Sabah · 11 December 2025

17th Assembly, 1st session, 1st meeting · not final · 8 turns · 1,302 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Kita doa kemudian. Selepas selesai.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahitallah Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin, mantan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan ADUN Lamag yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 5 Disember 2025 bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H yang lalu.

Almarhum Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan telah sekian lama berkhidmat untuk rakyat Sabah.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan almarhum amat besar kepada negeri ini.

Pemergian almarhum merupakan kehilangan besar kepada kepimpinan politik di negeri Sabah dan Malaysia. Ketiadaan almarhum di dalam Dewan yang mulia ini sudah pasti akan dirasakan. Saya berdoa semoga seluruh ahli keluarga almarhum terus tabah dalam menghadapi ketentuan illahi ini. Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah kepada almarhum semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Pada yang bukan beragama Islam silalah bertafakur sejenak.

(Semua senyap, bertafakur dan membacakan Al-Fatihah).

Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah

Setiausaha Dewan

Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli yang dipilih.

Speaker

Belalang bukan sembarang belalang, Belalang bersarang di sawah padi; Sidang bukan sembarang sidang, Sidang Angkat Sumpah sebagai YB.

Selaku Speaker saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua Ahli-ahli Yang Dipilih ke Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang

Ketujuh Belas hari ini.

Aturan Urusan Mesyuarat yang ditetapkan pada hari ini adalah Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Yang Dipilih yang akan dimulakan sebentar lagi. Sebelum itu, saya ingin memberi sedikit panduan berkaitan dengan Upacara Mengangkat Sumpah ini.

Ahli yang pertama untuk mengangkat sumpah ialah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, diikuti oleh Timbalan-timbalan Ketua Menteri dan seterusnya oleh Menteri-menteri dan Ketua Pembangkang secara perseorangan. Setelah itu, akan diikuti dengan giliran Pembantu-pembantu Menteri serta Ahli-ahli Yang Dipilih yang lain yang akan dijemput secara berkumpulan iaitu sama ada bertiga atau berempat mengikut nama-nama yang saya akan panggil. Usher akan menunjukkan laluan pada Ahli-ahli Yang Dipilih untuk berjalan menuju ke depan meja Bentara.

Ahli-ahli Yang Dipilih kemudian akan dijemput oleh usher untuk mara ke hadapan bagi mengangkat sumpah di rostrum seorang demi seorang. Ahli Yang Dipilih hendaklah mengangkat sumpah dengan mengangkat tangan kanan menurut cara yang lazimnya. Sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah, Ahli-ahli Yang Dipilih akan terus berjalan ke meja hadapan yang disediakan bagi menandatangani Surat Sumpah masing-masing, kemudian usher akan mengiringi Ahli Yang Berhormat balik semula ke tempat duduk Ahli Yang Berhormat. Sementara itu Ahli yang Dipilih yang menunggu seterusnya akan terus mara mengangkat sumpah mengikut susunan gilirannya.

Ahli-ahli Yang Dipilih berikut telah mengangkat sumpah dan menurunkan tandatangan mereka:

1.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, N.12 Sulaman 2.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, N.36 Kundasang 3.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, N.37 Karanaan 4.

Datuk Ewon Benedick, N.11 Kadamaian 5.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, N.31 Membakut 6.

Datuk James bin Ratib, N.48 Sugut 7.

Datuk Rubin bin Balang, N.43 Kemabong 8.

Datuk Jamawi bin Ja’afar, N.42 melalap 9.

Datuk Jafry bin Arifin, N.59 Sukau

10.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, N.68 Apas 11.

Datuk Julita Mojungki, N.5 Matunggong 12.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, N.65 Senallang 13.

Datuk Joniston bin Lumai @Bangkuai, N.15 Kiulu 14.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @Liasnih, N.32 Klias 15.

Datuk Caesar Mandela Malakun, Ahli Dilantik 16.

Datuk Limus bin Jury, N.33 Kuala Penyu 17.

Datuk Mohd. Ishak bin Ayub, N.40 Bingkor 18.

Datuk Jonnybone J. Kurum, N.47 Telupid 19.

Datuk Fairuz bin Renddan, N.8 Pintasan 20.

Tuan Jordan Jude Ellron, N.44 Tulid 21.

Datuk Samad bin Jambri @Jamri, N.49 Labuk 22.

Datuk Hendrus Anding, N.7 Tandek 23.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin Awah, N.3 Pitas 24.

Datuk Chong Chen Bin, N.4 Tanjong Kapor 25.

Datuk Dr. Maijol Mahap, N.6 Bandau 26.

Datuk Juil bin Nuatim, N.27 Limbahau 27.

Dr. Andi Md. Shamsureezal bin Mohd. Sainal, N.71 Tanjong Batu 28.

Datuk Rina binti Haji Jainal, N.70 Kukusan 29.

Datuk Haji Ruslan bin Muharam, N.34 Lumadan 30.

Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong, N.64 Sulabayan 31.

Datuk Wong Hong Jun, N.22 Tanjong Aru 32.

Tuan Dr. Daud bin Yusof, N.30 Bongawan 33.

Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin, N.17 Darau 34.

Tuan Arunarnsin bin Taib, N.50 Gum-Gum 35.

Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan, N.16 Karambunai 36.

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, N.45 Sook 37.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, N.39 Tambunan 38.

Datuk Donald Peter Mojuntin, N.26 Moyog 39.

Datuk Seri Panglima Haji Gulamhaidar @Yusof bin Khan Bahadar, N.28 Kawang 40.

Datuk Masiung Banah, N.57 Kuamut

41.

Datuk Mohammad bin Mohamarin, N.1 Banggi 42.

Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Sahari, N.23 Petagas 43.

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, N.14 Tamparuli 44.

Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin, N.46 Nabawan 45.

Datuk Jasnih bin Daya, N.13 Pantai Dalit 46.

Tuan Mohd. Arsad bin Bistari, N.9 Tempasuk 47.

Datuk Harun bin Durabi, N.2 Bengkoka 48.

Tuan Haji Jamil bin Datuk Haji Hamzah, N.66 Bugaya 49.

Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, N.62 Silam 50.

Tuan Alias bin Sani, N.53 Sekong 51.

Tuan Calvin Chong Ket Kiun, N.55 Elopura 52.

Tuan Sarifuddin bin Hata, N.72 Merotai 53.

Tuan Assaffal bin P. Alian, N.60 Tungku 54.

Tuan Justin Wong Yung Bin, N.69 Sri Tanjong 55.

Puan Isnaraissah Munirah Majlilis @Fakharudy, N.10 Usukan 56.

Puan Edna Jessica Majimbun, N.18 Inanam 57.

Tuan Tham Yun Fook, N.19 Likas 58.

Tuan Loi Kok Liang, N.20 Api-Api 59.

Tuan Samuel Wong Tshun Chuen, N.21 Luyang 60.

Tuan Chin Tek Ming, N.25 Kapayan 61.

Tuan Shah Alfie Yahya Ahmad Shah, N.24 Tanjong Keramat 62.

Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, N.29 Pantai Manis 63.

Datuk Haji Rusdin @Musidi bin Riman, N.38 Paginatan 64.

Datuk Nik Mohd. Nadzri bin Nik Zawawi, N.41 Liawan 65.

Tuan Haji Hazem Mubarak Musa, N.51 Sungai Manila 66.

Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh, N.63 Kunak 67.

Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, N.67 Balung 68.

Tuan Yusri bin Pungut, N.35 Sindumin 69.

Puan Nurulalsah binti Hassan Alban, N.52 Sungai Sibuga 70.

Tuan Wong Tshun Khee, N.54 Karamunting 71.

Tuan Thien Ching Qiang, N.56 Tanjong Papat 72.

Tuan Muhammad bin Abdul Karim, N.61 Segama 73.

Tuan Manahing Tinggilani @Tanggilani, N.73 Sebatik

74.

Datuk Ir. Chin Shu Ying, Ahli Dilantik 75.

Datuk Abdul Kassim bin Jali @Razali, Ahli Dilantik 76.

Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, Ahli Dilantik 77.

Datuk Roger Chin Ken Fong, Ahli Dilantik 78.

Puan Grace Lee Li Mei, Ahli Dilantik

Speaker

Dari Tuaran pergi Semporna, Beli barangan di Api-Api; Selesai sudah Upacara Angkat Sumpah, Rasmilah semua jadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ada usul yang akan dikemukakan oleh Timbalan Ketua

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSMenteri I. Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Tuan Speaker, bahawa menurut Peraturan Tetap 96(A) dan dengan persetujuan Tuan Speaker, saya mengemukakan usul untuk memberhentikan kuatkuasa Peraturan Tetap 15(A) iaitu bagi membolehkan Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri berkenaan dengan Dasar Kerajaan diadakan pada penggal akan datang.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa usul seperti yang dicadangkan hendaklah dipersetujui. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

PENANGGUHAN

Speaker

Syukur alhamdullilah Upacara Mengangkat Sumpah pada hari ini telah sempurna dilaksanakan. Dengan itu secara rasminya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kini menjadi Anggota Dewan yang mulia ini. Saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dengan penuh dedikasi berpandukan tatacara Peraturan Tetap dan Kedaulatan Undang-undang. Kini adalah masanya, untuk kita sama-sama berkhidmat pada rakyat selaras dengan mandat yang telah dizahirkan oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum Ke-17 baharu-baharu ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga esok, pukul 3.00 petang, Jumaat 12 Disember 2025.

[GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI] Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 12.23 tengah hari. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 12 Disember 2025”.

SDN11122025/bnm