Sabah · 18 November 2024
16th Assembly, 5th session, 3rd meeting · not final · 629 turns · 60,319 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pemasyhuran Dari Tuan Speaker
Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Keenam Belas, yang lalu seperti berikut:
1. Enakmen Perbekalan 2024; 2. Enakmen Mahkamah Syariah 2024; 3. Enakmen Majlis Agama Islam Negeri Sabah pindaan 2024; 4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah pindaan 2024; 5. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah pindaan 2024; 6. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah pindaan 2024; 7. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam pindaan 2024; 8. Enakmen Zakat dan Fitrah pindaan 2024; 9. Enakmen Wakaf Negeri Sabah pindaan 2024; dan 10. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pindaan 2024.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada
1. Yang Berhormat ADUN kawasan N.15 Kiulu. (18-19 November 2024); 2. Yang Berhormat N.58 Lamag. (18-19 November 2024); 3. Yang Berhormat N.28 Moyog. (15 November 2024);
4. Yang Berhormat kawasan N.59 Sukau. (18-19 November 2024); 5. Yang Berhormat N.52 Sungai Sibuga. (18-19 November 2024); dan Saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1). Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentangkan pada persidangan kali ini, iaitu Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 palang 2024 dan sijil-sijil Ketua Audit Negara, mengenai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023.
Sini, saya ingin mengucapkan tahniah, kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dianugerahkan pingat kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang ke-71 pada 5 Oktober 2024 yang lalu seperti berikut:
Pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K):
Yang Berhormat N.20 Api-Api.
Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K):
1. Yang Berhormat N.1 Banggi; 2. Yang Berhormat N.4 Tanjung Kapor; 3. Yang Berhormat N.18 Inanam; 4. Yang Berhormat N.19 Likas; 5. Yang Berhormat N.70 Kukusan; dan 6. Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Aliakbar bin Ghulasan.
Anugerah Jaksa Pendamai:
1. Yang Berhormat ADUN N.11 Kedamaian; dan 2. Yang Berhormat ADUN N.36 Kundasang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Datin Suzana Gelawat dan semua ahli keluarga atas permergian suami yang dikasihi mendiang Yang Berbahagia Paul Wong @ Wong Kau Chai Sindin mantan ADUN Tanjung Aru pada 5 Oktober 2024 yang lalu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah saya mengucapkan selamat datang ke Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima DUN Ke-16 ini. Persidangan kali ini sangat penting kerana ia melibatkan perancangan masa depan negeri kita melalui pembentang bajet negeri pada, Bajet Negeri Sabah 2025 yang telahpun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat 15 November 2024 yang lalu. Laporan mesyuarat seterusnya disambung pada hari ini 18 November 2024 sehingga 21 November 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga percaya Ahli-ahli Yang Berhormat telah meneliti ucapan bajet 2025 yang telah dibentangkan dan sudah tentunya akan diberi peluang untuk membahaskan ucapan bajet tersebut bermula pada hari ini. Oleh itu, marilah kita bekerjasama dalam memainkan peranan sebagai Ahli Badan Legislatif yang efektif dan aktif dengan berbahas secara penuh tertib dalam memastikan kepentingan rakyat akan terus terjamin dan terpelihara.
Saya juga mengharapkan semua, semoga dari pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat selama ini ia akan membantu Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas dengan lebih komited dan berhemah supaya elemen semak dan imbang dapat diterjemahkan sepenuhnya di dalam Dewan yang mulia ini. Saya percaya pelbagai isu penting akan dibincangkan sepanjang sesi persidangan kali ini yang berkaitan dengan bajet dan kesemua keputusan dan pandangan termasuk kritikan yang diberikan akan memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk memastikan segala isu dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan bijaksana.
Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang telah dimaklumkan saya telah mengeluarkan satu arahan kod etika berpakaian bagi semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati oleh demikian semua, semua adalah dikehendaki untuk mematuhi kod etika pakaian tersebut untuk mengelakkan Ahli-ahli Yang Berhormat atau pemerhati menghadapi kesukaran untuk masuk hadir dalam sidang Dewan. Saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar sentiasa menjaga tata kelakuan dan etika ketika berada di dalam Dewan yang mulia ini, dengan sentiasa mematuhi
Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan di sepanjang sesi persidangan, agar persidangan kita kali ini dapat berjalan dengan baik dan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
Saya juga mohon…
… daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memastikan bilangan korum di dalam Dewan persidangan sentiasa cukup sepertimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan Tetap Dewan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mempastikan agar persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah.
Setiausaha sila teruskan.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Tuan Speaker, soalan nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perkembangan Ocean Thermal Energy Conversion (Otec) Dan Pelabur-Pelabur OtecQuestions
*1. YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah kemajuan atau perkembangan dalam bidang Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) sejak kelulusan Ocean Thermal Energy Conversion Enactment 2024 dan adakah pelabur-pelabur OTEC sedia membangunkan OTEC di Sabah.
Silakan, Yang Amat Berhormat Menteri, Ketua Menteri.
Jawapan
Tuan Speaker, izinkan saya mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan ini di mana soalan ini akan juga saya jawab bersama-sama soalan nombor 54 pada hari ini memandangkan soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Silakan, Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan ADUN Kukusan serta Dewan yang mulia ini, Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) merupakan sumber tenaga masa hadapan dan pelan jangka masa panjang yang berpotensi untuk menjadi sumber tenaga bersih yang konsisten dan mampan. Ini adalah sejajar dengan kehendak Ocean Thermal Energy Conversion Enactment 2024. Fokus utama teknologi OTEC ini diperkenalkan adalah penghasilan produk bernilai tinggi seperti hidrogen hijau, air mineral premium dan air industri sebagai suatu industri baharu untuk meningkatkan pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan. Ini juga selaras dengan inisiatif ekonomi biru Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memanfaatkan sumber maritim dan perairan dengan lestari serta berdaya tahan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Tenaga Sabah telah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi OTEC di Sabah. Syarikat-syarikat tersebut telah diberikan tempoh masa satu tahun untuk memuktamadkan kajian mereka. Hasil kajian kebolehlaksanaan ini akan diusulkan semula kepada Kerajaan untuk pertimbangan dan kelulusan. Lanjutan daripada kelulusan Majlis Tenaga Sabah (ECoS) atau Energy Commission of Sabah pula telah mengeluarkan Conditional Letter of Award kepada tiga buah syarikat tempatan tersebut bagi tujuan pembangunan tenaga lestari. Pihak Energy Commission of Sabah (ECoS) juga telah menerima minat daripada syarikat asing dari Australia dan United Kingdom untuk membangunkan OTEC di Sabah. Pihak ECoS sedang mengkaji cadangan tersebut. Selain itu, kajian kebolehlaksanaan awal juga sedang dijalankan oleh pihak UTM OTEC melalui kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tujuan pembangunan projek perintis loji OTEC di Sabah dengan pembiayaan dari pihak Shell, MRE Marine
Renewal Programme yang dijangka siap pada akhir tahun 2024. OTEC merupakan unsur tenaga boleh diperbaharui yang memanfaatkan perbezaan suhu di antara air laut dalam dan permukaan air laut untuk penjanaan tenaga elektrik. Berdasarkan dapatan Juru Perunding, Sabah boleh menghasilkan 20 000 mw, iaitu 15 000 mw di kawasan Pantai Barat dan 5000 mw di kawasan Pantai Timur Sabah.
Tuan Speaker, Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah 2024 (SIBEC 2024) yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 19 Oktober 2024 yang lalu di SICC telah menjadi platform penting untuk memperkenalkan dan mempromosi OTEC kepada pelbagai pemain industri di dalam dan luar negara. Persidangan ini bukan sahaja menarik perhatian pelabur tetapi juga menjadi medan untuk pertukaran idea dan teknologi dengan pelbagai forum dan sesi perbincangan yang telah diadakan. SIBEC 2024 telah membantu meningkatkan kesedaran tentang potensi OTEC dan menggalakkan kerjasama antara pihak Kerajaan, institusi penyelidikan dan pemain industri.
Tuan Speaker, Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) telah menggariskan empat komponen utama penerokaan ekonomi biru, iaitu penuaian sumber hidupan laut, pengekstrakan sumber tidak hidup serta penjanaan sumber baharu, perdagangan dan perniagaan di dalam dan sekitar laut serta respons terhadap cabaran kesihatan laut. Ini adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation). Daripada empat komponen tersebut terdapat sekurang-kurangnya 14 industri yang berpotensi untuk dibangunkan dan diterokai di Sabah.
Komponen pertama, iaitu Penuaian Sumber Hidupan Laut. Ianya merangkumi kawasan seluas 154 100 kilometer persegi selaras dengan kawasan Exclusive Economic Zone (EEZ) yang diperuntukkan oleh United Nation Convention on The Law of The Sea 1982. Untuk makluman, kawasan EEZ yang dimaksudkan meliputi 370.4 kilometer atau 200 batu nautika di Laut Cina Selatan serta sebahagian Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
Kedua, bagi tujuan penuaian sumber hidupan laut. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan lesen Vessel dan peralatan menangkap ikan yang pertama kepada Labuan Madani Marine Sdn. Bhd. bagi Kapal SBF68 dan SBF66 pada 20 Disember
2023. Kapal SBF68 dan Kapal SBF66 telah masing-masing memulakan operasi sejak 25 April 2024 dan 15 Ogos 2024. Lesen ini merupakan lesen pertama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sejak kuasa perlesenan perikanan laut dalam diserahkan kepada Kerajaan Negeri di bawah Malaysia MA63.
Ketiga, Sekretariat SMJ juga telah menerima cadangan untuk membangunkan Offshore Fish Cage daripada dua pelabur dalam negara. Cadangan ini sedang dianalisa oleh urus setia dari segi kebolehlaksanaannya. Pada peringkat permulaan, cadangan ini dijangka akan melibatkan pelaburan berjumlah 30 juta US dollar.
Keempat, Kerajaan Negeri melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang merancang untuk membangunkan pelabuhan tuna dan perikanan laut dalam bertaraf European Union (EU) di Kota Kinabalu sekali gus membangunkan semula pasar ikan sedia ada. Projek ini akan melibatkan kerjasama dengan syarikat swasta yang berpengalaman.
Kelima, dalam sektor Apotex atau pharmaceutical dan bioteknologi pihak urus setia belum menerima sebarang cadangan pelaburan daripada dalam dan luar negeri walaupun telah banyak menerima pertanyaan berkaitan potensi pelaburan subsektor atau industri ini.
Komponen kedua ialah pengekstrakan sumber tidak hidup serta penjanaan sumber tenaga baharu. Antara industri yang termasuk dalam komponen ini adalah tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas, penyahgaraman air laut dan hasil galian mineral dasar laut.
Kedua, dalam industri penyahgaraman air laut, Kerajaan Negeri melalui pihak Jetama Sdn. Bhd. telah berjaya membawa inovasi desalination system yang akan dipasang di Taman Perindustrian POIC Lahad Datu. Projek ini akan dijalankan melalui usaha sama dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan
Keusahawanan Negeri Sabah dan akan dikendalikan melalui kaedah Proof of Concept.
Ketiga, program Proof of Concept ini dijangka bermula pada bulan Mac 2025 selepas pemasangan sistem tersebut selesai. Penilaian projek ini akan dipantau dalam masa tiga bulan dan sekiranya berjaya, air laut yang sudah dinyahgaram akan dibekalkan kepada pelabur-pelabur industri di POIC Lahad Datu. Jumlah air industri yang bakal disalurkan oleh sistem ini adalah sebanyak 2.5 juta liter sehari dan boleh ditingkatkan pada masa pada bila-bila masa bergantung kepada permintaan industri.
Keempat, berhubung penerokaan galian mineral dasar laut, urus setia telah menerima banyak pertanyaan tentang penerokaan galian seperti gold, copper, lead dan cobalt. Walau bagaimanapun, pihak urus setia belum menerima apa-apa permohonan secara rasmi. Komponen ketiga ialah perdagangan dan perniagaan di dalam dan sekitar lautan. Satu, komponen ini melibatkan subsektor perkapalan dan infrastruktur pelancongan dan pembangunan pesisir pantai. Kedua, dalam industri perkapalan, Kerajaan Negeri boleh mengambil peluang untuk menaik taraf pelabuhan-pelabuhan sedia ada bagi menampung keperluan industri perkapalan yang dijangka akan berkembang pesat setelah siapnya ibu kota Nusantara di Kalimantan Indonesia.
Laluan perkapalan laut di Selat Lombok, Makassar dijangka menjadi laluan industri perkapalan utama yang menghubungkan negara-negara seperti Jepun, Korea dan China dengan Indonesia dan Australia. Tiga laluan laut ini akan memberi limpahan ekonomi perkapalan kepada lima daerah utama, iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Perkhidmatan seperti bunkering dan perkhidmatan pemindahan kapal ke kapal perlu diambil perhatian yang serius oleh pemain industri perkapalan di Sabah.
Keempat, bagi tuju ... bagi maksud industri pelancongan, Sabah yang memiliki 407 pulau dan 2383 kilometer, iaitu pantai terpanjang berpotensi untuk diterokai dan dibangunkan secara lestari sebagai aset pelancongan. Penerokaan peluang ekonomi untuk pulau-pulau di Sabah terus mengambil kira kesejahteraan dan
kesihatan pulau selaras dengan tuntutan konsep daya tampung bagi memastikan kelestarian pulau.
Kelima, untuk subsektor perlindungan pesisir pantai, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah telah melancarkan Sabah Mangrove Action Plan 2024 sehingga 2033 pada 29 Oktober yang lalu bagi memastikan kawasan pesisir pantai kita terpelihara. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan untuk mengurangkan dan mengatasi pemanasan global serta pengurangan karbon.
Keenam, Malaysia memiliki 4.7 peratus daripada kawasan bakau dunia. Menduduki tempat keenam selepas Indonesia, Brazil, Australia, Mexico dan Nigeria. Berdasarkan kajian pada tahun 2022 kawasan bakau Sabah mempunyai kawasan hutan bakau terbesar di Malaysia, iaitu 390 526 hektar, iaitu 60 peratus dan selebihnya terdapat di semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Ketujuh, pemuliharaan hutan bakau. Menyokong agenda matlamat pembangunan mampan SDG di bawah SDG 1 tiada kemiskinan, SDG 2 sifar kelaparan, SDG 6 air bersih dan sanitasi, SDG 8 pekerjaan yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi, SDG 12 penggunaan dan penghasilan yang bertanggungjawab, SDG 13 perubahan iklim, SDG 14 kehidupan di bawah air dan SDG 15 kehidupan darat.
Komponen keempat adalah respon terhadap cabaran kesihatan lautan mencakupi teknologi dan penyelidikan dan pembangunan karbon biru, perlindungan dan pemuliharaan habitat serta pengasimilasian nutrien dan sisa. Satu, sebagai langkah Kerajaan Negeri dalam menangani cabaran kesihatan lautan, Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim di Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 1 November lalu.
Kedua, selain itu, syarikat Red Sea Reef Builders yang berpusat di Dubai, United Arab Emirates telah mengemukakan kertas cadangan untuk menawarkan perkhidmatan kapal robotik pemantau keadaan dasar laut yang akan dikawal melalui bilik kawalan di darat. Robot pemantau ini bukan sahaja berupaya memantau keadaan dasar laut, bahkan mampu membantu usaha pemuliharaan ekosistem marin.
Tawaran ini sedang dikaji dan dianalisa oleh sekretariat SMJ. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri yakin bahawa penerokaan ekonomi biru ini adalah menjadi game changer yang boleh melonjakkan Sabah yang makmur ekonominya seterusnya menjadikan Sabah peneraju utama dalam ekonomi biru berasaskan laut dan sungai di Malaysia. Sekian.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, ada soalan tambahan daripada ADUN-ADUN Yang Dilantik?
Soalan Tambahan
Terima kasih Tuan Speaker atas ucapan yang begitu lengkap dan komprehensif. Saya punya soalan tambahan pun sudah jawab. Dalam jawapan yang sudah diberikan, paling best punya jawapan membantu dewan ini. Tiada soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Yang Dilantik. Sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat Senallang, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada 30 orang pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah berserta enam orang pensyarah yang ada bersama kita dan 22 orang Persatuan Ibu Tunggal. Wah, ramai ni dan juga 80 orang daripada Kelab Wanita Ikon Malaysia Sabah. Okey, selamat belajar semua ya. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Senallang.
Terima kasih Datuk Speaker, soalan nombor dua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penutupan Sabah International Petroleum (Sip)Questions
*2. YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, adakah Kerajaan bercadang untuk menutup Sabah International Petroleum (SIP) memandangkan SMJE sudah diwujudkan dan SIP menjadi beban kepada Kerajaan.
Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker.
Memandangkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari..memandangkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Senallang dan juga daripada
Ahli Yang Berhormat Lamag adalah berkaitan, saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut sekaligus ya. Pada masa ini, Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menutup Sabah International Petroleum atau SIP kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn. Bhd. atau SMJE. SIP bebas hutang hasil daripada proses penstrukturan semula oleh SMJE yang melibatkan pengumpulan dana 900 juta melalui sukuk wakalah.
Oleh itu, SIP tidak lagi menjadi beban kepada Kerajaan dan kini mampu menjana aliran tunai positif serta stabil dalam daripada operasinya. Tuan Speaker, walaupun program sukuk wakalah telah terlebih langgan sebanyak 3.9 kali, SMJE buat masa ini tidak merancang untuk menggunakan baki 10 bilion daripada sukuk tersebut. SMJE telah memperolehi portfolio yang seimbang dan mampu menggunakan dana yang dijana sendiri untuk membiayai operasi semasanya. Terima kasih.
Ada soalan tambahan?
Soalan Tambahan
Datuk Speaker…
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah menjawab soalan yang saya bertanya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Pertama, mengenai dengan kerugian SIP dahulu. Kerugian SIP. Pasal dalam ucapan belanjawan Yang Berhormat menyatakan dari segi ketirisan financial management itu terkandung dalam ucapan dan saya ingin bertanya, ketirisan yang terkandung dalam SIP menelan belanja hampir RM1.2 bilion dahulu.
I’m not blaiming you. Ya. It’s was done by the previous government. Cuma, saya ingin bertanya adakah pihak kerajaan bertindak untuk memastikan supaya the lost has been incurred, dengan izin Datuk Speaker. RM1.2 bilion, kapal 800 juta sehingga, sebelum itu. Beli SIP 300 juta become SDB punya outfit subsidiary dia.
Lepas itu, hutang ini dipadamkan dengan Yang Berhormat nyatakan sukuk erase. I don’t know how much their spend. 900 million or 300 million to settled. Whether you have settled completely or not. SIP punya date to SDB dan saya ingin bertanya tindakan tadi itu.
Pertama, what actions have the government taken to insure that we can recover. The amount of money 1.2 the losses that had been cued by the previous management. Pasal ini seakan-akan kalau saya tidak silap, ya. I remembered when I was in Federal Cabinet. 1MDB, when 1MDB Datuk Speaker, rugi, they cannot sustained. They asked from us the cabinet, ya. Cuma, saya tidak mau detailed pasal this is masih berjalan di mahkamah. Tapi, bila itu I question, I said how can we solve this. This is bail out I said.
Tuan speaker: Ok, soalan tambahan, Yang Berhormat.
Soalan saya.
Soalan saya, itu yang saya bagi tahu. Apakah tindakan daripada pihak SIP, daripada pihak kerajaan untuk memastikan recovery on that kerugian. Yang kedua, saya ingin bertanya. Pasal tadi sebutkan SMJ Energy. Sudah menjadi pemilik kepada SMJ Energy. Sekarang SIP. You know, you have taken it. Just like when Ministry of Finance Corporate 1MDB. The same thing hutang semuanya, right off 1MDB, lepas itu ditanggung oleh kerajaan dan kerajaan tanggung RM900 juta bon sukuk yang telah di raised oleh kerajaan.
Ya, you settled the debt of hutang SIP tapi, hutang kerajaan 900 juta ada. Untung yang disebutkan SMJ, is not SMJ. It is a dividend yang di mana LNG Naim Bintulu, ya. Ada 10%, 5% almost to the make it to of hundreds million a year, sehingga 200 juta dan saya ingin bertanya Datuk Speaker, dividend yang diberikan kerajaan. SMJ bukan ada expertise dalam oil. Pasal itu saya ingin bertanya kenapa tidak dirangkumkan SIP, SOGIP, Sabah Gas, Sabah Energy, where they have all the expertise and masalah itu dapat diurus dengan baik.
Tapi, sekarang SMJ mengurus SIP. They don’t have their expertise on oil refinery, the process exploration, cuma mungkin financial management ada lah. Tapi, saya bertanya itu yang soalan kedua tadi, berapa dividend yang diberikan? Saya tidak
mahu nanti besok SMJ pula. Kalau dahulu SDB dia bagi dividend straight away to the state government, ya. Yang sekarang ini SMJ terima sama ada RM100 juta, RM200 juta not because SMJ, but that was SIP dividend. All this while. Agreement dengan Petronas through LNG yang di Bintulu itu. Terima kasih banyak.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Senallang. Kita melihat semua ini. Bila kita mengatakan ketirisan, dia sebenarnya bukan kepada bank. Kalau dia ketirisan, dia soal lain dan yang kita perlu buat siasatan. Apa yang berlaku kepada SIP ini ialah hutang yang tidak terbayar, bukan saja kepada apa ini, Sabah Development Bank. Tapi, juga kepada bank-bank lain. RM900 juta yang kita raised melalui sukuk ini adalah untuk membolehkan SIP membayar hutang kepada Sabah Development Bank.
Sabah Development Bank mengenakan interest yang lebih tinggi daripada bank biasa, up to six to seven percent. Daripada interest element a loan, bila kita bayar dengan duit sukuk SIP telah menjimat RM60 juta setahun just on the interest a loan. That’s one, okay. Two, soal kerajaan apa itu, bayar, apa itu, bila kita raised law al-wakala ini we have to go to the roadshow kepada semua bank-bank. Sukuk al-wakala ini akan teliti apa penggunaan setiap wang yang di raised melalui bon. Bukan senang-senang kita macam 1MDB ambil duit, terus bayar. No such thing, I’m sure you’re smart enough to know that. Isn’t it.
Kedua, itu ketirisan. So, soal ketirisan, tidak timbul sama sekali. Kalau ada ketirisan itu soal lain. Kita boleh serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kalau betul-betul ada salah laku. Yang masalah SIP ialah kerana hutang tidak berbayar, that’s one, ya. Kedua, setelah SIP ini diambil oleh SMJ ya, kerana hutang sudah tidak ada. Dia, able to operate on each on. In fact, kalau saya tidak silap last year, their contribute nearly 200 million dividend kepada SMJ kerana sudah tidak ada hutang.
They have expertise dan kerana itu kita ambil dia sebagai anak syarikat sekarang. Kerana Yang berhormat daripada Senallang mengatakan tadi what does SMJ have? Dia orang tiada kepakaran. Betul, kita tiada kepakaran, I’m in all humiliator Yang Berhormat, I want to say, I think we have this. That’s the different. Tidak perlu kita
mengambil kakitangan ramai sebab there are many job can be outsourced. For your information, SMJ per share at this point of time, cuma ada 23 orang kakitangan, semua hanya pakar.
We save money on administration. This not much recurring expenditure. Kenapa? Sekarang teknologi sudah berubah bah. Kita bukan lagi hidup dalam zaman 70-an, 80-an, now is 2024. Banyak cara kaedah baru yang boleh digunakan untuk mengurus, apa itu? Apa ini syarikat dan syarikat SIP ini masih di situ kerana dia ada dua kepala P/A ratio im sure you. P/A ratio, ya. Which is on going. Jadi, saya, kalau ada yang saya tidak terjawab dalam apa itu, soalan tambahan ini, I will do it during, apa itu? Penggulungan.
Tapi, all I can say, nombor satu soal ketirisan tiada timbul, yang timbul ialah hutang tidak berbayar. Kalau ada ketirisan, itu soal lain yang kita boleh siasat dan kalau ada laporan, kita akan siasat arah kepada pihak berkenaan untuk siasat. Ketiga, bila apa itu? SMJ tidak expertise, that’s why kita ambil SMJ, apa itu, SIP sebagai anak syarikat kerana kepakaran masih ada di sana. Terima kasih.
Datuk Speaker, soalan yang saya bangkitkan dua tadi, yang satu itu tidak berjawab dari segi dividend given by SMJ to the state government. Out of that hundred and 200 hundred million, satu. Tadi, Yang Berhormat pun tanya, jawab bahawa pinjaman daripada private entity. The rate is cheaper but Yang Berhormat sedarkah bahawa SDB adalah milik kerajaan. Kenapa tidak dirunding SDB kerajaan punya entiti, SIP kerajaan punya entiti, the rate is seven percent, six percent, can you reduce to three percent, I’ll pay you next year. After all, di antara government punya outfit because private entity their won. They won, just saya bagi tahu ini tidak akan berubah rate dia. Maybank kah, apa-apa bank kah yang ada. Tapi, SDB antara SDB dengan SMJ. They have been delay payment. Non performing loan RM1.2 bilion. Kalau private sector, non performing loan you....
Tuan speaker: Soalannya.
Itu saya tanya.
Satu dividend bagi. Yang kedua, jangan kita alaskan bahawa kita katakan mentality,
that’s why when you all mention the second round that just now. Operating cost SMJ cuma 10 orang saja. But, can you imagine we are not longer, I agree with you 70s 80s. Kenapa syarikat-syarikat yang hubung kait gas dan oil merge together SOGIP, Sabah Gas, Sabah Energy, they all companies in the world is suffering. Sapura bankrup, satu syarikat yang begitu besar. Berapa syarikat. Lima syarikat dia dari Singapura yang saya baca dah pun lingkup.
Oleh kerna hari ini, semalam Menteri Ekonomi pun menyatakan resources from minyak di Semenanjung depleting. I’m quite sure in Sabah too will be time depleting. Soalan saya itu saja, yang satu dividend first how much is given from SMJ kepada…
… Kerajaan Negeri, ya.
Yang Berhormat, simple, ini telah disiarkan di semua akhbar. They’ve given RM50 million last year and we going to give another one this year. Ini hari kita akan announce lah berapa dan kedua ya, kedua yang saya nyatakan ialah kenapa Kerajaan tidak campur tangan dalam urusan bank, I don’t know. Saya belum pernah dengar Kerajaan campur urusan dalam bank untuk menetapkan berapa peratus (kedengaran tepukan audiens) and Yang Berhormat seperti mana yang saya nyatakan dulu, kalau boleh Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan lebih 20 tahun why didn’t you do it during your time? If it is possible. If it … (kurang jelas) possible Yang Berhormat, please sit down, Yang Berhormat. I’ll finish up. Okey?
Kerajaan atau syarikat Kerajaan tidak boleh minta Kerajaan, mencampur, oh, Maybank boleh bagi dia sedikit apa itu, potongan. There’s no such thing as far as I know lah, kerana kita mahu ketelusan. If we want to succeed we have to succeed in our own merit. That’s ah, that’s what I believed dan kita fikir kita mampu berbuat demikian.
Ketiga, Yang Berhormat mengatakan kenapa buatlah syarikat baharu, SMJ kenapa tidak masuk? Because we want to have a clean start. Yang Berhormat pun telah menyokong sebenarnya bahawa banyak ketirisan, banyak masalah, that is what we are trying to avoid. Barangkali kalau kita ada syarikat baharu, semua masalah ini tidak timbul kerana syarikat ini diurus 100% oleh profesional. Itulah sebenarnya urusan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Okey, sekarang saya persilakan, ADUN Dilantik Yang Berhomat Datuk Dr. Aliakbar Gulasan. Yang Berhormat Senallang boleh masukkan di dalam you punya perbahasan sahaja nanti yang mana tidak sempat.
Terima kasih, Datuk Seri Speaker. Soalan saya nombor tiga.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mewujudkan Zon Khas Untuk Penternakan Lembu Di SabahQuestions
*3.
YB. Datuk Dr. Aliakbar Gulasan [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan zon khas untuk penternakan lembu di Negeri Sabah.
Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih kepada ADUN yang Dilantik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan zon untuk penternakan lembu di Sabah disebabkan, pertama, hampir semua kawasan di Sabah adalah sesuai untuk ternakan lembu dan yang kedua, Sabah adalah satu-satunya negeri di rantau ini, bukan hanya di Malaysia yang bebas daripada penyakit foot and mouth disease.
Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan di masa yang akan datang, Kerajaan akan mempertimbangkan pewujudan zon ini. Terima kasih.
Soalan tambahan, ADUN Dilantik. ADUN Dilantik.
Terima kasih pada Datuk Seri Menteri. Emm, saya bangkitkan ini sebab kadangkala dalam konteks kita di Sabah
ini, emm, terdapat banyak keperluan dan juga kekurangan dari segi penawaran lembu terutamanya ketika mana Hari Raya Aidiladha ataupun musim korban. Kalau saya boleh bagi satu soalan tambahan. Di pihak Kementerian khususnya adakah sebarang insentif bagi penia, bagi penternak-penternak kampung ataupun kecil-kecilan ini bagi membesarkan penternakan ataupun perusahaan mereka ataupun sebarang galakan daripada Kementerian? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Memang kita ada insentif. Pertama sekali adalah bantuan untuk ah, penternak-penternak terutama sekali penternak kecil-kecilan dan kita juga ada kursus-kursus yang diberikan secara percuma, percuma untuk individu-individu yang menceburi dalam penternakan ini.
Satu daripadanya ialah Projek Memperkasakan Ruminan di Sabah. Kedua, Projek Integrasi Ternakan di bawah Kelapa Sawit atau PINTAR dan Program Usahawan Kambing. Di mana Kerajaan memberikan lima ekor, eh enam ekor kambing atau lembu, iaitu satu jantan dan lima betina pada setiap penternak kecil. Sekian. Terima kasih.
Usukan, tambahan?
Tuan Speaker, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Kita mempunyai grazing reserve ya, yang dikendalikan oleh Jabatan Haiwan di beberapa tempat di Sabah. Kalau di Kota Belud ada suatu kawasan yang besar di kawasan Kadamaian. Apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk, kerana saya melihat grazing reserve ini under utilize, adakah Kerajaan bercadang untuk membangunkan kawasan tersebut? Jika tidak bertentangan dengan undang-undang agar kita boleh secara besar-besaran membuat satu apa ini, perniagaan ternakan ataupun ternakan secara besar-besaran untuk kepentingan negeri Sabah?
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Usukan. Emm, memang kit … di Sabah ini kita mempunyai
banyak padang-padang ragut termasuk di Kota Belud, Usukan. Paling banyak di Tambunanlah tetapi kebanyakan padang-padang ragut ini tidak diusahakan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Kerajaan telah melancarkan satu apa ini, kajian untuk mengenal pasti tempat-tempat di mana yang sesuai dan di mana yang tidak sesuai dan telah melonggarkan kawasan-kawasan padang ragut ini bukan sahaja terhad kepada penggunaan secara apa ini untuk ternakan, tetapi juga boleh digunakan untuk pertanian dan juga agu … Agrotourism. Kawasan-kawasan yang sesuai untuk ternakan digalakkan. Pemegang-pemegang amanah di seluruh Sabah untuk menjalankan apa ini, penternakan dengan bantuan daripada Jabatan Veterinar Sabah. Terima kasih.
Datuk Speaker, please?
Okey, sekarang dijemput …
Can you give me a chance? One related question.
Ah?
I’m sure the Minister want to answer this.
Okeylah.
One additional question.
Short one.
Soalan Tambahan
Okey. Terima kasih, Datuk Speaker.
Menteri, what happen to the takeover of the Keningau Livestock Integrated Centre if I’m not wronged. Then, adakah sudah Kerajaan mencari ca … mencari jalan untuk mengurangkan kos feedstock bagi harvesting of feedstock to rear all this cattle through Desa Cattle GLC. Because you’re talking about identifying new areas, right?
But you already have actually under the Keningau Livestock Integrated Centre, a huge land and rearing beef or cattle. Sorry, rearing cattle and dairies. But what have you done on reducing the impact cost of feedstock? Thank you.
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Mengenai kawasan livestock di Keningau terutama sekali di Keningaulah, di seberang Keningau itu sekarang telah digunakan untuk pembiakan kerana satu daripada masalah yang kita hadapi adalah isu pembiakan, sebab itu kita masih lagi mengimport apa ini, bibit-bibit daripada luar negara dan termasuklah terpaksa buat artificial insemination di pusat-pusat apa ini, penyelidikan. Sekian. Terima kasih.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Sindumin.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan daripada Sindumin soalan nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perkembangan Terkini Projek Trans-Borneo RailwayQuestions
*4.
YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI lll / MENTERI KERJA RAYA, apakah perkembangan terkini projek serta kajian kebolehlaksanaan projek Trans-Borneo Railway yang dihebohkan sejak penghujung tahun 2023.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Tuan Speaker, saya No. 49, soalan No. 50 dan soalan No. 51 memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Silakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sindumin dan juga ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee serta Dewan yang mulia ini,
kajian kebolehlaksanaan Projek Trans Borneo Railway diluluskan untuk dilaksanakan dalam rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos keseluruhan berjumlah RM7 juta…
… projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan pada masa ini proses penilaian juruperunding serta penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal telahpun selesai pada bulan Oktober 2024. Kementerian saya dimaklumkan bahawa proses penyediaan surat setuju terima sedang dilaksanakan. Projek kajian dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada bulan Disember 2024 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2025, iaitu memakan masa selama 12 bulan.
Tuan Speaker, Keretapi Sabah adalah di bawah kuasa negeri dan perundangan negeri berkaitan kereta api adalah di bawah Enakmen Keretapi 2017. Enakmen 2017 ini telah digubal semula bagi menggantikan Ordinan Kereta Api Bab 116 dan Enakmen 2017 itu mula berkuasa pada 2 Januari 2018. Ini bermaksud segala perancangan, pengurusan, operasi, penyelenggaraan dan penguatkuasaan adalah diperuntukkan di bawah Enakmen 2017 dan dikuatkuasakan oleh agensi Negeri Sabah, iaitu Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Ini adalah selaras dengan kuasa negeri di bawah Butiran 18 Senarai Negeri iaitu Senarai II A tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, Perkara 95B (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam projek kajian ini sememangnya dialu-alukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri juga akan turut melaksanakan satu kajian khusus, iaitu Kajian Kemungkinan dan Reka Bentuk Kawalan Pemanjangan Landasan Kereta Api dari Putatan ke KKIP dan seterusnya ke Pelabuhan Sepanggar dengan anggaran kos kajian sebanyak RM1.75 juta. Kajian ini dijangka akan bermula selewat-lewatnya pada bulan Mac 2025. Kesemua kajian ini sama ada oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, merupakan
perancangan jangka panjang untuk membangun, memoden, dan meluaskan rangkaian sistem kereta api di Sabah.
Tuan Speaker, hasil dapatan daripada kajian ini kelak akan digunakan sebagai asas bagi perancangan program pembangunan baharu serta sebagai asas bagi pertimbangan permohonan peruntukan bagi pelaksanaan berbentuk fizikal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan seterusnya. Perancangan jangka panjang ini perlu disusun secara berfasa berpandukan kepada keutamaan dan sumber pembiayaan yang tersedia.
Soalan tambahan ada?
Soalan Tambahan
Soalan tambahan Datuk Speaker. Terima kasih jawapan Menteri kerana sudah ada kelulusan untuk membuat kajian. Saya selaku Ahli Dewan Undangan Sindumin amat menyokong memandangkan sekarang ini tambang kapal terbang meningkat untuk ke Sabah dan juga Sabah ke Pantai Timur, Tawau, Sandakan dan juga ke Brunei dan bandar-bandar di Sarawak. Ah, dan Sipitang memang mendapat nikmat kerana kami berada di kawasan sempadan ataupun Sindumin. Ah, soalan saya Yang Berhormat, oleh kerana Trans Borneo ini melalui tiga wilayah, iaitu Sarawak, Brunei dan juga Sabah. Kita bayangkan kereta api yang efisien laju seperti di Jepun dan juga di China. Ah, jadi oleh kerana disebut tadi cuma peruntukan di peringkat Malaysia tapi melibatkan juga Brunei. Apakah bentuk koordinasi di antara Sarawak, Brunei dan juga Sabah? Sarawak sudah umum mereka akan buat. Brunei juga ada sudah syarikat swasta yang akan membuat dikatakan dan Sabah kita ada Keretapi Negeri Sabah. Jadi, seolah-olah ada tiga pihak yang berlainan yang akan melaksanakan. Jadi kalau ini tidak diselaraskan mungkin kita akan ada masalah dari segi pelaksanaan kemudian. Jadi, soalan saya apakah sudah ada perundingan dengan Brunei dengan Sarawak untuk tujuan ah, Pan Borneo ataupun Trans Borneo ini? Terima kasih.
Okey. Terima kasih ADUN Sindumin atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman projek Feasibility Study ataupun Kajian Kemungkinan ini adalah dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Kerajaan Persekutuan. Dalam pelaksanaan Kajian
Kemungkinan Trans Borneo Railway, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Keretapi Negeri Sabah merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu dan juga Ahli Jawatankuasa Teknikal. Keputusan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pembinaan fizikal program Trans Borneo Railway adalah bergantung kepada hasil dapatan kebolehlaksanaan Kajian Kemungkinan tersebut serta cadangan model pelaksanaan atau model kewangan kelak.
Jadi, kita tunggulah hasil dapatan daripada feasibility study yang dijalankan nanti. Daripada itu nanti akan dirangka bagaimana kerjasama di antara negeri Sarawak, negara Brunei Darussalam dan juga negeri Sabah dalam pelaksanaan fizikal kelak.
Soalan tambahan seterusnya daripada ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima.
Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker. Disebabkan soalan asal number 49 dan 50 daripada saya, maka saya ada juga soalan tambahan.
Ya, silakan.
Satu, sama ada RM7 juta yang diperuntukkan untuk kajian ini cukupkah tidak dan sama ada kajian ini hanya untuk feasibility dari segi ekonomi dan kewangan ataupun termasuk dari segi teknikal. Kalau dari segi teknikal dia melibatkan soil test, dia melibatkan masuk kawasan hutan dan sebagainya. Sama ada RM7 juta ini cukupkah tidak.
Kedua, tadi YB Menteri cakap ada landasan kereta api dipanjangkan dari Putatan pigi (pergi) KKIP. Soalan saya, sama ada kajian akan terus mempertimbangkan cadangan dari dulu Kota Kinabalu sampai Kudat? Itu satu dan sama ada akan dibuat landasan kereta api di Pantai Timur? Sandakan - Lahad Datu, Lahad Datu - Tawau, Tawau ikut jajaran Kalabakan - Sapulut ke Sipitang ataupun Tenom. Itu satu. Last, Tuan Speaker, seperti yang YB Menteri cakap tadi dan dalam soalan asal saya nombor 50, bidang kereta api di bawah Perlembagaan Persekutuan Artikel 95B (1) (a). Senarai 2A ini, kereta api ini di bawah Kerajaan Negeri dan kita ada enakmen.
Secara ringkas this is a state matter. Adakah Kerajaan Negeri memberi kuasa kepada Kerajaan Pusat mencampur tangan dalam bidang Keretapi? Kerana kalau tidak, Kerajaan Pusat tak ada hak, tak ada kuasa dari segi Perlembagaan membuat apa juga tentang Keretapi. Ini supaya jangan lain hari kajian ini tergendala kerana kajian yang dibuat oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan, bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Dilantik atas soalan tambahan tersebut. Pertama soalan sama ada RM7 juta yang diperuntukkan bagi yuran kajian keboleklaksanaan itu mencukupi atau tidak, itu adalah di bawah ah, timbangan daripada Kementerian Pengangkutan yang melaksanakan projek tersebut. Namun demikian, dalam skop kajian secara ringkas yang dimaklumkan kepada saya adalah meliputi tiga skop, iaitu menentukan laluan jajaran yang sesuai untuk landasan sistem kereta api mengambil kira aspek ekonomi sosial dan kos, keduanya menentukan keseluruhan infrastruktur yang diperlukan di sepanjang laluan lintasan rata, jejambat, stesen depoh dan sebagainya dan ketiga, melaksanakan kajian kejuruteraan yang menyeluruh bertujuan untuk memastikan sistem kereta api yang bakal dibina adalah berteknologi moden dan terkini serta operasinya kelak berdaya maju setanding dengan sistem kereta api lain di seluruh dunia.
Jadi, saya merasakan peringkat feasibility study ini adalah kajian awal. Ya. Selepas kajian awal dilaksanakan, satu laporan akan dibentangkan. Daripada situ nanti akan membantu untuk membuat keputusan untuk the way forward. Sama ada akan melaksanakan dan melaksanakan proses reka bentuk terperinci yang sudah pasti nanti akan memerlukan kos-kos terperinci seperti yang melibatkan pengukuran tanah, kajian soil …
…investigation, engineering dan sebagainya. Jadi… kita tumpukan sahaja dulu kajian kebolehlaksanaan ini dijalankan dan nanti pada penghujung 2025 kita nantikan apa outcome daripada kajian kebolehlaksanaan tersebut. Soalan kedua
seterusnya adalah berkenaan dengan a… apa yang saya maklumkan tadi kajian kebolehlaksanaan Putatan, KKIP di bawah Inisiatif Negeri Sabah dan Yang Berhormat menanya sama ada laluan KK - Kudat akan diteruskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam skop awal kajian pelaksanaan pembinaan Trans Borneo Railway ini cadangan jajaran dalam kajian yang dikemukakan oleh pihak negeri Sabah adalah meliputi jajaran Tanjung Aru - Kudat, Beaufort - Sipitang - Lawas, Sandakan - Pitas - Kudat, Tawau - Lahad Datu dan Sandakan. Jadi, kita nantikan hasil daripada kajian kebolehlaksanaan ini untuk perancangan yang lebih rapi pada masa hadapan.
Soalan seterusnya, adalah berkenaan dengan state matter sama ada Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mencampuri urusan pengurusan kereta api di negeri Sabah, dalam projek Trans Borneo Railway yang sedang yang akan dibuat kajian kebolehlaksanaan ini. Sudah pasti Sabah akan mempertahankan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan berkenaan dengan urusan keretapi. Namun demikian, kita melihat kepada model pelaksanaan ECRL di Semenanjung Malaysia, yang mana jajaran tersebut meliputi ataupun merentasi beberapa negeri daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor sama ada Wilayah Persekutuan termasuk atau tidak. Ya, jadi itu meliputi tanah-tanah dalam beberapa negeri. Jadi yang boleh kita katakan kita amat mengalu-alukan kajian kebolehlaksanaan ini dan setelah kajian kebolehlaksanaan ini mendapat outcome yang diinginkan, maka pihak-pihak negeri Sarawak, Sabah dan juga negara Brunei Darussalam akan berbincang dengan lebih detail bagi tujuan pelaksanaan fizikal projek ini kelak.
Tuan Speaker …
Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya soalan nombor lima.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Pelancong Melawat Sabah Dari Tahun 2000 Hingga 2023Questions
*5.
YB. Tuan Hj. Dumi bin Pg. Masdal [Silam] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, berapakah jumlah pelancong atau individu perseorangan yang melawat Sabah dari tahun 2000 hingga tahun 2023.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Sorry. Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.62 serta Dewan yang mulia ini, pada tahun 2000, sektor pelancongan negeri merekodkan jumlah ketibaan pelawat seramai 774,475 orang daripada jumlah tersebut 365,537 merupakan pelawat domestik manakala 408,938 merupakan pelawat antarabangsa. Pada tahun tersebut juga, Sabah hanya mempunyai 173 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135 yang menghubungkan ke tujuh destinasi domestik di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 2000 Sabah telah dihubungkan ke sembilan destinasi antarabangsa melalui 55 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135.
Datuk Speaker, selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2010, 2010 jumlah tersebut meningkat kepada 2,504,669 pelawat, iaitu peningkatan purata sebanyak 22.3 peratus, 22.3 percent. Daripada jumlah tersebut 1,708,716 merupakan pelawat domestik dan 795,953 merupakan pelawat antarabangsa.
Pada tahun 2019, negeri ini merekodkan jumlah ketibaan pelawat tertinggi, iaitu seramai 4,195,903 pelawat yang mana 2,726,428 merupakan pelawat domestik dan 1,469,475 merupakan pelawat antarabangsa. Jumlah ini melebihi lima kali ganda daripada jumlah ketibaan yang direkodkan pada tahun 2000. Pada tahun tersebut, Sabah dihubungkan ke 21 destinasi antarabangsa melalui 223 kekerapan penerbangan seminggu dengan 37,826 kapasiti penumpang seminggu. Walau bagaimanapun, selepas pandemik COVID-19 melanda sektor pelancongan negeri amat terkesan, apabila jatuh kepada hanya 977,460 jumlah pelawat. Penurunan sebanyak negative 77%.
Minus 77 percent on the arrive, on arrival of tourist. Sebelum jatuh ke paras terendah, iaitu 371,187 pelawat. Pada tahun 2021 jumlah ini hampir-hampir sama dengan jumlah pelawat yang direkodkan pada tahun 1997.
Datuk Speaker, Sektor Pelancongan kemudiannya kembali pulih secara beransur-ansur dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada April 2022. Year 2022,
jumlah ketibaan pelawat pada tahun yang sama adalah seramai 1,727,740. Manakala pada tahun 2023, 2023 last year Negeri Sabah telah menerima pelawat berjumlah 2,613,272 orang, iaitu peningkatan sebanyak 51%, 51 percent pada tahun 2023. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan ada? Tiada. Silam dulu, Silam. Silam. Silam.
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam jawapan Menteri tadi, ada lebih kurang 8 juta aaa… pelancong asing datang ke Sabah. Adakah semua mereka ini tela… telah keluar mengikut saluran ataupun ada yang tertinggal masih di… di negeri… negeri Malaysia ini? Aaa… dan apakah tindakan aaa… Kementerian Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Menteri. You have the answer?
emm…I don’t have a facts here. So can I answer by secara bertulis?
Okey.
Tapi kalau, ada soalan yang lain mengenai dengan soalan pertama, saya boleh jawab sekarang. Sebab saya ada saya sudah persiapkan semua ini soalan-soalan.
Soalan tambahan tadi you jawab secara bertulis ya? Yang Berhormat Menteri?
Soalan tambahan tadi you jawab secara bertulis.
Boleh, boleh. Mahu tanya pun boleh. Mahu…
okey, sekarang Yang Berhormat Senallang. Dia fokus pada soalan asal ya.
Soalan Tambahan
Soalan asal, terima kasih banyak Datuk Spaaker, tentang apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Oleh kerana ini merupakan perkara yang penting, the third, yang ketiga saya ingat value for the country. Saya ingin bertanya kepada yang Berhormat dan saya juga telah bertanya di Parlimen pun. Apakah tindakan pihak Kerajaan, kita tahu pelancong penting, we need them. Particularly coming from China is a bigger, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan bahawa sekarang ini pelancong dari China, Datuk Speaker, dia menjadi master diver, dia menjadi pemilik restoran, dia tiada lesen, trading license and when syarikat kadang-kadang berkongsi kebimbangan saya ialah bukan setakat itu, malahan mereka menggunakan trading license untuk membeli tanah-tanah di kawasan Semporna ini.
Apakah tindakan pihak Kerajaan, we need them.Tapi kenapa tidak ada Joint Venture di antara Pelabur bukan pelancong over stay there. Kerajaan Pusat sudah ambil tindakan, ambil tindakan hantar balik. Tetapi saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, apakah tindakan untuk mempastikan supaya bukan hanya hari ini timbul Menteri Pelancongan Pusat kata, bahawa Majlis Daerah corrupted, pungut duit yang ada. Cuma ini, saya ingin bertanya apakah tindakan yang akan diambil. Satu; very concern the land. Kedua; peluang pekerjaan is no longer Sabahan there. Chinese, restoran cina yang ada. Saya ada laporan dia, dia datang pergi rumah saya, don’t eat to the chinese restaurant in Semporna, very dirty. Terima kasih banyak.
Terima kasih kepada Yang Berhormat ,soalan tadi. Okey, bagi saya adalah tiga isu yang disoal tadi. Pertama; illegal tour of guide. kedua; employment with no proper license. Ketiga; why this restaurant, all chinese restaurant operating in Semporna?I think I start with the restaurant operator by
chinese first. Because There is supply and demand there. If the customer that want to go the restaurant to makan-makan) and they pick Chinese and they looking for Chinese and there a such as demand for it. And if the local businessman which to open this restaurant and he get a proper license from the local authority, I don’t think so as a Ministry we will stop them operating sub if he get all the proper license for his worker, so far his cook and things like that. So, No. 2 issue illegal tour operators.
Memang saya faham, tour operators is a issue because of a few incident has happens yang mana there are incidences or accident and the tour guide supposed to be could full guys not properly license. We issuing a license is still in issue when need to discuss further to the KL our Federal Ministry. And also, We always issue one thing to they, a Tourist Association as a tour guide that do not allowed, not to bring your tourist to company that is illegally, no illegal, not proper paper work. Do not do that because it risking a life of your tourist. We always keep them warning. Somehow, they still manage to do it but luckily our police and the pihak police and also the authority a also looking out very closely working with our Ministry, Security Section.
Kementerian saya sudah ditubuhkan dua seksyen yang mana we call this SOS, Emergency Coast. Jika ada accident happens due to what ever reasons they can immediately call this numbers and section where to ask for help. Ini adalah cara-cara yang kita boleh buat untuk sementara sekarang. We are also working very closely with our Taman-Taman patrolling team in Semporna tourist Sector there. This is not the stand of the Ministry to keep a permission for the illegals who have no master dive license to work as master dive in a Semporna at a diving sector. No. We do not encourage them . they come in as a tourist and leave as a tourist. They dont go and try to find employment illegally without any proper papers and go offer a cheaper rate to the tourist coming in. Ini bukan kita punya principle, we don’t do that we don’t allowed this to happen. You come in as a tourist, you have any intention to work, you go through a proper channel. Get a work permit kah, apakah, through your procedure. Do not try to act accept you are lisence to with the tourist guide when you are not qualified to be. Itu sahaja. Thank you.
Terima kasih.
Datuk Speaker, soalan saya tadi itu, tentang trading license tu. Whether the Minister, I know its not your authority, kebimbangan saya Datuk Speaker, pasal ini tanah kita and they tourist, ya, but, they manage to secure land and they use the land to set up they own fit there. Satu, termasuk juga yang bas ni. They killing our local, I am not talking is not the foreign you know, we talking about foreigner tourists is coming into our State and killing our Chinese business’s people, local.
You can look dulu.
Thank you Datuk Seri. Yang Berhormat, Actually, I fully understand the problem that the local chinese people, a local chinese businessman. A lot of this what don you call this a restaurant especially, a souvenir shop also occupied with the business people from china. Seriously speaking, we our Ministry do not agree on that. We want to do something about it, every-time we go to it house, the restaurant is full or customers. And then we go to locally shop not very full. And I ask them for a license, show me your trading license. Where is your trading license to operate here the restaurant here. And They have, so this go aspect to the local authority juga. that’s all.
Menjemput ADUN yang dilantik Datuk Amisah binti Yassin.
Terima kasih Datuk Speaker, soalan nombor enam.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kecenderungan Pelajar Terhadap Subjek Stem Dan Menarik Minat Pelajar Terhadap Bindang StemQuestions
*6. YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, berapakah peratus kecenderungan pelajar terhadap subjek Sains, Teknologi, Engineering, dan Matematik (STEM) dan apakah program yang telah dan akan dilaksanakan Kerajaan dalam menarik minat pelajar terhadap bidang STEM.
Jawapan
Tuan Speaker, Bismillahi tusallam warahmasallam. Untuk makluman
ADUN yang dilantik, merujuk kepada data Kementerian Pendidikan Malaysia, peratusan kecenderungan pelajar Sabah dalam subjek Sains, Teknologi, Engineering, dan Matematik STEM bagi tahun 2024 adalah 51.05%, agak meningkat.
Kementarian Sains, Teknologi dan inovasi Sabah, Tuan Speaker, (KSTI) telah melaksanakan pelbagai program untuk menarik minat pelajar terhadap bidang STEM ini. Melalui pendidikan tidak formal iaitu program-program pembudayaan STEM yang tidak terikat kepada korikulum rasmi sekolah, antara program yang telah dilaksanakan, satu program Karnival atau Festival STEM. Program ini, Tuan Speaker, bertujuan meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap STEM melalui aktiviti pembelajaran interaktif seperti eksperimen Sains, pertandingan Robotik, projek Kejuruteraan dan pertandingan Matematik. Pelaksanaan program ...
… Program ini Tuan Speaker, melibatkan kerjasama dengan 24 Pejabat Pendidikan Daerah PPD dan setiap PPD kita peruntukan dana sebanyak RM15 ribu untuk melaksanakan program tersebut.
Sasaran utama program Festival STEM adalah pelajar dan guru sekolah.
Yang kedua Tuan Speaker, program Mini Teater STEM ia adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan minat dan Kemahiran STEM di kalangan pelajar. Program ini Tuan Speaker, menggunakan teater sebagai alat untuk mengajar konsep-konsep STEM dengan kaedah yang menyeronokkan dan interaktif. Program ini dilaksanakan secara berkala untuk memastikan pelajar terus terlibat dalam aktiviti STEM dan tahun ini kita adakan di UMS.
Ketiga, Tuan Speaker, penubuhan Pusat Sains Keningau ini merupakan usaha Kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada pelajar di kawasan luar bandar dalam memberi Pendidikan Sains berkonsepkan hands-on, minds-on, hards on usaha ini adalah yang bagi mencetuskan minat pelajar dalam Aliran STEM.
Program keempat, Tuan Speaker, Kembara Pameran Sains Interaktif atau Mobile Exacerbation Experiencing Science and Lighting and Lightening Innovation ia merupakan program kerjasama kita Kerajaan Negeri dengan China Science Technology Museum dan Guangxi Science Technology Museum yang bertujuan menjadikan pembelajaran dalam bidang sains, menarik, mudah dan menyeronokkan. Kerajaan Republik China telah memberi keizinan untuk kita membuat menerima pameran ini selama tiga tahun.
Tuan Speaker, yang kelima bagi meningkatkan minat dan pencapaian pelajar Sekolah Luar Bandar dalam mata pelajaran matematik. Kementerian kita telah menganjurkan Kem Matematik Perdana 2024 dengan kerjasama UMS.
Yang keenam pula, Tuan Speaker, Kementerian telah menganjurkan kolokium pendidikan STEM 2024 yang merupakan platform bagi warga pendidik STEM untuk bertukar pengetahuan, bertukar kemahiran dan pengalaman dalam menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran ini juga, Tuan Speaker, merupakan ruang kepada komuniti guru STEM bekerjasama lebih rapat dalam meningkatkan produktiviti mereka.
Kita juga Tuan Speaker, memberi anugerah kepada anak-anak sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah bidang STEM ini dalam pertandingan mereka di peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Anugerah ini kita namakan sebagai Anugerah AKSA Anugerah Kecemerlangan Anak Sabah, yang mana pada tahun ini alhamdulillah, kita akan memberikan anugerah kepada seorang anak yang bernama Misto Mikin yang mendapat Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dalam bidang STEM ini dan baru-baru ini beliau telah mendapat penghargaan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dalam Program World Skill Malaysia Sabah di IKM. Anak ini adalah berasal daripada Kota Marudu dan sekarang semester kedua Kejuruteraan Awam IKM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik daripada Negeri dan Persekutuan serta agensi swasta dalam tahun 2024, sebanyak sepuluh program Tuan Speaker, telah dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik KSTI untuk memupuk pelajar
meminati subjek STEM dan seterusnya cenderung untuk memilih laluan kerjaya dalam bidang tersebut. Pada ketika ini Kementerian sedang dalam fasa mengenal pasti dan menilai program-program baharu pembudayaan STEM yang relevan dengan kehendak semasa untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.
Kementerian juga akan terus melaksanakan program-program seperti STEM fiesta, program outreach STEM, program camp mathematics dan program kembara pameran sains. Semua ini Tuan Speaker, merupakan usaha Kerajaan Negeri meningkatkan kadar kecenderungan pelajar dalam subjek STEM dan mengubah persepsi pelajar bahawa sains adalah susah ataupun sukar. Sekian, Tuan Speaker, terima kasih.
Soalan tambahan ada Yang Berhormat ?
Datuk Speaker disebutkan tadi mengenai Program Karnival STEM di daerah-daerah. Soalan saya, apakah STEM ini turut memberi fokus subjek matematik dan adakah peruntukan STEM di tiap PPD akan ditambah? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker atas soalan Ahli Dewan Yang Dilantik dan kita telah membuat beberapa kajian berhubung dengan program-program yang kita laksanakan khususnya karnival STEM ini dan ada satu ruang yang perlu kita penuhi dan kita isi, iaitu melibatkan matematik dan ini akan kita perincikan selepas ini dan kita akan tetapkan bahawa dalam mana-mana karnival atau STEM, festival STEM kita anjurkan bersama PPD maka penglibatan dalam subjek matematik ini akan kita ambil perhatian dan dijadikan sebahagian daripada pameran atau pertandingan dan merujuk kepada apa yang telah ditanya tadi berhubung dengan tambahan peruntukan insya-Allah melalui bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Kita telah memohon untuk ditambah peruntukan kesemua PPD sebelum ini, tahun ini, RM15 ribu untuk menganjurkan STEM tapi insya-Allah, 2025 kita akan tambah menjadi RM20 ribu untuk semua 24 PPD seluruh Negeri Sabah untuk menganjurkan karnival atau festival STEM. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu saja sesi soal jawab kita pada hari ini. Setiausaha, sila teruskan.
Rang Undang-Undang Perbekalan dalam (2025) 2024 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan 2025 bacaan kali yang keduaBill
Rang Undang-Undang Perbekalan dalam (2025) 2024 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan 2025 bacaan kali yang kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 dan usul untuk membawa Anggaran Pembangunan 2025 dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Sebagai pembahas pertama, saya mempersilakan Yang Berhormat Senallang, 30 minit ya.
Terima kasih Datuk Speaker, yang telah memberi ruang bagi saya untuk membahaskan belanjawan pada kali ini dan pertama seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa pihak yang perlu diberi keutamaan ialah kecekapan amalan disiplin kewangan yang tinggi dan menangani masalah ketirisan pembaziran yang ada dan beberapa perkara yang saya akan tanya dalam belanjawan ini.
Sebenarnya kalau kita berdasarkan dengan kebiasaan belanjawan yang dibentangkan di mana-mana tempat. First thing is the couse of living, khususnya dalam keadaan ekonomi bukan hanya Rantau Asia Negara Malaysia bahkan juga dunia. They are facing a lot of people problem. Bukan oleh kerana harga barang meningkat keupayaan purchasing power very limited, maka seharusnya belanjawan itu mensasarkan dari segi bagaimana untuk memastikan supaya masyarakat di Negara itu, di tempat itu, Negeri Sabah contohnya, mempunyai landasan untuk merancang sebaik mungkin how can we increase, to insure cost of living in Sabah ini.
Yang keduanya, provide an environment untuk membolehkan supaya pelaburan bukan hanya FDI pelaburan tempatan yang kita nak suburkan. Pasal kadang-kadang pelaburan tempatan juga merupakan satu, apa ini, yang kita katakan the major contributor dari segi kesuburan ekonomi Negara kita dan juga Negeri Sabah. SMI contohnya, ya, dan oleh kerana keadaan yang berlaku sehingga …
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:…hingga kita mengalami beratus ribu SMI collapse dalam negara kita dan termasuk di peringkat di negeri Sabah dan ini merupakan di antara yang penting kepada kita walaupun kita minta supaya pelabur datang ke negara kita. Kita ada punya contohnya yang disuarakan oleh Menteri Perindustrian Kibing, SK, tapi kita ingin melihat ke arah mana pelaburan ini yang boleh menjana bukan hanya return on investment yang keduanya dari segi jobs opportunity yang ada. SK contohnya, mungkin ada ada sedikit sebanyak I know yang ada Kibing dia tidak melakukan downstream yang ada di peringkat negeri Sabah, dia cuma mengexport glass, raw material yang ada sama ada ke Semenanjung, sama ada ke Sarawak sama ada ke overseas. Why don’t we have a policy, whatever investment coming in dengan izin into wilayah Sabah, they must have clear policy that it must go downstream, hiliran kerana kalau kita lihat contohnya di Indonesia hari ini sudah ada Kementerian hiliran, downstream just to take raw material yang ada di negara mereka.
Dalam laporan yang saya terima, 45% raw materials Sabah dieksport ke Semenanjung diproses ke Semenanjung you know and this is very important for us why don’t we go downstream? Yang ada untuk memastikan sama ada minyak, sama ada gas yang ada that’s why I mention just now dalam persoalan yang membangkit why don’t we consolidate their outfit yang ada sama ada SOGIP, sama ada Sabah Energy, sama ada apa nama syarikat-syarikat yang berhubung kait dah lama, sudah lama dalam industri minyak dan juga gas dan operating expenditure outfit ini cukup banyak beratus ribu tiap-tiap ataupun ada yang berjuta untuk menampung perbelanjaan but what is the outcome? why don’t we consolidate that outfit yang ada untuk memastikan the bigger outfit is just like at the national level that’s only one yang dikatakan Petronas contohnya but of course they downstream di peringkat negeri-negeri yang ada seperti Sarawak dia ada di Bintulu dia ada di tapi kita ini yang saya katakan pembaziran.
Cost operating cost yang ada kalau kita lihat dari segi belanjawan yang ada pada hari ini di Kementerian Kewangan dia Jabatan Ketua Menteri if we look into the budget yang ada bila saya lihat hampir berapa ratus juta untuk perbelanjaan bukan
pembangunan di Kementerian Kewangan cuma RM5 juta sahaja on the development yang lain pengurusannya yang kita tidak tahu. Saya akan soal beberapa perkara di sini contohnya aktiviti 10,400 pemberian bantuan di bawah apa ini, tanggungan tugas-tugas khas, butiran 4,004,200, ini sepatutnya kalau saya sebut butiran dalam peringkat Jawatankuasa. RM44 juta ini Jabatan Ketua Menteri tapi itu saya tak persoalkan, yang saya persoalkan perbelanjaan Timbalan SKN Tugas-tugas Khas RM44 juta, we need transparency ketelusan dia.
What is the amount money that is use for what is it Jabatan Ketua Menteri yang ada untuk perbelanjaan yang seperti saya nyatakan RM44 juta, perbelanjaan Sekretariat Sabah Maju Jaya hampir RM5 juta. Sabah Maju Jaya, sama ada dia hanya membelanjakan untuk apa nama dengan izin Datuk Speaker acara-acara menampung but this money where we need dalam keadaan Sabah yang tidak punya kewangan yang kita tidak punya keupayaan we cannot rely on oil alone but we must be thrifty prudent in our financial management jangan ada ketirisan dia.
Kadang-kadang itu saya dapati bukan hanya di peringkat belanjawan yang ada contohnya by this Ministry yang ada butiran 101,100, RM950 juta ini caruman kepada Kumpulan Wang Awam it’s okey that one, saya tak persoalkan tapi terkadang itu ada juga peruntukan yang kata-katakan tak ada detail dia, yang saya minta Kementerian Kewangan yang berjumlah sehingga RM900 juta juga perbelanjaan khas. Kalau yang tertentu kita boleh faham pembangunan hanya RM5 juta sahaja di Kementerian Kewangan yang ada dan saya persoalkan banyak perkara tentang bagaimana ketirisan kalau sekiranya kita tidak mempersoalkannya contohnya untuk caruman kepada Kumpulan Wang Awam, iaitu untuk buat jalan-jalan RM500 juta daripada 2025 perbelanjaan lain-lain RM500 juta juga, hampir 1 bilion lebih but we know what the detail is. Kita tak mau nanti besok perbelanjaan di Kementerian Kewangan dia cuma menampal jalan raya saja, rosak jalan, bocor jalan, but what do we do? That is why we need to make sure supaya kontraktor-kontraktor yang ada buat jalankah? Kemudahan prasaranakah? Perlu kita teliti dari segi are they qualify enough?
Kalau kita tengok jalan raya yang ada daripada North South di Semenanjung Kuala Lumpur ke Utara, Kuala Lumpur ke Selatan, saya tidak pernah nampak mungkin ada jalan yang berlubang-lubang. Why is that so quality of job they done for them and
this can reduce the cost of maintenance ini kita punya maintenance jalan raya jangan cerita jalan raya di Tuaran itu sudah lebih daripada 10 tahun dari KK ke Tuaran tak siap-siap why is it so? Kenapa jalan ini tidak siap-siap? Kenapa a lot of maintenance di bandar-bandar? Jalan yang berlubang-berlubang once and for all we must be really meticulous untuk mempastikan supaya kemudahan asas ini dapat kita tampung cost of living.
Masyarakat kita berhadapan dengan masalah air contohnya. Ini yang saya bimbang but if we look into the process of how can we resolve the problem bukan saya katakan kita overnight we can do that, no, we take time but this only two manufacture how can you resolve the problem of water in Sabah. Why don’t we say reservoir tidak ada tempat takungan air yang ada pasal itu kita cadangkan bahawa besok (esok) kita jadi kerajaan kita akan wujudkan dam di Kinabatangan…kita wujudkan dam di Segama river. Kinabatangan river is even huge dam Bakun. Saya pernah tidur di Bakun, masa Tun Taib di situ dua hari, kami di situ 1995 kalau tak ingat saya dan saya melihat bagaimana Bakun waktu itu banyak demonstrasi but now Bakun 7 billion profit bukan setakat air terjamin bekalan elektrik terjamin there are now producing kita katakan bahawa…time is it?…the bell…
Then producing bukan hanya Nitrogen now, alternative green tecnology yang ada Datuk Speaker jadi ini yang penting kepada kita yang saya dapati ini tidak kita belanja duit, tukar meter, kita belanja duit untuk paip yang bocor, non-revenue contohnya, we cannot just deals non-revenue yang ada we must resolve the main source of problem water supply tapi bimbang saya, saya tidur di Banggi Datuk Speaker satu malam. Bila saya round kampung-kampung tidak ada air Datuk Speaker di mana mau dapat air? Kami dapat air ada di jeti dia bawa daripada Kudat dia jual. Satu tangki berapa RM300, RM200 ringgit. They can get the water from somebody but they cannot get the water from main supplier Jabatan Air. Ini yang Datuk Speaker saya cukup bimbang…
Datuk Speaker, mohon mencelah…ADUN Senallang masih ingatkah ADUN Senallang sewaktu menjadi Ketua Menteri saya mengemukakan permohonan pembinaan dam ada tiga option. Satu option RM8 juta, satu option RM3 juta, dan satu option lagi RM300 ribu. Ketika itu ADUN Senallang meluluskan hanya RM300 ribu untuk mengorek semula dam di
intake satu loji air di pulau Banggi saya mohon ADUN Senallang menyatakan sama ada masih ingat permohonan itu atau pun sebaliknya.
Saya masih ingat, bukannya saya tidak ingat Datuk Speaker. Masalah dia waktu itu kita sepertama timeframe berapa bulan saja. Keduanya, we face with COVID dan kita perlukan gunakan untuk selamatkan nyawa orang Sabah. I can contain without…
… after no problem, but …
Air juga perlu untuk menyelamatkan keperluan dan juga …
You give me a chance to speak, you, I ask. Datuk Speaker, dia tanya saya nak jawablah. Kadang-kadang saya ingat bagi kerana masa saya sangat singkat, Datuk Speaker. Banyak perkara yang saya bangkitkan. Kebimbangan saya, ini yang saya katakan. Bukan kita tak bagi, tapi kita kena resolve the problem, the main problem. Itu yang saya katakan. Pertama, there must be a reservoir. It cannot be resolve by piecemeal. Oh, ini kampung bagi 300 ribu, dia punya meter, dia punya paip improve, but the source is very important first, and the source must be there, but the treatment plant is also.
Kita tak mau nanti source ada, air dari sungai, dari hujan, dari laut seperti apa yang berlaku di Singapura. Bukan ada dia punya sungai, bukan ada dia punya dam. Tidak ada, but how the technology in Singapore, they are now sustainable. Begitu juga di Sarawak, tidak pernah kita dengar padam lampu di Sarawak. Kita tidak pernah dengar air tidak cukup di Sarawak. Why can they do that? Bukan kita imitate, we can do better than Sarawak, I believe tapi we have to have the mind, but only dari segi vision but implementation yang ada. Ini yang saya melihat bahawa perkara ini membimbangkan saya, Datuk Speaker, tentang kemudahan-kemudahan asas yang ada kerana ketirisan.
Saya juga bertanya dengan Datuk Menteri Kewangan. Non revenue, NPL, Sabah Development Bank yang ada itu. Saya bimbang duit kita terbatas dan duit ini dibelanja di Semenanjung, lebih daripada lima bilion duit kita. Sudahlah duit kita tidak cukup, duit kita, kita belanja di Semenanjung. Why do we spend? Tapi non-performing loan. Berapa daripada duit itu, Kerajaan Negeri telah recover? Pastikan dia recover. I want the detailed part of it supaya jelaskan perkara ini. Datuk Speaker, ada buat kenyataan dalam beberapa perkara seperti yang dinyatakan, you must report bagi dengan Datuk Yang Berhormat Senallang tapi setakat ini belum dia maklumkan kepada saya the detail part non-performing loans, how many have recovered dan ke mana apa tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk pastikan supaya perkara ini dapat diatasi.
Mengenai dengan persoalan yang saya bangkitkan, jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan, FMU yang ada. Bila saya lihat FMU yang ada, Albert Lim. Daripada apa yang diberikan jawapan oleh Menteri Kewangan, hampir lebih daripada 100 ribu hektar tanah yang diberikan daripada tahun 1996-1997, FMU, forest management yang ada, ya. Dan perkara ini bila saya lihat selepas ada juga di situ, bukan hanya FMU, dia bekerjasama dengan pihak Benta Wawasan, another hundred thousand acres yang ada. Tapi bila saya bertanya kepada Kerajaan, berapakah hasil yang telah diperolehi semenjak 96 sehingga 2024. Jawapan Kerajaan Negeri yang ada kepada saya cuma 35 juta sahaja. 35 million only yang diberikan kepada Kerajaan Negeri out of few hundred thousand acres yang ada, Datuk Speaker. Ke mana duit ini? FMU tanah yang diberikan beratus ribu ekar sepatutnya untuk menanam kayu. Dia tak tanam kayu, dia tanam kelapa sawit. This is not forest management. Ke mana kita nak bawa keadaan ini?
Dan saya harap sungguh perkara ini, ketirisan dan juga masalah, Datuk Speaker, saya bimbang. Sebagai seorang ahli politik, bila saya ke Parlimen bukan hanya berhadapan dengan rakan-rakan di situ. Malahan rakan-rakan bertanya “What happen to Sabah?”, “Ke mana Sabah ini, Datuk Seri?”. Saya rasa malu pasal ketirisan yang ada. Tidak ada di dunia, tidak ada di tempat yang ada di mana duit boleh jumpa 100 juta lebih di Jabatan Air. No other countries have that but di Jabatan Air ada jumpa duit 100 juta lebih. Mungkin lebih daripada itu, ya. Sabah Development Bank, lima bilion non-performing loan bukannya satu tahun. Ini sudah
10 tahun lebih duit yang tidak diambil alih daripada pihak peminjam. Why peminjam? Kenapa tidak confiscate aset mereka. Monetize their asset. Take it back first.
Macam kita katakan bahawa sistem kita di peringkat pusat 1MDB money, the recovery of 1MDB money is almost 40 billion first now. Dan dilaporkan dalam maklumat yang kita difahamkan, SDB rugi 800 juta last year. Can you imagine? The money that we send, we use kononnya untuk menampung perbelanjaan SIP supaya SIP very independent, is free. But don’t forget, Kerajaan Negeri terpaksa menampung. You transfer that loan yang dahulu private entity dari SIP kepada Sabah Maju Jaya. Bayar SDB, Government. Lepas itu, hutang Government SIP, outfit dia, GLC dia. Lepas itu Kerajaan Negeri menerusi SMJ pinjam duit. Kita sekarang berhutang 900 juta daripada sukuk yang ada. Itu yang saya katakan it’s a bail out. Exactly like what happen di 1MDB. That’s why I question my brother dulu former Prime Minister. Why do we have to do this? Keadaan ini membimbangkan saya sehingga keadaan-keadaan yang kita tampung.
Saya masih ingat dahulu masa saya jadi Menteri Kewangan, hutang Kerajaan Negeri dahulu satu bilion. We pay that within a year. Mendiang Chui, Bendahari Negeri asking, “Can we extend?” No, Datuk Seri, because the agreement with the bankers was there, one bullet payment. So we have to settle. So, kita ada special account di SDB Bank. Akaun dia untuk memastikan pungut duit hasil daripada itu, hasil, simpan di situ. Saya tidak mau nanti rating satu negeri Sabah akan tidak menjadi satu perkara yang …
Jadi, saya melihat Datuk Speaker, pertama, seperti yang saya nyatakan kebimbangan saya. Jabatan Air, 100 juta lebih. Sabah Development Bank, five billion. Emas pun hilang di Tawau. Emas didapati di lapangan terbang di Tawau, reported tidak ada kes. Berapa gold bar yang keluar daripada hasil negeri Sabah? Kita tidak tahu ke luar negarakah? Saya ingin bertanya kenapa pihak perkara ini, apa ni, kita biarkan kerana ini merupakan hasil yang ada? Industri simen di Tongod. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, kenapa kita nak buat satu industri simen di Tongod? Yang jauh daripada pelabuhan. Yang kemudahan asasnya, elektriknya, airnya, jalan rayanya mengambil masa. Why can’t you set up a cement industry nearer to where the source where it can cost less for us to export.
Kita sudah ada cement industry di Lahad Datu, kita sudah ada Sabah Cement Industry. Why can’t we use that? Why do you want to use? Saya nak tanya, saya bukan saya tuduh, cuma tanya Datuk Speaker adakah ini tujuannya untuk nak built up cement industry di situ? Adakah ianya juga berhubung kait sama ada emas di situ? Sama ada kayu balak yang diextracted? Kebimbangan saya contohnya macam SFI, you know? Bila SFI, saya maklumkan kepada pemilik waktu itu. You go to court. Lepas itu saya nakkan supaya kita keluar industri kualiti bukan hanya tissue paper, kualiti tisu.
Saya pergi Beijing, saya jumpa dengan pelabur di situ dan saya bagitau kita tak ada saham dalam SFI. But I want to make sure because saya ada authority untuk luluskan kayu di situ. You cannot extract the timber unless and until I sign and approve but we have to work joint venture. You take the shares, you pay all the bills. Pasal hutang SFI is about two billion daripada bank itu, ya. Sekarang masih dalam mahkamah, ya. Bila saya katakan bahawa fair enough 70%, you take 30%. Yang kita tidak ada saham dahulu tapi kita ada golden share, where my authority to sign the timber it is vested with the Government of Sabah. Jadi saya pegang itu dan he was willing.
Sekarang ini kita tidak tahu ke mana kayu yang ada. Akasia, di antara timber yang merupakan keluaran Acacia wood yang special wood that can be produce kualiti kertas. Tidak ada negara di dunia yang menanam seluas sampai 600 ribu ekar yang ada, cuma di Sipitang sahaja, di Sabah sahaja. Bayangkan kalau harta ini kita boleh monetize, anak-anak kita …
Di Sabah ini bukan hanya terpaksa berhijrah ke semenanjung, hampir 300 ribu, 200 ribu lebih, masalah anak-anak kita ke mana mahu pergi, pergi Johor. Mana pergi? Ke Pulau Pinang. Mana pergi? Shah Alam, Mana kerja dia? Pasal itu kita nak monetize the resources yang ada 45% hasil Negeri Sabah kita tak tuai, kita tak monetize, minyak kelapa sawit contohnya, Datuk Speaker.
Masa kita Kerajaan, saya pastikan bahawa mesti ada kilang masak di Tawau, standard, di Sandakan satu lagi, di Keningau “Onsoi”, yang ada di Tawau. Lepas itu saya minta supaya anak-anak kita yang berada di semenanjung balik pergi Sabah, sekarang berada di Tawau, ada kerja mereka, keluarkan minyak masak. Minyak masak, cost of living, we can reduce the cost, mengeluarkan minyak masak kerana it is nearer to the raw material. Tapi, mereka keluarkan di Shah Alam, mana ada kelapa sawit banyak sangat di Petaling Jaya. Tapi, ada kilang mereka.
Kenapa kita tidak produce? It can be very competitive bukan hanya kita boleh keluarkan, ini kita export ke India, kita punya MPOD, punya ini, semuanya kita export ke China, they process, dia gunakan untuk … minyak masak, dia gunakan untuk buat candle, dia gunakan juga untuk krim untuk berbagai-bagai and that’s why it’s very important for us ya, yang saya katakan tadi itu penting. Cuma saya, kebimbangan saya kalau kita tidak bangkit, tidak sedar, it’s a very embarrassing dan ini berlaku lagi tentang ketirisan mineral, bayangkan.
Dan ini pun kadang-kadang ada yang bersuara semalam saya ditanya oleh press, “ini salah pembangkang ini”, mana pula salah pembangkang? Sejak bila pula saya kenal supaya saya boleh mengarahkan YB Sindumin cakapkah, apakah. Kalau benar ataupun YB-YB lain, i don’t have the authority. Tapi janganlah tuduh, asyik tuduh. Jabatan Air, Datuk Shafie punya duit, ini jabatan, salah dia buat jalan. Asyik salah saya saja, salah Warisan saja.
Tapi apa yang penting Datuk Speaker, saya berharap supaya perkara-perkara seperti yang saya nyatakan tadi itu, ya. Contohnya, Usahawan Borneo Green Wood, Permat Jadi, Kalabakan Borneo Resources yang ada, Golden Borneo Pump Sdn. Bhd. hanya hasil 29 juta. Permat Jadi, 1.9 juta, Kalabakan Borneo Wood, 2 juta lebih, 2.3, hampir 35 juta ja and this is one FMU yang dilakukan oleh usahawan, ya.
Saya sudah sebut nama dia tadi, jadi ini yang saya berharap sungguh perkara ini jangan kita tidak ambil tindakan dan mengeluarkan supaya kayu balak yang ada low/no down stream, ketandusan dari segi kayu yang ada, depleting in numbers dan saya berharap perkara ini akan dapat diatasi pihak Kerajaan Negeri dan saya cadangkan supaya tindakan tegas diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya bukan hanya down stream yang dapat dilakukan.
Dan saya bertanya tadi dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, cuma mungkin dia bagitahu, jawab, soal tentang bila saya bangkitkan, saya nyatakan dividen kepada SIP daripada joint venture LNG 9 di Sipitang, Binsulok ialah saya difahamkan hampir 100, 200 juta. 100 sehingga 200 juta dividend yang mereka dapat daripada Petronas. Tapi, tadi Yang Berhormat katakan dividen kepada Kerajaan Negeri cuma dibagi 50 juta, where are the balance of the money?
Takkan SMJ nak use that money for what purpose? SMJ Energy, do they have the expertise to go down stream? Kenapa duit ini kalau dividen kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri boleh mengurus kewangan itu untuk mendasarkan keperluan kita. Saya melihat, saya, we don’t want to be like beggars, Datuk Speaker. Seakan-akan kita tunggu Kuala Lumpur bagi duit 600 juta, alhamdulillah, ya.
Kadang-kadang itu, satu lagi perkara yang saya lihat bahawa kita tidak ada koordinasi dengan pihak Kerajaan-kerajaan Persekutuan, Central Government. Contohnya dari segi pendidikan, bila saya bertanya kepada Anthony Loke, Menteri Kerja Raya, apa bantuan yang diberikan untuk pelajar-pelajar lebih daripada 52 ribu pelajar, subsidise as sponsored by Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pengangkutan, iaitu penerbangan.
Datuk Speaker.
Penerbangan.
Saya cuma ingin membuat pembetulan. Mungkin ADUN Senallang tersilap, Anthony Loke adalah Menteri Pengangkutan.
Ya, ya, ya, tahu. Menteri Pengangkutan.
Bukan, Menteri Kerja Raya. Terima kasih.
Saya sebut tadi dia pun, ya. Cuma saya bagitahu, bila saya tanya ke Dewan Undangan Negeri, Parlimen, dia nyatakan kita belanja Yang Berhormat Semporna, 48 juta to subsidise
52 ribu anak-anak. Saya ingat dari Sabah hampir dua ribu pelajar subsidise. Tapi, kita juga subsidise dalam belanja ini untuk pelajar-pelajar yang ada ya, yang dinyatakan berapa bantuan one-off ya, tiga ribu pelajar baru which is good.
Saya sokong bantuan. Tapi, bukan dari segi pengangkutan. Kita tidak mahu ketirisan, you also give for the ticket. Federal Government also give, kita tak mahu nanti perkara-perkara seumpama ini kita duplicate as such the expenditures done by them. We take from them, Belanjawan Kuala Lumpur the Central Government 400 billion, we only given how many billion? Six billion plus, on top of that mungkin 13 billion including all the expenses on all the department yang ada, but how many percent of 400 billion? Kenapa kita tidak boleh monetize that? Berunding dengan baik spend the money di kawasan kita, sama ada jabatan airnya, sama ada dari segi pengangkutannya yang ada, ini menjadi persoalan kepada yang harus kita lihat dapat dijelaskan kepada umum.
Seperkara lagi, bila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri nyatakan telah menoktahkan kemiskinan di Sabah, it was quite surprised. Pasal bila saya mahu baca detail part, bila i look at all the detail, where are the expenditures that you can allocate…property. Jangan cerita miskin tegar, miskin tegar lagi ramai dia punya jumlah dia di Sabah ini. Bila saya tengok pemberian kepada masyarakat yang miskin, RM300.00 sebulan.
Disamping itu, kita akan membina perumahan ya, are you resolving the problem of miskin-miskin tegar by just providing housing? Or providing RM300.00 yang ada? Saya melihat di peringkat Persekutuan Menteri Ekonomi yang ada ya, di semenanjung.
Mula gulung ya, Yang Berhormat.
Dia menggunakan satu projek. Di Tawau, kita minta peruntukan, saya bagitahu dia give that project, it’s only cost 5 million of that project, tanam apa? Tanam veggie yang ada ya, di Tawau. Lepas itu lebih daripada 80 orang yang tidak ada pendidikan, orang yang tidak ada kerja, berkecimpung di situ dan dianggarkan pendapatan
mereka dalam sebulan, empat ribu. Why can’t we do that? Kenapa tidak ada satu komprehensif skim? Jangan hanya bagi 300, you make our society very dependent.
Bukan kita tidak boleh bagi, bagi. Saya bagitahu pasal banyak yang susah, saya pun bagi juga kadang-kadang minta bantuan. Cuma, saya berharap sungguh Datuk Speaker, perkara-perkara yang saya telah bangkitkan tadi ya, hasil kayu balak, masalah.
Minta laluan sedikit, Yang Berhormat Senallang.
Akan dapat diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga.
Tuan Speaker, minta laluan Senallang.
Saya nyatakan kayu balak yang ada, FMU yang diberikan oleh pihak Albert Lim kepada Kerajaan Negeri, hasil hanya 35 bilion dan ini dan taraf penjelasan apa yang dilakukan, recovery on the non performing loan yang ada dan saya katakan bahawa.
Senallang, ini penjelasan.
40%, 45% data ini, export raw material ke semenanjung, 11% to China, 5.9% to Thailand, Republic Korean 4.2%, India 3.9%. Why can’t we monetize all the resources yang kita keluarkan, you know Menteri Perindustrian.
Senallang.
Why don’t we go down stream, it’s not good enough, you get all the silica but solar panel, you know solar panel is very important because this is another green technology yang ada mungkin boleh menampung masalah bekalan eletrik yang ada, but ini kita tak insist.
Minta penjelasan.
Oh, we are proud. We are proud dengan Kibing yang ada. Kononnya berapa.
Speaker, down stream. Down stream.
Ya, it must be down stream. Jadi, saya berharap sungguh supaya perkara ini dapat diselesaikan.
Minta penjelasan, down stream.
Dan saya minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri-menteri yang saya telah persoalkan tentang banyak perkara, dari segi pendidikan pun sebenarnya saya berharap sungguh supaya perkara sektor pendidikan menjadi keutamaan dan saya nampak dalam belanjawan ini tidak ada. Dari segi cuma peringkat Negeri Sabah, itu yang saya katakan takkan tak ada rancangan untuk pihak kerajaan, saya ada suarakan dengan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi, Dr. Zambry, saya bagitahu must set up.
…not private university, public university in Keningau one, in Tawau one supaya anak-anak kita tak berhijrah, dan kalau berhijrah tiket mahu belanja, kalau berhijrah bayaran dia punya tampungan dia, sewa dia punya rumah lagi di Semenanjung. But we are not saying that integrasi nasional tak boleh kita galakkan. But not their expenses for more cost to be incurred by the State Government, by the family yang ada.
Jadi saya ingat setakat itu sahaja yang saya nak bahaskan, banyak lagi yang tertinggal cuma saya berharap apa yang saya telah bangkitkan akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan berhubung kait dengan apa yang saya nyatakan, kejadian-kejadian emas hilang, air, duit jabatan RM100 juta, kayu balak pun entah
mana hasil dia, SIP hutang tak dapat recovered SDB bank, dan baru-baru ini mineral yang ada is very embarrassing for us. Dan saya berharap perkara ini dapat dijelaskan oleh pihak yang berwajib untuk memastikan supaya jangan ada kekeliruan, jangan ada tafsiran bahawa anggapan-anggapan yang tidak baik dan apa yang berlaku membimbangkan kita untuk masa depan negeri Sabah dan rakyat Sabah. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian mewakili backbenchers untuk memberi ucapan. 30 minit ya.
Ya, terima kasih Tuan Speaker memulakan perbahasan, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Sabah di atas pembentangan surplus Bajet Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 15 November yang lepas. Keupayaan membentangkan belanjawan lebihan dengan peningkatan jumlah besar daripada RM5.701 bilion pada tahun 2024 kepada RM6.421 bilion untuk tahun 2025 menunjukkan keupayaan cemerlang Kerajaan Sabah pimpinan Yang Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri. Tahniah.
Tuan Speaker, pewartaan Hari Sabah dan seterusnya penganjuran sambutan Hari Sabah pada 31 Ogos bermula tahun ini merupakan antara satu kejayaan Kerajaan Sabah yang perlu direkodkan di Dewan ini. Sambutan Hari Sabah pasti akan memupuk semangat nasionalisme. Bagi menjayakan aspirasi Sabah First dalam kerangka Persekutuan Malaysia seperti mana dimeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963, Ketua Menteri telah menyatakan kita harus bersatu bagi perkara-perkara yang kita bersetuju dan harus terus bermesyuarah bagi perkara-perkara yang masih selisih.
Peringatan ini merupakan kebijakan yang harus dirukuni oleh semua anggota Dewan ini dalam mengurus tadbir dan membangunkan Sabah. Kita boleh berbeza parti dan pendekatan terhadap sesuatu aspirasi, isu dan hak Sabah tetapi matlamat kita tetap sama. Dalam Dewan ini kita semua mempertahankan kedaulatan hak rakyat dan masa depan Sabah. Selaku Ahli Dewan ini yang juga terlibat dalam platform Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, saya ingin mengesahkan bahawa
kepimpinan Yang Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri Sabah dalam mengangkat hak-hak Sabah dalam perundingan pelaksanaan Perjanjian Malaysia telah mencapai keputusan yang jauh lebih baik berbanding keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.
Keputusan-keputusan inilah antara lainnya telah menyumbangkan peningkatan hasil kepada Kerajaan Sabah dan seterusnya membawa kita kepada belanjawan tahunan yang lebih besar, antaranya pemberian interim di bawah Perkara 112(d) daripada RM306 juta tahun ini kepada RM600 juta ringgit pada tahun hadapan.
Tuan Speaker, bagi rakan pimpinan Sabah yang menjadi anggota kabinet Kerajaan Persekutuan, kita boleh menjayakan Dasar Pandang ke Timur dalam negara dari perspektif kementerian masing-masing dengan memberi fokus tambahan kepada keperluan di Malaysia timur. Mengambil contoh fokus tambahan kepada Sabah yang dijayakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), tujuh agensi pembiaya di bawah KUSKOP sahaja telah menyalurkan sebanyak RM953.9 juta pembiayaan dan geran kepada 53,044 perusahaan mikro kecil dan sederhana serta koperasi dan usahawan francais di Sabah pada tahun 2023 sahaja.
Saya mensasarkan jumlah pembiayaan ini dapat mencecah RM1 bilion pada tahun ini, dan untuk ini kita akan terus memperkasakan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah yang saya pengerusikan bersama dengan Yang Berhormat Luyang, selaku Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.
Tuan Speaker, dalam azam kita mahu bersaing di liga ekonomi kita harus terus membangunkan potensi Sabah yang tidak dimiliki oleh wilayah atau negeri yang lain. Kita harus terus membangunkan Sabah sebagai the eastern gateway of Malaysia. Lonjakan kehadiran pengunjung dan pelancong ke Sabah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan pagi tadi dan serta rangkaian penerbangan terus antarabangsa ke Sabah seharusnya menjadi potensi besar kepada aktiviti ekonomi kita di sini.
Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah membuka ruang kepada pelaburan untuk pembangunan Taman Tema Keluarga dan Wellness Tourism.
Keindahan semula jadi Sabah yang memiliki Gunung Kinabalu dan banyak gunung lain, sungai dan hutan asli, pulau dan pantai perlu digubah untuk menarik wellness tourist daripada seluruh dunia. Ini jika dapat dipakejkan dengan produk-produk bertemakan keluarga sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong yang lebih ramai, sudah tentu pelaburan untuk pembangunan sektor ini melibatkan dana yang besar.
Justeru saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah memperkenalkan insentif pelaburan kepada syarikat-syarikat bertaraf multinational, termasuklah kepada syarikat-syarikat tempatan yang ingin membangunkan Taman Tema Keluarga ataupun Pusat Wellness Tourism di Sabah termasuklah pelancongan luar bandar.
Tuan Speaker, saya juga mahu merekodkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sabah pimpinan Yang Berhormat Sulaman yang mensyaratkan pemilikan ekuiti pelaburan Kerajaan Sabah kepada pelaburan-pelaburan asing di Sabah termasuk, tidak lagi memberikan pemilikan tanah tetapi hanya pajakan kepada para pelabur. Saya berharap Kerajaan Negeri melalui syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang telah ditubuhkan terus memiliki ekuiti dalam semua pelaburan tersebut, sekurang-kurangnya 30%. Ini sudah tentu dapat mewujudkan sense of ownership dengan matlamat menjana hasil yang lebih besar sesuai dengan hala tuju Kerajaan Negeri.
Kerajaan Sabah juga perlu memberi tumpuan besar kepada proses pengambilan Sabah Electricity, susulan penyerahan kuasa kawal selia tenaga dan gas kepada Kerajaan Sabah. Dengan keupayaan penjanaan hasil yang lebih besar, saya percaya Kerajaan Sabah boleh merancang bagaimana untuk mengambil alih sepenuhnya saham yang dimiliki oleh Tenaga Nasional di Sabah Electricity dan seterusnya memperkasakan Sabah Electricity dengan loji-loji kuasa tenaga yang dimiliki sendiri, bukan hanya menjadi pembeli kepada tenaga yang dikeluarkan oleh Independent Power Plant ataupun IPP.
Tuan Speaker, saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM124.7 juta dalam belanjawan ini untuk sektor perindustrian dan keusahawanan. Saya amat yakin melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah, peruntukan ini dapat dioptimumkan dan diperkasakan dengan Belanjawan Madani
2025 yang menyediakan RM40 bilion untuk pelbagai skim bantuan dan jaminan pembiayaan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS), terkait dengan pembangunan produk halal daripada Sabah, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah dapat menyediakan satu makmal di Sabah bagi membuat ujian ke atas produk-produk keluaran usahawan Sabah yang memohon untuk persijilan halal.
Saya difahamkan pada ketika ini produk-produk mereka perlu dihantar ke makmal di Semenanjung untuk proses ujian dan sudah tentu, ianya akan menyumbang kepada lanjutan masa memproses persijilan halal yang lama. Sekiranya makmal ini dapat dibina di Sabah, bukan sahaja masa menguji atau memproses persijilan halal itu akan lebih mudah malah usahawan-usahawan ini kelak akan mendapat persijilan halal ini akan mempunyai akses kepada banyak skim bantuan yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian di Persekutuan termasuk yang dilaksanakan oleh KUSKOP.
Saya juga mengalu-alukan bantuan one-off sebanyak RM5,000 yang diperkenalkan buat pertama kali oleh Kerajaan Sabah kepada peniaga-peniaga kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah, saya anticipate pemberian ini akan melonjakkan pemilikan lesen perniagaan di kalangan usahawan mikro yang berjual bukan hanya di tepi jalan tetapi juga di tamu-tamu komuniti. Saya mencadangkan kepada Kerajaan…
… Kerajaan agar mensyaratkan sebahagian daripada pemberian ini digunakan untuk mencarum di PERKESO bagi memastikan usahawan-usahawan mikro ini mendapat perlindungan sosial yang lebih baik.
Saya juga ingin memaklumkan Dewan ini bahawa Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah sedang aktif melaksanakan program Pendataan dan Pembangunan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil ataupun DATAPPK atas inisiatif mereka sendiri termasuk menyediakan sebuah aplikasi untuk tujuan
pendataan dan membantu penjaja-penjaja ini memiliki lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Saya mencadangkan Kementerian penyelaras bantuan one-off ini dapat menjemput Gabungan Persatuan ini untuk memberi taklimat inisiatif mereka sepertimana yang telah mereka bentangkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah dan juga Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan.
Tuan Speaker, saya juga …
Yang Berhormat, boleh bagi laluan?
Saya nak teruskan dulu, ya. Tuan Speaker, saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah di atas peningkatan bantuan sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam daripada RM56.75 juta pada tahun ini kepada RM69.99 juta pada tahun hadapan. Ini jelas menunjukkan komitmen besar Kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Sulaman dalam memberi fokus kepada keperluan masyarakat bukan Islam di Sabah. Saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah mempertimbangkan penyertaan pemimpin-pemimpin agama Kristian misalnya untuk menunaikan pilgrimage ke tanah-tanah suci di bawah golongan di bawah dokongan dana yang disediakan ini terutama kepada paderi-paderi, pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin gereja lain yang belum berkesempatan menunaikan pilgrimage tersebut.
Untuk ini juga, saya mencadangkan penubuhan sebuah Unit Hal Ehwal Khas Bukan Islam dapat ditubuhkan di Jabatan Ketua Menteri atau di Kementerian Kewangan untuk menyelaras semua bantuan ini temasuk inisiatif bantuan penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Unit ini juga boleh berfungsi sebagai badan penyelaras kepada sumbangan korporat bercukai atau yang dikecualikan cukai kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah termasuklah kunjungan pemimpin-pemimpin agama bukan Islam yang mahu ataupun dirancang untuk didatangkan ke Sabah.
Tuan Speaker, saya juga mengalu-alukan peruntukan RM80.19 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Untuk ini, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai hala tuju Kerajaan Sabah berkenaan dengan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN). Saya berpendapat ILMAN tidak hanya sekadar menyediakan kursus-kursus latihan kepada Ketua-ketua Masyarakat Anak Negeri tetapi sebenarnya boleh menjadi institusi yang menawarkan program pengajian sekurang-kurangnya ke peringkat Diploma Pengajian Undang-undang Anak Negeri. Saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagaimana menjadikan ILMAN ini sebagai salah satu sekolah atau fakulti pengajian UMS dalam bidang Perundangan Anak Negeri Sabah.
Untuk jangka masa panjang, kita perlu menyediakan hakim-hakim bertauliah tinggi di Mahkamah Anak Negeri di kalangan graduan-graduan di ILMAN. Dengan ini, kita boleh mengangkat taraf Mahkamah Anak Negeri sama tingginya dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah termasuk menubuhkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri Sabah.
Saya juga ingin merekodkan di dalam Dewan ini, harapan dan permintaan saya agar sebuah bangunan Mahkamah Anak Negeri di Kota Belud yang tersendiri dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-13 kelak di mana lawatan tapak telah pun dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) beberapa minggu yang lepas.
Tuan Speaker, penyediaan peruntukan RM497.54 juta bagi pembangunan modal insan dan teknologi maklumat jelas membuktikan komitmen Kerajaan Sabah pimpinan Yang Berhormat Sulaman ke atas agenda pendidikan rakyat kita. Peningkatan besar peruntukan program biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar negeri kepada RM127 juta sesungguhnya dapat akan dapat membantu lebih banyak pelajar yang memerlukan.
Sebagai alumni penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), saya berharap agar pemberian biasiswa ini bukan hanya berasaskan kepada meritokrasi tetapi juga menggunakan pendekatan handicap khusus kepada para pelajar di luar bandar yang tidak mungkin mempunyai akses kemudahan pendidikan yang dinikmati oleh para pelajar di bandar. Pendekatan handicap ini perlu diberikan kepada anak-anak pelajar
keluarga B40, lebih-lebih lagi di kalangan keluarga tersenarai dalam daftar e-Kasih atau penerima bantuan kebajikan lain agar anak-anak mereka dapat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.
Saya percaya kita semua bersetuju bahawa pendidikan merupakan platform untuk mengubah masa depan keluarga maka menjadi tanggungjawab kita dalam Kerajaan untuk membela yang cemerlang dan mengangkat mereka yang perlu dicemerlangkan. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Sabah memanjangkan pemberian biasiswa ini kepada anak-anak Sabah yang mahu melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM), iaitu sebuah universiti swasta milik Institut Koperasi Malaysia (IKMA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tuan Speaker, saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah di atas sokongan kuat dalam menjadikan keperluan-keperluan rakyat Kadamaian sebagai keutamaan dalam projek pembangunan Kerajaan terutama melibatkan projek infrastruktur, iaitu jalan, jambatan dan bangunan awam serta bekalan utiliti seperti air, elektrik dan telekomunikasi.
Sememangnya beberapa projek utama di Kadamaian sedang berjalan sekarang, iaitu naik taraf Jalan Sayap, naik taraf Jalan Tongkurus, naik taraf Jalan Podos dan pembinaan Jambatan Kaung serta bekalan air dan elektrik luar bandar. Pun begitu keperluan rakyat Kadamaian masih banyak. Saya sekali lagi mahu merekodkan di Dewan ini agar Kerajaan Sabah dapat memasukkan dalam senarai keutamaan projek naik taraf Jalan Gaur Bukit Mangkulat, projek naik taraf Jalan Kebidahan, projek naik taraf Jalan Kinasaraban - Kelawat, projek naik taraf Jalan Melangkap - Gansurai dan projek naik taraf Jalan Kiau Lobong-Lobong yang menjadi laluan utama rakyat Kadamaian.
Saya juga mencadangkan agar laluan ketiga mendaki ke Gunung Kinabalu dapat dibina di Kampung Sayap dan kemudahan infra pelancongan kaki Gunung Kinabalu di Kampung Kiau, Kampung Gansurai dan Kampung Melangkap serta kampung-kampung kaki Gunung Kinabalu yang lain dapat disediakan serta kemudahan laluan serta infra yang bersesuaian untuk pelancongan di Gunung Nungkok, di Kampung
Lobong-Lobong, Kampung Kaung dan Kampung Tombotuon juga dapat disediakan. Saya mengalu-alukan penganjuran semula Mount Kinabalu International Climbathon dan untuk ini saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah juga membangunkan sukan berasaskan Gunung Kinabalu yang lain seperti Kinabalu Ultra Marathon yang boleh melalui laluan larian mencakupi beberapa daerah bersempadan Gunung Kinabalu.
Kerajaan boleh menaik taraf Kadamaian Ultra Marathon yang diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lepas untuk dibangunkan bagi tujuan ini. Laluan yang sama bukan hanya boleh digunakan oleh pelari lasak maraton tetapi juga penggemar sukan basikal bergunung ataupun mountain bikers. Bagi pihak rakyat Kadamaian, saya juga berterima kasih di atas pelaksanaan penyukatan tanah di bawah Program Penyukatan Tanah Anak Negeri (PANTAS) yang telah dilaksanakan di Kampung Kiau dan Kampung Tombotuon.
Saya berharap program PANTAS ini dapat diteruskan di Kadamaian sekurang-kurangnya satu kampung setiap tahun terutama di kampung-kampung yang berkecerunan tinggi seperti Kampung Sayap, Kampung Terintidon, Kampung Melangkap, Kampung Lobong-Lobong, Kampung Kaung, Kampung Gansurai, Kampung Podos, Kampung Pinolobuk, Kampung Lasou dan Kampung Lahanas serta kampung-kampung yang lain.
Pada masa ini, Insititut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kadamaian sedang melaksanakan Kajian Penilaian Pelan Pembangunan Kadamaian 2020-2035 dan apabila kajian penilaian ini siap kelak, saya akan memanjangkan laporannya kepada Kerajaan Sabah untuk dijadikan sebagai dokumen input rakyat Kadamaian bagi Rancangan Malaysia Ke-13, 2026-2030 kelak termasuk Rancangan Pembangunan Sabah sepanjang tempoh tersebut.
Tuan Speaker saya menghargai inisiatif Yang Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri dalam mengadakan perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah. Bagi memastikan mereka dapat mengangkat keperluan pembangunan serta hak Perlembagaan Sabah di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Saya amat yakin perbincangan-perbincangan di antara Ketua Menteri Sabah dan pimpinan Kerajaan Sabah dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah akan dapat diteruskan bagi memastikan kita senada seirama, sejiwa sehati dalam mengangkat apa yang dihakkan kepada kita di Sabah.
Untuk itu, susulan pembentangan Belanjawan Luar Dugaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat yang lepas, saya mencadangkan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah untuk mempertimbangkan Peruntukan Khas Negeri kepada Ahli-ahli Parlimen Sabah untuk melaksanakan Projek Mesra Rakyat di kawasan yang diwakili masing-masing. Ini belum pernah dilaksanakan tetapi sesuatu yang positif, kerana Ahli-ahli Parlimen Sabah inilah yang akan melengkapkan mandat Kerajaan Sabah dalam mengangkat keperluan pembangunan serta hak Perlembagaan Sabah di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Tuan Speaker, menyudahi perbahasan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Sabah Pimpinan Yang Berhormat Sulaman di atas pembentangan Belanjawan 2025. Mudah-mudahan apa yang dihasratkan di dalam belanjawan ini dapat dijayakan sepenuhnya bagi memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Sesama warga Sabah mari mengelakkan daripada saling berantakan ataupun memfitnah sesama sendiri sebaliknya terus progresif bersatu bersama pimpinan Kerajaan Sabah yang ada pada hari ini.
Kita semua di sini memperjuangkan matlamat yang sama justeru mari bersatu untuk rakyat Sabah dan masa depan Sabah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas yang bakal tiba kepada semua Ahli Dewan dan rakyat Sabah. Juga semoga tahun depan dapat memperteguhkan semua kita dalam memastikan masa depan Sabah yang lebih cemerlang.
Akhir sekali, saya ingin menjemput semua yang ada di sini yang mendengar perbahasan ini untuk hadir ke sambutan Rumah Terbuka Krismas Kadamaian yang akan diadakan pada 30 Disember 2024 ini di Dewan Kadamaian Square Taginambur. Saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Sabah 2025 ini. Ponsikau Kotohuadan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kadamaian. Sekarang saya menjemput YB Moyog. 12 minit arr ...
Terima kasih Kotohuadan. Datuk Speaker, i will be speaking in English within my rights statutes MD (kurang jelas).
Yes ... yes ... yes ... .
I would like to inform Datuk Speaker that our colleagues will be touching most of the issues on the budget. So, i will go and focus on what i see with this budget currently.
That’s the way it should go anyway.
Sorry.
That’s the way it should be.
Thank you. Now, the budget it’s good six point something billion. But it is far from reality. When we go down to the ground, you ask yourself “how was the budget last year or for this year 2024?” and “whether or not it has actually resonated and has brought prosperity to our people?”. In my kawasan alone, i as an opposition assemblyman and having had been only serve the Government throughout 12 years of my elected office and only two years as a Government. I have never had any Government allocation.
So, each budget, they are allocate budget to constituency and the answer by Yang Amat Berhormat Sulaman, he said that he has what do you called that? Channeled our funds to the respective parties that represent the Government in our opposition held State seat. Now, the JPKK (Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung) they are appointed by the State Government. I don’t know whether or not they had the budget, but there is central body that manages them called the Unit Pembangunan Pusat Masyarakat or something like that UPPM. Now, there will always be many complaints in my constituency whereby the Wakil Rakyat cannot help them. Obviously, we can’t other than using our personal money. But the
Government has allocated millions to my constituency through that body and yet they cannot even resolve the kampung demands.
So, what I’m trying to say is every budget may sound good, but when it comes down to reality even basic needs are not even resolve by the Government appointed persons in each kampung and each district most so in the constituency of Moyog.
Datuk Speaker, we also seen how roads are not been kept in my constituency. Right after a flash flood all the roads become damage. Most so in kampungs that are not look at. People keep on writing to me asking, when we write to the authorities, we called the authorities. And you know what the usual answer in Bahasa Malaysia? They’ll just said “Kami tiada YB di kawasan itu”. What was the allocation mentioned by Sulaman to me in many of my requests. It does not go down to the ground. So, the budget may be beautiful, but it is not in line with the reality.
Now, we come to the subject of what are we going to do with education in Sabah. I am envious of Sarawak. They had recently completed their International School where they will be taking more than 400 students out of 500 from the B40 category in Sarawak to be taught in English. Why? The Sarawakians have already saw the light. If we do not train our people from young until they reach secondary school to learn English, we will not be able to compete with nations neighbouring us.
Indonesia is focusing on English. China what more is also focusing on English. So, in order for us to clean slate in order to make Sabah the way it should be, we should focus on more funding for schools that will specifically teaches in English and also assist the Government school by adding funds to create english medium subjects in our secondary schools and primary school.
Sarawak is doing it and i’m very certain our State Government can easily go to Sarawak and ask them for some guidance.
Datuk Speaker, we have read yesterday the Economic Minister said there is a fast depletion of the hydrocarbon and gas in West Malaysia. They are now looking at Sabah and Sarawak to mitigate these losses, while they will try to use this hydrocarbon resources in Sabah to also cover the demands of Sabah and Sarawak.
Now, this is not right Datuk Speaker. Sabah should manage its own oil hydrocarbon. Ya, we made that mistake already Petroleum Development Act 1974 and what have view (kurang jelas). We should look into our current laws and i’m sure i saw the State Attorney General earlier, they should look into laws that will give us the rights over our control of our continental shelf and hydrocarbon just as the Sarawak Oil Mining Ordinance is giving Sarawak the power and strength to deal with Petronas as well as the Federal Government.
I’m very certain our Learned friends in State Attorney General Chamber would be more learned on this.
Datuk Speaker, we should never repeat the mistakes of the PDA 1974 where we are no longer in control of our hydrocarbon. Now, why i say this is the recent regulation and i salute the gentleman. Some people will hate him, some people will like him. But i look at him this way. He is not the whistle blower. Mr Jontih Enggihon this person is not a whistle blower. He is telling everyone that there was something wrong the way they manage our mineral in Sabah. Well, let the authorities to investigate him. But the fact that we had someone like him who came out in the open and said “i would like to tell the world that this had happened and this is what happening in Sabah”. I resonate with him in the sense that there are lot of civil servants when to see me.
Have you met him?
I don’t even know him.
Okey.
I’m only basing on news. I would like to know him. If you do know him, please introduce him to me.
I don’t know him either.
You don’t know and i think we should know people like this because why i’m resonate with this is.
Under the PT issues that has been in social media or newspapers hidden (kurang jelas) the raise, is it?
I am raising what is fact on his own words that is.
No it’s not a fact, it has been stated but it’s not a fact yet.
Well as ...
…as much I concern
That’s just allergen. He who alleged us be must prove us.
I am saying at the way that he put out the issues.
So, I think he is…
Datuk Speaker, lets get to this find.
He’s not the focus of issues on budget.
Oh well, the way we managed our state is the focused. So it also reasoned the budget because he said the mineral are being managed this way anything he was wrong. So, I am saying we have a beautiful budget.
That’s his view. That’s his stand. The government has prove it yet.
Well the governments…
..that not necessary action. So, just continue with the budget speech.
Exactly, thank you very much. Now, John T. Angie Horn has revealed how mismanaged our minerals are and the danger of this is resonating at the way petroleum development at 1974 happened. Every Sabahan is saying “rugi kita menyesal telah menandatangani ataupun we had endorse and ratified PDA 1974. It this now under the hands and body that this thing cannot part of Sabah which is PETRONAS. Now, here we are giving out to company that’s no knowledge we don’t know who they are we are giving the prospecting license.
What I suggest to government is this, if they want to make thing clear and there’s really nothing to hide, reveal all the company they has gotten this. There’s no awarded this prospecting license. So, that we will know who they are. This is the assets Sabah. This future of Sabah and we are letting people managed our assets which so many dubious happening behind the seen. Thank you Datuk Speaker, terima kasih. Welcome Deputy Speaker. Now, this “Kautim Culture” this is dangerous and this has always ah loom of the people of Sabah. The Kautim culture or the culture “you help me oh sorry I help you, you help me” we have to stop this culture by being transparent. There’s a quote that really you know meet it very clear. Its say “the worst disease in the world today is corruption and it is only one cure and that’s transparency”. Transparency is suggest to the government is to put out all this few all this prospecting license holder. Who are this companies. Are they Sabahan, are they able to manage our minerals and what is the terms between them and the Sabah minerals management GLC of Sabah and the government.
We should be able to have access so that’s we will no longer fallen to the trapping similar to PDA 1974, we are no longer in control of our own hydrocarbon. Here the state government more so being the caretaker and stakeholder of the people of Sabah on the future of Sabah, on the assets of Sabah, the rare art elements of Sabah should put out in the open in this state assembly, siapakah who are this companies and also what are the terms that was given to this prospecting license. As for corruption we all know it is exist and I hope that the government as well as what the Prime Minister PMX said he is against corruption so really make this happened and true this state assembly the Federal Government through MACC
agency should immediately act on what they see and what they’re fight, whether they believe or don’t, there is something rotten and the state of than mark. There is something rotten in the state of Sabah.
Datuk Speaker, like I said the budget yeah finance good its sound election budget but its far from the reality on real…
Senallang.
Minta izin, persoalan yang dibangkitkan KDI license oleh rakan Yang Berhormat Moyog. Saya juga ingin bertanya adakah sependapat Yang Berhormat Moyog adakah pentingnya transparency yang perlu dilakukan. Saya persoalkan di Parlimen contohnya dari segi apa yang berlaku di South China Sea sekarang kita berhadapan dengan masalah Filipina pun menuntut, sekarang ini bertembung dengan kuasa China dan juga Filipina hari ini sebagai negara jiran kita mempertahankannya. Kalau kita tidak mengurus dengan baik dan ini akan menjejaskan dan saya bertanya dengan Menteri Luar ya yang dijawab oleh Menteri Luar. Dia katakan Kerajaan Negeri Sarawak bahkan juga Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kelak dilibatkan sama termasuk Kerajaan Negeri Sabah dan to be transparent saya ingat dalam Perlembagaan yang ada the constitution spell out Artikel 2(1) apa juga change of boundry PDA including any change of boundry it must be pass by Dewan Undangan Negeri, TYT doesn’t have right, Chief Minister, Cabinet doesn’t have right because that it’s constitution right. They’re must be transparency the persoalan transparency is good.
Saya setuju YB Senallang. Saya ingin memasukkan pertanyaan beliau dalam ucapan saya. Datuk Speaker, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan reformasi ataupun transformation kepada state assembly. Are we going to have and over side committee dimana semua masalah-masalah yang kita baca termasuk masalah dibangkit dalam sosial media...
You ada tiga minit lagi.
Yes. Akan ada akan dibawa kepada overside committee. Now, Datuk Speaker just imagine just like the house congress
senate di Amerika walaupun kita western model bila adanya masalah seperti mineral ini dia dibentang dan dibawa ke overside community di state assembly. So, that we will know what is happened with our minerals. We have to know. If we do not know how can we manage Sabah. It will be the hands private companies. Private companies who are driven only for profit but not to the people of Sabah. Can we imagine if we manage this well all the money that we can collected by the GLC such as Sabah Mining Management can go back to the government to pay to help our Sabahan in schools also or in scholarship and lively hood and up bringing of the GDP in Sabah. So, what I am trying to say is lets we form assembly by creating the overside committee dalam State Assembly of Sabah and okay please.
Terima kasih thank you Datuk Speaker.
Thank you Moyog. That’s very quickly. It just in English. Just now saya tertarik dengan ucapan daripada YB Moyog tadi bahawa the corruption is the cost the only solution is the transparent but also they how to rectify it I suggest accountability because there a many issues they bring expose where the government today would agree me that government today make a lot of them do not respond to it do not take action against those wrong doing. I give you fix example Datuk Speaker, YB Moyog in Penampang itself we have development that’s there is clearly not completed but obtain just asking…
Jangan hujah lagi Yang Berhormat. You’re asking for clarification.
Whether you agree or not..
You have chance later on to speech.
Yeah but I just one add on to talk..
Add on add on nanti habis dia punya masa you have two more minute YB Moyog.
Development in Penampang was clearly not competed but obtain. Nobody help accountable. Nobody. Abundance project there are ahh what is call ahh bank guarantee of 17 million abundance project 17 million being taken away without responsibility and accountability whether agree with me. Thank you.
I agree and I think this is Datuk Speaker an issues that has been so many times by people. Not in the press but direct to ahh so I hope they are the Minister concern will explained to the assembly what has happened we that practical project and the bank guarantee. Now, Datuk Speaker too more issues one is about our infrastructure failed I think I do not explain. No electricity no water whatever just make it sense. Nice budget, looking good but still failed with all these event with a budget that they are claim be good last year. Now, unemployment there is bad mismatch with our steel and mismatch skill that ahh required in the industry today. We have to resolve this. I still believing this is one solution beside skill such as artificial intelligence, machine learning and bla bla bla. Now, Datuk Speaker, before I end this is one being concern that I had. This a few several servant who meet me. They told me about issues and problems at the case especially on appointment into the top ranking of civil service. But at the same time, some of them who though about abuse of power. Now, when I ask them come out be like jointly a battle lot of them afraid a percussion. So, I want to put on record YB Moyog think jointly is an example that we should because he has put out and under make problem in the state. That you and me the all assemblyman must save Sabah. Terima kasih, kotoadan and kotobian tadau tagazo christmas.
Terima kasih Yang berhormat Moyog. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kukusan.
… 12 minit, ya.
Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Salam Kukusan Harmoni.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Kewangan di bawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi bin Manjun kerana telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang konsisten dengan hala tuju mensejahterahkan hidup rakyat. Julung kalinya juga, satu cadangan anggaran perbelanjaan perbekalan tertinggi dalam sejarah Sabah.
Belanjawan kali ini juga menunjukkan sokongan inklusif kepada semua lapisan masyarakat tidak kira golongan wanita, wanita muda, kanak-kanak, pelajar, graduan. Malahan golongan peniaga dan usahawan kecil, juga mendapat tempat yang signifikan. Berlandaskan matlamat dan strategik menekankan dasar perbelanjaan berhemah dan mengelak pembaziran pembangunan lestari berasaskan kebersamaan. Saya akan mengambil panduan dari tunggak-tunggak utama ini untuk dibahaskan.
Seperti rakyat di luar sana, saya juga mempunyai ekspektasi tinggi dalam belanjawan kali ini. Sebelum dibentang di Dewan jumaat lepas, saya telah menjadi sebahagian dari ahli mesyuarat yang membuat re-check Perincian Belanjawan 2025. Dari awal lagi setelah melihat deraf ini, saya bersyukur atas kepekaan Kerajaan mendengar nadi keperluaan rakyat. Apatah lagi 2025 bakal menentukan sama ada prestasi Kerajaan di bawah GRS dan PH ini diterima atau tidak.
Datuk Speaker, kita telah melihat peralihan politik di Sabah, yang mana kuasa rakyat mampu mengubah jika berkehendak. Istilah Parti Keramat sudah pun tamat. Kemunculan Warisan yang membawa semangat local meskipun tidak menang pada 2018 tapi menunjukkan bahawa rakyat sedang mendukung aspirasi tempatan. Pada masa itu, menyaksikan penghijrahan beberapa ADUN beralih sokongan kerana melihat di Semenajung turut berubah kepada PH. Maka mereka mendapat peluang menjadi Kerajaan Sabah pada masa itu.
Peluang telah diberikan namun hanya bertahan seketika setelah bubar pada masa yang begitu singkat. Saya telah diberikan peluang menjadi calon untuk Kukusan. Antara 13 DUN yang baru dipertandingkan pada 2020. Meski menang majoriti 10,
sebagai pendatang baharu dan bersaing sengit dengan otai politik di Tawau. Saya mengambil ini sebagai satu cabaran untuk memberikan khidmat terbaik apatah lagi sebagai wanita ini, kami selalu dipandang rendah.
Dua tahun di blok pembangkang, saya akhirnya memilih memberi sokongan kepada Kerajaan, melihat kepada situasi semasa. Tidak perlulah melihat tekanan dalaman, saya memohon maaf kerana mengecewakan team seperjuangan saya dahulu dan penyokong-penyokong di sebelah sana. Saya faham, disebabkan sakit hati mereka panggil saya pengkhianat, katak dan sebagainya tanpa refleksi daripada “Mana parti itu datang?”, “Bagaimana mereka boleh jadi Kerajaan?”. Pengorbanan semasa menjadi penaja juga sudah dilupakan semuanya.
Tidak apalah, ya, Datuk Speaker, dalam politik ini kalau telinga terlalu nipis, memang hari-hari kita up status. Jadi, kita teruskan sahajalah sebagai pemimpin …
Yang Berhormat Kukusan …
Kadang-kadang …
Yang Berhormat Kukusan …
Keputusan terbaik itu …
Yang Berhormat Kukusan boleh bagi ruang?
… minta maaf, masa saya hanya ada 12 minit sahaja … (suara bertindih)
Boleh bagi ruang?
Saya minta maaf, Merotai. Kadang-kadang keputusan terbaik itu bukanlah pilihan popular.
Kadang-kadang …
Situasi pasca-COVID pada masa itu … (suara bertindih)
Yang berhormat?
… juga menghimpit …
Yang Berhormat, duduk dulu dia … (suara bertindih)
Boleh bagi laluan? Ini sangkaan buruk ini …
Boleh bagi laluan? Ini sangkaan buruk ini, Datuk Speaker?…
Minta maaf …
Sangkaan buruk …
Januari 2023…
Datuk Speaker, sangkaan buruk …
Minta maaf, Datuk Speaker, saya hanya ada 12 minit sahaja …
Sangkaan buruk ...
Januari 2023, keritis krisis politik Sabah berkocak lagi. Apabila melihat percubaan memijak Kerajaan dengan Langkah Kinabalu …
Datuk Speaker, sangkaan buruk …
Standing order …
Di sini saya melihat sendiri ...
Standing order …
Wakil-wakil rakyat …
Standing order … Standing order …
Sudah tidak bercakap mengenai parti ...
Tetapi nasib anak negeri yang terheret dengan pemimpin-pemimpin berkepentingan peribadi. Di sebalik ujian ini …
Datuk Speaker, standing order …
Mempunyai hikmah tersendiri ...
Datuk Speaker, standing order … Datuk Speaker, standing order.
Yang Berhormat Kukusan.
Meski …
Yang Berhormat Kukusan. Standing order.
Meski berbeza parti ...
Standing order dulu. Apa standing order?
Sangkaan buruk. Sangat jahat. Datuk Speaker, bila Yang Berhormat Kukusan menyatakan bahawa sebagai penaja, beliau tidak
diberi macam-macamlah sedangkan kita telah pun meletakkan dia sebagai calon dan dia menang dan hari ini dia berdiri di sini …
Ya ...
Apa standing order?
Jelaskan apa yang sangka jahat itu?
Ya, teruskan.
Ok, tidak ada saya teruskan di sini ya ... (suara bertindih)
Datuk Speaker, kita minta supaya menarik balik apa yang dikatakan itu bahawa beliau adalah seorang yang tidak dinampak. Standing Order (436), Datuk speaker.
Tarik balik perkataan itu sahaja.
Apa yang saya perlu tarik balik saya tidak ada apa yang perlu ditarik balik. Pengorbanan yang ditarik apa? Penaja? Tidak ada apa yang perlu ditarik balik?
Dia mengatakan bahawa kita tidak menghargai dia, Datuk Speaker. Warisan, sedangkan Warisanlah yang meletakkan dia calon dan hari ini dia berdiri di sana … (suara bertindih)
Saya berdasarkan daripada apa yang saya katakan mengikut konsekuensi daripada ucapan saya. Daripada, setelah ya, bila mana pengorbanan yang saya telah berikan kepada, semasa saya menjadi penaja dilupakan semuanya, hanya kerana saya berpindah sokongan kepada Kerajaan.
Ya, pengorbanan yang telah diberikan kita juga telah memberikan apa yang patut … (suara bertindih)
Okey ...
… kalau mahu bentang budget, Datuk Speaker, bentanglah budget …
Saya … saya … saya akan pergi ke sana kenapa saya menghuraikan perkara ini. Okey, minta maaf, Datuk Speaker.
… tak perlu hurai … (suara bertindih)
Saya ikut … teruskan ucapan saya teruskan …
… orang pun tahu di luar orang pun tahu siapa katak? siapa pengkhianat? Orang luar pun tahu. Tak perlu nak ulas.
Ya …
Kalau mau, Datuk Speaker, kalau mahu cakap soal budget …
YB Merotai …
… cakap soal budget ...
YB Merotai …
Tak perlulah ulas yang itu dulu …
… saya ingin sampaikan kepada point saya … saya ingin meneruskan ucapan saya … (suara bertindih)
… tidak perlu nak ulas yang tunjuk bahawa, sayalah yang terbaik sedangkan menjadi katak penghianat … (suara bertindih)
… saya tidak akan bercerita kalau saya tidak ada poin yang ingin saya sampaikan di sini … (suara bertindih)
… kalau mahu buat budget ... budget saja, Datuk Speaker … buat budget, buat budget … (suara bertindih)
Yang Berhormat Kukusan.
Kalau nak fokus pada budget … (suara bertindih)
Tolong duduk dulu, Yang Berhormat Kukusan.
Kita dengar. Duduk. Diam. Dengar.
Okey, Datuk Speaker.
Yang Berhormat Kukusan duduk dulu …
Okey, saya akan teruskan …
Calm down. Calm down.
Pada Januari 202 …
Belum lagi. Sila duduk dulu.
Ada lagi Tanjong Aru punya standing order. Apa itu, samakah?
Ya, Datuk Speaker. The standing order (431) a member show confess to observation to subject under discussion they may not introduce matter in relavent. Adakah dia punya itu speech relavent untuk budget?
Yang Berhormat Kukusan, teruskan berkenaan dengan perbelanjaan.
Ya, That’s why … I’m going there …
Sila ikut cakap ...
Okey, Januari 2023 ketirisan ...
Stop the argument about this …
Baca saja … baca saja …(suara bertindih)
Teruskan kau punya ucapan dalam berkenaan dengan perbelanjaan perbekalan.
Okey.
Datuk speaker ...
Datuk Speaker, saya akan ke sana …
YB Kukusan, saya ingin bertanya, apa kebolehan yang kamu telah ada selepas beralih Kerajaan? … (suara bertindih)
… Kota Kinabalu … ada percubaan lagi? (suara bertindih)
… kamu dapat Datuk …
Excuse me, minta maaf. Excuse me. This is my floor. Datuk Speaker sudah bagikan saya laluan … Adakah Datuk Speaker memberi kebenaran YB Sri Tanjong untuk berdiri sekarang? (suara bertindih)
Saya ingin mendapat penjelasan, apa pengorbanan? (suara bertindih)
Saya akan ke sana. Saya akan ke sana … (suara bertindih)
Yang Berhormat, duduk dulu.
YB Kukusan, suruh saya berkorban … (suara bertindih)
Yang Berhormat Sri Tanjong duduk juga. Sudah saya bagi ruang supaya arahan sewajar teruskan berucapan berkenaan dengan perbekalan.
Okey, di sini ya, semasa Kinabalu … (suara bertindih)
Jangan divert pigi perkara yang lainlah.
Ya, Datuk Speaker, saya sedang menuju ke sana. Kerana meski berbeza parti tiba-tiba, ya kita menjadi sebuah satu keluarga yang tekad mempertahankan integriti negeri pada masa itu. Apabila Langkah Kinabalu dibuat, dan saya berbangga kerana melihat …
Yang Berhormat … (suara bertindih)
Kesatuan 44 ADUN ini … (suara bertindih)
Datuk Speaker. Yang Berhormat Kukusan, budgetlah, budget … (suara bertindih)
Perbelanjaan bukan lagi persoalan Kinabalu … (suara bertindih)
Kenapa ketidakstabilan ini berlaku?
Move on… move on… move on…
Yang berhormat, kalau tidak ikut arahan jangan lagi berucap …
Okey, pelbagai plot telah berlaku menggugat kestabilan politik di Sabah dari zaman USNO, BERJAYA, PBS, UMNO, Warisan, lompat, khianat telah menjadi sinonim dengan politik kita di Sabah … (suara bertindih)
Yang Berhormat … Yang Berhormat Kukusan, kalau Speaker bercakap, sila duduk dulu. Ini debate bukan bergaduh ya?
Ya … ya …
Saya minta Yang Berhormat teruskan ucapan berkenaan dengan perbekalan, bukan berkenaan dengan sejarah …
Okey, Datuk Speaker, saya sedang ke sana, Datuk Speaker.
Timbalan Speaker [Datuk Richard Yong We Kong]:Teruskan saja, kau punya masa tinggal berapa? Tinggal tiga minit lagi.
Fomula menggabungkan parti-parti komponan local di bawah nama GRS adalah harapan baharu kita untuk terus berusaha menjaga kemakmuran negeri better late then never, meski …
… ada yang mengolak mengolok kita. We will never be like Sarawak and GPS kita mesti terus mencuba and move forward kerana ini rumah kita. Kita baiki bersama. Meski sudah berada di blok Kerajaan, saya percaya keadilan dan kesaksamaan harus sentiasa diperjuangkan. Melihat keterbukaan Kerajaan pada hari ini, mereka di parti pihak lawan masih diberi peluang menjadi sebahagian dari Kabinet dan menikmati peruntukan Kerajaan. Kita tidak memerlukan akta lompat parti jika peruntukan ini dapat dibahagi saksama kepada wakil-wakil Kerajaan mahupun pembangkang yang perlu mentadbir urus kawasan masing-masing. Kita sudah melalui bermacam episod, saya kira sudah tiba masanya pimpinan Kerajaan melihat ini dalam perspektif lebih besar, bukan hanya memikirkan dominasi kuasa tetapi keperluan rakyat di akar umbi yang telah memilih pemimpin mereka sendiri.
Datuk Speaker, that is my point. Ya, saya mencadangkan agar peruntukan ini dapat diberikan saksama kepada Kerajaan dan juga ADUN pembangkang. This is my point. Jika ketelusan yang kita …
Sila gulung.
… yang kita, Datuk Speaker, masa kita sudah banyak diambil tadi, Datuk Speaker.
Datuk Speaker, mohon mencelah. Minta pandangan dari Kukusan, boleh? Sekejap sahaja.
Minta maaf, minta maaf ADUN …
Berkaitan dengan peruntukan yang sama rata tadi itu, saya rasa itu satu benda yang bagus.
Saya tidak cakap sama rata. Saya cakap saksama. Okey, peruntukan yang saksama …
(ketawa)
… kerana ini adalah perjuangan kita. Okey.
Sila gulung.
Yalah, daripada nak, daripada tiada langsung. Kan?
Ya, you make your point.
Okey.
Okey, saya di sini juga …
Tolong bagitahu apa yang kami dapat?
Yang Berhormat Tungku.
Okey, jika …
Biar dia menggulung.
Saya, okey, saya ingin juga menyentuh sedikit tatakelola pengurusan bajet di beberapa Kementerian ya, seperti KSTI dan KBS. Kursus serta program-program yang ditawarkan bertindih-tindih, walhal kedua-dua Kementerian ini juga mempunyai fungsi yang berbeza-beza ya. Di sini bikin (buat) kursus buat roti bun, di sana buat kursus roti bun. It’s the same thing dan begitu juga pengurusan kewangan dan ekonomi apabila dikendalikan oleh badan dan agensi yang tidak mempunyai kepakaran. Adalah lebih baik mendapatkan badan-badan yang bertauliah ya seperti Sabah Credit untuk menguruskan program-program yang berunsurkan kewangan dan ekonomi agar program-program yang dilaksanakan
dapat difollow-up untuk diukur keperluan dan bantuan sokongan seterusnya. Teknologi telah mengubah dunia namun ia hanya memberi manfaat jika rakyat mempunyai akses. Saya menyambut baik RM88.8 juta untuk KSTI meningkatkan capaian Internet yang lebih stabil. Lihat sahaja negara yang membangun seperti Myanmar, meski berada ceruk hutan, liputan Internetnya sangat reliable. Oleh itu, adalah tidak mustahil memastikan pelaksanaan ini disegerakan kerana ia amat diperlukan bukan sahaja untuk pendidikan, tetapi untuk usahawan kecil yang ingin memanfaatkan ekonomi digital.
Datuk Speaker, saya berharap juga agar program pembaikan sekolah dan penyediaan peralatan teknologi dapat diprioritaskan untuk sekolah-sekolah di Kukusan, mengambil kira kedudukannya di tepi bandar Tawau. Kebanyakan sekolah-sekolah di Kukusan merupakan penentu kepada prestasi kecemerlangan pendidikan di Tawau. Semoga ini mendapat perhatian. Agihan perbelanjaan khas mencatatkan kenaikan 21 peratus daripada peruntukan asal 2024. Di sini juga saya ingin memohon perhatian Kerajaan untuk melihat di kawasan Kukusan yang hanya mempunyai tiga Pengerusi JKKK walhal Kukusan sendiri mempunyai hampir 20 kampung dan hanya satu JKDB dengan lebih 30 lokaliti taman perumahan, struktur penyelarasan ini agak merisaukan apabila cadangan permohonan JKKK ini dan JKDB kami tidak mendapat kelulusan sehingga sekarang.
Dengan peningkatan penduduk hampir mencecah 50 orang, 50 ribu orang adalah terhad bagi UPPM bergerak dengan jentera yang kecil di akar umbi. Kukusan juga adalah rumah kepada penjaja kecil dan usahawan mikro yang memerlukan sokongan dan bukan sahaja program latihan keusahawanan dan kemahiran tetapi pasar ataupun tamu perlu diwujudkan bagi memberi peluang kepada hasil tani dan produk tempatan dapat dipasarkan. Tahniah kepada penjawat awam yang bakal menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM3000. Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan lagi peningkatan prestasi. Bagaimanapun, kami masih berdepan dengan inkompetensi melibatkan PBT serta pejabat-pejabat daerah yang menjejaskan pengurusan pentadbiran peringkat di akar umbi. Banyak kesilapan teknikal dengan alasan yang tidak munasabah. Mutu perkhidmatan penjawat awam ini adalah cerminan Kerajaan kepada rakyat. Laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas, amanah dalam tanggungjawab tanpa sikit-sikit mengharapkan dari duit kopi. Jika perlu dirombak, rombaklah agar penyalahgunaan kuasa tidak berleluasa. Salah
satu kunci kepada pembangunan mampan ialah pentadbiran yang bersih dan berintegriti. Kerajaan GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat, DSP Hajiji Noor telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap integriti dalam pentadbiran. Dasar dan pelan yang dibentangkan oleh Kerajaan ini termasuk pelan Sabah Maju Jaya adalah bukti bahawa Sabah kini berada di landasan yang betul. Kita telah melihat peningkatan dalam pelaburan asing, penambahbaikan infrastruktur dan pengurangan jurang pembangunan dari bandar dan luar bandar.
Namun, perjuangan melawan rasuah dan ketirisan perlu diteruskan. Pentadbiran yang bersih akan meningkatkan keyakinan rakyat. Kita di sini untuk berkhidmat menjaga bukan berniaga, bukan fikir kaya. Yang sepatutnya kita fikir adalah kayakan negeri bukan poket sendiri. “Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kot sama hitam, poket bukan main.”
Jadi, saya percaya Kerajaan Negeri akan dapat membawa Sabah ke tahap lagi tinggi jika kita semua menyambut kebersamaan ini dengan bersatu. Mari kita bersama-sama menyokong belanjawan yang menyeluruh dan berpandangan jauh dan bersama kita boleh merealisasikan misi Sabah Maju Jaya dan memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
Tinggi-tinggi tiang Telekom, Tadah air dengan BESCOM; Jemput layari Rina Jainal.com, Saya akhiri dengan assalamualaikum.
Datuk Speaker, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kukusan. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Sulabayan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad I, Keningau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad II, Keningau seramai 41 orang pelajar diiringi oleh tiga orang guru. Selamat datang. Sila duduk. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan. 12 minit.
Datuk Dr.
12 minit. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih banyak kerana memberi peluang juga kepada saya untuk turut sama membahas Belanjawan Negeri Sabah 2025. Assalamualaikum WBT kepada rakan-rakan yang ada di Dewan ini. Terlebih dahulu, saya cuma nak bercakap ya bila perbahasan ini kalau dapatlah, Menteri-menterikah tanyalah yang masih ada ini, kerana ini penting, kerana bila kita berbahas ini ada persoalan-persoalan yang dijawab. Bila dia tidak ada dalam Dewan ini, seolah-olah kita bercakap dengan siapa? Dan saya berharap kalau tidak pun ada di sini, mungkin ada di luar melalui CCTV, bila ada soalan, perlu dia jawab, jangan tak jawab dan jangan soalan itu jawapan bertulis. Tahniah yang ada dalam Dewan ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Sebanyak 20 27 bilion ini, saya tengok berdasarkan bajet tahun 2025 yang dibentangkan oleh Yang Berhomat Menteri Kewangan yang berjumlah 6.445 bilion. Ini membayangkan hasil Sabah masih bergantung kepada sektor tradisi seperti petroleum, sawit dan hampir 80% atau 5044 bilion daripada hasil Sabah datang daripada hasil sales tax petroleum, sales tax dan juga sawit. Royalti petroleum dan juga sumbangan Kerajaan Persekutuan ini juga bermakna tidak ada kemajuan dari segi hasil untuk tiga tahun kebelakangan ini. Dan 2025 kerana hasil Sabah kekal berada pada paras RM6 bilion satu tahun. Kita harus ingat dan sedar dengan jiran kita seperti Sarawak dan tempat lain. Hari ini, Negeri berkenaan kalau kita bandingkan dari segi sumber asli di Sabah lagi kaya daripada Negeri berkenaan tetapi hari ini mereka menerima hasil lebih RM13 bilion atau hampir dua kali ganda daripada apa yang diterima oleh Negeri Sabah dan dalam bajet ini, saya lebih menyentuh soal sektor pelancongan kerana ia berhubung kait dengan tempat saya, Yang Berhormat Menteri. Sektor pelancongan ini merupakan salah satu dalam konsep Sabah Maju Jaya, antara yang dititikberatkan. Memang betul saya sangat alu-alukan. Apa yang berlaku hari ini di tempat saya di Semporna …
Datuk Dr.
dua tiga ribu tiap-tiap hari sebelum ini pelancong daripada China datang dan juga, termasuk juga domestik,
tapi yang menjadi rungutan masyarakat di sana ialah banyak resort-resort tumbuh seperti cendawan. Di pesisiran pantai, di laut ini dan pembinaan resort ini, saya nak ingin bertanya sama ada mendapat kelulusan dari pihak kerajaan? Kerana ada yang buat kita tengok, tumbuh macam cendawan sehingga boleh menjejaskan persekitaran.
Dan ada juga, yang diluluskan ini sama ada dia ada title atau berbentuk TOL dan sehingga orang kampung pernah berjumpa, merayu atas sebab-sebab persekitaran. Kerana dia orang masyarakat di pulau, di tempat saya ini, dia orang aktiviti dia memancing ikan di tepi laut, bukan laut dalam. So, kadang-kadang dia orang dihalang untuk memancing di kawasan berkenaan dan menjadi rungutan juga, seolah-olah mereka berkuasa. Bila mereka tanya, dari mana kamu dapat kelulusan ini? Dia kata pihak atasan, tidak tahu atasan daripada mana.
Dan ada di tempat saya sendiri, kampung kelahiran saya, Pulau Tumanggung, Pulau Nusalalung. Hari ini sudah dimiliki oleh sebuah syarikat. Padahal sebelum ini, berkali-kali rakyat tempatan di sana memohon kawasan di situ, tidak diluluskan. Ini saya nak tanya juga supaya perkara ini saya telah pun majukan kepada pihak pengarah Jabatan Tanah dan Ukur. Macam mana proses kelulusan? Sama ada TOL dan tanah ini. Kebiasaan bila melibatkan tanah, TOL mesti dibawa kepada LUC tapi ini tidak ada LUC dibawa. Ke LUC, tiba-tiba ada kelulusan. Ini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan yang bagi saya perlu diambil perhatian oleh rakyat.
Kita tidak nafikan kehadiran pelabur ramai pelancong ini kerana memberi peluang kemungkinan pekerjaan tapi di samping itu juga, adakah resort yang didirikan di kawasan pantai di pesisiran pantai ini dari segi konsep, ya? Konsep dibuat terutama sekali membimbangkan saya ialah akan mengganggu ekosistem kerana bila resort dibuat di situ, adakah sistem pembentungan itu teratur mengikut piawaian? Ini juga satu perkara dan di samping itu juga, resort ini semua ada tempat mandi apa semua. Kita sedia maklum, mandi ini dia banyak menggunakan wangi-wangian ataupun lotion apa semua.
Dan ini akibatkan, kalau tidak ada satu sistem aliran dia, curahkan ke laut saja, akan merosakkan ekosistem. Rumpai laut, ikan semua, batu karang akan musnah dan ini kalau musnah, sudah tentu tiada lagi nak pelancong datang ke Semporna ini. Tiada
lagi datang. Tiada lagi keindahan yang tak pernah dia orang tengok sudah, sudah akan pupus. Ini yang perlu saya tekankan Kementerian Pelancongan dalam usaha kita untuk menarik lebih banyak pelancong ini datang ke Sabah. Khususnya ke Semporna ini supaya juga diambil perhatian. Kita jangan terlalu ghairah untuk menarik pelancong sehingga usaha-usaha kita dari segi pentadbiran penguatkuasaan, kita tidak begitu teliti.
Ada kemungkinan juga dalam lima, sepuluh tahun akan datang kalau ekosistem kita rosak, segala orang kata ikan di laut, seaweed yang ada di laut menjadi tarikan pelancong ini sudah tidak wujud, orang tidak akan datang lagi. Tidak akan datang. Jadi, ini juga perlu diambil kira. Selain daripada itu juga, soal makanan sekarang ini antara isu. Bukan sahaja di pulau, bahkan juga di pekan-pekan. Di Sabah ini khususnya, bukan saja Semporna antara tarikan dunia ini ialah makanan sumber laut. Happening, heaven for them, sumber laut ini, di Sabah ini.
Ini juga perlu dikawal saya tengok kerana pelancong ramai yang merungut harga yang tidak munasabah, terlalu tinggi. Jadi, kita ada pihak berkuasa khususnya, Pihak Penguasa Kerajaan Tempatan ataupun Kementerian Perdagangan dalam Negeri. Ini juga perlu diambil perhatian kerana ramai kemungkinan kalau pelancong daripada luar negara dia tidak rasa tapi rakan-rakan daripada negeri Sarawak, daripada Semenanjung datang. Dia orang datang ke Sabah, ke Semporna, dia orang sangat sudah gembira, ghairah mendapat makanan yang segar. I mean seafood tapi harga tidak munasabah, tidak munasabah. Jadi, saya berharap pihak kerajaan yang berkenaan sama ada Kementerian Perdagangan (KPDN) dan juga pihak PBT supaya juga mengambil perhatian dalam usaha kita untuk menarik lebih ramai pelancong daripada apa yang dia orang jangkakan datang ke Sabah, ke Semporna dan di tempat-tempat lain bila duduk di situ, dalam perkhidmatan seperti yang kita katakan. Lepas itu, makanan pula terlalu mahal.
Mungkin itu pertama kali datang, lain kali dia tidak akan datang lagi. Sampai sudah jadi cerita. Memang Sabah ini cantik. Pulau dia, pantai dia, gunung-ganang dia tapi orang bercakap sudah tapi makanan mahal. Murah lagi di Kuala Lumpur dia kata. Ini juga, saya perlu tekankan kepada Sidang Dewan ini supaya dapat diambil perhatian. Itu yang katakan, saya amat titik beratkan ini. Ini perkara-perkara penting bagi saya kerana tempat saya banyak bergantung kepada laut dan sektor pelancongan ini.
Jangan kita menarik ramai pelabur, pelancong datang tapi masyarakat setempat akan susah seperti yang kita katakan, orang kata,
Kera di hutan disusukan, Anak tempatan di dalam kampung kebuluran.
Ini perlu diambil perhatian. Tuan Speaker, seterusnya, saya juga ingin mengatakan tentang jalan raya ini. Kalau kita tengok, jalan raya ini diperuntukkan tahun 2025 ini, bajet Tahun 2025 begitu banyak sekali apa yang dikatakan Yang Berhormat Senallang tadi, berbalik-balik sahaja bila saya tengok jalan raya diperuntukkan, kita sudah ada konsesi. Saya sejak dua tiga tahun ini, tak pernah sudah naik kapal terbang. Saya ikut kenderaan darat sahaja. Daripada Keningau ke Kalabakan, daripada Kalabakan melalui Ranau. Apa ini? Apa ini? Telupid semua ini saya tengok. Jalan raya konsesi begitu prihatin. Memang diperbaiki tapi yang saya nampak sekarang ini, penguatkuasaan.
Pasal saya tengok, kenderaan saya tengok, orang kata bertali arus. Baik malam, baik siang, tak berhenti. Kita ada konsesi tidak dapat dinafikan saya tengok. Hari ini dibuat, tengok jalan seminggu rosak lagi balik dan saya dapati di situ, masalah penguat kuasa, JPJ dan saya tengok ada JPJ menyediakan kawasan timbangan lebih berat ini tapi tidak berfungsi tapi buka timbangan itu, pejabat itu buka tapi lori-lori kita tengok kontena, saya ingat, sudah lebih muatan. Ini juga menyebabkan saya tengok jalan raya walaupun ada konsesi, rosak dan di samping itu juga, sudah tentu akan menyebabkan
Yang Berhormat, dua minit lagi ah.
Datuk Dr.
Berapa minit lagi? Dua minit lagi?
Ya.
Datuk Dr.
Ini.
Straight to the point lah.
Datuk Dr.
Baru mukadimah. Ini perkara-perkara penting ini Tuan Speaker. Jalan raya ini perlu penguat kuasa ini ada. Kita tengok JPJ ini, ada sistem kita tapi tidak dikuatkuasakan, yang akhirnya kita berbelanja duit begitu banyak untuk maintenance jalan raya ini, konsesi ada. Ini perlu juga diambil perhatian. Banyak lagi saya nak bercakap ini kalau 15 minit sahaja Tuan Speaker.
Saya balik menyentuh soal harga barang sekarang ini termasuk makanan ini. Juga ini perlu saya kembalikan supaya ditekankan. Kebanyakan, inilah masalah rakyat. Bukan sahaja masalah jalan raya, masalah bekalan elektrik yang minggu lepas Pantai Timur semua bergelap. Rumah saya Tuan Speaker, sampai sekarang ini bukan sahaja bergelap, burn elektrik di dalam itu pasal tidak menentu. Sekejap ada, sekejap mati. Hangus sistem pendawaian di rumah saya ini, itu baru tempat saya. Bayangkan masyarakat di kampung sana, lagi teruk.
Jadi, ini yang perlu diambil perhatian jalan raya dan begitu juga air. Baru ini saya di Sandakan duduk di sebuah hotel, Prima Hotel. Saya mandi, bila saya mandi pakai sabun tak berbuih sabun. Lepas itu, saya kumur-kumur test air ini, memang betul air masin. Saya ingat dulu cakap saja, daripada YB daripada Sandakan, rupanya betul, air masin. Jadi, oleh sebab masa ini, banyak saya nak bercakap ini tapi saya mintalah supaya kerajaan, bajet yang begitu banyak ini lebih kepada pengurusan sahaja saya tengok tapi masalah pokok, air, jalan raya, kos sara hidup ini perlu dititikberatkan. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih Sulabayan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat. Air lagi?
Sementara. Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Saya amat menghargai kesempatan ini untuk menyampaikan pandangan serta harapan saya bagi sasaran dan kemakmuran rakyat Sabah melalui belanjawan ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Sabah atas usaha gigih beliau dalam menyediakan Belanjawan 2025…
Pertama, saya percaya perancangan ini dirangka dengan penuh teliti dan mengutamakan keperluan rakyat, mengharungi cabaran ekonomi global serta berhasrat memperkukuh asas ekonomi negeri Sabah yang kita cintai. Sejak kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri 2022, di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor, kita telah melihat beberapa perubahan positif di Sabah melalui pentadbiran yang komited dan telus. Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif-inisiatif signifikan bagi memperkukuhkan ekonomi negeri dan memantapkan tadbir urus. Ini bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kemajuan dalam ekonomi tetapi juga memastikan kebajikan rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan.
Datuk Speaker, salah satu pencapaian utama yang amat membanggakan ialah peningkatan hasil negeri yang memberangsangkan. Pada tahun 2021, hasil negeri Sabah mencatatkan RM5.4 bilion buat pertama kali merampas paras RM4 bilion. Peningkatan ini merupakan langkah awal dalam menunjukkan bahawa ekonomi Sabah berada di landasan yang baik. Pada tahun 2022, hasil negeri terus meningkat kepada RM6.96 bilion dan bagi tahun 2023, hasil negeri terus meningkat dan mencapai RM6.974 bilion.
Angka-angka ini menunjukkan betapa kukuhnya prestasi ekonomi negeri di bawah pentadbiran GRS - PAS yang ternyata berkesan dalam menguruskan kekayaan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Hasil yang meningkat ini bukan sekadar angka. Tetapi, ia juga melambangkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah. Hasil tambahan ini telah diagihkan kepada pelbagai inisiatif yang bermanfaat untuk rakyat seperti program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, yang bertujuan membantu golongan B40 serta meningkatkan peruntukan biasiswa dan bantuan kewangan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi. Langkah-langkah ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan rakyat-rakyat Sabah tetapi juga
memastikan akses kepada pendidikan dan perumahan untuk golongan yang memerlukan.
Secara keseluruhannya, kerajaan GRS di Sabah telah menunjukkan prestasi ekonomi yang cemerlang dan daya tahan dalam tadbir urus, melaksanakan program-program yang memberi manfaat langsung kepada penduduk di negeri ini.
Datuk Speaker, Belanjawan 2025 yang dibentangkan ini mengandungi lima teras utama yang mana ia sangat bertepatan dalam mencapai matlamat untuk meningkatkan pendapatan negeri Sabah dan memastikan kekayaan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tiga fokus utama yang diketengahkan, iaitu memperkasa modal insan, memperkukuh infrastruktur dan meningkatkan kecekapan Kerajaan merupakan asas penting dalam membawa Sabah ke arah kemajuan yang lebih mampan. Saya berpendapat belanjawan ini amat tepat dalam menangani isu-isu yang dihadapi orang rakyat Sabah.
Datuk Speaker, isu MA63 dan Hak Sabah. Dalam membicarakan Belanjawan 2025 ini, saya ingin menekankan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63, dalam memastikan hak-hak Sabah dipenuhi dan dihormati. MA63 adalah asas kepada penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia dan kita harus terus menuntut pelaksanaan penuh terhadap perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian tersebut termasuk atonomy dalam hal-hal tertentu.
Saya menghargai usaha Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor yang telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan beberapa hak di bawah MA63 telah dikembalikan. Sebagai contoh, pengambilan sebahagian kuasa terhadap sumber minyak dan gas negeri merupakan langkah positif ke arah memperkukuh kedudukan Sabah sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.
Namun, masih terdapat banyak perkara yang belum diselesaikan termasuk peruntukan/tuntutan menilai beberapa hasil peratus hasil bersih yang diperolehi dari Sabah oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini bukan sahaja penting untuk menegakkan hasil negeri tetapi juga dapat memperkukuh kemampuan kewangan
Sabah dalam melaksanakan pembangunan yang lebih menyeluruh dan menyetarakan rakyat.
Saya ingin menggesa agar Kerajaan Sabah terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pelaksanaan sepenuhnya perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63. Ini termasuk aspek pengkhususan pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur yang harus diselesaikan dengan keperluan sebenar rakyat Sabah.
Melalui pelaksanaan penuh MA63, Sabah akan lebih berdaya saing dan mampu mengurus sumbernya secara optimum. Sebagai pemimpin di Sabah, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa segala hak yang dijanjikan di bawah MA63 dilaksanakan sepenuhunya demi kebajikan rakyat Sabah dan pembangunan negeri.
Datuk Speaker, dalam sektor pelancongan. Sektor pelancongan Sabah telah menunjukkan peningkatan yang signifikan. Pada tahun 2023, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 50.9% kepada negeri Sabah yang menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negeri. Namun, bagi tahun ini, kita melihat penekanan pada sektor minyak dan gas yang dijangka menyumbang separuh daripada pendapatan negeri. Takrifan ini menunjukkan bahawa kerajaan GRS Plus telah mengatur strategik yang berkesan dalam mempelbagaikan sumber dan pendapatan negeri sekali gus memacu ekonomi Sabah ke tahap yang lebih tinggi.
Namun begitu, saya percaya ekonomi negeri Sabah masih mempunyai potensi yang lebih besar terutamanya dalam sektor pelancongan, pelaburan dan promosi yang lebih besar dalam produce product pelancongan, ditambah pula dengan sambungan udara yang lebih baik dan infrastruktur jalan yang ditingkatkan akan memberikan Sabah menarik lebih ramai pelancongan khususnya dalam fasa, Pasca COVID-19. Selepas kelembapan ekonomi akibat pandemik, banyak negara kini sedang berusaha memulihkan sektor ekonomi mereka dan saya bangga untuk mengatakan bahawa industri pelancongan Sabah telah melonjak dengan pesat.
Saya ingin mengusulkan agar kita memberikan perhatian khusus kepada produce pelancongan bernilai tinggi di Sandakan. Dengan sasaran ketibaan pelancong
mencecah tiga juta orang menjelang akhir tahun ini. Peningkatan ketibaan pelancong ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada ekonomi di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, tetapi juga bandar-bandar lain seperti Sandakan, Kudat dan Tawau. Adalah wajar sekiranya Kementerian Pelancongan ini dapat menyediakan statistik sumbangan ekonomi oleh kepada bandar ini kepada sektor penginapan, makanan dan minuman, bangunan, pengangkutan serta industri berkaitan lain dari segi peratusan dan nilai ringgit.
Di samping itu, dengan jumlah pelancong yang semakin meningkat khususnya ke Sandakan, saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil langkah proaktif untuk memperluas terminal Sandakan terbang Sandakan dalam masa terdekat. Penambahan ini bukan sahaja akan meningkatkan kapasiti lapangan terbang untuk menerima lebih ramai pelancong tetapi juga akan membantu memperkukuhkan kedudukan Sandakan sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah. Infrastruktur lebih baik akan memastikan pengalaman …
Datuk Poon Ming Fung @Frankie [Tanjong Papat]:… pelancong lebih lancar dan selesa serta memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan melalui peningkatan perbelanjaan pelancong di kawasan ini. Dengan peningkatan akses dan kemudahan ini, saya yakin sektor pelancongan Sandakan akan terus berkembang, sekali gus memberi impak ekonomi yang lebih besar kepada rakyat setempat.
Datuk Speaker, isu utiliti seperti jalan raya, bekalan air terawat dan bekalan elektrik masih menjadi kebimbangan utama rakyat Sabah terutamanya di Sandakan. Ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk tetapi juga (batuk), menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur yang ingin melabur di Sabah.
Saya ingin menyentuh mengenai isu kritikal berkaitan subsidi elektrik untuk Sabah. Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menarik balik subsidi elektrik untuk Sabah. Namun begitu, menurut kenyataan yang dilaporkan di akhbar pada 15 November 2024 oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dakwaan tersebut tidak benar. Kerajaan Persekutuan telah menegaskan
komitmennya untuk terus menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion selama tujuh tahun sehingga 2030. Susulan daripada pemindahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Januari 2024. Sehingga September 2024 sebanyak RM449.4 juta daripada jumlah keseluruhan subsidi RM507 juta bagi tahun 2024 telah disalurkan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Baki RM57.6 juta pula dijangka akan disalurkan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini setelah tuntutan yang berkaitan dikemukakan dan disahkan. Untuk tahun 2025, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan peruntukan subsidi elektrik kepada RM700 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM193 juta berbanding tahun 2024.
Selain itu, Kementerian Kewangan bersama-sama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ini sedang mempertimbangkan permohonan SESB untuk pembayaran Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 berjumlah RM163 juta. Pada masa yang sama, moratorium ke atas bayaran balik pinjaman SESB kepada Kerajaan Persekutuan ini dianggarkan sebanyak RM665 juta, turut sedang diteliti.
Pada 3 November 2024, Pengerusi Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau telah meramalkan potensi gangguan bekalan elektrik yang besar akibat ketidakmampuan SESB untuk membayar pemiutang tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Pengumuman ini adalah perkara yang sangat membimbangkan dan boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan dan kestabilan negeri.
Tuan Speaker, ketika semua rakyat Sabah masih mencerna kesan daripada pengumuman ini, seluruh Sandakan mengalami gangguan elektrik pada 9 November 2024, yang telah berlaku tanpa sebarang amaran dan berlarutan selama beberapa jam. Situasi ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Saya ingin menggesa Menteri yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang tegas agar tanpa seperti ini tidak berulang lagi. Adalah penting untuk memastikan bahawa infrastruktur kritikal seperti bekalan elektrik tidak terganggu demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negeri. Amaran ini adalah satu peringatan yang perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh memberi kesan besar kepada kestabilan sosial dan ekonomi Sabah.
Saya ingin …
Yang Berhormat, sila gulung ah, sila gulung.
Ya. Terima kasih Datuk Speaker.
Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dalam memastikan kestabilan-kestabilan bekalan elektrik kepada rakyat Sabah? Saya menyeru Kerajaan Negeri Sabah untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dengan menangani isu ini.
Subsidi elektrik adalah komponen yang penting dalam memastikan kestabilan bekalan elektrik kepada rakyat Sabah. Pada masa yang sama, saya berharap Kerajaan Persekutuan akan memberikan keutamaan kepada tuntutan SESB untuk mengelakkan sebarang gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat dan pelabur di Sabah.
Tuan Speaker, tentang isu Program Perumahan SMJ, saya juga ingin menyentuh tentang inisiatif perumahan di bawah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, in short as SMJ. Saya menghargai usaha Kerajaan Sabah untuk meningkatkan jumlah rumah SMJ di setiap kawasan sebanyak sekali ganda kepada 40 unit pada tahun 2025. Ini adalah langkah yang sangat baik, tetapi saya berharap kementerian yang berkaitan dapat meneliti semula terma dan syarat polisi ini untuk membolehkan lebih ramai golongan B40 mendapat manfaat daripada dasar ini. Pada masa ini, terdapat ramai individu daripada golongan B40 yang masih tidak mendapat akses kepada program perumahan ini walaupun mereka sangat memerlukannya.
Saya mencadangkan agar syarat-syarat kelayakan diteliti semula bagi memastikan bahawa mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat ini. Perumahan adalah asas kepada kesejahteraan rakyat dan memastikan bahawa rakyat Sabah, khususnya golongan yang memerlukan, mempunyai tempat tinggal yang selesa adalah tanggungjawab kita bersama.
Datuk Speaker, Program Sentuhan Kasih Rakyat, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan dan pengiktirafan mereka terhadap golongan miskin dan miskin tegar melalui pelaksanaan program Sentuhan Kasih Rakyat. Inisiatif ini adalah langkah yang sangat berperikemanusiaan, mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sabah dalam membela nasib rakyat Sabah yang memerlukan. Program ini bukan sahaja memberi bantuan segera kepada golongan yang memerlukan tetapi juga membawa harapan kepada mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Saya berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun sehingga golongan miskin dan miskin tegar di Sabah dapat dihapuskan sepenuhnya.
Ya. Yang Berhormat, habis masa ya.
Sikit lagi ah, Datuk Speaker.
Saya yakin inisiatif seperti ini adalah langkah penting dalam memperkasakan rakyat dan memperkukuh kedudukan sosial serta ekonomi Sabah. Oleh itu, saya menyeru kerajaan untuk terus memberi perhatian kepada pelaksanaan dan pemantauan program ini agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua yang memerlukan.
Datuk Speaker, belia Sabah adalah masa depan Sabah, saya ingin menegaskan bahawa belia Sabah adalah masa depan Negeri ini. Namun begitu, kos tambahan yang perlu ditanggung oleh keluarga untuk membiayai pengajian anak-anak mereka di luar kawasan, sama ada di dalam Sabah mahupun di semenanjung Malaysia boleh memberikan bebanan kewangan yang besar, terutamanya kepada keluarga dari golongan B40.
Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Panglima Menteri Kewangan atas keprihatinan beliau dalam membantu meringankan beban ini melalui pengenalan beberapa insentif kewangan dalam Belanjawan 2025. Antara bantuan yang sangat bermakna ialah pemberian subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 secara one-off di bawah Program SUBFLY
untuk para pelajar IPT Sabah yang melanjutkan pelajaran di semenanjung Malaysia sama ada Wilayah Persekutuan, Labuan. Selain itu, bagi mahasiswa IPT …
…dalam Sabah, bantuan one-off sebanyak RM300.00 di bawah program SENTOSA juga merupakan langkah positif dalam mendukung pelajar Sabah. Bantuan-bantuan ini bukan sahaja meringankan kos perjalanan tapi juga memberikan motivasi kepada mereka para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran mereka. Saya percaya dalam kedudukan kewangan negeri yang kukuh, Kerajaan Sabah bukan sahaja dapat mengekalkan inisiatif ini, tetapi juga menegakkan sokongan kepada pelajar sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Saya juga berharap, agar inisiatif ini dapat diperluaskan di masa hadapan supaya lebih ramai belia Sabah mendapat manfaat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri ini.
Sudah habis?
Ah, sikit lagi.
Timbalan Speaker [Datuk Richard Yong We Kong): Jangan ulang yang ucapan Menteri Kewangan.
Okey. One more page ah.
Saya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan atas perhatian terhadap kebajikan kakitangan kerajaan. Peningkatan gaji serta bonus yang diumumkan dalam belanjawan ini, pastinya memberi kelegaan dan penghargaan yang besar kepada para penjawat awam yang telah bekerja keras demi kemajuan negeri. Langkah ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan mereka yang berada di barisan hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Akhirnya penutup sini, terima kasih kepada Datuk Speaker. Secara keseluruhannya, Belanjawan 2025 ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan
Sabah. Dengan peningkatan peruntukan dalam sektor-sektor seperti pendidikan, kesihatan, prasarana asas dan pembangunan ekonomi, saya yakin bahawa perancangan belanjawan ini akan membawa impak yang positif kepada rakyat Sabah. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas belanjawan yang menyeluruh dan berwawasan ini dan berharap agar segala peruntukan dapat dilaksanakan dengan efisi dan membawa manfaat kepada keseluruhan rakyat Sabah.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2025 kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini serta kepada seluruh rakyat Sabah. Semoga tahun yang mendatang akan memberi lebih banyak keberkatan, kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Papat. Banyak ucapan penghargaan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Aru.
Terima kasih Datuk Speaker. Tidak banyak penghargaan itu nanti. Terima kasih ah Datuk Speaker. I am gonna, dengan izin, saya akan apa ini membahas dalam Bahasa English ah. Very quickly because there are a lot of pointslah. Saya tahu tidak banyak masa.
Datuk Speaker…
Silakan.
…first of all, ya it’s a very impressive budget when it comes to the figure tabled as a highest in history but when it comes to content of it, as expected sama saja. Just the figure different. So a bit disappointing honestly and I will tell you why. It is simply because it has little and close to no efforts to seek for a long term solutions to address the very current pressing issues faced by rakyat on the ground, on daily basis today.
First of all, unemployment. Okey, GRS government talks about a lot of things. How effective how great intensified efforts, initiatives, attract investments, create jobs in Sabah. So, what’s the reality? The reality is GRS has been talking about a same thing every budget. Last year, last last year, last past four years. They talk about the same thing. The result is Sabah Employment Association revealing, alarming numbers of 11,395 SME closed down during your watch. Unemployment figures further paint a blend pictures with 165,600 Sabahans jobless in 2023, and the number climbing up to 180,000 2024 this year closing this year.
So unemployment continue to sold despite of these good what policieslah. So when we expect unemployment figures to climb up again in 2025 or and more SME to closed on or the way they expect them tp climbing down? There is a very good question of the government ya.
Statistics and figures don’t lie. This is the reality. So, unemployment continues to rise and SME continue to close down under your so-called policy so pleaselah jangan syok sendiri ya.
One huge challenge for SME is a minimum wages impact on Sabah. So, what is the government stand? The State Government stand. Because nobody seems to care about them. Government so don’t make any stands on this all.
Sabah’s micro small medium business will face staggeringly more than 21% increment in labour costs by February 2025 is implemented. This are ready been confirmed by the worker association. So, the cost increase will be further compounded when the cascading rage rises for experienced and senior workers in the company are necessity to maintain work harmony. For example, if I’m a new worker, I come in 1700 so the old worker. If I’m old worker how? Tak kan saya pun 1700 right? So, I also have to increaselah, in order to maintain the work. How many that’s what demand, Datuk Speaker.
So all in all, businesses will face tremendous labour cost rise which is hard to mitigate in this very restrictive market in Sabahlah. So, Sabah Employment Association again they have said the association does not believe that the logic for increasing minimum wages is effective soundly in the context of Sabah.
So, GRS again has failed to address on this issue and swiping the issue under carpet or not, it will not be ok. So government has failed on SME communities and thus expected to cause more to close down, more jobs lost as a result. Inflation expected to rise because of rising salary due to the higher operational costs and thus leading to higher cost of living.
Now cost of living Datuk Speaker. Remain record high, record high and ever rising for Sabahans and many families are already struggling to put foods on table today. This is the reality ya. So, what has the government done to address this issue? Almost close or nothing when we look at the budget (suara tidak jelas) close to nothing except for giving money. By giving money is what the answer. There must be a policy, that is good enough to take this issue. Not giving money, dishing out money only. Okey, so there come okey water now.
So, when it comes to water, has been two years already now. I think I believe here I’ve been debating and started rising this issue two years ago, when we notice a lot of things was not right. The situation of waters issue now has worsen and getting from bad to worse to now unbearable and as if we are back to the future Datuk Speaker. We back to the future like we gone back all the back to 70s 80s. I believe Datuk Speaker says maybe 70s 80s not that bad. KK a bit area maybe don’t have water problem but now it’s really in a very serious take.
You can name it, which area in don’t suffer water shortage in Sabah today under the GRS government? Which areas you tell me. Excuse always low pressure, Kapayan area low pressure, no air, kalau ada air mati, air mati water. Even though they have to pay for it’s meter. They pay for the money water. You see, this is the current situation. Kopungit, Luyang areas same. Keramat, Tuaran ah this is surprising because why Keramat? Tanjung Keramat, Tuaran communities are suffering without water on daily basis and sometimes for weeks and this is the kawasan of the very Minister of taking care about water and also the kawasan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri and still happening. Amazing.
Sandakan salty water remains a joke and continues to plague the Sandakan communities with more related diseases now. Because two years already. Skin irritation, there are lot of other et ceteralah, other diseaselah. So, there’s no
immediate steps because I believe the government has promise many times, to address the issue. Immediatelylah, committee after committeelah. But then again the problem continues. So there seems to be no adjournce except for excuse after excuse. So failed again energy ever since SESB was taken back by Sabah.
Yang Berhormat, you cannot make a blank at accusation. Must be best on something. If you have figures, you cannot just blank at accusation.
Which accusation? Tak apa, itu saya tarik balik.
Itu generalise.
Don’t take away the time ya Datuk Speaker.
Semua tiada, is very generalise.
Okey, I understood that. Okey, energy.
Thank you Datuk Speaker. Energy, ever since SESB taken back by Sabah, scheduled load shedding blackout started, ya started. So, before that there was no schedule blackout. But once they take over, there’s scheduled what load shedding started and continues to happen. I asked Yang Amat Berhormat last year lagi, when will the Tenom Hydro Power Plant be recovered, because they are produce 33 megawatt to the total our capacitylah. 12,000 over capacity. Sorry, 12,000 capacity sorry. So the operating, so that this ah I have asked Yang Amat Berhormat when will the Tenom Hydro Power Plant be recovered, so that can produce full in full capacity since last year and Yang Amat Berhormat he himself in this very August promised March last year eh this year but what happen today? As I know Hydro Power Plant Tenom still not operating. Even if operating in not full capacity and then historical event occurred…
Even though our SESB Chairman is already warned us by January next year. Mungkin entire Sabah gonna blackout but he anticipated because before that the whole East Cost is blackout. Historical. Ya. Very historical. This have black out the whole East Cost have black out for almost a day and nobody cares, address the issue and the loses suffer by the people. The loses suffer by the people and how to rectify this issue. So why is the people of Sabah now facing higher electricity bills and consistent blackout without notice, and according to our SESB Chairman statement now seems to imply now that there will be further increment again and this will end up to inflation as well as the operating costs of doing businesses and yet there seems to be no urgency at all. There is no agency in the budget to address but this the issue. Okay, so what has GRS done to taken this issue. So, to me in my opinion, Datuk Speaker, has faillah, in my opinion has fail. Ya. I don’t want their (kurang jelas) in my opinion has fail, right.
So food security. There’s no agency to a long term strategy to ensure food security in Sabah. Now you see. Okay. I don’t want to go into lengthy. I just go very quickly. GRS can’t even resolve self sufficient level for chicken and eggs. It’s a joke. This is a joke, Datuk Speaker. Sabah has been importing more and more chicken and eggs than ever. Right now than ever. Okay, so YB Menteri, he himself in this very August House, that he has expressed surprise in this very August House I think during the last penggulungan he said he didn’t understand why the price remain high even though there are import licenses being issued today. He say he didn’t know why. So maybe the answer is corruption. Maybe there is a lot of accusation about corruption recently maybe. Maybelah. I’m saying maybe onlylah. Ah. I don’t want to accuse. Okay. So the price of chicken and eggs very remain highest and at least 50 to 80% higher than average price in Malaysia. I just check standard chicken price today in KL, RM7.20 to RM7.70 per kg. Okay. I was Sabah suppose to be RM12.00 now raise to 12.80, now raise to RM13.00, 14, 15. The latest I find in the market. Almost 80 to 100% higher compare to KL and Sarawak. What is going on? What is going on with our state? I want to ask our government. Okay, how long that it takes for us to rear a chicken. How long, Datuk Speaker, for the 45 days. 50 days. To rear a chicken. And how long has it been in government? Four years. Four years down the
road and we still cannot resolve the issue of chicken and eggs. Apa lagi food security yang lain itu. Kita jangan sebut lagilah. Ya.
Datuk Speaker, and I excuse again. So we can able resolve that. Okay. So don’t give us false hope anymore. Ya. Okay the SSL for rice. If I remember correctly, ya, in the budget. I think Menteri Kewangan mention SSL for rice is now sitting at 22.6%. But correct me if I am wrong. If I am wrong. Because when I was in Minister side member, we were achieving 26%, 27%. That was our official figure. When we were in the … when WARISAN was in the government four years ago we are sitting at 26, 27% and now the percent has went down. Come down. That 2.6 % today. Correct me if I am wrong. I hope I was wrong. Okay.
Datuk Speaker, and what happen ya, Datuk, last four years when they comes to padi cultivation, what has happen to us? So Lembaga Padi okey. Announce many times already. The last four years finally put to action. Finally. They put their action. So what their what is the strategy? The strategy is to achieve. I mean they said they want to achieve 30% sales subtial level by 2026. 2026, 30%. Okay, but the result actually the last four years go on backward. Bukan increase. Tapi go backward. Okay, in September 2022 our Menteri himself express the food security issue he said. His strategic plan was achieve subtial level for rice. 60% by 2030. Then is already how. Now we going backward better going forward. So I don’t know which is … 2026. 2030. Which one? I pun tidak tahu, Datuk Speaker. Maybe they can address later. Ya. So Menteri Kewangan is his budget speech reminded and emphasised to the public agencies to utilize over the funds and integrity and always prioritise responsibility in improving the state social economy status. Ask my Learned friend. Our Finance Minister. That’s is very important question, Datuk Speaker. I want to find outlah. So what I suspect to be suspect only, ya. To be potentially maybe a bigger scandal deal. Then the last water scandal deal. Maybe. Okay. That’s want I want to ask. Okay, this year the water department has been allocated 700 to 729 million and I want ask Minister of Finance. Has the MOF undertaken as a guarantor through Sabah Credit to finance as PFI. To finance as PFI to a proposed concession project by company name, Tegas Potensi Sdn. Bhd., a propose concession of 1.5 billion for 15 years.
Has it been success? Has it been done?
What’s the status of this proposal and what is this progress if agreed, what is the implementation stage of this project. I would like to ask because then this 700 over million may be used for this? Initially a start up for this project. So I want to ask this. So, okay.
Datuk Speaker, pass in the change. Okey, bilakah pembinaan terminal bersepadu bagi pengusaha bas berhenti-henti seperti yang pernah dijanjikan oleh pihak DBKK sebelum ini. Pengendalian bas berhenti-henti tidak sistematik dan membebankan pengusaha bas dan penumpang. So, dimaklum bahawa Terminal Bersepadu sepatut siap pada tahun 2020. Tetapi ialah tidak berlaku. So, kenapa pihak DBKK tidak guna KK Central which just completed sebagai stesen pertukaran bas interchange seperti apa yang dicadangkan sebelum ini. Memandangkan KK Central telah siap dan perlu digunakan sepenuhnya lagi. Ya, so KK Central tersebut masih lagi dalam keadaan tidak diguna sepenuhnya dan what happen to the propose Kapayan bas interchange. Because that suppose to improve and efficienise our public transport system. And don’t know what happen is in the blue Sabah Blue Print. Okay. Can go and take it up. Saya tidak tahu terdapat pengusaha bas ini macam yang dianaktirikan. Now, okay actually I don’t want to raise this issue but I need to give me time ah, Datuk Speaker. Ah, tentang Sembulan punya eviction noticelah. Apakah jaminan kepada penduduk Sembulan bahawa mereka tidak dapat tidak akan dihalau sepertilah yang dijanjikan oleh pihak Kerajaan. So, pada 19 September 2024, penduduk Sembulan telah menerima notis pengosongan tanah dan struktur dan bangunan atas Skim Pembangunan Semula. So, bandar apa ini Sembulan, KK daripada Jabatan Tanah dan Ukur tempoh kekosongan 14 hari dan terkini Kerajaan telah mewujudkan aktiviti pengosongan tersebut ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.
Okey, secara lisan sajalah. Jaminan daripada Kerajaan. Sebenarnya saya tidak mahu raise ini issue because I tanya itu soalan. I send already a soalan to to the governmentlah. But ditolaklah. Persoalan ditolak. Ini pun mahu ditolak. Saya pun kurang faham sudah di sini. Because ini soalan pun dorang tahu ini amat membimbangkan bila ditolak ini mahu menjawab soalan. Ini amat membimbangkan saya dan warga-warga di Sembulan, penduduk di Sembulan.
Okay, now the another issuelah. Last one. KK City. Datuk Speaker, KK City everybody live in KK City and it’s in a very sorry state of darkness. Why we call
darkness because if you run to KK City now every night ah. I know I'm closing already.
Three minutes for you.
Three more minutes, thank you, so I can tell a bit more time if you drive at night the through out the whole city you’re … you will see the whole KK city ah, banyak itu lampu kan I don’t know what happen. The lights are difficult to maintain to those semua lampu pun tertutup ... Semua mati padam-padam. And you cannot see, its so dark, its so embarrassing in KK is covered by the darkness and the only light is those advertisement and itu signboard yang ada lampu daripada peniaga Cina dan that those are the light. Not the street light. Okay. So what does it mean? Datuk Speaker, its mean ah, he goes all the way down not that issue that policy matters by the way down to the lightings with the light also this government cannot manage. KK City include that’s Kingfisher, includes Penampang, includes Bundusan. Includes all this arealah. Its crazy. Its just a no lighting I thinks so but bagaimanakah pihak DBKK melaksanakan maintance lampu di Kawasan KK terutamanya Tanjung Aru bagi mengelakkan kadar jenayah meningkat because that’s has caused banyak crimate increased. Okey. Terdapat kes kecurian kereta di kawasan masjid even in Tanjung Aru. Dalam masjid pun ada orang curi kereta. Ini berlaku. Okay, they went to the house they steal the keys and they went to steal the itu rumah. So, kes berapa ah, beberapa rumah lagi Tanjung Aru dan rumah di lorong Pangsa Tanjung Aru telah dimasuki pencuri dan dengan macam itu berani. Okey, kegiatan pencuri ini berlaku dalam apa ini pukul tiga pagilah. So, perkara ini berkait rapat dengan masalah lampu jalan yang tidak dimaintain. Okey, menyebabkan beberapa kawasan termasuk kawasan kes kecurian dalam keadaan gelap. Ini menjadi salah satu faktor kepada aktiviti jenayah berlaku. And this is very sad because I don’t think this is only happen in Tanjung Aru. I think its happen to many other area and we have met the police station and the police station told …
… Because that the police station in Tanjong is no longer is only information, informasi centrelah because they not in enough police officers. Maybe our state government have really to put inside effort to address or concerning the issues a continuing the people.
Sudah lapor poliskan?
Ya, i close it ya.
Habiskan, gulung sekarang.
Ya, i close it ya. So, iyalah dengan yang apa, yang sudah saya bahaskan. It’s look like our life is not important we are very, we stay in a we live in direct asal and is very embarrassing when you to KK area life all this happening no water, no electricity, tourist laughing at us. We go to KKIA, no electricity imagine just imagine that kalau itu tourist come down and go to the toilet eh, sila bawa you punya mineral sendiri, kenapa? Tiada air. Okey, dekat isu.
Yang Berhormat,
Okay, i back word, so i close, i close, i closing, i closing but many i continues maybe one day have, one day don’t have the next day don’t have, Datuk Seri ...
Habis sudah? I say i say ready not all KK area no water, no electricity. Ya, many wrong. Kita punya pelancongan bimbang ni your panting beri dark picture for KK.
Ya, Datuk Seri.
Gulung, gulung, gulung, gulung.
Ya, Datuk Seri how could be you when the statement like generate 2025 the all Sabah black out even scary. You knowkah?
Itu bukan hari-harilah.
Anywhere i say it’s generalize.
Yalah, okay, can so i closed, i closed. So i hope government take this serious.
Sila gulung sudah.
Okay, i hope the government, to take this very seriously. Whatever i bahas in good will okay my not sound will but is going hopefully the government can take it very serious rectify this issues and to me Datuk Speaker, this is to be again in my opinion the budget like i say seem embarrassing but it’s nothing very impressive when a come to the content looks to me more like a vote buying budget lah. Passing out case here and there especially during the election coming overlah.
Okay, so we need, so is many issues pressing issues not giving priority okay. So will that or before that ya, before that i want end my budget Marry Christmaslah reading to all Sabahan ya, Datuk Speaker, but actually here i got one point of order, i want to just to remindlah Datuk Speaker because every days, a few times that the YB from i sad their one raisedlah i share a bit not a big deal but i still want raised because a called their Standing Order. A lot of YB maybe new, maybe the one puji jadi calon so their very eagle dia sudah sebut nama dia lagi but actually in the Standing Order very clearly content pictures no member show refer by name to any other member. Ministry should be refer by the destination of office here by name but many times, itu saya tidak tahulah mungkin barulah YB kan tapi saya rasa Datuk Speaker, kena kasih fahamkan diaoranglah. Kalau itu pun terlampau tidak ngam juga. Periksa tu namalah okey, thank you Datuk Speaker.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Aru. Sekarang saya jemput Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin untuk berucap, 12 minit.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu, saya, saya segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana melindungi negara dan negeri ini serta mengekalkan keamanan dalam suasana yang mencabar ini.
Ucapan tahniah dan syabas kepada Jemaah Menteri dan Ahli Kerajaan GRS-PH di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Noor dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa berusaha mengekalkan keharmonian dan profesionalisma berpolitik.
Datuk Speaker, Belanjawan Negeri Sabah 2025, belanjawan bajet, Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2025 memperlihatkan bahawa bajet ini, bajet kali ini adalah pembentangan bajet merealisasikan impian dan harapan rakyat secara holistik yang merangkumi seluruh aspek tanpa meninggalkan mana-mana pihak untuk sama seiring membangun negeri Sabah Maju Jaya, Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.
Belanjawan Sabah 2025, pada kali ini sangat menitikberatkan Pendidikan Anak-anak Tempatan Sabah, menjaga Kebajikan Masyarakat Sabah. Khususnya dalam penyediaan peruntukan bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat 300 sebulan selama setahun dan dengan harapan bahawa seterusnya ahli keluarga yang berkenaan akan berusaha untuk meningkatkan ekomoni keluarga.
Selain itu, sifat prihatin Kerajaan Negeri juga terserlah melalui peruntukan bagi Rumah Mesra SMJ sebanyak 2050 juta melibatkan 3000 unit seluruh Sabah. Malah kita menyanjung tinggi keberkesanan kepimpinan Kerajaan terhadap nasib serta kepayahan peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen peniagaan yang sah dengan Bantuan One-Off 5000. Begitu juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada peruntukan khas dan pembangunan kecil seluruh Sabah sebanyak 2214 juta serta Program Pembangunan Kecil, Program Penyediaan Kemudahan dan Pembaikan kawasan MASH, MAS, MASG, Program Imuniti, Ekonomi Desa, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan sebanyak 19.5 juta dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan rakyat.
Datuk Speaker, ini menunjukkan bahawa Kerajaan pada hari ini Kerajaan GRS-PH begitu mengambil berat tentang memastikan kehidupan rakyat di Sabah ini akan bertambah baik dan Sabah bertambah makmur.
Datuk Speaker, berkenaan dengan Industri Kreatif di Sabah saya ingin menekankan kepentingan Industri Kreatif di Sabah. Negeri kita terkenal dengan kekayaan budaya dan bakat kreatif yang luar biasa, namun begitu Industri Kreatif di Sabah masih belum mencapai potensi sepenuhnya.
Walaupun kita mempunyai sumber daya manusia yang berbakat industri ini masih kekurangan dasar dan ekosistem sokongan yang tersusun. Datuk Speaker, tidak dinafikan bahawa Sabah memerlukan satu badan sebagai payung yang khusus untuk menguruskan dan menyokong pembangunan Industri Kreatif seperti yang dilakukan oleh Lembaga Pelancongan Sabah untuk Sektor Pelancongan.
Selain itu, tidak ada Kementerian atau Jabatan di peringkat negeri yang diberikan mandat khusus untuk memajukan Industri Kreatif. Rakyat Sabah, khususnya golongan muda yang berbakat dalam seni persembahan, media kreatif, warisan budaya memerlukan platform yang lebih baik untuk mempamerkan bakat mereka. Kekurangan peluang untuk mempamerkan bakat ini menyebabkan berlaku aliran keluar bakat ke semenanjung Malaysia ataupun ke lain tempat.
Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk membangun dasar yang menyokong Industri Kreatif di Sabah ini termasuk memperkenalkan program pendidikan, latihan kursus dalam bidang kreatif, menyediakan dana insentif terhadap usahawan kreatif serta memastikan perlindungan hak harta, intelek untuk produk kreatif.
Dalam menghadapi Era Digital kita juga perlu memastikan bahawa penggiat Industri Kreatif di Sabah tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi terkini penyediaan infrastruktur digital yang baik dan latihan dalam bidang teknologi kreatif seperti aminasi, reka bentuk grafik dan pengeluaran media digital adalah sangat penting. Saya ingin menyeru agar Kerajaan Negeri khasnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi serta agensi-agensi di bawah Kementerian ini memberi perhatian serius terhadap pembangunan Industri Kreatif di negeri Sabah.
Datuk Speaker, perumahan rakyat, perumahan rakyat memerlukan adalah merupakan satu isu besar dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang pada masa kini terbeban dengan sara hidup yang tinggi menyebabkan kemampuan untuk membeli rumah semakin terhad. Sehubungan itu, adalah penting bagi pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala kajian terperinci mengenai masalah ini, selain mewujudkan skim atau kaedah baru bagi membantu rakyat Sabah membeli serta memiliki rumah sendiri pihak swasta juga mesti memikul tanggungjawab sosial untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak terlalu membuat projek berdasarkan keuntungan lumayan semata-mata.
Datuk Speaker, pembahagian 5000 Unit Program Perumahan Rakyat ini termasuklah 1000 ribu unit masing-masing di Tawau, Sandakan serta 3000 unit di Kota Kinabalu di mana Kerajaan Negeri akan membina sejumlah 3000 ribu unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya pada tahun depan bagi membantu …
…keluarga dan individu yang masih belum mempunyai rumah tersendiri. Saya menyeru dan menggesa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, agar 5,000 unit rumah mampu milik di bawah Skim Program Perumahan Rakyat di Sabah, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri baru-baru ini mampu memenuhi keperluan rumah dalam kalangan masyarakat kita khususnya mereka dari kumpulan B40, kumpulan berpendapatan rendah.
Saya ingin menyentuh mengenai hal agihan Program Perumahan Rakyat Termiskin yang kini telah ditukar dan dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera. Suatu perkara yang perlu dikaji semula ialah mengenai kaedah agihan rumah berkenaan yang tidak sewajarnya bersandarkan kepada nama yang tersenarai di dalam sistem e-Kasih. Hal ini berbangkit apabila didapati sebilangan rakyat yang tersenarai dalam sistem berkenaan bukanlah merupakan golongan yang benar-
benar memerlu unit rumah kediaman. Mereka ini pun telah memiliki rumah dan tempat tinggal sendiri, cuma masih tersenarai sebagai golongan miskin yang masih perlu diberi bantuan dan sokongan dari Kementerian Pembangunan dan Masyarakat, Kesejahteraan Rakyat, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan lain-lain agensi Kerajaan yang berkaitan. Padahal apa yang perlu ialah Pegawai JKM yang terlibat perlu turun padang dan melihat sendiri permohonan rumah PPR ini sama ada mereka yang benar-benar layak atau tidak.
Jangan cuma berdasarkan kepada senarai di dalam sistem e-Kasih. Saya masih ingat dulu waktu mula-mula saya menyampaikan ucapan di Dewan yang mulia ini, saya memohon agar sistem e-Kasih itu dikaji semula. Dan kalau saya tidak silap waktu itu juga, waktu itu, Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyidin, dia juga menyokong agar sistem e-Kasih itu dikaji semula kerana al-maklum, mungkin waktu mula-mula sistem ini diadakan, dia tidak dibuat dengan teliti. Dan sudah sampai masa sekali lagi saya merayu agar sistem e-Kasih ini dikaji semula khasnya di negeri Sabah.
Dengan amalan turun padang ini diharapkan proses pengagihan rumah PPR akan lebih adil kepada keluarga yang benar-benar memerlukan, meskipun mereka tidak ada dalam senarai e-Kasih itu sendiri disebabkan pelbagai faktor lain. Kita berharap dengan pendekatan seperti ini, kerajaan akan dapat melaksanakan program membantu rakyat memiliki rumah mencapai sasaran yang sebenar dan bukan pihak-pihak yang mungkin mengambil kesempatan sedangkan mereka tidak layak.
Datuk Speaker, saya ingin menyampaikan sedikit Speaker adalah kawan-kawan daripada bandar Sembulan. Saya juga di sini ingin menyentuh mengenai Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan. Saya terpanggil untuk menyuarakan isu Kampung Sembulan dalam Dewan yang mulia ini kerana ramai kawan-kawan saya mahu untuk menyuarakan masalah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini agar hak pemilikan tanah perlu diberi perhatian dengan mengambil kira situasi menang-menang antara dua pihak, iaitu Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Tanah dan Ukur bersama pemilik tanah Kampung Sembulan yang terlibat. Apa yang diharapkan, kerajaan dapat mewujudkan Kampung Sembulan akan berwajah baru dan paling penting hak
memiliki tanah itu perlu diberi perhatian dan diberi keutamaan. Kita tidak mahu Kampung Sembulan ini hilang dari peta Kota Kinabalu.
Projek Pembangunan Kampung Melayu Bumiputera Sembulan dan amat mengharapkan agar projek ini mampu menjadi Kampung Melayu Moden pertama di Sabah. Apa yang perlu ialah pegawai, apa yang perlu, iaitu menurut penduduk di Kampung Sembulan mereka mahu kampung itu dibangun tetapi mestilah dengan orang bilang win win situation menang menang situasi. Itu yang sangat diperlukan. Saya ini di Ranau tapi oleh kerana kawan-kawan yang meminta saya untuk menyuarakan sini hal Sembulan, maka saya terpanggil untuk menyuarakan di Dewan yang mulia pada hari ini.
Sebagai penutup Datuk Speaker, saya berharap agar kita Malaysia dan negeri Sabah akan terus aman dan harmoni. Saya juga amat bersyukur kerana Ahli-ahli politik dan kepimpinan dalam GRS-PH yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sangat matang berpolitik dan mementingkan keharmonian. Rakyat negeri ini juga telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam mengekalkan keamanan. Akhir kalam, marilah kita bertekad untuk memperbaharui diri kita dan melangkah ke arah kebaikan khususnya dalam perhubungan kita antara satu sama lain. Jika kita semua tanpa mengira kaum, agama, bangsa mengambil langkah ini, nescaya hubungan kita akan lebih erat. Perpaduan yang menjadi lambang kejayaan kita akan lebih terus teguh dan kukuh demi menjamin masa depan negara yang lebih cerah dan cemerlang. Sebelum mengakhiri ucapan pada Persidangan yang mulia pada hari ini, marilah kita berdoa agar Allah SWT terus memberkati negeri Sabah yang kita sayangi ini. Sebelum mengundur, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua mereka yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2025.
Piring kaca berisi kiambang, Dedak berbunga lapis di dulang; Bersama Ketua Menteri menongkah gelombang, Segera kita menangkis petualang.
Dedak berbunga lapis di dulang, Berwarna emas sepuhan masa;
Segera kita menangkis musuh, Melindungi tunas harapan bangsa.
Datuk Speaker, saya menyokong.
Terima kasih Adun Dilantik Datuk Amisah Yasin. Sebelum itu suka saya ingin ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, masa yang diberi kepada setiap Ahli Yang Berhormat untuk berbahas adalah selama 12 minit. Sekiranya lampu LED microphone anda telah berkelip-kelip, itu bermakna sepuluh minit telah berlalu dan anda mempunyai baki masa dua minit sahaja untuk membuat penggulungan. Dan untuk memastikan sesi perbahasan kita berjalan dengan lancar dan teratur, jika ada mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas dan masih berada di luar Dewan, sila masuk dan bersedia di dalam Dewan sewaktu sesi perbahasan.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Merotai. Selepas Merotai, Liawan, bersedia. Sudah bersedia?
Bismillahirahmanirahim. Sudah Speaker.
Teruskan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan pada kali ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Negeri kerana memberi Bantuan Khas kepada seluruh penjawat awam negeri sebanyak satu bulan gaji ataupun minimum RM3,000.00, tahniah. Saya ucapkan juga tahniah kepada semua penjawat awam. Mudah-mudahan Bantuan Khas ini dapat memberikan motivasi, galakan kepada semua penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab.
Datuk Speaker, saya juga menyambut baik pengumuman Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan Bantuan Khas RM300.00 sebulan selama setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar. Kita sedia maklum bahawa rakyat kita di bawah, di akar umbi sekarang berdepan dengan masalah kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup rakyat pada masa ini. Jadi bantuan-bantuan ini sangat bermakna kepada mereka semua. Tapi Datuk Speaker, saya sebenarnya juga keliru sebab yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa sebanyak RM358.5 juta Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, iaitu sebanyak RM3600.00 setahun, Tuan Speaker. Jadi, bila saya kira, puratanya adalah lebih kurang 99,583 orang miskin dan miskin tegar. Tapi yang memusykilkan saya Datuk Speaker, dari mana angka ini?…
Kedua, penyataan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 13 Ogos kalau tidak silap saya. Nyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah pun menoktahkan kemiskinan. Sudah tidak ada miskin tegar. Tetapi, kalau dilihat daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan saudara Rafizi Ramli menyatakan bahawa 38% isi rumah miskin tegar di Sabah adalah 38% isi rumah miskin tegar adalah berada di Sabah. Kalau kita lihat sebanyak 18 445 isi rumah di Malaysia miskin tegar dan 38% adalah daripada negeri Sabah, iaitu sebanyak 6937. Jadi saya ingin maklumat lanjut daripada sama ada daripada Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mana data yang sebenar miskin tegar. Kalau kenyataan-kenyataan tidak konsisten daripada Kerajaan Negeri sekejap ada miskin tegar sekejap tidak ada hapus sudah miskin tegar bagaimana untuk merancang untuk kepentingan-kepentingan rakyat di luar sana.
Datuk Speaker, sebab saya merujuk kepada Berita Harian Online di mana Ketua Menteri menyatakan “saya mengumumkan bahawa kita sudah berjaya menghapuskan miskin tegar di negeri ini pada 31 Julai tetapi dalam kenyataan daripada Menteri Kewangan semalam miskin dan miskin tegar telah dikenal pasti. Jadi rakyat pun keliru, saya pun keliru saya rasa Ahli Dewan Undangan Negeri yang
ada di dalam Dewan yang mulia ini pun keliru yang mana sebenarnya figure tersebut. Datuk Speaker, saya juga ingin membawa kepada …
Datuk Speaker, Yang Berhormat mengatakan tadi semua keliru kecuali saya, saya tidak keliru kerana saya faham.
Syabas. Jadi saya minta nanti penjelasan daripada Yang Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan nanti. Terima kasih Yang Berhormat Kuamut, abangku. Datuk Speaker, selain daripada itu saya juga ingin menyeru Kerajaan walaupun kita mempunyai hasil yang tinggi, iaitu punca pendapatan kita ada tiga sebenarnya, iaitu daripada royalti petroleum, kedua daripada cukai jualan minyak sawit, ketiga daripada cukai jualan negeri terhadap kepada produk petroleum yang mencapai berbilion ringgit. Saya ingin mengucapkan sebenarnya terima kasih sekali lagi kepada Senallanglah sebab usaha Senallang untuk memperkenalkan ataupun melaksanakan cukai jualan tersebut pada 1 April 2020 sehinggakan hari ini Kerajaan dapat hasil yang banyak dapat memberikan insentif-insentif yang banyak kepada rakyat negeri Sabah.
Datuk Speaker, saya juga ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya menjalankan perbelanjaan berhemah. Apa yang saya lihat, Datuk Speaker, ada di beberapa tempat ada ADUN-ADUN yang berlantik dua PPM. Kalau saya boleh sebut, saya rasa kalau saya salah mohon dibetulkan, Datuk Speaker. Kadamaian, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang, Limbahau, Tanjung Papat, Kunak. Semua ni melantik dua PPM. Apa asas kita untuk melantik dua PPM yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Ini adalah satu pembaziran kepada duit rakyat. Begitu juga seperti yang disebutkan dalam video Kemabong, dia ada menyatakan bahawa dia dilantik sebagai pengerusi juga sebagai bertaraf Menteri. Ini juga adalah satu pembaziran memberi tekanan kewangan kepada GLC-GLC.
Datuk Speaker.
Ya, sila. Sila. Sila.
Bagaimana pula dengan pelantikan dua JPKK dalam satu kampung. JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan JPKK yang dilantik oleh pihak Persekutuan melalui parti tertentu. Apakah itu satu pembaziran?
Baik. Saya jelaskan. Untuk makluman Yang Berhormat Kuamut. Pelantikan JPKK Negeri dengan JKDM saya rasa berbeza sebab mungkin di pihak pentadbiran negeri Sabah berbeza dengan pentadbiran di Federal. Boleh? Datuk Speaker, bukan itu sahaja, Datuk Speaker …
Boleh minta lawan sebab dia ada sebut tadi Kemabong.
Boleh, YB Kemabong. Sila. Sila.
Terima kasih, sahabat. Tadi beliau ada menyentuh mungkin pasal tu videolah itu. Wasting my time ini pun wasting my time juga mahu jawab tapi tidak apalah saya jawab. Saya fikir ini, pelantikan taraf Menteri sebenarnya adalah fasiliti sahaja. Kepada seorang wakil rakyat yang pernah memegang jawatan Menteri dan senior. Itulah tujuan dia.
Terima kasih penjelasan daripada …
Sebenarnya ini dipohon dan tengok kita layak dan dilantiklah. Ada kelayakan. Terima kasih.
Ya, terima kasih daripada Yang Berhormat Kemabong.
Yang Berhormat, Merotai. Peringatan 5 minit lagi ada. Teruskan.
Terima kasih. Saya diganggu, Datuk Speaker, tambahlah sikit. Terima kasih, Yang Berhormat Kemabong. Ya, saya pasti mungkin itu adalah penghargaan kepada sepertimana Yang Berhormat Kemabong nyatakan tadi tetapi ia juga mungkin memberikan beban kewangan sebab mungkin bertaraf
Menteri ada elaun-elaun tertentu, gaji dan sebagainya juga akan diterima oleh pengerusi-pengerusi yang bertaraf Menteri termasuk pengerusi Qhazanah kalau tidak silap saya.
Tidak, Tuan Speaker. Macam ini. Apabila gaji taraf Menteri tu dapat pengerusi SEDCO sudah tidak ada dapat gaji. Dia satu ja. Dapat satu saja.
Yalah. Betul. Ya, betul sebab pengerusi SEDCO, pengerusi Qhazanah mungkin RM5, RM6 ribu, RM7 ribu tetapi kalau Menteri ikut gaji Menteri. Juga dibayar oleh …
Sekarang ini kalau kena lantik pengerusi RM5 ribu, RM6 ribu siapa yang mahu?
Tak apalah. Datuk Speaker. Tak apalah. Saya faham.
Yang Berhormat …
Saya faham. Saya faham.
Itu makanan satu bakul pun tidak cukup mau beli.
Ya, saya faham.
Yang Berhormat.
Can we close the case now?
Boleh, yang penting Yang Berhormat Kemabong close the case.
Ini …
Carry on sum up ni perbahasan perbelanjaan.
Apa yang mau dibincang-bincang pasal jawatan. Ini perkara biasa dari dulu pun macam tu. Kadang-kadang …
Tidak, dari dulu tiada. Dulu zaman kami tiada. Datuk Speaker …
Zaman kamu tidak ada kerana tiada kemampuan. GRS punya kemampuan.
Baik. Baik.
Okey. Terima kasih. Point noted. Merotai, teruskan.
Yang penting sekarang, Datuk Speaker, Kemabong telah pun mengesahkan bahawa gaji pengerusi GLC tidak cukup dan perlu gaji sepertimana yang Menteri dapat. Okey, terima kasih, Yang Berhormat Kemabong. Datuk Speaker, saya juga merujuk kepada buku anggaran belanjawan negeri Sabah 2025, iaitu dalam program 150 000, iaitu kegiatan-kegiatan akhbar dan penerbitan di aktiviti 15 010 kod 29 000. Saya ingin minta penjelasan dalam kod tersebut nyatakan bahawa perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti pada 2024, 2023, 2021, 2022 bila saya semak anggaran belanjawan lepas-lepas hanya RM2 juta tetapi kali ini 2025 telah meningkat sebanyak RM5 920 000 jadi kepada RM7 920 000. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan minta penjelasan secara terperinci apa ini. Apa kegunaan peningkatan ini sama ada beli barang atau sebagainya ataupun untuk melantik …
Syarikat-syarikat yang mengendalikan portal blogger, cyber trooper dan sebagainya, ini saya minta penjelasan. Saya tidak
menuduh tapi saya mahu minta details ini supaya saya dapat faham, dan semua ahli Dewan ini dapat faham ke mana duit ini dibelanjakan. Okey, Datuk Speaker. Selain daripada itu, Datuk Speaker, saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah pun memberikan statement bahawa akan terus bekerjasama dengan pihak SPRM sekiranya diperlukan.
Datuk Speaker, apa yang saya inginkan adalah satu kemakmuran kepada rakyat Sabah. Dulu hasil kita bergantung kepada kayu balak, dulu … Datuk Speaker. Dan saya juga mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah dulu semasa saya berada di universiti. Jadi, hari ini kayu balak sudah kurang, hasil kayu balak pun sudah kurang. Kalau kita bergantung kepada gas dan minyak, saya yakin akan datang, gas dan minyak juga akan habis. Jadi, apa yang tinggal untuk rakyat negeri Sabah? Untuk kita bangunkan negeri Sabah adalah mineral yang ada di perut bumi Sabah yang cukup bernilai mungkin berbilion-bilion ringgit.
Kita ada emas, kita ada arang batu, kita ada nikel tapi Datuk Speaker, kalau kita tidak dapat mengendalikan mineral-mineral ini dengan baik dengan bijaksana, akhirnya rakyat Sabah juga yang tidak dapat manfaatnya. Kalau kita lihat Datuk Speaker, sebelum ini ada emas di Balung sana, yang kita dapat cuma lima peratus. Kalau dia dapat 100 juta, kita dapat royalti cuma lima juta. Kalau saya tengok daripada buku ini, tahun ini, kita dapat 10.5 juta royalti.
Datuk Speaker, kalaulah kesilapan yang lama kita buat lagi, kita akan dapat benda yang sama juga. Mungkin lima peratus, sedikit sangat. Saya mintalah kepada Kerajaan Negeri, mineral-mineral ini diberikan kepada GLC khususnya Yayasan Sabah. Kalau kita berikan mandat kepada GLC-GLC dan Yayasan Sabah ini, saya yakin, kita bukan sahaja dapat royalti, kita juga dapat keuntungan daripada operasi perlombongan tersebut. Kita juga dapat dividen daripada hasil keuntungan operasi perlombongan tersebut. Jadi hasilnya, kembali kepada negeri.
Bila negeri dapat bagi insentif kepada rakyat, biasiswa dan sebagainya saya yakin ini adalah lebih baik daripada kita bagi kepada syarikat-syarikat yang entah dari mana, tidak tahu dari mana, akhirnya apa yang berlaku hari ini? Berebut-rebut. Apa yang didedahkan di media sosial, didedahkan oleh mantan CEO cukup menyedihkan Datuk Speaker. Amanah ini kita pegang, ada 73 ADUN di dalam
Dewan ini yang telah dipilih, ditambah lagi enam ADUN yang telah pun dilantik, ditambah tiga speaker. Kita semua bertanggungjawab, Datuk Speaker. Tapi kalau inilah juga yang menjadi perebutan antara semua, saya yakin Sabah ini beginilah seterusnya. Beginilah sampai bila pun.
Merotai, boleh bagi laluan sekejap?
Nda (Tidak) payah, cukuplah mau habis sudah. Nanti ... nanti ada, nanti, nanti, nanti, nanti ada ...
Sebab disebut tadi ada Yayasan Sabah … disebut Yayasan Sabah.
Tiada sudah, tiada sudah, tiada sudah, minta maaflah.
Tidak, saya menyokong ini.
Minta maaf, tidak payahlah sokong pun, nanti dalam ucapan.
Okey.
Biar saya habis, saya ini tersentuh sudah ini, mahu kasih (memberi) habis sudah ini.
Sila gulung Yang Berhormat, dua minit.
Datuk Speaker, sekali lagilah Datuk Speaker, saya ingin menyerulah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berilah transparensi, berilah kejujuran. Nyatakanlah dalam Dewan yang mulia ini, kalau betul tidak ada salah laku, salah guna kuasa, nyatakan dalam Dewan ini dengan jelas, siapa syarikat yang telah diluluskan? Berapa? Di daerah mana? Di kawasan mana? Dan siapa yang meluluskan? Sama ada CEO SMM ataupun Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri selaku pengerusi SMM ataupun Board of Director Ahli Lembaga Pengarah yang berada dalam mesyuarat itu?
Rakyat semua ingin tahu, ini dah ada hasil kita yang akan kita guna nanti pada masa akan datang untuk anak cucu kita Datuk Speaker. Saya rasa Datuk Speaker, cukuplah. Saya rasa semua orang pun sudah faham, apalah aspirasi kita, apalah aspirasi anak muda di luar, apalah tanggapan mereka? Saya juga malu Datuk Speaker, kadang-kadang dorang (dia orang) cakap semua YB ini sama, sedangkan kami ini tidak ada kuasa, kami ini YB Pembangkang.
Tuan Speaker, Point of Order, Peraturan Tetap 43(1).
Silakan.
Seseorang yang berucap itu, haruslah menuju kepada topik yang dibincangkan dalam Dewan, iaitu perbahasan, perbahasan …
Baik, saya jelaskan. Mineral ini adalah hasil Yang Berhormat Kemabong.
Merotai, Merotai, Merotai, YB Merotai, Kemabong duduk.
Ya.
Kemabong, duduk.
Saya sudah baca tadi Datuk Speaker, dia kejujuran kepada Ketua Menteri seolah-olah ini dia ada sangkaan.
Okey, okey.
Duduk, duduk, duduk.
Apa adakah Ketua Menteri tidak jujur?
Biar saya jelaskan, biar saya jelaskan.
Adakah Yang Amat Berhormat tidak jujur?
Ini bukan saya cakap sangkaan jahat. Saya minta Yang Berhormat dengan ketelusan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan transparensi ...
Merotai, Merotai, dia buat rumusan, Merotai sebenarnya buat rumusan.
Tidak, saya minta tadi.
Rumusan YB ini ...
Saya ...
Menyatakan seolah-olah mineral ini tidak diatur dengan betul dan disebut juga Yayasan Sabah, saya bagi pengetahuan. Apabila kita meluluskan untuk konsesi.
Yang Berhormat.
Contohnya silika..
Speaker.
Bolehlah Datuk Speaker, sebab dia buat rumusan Speaker.
Saya rasa tiada kaitan dengan dia Datuk Speaker. Apa yang saya nyatakan semua ini berkenaan semua hasil ...
Saya mesti bagi explanation, kenapa dia buat rumusan?
Yayasan Sabah pun hasil Kerajaan Negeri.
Sebab itu saya cakap.
Daripada kayu balak, mineral pun hasil Kerajaan Negeri.
Kena check … kita punya fakta kena checklah dulu Merotai, janganlah, saya sudah cakap tadi, dengar …
Jadi ini adalah termasuk, semua dividen, semua dividen Datuk Speaker, royalti semua ditunjuk dalam buku ini.
Sebab apabila kita bagi peluang perniagaan kepada Yayasan Sabah, Pulau Balambangan pun kita bagi kepada Yayasan Sabah, apa yang dia cakap?
Bila saya cerita pasal mineral, royalti.
Dia tidak faham, you don’t understand apa yang saya cakap ini.
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Okey sebentar Merotai. Pantai Manis, Pantai Manis, Pantai Manis, dua-dua duduk, Merotai duduk, Pantai Manis duduk. Pantai Manis, Pantai Manis, kawal perasaan. Merotai kawal perasaan. Duduk, duduk, kawal perasaan. Pantai Dalit, sorry. Pantai Dalit. Terima kasih.
Boleh saya teruskan, Datuk Speaker?
Merotai kalau mahu teruskan, teruskan kepada penggulungan.
Saya teruskan.
Jangan sentuh lagi.
Saya teruskan dan saya gulung, Datuk Speaker.
Teruskan gulung, jangan sentuh lagi hal berkenaan mineral tersebut. Teruskan penggulungan.
Baik, baik Datuk Speaker. Datuk Speaker, mineral ini disebut.
Merotai, duduk, duduk.
Royalti disebut.
Merotai.
Berapa hasil kita.
Jangan, jangan sebut lagi berkenaan hal itu Merotai.
No Datuk speaker, takkan saya nda (tidak) boleh sebut dalam ini?
Okey, okey nda (tidak) apa, kita gulung.
Emas, emas di sini. Royalti emas RM10.5 juta.
Kita sebut tentang pendapatan yang kita terima.
Iya, iya saya sebut semua.
Berkenaan belanjawan, Merotai.
Saya kaitkan semua Datuk Speaker sebab ini yang akan menjadi hasil kita pada akan datang. Hasil yang baharu, meningkatkan hasil.
Okey, you want to continue with your point or you want to end your speech now?
Okey, nevermind Datuk Speaker. Nevermind Datuk Speaker. Terima kasihlah Datuk Speaker atas ruang ini sekali lagi. Saya sekali lagi ingin menyerulah kepada Kerajaan Negeri untuk menimbangkan semula apa pun keputusan yang telah dibuat. Mudah-mudahan segala hasil yang kita dapat pada masa-masa akan datang akan bertambah dan akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Sabah. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Yang Berhormat Merotai, sebelum itu Yang Berhormat Merotai, i was trying to be fair to you ya i have given about almost 20 minutes to debate, okay? But anyway thank you for your participation in the debate. Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, sebelum tu, saya rasa adalah adil bagi Merotai bila bercakap soal mineral sebab dia ada dalam dokumen bajet ...
Dibentangkan pada kali ini. Jadi menghalang dia untuk bercakap soal dokumen sokongan bajet adalah satu perkara yang tidak sewajarnya Datuk Speaker. Mohon maaf, terima kasih.
Terima kasih, point taken. Test, seterusnya saya ingin menjemput, ADUN daripada Liawan.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan Salam Maju Jaya.
Datuk Speaker, dengan penuh takzim saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker, kerana sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk sama-sama menyertai sesi perbahasan berkenaan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2025 di Dewan yang mulia ini.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran dan segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun lagi dan bersidang di Dewan yang mulia ini bagi sama-sama mendengar perbahasan mengenai Belanjawan Negeri Sabah tahun 2025, yang telah dibentangkan pada jumaat lepas.
Pada kesempatan ini, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih dan syabas serta tahniah kepada YB Keranaan, selaku Menteri Kewangan Negeri Sabah atas pembentangan belanjawan, yang saya kira sebagai tepat pada masanya. Di kesempatan ini juga saya dan seluruh rakyat di kawasan saya N.41 Liawan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di atas pembentangan Belanjawan Negara pada bulan lepas, memperlihatkan Kerajaan Persekutuan komitmen melaksanakan MA63.
Datuk Speaker, sebelum saya meneruskan ucapan perbahasan belanjawan Negeri pada petang hari ini. Mari kita semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran rombongan pelajar dari sekolah Menengah Gunsanad, Keningau.
Dan sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad 2, Keningau berserta guru-guru dan juga pemimpin masyarakat. Semoga memulakan perbahasan pada petang ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, berhubung belanjawan negeri bagi tahun hadapan, dan perbelanjawan pada kali ini tepat pada masanya. Dalam merangka kebijakan ekonomi termasuk belanjawan seringkali tertumpu kepada kupasan pakar dan pengurus ekonomi serta dialog pengusaha-pengusaha industri dan perwakilan peniaga kecil.
Namun, tidak dimungkiri kenyataan bahawa banyak sekali pelajaran yang diperolehi dari kunjungan kami dari pejabat Wakil Rakyat N.41 Liawan dan juga UPPM 41. Liawan ke akar umbi. Kunjungan menemui lapisan masyarakat di akar umbi sangat mengesankan. Ianya membantu saya memahami masalah rakyat.
Datuk Speaker.
Dan dalam merangka strategik. (suara bertindih)
ADUN Liawan, minta laluan sikit.
Sila.
Oleh kerana saya akan berucap pada esok, boleh tolong masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Liawan untuk saya mengalu-alukan Yang di-Pertua PIBG Tongod dan Telupid.
Terima kasih sahabat saya YB Kuamut. Masukkan dalam ucapan saya.
Terlepas sudah ini. (ADUN gelak)
Pada tahun ini, kita menyaksikan sendiri permasalahan rakyat akibat hakisan banjir, pendidikan, kesihatan, kenaikan harga barang dan kemudahan asas. Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Saya memahami bahawa Kerajaan diminta untuk terus berusaha sedaya mungkin bagi memastikan ekonomi negeri kekal teguh dan berdaya saing.
Walau bagaimanapun, selaku wakil rakyat yang diamanahkan untuk menggalas tugas ini, saya minta agar peruntukan kepada Kementerian-kementerian bagi menangani isu permasalahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, keterjaminan hidup dan sebagainya digunakan dan diagihkan sebaik mungkin, dan sekiranya kita berjaya menangani hal ini dengan bijak dan berhemah, maka pastinya kita dapat mencapai kesaksamaan, lantas dapat menyatukan keseluruhan lapisan masyarakat di negeri yang bertuah ini. Serta, memenuhi aspirasi hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lantaran itu, kita berusaha untuk mengelak pembaziran dan ketirisan dengan gigih dan sama sekali tidak akan membiarkan rakyat menderita akibat dari kekurangan serta kekangan yang ada. Atas semangat yang sama, saya berharap Kerajaan melalui belanjawan kali ini, akan memberi lebih penekanan terhadap usaha pemantapan ekonomi, menguasai aspek inovasi selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama.
Datuk Speaker, perlu ditekankan bahawa langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pengurusan, meluruskan dari kebengkokan, mengelak dari ketirisan termasuk kebijakan penyasaran subsidi dan peluasan asas hasil itu adalah diantara lain bagi mengupayakan bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat. Kerajaan hendaklah sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat, penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah, yang telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, saya berharap satu mekanisme yang lebih cekap dapat diperkenalkan bagi proses pemilihan agar mereka betul-betul layak dapat menikmati dan saya juga meminta agar proses atau
prosedur untuk mendapatkan bantuan tersebut janganlah dipersulitkan. Khususnya buat mereka yang tinggal jauh di pedalaman khususnya DUN N.41 Liawan.
Datuk Speaker, menerusi peruntukan sebanyak RM610.85 juta kepada Kementerian Pertanian, saya minta agar Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan peruntukan yang mencukupi untuk menaiktarafkan saliran air sawah khasnya di kawasan N.41 Liawan, serta di empangan Kampung Kadalakan, Kampung Senagang, Kampung Keritan, Kampung Bulu Silou, Kampung Masak, Kampung Toboh Baru, Kampung Ulu Liawan, Kampung Keningau dan Kampung Linsosod. Ini bagi memastikan proses penanaman padi penduduk kampung dapat berjalan dengan lancar sekali gus dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
Selain itu, menerusi belanjawan ini juga saya memohon agar kerja-kerja pembinaan jambatan di antara laluan Jambatan Sungai Liawan Kilometer 3.4 Jalan Luagan, Keningau perlu dipercepatkan. Disebabkan laluan tersebut merupakan satu-satunya jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Keningau dan tarikh siap dijangka pada 21 Mei 2025. Namun, saya juga ingin tahu apakah the current status projek ini.
Dalam pada masa itu, jalan-jalan menuju ke sekolah-sekolah juga saya mohon kepada Jabatan Kerja Raya Sabah agar menerusi belanjawan kali ini dapat melebarkan jalan-jalan tersebut bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak. Tidak dilupakan saya mohon, mohon pihak Jabatan Kerja Raya mengambil perhatian kepada permasalahan lampu-lampu jalan di Jalan Persekutuan yang tidak berkesudahan.
Datuk Anwar Ayuub @Annuar Ayub [Liawan]:… sehingga saat ini dan ada pihak menyalahkan wakil rakyat setempat kononnya kami tidak mempedulikan rungutan para pengguna. Dengan peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah, saya meminta dan memohon agar rintihan saya ini dapat didengar dan dilaksanakan segera. Dalam pada itu saya meminta agar kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan kampung juga dilaksanakan di kawasan DUN saya di N41 Liawan.
Di kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri Kerja Raya Sabah atas kelulusan menaiktarafkan jalan Kampung Keritan yang kini sedang berjalan. Namun pada kesempatan ini juga saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri agar jalan-jalan yang saya akan sebut ini juga diambil perhatian, iaitu Jalan Ulu Patikang ke Batu 27, Jalan Tenom Lama Sigapon, Jalan Gaulan ke Mempikit Laut, Jalan Terapah Kampung Semalang ke Jalan Beriawa, Jalan Senagang ke Kampung Ulu Senagang.
Datuk Speaker, kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda kampung-kampung dan juga bandar secara mengejut atau tanpa diduga. Oleh itu saya mohon Kerajaan agar dapat menyalurkan peruntukan yang disediakan kepada PBT, Majlis Daerah Keningau, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran agar kerja-kerja pembersihan longkang dan naik taraf serta pengorekan sungai di kampung-kampung yang terkesan dalam kawasan N41 Liawan dapat disegerakan pada tahun hadapan.
Sila gulung, Yang Berhormat.
Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, iaitu TVET memainkan peranan signifikan dalam membangunkan bakat tersedia pada masa hadapan. Bagi memastikan negeri tidak ketandusan bakat berkualiti untuk merealisasikan agenda besar negeri, selaras dengan dasar TVET negara, Kerajaan Negeri adalah selari dengan pendekatan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan peruntukan TVET. Keutamaan diberikan untuk meningkatkan kerjasama dengan industri, menyediakan peluang latihan untuk belia rentan termasuk dari kelompok miskin bandar terpinggir dan orang pedalaman khususnya di daerah Keningau serta membawa khidmat TVET bagi memanfaatkan masyarakat. Oleh itu saya memohon agar Kerajaan mengadakan pelbagai program TVET di kawasan pedalaman khususnya di daerah Keningau. Kolej-kolej vokasional dan sekolah-sekolah menengah teknik hendaklah terus diperkasa menyalur peruntukan yang cukup agar pelajar akan terus giat dalam bidang yang diceburi.
Datuk Speaker, tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif mengilhamkan rumah SMJ. Rumah seperti ini sememangnya amat dinanti-nantikan
oleh mereka yang amat memerlukan dan seharusnya Kerajaan Persekutuan juga mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri dengan memperbanyakkan pembinaan rumah PPR amnya di kawasan pedalaman dan khususnya di kawasan DUN N41 Liawan disebabkan pertambahan bilangan penduduk bandar yang berpendapatan rendah. Keprihatinan Kerajaan Negeri dengan meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat dapat dilaksanakan. Rumah SMJ yang dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi manfaat buat rakyat yang kurang mampu memiliki kediaman sendiri.
Saya menyokong usaha Kerajaan untuk terus menggalakkan penglibatan wanita di dalam sektor pengurusan dan pentadbiran. Namun dalam sektor ekonomi juga golongan ini perlu dilibatkan. Program-program seperti program perintisan kepimpinan wanita diperhebat di bawah Kementerian Wanita sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemimpin di pelbagai sektor dalam kalangan wanita.
Datuk Speaker, saya memohon juga kepada Kerajaan Negeri agar salah satu daripada 11 Pusat Permata Kurnia baharu yang bakal dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan Pusat Didikan Anak-anak Autism di Sabah dibina di kawasan pedalaman khususnya Keningau atau Pusat Perkhidmatan Autism dibangunkan bagi memanfaatkan komuniti autism khususnya di kawasan pedalaman. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah di dalam Dewan yang mulia ini kepada Dr. Valerie Wheelervon Primus dari Keningau di atas kejayaan dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Price 2024 serta komitmen beliau mengendalikan pelbagai aktiviti kelas dalam memartabatkan anak-anak keperluan khas ini khususnya autism.
Datuk Speaker, kebajikan pemimpin di peringkat akar umbi perlu diperkasakan. Pada tahun lepas elaun Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung telah dinaikkan dan sudah pasti meningkatkan produktiviti dalam menjalankan tugasan mereka. Namun ada satu lagi badan di peringkat akar umbi yang mungkin kita terlepas pandang dengan komitmen dan kesungguhan mereka dalam membantu Kerajaan menjalankan tugas, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Oleh itu melalui peruntukan perbelanjaan khas saya menyeru Kerajaan Negeri agar dapat mempertimbangkan kenaikan elaun Pengerusi JKKK dan jawatankuasanya bagi menghargai usaha
mereka selama ini dalam membantu Kerajaan menyalurkan maklumat dan juga menjaga kebajikan rakyat.
Akhir kata, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana haluan dan kemantapan negeri kian jelas memancar. Angka pertumbuhan pelaburan mula meyakinkan. Pemantapan urus tadbir dan budaya mempedulikan rakyat kian bertapak. Semua ini merupakan petanda baik ke arah merealisasikan hala tuju Sabah Maju Jaya yang diidamkan dan demikianlah hasil permuafakatan semua pihak pimpinan jentera pentadbiran, pedagang, pengusaha, pekerja dan rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya keamanan dan kestabilan ini perlu diperkukuh bagi memupuk semangat perpaduan kaum negeri muhibah serta kasih sayang rakyat mampu terangkat, terbela sekiranya kita semakin ihsan, rasa cinta dan iringan doa ke hadrat Ilahi.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh penduduk negeri Sabah dan juga kepada penduduk-penduduk di kawasan saya di N41 Liawan dan juga Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini. Dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.
Datuk Speaker, Liawan menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Liawan. Seterusnya saya menjemput yang Berhormat daripada Darau. Selepas Darau, Kemabong, sila bersedia. 12 minit, Darau. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana memberi ruang DUN Darau dalam perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima ini. Datuk Speaker, di tengah krisis bekalan elektrik yang berterusan di Sabah, Sabah Electricity telah mengambil pendekatan luar biasa untuk melakukan penjenamaan semula seolah-olah menukar logo itu akan menyelesaikan masalah gangguan bekalan yang menghantui rakyat. Dengan dana jutaan ringgit yang seharusnya digunakan untuk memperbaiki …
... infrastruktur. Mereka lebih memilih menghias diri untuk menarik perhatian dalam keadaan kritikal ini di mana peniaga dan rakyat terpaksa menanggung kerugian akibat ketidakstabilan bekalan. Penjenamaan nampaknya hanya satu gimik untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan sebenar dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Saya ingin bertanya, apakah alasan yang kukuh untuk mengutamakan penjenamaan semula sedangkan rakyat Sabah masih bergelut dengan masalah bekalan elektrik yang tidak stabil sehingga kini? Dengan kapasiti penjanaan yang hanya sedikit melebihi keperluan, mengapa Sabah Electricity tidak berusaha untuk meningkatkan infrastruktur di sebalik usaha penjenamaan yang hanya akan mencuri perhatian.
Bagaimana pengurusan Sabah Electricity merancang untuk menangani isu gangguan bekalan elektrik yang berulang di lokasi kritikal seperti lapangan terbang dan hospital? Adakah Sabah Electricity mempunyai strategi yang jelas untuk memastikan kelestarian bekalan elektrik ataupun adakah mereka hanya fokus untuk memperbaiki imej tanpa tindakan yang sebenar? Mengapa dana berjuta-juta ringgit untuk penjenamaan tidak dialihkan ke arah projek peningkatan sistem penjanaan dan pengagihan elektrik yang sudah lebih daripada mendesak? Kenapa perlu perbelanjaan jutaan ringgit untuk penjenamaan semula sedangkan pengerusi Sabah Electricity sendiri sedar bahawa pada tahun 2025 negeri Sabah akan bergelap tanpa bantuan subsidi tambahan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM lebih 200 juta ringgit. Pengerusi Sabah Electricity pernah mendedahkan melalui Sinar Harian, 4 Januari 2024 bahawa Sabah Electricity sebagai syarikat utiliti secara teknikalnya sudah muflis.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri ini mewakili kawasan Darau, saya terpanggil untuk menegaskan bahawa isu berulang jalan raya yang kelihatan dibetulkan namun hanya bertahan seumpama tampalan kertas. Inilah yang sedang berlaku di Kampung Likas, Kampung Warisan, Kampung Taman Kingfisher, Kampung Rampayan, Kampung Darau dan beberapa jalan utama lain dalam kawasan ini. Jalan rosak. Janji diperbaiki tapi entah apa silapnya, belum sempat rakyat menghela nafas jalan suda berlubang kembali.
Mungkin ada yang bertanya apakah formula ajaib yang diguna pakai oleh kontraktor-kontraktor ini sehingga pembaikan bertahan sebentar sahaja atau mungkin bagi pihak berwajib, projek pembaikan ini hanyalah untuk menyimpan nama sebagai sementara waktu. Jika benar, sampai bila rakyat perlu hadapi dengan budaya kerja asal ada begini.
Soalan saya, sekiranya rakyat tidak viralkan masalah ini dalam media sosial, adakah pihak Kerajaan akan bertindak? Apakah betul hanya dengan MP turun membuat liputan, baru kita boleh melihat perubahan yang sebenar. Jalan-jalan utama yang rosak seperti di Kampung Likas sudah lama diadukan. Adakah perlu menunggu lagi sehingga ada gambar atau video tular untuk diambil tindakan? Sebagai tambahan, saya ingin mengajukan beberapa soalan teknikal bagi mendapatkan penjelasan konkrit. Apakah piawaian dan spesifikasi kontraktor dalam memastikan ketahanan pembaikan jalan raya? Bagaimana pihak Kerajaan memastikan kualiti ini bertahan terutama dalam musim hujan? Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk pembaikan ini? Adakah ketahanan dilakukan, ujian ketahanan dilakukan sebelum proses pembaikan dimulakan atau ianya terus dilaksanakan tanpa jaminan ketahanan? Adakah pemantauan berkala dilakukan untuk memastikan jalan-jalan ini berada dalam keadaan baik atau adakah pihak berwajib hanya menunggu aduan awam semata-mata?
Dalam kes berulang seperti ini, apakah tindakan pembetulan terhadap kontraktor yang gagal memenuhi standard kualiti yang ditetapkan atau adakah kontraktor yang sama dilantik berulang kali tanpa sebarang penilaian? Bagaimana pihak berwajib merancang untuk mempertingkatkan proses penyelenggaraan dan mencegah isu ini daripada terus membelenggu rakyat yang sabar menunggu jawapan. Rakyat sudah penat, letih menunggu dan berharap. Kini, rakyat menagih jawapan serta tindakan nyata. Bukan janji-janji manis yang sekadar sedap di bibir.
Masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing di jalan Kampung Likas khususnya di hadapan Sekolah Kebangsaan Likas, Sekolah Agama Negeri Likas dan Masjid Jamek Likas memerlukan perhatian segera. Laluan ini menjadi sangat kritikal pada waktu puncak terutamanya ketika waktu pulang sekolah bagi pelajar SK Likas dan Sekolah Agama Likas. Keadaan bertambah buruk apabila laluan yang
sama digunakan oleh para pekerja dari beberapa bangunan sekitar Likas yang memanfaatkan jalan ini untuk pulang.
Bagi menangani masalah ini dengan efektif, saya mencadangkan agar Sekolah Agama Negeri Likas dipindahkan ke tapak baharu yang telah tersedia berhampiran Masjid Bandaraya dan Kompleks Mahkamah Syariah. Perpindahan ini bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini membelenggu kawasan ini tetapi juga membolehkan tapak sedia ada digunakan oleh pihak masjid bagi tujuan yang lebih bermanfaat. Dengan ini kita bukan sahaja menyelesaikan masalah kesesakan tetapi juga mempertingkatkan kualiti persekitaran dan keselamatan untuk penduduk dan pengguna laluan di kawasan Kampung Likas.
Datuk Speaker, nampaknya isu air yang kerap terganggu ini sudah menjadi seperti ciri istimewa di Sabah. Mungkin di sini rakyat sudah boleh anggap ketiadaan air sebagai rutin bulanan, malah mingguan terutama di kawasan seperti di Kampung Likas yang terputus bekalan sehingga seminggu lamanya. Begitu juga di Taman Kingfisher yang sudah biasa menerima keistimewaan ini hampir setiap minggu. Manakala di Kampung Warisan, Kampung Kalansanan, Kampung Kembirian, Taman Inanam Laut, Kampung Dambai Menggatal dan Puri Warisan pula sudah hafal bagaimana kehidupan tanpa bekalan air yang stabil. Malah mungkin satu-satunya solusi yang didengari setakat ini hanyalah cadangan-cadangan tidak berkesudahan tanpa tindakan konkrit. Penduduk di Kampung Puri ini, maaf, penduduk di Taman Puri Warisan misalnya mencadangkan pembinaan satu water reserved (WAR) sebagai langkah asas untuk memastikan bekalan air mencukupi.
Namun, mungkin cadangan ini masih terlalu sophisticated untuk dipertimbangkan oleh pihak berwajib. Seolah-olah Kerajaan lebih cekap menyediakan alasan daripada menyediakan air. Jika ini adalah langkah progresif yang dirancang, rakyat tertanya-tanya berapa lama lagi mereka perlu menunggu untuk melihat perubahan yang sebenar.
Seperti yang dijangkakan Kampung Rampayan kembali dianugerahkan dengan banjir. Acara yang seolah-olah menjadi tradisi bulanan setiap kali hujan lebat, penduduk di Kampung Rampayan terpaksa berhadapan dengan banjir akibat sistem perparitan yang tidak sesuai dengan Sungai Rampayan dengan projek tambatan banjir yang belum siap sepenuhnya.
Walau bagaimanapun saya berpendapat, sekiranya projek tambatan banjir ini siap sepenuhnya, ianya masih tidak akan dapat menyelesaikan masalah banjir penduduk Kampung Rampayan. Ini kerana keadaan kedalaman sungai di bahagian bawah jambatan Rampayan yang masih cetek begitu juga di muara sungai yang sempit dan cetek dan ini akan menjadikan air sungai melimpah ke luar kawasan kampung dan lebih-lebih lagi keadaan tebing sungai yang lebih tinggi daripada kawasan kampung akan mengakibatkan air banjir tidak dapat melimpah ke sungai semula kerana tebing yang tinggi. Ironinya, janji penyelesaian jangka panjang sering kali diwar-warkan tetapi apa yang …
dinantikan oleh rakyat, tetap tidak kunjung tiba. Adakah pihak berwajib lebih gemar memberi janji berbanding mencari solusi? Mungkin mereka beranggapan kesabaran rakyat ini tiada batasnya. Demi kesejahteraan rakyat, saya ingin mengajukan beberapa soalan yang memerlukan tindakan segera daripada Kerajaan. Apakah langkah khusus dari dan segera yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki sistem perparitan di Kampung Rampayan bagi mengelakkan banjir yang berulang? Adakah kerajaan mempunyai rancangan komprehensif untuk mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan rendah ini atau adakah penduduk perlu bersabar dengan janji yang sama setiap kali hujan melanda. Kesan limpahan dari Sungai Rampayan ini turut memberi kesan kepada penduduk Taman Wijaya Park. Ini kerana, sistem perparitan di taman ini tidak telah lama tidak dinaik taraf seiring dengan pembangunan yang berlaku di sekitar taman ini. Cadangan agar kerajaan membuat kajian di Taman Wijaya Park dan juga di taman-taman lain di sekitarnya seperti Taman Permai Menggatal, Taman Risda dan seterusnya mengambil langkah konkrit untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menarik perhatian Ahli Dewan mengenai masalah banjir di Taman Millenium, Kingfisher. Jalan utama di dalam taman ini telah mendap selama bertahun-tahun. Setiap kali hujan lebat berterusan, jalan raya ini akan berubah menjadi kolam sementara. Ini menyukarkan kehidupan-kehidupan penduduk. Demi kesejahtaraan rakyat, saya merayu agar pihak kerajaan berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Sila gulung Yang Berhormat.
Sikit lagi Tuan Speaker, sikit lagi.
Datuk speaker, terdapat enam buah rumah di sebuah kawasan yang dulunya sebagai dikenali sebagai Kampung Nelayan, satu di Kampung Likas. Saya difahamkan penduduk kampung ini telah menetap di sini sejak tahun 50-an lagi. Mereka telah membuat permohonan tanah di kawasan ini seawal tahun 70-an. Tetapi telah ditolak atas alasan kawasan berkenaan merupakan kawasan terbuka dan lagoon, Likas Lagoon.
Selepas itu ,mereka telah memohon semula berapa kali tapi telah ditolak atas alasan yang sama. Walau bagaimanapun, yang menghairankan saya apabila sebuah syarikat memohon kawasan tersebut, permohonan mereka telah mendapat kelulusan. Saya kira dalam tahun 2012 seluas 40 ekar telah diluluskan. Baru-baru ini, penduduk kampung berkenaan telah dihalau keluar oleh pemilik syarikat selaku pemilik tanah dengan menggunakan Perintah Mahkamah. Sebelum itu, saya telah cuba berunding dengan pemilik tanah namun sombong dan bongkaknya pemilik tanah enggan untuk berjumpa saya untuk berbincang atau berjumpa dengan saya selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan. Begitu juga dengan pihak peguam yang mewakili syarikat tersebut. Saya telah mecadangkan kepada penduduk kampung untuk menggunakan peguam bagi menghalang perobohan rumah mereka buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada mereka untuk berikhtiar.
Untuk makluman Datuk Speaker dan Ahli Dewan, jumlah keluasan kawasan tanah untuk keseluruhan enam keluarga ini hanyalah sekitar 1 ekar atau kurang dari itu, berbanding 40 ekar untuk keseluruhan tanah yang dimiliki. Penduduk kampung hanya mohon belas kasihan daripada pihak syarikat untuk membenarkan kawasan mereka dikeluarkan daripada kawasan ini, memandangkan mereka telah lebih awal menduduki, malahan memohon kawasan tersebut. Persoalan saya di sini adalah, bagaimana sebuah syarikat boleh mendapat kelulusan sebidang tanah yang statusnya sebagai kawasan terbuka dan lagoon manakala, sebelum ini permohonan penduduk kampung yang telah lama bermastautin ditolak mentah-mentah. Sedangkan permohonan mereka lebih jauh, lebih awal melebihi 50 tahun lalu.
Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Siapakah yang terlibat dalam memberi kelulusan berkenaan? Saya mohon pihak Kerajaan melihat perkara ini dan memberikan jawapan sama ada secara lisan atau bertulis. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapa yang terlibat serta atas alasan apa kelulusan ini boleh diberikan? Di samping itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak kerajaan pada hari ini agar dapat menyelesaikan masalah para penduduk asal. Penduduk-penduduk asal di kampung-kampung tradisi yang telah tinggal berpuluhan tahun di kawasan saya. Adakah wajar pihak Kerajaan mengambil sikap adalah wajar, maaf adalah wajar pihak Kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyediakan kawasan yang untuk mereka berpindah dan membina semula rumah mereka. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Darau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Kemabong.
Terima kasih, Tuan Speaker memberi saya peluang membahas Bajet Negeri Sabah untuk tahun 2025 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada 15 November 2024. Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Pertamanya, saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas keupayaan beliau dan Kerajaan Negeri membentangkan bajet negeri yang bertenaga kerana merupakan bajet yang terbesar sebelum ini dan jelas sekali dilihat bahawa urus tadbir sumber negeri dengan baik kemas menuju negeri maju dan rakyat sejahtera seperti dalam slogan bajet ini “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”.
Bajet ini terjadi bersesuaian kadar pertumbuhan ekonomi dunia 2.6% tahun ini dan dijangka sedikit peningkatan pada tahun 2025 kepada 2.7% tahun hadapan. Namun, pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang dengan unjuran KDNK antara 4.5 hingga 5.5%. Ini mencerminkan kepimpinan yang dinamik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PMX Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir urus negara dengan baik serta berkesan yang sangat memberangsangkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia dan saya ucapkan tahniah.
Justeru itu juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di atas kejayaan beliau memimpin negeri Sabah yang bersatu padu membawa Sabah makmur, membolehkan Sabah diurus tadbir dengan baik sehingga pelabur berminat datang di negeri Sabah dan sebahagiannya sudah bermula dan yang lain masih dalam proses perlaksanaan.
Berhubung dengan bantuan-bantuan Badan Keagamaan Bukan Islam, bahawa Dominasi Gereja SIB mengadu kepada saya tidak pernah menerima peruntukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2019. Tapi saya kata, peruntukan untuk badan keagamaan memang disalurkan oleh Kerajaan Negeri selama ini, iaitu peruntukan kepada setiap badan keagamaan pada setiap tahun. Dalam perkara ini, saya mohon kepada pihak Kerajaan memperjelaskan amnya khasnya kepada pihak Sidang Injil Borneo (SIB) supaya rakyat penganut SIB khasnya faham perkara yang berlaku. Sebab di kawasan saya, mereka sering bertanya kepada saya. Mungkin tahun ini mungkin sudah dapatlah tapi ini mereka mengadu kepada saya awal tahun ini dan saya minta Kerajaan memperjelaskan perkara ini kenapa mereka tidak terima itu peruntukan sejak awal tahun ini.
Tuan Speaker, Saya mengamati inti pati bajet tahun depan, iaitu untuk tahun…
… Tahun 2025 yang merupakan budget prihatin bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat dalam keadaan inflasi kenaikan harga barangan ketika ini merupakan intipati terbaik Kerajaan GRS PH-Plus benar-benar ikhlas prihatin membantu rakyat jelata negeri Sabah di kala kesusahan.
Dalam pada itu, harapan saya supaya bantuan untuk rakyat ini benar-benar sampai kepada para penerima dengan masa yang dijangkakan oleh pihak Kerajaan. Supaya ianya juga benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang sememangnya memerlukan bantuan contohnya bantuan kepada murid memasuki universiti ianya harus disampaikan dengan segera waktu mereka dikehendaki membayar yuran
berkenaan. Saya pun ada bantu juga, Tuan Speaker, dengan murid-murid yang masuk universiti ini tetapi sedikit sahaja kemampuan kita. So, dengan bantuan ini saya fikir mengurangkan bebanan orang tua, murid-murid ataupun para pelajar yang menyambung sekolah ke universiti.
Tuan Speaker, saya utarakan di Dewan yang mulia ini sekali lagi masalah kepayahan rakyat berhubung masalah jalan raya, air, elektrik dan Internet. Walaupun Internet kurang memuaskan pada ketika ini, pada ketika ini akan tetapi saya yakin, saya pada yakin dengan daya usaha oleh pihak MCMC yang sedang rancak untuk menangani masalah Internet di negeri ini.
Berhubung dengan bekalan elektrik, baru-baru ini rakyat di Tenom dan Kemabong merasa hairan, kenapa boleh terjadi gangguan bekalan elektrik. Sering kali terjadi walhal kedua-dua hydro power berada di daerah Tenom, Kemabong tetapi masih juga bekalan elektrik sering kali tidak mencukupi. Sering kali terganggu, terutama sekali di waktu kesusahan. Contohnya ada orang meninggal atau ada majlis-majlis rasmi atau juga majlis-majlis perkahwinan.
Walaupun kini banyak penambahbaikan, mutu kerja oleh kakitangan pihak SESB tidak dinafikan saya nampak semakin baik. Hasil dedikasi CEO yang ada sekarang kami lihat bertambah baik. Tapi adakalanya tiba-tiba blackout di tempat-tempat tertentu seperti yang berlaku baru-baru ini di Pekan Kemabong. Kerana ada cap, dia, mereka beritahu dengan saya. So, harus ada solusi yang segera untuk menangani masalah ini. Dia hydro power di Pangi, Sungai Padas. Kemudian Sinohydro di Tul Kosang. Kedua-dua hydro ini ada di Kemabong. Tapi masih tidak cukup. Hairan. Ini yang rakyat hairan.
Manakala bekalan air, saya mohon Jabatan air mempercepatkan pembinaan loji penapis dan rawatan air yang baharu, berkualiti serta mencukupi untuk daerah Kemabong dan juga daerah Tenom. Kerana masalah air ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat sekian lama mengharapkan Jabatan Air membekalkan air yang bersih dan mencukupi.
Walaupun pihak juruperunding bertemu kami baru-baru ini, namun kami mohon supaya pembinaan loji penapis air dan rawatan air itu haruslah mencukupi untuk
rakyat secara keseluruhannya, bukan, bukan di dalam satu PDM, dua PDM ataupun dua satu mukim ataupun dua mukim. Maksud saya, Tuan Speaker, membekal air ini haruslah diberi kepada semua rakyat daerah Kemabong dan juga daerah Tenom. Bukan dibekal kepada satu dua tempat sahaja.
Kami juga mahu supaya sumber bekalan air itu harus datang daripada sungai yang tidak terlalu tercemar, kotor. Kerana sekian lama rakyat di daerah Tenom terutamanya yang berada di Pekan Tenom atau yang sering makan di Pekan Tenom sebelum ini kerana sumber air yang ada di Pekan Tenom adalah merupakan sumber air yang terkotor di Malaysia. Ini bukan saya buat-buat, Tuan Speaker. Waktu saya di PAC dulu dalam aduan rakyat dalam PAC bahawa air sumber di Tenom itu paling kotor. Jadi rakyat di Tenom sudah sekian lama minum air yang kotor yang ada di Pekan Tenom. Itulah sebabnya kita minta Jabatan Air untuk mempercepatkan pembinaan loji rawatan dan penapis air dengan segera.
Menyentuh soal jalan raya, masalah jalan raya di Daerah Kecil Kemabong. Tuan Speaker, rakyat di tempat-tempat berkenaan, yang berikut adalah nama-nama kampung yang masih menunggu naik taraf dan pembinaan jalan raya. Iaitu, mereka menunggu sambungan pembinaan jalan raya Kemabong-Gumisi Fasa 2 ke kawasan daerah Tenom melalui Kampung Sinusud, Kampung Inubai, Kampung Sinungon, Kampung Paal Seberang, Kampung Lelandang.
Pembinaan jalan raya tersebut adalah sangat penting untuk jalan perhubung di antara daerah Tenom dan juga daerah Kecil Kemabong. Ianya juga adalah bertujuan memudahkan masyarakat berkenaan menyelamatkan diri di kala Sungai Padas banjir besar seperti yang berlaku pada tahun 2021 dan 2022 sehingga sukar kepada pihak penyelamat melaksanakan tugas mereka, datang menyelamat mereka mangsa-mangsa banjir. Mereka, em, dan terpaksa dibiarkan begitu sahaja. Tidak ada laluan, Tuan Speaker, jadi terpaksa dibiarkan begitu sahaja. Pandai-pandailah mereka menyelamat diri mereka.
Sedangkan kampung-kampung, iaitu Kampung Gumisi, Kampung Tatau, Kampung Gumisi Ulu, Kampung Bolumbung Seberang, Kampung Maugus dan Kampung Angalor mempunyai penduduk lebih kurang 2000 orang. Bayangkan kepayahan mereka, Tuan Speaker, apakah Kerajaan terus membiarkan perkara yang sama
berulang apabila berlaku musim banjir, yang kita tidak pasti bila akan terjadi. Dengan pembinaan jalan raya ini, rakyat di kawasan saya sebutkan tadi boleh melarikan diri, diri mereka, boleh bawa kereta mereka untuk pergi ke tempat yang lebih selamat, yang selamat.
Kedua, jalan raya Kampung Kolorok yang perlu dinaik taraf ke jalan aspal. Demi untuk memudahkan rakyat di kampung tersebut mengeluarkan hasil pertanian mereka dan memudahkan guru-guru yang bertugas di SK Kolorok. Mereka juga sudah sekian lama, berpuluh-puluh tahun memohon jalan mereka dinaik taraf daripada jalan tanah merah, gravel dan jalan, mereka minta jalan itu haruslah diaspal. Yang ketiga, naik taraf jalan raya Kampung Tilis dari Kampung Kungkular ke Kampung Tilis. Untuk makluman, Tuan Speaker, jalan raya ini adalah sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya tersebut kerana jalan raya tersebut adalah sangat curam. Kalau hujan waktu malam, memang sangat-sangat merbahaya. Itulah satu-satunya jalan raya yang diguna, yang dilalui oleh penduduk kampung di Tilis, su ...
… mereka guru-guru yang bertugas di skillties …
Sila gulung Yang Berhormat.
Mereka telah menunggu jalan raya tersebut dinaik taraf ke jalan aspal. Banyak lagi Datuk, Tuan Speaker.
Saya kasi (memberi) laju tapi nanti yang lain tidak ambil rekod. Nombor empat, sebuah lagi kampung terpencil, iaitu Kampung Sumabong. SK Sumabong, mereka juga telah sekian lama mengharapkan jalan mereka dinaik taraf dari jalan tanah merah ke jalan garabol atau terus diaspal ianya hanya sejauh 9 km, kilometer. Kesian (Kasihan) mereka. Mereka juga memerlukan jalan raya yang mudah dilalui.
Sekarang ini, dia tanah merah. Jadi sukar, ah, orang-orang kampung mengeluarkan hasil mereka dan jawab para guru-guru yang bertugas di tempat itu.
Nombor lima, ancaman hakisan Sungai Padas yang mengancam keselamatan masyarakat berkenaan.
Tuan Speaker, sebelum ini saya telah melaporkan di Dewan yang mulia ini, berhubung dengan runtuhan tebing Sungai Padas, akibat banjir pada tahun 2021, 2021 dan 2022 yang lalu. Bahawa saya bersama-sama Pegawai Daerah Tenom, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Tenom, melihat sendiri bahaya runtuhan tebing Sungai Padas yang berada di tengah-tengah kawasan perkampungan berikut.
Satu, kawasan Mukim Pekan Kuala Tomani yang mempunyai penduduk 7000 orang. Ini runtuhan ni, hakisan ni berada di tengah-tengah perkampungan. Yang kedua, Kuala Sungai Api di kilometer 16.5, kini jalan raya utama penghubung ke Tenom dan Sipitang. Bila-bila masa sahaja akan runtuh. JKR sudah pergi tengok, dari KK dan Tenom banyak kali, tetapi tidak ada apa-apa tindakan setakat ini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi dan jalan raya ini bila-bila akan putus. Apabila dia putus, tidak ada jalan alternatif lain dari Tenom ke Kemabong atau Sipitang. Ah, ini sangat kita bimbang ini ah, Tuan Speaker. Saya minta pihak berwajib JKR khasnya untuk melaksanakan ah, memperbaiki jalan ini ataupun membuat lencongan ataupun apa-apa cara yang difikirkan oleh juruteknik ataupun bahagian teknikal.
Yang ketiga, Tebing Sindungon Sungai Padas, Tebing Sungai Padas di Sindungon, Kampung Sindungon berseberang juga mengancam penduduk berhampiran. Yang keempat, Sungai Tebing Sungai Padas kawasan perhutanan Tenom yang mengancam keselamatan dalam rumah-rumah mereka yang hampir sampai ke kawasan perkampungan. Ini pun masalah juga, Tuan Speaker.
Yang kelima, Tebing Sungai Padas yang mengancam penduduk Kampung Saga Laut, kerana ianya hampir sampai kawasan rumah-rumah masyarakat di kampung itu. Jadi, kita mohonkan supaya perkara ini mendapatkan tindakan segera oleh pihak jabatan yang berkenaan dan pihak Kerajaan.
Tuan Speaker, laporan-laporan dan ucapan saya di Dewan yang mulia ini, sebelum ini. Ibarat mencurah air di daun keladi. Kenapa tidak ada tindakan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan yang berkaitan? Adakah mereka ini ada hadir di Dewan Undangan Negeri ini, ketika persidangan ataupun tidak. So, itulah saya katakan. Macam tidak ada apa-apa yang dibuat.
Tuan Speaker, menyentuh berkaitan peruntukan pembangunan kepada Kerajaan Negeri dari Kerajaan Persekutuan. Kami wakil rakyat mendapati sejak sekian lama peruntukan pembangunan lewat dihantar kepada negeri Sabah. Sehingga peruntukan pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan walhal rakyat Sabah amat memerlukan peruntukan itu, wang itu untuk menyelesaikan masalah mereka atau beberapa kawasan yang mempunyai masalah kritikal. Sekali lagi, kami mencadangkan supaya mana-mana peruntukan yang tidak sempat dilaksanakan, kami syorkan supaya peruntukan itu dimasukkan kepada komponen wang yang disatukan. Peruntukan Persekutuan harus awal sampai ke Sabah. Supaya ianya dapat dibelanjakan dalam tahun kewangan berkenaan kerana ada kalanya mengalami kelewatan sepertimana saya katakan tadi. Sikit lagi ah, Tuan Speaker.
Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan nama glamour PMX kerana di atas komitmen beliau kepada rakyat Sabah telah dengan tegasnya, memulakan pemberian hak 40% kepada Kerajaan Sabah yang bermula tahun ini.
Tuan Speaker, seperkara lagi, ini akhir dalam ucapan saya ini, saya juga mohon supaya Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong dimasukkan dalam Program Kerajaan melalui agensi baharu yang diwujudkan, iaitu Lembaga Padi Sabah. Itukah nama dia itu? Karena, dua-dua daerah, iaitu Daerah Tenom dan Daerah Kemabong juga mempunyai keluasan penanaman padi sawah. Mohon juga supaya dimasukkan penanaman padi bukit untuk mempercukupkan bekalan beras di negeri ini.
Di samping itu juga, di Dewan yang mulia ini, saya maklumkan bahawa ramai di kawasan saya Kemabong menanam padi bukit juga sejak sekian lama, berpuluh-puluh tahun, turun-temurun. Tuan Speaker, seperkara lagi dalam ucapan ini, saya juga pernah menyatakan keperluan untuk menaik taraf Dewan Masyarakat Sri Ontoros Pekan Kemabong. Mohon perkara ini dapat tindakan dan saya mahu tanya,
Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar, siou kio Datuk. Supaya, ini gaji-gaji di KK ba, belum kena, mereka belum mereka kena bayar. Jadi ah, itulah. Siou. Saya mahu tanya ini saja.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong dan mengucapkan terima kasih.
Speaker. Ah, Yang Berhormat, boleh saya, ada mahu tanya sikit. Tadi apabila Yang Berhormat menyebut yang PMX sudah mula membayar 40% ya, kepada kita di Sabah.
Ya, interim.
Okey, ah, saya rasa …
Terima kasih. Cukuplah. Saya, saya punya ucapan sudah habis. Patut tadi lagi …
Saya, saya rasa pertanyaan tersebut tidak tepat, dan saya tidak mahu pertanyaan tersebut menjadi gambaran dan pendirian kita di Sabah. Seolah-olah kita bersetuju dengan pemberian tersebut.
Secara interim. Pembayaran secara interim.
Motif?
Maksud saya Tuan Speaker, ketegasan PMX kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia bersetuju untuk membayar tuntutan kita 40% secara interim. Itu yang maksud saya itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tahu the 2(5) itu adalah 112C Bahagian 10, Jadual 4. It’s not the pemberian. So, kalau Yang Berhormat berpendirian begitu seolah-olah pendirian kita, kita bersetuju dengan pemberian interim itu. It’s a different kind of thing.
Saya punya maksud, bukan kita sudah berhenti untuk menuntut. Ini tuntutan memang dituntut. Maksud saya sudah bermula, berbanding dengan Perdana Menteri kerajaan-kerajaan sebelum ini mereka tidak ambil tindakan. Ini maksud saya.
Yang Berhormat, apa yang saya mahu perbetulkan adalah apa yang kita terima is not 2(5) seperti mana dalam Artikel 112C.
Memang belum. Saya, saya tidak rasa satu tadi yang ah, …
Masalahnya … masalahnya Yang Berhormat …
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat…
Sebut tadi …
Ahli-ahli Yang Berhormat …
… mula membayar kita 40% ...
… aku ...
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat daripada Nabawan. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kemabong. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Silam. 12 Minit Yang Berhormat.
Terima kasih Datuk Seri Speaker.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Datuk Speaker.
Bolehkah izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan bajet tahun 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah pada 15 November hari jumaat petang.
Bajet bertemakan Sabah Makmur Rakyat Sejahtera. Bajet berjumlah 6280 680 460 mudah-mudahan DUN Silam dapat sedikit tempiasnya dan diberi …
…peruntukan untuk menambah baik paip-paip air yang sudah lama menyalurkan ke peruntukan perbekalan elektrik di jalan kampung yang berlumpur, dan melebarkan jalan sempit di kawasan kampung untuk keselesaan pergerakan terutama budak-budak sekolah dan memudahkan pergerakan harian masyarakat kampung membawa hasil tanaman mereka ke bandar.
Datuk Speaker, dalam perbahasan saya pada hari ini, Silam pada kali ini tiada masalah baharu cuma ingin mengimbas kembali perbahasan dan soalan lisan pada masa sidang DUN yang lalu. Bajet peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah bagi tahun 2025, berjumlah RM6.7 bilion dan ditambah dengan bajet perbelanjaan negeri, RM6,280,180,460 dan peruntukan khas RM600 juta cukup banyak berjumlah lebih kurang 12,887,680,446. Datuk Speaker, bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Luar Bandar Sabah berjumlah RM106.43 juta untuk perbekalan dan RM243.5 juta untuk pembangunan amat dialukan dan Silam ingin mengimbas kembali dalam sidang DUN Sabah pada 30 Jun, 30 November 2022 berkaitan pewujudan MESEJ (Mini Estate Sejahtera) di Kampung Mengkaruan, Silam.
Dalam jawapan bertulis yang YB Menteri, Projek Mini Estate Rumpai Laut yang dicadangkan di Kampung Mengkaruan dalam proses pengujian kesesuaian tanah. Dan Kementerian Luar Bandar Sabah telah mengadakan lawatan kerja tempat MESEJ Kampung Mengkaruan tersebut, untuk mengenal pasti projek yang hendak dijalankan. Susulan daripada lawatan tersebut, Mesyuarat Penyelaras yang melibatkan beberapa jenis agensi seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Tanah dan Ukur, dan Pejabat Pertanian di Lahad Datu, telah menetapkan mesyuarat pada Januari 2023. Silam ingin bertanya apakah status terkini cadangan untuk MESEJ rumpai laut di Kampung Mengkaruan. Sudah hampir lapan tahun Datuk Seri Speaker. Silam merayu supaya cadangan pewujudan (bunyi berdehem) MESEJ tersebut dapat direalisasikan. Tetapi nampaknya sepi sahaja KPLB Sabah. Kemungkinan peruntukan untuk projek ini telah dialihkan ke tempat lain. Difahamkan RM12 juta telah pun sedia kepada Jabatan yang melaksanakan kajian tersebut. Kalau pun kawasan tidak sesuai sila mohon wujudkan sebuah MESEJ seperti MESEJ sawit atau MESEJ sarang burung walit. Kawasan Silam memang sangat sesuai untuk kedua-dua MESEJ ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cuma kawasan DUN Silam sahaja tiada MESEJ di Parlimen Lahad Datu, Tungku dan Kunak. MESEJ Ladang dan MESEJ Sawit Padi.
Datuk Speaker, dalam mengagihkan pembangunan di semua daerah di seluruh Sabah, Silam memohon dan berharap KPLB di Sabah menghadiahkan sebuah MESEJ di daerah Silam untuk mengurangkan penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Begitu juga pengagihan rumah SMJ, 20 buah di setiap kawasan DUN. Sungguh menghairankan ada individu yang mempunyai rumah, kereta mewah ada ladang dan lain kemudahan mereka mendapat rumah SMJ. Ini mungkin berlaku di setiap kawasan DUN. Adik-beradik kaum keluarga dapat keistimewaan terutama di kawasan pembangkang kerana unit bertanggungjawab seperti PPM hanya kaum keluarga dan kawan-kawan mereka yang diistimewakan tetapi Datuk Speaker, perkara ini tidak berlaku di Sabah. Mungkin di negeri-negeri Arab sana. Keseluruhan begini tidak menepati sasaran Kerajaan untuk mengurangkan mereka yang tiada kemampuan untuk dirikan rumah. Silam ingin bertanya kepada Kementerian, adakah Kementerian memantau atau meneliti mereka yang diberikan rumah ini. Turun padanglah dan buat audit. Dan Silam ingin tahu berapa unitkah rumah SMJ di kawasan DUN Silam setakat tahun ini? Siapakah yang mendapat rumah ini? Adakah dia ibu tunggal, miskin tegar, atau kaum keluarga terdekat dengan mereka yang bertanggungjawab menguruskan pembahagian rumah SMJ ini. Silam berharap dalam penggulungan Menteri dapat memberi makluman dalam masalah ini Dewan yang mulia ini.
Datuk Speaker, semasa Kerajaan dahulu seluas 1,637.5 hektar hutan simpan telah dibubarkan untuk dua buah, 24 buah perkampungan di seluruh Sabah. Hutan
simpan seperti Tanjung Temanong Haro di Lahad Datu seluas 500 hektar telah diteroka dan diusahakan oleh seramai 610 keluarga dan Kerajaan keluarkan seluas 140 hektar sahaja untuk orang yang telah duduk di kawasan tersebut. Dan bilangan penduduk yang tinggal disitu seramai 1,200 orang. Manakala seluas 350 hektar ditinggalkan dan boleh dikategorikan sebagai hutan simpan kelas tiga. Silam merayu di Dewan yang mulia ini supaya baki seluas 350 hektar itu dibubarkan dan diberikan kepada penduduk kampung di kawasan Silam yang kebanyakannya mendirikan rumah di atas air dan dikategorikan sebagai setinggan. Manakala Kampung Suayan seluas 56 hektar dikeluarkan daripada hutan simpan dan diberi kepada penduduk seramai 1,100 seorang.
Datuk Speaker, Silam memohon dalam Dewan yang mulia ini kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor untuk membubarkan baki seluas 350 hektar itu untuk jadikan perkampungan kerana ramai masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan mengharapkan Kerajaan memberikan mereka tempat untuk perkampungan kekal. Seperti mereka yang tinggal di Kampung Air, Kampung Puyut dan Kampung Panji. Kebanyakannya dirikan rumah di atas air supaya Kerajaan tidak bersusah payah lagi tubuhkan jawatankuasa pengurusan warga tempatan yang tinggal di kampung setinggan. Seperti terkini, Kerajaan tubuhkan jawatankuasa pengurusan warga asing dengan fokus mengusahakan penempatan semula dan berusaha menangani mereka yang tinggal tiada rumah. Silam memohon dan mengharapkan kepada pimpinan Kerajaan terutama Datuk Seri Ketua Menteri, membantu mereka untuk penempatan perkampungan yang kekal di Silam. Di P.188, Parlimen 188 Lahad Datu.
Datuk Seri Speaker, pada sidang DUN Ke-16 Penggal Ketiga pada 10 Julai 2024, yang lalu Yang Berhormat Tanjong Keramat, Menteri Kerja Raya Sabah memaklumkan Dewan yang mulia ini beberapa loji rawatan air di Sabah telah pun siap tahun 2023 seperti loji rawatan air di Dewata Lahad Datu. Yang menelan belanja (bunyi berdehem) 18,181,133..113.60 sen dikendalikan oleh kontraktor Seri Sama Kaya Sdn. Bhd. Bermula 11 September 2019, berkapasiti pengeluaran 3 juta liter air sehari untuk menampung keperluan masyarakat di kawasan perkampungan Silam dan kawasan yang berhampiran. Masyarakat seronok dan gembira dengan jawapan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya itu. Tetapi hakikatnya, cuma penyedap
telinga sahaja. Hanya bangunan sahaja yang siap dan sebuah tangki dan takungan air pun tiada.
Pada 28 Julai 2024 Silam buat lawatan di sekitar loji Dewata tersebut, pemasangan paip-paip hanya separuh jalan sahaja. Inikah yang dikatakan siap? Kita mohon penjelasan di Dewan yang mulia ini bila sebenarnya loji air tersebut beroperasi. Datuk Seri Speaker, begitu juga projek menaik taraf sistem bekalan air Lahad Datu fasa satu. Rawatan loji air di Segama yang menelan belanja RM264,988,500 dengan bermula pada 2 Mac 2020, dijangka siap pada 7 Mac 2025. Projek ini sudah berlalu empat tahun sejak 7 Mac 2020. Difahamkan projek terbaru tersebut, baru mencapai tahap 78.70% setakat bulan September 2024. Pihak berwajib atau kontraktor Pembinaan Urus Mesra Sdn. Bhd. dan agensi yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, patut memberikan kerjasama dan komitmen dalam membantu melancarkan pelaksanaan projek tersebut, kerana projek ini adalah sangat penting bagi memenuhi keperluan kehendak domestik dan industri di daerah Lahad Datu pasal (sebab) bekalan air terawat di daerah Lahad Datu sangat-sangat kritikal sejak 10 tahun yang lepas.
Datuk Speaker, masalah kesalahan jalan raya, masalah kesesakan jalan raya di persimpangan POIC ke jalan Silabukan dan seterusnya ke Tungku amat-amat menyeksakan dan membawa kesesakan kepada pengguna jalan tersebut hingga 3 kilometer jauhnya dan sesak sangat teruk. Dalam jawapan bertulis Kementerian Jalan Raya bercadang untuk menarik menaik taraf jalan berkenaan dari satu lorong kepada dua lorong dan dicadangkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dan dibiayai oleh Kerajaan…
… negeri namun masih menunggu kelulusan dari pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Silam merayu supaya cadangan untuk buat dua lorong itu dapat perhatian serius untuk keselesaan dan tiada kesesakan. Ini kerana masalah besar kepada keluarga orang sakit ataupun ibu-ibu yang hendak bersalin. Datuk Speaker, Silam dalam soalan bertulis kepada Kementerian Kerja Raya. Adakah Kementerian bercadang untuk buat jalan alternatif
dari Bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya? Kementerian dalam jawapannya, untuk mengurangkan kesesakan Jalan Lahad Datu Kunak, terutama di hadapan SK Pekan Dua dan SMK Sepagaya. Dan jawapan Kementerian kita amat komited dalam menyediakan kemudahan infrastuktur agar dapat dinikmati oleh semua penduduk negeri ini. Untuk makluman, jalan alternatif yang disebutkan itu telah dikenal pasti dari Bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya, Jalan Pantai Sepagaya Lahad Datu.
Dan cadangan jalan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 namun tidak diluluskan. Silam memohon di Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan kaji semula dan beri peruntukan untuk merealisasikan cadangan jalan alternatif dari bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya ini dapat diwujudkan. Kami masyarakat Lahad Datu mengharapkan pembinaan jalan raya tersebut. Silam maklum bahawa Kerajaan GRS mempunyai kewangan yang cukup baik. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, tolonglah beri peruntukan supaya jalan yang dicadangkan ini dapat direalisasikan supaya tiada kesesakan waktu puncak.
Datuk Speaker, Silam mohon perhatian serius kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah untuk menangani masalah pekebun-pekebun kecil dan nelayan-nelayan pantai, untuk meringankan beban pekebun kecil dan nelayan-nelayan pantai. Beri bantuan menyeluruh kepada semua individu yang terlibat dengan memberi subsidi baja dan racun. Nelayan-nelayan pantai dengan membantu mereka dengan subsidi enjin sangkut dan perahu sebagaimana Kerajaan memperuntukkan setiap kawasan DUN, 20 buah rumah SMJ dengan kos setiap sebuah rumah RM80 000. Kerajaan harus berlaku adil kepada masyarakat Sabah yang tinggal di tepi pantai dan kedua, mereka bergantung dengan hasil laut seperti memancing dan memukat.
Mereka bersusah payah ke laut dengan berdayung dan belayar. Apakah Kerajaan yang diterajui oleh YAB Sulaman tidak prihatin kepada nelayan-nelayan ini? Dengan beri subsidi enjin sangkut dan perahu yang kosnya sekitar RM25 000 jika dibandingkan dengan kos sebuah rumah SMJ bernilai RM80 000 . Silam memohon setiap kawasan DUN di tepi pantai dengan beri subsidi 20 buah enjin sangkut dan perahu seperti rumah SMJ. Kita merayu kepada Kementerian yang bertanggungjawab kepada pekebun-pekebun kecil beri bantuan baja dan racun, dan Kementerian Perikanan Nelayan ambil perhatian serius untuk meningkatkan pendapatan ini.
Kerana dengan bantuan subsidi Kerajaan pada pekebun-pekebun kecil dan nelayan ini dapat meringankan kos keperluan harian mereka dan dapat menghantar anak-anak mereka melanjut pelajaran ke peringkat tinggi. Supaya golongan ini terbela masa depannya dan kita akan dapat … kerana mereka yang akan menjaga nama dan mempertahankan negara ini khususnya wilayah Sabah.
Datuk Speaker, Silam setiap kali Persidangan DUN kemukakan permasalahan banjir di Kampung Sepagaya yang sering berlaku bila hari hujan. Dan Kementerian Pertanian ...
Mula Gulung, ya, mula gulung.
Terima kasih. Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam di kawasan Silam, Lahad Datu. Kajian ini akan mengenal pasti masalah dan punca banjir di Lahad Datu termasuk Kampung Sepagaya serta melaksanakan Pelan Mitigasi Banjir untuk jangka masa pendek dan masa panjang dan kajian ini dijangka siap pada 10 Mac 2023. Silam ingin tahu, sudah berlalu setahun apa, apakah pelan Kementerian yang telah dirancang dan bila dilaksanakan? Kerana masalah banjir di Sepagaya ini sudah berkurun-kurun lamanya, Datuk Speaker. Penyelesaian tuntas ke mana Menteri yang bertanggungjawab ini? Buatlah satu ketetapan dan masukkan dalam bajet tahunan untuk menyelesaikan masalah banjir ini dan boleh dinoktahkan dan tidak berulang-ulang lagi masalah ini.
Akhir sekali, Datuk Speaker, Silam sangat-sangat berharap Kerajaan dapat mengambil perhatian serius masalah dan permintaan yang dibahaskan oleh Silam seperti mohon membubarkan 350 Hektar Hutan Simpan Tanjung Temanung Halo yang dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas Tiga. Mewujudkan sebuah projek mini estet sejahtera di kawasan DUN Silam, jalan alternatif dari Bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya, mengatasi kesesakan di kilometer 4 Jalan POIC ke Silabukan seterusnya ke Tungku, masalah bekalan air bersih yang sangat diperlukan. Datuk Speaker, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada semua Ahli Yang Berhormat dan yang ada berada di Dewan yang mulia ini. Silam ingin memohon menyokong. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Silam. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Nabawan. Sementara itu, Yang Berhormat Sekong bersedia, dia selepas ini. Silakan, Nabawan, 12 minit.
Terima kasih.
Burung Pipit Burung Kedidi, Terbang jauh dari Nabawan; Hinggap di dahan pohon selasih, Semoga sihat rakan taulan.
Tuan Speaker, terima kasih.
Mentang-mentang saya pakai mask, ah.
Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan redha dan izin-Nya, kita semua diberi kesempatan untuk berhimpun di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun selaku Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2025. Terpahat dalam tinta sejarah Negeri Sabah bahawasanya julung kalinya Belanjawan RM6.421 bilion adalah belanjawan yang tertinggi dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Ketimbang anggaran hasil negeri, RM6.44 bilion. Syabas dan tahniah Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Mohd. Noor.
“Sabah Makmur, Rakyat sejahtera”. Pada saya, tema Belanjawan Negeri tahun 2025 mencitrakan belanjawan yang berupaya untuk mencuba memenuhi segala aspek keperluan rakyat di negeri ini serta memfokuskan kepada prioriti dan juga aspirasi rakyat. Menjadi intensi seluruh warga negeri Sabah agar belanjawan ini terjemah dengan sebaiknya, tatakelola yang cekap dan efisien mestilah ditekankan untuk memastikan rakyat merasai manfaat dari belanjawan tahun 2025.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama Kerajaan Federal
terhadap negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Terutama komitmen Yang Amat Berhormat untuk yang menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963. Semoga dengan kerjasama baik dan juga erat yang terjalin di antara Kerajaan Negeri ... Kerajaan Federal dan juga Kerajaan Negeri akan berterusan demi ketekalan pembangunan Sabah amnya Malaysia yang kita sayangi.
Tuan Speaker, terus kepada poin utama. Pertama, mengenai jaringan infrastruktur asas dan juga prasarana awam atau keperluan asas kawasan saya sendiri di Nabawan. Ada beberapa perkara yang perlu penjelasan dan tindakan segera khususnya daripada pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Negeri Sabah, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Jabatan Perparitan dan Saliran Sabah dan juga Jabatan Tanah dan Ukur. Agensi-agensi atau Jabatan-jabatan Kerajaan yang saya sebutkan ini amatlah penting untuk memperhebat kerjasama dalam memastikan pelaksanaan projek-projek prioriti dan kritikal dapat dilaksanakan mengikut jadual dan piawaian yang telah digariskan.
Persoalan saya, apakah status terkini pembinaan dua buah jambatan konkrit yang menuju ke Pekan Nabawan? Peruntukan sudah diluluskan, kontraktor sudah dilantik namun kerja belum mula. Tapi apabila saya meneliti rapat status terkini, rupanya terdapat masalah utiliti, iaitu dari pihak SESB dan juga Jabatan Air Negeri Sabah yang belum respons dan juga bertindak untuk mengalihkan tiang-tiang elektrik dan paip-paip saluran bekalan air. Perkara ini menyebabkan kerja-kerja pembinaan jambatan ini belum dapat dimulakan. Oleh itu, saya menggesa khususnya kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar menyusul tindakan kepada SESB dan juga Jabatan Air Negeri Sabah supaya dapat ...
Hendak dengan kadar segera agar jambatan ini dapat dibina secepatnya. Kedua, saya ingin respond balas mengenai perkara yang sudah berapa kali saya utarakan di Dewan yang mulia ini, iaitu tentang status untuk menaik taraf dua buah jambatan dan juga jalan gravel ke jalan raya berturap di Kampung Pamuntarian Nabawan.
Kalau tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya juga, saya cadangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar dapat merancang dan membina secara berfasa. Begitu juga dengan status pengambilan untuk mewartakan jalan-jalan balak ini ya, kepada jalan negeri sebab banyak kampung yang melalui jalan-jalan bekas balak ini. Khususnya kampung-kampung yang terletak di dalam hutan simpan dan sedangkan jalan-jalan ini, jalan-jalan tersebut tidak lagi, tidak ada lagi syarikat-syarikat swasta yang membaikinya kerana mereka sudah tidak menggunakan jalan-jalan tersebut dan sudah rosak dan jalan-jalan ini sudah menjadi laluan utama kepada ramai penduduk kampung dan saya mencadangkan perkara ini diambil perhatian dan juga tindakan dan selain daripada itu juga, jalan-jalan pertanian ataupun jalan-jalan kebun di kawasan luar bandar juga harus diambil perhatian serius kerana nadi rakyat luar bandar, mereka bergantung kepada aktiviti pertanian, penternakan dan juga perikanan untuk kelangsungan hidup.
Bagi memudahkan aktiviti seharian golongan ini, maka wajarlah Kerajaan membantu rakyat untuk menyelenggara dan membaiki jalan-jalan pertanian atau jalan-jalan kebun di luar bandar ini. Ketiga, beralih kepada keperluan bekalan air bersih. Saya ingin pihak berwajib mengambil maklum bahawa bekalan air khususnya di daerah Nabawan ini masih belum mencukupi. Begitu juga dengan masalah-masalah NRW ini, Non Water Revenue yang belum dapat ditangani. Oleh itu, saya harap.
Non Revenue Water.
Non Revenue Water.
Ya.
Ah, sorry. Terima kasih Datuk Speaker dan bertujuan untuk membesarkan loji-loji air untuk membina empangan baharu untuk memastikan bekalan bersih di daerah Nabawan ini mencukupi dan seterusnya, saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa di DUN Nabawan ini masih banyak kawasan-kawasan perkampungan yang belum ada excess bekalan elektrik.
Dalam sesi-sesi mesyuarat yang lalu, saya telah menyuarakan perkara ini. Harapan saya agar excess bekalan elektrik di kawasan saya diambil perhatian dalam belanjawan ini. Justeru, masyarakat kawasan pedalaman di negeri ini amat mengalu-alukan dan menyambut baik projek-projek atau inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri seperti kita mencari bekalan alternatif elektrik dan juga air di luar bandar.
Harapan saya agar program-program sebegini diperhebat dan diperluaskan lagi di seluruh kawasan pedalaman. Saya juga ingin menekankan peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk pembersihan sungai-sungai di daerah Nabawan ini kerana banyak sungai yang berhampiran dengan kawasan perkampungan dan jalan-jalan perhubungan sering kali dilanda banjir mungkin disebabkan sungai-sungai sudah lama tidak dibersihkan dan juga tersumbat, terutama ketika musim hujan dan ini membahayakan orang ramai yang melalui jalan-jalan utama. Lebih-lebih lagi ketika musim persekolahan dan juga aktiviti-aktiviti sosial harian komuniti di Nabawan.
Oleh yang demikian, saya menggesa Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Sabah meneliti perkara ini dan mengambil tindakan segera. Selain daripada itu juga, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai status Tanah Skim Nabawan. Apakah status terkini? Dan tindakan dari pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk membubarkan Skim Nabawan ini agar tanah-tanah yang telah diterokai dan juga diusahakan oleh masyarakat dapat diberikan hak pemilikan kepada masyarakat di sana. Sudah sekian lama masyarakat Nabawan menunggu tindakan Kerajaan Negeri. Bukan itu sahaja, harapan saya juga agar Program PANTAS di bawah Kerajaan Negeri Sabah dapat ditingkatkan dan diperhebatkan lagi supaya proses pengukuran dan pengeluaran geran-geran tanah dapat dipercepatkan.
Tuan Speaker, tuntasnya, pada pengamatan saya sebenarnya Kerajaan Negeri Sabah telah melakukan yang terbaik memberikan pelbagai inisiatif di bawah hala tuju pelan pembangunan Sabah Maju Jaya. Pertama, dalam membangunkan infrastruktur asas di negeri ini. Namun, terdapat isu kelewatan disebabkan beberapa masalah teknikal dan juga faktor-faktor seperti berikut.
Pertama, dengan izin, delivery system yang kurang cekap dan kurang tegas. Kedua, disebabkan isu tidak konsisten atau tidak selari daripada agensi-agensi kerajaan dan yang ketiga, kita harus akur bahawa kerajaan kita pada hari ini mewarisi hasil
pentadbiran kerajaan-kerajaan terdahulu dan perlu bersabar melalui proses pemulihan dan penyelesaian dan juga dikesempatan ini juga, saya mencadangkan Kerajaan Negeri Sabah mewujudkan pusat khidmat awam di setiap daerah dan menempatkan beberapa kakitangan untuk menguruskan bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kerana banyak inisiatif yang telah dilancarkan tetapi masih ramai ya, rakyat di pedalaman belum mengetahuinya. Mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan-bantuan tersebut.
Pada khemat saya, ini juga merupakan salah satu cara usaha kita untuk menoktahkan miskin tegar di negeri ini. Tuan Speaker, penghujahan seterusnya adalah tentang pembangunan belia di kawasan pedalaman. Sebelum itu, dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan syabas dan taniah pada adik Zmarul Al-Adam Pulutan Abdullah, atlet bina badan anak jati kelayakan daerah Nabawan. Beliau telah memenangi Kejuaraan Dunia, World Bodybuilding dan Physique Sports Championship 2024 di Maldives, dalam acara bina badan kategori 85 kilogram pada minggu lalu. Salah satu contoh anak jati dari kawasan pedalaman menyinar di pentas dunia yang perlu diambil iktibar untuk kita memajukan dan mengembangkan bakat serta potensi anak-anak muda di pedalaman negeri itu.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga haruslah memperhebatkan lagi program-program keusahawanan dan kemahiran serta peluang pekerjaan khususnya kepada belia. Harapan saya kawasan pedalaman diberi ataupun disediakan kuota khas dalam peluang keusahawanan dan juga pekerjaan agar masyarakat pedalaman tidak terpinggir untuk mendapatkan peluang-peluang ini. Begitu juga dalam aspek pembangunan modal insan, menjadi harapan masyarakat pedalaman khususnya tempat saya sendiri di Nabawan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian memastikan kesejahteraan dan kebajikan untuk sekolah-sekolah daif di kawasan perkampungan sentiasa terjaga dan terbela.
Sebelum mengakhiri perbahasan, sekali lagi syabas dan taniah Kerajaan Negeri Sabah. Saya yakin golongan miskin di negeri ini amat berterima kasih dan bersyukur mendengar bantuan RM300.00 sebulan selama 12 bulan pada tahun hadapan. Peniaga atau penjaja gerai tepi jalan yang berlesen tersenyum dengan inisiatif bantuan one-off RM5,000.00.
Begitu juga penghargaan diberikan kepada penjawat awam Negeri Sabah yang akan mendapat bonus gaji sebulan minimum RM3,000.00. Tidak terkecuali ya, pelajar-pelajar IPT di negeri ini. Dengan wujudnya inisiatif baru, iaitu bantuan yang dinamakan SENTOSA akan menerima Ringgit Malaysia, diberikan kepada pelajar-pelajar IPT Sabah dan banyak lagi inisiatif-inisiatif baru yang dilancarkan oleh kerajaan yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan terdahulu yang memerintah.
Kesimpulannya, saya telah utarakan harapan dan juga aspirasi masyarakat pedalaman terhadap Belanjawan Negeri Sabah tahun 2025. Khususnya untuk kawasan saya sendiri. Saya telah bertanya mengenai beberapa status projek pembangunan saya memberikan beberapa cadangan agar belanjawan pada kali ini benar-benar dirasai oleh rakyat akar umbi daripada pelbagai lapisan etnik, suku kaum, agama dan peringkat umur di seluruh pelosok Negeri Sabah khususnya di pedalaman ini.
Tuan Speaker, mengakhiri ucapan saya, saya titipkan kata-kata motivasi ini. “Politik bukanlah tentang kekuasaan tetapi lebih kepada khidmat kepada …
…masyarakat, politik yang penuh kebencian dan konflik hanya akan merugikan semua pihak sehingga pendamaian harus diutamakan.
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal Tahun 2024 dan Selamat Tahun Baru 2025. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Saya setuju dengan kata-kata tadi itu pasal politik. Itu memang betul tapi yang bermasalah orang politik. Sebelum saya jemput Yang Berhormat daripada Sekong untuk memberi ucapan, ada usul?
Tuan Speaker, usul penangguhan…
Teruskan.
Tuan Speaker saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2)(1)(b) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam hari ini dan akan disambung semula pada Selasa 19 November 2024, pukul 10.00 pagi.
Ada menyokong?
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sepertimana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah rabbil…
12 minit ya.
…alhamdulillah rabbil alamin wabihi nastain robbisrohli wayassirli amri wahlul uqdatanmillisani yafqohu qouli…
Kapayan bersedia selepas ni, teruskan, teruskan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Speaker atas kesempatan yang diberikan. Firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 88 (Surah Hud) yang ertinya tidaklah aku ingin melainkan melakukan Islah atau pun perbaikan mengikut kemampuanku menjadi patukan kepada perbahasan kami daripada Sekong.
Tuan Speaker dan sidang DUN yang saya muliakan, moto kepada belanjawan kepada 2025 ialah “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” atau dalam erti kata yang lain Tuan Speaker, rakyat tidak akan sejahtera jika Sabah tidak berada dalam keadaan makmur, untuk Sabah makmur maka wajib beberapa syarat seperti pengurusan yang cekap, pengurusan yang berkesan dan dengan izin ekonomikal atau pun jimat serta tata kelola pengurusan yang bertunjangkan prinsip bersih, amanah, kejelasan atau transparensi dan dengan izin taking full responsibility dalam mengurus hak harta pendapatan dan perbelanjaan Negeri Sabah yang kita cintai.
Sabah akan makmur Tuan Speaker, bila pihak pemerintah dan semua ADUN mengutamakan kepentingan Sabah melebihi kepentingan parti atau kumpulan parti. Bermakna, apabila berlaku konflik antara kepentingan Sabah dengan kepentingan diri atau kepentingan parti maka kepentingan Sabah wajib didahulukan daripada kepentingan individu atau pun kepentingan parti.
Begitu juga Tuan Speaker, Sekong berpendapat apabila berlaku pertembungan atau kontradiksi kepentingan Persekutuan dengan negeri Sabah maka kepentingan negeri Sabah sewajibnya mengatasi kepentingan Persekutuan sebagai mana yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini bermakna kestabilan politik sepatutnya menjadi lonjakan, kekuatan dan tindakan yang segera dan mandatori kepada kerajaan untuk menuntut hak-hak Sabah dengan segera.
Dalam aku janji menjadi ADUN pada Oktober 2020 lalu saya termasuk semua ADUN-ADUN daripada parti pemerintah ataupun blok pembangkang ada bersumpah bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada negeri Sabah dan Persekutuan Malaysia dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Sabah.
Tuan Speaker dan sidang Dun yang dimuliakan, mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Sabah bermaksud semua ADUN dari semua parti apatah lagi tertutama dari parti pemerintah dalam kerajaan Sabah hendaklah dengan izin at all means and at all cause, at all time betul-betul-betul fokus menunaikan perkara seperti mana termaktub dalam Perjanjian MA63 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sabah.
Jika gerak kerja saya mempamerkan keingkaran kepada sumpah aku janji memelihara Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sabah maka bagaimanakah status saya sebagai ADUN? Atau adakah ruang untuk mengambil tindakan kerana keingkaran saya terhadap aku janji yang saya telah sumpahkan pada Oktober 2020 lalu? Sebagai contoh Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan pandangan saya yang daif ini bahawa Kerajaan Negeri menurut hemat kami di Sekong sepatutnya dalam konteks menambah pendapatan perbelanjaan negeri menyokong saman SLS dalam isu 40% dan bukannya terlibat menentang usaha SLS kerana tindakan saman SLS adalah dalam kerangka menuntut hak rakyat dan hak Wilayah Sabah serta dalam kerangka mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sabah. Namun saya terkilan, kerana Kerajaan Negeri bertindak bertentangan dengan aspirasi dan harapan kami di Sekong yang barangkali aspirasi dan harapan di Sekong juga merupakan aspirasi dan harapan rakyat Sabah untuk mendapatkan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Speaker, Wilayah Sabah dianugerahkan dengan harta dan aset kekayaan oleh Tuhan. Bandingkan Singapura, Sarawak dan Sabah yang sama berkongsi sejarah pembentukan Malaysia via MA63. Keluasan Singapura hanya 735.6 kilometer persegi. Singapura, Tuan Speaker sebagai mana yang kita tahu tiada minyak, tiada gas, tiada hutan, tiada sawit bahkan tiada emas dan sumber galian lain tapi GDP Singapura ialah SGD133,737 atau bersamaan dengan RM445,773 manakala negeri Sabah yang kita cintai mempunyai keluasan 73,904,00 kilometer persegi, ada minyak, ada gas, besar hutannya, luas sawitnya dan banyak emasnya dan sumber galiannya tapi GDP hanya RM31,147 yakni hanya 6.98% daripada GDP Singapore.
Apakah yang menyebabkan jurang perbezaan yang begitu ketara? Mengapa rakyat Sabah di Sekong dan di tempat lain masih ramai miskin di sebalik kekayaan negeri yang kita cintai ini? Singapore Tuan Speaker boleh makmur dan rakyatnya sejahtera menurut hemat Sekong adalah kerana adanya unsur ukhuwah wal amanah yang wujud dalam sistem pentadbiran mereka dan dalam diri kepimpinan mereka.
Kami di Sekong percaya Sabah yang kita cintai ini akan lebih makmur apabila kita semua terutama 73 ADUN yang berada di dalam Dewan yang mulia dalam penggal ini terutamanya kepimpinan kerajaan, ADUN dari kerajaan mempunyai unsur
ukhuwah wal amanah atau mempunyai kekuatan dan amanah dalam mengurus negeri Sabah. Bukan saya katakan bahawa kita tidak ukhuwah dan amanah namun saya harapkan bahawa kita betul-betul memenuhi kriteria-kriteria berkenaan demi memacu supaya Sabah lebih baik kedepannya berbanding pada ketika ini…
… kerana jika tidak, maka selagi itulah signboard Sabah Maju Jaya akan menjadi bahan cemuhan, hanya akan menjadi perhiasan tanpa makna dan akan menjadi otopia. Sedangkan kita tahu usaha Kerajaan untuk mewujudkan slogan-slogan sedemikian adalah untuk merangsang supaya Sabah boleh maju ke hadapan lagi dan selagi itulah juga hasil pendapatan tahunan Sabah berlegar dalam julat 6 bilion ke 7 bilion dan ini mempunyai kesan ke atas keupayaan Kerajaan berbelanja untuk mensejahterakan rakyat Sabah.
Tuan Speaker, dengan lebih 20 000 warganya, Sekong tidak sama seperti daerah lain. Lebih separuh penduduk duduk di rumah atas laut dan selainnya di perumahan. Tiada tanah untuk pertanian dan penternakan bagi rakyat di Sekong. Daerah lain, meskipun termasuk dalam kategori daerah termiskin sebagai contoh, Tongod, Tuaran, Beluran dan lain-lain, tapi penduduknya masih mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan. Kami di Sekong tidak memiliki itu. Yang bertanah ada peluang untuk menikmati bantuan dan insentif dari Kerajaan dan menikmati kemudahan dan bantuan Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti contoh, bantuan penanaman semula kelapa sawit melalui MPOB, bantuan tanaman getah melalui LIGS dan RISDA, begitu juga bantuan tanaman pisang, nenas dan lain-lain. Sekong tidak dapat menikmati bantuan dan insentif di atas. Kak Jumatiah, Uncle Kwan, Pak Cik Rani, Uncle Ah Choi dan sekian banyak penduduk Sekong tidak berpeluang menikmati bantuan ini.
Oleh sebab itu, tanah merupakan salah satu elemen yang penting. Tuan Speaker, dalam faktor pengeluaran untuk memakmurkan rakyat Sekong, Kerajaan Sabah perlu mengambil kira keterbatasan ketiadaan tanah dan melaksanakan program pembangunan yang bersesuaian. Selaras dengan ucapan YB Menteri Kewangan dalam teks ucapan Belanjawan Negeri 2025 muka surat 7 para 21 kedua, yakni
menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan menaikan taraf hidup melalui pendekatan inklusif, maka saya mewakili rakyat N.53 Sekong mencadangkan program berikut dari budget yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Satu, perikanan. Mewujudkan kelompok usahawan perikanan kerana terdapat 22 kampung nelayan, kampung pesisir pantai bermula dari Kampung Tabah Baru sehingga Kampung Bambangan dan kampung-kampung di kepulauan bermula dari Pulau Sanghai sehingga Kampung Asam dan sebuah kampung yakni Kampung Segaliut di tepi sungai. Bagi merancakkan semula pembangunan industri perikanan di Sekong, maka mohon agar Kerajaan boleh memperuntukkan dari budget berkenaan sebanyak RM1.12 juta diperuntukkan untuk membekalkan 110 set bot termasuk enjin 15 horsepower kepada 115 usahawan perikanan di Sekong. Membina sebuah bangunan bagi pendaratan ikan dan hasil laut dan juga penyimpanan dingin beku. Melatih, membimbing dan membina usaha lima usahawan dalam bidang pemasaran sehingga mampu mengeksport ikan dan hasil laut ke luar negara melalui kursus-kursus Human Development dan penggunaan IT dalam pemasaran.
Yang kedua, pertanian, Tuan Speaker. Memandangkan ketiadaan tanah merupakan limiting factor maka dipohon diperuntukkan untuk melatih, dipohon peruntukan untuk melatih dan membina usahawan urban farming seperti penanaman sayur secara hydrophonic dan vertical farming open space di perumahan dan di tepi pesisir pantai Sekong boleh digunakan untuk aktiviti urban farming. Untuk ini, Sekong memohon peruntukan RM500 ribu diberikan bagi program memakmurkan dan mensejahterakan rakyat ini.
Tuan Speaker, Sekong juga mencadangkan agar dibina satu pasar tamu rakyat melalui Budget 2025 di Sekong dan Sekong juga mencadangkan yang keempat infrastuktur. Memperkasakan infra pasar Taman Sibuga dan Taman Mawar bagi keselesaan dan kesejahteraan warga Taman Mawar dan Sibuga. Pemasangan lampu solar di jalan raya Taman Sibuga, Taman Mawar, dan jalan masuk ke kampung-kampung, pembinaan jambatan kayu yang rosak, pewujudan sistem pencegahan kebakaran, penyediaan bekalan air terawat di Kampung Bambangan dan kepulauan, penyediaan bekalan elektrik menggunakan tenaga solar di
kepulauan dan juga membina atau baik pulih kemudahan rekreasi, riadah di kampung-kampung dan kawasan perumahan termasuk di Taman Sibuga dan Taman Mawar.
Tuan Speaker, dalam Budget 2025, YB Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM590.6 juta kepada Jabatan Air yang diharapkan dapat mengatasi isu air. Agar isu bekalan air dan isu kualiti air tidak akan dihadapi lagi di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung di Sekong. Tuan Speaker yang saya muliakan, bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri, kami di Sekong mencadangkan setelah masa berlalu begitu panjang lebih kurang 60 tahun. Namun isu pemulangan hasil 40% masih menjadi polemik dan duri dalam pelaksanaan MA63. Sedangkan Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang dimuliakan jika dipulangkan, maka ini akan menambah pendapatan Kerajaan Negeri Sabah.
Rakyat Sabah dan Kerajaan Sabah sehingga kini tidak tahu berapakah jumlah sebenar tunggakan had 40% dari dulu hingga kini sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan itu, saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini agar satu kertas putih mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah dapat dibentangkan di Sidang DUN yang akan datang.
Mula gulung, ya, Yang Berhomat.
Ya. Hasil cukai jualan negeri emas pada 2025 dijangkakan berjumlah RM10 juta. Pembantu Menteri Kewangan YB Matunggong pada Sidang DUN April 2024 ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai jualan ke atas hasil emas yang dibawa keluar dari Sabah. Dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025, YB Menteri Kewangan juga menyatakan Kerajaan Sabah juga akan memperluas sumber pungutan hasil dengan mengenakan cukai jualan negeri ke atas emas dalam masa yang terdekat. Rujuk muka surat 13 para 30 kelima. Isunya, Tuan Speaker, bilakah timeline perlaksanaan CJN ke atas emas tersebut? Demikian juga, Sekong ingin bertanya kepada YB Menteri Pertanian dalam Belanjawan Persekutuan 2025, MADA telah diperuntukkan RM1 bilion dan Sarawak telah, RM1 bilion bagi penanaman padi di Kedah, dan Sarawak diberi RM500 juta atas komitmen negeri Sarawak
membangunkan 5 ribu hektar tanaman padi. Lalu berapa kita di Sabah dapat? Atau apakah alasan Kerajaan Persekutuan tidak memberikan peruntukan untuk penanaman padi bagi negeri Sabah?
Tuan Speaker yang saya muliakan, Persidangan Dewan Undangan Negeri 9 Ogos 2023 telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2023 bagi menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri. Sekong ingin bertanya bagi tahun 2023, berapakah jumlah baki peruntukan tersebut yang telah dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Sabah dijangkakan akan menerima RM131.25 juta hasil daripada dividen dan sumbangan agensi awam negeri pada tahun 2025. Bagi memastikan kualiti dividen tersebut dan bagi memastikan akauntabiliti dan tatakelola pengurusan yang lebih transparent maka Sekong mencadangkan agar penyata kewangan disatukan yang beraudit. Bagi GLC-GLC dan agensi awam hendaklah dibentangkan untuk makluman di Sidang DUN. Dengan izin remedial action secara hollistic boleh diambil jika berlaku kepincangan dalam GLC dan agensi awam negeri berkenaan dengan kadar yang cepat dan segera demi kebaikan Kerajaan dan rakyat Sabah yang kita cintai.
Tuan Speaker, saya sudahi dengan memetik, mengajak kepada Sidang DUN yang saya muliakan ini terhadap satu panduan yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang tatakelola berkaitan budget sesebuah Kerajaan yang cekap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata dalam menyikapi sebuah Kerajaan yang berjaya, dia bilang (berkata) “Kerana apa kita berjaya lakukan? Kerana apabila diberikan kuasa menjadi Kerajaan, kita hentikan sama sekali kerja-kerja sakau, kita hentikan ambil duit rakyat, kita tidak langgar peraturan, kita tidak izin ambil kontrak tanpa tender, kita tidak ambil kontrak dengan komisen, kita tidak izin pemimpin ambil duit rakyat.” Selamatkan Sabah, Sekong mohon menyokong. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, Sekong. Tenang-tenang sikit, ya. Nanti naik darah pula. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan.
Bugaya bersedia selepas ini ya. Silakan 12 minit.
Terima kasih Datuk Speaker atas peluang membahas Belanjawan Sabah 2025 yang di bertemahkan Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera yang dibentang oleh Menteri Kewangan pada 15 hari bulan minggu lalu.
Secara amnya belanjawan ini ah, adalah komprehensif bagi saya dan cukup besar untuk membawa impak dan perubahan yang berkekalan dan saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan dan juga Ketua Menteri Sabah.
Pendekatan yang tidak berkrompomi kepada ketirisan dan rasuah, perlu diambil dan penyampaian projek dan bantuan yang diluluskan, diagihkan dan adil saksama.
Datuk Speaker, laporan yang mengatakan Sabah akan berdepan risiko gangguan elektrik menyeluruh mulai Januari 2025 sangat mendukacitakan dan perlu di pandang serius kerana kita akan menjejaskan kesejahteraan rakyat dan juga pertubuhan ekonomi Sabah, kita harus mencari formula yang terbaik untuk mengatasi isu bekalan elektrik.
Saya ingin mendapat penjelasan ah, berapakah peruntukan dalam belanjawan 2025 ini untuk tenaga boleh baharu dan bangunan tenaga lestari sebagai satu cara penyelesaian krisis elektrik di Sabah.
Saya juga ingin bertanya, berapakah geran dan pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk membangun tenaga boleh baharu kepada Sabah dan apakah status penggunaan dana tersebut.
Seterusnya, saya menyentuh kepada program Rumah Mesra SMJ dan program baik pulih rumah bagi kategori B40 dan e-Kasih yang mempunyai tujuan yang murni.
Untuk pengetahuan Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, di DUN Kapayan masih terdapat banyak buah rumah keluarga yang diduduki seramai lima
ketua isi rumah atau ahli isi rumahnya dalam satu geran, lot tapak tanah, ini bererti extended families ah, Datuk Speaker, under one roof. Mereka ini dalam kategori B40 atau yang mempunyai anak OKU dan ada juga dalam kategori e-Kasih yang tinggal sebumbung.
Program Rumah Mesra SMJ bagi kategori ini, pada dasarnya hanya meluluskan satu rumah untuk satu geran atau lot tapak tanah sahaja. Ini akan menyebabkan ketua isi rumah yang lain tidak layak memohon dalam Program Rumah Mesra SMJ meminta keluarga untuk pisahkan geran meraka dan geran tanah mereka ini bukan solusi yang baik.
Program Baik Pulih Rumah, adalah sangat sesuai diperkenalkan di Kapayan untuk mengekalkan pohon kekeluargaan bagi sesebuah rumah. Program Baik Pulih Rumah juga sangat sesuai disebabkan keadaan struktur rumah yang masih baik dan boleh masih boleh dibaiki.
Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan Program Baik Pulih Rumah bagi Kapayan. Adakah cadangan kerajaan untuk menaikkan peruntukan daripada 20 ribu seunit rumah kepada 60 ribu seunit ataupun sehingga 100 ribu ah, seunit mengikut geran kerosakkan rumah tersebut.
Tuan Speaker, tahniah saya ucapkan ah, kepada pihak berkuasa tempatan Penampang yang kini dinaiktarafkan menjadi Majlis Perbandaran Penampang dalam pada itu kemudahan-kemudahan kerajaan juga seharusnya seiring dinaiktarafkan kerana kebanyakkan kemudahan sebagai aset kerajaan di Penampang tidak mampu diselenggarakan, tidak dibaiki dengan sempurna atau tidak berfungsi. Kebanyakkan rumah Pam Stesen Pembentungan dalam DUN Kapayan tidak diselenggarakan dan dijaga dengan baik sehinggakan berlakunya kecurian wayar cable elektrik atau besi serta mengalami kerosakan khususnya di Beverly Hills, Phase Two, keadaan bumbung atap dan dinding rumah pam stesen sudah usang, kayunya dimakan anai-anai dan perkakas perlu diganti. Saya menyeruh agar pembaikan rumah-rumah Pam Stesen Pembentungan dilaksanakan dengan segera.
Terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan kemudahan lori tangki, septic dan loji enapcemar di Penampang. Namun perkhidmatan ini beroperasi hanya dengan satu
lori bagi kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, ini memberi kekangan kepada petugas-petugas Jabatan Perkhidmatan Pembentungan untuk laksanakan tugas, menangani aduan-aduan man hole atau sumbat di kawasan perusahan, perniagaan dan perumahan dalam satu masa, saya syorkan agar peruntukan yang diberikan bagi kepada Jabatan JPPS dibekalkan lagi lori tangki septic enapcemar khususnya di kawasan di KK, Penampang dan Putatan ini.
Datuk Speaker, kawasan DUN Kapayan, teruk ah, sekali lagi ya terus berhadapan dengan masalah tekanan bekalan air yang rendah dan catuan air yang sangat serius kali ini ah, kawasan yang terlibat adalah kawasan Cyber City Apartment, K Avenue dan Riverside Residents di Kapayan, akibat kerosakkan pam air baru-baru ini ah, pam ah, Jabatan Air, pihak pengurusan di kawasan ah, ini memaklumkan bahawa tekanan air yang rendah memaksa mereka melaksanakan catuan air yang amat membebankan penduduk, saya difahamkan oleh pihak Jabatan Air bahawa gangguan serius ini akan berterusan sehinggalah awal tahun bilamana loji rawatan Kasigui siap dinaiktaraf. Jabatan Air Negeri Sabah, pihak pengurusan dan Pejabat ADUN saya telah menghantar lori tangki air kepada kawasan ini tapi ini hanyalah sementara dan komitmen daripada pihak Jabatan Air untuk menyelesaikan isu untuk kawasan ini harus dilaksanakan dengan segera.
Selain itu, selain isu di bandar ini saya difahamkan lebih 20 ribu rumah di Sabah masih tidak mendapat bekalan air yang bersih dan terawat, kadar air tidak berhasil atau Non Revenue Water di Sabah adalah pada tahap 55% dan ini adalah kedua tertinggi di Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kerja Raya, apakah tindakan untuk menyelesaikan isu ini dan apakah usaha-usaha untuk membangun sistem graviti dan juga pembinaan lebih banyak reservoir, reservoir air di sekitar Penampang untuk mengatasi krisis air.
Datuk Speaker, saya amat mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih satu bilion yang dibentangkan dalam belanjawan 2025 ini untuk menangani krisis air tapi dana tersebut harus dibelanjakan secara efisien dan tepat, saya amat bimbang bila mendengar terdapat 25 projek pembangunan di Sabah yang dikategorikan sebagai “Projek Sakit”, termasuk projek air, tenaga, elektrik, sekolah dan kemudahan kesihatan. Kadar pelaksanaan projek di Sabah lebih perlahan berbanding kadar
kebangsaan dengan hanya 35.46% peruntukan dibelanjakan setakat 15 Julai tahun ini.
Datuk Speaker, berkaitan isu perkahwinan bawah umur, saya ingin bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengapa sehingga kini belum ada pindahan Enakmen Makhamah Anak Negeri untuk menghentikan perkahwinan bawah umur di kalangan anak negeri. Ini sudah dimasukkan dan saya telah membangkitkan ini di beberapa sidang DUN, apakah tindakan untuk menghentikan amalan yang mengahwinkan anak di Makhamah Anak Negeri untuk mengelak dakwaan rogol statutory (Statutory Rape) terhadap anak lelaki di makhamah. Peruntukan berjumlah 80.19 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri bagi saya memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap hal ehwal anak negeri. Soalan saya, berapakah peratus daripada dana ini akan diperuntukkan untuk latihan dan memperbaiki prestasi kakitangan Mahkamah Anak Negeri. Saya menyahut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri baru-baru ini untuk mewujudkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri tapi sejauh manakah usaha ini ah, direalisasikan ah, sedangkan ah, saya melihat tidak ada peruntukkan dalam belanjawan.
…2025. Datuk Speaker, saya pasti semua kita sedar antara penyebab utama isu perubahan iklim, bencana banjir, tanah runtuh dan pencemaran sungai dan lautan disebabkan alam sekitar kita yang semakin rosak. Kapayan menyahut baik tindakan mitigasi dan adaptasi selaras matlamat pembangunan mapan or SDG serta program pemuliharaan. Namun kerosakan alam sekitar timbul kerana ketidaktegasan pihak berkuasa dalam menghentikan dan menangani pembangunan yang tidak mapan.
Adakah peruntukan khas kepada mana-mana jabatan untuk menghentikan dengan segera aktiviti-aktiviti pembangunan yang melanggar peraturan dan untuk mengubah situasi dengan melibatkan mahkamah, masyarakat dan badan-badan NGO? Saya syorkan usaha sama dengan pelbagai agensi diperkukuhkan misalnya, melaksanakan peningkatan pengurusan, pembersihan sungai dan parit bersama Jabatan Pengairan dan Saliran atau dalam pelaksanaan pengurusan buangan
terjadual bersama pihak berkuasa tempatan setelah kajian tersebut siap pada tahun depan.
Datuk Speaker, saya memandang serius peningkatan jumlah anak-anak OKU kepada 5,689. Selain UMS yang melaksanakan program intervensi kanak-kanak autisme, apakah program bersama badan NGO dan komuniti dalam penjagaan kebajikan dan membantu keluarga kanak-kanak istimewa ini dan memberi kesedaran dalam hal ini?
Datuk Speaker, saya percaya penubuhan jawatankuasa khas bagi isu-isi penting diperlukan supaya Ahli-ahli Dewan Undangan kita boleh menyumbang dalam memastikan Belanjawan 2025 dilaksanakan dengan adil dan inklusif. Satu jawatankuasa yang penting bagi saya adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Gender, dan saya amat berharap ini akan mendapat sokongan daripada semua ahli dan juga Tuan Speaker sendiri. Saya juga syorkan agar gender budgeting boleh menjadi amalan baik apabila belanjawan tahunan disediakan bagi memastikan peruntukan yang seimbang diberikan untuk pembangunan wanita.
Datuk Speaker, tanah adat bagi anak negeri merupakan asas ekonomi dan kelangsungan hidup. Oleh itu mempercepatkan proses penyerahan geran tanah kepada yang layak memilikinya akan membela martabat Orang Asal di Sabah. Saya juga mencadangkan agar hak tanah adat diperkukuhkan dengan mewujudkan tribunal tanah untuk mengendalikan pertikaian hak tanah adat. Akhir sekali Tuan Speaker, saya harap penyebaran maklumat pencapaian Kerajaan dan status pelaksanaan Belanjawan 2025 ini menjadi kebiasaan semua Kementerian. Saya sarankan agar website jabatan-jabatan dan juga kementerian senantiasa dikemas kini kan. Datuk Speaker, saya menutup dengan ucapan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru kepada semua, semoga tuhan memberkati segala usaha baik kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Terima kasih Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Kapayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bugaya, lepas tu Yang Berhormat Segama, Sri Tanjong, Sebatik, Bongawan bersedia ya. Okey, Bugaya silakan 12 minit ya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, alhamdulillahhillazi hadanalihaza wamakunalinah tadialaula anhadanallah asyhaduallah illahaillallah waasyhaduanna muhammadan abduhuwarasuluh. Allahhumasolli alla saidina muhammad waallalihi wassabihi ajmain wakallahu taala fikitabilaziz baadauzubillahi minasyaitannirrajim yaayuhallazina amanu taakullah hawaltanzulnah summakaddamadliqad wataqudlah innallahobirum bimatakmaluum.
Sadaqallahhuladzim.
Terima kasih yang Berhormat Datuk Seri Speaker dan semua Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang mana telah membentangkan bajet untuk tahun 2025. Datuk Speaker, saya terus kepada isu memandangkan masa begitu pendek.
Okey.
Yang pertama, berkaitan isu tentang air di kawasan saya. Isu bekalan air dan juga catuan air di kawasan terutamanya di Semporna yang mana tidak menentu menyebabkan kesukaran orang-orang kampung untuk mengatur kehidupan harian mereka. Saya mewakili rakyat di daerah Bugaya khususnya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, agar mengadakan rancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah ini agar kehidupan penduduk kampung tidak terjejas. Saya tertarik dengan Perenggan 129 peruntukan yang berjumlah RM729.79 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya. Jadi di sini saya memohon daripada peruntukan ini agar membantu penduduk di kampung, terutamanya Kampung Tarapuli di Semporna, yang mana tangki besar Jabatan Air itu sudah lama bocor sampai berkarat yang menyebabkan penduduk kampung tidak mendapat air yang sepatutnya, sudah lebih daripada sepuluh tahun. Jadi diharap tindakan segera dapat diambil oleh Yang Berhormat Menteri.
Isu yang berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri pertamanya di Kampung Air ya, baru-baru ini kita mendengar isu yang mana, satu pembangunan baru akan dibuat di kawasan Kampung Air dan ada ura-ura yang untuk memindahkan penduduk kampung tersebut. Saya telah membuat satu dialog di antara penduduk
kampung di sana dan mereka meminta agar pembangunan tersebut dipindahkan di tempat yang lain. Jadi saya di Dewan yang mulia ini meminta kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang berkenaan mengatasi keputusan yang mana, sekiranya ada cubaan untuk meroboh kampung-kampung di Kampung Air, kerana ini adalah merupakan kampung yang utama di daerah Semporna, kampung yang pertama wujud sekiranya kampung ini dirobohkan banyak nostalgia dan juga kenangan-kenangan lama dan juga antaranya rumah kita punya bekas Tuan Yang Terutama juga ada di sana.
Seterusnya, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyatakan juga di sini masih berkisar tentang di kawasan saya juga di Kampung Bangau-Bangau, perkara ini saya sudah bangkitkan di dalam Dewan ini beberapa kali berkaitan tentang isu kampung ini. Kampung ini masih lagi statusnya berstatus setinggan. Sampai hari ini masih lagi penduduk kampung ini tidak boleh mendaftar elektrik atau memasang elektrik, jadi bayangkan penduduk-penduduk kampung di Bangau-Bangau tidak dapat mendaftar atau menregister diaorang punya meter elektrik dan tidak boleh mendapatkan bekalan elektrik yang berdaftar. Jadi mohon kepada Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan perkara ini dibuat oleh Majlis Daerah sendiri yang menstatuskan Kampung Bangau-Bangau ini sebagai status setinggan, walaupun kampung ini sudah sekian lama mempunyai tiga, saya difahamkan di kampung ini ada tiga ketua kampung, Jadi mohon agar status setinggan bagi Kampung Bangau-Bangau ini ditarik secepat yang mungkin.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 1hb Ogos 2024 Kampung Simunul ada dilanda oleh satu bencana alam yang mana menyebabkan rumah-rumah di Kampung Simunul itu runtuh, angin puting beliung. Jadi pada 5hb.8.2024, setelah dibuat keputusan dan mengambil data-data daripada mangsa-mangsa tersebut sepuluh daripada mangsa-mangsa itu telah membuat permohonan untuk dimasukkan ke PPR Bubu Ria dan sehingga kini hanya dua pemohon yang dibenarkan untuk masuk ke PPR-PPR tersebut. Mengapa yang lapan pemohon ini lagi sampai sekarang masih tidak dapat dimasukkan ke dalam PPR tersebut. Walhal pemohon ini sama juga dengan pemohon yang dua itu, yang telah dimasukkan itu. Jadi mohon saya difahamkan oleh Pejabat Daerah mereka menunggu keputusan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan, mohon perkara ini dipercepatkan.
Sekarang sudah bulan 11, daripada bulan lapan, bulan sembilan, bulan sepuluh ya….
Hampir empat bulan mereka tidak dapat masuk, yang dua, dua pemohon itu sudah dapat masuk, yang lapan pemohon lagi masih tidak dapat sampai sekarang. Jadi, mohon dipercepatkan. Gunakanlah kuasa yang ada ini demi untuk kebaikan rakyat kita. Mudah-mudahan kita akan dapat rahmat daripada Allah SWT.
Seterusnya, Datuk Speaker, saya mohon juga kepada Menteri Kerajaan Tempatan menyegerakan kemasukan yang lapan pemohon itu untuk masuk ke PPR Bubul Ria.
Seterusnya, saya ingin memohon, ya, memandangkan di Kampung Lihak-Lihak, dia adalah kawasan di Semporna Darat. Kawasannya, agak jauh daripada pusat bandar ataupun Pekan Semporna dan dia lebih dekat ke Kunak, ya. Walaupun dekat tapi lebih kurang makan, 15 kilometer, 20 kilometer, dengan jalan yang tidak berapa baik. Jadi, di sana tidak ada klinik, sekiranya kalau ada orang sakit, ya, kalau mahu dibawa ke apa, ke Semporna pun jauh. Dibawa ke Kunak pun jauh juga. Jadi ada keperluan begitu mendesak untuk mengadakan satu Klinik Desa di Kampung Lihak-Lihak ini. Diharap, ya, dalam Kerajaan menyediakan satu Klinik Desa di kawasan Kampung Lihak-Lihak.
Datuk Speaker, dalam Ucapan Belanjawan 2025, saya tertarik kepada perenggan 25 dan 127 dalam Ucapan Belanjawan 2025, yang mana peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya, pembangunan sebanyak RM249.86 juta dan sebanyak RM424.53 juta bagi pelaksanaan program membina dan menaik taraf jalan raya di kawasan bandar, luar bandar dan pekan kecil. Peruntukan yang begini banyak, saya harap dapatlah serba sedikit, ya, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya agar jalan, benda ini saya sudah bangkitkan pada sesi yang lepas mungkin sudah terlupa ataupun saya ingatkan balik, ya, kalau boleh jalan di Kampung Bakung-Bakung di Semporna hampir putus, ya, di Semporna Darat. Hampir putus dia punya jalan. Jadi mohon untuk, ya, diperbaiki, ya, dan jalan di Bukit Sakong, ya,
jalannya sudah begitu teruk, ya, dan perlu saya rasa diturap semula. Begitu juga dengan jalan Kampung Sungai Tuhug, jalan Sungai Yai-Yai di Kampung Indani, ya, mohon agar dapat dimasukkan dalam peruntukan tersebut, ya.
Baru-baru ini pada 3 November 2024, seorang kanak-kanak meninggal akibat diserang sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok. Ini pun satu isu yang mana menjadi viral, ya, jadi saya mohon kepada pihak yang berwajib terutamanya Kementerian yang bertanggungjawab agar menggesa agensi-agensi di bawah Kementerian tersebut untuk menangkap semua anjing-anjing liar yang ada di daerah Semporna ini untuk mengelakkan lagi perkara tragis seperti ini berulang. Ini bukan perkara yang pertama, ada sudah tiga empat kali, ya, penduduk digigit oleh anjing liar, ya. Dia ada juga di Kampung Simunul dan yang baru-baru ini viral kanak-kanak umur dua tahun meninggal. Kasihan. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama-sama dengan orang di taman-taman syurga, insya-Allah, ya.
Seterusnya, Yang Berhormat Datuk Speaker, ah, saya juga tertarik kepada perenggan 25 dan 42 Ucapan Belanjawan peruntukkan sejumlah RM148.13 juta pembangunan bagi Kementerian Pertanian, Perikanan, Industri dan Makanan dan RM610.85 juta untuk memajukan sektor pertanian. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan agar perancangan pembangunan pertanian memasukkan daerah Semporna dalam peruntukan ini dan saya mohon pada Yang Berhormat Menteri, membantu, ya, terutamanya Pertubuhan Peladang kawasan Semporna. Saya difahamkan mereka ini agak dipinggirkan ataupun tidak menerima bantuan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, LPP Sabah.
Seterusnya, Datuk Speaker, isu berkaitan tentang Imam Kariah. Baru-baru ini saya menerima laporan daripada imam-imam terutamanya di kawasan saya dan juga di kawasan yang lain, perkhidmatan imam ini dipendekkan daripada 66 tahun sekarang pencen 58 tahun pencen sudah. Imam-imam terdahulu pencen 60 tahun, sekarang 58. Saya minta kalau boleh, ya, jasa baik Yang Berhormat Menteri, sekiranya imam-imam kariah yang sedia ada yang bukan lantikan yang baru, yang sudah lamalah dan kalau boleh dikekalkan pergi 66 tapi yang baru ini bolehlah kita buat pergi 58. Kasihan kita punya imam dia orang punya gaji pun berapalah sangat dengan
kehidupan yang kesempitan sekarang ini kalau dikurangkan lagi mungkin agak menyukarkan mereka.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang ingin saya bangkitkan di sini, ya berkaitan tentang stesen bas di daerah Semporna. Saya harap Yang Berhormat Menteri Kewangan, ya, prihatin terhadap kita punya pengangkutan awam terutamanya stesen bas. Stesen bas ini digunakan oleh orang-orang, ya, kita punya B40 dan kalau mereka mahu datang pergi KK mesti melalui pakai bas. Sejak 60 tahun kita merdeka ini, ya, saya tengoklah di daerah Semporna ini dia punya stesen bas inda (tidak) begitu teratur menumpang-numpang saja, begitu indada (tidak ada) stesen yang betul-betul macam stesen.
Inda taulah daerah-daerah yang lain. Saya rasa daerah-daerah yang lain pun sama juga macam daerah Semporna. Jadi diharap, ya, Kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu kita punya pengusaha-pengusaha bas terutamanya di kawasan daerah-daerah yang mana membantu kita punya masyarakat B40, memudahkan urusan mereka. Memandangkan selalu kalau di kawasan saya terutamanya di daerah Semporna, kalau ada masalah IC, masalah apa semua kena datang pergi KK. Sudah datang pergi KK kena naik bas dan keadaan fasiliti yang disediakan untuk mereka ini begitu tidak baiklah. Jadi diharap ada lah perubahan, ya, semenjak kita merdeka ini, 60 tahun ada lah peningkatan. Jangan langsung tidak ada peningkatan dan yang terakhir mungkin sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya menerima juga aduan banjir di kawasan saya, terutamanya sungai-sungai yang tidak diselenggara dan juga saliran. Jadi, saya melihat dalam Ucapan Budget ini ada perenggan 59 yang mana memperuntukkan RM126.07 juta disediakan untuk meneruskan projek menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran. Pengurusan dan juga pembangunan sistem tebatan banjir serta pembersihan dan juga pertahanan tebing sungai. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan agar sungai di kawasan saya seperti Sungai Buaya, Sungai Rancangan Baru, Sungai Tinagayan, Sungai Bohelima dan Sungai Kemiri dan juga saliran di Kampung Tenggulangan yang mana sekiranya banjir yang begitu lebat akan menyebabkan banjir di kawasan kampung tersebut. Mohon dapat peruntukan yang sedia dibawa di dalam budget ini memasukkan kawasan-kawasan untuk diselenggarakan salirannya dan juga sungai-sungainya.
Sebelum mengakhiri perbahasan ini, satu lagi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini. Berkaitan tentang isu penjawat awam yang ada di negeri ini tertutamanya di Bahagian Kehakiman. Saya menerima aduan daripada mereka ada di kalangan kita punya Jabatan Kehakiman ini sudah dipenuhi dengan orang-orang bukan daripada Sabah sudah. Banyak yang daripada Sarawak. Jadi saya minta jasa baik daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sekiranya, gunakanlah kuasa kita ini untuk membantu kita punya rakyat Sabah yang mana kalau boleh, ya, kita …
Mahu juga kita punya hakim-hakim dan juga pegawai-pegawai kehakiman daripada orang Sabah. Kenapa di Sarawak dorang (dia orang) boleh pertahankan orang-orang Sarawak di Jabatan Kehakiman. Kenapa kita indak (tidak) boleh pertahankan orang-orang Sabah di Jabatan Kehakiman kita sendiri. Jadi, diharap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dapat membantu dalam isu ini. Perlu kita pertahankan ya rakyat di negeri Sabah ini demi untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada peluang-peluang pekerjaan diberikan kepada orang-orang yang lain diberikan sepatutnya kita berikan kepada rakyat Sabah itu sendiri.
Ambillah contoh daripada Sarawak yang mana mereka lebih berjaya daripada kita, mudah-mudahan daripada ini kita dapat ambil iktibar, mudah-mudahan daripada iktibar itu akan menjadikan kita ini lebih baik dan lebih maju dalam kita punya pembangunan ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, apa yang penting bajet yang ada sekarang ini jangan saja dia dihias dengan berbilion-bilion the budget must not only be decorated with billions for the people, but it must be seen to be implemented among the people but what is more important is that the budget mush be felt by the people.
Dengan itu saya menutup ucapan saya dan menyokong dan mencadang diharap cadangan dapat diterima oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih YB Bugaya. Sekarang saya jemput YB Segama. 12 minit ya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assamualaikum WBT. Yang Berhormat Datuk Speaker. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesempatan yang diberikan untuk menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2025. Saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada YB Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan yang bertemakan Sabah Makmur Rakyat Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM6.421 bilion. Belanjawan ini merupakan yang terbesar dalam sejarah Sabah yang sekali gus menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembangunan negeri yang holistik dan inklusif. Pertumbuhan ekonomi dan cabaran fiskal.
Datuk Speaker, unjuran pertumbuhan KDNK Sabah sebanyak 2.5% bagi tahun 2025 adalah berhemat namun ia terlalu konservatif berbanding dengan unjuran pertumbuhan ekonomi nasional antara 4.5% hingga 5.5%. Walaupun angka ini mencerminkan pendekatan yang berhati-hati dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. Kita perlu mengambil langkah-langkah bijak untuk merangsang pertumbuhan yang lebih agresif. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa strategi yang lebih fokus.
Menarik pelaburan langsung asing (FDI) - Kita perlu memberi tumpuan untuk menarik pelaburan asing dalam sektor-sektor bernilai tinggi. Khususnya dalam industri pembuatan maju dan teknologi hijau yang penting untuk kelestarian jangka panjang negeri ini.
Transformasi Digital - Mempercepatkan tranformasi ekonomi digital dengan membuat pelaburan strategik dalam infastruktur digital serta membangunkan bakat-bakat tempatan yang berkemahiran tinggi.
Memperkukuhkan Ekosistem Inovasi - Menggalakkan kerjasama antara institusi penyelidikan, industri dan Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk inovasi dan kemajuan teknologi.
Dalam perbahasan hari ini, saya ingin memberi fokus kepada beberapa buah perkara, isu utama yang amat dekat dengan hati rakyat dikawasan Segama. Bermula dengan yang pertama, pewartaan kampung dan status kediaman anak negeri.
Datuk speaker, saya ingin membangkitkan isu berkaitan pewartaan kampung di DUN Segama. Kampung Untah dan Kampung Pansuran, masih belum mendapat pewartaan sebagai perkampungan anak negeri yang sah. Disebabkan oleh pertindihan dengan warta tadahan air. Begitu juga dengan Kampung Wawasan Satu Dua, Kampung Dusun, Kampung Damai Satu dan Dua masih belum ada kata putus pewartaan daripada pihak Kerajaan hingga ke saat ini. Penduduk kampung-kampung ini telah menetap di kawasan tersebut selama berpuluh-puluh tahun. Namun, mereka masih hidup dalam ketidakpastian mengenai status tanah kediaman mereka. Saya menuntut penjelasan daripada pihak Kerajaan bagi pihak rakyat Segama.
Apakah terdapat garis masa yang jelas untuk proses pewartaan kampung-kampung ini? Jika ya, bila ia dijangka diselesaikan? Jika tidak ada saya memohon Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memberi perhatian segera kepada masalah ini dan menyediakan solusi yang tuntas.
Bagi perkembangan lain, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Kerajaan Negeri atas kelulusan warta perkampungan tapak kediaman anak negeri. Kampung Sabah Baru peringkat satu hingga empat dengan nombor gazet 200/2021 dan warta tanah rizab kediaman anak negeri Kampung Bukit Belacon Jaya dengan nombor gazet 258/2021 yang menjadi perjuangan saya selama ini.
Datuk Speaker, …
Saya ingin mengutarakan bekalan air dan bekalan elektrik yang tidak stabil. Isu bekalan air bersih di Ulu Segama telah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. Dengan peruntukan sebanyak
RM729.79 juta untuk Jabatan Air Sabah dan RM19.5 juta untuk KPLB Sabah termasuk program bekalan air alternatif. Kerajaan sememangnya memberi perhatian kepada isu ini. Namun, saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan yang boleh diberikan untuk program bekalan air alternatif di kampung-kampung sekitar Ulu Segama?
Selain itu, Projek BESS (Battery Energy Storage System) akan dilaksanakan di Lahad Datu. Penduduk di Kampung Wawasan masih terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan elektrik yang tidak stabil. Hal ini mengakibatkan banyak penduduk tidak dapat menggunakan alat-alat elektrik asas seperti penghawa dingin, current voltage yang rendah. Saya mendesak agar langkah segera diambil untuk menyelesaikan masalah voltage rendah di Kampung Wawasan dan seluruh Lahad Datu amnya. Pihak penduduk telah mengemukakan beberapa aduan namun sehingga kini, tiada tindakan yang diambil.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kesesakan jalan raya, sistem perparitan dan pengairan. Kesesakan jalan raya di Jalan Tengah Nipah menuju ke Pangsapuri Mutiara Kasih semakin hari bertambah sesak, it’s a bottleneck. Laluan ini bukan hanya diguna, bukan hanya digunakan oleh penduduk setempat tetapi juga sebagai laluan utama pengguna daripada Tungku ke Lahad Datu dan saya ingin menggesa kementerian yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan berikut:
1. Mempercepatkan kajian bagi pembinaan jalan alternatif.
2. Memperuntukkan dana khas menaik taraf jalan yang sedia ada. 3. Melaksanakan penyelesaian jangka pendek seperti sistem pengurusan trafik yang lebih efisien.
Perkara ini saya tujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Selain itu, saya juga ingin mengangkat isu jalan raya banjir akibat dinaiki air bagi laluan utama Jalan Segama Lama Batu 5 sehingga Batu 8 terutama dikala musim hujan lebat. Setiap kali sidang Dewan, saya membicarakan perkara ini untuk dipertimbangkan. Sehingga pada hari ini, belum ada tindakan selanjutnya. Mohon yang menteri yang berkenaan dapatlah memberi pertimbangan untuk penyelesaian kepada perkara ini. Para pengguna jalan ini tidak dapat melalui jalan tersebut selagi air yang bertakung
tidak dialihkan. Saya mendapati laluan tersebut sebenarnya sudah tidak memiliki perparitan, pengaliran air dan bahu jalan yang sesuai lagi pada ketika ini.
Isu yang sama juga saya ingin tarik perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah kerana kawasan tersebut memiliki beberapa batang sungai. Saya memohon agar sungai di sekitar tersebut memiliki beberapa batang sungai di laluan utama Jalan Segama Lama dapat dibesarkan, didalamkan dan diluruskan untuk melancarkan aliran air sungai dan saya percaya langkah ini boleh mengurangkan isu air bertakung di kawasan berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya beralih kepada hak Sabah autonomi dan MA63. Tiada perbahasan mengenai masa depan Sabah yang lengkap tanpa menegaskan perjuangan hak-hak anak negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sungguhpun saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kenaikan Pemberian Khas Sabah kepada RM600 juta pada tahun hadapan. Saya menyeru agar perjuangan menuntut 40 peratus hak hasil negeri diteruskan dengan semangat federalisme yang adil dan harmoni.
Saya juga menyokong penuh usaha Yang Amat berhormat Ketua Menteri untuk menuntut agar Sabah dan Sarawak diberikan agihan kuota kerusi 1/3 daripada jumlah kerusi Parlimen. Selain itu, Kerajaan Negeri perlu bertindak proaktif dalam menuntut lebih banyak autonomi terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Saya menggesa agar Kerajaan Negeri memulakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan kuasa.
Yang Berhormat mula gulung ya. Mula gulung.
Terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Saya menggesa agar Kerajaan Negeri memulakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan kuasa syor pelantikan Pengarah Pendidikan Sabah dan Pengarah Kesihatan Sabah dipindahkan ke bawah kuasa negeri melalui Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah. Sebagai penutup Yang Berhormat Datuk Speaker, i think its less than 15 minutes or 13 minutes, now I am closing now. Belanjawan 2025 menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan Sabah. Namun
kejayaannya bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan dan pemantauan yang berterusan.
Kita perlu memastikan bahawa setiap rentak peruntukan yang disediakan memberi impak maksimum kepada rakyat Sabah dan pembangunan negeri.
Sebelum mengakhiri ke atas, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Segama di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membawa suara mereka dalam Dewan ini. Segala kekurangan, datangnya daripada saya sebagai manusia biasa dan segala kebaikan adalah milik Allah SWT. Sempena Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2025, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat Segama dan Sabah. Datuk Speaker, saya menyokong penuh Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2025. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Segama. Seterusnya saya jemput, Yang Berhormat Sri Tanjong.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Kalau boleh dalam 12 minit, ya.
Baik. Terima kasih, Datuk Speaker, kerana memberi peluang kepada Sri Tanjong untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 ataupun dikenali sebagai Belanjawan 2025. Saya percaya ramai Ahli Dewan yang mulia ini telah memberikan input mereka tentang budget ini berhubung dengan kawasan masing-masing dan saya yakin kita semua, tidak kira sama ada kita dalam blok Kerajaan ataupun blok pembangkang, boleh mencapai kata sepakat bahawa kita berhasrat untuk melihat perkara budget ini boleh menangani beberapa isu lazim yang dekat di hati rakyat.
Seperti menyelesaikan their bread and butter issue, menambah baik infrastruktur asas, meningkatkan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi demi mengekalkan orang-orang berbakat untuk tetap tinggal di Sabah dan sebagainya. Oleh itu, saya percaya bahawa sebarang dasar atau peruntukan khusus untuk menangani isu-isu ini harus diberi kepujian. Dan pada masa yang sama, Kerajaan juga harus menerima sebarang kritikan daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dengan hati terbuka.
Lagipun kita semua menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan bertanggungjawab kepada mereka dalam perkara-perkara yang dibincangkan dalam Dewan ini. Ringkasnya pembentangan budget ini melibatkan wang pembayaran cukai dan oleh itu, Kerajaan hari ini harus memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan dalam budget ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat tanpa mengira status sosial, etnik dan tempat asal mereka.
Datuk Speaker, Kerajaan Sabah telah berjaya membentangkan sejumlah empat budget sejak tahun 2020. Pembentangan kali ini akan menjadi yang kelima. Walaupun kita telah menyaksikan kenaikkan perbelanjaan setiap tahun, kita rasa tertanya bagaimana ia telah menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan seorang rakyat biasa di Sabah. Pada awal Mac tahun ini, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Persekutuan telah mengeluarkan laporan terbaharu sempena hari kebahagiaan dunia. Laporan ini mengandungi 14 komponen untuk menilai kesejahteraan rakyat di setiap negeri termasuklah tahap ketekanan dan kesihatan, pengurusan kewangan, keselesaan dan keselamatan tempat tinggal, kemudahan awam dan infrastruktur serta perkhidmatan pemimpin tempatan.
Namun, realitinya adalah negeri Sabah berada di kedudukan ketiga paling tidak berpuas hati di Malaysia. Dengan kata lain, kualiti hidup rakyat biasa di Sabah masih tidak bertambah baik walaupun berbilion-bilion peruntukan telah pun dibelanjakan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Bayangkan sahaja kehidupan mana-mana rakyat biasa di Sabah dan lihat jika sesiapa di Dewan ini boleh resonate.
Cuba bayangkan apabila seseorang yang telah … yang sudah penat, selepas habis kerja apatah lagi bekerja di luar, di bawah matahari tetapi apabila pulang untuk berehat dan sebaik sahaja balik rumah, tiada elektrik kerana gangguan bekalan elektrik dan bekalan air juga terputus. Inilah realiti sebenar, Datuk Speaker.
Bukankah semua ini menggambarkan keadaan sebenar di Sabah pada masa ini. Bagaimana orang Sabah masih boleh hidup bahagia di bumi ini? Bagi saya, saya dapat melihat mengapa laporan indeks kebahagiaan telah meletakkan Sabah sebagai salah satu negeri yang paling tidak berpuas hati di Malaysia.
Sudah berasa tertekan di tempat kerja tetapi masih perlu mengharungi cabaran kehidupan seharian dengan menghadapi kemudahan awam dan infrastruktur yang buruk serta perkhidmatan pemimpin yang di bawah bar. Tak percaya? Datuk Speaker, di sini saya ingin menunjukkan kepada Dewan ini, notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Air sejak satu hari bulan sehingga 12 hari bulan. Berapa? 111 notis gangguan bekalan air. Dan ini hanya untuk di Tawau, Datuk Speaker. Dan, Datuk Speaker, saya boleh mengesahkan ini bukan AI, ah. Ini bukan dicipta dengan AI.
Jadi, Datuk Speaker, saya juga percaya daerah lain di Sabah ini turut mengalami kesusahan yang sama. Bukankah? Cuba bayangkan betapa kerapnya gangguan air berlaku di bawah Kerajaan ini dan saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, bagaimana budget ini membantu untuk membendung masalah yang terus berulang ini. Sama juga dengan gangguan elektrik, Datuk Speaker, cara yang terbaik untuk menggambarkan kekerapan gangguan bekalan elektrik terputus adalah dengan menggunakan indeks ID.
Pengerusi SESB berkata dalam Daily Express pada 11hb Ogos 2024 dan saya memetik “SAIDI is a critical metric that measures the average duration of power indirection, interruption for customer over the period of one year per person.” Saya tidak mengada-adakan cerita di sini. Angka-angka ini dipetik dalam laman web Suruhanjaya Tenaga dan juga artikel berita. Di mana Sabah pada tahun 2019 telah mencatatkan kira-kira 205 minit. Tahun berikutnya adalah 189 minit. Sejak Kerajaan ini mengambil ahli, kita dapat melihat angka ini meningkat secara eksponen kepada 320 minit pada tahun 2021 dan diikuti oleh 296 minit pada tahun 2022 dan 351 minit pada Ogos tahun lepas.
Saya rasa cukup jelas di sini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan kali ini adalah tidak cekap dalam menyelesaikan isu gangguan bekalan elektrik. Sekali lagi saya ingin mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini adalah jumlah notis SESB yang telah dikeluarkan untuk kawasan Tawau sahaja, sejak satu hari bulan sehingga 12
hari bulan November, iaitu sejumlah 69 notis, Datuk Speaker. Dan dalam masa yang begitu singkat ini, saya mohonlah untuk mempersoalkan keberkesanan budget ini dan empat lagi budget yang sebelum ini, yang telah dibentangkan oleh Kerajaan dalam menangani isu ini.
Berbilion-bilion telah dibelanjakan tetapi hasilnya semakin membimbangkan. Ada yang bertanya, adakah Kerajaan sengaja menjenamakan semula Syarikat Elektrik ini daripada SESB ke SE untuk mengelak daripada dipermainkanlah Sabah Electric selalu blackout ataupun Sabah Everydation Blackout. Jadi, saya ingin bertanya apa rasional di sebalik untuk menukar nama syarikat sahaja tetapi perkhidmatan bekalan kuasa masih kekal sama.
Datuk Speaker, sebenarnya saya telah mengemukakan satu soalan bertulis untuk bertanya kepada Menteri Pembangunan, Perindustrian dan Keusahawanan berkenaan dengan inisiatif Kementerian beliau untuk mengurangkan kadar pengangguran memandangkan Sabah masih berada di kedudukan tertinggi di Malaysia mengikut Laporan Kajian Tenaga Buruh terkini. Malangnya, saya menerima surat pada pagi ini daripada DUN, di mana soalan saya itu telah pun ditolak.
Jadi, maka saya, maka dengan itu saya ingin mengutarakan perkara ini dalam ucapan dasar saya, ucapan saya untuk bertanya bagaimana pihak belanjawan boleh membantu menangani isu ini. Kerana ini adalah satu isu yang sangat besar, Datuk Speaker. Saya bersetuju dengan rakan seperjuangan saya daripada Moyog bahawa terdapat ketidakpadanan pekerjaan yang besar di Sabah, jobs mismatch. Di mana graduan kami tidak dapat mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Saya ingin bertanya budget inikah boleh membantu menangani isu ini.
… sentiasa berbangga dengan pencapaian mereka dalam menarik pelaburan asing tetapi mengapa peluang pekerjaan tidak dicipta daripada pelaburan ini atau ia hanya untuk tujuan
pengumuman sahaja. Tidak kira apa yang Kerajaan katakan tentang apa yang telah mereka lakukan selama empat tahun yang lalu, namun angka itu tidak akan berbohong.
Datuk Speaker, isu seterusnya yang ingin saya ketengahkan adalah berkaitan dengan pendaftaran buruh asing melalui inisiatif Kerajaan Negeri, Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah ataupun lebih dikenali sebagai SWIMS. Pertama sekali, jangan salah faham. Saya tidak menentang inisiatif ini. Sebarang mekanisme atau penyelesaian untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh adalah amat digalakkan terutamanya dalam sektor minyak sawit. Namun, baru-baru ini saya telah didatangi oleh ramai pekebun yang menyatakan keengganan mereka untuk menyertai program ini kerana dikenakan bayaran yang tinggi.
Berdasarkan maklumat yang saya terima, Kerajaan telah memberi mandat kepada sebuah syarikat, namanya Smart Sabah Corporation Sdn. Bhd. sebuah syarikat 100 peratus dimiliki oleh Kerajaan untuk mengenakan bayaran pendaftaran kepada pekerja asing. Terdapat dua kategori, pekerja asing yang untuk dokumen yang sah ataupun dokumen yang tidak sah. Bagi pekerja asing yang mempunyai dokumen yang sah, ia akan dikenakan bayaran sebanyak RM120.00 manakala dokumen yang tidak sah, dicharge pada kadar yang mengejutkan RM800.00.
Soalan saya, mengapa Kerajaan melalui Smart Sabah mengenakan bayaran yang begitu tinggi kepada pekerja asing yang akhirnya beralih kepada majikan. Jika ladang mempunyai 100 pekerja asing, bermakna majikan perlu membayar RM80,000 untuk cuma mendaftarkan mereka sahaja. Bukankah Smart Sabah adalah sebuah syarikat dimiliki 100 peratus oleh Kerajaan di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri?
Jika SWIMS ini bertujuan untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh yang telah lama berlarutan di Sabah yang telah menghalang produktiviti, tidakkah kerajaan sepatutnya memberikannya sebagai geran secara terus terang-terangan untuk menggalakkan lebih banyak syarikat swasta terutamanya PKS membawa buruh asing mereka ke hadapan untuk didaftarkan?
Jika anda bercakap tentang syarikat besar, yes of course, mungkin tidak ada masalah kerana mungkin mereka mampu bayar tetapi macam mana dengan pekebun kecil? Dan di sini, dan ini untuk tujuan pendaftaran sahaja. Bagaimana dengan kos sedia ada untuk memohon pas kerja, levy, saringan kesihatan dan sebagainya. Itu sendiri sudah menelan belanja hampir 2500 hingga 3000 seorang pekerja dan kita semua tahu majikan pasti akan menanggung kos tersebut.
Selain itu, pekebun kelapa sawit perlu membayar cukai jualan minyak sawit sebanyak 7.5 peratus kepada Kerajaan Negeri apabila harga minyak sawit melebihi 1,000 setiap metrik tan dan Windfall Profit Levy yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak 3 peratus. Saya belum sebut lagi syarikat yang perlu membayar cukai pendapatan. Semua ini perlu ditanggung oleh majikan, Datuk Speaker.
Hari ini objektif utama adalah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh ataupun tetapi mengapa tiba-tiba ditukar kepada mencari keuntungan? Saya juga pernah bertanya kepada Smart Sabah sebelum ini dan hari ini saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan. Bagaimanakah Kerajaan hendak menggunakan wang yang dikutip daripada pendaftaran pekerja asing?
Yang Berhormat, tiga minit.
Sorry.
Tiga minit. Sudah tambah ini.
Okey, apa yang saya lihat, apa yang saya dianggap, apa yang dianggap sebagai satu langkah ke hadapan bagi Sabah kini telah menjadi pemacu keuntungan kepada Kerajaan sebagai sumber pendapatan tambahan. Ada pepatah, ‘jangan bunuh angsa yang bertelur emas’ apa yang Kerajaan lakukan pada dasarnya membunuh industri. Tahun lepas, Sabah dilaporkan mempunyai lebih satu juta penduduk bukan warganegara berdasarkan statistik utama penduduk Malaysia dan negeri pada tahun 2020 hingga 2024. Adakah mereka ini akan menjadi sebahagian daripada program pendigitalan ini?
Jika ya, berapa lamakah Kerajaan akan mengambil masa untuk mendaftar kesemuanya?
Datuk Speaker, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan dengan sektor pelancongan. Memandangkan terdapat penambahan penerbangan sewa khas ataupun charter flight dari China ke Tawau awal tahun ini, namun tiada pengunjung yang datang ke Tawau dilaporkan setakat ini. Jadi saya nak bertanya Menteri, bagaimana peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dapat membantu memajukan Tawau sebagai destinasi pelancongan.
Saya difahamkan warga China mungkin mereka tidak berminat. Bagaimana pula dengan pelawat dari negara lain seperti Indonesia? Perkara ini telah saya bangkitkan berkali-kali di DUN. Di mana kementerian harus mempelbagaikan profil pelawat mereka dan bukan hanya bergantung kepada satu negara. Oleh itu, selain mempunyai pusat kebudayaan, apakah inisiatif Kerajaan untuk menarik rakan-rakan jiran kita? Adakah terdapat usaha untuk menyambung semula perkhidmatan penerbangan antara Tawau dan Tarakan?
Datuk Speaker, ini last point sudah. Datuk Speaker, cukai jualan negeri terhadap komoditi perikanan telah dikenakan oleh Kerajaan hari ini pada tahun 2022. Sejak itu, pemain industri yang perlu menanggung dan menelan kos itu sendiri dan tidak dapat bersaing dengan baik dengan negeri lain kerana tidak, kerana negeri lain mempunyai cukai sedemikian. Mereka telah datang kepada saya dan mengadu bagaimana ia menjejaskan perniagaan mereka terutamanya kos logistik telah meningkat. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri sama ada beliau boleh menurunkan kadar tersebut untuk mengekalkan daya saing produk perikanan kita.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua warga Sabah dan Happy New Year 2025 kepada semua, semoga semua sihat dan walafiat. Terima kasih.
Terima kasih Sri Tanjong.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sebatik.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.
Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan yang telah menyediakan satu belanjawan yang saya anggap satu belanjawan yang holistik dan memenuhi keperluan seluruh rakyat di negeri Sabah ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah kerana telah membentangkan belanjawan yang juga saya menganggap satu belanjawan yang komprehensif dengan tema ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.’
Belanjawan tahun 2025 Sabah memberikan fokus utama kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan rakyat dengan memperuntukkan sebanyak 488.5 juta untuk program-program pembasmian kemiskinan termasuk bantuan tunai bulanan sebanyak RM300.00 kepada golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Ini membantu mengurangkan bebanan hidup dan memberikan peluang untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan infrastruktur dengan belanjawan yang disediakan peruntukan sebanyak RM214 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh negeri Sabah ini. Ini termasuk pembinaan rumah SMJ bagi golongan berpendapatan rendah dan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar. Pembangunan infrastruktur yang baik adalah kunci untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin membawa suara rakyat Sebatik untuk sama-sama menikmati belanjawan yang disediakan oleh kerajaan pada hari ini.
…tidak lain, tidak bukan senada dengan sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain. Sebatik juga ingin membawa isu infrastruktur, iaitu bekalan air bersih. Datuk Speaker, pada awal tahun
ini di seluruh negeri Sabah. Pertama sekali, rakyat Sebatik amat terkesan sekali dengan fenomena bekalan air yang terputus.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, ingin saya maklumkan bahawa di kawasan Sebatik ini terdiri daripada dua daerah, iaitu daerah Tawau dan daerah Kalabakan. Kawasan Pulau Sebatik ini yang mempunyai penduduk lebih kurang dalam 25 ribu orang dan bekalan air bersih di kawasan Sebatik ini hanya bergantung kepada air hujan.
Walaupun ada loji rawatan air tetapi bekalan air ataupun sumber air ini bergantung 100% kepada air hujan. Jadi, Datuk Speaker, saya mohon perhatian daripada pihak Kementerian Kerja Raya. Begitu juga dengan Jabatan Air supaya mencari langkah yang drastik untuk mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi di kawasan Pulau Sebatik ini.
Datuk Speaker, sebenarnya ada beberapa sumber air daripada kawasan tadahan hujan. Cumanya, tidak dieksploitasi. Tidak dilaksanakan, tidak dibuat ataupun tidak diusahakan untuk dimajukan. Untuk membekal air bersih. Sebenarnya Datuk Speaker, bekalan air bersih di Pulau Sebatik ini ada dua sumber. Satu, di kawasan Sungai Labak. Begitu juga dengan kawasan tadahan hujan di kawasan Mentadak Lama. Jadi, saya berharap sangat kepada pihak Kementerian begitu juga dengan Jabatan Air sekiranya memerlukan maklumat, bolehlah berhubung dengan pihak saya untuk kita sama-sama mengatasi masalah bekalan air bersih ini.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyentuh projek naik taraf bekalan air bersih serta membina loji rawatan air di FELDA Gugusan Umas, Tawau. Projek ini bernilai RM30 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan dan agensi pelaksana projek ini adalah JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran dan saya dimaklumkan bahawa projek ini dimulakan pada bulan Mei tahun 2024 dan dijangka siap Mei 2026. Jadi, saya memohon kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai agensi pelaksana projek ini, saya berharaplah supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana pada ketika ini isu yang amat kritikal sekali yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Sebatik begitu juga rakyat di seluruh negeri Sabah ini adalah isu bekalan air. Jadi, saya berharap kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
sebagai agensi pelaksana dengan projek ini dapatlah melaksanakan dengan sebaik mungkin.
Selain daripada itu, isu infrastruktur berkenaan dengan jalan raya. Kita tahu di media sosial sering kali dikeluarkan dan dikaitkan dengan Kerajaan yang memerintah hari ini. Jalan rosak, jalan berlubang, Sabah Maju Jaya. Api, air rosak, Sabah Maju Jaya. Tetapi, saya ingin maklumkan Ahli Dewan yang mulia ini bahawa saya amat yakin dengan usaha-usaha Kerajaan pada hari ini melalui hala tuju Sabah Maju Jaya, perkara ini dapat diatasi. Jadi, pokok pangkalnya disini adalah pelaksanaan. Jadi, saya berharaplah kepada pihak pelaksana Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi yang terlibat supaya dapat melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur ini dengan sebaik mungkin supaya tidaklah nanti, Kerajaan akan dipersalahkan.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, selain daripada isu jalan raya ini di tanah besar begitu juga dengan pulau ya. Kalau kita lihat jalan raya di kawasan Mentadak, ke Bergosong di Pulau Sebatik, jalan ini sudah lebih berusia lebih 20 lebih tahun dan pada ketika itu pembinaan jalan ini mungkin belum ada lagi jentera-jentera berat. Mungkin pada ketika itu, rakyat ataupun masyarakat di Pulau Sebatik hanya menjalankan aktiviti pertanian cash crop, tanaman kontan. Mungkin yang tidak berat tapi pada ketika ini, pada hemat saya, jalan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kegunaan rakyat pada ketika ini. Sebab jalan-jalan ini telah dilalui oleh jentera-jentera berat ya dan untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, di kawasan Pulau Sebatik sendiri telah ada kilang sawit yang mana hari-hari kenderaan yang mengangkut buah sawit ini melebihi daripada 20 tan dan kapasiti jalan yang ada pada hari ini tidak memungkinkan lagi kenderaan untuk melalui jalan-jalan ini. Jadi, saya mohon pihak Jabatan Kerja Raya supaya meneliti semula ataupun mengkaji semula supaya jalan ini dapat dinaik taraf.
Selain daripada itu, saya ingin tujukan kepada Kementerian Kesejahteraan dan Pembangunan Masyarakat berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan. Saya mohon kepada Kementerian supaya dapat memberikan perkhidmatan kesihatan di kawasan Kampung Serudung Laut yang begitu jauh daripada pusat kesihatan. Pusat kesihatan yang terdekat ialah di Pulau Sebatik. Yang ini pun, klinik kesihatan di Sebatik ini, saya difahamkan akan ditender pada tahun hadapan pada tahun 2025.
Jadi, saya mohon supaya klinik kesihatan ini dapat disegerakan dan untuk masyarakat di kawasan Kampung Serudung Laut, saya mencadangkanlah, supaya perkhidmatan kesihatan ini dapat dilaksanakan ataupun dapat dilakukan dengan melawat ke Kampung Serudung ini setiap sebulan ya. Sebab kalau ikut apa yang saya difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan ataupun Jabatan Kesihatan ada melakukan lawatan sebulan sekali tetapi maklumat yang kita terima daripada masyarakat di sana tidak seperti yang disampaikan. Jadi, saya berharap kepada Jabatan Kesihatan supaya mengambil perhatian perkara ini dan ini merupakan satu perkara yang amat penting untuk kita memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat ataupun masyarakat yang memerlukan di kawasan pedalaman.
Yang Berhormat, boleh mula gulung.
Ya. Selain daripada itu, Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh dengan penempatan masyarakat di kawasan hutan simpan. Jadi, saya mohon kepada pihak Kerajaan supaya memberi status kepada penduduk-penduduk ataupun masyarakat yang tinggal di kawasan hutan simpan yang sudah begitu lama dan sekiranya kawasan ini layak untuk dibubarkan daripada hutan simpan, saya mohon pada pihak Kementerian ataupun Kerajaan untuk membubarkan kawasan perkampungan ini untuk dijadikan sebagai gazet perkampungan ya. Di antara kampung-kampung ini adalah kampung Sungai Udin begitu juga dengan Kampung Mukandot di Luasong ya.
… Dalam kesempatan ini juga, saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri supaya menyuarakanlah ya, hasrat generasi kedua felda ini supaya dapat penempatan memandangkan kawasan felda yang begitu luas bermula daripada Felda Sahabat di Lahad Datu, begitu juga dengan Felda Gugusan Umas. Kawasan felda ini begitu luas sekali dan peneroka yang ada pada hari ini di kawasan Gugusan Umas hanyalah 776 peneroka dan pada ketika ini, peneroka ini sudah beranak pinak dan yang tingal di dalam rumah peneroka ini sudah dua tiga dan empat keluarga dan tidak begitu sesuai lagi untuk didiami. Jadi
saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menyuarakan perkara ini, berbincang dengan pihak felda supaya diwujudkan generasi kedua felda untuk di negeri Sabah ini. Ini bukan sahaja melibatkan kawasan di kawasan Sebatik, tetapi seluruh rakyat di negeri Sabah ini yang layak menjadi peneroka boleh dicadangkan ataupun didaftarkan sebagai peneroka felda dan inilah harapan-harapan yang perlu kita ambil perhatian sebab generasi kedua felda ini juga memerlukan penempatan dan begitu juga dengan pendapatan mereka, ya.
Jadi selain daripada itu, Datuk Speaker, seperkara lagi tadi ada sahabat saya menyentuh berkenaan dengan kenaikan elaun JKK, JKKK. Saya ingin menyuarakan di sini, saya mohon kepada pihak Kementerian supaya elaun ini bukan setakat naik, tapi kalau boleh dibayarlah bulan-bulan. Sebab, saya difahamkan elaun JKKK ini ada sampai tertunggak tiga bulan, ada yang sampai enam bulan. Jadi saya mohon kepada pihak Kementerian supaya mempertimbangkanlah perkara ini supaya dapat mencari satu jalan ataupun solusi untuk mengatasi masalah kelewatan pembayaran elaun JKKK ini sebab mereka juga merupakan jentera kita, agensi Kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada rakyat di akar umbi. Jadi saya sangat-sangat berharap kepada pihak Kementerian untuk mengambil perhatian supaya elaun mereka ini dapat diberi setiap bulan tanpa gagal dan yang terakhir sekali, Datuk Speaker, sebagai sebuah daerah yang berhampiran dengan sempadan negara Indonesia, daerah Kalabakan, sampai hari ini daerah Kalabakan masih tidak berstatus majlis daerah, ya. Jadi saya berharap kepada pihak Kementerian supaya mempertimbangkan, ya, daerah Kalabakan ini diwujudkanlah satu Majlis Daerah Kalabakan untuk memudahkan urusan sebab daerah Kalabakan adalah merupakan satu daerah yang tidak menerima PBT, ya, dan kalau dibandingkan bilangan penduduk, ya, melalui DOSM 2024, penduduk di Kalabakan seramai 57 700 orang berbanding dengan Pitas seramai 38 350 orang, begitu juga dengan Tongod 45 000, ya, tapi Pejabat Daerah Kalabakan masih lagi berstatus … tidak berstatus sebagai majlis daerah. Jadi saya berharap pada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan supaya dapat meneliti perkara ini dan ah, untuk mempertimbangkan supaya daerah Kalabakan ini diwujudkan satu majlis daerah.
Jadi untuk itu, Datuk Speaker, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan juga mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan terutama sekali kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, begitu juga pimpinan Yang Berhormat Ketua Menteri
kita kerana telah menyediakan satu belanjawan yang begitu baik sekali dan bermanfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan akhir sekali saya bersama dengan rakyat Sebatik mengucapkan selamat Hari Natal kepada Ahli Dewan, begitu juga dengan seluruh rakyat negeri Sabah yang menyambut Hari Krismas dan Selamat Menyambut Tahun Baharu tahun 2025, sekian Sebatik mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bongawan.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum WBT. Di atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2025 sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Persidangan DUN Sabah yang Ke-16 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Jumaat yang lepas. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025.
Datuk Speaker, saya menyambut baik semua insentif dalam perancangan oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah dalam semua sektor khususnya sektor pertanian, penternakan, perikanan dan pelbagai industri bagi memperkasa ekonomi negeri Sabah. Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan walaupun kadar yang sederhana, iklim pertumbuhan ekonomi semasa negeri mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK tahun 2024 sebanyak 2% manakala momentum pertumbuhan ekonomi melalui unjuran KDNK dijangka meningkat pada sekitar 2.5% pada tahun 2025. Sektor pertanian menduduki tempat ketiga sebagai sektor utama penyumbang ekonomi negeri Sabah. Dengan sumbangan sebanyak 15.2% pada tahun 2025, Kerajaan Negeri Sabah akan memperuntukkan sebanyak RM610.85 juta bertujuan memastikan keterjaminan makanan untuk rakyat Sabah. Daripada jumlah tersebut, RM521.37 juta diagihkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, iaitu MAFFI serta jabatan di bawahnya.
Datuk Speaker, adakah peruntukan ini mencukup untuk melaksanakan agenda pembangunan sektor pertanian negeri? Ini adalah kerana sebanyak RM373.24 ataupun 71.6% daripada peruntukan yang diagihkan kepada Kementerian ini adalah berbentuk perbelanjaan operasi. Bagi sebanyak RM148.13 juta ataupun 28.4% barulah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan. Peruntukan ini akan dibahagi dan diagihkan kepada jabatan dan agensi di bawah MAFFI, maka sudah pasti jumlah peruntukan pembangunan setiap jabatan dan agensi adalah sangat terhad. Bagaimanakah situasi ini dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan, khususnya tanaman padi yang merupakan makanan ruji rakyat. Ini belum termasuk isu kekurangan penggunaan mekanisme seperti jentera penanaman padi, traktor pembaja ataupun jentuai, malah isu sistem pengairan yang kurang efisien menyebabkan petani tidak menanam padi dua kali setahun juga masih belum diselesaikan lagi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana telah berjaya menubuhkan semula Lembaga Padi Beras Negeri Sabah. Syabas dan tahniah, saya percaya …
… usaha memastikan kadar tahap sara diri ataupun SSL Negeri bagi bekalan beras yang kini hanya 22.6%, mampu ditingkatkan. Kalau sebelum ini, kita tahu bahawa SSL Beras, kita adalah 26 hingga 28%. Tapi, pada tahun ini turun pada 22.6%. Di agihan peruntukan sebanyak RM32.5 juta kepada Lembaga Padi Sabah untuk tujuan operasi. Perolehan 60 jentera serta menaiktaraf sistem pengairan di enam daerah utama pengeluaran padi negeri Sabah dilihat kurang realistik untuk menaikkan SSL Beras Tempatan ke tahap 30% pada tahun 2026. Seperti yang diucapkan dalam ucapan Belanjawan Negeri Sabah 2025, pada perenggan ke-47. Oleh itu, saya berharap agar Lembaga Padi Sabah yang baru sahaja ditubuhkan semula ini, dapat membentangkan perincian hala tuju mereka ke arah peningkatan SSL Bekalan Beras Negeri Sabah. Saya secara peribadi, ingin bersama-sama dalam membangunkan industri tanaman padi negeri.
Datuk Speaker, bagi tanaman makanan yang mempunyai taraf kecukupan sara diri melebihi 95%, adakah peruntukan yang mencukupi tersedia untuk pemodenan teknologi tanaman khususnya penggunaan teknologi “Internet of Things” ataupun
IOT. Revolusi industri empat dilihat mampu menarik minat para belia untuk berkecimpung dalam sektor pertanian. Justeru, penggunaan teknologi IOT seharusnya menjadi penekanan dalam agenda pembangunan sektor pertanian kini. Seiring dengan pembangunan aspek ekonomi serta penyelidikan tanaman makanan di negeri Sabah. Saya amat berharap perkara ini menjadi agenda utama pihak MAFI, memandangkan peruntukan yang diterima sememangnya tidak mencukupi. Pelaksanaan Program Pembangunan Tanaman berorientasikan komersial melibatkan seramai 2266 orang petani dengan keluasan 3539 hektar, seharusnya kini ke arah penggunaan teknologi IOT yang lebih moden. Tidak hanya sekadar melibatkan penggunaan telefon pintar hanya pada dasarnya sahaja.
Datuk Speaker, pewujudan enam buah pusat pengumpulan hasil tani oleh Kementerian, oleh pihak Koperasi Pembangunan Desa serta tambahan penubuhan lima buah lagi pusat pengumpulan hasil tani di daerah Tuaran, Penampang, Tambunan, Tenom dan Nabawan adalah satu usaha yang amat baik dalam memastikan pemasaran produk tanaman rakyat. Saya ingin mencadangkan agar pihak MAFI, dapat melaksanakan satu usaha kajian atau survey dalam kalangan petani ataupun usaha tanaman makanan dalam memastikan bahawa masalah atau isu pemasaran produk mereka tidak lagi menjadi isu utama dan merugikan pengusaha sekiranya berlaku lambakan. Datuk Speaker, beberapa peratuskah sumbangan pusat pengumpulan hasil ini dalam memasarkan hasil-hasil pertanian dalam negeri Sabah. Adakah sumbangan itu signifikan ataupun para petani atau pengusaha, masih lagi mengalami isu masalah yang sama.
Datuk Speaker, pengeluaran daging ruminan tempatan sangat rendah berbanding dengan komuniti lain, iaitu pada kadar SSL 5.26% pada tahun 2023. Bayangkan bahawa kita import lebih kurang dalam 95 lebih peratus. Alangkah duit yang kita beli itu, kita gunakan untuk membangunkan industri ternakan kita di Sabah. Sejajar dengan pertambahan populasi rakyat Sabah, usaha pihak MAFI dalam meningkatkan tahap sara diri (SSL) bekalan daging segar melalui penternak lembu secara feed lot, adalah wajar diberi penghargaan. Program Lembu Tenusu Borneo juga, saya lihat merupakan satu insentif yang hebat dengan menggunakan pendekatan pengeluaran ternakan ruminan secara dua purpose, iaitu susu dan daging. Apakah perkembangan terkini pada tahun 2024, penternakan lembu secara feed lot ini. Beberapa peratuskah peningkatan yang telah dicapai setakat tahun 2024
dan apakah unjuran sekiranya dikira sehingga ke tahun 2030. Mampukah program ini meningkatkan SSL, ruminan daripada 5.6% 2023 ke 25% pada tahun 2030.
Berdasarkan unjuran tersebut, berbalik kepada isu utama kekangan dalam penghasilan produk ternakan ataupun bekalan daging segar ini adalah berpunca daripada bahan makanan ternakan sama ada sukar didapati ataupun harganya terlalu mahal. Makanan merupakan kos terbesar dalam aktiviti penternakan. Kenaikan harga makanan ternakan merupakan satu isu yang amat menekan nadi rakyat ataupun pengusaha ternakan ruminan Rantaian kos ini, seharusnya, seterusnya memberi kesan kepada pengguna akhir ataupun end user, iaitu rakyat Sabah. Selain penggunaan Fatt Chong nepear, apakah insentif lain DBS dalam memastikan pengeluaran bahan makanan ternakan serta adakah alternatif lain seperti pembangunan teknologi makanan ternakan melalui bahan-bahan ataupun sisa-sisa pertanian sebagai bahan makanan yang dihasilkan pada kos yang lebih rendah. Selain daripada itu, apakah status pembangunan folder bank di negeri Sabah yang melibatkan daerah Papar …
Yang Berhormat, sila gulung ah. Sila gulung.
… Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Semporna. Saya amat berharap agar ada perkembangan dalam pembangunan folder bank di daerah berkenaan telah pun bermula. Tuan Speaker, sebenarnya banyak lagi yang saya ingin sentuh, saya nak sentuh sikit dulu mengenai dengan kawasan saya. Okey, masalah air memang di seluruh Sabah, saya akui dan ada kampung di kawasan saya, iaitu di pedalaman baru memang tidak pun dibekalkan dengan air bersih selama kita merdeka dan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Kedua, masalah yang saya kemukakan dulu semasa persidangan DUN ini, dimana haiwan ternakan yang terbiar ini.
Sekarang, kita melihat bahawa monyet liar ini telah pun mengganas. Kalau di kawasan saya lebih kurang 4 hingga 5 kes sudah menggigit orang dan saya mahu Kerajaan ambil tindakan cepatlah dan seterusnya Tuan Speaker, Datuk Speaker, saya sebenarnya bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk mengkaji semula gaji perkhidmatan awam kerana saya dimaklumkan ramai kakitangan perkhidmatan
awam terutama sekali yang bergaji hari. Mereka ini hanya diberi, apa ini gaji RM40.00 hingga RM50.00 sebulan, Itukah …
…kalau pun satu bulan itu penuh. Kalau tidak penuh mereka hanya dapat RM850.00 hingga RM950.00. Ini ditaraf miskin, Kerajaan harus buat kajian ini, dan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kadar gaji minimum RM1,700.00. Apakah Kerajaan Negeri akan ikut ini? Saya menyuarakan ini kerana ramai kakitangan ini, katanya YB, harga barang semakin hari semakin naik, sewa rumahpun semakin naik. Datuk Speaker, saya minta Kerajaan ambil tindakan perkara ini.
Akhir kata, saya ingin menggulung. Datuk Speaker, sektor pertanian merupakan nadi ekonomi Sabah yang tidak boleh diabaikan. Melalui Belanjawan Negeri Sabah 2025, Kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dalam memperkukuhkan sektor ini. Saya percaya dengan sokongan yang berterusan sektor pertanian negeri Sabah akan terus berkembang dengan pesat. Memberi manfaat kepada para petani, usahawan rakyat Sabah secara keseluruhan. Marilah kita semua dengan kerjasama yang erat memastikan bahawa Sabah terus maju dalam sektor pertanian sebagai sebuah negeri yang bukan sahaja pengeluaran, pengeluar produk pertanian utama tetapi juga sebagai modal pertanian mampan dan inovatif.
Selamat Menyambut Hari Natal, Tahun Baru 2025 dan Tahun Baru Cina. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bongawan. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari bin Wiliam, silakan, 12 minit.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Menteri Kewangan di atas pembentangan bajet 2025, yang mana bagi saya adalah bajet yang mesra rakyat Sabah.
Datuk Speaker, Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu, iaitu yang pertama, adalah berkaitan insiatif Rumah SMJ, yang diberikan secara percuma kepada rakyat yang sudah berkeluarga dan kurang mampu di negeri ini. Melalui daripada inisiatif rumah percuma ini, yang bermula pada tahun 2022 sehingga 2024, sebanyak 4,482 buah rumah telah dibina untuk 73 kawasan DUN di Sabah. Manakala menjelang tahun hadapan 2025 pula, jumlah rumah SMJ ini telahpun ditambah dari 20 buah setiap DUN kepada 40 buah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,920 buah rumah.
Penambahan ini sudah pasti menggembirakan rakyat Sabah, kerana harapan mereka untuk memiliki kediaman sendiri pasti menjadi kenyataan. Mereka yang telah menduduki Rumah Percuma SMJ ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana ilham beliau ini telah memberikan senyuman dan kebahagiaan buat mereka.
Walau begitu, saya juga ingin memohon kepada pihak Pejabat Daerah setiap kawasan, agar dapat memastikan pihak kontraktor yang dilantik untuk membina rumah SMJ, agar mereka dapat membina rumah ini dengan sebaik yang mungkin, mengikut skop kerja yang telah ditetapkan. Bagi Pejabat Daerah atau Majlis Perbandaran, untuk memudahkan senarai naman-nama penerima yang layak untuk mempunyai e-Kasih, untuk dipercepatkan proses membina rumah SMJ, jangan mengambil masa yang terlalu lama. Bagi kontraktor yang ingkar, pihak Pejabat Daerah wajar menyenaraihitamkan lesen mereka ini daripada menjadi pelaksana rumah SMJ di tahun seterusnya. Kerana kita menjaga rakyat bukan menjaga kontraktor.
Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik, sentiasa mengambil berat terutamanya di kawasan N.50 GUM-GUM. Saya memohon kepada pihak Kementerian KPLB, saya ingin mencadangkan untuk membina rumah SMJ di atas air kerana banyak kawasan di N.50 GUM-GUM banyak kampung-kampung di atas
air seperti Kampung Kuala GUM-GUM, Pulau Libaran, Kampung Semawang Laut, Kampung Sungai Monyet Batu 26 dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan di sini. Saya ada melawat beberapa kampung di atas air, saya melihat sendiri ada beberapa rumah tidak dapat untuk diperbaiki kerana memakan kos yang terlalu tinggi. Saya ada bertanya kepada tuan rumah kalau mereka ada tanah di kawasan darat dan mereka memberitahu kepada saya tiada. Saya memohon kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan cadangan saya.
Datuk Speaker, selain daripada itu, kampung Semawang Laut selalu terjejas bekalan elektrik mereka apabila angin kuat, mengakibatkan dahan-dahan nipah mengena kabel elektrik dan kebanyakan tiang-tiang elektrik condong terkena hakisan ombak.
Saya memohon kementerian yang terlibat untuk dapatkan menangani isu tiang elektrik yang di Kampung Semawang Laut. Pagi tadi, saya dimaklumkan juga guru-guru dan orang kampung di Semawang, tidak dapat melalui kawasan jalan utama itu, kerana tadi pagi air tengah ah… air pasang, jadi jalan raya Kampung Semawang jalan utama itu dinaiki air. Saya minta juga pihak kementerian untuk mencari satu inisiatif untuk meninggikan jalan itu daripada longkang.
Datuk Speaker, saya mengucapkan terima kasih Kementerian Jabatan Kerja Raya yang menyelesaikan masalah isu jalan di Batu 24. Tetapi waktu jalan itu belum siap banyak pembangkang memaki hamun Kerajaan, apabila jalan raya itu telah disiapkan tiada satu pihakpun yang mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan. Begitu juga dengan jalan yang telah diturap di Batu 14 sampai ke Batu 12, dan perparitan jalan utama dari Batu 15 sampai ke Batu 9 yang tengah disiapkan, dan saya memohon kepada kontraktor yang dilantik, untuk mencari satu inisiatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi, masa bekerja mungkin kontraktor boleh memulakan kerja mereka dalam jam 9.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan pada waktu pagi.
Datuk Speaker, dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang telah dibentangkan, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah, yang telah dibentangkan pada 15hb yang lalu. Saya bangga sebagai Anak Sabah kerana bajet 2025 mesra rakyat, banyak program pembasmian
kemiskinan yang diutamakan terutamanya Rumah SMJ seperti mana yang saya sebutkan tadi. Bantuan One-Off sebanyak RM5,000.00 pertama kali Kerajaan Sabah membantu peniaga gerai kecil di tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah. Penjawat awam mendapat satu bulan bonus sebanyak RM3,000.00.
Saya menyampaikan salam warga Gum-gum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Menteri Kewangan, dengan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan bantuan khas sebanyak RM300.00 sebulan selama setahun.
Datuk Speaker, tidak ketinggalan bantuan untuk para mahasiswa yang turut diberikan tempat melalui bajet 2025. Mahasiswa yang berada dalam negeri ini akan diberikan sumbangan secara one-off sebanyak RM300.00 seorang untuk mengurangkan beban mereka balik ke kampung halaman apabila musim perayaan.
Tidak dilupa juga para mahasiswa kita yang berada di Sarawak dan juga Semenanjung, kerana prihatin terhadap nasib mereka yang rata-rata daripada keluarga B40. Sumbangan Kerajaan untuk mereka melalui Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah sebanyak RM600.00 seorang amat bermakna sekali. Sesungguhnya peningkatan hasil negeri ini melalui kecekapan tadbir urus Kerajaan GRS + PH dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji bin Haji Noor, dapat dipulangkan dan dirasai oleh segenap lapisan rakyat negeri tercinta ini. Terima kasih kepada Kerajaan GRS.
Datuk Speaker, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan…
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Hajiji atas Laporan Audit Negara tanpa teguran oleh Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam Laporan Audit Negara 2024. Prinsip mementingkan perkara yang betul dan benar inilah yang telah membolehkan Kerajaan Negeri Sabah menjadi antara salah sebuah negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara. Penerimaan sijil ini adalah
satu pencapaian penting kerana ia menunjukkan bahawa pengurusan kewangan Kerajaan Negeri adalah teratur dan mematuhi peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan menjadi bukti Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pentadbiran dengan baik dan berada di landasan yang betul di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Alhamdulilah Sabah memang selamat.
Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal yang akan disambut pada 25 Disember ini dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2025. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, ADUN Dilantik Datuk Jaffari Waliam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Elopura.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kasi (beri) saya peluang ucap di sini. Selamat ah, sejahtera diucapkan kepada seluruh Ahli Dewan yang mulia ini serta petugas sekalian. Isu yang pertama, Tuan Speaker. Kejadian gangguan bekalan elektrik yang telah berlaku di beberapa kawasan timur Sabah minggu yang lalu. Ia akan jelas memberi beban kepada rakyat Sabah sekiranya berulang. Justeru, saya mengumumkan cadangan di mana dengan adakah indeks pengeluaran perindustrian IPP ah, Independent Power Plant diwajibkan khusus bagi bahagian timur.
Tuan Speaker, di Sabah kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi memenuhi bekalan asas jika manfaatkan dengan baik seperti sawit, sungai. Pihak Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan pasti kilang sawit yang potensi untuk menjana elektrik daripada sumber biogas dan biomas. Bagi tempoh jangka panjang pula, langkah yang boleh diambil ialah pihak Kerajaan Negeri ini mewujudkan projek hidroelektrik di Sabah memandangkan Sabah juga mempunyai sumber yang cukup. Hidroelektrik ini ialah adalah satu hidro generate power yang murah seperti ah, berbanding dengan nuklear atau arang batu. Ini yang sedang di Sabah ini di tangan ada ialah sungai ah, hujan yang cukup dan sebagainya. Saya rasanya hidroelektrik yang kita potential di Sabah ini. Ah, seperti apa yang saya sebut di Talamakud kawasan Kinabatangan ini.
Isu yang kedua, Tuan Speaker, saya ingat mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri bagaimanakan SDB Sabah Development Bank mendapatkan semula hutang-hutang maksudnya bad debt daripada syarikat-syarikat yang berhutang dengan jumlah wang yang sangat banyak.
Tuan Speaker, isu ini membimbangkan dan memerlukan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri kerana pada akhirnya hutang-hutang tersebut akan dibayar oleh rakyat Sabah. Justeru hal ini perlu diketahui oleh rakyat Sabah seperti isu Borneo Golf di Sandakan ini. Saya mendapat maklumat di luar Borneo Golf hutang ada ah, RM100 bilion tapi sampai hari ini saya ada tanya Menteri Kewangan sampai hari ini saya tidak dapat apa-apa jelas atau jawapan ah, bertulis di tangan saya.
Isu ketiga, Tuan Speaker, isu sistem tiket tempatan letak kereta Majlis Perbandaran Sandakan yang telah ditidak sistematik. Untuk makluman, Tuan Speaker, sistem letak kereta yang dilaksanakan di Sandakan adalah masih menggunakan tiket kupon. Baru-baru ini pihak Majlis Perbandaran Sandakan memperbaharui kupon tersebut namun sistem pembayaran adalah sangat tidak teratur. Sekiranya pihak MPS tidak dapat menyediakan tiket kupon yang mencukupi maka memperbaharui sistem tersebut seharusnya tidak dilaksanakan terlebih dahulu kerana kegagalan menyediakan kupon baharu yang mencukupi hanya memberi beban kepada penduduk Sandakan. Selain itu, kupon yang parking pun ah, sudah naik. Dari RM150 saya naik sampai RM500. Yang Supermarket contohnya Genting Mas atau KTS biasa dia sewa tiga tempat parking yang parking reserved. Tapi, sekarang sudah naik harga sampai RM500 dia terus cancel ah parking yang reserved itu.
Isu yang keempat, Tuan Speaker. Menerusi … menerusi tinjauan saya ketika menerima aduan berkenaan masalahnya kemudahan Pasar Sibuga Batu 8 dan Pasar Kim Fung Batu 4. Saya mendapati begitu banyak yang telah rosak dan tidak dinaik taraf. Tuan Speaker, sejak dahulu para pengguna pasar mengharapkan adanya naik taraf bumbung pasar akan lebih luas untuk mengurangi kepanasan yang dihadapi. Peyelenggaraan walaupun penjual di pasar tersebut memandangkan banyak kipas di pasar tersebut sudah tidak berfungsi dan tidak diselenggarakan untuk pihak MPS. Malah para penjual pasar kerap dan mengadu adanya masalah parit sumbat yang memakan masa agak lama untuk dibaiki biarpun telah lama diadukan. Saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri meninjau isu ini agar
kemudahan para pengguna pasar tersebut dapat mengguna persekitaran yang lebih baik.
Isu yang kelima, berkenaan isu lampu jalan raya. Banyak jalan raya yang di Sandakan tidak berfungsi walaupun di jalan besar atau di taman-taman di disebut tadi. Jalan besar memang bukan di tangan Jabatan Perumahan. Memang di JKR. Taman-taman pun sama di tempat MPS, jaga di MPS. Saya harap oleh itu saya minta pihak Kerajaan Negeri untuk melantik satu kontraktor khas bagi membaiki lampu jalan raya agar proses pembaikan jalan raya dapat dilaksanakan dengan agar segala tanpa sebarang pindahan lagi. Kecuali ini bukan hanya lampu jalan raya, iaitu ah, semak samun ah, pun sama juga. Saya harap ah, MPS atau yang Kerajaan Perumahan dan Tempatan dapat ah, take action atau yang diutamakan isu-isu ini.
Isu yang keenam, Tuan Speaker, masalah Terminal Bas Sandakan yang tiada penyelenggaraan dengan baik. Tuan Speaker, saya merasa hampa apabila melihat keadaan Terminal Bas tersebut terlalu teruk dan keadaan terabai malah pengurusan yang lemah memburukkan lagi situasi keadaan terminal tersebut. Kita maklum, ah, untuk makluman hampir keseluruhan kemudahan bebas tersebut tidak dapat diguna kerana telah rosak. Ada yang tunjuk di gambar apa yang saya kelmarin yang dulu saya ada visit terminal. Yang kita dapat ke bukan hanya tandas yang sumbat. Memang kita tahu tandas ah, tandas sumbat sebab paip yang di bawah tanah itu yang pecah kecuali itu yang kita punya ah, ticketing dan sebagainya itu ah, sistem kipas sebagainya pun tidak berfungsi.
Isu yang ketujuh, saya minta Kerajaan Negeri untuk melihatkan flat-flat awam dan kos rendah yang ah, yang dibaikikan. Harap dapat dibaikikan ah, di kawasan Sandakan. Antaranya contoh Flat Kim Fung, Indah Apartment, Flat Pak Lee, Flat Red Garden, Flat International, Flat Seri Taman, Flat Sedco, Flat Fulliwa dan sebagainya. Saya mengusul agar pihak Kerajaan melantik sebuah agensi atau cara-cara apa macam membaikikan contohnya sampah sarap di … di tangga atau pokok, lampu atau sebagainya dalam menaik taraf untuk ah, kasi betul dapat satu tempat yang selesa.
Yang kelapan, Tuan Speaker …
Terdapat beberapa kawasan yang menurut saya belum diwarta dalam kata segala. Contohnya, Kuburan Jalan Aman dan Kampung Forest, Kampung Mangkalinau dan sebagainya.
Khusus perkampungan setinggan di DUN Kawasan Elopura.
Saya sebut banyak kali walaupun kuburan itu sudah lebih 100 tahun tapi saya dengar yang Menteri Hal Ehwal cerita dengan saya, dia bilang ini dijaga MPS tapi sampai hari ini, saya tidak nampak mana-mana satu pihak dapat ambil tindakan untuk membaiki atau menjaga kawasan kuburan di Jalan Aman itu.
Sampai hari ini, saya harap dapat lantik satu AJK atau satu management dapat jaga kuburan di situ. Selain ini, saya pun banyak kali gotong-royong di kawasan sana tapi sampai sampah sarap atau botol-botol air pun banyak di situ. Lagipun, saya ada buat satu tandas di kawasan kuburan situ tapi tidak dapat apply meter air, tidak dapat meter air sebab itu kuburan tidak dapat di gazet jadi terpaksa, kita lelaki tiada masalah, boleh selesai di pokok mana-mana tapi perempuan ada masalah sikitlah ini isu, isunya.
Kerajaan akhir-akhir saya sebut di sini, Kerajaan perlu fokus kepada sektor kepada kelemahan di Sandakan ini seperti kurang peluang kerja, pelaksanaan e-Invoice, EPF nak bayar pekerja orang asing, sara hidup makan tinggi, maaf, sara hidup makin tinggi disebabkan infraction cost semakin tinggi, tidak ada data option seperti oleo chemical untuk pendapatan utama seperti sawit, pelancongan kurang di Sandakan.
Semua ini akan memberi kesan kehidupan rakyat di Sandakan. Saya harap Kerajaan ini pada Bajet 2025 adalah untuk Sabah ini dan tidak melupakan Sandakan. Empat tahun yang lalu sampai sekarang, Kerajaan sebut Sabah Maju Jaya tapi rakyat tidak dapat rasa apa Sabah Maju Jaya ini. Walaupun makanan biasa seperti telur dan beras tempatan masih tidak dapat didapatkan bekalan ini di Sandakan, di supermarket mana-mana tempat.
Sampai hari ini masih ada 300,000 rakyat Sabah ini masih kerja di luar negara sebab masih tinggi sehingga mencapaikan 8% peluang pekerjaan. Pendapatan rakyat Sandakan ini tidak berbaloi berbanding dengan empat tahun yang lalu. Saya harap Kerajaan pada bajet kali ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada kita apakah langkah-langkah kerajaan untuk
Datuk Speaker.
Ya.
Minta laluan ADUN Elopura.
Ya, ya, ya.
Tadi ada dinyatakan mengenai 300,000.
Ya, ya.
Orang belia-belia yang berhijrah.
Ya.
Ke Kuala Lumpur.
Ya.
Ataupun di semenanjung, boleh dapatkan data?
Dari mana sumber itu kita dapat ataupun kita cakap sembarangan saja?
Ya, di sini boleh search di Internet Speaker. Di sini apa yang saya dapat maklumat di tenaga buruh di suku tahun ketiga 2024, you boleh search di Internet ini.
Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Buruh.
Ya, Jabatan Tenaga Buruh, ini boleh search ya, okey jadi saya harap saya bukan salah siapa tapi yang penting kenapa masih 80%, mungkin satu tahun kurang 1% mungkin sampai empat tahun mungkin ada dapat 60%kah atau sebagainya. Ini saya harap Kerajaan Sabah.
Sila gulung, Yang Berhormat.
Ya, saya sampai mana? Okey, apakah langkah kerajaan-kerajaan, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi dan keadaan rakyat Sandakan ini? Jangan lupakan penduduk Sandakan dan disisihkan seperti anak angkat walaupun Sandakan hanya sebuah bandar yang kedua besar di Sabah ini. Air masin, bekalan air kurang, bekalan elektrik kurang, satu jalan utama dari check point ke Bandar Sandakan ini.
Dalam bajet ini dengar sedap berbilion-bilion dalam buku yang tebal yang putih ini tapi berapa untuk rakyat dalam keadaan yang serius ini? Saya tidak setuju bajet ini kecuali Kerajaan dengar suara rakyat Sandakan. Akhirnya sekali, saya ucapkan Selamat Mid-Autumn Festival, Selamat Hari Krismas, Selamat Tahun Baharu dan Selamat Tahun Baru Cina. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Elopura. Seterusnya, saya ingin menjemput ADUN Dilantik Datuk Aliakbar Gulasan. Yang Berhormat Gum-Gum, sila bersedia selepas ini. Silakan, Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Terima kasih Datuk Speaker. Terlebih dahulu saya mengucapkan seperti biasa ucapan tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2025 dengan tema “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”. Sebelum saya pergi kepada kandungan daripada belanjawan ini, saya ingin mengungkapkan satu hadis Nabi SAW, Sabda Nabi Lakna Rasulullah SAW Ar-rasyhi wal mustafiinar Rasulullah SAW dalam Sabda-Nya melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Saya sengaja mulakan perbahasan ini untuk menekankan kepada perkara yang terkait dengan rasuah ini sebab belanjawan yang tercatat di dalamnya hanyalah perbelanjaan, tetapi nanti apa yang akan sampai kepada rakyat, bukan pada angka itu tetapi pada perkara yang betul-betul boleh dideliver sampai kepada kualiti yang sepatutnya. Di antara perkara-perkara yang boleh menghalang angka yang besar ini sampai dengan kualiti yang baik, di antaranya adalah akibat daripada ketirisan-ketirisan yang berlaku. Saya petik daripada apa yang disebutkan oleh Ketua Pengarah SPRM, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam tempoh lima tahun yang lepas, kenyataan ini pada bulan April ataupun Mei yang lepas ini dianggarkan 277 bilion hilang gara-gara rasuah dalam tempoh lima tahun yang lepas.
Datuk Speaker, saya sengaja menyebutkan perkara ini supaya kita saling ingat memperingati, sebab apa yang kita pegang dalam Dewan yang mulia ini, jumlah yang ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada yang menang ataupun Yang Dilantik ini, masing-masing kita memegang amanah yang besar dan pastinya bukan duduk kita di sini untuk mengumpulkan kekayaan, tetapi adalah bagaimana untuk kita menyampaikan tugas kita untuk membantu rakyat. Saya tambah dengan satu ayat daripada al-Quran juga,
Auzubillah Minashaitan Nirajeem, “inna aradlnal-amanata alas-samawati wal-ardli wal-jibali fa abaina ay yahmilnaha wa asyfaqna min-ha wa hamalahal-insan, innahu kana dhaluman jahula.”
Maksud daripada ayat ini, “Kami telah menawarkan amanah kepada langit, kata Allah Taala, kepada bumi kepada gunung-gunung tetapi semuanya enggan dan menolak untuk memikul amanah itu kerana mereka khawatir tidak akan dapat melaksanakannya. Lalu, manusia memikul amanah ini dan sesungguhnya manusia itu sangat zalim, kata Allah Taala di ayat, di hujung ayat ini “innahu kana dhaluman jahula”. Manusia ini sangat zalim dan sangat bodoh. Saya sengaja mula …
… seperti mana yang saya sebutkan di awal daripada perbahasan sebagai landasan untuk kita sama-sama mengenal pasti bahawa tugas kita bagaimana angka yang disebutkan lebih daripada RM6 bilion ini daripada belanjawan yang terbaik dengan pelbagai kemudahan insentif yang dibagi. Khususnya yang dibentang oleh Menteri Kewangan itu benar-benar tidak berlaku ketirisan, tidak berlaku salah guna kuasa, tidak berlaku sebarang rasuah supaya nanti apa yang tercatat itulah kualitinya sampai kepada rakyat.
Sebab itulah Datuk Speaker dan Ahli sidang, Ahli Dewan yang mulia, perkara seumpama ini bila disebut soal duit, soal belanjawan ini, kena disaluti dengan iman sebab nanti di situ akan ada dosa akan ada pahala, akan ada balasan baik, akan ada balasan yang tidak baik. Maka, pertimbangan-pertimbangan seumpama itu nanti boleh menghalang daripada kerosakan penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, berkait dengan belanjawan secara umumnya saya melihat Sabah masih belum berjaya menyelesaikan beberapa isu asas yang sudah diulang pun sebahagian besarnya. Misalnya, isu-isu yang terkait dengan air, ini asas. Elektrik ini juga asas. Rumah ini juga asas. Tetapi, di samping itu saya melihat banyak insentif-insentif dari segi perumahan, dari segi perancangan jangka pendek jangka panjang di pihak Kementerian Kerja Raya khususnya dan juga pihak yang menguruskan elektrik.
Walau bagaimanapun, kita kena mengakui sebahagiannya masih belum selesai sampai kepada saat ini. Saya ambil contoh, Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia. Kita duduk di dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, maknanya di antara satu-satunya Dewan Bandar Raya yang terdapat di Negeri Sabah. Walaupun duduk dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, kalau kita sebut masalah air, bukan setakat putus air tapi masih ada petempatan yang langsung tidak ada bekalan air.
Saya sebut misalnya, Kampung Kibagu tidak jauh daripada sidang, daripada Dewan Undangan Negeri ini, terlalu hampir. Kampung Salimbangun di belakang daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampung Karambunai. Ini di antara kampung-kampung
yang sampai pada saat ini tidak ada kemudahan air. Kalau tuan-tuan pergi ke Kibagu, mereka masih lagi menggunakan air perigi.
Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, pada pemerhatian saya juga antara perkara penting yang juga perlu diperhatikan oleh kerajaan sampai pada saat ini. Di antaranya, kalau kita pergi ke hospital-hospital khususnya hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan, di situ kita boleh nampak rakyat kita, masyarakat kita yang bukan setakat berkumpul, kadang-kadang bermalam, seolah-olah mereka ini gelandangan, menunggu daripada malam ke siang, tidak ada rumah, transit, tidak ada tempat mereka berehat sampai masa.
Saya mencadangkan kepada kerajaan, ada dua perkara yang berkaitan dengan klinik dan hospital kerajaan ini. Yang pertama, masa menunggu di pusat kecemasan. Daripada maklumat yang kita dapat, masa menunggu di pusat kecemasan di antara tiga hingga lima jam dan masa menunggu di klinik-klinik kesihatan, kadang-kadang ramai di kalangan ibu mengandung juga di antara empat hingga enam jam.
Saya ambil contoh Datuk Speaker, kita pergi melawat ke Klinik Kesihatan Menggatal. Siapa yang biasa boleh tahu keadaan dan senario di sana. Bagaimana kesesakannya, tempat meletak kereta yang tempat meletak kereta pula berbayar dan sebahagian penduduk sekitar tempat itu menyediakan lot-lot parking berbayar. Saya tengok di antara tiga hingga lima ringgit. Yang saya mahu sebutkan di sini bagaimana pihak kerajaan kena mengambil inisiatif yang serius supaya bagaimana mengurangkan kesesakan dari segi tempoh masa menunggu. Sama ada di tempat apa ini, pesakit awam dan juga di pusat-pusat kecemasan untuk melihat bagaimana ianya boleh ditambah baik dan juga diperbaiki.
Datuk Speaker, saya juga menyambut baik apa yang dibentang oleh Menteri Kewangan mengenai naik taraf sistem internet di seluruh Sabah. Walau bagaimanapun saya ingin bertanya apakah punca kelewatan pembinaan menara telekomunikasi. Berdasarkan daripada awal dulu sepatutnya siap pada tahun 2022. Maknanya sudah berlaku kelewatan yang agak besar dan penetration broadband, penetration kita di Sabah pun masih rendah berbanding dengan national level, dengan izin. Dan juga, saya melihat dari segi teknologi telekomunikasi ini, Sarawak, Johor dan juga Selangor sudah mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat-pusat
khusus bagi menyokong Artificial Intelligent (AI) yang sekarang menjadi budaya di kalangan masyarakat khususnya anak-anak muda. So, saya ingin bertanya kepada menteri adakah Sabah ingin mengambil inisiatif yang sama untuk mewujudkan pusat-pusat Artificial Intelligent ini.
Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin ulangi beberapa fakta dalam ucapan saya sebelum daripada ini dan saya ingin dengan senang hati, saya ingin mengulang semula. Tengok bajet kita semakin besar setiap tahun. Di antara kumpulan yang sangat penting dalam masyarakat sampai pada saat ini, khususnya dalam komuniti Islam ini adalah dua golongan yang penting ini, yang saya tengok kerajaan kena tengok sungguh-sungguh imam rawatib dan juga guru Kafa.
Guru Kafa ini sebahagian besar masyarakat kita boleh baca Quran dengan pengorbanan daripada guru Kafa yang gaji mereka hanya RM850.00. Imam rawatib yang kalau majlis-majlis tahlil kahwin dan sebagainya menghidupkan masjid, imam rawatiblah yang menjadi tunjang. Saya ingat sampai masa, Kerajaan Negeri harus menambah elaun yang dibagi oleh pusat itu supaya dapat paling kurang kepada gaji minimum. Mudah-mudahan dengan bantuan yang baik seumpama ini, di situlah nanti akan menarik keberkatan. Bila macam tadi juga banyak diucapkan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain, semakin banyak kita bagi, insya-Allah keberkatan dan kita akan dapat yang lebih banyak selepas daripada itu.
Akhirnya Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan satu perkara yang terakhir. Bila saya turun ke satu kampung di Sepanggar, Kampung Kuala Menggatal nama dia. Kampung Kuala Menggatal, seolah-olah ada satu perebutan daripada satu GLC kita dengan penduduk kampung ini. Sedangkan kampung ini sudah lama. Asalnya memang untuk dibangunkan. GLC ini saya sebutlah Sabah Ports. Dia ingin membangunkan satu kawasan. Pelan asalnya tidak termasuk dalam satu zon tempat bot di parking dinaikkan oleh nelayan-nelayan ini.
Tapi bila berlaku projek berjalan, semua kawasan-kawasan yang sepatutnya tidak dibangunkan, seolah-olah berlakunya pencerobohan. Saya ingin respon daripada pihak menteri khususnya dan saya juga ada soal dalam soalan bertulis cuma belum ada jawapan. Adakah status kampung ini, yang kampung ini adalah kampung orang kita, orang bajau, orang samah. Maknanya sudah kampung yang asal, jangan nanti
sampai peringkat rakyat membenci kerajaan yang ada hanya akibat daripada konflik di antara GLC dengan rakyat yang sudah lama berkampung, walaupun kampungnya adalah kampung air.
Jadi itulah Datuk Speaker, pada saya mudah-mudahan saya yakin di antara benda yang sangat penting yang saya ulang di awal tadi. Yang paling penting bukan soal angka tapi bagaimana angka itu kita cerakinkan boleh sampai kepada rakyat dengan kualiti yang sepatutnya. Saya juga seperti mana Ahli-ahli Dewan yang lain mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang beragama Kristian dan juga Selamat Menyambut Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun baru ini membawa lebih berkat dan rahmat dalam kehidupan kita. Terima kasih, Datuk Speaker.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang.
Waalaikumussalam. Terima kasih, ADUN Dilantik, Datuk Aliakbar bin Gulasan. Seterusnya saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Gum-Gum.
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker yang bijaksana, kerana memberi ruang pada saya turut serta dalam membahas Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah pada tahun 2025.
Datuk Speaker, pada saya belanjawan yang kita sebut sebanyak 6 bilion 280 juta 685 ini, 476 ini. Sangat apa nama, membanggakan kepada negeri Sabah tetapi di dalam masa yang sama, saya ingin membangkitkan beberapa isu saja terutama sekali di kawasan saya. Terutama sekali isu jalan raya yang mana isu jalan raya ini daripada dulu sampai sekarang tidak juga habis-habis padahal Kerajaan yang ada sekarang ini sudah mencapai usia empat tahun lebih, bukan dua tahun tapi empat tahun lebih.
Pertama sekali, isu jalan raya di Sungai Memanjang … (kurang jelas) satu. Jalan raya ini daripada dulu sampai sekarang bukan lagi konsesi eh, bukan lagi konsesi JKR yang menjaga ini tetapi estet-estet yang sudah menjaga. Pada bulan, ah, dua bulan yang lalu rasanya saya telah menghantar surat kepada JKR Beluran sebab untuk makluman Datuk Speaker, di kawasan saya ini ada unik sedikit. Ada sebahagian urus tadbir Kerajaan bertempat di Beluran dan juga ada di bahagian Sandakan.
Jadi saya menghantar surat kepada Pejabat JKR ah, Beluran, tapi sampai sekarang tidak dapat balasan, ah. Saya kecewa sebenarnya. Jadi pada surat itu saya bertanya saja, apa sebenarnya, siapa sebenarnya konsesi yang menjaga jalan raya di Sungai Memanjang … (kurang jelas) satu? Sungai Memanjang ini. Sehinggakan jalan raya ini tidak pernah ah, tidak pernah ah, dijaga yang saya tahu saya dapat laporan yang penuh daripada masyarakat kampung ni daripada bulan Jun dan saya minta tolong ah, daripada estet-estet yang berhampiran dan terima kasih banyak kepada estet yang selalu membantu, iaitu Estet Ladang Hassan dan juga Kilang Hassan juga telah membantu dan juga Elite Real Estate yang berada di situ. Terima kasih banyak kepada estet-estet yang ada di sini ini tetapi dalam masa yang sama saya bertanya kepada Kerajaan terutama sekali JKR lah.
Apa sudah tanggungjawab Kerajaan yang ada di kawasan terutama sekali kawasan Beluran ini? Yang mana surat saya pun tidak dijawab kan. Kita kesian juga ladang-ladang Hassan seperti Ladang Hassan, kilang Hassan ah, Elite ini se … mua membantu dan jangan nanti yang membantu lain yang claim lain, ah. Saya minta nanti kepada menteri JKR menjawab soalan saya, adakah konsesi yang dilantik ini daripada bulan Jun sampi sekarang tidak pernah datang untuk menyelenggarakan jalan terutama sekali di Jalan … (kurang jelas) satu, Kampung Sungai Memanjang ini?
Seterusnya, saya juga kecewa, jalan-jalan kampung seperti Sungai Kapor ah, saya pernah kumpul-kumpul dana masyarakat orang kampung membeli simen, batu dan sebagainya untuk menurap jalan sendiri sebab jalan-jalan tersebut sudah tidak selamat diguna oleh orang-orang kampung. Dawai sudah keluar ni, Tuan Speaker, dawai keluar. Tapi bila mana kita mengadu kepada JKR tidak ada ambil peduli, kan. Jadi ini melibatkan nyawa terutama sekali kereta yang lalu lalang di situ memang
pun masyarakat kampung menggunakan jalan. Tidak ada lagi jalan lain di sini ini. Jadi kita kecewalah. Dengan menyebut … (kurang jelas) dan apa nama yang lalu. Hampir juga enam bilion tetapi tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat macam tidak begitu bagus dan mengecewakan kita.
Seterusnya saya beralih kepada pertanian. Saya juga mendapat aduan daripada masyarakat Kampung Sungai Memanjang juga yang menanam lada hitam ah, yang menanam lada hitam. Yang pertama, Encik Tan Ping daripada Kampung Memanjang telah menanam lada hitam dan juga Encik Muiz daripada Kampung Saturah lada hitam. Aduan yang saya dapat ini, bilamana sebahagian daripada tanaman dia orang ini kan mendapat bencanalah, mati. Kemudian bila dorang mengadu buat aduan lisan kepada Lembaga Lada Malaysia Sabah namun tiada tindakan yang wajar untuk membantu pekebun lada hitam menangani masalah yang mereka alami. Bukan itu sahaja, pekebun lada hitam juga menghadapi masalah pemasaran atau jualan hasil tuaian lada-lada mereka.
Jadi apakah langkah-langkah Lembaga Lada Malaysia Wilayah Sabah membantu pekebun? Saya ingin menanyakan kepada Kementerian yang ini, bagaimana Kerajaan Sabah memantau pencapaian agensi Persekutuan seperti Lembaga Lada Malaysia yang ada di Sabah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar?
Saya ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan agar membuka lebih banyak cawangan atau sub cawangan, agensi seperti Lembaga Lada, MARDI, SIRIM khususnya di area Pantai Timur Sabah supaya kawasan Pantai Timur Sabah seperti daerah Sandakan khasnya di DUN Gum-Gum yang mempunyai sumber laut dan pertanian dapat memanfaatkan kewujudan agensi seperti MARDI di Sabah ataupun Kota Kinabalu tapi tiada cawangan di pantai timur Sabah.
Sekali lagi saya memohon agar kawasan pantai timur Sabah diberi perhatian khusus dan membangunkan pelbagai aktiviti hiliran dari sumber yang sedia ada. Jadi ini, Datuk Speaker yang saya dapat aduanlah daripada pertanian lada hitam. Kita mengusahakan lada hitam yang ada di apa nama, …(kurang jelas) tetapi tidak dapat bantuan yang sewajarnya daripada Kerajaan.
Selain daripada itu, saya juga apa nama, menanyakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan tentang bantuan rumah PPR. Rumah PPRT ataupun SMJ, banyak lagi sebenarnya yang memerlukan bantuan rumah SMJ ataupun PPRT ini tapi yang masalah di sini apa nama, syarat-syarat terlalu ketat. Sepertimana tadi ada kalau saya tidak silap Yang Berhormat tadi yang berucap tu syarat-syarat satu tanah tidak boleh dimohon oleh beberapa keluarga sedangkan keluarga di situ juga ada mengalami masalah yang sama. Jadi ini juga menjadi perhatian kepada kita sebab walaupun sudah dinoktahkan kemiskinan pada Julai yang lalu tapi di tempat saya masih banyak lagi orang-orang miskin, ah.
Kalau dapat saya juga ingin bersama-sama Kementerian ataupun kebajikan untuk memantau tempat saya supaya ini dia orang dapat tau melihat sendiri macam mana kemiskinan di kawasan DUN Gum-gum ini masih lagi banyak yang perlu dibantu.
Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Sains Teknologi banyak juga menara telekomunikasi ataupun tower yang sudah dibina tetapi rasanya masih juga talian kita ataupun pencapaian Internet kita macam siput, ah. Tower sudah dibina menara sudah dibina tetapi saya tengok masih juga coverage yang apa nama, tidak dapat dimanfaatkan …
… dengan baik. Jadi, saya mohon Kementerian ini juga meneliti dan memantau apa sebenarnya. Kalau pasang menara saja mana boleh pakai. Betulkah tidak? Dia mesti ada apa nama dipanggil ini dia punya coverage itu. Saya juga ingin membangkitkan Kementerian Pelancongan di tempat saya ada Sepilok juga Proboscis Monkey dan juga Pulau Penyu, kan. Pulau Penyu, tetapi dalam masa yang sama saya tidak tahulah. Saya jarang betul saya nampak Kementerian ataupun Menteri Pelancongan ini datang di Sandakan dan saya tidak nampak sama sekali pembangunan yang dibuat apa nama menaiktaraflah naik taraf di sama ada di Sepilok ataupun di Batu 19 Proboscis Monkey ataupun di apa nama Pulau Penyu yang ada di Sandakan. Jadi, saya minta Kementerian ini juga dengan bajet yang begini banyak apa nama Kementerian Pelancongan ini ada RM128.20 juta pembekalan dan juga RM27.07 juta bahagian pembangunan.
Jadi ampit-ampitlah sedikit di Sandakan. Kita pun perlu juga pelancong yang datang di Sandakan supaya ekonomi di Sandakan ini dapat kita naik tarafkan. Selain daripada itu, saya juga menyentuh Kementerian Belia dan Sukan yang ada peruntukkan RM90.17 juta pembekalan dan juga RM11.29 juta bahagian pembangunan, tetapi dalam masa yang sama, di kawasan Gum-Gum saya tidak nampak sama sekali. Apalagi mahu membina kompleks sukan. Apalagi mahu membina kompleks sukan di kawasan DUN Gum-Gum yang apa nama yang kita amat harapkan. Tetapi dalam masa yang sama gelanggang futsal yang apa nama dawai pun dinding pun bocor-bocor semua tidak ada baik pulih. Langsung tidak ada. Sehinggakan kita punya belia-belia pun macam tidak ada mood mahu main futsal sedangkan gelanggang futsal ada tetapi pagar itu, pagar dawai itu, yang dipanggil mata punai itu bocor-bocor semua kan, yang ada di Semawang itu, Ya Allah. Teruk betul, bocor sana bocor sini.
Jadi kita minta Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang ada RM90.17 juta bahagian bekalan dan RM11.29 juta ini, banyak ini. Tetapi ampit-ampitlah di Sandakan kan, ampit-ampitlah di Gum-Gum, supaya perbelanjaan ini dapat kita selaraskan. Jangan seperti mana tadi ADUN Dilantik cakap, kita mesti bagi kepada rakyat. Jangan ada keciciran di mana-mana.
Yang Berhormat, sila gulung.
Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada Kerajaan, selain daripada jalan raya ah, selain daripada pertanian, pelancongan dan sebagainya saya juga ingin menyentuh kebanyakan ada beberapa masjid di kawasan saya seperti masjid di Kuala Gum-Gum, masjid di Banting, masjid Sungai Monyet, masjid di Kampung Batu 30 Ulu Dusun ini, cukup daif dan saya tengok tidak ada pun selama empat tahun ini, Kerajaan yang ada sekarang empat tahun ini tidak adapun cadangan ataupun pembaik pulihkah apakah atau pembinaan baru, sehinggalah ah, macam di Sungai Monyet itu, masyarakat kampung kumpul-kumpul duit kumpul-kumpul dana untuk membina masjid sendiri, kasihan.
Membina masjid sendiri apa nama sebab mengharapkan bantuan daripada Kerajaan tidak dapat. Akhirnya supaya masyarakat kampung disini ini mengadakan ibadat dengan baik, mereka sanggup kumpul-kumpul dana masyarakat kampung sehingga sampai sekarang, dua tiga tahun barangkali belum lagi siap sebab apa dana kumpul tiap-tiap bulan. Kumpul ada apa nama sumbangan daripada yang lain ah, seperti simen, batu, atap, daripada NGO-NGO yang lain, ini saja. Tetapi dalam masa yang sama itulah yang macam saya cakap tadi, saya katakan tadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya kecewa perbelanjaan tahun lalu begitu banyak dan tahun ini kalau tahun ini juga tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang apa nama yang saya katakan tadi ini, saya risaulah saya risau. Dan berharap apa yang saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dapat diteliti dan diambil perhatian khususnya demi kesejahteraan rakyat dan supaya slogan SMJ ini ataupun Sabah Maju Jaya ini tetap Sabah Maju Jaya jangan lagi diubah-ubah. Nanti ada lagi orang cakap, Sabah mundur juga. Susah jugakan.
Jadi pada saya Yang Berhormat Datuk Speaker, ini saja daripada saya. Mudah-mudahan bajet berjumlah 6 juta, 6 bilion 280 ribu ini, 685 476 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan kita berharap tahun hadapan ini …
Datuk Speaker.
… kita mendapat apa nama ini yang dipanggil ini Kerajaan yang lebih baik.
ADUN Gum-Gum, ADUN Gum-Gum. Sahabat, jangan susah sama-sama kita maju jaya.
Terima kasih, sahabat saya ADUN Kuamut.
Insya-Allah itu yang betul-betul kita harapkan. Sebab itu saya katakan tadi jangan sampai Sabah Maju Jaya ini ditukar macam-macam sudah dia punya definisi yang lain. Jadi itu saja daripada saya Datuk Speaker. Saya apa nama sekali lagi mengharapkan mudah-mudahan Kerajaan Negeri Sabah ini dapat kita harmonikan keselamatan dan juga bajet yang begini banyak dapat mengharmonikan rakyat Negeri Sabah ini.
Jadi sebelum mengundur diri saya juga seperti sahabat-sahabat yang lain ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat negeri Sabah. Mudah-mudahan apa nama sambutan Hari Natal pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu dan saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT. Saya Arunarnsin bin Taib N.50 Gum-Gum mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Gum-Gum. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Telupid. Sudah bersediakah?
Terima kasih Datuk Speaker. Pertamanya saya mengucap syabas dan tahniahlah kepada Kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat di atas satu bajet yang cukup baik pada tahun hadapan. Syabas dan tahniah juga kepada Menteri Kewangan, dalam tadbir urus sehingga dapat meningkatkan pendapatan negeri Sabah seterusnya dapat menggunakan pendapatan ini untuk membangunkan negeri Sabah yang tercinta ini.
Datuk Speaker, mengamati Pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sabah pada 2025 nanti saya nampak bahawa, Belanjawan ini cukup menyeluruh dan ditambah lagi dengan beberapa inisiatif Kerajaan yang baru dan juga sesuai dengan tema “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”. Kita juga mendapat maklum balas daripada rakyat kita di bawah sana yang cukup gembira dengan Belanjawan yang pada hemat saya, sangat banyak membantu pada ketika kita menghadapi suasana ataupun kos sara hidup yang semakin meningkat …
Pemberian seperti RM300 setiap bulan kepada masyarakat kita, yang layak ini amat membantu mereka kerana kita mengakui bahawa kenaikan harga barangan juga menjadi beban kepada masyarakat kita. Jadi belanjawan ini bagi saya sangat menyeluruh dan diharapkan kita dapat mengimplimentasikan belanjawan ini sebaik mungkin.
Apa yang saya selalu katakan dalam Dewan yang mulia ini, kita mengharapkan belanjawan yang telah diumumkan dan dibentangkan ini, supaya dapat kita manfaatkan demi melihat pembangunan di setiap aspek kita di negeri Sabah ini. Terutamanya di luar bandar, yang masih jauh ketinggalan dari serba-serbi.
Jadi, Datuk Speaker kita mengharapkan supaya pada tahun 2025 dengan bajet yang begitu baik. Banyaklah infrastruktur-infrastruktur yang kita boleh bangunkan, yang pada saya dan kepada kita semua setiap kali Dewan Undangan Negeri kita mengajukan masalah-masalah yang berulang-ulang kita katakan, iaitu yang selalu dan pernah saya katakan, iaitu tiga serangkai. Air, elektrik dan juga jalan raya. Saya penuh yakin dengan usaha Kerajaan yang ada pada hari ini dengan pendapatan yang ada urus tadbir yang baik, saya penuh yakin Kerajaan dapat meningkatkan usaha untuk membangunkan atau menyelesaikan masalah-masalah asas kita di nNegeri Sabah ini, terutamanya di luar bandar.
Tuan Speaker, dalam bajet 2025 ini, banyak disentuh ataupun banyak terarah kepada infrastruktur sepertinya di bawah Jabatan Kerja Raya. Jadi penumpuan kita supaya perbelanjaan ini dapatlah menyelesaikan masalah-masalah asas ini. Kita tidak mahu lagi, pengumuman-pengumuman ini menjadi boneka kepada masyarakat kita yang selalu menjadi sindiran kita sebagai wakil rakyat apabila kita balik di kawasan, mereka memperlekehkan belanjawan ini. Selalunya kalau bahasa-bahasa orang kampung, kami dengar bilion-bilion tapi bilalah air ini selesai? Bilalah jalan raya kami ini kena asfal? Bilalah elektrik ini ada dan stabil? Elektrik ada, kadang-kadang dia punya bekalan tidak stabil.
Semua ini menjadi kemarahan kepada masyarakat kita. Justeru itu, bukan sahaja di bawah tanggungjawab menteri dan wakil rakyat. Selalu saya tegaskan bahawa pemegang taruh Kerajaan ini, iaitu penjawat-penjawat awam yang menjadi pelaksana dasar kepada belanjawan ini. Haruslah berganding bahu sama-sama komitmen dengan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah kita di negeri Sabah ini.
Kalau tiada komitmen, tiada kesungguhan daripada penjawat-penjawat awam kita juga semua akan mendapat tempias kemarahan orang-orang kampung kita. Ini memerlukan kerjasama di sebalik juga kestabilan politik yang ada. Kadang-kadang
pihak sebelah mengkritik, mempersalah, mencari kelemahan dan kesalahan. Kadang-kadang mereka tiada solusi, kelemahan yang dia orang cakap, apa saja yang Kerajaan rancang mereka perlekehkan, bagi mata mereka.
Justeru itu, kita meminta Datuk Speaker, pemegang-pemegang taruh Kerajaan saya merayu dan memohonlah ada satu komitmen yang betul-betul serius untuk kita jalankan tanggungjawab demi melihat negeri Sabah ini kita bangunkan. Tiada guna kita balik-balik untuk membentang satu bajet tetapi tiada kesungguhan daripada kakitangan-kakitangan Kerajaan. Jadi inilah Datuk Speaker yang kita mahu, supaya bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan kita ini dapat diurus tadbir dengan sebaik-baiknya, demi melihat pembangunan kita di negeri Sabah ini dapat dilaksanakan.
Datuk Speaker, saya juga ingin membawa beberapa perkara untuk pengetahuan kita semua terutamanya kawasan saya di daerah Telupid. Terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana beberapa permohonan mendesak saya seperti Penyukatan Tanah Anak Negeri, iaitu PANTAS. Walaupun tidak keseluruhan tetapi ada empat buah kampung sudah yang sedang menjalankan Penyukatan Tanah Anak Negeri di daerah Telupid, dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Tanah. Mudah-mudahan ada lagi beberapa kampung yang sudah saya submit dokumentasinya yang agak lengkap. Mudah-mudahan juga ini akan dapat diukur tanah-tanah ini dan seterusnya kita dapat mengeluarkan geran-geran tanah. Supaya orang-orang kampung dapat menggunakan geran-geran tanah ini untuk memperoleh bantuan-bantuan daripada Kerajaan.
Saya juga berterima kasih, kepada Kerajaan kerana menaik taraf Jabatan Air tapi dalam masa yang sama kita melihat pergerakan untuk menyiapkan Jabatan Air yang dinaik taraf sekarang ini, iaitu penukaran loji, penukaran apa ni, loji penapis, pam enjin set dan juga pam diintake sana dan kemudian penukaran paip. Paip itu agak lambat sedikit dan ini menjadi rungutan pada orang-orang Telupid. Mengenai dengan bekalan air bersih, daripada Jabatan Air yang sering dicatukan. Sehingga ada kampung yang kehilangan atau tidak mendapat bekalan air bersih selama satu minggu. Jadi kita mengharapkan pihak Kementerian melalui Jabatan Air, supaya mengambil langkah drastik apatah lagi ini musim hujung tahun banyak perayaan seperti Krismas.
Jadi budak-budak sekolah pun balik kampung. Jadi kita minta supaya masalah ini dapat diselesaikan segera dicepatkan. Peruntukan sudah ada, dalam pembikinan tetapi agak lambat kerana kita diberi taklimat pada bulan Ogos ataupun bulan September kerja-kerja siap tetapi hari ini belum siap lagi. Jadi kita minta supaya dipercepatkan.
Yang keduanya mengenai dengan masalah elektrik mohon supaya dipercepatkanlah penyambungan kabel ABC itu, daripada grid Segaliud ke Telupid, kerana seperti yang saya katakan dulu, kami masih menggunakan enjin elektrik sendiri yang sudah layak untuk dihantar ke muzium, jadi mintalah dipercepatkan. Semua dalam progress tetapi agak lambat sedikit, kita minta percepatkan. Jadi itu yang kita minta kepada Kerajaan untuk percepatkan.
Kemudian ada juga beberapa perkara yang menjadi bebanan kepada saya sebagai wakil rakyat, iaitu menyediakan ataupun memberi bantuan tiang elektrik ini. Mengikut senarai dan rekod saya pemohon tiang elektrik mahu 300 lebih batang. Lebih kurang mahu 40 orang pemohon. Satu batang itu mahu RM2,000 ribu lebih termasuk wayar hitam dan instalment dia. Jadi ini menjadi masalah Datuk Speaker, saya memohon kepada pihak Kerajaan supaya memperkenalkan subsidi untuk diberi kepada orang-orang yang membina rumah jauh daripada jajaran jalan raya dan tiada bekalan elektrik…
…minta tiang jadi ini kita minta daripada Kerajaan kerana tahun lalu sahaja, tahun ini saya memberi 30 batang tiang letrik jauh tidak mencukupi. Banyak lagi yang minta tiang letrik ini. Bila kita ajukan kepada SESB, dia bilang kita tiada peruntukan untuk itu. Kita ada itu bekalan elektrik luar bandar cuma di jalan-jalan utama itu yang kita bagi. Bagi mereka yang bikin rumah di ladang jauh daripada jaringan jalan raya terpaksa kena beli. Jadi kalau kena bikin rumah di siring jalan dan kemudian tiada tanah di situ. Nah, nanti setinggan lagi. Jadi kita minta kepada pihak Kerajaan supaya memikirkan kaedah untuk memberikan orang-orang yang tidak mampu membeli tiang letrik ini kalau di siring jalan raya itu kita boleh beri lampu elektrik kita beri cahaya kepada jalan raya jadi orang kampung
yang ada rumah tinggal dengan anak, isteri di sana dan tiada lampu kasihanlah. Jadi ini, Datuk Speaker, saya memohon ada juga usul daripada pihak PIBG yang meminta dan sebelum itu pihak PIBG, iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru berterima kasih kepada Kerajaan kerana memberi geran tahunan kepada PIBG sebanyak RM2000 tiap tahun tetapi mereka meminta saya untuk disampaikan kepada Kerajaan kerana PIBG ini banyak program dia orang di sekolah. Banyak membantu kepada pihak sekolah dalam segi membantu meningkatkan kualiti pendidikan kepada anak-anak jadi mereka meminta saya menyampaikan permohonan bolehkah ditingkatkan kepada beberapa yang boleh mampu oleh Kerajaan tingkatkan daripada RM2000 mungkin RM3000, RM4000, begitu kepada PIBG.
Sila gulung, YB.
Saya nampak merah sudah. Sekejap lagi.
… dan saya juga ingin menarik perhatian kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran kerana kita mendapat makluman daripada Jabatan Metrologi Malaysia yang pada hujung tahun ini sehingga bulan Februari jumlah hujan yang akan turun agak lebat jadi kawasan saya di daerah Telupid ini menjadi risiko untuk banjir. Jadi saya minta kepada JPS supaya menyegerakan kelulusan untuk penghakis dinding, penghalang dinding menghalang hakisan tebing sungai yang mana pada ketika ini Kampung Tembidong-Bidong ada beberapa rumah yang sangat berisiko untuk runtuh. Kalau ini runtuh lagi, Datuk Speaker, mungkin rumah yang keenam sudah ini jatuh ke sungai. Jadi ini kita risau nanti ini bulan 12, bulan satu, bulan dua, hujan lebat ada lagi rumah yang akan runtuh dan ini akan menjadi musibah kepada orang-orang kita di persisiran ataupun di siring-siring sungai.
Jadi, Datuk Speaker, saya rasa itu sahaja yang saya ingin sampaikan dalam peluang perbahasan pada hari ini. harapan saya sekali lagi supaya Belanjawan yang ada pada hari ini kita dapat implimentasikan dengan sebaik-baiknya supaya kita boleh bangunkan negeri Sabah ini yang masih lagi jauh, mundur di negara kita ini. Jadi sebelum saya ingin mengundur diri saya ingin mengucapkan, terakhir lagi, Speaker pula, ada yang saya terlupa itu mengenai dengan permohonan saya dengan beberapa infrastruktur yang rosak ketika banjir pada tahun 2022, 2021, 2023, awal 2023 hujung 2022 ada beberapa infrastruktur yang rosak akibat banjir dan saya
sudah memohon kepada SKN perkara ini supaya ada peruntukan khas kerana peruntukan ADUN tidak cukup jadi sehingga kini belum ada jawapan dan kerosakan-kerosakan ini belum dapat diperbaiki seperti jambatan gantung yang rosak, tebing sungai tebing bangunan, cerun di rumah-rumah ibadah seperti gereja dan juga masjid ada yang terhakis dan dia punya tanah sedang bergerak jadi itu belum dapat peruntukan daripada Kerajaan kerana agak besar. Peruntukan ADUN tidak boleh angkat jadi agak besar jadi saya sedang menunggu daripada SKN kerana kita tujukan permohonan ini kepada SKN untuk diambil perhatian mengenai dengan kerosakan-kerosakan jalan raya akibat banjir. Jadi sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua wakil rakyat yang beragama Kristian dan juga Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.
Sekian, terima kasih. Telupid menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat daripada Telupid dan seterusnya saya ingin menjemput pembahas yang terakhir pada hari ini, dipersilakan, Yang Berhormat daripada Tungku. Seperti yang telah dipersetujukan usul penangguhan hanyalah sampai 7.30 malam. Jadi, Yang Berhormat, you have until 7.30 pm tepat. Silakan.
Terima kasih, Datuk Seri Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan untuk tahun 2025. Tahniah juga kepada Menteri Kewangan yang telah berjaya membentangkan perbelanjaan yang pada hemat saya begitu inklusif. Tahniah juga kepada kakitangan kerajaan Kementerian Kewangan, Bahagian Kabinet dan Dasar yang telah menyediakan ucapan budget yang begitu baik pada hemat saya. Datuk Seri Speaker, sebagai satu review kepada budget kali ini, budget kali ini membentangkan anggaran hasil sebanyak RM6.445 bilion anggaran perbelanjaan sebanyak RM6.421 bilion dan lebihan dia surplus sebanyak RM24.08 juta. Datuk Seri Speaker, memandangkan masa saya agak terhad, saya teruskan dulu dengan kawasan saya. Saya tidak mahu terlepas kawasan saya sebab mungkin ini adalah bajet terakhir kita dan kalau pun katakan tahun depan kita pilihan raya bulan 10, tidak ada pembentangan budget sudah. Jadi ini adalah budget terakhir kita, ya.
Mungkin juga saya tidak akan berada di sini sudah pada masa akan datang dan ini adalah peluang terakhir saya untuk bercakap. Speaker, kawasan saya Tungku adalah kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar tetap dengan masalah keperluan asas jalan raya, jambatan, letrik, air, telekomunikasi. Itu masih menjadi masalah yang sedang berlaku di Tungku. Seterusnya, Datuk Seri Speaker …
Datuk Speaker, minta laluan. Saya tidak berapa dengar dan tidak berapa faham tadi yang Yang Berhormat mengatakan mungkin kali terakhir. Apa maksud dia tu?
Tak apalah, janganlah kau buang masa saya bah, abangku … sudahlah masa saya tinggal berapa minit sahaja mahu juga ...
Teruskan, Tungku.
Kalau hendak sambung, esoklah. Tidak apalah saya kasi habislah, Datuk Speaker. Melihat kepada masalah negeri kita yang ada sekarang sebenarnya saya lebih suka kalau Kerajaan lebih bijak dalam mengurus masalah negeri. Itu kita melihat kepada root cause yang menyebabkan apa yang kita hadapi pada hari ini. Sebagai contoh, apabila kawasan Tungku berhadapan dengan masalah jalan raya, letrik, air, telekomunikasi, ini adalah antara ciri-ciri dalam sistem ekonomi yang menunjukkan kawasan ini adalah berada dalam yang dipanggil kawasan miskin, subsistem ekonomi menyatakan bahawa kalau jalan raya tidak bagus, letrik tidak bagus, air tidak bagus, telekomunikasi tidak bagus, maka kawasan itu miskin dan kalau inilah yang berlaku di Sabah sebenarnya itulah sebabnya kenapa lapan daerah termiskin berada di Malaysia ini berada di Sabah. Sebab semua kawasan-kawasan luar bandar tadi ini mengalami masalah yang selain daripada masalah jalan raya, letrik, air, telekomunikasi di Tungku, Tungku juga berhadapan dengan kemudahan pendidikan, kesihatan yang ketinggalan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Speaker, ada dua buah sekolah di Felda Tungku di mana bangunan sekolah ini dulunya adalah bekas stor baja dan sebagainya jadi ini adalah masalah pendidikan kemudahan, kemudahan pendidikan yang kita hadapi di Tungku …
Jadi saya harap Kerajaan Negeri di masa akan datang lihat perkara ini, begitu juga dengan masalah kesihatan, klinik desa, klinik kesihatan, dia punya kemudahan jauh sekali daripada mencukupi Datuk Seri Speaker.
Dan, dari segi pendapatan paras garis kemiskinan juga masih jauh daripada apa yang ditetapkan oleh bank dunia. Jadi, kalau inilah kriteria yang diletakkan oleh ekonomi yang menyatakan bahawa sebuah daerah ataupun negeri itu miskin maka Tungku memenuhi semua kriteria ini dan begitu jugalah Lahad Datu. Seterusnya Datuk Seri Speaker, mengenai kawasan Tungku sebelum ini, Yang Berhormat Paginatan ada menyatakan bahawa jalan pesisir pantai daripada Kampung Dangan ke Bedingut dan Tandu sudah diluluskan untuk dilaksanakan.
Sekarang RMKe-12 sudah hampir selesai dan kita akan memasuki RMK yang Ke-13 dan baru-baru ini saya ada nampak ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Bandar. Beliau menyatakan mana-mana projek yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh RMKe-12, peruntukan dia disediakan untuk dilaksanakan secepat mungkin sebelum RMKe-13 bermula. Saya harap jalan pesisir pantai ini dimasukkan dalam program ini. Begitu juga ada empat lagi jalan lain RMKe-12 yang sudah diluluskan, Yang Berhormat Paginatan, pernah sentuh antaranya adalah jalan menuju ke Tabin Wildlife. Saya harap kalau ada peruntukan untuk memenuhi semua perancangan dalam RMKe-12 itu, tolong masukkan dua jalan ini.
Datuk Seri Speaker, mengenai perkhidmatan sosial di kawasan Tungku, saya juga meminta Kerajaan supaya mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah Pusat Dialisis di Tungku yang baru-baru ini di dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun, untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Pusat Dialisis ini sepatutnya cater semua pesakit yang memerlukan rawatan seramai 19 orang yang sekarang ini masih lagi mendapat rawatan di Lahad Datu dan 19 orang ini yang menyebabkan kenapa Pusat Dialisis di Lahad Datu itu congested. Saya mencadangkan dan saya memohon kalau boleh dinaik taraf Pusat Dialisis Tungku ini ditambahkan mesin dia,
tambah kakitangan dia, buatkan perumahan untuk kakitangan, sebab sekarang ini kakitangan yang bertugas di situ adalah dipinjam daripada Lahad Datu di mana dia kena berulang alikkan? Dengan penambahan Pusat Dialisis, mesin dialisis, kakitangan Pusat Dialisis tersebut dialisis tersebut boleh beroperasi menggunakan dua shift. Bila ada dua shift, kesemua 20 orang pesakit dialisis di Lahad Datu ini boleh dipindahkan ke Pusat Dialisis di Tungku.
Tun Speaker, seterusnya masalah rakyat yang mereka minta saya untuk ketengahkan pada perbahasan saya pada kali ini, yang pertama sekali mengenai perumahan khazanah indah yang sudah lama wujud sebelum ini. Ini adalah projek SPNB. Ada satu projek perumahan Semi D yang sepatutnya telah terjual semua kepada pembeli dan mereka sudah mula membayar dan ada di antara mereka hampir mahu selesai sudah membayar dan mahu pencen sudah tapi rumah tu belum ada sampai sekarang. Saya mahu Kerajaan Negeri campur tangan dalam hal ini, dan selesaikan masalah ini, cari jalan penyelesaian, supaya kita, sebab mereka ini terasa, mereka ini teraniaya dan Kerajaan tidak mengambil berat masalah mereka.
Datuk Seri Speaker, perumahan Khazanah Indah, selain daripada itu ada juga permintaan daripada penduduk kampung yang telah membina rumah sepanjang jalan daripada Lahad Datu ke Tungku terutamanya, sekali di kawasan membatu, di mana perumahan ini, rumah-rumah kampung ini terletak di hutan simpan tetapi di pinggir jalan. Mungkin Kerajaan boleh mengambil satu kaedah yang sesuai bagaimana mereka ini boleh dibenarkan tinggal di situ ataupun mencari tempat lain yang boleh mereka tempati bagi menyelesaikan masalah ini.
Seterusnya Datuk Seri Speaker, berkaitan dengan perumahan juga, ini berlaku di Palm Height Lahad Datu, di mana ada satu projek masjid yang dibuat atas inisiatif penduduk di situ tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sebab berhadapan dengan tindakan mahkamah. Ini mungkin Kerajaan kena lihat sebab mungkin ini berkaitan dengan Enakmen Perumahan atau Ordinan or what so ever. Di mana sebuah kawasan perumahan bilangan rumah dia di bawah daripada 400 unit tidak menjadi kewajipan untuk dibuatkan pusat ibadah. Tetapi yang menyedihkannya Datuk Seri Speaker, majoriti penduduk di situ adalah masyarakat Islam dan kita yang tinggal di
situ orang Islam ini dia sembahyang lima kali sehari bah, jadi mereka lebih suka kalau ada tempat mereka beribadah. Kan?
Mahu habis sudah. Okey dan satu lagi Datuk Seri Speaker, saya menerima surat daripada seorang rakan mengenai masyarakat Kokos di negeri Sabah. Mereka ini sudah berada di negeri Sabah sebelum Malaysia dibentuk lagi. Mereka dibawa masuk oleh Kerajaan British daripada Killing Island pada tahun 1940 dan pernah dalam masa pemerintahan kerajaan British mereka ini dianggap sebagai anak negeri kepada North Borneo. Tetapi sekarang masyarakat Kokos ini bukan lagi menjadi anak negeri. Mereka meminta saya menyampaikan kepada Kerajaan supaya menilai semula dasar ini supaya mereka boleh dimasukkan semula sebagai anak negeri sebabnya sebagai seorang anak negeri, mereka mempunyai beberapa keistimewaan yang mereka boleh perolehi.
Datuk Speaker, tinggal dua minit lagi menyala sudah. Okey.
Tiga minit lagi.
Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku] :Tiga. Okey. Masalah di tempat saya juga konflik manusia dan haiwan. Baru-baru tu ada kanak-kanak yang apa, mati dibaham buaya. Ada juga kanak-kanak yang maut diserang anjing di Semporna dan juga di Felda Sahabat.
Datuk Seri Speaker, kalau boleh apa ini, pusat Kerajaan Tempatan ini, kita punya PBT ini, kena mengambil langkah proaktiflah mengenai barang ini. Kalau boleh, sebagai contoh, masalah anjing ini tadi, anjing liar yang berkeliaran ini tadi anjingkah? Kucingkah? What so ever kalau boleh setiap daerah tu ada dia punya pusat perlindungan haiwan yang terbiarlahkan. Supaya anjing inikah? Kucingkah? Apa yang berkeliaran di sana sini masukkan kepada pusat penjagaan dijaga dengan bagus. Sebabnya, kita pun sebagai manusia tidak boleh berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan ini.
Satu lagi mengenai stesen bas Lahad Datu, kan. Stesen bas Lahad Datu yang jalan jauh ini, Lahad Datu ke KK ke Tawau dan sebagainya. Baru saja siap dan baru saja berpindah daripada stesen bas di Taman Fajar tetapi stesen bas ini apabila saya
melawat ke sana dia begitu mengecewakan. Surau tak ada, tandas tidak dijaga dengan baik, lampu tidak ada, lampu jalan tidak ada dan kemudahan untuk orang berniaga tidak ada.
Selain daripada itu, tiang elektrik yang rebah sudah setahun tidak pernah dibetulkan semula, rumput yang begitu panjang macam boleh pelihara payau sudah. Macam saya pelihara. Tidak dijaga dengan baik. Saya harap pihak berkuasa tempatan tolong ambil tindakan segera mengenai perkara ini.
Datuk Seri Speaker, satu lagi mengenai kawasan saya tidak sempat sudah saya cakap pasal bajet ini, saya cakap pasal kawasan saya saja, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas niat warta Tuan Yang Terutama Tun untuk mewartakan Taman Teluk Double menjadi Consenvation Marine Park untuk kawasan Lahad Datu. Harapan saya, pewartaan taman ini selepas enam bulan daripada sekarang akan menjadi realiti tetapi sementara menunggu pewartaan Tapak …
taman tersebut, saya mengharapkan pihak Kerajaan untuk membuat perancangan awal.
Yang Berhormat, jam telah menunjukkan 7.30 malam. Walau bagaimanapun, memandangkan masa perbahasan Yang Berhormat amatlah terhad. Atas ihsan daripada Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat boleh bersambung ucapan perbahasan esok selama lima minit.
Okey, kalau tidak pun tidak apa juga. Tapi, saya minta last saja lagi. Mesti mahu berhenti jugakah?
Mesti. Sambung esok.
Okeylah saya berhenti. Assalamualaikum WBT.
Okey, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Tungku. Maka, dengan itu selesailah sudah sesi perbahasan pada hari ini. Maka, dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan ini ditangguh dan bermesyuarat semula pada 19 November 2024 pada pukul 10.00 pagi.
(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali)
Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 7.30 petang.
Ditetapkan. “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Selasa, 19 November 2024 pukul 10.00 pagi.”
SDN18112024/bnm