Sabah · 17 April 2025

16th Assembly, 5th session, 1st meeting · not final · 382 turns · 34,781 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Selamat pagi, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Kota Belud, 39 pelajar dan lima guru dan juga daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, 34 pelajar dan enam guru. Selamat datang, selamat berbelajar. Sila duduk.

Untuk permulaan, saya jemput Yang Berhormat ADUN yang Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Selamat pagi Tuan Speaker, pantun.

Apa guna turun ke sawah, Kalau bukan menuai padi; Apa guna soalan ditanya, Kalau jawapan tidak dituntut.

*1. YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah Kerajaan Negeri harus menggunapakai mekanisma oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir dimana hanya mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diberikan sumbangan walaupun ramai mangsa yang berdaftar tetapi tidak berpindah ke (PPS).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, Datuk ADUN Dilantik tidak kasi (memberi) tahu dia sedia pantun, jadi saya tidak ada pantun hari ini.

I Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara, atau NADMA, Jabatan Perdana Menteri, merupakan agensi peneraju pengurusan bencana dan memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi sebarang kejadian bencana di Malaysia. Ini adalah selaras dengan arahan NADMA nombor satu, yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024, yang sebelum ini dikenali sebagai arahan Majlis Keselamatan Negara, atau MKN nombor 20 yang bertujuan menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana.

Pengurusan bencana di Malaysia mempunyai tiga tahap, iaitu: 1.

Tahap Tiga, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

2.

Tahap Dua, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

3.

Tahap Satu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan penglibatan pelbagai agensi yang berkepentingan.

Tuan Speaker, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di seluruh Malaysia adalah tertakluk dan perlu mematuhi arahan NADMA nombor satu, iaitu, mangsa kejadian bencana adalah layak untuk menerima bantuan wang ehsan sebanyak RM1,000.00 dengan syarat mangsa berpindah atau didaftarkan di Pusat Pemindahan Sementara oleh petugas Jabatan Kebajikan Am di daerah masing-masing dan seterusnya disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan permohonan ini akan dikemukakan kepada pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Sekian.

Soalan Tambahan

Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri. Ini sudah keadaan bencana alam. Sebelum soalan tambahan, bukankah kita sedar bahawa bukan mudah untuk orang yang sudah menjadi mangsa banjir, misalnya tanah sudah runtuh, mangsa terperangkap di rumahkah di kampung masing-masing ataupun tanah sudah runtuh, jalan raya sudah terputus. Jadi mereka ini macam mana mendapat bantuan dengan segera? Itu satu.

I Kedua, ada yang mangsa banjir ini, dia lebih sesuai sementara ini menetap dengan keluarganya yang ada rumah di kampung yang sama. Dia tidak kacau, dia tidak pergi pusat pemindahan sementara. Yang saya dapat maklum balas bahawa orang yang tinggal bersama dengan saudara, lebih sesuai, tidak ganggu lagi dengan pihak Jabatan Kebajikan, NADMA, tetapi mereka tidak layak menerima bantuan kerana mereka tidak pergi PPS. Padahal bukan mudah juga dia orang mahu pergi PPS, satu. Kedua, lebih sesuai dia orang bertempat dengan ahli keluarga. Bukankah ini diambil kira, the reality on the ground. Itu peraturan MKN, apa semua faham. Tapi reality on the ground, ada juga keluarga yang tidak sempat pergi PPS, itu satu. Kedua, ulang balik-ulang balik minta pengesahan. Mahu IC fotocopy, macam mana buat fotocopy kampung yang sudah banjir? Kan? Cuma inilah. Jangan ulang balik-ulang balik, orang pun sudah susah, mangsa banjir ini, tambah lagi susah. Jadi harap Yang Berhormat Menteri berikan jawapan dan meneliti semula peraturan-peraturan MKN dan NADMA mengikut reality on the ground. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih kepada soalan tambahan ADUN Dilantik. Jadi, untuk makluman ADUN Dilantik dan Dewan yang mulia ini …

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

… setakat ini memang segala bantuan yang akan disalurkan oleh NADMA ini atau oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah Negeri adalah tertakluk kepada arahan NADMA No.1, sepertimana yang saya maklumkan tadi, wang bantuan wang ihsan ini hanya akan diberikan kepada mereka yang berpindah dan didaftar di PPS. Namun, sekiranya ada kalangan mangsa-mangsa banjir tidak dapat pergi ke PPS yang terdekat oleh kerana jalan terputus ataupun banjir yang begitu teruk yang akan membahayakan nyawa mereka, maka mereka sebenarnya adalah layak untuk mendapat bantuan barang makanan yang akan disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan

I agensi-agensi penyelamat seperti bomba, polis, tentera, rela ataupun Angkatan Pertahanan Awam.

Namun, saya maklum dan saya faham kerisauan dan apa ini, apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat ADUN tadi, ada kes-kes yang sebenarnya berlaku seperti yang disebut tadi, di tempat saya pun berlaku begitu. Namun, sebenarnya perkara ini akan dapat kita tangani secara case by case. Kerajaan tidaklah apa ini berlaku begitu zalim atau prihatin sehingga rakyatnya yang memerlukan bantuan tidak diberikan pertolongan. Namun, apa pun dia bantuan setakat hari ini adalah tertakluk kepada NADMA No.1, sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman, Nabawan pada hari ini mengalami banjir kali kedua, second wave. Jadi apa yang saya ingin tanyakan, pertama, selain daripada NADMA adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membantu segelintir rakyat yang terkesan itu yang terjejas teruk akibat banjir untuk memberi mungkin barangan, keperluan bantuan peralatan ataupun barangan asas ya, seperti kebanyakan tangki-tangki yang hanyut, seperti tilam juga, bantal, dapur gas dan lain-lain kerana pascabanjir ini ramai yang merintih kesedihan bila balik ke apa ini rumah mereka semua ini hilanglah dan tidak boleh digunakan. Dan selain daripada itu juga, selain daripada Bantuan NADMA ini yang RM1000 untuk satu mangsa ini. Adakah Pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu, Kerajaan Negeri membantu sekurang-kurangnya RM300 satu orang, tidak perlu yang RM1000 itu sama ada Kerajaan Negeri ada sediakan bantuan ini? Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih. Soalan tambahan daripada ADUN Nabawan. Sepertimana kita semua sedia maklum dan amalan yang telah di selalu diguna pakai oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji ini, saya melihat bahawa selain daripada bantuan-bantuan yang kita terima daripada NADMA, ada juga bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi, saya rasa perkara ini kita akan melihat

I secara case by case. Maknanya, sekiranya ada keperluan sudah pasti ia akan mendapat pertimbangan daripada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji. Sekian, terima kasih.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ada satu tambahan, minta tambahan, ini sangat penting. Ini sangat penting.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Satu lagi saja soalan tambahan. Telupid. Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Soalan tambahan saya, adakah cadangan di pihak Kementerian untuk menyediakan peralatan seperti sampan dan juga enjin sangkut kepada Pejabat Daerah selaku PKOB, iaitu Pengurusan Bencana Alam? Kerana kalau kita melihat di Telupid, bergantung harap dengan Bomba dan JPAM yang memang kurang peralatan. Kalau Bomba kita tunggu itu equipment daripada Kinabatangan, daripada Beluran ataupun daripada Sandakan. Jadi, kalau di Telupid cuma ada JPAM, ada duakah tiga. Itu pun kalau Kuamut atau Tongod tidak banjir atau di Paitan tidak banjir, maka Telupid itu akan menjadi pengkhususan dia tapi kalau semua banjir, terpaksa kena bahagi-bahagi jadi di Telupid tiada peralatan seperti enjin sangkut dan juga sampan. Jadi, kita minta adakah cadangan Kerajaan untuk memberikan peralatan ini kepada Pejabat Daerah selaku PKOB? Itu pertama. Kedua, saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menyediakan juga peralatan memasak untuk PPS yang sudah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan dan PKOB setiap PPS sebab yang saya nampak sekarang, kalau dipindahkan kita akan tunggu bantuan makanan daripada Kebajikan jadi sudah satu malam, kadang-kadang malam sudah dipindahkan, tidak ada makan. Jadi kalau ada PPS, ada peralatan dapur yang sudah disediakan, mungkin ini boleh disimpan di JPAM ataupun di PKOB, stor PKOB berikan kepada mereka dan biar orang kampung boleh masak di sana sementara menunggu makanan daripada Kebajikan ataupun daripada sumber-sumber lain. Jadi, ini cadangan setiap Kerajaan adakah cadangan ada tujuan untuk ke arah itu? Terima kasih.

I

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih, soalan tambahan daripada ADUN Telupid. Saya maklum dengan cadangan-cadangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat ADUN Telupid dan sudah pasti apa juga perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepada rakyat, kita yakin Kerajaan hari ini akan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya. Jadi sekiranya ada keperluan-keperluan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat ADUN Telupid dapatlah disalurkan secara rasmi daripada jawatankuasa bencana daerah masing-masing kepada Kerajaan untuk pertimbangan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kepayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya, soalan saya nombor dua. Terima kasih.

*2. YB. Puan Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah kerajaan masih komited untuk melaksanakan Skim Payment for Ecosystem Services (PES) bagi kawasan Tadahan Air Babagon, Kota Kinabalu, termasuk menubuhkan sebuah Tabung Air dan meminda atau meluluskan undang undang yang berkenaan, jika perlu. Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker dan juga Ahli daripada Kepayan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan masih lagi komited untuk melaksanakan skim Payment for Ecosystem Services atau PES terutamanya bagi kawasan Tadahan Air Babagon yang telah dijadikan sebagai lokasi pilot dalam Kerajaan membangunkan kerangka Payment for Ecosystem Services ini yang bersesuaian dengan keadaan setempat dan penerimaan masyarakat setempat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini yang belum pernah dengar ini, Payment for Ecosystem Services, ini adalah satu konsep di mana orang-orang di hulu yang mempunyai tanah bersedia untuk mengorbankan penggunaan tanah itu disebabkan keperluan memeliharakan sungai dan alam sekitar di sebelah hulu supaya komuniti

I di bawah mempunyai peluang menggunakan tanah-tanah mereka untuk pertaniankah apa saja, disebabkan mereka mempunyai air dan sebagainya. Jadi, untuk itu yang komuniti di bawah akan bersedia untuk membayar some kind of compensation atau Payment for Ecosystem Services kepada mereka yang di atas. Inilah konsep dia jadi tapi buat masa ini Jabatan Pengairan dan Saliran masih lagi dalam proses akhir untuk mewartakan Kawasan Tadahan Air Babagon sebagai Kawasan Perlindungan Tadahan Air dan Kawasan Pemeliharaan Air di bawah Enakmen Sumber Air Sabah.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

…1998, kepelaksanaan Skim PES (Payment for Ecosystem Services”) ini hanya boleh dibuat selepas kawasan tadahan air Babagon ini diwartakan dan kerangka perundangan bagi tabung pemuliharaan sumber asli juga diwartakan. Sekian. Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Datuk Speaker, terima kasih YB Menteri dan juga untuk menjelaskan apa itu PES, sesuatu yang sudah lama di peringkat antarabangsa dan di Sabah ini, Babagon, tadahan air Babagon ini satu daripada yang pentinglah bagi kita sebab itu adalah satu model dan untuk pengetahuan jugakan saya telah berjumpa dengan komuniti dari kampung ini dan juga NGO yang bekerjasama sebab ini telah dimulakan sejak 2016 dan masih lagi mereka kampung ini yang terdiri daripada Babagon Toki, Kampung Kolosunan dan Kampung Tampasak menjaga kawasan itu dan mereka mengharap sangat bahawa kawasan tadahan air ini akan digazet tidak lama lagi.

Soalan saya, tambahan Datuk Menteri adalah berkaitan dengan penjagaan kawasan itu, bolehkah sementara kita menunggu pewartaan ini, satu program penjagaan ataupun bersama komuniti sementara kita menunggu pewartaan dan kerja-kerja penyediaan, kawasan ini termasuklah penjagaan dia bersama komuniti supaya tidak, kawasan itu tidak tercemar. Saya difahamkan bahawa ada beberapa aktiviti

I pembukaan tanah di sana yang memang itu adalah private land, tetapi bolehkah dengan kerjasama Kementerian menjaga dan membuat satu program supaya dan memantau jugalah kawasan itu. Itu yang saya harapkan YB Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih, Soalan tambahan daripada Kapayan. Sudah tentunya niat untuk, apa ini, menjaga kawasan itu adalah baik dan JPS bersama dengan apa ini, “Water Resources Council” akan mencari jalan untuk mempercepatkan penggazetan ataupun pewartaan kawasan Babagon ini sebagai tadahan air. Namun kalau diperlukan saya rasa tidak ada sekatan atau bantahan untuk sementara waktu kawasan yang terlibat itu boleh mengatur langkah-langkah yang perlu supaya konsep ini lebih boleh diterima dan boleh dimulaikan walaupun apa ini, rangka-rangka yang kita perlu untuk pelaksanaannya belum lagi tersedia termasuk juga tabung itu sendiri. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Telupid.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor tiga.

*3. YB. Datuk Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah status semasa bina baharu jalan ke Tanah Perkuburan Islam di Daerah Telupid.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Jawapan

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Bismillahirrahmanirrahim. Datuk Speaker, untuk makluman sahabat dan juga jiran saya, Ahli Yang Berhormat dari N47 Telupid serta Dewan yang mulia ini. Pejabat Daerah Telupid telah mengemukakan surat permohonan mengenai cadangan Projek Bina Baru Jalan ke Tanah Perkuburan Islam di daerah Telupid kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Maklumat muktahir yang diterima oleh Kementerian saya adalah jalan ke Tanah Perkuburan ini tidak termasuk dalam kriteria pembiayaan projek di bawah peruntukan JHEAINS.

I Peruntukan Taman Perkuburan JHEAINS hanya membiayai pembinaan laluan jalan perkuburan dalam kompaun Tanah Perkuburan dan bukannya jalan akses ke kawasan Tanah Perkuburan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian saya mempunyai program di bawah peruntukan-peruntukan kecil. Walau bagaimanapun, memandangkan biaya di bawah peruntukan ini adalah terhad, maka saya khawatir permohonan untuk pembinaan baharu akses jalan ke Tanah Perkuburan tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan projek berkenaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, soalan tambahan. Soalan Tambahan

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Pembantu Menteri. Masalah untuk membina jalan perkuburan ini telah pun saya utarakan sekian lama. Kita bersyukur kepada Jabatan Tanah karana sudah meluluskan, meluluskan Tanah Perkuburan Islam di daerah Telupid yang sudah sekian lama menjadi masalah. Sekarang ini kita mendapat makluman daripada Jabatan Tanah bahawa Jabatan Tanah telah memberi 20 ekar gazet untuk tapak perkuburan, tanah perkuburan bagi daerah Telupid. Jadi itu terima kasih. Masalahnya sekarang yang seperti dalam soalan saya, tanah itu telah digazetkan tetapi jalan tidak ada. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, sedikit cerita Datuk Speaker mengenai dengan orang-orang yang meninggal dipanggil Tuhan yang beragama Islam sehinggakan ada yang membayar RM800.00 untuk jenazah itu disemadikan di kawasan perkuburan kampung-kampung yang lain dan yang lebih malang lagi, ada jenazah yang dikuburkan atau disemadikan di hutan simpan. Jadi inilah yang saya ingin bawa perhatian kepada Kementerian supaya dapat diluluskan segera untuk pembinaan jalan raya ini. Karana tapak perkuburan sudah ada, cuma saya memohon supaya ada kelulusan untuk membina baharu jalan untuk masuk ke tapak perkuburan inilah. Jadi itu soalan saya dan bilakah seboleh-bolehnya peruntukan di mana atau bila peruntukan ini boleh disalurkan kepada kami untuk perkuburan Islam di daerah Telupid. Terima kasih.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat Telupid.

I Untuk makluman pihak Kementerian maklum perkenaan keperluan untuk membina akses jalan ke tanah perkuburan ini seperti yang dipohon oleh pihak pejabat daerah kepada JHEAINS. Namun demikian, seperti yang saya maklumkan tadi, sememangnya kita mengambil kira tentang keperluan bagi akses jalan memandangkan difahamkan seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, kawasan Pekan Telupid tersebut tidak ada tanah perkuburan lain selain daripada yang telah digazetkan.

Jadi memandangkan jalan ini sangat penting, saya akan, pihak Kementerian akan memberikan pertimbangan atau pun mengangkat perkara ini agar ia dapat diambil perhatian dan dapat diberikan kelulusan termasuklah mengangkat kepada jabatan dan agensi yang boleh menyalurkan peruntukkan kepada pembinaan akses jalan ini di Tanah Perkuburan Telupid. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Seterusnya saya jemput, Yang Berhormat Gum-Gum.

Datuk Speaker, soalan saya nombor empat.

*4. YB. Tuan Arunarnsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah tindakan segera untuk menangani isu-isu pembetungan yang semakin serius terutamanya di kawasan taman perumahan seperti Taman Megah batu 7, Sandakan, Pasar Batu 8 Sandakan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan nombor 27. Memandangkan soalan yang dibangkit..

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Dan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gum-Gum dan Karamunting, serta Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah telah mengambil beberapa tindakan

I penyelesaian bagi isu pembetungan di sekitar daerah Sandakan termasuk di Taman Megah Batu 7, Pasar Batu 8, kawasan Bandar Ramai-Ramai dan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bagi isu paip pembetungan di Taman Megah, loji rawatan kumbahan Taman Megah tidak beroperasi disebabkan berlakunya kecurian komponen elektrikal dan juga terdapat sampah di dalam paip pembetungan yang menyebabkan paip tersumbat dan kumbahan melimpah di lurang kawasan ini. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja pembaikan loji telah disiapkan pada 19 Februari 2025 dan kerja-kerja penyelenggaraan paip pembetungan telah diselesaikan pada 31 Mac 2025. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi isu pembetungan di Pasar Besar Batu 8, masalah pembuangan sampah, lemak, minyak dan gris oleh segelintir orang awam dan pemilik premis ke dalam lurang telah menyebabkan limpahan kumbahan. Setakat ini, JPP Sandakan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan lurang yang melimpah. Namun, masalah ini masih berulang disebabkan kurangnya kesedaran awam tentang kepentingan pembetungan dan peranan orang ramai ke atas keperluan penjagaan sistem pembetungan awam. Sehubungan itu, JPP Sabah bersama Majlis Perbandaran Sandakan telah melaksanakan program pemeriksaan dan penguatkuasaan bersepadu pada 21 Mac 2025 bagi menangani masalah ini. Selain itu juga, JPP Sabah telah melaksanakan program pembersihan lurang dan rangkaian paip pembetungan khususnya di kawasan pasar-pasar awam sekitar Daerah Sandakan termasuk Pasar Umum Sandakan, Pasar Elopura I dan II, Pasar Bandar Pasaraya, Pasar Besar Batu 8 dan Pasar Bandar Ramai-Ramai yang telah bermula pada 9 April 2025 untuk tempoh sembilan bulan.

Bagi kawasan Bandar Ramai-Ramai, kebanyakan isu pembetungan adalah melibatkan sistem perpaipan tandas di dalam kawasan bangunan di mana, kebanyakan paip tersebut berada dalam keadaan yang uzur.

Justeru itu, tanggungjawab penyenggaraan, pembaikpulihan atau penggantian perpaipan adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis selaras dengan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan (EPP) 2017 di bawah Seksyen 35 Subseksyen 2.

I Manakala, bagi sistem pembetungan awam di kawasan berdekatan adalah di bawah selenggaraan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah.

Jabatan telah melaksanakan program pembersihan lurang dan paip pembetungan di kawasan Pasar Bandar Ramai-Ramai yang telah bermula pada 9 April 2025 untuk tempoh sembilan bulan bagi mengurangkan masalah pembetungan awam. Tuan Speaker, bagi kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) setakat tahun 2025 terdapat lima kawasan PPR di bawah selenggaraan Kementerian saya melalui JPP Sabah yaitu PPR Sungai Manila, Taman Murni, Lintas Sibuga, Taman Gum-Gum dan Taman Mesra. Bagi isu pembetungan di kawasan PPR, dapatan daripada pihak JPP Sabah adalah isu pembuangan sampah ke dalam lurang oleh segelintir penduduk di kawasan PPR ini.

Bagi mengatasi permasalahan ini, JPP Sabah telah melaksanakan kerja pembersihan paip pembetungan dan lurang untuk lima kawasan PPR. Manakala, program pembersihan secara rutin melalui outsource untuk loji rawatan kumbahan kawasan PPR, Lintas Sibuga dan PPR Taman Gum-Gum telah bermula pada 19 Mac 2025 dan akan berakhir pada 18 November 2025. Pembersihan secara rutin untuk tiga loji rawatan kumbahan PPR yang lain dikendalikan oleh pihak JPP Sabah sendiri.

Keseluruhannya, isu utama sistem pembetungan awam adalah masalah pembuangan sampah, lemak, minyak dan gris yang masih berlaku secara berleluasa di kawasan Sandakan. Bagi menangani masalah ini, JPP Sabah akan terus mempertingkatkan usaha dalam penguatkuasaan dan pemeriksaan bersepadu bersama Majlis Perbandaran Sandakan termasuk mengadakan program pendidikan dan kesedaran awam di kawasan daerah Sandakan dan juga kawasan-kawasan lain. Selain itu, JPP Sabah juga berusaha untuk memantapkan lagi keperluan kakitangan, peralatan dan kelengkapan JPP Sandakan bagi memastikan sistem pembetungan awam di kawasan Sandakan beroperasi dan diselenggara dengan baik dan berkesan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan.

I Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di Taman Megah ini, ataupun, dan di sebelah dia itu Megah Jaya. Jadi, bertahun-tahun sudah perkara ini berlaku. Sehinggalah pada suatu ketika, kalau saya tidak silap dua bulan yang lalu, kita mahu ada sudah demo, demonstrasi yang kecil-kecilanlah, barulah kita dapat yang ini, tetapi dalam masa yang sama di blok yang sebelah itu masih lagi, masih tersumbat lagi. Saya tanya juga pekerja-pekerja di situ, dia bilang apa nama jabatan ini tidak ada peruntukan. Sama juga jabatan JKR, tidak ada peruntukan. Itu saja alasan dia, kan? Jadi, bila kita ada buat demo nanti, disalahkan pembangkang pula, kan? Mengada-ngadalah, dekat pilihan rayalah.

Padahal, bertahun-tahun, saya tinggal di situ hampir tiga tahun. Memang pun kena begitu dan pam itu diselesaikan di pam, direct sudah pergi parit. Bukan lagi pergi, apa nama, pergi tempat yang betul. Daripada itu, pergi parit sudah. Jadi, saya harap, bila dapat makluman daripada Yang Berhormat Menteri ini, dapatlah kami menikmati bau yang harum, bukan yang bau yang busuk. Bukan sekejap, tapi berminggu-minggu.

Sampailah di sekitar itu, mereka datang ke rumah saya mengadu. “YB tolong kami”. Saya ini cakap YB pembangkang. Tapi kami mengadu kepada YB kerajaan, tidak diambil peduli. Jadi, untuk pengetahuan semua, walaupun saya YB pembangkang ini, tapi tidak pernah luntur di hati saya ini untuk membantu masyarakat. Itu sahaja, mudah-mudahan dengan penjelasan yang baru-baru ini, dapat kita nikmati bersama di kawasan saya. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih kepada ADUN Gum-Gum yang mengemukakan atau menyuarakan isu yang telah berlaku. Untuk makluman Ahli Dewan Undangan Gum-Gum, JPP Sabah telah melantik empat panel kontraktor penyelenggara mengikut zon. Ada empat zon di Sandakan dan bagi kawasan Gum-Gum. Ada nama kontrak Operation and Maintenance of Synergy Systems in the District of Sandakan, zon Gum-Gum yang mana satu kontraktor, iaitu Tensa Engineering Sdn. Bhd. telah dilantik pada 17 Februari 2023 untuk tempoh tiga tahun sehinggalah berakhir 16

I Februari 2026. Jadi, isu yang telah dinyatakan tadi, saya akan semak dan pastikan tindakan sewajarnya akan diambil. Terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih Tuan Speaker, Menteri. Tentang pam yang selalu kita dengar, pam kena curi ataupun alat-alat elektrik kena curi di kawasan pump house. Jadi soalan saya, adakah ini pihak kementerian buat laporan polis ataupun adakah sistemnya, ada baharu untuk perubahan ini? Sebab selalu kita tengok pam kena curi, kabel kena curi. Tapi, ini dari dulu sampai sekarang. Dan soalan satu lagi ialah adakah pihak kementerian ataupun agensi JPPS, dia adakah setiap tahun dia ada on time atau on schedule untuk maintain semua pump house ini? Sebab ada yang saya nampak seperti apa yang YB Gum-Gum katakan Taman Megah, bila, sebab saya pun ada keluarga tinggal sana. Bila keluarga tanya, pump house ini dua, tiga kali sudah kena curi. Mereka pernah buat laporan, tapi tidak dapat diselesaikan. Jadi ini bermakna, bila ini pump house kena curi, dia, kalau ada staff nya on ground pergi check, selalu pergi maintain, pergi check. I don’t think so dia boleh berlaku begitu sampai bertahun-tahun. Jadi soalan saya, adakah by jadual atau staf di bawah kerja untuk by jadual dan adakah buat laporan polis bila pump house yang alat-alat kena curi? Itu saja.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Karamunting. Berkenaan dengan soalan yang dikemukakan pihak JPP Sabah melalui JPP Sandakan akan mempunyai caranya bagaimana untuk mengurangkan kes kecurian ataupun vandalisme yang berlaku. Saya akan pastikan bahawa akan ada kemajuan dari sudut tersebut dan berkenaan dengan soalan tentang routine maintenance STP dan pumping station. Saya dimaklumkan ada dilantik kontraktor mengikut zon bagi tujuan routine maintenance of STP and pumping station for Sandakan district Zone 1 and 2 and zone 4 yang mana dua kontraktor telah dilantik bermula 19 Mac 2025, berakhir

I 18 November 2025. So, saya berharap dengan lantikan kontraktor bagi tujuan routine maintenance of the STP and pumping station tersebut, maka kejadian-kejadian yang disebutkan tadi dapat diminimakan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Seterusnya, saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Haji Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Speaker.

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam hati; Kalau YB Menteri bersedia sudah, Soalan nombor lima sedang menanti.

*5. YB. Datuk Suhaimi bin Haji Nasir [Adun Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi penyelenggaran dan pembersihan sistem perparitan di daerah Sandakan setiap tahun.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Yang Dilantik, Datuk Suhaimi bin Haji Nasir dan makluman Dewan yang mulia ini, setiap tahun Kementerian saya menerima peruntukan di bawah peruntukan Perbekalan Negeri S39. Peruntukan ini akan diagih-agihkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah berdasarkan kepada permohonan mereka. Oleh itu, tidak ada jumlah peruntukan tetap yang disediakan oleh Kementerian kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi penyelenggaraan dan pembersihan sistem perparitan di daerah Sandakan setiap tahun.

Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod, jumlah yang diperuntukkan kepada MPS menggunakan peruntukan perbekalan S39 sejak tahun 2020 hingga tahun 2024 adalah sebanyak RM558 ribu. Selain daripada itu, bagi tahun 2025, MPS telah pun memperuntukkan sebanyak RM900 ribu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan parit

I utama dan maintenance of major drain and …(kurang jelas) drainage. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan Tambahan

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Yang Berhormat Klias. Apa yang menjadi persoalan yang timbul sejak kebelakangan ini, terutama daripada tahun lalu. Setiap kali hujan, perumahan dilanda banjir. Setiap kali hujan, sama ada hujan itu dalam tempoh dua jam, banjir. Ini yang berlaku di Taman Merpati, Taman Kenari, Taman Rajawali. Ada parit besar di menghadang daripada Merpati, Fajar sampai ke laut Sungai Sibuga tetapi parit ini selalu tersumbat, satu perkara. Perkara kedua, daripada perumahan-perumahan ini juga, parit ada yang sudah collapse, ada yang sudah tersumbat tetapi perkara ini sudah bukan perkara yang baharu.

Empat tahun, lima tahun lalu tetapi kita menyuarakan, saya ingat Allahyarham Yang Berhomat Sungai Sibuga juga pernah mengutarakan di dalam Dewan ini tetapi tidak juga dapat dilaksanakan. Apa yang menjadi permasalahan kepada pihak penyelenggara. Maksudnya di sini, masalah yang dihadapi oleh pihak majlis untuk menyelenggara dan membersih sistem perparitan ini. Apa yang menjadi masalah? Kalau yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi, peruntukan S9 pada tahun 2020 ini sudah mencecah jutaan tetapi dan juga saya dimaklumkan bahawa ada pihak konsesi pembersihan parit ini. Tapi di manakah peruntukan konsesi ini tidak dapat diselenggarakan setiap kali? Ini dalam tahun ni saja saya ingat, tiga kali, empat kali sudah banjir. Kesian rumah orang, dimasuki air. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sebagai makluman, kalau yang konsesi itu mungkin ada kawasan-kawasan tertentu dan saya tiada maklumat mana-mana konsesi yang terlibat di kawasan-kawasan tertentu. So, kalau dia terlibat konsesi, saya akan semak balik dan bagi tahu secara bertulis. Itu yang pertama. Yang kedua, kalau yang berkenaan parit-parit, sekarang ini kadangkala hujan pun tidak menentu. Walaupun dia hujan satu jam, setengah jam atau dua jam, amount of rainfall yang ada itu mungkin terlalu tinggi. Terlalu tinggi dan ini yang akan

I mengakibatkan banjir kilat. Itu mungkin salah satu dan yang kita tahu, yang kita diberitahu oleh MPS adalah mereka selalu menyelenggara parit-parit yang di semua kawasan di Sandakan ini. Tapi kalau ada yang parit-parit tertentu, nanti kita akan semak balik. Terima kasih.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Speaker.

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Datuk Speaker. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Pantai Manis, satu saja. Soalan Tambahan

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Saya ingin bertanya dan mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sistem perparitan di kawasan perumahan. Ini saya cerita pasal kawasan di kawasan-kawasan sayalah, di Papar. Di kawasan saya itu, saya pun tinggal di kawasan perumahan, yang jadi kemusykilan saya berkenaan dengan penyelenggaraan parit-parit dan juga pemotongan rumput di taman-taman. Di kawasan belakang rumah itu, belakang rumah, kawasan perumahan diselenggara oleh majlis. Dan sebelah depan diselenggara oleh mungkin konsesi untuk memotong rumput.

Jadi menjadi kemusykilan kepada kita. Kawasan parit, kawasan yang sama. Jadi kenapa di belakang majlis yang selenggara, di depan konsesi yang selenggara. Itu satu hal. Satu lagi, berkenaan kekerapan mereka menyelenggara parit-parit ini. Kalau di kawasan perumahan saya itu, mungkin setahun, mungkin adalah sekali. Dan berkenaan dengan rumput-rumput, setakat ini saya sendiri potong di kawasan rumah saya kerana malu juga rumah Wakil Rakyat rumput panjang-panjang tidak dipotong. Terpaksa saya potong sendiri. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih soalan tambahan daripada ADUN daripada Pantai Manis. Saya sendiri pun agak pelik juga kenapa ada perbezaan. Parit yang di hadapan kita itu ada konsesi tapi di belakang biasanya

I pihak PBT yang menyelenggarakan. Saya juga ada tanya pada pegawai-pegawai dan juga majlis-majlis. Mereka cuma mengatakan itulah amalan yang kita sudah dipraktiskan. Kalau terlampau teruk, we can still amend amalan-amalan itu. Itu tiada halangan. Cuma bila kita tanya kekerapan untuk menyelenggara ataupun memotong rumput. Biasanya minimum pun once a month. Itu yang saya tahulah. Kalau yang lain-lain mungkin ada masalah-masalah tertentu mungkin mereka beritahu tapi kalau sekali dalam setahun itu saya ingat agak mustahil sedikit bagi semua PBT. Kecuali kawasan itu bukan kawasan perkadaran dan bukan di bawah majlis. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Yang Berhormat Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan saya soalan nombor enam.

*6. YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah inisiatif Kerajaan Sabah dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan, termasuk bantuan kepada petani dalam bentuk subsidi, latihan teknologi pertanian dan kemudahan pemasaran.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Soalan nombor enam.

Jawapan

Datuk Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN N41 Liawan dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian di DOA Sabah, telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan, khususnya tanaman makanan kepada petani dalam bentuk pemberian subsidi, latihan teknologi pertanian dan kemudahan pemasaran. Program Pembangunan Tanaman Makanan yang dilaksanakan merangkumi padi, kelapa, kopi, buah-buahan, kontan dan sayur-sayuran. Bantuan yang disediakan meliputi subsidi pembajakan sawah padi, pembukaan kawasan pertanian, bahan tanaman

I berkualiti, input pertanian seperti baja dan racun, sistem pengairan, pusat pengumpulan hasil, stor input pertanian dan mesin memprosesan huluan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran hasil pertanian.

Kementerian saya melalui Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) sedang dalam usaha membangunkan seluas 22 146 hektar kawasan sawah padi terbiar, yang tidak mempunyai sistem pengairan. Keluasan kawasan padi, sawah padi terbiar mengikut daerah adalah seperti berikut: Kota Marudu 3 132, Kota Belud 8 652, Tuaran 2 514, Tambunan 2 064, Keningau 3 514, Papar 2 270, jumlah 22 146. Bagi memastikan kelancaran pembangunan dan pengurusan padi di enam buah daerah tersebut, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Padi Daerah telah ditubuhkan di setiap daerah berkenaan yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga LPBS. Kementerian saya melalui DOE Sabah, juga menyediakan Latihan Teknologi Pertanian untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan petani, bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan.

Salah satu inisiatif penting dalam latihan teknologi adalah kerjasama dengan Malaysia Digital Economic Corporation, melalui inisiatif digital and tech yang menyediakan bantuan teknologi berbentuk sistem internet of things untuk sistem fertigasi. Sejumlah 1 343 kursus telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 14 379 orang, menghasilkan nilai jualan sebanyak RM23.95 juta. Di samping itu Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product ditawarkan kepada pengusaha produk hiliran berasaskan tanaman makanan. Seramai 63 orang usahawan, telah menerima geran berjumlah RM1.432 juta dalam tempoh 5 tahun dari 2021 sehingga 2025, dengan nilai jualan RM15.18 juta. Program Geran Agropreneur Muda pula memberi bantuan kepada 86 orang belia, berumur antara 18 hingga 43 tahun dalam bidang pertanian dan pemprosesan makana termasuk penanaman cili, rock melon secara fertigasi, sayuran hidroponik, cendawan, pisang sabah, papaya, durian, serta ternakan madu kelulut. Di bawah industri hiliran, produk yang dihasilkan adalah berasaskan kelapa, kopi, ubi kayu dan tauhu dengan nilai jualan berjumlah RM3.724 juta.

Selain itu, Program Agropelancongan turut diperkenalkan bagi menyokong pengusaha ladang tanaman makanan sebagai tarikan pelancongan. Setakat ini terdapat 19 orang pengusaha Agropelancongan telah menerima geran berjumlah RM3.5 juta, daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan

I pengusaha-pengusaha tersebut telah berjaya memperoleh nilai jualan sebanyak RM2.244 juta.

Tuan Speaker, dalam usaha memperluaskan pemasaran produk pertanian, Kerajaan telah membangunkan aplikasi digital hub hasil pertanian sebagai platform pemasaran dalam talian, menggunakan konsep pemadanan perniagaan, business matching. Inisiatif ini membolehkan petani memasarkan produk mereka dengan lebih efektif, sebagai alternatif kepada kaedah pemasaran konvensional. Kementerian saya melalui Koperasi Pembangunan Desa (KPD) telah membina enam buah pusat pengumpulan hasil tani di enam daerah, iaitu Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang dan Telupid.

Bertujuan untuk membantu golongan petani kecil luar bandar memasarkan hasil pertanian. APCC ini dilengkapi dengan fasiliti ruang pengumpulan hasil, penggredan, penyimpanan sejuk, pembungkusan, pengangkutan, pemunggahan dan pemasaran.

Para petani daripada luar bandar boleh memasarkan hasil pertanian yang berkualiti di pusat ini, dan KPD akan membantu untuk memasarkannya semula.

Pusat-pusat ini mempunyai fasiliti mesin pembungkusan, seperti Top Sealer dan Vacuum Pack serta mesin-mesin memprosesan asas, yang boleh digunakan oleh para petani atau usahawan kecil, dalam menambah nilai hasil produk pertanian serta membantu dalam usaha pemasaran.

Bagi membolehkan lebih ramai petani kecil luar bandar mendapat manfaat pemasaran ini, KPD sedang dalam usaha dalam proses membina lima APCC baharu di lokasi, iaitu Nabawan, Tambunan, Tenom, Penampang dan Tuaran.

Tuan Speaker, Kementerian saya melalui Lembaga Industri Getah Sabah menyalurkan pelbagai inisiatif kepada pekebun kecil getah di Sabah, seperti Program Tanam Baharu dan Program Tanam Semula Getah secara berkelompok, di mana LIGS akan membantu para pekebun kecil.

Bermula dari program pembangunan ladang, penyelenggaraan ladang, pembekalan input pertanian dan pemantauan sehingga produk pokok getah matang dan boleh ditoreh. LIGS terus melaksanakan pelbagai program latihan dan pembangunan kapasiti, untuk meningkatkan kecekapan pekebun kecil, antaranya Kursus Amalan Pertanian Baik Bagi Getah dan Teknik Pembajaan serta Pengurusan Kebun Secara Lestari. LIGS juga menyediakan latihan penorehan secara berkesan, bagi membolehkan para

I pekebun kecil meningkatkan hasil pengeluaran getah. Untuk menjamin pemasaran yang lebih stabil kepada pekebun kecil, LIGS menyediakan kemudahan perkhidmatan pembelian getah terus dari ladang, bagi menjamin semua hasil getah yang dikeluarkan dapat dipasarkan. Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Speaker, soalan tambahan. Terima Kasih, Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya adalah seperti berikut: Selain daripada perancangan yang telah dibuat di Nabawan, adakah projek-projek baharu Pertanian yang dirancang oleh Kementerian ataupun agensi-agensi di bawah Kementerian, untuk dilaksanakan di kawasan Nabawan kerana Nabawan mempunyai

… potensi besar dalam bidang pertanian dan perikanan ikan air tawar. Dan untuk makluman pihak Kementerian, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah ataupun SLDB sedang berusaha sama dengan pihak UITM untuk membangun satu projek perintis, iaitu Projek Udang Karang Air Tawar ataupun Lobster Air Tawar di bawah program PROSPEK, iaitu Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung. Jadi, saya mohon pihak Kementerian untuk menyokong projek-projek seperti ini. Dan selain daripada itu, untuk soalan yang kedua, mungkin ada tersasar sikit daripada soalan asal. Saya ingin bertanya, adakah pihak Kementerian menyediakan dana-dana bantuan kepada pekebun-pekebun kecil yang terkesan dengan kerosakan tanaman-tanaman mereka ini yang kerosakan akibat daripada bencana-bencana sama ada banjir ataupun musim kemarau? Terima kasih.

Datuk Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Terima kasih soalan tambahan yang diberikan. Pertama sekali, menyentuh soalan yang pertama, adakah projek-projek baharu kepada Kementerian yang disalurkan kepada kawasan Nabawan? Memang hasrat kita untuk mempelbagaikan dan memperbanyak projek-projek dan usaha-usaha untuk membantu rakyat di

I semua kawasan. Dan saya yakin di kawasan Nabawan ini pun tidak akan ketinggalan dan kita akan memberi detail dan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat tentang perkara ini.

Yang kedua adalah berkaitan dengan kerjasama SLDB dengan UITM. Saya secara berterima kasihlah. Usaha sama-usaha sama seperti ini sangat bermakna dan bagi pihak Kementerian, kita tidak ada halangan untuk memberi kerjasama penuh. Dan kita mengharapkan bentuk dan rupa bantuan yang bagaimana diperlukan dan kita akan sedia membantu.

Untuk perkara yang ketiga, dana-dana bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Memang kita menyediakan bantuan-bantuan khusus kepada semua pekebun-pekebun kecil di seluruh Sabah mengikut kategori dan kemampuan yang kita ada. Dan untuk lebih lanjut berkaitan dengan bantuan pekebun kecil yang mengalami bencana, kita akan salurkan cara bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura.

Boleh saya?

Tuan Speaker, nombor soalan saya nombor tujuh.

*7. YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah usaha kementerian untuk membantu pelajar lepasan sekolah menegah di Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, termasuk peluang biasiswa, kemasukan ke IPTA dan program TVET.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Jawapan

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.

I Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Elopura dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), terdapat dua agensi utama yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif membantu pelajar sekolah menengah di Sabah untuk melanjutkan pengajian ke program pendidikan tinggi, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Sabah Skills in Technology Center.

Institut Latihan Teknik dan Perindustrian (ILTP) adalah pusat latihan di bawah JPSM yang menyediakan peluang kepada golongan belia dan beliawanis yang tercicir ataupun tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam dan swasta untuk mengikuti program TVET.

Tuan Yang di-Pertua, ILTP menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dan Tahap Tiga yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Selain itu, para pelatih juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi Diploma Kemahiran Tahap Empat dan Diploma Lanjutan Tahap Lima. JPSM juga turut bekerjasama dengan universiti teknikal seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dengan pembiayaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2025, peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) telah meningkat daripada RM113,171,400.00 kepada RM125 juta. Ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menaja lebih ramai anak-anak Sabah yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) dalam luar negara dan dalam, dan luar negara untuk pelbagai bidang pengajian dan keutamaan kita diberikan dalam bidang STEM.

SSTC adalah salah satu peneraju program latihan kemahiran yang berorientasikan keperluan industri semasa dan permintaan pasaran kerja. Program-program yang ditawarkan oleh SSTC menyasarkan lepasan SPM serta graduan IPTA, IPTS dalam bidang utama yang ditawarkan seperti minyak dan gas, safe and health, perhotelan, kulinari, dan pengurusan perladangan. Sijil-sijil yang dikeluarkan oleh SSTC diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency dan International Institute of Plantation

I Management, sebuah institusi profesional yang mengiktiraf kelayakan dalam bidang perladangan.

Datuk Speaker, selain itu, Kementerian Sains, Teknologi, Inovasi Negeri Sabah telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program festival STEM dan TVET khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Program ini merupakan anjuran bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang melibatkan 24 buah pejabat pendidikan daerah di seluruh negeri Sabah. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan TVET dan STEM dengan sasaran utama kepada ibu bapa, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Diharapkan melalui inisiatif ini jumlah pelajar mendaftar dalam bidang TVET dan STEM akan terus meningkat mengikut sasaran. Antara aktiviti utama dalam program festival STEM dan TVET termasuklah pameran dan perkongsian kerjaya dalam bidang STEM dan TVET. Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar sekolah menengah dan memilih bidang dan melanjutkan pelajaran mereka. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Elopura serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) ada menyediakan bantuan kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, iaitu bantuan BUDI, tunai pendaftaran IPT secara …

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

… secara one-off, BUDI dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK). Selain itu, Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) juga disediakan untuk pelaksanaan atau penyertaan berkaitan program pendidikan. Terima kasih.

Terima kasih, Menteri, yang jelas jawapan. Memang bagus. Terima kasih.

I

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Terima kasih.

Jadi soalan tambahan saya ialah, yang Sandakan punya vocational school, Kolej Vokasional Sandakan. Jadi, apa langkah segera pihak Kementerian untuk menjejaskan kualiti pelajaran di Kolej Vokasional Sandakan? Termasuk gunakan itu kereta lama, enjin lama dan selalu banjir akibat parit yang mungkin, yang lama dan mungkin kapasiti tidak cukup itu parit, atau apa langkah-langkah untuk kasi upgrade dia punya bilik murid? Sebab sekarang itu aircond rosak, lampu rosak, itu dinding selalu banjir pun rosak. Tidak selesa, kalau belajar di situ. Ini yang satu vocational school di Sandakan. Saya rasanya seluruh Sandakan yang paling teruklah di Sandakan ini. Terima kasih, Menteri.

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Bengkoka

Terima kasih. Soalan tambahan itu bukan lagi soalan. Saya nampak terlampau banyak rosak yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Dan insya-Allah, Kementerian ini bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan cuba memastikan perkara-perkara ataupun kerosakan-kerosakan yang mendesak sangat. Kita akan cuba berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, untuk melihat kerosakan yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor lapan.

*8. YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, berapakah jumlah warga emas yang telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat pada tahun 2024 di Dun Sekong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, Menteri.

I Jawapan

Datuk Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Terima kasih, Datuk Speaker. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong, seramai 78 orang warga emas terdiri daripada 55 orang lelaki dan 23 orang wanita telah menerima bantuan di DUN Sekong pada tahun 2024.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, YB Pembantu Menteri. Soalan tambahan, Tuan Speaker. Berkaitan rumah warga emas di Sibuga, di Batu 5, Sandakan, sekarang ini mempunyai katil, 60 buah dan katil itu telah pun penuh. Sementara keperluan warga emas kepada rumah warga emas itu semakin banyak. Jadi, apakah ada perancangan Kerajaan untuk Kementerian YB Menteri untuk menambah katil di pusat berkenaan? Mungkin dalam range 20 ke 30. Itu yang pertama. Yang kedua, begitu juga dengan penjaga kepada warga emas di rumah berkenaan, dia punya normal range ialah satu penjaga, dua warga emas. Sekarang ini satu penjaga, lapan warga emas yang dia jaga. Jadi mohon pertimbangan dan penjelasan daripada YB Menteri. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Terima kasih, soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong. Ah, mengenai dengan kapasiti rumah warga emas yang disebutkan tadi. Kita juga akan berusaha dan kita mengambil ya, mengambil iktibar untuk menambah katil mengikut ruangan yang tersedia. Jika mungkin ruangan itu agak sempit dan kita tidak dapat menambah katil lagi di dalam rumah tersebut. Tetapi kita akan berusaha untuk menambah ruangan ya, rumah warga emas tersebut. Dan kedua, mengenai dengan penjaga. Itu juga kita akan mengambil tindakan ataupun apa-apa saja yang perlu Kementerian lakukan dan saya juga mengalu-alukan Ahli Yang Berhormat untuk terus sama-sama untuk memperbaiki keadaan ataupun apa-apa sahaja cadangan daripada Ahli Yang Berhormat untuk sampai ke Kementerian kami. Terima kasih.

Soalan tambahan.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Gum-Gum.

Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Okey, saya mendengar tadi penjelasan daripada Menteri bahawa kalaulah penuh, tidak boleh ditambahkan katil di kawasan itu. Jadi adakah Kementerian ini bercadang sekiranya warga emas ini, apa nama, dijaga oleh keluarganya di rumah sendiri? Soalan saya, adakah apa nama, elaunkah ataupun gajikah, yang Kementerian bagi kepada yang penjaga yang di rumah pula? Sebab sama juga. Kalau dijaga di rumah warga tua itu ada penjaga dan ada digaji. Jadi warga emas ini ataupun orang yang sudah penyakit kronik ini ada di rumah. Tetapi bila dijaga oleh keluarganya, tidak ada gaji. Betulkah? Jadi saya bercadanglah yang di rumah ini ada elaun. Walaupun barangkali tidak penuh seperti mana yang penjaga di rumah apa nama, rumah orang tua tersebut. Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, saya ingin menjawab soalan daripada DUN Gum-Gum.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Silakan, YB Menteri.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Sebenarnya kita ada membayar elaun pekerja kepada mereka-mereka yang menjaga orang-orang tua di rumah. Seperti mereka ini menghadapi masalah penyakit kronik, terlantar di rumah dan sebagainya. Jabatan Kebajikan ada memberi bantuan elaun sebanyak RM450 sebulan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjung Papat.

Datuk Speaker, sikit saja, satu soalan sahaja ini. Satu soalan sahaja. Satu soalan sahaja.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

I need to move on to the next question. Terima kasih, Yang Berhormat Gum-Gum. Yang Berhormat Gum-Gum.

Ah, Yang Berhormat Menteri. Saya tadi nampak … (suara bertindih)

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Boleh kita jumpa di luarlah. Kita jumpa di luar bagi tahu saya sajalah, YB. Kita bincang-bincang sajalah di luar bah. Terima kasih.

Dijawab di Dewan yang mulia inikan. (suara tidak jelas) Tadi 450 …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Gum-Gum, Yang Berhormat Gum-Gum, YB Menteri sudah offer untuk berjumpa dengan dia. Saya rasa baik berjumpa dengan dia, okey. Terima kasih. Seterusnya, soalan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Papat.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker. Bagi pihak YB Tanjong Papat, saya menujukan soalan nombor sembilan.

*9. YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, apakah status terkini pelaburan kilang kereta elektrik (EV) di Sandakan, termasuk tarikh mula operasi dan potensi impak kepada ekonomi tempatan. Jawapan

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Kapayan bagi pihak Tanjong Papat untuk menujukan soalan tersebut.

Bagi, izinkan saya menjawab sekali soalan No. 9 dan 36 sekali memandangkan ianya adalah berkaitan. Untuk makluman, makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat dan Sekong, serta Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, pelaburan oleh syarikat Maxland Auto Sdn. Bhd. bagi pembangunan kilang pembuatan dan pemasangan EEV

I ataupun kenderaan cekap tenaga di Sandakan dijangka berupaya akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi daerah Sandakan serta daerah sekitarnya. Pelaburan yang dianggarkan bernilai RM357.5 juta dan telah menerima kelulusan lesen pengilang FML pada tahun 2024, tahun lepas. Ianya berpotensi merancakkan aktiviti industri tempatan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.

Status terkini, pelaburan kilang ini menunjukkan pelaksanaan masih di peringkat awal dengan pihak syarikat sedang mengukuhkan dan memuktamadkan pelan perniagaan mereka. Selain itu, pelan konsep kilang telah pun disiapsediakan. Manakala aspek berkaitan dengan keperluan utiliti seperti bekalan elektrik dan air dijangka akan dimuktamadkan, dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Kementerian saya dengan sokongan agensi-agensi berkaitan akan terus memainkan peranan ekonomi …

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

...tif dalam memudah cara dan menyelaras pelaksanaan pelaburan ini bagi memastikan ia dapat direalisasikan dengan lancar. Sebagai komitmen awal, saya sendiri dengan agensi-agensi yang berkaitan telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembangunan kilang tersebut pada 15 Februari 2025 yang lalu, bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan sendiri memahami apakah perancangan mereka.

Kita harapkan pelaburan ini dapat direalisasikan dan dilaksanakan. Dan kita telah membincangkan info-info ataupun langkah-langkah penyelarasan yang perlu diambilkan. Pada hari itu kita pun ada MPS bersama-sama untuk melawat ke tapak tersebut untuk menyelaras pelaburan supaya ia dapat dilaksanakan.

Berdasarkan perbincangan dengan pihak syarikat semasa lawatan tersebut, pembinaan kilang dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2027 dan dijangka akan beroperasi menjelang suku keempat tahun 2028. Pelaburan ini mempunyai potensi yang signifikan dalam memberikan impak yang positif kepada ekonomi tempatan Sandakan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang

I perniagaan kepada penduduk setempat seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengurangkan pengangguran.

Kedua, merangsang pertumbuhann industri tempatan dengan memperkukuh pembangunan sektor hiliran.

Ia turut membuka peluang kepada penyedia perkhidmatan kejuruteraan logistik serta pembekal komponen automotif untuk terlibat secara langsung dalam rantaian bekalan pelaburan ini. Secara tidak langsung industri-industri sokongan yang berkaitan juga akan mendapat manfaat sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif dan memperluaskan peluang ekonomi di peringkat tempatan.

Ketiga, berperanan sebagai pemangkin untuk masukkan lebih lagi pelaburan berasaskan teknologi hijau dan lestari pada masa yang akan datang. Insentif sebegini secara langsung akan memperkukuh imej Sabah sebagai destinasi pelaburan yang mampan dan mesra alam. Selaras dengan aspirasi Negeri untuk membangunkan industri dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Kementerian saya sentiasa komited untuk menyelaras dan memudah cara pelaburan ini agar ia dapat direalisasikan dan seterusnya mempercepatkan pertumbuhan sektor pembuatan Sabah di samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah yang kita kasihan kasihi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Soalan tambahan, Tanjung Papat. Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya. Terima kasih YB Menteri. Bagi saya, saya lihat ini adalah satu pelaburan yang baik yang memang bukan murah pelaburan seperti ini dan soalan saya adalah adakah industri ini mampu untuk merangsangkan industri yang lain seperti ada juga YB Menteri mentioned tadi ah. Bagaimana, dengan misalnya bateri pengecas EV komponen elektrik, elektronik yang lain kan. Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa bateri EV ini juga mampu pencemaranlah. Adakah sudah terfikir tentang bagaimana kita boleh menangani pencemaran daripada pembuatan bateri ataupun pelupusan EV yang lama ini? Terima kasih.

I

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih soalan tambahan dari Kapayan. Saya akan menjawab soalan tambahan ini dan sekali gus untuk dan menjawab beberapa persoalan yang telah timbul sebelum ini dalam kenyataan-kenyataan media berkenaan dengan pertikaian atau pun persoalan berkenaan dengan pelaburan ini.

Nombor satu, pelaburan ini adalah pelaburan peribadi. Mereka ada tanah sendiri dan mereka berniat untuk melabur di tanah sendiri. So, mereka minta penyelarasan daripada Kementerian untuk membuat penyelarasan supaya ia dapat direalisasikan. Nombor dua, mereka telah mengemukakan permohonan kepada MITI untuk mendapatkan lesen pengilang dan mereka sudah mendaftarkan dengan dengan MITI dan MIDA RM357 juta pelaburan dan ia telah diluluskan oleh MIDA. So, secara jelas ini merupakan adalah satu pelaburan peribadi dan mereka berniat untuk melabur di Sandakan. So, ini adalah salah satu syarikat tempatan dan mereka memang percaya dengan masa depan Sandakan. So, ini adalah sesuatu yang kita perlu bersatu hati untuk menggalakkan supaya harapkan ianya dapat direalisasikan dan dilaksanakan supaya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan dapat diwujudkan demi rakyat Sandakan.

So, untuk menjawab soalan tambahan Kapayan, so, kita masih dalam perancangan yang rapi. Ia merangkumi DP macam mana buat, kilang macam mana buat dan seterusnya waste macam mana mengendali. So, sudah tentu Jabatan Alam Sekitar dan melindungi Perlindungan Alam Sekitar sudah tentu akan menetapkan kriteria yang sangat-sangat ketat supaya pastikan assembly plan itu dapat kita lakukan dengan baik. Supaya ia tidak akan menjejaskan kelestarian alam sekitar dan sebagai maklumat tambahan ini adalah satu pelaburan peribadi yang dapat bantu Sandakan supaya ia boleh buka satu ruang untuk ramai lagi pelabur masuk ke Sandakan.

So, saya harap ini dapat jelaskan kepada Ahli-ahli yang berhormat khususnya wakil rakyat Sandakan kerana saya dapat lihat seorang wakil rakyat dari Sandakan dia tidak setuju. Dia mahu pindah itu pelaburan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Ini saya hairan. Kenapa begitu? Ini sepatutnya disokong oleh bukan sahaja wakil rakyat Sabah tetapi wakil rakyat Sandakan sendiri. Tetapi saya kecewa. Kenapa wakil

I rakyat di Sandakan? Ada pelaburan. Ini bukan pelaburan yang di dibawa oleh saya sendiri dan Kerajaan. Ini adalah pelaburan peribadi. Swasta yang melabur di tanah sendiri pun kena tolak. Janganlah politikkan pelaburan. Sekian, terima kasih. (Tepuk meja).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sekong, soalan tambahan.

Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih YB Menteri atas penjelasannya. Saya ingin bertanya dimanakah cadangan lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan kilang EV ini? Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ia berhampiran dengan POIC Sandakan dan ia diletak di kilang tapak sendiri.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Bererti dia dalam DUN Sibuga kalau POIC. Eh, DUN Sekong Sekong Sekong. Sorry, sorry. Thank you.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kalau boleh dapat sokongan daripada Sekong saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan ia dapat direalisasikan. Terima kasih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Ya. Terima kasih. Sebab itu saya perlukan details pasal dia berada dalam DUN Sekong. Terima kasih YB Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okay, soalan tambahan yang terakhir sebelum kita tamatkan sesi soal jawab kita pada hari ini.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Tuan YB.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Karamunting, silakan.

I

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Memang saya sokong penuh. Don’t worry, saya sokong penuh. Okay, ini pelabur yang begitu bagus datang ke Sandakan untuk menaikkan ekonomi ah Sandakan. Tetapi soalan saya, Tuan, Tuan Speaker, Datuk Menteri. Adakah Sandakan cukup power untuk kegunaan ini kilang yang begitu besar? Sebab saya rasa satu ADUN yang tidak sokong, antara satu suara puncanya dia risau. Dia bimbang. Ini power supply tidak cukup untuk kilang yang begitu bagus. Sebab kita nampak KKIP pun ada satu kilang yang besar. Ah, apabila dia operasi, dia menghadapi power supply yang tidak cukup. Jadi ini soalan saya.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih. Ini soalan tambahan yang cukup baik. Ah biar saya jawab. Terima kasih kepada Karamunting. Dan sekali gus untuk jawab Wakil Rakyat tersebut beliau di walaupun ini soalan tambahan yang terakhir beliau tidak berdiri untuk tanya soalan berkenaan. Izinkan saya jawab sekali. Apabila kita menyelaras satu pelaburan, kita akan menyelaras bersama dengan agensi berkaitan. Kita we cannot work in silo. Kita akan bawa Sabah Electricity, ECOS, Jabatan Air dan sebagainya untuk bersama-sama, duduk bersama-sama di satu jawatankuasa yang kita tubuhkan, iaitu State Manufacturing Investment Task Force. Yang kita bincang apakah perancangan untuk menjadikan atau pun merealisasikan pelaburan tersebut.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… laporan tersebut. Sebagai contohnya, kalau kita nak buat satu kilang di satu tapak, mahupun swasta ataupun taman perindustrian, kita akan melihat apakah ekosistem yang ada di sana ataupun apakah keperluan mereka. Kalau untuk SMB Plant, syukur, berita baik adalah dia tidak pakai energy yang besar, dia assembly seja. So, sebagai fasa pertama, ianya boleh direalisasikan.

So, kita telah berbincang dengan ECoS dan Sabah Electricity, izinkan saya kongsikan beberapa inisiatif yang sedang dijalankan khasnya untuk Sandakan. Satu, Seguntor Biomass Plant, sembilan megawatt. Large Scale Solar, Solar Plant, all together 75 megawatt. Dan di Sandakan pun ada perancangan untuk battery energy

I storage potential dan large scale solar up to 250 megawatt. So, ini ertinya kita telah meneliti perancangan daripada ECoS sama ada boleh supply ke tidak. Dan dengan maklumat tahap tambahan, pihak swasta ataupun pihak pelabur itu, dia ada niat, dia ada tanah yang luas, dia boleh buat solar plant sendiri di tapak mereka untuk supply energy untuk kilang tersebut. So, ini ertinya, inisiatif swasta … swasta, mereka ada tanah sendiri, mereka boleh buat solar sendiri. So, ini kena kita galakkan. So, ini saya harap tidak dapat dipertikaikan lagi, kita akan berusaha, pastikan ianya dapat direalisasikan. Kerana seperti wakil rakyat tersebut yang katakan selalunya, kita jaga Sandakan, kita sayang Sandakan. Kita akan bawa peluang dan ruang untuk Sandakan, masa depan yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat maka dengan itu sesi soal jawab lisan telah pun selesai. Setiausaha.

Pembentangan Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang Hutan (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan) 2025, bacaan pertama.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Hutan 1968.

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan 2025), baca …Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan 2025), baca …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan kedua bila?

I

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Hari ini, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baiklah.

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan 2025), bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan 2025), bacaan kedua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya memohon mencadang bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, saya mohon mencadang bahawa suatu Rang Undang-undang bernama Rang Undang-undang Enakmen Hutan Pindaan 2025 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Speaker, Sabah masih mengekalkan lebih kurang 63% kawasan tanahnya di bawah litupan hutan selaras dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara di bawah litupan hutan. Selain itu, seiring dengan Dasar Hutan Sabah 2018, Kerajaan Sabah juga komited meneruskan polisi untuk mewartakan tidak kurang daripada 30% kawasan terlindung sepenuhnya atau Totally Protected Areas ataupun TPA daripada keluasan keseluruhan Sabah, bagi memastikan kawasan TPA adalah mencukupi untuk tujuan perlindungan dan peningkatan perkhidmatan alam sekitar.

Usaha ini adalah selaras dengan usaha Sabah dalam menangani isu-isu berkaitan dengan perubahan iklim, merealisasikan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals, serta sumbangan wilayah Sabah kepada komitmen negara di Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Rangka Kerja Biodiversity Global atau UN Global Biodiversity Framework. Sabah tidak terkecuali daripada berhadapan dengan isu-isu antarabangsa yang melibatkan perubahan iklim dan degradasi hutan. Sebagaimana yang ditimbulkan dalam mana-mana persidangan antarabangsa seperti United Nations Framework Convention on Climate Change atau UNFCC dan juga Convention on Biological Biodiversity atau CBD.

I Justeru itu, atas keprihatinan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi perlindungan ke atas hutan dan demi menangani isu-isu global, maka Rang Undang-undang Hutan Pindaan 2025 digubal dengan mengadakan beberapa peruntukan khusus seperti yang berikut. Pertama, untuk mengawal selia aktiviti karbon berasaskan hutan. Kedua, untuk memberikan kuasa kepada Ketua Konservator Hutan untuk menutup sebahagian kawasan hutan simpan. Ketiga, untuk memberikan kuasa mengenakan bayaran dan pengeluaran permit dan yang keempat, bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Tuan Speaker, Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan hutan. Di peringkat kebangsaan, Kerajaan Persekutuan dijangka akan menggubal satu akta perubahan iklim pada tahun ini. Justeru, bagi memastikan aktiviti perdagangan kredit karbon hutan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka Rang Undang-undang ini perlulah diluluskan dengan segera. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita menggubal undang-undang khusus bagi mengawal selia perdagangan kredit karbon hutan, aktiviti-aktiviti dan menjaga kepentingan negeri dan kelestarian sumber hutan.

Tuan Speaker, karbon dalam pokok ataupun carbon stored in trees telah pun ditakrifkan sebagai hasil hutan atau forest of produce melalui Pindaan Seksyen 2 Enakmen Hutan 1968 pada tahun 2013. Sewajarnya, sebarang faedah daripada perdagangan kredit karbon hutan, hendaklah memberi manfaat kepada Sabah. Justeru terdapat keperluan untuk mewujudkan kaedah-kaedah yang tertentu untuk mengawal selia aktiviti karbon hutan termasuk perdagangan di peringkat antarabangsa bagi memastikan hak Sabah terus terpelihara.

Melalui pindaan ini, aktiviti karbon berasaskan hutan atau forest karbon activity dalam kawasan hutan simpan, tanah kerajaan dan tanah bergeran akan dilesenkan mengikut terma-terma dan syarat yang dipersetujui serta melindungi kepentingan negeri. Dengan adanya perundangan, mengenai dengan aktiviti karbon hutan, mana-mana peruntukan dana dan pendapatan yang diperlu … perolehi daripada inisiatif ini akan disalurkan terus kepada negeri.

Perkara ini penting untuk menyokong usaha Kerajaan Sabah dalam mencapai keseimbangan antara usaha

I pemuliharaan, penjanaan pendapatan dan memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara mampan pada masa hadapan.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini juga bertujuan untuk meminda … mem … minda penalti bagi kesalahan-kesalahan hutan di bawah Enakmen Hutan 1968.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

… bagi membolehkan sesiapa yang melanggar peruntukan Enakmen Hutan 1968 dikenakan hukuman yang lebih berat. Sebagai contoh, bagi kesalahan yang menyebabkan kebakaran hutan. Individu berkaitan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM500 ribu. Manakala bagi kesalahan yang melibatkan penebangan pokok tanpa kebenaran di hutan simpan dan tanah Kerajaan boleh membawa hukuman denda sehingga RM5 juta dan penjara minimum dua tahun dan maksimum sehingga 20 tahun. Pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 yang bertujuan untuk memantapkan penguatkuasaan hutan dalam membanteraskan kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran dan meningkatkan pelaksanaan aktiviti pemeliharaan serta pemuliharaan hutan.

Tuan Speaker, penambahan Seksyen Baharu 12A hingga 12E melalui Rang Undang-undang ini pula bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Konservator Hutan bagi mengisytiharkan penutupan hutan simpan. Tuan Speaker, satu Seksyen Baharu juga akan ditambah melalui Rang Undang-undang ini iaitu Seksyen 24E bagi memberi Ketua Konservator Hutan kuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk mengeluarkan permit bagi menjalankan semua atau apa-apa aktiviti yang dilarang di bawah Subseksyen 20(1) kecuali Subperenggan 20(1)(A)(2) Enakmen ini. Cadangan pindaan ini memudahkan pemberian permit bagi aktiviti yang diperlukan, bertujuan untuk pengurusan hutan yang lebih baik seperti permit untuk membina kemudahan asas mengikut kehendak Enakmen Hutan 1968. Tuan Speaker, pindaan ke atas Seksyen 24C pula adalah bertujuan untuk menghendaki pemegang mana-mana lesen atau lesen perjanjian pengurusan hutan

I simpan untuk membayar sewa hutan tahunan kepada Kerajaan Sabah bagi meningkatkan komitmen pemegang lesen dalam mengusaha hasil hutan simpan melalui konsep pengurusan hutan mampan. Perkara ini juga dilihat akan dapat menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Sabah. Rang Undang-undang ini melibatkan 16 Fasal seperti berikut:

Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasanya enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2, bertujuan untuk meminda Seksyen 2 Enakmen bagi memasukkan takrif permit ke dalam enakmen.

Fasal 3, bertujuan untuk memasukkan Seksyen Baharu 12A, 12B, 12C, 12D dan 12E bagi memberi Ketua Konservator Hutan kuasa untuk mengisytiharkan penutupan hutan simpan.

Fasal 4, 5, 6 dan 12 bertujuan untuk meminda Subseksyen 19(1) Seksyen 20, Subseksyen 23(2) dan Seksyen 30A Enakmen untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen berkaitan.

Fasal 8, bertujuan untuk meminda Seksyen 24C Enakmen untuk menghendaki pemegang mana-mana lesen ataupun lesen perjanjian untuk membayar sewa tahunan hutan kepada Kerajaan.

Fasal 9, bertujuan untuk memasukkan Seksyen Baharu, iaitu 24E bagi memberi Ketua Konservator Hutan kuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk mengeluarkan permit bagi menjalankan semua ataupun apa-apa aktiviti yang dilarang di bawah Subseksyen 20(1) kecuali Subperenggan 20(1)(A)(2) Enakmen ini. Fasal 10, bertujuan untuk memasukkan Bahagian Baharu 3B ke dalam enakmen yang mengadakan peruntukan mengenai aktiviti taben hutan.

Fasal 11, bertujuan untuk menambah baik peruntukan Perenggan 30(1)(G) Enakmen.

I Fasal 14, bertujuan untuk memindah Seksyen 42 Enakmen untuk memperuntukkan kuasa tambahan Menteri untuk membuat peraturan-peraturan dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini dilihat amat bertepatan dan sangat diperlukan pada masa ini. Untuk mengawal selia, semua aktiviti karbon hutan atau Forest Carbon Activity seperti perdagangan kredit karbon dan inventori gas rumah hijau atau greenhouse gases inventory untuk mengukuhkan perundangan bagi penguatkuasaan dalam kawasan hutan simpan. Menambah baik pengurusan hutan negeri secara mampan dan juga menjana pendapatan tambahan kepada Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Silakan, Yang Berhormat ADUN Dilantik. 11.47 pagi

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Pembantu Menteri. Saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Enakmen Hutan Pindaan 2025 sebab Rang Undang-undang ini memang terbaik. Satu, untuk melindungi hutan Sabah ini di mana Pengarah Jabatan Hutan diberikan kuasa, dia bawa pindaan ini dalam Seksyen 12 untuk memberikan kuasa kepada Pengarah mengisytiharkan sesuatu tempat hutan sebagai ditutup untuk mengelakkan pencerobohan di kawasan hutan. Itu tak jadi masalah.

Saya juga menarik perhatian ke Seksyen Pindaan Seksyen 28, iaitu perkara baru, Forest Carbon Activity. Saya sokong kerana ini meletakkan kuasa carbon trading ini di dalam bidang kuasa negeri. Tidak lagi diragu-ragu mungkin ini ada concurrent list bersama dengan Kerajaan Persekutuan, terutamanya bukan dalam Federal list, iaitu

I di bawah bidang kuasa Persekutuan, ia menjadi bidang kuasa Kerajaan Sabah. Ini kita patut ucap tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan hari ini membuat pindaan ini (bunyi tepukan meja) meletakkan satu perkara baharu di bawah Kerajaan Negeri di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri ini.

Walau macam mana pun saya menarik perhatian kerana Pindaan 28 ini Seksyen 28 ini melibatkan forest reserve, state land dan alienated land, iaitu tanah bergeran termasuk tanah swasta yang bergeran. Ini dalam 28D Subseksyen 4. Ini perlu dijelaskan oleh YB Menteri kerana ini melibatkan bukan hanya forest reserve. Namanya ini perkara ini forest carbon activity tapi tidak melibatkan state land dan alienated land yang bergeran. Maka di bawah 28 ini saya cuma minta jaminan dan penjelasan dari Kerajaan, di bawah pindaan ini … Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik]:…menjadi kesalahan bagi sesiapa pun yang menjalankan aktiviti forest carbon activity. Saya ulangi ya, it becomes an offence under this new law for anybody to involve in forest carbon activity sama ada state land, sama ada private alienated land, sama ada forest reserve. Pertanyaan saya dan saya harap YB Menteri setuju dengan saya. Kalau kita lihat 28 (e), intrepretasi, interpretation of what is carbon, forest carbon activity. Apa yang kita maksudkan? Iaitu dalam English, any activity, action, project or group of activities which leads to emission reduction, iaitu carbon emission reduction which are verified in accordance with a carbon standard. Ini soalan saya. Segala aktiviti yang boleh mengurangkan carbon emission. Bolehkah YB Menteri ini memberikan jaminan bahawa sekiranya aktiviti yang dapat mengurangkan carbon emission ini, tetapi bukan untuk tujuan carbon trading. Dia buat sesuatu aktiviti di tanah sendiri tetapi dia punya kesan dia punya kesan mengurangkan carbon emission tetapi dia bukan bertujuan untuk carbon trading.

Misalnya, di tanah swasta banyak orang kampung, orang company, syarikat-syarikat menanam pokok. Dia tanam pokok bertujuan untuk mendapat dia punya balak, timber misalnya, forest plantation. Dia berkesan memang dapat reduce carbon emission. Tambah lagi dia absorb carbon. Tetapi dia bertujuan bukan untuk

I mendapat carbon unit mati jua. Dia bukan minta carbon standard. Adakah ini dikenakan dalam Rang Undang-undang ini, YB Menteri ya? Jelas.

Kedua, di foreshore reserve. Di pantai-pantai. Orang-orang pesisiran pantai. Sekarang dia orang tanam ini bakau. Dia orang tanam bakau bagi tujuan foreshore protection. Pasal ada runtuhlah di pantai ini, dia runtuh, dia ombak buat rumput. Dia tanam bakau. Dia plant mangrove to prevent foreshore erosion. Bakau absorb 10 times more carbon than tropical trees. Ada orang nak buat ini sebagai bisnes. Supaya mendapat carbon unit untuk dijual menjadi carbon trading. Tetapi dia tanam mangrove ini bukan tujuan mahu dapat carbon unit. Bukan mahu jual carbon trading, dapat untung. Dia cuma mahu protect dia punya foreshore reserve. Adakah dia perlu apply licence dalam bidang ini?

Lagi satu, di bukit-bukit. Itu di pesisiran laut, pesisiran pantai. Ini di bukit. Orang tanam pokok to prevent soil erosion. Takut tanah runtuh. Dia tanam pokoklah. Ini digalakkan, oleh Kerajaan di seluruh dunia ini. Itu pun, dia tanam pokok bagi tujuan to prevent soil erosion. Bukan untuk mendapat carbon credit untuk dijual, dapat untung. YB Menteri, amat penting untuk kita menjelaskan, memberikan jaminan kepada Dewan yang akan meluluskan Rang Undang-undang ini. Supaya orang yang buat aktiviti forest carbon activity yang dijelaskan dalam Rang Undang-undang ini tidak terkena dengan sebagai kesalahan. Kalau angkat pergi mahkamah didenda RM500 ribu sampai RM5 juta. Dipenjarakan 2 tahun sampai 20 tahun. Pasal aktiviti ini sudah berjalan.

Di tempat Sabah ini, aktiviti sudah berjalan misalnya, Sabah Wetland Conservation Society yang ada di Likas ini. Sabah Wetland Conservation Society. Dia orang pun ada tanam, mangrove. Di Sabah. Tetapi dia punya tujuan, bukan untuk untung. Ini amat penting Tuan Speaker, supaya selepas Rang Undang-undang ini menjadi undang-undang, pelaksanaan, penguatkuasaan oleh Jabatan Hutan adalah jelas. Orang yang tidak mahu buat carbon trading, bukan buat mendapat carbon unit, tetapi dia tujuan yang lain dia serupa dengan forest carbon activity tetapi dia tidak kena sebagai kesalahan dalam Rang Undang-undang ini. Pada keseluruhan, Rang Undang-undang ini amat bagus. Saya sokong. Terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih ADUN Dilantik, YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Kapayan.

11.55 pagi

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Pembantu Menteri atas ucapan berkaitan dengan Pindaan Enakmen Hutan ini. Saya akan mengulas sedikit tentang Pindaan yang dibentangkan tadi. Secara amnya, saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap Pindaan Enakmen ini, Pindaan Enakmen Hutan 1968 ini yang saya lihat akan membantu dalam memperbaiki pengurusan hutan di Sabah. Namun, saya ingin mendapat penjelasan maksud, close forest reserve ini yang melibatkan lima Subseksyen, iaitu 12(a), (b), (c), (d) dan (e) dalam Rang Undang-undang ini dan yang boleh diisytiharkan oleh Chief Conservator sendiri.

Bagi Seksyen 12(b) khususnya, yang memperuntukkan bahawa kawasan hutan, hutan simpan boleh digunakan bagi tujuan selain daripada pembalakan atau perlindungan termasuk untuk keperluan lain masyarakat umum. Ini yang termasuk dalam 12(b). Ini membuka ruang baharu kepada pendekatan perhutanan sosial ataupun social forestry dan zon penggunaan komuniti dalam kawasan hutan. Dengan kata lain, Pindaan ini berpotensi untuk memberi manfaat secara langsung kepada komuniti tempatan, khususnya masyarakat luar bandar dan orang asal yang bergantung kepada sumber hutan untuk keperluan asas dan kelangsungan hidup mereka. Jadi, bagi saya, 12(b) ini adalah sesuatu Pindaan yang menjelaskan kepentingan social forestry dan juga penggunaan komuniti.

Berkaitan, peruntukan bagi, part (b), part 3(b) Forest Carbon Activity ini, ini adalah peruntukan baharu dan saya menyambut baik juga penambahan bahagian tersebut kerana ia menjelaskan bahawa Kabinet harus memberi kelulusan kepada mana-mana aktiviti karbon hutan. Ini bertujuan untuk karbon hutan untuk kredit ya. Ini menjelaskanlah interpretasi yang penting berkaitan karbon juga dan juga relevan jika Kerajaan Sabah ingin memasuki perdagangan kredit karbon dan aktiviti yang membawa kepada pengurangan pelepasan karbon seperti dikatakan oleh Pembantu Menteri tadi.

I Namun, seperti yang dibangkit oleh ADUN Dilantik tadi pembukaan tanah untuk tujuan seperti penenaman padi bukit ataupun ekopelancongan di kampung. Saya ingin bertanya, adakah ini dikecualikan dalam aktiviti forest carbon ini? Ini adalah penting, Tuan Speaker. Saya ingin mencadangkan juga agar pelaksanaan seksyen-seksyen serta bahagian baharu ini melibatkan masyarakat umum dan dilakukan seharusnya secara inklusif dengan melibatkan komuniti setempat secara aktif dalam perancangan, pemantauan dan pengurusan kawasan hutan. Kita tahu bahawa mereka ramai lagi masyarakat kita terutama masyarakat orang asal masih tinggal di kawasan hutan simpan dan ini sesuatu yang masih lagi kita dalam penyelesaian dan juga masih dalam pertikaian di mahkamah.

Ini bukan sahaja bagi saya dengan melibatkan komuniti setempat yang saya katakan tadi, ini bukan sahaja akan memperkukuhkan tanggungjawab bersama dalam memelihara hutan tetapi juga memastikan bahawa hak dan kepentingan komuniti tidak terpinggir.

Saya berharap dengan kelulusan Rang Undang-undang ini, Kerajaan akan menggubal garis panduan pelaksanaan yang jelas.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

… termasuklah terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Biarlah dalam bentuk pengeluaran maklumat berkenaan semua dalam RUU ini. Sebab kita masih sehingga hari ini, undang-undang kita masih dalam bahasa Inggeris dan kalau tidak boleh diterjemahkan secara formal dalam bahasa Melayu ini, sekurang-kurangnya maklumat menjelaskan apakah undang-undang ini, apakah enakmen ini dibuat dalam bahasa yang boleh difahami oleh semua di Sabah, terutama masyarakat orang asal.

Saya juga melihat bahawa usaha ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha kita ke arah pengurusan hutan yang lestari dan berasaskan rakyat. Bagi saya, Datuk Speaker adalah juga amat penting untuk memastikan perdagangan kredit karbon ini tidak dipergunakan oleh syarikat atau entiti lain untuk mengaut keuntungan dari khazanah rakyat Sabah, iaitu hutan kita. Kita tahu bahawa ini adalah satu isu yang masih lagi dalam perbincangan, masih sebelum ini. Jadi saya harap ini adalah sesuatu yang akan diperjelaskan supaya tidak menjadi masalah kepada semua dan

I persoalan kepada rakyat Sabah. Sekian terima kasih Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapayan dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Manila.

12.01 tengah hari

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, sedar tidak sedar, keharmonian dan kesejahteraan negeri Sabah adalah kerana kita masih memiliki sejumlah hutan yang luas di negeri ini yang berfungsi menstabilkan ekosistem kita, menjana aktiviti ekonomi, menyimpan khazanah yang mungkin punya pelbagai manfaat untuk pengeluaran makanan flora dan fauna di masa yang akan datang yang mungkin sekarang ini kita belum kenal pasti ataupun kita belum jumpai kerana belum ada teknologi yang sesuai untuk ini ekstrak dengan izin segala apa ini makanan dan juga ubat-ubatan yang masih tersimpan di dalam hutan kita. Oleh itu, tindakan memindah Enakmen Hutan, Pindaan Enakmen Hutan ini saya sokong, terutamanya tindakan memindah Enakmen Hutan 1968, 12A, 12B, 12C, 12D, 12E dan Seksyen 20, 23, 24, 24C dan juga seksyen 24E. Seksyen-seksyen ini diperlukan untuk menangani beberapa masalah yang timbul di masa lalu. Contohnya, sejak dari mula Enakmen Hutan 1968 dikuatkuasakan, belum pernah satu pun hutan simpan di negeri ini telah ditutup. Jadi, kawasan hutan simpan kita ini dikategorikan terbuka, siapa-siapa pun boleh masuk. Jadi, masalahnya apabila ada orang yang melakukan kesalahan di dalam hutan ini seperti contohnya pemburu haram. Ya. Pemburu haram dan membawa senjata walaupun dia berlesen dijumpai di dalam hutan simpan, tetapi belum melakukan aktiviti menembak dan belum dapat hasil buruan, kita tidak dapat tangkap. Ya. Jadi, perkara ini telah menyebabkan beberapa kes jabatan perhutanan ini.

Boleh tanya sikit, Yang Berhormat?

Datuk Mokran Ingkat [Sungai Manila]:Ya.

I

Yang Berhormat, sedarkah Yang Berhormat bahawa di negeri Sabah ini terdapat kawasan-kawasan masih gazet hutan simpan tetapi sebetulnya tiada value dan orang kampung telah menduduki tempat ini berpuluh-puluh tahun. Jadi, inilah akibatnya sehingga pada hari ini ada unsur, ada perobohan dan sebagainya. Sebab kita tidak, seharusnya Jabatan Hutan membuat kajian. Mana-mana yang tanah masih nama dia hutan simpan tetapi sudah diduduki orang kampung dan tidak lagi berkomersial seharusnya dikeluarkan daripada status hutan simpan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Saya bersetuju. Walau bagaimanapun kita kena apa ini, buat ah … selaku bekas Pegawai Perhutanan, kita tidak juga boleh sewenang-wenangnyalah Datuk, tapi saya sendiri …

Yang Berhormat tidak boleh bercakap selaku Pegawai Perhutanan. Sebagai wakil rakyat.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Okey.

Tetapi saya sendiri pernah menyokong pengeluaran hutan-hutan simpan ini di pelbagai tempat di seluruh Sabah. Jadi, sewajarnya Kerajaan memikirkan untuk kepentingan masyarakat mana-mana hutan simpan yang telah diduduki dikeluarkan daripada hutan simpan. So, apa lagi yang telah lama diduduki. Ya.

Jadi, Tuan Speaker, undang-undang apa ini, yang berkaitan dengan penutupan hutan simpan ini, saya ingat perlu. Sebab seperti yang saya telah katakan tadi, ini kita tidak boleh dapat mengambil tindakan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, kita kena perjelaskan juga kepada masyarakat kerana kita masih mendapati bahawa banyak lagi masyarakat yang memerlukan apa ini, hutan simpan ini untuk kehidupan seharian mereka. Jadi, mesti diberikan penjelasan kepada masyarakat macam mana kaedah ataupun macam mana cara hutan simpan ini ditutup. Ya, dan macam mana apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat di sekeliling hutan simpan ini untuk melakukan sesuatu perkara untuk manfaat mereka di kawasan hutan simpan yang ditutup ini.

Jadi, hutan simpan yang ditutup ini pun, bukannya dipagar. Ya. Hutan simpan ini diisytiharkan sebagai ditutup saja. Ya. Supaya kita boleh mengambil tindakan yang,

I yang, apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan terjadinya kesalahan hutan yang boleh memudaratkan hutan kita. Kemudian, Tuan Speaker, bahagian 3B yang berkaitan dengan Forest Carbon Activity, ini sememangnya baik. Namun, terdapat keresahan masyarakat tentang hak kepemilikan kawasan-kawasan yang akan dikeluarkan. Lesen Carbon Trading. Ini kerana ada percubaan aktiviti Forest Carbon sebelum ini dilakukan dengan tidak telus dan mengundang kritikan keras masyarakat terhadap usaha pelaksanaan Carbon Trading ini. Justeru, bahagian 3B yang melibatkan perkara 28D dan 28E, wajar disokong supaya apa-apa aktiviti berkaitan Forest Carbon Activity ini, tidak dilihat “ada udang di sebalik batu” dan benar-benar memberikan sumber pendapatan baharu kepada negeri Sabah. Tuan Speaker, seperkara lagi, aktiviti …

Sungai Manila, boleh?

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ya.

Yang Berhormat, kita semua seluruh dunia maklum bahawa urus niaga karbon ini bukan perkara baharu. Bahkan, ianya ekonomi baharu yang boleh membantu menyumbang kepada pendapatan ekonomi baharu sebuah negara atau sebuah negeri. Jadi, kita memang apa ini, bersetuju dengan akta ini sebab ianya baik.

Cuma, selama ini kita tidak mengamalkan satu transparency sehingga kita gagal apa ini, mendapat seharusnya kita mendapat satu ekonomi baharu, penjanaan baharu dengan tambahan penjualan karbon ini jika sekiranya diurus dengan baik. Sebab sebagai contoh di Amerika, di negara-negara jiran, di Eropah, di Indonesia, mereka berjaya dalam perniagaan karbon ini dan boleh menjana pendapatan berbilion-bilion ringgit. Jadi, apakah Yang Berhormat meminta kepada Kerajaan supaya mengurus urus niaga karbon ini secara profesional dan kita lakukan secara transparent untuk rakyat negeri Sabah.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Tuan Speaker, saya sangat bersetuju dengan pandangan daripada ADUN Lamag. Ya. Untuk memastikan kita punya carbon trading ini ataupun perdagangan karbon ini betul-betul mendapatkan, dapat

I memberikan manfaat kepada apa ini, pendapatan negeri kita. Ia harus diurus dengan profesional dan jangan tapuk-tapuk. Ya …

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ia kena dilaksanakan dengan terbuka dan kita minta Jabatan Perhutanan untuk ini, melakukan yang terbaik untuk memastikan apa juga urusan karbon, apa ini, perdagangan karbon ini dapat dilaksanakan dengan, apa ini, dengan telus, mengikut enakmen dan juga memberikan manfaat kepada masyarakat kita. Saya ingat, Tuan Speaker, itu saja yang ingin saya ulas dan saya berharap enakmen ini dapat memberikan satu peluang kepada negeri Sabah untuk menambah pendapatan tanpa mengorbankan khazanah hutan kita yang mungkin akan lebih bernilai lagi di masa yang akan datang.

Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Manila. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Senallang.

12.11 tengah hari

Terima kasih, Datuk Speaker, untuk memberi ruang bagi saya turut serta dalam perbahasan pindaan undang-undang pada pagi ini. Cuma saya ingin mengambil kesempatan tentang langkah yang dilakukan. Low review is very good, to make sure that we are in order with the current environment. Bukan hanya dari segi pengurusan hutan di peringkat negara kita, bahkan juga di peringkat antarabangsa dan kita menggubal undang-undang ini, ada niat dia.

We have to be very careful dalam undang-undang yang ada. Ada undang-undang bila diluluskan sama ada di Parlimen dan juga di Dewan-dewan Undangan Negeri. When it comes to enforcement, it’s very weak. So sometimes, you make the law redundant. Walaupun kadang-kadang itu undang-undang sedia ada cukup jelas, menggariskan tentang keadaan-keadaan stipulated, di sini dibincang di peringkat

I kuasa diberikan kepada Forestry Department, kuasa diberikan kepada Kabinet untuk memperincikan. Tapi terkadang itu, come to enforcement. Tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan saya yakin, selain daripada perubahan yang ada. Tapi inti pati di sini, bila saya lihat, tujuan utama dia adalah carbon credit. Untuk memastikan supaya hasil yang ada kepada Negeri Sabah dapat dicari, dapat ditingkatkan. Supaya kewangan mencukupi. Selain daripada pengurusan pindaan undang-undang yang lain. Tapi, bila saya tengok dalam bahagian baharu, undang-undang Perkara 10, Enakmen Ibu Pindaan dengan masukkan selepas Bahagian Ketiga A, bahagian yang berikut, Forest Carbon Credit Activities yang ada. Cuma kita kena perlu belajar daripada what have we done before, dari segi pengurusan hutan di Sabah ini, kerana kalau kita lihat, semenjak kita mencapai kemerdekaan dalam perjanjian yang ada, cukup jelas anything to do with land, anything to do with forest. Federal authority tidak ada kuasa dia. Negeri Sabah ada punya kuasa untuk mengurus tadbir tanah dan juga perhutanan yang ada di Sabah ini.

Dan kalau kita lihat dari segi perjalanan. Daripada awal, perhutanan kita. Sama ada melahirkan, waktu itu Allahyarham Tun Mustapha menggunakan satu badan, Yayasan Sabah diberikan hampir satu juta hektar tanah untuk diurus dengan baik tujuannya ialah untuk membolehkan supaya kita dapat membasmi kemiskinan, kedaifan dalam sektor pendidikan yang ada, di Sabah ini.

Tapi malangnya dalam perjalanan 60 tahun, kita dapat melihat pengurusan hutan yang ada di Sabah ini terbabas. Secara perkataan yang lain (kurang jelas). It goes beyond the intention. Tujuan asal dia. Yayasan Sabah mesti ada duit untuk membantu biasiswa. Sekarang tidak punya duit yang besar, ya. Sekarang ini ke mana hutan dia?

Yang Berhormat, boleh? Ya, terima kasih, Senallang. Sebetulnya kebimbangan kita dan kebimbangan rakyat selari. Di mana, berlaku apabila tidak ada transparency. Tidak ada pengurusan secara telus. Maka, akan timbul berbagai-bagai persepsi dan juga masalah. Contohnya, soal pengurusan kayu balak. Kerajaan Negeri tidak memaklumkan

I kepada mana-mana. Harusnya dimaklumkan kepada rakyat. Tahun ini keluasan kayu balak sekian, sekian, sekian. Pemilik dia ini, ini, ini. Ini kita tidak tahu tetapi balak keluar sehingga terbabas di jalan raya, bergelimpangan. Ada kayu balak dalam baj (Kurang Jelas), macam-macam ada.

Jadi, rakyat sekarang menimbulkan persepsi. Apabila ada action, ada reaction daripada masyarakat. Jadi, kita meletakkan Kerajaan dalam keadaan yang serba salah. Jadi, saya mencadangkan Yang Berhormat mungkin boleh mencadangkan kepada Kerajaan supaya transparency itu harus dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan akan datang.

Terima Kasih Yang Berhormat daripada Lamag, yang menyatakan tentang persoalan transparency. Maka dengan itu, pindaan mana-mana undang-undang di negara ini harus be transparent, dari segi pelaksanaannya dia. Enforcement of law. There is no used to have law, where’s there no enforcement. Enforcement can only be execute. Dengan izin. If there is some transparency.

Niat kita untuk memastikan supaya bukan hanya kita preserve keadaan cuaca yang berlaku di dunia pada hari ini cukup mencabar. Terkadang itu kita blame climate change. Pertembungan laut daripada udara turun ke bukit bukau kita. Lepas itu laut daripada, apa ini, air daripada lautan bertembung, maka banjirlah. Tapi, di Tenom tidak ada laut di situ itu. Kenapa banjir selalu kerap sangat di situ? Pasal apa itu? Dah berpuluh tahun saya nyatakan.

Extraction of timber. We must be very tougher/torer (kurang jelas). Pasal itu bila saya jadi Kerajaan dahulu, saya stop. Export of logs to overseas. Tapi, saya maklumkan, existing yang ada pasal ada perjanjian dia. Boleh berjalan. Tapi, saya maklumkan reduce the extraction of timber. Kita tidak boleh gunakan, malahan Parlimen pun. Hadkan penanaman kelapa sawit. Pasal bila kita tanam kelapa sawit, maknanya kita akan tebang. Tumbangkan kayu-kayu yang ada, untuk menanam kelapa sawit yang ada. Meaning that different species kelapa sawit, different species timber yang ada. Untuk karbon yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan ini, ya. Pisangnyakah, rambutannyakah, bunga-bunganyakah. Different

I kind of, kita katakan dikeluarkan oleh mereka.

Toksikkah, tidakkah untuk membolehkan.

Saya setuju supaya kita be very transparent. Kalau niat kita ikhlas, kalau niat kita jujur untuk Anak Sabah dan negeri Sabah ini. Let it be transparent. Jangan takut, jangan bimbang sangat. Kita selaku YB menyokong, tidak jadi masalah. Tapi, we must make sure, belajar daripada kesilapan orang tua-tua kita dulu, upgrade now. Not for us. Pasal kita Yang Berhormat ini, beramal untuk bukan kita, untuk generasi yang akan datang. Let them have better future than us.

Pasal itu kita bersuara di Dewan yang mulia ini. Contohnya, carbon credit ini. Saya bimbang kalau kita tidak ada kepakaran dia. You have the law. Who is going to enforce that? You have the expertise. Now, di France. One of the country yang having problem with all the carbon credit operator. Saman sana, saman sini. Pasal bila kita sebut tentang carbon credit ini, dia akan meletakkan satu kawasan. Contohnya, 100 ribu hektar tanah. Kawasan ini sudah kita serahkan dengan satu syarikat. Contohnya, kadang-kadang banyak syarikat antarabangsa yang nak pengiktirafan kepada institusi kewangan. Fund management yang ada. Kadang-kadang minta supaya mereka dapat pinjaman. Satu, dua, tiga bilion daripada bank. Tapi, macam mana amalan mereka sebagai multinational company? Di check. Oh, we subscribe to what has been the world law, supaya kita badan, yang juga memelihara kesejahteraan dunia. Climate change yang ada. Kita ada carbon credit, kita perjanjian dengan negara ini, dengan kawasan ini. The moment you do that. 100 ribu hektar tanah, contoh saja. No movement. Pasal dia akan verified. Mereka akan datang dari luar negara, untuk check kawasan ini sudah ada perjanjian dengan syarikat-syarikat, carbon company yang ada related. Berpuluh tahun mereka? Di Amerika syarikatkah? Daripada Japankah? Daripada mana-mana syarikat. Sama ada Shell, sama ada multinational yang ada di peringkat antarabangsa, terikat kita. Tak boleh potong, tak boleh tanam. Apa spesies yang ada. Bayangkan, harta kita, tanah kita is no longer under us. Because kita ada perjanjian dengan syarikat antarabangsa yang bonded dengan carbon credit. Pasal dia kena produce. How many carbon that they can extract. From 100,000 hectare of land.

I

Jangan pula dorang akan check, expertise dorang datang. Jadi maknanya tidak akan boleh kita menebang keadaan-keadaan ada di kawasan-kawasan ini kerana sudah terikat dengan perjanjian.

We have to be very thorough on this.

Terkadang itu apabila saya tengok, kita kena belajar contohnya, macam jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat dalam 21 November 2024 kepada Ahli Yang Berhormat Merotai dan apabila saya membaca jawapan yang bertulis sebanyak 43 lesen jangka panjang dengan tempoh kuasa antara 30 tahun hingga 100 tahun termasuk 33 lesen Sustainable Forest Management License Agreement, 10 lesen konsesi untuk mengurus, menjaga, mentadbir lebih kurang 1.5 juta hektar kawasan hutan simpan. Production in Sabah termasuk kawasan lesen Yayasan Sabah.

Lepas itu ada lagi ya saya sebut, 1.4 juta hektar telah diperlesenkan di bawah SFML seluas lebih kurang 199 574 hektar telah diluluskan untuk pembalakan terdiri daripada kawasan NFM, Industrial Tree Plantation, Forestry. Lepas itu, sepanjang tempoh kuasa lesen, lepas itu ini termasuk kawasan konsesi milik Yayasan Sabah di mana seluas 43 000 hektar telah diluluskan untuk tujuan pembalakan bagi tempoh 23 hingga November 24 kelulusan lesen pembalakan jangka pendek dalam kawasan tanah kerajaan seluas hektar simpan menerusi lesen Borang 1 ada seluas 32 hektar. Ini jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Kerajaan Negeri yang ada dan saya meneliti berjuta tanah ini, bukan sedikit ini. But kita ada perjanjian dengan yang telah diluluskan. Lepas itu, carbon credit kita luluskan. Surely, we will identify mana satu kawasan daripada ini yang akan kita jual contohnya, akan ada bidder yang dahulu ada bidder.

Apabila saya check thoroughly, di mana syarikat ini?

Di Singapura, berdaftar. Syarikat berdaftar di mana? Di Australia. I check thoroughly. Apabila saya I check thoroughly there is a company, there is company credit in Sabah. Lepas itu, apabila saya check office, dia di mana?

Di Singapura, bukan pejabat, perumahan. So, we have to be very thorough. I can tell you I can do, sometimes I have to google, I have to check.

I Bukan untuk menyusahkan kita tatapi untuk masa depan rakyat Sabah ini pasal saya tidak mahu nanti dalam keadaan harta yang ada, terpesong ke mana. Bukan hanya dilakukan oleh orang kita tetapi masyarakat antarabangsa yang kita tidak tahu, kita tidak nampak apa mereka lakukan pasal saya dalam gelanggang ini dah 36 tahun pentadbiran negara ini. So, I have to be make sure that perjalanan kehidupan kita, mudah-mudahan dipanjangkan usia membolehkan kita untuk meninggalkan satu keadaan kepada anak-anak Sabah ini supaya masa depan mereka dapat dijamin dengan baik berbeza dengan apa yang kita rasa.

Saya juga melihat dari segi tanah yang ada.

Contohnya, pengurusan ke mana?

FMU. Datuk Speaker, apabila saya melihat forest management. Saya jelajah, saya pergi Lahad Datu, saya pergi kawasan Nabawan. Have they planted timber? Tidak. They planted. Apa dia? Kelapa sawit. Macam mana carbon credit yang dikeluarkan oleh kelapa sawit dengan timber?

And that is the reason why international masyarakat antarabangsa bukan bersaing hanya dengan minyak kelapa sawit bahkan juga bertembung dengan soya bean. Pasal itu, tetapi bukannya soya bean yang mereka nak akan jual di Amerika Syarikat ataupun kelapa sawit. Tetapi tujuan mereka pasal bimbang sangat penanaman kelapa sawit terlampau banyak sangat. Pasal itu negara kita telah memutuskan perundangan untuk guide the state-state yang ada had kan…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tuan Speaker.

Penanaman kelapa sawit di negara ini untuk kita boleh tanam timber…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Yang Berhormat boleh mencela?

Sedikit perkongsian.

Saya setuju dengan Senallang mengenai dengan kerisauan kita, hutan simpan.

Sedikit perkongsian mengenai dengan FMU dan beberapa angka yang dinyatakan oleh Senallang mengenai dengan kelulusan kayu balak. Seingat saya negeri Sabah telah meluluskan beberapa konsesi kalau saya tidak silap pada 1999 di bawah FMU, iaitu forest management unit, ada dalam dasar kerajaan untuk mengurus hutan secara sustainable.

I Saya rasa data yang diambil oleh Senallang mengenai dengan keluasan berjuta-juta itu mungkin itu adalah konsesi yang telah pun diberikan oleh Kerajaan Negeri sewaktu itu, iaitu membalak dalam 100 tahun kerana saya juga sebagai bekas pekerja dalam FMU dalam tiga FMU saya bekerja dalam tempoh 10 tahun. Jadi saya rasa data yang diambil oleh Senallang RM1,000,000.00 diluluskan dalam Kerajaan semasa ini saya rasa tidak tepat juga lah, ini keluasan yang telah dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, saya setuju mengenai dengan pengurusan hutan yang telah dikemukakan oleh Senallang dan juga mengenai dengan carbon credit saya sedikit juga untuk berkongsi. Ada kekeliruan mengenai dengan carbon credit ini ya.

Sebenarnya duit ataupun pelaburan ataupun syarikat yang kita invite untuk carbon credit adalah untuk kita menjaga hutan simpan supaya hutan simpan yang kita ada mengeluarkan oksigen bagi dunia ini dan kita tidak mahu tebang pokok. Tetapi dalam keadaan sekarang, kita di negeri Sabah kita bergantung kepada komoditi sawit kerana kita bukan negara, negeri industri. Salah satu sources atau pun sumber yang kita ada hutan dan juga mineral dan inilah option yang kita ada. Justeru itu, dalam kita untuk menjaga hutan tetapi dalam masa yang sama kita menjadikan hutan sebagai sumber pendapatan untuk pembangunan kita. Namun, kita menjaga hutan dan kita ada option mengenai dengan carbon credit. Jadi kita menjaga hutan ini supaya kita boleh menstabilkan cuaca dunia dan banyak negara-negara maju untuk membawa duit diaorang supaya simpan di negeri Sabah ini jaga hutan simpan kita, jangan ada penebangan.

Itu yang saya faham tentang carbon credit. Bukan kita mau meminta bukan kita mau meminta negara-negara yang maju ini untuk tebang pokok kita sebagai imbangan ataupun sebagai perusahaan. Jadi ini yang saya paham tentang carbon credit.

Datuk Speaker, kalau boleh dia bahaslah nanti. Ini bukan soalan. Ini berbahas …

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… Maksudnya cuma kita mahu pastikan itu data kita perjelaskan.

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… Tadi diberitahu oleh Senallang berjuta-juta hektar tanah hutan simpan yang diluluskan. Itu tidak betul. Ini sudah Kerajaan yang lalu telah luluskan. Terima kasih.

…ini Telupid, saya ingat Telupid tidak dengar.

Saya menyebut jawapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kepada YB Merotai. Ini salinan nanti saya bagi.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, ya, tetapi, tetapi…

… tetapi Yang Berhormat Telupid, saya tahu, saya mantan Ketua Menteri Sabah…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… tetapi tadi Senallang menyatakan bahawa berjuta-juta…

…Saya tahu details dia…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

…kayu balak telah diluluskan…

…nanti dulu, nanti dulu, saya faham, saya sebutkan tahun-tahunnya…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

…seolah-olah kita mengeluarkan kayu balak ini tanpa lesen dan sewenang-wenangnya…

…No, no, no you listen to me, this licence was issued then kita belajar inti pati saya ucapkan tadi, 60 tahun kita tidak belajar. Lesen yang kita berikan daripada semenjak merdeka ini saya sebutkan Yayasan Sabah Tun Mustapha. Bukan saya tuduh. Ada di antara lesen yang dikeluarkan untuk Yayasan Sabah 1,000, 1,000,000.00 juta hektar.

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, tetapi lesen ini telah dikeluarkan sebelum ini.

No. Itu yang saya mahu bilang yang sekarang ini yang saya sebutkan 2023-2024 pembalakan jangka pendek dalam kawasan tanah kerajaan luar hutan menerusi lesen Borang 1 adalah keluasan 32,000 diluluskan oleh kerajaan GRS ini bukan, ini jawaban.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Oh ya?

Kalau sebenarnya nak betulkan jangan betulkan saya, betulkan Yang Amat Berhormat dan saya faham pasal perkara ini ada juga data dalam pemikiran otak saya mantan Ketua Menteri. Berapa hektar? Di mana? Tanah dibahagikan berapa ratus tahun. Ada. Kalau saya sebut satu per satu. Ini ada sama saya. Bukan tidak ada. I have been a Chief Minister…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, saya tahu.

…and you don't know the data yang kita bagi dengan siapa. I don't want to mention the name. Pasal perkara ini, fakta bukan saya mahu reka dan keduanya, Yang Berhormat Telupid kena faham. Bila kita jual carbon ini…

… akan ada orang pembeli dah, Kerajaan Negeri tidak boleh beli. You have to sell the carbon to who? Luar negara, syarikat mana? Tapi bila orang membeli karbon kita, kita ikat oh jangan kautebung ini, jangan kautambang ini, jangan kautanam ini, jangan ini tidak boleh pasal I tell you, the international company ...

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, ya, saya setuju dengan transpirasi, transpirasi itu, transparence itu, saya setuju tetapi, tetapi, kadang-kadang penjelasan daripada Senallang

Saya ingat Datuk Speaker, kalau boleh dia berbahas, okey.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, Yang Amat Berhormat Telupid, Senallang,

Kita punya masa mungkin limited sikit, bagi saya untuk bahas.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Senallang, teruskan dengan perbahasan.

Pasal apa?

Pasal kadang-kadang, mungkin oleh kerana kita tidak faham tentang urusan carbon credit di peringkat antarabangsa, bagaimana ikatan dia dengan saya bagi contoh, syarikat-syarikat yang ada multinational di peringkat mungkin oleh kerana syarikat ini Shell, ataupun syarikat ini di Amerika Syarikat ataupun di Eropah, hendakkan supaya mereka buat pinjaman kepada institusi kewangan, ataupun produk yang mereka servis yang mereka keluarkan diiktiraf sebagai satu perkhidmatan, sebagai satu produk yang ada pengiktirafan. So, the credit to the company, international company yang ada, dan mereka ini diiktiraf. Lepas itu dipermudahkan perjalanan untuk pinjam kewangan, saham mereka mungkin meningkat di bursa saham New York di bursa saham apa ini Europe, untuk membolehkan supaya dia orang terlibat dalam penjagaan climate change udara yang ada di peringkat dunia. Cuma saya ingin ...

Yang Amat Berhormat Senallang, boleh tak? Berhubung dengan FMU tadi, iaitu kalau saya tidak silap, FMU ini diperkenalkan semasa bekas Ketua Menteri ADUN Dilantik, iaitu Datuk Yong Teck Lee, dan matlamat kerajaan pada ketika itu ialah untuk memastikan bahawa negeri

I Sabah akan ada sustainable untuk pengeluaran kayu balak, iaitu kawasan-kawasan diberikan akan di harvest kayu balak, dan akan ditanam semula. Malangnya apa yang berlaku, daripada tidak tahu, daripada 18 FMU saya pun mungkin Berhormat ingin bertanya kepada kerajaan berapa yang betul-betul berjaya dan berapa syarikat yang hanya mengambil kayu balak tetapi tidak menanam kayu balak? Bermakna matlamat FMU itu sudah tidak ada di situ, roh dia sudah hilang, mereka mahu kaut keuntungan dan lari. Terima kasih.

Yang Berhormat Lamag, saya sudah sebut tadi tapi saya masukkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat untuk sedikit sebanyak menerima penjelasan daripada pihak kerajaan. Daripada jumlah FMU yang ada, berapa sudah ditanam dengan kayu dan berapa yang ditanam dengan kelapa sawit, untuk membolehkan dan hasil yang diperoleh untuk manfaat, kerana kita bicara tentang hasil. Kita nak hasil, sedang yang sekarang ini hasil kita tidak tahu berapa beribu hektar tanah yang kita keluarkan. Keduanya dari segi, bila saya sebut enforcement of law saya nak sebut sedikit Yang Amat Berhormat dan Datuk Speaker enforcement of law. Dalam undang-undang yang contohnya, saya nak bagi contoh saja SFI sekarang ini dalam kes mahkamah, pasal dia ada receivership SFI ini bukan lagi milik kerajaan, dia dimiliki oleh bank dan dalam perusahaan bank. I don't want to mention in detail pasal it can lead to contempt of court, cuma saya nak nyatakan undang-undang yang ada. Di situ mahkamah dah putuskan, jangan ada extraction of timber tapi sekarang ini ada itu yang dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu enforcement of law. Datuk Speaker, saya tak mahu panjangkan kerana mungkin ada yang lain untuk berbahas, cuma saya nak jelaskan seperti apa yang saya nyatakan tadi, kebimbangan saya. Di peringkat antarabangsa kita tidak ada pengurusan carbon credit yang cukup tertib. There is no reference to be made. Even di Malaysia saya berbincang dengan Menteri Environment di Kuala Lumpur, we are very thorough dari segi apa pengurusan kekayaan sama ada mineral, sama ada timber dan bila dia bincang dengan saya, juga menyatakan bahawa di peringkat Persekutuan sudah ada undang-undang but central body, expertise yang kita katakan untuk semua negeri semua tempat, bila ada pengurusan karbon merujuk kepada itu, inilah standard yang perlu kita akui we are protected. Kita tidak mahu nanti tanah kita

I hutan kita dimiliki, walau mungkin geran tidak ada tapi dimiliki, dalam konteks nak tebang tidak boleh, nak urus dengan baik, saya bimbang sangat. Kalau sekiranya ini membabitkan penduduk-penduduk kampung yang mungkin dianggap setinggan. Dulu di Kuamut, ada satu 60 tahun Yang Berhormat daripada Kuamutkah mana yang dulu bila saya kerajaan, saya keluarkan daripada Forest Reserve bagi perkampungan. Pasal apa? Mereka dah berada di situ lebih daripada 50 tahun. Kerana ini penting kepada kita supaya pengurusan hutan ini, Pinangas, kita tidak tahu di mana itu kawasan. Cuma itu yang saya nak sebutkan di sini, kita teliti. So there must be some kind of not only enforcement of law, mesti ada transparency dia. Lamag dah sebut tadi.

Keduanya, kita kena ada expertise dia. Jangan nanti esok, you are dealing with international body yang membeli carbon credit ini. Undang-undang ada kita ikat sign di sana. I can tell you kita harapkan revenue yang ada nanti, syarikat itu membawa ke Mahkamah Antarabangsa, end of the day mungkin kita terpaksa membayar. Cost is very high per billion. Daripada niat kita untuk dapat hasil mungkin boleh kena Mahkamah Antarabangsa penalize us because you breach the law. You breach the contract. Contract dia is carbon credit. You are selling it to me but I want to buy. Tapi pokok mana yang keluarkan carbon? Tempat mana yang keluarkan carbon? Area mana? Nabawan, Pensiangan, Kinabatangan. Berapa ratus ribu hektar yang ada? Untuk membolehkan supaya jangan nanti khazanah yang ada ini, negara kita Negeri Sabah akan pupus pada masa hadapan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baik Yang Berhormat, sila gulung. Saya bagi …

Jadi, saya dalam perkara ini memang perkara baik dari segi perundangan yang ada. Review of the law upgrading it to make sure. Tapi we must be very thorough. There must be some transparency.

There must be some enforcement yang ada untuk membolehkan, supaya undang-undang ini mendapat kebaikan kepada rakyat Sabah. Terima kasih banyak.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Bugaya.

12.36 tengah hari

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, atas peluang diberikan untuk berbahas untuk Rang Undang-undang Enakmen Hutan Pindaan 2025. Di sini saya tertarik kepada Seksyen 20, Enakmen Ibu, yang mana dipindah di dalam Rang Undang-undang ini, yang mana berkaitan tentang subseksyen A yang mana memindah subseksyen B dalam subseksyen 2 (i) dengan menggantikan perkataan not exceeding RM500 ribu dengan perkataan not less than RM20 ribu but not exceeding RM5 million. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada menteri berkaitan tentang penggantian. Kalau kita lihat secara kasarnya perkataan yang diganti ini berkaitan tentang Seksyen 20, hukuman ataupun kompaun yang dikenakan RM500 ribu ini kepada RM20 ribu dan juga RM5 juta.

Jadi, di sini kalau kita melihat daripada apa yang peristiwa berlaku, yang mana ada juga yang kena saman ini individu, ada juga yang disaman ini syarikat. Jadi, kita ambil contohlah orang kampung yang masuk ke dalam hutan simpan, dikenakan denda RM20 ribu. Ini terlampau banyak ini. Kita mungkin bagi Yang Berhormat ataupun orang-orang biasa, mungkin sikit ataupun bagi orang kaya. Tetapi bagi orang kampung ini terlampau banyak, susah mau cari.

Jadi, ada baiknya kalau kita saperate dalam kita punya undang-undang ini. Individu, of course dalam undang-undang person is interpreted as individual dan juga it's a company. Tapi buatlah perasingan. Kalau boleh individu itu lain dia punya ini, dia punya kompaun lain juga kepada syarikat. Kalau syarikat dikenakan RM20 ribu memang terlampau sikit, macam sen-sen saja kalau syarikat. Syarikat berbilion-bilion dikenakan RM20 ribu, terlampau sikit. Tapi kalau RM5 juta itu relevanlah atau RM1 juta, relevan. Tapi bagi individu, orang bilang yang orang-orang kampung yang kena RM20 ribu terlampau tinggi. Jadi, ada baiknya kita pisah.

I

… yang orang kampung, orang-orang biasa, individu, separate dengan company supaya tidak ... mungkin juga akan menimbulkan integriti. Baru-baru ini Ucapan Dasar yang dibaca oleh Tuan Yang Terutama Tun berkaitan tentang integriti perkhidmatan awam. Jadi ada juga kemungkinan ya boleh berlaku isu integriti di sini. Bayangkan ya, penguat kuasa hutan, boleh runding, boleh kasi rendah, boleh kasi tinggi kalau ada bayaran. Kalau kau tidak membayar, aku kasi tinggilah ini sampai RM50 ribu, sampai RM100 ribu. Ada kemungkinan.

Jadi itu saya nyatakan di sini, demi untuk integriti, perlu kita pisahkan benda ini untuk mengelakkan berlakunya isu integriti dan juga untuk memudahkan kita punya rakyat. Begitu juga ya, berkaitan tentang isu carbon credit. Isu carbon credit ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana membawa undang-undang berkaitan tentang isu carbon credit ini. Tapi di sini saya ingin bertanya kepada Menteri. Siapa yang bertanggungjawab untuk mengira or to quantify how much carbon credit ini? Seharusnya kita kena ada badan dalam Kerajaan ini untuk menentukan berapa jumlahnya dan siapa yang dipertanggungjawabkan. Dan saya lihat di dalam Rang Undang-undang yang dikemukakan oleh Kerajaan di sini, tidak ada menyebut tentang siapa yang bertanggungjawab.

Baik, mungkin juga kita lantik consultant. Tapi saya rasa melantik consultant mungkin tidak sesuai. Perlu ada badan yang berkuat kuasa, sama ada Jabatan Hutankah atau jabatan yang berkaitan tentang carbon credit ataupun lembaga carbon creditkah yang mana perlu untuk mengira ini carbon credit. Sekarang mungkin tidak relevan, tapi pada masa akan datang, dia akan menjadi relevan. Kita perlu siapa yang to quantify, yang berkuasa untuk mengira jumlah carbon credit ini.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh mencelah? Terima kasih, Datuk Speaker. Saya tertarik dengan apa pertanyaan ADUN Bugaya. Currently di international standard, kita hanya ada verified, what they called that? Verified carbon standard ataupun gold standard. So, sama ada Kerajaan Negeri akan membuat satu usaha untuk mengikut either of these standards sebagai pengiraan kita, pensijilan

I kita di Sabah. And at the same time, Bugaya dan Datuk Speaker, kita adalah member country perdagangan hala tuju, iaitu trading agreement called Regional Comprehensive Economic Partnership. So, dalam RCEP ini, termasuk 15 negara, 12 plus, sorry, plus six nations that deal with us, we should be able to create kita punya standards with them. Supaya dalam RCEP ini, we can create a registry bersama mereka when we trade with other nations seperti Amerika dan juga Eropah. Of course, Amerika sudah keluar daripada Paris Accord but Europe masih dalam Paris Accord. So, semua ini akan jadi kita punya persaingan bila kita membuat, ADUN Bugaya, maaf, bila kita membuat satu policy berkaitan dengan carbon trading. Now, carbon trading ini quite interesting. The only thing is, I would suggest Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan nations kita dalam ASEAN sebab kita pada sekitar ini ada Regional Comprehensive Economic Partnership yang sedia ada dan ini boleh membuatkan satu policy framework berkaitan dengan carbon trading. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Moyog.

Saya masukkan cadangan ucapan daripada YB Moyog dalam ucapan perbahasan saya. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya rasa ada keperluan untuk kita memasukkan di dalam kita punya seksyen ini, dalam kita punya Rang Undang-undang Hutan yang berkaitan tentang carbon credit ataupun badan ya memastikan ataupun menilai, to quantify, untuk mengelakkan kerugian Kerajaan Negeri. Jangan saja syarikat-syarikat yang dibenarkan untuk mengambil carbon credit ini tanpa kita mengambil kira berapa jumlahnya ataupun kalau menggunakan consultant, consultant ini boleh dibeli.

Kalau dibayar sekian-sekian consultant maka mungkin nilainya akan dikasi turun. Jadi ada baiknya badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan seperti Perhutanan, Jabatan Hutan ataupun jabatan-jabatan yang tertentu.

Gunakanlah mana-mana yang dirasakan baik untuk demi to protect the interest of the State dan juga hak-hak negeri Sabah ini. Terima kasih dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri untuk membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Hutan Pindaan 2025. Mohon cadangan dipertimbangkan dan saya menyokong. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Bugaya.

Maka dengan itu, tamatlah sudah sesi perbahasan Pindaan Enakmen Hutan 1968. Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti YB yang Dilantik, Datuk Yong Teck Lee, YB daripada Kapayan, YB daripada Senallang dan juga Bugaya.

Saya berterima kasih di atas perbahasan yang dibuat itu dan bagi saya rata-rata daripada perbahasan yang dibuat itu menyokong, menyokong Rang Undang-undang ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Walau bagaimanapun, ada beberapa isu yang perlu saya nyatakan di sini, iaitu seperti isu yang dibangkitkan oleh ADUN yang Dilantik. Ingin saya katakan di sini, bahawa mereka yang menanam kayu di tanah persendirian ataupun menanam kayu bakau di persisiran pantai dan sebagainya, itu tidak masalah. They are not licensed under this undang-undang. Tetapi sekiranya mereka menanam ataupun mengikuti membuat aktiviti karbon, tetapi menuntut carbon credit, saya katakan di sini, carbon credit. Apabila mereka menuntut carbon credit dengan apa juga aktiviti yang mereka buat itu, they have to be licensed. Ini disebabkan apa juga aktiviti yang memohon menuntut carbon credit ini, hendak dilicensed dan didaftarkan untuk diinventorized. Kerana kita tidak mahu ada pihak-pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut tetapi tidak mempunyai kebenaran.

Tetapi perlu saya katakan di sini bahawa mereka mempunyai optional. They are not forced. It is not mandatory for orang-orang asal untuk mendapat lesen atau sebagainya. Kedua, mengenai dengan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kapayan.

Sebenarnya, orang-orang asal ini mempunyai admitted rights under the Undang-undang Hutan. So, sebenarnya, mereka ini diberi privilege sebenarnya, orang-orang kampung ini. Kerana mereka ini mempunyai hak, mempunyai hak di mana mereka boleh masuk di kawasan-kawasan yang tertentu. So they are protected. Even under this amendment, pindaan ini, mereka juga adalah terpelihara.

They are not apa ini sewenang-wenangnya dikenakan undang-undang …

I

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Di dalam pindaan ini, kerana ahli-ahli ataupun komuniti tempatan itu, dia punya rights adalah safe guarded dan mengenai dengan…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Menteri, boleh minta penjelasan Tuan Speaker, maksud Datuk Menteri free, prior and informed consent ini which is universal standard bagi indigenous people, you guaranty bahawa dalam undang-undang ini akan dilaksanakan melalui polisi Kerajaan dan juga Forest Enactment. Free and prior informed consent. Itu saya percaya ADUN Kapayan maksud tadi.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Sebenarnya saya akan ke isu tersebut. Sebenarnya apabila pindaan ini telah dibuat, dan Ahli Yang Berhormat tadi telah mengatakan bahawa it is written in english. Saya mengharapkan supaya satu awareness juga boleh dibuat oleh jabatan, pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan untuk memaklumkan, menyedarkan kepada orang-orang apa ini kampung yang terlibat, kerana ini adalah penting sekali bagi mereka okey.

Selain daripada itu Sungai Manila, saya berterima kasih atas sokongan supaya mana-mana kawasan yang kritikal itu ditutup.

Di mana conservator apa ini hutan diberi kuasa. Ini adalah penting bagi pegawai-pegawai di Jabatan Hutan dan saya percaya Ahli Yang Berhormat sedia maklum di mana terdapat satu kes, kes mahkamah, iaitu Ali Pudin dan tiga orang lawan Jabatan Hutan. Di mana Jabatan Hutan telah kalah. Mula-mula menang di peringkat Magistrate Court, tetapi apabila mereka rayu ke mahkamah tinggi, jabatan hutan kalah.

Ini disebabkan bahawa there is no specific ah, specific section ataupun seksyen under the apa ini hutan Enakmen Hutan ini yang mengatakan bahawa kawasan-kawasan itu telah ditutup dan tidak ada orang yang dibenarkan.

Jadi, ini adalah penting untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang sesuka hati memasuki kawasan yang ditutup itu lagi. Kerana seperti mana yang juga kita sedia maklum, kebanyakan daripada orang-orang yang masuk ke kawasan forest reserved

I itu mencuri, mencuri kayu-kayu yang berharga.

Jadi adalah penting bahawa kita beri kuasa kepada Conservator Forest untuk menutup kawasan-kawasan tersebut dan perlu juga saya maklumkan di sini bahawa Konservator Hutan bukan sewenang-wenangnya menutup.

Mereka akan, sebenarnya mereka mempunyai satu jawatankuasa, jawatankuasa untuk memastikan sama ada kawasan itu adalah kritikal atau pun sebaliknya untuk ditutup.

Tuan Speaker, saya juga ingin memberi pandanganlah yang telah diutarakan bahawa tanah-tanah yang telah diduduki oleh penduduk-penduduk kampung itu dikeluarkan daripada kawasan hutan simpan. Sama ada hutan simpan ataupun apa ini di kawasan FML.

Sebenarnya, saya berterima kasih dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima, Datuk Hajiji kerana baru-baru ini telah meluluskan supaya sebahagian daripada kawasan yang telah diduduki begitu lamanya telah pun dipersetujui untuk dikeluarkan dan ini melibat di kawasan saya sendiri dan saya sangat apa ini senang hati di atas keprihatinan Ketua Menteri Sabah kita.

(Ahli Dewan tepuk meja) Saya ingin menyentuh mengenai beberapa isu yang dibangkitkan oleh YB Senallang. Sebenarnya kebanyakan daripada isu-isu itu tidak berkaitan dengan amendment kita pada pagi ini dan saya tidak akan apa itu menjawab soalan tersebut, tetapi sekiranya perlu, mungkin Jabatan Perhutanan akan memberi jawapan secara bertulis.

Tetapi, apa yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai dengan the inforcement of law. Dia kata tidak ada guna apa ini, ini amendment sekiranya tidak ada inforcement. Tetapi bagi saya, apa yang penting bagi kita sekarang ini ialah kita mempunyai undang-undang yang mengawal selia tentang aktiviti carbon credit dan seperti yang saya katakan tadi bahawa tahun ini juga Kerajaan Persekutuan akan menggubal satu undang-undang juga yang berkaitan dengan perkara yang sama. Jadi adalah penting bagi kita, Kerajaan Negeri Sabah, untuk meluluskan pindaan ini supaya kita dapat mengawal, memelihara aset Kerajaan Negeri Sabah. Saudara dan saudari yang saya, bukan saudara bah itu tuan-tuan, saya ingat mulai-mulai kempen pula (ketawa).

Tuan Speaker (ketawa), Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, satu perkara lagi yang saya ingat apa ini perlu diperkatakan, iaitu kita dapat

I melaksanakan mengenai carbon credit. Sebenarnya ia, Jabatan Hutan mempunyai kebolehan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ataupun mengawal selia aktiviti-aktiviti mengenai dengan carbon credit ini.

Jadi, untuk makluman juga kepada Ahli Yang Berhormat dari Bugaya, yang menimbulkan mengenai dengan denda yang dikenakan kepada mereka yang menceroboh.

Kita akan mengambil perhatian terhadap saranan yang di apa itu, disarankan tadi, tetapi perlu juga saya katakan di sini bahawa mereka, orang asal ataupun orang-orang kampung ini, mereka mempunyai hak-hak ya yang telah diperakukan di dalam enakmen perhutanan ini.

Tetapi, walau bagaimanapun, kita akan lihat, ambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan.

Mengenai dengan satu badan yang melihat mengenai dengan aktiviti carbon credit ini. Sebenarnya kita juga, saya difahamkan bahawa apa juga aktiviti yang dijalankan ini, terutama sekali dalam pengiraan, pengiraan carbon credit ini yang diperlui adalah kita juga merujuk kepada Bursa Malaysia Carbon.

Jabatan Hutan mempunyai ataupun telah mengadakan kerjasama di antara Kuamut, Kuamut Rainforest dan juga apa ini Innoprose dan mereka mempunyai kepakaran mengenai dengan perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri atas penggulungan.

Cuma di sini saya ingin sentuh sedikit, sebab saya ada sentuh tadi pasal seksyen 20 yang mana ingin dipinda oleh Dewan kita pada hari ini ya. Kenapa saya bangkitkan benda itu, sebab ramai ya ada kita punya rakyat-rakyat ya, ada yang terutamanya yang berjumpa di kawasan saya sendirilah, yang pada sesi yang lepas pun saya ada bangkitkan kepada yang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan isu ini juga yang di Sungai Nasib ya, yang mana mereka menerima surat denda 20 ribu kan, jadi..

Terlampau banyak. Jadi sampai minta bantuan daripada YB untuk membayar dia orang punya apa ini. Cuma ada yang kasihan kita punya orang kampung. Bila terima surat daripada anu ini sampai sakit.

I Ada yang sampai ah apa ini. Jadi itulah kenapa saya cadangkan kepada pihak kerajaan untuk memisahkan ya kalau ada yang saman-saman ini. Mungkin bagi kita mungkin tidak ada masalah. Tapi bagi orang kampung kalau terima saman ini macam mahu kiamat sudah. Kalau dia orang terima saman ini. Jadi ada eloknya mungkin kita pisahkan ya, untuk yang individu. Dia punya agar dia punya kompaun itu tidak begitu deterrent. Tapi bagi company, of course kita kena lebih deterrent lagi. Ya, terutamanya kalau macam company kena dia satu juta ke lima juta macam begitu. Endak (tidak) ngamlah kalau company itu di apa 20 ribu sahajakan. Jadi di sini ada desakan saya rasa yang perlu untuk kita mengubah undang-undang itu pada kalaupun tidak pada sesi ini mungkin pada sesi yang akan datang. Kita akan cuba perbaiki lagi keadaan ini. Untuk kemudahan bukan sahaja untuk kemudahan kerajaan tapi demi untuk kemudahan rakyat kita juga. Terima kasih.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Terima kasih di atas cadangan tersebut. Tetapi perlu juga saya maklumkan di sini bahawa ini juga boleh apa ini digunakan sebagai deterrent kepada mereka-mereka yang ingin memasuki kawasan-kawasan tersebut. Jadi adalah juga tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat yang telah ditemui untuk membayar kompaun tersebut supaya memberi nasihat kepada mereka supaya tidak sesuka hati untuk memasuki kawasan- kawasan yang telah di apa ini dilarang untuk masuk. Kita akan ambil perhatian terhadap saranan Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin terhadap rakyat.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Menteri, berhubung dengan pensijilan ataupun quantifying carbon credit di sini. Dalam ah apa ini, dalam undang-undang yang sedang digubal ini carbon standard. I got Datuk Speaker. Carbon standard means a program or standard administrated by a mandatory or voluntarily domestic or international GHG program. Certification scheme of protocol pursuant to which a forest carbon activity is formally accepted and registered pursuant to the carbon standard rules and in respect of which carbon credits units are issued for into a carbon registry. So, kita kembali kepada apa Datuk telah ulaskan tadi. We use the KL Bursa on carbon. At the same time of Kuamut, I can’t quite recall, there’s one more index that you mentioned. Why not kita set out a clear registry di sini? Erti itu the standard of valuing this carbon. Either kita ikut the international standard that is

I used to trade all over the world or your just set out sini Bursa Kuala Lumpur. Thank you.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Thank you Ahli Yang Berhormat. We will look into it in order to smoothen the apa ini process. I think what is important now we approve this amendment so the rest will follow later. Thank you. Tuan Speaker, Isu-isu yang mungkin saya tidak terjawab pada kali ini akan dijawab menerusi apa ini ini secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju. (suara ramai setuju). Yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Hutan (Pindaan) 2025.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Hari ini Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila cadang.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

I MAJLIS PERINGKAT JAWATANKUASA

Pengerusi (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal No.1 hingga 16 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal No.1 hingga 16 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan ketiga hari apa?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Sekarang Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila jalankan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibaca kali yang ketiga sekarang.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Hutan (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Hutan (Pindaan) 2025.

Rang Undang-Undang Tanah (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025 bacaan pertama.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk memindah Ordinan Tanah (Bab 68).

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan kedua bila?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Hari ini Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baiklah.

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025, bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025, bacaan kedua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

I

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Datuk Speaker, Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini bertujuan untuk memindah Ordinan Tanah (Bab 68) dengan memasukkan dua peruntukan baharu. Peruntukan baharu yang pertama adalah berhubung dengan penyerahan sebahagian tanah bergeran secara sukarela oleh pemilik geran kepada Kerajaan Sabah manakala peruntukan baharu yang kedua adalah mengenai ketidakboleh sangkalan pemilikan tanah ataupun Indivisibility of Title. Datuk Speaker, pada masa ini tidak ada undang-undang yang memperuntukkan mengenai penyerahan sebahagian tanah secara sukarela oleh pemilik tanah kepada Kerajaan dan keadaan ini menyukarkan pemilik tanah sekiranya berhasrat untuk menyerahkan sebahagian daripada tanah bergeran kepada Kerajaan. Lazimnya, penyerahan tanah ini termasuklah; A.

Penyerahan sebahagian tanah oleh …

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

… Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kepada Kerajaan Sabah.

B.

Penyerahan sebahagian tanah oleh syarikat berkaitan Kerajaan atau GLC untuk tujuan simpanan perkampungan atau apa-apa kegunaan awam yang lain. C.

Penyerahan sebahagian tanah yang terletak di tebing sungai atau laut yang tidak lagi boleh dibangunkan kerana dilitupi air akibat marahan ataupun unduran sungai atau laut, dan D.

Penyerahan sebahagian tanah atas kehendak pemilik sendiri.

Justeru peruntukan undang-undang yang jelas perlu diwujudkan bagi membolehkan Kerajaan menerima penyerahan sebahagian tanah secara sukarela tersebut. Dengan adanya peruntukan ini, pemilik tanah boleh menyerahkan sebahagian tanah

I milik mereka dan Kerajaan boleh menerima penyerahan tanah tersebut tanpa membayar sebarang pampasan.

Datuk Speaker, undang-undang tanah di Sabah adalah berlandaskan Torrens System yang mengutamakan sistem pendaftaran setiap urusan tanah termasuk pindah milik, pajakan dan sewaan. Walaupun begitu, berbeza dengan Kanun Tanah Negara dan Kanun Tanah Sarawak. Ordinan Tanah Sabah tidak mengandungi peruntukan berkenaan dengan ketidak boleh sangkalan hak milik. Tanpa peruntukan ini, hak pemilikan ke atas tanah yang diperolehi melalui proses pindah milik dan yang telah didaftarkan boleh dicabar dan tidak terjamin. Seperti mana dalam dapatan Mahkamah Persekutuan, dalam kes Siah Yongti dan Chong Sukong, terdapat lacuna ataupun kekosongan dalam Seksyen 88 Ordinan Tanah yang sedia ada jika dibandingkan dengan Seksyen 340 Kanun Tanah Negara yang menyatakan konsep ketidak boleh sangkalan hak milik secara jelas.

Melalui peruntukan ini, selepas seseorang pembeli seterusnya atau subsequent purchaser untuk nilai tanpa notis, iaitu pembeli bona fide menerima hak pemilikan sesuatu geran daripada pemilik asal, hak pemilikan itu tidak lagi boleh disangkal atau dibatalkan. Walaupun pemilik asal menerima geran secara tipu dengan syarat perkara mengenai penipuan itu tidak diketahui oleh pembeli bona fide tersebut. Datuk Speaker, pindaan ini akan mendatangkan manfaat lain termasuk meningkatkan keyakinan pelabur kepada sistem pendaftaran tanah di Sabah supaya pelaburan mereka dapat dilindungi. Tanpa pindaan ini, pemilikan hartanah yang dibeli oleh pembeli bona fide boleh dicabar walaupun setelah dipindah milik beberapa kali sejak sekian lama kerana konsep ketidak boleh sangkalan tangguhan atau deferred indefisibility tidak diiktiraf di bawah Ordinan Tanah. Pindaan ini juga dapat melindungi institusi kewangan yang memberikan pinjaman kerana pemilikan hartanah yang dicagarkan sebagai jaminan kepada pinjaman adalah lebih selamat. Selain itu, ia juga melindungi peguam yang memberikan nasihat guaman kepada institusi kewangan kerana bahawa pemilikan hartanah yang dicagarkan adalah sah dan selamat. Selain itu, pindaan ini juga akan melindungi Kerajaan daripada tanggungjawab undang-undang yang berpotensi untuk timbul akibat pembeli bona fide. Kehilangan hartanah setelah bergantung kepada sistem pendaftaran tanah yang sedia ada. Oleh itu, peruntukan berkenaan ketidak boleh

I sangkalan hak milik perlu dimasukkan ke dalam Ordinan Tanah, bagi menjamin keutuhan pemilikan pembeli bona fide, selain meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur sama ada dari dalam atau luar negeri di Sabah ke atas sistem pendaftaran tanah di Sabah.

Datuk Speaker, selaras dengan perkara ini, Rang Undang-undang Tanah Pindaan 2025 mengandungi fasal-fasal dengan perincian yang berikut:

Fasal 1 - memperuntukkan tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa enakmen, iaitu pada tarikh enakmen diwartakan.

Fasal 2 - bertujuan untuk memasukkan Seksyen 38A ke dalam Ordinan Tanah, Subseksyen 38A(1) dan 38A(2). Masing-masing memperuntukkan bahawa pemilik tanah boleh memohon untuk menyerahkan sebahagian tanah mereka tertakluk kepada kelulusan Penolong Pemungut Hasil Tanah bagi geran NT dan kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur bagi geran pajakan. Tanah yang telah diserahkan sebahagian itu akan terletak hak kepada Kerajaan, bebas dari sebarang bebanan. Fasal 3 - bertujuan untuk memasukkan Seksyen 88A ke dalam Ordinan Tanah, Subseksyen 88A(1) menyatakan secara umum bahawa pemilik tanah yang telah didaftarkan akan mendapatkan hak milik atau kepentingan tak boleh sangkal ke atas tanah itu. Manakala Subseksyen 88A(2), menyatakan keadaan-keadaan hak milik boleh disangkal, iaitu sekiranya hak milik itu diperolehi melalui penipuan, pemalsuan atau dengan cara tidak menurut undang-undang. Seterusnya Subseksyen 88A(3), menyatakan bahawa pemilik seterusnya atau subsequent proprietor yang telah mendapatkan hak milik, boleh disangkal di bawah subseksyen 88A(2), juga akan mendapatkan hak milik yang boleh disangkal.

Ini bermakna pemilikan baharu ke atas tanah yang diperolehi melalui penipuan atau pemalsuan tersebut, masih boleh dicabar walaupun telah dipindahkan ke atas penama baharu. Namun demikian, sekiranya pemilik seterusnya itu telah bertindak dengan niat baik dan telah memberikan balasan berharga bagi tanah tersebut, proviso kepada Subseksyen 88A(3) memberikan perlindungan kepada pemilik seterusnya itu dan hak milik itu akan menjadi tak boleh sangkal.

I Dan akhir sekali, Subseksyen 88A(4) menyatakan bahawa Seksyen 88A tidak akan menghalang apa-apa perjalanan kuasa bagi pelucutan hak atau penjualan di bawah ordinan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, atau penentuan hak milik atau kepentingan melalui penguatkuasaan undang-undang atau penentuan hak Adat Anak Negeri. Datuk Speaker, saya mohon mencadang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat daripada Kapayan untuk memulakan perbahasan.

1.19 tengah hari

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Tuan Speaker, dan terima kasih kepada Pembantu Menteri atas Pindaan Rang Undang-undang ini berkenaan Pindaan Ordinan Tanah Sabah, dan saya menyambut baik usaha Kerajaan dalam membentangkan Enakmen Tanah Pindaan 2025 ini kerana ini satu enakmen yang khususnya melibatkan Seksyen 38A dan Seksyen 88A ini yang saya percaya membawa … Puan Jannie Lasimbang [Kapayan]:…implikasi besar terhadap pemilikan tanah bukan sahaja untuk masyarakat yang duluan mempunyai ataupun memiliki tanah itu, tapi juga bagi hak orang asal di Sabah. Saya menyokong pindaan ini di atas sebab utama bahawa ia akan menyenangkan proses serahan sebahagian tanah hak milik mana-mana pihak, termasuklah pada fikiran saya dan seperti yang dibentangkan oleh Pembantu Menteri. Tanah untuk kegunaan komuniti setempat tujuan awam atau pun sebahagian tanah yang dituntut oleh komuniti orang asal. Berkaitan dengan Seksyen 38A ini YB Menteri, YB Pembantu Menteri telah menyebut ataupun memberikan penjelasan penggunaan perkataan surrender yang memberi gambaran bahawa ini adalah satu penyerahan tanah yang bersifat suka rela dan tiada bayaran pampasaan. Ini penting untuk mendapat penjelasan ini dan perlu diberitahu kepada mana-mana pihak yang memberi ataupun surrender title

I ataupun sebahagian kawasan itu apabila diserah balik kepada Kerajaan. Ini adalah penting untuk memperjelaskan kerana mungkin ataupun supaya tidak berlaku kekeliruan dan jelas bahawa its a no income burns to the government, dari segi pembayaran pampasan.

Bagi Seksyen 88 pula, saya menyambut baik juga seksyen satu dan dua ini berkaitan dengan tidak ada, ya, di indivisibility of the title dan tidak boleh sengkahlah. Kita tahu bahawa terlalu banyak penipuan sebelum ini, dan menggunakan misalnya power of attorney dan lain-lain dan saya tahu ramai masyarakat walaupun dikatakan masih mungkin memegang geran, tetapi mereka juga mempunyai hak di bawah NCR telah diambil hak mereka atau pun tanah mereka itu dari cara yang penipuanlah, dan ini adalah penting terutamanya bagi mereka yang sudah ada hak milik ini. Dan banyak berlaku dan seksyen ini akan membantu dalam memastikan tidak lagi ataupun sekurang-kurangnya menjelaskan, mengurangkan, berlakunya masalah seperti itu.

Bagi saya, saya ingin menyokong penuh terutamanya Subsection 4C ini yang menyebut secara jelas berkenaan dengan hak adat ataupun Native Customary Rights. Saya faham bahawa pindaan ini akan membolehkan penentuan hak Native Customary Rights ataupun NCR yang masih boleh dilakukan walaupun sesuatu tanah itu telah berdaftar dan mempunyai geran. Ini kefahaman saya dan saya harap ini juga bagi Kerajaan di sama pendapatnya. Pindaan ini juga satu perkembangan yang positif kerana ia akan menghapuskan alasan lama bahawa NCR hanya boleh dituntut ke atas tanah negeri, state land sahaja. Ini adalah langkah penting ke arah keadilan sosial dan pengiktirafan kepada komuniti anak negeri ataupun orang asal yang telah lama memperjuangkan hak ke atas tanah adat mereka. Saya berharap Kerajaan akan memastikan pelaksanaan yang telus, adil dan bebas kepentingan politik dalam penguatkuasaan pindaan ini serta memberi ruang kepada komuniti yang masih ada tuntutan NCR untuk didengari melalui proses perundangan atau mediasi yang adil.

Sekian, saja ucapan saya Datuk Speaker. Pendek tetapi mengakhiri dengan sokongan penuh dengan pindaan ini kerana dia adalah satu yang sudah lama saya rasa ditunggu-tunggu dan saya menyambut baiknya. Sekian, terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapayan. Ada lagi Ahli yang ingin berbahas? Silakan, ADUN Dilantik.

1.24 tengah hari

Terima kasih, yang Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri yang berikan penjelasan yang cukup jelas sekali. Saya menyokong Rang Undang-undang ini kerana dengan izin, this is good law. YB ada cerita pasal satu kes mahkamah. Sebenarnya ada juga lain-lain kes termasuk satu kes yang terkenal di Sarawak, sehingga land transfer itu diisytiharkan tidak sah. Bukan ada, bukan pasal pihak pembeli itu yang silap tetapi ada sejarah dia. Maka dengan adanya pindaan Seksyen 88 ini, dia akan mengelakkan segala keraguan pada transaksi tanah di Sabah akan datang.

Mengenai Seksyen 38, Partial Surrender of Title, ini yang saya ada minta penjelasan atau pun kalau boleh pihak berkuasa boleh mengambil perhatian. Partial Surrender of Title ini memang bagus daripada kalau dulu semua titlenya sudah kena surrender. Tetapi soalan saya, apabila geran tanah itu diserahkan semula kepada Kerajaan, bagaimana dengan baki itu? The balance of the land yang belum kena serah pergi Kerajaan?. Saya mencadangkan supaya nombor geran tanah itu, nombor geran tanah itu yang asal itu, dikekalkan. Geran tanah itu diserahkan separuh, separuh sudah jadi, sebahagian sudah jadi balik kepada tanah Kerajaan Negeri. Tetapi, ada sebahagian juga masih dalam tangan pemilik asal. Sekiranya nombor geran tanah itu ditukar kepada nombor baharu, dia akan membawa masalah lain hari, dokumentasi, rekod dan sebagainya. Maka saya minta penjelasan daripada YB Menteri, supaya nombor geran tanah asal itu dikekalkan dalam geran tanah itu. Sekian, terima kasih. Saya menyokong Rang Undang-undang ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Maka dengan itu...

Pardon, Datuk Speaker.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bugaya, silakan. 1.27 tengah hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker, atas peluang yang diberikan untuk berbahas tentang Rang Undang-undang Tanah, Ordinan Tanah. Enakmen Tanah Pindaan 2025.

Saya di sini ingin menyatakan sokongan kepada pindaan Seksyen 88A. Namun dalam masa yang sama, dalam kita bersetuju untuk menggubal undang-undang ini ya, ada juga mungkin baiknya, ada juga mungkin tidak baiknya.

Sebab memandangkan isu tentang penipuan tanah ini, dia subjektif. Kadang-kadang seksyen ini ada baiknya untuk syarikat. Kadang-kadang ada baiknya juga untuk individu. Sebenarnya undang-undang tanah kita yang di draft oleh Kerajaan British dahulu, memang baik ya dibandingkan dengan kita punya National Land Code. Kita berbangga dengan kita punya undang-undang Sabah Land Ordinance yang mana telah di apa ini digubal dahulu, ya.

Kalau kita lihat ya, ini sebagai kita punya pandangan sahaja.

Saya ingin mengutarakan pandangan ya. Kadang-kadang apa kita buat ada baiknya mugkin ada juga tidak baiknya. Kita ambil senario ya, di mana seorang individu yang tertipu, ditipulah sebagai contoh.

Ini kadang-kadang kalau kita lihat di kawasan, terutamanya di kampung-kampung ya, ramai ya, orang-orang kampung kita yang ditipu dia punya geran tanah ya. Sebagai contoh ya, kalau di kampung ini biasanya kalau tanah ini akan dipegang oleh abang. Jadi adik kadang-kadang ya, ada namanya di dalam itu title, tetapi ya ditipu dia punya tandatangankan? sudah dijual.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Tipu, tipu antara keluargalah bah ini, kan?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

…adik-beradik (suara ketawa).

I

Jadi, benda ini pun kalau individu bukan kalangan keluarga, okey. Tetapi bila sudah melibatkan keluarga ini, seksyen ini tidak baik…

… bagi keluarga yang sudah kena tipu ini, jadi ini baik untuk syarikat, tapi tidak baik untuk keluarga. Betul juga firman Allah SWT di dalam al-Quran:

Maksud: Yang mana yang kamu rasa baik itu sebenarnya mungkin tidak baik. Tapi apa yang kamu rasa yang tidak baik itu mungkin baik.

(Surah al-Baqarah ayat 216) Begitulah. Jadi di sini, masa saya belajar dulu undang-undang di universiti, belajar tentang Undang-undang Tanah, National Land Code, kami tidak belajar dulu tentang Sabah Land Ordinance ini dan kita tahu tentang indefeasibile title ini. Tapi kita terkejut bila kita practice di Sabah ini tidak ada, tidak ada dalam kita punya undang-undang jadi bila diadakan sekarang ini jadi kita menyamakan sudah kita punya undang-undang dengan undang-undang yang ada di semenanjung.

Betul, saya setuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Datuk Pembantu Menteri tentang kelebihan Seksyen 88A ini. Saya amat bersetuju dengan cadangan ini tapi dalam masa yang sama, diharap hakim-hakim kita dapatlah menggunakan discretion yang sebaiknya. Walaupun ada kuasa dibagi kepada hakim tentang ini jangan kita lupa pula tentang hak rakyat. Jangan sampai dinafikan hak rakyat kita terutamanya penipuan di kalangan keluarga di negeri Sabah ini banyak dan jangan sampai dinafikan hak-hak mereka.

Selain daripada itu juga saya ingin mengemukakan cadangan, memandangkan ucapan Yang Terutama Tun, Ucapan Dasar Kerajaan yang mana menekankan tentang pendigitalan yang baru-baru kelmarin pun, Yang Amat Berhormat Sulaman mengatakan bahawa kita punya sistem digitalization dalam ini Land Ordinance dalam Undang-undang Tanah sudah begitu baik.

I Tapi, namun demikian apa yang kita lihat yang ada sekarang dalam kita punya Undang-undang Tanah ini, tidak ada digitalization dalam Undang-undang Tanah. Ada kemungkinan Kerajaan kita juga mungkin akan disaman kalau tidak ada digitalization ini dimasukkan dalam kita punya Undang-undang tanah. Jadi sebelum Kerajaan ini disaman, sebelum Kerajaan ini diambil tindakan oleh individu ataupun syarikat, ada baiknya juga kita masukkan dalam kita punya Undang-undang Tanah ini berkaitan dengan pendaftaran digitalization ini, untuk to protect the interest of Goverment and the interest of the citizen.

Di sini saya menyatakan sokongan dan juga tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Pembantu Menteri yang membentangkan tentang Seksyen 88A. Undang-undang ini memang baik tapi dalam masa yang sama mudah-mudahan kita berharap kita punya hakim dapat menggunakan dengan sebaiknyalah. Saya rasa itu sahaja daripada saya, di sini saya menyokong dan mohon cadangan dipertimbangkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Bugaya for the productive input. Maka dengan itu tamatlah sudah perbahasan bagi Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025, bacaan kedua. Yang Berhormat Menteri sila jawab.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terlebih dahulu Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kapayan, kepada ADUN yang Dilantik, Datuk Seri Panglima Datuk Yong dan juga kepada Yang Berhormat ADUN Bugaya atas perbahasan yang telah diberikan di dalam membahaskan Rang Undang-undang ini dan kita akan mengambil semua cadangan-cadangan dan juga idea-idea yang disampaikan untuk pihak Kerajaan meneliti dan juga untuk pertimbangan lanjut seterusnya.

Namun, komen saya kepada ADUN Kapayan memang benar bahawa 38A ini adalah penyerahan secara sukarela. Jadi, ia tidak akan melibatkan apa juga pampasan yang berkaitan dan sudah pasti pihak JTU, Jabatan Tanah akan menjelaskan kepada siapa-siapa atau pihak-pihak yang ingin menyerahkan sebahagian daripada tanah mereka ini secara sukarela tentang Enakmen yang baru kita bentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

I Respon kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima ADUN Dilantik Datuk Yong Teck Lee, sebenarnya walaupun sebahagian tanah telah diserahkan secara sukarela tetapi nombor geran tanah yang baki itu masih sama juga dan tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan cuma di dalam geran itu keluasannya akan diamend akan dipindah termasuklah cukai tanah sesuai dengan keluasan tanah yang ada kepada tanah yang baki itu dan juga kawasan yang diserah balik juga akan ditunjukkan di dalam geran tanah itu. Jadi, maknanya tidak ada sebarang kerisauan mengenai tanah asal kita.

Begitu juga respon kepada Yang Berhormat ADUN Bugaya sebenarnya kalau masalah penipuan ini, kadang-kadang adik-beradikkah sepupu sepapatkah, jiran-jirankah, siapa-siapa sahajalah tidak kira keluarga atau bukan keluarga, kalau dia mahu menipu menipu juga.

Jadi, sebab itulah kita bentangkan Rang Undang-undang ini adalah untuk menambah baik tentang hak pemilikan tanah supaya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari dan apa yang juga cadangan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bugaya, kita akan ambil perhatian cuma masalahnya sekarang ini ada orang membeli tanah dia tidak tahu bahawa tanah itu sebenarnya ada penipuan.

Dia dengan niat yang baik, in good faith dia beli tanah itu bila dia cagar ke bank dia sudah buat bisnes, tiba-tiba ada tuntutan-tuntutan lain yang tanpa pengetahuan bahawa ada masalah tanah itu. Jadi, ini sebenarnya akan menimbulkan banyak masalah-masalah yang berlaku.

Sebab itu kita perlukan undang-undang ini diluluskan kerana untuk mereka-mereka yang dikenali sebagai bonafide, maknanya pembeli yang benar-benar tidak tahu, kita protect mereka ini supaya apa yang mereka lakukan yang mereka sudah invest mereka sudah buat pinjaman sepertimana yang saya maklumkan tadi, kebaikan-kebaikan yang berkaitan yang boleh melindungi bukan saja kepada pembeli, pemilik tanah itu tetapi ia juga boleh memberikan perlindungan kepada institusi kewangan kepada peguam yang memberi nasihat kepada institusi kewangan, kepada Kerajaan daripada undang-undang di kemudian hari termasuk juga memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur terhadap sistem tanah yang ada di Sabah ini.

I Jadi, pindaan ini adalah amat perlu dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan sekiranya seperti ADUN Bugaya ada penipuan di antara keluarga dan sebagainya itu, itu kita boleh dakwa mereka di dalam Mahkamah Sivil nanti. Kita ada undang-undang untuk mengatur ataupun mengurus hal-hal penipuan sepertimana yang dibangkitkan oleh ADUN Bugaya tadi. Jadi itu saja yang saya ingin sampaikan.

Tapi sebenarnya minta mencelah sebentar, Yang Berhormat Datuk, Pembantu Menteri sebenarnya tanpa ada Seksyen 88 ini pun sebenarnya hakim pun boleh decided siapa yang benar, siapa yang tidak benar. Ini pun kena ada perbicaraan cuma kebaikannya ini memudahkan hakim. Cuma maksud saya di sini, bila ada sudah seksyen ini kadang-kadang ia mengikat tangan hakim di sana. Jadi bila mungkin injustice akan berlaku juga. Memanglah kita tidak boleh elak juga benda ini.

Tapi macam saya nyatakan tadi, ada baik dan ada juga buruknya tapi yang baiknya ini lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Tapi, memandangkan kita punya sistem kefahaman Undang-undang Tanah di kalangan kita punya masyarakat ini terlalu rendah. Jadi itulah banyak penipuan. Jadi kalau boleh, mintalah Jabatan Tanah ini kalau boleh jelajahlah, beritahu orang-orang kampung ini supaya YB-YB di Dewan ini tidak susah.

… Ya, kalau kita ni balik-balik isu-isu tanah sahaja, balik-balik berjumpa pasal ini sahaja. Bergaduh, bergaduh, bergaduh. YB pun kadang-kadang tinggi darah juga nanti gara-gara yang ini. Jadi ada baiknya kerahkanlah kita punya Jabatan Tanah ini, bagilah penjelasan, penjelajah masuk pergi kawasan, kasi tahu dengan kita punya orang kampung supaya orang kampung kita tidak ada masalah lagi. Ya, terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Okey. Terima kasih kepada ADUN Bugaya atas pandangan dan ideanya. Insya-Allah kita akan ambil perhatian. Ya. Jadi

I akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker, kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Happy Good Friday, Happy Kaamatan dan dua pantun sebelum saya menutup, ya. Burung berbunyi awan melindung, Patah gala haluan perahu; Kamu sawah kami tedung, Kalah menang belum tahu.

Burung terkukur hinggap di tangan, Burung puyu bertubuh ringan; Perihatin rakyat Sabah Maju Jaya sandaran kejayaan, GRS PH Plus menuju kemenangan.

Sekian. Wabillahitaufik, assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Pembantu Menteri di atas pantun yang mahal sebentar tadi. Saya tidak mampu untuk membelinya.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

(Ketawa)

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Tanah (Pindaan) 2025.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Hari ini, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila cadangkan.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Pengerusi (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal nombor 1 hingga 3 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah fasal nombor 1 hingga 3 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan ketiga hari apa?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Sekarang, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila jalankan.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Tanah (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Tanah (Pindaan) 2025.

Rang Undang-Undang Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025, bacaan pertama.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023.

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bacaan kedua. Bila?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Hari ini, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baiklah.

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025, bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025, bacaan kedua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, saya mohon mencadang bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Speaker, Pemajuan Perumahan di Sabah dikawal melalui Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 atau Enakmen yang dikuatkuasakan

I oleh Kementerian di bawah tanggungjawab saya. Enakmen ini berfungsi sebagai kerangka perundangan untuk mengawal dan melesenkan aktiviti Pemajuan Perumahan di negeri ini.

Dengan tujuan utama untuk melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah. Kali terakhir Enakmen ini dipinda adalah pada tahun 2007 dan 2023. Pada tahun 2023, Pindaan Enakmen ini telah dibentang dan diluluskan selaras dengan keperluan semasa bagi memenuhi tuntutan rakyat. Dalam usaha menambah baik enakmen ini, Kementerian telah mengambil kira pandangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat dan telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh bagi tujuan pengemaskinian enakmen ini. Kementerian bersama-sama pihak berkepentingan seperti Sabah Housing dan(And) Real Estate Developers Association (SHAREDA), Sabah Law Society, Royal Institution of Surveyors Malaysia (Sabah Branch), Pertubuhan Arkitek Malaysia (Sabah Chapter), The Institution of Engineers Malaysia (Sabah Branch), dan juga Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah telah menyelaras dan menambah baik beberapa Pindaan untuk dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang ini. Tuan Speaker, secara umumnya Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025 ini merangkumi Pindaan dalam empat fasal keseluruhannya seperti berikut:

Fasal 1 - mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa yang dicadangkan.

Fasal 2 - bertujuan untuk meminda seksyen 2 Enakmen untuk mengecualikan badan atau agensi di bawah kawalan Kementerian daripada peruntukan enakmen. Menteri juga mempunyai kuasa bagi mengecualikan mana-mana badan atau agensi lain yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut statut dan di bawah kawalan Kerajaan atau Kerajaan Malaysia daripada mana-mana atau semua peruntukan enakmen dan pengecualian itu boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa had, sekatan atau syarat.

Fasal 3 - bertujuan untuk memasukkan pindaan baharu dalam subseksyen 17(4) enakmen bagi membolehkan pengawal perumahan menggunakan deposit wang

I dibayar oleh pemaju perumahan bagi memenuhi kewajipan yang gagal dipatuhi oleh pemaju perumahan di bawah terma-terma perjanjian jual beli. Fasal 4 - bertujuan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan di dalam seksyen 20(A), seksyen baharu di dalam Pindaan 2023 bagi kesalahan berhubung …

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Berhubung dengan peninggalan pemajuan perumahan oleh pemaju perumahan berlesen daripada lima tahun kepada tiga tahun. Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen baharu 20A ini memperuntukkan hukuman yang selaras dengan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 untuk memastikan pemaju perumahan berlesen tidak bertindak sambil lewa atau tidak bertanggungjawab dalam menyiapkan projek perumahan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pendekatan ini juga mencerminkan prinsip keseragaman dan keadilan dalam penguatkuasaan undang-undang.

Di mana hukuman bagi kesalahan yang setara sepatutnya tidak terlalu berbeza antara perundangan negeri dan persekutuan. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam ucapan pembentangan saya ini adalah pindaan kecil atau yang berbangkit.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Pindaan 2023, Pindaan 2025 ini telah melalui proses yang menyeluruh melibatkan kerjasama erat antara Kementerian, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk pihak industri sebelum dimuktamadkan di peringkat kementerian saya dan dibawa untuk proses gubalan seterusnya. Justeru, saya dengan ini agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar perkara berhubungan dengan pemajuan perumahan di Sabah dapat ditadbir dengan lebih teratur, telus dan berkesan. Seterusnya melindungi kepentingan pembeli serta memperkukuh kerangka perundangan dan tadbir urus sektor ini secara menyeluruh. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali

I yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat daripada Kapayan untuk memulakan perbahasan.

1.52 tengah hari

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker, kerana memberi saya peluang sekali lagi untuk membahas Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2023 ini. Datuk Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang pindaan tersebut yang bertujuan melindungi hak pembeli rumah.

Namun, saya ingin bertanya sekali lagi, saya mendengar apa YB Menteri telah mengatakan. Tetapi, mungkin tidak terlalu cepat berkaitan dengan seksyen 13 ini, di dalam enakmen, khususnya, pengurangan hukuman penjara daripada lima tahun kepada tiga tahun bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemaju ini. Soalan yang timbul adalah kenapa dia dikurangkan? Memang ada diberikan tadi, tetapi seolah-olah dengan pengurangan ini, kita menghantar isyarat bahawa kesalahan oleh pemaju ini yang menjejaskan, boleh menjejaskan ratusan atau pun ada juga ribuan pembeli rumah dianggap sebagai kurang serius.

Sedangkan kita tahu projek terbengkalai, pemaju yang gagal menyiapkan rumah mengikut jadual dan pelanggaran syarat-syarat lesen boleh menyebabkan kesengsaraan hidup bertahun-tahun kepada pembeli, khususnya golongan B40 yang menggadaikan masa, masa depan dan juga mungkin their savings kepada untuk memiliki rumah ini. Di Kapayan, misalnya, saya telah melihat betapa bebanan mereka yang pembeli rumah ini apabila Projek Triconic Tower itu terbengkalai, dan sehingga sekarang penyelesaian belum ada yang muktamad dan saya tahu usaha Kementerian sudah ada.

Tetapi, memang yang pembeli rumah ini, kerap kepada saya untuk mempercepatkanlah penyelesaian ini dan saya sympathy dengan apa yang mereka lalui.

Jadi, sekiranya Kerajaan mahu menunjukkan kesungguhan dan melindungi rakyat, sepatutnya hukuman dikekalkan ataupun diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Hukuman yang tegas boleh kita lihat sebagai satu deterrent penting bagi memastikan pemaju bertanggungjawab dan berintegriti.

Saya berharap Kementerian ataupun pihak berkaitan dapat memberi sedikit penjelasan supaya ini,

I yang rasionallah bagi saya atas keputusan ini. Mungkin yang, apa yang dikatakan tadi itu rasional.

Tetapi, sekali lagi YB Menteri, sila berikan kenapa, apakah kepentingan mereka ini benar-benar diutamakan kita punya pemilik ataupun pembeli rumah ini.

Sekian, Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapayan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tungku.

1.55 tengah hari

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.

Saya cuba ringkaskan perbahasan saya untuk memberi laluan kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan pandangan mengenai Rang Undang-undang ini. Yang pertama sekali Yang Berhormat Menteri, saya ingin merujuk kepada Bahagian 2 Pindaan Seksyen 2B, bunyi dia, menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana badan atau agensi lain yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut statut dan di bawah kawalan Kerajaan atau Kerajaan Malaysia daripada mana-mana atau semua peruntukan dan seterusnyakan.

Walaupun Yang Berhormat Menteri tadi itu bercakap supaya seolah-olah kita ada uniform standard yang akan kita pakai seluruh Malaysia.

Kerisauan saya apabila kita memasukkan perkataan Kerajaan Malaysia ini, nanti enakmen kita, ordinan kita akan diserap oleh undang-undang daripada Persekutuan.

Kerisauan saya.

Kalau boleh perkara ini harus dilihat.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, saya berkongsi kerisauan dengan apa yang dinyatakan oleh Kapayan tadi itu, mengenai penurunan apa, hukuman penjara daripada lima kepada tiga tahun, bertentangan dengan niat kita dalam Rang Undang-undang perhutanan tadi itu.

Kita meletakkan denda yang lebih tinggi kepada setiap kesalahan tetapi yang ini, kita menurunkan pula denda kepada kesalahan tersebut.

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini adalah satu tindakan yang salah dan tidak wajar untuk dilakukan.

Sebabnya, ini melibatkan rakyat dan kontraktor yang

I majukan sesuatu projek itu sepatutnya dia sudah tahu tanggungjawab dia dan bagi maksud tersebut, Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan kalau boleh deposit yang diletakkan oleh pemaju tersebut hendaklah ditambah lagi. Dalam apa-apa syarat dalam perjanjian ini.

Keduanya, kalau memang pemaju itu telah gagal memajukan projek yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, pemaju tersebut mungkin, Kerajaan boleh buat option. Instead of penjarakan pemaju ini, saya lebih suka kalau denda pemaju ini. Dengan jumlah wang yang besar, dikira kerugian pembeli yang sudah commit terhadap perumahan tersebut. Sebab kalau sekadar denda sahaja, apa ini, penjara sahaja. Apa lagi daripada lima tahun dikurangkan kepada tiga tahun, okey. Lepas itu, pengurangan ini sepatutnya saya nampak macam tidak wajarlah dimasukkan. Sepatutnya kalau denda sudah lima tahun, biarlah perkataan itu di situ, mungkin dia boleh merayu dan biarkan hakim yang memutuskan sama ada boleh dikurangkan ataupun tidak. Tetapi, masa itu mesti tetap begitu. Kalau boleh dikasih tambah lagi, atau pun gunakan frasa tertentu sebagai contoh, minimum lima tahun tidak melebihi sepuluh tahun.

Lagi bagus begitu.

Jadi, hakim ada pilihan dalam menjatuhkan hukuman kepada ini…

… plus punya anu bah ini, pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab bah ini, mesti mau dihukum. Sebab sebagai contoh, rumah murah, Rumah Khazanah Indah di Lahad Datu, kan? Pembeli sudah pencen, pinjaman sudah mau habis dibayar tetapi rumah sampai sekarang belum siap. Tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk membela nasib mereka ini dan kalau inilah pendirian yang akan kita buat dalam Rang Undang-undang ini, kita sebenarnya tidak membela nasib rakyat. Kita membela pemaju. Okey, Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri, ada perkara lain yang mungkin boleh dimasukkan dalam Rang Undang-undang ini. Sebagai contoh, dalam keadaan di mana projek perumahan tersebut gagal, ya. Bagi mereka yang telah membuat

I pinjaman bank, mungkin pihak kerajaan boleh campur tangan di mana pinjaman tersebut boleh di apa ini, diberhentikan dulukah atau whatsoeverlah. Mesti ada usaha untuk membela nasib pembeli ini sebab kalau sudah 10 tahun, 15 tahun projek tidak siap-siap, lepas itu pembeli membayar setiap bulan potong gaji terutamanya sekali yang berpendapatan rendah ini. Ini adalah satu apa ni, macam mendera kita punya pembeli.

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri saya juga mau meletakkan, kalau bolehlah difikirkan semula mengenai open space dan syarat rumah ibadah kepada kita punya Rang Undang-undang ataupun enakmen perumahan ini. Benda ini kena disemak semula. Mengenai sebab apabila sudah rumah itu sudah sampai 100 unit, 200 unit, 300 unit, perumahan tersebut mestilah mempunyai tempat ibadah, pertama. Keduanya, istilah open space ini untuk satu kawasan perumahan. Kadang-kadang saya pun tidak tahu sangat apa gunanya open space ini dan berapa keluasan open space yang sepatutnya ada bagi setiap satu perumahan. Sebagai contoh, 100 unit berapa keperluan, 200 unit berapa keperluan, 300 unit berapa keperluan. Ini penting juga dimasukkan dalam benda ini. Jadi itu saja yang ingin saya sampaikan Yang Berhormat Menteri, bagi keutamaan kepada pembeli dan rakyat. Pemaju yang jenis yang macam ini sepatutnya tidak boleh dibela sebab mereka ini menganiaya pembeli dan rakyat. Jadi Rang Undang-undang ini sepatutnya lebih bersifat adil dan membela rakyat.

Saya menyokong setengah daripada Rang Undang-undang ini tapi saya tidak bersetuju mengenai pengurangan tempoh pemenjaraan bagi pemaju perumahan yang gagal. Malahan, saya mencadangkan supaya tempoh tersebut dipanjangkan dan ditambah lagi dengan denda yang akan dikenakan kepada pemaju setelah dihantar kepada penaksir kerugian yang diterima oleh pembeli disebabkan kegagalan pemaju tersebut menyelesaikan projek perumahan dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tungku. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Aru. Dia senyum sudah dia mahu kena panggil.

I 2.03 petang

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih kerana bagi saya ini peluanglah untuk ambil bahagian dalam …bill amendment inilah. Tadi saya amat tertarik dengan YB Kepayan punya itu ucapan tadi tentang projek di Penampang yang sebut tadi bahawa itu projek sudah terbengkalai dan dia orang sedanglah berusaha untuk mencari white knight(?) untuk complete itu projek. Tapi di sini saya rasa ada kebaikan kalau kita boleh tambah lagi close daripada sini. I think kalau kita tengok dari sini, No. 2 itu saya kurang faham sedikitlah, Menteri, No. 3, clause No. 2, where it seeks the amendment to exclude bodies and agencies under the control of the Ministers from the provision, itu saya tak faham apa maksudnya. But clause 3, that enable and are controller to utilize such sum from the deposit made by the housing developer to meet obligations of the licensed housing developer under the terms of the sales and purchase agreement. Saya amat setuju dengan clause ini dan ini clause No. 4 itu sangat-sangat menarik because it says here, seeks to amend sections from the amendment to reduce the terms of imprisonment for offence relating to abandonment of housing of development by a licensed housing developer for 3 years, from 3 to 3 years.

Tapi sebenarnya, Datuk Speaker, saya tidak ini, it's very interesting because I never knew there was an enactment that the developer can be jailed. Kalau dia ada projek terbengkalailah sebab saya rasa dalam sejarah Sabah ini, macam tiada pemaju dihukum penjara bila projek terbengkalai, kan? Kalau saya minta penjelasan daripada Datuk Speaker, I think quite interesting because I've never seen any developer being sentenced to jail because of a project, the abandoned project. I think this is something good, macam sekarang seperti projek yang tadi disebut di YB Kepayan itu, ada lagi projek di 1B itu, 1 Borneo. Itu projek sudah hampir 20 tahun itu terbengkalai dan saya kalau saya difahamkan, diberitahu, developerpun mungkin sudah meninggal juga. Tapi tidak pernah ada responsibility being taken and saya rasa itu buyers sudah habis bayar itu rumahpun daripada bank.

So saya minta, kalau boleh, ini like the current project macam Pacific City, it's a very controversial project. Mungkin kita boleh exercise the clause itu, to put the developer to jail supaya dia boleh kasih complete. Saya dengar dia daripada KL, so dia orang memang ada harta dan I think they have money in KL. Macam The Crow, kalau I stand to be corrected, The Crow Project, macam sekarang pun mau terbengkalai

I sudah itu, right beside Imago and it's already built almost 90% and suddenly, macam saya dengar sekarang semua buyer sudah beli tapi saya dengar sekarang mau terbengkalai. I mean, saya minta penjelasan daripada Menteri dan saya minta, kalau bolehlah, you boleh tambah lagi. Sepatut kita boleh enable kita punya housing control untuk blacklist developer with bad track record atau individual terlibat dalam development yang memang dengan rekod yang cukup teruk punyalah or suspend the next project. Suspending the next project. I give you the example. Now I go back to the tadi YB Kepayan punya itu, projek tersebut tu. I think the reason why it was, the white knight memang ada datang sudah, saya rasa saya pun pernah bincang sama dengan Menteri tentang itu, white knight kita sudah bawa, sudah jumpa, tapi dia mengalami dengan satu cabaran. Cabaran dia adalah apa? Adalah the bank guarantee, the 5% performance bond daripada projek yang dahulu, I mean to developer yang dahulu, sepatut simpan itu performance bonds dan bank guarantee dengan housing controller supaya bila itu projek kalau terbengkalai, itu duit akan digunakan untuk teruskan projek dengan white knight yang baru but the problem here is, I think kita pun pernah bincang di sinilah, the guarantee, performance bonds, which was the guarantee against the failure of the contractor to complete the project, has not been renewed since 2020, year 2020. So there are laps lah, subsequently... Sorry, okay. Consequently, the money was released. So dengan white knight sekarang dia bercabar dengan satu, ialah dia mengalami dengan satu situation yang cukup mencabar sebab itu performance bonds gone already, so that is about 16 million money. So the white knight takkan dia mahu bayar itu duitlah. So that is one of the reason I believe why the project di Penampang itu ada, kita panggil delaylah, atau tidak dapat proceed dengan white knight punya projek.

I think di sini, dengan ini bill ini, I think maybe we can also include, Datuk Menteri kalau saya bolehlah suggest, that housing controller right, if there is a failure of statutory breach of statutory duty by the authority themselves, also there must be some sort of penaliselah. There must be some sort of penalty. Meaning to say if, how can housing controller allowed a developer that has already failed a project to not renew the performance bonds? And 16 million money will just gone out like that and nobody know where is the money now. And nobody has to be responsible for it. I think that is not responsible from the part of the government. Of course we, kita ini

I bill amendment ini adalah untuk mengawal developer I think but also from the statutory bodies, they have also have to be responsible if they fail their duty to actually do due diligence. Okey, ini satu, saya bagi satu contoh lagi Datuk Speaker. Ini sangat menarik. I think I have not brought it to the Dewan before. Taman Pertama Penampang, Taman Pertama Penampang.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay, this is a very interesting issue because there are itu developer delayed the project by 1156 days from completion, okay. But the OC was actually obtained before the house was completed. The house was not completed, but OC was obtained, was issued by Penampang Council. Therefore, the bank, because of all the documents were received by Penampang Council and OC dan sebagainya, sepatut tidak boleh issue OC sebagainya, sepatut OC, issue CCC, certificate yang barulah. Tapi dia issue so the OC. So, the bank upon receiving summary documents, they release the final payment to the developer. So the buyer started to pay already for the house, but tak boleh ambil itu rumah because the house is not completed.

So and eventually, the house was actually completed April 2024 and then Penampang Council canceled the OC and reissued the CCC. Again upon that, so the project was delayed but because the developer has already received itu OC, so they are macam the liquidated, certain damages itu LAD, dia orang tidak, macam dia, tidak seriouslah, mahu bayar itu duitlah, the developer. Until today, 2025 on the April, the project was then completed late ah, April 2024. Today is already 2025, April, one year already. They still not pay the money. They still have not paid the money. So I heard Penampang dia ini Kementerian daripada Menteri itu memang ada campur tangan and discussing with developerslah untuk bayar itu duitlah kepada buyers, tapi sampai hari ini pun tidak cukup. So saya amat setuju dengan Menteri clause number 3, di mana you gunakan itu duit deposit daripada developer untuk bayar obligations daripada S&P agreement. But in this very particular case, Taman Pertama ini, deposit itu tidak mencukupi untuk bayar semua itu buyers. Setakat sekarang, ada lagi 30 buyers belum lagi menerima pampasan atau LAD daripada

I developer itu and yalah here again I said, the bill should also put some sort of pressure on the statutory bodies because they have obviously failed their breach of statutory duties. No due diligence has been done and it has caused suffering of the house buyers.

So, the more funny thing, that’s why I actually propose that kalau boleh, tambah lagi clause di mana housing controller boleh blacklist developer atau suspend their next project. Because for this very particular case, Taman Pertama housing controller, ini developer, they have not paid the money, tapi dia ada project next phase lagi. They have next phase project, phase 4 and they are allowed to continue the project without paying, settling the previous from of the buyers which obviously and quite apparently Penampang Council has to pay quite a big responsibility in this, what we call this hiccuplah.

So I would suggest kalau boleh, daripada Datuk Menteri, include those clause in this bill supaya housing controller boleh suspend atau stop the developer from carrying on the next project. Because they are continuing with the next project, tapi they tidak oblige with whatever they are supposed to do by the SMP in the agreement. So I would suggest now that if kalau Datuk Menteri boleh, any developer kau suspend teruslah. Jangan biar dia boleh teruskan dengan projek next phase walaupun banyak lagi irresponsibility that he has done and buyer masih lagi suffer di Penampang pada hari ini. Jadi saya rasa dengan itu saya supportlah ini bill. Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjung Aru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bugaya.

2.13 petang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Seri Speaker atas peluang untuk diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang meminda Enakmen Pemaju Perumahan Kawalan dan Juga Perlesenan Pindaan 2023. Eh Pindaan 2025. Di sini saya ingin menarik perhatian Dewan kepada pindaan yang akan dibuat pada Seksyen 2 berkaitan tentang klausa, clause A dan juga clause B.

I Setelah membaca Pindaan yang dibuat di dalam Seksyen ini, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri berkaitan tentang tafsiran. Kalau saya baca secara zahirnya, dilihat daripada Seksyen ini, Klausa A ini memberi, mengurangkan kuasa kepada Menteri. Tiada apa-apa juga dalam enakmen ini boleh pakai kepada mana-mana badan ataupun agensi yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut statut dan di bawah kawalan Menteri.

Dan dalam Seksyen yang seterusnya pula, 1A, di sini pula Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana badan dan agensi lain yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut statut di bawah kawalan Kerajaan atau Kerajaan Malaysia daripada mana-mana atau semua peruntukan Enakmen ini. Dan pengecualian ini boleh diberikan selama apa-apa tempoh sebagaimana dinyatakan dalam perintah ini dan boleh dibuat bertakluk kepada apa-apa had sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu. Jadi kalau kita lihat daripada kedua-dua Seksyen ini, satu dia bagi mengurangkan kuasa, satu lagi bagi lagi, tambah lagi dia punya kuasa. Jadi, minta penjelasanlah, mungkin Menteri lebih arif tentang ini. Tapi kalau setakat kita baca, macam sama saja. Jadi mungkin Menteri boleh jelaskan.

Satu lagi, di sini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri berkaitan tentang Seksyen Pindaan Seksyen 13. Enakmen Ibu dipinda Seksyen 20A dengan menggantikan perkataan lima tahun dengan perkataan tiga tahun. Kenapa ditukar pergi tiga tahun kepada empat tahun? Apa relevansinya? Ditukar kepada begitu. Kalau dia melibatkan hukuman, mungkin kenapa dikasi kurang hukuman itu? Ataupun kalau sekiranya benda lain, kenapa? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri berkaitan tentang itu.

Selain daripada itu, saya melihat apa yang dibuat dalam Pindaan yang dibuat ini tidaklah begitu banyak, tapi mungkin untuk sebagai penambahbaikan. Tapi sebelum, saya mohon dulu penjelasan daripada Menteri sebelum saya menyokong dalam penggulungan. Terima kasih.

I

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Bugaya. Tiada siapa yang mahu bercakapkah? Tidak ada lagi? Tidaklah. Ahli-ahli Yang Berhormat. Menteri, sila jawab.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya juga berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang ini dan rata-rata semuanya setuju. Namun ada permintaan untuk ulasan.

Yang pertama, daripada penjara dikurangkan daripada lima tahun ke tiga tahun. Seperti makluman, sebelum ini sebenarnya kalau yang di Sabah itu, penjara ini adalah satu Seksyen yang baharu. Iaitu baru dipinda pada 2023 dan waktu itu kita minta lima tahun. Tapi setelah kita mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh dan juga kita apa ini selaraskan dengan akta ataupun apa ini Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966 atau Akta 101 di peringkat Persekutuan, dia punya penjaraan itu cuma tiga tahun.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

…jadi itu yang kita selaraskan supaya dia mencerminkan satu prinsip keseragaman dan keadilan dalam penguatkuasaan undang-undang. Di mana hukuman bagi kesalahan yang setara sepatutnya tidak terlalu berbeza antara Perundangan Negeri dan Persekutuan.

Yang berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah ya? Niat di sebalik pindaan ini sebenarnya nilai moralnya tidak bagus dan menggambarkan nilai moral kita yang ada disini. Sepatutnya itu yang saya katakan tadi diperingkat saya punya perbahasan itu kenapa Federal punya undang-undang harus abs, harus telan kita punya anu bah ni kepentingan kita di negeri Sabah? Sepatutnya perkataan Malaysia tadi itu, tidak payah ada di situ. Patutnya, kita punya Rang Undang-undang, kita punya enakmen, kita punya enakmenlah. Tidak payah ada uniformity dengan Federal punya sana.

I Kalau dorang (mereka) tiga tahun, biarlah diaorang tiga tahun. Kalau kita bagi 30 tahun lagi bagus. So, ini kita bercakap soal rakyat bah ni kan. Jadi, itu yang saya cakap tadi kalau part ini saya memang tidak boleh sokong dan saya tidak setuju. Kan?

Satu menggambarkan nilai moral kita kan. Kalau pun katakan mahu berlaku adillah, uniformlah sebab penjara ini kita tidak boleh nilai dalam wang ringgit bah. Tiga tahun berapa hari, berapa ratus ribu, dua tahun. Bagus kita gunakan nilai wang ringgit sajalah. Dia gagal, mesti ada pampasan indemnity kepada pembeli ataupun ganti duit yang pembeli itu lagi bagus begitu. Tapi kalau kita luluskan yang ini, matilah kita mahu menjawab sama orang ini. Bagus, fikir baliklah. Yang Amat Berhormat Menteri, Speaker, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Untuk makluman, ADUN Tungku, walaupun pemenjaraan itu dikurangkan, hukuman tersebut masih dianggap sebagai memadai dan bersifat pencegahan. Terutama apabila digabungkan dengan denda yang tinggi dan tindakan pentadbiran lain seperti pembatalan lesen dan sekatan terhadap pemaju yang melanggar undang-undang. So there is actually, apa ini…

Ada denda diakah? Berapa amount denda dia?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Denda dia, I cannot remember of head.

Saya ingat kalau orang bisnes, dia lebih memilih untuk dipenjara daripada dia rugi berjuta-juta. So bagus bagi denda yang banyaklah sama dorang (mereka) daripada tu yang perkataan penjara tadi itu.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tujuan kita ialah untuk mencegah apa ini projek-projek pemajuan perumahan ini terbengkalai pada masa akan datang. Yang sudah itu sudahlah. Apa boleh buat? It's already done. But we are still trying our best to, apa ini menyelesaikan masalah-masalah itu. So, we are trying to improve the

I enactment. So that, pada masa akan datang, ini tidak akan berlaku lagi and at the same time we are trying to protect the buyers. Ini tujuan utama dia. Pasal pindaan-pindaan ataupun denda ataupun sebaliknya, will see. Kita kena adil. Kita kena adil, kita juga kena apa ini lihat di peringkat Persekutuan sebab we want to make the law a bit more uniform. Jangan sini lain, yang tempat State lain pula berlainan dan sebagai makluman Yang Berhormat Tungku…

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya mahu tambah itu…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Okey jap. Ya, enakmen ini hanya terpakai di negeri Sabah dan tidak terpakai di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam urusan pengurusan penguatkuasaan undang-undang ini.

Okey, kalau begitu, kenapa kita mesti mahu ikut yang tiga tahun yang Federal tadi itu? Kalau kita sudah kata lima tahun, lima tahunlah. Kenapa kita mesti ikut dorang (mereka) yang tiga tahun? Okey, itu yang pertama. Yang kedua, yang barang ini, Yang Berhormat Menteri, dia ada risiko begini. Because we are talking business here, business entity. Orang boleh skip daripada hukuman ini tahu? Bergantung kepada jenis perniagaan tersebut. Kalau dia sole proprietor, definitely the owner. Bagaimana dengan kalau Sendirian Berhad? Bagaimana kalau dia holdings dan sebagainya? Dia orang boleh main ini barang. Tidak ada yang pergi ke penjara disebabkan begini, Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Secara peribadi, I agree with you. If possible, we can increase the jail term. Kalau if possible but kita juga kena setelah mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh dan juga nasihat daripada Peguam Besar Negeri Sabah, this is what we can, untuk tujuan pindaan ini dan sebagai makluman…

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, minta mencelah sedikit.

Boleh? Thank you definitely. Thank you Datuk Speaker. Saya rasa kalau boleh saya cadangkan di sini bolehkah Datuk Menteri cuba enforce clause ini because tadi Datuk Menteri pun sudah jelaskan bahawa ini enakmen atau clause ini adalah baru, baru digazet pada tahun 2023, last yearslah. So, nobody has ever been hukum yet. Saya rasa kalau ada baik dia kita boleh enforce ini, ini clause dengan satu developer especially from KL. Why I says that, because I think daripada developer daripada KL diaorang turun ke diaorang datang ke Sabah ini diaorang guna company bukan dia punya mother company. They use their subsidiaries company or maybe people company, datang sini tetapi gunakan background daripada KL. So, orang nampak ini developer besar, boleh tahan, ini memang boleh punya tetapi apabila itu punya projek terbengkalai diaorang tidak kena dengan company ini mother company in KL but they are terlibat dalam sana.

So, if you enforce this law and make them go to jail dia akan cari duit daripada KL untuk selesaikan masalah ini supaya dia tidak masuk jail. And that can can send shock of warnings to the rest developer especially daripada bukan daripada Sabah kalau boleh. Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat daripada Tanjung Aru sebelum ini, tidak ada peruntukan undang-undang untuk memenjarakan ataupun pemenjaraan kepada pemaju yang bersalah atau tidak menyiapkan projek mereka. So, this is a new one and this is why kita mahu ini diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini supaya kita boleh enforce sepenuhnya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Sokong penuh.

Kalau kita boleh kekalkan, kekalkan dulu lima tahun itu. Kalau kita kasih turun ini hari kan, susah kita mahu jawab di luar itu. Cuba bayangkan sekarang kita bayangkan headline esok keluar di surat khabar dan rakyat semua baca. Pembeli ini akan terasa, saya tidak tahu apa mahu cakaplah. (suara ADUN Tungku kurang jelas. Mic tidak on)

I

Yang Berhormat Menteri. Baik, setelah mendengarkan penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri berkaitan tentang penyelarasan ya undang-undang dengan di Semenanjung ya. Ada perbezaan antara undang-undang negeri dengan Persekutuan ini tidak ada masalah. Kita ambil contoh Enakmen Mahkamah Syariah sendiri ya ada perbezaan daripada negeri lain dengan negeri yang lain. Jadi Mahkamah Persekutuan pun Enakmen Syariah di peringkat Federal pun sendiri ada perbezaannya dengan enakmen yang di dalam negeri kita di negeri Sabah dan pada suatu ketika dahulu, ini pernah ketika saya berada dulu di Jabatan Peguam Negeri, ya, penyelarasan undang-undang daripada Federal dengan State dibuat tetapi perubahan itu tetap akan ada berubah juga bergantung dengan situasi keadaan masyarakat setempat ya. Jadi, saya rasa tidak ada masalah untuk kita ada perbezaan di negeri Sabah.

Okey, kalaulah hukuman ini sama, kenapa kita punya harga kuari lebih mahal daripada di tempat lain? Kenapa kita punya harga rumah di sini lebih mahal daripada Kuala Lumpur? Kenapa harga itu berbeza? Okey, kalau hukuman sama, kasih samalah harga tapi bila harga pula ini, tidak ada pula mempertahankan harga rumah, kasih sama dengan di Semenanjung.

Speaker

Tenang YB, Tenang.

Cuma, maksud saya, ini undang-undang ini, ini maruah Dewan ini tahu. Maruah Dewan ini, kalau kita turunkan hukuman, menunjukkan kita ini apa?

… kita punya kelemahan Dewan ini, oh takut. Nampak kita seolah-olah pengecut. Dewan Negeri Sabah ini pengecut, penakut, kan? Di situ kita punya maruah. Jadi saya rasa ada baiknya ya, mungkin ini kita kekalkan demi untuk menjaga maruah Dewan Undangan Negeri Sabah ini.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Saya ingat kalau ...

I

Ya, okey, tiba-tiba, itu saya punya cadangan sahaja.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, Saya ingat tarik baliklah itu perkataan Dewan ini penakut, kita tidak pernah pun …

Okey, saya tarik baliklah. Itu penakut.

Bukan niat saya mahu cakap ini anu, cuma maksud saya, kalau boleh kita kekalkanlah dulu undang-undang ini. Ya. Terima kasih daripada Yang Berhormat Datuk Kemabong atas atas peringatan.

Cuma maksud saya kita sama-sama. Kita sama-sama akan meluluskan undang-undang yang menurunkan hukuman ini. Ya. Jadi di sini, memandangkan Datuk Seri Menteri menyatakan undang-undang ini untuk menyelaraskan dengan semenanjung, saya dengan ini menyatakan pendirian saya. Saya tidak bersetuju dengan cadangan untuk menurunkan hukuman. Ya, minta ini direkodkanlah. Saya tidak bersetuju untuk diturunkan hukuman. Cuma saya masih lagi menunggu daripada penjelasan Datuk Menteri, Datuk Seri Menteri berkaitan tentang yang seksyen yang satu lagi. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih, Yang Berhormat. In 2023, we introduced the 5-year jail term. Itupun mendapat tentangan juga daripada sebilangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan apabila kita melibat urus dengan semua pemegang baharu, and as I said just now, with the advice from the State Attorney General and as Attorney Chambers, itulah kita seragamkan supaya semua boleh terima and di sini, kita bukan menghukum. Just because kita menghukum, this is basically a deterrent for pemaju supaya dia akan lebih peka dan dia bertanggungjawab ke atas projek-projek perumahan. This is our idea untuk mengadakan apa ini, pindaan ini dan untuk makluman Tuan Speaker, bagi seksyen yang nombor dua, iaitu ini sebenarnya adalah lebih kepada pengecualian kepada mana-mana agensi perumahan Kerajaan di bawah kawalan kementerian. Seperti Lembaga Pemajuan Perumahan dan Bandar Negeri Sabah. So, mereka itu dikecualikan dengan enakmen ini.

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, boleh saya minta penjelasankah? Adakah itu maksud lain kata ertinya kalau ada kesalahan daripada agensi-agensi tersebut, dia orang tidak akan dipersalahkan dalam ini enakmen? Minta penjelasan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tidak semestinya. Sebab mereka ini pun ada proses yang lain-lain supaya mereka pun terikut dengan apa ini, ada lain sedikit percaturanlah. Okey, sebenarnya kementerian akan memberi kebenaran kepada yang pertama, tribunal untuk mendengar atau menjadi pengantara dalam penyelesaian pertikaian antara pembeli dan pemaju. Walaupun projek tersebut tidak tertaluk secara langsung kepada enakmen ini. So, ada cara lain lagi kita untuk mengawal selia.

Selain itu, kementerian juga boleh mengarahkan agensi seperti LPPB dan agensi-agensi lain di bawahnya untuk mengguna pakai beberapa terma dan syarat utama daripada format perjanjian jual beli. Di bawah Housing Development Control, Housing Development (Control Licensing Rules 2008). Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada syarat berkenaan, iaitu tempoh siap pembinaan is 24 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani, ganti rugi tertentu atau liquidated damages atas kelewatan iaitu 8% per year daripada harga jual beli dikira dari tarikh milikan kosong sepatutnya diserahkan. Dan tempoh liabiliti, liabiliti kecacatan, iaitu 18 bulan dari tarikh pemilikan kosong diserahkan kepada pembeli dan keempat, penyerahan milikan kosong dilakukan selepas sijil kelayakan menduduki OC atau CCC dikeluarkan dan setelah pembeli melunaskan semua bayaran serta memenuhi semua terma dan syarat dalam perjanjian. Clear?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Menteri. Memang saya faham. Saya clear itu. Masalah itu ada yang berlaku ini di Penampang Kasigui. Dia orang tidak mematuhi dengan semua itu garis panduan. Rumah lagi belum lagi dibina habis, OC sudah keluar. Saya tahulah mungkin ini bukan waktu itu mungkin belum lagi. Datuk ambil kementerian inilah. Tapi saya minta perhatian daripada Datuk Menteri supaya masalah ini sekarang masih lagi wujud. Bolehlah selesaikan masalah ini dan pastikanlah ini tidak berlaku lagi. Kalau tidak ini rakyat dan pembeli ini semua yang menyesal lah. Terima kasih Datuk.

I

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Kita sudah perketatkan. Sebab kita tahu juga apa yang kita panggil over certification. Dia certify yang sebenarnya mungkin baru 35% but dia boleh certify sampai sudah 80% completed dan ini adalah satu over certification dan ini juga yang sudah kita selaraskan supaya tidak akan berlaku dan mana-mana individu yang konsultan yang over certify they also can be charged for wrong doing. So ini adalah semua penambahbaikan yang telah laksanakan di peringkat kementerian.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Menteri, sikit, sedikit lagi ya. Jadi itu sekarang Taman Pertama Penampang sekarang, developer ini. Dia belum selesai itu. LAD kepada buyers, at least there are 30 more buyers belum lagi selesai. Tapi dia sudah move on with the next project phase 4. Saya mintalah satu jaminan daripada Datuk Menteri di sini bahawa kalau developer ini tidak dapat selesaikan masalah yang projek yang dahulu jangan biarkan dia boleh teruskan dengan projek yang next projek supaya tidak ada bayar lagi menyesal nanti. Terima kasih Datuk Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

We will look into that. Okey. Ya, Tuan Speaker, sekian penjelasan daripada saya, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025.

Speaker

Ya, peringkat jawatankuasa hari bila Yang Berhormat Menteri?

I

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadangkan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Pengerusi (Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal satu hingga empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal satu hingga empat dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

I MAJLIS BERSIDANG SEMULA

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Sekarang, Tuan Speaker.

Speaker

Okey teruskan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025.

I RANG UNDANG-UNDANG BAJA PERTANIAN 2025

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 bacaan pertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 bacaan pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang bertujuan mengawal pengilangan, pengimportan, pengeksportan dan penjualan baja tambahan dan bahan mentah untuk membuat baja untuk memastikan keselamatan dan kualitinya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025.

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Hari ini juga, Tuan Speaker.

Speaker

Okey, teruskan.

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 dibaca bagi kali yang kedua sekarang. Saya akan membentangkan Undang-undang yang akan dibahas dan seterusnya diluluskan dalam Sidang ini.

Pertama, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan semua yang telah mengizinkan saya membentangkan usul Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025, iaitu satu enakmen bagi mengawal pengilangan, pengimportan,

I pengeksportan dan penjualan baja tambahan dan baja mentah untuk membuat baja untuk memastikan keselamatan dan kualitinya dan bagi perkara-perkara lain yang bersampingannya. Rang Undang-undang ini adalah satu langkah yang penting. Sidang Dewan sekalian, pernahkah kita bertanya mengapa isu baja menjadi masalah berpanjangan bagi para petani kita? Mengapa sehingga kini masih ada rungutan mengenai kewujudan baja tidak berkualiti di pasaran. Apakah kita akan terus membiarkan perkara ini berlaku tanpa tindakan yang tegas? Tuan Speaker, saya yakin bahawa semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk kita memperkenalkan satu mekanisme kawal selia yang lebih ketat, sistematik dan berkesan melalui Rang Undang-undang ini. Menurut data yang diperoleh daripada Jabatan Pertanian Sabah, negeri ini mencatat keluasan tanah bertanam dengan sektor pertanian yang terbesar sekali di Malaysia, iaitu meliputi 2,014,643.1 hektar. Ini sumber daripada Perangkaan Malaysia.

Kebergantungan tinggi terhadap tanaman seperti kelapa sawit, padi, buah-buahan dan tanaman industri yang dijadikan keperluan terhadap baja pertanian yang berkualiti dan terkawal sebagai faktor kritikal dalam memastikan produktiviti pertanian yang mampan. Sebelum saya melanjutkan, izinkan saya memberikan tafsiran yang jelas mengenai baja pertanian.

Baja pertanian merujuk kepada bahan yang digunakan untuk membekalkan nutrien penting kepada tanaman bagi meningkatkan pertumbuhan, hasil dan kualiti tanaman. Baja ini boleh mengandungi satu atau lebih unsur makronutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium serta unsur mikronutrien seperti zink, sulfur dan lain-lain yang diperlukan oleh tanaman. Baja terbahagi kepada dua jenis, iaitu baja kimia yang dihasilkan secara industri dan baja organik yang dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan mineral serta mikroorganisme. Baja pertanian boleh didapati dalam beberapa bentuk, iaitu pepejal berbutir atau serbuk seperti baja urea dan cecair seperti baja foliar.

Tuan Speaker, baja pertanian tiruan pula ialah baja yang dilabel sebagai baja pertanian namun kandungan nutriennya atau formulasinya tidak menepati apa yang

I dinyatakan pada label seperti yang didaftarkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat juga pelbagai isu yang dihadapi oleh petani termasuk kualiti baja yang rendah serta lambakan baja yang tidak tulen di pasaran di mana mungkin akan berlaku yang umumnya kandungan unsur nutrien di dalam baja tiruan ini biasanya adalah jauh lebih rendah berbanding baja asli kerana dicampur dengan bahan lengai yang banyak seperti pasir atau batu hancur.

Di pihak petani umumnya, mereka tidak mempunyai kaedah untuk menguji produk baja yang ada di pasaran atau yang dibeli jika ia adalah petani biasa. Sebagai contoh, menurut laporan Malaysia Insight bertarikh 20 Mei 2022, baja tiruan tambah beban petani ini kerana tiada cara untuk menyemak keaslian produk pada ketika membuat pembelian. Kita juga sering mendengar keluhan petani bahawa baja yang mereka beli tidak mencapai hasil seperti yang didakwa.

Apakah punca sebenar isu ini? Adakah kerana pengedaran baja yang tidak bertanggungjawab atau kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa kerana tiada punca kuasa perundangan untuk bertindak. Menurut laporan BERNAMA bertarikh 26 Oktober 2018, berlakunya kegiatan menjual baja tiruan yang menggunakan nama baja berjenama secara berleluasa di Sabah sejak sekian lama. Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi petani ialah baja tiruan yang boleh menjejaskan hasil pertanian contohnya baja NPK.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

yang berubah tekstur asal serta mengandungi campuran elemen asing yang tidak diperlukan untuk kesuburan tanaman.

Ini kerana baja tersebut mungkin telah dicampur dengan bahan lengai seperti pasir atau batu hancur, menyebabkan kandungan nutriennya jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Baja sebegini bukan sahaja tidak memberikan hasil yang diharapkan, malah boleh merosakkan struktur tanah dalam jangka panjang.

Selain itu, terdapat juga kes baja yang mempunyai bau amonia yang terlalu kuat berbanding baja asli.

Keadaan ini berkemungkinan menunjukkan

I bahawa baja tersebut mengandungi bahan kimia berlebihan atau telah mengalami degradasi yang menjejaskan keberkesanannya.

Petani yang sering menggunakan baja foliar atau baja semburan dalam bentuk cecair juga perlu lebih berhati-hati, kerana baja jenis ini lebih mudah untuk ditiru dan diedarkan di pasaran tanpa kawalan yang ketat.

Oleh sebab itulah, kita perlu memastikan bahawa hanya baja yang berkualiti tinggi, yang berkesan dan selamat digunakan dalam sektor pertanian kita. Oleh yang demikian, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mengawal selia pengeluaran, pengedaran dan penggunaan baja di Sabah bagi memastikan hanya baja yang memenuhi piawaian dan ditetapkan dalam aspek kualiti, formulasi serta keselamatan dan kelestarian alam sekitar digunakan. Ia juga bertujuan untuk melindungi pengguna daripada baja tiruan yang boleh merugikan petani.

Industri baja tiruan yang boleh merugikan pertanian industri baja tempatan juga akan mendapat manfaat melalui kawal selia yang lebih baik. Maka Rang Undang-undang ini juga akan memberi peluang kepada pengilang baja tempatan untuk berkembang dalam persekitaran yang lebih terkawal dan sistematik.

Sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluar baja tempatan yang sebelum ini berhadapan dengan persaingan tidak sihat akibat lambakan baja tiruan, kini boleh beroperasi dalam pasaran yang lebih telus dan adil.

Dengan adanya pemantauan dan kawal selia terhadap pengedaran baja, syarikat ini dapat memastikan produknya mendapat kepercayaan petani sekali gus meningkatkan permintaan terhadap baja berkualiti tinggi yang dihasilkan secara tempatan.

Ini bukan sahaja membantu pengilangan tetapi juga menyokong matlamat jangka panjang kerajaan dalam menggalakkan perhatian pertanian lestari di Sabah.

Seterusnya, pengguna khususnya petani akan mendapat jaminan bahawa baja yang dibeli mereka, benar-benar memberikan nilai untuk wang mereka. Dalam jangka panjang, langkah ini akan menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan sektor pertanian di Sabah. Sebagai contoh, seorang petani padi di Sabah yang sebelum ini terpaksa membeli baja secara tidak ada jaminan kualiti, kini akan mendapat manfaat sebenar melalui kawalan kualiti yang ketat. Dengan adanya sistem pendaftaran baja yang lebih telus, petani ini dapat memastikan bahawa baja yang dibeli adalah asli, berkualiti dan berkesan untuk meningkatkan hasil tanamannya. Ini bukan sahaja

I memberikan kelegaan kepada petani, tetapi juga meningkatkan jaminan keselamatan makanan negeri.

Satu lagi contoh yang boleh kita lihat, ialah seorang pekebun buah-buahan di Sabah yang sebelum ini, menghadapi masalah baja tiruan yang mengandungi bahan kimia berlebihan, menyebabkan tanaman rosak dan menjejaskan pendapatannya.

Dengan adanya undang-undang ini, baja yang dipasarkan perlu menjalani ujian kualiti, berkala sekali gus mengelakkan tiruan negatif, kesan negatif ke atas tanaman dan menjamin hasil yang lebih tinggi dan selamat untuk diguna. Dengan penggunaan baja berkualiti tinggi, hasil pertanian negeri dijangka akan meningkat dan sekali gus memperkukuhkan Self-Sufficiency Ratio atau SSR Sabah dalam sektor pertanian.

Selain itu, Rang Undang-undang ini juga bertujuan memastikan pertumbuhan industri baja yang mampan memberikan peluang kepada industri kilang baja tempatan untuk berkembang dengan lebih sistematik dan lebih terkawal. Jabatan Pertanian Sabah akan menjadi badan utama yang bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang ini dengan kerjasama serta berkaitan dengan agensi-agensi yang lain. Antara tanggungjawab utama termasuk pendaftaran dan kelulusan semua jenis baja yang dipasarkan di Sabah, pemeriksaan berkala ke atas pengilangan dan juga pengedaran baja bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan serta peningkatan pemantauan dalam sektor pertanian bagi mengelakkan penyelewengan dalam industri baja.

Selain itu, Jabatan Pertanian Sabah juga akan memastikan sistem pendaftaran dan pemantauan yang ketat bagi memastikan penggunaan baja yang selamat dan berkesan.

Di samping itu, Jabatan Pertanian Sabah juga akan menjalankan audit dan pemeriksaan berkala bagi memastikan pemantauan terhadap garis panduan yang ditetapkan. Semua produk baja yang dipasarkan perlu melalui ujian piawaian bagi mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melalui Seksyen 5(1) memperuntukkan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9, tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, mengeksport atau menjual suatu baja, baja tambahan atau bahan mentah untuk membuat baja, melainkan baja tambahan atau bahan

I mentah untuk membuat baja itu didaftarkan di bawah enakmen ini. Seksyen 5(2) juga memperuntukkan sesiapa yang melanggar Subseksyen 1, boleh didenda hingga RM50,000.00 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, denda boleh meningkat hingga RM100,000.00 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa untuk memastikan pemantauan terhadap undang-undang ini, individu atau syarikat yang melanggar peraturan berkaitan baja akan dikenakan tindakan yang tegas.

Denda maksimum akan dikenakan kepada syarikat yang mengedar baja tidak berdaftar. Hukuman penjara bagi individu yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan baja tiruan dan pembatalan lesen bagi syarikat yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Seterusnya…

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Bagi usaha meningkatkan kemahiran petani dalam penggunaan baja yang efektif, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan Program Latihan Berkala kepada petani dan pengusaha pertanian. Program ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada petani mengenai cara penggunaan baja yang betul dan mesra alam, menggalakkan amalan pertanian lestari melalui penggunaan baja organik dan biologi serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan baja berkualiti tinggi.

Jika Sidang Dewan masih ingat, sehingga tahun 2023, pencemaran Sungai Segaliud, Sandakan masih menjadi isu utama yang menjadi liputan mendapat meluas di media nasional.

Sebagai contoh, pada 9 November 2023, akhbar Utusan Borneo melaporkan tajuk utama, iaitu “Bertindak Segera Selesaikan Masalah Air Tercemar di Segaliud, Sandakan”. Isu pencemaran seperti ini bukanlah perkara baru, malah ia berkait rapat dengan kawal selia bahan pertanian termasuk baja. Jika tiada mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan yang ketat, bahan kimia daripada baja yang tidak terkawal boleh menjadi antara penyumbang kepada pencemaran sumber air utama negeri Sabah.

I Oleh itu, Rang Undang-undang Baja seperti ini, manakala seperti ini, Pertanian Sabah 2025 bukan sahaja bertujuan untuk menjamin kualiti dan keselamatan baja yang digunakan oleh petani tetapi juga untuk melindungi alam sekitar, sumber air serta kesejahteraan rakyat Sabah. Maka itu, saya menyeru agar kita mengambil pengajaran daripada insiden yang telah berlaku dan memastikan sistem perundangan kita diperkuatkan agar perkara sebegini tidak terus berulang. Tuan Speaker, banyak negara telah melaksanakan undang-undang baja yang ketat bagi melindungi industri pertanian mereka. Sebagai contoh, Indonesia telah menggubal undang-undang Organic Fertilizers and Soil Enhancers pada tahun 2006 manakala Thailand memperkenalkan Fertilizer Act B.E. 2550 pada tahun 2007. Di peringkat global, negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, China, India, Rusia, Brazil dan Kesatuan Eropah atau EU telah menetapkan lebih daripada lima hingga sepuluh perundangan berkaitan baja yang meliputi kawalan import, eksport, standard kualiti serta keselamatan alam sekitar. Manakala negara-negara sedang membangun dan bergantung kepada sektor pertanian seperti Vietnam, Nigeria, Kenya dan Argentina mempunyai sekitar tiga hingga enam peraturan berkaitan keberkesanan dan keselamatan baja. Negara-negara kecil atau yang kurang bergantung kepada pertanian pula biasanya hanya memiliki satu hingga tiga peraturan asas mengenai kawalan baja.

Unjuran kewangan bagi pelaksanaan undang-undang ini di Sabah, dijangkakan berjumlah RM50 juta hingga RM80 juta yang akan digunakan untuk memperkukuhkan sistem pertanian, latihan petani serta penyelidikan dan pembangunan sektor baja di negeri ini. Peruntukan ini bukan sekadar satu pelaburan tetapi satu keperluan bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan sektor pertanian Sabah.

Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh membiarkan sektor pertanian Sabah terus berhadapan dengan masalah kualiti yang diragui. Adakah kita mahu melihat petani kita terus menderita akibat dasar yang tidak dikawal dengan baik?

Apakah kita mahu hasil pertanian negeri kita terus merosot kerana penggunaan baja yang tidak berkualiti? Oleh itu, saya menyeru semua ahli Dewan yang mulia ini agar memberikan sokongan yang penuh kepada usul ini demi kesejahteraan sektor pertanian Sabah. Kerana langkah ini bukan sahaja akan

I meningkatkan hasil pertanian negeri tetapi juga memberikan kesan positif kepada ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan rakyat Sabah secara amnya. Maka demikianlah, Tuan Speaker, penjelasan saya berkaitan Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 yang juga merupakan suatu revolusi pertanian di negeri Sabah. Saya mencadangkan agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju, Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadangkan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan lagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Buat masa ini, dalam senarai saya ada tiga nama untuk berbahas. Yang pertama saya jemput Yang Berhormat Kemabong. 3.07 petang

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Tuan Speaker memberi saya peluang untuk memberi pandangan tentang Enakmen Baja Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Makanan di atas pembentangan Rang Undang-undang yang baru saja dibacakan sebentar tadi. Walaupun dia agak terlambat untuk mewujudkan satu Enakmen Rang Undang-undang ini, tetapi daripada tidak dilaksanakan, diwujudkan Rang Undang-undang. Kita bermula dari sekarang untuk memastikan Rang Undang-undang ini apabila diluluskan kelak, saya yakin diluluskan dan seterusnya dikuatkuasa dengan serta-merta. Maksud saya ialah baja-baja yang telah dikeluarkan, sama ada diproses dikilangkan dalam negeri ini ataupun diimport daripada luar negara. Ianya harus diperiksa secepatnya kerana kita resah. Saya rasa kasihan melihat para pekebun kita yang berkebun secara kecil-kecilan, mereka kurang berkemampuan untuk membeli baja untuk kebun mereka, tetapi mereka terpaksa juga membeli. Tuan Speaker, dalam dunia, Amerika Syarikat adalah pengeluar makanan yang terbesar di dunia. Netherlands adalah pengeluar kedua yang terbesar di dunia tetapi Netherlands adalah pengeluar yang terbesar Auction Flower di dunia. Yang

I ketiganya ialah Thailand. Keempatnya ialah Taiwan. Pada pandangan saya, Amerika Syarikat saya tidak pasti, tapi penggunaan baja di Thailand …

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

… saya merasa sangsi. Apabila kita makan buah-buahan ataupun tanaman dari negara Thailand, dia jauh berbeza daripada buah yang asal. Kalau di Netherlands, Holland dan di Kaohsiung, Taiwan, dia menggunakan, iaitu baja kompos yang memang tidak memudaratkan kesihatan ia terjamin. Mereka mempunyai Kementerian Pertanian, Kementerian Buah-buahan di Kaohsiung. Di Netherlands pula, mereka mempunyai Kementerian Ministry of Agriculture and Quality Control. Maknanya daripada awal-awal lagi, daripada penanaman termasuk baja itu sudah dikawal selia dengan ketat. Sebab itu hasil tanaman mereka sangat berkualiti.

Selama ini, kita hanya mengharapkan baja ini yang dijual oleh pelbagai pihak. Kita tidak pasti sama ada baja ini mempunyai kualiti yang baik untuk kita makan hasilnya dan adakah ianya memberi mengeluarkan produktiviti yang tinggi kepada para petani kita. Saya juga melihat, memerhati baja-baja yang dijual di pasaran. Saya juga ada beli baja tepung, baja cair, liquid. Satu masa saya cuba di kebun saya, apabila average buah duku boleh dapat 400kg minimum dan boleh dapat 800kg. Ini di kebun saya sendiri. Maknanya ada baja ini yang boleh mengeluarkan hasil yang banyak. Cuma kita tidak tahu dia punya kualiti. Tapi buah yang masak itu kita rasa memang original. Sama seperti yang sama ada ada baja atau tidak ada baja sama dia punya rasa. So, saya fikir itu yang sangat penting.

Apa yang saya syorkan di sini, Tuan Speaker, ialah saya syorkan supaya Kementerian Pertanian mewujudkan, membina, kilang memproses baja sendiri. Untuk buat dia punya eksperimen, kita mempunyai agriculture research beberapa tempat. Di Sandakan, di Tuaran, di Tenom dan beberapa tempat lagi untuk kita buat percubaan penilaian baja-baja ini dan apabila kita telah pastikan nilai dia, mutu dia, dari segi baja subur, baja buah, harga. Kalau contohnya kalau Kementerian Pertanian yang mengeluarkan baja itu sendiri, kita boleh buat eksperimen seperti yang saya katakan tadi di pusat-pusat penyelidikan pertanian. Selepas itu, kita boleh

I bantu contract farming kepada para petani yang tidak berkemampuan. Bertani secara kecil-kecilan, kita bimbing mereka cara menanam dan bagaimana cara untuk membaja.

Tuan Speaker, walaupun kita lihat barangkali ada orang melihat yang tidak faham, baja ini macam remeh-temeh. Tapi, Tuan Speaker, inilah yang menghasilkan barangan makanan kita.

Sepertimana diperkatakan slogan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu “Keterjaminan Makanan dalam Negara”. So, itu sangat penting, Tuan Speaker. Maksud saya di sini ialah, cuba Kementerian bina kilang sendiri dan juga kita bantu para petani supaya mereka boleh menghasilkan pertanian buah-buahan, pelbagai jenis buah-buahan, macam-macam buah-buahan dan kita tengok macam mana bagaimana nanti baja-baja yang dikeluarkan selepas ini.

Sehingga Tuan Speaker yang lain-lain itu daripada kuasa fungsi dan kuasa pengarah, bahagian dua, kuasa dan fungsi Pengarah … tiga kurungan satu 3(1) daripada A, B, C, D dan E, F, G, H, I. Saya fikir dalam Rang Undang-undang ini, pihak pengarah akan menubuh jawatankuasa beliau sendiri dan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam baja untuk menilai kualiti baja itu sendiri. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kemabong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan.

3.16 petang

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Seri Speaker atas peluang untuk membahas Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 ini. Sekali lagi, saya ingin menyambut baik usaha Kerajaan dalam menggubah Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 ini khususnya demi memastikan bahawa baja yang berbahaya kepada alam sekitar tidak memasuki pasaran. Langkah ini selari dengan komitmen kita terhadap kelestarian alam dan kesihatan tanah dalam sektor pertanian di Sabah.

Namun, saya ingin mengangkat satu kebimbangan berkenaan Seksyen 5 yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjual baja ataupun baja

I tambahan ataupun bahan mentah untuk membuat baja ini tanpa lesen. Soalannya adalah bermaksud, adakah ini bermaksud bahawa individu termasuklah petani kecil, pekebun komuniti ataupun orang awam yang membuat baja kompos ataupun bahan mentah untuk membuat baja ini di kawasan sendirilah secara kecil-kecilan ataupun menjual kepada jiran-jiran kini perlu memohon lesen?

Ramai di antara kita punya petani ini mendapat sedikit dana tambahan apabila mereka menjual bahan ataupun sisa-sisa organik dan membuat baja kompos kepada jiran-jiran ataupun di tamu tempatan. Jika tafsiran literal digunakan, maka menjual sisa bahan mentah ini ataupun pembuatan kompos untuk dijual di belakang rumah ataupun di sekolah, sebab ramai juga sekarang sekolah yang membuat begitu ataupun kebun pun akan menjadi haram kecuali mereka berlesen. Dan saya rasa ini adalah satu peruntukan yang boleh ataupun berpotensi menyusahkan rakyat biasa dan menghentikan aktiviti untuk mengurus sisa.

Saya cadangkan agar Kerajaan memperjelaskan ini dan juga mungkin melalui info ataupun pekeliling bahawa Seksyen 5 ini hanya terpakai kepada pengilangan berskala komersial ataupun industri dan bukan kepada amalan pertanian mapan di peringkat kebun ataupun peringkat komunitilah. Kita harus menggalakkan lebih ramai rakyat kita ini untuk mengamalkan kompos ataupun baja organik di pertanian di kampung ataupun di kawasan bandar dan bukan menghalang mereka dengan syarat yang ketat. Saya juga berharap bahawa pendaftaran yang dimaksudkan dalam Seksyen 5 ini dan juga pemberian permit tidak akan melibatkan kenaikan baja yang sekarang ini boleh dikatakan sederhanalah terutamanya baja organik.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

…baja kimia ini akan memang sudah di pasaran, hanya dengan adanya keperluan untuk memeriksa, Kementerian boleh membuatnya dengan baik dan we can easily be able to do this without kenaikanlah, kenaikan harga. Sebab ini yang boleh menjadi, one of the possible reactions-lah. Saya juga ingin, menyatakan bahawa fee, saya haraplah fee pengenalan, fee pendaftaran ini untuk pembuatan baja atau pun yang perlu mendaftarkan baja tidak akan, terutamanya bagi bahan organik atau sisa organik ini, tidak menjadi

I penghalang bagi mereka yang membuat baja, kerana baja dari sisa organik ini adalah satu daripada cara yang telah dikenalpasti sebagai cara mengurus sisa ini, pada.

Kita juga perlu melihat undang-undang yang kita baru-baru luluskan pada tahun 2022 ini, iaitu Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Juga melihat kepada cara, antaranya adalah berkaitan dengan pembuatan sisa organik ini dan di sana juga perlu satu undang-undang sorry satu, hmm… lesen dan tidak terdapat pertindihan antara dua undang-undang ini. Jadi, itu saja dari saya, Datuk Seri Speaker, sedikit berkaitan undang-undang ini dan rang undang-undang ini yang saya memang setuju dan saya percaya adalah baik untuk kita di Sabah. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kapayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan.

3.22 petang Datuk Dr.

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, kerana dapat apa ini, mengadakan di bawah ke Dewan, Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 ini. Walaupun saya tidak pakar dalam sektor pertanian ini, saya pun tidak ada kebun, tidak ada tanah untuk pertanian ini. Tetapi sekian lama, saya telah apa ini, memikirkan soal bumi Sabah ini, tanah dan sungai. Kerana saya banyak mendengar pandangan-pandangan daripada rakan-rakan di luar mengenai alam sekitar. Bumi Sabah bukan sahaja mengatakan tanah dia sungguh subur, tetapi bila berlaku penanaman sawit ini secara besar-besaran, walaupun pada hakikatnya kalau saya tak silap, sawit ini asalnya bukan tumbuh di bumi kita di Sabah, ia diimport daripada luar. Dan sudah tentu keunikan tanah ini kita ada.

Tetapi, alhamdulillah hari ini, dengan adanya satu Rang Undang-undang Baja Pertanian ini, bagi saya, saya sangat setuju. Lebih-lebih lagi dalam usaha kita untuk memperkasakan sektor pertanian, makanan, sawit, buah-buahan dan juga padi. Kerana hari ini kita pun dengar, kita antara pengeluar minyak sawit ini. Tetapi, dipertikaikan juga saya dengar dari segi kualiti berbanding dengan negara kita

I Indonesia dan di tempat-tempat lain. Dan ini juga salah satu faktor, saya tengok peranan baja ini sangat penting. Kalau kita tengok hari ini memang betul pun, baja ini banyak datang daripada luar, di datangkan di sini. Kita tidak tahu kandungan dia, baja itu dibuat daripada apa, apa jenis campuran-campuran. Yang saya bimbang akhirnya boleh, bukan sahaja menyuburkan pengeluaran kualiti, sama ada sawitkah, padikah atau buah-buahan lain. Tetapi yang membimbangkan kita, tanah kita akan rosak. Ini yang membimbang kita.

Saya pun dengar seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, yang berlaku Sungai Segaliud tadi. Termasuk juga sungai di Kelumpang, di Pegagau Semporna itu. Kalau dulu banyak apa ini, sumber-sumber di sungai itu, udang, oyster, tiram, hari ini sudah tidak ada. Dan ini bila saya dah ikut buat kajian juga bersama apa ini, pakar marin daripada USM, bawa ke Semporna, mereka dulu cuba nak ternak oyster tiram. Dan dulu kita kena kenal pasti di muara Sungai Pegagau, Kelumpang itu banyak tiram. Dan hari ini sudah tidak ada. Itu yang buaya sampai keluar dulu, Sungai Kelumpang itu banyak buaya itu, Tuan Spekaer. Sudah keluar ke laut buaya. Pasal tidak ada sumber makanan lagi. Udang, ikan, oyster sudah tidak ada di sungai itu. Dan sebahagian kajian ialah kerana sumber. Bukan saja apa ini, racun rumput, bahkan juga kebanyakan sumber daripada baja. Baja di sawit, lepas itu mengalir ke dalam sungai. Ini juga membimbangkan kita. Ada juga kajian, pasal kebanyakan sumber air kita bukan daripada air bawah tanah, daripada sungai. Saya cukup bimbang loji air ini ambil air mentah ini daripada sungai. Itu yang juga menyebabkan sungai kita tercemar dan kualiti air. Tak heran kalau memang berlaku di Sandakan itu, air dia sudah bercampur. Bukan saja air masin, kita tak tahu. Ada chemical sudah di situ. Dan sebab itu saya menyokong Rang Undang-undang ini supaya satu penguatkuasaan dilakukan. Dan saya yakin Yang Berhormat, Datuk Menteri Pertanian juga sebelum dibentangkan Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan, sudah kajian dibuat. Sudah kajian dibuat. Dan saya memang tidaklah dapat ulas satu per satu kerana sudah tentu Yang Berhormat Menteri telah bincang dengan pakar-pakar mengenai potensi dan juga pakar ini. Cuma satu perkara, kalau dapat di samping kita Rang Undang-undang ini ada pemantauan, demi keselamatan dan juga penguatkuasaan akta-akta yang berkaitan. Kalau dapat, saya tengok. Saya setuju saranan supaya daripada Kemabong tadi,

I Jabatan Pertanian ini ataupun Kementerian wujudkan satu sendiri kilang, ya. Berdasarkan penemuan kesesuaian dengan sumber tanah kita. Jadi kita tidak ragu. Bukan kita halang peluang-peluang perniagaan daripada luar ini. Kita tidak halang. Itu juga menyumbang dari segi hubungan perdagangan di antara luar. Tetapi demi keselamatan, baik kita wujudkan sendiri Kementerian, saya ingat tidak ada masalah. Mewujudkan satu agensi di bawah Kementerian buat kilang sendiri. Dan bila buatkan sendiri, baja ini kita boleh supplykan dengan petani-petani kita dengan harga yang terkawal. Banding di luar, tiada kawalan harga pasal barang diimport. Termasuk juga makanan ayam ya, telur boleh dikurangkan kerana alasan dia baja. Baja hari ini pun bukan saja untuk pertanian, baja pun dibuat makanan ayam. So, banyaklah perkara-perkara ini.

Di samping itu juga, saya tengok walaupun tidak melibatkan apa ini, perbelanjaan, saya ingat Yang Berhormat, Ketua Menteri, Menteri Kewangan di sini, ini perlu juga saya ingat melibatkan apa-apa ini kewangan. Kerana sudah tentu dan segi penguatkuasa, pegawai-pegawai yang ada tauliah ini patut juga dinaikkan gred supaya dia lebih menjurus kepada apa yang tekankan pentingnya sektor pertanian ini dan juga kawalan baja ini. Itu saja, Tuan Speaker. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingat ini hati dia memang tak lain, untuk menjayakan sektor pertanian di Sabah ini, supaya dapat dimanfaatkan dengan baik. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, Sulabayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjung Aru.

3.28 petang

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, Datuk Speaker. Kerana memberi saya peluang untuk ambil bahagian dalam Agriculture Fertilizer Bill 2025 ini. Dan saya rasa, saya ucap tahniah jugalah kerana kita menyokong sebab dia adalah satu tujuan dia untuk pastikan keselamatan dan juga kualiti dengan semua fertilizer-fertilizer yang masuk ke Sabah ini. Kita menyokonglah. Hanya ada beberapa point yang saya mungkin setuju dengan apa yang tadi ada YB yang bangkit tadi bahawa registration fee di sini dia ada cakap clause 6 that deals with the application of registration of fertilizer yang artinya yang existing player yang semua itu memang sudah perlu daftarlah sekarangkan. Dia orang kena daftar application for registration,

I registration kena di approve baharu mereka boleh teruskanlah dengan dia punya itu perniagaan. Saya harap itu tidak jadi satu red tape atau bolehlah kita facilitated sama dia orang sebab kalau dalam saya punya knowledge di Sabah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Sekarang, dia tiada serious punya case. Di mana, baja yang bahaya atau potensi, atau membahayakan alam sekitar kita sekarang berlaku di Sabah. I don’t there’s any serious case yetlah. So, I hope existing player yang sedia ada sekarang boleh difacilitate supaya tidak di, apa yang tadi, YB, I think Kapayan yang bangkitkan bahawa dia ada potensi untuk dimusnahkan perniagaan-perniagaan sekaranglah.

I think dan harap tiada additional clause because bila kita tengok sini, dia ada clause 15 timber license, they were required, okay, they were required the licensing of any person who carries the activity. Itu orang yang mungkin carry out the activities pun perlu mean ada license. So, and also need to be licensed juga bukan hanya itu aktiviti, itu orang dan company, the baja juga. So, there’s quite a lot of requirement here, the activity itu perlu diregister juga, application of the license and assurance of such license have to be approved. So, dia ada nampak dia ada banyak punya steplah untuk sebelum ini, aktiviti boleh di, di diperlukan. And also, saya nampak di clause 13 ini ya, saya mungkin sentuh sedikit, di bawah, di mana dia empower to director to empulse a condition on a license.

Kalau bagi saya, mungkin dengan intention yang baiklah. Bagi saya, saya bimbangkan ini boleh menjadikan satu situasi di mana itu direktor become so powerful. Because he says that he can impose condition on a license, meaning bukan across the board. Dia boleh, ini license ada condition macam itu, itu license mungkin tidak payah. So, that can create unhealthy environment too, Datuk Speaker. Itu yang saya bimbangkanlah, mungkin apa ini, Datuk Menteri boleh take note supaya ini tidak jadi satu situationlah.

Di mana lagi dia cakap, sampai dia boleh provide dipackaging and labelling storing of any fertilizer and fertilizer supplement shall be in the coordinance of the

I requirement as prescribed by the director tahu. The director becomes so powerful sebab I’m not sure if the director is that qualified for fertilizer lah. Especially lagi when it comes to organic fertilizer and all that, I don’t think it can be certified organic fertilizer so far. But it has been proven good for the environment and planting lah but kalau you kena ada semua itu licensing, I think it’s quite difficult to prove that so, I’m no sure kalau ini pakarkah dalam ini.

So, kalau dia cakap tak boleh ini, jadi masalah sudah untuk kita punya peniaga yang biasalah, yang sedia ada dalam the healthy environment sekaranglah sebab sekarang dia orang sudah peniaga mah. Ini yang saya bimbangkan. Di sini you boleh nampak clause 24, they empower even authorised of officers to access and enter any premises with the purposes of carrying out any of his functions a under the proposed enactment. Dia boleh seek, the power to investigate any offenses and they ada itu power untuk search and seizer with Warrant 26, Clause 27, deals with the provision relating to search and seizer without warrant. Tak payah warrant, meaning, if I suspected there’s, say a fertilizer that is not sah, I can go in and just search and then just rampas. Okay.

28 also convey a and authorised officers power to seal temporarily any premises, you know. That is very powerful. I mean to me I feel that is too much power been given the in this enactment lah. Dengan tujuan yang baik but I think that maybe a little bit too powerfullah bagi saya. So, kalau contohlah tadi itu yang, YB yang bangkit itu, kalau fertilizer yang organik tidak dapat dicertified. Jadi, itu officers boleh pergi ambillah, boleh tutup juga premises, boleh ambil semua itu. So, ini boleh jadilah. So I’m bringing it up to the attention of kita punya Datuk Menteri supaya ini tidak berlakulah. Macam itu punya tidak berlaku dan you boleh nampak, dia boleh lagi provide itu officers untuk access to computerize data, whether stock in the computer or elsewhere, mean phone kah, laptopkah, he can, he can search you know without warrant and clause 34, di mana, bila sudah ini rampas berlaku. There’s no cause or damages arising from the seizer of any fertilizers, fertilizers supplements and the accesses of this any power under the proposed enactment shall be recoverable in any presiding before any court. Court pun tak boleh, you tak boleh challenge dia punya action dalam courtpun.

I I think tu macam ada sedikit komunis sudah ini, it is a little bit powerful for me. I am really concern supaya ini tidak menjadi satu red tape ataupun bureaucratic steps or menyusahkan, dengan fee yang lebih tinggi untuk peniaga yang sedang mengalami dengan satu keadaan ekonomi yang cukup sukarlah. Itu yang saya punya point saja. Tapi, saya menyokong sebab ini ada satu idea yang baik, hanya kita kena kawallah dengan baik because it’s so powerful, that the director, tidak tahu kalau itu director boleh tukar from time to time. I’m not sure whether he’s that qualified. Alright Datuk Speaker, that would be my debate. Thank you, Datuk.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Aru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bugaya.

3.35 petang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Speaker atas peluang untuk memberi ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kita punya Yang Berhormat Datuk Seri Menteri kita yang membentangkan Rang Undang-undang tersebut, ya. Dan di sini, mungkin ini yang pertama kali berkaitan tentang Rang Undang-undang berkaitan tentang baja dibentangkan, ya.

Saya rasa macam di parlimen pun belum ada lagi Rang Undang-undang berkaitan tentang baja. Tapi, selama setakat mana yang kita ketahui di Malaysia ini ada beberapa undang-undang yang boleh melibatkan pengawalan tentang baja.

Antaranya, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan juga Akta Kastam 1997 dan juga Akta Cap Dagang 2019. Dan kebanyakan akta-akta ini berkaitan tentang import dan juga eksport tentang baja dan tidak ada spesifik berkaitan khusus tentang baja dan inilah pertama kali mungkin dibentang Rang Undang-undang Pasal Baja di di Dewan kita ini juga dan mungkin juga di Malaysialah. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada kita punya Yang Berhormat Datuk Seri Menteri untuk membentangkan. Jadi, di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan juga saya ada membaca beberapa sedikit berkaitan tentang Rang Undang-undang ini dan saya telah melihat beberapa seksyen di dalam undang-undang ini ada menyebutkan tentang mahkamah. Jadi, saya ingin bertanya juga kalau ada tafsiran khususlah

I tentang mahkamah ini begitu juga dengan magistrate, ya. Dan selain daripada itu, saya ingin juga bertanya, ada juga dia berkaitan, adakah ini bertentangan dengan undang-undang yang lain, ya.

Saya tidak pasti sama ada dia, memandangkan kalau kita lihat di akta persekutuan pun ada juga ya, undang-undang sepertimana yang saya nyatakan tadi ya, melibatkan kawal selia baja. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri, sekiranya ada pertentangan dan sekiranya kalau ada pertentangan, mungkin boleh diperjelaskan, kalau tidak ada, alhamdulillah. Selain daripada itu juga ya, hukuman-hukuman yang ada di sini, diharap kita tidak akan mengubah lagi hukumanlah seperti mana yang berlaku tadi. Memandangkan di Federal pun belum ada, nanti kalau ada di Federal nanti kita kasih kurang lagi kita punya hukuman. Diharap tidak akan berlaku berulang peristiwa yang sama. Jadi, saya rasa itu saja dan saya ingin menyatakan sokongan saya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Menteri untuk meluluskan Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025 berserta dengan cadangan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bugaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu dan cadangan dalam perbahasan ini. Pertama sekali, terima kasih kerana sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi. Saya ingin respond kepada beberapa, semualah yang telah membangkitkan isu berkaitan. Pertama sekali ahli dari Kemabong, yang mana beliau telah mencadangkan dan bertanya sama ada, sebab daripada sokongan ini kita boleh mengeluarkan baja tempatan tidak payah mahu import dan beliau mencadang.

I

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

… Ahli Yang Berhormat mencadangkan kenapa Jabatan Pertanian sendiri tidak ah dapat mengeluarkan atau membukakan kilang-kilang sendiri. Ah saya ingat ini tidak menjadi masalah. Kita boleh berkolaborasi dengan ah pelabur-pelabur, ataupun ah pelabur tempatan, sama ada tempatan atau asinglah.

Dan … Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan atau bertanya sama ada ah dengan undang-undang ini, bolehkah apakah peranan ah pekebun-pekebun kecil? Bolehkah Kerajaan membantu mereka dari segi pemberian baja-baja yang terkawal ini, yang lebih berkualiti dan ah, yang kurang kimia? Ah, saya percaya ini adalah cadangan yang baik dan ah kita pun sekarang pun membantu dari segi itu. Hanya kita tidak tahu apa ini baja-baja ini terlalu banyak, chemical ataupun ah tidak dan itulah yang berlaku umpamanya di kebun-kebun sayur di Kundasang. So, dengan undang-undang ini kita boleh mengawal selia kualiti baja-baja dan dalam masa yang sama mungkin kita boleh bincang macam mana boleh bantu pekebun-pekebun kecil inilah.

Yang Berhormat Ahli Kapayan ah mengatakan ah kebimbangan dia menyokong tapi mengatakan ah kebimbangan mengenai ah pengeluar-pengeluar baja kompos daripada kampung-kampung itu sendiri. Sama ada ini juga memerlukan lesen atau tidak dan ah saya percaya kecuali mereka mengedar dan mengeluarkan baja-baja kompos ini secara komersial, boleh dimasukkan sebagai ah cottage industry, tidak memerlukan lesenlah. Tapi kalau mereka mengeluarkannya secara komersial, dia juga perlu dikenakan lesen.

Isu ah pembuatan organik. Isu pendaftaran, adakah ini menjadi penghalang? Ah saya rasa dia tidak menjadi penghalang kerana kita perlu urus secara sistematik dan kita perlu ada undang-undang supaya diuruskan walaupun baja organikkah, baja ah separuh organikkah perlu juga didaftarkan. Dan itu respons saya mengenai ah kebimbangan itu. Sulabayan ah (bunyi berdehem) …

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, Datuk Menteri boleh mencelah? Boleh minta penjelasan sedikit?

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker.

Terima kasih ah, Datuk Menteri. Sebab ah tadi Datuk Menteri bagi jaminanlah bahawa itu organic fertilizer tidak akan jadi masalahlah. Kan Datuk Menteri? Sebab dicertified semua punya baja kan memang ada certification dia. Spec dan macam-macam. But there’s no certification for the organic fertilizer. As I invite now as I knowlah. That is no certification around the world that they can certified any organic fertilizer. But, it has been proven, dia memang ada satu fertilizer yang baik untuk tananamlah. So, bila nanti Datuk Menteri cakap boleh certified kita certified dia untuk mengawal dia. But how do we certified the organic fertilizer? Dengan … (kurang jelas). I hope that, tidak jadi satu. Sebab dia tiada reference oh. How to certified it maksud saya. Ya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ya, saya setuju ah apapun dia katakan dia organikkah tidak perlu analisa dulu dan perlu certification. Ya. Terima kasih.

Ah Sulabayan ah ada kebimbangan dengan penyamaran, pencemaran di mana baja-baja ini mengakibatkan pencemaran sungai, kematian ikan dan sebagainya dan ah sudah tentunya undang-undang ini diperlukan untuk memastikan tidak ada baja yang ah akan mencemarkan sungai-sungai kita lagi.

Tanjung Aru, ah mencadangkan keperluan untuk ada data ya dan pendaftaran dan dalam isu licensing ini ah memang semua diperlukan hanya kebimbangan beliau adalah kuasa yang terlalu, terlalu (ketawa kecil) ketat tapi untuk kita mena, apa ini ah memastikan undang-undang kita ah kita berkesan, dia kena ada power untuk memastikan apa yang kita ah apa ini, ah rancang, matlamat kita untuk memastikan baja pengeluaran baja ini diurus dengan baik, diedar dan tidak mencemar berkualiti dan sebagainya. We have to have very strict law. So there is no compromiselah. The

I only thing is dia punya dia punya denda itu ada mungkin kalau big business dia itu sap sap sui saja. Mungkin ini kena fikirkan di masa yang akan datanglah, ya.

Speaker

Sap sap sui tu apa? Yang Berhormat Menteri, sap sap sui tu apa?

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

(ketawa) am senang-senang saja (ketawa).

Speaker

Okeylah.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Bugaya, Bugaya ah isu pengawalan cadangan dia, sama ada ada konflik di antara undang-undang yang kita cadangkan ini dengan undang-undang yang sedia ada. Terutama sekali undang-undang dari Federal. Ah tidak ada sebab undang-undang Federal, undang-undang ah yang lain juga bersesuaian dengan undang-undang yang kita ada. Itu saja, saya ingin buat ah apa ini buat penjelasan dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas sokongan Yang Ahli-ahli Yang Berhormat ah ke atas undang-undang ini dan Selamat ah apa ini, Hari Raya Aidilfitri, ah Selamat Hari Pekerja dan Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Baja Pertanian 2025.

Speaker

Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa bila?

I

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa ah Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa.

Speaker

Itu saya punya skrip (ketawa) Bila? Hari ini saja, bilang.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

(ketawa) Ya. Hari ini juga, Tuan Speaker.

Speaker

(ketawa) Lawan tauke dia ni, (ketawa) sila cadang, YB.

Speaker

Sila cadang. Nombor 19 saya baca.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

(Ketawa) Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan apa ini, Speaker punya ini.

Speaker

Menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ahli sekarang juga (ketawa). Tuan Speaker, saya mohon melaporkan.

Speaker

Belum lagi itu. Nombor 19, Nombor 19. Awal dia aramaiti.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ini mahu pulang saja bah ini (ketawa). Hari ini juga Tuan Speaker.

I

Speaker

Okey, sila cadang.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Peringkat Jawatankuasa

Pengerusi (Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Nombor 1 hingga 59 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 59 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan semula ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

I

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Sekarang, sekarang.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Baja Pertanian 2025Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Baja Pertanian 2025.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 telah pun selesai dan berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini telah berlangsung selama lima hari mulai daripada Khamis 10 April 2025, kemudian disambung pada Isnin 14 April 2025 hingga Khamis 17 April 2025. Mesyuarat ini juga telah menyaksikan Dewan ini meluluskan usul menjunjung kasih di atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan empat Rang Undang-undang.

I Pada kesempatan ini, saya bersama dua timbalan saya dan ke semua warga Dewan Undangan Negeri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman atas pelantikan beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11. Saya percaya dengan pengalaman luas Tun dalam memimpin dan mentadbir negeri ini, pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri akan terus memberi manfaat kepada rakyat negeri ini dan sebagai payung negeri, Tuan Yang Terutama sudah tentu akan memberi kestabilan kepada negeri Sabah untuk terus maju membangun.

Saya juga mewakili Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama atas perkenan menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Kelima Tahun 2025 DUN yang Ke-16 dan seterusnya menyampaikan Ucapan Dasar pada 10 April 2025 lalu. Dalam pada itu, saya dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri yang lain berserta kedua Timbalan saya dan seluruh warga Dewan Undangan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, atas khidmat bakti yang besar kepada rakyat selama tempoh berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Semoga Allah memelihara dan merahmati Tun serta keluarga, seluruh ahli keluarga dan diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada sesi kali ini, di mana inti pati perbahasan adalah padat, bernas dan pada pendapat saya amat bermanfaat kepada kita semua dan seluruh rakyat Sabah. Semoga pandangan-pandangan, idea-idea serta kritikan-kritikan yang dibangkitkan dapat dinilaikan dan diambil kira untuk membantu ke arah memperkasakan Pentadbiran Negeri demi untuk memakmurkan negeri Sabah yang tercinta ini. Saya serta kedua-dua timbalan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua dan seperti biasa saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang berhormat dan kembalikannya semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan. Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Pentadbiran untuk mengemukakan jawapan secara bertulis pada mana-mana soalan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab

I secara lisan semasa sesi persidangan kali ini sesegera yang boleh dan sila pastikan untuk kemukakan satu salinan jawapan secara bertulis kepada Dewan ini untuk tujuan direkodkan di hansard.

Saya merakamkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia termasuk anggota perbarisan, Tentera Laut Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pihak Bomba, Jabatan Penerangan, RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Jabatan Cetak, Bahagian Istiadat dan Protokol, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Muzium Negeri Sabah, Jabatan Air, walaupun ada air, tidak ada air sekejap, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, DBKK, Sabah Net, SESB, wakil-wakil Media massa, semua kakitangan dan pegawai kementerian serta semua pegawai kerajaan…

Speaker

… semua kakitangan Dewan Undangan Negeri serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pengendalian Istiadat Perasmian Penggal DUN Yang Kelima Tahun 2025 pada 10 April yang lalu sehingga selesai mesyuarat pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, tempoh Dewan Undangan Negeri sudah hampir sampai ke penghujungnya. Namun, saya sendiripun tidak tahu sama ada sidang kali ini adalah yang terakhir untuk penggal yang ke-16 ini. Justeru itu, saya mengambil kesempatan untuk memaklum, untuk merakamkan terima kasih dan penghargaan saya dan dua timbalan saya pada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Pentadbiran Negeri atas kerjasama yang telah diberikan kepada kami selama kami mengendalikan sidang penggal yang ke-16 ini. Memang lumrah sidang, ada yang bersetuju ada yang tidak. Tetapi akhirnya, matlamat ialah untuk kebaikan negeri kita semua. Berbahas, berbeza pandangan, tidak seharusnya memecah-belahkan kita untuk berkhidmat kepada rakyat.

Saya ingin menyuarakan sedikit nasihat melalui beberapa rangkap pantun.

I Dari Sipadan ke Kinabalu, Tunai hajat untuk explore Sabah; Banyak hikmat hidup bersatu, Seluruh rakyat akan bahagia.

Teratai tumbuh di dalam tasik, Menanti tiba si kumbang gagah; Bila ada perpaduan dalam politik, Rakyat juga mendapat faedah.

Menyeberang sungai naik perahu, Singgah di kedai minum kopi; Kalau bersatu kita akan teguh, Berpecah belah bangsa yang rugi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang ke kawasan masing-masing. Dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang memandu, pandulah dengan selamat. Dan saya doakan Ahli-ahli Yang Berhormat semua selamat sampai ke destinasi masing-masing di samping keluarga yang tersayang.

Dan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja yang akan menyambut menyambutnya pada 1 Mei 2025 nanti. Dan selamat menyambut Good Friday dan Happy Easter kepada dan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya.

Syawal tiba kita berhari raya, Maaf dipinta salam dibalas; Usahlah difikir bilakah pilihan raya, Teruskan saja berkhidmat dengan ikhlas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan. Sekian, assalamualaikum WBT. Terima kasih.

I Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 4.04 petang. (Kedengaran ketukan gabel sebanyak tiga kali) Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang akan ditetapkan.”

SDN17042025/bnm