Sabah · 21 November 2024
16th Assembly, 5th session, 3rd meeting · not final · 412 turns · 31,689 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan–pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sebelum saya mulakan sesi pertanyaan soalan lisan, saya sukacita saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu yang bersama kita pada pagi ini, dan juga pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah.
Terbang tinggi si burung helang, Saya jemput Yang Berhormat Senallang.
Terima kasih Tan Seri Yang di-Pertua. Soalan No. 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Penyelarasan Antara Sabah Dan Pihak Berkuasa Persekutuan Untuk Menjaga Sempadan Maritim SabahQuestions
*1.
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah usaha penyelarasan antara Sabah dan Pihak Berkuasa Persekutuan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut untuk menjaga sempadan Maritim Sabah kerana berdepan dengan ancaman di Laut China Selatan.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri bersama-sama agensi Keselamatan Persekutuan sentiasa mengambil berat akan isu-isu berhubung keselamatan dan kedaulatan negara di kawasan sempadan termasuk di Laut China Selatan dalam perairan Wilayah Sabah.
Ancaman di perairan Laut China Selatan adalah satu isu yang kompleks dan juga sensitif. Ianya perlu dikendalikan dan diselaraskan dengan hubungan diplomatik antarabangsa secara aman dan rational bagi mengelakkan berlakunya ketegangan di lapangan. Selaras dengan prinsip Undang-undang Antarabangsa yang diiktirafkan secara sejagat. Termasuk Convention Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 ataupun dalam Bahasa Inggerisnya United Nation Convention On The Law Of The Sea.
Dalam hal ini, kepentingan negara, negara dari aspek keselamatan dan juga kedaulatan akan terus dijadikan sebagai asas utama dalam sebarang tindakan yang diambil terhadap isu ancaman di Laut China Selatan. Kerajaan Negeri memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan tersebut, yang melibatkan kerjasama pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri bagi memastikan isu tersebut ditangani dengan segera dan juga efisien tanpa menimbulkan sebarang ketegangan di lapangan.
Sebarang situasi yang berlaku di kawasan Laut China Selatan mampu memberi implikasi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung kepada keselamatan dan juga ekonomi negara, selain mampu menggugatkan kedaulatan negara. Kerajaan Negeri bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri atau MKNJPM, selaku agensi peneraju keselamatan negara sentiasa proaktif menyelaras pelaksanaan operasi-operasi Maritim melalui platform-platform seperti Jawatankuasa Bertindak Operasi Maritim atau JBOM dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri atau JKKN.
Pelaksanaan operasi-operasi Maritim di Laut China Selatan dilaksanakan secara pendekatan Whole Of Government. Ini bagi memastikan segala strategi dan juga tindakan Kerajaan di kawasan tersebut adalah secara bersepadu dan mengoptimumkan penggunaan sumber dan aset sedia ada yang dimilki oleh Kerajaan.
Tuan Speaker, di lapangan agensi-agensi keselamatan, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa komited meneruskan operasi strategik di kawasan sensitif di Laut
China Selatan dengan mempamerkan kehadiran ataupun show of presence, aset udara dan juga Maritim Negara.
Pelaksanaan rondaan berkala dan operasi oleh Pasukan Agensi Keselamatan Negara bertujuan bagi memastikan keselamatan aktiviti-aktiviti ekonomi negara, seperti aktiviti explorasi dan exploitasi hydrocarbon di kawasan tersebut sentiasa terpelihara sepanjang masa, di samping mempertahankan kedaulatan negara. Beberapa kolaborasi kerjasama agensi negeri dan juga Persekutuan melalui operasi bersepadu yang juga melibatkan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Laut Malaysia serta Lembaga Pelabuhan, pelambu Pelabuhan Sabah turut dilaksanakan dan diperkukuhkan di setiap tahun, setiap tahun.
Selain itu, Kementerian Luar Negeri juga dengan kerjasama Kerajaan Negeri, aktif dalam mengemukakan bantahan kepada mana-mana negara yang didapati menceroboh kawasan perairan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih, Yang Berhormat Pembantu Menteri, terima kasih, Datuk Speaker. Perkara ini cukup penting, Speaker. Kerana saya soal beberapa persoalan yang saya akan bangkitkan. Seperti apa yang telah dinyatakan bahawa ini melibatkan kepentingan …
… bukan hanya keselamatan, bahkan juga dari segi the wealth of the nation yang ada. Khususnya, di peringkat wilayah Sabah. Dan saya telah bertanya di peringkat Dewan Rakyat dan dijawab oleh Timbalan Menteri Luar Negeri. Bila saya bangkitkan perjanjian di antara kerajaan Republik China dan juga negara Malaysia, ya. Sama ada membabitkan contohnya dari segi seabed resources exploration and the exploitation of technology yang ada. Dan saya, melihat perkara ini cukup penting
dan dijawab oleh Timbalan Menteri, bahawa mereka telah berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah, seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Di samping itu juga, dinyatakan bahawa rundingan dengan, termasuk jabatan-jabatan seperti Tanah dan Ukur. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, dalam perbincangan dengan Kerajaan Pusat. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi China. But, saya dapati bahawa mungkin yang saya difahamkan, tidak tahu how far is it true, that there was none agreement sign. It’s only a memorandum. Ya. Yang telah ditandatangani dengan Republik China yang ada.
Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat. Kandungan, content yang dibincang dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang ada, berhubung kait dengan bukan hanya context keselamatan, resource yang ada, exploration, ya, saya bangkitkan, satu. Yang kedua dari segi, keadaan yang kita katakan bahawa keselamatan rantau ini. Negara Filipina is, now having conflict with China and very apparent, backup by US and then kita juga merupakan satu usaha dagang dengan pihak China.
Saya ingin bertanya, how far silica di Pulau Banggi, Balambangan has been explore kerana ini membabitkan, that is the northern part of Sabah with territory right yang ada. Saya juga difahamkan baru-baru ini datang ke Semporna bahawa mereka akan ada balloon. You know. Pelancongan sektor pelancongan yang ada. Dan saya bimbang nanti ada tuduhan, kalau ada kalau ada balloon bahawa kita akan zoom what happen to Philippine is nearby is hardly 40 minutes.
Sama ada Kerajaan Negeri, tentang keselamatan ini, terperinci dari memastikan supaya keadaan keselamatan kita jaga. Jangan kita perantara di antara pertembungan Philippine dengan juga China. Jangan juga pertembungan kita, di antara kita dengan China. Dan saya bertanya tadi tentang masalah. What has been discuss with Federal Government, the State Government tentang bukan hanya yang telah disebut oleh Menteri Luar, tanah terbabit, tentang kepentingan kos tersebut, tidak tahu dibincangkan. Ya. Dan saya ini perjanjian dahulu yang saya ada salinan, ya.
Dan saya juga telah maklum semalam Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjanjikan sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak berdasarkan Artikel 2(a)(b)(c) Perlembagaan Malaysia. No changes of territory right unless it until it is brought and approve by the Dewan yang ada. Because under the Malaysian Constitution, the supreme is not the Chief Minister.
The supreme is not TYT, the supreme is constitution of Sabah and Malaysia, two Article (a)(b)(c), di situ. Territory right must be changes done with the consent of Dewan Undangan Negeri yang ada. Jadi, saya minta kalau sekiranya ada, bincang tanah dan juga beberapa perkara keselamatan yang ada, marine yang kita katakan ada exploration of right. Sama ada Petronaskah, sama ada dengan negara China yang ada, whether the State Government is known to it or agree to it. Kalau sekiranya persetujuan sepatutnya dibawa seperti apa yang telah dijanjikan, oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Senallang. Saya lihat tadi ada dua isu yang ditimbulkan.
Iaitu pertama, mengenai dengan memorandum, apa itu of understandingkan? Yang dikatakan yang telah ditandatangani. Saya apa itu, nyatakan di sini, bahawa saya apa ini, sendiri, saya tidak mempunyai akses sah, MOU tersebut, dan i would like to have juga, to have apa ini, mengetahui apa yang telah ditandatangani dalam MOU tersebut. Kerana ini melibatkan antara kerajaan Malaysia dan juga negara China.
Kedua, iaitu mengenai dengan ini eksplorasi dan sebagainya yang di apa itu, handle, dibuat oleh negara China. Perlu dimaklumkan bahawa Kerajaan apa ini, Malaysia ini, kita mempertahankan map yang kita pertahankan, iaitu di Malaysia 1979 New Map, jadi apa yang dibuat oleh kerajaan Filipina baru-baru ini untuk menandatangani.
Tuan Speaker. Penjelasan peta yang disebut itu tahun apa itu? Saya nda (tidak) dengar tadi.
1979.
1979.
1979, that’s the new map. Saya katakan di sini kerana ada yang mengatakan bahawa, memandangkan kerajaan Filipina telah membuat dua apa ini, undang-undang yang telah menceroboh kawasan di perairan Malaysia. Tetapi, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengatakan bahawa “Malaysia stands firm on sovereignty, no need for new maritime map”, says the Minister of Defence.
Kita sudah ada map tersendiri dan kita pertahankan itu, apa juga pencerobohan yang dibuat oleh negara-negara lain itu, kita tidak akan iktirafkan. Sepertimana yang kita tahu bahawa, South China Sea ini sebenarnya dituntut oleh beberapa negara. Termasuk China, Brunei, Vietnam dan ada beberapa lagi negara. Dan saya juga difahamkan bahawa negara China ini sudah memulakan to build their own apa ini, artificial island di South China Sea. Dan kita, dan juga negara-negara yang mempunyai tuntutan ini, telah membawakan juga protest note kepada negara tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, it’s a simple question i ask. Tapi, tidak terjawab. Pertama, disebut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Kerajaan Pusat telah berunding dengan Kerajaan Negeri, membabitkan juga Jabatan Tanah dan Ukur. But what is the content of the discussion that they have done with the Federal Government regard to sama ada, hubungan dengan negara China, dan juga Malaysia whether, seperti yang saya katakan dalam konteks keselamatan, dalam konteks ekonomi, exploration of wealth yang ada.
Saya ingin bertanya, simple. Takkan Yang Berhormat sebagai, i mean Jabatan Ketua Menteri, should be the known, satu bab tadi. Silika di Kudat itu, saya juga bertanya tentang perkara ini, kerana ini membabitkan, but that is a territorial, another area. Pasal saya difahamkan, tidak tahu betulkah, tidakkah, di situ ada pekerja di Balambangan itu, mereka extract what so the wealth of silica, sand yang ada, extracted from that.
Kalau sekiranya keadaan itu, berlaku ada tidak, tapi penting kepada kita, walaupun disebutkan tadi dispute of the territorial. Saya masih ingat 1997. kita pergi Terumbu Layang-layang dengan mantan Perdana Menteri, with put that area, walaupun itu
Kepulauan Laut China Selatan, it belong to Malaysia. We put the flag. Kita ada resort di situ. Dan ini yang kita katakan bahawa perkara ini penting persoalan dia, tentang tanah. Jabatan Tanah dan Ukur terbabit dalam perbincangan ini begitu juga Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Menteri.
Kalau ada, kenapa kita tidak.
Tuan Speaker: Kalau ada Yang Berhormat Menteri, ada maklumat yang diminta tidak ada sekarang, Yang Berhormat Menteri boleh bagi secara bertulis dengan detaillah, apa-apa yang diminta.
Tuan Speaker.
Ah, Tuan Speaker. Okay, to cut in short inikan, daripada kita meleret-leret ini. Okay, i will check because i don’t have the information with me pada masa sekarang, and then kita akan bagi secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Yang silika tadi itu, silika, Tuan Speaker.
Apa dia?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Senallang]]: The exploration di Pulau Balambangan, Kudat. Yang apa nama, what we called it. Jadi isu dahulu, sama ada saya bertanya, pasal ini merupakan it’s a security consideration is that.
No, i have to check. We are, betul check di apa itu, because i can not give you apa ini jawapan apabila saya tidak pasti dengan.
Let, let him get the full detail.
Let, let, let me check.
Correctly, accurately.
I agree Tuan Speaker. Cuma, i’m very dissapointed from the day one when i ask, bila saya bertanya persoalan sebahagian besar daripada jawapan kita akan jawab secara bertulis. I mean come on, we have been there for a years.
What’s wrong with us? And we must be very transparent, we must be able to comprehend whatever in terms of security, in terms of (suara bertindih).
Tuan Speaker, Tuan Speaker, I think it’s better for Yang Berhormat daripada Senallang mendapat tulis apa ini jawapan secara bertulis. It is the form of black and white. Why can’t apa ini YB dari Senallang tunggu.
Bukan saya tidak boleh tunggu, but bila bertulis I cannot ask question from outside Dewan ini yang mulia. Dewan ini transparency, let the public dengar.
Yalah, this is not the first time yang apa ini soalan-soalan yang tidak diberi secara bertulis. (suara bertindih)
I'm patuh.
Saya patuh dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Speaker. I consented that in
terms of bertulis boleh tapi it cannot, I have to record this, every question I raise, jawab secara bertulis. Terima kasih banyak.
Tuan Speaker, kita semua sedia maklum bahawa tajuk keselamatan wilayah ini ataupun territorial security ini bukan mudah diurus. Maka adakah, Yang Berhormat soalan tambahan ah? Adakah Yang Berhormat akan mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas mengenai isu ini yang juga dilindungi, protected di bawah Standing Order untuk mengkaji semua isu-isu territorial security. Bukan saya ini, bukan hanya ini hanya Laut China Selatan, ada juga Laut Sulu. Yang baru negara Filipin meluluskan dua undang-undang mengurus laluan di Sulu, Sandakan dan di Balabac, Kudat. Dan isu Ambalat sebenarnya belum selesai. Itu di Tawaulah, Tawau Celebes Sea. Maka adakah YB bawa bincang sama ada di bawah Dewan ini supaya YB Senallang boleh bertanya. Saya sendiripun bertanya. Itu satu.
Kedua, adakah Yang Berhormat sedar bahawa sempadan antarabangsa Malaysia, The International boundary of Malaysia, dengan izin consist of the boundaries of the State of Malaysia. Bermakna Sabah yang membawa wilayah territorial right kepada Malaysia. Bukan Malaysia yang memberikan kita Sabah ini territorial right. Itu di dalam Perlembagaan Malaysia. A bounderer of Malaysia so consist of the boundaries of the State of Malaysia.
Soalannya?
Itu sama ada YB ini sedar sebab saya tidak mahu nanti pihak Persekutuan silap lagi. Macam dia silap apabila mengurus tuntutan daripada ini pihak swasta Sulu. Keluarga Sulu. Dia buat silap. Dia buat silap. Kita yang tanggung. Federal yang silap maka soalan tambahan lagi untuk merujuk kepada apa yang YB Senallang cakap, ini penyelarasan. Penyelarasan ini bukan hanya dari segi fizikal aset, iaitu tenteralah, marinlah dan sebagainya. Penyelarasan coordination juga mengenai undang-undang the basis, the basis of International Law di mana, di manakah, di manakah Malaysia dapat hak ke atas Laut China Selatan? Dia dari Sabah. Dia bukan dari Malaya. Kawasan yang dituntut bertindih Vietnam, bertindih Filipin, bertindih China. Bukan dari Malaya, dia dari Sabah kerana itulah saya kata tadi.
Tuan Speaker, izinkan ah, pasal ini perkara penting. Itulah saya kata tadi. Peta yang digunakan Malaysia ini 1979, before …(kurang jelas), United Nation, Convention of Law that’s it 1982. Bermakna kita awal sebelum buat …(kurang jelas) yang dibuat United Nation kita sudah tuntut. Itu yang peta Malaysia, selepas Malaysia Day. Bagaimana dengan dokumen lama? 1954 saya harap menteri-menteri dan pegawai-pegawai ambil perhatian ah.
Dalam rang dalam Land Ordinanance Sabah, yang kita lulus oleh kerajaan lalu. Yang Dewan lulus, bahawa the area of continental shelf beneth the water of Sabah under the order in council 1954. Dewan yang mulia ini sudah meluluskan pindahan kepada Land Ordinanance supaya continental shelf merupakan tanah Sabah di bawah Seksyen 4 Land Ordinanance Sabah …(kurang jelas) Subseksyen G bahawa dalam Undang-undang Sabah ini continental shelf tanah dan laut yang dituntut oleh berapa negara merupakan tanah di bawah jagaan Jabatan Tanah dan Ukur. Beberapa bulan lalu, kita lulus apa itu, pindahan lagi. The …(kurang jelas) above the land. Di bawah Kerajaan Sabah, iaitu Jabatan Tanah Ukur. Jadi di bawah laut, di atas laut tanah semua ini Sabah punya. Jadi, Tuan Speaker, penyelarasan, penyelarasan bukan hanya terhadap fizikal aset marinlah, tenteralah juga terhadap undang-undang. Pasal Federal ini kadang-kadang tidak faham ini. Saya katakan ini saya dialog saya dengan Federal saya rasa ini diorang tak tahu. Kenapa tak tahu? Macam ini Menteri Kewangan ah, kenapa Federal tidak ada data hasil negeri Sabah, North Borneo, Borneo Utara dulu.
Okey, you stick to your question. What is your soalan tambahan now?
This question is kita kena urus supaya YB, Pembantu Menteri sama ada kerajaan akan urus supaya Federal faham semua ini. Saya katakan last ar, kerana dokumen yang dulu di Jesselton North Borneo hantar pergi London. Begitu juga dengan data hasil sebelum 1963, Jesselton hantar pergi London. Dia bukan hantar pergi Kuala Lumpur. Faham? Before 1963 kita tak ada kaitan dari segi pentadbiran dengan Malaya. Kita hantar pergi London direct. Begitu juga dokumen.
Tuan Speaker dokumen tahun 1980, 1889, 1 Julai 1889 dokumen British mengambil pulau-pulau di Spratly dan …(kurang jelas) dokumen juga 18, 1990, 18 sorry, 17 Mac 1890 semua dokumen ini Tuan Speaker, Federal tidak ada dokumen ini. Itulah dia tidak faham. And before I step down, Sabah brought the territory to Malaysia. Before 1963 they don’t have this territory. That’s why State Government must selaraskan perkara ini dengan Kerajaan Persekutuan. Don’t leave it to them. They don’t know. I know. Orang Sabah tahu, ah.
(Bunyi ketukan meja) Itulah dia silap. Itulah dia silap sampai pergi Sepanyol, pergi Belgium, pergi Luxembourg, pergi London. Itu dokumen di mana? Di Brunei. Di Brunei. (ketawa) Dia seluruh round pergi Europah. Salah diorang (suara bertindih) Tuan Speaker, penyelarasan bukan hanya dari segi fizikal aset, juga dari segi undang-undang. Terima kasih.
Di Brunei dekat dia mahu jalan bah. Jadi dia pergi London. Jauh. Okey, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, seperti mana yang saya katakan dalam jawapan tadi bahawa perkara mana dengan keselamatan ini adalah satu perkara yang kompleks dan juga apa ini sensitif. Seperti mana yang dicadangkan, tidak ada masalahnya untuk menubuhkan satu jawatankuasa, bukan sahaja untuk membincangkan mengenai aset-aset yang kita miliki, tetapi juga untuk menyelaraskan undang-undang seperti yang disebutkan tadi. Itu tiada masalah, we can organize. Adakan committee, jawatankuasa bincang di antara pegawai-pegawai daripada apa ini, daripada Kuala Lumpur dan juga negeri. Tiada masalah kerana tujuannya adalah untuk menyelaraskan whatever apa ini, tidak kesefahaman di antara mereka dan juga kita. Tetapi saya ingin katakan di sini bahawa Akta Laut Wilayah 2012, 2012 yang disebutkan oleh…
… apa Yang Berhormat ah, Dilantik bahawa Akta Laut Wilayah 2012 dan juga Pelantar Benua kekal sebagai perkara yang tidak boleh dirundingkan. Ini diperuntukkan dan diisytiharkan dalam The North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954. Tadi, apa ini yang huraian Ahli Yang Berhormat yang Dilantik mengenai dengan Sulu claim yang mengatakan bahawa in fact di apa itu evidence can be found in Brunei dia kata. Kerana sejarah mengenai dengan perkara ini bermula pada tahun 1877, am I right? Bukan 1878. Tetapi, I am not going to respond to that because it is not related to the question at issue. Thank you, Tuan Speaker.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kukusan.
Okey, dari laut kita ke sungai, soalan Kukusan No. 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah-Langkah Pemuliharaan Sungai Dalam Kawasan Dun KukusanQuestions
*2.
YB. Datuk Rina Jainal [Kukusan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah langkah-langkah pemuliharaan sungai telah dilaksanakan sebagai contoh membesar atau mendalamkan aliran sungai terutama sungai-sungai yang melalui sekitar perkampungan atau penempatan penduduk di Sungai Tawau yang berada dalam Kawasan DUN Kukusan.
Jawapan
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat ADUN Kukusan atas soalan yang dikemukakan kepada Kementerian saya. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.70 Kukusan dan Dewan yang mulia ini, pemuliharaan sungai merangkumi kerja-kerja pembuangan kelodak dan serpihan kayu di dalam sungai. Kementerian saya melalui Jabatan Parit dan Saliran sentiasa melaksanakan kerja-kerja pemulihan sungai di dalam beberapa kawasan di dalam kawasan DUN Kukusan.
Pada tahun ini, terdapat dua aduan mendesak telah diambil tindakan oleh JPS yang melibatkan pokok tumbang dan seterusnya menghalang laluan sungai di kawasan perumahan Amber Park dan Jalan Tengku Osman. Selain itu, JPS juga telah melaksanakan penyelenggaraan parit secara berkala di kawasan parit utama Kampung Muhibbah Raya melalui kontrak penyelenggaraan, iaitu The Maintenance of Major Draines and Associated Works dalam Urban Drainage Package 2 Tawau. Terima kasih.
Ada soalan tambahan, Kukusan?
Ya, terima kasih, Datuk Speaker. Okey, soalan tambahan saya adalah lebih kepada juga penyelarasan penguatkuasaan daripada … adakah daripada pihak Kementerian mempunyai satu jawatankuasa penyelarasan dalam daripada segi penguatkuasaan undang-undang? Macam mereka yang membuang sampah merata-rata, ya, tidak pandai menjaga pengurusan sampah dan sebagainya. Adakah hukuman denda dan sebagainya telah ditetapkan ataupun macam mana supaya penyelarasan penguatkuasaan dijalankan untuk mengatasi masalah seterusnya.
Terima kasih soalan tambahan, Yang Berhormat Kukusan. Memang pihak JPS mempunyai kolaborasi dan kerjasama antara JPS dan juga Pihak Berkuasa Tempatan di dalam sebarang perkara yang melibatkan dengan apa nama pihak-pihak yang berkaitan sungai dan sebagainya. Tetapi, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pihak Kementerian JPS tidak mempunyai kuasa atau authority untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang berkaitan. Sebaliknya kuasa atau authority adalah terletak di bawah bidang Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi apa yang JPS boleh lakukan ialah sentiasa bekerjasama dengan pihak PBT mengenai dengan aduan-aduan ataupun masalah yang berkaitan dengan perkara yang melibatkan kesukaran dan kesulitan rakyat di kawasan yang berkaitan. Terima kasih.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Bongawan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya No. 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pejabat Daerah Penuh Membakut BeroperasiQuestions
*3.
YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, bilakah pejabat Daerah Penuh Membakut beroperasi sepenuhnya.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker. kepada DUN Bongawan, sebelum saya menjawab soalan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya kepada semua yang ada di Dewan ini. Datuk Speaker, izinkan saya untuk menyampaikan ucapan pada pagi ini mengenai dengan …
Saya minta jawapan sahaja bukan ucapan.
… ucapan Selamat Menyambut Hari Natal, Tahun Baharu 2024 dan Tahun Baharu 2025 kepada semua di Dewan mulia ini dan di luar sana. Okey, untuk makluman daripada Bongawan, sebagai makluman Ahli Yang Berhormat dari N.30 Bongawan dan Dewan yang mulia ini, Pejabat Daerah Membakut telah beroperasi sepenuhnya pada 30 Mac 2022. Yang Berhormat bolehlah melihat sendiri ke Pejabat Daerah tersebut kerana telah pun dirasmikan dan ini apa yang saya katakan ini adalah boleh Yang Berhormat sendiri akan datang ke Pejabat Daerah tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker.
Soalan tambahan, Bongawan.
Terima kasih atas jawapan Pembantu Menteri. Okey, saya sebenarnya maksud saya itu begini, apa ini Pejabat Daerah Membakut yang ada sekarang ini memang sudah beroperasi sepenuhnya tetapi ada agensi-agensi yang belum apa ni dibuat di sana. Contohlah macam majlis daerah,
JKR, pendidikan dan sebagainyalah. Jadi maksud saya itu, adakah bilakah sebenarnya operasi keseluruhan itu kerana sekarang ini apabila kita berurusan di apa ni contohlah macam kita berurusan air, sebahagian itu masih di Papar dan sebahagian itu masih di Membakut. Dan di majlis daerah kita sebahagian pergi Beaufort dan sebahagian lagi masih di Papar dan itu yang maksud saya begitu. Ah, dan soalan kedua itu Speaker, soalan tambahan kedua saya, apa ini adakah apa ni Kerajaan telah pun menetapkan di manakah sebenarnya Bangunan Urusetia ini akan dibina. Kalau boleh, kita mahu bangunan ini dibuat di tengah-tengah di antara DUN Bongawan dan juga DUN Membakut. Supaya untuk memudahkan kerana kalau kita lihat di DUN Bongawan ini dia punya keluasan kalau dari Membakut ke kawasan Kabang ini lebih kurang 40 km, 40 km lebih kurang. Kalau berulang alik sudah 80 km. Tapi kalau dibandingkan ke Papar lebih kurang baru 50 km dan ini juga akan menjadi masalah kepada rakyat kitalah, di kawasan DUN Bongawan ini. Okey, saya rasa itu saja.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai dengan operasi pejabat daerah penuh ini bermula pada ia dinaik taraf, iaitu pada 30 Mac 2022, dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada 14 Okotber 2023. Bilangan kakitangan 20 orang. Misi mensejahterakan masyarakat dan membangunkan kawasan luar bandar daerah Membakut. Soalan yang diajukan tadi ialah mengenai dengan agensi-agensi yang ada di bawah pejabat daerah tersebut. kepada Yang Berhormat, untuk ke pejabat daerah sudah sepenuhnya kita mempunyai kakitangan seramai 20 orang yang ada di pejabat tersebut dan untuk agensi lain seperti Jabatan Air, Kesihatan dan juga Lembaga Elektrik dan sebagainya keperluan rakyat yang ada di kawasan tersebut, Yang Berhormat bolehlah berhubung terus kepada pihak Kementerian-kementerian tersebut untuk bertanya bilakah pewujudan jabatan-jabatan ini kerana pejabat daerah hanya mentadbir urus dalam bidang di daerah tersebut kerana jabatan-jabatan lain juga mempunyai apa nama pegawai-pegawai tertentu dan ...
Di bawah kementerian-kementerian yang lain. Maka itu mengenai dengan bangunan urus setia yang dikatakan tadi, saya untuk yang makluman Yang Berhormat, di mana bangunan urus setia yang ada pada masa kini telah pun dirasmi. Maka itulah tempat yang beroperasi sebenarnya buat masa kini. Walau bagaimanapun, sekiranya ada masalah bolehlah berhubung terus kepada pihak kementerian untuk mendapat maklumat lebih terperinci pada bila-bila masa, sekian, terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan yang kedua.
Tuan Speaker, satu lagi, last.
Tungku.
Soalan Tambahan
Boleh Yang Berhormat. Selain daripada yang tadi tu, adakah lagi rancangan baharu untuk menaik taraf daerah-daerah kecil kepada daerah penuh? Yang ada pada ketika ini, sebab sebelum ini saya ada minta supaya Daerah Kecil Tungku dinaikan taraf menjadi daerah penuh. Terima kasih.
Terima kasih duka Tungku, di mana saya percaya bahawa Tungku juga maklum untuk daerah-daerah kecil ini, di mana kita memerlu, kita perlu mengemukakan cadangan kepada yang berwajib dan soalan Tungku, pada pagi ini kita tidak boleh jawab dengan terperinci kerana kita tidak pun menyedia data dan kita tidak dapat pun apa-apa maklumat daripada Tungku yang mahu bertanya tentang pejabat-pejabat daerah kecil akan dinaik taraf. Tetapi, percayalah bahawa kerajaan hari ini sememangnya memastikan bahawa jika layak, menepati prasyarat yang telah ditetapkan, pasti akan menjadi daerah penuh pada suatu hari. Maka sama-samalah kita perjuangkan, ayuh sama-sama kita bangunkan negeri Sabah. Pastikan bahawa rakyat yang ada di bawah itu akan terbela melalui 73 wakil rakyat yang ada di Dewan yang mulia ini, terima kasih.
Jangan tepuk ya, don’t clap, you just bang, just thumb on the chair. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Hala Tuju Dp World Di Pelabuhan Kontena Teluk SapangarQuestions
*4.
YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah Halatuju DP World selepas mengambilalih operasi pelabuhan daripada Sabah Ports Sdn. Bhd. di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih YB ADUN Dilantik. Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Dilantik YB Datuk Jaffari bin Waliam dan Dewan yang mulia ini, inspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk mempromosikan Pelabuhan Teluk Sepanggar sebagai Hub Perdagangan di Rantau ini dijangka akan memberikan impak positif yang significant terhadap ekonomi negeri Sabah dalam jangka masa panjang. Selepas mengambil alih operasi Pelabuhan daripada Sabah Port Sdn. Bhd. .
DP World telah merangka strategi dan hala tuju untuk mencapai matlamat ini. Langkah-langkah utama yang dirancang termasuk DP World merancang untuk memperluas kapasiti pelabuhan Teluk Sepanggar agar mampu menampung lebih banyak kargo dan meningkatkan kecekapan logistik. Ini akan memperkukuh kedudukan negeri Sabah sebagai pusat perkapalan yang berdaya saing di rantau ini. Meningkatkan kecekapan melalui penggunaan amalan terbaik DP World akan memperkenalkan amalan terbaik dan teknologi terkini yang akan mempercepatkan proses pemindahan kargo dan meminimumkan masa operasi.
Kolaborasi ini juga untuk tujuan memperluas rangkaian laluan Maritim yang strategik. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kos logistik dan great team bagi para pengguna. Sekali gus menjadikan Sabah lebih competitive sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan. Pembangunan zon bebas di pelabuhan akan
membuka peluang besar untuk menarik lebih banyak Pelabur Asing, menggalakkan pertumbuhan aktiviti hiliran dan meningkatkan pengeluaran kargo. Peningkatan dalam ekonomi ini akan menyumbang kepada hasil negeri melalui cukai korporat yang akan dikutip oleh Kerajaan Negeri Sabah. Secara keseluruhan strategik ini bukan sahaja akan mengukuhkan ekonomi Sabah dengan memacu pertumbuhan perdagangan dan pelaburan, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai hub maritim utama di rantau ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Datuk Dr.
Kalau tiada, boleh minta soalan tambahan. Boleh?
Tiada soalan tambahan? Tiada? Okey Sulabayan. Soalan Tambahan Datuk Dr.
Okey, saya ingin tahu ya.
Pertama, tahnialah kerana operasi pelabuhan ini telah di swastakan, sudah tentu Kerajaan sebelum penswastaan ini dilakukan ada perancangan yang baik, cuma yang membimbangkan saya bila penswastaan ini berlaku sama ada Kerajaan dapat mengawal dari segi contoh, mungkin dikenakan cukai ini yang penting of courselah selain daripada itu, dapat meningkatkan revenue kerajaan dan yang keduanya, memberi peluang pekerjaan.
Soalan saya tadi, adakah Kerajaan dapat mengawal misalkan bila kita swastakan dia akan menaikkan cukai, contoh dan sudah tentu bila dinaikkan cukai ini akan menjejaskan nanti peluang-peluang peniaga bila Kerajaan tidak dapat kawal, itu yang saya tanya tadi?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Jawab Menteri.
Untuk menjawab soalan tersebut, apabila DP World mengambil alih Pelabuhan Sepanggar tidak menjejaskan kepada kutipan hasil negeri Sabah dan kita mempunyai apa itu,
mempunyai mekanisma yang akan mengambil semua pentadbiran tersebut untuk kutipan-kutipan cukai, terima kasih.
Datuk Dr.
Kurang jelas. Bila kita adakan penswasta ini dia mesti ada terkandung syarat-syarat dia itu. Contoh, bila diambil alih apa ini, operasi ini, sudah tentu dia akan naikkan, contoh sama ada itu kita ada kawalankah ataupun tidak? itu maksud saya.
Ya, terima kasih pada Adun Sulabayan dalam perjanjian penswastaan sama DP World dengan Sabah Port Sdn. Bhd., kita sudah pasti mempunyai polisi-polisi untuk memastikan bahawa apa juga yang dikenakan atau impaknya akan menyebelahi pihak kita, dan soalan kedua tadi berkaitan, berkenaan dengan penambahan pekerja peluang-peluang pekerjaan sudah pasti ada tambahan peluang pekerjaan bukan sahaja secara langsung tetapi secara spill over effect daripada aktiviti ekonomi yang akan dijanakan.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Liawan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No. 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Membantu Sekolah-Sekolah Di Sabah Dengan Kemudahan DigitalQuestions
*5.
YB. Datuk Anwar Ayuub@Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah Kerajaan Negeri bercadang membantu sekolah-sekolah di Sabah dalam mewujudkan kelas dan kemudahan digital di sekolah mereka.
Silakan. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker, bismillah husolah tu wasalam mualarasulillah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Adun Liawan serta Dewan yang mulia ini. Kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan digital yang menjadi
tuntutan semasa lantaran itu melalui inisiatif Bantuan Ihsan Sekolah Sabah atau (BISBAH) bagi tahun 2024. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas-tugas Khas telah memperuntukan sebanyak lima juta ringgit kepada 625 sekolah untuk tujuan pembelian peralatan digital dan ICT seperti komputer riba, LCD projektor, interactive whiteboard, smart TV, audio system, screen layar putih dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Setiap sekolah diperuntukan sebanyak RM 8,000.00 untuk pembelian peralatan ini dan peruntukan disalurkan kepada sekolah-sekolah melalui pejabat daerah masing-masing. Pejabat Pendidikan … Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif]:…diberikan daerah masing-masing. Bantuan ini akan diteruskan pada tahun hadapan Tuan Speaker, untuk sekolah-sekolah yang belum menerima bantuan pada tahun ini. Terima kasih.
Soalan tambahan, Liawan? Soalan Tambahan
Terima kasih YB Datuk Menteri atas jawapan, soalan saya soalan tambahan adakah Kerajaan bercadang untuk memperluaskan kemudahan digital ini di perpustakaan seluruh Sabah bagi menarik lebih ramai pelajar datang ke perpustakaan daerah masing-masing. Terima kasih.
Silakan..
Terima kasih Tuan Speaker, berhubung dengan perpustakaan ini semalam juga telah dibincangkan dengan baik ada beberapa Adun menimbulkannya dan sebenarnya perpustakaan kita di Sabah, Tuan Speaker tidaklah sesendu yang kita bayangkan dan tidaklah sesunyi yang kita bimbangkan daripada data kita ambil sehingga Oktober ini sasaran kita pada tahun 2024 ini ialah dua juta pengguna atau pengunjung tetapi sehingga Oktober ini 2.8 juta yang datang ke perpustakaan.
Alhamdulillah dan program-program kita sasarkan pada tahun ini sehingga Oktober sasaran kita 2500 program tetapi yang kita capai sehingga Oktober 5500 program dan aktiviti demikian juga keahlian kita sekarang sudah 200 ribu lebih manakala pada tahun ini sehingga Oktober peminjam buku ini hampir 500 ribu dan ini membayangkan betapa perpustakaan ini juga mendapat tempat walaupun bersaing dengan apa yang ada sekarang dan sebab itulah cadangan Yang Berhormat Liawan tadi sangat baik dan untuk makluman penggunaan digital sasaran kita di perpustakaan tahun ini ialah 100 ribu pengguna tetapi yang kita capai sehingga Oktober ialah 136 ribu, alhamdulillah dan untuk tujuan berkenaan kita akan panjang atau lebarkan bantuan peralatan digital ke perpustakaan-perpustakaan untuk fasa pertama, sepuluh buah perpustakaan cawangan Sabah akan kita sediakan dengan kemudahan digital seperti mana yang ditimbulkan juga oleh Senallang, semalam Yang Berhormat Senallang dan beberapa ADUN yang lain dan insya-Allah kita akan ke fasa kedua nanti akan menambah lagi 15 buah perpustakaan termasuklah kita akan bantu perpustakaan desa kita ada 58 perpustakaan desa yang aktif di Sabah dan 25 perpustakaan cawangan di Sabah. Sekian Tuan Speaker.
Okey, Senallang Soalan Tambahan
Terimah kasih ...terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada rancangan pihak kerajaan negeri mempastikan sekolah-sekolah atau pun termasuk bantuan-bantuan yang diberikan bukan setakat sekolah perpustakaan tapi juga institusi yang ada supaya ianya bukan hanya dari segi kewangan tapi menjurus ke arah penambahan ilmu, guided them of course sekolah its a national kind of outfeed. Kerajaan persekutuan tapi ada institusi pengajian juga yang dikendalikan oleh pihak kerajaan apa ini oleh pihak swasta dan bagai adakah pihak rancangan kerajaan negeri mempastikan guide them, bantuan untuk upskill them bukan hanya dari segi belajar tentang science and technology contohnya penggunaan AI for example like, besok nanti kelak mereka ada ilmu tapi tidak kerja pasal industri di Sabah the future kita susun kadang-kadang berlaku mismatch, keluar dari universiti keluar daripada ini jadi imam, jadi ustaz tapi industri bank institution bukan saya katakan tidak boleh, boleh but kadang-kadang where do we ensure the younger have a better future bukan hanya
dengan bantuan kewangan kepada mereka tapi mereka juga mempunyai masa depan yang ada. Sama ada rancangan dilakukan pihak kementerian matching it within industry need particulary di Sabah industri-industri contohnya oil & gas, industry food plantation,food security ada yang bidang pertanian , ada yang bidang perikanan yang ada, ada yang bidang sains teknologi yang ada saya ingat ini penting kepada kita untuk pastikan anak-anak kita mempunyai kemahiran yang cukup baik untuk mempastikan match with the requirement of the market yang ada. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang dan memang itu antara perancangan kita dan sebab itulah salah satu yang kita perkasakan sekarang ialah bidang STEM dan kita memberikan peruntukan yang agak besar kepada PPD untuk menganjur program seumpama itu seperti mana kita sediakan pada tahun hadapan RM20,000.00 untuk penganjuran pertandingan-pertandingan berhubung dengan STEM sangat mendapat tempat di kalangan sekolah rendah, sekolah menengah, di daerah-daerah apabila kita adakan Karnival STEM atau Festival TVET, dan ini saya yakin salah satu daripada cara kita untuk memberi mereka semangat untuk mencebur diri seperti mana yang dicadang Yang Berhormat Senallang. Di samping itu, pada tahun ini kita sudah menyediakan satu lagi peruntukan khas yang disebut sebagai SAKSES, sumbangan aktiviti atau sumbangan kegiatan sekolah di mana RM300,000.00 kita sediakan untuk mereka membuat program-program berkenaan dengan apa yang perlu termasuklah program yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi, di samping peruntukan BAGUS, bantuan untuk PIBG ini juga untuk program-program sedemikian. Kita ada berbincang dengan PPD di seluruh daerah dan juga dengan pimpinan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berhubung dengan apa cadangan-cadangan untuk menempuh masa depan anak-anak kita ini termasuklah berhubung dengan kerjaya mereka selepas itu dan apabila kita sebut tentang STEM sudah pasti bidang yang perlu kita ceburi ialah bidang untuk 10 tahun, 15 tahun akan datang tidak lain dan tidak bukan bidang TVET dan sebagainya demikian juga Tuan Speaker kita juga telah mengumumkan Sabah akan mewujudkan pusat AI seperti mana disebut oleh Senallang tadi itu antara perancangan kita mudah-mudahan ada sumbangan atau sumbang saran daripada Adun-adun yang lain untuk kita memperkasa bidang pendidikan ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya menjemput Adun yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Hj Nasir.
Terima kasih Datuk Seri Speaker, soalan saya no. 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Memperbanyakkan Pemasangan Cctv Di Kawasan Tumpuan Orang RamaiQuestions
*6.
YB. Datuk Suhaimi Bin Haji Nasir [Adun Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah usaha Kementerian bagi memperbanyakkan pemasangan CCTV di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, bandar baharu dan kawasan taman perumahan untuk memastikan keselamatan serta pencegahan jenayah.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker. Datuk Speaker untuk menjawab pertanyaan ahli Yang Berhormat ADUN dilantik Datuk Suhaimi bin Hj Nasir dan makluman Dewan yang mulia ini pada tahun 2016 Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan telah melantik sebuah syarikat untuk membekalkan televisyen litar tertutup atau CCTV di bawah program bandar selamat kepada tiga pihak berkuasa tempatan di Sabah, iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sebanyak 24 CCTV, Majlis Perbandaran Tawau sebanyak 20 CCTV dan Majlis Perbandaran Sandakan sebanyak 20 CCTV secara sewaan selama lima tahun bermula tahun 2016 hingga ke tahun 2021 yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan. Setelah tempoh sewaan selesai, Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing diminta untuk menyelenggara CCTV berkenaan ia Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga mencadangkan kepada ketiga-tiga PBT yang terlibat untuk berunding secara terus dengan pihak syarikat untuk tujuan penyambungan sewaan CCTV agar pemantauan keselamatan dapat diteruskan. Sebagai makluman ahli Yang Berhormat bagi daerah Sandakan, Majlis Perbandaraan Sandakan telah mengenal pasti lokasi-lokasi strategik yang baharu
untuk pemasangan CCTV ini bagi menggantikan CCTV yang telah tamat tempoh sewaan dengan peruntukan Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan. MKS sedang meneliti implikasi…
… di kewangan yang terlibat berdasarkan keupayaan kewangan semasa. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, ADUN. Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Adakah cadangan memperluas penggunaan CCTV ini untuk kecekapan pengurusan trafik? Ini kerana di kawasan-kawasan yang sibuk seperti persimpangan jalan dan juga, apa ni, kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan trafik yang terlalu dilihat sekarang ini sesak kerana terlalu ramai kenderaan dan juga berapakah kos pemasangan dan kos penyelenggaraan sistem CCTV ini? Kerana pelaburan dalam teknologi CCTV ini perlu memastikan bahawa ah, apa nama ini, sistem yang dipilih adalah berkesan dalam mencapai matlamat dan keselamatan yang mampu diselenggarakan dengan baik dan dalam konsep jangka panjang. Terima kasih.
Terima kasih daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sebenarnya sekarang ini pihak berkuasa tempatan atau MPS baru mengenal pasti lokasi-lokasi strategik bagi, apa ini, untuk ah, keselamatan dahulu. Dan ini pun mereka baru akan, apa ini, emm, baru meneliti implikasi kewangan yang terlibat. Jadi soalan tadi sama ada kita akan panjangkan ataupun … di kawasan-kawasan trafik belum lagi, it’s not yet in the picture disebabkan yang keselamatan pun kita baru mencadangkan yang pembaharuan dia, okey. Dari segi kosnya, saya tidak ada, apa ini, maklumat yang terperinci. So, we’ll give you in writing for that one. Terima kasih.
Okey, ADUN yang dilantik Datuk YB Dr. Aliakbar. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker.
Saya kira selain daripada yang terkait dengan keselamatan jenayah. Saya juga ada pengalaman beriadah di Tg. Lipat, di Kota Kinabalu. Ada wanita yang cuba diserang anjing. Jadi saya tengok mungkin kawasan-kawasan riadah juga boleh diletakkan CCTV bukan setakat untuk jenayah, tapi soal keselamatan mereka yang sedang beriadah. Terima kasih, Speaker.
Saya juga menyokong saranan Ahli Yang Berhormat yang dilantik. Namun, semuanya actually depending on the cost yang menggunakan untuk pemasangan CCTV ini. Okey, terima kasih.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya No. 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Yang Telah Diambil Melibatkan Doktor Perubatan Di Hospital Lahad DatuQuestions
*7.
YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan Negeri terhadap kes viral yang melibatkan doktor perubatan yang berlaku di Hospital Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Sekong. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, telah menjalankan siasatan dalaman berkenaan insiden tersebut pada 3 September 2024 dan laporan insiden telah pun dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak KKM telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas Bebas pada 10 Oktober 2024 yang
dipengerusi oleh Yang Berbahagia Tan Sri Borhan bin Dola, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi menyiasat insiden ini. Pasukan ini diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan hasil siasatan bagi menangani dan membanteras masalah ini di masa hadapan pihak JKNS akan terus memantau suasana kerja di hospital-hospital dan fasiliti kesihatan di negeri ini bagi mengenal pasti isu berkaitan, tekanan kerja, dan insiden buli di kalangan petugas kesihatan. Inisiatif untuk memperbaiki pengurusan tekanan kerja dan menyokong kesejahteraan mental kakitangan juga akan turut diperkasakan. Sekian.
Soalan tambahan, Sekong. Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, YB Pembantu Menteri. Tuan Speaker, kalau kita baca salah satu penyumbang kepada pressure ataupun tekanan yang dialami, tekanan kerja yang dialami oleh para doktor adalah nisbah di antara doktor dengan pesakit atau penduduk di sesuatu daerah itu tidak, terlampau jauh. Kita ambil contoh di daerah Pitas. Saya dapat maklumat ada 16 orang doktor di sana, sementara ada penduduk lebih kurang 36 000 dan penduduk daripada Sugut dan Paitan pun ke sana untuk dapatkan rawatan. Jadi soalan saya kepada YB Pembantu Menteri, apakah ada pendekatan Kementerian YB liasi dengan Kementerian lain? Sama ada di peringkat negeri ataupun Persekutuan untuk memprogramkan secara khusus dan bersasar. Memprogramkan secara khusus dan bersasar bagi melahirkan sejumlah doktor perubatan local Sabahan bagi mengisi tawaran yang terlampau banyak dalam perkhidmatan doktor di hospital di Sabah ini. Yang bila mereka, setelah mereka graduate dan kerja, maka Kementerian YB mendokong agar mereka diberi keutamaan untuk dipos, ditempatkan di hospital-hospital di Sabah. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih soalan tambahan. Bagi saya dan Kementerian memang ini melibatkan banyak agensi, ya. Kita sama-sama mendokong. Saya setuju dan menyokong atas saranan daripada Yang Berhormat ADUN Sekong tadi. Dan kita juga berhasrat, ya. Anak-anak kelahiran negeri Sabah ini terus sekiranya
lulus ataupun telah selesai dengan pengajian. Kita mohon untuk terus bekerja di negeri Sabah sendiri. Tetapi, saya percaya ini sekiranya Kementerian sendiri yang menjalankan tugas ini sendiri amatlah susah payah. Tetapi, sekiranya didokong oleh mungkin universiti-universiti yang ada di negeri Sabah ini apa yang kita citakan pasti akan tercapai. Terima kasih.
Okey, soalan tambahan? Okey, Tungku. Soalan Tambahan
Yang Berhormat Pembantu Menteri, kejadian yang berlaku di Lahad Datu tu adalah satu tragedi pada pendapat saya. Tapi, pertanyaan saya adalah kenapa Kementerian begitu lambat mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku? Sebab, berita yang keluar dulu adalah berita yang dikeluarkan oleh keluarga terdekat daripada mangsa tersebut. Kenapa benda tu boleh berlaku? Terima kasih.
Terima kasih, Datuk Speaker. Memang kita telah serahkan kepada KKM segala keputusan siasatan dan pihak pasukan ini telah diberi tempoh selama tiga bulan. Dan keputusan ....
Tuan Speaker: Tidak, Yang Berhormat Menteri. Maksud Tungku tadi tu setelah insiden tu berlaku. Kenapa Kementerian lambat mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu?
Emm. Saya percaya perkara ini amat sensitif, ya. Dan mungkin pihak KKM itu amat teliti untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak … tidak dapat mengeluarkan kenyataan sewenang-wenang ataupun secepat mungkin. Kita serahkan …
… kepada pihak KKM untuk membuat keputusan tersebut. Terima kasih.
Ya terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pantai Manis.
Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya No. 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pelaburan Negeri Sabah Yang TerkiniQuestions
*8.
YB. Tuan Mohd Tamin@Tamin Bin Zainal [Pantai Manis] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, apakah status pelaburan di Negeri Sabah yang terkini dan kejayaannya.
Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker, sebenarnya sebelum ini saya menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat dari Pantai Manis, sebenarnya soalan ini telah pun saya jawab beberapa kali di Dewan yang mulia ini, melalui soalan dan juga sesi soal jawab dan juga ucapan penggulungan.
Walau bagaimanapun, saya akan secara ringkas untuk menyampaikan beberapa dan menyatakan beberapa projek ataupun pelaburan yang sedang diselaraskan oleh ah, Kementerian saya.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat.
Masa you gulung dia tiada dalam barangkali bah kan?
Ya sudah.
Yalah masa you gulung tiada dalam bah.
Ya.
Tuan Speaker:You jawab bagi dia dengar sajalah jawapan you.
Sebab saya nanti ulang sekali lagi semua yang saya.
Apalah, semua dalam Dewan ini pun ulang-ulang saja balik-balik.
(Ketawa). Boleh-boleh. Terima kasih Tuan Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pantai Manis dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, status kemajuan beberapa projek ataupun pelaburan yang sedang diselaraskan dan dilaksanakan di negeri ini adalah seperti berikut: Pertamanya, Esteel, iaitu kilang pembuatan Green Steel dan jeti persendirian. Lokasinya terletak di Taman Perindustrian Minyak dan Gas, Sipitang Sogip. Ianya dijangka akan mula beroperasi suku ketiga tahun 2027, anggaran nilai pelaburan untuk tiga fasa adalah RM19.8 bilion. Status kemajuan setakat ini adalah: 1.
Pelan pembangunan projek (Development Plan) telah pun diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri.
2.
Laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) bagi kerja-kerja dana off-work telah diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS). 3.
Kerja-kerja siasatan tanah (Soil Investigation) bagi tapak pembinaan kilang fasa satu telah dilaksanakan.
4.
Pelaksanaan Full Mission Ship handling Simulation (FMSS) yang merupakan salah satu komponen Marine Traffic Risk Assessment (MTRA) bagi pembangunan jeti telah dilaksanakan dengan jayanya; 5.
Kerja-kerja siasatan dana di kawasan laut untuk pembangunan jeti sedang dijalankan; 6.
Terma rujukan (Terms of Reference) bagi laporan penilaian kesan alam sekitar telah disiapkan dan telah dikemukan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan.
Projek kedua adalah dari Curix, iaitu satu kilang cooper granulation di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), anggaran nilai pelaburan adalah sebanyak sejumlah RM300 juta, ianya dijangka akan beroperasi suku keempat tahun 2025. Status kemajuan setakat ini:
1.
Pelan pembangunan telah diluluskan secara bersyarat; 2.
Kerja-kerja tanah bagi penyediaan tapak sedang dilaksanakan; 3.
Kerja-kerja pemasangan sedang dilaksanakan.
Projek ketiga adalah daripada Petronas Seed O&G, aktivitinya adalah pemprosesan gas asli cecair (O&G), di lokasi pelaburan adalah Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang Sogip. Nilai pelaburan sedang ah, kita mendapat maklumat yang muktamad daripada Petronas dan ianya dijangka beroperasi suku kedua tahun 2027. Status kemajuan setakat ini adalah di PJT sudah diperolehi dan kelulusan EIA telah pun diperolehi FML sedang dibuat.
Keempat, SOGDC sedang ah, dalam perbincangan dengan Sipitang Utilities Snd. Bhd. sebagai rakan ekuiti untuk projek ini dan bangunan Temporary Common Facility (TCF) bagi projek Zink LNG sedang di dalam pembinaan.
Projek keempat adalah Tex Evolusi Waste Management Sdn. Bhd. pun juga merupakan satu pusat pengurusan sisa sehenti one-stop ah, waste management center, Taman Peridustrian Minyak dan Gas Sipitang Sogip dan anggaran nilai pelaburan adalah RM70 juta untuk tiga fasa dan ianya dijangka akan beroperasi
suku ke-2 tahun 2027. Status kemajuan setakat ini adalah DP telah diluluskan secara bersyarat, EIA telah pun diluluskan.
Projek kelima, adalah E-Concern Borneo Sdn. Bhd., iaitu merupakan satu hub pengurusan sisa pun terletak di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang Sogip, anggaran nilai pelaburan adalah RM200 juta, ianya dijangka beroperasi suku ke-2 tahun 2027 dan status kemajuan pun sama, DP telah pun diluluskan secara bersyarat dan EIA telah pun diluluskan.
Dan seterusnya adalah berkenaan dengan Kibing, saya sudah ah, maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, third production line di KKIP sedang berjalan dengan lancar ah, dan juga the new investment RM7.2 bilion ringgit yang akan terletak di Kimanis, ah, Land Lease Agreement untuk natural gas supply telah pun ditandatangani dan juga Land Lease agreement telah pun ditandatangani minggu lepas ah, sekian antaranya telah pun saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian terima kasih.
Pantai Manis, ada soalan tambahan ? Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih jawapan daripada Menteri. Saya ingin bertanya apa yang disebutkan oleh Menteri tadi berkenaan Kibing yang baharu ah, dibuat ah, Land Lease agreement ya pada baru-baru ini dan soalan saya bilakah projek ini dijangka akan mula dan bila dijangka siap dan berapa anggaran peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita dapat hasil daripada projek ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pantai Manis, emm, ianya dijangka akan mula pada tahun depan, early next year, dan ianya dijangka akan wujudkan peluang pekerjaan sebanyak sehingga lima ribu orang pekerjaan. Sekian terima kasih.
Okey, Tungku. Tungku.
Soalan Tambahan
Ah, Ya Yang Berhormat Menteri ya, saya ingin bertanya ah, sama ada Kementerian Yang Berhormat Menteri ada mempunyai plan strategik mengenai menarik pelaburan yang secara terus boleh memberi impak kepada kita punyai ekonomi sebagai contoh ya. Trade balance kita kecil disebabkan import jentera dan mesin, pertama, paling tinggi dan juga barang makanan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mencari pelaburan dalam dua sektor ini, jentera dan mesin dan makanan supaya mereka produce sendiri makanan itu dalam negeri Sabah? Therefore, import kita akan berkurangan dan menjadikan trade balance kita berkembang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tungku, memang betul ah, yang kita untuk merendahkan kebergantungan kita untuk mengimport semua machinery jentera dan builiding materials sebagai contohnya ah, memang kita banyak bergantung kepada import, so ah, itulah salah satu tunggak ataupun keutamaan untuk kementerian kita ada menarik pelaburan ataupun menyelaraskan pelaburan domestik untuk masuk ke bidang itu, so supaya kita boleh ah, mengurangkan kebergantungan kita untuk import machinery-machinery dari luar negara khususnya dari China. So itulah sebab kita mesti utamakan dalam bidang itu, so saya setuju dengan Yang Berhormat Tungku. So, ini adalah antaranya yang kita sedang fokus dan untuk makanan saya juga ah, kementerian saya juga ah, berkerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk melihat bagaimana kita boleh ah, menggalakkan lebih banyak penanaman dari segi di pihak di upstream untuk pertanian supaya kita boleh encourage product-product makanan dari Sabah boleh kita go to the down stream so ini adalah salah satu yang kita selaraskan dan kita bantu usahawan-usahawan kita dari Sabah. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, one more question, please.
Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tempasuk.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan Tempasuk no. 9 sudah dijawab secara bertulis Datuk Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Permohonan Geran Dan Dana Bagi Golongan BeliaQuestions
*9.
YB. Datuk Mohd Arsad Bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, berapa peratuskah peruntukan tersedia yang telah diguna pakai untuk golongan belia khususnya dalam pembangunan ekonomi belia tahun 2024 dan apakah langkah diambil oleh Kementerian dalam memastikan golongan belia boleh memohon geran dan dana yang ada sebagai salah satu pemangkin dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Ah?
Sudah dijawab secara bertulis.
Bila dia jawab? Awal juga dia jawab, belum tanya, sudah jawab.
Tidak apa Datuk Speaker. Kalau Kementerian boleh jawab (suara bertindih).
Pos hari ini, kelmarin sampai kah ini?
Mungkin Datuk Speaker. Terima kasih.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong.
Datuk Speaker, soalan saya no. 10.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Naik Taraf Lapangan Terbang Tawau Sebagai Lapangan Terbang AntarabangsaQuestions
*10.
YB. Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, berikutan pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri bahawa Lapangan Terbang Tawau akan menjalani pelan naik taraf menjelang tahun 2025, adakah ini membolehkan lapangan terbang tersebut dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Jawapan
Datuk Speaker, macam slot ini terlampau awal sudah. Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong serta Dewan yang mulia ini, Lapangan Terbang Tawau merupakan lapangan terbang domestik yang telah direka untuk menampung keperluan kapasiti 1.5 juta penumpang setahun MPPA. Infrastructure dan kemudahan sedia ada di lapangan terbang sedia ada juga mampu menampung keperluan operasi laluan domestik dan juga antarabangsa. Landasan sedia ada mampu untuk menampung keperluan operasi kapal jenis Code 40 melalui pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada daripada 1.5 MPPA kepada 2.5 MPPA. Kerja-kerja perolehan bagi melantik juruperunding telah pun berjalan dan projek menaik taraf lapangan terbang dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2028. Dan Lapangan Terbang Tawau akan kekal sebagai lapangan terbang domestik yang juga mampu mengendali penerbangan antarabangsa.
Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada masa yang sama sedang menjalankan Kajian National Airport Strategy Plan (NASP). Skop kajian ini merangkumi hala tuju dan fungsi setiap lapangan terbang di Malaysia. Oleh yang demikian, keperluan menaik taraf status Lapangan Terbang Tawau sedia ada kepada Lapangan Terbang Antarabangsa adalah tertakluk kepada hasil dapatan kajian tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan ada?
Soalan Tambahan
Ya. Datuk Menteri, kalau kamu masih ingat, tahun lalu saya pernah tanya soalan ini dan jawapan yang diberikan oleh YB Menteri adalah naik taraf ini akan dimulakan pada tahun ini. Tapi tidak apa, apa yang yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu amat-amat dialu-alukan, cuma soalan tambahan saya, sekiranya lapangan terbang ini selepas dinaik taraf, masih kekal sebagai domestic airport, bagaimana Kementerian boleh pastikan supaya cadangan yang untuk menjadikan lapangan terbang sebagai hab Airasia yang seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini, dan sama ada cadangan ini telah pun dibincang dengan pihak pengurusan MAHB? Saya nak bagi satu contoh, di mana cabaran yang masih ada walaupun pada tahun 2028 selepas dinaik taraf, parking bay yang ada untuk aircraft masih kekal. Kalau untuk term yang digunakan oleh aviation ialah apron. Jadi macam mana Kementerian boleh pastikan supaya cadangan untuk mewujudkan hab Airasia ini boleh direalisasi dengan kapasiti aircraft yang kekal sahaja?
Kedua, saya ingin bertanya sama ada naik taraf ini boleh dimasukkan dengan kewujudan Tourist Information Centre yang banyak kali saya bangkit dalam Dewan yang mulia ini? Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat dari, daripada Sri Tanjong. Ada tiga isu sini. Satu, Yang Berhormat ada sebut tadi, last year in Dewan mulia ini , i mention about the naik taraf of the.
Tuan Speaker: Tak apalah, itu, itu dia sudah terima. Dia kata okeylah, dia alu-alukan yang the new timing itu dia sudah alu-alukan. You just reply him on the two, two issues lah.
Okey, the two issues ah. Cadangan to make Airasia as hub in Sabah, the procedure and the progress is still going on. Bagi pihak
Kementerian saya, Sabah Tourism Board continuosly updating meeting with the Airasia to make it to realize the objective of making Sabah to be the hub of Airasia, whether in terms of transportation of makanankah atau si passengers. So if the progress is still going on, the technical part is we are leaving that to the ah Airport Berhad as well as what the juru technical teams to finalize the details. (suara bertindih)
That’s why my question to you YB Menteri sama ada you are going to take a proactive role to discuss with MAHB supaya cadangan YB Menteri ini boleh direalisasi untuk Tawau. Terima kasih.
Sudah saya sebut kelmarin. Saya sudah sebut sebab itu MAHB it will be coming to Sabah to discuss with our State Government on the upgrading of KKIA International Airport as well as discussing on the Tawau Airport. Technical part we will leave that to the technicians to handle it. So the progress is on going never stop, KK Airport, Tawau Airport, harap-harap juga kita dapat nanti upgrading of Sandakan Airport. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selesailah sudah sesi soal jawab kita pada hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat.
Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Taman-taman (Pindaan) 2024, bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Timbalan Speaker. Saya ada menghantar soalan-soalan saya Datuk Speaker tapi sehingga hari ini tiada jawapan. Saya minta soalan itu dijawab secara bertulis.
Soalan apa?
Tapi sampai hari ini tiada.
Soalan apa itu?
Soalan-soalan DUN. Saya ada e-mel kepada DUN dan bila saya semak, memang tiada dalam sini sebab saya minta soalan tu bertulis tapi sampai hari ini tiada, kita mahu selesai sudah hari ini.
Soalan bertulis?
Ya, Saya minta. Soalan saya, saya minta dijawab secara bertulis.
Dia kali jawab secara bertulis?
Tapi sampai sekarang tiada Datuk Speaker.
Ah, itu tunggu lah nanti kali.
Sudah mahu habis ini Datuk Speaker. Soalan saya kepada JKR, lima soalan, kepada Menteri Kewangan, dua soalan, kepada Menteri Pertanian, dua soalan, kepada Menteri Pelancongan, satu soalan. Tiada jawapan sampai hari ini. Kita sudah mahu habis Datuk Speaker.
Mungkin lambat dia pos. Okey, Yang Berhormat Menteri Tuan Speaker: Rang Undang-undang, Yang Berhormat Menteri. Rang Undang-Undang Taman-Taman. Bacaan pertama.
Ya, Datuk. Terima kasih, Datuk Speaker.
Okey.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya.
Tuan Speaker: Belum. You bentang dulu. “Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan” …
Yes.
“Satu Rang Undang-undang untuk memindah enakmen.”
Ya. Saya mohon untuk mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk memindah Enakmen Taman-Taman 1984.
Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan 2024)Bill
Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan 2024).
Bacaan kedua bila?
Hari ini.
Okey, baiklah.
Tuan Speaker.
Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan 2024), bacaan keduaBill
Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan 2024), bacaan kedua.
Okey, Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali yang dua … kedua, sekarang.
Teruskan.
Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Oktober 2024 telah meluluskan cadangan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Taman-Taman 1984.
Kesemua taman atau simpanan alam semula jadi yang ditubuhkan di negeri Sabah ini adalah tertakluk kepada Enakmen Taman-Taman 1984 dan Kementerian saya melalui Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah telah diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Enakmen tersebut. Pada asasnya, enakmen ini adalah satu undang-undang bagi mengawal, mengawasi, mengawal sedia semua aktiviti di dalam kawasan taman atau simpanan alam semula jadi di Sabah.
Tuan Speaker, enakmen ini telah dipindah kali terakhir pada tahun 2007, iaitu lebih kurang 17 tahun yang lalu. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengemas kini dan menambah baik enakmen ini bagi memenuhi keperluan pengurusan taman atau simpanan alam semula jadi pada masa ini.
Selain itu, pindaan ini juga adalah bertujuan untuk menambah baik, menyeragam dan mengemas kini peruntukan sedia ada serta memasukkan peruntukan baharu agar pengurusan kawasan yang telah ditubuhkan sebagai taman atau simpanan alam semula jadi dapat diperkukuhkan.
Rang Undang-Undang Enakmen Taman-Taman Pindaan 2024 ini akan berkuat kuasa pada tarikh penyiaran dalam warta.
Tuan Speaker, Rang Undang-Undang Enakmen Taman-Taman Pindaan 2024 ini melibatkan 15 fasa yang saya akan huraikan satu per satu secara ringkas selepas
ini. Perincian-perincian kepada perkara tersebut adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Enakmen Taman-Taman Pindaan 2024 yang telah diedarkan dalam Dewan yang mulia ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat; Fasa 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasa 3, bertujuan untuk meminda Seksyen 2 enakmen dengan memotong tarif pihak penguasa dan bagi memasukkan atau menggantikan dengan tarif perkhidmatan ekosistem ke dalam enakmen.
Fasa 4, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 3(a) untuk menyatakan tujuan penubuhan taman atau simpanan alam semula jadi.
Fasa … fasa 5, bertujuan untuk memindah Seksyen 17 enakmen dengan memasukkan senarai baharu taman yang telah ditubuhkan di bawah enakmen. Fasa 6, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 17(a) untuk mengatakan peruntukan mengenai pelan pengurusan bagi penubuhan taman atau simpanan alam semula jadi.
Fasa 7, bertujuan untuk meminda Seksyen 45 enakmen bagi meluaskan fungsi lembaga.
Fasa 8, bertujuan untuk memasukkan Seksyen 45(a) enakmen bagi mengatakan peruntukan bagi sekatan ke atas penggunaan-penggunaan lambang atau representasi lembaga.
Fasa 9, bertujuan untuk menggantikan Seksyen 47 enakmen bagi menambah baik peruntukan mengenai kehendak untuk menyediakan anggaran perbelanjaan lembaga.
Fasa 10, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 47(a) bagi menghentikan, menghendaki, menghendaki lembaga menyumbang akaun dan sepatutnya bagi
kumpulan wang dan membentangkan penyata akaunnya di hadapan Dewan Undangan, bersekali dengan laporan yang memperkatakan aktiviti lembaga bagi tahun kewangan yang sebelumnya.
Fasa 12, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 49(a) untuk memberi mana-mana pegawai taman yang diberi kuasa untuk, oleh pengarah, kuasa untuk membawa dan menggunakan senjata api di taman atau simpanan alam semula jadi tertakluk kepada arahan pentadbiran daripada pengarah.
Fasa 13, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 51(b) bagi mengatakan peruntukan berkenaan mengenai kuasa penyiasatan.
Fasa 14, bertujuan untuk menggantikan Seksyen 56 enakmen bagi menambah baik peruntukan berkenaan pengampunan kesalahan.
Fasa 15, bertujuan untuk memindah Sekyen 59 enakmen mengenai kuasa lembaga untuk membuat peraturan-peraturan dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini telah melalui proses yang melibatkan semua pihak-pihak kepen … berkepentingan sebelum dimuktamadkan.
… dan dibawa untuk proses Gubalan Rang Undang-undang. Oleh itu, saya percaya dengan adanya pindaan ini akan memperkukuhkan lagi usaha berterusan yang dijalankan untuk memperkasakan pengurusan taman atau simpanan alam semula jadi yang telah atau akan ditubuhkan di negeri Sabah.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Maka dengan itu saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin untuk memulakan perbahasan.
Terima kasih Datuk Speaker, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang ini sebagai satu enakmen yang dipinda kepada satu yang baharu dengan memasukkan beberapa perkara pindaan baharu. Sebelum itu, saya ingin memulakan dengan menceritakan bahawa Sabah ini adalah negeri yang cantik, yang perlu dijaga dan kita akan wariskan negeri Sabah ini kepada generasi muda macam pelawat-pelawat, pelajar-pelajar.
Kalau kita tidak jaga sekarang mereka tidak akan dapat menikmati apa yang ada pada hari ini. Sebab itu, Enakmen ataupun Rang Undang-undang ini perlu kita luluskan, iaitu Enakmen Taman-taman 1984.
Kalau dilihat sekali gus bahawa negeri Sabah ini saya katakan dia cantik. Kita ada keadaan semula jadi, kita ada pulau, kita ada laut, kita ada hutan, sungai, gunung. Kemudian kita ada binatang-binatang, kita ada tumbuhan yang menjadi aset kepada negeri ini dan kita telah sebenarnya telah merosakkan banyak aset yang cantik ini kerana pada masa yang lalu penerokaan hutan, misalnya proses pembalakan yang merosakkan hutan kita dan sekali gus merosakkan sungai-sungai oleh kerana hakisan dan timbulnya lumpur ke sungai.
Banyak sungai di Sabah tidak lagi airnya biru seperti dahulu kecuali kalau kita ada Sungai Kiulu. Kalau kita lihat Pantai Timur, Sungai Segama, Sungai Kinabatangan. Begitu juga di Pantai Barat, Sungai Padas airnya sudah seperti air susu milo. Yang pada tahun 60-an saya masih ingat masa kecil sungai ini airnya jernih dan di situ terdapat banyak ikan, banyak udang dan sungguh cantik dan dalam kapal pun boleh masuk hingga ke hulu sungai tapi apabila kita tidak mengawal maka terjadilah apa yang ada pada hari ini. Sungai semakin cetek dan juga hidupan-hidupan yang ada di dalam sungai tersebut terjejas dan ini sangat merugikan kita dan kalau kita tidak perbaiki sekarang, tidak kawal, kita tidak boleh memulihkan sungai ini dalam mungkin kita perlu 100 tahun akan datang. Baru boleh pulih seperti biasa. Seperti
yang ada kerosakan di Europah dahulu dan mereka telah mula sedar pada hari ni sungai-sungai mereka telah mereka pulihkan.
Datuk Speaker, untuk kita wartakan, untuk kita gazetkan taman-taman ini, kita harus melihat secara menyeluruh. Saya ingin menyeru kepada Kementerian supaya buat survey keseluruhan negeri Sabah. Bukan cuma kita gazet ataupun kita jaga mana yang ada pada hari ini sedangkan banyak lagi kawasan lain yang cantik, yang kalau kita tidak jaga dia akan hilang dan anak-anak kita yang di depan di sini tidak boleh menikmati warisan ini.
Oleh itu Kementerian hendaklah menambah kawasan ini bukan cuma menjaga yang ada, kerana Sabah ini besar dan masih ada kawasan cantik, yang boleh kita jaga. Oleh itu, dari mana kita dapat laporan ini? Dari mana kita dapat kawasan ini? Kita boleh buat survey, Kementerian boleh buat survey. Sekarang ini senang saja survey, kita boleh gunakan satelit. Kita boleh gunakan drone. Kita boleh gunakan apa saja. Itu yang pertama.
Yang kedua, kita boleh mendapat laporan daripada Jabatan Hutan, konservatif kerana mereka yang menjaga kawasan-kawasan ini. Kemudian, kita minta juga laporan daripada pejabat daerah kerana daerah kita selalu dapat timbal balik balasan daripada pemimpin setempat. Kemudian, kita boleh dapat juga pandangan dan laporan daripada pencinta alam jungle trekker yang masuk ke hutan-hutan sama ada camping ataupun santai di hutan dan juga kita boleh laporan daripada kajian-kajian universiti yang masuk ke hutan yang membawa profesor dan juga mahasiswa-mahasiswi yang masuk ke hutan.
Oleh itu, kawasan ini adalah kawasan yang perlu kita pertahankan. Sama ada ia di pulau ataupun di tengah-tengah hutan. Saya bagi contoh di kawasan saya di DUN Sindumin, daerah Sipitang, kawasan kampung Maligan. Saya sudah bagi tahu penduduk di kampung Maligan supaya jaga kawasan ini jangan diteroka. Jangan kita luluskan syarikat balak masuk, iaitu di kawasan Semaki di atas gunung yang cantik. Datuk Speaker di situ ada satu tasik. Jarang-jarang ada tasik ada di atas gunung, yang tasiknya besar dan cantik dan di sekelilingnya dengan tumbuhan dan juga hidupan liar yang berbagai yang kalau kita tidak jaga akan hilang begitu saja dan dia akan hilang selama-lamanya kalau kita tidak jaga.
Oleh itu, untuk kita wariskan kepada anak cucu kita yang akan datang kita kena kuat kuasakan yang ini. Saya tertarik apabila Rang Undang-undang ini dipinda, iaitu pelbagai pasal telah pun diketengahkan, iaitu yang pertama Fasal 4 dengan memasukkan Subseksyen 3A yang baharu. Tujuan penubuhan taman atau simpan alam semula jadi ini telah digariskan supaya orang faham bila membaca, yang ini kita faham apa tujuan dia. Saya ulangi di sini 3E tujuan penubuhan. Untuk melindungi dan memelihara haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan habitat semula jadi haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu dalam taman atau simpanan alam semula jadi. Ini kita kena jelaskan supaya generasi muda tahu yang ini. Untuk memelihara dan menyelenggara perkhidmatan ecosistem di kawasan tersebut. Ini juga jelas tujuannya.
Untuk memelihara benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah, etologi, sains dan pemandangan ataupun estatik di situ. Kita banyak mendengar cerita yang lalu bahawa Sabah ini adalah bekas tanah jajahan penjajah. Beberapa kapal tenggelam di perairan Sabah atapun shipwreck, yang boleh kita jadikan taman-taman yang kita jaga tapi apa yang berlaku ialah ada shipwreck ini telah pun diceroboh, diambil oleh orang luar. Satu cerita, saya tidak tahu tapi minta disahkan cerita ini. Di Semporna ada kapal Belanda tahun 15 ataupun tahun sebelum itu lagi dan telah diteroka dan di situ ditemui platinum ataupun barang-barang berharga, yang diambil yang kita tidak ketahui dan ini amat malang yang sepatutnya itu kita jaga dan ini sebagai sumber untuk negeri Sabah dari segi ekologi ataupun dari segi barang produk pelancongan.
Kemudian, kita juga ada sejarah di Gunung Trusmadi, di mana-mana tempat-tempat yang lama sudah ada sejarah puluhan ribu tahun dahulu dengan artifak yang boleh kita jadikan sebagai produk pelancongan dan kalau kita tidak jaga ini akan hilang begitu saja dan nilainya akan habis.
Jadi, saya setuju bahawa enakmen ini kita perjelaskan supaya … kemudian di bawah Fasal 5, iaitu pindaan Subseksyen 17, dia digazet Pulau Sipadan sebagai
satu kawasan yang baharu kemudian Taman Tun Mustapa, jangan kita limit di sini, seolah-olah kita block atau hadkan ini saja. Kalau boleh kita buka. Jadi …
…masa tertentu kalau ada kita penemuan baharu ataupun mana-mana tidak, cuma yang ini kita open ended. Maksudnya ialah kalau ada recommendation ataupun daripada Pejabat Daerah yang Badan-badan yang saya katakan tadi, Kementerian boleh buat kajian dan masukkan sebagai satu kawasan. Kita di Sabah ini Datuk Seri Datuk Speaker, tidak ada satu bandar pun yang ada taman hutan yang luas di bandar. Di Sipitang, kawasan tidak ada hutan sudah di pekan. Di Sandakan, nasib baik kita ada Sepilok tapi di negara barat di London kita ada Hyde Park. Di New York kita ada taman seluas 500 ekar di tengah-tengah bandar. Di Brisbane, ada taman di tengah-tengah bandar hutan yang mana hutan ini boleh menjadi tarikan pelancongan, tempat riadah dan juga sebagai anak-anak kita melihat kayu-kayu balak yang besar.
Sekarang ini, anak-anak kita di Sipitang, di Beaufort pun untuk melihat kayu balak yang besar perlu berjalan 100 kilometer ke dalam hutan. Kita mahu tengok pokok kayu kapur pun tidak ada sudah. Kita mahu tengok selangan batu pun tidak ada sudah. Apa lagi mahu tengok belian, kayu yang bersejarah. Sepatutnya kita ada taman yang berada di tengah-tengah bandar yang boleh kita gunakan sebagai warisan untuk anak-anak kita. Nasib baik kita ada Sepilok. Taman di situ masih ada kayu balak yang tingginya 100, 200 meter dengan yang besar tapi tempat yang lain tidak ada. Kudat tidak ada, Tuaran tidak ada, Beaufort tidak ada, Sindumin, Sipitang tidak ada, Kuala Penyu apatah lagi. Jadi, pada masa dahulu sepatutnya ada barang-barang ini. Kita boleh jaga sebagai taman-taman warisan dan di situ kita buat. Jadi, kalau boleh jangan kita hadkan. Ini sahaja kita buka kepada kawasan lain. Di bawah Fasal 6 Datuk Speaker, Seksyen Baharu 17 (a), Pelan Pengurusan. Saya ucap tahniah kerana kita ada pelan pengurusan. Dahulu saya ingat kita tidak ada. Tidak ada taman-taman, tidak ada cara mengurus yang baik. Sekarang telah diperjelaskan bahawa hutan-hutan ataupun kawasan ini ada urusannya, diurus
dengan baik. Kalau saya boleh perjelaskan disini bahawa Pelan Pengurusan seperti yang tertulis dalam:
Pemulihan ekosistem, pemandangan semula jadi dan kemudahan.
Perlindungan taman-taman atau simpanan alam semula jadi daripada pencemaran hakisan tanah ataupun kerosakan fizikal.
Penyediaan dan kemudahan perkhidmatan untuk kegunaan atau kesenangan orang ramai.
Ini dijelaskan di sini. Kita ada kawasan ini tapi kita tinggal begitu sahaja. Sepatutnya kita jaga. Kita mesti belajar daripada negara-negara di Eropah, negara-negara di Jepun, di Korea bahawa setiap hutan simpan ataupun kawasan yang digazet ini ada kemudahan untuk orang awam untuk melihat kawasan tersebut. Bukan kita biar sahaja.
Kemudian (c), penjagaan kepada kemasukan atau pemindahan haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan berbahaya. Ini saya tidak tahu apa yang tumbuhan yang berbahaya. Kemudian (f), pengurusan dan keselamatan pelawat, yang ini juga kita mesti prihatin kerana bila kita buka kita ada pelawat dan kita pastikan keselamatan dan perlu ada pelan pengurusan, hendaklah bagi tempoh 10 tahun. Jadi, saya mengalu-alukan supaya ini dikuatkuasakan.
Kemudian, Fasal 9. Ini juga penting. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran. Saya ingat ini penting. Di bawah Perkara Am 47 (1), iaitu kita ada menyediakan perbelanjaan. Kuasa daripada Lembaga ini kepada Menteri supaya Lembaga ini ada peruntukan. Menteri seperti yang 2, Perkara 47 (2), sebelum 30 April setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan termasuklah perbelanjaan program penyelidikan dan pembangunan. Jadi, ertinya sudah teratur ini. Cuma pegawai sahaja bertugas secara teratur atau tidak. Kemudian Perkara 3, Menteri hendaklah sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya. Jadi maknanya, pegawai di peringkat Lembaga hendaklah menyediakan bajet atau belanjawan 30 April. Maknanya enam, lapan bulan sebelum dikuatkuasakan. Pada 1 Januari, Menteri meluluskan misalnya bajet tahun ini, pada 1 Januari tahun depan
Menteri sudah meluluskan peruntukan. Kemudian, perbelanjaan ini bukan dibelanjakan sahaja, yang menarik di sini ada perbelanjaan ini Fasal 10, hendaklah ada akaun dan laporan bagaimana duit itu dibelanjakan dan ini penting. Saya yakin bahawa bila akta ini ataupun enakmen ini kita luluskan bahawa semua pengurusan taman-taman ini nanti akan lebih teratur dan kita mesti sayang kepada negeri kita ini kerana Borneo ataupun Sabah sebahagian daripada Borneo adalah salah satu kawasan yang mempunyai biodiversiti yang sangat tinggi dan tidak ada di tempat lain.
Jadi, kalau kita sewenang-wenang tidak menjaga yang ini dan ia akan hilang begitu sahaja dan tidak ada yang kita wariskan kepada anak-anak kita, anak cucu kita di masa akan datang. Terutama sekali yang mendengar di sini, pelajar-pelajar ini. Mereka tidak tahu. Saya ingat yang di sini ini pernah nampak kayu balakkah? Secara real, pegang sendiri kayu selangan batu, pegang sendiri kayu kapur, pegang sendiri belian, ah ini yang kita. Jadi, kita nanti sama macam negara Jepun ataupun di Eropah yang untuk melihat kayu balak ini terpaksa berhijrah ke negara lain. Melawat jadi pelancong ke negara lain sedangkan negeri kita ada benda ini tapi kita sia-siakan, kita tidak jaga dan ia hilang begitu sahaja.
Jadi Datuk Speaker, saya melihat ini suatu langkah yang baik. Tetapi, jangan kita ada rang undang-undang ataupun enakmen sahaja. Sampai masa ia tinggal jadi kertas tidak ada orang yang melaksana, tidak ada orang yang mengawal, tidak ada orang yang memerhati dan ia balik kepada zaman dahulu kala juga yang sudah tidak ada perubahan. Satu hari dahulu Singapura tahun 1984, longkangnya kotor, tidak teratur. Tapi mereka ada pelan 10 tahun untuk membersihkan sungai itu supaya sungai itu, longkang-longkang itu boleh jadi tempat memancing, boleh jadi tempat berenang. Mereka atur 10 tahun dan mereka berjaya. Saya masa itu buat belajar di Singapura di NUS dan saya mendengar taklimat daripada profesor, daripada Dewan Bandar raya ataupun Majlis Perbandaran di sana tentang program itu di Singapura dan sekarang mereka berjaya.
Kalau kita ke Singapura sekarang kita tengok longkang-longkang mereka cantik, airnya biru. Tapi, kita pergi Sembulan macam mana? Kita pergi tidak usah jauh, sini sahaja Sungai Likas. Bagaimana sungai kita? Amat menjijikkan dan memalukan. Sepatutnya kita mesti memulakan yang ini. Ini perkara lain bukan di taman-taman
tapi ini depan mata kita. Jadi, kalau kita biarkan kawasan-kawasan yang kita sepatutnya jaga dan samalah juga jadi macam sungai di Sembulan, sungai di Likas yang airnya kotor yang kita tidak boleh.
Mahu makan ikan yang hasil pancing di sana pun kita saya ingat, saya tidak sanggup makan ikan di situ. Memancing di situ pun pun saya tidak sanggup kerana saya tahu ikan di situ kotor. Jadi, tapi bagi orang luar barangkali dia tidak tahu, dia jual di pasar, dia pancing di sana, pukat di sana, jual di pasar, tidak ada cap itu ikan made in Sembulan ataupun dia pancing daripada Likas. Jadi ini yang kita kena perhatikan.
Jadi Datuk Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang ini ataupun Enakmen Taman-taman ini dipinda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sindumin. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Manila. Sorry, sorry. Kapayan. Kapayan dulu, selepas itu Sungai Manila.
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih atas peluang membahas Rang Undang-undang, Enakmen Taman-Taman Sabah Pindaan 2024 ini yang dibentangkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Enakmen Taman-Taman Sabah 1984. Sorry. Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 atau…
… the Principal Enactment memerlukan beberapa langkah ah, sebelum sebuah taman boleh diwartakan. Ini termasuk memastikan perundingan dan perancangan mengikut proses yang betul. Langkah tersebut termasuklah pertama, cadangan untuk taman mesti disertai dengan kajian kebolehlaksanaan untuk menilai implikasi ekologi sosial dan juga ekonomi taman tersebut.
Kedua, yang walaupun Principal Enactment ini tidak menyatakan prosedurnya, penglibatan masyarakat merupakan pertimbangan utama untuk menangani kebimbangan pihak berkepentingan terutamanya masyarakat setempat. Datuk Speaker, isu utama bagi saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ini dan kerana saya dan ramai Ahli Dewan Undangan ini, saya percaya tidak terlibat atau diberi penerangan tentang kajian kebolehlaksanaan dan perundingan awam yang telah dijalankan sebelum taman, dua taman di bawah Sekyen 17 ini dimasukkan dalam RUU ini. Oleh kerana terlibat, kawasan yang terlibat dalam dua taman baharu dalam Seksyen 13/1 (G) ini, amat besar sekali, iaitu Taman Pulau Sipadan yang melibatkan 16 860 hektar dan Taman Tun Mustapha seluas 108 898 762 ribu hektar. Saya pasti terdapat ramai komuniti dalam pulau-pulau dalam kawasan dua taman tersebut.
Selain itu, jika Taman Sipadan yang kita tahu sebuah kawasan yang amat popular untuk pelancongan diwartakan di bawah Rang Undang-Undang ini, aktiviti dalam sempadannya akan tertakluk kepada peraturan yang ketat untuk memastikan perlindungan ekosistem taman tersebut. Secara amnya, syarikat-syarikat mungkin dibenarkan menjalankan aktiviti tertentu seperti … ekopelancongan ataupun selam bersepadu, berpandu, sorry. Tetapi hanya dengan permit yang dikeluarkan oleh Taman-taman Sabah.
Aktiviti ini mesti sejajar dengan objektif pemuliharaan dan mematuhi garis panduan alam sekitar yang ketat. Untuk menjaga the taman Pulau Sipadan ini. Kedua, aktiviti yang membahayakan persekitaran semula jadi taman seperti memancing, pengekstrakan sumber atau pembangunan komersial berskala besar mungkin dilarang. Semua aktiviti yang dibenarkan akan dipantau dan dikawal dengan rapi oleh Taman-taman Sabah untuk memastikan ia tidak menjejaskan integriti ekologi taman tersebut.
Datuk Speaker, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri sama ada semua proses dan pertimbangan ini telah diambil kira dan memberi jaminan bahawa ianya tidak akan menjejaskan kawasan di taman ya, dua taman ini dan juga terutamanya
kehidupan komuniti setempat. Dan tidak akan berlaku pemindahan ataupun pengusiran.
Saya juga memohon agar salinan kajian kebolehlaksanaan dan laporan perundingan awam diberikan kepada saya secara bertulis. Sebab mungkin panjanglah ini ya, Menteri. Jadi, diharap boleh diberikan secara bertulis. Saya menyahut baik Seksyen 17(A) yang mengadakan peruntukan mengenai pelan pengurusan bagi penubuhan dua taman tersebut. Dan saya berharap penyediaan pelan pengurusan ini diberi keutamaan. Selain itu saya juga ingin bertanya adakah pelan pengurusan ini akan diperlukan untuk semua taman dan juga simpanan semula jadi yang wujud sebelum ini.
Dengan jaminan bahawa Taman-taman Sabah telah melakukan usaha wajar ataupun due diligence berhubung dengan pengwujudan dua taman ini di bawah Seksyen 17/1 (G) ini saya mohon menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Kapayan. Dan seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Manila. Selepas Sungai Manila, Sulabayan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, pertimbangan guna tanah sering ada konflik. Dan akhirnya, kadang-kadang kita terpaksa membuat pilihan ke atas apa juga guna tanah yang kita inginkan. Dan guna tanah ini biasanya, dia akan berubah-ubah, ya. Jadi kalau dulu keperluan untuk membangunkan Negeri Sabah ini ialah dengan menerokai pembalakan. Bangunan ini saya rasa hasil daripada cukai royalti balak. Begitu juga dengan bangunan Yayasan Sabah.
Walau bagaimanapun, apabila berubah keadaan kita akhirnya kembali memastikan bahawa hutan kita senantiasa terpelihara. Saya mengucapkan tahniah kepada Taman-taman Sabah kerana telah mewujudkan Enakmen Taman-taman Sabah yang sebelum ini sebenarnya Taman-taman Sabah ini di bawah Jabatan Perhutanan. Jadi bila ada Enakmen ini dia tidak lagi boleh dieksploitasi untuk pembalakan.
Datuk Yang Dipertua, saya amat menyokong dengan apa ini, peruntukan Seksyen baharu 17(A) yang menghendaki pelan pengurusan bagi setiap apa ini taman-taman yang ada di negeri Sabah ini. Walau bagaimanapun, seperti juga YB daripada Kapayan, kita amat mengambil perhatian tentang penglibatan komuniti, ya. Terutamanya apabila melibatkan kawasan yang luas seperti Taman Tun Mustapha ini.
Untuk makluman, Taman Tun Mustapha ini merupakan tempat di mana nelayan-nelayan di utara negeri Sabah ini khususnya di Kudat, di Teluk Marudu, Pitas untuk mencari kehidupan seharian sudah sebegitu lama. Jadi, kita minta apabila Taman-taman Sabah membentuk ataupun mengadakan pelan pengurusan, keutamaan kepada komuniti terutamanya pengguna yang menggunakan tempat ini untuk mencari kehidupan haruslah diutamakan.
Dan, kita juga perlu mengambil pertimbangan terhadap aktiviti-aktiviti yang … yang sejajar dengan komuniti yang ada di situ ya. Dan, kita tidak mahu melihat nanti apabila taman-taman ini bentuk hanya syarikat-syarikat asing yang memungut atau memungut hasil ataupun syarikat-syarikat di luar kawasan komuniti tu yang memungut hasil, sepertimana yang berlaku di taman-taman lain, ya, yang saya pasti yang saya tahu kebanyakan operatornya bukan daripada masyarakat yang ada di kawasan ataupun di sekitar taman-taman tersebut.
Datuk Speaker, saya juga menyokong dengan Pindaan Perlembagaan ataupun Enakmen ini, yang melibatkan Seksyen 15/1 (B), dan juga Seksyen 56/1. Saya bersetuju kuasa penyiasatan ini diturunkan kepada pegawai-pegawai Taman-taman Sabah sepertimana juga yang telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan, apabila menurunkan kuasa penyiasatan kepada pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan. Kalau boleh, bukan sahaja kuasa penyiasatan tetapi kuasa-kuasa pendakwaan juga harus kita turunkan kepada pegawai-pegawai daripada Taman-taman Sabah. Kerana ini boleh mempercepatkan kita punya proses penyelesaian, undang-undang. Kemudian bagi Seksyen 56(1) ini, ini juga merupakan salah satu untuk kita menyelesaikan cepat back long apa ini kes-kes terutamanya kes yang kecil-kecil. Walau bagaimanapun, kita minta juga kepada Taman-taman Sabah khususnya pegawai-pegawai yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk memastikan komuniti-
komuniti yang sedia ada di kawasan itu diberikan makluman, ya. Makluman awal mengenai dengan …
… apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan di dalam kawasan Taman-Taman Sabah. Ini saya mengambil contoh di Jabatan Perhutanan, kerana dulu saya ini pegawai perhutanan. Kadang-kadang di dalam undang-undang itu akan menyatakan menebang pokok itu satu kesalahan sama ada dia tebang satu pokok bersaiz 10 cm ataupun dia menebang beribu-ribu pokok bersaiz lebih daripada 100 cm kesalahannya tetap sama. Jadi, kita minta ada pertimbangan daripada situ undang-undang untuk memastikan supaya komuniti yang tinggal di kawasan tersebut yang belum memahami undang-undang enakmen ini memahami dan diberikan perlindungan supaya mereka ini tidak apa ini orang bilang tidak teraniaya. Jadi Datuk Speaker, saya ingat itu sahaja yang saya katakan pada hari ini. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kementerian dan juga Taman-Taman Sabah kerana telah berdaya meminda berjaya membawa Pindaan Undang-undang ini ke Dewan Undangan Negeri Sabah. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Manila. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Lamag.
Saya turut mengambil bahagian dalam membahas Enakmen Taman-Taman 1984. Di mana saya melihat perkara ini perlu disegerakan sebab Sabah ini kita Tuan Speaker, bersyukur Allah anugerahkan kita dengan berbagai-bagai taman yang tidak ada di tempat orang lain. Dan sudah tentu perkara ini perlu dimanfaatkan. Bagaimana kita menfaatkan? Kita tingu (tengok) apa perancangan Kementerian dan Kerajaan Negeri. Kita mengharapkan pelancong datang beramai-ramai ke Sabah dengan pelbagai-bagai promosi. Tetapi kita lihat apa yang telah kita lakukan selama ni. Contohnya, di Semporna ini dianugerahkan Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain tempat tarikan kepada pelancong-pelancong. Hari ini pun kita lihat di Semporna ia jem hari-hari jem so kalau sudah jem buatlah
jalan instead of one way ticket make it two way. Tapi tak ada cadangan langsung jadi orang datang congested. Ini Yang Berhormat Menteri, i think you should know this thing happen and our country and our state. So sayang. Saya melihat potensi-potensi ini di Taman-Taman Sabah ini begitu tinggi sekali. Tetapi berapa ranger yang kita ada. Mungkin sepuluh, 15 tidak cukup mengawal di mana pencerobohan, pencemaran tebing-tebing sungai.
Sungai ini sebetulnya anugerah dari Allah dan harus dipelihara. Kalau sungai sudah hancur bermakna masa depan sudah hancur. Tapi kita lihat, sekitar tebing sungai Kinabatangan 570 kilometer. Semua tebing sungai ditanam kelapa sawit. Benteng-benteng untuk apa ini kesihatan sudah tidak ada. Sungai Kinabatangan di dam dengan racun with poison everything tidak ada tindakan. So apa yang kita harapkan untuk masa depan generasi anak muda kita kalau kita tidak ada perancangan how we’re going to stop this thing. Nak berhentikan supaya tidak ada lagi pencemaran, tidak ada lagi penanaman di tebing-tebing sungai.
Pencerobohan sungai ini juga mengakibatkan bekalan air bersih kita hancur. Dulu sungai-sungai ini bersih tetapi dicemari oleh masyarakat yang tidak berpengetahuan tidak juga boleh kita salahkanlah sebab kita tidak apa ini dedicate mereka, kita tidak mungkin memberi penerangan yang sejelasnya kepada mereka. Jadi sudah tentu time is change Yang Berhomat Menteri so we have to follow the changings of the time. Kita tidak boleh lagi bercerita ini pasal AI. AI lain cerita kalau menteri tak boleh beri penjelasan dengan jelas so wasting my timelah. Endak (tidak) boleh sudah ini barang perlu kita perlu kita selaraskan perkara-perkara ini.
Di Semporna kalau yang ada pusat pelancongan tapi tidak berlesen. Jeti kita pun di Semporna macam sayur macam rojak. We know the money is there, why dont we spend money. Saya pun tidak tahu apa yang perlu kita bagi tahu dengan Kerajaan ini. Kalau saya bercakap keras Yang Berhormat tuduh saya cuba memecahbelahkan tetapi reality is there. Yang Berhormat Ketua Menteri ada, minta maaf. Kenyataannya di situ macam mana kita nak menarik pelancong lima juta satu tahun kalau kita tidak menfaatkan prasarana kita, utilities kita, tidak ada. Sedangkan di negara-negara luar anything you kena pergi kena beli tiket kena bayar bukan murah. Paling murah 20 pound, 20 dolar. Kita di sini ada banyak macam ini Imbak Canyon contohnya di Tongod tapi promosinya. Kalau Canyon-canyon di US dia ada
helikopter lagi di sewa. Tapi kita di sini tidak sedangkan one of the apa ini beautiful places in the world so tapi we don’t take it. So saya harap, saya percaya Yang Berhormat Menteri tolonglah lakukan sesuatu berilah cadangan-cadangan yang baik kepada Kerajaan.
Belanjalah duit appoint ranger di taman-taman ini memperbanyakkan renjer kita untuk mengawal selia kawasan-kawasan yang dilarang. Kalau kita tidak tahulah orang kampung ini dia turun di atas, dia belasah saja, dia tumbang saja, potong sana potong sini. Habis tercemar. So habislah kita, masa depan kita pun habis. So apa tindakan yang seharusnya dilakukan untuk melindungi, bukan sahaja taman-taman yang apa ini terpilih di dunia tetapi juga mungkin future taman-taman yang lain harus dilihat sebagai satu potensi yang boleh menyumbang ekonomi kepada negeri Sabah. Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Lamag. Dan seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Sulabayan.
Datuk Dr.
Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang juga pada saya untuk turut sama membahas mengenai pindaan penambahbaikan Rang Undang-undang Taman-Taman 1984 ini pada Taman-Taman Pindaan 2024. Ini bagi saya cukup baik dan menarik dari mana ini ada berkaitan dengan usaha Kerajaan Sabah Maju Jaya. Untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke bumi Sabah ini. Sudah tentu apa yang dikatakan oleh pembahas-pembahas tadi ada sebut tentang khazanah yang ada di negeri Sabah. Kerana alam semula jadi landskap semula jadi. Dan kita tahu di Sabah ini walaupun di tempat-tempat lain seperti di Sarawak, di semenanjung ada juga taman-taman negara dan keistimewaan Sabah ini terlalu banyak. Walaupun pada hari ini yang kita tahu ialah Taman Nasional Gunung Kinabalu dan juga di Semporna, Taman Laut Tun Sakaran dan juga di Kudat, Tun Mustafa dan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lamag tadi lagi banyak khazanah yang perlu kita manfaatkan jaga pemuliharaan dengan baik. Di mana taman-taman kita ini bukan sahaja pulau ataupun hutan bahkan juga sumber alam biodiversiti kehidupan flora and fauna. Sarawak pun banyak tetapi tidak sekaya banyak yang ada di Sabah ini. Dan saya percaya pindaan akta ini enakmen ini sudah tentu pihak Kementerian sendiri dan orang-orang yang tertentu pakar menilai kekayaan sumber alam kita ini sudah mengambilkira mengenai penambahbaikka ini juga …
Datuk Dr.
…kebaikan termasuk dalam Perkara fasal daripada satu ke 15 ini. Dan bila saya lihat semua ini, saya yakin dan percaya sudah terangkum semua kerana ini ditimbulkan 15 perkara ini mengenai masalah-masalah pengurusan Taman-taman Sabah sebelum ini. Termasuklah kes-kes penyalahgunaan dari segi pencerobohan, tidak menjaga alam sekitar, flora dan fauna termasuk juga alam sekitar dia. Jadi bagi saya ini sangat sesuai dalam usaha kita untuk menarik pelancong. Salah satu tarikan seperti apa yang saya katakan dalam perbahasan mengenai laut di Semporna dengan wujudnya macam cendawan, resort-resort di lautan pesisir pantai di Semporna ini. Kalau tidak dijaga alam sekitar ini, saya rasa tak sampai 20 tahun akan pupus ataupun akan terhakis dan musnah alam sekitar kita. Dan ini terbukti dengan adanya pindaan-pindaan penambahbaikan ini sudah tiba masanya amat tepat sekali dan yang penting bagi saya ialah sekali pun ada penambahbaikan pindaan ini ialah penguatkuasaan. Penguatkuasaan itu sangat penting dan penguatkuasaan ini bukan sahaja di kalangan apa ini penjawat atau yang berwajib, bahkan juga kepada masyarakat seperti Lamag katakan tadi perlu ada pendidikan kepada masyarakat. Saya ambil contoh Taman-taman Tun Sakaran dan begitu juga di Sipadan yang kita jaga dari segi pemuliharaan ini bukan sahaja alam sekitar tapi kehidupan di situ. Flora dan fauna sama ada di laut dan darat dari segi biodiversiti dia. Penguatkuasaan ada tapi kadang-kadang ada tentangan daripada masyarakat setempat, contohlah di Taman Tun Sakaran ini, orang kampung di situ telah apa ini hidup di situ sekian lama sebelum bukan sahaja zaman merdeka. Sebelum perang dunia kedua lagi. Sudah ada penempatan di Pulau Salakan, apa ini Tatagan ya sudah ada. Dan mereka sudah serasi dengan kehidupan di laut. Kalau contoh di Ranau, Kundasang ini dia kehidupan dia memburu, asal dulu inilah. Memburu segala kehidupan makanan di dalam hutan. Dan di pulau ini pula sumber dia di laut. Tangkap ikan termasuk penyu juga. Walaupun hari ini sudah dalam kawalan, telur penyu ini menjadi makanan eksotik di pulau sana. Jadi ini yang saya katakan tadi supaya juga bukan sahaja pihak adanya undang-undang ini dari segi penguatkuasaan tapi juga masyarakat itu kerana kita yang duduk di kawasan itu termasuk juga di Kinabatangan. Kinabatangan ini kalau saya tengok bila saya
melawat dulu ini apa Gua Gomantong. Itu juga saya lihat bila dulu kita melawat dengan kumpulan Public Account Committee dulu. Kita melawat pasal masalah sarang burung di situ, itu pun saya melihat satu khazanah bukan ada di tempat lain yang saya anggap khazanah dunia, bukan sahaja untuk Sabah. Itu juga saya melihat perlu dilihat potensi dia itu. Pasal saya rasa kalau dibiarkan, diterokai ataupun diharvest ya hasil-hasil dia, saya rasa akan juga terjejas kehidupan ekosistem apa burung walit di situ. Dan cuma maksud saya bukan kita tidak boleh jadikan satu sebagai sumber tetapi kena ada satu kaedah ya. Mungkin macam Pulau Sipadan sekarang ini, setahun at least satu bulan tidak dibenarkan diving ke Pulau Sipadan ini. Mungkin juga Gua Gomantong itu kalau kita boleh fikirkan bukan hari-hari boleh diharvest. Ada certain time itu tidak boleh masuk di situ. Supaya habitat, pembiakan itu akan sentiasa ada. Seperti juga diperkatakan sahaja bukan sahaja dinikmati oleh kita hari ini dan anak-anak generasi kita akan datang yang perlu kita fikiran dan itu yang penting tadi. So, pendidikan kepada masyarakat kerana kita juga berhadapan bila saya ke pulau. Datuk, macam mana kami ini, di Pulau Salakan, di Pulau Maiga kami, kehidupan kami tangkap ikan sahaja. Ini Taman-Taman Sabah ini tidak boleh masuk sudah ini. Jadi macam mana kami hidup? Jadi orang laut termasuk saya nak pindahkan ke darat, pening itu. Dia sudah biasa di laut ya. Sudah biasa di laut. Jadi ini yang juga yang dikira di samping akta yang ada ini juga penting pendidikan kepada masyarakat itu dan saya amat setuju supaya Taman-taman yang ada di Sabah ini dan banyak lagi ini dipertingkatkan keupayaan kita dari segi pendidikan. Kalau kita hanya kawal tapi tidak ada pendidikan, saya ingat satu perkara juga seperti apa yang dikatakan tinggal undang-undang tapi pelaksanaan itu juga. Saya juga ingin menyentuh pasal terdapat juga di Taman Boheydulang juga contoh, ada sudah di situ pembinaan. Ada resort bukan sahaja di atas pulau itu, tapi di persekitaran dan juga ini perlu diambil perhatian termasuk juga di Nasional Park ini. Saya tengok ya dekat Maliau saya ingat, Maliau Basin sana, tak silap saya, pasal baru ini pun saya ada pergi Kundasang, bila saya lihat, saya beritahu dengan Yang Berhormat ADUN daripada Kundasang. Tempat itu cantik. Kundasang ini dan hari ini saya tengok jauh dari segi alam sekitar dia kalau dibandingkan dengan dulu, tak sejuk lagi, tak nyaman lagi. Yang lain nak pergi turun ke Ranau itu tiada lagi kerana apa, penebangan pokok-pokok dan kita tidak nafikan kesan daripada pembangunan yang pesat. Saya tengok di lereng-lereng bukit di Kundasang itu, saya tengok banyak pembangunan yang tidak teratur. Balik kepada sistem ini sewerage sistem. Pengurusan hanya dilepaskan begitu bukan sahaja di
sungai, akhirnya pokok-pokok pun mati. Bila pokok mati maka itulah yang berlaku yang kita katakan perubahan iklim. Perubahan inilah yang berlaku bukan sahaja fenomena dunia tapi perbuatan manusia. Jadi inilah yang kita katakan tadi saya sangat menyokong apa pindaan akta ini supaya diperkasakan lagi untuk tujuan supaya sentiasa ada tarikan dan dapat dinikmati bukan sahaja generasi kita hari ini dan juga masa akan hadapan. Tuan Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sulabayan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Elopura.
Terima kasih Speaker. Di Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Taman-taman Pindaan ini 2024. Ini di Sandakan ini ada Pulau Berhala dengan Pulau Bakungan. Memandangkan kawasan perairan Sandakan dekat dengan perairan Philippines, seterus aktiviti bom ikan di kawasan tersebut amat selalu berlaku akibatnya banyak hidupan liar, eh hidupan laut di kawasan tersebut terancam seperti ekosistem. Itu penyu, coral dan sebagainya. Tindakan Kerajaan seperti sekarang, enakmen ini saya harap dapat mempastikan ini coral dan sebagainya. Ekosistem diprotect atau yang dijaga. Saya harap jelaskan data membiarkan penyu sama itu ekosistem akan dapat diprotect atau yang nelayan-nelayan yang guna bom itu kerana dihalau walaupun bukan orang kita, walaupun Bakungan Besar ini, dekat dengan di Bakungan Kecil ini. Jadi saya harap Enakmen ini atau yang Taman-taman yang siapa ambil tindakan dapat protect ekosistem. Sebab ini ialah satu hasil yang di Sandakan. In terms of pelancongan, perikanan atau yang semula jadi di pantai di situ atau di pulau-pulau di situ. Ini ialah hasil di Sandakan ini. Saya harap ini aset dapat kita yang protect dan sekarang di tangan kita itu syarikat dekat di Pulau Berhala ini. Tidak dapat, mungkin ada satu data yang jaga ini pulau atau yang satu data yang berapa satu penyu yang disafekah atau dan sebagainya. Sebab sekarang syarikat di Pulau Berhala ini sepatutnya ada tanggungjawab dia punya sampah sarap atau dan sebagainya atau dia tanggungjawab menjaga pulau-pulau di situ. Yang isu yang kedua ialah saya harap ini Enakmen dapat jaga ini Pulau Balambangan juga sebab Pulau Balambangan di Kudat ini ialah saya tahu yang saya ingat satu Kibing yang sedang ambil pasir di situ. Tindakan Kerajaan harap dapat gunakan ini Enakmen dalam
memastikan perlombongan yang sudah diguna oleh pihak Kerajaan Negeri seperti pasir untuk kilang-kilang Kibing apa yang sedang berlaku. Saya harap ini emm, itu EIA report atau yang pasir sudah diambil, saya dapat harap yang ini pulau dapat yang paling kurang impak untuk pulau ini. Sebab pulau ini yang memang ambil pasir memang habis…
… ekosistem dan sebagainya. Saya tidak tahu ini enakmen. Harap ini enakmen dapat protect ini pulau. Dia punya ekosistem dapat dikurangkan destroy … destroy dia punya kawasan semula jadi coral system. Itu yang saya harap enakmen ini dapat tolong yang kawasan Pantai Timur di kawasan Sabah. Harap ini enakmen dapat protect semua pulau-pulau apa yang kita sebut. Jadi, saya sokong ini enakmen. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Elopura. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tungku.
Terima kasih, Yang Berhormat. (suara bertindih)
Bolehkah saya, Tuan Speaker? Lepas sana, sini. Kasi selang-selilah.
Yang Berhormat Kemabong. Mahu berucap? Mahu berbahas?
Kali berdiri, Tuan Speaker. Tapi di tempat saya dari Tungku. Lepas itu sayalah.
Saya tidak nampak Yang Berhormat berdiri tadi tapi kalau boleh lain kali sila hantar nama dengan Setiausaha supaya saya boleh masukkan sekali.
Kita ada juga hantar ini nama-nama tapi kelmarin, kan, apabila berucap itu, tidak juga diguna pakai. Jadi, saya tidak percaya sudah itu nama-nama.
Okey. Selepas Tungku, Kemabong.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirahmanirahim Asalammualaikum WBT dan salam Sejahtera.
Yang pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri dan Kerajaan Negeri atas Pembentangan Rang Undang-undang pada pagi ini dalam rangka dan usaha kita untuk memperkasakan sistem dan urus tadbir Kerajaan. Okey. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh ini. Cuma, saya bagi dia dalam bentuk point formlah, Yang Berhormat Speaker, ya? Seksyen baharu 3(a), ya? Enakmen ini dipinda dengan memasukkan selepas Seksyen 3, Seksyen yang berikut:
Tujuan penubuhan taman ataupun simpanan alam semula jadi.
Ini adalah satu inisiatif yang baik, yang harus dipuji. Namun demikian, engagement haruslah dibuat. Sama ada dengan komuniti ataupun dimasukkan dalam program sekolah. Di mana sekolah rendah hendaklah diajar subjek mengenai taman dan juga simpanan alam semula jadi. Ini bagi memudahkan kita memberikan pendedahan awal kepada masyarakat bagaimana pentingnya kita menjaga kita punya taman dan alam semula jadi.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin merujuk kepada Seksyen baharu 17(a) mengenai Pelan Pengurusan. Pelan Pengurusan ini amat penting Yang Berhormat Menteri, ya? Sebab kita tidak mahu nanti taman-taman yang kita wartakan nanti ataupun yang kita keluarkan daripada hutan simpan whatsoever akan
menjadi satu rancangan yang macam gajah putih sahaja. Kita tidak mahu begitu. Kita mahu apabila kita mewartakan sebuah kawasan sebagai satu kawasan taman, ianya yang pertama sekali, ianya akan memberikan impak kepada masyarakat. Kedua, ianya akan memberi impak kepada ekosistem kita dan seterusnya, ianya memberi impak kepada limpahan ekonomi kepada negeri dan masyarakat. Jadi, Pelan Pengurusan Taman ini mestilah dibuat sebaik mungkin dan mestilah melibatkan pakar-pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan dan mungkin kita boleh menghantar kakitangan kita ke luar negara untuk belajar daripada negara-negara lain bagaimana mereka menguruskan taman-taman mereka.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, Perkara Pindaan kepada Seksyen 45, Subseksyen 45(ii) Enakmen ini dipinda Bahagian C untuk menetapkan atau menentukan taman atau simpanan alam semula jadi kepada pelbagai zon atau kawasan bagi memudahkan pengurusan dan kawalan yang patut dan berkesan. Ini penting. Kita bercakap soal CUZ ini. Community Use Zone. Setiap taman mestilah ditandakan perkara ini supaya tidak ada konflik dengan masyarakat setempat yang menduduki kawasan taman. Sebagai contoh, pengalaman kita sebelum inilah. Kalau di kawasan taman di daratan di mana kita ada ekosistem, ada hutan, ada sungai tapi sebelum itu memang ada sudah masyarakat orang asli yang tinggal di situ. Therefore, daripada kita bawa kes ini ke mahkamah, tangkap sana, tangkap sini, mungkin Kerajaan sudah tiba masanya untuk mengambil pendekatan di mana mesti ada CUZ dalam setiap taman di mana komuniti setempat boleh menggunakan taman untuk kelangsungan hidup mereka. Sebab mereka sudah jauh lebih awal wujud di situ berbanding dengan pewartaan taman dan sebagai cadangan Yang Berhormat Menteri, ya? CUZ ini. Pewartaan Taman Teluk Darvel yang akan diwartakan pada bulan Mac nanti kalau boleh, satu kawasan CUZ haruslah dibagi kepada masyarakat. I’m sorry kalau sensitif sikit tapi saya cakaplah. Biarlah untuk kepentingan saja. Masyarakat Palauh.
Mereka ini adalah orang asli lautan yang ada di negeri Sabah dan mereka ini aset terbesar kita ini. Cuma sekarang ini, keadaan kehidupan mereka agak tidak teratur, tidak tersusun sebab tidak ada orang yang mengambil berat soal kehidupan mereka ini dan tidak ada di antara kita ini yang mahu mengakui mereka ini sama ada rakyat kitakah, apa-apalah dan mereka dibiarkan begitu sahaja dan we must remember,
masyarakat Palauh ini adalah orang laut yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai hidupan laut.
Jadi, cadangan saya, kita wujudkan satu kawasan CUZ bagi masyarakat ini di mana masyarakat Palauh yang ada sekarang berkeliaran di sana sini, ada perkampungan atas air. Di atas pulau. Dekat pulaukah di mana? Di mana perkampungan ini akan dibuat, disusun sebaik mungkin. Perkampungan dia tersusun. Ada sekolah. Mungkin, TASKAkah, TABIKAkah untuk kita memberikan pendidikan awal kepada mereka sebab mereka ini they are all human being. Being human, kita tidak boleh membiarkan mereka begitu sahaja. Adalah amat menyedihkan apabila baru-baru itu berlaku di mana kita merobohkan. Tak apalah, saya gunakanlah perkataan merobohkanlah. Kita merobohkan tempat kediaman mereka yang menjadi isu seluruh dunia dan ini tidak bagus kepada kita punya pelancongan.
Jadi, untuk Teluk Taman Darvel ini, kalau boleh Yang Berhormat, kita mesti ada CUZ di mana penempatan ataupun kampung-kampung tradisi masyarakat Palauh kita buat bagus-bagus. Sediakan pendidikan. Sediakan kemudahan kepada mereka dan jadikan mereka sebagai renjer laut ataupun guardian of the sea sebab mereka jadi lebih tahu ini. Kalau kita ada renjer hutan, biarkan mereka jadi renjer laut. Ajar mereka kepentingan mereka menjaga ekosistem ini sebab ini adalah kehidupan mereka. Kalau kita di darat ini, bukan kita tahu hal-hal di laut tapi mereka ini cuma pakar ini laut. Boleh menyelam sampai berminit-minit dalam laut dan boleh tahu mengenai kehidupan di dalam laut.
Jadi, kalau boleh saya mencadangkanlah. Salah satu Pelan Pembangunan apabila kita masukkan CUZ, mestilah mengambil kiranya. Jadi, selain daripada masyarakat Palauh tadi itu, begitu juga kalau ada orang asli. Sebagai contoh, ada kawasan-kawasan taman di Trusmadi or whatsoever. Masyarakat Murut kita yang berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan mereka ini tidak tahu mengenai macam tadi ada yang sebut, Kalau potong kayu besar ini tidak salah tapi potong kayu besar ini salah. Sebagai contohlah. Jadi, mereka ini mesti mahu didik. Jadi, itu mengenai perkara Pindaan Seksyen 45.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri, mengenai Akaun dan Laporan. Ini penting. Sebab setiap kita mestilah mengetahui, kan? Bagaimana
prestasi? Bagaimana pengurusan kewangan? Sebab akhirnya nanti kejayaan apa juga Rancangan Kerajaan sama ada bentuk pewartaan ataupun apa, dinilai dari segi angka yang kita terima.
Kita tidak mahu nanti pewartaan satu-satu kawasan sebagai taman akhirnya bukan menjadi sumber kewangan dan keuntungan kepada Kerajaan tapi menjadi beban pula kepada Kerajaan. Jadi, laporan ini, akaun ini mestilah dilaporkan kepada Kabinet dan dilaporkan juga kepada Dewan Undangan ini supaya kita boleh membagi cadangan dan teguran apa-apa yang berkaitan.
Seterusnya, pengkompaunan kesalahan, okey. Saya faham bahawa kita mempunyai kuasa-kuasa yang kita bagi kepada kita punya pegawai dan apa semualah. Jadi, bagi maksud tersebut sebenarnya Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri ...
Menteri, kalau boleh saya mencadangkanlah, pewujudan dan pelantikan Renjer Kehormat, Renjer Komuniti bagi kawasan-kawasan taman yang berdekatan, hendaklah dilakukan sebaik mungkin. Di mana Renjer Komuniti ini adalah menjadi sebagai the watchdog kepada kita punya kakitangan, dalam usaha mereka memelihara taman-taman ini. Kadang-kadang, kita sedar dan tahu bahawa keupayaan kakitangan kita agak terhad, kita kekurangan board, kita kekurangan apa ni kakitangan tetapi kalau kita ada Renjer Komuniti di kawasan tersebut, yang memberi laporan kepada petugas-petugas kita ataupun kakitangan kita mengenai apa juga aktiviti komuniti setempat yang bercanggah dengan polisi taman, dan dilaporkan dengan ada bukti, dan daripada itu akhirnya nanti pihak-pihak taman boleh mengambil tindakan.
Jadi pelantikan Renjer Komuniti haruslah juga dilihat dalam kes ini, jadi sekali lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri saya mengucapkan tahniah atas Rang Undang-undang, this a good one okey dan sebagai tonggak ketiga kepada kita punya ekonomi negeri, saya rasa ini adalah satu, satu langkah yang bijak tetapi pastikan ianya mestilah mencapai matlamat apa yang kita harapkan, dan yang
paling penting, kita haruslah menjaga kita punya ekosistem supaya akhirnya nanti moving forward, kita akan mampu menjadikan negeri ini, negara ini siap dan selesa untuk diduduki oleh generasi kita di masa akan datang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tungku, satu cadangan yang bagus. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kemabong.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar khasnya Yang Berhormat Menteri mengemukakan satu Rang Undang-undang di Dewan yang mulia ini. Saya hanya akan menyentuh dua seksyen dalam enakmen ini, iaitu Seksyen Baharu 3A. Saya lihat tidak ada dimasukkan penguatkuasaan untuk tadahan air, walaupun Tuan Speaker, walaupun kuasa untuk tadahan air itu adalah di berada di bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran, sumber air, kebersihan air Jabatan Pengairan dan Saliran. Tetapi dalam Enakmen ini, Seksyen Baharu 3A ini, saya mengesyorkan supaya juga dimasukkan taman apa ni, sumber air dalam konteks alam sekitar.
Saya telah mengadakan beberapa mesyuarat di daerah Tenom bertahun-tahun, bersama-sama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran tetapi nampaknya sehingga hari ini, belum berhasil, iaitu tujuan kami di peringkat Jawatankuasa Pencegahan Sumber Air di Tenom yang dipengerusikan oleh pegawai daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga saya, saya kalau tidak silap saya, Jabatan Alam Sekitar juga ada hadir, Jabatan Air dan beberapa jabatan yang dimasukkan, tapi nampaknya kurang berhasil. Saya mohon mencadangkan supaya dimasuk juga tadahan air dalam perkara ini.
Oleh kerana kita lihat di beberapa tempat termasuklah di kawasan saya, tidak ada satu undang-undang khusus, enakmen yang khusus untuk menjaga kebersihan sumber air di tempat-tempat tertentu, di kampung-kampung tertentu dan ini mengakibatkan sering kali ianya diceroboh oleh pihak pembalak ataupun mereka-mereka yang membuat ladang. Walhal pada ketika ini, ramai masyarakat penduduk kampung di kawasan saya menggunakan sumber air paip graviti, ini telah
diperkenalkan sekian lama, tetapi nampaknya tidak ada satu akta untuk melindungi sumber air ini.
So, saya sekali lagi mohon mencadangkan supaya dimasukkan sumber air dan yang, yang seksyen yang kedua ini ialah Seksyen 51B. Saya mencadangkanlah supaya untuk membantu Jabatan Alam Sekitar ini, renjer-renjer yang dilantik ini supaya mungkin boleh pihak JKK dimasukkan dalam komuniti renjer, ataupun juga pihak pengawal dalam program ini supaya maklumat-maklumat daripada mana tempat yang berkenan itu, dapat disampaikan oleh pihak badan JKK kerana kita sedia maklum bahawa JKK akan memastikan sumber air mereka itu adalah terjaga. So sebab itu, kita perlu pihak JKK ataupun ketua kampung untuk terlibat dalam menjaga sumber air mereka. So, itu saja Tuan Speaker dalam dua Seksyen ini 3A dan juga Seksyen 51B. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kemabong, itu saja pembahas-pembahas yang telah menyertai perbahasan dalam Rang Undang-undang itu. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Speaker, pertama, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta membahas dan seterusnya memberi sokongan, cadangan dan pandangan mengenai ruang … Rang Undang-undang Enakmen Taman-Taman Pindaan 2024. Dengan pelaksanaan pindaan ini, usaha untuk memperkukuhkan pengurusan taman dan simpanan alam semula jadi di Sabah akan diperting … dipertingkatkan selaras dengan matlamat pembangunan lestari atau Sustainable Development Goals (SDG). Langkah ini dijangka memberi impact positive kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi negeri ini dalam jangka panjang. Pindaan ini juga memastikan taman dan simpanan alam semula jadi dilindungi dengan lebih berkesan serta diberi sumber yang mencukupi untuk berkembang selaras dengan cabaran perubahan iklim dan ancaman manusia pada masa kini.
Sehubungan dengan itu, semua isu yang cadangan yang dibangkitkan akan diberi perhatian serius dan tindakan sewajarnya akan diambil untuk memastikan keberkesanaan. Setiap soalan yang telah dikemukakan akan dijawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat. Segala …
Sorry, sekali lagi saya mengucapkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen semua pihak dalam usaha memelihara dan memajukan khazanah alam semula jadi negeri ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Taman-Taman (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Taman-Taman (Pindaan) 2024.
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?
Jawatankuasa hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera
dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal no. 1 hingga 15 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal no. 1 hingga 15 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa yang telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga, hari apa?
Tuan Speaker, sekarang, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Taman-taman (Pindaan) 2024Bill
Enakmen Taman-taman (Pindaan) 2024.
Rang Undang-Undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan)
2024
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024, bacaan pertamaBill
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024, bacaan pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1981.
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024.
Bacaan kedua, bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024, bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024, bacaan kedua.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, pertama sekali, marilah kita manjatkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana memberikan kita peluang untuk bersama-sama hadir dalam sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri yang Ke-16 pada hari ini, yang mana, saya akan membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024 yang akan dibahas dan seterusnya diluluskan dalam sidang ini.
Suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bahawa pindaan Enakmen ini adalah satu pindaan yang amat penting dan sangat perlu dibuat untuk memastikan dasar keterjaminan makanan dapat kita laksanakan sebagai baik, seberapa baik yang boleh, khasnya bagi sektor padi dan beras, sebagai makanan ruji kita.
Saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernama Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaa)n 2024, dibaca kali kedua sekarang. Rang Undang-undang yang saya akan bentangkan ini, adalah bertujuan untuk membuat Enakmen Lembaga meminda Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1981 bagi tujuan antaranya untuk memperluaskan fungsi umum mana-mana lembaga yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini, serta memasukkan peruntukan-peruntukan berkenaan dengan penguatkuasaan agar fungsi-fungsi baru yang dicadangkan itu, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien. Tuan Speaker, perkembangan geopolitik dunia pada masa ini yang kurang stabil seperti berlakunya perang di Ukraine dan Palestine, konflik di Taiwan, China dan
ketegangan politik di Laut China Selatan boleh menyebabkan bekalan makanan kita di Sabah terputus atau habis, khasnya bekalan beras yang kini kita sangat bergantung kepada bekalan beras yang diimport dari negara luar seperti India, China dan Thailand dan Vietnam.
Oleh yang demikian, kita di Sabah, hendaklah sangat berhati-hati dan menitikberatkan keperluan penyediaan bekalan makanan domestik sentiasa terjamin, iaitu dengan cara kita mempunyai pengeluaran bekalan makanan sendiri yang mencukupi keperluan rakyat, terutama dalam keadaan krisis tersebut yang boleh memuncak pada bila-bila masa.
Keperluan memberi tumpuan kepada penyediaan bekalan beras yang mencukupi ini juga semakin mendesak kerana trend pengeluaran beras atau self-sufficiency atau SSR, beras tempatan kita semakin menurun setiap tahun sama ada SSR beras, di peringkat Sabah ataupun SSR beras di peringkat kebangsaan sebagai contoh SSR.
… beras tempatan Sabah menurun dari 31.8 ah, 3% tahun 2010, 25.65% tahun 2012 dan 22.6% tahun 2022 dan terus merosot kepada 22% pada tahun 2023. Di peringkat Kebangsaan pula SSR beras tempatan Malaysia juga merundum daripada paras 63% pada tahun 2010 kepada paras 62.6%, 2022 dan hanya 56.2% pada tahun 2023.
Senario kadar SSR beras tempatan yang menurun ini, mungkin sama juga di peringkat nasional disebabkan oleh beberapa faktor seperti umur petani yang semakin meningkat, iaitu berumur melebihi umur 55 tahun menyebabkan produktiviti mereka menurun. Para belia yang merupakan anak para petani ini juga pula tidak berminat dalam bidang pertanian padi, yang mana mereka lebih berminat dalam bidang-bidang pekerjaan yang lain seperti kerja di kilang, industri meskipun terpaksa berhijrah di negeri-negeri lain, di Semenanjung.
Selain daripada itu, penurunan SSR yang juga disebabkan penurunan kawasan-kawasan penanaman padi oleh kerana terdapat persaingan penggunaan tanah, dan tanah-tanah pertanian penanaman padi ini di … bertukar menjadi kawasan pembinaan perumahan umpamanya, pembinaan jalan raya, pembinaan kawasan perindustrian dan kawasan-kawasan … menjadi kawasan-kawasan terbiar. Sebagai contoh, pada tahun 2010 terdapat 38 000 hektar sawah padi yang mana jumlah kawasan tersebut telah berkurangan kepada 24 013 hektar pada tahun 2023. Faktor yang lain menyumbang kepada penurunan kadar, penurunan kadar SSR ini adalah ah, kekurangan jentera pertanian seperti traktor pembajak, jentera transplanter dan jentera combine harvester ini juga menyebabkan banyak kawasan sawah padi tidak dapat diusahakan dan menjadi kawasan sawah terbiar yang kini mencecah keluasan 8 000 hektar.
Seterusnya faktor yang juga menyebabkan kadar SSR beras Sabah menurun adalah faktor penambahan penduduk terutama di Sabah yang tinggi, menyebabkan jumlah beras turut bertambah tinggi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Sabah pada tahun 2010 ialah 2.9 juta orang. Ini meningkat kepada 3.5 juta orang pada tahun 2023 dan kini meningkat kepada 3.7 juta orang. Dengan Sabah ialah menduduki tangga yang kedua dari segi negeri yang ramai penduduk selepas Selangor. Belum lagi kira yang PTI-PTI ini.
Tuan Speaker, bagi mengatasi perkara ini, Kerajaan Sabah di bawah pimpinan perpaduan ah, Gabungan Rakyat Sabah atau GRS telah mengenal pasti sektor pertanian sebagai salah satu sektor utama yang menjadi teras dan tumpuan untuk dimajukan di dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya. Di antara inisiatif yang telah Kementerian saya lakukan ialah menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Sabah, atau L, LPBS yang telah ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1) Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1981 melalui pemberitahuan dalam Warta pada 23 Mei 2024. Setelah penubuhan ini diperkenankan oleh Yang … Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negari Sabah pada 26 hari bulan 2024.
Setakat pada hari ini, Kerajaan telah melantik Ahli Lembaga Pengarah LPBS, Pengurus Besar dan mengenal pasti Timbalan Pengurus Besar LPBS sementara
kakitangan yang lain sedang dalam proses pelantikan selepas jawatan-jawatan dapat diwujudkan.
Tuan Speaker, Kerajaan Sabah pada awalnya telah menubuhkan Lembaga Padi Sabah atau LPS pada waktu itu, pada tahun 1967 di bawah Ordinan Lembaga Keluaran Pertanian 1963 No. 23 Tahun 1963 di bawah Agricultural Produce Board 1963 dengan tujuan memajukan sektor pertanian padi.
Di antara sasaran yang ditetapkan untuk LPS ketika itu adalah untuk mencapai hasil pengeluaran 600 kilogram padi setiap ekar. Namun setakat pada tahun 1979, hasil pengeluaran padi ialah hanya 400 kilogram setiap ekar. Oleh yang demikian, LPS, Lembaga Padi Sabah telah dibubarkan pada tahun 1981 dan operasinya diambil alih oleh Lembaga Padi Negara atau LPN yang telah meluaskan operasinya di Sabah pada tahun tersebut.
Pembubaran LPS telah menyebabkan Ordinan Lembaga Keluaran Pertanian 1963 dipinda untuk di … untuk memasukkan klausa pembubaran LPS dan pada tahun yang sama Ordinan Lembaga Keluaran Pertanian 1963 telah dimansuhkan dan diganti dengan Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1981 No. 18 Tahun 1981, Agricultural Produce Board Enactment.
Tuan Speaker, pindaan enakmen ini adalah sangat penting dan perlu dibuat untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi bidang kuasa Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian supaya dapat dijadikan sebagai punca kuasa kepada operasi Lembaga Padi dan Beras Sabah.
Selaras dengan perkara ini, Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian Pindaan 2024 yang digubal ini mengandungi 12 fasal dengan perincian seperti beriku:
Fasal 1 - Memperuntukkan tajuk enakmen dan permulaan kuat kuasa enakmen adalah pada tarikh penyiarannya dalam Warta; Fasal 2 - bertujuan untuk memasukkan takrif baharu bagi enakmen ini agar jelas penggunaannya dalam enakmen manakala Fasal 3 pindaan …
… pindaan kepada Subseksyen 17 (1) dan Fasal 4 adalah pindaan Subseksyen 20 (1), bertujuan menyeragamkan kandungan enakmen ini agar selaras takrif yang dimasukkan di dalam Fasal 2.
Fasal 5 bertujuan, untuk meminda Seksyen 24 bagi dimasukkan, bagi memasukkan fungsi-fungsi baharu. Lembaga selaras dengan objektif Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian, iaitu memajukan kebajikan industri pertanian dan ternakan dan pemasaran keluaran tertentu. Fungsi-fungsi baharu lembaga yang dimasukkan di bawah Subseksyen 24 ini, iaitu:
Untuk merumus matlamat dasar dan keutamaan bagi pembangunan dan pentadbiran industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga itu ditubuhkan.
Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju dan kemampanan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengan penubuhan lembaga itu.
Untuk memberi bantuan kepada mana-mana perbadanan atau pertubuhan atau orang, bagi pembangunan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya lembaga itu ditubuhkan termasuklah bantuan kewangan dalam bentuk geran, subsidi, pinjaman atau sebaliknya.
Untuk kerjasama dengan atau bertindak sebagai agen atau agen pengurus bagi atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak Kerajaan atau mana-mana perbadanan atau pertubuhan atau orang mengenai perkara berkaitan yang berhubungan dengan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, Lembaga itu ditubuhkan.
Untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan pertubuhan lain di dalam atau di luar Malaysia sebagainya yang difikirkan perlu.
Bagi selanjutnya, memperkukuhkan industri apa-apa keluaran bagi selanjutnya memperkukuhkan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga ini ditubuhkan. Untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundangan dan perkhidmatan berkaitan dengan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga ini ditubuhkan.
Untuk mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkan perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga ini ditubuhkan.
Untuk melantik, melantik agen perkara atau orang lain untuk melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dijalankan dalam melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan dengan baik maksud enakmen ini.
Untuk mengumpul maklumat dan menyelenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan industri bagi apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga ini ditubuhkan.
Untuk mengeluarkan lesen, perakuan permit dan kelulusan sebagaimana yang dikendaki di bawah Enakmen ini dan untuk menjalankan semua aktiviti yang lembaga dapati perlu berfaedah atau mudah bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah enakmen ini.
Tuan Speaker, Fasal 6 pula adalah bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu, iaitu Bahagian 6A mengenai penguatkuasaan yang mengandungi Seksyen 37A, 37B, 37C, 37D, 37E, 37F, 37G, 37H, 37I, 37J, 37K, 37L, 37M, 37N, 37O, 37P, 37Q, 37R, 37S, 37T dan 37U.
Seksyen-seksyen baharu ini, memperuntukkan kuasa untuk menyiasat, menggeledah dan menyita dengan waran, menggeledah dan menyita tanpa waran. Kuasa untuk menggalak, mengelak premis, kuasa untuk memasuki premis, capaian kepada data berkomputer, kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita,
mengangkut senarai benda yang disita, kos memegang apa-apa keluaran yang disita, perlucutan hak, atau perlepasan keluaran yang disita dan sebagainya termasuklah peruntukan hadiah dan perlindungan pemberi maklumat. Tuan Speaker, seterusnya bahagian penguatkuasaan ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang bersifat am yang juga terdapat di dalam enakmen-enakmen yang lain seperti Enakmen Bekalan Gas 2023, Enakmen Bekalan Elektrik 2024, Enakmen Tenaga Diperbaharui 2024 dan Enakmen Pengubahan Tenaga Haba Lautan Akta 2024 atau Ocean Thermal and Energy Conversion Enactment 2024 serta tidak bertentangan dengan Kanun Tatacara Jenayah ataupun Kanun Keseksaan. Ini bererti ini bukan satu yang baharu tetapi telah pun digunakan dan kita gunakan juga aspek yang sama dalam penguatkuasaan ini. Malahan Enakmen Lembaga Industri Getah 1961 juga dipinda pada tahun 2012 untuk memasukkan bahagian penguatkuasaan yang mengandungi peruntukan am yang sama seperti dalam Rang Undang-undang ini.
Tuan Speaker, seterusnya, Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 38A, D dan C yang berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan oleh Pertubuhan Perbadanan Pengkompaunan, Kesalahan dan Penalti.
Fasal 8 pula, bertujuan untuk memasukkan Seksyen 40A untuk memperuntukkan bagi tujuan undang-undang bertulis berkaitan dengan Hak Anak Negeri. Lembaga hendaklah disifatkan sebagai anak negeri.
Fasal 9, bertujuan untuk meminda Seksyen 41 dengan memotong perkataan atau peraturan-peraturannya bagi tujuan penyeragaman. Fasal 10 bertujuan untuk meminda Seksyen 47, untuk menambah baik peruntukan sedia ada mengenai pendakwaan dan Fasal 11 bertujuan …
…untuk memotong Seksyen 48 yang sudah tidak releven lagi, dan akhir sekali, Fasal 12 pula, bertujuan untuk
meminda Seksyen 49 bagi menambah baik kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk membuat peraturan-peraturan di bawah enakmen ini.
Tuan Speaker, demikianlah penjelasan saya berkaitan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian Pindaan 2024, yang mana semua pindaan yang dicadangkan ini berniat baik untuk memperkukuhkan Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian, supaya menjadi punca kuasa yang komprehensif kepada apa-apa lembaga yang ditubuhkan. Melaluinya yang mana pada masa ini lembaga itu ialah hanya Lembaga Padi dan Beras Sabah.
Rang Undang-undang ini, tidak akan melibatkan dan tidak mempunyai implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Oleh itu, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat Bongawan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, terima kasih Datuk Speaker kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Keluaran Petani Pertanian No.18 Tahun 1981 Pindaan 2024. Kali ini, untuk menyuarakan pendapat dan cadangan berdasarkan kepentingan rakyat.
Datuk Speaker, sebagaimana semua Ahli Yang Berhormat maklum, Kabinet Negeri bersetuju berkenaan penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah. Dan perkara ini telah mendapat perkenan penubuhan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 26 April 2024. Saya dimaklumkan, sejumlah RM70 juta telah diperuntukkan untuk penubuhan lembaga ini, manakala bagi tahun 2024 sebanyak RM1.82 juta telah diperuntukkan di bawah belanja Belanjawan Negeri Sabah 2024, untuk penubuhan semula organisasi Lembaga Padi dan Beras Sabah. Saya ingin mengetahui, perincian penubuhan lembaga ini menggunakan perbelanjaan yang amat tinggi.
Selain itu Datuk Speaker, bagaimanakah baki RM68.18 juta ini digunakan untuk pembangunan Industri Padi dan Beras Negeri Sabah? Dan adakah baki ini mencukupi untuk membangunkan Industri Padi dan Beras Negeri Sabah? Datuk Speaker, saya ingin mengajak, semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama memikirkan, apakah isu akar yang menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan SSL, ataupun tahap kecukupan sara diri tanaman padi ini rendah di negeri di dalam negeri. Pada pendapat saya, sehebat manapun Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian No. 18 tahun 1981 ini. Sekiranya isu asas pertikus, pembajakan yang tinggi, kekurangan mekanisasi, masalah bekalan air serta tikus, baja dan racun yang tinggi tidak diselesaikan. SSL beras Negeri Sabah tidak akan mencapai. Isu baru yang perlu ditangani adalah untuk menarik minat golongan belia untuk mengusahakan tanaman padi, penggunaan drone ataupun artificial ataupun AI. Internet of Thinks atau IOT sangat membantu dalam menarik minat golongan belia mengusaha atau menyambung usaha penanaman padi keluarga. Kita tidak perlukan locked sains projek untuk membangunkan tanaman padi di negeri tercinta ini. Kita hanya perlu selesaikan isu asas ini sahaja.
Datuk Speaker, insentif pembajakan sawah padi sahaja menelan belanja tidak kurang daripada RM23 juta setahun. Sekiranya semua kawasan padi tanaman kawasan padi atau penanam padi sebanyak dua kali setahun, kadar semasa subsidi pembajakan RM200.00 per ekar ataupun RM494.00 per hektar, adalah sudah tidak releven dengan peningkatan kos bahan bakar, kuasa buruh, kos pengangkutan dan penyelenggaraan jentera.
Pindaan Seksyen 24(B) dengan memasukkan selepas perenggan B, iaitu perenggan E yang berbunyi, “untuk memberi bantuan kepada mana-mana perbadanan, pertubuhan ataupun orang bagi pembangunan industri, apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya, lembaga itu ditubuhkan termasuk bantuan kewangan dalam bentuk geran, subsidi, pinjaman ataupun selainnya”.
Pada pendapat saya, penubuhan organisasi lembaga ini sahaja telah memakan belanja sebanyak RM1.82 juta. Bagaimanakah pula nanti dengan pelaksanaan dasar atau objektif dan perenggan pada perenggan (E) ini nanti? Seharusnya, fokus
pada mekanisme pengurangan kos pembajakan padi, atau meningkatkan subsidi pembajakan padi terus kepada penerima subsidi. Lanjutan daripada isu peningkatan kos pembajakan, serta cadangan meningkatkan kadar subsidi pembajakan padi ini, saya percaya, Jabatan Pertanian Sabah telahpun mengutarakan cadangan sedemikian. Namun, MAFI selaku penggubal Dasar Pertanian Negeri Sabah, dan kini dengan wujudnya lembaga ini, kemelut kemerosotan SSL beras negeri Sabah sudah seharusnya selesai pada peringkat perancangan, iaitu penggubalan dasar. Untuk kawasan padi seluas 24000 ribu 13 hektar di Sabah, kira-kira 480 jentera membajak dan 240 jentera menuai diperlukan. Namun begitu, hanya 211 ataupun 44% jentera membajak dan 143 ataupun 60% jentera penuai beroperasi secara aktif setakat Mei 2023. Apakah status semakan kesediaan mekanisme asas ini setakat Oktober 2024? Berapa peratus tambahan bagi jentera membajak dan jentera menuai sejak daripada tahun 2023 hingga 2024? Berapakah jumlah peruntukan yang terlibat dalam pertambahan ini? Sekiranya dibuat unjuran dengan kadar pertambahan peruntukan yang sama, sampai bilakah keperluan jentera asas ini dapat dipenuhi? Adakah peranan ataupun fungsi Jabatan Pertanian Sabah dalam membangunkan Industri Padi dan Beras Negeri…
… akan bertindih. Terutamanya pada pindaan Seksyen 24B dengan memasukkan selepas perenggan B, iaitu perenggan H yang berbunyi “untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan industri apa-apa keluaran berkenaan dengan lembaga ditubuhkan”. Adakah peranan Jabatan Pertanian Sabah dalam membangunkan tanaman padi semakin mengecil ataupun mengucup? Adakah dengan hanya memfokuskan pada pemberian subsidi padi dan penghasilan benih padi High Yielding Variety atau HYV sahaja. Adakah peranan Jabatan Pertanian Sabah dan Lembaga ini telah jelas dibincangkan serta wujudkan pengasingan kuasa. Pengasingan kuasa yang bagaimanakah telah dibincangkan? Datuk Speaker, Pada bahagian 6A, iaitu penguatkuasaan perenggan 37 B(1) menyatakan bahawa Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-
mana Pegawai Awam atau pun Pegawai Lembaga untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di enakmen ini. Apakah maksud tersirat dalam perenggan ini? Pewujudan Lembaga ini dengan kos yang tinggi masih mengambil tarif Pegawai Awam dari jabatan agensi lain untuk berkhidmat dengan Lembaga. Bagaimana dengan tugas hakiki mereka? Kita semua maklum isu kekurangan kakitangan di setiap jabatan, agensi terutama di bawah MAFFI masih wujud. Adalah lebih baik jika Lembaga mempunyai pasukan yang lebih tersusun dan mencukupi serta memenuhi kehendak pembentukannya sebelum ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 yang juga merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Berkenaan kejayaan penanaman padi di Parlimen P180 Keningau yang mencapai purata hasil 8.85 matrik tan per hektar. Projek yang dimulakan pada penghujung tahun 2023 mencatat rekod hasil tuaian sebenar di beberapa lokasi yang merekodkan hasil tertinggi dalam sejarah negeri Sabah, iaitu melebihi 9 matrik tan per hektar. Pada penuaian bulan April 2024 ini menunjukkan bahawa variati padi keluaran Jabatan Pertanian Sabah adalah bermutu dan mampu mengeluarkan hasil yang tinggi. Namun begitu, bagaimanakah pencapaian bagi tahun 2024, adakah peruntukan yang sedia untuk Lembaga ini ataupun pada Jabatan Pertanian Sabah mencukupi untuk membekalkan benih TR8 berkenaan kepada seluruh penanam padi seluas 24 000 hektar ini. Saya dimaklumkan, Tuan Speaker, Kerajaan Sabah akan meneruskan kajian terhadap variati padi yang sesuai ditanam di kawasan sawah padi yang dimasuki air masin khususnya di Pantai Timur Sabah dan teknologi tanaman padi tanah kering juga akan diperkenalkan kepada petani. Sejauh mana progress kenyataan ini? Adakah penyelidikan ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah atau pihak Lembaga. Fungsi tugas Lembaga ini seharusnya lebih jelas sebelum diwartakan.
Datuk Speaker, bak kata orang Brunei, “Sama jua usulnya.”
Jika fungsi tugas ini tidak jauh bezanya daripada apa insentif yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Belanjawan 2025. Datuk Speaker, menyediakan peruntukan sebanyak RM161.05 juta bagi program menaik taraf infrastuktur, pengairan dan saliran di seluruh Sabah. Ini akan dapat meningkatkan pemboleh daya pengeluaran padi di Sabah. Walaupun tidak mencukupi untuk
menaik taraf keseluruhan sistem pengaliran padi negeri Sabah. Namun begitu, seperti pada Belanjawan Sabah tahun 2024, Belanjawan Negeri Sabah 2025 kali ini juga tidak memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi seperti drone, AI, dan juga IOT. Adakah penggunaan AI dan IOT dalam industri padi ini akan diselaraskan oleh pihak Lembaga? Apakah fokus dan hala tuju Lembaga terhadap penggunaan AI dan IOT ini? Adalah telah diwujudkan satu modul pertanian pintar yang dapat memberikan manfaat penuh kepada industri padi negeri Sabah. Modul tersebut hendaklah bersifat holistik merangkumi aspek asas seperti peningkatan produktiviti kerja, peningkatan hasil, mengoptimumkan atau meminimumkan kos penanaman, kos kawalan makhluk perosak dan juga kos buruh serta mengoptimumkan penggunaan air. Adakah enakmen atau RUU ini telah merangkumi aspek penggunaan AI dan juga IOT ini.
Datuk Speaker, pada tahun 2022, Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah menyatakan Sabah memerlukan dana sebanyak RM10 billion untuk membangun industri padi. Nampaknya jumlah yang diperuntukkan untuk industri padi di bawah Belanjawan Sabah 2025 adalah masih kecil dan tidak mencukupi sama ada melalui MAFFI, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Lembaga Padi dan Beras Sabah.
Untuk mencapai matlamat pembangunan ini, padi beras Sabah fokus Kerajaan mestilah keterjaminan makanan dilihat tidak kukuh. Melalui agihan peruntukan ini, dan juga pembentukan RUU yang perlu diperkasakan lagi. Saya berharap melalui pindaan RUU ini penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Lembaga bertambah kukuh dan sejahtera untuk rakyat. Akhir kata, saya membawa semua Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama berfikir memantapkan lagi industri padi dan beras negeri Sabah. Apa yang saya harapkan adalah penubuhan Lembaga ini membawa agenda nasional padi dan beras negeri serta mampan dan sejahtera untuk kepentingan rakyat. Sekian sahaja perbahasan daripada saya. Akhir sekali assalamualaikum WBT. Saya ingin menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bongawan. Yang Berhormat Karamunting, sila Karamunting sila off mic dulu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan untuk berucap.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin membahas Rang Undang-Undang Lembaga Keluaran Pertanian pindaan 2024 ini yang dibentangkan oleh Menteri … Menteri saya, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan ah, sebentar tadi. Datuk Speaker, I would debate briefly on this bill in English. First of all I congratulate the Minister for tabling this bill and I think is timely and important in developing and improving conditions of our agriculture producers.
Datuk Speaker, Referring to the amendment on section 24, ah, a total of 11 new sub section ah, other to the duties of this the board giving it such a broad responsibilities. I would like to seek clarification from the minister …
… regarding SubSection D and under Section 24, where it says the duty of the board is to implement policies and development to programme to ensure the viability and sustainability of industry of any product and so on.
My question Minister on for this particular amendment is would their implementation of policies and programme, by the board not overlap with the duties of the management headed by the general manager and it’s a officers. Three other SubSection under SubSection 24 has a same similar overlap of duties with the management. This is in the SubSection I, J, and M. So, my question Datuk Speaker to the Minister is that will it have overlap duties with the management. That’s one question. There are the one i would like ask for clarification is on the new section 40(A) where the board is deem a native.
Can the Minister clarify on the implication as well as to why the board should be deem a native. I know that several other enactment also has this kind of section that the entity is deem a native including the KPD but its important to us to hear why and also implication for this Lembaga Keluaran Pertanian of 2024. that’s all Datuk Speaker. Saya mohon menyokong.
Thank You Yang Berhormat Kapayan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sindumin.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin mengambil bahagian sedikit sahaja di, iaitu meminda Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1991 (Pindaan 2024). Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang mempunyai usul untuk meminda enakmen ini. Datuk Speaker, makanan adalah satu keperluan yang tidak akan berhenti. Selagi ada manusia, selagi itu perlu makanan. Dan untuk kita di Malaysia ini dan juga di Sabah bahawa beras ataupun nasi adalah makanan utama. Saya ingin mengimbau semasa kita kecil-kecil dahulu di Sipitang, di Ranau, barangkali di kampung-kampung, orang kampung tidak beli beras Datuk Speaker. Orang kampung tanam sendiri. Kampung saya jarang yang membeli beras. Mereka tanam sendiri dan kita ada istilah sekarang SSL ini Sub Sufficient Level yang mencukupi. Tapi masa itu kita faham bahawa orang kampung pekerjaan utama adalah bertani. Dan salah satu tanaman yang wajib ditanam adalah padi sama ada dia padi payah ataupun padi bukit. Tetapi keadaan berubah di mana kita sudah semakin maju. Ramai yang menjadi pegawai kerajaan, ramai yang bekerja dan menanam padi merupakan satu karier ataupun bidang yang tidak lagi digemari. Orang-orang muda tidak lagi bertanam padi. Cuma generasi lama sahaja.
Namun demikian, kerajaan telah pun menubuhkan beberapa inisiatif untuk menanam padi ini dan juga tanaman lain supaya kita mencapai satu tahap yang mencukupi untuk kita sekurang-kurangnya walaupun bukan untuk eksport. Tetapi usaha ini, usaha demi usaha, rancangan demi rancangan, nampaknya kita bukan semakin ke hadapan tapi semakin menurun. Semakin mundur. Beras yang kita keluarkan semakin tidak mencukupi. Kawasan yang kita buka, satu demi satu gagal. Datuk Yang di-Pertua Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Menteri apakah kita telah membuat kajian menyeluruh di Sabah ini. Ini kita bukan main sandiwara lagi. Kita beritahu apa yang sebenarnya yang berlaku di negeri kita ini. Kita mempunyai pelbagai subsidi, bantuan baja, bajak mesin. Tapi tahun demi tahun kita tidak boleh mencapai apa yang kita hajati. Saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan apa sebenarnya masalah kita ini. Masalah dari pelaksanaan, masalah
dari segi penyeliaan, masalah dari segi peralatan yang tidak baik ataupun baja yang tidak baik ataupun ada unsur-unsur lain seperti yang berlaku di Apas baru-baru ini. Jadi, ini perlu kita ihat. Kita lihat.
Kita selalu mendengar projek di bawah di Terusan Sapi. Kemudian, di Kota Belud dengan pelaburan yang begitu tinggi ratusan juta. Tetapi berbagai masalah timbul. Masalah saliranlah, masalah air masinlah, berbagai masalah. Tapi itu saya rasa cuma alasan sedangkan kita ini mempunyai teknologi dan cara-cara untuk mengatasi semua masalah itu. Apakah sebenarnya kita tidak berterus terang dalam hal ini. Dan kita kena bertanya kenapa Vietnam, Thailand, India, Kemboja berjaya. Bukan sahaja kecukupan untuk mereka tapi mereka boleh eksport. Ya, boleh kita katakan Vietnam adalah satu dataran Mekong yang subur. Kemudian India, Bangladesh ataupun kawasan lain juga mempunyai dataran yang subur tapi kita juga mempunyai dataran yang sedemikian yang serupa, yang serupa, yang boleh kita majukan. Dan kita tahu di Sabah ini, kita mempunyai banyak kawasan yang sesuai. Dan kalaupun bukan padi lembah ataupun kalau istilah orang Sabah padi payah, kita juga ada kawasan-kawasan bukit, padi bukit ataupun seperti dikatakan Yang Berhormat Bongawan tadi padi di kawasan tanah kering yang bukan yang tidak perlu saliran, iaitu kawasan padi bukit.
Datuk Speaker. Di kawasan saya Sindumin, ada satu kawasan namanya Long Pasia. Long Pasia ini kawasan tanah tinggi dan di situ ada seorang yang mengusahakan namanya Pangiran Salutan. Mudah-mudahan dia mendengar ucapan saya ini. Saya ucap tahniah kepada beliau. Pangiran Salutan di Long Pasia yang berjaya menanam Padi Aden organik. Mengapa beliau orang kampung ini boleh berjaya menanam dan ada hasil.
Kenapa kita tidak perluaskan pengetahuan ini.
Beliau telah mengusahakan dan pasaran satu kilo beras Aden ini dia, kalau di Sarawak dia panggil Beras Bario. Tapi saya bagitahu dengan saudara Pangiran Salutan, saya kata, “kita ada brand sini”. Jangan pakai Bario. Kita ada brand sini Beras Aden Long Pasia. Rasanya sedap dimakan, pasaran yang baik. Harga sekilo sekurang-kurangnya RM40.00. Itu untuk pasaran. Dan kalau untuk makan pun bagus. Saya pun hairan kenapa kita tidak boleh memajukan yang sebegini dan Kerajaan tidak pernah pun membuat penyelidikan ataupun pergi ke Long Pasia, lihat sana tanam, perluaskan Beras Aden Long Pasia ini. Dan saya kesian (kasihan), saya
telah dulu telah mengatakan kita perlu bantu tapi Kerajaan cakap ada, ada tapi tidak ada orang yang membantu. Jadi saya mintalah, kali inilah di bawah Kementerian ini, di bawah Lembaga Padi dan Beras yang baru kita tubuhkan dan sudah diluluskan ini, lihat-lihatlah juga kawasan Long Pasia.
Long Pasia ini Datuk Speaker luas. Tidak ramai orang yang ada dalam Dewan ini yang pernah ke Long Pasia ini kawasan saya. Jauhnya ialah 123 kilometer daripada Sipitang. Saya dengan Yang Berhormat Klias pergi ke sana, tidur di sana …
Cuacanya sejuk seperti di Switzerland.
Kalah Kundasang. Lebih kuranglah Kundasang. Pemandangannya cantik, indah, berbukit dan ia bukannya mengejut dia landai, rata. So, itu boleh ditanam dengan tanaman padi. Kerbaunya di sana gemuk-gemuk, besar-besar. Kenapa bila diusahakan kawasan Long Pasia ini yang menjauhnya luas sangat. Saya ingat ada puluhan ribu ekar di kawasan Long Pasia ini yang boleh kita majukan. Kalau kita gagal di Kota Belud, kita gagal di Terusan Sapi kenapa kita terlalu rigid untuk menjayakan yang gagal ini. Sepatutnya kita bantu yang berjaya.
Yang Berhormat Senallang dulu bagitahu untuk bantu masa saya ingat itu kisah lama. Kita mahu bantu Yang Berhormat Senallang pun ada pernah makan beras adan Long Pasia ini. Kenapa kita memaksa tempat yang gagal. Kita harus mencuba yang baru dan hari ini sudah ada teknologi. Kita boleh ambil teknologi Taiwan, kita boleh ambil teknologi daripada China, Vietnam. Kenapa kita tidak mau belajar. Saya minta Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan kita kena ubah strategi. Kalau kita paksa juga yang gagal ini tapi tentunya kita sudah belajar kenapa kita gagal. Sepatutnya kita perbaiki. Seharusnya kita sudah memperbaiki yang kita gagal di mana kita gagal dan kita harus cuba kawasan baru. Saya telah mengatakan Lembaga Padi dan Beras membuka di situ tapi ada pengusaha-pengusaha daripada luar. Kita boleh jemput daripada Taiwan, daripada China ataupun pengusaha di Vietnam yang ada pengalaman kita suruh mereka bertanam dua hingga tiga pusingan. Mungkin dalam dua tahun, mereka kita suruh mereka. Dan jikalau sudah
jadi, kita teruskan supaya ia kekal di situ dan kita ada transfer teknologi ajarlah orang kita daripada petani ataupun teknologi Taiwan ataupun China ini. Lagi satu Datuk Speaker, untuk kawasan-kawasan orang kampung di kawasan saya, kita ada skim. Skim Sindumin. Ada sudah tapak tapi Kerajaan bantu separuh masak. Maksudnya ada kadang-kadang ada bantuan, ada tidak. Jabatan Pertanian di Sipitang bukan macam dulu. Dulu ada mesin bajak. Saya tidak pasti. Bila kita tanya ada mesin bajakkah, tidak ada mesin bajak. Mungkin kita balik semula kepada tradisi supaya mesin-mesin bajak ini diberi kepada Persatuan Penanam-penanam Padi Tempatan dan Kerajaan membantu selengkap-lengkapnya dari segi salirannya, dari segi supervisionnya ataupun dari segi ataupun penyeliaannya, dari segi pemberian bajanya, dari segi pemberian racun serangganya kalau perlu. Tapi bila kita cuba berdialog, Kerajaan bagi baja style lama. Sekarang ni sudah ada baja jenis cecair. Saya tidak tahu. Saya ada membekal melalui peruntukan ADUN beri kepada penanam padi ini, mereka kata baja cecair baja air ini bukan air, baja tapi dalam bentuk cecair yang boleh disembur. Bukan lagi baja biji ataupun baja yang bulat atau seperti partikel itu. Dia ada sekarang. Saya tidak tahu teknologi yang tahu Yang Berhormat kerana di bawah Kementerian Yang Berhormat. Jadi saya mintalah supaya kita gembleng semua. Membakut banyak kawasan tanah tapi kawasan Yang Berhormat Membakut, banyak tanah tapi kita tengok yang ada pulau lalang juga. Kalau bahasa Brunei pulau tali juru, Pulau Dampul hutannya. Di Sipitang kawasan saya di kampung saya sendiri, kita dulu masa kecil-kecil telah ada bertanam padi, cukup untuk orang kampung. Sekitar di situ, lot-lot ada lebih kurang seribu ekar keseluruhan. Cantik tempatnya memang tanaman padi turun-temurun kami, tapi bila sudah diambil alih oleh Lembaga Padi Sabah tahun 80-an dan dibajak disatukan Lembaga Padi bankrap, tanah itu terbiar sudah 20 tahun hingga tahun 2000, tambah lagi 24 tahun, 44 tahun. Sekarang kawasan itu sayang tidak dimajukan terbiar. Jadi tempat payau tidur, hutan. Jadi kalau kita bangun ini, ini saya sudah mencukupi untuk orang Sipitang saja di situ sudah cukup. Tidak payahlah eksport ke situ, ke tempat lain untuk tanah di sana cukup untuk penduduk di Sipitang. Mungkin kita panggil di situ sebagai periuk nasi Sipitang untuk orang Sipitang. Di Membakut ada periuk nasi orang Membakut. Di Papar ada. Kalau kita
satukan ini, kita atur yang ini dahulu, Yang Berhormat Menteri dan juga pegawai-pegawai di Kementerian.
Ini bantuan tidak begitu mencukupi dan seperti hangat-hangat tahi ayam. Saya kesian juga dengan pegawai bila berdialog dengan mereka, kami ini tidak dilengkapi dengan apa-apa untuk membantu.
Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun membuat pindaan ini, iaitu di bawah Seksyen 24 ini, iaitu menambah beberapa perkara baharu seperti yang dibacakan tadi. Saya tertarik dengan Seksyen 24 ini itu (E) ini, iaitu memberi bantuan kepada mana-mana perbadanan pertubuhan atau orang bagi pembangunan industri apa-apa keluaran yang berkenaan dengannya di bawah ini. Jadi industri sekarang ini industri adalah beras ataupun mana-mana hasil. Jadi kita laksanakanlah bantuan yang macam mana ini, apa dia dibantu ini. Dari segi diurus dipanjangkan lagi untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen pengurusan bagi atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak kerajaan atau mana-mana perbadanan.
Jadi kita di setiap kampung sudah ada kita ada berbagai-bagai ada JKK nya, ada Persatuan-persatuan Petani, persatuan berbagai-bagai agensi. Sepatutnya ini kita himpunkan dan kita mesti ada satu strategi yang besar kerana padi ini dia short cycle bukan macam tanam kelapa sawit. Dia empat bulan, lima bulan sudah berbuah, boleh tuai. Boleh sudah ambil hasil. Satu tahun mungkin boleh dua kali ataupun tiga kali pusingan ataupun dua tahun lima kali pusingan.
Jadi kita mintalah supaya kerajaan dapat melihat, tidaklah saya melihat satu teknologi yang begitu susah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bongawan tadi. Bukanlah rocket science untuk tanam padi ini. Kita sudah ada teknologi yang baru menggunakan mesin-mesin moden yang boleh menambah hasil. Jadi saya merasakan saya mintalah untuk rakyat saya di Sindumin, kita memang ada kawasan yang boleh dimajukan. Ada tanah-tanah sana terbiar yang memang sawah daripada dulu. Kawasan baru kalau mahu buka, bukalah di Long Pasia berskala besar. Saya sudah katakan kelmarin dalam ucapan saya, ada dua kumpulan yang perlu diberi nasihat ataupun pandangan ini. Yang pertama ialah Jabatan Pertanian ini
ataupun agensi-agensi di bawahnya cuma untuk membantu orang kampung untuk orang kampung cukup. Tapi kalau untuk eksport ataupun kecukupan berskala besar, kita serah kepada GLC-GLC. Biar GLC ini fokus dan mereka tumpukan secara serius. Kenapa Sawit Kinabalu boleh berjaya tanam sawit. Kenapa kita tidak boleh berjaya tanam padi tapi syarikat daripada China, daripada Taiwan, daripada Vietnam boleh berjaya.
Jadi itu yang saya minta penjelasan di manakah kesilapan kita, apakah masalah kita, kita kena selesaikan yang ini. Jadi, saya melihat dengan adanya kuasa-kuasa penguatkuasaan. Cuma saya tidak tahu sini, saya cuba cari akta ibu tadi apakah jenis kesalahan yang perlu diambil tindakan yang begitu drastik di sini yang besar kebanyakan pindaan ini adalah untuk penguatkuasaan, apa yang perlu dikuatkuasakan?
Minta Yang Berhormat Menteri terangkan.
Yang perlu dikuatkuasakan sebenarnya penyeliaan, pelaksanaan untuk tanaman padi kalau di bawah Lembaga Padi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain. Jadi dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini untuk diluluskan. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin. Ada lagi yang ingin berucap? Demikianlah saja ucapan perbahasan yang diambil bahagian oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sekarang, saya menjemput…
… Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Datuk Speaker, dan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Keluaran Hasil Padi Pertanian ini 2024. Saya juga ingin ucapkan terima kasih atas teguran-teguran yang telah dibangkitkan dan juga cadangan-cadangan yang telah ditimbulkan, cadangkan.
Pertama sekali, saya ingin menyentuh dan menjawab beberapa isu yang telah ditimbulkan. Pertama, daripada Yang Berhormat Bongawan sebelum saya buat apa ini jawapan, saya ingin merespons dulu untuk memperbetulkan fakta. Fakta pertama yang saya lihat tidak betul adalah peruntukan RM70 juta untuk penubuhan Lembaga, ini tidak betullah, ya, dan yang diperuntukkan hanyalah RM1.82 juta pada tahun ini. Adakah peruntukan yang telah diberikan itu mencukupi? Memang tidak mencukupi kalau kita lihat kepada keseluruhan tetapi kita tidak akan dapat melaksanakan atau menggunakan kewangan juga seterusnya secara immediate, kita kena buat berperingkat-peringkat.
Jadi apa yang kita dapat sekarang ini, boleh dah dikatakan mencukupilah. Kenapa SSL terlalu rendah? Saya telah memberi dalam ucapan saya, penjelasan kenapa SSL ini menurun, kan, bukan saja di Sabah tetapi di seluruh negara dan ini telah juga membimbangkan Kerajaan Pusat supaya mereka ini menumpukan perhatian kepada keterjaminan makanan. Dan sebab itu juga, beberapa bantuan telah dicadangkan tetapi enakmen ini, bolehkah dia membantu dari segi kos? Ini saya kurang pasti tetapi sudah tentunya, dia akan mengurangkan kos, kalau dibandingkan per hectare basis kerana pengeluaran akan meningkat dan permodenan akan juga membantukan juga untuk meng-activate-kan kawasan-kawasan yang terbiar, yang sekarang mencecah 8000 hektar dan juga, saya harap akan membantu untuk apa ini meningkatkan produktiviti dan juga keluasan pengeluaran padi. Di mana kalau saya simpulkan masalah yang kita hadapi ini, sebenarnya adalah masalah produktiviti, satu, masalah pengeluaran yang masih lagi konvensional, dua.
Bererti kita perlu menaikkan, tingkatkan produktiviti, kita perlu tingkatkan produktiviti melalui beberapa cara, satu daripadanya ialah menggunakan teknologi baharu, menjenterakan apa ini pengeluaran ataupun penanaman pagi, dan juga memperbaiki, mempertingkatkan keperluan dari segi education, air dan sebagainya. Dan kita juga menerima keadaan bahawa belia kita tidak berapa minat untuk menceburi penanaman padi kerana mereka masih memikirkan kerja ini tidak glamour, kerja ini susah, kotor dan sebagainya. Dan mereka memilih untuk mencari kerja walaupun di kilang-kilang.
Jadi satu daripada usaha kita adalah untuk memodenkan apa ini pengeluaran padi menggunakan teknologi baharu seperti yang disebutkan, isu-isu seperti penggunaan
drone untuk membaja, penggunaan drone untuk menanam dan memudahkan pembajak, jentera pembajak, transplanter untuk menanam dan juga jentera untuk combine harvest itu untuk mengetam. Juga kalau dulu, hasil padi berkurangan juga kerana kita menanam padi sekali satu tahun tapi sekarang kita boleh tanam padi lebih daripada dua kali.
Ada yang dalam tiga tahun, dua tahun boleh tanam apa ini lima kali. Jadi ini memerlukan satu sikap yang baharu supaya mereka yang terlibat dalam penanaman padi ini, melihat industri penanaman padi sebagai satu asas ekonomi mereka, jadi kena fikirkan secara komersial, bukan untuk cukup makan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Sindumin. Di mana kalau dulu mana orang kampung mahu beli beras, sebab dia orang ada cukup beras sendiri, SSL dia orang cukup. Tetapi sekarang ini, kita tidak mahu petani kita hanya untuk menanam untuk cukup makan, tetapi juga untuk ke … menjualkan hasil penanaman mereka itu seperti mana yang diberi contoh oleh Yang Berhormat Sindumin.
Di Long Pasia, seorang petani penanam padi, Pangiran Salutan yang mengeluarkan beras adan dan dia menjualkannya dalam satu, sekilokah itu? Satu paket RM40, RM50. Dia, sebenarnya Jabatan Pertanian telah mengiktirafkan apa ini kejayaan beliau ini dan telah memberi bantuan kepada beliau dan juga menghadiahkan kepada beliau atas kejayaan dia, dan kita menggalakkan supaya dia ini dicontohi oleh petani-petani yang lain. Tetapi betul juga kita perlu melawat beliau ini, apa motivasi dia? Bolehkah kita besarkan dan tingkatkan dia punya pengeluaran? Kerana dia mengeluarkan ini secara komersial dan ini yang sikap kita perlu tanamkan kepada petani-petani kita yang lain, dan kita perlu bantu orang yang … yang memang sudah ada asas untuk kejayaan supaya dia lebih berjaya lagi dan orang lain akan mencontohi dia.
Minta penjelasan …
Ya.
Terima kasihlah kalau ada bantuan. Saya memang membantu saudara Pangiran Salutan ini dari peruntukan ADUN sendiri untuk beliau mengusahakan. Masa saya melawat itu, kawasannya adalah kecil 200 ekar sahaja, tapi Long Pasia ini kawasan yang berpotensi. Kalau kita daripada Long Pasia hingga ke sempadan Sarawak, dia di situ sekitar 20 000 ekar ada dan kawasan yang cantik. Dia bukan gunung begitu, tapi dia landai, rata. Tapi di situ juga adalah kawasan hutan yang mempunyai potensi yang besar kerana masih virgin jungle. Tapi, tidak salah saya rasa kalau kita majukan kawasan itu kerana kawasan itu adalah kawasan yang berpotensi.
Saya salute Pangiran Salutan ini kerana beliau gigih sebagai pencinta alam, dia jaga alam tapi dalam masa yang sama dia juga menghasilkan padi bukit yang kami sama-sama panggil dia Adan Long Pasia, Ardan. Kalau di Sarawak dipanggil Beras Bario, tapi kalau di Sabah saya kata kita bagi nama Adan Long Pasia. Rasanya sedap dan memang harganya mahal.
Jadi, terima kasih kalau ada usaha Yang Amat Berhormat, mungkin juga Yang Berhormat Ketua Menteri kita luaskan lagi di situ. Dan Long Pasia ini kawasan dia macam Switzerland, sejuk, dingin di situ. Pagi-pagi, embun cantik. Memang kawasan sana dan di situlah juga saya katakan kita boleh tembus hingga ke Sarawak dan Indonesia. Sempadan di sana. Jadi kita harap, kita bagi penghormatan terima kasih. Kalau dibagi penghormatan kepada saudara Pangiran ini sebagai usahawan yang berjaya dan berasnya adalah beras 100% organik.
Terima kasih, Yang Berhormat Sinduman. Bolehlah nanti kita atur satu lawatan pergi ke Long Pasia nanti. Harap jalan itu boleh kita laluilah.
Jalan sahaja. Kami sampai, YB Menteri pun boleh sampai.
Ya. Selain daripada pengeluaran beras ini, yang perlu kita buat juga adalah penggunaan apa ini, variety,
high yielding variety. Di mana, sepertimana yang diceritakan oleh Yang Berhormat Bongawan, kita telah berjaya untuk meningkatkan, dengan variety ini, meningkatkan keluaran per hektar daripada tiga tan kepada sepuluh tan.
Jadi, kita akan menggunakan variety ini, hanya kita kena bagi penjelasan kepada orang-orang kampung yang kadang-kadang tidak menerima variety baharu ini. Macam-macamlah alasan, dia orang bilang tidak tahanlah, nanti bikin tapai, tidak bisalah dan macam-macamlah. Jadi, kita sedang memberi penjelasan bahawa sama sahaja, ini adalah beras dan kita boleh tingkatkan, apa ini, produktiviti, kalaupun tidak sampai ke sepuluh tan per hektar, sekurang-kurangnya kita boleh lipat gandakan daripada tiga tan kepada enam tan.
Pengiraan kami adalah minimum, iaitu enam tan dan kalau dengan produktiviti yang lipat ganda itu daripada tiga kepada enam itu, sudah tentunya SSL atas pengeluaran yang ada sama sahaja 24 000 hektar itu, sudah tentunya akan juga meningkat. Tetapi bukan itu sahaja, kalau kita menanam dua kali, maksudnya bukan enam, enam tan untuk sehektar, tetapi 12 tan. Jadi, saya yakin kita boleh capai matlamat kita untuk meningkatkan SSL ini dengan aplikasi yang saya sebutkan tadi variety baharu, mekanisasi penanaman dua kali setahun, ya. Dan saya harap, apa ini, bukan hanya itu, tetapi kita boleh naik tarafkan, apa ini, penggunaan irrigation kita dengan lebih, lebih mantap lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan yang akan disalurkan untuk meningkatkan irrigation-irrigation yang ada. Sekarang ini di mana kebanyakannya sudah uzur.
Saya percaya mungkin ada juga yang telah melihat apa ini, jelapang padi di Kota Belud melalui peruntukan daripada Federal melalui apa ini, Badan IADA. Dia juga menghadapi masalah irrigation kerana tidak ada koordinasi di antara agensi-agensi yang melaksanakan program. Jadi, ini adalah satu masalah-masalah, adalah satu cabaran yang boleh kita atasi nanti memastikan ada koordinasi di antara agensi yang terlibat dalam pengeluaran padi.
Dan di Kota Belud sendiri, di bawah IADA ini pun masih lagi tahap yang rendah dia punya produktiviti dan kita harap, dengan ada koordinasi dan kerjasama. Peruntukan yang akan diberikan daripada federal dan negeri akan menghasilkan pengeluaran
padi yang lebih mantap lagi, dan sebab itulah kita perlu satu badan mengawal selia ini, iaitu Lembaga Padi dan Beras Sabah.
Ada soalan mengenai isu pertindihan kuasa, iaitu adakah ini bertindih dengan peranan Jabatan Pertanian. Saya memberi jaminan bahawa tidak ada pertindihan secara khusus kerana peranan mereka, peranan Jabatan Pertanian lain. Iaitu Jabatan Pertanian mempunyai fungsi yang lebih luas yang boleh dikatakan, di bawahnya adalah agensi-agensi, lembaga-lembaga yang perlu memfokus kepada fungsi-fungsi yang lebih terperinci untuk pengeluaran seperti padi, seperti Lembaga Padi dan Beras Sabah.
Ada juga isu penguatkuasaan yang ditimbulkan dan saya memberi jaminan bahawa isu penguatkuasaan ini teratur dan perlu dibuat kerana kita tidak mahu apa ini, perancangan yang telah kita buat dan peraturan-peraturan tidak dilaksanakan. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapayan, mengenai isu duplication sudah saya sebutkan tadi, tidak akan berlaku. Kalaupun berlaku, ada penyelarasan dan di dalam Lembaga Padi dan Beras, Pengarah Pertanian juga duduk di sana sebagai seorang apa ini, ahli lembaga.
Yang kedua, yang disebutkan isu kenapa LPPS ini adalah ditakrifkan sebagai anak, badan anak negeri, ya. Walaupun kita faham, ada juga badan-badan korporat yang ditakrifkan sebagai anak negeri seperti Saham Sabah, SEDCO.
…kredit dan sebagainya.
Untuk Lembaga Padi dan Beras Sabah ini perlu kerana ini LPBS adalah satu entiti yang boleh di apa ini, ah boleh disaman dan boleh menyaman dan juga boleh memohon tanah dan boleh mengambil tanah dan boleh diberikan tanah seperti juga di Yayasan Sabah. Sebab itu, status lembaga ini diberikan status anak negeri seperti juga ah individu yang berstatus anak negeri.
Isu-isu yang lain kita sudah, apa ini, jelaskan, hanya isu kolaborasi di antara Lembaga Padi dan GLC-GLC yang lain memang juga diberi tumpuan, kerana kita juga dan kerajaan telah juga meminta GLC-GLC yang mempunyai tanah sesuai untuk pembangunan dan penanaman pagi dan juga untuk pengeluaran makanan, memberi sebahagian daripada tanah mereka itu untuk tujuan ini. Jadi sudah tentunya mereka mempunyai tanah yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawitkah? Getahkah? Dan boleh digunakan, sudah pun ada beberapa agensi GLC ini yang telah, membuat keputusan untuk menanam padi seperti Sawit Kinabalu ya, dan juga agensi yang lain saya haraplah.
Emm satu lagi penambahan dari segi keperluan pindaan ini adalah untuk mengambil kira kebajikan petani ya. Kebajikan mereka di mana Lembaga ini boleh memberikan bantuan bukan saja dari segi baja, racun dan sebagainya tetapi juga dari segi nasihat dan keperluan mekanisasi.
Datuk Speaker, itu saja komen saya jawapan saya kepada teguran-teguran dan saya memberi jaminan di sini bahawa apapun ah cabaran dan kelemahan untuk yang akan dihadapi untuk melaksanakan apa ini peranan Lembaga Padi dan Beras ini, akan kita selesaikan dengan cara yang baik dan pindaan undang-undang ini adalah satu daripada caranya untuk mempastikan ada penyelarasan dan juga ada kuasa dan untuk mempastikan tujuan dan matlamat kita tercapai dengan yang terbaik. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang bersetuju, katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024Bill
Rang Undang-undang Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024.
Yang Berhormat Menteri, peringkat Jawatankuasa hari apa?
Hari ini juga Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal no. 1 hingga 12 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal 1 hingga 12 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon
melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Sekarang juga Tuan Speaker.
Sila jalankan. Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024Bill
Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024.
Rang Undang-Undang Pengangkatan Orang Islam 2024Bill
Setiausaha Dewan: Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024 bacaan pertama.
Datuk Speaker, saya ada Standing Order sedikit. Boleh? Sebelum lah kita move on boleh? Ah Datuk Speaker sudah datang boleh lah. Saya baca ah.
Nanti dulu, kami ganti dulu.
Okey, boleh. Ya, ya.
Ya.
Thank you Datuk Speaker, Point of Order 24 personal explanation. With the leave of the Speaker a member may make a personal explanation at the time appointed by Standing Order although there is no question being are before the House and no controversial matter may be brought forward or may any debate arises upon the explanation and the terms of the proposed…
… shall be submitted in full to the Speaker.
As a cost maybe when it’s leave is made and so and after that I would like to refer to Standing Order 27 official report four. In dispute to as to the correctness to the report of any speech content the first copy of the report which is the speech today, yesterday and any request for any material change in the report shall be refer to the Speaker or if him absence, the Deputy Speaker, which are rule there on and shall therefore publication on the speech in accordance with his ruling, shall which shall not be called in questions. Ya, with that I may refer to the Standing Order 90.
90, 19?
90, nine zero.
Nine zero?
Nine zero ya. It’s a committee of privilege whereby the Assemblies, when, whenever the Assembly Seating any member may arise any time to make complaint a ledge a bridge privilege. Suddenly arising and I refer to Point 11 as well. 90 Section 11 the expansion of bridge privilege shall include any contempt of the assembly. When it says contempt, I would think maybe mispresentation, misleading as well as lyinglah. Would be a contempt. So I would
refer back to the 27 and I would like seek the permission for Speaker to actually make a ruling on this. So may I make, may I present, Datuk Speaker? It will just take a few minutes. Just a few minutes only.
What is it about?
It is about … one of the penggulungan on the 19/11 which is presented by Menteri Pembangunan Perindustrian Perusahaan.
Ah, hah.
Dia ada, okey. Saya presentlah, Datuk.
Boleh? Okey. It’s actually on the page 186 the other day on 19 November whereby our Menteri dia cakap bahawa suku ketigalah, per saya baca dululah. Unemployment tahun, tahun 2021 adalah 178.6 ribu. 2024 go, ya, terkini, ya, telah banyak eh, unemployment. Sorry. Terkini telah banyak dipetik. Dipetiklah dalam surat khabar, betul 181.5 juta berbanding 2021 hingga 2024 kenaikannya 2900 betul-betul kenaikan itu memang ada tapi jangan kita petik yang kita mahu petik sahaja. Untuk penduduk yang bekerja, employed person yang ada di Sabah. Quote saya. Quote 2021 suku ketiga 1.803 juta orang yang bekerja di Sabah. 2022, 1.4 ah, 948 juta di Sabah. Tahun ini suku ketiga 2024, 2.01 juta. Kenaikannya adalah 300 ribu berbanding dengan kenaikan penganggur 2.9 ribu. So, saya kesimpulan sekali lagi penduduk yang bekerja naik berbanding 2021 ke 2024. 300 ribu. Di sini saya nak present. Di sini, satu, kita bukan petiklah di mana-mana kita mahu petik sahaja. Actually banding saya sekarang bawa itu, what’s it call the figure from Department of Statistic Malaysia, ya, dan disokong oleh Persatuan Majikan-majikan Sabah. Okey.
So the figure from 2019 to 2025 employed person in Sabah by the State Malaysia, ini by Malaysian statistic was only 129 500 sahaja. Bukan 300 seperti yang digulung oleh Menteri itu hari satu. Kedua, dia ada di sini dia tuliskan adalah pada page 187 di mana dia cakap ini adalah menunjukkan dia semakin pulih because COVID. Memang masih ada cabaran kerana populasi kita masih semakin besar tetapi kita
tidak boleh petik statistik yang kita ingin petik sahaja. Itu kita petik daripada statistik Malaysia, satu.
Kalau penduduk yang bekerja menaik secara memberangsangkan, tiga tahun kita mampu mencipta peluang pekerjaan 300 ribu. Saya rasa itu perlu dicorrectkan, di … membetulkan. Datuk Speaker, satu sebab itu bukan benar. Okey, ini satu. Kedua saya nak tambah sedikitlah. Sedikit sebab daripada 2000 kalau kita boleh nampak daripada laporan ada ini statistik, of Statistic Malaysia, you boleh nampak 2019, 2020 sampai 2021…
So, what exactly are you seeking now?
No, I want to change this because this is a hansard, Datuk Speaker. So we are not supposed to present something that is not true in the very obvious house and I hope this can be corrected. This is one thinglah and I would like to present because it was inside my perbahasan bahawa unemployment from 2019 to 2024 was only 129 500 statistically presented by Department of Malaysia Statistics and it was not a job created by the government because why, because AirAsia, MAS, they retrench during the COVID. Okey like air harbour, gym, tuition centre, club dan sebagainya. They retrench their worker. So when you reopen, slow recover , they reemployed back this workers. So this is one. Followed by the page 187, second one I would like to seek for Datuk Speaker’s permission to actually rule. Make a ruling on this. Is that satu lagi saya nak perjelaskan dalam ini, dalam dia punya apalah. Saya baca dulu.
Satu lagi saya nak jelaskan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan berbanding 2019 ke 2022, dikononnya 11 ribu syarikat tutup di Sabah khususnya SME. Bukan kononnya Datuk Speaker, ini adalah statistik di Malaysia dan juga disupport oleh Persatuan Majikan-majikan Sabah. It’s a Sabah Employers Association. They reported this to the State numbers. So it’s not, kita tiada kononnya. Ini number memang benar daripada semua inilah yang saya sentuh tadi dan saya ingin quote, dia teruskan. Saya teruskan dengan pembacaan dia. Saya inginkan quote satu laporan lagi …
Tuan Speaker: Yang Berhormat Tanjong Aru, I suggest that you make a usul in writing and submit it to me.
It’s closing already, Datuk Speaker. Just very quickly, just give me one minute.
No, no, no. Because if you want me to make a ruling immediately it’s not possible.
Bukan immediatelylah. But I just want to bring to the attention because we have to submit all this to you, Datuk Speaker, after I present. All the thing that I present sini …
Then you presentlah, present.
Okey, I will just finish it very quickly, ya. So, saya baca daripada … dia quote satu lagi MPKS yang dikeluarkan baru-baru ini oleh SME Corp dan saya cari saya tidak tahu di manalah itu SME Corp. Saya pun tidak tahu di mana dan saya baca, daripada tahun 2015 sehingga 2022 kadar pentubuhan yang paling ketara dari segi bilangan Syarikat PMKS di seluruh Malaysia dapat, yang paling ketara dapat diperhatikan di Selangor, Sabah, Sarawak masing-masing 6.2%, 5.4%, 4.6% dan ini ertinya Sabah punya sumbangan kepada PMKS 2015 sumbangan kepada seluruh negara adalah 2.6% tapi 2022 telah menaik dan meningkat ke 6.9% dan itu ertinya kita adalah highest second increase of PMKS atau SME berbanding 2015. Okey, ini ertinya dia ada meningkat secara keseluruhannya. Business is like that. Ada yang tutup hari ini esok ada yang dua syarikat yang buka. So, we must quote, we must petik statistik yang dikeluarkan oleh laporan yang diterbitkan.
Okey, Datuk Speaker. I would like to quote here. Okey this is the laporan nanti saya akan submit to you. Since 2019 to 2022, 11 000 like I said 11 000 ...
Ini you submit to melah.
Ya, I will submit to you.
I will read.
… left about 30 over thousand company ...
I will read whatever you submit to me.
Okey, thank you, Datuk Speaker.
I will accordingly make the ruling and put it inside the hansard for this sidang punya hansard.
I have no intention to bring ...
I know, I know, I know just want to correct the hansard.
… to bring any, ya, just to correct it ...
Okey.
So, It will not be mispresented in the Dewan.
Okey.
Okey, so as in today, Datuk Speaker, just to close it very quickly. As in today we still know the SME tidak tingkat. There still 30 over thousand. How do we know that? Because dia orang sudah mulai mendaftar dengan e-invois. So daripada e-invois you boleh nampak nombor dia tidak tingkat. So, employment since 2019 until today they continue to sold. It keeps going down. An unemployment continue to go up. So I just want to make a point here, Datuk Speaker, when we present kita tidak present sembarang. Kita memang ada …
I think you are missing my point here. My point here is you submit it to me in details everything.
Of course, of course, Datuk Speaker. Terima kasih. Dengan itu saya akan submit ...
With that RUU to handle here you see?
Terima kasih and I will seek your ruling …
Don’t worry, I won’t throw whatever you submit to me I will read and do it accordingly. Don’t worry.
Thank you, Thank you, Datuk Speaker.
Setiausaha.
Peraturan, Datuk Speaker. Peraturan 42, 4. Remember who has spoken to a question may again be heard to offer an explanation of some more materials part of his speech which has been misunderstood but it shall not introduced it any new method. 424 dengan izin, Datuk Speaker? Saya ingin menjelaskan dalam perbahasan. 424 peraturan perbahasan ...
Ya.
Dalam ...
… perbahasan yang berbangkit ke semalam di mana telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dia akan bagi arahan kepada SMM untuk, membolehkan supaya beberapa perkara dokumen yang diserahkan kepada saya, dan saya telah menghantar peguam saya pagi tadi dan saya juga telah bercakap dengan CEO Natasya dengan izin untuk membolehkan malangnya, dia sebut bahawa si the document is not with her. Document is with hasil bumi cuma saya
minta kepada Yang Amat Berhormat seperti apa yang dijanjikan kalau boleh, boleh diberikan kalau boleh penghujung Dewan ini untuk membolehkan kita meneliti secara baik seperti apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Tuan, Tuan.
Silalah.
Tuan Speaker, saya ingin menyatakan di sini perkara apa yang kita telah persetujui tiada masalah, boleh. Tetapi kita ada peraturan-peraturan kalau sekiranya wakil-wakil rakyat mahukan dokumen daripada SMM, tulislah surat apa yang yang di mahu nama-nama syarikat dan sebagainya (bunyi ketukan meja). Itu sahaja. Saya ingat kan kita ada peraturan. Jangan kita pigi masuk pejabat orang kita terus saja macam gangster, minta apa yang kita mahu. Saya ingat tidak boleh begitu. Saya ingat wakil rakyat daripada Senallang lebih tahu peraturan.
Saya.
Ah.
Tuan Speaker, kita bukan berlagak dengan gangster. Saya pun cakap dengan CEO …
Iyalah tapi.
Saya dengar, saya dengar daripada video kalau itu kehendak Yang Amat Berhormat saya akan hantar surat.
Ah, bagi hantar surat.
Saya akan hantar surat bukan kita tidak peraturan.
Saya mahu …
Okey, begini Yang Berhormat Senallang kan. You boleh rujuk ah, jawapan Yang Amat Berhormat …
Ya.
… di dalam Dewan pada hari ini, dan tulis surat kepada SMM untuk minta maklumat yang you perlukan.
… kan perkara ini ada kena ada beberapa dokumen yang kadang-kadang saya bahaskan dijanjikan untuk membolehkan. Contohnya, saya juga tentang Kementerian Perindustrian bila saya minta rate subsidi, minyak subsidi, elektrik subsidi, air sampai sekarang saya belum dapat berapa tujuh bilion liter air dibagi kepada syarikat-syarikat foreigners, dan ini di antara perkara (suara tidak jelas).
Elektif juga yang saya minta maklumat itu. Jadi saya, insya-Allah saya akan hantar surat ini jadi, untuk membolehkan supaya …
Ya.
… perkara ini dapat disusuli secepatnya mungkin. Terima kasih banyak.
Tuan Speaker, saya ingin memberi jaminan kepada Wakil Rakyat ataupun ADUN daripada Senallang. Tiada masalah kita sudah putuskan. Dalam jawapan saya kita saya akan bagi, tetapi dalam kita mengurus ini mesti ada juga macam surat apa kita mahu, tapi di sana insya-Allah. Saya eh, bersetuju untuk kita dapatkan semua dokumen, terima kasih.
(bunyi ketukan meja)
Cuma saya minta…
Tuan Speaker.
… kepada Yang Amat Berhormat tadi bila jangan menyebut tentang perkataan samseng. Ya. Itu satu, Standing Order is not right because kita bukan beradab samseng saya cuma harap perkara ini dapat kita atasilah ya.
Tuan Speaker, saya mohon Sulaman tarik balik. Sangkaan jahat tu. Mana boleh cakap gangster.
Apa sangkaan jahat?
Tadi kamu cakap YB Senallang gangster.
Tapi saya dapat laporan yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri …
Ya.
Senallang.
Okey.
… ke pejabat SMM.
Saya mohon.
…ada
Boleh.
… (suara tidak jelas) boleh tarik balik.
You duduk, you duduk.
Ah.
Ketua Menteri, dia dia cakap itu bukan sangkaan jahat prosedur.
Kemabong …
Tapi dia cakap …
Duduk.
Itu prosedur bah.
Dia cakap macam gangster. Saya mohon tarik balik Tuan Speaker.
You duduk saja. Saya bercakap ni.
Tuan Speaker Peraturan Mesyuarat 43 … Tuan Speaker: Duduk saja kamu mahu saya bercakap, saya sedang bercakap peraturan mesyuarat kalau Speaker bercakap jangan bercakap. Itu peraturan mesyuarat. Okey, sekarang kita sudah persetujui bahawa Yang Amat Yang Berhormat Senallang akan memberi secara rasmi minta maklumat telah diberikan. Mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat dia bukan menuju kepada Yang Berhormat Senallang. Dia menujukan dia mengatakan kalau kita masuk, kita orang macam secara gangster, dia tidak mahu kasih iyalah betullah. Kalau masuk-masuk office orang minta maklumat dia orang tidak mahu kasih. Tapi bukan dia maksud
yang Senallang tu, pergi SMM minta macam gangster. Okey. So saya mahu teruskan ini sidang. Setiausaha.
Setiausaha Dewan: Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024 Bacaan Pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif]]: Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk mengadakan satu peruntukan bagi pengangkatan Orang Islam Pendaftaran Pengangkatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024Bill
Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024.
Bacaan kedua bila ?
Hari ini Tuan Speaker.
ialah…
Rang Undang-undang Orang Islam 2024 Bacaan KeduaBill
Rang Undang-undang Orang Islam 2024 Bacaan Kedua.
Yang Berhormat Menteri silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker, Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024 digubal adalah untuk mewujudkan undang-undang baharu. Bagi mengadakan peruntukan perkara yang berhubung dengan pengangkatan orang Islam, pendaftaran pengangkatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Speaker, dalam konteks negeri Sabah punca kuasa umum bagi Mahkamah Syariah, dalam mendengar dan memutuskan kes-kes Pengangkatan Orang Islam adalah diperuntukkan di bawah SubPerenggan 17 (3) (b) (13) Enakmen Mahkamah Syariah 2024. Punca kuasa ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Badan Perundangan Negeri, seperti dinyatakan dalam Fasal 2 Perkara 74 Butiran Satu Jadual Kesembilan. Senarai Kedua Perlembagaan Persekutuan untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan orang Islam termasuk pengangkatan.
Pada masa ini Tuan Speaker, belum ada undang-undang yang digubal bagi pengendalian kes-kes berkenaan dengan pengangkatan orang Islam di negeri ini. Pengendalian kes hanyalah berpandukan kepada garis panduan amalan dan tatacara pengambilan anak angkat Mahkamah Syariah 2006. Yang disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.
Tuan Speaker, oleh yang demikian Rang Undang-undang ini menghubungkan tiga badan yang bertanggungjawab dalam proses pengangkatan orang Islam di negeri ini. Iaitu Mahkamah Syariah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Sabah (JPN). Proses pengangkatan dimulai dengan seperti berikut Tuan Speaker.
Satu, jika seseorang berhasrat untuk mengangkat kanak-kanak dia hendaklah terlebih dahulu berurusan di Jabatan Kebajikan untuk menyatakan hasratnya dan mengemukakan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Dua Tuan Speaker, setelah dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang dikehendaki dipenuhi, maka sesuatu permohonan pengangkatan bolehlah dimasukkan di Mahkamah Syariah. Tiga, pemohon adalah dibenarkan untuk menjaga kanak-kanak itu dalam tempoh tiga bulan. Dalam tempoh itu Jabatan Kebajikan akan membuat pemantauan dan siasatan sejauh mana pemohon layak untuk terus menjaga kanak-kanak itu.
Jabatan ini akan menyediakan hasil laporan daripada siasatannya, dan membuat pengesyoran kepada Mahkamah Syariah. Setelah kehendak-hendak dalam Rang Undang-undang ini dipatuhi dan setelah Mahkamah Syariah berpuas hati dengan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan, maka suatu perintah pengangkatan
akan dikeluarkan bagi membenarkan pemohon yang mengangkat kanak-kanak tersebut.
Tuan Speaker seterusnya yang keenam, perintah pengangkatan itu hendaklah didaftarkan di JPN dalam Daftar Pengangkatan Orang Islam. Tuan Speaker, hubungan undang-undang ini adalah untuk memastikan prosedur permohonan dan pendaftaran pengangkatan dibuat dengan lebih kemas, dan teratur agar hak dan kebajikan kanak-kanak yang hendak diangkat akan terus terpelihara mengikut rangka hukum syarak. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan lima bahagian dan 41 Fasal. Sebagaimana lazimnya bahagian satu Rang Undang-undang ini, mengandungi perkara permulaan yang terdiri daripada dua Fasal seperti berikut.
Fasal satu Tuan Speaker, mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa dan dalam enakmen yang dicadangkan. Fasal dua mengandungi takrif perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam enakmen yang dicadangkan. Tuan Speaker bahagian kedua pula …
Rang Undang-undang (RUU) ini mengandungi 21 Fasal mengenai perkara yang berkaitan dengan pengangkatan seperti fasal berikut : Fasal 3 adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah, mengeluarkan perintah pengangkatan kepada orang Islam. Fasal 4, 5, 6 dan 7 Tuan Speaker, adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi syarat-syarat pengangkatan persetujuan, pengecualian persetujuan dan sekatan untuk menarik balik persetujuan.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang (RUU) ini disusun berdasarkan kerangka hukum syarak. Disusun berdasarkan kerangka hukum syarak. Syarat utama yang membenarkan pengangkatan adalah melihat pengangkatan tersebut mengikut prinsip hukum syarak. Mengikut prinsip-prinsip hukum syarak. Berdasarkan kepada
keperluan dan kebajikan, kanak-kanak tersebut, mahkamah boleh melantik penjaga yang mempunyai hubungan nasab sebagai pengangkat. Menurut sususan keutamaan penjaga yang ditentukan oleh hukum syarak sebagai mana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Selain itu Tuan Speaker, demi menjaga kesucian nasab, kanak-kanak yang diangkat ibu bapa tiri adalah dilarang untuk mengangkat anak rabibahnya. Begitu juga larangan kepada bapa biologi yang tidak berkahwin dengan ibu kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak itu adalah bernasabkan kepada ibu kandungnya. Tuan Speaker, Rang Undang-undang (RUU) yang menitikberatkan syarat-syarat pengangkatan menurut kerangka hukum syarak ini sama sekali tidak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut memperolehi kewarganegaraan secara automatik. Ini adalah kerana isu kewarganegaraan adalah tertakluk kepada undang-undang lain yang berkuat kuasa dan juga dasar kerajaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Sebagai langkah kawalan Rang Undang-undang (RUU) ini meletakkan syarat bahawa kanak-kanak dan ibu bapa angkat tersebut hendaklah mempunyai hubungan Sabah. Perkara ini akan diperincikan dalam satu garis panduan yang disediakan oleh Mahkamah Syariah, dengan mengambil kira dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Garis panduan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah pada tahun 2006, yang masih terpakai hingga kini mengandungi syarat yang menetapkan kewarganegaraan bagi ibu bapa kandung, ibu bapa angkat dan kanak-kanak yang diangkat. Syarat ini akan digunakan sebagai rujukan, saya ulang syarat ini akan digunakan sebagai rujukan dalam penyediaan garis panduan baharu di bawah Fasal 3B. Tuan Speaker, antara syarat lain yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang (RUU) ini seterusnya adalah seperti berikut :
Kanak-kanak itu hendaklah mempunyai sijil kelahiran atau dokumen yang sah bagi menunjukkan kelahirannya berlaku di Sabah.
Kanak-kanak yang diangkat hendaklah berumur di bawah 18 tahun dan belum berkahwin, pengangkat hendaklah sekurang-kurangnya berumur 25 tahun atau
sekurang kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak tersebut. 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak tersebut.
Seorang lelaki tunggal tidak boleh mengangkat seorang kanak-kanak perempuan melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas yang tidak akan memudaratkan kanak-kanak itu.
Persetujuan untuk mengangkat kanak-kanak itu hendaklah diperolehi terlebih dahulu sama ada daripada ibu bapa kandung, daripada penjaga, ibu anak tak sah taraf atau orang yang bertanggungjawab untuk memberi sumbangan terhadap saraan kanak-kanak itu.
Bagi ibu bapa yang masih di bawah umur, persetujuan hendaklah diperolehi daripada datuk atau nenek atau penjaga.
Sekiranya persetujuan telah diberikan mereka tidak boleh menarik balik persetujuan itu kecuali kebenaran Mahkamah Syariah.
Seterusnya yang ke Tuan Speaker, jika mereka telah meninggalkan atau mengabaikan kanak-kanak itu atau mereka ini tidak lagi boleh dijumpai maka dalam keadaan ini mahkamah boleh mengecualikan persetujuan daripada mereka.
Fasal 8 Tuan Speaker, adalah bertujuan untuk menerangkan bahawa sebelum seseorang hendak memulakan pengambilan anak angkat, dia hendaklah terlebih dahulu menyatakan niatnya melalui satu notis yang ditentukan kepada pengarah Jabatan Kebajikan.
Fasal 9 dan 10 adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengarah Jabatan Kebajikan itu bertindak sebagai penjaga ad litem dan tanggungjawabnya sebagai penjaga kanak-kanak.
Tuan Speaker, Fasal 11,12,13,14,15,16 dan 17, adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara permohonan pengangkatan prosiding dalam
mahkamah dan perkara yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum perintah pengangkatan dikeluarkan termasuklah perkara berkaitan dengan pindaan-pindaan tehadap perintah pengangkatan penarikan balik dan penggantian pengangkat serta kuasa mahkamah untuk membatalkan perintah pengangkatan itu. Fasal 18, dan 19 Tuan Speaker, adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan memberi jaminan bahawa kebajikan kanak-kanak akan terus dilindungi, walaupun berlaku kematian ibu bapa angkatnya. Tanggungjawab pengangkatan itu diteruskan oleh pasangan yang masih hidup atau keluarga terdekat.
Fasal 20 Tuan Speaker adalah bertujuan untuk menjelaskan kesan pengangkatan yang meliputi tanggungjawab ibu bapa angkat telah memberi perlindungan nafkah, memberi pelajaran, memberi kebajikan dan apa-apa tanggungjawab lain yang ditetapkan oleh hukum syarak. Fasal ini seterusnya menjelaskan bahawa pengangkatan ini tidak akan menjejaskan nasab, hak perwarisan dan perwalian dalam perkahwinan selaras dengan maqasid al syariah. Adalah Fasal 21 adalah bertujuan untuk kanak-kanak yang diangkat mendapat manfaat daripada harta ibu bapa angkatnya pada apa-apa kadar melalui hibah yang diberikan oleh ibu bapa angkat ini termasuk juga menerima harta melalui wasiat tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta ibu bapa angkatnya.
Fasal 22 Tuan Speaker bertujuan untuk memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan hak penjagaan dan nafkah kanak-kanak yang diangkat apabila perceraian telah berlaku di antara ibu bapa angkat.
Fasal 23 Tuan Speaker adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penjagaan mahram di antara ibu bapa angkat dan anak angkat melalui penyusuan kanak-kanak tersebut kepada ibu angkatnya.
Tuan Speaker Bahagian ke-3 Rang Undang-undang ini mengandungi empat Fasal, iaitu mengenai pendaftaran pengangkatan seperti fasal berikut:
Fasal 24, 25, 26 dan 27 bertujuan untuk mengadakan peruntukan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran pengangkatan, sijil pengangkatan, penggantian dan pembatalan sijil tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara termasuk pengiktirafan pengangkatan yang dilaksanakan di luar Sabah oleh Mahkamah Syariah.
Tuan Speaker, Bahagian IV Rang Undang-undang ini mengandungi empat fasal, iaitu mengenai penalti seperti fasal berikut:
Fasal 28, Fasal 29, 30 dan 31. Adalah bertujuan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan dengan kesalahan dan hukuman, di mana setiap hukuman yang dikenakan tidak melebihi had kuasa hukuman yang ditetapkan dalam undang-undang. Antara kesalahan yang dinyata dalam fasal ini adalah kesalahan memberikan kenyataan atau butiran palsu bagi mendapatkan pengangkatan. Tuan Speaker, Bahagian V Rang Undang-undang ini mengandungi 10 Fasal berkaitan dengan peruntukan am seperti fasal berikut:
1.
Fasal 32 bertujuan mengadakan peruntukan fi yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah atas semua tindakan dalam enakmen yang dicadangkan.
2.
Fasal 33 untuk mengadakan peruntukan bagi pengiraan umur.
3.
Fasal 34 untuk mengadakan peruntukan bagi Jawatankuasa membuat kaedah berkaitan dengan pengangkatan.
4.
Fasal 35 bertujuan untuk memberi kuasa memasukkan apa-apa kesalahan dan penalti dalam undang-undang subsidiari atas apa-apa perbuatan yang melanggar peruntukan dalam enakmen yang dicadangkan.
5.
Fasal 36 Tuan Speaker untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa untuk meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua dalam enakmen yang dicadangkan. 6.
Sementara Fasal 37 bertujuan untuk mengadakan peruntukan penubuhan suatu Jawatankuasa kaedah-kaedah bagi pengangkatan dan keanggotaan.
7.
Fasal 38 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Hakim Syarie untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan bagi pelaksanaan peruntukan dalam enakmen yang dicadangkan.
8.
Fasal 39 Tuan Speaker untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa sedia ada Mahkamah Syariah.
9.
Manakala Fasal 40 untuk mengadakan peruntukan bahawa hukum syarak adalah terpakai dalam situasi di mana terdapat percanggahan atau lakuna dalam undang-undang.
10. Fasal ke 41 untuk mengadakan peruntukan bagi kecualian dan peralihan. Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar pengurusan pengangkatan orang Islam di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan lebih teratur.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
… terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang (RUU) dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada Ahli-ahli yang mahu berbahas. (N66 Bugaya berdiri) Bugaya, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Alhamdulillah, Wa Syukurillah, Wassalatu Wassalamu ala Rasulillah. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Seri Speaker atas peluang yang diberikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang mana membentangkan RUU ini, Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam Tahun 2024. Datuk Speaker, pengangkatan orang Islam ataupun anak angkat ataupun lebih mungkin kita kenali sebagai adoption ini, ya, ah puncanya kita mendapat daripada al-Quran dan juga daripada Hadis. Kalau daripada al-Quran kita boleh rujuk kepada Surah al-Ahzab ayat 4 dan juga ayat 5, dan daripada Hadis Rasulullah SAW pula daripada Riwayat Ibnu Majah Hadis yang ke 2609 yang mana Rasulullah SAW bersabda:
ّاْْْي حَِّ ا َََا ّْ َِِا َِّا ّأ ٍَِا ّْ ِاَْْا َّ ِِاََِْْا َِْْا ِْأ َّ ٍَِا ّْ ََّْا حَِّ ا َِِْ ّْ ٍح َيَْ ََّْ َِْ َّ ل ىَِ ِّْأ ياِّْا ِاِْْ ِاَ ِْ ِيَِ ل ىِص ل َِْ Yang mana maksudnya “Siapa yang menisbahkan seseorang kepada selain nama bapanya atau selain daripada maulanya, maka ke atasnya laknat Allah, para Malaikat dan juga manusia keseluruhannya”.
Ini dasar untuk kita mengambil di mana undang-undang berkaitan tentang pengangkatan anak dan juga isu berkaitan pengangkatan orang Islam ini dan juga anak angkat ini salah satu isu yang banyak berlaku saya rasa di negeri Sabah ini banyak. Saya pun menerima aduan daripada masyarakat, yang mana mereka ah, bila dibawa ke Mahkamah Syariah yang pembahagian harta pusaka terutamanya, dibinkan kepada bukan bapanya. Bila dibawa ke mahkamah tidak boleh diwariskan hartanya, jadi ini ada satu inisiatif yang baik dibawa oleh Yang Berhormat Menteri untuk membolehkan kita mengamalkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Berkaitan dengan itu juga suka juga saya memperingatkan kepada Dewan yang mulia ini, ada keperluannya untuk kita mempercepatkan juga memandangkan ini berkaitan pengangkatan orang Islam. Tadi ada disebutkan juga tentang harta pusaka, Enakmen Pewarisan Harta Pusaka. Sekarang ini kita hanya berpandukan kepada hmm, Enakmen Keluarga Islam dan juga Tatacara Mal. Jadi dengan adanya satu lagi Enakmen Pewarisan Harta Pusaka dapat disegerakan, saya rasa ini membantu lagi kita punya masyarakat dan juga umat Islam yang mana boleh melancarkan lagi urusan pembahagian harta pusaka mereka.
Datuk Speaker, saya melihat dalam undang-undang yang ada di Mahkamah Syariah dan pengangkatan ataupun adoption ini berkaitan dengan kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang mana termaktub dalam Seksyen 17(3)(13) Enakmen Mahkamah Syariah Tahun 2024 yang mana pada tahun ini juga kita luluskan. Dan kalau kita bandingkan undang-undang berkaitan dengan pengangkatan orang Islam ini ataupun adoption yang kita di negeri Sabah mempunyai satu undang-undang yang sama dipanggil sebagai Adoption Ordinance 1960. Adoption Ordinance 1960 ini, dia merangkumi orang Islam dan juga bukan Islam untuk didaftarkan di Mahkamah Sivil.
Walhal, ada satu lagi undang-undang yang kita bawa di Dewan yang mulia ini, enakmen dia akan bercanggah dengan Adoption Ordinance 1960. Kalau kita lihat di Mahkamah Persekutuan, Adoption Act 1951 yang mana digunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk mendaftarkan anak-anak angkat dan kalau kita rujuk Akta Adoption 1951 ini, terdapat satu seksyen yang menyatakan yang mana disebut Seksyen 31 yang mana specifically dia menyebut tentang ah, excluding Muslim from being regulated by this Act Section 31. Jadi ada baiknya juga ya, saya cadangkan yang mana Adoption Ordinance 1960 yang ada di negeri kita ini yang kita buatkan satu seksyen juga, yang sama untuk mengeluarkan orang Islam daripada menggunakan Adoption Ordinance 1960 dan menggunakan enakmen yang kita mahu daftarkan sekarang ini. Cuma yang menjadi masalahnya bila kita luluskan undang-undang ini sekarang dan dia berkuat kuasa ada dua undang-undang yang berkuat kuasa dalam masa yang sama dan dia akan menyebabkan konflik di Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Ada baiknya sekiranya undang-undang ini boleh diluluskan sekarang tapi berkuat kuasa setelah dimasukkan Adoption Section, satu Seksyen mengeluarkan orang Islam dari Adoption Ordinance 1960 untuk mengelakkan percanggahan dan juga memudahkan urusan di mahkamah.
Datuk Speaker, dalam perbezaan ini, ya, ada perlu kita ambil titik beratkan dan saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian tentang isu ini untuk mengelakkan berlakunya konflik dan terutamanya di sini biasanya perkara ini bukan pertama kali berlaku dan pernah berlaku juga Semenanjung isu tentang Family Law Reform Act ya, yang mana Tan Sri Ahmad Ibrahim berhempas pulas berlawan di Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah kerana ada dua undang-undang yang sama seperti ini. Jadi kita tidak mahu sejarah itu berulang kembali. Untuk mengelakkan sejarah itu berulang kembali, ada baiknya kita masukkan ah, satu seksyen yang baharu dalam Adoption Ordinance 1960 untuk mengeluarkan orang Islam dan kita gunakan enakmen yang ada yang baru kita akan luluskan ini.
Datuk Speaker, dalam kita memperkenalkan undang-undang, Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam ini ya, saya ingin juga menarik perhatian Yang Berhormat Menteri yang berkaitan tentang isu pewujudan Mahkamah Syariah dan ini saya sudah ada bawa dalam sesi yang sebelum ini di sesi yang kedua dalam penggal ini, yang mana ada baiknya kita masukkan Mahkamah Syariah dan juga ah,
perlantikan hakim-hakim dan juga Mahkamah Anak Negeri ini dimasukkan ke dalam kita punya Perlembagaan Negeri Sabah. Kalau kita lihat Kerajaan Negeri Kedah pada 25 Ogos 2024, ya, mereka telah meluluskan Rang Undang-undang tubuh Kerajaan Kedah Pindaan 2024 meletakkan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ataupun Perlembagaan Kerajaan Negeri Kedah. Jadi, ada juga baiknya kita menurut langkah dibuat oleh negeri Kedah ini ia untuk memartabatkan Mahkmah Syariah kerana seperti mana yang kita tahu, dalam satu negara ataupun negeri yang demokrasi perlu ada tiga yang wujud dalam Perlembagaan. Pertama, kena ada kita punya Eksekutif, kena ada kita punya Legislative dan juga Judiciary. Dan kalau kita rujuk kita punya Perlembagaan, Perlembagaan kita hanya ada Eksekutif dan juga Legislative. Tidak ada Judiciary, ya. Jadi ada baiknya juga kita ambil, kita masukkan judiciary ini di dalam kita punya Perlembagaan sepertimana yang dibuat oleh Kerajaan negeri Kedah. Dan selain daripada itu juga, saya ingin juga mengingatkan kembali berkaitan dengan …
Tentang isu yang mana ada dibangkitkan sebelum ini tentang guna sama kita punya pegawai mahkamah syariah ya. Mungkin YB Menteri boleh update kita sikit tentang status ya. Bagaimana keadaan mereka sama ada masih lagi guna sama atau sudah kita sendiri. Jadi saya rasa itu saja saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri ya saya mohon mencadang dan juga menyokong ya Enakmen Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam tahun 2024. Itu sahaja daripada saya wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Tuan Speaker: Terima kasih Yang Berhormat daripada Bugaya. Yang Berhormat Menteri kalau ada seksyen mengenai isteri angkat banyak ini bercakap. Jadi macam tiada lagi sila jawablah.
Terima kasih, bapa tunggal pun mahu tu Tuan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada adinda Yang Berhormat Bugaya kerana respons dan ulasan dan sekali gus menyokong apa
yang telah kita bentangkan ini dan sepertimana yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Kabinet baru-baru ini ketika kita membentangkan cadangan Rang Undang-undang ini beliau menginginkan kita memastikan agar dua perkara.
Pertama Rang Undang-undang ini, tidak menyusahkan orang mesti memudahkan. Kedua, apa-apa yang dilaksanakan di mahkamah mesti cepat dan lancar bukan lambat dan inilah yang diambil kira oleh kita semua dan saya harap Mahkamah Syariah Kehakiman Jabatan Kehakiman Syariah melihat perkara ini kerana kita tidak mahu jadi isu seolah-olah Mahkamah Anak Negeri lagi cepat, lebih mudah daripada mahkamah kita dan Insya-Allah kita memberi jaminan daripada masa ke masa kita akan pertingkatkan perkasakan apa yang dinginkan oleh Yang Amat Berhormat dan ahli Kabinet dalam mesyuarat yang lalu.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas idea-idea yang baik daripada Bugaya tadi yang berhubung dengan sokongan beliau tentang enakmen ini khususnya untuk menjaga tetap menjaga nasab, tetap menjaga wali, tetap menjaga hal-hal yang berhubung dengan Maqasid Syariah dalam kita melaksanakan pengangkatan anak dan kita mengambil maklum dan akan membuat penyelarasan dengan beberapa perkara yang beliau cadangkan termasuk penyelarasan dengan pengangkatan ordinan yang telah disebutkan oleh beliau.
Seterusnya, saya juga ingin memaklumkan bahawa perkara guna sama Mahkamah Syariah atau Pegawai Mahkamah Syariah ini sedang dalam penelitian kita dan sudah pun dibawa di Kabinet dan sekarang dalam proses untuk kita kaji dan kita pertimbangkan dan ini kita akan bawa semula ke Kabinet Negeri Sabah dari sudut beberapa perkara diminta kita untuk menilainya termasuk dari sudut staf, dari sudut kepentingan kebajikan staf dan beberapa hal yang berhubung dengan ah hubungan kita dengan Mahkamah Syariah Malaysia.
Tuan Speaker, itulah antara yang boleh saya respons daripada Yang Berhormat Bugaya tadi mudah-mudahan enakmen ini akan dapat menjadikan proses pengangkatan akan lebih mudah, lebih cepat, lebih teratur dengan menjaga yang disebutkan oleh beliau pengangkatan dalam Islam menjaga nasab, hak pewarisan dan hak pewalian pekahwinan ini kita jaga. Di samping itu, kita juga menjaga
bahawa undang-undang ini hanya akan membenarkan pengangkatan bagi kanak-kanak yang ada hubungan syabah ini juga ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat semalam berhubung dengan kewarganegaraan yang mana kita tidak berkompromi dalam hal-hal yang ah, dalam hal-hal tersebut melainkan ada peraturan-peraturan yang membolehkannya, itu sahaja sekian terima kasih Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024Bill
Rang Undang-undang Pengangkatan Orang Islam 2024.
Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila Cadang.
Terima kasih Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan setuju yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 hingga 41 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah jadual pertama dan jadual kedua dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya Fasal 1 hingga 41 dan jadual pertama dan jadual kedua dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang bersetuju katakan bersetuju yang tidak bersetuju, katakan tidak lebih suara yang bersetuju usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan dalam telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila ?
Tuan Speaker.
Ya bila ?
Tuan Speaker Sekarang.
Okey, sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024Bill
Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024.
Pemilihan Ahli Dewan Negara
Pemilihan Ahli Dewan Negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin maklumkan bahawa saya telah menerima satu makluman daripada pihak istana bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah menyampaikan perintah agar Dewan Negeri memilih seorang Ahli Dewan Negara untuk mengisi kekosongan yang akan berlaku 9 Disember 2024, iaitu setelah tamat tempoh perkhidmatan penyandang yang sekarang, iaitu YB Senator Datuk Noraini binti Idris. Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa peraturan berhubung dengan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara sebagaimana yang telah ditetapkan dalam jadual ketujuh. Perlembagaan Persekutuan dan dengan perintah yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka.
Tuan Speaker: Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut, nama calon hendaklah dicadangkan oleh seseorang Ahli manakala seorang Ahli hendaklah menyokong pencalonan berkenaan, Ahli yang mencadang atau yang menyokong calon tersebut hendaklah menghantar satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon bagi menyatakan kesanggupannya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila ianya terpilih kelak. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri?
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu
Bukut dicalonkan untuk dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mulai 10 Disember 2024. Saya mengemukakan bersama ini suatu kenyataan bertulis yang telah ditandatangani oleh calon bahawa ia akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila dipilih kelak.
Ada Ahli yang menyokong?
Saya menyokong Tuan Speaker.
Nama calon ialah Linggu @ Edward bin Bukut. Beliau berasal, boleh berdiri kalau dia ada di Dewan? Beliau berasal dari Tamparuli dan berbangsa Dusun, beliau adalah seorang graduan Business Adminisration dari Unversity of Boltan, United Kingdom, pernah memegang jawatan antaranya sebagai Pengerusi Sabah Credit Coperation, Executive di Borneo Housing Mortgage and Financial Berhad Kota Kinabalu dan pegawai penguat kuasa di Ko-Nelayan Kota Kinabalu. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik dan pernah menjadi ADUN bagi kawasan N.9 Tamparuli bermula pada 1999 hingga 2004. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung bagi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bermula tahun 2021 hingga sekarang dan adalah ahli majlis tertinggi bagi Gabungan Rakyat Sabah. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikehendaki menyatakan undi bagi calon tersebut bila saja kawasan masing-masing disebut oleh Pegawai Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat sila nyatakan ya, tidak atau berkecuali apabila membuat pengundian. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengundi akan dicatatkan dalam undi-undi dan perjalanan-perjalanan mesyuarat. Sila teruskan.
YA 1.
Yang Berhormat N.1 Banggi 2.
Yang Berhormat N.2 Bengkoka 3.
Yang Berhormat N.3 Pitas
4.
Yang Berhormat N.4 Tanjung Kapor 5.
Yang Berhormat N.5 Matunggong 6.
Yang Berhormat N.7 Tandek 7.
Yang Berhormat N.8 Pintasan 8.
Yang Berhormat N.9 Tempasuk 9.
Yang Berhormat N.12 Sulaman 10. Yang Berhormat N.13 Pantai Dalit 11. Yang Berhormat N14. Tamparuli 12. Yang Berhormat N.18 Inanam 13. Yang Berhormat N.19 Likas 14. Yang Berhormat N.20 Api-Api 15. Yang Berhormat N.21 Luyang 16. Yang Berhormat N.24 Tanjung Keramat 17. Yang Berhormat N.25 Kapayan 18. Yang Berhormat N.27 Limbahau 19. Yang Berhormat N.28 Kawang 20. Yang Berhormat N.30 Bongawan 21. Yang Berhormat N.31 Membakut 22. Yang Berhormat N.32 Klias 23. Yang Berhormat N.33 Kuala Penyu 24. Yang Berhormat N.34 Lumadan 25. Yang Berhormat N.36 Kundasang 26. Yang Berhormat N.37 Karanaan 27. Yang Berhormat N.38 Paginatan 28. Yang Berhormat N.39 Tambunan 29. Yang Berhormat N.40 Bingkor 30. Yang Berhormat N.41 Liawan 31. Yang Berhormat N.43 Kemabong 32. Yang Berhormat N.44 Tulid 33. Yang Berhormat N.46 Nabawan 34. Yang Berhormat N.47 Telupid 35. Yang Berhormat N.48 Sugut 36. Yang Berhormat N.49 Labuk 37. Yang Berhormat N.50 Gum-Gum 38. Yang Berhormat N.51 Sungai Manila
39. Yang Berhormat N.54 Karamunting 40. Yang Berhormat N.57 Kuamut 41. Yang Berhormat N.60 Tungku 42. Yang Berhormat N.62 Silam 43. Yang Berhormat N.64 Sulabayan 44. Yang Berhormat N.66 Bugaya 45. Yang Berhormat N.67 Balung 46. Yang Berhormat N.68 Apas 47. Yang Berhormat N.70 Kukusan 48. Yang Berhormat N.71 Tanjong Batu 49. Yang Berhormat N.72 Merotai 50. Yang Berhormat N.73 Sebatik 51. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam 52. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin 53. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan TIDAK HADIR 1.
Yang Berhormat N.6 Bandau 2.
Yang Berhormat N.10 Usukan 3.
Yang Berhormat N.11 Kadamaian 4.
Yang Berhormat N.15 Kiulu 5.
Yang Berhormat N.16 Karambunai 6.
Yang Berhormat N.17 Darau 7.
Yang Berhormat N.22 Tanjong Aru 8.
Yang Berhormat N.23 Petagas 9.
Yang Berhormat N.26 Moyog 10. Yang Berhormat N.29 Pantai Manis 11. Yang Berhormat N.35 Sindumin 12. Yang Berhormat N.42 Melalap 13. Yang Berhormat N.45 Sook 14. Yang Berhormat N.52 Sungai Sibuga 15. Yang Berhormat N.53 Sekong 16. Yang Berhormat N.55 Elopura 17. Yang Berhormat N.56 Tanjong Papat 18. Yang Berhormat N.58 Lamag
19. Yang Berhormat N.59 Sukau 20. Yang Berhormat N.61 Segama 21. Yang Berhormat N.63 Kunak 22. Yang Berhormat N.65 Senallang 23. Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong 24. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee 25. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Raime Unggi 26. ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir
Saya jadi RO sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan ini mengisytiharkan keputusan pungutan suara yang baru sahaja dijalankan seperti berikut:
Yang bersetuju - 53 Yang tidak bersetuju - 0 Berkecuali - 0 Tidak hadir - 26 Ini bermakna, Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu Bukut dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mulai 10 Disember 2021.
Saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu Bukut telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara. Saya akan mengesahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Negara mengenai nama calon yang telah dipilih itu mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.
Pembetulan. Ini bermakna Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu Bukut dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mulai 10 Disember 2024.
Ini copy paste bah ini. Itulah. Saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu Bukut telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara. Saya akan mengesahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Negara mengenai nama calon yang telah dipilih itu mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Edward Linggu Bukut atas pemilihan ini dan selamat bertugas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 telah pun selesai dan berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah saya panjatkan, Sidang Dewan Undangan sudah disempurnakan; Budget 2025 kepada rakyat dihulurkan, Segulung tahniah kepada Menteri Kewangan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dengan aktif dalam sesi soal jawab, perbahasan, dan juga semasa penggulungan Menteri-Menteri ke atas ucapan Budget 2025 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 15 November 2024 lalu. Syabas saya ucapkan.
Banyak isu-isu yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan. Segala teguran, kritikan yang membina, pandangan dan saranan yang diutarakan. Saya percaya insya-Allah akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan. Bambo kecil menjadi anyaman, Makan sarapan kuih penyaram; Terima kasih untuk semua perbahasan, Kritikan dan pujian, moga jadi panduan.
Semasa sesi perbahasan dan penggulungan tersebut. Ia telah memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan pihak Kerajaan dan pembangkang dalam membahaskan isu-isu yang berbangkit sepanjang sesi perbahasan dan penggulungan berjalan. Semoga momentum ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat yang akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Dewan Undangan Sabah ini sebagai sebuah institusi legislatif yang boleh dibanggakan.
Seperti biasa, saya ingin ingatkan kepada Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikannya semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan. Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan jawapan
secara bertulis kepada mana-mana soalan Yang Berhormat, yang tidak sempat dijawab secara lisan semasa sesi persidangan kali ini dalam tempoh 40 hari dari tarikh ini atau dengan sesegera yang boleh. Jawapan itu hendaklah jawapan yang lengkap. Sila pastikan untuk kemukakan juga satu salinan secara bertulis kepada Dewan ini untuk tujuan direkodkan di hansard.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, MCMC, Bomba, Jabatan Penerangan, RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Jabatan Cetak, Bahagian Istiadat dan Protokol, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Muzium Negeri Sabah, Jabatan Air, DBKK, Sabah Net, Sabah Electricity Sdn. Bhd., dan wakil-wakil media massa. Dan juga semua kakitangan dan pegawai kementerian, serta semua pegawai kerajaan, semua kakitangan Dewan Undangan Negeri, serta semua pihak yang telah turut terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung dalam pengendalian Mesyuarat Ketiga ini bermula pada 15 November 2024 lalu sehingga selesai Mesyuarat Ketiga dalam Penggal Kelima pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan pada semua selamat pulang dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang memandu, memandulah … Tuan Speaker: … dengan selamat dan insya-Allah tidak lama lagi Pan Borneo diselesaikan dan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memandu dengan selesa dan saya juga doakan Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat sampai ke destinasi masing-masing di samping keluarga yang tersayang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas pada semua yang meraikannya dan Selamat Tahun Baharu 2025.
Di atas dahan, burung tempua, Perhatikan rusa minum di kali; Doa saya kepada YB semua, Semoga PRN 17 dicalonkan lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum. (Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 3.40 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang akan ditetapkan.”
SDN21112024/bnm