Sabah · 15 December 2025
17th Assembly, 1st session, 1st meeting · not final · 304 turns · 51,806 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Permasyuran dari Tuan Speaker
Permasyuran dari Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri yang Ke-16 yang lalu seperti berikut. Enakmen Perbekalan Tambahan (2024-2025), Enakmen Cukai Jualan Negeri Pindaan 2025, Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan 2025) dan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga telah menerima surat permohonan untuk tidak dapat menghadiri persidangan daripada Yang Berhormat N.18 Inanam untuk 12 Disember 2025 yang lalu, Yang Berhormat N.13 Pantai Dalit, pada 15 Disember dan Yang Berhormat daripada N.62 Silam, pada 15 Disember, dan saya telah meluluskan permohonan cuti tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentangkan pada persidangan Dewan kali ini, iaitu sijil-sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 dan Disember 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Aidah binti OKK Mahali dan ke semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah suami yang dikasihi Almarhum Datuk Seri Panglima Haji Mohd Nor bin Mansoor mantan Ketua Menteri, maaf mantan Menteri Kewangan Negeri Sabah
dan mantan ADUN N.9 Tempasuk, pada 23 September 2025 bersamaan 1 Rabiulakhir 1447 Hijrah yang lalu.
Dan juga kepada Encik Yurizal K. Ghani dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ayah yang dikasihi Almarhum Datuk Abdul Karim bin Ghani, mantan ADUN N.30 Bongawan dan mantan Ahli Dewan Negara, pada 1 Oktober 2025 bersamaan 9 Rabiulakhir 1447 Hijrah yang lalu dan seterusnya kepada Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kimanis serta semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ibu yang dikasihi Almarhumah Hajah Julia binti Saman, pada 13 Disember 2025 bersamaan dengan 23 Jamadilakhir 1447 yang lalu. Semoga roh-roh yang Almarhum dan Almarhumah mendapat rahmat dari Allah SWT.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang telah ditetapkan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-17 ini telah ditetapkan untuk bermula pada 11 Disember 2025 sehingga 17 Disember, Rabu 2025.
Saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada yang telah dipilih semula ataupun yang baru dipilih kerana kejayaan untuk mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam pilihan raya umum yang Ke-17, pada 29 November yang lalu dan telah pun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, pada 11 Disember 2025 hari Khamis baru-baru ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan penghargaan.
Dan terima kasih kepada semua mantan-mantan ADUN Penggal Ke-16 yang lalu atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh mantan-mantan ADUN semua. Semoga segala sumbangan para mantan ADUN terus menjadi asas kukuh kepada kemajuan dan kesejahteraan negeri kita ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentukan Kerajaan dan Kabinet yang baru. Saya percaya Barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri bersama-sama Yang Berhormat oleh Dewan Undangan
Negeri yang baru akan terus berusaha dengan penuh gigih untuk memenuhi aspirasi dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, menjadi Wakil Rakyat bukanlah satu penghargaan tetapi adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia bukan suatu kerja yang mudah kerana seluruh rakyat menaruh harapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua dan juga kepada Kerajaan yang memerintah.
Oleh itu, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggunakan sebaik-baiknya persidangan Dewan Undangan Negeri ini untuk menentukan hala tuju negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. Saya juga mahukan agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk belajar dan memahami fungsi-fungsi di dalam Dewan sebagai seorang Ahli Dewan agar kita dapat memartabatkan Dewan ini supaya sentiasa terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh semua pihak setiap masa.
Selain itu, bagi memastikan Dewan ini benar-benar menjadi medan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengutarakan buah fikiran yang bernas serta menyampaikan cadangan yang berkualiti adalah penting bagi siapa..
Tuan
…setiap Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan secara matang, berhemah dan penuh kebijaksanaan. Di samping mematuhi segala tatasusila serta etika perbahasan yang telah ditetapkan dalam apa juga perbahasan, perbezaan pendapat merupakan satu perkara yang lumrah, khususnya dalam sistem demokrasi.
Justeru, segala perbezaan pandangan hendaklah diraihkan melalui penghujahan yang teratur, beradab dan berlandaskan fakta supaya martabat dan kewibawaan Dewan ini terus terpelihara, dihormati serta diyakini oleh rakyat. Saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar sentiasa menjaga tatakelakuan etika ketika berada dalam Dewan yang mulia ini dengan sentiasa mematuhi peraturan-
peraturan tetap Dewan Undangan sepanjang sesi persidangan, agar persidangan kita kali ini dapat berjalan dengan lancar mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, sebagai makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat, pihak yang bertanggungjawab menyelenggarakan bangunan Dewan Undangan Negeri, iaitu Jabatan Kerja Raya Sabah, sedang menjalankan kerja-kerja menambah baik beberapa fasiliti termasuk tandas yang berada di tingkat empat bangunan ini. Usaha pembaikan ini dijalankan bagi memastikan keselesaan Ahli-ahli Yang Berhormat pada masa hadapan.
Pihak Dewan Undangan Negeri ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh kerja-kerja penambahbaikan ini dijalankan. Sebelum saya teruskan sidang, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada rombongan siswazah dan pensyarah daripada UMS, seramai 119 orang yang hadir sebagai pemerhati pagi ini. Saya ucapkan selamat belajar. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mulakan perbahasan, sukacita saya maklumkan bahawa masa perbahasan yang diberikan kepada ahli, kepada ketua pembangkang ialah 25 minit dan pengerusi backbenchers 25 minit. Ahli-ahli yang selainnya ialah 12 minit. Plus minuslah, boleh runding juga. Okey, setiausaha teruskan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 dan Usul untuk Membawa Anggaran Pembangunan 2026, bacaan yang keduaBill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 dan Usul untuk Membawa Anggaran Pembangunan 2026, bacaan yang kedua.
Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 dan Usul untuk Membawa Anggaran Pembangunan 2026 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya mempersilakan Ahli-ahli untuk membahas. Yang pertama ialah Yang Berhormat daripada Senallang.
Terima kasih Datuk Speaker atas ruang yang diberikan kepada saya untuk bersuara pada hari ini.
Bukan hanya membahaskan dan sedikit sebanyak memperincikan tentang kandungan apa yang telah dibentangkan oleh rakan lama saya Yang Berhormat Karanaan. Hampir dua jam setengah saya mendengar dengan teliti ucapan beliau dan kandungan apa yang telah diutarakan, rentetan dan saya juga mengambil kesempatan seperti Datuk Speaker nyatakan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mendapat kejayaan dalam pilihan raya pada kali ini. Seperti peringatan oleh Yang Berhormat Datuk Speaker tadi, peranan kita Ahli Yang Berhormat bukan hanya mahu ambil Kerajaan, bukan hanya ingin untuk menjadi Yang Berhormat.
Tapi jauh penting daripada itu juga tempatnya untuk kita beramal, tempatnya kita paparkan bahawa gelanggang politik ini untuk membantu rakyat, membangunkan rakyat yang ada dan kita harus mempunyai nilai-nilai yang baik agar tidak ada cemuhan di kalangan generasi yang mendatang. Ahli-ahli politik ini satu gelanggang yang tidak sihat, ini tempatnya untuk mereka juga tempat beramal. Jadi, selaras dengan apa yang Datuk Speaker nyatakan tadi, saya amat setuju supaya kita mainkan peranan. Walaupun saya di sini selaku ketua pembangkang, selaku rakyat Sabah dan saya ingin mengambil ruang untuk membahaskan beberapa perkara khususnya suara rakyat, rintihan yang mereka telah suarakan selama ini, semenjak kita membentuk negara kita, selama kita membentuk negara Malaysia dan cantuman hubungan kita dengan pemerintahan di Putrajaya. Perjalanan ini agak lama dan jauh. Dan saya mendengar dengan teliti dalam beberapa ungkapan bukan hanya di Parlimen, bahkan juga di Dewan Undangan Negeri, malam semalam hari Jumaat yang lalu. Dan saya bimbang kerana suara rakyat itu amat penting sekali. Dan kalau saya meneliti secara mendalam, saya tidak dapat melihat dari segi wow factor yang saya boleh rangkumkan bahawa Belanjawan 2026 sebagai satu landasan untuk membolehkan kita dapat mengatasi masalah umat di peringkat akar umbi, bukan hanya dalam jangka masa yang panjang, jangka masa yang pendek. Dengan itu kalau kita lihat, walaupun kewangan tidak mencukupi, yang saya melihat RM6.4 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri untuk tahun 2026, penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik berdasarkan dengan
apa yang telah disebutkan oleh rakan saya, Yang Berhormat Karanaan, Menteri Kewangan, Rancangan Malaysia Ke-13, 1.71 bilion siling. Dan kalau kita lihat, siling itu kalau di Rancangan Malaysia ke-13, dia mempunyai jangka masa lima tahun. Almost 340 million every year, peruntukan untuk kemudahan asas ini. Bagi saya, sebagai seorang yang lama, saya ingat itu tidak mencukupi untuk kita dapat mengatasi masalah asas. Ke mana harus umat yang dapat bekalan air mencukupi, bekalan elektrik dan jalan raya yang baik. Masih lagi, perkara yang menjadi asas kepada kita. Walaupun saya sedar dan tahu apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, tapi itu perkara-perkara yang berulang. Dan saya ingin bertanya kepada rakan saya Yang Berhormat Menteri Kewangan, beberapa projek yang telah pun disebut berulang, sama ada ianya yang dia siap dah, nyatakan yang siap dan ketirisan dan masalah yang sedang dihadapi sama ada ianya projek membabitkan Kerajaan Persekutuan, bahkan juga peringkat Kerajaan Negeri yang ada, kena ada geran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk membolehkan supaya kemudahan asas contohnya, bekalan elektrik yang ada, ada subsidi daripada SESB, dari TNB dahulu dan di samping itu juga kemudahan bekalan elektrik ada geran yang diberikan, termasuk juga geran untuk jalan raya yang ada daripada pihak Persekutuan yang ada. Dalam pada keadaan dunia yang semakin mencabar, saya tidak melihat bahawa ada kerangka to incentivize the private sectors. Bukan hanya di negara Malaysia, bahkan juga khususnya di peringkat negeri Sabah, to be very competent untuk mampu bersaing, untuk meletakkan supaya tempat kita di Sabah ini menjadi tarikan kepada bukan hanya pelabur tempatan, pelabur asing yang ada. Kalau kita melihat dari segi kesediaan kita, RCEP, iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership yang ada. Di mana hampir, saya ingat 15 buah negara kalau tidak silap saya, dan 15 buah negara ini mempunyai hampir 30% penduduk dunia yang ada dan pasarannya cukup tinggi. Dan kita merupakan satu tempat yang agak strategik, berhampiran dengan beberapa pasaran yang besar. Sama ada China, sama ada Jepun, rantau Asia yang ada.
Cuma bila saya melihat, kerangka untuk menjayakan supaya kemudahan-kemudahan penarikan.
Seperti kemudahan pelabuhan, walaupun saya sedar dibentangkan oleh Yang Berhormat bahawa upgrading Sepanggar, saya ingat tidak mencukupi. Bagi kita untuk upgrading Sepanggar, tempatnya agak contested. It has to be spread out, development yang ada di peringkat bumi Sabah. Itu pun saya telah suarakan, cadangkan supaya pelabuhan di Kudat itu kendaliannya dekat dengan Jepun, dekat dengan China. Dan sudah pasti kita akan berpayah, bukan hanya connectivity yang ada di antara Sabah dan juga rantau yang ada, dapat kita tingkatkan. Oleh kerana di situ kemudahannya kalau laut dalam yang ada. Ada 600 ekar lebih saya ingat, SEDCO di kawasan tempat kelahiran Allahyarham Tun Mustapha di situ. Dan saya berharap regional reserve ini sebagai satu…
… usaha Kerajaan Negeri dapat menyediakan a very comprehensive approach on how we can equip ourselves dengan izin Datuk Speaker. To ensure that we are in a better position to compete with other products, services yang kita render to the market yang ada akan berupaya dapat kita saingkan. Kalau kita, contohnya, dengan hanya regional comprehensive approach yang ada dan kita sediakan kemudahan, bukan hanya kereta api daripada Putatan sampai ke Sepanggar. Tapi kita perlu sediakan, we must have a bold decision. Mesti ada tindakan yang berani kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan kesediaan. Saya tahu kewangan terbatas, tapi saya tahu bagaimana untuk melaksanakan perkara ini dapat kita realisasikan. Connectivity, contohnya daripada Tawau ke Keningau. Saya sudah lancar satu batu asas di Melalap, masa saya Kerajaan untuk daripada Beaufort daripada Keningau ke situ, sampai dendetan ke Kudat. Untuk ada connectivity product-product, contohnya, kalau kita tidak boleh bergantung dengan hanya komoditi minyak sahaja, hasil negeri kita. Kalau kita bergantung dengan hanya minyak, dengan hanya komoditi asas, we don’t monetize it. Kita tidak boleh. Kelapa sawitpun sudah menurun harga dia, RM4,000 satu tan. Harga minyak sebarrel usually less than USD60 per barrel dan saya jangka keadaan green technology yang ada, akan mengurangkan
pergantungan kepada minyak yang ada. Kereta elektrikpun banyak dah digunakan pada hari ini. Minta izin Datuk Speaker. Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri akan dapat mengambil langkah-langkah yang komprehensif untuk membolehkan supaya the regional R (SIP) ini dapat kita tingkatkan kesiapsiagaan kita. Seperkara lagi yang saya nak sentuh mengenai dengan asas, iaitu pendidikan, anak-anak UMS ada di sini. Saya bimbang ketinggalan kita dari segi AI, automation yang ada, iaitu dunia baru yang kita jauh, bukan hanya berbanding dengan rantau Asia, bahkan juga di negara Malaysia sendiri. We are lagging behind compared to other states Selangor, Pulau Pinang, dan di antara perkara yang membimbangkan saya, pendidikan itu. Tahniah, mewujudkan satu Kementerian Pendidikan yang baharu dan saya berharap dia mencari langkah-langkah yang agak komprehensif. Bayangkan tahun ini sejak belanjawan 490 bilion.
Saya terus meluluskan di Dewan Negara, Dewan Rakyat, 490 bilion, daripada 490 bilion 60 bilion untuk pendidikan. Ke mana duit ini? Saya sudah suarakan di Parlimen, takkan duit yang ada 60 bilion untuk pendidikan ini, disalurkan kepada kawasan yang already well advanced in terms of facilities of education in the country. It must be distributed equally to the place and the people in need. Kawasan kita satu, perlu sehingga Yang Berhormat, senaraikan Kementerian Kerajaan Negeri Sabah Pendidikan, Kementerian Kerajaan Pusat. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan untuk menunggu peruntukannya. Tapi yang penting kepada kita, berapa sekolah-sekolah daif yang ada? Daripada 460 bilion itu, we want to resolve within this. Jangan sampai rancangan Ke-14 lagi, masih lagi sekolah yang daif, tidak ada air, tidak ada elektrik. How can we equip ourselves dengan keadaan yang kita katakan, bahawa bersaing dalam media sosial yang ada tapi terbatas kemiskinan. Masih lagi, Datuk Speaker, 70 tahun dah kita dan kita tersorot di antara tempat yang masih termiskin, tergolong termiskin di bumi Malaysia ini dan saya bimbang langkah-langkah untuk mengatasi poverty ini.
Kita kena sediakan kilang-kilang di pendalaman. Job opportunity untuk mengelakkan anak-anak kita berhijrah. Banyak anak kita keluaran universiti, 7000 pelajar-pelajar ini. Besok nanti ke mana ini mereka mungkin lulus dalam bidang pengurusan
kewangan, accountancy. But at the end of the day, the question is, do they get a job or not? Can they get a job in Sabah? Or they have to compete with other Malaysian students in Johor, in Selangor? So this is where I think it’s important for us, monetizing resources yang ada. Minyak kelapa sawit kita ada, kayu-kayan kita ada, emas kita ada. Emas cuma banyak di Tawau itu. Kalau Dubai tidak ada emas, kenapa kita tidak boleh buat kilang untuk anting-anting, rantai, cincin di Sabah ini, sebagai satu trade area? Designers are all there. Kita boleh panggil Christine Dior, all those area yang known kind of branded goods yang ada untuk bergabung dengan mereka untuk monetize. Jangan hanya kita export semuanya raw material yang ada di peringkat negara kita.
Seperkara yang saya nak sebutkan, iaitu berhubung kait dengan 40%. Saya ingin bertanya, apa pendirian Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini, tentang apa yang telah diputuskan oleh mahkamah yang ada. Di mana mahkamah sudah putuskan kembalikan kewangan itu. Kita tidak mahu mendengar bahawa ada rundingan-rundingan lagi. Takkan mahkamah dah putuskan, seumpama seorang itu di penjara dan di mahkamah putuskan 10 tahun, mahu runding lagi. Di mahkamah boleh runding, tapi sudah keluar mahkamah, runding pasal apa lagi? 10 tahun dalam penjara, lepas itu nak minta keluar supaya 1 tahun, tidak boleh, dan ini perkara yang kita harus sedar dan tahu. Dan saya bagi pihak Yang Berhormat pembangkang-pembangkang, akan memberi sokongan yang penuh atas tuntutan ini, untuk menjadikan kenyataan ke penghuni Sabah. Kerana ini kita tidak minta, ini bukan kita minta bukan kita punya hak.
Datuk Speaker. Ini kita punya duit, bukan duit dorang ini, duit kita ini. Takkan salah kami minta untuk supaya kita bangunkan anak-anak kita, jangan samakan, seakan-akan mereka tidak faham. Perjanjian 63, sekolah dibina di Perlis, sekolah dibina di Kelantan UMS, sama dengan kita bagi dengan Sabah, that is not 40%, that is concurrent list, ada Federalist. Federal list, education, keselamatan guru-guru yang ada. Mana ada Kerajaan Negeri lantik guru. Tidak ada Kerajaan Negeri lantik polis. That is Federalist perjanjian 63 yang ada. Mereka kena faham tentang tuntutan kita, jauh lebih jelas dan saya berharap Kerajaan Negeri tegas dalam perkara ini, untuk
memastikan supaya tuntutan ini kita pulangkan dan dimanfaatkan. Kewangan yang terbatas itu untuk pembangunan asas yang ada.
Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat, Datuk Menteri Kewangan, bila menyebut tentang apa nama, Sabah Energy, iaitu dengan pelaburan 50 bilion, 50 bilion, 50 juta lepas itu, mempunyai aset 4.9 bilion yang ada. Jarang sebagai seorang ahli ekonomi, you invest 50 million you have an aset 4.9 milion, bilion yang ada. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah senarai-senarai aset-aset yang dimiliki oleh SMJ ini, energy ini. Adakah aset-aset ini seperti Sabah Development Bank? Kalau kita boleh katakan bahawa SMJ telahpun meraih dividen 160 bilion, but it is the real, a new kind of news, good news, kerana kita tahu aset-aset itu merangkumi Sabah Development Bank, Sabah Credit, kemungkinan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah aset yang disebutkan 4.9 bilion ini merangkumi agensi-agensi GLC yang lain, walaupun aset yang lain. Ya, kalau saya nampak bahawa Sabah International Petroleum tidak sampai aset dia berapa bilion saja. Dan saya berharap sungguh dapat sedikit sebanyak penjelasan daripada Yang Berhormat tentang perkara ini. Oleh kerana masa tidak mengizinkan Datuk Speaker, cuma saya ada beberapa perkara seperti yang saya nyatakan, tentang pendidikan dan dari segi kemiskinan dan dari segi kemudahan asas yang ada. Penting kepada kita untuk pastikan supaya bila saya bersuara sebagai Ketua Pembangkang, ini menegur bagi constructive, criticism. Bukan ada niat yang kita nyatakan bahawa perkara yang untuk kebaikan rakyat, kami tidak sokong. Kami akan menyokong sekiranya tapi jangan lambatkan, jangan lewatkan. Saya tidak mahu nanti ketirisan kewangan, saya tidak mahu nanti suara berbunyi rasuah berlaku di merata tempat. Kita perlu ambil tindakan tegas tentang perkara ini, kalau kita nak selamatkan anak-anak muda kita, generasi yang ada.
Datuk Speaker, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, seperkara yang saya sebutkan lagi satu Datuk Speaker dengan izin, iaitu cukai, taxes yang ada dan ini private sector dah banyak berjumpa dengan saya. Mereka berhadapan dengan pelbagai masalah, bukan hanya di negara Malaysia, di Sabah juga, it is very redundant. Dia tak incentives kena cukai, it is very regressive.
Not progressive kind of approach, where we incentives. Kita mahu cukai, kerana kita, negara kita bergantung 300 bilion, 200 bilion lebih daripada hasil cukai. Saya faham, tapi terkadang ini membimbangkan saya. Mereka mempunyai target LHDN. Target dia berapa ratus bilion yang ada. Then on that, they incentives, they give more extra money. Masa saya dalam kabinet dahulu, i think this is not a good incentive for them. Apa yang penting kepada kita, adakah cukai ini kita dapat selaraskan? Supaya jangan lagi oleh kerana ada minimum wages yang ada, 1,700 yang ada. Ini membebankan usahawan-usahawan yang ada, invoice yang ada. Very tedious job. Kerja untuk mengisi borang-borang ini cukup. Lepas itu dijanjikan, you pay your tax first, then we give you another return on the tax. Kadang-kadang mengambil masa sampai 5 tahun, 10 tahun. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memperincikan perkara ini. Bukan hanya cukai yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri yang ada. Cukai kadang-kadang ada macam tourism sector yang ada di kawasan saya…
…bilik dicukai, RM10.00, kosong pun kena ada cukai dia contohnya. Tapi macam mana keadaan ini dapat menggalakkan? Di samping itu juga, saya minta kepada Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan, it’s a seasonal. Ada setengah tempat April, Jun, Chinese tourist, Korean tourist will come over tapi empat, enam, lima bulan empty, tidak ada. Lahirkanlah event-event, festive season ataupun kegiatan-kegiatan untuk mengisi ruang yang kosong, untuk membolehkan supaya pelancong bukan hanya daripada luar, bahkan juga pelancong daripada dalam. Untuk memastikan supaya kita dapat tingkatkan pendapatan hasil pelancongan di bumi Sabah ini.
Datuk Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kuamut, 25 minit.
Terima kasih Datuk Speaker. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada GRS yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana sekali lagi dapat menubuhkan sebuah Kerajaan. Kalau dulu, Kerajaan penggal lalu dipanggil sebagai Kerajaan GRS Plus, pada kali ini adalah Kerajaan Perpaduan. Namun apa juga nama yang dipanggil kepada Kerajaan ini, ianya berteraskan kepada aspirasi dan kehendak rakyat. Yang keduanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Menteri dan juga rakan-rakan backbenchers ataupun rakan-rakan ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu. Mudah-mudahan keberadaan kita bersama di Dewan ini, boleh menghangatkan Dewan ini dengan idea-idea baharu untuk kepentingan rakyat jelata. Datuk Speaker, seperti yang kita sedia maklum pada Jumaat yang lalu, kita sama-sama mendengar pembentangan Belanjawan daripada Menteri Kewangan. Belanjawan itu agak rendah sedikit berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Namun Kerajaan Negeri masih lagi dapat berjimat sehingga belanjawan itu dapat melahirkan lebihan sebanyak lebih kurang 30… RM28 juta. Dan kita juga diberitahu oleh Menteri Kewangan bahawa, akibat ataupun perkara-perkara yang menyebabkan belanjawan ini menurun sebabnya ialah, kekangan dan pengaruh daripada geopolitik antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa kuasa-kuasa besar telah memainkan peranan yang amat penting dan telah cuba mempengaruhi geopolitik dan pasaran antarabangsa, berlumba-lumba untuk menguasai ekonomi dan sebagainya.
Dan di kala itu, pimpinan negara dan negeri kita terpaksa mengambil pendekatan, memposisikan negara kita dan negeri kita supaya kita sentiasa relevan dalam ekonomi pasaran. Yang keduanya, Datuk Speaker, saya ada beberapa cadangan untuk meningkatkan ekonomi kita di masa akan datang. Yang pertamanya, seperti yang kita sedia maklum, Pilihan Raya telah berlalu dan semua kita tahu keputusannya. Rakyat telah memeterai suara mereka melalui peti undi. Dan sepatutnya suara itu diangkat di Dewan ini, untuk sama-sama kita menubuhkan Kerajaan, untuk mengambil posisi masing-masing sebagai memenuhi hasrat rakyat. Tetapi dalam begitu Datuk Speaker, pimpinan GRS yang telah mengetuai
perundingan Kerajaan ini sanggup menggadaikan masa depan politik mereka, demi untuk kestabilan politik, demi untuk menjaga perpaduan. Kerajaan GRS telah mengangkat suara rakyat bersama dengan tidak menidakkan keberadaan rakan-rakan kita di dalam Kerajaan Perpaduan, di Persekutuan. Kerana pada hemat saya Datuk Speaker, ini amat penting. Kerana kita berhadapan dengan suara rakyat yang inginkan supaya 40% itu dikembalikan kepada rakyat. Dan kita sedia maklum, mahkamah telah membuat keputusan. Dan kalau itulah perjudian yang sanggup dibuat oleh Kerajaan Negeri, pimpinan sekarang ini, tidak ada alasan lagi bagi Kerajaan Persekutuan berdolak-dalik. Mandat rakyat sudah terang lagi bersuluh. (Bunyi ketukan meja). Kerajaan pimpinan-pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menggadaikan masa depan politik. Sehingga kita diperli di kedai-kedai kopi, diperli di mana-mana media-media sosial.
Datuk Speaker, apa lagi alasan yang kita mahu persembahkan kepada Kerajaan Persekutuan? Inilah jawapannya. Kita mahu supaya Kerajaan Persekutuan tidak lagi merayu ke atas keputusan mahkamah ini. Yang kedua, Datuk Speaker, saya telah menelaah Belanjawan ini, memang ada disebut pada 15 November 2025 Kerajaan Negeri telah pun bermesyuarat. Di kesempatan ini, Datuk Speaker, saya ingin menekankan lagi kepada pihak Kerajaan Negeri supaya mempercepatkan jawatankuasa untuk menilai dan meneliti mekanisme-mekanisme yang perlu kita tuntut. Kerana jangan rakyat Datuk Speaker, bingung. Saya sendiri bingung Datuk Speaker.
Sekejap 10 bilion, sekejap 40 bilion dan itulah kononnya alasan Persekutuan untuk masih lagi sekarang tidak dapat menunaikan hasrat kita untuk menentang…menuntut 40%. Jadi saya mahu Kerajaan Negeri bermula selepas saja Dewan Undangan Negeri ini, tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai, meneliti apa mekanisme yang perlu kita persembahkan kepada Persekutuan, dan mesti ada keputusan yang tuntas daripada Kerajaan Persekutuan. Kedua, Datuk Speaker, saya faham kenapa perbelanjaan kita ini ataupun hasil kita ini agak menurun. Kerana dulu Datuk Speaker, ekonomi kita ini digerakkan oleh beberapa faktor ekonomi. Yang pertamanya, kelapa sawit. Kedua, petroleum. Ketiga, kayu balak, dulu. Tetapi sekarang ini Datuk Speaker, kayu balak sudah tak ada dah. Kita hanya bergantung kepada kelapa sawit, tetapi kita sedia maklum kelapa sawit ini
harganya turun naik, bergantung kepada harga pasaran. Demikian juga petroleum, juga dipengaruhi oleh harga pasaran. Jadi bagaimana kita mencari hasil baharu? Saya sarankan kepada Kerajaan Negeri, tadi telah dinyatakan..
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kuamut boleh saya mencelah sedikit?
Sebab Datuk Speaker… saya 25… Saya tidak benarkan, saya 25 minit saja.
Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]: Sikit saja, saya mahu mencelah soal 40, soal 40%.
25 minit saja.
Soal 40% saja.
Tidak apa-apa, saya teruskan dulu. Teruskan dulu ah.
Simple, pendek saja.
Saya teruskan dulu, saya teruskan dulu. Minta maaf saudara.
40% cadangan, cadangan.
Saya 25 saja, 25 minit.
Cadangan, cadangan, cadangan, boleh?
Tungku, nanti you bangkitkan dalam you punya ucapan sendiri. Dia tidak bagi laluan.
Nanti boleh berucap.
Tapi sebagai… sebagai ketua backbencher, patutnya Yang Berhormat menyebut apabila sebab ada deadlock dalam soal tuntutan 40% ini. Mungkin ada baiknya…
Datuk Speaker, saya tidak benarkan.
Okey, teruskan, teruskan.
Datuk Speaker, tadi Ketua Pembangkang pun menyatakan bahawa kita ada emas, kita boleh buat kilang, saya setuju dan sebagai tambahan Datuk Speaker, kita bukan ada emas saja. Kita ada arang batu, Kita ada timah, kaki kita ada rare earth.
Kenapa kita takut sangat menerokai sumber-sumber ekonomi baru ini? Di Sarawak, dengan gagahnya mempunyai ekonomi yang baik, ekonomi yang banyak, mereka sudah meneroka semua hasil-hasil galian ini. Kalau kita takut kepada pencemaran, saya rasa Sarawak masih hidup. Jadi, saya setuju kepada Ketua Pembangkang, bukan sahaja emas kita kena terokai, semua sumber-sumber ekonomi, bahan-bahan mineral, galian yang ada di bumi Sabah ini, kita harus terokai supaya boleh dinikmati oleh warga negeri Sabah kita ini. Datuk Speaker, saya juga ingin memfokuskan ucapan saya ini kepada Belanjawan ini. Kerana Belanjawan ini dipandu oleh kitab yang dipanggil sebagai Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dan ini tidak pernah setiap Belanjawan sejak Kerajaan GRS Plus dan GRS Perpaduan ini. Setiap ucapan, setiap ungkapan berpandukan kepada Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dan dalam Pembangunan Sabah Maju Jaya ada beberapa teras cuma saya mahu angkat ada beberapa teras saja saya mahu angkat di sini.
Yang pertama, Pembangunan Modal Insan. Memang selalu kita dengar, tetapi saya ingin angkat semula kerana kita mahu supaya Dewan ini di luar sana dan terutama pelajar-pelajar yang ada di sini memahami tentang hala tuju dan kehendak Kerajaan ini. Apa dia, Datuk Speaker? Teras utama dia Pembangunan Modal Insan. Saya ingin mengingatkan bahawa tidak pernah dalam Kerajaan Negeri sebelum ini, Tingkatan 5 dapat RM200, Tingkatan 6 dapat RM200. Peperiksaan. Kemudian masuk ke universiti, ambil Diploma dapat RM1,500, ambil Degree RM2,000. Bukan itu saja, malahan kakitangan-kakitangan kerajaan yang sudah bekerja juga diberikan peluang untuk keluar negara, untuk bersekolah, untuk menimba ilmu, untuk memantapkan idea dan semua ini Datuk Speaker, Kerajaan ini bertujuan supaya setiap individu sama ada daripada sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah kepada mereka yang sudah bekerja dapat belajar dengan sepenuh hati, dapat memberikan tumpuan kepada pendidikan, kepada kerjaya mereka dan apabila mereka membesar, apabila mereka sudah balik ke Sabah nanti semua idea dan ilmu itu dicurahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk kebaikan negeri kita yang tercinta.
Cuma, Datuk Speaker, saya mahu tanya jugalah. Di dalam Belanjawan ini, mungkin Belanjawan tahun hadapan ada beberapa pimpinan utama kita menyatakan, saya terbaca di newspaper, menyatakan bahawa bermula 2027. Bagi mereka yang berpeluang masuk universiti ataupun diploma milik Yayasan Sabah, akan diberikan yuran percuma dan kalau ini berlaku Datuk Speaker, saya amat kagum kerana semua liputan rangkaian pendidikan di Sabah ini dapat dibantu oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Yang ketiga, Datuk Speaker, Kerajaan Perpaduan juga ini adalah Kerajaan yang bertanggungjawab kepada setiap yang dikata itu mesti dikota. Apa yang dikata? Apa yang dikota? Waktu kita menghadapi Pilihan Raya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan bahawa Rumah SMJ akan ditambah kepada 50 dan diberi pula khas untuk mereka orang-orang muda yang baru berkeluarga dan dalam Belanjawan ini ada, bukan perkataan, bukan ucapan, bukan ungkapan politik. Di Belanjawan ini ada, kata itu sudah dikota, iaitu tahun hadapan setiap ADUN akan
memiliki 50 rumah percuma SMJ dan saya yakin kalau ekonomi kita bertambah baik, kantung kewangan negeri bertambah banyak, saya yakin rumah SMJ ini akan bertambah dari tahun ke tahun sehingga pada di penghujung penggal ini saya percaya akan mencapai sehingga 100 buah.
Cuma, Datuk Speaker, saya mohonlah kepada pelaksana-pelaksana dasar. Semua di sini cantik-cantik belaka. Daripada program Kerajaan sehinggalah bagaimana Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan permasalahan dari segi elektrik, air, jalan raya, dan sebagainya. Tetapi, jangan indah di buku ini saja. Kita mahu setiap pelaksana dasar, khususnya kakitangan Kerajaan, dapat bekerjasama dan membantu kita untuk mempercepatkan program-program ini. Sebagai contoh, sehingga sekarang saya dapat laporan, program bantuan kepada pelajar-pelajar ini. Seperti yang saya nyatakan tadi sebagai contoh, yang RM200 kepada Tingkatan 6, kepada pelajar-pelajar universiti ini.
Sehingga sekarang ada yang belum menerima. Apakah ini ada birokrasi? Kerana semua ini dimohon melalui online. Kalau di bandar ya, tapi kalau di kampung-kampung yang tercorok, di bukit sana, di sungai sana, yang tiada lain, Om saja. Macam mana? Jadi saya mahu penambahbaikan, Datuk Menteri. Jangan pusatkan permohonan itu di satu tempat. Kan kita sudah ada pegawai-pegawai SMJ di setiap daerah. Beri peluang kepada Pejabat-pejabat Daerah, Pejabat ADUN kerjasama ADUN, untuk mengendalikan bantuan-bantuan ini. Jangan pusatkan dalam satu-satu tempat. Kerana ini laporan yang sedih saya. Kasihan budak-budak kita, mereka mengharapkan sudah kita dendangkan bantuan-bantuan daripada Kerajaan ini, tetapi sehingga sekarang ada satu dua orang yang belum lagi mendapat manfaatnya. Datuk Speaker, saya teringat mendiang Datuk Siringan Gubat. Sebenarnya ini katanya, kalau kita bekerjasama ini, tidak banyak masalah, kita cepat membangun. Tetapi kadang-kadang sama ada orang politik ataupun kakitangan Kerajaan, dia belok, belok, belok, belok. Jadi maksudnya janganlah kasih belok, kalau lurus sana kasih lurus saja, kasih cepat saja itu urusan. Sebab, kita mahu supaya mana-mana Belanjawan yang sudah dibentang di sini, akan dibelanjakan semaksimanya sehingga akhir tahun. Jadi kadang-kadang ada projek-projek yang tahun depan baru bayar. Apa masalahnya? Dalam satu jabatan tiga bulan, dalam satu jabatan tiga
bulan, satu Kementerian tiga bulan.
Habis tahun, nehi.
Projek tidak dapat dilaksanakan.
Datuk Speaker, sebelum saya mengundur dirilah, saya sisipkan juga saya punya kawasan, mana Datuk Menteri ini? Belia dan Sukan. Minta tolong Kementerian Belia dan Sukan. Waktu pilihan raya...
…habis saya kena maki Datuk Speaker. Saya punya kompleks sukan tidak pandai siap-siap. Tugas saya sebenarnya sudah selesai. Saya yang merancang kompleks sukan. Saya yang mendapatkan peruntukan kompleks sukan. Bukan saya yang melantik kontraktor. Bukan saya yang memantau. Ini tugas Kementerian Belia dan Sukan. Jadi kita mahu...
Tenang. Bertenang-bertenang.
Belum panas bah. Kita mahu Kementerian Belia dan Sukan bantu. Kalau kontraktor tidak perform, tamatkan. Pantau. Jangan biarkan. Akhirnya, yang menjadi masalah wakil rakyat tempatan. Kita bukan ada kuasa memantau. Tugas kita penggubal dasar. Tugas kita meminta peruntukan. Tugas kita mencadang. Bukan tugas kita angkat batu. Bukan tugas kita buat parit.
Bancuh simen.
Ini tugas pelaksana dasar. Jadi mohon Menteri, Pembantu Menteri, tolong buat nota ini tebal-tebal, jangan nipis. Kalau kamu buat lawatan di luar daripada kawasan kamu, kawasan utama yang kamu lawat Kompleks Sukan Tongod. Nanti saya sediakan gong sambut kamu. Kalau perlu kompang, kompang. Yang penting, hasrat belia-belia di Tongod itu tercapai. Mereka mahu kemudahan sukan. Kita tengok sukan MSSM. Sabah juara. Antara atlet itu adalah daripada luar bandar, daripada Tongod walaupun tiada kompleks sukan.
Kedua, Datuk Speaker, ada program Kementerian untuk memberi internet…
Mohon, mohon mencelah sikit MSSM, Kuamut.
…memberi internet kepada…
Kuamut?
…luar bandar yang dipanggil Starlink…
Kuamut?
… ini program bagus Datuk Speaker.
Ada orang mahu mencelah. Mahu bagi laluankah?
Sikit saja dua saat. MSSM anak saya masa itu ah…
Kalau saya bagi laluan nanti sana kecewa.
Betul. Okey Balung tunggu giliran nanti. Teruskan.
Ini Starlink. Jadi kita minta Menteri berkenaan tambah kalau boleh setiap kampung. Saya tahu ini Starlink ini hanya sementara kerana konon-kononnya ada program ataupun ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang dipanggil sebagai JENDELA. Tapi sekarang saya pun tidak tahu jendela tutup atau jendela terbuka. Jadi kita mahu program ini dihebahkan, dibesarkan, dilebarkan kepada kampung-kampung. Kerana ini banyak membantu pelajar-pelajar kita untuk mendapatkan akses internet dan sebagainya.
Yang ketiga Datuk Speaker, Menteri JKR baru sampai. Ada satu PDM Datuk Speaker, iaitu saya punya kira home groundlah, paling kuatlah di sana tetapi gara-gara ini jalan raya saja. Jadi Datuk Speaker, Menteri, tolong. Jalan raya ke Kuamut, sekarang ini semua orang-orang ini masih menggunakan lagi bot. Tiada jalan raya. Kos pengangkutan dia besar.
Setiap kali turun kepada pekan-pekan yang berdekatan, mereka terpaksa menyewa bot. Berapa bot mahu disewa? Sewa bot sejak RM800, belum lagi minyak. Itu dulu. Jadi kita mahu, kita mohonlah. Banyak kali sudah saya cakap di Dewan Undangan Negeri ini. Ada saja alasan. Tetapi kita minta sokongan. Kita minta undi. Jadi saya mahu tanya, saya percaya ada sudah perancangan, tapi kita mahu dipercepatkan.
Yang kedua, jalan ke Kampung Inarad. Yang ketiga, jalan ke Kampung Kironggu. Selain daripada itu, bekalan elektrik ke Kampung Masaum, Kampung Mangkau dan kampung-kampung yang sekitarnya. Kerana Datuk Speaker, saya tahu di Masaum ini, tiang sudah berdiri. Saya ingat sepuluh tahun sudah, tiang sudah berdiri. Tetapi elektrik belum ada. Jadi kita mahu supaya Kerajaan Negeri membantu kita menyelesaikan masalah ini. Cari apapun masalahnya.
Mula gulung ya.
So, Datuk Speaker, kalau Datuk Speaker suruh gulung, saya gulunglah. Saya rasa itu sajalah.
Itu berhenti itu, saya bilang gulung. Bukan saya suruh berhenti.
Oh, kesimpulannya yang saya boleh bawa di sini sebagai penggulungan, semua kita ini Datuk Speaker saya ulang lagi kita telah berkorban. Di antara kita ini telah berkorban dan pengorbanan itu harus dihargai oleh pihak berkuasa. Kerana pengorbanan itu bukan sebagai pengorbanan peribadi, tetapi kita berkorban kerana kita ingin melihat negeri kita ini maju, negeri kita ini aman, negeri kita ini stabil politik.
Kerana itulah keutamaan kita. Untuk memajukan negeri kita yang tercinta ini kerana kita tahu negeri ini hanya pinjaman. Ini dipinjamkan oleh generasi muda ini anak-anak kita ini. Mereka pinjamkan negeri kita ini dan kita atur bagus-bagus, kita bincang bagus-bagus, kita majukan sebaiknya. Supaya jikalau mereka mengambil alih pimpinan kita di masa akan datang, mereka tidak lagi bersusah payah kerana kita telah hidangkan satu permaidani kepada mereka untuk menerajui pimpinan di masa akan datang, di negeri kita yang tercinta ini.
Datuk Speaker, dengan itu saya menyokong Belanjawan 2026. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih, Kuamut. Ini dimaki, dihamun ini, halwa telinga wakil rakyatlah. Terima saja. Sekarang saya jemput Ahli daripada Bongawan untuk membuat ucapan. 12 minit ya.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi di N.30 Bongawan yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk dipilih sebagai wakil rakyat pada kali ini. Amanah yang diberikan ini saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab, keinsafan dan komitmen untuk memastikan suara serta kepentingan rakyat Bongawan terus dibawa dan diperjuangkan di Dewan yang mulia ini.
Terima kasih juga saya ucapkan atas peluang kepada saya pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sabah berteraskan Belanjawan Negeri Sabah yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya menghargai belanjawan bernilai RM6.4 bilion ini yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat. Datuk Speaker saya ingin menegaskan bahawa pertanian bukan lagi sektor sampingan tetapi teras kepada keselamatan makanan kestabilan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.
Belanjawan yang dibentangkan jelas menyebut keperluan memperkukuh sektor pertanian. Namun saya ingin menekankan bahawa pendekatan pertanian Sabah perlu disusun semula…
Tuan Dr.
Daud bin Yusof [Bongawan]:… secara strategik, selari dengan perubahan ekonomi global, krisis rantaian bekalan dunia dan tekanan kos sara hidup. Sabah mempunyai tanah subur, tenaga kerja dan potensi pasaran tetapi masih berdepan tanah pertanian terbiar, petani kecil yang terperangkap dalam pengeluaran berskala rendah. Kebergantungan kepada input makanan, saya mencadangkan agar belanjawan ini satu, menjadikan pertanian sebagai sektor ekonomi utama, bukan hanya program bantuan bermusim. Kedua, menggerakkan semula tanah-tanah terbiar melalui penyelarasan agensi negeri dan persekutuan dan yang ketiga, menggalakkan pertanian komersil moden berasaskan teknologi bukan hanya kaedah tradisional.
Pertanian hari ini bukan sekadar tanaman dan tuai tetapi perlu disepadukan dengan rantaian bekalan, pemprosesan, pemasaran dan eksport. Jika belanjawan ini benar-benar menguatkan ekonomi negeri, maka pertanian mestilah diletakkan di barisan hadapan pembangunan, bukan sekadar pelengkap. Datuk Speaker, saya ingin kaitkan sektor pertanian ini dengan isu pembasmi kemiskinan, khususnya di kawasan luar bandar seperti Bongawan. Ramai rakyat miskin bukan kerana malas tetapi kerana pertama, tanah tidak diusahakan secara optimum. Yang kedua, tiada sokongan modal dan pasaran dan ketiga harga hasil yang tidak stabil. Belanjawan negeri memberi fokus kepada program pertanian berkelompok dan penyertaan belia dalam pertanian moden. Selain itu, insentif kepada petani yang beralih kepada pengeluaran berskala komersil. Jika pertanian diurus secara serius dan berdaya saing, ia bukan sahaja menjana pendapatan, malah mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Kerajaan.
Datuk Speaker, dalam konteks Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang dibentangkan, saya berpandangan bahawa pembasmian kemiskinan luar bandar tidak boleh dipisahkan dari pengukuran sektor pertanian, bantuan kewangan semata-mata tanpa memperkukuh keupayaan ekonomi rakyat, banyak bersifat sementara dan tidak
mampan. Ramai rakyat luar bandar memiliki tanah, kemahiran asas, pengalaman bertani, namun mereka terperangkap dalam kitaran pendapatan rendah kerana pertama, skala pengeluaran yang kecil, kedua, kos input yang tinggi, dan ketiga, akses pasaran yang terhad. Oleh itu, saya mencadangkan agar pendekatan dalam belanjawan ini memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi melalui pertanian, termasuk pertama itu, penyediaan sokongan modul berfasa, kedua, bimbingan teknikal, dan pemantauan berterusan, dan ketiga, jaminan pasaran melalui penglibatan agensi dan GLC berkenaan.
Langkah ini bukan saja dapat meningkatkan pendapatan petani, malah mampu mengubah struktur ekonomi luar bandar daripada menerima bantuan kepada penyumbang. Saya ingin menegaskan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan untuk memperkukuh pertanian rakyat adalah pelaburan jangka panjang dalam usaha membasmi kemiskinan selari dengan semangat dan tujuan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2026.
Datuk Speaker, saya ingin beralih kepada sektor perikanan yang juga merupakan nadi kehidupan rakyat pesisir pantai di kawasan saya dan banyak kawasan lain di seluruh negeri Sabah. Sabah kaya dengan sumber laut tetapi malangnya nilai ekonomi hasil laut kita masih rendah kerana kita hanya menumpukan kepada penangkapan bukan pemprosesan, seperti yang saya nyatakan sebelum ini dan selari dengan asal. Yang Berhormat Menteri, telah tiba masanya Sabah memberi tumpuan serius kepada perikanan hiliran.
Datuk Speaker, saya ingin menegaskan cadangan yang sangat penting, pembinaan kilang memproses hasil laut khususnya ikan sardin, ikan bilis, produk ikan sejuk beku dan produk nilai tambah berasaskan hasil laut. Kilang memproses ini akan menstabilkan harga hasil tangkapan nelayan, mengurangkan kebergantungan kepada orang-orang tengah, mewujudkan peluang pekerjaan tempatan dan meningkatkan nilai eksport hasil laut Sabah. Nelayan kita bekerja keras di laut, tetapi keuntungan besar hilang di peringkat pemprosesan dan pemasaran. Belanjawan Negeri perlu memutuskan rantaian ini dengan campur tangan strategik Kerajaan.
Jika pertanian adalah jaminan keselamatan makanan, maka perikanan adalah jaminan Ekonomi Biru Sabah. Keadaan ini memberi tekanan berganda kepada rakyat, sedangkan mereka bergantung sepenuhnya kepada sumber alam ini untuk kelangsungan hidup. Lebih penting lagi, sungai dan muara mempunyai potensi besar seperti produk pelancongan berasaskan komuniti aktiviti seperti pelancongan bot sungai, memancing rekreasi, ekopelancongan bakau, produk warisan komuniti nelayan. Boleh menjana pendapatan tambahan kepada rakyat jika diurus dengan baik. Namun potensi ini tidak akan menjadi realiti selagi sungai dan muara cetek dan tidak diselenggara, tercemar dan tidak selamat untuk aktiviti pelancongan. Oleh itu, saya mencadangkan agar Belanjawan Negeri Sabah memberi peruntukan khas dan berfokus untuk kerja-kerja pendalaman dan pembersihan sungai secara berkala.
Pemulihan ekosistem sungai dan bakau bagi menjamin kelestarian perikanan. Dan kedua, penyelarasan antara agensi negeri dan persekutuan agar pengurusan sungai lebih bersepadu, bukan bersifat ad-hoc. Ketiga, pembangunan sungai sebagai aset ekonomi rakyat bukan sekadar isu kejuruteraan. Datuk Speaker, jika Kerajaan Negeri serius memperkukuh sektor perikanan dan meningkatkan pendapatan rakyat, maka pelaburan dalam mengurus sungai dan muara adalah satu keperluan, bukan pilihan. Sungai yang terurus dan baik bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, menjamin kelangsungan perikanan dan meningkatkan keselamatan nelayan, malah membuka ruang ekonomi baru kepada komuniti setempat. Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan untuk sungai dan muara adalah pelaburan terus kepada ekonomi rakyat, bukan perbelanjaan sia-sia.
Datuk Speaker, di penghujung perbahasan, saya ingin menyentuh isu jalan raya secara ringkas tetapi tegas. Saya menyokong pembangunan jalan termasuk projek berskala besar. Namun perancangan yang tidak menyeluruh, khususnya Projek Pan Borneo telah memberi kesan sampingan kepada aliran air, sistem perparitan, peningkatan banjir di kawasan kampung.
Datuk Speaker, di kawasan Bongawan sendiri, banjir telah berlaku berulang kali dalam tahun ini, dan ini perlu diberi perhatian serius.
Apa yang telah
membimbangkan ialah apabila projek jalan yang menelan kos besar tidak berserta pemantauan rapi di peringkat pelaksanaan sehingga berlaku kelemahan dari segi reka bentuk, kualiti kerja dan penyelarasan antara agensi. Keadaan ini membuka ruang kepada ketirisan bukan sahaja dari sudut kewangan tetapi dari sudut ketirisan perancangan, ketirisan pengawasan dan ketirisan tanggungjawab.
Apabila pembinaan jalan tidak mengambil kira sistem saliran sedia ada, kesannya bukan kecil. Rakyat yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kini terpaksa berdepan kerugian harta benda, gangguan aktiviti ekonomi dan tekanan emosi setiap kali hujan lebat. Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan soal menolak pembangunan, tetapi soal kualiti dan kebertanggungjawaban dalam pelaksanaan pembangunan. Jalan yang siap tetapi menimbulkan masalah baharu kepada rakyat bukanlah kejayaan sebenar pembangunan…
… Belanjawan Negeri seharusnya memastikan setiap projek jalan dirancang secara menyeluruh, disemak impaknya kepada perparitan dan aliran air, dan dipantau pelaksanaannya agar menepati spesifikasi. Ketika perkara ini tidak ditangani dengan serius, kita akan terus membelanjakan wang ringgit untuk membaiki masalah yang berpunca daripada kelemahan perancangan sendiri. Saya percaya Dewan yang mulia ini juga bersetuju bahawa setiap sen yang dibelanjakan mesti memberi manfaat sebenarnya kepada rakyat, bukan menambah beban kepada mereka.
Datuk Speaker, isu perparitan tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan jalan. Saya menegaskan bahawa:
1.
setiap projek jalan mesti disertakan sistem perparitan berfungsi; 2.
penyelenggaraan parit perlu konsisten; 3.
rakyat tidak boleh menanggung kesan kerugian perancangan; dan 4.
pembangunan tidak boleh mengorbankan keselamatan rakyat.
Datuk Speaker, dalam konteks Belanjawan Negeri yang dibentangkan, saya berpandangan bahawa peruntukan untuk perparitan perlu dilihat sebagai keutamaan pencegahan, bukan sekadar perbelanjaan pembaikan selepas bencana berlaku. Setiap kejadian banjir bukan sahaja melibatkan kos pembaikan infrastruktur tetapi turut menyebabkan:
1.
kerugian harta benda kepada rakyat; 2.
kedua, gangguan aktiviti ekonomi harian; dan 3.
tekanan kepada keluarga terjejas.
Oleh itu…
Mula gulung ya.
Tuan Dr. Daud bin Yusof [Bongawan]:… Saya mencadangkan agar kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan dan naik taraf sistem perparitan dilaksanakan secara berjadual dan berterusan, serta diselaraskan dengan projek pembangunan jalan sedia ada dan akan datang. Langkah ini bukan saja dapat mengurangkan risiko banjir, malah membuktikan bahawa pembangunan yang dilaksanakan benar-benar mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan utama. Datuk Speaker, sebagai penutup, saya menyambut baik Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang dibentangkan dengan harapan pelaksanaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Pertanian dan perikanan mesti terus diletakkan sebagai keutamaan kerana kedua-dua merupakan sumber kehidupan, keselamatan makanan dan pendapatan rakyat Sabah.
Dalam masa yang sama, pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan secara berhemah, berintegriti dan bertanggungjawab agar tidak menimbulkan beban baru kepada rakyat. Dengan harapan, pandangan yang dikumpulkan ini diberi perhatian serius.
Saya menyokong Rang Undang-Undang Pembekalan Negeri Sabah 2026 demi kesejahteraan rakyat masa depan Sabah. Akhir kata, bersempena dengan musim perayaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh Penganut Agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Sabah. Semoga tahun yang mendatang membawa sinar harapan, perpaduan yang lebih kukuh serta kesejahteraan berpanjangan untuk negeri yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih. Bongawan ingin menyokong.
Maafkan saya Yang Berhormat Bongawan, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Tamparuli dan selepas tu saya minta Yang Berhormat dari Tanjung Aru dan selepas tu Yang Berhormat dari Sook untuk bersedia ya. Silakan Yang Berhormat Tamparuli. 12 minit juga.
Terima Kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang pada Tamparuli untuk turut membahas Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Karanahan Jumaat yang lalu. Tuan Speaker, izinkan Tamparuli memulakan perbahasan dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pengundi Dewan Undangan Tamparuli yang memberi mandat dan kepercayaan pada saya, Ahli Parlimen Tuaran, supaya juga mewakili mereka di Dewan yang mulia ini. Seterusnya, Tamparuli mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sulaman di atas kejayaan menubuhkan Kerajaan Perpaduan Sabah setelah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, Penggal Ke-17. Bagi pihak UPKO, Tamparuli mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sulaman kerana memberi pengiktirafan berdasarkan tiga kerusi UPKO dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan Sabah, dengan melantik Yang Berhormat Kadamaian, Presiden UPKO sebagai Timbalan Ketua Menteri III dalam keadaan di mana tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan Kerajaan.
Tuan Speaker, aspirasi dan komitmen Belanjawan Sabah 2026, iaitu untuk melonjak dan mempercepatkan pembangunan Sabah adalah juga aspirasi rakyat Sabah. Namun, kemampuan hasil kutipan Kerajaan Sabah termasuk pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan hanya mampu mencadangkan sebanyak RM1.865 bilion untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2026. Cadangan tersebut jauh daripada mencukupi untuk menyelesaikan pelbagai cabaran pembangunan infrastruktur Sabah terutama sekali masalah bekalan air terawat, masalah bekalan elektrik, masalah jalan raya dan logistik, serta mengatasi cabaran melonjakkan pelaburan dalam sektor pembuatan demi memacu pertumbuhan ekonomi Sabah yang mampan.
Tuan Speaker, masih ada 4355 km jalan gravel di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh Sabah yang perlu dinaik taraf kepada jalan berturap dan memerlukan peruntukan sejumlah RM60 bilion untuk menyelesaikan secara tuntas. Di daerah Tuaran sahaja, kita masih mempunyai 126 km jalan raya seperti itu yang memerlukan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menaik taraf. Jika sekiranya anggaran hasil Sabah masih lagi pada tahap RM6.430 bilion setahun dan dalam Belanjawan 2026 ini, Tamparuli tidak nampak butiran untuk naik taraf jalan gravel JKR Sabah.
Maka, Tuan Speaker, Sabah terpaksa menunggu 200 tahun lagi untuk menurap jalan-jalan gravel JKR Sabah secara tuntas. Oleh itu, Sabah hanya meminta ehsan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKW) Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini melalui projek Jalan Luar Bandar (JLB). Tuan Speaker, rizab margin pengeluaran air terawat Sabah masih berada pada tahap negatif 11%. Catuan air masih lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat.
Dalam Belanjawan 2026 ini, pada Kepala Perbelanjaan Pembangunan D33 Butiran 002 diperuntukkan sebanyak hanya RM209.670.000 dalam bentuk pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk rancangan bekalan air terawat.
Tuan Speaker, peruntukan ini tidak mencukupi. Ini pun Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai keseluruhan kos pembangunan bekalan air terawat.
Tuan Speaker, Tamparuli menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa perkara 112 C dan subseksyen 2 (1) bahagian 4 jadual ke 10, Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa 40% daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah hendaklah diberi kepada Sabah. Itulah hak Sabah, itulah entitlement Sabah bermula tahun 1975 hingga sekarang. Sabah dinafikan hak ini. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan bahawa kesemua perundingan antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini di mana kedua-dua pihak tidak merujuk, tidak merujuk kepada hak 40% tersebut merupakan satu constitutional breach ataupun pelanggaran undang-undang. Sebab itulah tuntutan 40% hak Perlembagaan Sabah perlu ditunaikan dengan segera oleh Kerajaan Persekutuan dan sebagaimana yang dinyatakan Yang Berhormat Karanaan, perundingan sudah bermula pada 17 November dan akan disambung pada 18 Disember ini.
Namun, pada ketika Kerajaan Persekutuan mahu berunding dengan Kerajaan Sabah, Kerajaan Persekutuan pula telah memfailkan Notice of Appeal terhadap perkara tersebut dalam penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut. Dalam hal ini, Tamparuli mohon mencadangkan agar Kerajaan Sabah, selaku Responden Kedua dalam perbicaraan semakan kehakiman terhadap perundingan antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1975 yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS), Tamparuli mendesak, Tamparuli mendesak supaya Kerajaan Sabah meminta Kerajaan Persekutuan agar menarik balik Notice of Appeal tersebut. Tamparuli mendesak supaya Kerajaan Sabah…
Kabinet Kerajaan Sabah menjadikan penarikan, penarikan balik notice appeal ini sebagai salah satu syarat dan terma perundingan pada 18 Disember ini. Kabinet Kerajaan Sabah perlu bertegas meminta Kerajaan Persekutuan agar menarik balik notice appeal tersebut kerana rayuan itu adalah irrational dan bertentangan dengan keputusan no appeal on the 40% oleh Kabinet Persekutuan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dewan Rakyat Parlimen Malaysia sejajar dengan pengiktirafan dan penerimaan Kerajaan Persekutuan terhadap hak perlembagaan Sabah atau entitlement 40% tersebut.
Tambahan pula, Tuan Speaker, hanya dua daripada lapan perkara dalam notice of appeal tersebut yang merujuk kepada written judgement (Kurang jelas). Manakala enam daripadanya tidak mempunyai kaitan langsung dengan penghakiman petulis Mahkamah Tinggi Utama tersebut. Oleh itu, Tuan Speaker, jika sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan menarik balik tersebut, maka Kerajaan Sabah selaku the second respondent, atau responden kedua, dan pihak berkepentingan dalam kes ini seharusnya merujuk perkara ini kepada Mahkamah Rayuan melalui satu tindakan judicial review atau semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan.
Suara rakyat Tamparuli dalam PRU, Dewan Undangan Sabah Ke-17, jelas mahukan penyelesaian tuntas terhadap pelbagai masalah infrastruktur, terutama sekali gangguan bekalan air, gangguan bekalan elektrik, jalan raya berlubang-lubang, dan masalah ekonomi. Sebuah blok bangunan SMK Tamparuli. SMK Tenghilan telah diisytiharkan oleh JKR sebagai tidak selamat. (suara bertindih)
Tamparuli, Tamparuli? Tamparuli? Boleh saya mencelah sedikit? Sekejap saja, saya bagi satu cadangan.
15 minit saja Yang Berhormat.
Sebagai cadangan, soal 40% tadi tu ya. (suara bertindih)
Kalau Tuan Speaker tambah masa, boleh. Tapi tiada tambahan masa.
Bagi dia masa Speaker, saya mahu minta dia punya pandangan.
(Angguk kepala)
Silakan.
Yang Berhormat Tamparuli, adakah Yang Berhormat Tamparuli bersetuju jika sekiranya masih lagi berlaku deadlock dalam proses perundingan antara Kerajaan Negeri, antara Kerajaan Sabah dan juga Persekutuan, ada baiknya perkara ini dibawa kepada pihak ketiga untuk membuat keputusan supaya perkara ini boleh diselesaikan secara tuntas. Adakah Yang Berhormat setuju? Terima kasih.
Yang Berhormat Tungku, terima kasih di atas pertanyaan itu. Sebenarnya Perkara 1.1.2 (D) Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa dalam hal perundingan ini kalau ada jalan buntu kedua-dua pihak boleh melantik assessor, ada penyelesaiannya.
Tetapi kuncinya perundingan, kuncinya 40%. Jika sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak berniat baik, ya. Dia mahu berunding sekarang tapi masih lagi ada appeal, ini masalahnya. Yang kita minta Kerajaan Persekutuan benar-benar jujur dan ikhlas untuk berunding. Jangan lagi ada appeal. Itu yang kita minta sebab semua dalam Perlembagaan Persekutuan ada, boleh diselesaikan. Ya, terima kasih.
Tuan Speaker, saya sambung. Sebuah blok bangunan SMK Tamparuli dan SMK Tenghilan telah diisytiharkan oleh JKR sebagai tidak selamat.
Dan mereka meletakkan harapan terhadap hak 40% tersebut untuk menyelesaikan semua
permasalahan ini dan bukan menunggu peruntukan daripada Persekutuan semata-mata kerana sudah lama, sudah lama.
Ini Kementerian Pendidikan antara tanggungjawabnya ialah menjaga keselamatan pelajar. Menjaga warga pendidik di sekolah. Kalau ada apa-apa, masalah sekolah ini jatuhkah? Robohkah? Siapa yang bertanggungjawab? Kita tidak boleh menunggu, kita buat macam Sarawak, Kerajaan Negeri sendiri mengambil tanggungjawab, dia buat saja. Tapi kita tiada duit, peruntukan kita tidak cukup, macam mana? kita menunggu sahaja 40% ini untuk ditunaikan.
Tuan Speaker, kawasan Dewan Undangan Tamparuli merupakan hub pengeluaran air terawat, khususnya untuk bandar raya Kota Kinabalu dan daerah Tuaran. Pada masa yang sama, DUN Tamparuli juga merupakan hub pengeluaran makanan, khususnya daging ayam, daging telur dan daging khinzir. Namun, sudah lari submargin pengeluaran air terawat, terlalu rendah pada paras 11%, -11% bagi seluruh Sabah dan paras sifar di Pantai Barat. Loji Rawatan Air Telibong I pula sering ditutup, sering ditutup sehingga berhari-hari. Inilah nasib rakyat Tuaran, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
Penduduk menderita dengan pencemaran bau busuk dan pada masa yang sama mengalami gangguan bekalan air ke lalu Loji Rawatan Telibong I berkapasiti 70 MLD terpaksa ditutup lebih 30 kali pada tahun ini saja, akibat pencemaran air mentah di water intake loji tersebut kerana kadar amonia yang tinggi berpunca daripada pencemaran ladang ayam yang terletak di Kampung Kauluan. Seperti juga dengan kesemua ladang ayam dan ladang khinzir di seluruh Sabah, ladang-ladang ini tidak dilesenkan oleh Agensi Pengawal Selia Utama, iaitu Jabatan Veterinar. Ladang-ladang ayam dan kinzir di kawasan DUN Tamparuli dan daerah Tuaran hanya beroperasi menggunakan lesen perniagaan daripada Pejabat Daerah Tuaran. Tamparuli difahamkan bahawa Jabatan Veterinar sedang menggubal pindaan terhadap Enakmen Haiwan 2015 bagi memberi kuasa kepada peraturan Control Livestock Activities Rules (PIG) 2008 yang sedia ada untuk dikuatkuasakan. Seterusnya, Jabatan Veterinar Sabah akan meminda peraturan tersebut bagi memudahkan perlaksanaannya di peringkat DBS sendiri tanpa perlu merujuk kepada
jabatan atau agensi lain, termasuk pengeluaran lesen menternak dan penutupan atau penarikan balik lesen menternak yang telah dikeluarkan sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Saya, Tuan Speaker, bila bercerita dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Veterinar, mereka berhempas pulas untuk menjalankan tugas. Tetapi, di atas ketiadaan, ketiadaan kuasa. Pertanyaan Tamparuli, kenapakah enakmen ini tidak dipinda sekian lama, sehinggakan tidak boleh mengeluarkan lesen.
Mula gulung.
Saya mohon ada lagi sikit, Tuan Speaker.
Teruskan saja, saya suruh gulung, saya tidak suruh berhenti.
Tuan Speaker, Tamparuli mencadangkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Enakmen Haiwan 2015 yang komprehensif dapat dibentangkan di Dewan yang mulia ini seawal persidangan pertama tahun hadapan. Jabatan Veterinar perlu mengawal selia industri ternakan haiwan, khususnya ladang khinzir dan ayam secara berkesan termasuk kuasa pelesenan serta penguatkuasaan standard pengurusan yang memenuhi keperluan Environmental, Social and Governance (ESG). Selain isu pencemaran, harapan rakyat agar bekalan air terawat di Pantai Barat Sabah dapat diselesaikan secara tuntas menjelang tahun 2030 melalui pembinaan Empangan Ulu Padas yang dianggarkan menelan belanja melebihi RM4 bilion dan menjana 187 megawatt elektrik, serta menjadi pembekal air mentah kepada satu loji baru bernama Loji Rawatan Beaufort yang dikatakan mampu mengeluarkan lebih 900 MLD sehari. Tamparuli tidak memikirkan ini semua dapat tercapai mengikut jadual. Ini adalah kerana walaupun Majlis Pecah Tanah telah dibuat pada awal tahun 2024, pemaju masih belum memulakan kerja pembinaan sehingga kini akibat perjanjian pembelian tenaga ataupun Power Purchase Agreement (PPA) antara pemaju, iaitu Gamuda dan Sabah Electricity yang masih belum ditandatangani kerana kadar tarif belum dipersetujui.
Perbezaan kadar tarif yang diminta oleh kedua-dua pihak adalah sangat besar, iaitu Gamuda meminta 45 sen per kilowatt-hour (kWh) manakala Sabah Electricity (SESB) mahukan kadar di bawah paras 35 sen per kilowatt-hour (kWh). Tuan Speaker, in the interest of time dan tanpa berbahas jangan lebih terperinci, Tamparuli berpendapat bahawa satu-satunya pilihan yang berdaya maju untuk menyelesaikan situasi negatif rizab margin bekalan air terawat di Sabah ialah melaksanakan Empangan Kaiduan dengan segera.
… Namun demikian, Kerajaan perlu mengambil iktibar daripada sebarang kesilapan dan kekurangan dalam perlaksanaan Empangan Babagon sebelum ini. Pampasan hendaklah diatur sebaik mungkin sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan empangan tersebut. Sebagai kesimpulan dan mengakhiri perbahasan ini, Tamparuli mengucapkan terima kasih atas peningkatan bilangan rumah SMJ, yang boleh diberikan oleh setiap ADUN daripada 40 kepada 50 buah. Namun, Tamparuli mencadangkan agar sebahagian daripada peruntukan rumah tersebut boleh digunakan untuk baik pulih rumah-rumah daif. Sebenarnya Tuan Speaker, terlalu banyak rumah-rumah yang daif yang perlu bantuan, dan kadang-kadang kita bagi dengan rumah SMJ ini, saya nampak pembinaan diapun semakin kecil.
Walaupun peruntukan dia sampai RM80 ribu, elok sebahagian daripada peruntukan di bagi, diberikan untuk membaikpulih rumah-rumah daif. Akhir kata, Tamparuli mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap langkah Kerajaan Perpaduan Sabah meningkatkan peruntukan pembangunan keagamaan dan institusi keagamaan bukan Islam, serta sekolah-sekolah mubaligh dan persediaan daripada RM70 juta kepada RM90 juta. Tamparuli mohon mencadangkan, apa kiranya peruntukan bagi agama bukan Islam ini ditingkatkan, setara dengan peruntukan pembangunan operasi Hal Ehwal Agama Islam termasuk sekolah agama Islam dan masjid sebanyak RM151.08 juta. Memandangkan peruntukan RM90 juta tersebut dikongsikan oleh pelbagai agama seperti Budha, Hindu serta pelbagai gereja Kristian
termasuk RC, SDA, Anglikan, GYB, SIB, PCS, Methodist, Baptis dan sebagainya. Tamparuli juga mohon cadang agar Tourism dimasukkan dalam senarai agama bukan Islam yang layak menerima bantuan tersebut. Tuan Speaker, saya akhiri ucapan ini dengan tiga rangkap pantun.
Hujan lebat, jalan berlubang lagi, Sakitnya hati, karan pun mati-mati; Rasa mau birak, tapi tiada air bikin cuci, Sakitnya di sini, betul-betul rasa bikin memekit.
Dari Tuaran ke seluruh pelosok negeri, Bangkit bersama rakyat Sabah tercinta; Jangan lagi dibuyuk, kita mesti tuntut satu hati, 40% hak Sabah, kunci penyelesaian semua masalah.
40% hak perlembangan Sabah, jangan dirayu lagi, Terus laksanakan saja rayuan isteri mantan Perdana Menteri; AG boleh tarik pula, tariklah bah sekali, Rayuan hak 40% Sabah.
Sekian Tamparuli mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tamparuli. Sebelum saya memanggil Tanjong Aru, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berhormat Kunak, yang telah mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri dan mengambil tempat di sana dan ikutilah untuk mengambil makluman tentang Kementerian kamu. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Aru, 12 minit ya.
Terima kasih Datuk Speaker, kerana bagi saya peluang untuk membahas dalam pembahasan bajet ini. Dan saya amat tertariklah dengan daripada pembahasan beberapa YB yang baru-baru, terutama lagi daripada Kuamut tadi. Dia sentuh pasal 40% di mana kita semua pun tidak tahu.
Sebenarnya sebagai YB pun kita tidak tahu berapa kita punya hasil sebenarnya 40%. Ada yang PMX kata 10 bilion dan sebagainya. Saya setuju, amat setuju sebab kita tidak tahu sebenarnya. Saya pun tidak tahu. Saya rasa pun Datuk Speaker ini pun ingin mahu tahukan. Jadi saya rasa ini saya sangat setuju dan bahawa dia ada satu cadangan di mana mungkin satu komiti itu dibentuk, untuk berbincanglah dengan Federal Government dan saya rasa kalau saya setuju. Tapi kalau boleh saya cadanglah kalau boleh juga ada wakil daripada pembangun untuk dimasuki dalam komiti ini juga, sebab kita pun ingin kembalikan 40% itu untuk Sabahlah. Haknya hak untuk Sabah dan untuk selesaikan masalah elektrik, masalah air dan sebagainya, infrastruktur dan sebagainya.
Tapi saya nak cadangkan juga di sinilah Datuk Speaker, bahawasanya , bila kita nampak dalam anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun 2026, kita tidak nampak ada ini 40% punya itu column dimasuki. Ertinya, why did I said that ah? Dengan izin ah Datuk Speaker, because saya baca daripada bajet ini. Dia macam itu, dia cakap the state goverment also welcome to decision of the high court, which affirm Sabah conditioner for 40% special grant under artical 112C or 112D of federal constitution jadi, on behalf the federal goverment as on behalf of Sabah Government, I wish to express our highest appreciation to Sabah Law Association and then blah… blah… blah… blah… blah, and is that for information of the August house the first meeting of special grant legal section commity has been held on 17 November 2025, and the Sabah government is confident that the consulate effort of all parties, will not be invent and this sackful claim will be insignificant positive impact to Sabahans. Jadi, kita pun sudah sedia maklum bahawa High Court sudah ada putuskan bahawa 40% itu harus dibincang dalam 90 hari, dan dikem dan bincang macam mana kasih balik duit itu dalam lapan rat 180 hari. Jadi saya rasa ada baiknya untuk kita masuki satu normination, nominate, nominal figurelah amount dalam satu dalam kita punya bajet, di mana kita mungkin ada anggaran, berapa kita boleh dapat balik tentang 40% dalam kita punya bajet. Supaya kita hantar satu mesej yang cukup jelas kepada Federal Government, di mana kita ada serius dan kita memang mahu kasih kembalikan kita punya duitlah. Sebab kita perlu ada anggaran itu dalam kita punya bajet ini. Ini, ini saya punya cadanganlah Datuk Speaker, kalau boleh. Yang ini saya
rasa sangat pentinglah. Jadi, saya rasa hasil itu untuk Sabah, di mana PMX katakan kita ada RM10 bilion revenue dicontribute oleh Sabah. Saya rasa itu memang satu figure yang mungkin bagi sayalah kurang tepatlah. Because saya ada baca daripada satu em, berita, ini, ini show businnes dalam satu Tik Tok link dia orang, di mana dari 2018 sampai…
Yang Berhormat, ini maklumat-maklumat dari Tik Tok-tik tok ini, you tidak boleh gunakan kalau you got pity* sebagai rujukan dalam perbahasan ya. You stick to the facts, what is, what is, what is in the facts, what is under the statistics.
..Okey, terima kasih. Jadi saya rasa dia memang satu news punya platformlah. Tapi tidak apa, terima kasih Datuk Speaker. Jadi di sini saya continue, the next. Bila saya baca di sini, saya nampak ada juga satu usaha umum mana daripada bajet ini di mana the Sepanggar Bay Container Port 2 project akan ada expansion plan dia, dan saya ingin sampaikan kepada Datuk Speaker bahawa sekarang setakat ini keadaan Sepanggar Port ini masih lagi sangat highly ineffectivelah. Sebab sekarang satu kontainer dia, pada ini latest ah, we just check satu, Container yacht tunggu time boleh sampai dua ribu, eh dua ribu pula, sorry, dua sehingga empat jam waiting time at the container Yacht dan kalau outside port queue boleh sampai satu jam. Masih lagi highly ineffective for a port. There’s there is only handling 0.5 million 25 equivalent units CEUlah. Jadi, saya minta pantau atau tindakan sekarang daripada Kerajaan supaya boleh checklah untuk pastikan dia holding time itu dikurangkan. Sebab sekarang itu festive season akan datang dengan Christmas, New Year dan juga Chinese New Yearlah. So, I hope that it doesn’t affect Kirmeh business community yang masih sufferinglah tentang ini. Because of the high business cost doing business and ah the high, because of due to the high holding cost-lah jadi satu.
Okey, bila saya go thru, okey tentang perindustrian, now Datuk Speaker dia ada okey see are there’s ee bila ada umuman daripada bajet ini, di mana Menteri Kewangan umumkan bahawa Sabah Manifacture Sector continue to show of a strong performancelah, with the contribution of 7.2% to Sabah GDP, a graft of 1.2%
in 2024. This increase demonstrate that Sabah Industrial Sector remain resilientlah despite facing global economic in an suddenly.
Di sini saya ingin mungkin share sedikit bahawa kalau kita, Datuk Speaker, kita sedia maklum, pada 2018 sebenarnya kita punya manifacturing factor contribution to Sabah GDP 7.3%. Better then now better then 7.2% yang diumumkan baru-baru ini. Jadi, jadi dia, kita punya itu industri yang kita bergantungkanlah, manufacturing masih lagi heavenly on oil and gas, mainning quality dan juga palm oillah. Its dominant sactors that saya rasa sekarangpun samalah. Jadi, saya nampak dia sudah lack of major outcome and impact ini together untuk pass punya industrialsation programme. Ertinya, Kerajaan yang dahulu itu samalah and then…
JRS 5 tahun yang dahulu, dia punya industrialization program itu tidak memanfaat, we don’t see the real impact itu. Kalau bagi saya, saya rasa dia tidak fokus dengan industri yang lain seperti agriculture untuk downstreamkan dia orang. Sebab kita boleh nampak daripada figure ini hanya oil and gas, mining, quarry and palm oily for industrialization. Jadi ini figures are coming from this industry sajalah. So, saya rasa ada penting untuk kita buat industrialization dengan kita punya strength. Ertinya itu daripada agriculturelah. Ini satu cadangan daripada saya and saya rasa cost of living sekarang, remain very high and they are lack of any budget, focus budget untuk membantu dengan SME, khasnya SME, the backbone of our economy untuk menunjukkan peluang pekerjaan dan to sustain unemployment figures. That’s why our unemployment remain highest in Malaysia and still very high as in right now, okey.
Jadi di bajet, saya nampak dalam human capital development. Saya ucapkan tahniahlah di mana Kerajaan atau kewangan atau Kerajaan GRS, dia tunaikanlah dengan dia punya janji, janji dia diumum bila pilihan raya, di mana dia akan naikkan kamu punya peruntukan untuk nonreligion bodylah, private missionaries schools daripada RM70 juta ke, sorry RM70 million ke RM90 million. Tapi saya ingatkan di
sini, bila saya tengok dalam ini Anggaran Hasil dan Belajawan Tahun 2026, Datuk Speaker. Juga ada satu pengumuman daripada GRS, diumum banyak kali bila, bila kita di pilihan rayalah, maksud saya berkempen, bila musim berkempen, umum banyak kali adalah itu UEC scholarship. Khas fund untuk diperuntukkan 5 juta itu, untuk UEClah kan, Unified Examination Studentslah, certificate akan dibagikan. Jadi saya tidak nampak ada dalam bajet ini, ertinya itu untuk RM5 million scholarship specially for Chinese schoolslah students, tiada dimasuk dalam sini. Jadi saya ingatkan Kerajaan bahawa itu ada banyak pengumuman daripada banyak badan Kerajaan waktu pilihan rayalah, berkempen pilihan raya dan diingatkan untuk masuk ini jangan lupakan, ini ya, satu.
Okay, then hang on ah, ya dalam educational assistance pun saya tidak nampak itu UEC ada disedia dalam sinilah, jadi ini sebagai satu ingatanlah, supaya sebab saya tengok ini kita punya Chinese school students memang pun tunggu-tunggulah, menanti-nantikan dengan ini scholarshiplah. Okey, dan saya nampak lagi ada satu ini pengumuman, report dalam ini bajet adalah pada 20… 26 Ogos 2025, Sabah has achieved zero hardcore poverty. Kalau betul, ini saya ucapkan tahniahlah. Tapi saya nak tanyalah di sini Datuk Speaker. Apa definisi dia? Hardcore poverty ini. Sebab kalau kita lawat ke kampung dan mana-mana, kita nampak banyak lagi tanpa ada air dan electricity, itu pun saya tidak tahu kalau itu pun considerkah hardcore povertykah tidak? Because dalam keadaan yang macam itu daiflah. Jadi saya minta definisi dia untuk… Tuan speaker: Kalau tiada, tiada air, bukan bermakna dia hardcore yang tiada air.
Hardcorelah kan?
Tuan speaker: Di kondominium, pun tiada ada air juga kadang-kadang, kan?
Jadi hardcorekah tidak?
Tuan speaker: So no. Tiada air, it’s not the.
It’s not, it’s not the.
Tuan speaker: Yeah, stick for the hardcorelah.
Okay, then Datuk Speaker. Saya nak bertanya dan definitionlah. Because why? If we go down and we see anybody who meets this definition, kita boleh bawalah dia orang untuk memohon itu “Sentuhan Kasih Rakyat” supaya dorang dapat RM300 setiap bulanlah, kan? Saya rasa itu adalah sangat pentinglah untuk kita sebagai wakil rakyat, bantulah kita punya rakyat di kawasan kita kalau dia terpinggirkah, tidak dimasuk dalam ini listkah, kita boleh bantulahkan? Jadi saya mintalah itu definisi daripada Kerajaan dan di ini welfare punya bajet, saya tidak nampak juga itu PA system, PA system sorry. PA insurance, PA insurance yang diumum oleh atau dilaksanakan oleh Kerajaan GRS yang dahulu, bahawa dia ada satu Program 3 Years Progressive PA Insurancekan? Masih ingatkan, Datuk Speaker?
So, RM50 juta sudah dibelanjakan untuk bagi PA system coverage untuk kita punya rakyat, semua rakyatlah okey, semua rakyat. Dan saya tidak nampak dia ada di dalam ini, kita punya bajet ini. Dan saya rasa itu adalah hairan, sebab dia adalah satu 3 years progressive program. So, it should be included dan di sini saya ingin tanya jugalah, berapa sudah orang sudah claim tentang PA Insurance ini? Yang saya nak minta makluman daripada Kerajaanlah. How many claims have been done so farlah? Okay? Speaker, so ada ini lagi, nanti sekejap. Okey, di sini saya nak mintalah sebab saya nampak sekarang, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan sebab dia ada satu, dasar saya rasa baik. Di mana GLC are required to submit quarterly return performance report directly to the right honourable Chief Ministerlah, starting next year.
Saya rasa ini ada satu dasar yang baik. Tapi saya cadangkan di sini bahawa, kalau bolehlah. Kalau bolehkan, it was a legitimate request for us to for them to table ini sebab kau sudah tuliskan, setiap quarterly you sudah tulis sama Ketua Menteri. So i request kalau dapat, Datuk Speaker pun boleh, kalau boleh sokonglah. We table this dia punya performance report di Dewan ini supaya kita sebagai wakil rakyat pun kita
boleh tahu bah, kita tahu macam mana mahu bantu dan juga memantau, dari segi responsible role as a state holdinglah for this government fund dan juga saya rasa itu ada satu good principle…
Mohon mencelah?
… of apa ini.
12 minit sudah.
Good governance and trans…
Okey, terima kasih.
Ya, good governance and transparencelah.
Saya rasa saya boleh saya cadangkan ini dan sebelum lagi, saya mahu sebelum Datuk Speaker suruh saya gulung, saya rasa ada satu isu saya rasa mungkin orang rasa tidak macam itu penting tapi saya rasa ada sedikit serius jugalah, itu adalah tentang ini Human Wildlife Conflict, sebab saya nampak sini ada banyak program daripada wildlife diberikan peruntukan untuk buat development projects to avoid this atau address human wildlife conflict. Okey, di sini saya nak satukan, ini crocodiles itu Datuk Speaker. Okay, i want to talk about this, because why? I think the fatal attacks of crocodiles in Sabah ini sudah jadi sangat alarming because if by, you look at the figures, this is official report from Sabah Wildlife’s Department. 2021, there were only three persons. 2022, six fatal attacks, i’m talking about fatal attacks, yang mati punya ya. 2023, nine. So from 2021 to 2023, they already increased of 300% people died because of crocodiles attacks. In 2024 October, already 11 death, two injuries and i think the figures will continue to increase. In today, kalau you ada observe social media, i know you say cannotlah but i think it’s quite truelah, Likas you boleh nampak crocodile itu, dia punya, dia punya parit itu. Di Lido Avenue pernah ada jumpa juga.
Mohon mencelah, Datuk Speaker. 13 minit sudah.
Terima kasih ya. Terima kasih sebagai reminderlah. Aeropod pun you boleh nampak ada crocodile cross the road, dia limpas itu jalan raya itu.
Tuan speaker: Itu biawak bah itu.
Bukan biawak itu, crocodile itu. Itu bukan biawak, crocodile itu dan di Pulau Gaya pun, saya punya penduduk pun. Tuan speaker: Itu biawak dari parit itu?
Bukan, bukan, itu bukan biawak. Ini crocodile, Datuk Speaker. Jadi saya rasa inilah, kalau boleh, Kerajaan boleh address issue ada peruntukan untuk kita, we need to address this issue because we are seeing them already in Pulau Dinawan, Pulau lagi Gaya macam itu. Saya rasa sangat membahayakanlah dengan nyawa kita punya nelayan atau tourist. Jadi saya mintalah Kerajaan untuk ambil tindakan. And lastly, sebelum saya menggulung, saya rasa kawasan saya sedikitlah sebab kawasan saya sekarang isu yang paling serius adalah crime.
Mohon mencelah, Datuk Speaker. 14 minit sudah.
Tidak dibenarkan. Datuk Speaker, saya teruskanlah. Jadi, di Tanjung Aru sekarang, Tuan speaker: Ya, ya, ya.
Kalau boleh nampak the crime rate is extreamly high because of the inaffective light street, ini lightingslah, lightings di daripada Stella Maris Church sampai rumah pangsa, apa lagi sekarang rumah pangsa sudah diterbengkalai atau di abandoned, so dia jadi hideouts for a lot of this drugs dealers and sebab dia sangat gelap, and there is no lighthing. And i hope
Kerajaan boleh ambil sesuatu tindakanlah untuk fix the lighthing. Kalau saya boleh cadanglah, at least we propose all the street light in Tanjung Aru provinces to be revamp sebab that is a very popular tourism spot as well, people tourism walk through to from the Pantai Tanjung Aru ke bandar, dia orang walk through Tanjung Aru itu. So i hope we can do a little bit about this. Kalau tidak, saya boleh mungkin cadanglah kita punya Datuk Speaker atau kita punya Datuk Menteri. Kita…
Mohon mencelah Datuk Speaker, 15 minit sudah.
Tuan speaker: Balung, i never appointed you as a time keeper please.
Ya, betul juga Datuk Speaker. Dia orang, ini orang baharu kena belajar itu. The standing Order itu dia tidak tahu, terima kasih. Jadi saya rasa kalau boleh, itu Menteri atau Datuk Speaker, kita boleh bawa ke satu night triplah. Sebenarnya saya drive through one nightlah and i want to take photo supaya kena showlah. Tapi sebenarnya terlalu gelap, ambil foto pun tiada gunalah. So, i hope bolehlah kita fix the street light for Tanjung Aru ya. Dengan itu saja, Datuk Speaker. Terima kasih banyak-banyak. Saya mohon mencadang dan menyokong dengan bajet ini. Denganlah syarat itu, 40% ini dimasuki dalam ini bajet dia. Terima kasih, Datuk Speaker.
Tuan speaker: Okey, terima kasih Tanjong Aru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat…
Yang Berhormat Sook, for his maiden speech. Selepas itu saya minta Sulabayan dan Karambunai untuk bersedia ya. Silakan Yang Berhormat Sook.
Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Seri Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan
kepada saya untuk membahaskan Belanjawan Sabah Tahun 2026. Sebagai ucapan perbahasan saya yang pertama dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mula dengan merakamkan penghargaan saya kepada pengundi di kawasan DUN Sook yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil kamu dalam Dewan yang mulia ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta barisan Kabinet Sabah, serta semua rakan-rakan saya yang baru dalam Dewan yang mulia ini kerana diberikan mandat untuk 5 tahun yang akan datang. Walaupun ada yang berbeza pandangan politik, tetapi saya yakin matlamat semua kita dalam Dewan ini adalah untuk membina Sabah yang lebih baik untuk semua.
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Kerajaan Negeri Sabah yang bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu kedaulatan Sabah. Baru-baru ini pada 9 Disember 2025, Malaysia telah mencatat satu kejayaan yang besar di peringkat antarabangsa apabila Mahkamah Rayuan Paris telah membatalkan sepenuhnya final award dalam kes tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Keputusan ini bukan sahaja mempertahankan kedaulatan undang-undang negara, malah melindungi kepentingan ekonomi serta aset strategik Malaysia khususnya di Sabah. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat dan usaha bersepadu Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan serta pasukan perundangan negara yang bertindak tegas, profesional dan konsisten sehingga ke peringkat antarabangsa.
Tuan Speaker, Belanjawan Sabah 2026 ini datang pada saat yang amat penting ketika Malaysia melangkah ke era baru dalam RMKe-13. Rakyat menuntut bukti bahawa dasar-dasar yang diumumkan Kerajaan Negeri benar-benar mampu diterjemahkan kepada kesejahteraan hidup mereka. Saya bangkitkan perkara ini kerana terdapat beberapa projek yang diumumkan dalam belanjawan-belanjawan yang lalu, tetapi secara fizikalnya masih belum dilihat sebarang perkembangan. Setiap ringgit yang dibelanjakan mesti disalurkan dengan penuh tanggungjawab. Mengimbangi keperluan untuk mengekang defisit dengan keperluan untuk
memperkukuhkan kesejahteraan rakyat.
Kecekapan belanjawan bukan hanya tentang mengurangkan perbelanjaan tetapi memastikan setiap sen dibelanjakan pada tempat yang betul, masa yang tepat untuk rakyat yang benar-benar memerlukan dan mengharapkan.
Tuan Speaker, saya mula dengan menyentuh sektor pertanian dan agro makanan Sabah yang mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang dan menyumbang bukan sahaja kepada ekonomi negeri malah kepada agenda keterjaminan makanan negara secara keseluruhan. Kita di Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas dan subur, keadaan iklim yang sesuai tetapi potensi sektor pertanian dan agro makanan kita masih belum dioptimumkan sepenuhnya. Kerajaan Negeri perlu memberi fokus serta penekanan terhadap dasar baru, pembangunan teknologi moden, pelaburan pembukaan akses pasaran serta pembangunan kapasiti yang menyeluruh. Salah satu cabaran besar sektor pertanian hari ini ialah keperluan untuk beralih kepada kaedah yang lebih moden, cekap dan berdaya saing. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah yang tradisional, yang menggunakan cangkul ataupun kaedah manual. Kita perlu beralih kepada kaedah pertanian yang menggunakan mesin dan automasi, termasuk kaedah pertanian pintar untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. MAFFI perlu mewujudkan ekosistem pertanian pintar yang mampan, responsif terhadap cabaran iklim dan mampu menarik minat generasi muda serta pelaburan baru. Soalan saya, apakah strategik jangka pendek dan panjang Kementerian untuk memperkasakan sektor ini terutama dalam menarik penglibatan golongan muda?
Dan berapakah jumlah yang akan diperuntukkan untuk program mekanisasi, automasi dan pertanian pintar bagi tahun 2026 dan apakah kaedah dan program untuk mencapai matlamat ini? Selain daripada meningkatkan bekalan makanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import, kita juga boleh mengembangkan industri pertanian yang bernilai tinggi, seperti durian dan nanas yang mempunyai industri hiliran dan pasaran eksport yang sangat besar. Dari sudut potensi pasaran eksport, durian dan nanas telah menunjukkan peningkatan
yang ketara dengan permintaan yang tinggi daripada negara-negara seperti China, Timur Tengah dan Singapura.
Perangkaan Pertanian 2023 menunjukkan sejumlah 7292 hektar kawasan bertanam durian di Sabah.
Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika menganggarkan 3000 hektar adalah bertanam dengan klon komersial pada tahun 2025 berbanding lebih kurang hanya 2053 hektar pada tahun 2022. Sekiranya purata pokok bagi sehektar ladang adalah 75 pokok, hasil 50 biji buah sepokok, dengan berat purata 1.75 kg sebiji dan purata harga ladang RM30 sekilogram, dan juga kos penyelenggaraan andai katalah berjumlah RM45,000.00, pendapatan bersih 1 hektar ladang Musang King dianggarkan dalam lingkungan RM151,875.00 semusim. Andai katalah 30% daripada 3000 hektar tanah bertanah Musang King akan keluarkan hasil pada musim akan datang, maka bermaksud bahawa hasil jualan durian Musang King di peringkat ladang saja boleh dianggarkan mencecah RM140 juta. Satu sektor yang sangat lumayan untuk Sabah. Sabah juga berpotensi untuk menjadi pengeluar utama bawang di Malaysia. Kita lihat tanaman bawang yang diusahakan oleh saudara Syahrizal Denci di Kundasang yang berkembang maju. Bermula daripada 0.5 ekar kepada 5 ekar dan sekarang dalam proses untuk diperluaskan kepada 40 ekar dengan jangkaan pengeluaran bawang sehingga 200 metrik tan.
Kalau dibuat sifir mudah, satu kilogram bawang dijual dengan harga RM7.00 per kilogram, bermakna dengan hasil pengeluaran sebanyak 200 metrik tan anggaran hasil jualan adalah sebanyak RM1.4 juta, boleh jadi jutawan sudah. Justeru, telah tiba masanya Kerajaan memberi fokus dan penekanan kepada tanaman bernilai tinggi secara berkelompok supaya kita dapat mengoptimumkan penggunaan tanah di Sabah dengan projek pertanian yang lebih teratur dan tersusun. Saya juga ingin menyarankan agar MAFFI melihat semula kepada protokol eksport buah-buahan tempatan kita seperti nanas dan durian, pomelo dan avokado supaya usahawan Sabah boleh mengeksport terus tanpa perlu melalui ke Semenanjung untuk menjimatkan kos, masa dan meningkatkan pendapatan petani.
Tuan Speaker, industri perikanan di Sabah merupakan antara sektor strategik negara yang menyumbang kira-kira 23% daripada keseluruhan pengeluaran perikanan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam keterjaminan makanan, penjanaan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. Soalan saya, sejauh manakah Kerajaan memberi perhatian kepada nelayan darat di Sabah yang berpotensi besar menyumbang kepada ekonomi tempatan serta keterjaminan makanan. Komuniti nelayan darat perlu diberikan perhatian khusus kerana aktiviti mereka bukan saja membantu meningkatkan pendapatan isi rumah, malah membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia luar bandar dan kawasan pedalaman Sabah, contohnya di kawasan saya di Sook dan Pensiangan. Nelayan darat masih berdepan dengan kekangan infrastruktur asas seperti jeti pendaratan, stor hasil, bilik sejuk beku serta kemudahan pemprosesan.
…saya cadangkan juga supaya kita menambahkan program penternakan ikan melalui sistem tagal dan akuakultur supaya rakyat kawasan pedalaman juga boleh menyumbang kepada sektor perikanan. Justeru, saya ingin tahu berapakah peruntukan Jabatan Perikanan Sabah bagi tahun 2026 kepada nelayan darat dan apakah bentuk program serta inisiatif untuk komuniti nelayan darat?
Tuan Speaker, saya sangat menyokong Dasar Ekonomi Biru Sabah. Kita mempunyai kelebihan struktur dan geografi lautan yang jarang dimiliki oleh wilayah lain di rantau ini. Potensi ini wajar dimanfaatkan secara strategik sebagai lubuk emas baru ekonomi Sabah melalui pelaksanaan agenda Ekonomi Biru. Selain daripada industri perikanan laut dalam, Sabah mempunyai kelebihan strategik dalam pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion ataupun OTEC dan kini menjadi negeri yang pertama di ASEAN yang meluluskan enakmen OTEC. Tahniah kepada Kerajaan Sabah. Kajian menunjukkan Sabah berpotensi menjana sehingga 20,000 megawatt tenaga melalui OTEC di pantai barat dan pantai timur. Walaupun pelaksanaan sepenuhnya memerlukan masa pembangunan pada skala awal, memadailah untuk
menyumbang bekalan tenaga besar termasuk penghasilan hidrogen hijau serta memperkukuhkan keselamatan tenaga dan sasaran sifar karbon. Saya bangga kerana Sabah adalah satu-satunya negeri yang digelar cold fire energy free state. We are free from cold energy. We only use clean and renewable energy. Maka dengan kerjasama strategik Kerajaan bersama institusi akademik dan industri, OTEC juga berpotensi menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran serta memposisikan Sabah sebagai hub tenaga lestari dan pemacu pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Soalan saya dalam hal ini adalah, berapakah dan bilakah akan diperuntukkan bagi tahun 2026 di bawah Dasar Ekonomi Biru untuk kita mulakan penjanaan tenaga OTEC di Sabah kerana kita mampu untuk menjadi net energy exporter kepada rantau ASEAN? Tuan Speaker, saya menyambut baik peruntukan besar yang diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti untuk pembangunan infrastruktur. Ini tanda bahawa Kerajaan mendengar rintihan dan keresahan rakyat berkaitan keperluan infrastruktur asas yang belum menemui jalan penyelesaiannya. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa perkara penting yang telah sekian lama membelenggu penduduk khususnya di kawasan Sook, iaitu mengenai isu jalan perhubungan kampung, jambatan, air dan isu tanah. Mengenai isu jalan perhubungan kampung di bawah seliaan JKR, terdapat beberapa jalan utama yang perlu diberi perhatian untuk dinaik taraf kepada jalan berturap asphalt. Antaranya ialah jalan Kampung Rimbayan, Kampung Bunang, Jalan Kampung Karanaan, Jalan Kampung Johan Jaya dan Kampung Malimah. Kelewatan menaik taraf jalan-jalan ini bukan saja menjejaskan keselesaan penduduk, malah memberi implikasi besar terhadap keselamatan pengguna, akses ke sekolah kemudahan kesihatan serta aktiviti ekonomi harian penduduk.
Alasan kekangan peruntukan atau perancangan yang berperingkat tidak lagi wajar dijadikan justifikasi untuk menangguhkan keperluan asas rakyat. Saya minta penjelasan yang terperinci daripada pihak JKR berhubung senarai jalan dan jambatan di kawasan DUN Sook yang telah disenarai pendek serta diluluskan di
bawah Rolling Plan Pertama RMK yang Ke-13, termasuk garis masa pelaksanaan serta peruntukan yang telah diperuntukkan bagi memastikan projek-projek ini benar-benar dilaksanakan secara fizikal dan bukan sekadar diluluskan atas kertas sahaja. Saya ingin menyentuh juga mengenai isu bekalan air bersih di DUN Sook yang sehingga hari ini masih berada pada tahap yang membimbangkan. Setiap kali hujan lebat atau banjir, penduduk daerah Sook terus berdepan dengan gangguan dan terputus bekalan air akibat ketidakupayaan sistem pam sedia ada untuk beroperasi dengan baik. Saya mohon perhatian serius daripada pihak Jabatan Bekalan Air agar dapat mempertimbangkan untuk menaik taraf sistem dan peralatan pam utama loji air Pekan Sook.
Panjang lagi?
Sekejap lagi.
Okey, teruskan.
Bagi membolehkan kapasiti pemprosesan air ditingkatkan daripada 2 juta liter sehari kepada 4 juta liter sehari demi menjamin bekalan air yang lebih stabil dan mencukupi untuk penduduk setempat. Isu terakhir yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini ialah berkaitan isu pemilikan tanah dan perkampungan penduduk. Masih terdapat banyak tanah perkampungan di daerah Sook yang belum mempunyai geran individu. Lebih membimbangkan terdapat dalam kalangan penduduk yang telah mendiami kawasan tersebut secara turun-temurun merentasi beberapa generasi namun masih belum menikmati hak pemilikan tanah yang sah dan menjadi halangan besar kepada rakyat untuk membangunkan ekonomi tempatan.
Janganlah kita menjadikan isu pemberian geran tanah ini sebagai bahan janji politik semata-mata setiap kali menjelang pilihan raya. Kerajaan hendaklah bertindak secara proaktif dan mempercepatkan proses permohonan melalui penyediaan
peruntukan yang mencukupi, meningkatkan kapasiti Jabatan Tanah agar kerja-kerja pengukuran dapat dilaksanakan dengan segera dan hak rakyat dapat diselesaikan tanpa penangguhan.
Dalam perbahasan Belanjawan Sabah 2026 ini Tuan Speaker, saya ingin mengingatkan bahawa rakyat di luar bandar seperti kawasan Sook tidak menilai bajet ini daripada angka atau unjuran semata-mata. Mereka menilai pada kesannya sama ada kehidupan mereka ada menjadi lebih baik atau tidak, ada peluang ekonomi yang bertambah atau tidak dan harga barang keperluan menjadi lebih munasabah.
Belanjawan ini menuntut satu bentuk kepimpinan yang berani membuat keputusan sukar tapi yang perlu. Jangan lagi kita melihat belanjawan ini sebagai hanya ritual tahunan tetapi sebagai pelan tindakan sebenar untuk membina kepercayaan rakyat terhadap dasar Kerajaan. Saya menyeru agar Kerajaan memastikan setiap program dan peruntukan yang diumumkan ini dilaksanakan dengan cekap tanpa ketirisan dan tanpa politik kepentingan. Rakyat tidak minta lebih cuma mahu janji ditepati dan hasil dirasai. Saya dengan ini menyokong Belanjawan Sabah tahun 2026. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sook. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sulabayan. Karambunai dan ADUN Dilantik YB Datuk Chin Shu Ying bersedia ya. Silakan Sulabayan. 12 minit juga.
12 minit, Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Speaker serta rakan-rakan Dewan Undangan Negeri. Terima kasih banyak kerana diberi peluang turut sama untuk membahas Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2024 yang dianggarkan banyak RM6.402 juta, billion, sorry dengan defisit RM28 juta. Bila saya melihat setiap belanjawan ini dibentang, ada saja surplus. Sepatutnya defisit kerana kita banyak memerlukan bajet terutama isu tiga serangkai yang saya nampak tidak banyak disentuh dalam belanjawan kali ini. Walaupun pada hakikatnya tidak menjurus kepada pembangunan, perlu atau tidak perlu, tidak ada lagi surplus. Kasih defisit
RM28 juta ini. Selesaikan masalah tiga serangkai ini. Sekurang-kurangnya air, jalan raya dan yang lain-lain.
Saya hanya menyentuh beberapa perkara yang berkaitan apa yang dibentang dalam belanjawan ini, terutama yang menyentuh soal kawasan saya di DUN Sulabayan, Semporna. Hari ini masih lagi bercakap soal pelancongan dan juga keadaan kebersihan Semporna sehingga dihebahkan sebagai pusat pelancongan yang terbaik di dunia tapi kotor dengan sampah. So, saya ingin membawa perkara ini. Sampah ini bukan sahaja di Semporna. Saya lihat kalau kita pergi Sandakan, di Kudat, di Pulau Gaya, depan bandar raya Kota Kinabalu merata-rata sampah. Tapi sangat sedih, Semporna selalu jadi sasaran. Kemungkinan oleh sebab Semporna ini tumpuan pelancong. Hari ini sampai hari ini, dua tiga ribu hari-hari pelancong daripada luar khususnya daripada China datang. Dan ini kesan dia bukan pada Semporna sahaja. Ini kesan dia pada negara dan juga negeri Sabah. Dalam usaha kita, pihak Kerajaan Negeri dalam belanjawan ini, menyasarkan tahun 2027 sasaran kita tahun melawat Sabah dan sudah tentu sektor pelancongan ini sangat penting dan untuk soal sampah ini saya… Datuk Dr.
...terus kepada, dulu kita pernah duduk di Kementerian ini, isu ini adalah isu yang sangat penting dan kita sudah wujudkan satu ordinan, enakmen, iaitu sisa pepejal di Negeri Sabah ini. Saya masih ingat waktu itu, kita bawa perkara ini pasal soal sampah sisa pepejal ini tidak ada undang, tidak ada enakmen. Dan alhamdulillah, waktu itu kita rancang buat sehingga bila Kerajaan baru GRS waktu itu dapat dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan menjadi satu Akta Ordinan. Dan tentunya Tuan Speaker, maksudnya sisa pepejal ini Sabah telah mengubah Solid Waste dan Public Cleansing Management Enakmen 2022, Enakmen 2022 yang bertujuan menyediakan rangka undang-undang khusus bagi pengurusan sisa pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Sabah. Enakmen ini berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan memberikan kerangka undang-undang negeri untuk menangani isu sampah secara komprehensif
berbanding hanya peraturan Majlis Kerajaan Tempatan, sudah ada ordinan dan apa yang saya nampak dalam bajet ini ialah macam di Semporna perlu ada satu pelupusan sampah yang baru. Cerita dia ini bukan kita wujudkan tempat pelupusan sampah tapi cerita dia yang lebih penting ialah macam mana kita usahakan sampah ini supaya dimanfaatkan bukan seperti sampah yang tidak berguna. Kalau kita tengok satu negara, jiran kita di Indonesia, sampah ini bagi mereka ialah menyumbang kepada ekonomi pasal bila menyumbang kepada ekonomi, dia wujudkan satu perniagaan di situ bank sampah, bank membeli kertas ataupun plastik, bank membeli hard waste ataupun sampah yang berupa botol, apa ini besi semua ini. Itu perlu ada dalam enakmen ini. Kalau kita hanya menyediakan pelupusan sampah, tidak ada satu penyelesaian untuk mengatasi masalah sampah yang menyebabkan, bukan sahaja dia dilihat kotor, tetapi akan wujudkan perkara-perkara yang tidak selesa terutama di tempat persekitaran tempat tinggal kita, di rumah, bukan saja tumpuan pelancong.
Dengan sebab itu, saya berharap dan bertanya kepada Kementerian berkenaan soal Enakmen Ordinan Sampah ini, bilakah enakmen ini akan dikuatkuasakan di Negeri Sabah? Dan, kalaupun dikuatkuasakan, apa kaedah-kaedah yang kita lakukan seperti adakah kiranya enakmen ini tidak dapat dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan? Adakah Kerajaan Negeri bercadang melantik konsesi profesional untuk model SWCOP ini di Semenanjung untuk pengurusan sampah ini diswastakan? Dan apakah langkah-langkah jangka panjang bagi menangani pembuangan sampah ke dalam laut yang menyebabkan kotoran dan pencemaran alam sekitar?Kerana di laut ini tidak sama dengan sampah yang berada di main land kerana di laut ini perlu ada satu mekanisme. Dulu masa saya Menteri Kerajaan Tempatan ini, saya wujudkan satu sistem bot atau skema untuk kutip sampah di laut ini tapi selepas itu tidak wujudkan sehingga waktu itu Semporna telah dilabelkan satu pentadbiran ataupun Majlis Daerah yang terbersih di Negeri Sabah.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh soal yang menarik perhatian saya tentang penerokaan Ekonomi Biru ini seperti apa ADUN daripada Sook sentuh tadi, memang bila kita bercakap Ekonomi Biru ini yang kita nampak lautan biru. Ini juga perlu. Soalan saya, adakah pihak Kerajaan Negeri di bawah agensi yang ada ini, sudah
bersedia dari segi keupayaan untuk menangani, mengurus soal penerokaan Ekonomi Biru ini? Dan kalau saya lihat di sini, cuma dia ada kolaborasi dengan beberapa buah agensi termasuk Universiti Malaysia Terengganu dan juga termasuk UMS juga dan satu lagi institusi daripada Jepun. Ini satu perkara yang sangat penting supaya saya nampak perkara ini, sama apa yang dikatakan oleh YB Sook ini, bukan sahaja berpotensi besar, ianya menyumbang besar kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah ini khasnya. Disebabkan bila kita katakan pasal Ekonomi Biru ini, sudah tentu melintasi lautan yang ada di Sabah ini, di sekeliling negeri Sabah ini.
Dan kita tahu, bumi Sabah, lautan Sabah ini sangat kaya dengan biodiversiti kalau kita bandingkan, saya pun pernah ikut sama buat penyelidikan soal marin laut di negeri Sabah ini. Kalau kita kira dia punya kekayaan, lebih banyak sumber biodiversiti di laut berbanding dengan di main land ini. Dengan sebab itu, saya nak soal Kerajaan Negeri tentang persoalan Ekonomi Biru di negeri Sabah ini. Adakah sudah Kerajaan Negeri bersedia dari segi keupayaan agensi ataupun jabatan-jabatan yang terlibat dalam mengurus? Walaupun ia merupakan satu hala tuju lagi tetapi kalau saya lihat antara kolaborasi yang ada di universiti, di Universiti Malaysia Terengganu ini. Saya pernah berbincang dengan pihak universiti berkenaan ini saya melihat, bukan nak merendahkan, mereka tidak mempunyai saintis ataupun kepakaran seperti yang kita harapkan supaya kita dapat menjana Ekonomi Biru di Sabah ini. Dengan sebab itu, saya juga mencadangkan supaya diperluaskan, disebarkan soal penerokaan Ekonomi Biru ini diperluaskan di negeri Sabah. Bukan sahaja pihak Kerajaan ataupun kolaborasi pihak-pihak universiti yang ada, kepada masyarakat setempat, terutama anak-anak muda kita daripada universiti ini dalam bidang marin ini kerana bidang marin ini juga antara satu sumber kekayaan di negeri Sabah. Dan di samping itu, juga dari segi soalan saya kepada Kerajaan, ialah dari segi kewangan ya, memulakan, bukan sahaja orang kata akan diwujudkan satu pusat di Kudat. Ekonomi Biru ini di Kudat ini juga saya kena fikirkan bila kita lakukan zoning diletakkan di Kudat. Ini saya ambil contoh sekarang, Taman-Taman Laut Tun Mustafa, Taman-Taman Laut Tun Sakaran. Kita kena ambil kira juga peluang potensi nelayan-nelayan kita di Sabah ini. Bila Taman-Taman Tun Mustafa di Kudat dan juga
Taman Tun Sakaran di Semporna, hari ini masih lagi disuarakan oleh rakyat di Semporna, terutama yang duduk di kepulauan itu mereka tak boleh lagi menangkap ikan di kawasan-kawasan itu.
Dengan sebab itu saya kata, bila kita wujudkan Ekonomi Biru ini, seperti apa yang berlaku, jangan berlaku lagi seperti kewujudan Taman Tun Mustafa dan sekarang pun bukan kita tidak setuju, itu sangat baik tetapi mesti ada satu mekanisme. Kita fikirkan juga macam mana potensi kaum nelayan di sekitar berkenaan ini. Adakah kita bersedia untuk menangani masalah mereka? Kerana sebelum wujudkan Taman-Taman Sabah dan apa lagi bila kita terokai Ekonomi Biru di negeri Sabah ini, sudah tentu kita kena fikirkan juga peluang nelayan-nelayan pesisir pantai tempatan ini dan di sini pun disebut, ada peruntukan sebanyak RM900 juta, RM900 ribu disediakan kepada Jabatan Perikanan. Adakah itu RM900 ribu ini memadai untuk membantu sama ada berbentuk subsidi atau bentuk macam mana? Ini juga perlu Kerajaan melihat perkara-perkara ini supaya apa yang dikatakan, jangan kita lihat dalam bajet ini cukup cantik segala-galanya. Apa yang disuarakan dalam paper ini, tetapi bila peringkat perlaksanan banyak perkara-perkara yang boleh menggagalkan perlaksanan itu, kalau kita tidak mengambil kira semua perhatian dari sudut apa yang saya katakan tadi.
Dan banyak berlaku juga soal laut di Semporna contoh di negeri Sabah ini, saya masih ingat lagi zaman Tun Abdullah Badawi dimasukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (EPU), waktu itu ialah antara potensi yang baik di negeri Sabah, ialah penanaman rumpai laut dan waktu itu antara dia di Kudat, Kota Marudu dan di Semporna dan saya masih ingat lagi, jutaan duit telah di pump, diletak di UMS waktu itu, saya masih ingat lagi, di Jabatan Marin. Dan apa yang berlaku pada hari itu, jutaan ringgit tidak dapat memberi manfaat dan sumber yang baik macam rumpai laut ini sangat berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi tapi tidak dapat dilaksanakan akibatnya ada kemungkinan oleh sebab kerja-kerja awalan, persediaan tidak mengambil kira di persekitaran itu. Maka apapun bajet yang dilaksanakan, projek yang dirancang baik, akhirnya kita gagal. Jadi, jangan berlaku pada penerokaan Ekonomi Biru. Satu lagi penerokaan ekonomi biru ini…
Sila gulung, Yang Berhormat.
Datuk Dr.
…ini penting bagi saya Datuk, bagi saya masa sikit, saya akan gulung ya, Ekonomi Biru ini di situ ialah menubuhkan satu tenaga baharu. Kita bercakap renewable energy dan bila kita cakap renewable energy, saya rasa termasuk gas, oil and gas dan sedarkah kita sekarang, lautan Sabah ini kita hanya ada sejauh 3 kilometer dari pesisir pantai? Dan selepas itu bukan di kawasan negeri Sabah lagi dan ini yang saya katakan juga perlu diambil kira sebab itu Ekonomi Biru ini perlu, ia bukan saja kita nak cepat dilaksanakan, tapi perlu berhati-hati mengambil kira. Jangan besok kita lakukan, ada halangan-halangan yang akan berlaku. Bajet sudah keluar, komitmen sudah ada, tetapi tidak dapat dilaksanakan.
Dan satu perkara lagi, juga berkenaan dengan kawasan saya, Tuan Speaker dengan izin tentang, saya ada di sini pasal pembinaan awalan, iaitu pangkalan feri di Semporna antara Pulau Bum Bum di kawasan saya. Kawasan saya, DUN Sulabayan ini ada 8 buah pulau besar dan tidak memerlukan jalan raya ia memerlukan jambatan...
Datuk Dr.
Memerlukan jalan raya.
Semua pulau tidak memerlukan. Apa lagi jalan Pan Borneo memerlukan jambatan dan jambatan Pulau BumBum ini sudah hampir 20 tahun ditunggu oleh rakyat di Pulau BumBum, DUN Sulabayan dan saya masih ingat lagi, pada tahun 2009 Ogos, ketika itu Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri, telah mengumumkan Sabah diberi peruntukan sebanyak RM3 bilion termasuk pembinaan jambatan di Pulau BumBum dan alhamdulillah, tahun 2012 kerja-kerja awalan telah dilakukan dengan berbelanja RM25 juta dan sepatutnya tahun 2014 dilaksanakan.
Tapi waktu itu Kerajaan Negeri tolak. Tidak luluskan atas sebab-sebab saya tidak tahu dan kemudian saya masih ingat lagi, 2018. Masa Datuk Seri Najib, Perdana Menteri, diumumkan lagi oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Sajiman waktu itu, 2018. Diumumkan lagi pembinaan Jambatan Pulau BumBum dan akhirnya juga dibatalkan oleh Kerajaan terdahulu. Jadi saya minta pasal hari ini, kita katakan Pulau BumBum ni, saya fikirkan kalau kita buat feri, tidak semudah itu. Ia melibatkan kos dan maintenance.
Jangan cerita Pulau BumBum sedangkan Pulau Pinang, negeri yang maju, lebih maju dari segi pendapatan revenue pun tidak mampu. Apa ini, feri telah distopkan, buat jambatan dan begitu juga di Sarawak hari ini. Di Sarawak dulu banyak jambatan, ianya feri antara sungai, lepas sungai. Pun mereka stop juga feri ini. Diorang buat juga jambatan dan itu saya cadangkan hari ini terutama sekali kepada Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Perhubungan. Supaya benda ini kalau dapat Kerajaan Negeri, berunding balik dengan Kerajaan Persekutuan. Kerana peruntukan sudah dua kali diluluskan. Kalau kita gunakan feri, al-maklumlah Pulau BumBum ini, kawasan bukan bandar, satu perkampungan. Pendapatan masyarakat di situ bukan ada tetap.
Kalau kita buat feri, siapa nak tanggung dari segi maintenance, 24 jam feri itu berjalan, sudah tentu maintenance dia, perbelanjaan diesel. Sedangkan Labuan pun tidak mampu, banding dengan Pulau BumBum. Dengan itu, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri rujuk balik kepada Kerajaan Persekutuan, bajet yang ada itu, kita buat jambatan Pulau BumBum. Hampir 20 tahun, sampai hari ini, tiap-tiap hari, lebih-lebih lagi kalau pilihan raya masih lagi dituntut, jambatan itu menjadi keutamaan kerana Pulau BumBum ini mempunyai penduduk, lebih 30 ribu penduduk, sudah tentu sangat memerlukan jambatan ini dan mungkin juga sektor pelancongan ini, yang saya katakan ini, dalam bajet ini saya tengok, kurang ditekankan soal-soal keutamaan. Bila saya tengok pelancong yang datang hari ini ke negeri Sabah. Sabah ini antara negeri paling banyak menerima kedatangan pelancong.
Tumpuan mereka di Semporna dan tumpuan mereka di Kundasang dan termasuk juga di pendalaman Tenom ini dan juga di kawasan apa ini, Kuamut, hutan.
Pelancong daripada Eropah, dia melihat hutan. Pelancong daripada China, dia nak melihat laut dan ini sepatutnya diberi tumpuan. Bukan tak baik tumpuan untuk meningkatkan, memperbanyakkan budaya dan juga aktiviti kebudayaan ini, bukan tak penting. Itu juga penting. Tapi kita mesti fokus, apa tujuan pelancong datang ke Sabah ini. Dia kena tengok. Pelancong datang ke Sabah ini, dia lebih melihat, suka melihat alam semula jadi. Bukan dia nak melihat pembangunan, orang kata artificial, banding dengan negara diorang, lagi hebat daripada tempat kita.
Sila gulung Yang Berhormat.
Datuk Dr.
Insya-Allah, saya akan gulung. Jadi Tuan Speaker, banyak perkara-perkara lagi yang perlu memang disentuh. Itu yang saya katakan tadi, terima kasih banyak. Saya faham keadaan yang dibagi kepada kita, hanya 12 minit, ini pun sudah limpas. Terima kasih banyak. Jadi saya berharap pihak Kerajaan hari ini, dalam bajet ini, supaya melihat fokus kepada kepentingan rakyat yang saya kata tadi, perkara tiga serangkai. Bajet surplus ini gunakanlah untuk menaik taraf dan juga menyelesaikan masalah air dan juga jalan raya. Banyak kemalangan berlaku, banyak kesusahan berlaku, banyak kena penyakit buah pinggang. Kerana masalah air yang kita hadapi macam di Sandakan termasuk di tempat saya. Terpaksa balik kepada air perigi kerana air yang tidak diproses. Kalau kita pergi hospital hari ini, kebanyakan tanya yang masuk kawan ini masalah buah pinggang dan masalah dalam badan dan ini perlu diambil perhatian.
Tuan Speaker, terima kasih banyak kerana memberi ruang walaupun banyak lagi perkara yang saya nak tentu. Insya-Allah, dalam nanti penggulungan, kalau boleh bagilah kami interrupt. Ya, Menteri Luar Bandar yang baru insya-Allah banyak lagi perkara-perkara. Datuk Ewon sudah balik ke Sabah. Welcome to Sabah. Bantu Sabah kita bersama-sama insya-Allah. Saya mengucapkan juga selamat menyambut Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Karambunai. Yang Berhormat ADUN Dilantik, YB Datuk Chin Shu Ying, sila bersedia selepas Karambunai. Silakan Yang Berhormat. 12 minit.
Terima kasih, Datuk Timbalan Speaker. Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN N.16 Karambunai. Sama ada yang mengundi saya ataupun yang tidak mengundi saya. Saya menganggap semua adalah sebagai rakyat saya sekarang ini. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk Karambunai ini. Timbalan Datuk Speaker, Datuk Timbalan Speaker, saya akan mulakan dengan beberapa siripir bahasan. Di awal ini, saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran. “A’udzubillahimnasyaitanirrojeem Innallaha ya’murukum antuaddul amanah ila ahliha wa idha hakamtum bainan nas antahkumu biladli”. Maksudnya, sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil. Datuk Speaker, apabila kita membicarakan soal belanjawan, kita bukan hanya membicarakan soal angka. Kita sebenarnya sedang membuka lembaran amanah, lembaran yang akan menjadi saksi kepada tindak tanduk kita semua terutamanya sebagai Yang Berhormat, yang dipilih oleh rakyat.
Setiap angka menjadi tanggungjawab kita, setiap sen akan menjadi hujah dan setiap keputusan akan dipersoalkan. Bukan hanya di Dewan ini, tetapi sampai ketika mana kita berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil. Saya mengingatkan diri saya terlebih dahulu dalam Dewan yang mulia ini. Kuasa ini sebenarnya bukan milik kita. Ia hanyalah pinjaman dan setiap pinjaman pasti akan ditagih dan akan dituntut. Nabi SAW bersabda, setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan yang kamu pimpin. Seperti kata-kata Saidina Umar r.a., yang saya kira petikan ini sangat menggetarkan dunia.
Dengan kata-katanya, “jika seekor kambing mati di tepi sungai kerana kelalaian aku”, katanya “maka aku takut Allah akan menyoalnya ke atas diriku”. Inilah sifat
kepimpinan. Takut kepada Tuhan, bukan takut kepada kehilangan jawatan. Datuk Speaker, rasuah bukan sekadar dosa pentadbiran, ia adalah kegelapan yang menelan masa depan. Salah guna kuasa bukan sekadar kelemahan, ia adalah pengkhianatan kepada rakyat yang memberi kepercayaan. Apabila amanah bocor, negeri menjadi rapuh. Apabila integriti runtuh, rakyatlah yang akan menjadi mangsa. Datuk Speaker, kita tidak mahu Sabah yang indah di bibir tetapi sakit di akar. Kita tidak mahu negeri yang kaya di atas kertas, tetapi miskin di tangan rakyat. Kita mahukan Sabah dan pemimpinnya lebih takut kepada Tuhan, daripada takut kepada manusia yang lebih menjaga amanah daripada menjaga kepentingan diri. Kerana kuasa tanpa iman melahirkan kezaliman, tetapi kuasa bersama iman melahirkan keadilan.
Datuk Speaker, tatakelola kewangan negeri mesti tegak seperti tiang yang lurus tanpa bengkok. Tanpa ruang untuk keculasan, perolehan perlu telus, projek mesti sampai kepada rakyat, janji mesti menjadi tindakan.
Belanjawan yang baik bukan sekadar tebal dengan angka jutaan atau bilion. Belanjawan yang baik adalah belanjawan yang menenangkan hati rakyat, yang membuat ibu tunggal menghela nafas lega, yang menyokong warga emas menyambut hari tua dengan maruah, yang memberi anak muda peluang bukan sekadar harapan, yang membaiki jalan, baiki jambatan sekolah dan kampung melalui pelaksanaan yang jitu, yang membuka ruang ekonomi kepada orang kecil, bukan hanya kepada orang besar.
Pendek kata, belanjawan mestilah berpijak di tanah rakyat, bukan terapung di langit angan-angan.
Datuk Speaker, dalam tradisi Islam, para ulama selalu mengingatkan bahawa pemimpin yang baik bukan hanya dilihat
dari kebijaksanaan mentadbir tetapi, dari benarnya hati menjaga amanah Tuhan. Seperti kata Imam al-Jawzi, pemimpin akan diadili sebanyak dua kali. Sekali diadili oleh manusia dan sekali lagi akan diadili oleh Tuhan. Dan hukuman Tuhan lebih berat, tetapi hukuman Tuhan tetap lebih adil. Begitu juga kata-kata saya petik daripada Imam al-Mawardi, tokoh besar pentadbiran Islam. Beliau mengingatkan tugas pemimpin ialah memastikan hak rakyat tidak hilang dan hak negara tidak dicuaikan. Ini membawa kita kepada hakikat bahawa kepemimpinan bukan tentang apa yang kita dapat, tetapi kepimpinan tentang soal apa yang kita berjaya serahkan. Nabi SAW memberitahu kepada Abu Dzar, seorang yang sangat baginda sayangi. Kata baginda, wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau seorang yang lemah. Sedangkan jawatan adalah amanah dan pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan boleh menjadi penyesalan. Datuk Speaker, semoga Tuhan memberkati. Allah Ta’ala memberkati sepanjang masa negeri Sabah ini dan belanjawan yang dilakukan yang dibentangkan akan mencapai misi yang besar.
Datuk Speaker untuk Karambunai, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan pada kali ini. Yang pertama, pastilah isu yang sama saya yakin dengan kawasan-kawasan yang lain. Di antara isu rakyat yang isu masih juga berjalan seperti biasa. Yang menjadi tuntutan rakyat sepanjang masa adalah jalan rosak, berlubang, tidak diselenggara dengan konsisten. Ini berlaku di pinggir Kota Kinabalu. Karambunai merupakan sebuah kawasan yang duduk di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Yang kadangkala kita melihat bajet demi bajet dibentangkan, keadaannya tidak jauh berubah. Saya menyambut baik peruntukan yang sangat besar diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan juga Utiliti. Namun Yang di-Pertua, masalah jalan di Karambunai saya kira bukan soal kekurangan bajet. Tetapi, beberapa kegagalan kaedah penyelenggaraan. Hari ini masih berlaku menampal jalan selepas ia tular ataupun viral. Membiarkan jalan rosak berulang di lokasi yang lama, tiada penilaian prestasi kontraktor yang jelas kepada rakyat. Saya mencadangkan kepada Kerajaan, kontrak penyelenggaraan jalan berasaskan prestasi, penilaian berkala dan penalti terhadap kerosakan yang berulang. Penyelenggaraan pencegahan bukan hanya tampalan sementara. Jika,
kawasan seperti Karambunai yang duduk di kawasan bandar pun rosak, saya kira di luar bandar lebih jauh teruknya seperti mana, tidak seperti mana Karambunai. Datuk Speaker, isu air di Karambunai juga masih menjadi di antara perkara yang dibualkan oleh masyarakat. Saya tahu dan saya mendapat maklumat, NRW terlalu tinggi sampai menjangkau 40%. Saya yakin di antara perkara yang menyebabkan perkara ini berterusan sampai sekarang adalah kerana kewujudan kawasan-kawasan setinggan yang kadangkala kita lihat tidak dikawal oleh Kerajaan. Saya mencadangkan sudah beberapa kali, supaya Kerajaan kena ada satu polisi yang tegas, yang disebut sebagai Zero Squatters Policy. Polisi setinggan sifar. Selagi mana polisi ini tidak ada. Maka, setinggan akan terus tumbuh seperti mana cendawan selepas hujan. Polisi ini bukan merobohkan rumah setinggan. Tetapi, polisi ini menguruskan setinggan supaya keadaannya lebih baik di kawasan yang berhak untuk mendapat tanah digazet dan diwartakan tanahnya, supaya rakyat yang hidup di atas tanah-tanah setinggan lebih selesa dan boleh mendapat kemudahan-kemudahan yang tertentu, yang sesuai dengan kehendak dan juga keperluan mereka.
Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Kementerian Perikanan khususnya. Karambunai di antara sebahagian masyarakatnya terlibat dengan aktiviti nelayan. Saya mencadangkan kepada Kerajaan untuk diletakkan tukun-tukun tiruan sebab sebahagian daripada kawasan tempat nelayan mencari rezeki sudah sebahagiannya ditelan oleh pembangunan. Saya pasti sumber mereka agak terhad sekarang ini. Maka, tukun-tukun tiruan boleh membantu untuk supaya lebih banyak sumber-sumber perikanan.
Yang terakhir Datuk Speaker, saya mencadangkan kepada Kerajaan juga, saya lihat beberapa negara maju sudah mula mengadakan sistem dipanggil sebagai rainwater harvesting, penuaian air hujan di kawasan-kawasan perumahan.
Saya mencadangkan pada Kerajaan kawasan-kawasan baru, untuk kita mengurangkan masalah penggunaan air komersial yang kita gunakan di kalangan orang awam. Saya mencadangkan supaya Kerajaan mewajibkan kawasan-kawasan perumahan baru mengadakan sistem rainwater harvesting ini, penuaian air hujan. Sekurang-
kurangnya air hujan boleh digunakan untuk tujuan-tujuan domestik tandas, cuci kereta, siram bunga dan sebagainya supaya tidak mengganggu keperluan air untuk kegunaan manusia yang lain.
Terima kasih Datuk Speaker memberi peluang kepada saya. Di akhir ini, saya juga ingin mengucapkan kepada penduduk Sabah yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun baru ini membawa lebih kebaikan kepada negeri dan juga negara kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Tuhan, insya-Allah. Saya menyokong belanjawan yang dibentangkan. Wallahualam. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih, Yang Berhormat Karambunai. Seterusnya, saya menjemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Chin Shu Ying. 12 minit Yang Berhormat.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Burung nuri terbang keseberang, Hinggap sebentar di dahan cemara; Pilihan raya sudah terkaram, Hikmah rakyat jadi bicara bersama.
Pergi belayar ke Pulau Banggi, Angin sepoi membawa bahtera; Kerajaan pembangkang kita sandingi, Sama berbakti sebagai wakil rakyat jelata.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan cadangan Belanjawan Sabah Tahun 2026.
Datuk Speaker, saya mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya Belanjawan Sabah Tahun 2026 dengan jumlah 6.4202 bilion yang berdasarkan lima tonggak utama.
Saya ingin mulakan dengan mengulas tonggak ketiga, iaitu memperkasakan pembangunan modal insan dengan peningkatan pengetahuan, kemahiran, produktiviti dan inovasi. Serta memastikan rakyat mendapat kehidupan yang sejahtera.
Sebagai seorang jurutera profesional, saya terlebih dahulu ingin membawa suara dan permintaan daripada badan-badan profesional ke Dewan yang mulia ini.
Datuk Speaker, lima badan profesional di Sabah, iaitu SEM Cawangan Sabah, IEM Cawangan Sabah, Sabah Engineer Association, PAM Sabah Chapter dan Association of Sabah Architect telah mengemukakan satu permohonan geran kepada Kerajaan Negeri pada bulan September yang lalu bagi menggalakkan penggunaan bidang building information modeling atau BIM di Sabah. Apakah itu BIM? Building information modeling merupakan satu pendekatan digital yang maju dalam reka bentuk pembinaan dan pengurusan bangunan serta infrastruktur. Berbeza dengan lukisan tradisional 2D, BIM membangunkan model 3D pintar yang mengintegrasikan data seni bina, struktur dan kejuruteraan. Model ini membolehkan semua pihak berkepentingan termasuk arkitek, jurutera, kontraktor dan klien bekerjasama dengan lebih cekap mengesan konflik reka bentuk pada peringkat awal serta mencapai penjimatan.
…kos sambil meningkatkan kualiti dan kelestarian projek. Apakah kepentingan BIM kepada industri? Kecekapan yang lebih tinggi.
BIM mengurangkan kesilapan reka bentuk, memudahkan pengesanan pertembungan dan memperkemaskan penyelarasan projek. Kedua, penjimatan kos dan masa.
Pengesanan awal masalah membantu mengurangkan kelewatan pembinaan dan kerja tambahan. Yang ketiga, kualiti dan keselamatan yang lebih baik. BIM menyokong simulasi yang tepat, perancangan turutan pembinaan dan pengurusan risiko. Keempat, selaras dengan dasar Kerajaan, Kerajaan Persekutuan telah mewajibkan penggunaan BIM secara berperingkat dalam projek sektor awam melalui Plan Hala Tuju Jabatan Kerja Raya.
Sabah perlu selaras dengan hala tuju ini bagi kekal berdaya saing. Kesediaan masa hadapan.
Pelanggan dan pelabur antarabangsa semakin mengharapkan penggunaan BIM dalam reka bentuk dan pengurusan projek. Perunding tempatan perlu meningkatkan keupayaan untuk memenuhi piawaian global. Apakah cabaran yang dihadapi oleh firma perunding kecil dan sederhana di Sabah? Walaupun penggunaan BIM semakin berkembang dalam kalangan firma besar, firma perunding kecil dan sederhana di Sabah masih menghadapi pelbagai cabaran utama. Pertama adalah kos lesen perisian yang tinggi. Perisian BIM seperti Autodesk memerlukan pelaburan yang besar dan sering berada di luar kemampuan firma kecil. Jurang latihan dan kemahiran, kekurangan pengendali dan penyelaras BIM yang mahir di Sabah, pengambilan kepakaran luar adalah mahal, manakala latihan dalaman memerlukan sumber kewangan yang banyak.
Seterusnya, kurang kesedaran dan sumber.
Banyak firma tempatan masih belum memahami sepenuhnya manfaat BIM dan tidak mempunyai akses kepada program latihan yang tersusun.
Kekurangan daya saing, tanpa BIM, perunding tempatan berisiko diketepikan daripada projek berskala besar, khususnya projek kerajaan dan antarabangsa yang semakin mewajibkan pematuhan BIM.
Cadangan kepada Kerajaan, bagi merapatkan jurang ini dan memastikan perunding tempatan tidak ketinggalan, kelima-lima badan profesional ini telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan geran sebanyak dua juta untuk menyokong program latihan BIM. Geran ini akan diuruskan secara bersama oleh lima badan profesional tersebut dan badan-badan ini mempunyai rangkaian yang luas serta kepakaran industri yang kukuh untuk merangka dan melaksanakan program latihan yang relevan dengan keperluan industri.
Objektif geran ini adalah untuk:
1.
Melahirkan tenaga profesional BIM yang berkemahiran; 2.
Melatih pengendali, pemodel dan penyelaras BIM di Sabah; 3.
Menyokong firma kecil dan sederhana; 4.
Menyediakan akses latihan yang mampu milik kepada perunding tempatan;
5.
Meningkatkan piawaian industri; 6.
Membekalkan pengetahuan mengenai proses BIM, piawaian dan aplikasi perisian; 7.
Meningkatkan daya saing tempatan; 8.
Memastikan firma tempatan kekal relevan dan berupaya mengendalikan projek yang memerlukan BIM; 9.
Menggalakkan penggunaan secara menyeluruh; 10.
Meningkatkan kesedaran mengenai manfaat BIM dan menggalakkan penerapannya dalam amalan reka bentuk di seluruh negeri.
Hasil yang dijangka sekurang-kurangnya 300 pengendali BIM terlatih di Sabah dalam tempoh dua tahun. Peningkatan penggunaan BIM dalam kalangan firma, perunding kecil dan sederhana. Penglibatan yang lebih besar perunding tempatan dalam projek kerajaan yang memerlukan BIM dan pengukuhan industri pembinaan Sabah selaras dengan piawaian nasional dan antarabangsa.
Kesimpulannya, penggunaan BIM bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi masa depan industri pembinaan. Tanpa sokongan Kerajaan, banyak firma perunding tempatan di Sabah akan terus ketinggalan akibat kekangan kewangan dan teknikal. Dengan menyediakan geran sebanyak 2 juta kepada badan profesional negeri, Kerajaan Negeri Sabah dapat memperkasakan industri pembinaan di Sabah, dengan meningkatkan kemahiran berinovasi dan bersaing secara berkesan. Inisiatif ini bukan saja memartabatkan industri perunding, malah menyokong visi negeri ke arah pembangunan infrastruktur yang moden dan mampan. Ia juga sejajar dengan tunggak ketiga Belanjawan Sabah 2026, iaitu memperkasakan pembangunan modal dan insan dengan peningkatan pengetahuan, kemahiran, produktiviti dan inovasi. Datuk Speaker, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah menunaikan janji meningkatkan peruntukan untuk pembangunan keagamaan dan institusi keagamaan bukan Islam serta sekolah-sekolah mubaligh dan persendirian daripada 70 juta ke 90 juta pada tahun hadapan. Ini menunjukkan Kerajaan ini adalah satu Kerajaan prihatin yang menjaga kesejahteraan hidup semua rakyat tanpa mengira asal usul kaum dan agama.
Datuk Speaker, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Sabah. Saya amat bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk menubuhkan dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kementerian Kewangan ataupun ringkasannya JPP KKNS dan Jawatankuasa Pinjaman Pelaburan Kerajaan Negeri SALIC. Saya ingin mencadangkan agar kedua-dua jawatan ini juga dianggotai oleh para profesional yang berpengalaman untuk membantu pengerusi kedua-dua jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka dengan lebih efektif. Saya juga menyokong sepenuhnya arahan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, agar semua Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kumpulan dan Pengurus Besar bagi BPN dan GLC, mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap 3 bulan terus kepada Yang Amat Berhormat mulai tahun hadapan. Langkah ini sudah tentunya akan dapat meningkatkan prestasi serta ketelusan pengurusan BPN dan GLC tersebut.
Bunga Kenanga di tepi halaman, Harumnya lembut menyerik suasana:
Menang kalah bukanlah bertentangan, Bakti kepada rakyat jadi keutamaan bersama.
Pohon seraya di tepi perigi, Airnya jernih, menawar dahaga; Bersatu hati, kita hayati, Sabah maju, rakyat sejahtera.
Sekian, Datuk Speaker. Saya mohon menyokong RUU Belanjawan Sabah 2026.
Terima kasih, ADUN Dilantik, Yang Berhormat, Datuk Chin Shu Ying. And congrats for your maiden speech. Dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Merotai, 12 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih
Datuk Speaker atas ruang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 12 Disember 2025. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa terima kasih saya kepada rakyat Merotai yang telahpun memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk mengangkat suara Merotai di Dewan yang mulia ini.
Datuk Speaker, semasa pembentangan Belanjawan, Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyebut berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan loji rawatan air di bawah kontrak outsource, pembelian air dan perbelanjaan penswastaan air. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan kontrak outsource yang dimaksudkan.
Pertama, adakah kontrak outsource pengurusan loji rawatan air ini adalah kontrak outsource yang sama yang telah ditamatkan pada 2020? Berapa tahun kontrak ini ditandatangani antara Kerajaan dan kontraktor? Ketiga, berapakah jumlah nilai kontrak setahun? Keempat, berapakah loji rawatan air yang terlibat di seluruh Sabah dan siapakah syarikat yang terlibat? Dan sila nyatakan secara terperinci. Kelima, apakah kebaikan atau nilai tambah sekiranya kontrak outsource yang dijalankan semula…
Adakah ia tidak merugikan Kerajaan? Keenam, apakah kesannya kepada pekerja-pekerja yang telah diserapkan ke Jabatan Air semasa penamatan kontrak tersebut? Datuk Speaker, pada 2020, semasa Warisan memerintah dahulu, kita telah menamatkan kontrak ini dan kita tahu kita dapat menjimatkan berbilion ringgit duit Kerajaan, dalam jangka masa yang panjang. Kontrak tersebut telah diberikan selama 25 tahun. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri Kewangan dapat memberikan penjelasan terperinci berkenaan dengan pelantikan semula kontrak outsource Loji Rawatan Air ini, supaya kita dapat pastikan tiada ketirisan dan tiada pembaziran wang rakyat.
Seperti yang saya tegaskan dari awal Datuk Speaker, wang ini wang rakyat, setiap sen yang ingin dibelanjakan harus lebih transparent dan sebagai pembangkang, saya akan menyokong jika ia baik dan saya akan tegur dan bantah jika ada pembaziran dan ketirisan wang rakyat.
Kalau disebut dalam pembentangan belanjawan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, ya item yang Ke-46 perbelanjaan khas dicadangkan sebagai sebanyak RM2.045 bilion ya. Ini termasuk dengan perkhidmatan pengurusan loji air di bawah kontrak outsource termasuk pembelian air dan perbelanjaan penswastaan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan beri penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Pada Belanjawan 2025 Datuk Speaker, saya ada juga membangkitkan berkenaan dengan ketirisan dan juga pembaziran dalam belanjawan Kepala S11 Jabatan Ketua Menteri, iaitu Kod Program 150000 Kegiatan Akhbar dan Penerbitan, iaitu melibatkan RM8.221 juta.
Pada belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan minggu lepas, peruntukkan ini walaupun berkurangan kepada RM4.726 juta, namun pandangan saya ia masih berlaku pembaziran kerana saya tahu belanja ini adalah untuk media dan cyber trooper yang berbayar. Saya rasa tidak ada keperluan belanja begitu banyak untuk cyber trooper ini dan adalah lebih baik wang ini dibelanjakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah, terutamanya berkenaan dengan biasiswa pelajar-pelajar dan mengatasi masalah jalan raya, air, elektrik di luar bandar.
Saya ingin sekali lagi tegaskan kepada Kerajaan pada hari ini, wang ini, wang rakyat dan wang ini cukup terbatas, jangan menggunakan wang rakyat ini untuk kepentingan politik. Wang rakyat harus dibelanjakan mengikut keutamaan rakyat khususnya dalam menambah baik kemudahan-kemudahan asas untuk rakyat. Seperti yang sedia maklum, kita dengar tadi ucapan daripada perbahasan daripada Yang Berhormat Kuamut. Beliau menyatakan bahawa banyak kawasan-kawasan beliau jalan pun tidak ada, Datuk Speaker. Kadang-kadang kita sedih mungkin kita tidak berada di kawasan-kawasan yang di pedalaman begitu, masalah air, jalan raya
dan sebagainya.
Bayangkan orang-orang kampung terpaksa menyewa bot RM800.00 untuk keluar ke pekan-pekan.
Jadi adalah menjadi keutamaan, kalau RM4.72 juta ini kalau kita kali lima tahunlah, RM20 juta lebih, sebelum ini RM8 juta, sebelum ini lagi berapa juta. Kalau ini semua dikumpul boleh mencapai RM50 juta, RM60 juta. Jadi inilah sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat yang lebih penting, yang lebih utama, bukan berkenaan dengan apa, media-media cyber troopers ini. Datuk Speaker, saya juga meneliti pembentangan belanjawan berkenaan dengan syarikat berkaitan GLC. Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa prinsip integriti, integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dan kecekapan pengurusan turut mencerminkan tahap keyakinan rakyat kepada kemampuan Kerajaan mengurus aset dan pelaburan awam secara berkesan.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga dalam laporan media telah mengarahkan untuk semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kumpulan, Pengurus Besar bagi GLC dan Badan Berkanun perlu mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap 3 bulan, bermula tahun depan. Saya mengambil baik dan saya menyokong saranan tersebut supaya setiap GLC ataupun Badan Berkanun sentiasa fokus dalam tadbir urus yang cekap, berintegriti, di samping perlu meningkatkan prestasi keuntungan masing-masing. Dalam belanjawan yang dibentangkan juga, ada peningkatan ketara untuk Pelancaran Unit Integriti daripada RM764,000.00 kepada 200.. 700.. RM764,000.00 pada tahun 2025 dan peningkatan meningkat sangat ketara kepada RM1.94 juta pada tahun 2026.
Saya maklum bahawa peruntukan ini sangat penting bagi tujuan program-program untuk meningkatkan integriti di kalangan penjawat awam, dan saya sokong penuh perbelanjaan ini ya. Saya juga ingin mencadangkan agar pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Kerajaan memberi penekanan kepada integriti semua peneraju GLC, agar semua mereka tidak terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah. Kepada mana-mana CEO atau timbalan atau pegawai-pegawai yang terlibat dengan salah guna kuasa, harus diambil tindakan dan diberhentikan dan bukan dipindahkan serta dinaikkan pangkat.
Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sama ada benar bahawa Timbalan CEO Kumpulan Sawit Kinabalu yang terlibat dalam salah laku, unsur salah laku yang telah didapati bersalah dalam Domestic Inquiry Sawit Kinabalu, akan dinaikkan pangkat pula ke CEO Benta Wawasan. Dalam Domestic Inquiry telah pun disahkan salah laku berkenaan 3 projek, iaitu satu, Vitamin D Extraction Plant di Refinery Kunak melibatkan wang RM1.4 juta. Kedua, Barramundi Project di Langkon, Kota Marudu dan ketiga, Bitcoin Mining Project di Langkon Pump Oil Mill, Kota Marudu.
Jadi jika ini benar, perlantikan ini benar, saya berpendapat ia tidak wajar dan akan menormalisasi perbuatan salah laku dan rasuah di kalangan penjawat awam dan GLC. Walaupun ada tekanan politik kerana berkaitan dengan salah seorang, mungkin suami beliau atau siapa saja yang berjawatan tinggi dalam parti tertentu, saya berharap lantikan ini tidak dapat diteruskan dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya sesuai dengan undang-undang demi memelihara semua syarikat GLC, dari salah laku dan rasuah serta menjadi pengajaran kepada semua peneraju GLC dan badan berkanun. Saya minta supaya Yang Berhormat Ketua Menteri Sulaman supaya mengambil perkara ini serius, dan kita mendapat laporan bahawa ini lah allegation misconduct in Sawit Kinabalu Group. Jadi saya minta supaya perkara ini tidak diteruskan dan mudah-mudahan ia menjadi pengajaran kepada semua pihak. Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang kawasan saya khususnya masalah jalan raya. Setiap kali perbahasan, saya telah sentuh berkenaan jalan raya dari Merotai ke Kalabakan. Menteri saling tukar-tukar, Datuk Speaker tapi jalan raya tidak pernah berubah. Keadaan jalan raya semakin hari semakin membimbangkan. Saya mohon pihak Kerajaan khususnya YB Menteri Kerja Raya yang baharu tolong turun melihat sendiri dan ambil tindakan sewajarnya, jalan di antara Merotai ke Kalabakan.
Dalam pembentangan belanjawan juga disebut bahawa projek berimpak tinggi akan dilaksanakan termasuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B merangkumi jajaran sepanjang 388 km. Namun, jalan Kalabakan ini memang tidak terlibat dalam mana-mana fasa Pan Borneo. Saya selalu tekankan supaya jalan ini harus diselenggara
secara berkala dan perlu di-upgrade semula ke jalan tar, di mana jalan-jalan rosak ini sejak sekian lama, Datuk Speaker. Selain itu, saya juga ingin pihak JKR perlu kerap turun memantau dan menyelenggara jalan di Kampung Gudang 4, yang telah banyak mengalami kerosakan akibat lori-lori kontraktor pembinaan Empangan Cinta Mata. Lori-lori ini yang lebih muatan mengakibatkan jalan-jalan di sepanjang Kampung Gudang 4 ini rosak teruk dan membahayakan pengguna jalan raya. Datuk Speaker, selain daripada jalan raya, saya juga ingin mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan, iaitu Jabatan Kesihatan supaya membuka semula cawangan klinik kesihatan di Taman Semarak. Ini bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan susulan memandangkan klinik kesihatan.
Kesihatan di Kubota begitu sesak setiap hari.
Kedua, berkenaan dengan jaringan Internet yang lemah di SK Brumas. Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan perkhidmatan Starlink untuk sekolah ini. Namun, telah ditamatkan tanpa alasan. Saya cadangkan supaya Syarikat Sabah Soft Wood Sdn. Bhd. memberikan CSR kepada sekolah ini untuk perkhidmatan Starlink, memandangkan staf mereka juga, anak staf mereka juga bersekolah di situ dan berada di dalam kompaun Sabah Soft Wood tersebut. Akhir sekali, Datuk Speaker, isu tuntutan 40% hasil daripada Kerajaan Persekutuan tersebut harus diberi tumpuan dan disegerakan. 40% ini adalah hak mutlak yang harus ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa kompromi, kompromi kerana termaktub dalam perjanjian Malaysia 1996.
Saya secara peribadi akan menyokong apa saja usaha Kerajaan Sabah dalam merealisasikan tuntutan ini. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada Kerajaan agar satu jawatankuasa di peringkat DUN berkaitan Malaysian Agreement 1963 ini harus kita wujudkan sesegera mungkin. Jawatankuasa ini harus melibatkan semua pihak termasuk kami di pihak pembangkang.
Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas ruang yang telah diberikan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Saya ingin menegaskan bahawa pembangkang bukan menolak belanjawan semata-mata. Kerana kami di pihak berbeza, tugas kami sebagai pembangkang ialah menjalankan semak dan imbang. Memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan amanah, telus dan berkesan. Belanjawan ini bukan milik Kerajaan semasa, tetapi milik rakyat secara keseluruhan. Rakyat harus sedar bahawa kita bukan against pembangunan.
Pembangkang adalah benteng terakhir rakyat untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanja dengan amanah, telus dan berkesan. Ini bermaksud menyokong peruntukan yang bermanfaat kepada rakyat dan pada masa yang sama menolak atau mencadangkan penambahbaikan terhadap perbelanjaan yang tidak munasabah ataupun bukan untuk keutamaan kepada rakyat. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Behormat Merotai dan seterusnya saya menjemput ADUN Dilantik Datuk Roger Chin. Twelve minute YB. Darau, sila bersedia lepas ini.
Tuan Speaker, dengan izin. Tuan Speaker, Honorable Members of this Assembly and the people of Sabah. I enter this Legislative Assembly conscious of the honour of this appointment and with full respect for this House as the highest legislative institution of our State. It is precisely because i respect this Assembly that i believe honesty, clarity and courage have a rightful place within its walls. I am here with the same independence of thought that guided my work before entering this Assembly. An independence shaped not by politics but by years of questioning why Sabah continues to fall short of its true potential.
Tuan Speaker, as this assembly debates the state budget, allow me to anchor my maiden speech within that context. A budget is more than figures. It is a statement of what we are willing to fix, what standards we are prepared to enforce, and how seriously we take our obligations to the people. The points i raise today go to the foundations that determine whether any budget including this one can genuinely
deliver for Sabahans. Tuan Speaker, allow me to share one reflection that illustrates a wider reality faced by many Sabahans. After i wrote about Sabah’s 40% entitlement, i received a message from an ordinary Sabahan.
He said, “If what you wrote is true, then for decades we were denied what was ours and nobody told us that message was confronting not because it was emotional but because it was honest. It revealed a truth many prefer not to repeat that Sabahans have not only been denied resources but denied clarity. Silence has a cost and Sabahans have paid that cost for far too long. Sabah struggles are not only the result of natural disasters. They are predictable. Consequences of systems that have been allowed to weaken, stall, or serve the wrong interests, daily power cuts, dry taps, approvals that depend on who you know rather than what the law requires, institutions that bend when they should stand firm. These are not inconveniences. They are failures and failures have causes. Sabah is not poor. Sabah has been poorly served. Our people work hard. They endure quietly, but endurance should never be mistaken for acceptance. Sabahans want clarity, fairness, and standards. And they have waited long enough. Governance is not an exercise in comfort. It is the discipline to do what is necessary, not merely what is convenient. I will not applaud half measures. I will not defend dysfunction. This assembly should never treat scrutiny as inconvenience. If we are serious about Sabah’s future, then we must fix the foundations.
A planning system that obeys the law, not personalities. Utilities that work every day, not only during press releases. GLCs that serve the public interests, not political calendars. A civil service with the freedom to say no and the protection when they do. These are the basics of a functioning state. A state that lowers its standards, lowers its future. As this Assembly debates the state budget, allow me to apply that principle in practical terms. A serious government fixes what is broken before it builds what is new. Yet too often, budgets are more comfortable announcing new projects than confronting long-neglected ones. Roads that are patched today and fail again tomorrow.
Clinics, especially in the rural and semi-rural areas where doctors and nurses serve with commitment, but facilities lack far behind what dignity and safety demand. When these realities are raised, the response is familiar. That is under federal funding. This is not a state matter. That distinction may matter on paper, but it means nothing to the people of Sabah who live with the consequences. Sabahans do not experience broken roads as federal or state. They experience delay, damage, and risk. Healthcare does not fail by jurisdiction. It fails when responsibility is avoided. Maintenance is not a lack of vision. Maintenance is respect.
If this budget is to restore confidence, it must reflect a simple discipline, repair before expansion, fix before the showcase, people before prestige. Tuan Speaker, Sabah’s rights are not optional. They are not dependent upon political mood. They are not bargaining chips. In that context, i seek clarification on the allocation under Head S26 in the Estimates Contribution to Statutory Funds, amounting to approximately RM2.2 billion ringgit. Specifically, which statutory funds are involved and for what purposes are these contributions made for?
They are the terms of our entries into Malaysia affirmed in documents in history and in court. The 40% entitlement is not a suggestion. Autonomy is not decorative. Legislative powers are not symbolic. MA63 is not a negotiation in principle. It is a contract and a contract must be honored. A federation built on fairness is strong. A federation built on convenience will eventually fail its people. Sabah’s future is not determined by natural resources alone. It is determined by our courage to build systems that match the ambition of our people. Our young Sabahans are talented, hungry, and capable. What they lack is not ability, but a state brave enough to raise its standards. A state that allows them to say without hesitation, i can build my future right here. If we fail to build that Sabah, then all of our talks of progress remain noise. This assembly sets the tone for our leadership culture. If we want Sabahans to trust us, then we must act like leaders worthy of trust. This house must be a place where firm debate….
… and playing in speaking on normal, not acceptional and pure respect is never compromize. Fearlessness without respect is arrogance. Fearlessness with respect is leadership. Tuan Speaker, i will not participate in a culture of excuses, silence, or lower standard that has stole Sabah for decades. I will defend Sabah’s right, I will defend Sabah’s dignity and i will defend the people who expect us to be braver than what we have been. If I fall short, I expects Sabahan to hold me accountable, firmly and openly. Entering this assembly is not a reward, it is a responsiblity. Sabah does need more political silence. Sabah need honesty, discipline and courage. The courage to demand excellence to owner our right and to refuse the slow decline of lowered standard. A new Sabah would not be build on fear, a new Sabah would not be build on excuses. It will build on conviction, conviction that deserves better, that we can do better and that we must never again accept the bare minimum. That is the Sabah I stand for, that is the Sabah we must build together. Saya sedia berkhidmat, demi Sabah demi rakyat.
Terima kasih, ADUN Dilantik, Datuk Roger Chin. Satu peringatan daripada saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru, please familiarize yourself with the entry and exit to the debating chamber and I would like to say thank you to ADUN Inanam for not crossing the lobby. Okey seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Darau. 12 minit Yang Berhormat. Moyog, sila bersedia selepas ini.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada DUN Darau untuk membahaskan intipati Belanjawan Sabah 2026 yang bertemakan Memaju Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan.
Kami menyambut baik tema ini namun adalah tanggungjawab kami untuk memastikan setiap sen perbelanjaan awam benar-benar membawa perubahan positif
dan tidak hanya indah di atas kertas. Kita tidak boleh bersembunyi di sebalik angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dijangka berkembang sekitar 2% pada tahun 2026. Sedangkan realiti di lapangan, khususnya buat rakyat di kawasan luar bandar dan golongan B40 masih jauh dari sejahtera. Kami tidak mahu lagi mendengar cerita kononnya kemiskinan tegar sudah dinoktahkan. Jika benar sudah tiada, kenapa masih ramai rakyat yang tidur dalam rumah usang? Kenapa anak-anak kita masih bersekolah di bangunan daif dan kenapa perkhidmatan air serta elektrik masih lagi mimpi di siang hari? Justeru, perbahasan saya akan memfokuskan kepada tiga mekanisme penting yang wajib dibangunkan oleh Kerajaan demi kebaikan seluruh rakyat Sabah.
Yang pertama, mekanisme memastikan perancangan selari dengan pembangunan Sabah. Tuan Speaker, belanjawan ini memperuntukkan jumlah yang besar termasuk RM4.8 bilion untuk jaringan infrastruktur. Namun, adakah perancangan kita benar-benar menjawab keperluan rakyat? Pembangunan yang seimbang bukan hanya di Pantai Barat, peruntukan untuk projek infrastruktur besar seperti Pan Borneo Fasa 1B, loji rawatan air (LRA) di Papar, KK dan Sandakan adalah penting. Tetapi kita perlu mekanisme yang memastikan kawasan pedalaman dan Pantai Timur yang sering ketinggalan juga mendapat perhatian yang sama. Projek-projek seperti BELBA elektrik dan BALBA air di kawasan luar bandar mesti dilaksanakan dengan kadar segera dan telus. Cadangan mekanisme Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas pembangunan luar bandar yang dianggotai oleh ADUN-ADUN kawasan termasuk pembangkang untuk memastikan terus projek infrastruktur desa. Laporan kemajuan ataupun progress report setiap bulan mesti dibentangkan di Dewan ini. Bukan hanya laporan prestasi agensi kepada Ketua Menteri. Penyelarasan sektor pertanian yang berkesan. Sektor pertanian, perikanan dan industri makanan mendapat peruntukan besar, iaitu RM558.85 juta. Ini baik, tetapi mekanisme apa yang ada untuk memastikan penubuhan Sabah Agricultural Biotechnology Center ataupun SABTECH di Tuaran dan Pusat Pengumpulan Hasil Tani (PPHS) di Keningau dan lain-lain, benar-benar memberi manfaat kepada petani bukan hanya kontraktor. Cadangan mekanisme mewujudkan satu sistem pangkalan data bersepadu yang memautkan hasil pengeluaran pertanian petani, nelayan
contohnya melalui PPHS terus kepada pasaran dan kilang pemprosesan. Ini akan memotong orang tengah ataupun middleman dan memastikan petani kita mendapat harga yang lebih adil sekaligus mengelakkan pembaziran hasil. Yang kedua, mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan awam. Tuan Speaker, rakyat Sabah sedar bahawa setiap kali ada peruntukan besar, risiko ketirisan juga meningkat. Belanjawan ini menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM6.402 bilion. Hasil utamanya pula datang daripada cukai jumlah, sorry maaf. Daripada cukai jualan negeri dan royalty Petroleum. Ini adalah wang rakyat, bukan wang parti politik. Pemantauan projek infrastructure, peruntukan besar untuk JKR sebanyak RM600.69 juta dan Jabatan Air Negeri Sabah sebanyak RM848 juta adalah hasil, adalah sasaran sorry, adalah sasaran utama ketirisan jika tiada pengawasan rapi. Isu jalan berlubang dan gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku menunjukkan mekanisme pemantauan sedia ada adalah gagal.
Cadangan mekanisme, Kerajaan perlu mewujudkan satu dashboard projek awam yang boleh diakses oleh orang ramai secara digital. Dashboard ini mesti memaparkan maklumat penting seperti nama kontraktor, nilai kontrak, peratusan siap dan tarikh jangka siap. Rakyat adalah mata dan telinga terbaik untuk memantau projek di kawasan mereka. Ketulusan pengurusan Badan Berkanun. Kita gembira dengan prestasi GLC seperti SMJ Energy Sendirian Berhad atau SMJE yang membayar dividen sebanyak RM160 juta.
Namun, adakah kita yakin semua agensi berkanun kita diuruskan dengan cekap? Penubuhan Jawatankuasa Pinjaman dan Pelaburan ataupun SLIC dan Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan JPPKKNS adalah langkah yang betul. Tetapi yang mestilah bebas daripada campur tangan politik. Cadangan mekanisme, Kerajaan perlu bersetuju untuk menjemput wakil dari gabungan Persatuan Pengguna Sabah atau CAPS atau mana-mana NGO antirasuah yang dibawa untuk duduk sebagai pemerhati bebas dalam JPPKKNS agar proses tadbir urus baru ini benar-benar telus. Ketiga, memastikan ekonomi dirasai oleh rakyat Sabah. Tuan Speaker, ini adalah titik paling penting. Pertumbuhan ekonomi tidak bermakna jika tidak
diterjemahkan kepada periuk nasi rakyat.
Peluang pekerjaan dan latihan, peruntukan…
…RM39.24 juta untuk TVET, STEM dan Teknologi Digital di bawah KSTI serta RM27.96 juta untuk kursus kemahiran di bawah JPSM mesti disasarkan kepada sektor ekonomi berimpak tinggi. Kita ada pelabur besar seperti Kilang Keluli Hijau Esteel Enterprise di Sogip berjumlah RM6.592 bilion. Cadangan Mekanisme, Kerajaan mesti mewajibkan syarikat-syarikat pelaburan berimpak tinggi ini melalui satu perjanjian yang ketat untuk mengambil sekurang-kurangnya 80% pekerja tempatan dan menyediakan latihan kemahiran atau upskilling kepada graduan dan belia Sabah, kita tidak mahu pelaburan berbilion tetapi yang dapat kerja hanyalah pekerja dari luar. Program bantuan jelas dan menyeluruh, kita menghargai inisiatif kebajikan seperti bantuan am kebajikan berjumlah RM71.29 juta. Bantuan sekolah dan program baru seperti bantuan yuran MUET (BAYU) dan program kasih dan kongsi untuk pendidikan awal di pedalaman. Namun fokus mesti kekal kepada golongan termiskin. Cadangan mekanisme, kuota tambahan 10 unit bagi setiap DUN untuk Program Rumah Mesra (SMJ) khas untuk belia berkahwin di bawah 40 tahun adalah baik.
Tetapi mekanisme kelayakan mesti dipermudah, tidak menyusahkan seperti birokrasi yang tebal. Begitu juga Program Bantuan Tunai (SYUKUR) sebanyak RM300 sebulan, mesti diperluas dan disalurkan tepat pada waktunya, bukan sekali realitinya RM300 itu hanya berharga untuk B40. Ekonomi Biru untuk nelayan, Peruntukan Ekonomi Biru ataupun Blue Economy dan peruntukan Ko-Nelayan sebanyak RM25.11 juta mestilah secara langsung membantu nelayan. Cadangan mekanisme, program pemerkasaan nelayan mesti melibatkan penyediaan bot, peralatan dan teknologi moden dan bukannya sekadar kursus, hasil kursus, hasil laut Sabah adalah sumber rezeki kita.
Di kesempatan ini, saya ingin menyentuh sedikit permasalahan di kawasan saya.
Di Taman Kingfisher, terdapat masalah pembentungan di lot kedai Plaza Kingfisher. Sistem pembentungan menghadapi masalah setelah sekian lama, di mana di belakang kedai, setiap kedai Kingfisher di sana, air busuk keluar. Saya rasa ini sudah berlanjutan lebih daripada tiga atau empat tahun dan pelanggan-pelanggan yang hadir sana menghadapi masalah bau busuk.
Isu perparitan di perumahan, kawasan perumahan perparitan di mana parit tidak diselenggarakan dan banyak tumbuhan yang tumbuh di dalam parit tersebut dan saya minta, saya cadangkan agar pihak DBKK untuk melihat kepada perkara ini. Selepas kerja-kerja pemotongan pokok atau tumbuhan, sisa pokok tidak dipindah dan ini antara sebab sistem perparitan menjadi tersumbat.
Taman Millennium Kingfisher di lorong 1. Terdapat mendapan jalan raya di sana di mana apabila setiap kali hujan lebat tempat itu menjadi banjir dan ini menjadi masalah kepada penduduk di sana untuk keluar dan masuk dan perkara ini saya sudah pernah bawa ke Dewan yang mulia ini dan saya sudah pernah melaporkan terus kepada pihak DBKK namun sehingga ke saat ini masih belum ada tindakan daripada pihak DBKK dan seterusnya, saya ingin menyentuh permasalahan di Kampung Likas, di mana jalan raya di sepanjang Jalan Haiwan dan Kurol Melangi masih dalam keadaan daif, di mana terdapat masih banyak lubang dan jalan tidak rata.
Isu tanah yang telah diluluskan seluas dua ekar untuk pemindahan enam keluarga dari Kampung Nelayan. Saya ingin bertanya, apakah status progres pemindahan penduduk-penduduk berkenaan? dan… Masalah di Kampung Likas Lama dan rumah-rumah di sepanjang pesisir Sungai Likas yang sebelum ini telah dikeluarkan notis perobohan. Saya ingin bertanya, adakah Kerajaan akan meneruskan perobohan ini? dan saya balik kepada Taman Richdar, Parit yang tersumbat sehingga terdapat pokok yang tumbuh di dalam parit, perlu penyelenggaraan berjadual.
Begitu juga jalan raya yang memerlukan
pemasangan bonggol ataupun speed bump bagi meningkatkan keselamatan penduduk yang semakin padat di kawasan ini.
Sila gulung Yang Berhormat.
Last. Saya berbalik kepada Taman Kingfisher tadi. Di fasa 2, Taman Kingfisher berhadapan dengan Maktab Nasional, sistem perparitan terdapat bahan asing yang menyebabkan sistem perparitan terganggu dan perlu pembersihan secara berkala. Satu lagi, pusat kumbahan yang terdapat di Kingfisher kini tidak mampu lagi menampung keperluan yang sedia ada. Ini kerana kesan limpahan air yang mengalir ke Sungai Kampung Bangka-Bangka menyebabkan bau yang busuk dan memberi kesan kepada keselesaan hidup orang yang penduduk di Kampung Bangka-Bangka. Satu lagi ya Tuan Speaker, Kampung Warisan, jalan utama berlubang-lubang di sepanjang jalan utama kampung dan untuk Lorong 5 dan Lorong 6 tidak mempunyai sistem perparitan yang sesuai. Saya telah minta pihak DBKK untuk melawat kawasan ini melalui surat saya yang telah saya hantar mungkin dalam minggu lepas begitu. Kampung Puri Warisan, Taman Puri Warisan, ruang letak kereta yang tidak mencukupi. Saya mencadangkan agar terdapat satu ruang di kawasan taman itu mungkin berkeluasan dalam dua ekar begitu untuk dijadikan tempat letak kereta, dan saya juga mencadangkan untuk Puri Warisan ini sebuah tangki besar atau reservoir perlu diwujudkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan ini. Yang lain saya buat nanti next persidangan. Saya dengan ini mohon menyokong belanjawan kita pada kali ini. Sekian, wabilai taufik, walhidayah, assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Darau dan seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Moyog. 12 minit Yang Berhormat. Sindumin sila bersedia selepas ini.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih atas peluang ini. Dalam kesempatan ini, saya amat berterima kasih kepada rakyat
kawasan Moyog atas kepercayaan dan mandat yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai Wakil Rakyat Moyog dan Ahli Dewan yang mulia ini. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Sulaman kerana kejayaan untuk membentukan Kerajaan Sabah yang stabil dan juga kepada Yang Berhormat Karanaan atas pembentangan bajet yang berjiwa rakyat.
Tuan Speaker, saya bangkit hari ini untuk menyentuh dua isu yang amat besar implikasinya kepada kedaulatan ekonomi, hak perlembagaan dan kedudukan Sabah dalam persekutuan.
Adalah persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk melantik wakil Kerajaan Sabah ke dalam Lembaga Pengarah Petronas yang sehingga hari ini masih belum dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, Petronas bukan syarikat biasa. Petronas adalah pemegang amanah tunggal petroleum negara. Petronas adalah entiti yang mengurus sumber minyak dan gas yang terletak di luar pesisir dan di Wilayah Sabah dan Petronas adalah instrumen fiskal paling berkuasa dalam Persekutuan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Sabah pula bukan wilayah biasa, Sabah adalah rakan pengasas Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 dan sumber petroleum di Wilayah Sabah.
Merupakan aset strategik wilayah dan negara. Namun hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua, Sabah langsung tidak diwakili dalam Lembaga Pengarah Petronas. Walaupun hasil petroleum dari wilayah Sabah menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara.
Ini adalah ketidakseimbangan struktur kuasa yang nyata.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan secara jelas di Dewan yang mulia ini, bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara prinsip untuk melantik wakil Kerajaan Sabah ke dalam Lembaga Pengarah Petronas. Persetujuan itu telah dibincangkan dan dipersetujui dalam rangka rundingan MA63 termasuk melalui mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dan keputusan Menteri
Persekutuan. Persetujuan tersebut dicapaikan sekitar tahun 2021. Hasil tekanan dan rundingan berterusan oleh Kerajaan Sabah, Kerajaan Sarawak dan pimpinan Sabah dan Sarawak yang konsisten membawa isu-isu, isu ini sebagai tuntutan struktur, bukan permintaan politik.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan rahsia. Perkara ini telah diumumkan secara terbuka sebagai sebahagian daripada agenda perlaksanaan MA63. Persoalannya di sini adalah, jika persetujuan telah diberikan, mengapa pelantikan wakil Sabah masih belum berlaku sehingga hari ini?
Tuan Yang di-Pertua, lebih empat tahun sudah berlalu sejak persetujuan itu dicapai. Saya ingin bertanya secara terus dan berprinsip, apakah yang menghalang pelantikan wakil Sabah ke Lembaga Petronas? Adakah Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas melaksanakan persetujuan itu? Atau memandang ringan hak perwakilan Sabah dalam Syarikat Petroleum negara? Mengapakah Sarawak telah diberikan ruang yang lebih luas dalam pengurusan Petronas ataupun pengurusan petroleum? Termasuk melalui entiti wilayahnya sendiri. Sedangkan Sabah masih menunggu lagi pelantikan wakil ke Lembaga Petronas.
Tuan Yang di-Pertua, persetujuan politik tanpa pelaksanaan adalah janji kosong. Dan janji kosong terhadap Sabah bukan perkara baharu. Tetapi dia tidak boleh terus dinormalisasikan. Tidak boleh terus diterima.
Tuan Yang di-Pertua, perwakilan ataupun pelantikan wakil Sabah ke Lembaga Petronas bukan soal simbolik. Tetapi soal akses kepada kuasa sebenar. Kuasa membuat keputusan strategik. Kuasa memahami struktur kos, keuntungan dan pelaburan kuasa memastikan kepentingan Sabah sebagai pengeluar petroleum dilindungi. Tanpa perwakilan di peringkat lembaga, Sabah hanya menjadi sumber, Tuan Yang di-Pertua, tetapi bukan rakan strategik dalam membuat keputusan. Ini bercanggah sama sekali dengan semangat MA63.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan pendirian berikut.
Dewan ini mengambil maklum bahawa persetujuan Kerajaan Persekutuan yang telah diberikan
sekitar tahun 2021 supaya ia dicepatkan dan disegerakan melantik Wakil Kerajaan Sabah dalam Lembaga Petronas.
Dewan ini seharusnya mempersoalkan secara serius kegagalan melaksanakan persetujuan tersebut sehingga hari ini. Dewan ini juga seharusnya menuntut supaya perlantikan wakil Sabah dibuat tanpa sebarang kelewatan lanjut dan wakil tersebut benar-benar mewakili kepentingan Kerajaan Sabah, bukan sekadar pemerhati. Dewan ini juga ingin atau harus menegaskan bahawa perlantikan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan MA63 dan langkah asas ke arah keadilan ekonomi dan federalisme sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan meminta ihsan, ini soal melaksanakan persetujuan yang telah dibuat. Undang-undang boleh dipinda, perjanjian boleh dipersetujui, tetapi jika pelaksanaan sentiasa ditangguhkan, maka Sabah berhak bertanya, adakah persetujuan itu benar-benar dihormati? Rakyat Sabah, rakyat Sabah sedang memerhati Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini mempunyai tanggungjawab untuk bersuara bagi pihak mereka.
Tuan Yang di-Pertua, keduanya, saya juga ingin berbahas mengenai hak geran 40% di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi daripada sudut yang berlainan sedikit daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Hak ini bukan tuntutan baharu, kita tahu.
Bukan agenda politik tetapi janji perlembagaan sejak 1963 yang telah digantung lebih 60 tahun tanpa penyelesaian muktamad.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut tadi pada 17 Oktober 2025 Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajiban statutori dan mandatori untuk menyemak dan membayar geran khas Sabah. Hak Sabah adalah sebahagian daripada struktur federalisme bukan ihsan. Sabah berhak kepada data hasil, penyata kewangan sebenar dan
formula penuh seperti dalam jadual Ke-10 Perlembagaan Malaysia. Ini bukan tafsiran politik, ini adalah keputusan mahkamah tinggi negara kita sendiri. Namun apa reaksi Kerajaan Persekutuan pula? Rayuan telah difailkan dan tujuan rayuan itu jelas untuk mencabar justifikasi penghakiman mahkamah tinggi dan yang lebih kritikal untuk mengelakkan liabiliti lost years dengan izin dari tahun 1974 hingga tahun 2025, iaitu kegagalan Persekutuan melakukan semakan lima tahun seperti yang diwajibkan oleh Perkara 112D Subseksyen 3.
Tuan Speaker, ini bermakna Persekutuan sedang berusaha bukan sekadar menangguh pembayaran tetapi melindungi kegagalan Perlembagaan sendiri selama setengah abad. Rayuan ini bukan isu teknikal semata-mata. Ia adalah cubaan mengosongkan makna 112D Subseksyen 3 dan menutup tuntutan tunggakan berpuluh tahun.
Tuan Speaker, apabila Persekutuan memilih laluan litigasi, Sabah tidak boleh lagi bergantung kepada rundingan biasa.
Ini bukan lagi soal goodwill, ini soal pertarungan perlembagaan fiskal dan teknikal. Namun saya ingin bertanya secara jujur di Dewan ini. Adakah pasukan Sabah hari ini benar-benar setaraf dengan cabaran ini? Hakikatnya Tuan Speaker, Persekutuan tampil dengan peguam perlembagaan terunggul, pakar fiskal, pakar hasil dan jentera teknikal lengkap. Sebaliknya pasukan Sabah masih belum dilengkapkan dengan peguam perlembagaan kanan bertaraf negara. Aktuari profesional untuk mengira liabiliti lost years. Akauntan bertauliah untuk audit revenue derivation. Pakar ekonomi fiskal dan juruanalisis hasil untuk membina formula 40% yang defensible.
Ini bukan salah individu, Tuan Yang di-Pertua tetapi ia adalah kelemahan struktur yang mesti diperbetulkan dengan segera. Dengan izin, we do respect, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh masuk gelanggang profesional dengan persediaan amatur. Tuan Speaker, oleh itu saya
menegaskan keperluan memperkukuhkan dan menaik taraf pasukan sedia ada kepada satu pasukan khas Perlembagaan Ekonomi Archery dan Literdasi Sabah, dipengerusikan oleh Peguam Besar Negeri.
Pasukan ini mesti siap siaga menyokong proses rayuan dan response perundangan. Menyediakan pengiraan tunggakan tahun 1974 hingga 2025 secara profesional. Membina formula 40% yang kukuh dari sudut undang-undang dan ekonomi. Menuntut full disclosure data hasil daripada persekutuan dan melapor secara berkala kepada Kabinet Sabah serta Dewan ini. Ini bukan pasukan politik, Tuan Yang di-Petua. Ini pasukan yang akan mempertahankan hak Perlembagaan Sabah. Tuan Speaker, untuk 60 tahun, Sabah bersabar. Untuk 60 tahun, Sabah menunggu rundingan dan hari ini, apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memihak kepada Sabah, persekutuan memilih untuk merayu dan mengelak tanggungjawab. Cukuplah. Sabah tidak meminta sedekah.
Sabah menuntut hak perlembagaannya. Rayuan persekutuan tidak boleh dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan keadilan. Lost years bukan angka politik, ia liabiliti perlembagaan.
Sila gulung YB.
Ya, sekejap lagi Tuan Speaker. Maka, Dewan ini mesti berdiri teguh mempertahankan keputusan mahkamah tinggi dan memastikan Sabah lengkap dengan pasukan setaraf untuk mempertahankan haknya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil-wakil rakyat yang mewakili kawasan masing-masing dan mewakili Sabah, setiap keputusan, setiap tindakan, setiap langkah kita semestinya mengutamakan Sabah. Semestinya, Sabah first, semestinya rumah kita, kita jaga, semestinya justice for Sabah, semestinya selamatkan Sabah. Tuan Speaker, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Sindumin, 12 minit Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Pertama sekali, terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk saya berucap ataupun terlibat dalam perbahasan ini. Di Dewan yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pengundi saya di N.35 Sindumin, juga yang tidak mengundi saya di N.35 Sindumin. Alhamdulillah, ada beberapa orang yang hadir, Tuan Speaker, sebagai pemerhati pada petang ini. Hadir sama-sama menjayakan perbahasan pada petang ini.
Saya bertekad untuk memikul tanggungjawab yang berat ini dengan amanah dan berdedikasi, insya-Allah. Tuan Speaker, sebagai perbahasan ataupun point utama untuk saya mengemukakan perbahasan pada petang ini, ingin saya memetik ucapan pembentangan belanjawan hari Jumaat lepas daripada YB Karanaan yang menyatakan, dia menyatakan, YB, menyatakan bahawa sebagai Kerajaan yang diberi mandat, kami akan memastikan setiap dasar perancangan dan projek pembangunan disusun dengan teliti dan dilaksanakan dengan berkesan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Saya ingin memberi penekanan di sini berkenaan dengan perkataan tanpa mengira fahaman politik. Tuan Speaker, walaupun diberi mandat oleh N.35 Sindumin, yang hanya sebanyak 5086 memberi mandat kepada kemenangan saya di N.35 Sindumin daripada jumlah 25536 jumlah pemilik yang berdaftar, yang keseluruhannya penduduk Sipitang lebih kurang 66583. Apa yang ingin saya kaitkan dengan soalan saya pada petang ini, di Dewan yang mulia ini, Tuan Speaker. Bolehkah peruntukan yang diberikan kepada N, boleh diberikan kepada N.35 Sindumin dan kawasan-kawasan rakan ADUN dalam kumpulan kami di sini, sebagaimana jumlah peruntukan kepada kawasan yang bukan pembangkang. Ini bertepatan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, equality before the law, tidak mengambil kira fahaman politik, tidak mengambil kira fahaman agama, tidak mengambil kira bangsa keturunan. Semua rakyat berhak menerima apa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada pemimpin.
Tuan Speaker, perkara ini bertepatan dengan Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan, cukup nyata Tuan Speaker. Jadi saya mahu di Dewan yang mulia ini, kita cetuskanlah yang menjadi satu budaya yang sebelum ini jika pembangkang tidak ada peruntukan. Kita cetuskan, kita pecahkan tradisi ini. Kita pastikan, kita pastikan walaupun pembangkang, berikanlah peruntukan itu. Kerana macam yang saya nyatakan tadi Tuan Speaker, saya hanya dapat 60 lebih peratus daripada undi yang berdaftar. Ada 60 lebih ribu lagi di Sipitang yang mengharapkan bantuan, yang mengharapkan pertolongan, orang susah, orang OKU, orang miskin, miskin tegar. Perlukah dihukum oleh kerana mereka menyokong dan sehinggakan mereka menjadi seorang pembangkang. Pemimpin yang menjadi seorang pembangkang. Jadi, adalah tidak adil Tuan Speaker. Saya mengharapkan supaya pemimpin yang dipilih di bawah Kerajaan Madani ini dapat merubah supaya perkara ini dapat diperhalusi dan dilaksanakan Tuan Speaker.
Tuan Speaker, banyak sebelum ini, ramai sebelum ini, ahli Dewan yang mulia ini menyentuh berkenaan dengan 40%. YB Kuamut juga ada menyentuh tadi pagi berkenaan dengan berulang kali menyatakan pengorbanan yang Kerajaan GRS lakukan untuk memberi sokongan kepada 40% ini. Saya ingin bertanya kepada sidang hadirin di Dewan mulia ini, apakah pendirian secara jujur, secara zahir dan batin di pihak Kerajaan, berkenaan dengan 40% ini? Kerana secara zahir, pentingnya saya sebut zahir dan batin, pihak Kerajaan di wilayah Sabah dewasa kini secara fakta adalah menjadi responden, penentang bersama Kerajaan Persekutuan menentang.
… dan persekutuan menentang perjuangan SLS ini. Ini amat mengelirukan rakyat di luar sana. Malah para pemerhati yang sempat hadir di Dewan yang mulia ini sepatutnya Kerajaan bersama duduk, berdiri, berganding bahu bersama Sabah Law Society, bukan menjadi pihak responden. Yang nyata dalam mahkamah sebagai penentang. Maka dengan itu, maka dengan itu juga, peguam yang mewakili pihak Kerajaan sebelum ini amat berani menyatakan
tuntutan pelaksanaan hak 40% hasil Sabah yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan itu, hanyalah aspirasi.
Tuan Speaker, walaupun sudah disebut mengenai dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang Arif Celestina sebelum ini, yang telah memutuskan pada 17 Oktober 2025 bahawa 40% itu adalah hak berperlembagaan rakyat Sabah. Yang Arif Celestina, menetapkan dalam tempoh masa 90 hari untuk mendapatkan atau menyemak formula untuk membuat pembayaran yang gagal dibayar oleh Kerajaan Persetujuan sejak 1974.
Dan yang Arif Celestina juga menetapkan dan mengarahkan pemakaian formula pembayaran itu dalam masa 180 hari dari tempoh formula itu diperolehi. Ingin saya menyatakan di sini khususnya para sahabat di kumpulan Kerajaan, sudahkah formula ini diperolehi? Dan sudahkah pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersedia untuk membuat pembayaran hak 40% itu?
Tuan Speaker, saya ingin seterusnya membahaskan berkenaan dengan setelah 40% yang saya sebutkan tadi berkaitan dengan miskin tegar. Berdasarkan data e-Kasih setakat 3 November 2025, Sabah mencatatkan sifar ketua isi rumah miskin tegar. Saya tidak begitu pasti dan faham apakah justifikasi yang dibuat oleh data e-Kasih ini yang menyatakan sifar miskin tegar di Sabah ini. Saya berani menyatakan kenyataan ini salah. Pernahkah pembuat data e-Kasih ini benar-benar turun ke kampung-kampung? Di pelusuk-pelusuk kampung dan selalu diwar-warkan dan banyak diviralkan. Kita di wilayah Sabah, wilayah yang kaya tetapi terdapat daerah yang termiskin, lapan daerah termiskin yang sudah semestinya ada komponen ataupun intipati dalam daerah miskin itu ada miskin tegar. Saya ingin mencabar sendiri, saya ingin mencabar pengutip-pengutip data e-Kasih ini untuk turun ke tempat saya di Sipitang, di N.35 Sindumin. Saya boleh bawa pegawai yang mengumpul data ini turun ke Sipitang, biar saya bawa mereka berjumpa orang kampung yang dikatakan miskin tegar ini.
Masih ada OKU yang tidak ada berpendapatan, yang tinggal di rumah, yang tidak layak dipanggil rumah. Mungkin kita panggil dia sebagai sulap. Dijadikan tempat
tinggal. Di sanalah mereka tidur, di sanalah ruang tamu, di sanalah katil, di sanalah dapur. Yang memangpun pendapatan setiap per kapita kurang RM288.00, seperti yang ditakrifkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya. Makna miskin tegar itu yang berpendapatan per kapita RM288.00 ke bawah. Jadi, itu pasal saya menyatakan miskin tegar belum lagi sifar di wilayah Sabah ini.
Tuan Speaker, berkaitan dengan kehadiran pelabur untuk point selanjutnya perbahasan, kebetulan pelabur yang begitu popular sekarang selalu disebut-sebut di SOGIP. SOGIP adalah berada di kawasan Sipitang, kawasan saya Tuan Speaker. Alhamdulillah, SOGIP telah melabur di Esteel, minta maaf Esteel telah melabur di SOGIP yang memakan kos berbilion ringgit sebanyak RM6.592 bilion, yang telah dan akan dibuat di SOGIP. Soalan saya, apakah jaminan daripada pihak Kerajaan selaku pembuat dasar memastikan agar seramai mungkin warga Sipitang, mendapat peluang pekerjaan dan sama-sama menikmati hasil pelaburan yang berbilion berbilion ringgit itu, Tuan Speaker.
Banyak lagi? Kita gulung sudah.
Ada okey, Tuan Speaker, sedikit lagi Tuan Speaker.
Okey.
Ini cukup vital dan memangpun sebelum ini pernah di viral, berkenaan dengan pembinaan bajet tamu minggu. Tamu minggu, pusat penempatan hasil pertanian dan juga pasar baharu. Saya dapati semasa pembentangan belanjawan Jumaat lepas, kawasan saya di N.35 Sindumin tidak disebut, cuma disebut Tenom, Keningau, Beaufort dan daerah lain. Sebanyak 1 juta diperuntukkan bagi memastikan pusat penempatan hasil pertanian ini, supaya dapat beroperasi dengan lebih berkesan. Soalan saya, adakah Sipitang N.35 Sindumin ini kawasan yang tidak strategik?
Walhal, Sipitang ini adalah gerbang masuk daripada negara jiran, daripada Sarawak, daripada Kalimantan, daripada Brunei.
Jadi, saya memohon supaya pusat penempatan ini juga akan diwujudkan di Sipitang dan juga dengan penubuhan pasar baru dan tamu mingguan, Tuan Speaker. Tuan Speaker, berkenaan sedikit lagi Tuan Speaker berkenaan dengan basic infra, biar saya direct to the point. Saya mengharapkan adakah RM6.4 bilion bajet perbelanjaan perbekalan itu tidak termasuk tiga serangkai terutamanya untuk pembinaan ataupun melengkapkan, menyudahkan projek Pan Borneo ini.
Kerana projek ini memakan kos yang cukup tinggi. Kalau di Beaufort, di kawasan saya dan di Beaufort, dan sehingga sekarang ramai orang kampung saya bertanya, projek jajaran jambatan yang sehingga sekarang menjadi belukar, terbelangkalai, sudah lebih 10 tahun. Difahamkan projek itu terbengkalai disebabkan alasan kontraktor ialah beam yang dibuat itu tidak termasuk kos nilai projek. Jadi, dimanakah Kementerian JKR, dimanakah jabatan-jabatan berkaitan?
Malah kontraktor sebelum ini ada dipanggil, dia berani menyatakan bahawa malah pihak JKR yang berhutang dengan dia. Ini antara alasan yang selalu kita dengar. Benarkah ini? Jika benar, apa yang harus dan apa yang patut diambil tindakan dari pihak yang berwajib? Jadi Tuan Speaker, oleh kerana masa tidak banyak ataupun tidak memberi ruang untuk saya melanjutkan lebih lanjut..
Jadi sebagai kesimpulan, diharap pada masa akan datang, saya akan dapat menyambung lagi banyak lagi suara-suara rakyat yang perlu saya suarakan di Dewan ini.
Sebagai kesimpulan dan sebagai penggulungan, Belanjawan Sabah 2026 sudah dibentangkan dan diusulkan oleh YB Karanaan. Saya dan saya yakin, dari kami, dari kumpulan pembangkang tiada bantahan, usul atau cadangan belanjawan yang dibentangkan tertakluk kepada segala kelompongan atau kekurangan dalam belanjawan itu ditambah baik, berasaskan cadangan dan ulasan yang dikemukakan oleh saya dan rakan-rakan ADUN yang lain. Terima kasih.
Terima kasih atas medal speech Sindumin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Balung. Selepas ini, saya minta Yang Berhormat Likas bersedia dan kemudian Sungai Manila juga. Balung sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita, khususnya Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026 yang bertemakan “Memacu Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” begitulah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada warga Balung yang telah memilih saya sebagai Ahli Dewan Undangan. Yang kedua, kepada rakan-rakan Ahli Dewan Undangan, Kerajaan dan Pembangkang yang ada pada hari ini.
Saya ada pantun sikitlah untuk Kerajaan Pembangkang yang berbunyi, Sungguh cantik si rama-rama, Terbang hingga di bahu Bugaya; Kalau Kerajaan dan Pembangkang bekerjasama, InsyaAllah Sabah akan terus maju jaya.
Yang paling saya hormati, ya yang tadi adik-adik kita yang ada duduk di sini, Generasi Z, Gen Z. Dalam masa akan datang, dia oranglah yang akan berada di tempat kita ini. Jadi terima kasih adik-adik Gen Y, Gen Z yang ada di sini, walaupun dia orang sudah balik. Insya-Allah dia orang akan dengar nanti, terima kasih. Satu lagi saya minta, kalau boleh mic ini, kalau ada panjang sikit, tambah 6 inci, okey? Datuk Speaker, sebenarnya saya ada 556 perkara, tapi tidak sempat, masa cemburu. Jadi saya hanya bawa 5 perkara sahaja.
Yang pertama SMJ, belanjawan menekankan jalan raya air dan elektrik. Ya, kita faham, masalah ini memang berulang dan terus berulang. Jadi, sebagai saya sebagai engineer, selalunya kalau menyelesaikan masalah, bukan kita buat, kita cari puncanya. Jadi jabatan di air, jalan, kita cari punca apa rosak jalan tersebut. Tidak mungkin kereta kancil yang rosakkan
jalan, tidak mungkin double cab yang rosakkan jalan, dan tidak mungkin ninja king yang rosakkan jalan. Yang rosakkan jalan, selalunya kenderaan lebih muatan. Jadi, kita mohonlah jabatan yang boleh sebutkah tidak di sini, pun tidak pasti, jabatan tersebut mengambil anulah ikhtibar supaya lori-lori tidak lebih muatan. Kalau dia orang tidak boleh, saya cadangkan Kerajaan Sabah buat satu jabatan sendiri untuk menjaga kenderaan lebih muatan. Yang keduanya, air. Air kalau boleh, saya tidak berapa faham pasal air sebab saya bidang elektrik. Air, Non-Revenue Water ini kalau boleh, kita kurangkan kerana kita antara yang Non-Revenue Water, NRW ini terlampau tinggi di Sabah ini ya.
Yang ketiga, elektrik. Elektrik, saya mohon supaya generation, transmission, distribution dipantau. Saya ulang, dipantau. Kadang-kadang, mereka cakap pasal elektrik tapi sebenarnya saya sementara Greek daripada Kimanis, Segaliud, saya bekerja di company yang melaksanakan transmission line sepanjang 255 km dari Kimanis sampai Segaliud. Jadi mohon generation dipantau, transmission dipantau dan distribution juga dipantau. Kerana ada yang, itu bahagian elektriklah, itu yang pertama. Yang kedua, eh sorry, masih yang pertama. SMJ, sakit bahu kita ini tunduk. SMJ, saya cadangkan kalau boleh, next kita buat SMJ, Pangsapuri SMJ 1.0 atau Pangsapuri 2.0 begitu. Maksud dia, tanah yang sama, maksudnya lebih penduduk, maksudnya macam 4 tingkat, 10 tingkat, jadi tanah 1 ekar boleh menampung lebih. Sepatutnya 1 ekar boleh 10 orang, boleh jadi 1 ekar, boleh jadi 100 orang. Jadi itu menjimatkan masa yang dilaksanakan oleh LPPB, itu yang pertama. Yang kedua, terima kasih Menteri Kewangan kerana termasuk juga satu, dalam satu belanjawan 2026 ini, dimasukkan satu belanjawan sebanyak RM670 juta untuk anak autisme ataupun Pusat Autisme Sabah, yang akan dibina tahun 2026, yang akan dibina di Tawau, Sandakan, Kudat, Beluran dan kalau kita bahagi empat, belanjanya RM167.5 juta untuk satu bahagian, jadi terima kasih Menteri Kewangan. Saya memang bersetuju sebab saya adalah ayah ataupun parents kepada anak autisme. Dan saya mohon, bukan setakat bantuan, saya mohon kepada jabatan-jabatan di peringkat pusat mahupun peringkat Persekutuan, sentiasa dapat memberi
kelonggaran kepada anak-anak Autism ini. Kerana anak-anak autisme ini dia special, anak-anak istimewa. Yang boleh ambil dan hantar anak-anak ini, hanyalah ibu bapa ataupun penjaga yang terdekat. Tapi kadang-kadang ada saya dengar, bukan di Balunglah, bukan di Sabah, mungkin di lain, ada satu guru mempunyai anak autisme, dia terpaksa ambil anak autisme, balik situ pengetua marah. Kenapa lambat? Maksud dia pengetua tidak faham guru itu mempunyai anak-anak autisme. Jadi kalau boleh, kita bagi kelonggaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autism dari segi ruang masa dia keluar ambil anak dan hantar anak, itu yang kedua. Yang ketiga, masalah kawasan. Banyak masalah kawasan di Balung ini banyak, tapi hari ini saya bawa satu sajalah, air. Air, air, air, itu yang dibebel. Di negeri lain, 48 jam tidak ada air trauma, tapi saya kagum juga dengan orang Balung, 14 hari tidak ada air masih mengomel, belum trauma lagi, masih mengomel, masih omel, belum tahap trauma. 14 hari bos, sorry, sorry (ADUN tergelak) 14 hari tiada air. Jadi saya cadangkan, terima kasih jugalah ADUN Karambunai, dia macam mahu curi pula saya punya teks. Jangka masa pendek dan sederhana sementara Cinta Mata siap, salah satunya, air hujan yang disebutkan oleh Karambunai. Yang kedua, tangki statik, yang ketiga, telaga tiub, yang keempat, air graviti dan last sekali, saya mahu cadangkan kalau boleh, kita bincang satu mekanisme untuk mewujudkan air suling. Ambil air dari sungai, diproses, diwap jadi air suling, dalam satu hari boleh sampai 10 juta liter, insya-Allah kampung Balung akan selamat, itu masalah air.
Seterusnya yang keempat, belanjawan Kementerian, Belanjawan 2026. Saya tengok belanjawan itu, saya baca, tidaklah semua, tipulah kan? Saya ini tidak pandai menipu, saya tidak baca semua tapi saya baca yang penting. Saya kasihan bahagian Datuk Menteri Belia dan Sukan, dia punya bajet 2 digit, yang lain semua 3 digit. Jadi kalau boleh dipertimbangkanlah kasih 3 digit. Kalau saya mohon sokonganlah daripada yang lain pasal Kementerian Datuk ini menjaga Belia dan Sukan. Untuk pengetahuan semua dan Datuk semua, belia adalah 7.60% di Sabah ini, 40% beliau, 60% belia. Jadi kalau boleh, lebihkanlah bajet kepada Menteri Belia dan Sukan bosku, Datuk Nizam. Okeylah, jadi empat, lima, yang last, saya mohon, 7 minit 42 saat sudah, panjang lagi.
Yang kelima, boleh tambah enam, satu lagi. Yang kelima, DUN, tolonglah, mohonlah, kalau boleh, kita tambah DUN kita, 73 tidak cukup bos, eh sorry (ADUN gelak) 73 tidak cukup, kita punya negeri ini 73,900 lebih kilometer persegi. 73 bahagi 73,000, 1 DUN jaga 1,000 kilometer persegi, sakit sudah belakang pendek betul mic ini.
Satu ADUN jaga satu ribu kilometer persegi, cuba kita google berapa saiz negeri Pulau Pinang. Cuba siapa tahu sini, saiz negeri Pulau Pinang. Lebih kurang 1048 sumber daripada AI overview. Kalau salah, betulkan. Saiz Pulau Pinang hampir satu ADUN jaga satu negeri. Macam tidak logik. Jadi kita tambahlah DUN kita, kalau ikut kiraan kita punya DUN ini bahagi dengan, mana kiraan saya tadi itu, kiraan kasar saja. Kita ada 3.4 juta, negeri seberang kita 2.98 juta, diorang (mereka) 82 kerusi, kita 73. Kalau 3.4 x 82 bahagi 2.98 sepatutnya kita ada 94 kerusi. Jadi kita kekurangan 21 kerusi. Kalau kerusi kita ditambah, insya-Allah MA63, 60 berapakah tercapai. Jadi kalau boleh kita tambah kerusi kita kepada 94 kerusi.
Saya harap semua fahamlah, sebab laju sikit, baru gear tiga, kalau mau gear lima pun boleh. 94 kerusi, jangan risau di DUN ini di belakang situ ada 16, saya kira tadi satu-satu. Lepas itu di belakang second row ada 15, lepas itu ada 14, 14, sini depan 14, 14, 15, 16. Total semua kita ada 118. Jadi kalau 94 masih bernafas lagi, masih banyak lagi kerusi-kerusi yang kosong boleh diduduk. Jadi saya mohon, mana sudah itu technician, mohon kalau boleh kita tambah kursi kepada 94, 21 kursi kita tambah. Dan untuk masa pendek, itu jangka panjang, masa pendek kalau boleh 73 ADUN, kita tidak boleh sudah 3 DUN 1 Parlimen.
Bukan bina Dewan yang baharukah?
Dewan?
Tambah besar, kan?
Tidak, cukup, cukup ini Datuk Speaker. Saya sudah kira 118 semua ini, kalau 91 masih boleh tambah lagi, 118 maksimum kursi sini, boleh tanya teknikal, siapa technician sini? Sebab di sini sebelah sana ada, ini nah, ada keluar sudah carta.
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Silakan Perkara yang enam.
59, di sini ada 59, jadi campur 118, jadi kalau setakat tambah sampai 91 kerusi, tidak payah kita beli kerusi baru, masih mampu.
Apanya perkara yang keenam?
Belum habis lagi Speaker, tambah dulu. Sebelum itu, kalau boleh saya cadangkan Parlimen, dua Parlimen, dua DUN, satu Parlimen. Bila dua DUN, satu Parlimen, kita ada 73 DUN, tolak satu, 72 DUN, kita bahagi dua, 36 ahli Parlimen. Sekarang 25, kalau 36 ahli Parlimen, suara kita akan diangkat di peringkat Persekutuan. Jadi Datuk Speaker, itu yang kelima, sekarang ada 12 saat, saya tutuplah. 11. mau habis sudah.
Sila gulung, sila gulung.
Last undang-undang, lastlah undang-undang ini, kalau boleh undang-undang yang ada, kajian 20 tahun lebih kita kaji semulalah. Contohnya undang-undang yang sudah start tahun 1985, sekarang 2025, 40 tahun sudah, masih relevankah tidak? Kalau relevan kita teruskan, tidak relevan kita kaji semula. Okey, untuk penutup saya ingin membuat satu pantun. Indah Permai Kampung Senallang, Lagi indah dan padu benang sulaman;
Rintihan rakyat sudah dikumandang, Mohon warga Balung, dilupa jangan.
Sebelum saya akhiri, saya mengucapkan Merry Christmas, Selamat Tahun Baru 2026, Gong Xi Fa Cai, Salam Ramadan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, apa lagi satu itu? Sudah. Kaamatan. Selamat Menyambut Hari Kaamatan, Aramaiti! Jaga kesihatan, Datuk Speaker, saya menyokong Belanjawan 2026. Sekian, terima kasih. Xiè xie.
Kaamatan itu ada peluang lagi tahun depan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Balung. Yang betul Yang Berhormat Balung boleh berucap seperti biasa saja berdiri. Kami boleh dengar itu. Itu mic cukup bagus. Cukup sensitif.
Test test. Mahu tiga inci lagi ini.
Tidak perlu begitu. Kalau you buat begitu, jangan complain.
Complain kadang-kadang bagus juga, Datuk Speaker.
Okey. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Likas. Maiden speech ah. Selepas ini Sungai Manila. Sila bersedia.
Terima kasih Datuk Speaker atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan RUU Belanjawan 2026. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada YB Senallang, Parti Warisan yang memberi kepercayaan kepada saya bertanding di kawasan DUN Likas dan para pengundi di DUN Likas kerana telah memilih saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat di kawasan ini. Saya akan menunaikan amanah yang diberikan ini sebagai wakil rakyat pembangkang, walaupun pembangkang tetapi akan dan bakal menjadi pembangkang yang
bermaruah dan berintegriti seperti mana yang diharapkan oleh para pengundi. Saya amat tertarik dengan pengumuman yang berhormat Karanaan atau Menteri Kewangan ke atas pewujudan Kementerian Pendidikan, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah.
Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah buat julung kalinya diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Yang Berhormat Senallang pada tahun 2018. Pewujudan Kementerian Pelajaran Negeri Sabah ketika itu adalah kerana menyedari keadaan fizikal dan prasarana termasuk kualiti sekolah-sekolah dalam aspek pencapaian akademik, kualiti sekolah, pelajar kita masih terlalu jauh berbanding dengan negeri-negeri lain.
Selepas itu, Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pendidikan tidak lagi diteruskan setelah Kerajaan GRS mengambil alih tampuk pemerintahan negeri. Seperti kita sedia maklum, Hal Ehwal Pendidikan ini terletak di bawah Federal list atau tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, soalan pertama saya kepada Menteri Pendidikan Negeri Sabah. Apakah fungsi utama dan matlamat utama termasuk perancangan yang bakal diadakan oleh Kementerian Pendidikan Negeri Sabah yang baru diwujudkan ini? Finally, Kerajaan yang baru dibentuk ini bersetuju juga untuk mewujudkan Kementerian Pendidikan.
Yang kedua, di bawah RMKe-13, PMX telah mengumumkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan yang akan digunakan untuk pembinaan sekolah baharu dan penaiktarafan dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan termasuk pendidikan STEM, TVET dan pengenalan AI. Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh YB Senallang sebentar tadi. Berdasarkan belanjawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini, Likas juga ingin tahu berapakah peruntukan yang bakal diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Wilayah Sabah, khususnya aspek pembangunan pendidikan? Bukan terhadap gaji-gaji ya.
Dalam sidang Parlimen pada 21 Julai 2025, Menteri Pendidikan Malaysia berkata, 11 buah sekolah serintis berkonsepkan kecerdasan buatan AI Classroom akan dimulakan pada tahun 2026, selaras dengan zaman revolusi perindustrian 4.0.
Sekolah-sekolah di negeri Sabah bukan saja ketinggalan dalam aspek prasarana sekolah, termasuk kelajuan capaian internet di seluruh kawasan negeri Sabah, apatah lagi peralatan teknologi canggih AI, seperti chatbot, sistem pembelajaran adaptif, AI pengecam suara, AI untuk murid OKU, peralatan drone untuk pelajar peralatan abad 21 dan sebagainya.
Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Karanaan ini, memperuntukkan RM39.24 juta untuk melaksanakan kursus dan latihan bahasa teknologi maklumat ICT termasuk TVET dan STEM, tetapi tiada peruntukan untuk menyediakan peralatan AI ini kepada institusi pendidikan negeri Sabah. Justeru, Likas ingin bertanya, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan keperluan peralatan AI di institusi pendidikan selaras dengan pengumuman Menteri Pendidikan Persekutuan? Kita faham, Yang Berbahagia…
Yang Berbahagia Datuk Speaker, bahawa pembangunan AI ini begitu meluas dunia tanpa sempadan sekarang ini. So, Kerajaan Negeri sepatutnya tidak mengabaikan pemberian bantuan peralatan keperluan AI ini di semua sekolah-sekolah yang ada. Datuk Speaker, kebelakangan ini hangat diperdebatkan dan berlaku pertelingkahan oleh dalam, dalam Kerajaan Perpaduan di Semenanjung sana berkaitan isu pengiktirafan UEC. Sampai ada satu parti yang mengugut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan. Ataupun, UEC ini dikenali sebagai Unified Examination Certificate. Anjuran persekolahan sekolah menengah persendirian Cina. Pelajar yang bersekolah di SM Persendirian Cina Negeri Sabah ini agak bernasib baik sedikit kerana UEC ini telah diiktiraf dua kali oleh Kerajaan Negeri Sabah. Yang pertama diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Senallang pada 29 September 2019 dan kali kedua diumumkan sekali lagi oleh Yang Amat Berhormat Sulaman pada 3 Oktober 2025 sebelum Dewan dibubarkan. Justeru, kita mengharap agar PMX dapat mencontohi Kerajaan Negeri Sabah dalam isu pengiktirafan UEC ini. Datanglah ke negeri Sabah, belajarlah dengan YB Senallang dan YAB Sulaman.
Namun, Likas berharap pengiktirafan UEC ini bukan semata-mata sepucuk surat kelulusan saja. Justeru saya ingin tahu, apakah manfaat utama yang bakal diperolehi oleh pemilik sijil UEC ini setelah diiktirafkan oleh Kerajaan Negeri Sabah? Apakah rancangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Pendidikan yang baru diwujudkan ini untuk memberi manfaat kepada pelajar pemilik sijil UEC ini…
Yang Berhormat. Yang Berhormat Likas.
…yang kita tahu bahawa selama ini kebajikan mereka kurang diambil perhatian…
Yang Berhormat. Yang Berhormat Likas.
…khususnya oleh Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana saya hanya diberi 12 minit sahaja, nanti baru, saya tidak bagi laluannya ya. Minta maaflah Yang Berhormat.
Soalan sikit (sedikit) sahaja.
Sedangkan ibu bapa mereka juga merupakan…
Sila duduk.
…pembayar cukai kepada Kerajaan. Okey. Oleh kerana ada rakan saya memaklumkan, beri laluan dia kata dan saya berikan laluan ya Datuk Speaker dan harap tambahan masa untuk saya jugalah diberikan. Dipersilakan.
Soalan sahaja. Straight forward.
Soalan sahaja. Yang Berhormat Likas, selaku mantan pegawai tinggi di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, bolehkah Yang Berhormat bagitahu berapakah bilangan sekolah-sekolah persendirian Cina yang mengeluarkan UEC ini?
Yang mengeluarkan UEC? Negeri Sabah kita ada sembilan buah sekolah menengah persendirian Sabah dan semuanya ada mengeluarkan ataupun menjalankan apa nama peperiksaan UEC ini. Bilangan pelajar pun kita boleh maklumkan. Tapi di luar Dewanlah nanti. Kepada pembangunan negeri Sabah kita ya, kita punya ibu bapa mereka ini juga merupakan pembayar cukai kepada Kerajaan dan pelajar keluaran UEC ini sudah ramai yang menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah kita. Contoh yang paling jelas YB Kapayan. YB Kapayan juga merupakan bekas pelajar pemilik sijil UEC yang juga merupakan peguam ya. Jadi, itulah soalan daripada saya dan dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, dimaklumkan bahawa satu inisiatif baru diperkenalkan, iaitu Bantuan Pendaftaran Yuran MUET (BAYU) sebanyak RM150 seorang dijangka memberi manfaat kepada seramai 8458 orang pelajar. Pemberian bantuan ini bukan satu inisiatif baharu, tetapi telah dilaksanakan pada tahun lepas. Tahun 2025 di bawah YB Membakut selaku Menteri KSTI pada ketika itu. Saya ingin tanya, adakah YB Karanaan atau YB Sugud tahu bahawa semua pelajar di sekolah menengah Kerajaan tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran peperiksaan SPM? Tetapi pelajar di sekolah menengah persendirian Cina, di sekolah menengah swasta mubaligh, di sekolah-sekolah menengah biasa, perlu membayar yuran pendaftaran peperiksaan SPM tanpa sebarang subsidi. Persoalan saya, jika Kerajaan boleh diberikan peruntukan membiayai yuran pendaftaran MUET sejak tahun 2025, apakah pihak Kerajaan Negeri atau Kementerian Pendidikan yang baru wujud ini mempunyai rancangan untuk memberi bantuan yuran pendaftaran peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar sekolah menengah swasta ataupun persendirian, persendirian ini?
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah dalam laman web rasmi Ketua Menteri Sabah yang mana Kerajaan Negeri Sabah akan memberi
tumpuan khas kepada isu jalan raya, air, dan elektrik pada tahun hadapan. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah atau DUN Sulaman, dan YB Menteri Kewangan ADUN Karanaan, Likas telah membuat pemantauan sendiri di seluruh kawasan DUN Likas, iaitu di Taman Antarabangsa, Taman Likas Ujana, Taman Fantasi, Maya Kondo di jalan-jalan raya sekitar Likas, Chung Hwa, All Saint, Chung Sin, The Peak Kondo, Taman Dah Yeh Villa, Signal Hill dan lain-lain. Penduduk kawasan ini sudah lama merana dan sengsara beberapa tahun kerana aduan mereka terhadap masalah yang dihadapi tidak didengar dan tidak ditangani dengan baik. Sedangkan, sudah ada kontraktor konsesi dilantik selama ini. Hanya ketika menjelang pilihan raya sahaja, barulah pelbagai janji ditaburkan. Sedangkan, wakil rakyat kawasan ini sebelum ini dan sekitarnya datang dari blok Kerajaan yang bertaraf Pembantu Menteri dan Menteri penuh. Masalah yang dihadapi oleh rakyat…
Okey, sila gulung.
Minta, minta sedikit masa sebab sudah dicuri masa tadikan?
Itu setengah minit sahaja.
Masalah yang dihadapi oleh rakyat kawasan Likas adalah jalan raya berlubang-lubang. Tidak diturap sudah bertahun-tahun lamanya. Lampu jalan rosak dan tidak hidup bertahun-tahun lamanya. Parit sering tersumbat menyebabkan berlaku banjir kilat dan nyamuk atau lalat berleluasa bakal mengakibatkan pelbagai penyakit.
Kesemua masalah ini bukan semata-mata masalah gangguan kehidupan harian, tetapi sudah menjadi masalah keselamatan dan kesihatan. Sudah ada penunggang motosikal maut akibat jalan raya yang berlubang. Kita tidak mahu perkara kehilangan nyawa berlaku lagi apatah lagi kawasan DUN Likas merupakan kawasan yang paling banyak institusi pendidikan. Kita mahu, kita tidak mahu isu keselamatan dan kesihatan berlaku di kawasan DUN Likas yang mempunyai ramai pelajar, ibu bapa, dan guru-guru.
Selepas, selaras dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Sulaman dalam laman webnya dan di DBKK sememangnya terletak di bawah Jabatan Ketua Menteri, Likas ingin tahu apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem perparitan, jalan raya, dan lampu-lampu jalan di seluruh kawasan DUN Likas pada tahun 2026? Berdasarkan belanjawan yang dibentang, peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan luar, pejabat-pejabat arena belia dan kompleks-kompleks sukan, peruntukan yang diberikan telah kurang dari RM12 berkurang RM12,800,000.00 pada tahun 2025 kepada hanya RM8,000,000 pada tahun 2026. Sedangkan prasarana dan jalan raya sekitar Kompleks Sukan Likas termasuk arena belia seperti padang memanah dan sukan fencing adalah begitu teruk sekali. Arena belia dan acara-acara sukan ini begitu penting untuk anak-anak belia menjalankan aktiviti yang sihat. Semua pintu tandas wanita di Kompleks Sukan Likas sudah rosak dan tidak ada lock. Lampu-lampu jalan tidak hidup, ranting pokok tidak dipotong. Likas ingin bertanya apakah rancangan Kerajaan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan sekitar kompleks sukan dan arena pada tahun 2026.
Likas ingin menarik perhatian kepada DBKK dan Kementerian Kesihatan yang baru diwujudkan berhubung tentang tikus-tikus yang berleluasa di kawasan kedai Segama. Sudah banyak penjaga dikenakan saman menutup premis perniagaan beberapa hari kerana didapati ada tikus dalam kedai. Tikus ini bukan kerana pihak peniaga tidak menjaga kesihatan, kebersihan tetapi tikus ini sudah berleluasa di kawasan tersebut. Saya jemput kepada Menteri yang berkaitan atau Pembantu Menteri yang berkaitan…
… bersama kami, datang ke kedai Segama, tengok tikus-tikus itu lebih besar daripada paha kamu.
Sila gulung.
Okey, banyak lagi ini Datuk Speaker.
Saya faham. Kalau sebut tikuskah lain-lain punya binatang nanti panjang kau punya…(suara kurang jelas).
Okey, satu lagi ya Datuk Speaker.
Satu minit.
Tidak adakah rancangan untuk mengkaji semula kadar saman parking oleh DBKK. Lebih satu minit parking, saman RM30.00 ini selalu sudah terlalu tinggi dia punya saman.
Itu saya sokong.
Ini juga menimbulkan kemarahan pengundi di kawasan bandar raya Kota Kinabalu. Sebab itu mereka mengundi sayalah. Tidak mengundi pihak Kerajaan masa itu. Likas juga ingin bertanya apakah rancangan Kerajaan berhubung tentang bangunan Sabah Trade Center yang sudah terbengkalai selama sekian lama. Saya amat yakin seandainya tuntutan hak 40% terhadap hasil dari Sabah ini dapat ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam kadar segera. Semua isu dan masalah rakyat khususnya di kawasan Likas ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Oleh itu Likas mencadangkan agar tidak perlu lagi ada perundingan seperti yang disebutkan oleh Ahli-ahli yang lain kerana perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Dan sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi apa lagi yang perlu dirunding. Berikan sahaja mengira berapa jumlah yang perlu diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah, kira jumlah dia, beri sahaja. Itu cadangan Likas.
Penggulungan sudah ini. Kesimpulannya, beberapa cadangan kalau Kementerian Pendidikan yang baharu wujud ini kita cadangkan membina sekurang-kurangnya dua buah di bawah Perjanjian MA1963 runding dan tuntut daripada Kementerian Pendidikan ataupun Kerajaan Persekutuan bina sekurang-kurangnya dua buah universiti tempatan di kawasan pantai timur dan pedalaman.
Populasi Negeri Sabah lebih kurang 3.7 juta keluasan 74100 km persegi berbanding dengan Pulau Pinang yang mana saya disebutkan oleh Balung tadi keluasan Pulau Pinang hanya 1046 km persegi tetapi mempunyai Universiti Sains Malaysia, Royal College of Surgeons in Ireland dan Universiti College Dublin Malaysia. Kemudian kita cadangkan supaya Kementerian Pendidikan menarik banyak universiti terkemuka membuka cawangan-cawangan di negeri Sabah. Wilayah Sarawak sudah ada Universiti Curtin dan Universiti Swinburne. Universiti Putra Malaysia Sarawak, Selangor, sudah ada Universiti Nottingham dan lain-lain. Sabah, mana satu universiti luar yang terkemuka ada di Sabah? Tidak ada. Mengkaji semula bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Kedudukan gred jawatan strategik pegawai-pegawai kanan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Selaras dengan status Sabah sebagai sebuah wilayah, bukan status negeri.
Minta dua minit lagi ya. Habis sudah, dua minit. Menaruh perhatian kepada kebajikan guru dan pelajar di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina dan Sekolah-sekolah Menengah Swasta Mubaligh serta Sekolah-sekolah Agama di Negeri Sabah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.. you submit kau punya cadangan pergi Kementerian.
Boleh.
Kerana kau punya ucapan sangat panjang itu.
Tidak, dua minit saja lagi.
Tidak, tidak.
Dua minit Datuk Speaker.
Gulung sekarang.
Okey.
Gulung sekarang. Sudah lebih daripada tujuh minit sudah. Special case sudah ni. Nanti lain bilang Yang Berhormat bilang saya tidak adil. I need to be fair.
Okey Datuk Speaker, kita juga minta supaya bajet tahunan Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan khas kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana peruntukan yang diberikan oleh KPM memang tidak cukup setiap tahun.
Saya Pegawai Kanan saya tahu.
Merancang membangunkan kelas pembuatan kecerdasan AI di sekolah-sekolah. Juga kita cadangkan ujian penilaian khas untuk murid tahun 6 seperti mana yang dilaksanakan oleh wilayah Sarawak. Oh, kalau tadi YB Kuamut menyambut baik terhadap pengumuman yuran percuma kepada pelajar yang belajar di Kolej Universiti Yayasan Sabah, Likas pula mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan Sabah berikan yuran percuma kepada seluruh pelajar warga negeri Sabah yang belajar di mana-mana universiti dalam negara seperti mana yang dilaksanakan oleh wilayah Sarawak.
Akhir sekali, akhir sekali sudah ni ya. Berkaitan tentang masalah kehidupan harian rakyat saya ataupun DUN Likas kita sukalah mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas dibentuk oleh DBKK ataupun kerajaan tempatan agar kawasan Likas mempunyai imej yang lebih sihat dan dari aspek keselamatan dan kesihatan penduduk dapat terjamin. Jawatankuasa khas ini haruslah merangkumi semua jabatan-jabatan yang terlibat seperti Jabatan Air, SESB, JKR, PDRM, dan lain-lain termasuk kontraktor sensasi agar sesuatu masalah rakyat dapat disampaikan secara berkala dan lebih pantas dan tindakan boleh diambil dengan berkesan. Akhir sekali, akhir sekali sudah ya sama bagi peluang cikgu sampaikan…
Ini ucapan politiciankah balik-balik akhir sekali?
Akhir sekali Likas sama ada pihak Kerajaan dapat membuka data perbelanjaan sama seperti DUN Darau tadi, iaitu ah menjadikan mewujudkan dashboard atau data perbelanjaan kepada pengetahuan am.
Sesungguhnya wang Kerajaan adalah datangnya daripada hasil cukai rakyat maka seharusnya rakyat selaku pembayar cukai berhak mengetahui data-data perbelanjaan secara transparent.
Biarlah rakyat menjadi juri audit dalaman kepada semua perbelanjaan yang Kerajaan lakukan. Likas berharap bajet bukan sekadar angka di atas kertas tetapi lebih dapat mencerminkan keutamaan dan keikhlasan pihak pentadbiran. Akhir dan sebelum saya mengundur diri saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year 2026. Sekian, dan terima kasih. Sempat juga.
Okey, terima kasihlah Yang Berhormat Likas.
Cukup panjang ucapannya.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Sungai Manila. Mana dia? Ya, terpaksa saya mahu sebut ni, 12 minit, kemudian Kapayan, selepas ni.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya kita dapat bersidang di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih, Tuan Speaker, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2026. Sebelum saya mula, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada warga Sungai Manila atas mandat yang diberikan sebagai Wakil Rakyat. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan khususnya kepada YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun seperti Menteri Kewangan Sabah atas Pembentangan Belanjawan yang bertemakan Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan.
Tema ini bukan sekadar slogan, tetapi satu manifesto komitmen Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengimbangkan antara pertumbuhan ekonomi yang
pesat dengan keperluan asas rakyat jelata. Saya melihat kejayaan Kerajaan Negeri mencatatkan anggaran hasil sebanyak RM6.4 bilion dan mengekalkan belanjawan lebihan surplus budget sebanyak RM28 juta sebagai bukti ketangkasan dan disiplin fizikal yang tinggi. Ini memberikan keyakinan kepada saya dan rakyat Sungai Manila bahawa negeri kita berada di landasan yang tepat untuk menamatkan Rancangan Malaysia Ke-12 dan melangkah gagah ke Rancangan Malaysia yang Ke-13. Yang di-Pertua Speaker, walaupun kita berbangga dengan angka-angka mikro-ekonomi ini, izinkan saya membawa suara rintihan rakyat di akar umbi, khususnya di kawasan DUN Sungai Manila. Saya menyambut baik peruntukan besar kepada Jabatan Air Negeri Sabah, sebanyak RM848 juta bagi memperbelanjakan, mengurus, dan pembangunan pada tahun hadapan. Saya juga mengambil maklum mengenai peruntukan penyelenggaraan aset kritikal seperti LRA Segaliut di Sandakan. Namun, realiti di Sungai Manila masih lagi pedih, isu gangguan bekalan air bersih masih menghantui kehidupan seharian penduduk. Masih ada kampung yang airnya menitis perlahan dan ada katanya kering berhari-hari. Ini adalah keperluan asas manusia. Kita tidak boleh bercakap mengenai digitalisasi atau ekonomi biru, sekiranya rakyat bangun pagi dan tiada air untuk mandi atau memasak.
Justeru, saya menuntut agar sebahagian daripada peruntukan pembangunan Jabatan Air ini disalurkan secara spesifik dan segera untuk mengatasi masalah tekanan air rendah dan paip usang di kawasan Sungai Manila. Saya mahu melihat…
Penyelenggaraan ini diterjemahkan kepada penukaran paip-paip lama yang sering pecah dan menyebabkan kadar air tidak berhasil NRW yang tinggi. Rakyat Sungai Manila mahukan jaminan, bukan lagi alasan teknikal.
Yang di-Pertua Speaker, beralih kepada Pembangunan Modal Insan, Sungai Manila mempunyai ramai anak muda yang berpotensi namun, kita berdepan cabaran
kekurangan peluang pekerjaan setempat yang berkualiti. Saya tertarik dengan peruntukan sebanyak RM249 juta untuk Pembangunan Sektor Perindustrian dan Keusahawanan. Saya juga menyokong penuh inisiatif Latihan TVET dan kemahiran di bawah Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi yang diperuntukkan RM39 juta.
Namun, saya ingin menyeru agar program-program ini tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu atau pusat bandar besar sahaja. Bawalah masuk program upskilling dan reskilling ini ke kawasan Sungai Manila. Kita perlu memastikan belia di Sungai Manila tidak tercicir. Saya mencadangkan agar wujudkan satu sinergi antara pusat latihan kemahiran dengan industri-industri di sekitar Sandakan dan PYAC. Pastikan kemahiran yang diajar adalah kemahiran yang diperlukan oleh industri setempat supaya anak muda kita boleh terus mendapat pekerjaan tanpa perlu berhijrah, jauh meninggalkan keluarga. Dengan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan keusahawanan yang mampan, kita bukan sahaja membantu ekonomi keluarga tetapi kita juga menjauhkan mereka daripada kancah gejala sosial.
Yang di-Pertua Speaker, bercakap mengenai gejala sosial dan pembangunan belia, saya ingin menyentuh satu lagi, hasrat besar penduduk Sungai Manila yang telah lama diimpikan. Kawasan Sungai Manila sangatlah memerlukan sebuah mini stadium atau sekurang-kurangnya sebuah padang awam yang standard dan selesa. Pada masa kini, anak-anak muda dan penduduk kampung tiada tempat yang sesuai untuk beriadah dan bersukan.
Merujuk kepada ucapan Belanjawan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, peruntukan sebanyak RM98 juta, di mana mungkin RM10 juta dikhaskan untuk pembinaan dan penambahbaikan prasarana sukan.
Saya memohon jasa baik Kementerian dan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan pembinaan fasiliti sukan ini di Sungai Manila. Ini bukan satu kehendak mewah, tetapi satu keperluan sosial. Padang ini nanti bukan sahaja menjadi medan melahirkan atlet pelapis negeri, tetapi menjadi pusat penyatuan komuniti. Kita mahu anak muda kita meluangkan masa di padang bola bersukan,
bukan berlepak di tepi jalan. Pembinaan mini stadium ini adalah pelaburan langsung kepada kesihatan mental dan fizikal rakyat Sungai Manila.
Yang di-Pertua Speaker, sebagai kesimpulan Belanjawan 2026 ini adalah satu dokumen yang holistik dan inklusif, namun seperti kata pepatah, manis mulut kerana santan, manis hidup kerana tindakan.
Saya berharap agar segala perancangan yang cantik di atas kertas ini dapat dilaksanakan dengan pantas dan telus. Kurangkan kerenah birokrasi yang boleh melambatkan projek rakyat, terutamanya dalam isu air dan infrastruktur asas. Saya membawa suara dan harapan penduduk Sungai Manila, agar isu air diselesaikan, peluang pekerjaan diperbanyakkan dan impian memiliki prasarana sukan direalisasikan, dengan penuh harapan dan keyakinan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri hari ini.
Saya, selaku ADUN Sungai Manila, dengan ini menyokong Rang Undang-undang Belanjawan 2026. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Sabah.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manila telah melengkapkan ucapan dalam masa yang diberikan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan. Selepas ini Pantai Manis, sila bersedia. 12 minit.
Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terutama sekali Senallang, rakyat Sabah yang saya kasihi, terutama sekali warga Kapayan.
Kopivosian. Wuan. Hari ini saya seorang graduan UEC berdiri di Dewan yang mulia ini bukan sebagai seorang individu yang mengejar kedudukan, tetapi sebagai wakil rakyat yang telah diberikan amanah besar oleh warga Kapayan. Graduan UEC pun boleh bertutur bahasa Malaysia, English, Mandarin. Okey? Suara Kapayan tidak akan dipadamkan. Warga Kapayan ialah rakyat yang rajin bekerja, menanggung kos sara hidup tinggi yang semakin tinggi namun, tetap menaruh harapan kepada kepimpinan yang mendengar dan bertindak.
Namun realitinya, terlalu lama suara mereka diketepikan, masalah mereka dipandang ringan dan hak mereka tidak dipertahankan dengan tegas. Hari ini saya berdiri untuk menyatakan dengan jelas, suara Kapayan tidak akan dipadamkan. Bukan di dalam dan bukan di luar Dewan ini. Rakyat memilih kami untuk bersuara lantang demi kepentingan mereka. Pembangkang sering disalah faham seolah-olah tugasnya hanya menghalang. Itu tidak benar. Apabila Kerajaan membuat keputusan yang baik, kami akan menyokong. Namun apabila Kerajaan gagal, lambat bertindak atau mengabaikan hak Sabah, kami akan bangkit, menegur dan menentang dengan berprinsip.
Pembangkang bukan musuh Kerajaan. Pembangkang adalah penjaga kepentingan rakyat. Jangan kita berpura-pura seolah-olah semuanya berjalan lancar. Di Kapayan, rakyat berhadapan dengan masalah sebenar. Kos sara hidup yang meningkat, kekurangan sekolah, khususnya sekolah menengah, sistem saliran dan banjir yang tidak diselesaikan, jalan raya dan infrastruktur yang lambat dibaiki, perniagaan kecil yang sukar berkembang, isu keselamatan dan kes buli yang merisaukan ibu bapa. Peluang pekerjaan yang masih terhad, serta komuniti tertentu yang tidak mendapat perhatian sewajarnya. Ini bukan statistik atas kertas. Ini adalah realiti kehidupan rakyat Kapayan.
Salah satu sebab utama rakyat Kapayan memberi kepercayaan kepada kami adalah kerana satu pendirian yang jelas. Hak Sabah mesti dipertahankan. Isu tuntutan 40% hasil Sabah bukan isu politik. Ia adalah Hak Perlembagaan. Hak di bawah MA63 dan hak yang wajib dihormati. Sabah tidak boleh lagi disuruh bersabar. Kita telah bersabar lebih enam dekad. Kerajaan negeri mesti menunjukkan keberanian sebenar.
Bukan sekadar kenyataan media. Kita mesti menuntut, bukan memohon. Kita mesti bertegas, bukan berdiam. Kerajaan Persekutuan, sila tarik balik rayuan di mahkamah rayuan dan bayar balik 40% serta-merta.
Apa lagi mau dirunding-runding? Kapayan ialah kawasan majmuk. Pembangunan mesti adil. Sumber negeri ini bukan milik mana-mana parti politik. Ia milik rakyat. Anak muda Kapayan mempunyai potensi besar tetapi peluang tidak sepadan dengan kemampuan mereka. Kita perlukan Pusat Latihan Kemahiran, Program Ekonomi Digital, Geran Usahawan Belia, Latihan Industri bersama Syarikat Tempatan dan rumah mampu milik untuk generasi muda. Jika kita gagal melabur dalam belia hari ini, kita akan kehilangan masa depan Sabah.
Tuan Speaker, keselamatan kanak-kanak bukan isu remeh. Kita memerlukan mekanisme antibuli yang tegas. Tindakan segera terhadap laporan, penglibatan ibu bapa dan komuniti, penambahbaikan fasiliti sekolah dan sokongan kaunseling kepada pelajar berisiko. Anak-anak tidak boleh menjadi mangsa sistem yang lambat bertindak. Kita tidak mahu…
Seorang lagi mangsa seperti arwah adik Zara Qairina. Di Kapayan terdapat ramai warga emas, segala infrastruktur sedia ada dan yang akan dibina mesti mengambil kira keselamatan, akses mudah dan keselesaan warga emas. Pembangunan yang tidak mesra warga emas adalah pembangunan yang tidak berperikemanusiaan. Rakyat sudah letih dengan ketirisan dan pembaziran. Kita harus memastikan bajet dibentang dengan jelas, projek awam dilaksanakan mengikut jadual, kontrak tidak diberi secara rundingan terus tanpa justifikasi dan setiap sen wang rakyat diaudit. Ketelusan bukan slogan; ketelusan ialah asas keyakinan rakyat. Budaya lompat parti merosakkan mandat rakyat dan memalukan Sabah. Saya mencadangkan undang-undang anti lompat parti yang lebih ketat lagi di Sabah. Kerusi yang dipilih rakyat bukan barang dagangan.
Tuan Speaker, pembangkang yang kuat menjadikan Kerajaan lebih baik.
Pembangkang yang lemah menjadikan rakyat menderita. Kesetiaan kami bukan kepada mana-mana individu. Kesetiaan kami adalah kepada rakyat Kapayan. Kepada warga Kapayan, terima kasih atas kepercayaan ini. Selagi saya berada di Dewan ini, Kapayan tidak akan diketepikan. Kapayan tidak akan dipinggirkan. Kapayan tidak akan didiamkan. In God we trust, unite we must.
Dan soalan saya kepada Kerajaan Negeri. Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada muka surat 242 dan 243, Anggaran Belanjawan Negeri Sabah 2026. Mengapakah anggaran bagi pejabat daerah Penampang adalah sifar? Dan kedua, kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Adakah peruntukan khas untuk Majlis Perbandaran Penampang? Kerana terlampau banyak masalah infrastruktur, air, elektrik, jalan raya yang ada di kawasan Kapayan, di mana Majlis Perbandaran Penampang adalah the overlooking body. Therefore we need a lot of funds for the benefits of the rakyat, who are the tax payer, that will be my second question. And akhir sekali, terima kasih, xie xie, kotohuadan, to chia.
Ada to chia lagi. Itu terima kasih ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapayan juga. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pantai Manis untuk berucap 12 minit. Kemudian Yang Berhormat Sekong.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya. Yang berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang berhormat Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2026 dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia ini. Dalam kesempatan yang amat bermakna ini juga saya ingin menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita semua dapat berhimpun di Dewan ini atas mandat yang telah diberikan dan diamanahkan kepada kita oleh rakyat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Pantai Manis
kerana memberi izin kepada saya menjadi wakil rakyat mereka. Pemanah ini bukan sesuatu yang kecil, sebaliknya merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan rasa tanggungjawab demi memastikan setiap dasar dan peruntukan yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Dewan ini merupakan medan tertinggi demokrasi di peringkat negeri. Di sinilah kita meneliti dasar, membahaskan peruntukan dan menentukan hala tuju negeri Sabah. Justeru, setiap perbahasan bukan sekadar satu ucapan, tapi merupakan manifestasi kebertanggungjawaban kita kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada kita. Inilah ruang untuk kita membawa suara rakyat di kawasan masing-masing, khususnya mereka yang berada di peringkat akar umbi, agar aspirasi mereka tidak tenggelam dalam perancangan berskala besar semata-mata. Yang berhormat Datuk Speaker, tema Belanjawan Negeri Sabah 2026, iaitu “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” adalah satu tema yang sangat tepat dan bertepatan dengan realiti semasa negeri Sabah. Pembangunan yang sebenar tidak boleh diukur hanya melalui angka pertumbuhan ekonomi atau jumlah pelaburan semata-mata. Sebaliknya, perlu dinilai berdasarkan sejauh mana kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan. Pembangunan yang tidak dirasai rakyat di peringkat akar umbi bukanlah pembangunan yang sebenar.
Oleh itu, pendekatan Kerajaan Negeri yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah satu pendekatan yang matang, realistik dan berpandangan jauh. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, serta seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri atas pencapaian cemerlang dalam pengurusan kewangan negeri pada penggal yang sebelumnya. Berdasarkan prestasi kewangan yang diumumkan, negeri Sabah berjaya mencatatkan anggaran hasil bagi tahun 2025 sebanyak RM6.658 billion dan seterusnya merekodkan belanjawan lebihan atau surplus.
Pencapaian ini mencerminkan tadbir urus kewangan yang berhemah, disiplin fiskal yang tinggi serta keupayaan negeri menjana hasil secara mampan. Lebihan belanjawan ini memberi ruang fisikal yang lebih luas untuk memperkukuhkan perkhidmatan asas, melaksanakan projek pembangunan berimpak tinggi serta memperluas program kesejahteraan rakyat.
Saya amat yakin bahawa kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dalam tahun-tahun mendatang, sekiranya prinsip tadbir urus baik terus dijadikan teras pertimbangan negeri.
Sebagai mukaddimah Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tidak boleh tidak melihat dua perkembangan perundangan yang besar di peringkat dunia dan Malaysia. Kedua-duanya melambangkan kedaulatan Sabah.
Pertama, pada 9 Disember lalu, Disember tahun ini, Mahkamah Rayuan Paris memutuskan membatalkan sepenuhnya final award bernilai USD14.9 Bilion yang sebelum ini diberikan oleh seorang arbitrator yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu terhadap Malaysia.
Mahkamah juga memerintahkan kumpulan penuntut membayar kos kepada Malaysia sebanyak Euro 200 ribu. Ini dianggap kemenangan undang-undang besar Malaysia kerana ia menghapuskan asas pelaksanaan arbitral yang cuba menuntut pampasan besar. Ini jelas pengiktirafan terhadap kedaulatan dan hak Malaysia termasuk Sabah.
Kedua, keputusan penuh Mahkamah Tinggi mengenai semakan 40% hak Sabah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajiban perlembagaan untuk mengadakan semakan dan membayar semula hak tuntutan 40% hasil bersih yang diperolehi dari Sabah, sebagaimana diperuntukkan di bawah perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan seperti juga kes di Mahkamah Rayuan Paris yang mengiktiraf kedaulatan pihak Malaysia dan Sabah. Saya pasti Kerajaan Malaysia terutama sekali sikap negarawan dan magnanimous Perdana Menteri pasti akan menunaikan kepada hak Perlembagaan Sabah dan akan menunaikan keputusan mahkamah tersebut tanpa rayuan lagi. Minta mohon ditarik balik notice of appeal yang telah dibuat. Ini adalah hak Perlembagaan kita dan mesti dilunaskan dengan segera. Justice delayed, justice denied adalah maksimum undang-undang yang tepat pada kes 40% ini.
Dengan masa yang terhad, ini saya ingin mengangkat beberapa isu lokal di DUN Pantai Manis. Terdapat dua pekan yang penting di Pantai Manis sekarang. Satu, di kawasan Benoni dan satu di Pekan Lama Papar. Kawasan komersial yang baru sekitar Benoni sedang membangun dengan pesat. Ia menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan IKS. Pembangunan. Minta maaf. Kawasan komersial yang baru sekitar Benoni sedang membangun dengan pesat. Ia menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan IKS. Pembangunan Benoni Commercial Center dan Parklane meliputi kawasan lebih kurang 100 ekar. Mempunyai pooling factor yang tersendiri dan sangat berjaya. Walau bagaimanapun pembangunan besar dikhuatiri mengakibatkan banjir.
Terkilat di kawasan keliling, terutamanya di Kampung Benoni dan Kampung Takis. Banyak kawasan tadahan air catchment area, telah ditimbus dan sama ada sistem perparitan berasaskan sistem perparitan berasaskan MSMA, manual seluruh saliran mesra alam telah dibuat menjadi tanda tanya. Adalah disyorkan selain MSMA, water retention pond, kolam takungan air mesti dibuat. Di samping itu, sungai-sungai dan parit-parit di kampung berikut perlu diselenggarakan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengurangkan banjir kilat. Kampung Benoni, Kampung Takis, Kampung Kelanahan, Kampung Andus, Kampung Sungai Padang dan Kampung Kuala.
Untuk pekan lama Papar, di samping menjadi pusat pentadbiran dan persekolahan, ia juga mempunyai pulling factor atau daya tarikannya yang tersendiri. Syabas dan tahniah Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar (KPKAS) serta Jabatan dan Agensi di bawahnya yang telah diperuntukkan RM174.45 juta. Saya mohon jenguk-jenguklah kami di Pantai Manis, yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan dan tempat menarik untuk dikunjungi. Tolong kami untuk connecting the dots yang ada untuk menjadi tempat ini dikunjungi. Hanya satu jam dari KK, produk makanan, kuih-muih, perikanan yang segar banyak terdapat di Papar. Sungai, pantai dan persekitaran yang menarik. Beberapa tamu-tamu setiap minggu yang
amat menarik. Prasarana homestay, inap desa yang baik, pekan yang agak bersih dan lain-lain. Mohon bantuan daripada kementerian untuk melihat bagaimana kami harus mempromosikan pekan lama Papar sebagai produk pelancongan yang hebat. Kami ada jambatan kuning. Kalau di KK, Maybank kuning. Di Papar ada jambatan kuning. Ini mungkin akan menjadi salah satu tarikan yang baik untuk Pekan Papar. Saya juga ingin mengangkat mengenai sektor perikanan Pantai Manis. Pantai Manis mempunyai lebih kurang 400 orang nelayan. Nelayan Pantai Manis ini adalah nelayan tradisi, nelayan pesisir, peralatan tradisi, pukat, pancing dan selambau. Tiada ada bom ikan oleh nelayan-nelayan pesisir di Pantai Manis ini. Di samping faktor cuaca, kawasan pencarian mereka mengecil. Kawasan sekitar fasiliti minyak dan gas dan kawasan Taman-Taman Sabah. Kawasan Taman-Taman lagi Sabah, terutama yang Taman Pulau Tiga telah mengecilkan lagi kawasan untuk mereka mencari nafkah. Kita faham rasional kewujudan fasiliti dan taman-taman tersebut. Walau bagaimanapun, kehidupan nelayan pesisir pantai mesti juga diambil kira. Ada reported case di mana nelayan didenda beribu ringgit, kerana telah masuk kawasan taman-taman. Ini amat membebankan. Saya mendapat tahu di kawasan Taman Tun Mustapha, nelayan tempatan tradisional khususnya komuniti pesisir yang telah lama bergantung di kawasan ini. Penangkapan ikan secara skala kecil yang menggunakan kaedah tradisional dan lestari adalah dibenarkan. Saya mohon pencerahan dan kalau yang dinyatakan itu benar-benar adalah itulah benar, saya mewakili nelayan pesisir Pantai Manis dan kawasan sekelilingnya, memohon kebenaran tersebut diturunkan pari passu sama seperti ada yang di Kudat, di Taman Tun Mustapha juga diturunkan di Taman, di kawasan Taman Pulau Tiga.
Satu lagi pelanggaran undang-undang yang mengancam nelayan pesisir Pantai Manis adalah keberadaan bot pukat-pukat tunda yang berleluasa di Pantai Manis. Saya hairan bagaimana ia boleh terjadi bukan hanya pada malam hari, walhal di waktu siang. Bot pukat tunda bukan saja mengikis ikan, udang, even kalau di kampung saya Semperiding, ikan kecil-kecil pun habis. Walhal, ia juga merosakkan terumbu karang di dasar laut. Ini mesti dibendung dan dihentikan. Mohon pihak penguatkuasa Jabatan Perikanan, Maritim dan lain-lain ambil tindakan segera untuk
membendung kegiatan jenayah ini. Untuk memperkayakan hasil perikanan, Pantai Manis juga merancang dan memohon dari pihak berwajib untuk memperbanyakkan tukun-tukun tiruan yang besar dan bubu-bubu laut yang dicadangkan. Kami cadangkan seribu bubu untuk lima tahun ke hadapan. Mudah-mudahan konsep ladang ataupun kebun laut ini boleh dibuat. Prasarana nelayan seperti jeti dan peralatan adalah juga dipohon.
Sila gulung.
Sedikit lagi Tuan Speaker, Datuk Speaker. Saya skip perikanan. Saya terus juga. Saya juga ingin memberi penekanan khusus terhadap isu peluang pekerjaan pembangunan belia di kawasan Pantai Manis dan negeri Sabah secara keseluruhannya. Belia merupakan aset paling berguna untuk masa depan negeri ini. Namun statistik menunjukkan bahawa kadar pengangguran belia masih berada di paras yang tinggi berbanding purata nasional. Program latihan kemahiran perlu diselaraskan dengan sektor-sektor yang mempunyai potensi tinggi di negeri Sabah. Kami di Pantai Manis amat teruja dan menantikan pelaburan berskala tinggi seperti pelaburan negeri. Syarikat Kibing yang dilaporkan akan melabur lebih RM6 bilion ringgit dan akan menjana lebih 5 ribu pekerjaan. Dengan pelaburan yang lain seperti dua hotel 5 bintang yang sedang dibangunkan di daerah Papar, kami berharap ramai warga Pantai Manis akan beroleh pekerjaan, dan mengurangkan pengangguran dan migrasi ke Semenanjung Malaysia. Kerajaan pada penggal lalu telah membuktikan kemampuan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif membawa impak besar kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan. Inisiatif seperti BUDI, BAKTI, bantuan subsidi, supply dan lain-lain. Saya ingin merakamkan penghargaan dan sokongan penuh agar inisiatif seperti ini diperkasakan lagi dan ditambah untuk masa depan anak-anak kita.
Satu perkara yang saya mohon tidak dapat miss adalah satu program yang amat berkesan adalah program Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), yang menetapkan sasaran pembinaan sekurang-kurangnya 50 unit rumah di setiap DUN. Saya
bersetuju dengan APAS bahawa banyak pemohon rumah SMJ ini yang layak tapi tidak mempunyai tanah. Ini saya rasa adalah masalah yang harus ditangani. Saya bersetuju bahawa juga disediakan perumahan SMJ berbentuk residensi atau apartmen yang berserah title dengan konsep rent to own. Kedua, tidak kurang pentingnya juga Kerajaan harus menyediakan lend bank khas untuk pembangunan rumah SMJ ini pada pemohon yang tidak memiliki tanah.
Jadi, sebagai kesimpulannya Yang Berhormat Datuk Speaker, Belanjawan Negeri Sabah 2026 merupakan satu belanjawan yang menyeluruh, realistik dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat yang mencerminkan komitmen negeri untuk memacu pembangunan secara inklusif, memperkukuh ekonomi rakyat, membangun belia, serta memperjuangkan hak negeri dalam kerangka persekutuan.
Dengan perlaksanaan yang telus berkesan dan berintegriti, saya yakin belanjawan ini mampu membawa perubahan yang nyata pada kehidupan rakyat Sabah dan Pantai Manis, dan dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab, saya menyokong Belanjawan Negeri Sabah 2026 ini dan berharap segala peruntukan yang diluluskan, dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan negeri, kesejahteraan rakyat. Saya mohon menyokong.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ucapkan Selamat Hari Natal dan Salam Tahun Baru kepada semua. Sekian. Wabilahitaufik walhidayah. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Terima Kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Pantai Manis. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong kemudian Yang Berhormat Kawang. 12 minit. Terima Kasih.
Bismillah. Assalamualaikum. Selamat Petang.
Alhamdulillah, Rabbil Alamin, Wabihinasta’in, Rabbis Rahli Sadri, wa yasirli amri wahlul ukdatan bil lisani yafkahu kauli. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda, malam yahtam bi amri’l-muslimin fa’alaysa minhum. Bukanlah kamu dari golongan umatku, jika kamu tidak memperhatikan urusan sesama kamu, melatari perbahasan kami daripada Sekong pada petang ini.
Terima Kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan. Tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
… ada yang dipilih melalui pilihan raya ataupun yang dilantik, di mana 3.7 juta kepentingan dan nasib masa depan rakyat Sabah ada di pundak kita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih magsukul, xie xie ni kepada Sekong yang memberi kepercayaan kepada saya, untuk penggal kedua berdiri di dalam Dewan yang mulia ini. Dari sejumlah besar peruntukan 6.4 bilion ini, Tuan Speaker, yang difikirkan oleh rakyat sama ada kita yang ada di dalam Dewan yang mulia ini ataupun mereka yang di luar, adalah bukan hanya tentang angka, namun rakyat mahu tahu dan rasa bekalan air mereka stabil, karan mereka stabil, jalan mereka selamat, peluang pekerjaan untuk mereka wujud, ekonomi meningkat dan hidup mereka sejahtera dan kawasan mereka membangun. Saya mengalu-alukan berbagai inisiatif yang ditawarkan Kerajaan melalui Bajet 2026 ini. Sekong bangun mengambil bahagian dalam perbahasan ini, khusus menyentuh tunjang atau dengan izin, core issue ekonomi negeri kita, iaitu, Perkara 40 Hak 40% Kutipan Hasil Persekutuan di Sabah. Kerajaan Negeri menyasarkan Kutipan Hasil sebanyak RM 6.43 bilion. Namun kita sedar, Tuan Speaker, angka ini mampu melonjak jauh lebih tinggi jika hak perlembagaan 40% ini dilaksanakan sepenuhnya. Ini Hak Perlembagaan Sabah, hak perlembagaan 3.7 juta rakyat Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Malaysian Agreement 63, dan jika ini dilaksanakan sesuai 112C dan 112D, maka Sabah akan mempunyai perolehan tambahan yang secara signifikan akan dapat membantu perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negeri ini.
Tuan Speaker, sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang rundingan Januari, maka Sekong ingin menyentuh mengenainya. Difahamkan, terdapat siri perjumpaan antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Namun Sekong ingin menegaskan, bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa Teknikal Persekutuan tidak harus dibiarkan memuktamadkan formula ini secara bersendirian, Tuan Speaker. Formula ini mestilah datang daripada aspirasi rakyat Sabah. This is what Sabah wants, bukan apa yang federal mahu berikan. Kita tidak mau tragedi penyerahan Labuan berulang, Tuan Speaker. Di mana keputusan besar tentang wilayah kita, Labuan itu dibawa, dibuat tanpa kelulusan tuntas Dewan yang mulia ini. Kita tidak mahu wakil kita di meja rundingan diintimidasi oleh pihak sebelah sana.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri berani memberi jaminan bahawa sebarang formula mekanisma 40% dipersetujui di peringkat pegawai atau teknikal, akan dibentangkan terlebih dahulu di sidang DUN ini untuk mendapat mandat penuh, dan kelulusan DUN yang Mulia ini sebelum ia ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan? Tuan Speaker dan sidang DUN yang Mulia, ini penting kerana legasi keputusan ini akan berkekalan sampai kiamat. Kami di Blok Pembangkang mewakili 288,703 undi popular, hampir separuh daripada rakyat Sabah berbanding GRS. Kami ada hak moral untuk terlibat sama kita semua di sini, kerana kita semua di sini adalah pemegang taruh, mewakili lebih tiga juta rakyat Sabah yang kita kasihi. Ada kebimbangan saya, Tuan Speaker, jika perunding kita lembut di meja rundingan, ada risiko pihak Federal akan menggunakan geran pembangunan yang diberi sebelum atau selepas 2025 sebagai alasan untuk melangsaikan offset hutang tunggakan 40% sejak 1974.
Geran pembangunan adalah tanggungjawab Federal yang lain. 40% adalah hak hasil yang lain, jangan dicampuradukkan. Di sini, saya ingin mengemukakan pandangan kepada Kerajaan. Yang pertama, saya mencadangkan agar mekanisma pembayaran 40% ini ditetapkan secara mandatori supaya dibayar secara automatik dan berkala, iaitu setiap tiga bulan suku tahun, terus ke Perbendaharaan Negeri. Jangan tunggu setahun sekali atau tunggu ehsan Federal. Contohnya, hasil yang dipungut sehingga Mac, wajib disalurkan automatik pada bulan April. Ini menjamin aliran tunai dengan izin, cashflow negeri yang konsisten. Tuan Speaker, saya telah meneliti Buku Bajet 2026, saya dapati, saya kecewa kerana saya dapati tiada kod akaun khusus diwujudkan bagi merekodkan penerimaan hasil 40% ini, Tuan Speaker.
Kerajaan, menurut saya, seharusnya mewujudkan satu kod akaun walaupun dengan nilai nominal RM10 atau dipanggil token vote. Kewujudan kod ini membuktikan keseriusan kita, ia isyarat kepada Federal bahawa akaun kita sudah sedia untuk terima duit. Jika kita tidak letak, seolah-olah kita sendiri tidak yakin duit itu akan masuk pada 2026. Maka Sekong ingin bertanya, mengapakah tiada kod akaun hasil khusus diwujudkan dalam Buku Bajet 2026 bagi tujuan ini sedangkan kita mengamalkan perakaunan akruan? Sekong mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan kod akaun tersebut dengan nilai token vote didedahkan dalam nota dengan izin, disclosure requirement sebagai contingent asset dalam Penyata Kewangan Negeri. Kita mahu Tuan Speaker, keputusan yang solid supaya anak cucu kita tidak menyalahkan kita kerana kekhilafan kita pada hari ini. Tuan Speaker, berkaitan isu kemiskinan. Dinyatakan telah berjaya dihapuskan kemiskinan tegar. Kita bukan hidup atau berada di zaman Saidina Umar al-Khattab r.a, khalifah yang kedua, yang keadilan dan kesaksamaan pemerintahnya, sehinggakan diriwayatkan oleh mufassirah pada zaman pemerintahnya, tidak ada satu orang pun yang miskin. Tidak ada satu orang pun yang berhutang, yang tidak boleh bayar hutang, melainkan mereka dapat bayar hutang. Tidak ada satu orang pun lelaki bujang yang mahu kawin tapi tidak dapat kawin kerana tidak ada duit. Semuanya ada duit. Demikianlah dimaknakan olehnya, ‘baldatun tayibatun warabun ghafur’, negeri yang baik yang mendapat ampunan daripada Tuhannya. Walaupun Sabah mencatat kemajuan menurunkan kadar kemiskinan daripada 19.7 kepada 17.7. Angka ini, Tuan Speaker, masih tertinggi di Malaysia. Di Sekong, ramai keluarga masih menghadapi kesukaran menyediakan makanan asas, perbelanjaan sekolah dan kos perubatan.
Salah satu bukti kukuh yang saya temui beberapa bulan lalu, namanya Kak Nortis Mawati yang tinggal di Desa Permai, Batu Sapi. Ibu tunggal berusia 40 tahun, anak 8, kerja di estet dengan gaji RM1,300.00, terpaksa ikat perut, anak ke sekolah selalunya jalan kaki, Tuan Speaker, tanpa belanja sekolah di dalam poket. Mereka kebanyakannya makan bubur setiap hari, bubur nasi. Tinggal di pondok usang. Minta rumah SMJ, dia bilang tidak dapat, minta rumah PPRT tidak dapat. Ini membuktikan kemiskinan tegar di lapangan belum dapat diatasi sebagaimana yang menjadi
harapan kita semua. Berikut ini adalah gambar yang saya rakam ketika saya mengunjungi beliau (mempamerkan gambar yang telah photostat). Tuan Speaker, disebut juga peruntukan untuk golongan yang layak yakni golongan miskin, ini menjadi suatu perkara yang sangat menggembirakan dan kami syukuri di Sekong. Namun Tuan Speaker, proses untuk mendapatkan bantuan menjadi halangan terbesar bantuan ini sampai kepada golongan sasar. Kerana saya ada melaksanakan program dokongan kepada warga emas memohon bantuan kebajikan. Saya bawa mereka ke Jabatan Kebajikan dan setakat ini, untuk pengetahuan Tuan Speaker, lebih 200 orang yang telah kami bawa. Hanya dua orang yang tidak dapat ... hanya dua orang yang dapat diluluskan.
Maka saya mohon kepada kementerian berkenaan untuk melihat perkara ini supaya ia dapat diperbaiki, dapat membantu rakyat di Sabah. Akan halnya pendidikan, Tuan Speaker, sejumlah RM204.72 juta diperuntukkan. Selain Perbelanjaan Persekutuan untuk tahun hadapan sebanyak RM66.2 bilion. Saya ingin bertanya, dari peruntukan pendidikan Persekutuan itu, berapa yang disalurkan ke Sabah dan perinciannya? Dalam konteks ini, Sekong ini mencadangkan senarai..
…Keutamaan atau priority listing sekolah daif di Sabah dengan laporan kemajuan dibentang setiap enam bulan.
Peruntukan tambahan untuk sekolah luar bandar termasuk golongan digitalisasi pembelajaran, kerjasama memperkasa TVET untuk anak muda Sandakan agar sejajar dengan peluang kerja dalam industri, logistik, pelabuhan, dan perkhidmatan. Tuan Speaker, Sekong ingin membawa perhatian Tuan Speaker dan Sidang DUN yang mulia tentang adanya anak-anak pelajar kita yang belajar tanpa buku teks. Bila ditanya mengapa tiada buku teks, mereka bilang buku teks memang tidak diberikan oleh sekolah. Kenapa tidak dapat diberikan oleh sekolah? Kerana tidak cukup buku teks YB Menteri. Jadi mohon, YB Menteri, sahabat saya, sekolah itu adalah SMK
Elopura dan SK Mawar untuk boleh meneliti, menyiasat perkara ini untuk tindakan bantuan kepada mereka.
Tuan Speaker, Sekong ingin menegaskan bahawa masalah air di Sandakan, termasuk di Sekong sudah terlalu lama menjadi hantu kepada rakyat, kalau boleh saya katakan jadi hantulah.
Walaupun Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengumumkan projek naik taraf bernilai ratusan juta ringgit, namun banyak kawasan masih mengalami sampai saya bercakap pada petang ini tekanan air rendah, gangguan berhari-hari, dan kualiti air yang meragukan. Di sini saya ada ambil untuk kali ketiga, penggal yang lalu saya temui dua kejadian, jenazah meninggal, mahu dimandikan tiada air, dua kali. Ini yang kali ketiga, penggal yang sekarang ini. Air tidak ada. Pakai mineral water, Tuan Speaker, Sidang DUN yang mulia. Maka Sekong mencadangkan agar Kerajaan yang pertama mewujudkan Taskforce Khas Bekalan Air Sandakan dengan KPI yang jelas dan dilaporkan secara terbuka. Penyelesaian jangka pendek seperti penambahan lori air dan sistem penapis komuniti. Audit kejuruteraan terhadap loji rawatan dan sistem paip lama. Rakyat sudah letih menunggu janji. Kami mahu jadual pelaksanaan, bukan sekadar pengumuman.
Tuan Speaker, Kerajaan juga telah mengeluarkan peruntukan berkaitan dengan infrastruktur dalam jumlah yang besar di pelbagai Kementerian yang ada. Maka saya ingin bertanya, apakah status projek bekalan air bersih di Kampung Bambangan? Kerana di sana ada lebih seribu nyawa rakyat, ada sebuah sekolah, ada surau yang bergantung kepada bekalan air bukit dan juga air hujan. Apakah status projek jalan utama ke Kampung Gas, Kampung Bahagia dan IOI? Serta jalan Ulu Sibuga bermula daripada Bulatan Sundang sehingga Bulatan Jabatan Air. Apakah status pembinaan rumah mangsa kebakaran Kampung Gas. bilakah ia dapat disiapkan dan diserahkan kepada rakyat untuk mereka duduki dan sejahtera dalam kehidupan mereka. Apakah status klinik kesihatan di Kepulauan Sekong yang melibatkan kesejahteraan beribu rakyat Sabah di Kepulauan?
Akhirnya, Tuan Speaker yang saya muliakan. Kami terkenangkan ADUN Lamag yang pernah mengambil satu quote kenyataan Mahatma Gandhi yang pernah berkata, “politics without principle will destroy the country”. Politik tanpa prinsip akan menghancurkan negara ataupun negeri. Kami di Sekong belajar dari almarhum dan juga dari Senallang dan beberapa ADUN senior yang lain. Makna dan manifestasi teguh dalam prinsip bahawa Tuan Speaker dan Sidang DUN yang mulia, integriti ialah ia adalah sifat mulia kurniaan Tuhan kepada hambanya yang dia pilih. Terima kasih Lamag. Terima kasih Senallang. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa fu anhu ila ruhil marhum Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat Sekong pun sudah jadi senior sudah sekarang.
Bukan lagi junior. Jadi yang baru harus belajar juga daripada Yang Berhormat Sekong. Dia cakap lantang, tapi dia hatinya lembut. Terima kasih Sekong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat, Kawang. 10 minit cukupkah?
20 minit. Terima kasih.
Cakap dulu. Baru kita bincang 20 minit. Cakap dulu.
Terima kasih, Datuk Seri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Pertama, Kawang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sulaman kerana telah dipilih semula untuk memimpin Kerajaan Negeri. Begitu juga kepada seluruh anggota Kabinet Negeri dan tahniah juga kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, semuanya yang berada di Dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada warga DUN Kawang kerana telah memilih saya semula dan saya akan bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan insya-Allah.
Tuan Speaker, Datuk Speaker, pertama izinkan saya memulakan perbahasan dengan memberikan setulus penghargaan kepada Yang Berhormat Keranaan selaku
Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan Sabah 2026. Syabas! kerana berjaya menyediakan dalam tempoh sesingkat ini kira-kira dua minggu sahaja dan tahniah kerana menampilkan sebuah belanjawan yang begitu teratur dan pragmatik mengakar nadi rakyat dan bersulam tekad membaja masa hadapan negeri Sabah. Belanjawan 2026 jelas menzahirkan komitmen Kerajaan untuk mensejahterakan rakyat serta membangunkan negeri.
Tema yang diangkat, iaitu memacu pembangunan kesejahteraan rakyat diutamakan menjadi cermin bahawa Kerajaan hari ini benar-benar merakyat sifatnya malah mendukung sepenuhnya tanggungjawab memajukan negeri berpaksikan kesamarataan dan keadilan sosial. Kawang mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM6.402 bilion yang disediakan menerusi belanjawan ini, iaitu jumlah peruntukan tertinggi sehingga kini ia menjadikan saksi kebangkitan ekonomi Sabah secara konsisten sejak tahun 2020. Komitmen Kerajaan membangun negeri juga tergambar menerusi pelantikan anggota Jemaah Menteri yang mencerminkan keluasan pemikirannya Yang Amat Berhormat Sulaman membawa roh keterangkuman untuk semua kita senegeri dan juga setanah air. Perubahan nama beberapa kementerian misalnya bukan sekadar perhiasan kata, ia adalah tanda Sabah melangkah seiring dengan perubahan dunia. Penjenamaan semula itu pada sekurang-kurangnya lima Kementerian memperluaskan skop dan memodalkan portfolio adalah demi untuk memenuhi tuntutan global yang kini mencabar. Antara yang paling menonjol ialah Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah YB Sugut dan Kementerian Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif diterajui oleh YB Apas. Dua kementerian ini bakal menjadi enjin penggerak untuk memacu Sabah ke arah negeri maju dalam satu dekad akan datang. Kedua-dua Kementerian ini memainkan peranan besar dalam pembentukan modal insan, melahirkan pelapis kepimpinan dan membina generasi yang mampu membawa Sabah meluncur setaraf bersama-sama negeri di Semenanjung dan jiran di Sarawak. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Di sinilah, kumpulan Yayasan Sabah menjadi rakan strategik, menjadi penyatu dan pendukung mencapai matlamat tersebut.
Hubungan rapat tiga Kementerian termasuk juga Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat di bawah YB Matunggong pastinya memperkasakan lagi peranan Kumpulan
Yayasan Sabah dalam agenda pendidikan, program kesihatan, juga inisiatif kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan tanpa jemu sejak dahulu kini dan insya-Allah selamanya.
Dari Kawang datang bersidang, Mulai pagi sampai ke petang; Belanjawan 2026 tampil gemilang, Membawa Sabah jadi cemerlang.
Gunung Kinabalu tunggu berdiri, Jadi tumpuan bagai permata; Belanjawan 2026 membawa serih, Menjamin sejahtera negeri tercinta.
Datuk Speaker, Kawang juga ingin berkongsi suara tentang harapan dan keyakinan kepimpinan luar biasa Yang Amat Berhormat Sulaman…
… hubungan baik beliau dengan Putrajaya, khususnya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memberikan penekanan kepada kita semua bahawa isu hak 40% hasil negeri akan lebih mudah dileraikan. Apalagi undang-undang telah memberikan petunjuk jelas sebagai jalan penyelesaian.
Perenggan Ke-40, ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan pendirian Kerajaan Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak Perlembagaan Sabah berhubung pemberian khas 40% di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Mekanisme yang sedang diusahakan kini sebagaimana disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Sulaman, ketika lawatan PMX baru-baru ini tentu akan berjalan lebih lancar kerana hubungan erat itu telah membina sebuah jambatan sebagai penghubung di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Sama ada pada
peringkat pentadbiran Kerajaan mahupun pimpinan politik. Saya, Kawang, turut bersetuju bahawa seboleh-bolehnya, tiada perundingan.
Datuk Speaker, mengenai Belanjawan 2026 secara mikro, Kawang melihatnya sebagai petunjuk serius Kerajaan Negeri dalam memperkukuh ekonomi rakyat. Ia adalah peta jalan dan ekar yang dilakar dalam angka, dasar dan program yang menyentuh segenap lapisan masyarakat. Satu hal yang menarik dalam Belanjawan ini, ia memupuk keyakinan pelabur, memekar semangat usahawan dan menghidupkan nadi pembangunan. Sebagaikan hujan rahmat yang menyuburkan tanah ekonomi Sabah supaya tumbuhnya pohon kesejahteraan.
Datuk Speaker, izinkan Kawang membawakan beberapa isu penting dari kawasan dengan harapan supaya ia dapat diangkat oleh Kerajaan juga Kementerian yang berkaitan. Banyak sekali sebenarnya isu yang ingin Kawang ketengahkan di dalam Dewan yang mulia ini. Namun, atas kekangan masa, saya ingin mengutarakan salah satu isu yang sangat-sangat kritikal yang telah membelenggui penduduk sekitar daerah Papar termasuk seluruh kawasan DUN Kawang sejak sekian lama. Ini saya kongsikan dengan DUN Limbahau dan juga DUN Pantai Manis. Namun demikian, Kawang sekali lagi ingin mengucapkan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhomat Sulaman, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sebelum ini dan kini atas komitmen dan keprihatinan serius dalam isu bekalan air yang saya kata kritikal tadi. Khususnya di daerah Papar dan kawasan sekitarnya, dengan menyediakan sebesar jumlah besar sebanyak RM360 juta bagi Loji Rawatan Air Kogopon 2 yang dijadualkan siap pada bulan Ogos 2026. Projek yang amat signifikan ini bukan sahaja akan meningkatkan kapasiti bekalan air, malah diyakini akan mampu menyelesaikan secara menyeluruh bekalan air yang telah membelenggu rakyat di daerah Papar.
Tuan Speaker, namun demikian, Kawang sekali lagi ingin menarik perhatian bahawa isu tersebut walaupun selesai diproses pelaksanaannya, namun kalau sekiranya isu-isu tertentu ini tidak ditangani dengan sebaik mungkin, maka ianya akan mendatangkan masalah di masa hadapan. Pertama, ada keperluan untuk menaik
taraf sistem saluran paip air lama di Kinarut. Ini penting seiring dengan kepesatan pembangunan Kinarut sebagai kawasan pertumbuhan baru berikutan wujudnya kawasan perumahan dan komersial di sana sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kinarut bukan lagi pekan kecil seperti dahulu. Justeru, sistem saluran paip air sedia ada perlu dinaik taraf supaya ia dapat menampung keperluan semasa dan masa hadapan. Apatah lagi semakin banyak pembangunan bakal tumbuh di situ seperti Pusat Kebudayaan Sabah di kawasan IKBN Kinarut.
Oleh itu, Kawang mencadangkan supaya dilaksanakan pelan naik taraf menyeluruh atau comprehensive upgrading dengan izin, sistem paip lama di Kinarut menggantikan paip kecil dan usang dengan paip berkapasiti lebih besar dan menyediakan peruntukan khas dalam bajet 2026 untuk menaik taraf rangkaian paip khususnya di kawasan penting seperti taman-taman perumahan baru, pekan Kinarut dan kawasan IKBN serta kawasan persekitaran perkampungan.
Selain itu, sudah tiba masanya dilaksanakan pemetaan kawasan tekanan rendah untuk intervensi segera. Saya yakin pelaburan ini adalah kos efektif dan merupakan langkah pencegahan jangka panjang yang sangat kritikal untuk Kinarut. Perkara kedua, cadangan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan sekitar DUN Kawang yang mana isu ini menghantui beberapa kampung terjejas sejak sekian lama. Antara punca dan faktor kejadian ini berlaku termasuk pembangunan pesat di kawasan sekitar, ketiadaan pelan khusus bagi memastikan kawasan kejiranan tidak terjejas, sistem perparitan yang tidak tersusun dan tidak diselenggara dan tiada kerjasama daripada sebahagian pemilik tanah yang menghalang pembinaan atau penyambungan parit.
Untuk itu, saya mencadangkan beberapa langkah penyelesaian menyeluruh termasuk menyusun semula pelan induk perparitan di kawasan N.28 Kawang, menyediakan satu pelan induk secara khusus untuk kawasan Kawang yang meliputi kampung Kawang, Kinarut, Beringgis, Pengalat Besar, Pengalat Kecil serta kampung-kampung lain yang berisiko banjir. Pelan induk ini mesti merangkumi pembinaan saliran utama serta sistem saliran berkembar, selain memastikan setiap projek perumahan atau komersial mengemukakan penilaian empat perparitan. Ini
bermakna suatu kerangka menyeluruh perlu disediakan demi kebaikan jangka masa panjang dan dalam hal ini, Kerajaan Negeri bolehlah mewujudkan mekanisme terbaru, iaitu dalam rangka penggunaan nanti, termasuk mendapatkan kebenaran, menetapkan laluan parit strategik, menyelesaikan isu tanah persendirian yang menghalang pembinaan parit. Kerjasama dengan semua agensi berkaitan sangat penting bagi menyelesaikan isu ini secara tuntas.
Datuk Speaker, kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Semua pihak, baik Kerajaan mahupun rakan-rakan kita sebelah sana dan sebelah sini, rakyat dan pemegang taruh lainnya mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing demi rakyat, demi Sabah, demi generasi yang akan datang. Marilah kita melangkah bersama dengan gagah dan perkasa menuju negeri maju yang kita impikan bersama. Kita ketepikan politik ini seketika. Kini bukan lagi waktunya menoleh ke belakang, tapi masa untuk memandang jauh ke hadapan. Ke ufuk baru yang menjanjikan Sabah yang lebih makmur dan sejahtera. Marilah kita himpunkan tenaga dan kekuatan mengikat janji baru untuk negeri tercinta ini kerana akhirnya kita semua bernaung di bawah langit yang sama dan berpijak pada tanah yang sama. Mari kita sama-sama jayakan agenda tertulis dalam Belanjawan ini. Ia bukan sekadar dokumen angka dan dasar. Ia adalah doa dan aspirasi rakyat yang harus diterjemahkan menjadi tindakan. Ia menagih kerjasama kita kerana tanpa kesatuan ini, hati, sehebat manapun Belanjawan tidak mampu mengubah realiti. Semoga dengan kesatuan kita semua, Sabah dapat menciptakan masa depan yang lebih makmur, damai, bahagia dan bermaruah.
Kalau Sahabat pergi seberang, Belikan saya kain sutera; Kalau mahu negeri terbilang, Bersama kita membawa sejahtera.
Dengan kata-kata itu, Datuk Speaker, saya ucapkan selamat menyambut hari Merry Christmas kepada semua dan selamat tahun baru kepada rakan-rakan Ahli
Berhormat yang berada di Dewan yang mulia ini.
Sekian, Kawang mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Kawang. Sekarang saya persilahkan Yang Berhormat Usukan. 12 minit ya.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker, pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat DUN Usukan kerana telah memilih saya pada PRU…
…Sabah Ke-17 lalu, insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk Usukan, untuk Kota Belud dan untuk Sabah secara keseluruhannya.
Tuan Speaker, since this is my maiden speech in the State Assembly, saya ingin mengambil peluang ini untuk merekodkan pendirian saya dari hati saya sendiri sebagai anak Sabah yang sayangkan Sabah. My wish is, kalaulah kita semua parti-parti lokal Sabah boleh satu hati. I really wish that to happen. Impian saya untuk Sabah, biar kita corakkan wilayah Sabah berdasarkan cara kita, acuan kita selaras dengan hak-hak Sabah.
Tuan Speaker, sesebuah negara, sesebuah wilayah mahupun negeri dapat digerakkan dengan baik apabila tujuan dan hala tujunya jelas. Bagaimana hasil dapat dijana dan ke mana hasil itu akan dibelanjakan. Apa guna kita umumkan peningkatan hasil yang tinggi, reserve yang tinggi tetapi masalah asas kehidupan rakyat tidak dapat ditangani. Kalau sebelum ini di Parlimen, saya telah dedahkan bagaimana peruntukan dan projek persekutuan yang lambat dimulakan di Sabah. Yang lebih mengecewakan apabila projek pusat yang dilaksanakan oleh agensi negeri dilihat gagal mengambil peluang untuk melaksanakan sepenuhnya projek yang dirancang pada tahun semasa.
Saya kongsikan rekod perbelanjaan projek AP182 yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana negeri seperti JKR Sabah dan JPS Sabah. Projek bukan program. Untuk tahun 2023, hanya 23% sahaja yang dibelanjakan. Untuk tahun 2024, hanya 11% sahaja dibelanjakan dan untuk tahun 2025, setakat bulan September, hanya 13% sahaja dibelanjakan. Kegagalan membelanjakan peruntukan yang diluluskan bagi tujuan memulakan projek pada tahun semasa sangat-sangat merugikan rakyat kita yang masih jauh ketinggalan.
Tuan Speaker, orang tanya sama saya mengapa projek di Sabah lambat mula, jawapan yang saya terima antaranya masalah tanah, masalah peralihan utiliti, kurang kakitangan dan sebagainya. Saya mahu tanyalah di sini, adakah ini semua perkara baru? Tidak bahkan. Ini isu lama yang menjadi legasi seolah-olah tidak berkesudahan. Jadi apa penyelesaiannya kalau perlu tambah seribu jurutera untuk memastikan projek dapat dilaksanakan? Buat! Kalau perlu ambil tindakan tegas kepada mereka yang malas dan gagal, buatlah. Jangan hanya kerana segelintir orang, majoriti rakyat Sabah sengsara dan merana.
Tuan Speaker, seterusnya saya sentuh mengenai isu bekalan elektrik. Mengenai Power Exchange Agreement antara ACSB dan SESCO Berhad yang ditandatangani pada 6 Ogos 2021 untuk bekalan 30 mv selama 15 tahun. Bekalan dari Sarawak ini dilaporkan bermula pada 6 Disember 2025. Persoalannya, rakyat perlu tahu berapakah kadar tarif sebenar per kilowatt dalam perjanjian ini. Jika harganya jauh lebih murah berbanding kos purata IPP Sabah, iaitu 43.8 sen per kilowatt hour, mengapa Kerajaan tidak merundingkan import tenaga yang lebih besar sementara menunggu empangan hidro siap. Siapakah pengguna sasaran bekalan ini, rakyat ataupun komersial?
SSB masih dibelenggu pegangan aset penjanaan rendah sekitar 20%, manakala 80% dikuasai IPP dengan kos operasi tinggi. Saya mohon penjelasan, apakah timeline konkrit untuk menyemak semula atau menamatkan kontrak IPP berat sebelah Lopsided Agreement? Apakah pelan mitigasi kita? Adakah kita akan menggantikannya dengan import tenaga murah atau terus bergantung kepada IPP?
Isu ketelusan. Kita tidak boleh sekadar bergantung pada pelan induk seperti Sabah Energy Roadmap 2040. Untuk menyelesaikan punca sebenar, saya mencadangkan penubuhan suatu jawatankuasa pilihan khas. Kita perlu menyiasat struktur kos IPP secara telus. Sampai bila kita mahu merayu subsidi persekutuan, siapa yang kita utamakan, rakyat Sabah ataupun pemilik IPP?
Tuan Speaker, Kerajaan baru-baru ini melancarkan BEST di Lahad Datu untuk mengurangkan gangguan elektrik. Nilai kontrak yang dianugerahkan kepada MSR Green Energy Sendirian Berhad adalah RM644 juta. Namun projek BEST berkapasiti sama oleh syarikat yang sama di Santong, Terengganu hanya bernilai RM306 juta. Mengapa kos di Sabah lebih sekali ganda berbanding Terengganu? Saya pohon perincian kos. Berapakah kos EPCC, kos operasi dan penyelenggaraan dua tahun dan kos long-term service agreement 5 tahun. Di Terengganu, kos operasi dinyatakan RM9.412 kilowatt per hour setahun. Bagaimana pula dengan Sabah? Bagaimana kadar tarif yang akan dikenakan? Penjelasan ini penting agar Kerajaan Negeri tidak terperangkap dengan beban kewangan yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat.
Tuan Speaker, Jabatan Air Sabah diperuntukkan RM848 juta. RM690 juta untuk mengurus, RM157 juta untuk pembangunan. Manakala siling RMK-13 adalah RM1.77 bilion.
Soalan saya:
1.
Sepanjang tahun 2023 sehingga tahun 2025, berapa jumlah pinjaman persekutuan yang telah diluluskan dan mulai dilaksanakan?
2.
Daripada 77 projek bawah siling RM1.77 bilion tersebut, berapa banyak projek baru yang sepatutnya sudah bermula sejak RMK-12?
Saya perhatikan pengumuman bajet ini terlampau tertumpu pada jangka masa panjang, tetapi kurang inisiatif quick win. Rakyat perlukan bantuan segera, seperti penghantaran lori tangki yang konsisten dan pembaikan paip pecah dalam tempoh
24 jam. Lebih merisaukan, tiada peruntukan disebut untuk menangani non-revenue water yang merupakan punca utama krisis. Tanpa penggantian paip usang secara besar-besaran, pembinaan loji baharu adalah pembaziran kerana air terawat akan terus bocor. Saya mendesak Kerajaan mendedahkan jumlah keperluan dana sebenar dan timeline jelas untuk ganti paip, bina loji dan juga empangan. Tuan Speaker, JKR Sabah menerima peruntukan RM6.69 juta. Saya ingin tahu pertama berapakah peruntukan bina jalan baru di bawah RP1 RMK-13 dan senaraikan daerah yang terlibat. Kedua, berapakah jumlah dana maris diterima tahun ini dan jangkaan tahun hadapan. Bagi kelonggaran penggunaan 20% RM50 juta ke bawah, dana maris untuk jalan bukan rekod maris. Apakah bentuk penyelenggaraan yang telah dibuat. Ketiga, isu kualiti jalan, hari ini tampal, minggu depan berlubang balik. Sejauh mana keberkesanan pemantauan dan ketegasan kita terhadap kontraktor atau konsesi yang gagal. Rakyat mahukan kesungguhan dan tindakan, bukan lagi alasan lori lebih muatan atau tempoh hayat tamat. Tuan Speaker, saya sangat setuju dengan dasar Kerajaan Negeri bagi rumah kepada golongan muda. Kalau boleh daripada 10 kasih naik lagi pergi 20. Cuma satu saja saya minta, tolonglah jangan bagi pelopi, monopoli semua 50 buah rumah dia satu orang yang buat. Satu pelopi tapi pakai lesen yang berlainan, pengsan bah rakyat tunggu begitu, tidak siap-siap rumah oleh kamu. Bagi minimum dua, maksimum empat mungkin hingga enam mengikut kemampuan. Inilah masa dia kita kasih hidup kontraktor yang kecil-kecil yang boleh buat sendiri projek itu tanpa menggunakan orang tengah.
Tuan Speaker, untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas, kita perlukan tadbir urus dan accountability yang berkesan dan baik. Saya sekali lagi mendesak penubuhan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau pelaksanaan projek secara bulanan, bukan tahunan.
Dengan ini saya ingin mencadangkan dua buah jawatankuasa pilihan khas yang perlu segera ditubuhkan:
1.
Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur dan Utiliti.
2.
Jawatankuasa Pilihan Khas MA63 dan Hubungan Persekutuan.
Libatkan ADUN-ADUN daripada pembangkang ke dalam jawatankuasa ini. Saya secara peribadi i’m more than happy untuk menyumbang idea dan fikiran di dalam jawatankuasa ini. Saya secara peribadi berpandangan selagi isu asas seperti air, jalan raya dan elektrik tidak selesai kita perlu laksanakan moratorium projek baru yang bukan kritikal. Hentikan pembinaan bangunan baharu ataupun projek kosmetik. Tumpukan dana sepenuhnya kepada penyelesaian masalah asas rakyat. Tuan Speaker, untuk Usukan saya ada tiga fokus utama yang menyentuh secara langsung di dalam belanjawan ini. Pertama, ekonomi nelayan melalui Ekonomi Biru. Saya tidak ada halangan dengan Hub Blue Economy yang dilancarkan oleh Kerajaan. Namun persoalan di sini sejauh mana realiti dan situasi di lapangan ini mencerminkan kita benar-benar dapat mengoptimumkan potensi lautan luas di Sabah. Contoh di Kota Belud dan Usukan khususnya dengan kedudukan dan lokasi yang strategik. Saya cadangkan agar SAFMA 2.0, iaitu Hub Pendaratan Ikan yang moden dapat dibina di Kuala Abai. Bercakap berkenaan Kuala Abai ini saya juga pohon agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan untuk mendalamkan muara sungai Abai bukan sahaja….
… untuk mengurus banjir, tetapi juga untuk kelangsungan para nelayan di sana. Perkara ini saya ingat saya sudah cakap berkali-kali sudah di Parlimen. Saya risau kalau kita tidak ambil tindakan, para nelayan akan terkesan. Saya juga pohon supaya Kerajaan Negeri beri perhatian kepada jeti-jeti kecil di kampung nelayan kami di Kota Belud. Perkara kedua adalah mengenai infrastruktur asas. Saya mohon Kerajaan beri perhatian kepada bekalan air di Kampung Donggoy dan Kampung Songsong dan kawasan-kawasan lain di seluruh Kota Belud. Seterusnya…
Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada mahu mencelah kalau mahu beri laluan.
Bolehkah Tuan Speaker sebab saya ni sebenarnya, saya agak saya cuba untuk menghabiskan 15 minit ni (suara bertindih).
Saya ikut kamu saja, kamu punya floor, kalau kamu tak nak bagi..
Okeylah, bagilah. (Ketawa)
Terima kasih Yang Berhormat Usukan. Bercerita tentang pendaratan ikan sebentar tadi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa tidak ada satu pun pendaratan ikan, kompleks pendaratan ikan di Sabah ini yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan, sedangkan di Sarawak dan seluruh di Semenanjung semua dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Adakah Yang Berhormat bersetuju agar Kerajaan Persekutuan mengambil tanggungjawab untuk memberi, membina pendaratan-pendaratan ikan di Sabah seperti yang di Sarawak dan di Semenanjung?
Tuan Speaker, saya mohon saranan daripada Yang Berhormat Tamparuli, saya masukkan dalam ucapan saya, terima kasih.
Okey mulai.
Dengan kerjasama Kerajaan Negeri, of course. Seterusnya mengenai isu jalan dan kesesakan di Pekan Kota Belud, saya selalu suarakan ini di Parlimen, iaitu perlunya dibina jalan keluar alternatif dari Pasaraya Golden Dragon tembus ke Kampung Kota Belud, Kampung Tombol. Sorry. Tolonglah letakkan ini di dalam senarai keutamaan negeri. Begitu juga dengan Jalan Kampung Tanjung Batu yang berkali-kali sudah diadu.
Ketiga, untuk Usukan adalah mengenai keselamatan dan kemudahan komuniti, Lampu Jalan Bukit Kelawat. Bila saya tanya di Parlimen sebelum ini, lampu jalan yang diperuntukkan tidak melibatkan kawasan yang kerap berlaku kemalangan di sini. Saya ingin tanya, adakah ini telah diletakkan sebagai senarai keutamaan negeri? Disebabkan kekerapan kemalangan di sini, jika kita masih lagi tunggu duit dari Pusat, berapa ramai lagi kita perlu korbankan? Saya mohon agar langkah proaktif daripada Kerajaan Sabah, kita bina dulu lampu di sini dengan segera.
Dan sebagai penutup, Tuan Speaker, saya ambil kata-kata Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Rakyat telah bersuara dan mandat telah diberikan. Kini tiba masanya untuk kita bekerja sebagai satu pasukan. Memperkukuhkan dasar, mempercepatkan pembangunan dan memastikan setiap janji yang diamanahkan akan dilaksanakan sepenuhnya.
Tuan Speaker, apabila saya berada dalam Parlimen, saya tidak pakai jersi Warisan, tapi saya pakai jersi Sabah.
Walaupun saya berada dalam blok Kerajaan di Persekutuan dan pembangkang apabila berada di dalam Kerajaan Negeri. Hari ini Dewan Undangan Sabah dibarisi ramai ADUN baru daripada sebelah sana dan juga sebelah sini termasuk saya sendiri. Saya percaya generasi muda Sabahan hari ini menginginkan politik baru untuk Sabah. Saya pernah cakap ini di Parlimen dan saya mahu cakap lagi dalam Dewan yang mulia ini. Berilah peruntukan yang sama rata kepada semua ADUN-ADUN Sabah tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang (bunyi ketukan meja). Mari kita sama-sama lahirkan politik baru untuk Sabah. Berhentilah kita memainkan tekanan politik lama, kamu pembangkang, saya Kerajaan. Berhentilah kita dengan fikiran, oh untunglah kawasan Kerajaan, rugilah kawasan pembangkang. Jangan kita menghukum rakyat yang sudah pun membuat keputusan. Saya mohon di peringkat pelaksanaan program, jangan ditanya apa parti yang dia sokong. Siapa wakil rakyat dia? Sebab kemiskinan tidak melihat kepada parti politik.
If we keep on doing that, Tuan Speaker, kita tidak akan pergi mana-mana, Sabah tidak akan pergi mana-mana, yang ada sepatutnya hanya ada wilayah Sabah sahaja
yang perlu dan harus dibangunkan. Libatkan ADUN-ADUN pembangkang juga untuk menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah, Mesyuarat LUCkah, Jawatankuasa Pilihan Khaskah, untuk kita basmi kemiskinan, untuk kita bawa Sabah maju ke hadapan, it requires not only the cabinet but the whole nation untuk kita gembling tenaga bekerja ke arah lebih baik.
Saya muda, saya perempuan dan saya tahu saya perlu banyak belajar lagi untuk perbaiki diri saya. Tapi saya tahu satu perkara dan saya selalu cakap ini, mari kita orang Sabah satu hati. We must unite as Sabahan, mari kita sama-sama lahirkan politik Sabah yang baru, Kerajaan Sabah yang bekerja untuk rakyat Sabah. Sekian terima kasih (bunyi ketukan meja).
Terima kasih Usukan. Saya pakai juga jersi Sabah Usukan, tapi kalah semalam 5-0. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjung Keramat, 12 minit ya.
Terima kasih Datuk Speaker. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya berdiri pada hari ini dengan penuh rasa syukur untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2026. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya kepada semua Ahli Dewan. Pertamanya, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah atas pembentangan belanjawan yang amat komprehensif bertemakan “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan.” Tema ini bukan sekadar slogan tetapi satu manifestasi iltizam Kerajaan untuk meletakkan rakyat sebagai paksi utama dalam setiap perancangan pembangunan negeri. Datuk Speaker, kita harus berbangga kerana kedudukan kewangan negeri terus berada pada landasan yang kukuh dengan anggaran hasil sebanyak RM6.43 bilion dan perbelanjaan perbekalan RM6.402 bilion. Kita sekali lagi berjaya mencatatkan belanjawan lebihan sebanyak RM28 juta. Ini adalah bukti jelas keteguhan disiplin fiskal dan kecekapan tatakelola Kerajaan Negeri dalam mengurus amanah rakyat.
Kehadiran saya di Dewan yang mulia ini membawa mandat rakyat Tanjung Keramat. Kami melihat angka-angka ini sebagai peluang untuk kami menyelaraskan visi tempatan kami, iaitu “Sejahtera, Berilmu dan Progresif” dengan agenda besar Sabah Maju Jaya. Kami di Tanjung Keramat menyambut baik belanjawan ini tetapi kami juga menuntut pelaksanaan yang pantas dan tuntas agar peruntukan ini mampu diterjemah kepada impak yang nyata buat rakyat.
Datuk Speaker, menyentuh mengenai pembangunan ekonomi, saya amat tertarik dengan fokus Kerajaan Negeri yang terus memperkasa sektor perindustrian dan keusahawanan. Saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM194.04 juta kepada Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta agensi di bawahnya. Ini adalah satu suntikan semangat yang besar buat komuniti perniagaan kita. Di Tanjung Keramat, kita mempunyai potensi ekonomi tempatan yang luar biasa. Seperti yang saya gariskan dalam pelan tindakan, kami bercadang melancarkan inisiatif Meja Ekonomi Tanjung Keramat yang berfungsi sebagai platform sehenti untuk memudahkan urusan bantuan usahawan.
Sasaran kami adalah untuk membantu usahawan mikro melalui bantuan modal kecil dan peralatan. Justeru, pengumuman Menteri Kewangan mengenai penerusan program bantuan SME-UP dengan peruntukan RM15 juta adalah berita yang amat mengembirakan. Saya melihat ini sebagai satu sinergi yang sempurna. Di peringkat kawasan, kami akan bertindak sebagai pemudahcara agar mereka dapat mengakses dana SME-UP. Kita mahu memastikan tiada seorang pun peniaga kecil yang tercicir daripada menikmati manfaat ekonomi ini.
Seterusnya, menyentuh mengenai ekonomi biru dan sektor perikanan. Saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM25.11 juta kepada Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah, Ko-Nelayan bagi tahun 2026. Ini membuktikan Kerajaan serius untuk melakukan transformasi bukan sekadar memberi subsidi, tetapi memperkasa komuniti nelayan melalui industri aquaculture moden. Sebagai sebuah kawasan pesisiran pantai, Tanjung Keramat bergantung kepada tiga jeti nelayan yang kini menjadi nadi ekonomi penduduk setempat. Justeru itu, besar harapan saya agar peruntukan daripada Ko-Nelayan ini dapat disalurkan segera.
Dana ini amat kritikal untuk menaik taraf fasiliti jeti yang sedia ada supaya lebih selamat, selesa dan mampu menampung kapasiti pendaratan ikan yang semakin meningkat. Saya juga…
Juga menyeru Ko-Nelayan untuk turun padang dan berganding bahu dengan inisiatif “Meja Ekonomi Tanjong Keramat”. Melalui usaha sama ini, kita dapat menyegerakan proses saringan penerima layak dan memastikan bantuan peralatan dan sumbangan berkaitan sampai kepada rakyat tanpa halangan birokrasi yang merumitkan. Datuk Speaker, saya beralih kepada isu yang paling kritikal, iaitu infrastruktur dan utiliti. Peruntukan pembangunan siling RM1.77 bilion di bawah RMK-13 kepada Jabatan Air Sabah serta peruntukan RM848 juta bagi tahun 2026 menunjukkan Kerajaan benar-benar serius menangani isu bekalan air. Di peringkat kawasan, kami bertekad untuk membantu mengurangkan gangguan air. Oleh itu, saya menyeru dan memohon kerjasama erat Jabatan Air Negeri Sabah untuk turun padang.
Yang Berhormat, sebentar ya, ada usul. Nanti sambung balik, ada usul. Duduk dulu, nanti, nanti sambung balik.
Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2)(1)(b) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang hari ini.
Ada menyokong?
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Silakan, sambung balik Yang Berhormat Tanjong Keramat. Saya ganti balik masa itu.
Terima kasih, Datuk Speaker. Okey. Kita perlu mengenal pasti titik paling strategik untuk pemasangan injab tekanan sementara dan menggantikan paip-paip usang serta-merta. Dengan peruntukan besar yang telah diluluskan ini, saya menggesa agar kerja-kerja penggantian paip dan penstabilan tekanan air di kawasan-kawasan seperti Kampung Contoh, Kampung Muhibah, Taman Pantai Lok Kawi, Kawasan Pasir Putih dan sekitarnya dapat disegerakan. Penyelesaian pantas ini penting untuk memastikan rakyat dapat menikmati bekalan air yang lebih stabil dan bersih. Saya juga gembira melihat peruntukan RM600.69 juta kepada Jabatan Kerja Raya, jalan raya adalah nadi perhubungan rakyat. Di Tanjong Keramat, masalah utama bukan sahaja kekurangan peruntukan tetapi juga masalah birokrasi pendaftaran jalan. Banyak jalan kampung dan lorong perumahan masih belum didaftarkan dalam Sistem MARRIS atau Aset Majlis. Apabila aduan dibuat, jawapan yang seringkali diterima adalah, ini bukan seliaan kami.
Justeru itu, saya menggesa pihak JKR atau pihak PBT untuk bersikap proaktif, lakukan audit segera, daftarkan jalan-jalan ini dan gunakan dana penyelenggaraan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan di kawasan sekitar Tanjong Keramat dengan kadar sesegera dan lebih efisien. Usaha Kerajaan menaik taraf infrastruktur ini pasti akan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara signifikan. Yang kedua, isu lampu jalan. Masih berlaku situasi tolak-menolak tanggungjawab antara JKR dan majlis bila lampu rosak. Akibatnya, kawasan gelap mengundang
jenayah dan kemalangan, sama ada dana itu di bawah JKR atau KKTP yang menerima RM230 juta, saya menuntut pembaikan segera. Keselamatan nyawa rakyat Putatan bukan perkara yang boleh ditangguh.
Ketiga, isu sampah, khususnya di kawasan Sabindo. Saya melihat ketidakcekapan dari pihak kontraktor. Saya minta PBT gunakan peruntukan capital RM14 juta untuk memantau kontraktor pembersihan dengan ketat. Jika kontraktor gagal, tamatkan kontrak, lantik kontraktor yang benar-benar mahu bekerja.
Datuk Speaker, anak muda adalah masa depan negeri ini dan di Tanjong Keramat, 60% daripada pengundi adalah golongan belia. Oleh itu, peruntukan RM98.06 juta kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif amat saya alu-alukan. Ini membuktikan Kerajaan Negeri mendengar suara orang muda. Saya mohon sebahagian peruntukan daripada kementerian untuk membantu merealisasikan hasrat kami mewujudkan Pusat Komuniti Belia Tanjong Keramat. Pusat ini bukan sekadar tempat bersukan, tetapi akan menjadi hab sosial positif dilengkapi ruang belajar dan bimbingan karier agar belia kita terlibat aktif dan terhindar daripada gejala sosial.
Dalam aspek pendidikan, saya menyokong penuh peruntukan RM437.93 juta untuk pembangunan modal insan. Inisiatif seperti BUDI, BAKTI, SUBFLY, SENTOSA, BAYU dan BAIK amatlah dihargai. Di peringkat kami akan mengenal pasti anak-anak yang berkelayakan agar tiada yang tercicir. Saya mohon Kementerian Pendidikan, Sains dan Inovasi memperluaskan dan memastikan maklumat berkaitan dengan bantuan pendidikan ini sampai ke Tanjong Keramat, kami akan menjadi pemudah cara antara rakyat dan Kementerian.
Datuk Speaker, Kerajaan GRS adalah Kerajaan yang prihatin. Peruntukan RM173.56 juta kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat membuktikan keprihatinan ini. Saya amat tersentuh dengan inisiatif program bantuan sosial sekolah serta kenaikan kuota rumah SMJ daripada 40 kepada 50 unit setiap DUN. Ini adalah berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat B40. Penambahan 10 unit rumah ini bermakna 10 lagi keluarga di Tanjong Keramat akan memiliki
bumbung yang selamat untuk berteduh, kami di peringkat DUN akan memastikan proses pemilihan penerima dibuat dengan telus dan adil.
Datuk Speaker, sebagai penutup Belanjawan 2026 ini adalah naskah yang optimis, inklusif dan berpandangan jauh. Ia menyediakan landasan kukuh untuk kita melangkah ke tahun pertama RMK Ke-13. Namun, segala perancangan ini dari air, jalan raya hinggalah ke Ekonomi Biru, memerlukan pelaksanaan pantas. Saya menyeru kepada semua agensi pelaksana, pejabat daerah, JKR, JPS, PBT bekerjalah dengan pantas dan efisien, rakyat sedang memerhati. Selaku wakil rakyat Tanjong Keramat berikrar untuk berganding bahu dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap peruntukan ini diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat. Dengan penuh keyakinan dan harapan, Tanjong Keramat mohon menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Tanjong Keramat. Kalau Yang Berhormat Tanjong Keramat prihatin tentang sampah di Sabindo, cuba tengok juga sampah di Kampung Sepanggil. Terima kasih. Dari Tanjong Keramat kita ke Tanjong Papat, saya persilakan.
Terima kasih.
12 minit, ya.
Ya. Salam sejahtera, Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri-menteri dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya memulakan saya punya perbahasan pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi di Tanjong Papat kerana mandat diberi kepada saya mewakili suara mereka di Dewan yang mulia ini.
Tuan Speaker, isu-isu ini mungkin selalu dibangkit seperti wakil rakyat yang tadi membangkitkan. Namun, hakikatnya sehingga hari ini rakyat masih lagi berhadapan dengan masalah yang sama. Ini menunjukkan bahawa penyelesaian yang diberi oleh
Kerajaan masih belum lagi menyentuh punca masalah yang sebenar. Rakyat sudah terlalu lama berdepan dengan masalah asas sama, iaitu air yang tidak konsisten, elektrik kerap terputus, lampu jalan tidak menyala. Isu ini bukan satu isu yang kecil, isu ini boleh dipandang remeh oleh Yang Berhormat Menteri. Ini merupakan satu cerminan keupayaan sebenarnya Kerajaan dalam pengurusan keperluan asas rakyat Sabah. Umum pun tahu bahawa Sabah merupakan satu wilayah yang kaya dengan hasil bumi, tapi lihatlah Sabah hari ini, satu wilayah yang dilihat mundur dari segala aspek.
Tuan Speaker, isu pertama yang saya ingin bahas adalah mengenai isu air. Gangguan bekalan air di seluruh Sabah telah menjadi satu perkara yang kerap berulang dan menjadikan beban kepada rakyat, seperti contoh di kawasan saya Tanjong Papat.
Kampung Sim-Sim kononnya, Pulau Bahala, Pasar Umum Sandakan, bandar Sandakan, sekolah-sekolah, peniaga-peniaga, penjaja, restoran, salun dan beberapa perniaga terjejas sehingga operasi mereka tidak dapat menjalankan bisnes mereka. Sampai sekolah terpaksa bawa botol air pergi sekolah sama juga di Sim-Sim, flat Sim-Sim dan G Villa, flat yang berada di Tanjung Papat dari tingkat tiga ke atas, selama empat bulan sudah tidak ada air sampai hari ini belum ada air. Dan juga beberapa bulan lalu, Hospital Duchess of Kent, hospital yang paling besar di Zon Sandakan, mengalami gangguan air sehingga tidak dapat buat operasi dan lain-lain kawasan di Seluruh Sabah macam UMS, airport-airport, shopping mall dan lain-lain mengalami masalah yang sama.
Dan saya ada print, ini notis-notis adalah di print dari 1hb. Oktober sehingga hari ini, ada jumlah 150 notis untuk Sandakan sahaja. Ini gangguan bekalan air dan seterusnya, kalau kira hari 75 hari hampir lebih dua notis sehari.
Tuan Speaker, ini bukan isu keselesaan, ini isu kesihatan, keselamatan dan maruah hidup rakyat. Gangguan bekalan air bukan, ini disebabkan loji yang berusia dan kurang maintenance. Kapasiti logi yang tidak mencukupi, paip banyak bocor, non-revenue water yang tinggi, sebuah tangki yang tidak cukup dan juga kekurangan pump. Selagi isu ini tidak ditangani secara penyeluruhan, gangguan bekalan air akan terus menjadi beban harian rakyat, akan memakan lebih banyak belanja bajet pada masa depan.
Sehubungan dengan ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa peruntukan yang disalurkan untuk loji rawatan air di Sandakan? Kononnya Sigaliud. Kedua, bajet ini ada termasukkah rawatan LRA untuk Hewtop di Sandakan, di sebelah Sabah Hotel? Memandangkan kebocoran paip kerap berlaku, adakah bajet belanjawan tahun ini termasuk penggantian paip utama yang baru dan berapa KM, sebab kita memang banyak paip air bocor di seluruh Sabah ini? Seterusnya, tekanan air di sekitar Kampung Sim-Sim memang selalu rendah dan sekarang masa ini tiada air di sana, Kampung Sim-Sim dan flat. Dan paras air ini bergantung kepada tangki air Kebun Cina. Jadi, untuk makluman Menteri, sudah empat bulan itu flat tiada air, empat bulan. Dan bajet ini, adakah termasuk tambahan tangki air di Kampung Sim-Sim? Sebab kita bertanya kepada District Engineer untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu tambah tangki reservoir di Sim-Sim dan booster pump.
Tuan Speaker, isu yang seterusnya saya ingin sentuh, sangat berkaitan rapat dengan keselamatan awam, iaitu lampu jalan. Lampu jalan kerap menjadi isu utama di Sandakan, khususnya di Tanjung Papat. Lampu jalan merupakan satu kunci utama keselamatan di jalan raya. Namun sering dipinggirkan, isu yang sangat jelas dan membuktikan nyata, di laluan dari Taman Grandville hingga ke bandar Sim-Sim, terdapat lebih kurang 33 tiang lampu dan 41 unit tiang tidak nyala, iaitu melebihi 50%, dan saya telah merakam video pada waktu malam, sangat jelas menunjukkan keadaan gelap dan risiko keselamatan yang serius untuk pengguna jalan raya.
Apa yang lebih kecewa ialah apabila aduan dibuat kepada Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Sandakan. Saya dimaklumkan bahawa lampu jalan tersebut bawah tanggungjawab JKR, namun saya buat aduan lagi kepada JKR, tunjuk jari lagi ke MPS. Jadi, akhirnya tiada tindakan dibuat dan tiada kepastian diberi dan masalah terus berlarut. Sebagai Wakil Rakyat Tanjung Papat, saya ibarat bola di tendang ke sana sini tanpa sebarang penyelesaian sedangkan menanggung risikonya setiap hari adalah rakyat. Saya ingin bertanya secara terbuka di Dewan yang mulia ini, adakah kita perlu menunggu sehingga kemalangan atau kehilangan nyawa, baru kita memandang serius? Jika berlaku kemalangan atau jenayah lalu tersebut, siapa yang bertanggungjawab?
Soalan yang saya kepada, Yang Berhormat Menteri, berapa kos penyelenggaraan lampu jalan di bawah KKTP? Mengapa setiap kali kita minta MPS untuk membuat pembaikkan jalan ataupun di pasar ataupun di peparitan, tempat dan lain-lain, selalu diberi jawapannya tidak cukup dana, tidak ada bajet. Dan seterusnya, mengenai bajet jalan raya di Sandakan, saya dipandang semasa bajet baru-baru ini, kenapa Sandakan hanya menerima 500 ribu saja, sedangkan KK dan Tawau menerima berjuta-juta. Begitu juga dengan Bajet Skim Pembangunan Sandakan, menerima sebarang peruntukan, tidak ada peruntukan tapi KK dan Tawau ada banyak peruntukan.
Dalam pembentangan bajet 2026, saya ingin bertanya berapa peruntukan disalurkan kepada JPPS untuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk Sandakan? Untuk kerja-kerja naik taraf sistem pembentungan di Sim-Sim, baru-baru yang ada kerja di Sim-Sim dan sampai ke batu tiga kalau tak silap. Saya difaham kerja-kerja itu sepatutnya siap pada November 2025, tapi sekarang sudah Disember kerja belum siap. Soalan saya, bilakah ini projek siap sepenuhnya? Dan adakah IOT mengenakan tambahan bajet di dalam projek ini? Sama satu permintaan juga, untuk PBT maksudnya MPS, sila berikan wakil rakyat, pihak pembangkang, masuk untuk sit-in for meeting, that’s our requestlah.
Tuan Speaker, isu yang seterusnya saya membangkitkan adalah isu air, elektrik, sorry. Gangguan elektrik dan catuan elektrik masih ada berlaku, keadaan seolah-olah telah dinormalize.
Dia trauma betul, tiada air di Sandakan tu.
Sorry.
You trauma betul, tiada air di Sandakan. Balik-balik mahu ulang tiada air.
Betul, air masin lagi. Hamsui. (ketawa) Dan ya, gangguan elektrik memang masih berlaku dan bekalan elektrik di Timur, Pantai Timur, bergantung daripada Pantai Barat dan ingat balik September yang lalu, kita ada satu insiden, seluruh East Coast tiada elektrik for few days. Dan menjejas dari Tawau sampai ke Sandakan. Dan sebab itu saya mahu bertanya kepada Dewan yang mulia ini, apa perkembangan softening transmission line yang sudah tanggung, dari sejak 2018 lagi ini projek dicadangkan tapi sampai sekarang belum ada pergerakan lagi. Jadi, harap YB Menteri boleh cepatkanlah ini projek. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh satu isu SESB, Sabah Electricity, berkenaan dengan pemasangan meter box, yang baru-baru ni saya terima beberapa aduan, daripada pemaju dan juga owner, bahawa projek perumahan mereka memperoleh sudah dapat OC dan CCC dengan kelulusan dari SESB sebelum itu. Tetapi, semasa owner nak apply meter, dia tidak dapat apply. Alasannya sebab sekarang sudah menggunakan guideline yang baru, iaitu Electricity Supply Application Handbook yang terbaru, Section 5.2.4. Mengenai lokasi kotak meter terpaksa dipasang di luar pagar dan ini menyebabkan pengguna, pemilik rumah tidak dapat memasang meter sebab tidak ikut itu guideline yang terbaru. Jadi, ini terpaksa akibatnya, kos tambahan terpaksa ditanggung oleh pemaju dan pemilik. Sedangkan SESB, Sabah Electricity mengatakan mereka tidak bertanggungjawab mengubah kedudukan kotak…
...meter. Jadi soalan saya, mereka sudah dapat sudah itu kelulusan, tapi memandangkan ada tambahan approval yang guideline yang baru, jadi mereka terpaksa ikut guideline yang baru atau masih kena ikut yang sebelum itu? Dan seterusnya, Tuan Speaker, isu seterusnya saya ingin membahas adalah isu mengenai alam sekitar dan pertukaran iklim. Dalam konteks pengubahan iklim global dan meningkatkan kos tenaga, Sabah tidak boleh terus bergantung kepada sumber tenaga konvensional, contoh gas atau diesel, power generation semata-semata tanpa pelan perairan tenaga yang jelas dan berdaya tahan.
Sabah kini telah bergerak ke arah jana kuasa tanpa arang batu. Memang tiada arang batu di sini, tapi namun langkah perlu diperkuatkan bagi memperluas pengguna tenaga boleh baharu, iaitu renewable energy yang bersih, yang stabil dan mampan. Soalan saya, dalam bajet yang baru-baru ini, tiada, saya tiada nampak peruntukan untuk mempromosikan sektor renewable energy seperti FIT atau mengurangkan kadar fi atau Net Energy Metering yang skim-skim ini? Kedua, apa inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan keluaran karbon, reduce carbon reduction di keseluruhan Sabah? Ketiga, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. cadang untuk memasang 100 megawatt wind turbine di Kudat.
Saya terima baik inisiatif Kerajaan untuk mempertimbangkan renewable energy seperti angin, kuasa wind energy. Soalan saya, berapa kos pembinaan dan berapa kos per megawatt untuk pemasangan wind turbine ini? Output wind turbine is less predictable and less reliable compared to solar as i know, and it requires a more robust grid to support the power generation. Jadi ini ada link to my next question, adakah kita mahu menambah lagi BESS system? Kalau jikalau kita perlu pasang wind turbine di Kudat, kita perlu menambah banyak lebih BESS, B-E-S-S system , Battery Energy Storage System di Kudat. Tuan Speaker…
Panjang lagi?
Ya. Last.
Okey.
Last page. Jadi Tuan Speaker, rakyat menuntut keperluan asas yang stabil dan Kerajaan yang bertanggungjawab. Kegagalan menyelesaikan isu ini akan menafi manfaat sebenar belanjawan kepada rakyat. Saya berharap Kerajaan Sabah mengambil tindakan yang tegas dan berkesan. Sebelum saya mengakhiri pembahasan saya di Dewan yang mulia ini, saya mengucap Merry Christmas to all, who are Christian and Selamat Tahun Baru kepada semua dan semoga tahun 2026 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Sekian, terima kasih. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Papat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Banggi. 12 minit juga ya.
Terima kasih Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT.
Walaikumsalam.
Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.
Saya gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana melalui undi baru-baru ini, alhamdulillah masyarakat Banggi masih memberikan saya peluang, duduk di dalam Dewan yang mulia ini. Dengan harapan, mudah-mudahan Kerajaan GRS yang telah dipilih oleh keseluruhan rakyat Sabah benar-benar berjaya membuktikan bahawa suara masyarakat Banggi dipeduli dan dilaksanakan apa yang mereka impikan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan, kepada Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan Sabah 2026 yang saya fikir akan mampu mengubah dan menambah baik landscape pembangunan negeri Sabah
dalam banyak sudut. Berkenaan MA63 dan tuntutan 40%, sudah terang lagi bersuluh. Saya serahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan Negeri Sabah, kepada Ketua Menteri dan juga barisan Kabinet untuk tuntut dan dapatkannya semula. Kalaulah perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini menjadi penilaian kepada rakyat untuk memilih, mengundi calon-calon, mantan-mantan ADUN, rasanya semua yang bertanding dalam pilihan raya baru-baru ini, akan memenangi hati rakyat. Namun demikian, pola fikir rakyat di bawah sana sangat unik dan susah untuk kita menilai.
Tapi yang pasti, rakyat mahukan wakil rakyat dan juga Kerajaan memberikan sesuatu ataupun menyelesaikan apa juga isu di peringkat akar umbi, khasnya melibatkan jalan raya, elektrik dan juga air.
Perbahasan kali ini, saya mengambil kesempatan untuk mengemukakan atau mengangkat dua isu mungkin melibatkan beberapa daerah di peringkat negeri Sabah. Yang pertama, berkenaan dengan tenaga pengajar ataupun guru-guru KAFA. Sama ada dari segi skill gajinya dan juga kemudahan yang ada di sekolah-sekolah, supaya Kerajaan hari ini dapat mengkaji dan menilai. Mungkin boleh dinaikkan dari segi tangga gaji dan menaik taraf kemudahan-kemudahan yang ada, supaya sejajar dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan modal insan. Saya fikir ini merupakan satu sudut yang perlu kita bangunkan bersama. Kerana pembangunan nilai keagamaan dan juga sahsiah sangat penting, supaya pembangunan modal insan kita di negeri Sabah ini seimbang. Bukan hanya mereka ada ilmu pendidikan tapi dari segi sahsiah, akhlak, mereka juga dapat kita titipkan.
Datuk Speaker, demikian juga dengan keperluan bomba sukarela di peringkat negeri Sabah. Saya ingat kawasan-kawasan pedalaman di sekitar seluruh Sabah masih mengamalkan bomba sukarela ini. Namun demikian dari segi kemudahan, dari segi jentera, dari segi gaji ataupun elaun, ataupun sagu hati. Mereka seringkali merungut, pastinya saya ambil contoh dari kawasan saya, ada lebih kurang berbelasan individu yang diambil sebagai petugas sukarelawan bomba ini. Saya mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, supaya menilai ataupun membuat kajian, seterusnya melaksanakan jika sesuai supaya bomba sukarela versi Sabah yang boleh diwujudkan, dan mungkin juga boleh meletakkan
petugas-petugas ini sebagai penjawat awam negeri, kerana sudah tentu kemudahan ini ataupun perkhidmatan ini sangat diperlukan.
Sebelum ini pernah berlaku kebakaran di kawasan saya, sekitar tahun 2019. Memandangkan tidak ada kemudahan balai bomba, bahkan bomba sukarela juga pada waktu itu tidak berfungsi. Akhirnya, beberapa puluh rumah telah hangus terbakar dan ini menjadi igauan penduduk di sekitar kampung yang terlibat. Datuk Speaker, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang telah berkunjung atau mengadakan lawatan rasmi ke Pulau Banggi pada 23 Ogos 2025, tahun ini, yang mana lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri adalah bertujuan untuk mengadakan Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Air Tambahan Bangkingit di Pulau Banggi yang menelan belanja sebanyak RM62 juta.
Pecah tanah ini hanyalah formaliti, namun demikian projek ini telah dilaksanakan sekitar Mei ataupun Jun tahun ini. Dan, alhamdulillah bukan itu saja Datuk Speaker, semasa lawatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan peruntukan bagi membina dewan masyarakat dan juga kompleks sukan di Pulau Banggi. Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat juga telah mengumumkan peruntukan untuk membina Dewan Kebudayaan Masyarakat Bonggi dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti. Ini menggambarkan kepada kita semua bahawa GRS bukanlah sebuah Kerajaan yang gagal, bahkan tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa GRS adalah Kerajaan yang cemerlang dan ini juga menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya GRS gagal.
Namun demikian Datuk Speaker, kemudahan-kemudahan yang telah diberikan peruntukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang saya sebutkan tadi belum mampu menyelesaikan sepenuhnya isu dan juga kemudahan yang perlu ada di Pulau Banggi. Oleh kerana puluhan tahun Pulau Banggi tidak mempunyai
kemudahan-kemudahan yang sangat diperlukan oleh masyarakatnya. Maka dengan itu saya memohon kepada sebelas Kementerian, termasuk Jabatan Ketua Menteri. Saya yakin dan percaya setiap Kementerian ini ada KPI, termasuklah Kementerian Belia dan Sukan. Menterinya meminta saya menyebut Kementerian beliau. Oleh kerana telah diberikan peruntukan oleh Ketua Menteri, mungkin antara Kementerian yang akan mengambil tanggungjawab empat kemudahan yang telah diumumkan tadi, salah satunya ialah Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kerajaan Tempatan. Saya mohon kepada 11 Kementerian termasuk Jabatan Ketua Menteri agar walaupun tidak dinyatakan dalam 60 muka surat Bajet Belanjawan 2026 ini tentang peruntukan untuk daerah Pulau Banggi tapi saya mohon setiap Kementerian masukkan dalam KPI supaya Pulau Banggi ini diberikan peruntukan dan kalau boleh sebutkan dalam penggulungan nanti. Kerana apa? Pulau Banggi merupakan satu tempat yang ketika ini ataupun sebelum ini tidak pernah dikaji ataupun apa potensi yang ada. Sedangkan kita maklum, Banggi merupakan satu tempat yang saya fikir kalau setiap Kementerian mengarahkan pegawai-pegawai dan juga pengarah untuk mengkaji turun ke kawasan, saya yakin dan percaya, dalam bidang pelancongan, dalam bidang perikanan, dalam bidang pertanian, Banggi sememangnya berpotensi untuk dimajukan.
Namun demikian, saya ingin menegaskan ataupun membangkitkan kepada dua Kementerian yang pertama berkenaan dengan isu jalan raya melalui Kementerian Kerja Raya. Sekitar Pulau Banggi hanya ada 14 kilometer jalan raya bertar dari Karakit ke Kampung Limbuak. Selebihnya lagi mungkin ratusan kilometer masih jalan gravel. Apabila hujan, kebanyakan guru-guru dan juga masyarakat kampung yang berada di sebelah utara terutamanya tidak dapat tembus ke kawasan pekan. Jadi saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya turun ke Pulau Banggi dan bantu kami selesaikan hal ini.
Saya ada sempat berbual dengan SUT Kerja Raya dan maklumkan hal ini, mudah-mudahan dapat diselesaikan. Jalan raya ini penting untuk bukan hanya memastikan kemudahan ini dapat dirasai oleh masyarakat, tetapi jauh lebih penting sekolah-sekolah yang ada di sekitar Pulau Banggi sangat memerlukan kemudahan ini.
Apabila kemudahan ini selesai, saya yakin dan percaya soal ekonomi masyarakat, soal kesihatan dan kesejahteraan juga akan dapat diperbaiki. Hal yang kedua Datuk Speaker, di Pulau Banggi ini ada program atau projek agropolitan melalui FELCRA yang dilaksanakan kalau tidak silap saya sekitar 2015 ataupun mungkin awal daripada itu. Tapi yang menjadi isu ketika ini, projek ini seperti hidup segan mati tak mahu. Sebelum ini ada ura-ura LIGS ataupun melalui Kerajaan Negeri akan ambil alih operasi FELCRA ataupun projek penanaman getah ini. Saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri dan juga mungkin di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Hidrasi Makanan sama ada melalui LIGS ataupun agensi yang berkaitan bincang balik dengan FELCRA dan kalau FELCRA tidak mahu teruskan program ekonomi yang ada di dalam agropolitan itu maka lebih baik Kerajaan Negeri ambil balik. Ada ribuan hektar tanah yang terlibat. Selain daripada berpotensi untuk diusahakan pelbagai jenis tanaman, saya juga ingin mencadangkan supaya sebahagiannya juga kita serahkan kepada milikannya kepada masyarakat setempat.
Datuk Speaker, dalam Belanjawan 2026 ini, saya mengamati satu persatu bidang ataupun perkara yang telah menjadi tumpuan. Namun demikian, salah satu bidang yang saya sangat setuju, antara lainnya ialah Pembangunan Modal Insan. Di sini saya ingin mencadangkan supaya untuk merancakkan lagi untuk memberikan impak yang besar lagi dalam Pembangunan Modal Insan melalui kurikulum standard sekolah rendah dan juga kurikulum standard sekolah menengah.
Banyak lagi?
Sikit lagi Tuan Speaker. Saya ingin mencadangkan melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan juga Inovasi Sabah supaya ada kolaboratif dengan Jabatan Pendidikan untuk memikirkan keterlibatan GLC-GLC di peringkat negeri Sabah. Kita ada banyak GLC yang besar dan berjaya. Mungkin dari suatu sudut GLC-GLC ini boleh memberikan sokongan kewangan dan juga tenaga kepakaran kepada sekolah-sekolah. Yang kita fikir sesuai sebagai program rintis, mungkin setiap ADUN, setiap DUN boleh mencadangkan
satu sekolah kepada Kementerian untuk diselaraskan supaya menjelang musim-musim sukan, menjelang musim-musim program akademik, kokurikulum dan kurikulum, GLC ini dapat membantu tanpa menunggu peruntukan. Kadang-kadang peruntukan daripada KPM juga sangat terhad bila tiba musim ini, setiap ADUN saya fikir mengalami perkara yang sama. Sekolah-sekolah akan datang untuk meminta sumbangan dan sebagainya maka perlu Kerajaan melalui kementerian yang berkaitan untuk berbincang fungsi dan juga tanggungjawab sosial korporat GLC-GLC ini dapat diperkasakan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Datuk Speaker, itu saja beberapa isu yang saya kemukakan. Sebenarnya saya ingin membawa banyak perkara untuk disampaikan dalam Dewan yang mulia ini. Tapi saya yakin dan percaya kebijaksanaan barisan Menteri dan juga Pembantu Menteri serta kepimpinan kementerian akan melihat keperluan dan juga kemudahan-kemudahan yang perlu diperbaiki di setiap kawasan DUN, khasnya DUN Banggi. Pun demikian, selepas ini saya akan susuli dengan surat dengan permohonan. Mudah-mudahan setiap kementerian ini akan layan dan ambil tindakan yang sewajarnya. Akhir sekali Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Christmas kepada rakan-rakan dan juga masyarakat yang merayakannya. Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun…
…baru kepada seluruh Ahli Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, Banggi, mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Banggi. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong. 12 minit juga ya.
Terima kasih. Selamat sejahtera, selamat petang kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Da jia xia wu hao. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Datuk Sri Speaker atas ruang dan peluang
yang diberikan kepada Sri Tanjong untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2026 yang baru sahaja dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada hari Jumaat minggu lalu. Pertama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pengundi di Sri Tanjong kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk dipilih semula sebagai Wakil Rakyat bagi penggal kedua. Saya ingin memberi jaminan kepada pengundi-pengundi Sri Tanjong bahawa saya akan terus memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Setelah lima tahun berada dalam kedudukan ini dan masih berkhidmat sehingga kini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala maklum balas, cadangan serta kritikan yang telah membentuk diri saya menjadi seperti hari ini. Saya akan terus bersuara seperti mana yang saya telah lakukan sepanjang penggal lalu di Dewan yang mulia ini demi memastikan suara rakyat yang saya wakili sentiasa didengari dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Datuk Speaker, kita telah menyaksikan dalam Pilihan Raya Umum Sabah yang lalu, seramai 596 calon yang telah bertanding bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Sabah yang ada. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada setiap Ahli Dewan yang mulia ini yang telah memenangi kerusi masing-masing tanpa mengira parti kerana kemenangan ini adalah mandat yang diberikan oleh rakyat. Salah satu isu teras yang sering rakyat Sabah suarakan sepanjang tempoh kempen pilihan raya adalah berkaitan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun dikenali sebagai MA63. Kita semua harus bersetuju bahawa para pengundi kini semakin sedar dan lebih tegas dalam menuntut hak 40% hasil terutamanya selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat sejurus selepas pembubaran Dewan. Keputusan ini pada hakikatnya telah mengesahkan perjuangan MA63 yang telah diperjuangkan selama bertahun-tahun dan telah mengangkat tuntutan 40% ini daripada sekadar retorik imaginative kepada suatu hak yang kukuh, nyata dan boleh dituntut.
Keputusan Mahkamah Tinggi ini telah menegaskan semula hak Sabah terhadap 40% tersebut dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada Sabah Law Society
kerana membawa kes ini ke mahkamah. Walaupun pada peringkat awal mereka dikritik dan dilabel sebagai busy body, tetapi SLS kekal teguh dan konsisten dalam memperjuangkan kes ini walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran dan rintangan. Akhirnya, usaha keras mereka telah membuahkan hasil. Mahkamah telah membuat keputusan, 40% ini adalah hak Perlembagaan, bukan sekadar suatu aspirasi. Kini setiap daripada kita di Dewan yang mulia ini dipertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha bagi memastikan hak 40% ini dapat direalisasikan sepenuhnya.
Moving forward, saya mencadangkan agar kita mengamalkan pendekatan bipartisan bagi memastikan perkara ini dapat dicapai. Keputusan pilihan raya serta jumlah undi popular telah membuktikan bahawa pemulihan hak-hak MA63 bukanlah usaha bersifat kepartian semata-mata. Hakikat bahawa 74% pengundi telah menyokong parti-parti tempatan kali ini merupakan isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa kita memerlukan usaha yang bersatu dan bersepadu dengan menghimpunkan semua parti tempatan untuk berjuang bersama kerana kita berkongsi matlamat yang sama. Apabila melibatkan kepentingan Sabah lebih-lebih lagi dengan mengambil kira impak besar yang bakal dibawa oleh perolehan 40% ini kepada Sabah, saya berpandangan bahawa sudah tiba masanya kita menghapuskan mentaliti persaingan kepartian.
Datuk Speaker, topik seterusnya yang saya ingin sentuh dalam Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan sektor pelancongan. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa persaingan dalam industri ini semakin sengit baik di peringkat global mahupun domestik. Kementerian Pelancongan bersama jabatan dan agensi di bawahnya telah diperuntukkan sebanyak RM174.45 juta namun secara peribadi saya berpendapat bahawa jumlah ini seharusnya lebih besar memandangkan peruntukan tersebut perlu dikongsi antara aktiviti pelancongan serta pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti. Sebagai perbandingan, Sarawak memperuntukkan sebanyak RM323 juta bagi tahun hadapan, hampir dua kali ganda berbanding peruntukan Sabah tahun ini. Daripada jumlah RM323 juta tersebut, sebanyak RM129 juta telah diperuntukkan khusus untuk projek pembangunan.
Pengajaran utama yang dapat kita ambil daripada belanjawan Sarawak berbanding Sabah ialah, antara lain, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif untuk membina atau menaik taraf infrastruktur pelancongan mereka sendiri. Apa yang seharusnya dilakukan oleh Kerajaan Sabah ialah memperuntukkan sekurang-kurangnya 40% hingga 50% daripada peruntukan sedia ada untuk penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sebagai contoh Datuk Speaker, jeti-jeti pelancongan sedia ada perlu dinaik taraf bagi menampung keperluan pelancong antarabangsa. Kita perlu sedar bahawa pengalaman pelancong merupakan faktor paling penting dalam menentukan sama ada Sabah akan terus menjadi destinasi pilihan mereka pada masa hadapan. Kita boleh memiliki slogan yang fancy, strategi promosi yang paling menarik. Namun sekiranya kemudahan asas seperti tandas berada pada tahap yang tidak memuaskan, ia akan memberikan imej negatif kepada Sabah.
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang baharu dilantik mengenai status Jeti Pelancongan Tawau yang telah dicadangkan oleh Menteri terdahulu. Akhbar The Star pada 6hb. Jun telah melaporkan bahawa Kementerian akan membina sebuah jeti pelancongan di Tawau bagi membolehkan perkhidmatan feri membawa pelancong antara Tawau dan Semporna mengikut jadual tetap. Sebagai Ahli Dewan Undangan bagi Sri Tanjong, saya amat berharap agar cadangan ini dapat direalisasikan kerana ia akan menawarkan pilihan alternatif kepada pelancong untuk singgah dan bermalam di Tawau sekurang-kurangnya beberapa malam sekali gus membantu merancakkan ekonomi tempatan. Satu lagi cadangan kepada Yang Berhormat Menteri adalah penubuhan dana acara dan festival pelancongan. Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM45 juta setiap tahun bagi membantu penganjur acara dan festival pelancongan untuk memperkukuh industri pelancongan Sarawak tersebut melalui penganjuran acara yang berbagai dan berdaya tarikan.
Datuk Speaker, para pemain industri tempatan masih bimbang mengenai kewujudan pengendali pelancongan haram di Sabah, khususnya di kawasan Kota Kinabalu dan Semporna. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang berkaitan
serta mungkin kementerian-kementerian lain yang relevan, sampai bilakah tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengendali-pengendali haram ini? Datuk Speaker, saya ingin beralih kepada isu-isu yang berlaku di kawasan saya, iaitu Sri Tanjong. Pertama, tentang isu gangguan bekalan air. Ini isu bukan satu isu baharu dan sudah seringkali disuarakan. Namun apa yang mendukacitakan, kekerapan gangguan masih berlaku dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepanjang bulan November sahaja, tadi YB Tanjung Papat ada sebut ada 150 notis. Tapi untuk satu bulan sahaja. Sepanjang bulan November sahaja. Sebanyak 67 notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Jabatan Air di kawasan Tawau dan hampir kesemua notis gangguan bekalan air adalah disebabkan paip pecah…
… ataupun paip bocor yang kebanyakannya melibatkan paip lama dan uzur. Gangguan ini terjadi hampir setiap bulan malah sejak kebelakangan ini hampir setiap minggu. Bahkan ada yang cuma selang beberapa hari dan penduduk terpaksa berhadapan dengan terputusnya bekalan air tanpa notis awal. Rakyat bukan sahaja terkesan sebab ketiadaan air tetapi juga berhadapan dengan ketidaktentuan tempoh pemulihan. Ada gangguan yang sepatutnya diselesaikan dalam beberapa jam namun berlarutan sehingga satu atau dua hari. Ini amat membebankan kepada penduduk kerana mereka perlu bergantung sepenuhnya kepada bekalan air tangki. Bahkan masih ada banyak rumah yang tiada tangki dan ada juga yang terdesak sehingga terpaksa membeli air mineral untuk mandi dan masak dan juga buang air dan sebagainya. Rakyat tidak meminta sesuatu yang luar biasa, Datuk Speaker, mereka cuma ingin menuntut hak asas untuk mendapatkan bekalan air yang stabil dan selamat. Isu ini tidak seharusnya berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan dalam mengurus keperluan asas. Mengapa kejadian paip pecah dan bocor ini berlaku dengan begitu kerap? Adakah ia berpunca dari sistem paip yang telah melepasi jangka hayatnya? Saya ingin mencadangkan agar audit
menyeluruh sistem paip air khususnya di kawasan yang sering mengalami paip pecah dapat dibuat seterusnya, pelan penggantian paip lama secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada kawasan berisiko tinggi. Saya harap pihak Kerajaan dapat memberikan perhatian serius serta garis paksa yang realistik bagi menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh bukan sekadar bersifat sementara. Datuk Speaker, berkenaan dengan isu banjir, rakyat sudah muak dan penat apabila setiap kali hujan lebat mereka hidup dalam kebimbangan yang sama. Mereka risau rumah dimasuki air, risau kereta motor mereka tenggelam, bimbang keselamatan keluarga dan bimbang kerugian yang terpaksa ditanggung berulang kali. Barang-barang elektrik dan perabot yang rosak. Masalah banjir ini menuntut penyelesaian jangka panjang. Datuk Speaker, bukan sekadar janji atau langkah sementara. Sungai Tawau, kini tidak dapat lagi menampung kapasiti aliran air, terutamanya pada musim hujan yang menyebabkan air sungai tersekat dan melimpah keluar.
Sila gulung YB.
Ya, Datuk Speaker. Satu isu lagi.
Apalagi apabila ditambah dengan sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik, serta kelewatan pelaksanaan pelan dan projek tebatan banjir. Apa yang lebih mendukacitakan adalah projek tebatan banjir yang telah lama dikenal pasti namun masih tertangguh pelaksanaannya. Meskipun fasa awal rancangan tebatan banjir telah dilaksanakan namun apabila di lapangan, banjir masih terus berulang tanpa penyelesaian konkrit.
Persoalannya, apakah punca sebenar kelewatan kesinambungan projek tebatan banjir ini? Adakah ia melibatkan isu peruntukan ataupun penyelarasan antara agensi atau kelemahan dalam perancangan dan perlaksanaan? Dan bilakah rakyat boleh menjangkakan penyelesaian yang benar-benar berkesan? Bahkan, pemasangan kunci air automatik ataupun automatic tidal gate di bandar masih belum dapat menyelesaikan isu banjir di sekitar kawasan tersebut. Langkah sementara seperti kerja pembersihan longkang secara berkala masih tidak mencukupi jika sistem perparitan itu sendiri sudah tidak relevan dengan keperluan masa. Jadi bagi itu saya memohon supaya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dapat mengambil kira.
Sedangkan itu automatic tidal gate yang dibina oleh JPS sudah siap tetapi baru-baru ini oleh sebab air pasang meningkat, masih lagi banjir. Jadi mungkinlah ada persoalannya mungkin sistem perparitan yang ada, ada yang sesak. Jadi saya minta supaya Menteri yang berkenaan dapat mengambil kira tentang perkara ini dan Datuk Speaker, saya berharap ada pendapatan garis masa yang jelas bagi projek tebatan banjir yang tertunda, dengan laporan kemajuan yang telus kepada rakyat, penyelarasan yang lebih berkesan antara pihak Kuasa Tempatan PBT, Jabatan Teknikal dan Agensi berkaitan agar tiada penangguhan ataupun kelewatan yang tidak perlu.
Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan saya, Seri Tanjong ingin sentuh satu isu tentang lampu jalan. Datuk Speaker, terdapat banyak lokasi di Seri Tanjong yang lampunya, lampu jalannya rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh yang sama. Ada yang berbulan-bulan, malah ada yang melebihi setahun tanpa pembaikan. Keadaan ini menimbulkan berbagai implikasi. Keselamatan pengguna jalan raya terjejas, khususnya pada waktu malam dan ketika hujan. Risiko kemalangan meningkat akibat penglihatan yang terhad. Apa punca sebenar kelewatan pembaikan lampu jalan ini? Adakah ia berpunca daripada kekangan peruntukan, isu kontraktor atau kelemahan sistem penyelenggaraan? Dan adakah terdapat pangkalan data atau jadual penyelenggaraan berkala bagi memastikan lampu jalan sentiasa berada dalam keadaan yang baik?
Datuk Speaker, saya sebelum mengakhiri ucapan saya, Seri Tanjong ingin mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year to all of you. Semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik untuk semua. Datuk Speaker, Seri Tanjong mohon menyokong belanjawan sekiranya cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat diterima. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Seri Tanjong. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Nabawan. 12 minit, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan Sabah tahun 2026.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.
Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan Sabah yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan tidak dilupakan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka semasa Pilihan Raya Umum Negeri Sabah yang lalu khususnya kawasan saya di N.46 Nabawan dan amnya kepada semua pengundi di seluruh Negeri Sabah. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Keranahan selaku Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah di atas kejayaan membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2026.
Anggaran Belanjawan 2026 merupakan surplus bagi bajet berbanding anggaran hasil 2026. Harapan kita dan juga semua rakyat jelata di luar sana agar Belanjawan Sabah tahun 2026 diterjemahkan dengan keberkesanan yang memberi impak besar dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat demi pembangunan berterusan dan juga kesejahteraan rakyat. Tuan Speaker, isu MA63 dan juga tuntutan 40% telah dibahas berulang kali oleh rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini. Jadi saya amat bersetuju dengan saranan dan juga cadangan dan saya tidak akan membawa isu ini. Tuan Speaker, terus ke point pertama saya ingin bertanya mengenai status terkini dengan izin wish list atau senarai projek-projek dalam Rancangan Malaysia Ke-13, daerah Nabawan yang dikemukakan dan telah dihantar kepada pihak berwajib pada awal tahun 2025 untuk dipertimbangkan pelaksanaannya bermula tahun 2026, khususnya melalui belanjawan tahun hadapan yang telah dibentang.
Selanjutnya, saya ingin bertanya mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan yang melebihi nilai RM500 ribu di semua daerah dan khususnya di daerah Nabawan ini yang mana agak lambat, contohnya pelaksanaan jambatan-jambatan utama di Pekan Nabawan dan juga bangunan-bangunan Mahkamah Anak Negeri di Nabawan dan juga Pagalungan yang progresnya melewati jadual yang
telah digariskan. Sebenarnya, apakah isu yang menyebabkan kelewatan di peringkat agensi?
Dan cadangan saya adalah untuk Kerajaan menilai dan membuat penambahbaikan ke atas tatacara pengurusan projek-projek dan mengurangkan proses…
… proses birokrasi antara pusat atau pun ibu pejabat ke peringkat daerah. Selain itu, had nilai sebut harga kerja-kerja kecil di peringkat negeri Sabah mengambil kira kenaikan harga kos semasa dan bagi meningkatkan impak pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di setiap jabatan agensi termasuk pejabat-pejabat daerah.
Tuan Speaker, dalam usaha untuk kita merancakkan pembangunan infrastruktur dan prasarana awam luar bandar, pada saya kawasan luar bandar seharusnya diberi keutamaan dan juga peruntukan lebih sewajarnya, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dalam meningkatkan sosioekonomi dan dalam usaha merancangkan, merancakkan ekonomi akar umbi melalui Plan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.
Pada saya, kesejahteraan rakyat juga bergantung kepada pembangunan inspektor awam atau prasarana awam di sebuah kawasan. Kawasan saya, Nabawan, merupakan daerah keempat terbesar di negeri ini, yang mana kami juga mempunyai sebuah daerah kecil, iaitu daerah kecil Pagalungan, berhampiran dengan sempadan negara jiran Indonesia. Sebenarnya masih banyak keperluan mendesak yang perlu diselesaikan, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam pelbagai aspek pembangunan. Dan saya mengambil iktibar ketika kempen Pilihan Raya Umum yang lalu, sebelum diberi mandat kembali sebagai Wakil Rakyat, banyak aduan dan juga rintihan yang telah saya terima dan dengar sendiri. Malah saya telah menjangkakannya.
Dan contohnya banyak projek-projek yang penting yang dimohon tidak ada respon dan ada projek-projek yang telah diluluskan lambat ataupun belum dimulakan. Jadi saya amat bertegas dengan perkara-perkara ini untuk kita selesaikan dengan kadar segera oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air negeri Sabah, SESB dan pihak-pihak yang terlibat khususnya pihak-pihak daripada utiliti ini. Jadi saya mohon diselesaikan perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan secepatnya dan jangan lengahkan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Tuan Speaker, selain itu saya memohon juga agar jalan-jalan konkrit kampung di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang sudah rosak ataupun terhakis mohon dapat dipantau dan dibaiki semula oleh pihak berwajib. Begitu juga dengan jalan-jalan perhubungan utama jalan-jalan bekas balak atau pertanian yang perlu dinaik taraf. Contohnya di kawasan saya di Nabawan ini, jalan Kampung Pomunterian hingga ke Kampung Ulu Mosopoh, yang mana panjang jalan ini lebih kurang 12 km untuk dinaik taraf daripada jalan gravel kepada jalan berturap dengan kadar segera. Jalan-jalan ini sudah beberapa kali mendapat perhatian daripada media, semuanya ada dari RTM, TV3, disebabkan aduan masyarakat setempat, tetapi sehingga kini belum dinaik taraf lagi.
Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan dan juga menegaskan, perlunya projek pembinaan penghalang konkrit ataupun gabion di tebing-tebing sungai kawasan perkampungan, khususnya di daerah kecil Pagalungan, kerana kebanyakan kawasan kampung ini, di sana berhampiran dengan sungai. Kami sudah ada pengalaman kejadian hakisan dan juga runtuhan tanah di tepi sungai di sebuah kampung yang menyebabkan beberapa buah rumah musnah. Oleh itu, harapan saya perkara ini diambil perhatian untuk tindakan susulan dalam belanjawan kita pada tahun hadapan ini.
Dan mengenai bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih, masih ada aduan daripada masyarakat Nabawan, khususnya penduduk yang tinggal jauh di ceruk-ceruk perkampungan, bahawa ada kampung yang telah memohon untuk penyambungan bekalan elektrik yang sudah diluluskan sekian lama tetapi belum ada
pembinaan dilaksanakan. Begitu juga dengan bekalan air bersih untuk makluman menjadi perhatian. Saya apabila musim hujan bekalan air bersih yang dibekalkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah di Nabawan jika tidak terputus, bekalan tersebut akan menjadi keruh. Perkara ini perlu dikaji semula dan tindakan serius untuk ditangani dengan kadar segera.
Dan cadangan saya sekiranya memerlukan masa, ya maka Kerajaan perlu bersedia untuk menyalurkan peruntukan bagi bekalan-bekalan air, bekalan elektrik alternatif buat sementara waktu, khususnya untuk kawasan-kawasan yang terpencil jauh di perkampungan, di pedalaman ini.
Kali ini saya juga ingin menyuarakan mengenai pembaikan bangunan-bangunan Kerajaan, seperti Mahkamah-mahkamah Anak Negeri di setiap mukim, khususnya untuk kawasan saya di Nabawan. Saya menekankan perkara ini kerana ia penting untuk digunakan oleh kaki tangan dan juga masyarakat setempat. Saya juga ingin memaklumkan mengenai pembaikan dewan-dewan mini, balai-balai raya dan juga jambatan-jambatan gantung yang sudah uzur.
Kemudahan awam ini perlu diselenggara apabila berlaku kerosakan kerana ianya untuk keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat.
Persoalan saya, adakah kementerian atau agensi Kerajaan bertanggungjawab bersedia dengan agihan bajet sewajarnya untuk menangani perkara yang saya nyatakan ini. Begitu juga dengan pusat-pusat riadah, sama ada ianya untuk aktiviti sukan kebudayaan atau pusat rekreasi dan sebagainya. Kita juga minta untuk memantau kerosakan prasarana atau fasiliti yang sedia ada. Pada hemat saya, perkara-perkara ini perlu sinkronisasi antara agensi dan juga jabatan yang terlibat. Dan, Tuan Speaker, seterusnya, sebelum ini di Dewan yang mulia ini, saya juga ada saya ingin bertanya mengenai status terkini tanah di dalam skim Nabawan ini. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri melalui Kementerian Perikanan dan juga Industri Makanan atau MAFFI akan membubarkan atau menyerahkan secara berperingkat tanah-tanah tersebut kepada masyarakat di Nabawan ini, kerana kebanyakan tanah-tanah tersebut sudah diterokai.
Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai permohonan cadangan pewartaan. Pewartaan Mukim Tatalaan Nabawan. Apakah status terkini mengenai perkara ini, dan bilakah Kerajaan akan mewartakan Mukim Tatalaan Nabawan secara rasminya, kerana demografi kawasan Nabawan telah berubah dan kita memerlukan Mukim Tatalaan untuk diwartakan bagi melicinkan urusan pentadbiran. Tuan Speaker, saya telah mengutarakan beberapa keperluan mendesak dan bertanya mengenai status-status terkini mengenai projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, khususnya untuk kawasan saya, Nabawan, dan amnya untuk Negeri Sabah. Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang tidak sempat saya kupas satu persatu, insya-Allah akan saya bawa pada sesi yang akan datang. Keseluruhannya, pada saya Belanjawan Sabah Tahun 2026 cukup inklusif, berpaksikan kepada fokus memacu pembangunan dan mensejahterakan rakyat. Walau bagaimanapun, ia perlu disusuli dengan tindakan penuh bertanggungjawab seiring dengan perancangan yang telah digariskan. Jangan saja seperti peribahasa yang mengatakan bagai bunga harum baunya, tetapi tidak berbunga. Di akhir ucapan, saya kongsikan kata-kata bijak motivasi ini untuk kita semua dalam Dewan yang mulia ini. Suara rakyat adalah amanah yang perlu kita tunaikan. Ia dituntut di dunia ini, juga di akhirat kelak. Marilah bersama membangun, menikmati kemakmuran. Mengambil kesempatan ini, awal ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan selamat tahun baru 2026 kepada seluruh rakyat Sabah.
Tuan Speaker, Nabawan, mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Sibuga. 12 minit Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Datuk Speaker, thank you for the floor. Today, i rise to debate the
Belanjawan 2026. With sincerity, with discipline, and with the full weight of the voices of Sungai Sibuga, but first thing first, terima kasih Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif untuk usul 6.30 petang ini dan enablers. Ertinya malam ini, tidak payahlah saya fikir saya punya maiden speech. Dan boleh tidur lena sikit. Sebelum saya teruskan…
Saya ingin merakam secara rasmi kepada seluruh bangsa N.52 Sungai Sibuga yang telah melaksanakan tanggungjawab dan memelihara hak mereka dengan turun mengundi. Penghargaan tertinggi buat anda kerana meluangkan sedikit hayat nyawa anda dan mengambil keputusan berani menentukan nasib anda sendiri. Kepada yang belum diberi peluang oleh Allah Ta’ala untuk menggunakan kuasa mengundi, semoga rezeki anda akan tiba pada masa yang akan datang. Sesungguhnya, bangsa yang tidak pernah belajar dan bermuhasabah daripada sejarahnya sendiri akan mengulangi kesengsaraan yang sama sehinggalah minda dan jasad mereka mengambil keputusan untuk berdayakan diri ke arah kebaikan sejagat.
Saya mohon setiap penduduk N.52 terus cekal dan matang dalam membangunkan diri dan masyarakat kita bersama. Ingatlah, kita bukan pokok atau rumput yang dipijak-pijak. Selagi ada akal dan kudrat jasad kita, tiada masalah yang tidak boleh kita selesaikan bersama. Saya dan jiran-jiran anda sendiri sentiasa bersedia menerima komunikasi anda. Harap anda bersabar dan bina jiwa kental bersama dengan kami sebagai pembangkang yang tulus menjaga maruah kita, bangsa N.52. Datuk Speaker, pertama sekali izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana akhirnya melakukan perubahan nama dan penambahan fungsi kepada beberapa kementerian. This is a good move, a necessary move. Secara peribadi, saya sangat teruja dengan kewujudan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti. Di N.52 Sungai Sibuga, penduduk tidak kiralah penyokong pembangkang atau penyokong Kerajaan, rajin mereka mengemaskinikan saya setiap hari tentang masalah utiliti. Air,
karan, parit tersumbat, jalan gelap bahaya yang seram, jalan berlubang saiz kolam ikan.
They update me everywhere, Datuk Speaker.
WhatsApp, Facebook, Messenger. They call, walk in, even through my fellow YB, Yang Berhormat here. And not just people from within my constituency, but also from my good neighbour N.51. Yang dekat-dekat boundary konstitusi kami orang, bolehlah kita tolong-tolong settlekan, kan. Besok-besok nanti mana tahu ada mungkin penduduk dari N.52 pula minta perhatian dengan N.51. Jiran yang prihatin mesti tolong-menolong. Datuk Speaker, kembali kepada update dan rungutan rakyat tadi, they are consistent and they are persistent. But more importantly, they are hopeful. Saya ini hanya penyampai suara. Saya berharap Kerajaan mendengar rintihan mereka. Walaupun berita ini datangnya daripada seorang pembangkang. Thank you in advance, YB Menteri Kerja Raya dan Utiliti untuk semua tindakan positif yang bakal Datuk Seri Menteri kita ambil nanti.
Sehubungan dengan itu juga, Datuk Speaker, apabila lima Kementerian dijenamakan semula, saya ingin bertanya, what is the actual cost of this rebranding exercise? Signboards nanti baru, uniform baru, dokumen baru, semua ini ada kos. Dan saya teliti semua kepala D33 Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, dari muka surat 405 hingga 411. Saya tidak jumpa anggaran cost rebranding ini. Saya juga melihat perbelanjaan khas Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, lagilah saya terkejut. Sepuluh ringgit saja. Ten ringgit. Is this realistic? Atau adakah kos sebenar ditapuk di bawah peruntukan lain? Saya mohon agar Dewan ini dipandu ke arah perbelanjaan sebenar tersebut. The rakyat deserve clarity, this Dewan deserve transparency. Datuk Speaker, pada muka surat 78, aktiviti 070300, terdapat satu lagi peruntukan, RM50 untuk Majlis Sumber Air Sabah. Dan soalan saya ini khusus untuk Kampung Tinusa 2 di kawasan saya. A massive water village, pengundi sahaja sudah 5000 lebih, senang-senang sahaja penduduknya melebihi 10000 dan saya telah menerima beberapa maklum balas daripada mereka. Kata mereka, sudah enam tahun mereka menunggu air bersih. Saya pergi dan saya lihat, betul. Paip memang ada. Rumah-rumah di hulu jambatan, pandai juga kadang-kadang ada air. Tapi selalu tekanan air
itu rendah, menyebabkan air tidak sampai ke rumah-rumah yang di hujung-hujung sana.
Saya sendiri juga telah melihat dan mendapati ada kesan jurutera-jurutera yang tidak bertauliah menebuk paip tanpa izin. PTI berleluasa, Datuk Speaker. Dan saya risau 3025 orang kakitangan Jabatan Air yang dikurniakan emolumen bagi tahun 2026 ini masih tidak mencukupi sebenarnya. Maybe we need to double up the number to 6050 or double up on efficiency. This is again not about luxury, this is not politic. Water is basic human dignity dan pencuri air itu is a you and I problem, is our problem together.
Dan soalan saya ini, shouldn’t Majlis Sumber Air Sabah be empowered as a proper think tank to solve issues like this? And certainly, RM50 is not empowering, Datuk Speaker, kan? If RM50 is the reflection of this government’s commitment, then we all should be deeply concerned. Dan persoalan ini bukan hanya untuk Kampung Tinusa 2, ia juga relevant untuk penempatan lain seperti PPR Batu Putih, yang selalu tiada air, Sungai Kayu, Sungai Obar, dan penempatan lain seumpamanya di Sungai Sibuga. Ini belum masuk lagi rungutan penduduk yang kurang berdaya akibat menghadapi tragedi kesihatan. Contohnya, membersih luka diabetesnya perlu air bersih, membersih stoma bagnya perlu air bersih dan pelbagai lagi. Datuk Speaker, kembali ke Kampung Tinusa 2 lagi. That massive water village. Bukan sahaja ianya padat, ianya terlalu padat. If there is no intelligent intervention, dia orang punya traffic congestion will never be resolved. Not in 5 years, not in 50 years. Tapi, apabila saya melihat program 080000 muka surat 470. Ada satu perbelanjaan khas untuk Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, 20 ringgit saja. If this budget reflects the government’s priority again, then Kampung Tinusa 2 and similar settlements will continue to be kilang menjana masalah Sabah forever. Dan membiarkan Kampung Tinusa 2 berkembang tanpa kawalan terancang akan akhirnya membebankan Kerajaan sendiri. Ironinya, majoriti daripada mereka ini adalah pengundi Kerajaan yang setia. Selama 31 tahun mereka menjadi deposit tetap politik yang berpihak kepada Kerajaan. But loyalty without development and progress is exploitation. And exploitation of this sort is utterly inhumane.
Datuk Speaker, sebagai Aktivis MA63, saya tidak mampu mahu kasih malu kumpulan DNA saya.
Walaupun Kerajaan telah menambah fungsi lima Kementerian, saya agak kecewa kerana tidak pula saya terlihat permasyhuran MA63 ini betul-betul terrefleksi dalam agenda Kerajaan kali ini. I was hoping, sincerely hoping. At least, for a dedicated ministry or department or unit seperti Sarawak because whatever we had the last 5 years, clearly is not working. Not with our 40%, not with our Ambalat, not with minyak Sabah and certainly not, not talking about Sulu in this August House. Bila kita lihat ke Sarawak.
Kejayaan Sarawak itu nyata, rakyat mereka rasai hasilnya. Mungkin salah satu sebabnya kerana MA63 diberdayakan sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Premier Sarawak itu sendiri. Ini boleh ditiru. Oleh itu, Datuk Speaker, saya ingin mengajak Dewan ini untuk sama-sama bersetuju bahawa it is time for Sabahans to wear and embody our true Sabahan identity. Untuk merealisasikan jati diri itu, kita mesti kembali kepada asal-usul pembentuk-pembentuk Persekutuan Malaysia. Ia bukan dikira cukup setelah mentelaah MA63, IGC, Cobbold, Perlembagaan dan sebagainya sahaja. We have to dive deeper. Remember, our foundation is based on integration, not assimilation. It is our undeniable right to preserve Sabah, our unique identity.
Datuk Speaker, dengan segala isu yang telah saya bangkitkan tadi, isu air, utiliti, isu perancangan bandar, isu MA63, saya ingin menyatakan dengan penuh hormat, i may not be able to fully support this budget until the government demonstrate clear, decisive miserable steps to address the people issues in my constitury in Sabah in general. Rakyat mungkin boleh makan janji yang disajikan, tapi rakyat lebih perlukan tindakan positif untuk boleh bersandar pada kerajaan ini semula. Thank you Datuk Speaker, Amare at Severe, Perago at Perago, Merry Christmas, Happy New Year, Sungai Sibuga, Allah hualam.
Thank you Your Honourable from Sungai Sibuga. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Api-Api, 12 minit Yang berhormat.
Terima kasih Tuan Speaker atas ruang yang diberikan kepada Api-Api. Salam sejahtera dan selamat petang. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi N.20 Api-Api, sama ada yang mengundi saya atau tidak. Di sini, saya berjanji kepada para pengundi Api-Api bahawa saya akan menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Sabah dengan penuh kesungguhan dan sepenuh keupayaan saya.
Tuan Speaker, saya ingin terlebih dahulu mengiktirafkan usaha Kerajaan Sabah dalam Belanjawan Sabah 2026, sorry yang terus memberi penekanan kepada pembangunan sukan, serta mengiktiraf pengorbanan dan usaha atlet yang telah mengharumkan nama Sabah. Dalam Belanjawan tersebut, Kementerian Kewangan telah senaraikan pencapaian cemerlang atlet Sabah dalam pelbagai kejohanan, termasuk SUKMA, MSSM, SUKMA dan Malaysia Deaf Sport Games (MDSG). Pencapaian ini sememangnya membanggakan rakyat Sabah dan wajar diberi pengiktirafan. Saya juga ingin menyatakan dengan jelas, bahawa pelaburan dalam bidang sukan serta pengiktirafan terhadap atlet adalah hala tuju yang betul. Namun demikian Tuan Speaker, menyokong peruntukan sukan tidak bermakna kita tidak boleh mengemukakan persoalan yang lebih mendalam dan lebih bertanggungjawab. Ini kerana tanggungjawab sesuatu belanjawan bukan sekadar membantu atlet mencapai kejayaan di gelanggang, tetapi juga merangkumi persoalan sama ada mereka masih mempunyai laluan kehidupan yang jelas selepas meninggalkan arena sukan.
Tuan Speaker, saya mengemukakan persoalan ini bukan semata-mata berdasarkan dokumen tetapi berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Tuan Speaker, saya sendiri merupakan seorang atlet SUKMA dulu dan pernah beraksi di gelanggang untuk mengharumkan nama Sabah. Namun, apabila saya meninggalkan sistem kompetitif dan melangkah ke alam masyarakat, saya benar-benar menyedari,
bahawa peralihan daripada mengharumkan nama negeri kepada membina kehidupan dalam masyarakat, tidak disokong oleh satu mekanisme peralihan yang jelas dan sistematik. Ini bukan masalah individu, tetapi satu realiti yang dihadapi oleh ramai atlet selepas mereka bersara atau meninggalkan arena sukan. Tuan Speaker, apabila kita memberi tumpuan kepada Malaysia Deaf Sports Games (MDSG), isu ini menjadi lebih jelas dan semakin mendesak. Atlet-atlet pekak ini adalah wira di gelanggang sukan, mereka mengatasi kekangan fizikal dan membawa peluang kejayaan kepada Sabah. Namun, apabila mereka meninggalkan gelanggang dan kembali ke dalam masyarakat serta alam pekerjaan, mereka masih perlu berdepan dengan realiti cabaran sebagai golongan orang kurang upaya, termasuk peluang pekerjaan yang terhad, halangan komunikasi, serta tahap penerimaan sosial yang tidak mencukupi. Begitu juga sama ada atlet SUKMA mahupun atlet kurang upaya dari MDSG. Usaha dan sumbangan mereka di gelanggang sukan untuk Sabah sememangnya wajar disokong secara institusi dan sistematik. Oleh itu Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan soalan ini di Dewan yang mulia ini. Adakah belanjawan Sabah 2026 ini ketika merujuk kepada kejayaan atlet khususnya dari MDSG, yang membawa pulang kegemilangan untuk Sabah, turut merangkumi dan merancang peluang pekerjaan, sumber pendapatan, serta masa depan kehidupan mereka. Selepas mereka meninggalkan arena sukan, supaya mereka tidak terpaksa menghadapi tekanan hidup sendirian selepas meninggalkan arena sukan. Jika tiada, saya cadangkan agar Kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi wira-wira di atas tujuan yang disebut tadi. Mereka mengharumkan nama kita, kita menjaminkan masa depan mereka.
Tuan Speaker, dalam membincangkan pembangunan dan pembinaan atlet, saya juga ingin mengetengahkan satu realiti yang telah lama wujud dalam masyarakat Sabah. Di Sabah, ramai bakat sukan tidak sepenuhnya lahir daripada sistem Kerajaan dan institusi sukan rasmi, tetapi daripada sistem sukan yang dibangunkan secara swasta, termasuk gelanggang bola swasta, persatuan seni mempertahankan diri masyarakat atau persatuan tarian singa dan naga.
Institusi sukan komuniti ini selama bertahun-tahun menyewa tempat latihan sendiri, membeli peralatan, melatih pelatih dan telah berjaya melahirkan ramai atlet cemerlang, yang kemudiannya mewakili Sabah dalam pertandingan seperti SUKMA dan kejohanan peringkat kebangsaan yang lain.
Oleh itu, Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan soalan kedua. Dalam Belanjawan Sabah 2026, adakah Kerajaan Sabah mempertimbangkan untuk mewujudkan sebarang mekanisme atau skim sokongan bagi membolehkan institusi sukan komuniti ini, memohon atau menerima bantuan untuk memperluaskan kemudahan latihan, menaik taraf peralatan serta menambah baik persekitaran latihan?
Bagi mencapai matlamat yang ditekankan dalam belanjawan, iaitu memperkukuh usaha talent search seperti yang di tulis dalam budget 2026. Tuan Speaker, selepas membincangkan pembangunan belia dan atlet, saya ingin menyambung perbahasan dengan satu lagi…
Fokus utama belanjawan, iaitu satu bidang yang berkait rapat dengan peluang pekerjaan, imej bandar dan keselamatan rakyat, iaitu sektor pelancongan. Saya bersetuju dengan pendirian Kerajaan Sabah untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu fokus utama pembangunan. Namun, dalam usaha menarik pelancongan ke Sabah, kita juga mesti bertanya secara jujur. Apakah impression yang akan dibawa pulang oleh pelancong selepas mereka mengunjungi Sabah? Tuan Speaker, izinkan saya mengambil contoh sebenar daripada kawasan yang saya wakili, iaitu Api-Api.
Tuan Speaker, dalam tempoh kurang daripada setengah bulan, sejak saya diberi mandat menjadi seorang YB, saya telah menerima banyak aduan daripada penduduk dan peniaga di pusat bandar. Bahawa di kawasan pusat bandar dan persimpangan jalan utama, terdapat budak-budak yang identitinya tidak diketahui sedang mengemis. Malah yang daripadanya mendukung bayi lagi. Sudahlah umur
kecil, mahu lagi mendukung yang umur lebih kecil lagi. Mereka bergerak di tengah kesibukan lalu lintas untuk mengemis. Tuan Speaker, keadaan ini bukan sahaja membahayakan keselamatan tetapi juga menjejaskan imej bandar KK, serta memberi kesan negatif terhadap tanggapan awal pelancong terhadap Sabah. Tuan Speaker, pembangunan pelancongan bukan sekadar membawa pelancong masuk, tetapi memastikan mereka berasa selamat dan yakin untuk terus berada di Sabah. Namun pada masa ini, pusat bandar masih berdepan dengan masalah pengemis-pengemis yang ada, masalah lampu atau pencahayaan yang tidak mencukupi, masalah sumbat main hole yang sangat serius, masalah liputan CCTV yang terhad dan baru-baru ini, telah berlaku insiden pelancong cedera akibat tembakan senjata angin. Sekiranya isu-isu ini tidak diberi perhatian dengan serius, keyakinan pelancongan akan sukar dibina.
Tuan Speaker, saya ingin merayu agar peruntukan belanjawan digunakan untuk menyediakan penyelesaian kepada isu-isu yang telah saya bangkitkan tadi. Supaya matlamat untuk meningkatkan keyakinan pelancong, rasa selamat dan kepuasan mereka dapat dicapai. Sekali gus membolehkan industri pelancongan Sabah terus berkembang dan maju. Akhir sekali Tuan Speaker, saya ingin mengemukakan satu perkara berkaitan sistem pembayaran parking di kawasan bandar. Tadi Likas pun ada sentuh sikit, tapi saya ingin elaborate dengan lebih luas, Tuan Speaker. Matlamat utama bagi bajet adalah untuk merangsang ekonomi dan membolehkan rakyat Sabah menjalani kehidupan yang lebih baik atau selesa. Saya percaya perkara ini tidak akan dipertikaikan oleh sesiapa. Bagi saya, untuk menjalani kehidupan yang lebih baik atau selesa, perkara asasnya ialah mengurangkan tekanan harian yang dihadapi oleh rakyat dalam kehidupan seharian. Dengan ini, saya ingin mewakili penduduk bandar, khususnya di seluruh KK, yang perlu memandu setiap hari untuk bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Bagi menyuarakan masalah yang telah lama mereka hadapi, iaitu sistem saman dalam aplikasi Sabah Smart Parking.
Pada masa ini, denda bermula dengan RM30, meningkat kepada RM100 jika tidak dibayar dalam 7 hari dan boleh mencecah sebanyak RM300 pada bulan berikutnya. Jumlah RM300 ini hampir sampai 20% daripada gaji minimum yang ada iaitu, RM1,700.00 dan ini amat membebankan para pengguna kereta, Tuan Speaker. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, saya berharap Kerajaan Sabah dapat mempertimbangkan secara konstruktif tiga perkara berikut. Pertama, menyemak semula kadar permulaan denda parking dan mempertimbangkan untuk menurunkannya kepada kadar sebelumnya iaitu, RM10. Bukannya terus menetapkan denda RM30.
Ini bagi memberi ruang penyesuaian yang lebih munasabah kepada rakyat, khususnya yang hidup di bandar yang penuh dengan tekanan.
Kedua, memperuntukkan dana untuk menaik taraf aplikasi Sabah Smart Parking ini. Dengan menambah fungsi peringatan bunyi yang berterusan (Continuously Ringing Notification) sebelum tempoh parking tamat. Supaya pengguna mempunyai peluang untuk memperbaharui bayaran tepat pada masanya dan seterusnya mengurangkan denda akibat kecuaian. Ketiga, saya merayu Kerajaan ataupun DBKK untuk menambah bilangan parking warna hijau atau parking bulanan di seluruh KK untuk pengguna, khususnya pengguna yang membayar tiket bulanan melalui aplikasi Sabah Smart Parking kerana banyak aduan sudah saya terima, bahawa sangat susah cari parking warna hijau dan mereka terpaksa meletak kereta di atas parking warna kuning atau warna merah, yang yurannya sangat mahal supaya tidak lewat kerja.
Tuan Speaker, saya berharap Kerajaan Sabah dapat mendengar dengan penuh keprihatinan suara rakyat dan dalam melaksanakan Bajet 2026 ini, benar-benar menghayati semangat yang ditegas pada muka surat terakhir Bajet 2026 ini, iaitu, “Associating development for the people’s well-being”, dengan pendekatan yang berteraskan rakyat dan pembangunan yang inklusif. Dalam bahasa Mandarinnya, Zuò dào zhēnzhèng de yīrén wéi běn. Ini saja daripada Api-Api, Tuan Speaker. Merry Christmas dan Happy New Year. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Api-Api. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Luyang. 12 minit Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Speaker. Dengan izin, saya akan meneruskan ucapan saya dalam bahasa Inggeris. Thank you Tuan Speaker, for allowing me to take part at the debate on Budget 2026. At the outset, i would like to express my sincere appreciation to the voters of Luyang for the trust and support, they have given me to serve as their elected representative in this August House. In my contribution today, i would speak first on tourism as it is repeatedly position as a key economic driver for Sabah. Day after, i will address issues affecting my constituency of Luyang, which i used as a case study to reflect wider urban governance and infrastructure challenges across our region. Tuan Speaker, with Visit Malaysia Year 2026 and 2027 approaching, Sabah is expected to position itself as a World Class Tourism destination, with tourist arrivals anticipated to rise significantly. However, the most important question we must ask in this Budget debate is a simple one. Are we truly ready for it? A World Class Tourism destination is not defined by slogans, branding exercises or promotional campaigns alone. It is defined by infrastructure readiness, safety, service quality and consistency. Before talking about growth, we must talk about capacity. With the higher volume of tourist expected, we must ask whether our roads are capable of handling increased traffic? Whether our water supply is reliable enough for hotels, tourism operators and public facilities? Whether our electricity supply is … Tuan Samuel Wong Tshun Chuen [Luyang]:... and whether toilets, signage, and facilities at tourism spots are well-maintained and sufficient. Today, even without peak tourist volumes, we already faced poor road conditions in and outside Kota Kinabalu. Water supply disruptions affecting hotels and commercial areas, power
outages, and poorly maintained facilities at tourism sites. If these basic issues are not resolved now, how will Sabah cope with when tourist numbers increase further? Tuan Speaker, the basics must be fixed first. Tourism infrastructure spending must prioritize proper roads, reliable water and electricity supply, clean and functional public toilets, clear signage and accessibility, and regular preventive maintenance. No destination can be called world class, if basic services fail. Safety too is not optional in tourism. It is fundamental.
Yet, we continue to hear of tourists being attacked or robbed in Kota Kinabalu city and of poorly lit streets and weak safety presents in tourism areas. We must ask honestly whether this reflects the image of a world class tourism destination. Beyond urban crime, we also cannot ignore past incidents involving tourist drowning and fatal accidents during tourism activities. Many of these cases were linked to illegal and unregulated operators.
These incidents do not only harm individual victims, they damaged Sabah reputation globally. More importantly, they raise a serious questions: does the government have the urgency and political view to address illegal foreign operators and unlicensed guides in Sabah? Illegal operators compromised tourist safety, undermines standards, harm genuine Sabah tourism players and cause economic outflow when profits do not stay locally. Safety, enforcement, and credibility must therefore be treated as core tourism infrastructure, not secondary concerns.
Tuan Speaker, I now turn to tourism marketing. Sabah is blessed with extraordinary natural beauty, and rich cultural diversity. However, internationally, Sabah continues to be known only for very narrow range of attractions, primarily our islands and Mount Kinabalu. Beyond these two icons, Sabah widest story remains largely unknown. Many visitors are unfamiliar with our indigenous cultures, our rural communities, our interior districts, and our living heritage. This represents a significant missed opportunity, not only for tourism growth but also for more balanced and inclusive development across the regions.
Tourism development must therefore not be concentrated in only a few hot spots. Rural tourism must be actively developed and promoted in every districts. This includes cultural villages, community-based tourism initiatives, nature tourism, and more district-level cultural festivals. By doing so, we can showcase Sabah rich and diverse cultural identity, spread tourism income more evenly across the region and force of pride of ownership among local communities. If tourists only visit islands and Mount Kinabalu, then Sabah story remains incomplete.
Sabah must also diversify its tourism markets. We cannot rely solely on tourists from China and South Korea. Tourism promotion must expand to other Asian markets, as well as western, regional and long-haul markets. This requires stronger collaboration with airlines to improve connectivity, engagement with embassies and tourism offices abroad, and strategic use of digital marketing and social media influencers. Marketing today is no longer about brochures. It's about visibility, storytelling, and digital reach. If Sabah wants to compete regionally, we must modernize how we promote ourselves. Tuan Speaker, ultimately tourism success should not be measured by arrival numbers alone, but whether tourists choose to return. Destinations such as Thailand and Bali have built strong repeat tourism by offering diverse experiences, strong cultural identity, and consistent quality. Visitors do not go there once, they return again and again. Sabah too is blessed with breathtaking natural beauty and rich cultural heritage. Yet we must ask honestly, why are many tourists treating Sabah as a one-time destination? Why do they come, take photos, and move on instead of returning?
The answer lies not in our lack of attractions, but in experience, quality, consistency, safety, infrastructure, and sustainability. Without these elements, even the most beautiful destinations become forgettable. If Sabah truly aspires to be a world-class tourism destination, then our goal must be clear: to build repeat tourism, not just one-time visits. That requires sustained investment in infrastructure, safety, service quality, and a marketing strategy that tells the full story of Sabah beyond a single trip. Only by doing so can tourism can become a long term sustainable engine of growth for our region.
Tuan Speaker, what tourist experience in Sabah often begins in Kota Kinabalu. What happens in Kota Kinabalu is clearly reflected in constituencies like Luyang. I therefore use Luyang as a case study because it reflects the everyday reality of urban Sabah. Despite being in the capital city, residents in Luyang continue to face recurring basic infrastructure problems.
Potholes on both main roads and neighborhood roads remain a constant complaint. The same roads are patched repeatedly, yet the problems return within months. This raises a simple but important question.
Are we fixing roads properly, or are we paying repeatedly for temporary solutions? In areas like Bornion, Foh Sang, Taman Layang-Layang, Lintas, and Hilltop, recurring sewerage and manhole overflows continue to occur, often at the same location. This is not only a minor inconvenience, it is a serious public health concern that requires long-term solutions rather than repeated emergency mashes. Clogged drains in areas such as Lido, Jindo, Kepayan Ridge, Kampung Kopungit, and Taman Foh Sang have repeatedly resulted in flash flooding, stagnant water, and mosquito breeding. Despite annual allocations, drainage maintenance in these areas remains largely reactive rather than preventive.
Non-functioning streetlights are among the most common complaints raised by residents. Poor lighting causes daily inconvenience, and more importantly, creates fear and insecurity at night. Beyond that, poorly lit areas increase the risk of crime, as dark streets and neighbourhoods provide easy hideouts for burglars. Recently, there been more than six attempted house break-ins in Luyang, which has understandably caused concern among residents. Streetlights are meant to provide safety, visibility, and deterrence. They should not merely exist as structures without functions.
Sila gulung YB.
Yeah, almost. Tuan Speaker, whether we are talking about tourism readiness or constituency infrastructure, the principle is the same. Basic system must work. If roads remain damaged, if water and
electricity remain unreliable, and if safety concerns persist, then no amount of promotion will make Sabah a world-class destination.
…at the same time, residence, especially in Luyang, should not be facing these very basic problems in 2025 as we approach 2026. We should not still be debating potholes, unreliable utilities, poor lighting, water and electricity disruptions, and drainage issues that directly affect daily life and business operations. These are fundamental services and when they continue to fail, they undermine confidence, productivity, and quality of life. Sabah deserves better. We should not be living like this. At the same time Tuan Speaker, I hope this budget will not only focus on fixing the basics and strengthening tourism, but will also give serious attention to other core sectors in Sabah including infrastructure, agriculture, natural resources, industrialization, healthcare, education, and livelihood. So that development truly benefits Sabahans whether they live in urban centers or rural and interior areas. This is the people’s money. Every ringgit collected and allocated must be spent with accountability, integrity and clear outcomes that genuinely improve people’s lives. Development should not be measured in billions of ringgit announced but in whether ordinary Sabahans can see, can feel, and benefit from it in their daily lives. If large sums are spent year after year, yet people continue to struggle with basic issues, then we must honestly question whether our priorities and education truly serving the rakyat. Alright, we are amending ah.
I raised these matters not to obstruct development but to strengthen accountability and to ensure that this budget delivers real readiness, real safety, and real quality of life for Sabahans and visitors alike. Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon sokongan Dewan yang mulia ini terhadap cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan. Before I conclude, I would like to take this opportunity to wish all Sabahans who are celebrating a blessed and Merry Christmas, and to all Sabahans,
Happy New Year 2026. May the year of 2026 bring peace, unity and progress to our beloved region. Thank you, Tuan Speaker.
Thank you, Honorable Member from Luyang.
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Elopura. 12 minit.
Terima kasih, Tuan Speaker. Yang Berhormat, Tuan Speaker. Saya ingin membangkit beberapa perkara penting berkaitan dengan bajet yang menyentuh keperluan asas rakyat di Sabah ini. Pertama, fasiliti kesihatan jurang Sabah dan Sarawak terlalu ketara. Kementerian Wanita, Kesihatan, dan Kesejahteraan Rakyat. Jumlah keseluruhan klinik kesihatan di Sabah hanya 95 buah sahaja. Sarawak mempunyai 194 buah klinik kesihatan, hampir dua kali ganda lebih banyak daripada di Sabah ini. Ini membukti ketidakadilan fasiliti kesihatan terhadap Sabah ini. Bajet ini gagal mengemukakan plan jelas untuk merapat jurang ini. Sistem kedua, sistem komputer computerized system untuk merekod secara perubatan pesakit masih tidak menyeluruh dan ketinggalan. Walaupun terdapat perancangan projek RMK bagi menaik taraf hospital seluruh Sabah namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja menaik taraf terlihat. Nombor dua, Sandakan bandar yang kedua besar, fasiliti kesihatan masih tidak mencukupi. Sandakan hanya mempunyai tiga buah hospital yang besar termasuk Kent Hospital, tiga Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak, 14 buah kesihatan 13 buah luar bandar. Jumlah ini masih tidak mencukupi bagi sebuah bandar berdasar dengan populasi population yang bandar. Ini kita punya data apa yang saya dapat, Sandakan division 13 buah sahaja. Jadi di Tawau division 26 buah. Jadi Kudat, begitu kecil punya kawasan pun 22 buah. Jadi saya kurang pasti Kementerian apa macam jawab ini. Kenapa Sandakan division sampai hari ini masih 13 buah sahaja. Akhir akibatnya berlaku kesesakan melampau dan tempoh menunggu yang panjang. Nombor tiga, pesakit terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Kekurangan klinik dan hospital menyebabkan pesakit terpaksa bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan. Warga emas, ibu mengandung, dan pesakit kronik paling terkesan. Ini
meningkatkan kes sara hidup, risiko kesihatan, kelewatan rawatan, dan keadaan ini jelas menunjukkan akses kesihatan yang gagal disediakan secara adil. Nombor empat, kadar kematian ibu dan bayi di Sabah telah meningkat sebanyak 21.8%. Setakat tahun 2024, angka ini adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi. Satu petunjuk kegagalan serius sistem kesihatan di Sabah ini. Bajet ini tidak menjawab secara konkrit bagaimana isu kritikal ini akan ditangani. Dalam di tangan data ini, 2023, yang 10 ribu yang birth punya ibu, ada yang 36.6 yang mati. Ini yang seluruh Malaysia yang paling tinggi di seluruh Malaysia. Sabah yang paling tinggi. Kalau bayi lagi serius, dalam 1,000 bayi yang dilahir, 21.8 orang yang meninggal. Ini yang datanya, ini yang paling tinggi di Malaysia juga. Saya kurang pasti apa macam yang cara-cara boleh kurangkan atau cara-cara boleh yang selesaikan atau yang kekurangan berlaku ini kes-kes.
Nombor lima, peruntukan 173 juta adalah tidak mencukupi kerana fasiliti kesihatan di Sabah ini sangat kritikal. Bajet ini memang tidak cukup untuk Kementerian yang Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ini yang memang tidak cukup. Saya kurang pasti bajet sekarang dari mana. Sebab saya nampak bajet dari Kementerian Kewangan sebut hal itu hanya 173 juta sahaja.
Inilah, saya banyak bimbang. Ini kesihatan Sabah ini banyak serius dan tak (tidak) ada bajet. Saya kurang pasti kenapa bajet yang pergi untuk kesihatan begitu ketat. Hal ini kerana rakyat Sabah masih berdepan klinik yang tidak mencukupi, pesakit terpaksa berjalan jauh, kadar kematian ibu dan bayi meningkat, persoalan besar ditempuh. Kenapa peruntukan ni sedikit sahaja? Apakah impact sebenarnya kepada rakyat Sabah ini?
Nombor enam, di Sandakan Kent Hospital. Terbiar walaupun nanti kesihatan Pantai Timur, Kent Hospital merupakan antara bangunan hospital tertua di Sabah ini. Ada lebih 100 tahun di Sandakan. Persoalan rakyat, dimanakah peruntukan naik taraf untuk maintenance dia punya bangunan? Saya dapat maklumat dia punya concrete atau dia punya beam sudah serius. Mungkin suatu hari akan runtuh dan sebagainya.
Sampai hari ini saya tidak nampak ada satu bajet boleh maintenance atau menaik taraf untuk bangunan di Kent Hospital ini. Antara isu-isu kritikal yang perlu di…
Minta laluan?
Nanti.
Boleh?
Tebal, tebal lagi.
Sekejap saja.
Saya punya tebal lagi, nanti saya kasih chance kamu tanya. Jangan ah. Tebal lagi. Kecuali Speaker kasih saya peluang. Jangan risau. Saya orang yang open minded sahaja.
Setengah minit sahaja. Setengah minit sahaja.
Saya open yang minded punya. Jangan risau. You want to give me more time or you want to…
Tidak, I just want to ask you…
Pantai Manis, Elopura tidak bagi kerana dia punya flow. Jadi saya suruh minta Elopura untuk teruskan.
Masih tebal lagi, masih tebal.
Sebab kita telah tetapkan usul penangguhan pada 6.30.
Ya.
Carry on.
Okey. Persoalan rakyat, dimanakah peruntukkan naik taraf dan…
Maintenance untuk Kent Hospital. Antara isu kritikal yang perlu diberi perhatian dalam bajet, kekurangan nombor tujuh, kekurangan doktor dan jururawat jauh dari Standard World Health Organization. Di seluruh dunia, satu doktor untuk 200 pesakit, reality di Sabah ini, satu doktor untuk 800 pesakit. Di Semenanjung, satu doktor untuk 400 pesakit. Ini bukan yang saya cakap, ini memang data di dalam google search ini. Inilah jelaskan menunjuk Sabah jauh ketinggalan dan di anak tirikan. Ini situasi sekarang di Sabah hospital ini. Purata hanya tiga atau empat orang jururawat bertugas setiap shift untuk menjaga satu wad penuh. Jadi ratio sekitar satu jururawat ada 10 pesakit. Ini too heavy for the nurses, or too heavy. Jadi jururawat bukan sahaja merawat pesakit tetapi turut dibebani. Pertama adalah documentation masalahnya, cari file system. Tak ada. File yang tulis, bertulis pun tak ada. Kerja pentadbiran, dengan kurangkan staff, mentadbir memberi rawatan optimum. Proses kemasukan dan discajkan pesakit menjadi perlahan. Risiko keselamatan pesakit meningkat. Inilah isu-isu sekarang kita yang faces di dalam hospital-hospital seluruh Sabah ini.
Nombor lima, kesimpulan isu kesihatan, bajet gagal menjawab realiti. Pertama, kekurangan fasiliti, kekurangan doktor dan jururawat, hospital lama tidak naik taraf,
pesakit terpaksa menunggu dan berjalan jauh dan lastnya, semua ini membukti bajet ini gagal melindungi hak akses rakyat terhadap kesilapan atau kesihatan ini. Nombor 10, ini termasuk air atau yang utility. Gangguan bekalan air selama berhari-hari masih berulang, termasuk hospital Sandakan juga. Jadi bukan setiap bulan ada, bukan setiap minggu, ini berhari-hari. Sampai hari ini masih ada tempat, ada kawasan tiada air, ada taman-tamannya. Kawasan terjejas termasuk Perumahan Taman Mesra, Perumahan Taman Harmoni, Pantai Kim Fung, Seri Taman, Taman Indah, Taman Astana High, Taman Pertama, Taman Fort Fuliva dan sekitarnya. Ini cadangan, cadangan kita, jangka masa yang pendek, mungkin 29 boho yang secepat mungkin kasi baik pulih, yang dua kolam kasi aktif dia punya pump. Rasanya setiap tahun, menteri-menteri pun ada visit Sandakan, 2013, 2014, 2025 pun ada visit. Tapi sampai hari ini, air masih tidak dapat selesai di tempat Sandakan ini. Jadi, ini semua masih tidak fungsi, tidak fungsi dalam pumpnya. Jadi, pihak Kerajaan Negeri menyediakan langkah jangka masa panjang untuk menstabilkan bekalan air. Sekarang Segaliud hanya ada 160 million liter tan peti punya air. Jadi, kenapa kita tidak mahu jalan balik kita punya Loji Hilltop, Loji Sibuga, atau upgrade Segaliud, atau Bukit Garam ini, empat sources. Sampai hari ini, Hilltop dengan Segaliud, eh sorry Hilltop dengan Sibuga tidak fungsi. Menambahkan lagi, menambah loji baru, atau tangki baru untuk jangka yang panjang. Kalau jangka yang pendek, mungkin boho dengan dua kolam itu, siap sedia untuk jalan balik. Kalau tidak, Sandakan masih ada facing air, sampai hari ini tidak henti-henti. Nombor sebelas, masalah street light, jalan raya. Jadi, laluan lintas Sibuga, kawasan bandar, laluan BTC dan jalan lama pun sebab jalan street light juga, menjejaskan keselamatan menggunakan jalan raya, menjejaskan berniaga dan menjejaskan keselamatan juga di kawasan Sandakan ini. Cadangan, menentukan peruntukan khas untuk maintenance atau schedule untuk maintenance ini street light, jangan ulang-ulang banyak tahun dari dulu punya Kerajaan sampai hari ini tidak dapat selesai, street light itu.
Sila gulung YB.
Ya, dia banyak point. (Suara tidak dikenal pasti)
Masalahnya infrastruktur, jalan raya, paip dibawa tanah, jadi saya harap dapat peruntukan untuk selesaikan dan Pasar Muhibah, ada peruntukan kasi tapak dan struktur yang uzur sistem peparitan dan kebersihan tidak memuaskan dan penutupnya, ini bajet perlu diperkenalkan orientation rakyat it's not for sebut dalam kertas saja. I think it's orientation for the people is the main key.
Jadi saya harap ini bajet, bukan kita yang baca ini dalam dua, tiga jam, lepas itu dalam buku yang tebal, itu yang Sandakan ditinggalkan. Saya nampak Jabatan Air, 600 million. Jadi kesihatan, 170 juta. Saya tidak tahu apa macam selesai masalah-masalah sekarang di Sandakan ini. Banyak, paling kritikal ialah air dengan hospitaliti di Sandakan. Jadi utamakan, saya harap Kerajaan yang baru ini, laksana. Jangan ulang-ulang banyak kali soalan yang sama, yang timbul yang sama. Kedua, monitoring, monitoring dia punya funding pergi mana? atau yang minta di pusat Kerajaan, atau Sabah ada macam Sarawak, ada surplus sendiri boleh selesai masalah-masalah di Sandakan. Accountability ini bajet, atau apa, rakyat Elopura menunggu tindakan bukan hanya janji sahaja. Jadi saya harap di sini Kerajaan yang baru ini boleh laksana terus untuk tolong rakyat Sandakan, tolong rakyat Elopura. Saya hari-hari jawab telefon, tidak tahu apa macam, selesaikan air di sini. Tadi yang saya sebut, saya tidak tahu Kerajaan baru ambil tindakan atau tidak. Inilah, saya harap tahun 2026 dapat selesai jangka yang pendek air dengan hospital punya isu. Saya harap semua rakyat di Sabah ini, kita doa bersama, semoga sihat dan panjang umur. Jadi Merry Christmas dan Tahun Baru, New Year 2026 dan Chinese New Year as well. Jadi terima kasih, sekian, terima kasih. Thank you, Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Elopura. Do we have Bugaya in the house. Sekiranya tidak ada, saya
akan terus kepada pembahas terakhir. Maka dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Inanam.
Memandangkan YB adalah pembahas terakhir, you have until 6.29 pm if you wish so. Tapi kalau boleh habis awallah, supaya kita boleh balik awal semua. Silakan Yang Berhormat.
Salam sejahtera, kopisanangan kepada semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri yang mulia ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi dan rakyat di kawasan N.18 Inanam atas kepercayaan, sokongan serta dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita semua bukanlah suatu amanah yang kecil, sebaliknya satu tanggungjawab besar yang menuntut kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyuarakan keberanian demi kepentingan rakyat. Dewan yang mulia ini harus menjadi medan utama untuk membawa suara rakyat, khususnya mereka yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menyuarakan keperluan serta keresahan hidup mereka. Belanjawan Negeri yang dibentangkan ini hadir dalam suasana rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar. Menurut Jabatan Perancangan...
… rangkaan Malaysia, kadar inflasi Malaysia berada pada paras sederhana iaitu satu per tiga peratus pada Oktober 2025. Manakala kumpulan perumahan air, elektrik, gas dan bahan api lain turut menunjukkan peningkatan sekitar 1.1%. Walaupun angka ini kelihatan sederhana di
atas kertas, hakikatnya di lapangan yang memberi kesan yang ketara kepada kuasa beli isi rumah, khususnya keluarga yang hidup dengan bajet yang ketat. Kenaikan harga barang asas, kos perumahan dan kos pengangkutan memberi tekanan berlapis kepada kehidupan seharian rakyat, terutamanya golongan wanita. Pada hari ini, saya membahaskan isu kebajikan sosial dan kos sara hidup dengan memberi tumpuan khususnya kepada isu wanita dan perumahan kerana kedua-dua perkara ini merupakan realiti kehidupan dan keperluan asas rakyat di kawasan saya. Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada kawasan Inanam dan kawasan sekitar Inanam termasuk penempatan dalam Mukim Menggatal, Mukim Inanam dan Mukim Kolombong serta kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Di kawasan ini, saya melihat sendiri bagaimana tekanan kos sara hidup memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian wanita dan keluarga.
Dalam hampir setiap keluarga, wanita memainkan peranan utama sebagai pengurus kewangan keluarga dan sering menjadi pihak yang membuat pengorbanan. Apabila kos sara hidup meningkat, wanita menjadi pemampan pertama kerana tekanan ini dengan mengurangkan perbelanjaan sendiri, menangguhkan rawatan kesihatan dan menahan keperluan peribadi demi memastikan keperluan keluarga terus dipenuhi. Namun, pengorbanan wanita ini jarang direkodkan dalam statistik rasmi dan sering terlepas pandang dalam perancang dasar. Di kawasan Inanam, saya menerima aduan daripada ibu tunggal yang layak menerima bantuan di atas kertas, namun berdepan kesukaran akibat proses permohonan yang rumit dan sistem digital yang tidak mesra pengguna.
Bagi wanita warga emas pula, kekangan maklumat serta kebergantungan kepada pihak lain menyebabkan mereka tercicir daripada sistem kebajikan yang sepatutnya melindungi mereka. Terdapat juga wanita bekerja berpendapatan rendah yang terhimpit oleh kos sewaan rumah, kos pengangkutan dan kos penjagaan anak secara serentak, tetapi tidak layak menerima bantuan kerana tidak memenuhi kriteria yang sedia ada. Selain kebajikan, isu perumahan merupakan antara penyumbang utama kepada tekanan kos sara hidup.
Di kawasan Inanam, kos sewaan rumah terus meningkat, manakala bekalan rumah mampu milik masih tidak mencukupi. Bagi wanita, rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi merupakan tempat perlindungan, keselamatan dan asas kestabilan emosi keluarga. Tanpa tempat tinggal yang stabil dan selamat, khususnya bagi ibu tunggal, tekanan emosi dan ketidaktentuan masa depan keluarga menjadi semakin berat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam membincangkan kos sara hidup dan kebajikan rakyat, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan fizikal asas seperti jalan raya dan infrastruktur digital juga mempunyai kaitan langsung dalam kehidupan seharian rakyat, khususnya wanita.
Di kawasan Inanam dan kawasan sekitar Inanam, keadaan jalan yang tidak sempurna serta akses internet yang terhad bukan sahaja menyukarkan pergerakan, malah meningkatkan kos pengangkutan, menjejaskan keselamatan dan menyukarkan wanita untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah, serta mengakses perkhidmatan asas. Di kawasan saya, isu naik taraf jalan seperti laluan Kampung Pinahawon ke Ruminding, Jalan Kampung Tolungan, Jalan Kampung Pangasaan, Jalan Kampung Kolosunan, serta Jalan Kampung Kiapad, Kionsom bukan sekadar isu pembangunan fizikal, tetapi isu keperluan asas rakyat.
Jalan yang rosak dan tidak selamat menyebabkan kos kenderaan meningkat, masa perjalanan bertambah dan risiko keselamatan wanita serta kanak-kanak menjadi lebih tinggi. Dengan adanya naik taraf jalan raya tersebut, penduduk kampung berpeluang meningkatkan pendapatan keluarga dan memudahkan mereka membawa hasil tanaman dan hasil kebun ke pasaran di pekan-pekan terdekat. Selain itu, akses kepada internet yang stabil melalui pembinaan pencawang internet luar bandar juga merupakan satu keperluan asas pada hari ini. Kekangan capaian internet menyukarkan wanita untuk mengakses maklumat, memohon bantuan kebajikan secara dalam talian, mengurus perbelanjaan kanak-kanak dan menjalankan aktiviti ekonomi kecil dari rumah, sekali gus meningkatkan jurang kebajikan dan kos sara hidup bagi keluarga berpendapatan rendah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya menyampaikan satu perenggan yang menjadi suara wanita di lapangan. Dan saya yakin suara ini mewakili ramai yang tidak berpeluang hadir di dalam Dewan ini. Di dapur kecil di Inanam, seorang ibu mengira wang sebelum ke pasar bukan untuk memilih yang terbaik tetapi untuk memastikan cukup hingga hujung minggu. Di bilik sempit sebuah rumah sewa, seorang ibu tunggal memikirkan sama ada gaji bulan ini mampu menampung sewa bil dan susu anak.
Mereka tidak meminta kemewahan, sebaliknya hanya mengharapkan dasar yang adil, sistem yang berfungsi dan bantuan yang sampai tepat pada masanya. Jika belanjawan ini gagal menjawab kegelisahan mereka, maka kita telah gagal mendengar suara wanita yang menjadi tulang belakang keluarga dan masyarakat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam membahaskan belanjawan ini, saya ingin menegaskan bahawa kebajikan rakyat tidak seharusnya terhenti hanya kerana perbezaan politik. Isu kos sara hidup, kebajikan dan perumahan merupakan isu keperluan asas rakyat. Oleh itu, peruntukan yang disediakan melalui belanjawan negeri perlu disalurkan secara adil, inklusif dan berasaskan keperluan agar setiap wakil rakyat, termasuk di kawasan seperti Inanam dan kawasan sekitar Inanam, mempunyai keupayaan untuk melaksanakan program kebajikan dan sokongan komuniti yang berkesan.
Apabila peruntukan dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi, yang mendapat manfaat bukan mana-mana pihak politik, tetapi rakyat yang kita wakili bersama. Belanjawan yang baik bukan hanya dinilai melalui jumlah peruntukan yang diumumkan, tetapi melalui kesannya terhadap kehidupan seharian rakyat. Jika wanita terus menjadi pihak yang menanggung beban kos sara hidup tanpa sokongan dasar yang berkesan, maka kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial negeri ini akan terus terjejas. Saya berharap agar belanjawan negeri ini benar-benar menjadi alat untuk melindungi wanita, memperkukuh institusi keluarga dan menjamin masa depan rakyat di kawasan Inanam dan seluruh negeri Sabah. Dengan harapan agar segala peruntukan yang diluluskan dapat dilaksanakan secara telus, berkesan dan berintegriti. Saya menyokong usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan
rakyat. I would like to take this opportunity to wish everyone Merry Christmas and Happy New Year 2026. Thank you.
Okey, terima kasih…
Terima kasih kepada pembahas terakhir kita Yang Berhormat daripada Inanam dan sebelum kita mengakhiri sidang kita pada hari ini, sila dengar sini baik-baik. Pergi ke Tuaran membeli serai, Singgah sebentar di Pekan Tamparuli; Tahniah diucap kepada YB baharu sekalian, Ucapan pertama penuh yakin dan berisi.
Banyak yang hebat bernas bersuara, Tanda amanah dipikul sepenuh hati; Maka Dewan kita tangguhkan sementara, Kita sambung semula esok hari.
Maka, dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan dan bermesyuarat semula, pada 16 Disember 2025, hari Selasa pukul 10.00 pagi. [GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI] Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6.20 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Selasa, 16 Disember 2025 pukul 10.00 pagi.”
SDN15122025/bnm