Sabah · 16 December 2025
17th Assembly, 1st session, 1st meeting · not final · 484 turns · 39,474 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 dan usul untuk membawa anggaran pembangunan 2026 dibacakan pada ...Bill
Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 dan usul untuk membawa anggaran pembangunan 2026 dibacakan pada kali kedua sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya secara peribadi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kesemua 73 Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya yang lalu. Selamat datang saya ucapkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang baru dan selamat kembali saya ucapkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lama. Rakyat menaruh harapan yang besar terhadap anda semua kerana andalah yang bertanggungjawab untuk mengangkat darjat rakyat di kawasan anda.
There is a saying that goes, not everyone can be rich. But each and everyone of us deserve to live a better life. Tidak semua orang boleh menjadi kaya, namun semua rakyat berhak untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Kerana yang rakyat mahukan adalah kualiti hidup, bukannya Roti Gardenia. Saya ulang, yang rakyat mahukan adalah kualiti hidup, bukannya Roti Gardenia. Maka, laksanakanlah janji-janji yang telah ditabur dan may you be a passionate leader, may you be a visionary Yang Berhormat and most importantly may you be a responsible Yang Berhormat. Maka dengan itu, saya ucapkan selamat bertugas. Okey, untuk menyambung semula perbahasan kita pada hari ini, saya mempersilakan pembahas yang pertama, daripada Paginatan. Silakan Yang Berhormat. 12 minit.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat pagi dan salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat N.38 Paginatan atas keberanian mereka memberi kepercayaan kepada saya menjadi wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Sebagai wakil tunggal parti, ini merupakan satu cabaran dan tanggungjawab berat kepada saya yang perlu saya pikul. Walau bagaimanapun, saya berasa selesa juga kerana saya seperti anak bulan yang diapit oleh dua bintang yang bergemerlapan, iaitu dua Timbalan Ketua Menteri daripada Kundasang dan Keranaan. Datuk Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan Belanjawan Sabah 2026.
Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan Sabah 2026. Tema Belanjawan Sabah 2026 kali ini, iaitu ‘’Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan’’, menjadi penggerak utama untuk memastikan penutup Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 dilaksanakan dengan tuntas, sekali gus membuka ruang kepada perancangan SMJ 2.0 yang lebih komprehensif.
Dalam kerangka ini, izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu pencapaian fiskal yang penting dengan anggaran perbelanjaan RM6.402 bilion dan lebihan ataupun surplus, 26 juta. Belanjawan kali ini menunjukkan Kerajaan telah berjaya menurunkan nisbah perbelanjaan mengurus daripada 85% kepada 78%.
Penurunan perbelanjaan mengurus ini bererti kenaikan perbelanjaan pembangunan kepada 22%. Bagaimanapun, kadar atau peratusan perbelanjaan pembangunan ini masih di tahap yang rendah berbanding dengan negeri-negeri lain, terutamanya wilayah Sarawak yang sering kita jadikan penanda aras ataupun benchmark. Untuk pengetahuan, perbelanjaan pembangunan wilayah Sarawak pada tahun 2026 ialah pada kadar 56.6%.
Datuk yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti sebanyak RM1.122 bilion untuk perbelanjaan perbekalan dan RM534.028 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini agak signifikan.
Khususnya bagi menangani masalah jalan raya yang rosak, meningkatkan akses kawasan luar bandar serta memperkukuh kestabilan bekalan air bersih. Yakni keperluan asas yang telah lama menjadi keutamaan dan tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.
Seiring dengan pengukuhan belanjawan ini, saya ingin menyentuh kedudukan fiskal Sabah yang tidak dapat dipisahkan daripada hak negeri di bawah perlembagaan. Keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini, berkaitan pemberian khas 40% bukan sekadar kemenangan perundangan. Keputusan ini menegaskan bahawa, Sabah berhak kepada pemberian di bawah perlembagaan yang sepatutnya bagi memastikan pembangunan asas dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh. Justeru itu, saya tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan saranan daripada Tanjung Aru dan Sekong, yang mencadangkan agar pemberian 40% ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada komponen hasil receivable daripada persekutuan. Jika Sekong mencadangkan token vote dicatatkan dalam belanjawan negeri, saya tidak nampak masalah untuk meletakkan jumlah yang lebih besar kerana ini memang menjadi hak kita. Tanpa kedudukan fiskal yang kukuh, pembangunan negeri akan perlahan. Ini bukan …
Ini soal politik, ini soal kepercayaan Kerajaan memenuhi keperluan rakyat. Justeru, menjadi harapan besar rakyat Sabah, agar rundingan susulan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah kekurangan ataupun shortfall, yang telah berlarutan begitu lama. Kita tidak meminta lebih dari apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Datuk Yang di-Pertua, dalam konteks pertumbuhan ekonomi, Belanjawan 2026 memberikan penekanan terhadap sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai sektor pemacu peluang pekerjaan. Saya percaya ini langkah yang tepat
kerana sektor-sektor ini merupakan menjana mampu menjana pekerjaan kepada belia sekali gus, meningkatkan kemahiran anak muda.
Usaha memperkukuh keterjaminan makanan melalui revolusi penanaman padi, pembangunan zon pengeluaran makanan kekal dan insentif kepada petani, nelayan dan penternak, adalah pendekatan praktikal yang diperlukan sekarang. Hal ini bukan sekadar dasar, ini adalah keperluan rakyat yang mendesak. Belanjawan ini juga memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan. Pelbagai skim bantuan seperti BUDI, SUBFLY, BAKTI, BAIK dan BAYU menunjukkan kesungguhan Kerajaan, memastikan anak-anak Sabah mendapat akses pendidikan yang lebih baik. Tambahan pula, peruntukan kepada institusi agama Islam dan bukan Islam, Perpustakaan TVET dan STEM, membuktikan bahawa Kerajaan tidak mengabaikan pembangunan minda dan sahsiah rakyat. Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang akan membawa pulangan besar kepada negeri Sabah.
Datuk Yang di-Pertua, daerah Ranau merupakan antara daerah utama yang kaya dengan tarikan pelancongan. Bukan sahaja di peringkat domestik, malah di peringkat global. Saya mengakui bahawa pelbagai projek dan program kerajaan telah dan sedang dilaksanakan di daerah ini. Namun begitu, saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk perhatian bersama, agar segala perancangan yang telah dirangka dapat terus ditambah baik dan diperkasakan, melalui pendekatan pembangunan mampan serta dilaksanakan secara lebih berkesan, demi kesejahteraan rakyat dan masa depan daerah Ranau.
Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan isu pengangkutan awam di daerah Ranau, yang masih belum tersusun, terancang dan menyeluruh. Pada ketika ini, ketiadaan perkhidmatan bas pengantara telah mewujudkan jurang mobiliti yang ketara antara kawasan luar bandar dan pekan.
Sekali gus menjejaskan ketersampaian rakyat serta pergerakan pelancong. Sebagai kawasan tumpuan pelancongan, keperluan kepada sistem pengangkutan awam yang bersepadu, adalah satu keperluan berstruktur dan bukan lagi pilihan dasar. Oleh itu, peruntukan pembangunan dalam belanjawan ini, wajar dimanfaatkan untuk membangunkan
sistem pengangkutan awam luar bandar, yang menyokong ketersambungan awal dan akhir, seterusnya mengukuhkan penyertaan ekonomi komuniti setempat. Selain itu, hampir 40% laluan jalan masih tidak berturap, di samping kewujudan jambatan kayu yang telah uzur serta tidak lagi memenuhi keperluan keselamatan dan fungsi semasa. Jalan raya dan jambatan merupakan pendaya kritikal ataupun critical enabler, yang menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat perkhidmatan dan ekonomi. Kelemahan prasarana ini secara langsung menjejaskan mobiliti rakyat serta pergerakan pelancong. Sehubungan dengan itu, belanjawan ini perlu memberi keutamaan kepada kerja-kerja menaik taraf jalan tidak berturap, penggantian jambatan usang serta peningkatan tahap perkhidmatan jalan negeri, agar pembangunan di daerah Ranau dapat dilaksanakan dengan lebih seimbang dan berkesan.
Datuk Yang di-Pertua, pembinaan kawasan rehat dan rawat atau RNR di laluan utama juga, wajar dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada pembangunan berorientasikan pengangkutan. Kemudahan ini bukan saja menyokong keperluan pembangunan jalan raya, malah berperanan sebagai node limpahan ekonomi ataupun economic spillover node, yang dapat merangsang aktiviti keusahawanan tempatan.
Pembinaan RNR yang dirancang secara strategik, berupaya mengurangkan kesesakan trafik di pekan Ranau, serta mewujudkan rangkaian nilai tempatan, melalui penyertaan penduduk setempat dalam sektor perkhidmatan makanan dan pelancongan komuniti. Kawasan seperti Nunuk Ragang, Sagindai, Kilimu dan Monggis mempunyai potensi yang untuk dibangunkan sebagai hentian setempat strategik berimpak tinggi.
Datuk Yang di-Pertua, pembangunan Ranau perlu disokong oleh sistem tenaga dan keterhubungan digital yang mampan. Kajian potensi tenaga hidro serta cadangan penjanaan tenaga solar di Lohan Tailing Dam, iaitu pendekatan memperbagaian tenaga boleh baharu yang selari dengan agenda keselamatan tenaga dan pembangunan mampan yang perlu segera dilaksanakan. Di samping itu, penyediaan akses wifi komuniti di kawasan strategik luar bandar, merupakan pelaburan dalam
rangkuman digital dan pembangunan modal insan. Khususnya bagi pendidikan, keusahawanan kecil dan penyampaian perkhidmatan awam.
Sila gulung Yang Berhormat.
Sikit lagi. Melalui belanjawan ini, pelaburan dalam tenaga bersih dan infrastruktur digital bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup rakyat, malah memperkukuhkan daya saing ekonomi luar bandar dalam jangka panjang. Khusus untuk Paginatan, saya berharap supaya pembangunan pekan kecil Paginatan dapat diteruskan dan disegerakan oleh pihak yang berkenaan. Semoga mimpi indah rakyat Paginatan yang sudah sekian lama diidamkan, dapat direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Datuk Yang di-Pertua, tuntasnya saya amat berharap agar Belanjawan Sabah 2026 ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan berkesan, tanpa terperangkap dalam kerenah birokrasi yang melambatkan pelaksanaan di peringkat akar umbi. Segala perancangan yang telah dirangka dengan baik tidak seharusnya kekal sebagai dokumen di atas kertas semata-mata kerana rakyat Sabah, rakyat Sabah amat memerlukan pembangunan yang benar-benar dapat dirasai. Saya sedar bahawa tidak semua masalah dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Namun, rakyat mengharapkan satu perkembangan yang positif, konsisten dan berterusan sebagai bukti komitmen Kerajaan dalam memperbaiki kualiti hidup rakyat.
Dengan pelaksanaan yang cekap dan berfokus, Belanjawan 2026 diyakini mampu menjadi pemangkin perubahan sebenar dan membawa Sabah ke arah pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan mampan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Sabah yang dicintai. Sekian, Paginatan mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih YB Paginatan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Bugaya. Silakan YB. 12 minit.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas limpah nikmat dan juga kurnia-Nya, dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada Bugaya untuk berbahas dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2026, yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Bugaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Bugaya yang telah memberi kepercayaan, kepada Bugaya untuk mewakili anda semua sekali lagi, dengan jumlah majoriti yang kita wajib syukuri kepada Allah SWT, sebagai sokongan yang kuat yang diberikan kepada Parti Warisan. Serta, Bugaya merakamkan terima kasih kepada semua yang beri sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada Parti Warisan, khususnya kepada semua keluarga dan juga rakyat Bugaya.
Datuk Speaker, Sabah sudah berada dalam Malaysia selama 62 tahun. Tidak dinafikan ada peningkatan taraf hidup dan ada pembangunan di dalam setiap daerah, dan ada yang laju dan ada juga yang lambat. Ia mungkin berpunca daripada Kerajaan yang tidak memilih fahaman politik yang didasari oleh prinsip demokrasi. Prinsip demokrasi adalah untuk mencegah penyalahgunaan kuasa, untuk mewujudkan pemerintahan yang bersih, akauntabiliti dan melayani kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau parti politik semata. Untuk merealisasikan prinsip demokrasi, pembahagian kuasa, separation of power di antara kuasa Eksekutif, Perundangan dan juga Kehakiman adalah penting untuk dilihat.
Pembahagian peruntukan kepada kawasan DUN tidak adil dan saksama, adalah
salah satu tanda kepincangan sistem demokrasi yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan, kerana perkara itu tidak berlaku di negara yang berjaya menjadi maju dan sudah tiba masanya ya, saya untuk mencadang yang mana mungkin kita boleh meletakkan kuasa kepada Dewan yang mulia ini.
Dan Datuk Speaker, untuk diberi kuasa untuk memberi peruntukan dan juga kuasa untuk mengagihkan peruntukan kepada semua ADUN, tanpa mengira fahaman politik. Setelah meneliti ucapan Belanjawan Sabah 2026, Bugaya mendapati jumlah perbekalan adalah RM6.402 bilion dan pembangunan berjumlah RM1.46 bilion. Bugaya mendapati jumlah Belanjawan Pembangunan baharu yang dapat dirasakan oleh rakyat daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan ialah 22.93%. Sabah adalah wilayah terakhir di Malaysia yang membentangkan Belanjawan 2026. Wilayah Sarawak membentangkan Belanjawan tertinggi antara semua wilayah dan negeri-negeri di Malaysia.
Selangor, Perak dan juga Negeri Sembilan adalah negeri-negeri yang membentang belanjawan yang masing-masing berjumlah RM2.546 bilion, RM1.61 bilion dan RM640 juta. Ketiga-tiga negeri ini memberi peruntukan dan peruntukan pengurusan kepada DUN Kerajaan, ADUN Kerajaan, dan juga Pembangkang yang masing-masing secara sama rata, yang mana masing-masing mengikut negeri berjumlah RM200 ribu dan RM300 ribu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, adakah Kerajaan Sabah yang membentangkan Belanjawan lebih besar daripada Selangor, Perak dan Negeri Sembilan ini, tidak mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh ketiga-tiga negeri tersebut?
Anggaran hasil RM6.43 bilion ini boleh meningkat dengan kita menuntut hak 40% daripada Persekutuan yang dikira mengikut tahun. Peruntukan yang dihasilkan oleh perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara Malaysia berdasarkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 112C dan 112D adalah tidak boleh dicabar sama seperti Perkara 3 Agama Persekutuan, yang tidak boleh disentuh dan hanya dipatuhi tanpa kompromi. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan wajib kena membayar 40% hasil yang termaktub dalam perlembagaan dalam Perkara 112C dan 112D pada tahun ini dan
tahun hadapan.
Tidak ada kompromi.
Sekiranya ada kompromi, kita sudah melanggar sumpah kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan selaku Ahli Parlimen kerana tidak memelihara, melindungi, mempertahankan dan memartabatkan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kelewatan membayar 40% hasil dari Perkara 112C dan 112D adalah hak keadilan yang dinafikan. Justice delayed is justice denied. Rakyat Sabah yang menunggu lama untuk penyelesaian Perkara 112C dan 112D, ini menjadikan hak keadilan tidak berkesan atau tidak bermakna, menghakis kepercayaan, meningkatkan penderitaan bagi rakyat Sabah dan pada asasnya menafikan remedi itu sama sekali. Kelewatan ini boleh membawa makna rakyat Sabah tidak mendapat hak tepat pada masanya. Dan masa 62 tahun kelewatan, masa itu tidak boleh diganti dengan wang ringgit sepenuhnya. Ada orang tua kita yang sudah menunggu sekian lama, sampai meninggal dunia masih tidak dapat merasakan hak 40% hasil yang sepatutnya diberikan kepada wilayah Sabah yang sepatutnya mereka nikmati. Apa yang kita tunggu hak 40% ini? Adakah sampai wilayah Sabah ini hilang dari peta dunia? Bugaya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, apakah pendirian Kerajaan Sabah? Sama ada Kerajaan melalui Peguam Negeri akan menuntut hak 40% ini dan akan menentang rayuan yang akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, sekiranya rayuan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan terhadap perintah mahkamah 40% yang telah diputuskan atau sebaliknya? Selain itu, Bugaya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada anggaran hasil 2026, muka surat 7 hingga 16. Kita hanya melihat hasil atau benda yang dikutip oleh Mahkamah Anak Negeri.
Bugaya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, bagaimana pula dengan Mahkamah Syariah?
Di mana denda dan juga hasil dari Mahkamah Syariah disimpan dan digunakan? Dan di mana pula hasil kutipan zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat-zakat yang lain? Kenapa tidak terzahir di dalam laporan hasil wilayah Sabah? Berbicara tentang Pusat Zakat Sabah ini, Bugaya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan
rakyat terhadap pengurusan zakat. Ada baiknya pusat zakat ini dipisahkan dari Majlis Ugama Islam Sabah seperti pusat zakat yang lain berada di negeri-negeri di tanah Semenanjung Malaysia.
Bugaya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya agar peruntukan di muka surat 405, dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun 2026, pecahan kepala D330100004, agar peruntukan dalam anggaran ataupun siling RMK Ke-13 Negeri 2026-2030 sebanyak RM221,480,000.00 dengan anggaran belanjawan 2026 sebanyak RM35,389,800.00, digunakan untuk membaiki jalan di Lihak-Lihak ke Bakung-Bakung, Jalan Indani, Jalan Bukit Sakung, Jalan Sungai Tuhuk, Jalan Kampung Simunul dan juga Jalan Habirun.
Bugaya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan agar peruntukan di muka surat 342, Vot Perbelanjaan Bekalan, kepala S29 Program 05000-20000 pengendalian dan penyelenggaraan berjumlah RM78,816,040.00, digunakan untuk menyelenggarakan saliran longkang di kawasan Kampung Tonggulangan, saliran di Jalan Semporna Tawau berhadapan dengan Hotel Green World, Bomba Semporna dan juga di hadapan Wins Garden. Bugaya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar agar peruntukan muka surat 193, Vot Perbelanjaan Pembangunan, pecahan kepala D190100-0005 peruntukan khas sebanyak RM172 juta, dan D190100-0011 projek jambatan kecil luar bandar dengan anggaran siling RMKe-13 2026-2030, RM20 juta dengan anggaran perbelanjaan RM2 juta digunakan untuk membaiki jambatan utama di kawasan Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji yang sudah uzur dan jambatan di Kampung Simunul, Lorong 3.
Lorong 2, lorong 5, serta jambatan di Kampung Seri Aman dan juga Kampung Selamat. Bugaya merujuk kepada Perenggan 130 dan 131 teks ucapan Belanjawan 2026 yang menyatakan KKTP mendapat peruntukan sebanyak RM257.44 juta yang turut merangkumi 46
projek baru. Bugaya memohon jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar memasukkan Terminal Bas Semporna sebagai salah satu projek baru dalam rancangan tersebut memandangkan daerah Semporna masih belum mempunyai terminal bas yang rasmi walaupun jumlah penduduknya bertambah dan jumlah pelancong yang semakin meningkat.
Bugaya merujuk kepada Perenggan 132, muka surat 48 ucapan teks belanjawan yang mana Kerajaan komited memastikan rakyat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat dan berkualiti. Oleh itu, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar memindah tempat pembuangan sampah bersebelahan dengan Kampung Selamat ke tempat yang lebih ke tempat yang lain memandangkan ia terlalu hampir kepada kampung tersebut dan ada lebih kurang 1300 orang penduduk di Kampung Selamat yang terjejas persekitaran yang tidak sihat akibat kawasan pembuangan sampah berhampiran dengan rumah Kampung Selamat. Mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri demi untuk kesejahteraan penduduk Kampung Selamat.
Bugaya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada muka surat 58 teks ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan Perenggan 155 berkaitan dengan bonus yang dibayar kepada penjawat awam. Gambaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa prestasi dan juga prospek ekonomi wilayah Sabah dalam keadaan makmur dan semakin meningkat memandangkan keadaan Belanjawan wilayah Sabah kedua tertinggi di antara wilayah dan juga negeri-negeri di Malaysia. Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan juga Melaka serta Persekutuan membayar Bantuan Khas Kewangan (BKK) secara one-off. Bugaya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 dibayar secara sekali one-off dan bukan berfasa.
Sabda Rasulullah SAW, “Wahai Tuhanku, barang siapa yang dilantik mengurus urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah urusan mereka dan barang siapa yang dilantik menguruskan urusan umatku dan dia
melakukan dalam keadaan lembut dan baik, maka engkau berlaku lembutlah terhadap mereka.” Hadith Riwayat Muslim.
Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua di Dewan Undangan Negeri kepada Yang Berhormat, Datuk Speaker dan semua penjawat awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pembentangan Belanjawan Bajet 2026 ini. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan sentiasa dalam redha Allah SWT. Bugaya, Mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Bugaya.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tambunan.
Terima kasih Tuan Speaker dan salam hormat kepada semua yang hadir. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, merangkap Menteri Kewangan Sabah di atas pembentangan Belanjawan 2026 dengan jumlah hasil dianggarkan RM6.43 bilion. Izinkan saya, Datuk Speaker, untuk menyentuh sedikit mengenai hasil Sabah untuk 2026 yang saya percaya sepatutnya mengandungi sejumlah daripada hasil 40% keputusan mahkamah yang telah pun dibuat baru-baru ini. Mahkamah juga telah membuat perintah bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat harus berunding menyelesaikan jumlah yang harus dikembalikan dalam tempoh 180 hari daripada tarikh perintah itu, iaitu 17 hari bulan Oktober 2025.
Sebenarnya hasil Sabah 2026 ini mungkin boleh mencecah lebih RM30 bilion. Jika semua hasil Sabah di dalam perlembagaan itu ditunaikan dan dibayar, mengapa saya cakap begitu? Ini disebabkan selain daripada hasil yang ada sekarang ini RM6.43 bilion, kita juga harus mengambil kira pemberian khas 40% di bawah Artikel 112C, 112D. Selain daripada itu juga, Kerajaan Sabah juga mempunyai hak untuk memungut duti import dan eksais ke atas bahan petroleum di bawah item 1 bahagian 4 jadual ke-10 yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada yang sekarang ini RM120 juta setahun. Selain daripada itu, Sabah juga berhak untuk
mengutip duti eksport ke atas minyak mentah mengganti royalti minyak sehingga 10% nilai ad valorem di bawah item 3 bahagian 4 jadual ke-10 dan ini boleh menyumbangkan RM3.6 bilion setahun. Ini bererti jumlah keseluruhannya boleh mencecah RM30 bilion.
Tuan Speaker, satu daripada kelemahan dan kegagalan kita untuk memungut semua hasil-hasil yang ada di dalam perlembagaan kita adalah kelemahan kita sendiri dan banyak lagi sebab-sebab yang lain, keadaan politik dan antaranya juga takut untuk membangkitkan hak-hak kita kerana musim itu masih ada ISA. Datuk Speaker, walaupun Sabah digelar negeri termiskin dalam Malaysia dan rakyatnya papa kedana, hakikatnya Sabah dan rakyatnya sebenarnya adalah kaya raya, cuma dimiskinkan dan diperbodohkan dan sebahagian besar daripada ini adalah disumbang oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri, kelemahan kita sendiri. Khazanah sumber asli Sabah termasuk minyak dan gas baru-baru ini bertambah juga dengan Konservasi Karbon, Ekonomi Biru, Ekonomi Hijau dan Rare Earth Minerals boleh melonjakkan ekonomi Sabah setanding bukan sahaja dengan Sarawak, tetapi dengan Singapore yang langsung tidak ada sumber asli, tidak ada minyak, tidak ada gas, tidak ada air pun. Di Sabah semuanya ada, apa yang Singapura ada adalah hanya pentadbiran dan pengurusan tadbir yang telus, profesional dan antirasuah. Berbalik kepada Belanjawan Sabah 2026, hasil Sabah 2026 sebanyak RM6.43 bilion haruslah ditambah dengan anggaran peruntukan 40% dan duti import dan eksais bahan petroleum dan duti eksport minyak mentah mengganti royalti minyak sehingga 10% nilai ad valorem. Pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Sabah berhak dikembalikan.
… hak hasil 40% yang diperolehi oleh Persekutuan dari Sabah dan Kerajaan Sabah dan Persekutuan telah gagal untuk melaksanakan hak kewangan Perlembagaan Sabah termasuk review mandatory sejak tahun 1974. Pada tahun 2024, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri di Kota Kinabalu telah menyatakan bahawa Kerajaan Pusat telah mengutip RM10.2 bilion di Sabah pada tahun 2023. Ini pun sebenarnya kekurangan sebab mengikut Kastam, pungutan ataupun kutipan bukanlah RM700 juta tetapi RM2 bilion. Maka jika kita jumlahkan RM1.3 bilion dicampur kepada RM10.2 bilion, jumlah besar yang dipungut dari Sabah pada 2023 adalah RM11.5 bilion. Ini tidak termasuk pungutan-pungutan hasil daripada syarikat-syarikat minyak antarabangsa seperti Petronas, Shell, Petron dan sebagainya. Tidak juga termasuk syarikat-syarikat gergasi ladang sawit yang beroperasi di Sabah seperti Felda, FGV, IOI, KL Kepong, IJM, Sime Darby dan lain-lain lagi yang beroperasi dan mengaut keuntungan dari Sabah tetapi membayar cukai secara langsung kepada Kuala Lumpur. Ada juga jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Pusat juga memungut hasil di Sabah seperti JPJ, Imigresen, JPN dan lain-lain. Maka hasil negeri pada tahun ini sebenarnya walaupun kita hanya mengambil kira apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri boleh mencecah RM15.63 bilion, iaitu RM6.43 bilion hasil negeri sekarang, RM4.6 bilion mengikut apa yang dikatakan kutipan hasil dari Sabah yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Campur 3.6 duti eksport ke atas petroleum dan 1 bilion duti import dan eksais kepada bahan-bahan petroleum yang diimport ke Sabah. Jumlahnya hasil Sabah seharusnya pada tahun ini adalah RM15.63 bilion. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan sama ada ini boleh dimasukkan di dalam Belanjawan 2026 memandangkan ini adalah hasil Sabah yang ada dalam Perlembagaan yang seharusnya dibayar dan dikutip dan dimasukkan di dalam hasil kita. Saya minta nanti Yang Berhormat menjelaskan. Ini tidak kira apa ini hasil-hasil yang belum lagi dijelaskan. Ini hanyalah 40% yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri sendiri dan juga hasil yang selama ini tidak diambil kira walaupun dalam Perlembagaan, iaitu export duty on petroleum dan import duty on petroleum products yang seharusnya diubah balik kepada asal, iaitu 10% bukan 120 juta. Tuan Speaker, untuk menjamin kutipan dan pengembalian hasil 40% Kerajaan Sabah perlu mengemukakan satu mekanisme baru untuk memungut hasil yang diperlukan oleh Persekutuan dari Sabah. Sementara menunggu mekanisme baru ini, saya mencadangkan bahawa segala pungutan yang dibuat oleh Persekutuan
dimasukkan ke dalam satu akaun yang disatukan atau consolidated account di Sabah. Dimana semua hasil 40% akan dimasukkan dan dikeluarkan dan diagihkan seperti mana yang diperlukan di dalam Perlembagaan.
Untuk tunggakan yang dikatakan the lost years dari tahun 1974 sehingga 2021 rundingan bolehlah diteruskan sehingga satu jumlah yang mencerminkan pungutan 40% yang sebenar boleh dipersetujui. Jika perlu tunggakan ini bolehlah dibayar dengan cara yang lain seperti aset-aset Persekutuan bagi kepada negerilah dan semestinya wang daripada consolidated fund daripada Federal.
Ada yang mengatakan kalau Kerajaan Pusat bayar, bankrupt Kerajaan Pusat. Ini tidak betul kerana pembayaran hasil 40% ini bukan daripada Federal, bukan daripada negeri-negeri yang lain. Duit itu adalah daripada Sabah sendiri yang seharusnya 40 peratus dikembalikan kerana kita sudah sumbang 60% kepada Kerajaan Pusat dan 40% itu adalah kita. Bukan daripada mana-mana sumber yang lain.
Datuk Speaker, rundingan mengenai MA63 kini sudah memuncak dan perkara-perkara yang akan dirundingkan seterusnya adalah perkara-perkara yang penting sekali untuk Sabah dan untuk rakyat kita. Ini termasuklah hak milik minyak dan gas, bayaran royalti minyak, isu pelantar benua dan sempadan Sabah, Akta Laut Wilayah 2012, pungutan hasil berasaskan stamp duty ke atas hartanah Sabah serta rundingan hasil pemberian khas 40% yang saya percaya akan ada satu mesyuarat pada tanggal 19 Disember dan juga 35% kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak sebagai kuasa veto dan Perlindungan Perlembagaan atau Constitutional Safeguard untuk Sabah dan Sarawak supaya dapat menghalang apa-apa perubahan dalam Perlembagaan yang boleh menghakiskan hak-hak Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.
Sila gulung Yang Berhormat.
Ya. Mengenai isu 35% kerusi Parlimen, dicadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan diubah, dipinda dengan menambah syarat bahawa Sabah Sarawak akan memegang 35% bilangan
kerusi Parlimen. Ini akan membenarkan Sabah dan Sarawak kekal dengan 35% sama ada penambahan ada atau tidak. Kerana ini menjadi satu nisbah perlindungan. Yang kedua seperti Sarawak, Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Sabah haruslah mengambil tindakan proaktif dengan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji dan mengesyorkan persempadanan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. Seperti Sabah boleh menentu sendiri di mana akan ada kerusi dan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan kawasan Parlimen. Selain…
…selain itu ada beberapa isu juga hak mutlak Sabah yang tidak boleh dirundingkan dan tidak boleh dikompromi. Ini termasuklah pelantar benua atau continental shelf yang dimiliki Sabah, seperti Extension of Boundaries North Borneo Order in Council 1954 dan artikel 1(3), Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa dan hak mutlak Sabah, maka ia bermakna segala minyak dan gas di pelantar benua Sabah adalah dimiliki sepenuhnya oleh Sabah dan bukan Petronas.
Sebagai penggulung, Datuk Speaker, memandangkan kepentingan isu-isu tersebut dan untuk memelihara dan melindungi hak-hak Sabah, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah menubuhkan satu jawatankuasa khas kabinet MA63 untuk mengendalikan isu-isu MA63 khasnya, isu-isu terpenting yang saya senaraikan sebentar tadi. Selanjutnya, jawatankuasa khas kabinet tersebut dianggotai oleh Yang Berhormat by partition, iaitu dari Kerajaan dan daripada pihak pembangkang. Dengan itu, Datuk Speaker, walaupun masih banyak isu di sini, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tambunan. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Segama.
Datuk Speaker, Bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera. Terima kasih Allah, terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2026, khususnya berkaitan pembangunan belia dan kemajuan sukan. Kepimpinan adalah satu amanah dan setiap amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi rakyat Sabah.
Oleh itu, setiap ringgit yang dibelanjakan mesti memberi manfaat sebenar kepada rakyat, terutamanya golongan belia yang merupakan harapan dan masa depan negeri Sabah. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh atlet Sabah, jurulatih dan pegawai dalam kejohanan sukan seperti SUKMA, MSSM, SOKMA dan Malaysia Deep Sport Games yang bukan sahaja membanggakan rakyat Sabah, malah menjadi inspirasi kepada generasi belia walaupun berdepan pelbagai kekangan. Saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Sabah FC yang menjadi naib juara piala FA baru-baru ini. Penghargaan setinggi-tingginya kepada para pemain dan barisan kejurulatihan yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang kejohanan.
Walaupun tidak membawa pulang trofi, prestasi dan semangat juang yang ditampilkan membuktikan Sabah FC semakin matang dan berdaya saing. Sabah bangga dengan anda semua. Penghargaan ini wajar diterjemahkan melalui dasar peruntukan dan sistem sokongan yang mampan bagi menjamin kebajikan serta masa depan atlet sebelum, semasa dan selepas mereka meninggalkan arena sukan. Datuk Speaker, sebelum saya memulakan perbahasan, izinkan saya merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada YB Senallang atas keberanian dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas amanah sebagai calon di N.61 Segama.
Kepercayaan ini bukan sekadar pencalonan, tetapi satu mandat perjuangan yang menuntut keberanian, kejujuran dan kesetiaan kepada rakyat.
Saya seterusnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi di N.61 Segama. Sokongan yang diberikan adalah suara perubahan dan amanah besar yang akan saya pertahankan.
Insya-Allah saya akan berdiri teguh menyuarakan kepentingan rakyat Segama dengan berani, berprinsip dan berintegriti di dalam Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, pada 12 Disember yang lalu, YB Menteri Kewangan di dalam ucapan Pembentangan Belanjawan Sabah 2026 ada mengumumkan peruntukan sebanyak RM96.06 juta kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif pada tahun hadapan. Kerajaan sering menegaskan bahawa belia merupakan aset penting negeri.
Berdasarkan data tahun 2024, hampir 40% daripada jumlah penduduk Sabah terdiri daripada golongan belia dan angka ini dijangka terus meningkat sampai ke hari ini. Daripada keseluruhan peruntukan, hanya RM16.75 juta bersamaan kira-kira 17% sahaja diperuntukkan secara langsung untuk pembangunan modal insan belia. Komitmen kewangan ini jelas menunjukkan bahawa keutamaan terhadap belia masih belum diterjemahkan secara serius dalam perancangan belanjawan negeri. Datuk Speaker, belia sentiasa diangkat sebagai hero setiap kali musim pilihan raya. Undi belia dikejar, sokongan belia dirayu, semangat belia dijadikan modal politik. Namun selepas undi dikira, belia seolah-olah diketepikan dalam pengagihan bajet. Fakta jelas menunjukkan bahawa belia merupakan kumpulan pengundi terbesar dan paling aktif di dalam pilihan raya negeri Ke-17.
Tanpa sokongan belia, adalah mustahil 73 Ahli Dewan Undangan Negeri yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dapat memenangi kerusi masing-masing. Belia diraihkan ketika musim kempen pilihan raya. Bagaimana Kerajaan mahu meyakinkan belia bahawa mereka dihargai sedangkan peruntukan tidak membela nasib mereka. Pengangguran masih tinggi, peluang latihan terhad, kemahiran tidak sepadan dengan pasaran dan kos sara hidup terus menekan kehidupan belia bandar dan luar bandar. Dalam Islam, membina insan adalah asas kepada kemajuan ummah. Jika belia gagal dibina, maka negeri sedang membina masa depan yang rapuh. Bangunan boleh runtuh dan dibina semula tetapi generasi yang hilang arah sukar ditebus. Justeru, saya ingin tegaskan, belanjawan yang tidak berpihak kepada belia adalah belanjawan yang sedang meminjam masa depan Sabah untuk
kepentingan jangka pendek. Jika Kerajaan benar-benar ikhlas melihat belia sebagai aset, maka aset ini mesti dilabur bukan sekadar dipuja ketika pilihan raya. Daripada RM16.07 juta yang diperuntukkan itu juga telah diperuntukkan sejumlah wang sebagai pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Apas, berapakah jumlah diperuntukkan bagi pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia? Berapakah jumlah persatuan-persatuan belia yang berdaftar di bawah pendaftar pertumbuhan belia dan berapakah peruntukan geran kepada satu persatuan belia. Sekiranya pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia masih kekal RM5,000.00, saya mencadangkan kepada Kerajaan untuk menyemak semula jumlah pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia agar ia dipertingkatkan seiring dengan kos-kos penganjuran program yang turut meningkat.
Datuk Speaker, saya menghargai usaha Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan program pencarian bakat atlet. Latihan atlet berprestasi tinggi dan persediaan atlet Paralimpik menjelang Sukan Malaysia Sukma Selangor 2026. Ini adalah satu langkah yang baik dan wajar disokong. Namun begitu, latihan yang berkesan tidak boleh dipisahkan daripada prasarana yang selamat dan berkualiti. Realitinya, masih banyak kemudahan sukan di peringkat daerah berada dalam keadaan uzur. Tidak diselenggara dengan baik dan ada yang langsung tidak memenuhi piawaian keselamatan. Peruntukan RM25 juta bagi penyelenggaraan prasarana sukan di seluruh negeri adalah satu permulaan. Tetapi ia masih terhad jika dibandingkan dengan keluasan negeri Sabah dan jumlah fasiliti yang memerlukan pembaikan segera.
Saya mencadangkan agar peruntukan penyelenggaraan prasarana sukan di seluruh negeri dipertingkatkan. Datuk Speaker, geran sebanyak RM5.05 juta kepada 54 persatuan sukan bersamaan purata sekitar RM93 ribu setahun bagi setiap persatuan sukan adalah jumlah yang amat minimum. Dengan kos kejohanan, peralatan, pengangkutan dan latihan yang semakin meningkat, jumlah ini menyukarkan persatuan sukan untuk merancang pembangunan atlet secara konsisten dan berterusan.
Saya berpandangan agar mekanisma geran ini dikaji semula dan ditambah baik termasuk
melalui sistem geran berperingkat berdasarkan prestasi dan KPI yang jelas. Banyak persatuan sukan yang survive bukan sebab Kerajaan bantu, tetapi sebab usaha gigih mereka sendiri mencari penaja. Buat kutipan derma malah ada yang menggunakan duit poket sendiri.
Datuk Speaker, satu yang ketara dalam belanjawan…
Peruntukan ini adalah ketiadaan peruntukan khusus untuk belia luar bandar. Sedangkan majoriti belia Sabah tinggal di kawasan luar bandar seperti Segama, Tungku, Pitas, Nabawan, Tongod, Kinabatangan dan Beluran. Belia luar bandar tidak boleh terus bergantung kepada program yang tertumpu di bandar sahaja.
Mereka memerlukan pendekatan, peruntukan dan perlaksanaan yang bersesuaian dengan realiti setempat. Selain itu, isu sosial seperti penyalahgunaan dadah, keciciran pendidikan dan keruntuhan akhlak belia memerlukan pendekatan pencegahan dan pemulihan yang lebih tersusun. Bukan sekadar program bersifat ad hoc. Islam mengajar kita bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Justeru, intervensi awal melalui program belia yang bersasar, berterusan dan berimpak tinggi amat penting bagi menyelamatkan generasi masa depan Sabah.
Datuk Speaker, bagi memastikan belanjawan ini benar-benar memberi kesan kepada belia dan sukan, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan:
1.
Menubuhkan dana belia luar bandar Sabah dengan memperuntukkan khusus dan pelaksanaan berfokus; 2.
Meningkatkan geran tahunan kepada persatuan sukan supaya pembangunan atlet dapat dilaksanakan secara konsisten; 3.
Meningkatkan geran kepada persatuan-persatuan belia;
4.
Menambah peruntukan penyelenggaraan prasarana sukan di peringkat daerah, bukan tertumpu di bandar;Memperkenalkan dana pembangunan e-sukan Sabah sebagai platform baharu dan relevan untuk belia masa kini; 5.
Menetapkan KPI yang jelas, telus dan boleh diukur bagi setiap program belia dan sukan supaya keberkesanan perbelanjaan dapat dinilai secara objektif. Datuk Speaker, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMke-13), siling peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM445.63 juta untuk melaksanakan sebanyak 20 projek pembangunan, iaitu enam projek sambungan dan 14 projek baharu. Justeru saya mohon agar dipertimbangkan, satu kompleks sukan dapat didirikan di DUN 61 Segama untuk kemudahan beriadah bagi masyarakat Segama.
Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan saya membawa suara rakyat di N.61 Segama, khususnya di kawasan luar bandar: Isu Bekalan Elektrik dan Liputan Digital Gangguan bekalan elektrik yang kerap serta liputan internet yang lemah terus menjejaskan kehidupan harian rakyat, khususnya pelajar, peniaga kecil dan urusan rasmi masyarakat. Keadaan ini amat dirasai di beberapa kawasan luar bandar, antaranya di Ulu Segama yang masih bergelut dengan bekalan elektrik tidak stabil dan capaian digital yang sangat terhad. Dalam era digital hari ini, kelemahan ini jelas melebarkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Isu Bekalan Air Bersih Sehingga hari ini, masih terdapat kampung di Segama yang berdepan gangguan bekalan air berpanjangan, tekanan air rendah, serta penggunaan paip lama dan uzur. Akibatnya, ada penduduk yang terpaksa bergantung kepada air hujan atau air sungai untuk keperluan harian. Isu ini bukan saja menjejaskan penduduk luar bandar, malah turut dirasai di kawasan bandar antara kawasan yang terkesan termasuk kawasan Kampung Pendising, Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Warisan. Keadaan ini jelas menunjukkan keperluan mendesak dan penambahbaikan sistem bekalan air secara menyeluruh.
Infrastruktur Asas dan Jalan Raya Banyak jalan-jalan kampung serta laluan utama menuju ke bandar Lahad Datu berada dalam keadaan rosak, berlubang dan sukar dilalui, terutamanya ketika musim hujan. Antara kawasan yang memerlukan perhatian segera termasuk Kampung Batu 8 Segama, Kampung Kokos antaranya. Saya juga mohon agar jalan di kawasan bandar Lahad Datu menuju ke kawasan Tengah Nipah diberi keutamaan kerana laluan ini merupakan jalan utama penduduk setempat yang sering mengalami kesesakan teruk sehingga menyebabkan perjalanan mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke destinasi.
Isu Belia dan Anak Muda Ketiadaan Pusat Belia yang aktif serta kemudahan sukan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti belia tidak dapat dijalankan secara berterusan. Keadaan ini bukan sahaja menyekat pembangunan potensi anak muda, malah membuka ruang kepada gejala sosial yang semakin membimbangkan. Perkara ini seharusnya dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa depan negeri.
Isu Jambatan dan Keselamatan Penduduk Saya terus memohon perhatian serius terhadap isu jambatan yang rosak dan runtuh di beberapa kawasan yang amat penting bagi kelangsungan aktiviti harian penduduk. Antaranya ialah jambatan yang berhubung Kampung Sabah Baru, Kampung Desa Bajau. Keadaan ini bukan sekadar isu kemudahan, tetapi melibatkan keselamatan nyawa rakyat yang menggunakan laluan tersebut setiap hari. Isu-isu ini mungkin kelihatan asas, namun inilah realiti harian rakyat N.61 Segama. Pembangunan sebenar bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi penyelesaian yang benar-benar dirasai oleh rakyat Segama.
Datuk Speaker, perbahasan hari ini adalah untuk memastikan bajet yang dibentang benar-benar menepati keperluan rakyat dan memberi pulangan jangka panjang kepada negeri Sabah. Masa depan Sabah tidak boleh dibina dengan bajet yang kecil. Sekiranya Kerajaan benar-benar percaya, belia adalah pemimpin masa depan, tunjukkan dalam angka dan bukan slogan semata-mata.
Semoga segala perancangan dan keputusan yang dibuat diberkati oleh Allah SWT membawa
kebaikan kepada belia dan masa depan Sabah. Dengan tegasnya, saya menyokong penambahbaikan bajet ini demi rakyat khususnya belia. Sekian, Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Segama dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Liawan, silakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang dan keizinan kepada saya pada hari ini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah diberi mandat kemenangan oleh rakyat di N.41 Liawan. Mandat ini yang bukan sekadar angka di peti undi tetapi amanah untuk bersuara dan bertindak. Terima kasih kepada rakyat Liawan.
Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, serta Yang Berhormat Menteri Kewangan Negeri Sabah, atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang bertemakan “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”.
Izinkan saya mulakan dengan satu kiasan ringkas, jika asas sebuah rumah retak, setinggi manapun binaannya, ia tetap berbahaya untuk didiami. Begitu juga pembangunan jika keperluan asas rakyat terabai atau diabaikan, maka kemajuan yang kita laungkan hanya tinggal slogan. Sampai di sini, biarlah saya terus berbahas, terus kepada permasalahan rakyat di kawasan saya. Keperluan rakyat, infrastruktur, Liawan masih banyak yang perlu dibuat. Saya ingin membangkitkan isu yang amat asas tetapi sangat kritikal kepada kehidupan harian rakyat di kawasan saya, iaitu keperluan menaik taraf jalan-jalan sedia ada kepada jalan yang berturap. Contohnya, khususnya Jalan Gaulan-Opor, Jalan Sigapon, Jalan Lama Tenom-Keningau dan cadangan menaik taraf laluan low-level crossing ke Jambatan Konkrit di Kampung Ulu Senagang. Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan isu baru. Permohonan ini telah dikemukakan oleh pemimpin masyarakat dan wakil rakyat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak beberapa tahun lalu. Namun di peringkat akar umbi, rakyat masih tertanya-tanya tentang status sebenar permohonan menaik taraf jalan kepada
aspal ini. Sama ada telah diluluskan atau berada dalam peringkat kajian teknikal atau masih menunggu peruntukan.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan melalui Dewan yang mulia ini mengenai status terkini permohonan naik taraf jalan kepada aspal, iaitu Jalan Gaulan-Opor, Jalan Sigapon, Jalan Lama Tenom-Keningau dan cadangan menaik taraf laluan low-level crossing di Jambatan Konkrit di Kampung Ulu Senagang. Dan juga kedua, ingin mengetahui jumlah laluan yang telah diluluskan atau sedang dalam peringkat reka bentuk dan masih dalam senarai menunggu untuk Kawasan N.41 Liawan.
Datuk Speaker, begitu juga jalan-jalan kebun di Kawasan N.41 Liawan. Jika kita bercakap tentang keselamatan makanan dan ekonomi luar bandar, maka jalan kebun adalah asasnya. Bila kita lihat keadaan sebenar pada hari ini, jalan-jalan kebun…
Adalah jalan tanah kuning, licin dan sukar dilalui ketika hujan, kenderaan, pengangkutan hasil sukar masuk, hasil pertanian lambat atau gagal dikeluarkan. Kesan langsung kepada rakyat, kos pengangkutan meningkat, hasil rosak atau tertinggal atau tidak dapat dikeluarkan, pendapatan pekebun menurun.
Ini bukanlah isu kecil, tetapi ini ialah isu kelangsungan hidup petani kecil. Point utama saya, jalan kebun perlu dilihat sebagai pelaburan ekonomi dan bukannya beban. Naik taraf asas kepada konkrit atau turapan minimum sudah mencukupi.
Keutamaan diberikan kepada kawasan pengeluaran hasil yang aktif. Jika kita benar-benar serius memperkasa sektor pertanian, akses mesti dipermudahkan. Saya memohon agar naik taraf jalan kebun dilaksanakan secara berperingkat dan sistematik.
Datuk Speaker, saya ingin menarik perhatian Kerajaan terhadap isu sistem pencahayaan di bandar Keningau yang kerap kali malap, gelap dan tidak berfungsi di
sepanjang jalan bulatan Kampung Bakiau hinggalah Jalan Kompleks Sukan Keningau, hinggalah ke Bandar Baru Keningau sampailah ke sempadan N.41 Liawan di Kampung Bayangan. Begitu juga di taman-taman perumahan, simpang-simpang utama kampung-kampung, termasuk lampu-lampu jalan di kawasan berisiko tinggi berlaku boleh berlakunya kemalangan. Walaupun isu ini kelihatan kecil, impaknya besar terhadap keselamatan awam, aktiviti ekonomi malam dan imej bandar.
Saya mencadangkan agar peruntukan dana khusus bagi audit, penggantian dan penyelenggaraan sistem pencahayaan secara bersepadu ini. Saya juga amat menghargai yang mana sejumlah RM157.13 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, iaitu JPS. Justeru itu, saya memohon untuk menaik taraf sistem pengaliran sawah padi di daerah Keningau yang melibatkan Kampung Bulu Silou, Kampung Toboh Baru, Kampung Beribi, Kampung Pura Kagis, Kampung Keningau, Kampung Kadalakan, Kampung Patikang Ulu, Kampung Sinagang, Kampung Kebulu dan Kampung Alab dan lain-lain.
Kampung-kampung yang dinyatakan tersebut sering kali berhadapan dengan masalah kerosakan infrastruktur, yang mana sistem perparitan dan pengaliran masih menggunakan kaedah konvensional. Sekali banjir melanda, sekali itu jugalah rosak empangan pengaliran mereka dan yang amat menyedihkan, permasalahan ini menyumbang akan merosakkan tanaman padi disebabkan terputusnya bekalan air. Permasalahan yang dihadapi oleh pesawah-pesawah di daerah Keningau ini telah pun berlarutan sejak sekian lama, serta tidak ada penyelesaian tuntas daripada pihak berwajib ke arah menoktahkan kemelut ini.
Datuk Speaker, isu banjir pula yang melibatkan di Kampung Kauran, Kampung Banjar dan Kampung Alab, Keningau telah diberikan perhatian segera, hendaklah diberikan perhatian segera. Rakyat menghargai usaha perancangan yang telah dibuat, namun rakyat setempat mengharapkan pelaksanaan yang lebih pantas dan menyeluruh. Belanjawan 2026 perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk
penyelesaian jangka panjang agar masalah banjir tidak terus berulang setiap kali musim hujan.
Selain isu banjir yang telah saya bangkitkan, saya ingin menegaskan permasalahan pelurusan sungai dan pedalaman sungai yang semakin mendesak di kawasan N.41 Liawan dan daerah Keningau secara keseluruhannya. Banyak sungai utama dan anak-anak sungai di kawasan ini telah menjadi cetek, berliku dan dipenuhi mendapan menyebabkan aliran air tidak lancar, terutama ketika hujan lebat. Keadaan ini bukan saja menyumbang kepada kejadian banjir berulang, malah menjejaskan aktiviti pertanian, perkampungan di tebing sungai serta keselamatan penduduk. Antara sungai-sungai yang terlibat adalah Sungai Pampang, Sungai Agudon, Sungai Mosolog, Sungai Keritan, Sungai Pagalan dan lain-lain. Datuk Speaker, saya mencadangkan agar perkara-perkara berikut diambil maklum oleh jabatan yang berkaitan. Kerja-kerja pelurusan sungai di kawasan berisiko banjir besar, pedalaman sungai secara berfasa dan berjadual, bukan bersifat ad hoc, penyelenggaraan berterusan termasuk pemeriksaan mendapan dan tumbuhan sungai, serta kajian teknikal bersepadu yang melibatkan jabatan berkaitan agar penyelesaian yang dilaksanakan benar-benar mampan.
Datuk Speaker, saya juga menyokong penuh keperluan untuk menaik taraf sistem perparitan di kampung-kampung dan kawasan bandar Keningau khususnya dalam menghadapi perubahan iklim dan pembangunan pesat. Sistem perparitan sedia ada tidak lagi mencukupi peruntukan khas bagi pelan induk perparitan dan penyelenggaraan berkala amat diperlukan untuk mengelakkan kerugian berulang kepada rakyat.
Belanjawan 2026 perlu memperkukuhkan usaha menjadikan Keningau sebagai hab pendidikan pendalaman Sabah. Kerajaan telah meletakkan asas yang baik, namun kejayaan dasar ini bergantung kepada sokongan berterusan dari segi infrastruktur dan latihan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Pendidikan mesti kekal sebagai teras utama pembangunan jangka panjang negeri. Ramai pelajar terpaksa. Buat masa ini, ramai pelajar terpaksa keluar kawasan untuk menyambung pengajian. Kos
tinggi ditanggung oleh ibu bapa, bakal, bakat tempatan tidak dibangunkan secara optimum. Point utama saya, perlu penumbuhan hab pendidikan yang merangkumi, TVET, latihan kemahiran, pusat kecemerlangan akademik, kerjasama dengan institusi sedia ada fokus kepada keperluan industri dan ekonomi tempatan. Datuk Speaker, saya ingin menyentuh aspek pembangunan belia dan ekonomi tempatan, khususnya cadangan pembinaan trek permotoran di daerah Keningau. Saya menyokong inisiatif ini sebagai pelaburan strategik yang mampu membuka peluang ekonomi, menarik pelancongan sukan dan menyediakan platform positif kepada belia. Saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM98.06 juta dalam Belanjawan 2026 untuk pembangunan belia dan kemajuan sukan Sabah.
Belanjawan 2026 wajar memperuntukkan dana permulaan yang jelas agar projek ini dapat dirancang dan dilaksanakan secara berfasa dengan garis masa yang munasabah.
Datuk Speaker, pembinaan trek permotoran bukan sekadar tentang perlumbaan, ia adalah berkisar kepada pembangunan modal insan, ledakan ekonomi setempat dan peningkatan imej negara di persada antarabangsa. Sukan permotoran telah terbukti potensinya untuk menarik pelaburan, melahirkan usahawan dan memberi peluang kepada bakat-bakat muda kita untuk bersinar. Kita melihat kejayaan Malaysia dalam arena sukan permotoran tetapi kita masih kekurangan fasiliti yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan industri ini secara mampan. Kita tidak mahu bakat-bakat tempatan kita terpaksa terhenti disebabkan ketidakadaan fasiliti trek permotoran ini. Datuk Speaker, baru ini. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden dua remaja tular di media sosial melalui sebuah video berdurasi 30 saat yang memaparkan dua remaja terlibat dalam aktiviti lumba motosikal haram sepanjang jalan lurus dekat Bataras Keningau Baru sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa. Undang-undang perlu dihormati dan tidak, dan tindakan pihak berkuasa untuk menahan reman individu itu demi keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain amat dipersetujui sekali. Namun demikian, perkara ini tidak boleh dilihat dari sudut sepihak saja dan hukuman itu semata-mata. Isu ini lebih kepada cerminan kecenderungan serta minat kepada sukan permotoran itu sendiri dalam kalangan anak muda yang
semakin meningkat, tetapi ruang atau fasiliti yang selamat dan sah di sisi perundangan masih terhad.
Datuk Speaker, anak muda perlu ditegur. Pada masa yang sama mereka perlu dipimpin ke arah jalan yang betul. Pembinaan trek permotoran ini akan lebih berkesan dalam mengurangkan lumba haram serta meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain. Justeru itu, saya memohon agar pembinaan trek permotoran dapat dilaksanakan di Keningau. Jika sekiranya pembinaan litar permotoran dapat dilaksanakan, peluang peminat motor tempatan dialu-alukan juga untuk menggunakan litar ini. Perkara ini penting untuk mengasah dan melahirkan bakat baharu dalam arena permotoran.
Saya memohon dalam Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kewangan untuk memberikan keutamaan pembinaan trek permotoran di Keningau ini agar dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Berbekalkan asas fiskal yang stabil dan lebihan belanjawan yang dicapai, Kerajaan Negeri mempunyai ruang untuk memperkemas pelaksanaan serta memastikan keberkesanan setiap peruntukan. Kritikan yang saya beri, saya bangkitkan ini adalah kritikan membina demi memperkukuh.
… kukuh Kerajaan dan memastikan dasar yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Datuk Speaker. Untuk mengakhiri perbahasan saya, saya rasa rakyat tidak menuntut perkara yang luar biasa. Mereka hanya mahu jalan yang selamat, rumah yang bebas banjir, peluang pendidikan yang adil, masa depan yang jelas untuk anak muda. Mengakhiri perbahasan saya, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Sabah, pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman di atas pembentangan Belanjawan ini. Mudah-mudahan apa juga yang dimudahkan di dalam Belanjawan ini dapat dijayakan sepenuhnya demi manfaat kepada rakyat
Sabah. Di kesempatan ini, saya juga mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas atau Hari Natal yang bakal tiba kepada semua sahabat, Ahli Dewan Undangan Negeri dan rakyat Sabah yang meraikannya. Selamat Tahun Baru 26, Liawan mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Liawan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Gum-Gum, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi semua. Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, juga selamat datang kepada semua pemerhati di sebelah sana.
Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Gum-Gum, kerana memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi, menjadi pemimpin mewakili rakyat Gum-Gum, untuk mengangkat suara Gum-Gum ke Dewan yang mulia ini melalui PRN 17 yang lalu. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026, yang mencerminkan usaha berterusan dan dalam memperkukuhkan kedudukan fizikal negeri, serta memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus terpelihara.
Pembentangan Belanjawan ini jelas menunjukkan keutamaan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunaan ekonomi, peningkatan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan serta kebajikan rakyat, khususnya bagi kawasan luar bandar dan pedalaman. Peruntukan kepada struktur-struktur strategik ini amat bertepatan dalam keperluan semasa negeri Sabah.
Namun demikian, saya ingin menegaskan agar setiap peruntukan yang diluluskan, dipantau dan dilaksanakan secara telus, berkesan serta berintegriti supaya setiap sen yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat. Kecekapan tadbir urus, kewangan negeri perlu terus diperkukuhkan agar keyakinan rakyat terhadap Kerajaan sentiasa terpelihara. Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi tumpuan khusus kepada pemerkasaan ekonomi rakyat,
menciptakan peluang pekerjaan serta sokongan berterusan kepada usahawan tempatan, agar pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dapat dinikmati secara menyeluruh dan eksklusif oleh semua golongan masyarakat.
Harapan saya dapatlah kementerian seperti Kementerian Kerja Raya, setiap tahun ada peruntukan. Kali ini agihan Kementerian Kerja Raya, 1.122 bilion pembekalan, 534.28 juta pembangunan. Saya berharap sangat jalan-jalan kampung, banyak kampung yang saya sudah pergi, semua kampung-kampung ini jalan raya begitu teruk berlubang sampai keluar dawai pun tidak diselenggara dengan baik. Jadi, saya berharap sangat kali ini Kementerian Kerja Raya kita berharap menjalankan amanah dengan baik.
Seterusnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga kita berharap banyak lampu-lampu yang tidak menyala, rumah-rumah yang usang tidak diselenggara dengan baik. Kementerian Tempatan juga ada peruntukan banyak ini peruntukan ini, 230.26 juta pembekalan, 27.19 juta pembangunan tetapi dalam masa yang sama kita kecewa, apa nama, usaha untuk membangunkan perumahan dan tempatan ini masih lagi contohnya di kawasan Gum-Gum saja, banyak rumah-rumah yang terbengkalai, masih tidak diselenggara dengan baik.
Kementerian Pendidikan Sains dan Teknologi masih juga, di kawasan saya masih, liputan internet yang tidak menyeluruh, masih dalam keadaan siput-siput orang kampung cakap. Jadi, kita tidak berani berharap sudah dengan Starlink yang dulu itu. Starlink tidak juga berfungsi dengan baik. Jadi, kita berharap, di tempat saya, tower sahaja yang banyak, tetapi tidak berfungsi. Jadi kali ini, lima tahun ke hadapan ini, mudah-mudahan semua masalah di kampung-kampung ini dapat diperbaiki ataupun apa nama, ditamatkan ataupun diselesaikan dengan baik.
Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan, di tempat saya begitu sunyi kata dia orang, tidak ada apa-apa, apa nama tidak ada apa-apa aktiviti yang dijalankan. Saya berharap mudah-mudahan Menteri yang baru ini, sahabat saya daripada apa nama daripada APAS dapat menyelesaikan masalah belia kita, supaya belia-belia ini
dapatlah bukan sahaja dari segi pekerjaan tetapi juga kursus-kursus kepimpinan, supaya apa nama belia-belia ini dapat pembelaan dengan sempurna. Datuk Speaker, saya tidak mengambil masa yang panjang untuk berbahas pada kali ini namun, saya ingin mengingatkan pihak Kerajaan bahawa sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, masih terdapat banyak masalah asas di kawasan saya, yang belum diselesaikan. Terutamanya berkaitan isu bekalan air, isu jalan raya, isu elektrik, liputan internet yang tidak memuaskan, masalah banjir. Ini masalah banjir di tempat saya ini bukan lagi kira tahun, bukan kira tahun lagi setiap-tiap tahun, tetapi tiap-tiap kali hujan memang banjir, jadi banjir kilat. Urusan dan status tanah juga di tempat saya ini tidak teratur. Lima tahun kita apa nama jadi Kerajaan yang lalu tapi urusan tanah termasuk tanah perkuburan pun tidak teratur. Lampu jalan yang tidak menyala, ini lampu jalan ini juga sepanjang jalan kadang-kadang semua mati lampu. Tiang elektrik sahaja ada tapi lampu tidak ada.
Inilah satu lagi ketidakan penyelenggaraan jalan raya yang tidak teratur berkala. Semua kampung-kampung, hampir semualah kampung saya masuk Kampung Jaya Bakti, Kampung Ulu Dusun, Kampung Sungai Kapur, Kampung Pertanian, Kampung Bim Bim. Bila masuk di kampung ini berlubang sampai keluar dawai, dan kita dulu ambil inisiatif, kumpul-kumpul duit untuk beli simen untuk menutup jalan-jalan yang berlubang, supaya dawai tidak keluar untuk membahayakan kepada pengguna jalan raya.
Juga satu lagi masalah besar Datuk Speaker di kawasan saya, gangguan hidupan liar. Gangguan hidupan liar ini hampir semua kampung kesian dia orang ini. Bertanam-bertanam sayur, tumbuh-tumbuh ya, harap dapat hasil, tetapi yang memungut hasil yang pertama itu adalah hidupan liar, terutama sekali monyet. Buayapun ada di kawasan saya, berapa orang sudah yang kena sambar. Tetapi, sampai sekarang tidak ada tindakan. Tidak ada tindakan yang boleh diharap, betul-betul diharap daripada Kementerian yang berkenaan.
Di sini, pasal gangguan monyet ini, ada yang sampai menangis, Datuk Speaker. Dia orang bertanam tetapi belum, baru mulai-mulai tumbuh, sudah, monyet yang duluan
menuai. Bukan menuai sahaja tapi merosakkan. Selain daripada itu, bukan saja tanaman yang dirosakkan, termasuklah binatang peliharaan macam ayam, ayam. Telur-telur ayampun semua dirosakkan oleh monyet-monyet ini. Kalau dia makan terus tidak apa, ini dia makan lebih daripada orang kaya, dia makan-makan dia buang, dia makan-makan dia buang. Kalau dia makan terus tidak apa, memberi kenyangkan.
Datuk Speaker, masa-masa ini, bukan isu baharu, malah telah lama dibangkitkan dalam dan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat di kawasan saya.
Datuk Speaker…
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, izinkan saya mengemukakan masalah-masalah tersebut mengikut kampung.
Pertama sekali, Kampung Semawang, kampung ini sudah lama tidak ada air, berpuluh tahun tidak ada air ya. Kemudian jeti pun tidak ada, jeti tidak ada. Kita mengharapkan dulu, Kerajaan yang dulu, lima tahun satu jeti pun tidak ada wujud di kampung ini. Masalah jalan raya, masih juga, jalan raya. Walaupun ada kontraktor ataupun jalan baru menuju ke Tanjung Semawang tetapi masih tidak selesai sampai sekarang. Juga, liputan Internet yang begitu lemah dan juga gangguan hidupan liar. Kedua, Kampung Sungai Memanjang, masih juga masalah banjir. Masalah banjir di sini ini bukan lagi mengikut tahun tetapi setiap hujan, banjir.
Jadi, saya mencadangkan, oleh kerana tiada dewan serbaguna untuk penempatan mangsa sementara, saya cadangkan dewan dibina di kawasan ini. Keperluan dewan serba guna tetap kita perlukan di sini. Kemudian, keperluan pembersihan sungai juga untuk mencegah supaya banjir tidak cepat naik. Kita perlu pembersihan sungai di kawasan Kampung Sungai Memanjang ini. Jalan Raya SPS 1 sampai sekarang, sampai
sekarang. Dulu kita sudah apa nama dipanggil ini, minta masa RMK yang Ke-11 dan Ke-12.
Tetapi insya-Allah, mudah-mudahan RMK Ke-13 ini dapatlah dinaik taraf jalan Kampung Memanjang ini. Liputan internet juga, kita mengharapkan juga dapat diselesaikan dan juga gangguan hidupan liar. Tanaman-tanaman asyik apa nama dituai oleh monyet-monyet ni. Jaya Bakti, masalah banjir juga, jalan raya yang rosak seperti saya harapkan tadi, liputan Internet yang lemah, gangguan hidupan liar. Kampung Ulu Dusun, jalan raya yang banyak berlubang di kampung-kampung tidak diselenggara dengan baik, lampu jalan juga tidak menyala ya, liputan Internet juga teruk dan juga gangguan hidupan liar.
Yang kelima, Kampung Sungai Kapur, masalah banjir juga ini, masalah banjir. Kita minta juga pembersihan sungai di kawasan ini, liputan Internet juga kita mahu diusahakan oleh Kerajaan apa nama yang sekarang. Gangguan hidupan liar juga ada di sini dan juga kita minta penyelenggaraan jalan raya di kampung ini supaya teratur.
Kampung Sungai Monyet, Kampung Sungai Monyet ini memang kampungnya memang monyet banyak di sini okey. Keperluan jeti juga selesa di kampung ini, kita minta ya jeti di kampung ini pun tidak ada. Masalah bekalan air, hampir mengkali 50 tahun, Datuk Speaker, kampung ini tidak ada air. Kita minta Kerajaan yang ada sekarang ini mengambil perhatian khusus kepada kampung-kampung yang tidak ada air ini, bukan saja Kampung Sungai Monyet. Lampu jalan, lama sudah ya, begitu lama dibagi aduan, lama tetapi tidak diambil endah oleh apa nama barangkali SESB, dan juga mana-mana kementerian yang bertanggungjawab. Dan juga jalan raya, ada jalan raya yang sudah jatuh, sampai sekarang tidak dibaik pulih. Gangguan hidupan liar juga ada di sini, memang pun Kampung Sungai Monyet.
Ketujuh, Kampung Pertanian Batu 25, banjir kilat. Setiap hujan, satu dua jam memang banjir okey. Keperluan dewan serba guna juga diperlukan di sini okey. Penyelenggaraan jalan raya kampung juga kita perlukan di sini sebab daripada simpang ya jalan-jalan besar itu masuk ke dalam, jalan raya ini teruk, sampai ada
yang keluar dawai sudah, keluar, BRC pun sudah keluar. Lampu jalan juga tidak menyala dan juga gangguan hidupan liar.
Seterusnya yang kampung kelapan, Kampung Garinono dan Kitagas. Masalah status tanah yang tidak teratur di sini ini. Kita tidak tahu siapa pemilik tanah-tanah di sini ini dan kita minta ya, terutama sekali JTU ataupun Jabatan Tanah untuk mengurus, terutama sekali tanah di kawasan kampung Kitagas ini. Juga, jalan raya berlubang di sana-sini tapi tidak diselenggarakan dengan baik. Lampu jalan yang tidak menyala, liputan Internet yang apa nama tidak ada, gangguan hidupan liar. Kampung Kuala Gum-Gum, Kampung Sungai Beruang, Kampung Dandulit dan Kampung Manting, masalah bekalan air juga. Di sini, semasa Kerajaan Warisan dulu, ini sudah paip masuk sampai di hujung kampung tetapi sampai sekarang, kita berharap dulu Kerajaan yang lama lima tahun, tetapi lima tahun itu satu titik air pun tidak disalurkan di dalam paip tersebut. Jadi, mohonlah ya supaya diambil perhatian khusus. Masalah hidupan liar, di sini pun banyak betul monyet juga. Jalan raya dari Simpang Dandulit ke Kuala Gum-Gum, daripada RMK Ke-11, 12, mudah-mudahan yang RMK Ke-13 ini, dapatlah dinaik taraf jalan raya dari Simpang Dandulit ke Kampung Kuala Gum-Gum tersebut. Juga, keperluan jeti yang selesa dan liputan Internet juga sangat apa nama mengecewakan di kampung ini.
Yang Ke-10, Batu 16 Gum-Gum, lampu jalan yang tidak menyala daripada Simpang Jalan Besar masuk ke apa nama di Kampung Bim-Bim. Jambatan runtuh yang belum dibina semula. Pembinaan Tamu Gum-Gum yang tidak disambung sampai sekarang, lima tahun. Saya dulu berharap tamu ini untuk keperluan rakyat di Gum-Gum ini disambung. Semasa saya dulu, saya sudah bina tetapi oleh kerana dua tahun bertukar Kerajaan tetapi apa nama pembinaannya, tidak dapat diteruskan. Jadi saya berharap pada masa itu, Kerajaan yang mengambil alih Kerajaan dapat apa nama meneruskan pembinaan tetapi sampai sekarang tidak diteruskan.
Sila gulung Yang Berhormat.
Datuk Speaker. Datuk Sepaker, inilah realiti dan masalah sebenar yang masih dihadapi setiap rakyat dan penduduk di kawasan saya. Dan saya berharap agar Pembentangan Belanjawan 2026 ini, dapat memberi penyelesaian konkrit, bukan sekadar janji di atas kertas. Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan bahas saya kali ini, saya ingin mengemukakan beberapa soalan kepada Kerajaan untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Soalan yang pertama, deng deng deng. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan atau hasrat untuk menaik taraf Jalan SPS 1 di Kampung Sungai Memanjang, memandangkan keadaan jalan raya semakin uzur dan menjejaskan keselamatan serta pergerakan penduduk setempat?
Yang kedua, Projek Jambatan Runtuh Batu 16 Gum-Gum. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina semula jambatan yang runtuh tersebut, dan apakah status terkini tindakan susulan terhadap projek yang ada itu? Yang ketiga, status projek solar di Kampung Pulau Libaran. Apakah status semasa pelaksanaan projek solar di Kampung Pulau Libaran, dan bilakah projek ini dijangka dapat disiapkan serta memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk Kampung Pulau Libaran?
Yang keempat, ancaman hidupan liar ataupun monyet di kawasan Gum-Gum. Masalah ancaman hidupan liar, khususnya monyet semakin membimbangkan penduduk di kawasan Gum-Gum dan menjejaskan keselamatan serta hasil tanaman. Soalan saya, apakah bentuk usaha atau langkah kawalan dan pelan jangka panjang yang sedang, dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menangani masalah hidupan liar?
Yang kelima dan terakhir, masalah banjir di beberapa kampung. Adakah Kerajaan Negeri berusaha untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Sungai Memanjang, Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Kapur dan Kampung Pertanian Batu 25? Jika iya, adakah, apakah bentuk usaha, perancangan atau projek mitigasi banjir yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut?
Datuk Speaker, akhir kata, saya menyokong pembentangan kewangan negeri ini dengan harapan ia dapat dilaksanakan secara berhemah, berintegriti dan benar-benar berpaksi kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Negeri Sabah, semoga sambutan Hari Natal pada tahun ini membawa kegembiraan, keamanan dan kesejahteraan kepada semua keluarga. Akhir kalam, terima kasih saya ucapkan sekali lagi di atas peluang yang diberikan. Mudah-mudahan peluang ini mendapat rahmat daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih. Gum-Gum mohon menyokong.
Bagus ini YB Gum-Gum, ada sound effect dia. Saya ingat ringtone telefon tadi. Terima kasih Yang Berhormat daripada Gum-Gum. Dan seterusnya saya mempersilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Mohamed Razali. Silakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Yang Berhormat Datuk Speaker…
Alhamdulillah, terima kasih atas kesempatan dan ruang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan kali ini.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pembentangan belanjawan 2026 oleh Menteri Kewangan yang saya sifatkan sebagai holistik. Datuk Speaker, menerusi ruang dan kesempatan yang diberikan izinkan saya membawa empat perkara penting yang saya rasa perlu didengar dan diberi perhatian di Dewan yang mulia ini.
Pertama, pusat autisme mengikut belanjawan sebanyak RM670 ribu diperuntukan bagi menambah Pusat Autisme Sabah atau dikenali sebagai (PAUS) yang bakal menyediakan pendidikan awal berkualiti dan mampu milik kepada golongan ini
seawal usia 3 hingga 7 tahun. Bagaimanapun izinkan saya memberi cadangan sekali gus mengangkat suara realiti ribuan keluarga dan ibu bapa kepada golongan anak-anak spektrum autisme ini termasuk kategori mild autisme di negeri ini yang ada kebimbangan mengenai hari apabila kami sudah tiada.
Mereka selalu bertanya, siapa yang jaga anak kami nanti? Di mana mereka akan tinggal? Adakah mereka akan selamat, terurus dan bahagia?. Dengan itu, saya ingin mencadang agar PAUS dinaik taraf untuk menjadi bukan sekadar pusat latihan tetapi sebagai rumah kedua untuk mereka anak-anak autisme agar mereka lebih selamat, terurus ada penjagaan rapi, ada latihan kemahiran, rutin kehidupan dan aktiviti sosial supaya mereka boleh terus hidup, belajar, bekerja dan berasa diterima. Pusat ini juga bukan sahaja untuk menjaga mereka tetapi menenangkan hati ibu bapa kerana mereka tahu jika mereka sudah tiada anak mereka masih ada tempat berpaut. Selain itu, saya juga mencadangkan biasiswa khas dan dana latihan kemahiran melibatkan soft skills dan latihan vokasional supaya anak-anak autisme ini dapat berdikari mengikut keupayaan masing-masing.
Yang kedua Datuk Speaker, adalah penubuhan One Stop Center Digital (OSC). Ramai rakyat mahu memohon bantuan tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi. Oleh itu, saya mencadangkan penubuhan One Stop Center secara digital yang diterajui bersama oleh Kementerian berkaitan bagi memudahkan akses maklumat dan permohonan bantuan. OSC ini perlu berfungsi sebagai satu, penyaluran maklumat bertindak sebagai pusat sehenti untuk orang awam mengetahui bantuan apa yang tersedia untuk mereka merangkumi pelbagai kategori keperluan. Kedua, semakan kelayakan membolehkan pengguna membuat penilaian sendiri ataupun self-assessment untuk melihat sama ada mereka layak mendapat bantuan tertentu. Yang ketiga, permohonan dan pemprosesan bagi tujuan pembangunan kawalan pemajuan. OSC Online adalah sistem elektronik untuk mengemukakan dan memproses permohonan. Perkara ini bukan soal teknologi semata-mata tetapi soal keadilan akses supaya maklumat bantuan dapat sampai terus kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.
Yang ketiga Datuk Speaker, adalah pembinaan rumah SMJ. Alhamdulillah, saya menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 yang telah meningkatkan kuota rumah SMJ daripada 20 kepada 40 dan tahun depan kepada 50 buah bagi setiap kawasan DUN. Penambahan ini turut memberi kelegaan yang besar kepada golongan belia kita khususnya pasangan muda yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri. Namun, realitinya Datuk Speaker, di kawasan suburban seperti Sepanggar menuntut pendekatan yang lebih strategik. Isu utama bukan sekadar bilangan unit, tetapi keterbatasan tapak tanah akibat kepadatan penduduk yang semakin meningkat.
Sebagai contoh, satu tapak tanah yang sebelum ini hanya mampu menempatkan sekitar 20 unit rumah setingkat, berpotensi menempatkan dua kali ganda rumah SMJ sekiranya dibangunkan dalam bentuk rumah SMJ bertingkat. Ini bukan sahaja lebih cekap dari segi guna tanah malah mampu memberikan lebih banyak rumah kepada orang-orang Sabah. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan pendekatan yang baru rumah SMJ bertingkat khusus untuk kawasan suburban sebagai sebahagian daripada dasar perumahan mampan Sabah. Dalam masa yang sama juga Datuk Speaker, saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri menjalankan kajian menyeluruh berkaitan rumah SMJ atas air bagi komuniti penempatan atas air, supaya reka bentuk perumahan dapat disesuaikan dengan realiti setempat dan keperluan sebenar rakyat. Pendek kata, pendekatan ini membolehkan lebih ramai keluarga dibantu tanpa menambah keluasan tanah sekali gus menjadikan pelaksanaan rumah mesra SMJ lebih inklusif dan praktikal. Datuk Speaker yang terakhir, last but not least pemerkasaan belia. Belia Sabah bukan kekurangan bakat tetapi kekurangan peluang. Oleh itu saya menegaskan bahawa kementerian berkaitan khususnya Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang dikenali sebagai (MYSPACE) perlu memperkasakan pembangunan belia secara lebih menyeluruh dan berfokus merangkumi peluang pekerjaan, keusahawanan, latihan kemahiran, ekonomi kreatif, serta pembentukan kepimpinan dan jati diri. Merujuk kepada belanjawan yang dibentangkan Jumaat lepas, peruntukan sebanyak RM16.75 juta bagi pembangunan
modal insan dan geran kepada persatuan belia adalah satu langkah yang baik namun jumlah ini...
…ini masih belum mencukupi dan wajar dikaji semula agar selari dengan skala sebenar keperluan belia-belia di Sabah. Ini kerana Sabah mempunyai sekitar 2.2 juta orang belia. Mereka perlukan sokongan yang konsisten, ruang untuk berkembang, peluang yang adil, serta platform yang berterusan untuk menyumbang kepada negeri.
Pembangunan modal insan tidak boleh dilihat sebagai program sementara atau program ad-hoc atau program bermusim, sebaliknya sebagai pelaburan jangka panjang.
Pelaburan ini perlu diperkasakan kerana kita bukan sekadar mahu melahirkan tenaga kerja tetapi mahu membentuk generasi muda yang mampu menjadi pemimpin dan pewaris negeri yang lebih berkemahiran dan berwawasan pada masa hadapan. Jika kita benar-benar serius membina masa depan anak-anak Sabah, maka pelaburan terhadap anak muda mesti dianggap sebagai pelaburan strategik negeri. Bukan sekadar angka di atas kertas belanjawan.
Datuk Speaker, sebagai penutup apa yang saya bangkitkan hari ini bukanlah permintaan yang berlebihan tetapi rayuan yang lahir dari hati orang-orang Sabah. Optisma adalah soal kemanusiaan, perumahan adalah soal maruah, digitalisasi adalah soal keadilan, belia adalah soal masa depan. Jika kita benar-benar mahu Sabah yang inklusif maka tiada siapa yang harus tertinggal. Oleh itu, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya menyokong Belanjawan 2026.
Sebelum saya mengundur diri, i wish all and every Christian friends a happy enjoyous Christmas, Happy 2026 dengan keyakinan Sabah akan lebih maju dan jaya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Mohamed Razali dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Sebatik. Silakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Datuk Speaker. Alhamdulillahi rabbil-alamin qoluhi robbis rohlii shodri, wa yassirlii amrii, wahlul uqdatam mil lisani, yafqohu qawlii. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang Sebatik mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Sabah 2026.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Presiden Parti Warisan kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai calon N.73 Sebatik. Justeru itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan dan menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi N.73 Sebatik. Khususnya kepada yang telah memberi sokongan padu dan kepercayaan kepada saya. Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Sebatik yang inginkan pembelaan dan masa depan yang lebih baik. Kepercayaan ini juga adalah satu amanah yang besar dan akan memastikan setiap langkah adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Saya juga ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada SLS kerana telah berjaya mengangkat dan memenangi hak perundangan 40% yang sepatutnya sudah lama dinikmati oleh rakyat kita di wilayah Sabah. Berapa nilai dan bagaimana cara pengiraan dilakukan, semuanya sudah tentu ada dalam formula yang telah ditetapkan dalam perundangan 112C dan 112D. Tidak perlu dirundingkan lagi. Hanya perlu dilaksanakan kerana hak 40% itu adalah hak rakyat Sabah secara keseluruhannya.
Datuk Speaker, “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Diutamakan”. Inilah tema dan fokus Belanjawan Sabah tahun 2026 di mana pihak Kerajaan telah beriltizam untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sabah keseluruhannya. PRN Ke-17 telah berlalu dan mandat baharu telah diberikan. Oleh itu, marilah kita sama-sama
membina politik baru untuk kebaikan rakyat wilayah Sabah yang dikasihi ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. Sesuai dengan tema Belanjawan 2026, “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Maka dengan itu kita harus sama-sama bertanggungjawab kepada rakyat Wilayah Sabah dan seluruhnya dan disalurkan peruntukan kepada semua wakil-wakil rakyat yang telah diberikan mandat dan di semua kawasan DUN. Hentikan amalan lama yang tidak membina dan hanya merugikan rakyat.
Datuk Speaker, cadangan peruntukan Anggaran Belanjawan Perbekalan bagi Tahun 2026 berjumlah RM6.02 bilion. Walaupun belanjawan ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun 2025, RM6.42 bilion. Namun belanjawan ini untuk 2026 juga agak tinggi dan diharapkan impak kemakmuran dan kesejahteraan harus dinikmati oleh rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Datuk Speaker, saya menyentuh kawasan saya di Sebatik. Pada tahun 1970-an sehingga 1990-an, Sebatik ini adalah sebuah kawasan yang berhampiran dengan sempadan antarabangsa. Pada masa itu, Sebatik Indonesia ketinggalan jauh dari segi infrastruktur, infra Sebatik Malaysia jauh ke depan. Namun hakikatnya pada masa sekarang ini, Sebatik Indonesia lebih maju. Jauh seperti bumi dan langit dibandingkan dengan Sebatik, Malaysia. Pulau Sebatik merupakan pulau yang unik dan kaya dengan pelbagai hasil buminya. Disini terletaknya kawasan petroleum atau dikenali sebagai Ambalat. Sebatik, Malaysia mempunyai keluasan lebih kurang 187.23 km persegi, iaitu satu saiz yang cukup besar untuk pembangunan terancang. Berbanding dengan Pulau Labuan dengan keluasan hanya lebih kurang 91.64 km persegi. Potensi sebenar sangatlah besar kerana kedudukan geografi yang terletak bersempadan terus dengan Indonesia. Seperti Labuan berdekatan dengan Brunei dan Singapura berdekatan dengan Johor, Malaysia. Sekiranya…
… mengambil perhatian serius tentu akan memberi impak ekonomi kepada Sabah secara khusus dan Malaysia
secara keseluruhannya. Sebatik Malaysia juga mempunyai kedudukan strategik berbanding, Sebatik Malaysia juga mempunyai kedudukan strategik untuk perdagangan rentas sempadan. Sehingga kini, tiada pembangunan serius untuk impak kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Sebatik Malaysia. Oleh itu, banyak ruang, banyak ruang dan pembangunan untuk pembangunan baharu yang boleh diteroka. Saya mengalu-alukan dan mengharapkan agar pihak Kerajaan mengambil peranan ini agar Sebatik menjadi sebuah hak ekonomi dan menjadi antara penyumbang KDNK untuk negara Malaysia dan wilayah Sabah secara keseluruhannya.
Datuk Speaker, suka saya menyentuh kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang mendapat peruntukan RM317.72 juta, iaitu termasuk RM122.72 juta perbelanjaan mengurus atau perbelanjaan perbekalan dan RM195 juta perbelanjaan pembangunan. Di bawah RMKe-13, siling peruntukan telah diluluskan RM1.71 bilion kepada KPLB untuk melaksanakan 13 projek baharu. Projek-projek ini telah disenaraikan termasuklah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA). Kedua, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan seterusnya projek Jambatan Kecil Luar Bandar (JKLB).
Ketiga-tiga projek, ketiga-tiga program dan projek ini dirangka untuk meningkatkan kualiti hidup luar bandar melalui akses tenaga, bekalan air bersih dan jaringan infrastruktur yang lebih baik dan selesa dan selamat. Berhubung kait dengan perkara ini, saya menarik perhatian bahawa ia menjurus kepada kemudahan asas. Sesebuah wilayah atau kawasan yang ingin dimajukan perlu berdaya saing haruslah terlebih dahulu menjadikan menyediakan prasarana yang lebih baik supaya segala perancangan dalam aspek kemajuan ekonomi akan berjalan dengan lancar. Untuk itu, Sebatik mengharapkan dimasukkan di dalam senarai 13 projek baharu ini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Masalah kemudahan asas di kawasan Sebatik ini memerlukan tindakan segera. Kerosakkan jalan raya yang sangat ketara memerlukan pembaikan tuntas. Lampu jalan perlu dipasang untuk keselamatan dan keselesaan pengguna. Keseluruhannya, jalan raya di kawasan
Sebatik masih tidak, tiada lampu. Bekalan air bersih juga merupakan keperluan yang sangat mendesak setiap tahun pada musim kemarau.
Penduduk Sebatik akan berhadapan dengan masalah ketiadaan air sehingga berbulan-bulan lamanya. Oleh itu, pihak Kerajaan harus mengambil perhatian serius tentang masalah air ini untuk keselesaan penduduk Pulau Sebatik. Semalam saya telah menerima mesej pesanan ringkas daripada Guru Besar SK Bergusung. Seorang guru telah terjatuh kerana tangga jeti yang usang dan patah. Kemudian, kemudahan jeti di setiap kampung di Sebatik untuk sekarang ini sangatlah daif dan kurang selamat untuk digunakan. Memandangkan keadaan, memandangkan adanya peruntukan di bawah KPLB maka dengan itu saya mohon agar Sebatik diambil perhatian dan diberikan keutamaan.
Ini kerana selain perhubungan darat, penduduk Sebatik juga menggunakan perhubungan laut sebagai perhubungan utama. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan diselesaikan untuk kemakmuran dan kesejahteraan penduduk Sebatik.
Antaranya seperti masalah sungai yang cetek perlu diperdalamkan. Hakisan tebing sungai perlu diatasi dengan pemasangan gabian. Masalah geran tanah yang sudah lama, terlalu lama tidak diselesaikan. Masalah kos sara hidup yang terlalu tinggi dan lain-lain lagi.
Yang Berhormat Kemabong, Menteri KPLB, saya mengharapkan agar kawasan Sebatik diberikan perhatian dan keutamaan kerana kawasan Sebatik ini sudah lebih enam dekad berhadapan dengan masalah empat serangkai, iaitu masalah-masalah jalan raya, masalah air, bekalan air bersih dan masalah kestabilan bekalan elektrik, serta masalah-masalah jeti di kampung-kampung Pulau Sebatik. Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada Kementerian Keusahawanan dan Pengangkutan (KPKP) yang mendapat peruntukan sejumlah RM194.03 juta, iaitu termasuk perbelanjaan RM105.67 juta perbelanjaan mengurus dan RM88.36 juta perbelanjaan pembangunan dalam buku Belanjawan Sabah 2026, (Nombor 82) SEDCO telah diperuntukkan RM16.90 juta untuk meneruskan projek sedia ada, iaitu pembinaan rumah kedai di Kalabakan dan Tungku. Pembinaan kedai
Matunggong, kedai dan hotel dua blok bangunan Pulau Bum-Bum Semporna, serta pembinaan kedai Waston dan Kampung Padas Damit di Beaufort. Oleh itu, untuk manfaat rakyat, projek-projek ini haruslah disiapkan mengikut jadual. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, JPDS, juga diperuntukkan RM27.64 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, untuk memperkemaskan infrastruktur pelabuhan. Di bawah RMKe-13, siling peruntukan kepada JPDS, iaitu RM32.23 juta untuk 23 projek pembangunan, iaitu lima projek sambungan dan 18 projek baharu. Antara projek yang disenaraikan oleh JPDS, termasuklah pengukuran hidrografik di Well’s Bay, pemasangan sistem pemantau trafik perkapalan di Tawau, naik taraf terminal feri Menumbok fasa empat, pembinaan jeti Pontoon baharu di Karakit serta kerja awalan bagi pengkalan feri antara Pulau Bum-Bum dan Semporna. Yang Berhormat Kadamaian, Menteri KPKP, memandangkan adanya kelulusan peruntukan di bawah RMKe-13 sebanyak RM32.23 juta kepada JPDS, demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah keseluruhannya, saya mencadangkan dan mengharapkan agar dapat dimasukkan dalam senarai projek baharu menaik taraf jeti awam yang lebih selesa dan selamat untuk kegunaan penduduk Pulau Sebatik seperti yang dinikmati oleh penggunaan jeti Tawau-Indonesia. Datuk Speaker, secara umumnya, ingin saya menyentuh kepada Program 05000 di dalam Draf Kedua Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi Tahun 2026, iaitu penyelenggaraan dan kelengkapan masjid, surau dan sekolah agama secara khusus adalah kepada aktiviti 05200, iaitu penyelenggaraan dan pengendalian sekolah agama muka surat 141 dalam Draf Kedua Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi Tahun 2026.
Rakyat Sabah pada dasarnya kekurangan dan sangat memerlukan sekolah-sekolah agama di bawah pentadbiran wilayah Sabah, khususnya di pantai timur dan pedalaman. Dalam dunia globalisasi, masyarakat sejagat terdedah kepada pengaruh media sosial yang tidak terkawal.
Oleh itu, perlunya sekolah atau institusi keagamaan diperkasakan untuk membina sahsiah diri anak-anak kita. Oleh ini, permasalahan sekolah agama di wilayah Sabah ini sudah berlarutan begitu lama,
sehingga sekarang masih tidak dapat diselesaikan. Antara masalah yang serius dan berlarutan…
...seperti tiada penyelesaiannya adalah seperti berikut. Masalah kekurangan kelas atau bilik darjah. Saya mengambil sampel SAN Sungai Pukul, Pulau Sebatik. Ditubuhkan pada 22 Mac 2014. Lebih kurang 14 tahun telah beroperasi. Sekolah ini mempunyai pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Hanya beroperasi satu sesi persekolahan sahaja. SAN Sungai Pukul mempunyai satu blok bangunan, tiga kelas darjah sahaja. Bayangkan oleh kerana pelajarnya terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6, terpaksalah setiap kelas dibahagi dua dengan penghadang di tengah-tengah kelas. Walaupun tidak selesa, tetapi ini terpaksa dilakukan untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Masalah kedua, masalah kekurangan guru. Semenjak ditubuhkan, SAN Sungai Pukul ini masih berhadapan dengan kekurangan guru. Bayangkan ada enam kelas darjah, tetapi hanya ada dua guru terlatih sahaja dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri SPANS. Untuk mengatasi jurang kekurangan guru, satu orang guru dipinjamkan daripada JHEAINS Tawau, yang berjawatan hakiki, Pembantu Hal Ehwal Islam, bukannya guru.
Yang Berhormat, sila gulung.
Okey. Dan telah berkhidmat selama 11 tahun, tetapi tidak diserap jawatan guru tetap. Seorang lagi guru digaji oleh Unit Zakat dan seorang lagi guru sementara terpaksa dibayar gaji RM400.00 sebulan atas inisiatif menggunakan kutipan murid-murid dan guru-guru. SAN Sungai Pukul ini seharusnya dibekalkan dengan guru-guru yang mencukupi dan mempunyai kerani sekolah tanpa menanggung tugas sebagai guru mengajar.
Selain daripada itu, ada beberapa masalah yang terpaksa dihadapi oleh SAN antaranya seperti kekurangan alat bantuan mengajar, masalah infrastruktur, kekurangan meja dan kerusi, pelajar terpaksa berkongsi tiga orang untuk satu meja, kekurangan tandas guru dan pelajar dan lain-lain. Kekurangan tenaga pengajar, kekurangan tenaga kerja pejabat JHEAINS memberi kesan kepada pengurusan sekolah. Cabaran pengurusan pentadbiran di peringkat sekolah, guru, dialah juga guru, dialah juga kerani. Keseluruhannya, isu guru dan fasiliti adalah cabaran utama yang dihadapi di sekolah-sekolah agama di Sabah walau pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasinya. Kesan daripada permasalahan ini yang tidak diatasi secara dinamik akan menyebabkan kualiti pendidikan terjejas dan tidak dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usul penyelesaian atau cadangan daripada Sebatik.
Yang Berhormat. Sila gulung sudah.
Kejap. Kerajaan Sabah harus menyediakan dana yang…
Panjang lagi?
…yang mencukupi untuk mengatasi masalah kekurangan guru.
Yang Berhormat. Banyak lagi?
Sikit lagi
Sudah limpas masa tu.
Okey.
Oleh itu, Yang Berhormat, Sugud, Sebatik mengharapkan agar permasalahan sekolah-sekolah agama, khususnya SAN Sungai Pukul, diambil perhatian dan keutamaan untuk
membina sebuah blok sekolah tiga kelas bagi mengatasi kekurangan kelas yang sudah lama berlarutan. Oleh itu, soalan saya, bagaimanakah fungsi dan sasaran yang jelas dalam konteks pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk merealisasikan dengan impak optimum sampai kepada rakyat? Dan seterusnya, apakah rancangan dan langkah-langkah pihak JHEAINS.
Mohon laluan.
…untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan kekurangan…
Sebatik. Mohon laluan.
Satu lagi. Kurangan itu di sekolah agama dan…
20 minit suda. Tersasar kita ni.
Yang Berhormat, bila saya minta gulung, itu artinya kasih habis itu ucapan. Bukan sambung lagi
Okey saya gulung, Tuan. Okey sekiranya perbelanjaan, anggaran perbelanjaan 2026 ini memberi impak kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya tanpa ketirisan, maka saya menzahirkan ucapan terima kasih. Dengan itu, wabillahi taufiqwalhidayah, wassalamualaikum WBT.
Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik. Tiap-tiap kawasan memang banyak dia punya masalah, perkara yang ingin kita bentangkan dalam persidangan ini tapi kita kena bagi 12 minit itu guidelinelah ya. Seterusnya saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Abdul Kassim bin Jali. Silakan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, Alhamdulillah syukur ke hadapan Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi bersidang dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan satu dokumen yang amat penting, iaitu Belanjawan 2026.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sekali lagi telah dilantik jadi Ketua Menteri untuk mengetuai Kerajaan baru ini. Dan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan Mampan dan Berwawasan.
Kejayaan Kerajaan mencatatkan lebihan sebanyak 28 juta dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu adalah satu pencapaian yang membanggakan. Ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi satu isyarat jelas kepada pelabur dan rakyat bahawa nakhoda Sabah ini sedang mengemudi ke arah yang betul dengan disiplin kewangan yang ketat.
Datuk Speaker, Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Inilah peribahasa popular yang meletakkan harapan tinggi kepada golongan belia sebagai tonggak kekuatan bangsa dan negara. Belia sebagai aset penting kerana mereka adalah merupakan pewaris kepada kepimpinan dan penentu hala tuju masa depan negara. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita menyediakan ekosistem yang kondusif bagi mereka mengembangkan bakat, potensi dan minat secara positif atau terarah. Namun kita tidak boleh menutup mata, terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh belia. Umpamanya minat mendalam dalam sukan permotoran seringkali terhalang oleh kemudahan yang tidak sesuai dan tidak selamat serta tidak diiktiraf. Justeru itu, saya mencadangkan sebuah litar permotoran ini dibina di tapak tanah persekutuan di Kampung Laya-Laya, Tuaran.
Datuk Speaker, dalam kita rancak membincangkan tentang infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan dan bangunan tinggi, kita tidak boleh melupakan
infrastruktur penting, iaitu infrastruktur manusia.
Tanpa modal insan yang berkemahiran segala pelaburan asing yang masuk.
Seperti kilang yang dibina tidak akan dapat diisi oleh anak tempatan. Oleh itu, saya menyambut baik dan menyokong penuh peruntukan besar sebanyak RM437.93 juta yang dikhaskan untuk tujuan memperkasa dan membangunkan modal insan pada tahun hadapan. Ini adalah satu pelaburan strategik. Fokus saya dalam perbahasan ini adalah bagaimana kita memastikan setiap sen daripada hampir setengah bilion ringgit ini benar-benar melahirkan generasi emas yang mampu bersaing di peringkat global. Datuk Speaker, dunia sedang berubah, ekonomi gig, kecerdasan buatan ataupun AI dan automasi menuntut set kemahiran baru. Merujuk kepada ucapan belanjawan, saya amat tertarik dengan peruntukan RM39.24 juta di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi. Dana ini dikhaskan khusus untuk latihan sains, teknologi, kejuruteraan, matematik atau STEM serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, iaitu TVET. Kita mengharapkan Kerajaan melipatgandakan usaha untuk mengukur menukar persepsi masyarakat terhadap TVET. TVET bukan lagi pilihan kedua, pilihan ketiga atau keempat. Tetapi di negara maju seperti Jerman dan Jepun, lulusan TVET adalah tulang belakang ekonomi.
Dengan kemasukan pelaburan berimpak tinggi seperti kilang keluli hijau, Esteel di Sipitang dan perkembangan sektor pembuatan yang menyumbang 7.2% kepada KDNK negara, kita memerlukan ribuan juruteknik, jurutera dan tenaga mahir. Saya mencadangkan agar sebahagian daripada dana ini digunakan untuk mewujudkan program padanan industri yang lebih agresif. Pastikan silibus di institut kemahiran kita selari dengan mesin yang digunakan di KKIP atau POIC, Lahad Datu. Jangan kita melatih anak muda membaiki kereta, karburator, sedangkan industri sedang beralih kepada kenderaan elektrik. Kita mesti relevan.
Datuk Speaker, pendidikan adalah satu-satunya jalan keluar yang paling ampuh daripada kepompong kemiskinan. Saya tersentuh dengan keprihatinan Kerajaan. Kerajaan Negeri meneruskan dan menambah baik pelbagai inisiatif bantuan pendidikan. Inisiatif seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT, iaitu BUDI, Bantuan Ehsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) adalah bukti Kerajaan mendengar rintihan ibu bapa B40. Lebih membanggakan tahun 2026 bakal menyaksikan pengenalan bantuan baharu, iaitu Bantuan Pendaftaran Yuran MUET atau BAYU sebanyak RM150 seorang. Walaupun nilainya mungkin nampak kecil, tetapi bagi setengah pihak, bagi keluarga seperti pesawah dan nelayan, RM150 itu amat besar nilainya.
Datuk Speaker, pembangunan modal insan tidak lengkap jika hanya mengejar kecemerlangan akademik semata-mata tanpa pengisian rohani dan sahsiah diri. Kita mahu melahirkan cendekiawan yang berintegriti, bukan robot yang pandai bekerja, tetapi kosong jiwanya. Justeru, saya menyokong penuh peruntukan RM151.08 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, JHEAINS untuk membangun operasi hal ehwal agama islam termasuk sekolah agama dan masjid. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai peruntukan RM47.3 juta untuk perkhidmatan perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak. Dalam era digital ini, peranan perpustakaan adalah berevolusi. Ia bukan lagi sekadar tempat menyimpan buku, tetapi menjadi hub komuniti dan pusat akses maklumat. Perpustakaan desa adalah jendela dunia bagi anak-anak di pedalaman. Saya berharap Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah akan memperkasakan lagi program digital perpustakaan di desa. Pastikan capaian internet di perpustakaan desa berada pada tahap optimum, supaya jurang digital antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan. Biarlah anak petani di pedalaman mempunyai akses kepada maklumat yang sama pantasnya dengan anak yang berada di Kota Kinabalu. Selain itu, saya juga mencadangkan agar satu badan berkanun diwujudkan untuk atau bertanggungjawab kepada digitalisasi yang sedang berkembang maju pada ketika ini. Kepentingan ini perlu dikoordinasi cekap dan berkesan dalam kita melaksanakan agenda digital di negeri ini.
Datuk Speaker, sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa pelaburan RM437.93 juta dalam modal insan adalah pelaburan yang tidak akan rugi. Hasilnya mungkin tidak akan nampak dalam bentuk bangunan yang megah pada tahun hadapan, tetapi akan kita tuai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun lagi apabila anak-anak ini keluar memimpin negeri dan memacu ekonomi negeri Sabah. Dengan iltizam untuk melihat Sabah bangkit sebagai kuasa ekonomi dan maju jaya, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor yang mempunyai misi dan visi serta hala tuju yang jelas, saya dengan penuh yakin menyokong Belanjawan 2026 ini. Akhirnya saya juga ingin mengucapkan Selamat menyambut Merry Christmas and Happy New Year 2026. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih ADUN yang dilantik. Yang Berhormat Datuk Abdul Kassim bin Jali. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tungku untuk berucap. Selepas ini, Yang Berhormat Bengkoka, ya. Silakan, 12 minit, ya.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang yang Datuk Speaker berikan kepada saya untuk turut serta dalam berbahas Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2026. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Karanaan, Menteri Kewangan atas pembentangan bajet 2026 yang membentangkan anggaran hasil berjumlah RM6.43 bilion, anggaran perbelanjaan perbekalan RM6.402 bilion, lebihan ataupun surplus sebanyak RM28 juta.
Datuk Seri Speaker, sebelum saya meneruskan soal bajet ini, saya ingin bercakap dulu mengenai kawasan saya sebab keberadaan saya di sini adalah hasil daripada mandat yang diberikan oleh masyarakat di kawasan yang saya wakili. Datuk Seri Speaker, sekali lagi saya ulangi keperluan.
…dan permintaan saya, bagi daerah Tungku yang pertama sekali, perlunya daerah kecil Tungku ini dinaik taraf menjadi daerah penuh. Pertama, dalam usaha kita untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat setempat dan dalam usaha kita untuk mengutip hasil negeri, potensi hasil yang tidak dapat dikutip bagi daerah kecil Tungku. Keduanya, Datuk Seri Speaker, saya juga ingin mengulangi permohonan saya kepada Menteri KPKT mengenai pembinaan bandar baru di Tungku. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada SEDCO, yang sekarang ini sedang rancak membina empat unit ataupun empat blok kedai di Tungku, tetapi ada satu projek yang terhenti dan terbengkalai, iaitu satu projek kerjasama LPPB dengan Menara Gading Sendirian Berhad. Saya mohon kepada Menteri yang berkenaan untuk melihat kembali kerjasama ini, agar satu penyelesaian boleh dibuat bagi membolehkan supaya projek ini berjalan seperti mana yang sepatutnya. Sebab apa yang Yang Berhormat Menteri, bagi kawasan Tungku, selain daripada daerah penuh sebagai pentadbir, kita juga memerlukan bandar baru untuk pusat pentadbiran dan juga pusat untuk aktiviti ekonomi setempat.
Perkara ketiga, mengenai kawasan yang ingin saya ulang, Datuk Seri Speaker, iaitu keperluan untuk membina jajaran baru jalan pesisir pantai bagi daerah kecil Tungku, daripada Mundas hinggalah Ketambisan. Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, untuk daerah Tungku ini kita hanya ada sebuah jalan yang melalui kawasan Ladang FELDA, sehingga kita sampai ke kampung-kampung tradisi yang berada di kawasan pesisir pantai. Usaha kita untuk membangunkan dan membina jalan pesisir pantai ini, akan pasti membawa dan menjadi pemangkin kepada pembangunan kampung-kampung tradisi dan juga usaha kita untuk membawa kemudahan asas, kepada kampung-kampung tradisi ini sebagai contoh, elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya.
Saya juga ingin menyampaikan masalah rakyat di kawasan Tungku yang masih lagi sedang membelenggu mereka hingga ke saat ini. Yang pertama sekali, keperluan mengenai sekolah dan pendidikan. Tungku memerlukan sebuah sekolah menengah yang baru, disebabkan pertambahan bilangan pelajar setiap tahun. Tungku juga memerlukan sebuah ataupun sebuah kolej universiti yang sesuai dibahagian tersebut, disebabkan Tungku ini mempunyai kawasan yang luas dari segi pertanian. FELDA berada di situ, ladang-ladang swasta berada di situ dan juga potensi Ekonomi Biru yang boleh diterokai di kawasan Tungku. Oleh sebab itu, satu kolej universiti yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam sektor ini haruslah diwujudkan. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, Tungku juga masih berhadapan dengan masalah hospital dan kesihatan. Di mana klinik-klinik desa, klinik kesihatan berhadapan dengan kemudahan yang masih lagi ketinggalan. Sebagai contoh, pegawai perubatan, kereta ambulans dan perkhidmatan pembuangan sisa klinikal. Masalah rakyat seterusnya yang ingin saya bawa di sini Yang Berhormat Speaker, untuk diselesaikan oleh Menteri ataupun mana-mana juga yang berkaitan, iaitu mengenai geran hak milik tanah, yang selama ini sudah diusahakan melalui program PANTAS dan juga penyerahan geran kepada peneroka FELDA, dan juga usaha untuk menyelesaikan masalah Skim Bagahak dari segi hak milik tanah. Saya mohon kepada Menteri yang berkenaan, mana-mana tanah yang sudah diukur geran tanah hendaklah diserahkan ke tangan pemiliknya dan mana-mana tanah yang belum diukur program pengukuran menggunakan sistem PANTAS, haruslah diteruskan dan Kerajaan Negeri juga harus mengambil tahu dan campur tangan mengenai geran tanah peneroka FELDA yang hingga pada saat ini masih lagi belum diserahkan kepada mereka. Walaupun sebelum ini kita sudah membuat inisiatif untuk menyerahkan geran tersebut dan seterusnya, saya minta juga kepada Kerajaan untuk menyelesaikan masalah Skim Bagahak yang sudah berlanjutan sejak sekian lama, sayapun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya harap Kerajaan akan menyelesaikan masalah ini.
Masalah-masalah lain di kawasan Tungku yang mesti saya sebut sebab saya tidak mahu ketinggalan dan ini Sidang pertama kita, supaya lima tahun akan datang saya tidak ditanya lagi oleh masyarakat Tungku. Yang pertama sekali, iaitu masalah jalan perhubungan kampung dan juga jalan pertanian. Jalan ini penting, satu ianya adalah jalan perhubungan. Kedua ianya adalah jalan untuk membawa keluar hasil para pekebun kecil ke kilang-kilang dan juga ke tempat penjualan hasil mereka. Jalan seperti jalan di Tambisan, Simuning, Tengah Nipah dan sebagainya harus diselesaikan.
Begitu juga dengan masalah air Yang Berhormat Speaker. Ada satu loji rawatan air di Tanjung Labian yang sudah sekian lama siap, tetapi hingga hari ini disebabkan ada beberapa perkara yang menjadi pertikaian, antara kontraktor dan juga Jabatan Air Negeri Sabah. Loji rawatan air ini tidak berfungsi hinggalah ke saat ini. Kerisauan saya adalah masalah vandalisme sedang berlaku dan akhirnya nanti projek ini akan menjadi projek yang sakit.
Ketiga, bekalan elektrik luar bandar. Ada satu projek bekalan elektrik luar bandar di Kampung Bikang Kecil, sebelum ini yang sudah 90% siap tetapi yang 10% itu terhenti hingga ke saat ini. Walaupun sudah ada usaha untuk menggerakkan semula projek ini, namun demikian saya tidak lihat lagi pergerakan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Begitu juga dengan masalah bekalan elektrik di Kampung Bagingut. Dalam masa yang sama, masalah telekomunikasi, kemiskinan luar bandar, kebajikan rakyat, sumber pendapatan masyarakat kampung dan ekonomi desa, adalah antara perkara-perkara yang harus dilihat oleh Kerajaan dan Menteri berkenaan, dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah rakyat di Tungku.
Datuk Seri Speaker, saya pergi kepada bajet kita pada kali ini. Seperti yang saya sebut tadi, anggaran hasil RM6.430 bilion. Anggaran perbelanjaan RM6.402 bilion, lebihan surplus RM28 juta dan bajet ini nampaknya rendah berbanding dengan bajet sebelumnya. Walaupun ada surplus yang menunjukkan bagaimana Kerajaan ini cukup berhemah dalam perbelanjaan. Namun demikian, 12 minit sudahkah Datuk
Speaker? Sebenarnya ada satu pendekatan yang boleh digunakan oleh Kerajaan, dalam usaha kita untuk berbelanja membuat pembangunan kepada negeri ini. Sebagai contoh, sebenarnya masalah surplus ataupun defisit ini adalah pilihan kepada kita. Dalam keadaan kewangan Kerajaan Negeri yang tidak mencukupi, mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk membuat defisit bajet, supaya keperluan dan kehendak rakyat di lapangan boleh diselesaikan. Walaupun bajet itu adalah bajet defisit, tapi dengan cara kita berbelanja secara berhemah dan mengatur kewangan kita secara baik, apabila dibentangkan belanjawan tambahan nanti, defisit bajet ini akan dapat diperbaiki semula. Dengan tema dan fokus memacu pembangunan kesejahteraan rakyat diutamakan, dengan lima tonggak strategi bagi mencapai matlamat Belanjawan 2026, ada beberapa perkara yang saya harus puji mengenai bajet ini.
Yang pertama sekali, inisiatif untuk penjenamaan semula Kementerian yang telah dibentangkan dalam bajet ini. Pewujudan portfolio baharu seperti pendidikan, kesihatan, utiliti, pengangkutan, ekonomi kreatif, ini adalah satu inisiatif yang baik dan merupakan satu endorsement betapa tindakan kita sebelum ini, untuk mewujudkan Kementerian Pendidikan dan Kesihatan dan tindakan Kerajaan sebelum ini, untuk memansuhkan Kementerian Pendidikan dan Kesihatan adalah satu kesilapan. Saya tidak nampak di mana di seluruh dunia ini, sebuah negara ataupun sebuah negeri yang tidak mempunyai Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.
Selain daripada itu Datuk Seri Speaker, saya ingin membuat cadangan tambahan mengenai rebranding ataupun penjenamaan Kementerian ini. Saya mencadangkan supaya diwujudkan portfolio baharu dalam Kementerian di Negeri Sabah. Yang pertama sekali, kita kena wujudkan semula Kementerian Undang-undang dan ditambah dengan perlembagaan serta hubungan Persekutuan. Sebab barang ini penting Yang Berhormat Speaker. Sebabnya, negeri ini dibentuk melalui satu proses
perjanjian dan perjanjian itu dijadikan sebagai perlembagaan. Pengetahuan kita mengenai sejarah dan perjanjian serta perlembagaan adalah penting. Supaya tidak berlaku pertikaian mengenai interpretasi perundangan. Sebagai contoh, apa yang berlaku pada kali ini. Apabila kita bercakap soal 112C, Bahagian 4, Jadual Ke-10, ada orang bercakap pasal 112D yang mana, kononnya adalah benda yang sama. Sedangkan patutnya benda itu mempunyai interpretasi berbeza. Jadi ini penting untuk diketahui oleh masyarakat.
Selain daripada itu, Datuk Seri Speaker, saya juga ingin memuji bajet ini sebab Kerajaan kali ini berani dalam membuat keputusan, iaitu dengan mengkaji semula pendekatan bajet, merapatkan jurang perbezaan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Kali ini perbelanjaan pembangunan tinggi berbanding dia tidak melepasi perbelanjaan mengurus, tapi jurang antara dua perbelanjaan ini, semakin menguncup dan mengecil. Ini bererti bahawa Kerajaan ini memberikan penekanan yang serius mengenai penyelesaian masalah dan pengurusan pembangunan di negeri Sabah.
Selain daripada itu, usaha untuk mengkaji semula cukai, tarif, levy dan juga penetapan harga rujukan, cukai jualan negeri, ini adalah satu tindakan dan inisiatif yang bijak oleh Kerajaan dalam usaha kita..
Okey, sila gulung.
Menambah pendapatan negeri. Datuk Seri Speaker, selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya dalam usaha kita berurusan dengan Kerajaan Persekutuan, especially hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan dan juga tuntutan dan hak perlembagaan, kita sendiri kena ada satu agensi bagi menangani ketirisan dalam hal ini. Sebagai contoh, kita boleh mungkin memikirkan satu agensi ataupun jabatan seperti Jabatan Kastam Diraja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, DOSM, Integriti, SPRM dan sebagainya. Negeri sendiri kena mempunyai badan dan agensi ini untuk mengimbangi peranan agensi Kerajaan Persekutuan supaya Sabah, Kerajaan Sabah tidak buta mengenai apa yang dibincangkan apabila berkaitan dengan perkara ini.
Datuk Seri Speaker, sebagai penggulungan ya, sebagai penggulungan, saya ingin menyentuh sedikit soal pelancongan, alam sekitar dan climate change di negeri Sabah. Sebabnya, apa yang berlaku baru-baru ini, di mana climate change ini bagi kita di negeri Sabah, adalah satu benda yang harus diberi perhatian. Kita sedar bahawa negeri Sabah begitu terdedah dengan climate change, disebabkan global warming dan setiap tahun, kita berhadapan dengan banjir yang tak boleh diduga. Dan baru-baru ini, ada berlaku kejadian di mana, banjir yang berlaku di Penampang dan juga Papar, sampai melibatkan kematian, rumah roboh, keluarga tertimbus. Apa yang berlaku Datuk Seri Speaker, saya lihat bahawa kita tidak belajar daripada pengalaman yang lalu. Di mana Kerajaan Negeri dan Persekutuan harusnya mempunyai satu koordinasi yang cekap, dalam usaha untuk menangani jika bencana begini berlaku. Sebagai contoh, kita mempunyai aset ketenteraan di Lok Kawi. Kenapa tindakan daripada Kerajaan begitu lambat untuk membantu masyarakat yang berhadapan dengan banjir di Penampang dan Papar? Sedangkan kawasan itu cuma berapa kilometer sahaja daripada kawasan tentera. Apa salahnya kalau aset-aset ketenteraan ini, bot, lori mereka yang tinggi digunakan dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah?
Ya, okey, sila gulunglah.
Datuk Seri Speaker, satu lagi mengenai penjaja, saya mohon Datuk Seri Speaker.
Jangan tambah lagi.
Ya, saya mohon, saya mohon.
Gulunglah sekarang.
Okey.
Terima kasih.
Satu, boleh Speaker? Sikit lagi, sikit. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sulaman, atas pembentukan Kerajaan baharu dan pembentukan kabinet yang baru-baru ini. Saya berharap ini adalah satu titik baharu kepada kita di negeri Sabah supaya bergerak ke hadapan, kita usahakan supaya Kerajaan dan pentadbiran ini akan lebih baik di masa akan datang. Namun demikian, Datuk Seri Speaker, saya mohon dan mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, kepada Dewan yang mulia ini, sebabnya proses pembentukan Kerajaan yang baru-baru ini, ada sedikit kerisauan yang timbul pada fikiran saya, yang harus dilihat oleh Dewan yang mulia ini. Saya tidak mempersoalkan soal legitimacy Kerajaan ini, tidak. Tetapi proses pembentukan Kerajaan yang dibuat. Dan kalau benda ini berterusan di masa akan datang, kerisauan saya, ia akan menjadi precedent dan duluan yang menjadikan Dewan yang mulia ini, akan menjadi Dewan yang cacamarba, kan? Sekarang kedudukan wakil-wakil rakyat pun saya tidak tahu, sekejap pembangkang tapi duduk di Blok Kerajaan, sekejap Kerajaan tapi duduk di Blok Pembangkang. Dan adakah ini gambaran pentadbiran kita di DUN ini? Dan barang ini harus diperbetulkan. Saya tidak mengambil, saya tidak, saya tidak ada masalah soal kawan-kawan kita memberi sokongan kepada siapa saja. Tapi proses dia…
Okey, Yang Berhormat.
Proses dia mestilah dilakukan dengan cara yang betul, dengan cara menzahirkan sokongan mereka di Dewan yang mulia ini…
Boleh?
Tidak boleh cuma menggunakan SD.
Okey, terima kasih.
Boleh minta laluan, Yang Berhormat?
Tidak boleh cuma menggunakan kenyataan akhbar di luar, tidak cukup sebab.
Boleh minta laluan?
Habis sudah saya mahu menggulung sudah..
Saya mahu tanya apa cadangan Yang Berhormat?
Cadangan?
Cadangan yang baik ke atas perkara itu.
Okey. Kalau Datuk Seri Speaker boleh bagi?
Tidak, yang betul sudah kena berhenti sudah.
Kena berhenti sudah?
Sampai masa sudah.
Okey, Datuk Seri Speaker, itu sahaja perbahasan saya kali ini. Saya mohon tadi itu, yang last tadi itu, soal pembentukan Kerajaan haruslah lebih telus dan teliti. Dan saya mencadangkan supaya Artikel 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah dikembalikan semula, supaya proses pemilihan Kerajaan ini.
Okey.
Supaya kita tidak jadi bahan jenaka di luar.
Alright.
Jangan lagi dulu macam zaman PBS.
Sila duduk.
Di bagi tahu apa ini peristiwa apa.
Yang Berhormat, sila duduk sudah.
Datuk Speaker, saya rasa masa sudah tamat. Kalau kita sentiasa membenarkan masa yang berlebihan, sampai besok malam tidak selesai.
Tidak apalah Yang Berhormat, tidak apalah, ini yang akhir. Lain kali, kau angkat kau punya Standing Order. Cakap apa yang kau mahu cakap, jangan mencelah begitu saja.
Minta maaf Datuk Speaker.
Ya, ya.
I’m sharing my views.
Yang Berhormat Tungku, sudahlah ya, sudah. Sudah lebih our time sudah.
Cuma saya minta kembalikan Artikel 6(7) supaya proses pembentukan Kerajaan Negeri lebih tersusun. Cuma perlu dimurnikan Artikel 6(7).
Okey, sudah berulang kali sudah.
Supaya tidak ada istilah-istilah yang memalukan kita di negeri Sabah. Peristiwa subuhlah, jam 3 pagilah. Apakah ini?
Yang Berhormat, kalau saya minta gulung tu, saya minta gulunglah.
Okey, terima kasih.
Kasi berhenti sudah, nanti saya yang kena query. Kelmarin satu overtime, hari ini.
Ini satu overtime, nampaknya tidak berapa, saya teruskan ya, Yang Berhormat Bengkoka untuk berucap.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat petang, salam Sabah Maju Jaya. Pertama saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan nikmat rahmatnya hari ini saya diizinkan untuk masuk semula ke dalam Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang baru kita bentuk. Kedua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa penghormatan dan penghargaan kepada seluruh rakyat kawasan N.2 Bengkoka yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Walaupun jumlah majoriti, jangan disebutlah sebab jumlah ini hanya nilai semata-mata, tetapi yang realitinya menang.
Saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berjaya menawan hati penyokong-penyokong, terutamanya saya ucapkan tahniah kepada wakil rakyat yang di sebelah sana yang dapat mengekalkan kerusi tempat duduk dan ada juga yang naik pangkat, syabas dan tahniah. Datuk Speaker, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana diberikan Bengkoka diberi izin untuk bangkit mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang perbekalan negeri bagi tahun 2026 di Dewan yang mulia ini. Hari ini saya bangkit bukan sekadar sebagai Ahli Dewan Undangan yang mewakili kawasan saya, tetapi sebagai suara kepada ribuan petani, nelayan, ibu-ibu tunggal serta golongan belia luar bandar yang meletakkan harapan yang tinggi kepada Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu dalam kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Negeri Sabah ADUN Keranaan atas pembentangan Belanjawan Sabah 2026 yang bertemakan “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Dengan unjuran hasil sebanyak RM6.430 bilion serta lebihan belanjawan berjumlah RM28 juta jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri berada di landasan kewangan yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
Datuk Speaker, kita kini berada pada fasa kedua pelaksanaan hala tuju Sabah Maju Jaya. Jika fasa pertama menumpukan kepada pemulihan pascapandemik dan penstabilan ekonomi, maka fasa seterusnya syabas dan tahniah wajar memberikan penekanan kepada pendayaan rakyat secara menyeluruh. Kekayaan negeri yang dijana melalui hasil minyak, gas, dan pelaburan asing mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan sebenar rakyat secara keseluruhannya sama ada di dalam bandar mahupun di luar bandar.
Dalam menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang ini, perbahasan saya akan menumpukan kepada empat teras utama, iaitu Revolusi Pertanian Desa, Keadilan Sosial Wanita dan Keluarga, Infrastruktur Luar Bandar, serta potensi Pelancongan Berasaskan Komuniti. Datuk Speaker, Sabah merupakan sebuah negeri yang dianugerahkan tanah yang subur dan sumber semula jadi yang luas. Namun kebergantungan kepada input makanan masih menjadi satu ironi yang perlu ditangani secara serius. Justeru, saya menyambut baik peruntukan sebanyak
RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian Perikanan dan Industri Makanan. Inisiatif Revolusi Penanaman Padi Sabah di bawah Lembaga Padi dan Beras Sabah yang diperuntukkan RM15 juta bagi perolehan jentera menuai dan pembajakan merupakan satu langkah strategik yang mampu meningkatkan produktiviti pesawah. Kos input yang tinggi dan kekurangan teknologi moden selama ini telah membelenggu golongan pesawah dan usaha ini wajar diteruskan secara bersasar. Namun pertanian tidak harus dilihat sebagai kerjaya pasaran semata-mata, saya mencadangkan agar peruntukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah sebanyak RM14.78 juta dimanfaatkan untuk mewujudkan program untuk menarik minat graduan dan belia menceburi sektor pertanian moden dan ternakan yang bersepadu. Datuk Speaker, tahap kemajuan sesebuah negeri tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi melalui keupayaan membela golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, saya menyokong peruntukan sebanyak RM173.56 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Penambahan kuota Rumah Mesra SMJ kepada 50 unit bagi setiap DUN dengan sebahagian daripadanya dikhaskan kepada golongan belia bawah 40 tahun merupakan satu dasar yang progresif dan berpandangan jauh. Namun demikian, peranan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah perlu diperkasakan melalui peruntukan yang lebih munasabah memandangkan sumbangan besar wanita khususnya ibu-ibu tunggal dalam ekonomi keluarga dan masyarakat. Saya turut mencadangkan agar program kredit komuniti di bawah Yayasan Usaha Maju diperluaskan aksesnya dengan pengurangan kerenah birokrasi agar lebih ramai wanita dapat menjana pendapatan secara berdikari.
Datuk Speaker, Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan RM317.72 juta bagi pembangunan infrastruktur luar bandar. Saya menyokong pelaksanaan Program BELB dan BALB yang benar-benar diperlukan.
… diperlukan oleh rakyat di luar bandar.
Dalam program ini, saya melihat kawasan saya amat terkesan dan amat memerlukan
diambil perhatian serius untuk pelaksanaan program BELBA dan juga BALBA ini. Kalau rakan-rakan saya daripada kawasan-kawasan lain sebut pasal gangguan air berhari-hari, ada yang sehingga 14 hari, tetapi di kawasan saya ini Datuk Speaker bukan lagi gangguan air. Tidak ada air langsung sejak saya lahir. Sebanyak seluas 90% kampung di kawasan N.2 Bengkoka belum menerima bekalan air dan saya mengharapkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan memberi fokus kepada mana-mana kampung yang benar-benar terkesan dalam menikmati bekalan air dan juga bekalan elektrik.
Dalam era digital ini, akses kepada internet perlu dianggap sebagai kemudahan asas. Usaha Kerajaan Negeri melalui Sabah Net dalam menyediakan perkhidmatan Starlink wajar diperluaskan dan dipantau agar memberi manfaat jangka panjang khususnya kepada sekolah dan pusat komuniti di luar bandar. Datuk Speaker…
Yang Berhormat, sila gulung ya.
Ha, gulung sudah?
Ya.
Okey. Tidak sedar bah sebab banyak..
Tidak sedar, sudah 11 minit.
Okey. Datuk Speaker, saya bersetuju dengan pelbagai permintaan rakan-rakan wakil rakyat sama ada pihak saya ataupun pihak pembangkang. Kita minta ini berapa banyak pun boleh minta tetapi agak-agaklah. Perkara yang kita minta itu sama ada mudah ataupun sukar diselesaikan. Tetapi saya juga mengharapkan kepada Kerajaan Negeri kalau permintaan sepuluh itu lulus tiga, empat memadailah.
Datuk Speaker, secara keseluruhan Belanjawan Sabah 2026 merupakan sebuah dokumen yang menyeluruh dan berorientasikan rakyat. Namun kejayaan bergantung sepenuhnya kepada kecekapan pelaksanaan dan integriti jentera pentadbirnya. Dengan penuh rasa tanggungjawab serta keyakinan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri, saya dengan ini Bengkoka menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2026. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bengkoka. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Karamunting. Selepas ini Silam. 12 minit.
Selamat tengah hari, salam sejahtera Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan bajet pada hari ini.
Datuk Speaker, sebelum saya memulakan perbahasan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi N.54 Karamunting. Sama ada yang mengundi saya ataupun tidak. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan terus berkhidmat dan membantu semua rakyat tanpa mengira perbezaan demi kebaikan bersama. Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan kebajikan sosial dan kos sara hidup khususnya penduduk di kawasan N.54 Karamunting dan kampung-kampung sekitarnya.
Pertama, isu subsidi ayam dan telur. Saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemberian subsidi ayam dan telur, khususnya kepada golongan B40. Harga barangan keperluan harian termasuk ayam dan telur semakin meningkat dan ini amat membebankan penduduk. Terutamanya keluarga besar, nelayan dan kerja harian, pekerja harian, sorry. Subsidi ini diyakini dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup serta memastikan rakyat mendapatkan bekalan makanan asas pada harga yang berpatutan.
Datuk Speaker, saya ingin menambah pembawa (tidak jelas) Kerajaan bersatu (tidak jelas) dan telah menghentikan subsidi dan kawalan harga ayam serta telur dan kesannya kini amat dirasai oleh rakyat. Harga barangan asas ini semakin meningkat dan membebankan penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, saya memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan subsidi atau bantuan bersasar di peringkat negeri bagi meringankan kos sara hidup rakyat Sabah. Langkah ini pasti, sorry, langkah ini penting sebagai perlindungan sementara kepada rakyat.
Kedua, isu jambatan kampung. Saya ingin menekankan keperluan peruntukan tahunan bagi baik pulih jambatan di kawasan kampung sekitar N.54 Karamunting khususnya kampung-kampung di pesisiran pantai. Banyak jambatan kayu dan laluan ke rumah penduduk sering rosak akibat faktor cuaca, air laut dan penggunaan harian. Setiap tahun jambatan-jambatan ini memerlukan kerja baik pulih bagi memastikan keselamatan penduduk terutamanya golongan kanak-kanak dan warga emas. Saya mencadangkan agar bajet tetap tahunan disediakan khusus untuk kerja-kerja baik pulih jambatan kampung dan sorry jambatan kampung di kawasan ini. Ketiga, keperluan PPR Karamunting. Datuk Speaker, saya ingin memohon agar projek perumahan rakyat PPR Karamunting dapat dipertimbangkan dan…
…cepatkan pada masa ini, ramai penduduk terpaksa menyewa rumah dengan kadar sewa yang tinggi dan tidak stabil. Selain itu, terdapat juga keperluan untuk pembinaan rumah di kawasan pesisiran pantai, di mana jambatan dan laluan ke rumah sering memerlukan baik pulih, peluanglah setiap tahun. Pembinaan PPR yang terancang dan selamat bukan sahaja dapat memberi kediaman dan lebih selesa kepada rakyat, malah mengurangkan kos baik pulih jangka panjang serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Terakhir, isu penambahan tempat letak kenderaan di kampung. Saya juga ingin memohon peruntukan dan kelulusan untuk membeli, membina ruang parking tambahan di kawasan kampung, khususnya Kampung Air, Kampung Pukala dan kampung lain-lain. Kepadatan penduduk yang semakin meningkat ditambah, sorry ditambah dengan keadaan kampung yang sempit menyebabkan masalah parking yang serius dan menjejaskan keselamatan setelah kenderaan meletak kereta di tepi jalan. Oleh itu, saya berharap Kerajaan dapat mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan tempat letak kenderaan awam demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampung.
Datuk Speaker, saya berharap semua cadangan dan permohonan yang saya bangkitkan ini dapat diberi perhatian dan pertimbangan serius oleh pihak Kerajaan demi kesejahteraan dan masa depan rakyat, khususnya di kawasan N.54 Karamunting dan hanya di Sabah. Di sini, saya ingin katakan kepada semua Merry Christmas and Happy New Year. [bercakap dalam Bahasa Cina]. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Karamunting. Karamunting, can you speak in English? Can you speak in English?
Ah, cannot.
Cannot.
Thank you.
Okey, i appreciate your effort to speak in Bahasa. Okey. Okey, thank you.
Thank you, Datuk Speaker.
Sekarang saya jemput ADUN dilantik Yang Berhormat Puan Grace Lee.
Yang Dipertua Datuk Speaker, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Sabah Maju Jaya saya ucapkan kepada Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Jemaah Kabinet, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Sabah yang sedang mengikuti persidangan ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik untuk serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah, atas pembentangan belanjawan yang bertemakan “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Belanjawan ini bukan saja mencerminkan kebijaksanaan pengurusan fiskal negeri dengan anggaran lebihan surplus sebanyak RM28 juta, malah adalah satu dokumen yang memeluk erat kepelbagaian fabrik sosial rakyat Sabah. Sebagai seorang wakil rakyat yang dilantik untuk membawa suara komuniti, khususnya masyarakat Tiong Hua dan bukan Islam, saya melihat Belanjawan 2026 ini sebagai satu manifestasi keluarga Sabah yang sebenar.
Ia membuktikan bahawa di bawah payung pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tiada sesiapa yang dipinggirkan tidak kira apa latar belakang, etnik mahupun kepercayaan agama mereka. Tuan Speaker, fokus utama saya hari ini adalah menyentuh mengenai pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, khususnya berkaitan peruntukan bantuan pada badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan Kerajaan. Saya merujuk pada Butiran 1997(2) dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, yang mengumumkan bahawa peruntukan untuk pembangunan keagamaan dan institusi keagamaan bukan Islam serta sekolah-sekolah mubaligh dan persendirian telah ditingkatkan ke RM90 juta pada tahun 2026. Angka RM90 juta itu adalah satu angka yang sangat signifikan. Ia merupakan satu kenaikan dan pengiktirafan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi pihak komuniti bukan Islam, khususnya masyarakat Cina yang banyak mengendalikan sekolah persendirian dan rumah ibadat, saya menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri.
Mengapa peruntukan ini begitu penting? Izinkan saya menghuraikannya dalam dua perspektif utama. Tuan Speaker, Sabah mempunyai sejarah pendidikan yang unik. Sekolah-sekolah mubaligh (missionary school) seperti La Salle, Convent, All Saints dan sekolah-sekolah vernakular Cina serta sekolah menengah persendirian Cina telah bertapak di bumi Sabah jauh sebelum kemerdekaan lagi. Institut-institut inilah yang telah melahirkan ramai pemimpin negeri, kapten industri dan penjawat awam yang berjasa, termasuk ramai yang duduk di dalam Dewan yang mulia ini hari ini. Namun, realiti pengurusan sekolah-sekolah ini amat mencabar. Sebagai sekolah bantuan modal atau sekolah persendirian, mereka tidak dapat pembiayaan penuh daripada Kerajaan Persekutuan seperti sekolah kebangsaan arus perdana. Kos penyelenggaraan bangunan, yang kebanyakan adalah bangunan warisan yang sudah berusia, adalah sangat tinggi. Kos operasi, gaji guru tambahan dan kelengkapan pembelajaran moden memerlukan dana yang besar setiap bulan. Selama ini, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terpaksa bekerja keras menganjurkan jualan amal, makan malam dana dan kutipan derma semata-mata untuk memastikan bumbung sekolah tidak bocor atau bilik darjah cukup selesa untuk anak-anak kita belajar.
Dengan ada… emm. [audio bertindih]
Mohon mencelah Datuk Speaker. Mohon mencelah.
Ah, kasih saya [ketawa kecil]. Say i have to… [audio bertindih]
Stand up if you want to… If you want to make any…You stand up.
And it’s up to the ADUN Dilantik because it’s her floor. If she allows you, then you can mencelah. Kalau tiada… [audio bertindih]
Not allowed. I’m not allowed. Let me finish it, okey? Dengan adanya peruntukan sebahagian daripada RM90 juta ini, ia ibarat talian hayat kepada sekolah-sekolah ini, bantuan ini akan membolehkan pihak sekolah menaik taraf infrastruktur membaiki pendawaian elektrik yang…
Perusahaan memodenkan makmal komputer dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Ini membuktikan Kerajaan Negeri mengiktiraf bahawa anak-anak sekolah yang belajar di sekolah mubaligh dan sekolah Cina juga adalah modal insan negeri. Mereka adalah aset masa depan sekolah. Pelaburan RM90 juta ini bukan sekadar bantuan kewangan tetapi pelaburan untuk melahirkan generasi Sabah yang berdaya saing, beretika dan berilmu pengetahuan tinggi.
Tuan Speaker, selain pendidikan, peruntukan ini juga merangkumi bantuan kepada institut keagamaan bukan Islam. Ini termasuk tokong, kuil dan gereja di seluruh pelusuk Sabah. Bagi masyarakat Tionghoa, rumah ibadat bukan sekadar tempat sembahyang. Tokong dan kuil sering menjadi pusat komuniti, pusat kebudayaan dan tempat penyatuan masyarakat setempat.
Namun, kos penyelenggaraan rumah ibadat juga semakin meningkat seiring dengan kenaikan kos bahan binaan dan inflasi semasa. Ramai jawatankuasa rumah ibadat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, menghadapi kesukaran kewangan untuk membaiki struktur bangunan yang rosak atau untuk menjalankan aktiviti kebajikan kepada masyarakat setempat. Sokongan kewangan daripada Kerajaan ini menghantar mesej yang sangat jelas di Sabah. Kebebasan beragama bukan sekadar tertulis dalam perlembagaan, tetapi diterjemahkan melalui sokongan kewangan dan dasar Kerajaan. Inilah keunikan Sabah yang dicemburui oleh negeri-negeri lain.
Bantuan ini akan membolehkan badan-badan keagamaan ini terus berfungsi dengan baik bukan sahaja untuk tujuan ritual tetapi untuk menganjurkan kelas-kelas moral, aktiviti kebajikan dan program kemasyarakatan yang akhirnya menyumbang pada kestabilan sosial dan perpaduan kaum di negeri ini.
Tuan Speaker, walaupun kita menyambut baik RM90 juta ini, keberkesanan peruntukan itu bergantung sepenuhnya pada mekanisme pelaksanaannya. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan harapan agar bantuan ini sampai kepada golongan sasaran dengan efisien:
1.
Memudahkan proses permohonan; 2.
Pengagihan yang adil dan telus; dan 3.
Penyaluran dengan segera.
Tuan Speaker, selain peruntukan RM90 juta ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai usaha pembangunan model insan secara keseluruhan. Saya gembira melihat peruntukan sebanyak RM437.93 juta diperuntukan untuk memperkasa modal insan. Saya menyeru pada ibu bapa dan pelajar, khususnya daripada komuniti Tionghoa yang mungkin kurang arif tentang bantuan-bantuan Kerajaan Negeri ini untuk mengambil peluang memohon inisiatif-inisiatif ini. Pendidikan adalah kunci mobiliti sosial dan Kerajaan GRS telah menyediakan kuncinya. Kita hanya membuka pintunya.
Sebagai penutup, Tuan Speaker, Sabah adalah bumi bertuah.
Keharmonian yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu yang datang bergolek, ia adalah hasil toleransi, saling menghormati dan dasar Kerajaan yang inklusif. Peruntukan RM90 juta untuk sekolah mubaligh, sekolah persendirian dan badan keagamaan bukan Islam ini adalah bukti kukuh bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memelihara warisan keharmonian ini yang memastikan bahawa tiada komuniti yang terasa terpinggir dalam arus pembangunan Sabah Maju Jaya. Saya yakin dengan sokongan padu daripada semua pihak, dana ini akan memberikan impak yang besar dalam meringankan beban kewangan institusi-institusi ini membolehkan mereka terus fokus pada agenda utama mereka, iaitu mendidik anak bangsa dan membina masyarakat yang bermoral tinggi. Sebelum saya mengakhiri ucapan, memandangkan kita ini berada di penghujung tahun, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas pada penganut Kristian dan Selamat Tahun Baru pada seluruh rakyat Sabah.
Semoga tahun hadapan membawa sinar harapan dan kemakmuran yang lebih besar buat negeri yang tercinta. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan keyakinan terhadap kepimpinan negeri, saya Grace ADUN Dilantik dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Pembekalan 2026. Sekian, terima kasih.
Mohon..
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik Puan Grace. Ya Likas.
Mohon menambahkan sedikit, Datuk Speaker. Tadi ADUN Dilantik ada menyatakan bahawa sekolah persendirian..
Ucapan dia sudah tamat, Yang Berhormat Likas.
Saya cuma nak tanya sedikit saja..
Tidak, dia sudah tamat masa dia.
Saya, kalau boleh.
Dia sudah tamat sudah tu…
Okey, terima kasih Datuk.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Silam. Dato’ Dr.
Terima kasih Datuk Seri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas dalam Belanjawan Sabah 2026. Sebelum saya mulakan, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat dan pengundi di DUN N.62 Silam yang telah memberikan kepercayaan kepada saya. Berdiri saya di sini bukan hanya mewakili tujuh ribu lebih rakyat yang memilih saya, tetapi saya berdiri mewakili seluruh penduduk di Silam.
Datuk Seri Speaker, saya ingin bermula dengan satu fakta yang tidak boleh disangkal. Lahad Datu adalah nadi ekonomi pantai timur Sabah. Buktinya jelas, dalam Laporan Sosioekonomi Sabah 2024, Lahad Datu muncul sebagai penyumbang tertinggi nilai eksport berbanding daerah lain di Sabah, mencecah angka RM11.97 bilion, manakala nilai importnya hanya RM791 juta. Apa maknanya? Maknanya, lebihan dagangan yang besar ini membuktikan Lahad Datu adalah net exporter utama negeri. Kami di Lahad Datu adalah penyumbang besar kepada ekonomi Sabah. Namun, di sebalik angka berbilion ringgit ini, timbul satu persoalan. Adakah kekayaan hasil bumi ini dinikmati oleh rakyat tempatan? Mari kita lihat dompet rakyat Lahad Datu. Statistik menunjukkan pendapatan median isi rumah kasar di Lahad Datu hanyalah RM4,457. Adakah jumlah ini mencukupi? Jawapannya tentu tidak. Kenapa tidak? Kerana laporan yang sama mendedahkan perbelanjaan asas kehidupan wajar atau PAKW di Lahad Datu adalah yang tertinggi di seluruh Sabah, iaitu sebanyak RM5,680 sebulan. Jauh melebihi purata negeri RM4,414. Malah, lebih tinggi daripada Kota Kinabalu.
Datuk Seri Speaker, pendapatan RM4,457 tetapi kos hidup RM5,680. Setiap bulan rakyat Lahad Datu hidup dalam defisit. Mereka bukan miskin kerana malas, mereka miskin kerana kos hidup yang terlalu tinggi ini. Akibat daripada jurang pendapatan dan kos ini, kita melihat kadar kemiskinan yang membimbangkan. Pada tahun 2022, Lahad Datu dimasukkan di dalam senarai daerah yang mempunyai kadar insiden kemiskinan tegar paling tinggi. Manakala absolute power telah meningkat, poverty, absolute poverty telah meningkat daripada 19.3% 2019 kepada 23.5% 2022. Ini bermakna, secara kasarnya terdapat kira-kira 14000 ketua isi rumah di Lahad Datu yang hidup dalam kemiskinan mutlak hari ini. Bayangkan Datuk Seri Speaker, di tengah-tengah ladang sawit yang luas, di bawah bayang-bayang pelabuhan POIC yang gah menjana bilion ringgit, ada 14000 keluarga yang kais pagi, makan pagi. Ini adalah satu ironi yang memalukan kita. Lebih menyedihkan lagi, kita melihat pembaziran tenaga kerja. Lahad Datu adalah daerah keempat terpadat dengan 253,700 penduduk di mana hampir 70% adalah golongan bekerja dan belia. Namun,
data menunjukkan kategori pekerja sendiri semakin meningkat. Apakah maksud tersirat? Maksud… Dato’ Dr.
Industri di Lahad Datu gagal menyediakan pekerjaan berkualiti untuk anak tempatan. Belia kita yang sepatutnya menjadi jurutera atau pengurus ladang terpaksa memilih untuk buat kerja kampung, memandu e-hailing atau berniaga kecil-kecilan di tepi jalan sekadar untuk terus hidup. Tenaga muda mereka dibazirkan begitu sahaja. Datuk Seri Panglima, Speaker, Lahad Datu hari ini adalah gambaran sebuah kontradiksi ekonomi. Daerahnya kaya raya dengan sumber, tetapi rakyatnya seperlima miskin. Peluang pekerjaan yang terhad diburukkan dengan impak impitan kos sara hidup yang paling tinggi. Berbalik semula pula kepada belanjawan ini. Saya menuntut Kerajaan memberikan intervensi khusus untuk Lahad Datu. Bukan sekadar projek fizikal, tetapi strategi untuk menurunkan kos sara hidup, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan gaji melalui latihan berkemahiran. Sebagai Timbalan Menteri MOSTI dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Persekutuan, saya lihat bahawa Sabah umumnya dan Lahad Datu secara khususnya, memiliki potensi yang cukup besar. Namun, saya lihat ada satu lompong besar atau gap dalam ekosistem pendidikan kita. Di Pantai Timur Sabah, kita mempunyai POIC yang bertaraf antarabangsa, tetapi di manakah kita melatih anak-anak tempatan untuk bekerja dan memperkasakan industri di sana?
Pada masa ini, anak-anak muda Silam khususnya terpaksa berkelana jauh ke Kota Kinabalu dan Semenanjung untuk mendapatkan pendidikan TVET berkualiti tinggi. Akibatnya, berlaku brain drain. Di mana bakat muda kita tidak kembali dan industri-industri di Lahad Datu, khususnya di POIC, tidak dipenuhi dengan anak-anak tempatan. Sewaktu saya di Kementerian Pendidikan Tinggi, saya sudah berusaha untuk ingin membawa UTeM membuka cawangan di Lahad Datu. UTeM adalah sebuah universiti TVET negara kita, tetapi masih belum ada rezeki. Saya ditukarkan
ke MOSTI dan kemajuannya sekarang ini agak perlahan dan masih belum dibuka hingga hari ini.
Justeru, saya mencadangkan kepada Kerajaan Sabah, melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi agar bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pembukaan kampus cawangan berfokuskan industri sawit, logistik, dan bioteknologi di Lahad Datu. Kita mahukan kurikulum yang industry late, anak Silam belajar di sebelah pagi dan menjalani latihan industri di POIC sebelah petang. Ini model workplace learning yang sebenar dan berkesan, sekali gus memberikan impak yang positif kepada perkembangan generasi muda Lahad Datu.
Datuk Speaker, untuk Sabah bergerak dan berkembang mengejar rakan-rakan kita di wilayah dan negeri lain, kita perlu segera beralih kepada ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi tinggi. Untuk itu, saya ingin sentuh sedikit tiga perkara di dalam bab ini. Pertama, ekonomi biru. Kedua, smart farming dan ketiga, mengenai cadangan penubuhan Sabah Agricultural Biotechnology Centre (SABTeC) di Tuaran. Teluk Darvel Lahad Datu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan dan keunikannya, tetapi merupakan salah satu teluk marin yang paling kaya biodiversitinya di dunia. Justeru, saya cadangkan, bukan sahaja dijadikan sebagai destinasi pelancongan, tetapi sebagai hab penyelidikan teknologi, bioteknologi marin. Kita boleh meneroka potensi daripada sumber marin sebagai contoh marine pharmaceutical. Ini akan dapat memberikan rantaian nilai ekonomi kepada rakyat di Lahad Datu. Di kawasan luar bandar Silam pula, ramai pekebun kecil masih menggunakan kaedah konvensional yang kurang efisien.
Justeru, saya cadangkan agar Kerajaan Sabah mewujudkan program rintis Silam, smart farming dengan menggunakan teknologi dron bagi tujuan pembacaan dan pemataan tanaman. Kami di MOSTI mempunyai dana sandbox inovasi sosial. Justeru, saya menyeru kepada agensi Sabah yang berkaitan untuk semeja dengan MOSTI dan kita lihat apa yang kita boleh lakukan bersama. Contohnya, dron dan latihan kepada koperasi pekebun di Silam untuk meningkatkan hasil sawit.
Datuk Seri Speaker, saya juga tertarik dengan cadangan Kerajaan untuk menubuhkan Sabah Agriculture Biotechnology Center. Ini adalah langkah yang baik dan tepat pada masanya. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Sabah menjalankan kerjasama dengan agensi kami di MOSTI, iaitu Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia atau NIBM yang memiliki kepakaran mendalam dalam bioteknologi, pertanian, jaminan makanan dan vaksin haiwan. Selain itu, kerjasama juga boleh dijalinkan dengan sebuah lagi agensi di bawah MOSTI, iaitu Bioeconomy Corporation bagi membolehkan syarikat-syarikat pemula atau startup bioteknologi di Sabah mendapat akses kepada insentif status BioNexus, grant pengkomersialan dan akses pasaran antarabangsa.
Saya ingin sentuh spesifik berkenaan dengan keperluan di DUN N.62 Silam. Pertama adalah mengenai tembok derita yang kami kenali, indah tapi tidak diendah. Itulah ayat yang sesuai dengan keadaan tembok di jalan pantai di sebelah Hotel De Leon yang sepatutnya menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan pemandangannya. Saya mohon perhatian khusus kepada, daripada Kerajaan, sama ada Kementerian Kerajaan Tempatan atau Pelancongan, bangunkan semula tembok ini dan sekiranya terkekang dengan peruntukan, jadikan projek ini sebagai projek keutamaan untuk dipertimbangkan oleh MOTAC atau KPT Persekutuan dan Negeri. Kedua, mengenai jalan di bulatan kompleks sukan dan kawasan Reno Fajar. Kawasan ini adalah penghubung utama ke fasiliti sukan dan kawasan perumahan. Keadaan jalan yang rosak teruk sangat menyusahkan rakyat. Datuk Seri Speaker, isu siapa yang bertanggungjawab sama ada majlis daerah atau pemaju atau siapa pun ini kita perlu noktahkan segera. Ini kerana rakyat sudah cukup bersabar dan mereka hanya mahu tahu jalan ini perlu segera diperbaiki. Keselamatan dan nyawa rakyat mesti mengatasi prosedur dan kertas kerja.
Ketiga adalah mengenai Jalan Dam, jalan dalam Kompleks Sukan Lahad Datu, yang saya telah dimaklumkan bahawa penyelenggaraan ini berada di bawah bidang kuasa Lembaga Sukan Negeri Sabah dan bukannya JKR sepenuhnya. Seterusnya, maklum balas yang saya terima kerja-kerja pembaikan jalan ini tertangguh disebabkan projek pembinaan gelanggang futsal yang sedang berjalan. Alasannya
adalah untuk mengelakkan jalan baharu rosak akibat jentera berat yang keluar masuk. Saya difahamkan JKR sedia membantu dari segi teknikal dan ukur bahan untuk untuk memudahkan urusan LKNS ini. Maka, saya mohon agar LKNS memastikan peruntukan membaiki jalan ini sudah dikunci atau lock dan sedia untuk digunakan sejurus sahaja projek futsal selesai.
Datuk Speaker, Datuk Seri Speaker, saya mohon agar beberapa projek mendesak di kawasan DUN Silam perlu diberikan keutamaan negeri untuk diangkat ke peringkat persekutuan. Pertama, Klinik Kesihatan Daerah Lahad Datu. Klinik sedia ada ini adalah merupakan bekas hospital lama Lahad Datu yang telah dibangunkan sejak tahun 1913 lagi. Baru-baru ini Menteri Kesihatan telah hadir bersama saya dan melihat sendiri keuzuran bangunan ini. Yang mana amat perlu dibina sebuah lagi klinik kesihatan baru dan kami telah dapat mengenal pasti tapak yang sesuai untuk kita bina klinik kesihatan baru daerah Lahad Datu.
Kedua, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lebih dikenali Tahfiz Model Ulul Albab Daerah Lahad Datu Sabah. Sekolah ini telah diangkat untuk kelulusan dari tahun 2010 dan saya difahamkan semua proses awal sudah selesai. Saya telah pun memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempercepatkan pembinaan sekolah ini. Cuma saya minta jasa baik Kerajaan Sabah untuk sama-sama perjuangkan agar pembinaan sekolah ini dapat disegerakan. Ketiga, keperluan segera pemasangan lampu limpah di Kompleks Sukan Lahad Datu. Kompleks ini bukan sahaja dijadikan tempat anak-anak belia bersukan, tetapi dijadikan tempat-tempat untuk acara-acara besar termasuk acara-acara agama yang dilangsungkan di waktu malam.
Keempat, projek mengatasi banjir di Kampung Sapagaya yang sudah bertahun-tahun menghadapi masalah ini. Sewaktu saya ADUN dahulu, saya bersama Agensi Kerajaan Negeri telah membuat lawatan dan ketika itu dicadangkan supaya diwujudkan pengaliran sungai yang baru untuk mengalihkan air yang banyak. Begitu juga dengan sistem perparitan di beberapa kawasan di Silam yang memerlukan perhatian kerana inilah antara punca kenapa banjir sering berlaku di situ.
Kelima, mengenai keperluan bekalan air bersih di Pulau Sakar dan jambatan dari Kampung Taruakan ke Tanjung Paras yang merupakan satu-satunya sekolah di pulau yang terputus sekian lama. Begitu juga bekalan elektrik luar bandar yang terakhir diterima pada tahun 2015 dan hari ini masih ada beberapa kampung di pulau sekitarnya yang belum ada elektrik.
Keenam, pasar ikan, pasar ayam, pasar sayur di bandar Lahad Datu yang indah daerahnya ini, pekannya. Perlu dibina baru, di tapak yang telah pun tersedia. Ini telah lama dinanti-nantikan, memandangkan keadaan yang sangat daif di pasar sedia ada. Datuk Sri Speaker, semua ini sangat-sangat diperlukan di DUN N.62 Silam. Seperkara lagi berkenaan dengan pampasan tanah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Jalan Silam. Ada dua jenis tanah yang terlibat, yang memerlukan dan memohon untuk pampasan. Pertama, tanah yang… Dato’ Dr.
Sudah diukur dan memang beragan. Mereka memohon agar pembayaran pampasan dapat dilaksanakan sebelum diroboh rumah mereka ini.
Kedua, permohonan pampasan untuk rumah-rumah yang terletak di rezab jalan. Mereka memohon ehsan daripada pihak Kerajaan agar mereka dapat diberikan pampasan juga, walaupun berapalah, kerana mereka telahpun tinggal di situ bertahun-tahun lamanya.
Datuk Seri Panglima, Datuk Seri Speaker. Sebagai penutup, izinkan saya membawa Dewan ini melihat wajah sebenar Lahad Datu. Lahad Datu bukan sekadar sawit, ladang sawit semata-mata. Ia adalah mutiara timur yang masih belum digilap sepenuhnya. Lihatlah kedudukan geografinya. Kita terletak di laluan strategik antara Tawau dan Sandakan. Dari sudut keindahan alamnya, Silam memiliki segalanya. Dari puncak Gunung Silam yang berkabus, turun ke hutan perubahan Lembah Danum dan Tabin yang menjadi sanctuary hidupan liar dunia. Dari keunikan
Marabun, Ravin dan Tanjung Atiam hinggalah ke pesisir pantai Pulau Sakar dan syurga penyelam di Blue Ring Reef, dari sungai ke laut, dari bukit ke pulau, semuanya adalah aset pelancongan bertaraf dunia yang bersedia untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Datuk Speaker, dengan penuh harapan dan iltizam, saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun.
Dari Danum ke Teluk Double, Singgah di Tabin melihat rusa; Bajet dibahas jangan hanya di fail, Biar terlaksana demi nusa.
Tinggi tersergam di Gunung Silam, Tempat berteduh warisan bonda; Biar berbeza wadah dan fahaman, Demi rakyat kita seia, kita sekata.
Selamat Hari Natal, Selamat Tahun Baru 2026. Terima kasih Datuk Seri Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Silam. Dia punya description untuk hal Lahad Datu cukup passionate. Description on Lahad Datu is very passionate, dan sebelum itu saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Silam adalah pembahas kita yang terakhir untuk persidangan bajet ini, dan untuk itu Setiausaha teruskan.
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan dalam kurungan (2026) 2025Bill
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan dalam kurungan (2026) 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Menteri yang pertama untuk menggulung, saya ingin memperingatkan dua perkara di sini. Perkara yang pertama ialah sila patuhi Peraturan Tetap 45 ya. Apabila ada Ahli yang berucap atau Menteri yang berucap, Ahli-ahli yang lain, tolong duduk diam, mendengar dan jangan berbual atau berbincang.
Yang keduanya, semasa penggulungan nanti, mana-mana isu yang telah Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan, tetapi tidak ada jawap, Yang Berhormat boleh minta untuk penjelasan untuk mencelah dan untuk penjelasan yang dibangkitkan tidak dijawab. Tetapi, saya tidak akan benarkan mencelah untuk bertanyakan isu yang baru yang tidak ada dibahas, ya. Sebab itu bermakna doing a backdoor debate, second debate.
Jadi, hanya yang isu dibangkitkan tapi tidak terjawab, minta penjelasan dan kepada Menteri, kalau ada yang isu dibangkit, tidak terjawab, kalau boleh jawab terus, jawab. Kalau tidak boleh jawab, jawab secara bertulis dan dengan itu sekarang saya jemput, Yang Berhormat Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat untuk membuat penggulungan yang pertama. Dipersilakan.
Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana dengan izinnya kita dapat berhimpun sekali lagi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17, tahun 2025 dan kali ini, saya berpeluang menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat di Dewan yang mulia ini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, di atas kejayaan memimpin Kerajaan Sabah dan sekali lagi mendapat mandat untuk terus meneraju negeri ini ke hadapan. Seterusnya, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II, Merangkap Menteri Kewangan Sabah, di atas Belanjawan 2025 dengan tema Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat diutamakan. Belanjawan yang telah dibentangkan, sesungguhnya membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan, dalam melestari dan meningkatkan kesejahteraan rakyat setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan rentan secara inklusif dan holistik. Datuk Speaker, Kementerian saya akan terus mengekalkan agenda pembangunan wanita, perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara inklusif,
membangun relevan dan dinamik. Peranan dan sumbangan wanita dalam arus pembangunan wilayah Sabah, diiktiraf dan diberi keutamaan dengan penjenamaan semula Kementerian saya kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Justeru, usaha memperkasa wanita diperhebatkan lagi dengan program baharu seperti berikut di samping program sedia ada. Yang pertama, program JEHWA Biz Bloom yang memberikan latihan keusahawanan dan kemahiran asas perniagaan, serta bimbingan mentor kepada pemerkasaan wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita B40. Yang kedua, program Keluarga Sejahtera Wanita Unggul memberi kesedaran dan kemahiran pengurusan keluarga yang merangkumi keibubapaan, perkahwinan serta kesihatan lelaki dan wanita. Yang ketiga, perluasan program Genderasi Harmoni ke 10 daerah, bagi meningkatkan kefahaman masyarakat luar bandar terhadap kesaksamaan gender, pembangunan berasaskan lensa gender, keseimbangan peranan sosial, serta pembentukan komuniti yang harmoni dan inklusif.
Datuk Speaker, selaras dengan hala tuju kementerian ini dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah, peningkatan aspek kesihatan diteruskan dengan bantuan caj rawatan hemodialisis di seluruh fasiliti kesihatan Kerajaan pada tahun 2026. Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan seramai 2219 pesakit buah pinggang. Inisiatif ini merupakan fasa dua skim bantuan kesihatan SMJ Sabah Sejahtera, iaitu pengagihan sebanyak 100 buah mesin hemodialisis bagi 25 buah fasiliti kesihatan kerajaan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Seterusnya, Kementerian akan meneruskan program bantuan sosial sekolah pada tahun 2026 kepada 1074 buah sekolah rendah di seluruh Sabah, bagi meringankan beban kewangan para ibu bapa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sabah merupakan satu-satunya wilayah yang masih menyediakan bantuan ini. Semua bantuan bagi golongan rentan seperti warga emas, orang kelainan upaya, iaitu OKU, kanak-kanak dan ibu tunggal termasuk bantuan bencana yang diterus, bencana juga diteruskan di samping program Homeward, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan Pusat Autisme Sabah di Sandakan, Tawau dan Beaufort. Pusat Autisme Tawau dijangka akan dibuka pada pertengahan Januari 2026.
Kementerian juga telah membuat perancangan rapi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan warga emas, melalui langkah pembinaan kompleks warga emas dan OKU di Inanam, yang menyediakan khidmat penjagaan berbayar dan sokongan psikologi dijangka dan sokongan psikologi, dijangka siap pada bulan Ogos 2026.
Kemudahan latihan vokasional serta peluang pekerjaan kepada golongan OKU juga disediakan di kompleks ini. Bukan itu sahaja, rumah warga tua, Warga Tua Kendiri Telupid yang menyasarkan penyertaan warga emas yang masih sihat, mampu berusaha dan tidak mempunyai tempat tinggal juga, dijangka siap pada bulan Mac 2026.
Sebagai tambahan, Pusat Jagaan Harian dikenali sebagai Merpati juga, akan diperkenalkan pada tahun 2026. Pada peringkat awal, pusat ini akan dibuka di Rumah Warga Tua Sri Pritchett Kinarut dan juga di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau. Pusat ini menyediakan perkhidmatan penjagaan sokongan dan aktiviti sosial harian, iaitu day care. Meneruskan lagi momentum ke arah program-program yang relevan dan memberi impak.
Kementerian telah melaksanakan Kajian Impak Program PEMADAM atau Persatuan Mencegah Dadah Malaysia pada tahun 2025. Kajian ini kelak akan menjadi panduan ataupun input kepada penyediaan program-program yang baharu. Kementerian saya juga akan terus komited memperkasakan program-program perpaduan, institusi kekeluargaan dan kepenggunaan pada tahun 2026.
Datuk Speaker, izinkan saya memberikan respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN N.72 Merotai. Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat perancangan jangka panjang untuk membina Klinik Kesihatan (Jenis 2)
Taman Sejati bagi menggantikan Klinik Kesihatan Taman Sejati sedia ada yang beroperasi di lot Komersial Taman Sejati.
Klinik Kesihatan (Jenis 2) ini dapat menampung 800 orang pesakit sehari dan mempunyai perkhidmatan pakar perubatan keluarga. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih dalam proses mengenal pasti tapak yang sesuai, yang mempunyai keluasan sekurang-kurangnya lima ekar di kawasan tersebut untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia.
Walau bagaimanapun, sebagai penyelesaian sementara, pesakit boleh memilih untuk menerima rawatan di Hospital Tawau dan Klinik Kesihatan Kinabutan supaya tidak tertumpu ke Klinik Kubota dan Klinik Kesihatan Taman Semarak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.25 Kapayan dan Dewan yang mulia ini, setiap reka bentuk institusi warga emas di negeri Sabah perlu melalui spesifikasi seni bina dan piawaian fungsian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk fasiliti kesihatan. Reka bentuk yang perlu mendapat kelulusan, reka bentuk juga perlu mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk keselamatan daripada kebakaran ataupun fire safety, termasuk laluan kecemasan dan kelengkapan pemadam api. Di samping itu, Pejabat Kesihatan Daerah akan memastikan aspek kebersihan dan sanitasi dipatuhi.
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat N.53 Sekong, Kementerian ini memohon, ahh dia tiada, memohon kerjasama Yang Berhormat untuk membekalkan senarai nama beserta nombor MyKad Puan Nortis Mawati, dan 198 pemohon bantuan kebajikan yang tidak diluluskan kepada pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am untuk tujuan semakan segera.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Balung, prihatin dengan peningkatan ketara kanak-kanak autisme di negeri ini. Pusat Autisme Sabah (PAUS) Kota Kinabalu telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 14 Ogos 2025. Pusat ini menyediakan pendidikan awal yang berkualiti dan mampu milik bagi kanak-kanak autisme berusia di antara tiga hingga tujuh tahun. Sebagai makluman Yang Berhormat, pusat ini akan dikembangkan ke daerah Tawau, Sandakan dan Beaufort seperti yang telah saya
sebutkan sebentar tadi.
Pusat Autisme Tawau dijangka akan dibuka pada pertengahan bulan Januari 2026. Dan diharap pembukaan pusat ini akan membantu meringankan beban ibu bapa daripada segi kewangan dan juga urusan harian. Dan saya juga ingin mengambil maklum saranan daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik mengenai pusat yang sama, iaitu PAUS, mengenai apa ini cadangan untuk menaik taraf pusat-pusat ini dan memang kita akan ambil maklumlah sebab hajat dan hasrat kita itu adalah untuk memastikan supaya anak-anak yang di dalam kategori ini, dapat kita jaga dan dapat kita uruskan seperti mana keperluan-keperluan yang lain. Dan oleh kerana centre yang seperti ini baru sahaja, sebenarnya diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2025 maka saya boleh katakan kita masih di dalam proses untuk belajar, untuk memperbaiki termasuk kualiti dan cara operasi kita.
Dan kalau kita ingin berjalan lebih ke depan, saya fikir ada beberapa hal yang kita akan perlu lakukan termasuk belajar daripada negara-negara berdekatan, atau negara lain yang memang sudah sangat established di dalam hal ini, dan mempunyai sistem yang sangat-sangat bagus dan maju di dalam menangani apa ini pusat-pusat autisme di negara mereka. Jadi kita boleh belajar dari situ nanti. Dan i think itu saja, Datuk Speaker. Bagi soalan-soalan ataupun saranan-saranan yang tidak sempat dijawab, Kementerian akan memberi jawapan secara bertulis sekiranya ada yang belum lagi saya sentuh, khususnya yang tadi yang terakhir daripada Silam.
Datuk Speaker.
Tidak silap saya dan sebelum, emm anything?
Sri Tanjong dahulu.
Ya, just one simple question to YB Menteri. Terima kasih Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada YB Menteri sedar atau tidak, hospital yang ada di Kota Kinabalu, Hospital Queen Elizabeth ada satu dan dua, tapi saya difahamkan Hospital Queen Elizabeth satu, tidak mempunyai kitchen yang ada. Jadi, mereka setiap hari akan menghantar makanan untuk pesakit-pesakit di Hospital QE1 dari QE2. Jadi, pesakit-pesakit yang ada di QE1 itu, kadangkala makanan itu sudah pun sejuk. Jadi, saya ingin bertanya sama…
You ada bangkit ini dalam ucapankah?
Saya tidak bangkit sebab saya terima info ini semalam Datuk Speaker. Dan, i think it is very important.
Okey, okey, i think it’s fair for the Menteri untuk menjawab secara bertulislah. Take note.
Ya, i just want to let the Minister know about this issue. Thank you, Datuk Speaker.
Speaker, saya ada bangkit semalam, jam 5 lebih tapi saya tidak dapat satu jawapan pun. Walaupun saya tanya banyak soalan untuk Menteri tapi sekarang satu soalan pun tidak. Contohnya, saya ada tanya Sarawak dengan Sabah. Kenapa banyak jauh beza berbanding dengan Sabah ini? Di Sarawak ada 194 klinik, di Sabah hanya 95 sahaja. Dua kali ganda berbanding dengan Sarawak ini. Apa langkah atau apa jadual? Mungkin dulu tidak dapat jawapan. Sekarang tahun ini, saya pun tidak dapat jawapan juga. Jadi bila saya baru dapat jawapan? Contohnya, kamu punya what’s the kamu punya itu jaduallah, contoh tahun ini, target apa? Next year, target apa? Tahun ketiga, target apa? Jadi sampai hari ini, saya pun tidak dapat jawapan. Contohnya ibu, 100 ribu punya ibu yang mati sebab 10 ibu yang bersalinlah, dia mati dalam 2023, 36 orang yang mati. Saya ada sebut dalam saya punya bahas itu. Dan bayi, bayinya itu 1 000 orang, ada 21 orang yang mati di seluruh Sabah.
Okey YB. Your point?
Seluruh Sabah, seluruh Malaysia yang paling tinggi.
Elopura, Elopura. You make your point, i will ask the Menteri about.
Hello, ya okey. So, okey emm, pertanyaan yang pertama from Sri Tanjong, okey, itu saya ambil maklumlah. Nanti kita akan check di peringkat Kementerian. Mohon maaf untuk Elopura, okey itu pun kita akan ambil maklum, kita akan usahakan untuk beri jawapan yang bertulis. Okey?
Itulah, kali-kali saya di sini sudah lima tahun, tahun ini keenam sudah.
Okey.
Kali-kali pun jawapan bertulis.
Okey, boleh, boleh.
Itu yang saya Sandakan, sepatutnya sama dengan Tawau. Sandakan sepatutnya, kenapa Sandakan.
Okey.
Kenapa Sandakan masih tidak cukup tempat yang katil yang sakit itu?
Okey, it’s okay, kita akan.
Pembangunan bila ada? Bila ada? Jangan cakap bertulis-bertulis. Apa yang bertulis itu? Bila ada?
Okey.
Saya tidak mahu, jawapan bila itu, saya mahu.
Okey YB Elopura. You know saya baru sahaja dua minggu di sini.
Tahu.
So, i cannot answer that. So let me just answer that later.
I think it’s the SU, the SU, i don’t think your SU is baharu di sini.
Okey, sit down, sit down, sit down, okey.
SU not the baru.
Actually, Elopura. Elopura, the Minister has not got a magic wand. Dia tidak ada itu magic wand. You mahu hospital, dia kasih hospital. You mahu doktor, dia kasih doktor.
Ya, betul.
You see? She’s not a fairy. So…
Saya faham, saya faham Tuan Speaker, saya faham. Datuk Speaker, saya faham tapi sekarang sudah limpas lima tahun, apa yang langkah-langkah atau apa jadual? Sudah mahu award sudahkah?
Okey Elopura, we will.
Okey, you asked that for the five years okey tapi tiada jawapan. Why did you asked? When are you going to have the peruntukan untuk mempersediakan semua fasiliti-fasiliti yang kekurangan ini. And then, they can ask for the peruntukan and give you a definite answer but you ask now, of course there is, she cannot give you a definite answer. It’s unfair for her to give a definite answer, because there is no peruntukan for that.
Sama juga unfair untuk rakyat Sandakan.
Ya.
Unfair juga lima tahun kita tunggu sampai hari ini.
Ini kita masih bertulis, bertulis, bertulis.
Okey, why not now, you ask her, can you get the peruntukan for next year and get the thing done? Instead of, keep asking mahu tanya bila, bila, bila. Because she cannot give the answer bila.
Come and visit Sandakan, jadi kasih jawab orang rakyat Sandakan. Jadi kita boleh puas hatilah, kalau dia bertulis tidak puas hati, jawapannya. Terima kasih.
Baiklah, YB Elopura tahniah, jadi YB lagi tahun ini. Okey, saya teruskan. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas peruntukan yang telah diberikan kepada Kementerian saya. Peranan memperkasa serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini adalah amanah yang murni dan akan saya galas dengan penuh dedikasi. Akhir sekali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat…
Mohon mencelah, Datuk Speaker.
Okey, okey.
Mencelah you ada, you mencelah yang you ada tanya yang you tak ada you tak ada you tak ada you tak ada bangkit dalam ucapan you jangan tanya di sini.
Ya. Aaa
You ask only what you have raised in your debate. If you are asking any new issue, don’t ask now.
Ya, I’m raising with my debate yesterday. Because Yang Berhormat Menteri tidak bagi jawapan berkaitan dengan tikus-tikus yang berleluasa. Persoalan saya masih belum diberikan pandangan apakah rancangan
Kementerian Kesihatan yang baru diwujudkan ini tindakan untuk menyelesaikan isu-isu tikus yang berleluasa.
Terima kasih ADUN Likas. Itu pun saya ambil maklum juga. Mesti ada, you want a concrete answer. So, I don’t have it here right now. Kita akan bertulislah ya. Kita akan bertulis seperti yang telah saya sebut tadi. Mana-mana jawapan, mana-mana yang telah dibangkitkan, yang belum lagi saya sempat dapat di sini, itu kita akan beri jawapan secara bertulislah. Bahkan kalau boleh sebab ini kalau Likas kita boleh engage jugalah. Nanti untuk siapa ini untuk YB Elopura kalau kita ada lawatan di sana nanti saya panggil sama-samalah you ikut lawatan ya.
Bertulis saya harap kamu punya penulisan ada jelas kadar titik.
Okey, bolehlah tu, bolehlah tu.
Jangan yang bertulis…
Okey, saya mahu akhiri.
Yang kosong saja.
Okey, okey akhir sekali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat yang beragama Kristian, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan kepada seluruh rakyat negeri Sabah, selamat menyambut Tahun Baru 2026 semoga tahun 2026 membawa kejayaan yang cemerlang dan memberi semangat serta inspirasi baharu kepada kita semua sekian terima kasih. Tuhan berkati.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sebelum saya jemput Menteri yang seterusnya saya ingin meminta pada semua Kementerian yang sedang menyediakan jawapan tolong teliti semua jawapan-jawapan itu telah merangkumi persoalan-persoalan, isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, jangan sampai ada yang remeh-temeh, isu-isu remeh yang boleh tertinggal. Kalau, kalau pun jawapan itu tidak ada dalam jawapan penggulungan yang ada, tolong minta pihak Kementerian terus memberi apa ini respon secepat mungkin untuk dijawab di dalam Dewan ini.
Datuk Speaker ini saya sokong.
Saya punya cakap mesti orang sokong punya.
Memang sokong Datuk Speaker sebab sepatutnya Menteri perlu jawab setiap soalan yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN.
Ya, tapi Menteri hanya jawab, dia hanya baca jawapan itu, yang menyediakan jawapan itu yang kadang-kadang dia tertinggal. So you must…
Itulah, Menteri perlu tapi SU yang lama, SU sepatutnya tahu.
You jangan salahkan Menteri, dia hanya baca saja itu, yang menyediakan itu yang saya sekarang ingatkan bukan Menteri, saya ingatkan yang menyedia jawapan. Yang menyediakan jawapan, tolong sediakan terperincilah. Kita tidak mahu ada yang tertinggal, yang kecil-kecil punya, tapi masalah yang seremeh-temeh tidak boleh jawab, susah juga itu kita mahu fikirkan. Dan seterusnya saya menjemput, ini Kementerian yang banyak persoalan ni, Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Berapa lama?
Dua puluh minit.
Ai, macam banyak jawapan bertulis ini nanti.
Kita kasih simplify saja dia.
Silakan.
Terima kasih Datuk Speaker.
A’uzubillah Minashaitan Nirajeem.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya, saya selaku Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif berpeluang untuk menyampaikan ucapan sulung penggulungan saya pada persidangan Dewan Undangan Sabah kali ini, iaitu pembentangan cadangan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2026. Datuk Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah, atas kecemerlangan beliau memimpin Kerajaan Sabah yang kita cintai ini. Kecemerlangan beliau adalah tonggak kepada kejayaan gabungan rakyat Sabah GRS, membentuk Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Umum Sabah Ke-17 yang lalu.
Kalau hendak membeli cincin, Pilihlah cincin seukuran di jari; Kalau hendak memilih pemimpin, Pilihlah Datuk Hajiji yang bijak dan baik hati.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi N.68 APAS yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk terus menabur bakti dan berkhidmat kepada masyarakat APAS.
Tahniah juga saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih rakyat Sabah untuk berkhidmat di kawasan masing-masing. Semoga kita terus kuat dan komited untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Sabah. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Hj. Noor, Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Saya juga menghargai kesungguhan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk mengangkat dan memartabatkan anak muda Sabah dengan lebih berfokus apabila menambah baik Kementerian ini daripada Kementerian Belia dan Sukan, KBSS singkatannya kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif singkatannya KBSK atau Ministry of Youth Development, Sports Advancement and Creative Economy singkatannya MYSPACE Selaras dengan agenda Hala Tuju Pelan Sabah Maju Jaya.
Untuk makluman Dewan, mengikut data daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), tahun 2024 Unjuran jumlah belia Sabah berumur 15 hingga 40 tahun adalah seramai 2 juta daripada 3.83 juta, iaitu menghampiri 60% penduduk Sabah.
Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komitmen. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kewangan Sabah kerana telah membentangkan Belanjawan Sabah Tahun 2026 yang bertemakan ‘’Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan’’. Beliau telah menjelaskan bahawa penyediaan anggaran Belanjawan Sabah 2026 adalah berlandaskan kepada komitmen Kerajaan yang baharu dibentuk untuk melaksanakan amanah rakyat untuk tempoh lima tahun lagi, dengan penuh iltizam dan hasrat mendalam untuk membawa perubahan dan pembangunan kepada kemajuan serta taraf hidup rakyat.
Datuk Speaker, pada tahun 2026 Kementerian saya ini akan menerima peruntukan RM88.01 juta untuk perbekalan dan RM10.05 juta untuk pembangunan. Kepada MOF terima…
…terima kasih daun keladi, Bajet Tahun 2027, mohon peruntukan KBSK ditambah lagi. Bagi respons permintaan daripada ADUN-ADUN di Dewan yang mulia ini. Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti Kementerian seperti berikut, Pendidikan dan Kemahiran Belia, Kepimpinan dan Pembangunan Diri Belia, Ekonomi dan Literasi Kewangan Belia, Kesedaran Sosial dan Partisipasi Belia dalam Masyarakat, Kesejahteraan Fizikal dan Mental Belia, Sukan Prestasi Tinggi, Sukan Orang Kurang Upaya, Sukan Massa, E-sukan, Industri Sukan, Sukan Tradisi, Sukan Pelancongan, kemudahan-kemudahan sukan, GIG Ekonomi, produk home-based dan seni kreatif. Selaras dengan manifesto Gabungan Rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah yang lalu, yang menekankan prinsip inklusiviti untuk memastikan setiap anak Sabah dan setiap segmen masyarakat diberikan akses dan peluang yang sama dalam peningkatan mobiliti sosial dan tiada golongan yang akan tercicir dan terpinggir. Maka saya dan seluruh tenaga kerja Kementerian akan menyediakan program padanan untuk memastikan setiap janji dalam manifesto tersebut dapat ditunaikan.
Pada tahun 2026, Kementerian saya akan memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut. Pertama, pembudayaan belia proaktif dan efektif. Kita mahukan golongan belia untuk mencipta peluang sendiri dan berusaha untuk membuat perbezaan. Belia harus cenderung untuk mengambil risiko, berinovasi, kreatif, mengatasi masalah, berkomunikasi efektif, dan bekerjasama dengan orang lain. Usaha ini akan dilaksanakan melalui fasa pembangunan, latihan, pengiktirafan, pemantauan dalam lapangan dan akhirnya keberhasilan atau outcome. Saya akan memastikan program di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah atau ICAPS seperti Felo SMJ, Dewan Belia Sabah, Tamu Suara Belia, Karnival Belia Sabah, Kesukarelawanan dan Youth Exchange akan memberi impak signifikan kepada pembangunan belia Sabah dan kesejahteraan rakyat Sabah secara menyeluruh.
Kedua, menjadikan Sabah sebagai negeri sukan atau sport states.
Sabah mempunyai ramai ahli sukan berbakat tinggi, sama ada dalam sukan berprestasi tinggi atau sukan orang kurang upaya. Pihak Kementerian juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Sabah FC kerana berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada 14 Disember yang lalu walaupun kita tidak menjadi juara. Namun, pencapaian ini adalah pencapaian yang amat membanggakan setelah 27 tahun tidak beraksi di pentas akhir Piala FA dan atas pencapaian ini, Kerajaan telah menyampaikan RM100,000.00 sebagai insentif kepada pasukan Sabah FC.
Yang Berhormat Menteri, orang hanya ingat juara bertahan. Orang tidak ingat naib juara bertahan.
Ya naib juara bertahan. Seterus…
Orang tidak ingat itu. Orang tidak sebut. Orang sebut juara bertahan sahaja.
Juara bertahan, betul.
Begitu juga dengan pencapaian anak jati Tenom, iaitu atlet lompat jauh, saudara Andre Anuar yang telah merangkul pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025 dengan jarak 7.71 meter di mana telah menamatkan penantian panjang negara dalam acara lompat jauh. Kita berikan tepukan yang gemuruh. (Bunyi ketukan meja). Sabah sebenarnya berpotensi besar untuk mengungguli atau menjadi powerhouse untuk beberapa jenis sukan berprestasi tinggi dan sukan kurang upaya. Sehubungan itu, satu kajian secara holistik akan dibuat untuk memastikan kedua-dua kategori sukan ini akan diperkasakan.
Kita mahu menjadi juara atau memenangi mana-mana kejohanan sukan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kita perlu bersedia untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor pada tahun hadapan. Selain
itu, pembudayaan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif, semua lapisan masyarakat dalam Sukan Massa akan terus dipertingkatkan dan meliputi sukan-sukan popular seperti bola sepak, sepak takraw, larian, berbasikal, pickleball, badminton, sukan tradisi dan sebagainya. Selaras dengan keperluan penggiat-penggiat sukan, Kementerian saya akan membina dan membaiki beberapa kemudahan sukan yang telah dimasukkan dalam senarai kebolehlaksanaan pada tahun 2026.
Dan ketiga, meningkatkan dan kebolehpasaran industri ekonomi kreatif. Industri ekonomi kreatif adalah salah satu perniagaan yang dapat meningkatkan daya saing dan meningkatkan pendapatan jika sekiranya dikawal dan diurus tadbir dengan baik. Justeru, Kementerian akan menyediakan program kreatif skill upskilling kepada penggiat-penggiat industri ekonomi kreatif yang mengandungi silibus pembelajaran seperti berikut:
1.
Meningkatkan kualiti produk dan layanan; 2.
Meningkatkan kemampuan teknologi dan inovasi; 3.
Meningkatkan kemampuan pemasaran dan promosi; 4.
Meningkatkan kemampuan kewangan dan pengurusan; dan 5.
Meningkatkan kemampuan sumber daya saing manusia.
Antara industri kreatif yang popular ialah reka grafik, fotografi, videografi, fesyen, seni persembahan, e-hailing, e-sport, animasi, penulisan digital. Sabah kaya dengan khazanah budaya seni dan bakat-bakat kreatif yang luar biasa. Kita akan menjadikan, kita akan menyediakan ruang pusat-pusat kreativiti dan jaringan bagi anak seni kita untuk mengkomersialkan bakat-bakat mereka. Ekonomi kreatif bukan hanya tentang seni, tapi tentang menjana pendapatan dan identiti melalui keunikan budaya Sabah dan usaha ini sudah pasti akan menarik pelaburan serta pelancongan. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, saya ingin menjawab beberapa pertanyaan atau cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Bajet 2026.
Ahli Yang Berhormat Kuamut membangkitkan isu pembinaan Kompleks Sukan Tongod yang masih belum siap dan memerlukan
perhatian serta pemantauan rapi oleh Kementerian Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif bagi memenuhi keperluan belia di Tongod. Untuk makluman Yang Berhormat Kuamut, dan Dewan yang mulia ini, perkhidmatan kontraktor pelaksana projek pembinaan Kompleks Sukan Tongod yang terdahulu telah ditamatkan pada 3 September 2025 atas kegagalan menyiapkan Kompleks Sukan Tongod. Sehubungan itu, Kementerian saya dalam proses menyediakan dokumentasi bagi melantik kontraktor penyelamat. Selaku Menteri yang baharu, saya akan memastikan agar Kompleks Sukan Tongod akan disiapkan mengikut jadual. Ahli Yang Berhormat Balung, telah mencadangkan agar…
Datuk Speaker, Menteri, minta laluan boleh?
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas keprihatinan Datuk Menteri untuk memberikan perhatian sepenuhnya ke atas penyiapan Kompleks Sukan Tongod ini. Cuma pertanyaan tambahan saya di sini ialah agak-agaknya bila tender ini akan dikeluarkan dan adakah jangkaan Kementerian Belia dan Sukan bila kompleks ini siap? Kita mesti mahu ada target supaya saya boleh maklumkan kepada para belia kita di daerah…
Terima kasih.
Terima kasih kepada pertanyaan tambahan daripada Yang Berhormat Kuamut. Untuk makluman Yang Berhormat Kuamut, selepas sahaja saya dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dan bertanggungjawab berkaitan tentang kemajuan sukan ini, saya telah mendapat meminta taklimat daripada pegawai-pegawai Kementerian, khususnya daripada Setiausaha Tetap Kementerian dan juga yang bertanggungjawab berkaitan tentang Lembaga Sukan Negeri dan saya telah meminta agar projek-projek yang telah terbengkalai ini dapat dilaksanakan dan ditangani dengan serta-merta dan
Alhamdulillah, saya difahamkan kontraktor yang lalu telah ditamatkan dan sekarang dalam proses dokumentasi untuk menyiapkan sisa ataupun menyiapkan kompleks sukan yang terbengkalai ini dan saya minta insya-Allah sekiranya dokumentasi dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini, kita akan laksanakan projek ini dalam peruntukan tahun hadapan, insya-Allah.
Jadi mudah-mudahan selepas daripada ini saya akan melawat semua projek-projek yang di bawah Kementerian ini untuk saya melihat secara langsung tentang apa juga keperluan-keperluan yang harus kita tangani supaya masalah-masalah yang lalu itu tidak lagi berulang untuk masa yang akan datang. Jadi sokongan daripada Yang Berhormat semua adalah amat-amat diharapkan.
Terima kasih.
Datuk Menteri.
Ada lagi?
Adakah satu tahun, dua tahun, tiga tahun? Boleh siap? Ada jangkaan? Ada targetkah?
Kita belum dapat melihat dokumentasi itu kepada saya, namun kita akan buat secepat yang mungkinlah. Insya-Allah, saya akan pastikan projek ini dapat disambung tahun hadapan.
Jawab saja empat tahun bah sebelum pilihan raya.
Okey. Kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Balung, yang telah mencadangkan agar menaikkan peruntukan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
Singkatannya KBSK. Dengan mengambil kira bahawa kira-kira 60% daripada populasi di Sabah terdiri daripada golongan belia. Peningkatan peruntukan ini penting bagi memastikan pelaksanaan Program Pembangunan Belia dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan. Saya berterima kasih dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Balung, agar peruntukan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif ini dapatlah ditingkatkan ataupun dinaikkan daripada dua digit kepada tiga digit atau kalau boleh empat digit atau kalau boleh yang paling banyaklah supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah di Kementerian ini.
Kementerian saya akan terus meningkatkan prestasi Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan saya yakin dan percaya bahawa Kementerian Kewangan akan sentiasa mempertimbang dan meluluskan permohonan-permohonan tambahan, peruntukan.
Ia akan dipohon oleh Kementerian pada masa hadapan bagi memperkukuhkan agenda Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Ahli Yang Berhormat Likas membangkitkan mengenai keadaan fasiliti dan kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di Kompleks Sukan Likas yang kurang memuaskan dengan mengaitkan pengurangan peruntukan penyelenggaraan pada tahun ini berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2025. Kementerian menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat Likas. Seperti yang kita sedia maklum, kemudahan-kemudahan sukan di kompleks-kompleks sukan sentiasa diguna oleh masyarakat dan sudah pasti akan berlaku kerosakan-kerosakan. Kementerian saya akan sedaya upaya untuk membaiki dan menyelenggara kerosakan-kerosakan tersebut dan untuk makluman Yang Berhormat Likas dan Dewan yang mulia ini, oleh kerana saya baru menjawat jawatan ini sebagai Menteri, nanti saya akan melawat semua kompleks sukan. Jadi jangan ada soalan tambahan ya, you have to understand my position, I am still new tetapi kita akan mengadakan lawatan ke semua kompleks sukan di seluruh Sabah dan kita akan berusaha sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini. Pada Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat mencadangkan pembinaan Pusat Belia di Tanjung Keramat.
Kementerian mengambil maklum cadangan Ahli Yang
Berhormat Tanjung Keramat dan akan membuat kajian kebolehlaksanaan projek tersebut untuk disenaraikan dalam projek pembangunan masa akan datang. Ahli Yang Berhormat Sungai Manila mencadangkan pembinaan stadium dan padang komuniti di kawasan DUN Sungai Manila.
Kementerian mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat Sungai Manila dan akan membuat kajian kebolehlaksanaan projek tersebut untuk disenaraikan dalam projek pembangunan masa akan datang.
Ahli Yang Berhormat Api-Api menyoal sama ada Belanjawan Sabah 2026 telah mengambil kira kebajikan masa depan serta kelangsungan kehidupan atlet negeri, khususnya atlet SUKMA, Para SUKMA, SOPMA, Malaysia Dep, Sport Games dan atlet yang mewakili negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Api-Api dan Dewan yang mulia ini, Belanjawan Sabah 2026 bukan sahaja mengiktiraf kejayaan atlet Sabah di peringkat SUKMA, SOPMA dan Malaysia Dep, Sport Games, malah menitikberatkan kebajikan masa depan serta kelangsungan hidup atlet selepas meninggalkan arena sukan.
Kerajaan Negeri menyediakan insentif kemenangan dan insentif wakili negara termasuk tambahan 50% daripada insentif persekutuan caruman KWSP kepada atlet SUKMA dan para SUKMA serta bantuan keusahawanan melalui Dana Belia Syabas dan peluang pekerjaan kepada bekas atlet. Atlet juga diberikan laluan khas ke (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Awam dan keutamaan peluang pekerjaan di agensi-agensi Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama, Kerajaan Sabah juga turut memperkasa institusi sukan komuniti termasuk yang dikendalikan secara swasta sebagai asas pencarian bakat sukan di peringkat akar umbi melalui bantuan geran khas KBSK. Geran Persatuan Sukan Negeri berjumlah RM5 juta, pengwujudan pusat latihan negeri di bawah MSNS, serta bantuan peralatan sukan kepada Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Terdapat juga bantuan peruntukan kepada atlet-atlet Sabah di Sekolah Sukan seluruh Malaysia yang ada di Sabah sendiri, Johor, Kuala Lumpur dan Pahang. Bantuan penyertaan kejohanan dan peralatan sukan diperuntukkan bagi memastikan kesinambungan pembangunan atlet muda. Kementerian juga
dalam perancangan untuk melancarkan Tabung Kebajikan Atlet yang bertujuan membantu para atlet dan bekas atlet Sabah. Pendekatan menyeluruh ini diyakini dapat membina ekosistem sukan yang mampan, inklusif dan berdaya saing di Sabah. Ahli Yang Berhormat Banggi membangkitkan pembinaan sebuah kompleks sukan di Pulau Banggi. Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banggi dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan pembinaan sebuah kompleks sukan di Pulau Banggi diambil maklum dan akan diteliti oleh pihak Kementerian.
Namun begitu, hasrat Kementerian adalah menyediakan satu kompleks sukan bagi satu daerah.
Ahli Yang Berhormat Liawan dan Ahli Yang Berhormat Dilantik, masing-masing mencadangkan pembinaan trek permotoran di Keningau dan di Kampung Laya-Laya Tuaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Liawan dan Ahli Yang Berhormat Dilantik dan makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian sememangnya mempunyai perancangan untuk membina litar sukan permotoran di Sabah.
Kementerian akan menjalankan kajian tapak yang sesuai untuk pembinaan litar sukan permotoran di Sabah.
Menteri, boleh minta laluan. Tadi saya sudah mendengar tentang usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk jika ada kemampuan kewangan untuk membina kompleks sukan, setiap daerah satu kompleks sukan betul. Cuma saya ingin mengingatkan, sebab kebetulan ADUN Lamag belum ada, saya ingin mengingatkan sewaktu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri datang ke program Bersama Rakyat di Lamag sebelum pilihan raya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan untuk membina sebuah kompleks sukan di Lamag. Jadi saya mohon bagi pihak rakyat di Lamag, saya mohon ini diambil
perhatian oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kerana kita tahu belia-belia di Lamag juga memerlukan kemudahan sukan yang sebegini, okey. Terima kasih.
Terima kasih atas makluman daripada Yang Berhormat Kuamut dan insya-Allah saya dan Kementerian akan ambil maklum dan ambil perhatian dan kita akan melihat perkara ini supaya dapat kita reliasasikan secepat yang mungkin. Yang penting peruntukannya ada. Okey, berkaitan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Silam. Kita akan membuat lawatan ke Kompleks Sukan Lahad Datu dan akan cuba mengenal pasti apa isu-isu yang berbangkit dan pihak kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya ya. Baru bagus.
Datuk Speaker, mana-mana pertanyaan atau cadangan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab semasa sesi perbahasan berlangsung akan dijawab secara bertulis. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan memberi cadangan. Saya ambil maklum dengan hati terbuka dan menjadi panduan berharga untuk kita memperhalusi dan melaksanakan dasar-dasar yang lebih efektif. Saya ingin memperingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus bekerja demi kepentingan rakyat Sabah, menyampaikan hasil kerja dengan baik dan menyantuni rakyat dengan penuh dedikasi dan empati.
Marilah kita semua berganding bahu, menyokong Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif demi masa depan Sabah yang lebih berdaya saing, maju dan berjaya.
Pergi ke tamu membeli tikar, Tikar dianyam penuh teliti; Belia maju, sukan bersinar, Ekonomi kreatif menjana identiti.
Akhir sekali saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada semua Ahli Berhormat yang serta seluruh rakyat yang beragama Kristian dan selamat menyambut tahun baru 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Terima kasih.
Berapa lama?
Tidak panjang, Datuk Speaker, tidak sampai setengah jam.
Punya banyak orang soal-soal luar bandar itu.
Ya, sikit saja.
Teruskan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana dengan rahmat dan berkat-Nya, saya diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan ke atas Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2016, bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Di Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat, dengan izin, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah atas kepimpinan berterusan beliau dalam menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga
kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya warga di DUN Kemabong atas sokongan padu yang diberikan kepada saya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar kita terus berganding bahu membangunkan negeri Sabah yang tercinta. Harapan kita adalah untuk terus menjana ekonomi negeri agar rakyat kita, terutama golongan berpendapatan rendah, B40 dan miskin tegar dapat dibantu dan dibimbing keluar daripada kitaran kemiskinan.
Tuan Speaker, saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima dengan izin Haji Masidi bin Manjun, Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kewangan Sabah.
Di atas pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2026 yang jelas dan komprehensif dengan tema “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Bagi Belanjawan 2026 ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM122.72 juta bagi vot Perbelanjaan Perbekalan dan RM195 juta bagi vot Perbelanjaan Pembangunan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB Sabah. Kementerian saya akan memanfaatkan peruntukan ini bagi memacu pembangunan sosioekonomi, golongan sasar, seiring dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Justeru itu di masa hadapan, Kementerian ini akan terus memperkasa inisiatif sedia ada dan mengorak langkah strategik yang sejajar dengan teras hala tuju Sabah Maju Jaya. Sesungguhnya, tema Belanjawan ini amat bersesuaian dengan agenda strategik Kementerian. Fokus Kementerian adalah meneruskan program-program yang meliputi pembangunan keperluan asas, pengukuhan komuniti, dan pentadbiran daerah yang cekap, selaras dengan peranan kritikal Kementerian sebagai peneraju pembangunan luar bandar di negeri ini.
Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian saya kekal komited untuk memastikan rakyat Sabah mendapat akses saksama kepada keperluan asas dan peluang ekonomi yang adil serta kualiti hidup yang lebih baik.
Bagi Belanjawan Tahun 2026, Kementerian saya telah mengenal pasti beberapa program dan projek baharu berimpak tinggi di bawah Vot Perbelanjaan Perbekalan dan Vot Perbelanjaan Pembangunan yang mana dijangka memberi kesan mendalam terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat luar bandar. Bagi tahun 2026, Kementerian ini akan memberi penekanan utama kepada tiga inisiatif baharu di bawah vot Pembangunan, iaitu Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA), Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan Program Jambatan Kecil Luar Bandar (JKLB). Ketiga-tiga program ini dirangka khusus untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan akses kritikal kepada sumber tenaga, air bersih dan jaringan pengangkutan yang selamat. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta bagi pelaksanaan BELBA. Program ini menumpukan mikro, hidro, elektrik dan sistem hibrid solar fasiliti untuk membekalkan elektrik berskala kecil kepada kawasan luar bandar di luar capaian grid utama. Pelaksanaan BELBA bukan sahaja memberikan bekalan elektrik yang stabil…
… dan mesra alam bagi keperluan harian komuniti, malah menyumbang secara langsung kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan keseluruhan rakyat luar bandar. Tuan Speaker, seterusnya Kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi melaksanakan BALB pada tahun 2026. Program ini memberi fokus utama kepada pembinaan sistem air sumber bawah tanah dan pembinaan baharu sistem air graviti. Ini penting untuk memenuhi keperluan air bersih di kawasan luar bandar yang berada di luar rangkaian paip Jabatan Air Negeri Sabah. Skop ini, skopnya adalah untuk menyediakan bekalan air bersih di kawasan luar bandar yang berhadapan kekangan sumber dan belum mempunyai liputan paip terawat yang menyeluruh. Manakala, projek Jabatan Kecil Luar Bandar (JKLB) akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
Datuk Speaker, penjelasan.
Bertujuan.
Tuan Speaker, penjelasan.
Sila.
Bercerita tentang bekalan air bersih. Kalau bekalan air terawat, dia di bawah Enakmen Bekalan Air Sabah. Tetapi, kalau bekalan air bersih dan bekalan paip graviti, agensi manakah yang bertanggungjawab? Dan adakah pihak Kerajaan menyediakan peruntukan khusus untuk menangani, menyelesaikan masalah bekalan air bersih dan juga untuk paip graviti di seluruh Sabah. Terima kasih.
Yang Berhormat Tamparuli, sebenarnya kita hanya, Kementerian ini hanya membantu mana-mana lokasi tempat yang memang tidak mendapat capaian ataupun bekalan yang sedia ada. Kita membantu secara sementara, apabila mereka tidak mempunyai bekalan.
Menteri, boleh ditanya lagi? Did you raise this in your debate, ah?
Boleh saya. Boleh saya.
Did you raise this in your debate?
Yes, soalan tambahan saya awal tadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh?
Ya, boleh ya, Yang Berhormat Tamparuli. Straight forward.
Ya, okey.
(Kurang jelas) I just want, straight forward.
Kalau tidak dapat jawab, kalau tidak dapat jawab, boleh jawapan bertulis pun boleh.
Ya, boleh.
Sebab isu di sini ialah kita mempunyai enakmen untuk bekalan air terawat. Itu adanya dalam enakmen. Jadi kalau Jabatan Air kita tahu, Jabatan Air hanya dalam membekalkan air dalam hal-hal air terawat saja. Tetapi, apabila air bersih dan juga bekalan air graviti, tidak ada agensi yang bertanggungjawab, yang mempunyai bajet, mempunyai belanjawan yang khusus untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab untuk bekalan air bersih pun memerlukan perbelanjaan ataupun peruntukan yang besar dan untuk menyelesaikan masalah ini.
Jadi pertanyaan saya tadi ialah, agensi manakah yang bertanggungjawab untuk pembekalan air bersih dan juga untuk paip graviti? Itu pertanyaan saya. Kalau tidak dapat jawapan, bertulis pun boleh.
Ya, Yang Berhormat Tamparuli, seperti mana saya katakan tadi, bahawa ini adalah bantuan sementara saja. Apabila tidak ada bekalan air bersih daripada Jabatan Air dan sebagainya. Agensi yang melaksana dan memantaunya, apabila kita beri peruntukan untuk paip graviti ataupun air daripada bawah tanah, ia dikendalikan oleh Pejabat Daerah. Ada beberapa pegawai teknikal di situ. Kementerian ini, kalau peruntukan daripada Kementerian ini, ia dilaksanakan oleh Pejabat Daerah biasanya dan satu lagi ialah adakalanya peruntukan daripada Ahli Yang Berhormat, sama ada Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri. Selain daripada itu, agensi-agensi yang lain, seperti SDO, ICU dan Kementerian Luar Bandar Persekutuan. Terima kasih. Pejabat Daerah.
Dato’ Dr.
Datuk Menteri, boleh mencelah sekejap? Saya, saya Silam, Silam. Boleh? Terima kasih. Saya ada menyentuh juga soal air bersih ini tadi.
Straight forward ah, straight forward. Dato’ Dr.
Ya, ya. Di Pulau Sakar. Tapi yang kefahaman yang saya tahu dibincang, Datuk Menteri. Dulu pada tahun 2015, Pulau Sakar ini telah tersenarai antara kawasan yang akan diberikan bekalan air bersih dan dibuat itu melalui kementerian KKLW waktu itu. Cuma malangnya, mungkin ada peralihan kuasa, kemudian tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini. Apa yang saya sarankan tadi bahawa saya memohon juga kepada pihak Kerajaan Negeri memang sesuailah untuk KPLB ini sebagai satu Kementerian yang dipertanggungjawabkan memberikan sokongan sebagai wishlistlah, sebab di peringkat persekutuan ini, bila kita memohon sesuatu, dia akan always refer back to the state? Untuk mendapatkan maklumat, ya.
Boleh, boleh, Yang Berhormat. Kita akan sokong. Dato’ Dr.
Terima kasih.
Bila-bila. Bila-bila datang di Kementerian saya, saya akan buat sokongan untuk difederalkan KKLW, boleh. Tuan Speaker, iaitu JKLB akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta bertujuan untuk membina baharu dan menaik taraf jambatan kecil di kawasan luar bandar yang sukar diakses. Terutamanya yang tidak dapat ditampung di bawah perancangan agensi teknikal lain. Skop JKLB merangkumi pembinaan jambatan gantung, jambatan laluan kenderaan 5 tan dan lintasan paras rendah (low-level crossing). Sasaran utama ialah daerah-daerah yang memerlukan bantuan keperluan yang kritikal demi keselesaan kepada rakyat luar bandar yang berkenaan.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar yang masih memerlukan tempat berteduh. Tinggal di rumah usang, golongan miskin dan B40, mangsa bencana alam, Orang Kurang Upaya (OKU), serta individu yang berdaftar dengan e-Kasih. Kementerian saya menjunjung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah kerana Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) diteruskan pelaksanaan pada tahun hadapan, tahun 2026.
Pengumuman tambahan sepuluh unit bagi setiap kawasan DUN oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada bulan Oktober 2025 lalu, membawa sinar harapan terutamanya kepada pasangan muda yang baharu mendirikan rumah tangga. Peningkatan ini menjadikan sejumlah 50 unit Rumah Mesra SMJ akan dibina di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sukacita saya nyatakan bahawa Kementerian ini telah mengambil tindakan segera untuk menyemak semula dan memurnikan garis panduan pelaksanaan Program Rumah Mesra SMJ. Selaras dengan penambahan kategori Rumah Mesra SMJ, saya percaya pelaksanaan program ini akan menjadi lebih telus dengan adanya garis panduan baharu tersebut.
Tuan Speaker, bagi isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Kementerian saya mengambil maklum dan menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat N.14 Tamparuli mengenai penyaluran peruntukan, sebahagian peruntukan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk tujuan membaik pulih rumah-rumah daif. Walaupun cadangan ini wajar dan baik, tetapi untuk makluman Yang Berhormat Tamparuli, peruntukan di bawah kod Program Rumah Mesra SMJ telah dikhususkan hanya untuk tujuan pembinaan rumah baharu sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.14 Tamparuli, program membaik pulih rumah telah tersedia.
...bahawa pelaksanaan agensi-agensi lain, di antaranya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan GIATMARA, sementara Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) akan menyediakan kemudahan tersebut pada tahun 2026. Ada sudah jawapan dia.
Soalan tambahan, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa rumah-rumah daif ini bukan setakat hal-hal kebajikan, tetapi adalah suatu perkara yang sangat serius dan perlu bantuan? Dan kita selaku Wakil Rakyat kita menerima banyak permohonan untuk membaik pulih rumah-rumah daif dan kalau, adakah Yang Berhormat selaku Menteri Luar Bandar yang menjaga hal bantuan rumah SMJ ini? Saya membuat pengkaji keperluan untuk khusus dalam hal-hal baik pulih rumah ini. Sebab 50 buah rumah berbanding dengan ribuan rumah yang memerlukan untuk baik pulih rumah ini, jauh lebih berbaloi daripada satu biji rumah, yang kadang-kadang saya nampak harga RM80,000, tapi dia semakin kecil kerana prestasi kontraktor yang membinanya. Jadi, adakah Yang Berhormat mengkaji dasar ini supaya ada vote khas untuk tujuan baik pulih rumah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tamparuli. Memang cadangan itu baik untuk membantu masyarakat secara keseluruhannya dan saya juga sedar, bahawa Kementerian Luar Bandar Persekutuan ada program itu dan dilaksanakan melalui GIATMARA dan bagi orang-orang yang memang daif, ia dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan, seperti mana yang saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu akan kita teliti dan kita ambil kira, mereka yang benar-benar berkelayakan di masa akan datang dan ini tertakluk kepada peruntukan yang akan diberikan kepada Kementerian.
Datuk Speaker, boleh minta laluan berkenaan dengan Rumah SMJ. Terima kasih, Datuk Menteri.
Dia ada bangkit dalam ucapankah?
Tiada, Datuk Speaker.
Kalau tiada boleh jawab secara bertulis.
Tapi Menteri ada sebut berkenaan dengan Rumah SMJ tadi, kalau boleh minta laluan sebentar.
Tapi dia akan jawab secara bertulislah.
Ya, ya. Boleh. Datuk Menteri, adakah Datuk Menteri atau pihak Kementerian, berhasrat untuk buat kajian dan juga penilaian semula, berkenaan dengan nilai rumah SMJ, bagi kawasan khasnya Pulau Banggi? Kerana untuk nilai RM80K itu, kalau kita bagi tender kepada setiap kontraktor di kawasan saya, semua kontraktor akan menolak. Kalau kontraktor ini kita bagi satu kontraktor satu rumah SMJ. Kerana kos pengangkutan sejauh lebih kurang 30 batu nautika menelan belanja belasan ribu. Jadi, setiap kontraktor yang mengusahakan rumah SMJ ini tidak akan dapat untunglah, melainkan dasar diubah, maksudnya satu kontraktor boleh dapat 10 rumah. Semalam ada kalangan ADUN mempertikaikan hal inilah. Jadi, saya fikir perlu dinilai semula dan mungkin boleh diangkat isu khususnya untuk Pulau Banggilah, agar kita minta nilai ini kalau boleh ditambah. Kita cadangkan RM100,000 sudah mencukupi. Terima kasih Datuk Speaker.
Tuan Speaker, hal yang sama boleh Tuan Menteri? Sebenarnya saya setuju dengan saranan ADUN Banggi berkenaan tentang rumah ini sebenarnya. Sebab kalau dalam pulau, memanglah saya rasa mungkin kontraktor angkat tangan itu Tuan Speaker, kalau kekalkan dengan keadaan begitu. Tetapi, maksud saya ini saya tidak mahu saya ada bangkitkan, supaya jangan satu pelobi, dia yang control semua 50 buah rumah. Terjadi ini YB Menteri sebenarnya.
Itu yang dimaksudkan oleh Banggi itu.
Jadi saya minta, saya minta, saya minta kalau boleh YB Menteri tolong, tolong tengokkan hal ini, sebab kita tidak mahu duit Kerajaan itu, sayang bah dan memang kita dengar aduan daripada bawah, ada lagi rumah yang belum siap daripada tahun lepas. So, saya harap perkara-perkara begini kita tolong inilah. Cumanya berkenaan kalau tempat dia memang jauh, contoh macam Banggi, ada tempat-tempat contoh di Pintasanlah. Sebab saya, Parlimen Kota Belud, jauh di Pulau Mantananipun juga kalau boleh consider dari segi kos pengangkutan. Terima kasih.
Tuan Speaker, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banggi dan Yang Berhormat Usukan memang relevan terutama sekali dari segi logistik, iaitu mengangkut barang-barang material daripada Kota Kinabalu atau tempat-tempat yang lain, untuk sampai di Pulau Banggi. Kos dia memang tinggi dan Yang Berhormat Usukan juga telah menyentuh tentang, apa maksud dia, jangan lantik kontraktor…
Dia bilang, jangan satu kontraktor pajak semua itu, rumah-rumah itu, bagi-bagi.
Kita faham itu, itu akan dilakukan oleh pejabat daerah.
Dia dia begini, YB Menteri, minta maaf ya saya menyampuk sikit. Yang pelobi ini, dia pandai, dia satu orang saja, tapi dia guna lesen yang berlainan. Dia akan guna lesen yang berlainan, 50 lebih rumah, dia satu orang yang pegang. Jadi, dia orang punya style ini, dia buat dulu tiga begitu, lepas itu tunggu claim, lepas itu dia baru buat lagi another three which is not fair for other people.
Saya faham itu Yang Berhormat. Saya tahu hadapi masalah. Lesen-lesen itu kelas F yang memang
mereka layak untuk mendapatkan itu projek. Tetapi, mereka tidak ada kepakaran, mereka tidak ada kemampuan untuk membina rumah. Mungkin mereka melantik subcontractor dan subcontractor yang mereka lantik, mungkin kontraktor yang memang yang berkebolehan, berkemampuan dan terpilih, mungkin itu yang berlaku.
YB Menteri, minta maaf saya mencelah lagi ya. Sebab ini saya cakap ini berdasarkan kes yang terjadi.
Ya, maksudnya banyak lesen-lesen yang dilantik, tetapi yang membina itu hanya satu orang. Itukah maksudnya?
Ya.
Eee itulah.
Sebenarnya dialah yang pegang, dialah yang empunya. Dia yang sewa, dan dia yang urus semua. Tapi bila apa itu tunggu-tunggu, lepas itu siap dua tiga dapat claim baru buat lagi yang lain.
Alibabalah itu.
So, saya harap Kementerian ambil tindakan, macam mana kita mahu, mungkin apa tu cara untuk kita mahu mengekang, boleh ikut kemampuan dia 4, 6, ini mungkin berlainan daripada setiap DUN kepada setiap DUN, tetapi jangan dia monopoli semualah YB Menteri, itu memang sangat tidak sihatlah kepada i mean kepada Kerajaan dan juga kepada rakyatlah. Terima kasih.
Saya juga berpendapat, sahabat saya Sulabayan mahu cakap. Sila.
Datuk Dr.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Usukan. Ini berlaku di tempat saya dan tempat lain. Yang mendapat rumah ini tidak layak dan ada di tempat saya sendiri, saya nampak dia sudah ada rumah tapi dapat peruntukan rumah, sehingga sekarang rumah itu tidak diduduki. Cadangan saya…
Dia belum ada orang rumah lain. Datuk Dr.
Tidak, tidak. Bukan satu saja. Cadangan saya, boleh tak Kerajaan tarik balik rumah itu dibagi kepada orang yang layak dan di tempat lain pun ada. Ada yang dibuat homestay, bukan tempat tinggal. Berkaitan dengan itu. Jadi, cadangan saya, bolehkah Kerajaan siasat atau datang sendiri tarik balik rumah itu bagi kepada orang yang layak? Terima kasih.
Dua persoalan yang berlainan. Yang satu, jangan lantik satu kontraktor untuk semua satu projek 50 buah rumah. Yang satu pula, diminta tarik balik kalau seorang itu mempunyai 2 buah rumah. Sepengetahuan saya dari dulu untuk Usukan, ada di kalangan mereka mempunyai lesen kelas F.
Tetapi mereka tidak ada apa ini kemampuan untuk membina rumah, mungkin mereka akan melantik subcontractor. Di samping itu, mereka akan belajar bagaimana untuk menjadi contractor. Mungkin itu yang berlaku, ini mungkin. Walau bagaimanapun, satu perkara lagi yang ambil dikira bahawa kos untuk membina rumah SMJ ini, Kerajaan telah ambil kira keseluruhan kos itu. Orang kata dia ngam-ngam saja, mungkin ada dia punya keuntungan, profit dia dengan izin, mungkin 10% hingga 15% saja. Dia memang terhad kerana kita mahu ramai orang dapat ini rumah.
Untuk mereka yang ada rumah tetapi dia, apa ini dia ada, dia dapat rumah SMJ tetapi dia ada rumah juga, disarankan oleh Sulabayan supaya ditarik balik. Untuk makluman Yang Berhormat Sulabayan, di peringkat daerah, ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ahli-ahli dalam focus group itu ialah Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun PPM itu sekali.
Datuk Speaker.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Menteri boleh? Sedikitlah saya mahu tanya tentang SMJ juga itu.
Ada kaitankah?
Tapi di kawasan, kawasan saya.
Ada kaitan?
Ada kaitan. SMJ itu, Rumah SMJlah.
Kasih ringkaslah, ringkas.
Okey boleh, terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Datuk Menteri. Saya nak tanya di sini sebab saya, macam selama ini saya tak tanyalah di kawasan Tanjung Aru kan. Saya tidak macam ada dengar Rumah SMJ ni diberitahu. Jadi saya nak tanya di sini Menteri itu, berapa rumah sudah dibina di Tanjung Aru? Sebab saya, saya tahu ini secara kebetulan, saya difahamkan bahawa ada banyak kebakaran atas tanah sendiri pun, mohon itu rumah SMJ pun tidak dapat. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri, terima kasih.
Tuan Speaker, mungkin yang tidak dapat itu tidak memenuhi kriteria tertentu dalam focus group, dan mungkin yang berjaya itu, dia memenuhi kriteria dalam focus group, itu yang akan berlaku. Satu perkara, apabila mereka terpilih, tempat letak itu, lot itu, mestilah tanah yang dipastikan milik pemunya, pemohon yang berkenaan ataupun dia rezab kampung yang diperakukan oleh Local Authority, Majlis Perbandaran ataupun di DBKK ataupun Majlis Daerah, Majlis atau Ketua kampung. Okey ah?
Jadi beritahu juga berapa rumahlah sudah, telah dibina di Tanjung Aru? Sebab dijanjikan 25 setiap tahun, kan?
Ya, saya tidak ada rekod di sini.
Tak apa, you jawab nantilah atau secara bertulis. Terima kasih.
Ya, ya, ya, ya baik. Seterusnya, saya menghargai pandangan Ahli Yang Berhormat N.17 Darau, mengenai pelaksanaan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA), terutamanya aspek ketelusan dan liputan di kawasan pedalaman serta sekitar Pantai Timur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Kementerian saya telah melaksanakan program-program tersebut di kawasan-kawasan seperti Tungku, Beluran, Pagalungan, Banggi dan Paitan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Pada tahun 2026,Kementerian akan meneruskan usaha ini di daerah Paitan dan Ranau, manakala Program BALBA akan menyasarkan keutamaan pelaksanaan berdasarkan kebolehlaksanaan dan pemetaan sumber air oleh KPLB Sabah. Tuan Speaker, cadangan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Pembangunan Luar Bandar bagi memantau pelaksanaan projek-projek kemudahan asas infrastruktur di KPLB, daripada Ahli-ahli Yang Berhormat N.17 Darau adalah sangat dihargai.
Cadangan ini sebenarnya selari dengan fokus pengukuhan tatakelola Kementerian saya.
Walau bagaimanapun, cadangan memandangkan cadangan ini melibatkan penyertaan Ahli-ahli Yang Berhormat dan pihak-pihak yang berkaitan, yang ada hubung kait, perkara ini akan saya bawa kepada Kabinet untuk dipertimbangkan. Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat N.17 Darau, berkenaan tambahan sepuluh unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya yang dikhususkan kepada para belia, seperti mana yang telah saya jelaskan dalam ucapan awal tadi, Kementerian sedang dalam proses menyemak semula dan memurnikan garis panduan pelaksanaan program tersebut. Kementerian saya sedia maklum bahawa isu tanah adalah kekangan utama. Dalam pelaksanaan Rumah Mesra SMJ yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat N.67 Balung, N.29 Pantai Manis dan ADUN Dilantik, Kementerian saya sentiasa berhati-hati dalam aspek ini, bagi mengelak risiko pertikaian perundangan di masa hadapan, penelitian menyeluruh dari segi skop kerja, kemampuan prasarana sedia ada, pematuhan peraturan pembinaan bangunan termasuk faktor harga tanah tinggi di kawasan bandar juga perlu diambil kira. Namun saya akan meneliti cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan diangkat ke Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan selanjutnya.
Tuan Speaker, Kementerian saya mengambil maklum usul Ahli Yang Berhormat dari N.66 Bugaya, berhubung peruntukan khas dan Projek Jambatan Kecil Luar Bandar di beberapa kampung yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tersebut. Kementerian saya akan mengambil langkah sewajarnya dengan menjalankan tinjauan dan semakan teknikal bersama pejabat daerah di lokasi tersebut. Hasil dapatan tinjauan ini akan diteliti dan diambil tindakan oleh Kementerian saya. Tuan Speaker, Kementerian saya sedia maklum dan mengambil perhatian terhadap permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat N.73 Sebatik, N.2 Bengkoka dan N.54 Karamunting, berhubung isu keperluan asas yang dinyatakan di kawasan Ahli Yang Berhormat. Sehubungan itu, Kementerian akan membuat penilaian dan semakan bersama Pejabat Daerah ataupun Majlis Perbandaran bagi memenuhi keperluan seperti yang dimaksudkan.
Terima kasih atas perhatian Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat N.60 Tungku dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian saya terus fokus kepada usaha menambah pendapatan isi rumah rakyat termiskin B40, melalui Program Pemerkasaan Produk Desa dan Pembangunan Kemahiran Daerah, di mana tumpuan khusus akan diberi kepada kemahiran asas penghasilan, tambahan nilai kebolehpasaran dan rantaian pasaran (supply chain) dengan izin, produk berasaskan kebolehan dan sumber tersedia persekitaran komuniti berkenaan. Tuan Speaker, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pelbagai isu, pandangan dan cadangan membina yang melibatkan Kementerian saya. Saya memberi jaminan bahawa semua pandangan ini akan diambil perhatian secara serius, dan transformasi kepada tindakan susulan yang sewajarnya demi manfaat rakyat. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, di bawah kepimpinan saya akan terus melaksanakan pengukuhan tatakelola Kementerian untuk memastikan Kementerian ini KPLB, berwajah baharu dan menjadi jentera yang lebih berkesan dalam usaha membasmi.
Datuk Speaker, minta, boleh minta?
Kemiskinan di negeri ini.
Boleh? Ya Datuk Menteri, bolehkah saya mencelah? Minta.
Tuan Speaker, buat masa ini, Kementerian saya akan melakukan.
...Pemerkasaan kepada pejabat daerah, pejabat daerah di seluruh negeri supaya lebih proaktif dan transparansi setiap pelaksanaan projek pembangunan.
Datuk Menteri, boleh ya?
Straight forward ya.
Ahh ya, straight forward. Tentang zero hardcore poverty itu, you akan sampaikan atau you mahu tutup sudah ini? sebab saya nampak you punya ucapan macam mahu tutup sudah ini.
zero?
Zero poverty, zero hardcore poverty ini. Tentang Sentuhan Kasih Rakyat, ada you nak…
Ya. emm… itu memang dalam hasrat kita akan cuba cari jalan bagaimana cara untuk bagi jawapan ...
Oh bukan maksud saya adakah Menteri akan address ini isu atau you mahu tutup sudah you punya ucapan sebab saya mahu tanya.
Ah tidak.
Tiada? Okey, boleh saya tanya?
Tidak, tidak.
Terima kasih Datuk Speaker saya tanya sedikit Sebab saya dah bangkit dalam pembahasan saya tentang isu ini. Ini zero hardcore poverty. Saya tanya, saya nak tanya sama Menteri macam mana definisi dia supaya kita tahu betulkah tidak, adakah hardcore poverty ketua isi rumah itu yang disingkirkan atau mungkin diketepikan atau memang tidak dimasukkan dalam senarai ini? Sebab yang saya difahamkan, ada 100 ribu recipientlah for poor and hardcore poor household dapat ini Sentuhan Kasih Rakyat ini. Jadi saya nak tanya juga Menteri, di kawasan saya, mana satu berapa orang recipient yang dapat dan juga siapalah yang dapat di kawasan saya? Sebab saya rasa ramai itu di kawasan saya pun. Boleh kita katakan adalah hardcore poverty dalam kategori itu. Tetapi saya tidak tahu apa definisi dia daripada Kementerian itu. Jadi itulah saya minta definisi hardcore poverty ini supaya kita dapat mencarilah semua ketua isi rumah yang memang dalam ini golongan miskin tegar ini dan dapat kita cari dan juga bagi sama Kementerian supaya bantu sama dia orang. Terima kasih Datuk Speaker.
Yang Berhomat Tanjong Aru, kita tidak ada apa ini jaminan untuk segera menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam konteks untuk menyediakan rumah SMJ itu, itu yang mungkin ditekankan. Sebenarnya rumah SMJ ini, dia hanya untuk memberi keselesaan atau tempat tinggal kepada mereka yang berkenaan. Dia tidak semestinya terkeluar daripada kepompong kemiskinan. Kepompong kemiskinan itu datangnya daripada dua sumber, iaitu usaha sendiri oleh pihak yang berkenaan dan juga bantuan dari pihak Kerajaan. So, untuk zero poverty ini, setakat ini tidak ada.
Datuk Speaker, sorry ah…, Datuk Menteri, sekejap saya mungkin beri sedikit penjelasan. Sebenarnya ini saya bukan tanya pasal rumah SMJ ini, saya tanya pasal ini bajet yang dilabel bahawa Kerajaan sudah pada 26 Ogos 2025 mencapai zero hardcore poverty yang diumumkan ini. Jadi, jadi itulah saya nak tanya apa definisi dia hardcore poverty, saya rasa itu di bidang Kementerian.
Ya em… kita akan apa ini nanti dapatkan daripada Kementerian Kewanganlah, Kementerian Kewangan, Kementerian Kewanganlah untuk perkara ini. Terima kasih, Saya tidak ada apa-apa di sini. Terima kasih.
Boleh jawab secara bertulis tak?
Tidak dapat tulis.
Sebab saya rasa kalau hardcore poverty program ini semua di bawah Kementerian ini luar bandar, kan? kan?
Di bawah Kementerian Luar Bandar.
Ya, memangkan Kementerian Luar Bandar.
Tapi untuk makluman Yang Berhomat Tanjong Aru, untuk menyelesaikan masalah poverty ini, bukan semata-mata dari Kementerian ini, banyak lagi agensi-agensi yang terlibat, federal, state dan juga jabatan-jabatan yang lain terlibat.
Ya, terima kasih Menteri. Maksud saya ini khasnya untuk ini Sentuhan Kasih Rakyat ini dan isu ini saja, kategori ini adakah dia di bawah Kementerian Luar Bandar itu sahaja saya mahu tahu. Supaya kita boleh follow up mah atau minta definisi dan dapat kita follow up dengan mana satu agensi atau mana satu Kementerian bah Datuk.
Terima kasih, akan diambil perhatian.
Ya. (tidak bercakap menggunakan mikrofon)
Yang Berhomat Menteri, Kalau boleh saya mencelah sedikit? boleh? Menteri? Menteri?
Sila.
Ya, kalau boleh saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri memandangkan tadi ada sebut soal kemiskinan luar bandar Tungku dan juga Yang Berhormat Menteri juga ada bercakap mengenai akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet. Kalau boleh saya mencadangkan supaya definisi miskin tegar ini haruslah disemak semula. Dia sepatutnya bukan semata-mata berdasarkan paras garis kemiskinan ataupun pendapatan bulanan yang diterima oleh seorang ketua isi rumah. Sepatutnya definisi miskin tegar juga ini haruslah meliputi perkara-perkara akses kepada sebagai contoh, bekalan air bersih, akses kepada perkhidmatan pendidikan, akses kepada perkhidmatan kesihatan, akses kepada jalan perhubungan yang baik. Itu adalah antara kriteria-kriteria yang harus kita gunakan dalam usaha kita untuk mendefinisikan paras garis kemiskinan.
Itu sebabnya bila kalau menggunakan PGK sahaja, that is why saya nampak dalam kita punya bajet bahawa kita sudah zero hardcore poverty bah ini. Sebab dia menggunakan RM punya kriteria. Manakala di negara-negara luar, akses kepada pendidikan, akses kepada kesihatan, akses kepada semua ini adalah antara kriteria yang digunakan untuk definisi miskin tegar dan itu berlaku di negeri Sabah. Terima kasih Menteri.
Yang Berhomat Tuan, Tuan Speaker. Menyentuh soal akses kepada pendidikan tadi, itulah yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri, di bawah pilihan Yang Amat Berhormat Sulaman, di antaranya bantuan kepada para pelajar, para pelajar yang kurang berkemampuan. Itu di antaranya akses pendidikan. Selain daripada itu juga kita akan memastikan, apakah cara yang sesuai, pendekatan yang sesuai untuk mereka cepat keluar dari kepompong kemiskinan? Contohnya, iaitu economic growth di tempat itu membantu mereka untuk menyediakan peluang pekerjaan. Kalau di kawasan luar bandar yang mempunyai, mereka punya tanah, kita bantu mereka dalam kepakaran, pertanian dan sebagainya. Itu sebab saya ada berbincang dengan Yang Berhormat
Menteri Pertanian, kami akan kerja bersama untuk membantu rakyat luar bandar ini keluar dari kepompong kemiskinan. Ini yang, ini yang kita akan lakukan. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Ada lagi? last ahh.
Usukan.
Last. mahu akhir sudah ini.
Alright.
Sila.
Saya setuju dengan pandangan YB Tungku tadi. Kita panggil ini indeks kemiskinan multidimensi. Saya pernah bahas juga perkara ini, Tuan Speaker, di Parlimen dan definitely saya rasa bukan sahaja Kementerian apa ini Luar Bandar sahaja yang bertanggungjawab untuk berkenaan ini tetapi keseluruhannya sebab indeks apa ini kemiskinan multidimensi ini juga bergantung kepada nutrisi, pendidikan seperti yang disebut dalam apa ini oleh YB Tungku tadi. Hopefully juga melibatkan semua orang apa ini kita juga di sebelah sini Yang Berhormat. Terima kasih.
Lagi boleh?
Terima kasih Yang Berhormat.
Penjelasan jawapan, sedikit, sedikit sahaja daripada jawapan tadi saya minta penjelasan daripada Datuk Menteri. Adakah,
adakah ini Sentuhan Kasih Rakyat ini sebab saya confused. Adakah Sentuhan Kasih Rakyat ini akan diteruskan? atau mungkin tidak sudah? akan diteruskankah, tidak?
Sentuhan Kasih?
Ya, ya, Sentuhan Kasih Rakyat. Program dia.
Touch point?
touch point? u meant touch point?
I’m not sure whether it is a touch pointkah tidaklah sebab ini adalah diumumkan. 2025, Sentuhan Kasih Rakyat itu, ini program dilaunch.
Program ini ada? akan diteruskan.
Ada?
Ada, ada. Akan diteruskan.
Akan diteruskan ahh? Terima kasih. Jadi, jadi adalah penting untuk definisi dia. Kalau tiada siapa kita kena bagi, bagi ini duit ini?
Saya tolong ini, saya tolong kasih teruskan. Itulah jawapan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri?
2026 akan diteruskan, 2025 juga ada. Saya akan mengambil kira, pandangan pandangan
daripada Ahli Yang Berhormat, Tungku, Usukan, Tanjong Aru dan Ahli Yang Berhormat yang lain, tentang cadangan-cadangan untuk membantu mereka yang tergolong dalam kemiskinan tegar mengatasi masalah ini dengan cara yang komprehensif, berhikmah dan berkesan. Tuan Speaker sebagai mengakhiri ucapan penggulungan ini…
Mencelah…
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan…
… saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Sabah yang meraihkannya.
Mohon.
… serta Selamat Tahun Baru 2026.
Yang Berhormat Menteri.
… Semoga tahun baru ini akan memperbaharui semangat dan azam kita semua untuk terus bekerja keras di bawah naungan kepimpinan Yang Amat Berhormat…
Menteri?
… Ketua Menteri Sabah demi pembangunan dan kemakmuran negeri yang kita cintai.
Menteri boleh mencelah sebelum penutupan?
Sedikit sahaja. Sebab saya ada bangkitkan perkara ini berkenaan dengan miskin tegar dan sedikit sahaja.
Ya, sila.
Tuan Speaker, saya berpandangan istilah zero miskin tegar ini macam sudah sepatutnya ditutup. Tidak ada lagi harus dibahaskan. Sebab kalau menurut pembentangan, miskin tegar ini sudah zero di wilayah Sabah ini. Jadi, bagaimana pandangannya Yang Berhormat Menteri? Kalau sudah zero, maknanya tidak ada lagi pertikaian pasal miskin tegar di wilayah Sabah ini. Jadi, itu yang saya cuba utarakanlah. Itu satu Yang Berhormat Menteri. Yang kedua, mungkin saya ingin mengambil kesempatan juga pasal Datuk Menteri tadi ada menyentuh pasal rumah SMJ tadi itukan. Rumah SMJ itu. Izinkan saya tambah sedikitlah soalan mengenai rumah SMJ. Kriteria ataupun jawatankuasa yang memilih siapa yang layak menerima rumah SMJ ini, bolehkah dengan keizinan di penghujung-hujung ucapan Menteri ini kenapa kita tidak, saya cadangkan, kenapa kita tidak libatkan pihak pembangkang yang juga terlibat dalam pemilihan yang layak menerima rumah SMJ ini. Supaya dia nampak check and balance. Sebab kadang-kadang dia semacam dimonopoli oleh pihak Kerajaan sahaja. Terima kasih.
Okey, yang satu itu melibatkan wakil rakyat MP atau ADUN itu maksud dia untuk Jawatankuasa Pemilihan. Sepertimana yang saya katakan tadi, dia ada jawatankuasa focus group yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Yang Berhormat juga boleh hantar nama itu kepada Pegawai Daerah, sebab dia ada focus group. Apa yang pertama tadi itu? Zero. Zero.
Zero. Sebab…
Zero.
Zero miskin tegar.
Zero miskin…
Zero miskin. Dia tidak ada timbul lagi dia punya isu ini. Sebab di Sabah ini kalau dikira kalau apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini di Sabah ini sudah zero. Tidak ada miskin tegar. Maknanya apa yang perlu dibincangkan? Tapi kita harus fikirkan betulkah di Sabah ini sudah zero miskin tegar?
Yang Berhormat.
Terima kasih.
Jawapan saya seperti ini. Selagi ada pendaftaran e-Kasih selagi itu tidak akan selesai kemiskinan ini. Walaupun dia sudah kosong, tapi ada lagi pendaftaran. Itu sebab saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai saya dari Kementerian. Kami akan mencari kriteria baru untuk diguna pakai dalam menyenaraikan mereka-mereka yang tergolong dalam miskin tegar dan juga miskin. Terima kasih.
Tuan Speaker, semoga tahun baharu ini akan memperbaharui semangat dan azam kita semua untuk terus bekerja keras di bawah naungan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah demi pembangunan dan kemakmuran negeri yang kita cintai. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh
pengundi N.48 Sugut kerana sudi memberi kemenangan saya pada PRN baru-baru ini. Terima kasih rakyat Sugut. I love you all. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah di atas pembentangan Bajet Tahun 2026, pada 12 Disember 2025 yang lalu dengan tema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Sesungguhnya belanjawan yang diumumkan membuktikan bahawa komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan berterusan.
Tuan Speaker, saya ingin menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Pertama, mengenai dengan YB daripada Likas, iaitu perancangan AI di sekolah. Dalam era digital yang berkembang pesat, pendidikan teknologi diperkukuh secara bersepadu dan inklusif. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memperkenalkan kecerdasan buatan ataupun AI dalam sistem pendidikan termasuk konsep AI Power Classroom. KPM sedang merintis konsep AI Power Classroom di 11 buah sekolah seluruh negara. Untuk negeri Sabah ada satu, iaitu di SMK Sanzac telah dipilih sebagai rintis program ini yang telah bermula sejak tahun 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan jenama Apple bagi sebagai peranti dan Syarikat SAP SBUDI sebagai content kepada inisiatif ini. Kementerian akan bercadang untuk memperluaskan konsep ini ke seluruh PPD seluruh negeri Sabah dengan syarat memenuhi kriteria seperti guru terlatih, peralatan yang mencukupi dan pengurusan yang kompeten. Yang kedua, berkaitan dengan UEC ataupun United Examination Certificate. Sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan peluang pendidikan dan menyokong pembangunan modal insan di negeri Sabah. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan UEC ini sebagai kelayakan akademik rasmi Kerajaan Negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah telah merancang manfaat yang bakal diperolehi oleh pemilik UEC ini adalah seperti berikut. Pertama, pengiktirafan rasmi oleh Kerajaan Negeri yang mana UEC ini menjadi sijil yang diiktiraf, dijadikan asas bantuan, iaitu pertama boleh memohon Biasiswa Kerajaan Negeri, peluang belajar ke institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri Sabah. Di Semenanjung belum boleh hanya di Sabah saja untuk makluman Likas dan pertimbangan dalam
pengambilan perkhidmatan awam negeri serta agensi yang berkaitan tertakluk kepada kepujian bahasa Malaysia. Dan untuk makluman di Dewan yang mulia ini, saya tertarik dengan cadangan Likas bagi merancang, iaitu kelas AI di setiap classroom dan saya amat bersetuju dan begitu juga dengan ujian penilaian khas murid Tahun 6. Berkaitan dengan yuran percuma untuk SPM dan sekolah persendirian ini kita belum ada. Kita ada hanya biasiswa seperti BUDI dan sebagainya dan insya-Allah saya baru menerajui Kementerian ini dan saya akan bawa perkara ini ke Kabinet ataupun berjumpa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan cadangan daripada Yang Berhormat Likas. Dan saya juga tertarik dengan cadangan Likas supaya kita menarik lebih banyak universiti yang terpilih daripada luar negara untuk datang ke Sabah. Dan kita juga mengalu-alukan penubuhan universiti tempatan untuk melabur di Sabah supaya lebih ramai anak didik kita dapat melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti Kerajaan ini. Dan juga berkaitan dengan Starlink yang telah dibangkitkan oleh beberapa wakil rakyat tadi, Kementerian mengambil maklum sepenuhnya kebimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kelemahan jaringan internet.
Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan Sains dan Teknologi atau KPSTI komited memperkukuh akses internet di kawasan luar bandar dan pedalaman selaras dengan usaha merapatkan jurang digital. Untuk menjawab Yang Berhormat Kuamut, kita sedang menambahkan penambahan Starlink di kawasan Kuamut…
…dan insya-Allah tahun depan kita ada lebih kurang 80 hingga 100 Starlink dan saya pastikan Kuamut akan mendapat jaringan ini, iaitu Starlink. Don’t worry, brother.
Berkaitan dengan perkara yang dikemukakan oleh Merotai, perkara itu telah pun selesai. Yang mana dulu kita pasang Starlink, kemudian kita ubah kepada fiber optik. Tetapi hari itu tumbang, tumbang dia punya tiang optik tu sebab kita ada POP
ataupun point-to-point. Bila dia tumbang, hilang Starlink tu. Tapi, alhamdulillah baru-baru ini 1 Disember, kita difahamkan YTL telah pun pasang semula dan tiada masalah sudah Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya baru check semalam dengan apa nama ni, dengan pegawai di sana, mereka maklumkan memang ada YTL pasang, tetapi keadaan Internet itu tidak baik, jaringannya tidak baik. Adalah lebih baik untuk pasang Starlink. Jadi minta Yang Berhormat Menteri check semula. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat Merotai, insya-Allah, Datuk Speaker. Kita ada satu GLC Sabah Net, besok juga saya akan hantar diaorang untuk check Brumas ini. Okey, berkaitan dengan…
Mohon mencelah Datuk Menteri.
Ya.
Tadi Yang Berhormat Datuk Menteri telah pun memberikan sedikit penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang saya berikan. Persoalan pertama saya kelmarin ialah berkaitan dengan apakah fungsi peranan dan perancangan utama terhadap Kementerian Pendidikan yang baru diwujudkan ini? Seperti yang saya maklumkan kelmarin, sektor pendidikan ini merupakan sektor atau pun terletak di bawah federal list. Persoalan saya kelmarin itu ialah, kita nak satu penjelasan utama apakah fungsi dan peranan dan matlamat ia diwujudkan? Supaya tidak bercanggah dengan fungsi dan utama ataupun double standardlah.
Bercanggah dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. That’s why the fungsi dan peranan di peringkat kita ini ataupun peringkat negeri Sabah itu perlu saya tahu. Kalau belum ada, sebab saya tahu Yang Berhormat Datuk pun baru memegang jawatan ini, saya mohon supaya apa nama jawapan bertulis supaya rakyat di luar sana tahu untuk membezakan di mana yang perlu dirujuk. Sama ada di Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah ataupun di Kementerian Pendidikan Negeri Sabah itu. Terima kasih.
Datuk Speaker, untuk menjawab yang Likas, peranan kesihatan dengan pendidikan sama saja. Dulu saya pegang kesihatan dan sekarang pegang pendidikan. Dia hanya menyelaras projek-projek yang disalurkan oleh Federal kepada negeri Sabah, itu tugas dulu kita exco. Sekarang nama dinaik taraf, tetapi lebih kurang juga. Tetapi terpulang kepada Menteri.
Datuk Speaker, Yang Berhormat Likas, terpulang kepada kita selaku exco daripada kesihatan ataupun pendidikan, sebagai contoh dulu, kesihatan ini orang tidak kenal, orang tidak tahu. Terpulang kepada kita sebagai wakil rakyat yang orang bilang sebagai satu duta untuk daripada Sabah ke Kuala Lumpur.
Sebab untuk makluman, setiap tahun kita ada empat kali mesyuarat, tiga kali atau empat, lima kali mesyuarat exco seluruh negara ini. Jadi kita sebagai exco di situlah kita akan membawa masalah-masalah daripada negeri Sabah. Yang Berhormat, ini nanti dulu Yang Berhormat, duduk dulu. Saya akan perjelaskan dulu. Memang kita tidak ada kuasa sepenuhnya, kita tidak ada kuasa kita hanya menyelaras dan memantau segala projek-projek yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi kita sebagai exco dan Menteri boleh menyuarakan masalah-masalah kita di Sabah ini untuk dipertimbangkan. Sebagai contoh di Kementerian Kesihatan dulu, kalau dulu klinik-klinik daif ini hanya kita dapat dua atau tiga. Tetapi dalam masa dua tahun kita dapat lebih kurang 100 lebih. Sebab itu Kerajaan Persekutuan ini kalau kita tidak gonggong dia. Kalau kita tidak cakap dia di situ, dia tidak akan bagi, dia akan tengok buku.
Jadi terpulang kepada pemimpin kita di Sabah ini. Macam mana suara kita di situ, macam mana kita minta peruntukan-peruntukan daripada Persekutuan itu. Sebagai saya exco kesihatan Datuk Seri, Datuk Speaker. Dulu tidak ada apa-apa, nothing. Tetapi kita boleh minta, Institut Jantung Negara kita minta. Perjawatan-perjawatan kita minta. Dulu ILKK, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, 20 tahun
tidak dibagi tilam, tidak dibagi katil. Kita marah Menteri, kita discuss. Satu jam saya bercakap di dalam Exco Kabinet, Exco Kabinet Exco-exco Kementerian. Kita cakap apa yang kita mahu. Memanglah, kalau kita diam saja, memang kita tidak dapat apa-apa. Tetapi sebagai wakil kita daripada Sabah ke Persekutuan, kita mesti suarakan masalah-masalah kita Likas. Memang kita tiada, kita ini memantau saja. Kalau kita tidak gonggong diorang ini, kita kalau tidak cakap, mereka tidak akan bagi, percayalah. Datuk Speaker.
Saya mohon soalan tambahan. Ataupun ingin memberikan sedikit pandangan. Saya amat bersetuju dengan semangat dan jiwa yang ada pada Yang Berhormat Sugut selaku Menteri Pendidikan yang baru untuk negeri Sabah, begitu berkobar-kobar semangat untuk memperjuangkan hak pendidikan negeri Sabah tadilah seperti yang dimaklumkan. Tetapi bagi Likas, ia tidak semata-mata untuk menyokong. Kita tidak semata-mata untuk menyokong apa yang ada pada hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwujudkan. Tetapi apabila Kementerian Pendidikan Negeri Sabah yang diwujudkan ini, lebih berperanan untuk memastikan, menuntut lebih banyak daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun pihak Kerajaan Persekutuan.
Itu adalah pandangan saya melalui Perjanjian MA63. Banyak perkara yang perlu kita suarakan, salah satu daripadanya ialah kita tahu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, pegawai-pegawai dia dari pengarah sampai pegawai kanannya, saya adalah berada, saya berada dalam sistem itu sebelum ini, kita adalah penjawat awam. Suara kita kadang-kadang apabila kita sampaikan kepada Kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri KPM, tidak sampai ke mana-mana. Yang kita harap ialah apabila Kementerian Pendidikan ini diwujudkan di negeri Sabah, suara ataupun entiti ketiga ini dapat membantu kita untuk supaya kita punya pendidikan ini, kualiti pendidikan sama ada sekolah ataupun pelajar kita dapat dipertingkatkan. Banyak perkara sebenarnya Kementerian Pendidikan ini boleh berperanan dan berfungsi, iaitu salah satu kita tuntut berkaitan tentang kita punya peruntukan.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada maklumkan, kita cuma membantu dan kita cadangkan supaya bukan sahaja peruntukan yang diturunkan yang disebut oleh
saya kelmarin, yang disebut oleh YB Senallang kelmarin ialah bukan sahaja peruntukan RM67 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan itu, bukan sahaja diturunkan kepada negeri Sabah melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Tetapi juga perlu diturunkan kepada Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Ahli Yang Berhormat Sugut (ketukan meja).
Mengapa saya sebutkan ini, Datuk Speaker, kerana tempoh kita nak laksanakan, saya tak ingat lagi berapa kita punya sekolah daif, mungkin kita ada lebih kurang 200 lebih sekolah daif di sekolah. Tetapi tempoh momentum untuk menyiapkan sekolah daif ini, dia memakan masa satu tahun barangkali 20 atau 30 sahaja. Sedangkan kita berhasrat untuk menyifarkan sekolah daif kita. Saya ingat sekolah-sekolah di kawasan Sugut masih ada sekolah daif.
Jadi, kalau keadaan momentum yang ada sekarang hanya diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, berapa lama kita boleh selesaikan sekolah daif di negeri Sabah? Mungkin kita makan masa sampai 15 tahun atau 20 tahun pun belum selesai lagi sekolah daif kita di negeri Sabah. Tetapi, sekiranya peruntukan yang kita fight ini diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah dan kepada Kementerian Pendidikan Negeri Sabah, maka ada dua entiti yang melaksanakan program ini. Saya yakin kita dapat selesaikan sekolah isu sekolah daif ini lebih cepat masa, supaya anak-anak didik kita khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dapat mencapai apa yang harus dan yang sepatutnya mereka capai. Itu harapan kamilah Yang Berhormat Datuk Menteri. Selain daripada itu, fungsi kita, Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini tidak pernah bertanggungjawab untuk membawa usaha universiti terkemuka dari luar negara. Dan fungsi dan peranan Kementerian Pendidikan yang baru diwujudkan ini sepatutnya boleh berperanan…
… ialah mendapatkan kualiti pengajian tinggi setakat ini di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Sugut. Di negeri Sabah tidak
ada satu jabatan ataupun unit-unit pengajian tinggi, kalau kita nak wujud tubuh universiti tempatan di negeri Sabah, kita kena pergi ke Kuala Lumpur atau Putrajaya.
Okay, YB Likas.
Okay, Datuk satu minit ya. Oleh sebab itu, kita mencadangkan dalam fungsi Kementerian Pendidikan yang baru ini wujudkan satu unit ataupun jabatan pengajian tinggi yang dapat menarik dan mengurus pengajian tinggi untuk kemajuan negeri Sabah, ini harapan kamilah, terima kasih.
Terima kasih, YB Likas.
Dato’ Dr.
Datuk Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya mencelah, saya mahu tambah sedikit berhubung dengan pendidikan tinggi saya dulu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Waktu saya berada di KPT, saya telah mencadangkan kepada pihak Kementerian supaya wujudkan cawangan Jabatan Pendidikan Tinggi di Sabah ini dan juga di Sarawak supaya apa juga permasalahan pelajar kita, mahasiswa yang ada di sana, ibu bapa boleh berhubung dengan JPT di peringkat negeri. Maka saya amat bersetujulah Yang Berhormat Menteri kalau boleh saranan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Likas itu diletakkan juga sebagai antara pertanggungjawaban di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Negeri Sabah. Mudah-mudahan JPT Negeri Sabah itu akan boleh bekerjasama dengan JPT peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. [Tepuk Meja]
Teruskan YB Menteri.
Terima kasih Datuk Menteri. Terima kasihlah Likas atas penjelasan. Memang betullah, sekolah daif ini memang teruk. Kalau saya ini orang kampung juga, sekolah
kawasan saya pun sangat daif. Alhamdulillah saya jadi Menteri Pendidikan. Walaupun Menteri Pendidikan tidak power bah ini, tapi terpulang sama kitalah untuk kasih power dan saya minta juga YB Likaslah untuk bantu-bantu saya, walaupun Yang Berhormat Likas ini pembangkang tapi demi untuk majukan Sabah kita bersama-samalah.
Kami bersedia. [Tepuk meja]
Sebab saya tahu YB Likas ini merupakan pegawai kanan di Kementerian Pendidikan sebab itu semua dia tahu, sebab saya pun bersiap sedia. Satu malam saya study ..
Dia ahlinya itu.
Dan begitu juga, saya amat tertarik dengan cadangan daripada Yang Berhormat Silam dan juga Likas bahawa kita akan menjemput semua universiti-universiti yang terkemuka daripada luar negara untuk melabur di kawasan kitalah, di Sabah. Dan begitu juga dengan Yang Berhormat Likas, mungkin kita juga terlepas pandang berkaitan dengan jawatan-jawatan di Kementerian Pendidikan ini sebagai contoh, jurang Pengarah Gred B dan dia punya timbalan-timbalan itu pun baru 54, Jusa itu tidak ada. Jadi tiada grooming untuk jadi pengarah, betul atau tidak? Jadi, insya-Allah bila ada exco, mesyuarat exco di Kuala Lumpur nanti perkara ini saya akan tekankan dan begitu juga di Kementerian Kesihatan dahulu, Kementerian Kesihatan dulu pengarahnya Jusa B.
Tetapi timbalan pengarahnya satu, jadi sebab itu kita tambah Jusa C, sebab itu ucapan sebentar tadi bahawa kalau kita tidak bersuara mungkin mereka akan dibiarkan saja begitu. Begitu juga untuk wisma daif tu. Dulu di Kementerian Kesihatan setiap tahun kita dapat hanya lima, enam setiap tahun. Tapi bila saya di
situ kita dapat sampai lebih kurang seratus, seratus lebih klinik, klinik kesihatan yang daif kita upgrade. Jadi nanti kita jumpa Likas. Terima kasihlah atas cadangan.
Datuk Menteri, satu soalan saja, satu soalan.
Cepat.
Datuk Speaker. Terima kasih. Datuk Menteri tadi you ada sentuh tentang UEC, recognition yang student UEC dia boleh memohon dengan biasiswakan daripada Kerajaan. Sebab itu sudah diiktiraf, UEC bah Unified Examination Certificate. Jadi saya nak tanya di sini, adakah Menteri sedar bahawa bila berkempen, musim berkempenlah. Sebenarnya saya rasa, Yang Amat Berhormat daripada Sulaman memang sudah ada umumkan dalam satu malam makan masyarakat Cina itu bahawa dia akan tubuhkan satu fund khasnya untuk UEC, mahasiswa untuk UEC, lima juta itu.
So adakah itu, saya nak tanya sahaja itu, adakah itu ditubuhkan atau macam mana? Minta perjelasan daripada. Dia ada suatu fund khasnya untuk UEC punya student, lima juta tu?
Itu bukan fund khas, itu adalah biasiswa kepada mana-mana yang ada certificate sijil tu. Itu biasiswa. Biasiswalah.
Bukan, Mahasiswa tu, UEC. Dia Chinese school.
Yalah UEC tu, kita tahu UEC tu.
Graduate from Chinese school.
UEC tu biasiswa. Mana-mana kita iktiraf sijil UEC tu.
Correct.
Jadi boleh bagi Kerajaan Negeri, boleh bagi biasiswa, kalau dulu kita tidak boleh bagi biasiswa sekarang kita boleh bagi biasiswa.
Ya, tapi dia ada suatu khas fund 5 juta tu untuk diaorang tu.
Itu waktu di Hakka, Dewan Hakka itu. Saya pernah ada di sana juga.
Betul.
Itu khas untuk UEClah, dia punya fund.
Betul, tapi dia ada sentuh 5 juta tu, adakah itu ditubuhkan atau tiada?
Itu dibagilah untuk tabung. Tabung UEC.
Jadi adalah, kan? Oh, okey.
Itu Ketua Menteri umum mana boleh tembirang-tembirang.
Teruskan YB Menteri.
Terima kasih, terima kasih, sebab tidak dimasuki dalam bajet ini itulah kita bimbang.
Berkaitan dengan sekolah, berkaitan dengan peruntukan daripada KPM. Setiap tahun, mana YB Sekong ada, sahabat saya ini school mate. Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun belanjakan lebih kurang RM6.1 Bilion untuk Kerajaan Negeri Sabah. Di mana RM254.6 juta itu diperuntukan untuk pembangunan, selebihnya RM5.7 adalah untuk pengurusan dan sebagainya.
Berkaitan dengan sekolah daif, Kerajaan Negeri komited untuk terus menangani isu sekolah daif secara berperingkat dan berfokus melalui kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan sekolah skala 7 dengan jumlah blok 1 779 buah melibatkan 368 buah sekolah bagi tahun 2025. Secara keseluruhan sebanyak 216 projek sekolah daif telah diluluskan dengan keperincian status pelaksanaan seperti berikut.
96 projek dalam perancangan prabina atau perancangan, 65 projek dalam pembinaan, 55 projek telah siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi pelaksanaan projek sekolah daif adalah sebanyak RM4.9 bilion bagi Rancangan Malaysia Ke-11 sampailah ke Rancangan Malaysia Ke-13. Kedua, isu kekurangan buku teks, mengenai isu bekalan buku teks, di semua PPD adalah mencukupi. Setiap pelajar warga negara akan menerima satu set buku teks lengkap semasa sesi persekolahan bermula. Bekalan di setiap PPD disediakan mengikut bilangan pelajar yang berdaftar. Walau bagaimanapun, buku teks ini tidak dibekalkan kepada pelajar bukan warganegara ataupun pelajar tanpa dokumen pengendalian diri. Berkaitan dengan TVET, bagi menjawab soalan daripada YB Liawan, JPSM merancang pembangunan kampus Satelit atau desa TVET berasaskan zon di seluruh negeri Sabah, termasuk di daerah Keningau selaras dengan permohonan tanah yang telah dikemukakan sebelum ini. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi memperluaskan akses latihan TVET ke peringkat daerah melalui
pewujudan kampus ataupun hub TVET, disokong oleh pembangunan modal dan modul dan program latihan yang dirangka berdasarkan keperluan industri. Kerjasama strategik dengan pihak industri serta potensi ekonomi setempat. Sebagai penutup, pihak KPSTI komited untuk terus memperkukuh usaha pembudayaan dan pemerkasaan pendidikan sains teknologi dan inovasi. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin menyampaikan sebuah pantun.
Ikan julung-julung masuk bawah kulung, Kerajaan kita sokong, rakyat kita dukung.
Sekian, terima kasih
Yang Berhormat, boleh lagi? Boleh.
Boleh, boleh, boleh.
Dalam ucapan saya tadi, saya ada menyentuh soal keperluan sebuah sekolah menengah untuk kawasan Tungku dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sebelum ini memang ada cadangan untuk mewujudkan sebuah kompleks pendidikan di Tungku, di Fajar Harapan. Saya nak tanya sama ada Yang Berhormat maklum pasal perkara ini, kalau Yang Berhormat tidak maklum mungkin saya minta kepada Yang Berhormat untuk mengangkat semula perkara ini untuk pelaksanaan segera sebab sekarang sekolah di situ masih lagi menggunakan konsep K9 dan ada rancangan untuk meningkatkan dia menjadi sekolah menengah yang dipanggil kompleks pendidikan. Terima kasih.
Ok, Berhormat Tungku, insya-Allah. Terima kasih.
Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?
Datuk Speaker, boleh minta laluan satu? Datuk Menteri, boleh?
Okey, nanti jumpa di officelah. Terima kasih.
Okey… okey
Habis sudah menteri? Alright, Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Terima kasih Datuk…
Speaker, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Pertama, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas mandat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi dan juga rakyat di Dewan Undangan Negeri Sukau. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah bagi Penggal Yang Kedua.
Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas kejayaan membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2026 pada 12 Disember 2025 yang telah lalu. Pembentangan Belanjawan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam merangka hala
tuju pembangunan yang mampan, inklusif dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat.
Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2026 yang bertemakan “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” jelas menggambarkan iltizam Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Tema ini bukan sekadar slogan, malah mencerminkan hasrat mendalam Kerajaan Negeri yang baharu dibentuk untuk membawa perubahan positif, meningkatkan taraf hidup rakyat, serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh dan seimbang. Datuk Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan peruntukan perbekalan dan pembangunan berjumlah RM174.45 juta kepada Kementerian serta Jabatan dan Agensi di bawah seliaan saya bagi tahun 2026. Peruntukan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8% berbanding tahun 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan Kerajaan Negeri terhadap peranan strategik Kementerian ini dalam menyokong agenda pembangunan negeri.
Selaras dengan belanjawan negeri ini, Kementerian saya kekal komited untuk memastikan Sektor Pelancongan Sabah terus berkembang secara mampan, di samping memastikan pemeliharaan alam sekitar serta warisan budaya negeri sentiasa terpelihara.
Bersama-sama enam jabatan dan agensi di bawah Kementerian, pelbagai program dan inisiatif berkaitan pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar telah dirancang dan akan dilaksanakan secara bersepadu sepanjang tahun 2026.
Usaha ini juga bertujuan menyokong sepenuhnya pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Lebih penting lagi, Kementerian sedang merangka strategik bagi mengekalkan momentum positif ini, melalui penganjuran Tahun Melawat Sabah pada tahun 2027, yang dijangka menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh ekonomi negeri Sabah serta memastikan pertumbuhan industri pelancongan yang berterusan mampan dan inklusif.
Datuk Speaker, tahun 2026 juga menandakan permulaan yang amat signifikan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
Sehubungan dengan itu, Kementerian saya komited untuk terus mempergiat usaha ke arah perancangan yang lebih menyeluruh, strategik dan holistik. Pendekatan ini amat penting bagi memastikan setiap pelaburan dan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan bukan saja memberi impak ekonomi, malah turut menyumbang kepada pemeliharaan nilai warisan budaya serta kelestarian alam semula jadi. Datuk Speaker, berdasarkan momentum ketibaan pelawat dari tahun 2022 hingga 2024, negeri Sabah mencatatkan peningkatan yang memberansangkan dengan purata 2.6 juta pelawat setahun. Sukacita saya ingin maklumkan pada hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengumumkan bahawa industri pelancongan Sabah telah menyumbang sebanyak 12% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2024, iaitu peningkatan sebanyak 0.3% berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan dalam beberapa subsektor utama, antaranya perdagangan runcit sebanyak 3.2%, perkhidmatan penginapan serta penyediaan makanan dan minuman sebanyak 3.5%, agensi pengembaraan dan perkhidmatan tempahan sebanyak 5.9% serta perkhidmatan pengangkutan penumpang dan jualan runcit bahan api kenderaan sebanyak 9.0%.
Selain sumbangan kepada ekonomi negeri, industri pelancongan Sabah turut menyumbang kepada peningkatan guna tenaga seramai 387 600 orang bersamaan 22.6% daripada jumlah guna tenaga keseluruhan negeri.
Data ini membuktikan bahawa sektor pelancongan adalah antara pemacu utama ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah serta perlu diurus, diperkasa agar kekal berdaya saing dan amat kompetitif. Landskap pelancongan hari ini sangat dinamik dan mencabar. Persaingan bukan lagi terbatas kepada destinasi antarabangsa semata-mata, malah turut berlaku di dalam negara kita sendiri apabila negeri-negeri lain juga berlumba-lumba menampilkan produk dan pengalaman pelancongan yang unik, kreatif, dan berdaya saing.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Oktober tahun 2025, Sabah telah mencatat 3.09 juta ketibaan pelancong, meningkat sebanyak 17.4% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Perbelanjaan pelancongan pula dianggarkan mencecah RM7, RM7.18 bilion, sekali gus menunjukkan pencapaian 88.4% daripada sasaran 3.05 juta pelawat bagi tahun ini. Prestasi ini membuktikan Sabah berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pelancongan negeri.
Peningkatan yang ketara ini didorong oleh jumlah penerbangan ke negeri pada tahun ini yang mana 98% ketibaan adalah melalui pengangkutan udara. Sebanyak 450 penerbangan domestik dengan 77 880 kapasiti tempat duduk seminggu yang menghubungkan negeri Sabah kepada beberapa negeri di Malaysia. Manakala, bagi sektor antarabangsa pula, sebanyak 15 destinasi antarabangsa dengan jumlah penerbangan seminggu sebanyak 138 dengan kapasiti 25 463 tempat duduk. Pada tahun ini beberapa laluan baharu ke Sabah telah dimulakan, iaitu yang pertama Hong Kong Express memulakan penerbangan.
…dari Hong Kong bermula pada 28hb. November 2025. Yang kedua, Xiamen Air telah memulakan penerbangan Fuzhou bermula 28hb. Mac 2025. Tiga, Air Asia telah memulakan penerbangan dari Hangzhou bermula 11 Jun 2025 dan Batik Air telah memulakan penerbangan dari Incheon, Korea Selatan bermula pada 13 September 2025. Baru-baru ini juga ada, iaitu pada 6 Disember, Sabah telah menerima penerbangan sewa khas menggunakan Loong Air dari Shenzhen ke Tawau dengan membawa 143 orang penumpang.
Datuk Speaker, peningkatan ketibaan pelancong menjadi indikator penting kepada kemajuan industri pelancongan negeri.
Kementerian memandang serius isu keselamatan pelancong. Beberapa insiden yang berlaku sejak 2 tahun kebelakangan
ini, telah mendorong Kementerian untuk memperketatkan langkah kawalan dan penguatkuasaan. Antaranya adalah, yang pertama, mempersijilkan stand up paddle guide bagi aktiviti stand up paddle yang semakin popular, dalam kalangan pelancong khususnya daripada China. Aktiviti ini seringkali dilihat dilakukan di kawasan Tanjung Aru. Yang kedua, mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi beberapa aktiviti pelancongan, terutamanya aktiviti air dan yang ketiga, pembangunan bahan keselamatan termasuk video dan bahan maklumat di pintu masuk produk pelancongan, serta lapangan terbang utama negeri.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan terhadap aspek keselamatan pelancong, Kementerian telah menubuhkan unit pemantauan keselamatan pelancong yang berperanan untuk mengawal selia, memantau serta menyelaras sebarang isu dan insiden, yang melibatkan keselamatan pelancong di negeri ini. Di samping itu, Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah turut menubuhkan Crisis Management Team yang beroperasi selama 24 jam sehari, bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada pelancong, yang berdepan dengan sebarang kecemasan atau situasi tidak dijangka. Pasukan ini berfungsi sebagai pusat penyelarasan utama dalam pengurusan krisis, termasuk menyediakan sokongan, khidmat nasihat serta tindakan susulan yang diperlukan. Seiring dengan perkembangan teknologi.
Tuan Speaker, mohon mencelah.
..dan keperluan kemudahan sampaian yang pantas, Kementerian juga telah menyediakan platform komunikasi secara langsung.
YB Menteri.
… melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat, dan WeChat. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan pelancong mendapatkan bantuan dengan lebih cepat, cekap dan
berkesan sekali gus meningkatkan tahap keyakinan, serta rasa selamat dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke negeri. Ya, sila Sri Tanjong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa sedarkah di bawah PDRM ada kewujudan satu unit, unit Tourist Police Unit, di mana mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan? Jadi, apa yang disebut oleh YB Menteri tentang keselamatan pelancong ini amat penting, tetapi kalau ada pemantau tidak ada kuasa untuk menguatkuasa, itu sukar untuk pemantau untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi, sama ada YB Menteri setuju atau tidak, boleh bekerjasama dengan PDRM dalam perkara ini, supaya memastikan setiap pelancong yang datang ke Sabah dapat menjamin keselamatan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Sri Tanjong. Saya bersetuju dan saya letakkan cadangan itu sebahagian daripada rumusan ataupun penggulungan saya dan saya…
Terima kasih.
…memang mengalu-alukan kerjasama yang baik untuk pelancong kita. Datuk Speaker, fokus utama dalam RMKe-13 bermula pada tahun 2026 sehingga 2030, untuk mewujudkan dan mempelbagaikan produk pelancongan yang baharu, yang mampan berinovatif dan mempunyai nilai tambah budaya dan alam sekitar tempatan. Eko pelancongan, keunikan identiti budaya, kekayaan warisan semulajadi serta kehidupan alam semulajadi, merupakan kekuatan sebenar yang terletak pada negeri Sabah.
Justeru itu, sebagai usaha dan inisiatif yang akan dilakukan oleh Kementerian dalam menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 bermula pada tahun 2026. Projek-projek utama yang akan memperlihatkan produk pelancongan baharu kepada negeri Sabah adalah seperti berikut.
Yang pertama, pembangunan muzium baharu negeri Sabah.
Yang kedua, penubuhan Kota Kinabalu Performing Arts Centre dan yang ketiga, pembinaan Arte Museum ataupun digital muzium. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2026, Kementerian melalui Taman-Taman Sabah akan membuka bangunan asrama, yang terletak di KM 4 Layang-Layang Gunung Kinabalu. Ini merupakan fasiliti baharu kepada pendaki untuk menginap lebih lama, serta menjamu selera sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
Datuk Speaker, selain daripada aspek pelancongan serta pembangunan, komitmen Kerajaan Negeri tidak terhad kepada pembangunan fizikal semata-mata. Kerajaan Negeri akan terus kekal prihatin serta memberikan penekanan dan komitmen yang berterusan, terhadap konsep dan nilai sejagat berkaitan kelestarian alam sekitar, serta kesejahteraan rakyat. Bermula pertengahan tahun 2026, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelindungan Alam Sekitar akan menerima kuasa dari Kerajaan Persekutuan dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63, berkaitan dengan agenda alam sekitar dimulai dengan pengurusan buangan terjadual. Persediaan strategik sedang dilaksanakan seperti perundangan.
Garis panduan dan peraturan buangan terjadual, pembangunan sistem pengurusan khas, web-based system dan kompetensi berkaitan, seperti memperkukuh keupayaan kapasiti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar. Selain daripada itu, isu politik manusia dan haiwan akan tetap terus menjadi salah satu agenda utama Kementerian, di bawah pemuliharaan dan konservasi. Penyeludupan, pemburuan serta pembunuhan hidupan liar amat dipandang serius oleh Kementerian saya. Isu ini semakin membimbangkan, memandangkan hidupan liar merupakan aset yang penting bagi negeri Sabah sebagai aset kepada pelancongan.
Justeru Kementerian saya, melalui Jabatan Hidupan Liar, akan memperketatkan lagi aspek penguatkuasaan dan sedang dalam perancangan, untuk menginovasikan kaedah penguatkuasaan untuk sokongan dan dokongan oleh industri pertanian, serta NGO bagi amat memerlu amat diperlukan dalam memastikan perancangan dan pemeliharaan serta pemuliharaan dapat dilaksanakan. Datuk Speaker, Taman-Taman Sabah komited.
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan konflik manusia dan hidupan liar, kita sedar bahawa sekarang kita sedang berhadapan dengan konflik manusia dan hidupan liar. Sebagai contoh, kalau di kawasan Tungku…
Gajah-gajah kita keluar daripada kawasan Tabin, masuk ke kawasan perladangan dan merosakkan hasil tanaman. Begitu juga dengan masalah buaya yang mengganggu aktiviti riadah masyarakat, kan? Mandi di pantai pun sudah tidak boleh, kan? Lepas itu banyak lagilah. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan bercakap soal gajah ini ya. Kita sudah ada Tabin Wildlife, saya mencadangkan kalau boleh, Tabin Wildlife ini kita jadikan wildlife park ataupun zoo dalam dia punya natural habitat, di mana kawasan Tabin Wildlife ini, kita pagar dia. Sama ada kita pagar, kita tembok, di mana gajah-gajah tersebut tidak boleh lagi keluar daripada kawasan konservasi. Itu yang pertama, dan itu boleh menjadi satu daya tarikan pelancongan yang baharu bagi kita di negeri Sabah, di mana kita tidak memerlukan zoo lagi. Sebab zoo yang ada di Kinarut sekarang pun tidak boleh apa menampung sudah soal penjagaannya. Okey, itu yang pertama. Yang kedua, soal buaya Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, saya mencadangkan. Sebelum ini saya ada berbincang dengan salah seorang kakitangan, kita punya kementerian Jabatan Hidupan Liar. Dan saya pernah mencadangkan supaya masalah buaya ini, kita ambil peluang untuk monetize. Maksudnya, kita boleh dapat keuntungan daripada kewujudan buaya yang begitu banyak. Cuma masalah yang di beritahu kepada kita Yang Berhormat Menteri, kita tidak pernah membuat inventory stock mengenai buaya-buaya ini. Adakah buaya ini sudah melebihi bilangan yang sepatutnya? Adakah dia semakin pupus, kan?
Tapi daripada pemerhatian saya, kalau buaya itu sampai keluar daripada habitat dia, ertinya buaya ini sudah melebihi daripada inventory yang perlu kita kekalkan untuk negeri inilah. Jadi mungkin apa yang kita boleh cadangkan sebagai contoh, buaya ini
boleh kita buru untuk diniagakan, daging dia, kulit dia dan sebagainya. Dan dia hendaklah dijadikan satu aktiviti yang legal dari segi peraturan. Cadangan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tungku. Rasanya cadangan untuk Tabin itu, kita akan cuba bincang dan saya akan bawa kepada Kementerian untuk kita study dan yang kedua itu pasal buaya itu, actually Kementerian kita, Kementerian melalui Jabatan Hidupan Liar menawarkan ataupun membenarkan mana-mana pihak untuk membuat tembakan yang teraturlah. Kalau mohon, kita tengok macam mana untuk kalau ada buayalah, itu yang saya difahamkan dan untuk industri itu yang macam yalah daging dan sebagainya, saya difahamkan memang kurang sebab mungkin yalah tidak terjamin dari segi supply dan sebagainya. Itu yang mengakibatkan tiada pemohon ke arah itu.
Adakah dia tidak, tidak, tidak menjadi kesalahan untuk kita memburu ataupun membuka contoh restoran daging buaya ataupun apa ini kulit buaya, dari kasut buat leather ke apa semua, adakah itu benda yang dibenarkan dalam? Mungkin kita boleh jadikan dia sebagai salah satu lagi punca pendapatan untuk rakyat di negeri Sabah.
Untuk ini, kena pohon dengan hidupan liar. Hidupan liar pun ada, dia punya SOP dan sudah pasti kalau itu yang dibenarkan oleh undang-undang, kita tiada. Cuma masalah dia, yalah kita ada juga diguide oleh ada satu konvensyen yang kalau saya…
Ya, Yang Berhormat Menteri. Sini.
Oh ya.
Tanjung Papat ya. Ya, macam kes di Sandakanlahkan, baru-baru saya pun ada meeting sama Jabatan Hidupan Liar di
Sandakan. Yang saya didapati tahu, macam isu buaya di Sandakan memang banyak berlakulah. Memang lebih banyak daripada sebelum ni. Jadi yang saya ada mesyuarat sama pegawai-pegawai semua itu. Yang sekarang isu semasa yang kita jumpalah, itu pegawai yang solusi untuk buaya, memang mereka kasi tembaklah. Jadi solusi ada lain, soalan saya, ada solusi lainkah kecuali yang kasi tembak? Soalan kedua, sama pegawai yang bertugas di Sandakanlah, saya ingin bersuara untuk mereka juga. Memang pegawai yang ada berlesen senjata memang terhad saja. Jadi ada apa solusi yang lain, bolehkah tambah lebih pegawai atau apa-apa solusi lain? Terima kasih.
Terima kasih, Tanjong Papat. Kita ada, kalau boleh saya akan baca langkah-langkah untuk kawalan buaya. Antaranya, dalam usaha mencegah atau membanteras kes serangan buaya, Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar Sabah telah mengambil langkah-langkah seperti berikut.
Pertama, melaksanakan operasi bersepadu dengan agensi keselamatan seperti PDRM dan agensi keselamatan lain dalam Jawatankuasa Operasi Mitigasi Buaya Peringkat Negeri Sabah, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Negeri Sabah. Yang kedua, mengeluarkan surat kebenaran dan meluluskan permohonan lesen memburu buaya untuk mengurangkan populasi buaya di kawasan yang telah dikenal pasti. Yang ketiga, menangkap ataupun (penggunaan perangkap), menggunakan pancing atau menembak buaya di kawasan yang berkonfliklah, yang ada hal, ada kes. Yang keempat, ceramah kesedaran awam tentang kaedah-kaedah mencegah serangan buaya. Yang kelima, memasang papan tanda amaran di tempat-tempat yang berpotensi menjadi kawasan serangan buaya.
Dan yang keenam, melaksanakan latihan antara Jabatan Hidupan Liar, pemegang taruh dan IUCN, Crocodile Specialist Group bagi menghasilkan rekomendasi kepada Kerajaan Negeri Sabah yang memberi panduan, dan membantu mengurus isu konflik manusia dengan buaya di negeri Sabah. Itu antara langkah-langkahlah. So, kalau mahu tembak buaya, kena pohonlah.
Ya, terima kasih. Satu saja, saya kalau boleh cadangkan, kita tambah lagi saranglah. Sebab yang didapati tahu Jabatan Hidupan Liar di Sandakan, mereka saya tanya pasal itu sarang itukan, memang kurang.
Okey, i look into the matter.
Kalau boleh tambahlah.
Alright, terima kasih.
Terima kasih.
Datuk Speaker, Taman-Taman Sabah komited untuk meningkatkan kawasan perlindungan dan telah mencadangkan beberapa kawasan diwartakan sebagai kawasan taman.
Datuk Dr.
Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan?
Boleh.
Datuk Dr.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Speaker. Saya tadi sepatutnya mahu diam sajalah tapi masih saya tak puas tentang pendekatan pasal buaya ini. Dua perkara hari ini yang saya dengar, satu buaya, satu monyet, yang banyak merosakkan tanaman. Monyet ini di Pulau Pinang. Kalau kita pergi Bukit Bendera, dia pelihara, dia pelihara, dia jaga monyet ini, dikasih makan berjadual. Jadi itu tarikan pelancong. Kalau kita datang ke sana adalah penjual kacang, penjual pisang,
apa semua itu. Dia bagi makan monyet itu. Akhirnya dia tidak berkeliaran dan jadi tumpuan pelancong. Itu cerita di Gum Gum tadi.
Lepas itu buaya, buaya ini ada berapa jenis? Bila saya sebut, ada tiga jenis itu tetapi ada yang kata empat, itu terpulanglah pada tafsiran. Yang saya tahu buaya laut, buaya sungai, buaya yang satu itu, ada tiga. Pasal saya pergi satu pulau, yalah terdekat di Sabah. Dia kata dengan saya, Datuk masalah sudah di kawasan kami ni pasal buaya ini, mengganas. Jadi dulu tidak mengganas, kenapa sekarang mengganas? Dia kata punca dia, bila sudah ada dikurangkan sudah membom ikan ini di satu pulau. Jadi buaya ini timbul.
Jadi apa kaedah dia? Saya fikirkan buaya ini yalah Allah SWT lahirkan kalau tidak ada fungsi tugas dia. Jadi saya cadangkan bagi menang dia punya kawasan, saya akan buat zoo buaya, buat zoo buaya. Pasal kalau pergi Pattaya di Thailand, dia boleh dilatih, pasal antara haiwan ni ada empat yang kita boleh didik latih. Satu, anjing. Kedua, buaya. Ketiga, dolphin dan juga keempat, gajah. Pergi Pattaya di Thailand. So kalau kita buat satu zoo buaya.
Datuk Dr.
Letaklah tiga jenis buaya ini di situ dan kita akan letakkan mengikut ekosistem dia. Dan kita latih buaya ini. Kita latih. Latih dia, dengar muzik dia boleh menari. Nanti, ada lagi satu perkara lagi. Ada lagi, satu lagi. Sebab tadi makanan buaya tadi. Itu zoo buaya tadi, faham itu. Sebab sudah pergi Patayya dia. Yang makanan ni , memang saya tertarik. Kulit buaya ini mahal. Dan di Sarawak, saya jumpa dengan Menteri Pelancongan, Datuk Abdul Karim, diorang (mereka) ada jadual. Satu tahun boleh tembak buaya ini. Macam yang tadi, dibenarkan. Yang terlalu banyak sudah, dibenarkan di Sarawak. Yang saya kata makanan ni, kita ternak buaya ni. Diternak. Lain yang buaya ini itu tak boleh. Itu yang masukkan dalam zoo. Buat ternakan buaya. Pasal dia ini membiak. Telur dia sampai lebih 10 itu. Jadi ini yang kita proses daging dia ini kita buat frozen. Ini makanan eksotik…
Okey, terima kasih Sulabayan.
Datuk Dr.
Lepas tu, yang kulit dia ini, barulah kita boleh buat industri. Beg, kasut dan jam tangan. Itu pandangan saya pasal buaya dengan monyet. Terima kasih.
Terima kasih. Teruskan Menteri.
Terima kasih pandangan Sulabayan akan kita maklum dan ambil perhatian. Terima kasih. Datuk Speaker, Taman-Taman Sabah komited untuk meningkatkan kawasan perlindungan dan telah mencadangkan beberapa kawasan diwartakan sebagai kawasan taman. Antara lokaliti lain yang turut berpotensi adalah perairan Tambisan, bekas Lombong Mamut, Pulau Mantanani, Pulau Mengalum dan Pulau Ligitan. Dipohonkan komitmen ini disokong penuh memandangkan pewartaan kawasan ini secara langsung bukan saja menjadi produk pelancongan yang premium kepada negeri ini tetapi juga mampu untuk memelihara khazanah negeri Sabah. Datuk Speaker, aspek kebudayaan antara portfolio Kementerian saya yang menjadi fokus pada tahun ini.
Yang Berbahagia Menteri, soal taman, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut soal taman. Dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebenarnya sebelum ini usaha untuk mewartakan Teluk Darvel sebagai Conservation Marine Park memang sudah dibuat. Tapi masalahnya sampai sekarang warta itu belum keluar dan tidak ada aktiviti yang boleh dimulakan di kawasan tersebut. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh usahakan supaya warta boleh dikeluarkan segera. Supaya kita usaha untuk menarik pelabur, membuat pembangunan, merancang dan segalanya boleh dimulakan. Yang kedua, Taman Tun Juhar meliputi kawasan daripada Tanjung Labian sampailah Ke Tambisan yang disebut tadi pun begitu juga. Sudah dicadangkan tetapi belum ada warta. Jadi kalau boleh kedua-dua taman ini kena ada pewartaan segera sebab dia hanya akan
menambah pendapatan kepada negeri dan menjadikan Sabah apa ini satu lagi daya tarikan orang datang ke negeri Sabah. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Sekejap dulu yang Tungku. Teluk Darvel saya ingat estimate of time, sedang menanti tandatangan Tuan Yang Terutama untuk digazetkan. Dan saya belum, saya akan nanti maklumkan tentang Tambisan. Sebab yang itu saya baru masuk, baru dalam satu dua minggu ini saya belum lagi di brief tentang taman-taman yang lain. Tapi yang saya pasti, saya dimaklumkan bahawa Teluk Darvel memang pada mulanya di initiate pada waktu saya hari itu dan alhamdulillah saya difahamkan tinggal menunggu tandatangan Tuan Yang Terutama. Terima kasih.
YB Menteri, saya minta izin. Saya tahu saya tidak ada bangkitkan perkara ini dalam perbahasan saya tetapi memandangkan YB Menteri ada sebut pasal Mantanani, saya Ahli Parlimen Kota Belud, YB Pintasan juga ada di sini. Ini hanya untuk perhatian YB Menterilah. Disebabkan sekarang ini di Pulau Mantanani, dia punya, kalau kita sebut kira pandangan hadapan, dia punya hakisan itu terlampau teruk YB Menteri. Banyak sekarang rumah itu pun dia punya tiangkan bergantung sudah. Maksudnya dulu dasar pantai itu jauh daripada rumah, sekarang dia makin terhakis. Saya banyak kali bangkitkan isu ini dalam Parlimen. Kalau boleh saya minta Kerajaan Negeri juga tolong ambil perhatian berkenaan hakisan pantai sangat teruklah. Bukan sahaja di Pulau Mantanani, juga di kawasan Pantai Emas, kalau tidak silap saya, ya Pantai Emas juga. YB Menteri tidak semestinya jawab hari ini, tetapi saya minta perhatian daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Insya-Allah, terima kasih kepada Usukan. Saya ambil maklum dan akan lihat perkara tersebut. Datuk Speaker, izinkan saya meneruskan ucapan pengulungan ini dengan aspek kebudayaan antara portfolio Kementerian saya yang menjadi fokus pada tahun ini. Sukacita saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa
Kerajaan Negeri akan membangunkan Kompleks Kebudayaan Negeri Sabah yang bertempat di kawasan Kinarut-Papar dengan keluasan 42 ekar. Pembangunan Kompleks Kebudayaan Negeri Sabah ini akan mulai dilaksanakan pada tahun 2026 dan akan menjadi salah satu produk pelancongan baru yang menjadi one-stop centre untuk menonjolkan kepelbagaian etnik dan keunikan budaya di negeri Sabah. Pada masa yang sama, para penggiat industri seni kreatif, penggiat seni kebudayaan turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Ia bukan saja sebagai aset dalam sektor pelancongan, bahkan ia juga merupakan khazanah dan warisan yang perlu dipelihara dan dipelihara. Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas saranan dan cadangan yang telah dikemukakan kepada Kementerian saya. Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita bersama-sama membantu memulihkan serta meningkatkan lagi kualiti sektor pelancongan negeri ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, izinkan saya…
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sekali lagi? Okey. Berhubung rapat dengan Usukan tadi itu, iaitu hakisan pantai. Saya tidak tahu sama ada hakisan pantai ini di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri ataupun mana-mana agensilah. Namun demikian hakisan pantai ini ada kaitan rapat dengan global warming dan juga climate changes. Saya ada beritahu bahawa antara kawasan yang terjejas teruk disebabkan global warming adalah Tungku di Pantai Timur Sabah. Dan kesan dia adalah satu, suhu di situ panas dan kedua, hakisan pantai begitu teruk.
Apa yang ingin saya sampaikan yang mohon Menteri adalah memang ada inisiatif daripada Kerajaan, saya ingat Jabatan Pengairan dan Salirankah, sama ada negeri ataupun federal, untuk berusaha mitigate kesan hakisan pantai. Tetapi apa yang saya nampak, usaha tersebut tidak begitu sesuai dan menyebabkan kita kehilangan potensi peluang perniagaan masyarakat pesisir pantai. Sebagai contoh, untuk mengelakkan hakisan pantai, mereka meletakkan bongkah batu di gigi pantai, di pasir dan akhirnya aktiviti-aktiviti riadah pantai yang cantik sudah hilang dia punya
daya tarikan. Apa yang saya cadangkan, kalau boleh Yang Berhormat Menteri bawa kepada mesyuarat mana-manalah. Sepatutnya yang kita buat adalah wave breaker. Di mana kita meletakkan bongkah batu 50-100 meter ke tengah sana di mana ombak itu akan pecah di situ dan tidak akan sampai ke pantai dan pantai itu akan masih terjaga dengan keadaan dia, aktiviti boleh berjalan biasa. Selain daripada itu, bongkah batu yang diletakkan di tengah tadi itu boleh menjadi tukun tiruan untuk pembiakan anak-anak ikan dan aktiviti lain boleh dibuat di situ. Terima kasih. Terima kasih Tungku dan Usukan. Terima kasih kerana ambil maklum dan saya akan lihat apa yang patut dan akan kemukakan kepada, kalau bukan di bawah Kementerian saya akan saya kemukakan kepada pihak yang berwajib. Ada lagi Usukan?
Samalah, kalau tidak silap saya, istilah diorang (mereka) panggil tembok pemecah ombak. Samalah, pernah juga kita minta untuk Pulau Mantanani sebenarnya dan juga kawasan ini. Mohon Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Usukan, akan saya ambil maklum dan ambil tindakan yang sewajarnya sekiranya mempunyai keupayaan. Dengan itu, izinkan saya memberi penjelasan.
…kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan kepada Kementerian saya. Datuk Speaker, bagi menjawab soalan daripada N.64 Sulabayan dan N.65 Senallang berhubung keperluan memfokuskan promosi pelancongan kepada pengalaman alam semula jadi berbanding pembangunan artificial.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.64 Sulabayan, Ahli Yang Berhormat N.65 Senallang serta Dewan yang mulia ini, selain daripada aset negeri Sabah yang sedia ada di pulau-pulau serta gunung-ganang yang merupakan produk pelancongan semula jadi, Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah juga mempromosikan negeri Sabah dengan pelbagai segmen pelancongan yang disesuaikan dengan pasaran tertentu.
Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah memasarkan serta mempromosikan pakej-pakej pelancongan berdasarkan minat sesebuah negara contohnya seperti negara China dan Korea yang lebih meminati aktiviti rekreasi air, aktiviti yang berasaskan hidupan liar dan pemerhatian burung tertumpu kepada pasaran Eropah manakala aktiviti kembara, adventure tourism difokuskan kepada pasaran Asia Tenggara dan pasaran Barat. Selain daripada aspek pemasaran mengikut segmen-segmen, Kementerian juga menganjurkan pelbagai acara-acara pelancongan berskala tahunan yang mengetengahkan keunikan Sabah termasuk warisan budaya negeri ini, sukan pelancongan kembara serta rekreasi air. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat Sulabayan juga membangkitkan berhubung community use zone di Taman-Taman Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sulabayan, Kementerian melalui Taman-Taman Sabah telah menggariskan konsep taman pelbagai guna di Taman-Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Tun Mustafa. Kedua-dua taman ini diurus sebagai Taman Marin moden berasaskan Pelan Pengurusan Berzon yang mengambil kira keperluan pemuliharaan sumber marin serta keperluan sosioekonomi komuniti yang menetap dan bergantung kepada kawasan taman sebagai sumber pendapatan.
Kesimpulannya, Kerajaan Negeri melalui Taman-Taman Sabah telah melaksanakan Agenda Biru dengan membantu serta memperkasa komuniti di Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Tun Mustafa melalui pengurusan taman pelbagai guna moden yang berasaskan sains dan pengurusan berzon. Pendekatan ini mengintegrasikan pemuliharaan ekosistem marin dengan pembangunan kapasiti komuniti, pewujudan peluang pekerjaan dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sumber.
Pelaksanaan ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan keseimbangan antara perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan sosioekonomi komuniti pesisir Sabah.
Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat N.29 Pantai Manis telah membangkitkan berhubung langkah untuk mempromosikan pekan lama Papar sebagai produk pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat Pantai Manis serta Dewan yang mulia ini, sememangnya pekan lama Papar merupakan salah satu destinasi
pelancongan yang sememangnya dipromosikan oleh Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah. Antara yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah adalah pakej pelancongan berasaskan pengalaman seperti Tamu Train Ride dan Train to Muara Sungai Benoni. Hasil kerjasama strategik bersama Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan Sabah Tourist Guide Association. Sebagai tambahan juga, Lembaga Pelancongan Sabah bersama Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Papar akan menerbitkan satu e-brochure pelancongan Papar yang akan diterbitkan pada tahun 2026 bagi mempergiat promosi Pekan Lama Papar dan kawasan sekitarnya.
Datuk Speaker, Yang Berhormat N.29 Pantai Manis juga ada membangkitkan berkenaan isu aktiviti penangkapan ikan di dalam kawasan Taman Pulau Tiga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pantai Manis serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa Taman Pulau Tiga merupakan taman yang dilindungi sepenuhnya di bawah enakmen Taman 1984 Pindaan 2024, berdasarkan keperluan pemeliharaan kawasan yang sensitif dan penting dari segi biodiversiti. Walau bagaimanapun, nelayan tempatan masih boleh menjalankan aktiviti perikanan di luar sempadan Taman Pulau Tiga tertakluk kepada peraturan-peraturan lain yang sedang berkuat kuasa.
Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong ada membangkitkan berhubung pembinaan jeti di Tawau yang akan menghubungkan Tawau ke Semporna. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong serta Dewan yang mulia ini, Kementerian sedang meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan pembangunan jeti berkenaan, khususnya dari aspek pemilihan lokasi serta kesesuaian untuk jangka masa panjang. Berhubung keperluan penaiktarafan jeti pelancong, sememangnya Kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga Jabatan Pelabuhan dan Dermaga berhubung isu-isu berkaitan jeti-jeti pelancongan ini.
Bagi daerah Kota Kinabalu, jeti pelancongan sedia ada, iaitu Jesselton Point akan dipindahkan sementara bagi memberi laluan kepada pembangunan jeti baharu yang bertaraf antarabangsa. Pembangunan ini merupakan hasil kerjasama Suria Capital
bersama BEDI Development Sendirian Berhad. Selain itu, satu lagi projek yang akan dilaksanakan ialah penaiktarafan jeti pelancongan bersistematik di Pulau Manukan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Kementerian juga telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jeti pelancongan Semporna yang sememangnya memerlukan penambahbaikan bagi menampung peningkatan permintaan pelancong ke pulau-pulau sekitar. Kementerian berharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan saya sendiri telah membuat temu janji dengan Menteri MOTAC, iaitu pada hari Jumaat saya akan courtesy call kepada Menteri yang saya sebut tadi untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Terima kasih. Sila, Sri Tanjong.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tadi ada sebut pasal jeti pelancongan di Tawau. Saya rasa di Tawau, khususnya di bandar, kawasan bandar memang ada tanah yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai jeti pelancongan. Itu satu. Sebab kalau kita pergi Tawau, berhampiran dengan pesisiran Pantai Sabindo, terletak satu tanah di mana saya sudah semak, itu masih dimiliki oleh Kerajaan. Maksudnya it's still a state land dengan izin. Berkenaan dengan keboleh feasibilty, kebolehlaksanaan. Saya rasa di Tawau ini boleh dijadikan sebagai satu alternative route kepada pelancong-pelancong khususnya dari luar negara kerana penginapan yang ada di Semporna tidak mencukupi sehingganya pelancong-pelancong asing ini mereka mendarat, mereka menginap di Bandar Seri Indah. Ada sebuah hotel yang tak sampai satu star pun tapi harga dia melonjak sampai RM200.00-300.00. Mereka terpaksa untuk menginap di sana kerana keesokan hari mereka boleh menyambung itinerary mereka ke Semporna. Jadi kalaulah ada satu kewujudan jeti pelancongan di Tawau, mereka boleh singgah di Tawau dan seterusnya menginap di Tawau dan boleh juga pergi ke Semporna. Jadi tidak menghalang mereka untuk pergi ke next destination dan satu lagi Yang Berhormat Menteri, kita boleh mengkaji bahawa sama ada pelancong dari Indonesia sebab Tawau adalah satu-satunya pintu masuk…
Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong]:… Untuk warga Indonesia, dan sekarang apa yang kita ada itu cuma feri saja, dan feri itu satu hari mungkin satu jadual dari Tarakan, dan itu tidak mencukupi. Jadi saya mencadangkan kepada pihak Kementerian supaya mengkaji bukan sahaja Tawau ke Semporna, tetapi juga dari East Kalimantan dan North Kalimantan ke Tawau. Terima kasih.
Terima kasih Sri Tanjong akan saya maklum dan study cadangan yang rasanya begitu baik bagi memastikan bandar Tawau juga tidak ketinggalan daripada bandar-bandar lain di Sabah.
Datuk Speaker, bagi menjawab soalan berhubung isu operator haram yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong dan N.21 Luyang. Kementerian ini mengambil maklum akan peningkatan isu operator haram.
Kementerian saya bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil tindakan terhadap perkara ini secara tegas. Malah pihak MOTAC juga telah memberikan peringatan yang tegas kepada semua syarikat di bawah seliaan MOTAC agar tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan entiti yang tidak berlesen atau tidak memiliki lesen MOTAC yang sah. Larangan ini termasuk menjalinkan kerjasama membenarkan penggunaan lesen oleh pihak lain atau menyalahgunakan lesen bagi apa-apa kepentingan. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan pelancong, serta menjaga imej dan kelestarian industri pelancongan.
Datuk Speaker, bagi menjawab persoalan N.22 Tanjung Aru berhubung konflik. Adakah Tanjung Aru? Ataupun saya skip saja ini, sudah bincang juga pasal buayakan?. Bagi menjawap persoalan N.22 Tanjung Aru berhubung konflik buaya, untuk makluman Yang Berhormat N.22 Tanjung Aru serta Dewan yang mulia ini, di peringkat antarabangsa, speasis buaya ini tersenarai di dalam Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITIS) atau
dalam Appendix 1, yang merupakan hidupan liar kawalan. Walau bagaimanapun, di negeri Sabah spesis buaya ini disenaraikan dalam Jadual 2(1) haiwan dilindungi di dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dengan persetujuan CITIS, disebabkan jumlah populasi buaya semakin meningkat serta penyediaan pelan pengurusan buaya yang baik.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, konflik manusia, buaya di Sabah semakin meningkat disebabkan pembukaan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian atau penempatan manusia yang menyebabkan habitat buaya itu terganggu dan semakin mengecil sehingga kawasan keliaran buaya itu bertindih dengan kawasan aktiviti manusia. Dalam usaha mencegah atau membanteras kes serangan buaya ini, Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar Sabah telah mengadakan pelbagai kerjasama serta program bagi menangani isu konflik, buaya manusia ini. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat N.20 Api-Api telah membangkitkan berkenaan insiden yang berlaku berkaitan pelancong yang telah cedera akibat ditembak menggunakan Air gun. Untuk makluman Yang Berhormat, serta Dewan yang mulia ini, kes ini sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia. Pihak polis kini sedang mengesan saksi serta rakaman CCTV milik Public Bank di Jalan Pantai dan berharap rakaman tersebut berjaya merakam kejadian terbabit. Kementerian turut memantau perkembangan kes ini secara rapat melalui kerjasama berterusan dengan pihak polis termasuk mendapatkan maklumat terkini mengenai hasil siasatan, langkah-langkah keselamatan yang sedang diambil serta memastikan setiap tindakan di lapangan diselaraskan dengan baik.
KePKAS memandang serius isu keselamatan pelancong khususnya melibatkan pelancong asing yang berada di Sabah dan menekankan bahawa keselamatan serta kesejahteraan mereka adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Kementerian akan terus bekerjasama bersama pihak-pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan orang awam termasuk mempertingkatkan pemantauan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong.
Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat Luyang ada membangkitkan berhubung promosi dan pemasaran pelancongan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah sememangnya mempelbagaikan promosi di sasaran pemasaran yang berlainan daripada yang sedia ada seperti India, Timur Tengah, Asia Tengah dan Rusia. Promosi dan pemasaran ini untuk mengelakkan kebergantungan sasaran seperti negara China dan Korea. Lembaga Pelancongan Sabah juga melakukan kolaborasi berimpak tinggi dengan syarikat penerbangan Air Asia untuk pasaran Asia Tenggara, Asia Utara, Indonesia, Korea, Vietnam, Singapura dan pelancongan domestik. Bagi pasaran Eropah, Australia, Jepun dan India, Lembaga Pelancongan Sabah berkolaborasi dengan syarikat penerbangan Brunei Airlines. Selain daripada itu, syarikat penerbangan lain seperti Batik, MAS dan syarikat penerbangan asing dari Singapura, Korea dan juga China melakukan kempen pemasaran pintar dengan Lembaga Pelancongan Sabah. Datuk Speaker, selain daripada promosi dan pemasaran secara fizikal, Lembaga Pelancongan Sabah juga menerapkan kaedah promosi dan pemasaran secara digital AR dan VR dan juga AI marketing untuk menjadikan platform ini sebagai penarik kepada golongan belia untuk lebih mengenali Sabah secara berkesan. Platform ini juga memperkenalkan pelancongan luar bandar secara meluas dan jitu. Pada tahun 2025, Lembaga Pelancongan Sabah juga mengadakan kerjasama dengan Realme, iaitu satu jenama telefon pintar yang mempunyai lebih dari 70 juta pengguna, terutamanya di India juga menjadi satu platform pemasaran. Di samping itu, untuk menjadikan Sabah sebagai peneraju sustainable travel, Lembaga Pelancongan Sabah telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier, iaitu DHL untuk mempromosikan Sabah di 220 lokasi di seluruh dunia.
DHL menggunakan SAF atau Sustainable Aviation Fuel komitmen untuk mengurangkan pencemaran udara.
Untuk memantapkan lagi penjenamaan Sabah sebagai satu destinasi, “Explore Sabah Naturally Inspiring Beyond Ordinary” logo akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun 2026. Ini sejajar dengan perancangan tahun melawat Sabah pada tahun 2027. Dengan kombinasi holistik pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah, sasaran utama bukan saja memfokuskan kepada jumlah kedatangan pelancong,
malah memfokuskan pembangunan pelancongan yang inklusif ke arah pelancongan bertanggungjawab dan mapan. Ini telah menjadikan Sabah sebagai satu destinasi tarikan bukan saja pelawat kali pertama, malah pelawat berulang sebanyak 20% pada tahun 2025.
Datuk Speaker, mengenai saranan dan soalan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya berikan penjelasan, Kementerian saya akan memberi penjelasan secara bertulis. Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Sabah yang beragama Kristian dan juga selamat menyambut Tahun Baru 2025, dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Ada mana-mana Kementerian yang ingin menggulung pada hari ini? Tidak ada? Kita sambung besok. Jadi kita habis awallah. Okey, maka dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguh dan bermesyuarat semula pada 17 Disember 2025, hari Rabu, pukul 10 pagi.
[GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI] Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 4.49 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga Isnin, 17 Disember 2025 pukul 10.00 pagi.”
SDN16122025/bnm