPO. Second thing, kalau bilang downstream, tadi Menteri ada sebut satu, ah, olechemical, saya rasanya bukan di Sandakanlah, di Lahad Datu. Sekarang satu olechemical lebih kurang tiga megawatt sampai lima megawatt lebih kuranglah dia punya current.

Jadi apa langkah yang kasi stabil ini current untuk yang supply? Walaupun tadi Menteri ada cakap biomass, sebab biomass apa yang saya pengalaman, … (kurang jelas) power dengan …(kurang jelas) power sepuluh megawatt setiap ah, sebuah power plant lah, tidak jadi dia akan jalan, sebab transportation cost tinggi. Kalau ah, Menteri cakap mahu ah, di Lahad Datu POIC, untuk buat satu biomass semua itu tentang kosong yang hantar pergi Lahad Datu yang buat itu power plant, saya rasanya pun sama juga sebab dia cost tinggi. Kenapa saya selalu, saya ada cerita

tentang dua term yang lalulah. Kenapa kita tidak boleh built paling dekat itu palm oil, palm oil di sub station setelah jalan raya besarlah. Contohnya, Kim Long Palm Oil, TH Palm Oil di dekat Tawau. Satu yang …

Speaker

Yang Berhormat Elopura, you hanya bangkitkan benda yang you bangkit tidak dijawab, bukan you berbahas atau berhujah sekarang …

Ya, Datuk, saya still tanyalah apa itu langkah-langkah boleh jadi …

Speaker

... apa yang you bangkitkan, dia tidak jawab itu jangan tanya, jangan berhujah.

… ya, ya, saya, itulah yang sekarang apa saya cakap, apa langkah-langkah kasi cukup power untuk ini, ah, olechemical. Okey, sekarang masuk Sandakan, CIMB Bank tidak ada di Sandakan, bila ada CIMB Bank? Keempat, itu kilang-kilang … (kurang jelas) apa yang kita cerita di Sandakan ada dua kopi-kopi cerita, sebab air masin jadi … (kurang jelas) boleh masuk … (kurang jelas) sebab air masin tidak boleh jadi besar, sebab semua orang minum K2, mandi K2, tidur sama K2, sebab gosok gigi dengan K2. Ini yang satu cara Kerajaan sekarang air masin masih sampai Sandakan masih ada. Ini K2 masuk … (kurang jelas)

Speaker

Yang Berhormat Elopura, you ahli PAC, tapi panggil PAC meeting you tidak datang. Otherwise, you have raise during the PAC meeting.

Ya, ah, next term saya datang, mesti (suara ketawa).

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Next term (suara ketawa).

Next time saya mesti datang.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Nanti, nanti, saya jawab ke Elopura dulu. Saya jawab ke Elopura dulu. Okey, okey. Saya rasa begini, Yang Berhormat Elopura ada … lah mengemukakan beberapa soalan yang berkenaan itu, tapi untuk mempertahankan K2, jangan kita sebut dia jual itu air macam sampai boleh listedlah. Jangan kita cakap begitulah. Itu main-main bolehlah tapi jangan kita sebut dalam Dewan yang mulia ini kerana mereka telah menaruh pun orang Sandakan.

Saya faham, saya sokong punya, saya pun ada tanya dia, saya sokong, saya ada tanya dia juga, ini kawan saya juga. Itu yang luar orang cakap begitu. Saya ikut yang sebab saya mau Sandakan punya air, mau bersih dan bagus.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Baik, baik. Okey, apakah langkah-langkah untuk membangunkan Sandakan? Saya boleh bagi sikit maklumat yang kini, yang telah kita berusaha, Kementerian saya telah berusaha untuk, untuk menyelaraskan beberapa perkara dengan bantuan Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan. Satu, I’m sure you read the news, yang mana ada satu MOU yang untuk menubuhkan satu pulp and paper plant factory di POIC Sandakan yang mana menggunakan EFB untuk menjadikan kertas dan powder dan ianya akan berhasrat untuk membina satu green technology park, ini sedang berjalan dan harap-harap ianya dapat dilaksanakan dengan cepat dan sudah tentu ianya akan membawa peluang pekerjaan kepada Sandakan khasnya …

Current, yang penting current, current cukup, tidak cukup, Sandakan tidak cukup current.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kalau tidak cukup, dia tidak akan dapat diselaraskan. So, kita sedang selaraskan. Kalau tidak berjaya nanti saya maklumlah kepada Yang Berhormat. Tapi kalau berjaya tepuk tanganlah, boleh.

Satu lagi, dengan kerjasama dengan pihak Persekutuan, beberapa syarikat telah datang ke Sandakan untuk melihat apakah khususnya biogas, biomass dan sebagainya dan harap-harap ianya dapat dipercayakan juga. Dan satu lagi di dekat

Sandakan dan Batu Sapi tadi, saya ada terima persoalan berkenaan dengan pelaburan yang ada di kawasan Sandakan dan Batu Sapi. Kementerian saya sedang menyelaras satu pelaporan baharu dari satu syarikat tempatan untuk memasang kenderaan komersial, cekap tenaga ataupun EEV dengan nilai pelaporan dianggarkan bernilai RM178.7 juta dengan 100 peluang pekerjaan. Ini adalah di Sandakan juga, di Sekuntuh, ah, dekatlah berhampiran Batu Sapi dan Sandakan. So …

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

YB Menteri, Tuan Speaker, terima kasih. Boleh minta details tentang apa yang YB Menteri nyatakan tadi?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kita … kita sedang menyelaras.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kita akan form time to time, you can follow up with me, ya. Okey.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

YB Menteri, minta izin. Terima kasih, Datuk Speaker. YB Menteri tadi ada sebut pasal orang Sabah ini lebih banyak orang telah pun boleh bekerja, maksudnya peluang pekerjaan itu telah pun bertambah. Tapi saya ingin bertanya kepada YB Menteri, kalau mengikut laporan survey tenaga buruh yang sama, yang apa yang dipetik oleh YB Menteri tadi, penganggur juga meningkat dari tahun … khususnya dari awal tahun lalu. Januari awal tahun, dari suku pertama tahun lalu. Dari 169 ribu orang hingga 181 ribu orang, suku ketiga which is sekaranglah suku ketiga. So, jadi saya ingin bertanya apakah penjelasan YB Menteri terhadap pengangguran yang makin bertambah di Sabah ini?

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih. Tuan speaker, ini adalah soalan terakhir saya akan jawab dan sekali gus untuk menjawab soalan ini, yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Aru.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, kalau soalan dia bangkitkan tadi, dia ada bangkitkan dalam perbahasaan dia, you boleh jawab.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Daripada Tanjung Aru.

Speaker

Kalau dia tiada bangkitkan dalam perbahasaan dia, you jawab bertulis sahaja.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Tadi, tadi Tanjung Aru ada.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, Datuk Speaker, saya pernah sentuh dalam ucapan saya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, ya, saya sekarang ini jawab dan ini adalah apalah terakhir. Yang Berhormat Sri Tanjong, memang kita baca laporan survey, tenaga survey yang sama, yang dikeluarkan oleh DOSEM, memang betul penganggur menaik, bertambah. Kalau kita tengok suku ketiga ke suku …

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… untuk perbandingan secara profesional. Suku ketiga penganggur unemployed. Tahun 2021 adalah 178.6 ribu. 2024 penganggur yang terkini yang telah banyak dipetiklah dalam surat khabar betul 181.5 ribu. Berbanding 2021 hingga 2024, kenaikannya 2900. Betul betul kenaikan itu memang ada. Tapi jangan kita petik yang kita mahu petik saja. Untuk penduduk yang bekerja employed person yang ada di Sabah, quote saya quote 2021 suku ketiga 1.803 juta orang yang bekerja di Sabah, 2022 1.948 juta di Sabah. Tahun ini suku ketiga 2024, 2.109 juta. Kenaikannya adalah 300 ribu berbanding dengan kenaikan penganggur 2.9 ribu. So, saya simpulkan sekali lagi, penduduk yang bekerja naik dari berbanding 2021 ke

2024 300 ribu. Sedangkan penganggur pun naik, tapi naik tak sampai 3000. 300 ribu naik untuk penduduk bekerja, penganggur naik 3000. No no no no, let me finish.

Ini adalah menunjukkan dia semakin pulih because COVID. Ya, memang masih ada cabaran kerana populasi kita masih semakin besar. Tapi kita tidak boleh petik statistik yang kita ingin petik sahaja. Kalau penduduk yang bekerja menaik secara memberangsangkan tiga tahun kita mampu mencipta peluang pekerjaan 300 ribu and you quote me 3000 increase of the unemployed. Itu okey, tidak ada masalah, i accept that. Kita punya kadar pengangguran suku kedua 8%, suku ketiga 7.9%. Tapi penyertaan tenaga menaik dari 71.4% to 71.6%. So, penduduk yang berjaya mendapat pekerjaan meningkat.

Satu lagi saya nak jelaskan dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan berbanding 2019 ke 2022 dikononnya 11 000 syarikat tutup di Sabah khususnya SME. Saya ingin quote satu laporan tinjauan PMKS yang dikeluarkan baru-baru ini oleh SME Code. Saya baca, “dari tahun 2015 sehingga 2022 kadar pertumbuhan tahunan yang paling ketara dari segi bilangan syarikat PMKS di seluruh Malaysia dapat, yang paling ketara dapat diperhatikan di Selangor, Sabah dan Sarawak masing-masing pada 6.2%, 5.4% dan 4.6%”. So, ini ertinya Sabah punya sumbangan kepada PMKS 2015 sumbangan kepada seluruh negara adalah 6.2% tapi 2022 telah menaik dan meningkat ke 6.9%. Ini ertinya kita adalah highest second highest increase of PMKS ataupun SME berbanding 2015.

So, ini ertinya dia ada meningkat secara keseluruhannya. Business is like this, ada yang tutup hari ini esok ada dua syarikat yang buka, we must quote and we must petik statistik yang dikeluarkan oleh laporan yang diterbitkan. So, inilah sebab saya katakan Tuan Speaker, saya no doubt, criticism can be made tiada masalah. 7.9% pengangguran memang tinggi and increase of 181 000 penganggur di Sabah, memang satu yang kita hendaklah berusaha untuk membuka lebih pekerja kilang. Harap-harap dalam tahun-tahun yang akan datang kita dapat mendatangkan pelaburan yang lebih besar, supaya mewujudkan ruang pekerjaan yang lebih banyak kepada anak-anak Sabah.

Tapi, buat masa ini walaupun pengangguran kita tak dapat masih stagnant di sana, tapi at the same time penduduk yang bekerja telah meningkat secara ketara and i

can send you the same report, you quote for me. So, inilah saya nak kongsikan kepada Dewan yang mulia ini, saya terima kasih atas criticism dan juga pandangan, idea yang telah dikemukakan kepada saya dan kerajaan.

Sebagai menutup kesungguhan perjuangan ini, i think we are all on this same page. Kita mahu negeri kita semakin baik. Kalau penduduk pekerja kita semakin menambah tak akan kita berasa sedihkan. Kita mahukan anak-anak Sabah kita dapat kerja. Kita mahukan kilang-kilang besar masuk ke Sabah supaya anak-anak Sabah dapat pulang daripada semenanjung Malaysia. So, sesungguhnya peluang perjuangan untuk membangunkan sektor perindustrian ini adalah sangat-sangat dalam hati saya, dekat dalam hati saya dan saya akan terus berusaha walaupun penuh dengan liku-liku cabaran yang perlu ditempuhi (menepuk meja).

Namun, percayalah bahawa kesungguhan saya bersama dengan anggota pentadbiran Kementerian saya dan juga Kabinet Negeri kita untuk yang penuh dengan keikhlasan serta berdedikasi, akan terus komited untuk membangunkan sektor ekonomi ini dengan menarik lebih banyak pelaburan masuk ke Sabah dan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, membantu industri tempatan untuk meningkatkan kapasiti mereka, dan membantu produk Sabah agar mempunyai keupayaan untuk dieksport dan berdaya saing dan buat kita semua bangga di pasaran dunia. Kita mahukan kita punya produk-produk Sabah yang seperti saudara dan saudari dapat hari ini, walaupun keropok ada aiskrim tapi kalau dia berjaya menembusi pasaran global, we should be very proud and we have to you know work harder, supaya memastikan lebih banyak lagi produk-produk Sabah produk Sabah yang onsoi dapat kita masuk ke pasaran global (menepuk meja). Dan ini adalah usaha untuk merancakkan sektor perindustrian. Sudah pasti saya akan terus berusaha, terus berjuang untuk membangunkan perindustrian ini supaya masa depan Sabah akan lebih cerah dan baik.

Sebelum saya akhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Natal, Merry Christmas, Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua dan juga tak lupa juga Kong Xi Fa Cai, Happy Chinese New Year to everyone of you, saudara dan saudari Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Speaker.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong (menepuk meja).

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Demikianlah tadi penggulungan daripada empat Kementerian dan selebihnya akan diteruskan pada hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka dengan itu Dewan ditangguhkan dan bermesyuarat semula pada 20 November 2024, jam 10.00 pagi.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali)

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 5.50 petang.

Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Rabu, 20 November 2024 pukul 10.00 pagi.”

 SDN19112024/bnm