Sabah · 29 April 2026
17th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 1,099 turns · 78,300 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menjemput Yang Berhormat daripada Sindumin untuk bertanyakan soalan.
Datuk Dr.
Tuan speaker, tuan speaker. Sulabayan, standing order. Muka surat 52, Peraturan-peraturan Dewan 44.
44.
Datuk Dr.
Ya, tentang gangguan.
Bacakan. Datuk Dr.
44A, jika hendak menegur kesalahan kerana melanggar peraturan, pada ketika itu ahli-ahli yang sedang bercakap, hendaklah duduk semula di tempatnya. Manakala ahli yang mengganggu itu, hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak anda ditimbulkan, buat pengetahuan majlis, dan hendaklah menyerahkan dan seterusnya perkara B, ada kaitan. Saya ingat boleh baca semua. Apa yang saya tekankan di sini untuk makluman Tuan Speaker ialah mengenai pertanyaan-pertanyaan dan juga jawapan daripada Menteri ataupun Pembantu Menteri. Dalam perkara Peraturan Dewan, kita hanya dibenarkan mengemukakan pertanyaan itu tidak lebih daripada 40 perkataan.
Pandangan saya, pertanyaan saya ialah soal jawapan. Daripada Menteri-menteri Ahli yang Berhormat, kadang-kadang mengambil masa, sampai setengah jam. Sehingga soalan-soalan, contoh hari ni kita ada soalan, beberapa hari lepas ini, tiga hari, empat hari, hanya setakat dua, tiga, empat soalan sahaja dapat dijawab. Pasal jawapan tu terlalu panjang daripada pihak berkenaan. Sedangkan Menteri atau Pembantu Menteri ada masa, masa penggulungan tu untuk dapat cakap. Satu jam ke dua jam tak kisah. Kerana yang saya katakan ini, kita mengemukakan pertanyaan-pertanyaan sangat penting. Tapi kalau tidak dibagi ruang dalam apa yang patut dijawab dalam sesi soal jawab ini, kita tidak ada kesempatan. Bagi saya Dewan ni, Dewan ni sangat penting. Kita membawa suara rakyat, satu tempat yang tertinggi. So kalau kita tidak, orang kata pihak kita, baik Menteri, baik pihak kami ni, tidak diberi peranan, so apalah makna kita duduk di sini kalau tidak ada ruang dalam perkataan. Jadi ini pandanganlah, bukanlah satu kesalahan mungkin. Tapi bagilah ruang, sehingga hanya setakat empat lima soalan sahaja. Tapi yang saya tengok, yang panjang jawapan. Jawapan itu panjang. Jadi kalau dapat, bukan nak mengajar. Peringatan saya lah, bagilah ruang yang lain-lain soalan banyak yang perlu dijawab. Pasal kalau nak jawapan bertulis saja, macam mana? Dan saya tengok bila dijawab terlalu panjang. Sehingga saya ingat yang perkara penting itu hanya dalam empat lima perkara saja. Tapi jawapan sampai setengah jam. Jadi ini pandangan, bukanlah satu kesalahan. Terima kasih.
Baik-baik.
Perkara yang sama. Standing order yang sama. Kalau boleh saya mencadangkan Yang Berhormat Speaker. Speaker haruslah konsisten kepada masa yang telah ditetapkan untuk menjawab soalan. Sebagai contoh, kelmarin dan hari sebelumnya sesi jawapan sehingga jam 11:30 tapi kelmarin sampai jam 11:05 minit sahaja dengan hanya empat soalan sahaja yang dapat dijawab, itu pertama. Keduanya, selepas 11:30 soalan lisan itu, kalau boleh, immediately after that, mana-mana soalan yang tidak dijawab, tidak dapat dijawab
oleh Menteri, jawapan bertulis hendaklah diedarkan terus kepada Ahli-ahli Dewan yang mengemukakan soalan dalam apa ini persidangan terakhir, terima kasih.
Dalam soal yang sama, respon kepada Yang Berhormat Sulabayan.
Dengan dia, it takes two to tango now, kata Bahasa Inggeris. Kalau tidak banyak soalan tambahan, kita boleh cepat. Ini kadang-kadang soalan tambahan demi tambahan. Sudah itu ada lagi yang bertambah, bercakap antara satu dengan lain, itu masalah dia. I think discipline should go on both sides. Itu, saya, kalau saya dengarlah, ada yang panjang, ada yang pendek. Soalan tambahan meleret-leret, itu barangkali antara punca lah. Dengan izin, Tuan Speaker.
Datuk Dr.
Saya ingat kalau jawapan itu pendek tapi tidak ada soalan tambahan, tak akan berlaku. Tapi bila jawapan itu terlalu panjang, banyak buang masa sahaja.
Okey Sulabayan. Datuk Dr.
Soalan itu biar menjurus kepada apa yang dipersoalkan, jawab itu. Terima kasih.
Okey, I think it’s enough. Kita sudah buang masa dalam sepuluh minit. Let me address this concern. Okey, boleh?* Alright, regarding jawapan daripada Menteri, I think your concern, Sulabayan, bahawa jawapan Menteri mungkin terlalu panjang.
Tetapi walau bagaimanapun, itu adalah prerogative daripada Menteri untuk menjawab. Mungkin terpulang kepada Menteri, sama ada Menteri mahu menerima pandangan Yang Berhormat Sulabayan, itu saya serahkan kepada Menteri.
Yang seterusnya tadi daripada Tungku berkenaan dengan konsistensi regarding sesi soal jawab. Itu pun di bawah prerogative speaker sama ada mahu hentikan jam 11, jam 11:30, 11:15. Kita bergantung kepada soalan yang kita terima dan agenda pada hari tersebut. Mungkin pada agenda hari tersebut padat maka kita habiskan awal.
Untuk jawapan bertulis Yang Berhormat nyatakan tadi, yang itu saya minta Kementerianlah kalau boleh edarkan secepat mungkin. Sebab concern sedemikian telah disuarakan berkali-kali pada sidang-sidang sebelumnya. Jadi saya minta Kementerian untuk edarkan dengan segera jawapan-jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.
Datuk Speaker, dengan izin kalau boleh. Terima kasih banyak kerana saya setuju supaya perkara yang kita bahaskan, kerana kalau mengikut peraturan standing order yang ada, masa perbahasan, any YB can ask question. Dan Menteri ada hak menjawab ataupun tidak menjawab. Tapi di peringkat perbahasan ini, kecuali dia bercanggah dengan ada Contempt of Court, for example, like proceeding. Di Parlimen macam itu. Tapi saya bimbang, Datuk Speaker, sebab sebelum pun jawapan diletakkan ke peringkat Dewan Undangan Negeri perbahasan ini, kena kita tunggu Menteri-menteri menjawab.
Saya tunggu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjawab, Menteri Kewangan menjawab, Menteri Perindustrian menjawab. Dah ada jawapan bertulis. Dan saya bimbang. Nanti bila jawapan bertulis, as if that you don’t want to answer in Dewan. Pasal besok nanti, bertulis ini, ini sidang Dewan. Let the Dewan, pasal kita bahaskan. Dan mungkin saya selaku Yang Berhormat. Kalau sekiranya proceeding, ya ada di antara perkara mungkin ditolak oleh kerana ada kes mahkamah. Tunggu lagi. Kita faham. You know, i know parliament is there. But dari segi perbahasan, Dewan cannot reject any soalan-soalan yang lisan punya, ya. Contohnya kalau ada lisan ataupun dari segi perbahasan, you cannot tolak. Jangan tolak dia. Kecuali ada kod, ya. Tapi, ada perkara-perkara yang kita dapati, yang saya dapati ada Yang Berhormat di peringkat pembangkang ini menunggu jawapan.
Kadang Datuk Speaker, jawapan tidak dapat. Ada yang jawapan bertulis, ada yang boleh dapat. Tapi ini kelainan saya pula. Saya dah 37 tahun politik dan lapan penggal di Parlimen. Jarang. Tidak ada pernah saya nampak jawapan bagi bertulis dulu sebelum sidang Dewan yang ada.
Okey, terima kasih Senallang.
Dan saya berharap jawapan perlu dijawab di Dewan ini. Kalau masa singkat, kita faham. Yang Berhormat, boleh katakan oleh kerana masa singkat, Speaker sudah nyatakan sejam saja. Dia setengah, itu kita faham. Lepas itu boleh bertulis. Tak jadi masalah. Tapi, Ahli Yang Berhormat berhak untuk bangkitkannya, soalkannya dalam sidang.
Okey.
Ini untuk jawapan-jawapan Menterilah. Terima kasih banyak.
Baik. Yang Berhormat Senallang. Point noted. I would like to move on. Kita sudah terlambat. Maka dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat daripada Sindumin untuk bertanyakan soalan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya Soalan No.1, Datuk Speaker. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pewartaan Rizab Kampung Melibatkan Tanah Konsesi Sabah Forest Industry (Sfi)Questions
*1.
YB. Tuan Yusri bin Pungut [Sindumin] bertanya kepada KETUA MENTERI, adakah benar, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan lebih kurang 40,000 ekar tanah daripada Kawasan konsesi Sabah Forest Industri (SFI) untuk dijadikan warta rizab kampung bagi manfaat rakyat.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sindumin serta Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan kawasan tanah daripada bekas konsesi Sabah Forest Industries Sendirian Berhad (SFI) untuk tujuan pewartaan sebagai rizab perkampungan bagi manfaat rakyat.
Secara khususnya, seluas 39,482 ekar kawasan dalam Hutan Simpan Sipitang Kelas 2 telah dikeluarkan pada tahun 2025 bagi tujuan tanah rizab perkampungan untuk komuniti setempat.
Sebelum itu, pada tahun 2023 seluas 108 ekar juga telah dikeluarkan bagi tujuan yang sama. Dengan itu, jumlah keseluruhan kawasan yang telah dikeluarkan adalah lebih kurang 39,590 ekar. Untuk makluman lanjut, hasil penelitian oleh Jabatan Perhutanan Sabah melalui sesi libat urus bersama pemimpin masyarakat, ketua-ketua komuniti, serta penduduk kampung, beberapa kawasan hutan simpan yang dibubarkan adalah untuk memberi manfaat kepada penduduk kampung. Sekian. Terima kasih.
Soalan tambahan Sindumin.
Terima kasih sahabat saya dan juga jiran saya, Datuk, Kiulu. Memang jelas Kerajaan ada sudah memberi ruang ataupun manfaat berkenaan dengan Sabah Forest Industry. Datuk, dia terlibat dengan Sabah Forest Industry, konsesi juga, ya. Apa yang ingin saya tanya ialah berkenaan dengan isian tanah dikeluarkan daripada Reserve Forestry dan juga hati warga SFI itu sendiri. Sebab warga SFI mengharapkan ada satu khas ruang tanah untuk mereka, yang contohnya tanah yang sudah dikeluarkan daripada konsesi SFI itu, yang untuk manfaat rakyat keseluruhannya itu ada quotient untuk mereka. Jadi, adakah ruang untuk warga SFI, selain daripada orang kampung di sekitarnya itu mendapat ruang
ataupun manfaat tanah yang diwartakan itu? Jadi, adakah juga terlibat kepada para ataupun bekas pekerja SFI mendapat tanah itu nanti?
Itu yang saya nyatakan, maksudnya.
Okey, terima kasih Sindumin. Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Sudah tentulah sebagai Kerajaan yang prihatin kita akan lihat semua itu. You know, komitmen kita untuk memastikan apa itu?
Mereka ini dapat dibantu, ya. Dan kita akan lihat semua ini. Dan we look forward to your input as well. So, that kita sama-sama dalam usaha memastikan kebajikan bekas pekerja itu juga terjaga. Dan juga mereka yang ada di sekeliling tempat. Terima kasih.
Soalan tambahan, Senallang.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Saya faham tentang reserve. Policy/police reserve is okay. The state government dari segi perundangan dia. You have every right, ya. Keluarkan daripada policy/police reserve, iaitu dari segi perundangan tanah yang ada. Dan juga perhutanan yang ada. Tapi SFI ini. Tanah SFI. Dari segi perundangan dia is under receivership signal.
You know? Yang dimilki oleh Grant Thornton, jadi perantara dia dan dia bawa bank. Takkan kita gunakan tanah yang ada perundangan dia. Besok nanti akan ada legal actions to be taken against the state government. Ya? I know we can just face them. Kita, every right macam dulu saya, diambil tindakan oleh seorang peniaga. Tapi waktu itu, kita ada kuasa 2% of our right. Ya? Dari segi memotong kayu yang ada. Potong kayu sahaja.
But that concession, SFI is already under receivership, ya. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat selain daripada itu di segi perundangan dia. Have we gone into, teliti secara baik, for reserve it’s okay, ya. State reserve. But dari segi SFI punya tanah yang ada ini. Penanaman Akasia, Eucalyptus yang ada. Kayu yang begitu, bernilai tinggi yang ada ini. Have you look into it? Besok ada dispute, the bank will sue us, the state government. It definitely is under the law, it’s very clear. They cannot be touched until, unless the law, the undang-undang dah settle dah, dari segi perundangan dia. Macam juga kita sebut tadi. Jawapan kita tidak boleh sentuh kalau ada persidangan Dewan, mahkamah yang ada, contempt of court, prejudice, ya. Moulding the mind of the judges or apa yang ada. Tapi satu.
Kedua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Tersebar, ya? Kayu dijual. Hasilnya berapa? Konsesi tanah-tanah ini, Datuk Speaker, saya tahu. Kadang-kadang, saya bimbang hasil kayu ke mana diberikan. Kalau boleh, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Because kayu Akasia ini tak bolehlah buat alasan bahawanya buruk, dah lama. I know. But this are the most expensive wood can produce paper in the world. The only country yang mempunyai keluasan tanah tanam Akasia, Datuk Speaker. Dengan Eucalyptus yang ada.
Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat soalan kedua tadi. Kayu-kayu ini ya? Dan juga apa ni, pemotongan kayu-kayu ada pasal saya dipahamkan ada beberapa syarikat yang diberikan sama ada betul atau tidak. Terima kasih banyak.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan, ADUN Senallang. Memang betul, kedudukan SFI pada masa ini melibatkan beberapa aspek perundangan dan pentadbiran yang sedang ditangani secara teratur oleh pihak berkuasa berkaitan. Jadi sehubungan itu, sebarang tindakan ke atas semua ini termasuk kawasan ladang, kemudahan kilang perlu mengambil kira implikasi undang-undang serta kepentingan
semua pihak yang terlibat dan untuk makluman, Ahli daripada Senallang, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan sentiasa memantau keadaan di lapangan, termasuk isu keselamatan dan pemeliharaan aset. Jadi, langkah-langkah sewajarnya sedang dipertimbangkan bagi memastikan sebarang sumber yang masih mempunyai, pasal ini pun jadi isu, nilai ekonomi dapat diurus secara berhemah dan tidak terjejas. Berhubung potensi hasil, hasil kayu daripada ladang akasia dan Eucalyptus itu, Kerajaan Negeri memang mengiktiraf nilai komersial sumber tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang usaha untuk memanfaatkan atau to monetize, to monetize sumber berkenaan.
… perlu dilaksanakan secara terancang, telus, dan selaras dengan kerangka perundangan sedia ada termasuk mengambil kira aspek kelestarian, pasaran semasa, serta model pelaksanaan yang memberi pulangan optimum kepada negeri. Jadi, Kerajaan Negeri memang komited untuk memastikan bahawa sebarang keputusan berkaitan SFI akan dibuat secara berhati-hati, berpandukan nasihat perundangan dan teknikal serta apa ini, mengambil kira kepentingan jangka panjang negeri Sabah. Terima kasih.
Datuk Speaker, soalan saya spesifik. Contoh hasil kayu tadi itu. Saya ingin bertanya, kalau tidak boleh jawab, bertulis, ya. Just spell it out. I want to know the revenue that we derive from that sales of logs, is it go to the State Government or any other company, yang ada? Itu persoalan dia. Minta sama anda, kalau tidak ada, ada yang bertulis bolehlah. Terima kasih.
Tuan Speaker, boleh saya mencelah?
I think saya bagi kepada Yang Berhormat Kiulu untuk menjawab dia punya Kementerian. (Suara bertindih)
Kalau dibenarkan dia punya kronologi, saya lebih tahu tentang dia punya kronologi SFI ini. (Suara bertindih kurang jelas)
Okey Datuk, Datuk Menteri, terima kasih atas saranan kita perlu teliti dengan baik, bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Senallang. Terima kasih.
Okey, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Inanam. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Speaker, Soalan No. 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Peningkatan Kadar Bantuan Kebajikan Di Sabah Bagi Menyesuaikan Dengan Kos Sara Hidup SemasaQuestions
*2.
YB. Puan Edna Jessica Majimbun [Inanam] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, memandangkan bantuan kebajikan di Sabah sekitar RM200 hingga RM350 sebulan, adakah kerajaan bercadang meningkatkan kadar bantuan ini agar lebih selaras dengan kos sara hidup semasa.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya mohon ingin menjawab untuk
Soalan No. 2 bersama-sama dengan Soalan 32 dan 37 yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Inanam kerana ketiga-tiganya saling berkaitan. Jadi mohon bertenang ADUN Sulabayan, jawapannya agak panjanglah sebab ada tiga soalan yang saya akan jawab sekaligus. Tapi ini juga sangat berguna kerana ini melibatkan bantuan kebajikan dan sangat dekat siapa yang percaya dekat di hati Wakil-wakil Rakyat sekalian.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat ADUN Inanam, Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), masih mengekalkan kadar Bantuan Kebajikan Negeri RM200 sehingga maksimum RM350. Jadi kesediaan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan bajet ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.
Manakala bagi Bantuan Kebajikan Persekutuan, kenaikan kadar bantuan adalah berdasarkan bajet Persekutuan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan bajet di sidang Parlimen. Seperti biasa ya. Jadi selain daripada itu, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga meningkatkan kelayakan pemohon.
Pemohon bantuan berdasarkan kiraan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu dari pendapatan ketua isi rumah sebanyak RM1,198.00 pada tahun 2025 kepada RM1,236.00 pada tahun 2026 dan pendapatan per kapita sebanyak RM322.00 kepada RM348.00.
Jadi kelonggaran itu adalah dinampak ya, sedikit demi sedikit. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat ADUN Inanam dan sidang Dewan sekalian, secara prinsipnya, pemberian bantuan kepada rakyat di Malaysia kita tidak sesekali mengamalkan konsep negara kebajikan ataupun welfare state.
Proses pemberian bantuan kewangan mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Permohonan yang lengkap akan disiasat dan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan, kelayakan dan bukan hak tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina.
Bantuan kewangan kebajikan adalah bersifat sementara bagi membantu individu ataupun keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Pemberian bantuan ini berdasarkan prinsip kerja sosial untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap penerima bantuan ataupun klien yang produktif diluluskan untuk mengemukakan permohonan kaji semula dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Kegagalan penerima bantuan klien untuk mengemukakan permohonan kaji semula akan menyebabkan bantuan ditamatkan.
Ada beberapa sebab bantuan ini ditamatkanlah adalah seperti berikut; pertama, penamatan Skim Bantuan Produktif. Penamatan Skim Bantuan Produktif ini dibuat melalui proses kaji semula bagi mengenal pasti peningkatan pendapatan tahap sosio-ekonomi klien dan berdasarkan perkara-perkara berikut, ah… kerana ADUN Inanam bertanyakan mengenai ketelusan dalam kita memilih bantuan-bantuan yang layak. Jadi jumlah pendapatan isi rumah semasa telah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Purata isi rumah miskin tegar semasa atau PGK purata per kapita miskin tegar semasa yang ditetapkan atau klien itu meninggal dunia atau berpindah tempat tinggal ataupun maklumat tidak sahih dan meragukan ataupun klien tidak dapat dihubungi dua kali dalam tarikh yang berlainan berdasarkan lawatan ke rumah, panggilan telefon dan macam-macam medium lagi yang bersesuaian ataupun mereka tidak menghantar borang kaji semula dalam tempoh yang ditetapkan ataupun lain-lain faktor yang munasabah.
Penamatan skim bantuan yang tidak produktif ini juga dilaksanakan mengikut kaedah yang dibuat dalam tempoh setahun sekali. Klien waris yang hendak melapor diri dan memaklumkan status kedudukan semasa melalui kaedah seperti QR Code, klien ataupun waris hadir ke pejabat atau pemakluman melalui panggilan telefon, SMS, WhatsApp, e-mel ataupun telegram kepada PKMN, PKB, PKD atau pun pemimpin tempatan memaklumkan perkembangan klien kepada jabatan ataupun lawatan ke rumah klien atau lain-lain kaedah yang bersesuaian.
Kedua, penamatan bantuan boleh dilaksanakan setelah sisatan dilakukan dan mendapati bahawa kes tidak lagi memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan seperti pindah lokasi ataupun peningkatan taraf sosioekonomi. Ketiga, bantuan ditamatkan secara automatik melalui Sistem IBJKM iaitu Bantuan Persekutuan sekiranya penerima bantuan ataupun penerima manfaat meninggal dunia melalui Sistem MyIdentity.
Keputusan penamatan bantuan hendaklah diserahkan kepada penerima bantuan ataupun waris. Surat tersebut dijana dan dicetak melalui Sistem IBJKM bagi Bantuan Persekutuan manakala bagi Bantuan Negeri, pemakluman bersurat secara manual akan dibuat.
Kerajaan sentiasa memastikan ketelusan di dalam penilaian kelayakan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut; pertama, menyediakan garis panduan ataupun prosedur kerja pengurusan bantuan kewangan Negeri dan Persekutuan. Kedua, memberikan kursus, latihan, bengkel kepada pegawai-pegawai di lapangan yang berkaitan dengan pengurusan bantuan kewangan.
Ketiga, menjalankan pemantauan dan naziran secara berkala ke setiap bahagian daerah.
Dan keempat, semakan melalui Sistem ESPK dan e-bantuan dari masa ke semasa dilaksanakan mengikut keperluan.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Inanam, pemohon ataupun klien yang telah menamatkan bantuan tetapi masih berkeperluan perlu membuat permohonan baru dengan mengemukakan semula borang permohonan bantuan kewangan beserta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan dihantar ke Pejabat Kebajikan bahagian daerah di mana pemohon itu, klien itu tinggal. Semua proses rayuan dibuat mengikut syarat yang telah ditetapkan. Jadi permohonan boleh dibuat secara manual menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di pejabat kebajikan daerah masing-masing ataupun secara atas talian online melalui Sabah Welfare Aid Application (SWAA) bagi bantuan Negeri dan sistem e-bantuan bagi bantuan Persekutuan. Saya rasa itu saja Datuk Speaker.
Yang Berhormat Inanam, soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak ada soalan tambahan.
Okey, terima kasih.
Tuan Speaker.
Sekong, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. YB Menteri, sepanjang 20 tahun, since 2005 sehingga 2025, adakah ada kenaikan jumlah bantuan kepada penerima bantuan? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Boleh? Tumpang speaker, eh tumpang mic. Okey, dalam tempoh 10 tahun, lebih daripada 10 tahun, ada perubahannya. Peningkatan RM50, daripada RM150 kepada RM200. Jadi dalam masa tempoh, apa itu, rujukan, peningkatan itu telah dilakukan pada tahun 2020, dan sekarang pada tahun 2026, pada tahun ini, belum ada lagi peningkatan. Mungkin lagi 4 tahun, mungkin perubahan ini akan dilakukan 10 tahun, 10 tahun akan datang, ya.
Okey, terima kasih.
Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Sook yang diwakilkan oleh Yang Berhormat daripada Nabawan.
Nabawan. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker.
Soalan No.3.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Menangani Banjir Berulang Di Kampung Ansip, Sook Akibat Limpahan Sungai Serta Sasaran Tempoh PenyelesaianQuestions
*3.
YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah langkah konkrit dalam menangani banjir yang berulang di Kampung Ansip, Sook akibat limpahan Sungai Sook dan Sungai Pegalan selepas hujan lebat serta tempoh penyelesaian yang disasarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih ya, yang diper, yang Speaker, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat eh, ADUN eh 45 Sook yang diwakili oleh ADUN eh, mana tadi..
Nabawan.
Nabawan. Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah, dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan pertama (RP1) dan juga Rolling Plan kedua (RP2) RMKe-13. Di bawah peruntukan persekutuan bagi melaksanakan projek rancangan tebatan banjir Sungai Pegalan. Lembangan Sungai Pegalan, Keningau dan Sabah bertujuan untuk
mengurangkan kejadian banjir di kawasan Kampung Ansip. Namun demikian, projek tersebut tidak tersenarai dalam senarai pendek permohonan untuk dibawa ke Kementerian Ekonomi, JPS Sabah, akan mengemukakan semula permohonan peruntukan ini pada RP akan datang sekiranya peruntukan diluluskan. Projek dijangka mengambil masa lima tahun untuk dilaksanakan melibatkan skop perkhidmatan perunding dan juga kerja fizikal.
Langkah jangka pendek yang telah dilaksanakan oleh JPS Sabah bagi menangani masalah banjir berulang di Kampung Ansip, Sook, adalah melalui pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran bagi memastikan kelancaran aliran air banjir. Kerja berskala kecil yang telah dilaksanakan untuk mempercepatkan pengaliran keluaran air banjir semasa air Sungai Pegalan surut, adalah kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir Kampung Ansib Pagalungan Keningau. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Boleh? Soalan tambahan boleh?
Nabawan berdiri dulu tadi.
Can I be the next? Thank you.
Datuk Speaker, tidak ada soalan tambahan.
Emm, Kapayan.
Yes. Kementerian ya. Okey, pengetahuan umumlah bahawa Kapayan ini sering ada masalah banjir ya.
Selain daripada itu, Sugutpun salah satu masalah besar di kawasan Penampang ini, okey. Biarpun hari ini kita di musim kemarau ini, tapi jangan lupa, nanti hujung tahun, ah, mulailah itu
hujan turun and all that, banjir. Apakah persediaan untuk menghadapi masalah ini dan juga apakah langkah-langkah Kementerian untuk menaik taraf semua perparitan di kawasan Kapayan?
Ini saya nak bagi amaranlah, jangan sampai masa kelam kabut. Thank you.
Bukan amaran, peringatan.
Peringatan.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Kepayan. Kementerian kita sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat di mana sebagaimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kapayan, Kementerian kita akan memastikan apa juga sebarang kemungkinan dan yang sedang dan akan berlaku. Insya-Allah Kementerian kami akan melihat, sekiranya perkara-perkara demikian akan berlaku dan insya-Allah, dalam setiap keadaan Kementerian kita akan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk perkara tersebut. Terima kasih.
Sorry, saya rasa Menteri tidak ada jawablah saya punya soalan, soalan saya apakah langkah-langkah? Saya nak detail, terima kasih.
Okey, tidak apa, nanti dia akan berjawab secara bertulis. Saya akan bagi laluan kepada Tamparuli.
Terima kasih.
Ada masalah miclah.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Tamparuli untuk bertanya soalan tambahan kedua. Kawasan DUN Tamparuli ada di antara kawasan
yang sering kena banjir, terutama sekali di Kauluan, di Bawang, di Topokon, di Tenghilan.
Pertanyaan saya adalah, adakah Kerajaan sedar bahawa banjir ini berlaku kerana sungai semakin cetek, akibat daripada pemendapan tanah yang dipotong, akibat daripada apa ini pembuatan teres, semasa penanaman semula getah oleh RISDA dan LIJS?
Dan kalau Kerajaan sedar, adakah kerajaan bercadang untuk regulate jentera-jentera yang digunakan untuk membuat terracing ini, sebab kadang-kadang jentera yang digunakan terlalu besar dan akhirnya terracing terlalu besar dan banyak bukit yang dipotong dan akhirnya berakhir di sungai, menyebabkan sungai cetek dan akhirnya melimpah dan banjir? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker. Untuk menjawab Yang Berhormat N.14 Tamparuli serta untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian melalui Lembaga Industri Getah telah mengambil pendekatan pembangunan mampan, yang menitikberatkan aspek pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan tanah secara berhemah, seperti berikut.
Yang pertama, melarang penggunaan jentera jentolak seperti bulldozer dalam kerja-kerja pembinaan teres bagi mengurangkan risiko runtuhan cerun dan hakisan tanah, sebaliknya hanya membenarkan penggunaan jengkaut excavator dibenarkan, bagi memastikan kawalan kerja tanah yang lebih terkawal dan selamat. Yang kedua, pembinaan teres dilaksanakan mengikut kontur semula jadi bukit, bagi mengekalkan kestabilan struktur tanah serta meminimumkan gangguan terhadap landskap asal.
Yang ketiganya, memelihara kawasan reserve riparian dengan menetapkan zon penampan sekurang-kurangnya 40 meter, dari tebing sungai bagi melindungi sumber air, serta mengurangkan impak kepada ekosistem sungai.
Yang keempat, melaksanakan penanaman dan penyelenggaraan tanaman penutup bumi seperti Mucuna, bagi membantu mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah serta meningkatkan kestabilan struktur tanah. Yang kelimanya, adalah melarang peneresan kawasan tanah yang mempunyai kecerunan lebih daripada 25 darjah.
Untuk makluman Yang Berhormat Tamparuli, pada tahun 2025 terdapat satu projek yang sedang dalam fasa pembangunan, yang ini kawasan TBP Pahujaya dengan keluasan 58.59 hektar.
Manakala pada tahun ini, dua projek baharu akan dilaksanakan di kawasan Yang Berhormat.
Berhormat, iaitu projek TBB Sinopukan seluas 38 hektar dan projek TBB Nulu seluas 52 hektar.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Lembaga Industri Getah Sabah merupakan satu-satunya agensi berkaitan industri getah di Malaysia yang telah dianugerahkan Persijilan Forest Stewardship Council (FSC) bagi pengurusan hutan mampan dalam pelaksanaan projek-projek penanaman getah di Sabah. Penganugerahan persijilan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan pendekatan pembangunan mampan yang dilaksanakan oleh LIGS khususnya dalam memastikan pemeliharaan alam sekitar secara menyeluruh termasuk pelindungan kawasan sensitif seperti sistem sungai dan ekosistem yang berkaitan. Terima kasih.
Datuk Speaker, satu soalan.
So… Soalan seterusnya. Saya sudah tutup soalan tadi.
Okey.
We need to move on. Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Luyang.
Datuk Speaker, soalan saya Soalan No. 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Pelancong Asing Yang Menjalankan Operasi Tanpa Lesen Serta Pemantauan Dan Tindakan Undang-UndangQuestions
*4.
YB. Tuan Samuel Wong Tshun Chuen [Luyang] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah tindakan penguatkuasaan terhadap pelancong asing yang menjalankan operasi tanpa lesen sehingga menjejaskan pengusaha tempatan, termasuk pemantauan, tindakan undang-undang dan senarai hitam.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Luyang dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, isu penguatkuasaan terhadap pengusaha pelancongan tanpa lesen adalah tertakluk di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, Akta 482, yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTEC). Walau bagaimanapun, Kementerian saya selaku wakil Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak MOTEC serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam menangani segala isu berkenaan dengan pelancongan.
Malah, pendirian Kerajaan Negeri adalah jelas dan tegas, iaitu tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelancongan secara tidak berlesen sama ada melibatkan pelancong asing mahupun tempatan. Datuk Speaker, sebagai langkah proaktif, Kerajaan Negeri telah memberikan mandat kepada Kementerian saya untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Pelancong Negeri Sabah yang dianggotai oleh pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Polis
Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, ESSCOM, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta pihak-pihak berkaitan yang lain.
Jawatankuasa ini berfungsi sebagai platform penyelarasan tindakan dan pemantauan isu-isu keselamatan serta pematuhan dalam industri pelancongan. Pada masa yang sama, Kementerian turut menubuhkan Task Force bagi menangani isu pelancongan daerah di Semporna, yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri KEPKAS. Penubuhan Task Force ini mengambil kira kedudukan Semporna sebagai hab pelancongan utama yang berhadapan dengan pelbagai isu kompleks merangkumi aspek keselamatan, imigresen, sosial dan infrastruktur.
Task Force ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MOTEC Sabah, PDRM, Jabatan Peguam Besar Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta agensi-agensi lain. Pendekatan bersepadu ini akan dijadikan sebagai model rujukan ataupun blueprint untuk pelaksanaan di daerah-daerah lain di seluruh Sabah. Selain itu, MOTEC dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan turut melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu secara berkala di lapangan.
Operasi ini menyasarkan mana-mana individu atau pengusaha yang melanggar peraturan tanpa mengira kewarganegaraan termasuk pelancong asing yang menyalahgunakan pas lawatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara haram.
Datuk Speaker, dari aspek perundangan, mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen termasuk mengendalikan perniagaan pelancongan, pengangkutan pelancongan ataupun perkhidmatan berkaitan secara tidak sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta 482. Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500 ribu atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Di samping itu, tindakan turut boleh diambil di bawah undang-undang lain yang berkaitan termasuk oleh Jabatan Imigresen Malaysia, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan agensi yang berkaitan.
Bagi kes melibatkan pelancong asing, tindakan seperti pembatalan pas, pengusiran dan senarai hitam akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sebagai kesimpulan, Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani isu-isu pelancongan ini.
Langkah-langkah tegas ini adalah perlu demi melindungi hak pengusaha tempatan yang sah, menjamin keselamatan pelancong dan memastikan industri pelancongan Sabah terus mampan dan dihormati di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Yang Berhormat Luyang, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan izin, we have seen quite a number of reports in the press in regards of a enforcement operations and crack downs against illegal operators and its show that ministry aware of the issue and actions are being taken.
So soalan dia, boleh YB Menteri jelaskan setakat ini, berapa jumlah pengusaha atau pelancong asing tanpa lesen yang telah ditangkap dan adakah nama syarikat-syarikat serta pemilik atau pemegang saham didedahkan kepada umum bagi memastikan ketelusan? Thank you, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat.
Secara spesifiknya, saya tidak ada nombor itu sekarang, tapi saya ingin beritahu kepada Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Luyang. Pada tahun 2025, sejumlah 47 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah nilai kompaun yang telah diberikan adalah sebanyak RM290,000.
Dan pada tahun ini, sehingga 17 April 2026, sejumlah 24
kertas siasatan telah dibuka dan jumlah nilai kompaun yang sekarang ini adalah RM86,000 tidak termasuk kes yang masih dalam siasatan. Terima kasih Speaker.
Yang Berhormat Merot, Senallang silakan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat.
Baik, terima kasih banyak.
Kerjasama pihak Kementerian dengan MOTEC cukup baik ya.
Bolehkah pihak Kerajaan kerjasama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di Semporna ini, ya?
Kalau boleh kerjasama dengan MOTEC, takkan tak boleh kerjasama dengan mantan Ketua Menteri?
Pasal masalah tanah ini penting. Pasal itu kita suarakan LUC yang ada ini ya, kita tidak terbabit.
Kadang-kadang saya panggil DO, banyak masa di Kota Kinabalu ya.
Kadang-kadang saya bimbang.
This is for development of Sabah, bukan kepentingan saya tapi kita boleh bagi panduan.
TOL sudah lama, penduduk tempatan.
Contoh, macam satu syarikat yang dinamakan, saya tidak tahu nama syarikat dia cuma Uncle Chang ini contoh, dah lama dah.
Tapi TOL dan mereka ini telah memohon sekian lama.
Bolehkah saya minta kerjasama? Pertama tadi itu, kalau boleh kerjasama dengan MOTEC, kerjasamalah dengan kami di Semporna ni ya, sama ada kalau pun tidak dilibatkan dari segi LUC, mintalah pandangan masalah yang kita boleh atasi, ini masalah orang Sabah, bukan masalah Warisan. Ini masalah peniaga-peniaga orang Sabah yang perlu kita bantu ya.
Kadang-kadang membimbangkan saya, Datuk Speaker.
Kita tidak ada kerjasama yang begitu rapat untuk membolehkan tadi itu dan saya cadangkan, saya pun sudah bincang dengan kawan-kawan lain tentang bagaimana janganlah terus ada penduduk tempatan, peniaga, terus batalkan mereka. Ada pekerja, ada perniagaan mereka.
Mungkin boleh denda tapi kita buat kajian, janganlah batalkan. Kita perlukan pelancong, pelancong datang di mana mereka akan tidur?
Jadi, how do you attract, apa ini bukan hanya pelaburan yang ada, bukan hanya dari segi pelancong, ini hasil Taman-Taman Sabah dapat ya, dari segi ini, jadi saya minta kerjasama. Yang kedua tadi itu, saya tahu tindakan tegas perlu diambil ya tapi bagi peniaga tempatan ya, atleast a warning to them, bagi amaran, apply ya apa sebab, ada setengah-setengah kawasan dia letak industrial area, buat resort. Tak bolehlah buat industrial area yang berkecamuk dengan parking area dengan industri pelancong, ya.
Kalau di segi tanah, kadang-kadang ada yang kita lihat, kerjasama dengan peniaga dari China.
Saya sudah ada bagi hubung 3 tahun lalu dengan Kementerian Kebudayaan di Kuala Lumpur. Saya beritahu menteri dia, talk to the Duta in China, we want tourism tapi pelancong tidak boleh berniaga.
Kalau pelancong mahu berniaga, join venture dan saya bimbang ada di antara tanah Yang Amat Berhormat.
… Semporna ini, sama ada CLNT, is already managed by the Chinese tourists yang ada, where do we go? Terima kasih banyak. Jadi pertama tadi saya minta, let us involve, bagilah pandangan. Bukan kami mahu, pasal apa, mahu bagi bantu Kerajaan yang ada untuk membantu rakyat Sabah. Terima kasih banyak.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri, kita terbuka untuk bekerjasama dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat pun mantan Ketua Menteri dan MP serta ADUN di Semporna. Insya-Allah dalam masa yang terdekat saya akan buat kunjungan hormat dengan Yang Berhormat untuk mendapatkan pandangan sebagai orang lama di sana. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, Datuk Speaker.
Datuk Speaker , satu soalan.
Saya cuba bagi satu soalan saya lagi, tapi saya minta Kementerian untuk jawab secara bertulis sebab time is running out.
Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhormat Pembantu Menteri, baru-baru ini kita dikejutkan dengan tangkapan skim penipuan di salah satu resort di Tawau, iaitu The Gaharu Resort kalau tidak silap saya, di Air Panas. Ini sangat membimbangkan ya, sebab visa pelancong itu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak legal. Jadi adakah statistik kemasukan pelancong asing ke Sabah yang menggunakan visa pelancong tetapi tidak kembali ke negara asal? Sebab dinyatakan dalam kenyataan polis itu bahawa 3 bulan sudah beroperasi maknanya mereka menggunakan visa pelancong itu selama 3 bulan untuk menjalankan aktiviti haram. Kedua, apakah tindakan Kementerian terhadap pemilik resort ini sama ada lesen ditarik balik? Atau sudah disiasat, ataupun ada tindakan lain daripada pihak Kementerian. Terima kasih.
Okey. Terima kasih. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Karamunting yang diwakili oleh Elopura.
Ya, terima kasih, ya sebab Karamunting jam 3 ada kes yang kebakaran (tidak jelas) jadi saya yang wakil Karamunting yang tanya soalan ini. Soalan Karamunting ialah Soalan No. 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pelaksanaan Projek Pemulihan Di Pasir PutihQuestions
*5.
YB. Tuan Wong Tshun Khee [Karamunting] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah projek pemulihan khusus di Pasir Putih yang telah diluluskan termasuk skop pembersihan, naik taraf infrastruktur, jumlah peruntukan dan jadual pelaksanaan.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Karamunting dan makluman Dewan yang mulia ini, pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) belum ada perancangan bagi projek pemulihan di kawasan Pasir Putih pada masa yang terdekat ini. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan seperti kutipan sampah, pemotongan rumput, dan pemangkasan pokok di kawasan ini dilaksanakan secara rutin. Sekian.
Soalan tambahan?
Saya tak ada soalan tambahan sebab ini bukan saya punya soalan.
Okey, terima kasih. Bagus.
Terima kasih.
Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Gum-Gum.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya No. 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Kerajaan Dalam Menyediakan Bekalan Air Bersih Dan Elektrik Di Pulau LibaranQuestions
*6. YB. Tuan Arunarsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah perancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih dan elektrik di Pulau Libaran yang masih belum mempunyai kemudahan asas tersebut.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.50 Gum-Gum dan Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian ini amat prihatin terhadap masalah prasarana asas seperti bekalan air dan elektrik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di negeri Sabah. Kementerian ini mempunyai program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif iaitu BALBA dan Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Walau bagaimanapun, memandangkan peruntukan bagi kedua-dua program tersebut sangat terhad, maka pelaksanaannya adalah secara berperingkat untuk seluruh kawasan di Sabah. Sehubungan dengan itu sekiranya pelaksanaan Bekalan Air Luar Bandar dan juga Bekalan Elektrik Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW ini diselaraskan oleh Kerajaan Negeri melalui KPLB. Kementerian ini percaya isu-isu berhubung bekalan air bersih dan elektrik di kawasan luar bandar termasuk Pulau Libaran dapat diselesaikan melalui pelaksanaan projek-projek alternatif seperti solar hybrid, mikro hidro, dan telaga tiub. Terima kasih.
Yang Berhormat Gum-Gum, soalan tambahan?
Terima kasih atas jawapan yang diberikan.
Untuk pengetahuan yang Berhormat Menteri, saya telah beberapa kali melawat Pulau Libaran ini dan saya melihat sendiri ada bangunan solar, projek solar yang ada di Pulau Libaran ini. Saya dipahamkan projek solar ini bermula daripada 2014 ataupun 2015. Tapi sampai sekarang masih tidak berfungsi. Soalan saya bilakah projek solar di Pulau Libaran ini dapat siap sepenuhnya supaya masyarakat kampung di Pulau Libaran ini dapat menikmati hasil daripada usaha Kerajaan daripada 2015 sampailah sekarang. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih daripada Ahli Yang Berhormat daripada Gum-Gum. Ya, memang ada
daripada projek-projek yang mungkin terbengkalai disebabkan mungkin pelaksana ataupun kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Saya ingat daripada laporan daripada Kementerian KKW mungkin ada beberapa projek yang tidak dapat diselesaikan iaitu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 pun tidak dapat diselesaikan. Jadi, saya ingat hasil daripada perjumpaan ataupun kehadiran Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke Kementerian dan ini akan diselesaikan sekiranya peruntukan yang dapat disalurkan melalui KPLB ini dapat dijalankan.
Jadi, saya ingat untuk pembinaan solar ini akan dapat diteruskanlah. Jadi saya ingat tidak masalah sekiranya peruntukan yang dapat disalurkan kepada Kementerian ini akan dapat dijalankanlah. Terima kasih.
Soalan tambahan Senallang?
Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat tentang peranan Kementerian Luar Bandar membantu masyarakat luar bandar dalam keadaan bekalan bukan setakat air elektrik ini. Baru-baru ini, di Semporna, di mana semua solar yang ada. Di Semporna ini, di Larapan, contohnya Pulau Larapan. Padam semuanya. Saya berhubung dengan CEO SESB. Jangan padam. Berapa hutang? 300 ribu ringgit.
Saya janji, saya bagitahu, saya bayar sikit ansur-ansuran untuk memulihkan. Ini untuk penduduk tempatan. Solar ini, waktu saya Kementerian Luar Bandar, sembilan pulau saya bina. Waktu Kementerian Luar Bandar, percuma. Tidak ada bayaran. Saya beri arahan dengan Kementerian, jangan ada bayaran kepada orang-orang. Sama ada di Banggi, sama ada di Libaran, yang kita pasang duhulu solar, banyak di seluruh Sabah ini.
Dan pastikan supaya ni green technology yang saya beritahu, pasal kita tidak boleh bergantung dengan elektrik, kabel. Cuma saya pasang kabel saja di Pulau Gaya, costing about almost RM90 million. Tapi yang saya minta ni supaya masyarakat luar bandar, bolehkah minta kerjasama hari ini bergelap. Saya sudah minta dengan pihak
SESB, bolehkah bayar ansur-ansuran kemungkinan kena sudah meningkat harga 15% Datuk Speaker.
Bulan depan, bil dia lagi meningkat. 4000 ini nelayan sahaja. Bukannya usahawan. Dulu oleh kerana SESB pasang sahaja bateri maintenance. Dulu saya beritahu ada belia-belia situ, pastikan, train them. Tapi sekarang ini SESB sudah ambil alih. Tidak, jangan salah, saya tidak bantah. Oleh kerana mereka pasang meter, oleh kerana mereka pasang bateri, boleh charge. Dahulu tidak ada charge. Cuma saya minta kerjasama, janganlah bebankan masyarakat luar bandar. Bukan hanya di Semporna, di tempat-tempat lain. Kalau ada masalah pembayaran, kita tanggung. We settle up the payment supaya masyarakat ini cukup miskin, Datuk Speaker.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Kita mengucapkan terima kasihlah kepada YB Senallang yang telah berusaha selama ini sejak beliau melepaskan mungkin tiada jawatan di dalam Kementerian dan telah berusaha untuk membantu penduduk setempat di kawasan Semporna dan kita ucapkan terima kasihlah di atas usaha beliau selama ini yang mengambil usaha sebelum ini menjadi Menteri KKDW dan ialah untuk membantu penduduk luar bandar ini khususnya untuk pembayaran elektrik ini kita akan berusaha untuk berbincang dengan SESB untuk mempastikan penduduk luar bandar ini mendapat manfaat daripada apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Senallang. Terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Api-Api.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya No. 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Kerajaan Bagi Naik Taraf Sistem Pembetungan Di Kawasan BandarQuestions
*7.
YB. Tuan Loi Kok Liang [Api-Api] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA DAN UTILITI, adakah kerajaan bercadang menaik taraf sistem pembetungan di kawasan bandar.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker.
Izinkan saya menjawab Soalan No.7 bersama-sama dengan Soalan 30 dan 43 memandangkan soalan tersebut berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Api-Api dan juga Dewan yang mulia ini, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) kini sedang melaksanakan kerja menaik taraf paip pembetungan sepanjang Jalan Teluk Likas dan Jalan Tuaran Bypass, yang mana menyalurkan aliran kumbahan dari kawasan Central Business District (CBD) ke Kolam Oksidasi Inanam melalui dua projek di bawah Program Skim Pembetungan Kota Kinabalu, iaitu renlis teknologi (trenchless technology) menggunakan kaedah cured-in-place-pipe (CIPP) yang membolehkan kerja pembaikan dijalankan tanpa pengaliran terbuka sekali gus meminimumkan gangguan kepada lalu lintas, perniagaan dan persekitaran setempat. Selain itu, teknologi CIPP berupaya memanjangkan jangka hayat paip pembetungan kira-kira 50 tahun menjadikan satu penyelesaian mampan, efisien dan kos efektif. Dalam jangka panjang bagi memastikan sistem pembetungan terus berfungsi dengan baik dan selamat, Kementerian saya menyedari akan keperluan menambah baik dan menaik taraf aset pembetungan di kawasan Kota Kinabalu. Sehubung itu, JPP Sabah telah mengambil inisiatif di bawah RMKe-13 dengan memperkenalkan program pemeriksaan dan pemantapan paip menggunakan robotic CCTV sebagai awal menaik taraf dan membaik pulih sistem pembetungan di kawasan bandar. Tuan Speaker, punca utama masalah pembetungan tersumbat kerap berlaku di kawasan bandar adalah disebabkan sikap segelintir masyarakat setempat yang seringkali membuang sampah FOG, iaitu lemak, minyak, dan gris ke sistem pembetungan menyebabkan berlakunya kesumbatan. Berdasarkan statistik aduan yang diterima
JPP Sabah bagi Kawasan Api-Api pada tahun 2026, kebanyakan kes kesumbatan adalah disebabkan pembuangan sampah FOG. JPP Sabah komited dalam memberi pendedahan dan informasi kepada masyarakat setempat berkenaan dengan penjagaan sistem pembetungan. Pada tahun 2025, JPP Sabah telah mengadakan program jelajah dan kesedaran di sekitar Kota Kinabalu, iaitu di SRK Sacred Heart, SM Maktab Sabah dan Dewan Hakka Likas Kota Kinabalu. Untuk tahun 2026, JPP Sabah akan meneruskan dengan empat program di kawasan-kawasan bandar. Selain itu, JPP Sabah juga telah melaksanakan beberapa siri pemeriksaan bersepadu bersama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau DBKK untuk menangani isu pembuangan sampah dan FOG ke lurang kumbahan yang mendidik orang awam tentang kepentingan penjagaan sistem pembetungan awam. Untuk makluman, JPP Kota Kinabalu pada masa ini mempunyai satu desludging tanker di jabatan ini dan sedang usaha menambah satu lagi desludging tanker bagi memperkukuh perkhidmatan nyah hendap cemar di kawasan seliaan. Di samping itu, bagi kawasan bandar, bagi menangani isu-isu aduan kumbahan di kawasan Central Business District, CBD, iaitu dua kontrak outsource telah dilantik bagi menangani isu-isu aduan kumbahan di kawasan Central Business District, CBD. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Api-Api, soalan tambahan.
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih penjelasan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi.
Memandangkan sekarang, walaupun berapa atau banyak sudah kempen yang diadakan oleh JPPS. Tapi masih juga sekarang, terbanyak juga berlaku. Blockages atau limpahan semua manhole yang ada, yang disebabkan oleh sisa-sisa makanan atau rubbish yang ada. Jadi kita boleh tahukan, kempen-kempen yang diadakan tidak dapat menaikkan atau meningkatkan kesedaran masyarakat kita. Jadi adakah Kerajaan atau relevant authority merancangkan atau the action plan untuk menambahkan kempen-kempen yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, YB Api-Api. Ini masalah kita sekarang, masalah pembetungan dan kita punya masalah, sememangnya kita sama-sama mahu menyelesaikan isu ini. Kerana kita mahu jangan sampai pelancong daripada luar datang ke Kota Kinabalu bau najis yang kita persembahkan kepada mereka. Jadi pada saya, kempen kesedaran telah kita lakukan beberapa kali dan setiap tahun dilakukan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. So, YB Api-Api, saya mengharapkan kalau boleh YB Datuk, YB Api-Api jumpa kepada kami, kita bekerja bersama menyedarkan kepada masyarakat yang ada agar mereka juga boleh memberi kerjasama dan menjaga kebersihan bandar raya dan juga di kawasan-kawasan yang perlu kita kawal bersama. Saya terbuka. Bila-bila boleh hubungi saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong Papat.
Terima kasih, soalan tambahan. Di bandar Sandakan ada satu projek pembetungan yang buat dari Pusat Bandar sehingga ke Harmoni. Itu ada, saya nampak itu projek sebahagian dari contoh dari pusat bandar sehingga ke Sim-Sim. Itu man ada yang itu, itu itu man manhole yang besar punya. Sudah siap tapi belum tutup lagi itu dia punya itu atas dia. Sekarang sementara, dia guna itu pulse shift (atau pile shift? sebutan tidak jelas) untuk tahan. Ada juga guna itu zink saja. Itu masalah sudah berlaku kemalangan. Why not kalau sudah siap kita kasih tutup supaya kasih open up the traffic. Sebab ada tempat sudah makan sebelah jalan. So the whole traffic flow pun masalah, tambah bahaya. Dan satu juga masalah di pusat bandar, Sandakan. Saya didapati tahu ada section-section yang main trunk sudah collapse. Dan sebelum itu kontraktor yang berkenaan sudah buat kajian kepada JPPS tapi belum lagi apa-apa tindakan yang dibuat oleh jabatan tersebutlah. Jadi harap boleh kalau ada boleh kasih repairlah yang necessary. Sebab dia block, itu main trunkkah block, yang belakang yang upstream memang dia akan sumbat juga. So harap Kementerian berkenaan boleh ambil
tindakanlah sebab ini pusat bandar. Ini semua pelancong siapa-siapa pun datang tengok. Ya terima kasih.
Okey, terima kasih Tanjong Papat.
Sikit lagi.
Saya bagi Menteri jawab.
Okey, terima kasih soalan tambahan.
Tanjong Papat, terima kasih. Oh, Menteri sorry Menteri.
The fact that belum kena tutup semua itu erti berertinya belum siap 100%. Masih ada lagi yang perlu dilaksanakan. Sebelum dia siap sepenuhnya. Dan untuk makluman apa yang kita telah adukan tadi itu, we'll ambil maklum, we’ll take note and do the necessary action. Okey, Tanjong Papat.
Okey, terima kasih Menteri.
Sebab itu yang projek yang berkenaan itu, apa yang kita nampak on the field memang tidak ada kerja yang sudah bekerja di itu site itu apa manhole-manhole yang tersebutlah. Jadi kalau ada kerja lagi, tolong cepatkanlah. Sebab saya tahu itu projek sudah EOT, sepatut tahun ini sudah siap. Tapi ada EOT lagi. So, why tanpa tidur lamalah. Ya, terima kasih.
Terima kasih.
Ertinya belum siaplah itu kan.
Okey, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Silam. Dato’ Dr.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, Speaker. Soalan saya No. 6. No. 8, terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penglibatan Belia Dari Dun Silam Dan Parlimen Lahad Datu Dalam Industri Hiliran Sawit Dan Biomass Di Poic Lahad DatuQuestions
*8.
YB. Dato’ Dr. Mohammad Yusof Bin Apdal [Silam] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PERINDUSTRIAN, KEUSAHAWANAN DAN PENGANGKUTAN:-a) berapakah bilangan belia dari DUN Silam dan Parlimen Lahad Datu yang telah diserap masuk ke dalam industri hiliran sawit dan biomass di POIC Lahad Datu; dan b) berapakah purata pendapatan, jenis pekerjaan dan kemahiran yang mereka perolehi.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Silam dan Dewan yang mulia ini. Sektor hiliran sawit dan biojisim di POIC melibatkan operasi 75 syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti oleokimia, biodiesel, serta penghasilan produk berasaskan biojisim. Hasil daripada operasi ini ataupun pelaburan ini ianya telah mewujudkan 1,729 peluang pekerjaan setakat ini. Di mana sekitar 85% daripadanya merupakan warga
tempatan termasuk belia dari kawasan sekitar Lahad Datu. Dari segi struktur pekerjaan pula, industri hiliran sawit dan biojisim di POIC Lahad Datu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan meliputi peringkat kemahiran dan kepakaran seperti berikut:
1.
Operator pengeluar dan pemprosesan; 2.
Juruteknik dan penyelenggaraan mesin; 3.
Penyelia operasi dan kawalan kualiti; 4.
Pegawai teknikal dan kejuruteraan; 5.
Sokongan logistik, utiliti, keselamatan; dan 6.
Pentadbiran.
Selari dengan kepelbagaian peranan ini, purata pendapatan yang ditawarkan adalah kompetitif dan bergantung kepada tahap kemahiran, kelayakan, serta pengalaman pekerja dengan anggaran seperti berikut:
1.
Pekerjaan dan operator sekitar RM1,500 hingga RM2,600 sebulan; 2.
Juruteknik ataupun penyelia sekitar RM2,500 hingga RM4,000 sebulan; dan 3.
Pegawai teknikal ataupun profesional RM4,000 dan ke atas.
Sektor ini turut menawarkan laluan perkembangan kerjaya ataupun career progression kepada belia tempatan, di mana pekerja berpeluang untuk meningkat daripada peringkat operator kepada penyelia dan seterusnya ke peringkat teknikal atau pengurusan melalui pengalaman kerja serta latihan berterusan. Terima kasih.
Soalan tambahan, Silam.
Dato’ Dr.
Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat latihan khusus yang kita panggil Pusat Latihan Satelit Khusus dengan kerjasama pihak industri di Lahad Datu bagi meningkatkan kemahiran pekerja belia tempatan selari
dengan keperluan dan teknologi TVET terkini dan juga adakah Kerajaan merancang untuk menggalakkan usahawan muda belia di Lahad Datu terlibat dalam rantaian bekalan atau supply chain industri hiliran di POIC? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan Negeri melalui POIC akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi-agensi latihan dan institusi kemahiran bagi menyediakan program latihan, pensijilan serta peningkatan kemahiran, upskilling dan reskilling agar tenaga kerja tempatan khususnya belia, kekal relevan, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang. Pada ketika ini saya tidak mendapat maklumat satu cadangan spesifik untuk mewujudkan satu pusat latihan di situ, tetapi saya fikir kita boleh kerjasama juga dengan Kerajaan Persekutuan dan saya membaca juga satu pandangan daripada Yang Berhormat sebelum ini dan seperti mana yang kita tahu, kewujudan POIC dengan operasi-operasi yang berada di syarikat-syarikat yang berada di POIC Lahad Datu ini sememangnya telah mewujudkan sistem rantaian perkhidmatan dan industri yang berkaitan dengan operasi mereka di POIC. Dan ini memberi kelebihan kepada warga Lahad Datu itu sendiri. Terima kasih.
Okey, soalan yang terakhir untuk hari ini. Saya menjemput Yang Berhormat daripada Sekong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor sembilan.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pemerkasaan Ekonomi Digital Luar Bandar Dan Jurang Capaian InternetQuestions
*9.
YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah pelan induk kerajaan untuk memastikan ekonomi digital di luar bandar tidak tertinggal, memandangkan jurang capaian internet yang masih ketara antara bandar dan pedalaman.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kerajaan Persekutuan komited dalam menambah baik perkhidmatan komunikasi dan Internet di seluruh negara termasuk di Negeri Sabah melalui pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA.
MCMC sentiasa fokus dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara melalui pelaksanaan projek JENDELA fasa 1 dan fasa 2, serta inisiatif berimpak tinggi yang melibatkan tujuh kawasan tumpuan yang merangkumi lebuh raya, universiti awam, hospital, kawasan pengunjuran acara, kawasan pelancongan, stadium, serta kawasan penempatan ketenteraan dengan kerjasama pemberi perkhidmatan rangkaian mudah alih.
Pendekatan ini selaras dengan aspirasi negara untuk menyediakan akses Internet yang menyeluruh dan berkualiti, khususnya di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan. Setakat 28 Februari 2026, liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Negeri Sabah telah mencapai 98.7% berbanding 73.41% sebelum pelaksanaan inisiatif pelan JENDELA.
Status pelaksanaan inisiatif pelan JENDELA di negeri Sabah adalah seperti berikut. 1.
663 menara komunikasi baru telah siap dibina dan beroperasi; 2.
Kesemua 5,304 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf; 3.
Terdapat 335,254 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik; dan 4.
Kesemua 138 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit yang dikenali sebagai broadband wireless access. Manakala pelaksanaan inisiatif pelan JENDELA di DUN Sekong adalah seperti berikut:
1.
Kesemua tiga menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi; 2.
Kesemua 98 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf; 3.
Kesemua 6,441 premis yang disasarkan telah tersedia dengan capaian gentian optik; dan
4.
Semua dua lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit yang dikenali sebagai broadband wireless access. Dalam usaha untuk merapatkan jurang digital dengan meningkatkan kebolehcapaian Internet untuk semua rakyat Malaysia, MCMC turut menyediakan capaian Internet secara kolektif menerusi 1,099 rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI di seluruh negara.
Di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI, Kerajaan melalui MCMC memastikan agar sekurang-kurangnya terdapat sebuah NADI di setiap kawasan DUN untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua komuniti setempat. Di negeri Sabah, kini terdapat 131 pusat NADI yang telah beroperasi sepenuhnya.
Selain itu juga, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah melaksanakan inisiatif Point of Presence (PoP), iaitu hab gentian optik bagi meluaskan lagi pelaksanaan jalur lebar ke seluruh negara.
Projek ini melibatkan penyediaan infrastruktur gentian optik berhampiran kawasan sekolah serta kawasan perindustrian dan dapat dinikmati oleh premis kediaman, premis industri serta premis perniagaan yang terletak di sekitar sekolah tersebut. Status pelaksanaan Projek PoP di kawasan DUN Sekong sehingga 16 April 2026 adalah kesemua tujuh lokasi telah siap dibina dan beroperasi.
MCMC sentiasa komited untuk memastikan infrastruktur komunikasi yang telah dibangunkan terus berfungsi dengan baik, memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat, dan merapatkan jurang capaian internet di antara bandar dan luar bandar. Usaha ini sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk memperkasakan keterangkuman digital dan memastikan tiada kawasan atau komuniti yang terpinggir daripada akses kepada kemudahan Internet yang stabil dan berkualiti. Terima kasih.
Soalan tambahan, Sekong.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih YB Menteri atas penjelasan. Cuma saya ingin minta details tujuh lokasi yang YB Menteri nyatakan tadi yang telah pun dibina dan beroperasi. Terima kasih.
Untuk makluman Tuan Speaker, saya akan bekalkan dengan tujuh lokasi tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan, Senallang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya dengan YB Menteri tadi menyebut tentang MCMC, Internet yang ada. Apakah langkah-langkah pihak Kerajaan tidak bergantung dengan Kerajaan pusat untuk mengatasi masalah. Saya tahu accessibility of internet is there, teknologi baru, AI semuanya ini. Banyak perkara yang kita harus tangani. Kadang-kadang tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi, kadang-kadang kemudahan ini berbagai fitnah yang dilontarkan. Ya, mungkin kita bergantung dengan pihak keselamatan. Saya sudah minta supaya buat laporan polis berbagai tapi tindakan tidak ada. Ya, kita nakkan Internet…
… contoh macam Borneo News. Suara Borneokah apa, something. Saya tidak tahu internet daripada mana ini. Suara Borneokah somethingkah? Ya. Wah, tentang memfitnah berbagai perkara ini ya, dan saya telah menasihatkan peguam saya, ambil tindakan undang-undang untuk mempastikan supaya contoh macam Yang Berhormat daripada Sulabayan, dia sebarkan meninggal dunia. Janganlah, I mean kalau pun tidak suka ya, kadang-kadang we try to be, apakah langkah-langkah pihak Kementerian? Bukan setakat, mungkin kerjasama dengan MCMC, kerjasama dengan pihak polis yang ada, hentikan keadaan ini.
Kita tidak mahu ini dosa yang paling besarnya, memfitnah orang ini. Bukan hanya fitnah sampai saya ini pun dilahirkan di Filipin. Saya tidak tahu macam mana maklumat dia tahu. Kadang-kadang disebarkan ini perkara yang kita katakan, inilah PTIlah, inilah kadang-kadang baru saja Yang Berhormat daripada Tongod, kami menyokong bagi pas kepada pekerja asing, bukan Warisan punya kerja bah ni. Apakah pihak Kerajaan langkah-langkah yang diambil untuk membanteras keadaan bukan setakat kita galakkan penggunaan internet, accessibility. But we want it to benefit us dari segi bisnes, dari segi knowledge, dissemination of info, knowledge yang ada kepada masyarakat. Tapi untuk menghalang supaya perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada umat dan juga kerajaan ini perlu dihentikan. Is there any policy, is there any step selain daripada Kerajaan, polis ataupun MCMC? Terima kasih banyak.
Terima kasih Datuk Speaker, atas penjelasan daripada Yang Berhormat daripada Senallang. Sebenarnya Yang Berhormat Senallang, kita sebenarnya sentiasa bekerja dengan MCMC ya MCMC, sebab itu kita sentiasa menerima laporan-laporan daripada netizen-netizen. Kalau sekiranya laporan-laporan itu tidak memberi manfaat atau membuat fitnah kepada sesiapa pun kita akan boleh melaporkan kepada MCMC dan pihak MCMC boleh mengambil tindakan dan seterusnya pihak polis juga akan mengambil tindakan kepada individu yang membuat laporan atau membuat sebarang fitnah. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah pun tamat. Terima kasih saya ucapkan.
Saya minta kalau boleh Datuk Speaker, saya mohon soalan tambahan satu saja.
Saya pun minta soalan tambahan. (Suara bertindih)
Saya sudah tamatkan sesi soal jawab pada hari ini, terima kasih. Okay, sebagai peringatan, sekali lagi kepada urus setia-urus setia Kementerian, sila majukan jawapan-jawapan bertulis secepat mungkin kepada YB-YB yang sudah bertanya. Okay, Setiausaha.
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 23 April 2026
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 23 April 2026.
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Sabah Maju Jaya. Kopisanangan. Kansayan do sosuab.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas isu-isu yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan dan akan terus memberikan maklum balas terhadap isu-isu tersebut. Mengenai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bugaya, ADUN Tempasuk, ADUN Karambunai, ADUN Tungku, ADUN Sebatik, ADUN Tanjung Keramat dan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Kassim Razali berhubung dengan Program Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar serta Inisiatif Kebun Dapur. Program dan inisiatif tersebut adalah bertujuan untuk memastikan hala tuju keterjaminan makanan berupaya dicapai. Selaras dengan dasar Agro Makanan Negara 2021-2030, Kerajaan Negeri membangunkan sektor pertanian berlandaskan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ketiga yang digubal pada 2017 dan akan tamat pada 2026.
Kementerian saya sedang dalam usaha menggubal Dasar Pertanian Negeri Sabah keempat bagi tempoh 2027 dan sehingga 2036. Seperti yang telah dijelaskan dalam Ucapan Dasar berhubung keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian, Perikanan,
Industri Makanan (MAFI) serta jabatan dan agensi di bawahnya telah merangka dan melaksanakan pelan ke arah memperkukuh kestabilan sekuriti makanan negeri. Program Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar yang telahpun diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2025 yang mana menjurus kepada memperkasakan peniaga-peniaga usahawan tani pada ketika itu dengan menyediakan pinjaman mudah.
Namun begitu, ianya tidak berapa sesuai kerana telah pun melibatkan kewangan yang mana tidak ada di peringkat Kementerian. Maka kita telah pun berbincang dengan Perbadanan Pinjaman Sabah supaya penyediaan bantuan peniagaan kepada anak-anak muda yang berminat kepada aktiviti pertanian diteruskan melalui Perbadanan Pinjaman Sabah dengan menyediakan pinjaman RM50,000 ke bawah tanpa faedah.
Dan kita perkasakan program tersebut melalui program yang kita sebut sebagai Inisiatif Kebun Dapur sebagai platform utama untuk meningkatkan sosio-ekonomi golongan petani, penternak dan nelayan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon izin untuk menayangkan satu video berkenaan dengan Inisiatif Kebun Dapur.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
[Tayangan video dimainkan]
Terima kasih, Datuk Speaker. Inisiatif Kebun Dapur menjurus kepada pengeluaran hasil pertanian yang merangkumi tanaman, perikanan, ternakan secara lestari
melalui penggunaan ruang di belakang tempat kediaman seperti kawasan lapang, halaman rumah serta bekas terpakai. Inisiatif ini menekankan kepada penggunaan teknologi pertanian moder bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Melalui pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur, Kementerian saya yakin bahawa inisiatif tersebut berupaya mengurangkan kos hidup rakyat, khususnya perbelanjaan harian dapur dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian demi keterjaminan makanan. Di samping itu, ia mampu menjana pendapatan kumpulan sasar melalui jualan lebihan hasil-hasil kebun dapur yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sabah. Untuk makluman Yang di-Pertua, Dewan, Speaker dan juga Yang Berhormat semua, kita telah pun membuka lebih kurang 18 pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian seluruh negeri Sabah yang mana ia juga akan dapat mengumpul hasil lebihan yang diusahakan oleh penggiat pertanian inisiatif Kebun Dapur Club. MAFFI melalui jabatan dan agensi di bawahnya akan melaksanakan pelan jangka masa panjang untuk meningkatkan hasil tanaman makanan bagi menjamin kestabilan sekuriti makanan di negeri ini. Bagi tanaman padi, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tempasukkah, Tempasuk, ya, semalam, berkenaan dengan industri padi yang memang betul kita hanya dalam lingkungan lapan.
Usukan.
Usukan. Ya, Usukan. Minta maaf, ya. Tempasuk sini, minta maaf.
Tempasuk sana hujung.
Minta maaf. Bagi tanaman padi, SSR kita hanya lebih kurang 20% dan ia adalah terlalu jauh berbanding dengan SSR di peringkat kebangsaan 60%. Sehubungan
dengan itu, pihak MAFFI melalui Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBS) telah merangka strategi dalam tempoh lima tahun yang pertamanya, meningkatkan jumlah pengeluaran padi daripada 3.5 tan per hektar kepada 6 tan per hektar. Di samping itu, meningkatkan peningkatan hasil melalui penggunaan benih padi yang sah berkualiti tinggi seperti TR8 dan juga TR11 dan juga meningkatkan penggunaan mekanisasi. Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah juga mensasarkan untuk membuka semula kawasan-kawasan sawah padi terbiar untuk tempoh lima tahun ini, kita bercadang untuk membuka seluas 3,000 hektar yang akan dilaksanakan bukan sahaja untuk pembukaan kawasan yang baharu, tetapi juga untuk meningkatkan hasil di peringkat pembangunan padi tanah kering ataupun padi huma.
Boleh, Usukan?
Ya, Usukan.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya harap pelan pembangunan itu termasuk dengan ialah, kesan akibat jangka panjang, sebab kita tidak dapat estimate bila perang ini akan berakhir, satu. Kedua, juga kesan El Nino, fenomena El Nino yang dijangka sangat teruk pada tahun ini. Saya juga ingin memujilah di sini, Yang Berhormat Menteri hari itu ada datang pergi Kota Belud. Hari itu saya jumpa ini Tuan Speaker, saya ada jumpa juga dengan YB Menteri yang bukan di Kota Beludlah. Sebelum ini, saya minta YB Menteri datang ke Kampung Piasau Sumpingon. YB Menteri, kalau boleh saya minta YB Menteri campur tangan dalam hal ini. Kawasan Sumpingon itu sudah hampir tujuh musim berturut-turut tidak dapat menjalankan apa ini, penanaman padi akibat projek terusan yang sepatutnya dibuat untuk sawah padi lain, tetapi apa ini, melalui kawasan sawah padi Sumpingon itu. Saya terima kasih, saya ucap terima kasih kerana YB Menteri turun padang hari itu dan minta maaf tidak dapat sama-sama. Terima kasih Tuan, YB Menteri.
Ya, terima kasih Usukan. Untuk makluman, untuk kawasan tersebut kita akan mula menanam pada tahun ini dan saya telah pun dapat memastikan bahawa penggunaan tali air, menggunakan pump dan sebagainya telah pun selesai pada minggu yang lepas, dan saya akan turun sekali lagi pada awal bulan Mei untuk kami menguji sistem saliran yang akan kita bersama-sama dengan penduduk kampung untuk supaya mereka dapat melihat keberkesanan sistem pengairan yang telah pun kita bangunkan di kawasan tersebut, yang telah pun mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk disiapkan.
YB Menteri, kalau YB Menteri turun pergi Kota Belud, saya harap Usukan pun dijemput juga bah?
Ya, boleh. Saya dah dapat jumpa.
Dan juga ada beberapa kawasan sawah padi, YB Menteri. Kalau boleh nanti saya bagi surat dengan YB Menteri CC (Carbon Copy). Sebab ada juga beberapa kawasan yang sebenarnya dia tidak dapat buka, tidak dapat menanam akibat tract tidak dapat masuk ke dalam bah. Antaranya, Kampung Kota Peladok yang memang ada KPA dia jumpa dengan saya. Terima kasih, YB Menteri.
Untuk makluman Usukan, saya berkampung tiga hari dua malam di Kota Belud pada hari tersebut dan saya sempat berjumpa dengan ayah Yang Berhormat, dan juga membincangkan apa-apa perkara yang ingin diselesaikan bersama dengan pengusaha tanaman padi di kampung tersebut. Oh, okey.
Boleh satu?
Tamparuli.
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menarik jawapan tentang Usukan tadi. Adakah Yang Berhormat juga bercadang untuk membangun sawah-sawah yang terbiar di kawasan Tamparuli seperti di Rongolis, di Bundung, di Kawasan Kauluan sebab sudah sekian lama kawasan sawah padi ini terbiar, tidak dibangun. Terima kasih.
Ya, terima kasih Tamparuli, itu juga dalam penelitian kita. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, sebenarnya kawasan sawah padi ada di Negeri Sabah lebih kurang 37 ribu hektar. Namun begitu, yang ditanam buat masa ini hanya lebih kurang 20 ribu hektar. Maksudnya, kita ada 17 ribu hektar yang masih orang bilang tertinggal ataupun ditinggalkan oleh petani-petani kita atas pelbagai isu-isu yang sebahagiannya seperti yang dikatakan oleh Usukan tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga rakan-rakan yang lain, saya ingin mempromosikan berkenaan dengan padi yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Padi Sabah, beras. Maksudnya, walaupun ia adalah padi tanah kering tetapi ia telah memberikan hasil yang lumayan untuk penduduk di Kawasan Ranau, Tambunan dan sebagainya kerana sekilo pek begini (menunjukkan beras dalam bentuk pek) boleh dijual lebih kurang RM20.00 dan ini adalah padi tanah sawah TR8, sekilo boleh dijual lebih kurang RM10.00. Maksudnya, kalau petani kita dirangsang dan mereka ini dibantu dan mereka ini ada haluan, di mana ingin mereka memasarkan hasil, maka kita akan dapat meningkatkan penghasilan di peringkat ladang dan juga akan mendapatkan hasil yang terbaik untuk petani-petani kita di luar bandar. Bagi sub.
…Sektor Perikanan, MAFI melalui jabatan. Bolehkah ni, ramai ni.
Sri Tanjung.
Ah, kawan saya dari… nanti dulu, nantilah. Tungkulah satu, Tungkulah.
Nanti dia cakap, nanti. Duduk dulu, sabar-sabar.
Tungkulah, Tungkulah satu, Tungkulah.
Lepas Tungku, Sri Tanjung boleh?
Sri Tanjung dulu tadi Yang Berhormat.
Tungku duluan sebab dia booking dari kemarin, pasal ini FELDA.
Okey, silakan, Tungku.
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini kita pernah diberitahu bahawa Kerajaan Negeri ada sebuah, ada satu inisiatif bersama dengan FELDA di Tungku sana untuk membuka satu kawasan tanaman padi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status program tersebut? Dan apakah konsep tanaman tersebut nanti apabila dilaksanakan nanti?
Saya tertarik dengan apa yang Berhormat Menteri angkat tadi itu mengenai tanaman padi kering ya, tanah kering. Kalau boleh, selain daripada kawasan jelapang padi Pantai Barat, kawasan tersebut harus dijadikan jelapang padi Pantai Timur, yang di FELDA itu 10,000 hektar, kalau saya tidak silap. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Tungku. Ya memang betul di peringkat awal kita telah
minta supaya pelbagai agensi dan juga GLC turut bersama di dalam memajukan sektor padi di egeri Sabah.
Namun begitu di peringkat FELDA kita menerima jawapan yang amat mendukacitakan mereka tidak berminat untuk mengusahakan tanaman padi di kawasan tersebut atas fakta-fakta yang telah mereka gariskan.
Namun begitu di peringkat Kementerian kami, saya telah minta supaya ditulis semula supaya ada sekurang-kurangnya kawasan yang sesuai untuk tanaman padi diusahakan supaya memberikan manfaat keseluruhannya kepada rakyat di kawasan di negeri kita. Subsektor perikanan MAFFI melalui Jabatan Perikanan Sabah telah membangunkan, nanti dulu ya….
Padi juga, padi juga…
Padi juga?
Ya, padi juga.
Padi juga.
Itu yang saya nampak, terima kasih Speaker. Saya yang dapat maklumat yang Rahmah Madani atau jualan agromadani di seluruh Malaysia ada 23 ribu point yang ada jual jualan ini. Jadi saya nak tanya, satu kali dia perlu jual 100 pek beras saja? Sekarang di Sandakan, saya mahu tanya di Sandakan mana boleh dapat beras tempatan, beras yang biasalah. Semua saya pergi cek Bataras dan lain-lain tempat, semua beras import.
Ya seperti saya katakan tadi, beras tempatan kita hanya dapat menampung 20% SSR. Maksudnya kalau ada 100 orang ingin membeli beras tempatan, kita hanya ada 20 orang yang dapat beli.
Itulah statistik beras tempatan kita di negeri kita sekarang ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dahulunya saya juga merupakan pegawai pertanian yang mengatur berkenaan dengan beras. Dahulunya kita ada lebih kurang 35, lebih kurang tahun 2008, 35 SSR, 35%.
Namun pada hari ini 2026, kita turun kepada 20%. Namun tidak melemahkan semangat kita.
Saya yakin dan percaya dengan semangat yang ada di kalangan semua pegawai-pegawai Kementerian dan juga Lembaga Padi dan beras negeri Sabah akan dapat memastikan untuk meningkatkan SSR kita seperti mana yang telah digariskan dalam ucapan awal saya tadi.
Bagi subsektor perikanan MAFFI, melalui Jabatan Perikanan Sabah juga telah membangunkan program jangka panjang seperti satu, program pengukuhan keupayaan pengusaha akuakultur, kedua, program keterjaminan makanan melalui peningkatan penghasilan akuakultur marin. Selain itu, Jabatan Perikanan memohon peruntukan-peruntukan khas daripada Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan dan Jabatan Perikanan Malaysia untuk melaksanakan program-program berikut:
Pertama, Program Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan; kedua, Program Pemerkasaan Agromakanan Negara; ketiga, Program Transformasi Sistem Akuakultur untuk Peningkatan Pengeluaran.
Bagi penternak ikan air tawar pula, program jangka masa panjang melibatkan bantuan, fasiliti, sokongan dan peralatan ternakan yang sedang dilaksanakan adalah Program Bantuan Penternak Skala Kecil dan Pengeluar Benih Ikan Air Tawar, Program Bantuan kepada Pengusaha Komersial Spesies Bernilai Tinggi. Ketiga, Program Bantuan Baka Induk dan Program Pengukuhan Keupayaan Pengusaha Akuakultur Air Tawar.
Senallang.
Minta izin kalau boleh.
Yang Berhormat, sebenarnya dia berdiri lama, tapi kalau dapat saya minta izin Datuk Speaker, boleh? Yang Berhormat Menteri, ya tak apa bagi ruang dengan dia.
Lamag?
Terima kasih Tuan Sepeaker. Saya pinjam sekejap Sungai Manila punya mikrofon.
Yang Berhormat Menteri, saya cukup tertarik dengan video yang disaksikan oleh Ahli-ahli Dewan tadi dan di tempat saya Yang Berhormat Menteri, ada kawasan pertanian yang cukup luas, di mana kalau saya ingin mengalu-alukan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian untuk membuat R&D di kawasan saya dan hari ini kalau kita lihat, Perlis itu terkenal dengan mangga harum manis.
Tetapi di kawasan saya yang luas dengan tanah pertanian dan perlu untuk Kementerian untuk membuat hub pertanian di tempat saya dan Kinabatangan ini di kawasan saya adalah pengeluar nangka yang terbesar di Sabah dan juga terkenal dengan durian merah. Sebab itu, saya minta dengan pihak Menteri dan juga Kementerian untuk membuat R&D di kawasan saya dan saya mengalu-alukan untuk membuat tanaman sama ada jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang.
Sekurang-kurangnya di kawasan saya di dalam Lamag ini, bukan saja boleh dijadikan sebagai hab pertanian, tapi juga pengeluar nangka, durian merah, manggis dan juga mangga di negeri Sabah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ambil perhatian, dan insya-Allah saya akan berkunjung ke kawasan Lamag untuk sedikit masa lagi.
Senallang.
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rancangan yang dilakukan cukup baik. Saya membahaskannya dalam perbahasan yang mungkin tidak dipetik daripada Kementerian Pertanian tentang cost of living dan saya menyebut tentang pertama racun, keduanya fertilizer yang ini bukan di bawah, kita bukan mengeluarkan semuanya fertilizer dan racun, kita import kemungkinan dan kos untuk pengangkutan, mungkin nelayan kita bantu beli diesel, harga dia mungkin ada,
begitu juga petani. Tapi bila produk-produk ini sampai ke pasaran, ya, Cost Fertilizer ini, begitu dah 30% saya ingat kos dia cukup tinggi. Begitu juga racun yang ada dan kos untuk membawa barang-barang ini ke pasaran yang akan dibebankan ialah end-user, orang Sabah.
Itu yang mereka merungut harga barang meningkat. Apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya bukan hanya kita galakkan mereka tanam padi, tanam buah-buah, tanam aroma manis yang ada.
Tapi memastikan supaya produk-produk ini bukan hanya supply is enough but the cost is affordable bagi end-user yang ada dan keduanya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat pertanian tadi menyebut tentang padi juga. Saya bertanya pasal saya masa waktu dulu saya letak duit, saya ingat kalau tidak silap saya lima juta, ataupun lebih daripada itu, di Sabah Credit dan ini untuk menggalakkan tanah padi bukit di Long Pasia, di Tambunan, di kawasan-kawasan Keningau yang ada kerana kita tahu yang saya galakkan itu padi yang harga dia baik, yang selalu dimakan oleh mantan Perdana Menteri dahulu dan juga produk-produk yang mungkin harganya murah.
Adakah pihak Kementerian telah pantau peruntukan ini? Bagaimana peruntukan ini telah dimanfaatkan oleh masyarakat di peringkat regumi, khususnya luar bandar untuk menanam padi bukit yang lain, selain daripada contoh di Kota Belud. Kita dah belanja banyak di situ, hampir 300 juta. Tapi kesudahannya, masih lagi kita bergantung tadi itu. Padi, 20 berapa peratus saja kita bergantung walaupun banyak inisiatif, bukan hanya di peringkat negeri, di peringkat pusat yang ada. Terima kasih banyak.
Terima kasih Senallang.
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, susulan daripada krisis di Timur Tengah dan juga peningkatan harga tenaga, minyak dan sebagainya telah menyebabkan komoditi ataupun keperluan-keperluan dalam sektor pertanian meningkat. Kita tahu bahawa industri baja dan juga racun ini sebahagian besarnya adalah daripada sumber…
… minyak dan sebagainya. Namun begitu, kita akan meneruskan program-program di bawah Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian untuk kita mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia, dengan kita mengadakan kursus-kursus berkenaan dengan penggunaan baja-baja organik, memproses kompos, memproses hasil-hasil pertanian yang sedia ada, memproses hasil dapur, supaya boleh dijadikan baja kompos dalam mengurangkan kebergantungan kepada baja-baja kimia.
Selain daripada itu, kita juga mengadakan kursus-kursus berkenaan dengan IPM, yang ini pengurusan serangga secara kolektif, di mana ianya akan mengurangkan penggunaan racun dan juga memberikan keselamatan makanan, dalam produk komoditi tanaman sayuran ataupun penghasilan yang lain, dan kita yakin dan percaya bahawa usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan baja kimia dan juga racun kimia ini, akan memastikan keterjaminan makanan yang lebih selamat untuk rakyat kita di negeri Sabah. Ya?
Mohon mencela.
Paginatan.
Okey, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah, apakah perancangan-perancangan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian untuk mengelakkan terjadinya virus yang telah melanda tagal-tagal khasnya di kawasan Paginatan, supaya tidak akan berulang. Terima kasih.
Terima kasih, Pengerusi Sabah Credit. Mohon untuk bantuan supaya seperti yang
dikatakan oleh Senallang tadi itu, dapat diteruskan untuk keperluan petani-petani pengusaha tanaman padi, tanah bukit..
Insya-Allah.
… dan juga tanah kering.
Saya dan juga rombongan MAFI akan menghadap untuk kita membincangkan keperluan petani, penternak, nelayan, supaya mereka juga akan dapat keperluan pembiayaan dalam meningkatkan perniagaan mereka. So, ada dalam ini berkenaan dengan ikan koi punya isu, nanti saya akan jawab boleh ya?
Teruskan.
So, ya. Bagi penternakan, Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, menggunakan pendekatan yang berasaskan pengukuhan kapasiti pengeluaran tempatan, supaya negeri tidak terlalu bergantung kepada bekalan luar.
Beberapa teras utama yang dilaksanakan adalah peningkatan pengeluaran baka tempatan, pemerkasaan industri ruminan, pembangunan makanan ternakan tempatan, pengukuhan biosekuriti dan pembangunan infrastruktur memprosesan serta rantaian bekalan.
Bagi sektor ruminan, Kerajaan sedang memperluas pembangunan integrasi ternakan dengan kelapa sawit, mengukuhkan pusat ternakan dan kerjasama dengan GLC. Usaha ini penting bagi meningkatkan populasi ternakan pedaging tempatan, menambah pengeluaran daging dan memperkukuh tahap sara diri negeri dalam jangka masa panjang. Bagi industri tenusu, Kerajaan telah merangka program transformasi industri tenusu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, dengan sasaran meningkatkan pengeluaran susu segar negeri kepada 12 juta liter dan populasi lembu tenusu kepada 10 ribu ekor menjelang tahun 2030. Ini menunjukkan bahawa perancangan Kerajaan bukan bersifat jangka pendek, tetapi disusun secara berfasa dengan sasaran yang jelas.
Mengenai cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Kuamut tentang penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kabinet Negeri Sabah pada 6 Ogos 2025 telahpun bersetuju untuk menubuhkan Sabah Oil Pump Industry Authority ataupun disebut SOPIA.
Untuk makluman, pada 8 Januari 2026, penugasan berkenaan dengan portfolio bagi ahli-ahli Kabinet bertarikh 8 Januari, telahpun bersetuju untuk SOPIA ini dibangunkan dan telahpun dilantik pengerusi dan juga ahli-ahli lembaga SOPIA, yang di mana akan mula beroperasi sepenuhnya setelah semua peraturan dan syarat tubuh organisasi dapat dipatuhi serta dilaksanakan, selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa yang mana, ianya akan bertanggungjawab dalam penanaman dan pembangunan industri kelapa sawit di negeri Sabah. Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan ADUN Liawan, ADUN Nabawan, ADUN Bengkoka tentang menaik taraf jalan-jalan pertanian, Kementerian saya sedia maklum berkenaan dengan keadaan fizikal, jalan-jalan pertanian yang perlu dinaik taraf bagi kegunaan rakyat tempatan, termasuk penduduk di daerah-daerah tersebut. Walaubagaimanapun …
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
… peruntukan sedia ada adalah terhad …
Yang Berhormat Menteri.
… dan Kementerian saya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri untuk memastikan semua jalan pertanian yang berkenaan berupaya dibaiki dan diselenggara.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut pasal aquaculture, sebelum sudah lepas. Ada lagi satu sektor dalam perikanan itu, itu mariculture. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai mariculture, marine culture dalam ekonomi biru, blue economy? Adakah Kementerian Yang Berhormat Menteri mempunyai apa-apa perancangan berkaitan dengan marine culture dalam sektor ekonomi biru? Dan kedua tadi itu mengenai SOPIA, Sabah Oil Pump Industry, adakah satu kajian menyeluruh sudah dibuat? Sebab sekarang ini kita ada MPOB, supaya tugas antara dua agensi ini tidak bertindih dan siapakah nanti yang akan mempunyai kuasa mutlak, dalam hal pengurusan industri minyak sawit di negeri Sabah. Kalau boleh, kalau bolehlah, kita fokus kepada SOPIA saja, MPOB ini tidak payahlah. Tutuplah itu MPOB dan kalau ada peruntukan daripada federal berkaitan dengan industri minyak sawit, masukkan ke dalam SOPIA. Terima kasih.
Itulah itu tujuan SOPIA. Supaya kita boleh mengawal selia industri dan juga pembangunan tanaman kelapa sawit di negeri kita. Berkenaan dengan ekonomi biru, saya akan jawab.
Ada soalan daripada Yang Berhormat Tungku di belakang ini nanti.
Berhubung suntikan dan sokongan kepada agensi Kerajaan dalam bidang pertanian, untuk melaksanakan dan memperkasakan program-program pertanian, bagi meningkatkan hasil pertanian dan nilai tambah kepada petani-petani negeri ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah menawarkan perkhidmatan kursus berikut:
yang pertama, pembangunan sawah satelit benih padi sah seluas 415 hektar, yang dapat membangunkan yang dapat mengeluarkan 1925 metrik tan benih padi sah, akan dibangunkan dalam tahun ini, bagi menampung keperluan benih padi untuk penanaman seluas 12 2020 hektar yang melibatkan 12 000 orang pesawah.
Mengenai cadangan Kerajaan menjalinkan usaha sama dengan GLC atau syarikat berkaitan Kerajaan untuk melaksanakan projek-projek pertanian, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan GLC, untuk bekerjasama membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Jabatan Pertanian telah memeterai MOU pembangunan kawasan baru tanaman padi seluas 100 hektar di Estet Taritipan, Kota Marudu dengan Sawit Kinabalu bermula pada tahun 2023 hingga 2025. Sri Tanjong.
Boleh mencela sedikit?
Ya ya.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai agropreneur ataupun sesiapa yang di Sabah ini berminat untuk menceburi dalam sektor hidroponik ataupun green farming, apakah apakah inisiatif ataupun insentif yang boleh dibagi oleh pihak Kementerian untuk membantu mereka dalam sektor ini? Terima kasih.
Terima kasih Sri Tanjong.
Untuk agropreneur mudah kita sebenarnya ada menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan yang pentingnya mereka ini bergiat awal dalam industri yang mereka ingin laksanakan. Maksudnya mereka mula secara kecilan, apabila ada keperluan untuk mereka memperbesarkan perniagaan mereka, kita akan beri bantuan dan khidmat sokongan. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, program-program sebegini untuk agropreneur mudah tahun 2026, kita ada sepanjang tahun program latihan dan juga program-program kursus yang kita anjurkan kepada belia-belia kita.
Bolehlah tengok di website Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan kita akan cuba hebahkan maklumat ini, kepada semua Wakil-wakil Rakyat, supaya dapat memaklumkan rakyat di kawasan masing-masing, bagaimana mereka untuk mendapatkan sokongan, bantuan berkenaan dengan program-program di peringkat pembangunan ekonomi anak muda di bawahan. Boleh YB ya?
Satu lagi soalan YB Menteri. Adakah … .
Pihak Kementerian telah pun menetapkan berapa keluasan tanah yang diperlukan, sekurang-kurangnya berapa ekar?
Iya.
Adakah..
Ya. Nanti boleh, boleh bincang nanti.
Adakah pihak Kementerian telah pun meletakkan kriteria tersebut?
Ya, dia bergantung kepada apa perusahaan pertanian yang ingin kita laksanakan.
Tentang hidroponik?
Ya, boleh.
Boleh ya?
Kalau saya mahu baca di sini panjang, nanti boleh jumpa.
Teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Nanti kita boleh jumpa di luar, saya akan maklumkan berkenaan dengan Program-program Agropreneur Muda yang dilaksanakan untuk negeri Sabah sepanjang tahun 2026.
Terima kasih, terima kasih.
Mengenai cadangan kerajaan, mana sudah ini, mengenai cadangan ADUN Paginatan untuk mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Tani di Paginatan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua Pusat Pengumpulan Hasil Tani yang telah pun dibina dan beroperasi di DUN Paginatan, iaitu Pusat Pengumpulan Hasil Durian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Kampung Sadul pada tahun 2020 dan juga Pusat Pengumpulan Hasil Tanaman Buah-buahan di Kampung Nalapak. Mengenai pelaksanaan latihan keusahawanan kepada penduduk Paginatan, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah ada melaksanakan Program Insentif Geran dan Program Latihan Bimbingan Teknikal Keusahawanan untuk daerah Ranau termasuk DUN Paginatan. Kalau saya mahu sebut sini panjang Yang Berhormat tapi saya cuba ringkaskan untuk program di DUN Paginatan. Kita ada Agropreneur Muda, 5 penerima. Kita ada Program Geran Pemadanan, 8 penerima. Kita ada Program Agro Pelancongan, 1 penerima.
Nilai bantuan geran RM455,737.00. Daripada bantuan geran tersebut, kita telah pun menerima jualan daripada hasil tersebut sebanyak RM1.1 juta untuk tahun 2025, nilai jualan tahun ini setakat Mac, RM471,245.00. Jadi tahniah Paginatan, banyak usahawan-usahawan muda yang dikeluarkan di kawasan DUN Paginatan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Ya. Bagi isu gaji kakitangan yang berada di bawah garis minimum, iaitu RM1,700.00 yang dibangkitkan oleh ADUN Sekong, penetapan gaji minimum adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan IV 2024, iaitu Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian. Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri baru-baru ini telah pun meminta Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mengkaji dan menyelaras semua penetapan gaji minimum agar kadar upah yang diterima oleh Pekerja Sambilan Harian tidak berada di bawah RM1,700.00, ia ini kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.
Datuk Speaker, mengenai soalan oleh ADUN Tanjong Aru tentang, mengenai soalan oleh ADUN Tanjong Aru dan juga Paginatan tentang larangan ikan koi dan ikan emas dalam industri akuarium ataupun industri ikan hiasan di Sabah. Larangan tersebut adalah hanya untuk ikan koi di sungai-sungai. Ikan koi dan ikan emas yang dipelihara atau diternak di akuarium atau kolam tertutup tidak termasuk dalam larangan tersebut.
Larangan berkenaan adalah untuk membendung penularan wabak daripada merebak ke kawasan yang lebih luas. Ya, Yang Berhormat?
Datuk Speaker, ya, Datuk Speaker. Terima kasih, Datuk Menteri. Saya penjelasan ya. Ertinya kalau akuarium kedai yang import itu ikan koi tidak dihalangkah?
Ya, boleh.
Tidak dihalanglah?
Ya, jangan lepas di sungai, yang kita larang di sungai.
Di sungai?
Sungai.
Oh, di sungai. Oh, jadi akuarium import memang.
Akuarium okey.
Akuarium memang boleh di, di apalah?
Boleh.
Sebab sejak dorang dapat itu notis daripada saya rasa berapa minggu yang, yang dahulu.
Ya.
Sampai hari ini, sejak hari ini tidak dapat dimasuk tahu, itu koi, ikan goldfish untuk akuarium.
Ya.
Saya rasa kalau Menteri mungkin boleh mengadakan satu dialog bersama-sama bisnes komuniti ini.
Boleh.
Supaya kalau adalah keperluan, buatlah by law atau education campaign. Bagi tahu dia orang tidak boleh jual, tidak boleh lepaslah.
Boleh.
Di river atau macam mana lah.
Ya.
Terima kasih, penjelasan Datuk.
Yang kita tidak mahu dia pelihara di akuarium, kemudian bila dia tidak boleh jaga, dia kasih lepas di sungai, menyebabkan ikan pelian kita terkena virus yang dibawa oleh ikan koi seperti yang disebut oleh Paginatan, Paginatan.
Setuju, setuju sangat tapi bagilah dia orang itu, itu by law dan briefing dan sebagainya supaya dia orang tidak berani lagi buat macam itu.
Boleh.
Terima kasih Datuk Speaker.
Ya, Sekong.
YB Menteri, terima kasih atas penjelasan tadi tentang penyelarasan yang akan diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
untuk penyelarasan gaji minimum. Saya juga ingin meminta penelitian daripada YB Menteri tentang kebajikan pekerja di Jabatan Pertanian bagi wanita yang sambilan. Jadi bagi wanita yang sambilan cuti bersalin, kali pertama perkhidmatan itu dia hanya dibagi gaji sebulan, selepas itu, kalau dia ada mengandung untuk beberapa tahun ke depan sudah tidak ada. Jadi mohon YB Menteri untuk boleh mempertimbangkan perkara ini. Terima kasih.
Ya, saya akan merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ya.
Okey, mengenai, balik kepada viral ya apa ini, penyakit tadi ikan, ikan koi kita tidak, kita larang untuk dilepaskan di dalam sungai. Tapi adakah, macam mana penguatkuasaan dijalankan oleh pihak Kementerian atau Jabatan Pertanian untuk mengelakkan orang-orang yang bertanggungjawab untuk melepaskan ikan-ikan koi tersebut di sungai? Terima kasih.
Terima kasih. Untuk makluman, pegawai-pegawai kita, Jabatan Perikanan telah pun memberikan kursus dan kesedaran taklimat perkara ini, terutamanya di Ranau, di Merakau, di Marakau dan di apa lagi beberapa tempat yang mana peringkat awal melepaskan ikan koi untuk memberi variasi warna kepada ikan-ikan tersebut, supaya lebih banyak pelancong yang akan datang. Namun begitu, rupa-rupanya ia adalah satu tindakan yang salah kerana apabila cuaca terlalu panas, menyebabkan terbebasnya virus daripada ikan koi ini yang menjangkit kepada di ikan-ikan, keluarga di sini seperti selian dan juga sarawih.
Namun begitu, kursus dan juga taklimat telah pun kita buat dan sebahagian daripada mereka telah pun berjaya untuk mengeluarkan sebahagian ikan koi yang ada di sungai, dan kerja-kerja ini akan terus dilaksanakan secara berpanjangan kerana kita tahu sungai yang terlibat begitu besar dan panjang, dan inilah yang akan kita laksanakan berperingkat. Ya, Tamparuli?
Yang Berhormat, perkara ini sangat serius sebenarnya, sebab di kawasan saya di Tamparuli, di Kiulu juga, saya ingat pelian sudah, tidak ada sudah, ikan pelian kerana penyakit ini. Jadi oleh sebab itu, kalau setakat beri taklimat, saya ingat tidak menyelesaikan, kita perlukan perundangan.
Perlu dipinda enakmen yang sedia ada untuk memastikan supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Jangan dilepaskan ikan-ikan yang tidak apa ini yang tidak sesuai dan boleh menghapuskan ikan yang sedia ada dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat akan membawa pindaan, cadangan pindaan terhadap enakmen yang ada supaya ini dapat di-regulate. Terima kasih.
Ya, saya setuju. Sebenarnya ada akta berkenaan pelepasan ikan daripada sumber yang tidak sesuai dengan habitat, saya tidak dapat sebut sini tapi nanti saya akan bagi jawapan.
Begitu juga dengan keperluan-keperluan, undang-undang yang lain sekiranya perlu untuk kita gubal dan perlu untuk kita ubah suai, kita akan bawa ke Dewan yang mulia ini. Mengenai ketiadaan, oh, ini tadi sudah jawab. Mengenai ketiadaan sesi dialog dengan pihak kepentingan, kerajaan mengutamakan tindakan pantas bagi membendung penularan wabak daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.
Walau bagaimanapun, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah sentiasa berhubung dengan pengusaha, komuniti tagal dan pemain industri. Jabatan Perikanan Sabah turut melaksanakan pemantauan lapangan yang berterusan dan tidak mengetepikan pandangan pihak yang berkepentingan. Sesi libat urus akan diadakan kelak bagi menilai impak pelaksanaan larangan ini. Datuk Speaker, mengenai cadangan ADUN Tanjong Aru untuk menyemak semula cukai eksport hasil perikanan, khususnya ladang akuakultur dan juga kilang hiliran bagi membantu meringankan kos operasi yang ditanggung oleh pengusaha kecil dan sederhana di Sabah, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah telah membentangkan cadangan perubahan kadar Cukai Jualan Negeri (CJN) kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada 13 Julai yang 2023 berikut.
Pertama, mengecuali, pengecualian CJN ke atas komoditi akuakultur sedia ada diteruskan….
Kedua, komoditi akuakultur yang dikenakan CJN 5% dan 10% disyorkan untuk dikenakan CJN dengan kadar 2%. Untuk makluman, CJN adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Berhubung cadangan ADUN Pantai Manis, agar penggunaan Sistem Pemantauan Wisel dilaksanakan dengan lebih tegas dan berkesan di perairan Papar, Kementerian saya mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut. Bagi memastikan tindakan yang lebih cepat dan berkesan diambil oleh Jabatan Perikanan terhadap aduan pencerobohan kapal-kapal. Jabatan Perikanan Negeri Sabah sentiasa bersiap siaga menghubungi pangkalan-pangkalan penguatkuasaan yang berdekatan kawasan aduan berkenaan untuk terus mengambil tindakan secara rapid response. Seterusnya, langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Perikanan untuk menangani isu-isu pencerobohan adalah seperti berikut. Pertama, pemantauan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan melalui operasi dan rondaan. Kedua, memberi kesedaran melalui kempen dan dialog. Ketiga, mengenakan kompaun kepada kapal yang menceroboh. Keempat, penggunaan peralatan pemantauan secara elektronik oleh Jabatan Perikanan Sabah melalui Pelaksanaan IVMS juga sentiasa dibuat. Kesemua langkah di atas penting bagi membina keyakinan nelayan tradisional bahawa hak serta kawasan tangkapan mereka dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.
Datuk Speaker, mengenai cadangan ADUN Balung untuk menyenaraikan tagal di kawasan Balung Cocos dan Batu Bersusun Balung Cocos sebagai tarikan pelancong dalam Tahun Melawat Sabah 2027 adalah amat dialu-alukan untuk menaikkan imej tagal tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian saya menyarankan agar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar untuk
mempertimbangkan cadangan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tagal Balung Cocos merupakan tagal pertama yang ditubuhkan di Pantai Timur yang telah dirasmikan pada 27 Ogos 2022 yang lalu.
Datuk Speaker, bagi cadangan ADUN Sekong untuk membina Jeti Pendaratan Bersepadu di kawasan strategik termasuk Sekong, Kerajaan Negeri dan Persekutuan sedang dalam usaha membangunkan Jeti Perikanan Bersepadu dalam Rancangan Malaysia Ke-13.
Langkah awal yang telah diambil ialah kajian kebolehlaksanaan Jeti Perikanan Bersepadu dijalankan di daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat. Mengenai cadangan ADUN Sekong untuk membangunkan Pusat Pemprosesan Hiliran Perikanan berasaskan komuniti, Jabatan Perikanan Sabah, Ko-Nelayan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan produktiviti pengusaha hiliran berasaskan sumber perikanan sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bantuan Kerajaan berbentuk kursus, latihan, peralatan mesin pemprosesan, pelabelan produk, pembungkusan produk dan juga peralatan naik taraf bengkel, pemprosesan dan perolehan pensijilan telah dirancang dan mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.
Ya, Menteri. Menteri. Menteri. Sorry. Tadi ada sebut LKIM.
Ini Sekong?
Ya, Sekong.
Sekong tiada.
Ya lah. Saya saya yang…
Boleh juga.
Boleh juga. Boleh juga. Saya Sandakan juga. Saya tak tahu berapa besar. Kamu pun tahulah.
Ya, ya.
Ya, em saya nak tanya, Menteri. Tadi ada sebut LKIM. Cerita tentang itu jeti. LKIM ini sepatutnya dua tahun yang lalu pun sudah bersedia membuat itu jeti. Di Kuching, di Sarawak, sudah guna lebih 10 tahun. Tapi di Sabah belum ada, di Sandakan pun belum ada lagi. Jadi, apa langkah-langkah kita mahu bubut (kejar)?
Jangan tunggu RMK-13. Sepatutnya ada peruntukan turun untuk LKIM dan jeti di Sandakan itu.
Dalam pelaksanaan. Peruntukan saya ingat sudah diberikan, so dalam perancangan untuk pelaksanaan.
Itu bila? Ada masa lima tahun buat itukah atau apa macam? Langsung tak ada maklumat atau info atau datanya?
Kita akan bagi maklumat nanti.
Terima kasih.
Datuk Speaker, mengenai isu anjing liar yang dibangkitkan oleh ADUN Bugaya, Kementerian saya memandang serius terhadap perkara tersebut dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menangani isu berkenaan. Kawalan terhadap anjing liar adalah di bawah bidang Pihak Berkuasa Tempatan
seperti yang termaktub dalam Visi Council dan PBT Semporna telah mempunyai by-laws ini sejak tahun 1981. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan ini disarankan untuk menguatkuasakan sepenuhnya by-laws tersebut bagi menangani populasi anjing liar dan memastikan keselamatan komuniti.
Untuk maklumat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah memberi tumpuan terhadap pengawalan haiwan pemilik sahaja. Peranan Jabatan Veterinar adalah merangkumi perkara-perkara berikut.
Program Vaksinasi, Kempen Kesedaran berkenaan dengan ceramah, taklimat dan sebagainya, fasiliti tahanan sementara menyediakan fasiliti untuk menempatkan haiwan pemilik yang dirampas atau diselamatkan sementara menunggu tindakan lanjut, dan keempat, persediaan wabak, yang ini Jabatan Veterinar akan sentiasa bersedia untuk bertindak balas sekiranya berlaku wabak penyakit yang melibatkan haiwan liar.
Namun begitu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah tidak mempunyai kuasa langsung untuk menangkap atau mengawal anjing liar kecuali dalam situasi wabak seperti rabies. Tanggungjawab ini sepenuhnya berada di bawah PBT yang perlu memastikan undang-undang kecil mereka dikuatkuasakan untuk kawalan populasi anjing liar. Tidak terdapat sebarang peruntukan kewangan bagi tujuan pengawalan haiwan liar disalurkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Semporna. Datuk Speaker, bagi menjawab ADUN Sri Tanjong, status Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai…
Datuk Speaker, mohon laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri. Selain daripada soalan tadi, saya mungkin takut terlepas pandang oleh Yang Berhormat Menteri. Dan mungkin kekhilafan ini pun mungkin daripada saya punya ucapan dan perbahasan.
Sebenarnya berkaitan dengan RAER, RAER tadi ya Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar, tapi soalan yang dalam saya punya perbahasan itu ditujukan kepada Menteri KPLB, jadi mungkin silap dia punya ini, jadi soalan ini sepertinya ditujukan kepada Yang Berhormat Datuk Menteri, jadi soalan saya dalam saya punya perbahasan ya saya pernah tanyakan tentang program RAER ini sejauh mana ya program tersebut telah diterapkan di daerah Semporna dan apakah program-
program yang telah dilaksanakan, jadi mohon kalau ada jawapan ya kalau tidak pun bertulis pun boleh juga.
Ya, saya jawab tadi di mukadimah awal, memang saya dah sebut ADUN Bugaya berkenaan dengan RAER. Untuk maklumat yang saya katakan tadi, peringkat awal revolusi pertanian luar bandar ini adalah menyediakan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha. Namun begitu, apabila kita ubah suai dan bekerjasama dengan Perbadanan Pinjaman Sabah, maka kita serahkan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah untuk menyediakan bantuan-bantuan secara pinjaman tanpa faedah bernilai RM50,000 ke bawah. Dan saya difahamkan beberapa pengusaha di Semporna telah pun mendapat bantuan ini yang mengusahakan seaweed.
Untuk maklumat Yang Berhormat juga, saya berkampung di Semporna pada bulan Januari yang lalu, 3 hari 2 malam dan sempat memantau kilang dan juga industri tanaman seaweed ini di kawasan Semporna, beberapa pulau. Dan kita telah meluluskan beberapa peruntukan kepada mereka, terutamanya kawalan penyu yang makan hasil-hasil yang telah pun mereka ternak di kawasan tersebut. Dan yang kedua, kita membina dua pelantar baru bernilai lebih kurang RM700 ribu setiap satu untuk mengeringkan seaweed. Dan yang ketiganya, kita menyediakan beberapa buah bot supaya memudahkan mereka untuk mengangkat hasil daripada pulau ataupun di tanah-tanah tol yang mereka sewa ke tanah besar.
(ayat kurang jelas), Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Bagi menjawab pertanyaan ADUN Sri Tanjong, status Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau Fasa 1A yang telah diluluskan di bawah peruntukan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 adalah masih dalam proses prapelaksanaan.
Bagi memastikan penyelesaian yang lebih menyeluruh, MAFFI melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia…
Saya juga telah membuat permohonan berkenaan dengan peruntukan di bawah Rolling Plan Pertama RP1 dan juga Rolling Plan Kedua RP2, Rancangan Malaysia Ke-13 di bawah peruntukan Persekutuan bagi melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau Fasa 1B yang merupakan pelengkap kepada projek yang sedang dalam pelaksanaan dan melibatkan skop menaik taraf Sungai Tawau melalui Pakej 1 dan 2 termasuk kerja-kerja pelebaran dan pendalaman sungai. Projek ini telah disenarai pendek oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi dan akan dibentangkan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan selanjutnya.
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan ADUN Darau tentang notis pengosongan tapak dan permintaan pampasan projek melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Likas. Projek Kerajaan yang terlibat adalah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Likas Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Status tanah terlibat sebahagian besarnya merupakan reserve simpanan sungai dan tanah Kerajaan. Hanya sebahagian kecil melibatkan pengambilan tanah di bawah Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69 Sabah. Bilangan struktur dikenal pasti terlibat untuk tindakan penguatkuasaan adalah sebanyak 867 buah struktur. Bilangan notis Seksyen 173-1H di bawah Ordinan Tanah Bab 68 Sabah yang telah disampaikan adalah sebanyak 867 notis. Tarikh notis telah pun disampaikan pada bulan Februari 2026 yang lalu.
Pemasangan 15 kain rentang bagi maklumat awam berhubung tarikh perobohan dilaksanakan pada 27 April 2026. Tarikh pengosongan kawasan dan perobohan struktur ditetapkan pada 4 hingga 8 Mei 2026.
Peruntukan kewangan bagi projek ini adalah daripada Jabatan Pengairan Saliran Malaysia. Ini Persekutuan berdasarkan polisi Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia. Tidak ada bayaran sagu hati untuk struktur di tanah Kerajaan atau simpanan Kerajaan untuk projek ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri
bersedia untuk mengkaji dan meneliti secara terperinci dari segi aspek implikasi kewangan dan juga aspek kemanusiaan.
Berhubung permintaan Ahli Yang Berhormat Darau tentang pembayaran sagu hati untuk struktur-struktur terlibat dalam kawasan tanah Kerajaan atau simpanan Kerajaan yang didirikan oleh warganegara.
YB Menteri tadi telah pun menjawab soalan saya. Saya ada sedikit soalan tambahan, boleh?
Boleh, boleh.
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih YB Menteri atas jawapan yang diberikan mengenai isu banjir di Tawau. Projek tebatan banjir ini telah pun dimulakan pada tahun 2019. Tetapi sehingga hari ini projek itu tidak dapat disiapkan dan setiap tahun apabila banjir berlaku, sudah tentu penduduk Tawau akan bertanya saya ataupun wakil-wakil rakyat dari Tawau, bilakah isu banjir ini dapat diselesaikan. Jadi waktu itu apabila Fasa 1A dimulakan mereka menerima kekangan. Kalau saya memetik Hansard Parlimen tahun lalu di mana Timbalan Menteri Petra sendiri pun mengakui bahawa isu pengambilan tanah adalah salah satu punca mengapakah projek tebatan banjir ini tidak dapat diteruskan. Jadi di sini saya ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh YB Menteri? Sedangkan kita menunggu projek ini untuk dilaksanakan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Menteri untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi? Kalau tidak, isu banjir akan berterusan dan rakyat Sabah di Tawau akan terus susah kerana aset mereka akan hilang, tak ada pampasan juga. Terima kasih.
Thank you, Sri Tanjong. I think this is a new issue that you bring in. Saya rasa terpulang kepada Menteri kalau mahu jawab bertulis pun boleh.
Boleh. Banyak sudah langkah-langkah itu dibuat. Baru-baru ini kita telah pun
berkunjung kepada Menteri Petra, merangkap Timbalan Perdana Menteri 2 untuk membawa isu ini sekali lagi. Kerana ada dua pakej untuk Tawau ini. Yang pertama, mendalamkan dan melebarkan Sungai Tawau. Yang keduanya, kerja-kerja naik taraf jambatan di Batu 4 Jalan Apas. Jadi, okeylah tu. Ngamlah tu. Nanti saya akan, nanti kita bincang.
YB Menteri, cuma isu pengambilan tanah itu di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Ya.
So, I hope YB Menteri can work proactively with Jabatan Tanah dan Ukur supaya jangan, don’t repeat the same mistakelah. Okey. Thank you Menteri.
Okey. Alright. Datuk Speaker, mengenai cadangan oleh ADUN Banggi untuk mengadakan program khas kepada peserta terpilih bagi program penanaman mangga, Harum Manis dan nenas MD2. Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah melaksanakan 10 program pembangunan tanaman dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan sekuriti dan keterjaminan makanan di negeri Sabah. Sasaran keluasan adalah 4.994 hektar, melibatkan peruntukan sejumlah RM136 juta.
Pada tahun 2026, pembangunan tanaman makanan adalah seluas 437 hektar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17.91 juta termasuk pembangunan tanaman buah-buahan seperti mangga, Harum Manis dan juga nenas MD2. Petani yang berminat dan memenuhi syarat adalah dialu-alukan untuk memohon dan menyertai program yang tersedia melalui Pejabat Pertanian Daerah Kudat. Malahan, pelawaan ini juga saya jemput kepada semua wakil rakyat untuk supaya masyarakat di kawasan Yang Berhormat semua dapat bekerjasama dengan semua pejabat-pejabat di bawah MAFFI, di daerah-daerah tuan-tuan, di daerah Yang Berhormat, di daerah
yang berkenaan berkenaan dengan program-program peningkatan pendapatan terutamanya dari segi pertanian, perikanan, ternakan dan juga pemprosesan makanan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Jabatan Pertanian juga telah melaksanakan beberapa projek pembangunan tanaman di Pulau Banggi dengan keluasan 21 hektar melibatkan 15 peserta berikut:
1.
Pada tahun 2018, seluas 10 hektar tanaman Chokanan, mangga Chokanan dan Harum Manis melibatkan lima peserta.
2.
Pada tahun 2019, seluas dua hektar kelapa MATAG, dua hektar kelapa pandan dan lima hektar mangga Harum Manis melibatkan sembilan peserta. 3.
Pada tahun 2021, seluas dua hektar kelapa MATAG melibatkan satu peserta. Kementerian saya melalui Lembaga Industri Getah Sabah juga sedang melaksanakan program aktiviti ekonomi tambahan yang memberi tumpuan kepada penanaman nenas MD2. Bagi tahun 2026, program ini mensasarkan penyertaan 80 pekebun kecil di Pulau Banggi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta. Program Peningkatan Ekonomi Tambahan Nenas MD2 merupakan inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan oleh LIGS, Lembaga Industri Getah Sabah bagi memperkukuh sumber pendapatan pekebun kecil melalui pengusahaan tanaman komersial bernilai tinggi selaras dengan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti luar bandar secara mampan.
Bagi menjawab pertanyaan ADUN Tanjung Keramat mengenai faedah inisiatif Ekonomi Biru kepada komuniti nelayan dan penduduk Putatan serta Tanjung Keramat, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan program perikanan laut dalam yang berupaya meningkatkan hasil tangkapan laut dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil perikanan.
Ekonomi biru bermaksud penerokaan sumber ekonomi di lautan dan perlindungan alam sekitarnya.
Dalam konteks perikanan, dari segi ekonominya adalah mengeksploitasi sumber perikanan yang ada secara rasional dan memelihara ekosistem lautan agar sumber terus lestari dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Datuk Speaker, mengenai status Projek Penempatan Semula Nelayan di Kampung Bira-Biraan, Kota Belud yang dibangkitkan oleh ADUN Usukan, kerja-kerja pembersihan tapak sedang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik.
Bagi menjawab soalan daripada ADUN Sebatik dan ADUN Tungku mengenai keberkesanan Pelan Sabah Maju Jaya dalam isu keterjaminan …
YB Menteri, boleh saya tanya dari segi progress projek PSN? PSN is Perumahan Sementara Nelayan Kampung Bira-Biraan. Sebab saya difahamkan dan dikhabarkan bahawa berlaku kelewatan ya … .
… dan sampai hari ini, saya dengar, tidak berlaku apa-apa dan ada juga rundingan di kalangan. Ini saya dengar ah, di kalangan main contractor itu sendiri. Boleh minta penjelasan daripada YB Menteri sebab projek ini lama sudah ditunggu-tunggu YB Menteri. Saya dengar daripada Kota Belud sempat pergi Beluran, sempat pergi Kota Belud semula. Mohon penjelasan, terima kasih.
Ya, saya akan ke Kota Belud pada awal Mei, untuk melihat pengairan di Kampung YB nanti kita akan melawat ke Kampung Bira-Biraan di kawasan ini. Untuk makluman, kita telah mengeluarkan notis pertama berkenaan dengan kelewatan pelaksanaan projek kepada pihak kontraktor dan selepas itu, kita akan ada notis kedua dan notis ketiga.
Untuk makluman, di peringkat yang kita sedia maklum, berlaku sedikit pengambilan masa untuk mengeluarkan berkenaan dengan status tanah di kawasan tersebut. Namun begitu, ia telah pun diambil perhatian dan kita telah berunding dengan pihak kontraktor supaya dapat melaksanakan kerja-kerja awal dan juga menggunakan skop yang telahpun dipersetujui sebelum ini. Jadi untuk lebih tepat ataupun lebih jelas nanti, saya akan melawat kawasan ini dalam awal bulan Mei nanti dan saya jemput Yang Berhormat untuk bersama-sama dengan kami pasukan daripada MAFFI.
Agak-agak berapa hari bulan ya Yang Berhormat?.
Nanti saya akan maklumkan.
Terima kasih.
Bagi menjawab soalan daripada ADUN Sebatik dan ADUN Tungku mengenai… Datuk Dr.
Tuan Speaker, YB Menteri, cuma saya nak tanya yang you punya headphone kelip-kelip tu, masa sudah cukup kah?
Ya, saya pun hairan, dia pandai menyala. Datuk Dr.
…pasal saya takut, saya ada soalan juga ni, penting juga.
Okey, okey, mahu lajulah ni. Datuk Dr.
Banyak masa lagi ah?
Ada lagi sikit. Datuk Dr.
Okey, jangan lupa saya, terima kasih.
Tinggal 3 keping. (ketawa) Bagi menjawab soalan daripada ADUN Sebatik dan ADUN Tungku mengenai keberkesanan Pelan Sabah Maju Jaya dalam isu keterjaminan makanan, Pelan Sabah Maju Jaya telah menunjukkan keberkesanan tinggi dari segi pelaksanaan dengan pencapaian inisiatif melebihi 90% setiap tahun dan sekitar 95.02% pada tahun 2025.
Pendekatan komprensif merangkumi penyelidikan pembangunan tanaman dan latihan petani telah memperkukuh asas pengeluaran makanan negeri. Namun berdasarkan kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia, tahap sara diri Sabah masih sederhana, ia ini beras, yang saya maklumkan tadi lebih kurang 20%, daging 20-25%, susu kurang daripada 10%. Mana kala ayam lebih daripada 80% dan ikan lebih daripada 90% adalah tinggi. Ini menunjukkan kebergantungan import masih ketara. Kesimpulannya, SMJ berkesan dari sudut pelaksanaan tetapi impak terhadap keterjaminan makanan memerlukan peningkatan pengeluaran besar. Berskala besar dan berteknologi moden. Ya, Merotai.
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri disebut berkenaan dengan keterjaminan makanan ini, kalau kita lihat di sebelah semenanjung sana, harga ayamlah sebagai contoh, kita ambil harga ayam saja. Harga ayam di semenanjung lebih kurang RM8.00, RM9.00 dan tadi Kementerian Ekonomi saya tengok statement dia ada peningkatan 10% harga ayam di semenanjung dan hari ini di Sabah RM14.00, RM13.50, RM14.50, RM16.00 mungkin, maksud saya ayam bulatlah, ayam bulat. Jadi apa perancangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan apa namanya peningkatan penternakanlah, jumlah penternakan?
Sebab apa, saya ada berbincang dengan beberapa penternak kecillah, khususnya di Tawau, ada beberapa yang mungkin volume ternakan mereka lebih kurang sepuluh ribu, tapi masalah mereka sekarang yang mereka hadapi sebab masalah DOC, Day Old Chicks ya maksudnya itu ayam, bibit ayamlah.
Kadang-kadang pengeluar ni, HRA ni, dia bagi cuma sepuluh ribu, limit saja dan kedua, masalah mereka adalah berkenaan dengan dada ayam, dada ayam ni mahal berbanding di semenanjung dan disyaratkan untuk mengambil dada ayam di beberapa tempat sajalah.
Jadi dicontrol, maknanya kalau kita lihat keseluruhan perjalanannya itu walaupun tidak dikira sebagai kartel, tetapi saya rasa memang ada ciri-ciri kartel.
Maknanya dari awal Day Old Chicks sudah dikawal, kedua dada ayam juga dikawal dan saya diberitahu bahawa sekiranya mahu lebih daripada sepuluh ribu, dia orang kena contrack farming dengan syarikat-syarikat ini. Minta Yang Berhormat Menteri, ulaskan perkara tersebut?
Untuk makluman…
Saya punya soalan pun sama juga di bahas petang semalam, kemarin.
Okey, okey.
Sama juga, itu yang saya, kalau Merotai bilang ini food semenanjung, saya tidak payah banding kepada semenanjung, Sarawak punya harga RM10.80.
Ya.
Jadi saya tidak faham kenapa Sabah ini RM14.50, itu yang saya tidak mahu jawapan yang sama macam dulu yang lima tahun yang lalu begitu.
Ya. Apa jawapannya yang dulu?
Sama juga sekarang apa macam langkah-langkahnya? Boleh kasih kurangkan macam Sarawak lebih kuranglah begitu. Terima kasih.
Okey, untuk harga makanan ayam, harga ayam, harga ayam ini, dia makan dedak ayam. Dedak ayam ini 90% adalah daripada jagung. Jagung ini untuk SSR Negeri Sabah kita hanya 0.2%. Petani kita tidak mahu menanam jagung, itu makanya kalau kamu lihat beberapa kenyataan saya sebelum ini, saya sasarkan untuk menanam jagung lebih kurang 1,000 hektar dalam tempoh lima tahun ini. Kerana apa? kalau kita boleh naik lebih kurang 1,000 hektar, kita akan dapat SSR untuk tanaman jagung lebih kurang 20%. Kerana apa? Apabila berlaku krisis teruk yang sebelum ini, makanan jagung daripada luar negara lebih kurang RM1,300.00 satu metrik tan. Bila ada berlaku peristiwa sebegini, ia menjangkau kepada RM1,600.00 dan RM1,700.00 metrik tan. Apabila harga makanan ayam mahal, maka ayam dikeluarkan pun mahal. Jadi kalau kita dapat menggalakkan petani dan juga pengusaha-pengusaha untuk menanam jagung dalam negeri kita, maka kita akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.
Bila kurang makanan import, kita dapat menggunakan mekanisasi untuk mengurangkan harga menguruskan tanaman jagung, maka kita akan dapat mengeluarkan harga jagung yang lebih kompetetif untuk makanan ternakan.
Saya nampak Menteri, ada dalam artikel juga, 10,000 hektar ada tanam. Saya tiga bulan…
Satu ribu.
Okey, satu ribu. Saya tanya, jagung tanam, jagung tiga bulan, dia ada hasil?
Ya.
Tiga bulan ada hasil, jadi maksudnya dalam 1,000 hektar ini, start dalam itulah jangka. Itu yang saya tanya, langkah-langkah.
Maksudnya dalam satu tahun ini itu makanan akan turun harga?
Maksudnya begitu?
Ya.
Janji ya, Menteri ya. Jawab di Dewan yang mulia ini ya?
Ya, kalau YB ada kawan, mahu mengusahakan tanaman jagung, kami boleh sediakan tanah. Tidak ada masalah. Bantu saya untuk mencari pelabur menanam jagung di negeri kita, maka kita akan sediakan tanah untuk kita mengurangkan kebergantungan kepada tanaman jagung ataupun jagung yang diimport daripada luar negara.
Saya akan contact Menteri, terima kasih.
Boleh, ya? Merotai, habis?.
Ya, Yang Berhormat Menteri tadi saya sebutkan berkenaan dengan masalah dedak ayam tadikan? Okey, Yang Berhormat Menteri, saya mengambil baik inisiatif Yang Berhormat Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Menteri sekarang bekerja keras, tahniah.
Saya mengikuti juga perkembangan di media sosial Yang Berhormat Menteri. Saya tabik springlah dengan Yang Berhormat Menteri tidak rehat, saya tahu.
Tapi Yang Berhormat Menteri, saya mahu lebih mendalam lagi berkenaan dengan makanan ayam ini, rugi kita hari-hari sebab apa Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihatlah kan, kalau kita lihat, penternak-penternak kecil ini disekat tau. Import makanan sendiri daripada semenanjung pun tidak dapat tau. Jadi itulah kekangan-kekangan. Jadi maknanya pasaran itu dicontrol oleh syarikat-syarikat besar ini. Bila penternak-penternak kecil ini nak menternak, jadi harga pasaran, harga pengeluaran dikawal semua Yang Berhormat Menteri. Termasuk juga ayam-ayam yang diimport daripada luar negeri Sabah ini Yang Berhormat Menteri.
Saya mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Untuk makluman, pada 6 Februari yang lalu, saya telah pun mengadakan libat ulus dengan semua pengusaha ternakan ayam dan juga pengimport ayam dan juga pengeluar makanan ayam di negeri Sabah seramai lebih kurang 73 pengusaha dan juga pemain industri terlibat dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya setuju berlakunya proses tersebut…
Kita akan cuba mengawal sehabis baik, agar impaknya adalah untuk kebaikan rakyat negeri Sabah. Terima kasih Yang Berhormat.
YB Menteri, saya ingin tanya soalan berkenaan tadi kebergantungan ayam, makanan ayam. Sebab
sekarang ini Kementerian sedang berusaha untuk menggalakkan supaya kita, maksudnya keluarkan sendirilah makanan untuk ayam dan Kementerian menggalakkan untuk penanaman jagung. Tetapi, saya ada baca satu daripada last year punya Berita Harian. Waktu itu, Menteri Komoditi ada cakap, mereka mahu guna sekarang ini, makanan ternakan ayam ini daripada sisa sawit dan di Sabah ini kita banyak sawit. Kenapa kita tidak pakai sisa sawit itu pula untuk menggunakan ternakan ayam?
Ya, sedang dalam ke arah tersebut, tapi dia tidak dapat memenuhi keperluan sebab dia hanya lebih kurang 20%. Kita masih bergantung kepada kandungan protein yang dikeluarkan daripada jagung kerana ayam ini memerlukan protein yang cukup tinggi.
Mohon dulu Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut soal kita punya keterjaminan makanannya, peratusan komoditi ataupun bahan-bahan macam ayam sampai 80%, ikan 90%, beras 20%, ada di bawah 10%. Kalau boleh saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri, kena buat satu kajian yang menyeluruh. Kenapa sektor-sektor ayam, ikan ini boleh berjaya begitu banyak?
Dan kenapa beras yang menjadi kita punya keutamaan ini begitu rendah. Mungkin saya rasa saya punya cadanganlah. Kebergantungan kepada petani-petani kecil, pekebun-pebun kecil untuk supply ini barang mungkin saya rasa kurang berkesan. Ada keperluan untuk Kerajaan masuk campur. Sebagai contoh, jadikan ialah syarikat GLC yang buatkah, ladang beraskah apakah, jadi itu lebihan, sebab beras ini kita punya keutamaan, Yang Berhormat Menteri.
Ya, saya setuju. Itu makanya kita pun telah mengarahkan Lembaga Industri Getah untuk juga membuka kawasan yang sesuai untuk tanaman padi di kawasan mereka. Maksudnya kawasan yang berpengairan, jangan tanam getah, tanam padi. Begitu juga Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah juga telah pun mengusahakan tanaman padi seluas 200 hektar di Kota Marudu. Selain daripada itu, Sawit Kinabalu juga telah pun mengusahakan tanaman padi dan kita akan terus menggalakkan
syarikat-syarikat yang berkeupayaan, terutamanya daripada Sekinchan, daripada Subang Perak, daripada Kedah yang mereka mempunyai pengalaman dalam pengurusan padi yang sudah sekian lama di kawasan mereka supaya dapat membangunkan industri padi di negeri Sabah.
Yang penting adalah untuk kita selesaikan masalah tanah, kerana apa, kebanyakan padi yang saya katakan tadi ada lebih kurang 17,000 hektar padi, kawasan yang ada sesuai untuk tanam padi tapi tidak ditanam dan kebanyakannya adalah kerana pengusaha sudah lanjut usia ataupun mereka tidak ingin menyewakan tanah tersebut kepada pengusaha-pengusaha yang lain. Yang inilah yang satu cabaran kita untuk supaya mereka ini akan terus mengusahakan tanaman padi dalam masa yang sama jika mereka tidak mampu menyewakan tanah tersebut kepada mana-mana syarikat ataupun GLC supaya boleh dibangunkan untuk keperluan padi di negeri Sabah.
Mengenai cadangan ADUN Tungku dan ADUN Tanjung Keramat terhadap pembentangan pelan ekonomi biru dalam industri perikanan di negeri Sabah dan permohonan agar Pantai Timur Sabah dimasukkan dalam pelan tersebut. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya bagi memastikan kejayaan serta keberkesanan konsep tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat Tungku, setakat ini sebanyak 99 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di dua lokasi perairan Tungku. Usaha ini dijangka meningkatkan produktiviti, biologi dan seterusnya menambah hasil tangkapan nelayan pesisir.
Selain daripada itu, Kerajaan turut memberi penekanan kepada pembangunan akuakultur marin yang mampan selaras dengan prinsip ekonomi biru, iaitu kecekapan penggunaan sumber dan peningkatan nilai tambah hasil laut. Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Paginatan dan ADUN Tempasuk di atas sokongan terhadap usaha-usaha dan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian saya bersama Jabatan dan agensi di bawahnya, serta cadangan daripada ADUN Luyang, ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Razali Kassim, ADUN Liawan, ADUN Gum-Gum dan semua wakil-
wakil rakyat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini, adalah untuk membangunkan sektor pertanian demi keterjaminan makanan. Untuk makluman Datuk Speaker dan rakan-rakan yang ada pada hari ini, saya juga ingin mempromosikan Kebun Dapur bersama dengan YB-YB semua pada hari esok, jangan lupa berkunjung ke Gerai MAFFI. Kita ada sediakan kit Kebun Dapur. Yang pertamanya ada sedikit bibit, sayuran untuk tuan-tuan wakil-wakil rakyat menanam di belakang rumah. Yang keduanya kita bekalkan 10 ekor anak ayam telur di bawah 10 ekor anak ayam, besoklah sebelum pulang jangan lupa ambil kalau tidak ambil saya bawa pulang sendiri. So ada yang akan dapat anak ayam, ada yang akan dapat anak itik, ada yang akan dapat anak burung puyuh, macam mana burung puyuh? Sekarang saya tengah mempromosikan telur puyuh, 1 biji telur puyuh khasiatnya adalah sama dengan 3 biji telur ayam. Maka kita minta supaya Kementerian Pendidikan masukkan telur puyuh sebagai menu untuk makanan asrama pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan…
Kolesterol kandungan kolesterol pun 5 kali ganda dari telur ayam.
Yakah? Khasiatnya itu penting khasiatnya dan juga kita akan bekalkan Datuk Dr.
Mahu habis sudah.
Anak-anak bibit nanas MD2 yang ini nanas yang ditanam oleh Lembaga Industri Getah di Kampung Ganang seluas 500 ekar dan ada anak-anak pokok yang boleh kita agihkan kepada masyarakat. Maka saya dahulukan kepada wakil-wakil rakyat supaya dapat menjadikan inspirasi kepada rakyat di kawasan masing-masing supaya menyokong inisiatif Kebun Dapur.
Sulabayan?
Datuk Dr.
Datuk Speaker, masa situ nak tutup sudah tadi.
Mahu habis sudah. Datuk Dr.
Mahu habis sudah, sebelum habis saya ambil kesempatan sedikit seperti tadi. Saya juga ada beberapa perkaralah dikemukakan di kawasan saya, kawasan saya ini bukan pertanian.
Ada dibangkitkan dalam perbahasankah? Datuk Dr.
Belum.
Ha?
Datuk Dr.
Belum, tapi saya ada soalan belum terjawab lagi.
Tidak, yang mau dibangkitkan tadi, ada dibangkitkan dalam perbahasan?
Datuk Dr.
Ada.
Tiada.
Ada?
Tiada.
Datuk Dr.
Ada, ada. Pasal rumpai laut tadi.
Bolehlah, boleh. Ringkas. Datuk Dr.
Rumpai laut ini Yang Berhormat Menteri pun maklum antara sumber yang terkandung dalam M10, sumber yang bernilai tinggi. Pasal sebut tadi rumpai laut sudah ada di Semporna. Masalah rumpai laut yang Semporna ini, dulu memang Semporna ini yang terkenal pasal penanaman rumpai laut. So dia menghadapi 2 masalah untuk makluman Yang Berhormat Menteri.
Pertama, harga. Sangat rendah. Yang kedua, hari ini masalah berhadapan dengan penyu. Makan. Penyu ini makan. Pasal penyu ini susah nak dikawal. Makanan dia, itu dua perkara. Itu sebab tadi YB Menteri ada datang supaya maklum. Jangan orang kata bagi bantuan atau apa semua, tapi akhirnya nanti macam apa yang berlaku dulu. Ada lagi. Yang satu lagi ialah pasal ikan. Oleh sebab saya sudah maklumkan juga, kawasan penangkapan ikan ini semakin mengecil dan kemungkinan tangkapan ikan juga semakin kurang.
So, saya mohon supaya juga daripada bagi pukat enjin sangkut, perbanyakkan ternakan ikan. Seperti mana kamu tengok di New Zealand, di Norway, dia tiada lagi nelayan pergi tangkap ikan salmon ini melalui ternakan. Itulah pandangan yang saya nak kongsikan dan yang akhirnya permintaan daripada Persatuan Nelayan, ada 80 nelayan di Semporna sekarang ini, kekurangan kuota minyak. Hari ini ada 80 orang, dia orang hanya dapat satu hari dalam 320 liter saja. So, minta disampaikan, minta ditambah. Itu saja. Terima kasih.
Okey, saya mengambil perhatian berkenaan perkara tersebut berkenaan minyak boleh menulis kepada dengan saya kerana ini adalah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Namun begitu, kita akan
menyokong permohonan daripada kumpulan nelayan di Semporna untuk menambahkan kuota. Berkenaan dengan penyu makan rumpai laut, saya sudah sebut tadi bahawa kita juga menjadikan peruntukan pukat keliling dan saya pun telah melulus….
Meluluskan satu kawasan untuk kita memukat keliling, memasang pagar di kawasan pulau, saya tidak ingat berapa, bulan Januari yang lalu saya pergi. Dan berkenaan dengan industri rumpai laut, Yang Berhormat, kita masih mempunyai banyak peruntukan untuk industri ini. Boleh berkunjung dan juga membincangkan kepada pihak Kementerian, Jabatan Perikanan untuk kita membantu sebaiknya industri ini kerana ianya telah dapat mengeluarkan ramai masyarakat luar bandar yang menceburi industri ini dan mereka mempunyai pendapatan yang cukup baik, hasil tinjauan kami baru-baru ini.
Datuk Speaker, tadi saya mempromosikan kebun dapur, jangan lupa ambil, ada telur puyuh, ada bibit tanaman sayuran, ada bibit nenas dan juga anak ayam kampung penelur, ya.
Datuk Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan dalam perbahasan pada kali ini. Kementerian saya memandang serius terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan segala pertimbangan serta tindakan yang wajar akan dilaksanakan selaras dengan Dasar-dasar Pertanian Negeri dan Persekutuan. Bagi soalan-soalan lisan yang tidak sempat dijawab, jawapan akan diberikan secara bertulis.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu pada 10 Mei dan Hari Guru pada 16 hari bulan Mei dan tidak lupa juga Kotobian Tadau
Tagazo Do Kaamatan pada 30 dan 31 Mei. Saya mohon menyokong. Berbudi kepada tanah. Onsoi, terima kasih.
Terma kasih, Yang Berhormat Menteri. Kalau anak ayam yang tidak diambil itu kasi pada DUNlah, besar tanah kami. Kami buat reban saja pelihara. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif untuk membuat penggulungan. Silakan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Auzubillahiminashyaitanirrajim, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, syukur kehadrat Allah SWT. kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua. Saya, selaku Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif atau KBSK atau MySpace dapat menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini, sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas Ucapan Dasar yang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman yang turut menyentuh inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif pada tahun ini. Ucapan tersebut menjadi pendorong dan pedoman kepada kami untuk memperkukuhkan pembangunan belia, memperkasakan sukan serta menggerakkan ekonomi kreatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Sabah.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah atas segala sokongan, nasihat dan bantuan bagi memastikan kementerian saya sentiasa relevan untuk
sama-sama membangunkan negeri yang tercinta ini, khasnya dalam program-program pembangunan belia, kemajuan sukan dan peningkatan ekonomi belia. KBSK akan terus komited melangkah, melaksanakan pembangunan belia melalui program-program kepimpinan atau leadership. Dan antara program yang berimpak tinggi yang dijalankan oleh KBSK ialah Felo SMJ, Dewan Belia Sabah, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Sukarelawan SMJ.
Dalam usaha menjadikan Sabah sebagai negeri sukan, maka Kementerian saya akan terus mempertingkatkan penyediaan fasiliti sukan dan program-program pembangunan sukan. Ini adalah sejajar dengan sasaran Kementerian saya untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan di samping itu, meningkatkan kecemerlangan atlet yang bertanding dalam mana-mana temasya sukan, sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Adalah menjadi hasrat tinggi kerajaan untuk meningkat taraf hidup anak-anak muda Sabah melalui penglibatan mereka dalam industri atau perniagaan yang berasaskan kreativiti seperti seni muzik, filem, pemakanan, kraf tangan dan sebagainya. Saya yakin dan percaya, jika sekiranya industri atau perniagaan ini dapat dikembangkan, maka ianya bukan sahaja dapat merubah landskap kehidupan Belia Sabah, tetapi juga meningkatkan pendapatan negeri ini.
Datuk Speaker, saya ingin memberi penjelasan kepada beberapa pertanyaan atau cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuamut mengenai projek Kompleks Sukan Tongod yang belum siap seperti yang saya janjikan semasa lawatan saya pada, ke tapak projek ini pada 11 Februari 2026 yang juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat ADUN Kuamut bahawa baki kerja yang belum siap akan dijalankan pada tahun ini, iaitu selepas kontraktor baharu dilantik. Saya mahu supaya kontraktor yang dipilih benar-benar kompeten untuk melaksanakan projek ini.
Saya juga amat bersetuju dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Bongawan, bahawa Kerajaan membangunkan Industri Kecil dan Sederhana, peluasan latihan
kemahiran serta pemberian insentif kepada pelabur untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar bagi menangani isu penghijrahan belia. Sehubungan dengan itu, kementerian saya melaksanakan usaha-usaha seperti berikut.
Pertama, mempergiatkan usaha pembangunan Industri Kecil dan Sederhana melalui program bimbingan keusahawanan, bantuan peralatan asas, serta khidmat nasihat perniagaan kepada belia yang berminat menceburi bidang perusahaan kecil, khususnya dalam sektor pemprosesan makanan, pertanian hiliran dan ekonomi kreatif.
Kedua, memperluas pelaksanaan program latihan kemahiran dan pensijilan melalui kerjasama dengan institusi, latihan kemahiran, agensi kerajaan serta pihak industri. Latihan yang ditawarkan adalah berasaskan keperluan pasaran semasa bagi meningkatkan kebolehpasaran belia dan membuka peluang penempatan pekerjaan. Ketiga, menggalakkan penglibatan pelabur dalam sektor berpotensi melalui kerjasama strategik. Antara agensi berkaitan termasuk cadangan insentif tertentu tertakluk kepada dasar sedia ada dan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan bagi merangsang pewujudan peluang pekerjaan baharu.
Mengenai pembinaan Projek Mini Kompleks Kinabatangan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Lamag yang telah diluluskan pada tahun 2025. Dimaklumkan bahawa projek tersebut belum dapat dilaksanakan kerana keutamaan adalah untuk menyelenggara serta menaik taraf Kompleks Sukan Sandakan bagi memastikan kemudahan tersebut terus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat termasuk penduduk di Kawasan Kinabatangan.
Ahli Yang Berhormat Banggi menyatakan bahawa ada keperluan bagi mewujudkan pusat rekreasi bagi kemudahan belia. Saya mengambil maklum perkara ini dan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Bagi menjawab persoalan Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat mengenai perancangan dan inisiatif pihak kerajaan.
Minta laluan.
Bagi menjamin kelangsungan ekonomi serta memastikan golongan belia dapat memperolehi.
Ada Kuamut mahu mencelah.
Kuamut mahu mencelah.
Terima kasih, Datuk Menteri. Pertama, saya ucap terima kasih atas kesungguhan Kementerian untuk menyiapkan Kompleks Sukan Tongod.
Yang kedua, ADUN Lamag tiada di sini tetapi saya pernah berucap bagi pihak ADUN Lamag waktu ketiadaan ADUN Lamag pada masa itu. Dan saya adalah saksi hidup bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan untuk meluluskan, untuk membuat satu sebuah kompleks sukan di Lamag. Jadi tadi dinyatakan oleh Menteri bahawa mungkin sekaranglah belum ada lagi, belum dapat dilaksanakan. Tapi bagi pihak warga Lamag, saya mohon supaya kalau ada perancangan akan datang minta diberi keutamaan Kompleks Sukan Lamag ini sebab sudah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terima kasih.
Datuk Menteri, berkenaan kompleks sukan juga boleh ya. Jadi jawab sekali. Untuk makluman Datuk Menteri, semalam saya ada sebut berkenaan dengan kompleks sukan ini berhubung kait dengan Kementerian Kewangan tapi semasa Kementerian Belia dan Sukan juga saya
sebutkan, saya ada minta supaya ada penyelarasan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kewanganlah. Jadi mohon masukkan dalam ucapan yang Yang Berhormat Menteri berkenaan kompleks sukan untuk Banggi yang mana YAB CM telah umumkan sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuamut dan juga Banggi. Segala makluman dan pandangan yang disampaikan di Dewan ini, Kementerian saya akan ambil perhatian dan insya-Allah kita akan melihat kepada sama ada kawasan yang tersedia, kesesuaian tapak dan juga kemampuan kewangan kerajaan yang sedia ada. Walau bagaimanapun kita akan ambil perhatian dan kita akan usahakan sebaik yang mungkin. Terima kasih. Saya teruskan Yang Berhormat Datuk Speaker. Bagi menjawab persoalan Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat mengenai perancangan dan inisiatif pihak Kerajaan bagi menjamin kelangsungan ekonomi serta memastikan golongan belia dapat memperolehi pendapatan yang lebih stabil dan berterusan dalam bidang e-sukan.
Kementerian saya sedang dalam proses untuk mewujudkan sebuah unit yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program ekonomi kreatif. Bidang e-sukan adalah merupakan salah satu aktiviti yang akan diberi tumpuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat, Kementerian saya menerima banyak permohonan latihan dan kursus bagi sektor-sektor berikut, perkhidmatan, penternakan, pelancongan, ekonomi gig, pembuatan minyak dan gas, logistik, pertanian moden, agropreneur, perusahaan kecil, perikanan dan ekonomi komuniti.
Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa sektor-sektor ini berupaya untuk meningkatkan ekonomi belia.
Bagi menjawab isu-isu berkaitan dengan kekurangan peluang pekerjaan belia di Sabah seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Luyang. Suka saya menyatakan di sini bahawa sebenarnya banyak sektor yang masih kekurangan pekerja di Sabah seperti perladangan, industri kecil, pembinaan, pembuatan dan
sebagainya. Ini telah menyebabkan ramai pekerja sektor-sektor ini dipelopori oleh tenaga kerja luar. Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada golongan belia Sabah supaya mengambil peluang bekerja di sektor-sektor ini dan lebih terbuka dalam meneroka peluang pekerjaan yang tersedia.
Namun, seperti jawapan saya kepada Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat di awal tadi, Kerajaan melalui Kementerian saya telah melaksanakan pelbagai program latihan dan kemahiran yang berasaskan keusahawanan dan kemahiran bagi membolehkan mereka menceburi secara serius dalam bidang-bidang tersebut bagi memperolehi pendapatan yang stabil dan seterusnya dapat menjamin kehidupan yang lebih sejahtera.
Datuk Speaker, minta izin, Yang Berhormat Menteri, saya juga telah membahaskan tentang bagaimana penghijrahan rakyat Sabah ke semenanjung, ke luar negara yang terpaksa untuk mendapatkan kerja mereka, untuk mendapatkan supaya kehidupan mereka jauh baik.
Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat, sama ada Kerajaan mempunyai pangkalan data jumlah belia yang bekerja di semenanjung? Industrinya kerana kita sedar dan tahu, contoh macam UMS, contoh macam universiti yang ada di Kuching.
Di semenanjung juga ada universiti.
Anak-anak ini keluar dari universiti, yalah saya faham mereka bukannya keluaran untuk menjadi petani. Mereka ini bukan jadi nelayan. Mungkin dalam bidang-bidang industri yang agak memerlukan tenaga engineer yang ada, sama ada pangkalan data yang ada untuk pastikan supaya kita tahu untuk mengatasi masalah dan industri yang ada. Ini yang saya katakan jobs matching, ya. Kalau ada anak-anak Sabah, belajar dalam bidang accountancy.
Kita kena berhubung dengan contohnya Datuk Speaker, Maybank. Jangan kekosongan itu diisi oleh orang bukan contoh belia-belia yang ada. Accountancy, economic yang ada. Jadi itu yang saya bertanya sama ada pangkalan data? Kalau ada, saya bertanya berapa jumlah? Sector by sector yang ada. Kalau tidak ada, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri kerana ini belia-belia yang
ada. Bukannya di segi pekerjaan, tapi saya mahu tahu belia-belia, ya. Anak-anak kita.
Bukan hanya dalam bidang mungkin kesukanan, ya. Macam Lee Chong Wei contohnya, dia dalam bisnes perniagaan mereka dalam bidang sukan yang ada kerana ini penting bagi kita.
Keduanya, dari sudut kita lahirkan. Jenis sukan apa yang belia-belia yang kita nakkan dalam bidang ini. Dahulu kita ada pemain bola, Sani. Dahulu kita ada long jump, Jaikol Gubal. Kawan saya dulu masa saya mewakili di Sabah College, saya sprinter, dia long jump, ya. Dan ini lawan dengan bapa ni, Elron. Dulu.
Berapa masa Yang Berhormat lari 100 meter?
Well, lebih kurang dalam tidak sampai 10 saat.
Tidak sampai.
Saya juga mewakili Datuk Speaker di Victorian Institution, sekolah saya bertanding.
Kalau sekarang?
Sekarang ini tiada lah (ketawa kecil). Mungkin 20 saat.
10 minit kali, ah.
20 minit mungkin. Masa itu agak berbeza sedikit. Cuma apa yang penting, sama ada Kementerian mempunyai target khusus di mana ada kelebihan orang Sabah dalam bola sepak, dalam badminton. Kita tidak boleh merangkul semuanya, ya. Sama ada di Kementerian ini mempunyai susun atur.
Dan satu perkara lagi, seperti rakan-rakan daripada Yang Berhormat Banggi, Yang Berhormat ni, saya juga minta sudah lama dijanjikan kompleks sukan di Semporna ni. Datuk Speaker, belum lagi. Sampai sekarang ini. Ya, kadang-kadang kita mahu bersukan pun satu padang saja yang ada.
Jadi, terima kasih banyak. Cuma saya
minta supaya pangkalan data yang ada, ini menjadikan kita untuk menggubal dasar-dasar yang ada. Terima kasih banyak.
Terima kasih di atas pandangan dan cadangan Yang Berhormat ADUN Senallang. Saya mengambil maklum terhadap apa yang telah disuarakan oleh ADUN Senallang. Dan untuk makluman ADUN Senallang, setelah saya telah dilantik menjadi Menteri di Kementerian ini, saya memang berusaha sehabis yang baik untuk meminta supaya ada satu unit, satu jabatan yang akan memastikan berapa sebenarnya belia-belia kita yang ada di semenanjung.
Namun untuk makluman Yang Berhormat ADUN Senallang, sebenarnya perkara ini adalah terletak di bawah Kementerian, job center di bawah Kementerian, KSTI kalau tidak salah saya. Kementerian saya akan berbincang untuk menyelaraskan perkara ini dan kita berharap agar kita dapat menangani belia-belia daripada berhijrah ke semenanjung.
Namun, program-program yang diadakan oleh Kerajaan hari ini sebenarnya serba sedikit telah dapat membantu ramai belia-belia kita, termasuklah seperti kilang-kilang, solar, kibing, …(kurang jelas). Ini sebenarnya telah menyediakan kerja-kerja kepada belia-belia kita yang masih menganggur. Apa pun dia, saya ambil maklum atas saranan daripada Yang Berhormat ADUN Senallang dan insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin…
Termasuklah hasrat kita untuk membina pusat High Performance Sport Center di Sabah ini. Bagi memastikan apa juga kebolehan-kebolehan ataupun kemahiran-kemahiran anak-anak Sabah, yang boleh kita lonjakan sehingga mereka ini boleh menjadi yang
terbaik, dan seterusnya sebenarnya akan dapat menjana pendapatan kepada diri mereka dan juga kepada Negeri Sabah. Terima kasih, Yang Berhormat.
ADUN Senallang.
Yang Berhormat Menteri, menurut laporan daripada DOSEM, negeri yang paling ramai penganggur…
Yang Berhormat Merotai, you ada banyak bangkit di dalam perbahasankah?
Ya ada.
Ada you bangkit?
Ada, ada. Menurut… mana sudah tadi?
Terima kasih Datuk Speaker. Negeri yang paling ramai penganggur ya mengikut kenyataan DOSEM adalah Sabah.
Daripada 2025lah, saya ingat bulan 12, 2025. Datanya adalah sebanyak 120,300 dan kebanyakannya adalah apa namanya ini, remajalah, remaja. Kita tahu banyak yang sukar untuk mendapat pekerjaan dan anak-anak yang baru sekolah pun baru keluar daripada sekolah, universiti pun ada 2-3 tahun pun tidak dapat bekerja, oleh kerana kekurangan pekerjaan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan dengan jelas sebenarnya ekonomi kreatif yang termasuk dalam Kementerian Yang Berhormat, supaya kadang-kadang anak-anak ini tidak paham, mereka tidak faham apa sebenarnya Kementerian ini, fungsi Kementerian ini untuk meningkatkan ekonomi kreatif ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Ok, untuk makluman Dewan ini dan juga Yang Berhormat Adun Merotai, bahawa KBS ini Kementerian Belia dan Sukan ini, telah ditambah baik dengan nama Kementerian Pembangunan Belia dan juga Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Jadi Ekonomi Kreatif ini adalah merupakan salah satu portfolio baru, yang
telah diamanahkan kepada Kementerian ini. Lebih kepada untuk mencari anak-anak Sabah, yang mempunyai kemahiran bukan sahaja di bidang sukan, tetapi mungkin mereka pandai menyanyi, mereka pandai melukis, whatever skill yang dorang ada, tugas Kementerian ialah untuk melonjakkan mereka, supaya mereka akan menjadi anak Sabah yang independent, yang tidak hanya bergantung kepada kerja dengan Kerajaan, kerja dengan swasta, tetapi sebenarnya kemahiran yang mereka ada sebenarnya boleh menjana pendapatan kepada mereka.
Dan akhirnya sekiranya mereka ini berjaya dalam kerjaya mereka, menjadi pelukis yang terkenal, menjadi penyanyi yang hebat. Macam baru-baru ini kita dapat liputan yang luas, kita punya apa tu Beyond Combat seorang anak Sabah daripada Papar telah mendapat liputan yang luas atas kejayaannya di dalam pertandingan Beyond Combat, MMA atau Muay Thaikah begitu.
So, benda-benda begini adalah perkara yang harus kita lonjakkan lagi mereka. Sebab itu, Emmabell ini adalah anak Sabah yang sebenarnya skil yang dia dapat itu bermula daripada program-program yang kita adakan. Pernah mengikuti SAGA (Sabah Game) pernah mengikuti semua wakili Sabah dan apabila beliau mempunyai keyakinan diri, dan kita menggalakkan anak-anak begini supaya dapat kita lonjakkan dan inilah sebenarnya peranan kita.
Di samping kita mengadakan program-program yang saya sebutkan tadi, latihan, keusahawanan dan juga memberi bantuan dari segi geran dan sebagainya. Jadi, ini adalah salah satu inisiatif ekonomi kreatif di Kementerian saya ialah untuk melonjakan lagi, menggalakkan lagi, memberi kesedaran kepada anak-anak Sabah, supaya mereka dapat hidup independent dan kemahiran yang mereka ada itu sebenarnya boleh menjana pendapatan kepada mereka. Lebih kepada macam gig ekonomi, jadi influencer dan sebagainya. Faham? Okey? Terima kasih. Saya teruskan Datuk Speaker?
Sekejap ah, saya merujuk pada hansard ucapan Yang Berhormat Merotai, you tidak sentuh pun pasal KBS.
Saya disuruh gulung awal Datuk Speaker, jadi saya tidak sempat.
Jadi patut tadi bilang ditulis pun boleh, jadi tidak ganggu dia punya momentum. Dia sudah lain topik.
Bagilah peluang sikit Datuk Speaker, bukan keras-keraspun, ringan-ringan supaya rakyat tahu juga.
Pasal bila saya tanya, you ada bangkit dalam perbahasan? You cakap ya.
Tidak ada, saya bangun.
I heard you cakap ya tadi. Kan?
Saya disuruh gulung awal Datuk Speaker. Macam mana?
Jadi saya tengoklah, saya baca you punya handsard, tidak ada. Okey?
Dalam speech saya ada.
Okey.
Okey Datuk Speaker, saya teruskan.
Ya.
Saya juga mengambil maklum dan mengkaji kebolehlaksanaan penyediaan kemudahan asrama atlet dan lampu limpa, di kompleks sukan Kota Belud bagi menyokong pembangunan atlet di daerah Kota Belud dan kawasan sekitarnya, pada waktu malam seperti yang telah
dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Tempasuk. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Segama atas ucapan tahniah kepada Kerajaan atas penganjuran anugerah Sukan Negeri Sabah 2023-2024 dan kejayaan pasukan bola sepak Sabah FC, kerana menjuarai MFL Challenge Cup 2025-2026, berserta penghargaan Kerajaan Negeri untuk memberi insentif sebagai pemangkin kepada kemajuan sukan di negeri Sabah secara keseluruhan.
Saya juga mengambil maklum mengenai permohonan Ahli Yang Berhormat Segama untuk menaik taraf serta menambah kemudahan sukan di DUN Segama. Saya akan meneliti perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Datuk Speaker, mana-mana pertanyaan atau cadangan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak sempat dijawab semasa sesi perbahasan akan diberikan jawapan secara bertulis.
Saya amat menghargai segala sokongan, pandangan serta komitmen yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, demi memperkukuh agenda pembangunan rakyat Sabah. Saya ingin memperingatkan kepada diri saya sendiri dan semua Ahli Yang Berhormat, agar terus bekerja dengan penuh komited, demi kepentingan rakyat. Hasil kerja dahlah disampaikan dengan berkesan, diiringi sikap menyantuni rakyat dengan penuh dedikasi serta empati.
Semoga usaha bersama ini memperkukuh kepercayaan rakyat dan memperteguh kesejahteraan negeri.
Burung helang di pohon meranti, Burung pipit jadi tumpuan:
KBSK dirancang dengan teliti, Tidak berjuang tanpa tujuan.
Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Raya Aidiladha, dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya. Semoga sambutan dan perayaan
ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat perpaduan kepada kita semua. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Gum-Gum ada mau tanya Gum-Gum?
Datuk Speaker, saya mahu tanya saja kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, sahabat saya, dalam handsard saya ada penggulungan, saya ada soalan.
Soalan saya itu, berapakah jumlah sebenar belia yang menganggur di kawasan DUN Gum-Gum dan apakah usaha Kerajaan untuk membantu mereka ke arah masa depan yang lebih baik? Ini ada soalan saya, Datuk Speaker saya ada di…
Soalan dalam ucapan atau soalan lisan?
Dalam ucapan penggulungan saya. Jadi, ini pun patut dijawab walaupun dalam lisan insya-Allah. Kalau dapat pada hari ini jugalah Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Datuk Speaker. Okey, sepertimana saya telah saya maklumkan kepada ADUN Senallang tadi, begitulah apa ini berikan jawapan eh soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Gum-Gum, namun insya-Allah nanti kita akan jawab secara bertulislah berkaitan apa yang disuarakan tadi. Terima kasih ya. Terima kasih Tuan Speaker.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, kreatif dengan pantunnya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat untuk membuat penggulungan.
Okey, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, syukur kepada…
Sebentar ya, sebentar ya. Ahli-ahli Yang Berhormat saya bukannya tidak mahu menghalang kalau ada yang mahu bertanya apa-apa maklumat, tetapi kalau ada tertinggal perbahasan boleh kemukakan dan bagi peluang bagi ruang atau pilihan kepada Menteri untuk memberi jawapan bertulis, sebab ini kira macam kena ambush ini dia tidak ada persediaan dia kena ambush dengan soalan-soalan baharu ya…
Bukan tujuan saya untuk menghalang orang daripada untuk mendapat maklumat daripada di dalam Dewan ini. Okey, teruskan.
Mungkin Datuk. Datuk Speaker, mungkin kalau boleh dengan izin, setengah-setengah itu mungkin minta kerjasama dengan pegawai-pegawai yang bertugas sama ada di setiap kementerian yang ada. Ada perkara yang kita bahaskan mungkin tidak dipetik. Contoh, macam pengangguran ya, melibatkan rakyat Sabah dan belia-belia. Tidak khusus kepada satu tapi membabitkan subjek yang sama.
Betul, betul. Saya setuju.
So, minta kerjasama dengan mungkin ada perkara yang kita bangkitkan, bagi ruang sedikit sebanyak tapi penjimat masa untuk kita pastikan supaya jangan ada, tiada jawab yang apa ini … soalan yang tidak dijawab. Terima kasih banyak.
Okey.
Okey, saya teruskan Tuan Speaker.
Datuk Speaker, syukur dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang menyampaikan ucapan penggulungan pada Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah
yang Ke-17 pada tahun ini. Terlebih dahulu dengan takzimnya, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang merangkumi hala tuju strategik dan aspirasi pembangunan bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 pada 24 April lepas. Saya juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu dan pandangan terkait Kementerian saya. Datuk Speaker, Kementerian saya akan meneruskan agenda pembangunan wanita, pemantapan perkhidmatan kesihatan dan peningkatan kesejahteraan rakyat konsisten dengan visi dan misi Kementerian.
Bagi memperkukuh agenda pemerkasaan dan kesejahteraan golongan wanita di negeri Sabah, Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah akan meneruskan pelaksanaan program-program sedia ada seperti Program JHEWA BizBloom, GENDERasi Harmoni, Program Keluarga Sejahtera Wanita Unggul dan lain-lain lagi. Fokus juga akan diberikan kepada Program Kesedaran Menangani Isu Perkahwinan Awal Kanak-kanak (MIPA) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2023 dan disasarkan diadakan di kawasan yang menunjukkan kes tertinggi isu perkahwinan awal kanak-kanak. Prihatin dalam memastikan wanita khususnya golongan B40 mendapat akses kepada keadilan. Perkhidmatan bantuan guaman juga akan diteruskan. Komited meningkatkan tahap kesihatan rakyat negeri ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta bagi pelaksanaan Fasa II Skim Bantuan Kesihatan SMJ ‘Sabah Sejahtera’ bagi pesakit yang menerima rawatan harian hemodialisis di fasiliti kesihatan kerajaan dan di rumah serta caj rawatan pakar bermula pada bulan Mei 2026.
Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai 2219 pesakit buah pinggang.
Sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini, bagi penaiktarafan Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara (PJN) Sabah, Dokumen Anggaran Kerja Awalan oleh agensi pelaksana JKR Malaysia sedang dalam fasa penyediaan. Setelah selesai AKA atau Anggaran Kerja Awalan tadi, makmal value assessment dan value engineering yang melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Ekonomi, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah akan dilaksanakan. Akhirnya, kos muktamad akan diangkat ke Kementerian Ekonomi untuk kelulusan peruntukan.
Pembinaan Pusat Pakar Pergigian Sabah di Kota Kinabalu juga telah siap pada 5 Disember 2025 dengan kos sebanyak RM32.76 juta. Pusat ini memberikan perkhidmatan ortodontik, periodontik, restoratif dan kesihatan awam pergigian dan berperanan sebagai pusat sehenti bagi perkhidmatan kepakaran pergigian non-hospital based, sekali gus mengurangkan kesesakan di fasiliti sedia ada. Datuk Speaker, peruntukan bagi pembinaan Pusat Darah (PDS) sebanyak RM92 juta juga telah diluluskan dan pusat ini dijangka siap pada tahun 2029. Pusat ini akan menempatkan fasiliti penerimaan, pendermaan dan pemprosesan darah dan dianggarkan mampu meningkatkan pengumpulan darah daripada 65 ribu kepada 120 ribu unit darah setahun. Ianya akan menawarkan perkhidmatan bagi negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Limbang, Sarawak. Peruntukan sebanyak RM18 juta juga bagi perolehan 2 Mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI) bagi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dan Hospital Queen Elizabeth II telah pun diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan ke-2.
Perolehan ini sekarang dalam proses pelantikan pembekal. Menyedari hakikat bahawa kesihatan bermula dari diri sendiri, Kementerian saya akan meneruskan program Sabah Sihat 2.0 pada tahun ini yang bertujuan untuk memastikan kesihatan melalui pembudayaan gaya hidup sihat yang merangkumi aspek fizikal, mental dan rohani.
Datuk Speaker, Program Bantuan Sosial Sekolah kepada 1076 buah sekolah-sekolah rendah di seluruh negeri Sabah akan diteruskan pada tahun 2026 bagi memastikan kesejahteraan rakyat yang inklusif dan kekal relevan dengan keperluan semasa.
Sebagai persediaan, negeri Sabah memasuki era negeri menua, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) akan meneruskan, akan terus memperkukuhkan dan menambah institusi jagaan warga emas.
Kompleks Warga Emas dan OKU Inanam yang menyediakan khidmat penjagaan berbayar dan sokongan psikologi dijangka siap pada bulan Ogos, pada tahun ini 2026.
Kemudahan latihan vokasional serta peluang pekerjaan kepada golongan OKU juga disediakan di kompleks ini. Sebagai tambahan, Rumah Warga Tua Kendiri Telupid yang mensasarkan penyertaan warga emas yang masih sihat, mampu berusaha dan tidak mempunyai tempat tinggal telah pun siap dibina pada bulan Mac tahun ini 2026.
Mengambil kira peningkatan ketara jumlah kanak-kanak Autisme di Sabah, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Am (JPKA) akan meneruskan pelaksanaan Pusat Autisme Sabah (PAUS), iaitu Pusat Intervensi Awal yang dikendalikan oleh kakitangan terlatih JPKA dan Universiti Malaysia Sabah. Pada masa ini, Pusat Autisme Sabah di Sembulan, Kota Kinabalu telah mulai beroperasi sejak 14 Ogos 2025, manakala di Tawau pada 2 Mac 2026. Pelaksanaan pusat ini akan dilanjutkan di Sandakan dan juga Beaufort serta daerah-daerah lain pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, Pusat Jagaan Harian atau kata singkatnya MERPATI, iaitu Pusat Jagaan Harian Warga Emas telah diperkenalkan pada tahun ini. Pusat ini bertujuan memastikan warga emas kekal aktif dan tidak dipinggirkan. Pembukaan MERPATI Sandakan dan Tawau telah pun dilancarkan secara serentak pada 14 April 2026, manakala di Papar akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kos sara hidup memberi kesan yang signifikan terhadap pelbagai aspek kehidupan rakyat. Sehubungan itu, Kementerian saya melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan pelbagai langkah strategik dan proaktif bagi menangani cabaran tersebut serta penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan AKB1961.
Seterusnya, saya ingin apa ini menyebut di sini mengenai soalan-soalan berbangkit dalam perbahasan. Bagi ADUN N46 Nabawan, tiada sini. Tidak perlu bacalah kan? Kalau tiada sini, ADUN Nabawan tak ada?
Saya serahkan sama Yang Berhormat Menterilah, kau mahu bacakah, kau mahu kasi dia bertulis.
Ya, okey, okey, ADUN Nabawan tiada di dalam dewan, saya tidak akan baca ya. And then, lepas itu, ADUN 65 Senallang dan ADUN N21 Luyang. Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Senallang dan Ahli Yang Berhormat ADUN Luyang, Hospital Queen Elizabeth mempunyai sebuah balai pelawat yang mempunyai 40 katil, iaitu 20 katil untuk pelawat lelaki dan 20 katil untuk pelawat wanita.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga mempunyai perancangan untuk menambah bilik penginapan sementara, iaitu atau pun bilik tempat transit bagi kemudahan keluarga pesakit di Hospital Queen Elizabeth di bawah skop projek naik taraf bangunan tempat letak kenderaan bertingkat dan kemudahan lain Hospital Queen Elizabeth. Merujuk kepada bilangan pakar jantung di negeri Sabah, terdapat 3 orang pakar perubatan kardiologi, 6 orang pakar perubatan kardiologi fellowship … .
Dua orang pakar perubatan pediatrik kardiologi dan seorang pakar pembedahan kardiotorasik.
Ada mencelah dari Senallang.
Ya, sila.
Boleh ya?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya akan pendekkan. Terima kasih Datuk Speaker. Saya soalkan tentang kesihatan ni kerana kebimbangan saya bukan hanya
di Queen Elizabeth. Contoh macam kami dari Semporna. Dahulu kalau ada pesakit datang dari Semporna, pergi Tawau. Pasal (sebab) pakar tidak ada di Semporna. Jadi sekarang ini Datuk Speaker untuk maklumat Dewan ini, hantar pergi Lahad Datu, lagi jauh.
Oh.
… dari kemudahan dia. Tahun ini sahaja, belanjawan kita luluskan saya di Parlimen dahulu, apa ini, tahun lalu Parlimen luluskan RM46 bilion Kementerian Kesihatan. Saya ingat minta kerjasama daripada Kementerian. Desaklah mereka. Mereka banyak sudah hospital di semenanjung.
Kita ini berapanya jak?
Pakar pun kurang.
Ada perancangan pihak Kementerian menyusul perkara ini supaya kemudahan asas. Bimbang saya, Datuk Speaker, kenapa? Banyak pesakit ada diabetes, ada jantung. You know, ini yang kadang-kadang kita tidak ada pakar-pakar tertentu. Jadi, kalau boleh tingkatkan kemudahan-kemudahan, bukan hanya di Pantai Timur, termasuk di Keningau pun macam begitu. Di Pedalaman dan Sandakan juga, Datuk Seri. Kadang-kadang saya nampak di Sandakan itu, hospital dia a bit congested, dengan izin. Terima kasih banyak.
Thank you, Yang Berhormat.
Mungkin boleh dibuat secara berkalalah untuk permulaan.
Iya, seperti yang telah disebut of course hal berkaitan kesihatan ini dekat dengan hati kita dan of course kita akan menyusul. Saya teruskan. Untuk makluman, sebab saya belum selesai, ada beberapa benda lagi yang masih ada di sini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ADUN Senallang juga, kadar bayaran di fasiliti kesihatan kerajaan adalah tertakluk di bawah Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Akta Fee 1951. Akta ini menetapkan kadar caj bagi perkhidmatan pesakit luar, wad, dan prosedur rawatan di hospital, serta klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kos rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan juga adalah, of course seperti yang kita tahu, semua adalah yang terendahlah di Malaysia dan antara yang terendah di dunia juga. Warganegara Malaysia menikmati subsidi tertinggi, sehingga 98% daripada kos sebenar manakala caj pendaftaran, wad, dan rawatan diselaras mengikut kelaslah 1, 2, dan 3.
Datuk Speaker, kekurangan pakar merupakan satu cabaran besar yang dihadapi oleh semua hospital di seluruh Sabah. Menyedari hakikat ini, JKNS sentiasa komited dalam menggalakkan pegawai perubatan di negeri ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran.
Ya, minta izin Yang Berhormat.
Senallang bertanya lagi.
Yang tadi saya soalkan dalam ucapan perbahasan saya, Datuk Speaker, tentang kos ubat ini. Kerana sekarang ini pun kita tahu war is there, dan saya dipahamkan ia meningkat. Ini kita akan rasa dalam sebulan dua ini, kos ubat-ubat yang ada, ya? Bagaimana pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini? Dari segi kos perubatan. Kadang-kadang saya tengok, macam saya sebut contoh adik saya masuk hospital, berapa ribu kena dibayar itu. Contohlah. Jadi sama ada Kerajaan mempunyai rancangan mengatasi masalah ini. Kalau tidak, saya cadangkan, ya. Buatlah kilang untuk buat generic medicines di Sabah ini. Di Negeri Sembilan, di Melaka sampai berapa ramai, berapa banyak Datuk Speaker untuk buat kilang itu. Mereka generic medicine, bukan medicine daripada Eropah. Tidak. Generic medicine boleh produce di Sabah ini, sama ada pihak Kerajaan ada rancangan.
Kalau tidak ada, laksanakanlah dalam masa terdekat kerana peruntukan banyak daripada Kerajaan Pusat RM46 bilion. Terima kasih banyak.
Terima kasih di atas cadangan ADUN Senallang. Memang kita mempunyai
cadangan lah ke arah itu, tetapi memang ada banyak perkara lain juga yang mungkin kita perlu address bila kita memohon untuk produce ubat-ubatan di peringkat negeri kita inilah. Jadi, saya teruskan. Okey, I think sudah selesai bagi untuk yang DUN Senallang. Saya akan teruskan kepada DUN Likas. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Likas, jumlah doktor kerajaan adalah seramai 3,000. Oh, dia tiada? Okey, I will not read it. DUN Likas tidak ada di Dewan, okey saya tidak akan bacakan. Seterusnya, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Karamunting. Karamunting.
Pun tiada.
Karamunting tiada, tapi dia bersekali dengan Elopura ada di sini. So, kena taru (letak) inilah. So, Kerajaan bagi menjawab soalan Ahli-ahli Yang Berhormat ini termasuk ADUN Elopura, Kerajaan melaksanakan mekanisme kawalan harga melalui pemantauan rantaian bakalan makanan asas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Kawalan Bekalan 1961. Sebagai makluman, telur ayam adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian Perikanan dan Industri Makanan dan saya fikir tadi dia telah pun ada sedikit sebanyak telah menjawablah daripada aspek hal pengeluaran dan bekalan. Sementara KPDN lah bertanggungjawab memastikan bekalan dan harga barangan keperluan seperti minyak, masak, gula, tepung termasuk telurlah, ini yang dibawa pemantauan ini. KPDN.
Jadi KPDN juga sentiasa bekerja rapat dengan MAFFI melalui pemantauan di peringkat pasaran bagi memastikan harga telur tidak dipengaruhi oleh aktiviti pencatutan atau manipulasi harga. Jadi, penguatkuasaan juga diperkasa dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di samping mengekalkan kawalan harga telur ayam gred A, B, dan C bagi memastikan barangan keperluan asas ini mampu beli khususnya kumpulan B40.
So, Datuk Speaker, Kerajaan juga sentiasa memastikan keseimbangan harga antara Sabah dan semenanjung melalui pemantauan kos rantaian bekalan, logistik, geografi, serta pengedaran barangan keperluan asas.
Antara inisiatif kerajaan untuk
mengurangkan beban rakyat ialah pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sehingga April 2026.
Sebanyak 1,010 penganjuran PJRM telah dilaksanakan dengan jumlah transaksi sebanyak 853,230 transaksi ya, begitu banyak, memberi manfaat terus kepada rakyat melalui harga barangan keperluan yang lebih rendah.
Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan pemantauan harga berterusan serta penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti pencatutan di pasaran. Di samping itu, KPDN juga melaksanakan pemantauan dan kutipan harga bagi 416 item secara harian, iaitu 60 itemlah. Mingguan 139 item dan bulanan 217 item yang dilaksanakan oleh seramai 72 pegawai pemantau harga KPDN di seluruh negeri. Kutipan harga ini akan dibuat analisis setiap minggu dan bulanan sebagai penanda aras dan indikasi awal sebelum tindakan dilaksanakan oleh penguatkuasa. Bagi mengurangkan tekanan kos pengangkutan yang menjadi faktor utama kenaikan harga barang, Kerajaan memperkenalkan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), serta inisiatif Budi MADANI untuk kenderaan pengangkutan barang yang berperanan menstabilkan kos bahan api sektor logistik dan memastikan kos penghantaran tidak memberi kesan berantai kepada harga pengguna. Saluran aduan pengguna juga diperkukuh bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap sebarang salah laku peniaga, sekali gus memastikan ekosistem perdagangan kekal telus beretika dan berdaya saing. Okey. ADUN Sekong, untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat..
Menteri, ya Elopura. Terima kasih Menteri kasi saya dulu. Tadi ada sebut telur, saya sedang di supermarket, dua tahun yang lalu kita pun sebut soalan yang sama. Telur, di supermarket boleh dapat Omega telur sahaja, telur biasa. Saya tanya itu kedai, saya tanya itu supermarket, dia hanya sebut kasi saya, tengok nasiblah. Kalau nasib ada, adalah. Kalau nasib tak ada, tak adalah. Minyak masak sama juga di supermarket, contohnya Bataras. Dia bukan selalu ada, tengok nasib juga. Beras tempatan pun sama, tengok nasib juga. Berapa kali kita mahu pergi supermarket tengok nasib.
Tengok ada telur, minyak masak, beras tempatan dan sebagainya. Tapi adakah satu cara, langkah-langkah, kasi selesai masalah ini? Dua tahun lepas pun jawapan yang sama. Yang tadi hospital. Hospital di hari ini pun sama. Ada orang call saya, cerita tentang orang yang warga tua, tunggu review dari jam 7 atau jam 8 sampai jam 12 baru dapat jumpa doktor. Jadi ini bukan isu yang baru. Lama sudah. Tapi hari ini kita tidak dapat selesai. Pertama, mungkin doktor tidak cukuplah. Kedua, katil, wad. Kenapa kita tidak boleh sama?
…dengan Tawau. Tawau sudah ada bangunan baru. Kunak 10 tahun sudah. Sandakan mana? Saya nampak satu news, newspaper. Dia cakap mahu kasi buat itu Hospital Likas atau QE dulu dan sebagainya. Jadi Sandakan tertinggal lagi. Jadi dulu Sandakan ada plan, ada budget, ada sebut harga semua. Tentang tunggu pusat Kerajaan turun peruntukan. Tapi itu peruntukan sudah pergi Kuching buat itu institut jantung. Jadi sekarang Sandakan bila dapat bangunan baru dalam situasi ini. Yang dalam hospital, doktor yang pertama, kedua, katil, wad, ketiga ialah parking kereta. Sampai hari ini tidak dapat selesai parking di hospital itu. Banyak orang complaint, bilang ini tempat sepatutnya untuk pesakit. Tapi doktor atau nurse yang parking itu tempat sudah. Tidak cukup. Ini yang masalah bila dapat selesai? Bila ada peruntukan? Tidak boleh sebut dalam kertas berapa sentence boleh habis ini cerita, tidak boleh. Ini hospital bukan macam agak-agak, bukan macam, ini nyawa.
Yang Berhormat, you have to be fair with the Minister. She’s not controlling the money. So, untuk mengeluarkan itu peruntukan, the process has to go through.
Ya.
So, you don’t have, you tidak boleh paksa dia sekarang untuk kasi tahu bila boleh siap, kenapa belum siap. You tidak boleh paksa dia untuk kasi you itu jawapan.
Ya, Datuk…
Because cara you minta, you mesti mahu itu jawapan hari ini juga. I mean unfair to her.
Datuk Speaker, saya rasanya ini isu dari dulu. Tuan Speaker pun tahu, saya pernah tanyalah. Saya rasanya Menteri saya tahu. Saya faham Menteri. Saya pun jumpa dia di Rumah Warga Tua hari itu juga. Saya rasa ini soalan sepatutnya SU atau pejabat yang sedia. Saya harap Menteri ada kuasa minta peruntukan dari pusat dan sebagainya. Saya tahu ini bukan satu orang punya isu. Saya rasa ini department atau Kementerian sepatutnya ada kuasa pergi Pusat Kerajaan. Contoh macam Menteri Kewangan bilang tendang dia pintukah atau pukul itu meja dan sebagainya. Kalau tidak bila boleh selesai Menteri, Speaker. Ini yang masalahnya saya rasanya. Bukan saya mahu dia jawab hari ini juga.
Whatever it is, you have to go through the process, kan?
Ya. Yang penting tarikh lima tahun dulu pun limpas proses. Sampai hari ini, limpas proses lagi. Dari lima tahun dulu pun limpas proses, hari ini pun limpas proses. Bila mahu jawab orang Sandakan ini?
Sengsara sekarang orang Sandakan. Air isu, hospital isu dan sebagainya, ekonomi, pelancongan, banyak. Saya bukan hanya hospital sahaja.
Kalau mahu pasal itu masalah tidak pandai putus, itu masalah tidak pandai putus. You siap hari ini apa yang you apa salah, lain hari datang lagi masalah itu balik. So there is no end to problem.
At least we look forward.
It’s unfair to ask for a definite answer.
Mungkin Menteri boleh jawab?
Because we are here not to discuss the right and wrong answer. We here to discuss how best we can settle and find a solution.
Itu yang lima tahun dulu tanya soalan yang sama, hari ini tanya soalan tidak tahu selesai. Next five years pun tanya soalan tidak selesai.
Dia punya keadaan masih begitu. What do you expect her to answer? Differently?
Itulah.
The situation is still like that. You expect her to answer the situation is good? She will be, dia menjadi kesalahan sama dia.
Ya, itu dia yang…
Tuan Speaker, ingin mencelah sikit. YB Menteri, satu soalan tentang juga ada saya masuk dalam soalan juga, itu pasal itu kesihatan juga…
Tunggu, tunggu. Yours will come.
Oh okey.
Okey. So yang tadi itu, wah banyak permintaan daripada Elopura ini tahu. Tadi dia
sebut, dia cakap, nanti kita tak apalah kalau kita perlu tendang pintu, tepuk meja, nanti kita tendang dan tepuk mejalah.
Bukan minta Elopura, seluruh Sandakan.
Sebab kalau Beluran, Telupid pun guna hospital itu.
Ya, understood. Ya, kita faham. Kita memahami cabaran yang kita hadapi di negeri Sabah.
Jangan tendang pintu, nanti patah kakimu.
Kita memahami masalah kita di negeri Sabah dan semestinya masalah-masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan tekan satu butang ataupun mungkin dalam satu tahun ataupun dua tahun. Tetapi mungkin saya boleh berkongsilah kepada kita semua di sinikan, isu kesihatan juga ini kita telah masukkan di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan MA63 itu. So kita di bawah bagi pihak Kerajaan Negeri kita juga telah memasukkan semua tuntutan. Kita sebenarnya kita ada banyak yang kita simpan di situ. Kita ada lebih kurang dalam 33 tuntutan dan kalau kita melihat span itu 33 tuntutan itu, nilai dia itu berbilion dan we can also tarik dia sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-18. Tapi kita tidak mahu cakap begitulahkan kerana kita faham kemampuan kita di peringkat ini dan juga kemampuan di peringkat Persekutuan. So apa yang saya ingin sebut di sini adalah di bawah jawatankuasa apa itu di Majlis Pelaksanaan MA63 itu sebenarnya benda-benda yang telah disediakan oleh kita pasukan Kerajaan Negeri itu telah pun diambil maklum. Hal-hal yang kita perlukan termasuk di peringkat sini di Queen Elizabeth ada dua hospital di sini dan termasuk juga yang kawasan ataupun hospital pakar yang akan menjadi pakar ataupun hospital negeri itu nanti di Sandakan itu pun telah ada juga. Jadi, cumanya kita tidak dapat menjawab yang mungkin bila exactly kita boleh melaksanakan perkara-perkara itulah. Tetapi semuanya itu telah berada di dalam perancangan kita di dalam oleh pihak Kerajaan Negeri bersama dengan JKNS. Dan kita mesti faham juga, kesihatan ini bukannya di bawah tanggungjawab kita kan maksud dia. Ini memang kuasa
Persekutuan. Tetapi saya setuju yang memang kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa yang kita minta itu, kita mesti susuli dia dengan sepenuh hati. Dan itulah sebabnya tadi bahkan cadangan yang dibuat oleh YB Elopura itu, kalau kita perlu tepuk meja, kita tepuk meja sikitlah. Halus sikitlah kalau perempuankan. Tendang pintu pun, tendang pintu tidaklah macam sampai terbang pintu. Tapi kita akan buat apa yang perlu kita buat sebagai mewakili ataupun ketua di dalam Kementerian ini, sebagai Menteri di dalam Kementerian ini.
YB Menteri, boleh?
Flee yours. Do you have? Tidak, itu…
I just want to get your attention on one problem in Tawau. Terima kasih Datuk Speaker.
Did you raised it in your debate?
I couldn’t because due to the time strain but just one suggestion, one that need to get your attention regarding Klinik Kubota Tawau. Klinik Kubota Tawau merupakan klinik yang terbesar di daerah Tawau. Cuma masalah sekarang Klinik Kubota ini dia terlalu banyak pesakit outpatient yang ada. Kalau boleh saya minta, saya ingin menarik perhatian YB Menteri untuk mungkin boleh melihat sama ada boleh menaik taraf klinik desa di Apas supaya orang boleh beralih ke sana. Sebab Klinik Kubota ini di Sri Tanjong. Bukan saya tidak mahu orang Apas, orang Balung datang tapi terlalu congested. Kalau boleh, boleh naik taraf klinik desa di Apas ataupun klinik desa di Balung. Terima kasih.
Okey, itu kita ambil maklum dan termasuk juga semuanya di dalam perancangankan. Semuanya ada di atas kertas sudah sebenarnyalah. So, mungkin saya perlu juga pergi ke sanalah. Nanti dalam tempoh terdekat akan melawat juga kawasan-
kawasan the other side. But untuk tempoh penggal yang lalu sebagai makluman kitakan, Menteri yang lalu juga telah banyak juga pencapaian pada penggal lalu ini. Pembinaan klinik-klinik kesihatan yang ada di seluruh negeri Sabah dan mungkin tidak silap saya dalam mungkin jumlahnya 100 lebih. Kita hanya perlu membina semula. Mungkin dalam lebih kurang kalau masih mencapai 40 buah klinik yang masih perlu dibina. Sebenarnya banyak sudah tempat yang telah dibuat dan saya tidak dapat bawa ataupun sebutkan di sini. Tetapi memang telah ada banyak juga yang telah dibuat.
Boleh YB? Terima kasih Tuan Speaker. Saya cuma bawa untuk perhatian Yang Berhormat Menteri.
You ada bangkit dalam perbahasankah ini? Yang you mahu tanya ini, you ada bangkit dalam perbahasan?
Ya ada kaitan yang tadi itu.
Saya ingat ini penting Tuan Speaker, sebab ada kaitan dengan hal dasarlah.
Okey, dia boleh ambil maklum dan jawab. Don’t expect her to give the definite answer today ah.
Ya, untuk maklumanlah.
Jadi, saya telah bangkit perkara ini di Dewan Rakyat.
Usukan, sila duduk.
Ya di Dewan Rakyat sebenarnya…
Usukan, sila duduk.
Ceritanya begini. Apabila…
Ada kemudahan kesihatan yang diberi oleh Federal kepada Sabah dibina. Federal dia senang hati nampak bangunan itu saja. Tetapi akhirnya bangunan itu tidak ada isi, sebab dia tidak kasi ikut peralatan dan juga kakitangan. Okay? dan nampaknya saya difahamkan dari segi dasar Sabah dan Sarawak dibuat begitu. Kalau di Semenanjung, kalau dia buat satu kemudahan, dia pastikan ada peralatan, ada kakitangan.
Tapi di Sabah tidak. Jadi ada dua darjat bah ini, cara Persekutuan ini. Jadi adakah nanti Yang Berhormat boleh bawa dalam perbincangan bersama dengan apa ini? Menteri Persekutuan supaya jangan ada dua double standard ini. Saya boleh bagi satu contoh. Klinik Kesihatan Pekan Nabalu. Jadi dia bina itu klinik kesihatan, siap. Tapi akhirnya jadi stor, sebab peralatan tiada, kakitangan tiada. Saya bawa di Parlimen dan dalam kamar khas saya bawa, dan mereka bersetuju bahawa memang tidak ada. Dia tidak sediakan kakitangan, dia tidak sediakan peralatan. Jadi dari segi dasar, dari segi dasar, kalau Persekutuan mahu beri kemudahan, biarlah dengan bangunan dia, mesti ada peralatan, mesti ada kakitangan. Kalau tidak, bangunan yang diberi itu hanya akan jadi stor saja.
Jadi ini dari segi dasarlah kenapa Persekutuan apa ini, melayani kita dengan dasar yang berlainan dengan apa yang di Semenanjung. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Ini apa yang you bawa dalam you punya perbahasankah?
Ya.
Tunggulah nanti dia jawab you punya, you punya perbahasan. Dia jawab satu-satu ini.
Tadi itu simple saja. Tamparuli, ADUN Tamparuli. Kita ambil maklumlah perkara itu ya. Mungkin sebelum saya akan teruskan, saya akan menyebut satu perkara, but let me just give to ADUN Usukan.
Semalam saya ada bercakap pasal, soalnya tadi saya tengah tunggu YB Menteri cakap masih dalam topik apa bah ini? KPDN. Harga barang kan? Jadi kelmarin saya ada bangkitkan berkenaan dengan kedai-kedai warga Pakistan yang menjual barang subsidi harga kawalan tetapi sentiasa berubah-berubah.
Jadi saya faham bahawa dari segi lesen, kalau di Kota Belud sebagai contoh, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Daerah tetapi dari segi operasi dan pemantauan di bawah KKTP. Tetapi dari segi harga kawalan subsidi adalah di bawah Kementerian YB Puan kan? Adakah Kementerian menerima berkenaan aduan tentang ini? Sebab saya rasa ini sangat penting kerana harga, apa ini? Barangan terkawal, barangan subsidi ini kan, kalau di kedai warga Pakistan ini kan, dia sentiasa berubah-berubah. Jadi ini satu perkara yang saya ingin tarik perhatian Kementerian. Kalau mungkin Kementerian belum menerima aduan saya galakkan untuk Kementerian untuk mulakan operasi besar-besaran berkenaan tentang hal ini. Sebab selain daripada dia ganggu itu, lokal punya opportunity. Satu lagi, benda ini sangat terang jelas dan nyata.
Puan, walaupun jualan SARA ini di bawah Kementerian Federal, ya? Tetapi saya rasa sebagai Kementerian mengurus KPDN di Sabah, saya rasa penting untuk Kementerian di Sabah ini mengambil berat tentang jualan SARA yang bukan dimonopoli, yang di secara terang-terangan. Kalau saya boleh sebut, dimonopoli oleh kedai warga asing. Warga Pakistan. Mohon Kementerian. Terima kasih.
Terima kasih, ADUN Usukan. Perbahasan kemarin itu merupakan satu perbahasan yang cukup baik sebenarnya yang diutarakan. Saya yakin pegawai-pegawai dan Kementerian juga sedang ambil maklumlah perkara ini. Mungkin
tindakan pemantauan yang lebih serius dan membuat operasilah di kawasan itu bersama dengan, I think, apa ini, Majlis Daerahlah di tempat itu, di Kota Beludlah khususnya kerana ini adalah aduan daripada situ untuk ataupun akan dilakukanlah, itu kita ambil maklum ya, kita akan ambil maklum.
Dan seterusnya tadi, I think sebelum saya pergi sebab kita akan beralih topik sedikit bila saya bercakap.
YB Menteri. Saya just mahu bagi tahu di sini. Ya, saya cakap pasal Kota Belud dan saya juga sebut pasal Tenghilan semalam. Cuma, walaupun barang kali Kementerian akan beroperasi di Kota Belud tapi kita tidak mahu benda ini dia nanti operasi di Kota Belud pindah lagi pergi tempat lain. I think seluruh Sabah is fair enough untuk mungkin Kementerian melakukan operasi inilah. Terima kasih.
Okay, thank you. Kita ambil maklum. Ini hal serius dan kalau kita seperti kata ADUN Usukan, ini adalah hal yang baik untuk Kerajaan, bukan saja Kerajaan tetapi untuk rakyat kita melindungilah. Rakyat kita memang kita akan ambil maklum kita buat apa yang perlu.
Sebelum saya beralih, tadi sebab saya sudah menyebut mengenai Sekong, mungkin saya perlu ini untuk just to seallah, part hospital tadi itu atau part kesihatan sebagai makluman kita semua. Kita bagi pihak Kerajaan Negeri, saya tidak dapat menyebut details-detailsnya, tetapi sekadar untuk memberi makluman bahawa di bawah Majlis Perundingan di Pelaksanaan MA63, Kerajaan Negeri sebenarnya telah mengemukakan, yalah, telah menubuhkan ada lima jawatankuasa untuk menangani hal-hal ehwal yang berkaitan dengan permasalahan dan juga hal-hal yang kita perlu tangani di peringkat Kerajaan di peringkat kita negeri Sabah bagi kesihatan. 1.
Jawatankuasa Otonomi Kesihatan.
2.
Kita ada Jawatankuasa Otonomi Kesihatan yang ini di bawah, diselia ataupun diselia oleh kita punya Pejabat AG, State AG itu.
3.
Jawatankuasa Pembangunan Fasiliti Kesihatan.
4.
Jawatankuasa Pemerkasaan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan.
5.
Jawatankuasa Perjawatan dan Petugas Kesihatan.
6.
Jawatankuasa Kewangan Kesihatan Negeri Sabah.
So, saya hanya ingin menyatakan di sini bahawa semua permasalahan kita itu, walaupun kita belum nampak hasilnya, tetapi isu-isu dan perkara yang kita perlukan di negeri Sabah, saya boleh katakan bahawa itu sangat detail kita masukkan dan bukan itu sahaja, sebenarnya hampir kita punya pasukan yang membawa ini, dan yang menyediakan dokumen ini memang bekerja sudah sekian lama untuk apa itu? Untuk menyusun hal-hal ini.
Jadi saya ingin memberikan assurance kepada kita, bahawa kita bukan tidur ataupun tidak kisah mengenai permasalahan yang kita hadapi di peringkat Kerajaan Negeri tetapi memang kita memerlukan waktu, masa untuk menyelesaikan perkara-perkara ini. Sekong. Saya, I’m not done. Saya baca untuk Sekong, sekejap lagi, belum lagi. Let me read first. Okay?
Untuk Sekong, sebab bukan hal hospital kan? Ini mengenai hal kebajikan hari itu, untuk menjawab soalan yang diberikan. So, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM (JPKA) sentiasa proaktif dalam mengurus tenaga kerja dan juga perjawatan di semua Pejabat Kebajikan AM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang tidak terjejas.
Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1.
Mengemukakan permohonan secara berterusan kepada pihak berkuasa melantik untuk menambah perjawatan baharu selaras dengan peningkatan beban tugas dan keperluan perkhidmatan di lapangan. Ini termasuk pengisian segera bagi jawatan yang telah diluluskan tetapi masih kosong.
2.
Melaksanakan penyusunan semula sumber manusia secara dalaman melalui penempatan semula pegawai dan kakitangan mengikut keutamaan kawasan yang mempunyai beban kes yang tertinggi.
Pendekatan ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada.
3.
Meningkatkan penggunaan tenaga kerja kontrak, sambilan dan pembantu sementara bagi menyokong operasi harian khususnya di daerah yang menghadapi kekurangan kritikal.
4.
Memberi penekanan kepada pendigitalan perkhidmatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada proses manual.
5.
Memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan lain, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta sukarelawan kebajikan dalam membantu melaksanakan program dan intervensi kebajikan di peringkat akar umbi. 6.
Meningkatkan kompetensi dan kemahiran pegawai melalui latihan berterusan bagi memastikan produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Kementerian saya akan terus meneliti dan memperkukuh langkah-langkah ini dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat ADUN Sekong tentang isu keciciran mangsa dari sistem bantuan, walaupun telah direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM mengambil maklum akan cabaran ini dan sentiasa berusaha menambah baik mekanisme sedia ada. Selain itu, JPK juga bersedia mempertimbangkan cadangan
untuk membuka semula pendaftaran secara bersasar bagi memberi peluang kepada mangsa yang tercicir untuk tampil dan didaftarkan pembukaan pendaftaran secara … .
Secara tersasar ini adalah tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah setelah mendapat pemeriksaan oleh agensi keselamatan dan ketua kampung ataupun pengerusi JKK ataupun JKK lah. Langkah ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk mempastikan penyampaian bantuan dilaksanakan secara adil, inklusif dan menyeluruh tanpa mengira lokasi dan, atau keadaan mangsa. Okey, YB Sekong ada apa?
Terima kasih YB Menteri atas penjelasan berkaitan kebajikan. Terima kasih Tuan Speaker. Ada dua perkara di sini YB Menteri. Mohon dapat, saya perlukan details tentang kekuatan anggota atau kakitangan Hospital Duchess of Kent kerana Hospital Duchess of Kent ini yang saya dimaklumkan adalah hospital yang bertaraf hospital kluster, YB Menteri. Jadi mohon dapatkan details kakitangan dia, staff nurse dia, doktor dan sebagainya. YB Menteri, saya minta untuk penilaian atau pertimbangan pembinaan atau perwujudan klinik kesihatan di Kepulauan Sekong untuk YB Menteri buat penilaian awal. Terima kasih.
Okey, terima kasih ADUN Sekong. Kita ambil maklumlah perkara itu untuk hal yang diminta kerana data itu kita perlu check dulu.
Yang data dia minta itu boleh kasih secara bertulislah. I know you don’t have it here now. Boleh ya Sekong?
(suara bertindih)
Boleh. Kita akan buat secara bertulis dan sementara tadi itu untuk klinik kesihatan, ini boleh juga menghantar permohonan supaya kita boleh teliti lah keboleh laksanaan ataupun kesesuaiannya projek ataupun kemudahan itu dibawa ke tempat itu. Seterusnya..
YB Menteri, tadi soalan saya pun boleh dapat soalan, jawapan secara bertulis juga?
Okey, boleh.
Okey boleh, terima kasih.
So okey, seterusnya Tanjong Papat. Untuk Tanjong Papat. Kerajaan Negeri melalui JPKA
Tanjong Papat ?
Melaksanakan pendekatan bersepadu…
Datuk Speaker saya mohon mencelah. Yang Berhormat Menteri mohon maaf tadi.
Adakah Pitas. Likas sudah selesai.
Saya sedikit saja tadi saya punya sudah terlepas sebab saya pergi tandas, untuk makluman Datuk.
Sudah terlepas.
Sudah terlepas duduk nanti dan kasih kau bertulis saja.
Kita akan tulis.
Makanan terlampau sedap. Jadi perut tidak berapa selesa hari ini.
Ohh, besarlah tu dibuang. Bukan kecil.
Okey, untuk Tanjong Papat ya. Kerajaan Negeri melalui JPKA, melaksanakan pendekatan bersepadu yang melibatkan aspek pencegahan, penguatkuasaan, serta pemulihan sosial bagi menangani isu gelandangan di negeri Sabah. Antara perancangan dan tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1.
Pelaksanaan Operasi Bersepadu secara berkala bersama agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Imigresen bagi mengesan, menyelamat, dan memindahkan gelandangan ke tempat perlindungan sementara; 2.
Penyediaan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan melalui institusi kebajikan seperti Desa Benadiri dan Pusat Transit Sementara yang menyediakan kemudahan asas, kaunseling, serta program intervensi sosial bagi membantu mereka kembali berdikari; 3.
Pelaksanaan program pemulihan dan reintegrasi sosial termasuk latihan kemahiran, penempatan pekerjaan, serta bantuan kewangan dan sokongan komuniti bagi memastikan golongan ini tidak kembali ke kehidupan gelandangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sim-Sim merupakan PPS yang digunakan bagi menempatkan mangsa yang sebelum ini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Tiong Hua. Pemindahan ini terpaksa dilaksanakan berikutan pihak sekolah berkenaan mempunyai program yang telah dijadualkan lebih awal. Berhubung isu tangki septik, didapati berlaku masalah limpahan pada tangki septik mudah ahli yang mengakibatkan gangguan bau kepada penghuni.
Walau bagaimanapun pihak JKNS bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap empat unit tandas tersebut secara harian. Tanjong Papat ada mahu cakap, soal.
Ya, terima kasih YB Menteri. Untuk berkenaan dengan itu isu gelandangan, isu yang ada itu orang yang kurang siuman, ada yang sampai buka baju di restoran juga, masuk restoran. Masalah ini bukan satu kali, tiap puan Menteri memang betul ada operasi. Tapi lepas operasi, itu orang-orang yang ada isu sudah tangkap, masuk tempat sementara itu.
Lepas tu, release lagi ke tempat yang asal. Orang-orang yang sama juga tu, mungkin 1 atau lebih 2 tahun sudah yang orang yang sama juga. Sampai mereka duduk di depan kedai.
Sampai menjejaskan operasi bisnes mereka.
Ini satulah. Apa penyelesaian? Macam mana to move them out from the public lah. Macam manakah. Dan kedua, berkenaan dengan PPS itu, semalam saya punya pegawai ada pergi siasat, tindakan telah dibuat, buat septic tank sementara, tapi yang saya mahu tegaskan, kasih menekankan sini juga, selepas ini PPS sudah tutup, kasih kembalikan itu apalah, kasih hygienelah, make it back to normal sebab itu kuantiti yang pembuangan memang banyak tu, dan wabak, kita risau wabak berlaku ya dan seterusnya itu berkenaan dengan kebajikan untuk staf-staf kebajikan yang berada di kes bencana di Sandakan kebakaran sebab sekarang Sandakan ada sudah 8 PPS kan, dan tambahan juga staf kekurangan, apa yang saya tahu sama bercerita sama mereka, ada yang tidur dua jam sehari selama dua minggu, seminggu lebih. So, for
the health of the benefit, kebajikan untuk itu, staf-staf kebajikan memang saya kasihan. Kalau boleh, tambah stafkah untuk berganti-ganti bersyifkah. Dan satu juga untuk kebajikan untuk itu staf-staf hospital Sandakan (sebutan kurang jelas). Kalau boleh, sebab yang sekarang berlaku di Hospital Sandakan, banyak doktor dari semenanjung tak mahu datang ke Sandakan sebab apa itu, their benefit is not there. So, kalau boleh, ambil increase their benefitkah, atau kebajikankah, tempat tinggalkah dan satu lagi itu, pasal itu Klinik Desa Berhala Darat. Yang saya ada sentuh juga kepada YB Menteri semasa di Sandakan, itu klinik tersebut telah tutup tahun ini. So, suppose ini barang di atas sebab depilated building dan juga itu land issue. So, masalah ini bukan baru-baru berlaku, baru immediately berlakulah. It’s happened for years.
It has been neglected for years. Ini barang tidak diambil peduli. Kalau boleh satu, minta satu klinik sementara untuk penduduk sana, sebab penduduk sana memang ada yang dekat saja, tinggal dekat sana saja. Kalau boleh mengadakan satu sementara punya, a small clinic to serve the community. Dan satu juga, mengadakan yang permanent punyalah, procurement of the land dan tolong melalui Jabatan Tanah Ukur nanti. Cari tanah yang sesuai dan kasi adakan klinik, upgradelah mungkin Klinik Kesihatan Berhala Darat, let’s say. Ini soalan sayalah. Ini tambahan. Terima kasih banyak.
Okay thank you, apa ni ADUN Tanjong Papat, Tanjong Papat. Untuk hal Klinik Berhala Darat itu. I think even apa ini pihak JKNS dan kita juga di peringkat Kementerian telah ambil maklumlah tempat itu memang klinik itu memang perlu ditutup kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan I think itu dalam perhatianlah itu memang di dalam perhatian termasuk alternatif untuk apa itu untuk mengadakan probably penyelesaian yang perlulah tetapi saya berharap kalau pihak Jabatan menyelesaikan itu janganlah setiap, setiap apa ini langkah ataupun cadangan pelaksanaan yang diberi itu sentiasa kita tentang kerana saya pikir pihak Jabatan membuat perkara yang terbaik ataupun ialah sesuai dengan apa resource
yang kita adalah resources yang kita adakan, jadi itu kita kita sudah ambil maklumlah mengenai klinik ini berhala, di Berhala Darat itu.
Sementara yang lainnya hal-hal yang berkaitan dengan tadi still on gelandangan ya apa ini berlaku kipon berlaku I think kita mau serahkan itulah juga kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakanlah sebagai apa ini apa ini authority tempatan untuk menangani perkara-perkara tersebutlah, ya. Memang hati baik juga si apa ini, Tanjong Papat ni dia concern dengan hal-hal seperti ini but anyhow yang satu itu lagi yang…
Apa itu yang mengenai sanitasikah, apakah, untuk tempat itu. I think, itu pun pihak Majlis Perbandaran surely mereka akan melakukan apa yang perlu di tempat-tempat penempatan, di pusat-pusat penempatan itu nantilahkan dan pusat-pusat penempatan itu pun memang tidak akan selama-lama berada di situ, ada, ada time frame dia perlu berada di situ dan perlu diselesaikan dan perlu dibubarkanlah tempat-tempat pusat penempatan itu dalam tempoh terdekat ini, ya. So, ok saya teruskan.
So, bagi ADUN Sri Tanjong, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong, pemberian bantuan seperti Bantuan Wang Ehsan (BWI) sebanyak RM1,000 serta bakul makanan adalah tertakluk kepada pengesahan rasmi.
Sri Tanjong tiada sini.
Oh tiada. Okey, nah Sri Tanjong ah, sudah kau jalan, saya tidak, saya tidak baca. Okey, seterusnya N.1 Banggi. Okey, untuk Banggi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Banggi, perolehan bot ambulans bagi Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi kini berada dalam fasa pelaksanaan melalui kaedah tender. Bot
ambulans tersebut dijangka diserahkan pada bulan Disember tahun inilah 2026 dan boleh mulai beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2027.
So, seperkara lagi rangkaian My Government Net di Klinik Kesihatan Karakit adalah tersedia dan beroperasi melalui sambungan VSAT dengan kuota 150 GB. Walau bagaimanapun, kestabilan capaian adalah bergantung kepada konsistensi bekalan elektrik di fasiliti tersebut. So, kita ini macam ayam-telur dan ayamlahkan. Ada itu fasiliti, tapi kalau ini tidak berfungsi, itu tidak dapat berfungsikan. Terdapat empat capaian Wi-fi sedia ada, namun liputannya masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan operasi harian di semua lokasi perkhidmatan.
Datuk Speaker, sehubungan itu proses naik taraf rangkaian akan dilaksanakan secara berfasa bagi memperluaskan liputan capaian, meningkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian serta memastikan sokongan yang lebih efektif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan.
Untuk pendawaian elektrik, jawatan, JKNS telah merancang untuk dilaksanakan pada tahun apa tahun hadapan. Pada masa ini, anggaran kerja awalan sedang disiapkan dan akan diangkat untuk kelulusan pihak KKM dan seterusnya kementerian ekonomi. Bagaimanapun bekalan elektrik yang stabil, hanya boleh dipastikan oleh Sabah Electricitylah SESB dan bagi klinik kesihatan, oh tidak, hold on ah, oh sorry.
Untuk ADUN 55 Elopura, satu lagi ADUN Sekong, Sekong, kenapa berlainan? Okey. Okey, untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ADUN Elopura dan Ahli Yang Berhormat Sekong, Kementerian melalui JKNS telah merangka hala tuju strategik untuk menaik taraf fasiliti Hospital Duchess of Kent, okey, Sandakan daripada status hospital berpakar, major yang menyediakan lebih 20 perkhidmatan kepakaran kepada hospital negeri dengan lebih 49 perkhidmatan kepakaran. Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mendapat kelulusan kerja awalan untuk projek naik taraf dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-4 yang melibatkan pembinaan bangunan blok klinikal baharu dengan kapasiti tambahan 594
buah katil pesakit, pembinaan wad pesakit baharu dan juga penambahan penjawatan, perjawatan baharu termasuk doktor pakar.
Di peringkat JKNS, penyediaan dokumentasi lengkap telah disiapkan dan dikemukakan kepada KKM. Pada masa ini KKM masih dalam proses memuktamadkan skop kerja, mengambil kira keperluan perkhidmatan semasa serta aspek kebolehlaksanaan projek.
Pelaksanaan penambahan perkhidmatan kepakaran akan dilaksanakan secara berfasa selaras dengan ketersediaan sumber manusia, khususnya pakar serta naik taraf fasiliti hospital. Pendekatan ini diambil bagi memastikan kesinambungan dan kualiti perkhidmatan seterusnya memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan terbaik kepada penduduk di Daerah Sandakan. So, okey untuk N. Tanjong Keramat, untuk N.24 Tanjong Keramat, bagi makluman Yang Berhormat Tanjong Keramat, kadar bantuan sedia ada pada dasarnya masih relevan sebagai bantuan pemelegaan kepada golongan sasar. Walau bagaimanapun, Kementerian saya menyedari bahawa peningkatan kos sara hidup memberi kesan kepada kecukupan bantuan tersebut. Sehubungan itu, kadar bantuan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa dengan mengambil kira kedudukan fiskal semasa, keperluan penerimaan serta keutamaan dasar kebajikan. Kenaikan kadar bantuan bagi bantuan negeri telah dilaksana pada tahun 2020 dan bagi bantuan persekutuan pula pada tahun 2025.
Kementerian saya akur bahawa permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas makin meningkat, selaras dengan tren penuaan penduduk.
Bagaimanapun, kapasiti pusat jagaan sedia ada adalah selesa dan mencukupi untuk menampung keperluan semasa. Justeru, pendekatan pelbagai kaedah ditekankan termasuklah memperluaskan perkhidmatan berasaskan komuniti seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan juga menggalakkan penglibatan sektor swasta serta NGO dan meningkatkan standard serta kapasiti rumah warga tua secara berperingkat, di samping memperkenalkan program-program yang menggalakkan penjagaan warga emas untuk ahli keluarga sendiri seperti Program Homeward dan juga Program Merpati.
Nah, berhubung cadangan untuk mewujudkan ekonomi baharu melalui Perkhidmatan Caregiver and Home Care Nurse, kementerian saya mengambil maklum akan kepentingan serta potensi sektor ini, khususnya dalam menghadapi peningkatan keperluan penjagaan warga emas, orang kurang upaya, dan pesakit yang memerlukan penjagaan berterusan di rumah.
Sehubungan itu, Kementerian akan meneliti dan mengkaji cadangan ini secara menyeluruh termasuk aspek keperluan tenaga kerja, latihan dan persijilan standard perkhidmatan serta implikasi kewangan dan perundangan. Kajian ini juga akan mengambil kira amalan terbaik sedia ada serta kesesuaian pelaksanaan di peringkat negeri.
Kementerian saya komited untuk memastikan sebarang inisiatif yang diperkenalkan adalah berdaya maju, berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada rakyat, sama ada dari segi peluang pekerjaan, mahu pun penyediaan perkhidmatan penjagaan yang lebih sistematik dan berkesan. Merujuk cadangan penyediaan taska dan pusat asuhan sementara di bangunan Kerajaan, Kementerian saya sedia maklum akan keperluan dan kepentingan inisiatif ini, khususnya dalam menyokong keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga dalam kalangan penjawat awam. Sehubungan itu, Kementerian saya sedang meneliti dan mengkaji perkara ini secara menyeluruh, termasuk dari aspek kesesuaian premis, keperluan operasi, pematuhan kepada standard keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta implikasi kewangan dan pengurusan. Kajian ini juga akan mengambil kira amalan terbaik yang telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, serta kesesuaian pelaksanaannya di peringkat, di peringkat negeri.
Dan seterusnya, untuk ADUN Yang Berhormat ADUN Inanam. Penentuan kadar bantuan kepada mangsa bencana disalurkan adalah berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan di peringkat persekutuan dan negeri, dengan mengambil kira prinsip keadilan, keperluan mendesak, serta kemampuan kewangan Kerajaan. Secara amnya, JPKA menggunakan, mengguna pakai beberapa jenis
garis panduan utama dalam menentukan kadar agihan bantuan kewangan kepada mangsa bencana.
Antaranya, Garis Panduan Pengurusan Bencana, bantuan bencana menetapkan jenis bantuan, kadar siling serta kategori kelayakan mangsa seperti bantuan tunai segera dan bantuan pembaikan. Kedua, penilaian terhadap kerosakan dan impak bencana sama ada melibatkan kemusnahan keseluruhan rumah, kerosakan separa atau kehilangan harta benda. Penilaian ini dilaksanakan melalui siasatan di lapangan oleh pegawai kebajikan bersama agensi yang berkenaan dan yang ketiga, pengesahan dan pendaftaran mangsa seperti biasa yang kita buat di peringkat PPSlah dan yang keempat, peringkat keseragaman dan prinsip keseragaman dan keadilan, kadar bantuan adalah seragam bagi kes yang mempunyai kategori kerosakan dan kelayakan yang sama bagi menjamin ketulusan serta mengelakkan ketidaksamarataan dalam agihan.
Dan seterusnya yang kelima terakhir, kelulusan jawatankuasa pengurusan bencana, proses tapisan dan kelulusan oleh jawatankuasa yang ditetapkan di peringkat daerah atau negeri sebelum bantuan diperlukan kepada mangsa dan selain itu, Kerajaan juga mengambil pendekatan fleksibel dengan mempertimbang keadaan luar jangka seperti bencana berskala besar dan keperluan segera di lapangan tertakluk kepada kelulusan khas.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, ada soalan dari Senallang lagi.
Okey, terima kasih.
Mengenai bencana?
Bencana, ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bantuan kepada bencana ini, saya bagi
contoh ya, yang saat ini di Kampung Bahagia di Sandakan. Saya dapati Datuk Speaker banyak bantuan. Berlori, baju, makanan, bagaimana garis panduan yang kita berikan kepada kawasan-kawasan yang dilanda banjir, kebakaran. Kejadian di Penampang, kejadian di Pitas. Banyak orang miskin di Pitas ini, ya. Bila banjir di Pitas, saya bahaskan di Parlimen sampai ke leher mereka itu. Bagaimana bantuan-bantuan yang diberikan. Bukan hanya contoh, macam di Sandakan Batu Sapi, banyak orang dapat bantuan dia. Tapi di kawasan-kawasan lain, di pedalaman, di Pitas, yang selalu juga dilanda oleh bukan hanya malapetaka tapi kebajikan mereka, makanan yang diberikan kepada mereka. Terima kasih banyak.
Saya ambil maklum Yang Berhormat ADUN Senallang. Saya akan teruskan saja dulu. Sebab i think it’s there here, dalam apa ini dalam jawapan penggulungan seperti yang telah disebutkan juga oleh Yang Berhormat YB Inanamlah. Sehubungan itu okey, perbezaan kadar. Ini perbezaan kadar bantuan antara mangsa banjir dan kebakaran.
… adalah disebabkan oleh perbezaan sifat, impak serta tahap kerosakan yang dialami oleh mangsa bagi setiap jenis bencana itulah. Bencana kebakaran lazimnya mengakibatkan kehilangan harta benda secara menyeluruh dan serta-merta. Jadi termasuk kemusnahan tempat tinggal dan juga keperluan asas mereka. Oleh itu, kadar bantuan yang disalurkan adalah lebih tinggi bagi membantu mangsa membina semula kehidupan mereka dalam tempoh yang segeralah. Sebaliknya, bencana banjir kebiasaannya bersifat sementara dan dalam banyak keadaan tidak mengakibatkan kemusnahan …
Sekong ada pertanyaan lagi.
Okey. Tidak, hold on ah, kemusnahan total kepada kediaman. Bantuan yang diberikan lebih menjurus kepada keperluan pemulihan jangka pendek seperti bekalan makanan, barangan keperluan asas dan sokongan semasa di PPS. Jadi inilah perbezaannya kan. Satu itu adalah kemusnahan yang memang menjadikan mangsa itu kosong, memang habis tinggal sehelai sepingganglah. Sementara kalau banjir itu, mangsa-mangsa itu kita angkut keluar saja bagi yang perlu diangkut keluar tetapi mereka akan kembali semula di tempat kediaman mereka selepas kejadian bencana banjir tersebut. Masih ada?
Terima kasih YB Menteri. Terima kasih Tuan Speaker. Dalam perbahasan saya pada Ucapan Dasar, Tuan Yang Terutama saya ada menyinggung/menghitung tentang jumlah bantuan yang harus diterima oleh mangsa Bahagia. Keseluruhan, kalau tidak silap, 3800. 2000 dari Kerajaan Negeri. Soalan saya ialah, apakah memang pasal bantuan ini masih belum mereka terima YB Menteri sehingga ke hari ini? Bantuan duit tunai. Boleh YB Menteri tolong bagi pencerahan?
Ini yang kebakaran baru-baru ini?
Ya, Kampung Bahagia.
Oh, okey. Untuk yang ini kan, kita tahu ada banyak mangsa yang terlibat tetapi dan kita ada 8 kan Pusat Pemindahan yang PPS yang ada, tetapi untuk makluman kita semua ya, hanya yang berdaftar, yang dikenal pasti apa ini, sebagai mempunyai dokumen yang sah, itu yang akan menerima bantuan. So, saya kurang pasti kalau yang disebut ini adalah yang di dalam PPS ataupun yang di luar itu.
Ya, YB Menteri. Setahu saya sehingga ke hari ini yang di PPS pun belum menerima bantuan tunai itu apatah lagi yang di kampung. Pasal 8 PPS saya tidak silap, itu saya minta pencerahan. 8 PPS yang hanya PPS di
Batu Sapi yang sudah terima jumlah Ketua Isi Rumah yang terima seramai 47 keluarga. Itu sudah terima. Saya dapat maklumat begitu tapi saya belum check. Kemudian cabarannya yang saya katakan di dalam perbahasan saya tu dan saya ada maklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah ialah ada juga mangsa kebakaran yang tidak pindah ke PPS, yang sepatutnya Kerajaan atau jawatankuasa bencana melihat diorang ini dan jumlahnya ramai. Sekarang yang di PPS itu 300 lebih. Saya fikir di, yang tidak pindah, yang berada di kampung lebih ramai daripada itu.
Jadi saya mohon untuk Kerajaan, cuba menyelidiki, meneliti perkara ini kerana kalau tidak nanti apa yang jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Speaker, dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri itu nanti tidak akan terpenuhi. Ertinya reach them out untuk bantu diorang semua. Terima kasih YB Menteri.
Okey, thank you ADUN Sekong. Kita ambil maklumlah yang itu ya khususnya pemberian suppose to be pemberian bantuan itu belum diterima. I think pegawai-pegawai juga sedang mengikuti perbahasan atau penggulungan ini dan mereka akan ambil maklum mana yang perlulah.
Sementara itu, I think policy kita sekarang ini adalah Kerajaanlah, kerana kita bukan, dana yang kita ada itu bukannya unlimited kan, limited dan cara kita mau reach out itu adalah kita sebenarnya mengextendkan jemputan ataupun invitation kepada mereka yang kena mangsa itu, especially mereka yang berstatus warganegara untuk reach out. Itu lebih senang juga begitu. Reach out to the authoritylah dan kemudian menyatakan bahawa mereka itu adalah daripada situ. So, kita memang memerlukan mereka untuk, apa itu, didaftarkanlah, didaftarkan, barulah boleh mendapat bantuan yang dinyatakan ataupun dimaksudkan oleh Kerajaan Negeri.
Yang bukan, Datuk Speaker, yang bukan warganegara ini, boleh tak pihak Kerajaan, Kementerian khususnya berunding dengan industri yang berhampiran. Satunya IOI, kita gunakan
air masa kebakaran daripada air IOI dan pekerja-pekerja yang ini tidak ada warga ini tapi mereka perlukan pekerja asing ini. Bolehkah kita Kerajaan berunding dengan IOI ataupun syarikat-syarikat berhampiran yang ada mereka bekerja di kilang itu supaya mereka juga bantu. Bukan Kerajaan Negeri saja ya kerana kita boleh bantu orang Gaza, bukan warganegara. Sampai beratus juta kita hantar ke Gaza, Palestin itu. Takkan ini di Sabah ini kita tidak boleh bantu, umat. Humanitarian reason, dengan izin.
Ya, thank you ADUN Senallang. Kita ambil maklumlah hal itu ya. Okey, saya teruskan.
Panjang lagi?
Tidak, tidak berapa panjanglah. Saya sudah membaca laju (ketawa kecil). Okey, Kementerian saya melalui JPKA sentiasa komited memastikan penyaluran bantuan bencana dilaksanakan secara adil, telus, dan inklusif kepada semua mangsa tanpa mengira jenis bencana mahupun lokasi geografi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Standard Operating Procedure (SOP) pengurusan bantuan bencana sedia ada sentiasa diteliti dan dikaji semula dari semasa ke semasa bagi memastikan ia relevan dengan keperluan semasa serta mengambil kira pengalaman pengurusan bencana terdahulu.
Kementerian juga melaksanakan penambahbaikan berterusan dengan mengintegrasikan garis panduan daripada agensi pengurusan bencana, NADMA, serta amalan terbaik di peringkat persekutuan dan juga negeri. I think ini lebih kurang antara yang terakhir inilah, Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Puan Grace, okey. Untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Puan Grace Lee, Kerajaan Negeri sememangnya maklum bahawa isu invisible labor atau kerja tidak berbayar yang dipikul oleh wanita seperti menjaga anak, warga emas
serta mengurus rumah tangga merupakan satu realiti yang memberi kesan langsung kepada penyertaan wanita dalam ekonomi.
Sehubungan itu, pendekatan kerajaan adalah jelas dan selaras dengan Dasar Wanita Negara iaitu mengiktiraf dan mengarusperdanakan gender dalam semua dasar serta program pembangunan.
Ini bermakna setiap perancangan yang dilaksanakan kini mengambil kira beban kerja tidak berbayar yang ditanggung wanita agar lebih adil, seimbang dan inklusif.
Yang kedua, memperkukuh ekosistem sokongan termasuk penyediaan kemudahan taska di tempat kerja dan dalam komuniti. Langkah ini penting bagi mengurangkan beban penjagaan yang selama ini banyak dipikul oleh wanita secara tidak seimbang. Dan yang ketiga, memupuk kesedaran tentang tanggungjawab bersama di mana urusan penjagaan keluarga bukan lagi dilihat sebagai tanggungjawab wanita semata-mata tetapi perlu dikongsi oleh semua pihak termasuk lelaki dan masyarakat. Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita terus memperkasa pelbagai program pembangunan wanita, latihan kemahiran serta sokongan komuniti bagi membantu wanita mengimbangi peranan domestik dan ekonomi.
Usaha ini bertujuan memastikan wanita tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan hanya kerana memikul tanggungjawab keluarga.
Melalui Dasar Wanita Negara, Kerajaan amat menitikberatkan usaha untuk menyokong wanita kembali ke pasaran kerja selepas menjalankan tanggungjawab penjagaan keluarga. Di peringkat negeri melalui JHEWA, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya program latihan keusahawanan, bantuan peralatan, pendigitalan perniagaan serta penyediaan platform pemasaran. Inisiatif ini membuka lebih banyak peluang kepada wanita, terutamanya ibu tunggal, wanita B40 dan mereka yang ingin kembali bekerja untuk menjana pendapatan dan berdikari. Merujuk kepada Pusat Austime Sabah (PAUS), Kementerian saya melalui JPKA merancang untuk memperluaskan perkhidmatan PAUS secara berperingkat ke daerah-daerah utama di Sabah dengan mengambil kira keperluan setempat, kepadatan penduduk serta akses kepada semua kemungkinan penduduk.
Lamag ada mau tanyakah? (suara bertindih) Tanya yang you bangkit dalam perbahasan.
… kalau kamu kacau lama lagi kita mau siap ini, mengadu sudah diorang (ketawa kecil).
Ya sekejap saja Yang Berhormat Menteri.
Mengenai dengan prosedur KKM, Yang Berhormat Menteri juga adalah merupakan yang menjaga bahagian kesihatan. Dan saya melihat prosedur daripada KKM, mana-mana doktor yang ditempatkan di hospital di mana-mana, doktor-doktor yang baru tamat itu boleh memilih untuk tidak pergi ke penempatan yang dorang dihantar. Sebab itu, ramai doktor-doktor yang memilih untuk tidak pergi ke pedalaman kerana mereka mahu di tempat yang tinggal di bandar sebab itu banyak kekurangan doktor di kawasan-kawasan pedalaman.
Jadi saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk membawa supaya selaras dengan Kementerian Pendidikan, mana-mana guru yang ditempatkan di tempat itu mesti wajib untuk melapor diri tempat yang ditempatkan … .
You tanya pasal doktor ke guru?
Tanya pasal doktor.
Dia hanya urus doktor ni, guru bukan dia.
Oh, yakah. Tanya pasal gu pasal doktor.
YB Menteri teruskan.
Mohon mencelah. yang… YB Menteri, untuk di Ranau, kita ada satu sahaja hospital di kawasan Paginatan. Eh minta maaf, kawasan Karanahan, dan tidak ada klinik kesihatan. Di Paginatan pula..
Ini you ada bangkit dalam perbahasan? Ada, you bangkitkan dalam perbahasan?
Oh, tiada.
Tiada? Jadi, you kasih ajukan saja you punya masalah itu, biar dia jawab secara bertulis because otherwise, i’m allowing you to have a second debate.
Okey, saya ajukanlah dulu, jadi kita masalahnya adalah kesesakan di Hospital Ranau, sebab tidak ada Klinik Kesihatan. Di Panginatan cuma ada dua dan di Kundasang ada tigakah, empat, jadi minta komen daripada Yang Berhormat Menteri…
Duduk dulu Usukan. Usukan, duduk dulu.
…adakah cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Hospital Daerah Ranau? Terima kasih.
Okey, Menteri ambil maklum. Silakan Menteri. Ambil maklum yang permintaan daripada Paginatan, ya.
Ya, saya ambil maklum Paginatan dan juga Lamaglah, kebajikan doktor-doktor ini, kita bukan bilang mahu inilah, tapi kita faham, kita tahu juga itu. So, boleh saya teruskan? Unless ada.
Silakan, silakan, silakan.
…kita teruskan. Sebab tadi kita bercakap mengenai autisme tadi itu kan.
So, okey, antara pendekatan yang diambil termasuk mewujudkan pusat di bangunan sedia ada di Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU), memperluaskan kapasiti pusat sedia ada, serta menjalinkan kerjasama strategik dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan pihak swasta yang berminat untuk mewujudkan pusat satelit pause.
Selain itu, Kementerian saya juga memberi penekanan kepada pembangunan tenaga kerja terlatih dalam bidang intervensi autisme, penyediaan program latihan kepada ibu bapa, serta peningkatan kesedaran masyarakat bagi memastikan sokongan menyeluruh dapat diberikan kepada golongan ini.
Bagi isu kesihatan mental, KKM telah menyusun strategi holistik dan komprehensif bagi pelaksanaan perkhidmatan kesihatan mental, merangkumi tahap pencegahan primer, sekunder, dan tersier.
Kesemua inisiatif ini adalah selaras dengan hala tuju dan strategi pelaksanaan program kesihatan mental 2026, yang digariskan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. Kementerian saya melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), sememangnya mempunyai kerjasama yang erat dengan komuniti setempat di kawasan perumahan awam, termasuk projek perumahan rakyat, PPR, dalam usaha mewujudkan dan memperkukuh pusat sokongan komuniti, berteraskan perpaduan dan keharmonian sosial. Dalam konteks ini, pelbagai platform dan mekanisme telah diwujudkan, antaranya pengukuhan kawasan rukun tetangga, penubuhan dan pemerkasaan kawasan rukun tetangga progresif, pelaksanaan program perpaduan bersepadu, kerjasama strategik pelbagai pihak.
Bagi negeri Sabah, pelaksanaan inisiatif ini turut mengambil kira kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat setempat. Bercakap tentang kaunseling, Kementerian saya melalui JPKA menyediakan akses kepada perkhidmatan kaunseling, kerja sosial dan sokongan psikososial di pelbagai peringkat termasuk komuniti. Perkhidmatan ini disalurkan melalui Pejabat Kebajikan Daerah, Institusi Kebajikan serta program-program turun padang, yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pegawai Kebajikan Masyarakat dan pekerja sosial terlatih memainkan peranan penting dalam
memberikan intervensi awal, sokongan emosi serta rujukan kepada perkhidmatan yang lebih khusus sekiranya diperlukan.
Akhir sekali, penutup. Datuk Speaker, saya merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pelbagai isu, cadangan dan pandangan melibatkan Kementerian saya.
Sekiranya soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Sebagai mengakhiri ucapan penggulungan saya, pada hari ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat negeri Sabah, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan juga Pesta Kaamatan, Kotabian Tadau Tagazo do Kaamatan. Sekian, terima kasih, God bless. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas kesabaran dan komitmen untuk menjawab semua pertanyaan-pertanyaan dan sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Besar dia punya anu ini alam sekitar.
Terima kasih Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas penyampaian Ucapan Dasar Kerajaan pada 23 April 2026 yang telah lalu.
Ucapan tersebut jelas menggariskan hala tuju pembangunan negeri yang berteraskan kestabilan, kesinambungan, serta pendekatan inklusif dalam memastikan pembangunan sosioekonomi Sabah kekal mampan dan berdaya saing. Kementerian saya kekal komited memastikan pembangunan sektor pelancongan dilaksanakan secara lestari, dengan menekankan pemeliharaan alam sekitar, budaya dan warisan negeri Sabah.
Dalam hal ini, Kementerian turut memastikan semua agensi di bawahnya melaksanakan pelan pembangunan secara komprehensif dengan penyelarasan yang menyeluruh dan bersepadu.
Saya amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sentiasa terbuka, menerima pandangan, cadangan serta sokongan daripada semua pihak agar setiap isu dapat ditangani secara bersama, demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
Datuk Speaker, tahun 2026 bermula dalam suasana yang penuh keyakinan, apabila ketibaan pelancong ke Sabah menunjukkan kestabilan serta peningkatan, di mana pada dua bulan pertama tahun ini, ketibaan pelancong antarabangsa telah mencatatkan peningkatan sebanyak 17.7%, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Namun demikian, perkembangan konflik geopolitik di Timur Tengah telah memberi kesan langsung kepada landskap pelancongan global, khususnya dari segi perubahan pola perjalanan serta peningkatan kos operasi.
Bagi negeri Sabah, kebergantungan yang tinggi kepada pengangkutan udara, yang merangkumi lebih 90% akses pelancong domestik dan antarabangsa, menjadikan sektor ini amat terdedah kepada sebarang gangguan global, termasuk kenaikan kos bahanapi serta pengurangan kapasiti penerbangan.
Menyedari hakikat ini, Kementerian bersama-sama Lembaga Pelancongan Sabah, telah mengambil langkah intervensi awal sejak Mac lalu, dengan menyemak semula strategi promosi, pemasaran serta pendekatan penembusan pasaran bagi memastikan industri ini kekal berdaya tahan.
Antara langkah-langkah dan strategi yang diambil adalah seperti berikut: 1.
Pengukuhan dasar domestik dan serantau. Datuk Speaker, dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran jarak jauh long haul, Kementerian telah mengalih fokus kepada pengukuhan pasaran domestik dan serantau sebagai strategi jangka pendek dan sederhana.
Pelaksanaan kempen teknikal bersama syarikat penerbangan serta platform digital seperti KLOP, Tripkom dan Agoda telah dipertingkatkan bagi merangsang permintaan domestik. Usaha ini juga selari dengan insentif Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2026, yang menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara. Sebagai indikator positif, penyertaan Lembaga Pelancongan Sabah dalam MATTA Fair Kuala
Lumpur pada April ini, telah menjana jualan pakej pelancongan domestik bernilai hampir RM5 juta.
Ini membuktikan bahawa Sabah kekal sebagai destinasi pilihan utama pelancong tempatan.
2.
Pemerkasaan pasaran Asia Tenggara dan Asia Utara. Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pasaran Asia Tenggara dan Asia Utara yang lebih stabil dan berpotensi tinggi. Untuk itu, kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan akan diperkukuh bagi meningkatkan kekerapan penerbangan memperluas laluan…
…penerbangan serta melaksana kempen pemasaran ataupun joint promotion.
Pendekatan ini penting bagi memastikan kesinambungan aliran pelancong ke Sabah serta menyokong kelangsungan operasi pemain industri tempatan.
Yang ketiga, penganjuran acara pelancongan.
Datuk Speaker, Kementerian akan menyokong penglibatan sektor swasta, persatuan industri serta komuniti tempatan dalam penganjuran acara pelancongan dan kebudayaan.
Sokongan berterusan ini penting dalam merancakkan aktiviti pelancongan berasaskan acara ataupun dengan izin, event based tourism bagi meningkatkan daya tarikan Sabah serta merangsang perbelanjaan pelancong dan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.
Datuk Speaker, untuk makluman Sidang Dewan mulia ini, Kerajaan juga menyedari cabaran yang dihadapi oleh para pengusaha khususnya dalam sektor logistik, berikutan peningkatan kos operasi termasuk dalam bekalan bahan api. Sehubungan itu, Kerajaan kini sedang mengumpul maklum balas serta data daripada pihak industri bagi menilai impak sebenar terhadap kos menjalankan perniagaan. Kerajaan komited untuk menangani isu secara menyeluruh dan akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian bagi memastikan kelangsungan operasi industri pelancongan terus terpelihara.
Datuk Speaker, Tahun Melawat Sabah 2027 merupakan satu agenda strategik Kerajaan Negeri yang melangkaui sektor pelancongan. Inisiatif ini dirangka sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh, yang merentasi pelbagai sektor termasuk perhotelan, peruncitan, produk tempatan, makanan dan minuman serta logistik.
Kementerian yakin bahawa pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Sabah ini akan merangsang aktiviti ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan serta memperkukuh ekosistem pelancongan negeri. Sebagai Kementerian peneraju, satu pelan tindakan komprehensif dan bersepadu sedang dirangka bersama Lembaga Pelancongan Sabah dengan fokus utama seperti berikut: Yang Pertama, memperkukuh pembangunan pakej pelancongan yang lebih komprehensif, bersepadu dan mampan. Termasuk pembangunan pakej baharu yang menggabungkan elemen pelancongan dan produk tempatan seperti kraftangan, gastronomi dan pelancongan berasaskan komuniti.
Kedua, memperkukuh penjenamaan Sabah sebagai destinasi pelancongan premium berasaskan alam semula jadi dan budaya.
Usaha ini akan disokong melalui pembangunan produk pelancongan bernilai tinggi yang mampu memberi impak ekonomi yang signifikan kepada komuniti tempatan.
Sabah mempunyai kelebihan kompetitif melalui pengiktirafan antarabangsa seperti Taman Kinabalu sebagai UNESCO Triple Crown, Kinabatangan sebagai Reserve Biosphere serta Pensijilan Global Sustainable Tourism Council bagi beberapa kawasan pelancongan utama.
Yang ketiga, memperkukuh infrastruktur pelancongan dan accessibility dengan menambah baik kemudahan serta menaik taraf produk pelancongan sedia ada sebagai persediaan menyambut peningkatan kedatangan pelancong. Keempat, meningkatkan kualiti produk pelancongan termasuk ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti bagi memastikan pengalaman pelancong yang berkualiti tinggi.
Sempena melawat Tahun Melawat Sabah, Kementerian akan memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan keunikan negeri ini, yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta warisan budaya yang tersendiri.
Pada masa yang sama, Kementerian akan terus memperkukuh, mengembangkan dan menginovasikan
produk-produk pelancongan sedia ada agar menjadi lebih bernilai tambah, berimpak tinggi dan memenuhi kehendak pasaran pelancongan semasa.
Kelima, memperhebatkan pendigitalan promosi dan pemasaran melalui penggunaan platform digital, media sosial serta bahan promosi kreatif bagi memperluas capaian pasaran domestik dan antarabangsa. Keenam, memperkasakan penganjuran acara berimpak tinggi sepanjang tahun melalui kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mewujudkan kalender acara pelancongan negeri yang tersusun dan berdaya tarikan tinggi. Datuk Speaker, bagi merealisasikan perancangan Tahun Melawat Sabah ini, fokus utama Kementerian bersama Lembaga Pelancongan Sabah adalah untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat penerbangan bagi memperkukuh jaringan udara serta meneroka peluang kerjasama baharu. Selain itu, Kementerian juga akan meneliti bentuk sokongan yang bersesuaian kepada pemain industri dari aspek promosi, pemasaran serta pembangunan bahan promosi bagi memastikan kelangsungan dan daya saing industri pelancongan negeri.
Pelaksanaan kempen ini akan menggunakan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua Kementerian agensi serta pemain industri. Justeru, Kementerian menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menjayakan Tahun Melawat Sabah 2027 sebagai agenda negeri. Dan yang lebih penting, pelaksanaan kempen ini akan melibatkan pendekatan whole, the whole of government and whole of industry, merentasi semua Kementerian, agensi dan pemain industri. Justeru, Kementerian menyeru semua Ahli Yang Berhormat serta Kementerian dan agensi negeri untuk bersama-sama merancang dan menjayakan kempen ini. Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan]:Tuan Speaker.
Sebagai agenda negeri. Datuk Dr.
Minta laluan.
Ya, boleh Datuk Dr.
Terima kasih atas sebahagian apa ini penggulungan tadi. Saya suka menyentuh soal libat urus dengan syarikat-syarikat penerbangan ini. Pasal Yang Berhormat Menteri tidak menyatakan libat urus bentuk mana itu.
Mungkin dari segi kerjasama sajalah.
Soal masalah sekarang ini yang kita dihadapi ini, saya tidak pasti kos dari segi contoh pelancong daripada luar, sama ada rate dia murahkah atau macam mana.
Tapi saya sentuh domestik, pasal jangan lupa juga, pelancong domestik ini menyumbang banyak. Kadang-kadang orang KK nak pergi Semporna, nak pergi Sandakan, harga itu saya ingat Yang Berhormat Menteri tahu. Baru-baru ini pun nak dari Tawau ke Kota Kinabalu, RM1,010, tidak mana munasabah.
So kalau dapat ada satu penyelarasan harga ditetapkan, mungkin daripada luar bolehlah tapi kalau domestik, termasuk daripada Sarawak daripada Semenanjung, mahu juga datang, macam tadi ada kaitan.
Kita tidak boleh pendapat saya, bergantung sama mata-mata daripada luar.
Contoh China, dia mengikut keadaan musim dia tapi kadang-kadang kita lupa local domestic ini. Yang satu lagi, sekarang kita sudah ada Borneo Airlines. Dari dulu saya pernah soal, pernah sebelum diambil oleh Sarawak, dia punya hab ini di Kota Kinabalu, ini ATR ini apa, Mas Wing. Sekarang saya ingat hab dia sudah dipindah ke Sarawak kan?
So itu juga saya ingat dulu hab di Kota Kinabalu ada peluang untuk anak-anak kita. So apa kedudukan dari segi penyelarasan antara Airlines mungkin termasuk Borneo Airlines dengan Kerajaan Negeri? Pasal dalam kita menarik perhatian juga, Sabah ini dikenali di luar sana, dari segi penginapan, pengangkutan ya, bilik hotel, mahal. Kalau banding dengan jiran kita di Indonesia, mereka murah. Kalau banding dengan di Thailand, mereka juga ada tarikan pilihan pelancong.
Yang Berhormat minta penjelasankah apa?
Datuk Dr.
Tak, bukan ini yang isu berkaitan dengan tadi itu, penyelarasan dengan syarikat-syarikat penerbangan ini. Pasal pelancong tidak akan dapat datang sini kalau masalah pengangkutan ini tapi ada penyelarasan tadi, itu yang, yang saya nak tahu ini. Jadi sebahagian itu untuk maklumanlah supaya dalam usaha kita menarik pelancong, kita kena fikir juga insentif-insentif yang lebih baik, berbanding mungkin Thailand pun ada promosi dia, mungkin Indonesia ada tarikan dia. Itu saja yang saya mahu penjelasan tadi, pasal YB Menteri bercakap secara itu ya, tapi konsep macam mana itu? Apa yang diperolehi daripada penyelarasan tadi daripada Kerajaan Negeri terutama syarikat pelancongan ini? Terima kasih.
Terima kasih ADUN Sulabayan atas permohonan ini, cadangan dan juga buah fikiran yang telah diutarakan dan kita memang libat urus ini dalam bentuk kerjasama termasuklah dengan penerbangan yang...
… Sulabayan sebutkan sebentar tadi untuk memastikan bukan saja pelancong luar negara tetapi kita tumpukan kepada macam saya sebut sebentar tadi tumpuan kita adalah pelancong domestik termasuk daripada Semenanjung Malaysia dan kita membuat libat urus dengan airline-airline yang terbabit dalam memastikan kita dapat mampu menampung industri pelancongan kita dan dapat kita pastikan kejayaannya. Datuk Speaker.
Yang Berhormat Menteri. Berhubung kait dengan syarikat penerbangan ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah alasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan untuk kasi cancel flight yang ada, sama ada dari Kota Kinabalukah ataupun Tawau. Adakah itu dari segi occupancy tidak cukup maka mereka terpaksa pindah ke tempat yang lain supaya boleh menampung lebih banyak penumpang. Sebab kita tahu syarikat
penerbangan ini mereka mengutamakan keuntungan. Jadi, adakah itu adalah salah satu alasan daripada syarikat penerbangan?
Terima kasih, ADUN Sri Tanjong. Ya, itu merupakan salah satu alasan. Sebab airline melibatkan soal untung rugi dan sudah pasti bagi airline-airline yang terbabit mereka akan mengutamakan.
Seperti yang saya sebut sebentar tadi, airline lebih mengutamakan soal pelarasan flight. In view of the conflict yang dihadapi dunia pada ketika ini, mungkin akan mengurangkan penerbangan dan mungkin juga ada yang mengurang in view of the kita punya load capacitylah. So, itu adalah antara alasan yang mengakibatkan kekurangan flight untuk membawa pelancong ke negeri kita.
Satu cadangan YB Menteri, dalam perbincangan dengan syarikat penerbangan ini, bolehkah kita mencadangkan kepada syarikat penerbangan supaya kita adopt satu fly-through approach? Fly-through approach. Di mana mereka berhenti di Kota Kinabalu dan juga mengambil penumpang yang ada, lepas itu pergi ke destinasi yang lain. Di mana syarikat AirAsia sedang menjalankan dasar ini, kita boleh lihat ada flight dari Kota Kinabalu pergi ke Taipei dan juga mereka berhenti di Taipei, lepas itu baru pergi Fukuoka. Itu mereka sedang melakukan fly-through approach jadi mereka masih boleh datang Sabah. (suara bertindih)
Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Tanjong, itu perkara yang baharu you bawa. (Suara bertindih) Sebutkan apa yang telah di bawa dalam ucapan perbahasan dulu, jangan bawa perkara yang baharu.
Ada, ada Datuk Speaker.
Terima kasih, rakan daripada Sri Tanjong, itu adalah antara pendekatan yang kita bawa ketika berunding dengan pemain industri, terutama industri penerbangan.
Antara dia memberikan pilihan dan perbincangan ini akan diteruskan selepas ini dan saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat daripada ADUN Sri Tanjong tadi. Datuk Speaker, sebelum saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, cadangan dan keprihatinan terhadap pembangunan sektor pelancongan negeri kita. Kementerian amat mengalu-alukan segala saranan yang konstruktif demi memastikan sektor ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah. Dengan itu, izinkan saya memberikan penjelasan lanjut terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan ADUN N.29 Pantai Manis dan ADUN N.67 Balung dan N.1 Banggi.
Datuk Speaker, Yang Berhormat N.29 Pantai Manis telah mencadangkan agar Pekan Lama Papar diberi nafas baharu dengan membangunkannya sebagai pusat warisan yang merangkumi elemen makanan, tamu, budaya serta tarikan pelancongan tempatan melalui konsep Old Town Papar Heritage Street termasuk penganjuran pasar malam.
Yang Berhormat N.67 Balung pula mencadangkan agar sistem tagal di kawasan Kampung Balung, Cocos diketengahkan sebagai produk pelancongan di samping memperkenalkan aktiviti riadah seperti memancing atau sukan memancing sebagai tarikan tambahan kepada pelancong. Yang Berhormat N.1 Banggi juga ada mencadangkan untuk melihat Bukit Sinambung dan juga Gua Kosimpul di Pulau Balambangan dijadikan antara destinasi pelancongan.
Datuk Speaker, Kementerian menyambut baik cadangan-cadangan Yang Berhormat Pantai Manis, Yang Berhormat Balung dan juga Yang Berhormat Banggi tersebut. Sememangnya kawasan-kawasan yang dinyatakan mempunyai potensi besar untuk dipromosi dan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti dan warisan tempatan.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, beberapa produk pelancongan di Papar serta tarikan seperti Batu Bersusun Balung Cocos telah pun dipromosikan oleh Lembaga Pelancongan Sabah sehingga ke peringkat global melalui video-video
promosi. Manakala bagi Pulau Bambangan, sememangnya Lembaga Pelancongan Sabah telah mengadakan lawatan bagi menilai potensi produk untuk dipertingkatkan bagi membolehkan ejen pelancongan membangunkan pakej pelancongan yang bersepadu.
Sehubungan dengan itu, Kementerian akan meneliti cadangan ini secara lebih terperinci. Namun, Kementerian menyarankan agar cadangan ini turut diangkat ke peringkat Majlis Tindakan Pelancongan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau Presiden bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat diselaraskan secara menyeluruh di peringkat tempatan.
Kementerian juga mengalu-alukan peranan aktif Yang Berhormat ADUN di setiap daerah untuk terus bekerjasama secara proaktif dalam usaha membangunkan serta memperkasa komuniti melalui pelancongan luar bandar yang lestari dan inklusif. ADUN N.58 Lamag dan ADUN N.61 Segama. Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan-soalan berkaitan konflik manusia dan hidupan liar daripada Yang Berhormat N.58 Lamag dan Yang Berhormat N.61 Segama secara bersama. Untuk makluman Yang Berhormat dari N.58 Lamag, Yang Berhormat N.61 Segama dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya memandang serius insiden konflik manusia buaya yang berlaku di Sabah termasuk di kawasan Lamag dan Segama. Berdasarkan pada tahun 2025, sebanyak 11 kes kematian dan 3 kes kecederaan akibat serangan buaya telah direkodkan di seluruh Sabah. Dua kes kematian berlaku di daerah Kinabatangan melibatkan pekerja asing. Majoriti insiden ini berlaku di kawasan ladang kelapa sawit semasa aktiviti memukat dan juga memancing. Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Sabah spesies buaya ataupun dipanggil Crocodylus Porosus disenaraikan dalam Jadual 2 Bahagian 1 haiwan dilindungi di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997. Di peringkat antarabangsa pula, spesies ini disenaraikan di bawah Appendix 1, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Walau bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak spesies ini telah disenaraikan di bawah Appendix 2 dengan persetujuan oleh CITES bagi
membolehkan aktiviti penternakan dan eksport hasil buaya dilaksanakan secara terkawal. Penurunan status ini adalah hasil … .
… pelaksanaan Pelan Pengurusan Buaya yang berkesan di negeri Sabah. Datuk Speaker, oleh yang demikian Kerajaan tidak dapat mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pemburuan tanpa lesen pada masa ini kerana ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang sedia ada serta boleh menjejaskan kelestarian ekosistem.
Sistem pelesenan diwujudkan. Saya kasi habis sekejap ah, sekejap. Sistem pelesenan diwujudkan bagi mengawal aktiviti pemburuan dan perdagangan berasaskan hasil buaya seperti kulit dan daging. Sekali gus membendung eksploitasi tanpa kawalan serta menangani penjualan haram yang masih berleluasa di media sosial dan platform digital.
Datuk Speaker, Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar kekal komited…
Yang Berhormat Tamparuli, sila duduk dulu.
Saya kasih habis sekejap. Datuk Speaker, Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar kekal komited dalam menangani konflik manusia dan buaya di Sabah. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan menyeluruh melalui operasi bersepadu, pengeluaran lesen memburu untuk mengawal populasi, program kesedaran, pemasangan papan tanda amaran, kajian saintifik pelaksanaan projek perintis di Batu Putih, Kinabatangan.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Komitmen Kerajaan dalam hal mempertahankan hidupan liar yang terlindung ini kita terima dan kita juga menerima komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ancaman buaya ini. Di kawasan saya di Tuaran, termasuk juga di Tamparuli memang sudah sampai tahap di mana kita tidak boleh turun di sungai sudah. Sungai Topokon, kita tidak boleh. Rakyat tidak masuk sana sudah sebab dia takut buaya dan memang sering ada yang sudah terkena dan sebagainya. Jadi, apakah langkah-langkah yang disebutkan sebentar tadi mampu untuk menangani perkara ini atau kita mempunyai langkah-langkah untuk memastikan buaya ini sama ada dia lari, tiada di situ, ataupun bagaimana kita pastikan supaya hal-hal operasi menembakkah ataupun bagaimana mengikut peraturan undang-undang atau bagaimana kita menangani apabila ada pengusaha seperti di Tuaran kita ada Taman Buaya. Sebab banyak rakyat mengandaikan bahawa ada yang terlepas daripada taman ini. Anak-anaknya dan sebagainya. Sebab saban tahun ia meningkat. Sehinggakan pada masa di mana kita ada operasi mencari orang yang hilang sebagai contoh. Pihak polis pun, dia terganggu. Bot yang dinaik oleh polis pun terganggu dengan buaya di Sungai Tuaran dan sebagainya. Jadi bagaimana sebaik-baik mungkin supaya masalah ini betul-betul dapat ditangani? Betul-betul under control? Terima kasih.
Terima kasih rakan daripada Tamparuli. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, kita mempunyai SOP dan cara-cara untuk mengatasi masalah konflik manusia dan juga buaya ini. Jadi antara lain yang kalau boleh saya sebutkan tadi ialah kita benarkan yang betulnya pemburuan tapi dengan syarat memohon permit daripada pihak Jabatan Hidupan Liar. Bermakna, mana-mana individu yang berhasrat untuk sama ada bentuk untuk mengawal ataupun mengurangkan kehidupan buaya ini, boleh memohon secara dengan Jabatan Hidupan Liarlah.
So, kita akan berikan, memang that’s why dia diletakkan di bawah Jadual 2. Bermaknanya boleh dihapuskan tetapi dengan syarat mesti memohon permit yang untuk tujuan pengawalan. So, maknanya antara lain dan di samping itu kita juga mengadakan sesi kursus, penerangan kepada orang kampung untuk bagaimana
mereka menghadapi situasi-situasi seumpama ini dan juga meletakkan contohnya macam saya sebut tadi amaran di tempat-tempat yang selalu berlakunya kejadian ini. Datuk Speaker, menyentuh berkaitan konflik manusia dan gajah pula. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan terutamanya Yang Berhormat N.61 Segama, Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan penduduk setempat. Khususnya susulan insiden tragis yang telah berlaku di Ladang Bagahak 2, Jalan Tungku, di mana seorang pekebun kecil kelapa sawit berumur 69 tahun telah meninggal dunia.
Bagi menangani konflik manusia gajah ini, Kerajaan melalui Jabatan Hidupan Liar telah melaksanakan beberapa langkah strategik, termasuklah pemantauan pergerakan gajah melalui pemasangan kolar GPS, pemasangan pagar elektrik di kawasan hotspot konflik, serta penubuhan dan latihan pasukan pengiring gajah melibatkan komuniti setempat bagi respon yang lebih pantas.
Selain daripada itu, program kesedaran awam turut dilaksanakan dan kerjasama dengan pemegang taruh dijalankan melalui projek perintis penanaman sumber makanan gajah bagi mengurangkan kemasukan gajah ke kawasan penempatan. Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti setempat, pihak ladang dan agensi berkaitan bagi memastikan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan demi keselamatan rakyat serta pemuliharaan gajah di Sabah.
Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan serta mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya yang berhadapan dengan isu berkaitan hidupan liar, untuk menjadi warden kehormat di setiap kawasan yang diwakili di bawah Enakmen Hidupan Liar bagi memastikan kita dapat bekerjasama dalam menangani masalah konflik manusia dan juga hidupan liar.
Yang Berhormat Menteri. Speaker. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal konflik gajah dan manusia. Dalam hal ini, di mana gajah-gajah yang terlepas ke kawasan pekebunan ataupun ladang masyarakat kampung dan menyebabkan kerosakan terhadap tanaman mereka. Sebagai contoh,
ada di antara pekebun kecil kelapa sawit yang sebelum ini mendapat bantuan daripada MPOB, tanam semula tetapi akhirnya benih-benih tersebut habis rosak dan mereka ini dikenakan apa kena membayar balik apa itu apa tanaman semula itu. Adakah satu langkah ataupun inisiatif daripada Kementerian untuk meringankan beban pekebun kecil ini disebabkan satu, mereka sudah kehilangan sumber pendapatan, kedua, mereka juga masih terpaksa membayar semula benih-benih tersebut kepada MPOB. Mungkin ada perundingan boleh dibuat oleh MPOB supaya kena apa, dikecualikankah ataupun digantikan bibit barukah apa? Whatsoever. Terima kasih.
Terima kasih, ADUN Tungku. Seperti yang saya maklumkan pada Yang Berhormat pada satu ketika dulu, Kementerian memang ada menyediakan, bukan Kementerian, tetapi melalui kita Kerajaan, pihak Kerajaan melalui NRES ada menyediakan bantuan. Tapi kita perlukan detail penama dan jumlah berkenaan…
Ada siasatanlah untuk kita memastikan bantuan itu adalah genuine okey, so maknanya ada boleh kita ni.
Datuk Speaker, so saya jemputlah kalau boleh mana-mana rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang bersedia untuk membantu dalam menangani masalah gajah dan masalah buaya.
Kita lantik sebagai Warden Kehormat Hidupan Liar di bawah Enakmen Hidupan Liar. Peranan ini akan memberi peluang kepada Yang Berhormat memahami dengan lebih dekat cabaran pengurusan hidupan liar di lapangan di samping memperkukuh penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat setempat.
Datuk speaker, Yang Berhormat N.16 Karambunai ada membangkitkan berhubung perancangan Kerajaan Negeri terhadap Pulau Sepanggar sebagai pulau
pelancongan.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara geografinya Pulau Sepanggar terletak di dalam Bandar raya Kota Kinabalu yang mana promosi dan pemasaran sektor pelancongan di kawasan pusat bandar raya ini merangkumi keseluruhan produk-produk kawasan bandar raya termasuklah Pulau Sepanggar. Bagi memperkasa lagi potensi ini, Kementerian bersama Lembaga Pelancongan Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sememangnya sedang merangka satu lagi inisiatif kebolehlaksanaan Pulau Sepanggar, iaitu untuk dijadikan sebagai aktiviti pelancongan berasaskan kembara adventure tourism dengan memberi penekanan kepada penglibatan komuniti setempat agar manfaat ekonomi dapat dinikmati secara langsung oleh penduduk Pulau Sepanggar. Datuk Speaker, Yang Berhormat N.21 Luyang telah mencadangkan keperluan untuk meneroka produk pelancongan yang lebih moden dan dinamik bagi memperkukuh pelancongan domestik serta menarik lebih ramai pelancong dari negara jiran. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan bersetuju bahawa usaha mempelbagaikan serta menginovasikan produk pelancongan adalah penting bagi memastikan sektor ini kekal relevan, berdaya saing dan responsif terhadap perubahan tren pasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini memangnya telah diambil perhatian dan merupakan antara agenda utama Kementerian dalam Rancangan Malaysia Ke-13 khususnya dalam memperkasa pembangunan produk pelancongan yang berimpak tinggi dan berasaskan pengalaman. Cadangan Yang Berhormat akan diteliti secara lebih menyeluruh oleh Kementerian bagi memastikan pelaksanaannya dapat memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri serta memenuhi keperluan pasaran semasa.
Datuk Speaker, ADUN N.56 Tanjong Papat telah membangkitkan perkara berkaitan pembangunan infrastruktur serta usaha promosi pelancongan di Sandakan, untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Sandakan hingga ke Kinabatangan merupakan antara destinasi pelancongan yang popular khususnya dalam kalangan pelancong dari Eropah dan Australia berikutan kekayaan biodiversiti dan nilai warisan yang unik. Dari segi strategi promosi dan pemasaran, Sandakan diposisikan sebagai destinasi berteraskan alam semula jadi dan warisan sejarah yang melengkapi Kota Kinabalu sebagai pintu masuk utama serta Semporna sebagai
destinasi pulau dan selaman. Pendekatan ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan limpahan ekonomi pelancongan tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi turut memberi manfaat kepada kawasan luar bandar termasuk kampung dan daerah.
Sehubungan itu, Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah telah melaksanakan pelbagai inisiatif promosi dan pemasaran, antaranya, 1.
Penyertaan dalam pameran pelancongan domestik dan antarabangsa seperti MATTA Fair, World Travel Market, ITB Berlin dan OTM Mumbai dengan penglibatan aktif pemain industri daripada Sandakan.
2.
Penganjuran lawatan suai kenal (familiarization trip) melibatkan media, pempengaruh dan ejen pelancongan dengan enam lawatan dirancang ke Sandakan pada tahun 2026.
3.
Pelaksanaan kempen digital serta sokongan kepada produksi pengembaraan bagi meningkatkan capaian promosi destinasi.
4.
Sokongan kepada penganjuran acara pelancongan berimpak tinggi seperti Hari Peringatan ANZAC, Hari Peringatan Sandakan, Borneo Sevens Rugby Tournament, Sepilok Jazz Festival dan Borneo Bird Festival. Promosi kepada segmen pasaran berprofil tinggi melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa seperti National Geographic dan Abercrombie & Kent yang menjadikan Sandakan sebagai sebahagian daripada itinerari pelancongan eksklusif. Datuk Speaker, sebagai persediaan ke arah Tahun Melawat Sabah 2027, Lembaga Pelancongan Sabah turut menyelaras kalender pelancongan khas bagi daerah Sandakan bagi memudahkan pelancong mendapatkan maklumat berkaitan acara dan perayaan tempatan.
Datuk Speaker, dari segi pembangunan infrastruktur, sebanyak RM2.15 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 dan RM5.5 juta pada tahun 2025 bagi menaik taraf kemudahan pelancongan di Sandakan. Peruntukan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk kemudahan asas, aksesibiliti, papan tanda, serta penambahbaikan lokasi tumpuan pelancong secara menyeluruh.
Bagi perancangan akan datang, Kementerian akan terus meneliti keperluan pembangunan produk ekopelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, termasuk aspek penaiktarafan kemudahan, penjenamaan serta pembangunan pakej pelancongan bagi memastikan Sandakan terus kekal sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan lestari. Datuk Speaker, Yang Berhormat N.64…
Minta izin, Menteri, ya terima kasih atas penjelasan tadi, memang sangat jelas ada yang berapa bajet pun ada disentuhkan dan saya ada beberapa cadangan yang mungkin lebih sesuai kepada cadangan, iaitu untuk for in general, branding for tourism in Sandakan boleh dibuat macam premium ecotourism, tapi increase popularitylah. So, branding itu, package itu Sandakan sebagai premium ecotourism, macam tempat YB pun sana pun premium. So, satu package kasi orang luar tourism tau kita sini premium. That's one thinglah. Kedua, saya pun ada, ditarik juga itu digital tourism, attract tourism melalui itu KOL, influencer. Saya pun nampak ada juga, ini satu cara yang baguslah, supaya tarik itu pelancong-pelancong dari viewer dululah dan satu lagi, satu cadangan adalah cultural homestay. Maksud homestay, biasa homestay macam di apartmen ke atau rumah kan? Ini cultural homestay ialah terus di kampung-kampung yang sedia ada. Ini satu, saya bagi satu contoh, iaitu Pulau Tanjung Aru, bukan Tanjung Aru di depan itulah, Tanjung Aru di Sandakan, iaitu mereka ada satu, beberapa rumah, mereka convert ke homestay tapi masih maintain itu culture yang tempat-setempat. Mereka kasih jamukan makanan yang setempat, sama juga boleh apply ke mana-mana tempatlah. Terima kasih.
Ya, terima kasih YB. Itu semua memang sudah kita laksanakan. In fact, even in my
area, di Sukau, untuk kampung mengusahakan homestay, di mana mereka boleh menggayakan hidup…
Budaya orang Sungai, makan pun di rumah.
Betul, saya setuju ini. Satu saja, I need tiada satu, mungkin saya punya lebih kritis sikit, mungkin tiada satu clear guideline by the government. Clear guideline, satu guideline yang untuk siapa yang mau majukan ini bidang. Kalau ada grantkah untuk atau satu.
We have, we have. MOTAC actually ada. Even pengeluaran lesen kebenaran pun adalah daripada MOTAC untuk membenarkan penggunaan sesebuah rumah. Jadi, of course dari segi bantuan dan juga perancangan adalah memang ada tersedia. Ok, terima kasih.
Ok.
Terima kasih. Datuk Speaker, Yang Berhormat N64 Sulabayan. Rakan baik saya telah membangkitkan perkara yang berkaitan penaiktarafan jeti pelancongan. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian saya telah pun mengemukakan permohonan di bawah Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tujuan menaik taraf jeti pelancongan sedia ada di Kampung Bangau-Bangau milik Majlis Daerah Semporna.
Permohonan ini telah pun diangkat ke perhatian Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC dan Kementerian berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan serta meluluskan cadangan ini memandangkan keperluan mendesak untuk menaik taraf jeti tersebut sejajar dengan peningkatan aktiviti pelancongan ke pulau-pulau sekitar Semporna.
Sekiranya penaiktarafan ini diluluskan, ianya akan menjadi one-stop jetty dan memudahkan untuk memantau pergerakan pelancong dan keselamatan lebih terjamin.
ADUN Yang Berhormat N.66 Bugaya ada mencadangkan untuk membangunkan pusat informasi dan premis pejabat pos. Untuk makluman dari N.66 Bugaya dan Dewan yang mulia ini, Kementerian akan melihat perkara ini dan akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Semporna selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Daerah untuk meneliti dan melihat keperluan perkara ini di peringkat daerah.
Datuk Speaker, Yang Berhormat dari N.64 Sulabayan dan N.66 Bugaya ada membangkitkan berhubung premis-premis penginapan dan resort yang beroperasi tanpa lesen di daerah Semporna. Untuk makluman Yang Berhormat dari N.64 Sulabayan dan dari N.66 Bugaya serta Dewan yang mulia ini, Kementerian saya sedar sepenuhnya dan memandang serius akan kewujudan premis penginapan serta resort yang beroperasi di daerah Semporna.
Atas sebab itu, selaras dengan Dasar dan Hala Tuju Jawatankuasa Task Force bagi menangani isu pelancongan di Semporna, Majlis Daerah Semporna telah melaksanakan tindakan pemutihan premis penginapan dan resort. Data direkodkan sehingga 16 April 2026 menunjukkan terdapat 190 premis penginapan yang dikesan beroperasi di daerah tersebut. Namun, amat mendukacitakan apabila hanya 46 premis, iaitu lebih kurang 24 percent saja yang didapati beroperasi secara sah. Manakala baki 144 premis, iaitu 76 persen, lagi dikesan beroperasi tanpa lesen atau pendaftaran yang sah. Bagi memastikan industri ini berkembang secara teratur, Kementerian melalui Jawatankuasa Task Force telah mengklasifikasikan premis-premis ini kepada tiga kategori utama demi tindakan susulan yang lebih efektif: Senarai Putih ataupun White List melibatkan 46 premis yang telah mematuhi sepenuhnya peraturan termasuk memiliki kelulusan sijil siap dan pematuhan CCC. Dalam proses perlesenan in progress merangkumi 62 premis yang walaupun belum berlesen namun telah menunjukkan kesungguhan dengan memulakan proses permohonan plan pembangunan atau bangunan.
Tiada tindakan (No progress), melibatkan 82 premis yang langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mendapatkan lesen.
Datuk Speaker, kita memahami bahawa pertumbuhan premis-premis ini didorong oleh permintaan pelancong yang semakin melonjak tinggi rakyat Sabah terutamanya di Semporna.
Sememangnya bijak merebut peluang ekonomi ini, namun pertumbuhan yang cendawan tumbuh selepas hujan ini wajib kita kawal selia dengan secekapnya bagi mengelakkan risiko keselamatan dan memastikan manfaat ekonomi benar-benar sampai kepada rakyat tempatan di samping menjaga reputasi baik-baik industri pelancongan.
Kementerian bersetuju dengan kebimbangan yang dibangkitkan mengenai kerugian ekonomi yang nyata akibat pembayaran pakej pelancongan di luar negara sebelum ketibaan pelancong.
Sebagai salah satu usaha Kerajaan mengatasi ketidakseimbangan ini, saya telah mengarahkan Lembaga Pelancongan Sabah STB untuk hanya mempromosikan 46 premis yang sah ini. Langkah ini bukan sekadar promosi tetapi satu bentuk pendidikan kepada pelancong antarabangsa agar tidak terpedaya dengan operator haram. Sekali gus, memaksa pengusaha berdaftar secara sah jika ingin menikmati faedah promosi daripada Kerajaan. Terima kasih. Datuk Dr.
Datuk Speaker, terima kasih. Pertama saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri setelah perkara ini berbangkit. Bukan saja kita yang membangkitkan tetapi di media sosial pun dibangkitkan cuma nak tambahan lagi, keadaan di Semporna ini yang tumbuh macam cendawan ini, sebahagian menggunakan nama Inap Desa ataupun homestay. Ini yang berlaku, saya yakin dia tidak perlu lesen. Ini yang perlu dijelaskan sebab kalau Inap Desa ini yang kita tahu sebuah rumah, jadi ada bilik tambahan. Itu Inap Desa, yang dulu di bawah Kementerian Luar Bandar dulu. Jadi kebanyakan di Semporna ini, kemungkinan yang tidak perlu lesen ini dia gunakan nama Inap Desa ataupun homestay. Ini yang keadaan dia berlaku dulu masa saya Menteri, pernah saya suruh keadaan ini diselidik balik supaya diperbetulkan. Terima kasih banyak.
Terima kasih, rakan daripada Sulabayan, memang itulah hakikatnya dan yang menyedihkan Inap Desa ini adalah macam menjalar, jadi mengakibatkan soal keselamatan dan sebagainya. Jadi kita, tujuan kita buat task force ini adalah untuk legalize, kita berikan tempoh yang secukupnya untuk mereka datang, come dan kita akan, saya akan sendiri akan membuat kertas makluman kepada Kabinet tentang laporan yang kita dapati dan mohon agar kita membantu pengusaha yang berada di Semporna ini tapi dengan syarat mestilah genuine orang kitalah, tempatanlah. Kalaupun ada usaha sama itu soal kedua, tetapi yang pasti lesen mesti dipohon dan dimiliki oleh pengusaha-pengusaha yang terbabit.
Datuk Speaker, objektif utama program pembuktian ini adalah untuk mencari jalan bagi melegalisasikan, legalize premis dan sebagai pemudah cara dalam membantu para pengusaha resort agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun demikian sebahagian besar pengusaha masih belum tampil ke hadapan untuk mengemukakan permohonan pengesahan. Sehubungan itu, memandangkan perkara ini melibatkan kuasa pelbagai Kementerian dan agensi, Kementerian saya akan mendapatkan hala tuju selanjutnya daripada Jemaah Kabinet berhubung tindakan seterusnya terhadap premis-premis yang masih belum mengambil langkah untuk mengusahakan operasi mereka. Pendekatan ini penting bagi memastikan aspek pematuhan … .
Keselamatan serta kualiti perkhidmatan dalam sektor pelancongan terus terjamin. ADUN, Datuk Speaker, Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong telah membangkitkan isu impak krisis.
Datuk Speaker.
Geopolitik di Timur Tengah serta mencadangkan agar strategi pelancongan disesuaikan termasuk pelaksanaan insentif.
Datuk Speaker, dengan izin kalau boleh, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya tunggu lama dalam ucapan perbahasaan saya, saya tunggu. Tidak apa, saya sabar orangnya, sabar, kena tunggu bila dia jawab ini. ADUN 66, ADUN 64 dia jawab. Karambunai pun dia jawab. 65 punya ADUN, punya soalan, tidak dijawab. Ada beberapa soalan yang saya bangkitkan. Kalau ada di situ, dijawab, saya akan tunggu. Ada? Ada? Ada?
Ada, ada.
Okey.
Okey, ya. Dengan izin, Datuk Speaker. Datuk Speaker, Yang Berhormat Senallang telah membangkitkan isu berhubung kadar RM70.00 yang telah dikutip di kawasan Taman-taman Sabah.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Taman-taman Sabah tidak mengenakan sebarang fee ke atas bilik penginapan yang beroperasi di dalam kawasan taman. Sebaliknya, kutipan yang dilaksanakan oleh Taman-taman Sabah adalah dalam bentuk fee kemasukan ataupun entrance fee yang digunakan bagi tujuan pengurusan, pemeliharaan dan konservasi kawasan taman marin. Manakala, ringgit charge, ringgit RM70.00 yang disebut oleh Yang Berhormat, sebenarnya merupakan bayaran yang dikenakan oleh Majlis Daerah Semporna kepada pemilik premis di bawah peruntukan Enakmen Pihak Berkuasa Tempatan dalam kategori kelas kedua.
Hanya apa yang saya bangkitkan agak membebankan mereka setiap bilik itu di charge 70%. Ini maklumkan kepada saya oleh pihak pengusaha yang ada. Ya, Jangan dilakukan oleh Taman-taman Sabah. Pulangan kepada pihak-pihak.
Senallang, itu bukan anu bukan taman itu. Itu bawah Majlis Daerah. Under.
Okey, Majlis Daerah, tidak apa. Kalau ia yang salah, saya mohon maaf. Tapi, saya difahamkan oleh pelancong, bila saya tanya yang peniaga ini. Sama ada collection is done by them. Manakala di Kota Kinabalu, di tempat lain, cuma RM10.00 sahaja. Ada perbezaan dia. RM10.00 di sini, di Semporna RM70.00.
Jadi, ini yang saya bangkitkan tentang perkara ini. Bagaimana untuk dalam keadaan peperangan yang berlaku dan ini membebankan pihak pengusaha yang ada. Bagaimana mengurangkan bebanan pengusaha yang ada. Sedang mereka juga beroperasi dengan dieselnya, pengangkutannya dan di samping itu, saya juga difahamkan Yang Berhormat Menteri, sama ada Kementerian sedar ataupun tidak. Pihak pelancong asing ini bukan setakat menggunakan premis. Saya sudah bangkit, ya, tentang di mana premis-premis tanah-tanah CL dan NT yang ada ini. Ya? Juga, ada kerjasama dengan penduduk tempatan. Sama ada Kementerian Pelancongan sedar ataupun tahu tentang perkara ini.
Kebimbangan saya, pasal saya buat tinjauan di kampung-kampung. Pergi Bugaya, kadang-kadang tulisan. Ini milik. Saya nampak tulisannya itu. Memang ini pelancong daripada China ini. Ya, bergabung. Mereka mendapat mungkin yuran RM20 ribu, RM30 ribu ataupun sewaan, yang mereka fikirkan sewaan. Kena membimbing umat. Mungkin mereka memikir duit saja. Tapi tanah ini, sama ada NT, sama ada CL. Kalau dia pelancong, pelanconglah. Kalau dia peniaga, joint venture. Kena ada perjanjian. Saya bimbang nanti besok, 20 tahun akan datang itu akan menjadi milik mereka. Bukan lagi milik orang Semporna itu dan ini yang kebimbangan saya.
Bus operation, sama ada Kementerian juga sedar. Ya, tentang bus operator, Datuk Speaker. Sekarang ini pelancong-pelancong menggunakan kenderaan mereka sendiri, pelancong ini. There is no return to usahawan tempatan di Sabah. Saya berjumpa dengan 30 orang pelancong, apa ini, kita punya pengusaha tempatan yang diketuai oleh Uncle Chang, ya. Mereka datang ke rumah saya, membangkitkan persoalan-persoalan bukan hanya sewa yang saya bangkitkan tadi itu, bahkan juga dari segi sampingan perniagaan itu, yang dilakukan.
Perkara ini juga saya bangkitkan dengan Menteri Kewangan II Malaysia. Pasal mereka bila membayar, manfaat dia untuk sayur, mungkin petani dapat. Untuk nelayan, ikan mungkin dapat.
Tapi bila menggunakan pembayaran, mereka menggunakan Alipay. Nothing to do with credit card di Malaysia. This is another area, bukan saya nak tuduh, kemungkinan money laundering. Ini yang saya bimbang, kita kena buat kajian mendalam dan saya berharap Yang Berhormat Menteri Pelancongan, bagilah tumpuan ke Semporna ini.
Pulau yang terindah, di Semporna. Saya tahu, tadi banyak cerita tentang gajah, tentang buaya, pihak Karambunai. Tapi, Semporna ini pelancongan yang ada 3,000 untuk Yang Berhormat. Makluman, dalam seminggu, musim season dia ada. Ada season, ada itu-itu, itu. Musim bulan empat, bulan lima, kalau tidak ada season, mengurang.
Cuma saya minta kerjasama, bantuan kepada pelancongan, apa ini pengusaha-pengusaha yang ada. Kerana saya dipahamkan minta peruntukan, saya minta peruntukan dengan Menteri Persekutuan, YB Menteri diturunkan tidak pun, ya dan mereka ini saya minta kepada Yang Berhormat meninjau, turun ke bawah, lihat secara terperinci, di mana yang mereka memerlukan, kerana sampingannya bukan kepada pihak pelancong, kepada negeri Sabah juga, hasil, kerana sektor pelancongan yang ketiga terbesar di negara Malaysia ini. Terima kasih banyak.
Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Senallang. Okey, untuk menyentuh tentang bayaran tadi, yang betulnya bagi penginapan di daerah Semporna, yang terletak di
luar kawasan Taman-taman Sabah, kadar yang dicharge oleh Majlis Daerah Semporna adalah pemilik, adalah ke, Semporna kepada pemilik adalah merujuk kepada Semporna District Council, Hotel and Lodging Houses by Law 1981 yang terbagi kepada tiga kategori seperti berikut.
Yang pertama, Kelas 1, RM100.00 per bilik sebulan. Penginapan yang mempunyai bangunan dan kawasan sendiri dan menyediakan pelbagai fasiliti perkhidmatan yang dikategorikan sesuai mengikut kelasnya. Yang kedua, Kelas 2, RM70.00 per bilik sebulan, penginapan yang mempunyai bangunan sendiri dan fasiliti perkhidmatan yang dikategorikan sesuai mengikut kelasnya dan yang ketiga, RM20.00 per bilik sebulan, penginapan dalam bangunan kedai tanah dan lain-lain yang menyediakan perkhidmatan inap sahaja. So, this, inilah antara cas yang dikenakan oleh PBT, Majlis Daerah Semporna.
Dengan izin, Datuk Speaker. Kalau boleh, saya, saya, sama ada dia untuk tidak membebankanlah pelancong, apa ini, pengusaha-pengusaha ini. Bolehkah pihak kerajaan, bukan setakat kalau tidak boleh, hapuskan dia.
Saya akan bawa bincang dengan Kementerian berkenaan.
Okey, kalau tidak hapuskan dia. Kalau tidak pun, kurangkan. Seperti apa yang berlaku di Sarawak dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, di mana kerajaan, premises belong to the state government. Mereka terus, dia bagi tahu, kecualikan dari pembayaran sementara, bersifat sementara. Bukan kita minta seumur hidup, tidak, ya. Mungkin oleh kerana peniaga ini berhadapan dengan masalah pada hari ini.
YB ADUN Senallang, saya akan membawa ke pengetahuan menteri yang berkaitan. Mana sudah tu ah? Hilang sudah. Okey, mahu habis sudah ini. Sri Tanjong 22.
Datuk Speaker, macam saya sudah baca tadi, objektif utama program pungutan ini adalah untuk mencari jalan bagi melegalisasikan premis dan sebagai pemudah cara dalam membantu para pengusaha-pengusaha resort agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun demikian, sebahagian besar pengusaha masih belum tampil ke hadapan untuk mengemukakan permohonan pengusahaan.
Sehubungan dengan itu, memandangkan perkara ini melibatkan bidang kuasa pelbagai kementerian dan agensi, Kementerian saya akan mendapatkan hala tuju selanjutnya daripada jemaah, Jemaah Kabinet berhubung tindakan seterusnya terhadap premis-premis yang masih belum mengambil langkah untuk mengesahkan operasi mereka.
…pendekatan ini penting bagi memastikan aspek pematuhan, keselamatan, serta kualiti perkhidmatan dalam sektor pelancongan terus terjamin. Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong telah membangkitkan isu impak krisis geopolitik di Timur Tengah, serta mecadangkan agar strategi pelancongan disesuaikan termasuk pelaksana insentif seperti pemberian voucher hotel bagi menggalakkan pelancongan domestik.
Lebih dahulu saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan tempoh Taman, Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga 2027.
Keputusan ini diyakini akan memberi ruang tambahan untuk memperkukuh strategi promosi serta memberikan limpahan positif kepada Kempen Tahun Melawat Sabah.
Untuk makluman Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong, seperti mana yang saya telah nyatakan dalam ucapan pengumuman saya tadi, Kementerian saya akan meneliti dan telah merancang beberapa langkah intervensi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan kemampanan sektor pelancongan.
Dan saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat N.69 untuk menggalakkan percutian kepada orang tempatan melalui voucher hotel.
Perkara ini saya akan angkat ke perhatian Lembaga Pelancongan Sabah sebagai salah satu alternatif bagi menyokong industri ini. Kementerian komited untuk terus menyesuaikan strategi pelancongan selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan sektor ini kekal berdaya tahan inklusif dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Datuk Speaker, mengenai saranan dan soalan Ahli Sri Tanjong.
Izin Sri Tanjong, boleh mencelah.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh YB Menteri dan terima kasih juga kerana menyambut baik cadangan saya tentang bagaimana mempergiatkan ekonomi, khususnya dalam Sektor Pelancongan di Sabah.
Saya ada satu lagi cadangan, YB Menteri. Kemelut ataupun konflik yang sedang berlaku di West Asia ataupun di Middle East ini sebenarnya telah pun discourage orang dari Australia, orang dari India untuk melancong ke West Asia ataupun Eropah sana.
Jadi adakah pihak Kementerian akan pergi ke Australia dan India supaya boleh memasarkan Sabah sebagai satu destinasi alternatif sebab saya lihat statistik yang ada.
Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Sabah Tourism Board sebenarnya kita ada pelancong dari India. Tak silap saya, ada 5,000kah? Dan juga kita ada pelancong dari Eropah.
Jadi, orang-orang ini kalau mereka tidak nak melancong ke tempat lain mungkinlah Sabah boleh menjadi pilihan alternatif mereka dalam krisis yang kita tidak tahu bila akan berhenti. Terima kasih.
Terima kasih pandangan daripada Sri Tanjong, kita ambil maklum. Dan sebenarnya memang kita juga bercadang untuk membuat usaha engagement, penembusan
pasaran baru antaranya adalah salah satu disebut adalah yang negara India. Kementerian juga giat meneroka pasaran baru berpotensi tinggi seperti India. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuklah penyertaan dalam acara B2B antarabangsa seperti OTM India, kerjasama dengan Royal Brunei Airlines dan Tourism Malaysia, keempat perbincangan strategik dengan Scoot Airlines bagi akses India Selatan serta usaha menarik penerbangan terus melalui IndiGo. Langkah ini bertujuan mempelbagaikan sumber pasaran pelancong dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.
Datuk Speaker, mengenai saranan dan soalan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya berikan penjelasan, Kementerian saya akan memberi jawapan secara bertulis dalam jangka masa yang terdekat.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bekerja, Selamat Hari Kaamatan dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Dengan ini saya menyokong. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar atas ucapan penggulungan yang disampaikan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Silakan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya dengan penuh hormat dan takzimnya turut menjujung kasih di atas perkenaan Tuan Yang Terutama Yang di-Petua Negeri Sabah menzahirkan Ucapan Dasar Kerajaan di Dewan yang mulia ini pada 23 April 2026 bersamaan hari Khamis yang lepas menggariskan pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar terutama sekali penyediaan prasarana asal, utiliti kepada semua rakyat jelata.
Seterusnya, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas daya usaha berterusan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang kita kasihi ADUN Sulaman untuk membangun negeri ini sama ada pembangunan ekonomi, pendidikan
atau pembangunan penyediaan prasarana kepada rakyat di samping bantuan perumahan dan lain-lain bantuan kepada rakyat jelata negeri ini. Saya juga menyokong kepimpinan dan pendekatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam usaha mendapat hak serta pembayaran ke atas hak 40% Sabah dengan secara diplomatik sebagai keluarga besar negara tanpa memilih berkonfrontasi dengan pihak Kerajaan Persekutuan kerana dengan cara perbincangan adalah lebih berkesan sejajar dengan Dasar Kerajaan. Tuan Speaker, sejajar dengan Dasar Kerajaan iltizam Kementerian untuk membantu Kerajaan mensejahterakan rakyat, mewujudkan bekalan air alternatif kepada rakyat yang belum menikmati bekalan air Kerajaan. Selain daripada itu, membantu rakyat agar bekalan elektrik juga dilaksanakan secara bersepadu. Justeru itu, Kementerian berhasrat untuk menyelaras, membaik pulih Jalan-jalan Perhubungan Desa (JPD), iaitu dari simpang jalan utama ke kawasan perkampungan. Usaha ini adalah demi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam pelaksanaan utiliti di semua kawasan luar bandar kelak.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan selama tiga hari. Kementerian ini amat menghargai setiap isu, teguran dan cadangan konstruktif yang telah dikemukakan sama ada menyentuh mengenai kemudahan asas prasarana, asas kesejahteraan, perumahan mahupun keberkesanan tadbir urus badan JKK.
Tuan Speaker, sebelum saya memberi maklum balas isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi perbahasan, saya ingin mengambil peluang untuk menjawab berkenaan status terkini cadangan pembinaan baharu Pejabat Daerah Kota Belud. Untuk makluman Yang Berhormat N.10 Usukan, pembinaan baharu, Pejabat Daerah Kota Belud di Kampung Baru, KM 1, Jalan Ranau Bypass ketika ini adalah dalam status reka bentuk, iaitu pencapaian pelaksanaan sebanyak 30%. Satu tali…
… mengenai reka bentuk pejabat tersebut telah diadakan pada 13 April 2026 yang lalu, oleh pihak JKR kepada Pejabat Daerah Kota Belud. Pembinaan tersebut dijangka akan dimulakan pada Januari 2027, dengan tempoh penyiapan selama 30 bulan. Pelaksanaan projek ini dijangka siap pada Jun 2029. Pertukaran siling bagi pembinaan bangunan ini adalah sebanyak RM13 juta.
Tuan Speaker, seterusnya adalah berkenaan status cadangan pembinaan jalan pesisir pantai dari kampung, ke Kampung Tambisan yang diutarakan oleh Yang Berhormat N.60 Tungku. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya, JKR Sabah, terdapat dua projek Kerajaan Persekutuan yang telah dicadangkan dalam Rolling Plan Ke-2, Rancangan Malaysia Ke-13, (RP2) (RMK13). Cadangan projek tersebut melibatkan jalan dari kampung ke Kampung Tandu dan dari Kampung Tandu ke Kampung Tambisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, N.60 Tungku, seterusnya pihak JKR telah mencadangkan jalan baharu di pesisir pantai DUN Tungku, iaitu naik taraf jalan dengan mengikut ke Tandu, iaitu sepanjang 10 km dengan spec standard R2, dengan anggaran kos sebanyak RM37,200,000 sahaja. Naik taraf jalan Tandu Sahabat 16 ke Lok Buani Tangkupi Tambisan, iaitu sepanjang 70 km dengan spec standard R2 dengan anggaran kos sebanyak RM254,050,000. Walau bagaimanapun, perancangan kedua projek tersebut belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi. Maknanya, di pihak JKR telah mengemukakan permohonan mereka.
Tuan Speaker, izinkan saya meneruskan jawapan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Yang Berhormat N.30 Bongawan, agihan kuota rumah SMJ setiap kawasan DUN adalah sebanyak 50 unit. Oleh itu, kelulusan permohonan rumah SMJ
di kawasan Ahli Yang Berhormat adalah tertakluk kepada kuota tersebut.
Sehubungan itu, satu jawatan kuasa pemilihan kepada senarai permohonan program rumah SMJ, adalah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di setiap daerah, untuk memuktamadkan permohonan yang memenuhi kriteria kelayakan. Pada tahun ini, pelaksanaan program Rumah SMJ telah dimulakan seawal bulan Januari dari penerimaan permohonan, pemilihan oleh jawatankuasa sehinggalah project kickoff di peringkat daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat dari Bongawan, kriteria pemilihan penerima program Rumah Mesra SMJ adalah seperti berikut:
Yang pertama, mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia atau Orang Kelainan Upaya, yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, atau pemilik rumah daif ataupun tidak memiliki rumah sendiri, dan juga golongan belia baharu kahwin. Maknanya, kalau ada belia yang baharu kahwin pada tahun ini, dia boleh bertuah dapat rumah, dengan syarat dia adalah layak mengikut menurut kriteria yang telah ditetapkan. Dan seterusnya, ianya haruslah diperakukan oleh Focus Group. Focus Group itu adalah setiap pejabat daerah.
Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, N.16 Karambunai, berkenaan isu pembinaan Rumah Mesra SMJ yang terbengkalai. Setakat ini, sebanyak 75 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah siap dibina di kawasan DUN Karambunai, bagi tempoh tahun 2022 sehingga tahun 2025. Walau bagaimanapun, sebanyak 25 unit rumah masih dalam perlaksanaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 unit dikenal pasti terbengkalai dan kini dalam proses pelantikan kontrak baharu, manakala baki 13 unit lagi sedang dalam pelaksanaan. Seterusnya, saya menghargai pandangan Ahli Yang Berhormat N.64 Sulabayan yang amat konstruktif, berhubung peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sentiasa komited untuk memperkasa badan JKKK sebagai jentera utama di peringkat akar umbi. Kenaikan elaun pengerusi adalah sebagai pengiktirafan, terhadap tanggungjawab yang
semakin mencabar, selaras dengan peranan mereka dalam aspek pembangunan dan juga keselamatan kampung. Kementerian mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat dan bersetuju untuk memastikan hanya individu yang benar-benar berkelayakan sahaja, berwibawa dan bertanggungjawab dilantik dan melaksanakan penilaian berkala serta akauntabiliti, bagi memastikan JKKK terus relevan dan berfungsi dengan baik.
Kementerian saya mengambil maklum berkenaan keperluan bekalan air bersih dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar. Yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari N.57 Kuamut, N.64 Sulabayan, N.45 Sook, N.58 Lamag, N.1 Banggi, N.61 Segama dan N.41 Liawan.
Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian ini akan meneliti dan menyelaras cadangan, kampung-kampung mengikut keutamaan termasuk kampung-kampung di setiap daerah di negeri ini. Saya ingin menjelaskan bahawa peruntukan RM4.06 bilion, yang dimaksudkan adalah untuk Bekalan Air Luar Bandar (BALB) iaitu pelaksanaan sepanjang RMK-13, yang dilaksanakan oleh agensi pelaksanaan iaitu Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Sabah.
Peruntukan ini adalah untuk menampung projek-projek baharu dan sambungan sejak Rancangan Malaysia Ke-11, Rancangan Malaysia Ke-12, dan Rancangan Malaysia Ke-13. Sehubungan ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian ini, KPLB akan terus mengambil kira keperluan bekalan air di kawasan luar bandar, termasuk pulau-pulau di seluruh Negeri Sabah.
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat dari N.2 Bengkoka dan Dewan yang mulia ini, Kementerian ini mewajibkan pelaksanaan Program Rumah SMJ, mematuhi beberapa kriteria, spec standard, teknikal dan standard kualiti yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, sebarang kecuaian dan kelalaian dari segi pembinaan, rumah SMJ bergantung kepada pemilihan kontraktor, yang kompeten dan pemilihan kontraktor adalah di bawah seliaan semua pejabat pelaksana di daerah. Sehubungan ini, bagi pembinaan rumah SMJ tahun ini saya akan
memastikan, pemantauan di lapangan bukan saja dijalankan oleh pejabat pelaksana, tetapi juga oleh Kementerian ini. Menyentuh dengan pembinaan …
Datuk … .
Menteri, boleh minta laluan? Boleh minta laluan?
Ya, sila.
Saya ada dua persoalan Datuk Menteri, mohon penjelasan. Yang mana sebelum ini, kita dimaklumkan bahawa 40 peruntukan rumah SMJ yang asal tambah dengan sepuluh. Kita dapat maklumat terbaru, yang sepuluh untuk berkahwin muda itu, tinggal lima, jadi lima lagi, mohon penjelasan bagaimana status dia sama ada ada kaedah lain atau macam mana? Itu yang pertama.
Yang kedua, berkenaan dengan kuota-kuota untuk muda ini. Adakah syarat, katalah baru kahwin itu boleh dipanjangkan kepada satu sehingga tiga tahun supaya lebih ramai lagi yang boleh memohonlah? Boleh ya Datuk Menteri? Atau mahu saya ulang balik yang kedua?
Yang kedua itu, yang satu.
Adakah Kementerian berhasrat untuk menimbangkan semula syarat kelayakan rumah mesra SMJ, kuota orang muda daripada tempoh perkahwinan setahun kepada lima, tiga tahun untuk memberi peluang lebih ramai kepada pasangan muda yang layak mendapatkan rumah mesra SMJ? Terima kasih.
Okey 40, jumlahnya 50 buah rumah, 45 itu adalah daripada cadangan daripada Yang Berhormat ADUN kepada Pegawai Daerah, Pejabat Daerah.
Yang lima itu dicadangkan oleh Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan itu semua akan dibincang dan diputuskan, dimuktamadkan oleh focus group di pejabat daerah. Maknanya yang memuktamadkan pemberian rumah ini adalah daripada Jawatankuasa Focus Group, focus group, iaitu DO, Penolong-penolong Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Ukur (JTU), Majlis Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, JKR, Jabatan Air dan juga UPPM, Pejabat UPPM. Mereka-mereka ini adalah terlibat, kita libatkan kerana supaya untuk membolehkan, SESB juga dilibatkan dalam apa ini pengagihan ini, memuktamadkan ini.
Datuk Menteri.
Yang, yang kedua.
Saya mohon penjelasan sekali lagi, apabila disebutkan tadi berkenaan dengan kuota Parlimen. Cadangan saya, bagi yang di Parlimen seperti mana apa yang berlaku dalam situasi pilihan raya sebelum ini untuk peringkat Kudat, mohon penjelasan. Tidak perlu jawab di sini tapi kalau boleh nanti ada penjelasan yang bertulislah.
Ya, oleh kerana ia telah dibangkitkan, saya fikir lebih baik semua mengetahui tentang perkara ini secara transparent, jelas. Maknanya semua pihak boleh mencadangkan nama-nama kepada pejabat daerah. Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu adalah sebagai muktamad yang membuat keputusan, siapa-siapa yang dapat agihan rumah-rumah SMJ tersebut.
Kuota Parlimen.
Soalan yang kedua.
Ya?
Kuota Parlimen ya?
Nanti Yang Berhormat, sebentar. Soalan yang kedua tadi, iaitu bolehkah orang-orang muda yang walaupun telah berkahwin selama tiga tahun atau dua tahun yang berlalu? Boleh, sekiranya yang baru berkahwin itu, kurang daripada 10, boleh diberi kepada mereka yang sudah berkahwin mendirikan rumah tangga dalam dua tiga tahun yang lepas, boleh. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Usukan.
Sebab sebut pasal Parlimen kan.
Usukan, sila duduk dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada usul yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Saya punya mana, saya punya. Satu keping lagi.
Tuan Speaker, menurut Peraturan Tetap II, (1)(B), Peraturan-peraturan Tetap Dewan, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga selesai giliran semua Kementerian menjawab ke atas Perbahasan Usul Menjunjung Rasa Terima Kasih Tuan Yang Terutama.
Tuan Speaker, Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
YB Menteri, boleh saya teruskan ya, sebab tadi YB Menteri sebut berkenaan Parlimen, ada kuota Parlimen. Jadi contoh, kalau di Kota Belud ada empat DUN. Jadi satu DUN itu lima, jadi satu Parlimen dapat 20, begitukah? Boleh minta penjelasan di sini? Sebab ini kita, kita apa itu cadangkan, boleh cadangkankan untuk penama untuk rakyat juga Yang Berhormat Menteri ya, sebab berkaitan dengan SMJ.
Boleh saya teruskan juga berkaitan SMJ juga Yang Berhormat Menteri? Sebelum YB Menteri jawab. Saya ada tanya berkenaan dalam perbahasan saya kemarin kalau pemasangan tiang elektrik itu bersekali masuk dalam pembinaan rumah SMJ. Sebab kita terima banyak aduan Yang Berhormat Menteri, dapat rumah tapi tiada karan, aiso karen. Jadi kita mahu tanya sebab contoh, kadang-kadang pembinaan rumah SMJ itu, dia perlukan contoh pemasangan satu tiang elektrik untuk kasih sampai karenlah. Tapi akhirnya, mengadu dengan kita dan apa itu rakyat minta dengan kita untuk sumbang bah satu tiang elektrik. Jadi di sini, bagus juga untuk kita kasih clarify dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, supaya adakah contoh pemasangan tiang elektrik dengan meter sekali itu termasuk dalam pakej SMJ? Contoh kalau satu tiang saja diperlukan untuk apa itu untuk pembinaan rumah SMJ. Dan dalam masa yang sama juga YB Menteri sebab tidak sempat dijawab oleh YB Menteri kelmarin, sebab tadi YB Menteri bercakap pasal pembinaan baharu Pejabat Daerah Kota Belud, saya lama sudah minta pejabat baharu Pejabat Daerah Kota
Belud sejak 2024, tapi waktu itu saya belum jadi ADUN, jadi saya hanya mampu menulis surat. Jadi apabila Yang Berhormat Menteri cakap tadi, pembinaan pejabat baharu Daerah Kota Belud akan dimulakan Januari 2027, itu adalah satu berita baik. Terima kasih ya Yang Berhormat Menteri.
Soalan pertama sebenarnya sudah saya jelaskan.
Sesiapa juga, sama ada dia mana-mana pemimpin, mana-mana pihak, JKKK, ketua kampung, NGO dan sebagainya, boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah sebagai urus setia di seluruh negeri. Soal siapa yang dapat untuk 50 unit itu adalah terpulang kepada focus group, mereka yang akan menentukan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Soalan yang kedua, berhubung dengan pembinaan rumah SMJ juga, iaitu rumah-rumah yang telah siap dibina tetapi tidak ada bekalan elektrik, tiada utiliti. Itulah yang telah menjadi masalah dalam beberapa tahun yang lepas, tidak ada utiliti yang berdekatan dan sebab itu sebenarnya, polisi Kementerian tidak membenarkan rumah-rumah itu didirikan kalau berjauhan dengan utiliti, grid elektrik. Di atas kesedaran itu dan Kementerian KPLB semakin dewasa, pada tahun ini, sedikit peruntukan dipohon daripada kerajaan untuk membantu mana-mana rumah yang didirikan tanpa ada bekalan utiliti, elektrik, air, kita sediakan sedikit peruntukan sekiranya kos itu tidak terlalu tinggi.
Kementerian telah menyediakan bermula pada tahun ini. Okey, Yang Berhormat, Usukan okey ah? Sebarang, saya mohon sambung tadi. Senallang, sila.
Terima kasih, saya mohon, Datuk Speaker kerana saya juga bahaskan tentang rumah-rumah dari segi luar bandar. Saya sebut di sini PPRT ya, tapi saya tidak tahu kenapa tidak
diinsert, dimasukkan soalan selalulah. Saya ingin assembly 65 ni persoalan ucapan pertama tapi yang terakhir, mahu dijawab. Tapi tidak apa, tidak jadi masalah kadang-kadang saya bangkitkan tentang rumah ni juga yang mana luar bandar ini, tidak dibangkitkan. Jadi saya ingin bertanya, saya bangkitkan dalam ucapan teks saya, mungkin untuk masa depan Yang Berhormat Menteri ya kerana bila rumah SMJ. Ini kita gunakan, khususnya bukan hanya dalam bandar, di luar bandar kerana kalau di dalam bandar, tanah itu saya tahu milik orang, tapi dia akan meningkat. We have to learn lessons from the other countries jangan bilang other countries, di Kuala Lumpur hari ini, banyak rumah-rumah yang dahulu Semi D dirobohkan menjadi teres menjadi kondominium, menjadi apartmen kerana kalau kita membina teres contohnya, perumahan, di peringkat apa ini luar bandar yang ada, bukan lagi berteraskan PPRT. Saya Menteri Luar Bandar, kalau kita bina rumah PPRT, kawasan, keluasan dia agak besar tak tahu berapa kaki persegi mungkin 6 kaki persegi ataupun 5 kaki, 5 ribu, 1 ribu persegi untuk rumah PPRT. Tapi kalau kita buat rumah teres mungkin 500 orang keluarga yang boleh kita muatkan ini cuma 50 sahaja. Satu kawasan Parlimen yang kita katakan 50 orang sahaja mendapat dengan anak-anak dia kemungkinan tapi kalau kita buat pendekatan teres now. In bandar sekarang banyak rumah di Bangsar, di Ampang, di Petaling Jaya. It’s all terrace, it’s all condominium. Oleh kerana apa? Mereka mahu jimat keluasan tanah. Sabah akan berhadapan dengan masalah ini 30 tahun akan datang di mana tanah tidak boleh. Jadi, saya berharap sama ada, saya cadangkan dalam ucapan saya itu, daripada kita rumah bukan hanya tadi di sebut SMJ, PPRT.
Sama juga dengan itu yang disebutkan tadi iaitu SMJ, rumah perumahannya satu skim yang baru tapi dia menelan belanja yang begitu banyak, tapi kalau buat rumah teres bertingkat-tingkat, saya ingat orang kampung satu ketikalah, ini luar bandar mereka sanggup mahu tinggal daripada langsung tidak ada rumah mereka.
Tuan Speaker, sebenarnya ucapan saya merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Senallang, sebentar lagi.
Saya sambung yang tadi, sebarang kecuaian dan kelalaian dari segi pembinaan, rumah SMJ bergantung kepada pemilihan kontraktor yang kompeten dan pemilihan kontraktor adalah di bawah selian semua Pejabat Daerah pelaksana di daerah. Sehubungan dengan ini, bagi pembinaan Rumah SMJ tahun ini, saya akan memastikan pemantauan di lapangan bukan saja dijalankan oleh pejabat pelaksana tetapi juga oleh Kementerian ini. Menyentuh cadangan pembinaan Rumah SMJ bertingkat, bertingkat ini mungkin yang salah satu cadangan oleh Yang Berhormat Senallang.
Oleh Yang Berhormat dari N.24 Tanjung Keramat dan N.23 Petagas untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, perkara tersebut telah diutarakan oleh beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Persidangan DUN sebelum ini. Kementerian ini sedang dalam proses penyediaan kertas Kabinet untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kelak dan saya yakin itukah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senallang? Maksudnya, iaitu di pinggir bandar boleh dibina rumah bertingkat, iaitu rumah SMJ.
Yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, rumah PPRT. Nampaknya di peringkat Persekutuan Kementerian, KKDW sudah berubah namanya Rumah Sejahtera, PPRS, Perumahan Rumah Sejahtera Rakyat.
Yang Kementerian KPLB laksanakan ini ialah rumah Sabah Maju Jaya, SMJ, iaitu sejumlah 50 buah rumah ataupun 50 unit rumah di seluruh negeri setiap DUN 50 unit buah rumah. Kita konsisten dalam membantu rakyat adil dan saksama bagi sama rata.
Rumah-rumah ini kepada semua kawasan-kawasan dan terpulanglah kepada focus group itu, jawatankuasa itu untuk menentukan kepada siapakah rumah-rumah itu akan diagih-agihkan pada setiap tahun.
Kementerian ini mempunyai garis panduan dan juga kriteria, itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sahabat saya daripada Petagas, iaitu yang saya nyatakan tadi
ialah lokasi mestilah kawasan yang boleh diwujudkan pembinaan bangunan atau rumah, maknanya struktur tanah itu mestilah bersesuaian.
Yang keduanya tidak terlalu berjauhan dengan grid elektrik, iaitu SESB, dan juga bekalan air, itu yang penting. Bagi pembinaan rumah SMJ sebanyak 35 unit secara berkelompok di tapak Kampung Lok Kawi Baru pada awal tahun 2025. Kementerian ini mempunyai garis panduan SMJ dan kriteria tapak dibenarkan untuk pembinaan. Di antara syarat pembinaan berkelompok tersebut adalah menyediakan tapak bina yang teratur, mempunyai akses infraasas seperti jalan raya dan sebagainya. Berdasarkan pemeriksaan tapak oleh Kementerian, Pembangunan Luar Bandar KPLB, dan Pejabat Daerah Putatan ke tapak cadangan didapati semua kemudahan asas yang disebutkan tadi belum tadi tersedia.
Dan sebahagian besar tapak tersebut berada di kawasan permukaan tadahan air. Sehubungan dengan itu, Kementerian ini telah memaklumkan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Putatan secara rasmi tentang risiko pelaksanaan pemindahan rumah secara berkelompok tersebut.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat daripada Petagas, kita akan oleh kerana banyak, iaitu unit rumah yang dicadangkan ini, iaitu termasuk menggantikan rumah-rumah yang terbakar sebelum ini. Satu perbincangan khas yang akan diadakan oleh pihak Kementerian, Pejabat Daerah dan juga pihak Yang Berhormat.
Pada tahun 2025, projek-projek yang dimaksudkan tadi sebenarnya ada yang sudah disiapkan dan ada lagi yang belum, itu yang kita mahukan, apa ini yang kita kena bincangkan. Kementerian ini telah mengambil inisiatif memasukkan kos sebatang tiang elektrik dalam skop pembinaan rumah SMJ selanjutnya pada tahun 2026. Kemudahan tiang elektrik telah diambil kira sepenuhnya dalam skop pembinaan Rumah Mesra SMJ. Tuan Speaker, adalah menjadi hasrat Kementerian ini untuk melaksanakan inisiatif cadangan baharu berkenaan infra secara alternatif, iaitu jalan raya luar bandar alternatif dan bakalan air luar bandar alternatif.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, selain daripada jalan raya standard R2 dan standard R3 di bawah JKR, jalan sedia ada standard ataupun jenis non-qualified road tidak termasuk dalam skop penyelenggaraan jalan raya oleh pihak JKR. Oleh itu, jalan tersebut adalah sesuai diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB dengan dibahagikan kepada tiga skop, iaitu Jalan Perhubungan Ekonomi Komuniti (JPEK), Jalan Perhubungan Komuniti (JPK) dan Jalan Perhubungan Desa (JPD). Bagi bekalan air luar bandar alternatif Kementerian ini.
… bercadang untuk melaksanakan kaedah yang cepat dan berkesan seperti penggunaan solar pump, sumber air graviti, dan sumber air bawah tanah. Melalui kaedah ini, bekalan air bersih akan dapat disalurkan ke kawasan-kawasan yang tidak diliputi daripada bekalan air terawat oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Kedua-dua inisiatif ini akan dibawa ke sesi libat urus bersama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian KKDW dan Kerajaan Negeri supaya ke arah pengurusan dan tanggungjawab yang lebih jelas lagi. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari pekerja …
Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit dari Sebatik. Dalam perbahasan saya, saya ada mengutarakan beberapa persoalan berhubung dengan usaha penyelesaian kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan raya dan jeti. Di Sebatik ini terdiri daripada pulau dan juga kawasan pedalaman.
Yang kedua, saya juga ada mengutarakan persoalan tentang mohon penjelasan apakah perkembangan dan status permohonan perkampungan Kampung Mukandot yang telah dipohon sejak 1985 lagi dan seterusnya bolehkah dipertimbangkan
tenaga boleh baharu untuk diperluas ke kawasan kampung-kampung di luar bandar seperti Mukandot dan Luasong? Tiga persoalan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sebatik, yang pertama tadi permohonan kawasan perkampungan?
Yang pertama, berkait dengan kemudahan asas, bekalan air bersih, jalan kampung dan juga jeti. Yang kedua, yang pewartaan Kampung Mukandot dan ketiga tenaga boleh baharu boleh dibawa ke kawasan-kawasan yang tidak ada bekalan elektrik.
Saya jawab dulu yang nombor dua.
Okey.
Yang itu tidak ada maklumat saya setakat ini. Saya akan minta pegawai-pegawai saya untuk jawab secara bertulis.
Baik Datuk.
Kepada Yang Berhormat ya, untuk kemudahan-kemudahan utiliti tadi, air dan yang pertama, air dan yang …
Air, jeti dan jalan perhubungan kampung.
JPD. Air, jeti dan JPD, Jalan Perhubungan Desa, dan yang ketiga tadi, grid iaitu bekalan elektrik …
Ya.
… tenaga boleh baharu.
Ya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian ini mempunyai sebenarnya beberapa kaedah dan akan mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya pihak Kerajaan akan mengiktiraf dan seterusnya memberi peruntukan kepada bekalan air, sumber air daripada bawah tanah, underground dan yang keduanya iaitu kita gunakan telaga tiup tapi dengan sistem yang baharu.
Yang keduanya, kita boleh menggunakan air payau, iaitu air bercampur laut atau sungai itu untuk ditarik menggunakan solar pump dan ianya dibersih. Sebenarnya dia kurang daripada RM3 juta dalam 500 orang komuniti. Ini yang sedang kami kemukakan kepada Kerajaan, sama ada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Yang ketiganya bekalan elektrik. Saya belum lagi mengambil tempat Yang Berhormat, saya belum melawat tapi secara gambarannya saya yakin tempat ini boleh menggunakan solar pump. Jadi kalau itu boleh, ini juga salah satu kaedah yang kami rancangkan di Kementerian ini untuk membantu iaitu lokasi-lokasi, kawasan-kawasan, kampung-kampung, pulau-pulau yang berjauhan daripada kemudahan yang seperti di kawasan-kawasan pekan. Terima kasih.
Izinkan Tuan YB Menteri?
Last ah?
Ya last, okey. Saya punya soalannya.
Ada bawah dalam perbahasan?
Ya ada, ada sentuh.
Mohon diringkaskanlah.
Ya saya ringkaskan. Satu ialah jeti di Pulau Berhala dan juga jeti di sebelah Kampung Sim-Simlah, Kampung Baratarat dan Kampung Melayu Bumiputera. Itu jeti memang sudah start berbahaya sudah. Kalau ada masa mungkin pegawai boleh tengoklah. Sama juga itu bekalan air untuk Kampung Sim-Sim sekarang hanya sebab dia ada 3 blok, dia hanya 1 blok yang saja ada. Mampu untuk itu blok saja. Jadi untuk lain-lain blok, tiada bekalan air dan elektrik pun bergantung gensetlah .Genset mereka pakai genset sendiri. So ada inisiatifkah untuk itu Pulau Berhala? Ini boleh nanti bertulislah, jawab untuk bertulis dan juga itu saya tak pasti itu jambatan-jambatan di Kampung Sim-Sim. Itu kira under luar bandarkah? Sebab itu jambatan memang sudah reput, sudah berbahaya, jadi harap Kementerian boleh ambil maklumlah.
Tuan Speaker, jeti Sebatik pun ada bangkit. Saya terlepas tadi menjawab dan juga kawasan Sim-Sim. Ada juga permohonan ataupun cadangan daripada Majlis Perbandaran Sandakan hari itu. Kita akan cek. Difahamkan beberapa tempat, dia punya jeti juga sudah rosak. Yang di Sebatik ini kita akan dapatkan maklumat untuk kawasan Sebatik. Bagi jambatan-jambatan di Sim-Sim itu juga kita akan dapat maklumatlah. Akan dapatkan maklumat daripada Majlis Perbandaran dan sekiranya ianya belum dimasukkan dalam program Majlis Perbandaran, Kementerian akan pohonkan peruntukan daripada Kerajaan pada masa akan datang. Terima kasih.
Okey, terima kasih, Menteri. Saya akan mengemukakan saya punya laporan juga kepada Kementerian dan juga MPS nantilah.
Boleh, boleh, Yang Berhormat. Sila.
Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua sektor di Sabah. Seterusnya, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Sabah, saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga semangat perpaduan dan keikhlasan kita dalam berkhidmat terus menjadi pendorong utama untuk mensejahterakan rakyat luar bandar selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, SMJ 2.0 bermula tahun 2026 sehingga tahun 2030.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar atas ucapan yang disampaikan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan atas titah Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah yang telah menggariskan hala tuju jelas Kerajaan Negeri khususnya dalam penggunaan modal insan … .
Berkemahiran tinggi, serta memperkukuhkan agenda pendigitalan pemerkasaan teknologi baru termasuk kecerdasan buatan ataupun AI.
Tuan Speaker, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Bongawan, ingin saya jelaskan bahawa tiada sekolah daif di Sabah. Sebaliknya yang dikenal pasti adalah bangunan daif.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2025, jumlah peruntukan untuk bangunan daif skala enam adalah sebanyak RM11.5 juta yang melibatkan 13 buah sekolah dalam status pembinaan. Setakat 28 April 2026, JPNS ini setelah menerima RM94.7 juta, mana kala bagi skala tujuh pada tahun 2026, RMKe-13 RP1 yang melibatkan 20 buah sekolah bernilai RM1.47 bilion.
Dalam masa yang sama, faktor geografi Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman dan kepulauan, memberi cabaran dari segi kos, logistik, tempoh pelaksanaan. Status pendekatan yang diambil oleh Kementerian dan JPNS adalah secara berfasa dan bersasar.
Untuk kemudahan asas, Kementerian saya dan JPNS berusaha untuk memberikan kemudahan asas yang terbaik untuk keselesaan murid dan warga sekolah. Kemudahan capaian internet juga dipertingkatkan bagi menyokong proses pembelajaran.
Tuan Speaker, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat ADUN Likas berkaitan pembangunan modal insan, prestasi pelajar dari TVET, Kementerian berpandangan bahawa asas pendidikan yang kukuh merupakan kunci utama kepada keberkesanan setiap dasar pendidikan. Pelaksanaan ini diselaraskan melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, JPNS, dan Kerajaan Negeri melalui KPSTI berdasarkan keutamaan di lapangan.
Bagi memperkukuh pembangunan modal insan, Kerajaan Negeri melalui KPSTI turut memperkasa TVET melalui kerjasama erat dengan industri termasuk latihan industri, perkongsian kepakaran, pembangunan kurikulum. Bersama ini bagi memastikan pelajar Sabah bukan sahaja berilmu tetapi memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran kerja.
Menjawab persoalan tambahan Yang Berhormat ADUN Tamparuli, pada masa ini belum ada perancangan untuk pembukaan semula PPD Tamparuli.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan cadangan pembukaan ini, YB Tamparuli boleh mengemukakan cadangan melalui PPD Tuaran dan akan dipanjangkan ke JPNS untuk tindakan KPM dan untuk makluman Yang Berhormat Tamparuli, besok saya akan menghadiri Mesyuarat EXCO Pendidikan Malaysia bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan saya akan bangkitkan perkara ini.
Di samping itu, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Gum-Gum, pihak Kementerian mengambil serius isu jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar. Oleh itu, Kementerian bersama JPNS akan terus mempergiatkan usaha untuk menambah latihan guru luar bandar bagi meningkatkan kompetensi, meningkatkan capaian internet luar bandar, dan mengadakan program sokongan kepada para guru dan murid luar bandar seperti Duta Guru dan Cikgu TVET. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri komited memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan berkualiti. Usaha berterusan akan diperkasa agar jurang ini dapat dirapatkan secara inklusif dan berimpak demi masa depan anak-anak Sabah. Berhubung dengan persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Tanjung Keramat, Kementerian saya kini melaksanakan projek perundingan Sabah AI Strategi Roadmap sebagai hala tuju strategik penggunaan AI di peringkat Kerajaan Negeri secara berfasa, berimpak tinggi dan berteraskan tadbir urus yang baik. Setakat ini, sesi libat urus berfasa telah diadakan, iaitu Shaping Sabah AI-Driven Good, leadership dialogue yang melibatkan wakil kepimpinan kementerian, jabatan dan agensi bagi mengenal pasti keutamaan, cabaran, peluang serta tahap kesiapsiagaan pelaksanaan AI. Sekali gus, memastikan pelan yang dibangunkan realistik dan menyeluruh dan bengkel Mapping Sabah Tech Entrepreneurship Ecosystem Government Dialogue telah dilaksanakan untuk memperkukuhkan ekosistem keusahawanan teknologi merangkumi technopreneur, social enterprise dan ekonomi kreatif serta mengenal pasti jurang sokongan sedia ada.
Selain itu, Kementerian melalui Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi sedang membudayakan penggunaan kecerdasan buatan AI dalam perkhidmatan awam,
antaranya melalui kerjasama strategik dengan Google Malaysia bagi aplikasi AI untuk penyediaan dokumen, analisis dan komunikasi di tempat kerja. Pembangunan dashboard interaktif serta latihan khusus dalam sains data dan AI untuk penjawat awam.
Tuan Speaker, hasrat Yang Berhormat ADUN Tanjung Keramat untuk melihat kemajuan dan pembangunan rakyat melalui pendidikan selari dengan hasrat Kementerian dan JPNS.
Kami di KPSTI akan menitikberatkan pendidikan kerana yakin hanya perubahan melalui pendidikan mampu mengubah hidup rakyat secara keseluruhannya.
Bagi menjamin anak-anak Sabah mendapat akses terhadap pendidikan, kita sedang mengusahakan agar setiap sekolah di negeri ini akan dapat pembekalan smart board yang akan menjadi satu kaedah pembelajaran yang lebih menarik. Dengan kemudahan dan latihan yang mencukupi kepada guru, saya meyakini pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan kadar kefahaman pelajar akan dapat dipertingkatkan selain membuka minda pelajar terhadap STEM dan TVET yang menjadi fokus Kerajaan hari ini.
Tuan Speaker, berhubung Yang Berhormat ADUN Elopura dan Yang Berhormat ADUN Sungai Manila, Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia telah memeterai MOU dengan The Welding Institute pada 9 Mac 2025. Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) Papar kini dalam proses pensijilan TWI dan pengiktirafan ISO 3834 bagi memastikan kualiti latihan kimpalan bertaraf global. Ini akan meningkatkan keboleh pasaran pelatih dalam industri minyak dan gas, serta besi dan logam melalui program Train and Play.
Bagi memperkasa TVET, JPSM bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur dalam menawarkan Degree in Water Technology Engineering di ILP Papar. Sehubungan dengan itu, peruntukan prasarana sokongan telah dimasukkan dalam RMKe-13 bagi mengukuhkan ekosistem kemahiran di Sabah. Sebagai nilai tambah kepada graduan, JPSM turut giat melaksanakan program pensijilan profesional antaranya software
development dan data science bagi mengekalkan kemahiran dalam bidang teknologi digital dan berimpak tinggi.
Tuan Speaker, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat ADUN Banggi mengenai permohonan pembinaan sebuah bangunan perpustakaan di Pulau Banggi, sukacita saya maklumkan, cadangan tersebut telahpun diluluskan di bawah RMKe-13 dengan anggaran kos sebanyak RM500 ribu. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini akan dilaksanakan pada tahun ini dan pelaksanaannya akan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.
Mana kala berhubung dengan cadangan Yang Berhormat, untuk mewujudkan pusat ini dikawasan tersebut, Kementerian mengambil maklum akan keperluan itu. Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study bagi meneliti kesesuaian dan keperluan pembangunan pusat tersebut.
Tuan Speaker, menjawab cadangan dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Manila dan Yang Berhormat ADUN Silam, Kerajaan Negeri melalui KPSTI telah menubuhkan Pusat Digital dan IOT Sandbox di Wisma Bandaraya sebagai platform inkubator inovasi bagi belia dan syarikat pemula tempatan. Kementerian juga sedang meneliti peluasan pusat inkubator serta memperkasa peranan Pusat e-Desa sebagai hab inovasi digital di luar bandar, selaras usaha merapatkan jurang akses dan memperkukuhkan ekosistem pendidikan serta TVET berdasarkan keperluan industri di dalam hal ini. Sokongan MOSTI amat dialu-alukan bagi mempergiatkan pelaksanaan inisiatif ini.
Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat ADUN Bongawan, mengenai pembinaan telekomunikasi baharu, terdapat empat menara baru telah siap, 46 stesen dinaik taraf, dan 2,046 daripada 2,241 premis telah lengkap gentian optik. Selain itu, terdapat 130 Pusat Nadi di Sabah di bawah inisiatif Satu ADUN Satu Nadi, termasuk 3 Nadi di DUN Bongawan, serta pelaksanaan projek Point of Presence dengan 11 lokasi yang telah siap.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak MCMC ada membuka reruai ataupun booth di ruang legar aras tiga, bangunan Dewan Undangan Negeri, bagi memudahkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat rujukan telekomunikasi bagi kawasan masing-masing.
Tuan Speaker, KPSTI komited memacu budaya pendidikan sains teknologi dan inovasi, dan pembangunan modal inisiatif…
…demi menjadikan Sabah peneraju inovasi di Malaysia. Melalui kerjasama semua pihak, kita menyasarkan penguasaan bakat mahir dan liputan Internet menyeluruh menjelang akhir 2026 untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negeri. Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru, Selamat Pekerja dan Selamat menyambut Hari Kaamatan kepada semua yang meraikannya. Selamat Hari Pekerja, sekian dan terima kasih.
Ya, Likas.
Mohon. Soalan tambahan ataupun pertanyaan tambahan, Datuk Speaker.
Menteri mahu terimakah?
Tidak, tadi saya sudah berdiri dan saya sudah tekan.
Tutup sudah. Bawa bertulis saja. Sudah tutup.
Bagi sedikit saja kalau boleh.
Tidak boleh. Sudah sekian terima kasih. Apa lagi? Tutup.
Tadi saya sudah tanya, saya sudah tekan, saya sudah berdiri, saya menunggu jawapan, itu saja. Jadi saya mintalah kalau boleh bagilah peluang satu minit saja.
Minta maaf Yang Berhormat Likas, saya akan jawab bertulis saja ataupun kita jumpa bulan tujuh.
Okay since…
Sebenarnya tadi saya telah menerima surat bertulis berkaitan dengan SmartBot. SmartBot ini saya minta garis masa saja. Sebab telah diumumkan 50 juta bakal diberikan. Jadi kalau boleh bagi saya garis masa bila boleh dilaksanakan. Itu saja. Mungkin boleh bagi kita, secara bertulis.
Okey, Yang Berhormat ADUN Likas, saya ingin menjawab. Kementerian saya telah pun memohon peruntukan sebanyak RM50 juta melalui MCMC untuk tujuan pembelian SmartBot untuk seluruh sekolah-sekolah di negeri Sabah sebanyak lebih kurang 1,300 buah sekolah yang akan mendapat faedah. Pembekalan SmartBot ini tidak terkecuali daripada ADUN kawasan Likas. Itu dia punya jawapan tu. Tetapi kita sekarang menunggu peruntukan itu diluluskan oleh MCMC. Ini adalah inisiatif sendiri daripada Kementerian saya minta peruntukan daripada USP, daripada MCMC.
Sebenarnya saya nak ucap tahniah atas inisiatif yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya nak puji Menteri kerana belum pernah lagi ada dulu memohon 50 juta ini untuk kita punya sekolah-sekolah. That’s why saya nak puji sebenarnya ini. Saya nak ucapkan tahniah kerana kita bakal mendapat sesuai dengan ucapan ini. Tetapi saya minta kalau boleh garis masa. Tapi kalau belum ada, it’s okay. Satu lagi, tadi saya menyambut baiklah usaha Yang
Berhormat Menteri memaklumkan tidak ada lagi sekolah daif tetapi ada bangunan daif. Saya minta kalau boleh dalam bertulis apakah sekolah-sekolah yang masih mempunyai senarai, sekolah yang masih mempunyai bangunan daif di seluruh negeri Sabah. Itu saja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Okey, Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk menyampaikan penggulungan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Sabah Maju Jaya. Alhamdulillah al Jamil rahibul Jamal Wa sala tu sala muala rasulil akmal Wa ala alihi wa sahbihi labrar.
Tuan Speaker, segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun sekali lagi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17.
Saya juga menjunjung kasih dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar sempena istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17, pada 23 April 2026. Saya juga menukilkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas kejayaan dan usaha Kerajaan Negeri melipatgandakan usaha bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di tahun yang sangat mencabar ini.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana mengutarakan pelbagai isu, pandangan dan cadangan kepada Kementerian saya yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat negeri Sabah.
Saya bersama pembantu-pembantu Menteri, Setiausaha Tetap dan semua pegawai di Kementerian saya sentiasa berusaha untuk memastikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan matlamat pembangunan mampan berkaitan dengan Kementerian saya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tuan Speaker, Kementerian saya telah memperkenalkan program khas jelajah aspirasi (JAM). Ini yang melibatkan semua agensi dan jabatan di bawah seliaan saya. Ini adalah satu wadah untuk menyampaikan aspirasi, dasar dan inisiatif Kerajaan secara langsung kepada rakyat. Di samping itu bertujuan mendapat maklum balas terhadap isu dan keperluan setempat di peringkat akar umbi apabila kita melawat di Majlis-Majlis Daerah. Program ini turut memperkukuh penyelarasan antara agensi Kerajaan termasuk kesemua 25 PBT bagi memastikan pelaksanaan dasar yang lebih cekap, inklusif dan berkesan.
Melalui enam siri jelajah yang dimulakan sejak bulan April 2026, pelbagai isu dan permasalahan setempat telah dapat dikenal pasti dan kini sedang dalam tindakan susulan di Kementerian saya.
Tuan Speaker, selaras dengan usaha menjamin kesejahteraan rakyat secara holistik, khususnya dalam bidang perumahan, Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya akan memperkenalkan skim khas yang mana ini adalah idea daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Skim khas pemilikan rumah di kalangan penduduk Sabah. Skim yang diperkenalkan adalah skim subsidi pembeli rumah pertama atau kita namakan sebagai SERI di mana pembeli yang layak akan menerima subsidi yang akan kita maklumkan kelak dan akan ditamatkan selepas ini. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluaskan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penduduk negeri Sabah, tetapi juga meringankan beban kewangan pembeli. Pada masa yang sama, pelaksanaan SERI ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan sektor perumahan di Sabah secara lebih mampan dan inklusif.
Tuan Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan berperanan sebagai pemacu utama pemerkasaan ekonomi setempat. Ini dilaksanakan melalui penyediaan persekitaran perniagaan yang kondusif. Pembangunan infrastruktur yang efisien, pelaksanaan
tadbir urus yang cekap dan telus. Bertindak sebagai pemudah cara pelaburan Majlis Perbandaran Sandakan mempelopori usaha memperkenalkan inisiatif baharu dengan memperkenalkan polisi untuk memperuntukkan kuota 30% kepada golongan belia 30 tahun ke bawah dalam aktiviti penjajaan di bawah kawalannya seperti pasar umum, tamu dan pasar malam.
Langkah ini bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan muda di Sandakan. Inisiatif ini akan diperkenalkan sepenuhnya ke semua 25 PBT di bawah pemantauan Kementerian saya dengan kerjasama Kementerian-Kementerian yang terlibat, yang berkaitan.
Tuan Speaker, Kementerian saya kekal komited dalam memperkasakan kecekapan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi menerusi pengukuhan perjawatan pihak berkuasa tempatan. Secara sistematik.
Bagi mencapai objektif ini, Kementerian sedang dalam rangka mewujudkan pelaksanaan dasar lantikan berasaskan caruman Sabah LBCS dalam perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Sabah yang lebih mampan demi menjamin kelestarian pentadbiran sumber manusia PBT di Sabah. Ini akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk diperhalusi dan untuk mendapatkan pandangan seterusnya.
Sejajar dengan itu, usaha sedang dipergiat untuk membangun satu model perjawatan berstruktur dirancang khusus berasaskan fungsi dan keperluan sebenar organisasi. Inisiatif ini bukan saja akan memperkasakan struktur organisasi PBT, malah memastikan tadbir urus sumber manusia dilaksanakan dengan lebih teratur dan berintegriti. Ini juga semua akan kita kemukakan ke pihak-pihak yang berkenaan. Khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk mendapat pandangan. Bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, Kementerian juga memberi tumpuan serius terhadap aspek penguatkuasaan. KKTP dalam usaha meningkatkan bilangan anggota penguatkuasa secara menyeluruh di setiap daerah bagi menjamin keberkesanan penguatkuasaan undang-undang kecil di lapangan. Ini
termasuklah penambahan jawatan penguatkuasa dan penyelaras status perjawatan dan menyelaras status perjawatan penguatkuasa sedia ada di PBT. Dari masa ke masa, Tuan Speaker, PBT berhadapan dengan isu-isu tempatan yang memerlukan penglibatan daripada pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, tindakan mendekati masyarakat dan memberikan penjelasan terhadap sebarang tindakan dan isu tempatan…
Kesempatan adalah digalakkan. Pendekatan Town Hall di PBT akan dilaksanakan sebagai platform komunikasi dua hala yang inklusif dan tulus antara pihak berkuasa dan komuniti. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung, untuk memperkukuh kepercayaan awam serta merangka penyelesaian yang lebih responsif dan berimpak terhadap sebarang perancangan, pembangunan dan isu setempat.
Tuan Speaker, Kementerian saya turut menitikberatkan pengurusan sisa pepejal di negeri Sabah. Dalam Rancangan Malaysia Ke-13, antara projek pengurusan sisa pepejal yang akan dimulakan pada tahun ini, ialah:
1. Cadangan membina tapak pelupusan sampah bagi Daerah Semporna; 2. Membina sel baharu tapak pelupusan sisa pepejal berpusat di Keningau; 3. Menaik taraf jalan di tapak pelupusan sampah di Kampung Langkawit, Papar; 4. Membina dan menaik taraf tapak pelupusan sampah bagi Kudat. Melalui peruntukan di bawah kementerian saya, Tuan Speaker, sebanyak 13 buah projek akan dilaksanakan pada tahun ini yang melibatkan sebanyak lapan buah projek sambungan, iaitu bangunan pejabat baharu Majlis Daerah Ranau, cadangan membina Tamu Minggu Melalap, cadangan menaik taraf Dewan Komuniti Kota Marudu, membina pasar masyarakat Majlis Daerah Pitas, membina tapak tamu
baharu di Pekan Sindumin, projek menaik taraf pasar awam dan gerai-gerai sekitar Pekan Beaufort, Membakut dan Weston, projek menaik taraf terminal bas bandar daerah, terminal bas bandar Lahad Datu dan cadangan pembinaan bangunan Pejabat Majlis Daerah Putatan.
Manakala, projek baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah satu, Tuan Speaker, membina bangunan pusat pengangkutan awam bersepadu dan Tapak Depoh Beaufort. Membina baharu Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli, membina baharu Dewan Masyarakat Kunak, dan yang keempat, pembinaan terminal bas pengangkutan awam bersepadu, Keningau dan menaik taraf kawasan tapak Terminal Kota Marudu.
Tuan Speaker, pada Rancangan Malaysia Ke-13, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM23 juta. Bagi penyediaan skim pelan perancangan iaitu kajian semula Pelan Struktur Negeri Sabah dan Pelan Daerah secara berfasa melibatkan Daerah Semporna, Daerah Kunak, Sandakan, Kudat, Kota Belud dan Tuaran. Ia akan dilaksanakan oleh Kementerian saya melalui Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dalam tempoh tahun 2026 hingga 2030, Tuan Speaker. Melalui penyediaan Pelan Struktur Negeri Sabah dan Pelan Daerah ini juga, ia akan membantu merangka hala tuju strategik pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. Tuan Speaker, bagi merealisasikan.
Tuan Speaker, boleh mohon penjelasan.
Pelaksanaan strategik tersebut, penyediaan Pelan Struktur Negeri Sabah dan Pelan Daerah tersebut akan menggalakkan pembangunan mampan dan berdaya tahan.
Di setiap cawangan, cadangan pembangunan Pelan Struktur Negeri Sabah dan Pelan Daerah yang disediakan untuk panduan kepada pihak berkuasa tempatan.
Usaha ini bertujuan memastikan perancangan pembangunan negeri akan sentiasa relevan, responsif dan selaras dengan keperluan pembangunan semasa, seterusnya menyokong pembangunan negeri yang lebih terancang, mampan dan berdaya tahan.
Tuan Speaker, Kementerian saya juga komited untuk memperkasa dan memantapkan fungsi dan peranan ILMAN iaitu Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri sebagai pusat pendidikan dan maklumat berkaitan adat di negeri Sabah. Selaras dengan itu, beberapa tindakan seperti cadangan penubuhan Lembaga Pengelola ILMAN sedang dirangka. Lembaga ini kelak adalah badan penggubal dasar dan pemantau utama yang memastikan hala tuju tadbir urus serta pelaksanaan program institusi berjalan secara teratur, berkesan dan selaras dengan objektif pemeliharaan serta pemerkasaan adat dan warisan anak negeri Sabah. Selain itu, pembaikan ILMAN sedia ada juga termasuk dalam rangka untuk memperkasa ILMAN sesuai dengan fungsi penubuhannya.
Tuan Speaker, Majlis Ugama Islam Sabah melalui penglibatan anak syarikatnya MUIS Holding Sendirian Berhad telah memulakan inisiatif untuk membawa masuk bahagian ayam beku. Usaha yang bermula pada Ogos tahun lepas, tahun 2025, dengan fasa permulaannya hanya sebanyak empat kontena sebulan. Alhamdulillah, melalui perancangan strategik dan kerjasama rakan industri, juga sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
Pada awal tahun ini, jumlah komitmen tempahan yang diterima telah melonjak kepada 70 kontena sebulan bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat. Usaha berterusan ini dapat menambah alternatif kepada sumber bekalan ayam berstatus halal lagi tayyib yang sedia ada di negeri Sabah. Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh isu-isu dan menjawab pertanyaan yang ditujukan kepada kementerian saya. Sebahagiannya dan sebahagiannya saya akan jawab secara bertulis. ADUN Sulabayan ada menyarankan agar jeti awam di Pekan Semporna, tidak dirobohkan. Untuk makluman Yang Berhormat, ADUN Sulabayan
dan sidang DUN yang mulia ini, jeti awam yang dimaksudkan terletak di atas tanah persendirian, iaitu sebahagian daripada Lot TL-127503548 di Kawasan Semporna, Seafront New Township, Semporna.
Sehubungan itu, pemilik tanah mempunyai hak sah untuk melaksanakan pembangunan dan merobohkan struktur sedia ada, tertakluk kepada pematuhan undang-undang dan kelulusan Pelan Pembangunan (DP) daripada pihak berkuasa tempatan. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan telah mengenal pasti cadangan lokasi untuk pembinaan jeti awam yang baharu, yang terletak di dalam kawasan tanah kerajaan. Tanah yang telah dipohon oleh pihak Majlis Daerah Semporna adalah satu, kawasan Bandar Kahanga. Tanah kerajaan berhampiran bangunan kedai melibatkan kawasan setinggan.
Kedua, kawasan Dataran Lepa, tanah milik Majlis Daerah Semporna berhampiran markas polis marin serta lokasi Pesta Regatta Lepa-lepa. Dan ketiga, kawasan Kampung Simunul berada dalam kawasan tanah kerajaan yang dipohon oleh Majlis Daerah Semporna dan telah mendapat kebenaran masuk untuk kegunaan pusat pengumpulan sampah laut.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, untuk kajian pembinaan, Kementerian saya akan memohon peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek ini. Dalam masa sama, pihak PBT akan mengkaji kesesuaian tapak berdasarkan komen dan ulasan agensi Kerajaan yang berkaitan dan penilaian impak sosial sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat, termasuk mendapat pandangan dari. Datuk Dr.
Boleh, minta laluan. Pasal.
Sekejap, sikit lagi. Pihak PBT juga akan memastikan pelaksanaan projek ini akan dibuat mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Datuk Dr.
Tuan speaker, maaf ya.
Mengenai jeti ini, jeti ini, saya ingat saja tiga bulan lepas benda ini ada saya highlight kan, membimbangkan saya, ya. Pasal saya dimaklumkan bahawa tanah yang disebut itu baharu saja dimiliki, baharu saja dimiliki. Pasal kawasan itu sekian lama memang tempat pendaratan ya, tempat pendaratan. Dan waktu kita kerajaan dulu. Dulu, kita minta supaya tapak tanah itu dimiliki oleh majlis. Saya pun tidak tahu kedudukan dia. Saya pun ada semak. Kira, saya ingat baharu saja. Tapak itu, kawasan itu jatuh kepada ini syarikat. Kalau ikut maklumatlah, sama ada benarkah atau tidak, ya. Saya kasih habis dulu.
Saya tidak halang soal pembangunan di situ. Tapi, membimbangkan saya Semporna ini, macam saya kata, tanah ini mengucup ke laut. Tidak luas, dia, tidak ada tempat lain lagi. Itu yang saya kata, perlu ada kesemakan. Kita mahu pembangunan, tapi kepentingan rakyat juga harus diutamakan. Pasal di DUN Sulabayan ini, semua berada di pulau. Harian dia orang datang ke pekan dan di situlah tempat dia orang landing, tempat yang dicadangkan inilah, yang disebutkan ini.
So, pasal tempat Pasar Kahanga ini, saya pun dimaklumkan akan ditimbus tidak lama lagi. Akan ditimbus, apa, sambungan daripada Bandar Dautun itu. Bandar Dautun itu. Kemudian di depan itu SEDCO sedang buat resort di depan itu. Jadi, membimbangkan saya, di mana lagi kawasan daripada pulau ini, datang ke pekan tempat dia orang landing ini. Yang sebelah kiri sana Bangau-bangau, sudah padat. Sebelah situ itu Kampung Simunul. Jadi, kalau sekiranya itu tidak kisahlah. Datuk Dr.
…kalau benda itu dibangunkan, saya rasa hotel bertaraf lima bintang juga saya dimaklumkan, saya tak nampaklah. Satu lagi, kalau dibangunkan di situ, percayalah Semporna ini akan jammed. Sedangkan sekarang ini nak masuk ke pekan pun sangat susah. Jadi kalau difikirkan oleh pihak Kerajaan, itu sesuai tapi saya minta, sebelum buat pembangunan di situ, buat jeti dulu. Kalau tidak, susah.
Rakyat saya daripada Sulabayan ini untuk datang ke pekan, tiada tempat lain lagi.
Buat dulu, kalau difikirkan itu sesuai dalam kajian, tiada masalah bagi saya. Cuma membimbangkan saya, Pulau Larapan, Pulau Bait, Pulau Bum-Bum, hari-hari datang ke pekan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Kita mengambil maklum dan akan membincangkan perkara ini di Peringkat Kementerian dan Peringkat PBT. Terima kasih.
YB Menteri.
Usukan. [audio tidak jelas]
Okey. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Usukan, Datuk Speaker. Saya membahaskan, tidak dijawab oleh Menteri Pelancongan, tentang taman-taman, rupanya bukan taman-taman, Majlis Daerah yang memungut (ketawa kecil). Ini di bawah Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan bila saya bahaskan, yuran yang dipungut itu menerusi Majlis Daerah. Dan saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tentang perancangan. Perancangan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sulabayan. Saya ingat kena perlu di mendalam bukan hanya enforcement. Rancangan rapi, plan yang ada.
Saya juga bangkitkan kita tidak mahu tadi dalam persoalan saya, di situlah apa ini, industrial park, di situlah resort yang ada, ya, di situlah yang kita katakan macam contoh di Likas inilah. Kampung Likas, di situ gereja, di situ stesen minyak, di situ kedai kopi, di situ, di belakang tu perumahan. There’s no proper planning. It’s time not only in terms of having proper planning, enforcement, restructure, di Kuala Lumpur banyak kawasan-kawasan yang kita perbaiki keadaan dia. Macam di Kampung Bahru, ya, di kawasan-kawasan tertentu untuk membolehkan supaya it’s friendly, user friendly. Macam di Semporna, baru-baru ini bila saya balik, saya dapati Yang Berhormat, ada stesen bas terminal yang dicadangkan di Semporna, depan kediaman Allahyarham Tun punya rumah yang baru kebakaran tadi. Bayangkan
macam Datuk Jaujan katakan, jammed, very congested. Kalau letak stesen terminal di situ, jangan letak di pekan. Letak mungkin dekat SMK Abdullah yang agak jauh sikit.
Kalau tidak, macam di Kota Kinabalulah, movement of station-station ni kena kita pastikan jauh daripada congested city area, town area. Kalau tidak, jangka panjang.
Bukan hanya kita rancang satu tahun, dua tahun. Ini mungkin 30 tahun yang perlu kita rancang untuk memastikan supaya jangan bebanan kepada generasi yang akan datang. Mungkin tidak ada bebanan sama kita. Ini yang kadang-kadang bila kita cerita tentang jammed di Kota Kinabalu ni. Kadang-kadang (ketawa kecil) bayangkan, pergi daripada rumah, Datuk Speaker, kalau tidak ada ni, setengah jam 40 minit. Jammed. Sport Complex dan depan tu, dekat Luyang side. Lepas tu, kenapa? Tapi bila sidang Dewan, 15 minit saja. Pasal apa? Ada trafik, yang menjaga trafik ni, maknanya, we have to work. Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan. Jangan operate in silo.
Kadang-kadang saya bimbang. Kerajaan apa ini, pelancongan tidak boleh buat jeti, DBBK yang berkuasa. Sampai bila kita operate in silo ni, untuk memastikan supaya Sabah ni disusun atur dengan baik, ada trafik-trafik yang ada ni, yang boleh mengurus trafik supaya jangan jammed di Kota Menteri bolehlah, ya. Tapi they can use that to monitor congested di town-town area. Perancangan lah saya sebut ni. Saya minta supaya tadi tu, yang taman-taman tadi, dengan sekali dengan Majlis Daerah ini.
Majlis Daerah pun saya minta kerjasama daripada Datuk. Saya bincang dengan mereka. Alhamdulillah, sekarang ini dah mula bersih dan sempurna. Saya pun bagi peruntukan, ya.Tidak jadi masalah dengan saya kerana kita mahu bersihkan semua. Saya tidak tahu, saya tidak mahu nanti besok, yang kotor paling kotor, Semporna. Yang mencuri elektrik, Semporna.
Segala lah kan macamlah saya ini tidak buat kerja. Sampah ini bukan saya yang memungut. Masakan mantan Ketua Menteri memungut sampah, menyapu sampahkan? Ada Majlis Daerah. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya terima kasih.
Pegawai-pegawai yang ditanggungjawabkan baru-baru ini ada perubahan dia. Dan saya minta Menteri bantu mereka. Bukan setakat
dari fitrah, nasihat, kewangan sedikit sebanyak untuk beli. Kadang-kadang saya minta mereka bagi bantuan untuk beli plastik.
Glove tangan. Mask yang ada, kadang-kadang saya bimbang, Yang Berhormat Menteri dalam keadaan climate change, penyakit skin, fever yang ada, batuk yang ada.
Terima kasih banyak.
(suara bertindih)
Terima kasih Senallang.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang dan nasihat dan pandangan berkenaan saya ambil kira dan kita akan utamakan. Insya-Allah minggu hadapan saya akan buat jelajah dan seterusnya ke daerah, Majlis Daerah Semporna dan mengenal pasti apa-apa keperluan dan apa-apa isu dan cabaran yang dikemukakan nanti termasuk hal ehwal agama. Dan berhubung dengan yang dibangkitkan caj untuk hotel dan sebagainya, saya akan berbincang juga dengan Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Insya-Allah.
YB Menteri.
Sorry, tadi saya berdiri. Saya minta maaf, saya terkebelakang sedikit. Tadi YB Menteri ada cakap berkenaan cadangan membina terminal bas. Kalau tidak silap sayalah di Kota Belud kan? Cuma boleh saya tahu di mana lokasi? Lokasi sudah adakah?
Ya, saya kemukakan nanti, insya-Allah.
Saya teruskan, Tuan Speaker. Untuk makluman ah, ADUN Pantai Manis mencadangkan naik taraf tapak tamu secara berfasa dan Bandar Lama Papar dijadikan sebagai Bandar Warisan dan ini juga telah dijawab oleh sebahagiannya oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Pantai Manis dan Sidang
DUN yang mulia ini, Majlis Daerah Papar bercadang untuk membina tapak berbumbung di kawasan tapak tamu.
Ia bertujuan memberikan keselesaan kepada pengunjung. Selain itu, bagi mengatasi kerosakan permukaan tapak tamu yang sering kali diadu oleh orang awam, tapak sedia ada yang berturap, aspal akan dicadang untuk diubah kepada paper block. Bagi cadangan menjadikan Bandar Lama Papar sebagai Bandar Warisan, terdapat beberapa langkah yang awal dibuat, iaitu membuat pemeliharaan bangunan dengan mengekalkan identiti seni bina bangunan lama.
Majlis Daerah Papar, Tuan Speaker, akan membentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan berkaitan pengurangan cukai pintu sekiranya pemilik bangunan mengambil langkah untuk membaiki dan menjaga keutuhan bangunan kedai sebagai salah satu inisiatif menjadikan Bandar Lama Papar sebagai Bandar Warisan.
Tuan Speaker, DUN Karamunting membangkitkan isu lampu jalan rosak di Jalan Cecily. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Karamunting dan Sidang DUN yang mulia ini, penyelenggaraan dan pembaikan lampu jalan merupakan tugas rutin yang dilaksanakan apabila terdapat kerosakan atau apabila aduan kerosakan diterima melalui Sistem Aduan Awam. Majlis Perbandaran Sandakan berdasarkan rekod dalam sistem, sebanyak 48 aduan diterima dari kawasan Jalan Cecily. 62.5% aduan telah diselesaikan. Baki sebanyak 37.5%, iaitu 18 aduan lagi sedang dalam proses kerana sebahagian aduan maklumat lokasi yang diberikan tidak lengkap.
Dimaklumkan juga bahawa daripada 18 aduan berkenaan, 5 aduan adalah berulang dan angka sebenar hanya 13 aduan, iaitu 27.8% saja yang perlu diambil tindakan. Tahun 2026 pihak Majlis Perbandaran Sandakan telah menyediakan peruntukan sejumlah RM800,000.00 untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembaikan lampu jalan dan taman perumahan di daerah Sandakan. Pada masa ini Majlis sedang dalam tindakan menukar bulb lama jenis SON kepada jenis LED kerana bulb jenis ini lebih menjimatkan kos elektrik, jangka hayat yang lebih lama dan kualiti pencahayaan yang lebih cerah.
Selain itu, pihak Majlis juga dalam proses untuk membeli dua unit skylift yang baharu untuk menggantikan skylift sedia ada yang sering mengalami kerosakan untuk meningkatkan kecekapan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan lampu jalan. Ini juga telah diminta oleh beberapa ADUN sebelum ini.
ADUN Bugaya membangkitkan bilakah Semporna akan menerima… [audio kurang jelas]
Ah, minta celah Menteri.
Okey, sila.
Boleh tanya itu skylift berkenaan dengan lampulah kan? Itu skylift bila boleh sampai? Sebab menurut MP…
Yes? Lama sudah. Mintakan?
Insya Allah, dalam masa terdekatnya sampailah. Tapi dia tidak jalan darat.
Ya, sorry Menteri. Kalau sekali sampai, kita mungkin mau celebratelah sebab tunggu lama sudah. Ini pertama. Kedua ialah, itu yang aduan-aduan tadi, you sebut di Cecily.
How about di Elopura kawasan, berapa peratus?
Sebab sekitar yang, ada yang trim itu pokok, sudah tunggu setengah tahun. Ada yang taman-taman punya lampu, lebih satu tahun dia baru call saya, itu tempat di mana saya pun lupa sudah, sebab satu tahun punya aduan. Itu yang saya harap, semua kita pun guna cara-cara MPS punya itu format, dia memang ada record semua itu. Tetapi kita delay and delay and delay, banyak yang apalah, saya harap kita yang cerita dengan unit, yang ketua unit itu, dia memang dia dapat jawablah. Terima kasih.
Terima kasih YB.
Ini yang ditanya tentang Cecily, kita jawab tentang Cecily dan yang lain saya akan kemukakan nanti melalui Datuk Presiden.
Terima kasih ADUN Bugaya, membangkitkan bilakah Semporna akan menerima stesen bas berpusat? Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Bugaya dan Dewan yang mulia ini, cadangan terminal bas berpusat di Semporna, kini dalam peringkat perancangan awal, termasuk kesesuaian kawasan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Senallang.
Jangan sampai semakin menjadi sesak dalam pekan, cadangan ini kita ambil perhatian.
Termasuk kesesuaian kawasan dan penyelarasan dengan agensi berkaitan serta pelaksanaannya, tertakluk kepada perancangan pembangunan serta kelulusan peruntukan semasa. Dari Tanjong Papat, membangkitkan…
Yang Berhormat Menteri, boleh saya?
Ya, sila.
Terima kasih, Datuk Speaker. Isu yang saya bangkitkan tentang bas tadi, terima kasih atas jawapannya Yang Berhormat Menteri.
Cuma, memandangkan kita akan menerima kedatangan pelancong pada tahun 2027, jadi kita punya pelancong sekarang pun sudah mulai menaiki bas-bas dari Kota Kinabalu ke sana.
Jadi sekarang ini, keadaannya tidak berapa begitu kondusif. Jadi, nampak sangat kehadiran pelancong bila sampai pergi daerah Semporna, keadaan bas yang tidak teratur dia punya ini. Jadi, mungkin tindakan yang awal atau penyelesaian awal sebelum adanya stesen bas yang berpusat ya.
Mungkin kita boleh, Kerajaan KKTP eh Kementerian KKTP, boleh mewujudkan satu sistem yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini, untuk menerima kita punya Tahun Melawat Sabah 2027 ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih pandangan Yang Berhormat Bugaya. Sangat bagus dan insya-Allah, nanti lawatan saya bersama rombongan, kita akan sama-sama meninjau tempat yang mana yang YB cadangkan nanti.
ADUN Tanjong Papat membangkitkan berkenaan usaha penaiktarafan dan penyelenggaraan bagi jambatan-jambatan dan jeti yang bersifat uzur. Ini sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri KPLB. Dan dari Sri Tanjong membangkitkan kontraktor tidak menurap jalan dengan sepenuhnya dan masih terdapat pot hole di jalan raya dan ini kita akan selaras dengan konsesi, syarikat konsesi yang telah dilantik dan kita akan tegas dalam perkara ini, insya-Allah.
YB Menteri, Tanjong Papat sudah habis kah?
Ya?
Soalan tentang Tanjong Papat sudah habis?
Ada lagi, selepas ini ada lagi. Saya simpan, supaya terus mengikuti.
ADUN Tanjong Keramat mencadangkan agar PBT dilantik diberi peranan semak dan imbang, bagi pengesahan kualiti kerja pihak konsesi di daerah. Ini sangat bagus cadangan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Keramat dan Dewan yang mulia ini, KKTP akan meneliti cadangan tersebut bersama Kementerian Kewangan. Pada ketika ini, KKTP telah dilantik sebagai Wakil Pegawai Penguasa (SOR) untuk memantau prestasi syarikat konsesi.
Dari Tanjong Keramat membangkitkan juga isu tanggungjawab perbadanan pengurusan dalam isu keselamatan struktur dan peruntukan kewangan, bagi tujuan penyelenggaraan Rumah Kos Rendah (RKR) Pasir Putih Putatan. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat, dan makluman Dewan yang mulia ini, Projek Perumahan Taman Pasir Putih Putatan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar merupakan perumahan jenis flat yang dijual kepada pembeli. Sehubungan itu, penubuhan dan pengurusan Badan Pengurusan atau Management Corporation (MC), adalah menjadi tanggungjawab pembeli atau penghuni sendiri selepas geran tanah dikeluarkan.
Buat masa ini, Badan Pengurusan adalah di bawah pengendalian pemaju usaha sama LPPB secara interim. Segala kerja penyelenggaraan bangunan dan kawasan guna sama dalam taman perumahan adalah di bawah badan pengurusan, iaitu badan pengurusan tersebut akan diarah untuk membuat pembaikan yang perlu dengan kadar segera, menakala bagi perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan kawasan umum, bangunan, adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Putatan.
Dari Karamunting, ADUN Karamunting membangkitkan status penyiapan pasar Karamunting, yang dilihat lewat disiapkan dan kurang pekerja. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ADUN Karamunting dan Sidang DUN yang mulia ini, Majlis Perbandaran Sandakan telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan Pasar Karamunting bermula pada 18 Mac 2025 dan setakat bulan Mac 2026, kerja pembaikan telah mencapai 73% mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil pemeriksaan berkala kerja-kerja di tapak yang dijalankan oleh Jurutera Majlis Perbandaran Sandakan, projek ini dapat disiapkan sepenuhnya tanpa memerlukan lanjutan masa (EOT). Dan berkemungkinan besar, Yang Berhormat, dapat disiapkan lebih awal dari tarikh penyiapan projek, iaitu pada 17 Mac 2027.
Kita tunggulah. Saya minta juga Yang Berhormat pantau-pantau juga. Untuk meringankan beban penjaja, pihak majlis membenarkan penjaja untuk berniaga di tapak sementara penjaja Pasar Karamunting tanpa mengenakan
bayaran.
Sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan Pasar Karamunting siap, penjaja sedia ada akan dipindah semula.
Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bugaya, dan makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, kontraktor projek pembinaan kuarters Balai Bomba Semporna telah ditamatkan, oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). SST tenda baharu bagi projek ini dijangka akan selesai pada bulan September 2026. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Banggi, dan makluman Dewan yang mulia ini, berkenaan dengan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Gaya pernah dipohon RMK-12, namun tidak diluluskan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah telah menyenaraikan semula permohonan ini untuk dimasukkan RMK-13. Sebagai maklumat tambahan, tapak asal yang dicadangkan, iaitu berhampiran masjid yang telah diluluskan untuk tujuan pewartaan.
Walaubagaimanapun Tuan Speaker, melalui lawatan tapak pada 2025, dimaklumkan tapak asal yang di cadang diubah ke tapak baharu, tetapi hingga kini belum ada pemakluman rasmi lanjut berkenaan perkara ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ir. Chin Su Yin, Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, berkenaan status penubuhan Lembaga Rayuan (Appeal Board) di bawah peruntukan Seksyen 28L Town and Country Planning Ordinance. Kementerian kini sedang dalam proses memuktamadkan kaedah-kaedah Lembaga Rayuan bersama Jabatan Peguam Negeri, serta agensi berkaitan bagi memastikan operasi Lembaga Rayuan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur.
Sehubungan itu, KKTP akan dalam masa terdekat mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas lanjut sebelum pelaksanaan Lembaga Rayuan ini dimuktamadkan.
Kementerian mengambil maklum dan mempertimbangkan cadangan Ahli Yang Berhormat Pantai Dalit, untuk melaksanakan kajian menyeluruh bagi menambah baik sistem pengurusan sisa pepejal di Sabah.
Untuk makluman, satu kajian
komprehensif sebelum ini telah pun dilaksanakan pada tahun 2010 oleh Sinew Environmental.
Dari segi infrastruktur, dua tapak pelupusan sanitari di Tawau dan Keningau sedang beroperasi sepenuhnya, manakala satu di Sandakan sedang dibina, satu di Kimanis dalam proses penyiapan laporan EIA dan reka…
Bentuk projek, hala tuju Kementerian kini memfokuskan kepada pengurangan sisa dari sumber.
Antara inisiatif utama termasuklah penggunaan mesin pengkomposan sisa makanan, memandangkan sisa tersebut membentuk hampir 40% daripada jumlah keseluruhan sisa di tapak pelupusan. Selain itu, teknologi baharu yang cost effective untuk menyelesaikan isu timbunan sampah seperti Sistem Pyrolisis.
Pyrolisis akan dilaksanakan di Sandakan dan Papar pada masa terdekat oleh sebuah syarikat tempatan. Ini juga tertakluk kepada syarat termasuklah khususnya EIA. Dan saya ada melawat di Terengganu baru-baru ini, memang sangat efektif dan efisien dan boleh banyak membantu. Tuan Speaker.
Minta izin, Menteri. Pertanyaan tentang itu pyrolisis plant dia akan mengadakan di mana tempat?
Apa itu?
Nak tanya YB Menteri, itu pyrolisis plant akan letak di mana tempat?
Saya akan kemukakan dengan Yang Berhormat nanti ya.
Okey, terima kasih.
Terima kasih banyak. Berhubung dengan Ahli Yang Berhormat Usukan, berkenaan cadangan untuk Kementerian mengetuai operasi pembersihan lesen, Kementerian bersedia untuk mengambil tindakan pemantauan bersama Majlis Daerah bagi mana-mana yang melibatkan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, kita akan melaksanakan secara bersepadu. Kalau tidak silap, baru-baru ini kita adakan operasi berkenaan di Daerah Kota Belud diketuai oleh Pembantu Menteri I dan mudah-mudahan ada kesannyalah.
Yang Berhormat Kapayan, sahabat saya, bertanya mengenai rasional pelaksanaan Undang-undang Kecil Seragam.
Terima kasih YB Menteri.
Ya.
Cuma cadangan saya itu supaya juga ada since kita mau ke arah pendigitalan negeri. Jadi sebab kadang-kadang, kalau macam kes Kota Belud, Pejabat Daerah keluarkan lesen tetapi dari segi pemantauan itu, kuasa dari bawah Majlis Daerah. Jadi harapan saya juga supaya kita kena ada tindakan tegas untuk apa ini dan tidak ada kompromi lah ke atas lesen-lesen yang berniaga begini ini sebab yang paling kesian adalah orang kampung bah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih ya.
Terima kasih Yang Berhormat Usukan, kita ambil perhatian mendalam terhadap perkara termasuk apa yang disebut sebagai pendigitalan, ini sangat penting. Terima kasih.
Kapayan, Yang Berhormat Kapayan, mengenai rasional pelaksanaan Undang-undang Kecil dan Seragam. Perlesenan, Pembangunan, Penggunaan Premis untuk Perdagangan Perniagaan Industri dan Profesional 2022.
Semasa rakyat dan peniaga-peniaga sedang yang disebutkan oleh beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kapayan, Uniform Building By-Laws 2022 telah diwartakan pada 5 Oktober 2023 lagi Yang Berhormat, sebagai satu langkah penyeragaman kerangka perundangan perlesenan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Sabah untuk memastikan semua aktiviti perniagaan dikawal selia secara berlesen. Rasional penggubalan dan pelaksanaan undang-undang kecil ini adalah seperti berikut, Tuan Speaker, satu, memberi asas perundangan yang jelas atau punca kuasa kepada PBT untuk mengawal selia aktiviti perdagangan, perniagaan, industri dan profesion dalam kawasan pentadbiran masing-masing secara teratur dan berkesan. Dua, mengelakkan pelaksanaan tindakan secara pentadbiran tanpa sandaran undang-undang, sekali gus mengurangkan risiko pertikaian serta cabaran perundangan terhadap keputusan PBT. Tiga Tuan Speaker, untuk melindungi kepentingan awam dan kesejahteraan masyarakat termasuk dari segi keselamatan, kesihatan, kebersihan, pengurusan sisa, pengudaraan, pencahayaan, pencegahan kebakaran dan ketenteraman awam.
Keempat Tuan Speaker, untuk mengatasi ketidakselarasan antara PBT serta memastikan satu kerangka perlesenan yang lebih konsisten dan moden dan seterusnya, menjana sumber hasil yang lebih stabil dan munasabah kepada PBT berdasarkan tahap aktiviti ekonomi, serta keperluan perbelanjaan bagi menampung peningkatan kos operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Memandangkan kos operasi PBT terus meningkat dari semasa ke semasa.
Seterusnya, menetapkan kadar fi lesen yang lebih adil dan saksama, di mana ia dikenakan berdasarkan keluasan premis.
Kalau dulu sama saja, premis besar, premis kecil, sama saja. Yang digunakan sekali gus memastikan beban fi adalah berkadar dengan skala operasi sesuatu perniagaan.
Dan seterusnya mewujudkan mekanisme penguatkuasaan dan penalti bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang kecil ini dapat dikuatkuasakan
secara berkesan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Kementerian kekal komited untuk memastikan setiap pelaksanaan dasar dan perundangan dilaksanakan secara seimbang, dengan mengambil kira keperluan pengawalseliaan serta keupayaan rakyat dan komuniti perniagaan. Penggubalan undang-undang kecil ini bertujuan memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan secara berlesen, secara teratur dan selamat tanpa menjejaskan kepentingan awam. Pada masa sama, ia memperkukuh peranan dan keupayaan PBT dalam aspek kawal selia dan penguatkuasaan.
Ah yes, terima kasih ya, terima kasih atas penjelasan tentang rational By Law 2022. Namun YB Menteri, masalahnya ialah timing. Pada masa rakyat sengsara, tidak mampu untuk bayar gaji kepada pekerja, kos sara hidup naik, kos diesel, petrol semua naik, gas naik. Ini adalah satu bebanan besar untuk especially peniaga-peniaga kita faham, PPT I mean the MPP perlukan kewangan untuk melaksanakan kerja-kerja seperti yang dikatakanlah. Namun, saya mohonlah, bagi pihak peniaga-peniaga di sekitar Penampang, terutama sekali di Kapayan dan Moyog, pertimbangkanlah kesengsaraan mereka pada masa ini, tangguhkanlah dulu. Kalau tidak pun, tolonglah bagi diskaun.
Ada satu kedai workshop daripada RM200 lebih, dia kena bayar RM2,000 lebih.
Bayangkan Datuk Menteri, mungkin Datuk Menteri tak rasalah berapa itu, I mean, satu, dua ribu macam okeylah tapi mereka ini ya, keuntungannya sen, en, sen tahu, so that is the thing, tolonglah, please, for the rakyat, for the rakyat.
Okey YB, terima kasih YB yang sangat prihatin.
No, boleh, at least please, boleh tangguhkankah tidak ataupun bagi diskaun?
Saya jawab, saya jawab nanti.
Terima kasih Kapayan, kita bagi Menteri untuk menjawab.
Thank you.
Terima kasih YB Kapayan. Sebenarnya perkara ini sudah dilaksanakan di dua buah Majlis, 20 buah Majlis Daerah telah dilaksanakan dengan pengiraan kadar yang kita putuskan bersama di Majlis Daerah masing-masing dan Majlis Perbandaran.
Nampaknya ada dua daerah yang apabila perkara ini diperkenalkan, dua daerah terpaksa menurunkan juga kadarnya, termasuk Beaufort dan Papar kerana kadarnya agak tinggi sebelum ini. Berdasarkan pengiraan yang baharu ini, mereka turunkan dan kita juga insya-Allah akan melihat kepentingan awam, dan juga perlu dilihat juga kepentingan Majlis Daerah itu sendiri kerana mereka terlibat dengan banyak komitmen, dan cadangan Yang Berhormat tadi itu, kita akan bincangkan dan kita akan mencari jalan macam mana dari segi lain, dari sudut lain untuk membantu, bukan sahaja peniaga berkenaan tetapi jenis perniagaan di bawah Kementerian kita. Insya-Allah kita akan bincang, terima kasih.
Sorry ya, one more time please, tambahan ya.
Maka jelaslah jawapan Menteri adalah tidaklah, kena laksanakan jugalah.
Kita.
Itulah sebab mengapa kami bawa usul itu. Kalau usul kita dapat 40%, this is not a problem already.
Thank you.
Kita akan melaksanakan dengan mengambil kira perbincangan selepas ini. Mungkin ada beberapa insentif termasuk perkhidmatan juga yang mesti terbaik kita ambil daripada peniaga, tapi perkhidmatan kita mesti juga bagus termasuk insentif yang lain. Itu kita akan bincang di peringkat pentadbiran nanti. Saya akan maklumkan dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat pun akan berkunjung ke pejabat nanti kita akan bincang.
Okey. Final one, biarpun sudah dinaikkan lesen operasi, ya, lesen operasi semua, tapi sebenarnya servis perkhidmatan masih belum ada apa-apa, apa ini?
There is no improvementlah in the service. Sila ambil apalah? Maklumlah. Thank you.
Terima kasih, itu yang penting. Saya minta Yang Berhormat sendiri pantau juga. Ah, bagus. Terbaik.
Yang Berhormat Menteri, sebelum itu saya ingin memberi peringatan sedikit kepada Yang Berhormat Kapayan. I try to be as neutral as possible di sini, tapi ada bahasa yang tadi itu not so, apalah? When you mention that mungkin Menteri tidak rasa itu boleh jatuh di Point of Order 43-6 sangkaan jahat. So, saya cuma memberi peringatan kepada Yang Berhormat Kapayan.
Thank you.
Thank you.
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Yang Berhormat Menteri tidak rasa yang beliau bercakap tadi. Mungkin semangat. Okey, yang…
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi jalan sekejap?
Ya, sila.
Terima kasih. Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya dari Moyog kerana kena sebut, terpaksa juga saya berdiri. Saya dari Moyog menyokong pelaksanaan lesen bangunan ini kerana dia menutup satu loophole lama, bangunan tidak selamat tetapi masih beroperasi.
Tuan Speaker, ini soal keselamatan nyawa, bukan sekadar birokrasi. Namun kita akui, kita akui ada rintangan daripada pemilik premis. Saya pun banyak kawan pemilik-pemilik premis, khususnya peniaga kecil dan premis lama. Mereka bukan enggan, tetapi takut kos dan proses seperti yang dikatakan oleh Kapayan tadi.
Justeru, pelaksanaan saya mencadanglah, pelaksanaan mesti berperingkat kalau boleh. Dia juga mesti dilaksanakan dengan pendekatan bantu bukan terus hukum. Dan prosesnya seharusnya cepat dan telus munasabah kosnya. Yang penting jangan dilihat perkara ini sebagai alat kutipan, tetapi sebagai perlindungan rakyat. Kalau kita buat dengan betul, kita bukan hanya kuatkuasakan undang-undang, kita pulihkan keyakinan rakyat. Pendek kata, selamatkan bangunan, lindungi nyawa, tetapi jangan matikan perniagaan. Terima kasih, Tuan Speaker.
Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat atas sokongan dan pandangan-pandangan yang sangat baik. Kita ambil kira pandangan berkenaan dan kita akan perincikan dan perhalusi untuk membantu rakyat termasuk cadangan untuk berperingkat-peringkat. Macam berperingkat-peringkat. Dan ini juga dicadangkan oleh Yang Berhormat Usukan berhubung dengan kadar cukai pintu di Kota Belud.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini bahawa penetapan kadar peratus cukai pintu di sebuah kawasan perkadaran PBT bergantung kepada permohonan yang dikemukakan oleh pihak PBT kepada Kementerian. Dan di Majlis Daerah Kota Belud, berdasarkan kategori seperti berikut, komersial dan industri 10%, kediaman 5% ke 9%, tanah kosong 1%, loji dan mesin 6%.
Yang Berhormat, ADUN Usukan turut mencadangkan agar pelaksanaan cukai pintu di Kota Belud dilaksanakan secara berperingkat sekiranya ada kenaikan kadar yang dikenakan oleh Majlis Daerah Kota Belud. Kementerian saya akan mengambil maklum dan akan memperincikan cadangan ini.
Yang Berhormat Menteri, saya faham bahawa memang apa itu? Cukai pintu ini dia memang akan ada kenaikan dan saya faham juga masalah di Kota Belud apabila dia lama tidak ada kenaikan tempoh hari. Tapi masalah di Pekan Kota Belud apabila cukai itu dia terlampau mendadak naik.
Ada di antara itu daripada 800 terus pergi 4000, 3000. Jadi dalam masa setahun itu dia sangat memberikan kesan kepada para peniaga bah. Jadi kita mahu jaga itu apa ini kita panggil? Ekosistem jual beli dan kita mahu harmonikan para penjual dan para peniaga juga di kawasan Pekan Kota Belud. Kawasan Usukan pekan Kota Belud itu memang kebetulan berada di Usukan. So, Saya harap kalau boleh saya faham juga bahawa Kementerian memang bantu Majlis-majlis Daerah. Tetapi saya harap kita tidak samakanlah bandar-bandar besar dengan pekan-pekan macam Kota Belud itu saya minta daripada Kementerian. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita akan ambil perhatian dan akan bincangkan perkara ini, cadangan utama tadi berperingkat-peringkat, kami sebut di kampung berincit-incit.
Incit-incitlah kan?
Sedikit-sedikit.
Tapi boleh berperingkat-peringkat, nanti kita akan berbincangkan.
Dari Tanjung Papat, Yang Berhormat, menimbulkan isu penjagaan keselamatan di sekitar bangunan uzur dan terbiar di pusat bandar Sandakan. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan mempunyai kuasa di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2022 untuk mengambil tindakan mengenai dengan bangunan yang uzur dan berbahaya.
Di bawah Peruntukan Undang-undang Kecil 228 (1) jika selepas pemeriksaan pihak Majlis berpuas hati bahawa sesuatu bangunan itu dalam keadaan uzur dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, pihak Majlis mempunyai kuasa untuk memberikan notis kepada pemilik bangunan untuk membaiki kerosakan dan merobohkan bangunan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam notis tersebut.
Di bawah Peruntukan Undang-undang Kecil 228 (2), pihak Majlis mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana orang yang tinggal di bangunan tersebut untuk mengosongkan bangunan tersebut sehingga keadaan bangunan selamat diduduki. Saya mengambil maklum apa yang telah dicadangkan dan telah dilaksanakan sedikit permulaan oleh Datuk Presiden Majlis Perbandaran berhubung dengan usaha untuk menyerikan bangunan-bangunan di Sandakan, bangunan kawasan bandar Sandakan, bangunan-bangunan yang lama dan beliau ada mengambil inisiatif memberikan potongan 50% cukai pintu sekiranya pihak pemilik mengecat bangunan mereka dan ini sangat baik dan untuk memberikan insentif berkenaan pihak NIPPON juga memberikan 50% bagi mereka yang membeli cat di syarikat mereka. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Segama, yang memaklumkan Dewan yang mulia ini.
Tuan, YB Menteri, soalan tentang itu bangunan yang uzur dan juga bangunan-bangunan di bandar Sandakan. Kalau kita pergi ke bandar Sandakan, boleh nampak itu bangunan-bangunan lama. Memang ini program yang painting itu saya memang setujulah memang bagus. Cuma satu, sebelum painting kita perlukan bersihkan itu bangunankan?
Contoh itu pipe. Itu soil pipe. Itu apa? Pembuangan itu dan juga itu tumbuhan-tumbuhan, itu yang tumbuhan-tumbuhan liarlah, yang di atas di bangunan, itu perlu clear dulu sama itu pipe yang leaking, mesti mau repair dulu. Tapi sekarang boleh nampak masih ada waterfall di bandar. Ya? Yang di bangunan. Ini yang boleh diduluankanlah, kasi lajukankah? Ya? Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat. Saya akan minta Datuk Presiden untuk meminta kepada pemilik atas tanggungjawab berkenaan. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Segama dan makluman Dewan Yang Mulia ini berkenaan tindakan Kementerian dalam menangani masalah kebakaran terutama di kawasan perumahan atas air. Perkara ini memerlukan pendekatan bersepadu yang melibatkan penduduk dan kerjasama pihak berkuasa. Selain program latihan kesedaran dan penyediaan alat pemadam api, penubuhan Program Bomba Komuniti juga perlu diwujudkan di kawasan-kawasan berkenaan bagi tujuan melatih penduduk untuk bertindak sebagai first responder dalam menangani kebakaran pada peringkat awal sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Inanam serta makluman Dewan Yang Mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah sedang merangka dan memurnikan garis panduan tatacara pengurusan dan pentadbiran ketua-ketua adat di negeri Sabah.
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memperkasakan fungsi Ketua Adat dan memastikan pengukuhan serta kelancaran pentadbiran undang-undang adat khususnya di peringkat Mahkamah Anak Negeri.
Bagi
menjawab isu dibangkitkan oleh ADUN Tanjong Aru mengenai pembinaan sekolah agama di Tanjong Aru, beliau tiada di sini dan memang pun tahun lalu kita sudah merancang dan kita akan usahakan untuk mewujudkan semula sekolah agama negeri di Tanjong Aru. Perlu, walaupun ada di Sembulan, walaupun ada di sebelah Putatan, Tanjong Aru perlu kerana penduduknya padat di sana.
Sukacita memaklumkan bahawa perkara ini sedang diambil tindakan dan Kementerian saya melalui JHEAINS mencadangkan pembinaan sebuah sekolah agama di kawasan tersebut.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bugaya sekali lagi bertanya mengenai apakah usaha mengimarahkan masjid di Sabah selain daripada hari Jumaat dan bulan Ramadan. Untuk makluman Yang Berhormat Bugaya, selain daripada program yang dilaksanakan khusus pada setiap hari Jumaat juga sepanjang Ramadan, JHEAINS mempunyai 398 orang guru takmir di seluruh negeri Sabah yang mengadakan pelbagai kuliah. Kelas selepas waktu Maghrib meliputi topik seperti fiqah, akidah, ibadah, syirah, serta tasawuf. Berbagai aktiviti dilaksanakan dengan menetapkan fokus-fokus utama aktiviti yang penting dan saya juga ingin memaklumkan bahawa kita telah insya-Allah memperkenalkan mula memperkenalkan apa yang disebutkan usaha untuk menyemarakkan Subuh berjemaah dan saya sepanjang Ramadan bersama rakan-rakan dari JHEAINS dan MUIS sepanjang Ramadan kita ada melawat dan berjemaah Subuh kira-kira 25 buah masjid di sekitar Kota Kinabalu ini subuh bersama dan saya lihat memang ramai waktu Ramadan, Subuh. Tetapi ada juga apabila kita lawat semula jemaah Subuh, di sekitar KK ini ada juga yang masih ramai. Khususnya saya ingin rekodkan di sini. Antara yang ramai jemaahnya Subuh ialah Masjid Kampung Sembulan.
Sepertimana masjid di Kampung Baru. Memang ramai, waktu Subuh sama ada Ramadan atau di luar Ramadan.
Betul-betul.
Dan kita akan mewujudkan usaha untuk tadarus Subuh dan
di kawasan yang YB selalu jadi imam pun ramai juga. Kawasan Putatan, Masjid Daerah Putatan. Alhamdulillah, syabas dan tahniah. Ada apa-apa YB?
Ya, minta laluan. Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Saya lihat Datuk Menteri sudah masuk ke bahagian apa ini agama sudah. Maksudnya yang KKTP sudah habiskan? Belum lagi? Jadi saya ada, dalam saya punya perbahasan ada membangkitkan tentang isu anjing liar yang mana sebentar tadi Yang Berhormat Menteri MAFFI pun ada juga menyebutkan tentang berkaitan dengan Jabatan Veterinar yang mana mereka tidak mempunyai kuasa ke atas anjing-anjing liar. Jadi menurut Yang Berhormat Menteri MAFFI ini jatuh di bawah Menteri KKTP. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Menteri berkaitan tentang anjing liar. Kerana saya rasa isu anjing liar di daerah Semporna ini sudah kritikal kerana sudah beberapa kali kita punya rakyat yang sudah banyak digigit anjing, cedera dan yang sedihnya seorang anak kecil di Sungai Tohok sampai mati digigit oleh anjing liar. Jadi mohon penjelasan saya punya soalan kepada Yang Berhormat Datuk Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bugaya. Mengenai isu anjing liar dan usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah anjing liar dan berkenaan peruntukan kepada Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Veterinar, Kementerian saya melalui Majlis Daerah Semporna telah melaksanakan beberapa tindakan dalam menangani masalah anjing liar ini. Antaranya melaksanakan operasi berkala di kawasan tumpuan seperti pekan dan kawasan perumahan. Tapi masih ada lagi ya, YB. Kerjasama dengan agensi yang lain seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Polis Diraja Malaysia, pihak NGO, komuniti dan juga individu. C, melaksanakan kempen kebersihan persekitaran agar tidak membuang sisa makanan merata-rata yang mana boleh menarik perhatian anjing berkenaan. Dan B, kawasan populasi haiwan terbiar, kawalan kepada populasi haiwan terbiar dengan tangkap berdasarkan laporan aduan orang awam. Dan yang kedua ini kembiri dan dilepaskan jika tidak berbahaya. Ini antara tindakannya Yang Berhormat.
Ya, terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Datuk Menteri tadi yang langkah-langkah yang telah diambil. Tapi untuk makluman Datuk Menteri mungkin tidak sempat saya sebutkan dalam saya punya perbahasan tapi berkaitan dengan anjing liar. Tapi anjing liar ini bukan saja, walaupun berlaku di Kampung Simunul, mangsa yang digigit oleh anjing di Kampung Sungai Tohok. Tapi kalau kita lihat di bandar itu sendiri, yang mana yang ramai pelancong. Even pada waktu Subuh pun dekat masjid, masjid pekan daerah Semporna itu, kalau kita sembahyang Subuh, kita punya jemaah mesti mahu bawa kayu. Ya, pergi masjid bawa-bawa kayu sebab itu anjing kita takut kena gigitkan. Sebelum ini memang ada kita punya jemaah-jemaah ya dari Kampung Simunul apa semua yang orang bilang ya diserang oleh anjing. Jadi mahu tidak mahu jemaah ini kena membawa kayu. Ya dari Kampung Airkan jalan kaki pergi masjid pekan daerah sebab itu kena inilah bawa kayu. Jadi saya rasa perlu lagi diperhebatkan lagi ya untuk tangkapan anjing liar ini kalau boleh dikurangkanlah ya jumlah dia itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil perhatian. (suara bertindih, kurang jelas)
Terima kasih YB Menteri. Jika YB Menteri telah habis menggulung untuk Kementerian KPKT, ada soalan saya dalam perbahasan. Dua soalan. Satu, apakah status Kampung Bahagia? Yang kedua, apakah pelan pembangunan pembinaan semula kampung sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri? Terutama selepas pasca mereka dari PPS pada 2 Mei ini. Terima kasih.
Yang Berhormat itu sekarang dalam peringkat kajian dan insya-Allah kita akan maklumkan secara bertulis dengan Yang Berhormat selepas ini. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat..
Menteri. Menteri. Itu KPKT punya isu. Itu keburukan yang kita yang bahas last yang akhir. Yang banyak yang kita jawab, yang saya yang tanya rumah mampu milik untuk muda, orang muda. Jadi sekarang agama sudahkan. Saya…
Rumah mampu milik?
Ya, ya.
Apa itu?
Rumah mampu milik yang untuk B40 punyalah. Macam LPBB…
Okey.
…LPBB sekarang di Sandakan lebih 50 tahun baru ada dua. Satu Seri Taman, satu di Sekong. Jadi bila ada buat rumah untuk B40 yang bawah yang murah punya itu, yang mampu miliklah. Jadi boleh beli dan jual. Sampai hari ini, kita hanya ada dua buah LPPB punyakah apa. Yang teruk di dalam juga, ada lampu jalan, itu tadi Tanjong Papat yang sebut itu paip tandas. Masalah-masalah ini sebab MPS tidak mahu masuk. Sebab ini cover LPPB. Dia cakap MPS, bukan tanggungjawab MPS. Inilah satu isu. Kedua, ada banyak highrise buildinglah. Contoh itu flat, apartment dan sebagainya. Sepatutnya saya ada tulis surat kasih Menteri dan cc kasi MPS juga tentang management.
Okey, kemukakan nanti dengan saya secara bertulis. Saya akan…
Ya, harap dapat jawablah. Sebab harap dapat itu suratlah. Saya lama tidak dapat surat dari KPKT.
Saya jawab, saya jawab.
Saya lama tidak dapat. Terima kasih.
Terima kasih. Sangat menarik juga cadangan daripada DUN Bugaya berhubung dengan RUU berhubung dengan Tarikat dan Tasawuf. Ini sudah saya kemukakan tahun lalu kepada JAKTUS, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan mereka sedang mengupas, mengkaji, dan mempertimbangkan apa-apa yang perlu sebelum dibawa ke Dewan Undangan. Dibawa ke Kabinet Negeri dulu baru dibawa ke Dewan Undangan untuk kita bincangkan bersama. Terima kasih, YB.
Masih lagi tentang Bugaya, iaitu berhubung dengan statistik kutipan zakat di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa pada tahun 2025 Majlis Ugama Islam menuruti Bahagian Zakat dan Fitrah telah merekodkan pungutan zakat RM133.9 juta. Kutipan zakat mengikut kategori seperti berikut:
1.
Zakat fitrah RM12.3 juta.
2.
Zakat pendapatan RM13 juta.
3.
Zakat…
Zakat penggajian sebanyak RM65.6 juta.
Zakat penggajianlah yang banyak menyumbang kepada zakat kita. Zakat penggajian kebanyakan daripada guru-guru kita. Kemudian pihak keselamatan dan mudah-
mudahan kita semua juga terlibat membayar zakat penggajian ini. Zakat simpanan sebanyak RM6.4 juta, zakat perniagaan RM34.9, ini nombor dua, zakat emas, perak RM1.3, zakat saham RM159,000.00, zakat pertanian RM51,000.00, zakat ternakan RM23,000.00 dan selain itu, kementerian saya melalui Majlis Ugama Islam Sabah mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bugaya berhubung dengan keperluan meningkatkan kadar denda di bawah Enakmen Zakat dan Fitrah.
Bahagian Zakat dan Fitrah akan meneliti cadangan tersebut secara menyeluruh dan seterusnya mengemukakan untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil (JATUSS) sebagai langkah penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada. Yang Berhormat juga Bugaya mengenai ketiadaan Hakim di Mahkamah Syariah yang menyebabkan kes tidak dapat diteruskan. Untuk makluman Yang Berhormat Bugaya, bilangan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Rendah Syariah di negeri Sabah 13 orang. Manakala bilangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah lima orang. Isu ketiadaan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau telah pun selesai dan susulan pentauliahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Mac 2026.
Sehubungan itu, pengurusan dan penyelesaian kes-kes di mahkamah berkenaan kini sedang diatur dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran prosiding serta mengurangkan tunggakan kes. Insya-Allah kita akan mengambil perhatian berhubung dengan apa yang Yang Berhormat kemukakan, berhubung dengan kes-kes mahkamah syariah di Semporna. Saya akan ambil maklum dan akan mengambil tindakan segera. Lepas itu, lepas itu, boleh kita bincang sama-sama. Nda ada soalan lagi YB ya. Selain itu, dalam mempercepatkan penyelesaian kes, ini saya skip.
Tuan Speaker, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu, cadangan dan pandangan yang melibatkan Kementerian saya, termasuk yang memerlukan data daripada Usukan tadi, kemudian daripada Tanjong Papat berhubung dengan data keperluan tadi saya akan kemukakan secara bertulis.
YB Menteri.
Kementerian saya akan meneliti segala cadangan dan pandangan berkenaan, bagi persoalan yang tidak sempat dijawab atau dijelaskan, Kementerian saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjemput yang berkelayakan untuk menyertai walimatul urus perdana, kahwin perdana. Anjuran JHEAINS dan Majlis Ugama Islam Sabah, di mana seramai 100 pasangan pengantin pertama kali kahwin bukan yang pertama kali saja, pertama kali kahwin yang telah memperoleh kebenaran untuk berkahwin dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JHEAINS akan menyertai program julung kali diadakan dijangkakan dilaksanakan 19 Julai 2026 ada 100 pasangan kita akan raikan. Akhir kata saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha …
Minta Izin.
… Selamat Menyambut Hari Pekerja, Hari Ibu …
YB Menteri.
… dan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan.
YB Menteri.
… Tuan Speaker, saya mohon menyokong. (Suara bertindih)
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Salam sejahtera, salam perpaduan, Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, Tuan Speaker, saya menjujung kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan merakamkan penghargaan di atas Ucapan Dasar Kerajaan dan seterusnya menyampaikan penggulungan ke atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Wakil-wakil Rakyat dalam sesi perbahasan.
Tuan Speaker, pembangunan sektor pembuatan merupakan pemacu penting kepada pertumbuhan ekonomi Sabah serta asas utama dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan limpahan ekonomi kepada rakyat Sabah. Sehubungan ini, Kementerian saya akan terus komited untuk menarik pelaburan berimpak tinggi, di samping menyelaras dan memudah cara urusan pelaburan secara bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan. Usaha ini penting bagi memastikan Sabah terus berdaya saing sebagai destinasi pelaburan utama, sekali gus menjana limpahan ekonomi yang menyeluruh kepada negeri dan rakyat Sabah, meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi global pada masa ini. Bermula tahun ini, kementerian saya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan tiga Taman Perindustrian Baharu di Sabah, iaitu Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat, Taman Perindustrian Kota Belud, dan Taman Perindustrian Beaufort. Sebagai sebahagian daripada strategi Kerajaan Sabah memperkasakan sektor perindustrian, memperluas kawasan pelaburan baharu, serta merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah secara lebih seimbang dan inklusif. Bagi Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat, pihak SEDCO sedang menyediakan pelan induk pembangunan. Sementara bagi Taman Perindustrian Kota Belud, di bawah KKIP, ianya telah pun mempunyai pelan induk yang telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri dengan tumpuan seterusnya kepada perancangan penyediaan infrastruktur dan utiliti berkaitan. Manakala bagi Taman Perindustrian Beaufort, kajian penilaian dan verifikasi kesesuaian tanah telah dilaksanakan dan proses seterusnya akan melibatkan pengambilan tanah serta penyediaan pelan induk pembangunan. Tuan Speaker, bagi memperkukuh pembangunan keusahawanan di Sabah, Kementerian saya akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses pasaran produk usahawan tempatan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, termasuk pasar raya utama dari dalam dan luar negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap perlindungan harta intelek, dalam kalangan usahawan Kementerian saya akan melaksanakan kursus MyIPO melalui kerjasama strategik bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan kerjasama ini akan bermula dengan pegawai-pegawai dari Kementerian serta agensi di bawah Kementerian untuk mengikuti latihan khusus di Akademi Harta Intelek.
Seterusnya pelaksanaan program-program kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek di kalangan usahawan Sabah. Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada pendaftaran cap dagangan perlindungan jenama serta pemanfaatan harta intelek sebagai nilai tambah dalam pengkomersialan produk, sekali gus memastikan produk usahawan tempatan lebih berdaya saing dan dilindungi di pasaran domestik dan antarabangsa.
Dalam usaha memperluas pasaran ke peringkat global, Kementerian saya akan meneruskan penyertaan dalam EXPO perdagangan antarabangsa di beberapa negara seperti Korea Selatan, Jepun, Thailand, dan Filipina bagi suku tahun ketiga tahun ini. Kementerian saya juga akan meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah bagi tahun ini melalui penganjuran karnival usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana di beberapa daerah sebagai platform memperkukuh akses pasaran usahawan tempatan dan karnival ini akan bermula pada hujung minggu ini di Tenom.
Kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan DIDR, turut melaksanakan Program Outreach SME-UP 2026 yang akan menjelajah ke beberapa daerah di seluruh negeri bagi memperluas hebahan dan penyertaan
usahawan di bawah Program Outreach SME-UP ini.
Inisiatif ini bertujuan memastikan lebih ramai usahawan mendapat akses kepada bantuan yang disediakan serta meningkatkan kesiapsiagaan mereka dalam memperkukuh daya saing produk di pasaran.
Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tempoh permohonan bagi Program Bantuan SME-UP 2026 telah dilanjutkan sehingga 16 Mei 2026 bagi memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk memohon dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan.
Tuan Speaker, sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah dan dalam hubungan ini, Kementerian saya … Datuk Dr.
Tuan Speaker.
… akan mula menyediakan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Mampan Negeri Sabah atau Sabah Sustainable Transport Master Plan pada tahun ini sebagai rangka kerja strategik jangka panjang bagi membangunkan sistem pengangkutan negeri yang lebih cekap, bersepadu, inklusif dan mampan.
Tuan Speaker, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO), akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ekonomi Sabah pada tahun 2026 … .
Pada saat ini, SEDCO akan menyiapkan empat projek sambungan premis perniagaan seperti berikut, iaitu di Kedai Pulau Bum-Bum Semporna, Kedai di Matunggong, Kedai di Weston, Kedai Padas Damit
Beaufort. Selain itu, dua projek sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan, iaitu projek Kedai Tungku Lahad Datu dan Kedai Pitas Fasa 4 Blok C dan D. Kedua-dua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027. Bagi pelaksanaan projek baharu, tahun 2026 SEDCO akan memulakan dua projek premis perniagaan, iaitu Kedai Susu Ekonomi Sook dan Kedai Susu Ekonomi dan Hotel Niaga Kota Kinabatangan. SEDCO juga merancang untuk mewujudkan sebuah pusat inkubator perniagaan baharu yang akan beroperasi di Bandar Baru, Penampang. Dengan sasaran memberi manfaat kepada seramai 10 orang usahawan. Projek ini dijangka siap dalam tahun semasa dan bertujuan memperkukuh pembangunan usahawan tempatan melalui penyediaan fasiliti sokongan perniagaan yang lebih komprehensif. Dan pusat inkubator ini merupakan yang ketiga diwujudkan oleh SEDCO selain di Wisma SEDCO dan Anjung Selera Kota Kinabalu. SEDCO turut komited dalam pembangunan keusahawanan melalui pelaksanaan pelbagai program latihan dan pembangunan kapasiti usahawan.
Inisiatif ini merangkumi pelaksanaan latihan keusahawanan utama, termasuk program kursus seperti Skim Usahawan Siswazah dan Skim Usahawan Teknikal yang disasarkan kepada golongan berpotensi tinggi.
SEDCO merancang pelaksanaan beberapa kursus peningkatan kompetensi perniagaan bagi memperkukuh daya saing PMKS kita dan antara program yang akan dilaksanakan adalah program pensijilan halal dan MESTI PMKS, kursus kompetensi halal dan latihan keusahawanan.
Dalam usaha menyemai minat dan nilai keusahawanan dalam kalangan generasi muda, program Tunas Niaga akan dilaksanakan secara aktif dengan penglibatan sebanyak 40 buah sekolah menengah dengan anggaran 1000 orang pelajar di seluruh Sabah akan terlibat. Bagi memperkukuh pembangunan usahawan sedia ada, SEDCO akan melaksanakan program keusahawanan holistik SEDCO yang dijadualkan pada bulan Jun atau Julai tahun ini. Program ini mensasarkan penyertaan 30 orang usahawan dan memberi tumpuan kepada pembangunan
menyeluruh merangkumi aspek kapasiti perniagaan, pemantapan operasi serta peningkatan kebolehpasaran dan daya tahan perniagaan.
Tuan Speaker, di samping memberi tumpuan kepada pembangunan Taman Perindustrian Kota Belud, KKIP juga akan terus memperkukuh usaha bagi memastikan kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu. KKIP kekal kondusif berdaya saing dan bersedia menerima kemasukan pelabur.
Pada masa yang sama, KKIP akan meneruskan pembangunan bagi kawasan yang masih tersedia di taman perindustrian tersebut dengan memberi keutamaan kepada pelaburan berimpak tinggi yang mampu menjana nilai tambah kepada ekonomi Sabah. Selain itu, pembinaan kilang sedia bina atau ready build factory 6 yang kini sedang dalam fasa pembinaan akan memberi tumpuan kepada penyediaan ruang industri bagi kluster perusahaan kecil dan sederhana. Inisiatif ini dijangka dapat menyokong pertumbuhan perusahaan tempatan, memperkukuh rantaian bekalan industri serta menyediakan kemudahan yang lebih tersusun kepada usahawan dan pelabur berskala sederhana. Sebagai langkah memperkukuh rangkaian kemudahan sokongan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya komuniti yang tinggal dan bekerja dalam kawasan KKIP.
Pembangunan perumahan turut giat dilaksanakan yang dijangka mampu menyokong pembentukan persekitaran kerja dan kehidupan yang lebih seimbang di kawasan taman perindustrian tersebut.
Tuan Speaker, dalam usaha mempercepat pertumbuhan taman perindustrian POIC Lahad Datu, POIC akan memberi tumpuan kepada usaha merealisasikan pembangunan zon bebas, free zone di POIC Lahad Datu susulan kelulusan dasar oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Bagi tujuan ini, tindakan strategik akan diambil termasuk mendapatkan kelulusan berkaitan daripada agensi-agensi yang berkepentingan. Selain itu, POIC akan memperkukuh peranannya sebagai pemacu utama pembangunan industri biojisim kelapa sawit di Sabah selaras dengan pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Negeri
Sabah. POIC akan membangunkan platform pengumpulan biomass POIC Sabah di Lahad Datu sebagai pusat penyelarasan, pengumpulan dan pengurusan bahan mentah biojisim secara bersepadu. Di samping itu, POIC turut komited dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana melalui penyediaan akses kepada infrastruktur perindustrian yang lengkap, termasuk perancangan pembangunan ready-build factory di POIC Lahad Datu sebagai kemudahan sokongan kepada usahawan industri.
Tuan Speaker, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) terus mencatatkan perkembangan yang positif sebagai salah satu hab perindustrian strategik Sabah. Komitmen berturusan para pelabur utama seperti E-steel dan Petronas ZLNG dalam melaksanakan projek masing-masing mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi SOGIP sebagai pemacu pertumbuhan sektor perindustrian bagi memperkukuh kesiapsiagaan infrastruktur dan utiliti di kawasan tersebut, pembinaan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) akan dilaksanakan sebagai langkah penting memperkukuh bekalan elektrik serta menyokong keperluan operasi industri secara lebih cekap, mampan dan berdaya saing. Penyediaan infrastruktur utiliti yang kukuh ini penting bagi memastikan SOGIP terus mampu menarik dan menampung pelaburan berskala besar pada masa hadapan. Tuan Speaker, bagi Sabah Trade in Tourism Office Singapura pula, agensi ini akan terus memainkan peranan yang aktif untuk mempromosi perindustrian pelancongan dan pelaburan ke Sabah di Singapura melalui kerjasama dengan rakan strategik di Singapura bagi meningkatkan peluang pelaburan dalam sektor pembuatan perdagangan dan pelancongan di Sabah.
Tuan Speaker, Kementerian saya melalui Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah akan terus memperkukuh pembangunan pelabuhan secara menyeluruh dengan berpaksikan kepada kecekapan daya saing dan kelestarian jangka panjang. Fokus utama adalah untuk memperkasa perkhidmatan pelabuhan di Sabah melalui pengukuhan tadbir urus, pelaksanaan pendigitalan, peningkatan kapasiti infrastruktur, termasuk menaik taraf kemudahan di pelabuhan serta penyelarasan yang lebih menyeluruh antara agensi-agensi berkaitan, operatif pelabuhan dan pemain industri.
Usaha ini turut merangkumi pengukuhan ekosistem logistik, khususnya hubungan antara pelabuhan dan rangkaian logistik darat bagi melancarkan pergerakan kargo, mengurangkan kekangan operasi serta meningkatkan kecakapan rantaian bekalan. Selain itu, Kementerian saya turut memberi perhatian serius terhadap isu kesesakan di pelabuhan Sepanggar melalui pelaksanaan lapan pelan tindakan sementara sebagai langkah untuk mengatasi isu kesesakan di pelabuhan Sepanggar. Pelan interim ini adalah merangkumi penyediaan kawasan kontena tambahan sementara, pelaksanaan kadar tarif baru, pengurangan tempoh penyimpanan kontena secara percuma daripada lima hari kepada tiga hari yang ditetapkan semasa musim puncak, penguatkuasaan peraturan terhadap kontena melebihi tempoh simpanan, penyediaan tapak parking trailer di kawasan KKIP, pelaksanaan vehicle booking system, penyelarasan waktu operasi agensi-agensi Kerajaan, serta penaiktarafan peralatan pelabuhan bagi meningkatkan kecakapan operasi dan melancarkan pergerakan kargo.
Tuan Speaker, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) akan terus memainkan peranan penting sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pengawalan lalu lintas air di Pelabuhan Dermaga dan Sungai di Sabah, serta pengeluaran lesen perkapalan di bawah 15 tan bersih berdaftar, berlandaskan perundangan negeri, iaitu Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002. Pada tahun ini, JPDS akan memberi penekanan kepada pelaksanaan beberapa projek pembangunan, antaranya program menaik taraf kemudahan pelabuhan, dalam kawasan terminal jeti Menumbuk yang melibatkan pembinaan Jeti Pontoon, kerja-kerja awalan bagi penyediaan struktur pendaratan feri yang dijadualkan siap selewatnya pada bulan November 2027. Juga projek pembinaan Jeti Pontoon di Karakit yang dijadualkan siap pada bulan April 2027. Juga projek pemasangan Sistem Pemantauan Trafik Perkapalan di Tawau dan Projek Pengukuran Hidrografik di Wallace Bay, Tawau yang dijadualkan siap pada tahun ini juga. Dan projek pembinaan pangkalan feri di antara Pulau Bum-Bum dan Semporna sedang dilaksanakan kerja-kerja awalannya. JPDS akan terus melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan kemudahan pelabuhan, melibatkan penyelenggaraan aset kerajaan seperti kapal-kapal.
Kerajaan, kemudahan dermaga kerajaan, dan kemudahan kawalan lalu lintas air. Tuan Speaker, Kementerian saya melalui Jabatan Kereta Api Negeri Sabah akan terus memperkukuh pembangunan perkhidmatan kereta api sebagai salah satu komponen penting dalam agenda pemerkasaan sektor pengangkutan di Sabah.
Sehubungan itu, penambahan aset berupa sebuah lokomotif baharu. Pada bulan Mei 2026, dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh kapasiti perkhidmatan serta menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memperkukuh jaringan pengangkutan awam dan logistik negeri, Jabatan Kereta Api sedang menjalankan kajian kemungkinan dan reka bentuk awalan pembinaan sistem kereta api yang menghubungkan Putatan ke KKIP serta Pelabuhan Sepanggar.
Tuan Speaker, sebanyak tujuh Ahli Dewan telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio Kementerian saya. Yang Berhormat Senallang telah membangkitkan berhubung status pelaksanaan pelaburan yang diluluskan, termasuk peluang pekerjaan kepada Anak-anak Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah merangkumi pelaburan baharu serta pelaburan bagi tujuan pengembangan dan peluasan operasi oleh syarikat-syarikat pelabur sedia ada. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh MIDA, sebanyak 20
projek pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan di Sabah pada tahun 2025 dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM7.6 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak sembilan projek pelaburan telah dan sedang dilaksanakan, manakala sebelas projek lagi masih berada pada peringkat active planning. Kedudukan ini menunjukkan bahawa sebahagian projek yang diluluskan telah mula memasuki fasa pelaksanaan, sementara selebihnya masih dalam proses perancangan aktif sebelum dapat direalisasikan sepenuhnya.
Dari aspek peluang pekerjaan pula, syarat utama di bawah Kelulusan Lesen Pengilang ataupun Federal Manufacturing License yang ditetapkan oleh MIDA adalah bahawa jumlah tenaga kerja sepenuh masa syarikat pelabur semasa fasa pengoperasian hendaklah terdiri sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia. Lanjutan daripada ketetapan tersebut, Kerajaan Sabah turut menetapkan sekurang-kurangnya 80% daripada komposisi tenaga kerja tempatan hendaklah terdiri daripada rakyat Sabah.
Pendekatan ini selaras dengan aspirasi dan wawasan Sabah First, iaitu memastikan manfaat kepada kemasukan pelaburan ke negeri ini dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat Sabah. Khususnya melalui penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan serta penglibatan anak tempatan dalam sektor perindustrian yang bernilai tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian saya berpandangan bahawa pelaksanaan projek pelaburan asing sememangnya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, tertakluk kepada tahap kemahiran, kelayakan serta keperluan teknikal bagi setiap jawatan yang diwujudkan, seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh dua syarikat pelabur asing, iaitu SK Nexilis dan Kumpulan Kibing. Dalam masa yang sama, pihak syarikat pelabur asing juga sentiasa menyatakan komitmen untuk memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja dalam kalangan anak-anak Sabah, selaras dengan dasar dan hala tuju Kerajaan Sabah bagi memperkukuh penyertaan rakyat tempatan dalam pembangunan industri di Sabah.
Ahli Yang Berhormat Senallang turut membangkitkan mengenai inisiatif Kerajaan dalam mengurangkan bebanan usahawan PMKS menghadapi krisis global, termasuk peningkatan kos operasi seperti harga minyak dan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya sentiasa mengambil pendekatan proaktif, termasuk mengadakan sesi libat urus bersama persatuan, dewan-dewan perniagaan serta komuniti usahawan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung isu dan cabaran yang dihadapi oleh PMKS, terutamanya PMKS.
Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap dasar dan program yang dilaksanakan adalah bersifat responsif, tepat kepada sasaran serta memenuhi keperluan semasa usahawan dalam menghadapi tekanan kos akibat krisis global. Sebagai langkah memperkukuh sokongan kepada usahawan, Kementerian saya akan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan yang turut diperluaskan skopnya pada tahun ini dengan memasukkan koperasi sebagai penerima manfaat.
Tabung khas ini bertujuan menyokong pembangunan dengan kelangsungan perniagaan usahawan melalui bantuan seperti pembiayaan modal permulaan atau start-up, peningkatan kualiti produk, pemasaran ke pasaran tempatan, pemasaran atas talian dan juga luar negeri, membina, membaik pulih, atau mengubah suai infrastruktur premis dan kilang, membeli atau menaik taraf kelengkapan mesin dan peralatan.
Kementerian saya melalui DIDR akan terus melaksanakan Program Bantuan SME-UP yang memberi fokus kepada penyediaan mesin dan peralatan kepada usahawan dan inisiatif ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual dan menurunkan kos operasi jangka panjang.
Dalam menghadapi perubahan landskap perniagaan semasa, Kementerian saya turut memberi penekanan kepada pendigitalan melalui kolaborasi strategik bersama platform seperti TikTok Shop Malaysia. Melalui inisiatif ini, usahawan diberikan
latihan, pendedahan serta akses kepada kaedah pemasaran digital yang lebih kos efektif dan meluas. Setakat ini, seramai 100 orang usahawan telah menerima manfaat dalam bentuk insentif sebanyak RM400 seorang bagi membantu mereka memulakan perniagaan di platform TikTok Shop serta menampung sebahagian kos penghantaran. Inisiatif ini bukan saja membantu memperluaskan pasaran, malah turut mengurangkan beban kos pemasaran dan logistik yang semakin meningkat.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Datuk Speaker. Dari awal tadi, persoalan tentang pelaburan RM7.6 bilion, yang telah pun dijawab sembilan, on the ground, yang masih dalam planning, yang masih dalam, apa nama, perancangan, belum pelaksanaan, ya.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, daripada RM7.6 bilion, sembilan itu berapa bilion yang ada, satu bab. Yang keduanya, dari segi peluang pekerjaan tadi disebut kepada rakyat Sabah 80% ditekankan. Tadi, dasarkan, Kementerian. Is it, is it right? 80% of the workers coming from all the investors, irrespective of where they are, whether sectors in terms of industries, manufacturing, yang ada, ditekankan 80% pekerjanya rakyat Sabah, ya. Sama ada di Kibing, sama ada di Lexus, sama ada di Kudat.
Saya ingin bertanya, contohnya macam di Kudat. Adakah pekerja rakyat Sabah di Kudat di sana? Kerana kebimbangan saya, bila saya datang ke Banggi di situ, berbagai gejala yang berlaku di situ. Keadaan pekerja, pekerja tidak kelihatan orang tempatan di situ, yang bekerja itu. Dan bagaimana dasar ini sama ada adakah badan enforcement, pemantauan untuk memastikan supaya pekerja rakyat Sabah ini dapat manfaat dia.
Di samping itu, dari segi gaji yang mereka perolehi, ya. Adakah merupakan satu gambaran bahawa rakyat Sabah mendapat manfaat. Kita tidak mahu nanti banyak pelabur China. That’s why how many develop countries like, apa ini, developing countries like Africa, Sri Lanka go bust because of pelabur China. We have to be very careful. Kita nakkan pelabur dari China, ya. Dua negara ini, satu menggunakan
investment money to control the country. Amerika jual tentera to control all the countries yang ada.
Jadi, saya tidak mahu supaya kita terbabit dalam keadaan balanya nanti masa akan datang. Jadi tadi persoalan yang saya tanya tadi itu, daripada sembilan berapa bilion, daripada pelaburan-pelaburan ini, adakah benar bahawa 80% has been achieved di Kibing? Lexus/Nexilis yang ada, begitu juga di Kudat yang ada dan pelaburan-pelaburan yang lain, sembilan tadi itu. Whether ada techniciankah. Saya tidak mahu nanti besok bila laporan datang, pekerja driver, pekerja-pekerja yang low grade. Tidak ada yang kita katakan bahawa the technical part of it. Procurementnya, techniciannya. Anak-anak Sabah menjadi penumpang saja dari segi tak ada knowledge transfer yang ada ini. Terima kasih banyak.
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang, MIDA telah menetapkan 80% daripada keperluan tenaga kerja itu haruslah rakyat Malaysia. Di Sabah kita telah juga tetapkan 80% daripada 80% tadi itu haruslah rakyat Sabah. Pagi tadi saya telah menjawab, contoh.
… di POIC, sekitar 85% warga kerja di syarikat-syarikat yang beroperasi di POIC itu warga Sabah dan kebanyakannya daripada daerah berhampiran, terutamanya di Lahad Datu.
Tentang yang sembilan itu, saya ada datanya di sini, tapi saya boleh kongsi dengan Yang Berhormat nanti sebab perlu kira-kira di sini, saya akan kongsi dengan Yang Berhormat.
Menteri dari segi labour of jobs required by the Sabahan sama ada dia very upgraded kind of jobs.
Pelbagai peringkat.
Ataupun, ataupun sebahagian besar 50% low labour ya.
Ada datanya di sini Datuk Seri. Yang Berhormat Senallang saya akan kasi.
Ada ya. Saya boleh bagi dengan kalau boleh, kalau boleh. Terima kasih banyak. Yang satu lagi saya ada tanya tadi dalam perbahasan itu industri yang ada, pelabur-pelabur ni kos meningkat, diesel mereka. Adakah pihak kerajaan ni juga subsidize air di Kibing ini? Saya difahamkan cukup banyak mereka memerlukan air. Adakah ini menjejaskan bekalan air di Kota Kinabalu ataupun berhampiran dengan daerah-daerah ini pihak Kementerian memantaunya sebaik mungkin? Bekalan elektrik yang ada. Kita tidak mahu nanti keutamaan diberikan kepada pelabur, rakyat Sabah ini menjadi secondary kind of consideration yang ada.
Terima kasih itu sebab kita ada Sabah First, kita utamakan rakyat Sabah. Dalam masa yang sama kita alu-alukan kehadiran pelabur asing ini kerana mereka juga memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah dan juga limpahan ekonomi. Ekosistemnya itu dapat dibina dengan lebih baik dan rakyat Sabah usahawan PMKS juga boleh terlibat dalam sistem ataupun supply chains kepada industri tersebut. Kita seimbangkan Yang Berhormat dan saya percaya, rakan saya nanti juga dapat memberi update tentang usaha-usaha menambah baik kemudahan utiliti kepada rakyat Sabah dan juga kepada keperluan industri. Tuan Speaker, saya ingin teruskan kepada Ahli Yang Berhormat Karamunting yang telah membangkitkan pelan penggantian atau penambahan kren baharu di Pelabuhan Sandakan. Ini juga ada dalam jawapan lisan esok. Untuk makluman Ahli
Yang Berhormat Karamunting dan Dewan yang mulia ini, perkara berhubung pelan penggantian atau penambahan kren baharu di Pelabuhan Sandakan sememangnya diberi perhatian.
Dan dalam hubungan ini pihak Sabah Ports Sendirian Berhad selaku operator pelabuhan telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan serta penggantian komponen kren bagi memastikan tahap ketersediaan, kebolehoperasian dan kecekapan jentera pelabuhan sentiasa berada pada tahap yang optimum. Bagi kren SPSB 2, tindakan pembaikan dan naik taraf sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Dari aspek sistem elektronik, memandangkan komponen sedia ada merupakan bersih tahun 2005, kerja-kerja menaik taraf Module Interface Siemens, papan litar serta Unit Simureg sedang dalam proses perolehan. Pembelian alat ganti telah dibuat sejak Ogos 2025 dan kini berada dalam fasa menunggu penghantaran. Dari aspek mekanikal pula, penggantian cable reel telah disiapkan dilaksanakan pada Mac 2026 bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik semasa operasi. Selain itu, stok bagi pemasangan rotation hawk baharu telah diterima pada Januari 2026 dan pemasangannya akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Bagi kren SPSB7 pula, jentera berkenaan sedang dipantau secara rapi khususnya dari aspek enjin, radiator, sistem hoisting dan sistem kawalan.
Bagi menangani isu overheating, pihak pelabuhan melaksanakan pemantauan dan proses top overhaul enjin serta servis radiator secara berkala setiap 6 bulan. Bagi sistem hoisting, pihak operator pelabuhan sedang menjalankan diagnosis teknikal secara terperinci bersama pakar daripada Konic Kren susulan isu teknikal yang dikesan pada 28 Mac 2026 bagi memastikan jentera tersebut dapat kembali beroperasi pada tahap optimum.
Dalam masa yang sama pembaikan terhadap sistem kawalan elektronik telah pun selesai dilaksanakan bagi menjamin kestabilan operasi kren berkenaan. Sebagai langkah strategik jangka panjang, SPSB merancang untuk memindahkan satu unit
mobile harbour crane dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Sandakan setelah dua unit quay cranes baharu di Pelabuhan Tawau siap dipasang dan beroperasi sepenuhnya. Pada masa yang sama SPSB turut merancang perolehan kren baharu. Bagi Pelabuhan Sandakan, bagi meningkatkan kecekapan operasi, mempercepat masa pusingan kapal, serta menyokong pertumbuhan ekonomi Daerah Sandakan.
Dengan izin Yang Berhormat Menteri, sebenarnya ada lagi soalan yang saya bangkitkan mungkin Menteri sama ada jawab belakang atau tidak. Ada satu pelabur yang saya sebutkan dalam perbahasan saya ini di Lahad Datu.
Di Lahad Datu, BESS yang menggunakan bateri di situ itu …
Mana yang saya tidak sempat jawab Yang Berhormat saya boleh beri secara bertulis, ya.
Ya. Okey, cuma saya saya bimbang nanti.
Ya.
Kalau tidak …
Boleh.
…pasal saya tanya dalam ini.
Ah.
… dirangkumkan sekali. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya ingin meneruskan bagi Yang Berhormat Banggi, tapi nampaknya mungkin menunaikan apa ini, solat Maghrib rasanya. Yang Berhormat Tanjong Keramat, juga sedang menunaikan ibadah Maghrib. Soalan Yang Berhormat Sebatik, tiada dalam Dewan. Yang Berhormat ada, Sebatik? Tidak pergi solatkah YB? Selepas ini ya. Tuan Speaker, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Sebatik dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui JPDS telah mengenal pasti lokasi tapak tanah yang bersesuaian di kawasan Kampung Mentadak, Wallace Bay untuk keperluan pembinaan jeti awam dalam RMK-13. Pembinaan jeti awam yang dirancang lebih berkonsepkan secara berpusat. Dengan komponen jeti konkrit dan dilengkapi ruang tempat menunggu, kemudahan tandas dan menempatkan pejabat kecil untuk kawalan oleh pihak JPDS, boleh ya. YB Usukan tidak ada. Yang Berhormat Tungku juga tidak ada di dalam Dewan. Maka demikian Tuan Speaker. Dato’ Dr.
Datuk Yang Berhormat Menteri boleh saya minta sekejap ya.
Tapi Yang Berhormat tidak membahas isu di Kementerian saya.
Dato’ Dr.
Ada berhubung dengan pengangkutan, lapangan terbang.
Pengangkutan ya. Lapangan terbang? Dato’ Dr.
Ya.
Di Lahad Datu? Dato’ Dr.
Yes.
Okey, saya bagi secara bertulis ya. Dato’ Dr.
(Ketawa kecil)
Kita, saya telah bangkitkan ini di Parlimen juga Yang Berhormat dan memang Kerajaan Persekutuan telah menerima permohonan kita itu tetapi ada dokumen-dokumen maklumat tambahan yang diperlukan di pihak Kerajaan Sabah. Dato’ Dr.
Okey, okey.
Yang ini juga jawapan Parlimennya saya kongsi dengan Yang Berhormat juga. Dato’ Dr.
Okey, terima kasih.
Dengan ini saya mengakhiri ucapan penggulungan ini …
Saya ingin mencelah Yang Berhormat.
Tapi Yang Berhormat tidak anu, tidak, tidak …
Ada.
Tidak anu, membahas.
Saya, ada saya, saya ada kemukakan soalan.
Iaitu?
Iaitu, apakah sebab kita tengok Sabah Trade Center di kawasan Likas itu sudah terbengkalai?
Ada dalam, saya ingat ada dalam soalan Yang Berhormat.
Yes.
Tapi tidak dibahas. So, dalam soalan itu tunggulah. Tunggu soalan.
Ah, tunggu soalan. Kalau boleh bagi saya, saya.
Sebab, Yang Berhormat tidak masukkan dalam perbahasan.
Ya.
Tapi dalam soalan pertanyaan lisan
ada. Jadi bila pertanyaan lisan itu, saya jawab secara jawapan lisanlah. Sebab Yang Berhormat, saya minta maaf, YB Yang Berhormat tidak jawab dalam kalau tidak, tidak bangkitkan dalam perbahasan.
Begini tadi, saya untuk makluman Datuk Speaker, saya kurang sihat hari ini.
Kita ada tiga, ya.
Kurang sihat, makan ubat, sampai sekarang pun masih makan ubat cirit-biritlah.
Jadi, kalau boleh saya minta perancangan Kementerian berkaitan dengan Sabah Trade Center itu, itu saja. Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan [Datuk Ewon Benedick]:Saya tidak ada, memang Yang Berhormat ada kemuka soalan itu, kita sudah sediakan jawapan lisannya.
Okey, alright. Okey. Terima kasih.
Yang, dengan ini saya ingin tutup penggulungan saya dengan mengucapkan selamat menyambut pesta, yang mana? Iaitu? Tak apa, okey.
Pelabur dari asing.
Dalam penggulungan saya, yang mana yang saya tidak sempat jawab dalam penggulungan ini.
Itulah, saya lama tidak dapat surat dari Kementerian juga sama juga perumahan.
Tidak apa. Tidak apa. Saya tandatangan sendiri surat itu Yang Berhormat boleh? Supaya Yang Berhormat boleh direct sama saya.
Sebab ada dua Menteri pun ada tanya soalan ini dapat dari mana ini source? Ada tanya saya dari mana itu source juga? Ada tanya saya juga. Saya pun ada sebut ini. Saya tunggu kamu punya jawapan. Saya tunggu sampai sekarang (suara ketawa).
Saya bagi bertulis boleh? Saya akan semak dengan pegawai saya, ya.
Saya minta jawapan ini secara bertulis, ada beberapa perkara. Contoh saya bangkitkan BESS, bateri contoh macam IPP, saya harap jangan terlupa, pasal banyak juga persoalan saya, lepas itu tunggu (ketawa kecil) tak dapat jawapan lagi. Terima kasih banyak.
Yang Berhormat Senallang, Yang Berhormat Likas, Yang Berhormat Elopura, saya akan tandatangan sendiri surat, apa itu, jawapan bertulis itu, ya.
Dan kalau ada kemusykilan lagi, boleh berkunjung ke pejabat saya nanti.
…Untuk kita sama-sama bincang, kerana ini soal Sabah. Boleh?
Okey, kata-kata terakhir.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon menyokong.
Alright, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan. Dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kewangan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Tuan Speaker.
Pertamanya, syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita berada bersama-sama di Dewan yang mulia ini dan kali ini tibalah giliran saya untuk membuat ucapan penggulungan. Saya ingin maklumkan Tuan Speaker inilah teks yang paling ringkas dalam sejarah saya selaku Menteri.
Bukan apa tapi terus terang I am very impressed with the quality of the debates, especially in the only 40%. You may not realize it but actually many of the issues that was raised but actually answered by those who have taken part in the debates. Inilah kualiti apa ini, perbahasan yang kita mahu. Semua kita bekerja untuk satu itu, untuk Sabah, untuk rakyat Sabah. While I am in this side, in this block. But I want to assure you, sama ada di sini atau di sana semua hati kita, adalah tertumpu kepada usaha kita untuk mengembalikan lebih banyak apa ini, kemudahan kepada Sabah, yang sepatutnya diberi kepada kita melalui Perlembagaan. Tuan Speaker, saya terus pergi terlebih dahulu kepada beberapa soalan dan isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, ialah Ahli Yang Berhormat dari Senallang mengenai prestasi. Saya ingin menjawab ya soalan daripada Yang Berhormat Senallang, prestasi perbelanjaan semasa bagi peruntukan Kerajaan Persekutuan di Sabah, adalah RM1.6 bilion bersamaan dengan 24.41%, daripada jumlah yang telah diluluskan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah peruntukan yang telah
disalurkan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Sabah ialah RM5.6 bilion, bagi melaksanakan 1,239 program atau projek pembangunan di Sabah. Peruntukan yang disalurkan adalah berpandukan kepada prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek ataupun program.
Sebagai makluman, prestasi perbelanjaan atau penggunaan kewangan, di bawah peruntukan Persekutuan Kerajaan Sabah ya, prestasi Sabah bagi tahun 2025, ialah 99.52% dan ini merupakan negeri ketiga dengan prestasi terbaik di seluruh Malaysia, 99.52% ya.
Manakala pada tahun 2026, Kerajaan Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion untuk perbelanjaan perbekalan.
Daripada jumlah tersebut RM4 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.
Setakat 31 Mac 2026, perbelanjaan mengurus telah mencapai 21% manakala 10% untuk perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan pembangunan, daripada jumlah keseluruhan 1,187 jumlah projek atau program, yang diluluskan untuk pelaksanaan di bawah RMKe-3 Sabah, 142 projek sedang dalam fasa pelaksanaan dan bakinya 1,045 projek atau program pula dalam fasa prapelaksanaan dan ini termasuklah kajian, proses perolehan dan sebagainya.
Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Bengkoka di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Sabah pada tahun 2026 telah pun memperuntukkan RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, serta agensi-agensinya dan RM317.72 juta kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, serta agensi-agensi di bawahnya, merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Peruntukan ini mencerminkan komitmen yang jelas Kerajaan Sabah bahawa sektor pertanian, perikanan dan pembangunan luar bandar bukan sekadar pelengkap, tetapi merupakan tunjang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sabah.
Kerajaan Sabah sentiasa responsif terhadap keperluan semasa. Justeru itu, sekiranya terdapat keperluan tambahan yang benar-benar berasas, kerajaan pada dasarnya bersedia untuk mempertimbangkan penambahan peruntukan tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa.
Prinsip kita jelas, setiap ringgit mesti memberi pulangan terbaik kepada rakyat. Namun demikian, sebarang permohonan tambahan hendaklah dikemukakan dengan justifikasi yang kukuh dan perincian yang jelas, untuk pertimbangan Kementerian Kewangan bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus kewangan negeri.
Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Banggi, projek pembinaan dewan serba guna di Pulau Banggi, seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, semasa lawatan di pulau tersebut, pada tahun lepas telahpun disenaraikan di bawah RMKe-13 Kementerian Kewangan.
Oleh itu, projek pembinaan boleh dimulakan setelah semua prosedur perolehan selesai. Manakala bagi pembinaan Kompleks Sukan Banggi pula, setakat ini Kementerian Kewangan belum menerima sebarang surat pemakluman, mahupun permohonan daripada pihak yang berkenaan.
Ahli Yang Berhormat daripada Api-Api bertanyakan mengenai mekanisme penyaluran peruntukan kepada semua kawasan DUN.
Untuk makluman Yang Berhormat Api-Api, peruntukan akan disalurkan melalui Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Kecil serta Pihak Berkuasa Tempatan, seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Tawau dan Penampang. Bagi kawasan yang diwakili oleh pembangkang, peruntukan adalah di bawah peruntukan khas yang diurus oleh Kementerian Kewangan. Sebarang permohonan untuk pembangunannya, boleh dibuat terus kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tertakluk kepada kelulusan serta prosedur kewangan yang sedia ada. Kerjasama antara UPPM, Pejabat Daerah-pejabat daerah Kecil dan PBT adalah penting bagi memastikan peruntukan dapat disalurkan dan dibelanjakan dengan sewajarnya.
Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Nabawan, Kerajaan Sabah pada dasarnya bersedia untuk mempertimbangkan pemberian geran kepada badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan, dalam usaha melaksanakan dan memperkasakan program-program berkaitan pertanian. Inisiatif ini secara langsung akan memacu industri pertanian bagi memastikan keterjaminan
makanan, yang berterusan tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa Kerajaan Sabah.
Setiap permohonan yang dikemukakan oleh pihak BBN atau GLC, hendaklah terlebih dahulu diperaku dan disokong oleh kementerian yang berkaitan. Selain daripada memastikan perancangan yang dikemukakan, dinyatakan dengan jelas, komprehensif dan selaras dengan dasar serta hala tuju Kerajaan Sabah. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Tamparuli telah bertanya mengenai pinjaman Persekutuan kepada Sabah. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, Kerajaan Sabah masih perlu bergantung kepada pinjaman Persekutuan, kerana pelaksanaan projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya, perkhidmatan pembentungan, pengairan dan saliran, serta penyediaan bekalan air lazim, akan melibatkan nilai pelaburan tinggi, merangkumi pembinaan aset strategik jangka panjang, yang dapat memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, projek penyediaan bekalan air turut melibatkan pembangunan infrastruktur berskala besar seperti pembinaan loji rawatan air.
…air, naik taraf empangan, penyambungan rangkaian paip agihan dan penyelenggaraan aset boleh mencecah kos sehingga berbilion ringgit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tamparuli, jumlah keseluruhan pinjaman Persekutuan yang telah matang dan perlu dibayar balik ialah RM3.2 bilion.
Meskipun dengan jumlah pinjaman yang tinggi, jumlah bayaran balik pinjaman adalah jauh lebih rendah. Di mana Kerajaan Sabah hanya membayar balik pinjaman dalam anggaran RM220 juta setahun sahaja bagi pinjaman yang telah matang.
Ini bermakna Kerajaan Sabah boleh memperolehi pembangunan lebih cepat, di samping menikmati pinjaman tanpa faedah dan tempoh bayaran balik yang lebih panjang sehingga 20 tahun bagi semua projek bekalan air dan pembentungan di Sabah. Ini secara langsung dapat membantu memastikan pelaksanaan projek dapat diteruskan tanpa membebankan kedudukan kewangan dan tidak mengabaikan keperluan perbelanjaan bagi sektor-sektor pembangunan lain. Kerajaan Sabah adalah merupakan pembayar baik atau good pay master yang sentiasa membuat bayaran balik mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Sabah telah merancang dan melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan kebergantungan pinjaman Persekutuan, antaranya, termasuklah memperkukuhkan kedudukan kewangan Sabah melalui peningkatan hasil, mengoptimumkan kutipan hasil yang sedia ada serta menggalakkan semua jabatan untuk meneroka dan menjana hasil baharu. Di samping itu, usaha juga ditumpukan kepada peningkatan kecekapan pengurusan utiliti air, termasuk pengurangan kadar kehilangan air yang tidak berhasil atau non revenue water, bagi meningkatkan kecekapan operasi dan hasil bekalan air. And of course kita berharapkan kita akan mendapat 40%, if we get that, i think we solve nearly all our problems ya.
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan dan juga, Kementerian Kewangan Sabah mengambil maklum atas keresahan dan kebimbangan Ahli Yang Berhormat daripada Senallang, Elopura dan Sri Tanjong berhubung sektor-sektor tertentu yang mungkin terkesan akibat kenaikan harga minyak global. Justeru itu, seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Khas, Task Force ya, untuk mengkaji dan sekiranya perlu mencadangkan subsidi tersasar tertakluk kepada hasil dapatan kajian serta syor jawatankuasa berkenaan. Menyedari bahawa kunci utama kelestarian ekonomi di fasa krisis terletak kepada kecekapan perbelanjaan Kerajaan untuk memastikan Sabah dapat mengekalkan kemampanan dan berdaya tahan dalam tempoh yang panjang tanpa menjejaskan rizab fizikal negeri.
Kementerian Kewangan Sabah juga turut, juga turut akan
mencadangkan rasionalisasi perbelanjaan sedia ada, bagi memastikan perbelanjaan Kerajaan Sabah dilaksanakan secara berhemah dalam menghadapi tempoh krisis ini. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tungku, Kuamut, Tanjong Aru dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan sentiasa memastikan kesinambungan, keseimbangan antara perluasan hasil negeri dan pembangunan industri, merangkumi industri hiliran. Sehubungan dengan itu, sebarang keputusan untuk mengenakan atau menyemak cukai jualan negeri atau CJN termasuk bagi industri sawit serta perikanan, dan akuakultur adalah dibuat berdasarkan kajian terperinci, dan libat urus bersama pihak berkepentingan.
Kerajaan prihatin terhadap kemampanan dan daya tahan industri. Oleh itu, untuk makluman Dewan yang mulia ini, berkuat kuasa 1 April 2026, Kerajaan Negeri telah menyemak semula kadar CJN bagi sektor besi buruk dan buangan daripada 10% hingga 5%, dan khusus kepada Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Aru ya,we are actively looking into the aquaculture ya and they will be presenting their recommendation soon and hopefully there will be some news on it ya. Tuan Speaker, sekarang saya pergi kepada topik yang saya fikir topik yang paling popularlah pada sesi inilah ya.
Can i finish it and then you can ask any question okay. Pelbagai pandangan telah dikemukakan berhubung dengan pemberian khas, termasuk sokongan dan pertanyaan terhadap usaha Kerajaan Sabah, ini sekarang pasal 40% inilah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan kekal dengan pendirian, Kerajaan Sabah kekal dengan pendirian bahawa formula asal yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan Bahagian 4 Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan mesti dilaksanakan. Maka adalah tidak tepat untuk mengatakan Kerajaan Sabah telah berkompromi.
We cannot run from it, you have to be based on that provisions. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Kuamut, Tambunan, Merotai dan Sungai Sibuga, Sabah amat menyedari bahawa amaun pemberian khas yang diterima pada masa ini jauh lebih rendah, berbanding jumlah yang sepatutnya diperolehi berdasarkan formula dalam Perlembagaan.
Walau bagaimanapun ya, just to give you a contextual, proper context. Perkembangan ini sebenarnya bermula daripada,
kalau kita pergi kepada sejarah for the last 48 years ya, mula-mula Sabah hanya menerima RM26.7 juta setahun tanpa sebarang kenaikan. Sudah itu, naik kepada RM125 juta pada 2022, RM300 juta pada 2023, RM306 juta pada 2024 dan buat masa ini, RM600 juta.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa pendekatan rundingan berterusan dan berstrategi oleh Kerajaan Sabah telah memberikan hasil yang nyata. Dengan peningkatan bayaran interim tersebut telah menyumbang kepada peningkatan sumber kewangan negeri bagi membiayai pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Namun, saya ingin menegaskan bahawa bayaran interim yang diterima oleh Kerajaan Sabah adalah tanpa prejudis ke atas hak Kerajaan Sabah untuk menuntut lost years, serta bergantung kepada formula asal 40%, atau sepertimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan 2/5 ya. Bayaran ini juga merupakan pengaturan interim, interim arrangement dan bukannya amaun mutlak pemberian khas yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan.
Tuan Speaker, walaupun Kementerian saya telah memberi penjelasan semasa sesi pertanyaan pada hari Selasa lalu, saya ingin menjelaskan sekali lagi secara terperinci perkembangan terkini, rundingan-rundingan yang telah dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik Datuk Roger Chin, ADUN Sulabayan, Tamparuli, Usukan, Kapayan, Paginatan serta semua Ahli di Dewan yang mulia ini.
Sejak keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025, Kerajaan Sabah telah bergerak secara aktif.
Jawatankuasa rundingan pemberian khas peringkat pegawai, antara pegawai, pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah ditubuhkan pada 17 November. Antaranya dalam mesyuarat tersebut, Kerajaan Sabah telah membentangkan kaedah pengiraan pemberian khas, manakala Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk berkongsi data.
Seterusnya pada 28 Januari 2026, dalam jawatankuasa yang sama, skop komponen-komponen hasil Persekutuan telah dibincangkan. Kerajaan Persekutuan telah diberi tempoh untuk melengkapkan data termasuk bagi lost years. Kedua-dua pihak yang bersetuju menggunakan, kedua-dua pihak bersetuju menggunakan pendekatan anggaran ya, assumptions ya.
Sekiranya data sebenar tidak lengkap,
terutamanya bagi tahun-tahun terdahulu, jawatankuasa kerja turut ditubuhkan bagi semakan silang data.
Selanjutnya, dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pada 27 Februari dan 13 Mac 2026, kedua-dua pihak telah membentangkan anggaran bermula tahun 1974 sehingga tahun 2025 dan menjalankan verifikasi data. Pada masa yang sama, Kerajaan Sabah telah menegaskan bahawa bayaran yang perlu dibuat terlebih dahulu, bagi komponen hasil yang tidak dipertikaikan dan pemberian khas tidak boleh diganti dengan perbelanjaan pembangunan Persekutuan.
I repeat ah, pada masa yang sama Kerajaan Sabah telah menegaskan bahawa bayaran perlu dibuat terlebih dahulu kepada komponen hasil yang tidak dipertikaikan jumlahnya ya dan pemberian khas tidak boleh diganti dengan perbelanjaan pembangunan…
Dan Persekutuan, there is no correlation between bayaran peruntukan pembangunan dan juga tuntutan 40% kita. I think these are two separate things all together. Selain daripada itu, penetapan atau ruling rasmi perlu diwujudkan bagi menetapkan kaedah pengisytiharan hasil oleh syarikat Sabah dan syarikat bukan Sabah yang mempunyai operasi di Sabah tapi hasilnya tetapi diisytiharkan di luar Sabah. It means there are companies that have operation in Sabah but the what we call this, headquarters in Kuala Lumpur, jadi adakah penjumlah keuntungan itu ada bayaran yang diisytiharkan itu, kita berpendapat selagi operasinya di Sabah, it doesn't matter dia diisytiharkan di KL atau di Sabah, it is part of the revenue that we are entitled to the 40%.
Berkenaan dengan pelaksanaan pembayaran, Kerajaan Sabah juga terbuka untuk berbincang dan memperhalusi penyelesaian konstruktif berkenaan option pembayaran yang sesuai. Sebagai misalnya, if they don't have money, okay, we look at the options. Apa option ini? Susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 April 2026. Kerajaan Sabah melalui surat bertarikh 10 April 2026 telah menegaskan
bahawa penangguhan hanya melibatkan the lost years. Oleh itu, bayaran bagi tahun 2022 hingga 2025 dan tahun semasa perlu dilaksanakan segera mengikut formula 40% Perlembagaan Persekutuan. Walaupun tidak semua perkembangan kita umumkan, ia tidak bermakna Kerajaan tidak bertindak.
Hakikatnya, setiap mesyuarat rundingan tidak berhenti setakat perbincangan semata-mata malah, disusuli dengan tindakan lanjut melalui surat rasmi serta penegasan berterusan pendirian Kerajaan Sabah bagi menggesa tindakan segera oleh Kerajaan Persekutuan. Satu perkara yang asas yang jelas yang dapat saya simpulkan di sini, baik di pihak Kerajaan mahupun di pihak pembangkang, kita semua berdiri dalam satu perjuangan yang sama memastikan hak 40% pemberian khas Sabah dilaksanakan segera oleh Kerajaan Persekutuan. Tuan Speaker sekarang kalau ada pertanyaan sebelum saya tutup bolehlah buka kepada clarificationlah kalau ada.
Dengan izin kalau boleh saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya telah bangkitkan beberapa perkara contohnya persoalan yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya pembayaran delay in payment. Saya dapati ada beberapa pihak maklumkan saya tidak tahu betul atau tidak, tapi I will get the detail from them. The delay in payment of some of the jobs that they have done because they know that, mungkin kewangan yang begitu tidak sihat. But I just want to know, how much is the delay in payment in certain projects? Particularly yang mana projek membabitkan kepentingan rakyat.
Keduanya, saya juga sebutkan tentang downstream, dalam ucapan saya perbahasan dan saya tahu data yang saya ada, kita mengeksport dan sebahagian besar daripada eksport ini iaitu minyak iaitu almost 34%, 34.7% of the petroleum yang ini di bawah jagaan Petronaslah, termasuk kita punya mungkin di Sipitang ataupun diproses di Kimanis sebagai terminal saja. Cuma downstream ini saya bangkitkan dalam perbahasan saya, whether the government is either encouraged dari segi, we're going really downstream.
Bukan setakat dari segi LNG, bukan setakat dari segi, contoh macam Singapura seperti saya sebutkan, bagaimana sebuah negara yang tidak ada minyak, tidak ada gas. Tapi mereka mengeluarkan jet fuel di Singapura. They don't have oil dan bayangkan kita sebagai satu pusat pelancongan dan juga pelaburan yang banyak, but kita banyak sini ada private jet, ada AirAsia, ada macam-macam yang ada MASwings yang memerlukan dan saya bertanya sama ada pihak Kerajaan mempunyai dasar rancangan yang begitu rapi particularly on minyak downstream yang ada untuk memastikan supaya masyarakat kita bukan hanya mempunyai peluang pekerjaan bahkan juga monetize the wealth yang ada kepada bumi Sabah. Kita tidak mahu di Pengerang, kita tidak mahu di kawasan negeri Pahang, semuanya mempunyai kemudahan seumpama ini proses minyak yang ada but we don't have in Sabah and this is where I think it's very important for us to whether saya tanya sama ada ia hanya mempunyai dasar yang jelas ataupun jangan.
Saya juga bertanya kepada Datuk Speaker, tentang salary, gaji-gaji masyarakat yang ada. Sama ada saya tahu masa saya jadi Ketua Menteri, kita naikkan civil servant state. That is within our means. Tapi satu peringkat sahaja. Tapi masa tidak cukup, mungkin KSU, SKN, upgraded. Cuma down the line dia belum lagi. Cuma dalam segi swasta ini kerana ini membimbangkan saya. Saya ada di tengah mereka, kadang-kadang gaji sikit saja. Kita dah letak minimal charges yang ada. Minimum wages yang ada cuma mungkin sama ada pihak Kerajaan ada rundingan dengan pihak private sectors untuk membolehkan mereka membantu pekerja-pekerja mereka bukan hanya pelabur dari luar pelabur tempatan. Pelabur tempatan kita bagi ruang contohnya sama ada dasar Kerajaan bagi compensation in terms of taxes yang ada cukai sama ada seperti yang saya sebutkan, trading license yang ada contoh macam dari segi pungutan hasil yang ada macam kita contoh kita ada of course we have palm oil but no downstream, sales tax kita pungut, quite banyak di situ, ya. Begitu juga, kita katakan bahawa ada syarikat-syarikat tertentu dari segi wood industry, tapi masalah dia tidak banyak untuk buat kilang perabot yang ada. Seperkara lagi yang disebut tadi tentang memang saya setuju kita perlu sepakat dari segi tuntutan 40% dan saya amat setuju dari segi perbezaan special grant is different. Sarawak dapat, Sabah dapat. Begitu juga kita tidak mahu nanti federal list and
concurrent list itu lain. Kita tidak mahu tiba-tiba bunyi bahawa ini sudah kita bagi beratus-ratus bilion kepada Sabah dan inilah sebahagian dari 40%, dalam constitution yang ada, state constitution is quite clear. Cara membayar pun from consolidated fund, 40%. Sama ada pihak Kerajaan mempunyai pangkalan data dari segi pungutan hasil yang kita katakan bukan setakat GLC Sabah yang bayar cukai GLC Sabah, syarikat-syarikat persekutuan ataupun pelabur-pelabur asing yang berdaftar bukan di Sabah.
They pay tax to central government PETRONAS, FELDA, IOI, Sime Darby semuanya syarikat-syarikat bukan dimiliki oleh Sabah, but mereka berdaftar di pusat di Semenanjung, maka mereka dipungut cukai. Dia tidak bayar cukai kepada Sabah, dia collect. The 40% supposed to be. Sama ada jumlah ini telah kita, telah kita rangkumkan bukan hanya 40% mungkin sepatutnya bayar tapi tidak masuk daripada syarikat-syarikat dari luar negara, syarikat-syarikat daripada pelabur asing yang ada yang melabur yang dipungut oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Ini adalah satu perkara yang saya minta kepada Kerajaan, sepatutnya Dewan Undangan Negeri kita mempunyai kebulatan suara, ketegasan. Itu saja minta. Bukan pasal apa runding-runding ini saya sudah lama berunding ini. Sebenarnya daripada dahulu lagi, saya di Kabinet, saya masih ingat, saya bising dulu sehingga melantik Ahli Parlimen Kimanis jadi chairman M63. Tapi tak ada hasilnya, you know, bila saya tengok, must gone sehingga Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam mesyuarat, saya ingat YB Tamparuli pun ada. Lesen tangkapan ikan laut dalam. Saya beritahu dengan Tun Mahathir, dia pengerusikan. The first time, Prime Minister chair was only that is during 2019. Sekarang ini tidak ada sudah. Rundingan cuma bagi dengan Menteri dari Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Menteri dari Sarawak.
That time when we were there, the Prime Minister, I told him, I said “no, I don't want any Minister, but we want the Prime Minister in front of us to make sure decision is made by him”. Tangkap ikan laut dalam, contoh “Ikan di Semporna ini Tun, pandai cakap Bajau ini”, sampai saya bergurau sinis. Saya berkata, kenapa lesen deep sea fishing Kuala Lumpur buat? Can you give it to us please. That's why sekarang ini lesen deep sea fishing is already given to the State. Similarly, dari segi pengurusan kekayaan yang ada. Sipadan Ligitan, Majlis Keselamatan Negara yang mengurus.
Saya berkata “no way”. Boat-boat yang masuk ke Sipadan Ligitan determined by MKN. Cannot. It must be given to the Tourism Ministry. Jadi persoalan saya tadi Yang Berhormat tentang kelewatan pembayaran.
… sama ada tidak kebimbangan saya bukan pasal apa, kalau terlampau lewat sangat, nanti esok syarikat akan lingkup. Mereka tidak, they don't have the means. Payment to the bank, cost of operating expenditure is increasing. It's a burden to them. Cuma mungkin mereka luahkan dengan saya, tidak mahu sebut mana-mana syarikat. Cuma kadang-kadang mereka itu Datuk Seri, it's a bit difficult for us. Termasuklah, contoh macam di Parlimen, cukai ini yang dijanjikan Kerajaan cuma pungut tahun ini saja RM5 bilion yang Kerajaan Persekutuan pungut RM30 bilion. And most of them are big companies that are suffering now. That's why they have to move to other countries to invest. Jadi saya berharap dari segi downstream tadi itu dan begitu juga saya berharap cuma saya tidak sempat nak bangkitkan tentang elektrik tadi Yang Berhormat. I think it’s time for us untuk considerate IPP ini pasal saya bimbang sangat 30 years. Saya pun dalam perbahasan saya, bagaimana ini membebankan kita pelabur-pelabur ini pasal we don't have enough electric yang ada. Kenapa? Macam contoh bateri yang ada di Lahad Datu itu, saya based ini saya bimbang 600 juta dia gunakan diesel. Mungkin tak gunakan diesel dia gunakan elektrik. Elektrik menggunakan diesel yang ada. Pasal itu saya bimbang the cost incurred by SESB yang sekarang ini, pasal apa SESB terpaksa menaikkan 15% bil ini. Pasal hutang mereka cukup banyak.
Pasal itu saya beritahu dengan perjanjian rundingan yang kita lakukan masa Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Tun. Saya katakan bahawa SESB akan diambil alih oleh Sabah. Itu sebahagian daripada perjanjian 17 daripada 21 itu setuju. Cuma saya beritahu RM2 bilion yang ada Yang Amat Berhormat, hutang SESB, TNB yang telah mengurus berapa tahun hutang itu. Satu, subsidi elektrik luar bandar almost
RM2 bilion as well. Mesti ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Jangan pula ditransfer to the State Government since SESB is solely by us. So saya ingat saya beritahu kalau sampai 300 juta hutang SESB daripada TNB yang telah belanjakan banyak, the State Government will full pledge 100% of SESB. We can control. Saya bimbang nanti sebahagian daripada tanggungan ini terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri yang ada macam tadi RM3 bilion hutang. Bayangkan RM3 bilion hutang.
Saya juga cadangkan. Banyak cadangan sebenarnya kalau saya lihat, there is a lot of ways. 40% ini berundinglah kalau berunding. Di antara rundingan pastikan RM3 bilion ni sikit sahaja daripada 40% yang patut dia orang bayar. Mungkin Kerajaan Persekutuan problem dia kewangan mereka, saya difahamkan hari ini, they reduce their budget, they cut all the budget. Untuk membolehkan kerana banyak tanggungan dia. Saya faham. Jadi kalau dia cut budget itu kita faham mereka tidak akan mampu untuk membayar 40% yang telah mereka putuskan dalam mahkamah yang ada. Mungkin RM3 bilion ini sebahagian bukan keseluruhannya. So this is Federal punya hutang, write off and kita masukkan dia rangkumkan dia dalam 40% tadi itu. Mungkin sebahagian daripada itu patut itu sepatutnya tax, bukannya hutang itu untuk tidak membebankan. Terima kasih banyak.
Datuk Speaker…
Ini dahulu saya responlah. Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Banyak dia punya ini. Sebahagian apa itu for clarification, sebahagian daripada cadanganlah, cadangan yang baik. If I may saylah. Setakat ini bagi projek-projek Kerajaan Negeri, as of last Wednesday waktu saya mengadakan mesyuarat Post Cabinet ya semua sudah bayarlah kontraktor tidak ada yang hutanglah. Persekutuan, itu Pan Borneo memang ada sedikit masalah which I believe kita sudah sorted out during the last Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri. Saya faham juga tu.
SOGIP actually SOGIP ini sepatutnya sebenarnya didirikan untuk tujuan downstream the oil and gas punya industri ini. In fact, remember ada isu pasal I think Yang Berhormat Tanjong Aru pun ada isu dalam surat khabar mengenai oil refinerykan? Actually, lesen telah dikeluarkan di SOGIP sebenarnya. The only license di east Malaysia and the east Sabah, to do oil refinery and waiting for them to carry on. It’s a local company by the way and more I totally agree there are lot more we can do actually.
Salary kalau private sector ini kalau kakitangan awam ini, we have revised untuk mengambil kira keadaan semasalah supaya dia jangan terlalu rendah. Lagi daripada private sector it depends dari segi bergantung kepada satu kemampuan syarikat itu sendiri untuk membayar hutang sambil memastikan jumlah apa itu gaji mereka is still attractive for the private sector to joint. Tujuan kita ialah kita mahu kualiti dalam kakitangan yang berkhidmat, so that kita boleh tawarkan apa itu salary package yang munasabahlah. Keempat, the 40% yes saya amat setuju. In fact, ramai yang tidak faham actually the 40% does not include what is considered federal obligation dari segi Perlembagaan juga. Jadi kita ada misalan supaya semua faham. Kita ada federal list, kita ada federal list.
So federal list ini tanggungjawab Persekutuan untuk bayar. So it's nothing to do with the 40%. It's already in their list. Obligation dia orang. Semasa kita dalam pembentukan Malaysia sudah kita bagi-bagi. This is your list, this is our list. You pay your list, we pay our list. Itulah dia punya. To make it easy for everyone to understand that.
YB Menteri…
Saya kasi habis dahulu.
Belum habis lagi.
Belum habis lagi. Belum habis lagi, pelan-pelan. Ya, dan mengenai operasi syarikat-syarikat, saya setuju lagi. In fact, we are doing a tabulation of semua mereka yang berniaga di Sabahlah sebenarnya. And apa itu, insya-Allah we have most of the statistics ready. Dan inilah asas kita dalam berundinglah. In fact, even apa tu companies thats own by federal agency or state agency there are not exempted from paying 40% ya. Sekiranya dia dikutip oleh Persekutuanlah dan akhir sekali, tadi itu power supply itu pengaturan Yang Berhormat daripada Senallang you maybe happy to know kalau saya tidak silap is very mature to announce they this time huge big power project to be initiated in the east coast of Sabah specifically in Lahad Datu. They more finallize dan juga big solar projek kita tidak tahu dimana but spesifically pada east coast. We feel dimana saya nyatakan lebih awal, saya berpendapat bagi for the next akan datang is going once we discovered oil, it’s going to be big change for the east coast of Sabah. So they are focusing on east coast Sabah. Terima kasih.
Dari segi downstream minyak tadi.
Oh ya sebelum itu, Yang Berhormat Dr. Joachim nanti akan, I think it’s good he’s talk more about energylah.
Stesen minyak Sabah. Gas Sabah. You know, tong gas dia tu. Itu yang saya juga di antara downstream sama ada pihak Kerajaan mempunyai rancangan. Pasal kita tidak mahu bila saya lalu di Semporna pun ada sudah stesen minyak, bukan Petronas. Apa namanya itu di Bugaya itu? Buraq? Buraqkah something? Saya kata, dari mana ini Buraq ini? Luar bandar punya. Kenapa Sabah tidak boleh buat stesen minyak yang Kerajaan Negeri initiate? Pasal Buraq ini saya tahu swasta, luar bandar punya, licensing given by them. Why don't give to Sabah? At least, boleh di Kerajaan boleh buat pekerjaan yang ada dan di samping itu, tong gas contoh. Pasal kita pengeluar
gas yang kedua besar di negara ini dan kita bergantung dengan tong-tong gas yang ada daripada Kuala Lumpur itu yang kos dia tinggi itu. Terima kasih banyak.
Point taken. Ada lain clarification?
Datuk Speaker?
Okey, ADUN yang Dilantik, Datuk Roger Chin.
Datuk Speaker, dengan izin, what Invest Sabah has done is that we are actively facilitating a sustainable aviation fuel potential investment. What that would mean is it is downstreaming…
...of oil and gas, where it would make Sabah into the largest sustainable aviation fuel, Neat SAF, which is the, because we have a lot of bio-mass and from the bio-mass, what we can make is the Neat SAF which is the ingredient you mix with jet fuel in order to get a sustainable aviation fuel and this thing is going to be one of the main components moving forward in an ESG world and this is what is a potential down streaming oil and gas product which will make Sabah into one of the top destinations in terms of getting sustainable aviation fuel. So, just to inform everybody regarding what are the potential downstream that is happening at the moment and this is one thing which Invest Sabah is actively facilitating right now.
Thank you Yang Berhormat Datuk. Sungai Sibuga.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ada dua saja poin yang saya mahu cakap. Pertama, saya bersyukur kerana ada elders, statement yang peduli pasal MA63 akhirnya di dalam Dewan ini,
tetapi saya ini stuck di tengah-tengah generasi yang sinikal, balik-balik kena tipu dan juga saya faham usaha dan perjuangan my elders, which is all of you here. Jadi saya minta, yang saya minta, adalah di dalam perbahasan saya juga telah saya ucapkan, bolehkah kita membuat satu resolusi dari legislatif ini, Dewan ini untuk sama-sama bersetuju sebagai suara Sabah kali ini berkenaan dengan 40% ini. Kita sudah lalui eksekutif, balik-balik kena kecamkan? Kita sudah lalui judicial juga dan sekarang sudah kena stay pula dan saya rasa, rasakan perasaan pejuang-pejuang MA63 ini yang asyik kecewa saja dan saya mahu tahu juga mereka ini adalah… mereka kategorikan diri mereka uninformed generation, dia orang tidak tahu, dia orang ingat okey saja semua, sekali dia orang belajar MA63, rupanya tertipu. Geng bergegar lutut. Memang selalu marah-marah and we need to ally this. Thank you.
Terima kasih Tuan Speaker. Diizinkan Tuan Speaker. Saya tidak menyentuh berkenaan dengan 40% ataupun MA63, itu nasional punya isu. Saya district isu, sahaja berkenaan dengan apa yang saya bahaskan sebelum ini belum terjawab. Berkenaan dengan isu pembayaran juga yang melibatkan RM130 juta yang sudah dihulurkan bantuan kepada bekas bekerja SFI yang saya bangkitkan masa perbahasan, yang saya nyatakan, sudahkah pihak Kerajaan membayar kepada bekas pekerja SFI yang terjejas, RM130 juta ini? Kerana berdasarkan kepada sidang DUN yang telah diadakan bertarikh 28 November 2022, Ketua Menteri ketika itu telah menyatakan bahawa telah menghulurkan bantuan RM130 juta kepada bekas pekerja-pekerja SFI dan keluarga yang terjejas. Jadi soalan saya, sudahkah disampaikan RM130 juta ini kepada pekerja SFI? Terima kasih.
Terima kasih, Datuk Speaker. YB Menteri, saya ada bangkitkan di perbahasan saya mengenai, apakah jumlah-jumlah yang telah diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabahlah untuk tahun 2022 dan hingga ke 2025.
So, saya mohonlah kalau YB Menteri boleh bagi the figureslah to the Dewan and sebab ini agak pentinglah supaya kita boleh tahu transparency on the figures so that kita semua tahulah berapa sepatutnya kita boleh dapatlah kan? Dan saya ingin tanya,
apakah tempoh, adakah tempoh masa yang dibagi kepada Kerajaan Persekutuan untuk bayaran 40% untuk tahun 2022 hingga ke 2025? Ini kerana sebelum persidangan ini, Kerajaan Sabah tidak pernah bagi tahulah secara terbuka bahawa Kerajaan ada keluarkan surat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan. Namun, kelmarin bila Tanjung Kapor ada bagitahulah kepada Dewan, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 10 April tahun ini, iaitu tarikh setelah usul persendirian kamilah diserahkan kepada Datuk Speaker pada 2 Aprillah kan, tahun ini.
Maka, ini macam ada satu preparation untuk legal action bah, kalau you keluarkan surat tuntutan, kan? Maka ini macam ada sedikit idea jugalah, macam dalam usul kami itu, sebab dalam item number four kami ada cadangkan juga. Kalau betul-betul mereka tidak bayar, mungkin terpaksa take legal action againlah macam SLS, namun kalau state government yang ambil pendirian untuk legal action lagi hebatlah, YB Menteri.
So, harap-haraplah kalau boleh perkara ini dipertimbangkan dan juga sekiranya tidak bayar, kita saman dia orang, kita saman dia orang. Sebab kalau tidak, mungkin saya yang tidak akan teragak-agak untuk saman kamu. For the judicial review again, maybe we can consider. Thank you.
Okey Paginatan.
Okey, Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya, saya menimbulkan ataupun mencadangkan agar Dewan ini kita tubuhkan satu jawatankuasa khas tentang tuntutan 40% ini terdiri daripada semua ahli-ahli daripada pihak pembangkang dan pihak Kerajaan. Jadi saya harap Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dengan sebaik-baiknyalah untuk kebaikan kita bersama. Kita mahu seperti yang dinyatakan oleh wakil daripada Sibuga. Kita, we want satu suara untuk Sabah, supaya kuat. Terima kasih.
Okey silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya andaikan inilah soalan-soalan
terakhir. Inilah Menteri bagi apa itu, Kementerian Kewangan, saranan daripada Sungai Sibuga sebenarnya i cannot answer, itu perlu prerogative Speakerlah. Kalau ada motion prerogative to the SBPkah whether to allowed or not to allowed. That is not me who decide whether it is allowed to be allowed or not to be allowed. Okey?
Just to clarify sir, i meant buatlah usul dari Kerajaan sebagai Menteri, maybe.
It does’nt mean that government to permit kan alsolah actually. We’ll be consider. Ya. Although I think kita sudah selewat actually we are now already talking just about the figures ya? Dan ini ada kaitan dengan syor daripada, apa itu, cadangan daripada Paginatan. Actually now is kita mahu demand payment bah. Sudah puas sudah berunding. Tiada anu diaorang, they agree, dia orang they, they setuju. Pengumuman daripada Federal. Nothing less than a Prime Minister who said “we agree with the 40%”.
Jadi apa yang kita mahu usul lagi? Now we want money, duit saja bah ini. I think we should focus in what, apa itu, apa yang perlulah. Walaupun tidak salahlah kalau kita anu…
It does look goodlah kalau ada motion itu, it does look good. Because it reflects the will of the people of Sabahlah. Itu yang kebaikan dialah, ya. Kedua, daripada Sindumin. Saya akan siasat, kerana apa itu, (SFI). Bukan di bawah saya.
Sorry, mencelah. Datuk Speaker, sorry. So, maksudnya kalau usul itu dibentang we all will supportlah semua?
Look i mean. Why should we object? Bagi sayalah.
Thank you. Datuk Speaker, please really consider the usul. Thank you.
I mean Sindumin. Sindumin
Today, you don’t shout ya? Today, you don’t shout?
No. No. Actually, it was not me.
Who was it?
It’s the other me .
Colonel Sanders.
Because, Datuk SpeakerI have to clarify apa-apa yang saya sudah cakap sebelum ini. Whatever tone I was, I was not being rude. I cuma marah bah. Panas. Because, bikin panas bah itu isu. So kalaulah saya tersinggung siapa-siapa punya perasaan including Datuk Speaker. I’m so sorry for that. Thank you.
Terima kasih. I think thats a very that should how the gentleman conduct himselflah. Kita di sini, we can agree to disagree, but I think we should do it with decorumlah, you know. Kita dibesarkan dalam masyarakat yang bersopan santun. Itu seharusnya menjadi panduan kita dalam setiap apa itu? Perbahasanlah bagi sayalah, ya.
Daripada Sindumin, saya akan siasat pasal unfortunately SFI bukan di bawah Kementerian sayalah. Jadi saya tidak berapa faham. Cuma apa yang saya faham, pasal ini pernah dibahas dahulu ialah RM123 juta itu pinjaman daripada Sabah Development Bank kepada SFI untuk membantu pekerja-pekerja SFI dia punya macam-macam pembayaranlah waktu itu. But remember, SFI pada waktu itu was owned by a company, not by the Government. By the way, just to put us in a proper context, ya.
Kepayan, yes. Tadi telah apa itu. Sebenarnya dia bukan sengaja, ini apa yang sekitar 10 hari bulan. In fact, saya sendiri sudah tuntut 2 years ago. Saya sendiri, I remember sending a letter, apa itu. Letter minta duit itu daripada Kerajaan Pusat as a Finance Minister. So bukan apa coincident yang bila ada hura-hura buat motion baru. Ini saya mau share pasal rememberkan, Mesyuarat 12 berapa? Kalau saya tidak silap at least lima kali mesyuarat. So, one thing comes to another. Selepas mesyuarat yang kelima, then I remember. I was there. Other than that. Nobody objected when I said. Apa itu. Ravenue stream yang tidak dipertikaikan. Bayar dululah so we followed it immediately with the letter, itulah dia punya anu. Not because kita anu don’t worrylah. We apa itu, kita semua berjuang dalam satu tujuan dalam 40% ini. We are not taking anybody for the rightlah. We sincerely want to work because this is what rightfully belonged to the people of Sabahlah. That’s all.
Minta jelas sedikit. Datuk Speaker. So happy to see and hear from YB Menteri Kewangan on the commitment. Actually kita di sini, we all want to work together, sama-sama kerjasama untuk kita punya generasi juga bah ni kan. So what, cumakan kami tidak ada kena briefing bah macam kami tidak tahu ini, tidak tahu itu, kami tanya, tiada orang mau bagi tahu. So macam itu rundingan tapuk-tapuk begitu bah, itu yang kita segan, you knowlah kan. So kalau ada briefing ini tu we will be very happy and we will attend the briefing, I assure you. Thank you.
Datuk Sri, mohon saya mencelah sekejap?
Memang announcement kita gembiralah kerana kita di bawah satu bumbung. Satu Sabah. Satu Suara. Cuma tadi memang kita tahu Yang Berhormat Menteri Kerajaan Negeri telah pun mengemukakan surat demi surat. Argue demi argue. Dan minta
demi minta. Cuma satu Kerajaan Persekutaan ni tidakkah dia bagi satu timeline? Sekarang sudah sampai dia menangguhkan dia stay. So, smpai bila? Ada dalam perundingan itu. Mungkin ada permintaan daripada Kerajaan Negeri. Satu tahun? Enam bulan? All this. Then, bagilah seperti apa yang dimaklumkan tadi. Beri brief juga kepada kami. Kami boleh jelaskan juga kepada rakyat. Terima kasih.
Tidak ada timeline dia bagilah. Tapi bagi sayalah. Apa ini. Satu saya berpegang teguh kepada apa itu kepada keputusan mahkamah yang apa itu yang some what will give us an indication. Pasal bila mahkamah dan saya I’m happy mereka bukan appeal pasal 40% tu. They appeal on some other grounds that’s my understanding of the caselah. That why they ask penangguhan bukankah? Bagi saya, penangguhan does’t mean keputusan sudah berubah.
The stay you mean, Datuk?
Ya, obligation to pay is still there.
But the problem, the problem lies within appeal process. What if we lose the case?
Don’t worrylah.
Then, koyak everything already.
Insya-Allah.
Thank you.
Kita berdoalah sama-sama.
Of course we pray for the best.
Don’t worrylah. Bagi sayalah, I am still confident that they will pay uplah. Cuma itu timeline saya tidak berani. Is not me. I don't represent the federal government it is. But, we will push definitely.
Ya, Yang Berhormat?
YB Menteri, dari akhir ucapan saya kelmarin, sebenarnya saya ada cakap bahawa sepatutnya Dewan ini kita jadikan platform untuk kita bincang asas Sabahanlah. Saya pada saya selepas inikan pasal isu MA63 kah, pasal isu tambah kerusi di Parlimen kah, kita boleh kita bergaduh pasal politik. Kita gaduh pasal parti tetapi isu berkenaan Sabahan kita kena satu hati. Jadi saya rasa bagus kita ke depan, kita jadikan ini sebagai exercise. Kita libatkan semua orang baik daripada sebelah sana ke sebelah sini, kita satu hati sebagai Sabahan. Tiada sudah kita pun sebagai pembangkang ini kan tidak sudah bising-bising. Jadi waktu itu, selepas ini Federal mahu tengok kita kan, kita Sabah sudah bah. Begitu bah. Pada saya, selepas ini kita satu hati sebagai Sabah, MA63 kah, Akta Pelantar Benua kah, kita bahas di sini, buat sidang khas, kenapalah? Begitu bah. Saya suka untuk kita angkat martabat dunia ini kan, apa saja dunia ini cakapkan. Orang lain hormat dan dengar sudah lepas ini? Ini saya punya suggestion sebagai Sabah yang baharu. Terima kasih.
100% setujulah. Tiada masalah bagi sayalah. Kalau saya tidak silap. Ada berdiri daripada Sindumin tadi?
Ya, ada sedikit penambahan saya lagi, YB Menteri. Berkenaan yang tadi itu, tadi YB ada menyatakan ingin membuat penyiasatan berkenaan RM130 juta bantuan yang dihulurkan kepada bekas pekerja
SFI itu. Kalau bolehlah saya memohon sediakan berbentuk mungkin jawapan bertulis yang lebih details. Untuk saya sampaikan kepada warga SFI, sebab selalu berjumpa dengan warga SFI ini mengadu yang mereka sebelum ini cuma menerima bakul makanan sahaja.
Sindumin?
Dan difahamkan.
Sindumin, I think you direct your question to masa JKM menggulung nanti. Because ini bukan di bawah Kementerian Kewangan.
Ya, sebab.
Jadi you direct sma dia pun. Dia tidak boleh jawab juga, yang akan jawab ini yang dari masa penggulungan daripada Jabatan Ketua Menteri so you tanyalah ajukan soalannya tadi. Okey.
Faham. Ya, mungkin sebab tadi YB Menteri menyatakan bahawa dia akan membuat penyiasatan perkara ini. Mungkin boleh membantu. Okey, terima kasih.
Datuk Speaker, Merotai?
Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan details tadi terperinci dengan berkaitan dengan 40% yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan tuntutan kitalah 40% ya. Ada satu warta yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutun iaitu yang dipanggil Perintah Perlembagaan Persekutuan Kajian Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Negeri Sabah 2023, yang saya rasa bermula 1 Januari 2022, berkenaan dengan apa nama ini pemberian khas.
Warta ini dari 2022, 23, 24, 25, 26, 27, 27.
Adakah tuntutan 40% ini, sekarang tadi ada ditanya berkenaan dengan timeline, tapi adakah warta ini akan menjejaskan apa nama ini, tuntutan kita sehingga tahun 2027? Maknanya, lepas 2027 baru kita boleh tuntut 40%. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tidak sama sekali. Tujuan perwartaan itu ialah membolehkan duit itu keluar daripada treasury itu. Itu sahaja itu. Kerana dia bergantung kepada final apa itu, final solution. Kalau misal kata, walau 2023, tiba-tiba pada 2024 we have find the solution, satu tahun itu sahajalah, dia akan bertukar. Malah, kerana itulah kita tulis surat, kerana as far as, seperti yang saya nyatakan.
Sekarang kita ada dua revenue stream yang very clear, daripada income tax dan juga daripada Kastam, bukankah? Kedua ini, RM7.54 bilion. Jadi, kita punya portion kalau 40% ialah tiga bilion. Saya. Lebih sedikit RM3 bilion. Jadi itulah kita sudah demand. Itu kerana now we have a very clear statistic berapa dia orang earn daripada revenue daripada dua inilah. Jadi kalau besok dia setuju, tiadalah sudah itu. See, in short, Yang Berhormat Merotai, their doesn’t bind uslah ya. Terima kasih. Dato’ Dr.
Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri. Saya, sebelum menyentuh persoalan yang saya mahu bangkit ini, sebab dia sekarang bincang soal 40%. Tapi selepas itu, I got the question to ask you first.
Pertama, saya bersetuju amat dengan Yang Berhormat Usukan tentang pendirian kita sebagai orang Sabah ini. Saya ini kalau di Dewan Rakyat tidak boleh cakap sebab saya Timbalan Menteri, I cannot debate. Tapi, di sini memang saya ada peluang untuk berbicara soal kepentingan orang Sabah ini. We always talk about constitution. You are talking about 40% that falls under the Federal Constitution. But I
wonder why all this while, if I don’t get it, if I don’t get it wrong, Dewan ini tidak pernah pun membawa usul ataupun bersetuju bersama sebagai satu kerajaan yang kita sebagai wakil rakyat Sabah ini menuntut ini, tentang hak di bawah Perlembagaan Persekutuan.
We are always seen by the Federal Government as YB’s yang tidak united in what we are doing. When we talk about 40%, if it comes from Warisan, they will be talking about, they are talking politics, it’s nothing to do with the interest of Sabahan. And goes to the other side pula, if I can say this, the Government make, no one understand.
Yang Berhormat, Yang Berhormat ini mahu minta penjelasan. Dato’ Dr.
Sekejap, saya tanya.
Tidak, tidak, tidak. If you want to ask penjelasan, you minta penjelasan. Now you are making a second debate. Dato’ Dr.
So, what I mean is YB Minister.
I think this is a backdoor debate. Dato’ Dr.
Okey, okey, now my question is.
Please ask what, what you want to clarify or what must be said. Dato’ Dr.
My question is why not as what YB Usukan said dan kita buat satu pendirian bersamalah untuk menyokong kepada usaha seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ke arah memastikan kita akan berjaya mendapat 40% ini. Dan sebenarnya, persoalan utama saya tadi nak bangkit sebab mereka bincang soal 40%, but I’m more to what I have said di Dewan
ini berhubung dengan cadangan saya adakah Kerajaan membuat satu, apa setuju dengan cadangan yang saya kemukakan, iaitu meletak satu loji lapisan minyak di Pantai Timur, khususnya di Lahad Datu seperti yang saya telah sebut dalam perbahasan saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker. Sebenarnya saya sudah komen, sebenarnya dalam apa itu, ucapan tadi bahawa saya percaya dan saya yakin lambat laun akan ada apa itu, industri minyak dan gas tumbuh di Pantai Timur. Buat masa ini banyak percubaan untuk apa itu, pencarian minyak dan I believe there will be lah. So, sudah saya nyatakan tadi, the more likelihood is that, antara yang mungkin ada potensi untung daripada industri ini adalah Lahad Datu dan juga Sandakanlah. Jadi, dia punya so far, that’s the studies showlah, ya. So, tolong jangan jual tanah dulu, siapa yang ada tanah di Sandakan atau di Lahad Datu, itu will very very, apa itu, valuable in the future, trust me, ya. So, akhir sekali ya, saya sudah jawab semua. Kalau yang belum jawab, as as you know my handphone number, you can call me, you can WhatsApp me atau you can come to the office, saya lebih daripada senang hati untuk berbincang, tiada masalah, no problem bagi saya, ya.
Yang Amat Berhormat Menteri, Datuk Speaker, masih ada apa pertanyaan saya, minta penjelasan berkenaan dengan insurans, insurans dalam saya punya ucapan perbahasan, tapi mungkin tidak, tidak disentuh, mahu habis sudah, Datuk Speaker. Tiada, ada saya sentuh, saya ada tanya berkenaan dengan insurans. Semenjak insurans dilaksanakan, berapa tuntutan sampai hari ini memandangkan kerajaan telah membelanjakan RM50 juta selama tiga tahun? So, average nya RM1.388 juta sebulan, kalau tuntutan itu cuma RM50,000, RM100,000, kita rugi berjuta-juta. Jadi, sebab itu saya dulu masa perbelanjaan dulu, saya ada, saya ada maklumkan bahawa lebih baik diletakkan di dana khas daripada kita beli insurans. Sedangkan tuntutan itu cuma sedikit dan merugikan kita. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Statistik saya tidak ada di sini, Insya-Allah saya akan bagi secara apa itu bertulislah, ya. Tapi, betullah apa yang, apa itu Yang Berhormat Merotai. In fact kita, we are ongoing, apa itu, ongoing process of monitoring macam mana. If there are cheaper version, of course we will change to a cheaper version. Dan saya setujulah. Saya masih ingatlah apa Yang Berhormat Merotai telah nyatakan dulu and memang itulah alasan kami untuk membuat penilaian sama ada insurans dalam current mood sekarang itu, sama ada itu yang terbaik dan sebagainyalah, ya. Don’t worry.
Yang Berhormat Menteri, adakah insurans itu boleh dibatalkan ataupun terpaksa diteruskan sehingga tiga tahun?
Tidak juga, I mean insurans itu mungkin kita terikatlah dengan kontrak, tapi baiknya ialah insurans itu milik Kerajaan Negeri. Jadi mungkin mudah sikit untuk berundinglah ya. The other way of looking at it, maybe apa itu expand dia punya apa itu, perluaskan dia punya kemudahanlah, itu di antara lainlah, ya. So, Tuan Speaker, setakat ini sajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut sedikit sebanyak dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang berhormat.
Akhir kata, mari kita sama-sama bekerja, berusaha dan terus mencurah bakti ke arah memajukan dan memakmurkan negeri kita yang tercinta ini. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, semoga negeri Sabah yang bertuah ini dan yang tercinta ini kekal aman, makmur dan sejahtera.
Bersama-sama kita membina dan memperkasakan ekonomi negeri ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang berpanjangan.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil, pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat Hari Raya, Selamat Hari Pekerja pada satu hari bulan dan
Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan kepada semua yang meraihkannya. Dan juga kepada penjawat-penjawat awam, saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas kerjasama untuk menjayakan sidang kita dan mudah-mudahan selalu usaha baik kita diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah. Sekian, assalamualaikum WBT. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti.
Terima kasih, Datuk Speaker. Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia MADANI. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana berpeluang membentangkan ucapan penggulungan dari Kementerian Kerja Raya dan Utiliti di Dewan yang mulia ini. Dengan penuh hormat dan takzimnya, saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, atas Ucapan Dasar Kerajaan bersempena dengan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 pada 23 April 2026.
Tuan Speaker, Kementerian saya berperanan penting untuk merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur seperti pembinaan kemudahan jalan raya, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan dan pengurusan utiliti. Untuk itu, Kementerian saya menyedari dan akan terus peka
…dan berusaha sebaik mungkin melaksanakan program-program dan projek-projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Penambahbaikan dari aspek pengstrukturan, tadbir urus, kecekapan pelaksanaan program dan kolaborasi bersama pihak berkepentingan peringkat negeri dan juga nasional akan terus dipergiat.
Datuk Speaker, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas keprihatinan, saranan, dan komen melibatkan Kementerian saya sepanjang sesi perbahasan dasar Kerajaan.
Sepanjang sesi di Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai isu. Oleh itu izinkan saya menjawab beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat dari Bongawan membangkitkan isu kelewatan pembinaan Jambatan Kampung Linggan-Papar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Jambatan Sungai Linggan 2 KM 8.0 Jalan Linggan Lama Kabang-Papar, Sabah sedang dalam pelaksanaan di tapak. Projek ini telah bermula pada 10 Mac 2025 dan tarikh siap berdasarkan pada kontrak adalah pada 9 September 2026, iaitu selama 18 bulan. Projek ini telah mendapat pelanjutan masa EOT disebabkan isu utiliti.
Namun isu utiliti kini sudah selesai dan tarikh siap baru adalah pada 5 Mei 2027.
Bagi projek naik taraf Jalan Bukit Manggis-Papar yang masih lagi dalam fasa pelaksanaan. Status pelaksanaan fizikal setakat bulan Mac telah mencapai 67.32 percent. Projek ini telah diberi tempoh lanjutan masa no. 2 hingga bulan Jun 2027. Ahli Yang Berhormat Sook meminta supaya beberapa jalan dinaik taraf, iaitu Jalan Rimbayan-Ansip, Jalan Malimah-Juhanjaya, Jalan Bunang-Uluh dan Jalan Tinagalan. Kesemua jalan ini adalah di bawah kontrak penyenggaraan Jalan Kerikil Jabatan Kerja Raya, Gravel Maintenance Contract.
Jalan ini telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 melalui pembiayaan Kerajaan Negeri dalam program pembinaan jalan raya.
Walau bagaimanapun cadangan tersebut belum dapat dipertimbangkan kerana tertakluk kepada keutamaan semasa.
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Nabawan, terdapat cadangan penaiktarafan jalan bagi Daerah Nabawan yang pernah dimasukkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-13, namun belum dapat dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, Kementerian sentiasa mengambil perhatian serius isu
berkaitan keperluan penaiktarafan jalan ini dan akan mencadangkannya semula dalam pelan pembangunan pada masa akan datang.
Bagi jalan pertanian dan jalan bekas balak yang dimaksudkan pula, kedua-dua jalan ini berada dalam kawasan hutan simpan di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah.
Kementerian saya melalui JKR Sabah dengan kerjasama Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur serta agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, kini berada dalam fasa penyelarasan pelaksanaan Seksyen 14 Enakmen Hutan 1988 termasuk aspek keperluan peruntukan bagi cadangan kerja-kerja penyelenggaraan jalan tersebut.
Jalan pertanian yang berdaftar di bawah Maris akan diwartakan apabila jalan tersebut dinaik taraf. Jabatan Kerja Raya Sabah tidak dapat merezabkan jalan-jalan pertanian yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Jalan bekas balak yang dimaksudkan pula kebanyakannya terletak di dalam kawasan hutan simpan yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah. Jabatan Kerja Raya Sabah hanya dapat membuat pengambilan balik tanah untuk tujuan perwartaan rezab jalan sekiranya jabatan yang berkenaan menyerahkan jalan tersebut kepada JKR Sabah.
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Paginatan, jalan-jalan di kawasan Kampung Tianglama, Bayak, Tegoyok dan Kitai pada masa ini adalah di bawah seliaan Pejabat Daerah Ranau dengan lebar jalan dianggarkan antara 3 hingga 4 meter.
Berhubung dengan perancangan untuk mengambil alih jalan-jalan ini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sabah, perkara ini adalah tertakluk kepada beberapa pertimbangan termasuk penentuan status jenis jalan, pematuhan kepada keperluan teknikal yang ditetapkan, khususnya berkaitan status tanah dan perwartaan rezab jalan, serta hasil perbincangan dan penyelarasan bersama agensi yang bertanggungjawab.
Bagi jalan-jalan yang belum dimasukkan ke dalam skop penyelenggaraan konsesi, Kementerian saya melalui Jabatan Kerja Raya Sabah akan membuat penilaian dan semakan dari semasa ke semasa bagi menentukan kesesuaian untuk dimasukkan ke dalam skop penyelenggaraan konsesi pada masa akan datang. Ahli Yang Berhormat dari Sindumin membangkitkan isu reka bentuk Lebuh Raya Pan Borneo. Reka bentuk Lebuh Raya Pan Borneo adalah berasaskan konsep kawalan akses terhad, limited access, yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan kelancaran aliran trafik. Sehubungan itu, kemudahan P-turn dan persimpangan disediakan pada jarak tertentu mengikut piawaian teknikal yang ditetapkan.
Bagi kawasan Masapul, kemudahan U-turn ke arah Kota Kinabalu telah disediakan pada jarak kira-kira 1.8 km dari pekan tersebut. Manakala U-turn ke arah Sindumin pula terletak pada jarak sekitar 3.6 km. Jarak ini adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan di bawah arahan teknik jalan. Bagi aspek keselamatan pejalan kaki termasuk kanak-kanak sekolah, penilaian teknikal telah dilaksanakan di kawasan Sekolah Kebangsaan Melalia. Didapati tiada lokasi yang benar-benar sesuai untuk pembinaan jejantas, berikutan kekangan ruang dan faktor keselamatan di jajaran sedia ada.
Sebagai langkah alternatif, bagi memastikan keselamatan pengguna, beberapa kemudahan telah disediakan di lokasi berkenaan.
Antaranya, pertama, kemudahan pusingan U ataupun P-turn di lokasi 500 meter dari kawasan sekolah bagi memudahkan pergerakan kenderaan secara lebih selamat. Dan kedua, perhentian bas atau bus stop berhampiran dengan SK Melalia akan dilengkapi dengan lay-by bagi mengelakkan gangguan kepada aliran trafik utama serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna.
Kemudahan-kemudahan ini direka dan dilaksanakan mengikut piawaian teknikal yang ditetapkan bagi memastikan pergerakan pelajar serta pengguna jalan raya adalah lebih teratur dan selamat. Kerajaan akan terus memantau keadaan di lokasi tersebut dari semasa ke semasa dan sebarang keperluan tambahan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan.
Berkaitan dengan lampu jalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Karamunting, Jalan Sisilih merupakan jalan yang dikategorikan sebagai jalan negeri. Sehubungan itu, pemasangan lampu di sepanjang…
Jajaran jalan negeri bukanlah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya Sabah. Walau bagaimanapun, Kementerian saya boleh membantu melaksanakan pemasangan lampu jalan di jalan-jalan negeri dalam skala yang lebih kecil. Namun akan menyerahkan kembali kepada Pihak Berkuasa Tempatan, keutamaan diberi kepada lokasi-lokasi yang kritikal, seperti di kawasan simpang atau lokasi yang dikenal pasti mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya. Bagi penyelenggaraan jalan, jalan sisilis sepanjang 1.096 km merupakan jalan di bawah seliaan JKR Sabah, melalui konsesi jalan negeri. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan bagi tujuan penyelenggaraan jalan di bawah seliaan syarikat konsesi jalan negeri, dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kerja penyenggaraan rutin, berkala dan kecemasan.
Kerja penyenggaraan rutin adalah kerja penyenggaraan berjadual seperti kerja tampalan lubang, potong rumput dan kerja lain yang berkaitan. Manakala kerja kecemasan pula adalah kerja penyenggaraan bersifat sementara, yang berlaku di luar jangkaan dan perlu segera dilaksanakan.
Sebagai contoh, jalan lencongan, sementara akibat jalan putus. Kerja penyenggaraan berkala adalah kerja pembaikan bersifat kekal seperti kerja menurap dan membaik pulih jalan raya. Kementerian saya akan terus berusaha untuk memohon dan mendapat peruntukan pembaikan jalan yang mencukupi bagi membolehkan kerja pembaikan jalan raya dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan keperluan.
Ahli Yang Berhormat Lamag, turut menyentuh isu lampu jalan. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, penyediaan lampu jalan dalam reka bentuk asal lebuh raya Pan
Borneo adalah bersifat bersasar dan tertumpu di lokasi-lokasi kritikal, seperti persimpangan utama, pusingan U, serta jambatan yang melebihi 100 meter panjang. Selaras dengan piawaian teknikal, keperluan keselamatan, serta mengambil kira implikasi kos operasi dan penyenggaraan jangka panjang, jangka panjang kepada kerajaan.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau keperluan pencahayaan dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan gelap dan berisiko tinggi. Sekiranya terdapat keperluan tambahan, penyediaan lampu jalan boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada penilaian teknikal, kos dan keutamaan keselamatan. Sebagai langkah alternatif bagi mengingatkan keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam, perabot jalan telah disediakan antaranya road studs, reflective road markings, guardrails dan papan tanda amaran dan petunjuk yang mencukupi. Kemudahan ini direka untuk meningkatkan jarak penglihatan pemandu, seterusnya membantu mengurangkan risiko kemalangan, terutamanya di waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang kurang baik.
Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Balung bertanya tentang status beberapa batang jalan raya utama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan raya menuju kedua-dua IPG, Institut Perguruan Guru dan UITM Kampus Tawau adalah di bawah seliaan JKR Sabah dan disenggara oleh syarikat konsesi.
Nama jalan yang telah didaftarkan dalam Sistem MARRIS adalah Jalan Maktab Perguruan Tawau, iaitu sepanjang 1.9 km. Pemeriksaan oleh JKR Tawau mendapati jalan raya ini masih dalam keadaan yang selamat untuk digunakan, meskipun permukaan jalan raya telah kasar. Kementerian saya sememangnya mempunyai cadangan untuk menurap semula permukaan jalan raya ini dengan anggaran kos sebanyak Ringgit Malaysia 600,000 tertakluk kepada keutamaan. Bagi jalan raya menuju ke MRSM Tun Mustapha km 0.0 hingga km 0.5, jalan raya ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Tawau, dengan nama jalan daftar dalam Sistem MARRIS Lorong Liu Lian Lui 1.
Manakala kilometer 0.5 hingga ke pintu masuk MRSM Tun Mustapha, iaitu sepanjang 870 meter adalah jalan raya seliaan JKR Sabah, yang disenggara oleh syarikat konsesi dengan nama jalan daftar sebagai Jalan Maktab Rendah Sains Mara.
JKR Tawau telah membuat pemeriksaan bersama-sama dengan wakil dari UPPM Balung dan MRSM Tun Mustapha.
Hasil pemeriksaan mendapati jalan Maktab Rendah, jalan Maktab Rendah Sains Mara di bawah seliaan JKR Sabah masih selamat untuk digunakan. Selanjutnya, jalan utama ke Kongsi 10 Kinabutan adalah merujuk kepada Jalan Tiku. Jalan Tiku adalah jalan satu lorong dua hala, Single Carriage Two Lane Road di bawah seliaan JKR Sabah dan disenggara oleh syarikat konsesi. Pada tahun 2025, JKR Sabah memperuntukkan sebanyak RM700,000 ribu, untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan Jalan Tiku. Keperluan sebenar pembaikan Jalan Tiku adalah berjumlah RM1.4 juta.
Berkenaan jalan-jalan satu arah yang berada dalam kawasan Kongsi 10 Kinabutan, semakan JKR Sabah mendapati jalan-jalan ini adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Tawau, dengan nama jalan di daftar dalam Sistem MARRIS sebagai Jalan Kongsi 10, Lorong Kongsi LOA, L0A dan Lorong Kongsi L0B. Berkaitan dengan lampu jalan, di sepanjang Jalan Persekutuan, lampu jalan diselia oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, melalui peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia. Kementerian melalui JKR Sabah, menyedari akan keperluan menghidupkan semua lampu jalan di sepanjang laluan tersebut, selepas menerima aset berkenaan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja dilaksanakan secara berperingkat, dengan memberi keutamaan kepada lokasi-lokasi yang kritikal, serta kawasan yang dikenal pasti berisiko dan berbahaya kepada pengguna jalan raya. Bagi perancangan semasa tahun ini, kerja pembaikan dan pengaktifan semula lampu jalan turut melibatkan laluan, dari Batu Empat hingga ke kawasan Lapangan Terbang Tawau, serta di Kawasan Balung.
Pelaksanaan ini adalah bagi meningkatkan tahap
keselamatan pengguna jalan raya, serta memastikan kemudahan infrastruktur jalan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Luyang turut membangkitkan isu lampu jalan.
Sepertimana yang saya telah maklumkan, lampu jalan yang terletak di sepanjang jalan negeri, Jalan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan.
Manakala lampu jalan di Jalan Persekutuan merupakan aset milik Kerajaan Persekutuan dan kerja penyelenggaraan adalah dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bagi lampu-lampu jalan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat Luyang, ia tidak berada di bawah bidang kuasa kementerian ini, tapi terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
Ahli Yang Berhormat dari Pantai Manis menekankan keperluan kelancaran aliran trafik di Kawasan Papar. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Pantai Manis, Jabatan Kerja Raya Malaysia ketika ini sedang menjalankan kerja-kerja awalan dan reka bentuk terperinci, bagi projek membina bypass Jalan Pengalat Papar, Sabah. Pihak JKR Malaysia dalam proses memuktamadkan reka bentuk dengan mengambil kira keadaan tanah dan keperluan semasa di tapak. Kajian reka bentuk bagi projek ini … .
Dijangka siap pada bulan Januari 2027 dan seterusnya proses perolehan serta pelaksanaan dapat dimulakan. Skop projek ini termasuklah membina jalan baharu dengan panjang 4.96 KM daripada persimpangan Jalan Pengalat Lokawi, Jalan Melugus, Jalan Kampung Sungai Padang dan berakhir di Jalan SMK Majakir, selain daripada pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Papar.
Sebuah projek pembinaan Jambatan Buang Sayang, Papar 2, KM 20.4 Papar juga telah diluluskan bagi pelaksanaan melalui RMKe-13, biayaan Kerajaan Negeri. Status semasa adalah peringkat perancangan, iaitu kajian awalan dan reka bentuk. Apabila siap projek ini kelak, ia akan menjadi laluan alternatif baharu yang boleh menghubungkan jalan di kawasan Plaza 22 dan Kampung Sapat menuju ke Kampung Surati. Menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Elopura tentang isu jambatan, tajuk projek yang sebenarnya adalah menggantikan jambatan kilometer 295.56 Jalan Tamparuli-Sandakan atau SANDAKAN (FSU022/295/56). Projek tersebut telah diluluskan dalam RMKe-12, Rolling Plan Pertama melalui biayaan Persekutuan, Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Projek ini telah bermula pada 25.4.2022 dan tarikh siap asal adalah 21.4.2024. Walau bagaimanapun, projek ini telah diberi EOT No. 1 dan tarikh siap baharu adalah 3 Mac 2026. Namun, projek ini telah ditamatkan kontrak pada 1.10.2025 disebabkan kegagalan pihak kontraktor melaksanakan kerja di tapak, kurang ketekunan dalam pelaksanaan kerja dan penghentian operasi di tapak. Status kemajuan fizikal sebelum kontrak ditamatkan adalah sebanyak 61.63% (Jadual) berbanding 12.73% yang sebenar.
So dalam jadual, it is supposed to be 61.63% tapi yang actual adalah 12.73%.
Status terkini projek ini ialah pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia, melalui JKR Malaysia dan Sabah, kini sedang dalam proses penilaian dan penyediaan dokumentasi tender semula. Selain daripada itu, pihak JKR Malaysia juga telah memohon mendapatkan Kelulusan Notice of Change atau NOC bagi kenaikan siling projek daripada Kementerian Ekonomi. Adalah dimaklumkan tempoh bagi penyiapan projek ini mengambil masa selama dua tahun. Sementara menunggu pelantikan kontraktor baharu, program penyelenggaraan akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan tapak dalam keadaan terjaga dan selamat kepada pengguna jalan raya. Ahli Yang Berhormat Tanjong Keramat, bertanya tentang status projek.
Ya, Menteri, Menteri. Yang dalam wilayah itu sajalah, maksudnya, tadi Menteri ada sebut dua tahun. Maksudnya tahun ini tidak akan buat apa-apa pun. Mungkin bila roughlylah, bila mahu start dan i’m not sure ya?
Tidak bermaksud tidak akan buat apa-apa. Seperti yang saya katakan tadi, sekarang ini apa ini, dalam proses penilaian dan penyediaan dokumentasi semula.
Section tidak akan jadi apa-apa, hanya sekarang.
Kena tunggulah, we have to wait until the semua proses ini tersedia. You cannot jump the gun, okey? Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Tanjong Keramat bertanya tentang status Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1 (WP06) dijadualkan siap sepenuhnya pada 2 Mei 2028.
Manakala tempoh tanggungan kecacatan, Defects Liability Period akan tamat pada 2 Mei 2030, selaras dengan syarat kontrak yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, bagi seksyen jalan di jajaran yang telah mencapai tahap siap dan selamat digunakan, Certificate of Facial Occupation atau CPO telah pun dikeluarkan, iaitu CPO No. 1 bagi Jalan NC Mogunting Penampang dan CPO No. 2 bagi Jalan Kolopis, Tindai-Kawakaan ke Jalan Kawakaan dan Jalan Kionsom kepada pihak kontraktor.
Sehubungan itu, jajaran jalan berkenaan telah dibuka lebih awal untuk kegunaan orang awam bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan terlibat.
Kementerian saya akan terus memantau pelaksanaan by kerja supaya keseluruhan projek ini disiapkan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi, dan standard kualiti yang telah ditetapkan demi manfaat rakyat Sabah. Berkaitan dengan isu cerun yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat, Kementerian saya telah merancang pelaksanaan siasatan kejuruteraan berkaitan keselamatan cerun, khususnya melibatkan jalan-jalan negeri di Sabah. Pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada tiga komponen utama; Pertama, pengumpulan data serta penyediaan peta bahaya dan peta risiko cerun yang akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi secara
lebih sistematik, tepat dan berasaskan data.
Kedua, pelaksanaan program pencegahan dan pemantauan cerun secara berterusan, termasuk pemasangan instrumen geoteknikal serta sistem amaran awal di kawasan-kawasan berisiko tinggi bagi tujuan pemantauan dan tindakan awal. Ketiga, pelaksanaan program kajian dan reka bentuk yang melibatkan analisis teknikal melalui kerja-kerja penyiasatan tapak bagi menghasilkan reka bentuk struktur penahanan yang efektif, khususnya di lokasi-lokasi kritikal.
Kesemua inisiatif ini telah diluluskan di bawah RMKe-13 dan kini berada dalam fasa perancangan awal, termasuk penyediaan skop terperinci serta pelantikan perunding.
Pelaksanaannya dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2026. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkepentingan.
Seterusnya dijadikan asas bagi melaksanakan langkah mitigasi yang lebih menyeluruh, terselaras dan berkesan.
Bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara, Jabatan Kerja Raya serta agensi-agensi berkaitan telah dan sedang melaksanakan beberapa tindakan segera di kawasan cerun berisiko.
Antaranya, yang pertama, pemantauan berkala dilaksanakan secara berterusan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berisiko bagi memastikan sebarang perubahan atau pergerakan tanah dapat dikesan lebih awal. Kedua, kerja-kerja mitigasi sementara terus dilaksanakan termasuk pembersihan sisa runtuhan serta penstabilan cerun secara sementara melalui pemasangan kanvas dan kaedah pelindungan sementara yang bersesuaian. Ketiga, penyelenggaraan sistem saliran seperti pembersihan longkang dan penambahbaikan sistem saliran turut diberi perhatian bagi mengurangkan risiko ketidakstabilan cerun akibat aliran air yang tidak terkawal. Keempat,
…kawalan lalu lintas dilaksanakan di kawasan terjejas
bagi mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjung Papat juga, setakat ini terdapat 19 lokasi sistem amaran awal atau early warning system yang telah dipasang di sepanjang Jalan Persekutuan di negeri Sabah. Sistem ini berfungsi untuk memantau pergerakan cerun secara berterusan dan mampu memberi amaran awal dan tindakan segera sekiranya terdapat tanda-tanda risiko kegagalan. Ahli Yang Berhormat Sungai Manila membangkitkan masalah…
Datuk Menteri, minta penjelasan sikit ya.
Terima kasih atas Menteri yang memberi penjelasan yang cukup teliti dan juga mengambil berat terhadap itu bencana juga, apa yang berlaku di Sandakanlah. Dan saya mau ingin, sebab ini same thing tapi different area, ialah itu SK Seri Tanjung Papat 1 dan 2. Dan saya pun ada mengemukakan surat kepada KKTP, ya, dia ada balas juga. Dan selalu ini saya jumpa masalah ini, JKR pun ada pegawai sudah pergi siasatlah.
Cuma satu tidak ada satu solution yang tindakan, sebab pointing fingerlah, so here JKR, nanti sana PBT, apa-apalah. So my point is, bolehkah mengadakan satu joint meeting with all relevant authorities and skop pendidikan, sekali kasih selesaikan masalah di SK Seri Tanjung Papat 1 dan 2, sebab itu cerun memang berbahaya, pokok itu sudah hampas ke itu bangunan sekolah dan juga itu perparitan pun fail. Terima kasih, Menteri.
Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti [Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam] Saya tiada masalah. If we cannot solve the problem, and i my procedure you should call the for join meeting with all the interested party. Saya menyokong program tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Sungai Manila membangkitkan masalah Jalan Lintas Libaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan lintas Libaran belum boleh digunakan disebabkan oleh masalah mendapan jambatan di kilometer 2.0 jalan tersebut. Kementerian saya telah mengambil tindakan untuk membuka struktur dan rasuk jambatan tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna-pengguna laluan sungai. Seterusnya, pihak JKR akan memulakan proses penyiasatan tanah kerja ukur dan reka bentuk jambatan baharu pada tahun ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka dibuat pada pertengahan tahun hadapan. Berkaitan dengan jambatan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Inanam. Penggantian Jambatan Keliangau, Manggatal telah disenaraikan dalam program menaik taraf jambatan biayaan Kerajaan Negeri. Manakala bagi jambatan, manakala baki jambatan tersebut, iaitu Jambatan Kitobu, Damai dan Mensiang akan disenaraikan dalam Program Jambatan Uzur dan Program Jambatan Sempit biayaan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk pertimbangan dan kelulusan.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13, Kerajaan Negeri telah meluluskan dua buah jambatan untuk dinaiktarafkan di kawasan Inanam. Sebuah projek, iaitu menaik taraf Low-Level Crossing kilometer 0.8 Jalan Kiansom Lama yang kini sedang dilaksanakan manakala sebuah lagi, iaitu menaik taraf low level crossing kilometer 0.53 Jalan Kiansom Lama dalam peringkat perolehan.
Tuan Speaker, isu bekalan air turut dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju supaya projek-projek di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar atau BALB di Sabah diserahkan kepada Kerajaan Negeri bertujuan untuk menyegerakan projek-projek tersebut. Bagi program BALB negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-13, sebanyak 83 projek yang merangkumi 82 projek sambungan dan dari Rancangan Malaysia Ke-12 dan sebuah projek baharu Rancangan Malaysia Ke-13, Rolling Plan pertama terlibat dengan keputusan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyerahkan pelaksanaannya kepada Kerajaan Negeri Sabah. Perincian dan hala tuju berhubung dengan kaedah dan pelaksanaan projek-projek ini akan diselaraskan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
Tuan Speaker, cara khusus bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Kuamut, Jabatan Air Sabah telah pun membuat perancangan bagi semua kampung-kampung yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat seperti berikut: Pertama, projek menaik taraf loji rawatan air Pinangah, Tongod yang melibatkan Kampung Masaum dan Kampung Inorok. Kedua, Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Minusuh untuk Kampung Minusuh. Ketiga, Projek Bekalan Air Luar Bandar Mukim Kuamut dan Mukim Keramuak, Tongod bagi Kampung Keramuak dan Kampung Kuamut. Yang keempat, Projek Bekalan Air Luar Bandar, sistem bekalan air ke Kampung Sogo-Sogo dan kawasan sekitarnya, Tongod Sabah. Sebahagian daripada projek-projek yang disenaraikan ini akan dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13, Rolling Plan ke-3, dan sebahagian lagi sudah diluluskan oleh pihak KKDW. Ahli Yang Berhormat Sri Tanjung, menyentuh tentang paip usang. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kerja penggantian paip usang melibatkan anggaran keseluruhan sepanjang kira-kira 100 km. Dengan peruntukan kewangan berjumlah lebih kurang RM40 juta telah dilaksanakan. Pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada kawasan berisiko tinggi yang kerap mengalami kebocoran serta gangguan bekalan air. Secara keseluruhannya, panjang rangkaian paip bekalan air di seluruh negeri Sabah adalah dianggarkan sepanjang 16,244 km merangkumi sistem agihan utama serta sambungan kepada pengguna.
Program penggantian paip di seluruh Sabah dilaksanakan secara berfasa dan berterusan mengikut keutamaan daerah. Pelaksanaan ini memberi fokus kepada penggantian paip yang telah usang, berkeadaan kritikal dan kerap mengalami kegagalan bagi meningkatkan kecekapan sistem agihan serta mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil.
YB Menteri, boleh mencelah? Ok, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh YB Menteri. Soalan pertama saya, tadi YB Menteri ada sebut dalam tempoh lima tahun, Jabatan Air telah pun mengganti sepanjang 100 km dengan anggaran kos RM40 juta. Adakah itu hanya untuk kawasan Sri Tanjung ataupun untuk seluruh Sabah?
Dan keduanya, tadi YB Menteri pun ada sebut, di seluruh Sabah, rangkaian paip adalah sepanjang 16,000 km. Jadi, apakah jangkaan, YB Menteri, bila paip bocor ini ataupun paip usang ini dapat diselesaikan sepenuhnya? Kalau mengikut kira kasar, kalau 1,000 km, 1 tahun, berapa tahun kita perlu menunggu supaya rakyat Tawau, rakyat Sabah ini tidak lagi mengalami masalah bekalan air di Sabah. Terima kasih.
Untuk makluman yang berhormat Sri Tanjung, Menteri Kewangan bilang kalau ada peruntukan dua tahun pun boleh siap. Namun…
Duduk dulu. Untuk makluman juga, dalam 16,244 km panjang sistem retikulasi air ini, hanya actually only 10% adalah yang dikategorikan sebagai yang usang. So not all of them are yang sudah uzur, it’s only about 10% or about 1,600 km. So that should be reasonablelah. Okey itu lebih tepat.
Ya. Tadi YB Menteri ada sebut mahu tunggu Menteri Kewangan ada peruntukan baru buat penggantian. Tapi di sini YB Menteri, saya pernah nampak satu kenyataan daripada YB Menteri sendiri di mana Kerajaan Sabah mempunyai rizab sebanyak RM8.6 bilion.
Kenapa tidak menggunakan duit untuk buat penggantian sedangkan masalah ini pun salah satu faktor kenapa pelabur-pelabur tidak masuk ke Sabah dan juga rakyat Sabah secara keseluruhan dan masih mengalami masalah sebegitu sudah bertahun-tahun, YB Menteri.
Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong, that is not the only programme yang kita rancangkan untuk negeri Sabah. Banyak lagi perkara-perkara lain yang kita terpaksa tanggung juga.
Datuk Speaker minta izin kalau boleh. Saya, Datuk Speaker, saya bahaskan dalam perbahasan ini bukan hanya air, bukan hanya elektrik. Pan Borneo juga. Tapi saya dengar, saya tunggu tadi, ada jawapan ADUN 65 kah? Senallang ni. Saya dapati tidak ada jawapannya. Saya bangkitkan, contohnya ada orang Brunei, orang Sarawak datang ke rumah saya. Lepas itu dia bagitahu Datuk Seri, kenapa jalan Sipitang ini sampai ke KK ini. Teruk betul ini. Jadi persoalan dia yang saya bangkitkan. Sampai bila dapat disiapkan jalan Pan Borneo ini? Ini saya, Datuk Speaker ada dalam muka surat 55 yang saya bangkitkan. Begitu juga masalah air tu. Kerana semua di peringkat akar umbi ini masih lagi. Satu, ration air yang ada. Saya minggu ini saja, Datuk Speaker. Kena beli air. Tapi ada pula yang dijual dari lori, bukan Jabatan Air.
Saya bimbang begitu. Sampai bila masalah air ini ada ration dia? Kita ingin penjelasan. Pasal ini rakyat tanya kita Datuk Seri, when it is going to be resolved? Electric ration, ada catuan dia, air juga macam begitu. Lepas itu, bila air di merata tempat boleh beli, macam ke Banggi. Bila saya pergi ke Banggi, ada orang di situ tapi Jabatan Air tidak ada air. Tangki di Banggi kosong. Jabatan Air punya. Tapi kalau beli daripada pekan ada bot datang, swasta tidak tahu siapa punya ini. Ke mana Jabatan Air ini berfungsi ini? Swasta sampai bila? Saya ingat perlu penyusunan, ketegasan kita. Pasal itulah saya minta Datuk Speaker, bagi kita suara rakyat Sabah ini, don’t worry, we are united. Tapi saya mahu supaya ada mengatasi masalah ini. Kita tidak mahu nanti Dewan ini, we all united but outside there masih lagi ada bermasalah. Kasihan rakyat kita.
Ahli Yang Berhormat Senallang, kalau kita sabar sikit mungkin jawapannya ada after this. Kalau yang jalan Pan Borneo, sebenarnya
memang ada masalah. Masalah but we are still progressing walaupun ada lambat sikit. Percentage dia is already more than kalau yang WP01 ini, kemajuan fizikal sudah mencecah lebih 80%. Although is very slow, but there are progress there. Bear with us.
Saya on the ground Yang Berhormat Menteri. Saya jalan dari Tawau ke Lahad Datu. Jalan Lahad Datu, saya jalan pergi Sandakan. Di Gum-Gum itu, teruk sangat. When I went down, cuma ada satu. Bila saya selidik baik-baik di antara kontraktor yang ada, di daripada Lahad Datu ke Sandakan sudah tiga tahun tidak berfungsi. Pan Borneo yang di award, tiga tahun. I don’t know what is it. Bila saya jalan sampai ke daripada Sandakan, Datuk Speaker, sampai ke Beluran, the only contractor who have done, saya ingat saya sebut nama dialah (sebutan nama tidak jelas, duta liew). That’s good, quality dia ada. Tapi yang lain tu saya selidik dengan teliti Datuk Speaker, I’m very worried. Saya tidak nampak pun di Sipitang tu, saya tidak nampak. Saya pergi Sindumin berkali-kali traktor, pekerja, saya tidak nampak mereka bekerja itu. Kesinambungan putus sana, putus sini, satu bab. Saya ingat kalau boleh, pasal kita bagi subcontractor, subcontractor.
Mungkin subcontractor ini 5 kilometer, subcontractor ini 10 kilometer. Quality is not going to be there. Perlu dipantau. Di Sabah untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita masih di peringkat, peringkat satu. Di Sarawak, second phase sudah Pan Borneo. Ini yang (sebutan tidak jelas) kita. Adakah saya minta ketegasan daripada pihak Kerajaan pasal saya bersuara di Parlimen dengan Menteri Kerja Raya. He was my Deputy Minister. Ya, Menteri Kerja Raya ni bekas Timbalan Menteri saya masa saya KPDNKK. Saya bagitahu dengan dia, for god sake, jangan nanti esok ada contractor daripada Semenanjung, kita lantik berbilion. Lepas itu, dia tidak ada pekerjaan dia di sini. Subcontract. The margin ketirisan itu.
Yang Berhormat Senallang, I think we can argue for Pan Borneo. I know some are already completed. Some are just starting. Pan Borneo is just about one road. The whole is a semua jalan daripada Kota Kinabalu, Tawau,
Sandakan, Lahad Datu and of course up to Kudat has a different progress report semuanya. But we cannot compare with Sarawak. I don’t want to compare with Sarawak. If we compare with Sarawak, ada lagi cerita yang why Sarawak has progressed and why Sabah has not progressed. But let us stop in that way. At the moment, I can give you yang terperinci untuk Pan Borneo. Yes, we have all the figures here. Okey, jadi tidak perlu kita, we are doing all our best.
Yang Berhormat Menteri sebut tadi itu akan disiapkan 2008. Is that what you said, 2028? Because I want to know.
Elopura duduk.
I didn’t say. Just now yang 2028 itu, I think is a because I was already talking about bekalan air. Jalan raya sudah siap.
Pasal kalau di Sipitang ni, saya tidak jangka boleh siap 2008 ni.
No, no. 8%, physical percentagenya lebih 80%.
Jadi saya minta kepada Yang Berhormat, kalau dapat tentukan …
Bila dia siap.
… when is the time frame, work with federal, when is the time frame yang kita boleh siapkan supaya jalan ini, satu.
Kedua, bekalan air. Catuan yang ada ni. Pasal Jabatan Air ini, di jabatan Kerajaan Negeri, bukan Federal. Kita yang melaksanakannya.
We are talking Jabatan Air atau Jabatan Jalan Raya? We are changing these two.
Saya soal satu Jabatan Air, saya tidak mahu berdiri duduk. Jabatan Air dan juga saya minta, when is the Pan Borneo be completed 2028. And then bilakah catuan, bukan hanya airnya, elektrik ini boleh kita hapuskan?
Tuan Speaker, saya teruskan.
Menteri, sorry. Menteri.
Sorry. I have to finish this one first. Okey. Berikut merupakan beberapa projek berimpak tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 bagi menyelesaikan isu bekalan air di daerah Tawau.
Pertama, Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3, Reka Bentuk dan Pembinaan Empangan Air Tawau. Projek bernilai RM470 juta ini telah bermula pada Disember 2017. Kini telah mencapai kemajuan sebanyak 91.47% fizikal dan setakat 30 … .
30 April, 30 Mac 2026, projek ini disangka siap pada 21 Oktober 2027.
Projek pembinaan loji rawatan air Cintamata II Tawau. Projek bernilai RM335 juta ini telah bermula pada Julai 2025 dan kini telah mencapai kemajuan sebanyak 10.15% fizikal setakat 30 Mac 2026. Projek ini dijangka akan siap pada 22 Julai 2028. Pemasangan paip transmisi dan agihan utama termasuk tangki simpanan di sebahagian kawasan Bandar Tawau, Sabah yang melibatkan kos sebanyak RM236.68 juta.
Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan pertama tahun 2026. RMKe-13 melalui peruntukan pinjaman Persekutuan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA. Projek ini adalah kesinambungan dari Projek Loji Rawatan Air Cintamata II. Bagi menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Tawau, projek ini dijangka mula dilaksanakan pada suku tahun keempat tahun 2027 selepas melalui peringkat makmal pengurusan nilai. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dijangka dapat menyelesaikan isu bekalan air jangka masa panjang bagi daerah Tawau.
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Bugaya, permohonan penambahan lori tangki air bagi daerah Semporna telah pun dikemukakan dan sedang menunggu kelulusan. Bagi langkah jangka pendek, pihak Jabatan Air Sabah turut mengambil inisiatif tambahan dengan melaksanakan penghantaran bekalan air menggunakan perkhidmatan lori tangki swasta bagi menampung keperluan semasa di kawasan-kawasan yang terjejas. Bagi langkah jangka sederhana dan panjang, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau (KKDW) melalui Jabatan Air Sabah telah meluluskan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di kawasan Semporna. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah off-river storage berkapasiti 90 juta liter, tiga tangki simpanan air, tiga rumah pam, serta pemasangan paip retikulasi sepanjang 75km yang akan menyambungkan bekalan dari Loji Rawatan Air Kalumpang ke kawasan sekitar daerah Semporna. Projek ini berada dalam fasa pelaksanaan akhir, dengan kemajuan fizikal telah mencapai 99.8%. Secara keseluruhannya, projek ini telah siap dan kini dalam peringkat pengujian serta pentauliahan, testing and commissioning. Loji rawatan air
Kalumpang dijangka akan mula beroperasi sebaik sahaja proses tersebut selesai dilaksanakan. Ahli Yang Berhormat dari Sekong…
Datuk speaker, Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datuk Menteri. Satu penjelasan yang jelas, tapi bolehkah saya bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri, yang mana Datuk Menteri ada menyatakan dalam 99 eh, 98% sudah siap jadi maksudnya dalam tempoh yang terdekat ini kita akan boleh, loji itu akan boleh beroperasi. Bolehkah Datuk Yang Berhormat Datuk Menteri maklumkan kepada Dewan ini dan juga kepada rakyat di Semporna? Bilakah dia boleh di loji itu berfungsi sepenuhnya? Terima kasih.
Loji ini akan mula beroperasi setelah pengujian serta pentauliaan, testing dan commissioning is being done. How, berapa lamakah testing dan commissioning ini, saya kurang pasti. Okey, but we still have to test it. Only then we can fully operate loji rawatan air ini.
Datuk Dr.
Ya, Yang Berhormat Menteri. Ini ada dalam soalan saya juga. Sudah ada jawapan. Yang ini nanti, loji ini bila beroperasi di Kalumpang dan juga Sungai Intan, dia akan terus beroperasi di Pulau Bum-Bum. Kerana sebelum itu, sampai ke Pulau Bumbum. Cuma untuk makluman. Masalah paip di Pulau Bum-Bum itu banyak rosak sudah, banyak kerosakan dan saya ingat ada yang diangkat, tahulah besi ini sekarang ada nilai, terima kasih.
Kita akan ambil maklum and let my pegawai know the masalah-masalah tersebut, thank you.
Ahli Yang Berhormat Sekong membangkitkan isu kecurian air. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekong, sejak tahun 2023 hingga Mac 2026, sebanyak 1,574 kes pemotongan sambungan haram telah dilaksanakan oleh pihak Penguatkuasa
Jabatan Air Sabah dengan trend peningkatan ketara tindakan penguatkuasaan seperti berikut.
Pada tahun 2023 terdapat 208 kes, tahun 2024 398 kes, tahun 2025 782 kes, dan setakat Mac 2026 186 kes.
Berkaitan dengan masalah tekanan air rendah yang berlarutan di kawasan seperti Flat Mawar, Kampung Lebak Meluas Darat, Kampung Istimewa, Kampung Bekarah, serta beberapa kawasan lain di daerah Sandakan, tindakan jangka masa pendek Jabatan Air Sabah adalah melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera sekiranya berlaku kebocoran serta menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang terlibat bagi memastikan keperluan asas penduduk dapat dipenuhi. Bagi penyelesaian jangka masa panjang, tindakan pemotongan secara bersepadu perlu dilaksanakan dengan melibatkan beberapa agensi berkaitan. Ini berikutan, kawasan berkenaan dikenal pasti mempunyai kadar kecurian air yang tinggi yang telah menjejaskan agihan bekalan serta menyebabkan sebahagian kawasan tidak menerima bekalan air yang mencukupi.
Datuk Speaker, berkaitan dengan masalah bekalan air di Putatan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat, pembinaan Loji Rawatan Air Kogopen Fasa II sedang berjalan dan dijadualkan boleh mengeluarkan air pada bulan Mac 2028 dan kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Kasigui dan kerja-kerja berkaitan yang dijadualkan siap pada Februari 2027 akan mampu menyelesaikan kekurangan bekalan air, khususnya di kawasan Tanjung Keramat dan juga kawasan sekitar Putatan.
Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, sebuah projek bertajuk Program Menaik Taraf Menggantikan Paip Jenis Asbestos Simen atau AC pelbagai saiz di daerah Kota Kinabalu yang melibatkan penggantian paip-paip lemah di kawasan Putatan seperti di Kampung Kuala Putatan 2 dan Kampung Pasir Putih sedang giat dilaksanakan bagi menangani masalah kadar air tidak berhasil dan untuk menstabilkan tekanan air.
Bagi penyelesaian jangka masa panjang pula, pelaksanaan projek kerja-kerja penggantian paip usang dan menaik taraf paip transmisi dan agihan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan Sabah sepanjang 28km dan kos sebanyak RM200 juta. Ini merupakan projek baru yang diluluskan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Dalam Rolling Plan Pertama RMKe-13. Projek ini akan melalui peringkat makmal pengurusan nilai pada tahun ini dan apabila skop dan kos telah dimuktamadkan kelak, pelaksanaan projek ini dijangka bermula pada 2027. Ahli Yang Berhormat dari Bongawan turut…
Menyentuh masalah air. Bagi langkah jangka pendek, Kementerian saya melalui Jabatan Air Sabah telah melaksanakan penghantaran bekalan air ke kawasan terlibat bagi memastikan keperluan asas pengguna terus dipenuhi. Bagi kawasan-kawasan di bawah daerah Membakut yang menerima bekalan air daripada Jabatan Air Daerah Papar, seperti di kawasan Kimanis, penghantaran bekalan air kini giat dilaksanakan setiap hari bagi kawasan-kawasan yang terjejas. Keutamaan penghantaran diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik kesihatan, rumah ibadat, sekolah dan pusat-pusat jagaan. Di samping itu, penghantaran bekalan air juga dilaksanakan secara terus kepada pengguna-pengguna yang terjejas.
Penjelasan.
Tamparuli.
Penjelasan Yang Berhormat. Boleh? Ini berkenaan dengan bekalan air yang dibagi ke Bongawan itu. Kita di Tamparuli pun sudah, kosnya pun sudah sampai RM150,000.00 yang kita
hantar untuk lebih kurang 700 keluarga, melibatkan 5,000 penduduk. Kerana masalah kemarau tempoh hari. Adakah itu juga akan dikira sebagai satu bantuan daripada Kerajaan seperti bantuan yang diberi kepada penduduk di Bongawan seperti Yang Berhormat nyatakan tadi ataupun bagaimana? Kalau ya, dan bil-bil daripada Jabatan Air yang kita ambil tempoh hari, biar dikira sebagai bantuan daripada Kerajaan.
Bantuan sebenarnya kita bagi bagi mereka yang pengguna air daripada Jabatan Air. Bagi mereka yang di kampung-kampung yang menggunakan paip graviti sebenarnya tidak termasuk. But Kalau mereka juga benar-benar mengalami masalah kekurangan air, then they have to report it to the Pejabat Daerah ataupun Pejabat Daerah Kecil supaya tindakan lanjut boleh dilaksanakan.
Sebenarnya Yang Berhormat. [audio bertindih]
Saya ingat cukuplah itu.
Ya, sebenarnya Yang Berhormat. Semua aduan ini dihantar kepada Pejabat Daerah Kecil Tamparuli dan berasaskan daripada aduan itulah apa ini pembekalan air itu dibuat. Kita minta daripada Jabatan Air. Jadi itulah yang saya tanya, sama ada ini akan dikira sebagai bantuan Kerajaan ataupun macam mana? Terima kasih.
Aha.
Kita boleh melaporkan kepada District Engineer dan sekiranya itu adalah liputan daripada Kerajaan, then yes, we can help.
Datuk Speaker, saya mohon mencelah sedikit berkaitan dengan lori menghantar air bila mana penghuni tidak, bila ada gangguan bekalan air. Saya difahamkan sebab Likas baru-baru ini hampir dua minggu ada kawasan yang tidak dapat ataupun ada gangguan air. Jadi bila kita minta, hanya satu lori saja dia kata dimaklumkan ada di kawasan Kota Kinabalu. Saya tak pasti adakah ini benar ataupun tidak. Jadi kalau hanya satu sahaja lori untuk menghantar bantuan kepada penghuni-penghuni yang terkesan dengan gangguan ini, adakah cadangan Kementerian untuk menambah lori-lori air ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Likas, saya ambil maklum dan akan panjangkan kepada Jabatan Air untuk tindakan selanjutnya. Tuan Speaker, saya teruskan. Bagi perancangan jangka panjang, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan projek Bekalan Air Luar Bandar, Loji Rawatan Air Bongawan Membakut Sabah, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Ke-2. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air berkapasiti 6 juta liter sehari, serta pemasangan sistem rangkaian paip sepanjang 16 kilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini kini berada dalam status prapelaksanaan di mana proses perolehan akan dilaksanakan oleh pihak KKDW. Bagi menyelesaikan masalah air masin, beberapa projek infrastruktur utama sedang dilaksanakan, antaranya termasuk projek Mukassar-Kabang yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai 2026. Di samping itu, Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Kogopon Fasa II juga sedang berjalan, dengan sebahagian operasi dijangka siap lebih awal pada Ogos 2026 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat. Ahli Yang Berhormat dari Moyog, membangkitkan masalah yang dihadapi beberapa buah kampung yang belum menerima bekalan air terawat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan sebuah projek bertajuk Projek Bekalan Air Luar Bandar Moyog Bahagian Atas dan Kawasan Sekitarnya. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air berkapasiti 4 juta liter sehari serta pemasangan sistem rangkaian paip sepanjang 34 kilometer.
Projek ini kini berada dalam status prapelaksanaan di mana proses perolehan akan dilaksanakan oleh pihak KKDW setelah reka bentuk terperinci dimuktamadkan. Kementerian saya sememangnya amat prihatin dengan isu air yang dihadapi oleh warga UMS yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Merotai. Isu gangguan bekalan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan oleh gangguan di Loji Rawatan Air Telibong II Fasa 1 dan kebocoran paip di Jalan Politeknik. Walau bagaimanapun, isu ini telah dapat diselesaikan. Secara purata, keperluan air di Universiti Malaysia Sabah dianggarkan sekitar 5 juta liter sehari. Pada masa yang sama, Kementerian saya juga mengharapkan kerjasama pihak UMS untuk memastikan agihan air dalaman dilaksanakan secara efisien ke semua blok dan fakulti. Ini disebabkan, sebarang agihan air selepas meter utama di UMS adalah berada dalam bidang kuasa serta tanggungjawab pihak UMS. Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan pihak UMS untuk memastikan bekalan air yang disalurkan sehingga ke meter utama Universiti adalah mencukupi. Tuan Speaker, Kementerian saya menyedari akan gangguan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Likas dan Kingfisher seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Darau.
Sepertimana gangguan bekalan air UMS, gangguan bekalan air di Kampung Likas dan Kingfisher juga berpunca dari penurunan kecekapan operasi pam di Loji Rawatan Air Telibong II, Fasa 1 dan kebocoran paip di Jalan Politeknik. Walaupun kerja-kerja pembaikan paip transmisi telah berjaya diselesaikan pada 22 April 2026, proses pemulihan bekalan mengambil masa yang lebih panjang berikutan keadaan tangki air keadaan tangki simpanan dan rangkaian paip yang telah kosong sepanjang tempoh pembaikan tersebut. Pada masa ini, bekalan air telah pulih secara berperingkat. Bagi menangani isu tekanan rendah dan kestabilan bekalan air di kawasan Likas, projek penggantian pam penggalak di Kota Kinabalu kini berada dalam fasa pelaksanaan dengan tempoh pelaksanaan selama 18 bulan.
Pada masa yang sama, Maintenance Contract of Booster Pump Station at Kota Kinabalu District Zone B turut dilaksanakan bagi tempoh lima tahun bermula Mac 2026. Ahli Yang Berhormat Lamag menyentuh tentang non-revenue water. Jabatan Air Sabah telah mengambil beberapa langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka masa panjang untuk mengurangkan kadar non-revenue water secara berkesan. Untuk penyelesaian jangka pendek, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip…
Selama tiga tahun di Daerah Kinabatangan sedang dalam pelaksanaan. Sementara bagi penyelesaian jangka panjang, pelaksanaan program non-revenue water secara holistik melalui program mengurangkan kadar air tidak berhasil di Daerah Kinabatangan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan sedang dalam peringkat penyediaan skop dan perincian senarai kuantiti ataupun Bills of Quantity (BQ).
Selain itu, bagi mempercepatkan program penggantian paip lama, sebahagian sistem perpaipan sedia ada yang terlibat dalam jajaran Projek Pan Borneo telah dimasukkan dalam skop pelaksanaan pengalihan utiliti. Untuk memastikan bekalan air bersih yang konsisten ke kawasan pedalaman seperti Kampung Balat, Kampung Sangau, Kulu-Kulu dan Kampung Lokan, Jabatan Air Negeri Sabah akan memohon pembinaan loji rawatan air baharu melalui program bekalan air luar bandar di bawah Rolling Plan Ketiga Belas, Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-13. Mengenai Kerajaan, pelan Kerajaan untuk memperluaskan penggunaan teknologi pintar, Kementerian saya menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat dan sentiasa meneroka kemungkinan pelaksanaan teknologi pintar dalam pembangunan infrastruktur dan utiliti. Dan kalau Yang Berhormat ada cadangan yang terperinci, Kementerian saya sentiasa terbuka untuk mendengar.
Datuk Speaker, berkaitan dengan masalah bekalan air penduduk Bengkoka yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bengkoka, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan sebuah projek bertajuk Projek Bekalan Air Luar Bandar, Sistem Agihan dan Retikulasi Daerah Pitas di Mukim Kalumpang, Dandun dan Pantai dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Ke-5.
Objektif projek ini adalah untuk menyediakan infrastruktur bekalan air terawat secara berterusan dengan kuantiti dan tekanan air yang mencukupi kepada masyarakat luar bandar di Daerah Pitas, merangkumi 2460 buah rumah bagi 84 buah kampung. Projek ini kini berada dalam peringkat perolehan oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Dengan pelaksanaan projek ini, ianya akan memperluaskan lagi liputan bekalan air terawat di Kawasan Bengkoka.
Datuk Speaker, selanjutnya saya ingin menjawab beberapa isu berkaitan bekalan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bongawan, Sabah Electricity sedang dan akan melaksanakan beberapa projek pengukuhan dan naik taraf rangkaian bekalan elektrik. Antara yang telah disiapkan pada tahun 2025 ialah: 1.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Sabang; 2.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Malawaring; dan 3.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Tengah.
Manakala, beberapa lagi projek sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini, iaitu:
1.
Projek pengalihan berpasangan dan menukar talian usang kepada talian jenis bertebat di Jalan Bukit Manggis; 2.
Projek penukaran talian tidak bertebat kepada jenis bertebat daripada Bulatan Penampang hingga Kampung Kinolosodon;
3.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Tarap; 4.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Nyaris-Nyaris; 5.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Giuk; 6.
Menaik taraf Sistem Voltan Rendah Kampung Biau; dan 7.
Pemasangan low voltage pole top capacitor bank Kampung Seri Serbang. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Moyog, saya ingin memperbetulkan tanggapan bahawa Sabah masih sangat bergantung kepada diesel sebagai sumber utama penjanaan elektrik. Sebenarnya, Sabah adalah dalam kedudukan yang lebih stabil dari aspek sekuriti tenaga disebabkan oleh sumber dalaman yang banyak dan tersedia, termasuk sumber gas asli yang signifikan dan tenaga boleh baharu yang pelbagai.
Berdasarkan purata penjanaan tenaga bulanan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, sekitar 80% bekalan elektrik di Sabah adalah berasaskan sumber gas asli di sebelah Pantai Barat Sabah yang disalurkan terus ke darat melalui paip dasar laut. Sumber ini adalah lebih stabil dan pada masa, dan pada harga tetap, tanpa perubahan harga atau tidak terkesan akibat peningkatan bahan api global. Impak ketidaktentuan harga minyak global atau krisis geopolitik seperti di Asia Barat adalah terhad ke atas penggunaan bahan api minyak fosil iaitu diesel dan medium fuel oil atau MFO di dalam campuran penjanaan yang pada masa kini adalah sekitar 10%. Kerajaan Negeri telah pun mengambil pelbagai langkah mitigasi yang konkrit untuk mengurangkan lagi kebergantungan kepada diesel, antaranya memaksimumkan penghantaran tenaga dari Pantai Barat ke Pantai Timur, meningkatkan input tenaga dari Sarawak, mengutamakan pengoperasian loji MFO yang lebih murah berbanding diesel.
Usaha lain termasuk mempromosikan kecekapan tenaga, memastikan serta menyelaras jadual penyelenggaraan loji bagi mengurangkan penggunaan diesel semasa kekangan bekalan gas.
Dari sudut keterjaminan tenaga pula, Sabah kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding sebelum ini. Jidar simpanan penjanaan yang sebelum ini berada pada tahap kritikal, kurang daripada 10% pada tahun 2023, telah berjaya ditingkatkan kepada sekitar 21% pada masa kini. Jidar ini dijangka meningkat lagi kepada 27% menjelang pertengahan tahun ini dengan penyiapan loji janakuasa gas, 100MW di Kimanis.
Hasil daripada langkah-langkah di atas dan dengan pengoperasian loji janakuasa gas baharu, penggunaan diesel dijangka akan berkurangan kepada 3.6% pada penghujung tahun 2026. Kerajaan Negeri bersetuju bahawa cabaran sebenar bukan sekadar pada perancangan, tapi aspek pelaksanaan.
Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan inisiatif peralihan tenaga yang diterajui Energy Commission of Sabah atau ECOS, yang berpaksikan kepada energy, Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 atau SE-RAMP 2040, yang diterjemahkan melalui Plan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan oleh Majlis Tenaga Sabah. Selain daripada loji jana kuasa gas 100MW di Kimanis yang akan beroperasi pertengahan tahun ini, mesyuarat Majlis Tenaga baru-baru ini telah meluluskan penganugerahan dua projek loji gas berkapasiti 200MW di lokasi Kimanis dengan sasaran siap pada tahun 2028. Pengoperasian dua loji gas tersebut akan meningkatkan penggunaan gas asli dan akan mengurangkan lagi penggunaan bahan api diesel dan medium fuel oil bagi penjanaan tenaga hingga kurang daripada 1.5%.
Selain daripada itu, berdasarkan potensi penemuan gas asli di luar pesisir Sandakan yang dijangka akan direalisasikan seawal tahun 2029 kelak, Kerajaan Negeri telah merangka pelan pembangunan loji janakuasa berasaskan gas asli di Sandakan yang merupakan loji pertama menggunakan sumber gas asli di Pantai Timur Sabah. Bagi tenaga boleh baharu, Kerajaan Negeri komited untuk mencapai sasaran 50% campuran tenaga boleh baharu menjelang 2035. Untuk tujuan ini, selain daripada jumlah tenaga boleh baharu yang telah beroperasi berjumlah 236.
…Megawatt. Terdapat lagi beberapa projek jangka masa sederhana dan panjang yang sedang dalam pelbagai peringkat, iaitu peringkat pelaksanaan, proses bidaan atau kajian kebolehlaksanaan seperti berikut; Pertama, solar berskala besar berjumlah 450 megawatt, 200 megawatt dalam peringkat pelaksanaan, dan 250 megawatt dalam proses bidaan. Yang kedua, Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau (BESS) berkapasiti 200mw/ 400mw jam dalam proses pindaan.
Ketiga, kajian potensi tenaga angin berjumlah 440 mw.
Keempat, hidroelektrik berjumlah 1054 mw dan penerokaan potensi geoterma di Tawau berkapasiti sekitar 100 mw.
Potensi penggunaan biojisim daripada sisa kelapa sawit juga sedang diteroka sebagai sumber tenaga tempatan yang mampan. Bagi memastikan semua inisiatif ini berjaya, Kerajaan Negeri turut melakukan pemantauan rapi melalui ECOS dan turut dilaporkan di Majlis Tenaga Sabah. Program solar di peringkat kampung pula sedang dilaksanakan melalui sistem solar hibrid dan off-grid, khususnya di kawasan pedalaman.
Selain ini, pendekatan grid hibrid yang menggabungkan diesel, solar dan sistem bateri telah dan sedang diperluaskan bagi meringankan daya harap bekalan elektrik di kawasan terpencil. Perkara ini, kini dipantau oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Elektrifikasi Luar Bandar Sabah yang akan melaporkan status pelaksanaan kepada Majlis Tenaga Sabah secara berkala. Pemakluman jelas yang telah ditubuhkan pada tahun lalu oleh Kerajaan Negeri adalah merupakan Jawatankuasa Rentas Agensi bagi mengkoordinasikan dan melaksanakan intervensi bagi memastikan pencapaian bekalan elektrik luar bandar ke arah 100% pada tahun 2030 tercapai seperti mana salah satu Pelan Strategik SE-RAMP 2040.
Kesimpulannya, Sabah tidak lagi berada dalam keadaan kebergantungan tinggi kepada diesel seperti yang dibimbangkan. Sebaliknya, negeri ini sedang bergerak secara tersusun ke arah sistem tenaga yang lebih stabil melalui penggunaan gas asli sebagai bahan api peralihan, di samping mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu.
Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan bekalan elektrik yang lebih mampan, berdaya tahan dan mampu milik demi kesejahteraan rakyat Sabah. Ahli Yang Berhormat Karambunai, membangkitkan isu kecurian.
Datuk Menteri, mencelah.
Sorry. Berkenaan dengan tadi ada cerita tentang itu LSS Sabah. Tender dan juga BESS Sabah Tender melalui ECOS, yang saya pernah ada bahaslah tentang ini sebab masalah ini tender-tender yang semua yang large project ini, semua tender terpilih, selective tender. So semua perlukan involvement of GLC atau 30% share GLC sebagai itu baru boleh dapat bid ini projeklah. Masalahnya kalau GLC saja, dalam senarai GLC list yang sedia ada, yang boleh terpilih ini, hanya segelintir saja yang boleh, yang ada pengalaman dalam bidang solar atau BESS. Dan soalan saya, bagaimana GLC-GLC ini boleh run the project tapi selalu mesti JVlah. Kalau JV terpaksa close door negotiation with the EPC contractors. Satu lagi, macam mana mengurangkan kos pembinaan kalau begini. If close a tender and then with all the GLC involvement, how to reduce the cost? Itu value for money lah, like what I said in the bahas.
Satu lagi, itu ketelusan dan tadbir uruslah. Bagaimana memastikan itu ketelusan dan elakkan rundingan tertutup.
Dan sama juga itu berkenaan dengan BESS di Lahad Datu. BESS di Lahad Datu di-spec in 100 mw, 400 mw. Dan yang saya dapat itu, itu operasi state of charge di set, itu power banklah, biasa orang power bank.
Maksimum 70% sahaja. That’s what I got the infolah. But why set such a limit. Kita boleh menggunakan sepenuhnya. Adakah ini BESS System di Lahad Datu, kita ikut operasi seperti di tender dokumen, apa ditaruh di dalam tender dokumen atau itu barang yang dipasang not as per spec. Thank you.
I will come to the part on BESS later on. Tentang GLC, saya ingat why we wanted the GLC to be bersama-sama dengan investor ini. At least if GLC is involved, projek itu tidak akan lari ke mana-mana di luar Sabah. Because now we are saying Sabah First. So that’s why we want to put GLC as a partner.
Dari segi ketelusan, I don’t think there is any issue there. We still menggunakan due proses yang teratur. So, saya ingat tidaklah berkenaan.
Kalau ada kontraktor yang di Sabah yang kompeten, bolehkah dia terus bid saja without GLC? So means that all tiada connection dengan GLC, tidak boleh tender?
GLC is to ensure that the kontrak itu akan berjalan. And as for the process, itu saya ingat kita boleh bincang lebih lanjut lagi dan bukan kalau sekarang itulah. I think if you want to be transparent, whether you use a GLC or on your own, tidak masalah because semua akan ikut proses yang sebenarnya. But the government already made the policy that GLC must be involved.
Itu yang saya ketahui lah.
Teruskan Yang Berhormat Menteri. Teruskan.
Okey. Ahli Yang Berhormat Karambunai membangkitkan isu kecurian elektrik. Bagi membendung kegiatan mencuri elektrik di penempatan setinggan yang telah menyebabkan bukan sahaja kerugian kepada utiliti, malahan menyumbang terhadap gangguan bekalan dan kemalangan elektrik, beberapa tindakan telah dilaksanakan dan akan diteruskan seperti berikut; Pertama, melaksanakan lebih banyak operasi membanteras sambungan haram yang lebih efektif secara berterusan dan bersepadu dengan badan berkuasa dan agensi berkaitan. Contohnya Jabatan Imigresen, SPRM, PDRM, Jabatan Air Negeri Sabah
dan lain-lain. Bagi tahun 2025, sebanyak 1,570 operasi telah dilaksanakan di seluruh Sabah dengan 14 daripadanya di kawasan Sepanggar.
Manakala bagi tahun 2026, sebanyak 536 operasi telah pun dilaksanakan setakat ini, termasuk sembilan kali di Sepanggar. Meneruskan proses perundangan kedua, meneruskan proses perundangan melalui tindakan pendakwaan di mahkamah, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 oleh Energy Commission of Sabah, setakat ini lebih tujuh kes landmark sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah melibatkan kesalahan mencuri elektrik dan aktiviti penjualan elektrik secara haram di penempatan setinggan, termasuk yang melibatkan kawasan setinggan di Sepanggar.
Ini tidak termasuk 31 kes kecurian elektrik.
Yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah dan 21 kes dikompaun sepanjang 2 tahun, iaitu sejak Energy Commissioner Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik pada tahun 2024. Bagi tujuan pencegahan, selain peningkatan tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan, serta menaikkan tahap hukuman semasa penggubalan enakmen lalu, kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman juga dipaparkan kepada umum, bagi memberi kesan yang lebih mendalam kepada pesalah.
Dari aspek polisi ke atas pembekalan elektrik ke kawasan setinggan, adalah berdasarkan case-to-case basis sebagai langkah interim sahaja sebelum perancangan kekal dilaksanakan ke atas penempatan setinggan tersebut.
Ini juga memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Konsep bekalan adalah melalui pihak ketiga yang berperanan sebagai syarikat pembekal yang menguruskan penyediaan infra, pengagihan bekalan dan pungutan bayaran berdasarkan tarif khas yang diluluskan. Projek perintis yang telah dilaksanakan adalah di Kampung Forest Sandakan.
Manakala konsep bekalan terbaharu yang dilaksanakan ke atas kampung-kampung yang bersesuaian, adalah bekalan daripada utiliti menggunakan meter house, di mana pemasangan meter akan dipasang secara berkelompok, bagi memudahkan proses pengambilan dan mengurangkan kebarangkalian penyambungan elektrik secara haram.
Projek perintis telah dilaksanakan oleh Sabah Electricity di Kampung Selamat Semporna dan akan diteruskan di beberapa perkampungan di daerah Sandakan, termasuk Kampung Delima Sepanggar. Ingin dijelaskan bahawa kesemua inisiatif ini tidak bermaksud pihak Kerajaan menggalakkan pertambahan penempatan setinggan, tapi merupakan langkah interim, yang boleh membantu mengurangkan kekerapan gangguan bekalan kepada premis sah di kawasan sekitar.
Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Senallang dan Tanjong Papat, membangkitkan isu keberkesanan projek BESS.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Tanjong Papat, projek BESS Lahad Datu telah dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti elektrik secara fast track, bagi menangani kekurangan kapasiti penjanaan kritikal yang dihadapi sebelum ini, serta memberikan integrasi lebih tinggi tenaga boleh baharu ke dalam sistem.
BESS direka bentuk untuk beroperasi pada kapasiti 100 MW atau strok 400 MWh dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada sistem grid Sabah. Secara lazim, pengecasan bateri akan dilaksanakan secara optimum menggunakan sumber tenaga yang lebih murah seperti gas asli, hidroelektrik, serta tenaga import dari Sarawak. Pengecasan BESS adalah dilaksanakan semasa waktu luar puncak, di mana pengeksportan tenaga yang lebih murah daripada pantai barat ke Pantai Timur dioptimakan sepenuhnya.
Berdasarkan data semasa yang disediakan oleh pengendali sistem Grid GSO, purata kos pengecasan tenaga daripada grid ke BESS sejak mula beroperasi adalah di dalam julat 7.2 sen per kwh hingga 16 sen per kwh, menggunakan sumber tenaga penjanaan daripada gas asli, hidroelektrik dan import dari Sarawak, berdasarkan analisis operasi sistem sebenar yang disahkan oleh pengendali sistem grid.
Fasiliti ini dianggarkan telah menyumbang kepada
pengurangan penggunaan diesel sebanyak kira-kira 9.8 juta liter sejak mula beroperasi pada 29 Ogos 2025.
Berdasarkan harga purata diesel bagi tempoh September 2025 hingga Mac 2026, iaitu kira-kira RM2.46 seliter, penjimatan kos bahan api dianggarkan berjumlah kira-kira RM24.07 juta.
Manakala setelah bermulanya krisis tenaga yang mengakibatkan peningkatan dua kali ganda diesel kepada RM5.5 seliter mulai 1 April 2016, should be 2026, maka nilai penjimatan tersebut akan lebih tinggi.
Oleh itu, BESS ini bersama langkah-langkah pengurangan penjanaan berasaskan diesel lain, seperti peningkatan eksport dari Pantai Barat ke Timur melalui grid Sabah, peningkatan input dari Sarawak dan sebagainya, memainkan peranan penting dalam pelan mitigasi menangani krisis global kini.
BESS ini juga dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti keupayaan grid forming dan black start.
Peningkatan ini bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan grid dan memastikan daya tahan sistem, khususnya dalam keadaan grid lemah. Kesimpulannya, projek BESS Lahad Datu telah berfungsi, seperti yang dijangkakan, memberikan kestabilan dan penjimatan kos operasi grid.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya bangkitkan soalan BESS ini kerana kita sedar dan tahu bagaimana perkembangan dia di semenanjung. Harga di Semenanjung almost 300 million plus.
Di Sabah ini, almost 600 million, almost double dari segi keadaan ini. Di samping itu, kalau kita resort to BESS, dia menggunakan bekalan elektrik. Electric definitely using diesel, ataupun alternatively, kita pasang solar bagi bekalan dekat dia. But the thing is going to be additional cost to SESB.
Kos yang ditampung oleh SESB sudahlah IPP, 30 tahun IPP ini. Kita sign kontrak, lepas itu dia punya outfit dia sudah rosak. Ada yang kerat dan trip, pasal apa, tidak berfungsi. IPP di sini, IPP di Tawau, IPP di beberapa tempat. Sabah merupakan di antara dibebankan dengan IPP di negara Malaysia. Paling banyak.
Di Sarawak tidak. Pasal itu dalam beberapa ketika ucapan saya, once and for all sepatutnya kita tidak perlu melangkah mencari jalan seperti mau BESS lagi RM600 milion untuk operating BESS lagi another additional few hundred million, end of the day, ke mana siapa yang menanggung? SESB. Dan bila SESB yang menanggung, dia transfer the cost to the end user. Meningkat lagi, mungkin bukan 15%. Kerana mereka tidak boleh menampung subsidi luar bandar, hutang daripada zaman TNB. So the best thing for us, once and for all, buat dam.
Di Segama itu paling besar dam dia.
I tell you the truth, saya di Bakun tidur dua hari di situ masa Ketua Menteri Sarawak buat kajian, demonstrasi orang-orang Sarawak waktu itu. Sampai United Nations bantah dam.
Hari ini dam di Sarawak dia buat, keluarkan air untuk diminum.
Keluarkan elektrik untuk generate power yang ada, hidrogen yang ada.
Dan Sarawak hari ini menerima revenue daripada dam yang ada, 7 billion a year. 7 billion. Dan saya jangka ini satu bold move sepatutnya kita ambil. Dan saya berharap Kerajaan Negeri akan mempunyai satu langkah untuk pastikan supaya keadaan ini akan ditanggung oleh SESB. Saya bimbang nanti meningkat lagi kos. Once and for all, untuk buat dam saja, it will be less than 5 billion. And that is the future until 50 years, dan kita tidak boleh sambung grid dari KK ke Tawau. Tawau sudah ada IPP di situ.
Jadi, ini yang bebankan pihak rakyat di peringkat negeri Sabah ini.
Terima kasih. Kita ambil maklum saranan daripada Ahli Yang Berhormat Senallang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Likas.
Yang Berhormat Menteri.
Sekejap.
Yang Berhormat Menteri tadi ada sebut BESS ini ada juga tenaga baharu. Boleh baharu yang menyumbang kepada pengecasankan? Jadi, saya hendak tanya YB Menteri dari segi…
Di hidro, berapa yang menyumbang kepada pengecasan base ini? Sebab saya difahamkan, sistem grid yang ada di Sabah ini, yang charge base ini adalah dari Tawau, Kubota Power Station. Dan itu bergantung kepada fossil fuel ataupun diesel. So, i just want to know, berapakah yang disumbang ataupun di apa, dijana dari hidro dan juga tenaga boleh baharu yang lain?
If I remember correctly, just now I mentioned that the charging of the base is done optimally a through apa tu export of a power daripada West Coast ke East Coast during night time. During the daytime, of course we also have the charging from hydro dan tenaga boleh baharu iaitu melalui solar, okay? But this are very technical terms. I myself not very sure about the, apa ini, I’m not an engineer. So, saya ambil maklum tentang persoalan itu and if I, I will ask my engineers ECoS to give you an answer in writing, okay?
Ya because YB Menteri, what I understand is the question to just now is.
I do will give you the answer.
What are the methods being used to charge base? So because my understanding is only by diesel.
Okay, they will give you the answer. Okay, I want to finish this one my penggulungan.
Yang Berhormat Menteri.
Can you give me a …
Boleh kasi naik sikitkah itu mikrofon?
Jawapan secara bertulis?
Mikrofon, kasi up sikit, alright.
Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Likas dan Ahli-ahli Yang Berhormat Elopura, pembekalan elektrik di Sabah tidak boleh disamakan dengan Sarawak. Memandangkan kos penjanaan di Sarawak yang banyak menggunakan hidro yang besar adalah jauh lebih rendah berbanding kos di Sabah, yang kebanyakannya mengguna pakai campuran gas asli yang tidak serendah hidro.
Inisiatif pengurangan impak pengguna elektrik Sabah, melalui program rebate bil elektrik RM40 kepada eKasih dan kepada golongan miskin tegar adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan kepada ketua isi rumah juga. Juga 10% diskaun kepada pengguna kebajikan rumah ibadah dan institusi pendidikan yang tidak berorientasikan keuntungan serta kepada pengguna sektor pertanian, aquaculture dan perikanan bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.
Datuk Speaker, YB Menteri, saya, oleh kerana YB Menteri menjawab tentang soalan saya, sebenarnya kita tidak minta sama rate untuk Wilayah Sarawak, dia minta dia kurangkan 25%, kita tidak minta 25%, kita tahu keadaan negeri kita tetapi kalau hanya golongan tertentu, kita setuju yang tidak mendatangkan keuntungan, institusi yang tidak mendatangkan keuntungan dan juga B40 punya, kita punya rakyat.
Tapi sekurang-kurangnya kalau B40 dan yang lain-lain itu dapat 10% diskaun, barangkali semua golongan sederhana juga dapatlah sekurang-kurangnya. Kalau mereka dapat dinaikkan menjadi 15% potongan, yang sederhana macam kami ini, dapat juga lah 10%. Ah itu bah itu sebenarnya, bukan minta sama dengan Sarawak 25%.
Yang Berhormat Likas, you should wait until I finish, before you make a comment, boleh?
Secara dasarnya, struktur tarif yang diperkenalkan telah turut mengambil kira pelaksanaan subsidi yang lebih besar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada pengguna yang memerlukan, termasuklah golongan pertengahan atau sederhana dengan anggaran penggunaan bil elektrik sekitar 300 hingga 600 kW/jam, yang turut merangkumi sebahagian besar penjawat awam. Sebagai contoh, bagi penggunaan 600 kW/jam atau bil sekitar RM200.00, impak kenaikan tarif adalah sekitar RM27.00, berbanding kos pembekalan sebenar oleh SESB, ialah RM400.00. Di samping itu, subsidi bersasar juga diberikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana, iaitu pengguna kategori CM1 dan ID1 yang mengalami kenaikan tarif yang minima berbanding kos pembekalan sebenar oleh SESB.
Segala kos yang ditanggung untuk menampung perbezaan tarif yang dikenakan kepada pengguna-pengguna ini, berbanding kos sebenar bekalan oleh SESB adalah melalui Subsidi Kerajaan Persekutuan, sejumlah RM849 juta subsidi yang telah diperuntukkan bagi memastikan struktur tarif adalah mampu milik, dan tidak membebankan rakyat.
Justeru, Kerajaan Negeri akan terus komited dalam
memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baik, bagi melindungi rakyat dalam mendepani krisis ekonomi ketika ini.
Berkaitan dengan polisi perbekalan elektrik, saya ingat ini sudah. Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bengkoka. Bagi membekalkan elektrik kampung-kampung yang berada jauh daripada capaian talian grid sedia ada, pelaksanaan infrastruktur utama seperti talian penghantaran dan pencawang masuk utama adalah diperlukan sebagai asas kepada perluasan liputan bekalan elektrik.
Datuk Menteri, Bengkoka. Terima kasih Datuk Menteri. Saya sebenarnya kehabisan masa semasa berucap dan saya ambil peluang ini untuk menambah lagi keperluan di Bengkoka. Ada sembilan buah kampung yang tiang elektriknya sudah dipasang sepuluh tahun lebih tetapi sehingga hari ini, belum mengalir tenaga elektrik di kampung-kampung tersebut. Kalau perlu saya sebut, saya sebut Kampung Mengkubau, Mengkubau Laut, Mengkubau Darat, Maringgan, kedua-dua kampung ini mempunyai sekolah dan klinik kesihatan. Kampung Layak-Layak, Kampung Naruntung, Kampung Suang Duyung, Kampung Dandun, Kampung Mentaya dan ada lagi kampung-kampung yang berdekatan dengan kampung-kampung yang disebut tadi. Jadi saya mohon agar kampung-kampung ini juga diberi perhatian. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bengkoka. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan Projek Pembinaan Talian Penghantaran 132 kV serta PMU Bengkoka-Pitas di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar dalam Rancangan Ke-12, Rolling Plan pertama yang melibatkan 12 buah kampung dan 440 buah rumah. Projek ini kini berada pada peringkat pra-pelaksanaan, di mana kerja-kerja kajian tapak, survey, reka bentuk kejuruteraan serta pelaksanaan makmal penilaian nilai telah diselesai dilaksanakan bagi memastikan skop projek adalah optimum dari segi teknikal dan kos.
Projek, pelaksanaan projek ini dijangka akan menjadikan pemangkin utama dalam meningkatkan liputan bekalan elektrik di kawasan Bengkoka, termasuk membantu mengurangkan kadar kampung yang masih belum menerima bekalan elektrik sepenuhnya. So, saya ingat inilah antara satu penyelesaian, iaitu apa itu pembinaan PMU okey.
Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Datuk Menteri, Datuk Menteri, Datuk Menteri.
Saya ada letak di pengucap dalam bahasa ya berkenaan dengan Renewable Energy Enactment, iaitu RE Enactment kita sekarang yang pakai ini tidak selaras dengan situasi sekarang. Contoh, SEDCO sudah implement tapi belum masuk lagi dalam enactment dan juga memperkenalkan itu mekanisme net energy metering dan program-program lainlah.
Macam semenanjung, sudah start ATAP Programme, so this kind of programme belum lagi masuk itu cadanganlah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Speaker. Saya ingin membuat ruling kerana jam sudah menunjukkan 9.30 malam ya, jadi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk membuat jawapan bertulis saja. There’s no more debate after this. Teruskan.
Terima kasih, thank you Datuk Speaker. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Dasar Kerajaan yang melibatkan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti. Segala cadangan,
pandangan dan teguran oleh Ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, tidak semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan di Dewan yang mulia ini dapat dijawab pada persidangan kali ini. Oleh itu, Kementerian saya mengambil perhatian dan akan menjawab beberapa isu yang dibangkitkan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026 pada semua. Kotobian Om Kounsikahan Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Dengan izin Tuan Speaker, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2026, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh lapisan masyarakat hadir bersama-sama meraikan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Papar pada 1 Mei 2026 serta Kemuncak Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 pada 30 dan 31 Mei 2026 di Hongkod Koisaan KDCA. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang telah berdiri berjam-jam untuk menjawab segala soalan dan pertanyaan daripada Yang Berhormat. Tahniah saya ucapkan dan seterusnya saya ingin menjemput Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Lamakah?
Kita. Inda apa.
Kita teruskan dulu. Teruskan, teruskan.
Terima kasih Datuk Speaker. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani
dan salam Sabah Maju Jaya. Ini sudah agak lewat sudah. Saya telah diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah untuk menyampaikan ucapan penggulungan Perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan tahun 2026 bagi Jabatan Ketua Menteri. Kita bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman Yang di-Pertua Negeri Sabah bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 telah dibentangkan dan dibahaskan dengan bernas di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengutarakan isu-isu serta cadangan-cadangan untuk perhatian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan I think today’s session will rank among yang paling lamalah, agak lewat sudah. Jadi sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, ingin saya memaklumkan lebih awallah ya kepada Ahli-ahli yang berhormat, mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis seperti yang disarankan oleh Speaker.
Sehubungan dengan itu, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap beberapa isu yang telah dibangkitkan berkaitan Jabatan Ketua Menteri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan. Pertama, isu persempadanan. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Senallang telah meminta penjelasan berhubung status sempadan tanah Sabah Indonesia di Sebatik Kalabakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, menurut Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan, sebarang perubahan sempadan negeri tidak boleh dilakukan kecuali dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Kenyataan yang berhormat dari Senallang adalah benar. Bagi sempadan negeri yang telah dimuktamadkan dan merupakan salah satu Outstanding Boundary Problem (OBP), sempadan darat Pulau Sebatik hanya dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) No. 23 pada 18 Februari 2025 di antara Malaysia dan Indonesia.
Pada masa yang sama, berhubung status 100 hektar tanah di Pulau Sebatik yang dikatakan diserah kepada Indonesia, ia bukanlah satu bentuk penyerahan kedaulatan atau surrender of sovereignty. Sebaliknya, ia adalah pematuhan terhadap Boundary Convention 1891. Penentuan sempadan darat di Pulau Sebatik adalah berasaskan kepada seperti yang saya katakan tadi, Boundary Convention 1891 yang telah ditandatangani antara Kerajaan British dengan Kerajaan Belanda pada 20 Jun 1821.
Berdasarkan Artikel 4 konvensyen tersebut, jajaran sempadan darat di Pulau Sebatik ditetapkan di sepanjang garisan Latitud 4° 10’ ya Utara. Sempadan dari Pulau Sebatik ini adalah merupakan outstanding boundary problem di mana sempadan ini belum dimuktamadkan ketika itu. I think kalau boleh let me just finish. Hasil semakan teknikal secara bersama Malaysia-Indonesia pada tahun 1983 telah mendapati terdapat perbezaan antara jajaran sempadan yang direkodkan di lapangan berbanding dengan Boundary Convention 1891 di mana jajaran sempadan di lapangan tidak berada pada garisan Latitud 4° 10’ Utara.
Kerja-kerja siasatan, penandaan dan pengukuran semula, iaitu pada garis Latitud 4° 10’ Utara telah dilaksanakan oleh pasukan ukur kedua-dua negara dari bulan Februari hingga November 2019 menggunakan peralatan ukur moden serta teknologi terkini bagi memastikan jajaran sempadan ditentukan dengan lebih tepat. Penyelesaian penjajaran semula persempadanan di Pulau Sebatik ini telah dibuat secara berpakej dengan penyelesaian penjajaran semula persempadanan di Sungai Sinapad dan Sungai Sesai di mana Malaysia telah memperolehi pertambahan wilayah seluas 780 hektar yang sebelum ini berada dalam Wilayah Indonesia kini dalam Wilayah Malaysia. Maka sempadan dari Pulau Sebatik dan sempadan darat di Kampung Sinapad dan Kampung Sesai telah dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) No. 23 pada 18 Februari 2025 antara Malaysia dan Indonesia. Sehubungan dengan itu, sukacita saya maklumkan bahawa bagi memastikan kepentingan negeri sentiasa terpelihara dan diutamakan, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dilibatkan secara konsisten dalam setiap peringkat rundingan teknikal dan diplomatik melalui penyertaan…
Wakil-wakil daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Keseluruhan proses rundingan, penandaan dan pengukuran ini dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama antara kedua-dua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa serta tidak melibatkan prinsip pampasan, timbal balik atau pertimbangan untung rugi. Malaysia bertindak menghormati instrumen perundangan antarabangsa demi menegakkan hak negeri Sabah dan memastikan kawalan keselamatan sempadan yang jauh lebih efektif dan diiktiraf kedua-dua negara. Yang Berhormat dari Senallang, turut menuntut ketelusan sama ada rundingan antara Malaysia dan Indonesia sudah muktamad atau masih berjalan.
Sukacita saya maklumkan bahawa Sempadan Darat Malaysia-Indonesia belum siap sepenuhnya, iaitu di kawasan intertidal area di sebelah timur Pulau Sebatik dengan jarak 870 meter ke arah laut dan juga 4 kawasan OBP, Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak-Kalimantan Barat. Oleh itu, rundingan antara Malaysia dan Indonesia masih berjalan bagi merundingkan kawasan-kawasan yang dinyatakan.
Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri. Dalam perbahasan yang saya bangkitkan memang betul macam saya sebutkan dalam Perlembagaan yang ada bukan hanya di sini, bahkan juga di Parlimen. The Prime Minister doesn’t have any right at all, so is the Chief Minister. It is only the State Assembly yang ada. Bila kita sebut very clear. Parliament may by laws admit others state to the federation alter the boundaries at any state but law altering the boundaries shall not be passed without the consent of the State Legislative Assembly and also the Rulers’ Conference yang ada. Itu bab, rundingan dia. Satu bab, disebutkan di situ di Parlimen. Saya dengar ini perjanjian Dutch. Yang Berhormat sedar tak, dalam pembentukan Malaysia, berlaku konfrontasi di antara Indonesia dengan Malaysia pada tahun 1960-an.
Selepas itu, sebelum itu, tuntutan daripada pihak Philipines and come rundingan Almarhum Tunku, bersekali waktu itu pimpinan-pimpinan lain, berunding sehingga persetujuan, permuafakatan.
Mereka sudah meletakkan sempadan-sempadan sebahagian Sebatik milik Malaysia, sebahagian Sebatik milik Indonesia. There’s already a guideline there yang telah pun dipersetujui oleh negara-negara Philipines, Indonesia. Dan itu telah pun membolehkan kita membentuk negara Malaysia seumpama ini sehingga konfrontasi. Waktu itu walaupun kita sudah merdeka, tentera kita ada dari Semenanjung. Saya masih ingat seorang jeneral yang bicara dengan saya masa saya Timbalan Menteri Pertahanan, bagaimana mereka terkorban. Semata-mata tenaga, untung boleh kamu pertahankan sempadan ini. Dan Yang Berhormat Sook, selaku Menteri di Peringkat Pusat, nyatakan bahawa 100 ekar ini diserahkan. Satu inci dalam Perlembagaan ini cannot be altered at all. No way under memorandum you can give the land to any other parties without the consent of this State Assembly, without the consent of rulers conference yang ada. Tidak ada kuasa Kerajaan Malaysia, berunding, Probowo atau Presiden Indonesia dengan Perdana Menteri Malaysia. Kalau tidak kita bincang. Saya nyatakan dengan Yang Amat Berhormat di Parlimen. Saya membangkang saya di Sabah ini. Selama ini saya tidak pernah dengar satu inci dirunding ataupun berapa ekar untuk diserahkan kepada negara jiran kita. Jadi kebimbangan saya. Datuk Speaker pun dia minta kita supaya akur kepada Rukun Negara. Kedaulatan undang-undang. If we don’t respect the constitution of the country, where can we go? And this is the supreme. The supreme in this country is not the king. The supreme is the constitution. Kerana ini merujuk semua kepada Perlembagaan setiap langkah yang kita lakukan. Saya bimbang sangat keadaan ini. Itu yang saya nyatakan dengan Yang Amat Berhormat. Runding-runding.
Memorandum can be signed. Sama ada hantar kepada pihak Kerajaan Indonesia. Ini sempadan, ini kawasan, ini kawasan. Saya bimbang sangat dari segi perjalanan rundingan ini. Kerana negara jiran kita keluar dalam YouTube walaupun saya tidak yakin itu sebahagian daripada apa yang kita nyatakan. Dah pun ada. Di Dewan Undangan Negeri mereka. Bincangkan ini sudah. Sedarkah Yang Berhormat Pembantu Menteri dari Sipadan sampai Sebatik ini. You know why Indonesia, why
Philippines is claiming it? Masa saya jadi Setiausaha Politik di Kementerian Tanah, tahun 90, waktu itu dituntut Sipadan, Ligitan oleh pihak Indonesia. Kita bawa ke Bangsa-Bangsa Bersatu, ICJ, International Court of Justice. Waktu itu, Menteri Tanah, ayahanda saya, bawa, lepas itu ICJ dah putuskan bahawa Sipadan, Ligitan milik Malaysia sebahagiannya adalah ditaklukkan Kerajaan Malaysia yang ada ini. ICJ dah putuskan itu. Dan saya bimbang runding-runding, Sebatik ini sebahagiannya sudah pun milik Malaysia. Bukan lagi milik Indonesia. Rundingan yang ada, we have to have firmness. Itu yang saya minta kepada Dewan yang mulia, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sayang orang Sabah ini. Bukan saya tidak sayang. I live to fight for you all.
Walaupun saya ditawarkan Timbalan Perdana Menteri di pusat, saya masih hidup orang yang menawarkan saya. Saya tolak. But i want to serve fellow Sabahan, i want to serve the state of Sabah. Sebab saya tahu keadaan ini membimbangkan saya. Walaupun masih dalam usia muda, tapi sudah jadi nenek. Bimbang saya, Datuk Speaker. Keadaan seperti ini, kena Yang Berhormat mungkin tidak tahu. You know the oil reserve and gas from Sipadan, Ligitan, sampai ke Sebatik. It is even bigger than negara-negara jiran kita.
Pasal itu saya tahu, saya faham itu. Pasal itu saya bangkitkan perkara ini penting, pendirian kita antara Dewan ini ada ketegasan dia. Saya tidak mahu berulang. Dahulu di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat, sebut nama tapi Datuk Speaker tidak bolehlah. Mantan sebelum Tun jadi Perdana Menteri, sebelum Najib jadi Perdana Menteri.
Boleh sebutkah nama dia? Perdana Menteri itu. Abdullah Badawi. Minyak yang bersama dengan Brunei. Given. Dari segi itu, bagaimana kekayaan kita yang kita tidak ada rundingan, tidak ada bincang di peringkat Dewan Undangan Negeri ini. Untuk generasi akan datang. Yang Berhormat, saya berharap perkara ini maklumkan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Sebenarnya saya berharap dia datang. Saya tunggu daripada pagi. Saya tidak balik. Kerana tujuan saya, kerana perkara ini cukup besar, cukup penting kepada generasi anak-anak kita. Kerana dia yang akan berunding dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini yang saya tahu.
Pendirian mesti tegas. Come what may. Kita akan hilang di dunia ini. But let the generations to come. Not an inch of the state of Sabah can be given to anyone. Untuk memastikan supaya bukan setakat undang-undang kedaulatan, tapi masa depan anak-anak kita. Terima kasih banyak.
Terima kasih Senallang.
Sudah tentulah kita ambil maklum kebimbangan itu tetapi suka saya nyatakan di sini, rest assured Senallang dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kita, ini assurance daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kita tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan what is rightly ours. Protecting our kedaulatan, sovereignty, we are all together in this. Seperti yang nyatakan oleh Senallang, we are all Sabahan. Jadi apa yang harus menjadi milik kita, kita akan sama-sama pertahankan. Jadi ini sentiasa menjadi keutamaan kita untuk dipertahankan. This is the assurance from Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Apa yang penting, kita akan ambil kira. I think i’m sure the Chief Minister is also following what is being raised here, Datuk, i mean Ahli Senallang. That’s all i can answer. Jaminan itu yang penting. I think you want jaminan. Dalam perbincangan itu, i’m sure our Chief Minister akan tegas. I hope that is official.
I understand.
Terima kasih banyak jawapannya itu. Ketegasan saya harap bukan hanya di bibir.
Ya…
People cannot be judged by the words and the promises done, but it must be acted. The deed is very important. Pasal saya bimbang, contoh macam berapa peratus ini.
Perlembagaan nyatakan. Saya tahu, tapi perkara ini sampai mahkamah pun dah putuskan. Mahkamah is the supreme, and yet …
Harus apa saja perbincangan itu berlandaskan kepada Perlembagaanlah.
… appeal is there, appeal is there, sampai bila ini? Bimbang saya, Yang Berhormat Datuk Speaker. I hope so, there must be some firmness dari segi keadaan pendirian kita selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan yang mulia ini. Bukan setakat, kena ada ketegasan kita. Saya bimbang. You promised that tegas di sana sedang contoh macam 40%. It’s not there you know. Until now. You know, for how long? The appeal will be another case yang kita katakan prolong, prolonged. Saya bimbang itu. Rakan saya, Menteri Kewangan sebut tadi, bila kira-kira is about three billion, you know. But the collection of taxes, I tell you.
Pengalaman saya di peringkat negeri Sabah ini dah lebih daripada beberapa bilion, you know. And out of that, 40% yang ada ni, pasal saya tanya dengan mantan-mantan pegawai cukai yang ada. Anak-anak Sabah yang bertugas sebagai director of land and income tax. How much is exactly, they have been collected, you all send to KL. Tapi tidak termasuk Petronas, tidak termasuk FELDA, tidak termasuk IOI, tidak termasuk. Kita kalau kira semuanya yang Kerajaan Negeri punya, our GLC as well, terima kasih banyak. So saya harap bila disebutkan di sini, ketegasan, I take no debate. Tapi saya harap ini satu perkara yang akan saya kejar. To me, when come to the struggle, I don’t care whether you are the Prime Minister, dahulu kawan saya pun, Prime Minister, even my own brother pun. You know, I love my brother. But when come to the interest of the Sabah people, I challenge him. Kalah dia, kalau di Lahad Datu itu. Ketua UMNO Bahagian itu.
We all Sabahan, Datuk.
My interest is different. There is a red line. I hope that there is a red line on how unity, dari segi suara kita macam Sarawak. Bukan saya mahu samakan dengan Sarawak. Actually, we can do that. Tapi, kena ada line yang kita katakan, no. No more. Tapi saya tidak mahu bagi cadanganlah, nantilah. There is a way to overcome this problem, ya. Terima kasih banyak.
Yang penting, you are right Senallang, the assurance given is recorded di dalam DUN ini. So I think that is appreciated. Kita bersama-sama dalam soal mempertahankan what is rightly ours whether pembangkang atau di sebelah Kerajaan. Terima kasih.
So I move on dengan mengatakan isu tanah. Tuan Speaker, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu tanah di kawasan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat dari Paginatan serta Dewan yang mulia ini, pengambilan tanah dibawa Seksyen 3, Ordinan Pengambilan Tanah bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Highway Pakej 34, iaitu menaik taraf Jalan Kampung Nabutan dan Kampung Taupos, daerah Ranau telah diwartakan dibawah Warta 304/2024 bertarik 7 November 2024 dan diulangi pada 14 November 2024, sebanyak 49 hak milik terlibat dalam pengambilan tanah di bawah pakej ini, di mana melibatkan 15 struktur atau bangunan dalam hak milik tersebut.
Sebanyak 49 surat tawaran pampasan tanah dan 15 tawaran pampasan bangunan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah yang berkenaan.
Bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Highway, Pakej 35 menaik taraf Jalan Kampung Nabutan dari Ranau pula, pengambilan tanah di bawah Seksyen 3, Ordinan Pengambilan Tanah telah diwartakan di bawah Warta 231/2024 bertarikh 12 September 2024 dan diulangi pada 19 September 2024. Sebanyak 146 hak milik terlibat di bawah pakej ini, manakala sebanyak 131 surat tawaran pampasan tanah telah pun dikeluarkan kepada pemilik tanah yang berkenaan.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Silam, pengambilan tanah dibawa Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Highway Pakej 20 menaik taraf jalan dari Agri Harvest ke Sapagaya daerah Lahad Datu, telah diwartakan di bawah Warta 300/2024 bertarikh 7 November 2024 dan diulangi pada 14 November 2024.
Sebanyak 111 hak milik terlibat dalam pengambilan tanah di bawah pakej ini di mana melibatkan 255 struktur atau bangunan dan satu native customary right. Manakala sebanyak 73 surat tawaran pampasan tanah dan empat surat tawaran pampasan bangunan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah.
Menurut rekod Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Ukur, memang terdapat struktur-struktur dan bangunan-bangunan dalam simpanan jalan atau road reserve di bawah Pakej 20 DUN Silam. Pakej 34 dan Pakej 35 DUN Paginatan Projek Lebuhraya Pan Borneo. Berdasarkan polisi semasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya, tiada bayaran saguhati atau ex-gracia untuk struktur dan bangunan yang dibina atas simpanan jalan dibuat projek lebuhraya Pan Borneo ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan peka kepada masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk yang mempunyai struktur dan bangunan di atas simpanan jalan yang telah pun menerima notis-notis perobohan tanpa tawaran bayaran ganti rugi. Jadi oleh itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memberi bayaran saguhati, ex-gracia, tidak melebihi RM20,000 bagi setiap struktur atau bangunan kepada mereka yang mempunyai struktur dan bangunan di atas simpanan jalan atau road reserve yang terlibat dalam Pakej 20, Pakej 34 dan Pakej 35 Projek Lebuhraya Pan Borneo. Bayaran saguhati atau ex-gracia ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Dr.
Terima kasih.
Pada masa yang sama adalah diharapkan tiga Pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo tersebut akan dilaksanakan mengikut jadual masa ditetapkan. Sebarang kelewatan jadual pelaksanaan tiga pakej ini akan membawa implikasi negatif kepada
kos pelaksanaan yang membebankan Kerajaan dan juga menjadi kerugian kepada rakyat Sabah.
Saya beralih pula kepada isu perkhidmatan awam. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sekong dalam membangkitkan isu berkaitan jumlah kakitangan yang ideal di agensi Kerajaan.
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai keperluan tambahan kakitangan di semua agensi Kerajaan Negeri. Ketidakseimbangan jumlah kakitangan dengan beban tugas di sesebuah agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan lazimnya berpunca daripada peningkatan skop fungsi, pertambahan kes perkhidmatan serta perubahan Dasar Kerajaan.
Oleh itu, bagi memastikan setiap jabatan dan agensi mencapai jumlah kakitangan yang ideal, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah dan sedang melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut.
1.
Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi atau AKPO. 2.
Pembangunan model perjawatan berasaskan wajaran.
3.
Pengukuhan perjawatan melalui pewujudan jawatan tetap dan berpencen. 4.
Pengoptimuman sumber manusia sedia ada.
5.
Pemantauan pengisian jawatan secara berterusan dan pendigitalan dan penambahbaikan proses kerja.
Ahli Yang Berhormat dari Likas telah membangkitkan isu berkaitan penawaran biasiswa Kerajaan Negeri Sabah difokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan industri tempatan.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah … .
JPAN telah mengadakan libat urus dengan semua Kementerian dan pelbagai agensi dan antara lain meminta semua agensi berkaitan menyalurkan info keperluan tenaga kerja dari masa ke semasa untuk diseleraskan dengan pemberian biasiswa. Penawaran biasiswa Kerajaan Negeri Sabah adalah selari dengan keperluan tenaga kerja di Sabah.
Sepanjang tiga tahun lepas juga tertumpu kepada bidang teknikal, perubatan, kejuruteraan dan pendidikan. Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah daripada RM55 juta kepada RM145 juta pada tahun lalu.
Melalui peruntukan ini, Kerajaan Negeri telah dapat menaja sekitar 4,000 hingga 5,000 orang pelajar baharu setiap tahun sejak 2023. Sekitar 70% daripada penerima biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini mengikuti pengajian dalam bidang STEM, iaitu Science, Technology, Engineering, and Mathematics. Jumlah pelajar yang telah menerima biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dari tahun 2022 hingga 2025 adalah seramai 17,188 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,804 orang adalah pelajar berbangsa Cina. Ya, jadi itu saja yang saya sempat dan bagi penutup.
Datuk.
Yes.
Soalan saya ialah, kebelakangan ini kita punya penerima-penerima pelajar-pelajar kita masih ramai yang belum terima biasiswa yang…
Yang Berhormat Likas. Naikkan sikit mikrofon itu.
Saya menerima aduan daripada pelajar-pelajar yang telah pun ditawarkan biasiswa setakat ini masih, sampai kelmarin masih ada, jadi mereka maklumkan mereka masih belum terima biasiswa yang sepatutnya masuk ke akaun mereka. Ini menjadi beban kepada mereka, khususnya pelajar-pelajar yang datangnya daripada golongan berpendapatan rendah ini. Susah mereka nak cari makan. Jadi, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyalurkan segera kepada mereka ini?
Terima kasih, YB Yang berhormat dari Likas. Kita ambil maklum dan kita akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan supaya ini boleh dipercepatkan ya. Tuan Speaker.
Okey, laluan. Okey. Saya…
Paginatan dulu.
Ya, saya bagi pihak rakyat Paginatan yang terkesan dengan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo, ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah bermurah hati untuk memberikan bayaran exgratia kepada mereka-mereka yang terlibat, yang sepatutnya tidak layak seperti di dalam undang-undang di mana mereka ini membina rumah di road reserve, tapi bolehlah saya tidur nyenyak sedikit selepas Kerajaan memberikan kelulusan untuk memberi exgratia yang tidak melebihi 20,000 kepada para penduduk yang terlibat. Terima kasih.
Kembali.
Ada lagi?
Tak. Yang Berhormat, sebenarnya saya tanya Datuk Speaker tentang masalah tanah, yang
saya ada tanya di perbahasan saya sama ada benar atau tidak, hampir 2,000 hektar tanah di kawasan Kalabakan saya ingat ya. Kerana masyarakat ini, maklumkan dengan saya, Datuk Seri banyak keluar lori-lori daripada kawasan ini. Sama ada benar ataupun tidak, 2,000.
Ini, ini dibangkitkan dalam…
Perbahasan saya.
Perbahasan…
Ada, ada dalam perbahasan saya, saya boleh baca. Dan perbahasan saya, saya tanya itu dari segi persoalan yang saya bangkitkan. Saya dipahamkan adakah konsesi-konsesi yang ada dan saya ingin bertanya sama ada betul ataupun tidak, 2,000 hektar tanah yang ada telah pun diberikan dan minta penjelasan kepada syarikat tertentu di kawasan ini dan sama ada, kalau sekiranya tidak ada jawapan, saya ingin, kalaupun tidak ada, mungkin Yang Berhormat Menteri secara bertulis. Saya juga tanya ya. Satu, ada jawapan dia tentang tanah ini?
I don’t have here .
Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:You don’t have it, okey. So, I just request it possible return us answer , whether it’s true or not to pasal on the ground is different. You know, pasal I don't want end of the day when I found out the truth is there, because I'll go to the ground to that area anyway.
Okey, we we take note, Senallang.
Ya, and the other one, saya juga bertanya, saya minta maaf Datuk Speaker, pasal mungkin kalau saya silap, saya mohon maaf dari segi apa yang saya tanya, penjawat yang tadi itu pasal penjawat awam, bukan penjawat awam, pekerja-pekerja. Pegawai khas, mungkin bukan Jabatan Ketua Menteri yang bayar, tapi Pegawai Khas mungkin berada di GLC-GLC yang ada ya. Mengapa harus ada Pegawai Khas di GLC-GLC dilantik yang begitu ramai? Mungkin kalau tidak, saya minta maaf kalau sekiranya bukan jumlah yang disebutkan. Saya boleh tarik, jangan bimbang sangat. Kita bikin compromise on numbers. Cuma benarkah bahawa ada Pegawai-pegawai Khas yang dilantik di sebahagian besar GLC-GLC yang ada dan kalau benar, mengapa harus kita melantik, rational dia? Pegawai-pegawai Khas ini di GLC, sedangkan kita ada CEO. Sedang kita ada chairman GLC ini, sedangkan kita ada Lembaga Pengarah, takkan kita tak percaya dengan CEO yang di bawah lantikan Kerajaan Negeri yang ada dan ini yang operating expenditure is going to be very high. Dari segi kita nakkan supaya keadaan ekonomi yang tidak sihat, don't waste the money by appointing all these pegawai-pegawai khas just to consolidate political desire kita. Tidak, there must be a clear cut. Dari segi pengurusan pentadbiran kewangan yang amat terbatas.
kadang-kadang yang tukang angkat beg pun dia mengaku dia Pegawai Khas.
Ah ?
Yang tukang angkat beg pun dia mengaku dia Pegawai Khas juga tu.
(suara ketawa) tidak tahulah Datuk Speaker mungkin juga tapi itu yang membimbangkan saya tapi memang ada Pegawai Khas dilantik tapi masa saya pun jadi Ketua Menteri saya punya Pegawai Khas saya lantik tujuh orang, enam orangkan, tujuh orang kalau tidak silap saya yang membantu lima orang jadi Keningau satu di Sandakan satu, di Tawau satu dan di Kudat saya ingat, pasal untuk membolehkan tapi mereka
bukan bawa GLC, lantikan Jabatan Ketua Menteri punya gaji. About 6 or 7 kalau tidak silap saya. Dan saya juga saya bangkitkan tentang apa nama tadi adalah tanah, saya bangkitkan tentang tanah ini ya. Tapi tidaklah spesifik bagaimana kuasa Kerajaan Negeri yang ada dan ada notis diberikan yang baru-baru ini saya terima maklumat Datuk Speaker, di Sungai Likas akan dirobohkan dan dah pun ada notis dia yang diberikan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur untuk merobohkan dan ini penduduk-penduduk yang bukan hanya dari Likas semata-mata. Saya ingat kalau rakan saya Yang Berhormat dari Keranaan, Menteri Kewangan, saya pun ada nyatakan dengan beliau yang duduk di Likas ni orang Ranau pun ada ni. Tapi mereka duduk di kawasan-kawasan Likas ni mungkin tidak ada geran tanah, tidak ada ni. Bolehkah Yang Berhormat minta kerjasama sedikit ya? Kalau pun nak dipindahkan, boleh. Bukan tidak boleh dipindahkan tapi diorang ada anak-beranak di situ but notis kalau pun diberikan but carilah tempat. Where can you put them to place them? Pasal kebimbangan saya, anak-anak mereka sekolah di kawasan-kawasan yang berhampiran ni. Kalau dipindah dirobohkan rumah mereka, lari ke mana orang Sabah ni. Bimbang saya ya. Saya harap ada tindakan diambil oleh pihak Jabatan Ketua Menteri, khususnya Jabatan Tanah dan Ukur.
Okey, on the issue of Pegawai-pegawai Khas itu, there’re probably specific task given to them dan jumlah itu we, I'm not free with the numbers itu, tapi saya rasa bukanlah satu angka yang begitu besar. Tapi saya percaya ada keperluan mungkin pelantikan-pelantikan itu untuk menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab yang dipikirkan sesuai. On that Likas itu, we will take note of that Senallang, and of course sebagai Kerajaan yang prihatin...
Sudah tentulah kita akan teliti, ya, kepada mereka yang betul-betul kebajikan mereka harus dijaga this has to be look into, ya.
Dah, memang ada pegawai khas.
Ada pegawai khas, yes.
Can you do me a favour put in written how many of them are appointed in GLC, GLC, for the info, that I need to know. I need to know. Pasal ini kadang-kadang pengurusan kewangan.
Yeah, yeah. I’m sure they have specific task, but i think that.
Okay, if you can give me the numbers, where are they.
Alright, okay.
Where are they attached to, whether it is attached to in due of the need of the expertise. Mungkin ada pengalaman dia, background dia. Tadi pun saya lupa tadi tentang biasiswa itu. Pasal tadi disebut BAIK, biasiswa itu diberikan meningkat. Terima kasih banyak. Cuma saya minta sama ada rancangan pihak Kerajaan. Biasiswa yang kita bantu dengan anak-anak Sabah ini, adakah guideline daripada Kerajaan, guide them. Bukan kita tidak mahu mereka jadi ustaz. Bukan kita tidak mahu mereka jadi guru.
Yes, yes.
Tapi kadang-kadang, kita kekurangan engineer. Guide them. Biasiswa can be given unless you go for this jurusan. Encourage the young people. We don’t want them to become just
teachers. Berapa buah sekolah yang kita boleh urus. Lantikan pun daripada Kuala Lumpur. Ada yang kontrak. Anak-anak kita (kurang jelas).
Kalau dia tidak minat, dia minat apa yang dia mahu, susah juga Yang Berhormat.
Apa dia?
Kalau dia tidak minat apa yang kita sarankan kepada dia, dia mahu juga apa yang dia mahu ambil, susah juga.
Tapi Datuk Speaker, saya yakin dia minat untuk dapat biasiswa daripada jurusan. Kalau dia dapat, saya ingat galakkan mereka. Pengalaman saya sendiri Datuk Speaker, bila anak-anak minta bantuan dengan saya. Saya bilang, jurusan apa? Masih lagi peringkat, tak ada pilihan dia. Saya bilang, okay, i taja you. I spend about dengan izin, i spend about RM200,000, RM300,000 every year. Just to sponsor anak-anak kita, ya. Termasuk adalah di Sarawak, tapi masuk universiti di Sarawak di apa ini, universiti di situ itu.
Untuk itu, supaya encourage them, where do we go? I think the government, jangan tanya biasiswa. When i was Menteri Kewangan saya tingkatkan sampai RM57 juta ingat, biasiswa RM10 juta saya naikkan. But i guide them and make sure that supaya anak-anak ini ambil jurusan yang tertentu. Kalau tidak, kita tidak boleh guide anak-anak kita, susah itu.
Okey, terima kasih atas pandangan dan input dari Senallang. Jadi, sebagai penutup.
Boleh mencelah sekejap. Sekejap, Datuk Speaker. Satu saja saya punya.
Ada jawapan secara bertulis, ya, ya. Okey, Tanjung Aru.
Sorry, satu saja. Datuk Speaker, saya faham itu ada empat mesyuaratkan. So, cuma minta bekalkan minit mesyuaratlah kalau boleh, thank you.
Minit mesyuarat apa itu?
Mesyuarat apa itu?
Yang, yang, apa ini, the meeting between the State and Federal about the (kurang jelas).
Kalau dia classified? If it is classified meeting, how?
Wait, wait, well, i don’t know whether it is classified or whatever. Kalau boleh, pleaselah.
Don’t assumelah. When you ask (kurang jelas) classified.
Ya. Betul.
That’s why i’m asking. Kalau boleh, please provide. Thank you.
Okey, okey. Jadi, sebagai penutup. Dato’ Dr.
Datuk.
Ya.
Dato’ Dr.
Ada satu saja mahu tanya.
Saya dah sebut pasal PTPTN. Apa status terkini yang telah di… juga dicadangkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri untuk memberikan subsidi kepada pelajar-pelajar yang berhutang pada PTPTN dan satu juga saya telah sebut lagi, persoalan selain dari status PTPTN yang kita janjikan itu.
Apakah cadangan saya tadi, yang masa saya membahas berhubung dengan kaedah untuk membolehkan anak-anak kita ini mengetahui apa bentuk biasiswa yang ada ditawarkan melalui Kerajaan Sabah ini dengan diletakkan pada satu, apa nama, unit khas yang kita akan panggil One Stop Center. Supaya tadi seperti masalah anak-anak dapatkan biasiswa ini, masalahnya kadang mereka sendiri tidak tahu bila Kerajaan Negeri cakap sudah habis kuotanya, dia tak tahu mahu pergi mana dia. Akhirnya, dia meminjam PTPTN. Itu juga antara masalah masa saya Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, saya hadapi sebab saya bertanggungjawab soal PTPTN waktu itu. Maka itu, saya rasa ada elok kalau cadangan One Stop Center itu diadakan sebagai satu unit khas di bahagian Biasiswa Negeri Sabah supaya anak-anak tahu memilih mana satu, kalau ada lagi peluang dan kalau ada juga apa nama respons terhadap apa yang saya tanya berhubung dengan status apakah langkah Kerajaan Negeri yang seperti Yang Amat Berhormat Ketua Menteri katakan iaitu pinjaman hutang PTPTN itu akan dibantu secara subsidi. Terima kasih.
Okey, terima kasih sahabat saya dari Silam. Sudah tentulah setiap cadangan yang baik akan diambil kira dan diteliti, ya. Dan on soalan kedua itu, i don’t have the exact apa itu, jawapan yang saya rasa boleh saya beri kepada Silam pada. (kurang jelas) We’ll give you a written answer.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada beberapa lagi isu yang tidak dapat di…
Ya, semua akan dijawab.
Tidak dapat dijawab secara lisan sekarang. Jadi, saya minta kalau boleh diberikan jawapan yang bertulis. Kalau tidak besok, secepat yang mungkinlah, ya.
Okey, saranan diambil maklum, Datuk Speaker. Jadi sebagai penutup Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini. Sekali lagi, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang matang, bernas dan bermanfaat sepanjang sesi ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan kita tidak lupa juga ibu-ibu, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Raya Aidiladha, belum lambat lagi saya rasa dan Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini ialah usul yang telah dicadangkan pada 27 April 2026, iaitu bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 23 April 2026 itu hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Dengan itu, Dewan ini ditangguhkan pada hari esok, Khamis, 30 hari bulan Mei, pukul 10 pagi. Sekian, terima kasih.
[GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI]
Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 10.20 malam. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 30 April 2026”.
SDN29042026/bnm