Sabah · 28 April 2026
17th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 526 turns · 55,729 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Selamat pagi, salam sejahtera.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Tuan Azhar bin Datuk Haji Matusin dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah, ayahanda yang dikasihi, almarhum Datuk Haji Matusin Haji Awang Damit pada 27 April 2026 bersamaan 10 Zulkaedah 1447 Hijrah. Saya juga telah menerima surat permohonan tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Yang Berhormat daripada kawasan N.17 Darau dan meluluskan permohonan cuti tersebut.
Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Universiti Teknologi Mara (UITM) seramai 26 orang, 24 pelajar diiringi oleh dua orang ketua pengiring. Selamat belajar. Setiausaha.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Untuk permulaan, saya menjemput Yang Berhormat Sook.
Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Datuk Timbalan Speaker, soalan saya nombor satu.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pelaksanaan Dan Hala Tuju Majlis Tindakan Iklim Sabah (Scac)Questions
*1.
YB. Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah status terkini pelaksanaan Majlis Tindakan Iklim Sabah (SCAC) sejak penubuhannya pada tahun 2024, termasuk struktur, peranan
serta pelan tindakan yang telah dirangka bagi menangani isu perubahan iklim di Sabah.
Silakan Menteri.
Tuan Speaker, untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Sook serta Dewan yang mulia ini, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Sabah atau Sabah Climate Change Action Council (SCAC) telah ditubuhkan secara rasmi melalui kelulusan Jemaah Menteri Negeri Sabah pada tahun 2022. Sejak penubuhannya, SCAC telah pun bersidang sebanyak enam kali dan mesyuarat pertama diadakan pada 26 April 2022. Majlis ini telah melaksanakan dua kajian rintis bagi pihak Kerajaan Negeri, iaitu penilaian kerentanan terhadap risiko akibat perubahan iklim dan laporan inventori gas rumah hijau Sabah 2024.
Laporan subnasional yang pertama dibuat di Malaysia. Usaha ini telah memberikan Kerajaan Negeri buat julung kalinya satu pemahaman yang komprehensif mengenai tahap pelepasan merentasi pelbagai sektor ekonomi.
Lebih penting lagi mengesahkan status net sink bagi Negeri Sabah yang merupakan satu sumbangan yang amat signifikan kepada agenda perubahan iklim negara. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, sebuah jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi merangka undang-undang perubahan iklim di Sabah sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan tindakan iklim negeri secara menyeluruh. Usaha ini telah menghasilkan impak positif apabila Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 Sabah telah diluluskan pada Julai 2025.
Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala, Setiausaha-setiausaha Tetap serta Ketua-ketua Jabatan dari pelbagai Kementerian dan agensi berperanan sebagai Ahli Majlis.
Tuan Speaker, Penubuhan SCAC adalah bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan tindakan perubahan iklim di peringkat negeri, antara peranan utama SCAC termasuk membantu Kerajaan Negeri menetapkan hala tuju serta menyelaras pelaksanaan projek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di Sabah, bertindak
sebagai focal point bagi Kerajaan Sabah dalam pelaksanaan agenda perubahan iklim di peringkat negeri dan kebangsaan serta memangkin dan memudah cara tindakan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, di samping menggalakkan penglibatan pelbagai pihak serta membolehkan Sabah memperoleh peluang sosioekonomi pembangunan negeri rendah karbon.
Memandangkan isu adaptasi iklim yang semakin mendesak dan Sabah antara negeri yang paling terdedah kepada impak perubahan iklim, Majlis ini kini dalam rangka membangunkan pelan-pelan mitigasi dan adaptasi melalui penyelarasan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Berdasarkan kajian penilaian kerentanan dan adaptasi terhadap perubahan iklim di Sabah.
Dalam pada itu, Kerajaan turut berbangga dengan kedudukan Yang Berhormat dari Sook yang kini memikul amanah sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Peringkat Persekutuan. Kedudukan ini tentunya membuka ruang yang lebih luas untuk memperkukuh sinergi antara Kerajaan Negeri dan NRES, khususnya dalam memastikan Sabah dapat terus memainkan peranan yang bermakna dalam menjayakan agenda kelestarian negara serta komitmen iklim Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri giat mempertingkat dan memperkasa kapasiti pelbagai agensi berkaitan dalam pengumpulan data inventori gas rumah hijau. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan proses pelaporan kita adalah sejajar dengan ketetapan garis masa negara kepada pihak United Nations Framework Convention on Climate Change. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga sedang giat berusaha untuk mengenal pasti faktor-faktor khusus bagi Sabah. Penyelarasan pemboleh ubah ini amat penting kerana akan membolehkan Kerajaan Negeri membangunkan sebuah inventori gas rumah hijau yang lebih tepat dan bertepatan dengan konteks lokaliti Sabah pada masa hadapan.
SCAC turut meneliti projek-projek mitigasi serta cadangan-cadangan projek karbon di Sabah. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri menerusi Majlis ini ingin memaklumkan bahawa susulan perwartaan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim…
Pusat ini akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia penguatkuasaan enakmen tersebut bagi pihak Kerajaan Sabah. Sejajar dengan langkah ini dan sebagai persediaan ke arah penubuhan rasmi pusat berkenaan, majlis akan merangka serta menggubal peraturan-peraturan yang berkaitan. Langkah penggubalan ini adalah bagi tujuan pengoperasian pusat tersebut di samping mengawal selia ke semua aktiviti karbon di dalam negeri ini.
Majlis ini akan bertindak sebagai badan induk yang bertanggungjawab merangka dasar perubahan iklim negeri. Dasar ini akan disejajarkan dengan keunikan ekologi berserta landskap sosioekonomi negeri, di samping mengambil kira pendekatan yang bersesuaian bagi mendepani ketidakpastian impak perubahan iklim kepada negeri ini. Dalam masa yang sama, SCAC memastikan segala dasar dan inisiatif negeri diselaraskan dengan agenda nasional melalui kerjasama dengan National Designated Authority yang akan ditetapkan kelak. Termasuk dalam aspek pelaporan, akses pembiayaan iklim serta pematuhan kepada komitmen Malaysia di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris. Sekian.
Soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri atas jawapan yang sangat menyeluruh dan juga terperinci. Sebagai anak Sabah, saya sebenarnya sangat bangga sebab agenda yang kita nampak yang telah dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam agenda ini menunjukkan kita satu negeri yang sangat progresif dan juga berpandangan jauh ke depan. Malah cadangan saya, Sabah sepatutnya lebih memimpin dalam agenda ini. Kenapa saya katakan begitu? Yang pertama, sebenarnya negara kita ada komitmen. Kita ada komitmen di peringkat antarabangsa melalui Perjanjian Rio de Janeiro 1992. Di
mana kita telah tetapkan bahawa negara kita tidak boleh kurang. Liputan hutan kurang daripada 50% seluruh negara. Tetapi kalau kita tengok data hutan yang baru saja dibentangkan di peringkat antarabangsa kalau kita tengok di Semenanjung sebenarnya Semenanjung sudah gagal. Liputan hutan yang hanya tinggal di Semenanjung hanya sebanyak 43.18% sahaja.
Sudah gagal dan tidak memenuhi obligasi antarabangsa. Di Sarawak, liputan hutan masih 61.52% kita di Sabah, liputan hutan 62.53%. Percentage yang paling tinggi kita yang menyelamatkan Semenanjung. Kita yang menyumbang kepada liputan hutan dan saya yakin semua ini tidak boleh tercapai sekiranya tidak ada dasar, perancangan yang baik sekali daripada Kerajaan Negeri yang sekarang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Jadi, kita kena acknowledge juga bahawa kesemua pencapaian ini tidak wujud sekiranya if not for the local communities yang ada di bawah. Orang-orang kampung yang telah duduk di sana dan juga telah menjaga aset khazanah kita buat beberapa generasi yang lalu dan sekarang kita lah yang menikmati itu. Sekarang kita boleh monetize hutan itu. Kita monetize melalui carbon credit.
Jadi soalan saya, kalau kita monetize hutan yang kita ada sekarang, kita leading this change climate change agenda. Kita pun sedang lead, kita punya carbon credit. Agenda Kerajaan dapat duit mungkin berbilion-bilion.
Bagaimana kita boleh memastikan bahawa komuniti tempatan yang duduk di hutan itu yang telah menjaga aset ini buat beberapa generasi yang sekian lama supaya kita boleh menikmati itu, bagaimana pendapatan itu juga boleh dipulangkan dan dikongsikan kepada mereka supaya kehidupan mereka pun boleh meningkat bersama dengan masyarakat yang lain. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Tuan Speaker, perkara ini sebenarnya telah diberikan perhatian di dalam Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025. Secara khusus di dalam Enakmen Seksyen 22 memperuntukkan keperluan penglibatan dengan Komuniti Anak Negeri dalam aktiviti- aktiviti karbon.
Ini bermaksud aktiviti karbon yang melibatkan kawasan Komuniti Anak Negeri tidak boleh dilaksanakan secara terasing daripada mempunyai kepentingan di satu-satu projek karbon di mana-mana di negeri ini. Seksyen 22 ini memastikan bahawa projek karbon di Sabah yang melibatkan kawasan anak negeri tidak boleh dilaksanakan tanpa rundingan, cadangan, manfaat komuniti dan pertimbangan komuniti tempatan. Peruntukan ini menjadi asas penting untuk memastikan kepentingan komuniti tempatan, termasuk komuniti adat, diberi perhatian dalam pelaksanaan projek-projek karbon. Perincian lanjut mengenai tatacara penglibatan, syarat kelulusan dan mekanisme pelaksanaan akan diperhalusi melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah enakmen ini. Terima kasih
Soalan tambahan? Ya tambunan.
Ya, terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana menubuhkan Sabah Climate Change Action Committee ini dan saya harap ini akan berfungsi dengan baik. Namun telah diramalkan bahawa dalam tahun ini mungkin Julai, Ogos, begitu September akan ada Super El Nino.
Yang akan melanda kita di rantau ini terutama sekali di Malaysia, di Sabah. Jadi soalan saya apakah rancangan dan persediaan Kerajaan untuk menangani isu ini kerana akan memanas mungkin lebih daripada 40 degree centigrade dan sungai-sungai kita mungkin kering dan air kita akan berkurangan dan aktiviti luar pun akan berkurangan, kerja-kerja pun terbangkalai. Jadi itulah soalan saya. Sekian, terima kasih.
Ya, jawab.
Terima kasih, Tuan Speaker seperti mana yang Kerajaan Negeri pada setiap tahun kita membuat persediaan menjelang musim-musim kemarau ini. Jabatan-jabatan dan
kementerian-kementerian akan mengambil tindakan dan memantau keadaan dan sekiranya perlu kita akan mempunyai engagement dengan jabatan-jabatan dan komuniti-komuniti yang akan terkesan. Terima kasih.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Likas.
Boleh saya buat soalan tambahan? Tuan Speaker?
Yang Berhormat Likas. Sila duduk. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Likas. Soalan.
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Soalan saya, soalan nombor dua.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Penggantian Saluran Paip Usang Dan Gangguan Bekalan Air Di LikasQuestions
*2.
YB. Tuan Tham Yun Fook [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA DAN UTILITI, kawasan Likas kerap mengalami kebocoran paip air bawah tanah yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna dan ini dipercayai berpunca daripada saluran paip yang sudah usang. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menggantikan semua saluran paip lama ini.
Silakan, Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat daripada Likas serta Dewan yang mulia ini, bekalan air terawat di kawasan Likas adalah disalurkan daripada Loji Rawatan Air (LRA), Kesigui, dan juga LRA Moyog, dan antara punca utama kejadian kebocoran yang berlaku di kawasan ini adalah disebabkan oleh keadaan paip sedia ada daripada jenis waste-to-cement EC yang telah usang di samping sistem penyeluruhan bekalan air terawat.
Cross direct pumping dari loji rawatan air. Hal ini memberi tekanan tambahan kepada rangkaian paip sedia ada dan juga meningkatkan risiko kegagalan paip. Antara kawasan yang kerap terjejas akibat gangguan ini termasuklah Jalan Keramat dan Jalan Tuaran Bypass. Sehubungan itu, beberapa langkah penyelesaian telah dirancang dan sedang serta akan dilaksanakan oleh Jabatan Air Sabah bagi mengatasi isu-isu secara menyeluruh seperti berikut.
Pelaksanaan kontrak penyelenggaraan paip Kota Kinabalu, maintenance pipe line, selama tiga tahun yang bertujuan melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera ke atas paip yang bocor dan rosak. Seterusnya, mengurangkan kadar aduan gangguan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu termasuk Likas. Program menaik taraf dan penggantian paip jenis asbestos cement (AC) ini pelbagai saiz di daerah Kota Kinabalu, yang kini berada dalam fasa pelaksanaan dengan kemajuan fizikal 7.03%. Projek ini dianggarkan bernilai RM28 juta ini dijadualkan siap pada 4 Februari 2027 dan bertujuan menaik taraf serta menggantikan paip-paip lama di sekitar Kota Kinabalu termasuk Likas. Kerja-kerja gantian paip usang serta menaik taraf paip transmisi dan agihan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan juga Putatan, Sabah yang melibatkan kos sebanyak RM200 juta.
Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) melalui peruntukan pinjaman persekutuan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Pelaksanaan projek ini akan melibatkan penggantian dan penaiktarafan paip-paip kritikal yang telah usang, termasuk di kawasan Likas. Projek ini dijangka mula dilaksanakan pada suku keempat tahun 2027 selepas melalui peringkat makmal pengurusan nilai. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini juga dijangka dapat meningkatkan kebolehan kepercayaan sistem agihan bekalan air serta mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air di kawasan terlibat dalam jangka masa sederhana dan panjang. Sekian. Terima kasih, Tuan Speaker.
Ada soalan tambahan?
Ya, soalan tambahan. Terima kasih kepada penjelasan yang begitu konkrit yang diberikan oleh Pembantu Menteri. Soalan tambahan saya ialah, kita sedar bahawa baru-baru ini kawasan Likas, ada kawasan yang telah dimaklumkan oleh Pembantu Menteri tadi. Penduduk yang terkesan hampir lebih daripada seminggu, ada yang sampai 13 hari tidak, gangguan bekalan air. Jadi, apakah tindakan Kementerian untuk memberikan dan menghulurkan bantuan kepada penduduk-penduduk yang terjejas sekian lama ini? Kalau berlaku lagi keadaan seperti sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan tambahan daripada ADUN Likas, antara inisiatif lain yang dilaksana adalah catuan air di kawasan-kawasan yang terkesan dan menyediakan lipo air serta tangki-tangki stik bagi penyediaan bekalan air terawat kepada pengguna, menggalakkan perkhidmatan lori-lori tangki air dan juga membekal air terawat kepada pengguna-pengguna yang terkesan. Sekian, terima kasih.
Speaker. Tuan Speaker. Tuan Speaker. Terima kasih, Tuan Speaker.
Okey, Elopura.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang saya rasanya, paip yang pecah saya rasanya di seluruh Sabah ini, Sandakan banyak seriuslah. Sebab tahun lepas, dua tahun yang lepas, air masin. Sebab air masin sampai sekarang dia tidak selesai masalah yang paip yang bocor. Sebab takkan lah, kamu pun tahu semua. Siapa yang di daerah Sandakan punya, saya rasanya semua pun faham. Water shortage lebih kurang sekaranglah, bukan macam dulu. Sekarang minimum pun lima hari, sepuluh hari begitu. Saya rasanya ini paip selesai last year. Dia punya estimate bajet RM500 juta. Jadi, bila ada peruntukan untuk ganti semua yang distribute pipeline dengan itu main pipeline yang 1.2 meter
punya itu, saya rasanya Menteri pun tahu ini. Saya harap boleh jawab Sandakan, sebab Sandakan banyak serius tentang paip dan bocor, sampai hari ini tidak dapat selesai. Terima kasih.
Datuk Speaker, ini sebenarnya sudah di apa ni, luar, soalan yang, tajuk soalan yang pertama, yang asal. Namun, untuk makluman, Ahli Yang Berhormat daripada Elopura dan Dewan yang mulia ini, proses penggantian paip-paip yang telah usang ini akan memakan masa yang lama sedikit. Tapi, kita sudah merancang untuk menggantikan paip-paip yang usang ini. Di seluruh Kota Kinabalu, Sandakan dan juga di mana-mana tempat yang terkesan. Terima kasih.
Datuk Speaker, satu lagi soalan tambahan wakil daripada Tawau. Ada KK, Sandakan, Tawau.
Okey Sri Tanjong. Satu lagi.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin berdiri untuk bertanyakan satu soalan tambahan lagi. Mengenai isu paip yang amat serius di Sabah. Saya ingin tahu, YB Menteri, berapakah panjang paip lama yang telah pun diganti dalam tempoh lima tahun.
Kedua, saya ingin tahu sebenarnya berapa panjang rangkaian paip di seluruh Sabah. Saya dimaklumkan kira-kira 15 ribu kilometer dan jikalaulah saya tidak mempertikai, Jabatan Air memang ada membuat ataupun melaksanakan penggantian paip di seluruh Sabah. Tapi berapa lamakah rakyat Sabah perlu menunggu sehingga semua paip diganti dan tidak ada lagi masalah gangguan bekalan air di Sabah kerana mengambil kira 15 ribu kilometer ini, kalaulah Jabatan Air melaksanakan 1,000KM setahun, kita perlu menunggu 15 tahun. Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Sri Tanjong. Tuan Speaker,
disebabkan ini adalah data yang very specific. Saya rasa masih ada masa dalam penggulungan untuk kita menjawab semua ini. Boleh ah? Okey, terima kasih.
YB Menteri. Sebenarnya tadi, Datuk Speaker.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor tiga.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kutipan Hasil Kerajaan Persekutuan Di Sabah (1974–2024)Questions
*3.
YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KEWANGAN, berapakah jumlah kutipan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah sejak tahun 1974 sehingga 2024.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekong dan Dewan yang mulia ini, melalui Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang bermesyuarat pada 28 Januari 2026 serta Jawatankuasa Kerja Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang bermesyuarat pada 27 Februari 2026 dan 13 Mac 2026. Kerajaan Persekutuan telah mengemukakan sebahagian data hasil Persekutuan yang didapati di Sabah dari tahun 1974 sehingga 2025. Namun, data tersebut tidak dapat dikongsi atau disiarkan secara umum dan hanya untuk tujuan mesyuarat sahaja.
Dalam perkongsian data berkenaan, beberapa komponen hasil telah disenaraikan yang terdiri daripada cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai, dan hasil petroleum melibatkan royalti dan cukai pendapatan petroleum.
Walau bagaimanapun, semua komponen hasil ini masih tertakluk dalam rundingan untuk diambil kira sebagai hasil persekutuan yang didapati di Sabah dalam pengiraan pemberian khas.
Kerajaan Sabah telah menegaskan pendirian melalui surat
bertarikh 18 Mac 2026 bahawa jumlah amaun bagi komponen hasil yang tiada pertikaian dibayar dahulu sebagai bayaran interim. Manakala, bagi jumlah amaun komponen hasil yang masih diper…
…akan dimuktamadkan dan diselaraskan kemudian. Selain itu, amount interim pembelian khas berjumlah RM600 juta bagi tahun 2026 hendaklah disemak dan diselaraskan dengan formula 40% di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Speaker, Kerajaan Sabah menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang bertarikh 6 April 2026 yang telah membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan hak Sabah ke atas 40% hasil Persekutuan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Ingin saya jelaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut adalah berkaitan dengan tuntutan Pemberian Khas bagi tahun-tahun yang hilang “lost years”, iaitu dari tahun 1974 hingga 2021.
Justeru, melalui surat bertarikh 10 April 2026 Kerajaan Sabah telah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membuat bayaran tuntutan Pemberian Khas bagi tahun 2022 sehingga 2025 dan tahun semasa. Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40% Pemberian Khas Sabah. Datuk Speaker, Kerajaan Sabah tidak akan sesekali berundur atau berkompromi dalam menuntut apa yang menjadi hak mutlak kita. Walaupun penangguhan telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, proses perkongsian data, penilaian serta rundingan seperti dijalankan dalam Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas peringkat pegawai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan diteruskan. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan?
Terima kasih YB Pembantu Menteri atas penjelasan yang diberikan. Soalan tambahan saya merujuk kepada pertemuan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan, YB Menteri Kewangan Sabah pada 13 April. Menteri berkenaan menyatakan bahawa hasil, dapatan hasil daripada Sabah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan sejak 2007 sehingga 2025 telah pun datanya diambil daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Kastam dan telah pun diserahkan kepada Kerajaan Negeri. YB Menteri, saya bertanya berapakah jumlah hasil yang dipungut daripada data yang telah diserahkan oleh Kerajaan Federal setelah dapat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam kepada Kerajaan Sabah.
Kedua, data ini penting untuk kita tahu sejauh mana perkembangan rundingan itu agar kita boleh memainkan peranan membetul dan membina. Walaupun saya sebagai pembangkang ADUN Sekong tapi saya mempunyai hak untuk mengetahui dan membantu apa yang boleh. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Sekong. Pertamanya, saya kurang pasti sama ada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mewakili apa ini, suara rasmi daripada Kerajaan Pusat. Jadi saya menghormati apa yang beliau nyatakan tapi dalam yang sama apa yang berlaku dalam perundingan adalah perkara yang berlainan ya, itu satu. Kedua, kita berpendirian seperti mana yang dinyatakan lebih awal bahawa ada dua jenis cukai yang bagi kita hampir tidak ada pertikaian, iaitu Cukai Kutipan Kastam dan Cukai LHDN ataupun income tax.
Dan kita ada figure ini malah statistik ini sebenarnya disiar secara setiap tahun. It is a public knowledge. Jadi pendirian kita ialah cukai yang tidak dipertikaikan jumlahnya hendaklah dibayar dahulu atau sekarang sebelum kita berunding dengan cukai-cukai lain yang masih dalam proses perundingan. Dalam erti kata yang lain dan itulah kerana itu kita telah menghantar surat pada 10 April yang lalu supaya Kerajaan Pusat membayar 40% daripada dua jenis cukai yang bagi saya tidak ada pertikaian langsung. This is a public knowledge. The statistics are advertised. In fact, is even the announced. So, there shouldn’t be
any room to doubt …(kurang jelas) reason alone, they should pay up the 40% and then that’s how i look at it. Terima kasih.
Yang lain itu berangkali Yang Berhormat daripada Sekong, oleh kerana kita ini masih dalam proses perundingan.
I think we need to hormat diri kita dan juga hormat mereka.
Ada data yang kita tidak boleh kongsi dengan orang ramai buat masa ini.
But trust me yang dua potions itu i think it’s a public knowledge. Kalau saya boleh nyatakan di sini mengikut perkiraan kita di sini, is nearly 10 billion.
Tuan Speaker, soalan tambahan Usukan?
Yang Berhormat, Tambunan.
Soalan tambahan, ya. Terima kasih.
Tambunan.
Tambunan? Sayalah itu. (ketawa kecil)
Yang Berhormat Usukan nanti bawa dalam ucapan perbahasan. Sila duduk. Carry on Tambunan.
…Terima kasih. Saya ingin bertanya, kenapa apa itu angka hutang Federal dari Sabah itu tidak boleh didedahkan di Dewan yang mulia ini?
Sekurang-kurangnya hasil yang tidak melibatkan “lost years”, iaitu daripada 1974 hingga 2001 tetapi sekurang-kurangnya hasil setiap tahun daripada 2022 sehinggalah 2025. Sebab ini terlibat dalam perundingan “lost years” dan saya juga ingin penjelasan sama ada kutipan-kutipan ini terutama sekali yang tidak kontroversi yang boleh didedahkan seperti hasil daripada PETRONAS iniI don’t think ada kontroversi. Selain daripada Custom Duty
selain daripada apa ini cukai, ini juga kita tahu. Jadi adakah ini termasuk di dalam apa ini, cadangan Kerajaan meminta Kerajaan Pusat bayar?
Dan saya juga ingin bertanya, adakah (berdeham) hasil-hasil daripada apa ini, dalam perlembangan ada dua lagi cukai yang jarang-jarang kita cerita, iaitu satu export duty in petroleum 10% belum pernah dibayar sehingga sekarang dan import and excise duty on petroleum products yang pada 2007 kurang lebih diganti dengan 120 juta berasaskan duti-duti di antara anggota ASEAN ini menghapuskan semua duti tetapi ini tidak berlaku.
Jadi seharusnya 10% import duty and petroleum products dikembalikan. Adakah ini termasuk dalam kiraan? Terima kasih.
Terima kasih Tambunan. Semua cukai yang kita fikirkan kita ada hak kita claim. Tidak kira apa jenis cukailah, itu satu.
Kedua, kenapa tiada didedahkan kerana kita belum bersetuju, kita masih berunding. I think there is an insistence, adalah penting bagi kita untuk menghormati keadaan bila kita berunding. Kita tidak berunding through the press, kita berunding with the other side.
So, ada bagi sayalah i truly believe we respect ourselves, we respect their stand. There are statistics that we can apa itu, we can share tapi ada statistik yang masih dalam perundingan. I think we shouldn’t. I mean, itu kita ini akan menjejaskan kita punya apa itu…
… Kedudukan kita sendiri. It’s not just about the other side, it’s always about our side. Sebagai misalnya, yang ini ini, apa itu, ini ada dua, apa itu, dua head of apa itu, cukai itu, apa itu, Kastam dan juga LHDN. Dan saya hari ini, oleh kerana ini disiarkan. Basically kita punya 40% dalam calculation kita, ya, dalam calculation kita, perkiraan kita. It’s about 4.69 billion, 40 billion per year, itulah kita punya. That I can reveal to you pasal statistik ini disiarkan, ya. Dan itulah yang kita kutip lah, yang
kita tuntut, untuk head of apa ini pendapatan atau cukai yang bagi saya tidak, there shouldn’t be any pertikaianlah ya.
Bolehkah Yang Berhormat mengatakan berapa itu cukai dan berapa itu custom duty yang kita jangka akan dibayar?
4.69 bilion berasaskan kepada 40% untuk satu tahun, untuk tahun 2025.
Above the custom dan ...
Ya, our calculation that in the 40%.
Jadi kurang lebih 7 bilion dan 2 bilion?
Probably 11.
Kurang lebihlah.
Ya.
Alright, terima kasih.
Question. YB Menteri.
Very important question. Tadi YB Menteri cakap kita tuntut semua cukai dan sini saya ingin pengesahan. Adakah pengeluaran minyak dan gas itu di Sabah, termasuk
di dalam kiraan 40%? Saya mahu tanya apakah pendirian Kerajaan Negeri dan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan?
Yang Berhormat Usukan, itupun kita tuntut juga ya, we claim, we are claiming for it, yes.
Masuk dalam 40%?
Ya.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Nabawan.
Datuk Speaker, soalan saya nombor empat.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Meningkatkan Produktiviti Dan Kebolehpasaran Usahawan Tempatan SabahQuestions
*4.
YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PERINDUSTRIAN, KEUSAHAWANAN DAN PENGANGKUTAN, apakah usaha-usaha kementerian dalam meningkatkan produktiviti usahawan-usahawan tempatan dalam Negeri Sabah untuk meningkatkan kebolehpasaran produk-produk tempatan samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Silakan Menteri.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Nabawan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) sentiasa komited dalam meningkatkan kebolehpasaran produk-produk tempatan sama ada di
peringkat domestik mahupun antarabangsa melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan keusahawanan.
Berikut adalah senarai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di bawah MINDET. Satu, Program Transformasi Usahawan Sabah atau TRUS. Kementerian saya telah melaksanakan Program Transformasi Usahawan Sabah atau dikenali sebagai TRUS, yang bertujuan untuk membantu usahawan menambah baik kualiti pembungkusan agar mampu menembusi pasaran pasaraya tempatan dan luar negeri. Dalam tempoh lima tahun ini, seramai 250 usahawan telah berjaya mengikuti program ini.
Berikut adalah kategori-kategori bantuan yang diterima oleh usahawan melalui program ini:
1.
Reka bentuk produk baharu, kandungan nutrisi, kod bar dan tarikh luput. 2.
Program bantuan SME-UP. Program bantuan SME-UP yang diselaraskan di bawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), bertujuan untuk membantu para usahawan meningkatkan kapasiti dan kualiti produk, yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan di dalam atau di luar negeri. Sehingga pada tahun 2025, seramai sebanyak 5879 usahawan telah menerima bantuan yang berupa mesin dan peralatan ini. Kategori bantuan yang diberikan di bawah program ini adalah yang pertama, mesin dan peralatan, mesin retort, pendaftaran cap dagangan dan pensijilan halal.
3.
Kursus Pembangunan Keusahawanan. Kementerian saya turut komited dalam menganjurkan pelbagai Kursus Pembangunan Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri Sabah, sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.
Sehubungan itu, pelbagai kursus dan Program Pembangunan Keusahawanan dilaksanakan secara berterusan, bagi memperkukuhkan kapasiti pengeluaran, memperluas akses pasaran, sama ada secara fizikal mahupun digital, serta meningkatkan kualiti produk dan mengiktiraf pengiktirafan pensijilan. 1.
Antara kursus dan program yang dilaksanakan dan dirancang adalah seperti berikut: i.
Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau nama ringkasnya MeSTI; ii.
Kursus Peningkatan Kualiti Produk Melalui Teknologi Retort; iii.
Kursus Pematuhan Pensijilan Halal; iv.
Kursus Pengiraan dan Strategi Penetapan Harga Produk; v.
Kursus Pemasaran Digital Multimedia yang dikenali TikTok ataupun Facebook.
4.
Program Pensijilan Halal dan MeSTI, Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS). Kementerian saya melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) sudah dan juga telah melaksanakan Program Pensijilan Halal dan MeSTI bagi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS). Objektif program ini adalah untuk membantu usahawan PMKS mendapatkan pensijilan halal dan MeSTI. Kategori bantuan yang terdapat dalam program ini adalah: I.
Inisiatif bimbingan; II. Latihan; III. Pengubahsuaian premis perniagaan.
Setakat ini, seramai 10 usahawan IKS telah terpilih mengikuti program ini berdasarkan daya maju produk, status operasi, saiz jualan dan pasaran dan keadaan premis perniagaan serta jumlah pekerja. Enam usahawan telah memperoleh pengiktirafan halal bagi produk masing-masing pada tahun 2025. 5.
Program Pemasaran di pasar raya tempatan. Kementerian saya melalui DIDR turut melaksanakan program pemasaran produk IKS secara fast track, melalui kolaborasi bersama pasar raya tempatan seperti pasar raya BATARAS. Objektif kolaborasi ini adalah untuk membantu usahawan IKS Sabah bagi memasarkan produk mereka. Seramai 299 usahawan baharu telah berjaya dilahirkan dalam tempoh lima tahun. Pada tahun ini, Kementerian saya turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pasar raya AEON bagi memperluas pasaran produk usahawan tempatan ke pasaran Semenanjung Malaysia.
Melalui inisiatif ini,
seramai 25 usahawan akan dipilih untuk menyertai program bimbingan, yang merangkumi aspek pematuhan piawaian pasar raya, penambahbaikan pembungkusan, serta strategi pemasaran yang lebih berkesan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan daya saing produk usahawan tempatan serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.
6.
Penyertaan Ekspo Antarabangsa. Inisiatif penyertaan Ekspo Antarabangsa merupakan usaha Kementerian untuk membantu para usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Sabah memperluaskan pasaran barangan buatan Sabah, meningkatkan aktiviti eksport dan seterusnya meningkatkan hasil jualan mereka.
Pada tahun ini, Kementerian saya telah menyertai 13 Ekspo Perdagangan Antarabangsa dan di antara ekspo tersebut adalah satu, FHA-Food & Beverage, Singapore yang diadakan pada 21 hingga 24 April, THAIFEX-Anuga Asia, Thailand 2026 hingga 30 hari bulan Mei, Seoul Food & Hotel Korea Selatan, 9 hingga 12 Jun, Japan International Food & Beverage Expo (JFEX) 24 hari bulan hingga 26 Jun, WOFEX Manila, Filipina, 29 Julai hingga 1 Ogos, Vietfood & Beverage-ProPack 2026, Vietnam, 6 hari bulan hingga 8 Ogos, HKTDC Food Expo Hong Kong, 13 hingga 17 Ogos, SIAL Paris 2026, 17 hingga 21 Oktober dan Jakarta International Expo 2026, 4 hingga 7 November pada tahun ini.
Pada tahun 2025, prestasi penyertaan Kementerian ini ke Ekspo Perdagangan Antarabangsa amat memberangsangkan.
Hasil penyertaan dalam 18 Ekspo Antarabangsa dengan melibatkan 124 usaha … .
.. usahawan IKS Sabah telah berjaya menjana nilai potensi jualan sebanyak sembilan ,RM95.9 juta, iaitu peningkatan sebanyak 37.12% berbanding pencapaian pada tahun 2024, hanya sebanyak RM60.4 juta. Prestasi ini secara langsung membantu meningkatkan nilai eksport Sabah dan meningkatkan
sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah.
Seterusnya, Kementerian ini dengan kerjasama Federation of Sabah Industries (FSI) dan Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) akan menganjurkan Sabah International Expo (SIE) pada 2 hingga 6 September 2026.
Penganjuran ini bertujuan mempromosikan Sabah sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa, dengan tumpuan kepada sektor strategis seperti pembuatan, pertanian, pelancongan, penjagaan kesihatan dan teknologi hijau, di samping mempromosi taman-taman perindustrian utama sebagai hub pembangunan industri. Selaras dengan tema “Sabah Your Gateway to Global Opportunities”, SIE berperanan sebagai platform strategik yang menghubungkan sektor awam dan swasta serta merancakkan perdagangan dan pelaburan dalam pasaran BIMP-EAGA, EAGA yang melebihi 80 juta pro, juta penduduk. Sasaran utama program ini merangkumi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pemain industri, pembuat dasar, dan pelabur dengan fokus mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pasaran pengguna serantau tersebut.
Setakat ini, penyertaan sekurang-kurangnya tujuh buah negara telah disahkan dengan jangkaan kehadiran melebihi 30 ribu pengunjung.
Negara yang telah menyertakan komitmen termasuk Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Thailand, India, New Zealand dan Republik Rakyat China.
Selain itu, beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Australia, Kazakhstan dan serta negara-negara dari Eropah dan Timur Tengah turut menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian.
Tuan Speaker, Kementerian saya juga , melalui Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sabah di Singapura (STTO), turut melaksanakan inisiatif bagi memperkukuh akses pasaran usahawan ke Singapura pada tahun 2026, antaranya ialah penganjuran Market Readiness Seminar, Tawau Edition di bawah inisiatif STTO dengan kerjasama Singapore Cooperation Enterprise bagi membantu usahawan
membuat persediaan memasuki pasaran Singapura.
Selain itu, Sabah Fest Singapore Edition 2026 turut menjadi platform promosi produk Sabah di Singapore, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap produk dan potensi perdagangan Sabah di pasaran tersebut.
Untuk makluman, edisi terdahulu telah disertai seramai sembilan pempamer dan berjaya menjana jualan sekitar RM500,000. Program yang ketujuh, iaitu Program Akses Pasaran Antarabangsa. Pada tahun ini, Kementerian saya telah menjalinkan kerjasama dengan CAIQ Biosekuriti Sendirian Berhad bagi membantu usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa, khususnya ke Negara China. Melalui kerjasama ini, seramai 20 usahawan akan dipilih untuk menyertai program bimbingan yang merangkumi aspek pematuhan keperluan biosecurity procedure export serta akses kepada pasaran China.
Pas, Program ini turut memberi penekanan kepada penyediaan dokumentasi eksport, pematuhan piawaian antarabangsa serta sokongan dalam urusan pensijilan yang diperlukan bagi memastikan produk usahawan Sabah memenuhi keperluan pasaran luar negara. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan keupayaan eksport usahawan tempatan, seterusnya memperkukuh kedudukan produk Sabah di peringkat global.
Melalui program-program ini, pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh Kementerian saya, termasuk agensi, diharapkan para usahawan Sabah dapat meningkatkan kebolehpasaran usahawan tempatan, seterusnya memperkukuhkan kedudukan produk Sabah di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Datuk Speaker, Soalan tambahan.
Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya adalah seperti berikut, bagaimanakah Kementerian dapat membantu usahawan Sabah menembusi pasaran antarabangsa, khususnya bagi produk berasaskan pertanian dan kraf tangan? Dan apakah inisiatif pembiayaan mikro atau geran khas untuk usahawan kecil di Sabah yang masih menghadapi kekangan modal ini? Terima kasih.
Tuan Speaker, Kementerian juga komited membantu usahawan Sabah menembusi pasaran antarabangsa, khususnya bagi produk yang berasaskan pertanian dan kraf tangan melalui pendekatan bersepadu yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kapasiti dan peluasan akses pasaran eksport. Antara inisiatif utama termasuk peningkatan kapasiti pengeluaran melalui penyediaan mesin dan peralatan, penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan pendaftaran cap dagangan serta pematuhan sijil bagi memenuhi keperluan pasaran antarabangsa. Di samping itu, Kementerian mempergiat usaha untuk promosi global dengan menyelaras penyertaan usahawan Sabah dalam ekspo dan juga pameran perdagangan antarabangsa berimpak tinggi. Sebagai contoh, penyertaan dalam China Hainan International Investment and Trade Fair (CHITF) 2025 di Xinhao.
China telah membuka ruang kepada usahawan mempamer produk kraf tangan dan produk pertanian bernilai seperti lada hitam Sabah, madu kelulut dan produk berasaskan nanas.
Penyertaan ini tidak terhad kepada promosi semata-mata tetapi dilaksanakan secara berstruktur melalui sesi pan, padanan perniagaan dan rundingan B2B bagi menghubungkan usahawan secara langsung dengan pembeli, pengimport dan pengedar antarabangsa, sekaligus menerjemahkan promosi kepada peluang kontrak eksport yang boleh direalisasikan.
Kesimpulannya, Kementerian akan terus memperkukuh rantaian nilai eksport usahawan Sabah secara menyeluruh daripada pembangunan kapasiti tenaga kepada akses pasaran global bagi memastikan produk tempatan kekal berdaya saing, mampu menembusi pasaran antarabangsa secara mapan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Sekian.
Ya, Senallang.
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat yang telah menjelaskan tentang usaha pihak kerajaan, untuk memastikan supaya kita dapat menembusi pasaran
bukan hanya domestik, antarabangsa.
Saya ingin bertanya dengan kerajaan, kita sedar dan tahu bahawa peningkatan kos operating expenditure increase. Saya bagi contoh, elektrik 15%. Diesel sudah mencecah RM6 seliter, mungkin RM5 lebih ataupun hampir RM6, dua , tiga hari yang lalu dan juga di samping itu, fertilizer. Kos fertilizer dah meningkat dan juga begitu racun. Ini rungutan yang saya terima Datuk Speaker, daripada pihak the players, the industry player, petani yang ada. Mereka bercucuk tanam, mereka terlibat dalam beberapa kegiatan-kegiatan ya di peringkat akar umbi, down the ground there.
Apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk memastikan supaya operating cost yang terpaksa ditampung oleh pihak sama ada SME, industri yang ada di peringkat negeri Sabah untuk membolehkan mereka boleh mengeluarkan produk, yang bukan hanya kualitinya, pricing is very competitive because the choice is there. Mungkin negara jiran kita, kos dia tidak begitu tinggi, mungkin di semenanjung banyak produk-produk juga, kita yang perlu bersaing, kos mereka jauh rendah berbanding dengan kita.
Apakah pihak langkah kerajaan untuk memastikan supaya keadaan kos operating expenditure ini dapat diatasi, tidak membebankan pihak apa ini, pengusaha yang ada ya?
Terima kasih Yang Berhormat Senallang di atas pertanyaan tadi. Di antara usaha yang kita sedang laksanakan adalah bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam soal untuk menyediakan bantuan-bantuan yang bersesuaian yang diperlukan oleh usahawan-usahawan PMKS ini, dalam keadaan cabaran yang begitu berat kepada mereka pada ketika ini. Saya sendiri juga baru balik daripada ...
…pada Putrajaya, pada beberapa hari
yang lepas untuk menerima taklimat berkenaan dengan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan seperti mana yang telah diumumkan lebih awal beberapa hari sebelum itu. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan inisiatif jaminan pembiayaan RM5 bilion kepada PMKS. Ini antara yang perlu kita bawa kepada Sabah supaya dapat kita bantu syarikat-syarikat, usahawan-usahawan PMKS yang memerlukan jaminan pembiayaan ataupun pembiayaan tambahan untuk operasi perniagaan mereka. Saya percaya dalam keadaan sekarang ini kita di peringkat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga, melalui platform mesyuarat Menteri-menteri Besar, Ketua Menteri perkara bantuan kepada rakyat, termasuk usahawan-usahawan yang terjejas juga dibincangkan. Di peringkat Kementerian kita ada platform. Di peringkat kebangsaan kita ada Majlis Pembangunan Usahawan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan itulah platform untuk kita berunding dan menyampaikan concern usahawan-usahawan di Sabah.
Pada ketika ini itulah inisiatif yang kita laksanakan dan mudah-mudahan di peringkat Sabah kita akan terus berlibat urus dengan pelbagai persatuan supaya pengumuman-pengumuman semasa daripada Kerajaan sama ada Persekutuan ataupun Kerajaan Sabah itu dapat disampaikan kepada mereka dan mereka boleh menyusuli dengan agensi-agensi yang menyediakan inisiatif tersebut.
Datuk Speaker, soalan saya peranan Kerajaan Negeri. Saya tahu alhamdulillah Kerajaan Persekutuan bantu banyak. Cuma mungkin dari sisi peranan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan, contohnya trading licensenya, fee yang dikenakan, premises yang ada, elektrik yang ada 15%, which is under the purview of the state government. The responsibility to the state government, what you can do beside Federal. Ini soalan saya, bukannya apa yang Kuala Lumpur boleh bantu kita, tapi Kerajaan Negeri kena kelihatan frontliners to ensure that lessen the burden. Ada premises yang tinggi, mahalnya dari segi yuran dia, saya sebut macam hotel, ini pertanian lain. Hotel RM70 satu bilik. Bolehkah itu dihapuskan ataupun dikurangkan,
tidak membuatkan pelancong pun berhadapan dengan masalah. Terima kasih banyak. The role of the state government.
Terima kasih. Saya ingat soal tentang elektrik tadi sudah dijawab panjang lebar oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri semalam dan kalau perlu saya boleh bagi penjelasan yang bertulis supaya kita dapat kongsi dengan Yang Berhormat nanti ataupun semasa penggulungan nanti.
Barangkali juga ini ada kaitan dengan kongsian. Kabinet telah menubuhkan, atau Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu task force untuk menilai semua obligasi kontrak kita, pekerja kita, bantuan dan juga akibat daripada kenaikan harga fuel dan we will be apa itu jawatankuasa ini akan recommend kepada kabinet untuk barangkali mengubah suai dan termasuk membantu mereka yang terkesanlah. Sekadar untuk maklumat yang berhormat daripada.… So there is a committeelah.
Dan saya ingin mengambil kesempatan ini Tuan Speaker. First i would like to apologise kepada Yang Berhormat daripada Sekong dan juga daripada Tambunan dan juga daripada Usukan. Ada kesilapan dari statistik tadi yang saya bagi tadi bagi kastam dan pungutan kastam dan juga cukai pendapatan accidentally termasuk satu dua item yang sepatutnya tidak ada di situ. So this is the correct figurelah. Yang berhormat Tuan Speaker, saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia ini bukan disengajakan but saya tersalah masuk dua lagi claim lain yang sepatutnya tidak ada di situlah. Jadi ini adalah statistik yang tepatlah.
Cukai pendapatan dan kastam pungutan tahun setahun mengikut kiraan kita RM7.547 bilion untuk 2025 lah, itu asas tuntutan kita bagi tahun 2025. Jadi 40% daripada jumlah ini ialah RM3.019 bilion. Tuan Speaker, inilah statistik yang betul.
Itu pembetulan ah?Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai. Setiausaha.
Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah ...Motion
Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama.
Yang Berhormat Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa kita Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan yang terutama Yang Dipertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan yang terutama pada hari Khamis bersamaan 23 April 2026.
Yang Berhormat Speaker, bolehkah kita extend masa kita untuk soalan ini sampai 11.30, sebab previously kita buat begitu, tapi kali ini macam awal sangat dia.
Hari ini kita awalkan sampai pukul 11, kerana banyak perbahasan nanti.
Perbahasan kita boleh extend sampai jam 7, jam 8, sebab itu perbahasan, tapi ini soalan kita perlukan jawapan di Dewan yang mulia ini.
Atau boleh tambah hari juga, sampai next week pun boleh. Ya, kenapa tidak boleh? Kita soalan rakyat ini.
Kalau tambahan nanti kita kasi tahulah.
Apa masalah tidak boleh? Next soalan, saya punya soalan
Datuk speaker. Boleh bagi sebelas setengahkah?
Kita teruskan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bugaya untuk berbahas.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas limpah dan juga rahmat dan kurnia dan selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
.لوَودايذ د َوْوُِاْذ ِاَذ ُوَورذ تكْذ َو لوِىَذ َو وزا يذدوَذُكْذ َوُورذ تكْذ لوِىَذ رو ُبُكْذ تواوْذَو َو ِاْذ(Wa iż taażżana rabbukum lain syakartum laazīdannakum wa laing kafartum inna ’ażābī lasyadīd) (Petikan Ayat Al-Quran).
“Ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya. Jika kamu bersyukur, nescaya Allah akan menambah nikmat kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, sesungguhnya azabku benar-benar sangat keras”. Ilahi anta maqsudi waridhoka matlubi, a'thini mahabbataka wama'rifataka.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada Bugaya untuk berbahas dalam usul ucapan terima kasih bagi melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan Wilayah Sabah 2026.
Datuk Speaker, Wilayah Sabah sudah berada dalam Malaysia selama 63 tahun dan Sabah sudah berkali-kali dijanji oleh Persekutuan. Selama 63 tahun, Sabah dinafikan keadilan perlembagaan sampai bila Sabah terus menunggu. Adakah Sabah akan, Sabah yang salah ataupun Persekutuan yang salah. Semoga Allah SWT akan membuka jalan penyelesaian yang terbaik bagi keadilan yang terbaik untuk Sabah.
Berdasarkan ucapan Dasar Kerajaan kita melihat kutipan hasil melebihi RM6 bilion. Syukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan ini dan Bugaya ingin bertanya kepada yang berhormat Datuk Menteri dan Kerajaan. Apakah jumlah sebenar hasil langsung yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sabah daripada projek-projek Petronas seperti Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT), Sipitang Lateral Gas Pipeline (SLGP) dan Kampung Gayang Sepanggar Gas Pipeline, lapangan minyak ataupun gas luar pesisir sejak 10 tahun yang lalu, dan termasuk juga pecahan pajakan tanah premium dan juga bayaran yang berkaitan.
Dan Bugaya ingin juga bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, berapa jumlah keseluruhan kawasan tanah negeri Sabah yang telah dipajak kepada Petronas atau entiti berkaitan bagi tujuan paip gas terminal dan fasiliti minyak dan gas serta berapakah kadar bayaran pajakan semasa bagi setiap projek utama.
Di sini juga Bugaya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri KPLB dalam memperkenalkan inisiatif Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) 2025 - 2030. Sejauh mana perkembangan program Kebun Dapur ini diterapkan ya di daerah Semporna, khususnya di Bugaya dan apakah program yang telah dilaksanakan bagi tujuan RAER ini? Dan Bugaya juga tertarik kepada perenggan 15 dalam ucapan Dasar Pelan Strategik Organisasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah 2026-2030, yang mana tumpuan diberikan terhadap keselamatan makanan serta pengukuhan sistem kesihatan haiwan di seluruh negeri.
Bugaya juga tertarik, ingin menarik perhatian sekali lagi yang berkaitan tentang isu anjing liar khususnya daerah Semporna yang telah berkali-kali membahayakan nyawa manusia sehingga seorang anak kecil di Kampung Sungai Tohok terkorban ya disebabkan anjing liar yang semakin membanyak ya. Bugaya bertanya kepada
Kerajaan, apakah usaha Kerajaan khususnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah ya untuk mengatasi isu ini dan berapakah juga peruntukan yang telah disalurkan kepada Majlis Daerah atau Pejabat Daerah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Semporna bagi tujuan tersebut?
Datuk Speaker, melalui perenggan 16 Ucapan Dasar Kerajaan Negeri bagi menyemarakkan sektor pelancongan dan anjuran Tahun Melawat Sabah 2027, Bugaya memohon kepada Yang Berhormat Datuk Menteri, ya agar mewujudkan Pusat Informasi Pelancong di pekan Semporna yang mana Bugaya rasa sudah tiba masanya wujudkan tempat tersebut dan mencadangkan, saya mencadangkan, di sini Bugaya mencadangkan di sini, premis pejabat pos yang lama yang sudah tidak digunakan yang mungkin boleh digunakan ataupun dimanfaatkan sebagai Pusat Informasi Pelancong.
Datuk Speaker, baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu 80 pengusaha-pengusaha pelancong bumiputera dan juga tempatan yang menerima notis untuk dirobohkan premis mereka di daerah Semporna. Bugaya mohon kerjasama daripada pihak Kementerian Pelancongan Negeri, Persekutuan mahu pun Majlis Daerah Semporna dan juga Jabatan Tanah dan Ukur agar bekerjasama untuk membantu pengusaha-pengusaha pelancong bumiputera dan juga tempatannya ini agar syarat-syarat tanah perlesenan dan dipercepatkan dan dipermudahkan ya.
Dan merobohkan premis dan juga membatalkan tidak akan membantu menyelesaikan kebanjiran pelancong di daerah Semporna khususnya dengan ketibaan Tahun Melawat Sabah 2027.
Sehaluan dengan itu, ya Bugaya ingin bertanya kepada Datuk Menteri Pengangkutan juga dan juga Menteri Kerajaan Tempatan mengenai isu stesen bas di Semporna yang mana tidak ada stesen bas berpusat dan tidak teratur. Jadi soalan kepada Kerajaan, bilakah Semporna ini akan menerima stesen bas berpusat? Bugaya juga menerima aduan daripada rakyat bahawa bas-bas dari Kota Kinabalu ke Semporna sudah pun mula dibanjiri oleh pelancong-pelancong China ya
memandangkan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Dan ya memandangkan ditambah lagi dengan Tahun Melawat Sabah 2027 yang menjelang tiba seharusnya stesen bas yang baik dan juga kondusif amat diperlukan.
Dalam perenggan 24 Ucapan Dasar Kerajaan ada juga menyebut tentang bencana banjir dan Bugaya menarik perhatian Dewan yang mulia ini yang mana pada baru-baru ini bulan Mac dan bulan April tahun ini, Kampung Air dan juga Kampung Perigi dilanda bencana kebakaran. Jadi, di sini Bugaya ingin mohon kepada Yang Berhormat Datuk Menteri agar mewujudkan rumah transit yang kekal bagi mangsa-mangsa kebakaran yang boleh digunakan ya bila-bila masa ada kebakaran ya tidak perlulah menggunakan Dewan lagi dan ataupun sekolah akan mengganggu aktiviti-aktiviti komuniti yang sedia ada di kawasan tersebut. Dan kebanyakan peristiwa kebakaran berlaku ini gagal untuk ditangani dengan tuntas disebabkan kekurangan air dan pili bomba yang tidak ada air. Ada pili bomba tapi tidak ada airnya. Walaupun anggota bomba ramai tetapi air yang tidak mencukupi tidak dapat menyelamatkan harta benda yang dimakan api. Jadi, menyebut juga tentang Jabatan Bomba Penyelamat di daerah Semporna ini, Bugaya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri berkaitan dengan kuarters bomba ya yang projeknya telah lama terbengkalai. Bolehkah Yang Berhormat Datuk Menteri KKTP memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bilakah projek tersebut dapat dilaksanakan ataupun diteruskan?
Datuk Speaker, Bugaya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri Kerja Raya dan Utiliti yang mana dalam perenggan 21 Ucapan Dasar Kerajaan berkaitan peningkatan sektor bekalan air. Apakah usaha Kerajaan di daerah Semporna untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air dan bagi rancangan jangka masa pendek? Bugaya mohon kepada Kementerian agar menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Air Semporna untuk ditambah lori tangki air ini untuk membolehkan Jabatan Air membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terjejas bekalan airnya. Melalui perenggan 20 Ucapan Dasar Kerajaan, Bugaya bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Utiliti tentang berapakah peruntukan diberikan kepada
setiap konsesi jalan raya pada tahun 2025? Dan berapa daripada peruntukan tersebut digunakan untuk membaiki jalan di Semporna? Bugaya bertanya kerana kualiti jalan-jalan negeri yang di bawah konsesi yang ditampal-tampal dengan kualiti yang amat tidak memuaskan. Mohon penjelasan.
Manakala bagi perenggan 23 Ucapan Dasar Kerajaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada usaha Kerajaan juga mewujudkan ya TPSL Fasa 1A dan projek ini akan memakan masa yang lama dan ketirisan tenaga elektrik akibat curi elektrik berkait rapat dengan isu setinggan. Bugaya mohon kepada Majlis Daerah Semporna agar tidak menghalang SESB daripada memasang meter elektrik di kawasan setinggan. Kerugian yang ditanggung oleh SESB mencecah berjuta-juta dan sistem projek rumah meter berpusat seperti di Kampung Selamat adalah satu projek yang baik. Untuk membanteras isu curi elektrik, Bugaya mohon diperbanyakkan projek rumah meter berpusat. Saya ingin juga mengucapkan tahniah juga kepada CEO Datuk Yaakob dan juga Saudara Soleh membantu memasang elektrik di kawasan-kawasan tersebut walaupun ya kawasan tersebut kawasan yang setinggan. Dalam perenggan 24, Ucapan Dasar Kerajaan, menyebut tentang bencana banjir ya, di sini saya ingin menzahirkan juga perasaan kekecewaan Bugaya kepada Dewan yang mulia ini atas Ucapan Dasar Kerajaan tahun ini ya sekali lagi tidak menyentuh tentang pencapaian agama Islam. Walaupun agama Islam ini adalah agama rasmi ya di negeri Sabah dan juga Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 5A Perlembagaan Negeri Sabah dan juga Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Di sini, Datuk Speaker Bugaya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri KKTP tentang usaha Kerajaan untuk mengimarahkan masjid-masjid di Sabah ya.
Memandangkan masjid-masjid di Sabah ini rata-ratanya hanya penuh pada waktu Jumaat dan juga bulan Ramadan sahaja dan kalau hari biasa kurang. Di mana silapnya? Perbezaan bulan Ramadan dan juga hari yang lain ya kita lihat ada solat tarawih dan selepas tarawih itu ya berzikir. Ada zikir “La ilaha illallah” ya seperti sabda Rasulullah, “Jaddidu imanakum. Qila ya Rasulullah wa kayfa nujaddidu imanana? Qala: Aktsiru min qawli la ilaha illallah.” Yang mana, “Perbaharuilah iman kamu, dikatakan “Wahai Rasulullah, bagaimana kamu memperbaharui keimanan
kami?” Bagaimana baginda menjawab “Perbanyakkan mengucap La ilaha illallah.” (Riwayat Hadis Imam Ahmad) Jadi di sini Bugaya bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri. Berapa ramai pesalah atau berapa banyak kes yang telah difailkan di Mahkamah Syariah berkaitan Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie 1995? Ini berkaitan dengan kegagalan menunaikan solat Jumaat dan juga solat lima waktu sehari yang mana hukumannya ya denda RM1,000 dan juga penjara 6 bulan. Saya ingin menarik perhatian Dewan mulia ini kepada Surah al-A’raf ayat … .
…1996, badaudzu billahi minasyaitonirrojim walau anna ahlal quraa amanu wattaku lafatahna alaihim barakat minasama wal-arb walakin kazabu faakhaznahum bimakanu yaksibun yang mana maksudnya dan Tuhan berfirman lagi sekiranya penduduk negeri ini beriman serta bertakwa, tentulah kami akan memberi kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi tetapi mereka yang mendustakan rasul kami lalu kami timpahkan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Jadi di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini melalui statistik kutipan zakat pada tahun 2024.
Sabah terletak dalam kedudukan yang ke-13 daripada senarai kutipan zakat pada tahun 2024. Jadi di sini Bugaya ingin bertanya kepada Kerajaan tentang status kutipan zakat, berapakah kutipan zakat pada tahun 2025? Kalau kita bandingkan kepada negeri-negeri yang lain.
Contohnya seperti Melaka, kutipannya walaupun negerinya kecil, yang masih lebih banyak kutipan zakatnya daripada Sabah. Begitu juga dengan Perak. Untuk sebagai pengetahuan, yang tertinggi kutipan zakatnya adalah Selangor RM1.2 bilion dan saya ingin juga beringat kita kepada ketegasan Khalifah Abu Bakar Siddiq r.a., yang mana Abu Bakar r.a.
menegaskan demi Allah, jika mereka enggan untuk
membayarku walaupun hanya seutas tali unta yang dahulu mereka bayarkan kepada Rasulullah, pasti aku akan memerangi mereka.
Yang Berhormat sila gulung.
Minta tambahan sikit masa Datuk Speaker, sikit saja.
Khalifah Islam pertama merangi penculas zakat. Wilayah Sabah ini tidak kurang juga dengan zaman Khalifah Rasulullah. Kita ada Enakmen Zakat Fitrah 1993 khusus dari Seksyen 58.1(1) yang memperuntukkan denda RM500 dan penjara tiga bulan bagi yang gagal membayar zakat dan kalau dibandingkan dengan negeri Selangor yang mempunyai kutipan zakat tertinggi berjumlah RM1.2 bilion. Tapi hukuman di Selangor lebih tinggi. Hukuman di Selangor RM5,000, Kita RM500.00. Mungkin jugalah sebab hukuman barangkali terlampau tinggi di sana jadi kutipan zakatnya tinggi. Jadi ada baiknya mungkin kita tingkatkan juga kita punya hukuman di sini dan penjaranya tiga tahun. Kalau di Sabah, penjara tiga bulan saja. Jadi ada baiknya kita tingkatkan kita punya, perkasakan lagi Enakmen Zakat ini dan bukan saja enakmennya, tapi penguatkuasa zakat.
Soalan Bugaya kepada Yang Berhormat Datuk Menteri KKTP dan Kerajaan.
Berapakah jumlah pesalah yang telah disabitkan di bawah Seksyen 58.1(1), Enakmen Zakat dan Fitrah 1993 sejak enakmen ini dikuatkuasakan? Kenapa kalau kesalahan bayar parking kita boleh bayar, kesalahan LHDN, kesalahan Majlis Daerah, kesalahan jabatan-jabatan kita boleh bayar?. Kenapa kesalahan kita dengan Allah SWT melalui enakmen ini kita tidak boleh bayar dan dituntut? Dalam meningkatkan kutipan zakat, Bugaya merasakan ada juga perlunya untuk meramaikan lagi anggota penguat kuasa zakat agar boleh meningkatkan lagi kutipan zakat dan bagi pesalah-pesalah di bawah mahkamah syariah. Menyebut tentang mahkamah syariah juga ingin bertanya kepada orang-orang tentu Menteri, ya terutamanya di Semporna yang mana saya menerima aduan kelewatan kes didengar di mahkamah. Bugaya menerima aduan yang hakim tidak ada dan kes
terpaksa ditangguh. Jadi di sini Bugaya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Menteri, mengapa perkara ini berlaku? Dan kelewatan keadilan adalah keadilan yang dinafikan.
Seterusnya Bugaya ingin menarik perhatian, Dewan yang mulia ini kepada perenggan 31, yang ucapan 31 hingga 36 Ucapan Dasar, yang mana untuk melahirkan modal insan, kemahiran tinggi dan juga membangun negeri dengan seimbang. Bugaya ingin menarik perhatian dia memulai ini kepada surah al-Qasas ayat 77, yang mana maksudnya, dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu dan juga pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan jangan kau lupa bahagianmu keperluan bekalanmu di dunia dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah. Semoga Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan.
Jadi di wilayah Sabah merujuk kepada, jadi di sini kepentingan pembangunan dunia dan juga akhirat harus seiring. Seperti yang di kita sedia maklum, ya hadis maksyuk Rasulullah SAW yang Malaikyuziru memberi penerangan tentang Islam, iman dan juga ihsan. Khususnya yang mana menekankan pembangunan akhlak, ikhlas dan juga sempurnaan amal.
Baru-baru ini, tahun lepas sedia maklum, kita melihat Kerajaan Negeri ada menganjurkan satu kota sufi yang telah berjaya dilaksanakan di negeri Sabah. Jadi atas titik permulaan ini pembangunan batiniah yang menghidupkan amal dan juga diisi dengan zikrullah seumpama jasad diisi dengan roh. Diharapkan Kerajaan Negeri Sabah akan mengambil langkah seperti Negeri Sembilan di Tanah Melayu yang mana mewujudkan enakmen Tarikat Tasawur Negeri Sembilan tahun 2005. Dasar Kerajaan bukan saja untuk seharusnya baik, tapi juga seharusnya menggambarkan selaras dengan semangat perlembagaan negeri dan persekutuan dan bukannya tersasar daripada perlembagaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengucapkan terima kasih atas ruang yang diberikan dan mohon saya di sini dengan rendah hati mencadang dan juga menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bugaya. Seterusnya saya menjemput ADUN Dilantik Datuk Chin Shu Ying untuk berucap 15 minit, saya minta Tanjung Papat, Yang Berhormat Tanjung Papat bersedia.
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan.
Ucapan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Namun begitu, Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa isu penting yang pada pandangan saya memerlukan perhatian serius dan tindakan yang lebih tegas oleh pihak Kerajaan.
Yang pertama, pembangunan infrastruktur dan utiliti, asas kemajuan negeri. Yang di-Pertua, jika kita benar-benar serius mahu melihat Sabah melonjak sebagai sebuah negeri yang maju, maka asasnya mesti kukuh dan asas itu adalah infrastruktur dan utiliti.
Saya ingin menegaskan bahwa keutamaan harus diberikan kepada pembangunan jalan raya, bekalan air yang stabil, bekalan elektrik yang mencukupi, sistem pembentungan yang teratur.
Ini bukan perkara baru, ini adalah keperluan asas. Tanpa kemudahan asas yang lengkap, kita tidak boleh bercakap soal pelaburan besar, tidak boleh bercakap soal industri berteknologi tinggi, malah tidak boleh menjamin kualiti hidup rakyat. Yang di-Pertua, apabila infrastruktur lengkap, pelabur akan datang.
Ekonomi akan berkembang dan peluang pekerjaan meningkat. Pendapatan rakyat juga bertambah. Inilah konsep sebenar pembangunan mampan. Kita bukan sekadar memberi
bantuan, tetapi kita membina keupayaan rakyat untuk berdikari. Seperti pepatah, lebih baik kita mengajar rakyat memancing daripada memberi ikan. Namun realiti ini pada hari ini, kita masih mempunyai kawasan yang tidak mempunyai jalan yang sempurna, bekalan air yang tidak konsisten, gangguan elektrik yang kerap, sistem pembentungan yang belum menyeluruh. Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kita juga mempunyai tanah-tanah kosong yang luas tetapi tidak dimanfaatkan secara optimum.
Justeru, saya ingin mencadangkan satu pendekatan yang lebih berani dan pragmatik, iaitu menggunakan kaedah land swap. Melalui kaedah ini, Kerajaan boleh menawarkan tanah strategik sebagai balasan pelabur membangunkan infrastruktur dan utiliti tanpa perlu membebankan kewangan Kerajaan secara langsung. Pendekatan ini telah digunakan di banyak negara untuk mempercepatkan pembangunan. Maka saya ingin bertanya kepada Kerajaan…
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk melaksanakan kaedah land swap ini untuk menarik pelabur asing dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur di Sabah?
Kedua, Memperkukuhkan Agenda Pendigitalan melalui AI. Yang Dipertua, kita kini berada dalam era revolusi digital.
Dunia bergerak pantas ke arah Artificial Intelligence (AI). Jika Sabah tidak bersedia dari sekarang, kita akan ketinggalan. Bukan sahaja dari segi teknologi, tetapi juga dari segi daya saing tenaga kerja kita. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan ekosistem AI tidak boleh bermula di universiti sahaja. Mesti bermula dari peringkat sekolah. Sebagai contoh, di Singapura, AI telah mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran digital sejak awal.
Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan agar Sabah mengambil langkah yang sama atau sekurang-kurangnya memulakan inisiatif perintis ataupun pilot projek di sekolah-sekolah. Namun, kita harus realistik untuk melaksanakan pendidikan AI,
sekolah memerlukan peralatan, perisian, dan tenaga pengajar yang mahir. Semua ini memerlukan kos yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, adakah Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan khas kepada sekolah-sekolah di Sabah bagi menjalankan kelas komputer dan pendidikan AI secara sistematik? Yang Dipertua, pada tahun lalu, saya juga telah mencadangkan agar badan-badan profesional di Sabah diberikan peruntukan khas untuk meningkatkan penggunaan Building Information Modeling ataupun BIM di dalam industri pembinaan. BIM bukan sekadar teknologi, adalah asas kepada digitalisasi industri, platform kepada integrasi AI dalam pembinaan.
Ini adalah langkah strategik untuk memastikan industri kita tidak ketinggalan. Maka saya ingin bertanya, adakah Kerajaan berhasrat untuk meluluskan permohonan peruntukan ini bagi mempercepatkan penggunaan BIM dan selanjutnya memperkukuh agenda AI di Sabah?
Ketiga, isu Hak Milik Strata Keadilan untuk Pembeli Rumah. Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana akhirnya akan membentangkan pindaan kepada Land Subsidiary Title Enactment 1972 serta memperkenalkan Building Management Enactment. Ini adalah langkah yang amat penting dan telah lama dinantikan.
Kita tidak boleh menafikan bahawa isu kelewatan pengeluaran hak milik strata di Sabah telah berlarutan terlalu lama dan memberi kesan besar kepada rakyat. Realitinya, pembeli telah membayar pinjaman bertahun-tahun, mereka telah menduduki rumah tetapi masih tidak mempunyai hak milik yang sah. Ini bukan sekadar isu teknikal, ini adalah isu keadilan kepada pembeli rumah. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan beberapa soalan kepada pihak Kerajaan.
1.
Apakah jumlah sebenar projek pembangunan berstrata di Sabah yang masih belum dikeluarkan hak milik strata setakat ini, termasuk jumlah unit dan pecahan mengikut daerah?
2.
Berapa tempoh purata kelewatan bagi pengeluaran hak milik strata di Sabah dan apakah kes paling lama yang masih belum diselesaikan?
3.
Apakah punca utama kelewatan ini dan siapakah pihak yang bertanggungjawab di setiap peringkat, sama ada pemaju, perunding atau agensi Kerajaan? 4.
Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemaju atau pihak berkaitan yang gagal mematuhi keperluan sehingga menyebabkan kelewatan kepada pembeli?
5.
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan semua kes tertunggak ini? Adakah terdapat timeline yang jelas, spesifik dan boleh diukur? dan 6.
Adakah Kerajaan bersedia untuk menetapkan tempoh mandatori bagi pengeluaran hak milik strata supaya masalah ini tidak berulang pada masa hadapan.
Yang Dipertua, rakyat tidak mahu lagi janji. Rakyat mahu penyelesaian dan penyelesaian itu mesti ada garis masa yang jelas.
Yang Dipertua, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan mengenai status penubuhan Appeal Board di bawah peruntukan Seksyen 28L Town and Country Planning Ordinance, di mana peranan Appeal Board ini amat penting untuk bertindak sebagai badan untuk pihak pemaju mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Perancangan Negeri.
Yang Dipertua, sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kita bukan sekadar menyokong dasar, tetapi memastikan dasar tersebut benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Tiga perkara yang saya bangkitkan hari ini:
1.
Infrastruktur dan utiliti sebagai asas pembangunan; 2.
Pendidikan AI sebagai pelaburan masa depan; dan 3.
Hak milik strata sebagai keadilan kepada rakyat.
Ini bukan isu kecil, ini adalah isu yang menyentuh kehidupan harian rakyat Sabah. Saya berharap Kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih berani, lebih strategik dan lebih berkesan dalam menangani isu-isu ini. Dengan itu, saya menyokong usul. Sekian terima kasih.
Terima kasih, Adun Dilantik Yang Berhormat Datuk Chin Shu Ying. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Tanjung Papat. Berucap 15 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri-menteri, Ahli-ahli yang berada di Dewan yang mulia ini, terima kasih Datuk Speaker atas peluang diberikan. Isu pertama saya ingin membangkitkan adalah masalah gelandangan serta individu yang mengalami gangguan mental dan juga sering berkeliaran di kawasan bandar. Ini bukan sahaja di Sandakan, ini di sekitar seluruh Sabah, di bandar-bandar.
Dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Golongan ini bukan sahaja mencacatkan imej bandar Sandakan, malah adalah dalam kalangan mereka yang mengganggu perniagaan di premis-premis di bandar. Ada yang juga sampai tidak berpakaian masuk ke tempat makan.
Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian, adakah terdapat langkah atau perancangan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan ini? Contoh, mengadakan satu pusat perlindungan atau lokasi khas yang lebih sesuai
agar kebajikan mereka terjamin. Dan ketenteraman, ketenteraman awam dapat dipelihara.
Kedua juga, berkenaan dengan pasar umum Sandakan dan gerai kiosk di Lorong Kreatif Sandakan. Baru-baru ini, di bandar ada berlaku banyak kes, lebih puluh-puluh lebih kurang 30 lebih, saya tidak ingat itu figure. Telah dipecah masuk gerai, sampai ada kerugian beribu-ribu.
Jadi, saya ada nampak tindakan daripada PBT untuk kasi selesaikan itu pagar yang mereka masuk, itu pencuri masuk, tetapi yang sepatutnya perlukan itu security dan CCTV yang lengkap dan juga rondaan yang berterusan untuk jaga keselamatan. Dan seterusnya juga yang di MyKios, Lorong Kreatif sana. Dia telah pecah masuk juga. Baru-baru ini juga saya dapat laporan ini dan tempat itu malam tiada lampu langsung. Dan bagaimana PBT atau Kementerian memastikan gerai-gerai ini supaya mereka punya keselamatan terjaga.
Dan seterusnya berkenaan dengan tanah runtuh di Sandakan. Di Sandakan kalau tidak silap dua bulan lalu, kita ada satu kes bencana, iaitu tanah runtuh di Blok 10. Iaitu dia telah meragut nyawa juga. Kejadian ini bukan saja satu tragedi tapi juga satu amaran jelas bahawa risiko struktur tanah yang tidak stabil di kawasan curam sekitar bandar Sandakan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kita dapat beberapa kawasan di…
Cerun. Kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko tinggi dan didapati pokok wawasan yang berpotensi berbahaya. Untuk rekod Dewan ini, saya dimaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana telah bersetuju untuk melaksanakan siasatan kejuruteraan berkenaan keselamatan cerun. Sehubung itu, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak kementerian. Adakah siasatan ini dimulakan? Apa skop kajian tersebut? Dan juga apa garis masa pelaksanaan? Takkan kaji 10 tahunkan. Dan bila hasil itu
dijangka dibentangkan dan apakah tindakan segera yang telah diambil di kawasan berisiko tinggi bagi melindungi keselamatan penduduk setempat? Dan apa pelan jangka panjang kerajaan untuk handle ini isu cerun yang tidak stabil, termasuk aspek pemantauan, monitoring, maintenance dan mitigasi risiko.
Datuk Speaker, kita tidak boleh tunggu sehingga tragedi berulang lagi. Tindakan perlu diambil segera. Pendekatan yang lebih proaktif berasaskan engineering, kejuruteraan dan pengurusan risiko yang sistematik amat diperlukan untuk memastikan keselamatan rakyat. Dan seterusnya, berkenaan dengan bangunan uzur di Pusat Bandar Sandakan. Isu bandar, bangunan terbiar dan uzur di Pusat Bandar Sandakan semakin serius dan memberi imej negatif kepada Bandar Sandakan. Antara masalah yang dapat dilihat, struktur bangunan yang usang dan berbahaya, sistem paip dan pembentungan yang tidak terurus, tumbuhan liar yang tumbuh di atas bangunan dan juga penutup parit yang retak dan berbahaya. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri KKTP, adakah terdapat inventori rasmi bangunan uzur serta pelan pemulihan? Apakah tindakan terhadap pemilik yang gagal menyelenggara bangunan mereka?
Apakah kerajaan mempertimbangkan pendekatan urban regeneration atau PPP, Public-Private Partnership untuk menghidupkan kita punya Bandar Sandakan? Khususnya bagi bangunan yang berbahaya seperti di Lebuh Dua yang menjejaskan keselamatan peniaga dan juga orang awam, apakah tindakan proaktif yang telah atau akan diambil? Dan peranan yang proaktif untuk menggantikan itu paip, penutup parit yang berbahaya dan juga tumbuhan liar dan juga sistem paip buangan yang gagal. Seterusnya, saya ingin menarik perhatian kepada sektor pelancongan di Sandakan dan tahun depan adalah tahun Melawat Sabah 2027 dan tahun ini 2026. Dan Sandakan, di bandar tiada satu tourism spot yang tiada cukup tourism spot yang untuk menarik itu pelancong ke tempat-tempat ini. Jadi, apa infrastruktur yang telah buat? Infrastruktur pelancongan untuk di kawasan Sandakan dan juga apa promosi yang dibuat? Dan saya ingin bertanya kepada kementerian, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, apakah pelan atau plan khusus untuk meningkatkan
kedatangan pelancong ke Bandar Sandakan? Bukan saja datang flight terus pergi ke Sukau.
Adakah terdapat peruntukan untuk menaik taraf kemudahan seperti kita punya waterfrontkah, itu signboardkah untuk menarik dan juga akses itu pengangkutan? Bagaimana strategi promosi Sandakan dibandingkan dengan destinasi lain macam KK atau Semporna? Dan juga seterusnya, saya ingin berbahas tentang itu jambatan dan jeti di sekitar Kampung-kampung Sim-Sim.
Datuk Speaker, isu seterusnya yang saya membangkit adalah berkenaan dengan jambatan dan jeti. Di Kampung Melayu Bumiputera, Kampung Barat Darat dan juga Pulau Berhala perlu diberi perhatian serius daripada pihak Kerajaan. Banyak jambatan dan jeti di kawasan tersebut mengalami kerosakan struktur seperti tiang yang usang, keretakan pada beam, lantai jambatan yang telah roboh, yang sudah pecah dan baru-baru ini saya pun terima aduan dan juga laporan iaitu jambatan telah roboh, ya.
Dan untuk makluman, surat rasmi, saya sudah mengemukakan kepada kementerian, Menteri KKTP dan dia belum apa, dapat apa-apa jelasan lagi. Keadaan ini sangat-sangat membimbangkan sebab ini jambatan untuk kegunaan setiap hari. Jadi, saya ingin tahu daripada, ambil tahu daripada kementerian, apakah rancangan atau tindakan segera untuk membaiki, menaik taraf atau membina semula jambatan-jambatan tersebut atau jeti juga. Selain itu, adakah terdapat perancangan untuk menyediakan jeti, kemudahan jeti di Kampung Melayu Bumiputera dan Pulau Berhala untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan perhubungan penduduk? Seterusnya Datuk Speaker, energy security di Sabah bukan lagi satu pilihan, ia adalah satu keperluan strategi jangka panjang. Realitinya, Sabah masih berdepan dengan beberapa kelemahan asas seperti bergantung kepada sumber bahan api yang tertentu. Ketiadaan kemudahan simpanan bahan api strategik yang mencukupi. Sebab kita tahu, kemarin pun ada cerita, kita punya reserve sampai Julai saja, dua bulan reserve. Sepatutnya enam bulan. Infrastruktur grid yang masih terdedah kepada ganggungan luar jangka.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan. Pertama, adakah Kerajaan Negeri mempunyai plan khusus untuk membangunkan strategy field reserve bagi memastikan kesinambungan bekalan semasa crisis macam sekarang ini? Kedua, dari sudut tenaga yang boleh baharu, itu renewable energy. Sabah perlu bergerak lebih agresif dalam pelbagai sumber seperti solar, biogas, hidro besar, hidro kecil serta potensi tenaga angin. Apakah sasaran campuran tenaga menjelang tahun 2030? Dan bagaimana kerajaan memastikan integrasi tenaga boleh baharu ini, renewable energy ini tidak menjejaskan kestabilan grid? Ketiga, apakah plan jangka panjang kerajaan untuk memperkukuhkan daya tenaga infrastruktur tenaga Sabah supaya lebih berdaya tahan terhadap ganggungan teknikal atau faktor ekstrem? Saya ingin juga, bagi tahu juga, kita punya enactment, itu RE Act. Memang dari dulu pindah dari federal ke state. Dan saya menggesakan kepada Kerajaan Negeri untuk menilai semula serta mempertimbangkan pindaan terhadap enactment, RE Enactment 2024 bagi memperkukuhkan kerangka dasar tenaga yang boleh baharu negeri termasuk, termasukkan peruntukan berkaitan sistem penjana tenaga boleh baharu secara penggunaan sendiri iaitu self-consumption atau SELCO ke dalam enactment.
Kedua, memperkenalkan Mechanism Net Energy Metering bagi menggalakkan penyertaan pengguna sektor swasta. Ketiga, meneliti pelaksanaan kaedah perolehan secara bidaan kompetitif bagi projek tenaga boleh baharu berskala besar. Keempat, memastikan dasar serta pelaksanaan tenaga bahawa di Sabah adalah selaras dengan perkembangan semasa industri, keperluan kestabilan sistem grid serta daya saingan pelaburan negeri iaitu grid codelah.
Seterusnya, saya ingin menyentuhkan, Datuk Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan projek Battery Energy Storage System (BESS) di Lahad Datu oleh itu, oleh Elopura Power Sendirian Berhad, anak syarikat SESB. Beberapa soalan teknikal dan operasi saya perlu dijelaskan, perlu dijelaskan. Bagaimana BESS ini akan menyokong kestabilan grid di Pantai Timur Sabah yang selama ini sering mengalami masalah bekalan elektrik? Dari segi operasi, apakah status semasa loji ini? Dan apa parameter operasi seperti maximum state of charge?
…discharge limit dan technical atau state of charge dia, adakah ada set limit dia? Sebab kalau yang saya dapat info, ini state of charge memang tidak dalam, tidak ikut itu tender dokumen. Dan seterusnya, adakah loji ini beroperasi ikut tender dokumen yang asal? Dan juga seterusnya, yang paling penting adakah pelaksanaan BESS ini mengurangkan SAIDI di Pantai Timur? Seterusnya, Datuk Speaker, saya ingin sentuhkan pasal pengumuman itu daripada ECOSS berkenaan dengan pelaksanaan tender terpilih bagi Program LSS Sabah 2026 dan BESS Sabah 2026 menimbulkan beberapa persoalan dasar yang serius ya. Pertama itu ialah hanya GLC yang tersenarai atau JV, 30% share dengan GLC Sabah. Pertama isu yang saya mahu sentuhkan ialah, hanya segelintir GLC Sabah mempunyai pengalaman dalam pembangunan solar atau BESS. Bagaimana Kerajaan Sabah memastikan [suara bertindih].
Tuan Speaker, saya mohon mencelah [suara bertindih].
Bahawa GLC yang dianugerahkan projek-projek yang benar ini mempunyai keupayaan teknikal atau kewangan, adakah diwajibkan bekerjasama dengan rakan teknikal yang ada experience dan seterusnya, dengan pendekatan…
Tuan Speaker, boleh mohon mencelah? [suara bertindih].
…tender terpilih, adakah ini mengurangkan persaingan?
Boleh mohon mencelah? [suara bertindih].
Okey.
Terima kasih Datuk Speaker. Ah… Saya ingin bertanya kepada Yang Berhomat Tanjong Papat sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan yang telah pun dikeluarkan oleh ECOSS bahawa dengan kewujudan BESS ini dapat mengurangkan subsidi diesel, kebergantungan kepada subsidi diesel sebab saya difahamkan BESS masih menggunakan diesel untuk menjana fasa dan grid yang digunakan adalah dari Tawau, Kubota Power Station, dan juga mungkin dari Sandakan. Jadi, kita semua sedia maklum bahawa subsidi diesel ini menjelang 2030, Kerajaan Persekutuan tidak lagi akan bagi subsidi diesel. Jadi, adakah YB Tanjong Papat bersetuju dari permulaan untuk membina BESS ini, kenapa tidak terus menggunakan tenaga baru untuk menjana kuasa? Terima kasih.
Terima kasih ADUN Sri Tanjong dan saya setuju apa yang dia mencelah tadi, sebab sekarang BESS System adalah secara ringkas macam power bank lah, tapi generation still bergantung daripada diesel yang seperti YB Seri Tanjong tadi cakap. Jadi… [suara bertindih]
Yang Berhormat, sila gulung.
Ya, jadi seterusnya saya akan, sama juga persaingan itu competition, berkenaan ini BESS atau solar.
Ini akan meningkatkan kos pembangunan. Bagaimana Kerajaan memastikan value for money untuk rakyat Sabah berkenaan ini projek-projek? Dan juga justification, mengapa Sabah masih mengguna model tender? Tidak menggunakan tender terbuka seperti yang di Kerajaan MADANI atau negara-negara lain. Apakah rasional sebenar menggunakan close tender, tender terpilih? Seterusnya, bagaimana proses ini memastikan ketelusan dan mengelakkan rundingan tertutup, closed-door negotiation?
Dan bagaimana pelabur swasta yang kompeten tapi tidak mempunyai hubungan dengan GLC, boleh participate?
Dan seterusnya, saya ingin sentuh pasal isu kebakaran sikit di Kampung Bahagia.
Sebab baru-baru ini berlaku kebakaran di Kampung Bahagia dan lebih 90% itu kampung telah dimusnahkan di kebakaran tersebut.
Yang saya mau sentuhkan ialah itu fire safety di kampung-kampung seperti di kampung berdekatan dengan Sim Sim, Kampung Berhala Darat dan juga itu Bumiputera Melayu dan apakah pelan Kerajaan untuk mengadakan macam fire safety, contoh pili bomba, tangki simpanan air kecemasan atau alat pemadam api di kampung-kampung dan mengadakan pasukan sukarelawan kebakaran komuniti atau mengadakan lebih program kesedaran keselamatan kebakaran.
Dan juga, apakah Kerajaan mempunyai pelan menyeluruh untuk menaik taraf kawasan perkampungan di atas air di Sabah supaya lebih selamat dan tersusun pada masa depan. Dan seterusnya ada link juga sama ini adalah PPS yang di futsal Sim Sim sekarang ini.
Saya didapati tahu ada lebih 500 lebih mangsa tinggal di dalam PPS ini. Ini adalah PPS terbesar dalam bencana ini, ya. Ini di kawasan sayalah. Jadi, ini tempat ni, baru-baru ni mereka telah membina tandas sementara, memang sebab tempat ni asal hanya padang futsal, hanya dua tandas. Sekarang mereka tambah luas sebab lebih 500 mangsa, jadi mereka ada [audio tidak jelas] tandas. Memang tepatlah tapi masalahnya tiada letak septic tank. Bayangkan satu hari 500 orang membuang najis, macam mana kalau satu minggu kan?
Okey Yang Berhormat, gulung-gulung [suara bertindih].
So, what is the plan? Mengadakan septic tank atau how to it… sama sampah yang memang banyak di kawasan PPS ini.
Dan seterusnya, last saya gulung, sebagai penutup segala isu yang saya membangkit pada hari ini bukan saja semata semata untuk mencari kesalahan
mana-mana pihak. Tapi sebagai suara rakyat, saya mahu tindakan penyelesaian dan pembelaan terhadap masalah mereka yang hadapi setiap hari. Dan last juga saya ada sentuh sikit juga berkenaan dengan status tanah dan perkampungan di Kampung Melayu Bumiputera dan Kampung Berhala Darat. Mengapa kawasan jambatan 20 hingga 24 masih belum digazet?
Berbanding jambatan yang lain, 1 hingga 19. Ya. Itu soalan yang saya akan, ah… Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Papat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bengkoka untuk berucap 15 minit.
Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya memanjatkan lafaz kesyukuran ke hadapan Allah SWT dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk memberi atau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 ini.
Saya bangkit di Dewan yang mulia ini dengan tekad yang tuntas untuk menyokong ucapan dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun yang telah menyampaikan dengan jelas dasar Kerajaan dalam membangunkan negeri kita yang tercinta ini.
Datuk Speaker, kesempatan ini mari kita sama-sama mensyukuri nikmat Allah SWT dan berterima kasih kepada Kerajaan di bawah kepimpinan atau teraju oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sulaman. Kita bersyukur dan berterima kasih kerana pertamanya, dalam ucapan dasar ini telah disentuh beberapa dasar yang meliputi semua aspek keperluan kita di negeri ini.
Yang keduanya, Dasar Pembangunan Kerajaan yang menyeluruh dalam semua aspek, termasuklah memaju pertambahan ekonomi, membangunkan modal insan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Pada hari ini saya ingin melengkapkan naratif Dewan ini dengan membawa perbahasan, kembali kepada teras utama kewujudan Kerajaan, iaitu membela golongan yang paling daif, miskin dan terpinggir. Saya ingin memperkatakan tentang hati nurani dasar awam kita, iaitu membasmi kemiskinan tegar dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial.
Datuk Speaker, komitmen Kerajaan di bawah pelan SMJ 2.0 untuk menoktahkan kemiskinan tegar adalah satu misi yang sangat mulia. Kita tidak boleh berbangga dengan angka pertumbuhan ekonomi yang pesat, sekiranya masih ada rakyat kita yang kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Sama ada di ceruk kampung ataupun di setinggan bandar.
Oleh bagaimanapun, Datuk Speaker, untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang kompleks ini, pendekatan pemberian bantuan secara pukul rata yang menjadi amalan kita selama ini tidak lagi relevant. Pembasmian kemiskinan mesti digerakkan melalui formulasi dasar berasaskan data yang sangat teliti. Saya dapat melihat, mungkin bukan disengajakan, tetapi itu adalah kelemahan kita. Penentuan e-Kasih khususnya di kawasan saya yang saya pernah lihat, kadang-kadang boleh dipertikaikan oleh rakyat kita.
Ada rakyat kita yang memiliki kebun, ada kereta satu dua, ada e-Kasih. Di sebaliknya, di sebelah rumah, rakyat kita yang tidak ada kelengkapan, merungut kerana tidak termasuk dalam senarai e-Kasih. Sebab itu saya mencadangkan agar kita perlu menganalisis profil sosioekonomi, setiap ketua isi rumah di dalam sistem e-Kasih secara saintifik. Adakah mereka miskin kerana ketiadaan kemahiran? Atau mereka miskin kerana faktor kesihatan? Dan perlu juga kita melihat, rakyat kita ini miskin kerana mungkin terpinggir secara geografi.
Tindakan Kerajaan melaksanakan pemutihan dan padanan data yang agresif adalah amat tepat.
Apabila data kita bersih dan tepat, barulah intervensi dasar yang dirangka itu akan tepat mengenai sasaran, menghilangkan ketirisan dan benar-benar mengeluarkan keluarga tersebut daripada kepompong kemiskinan. Datuk Speaker, salah satu instrumen paling berkesan dalam mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan adalah melalui penyediaan tempat berteduh yang selamat.
Inisiatif Kerajaan membina Rumah Mesra SMJ secara percuma, di kesemua 73 kawasan DUN adalah satu pengubahan keadaan yang paling memberi impak langsung kepada rakyat B40. Memberikan sebuah rumah bukan sekadar kita memberikan dinding dan bumbung, sesungguhnya mengubah nasib atau sebagai satu penganugerahan secara maruah kepada sebuah keluarga.
Datuk Speaker, saya ingin menekankan satu perkara penting dari sudut pelaksanaan, kita mesti memastikan bahawa spesifikasi dan kualiti pembinaan Rumah Mesra SMJ ini, dapat dilaksanakan sebaiknya, mengikut optimum dan diurus dengan standard oleh pengurus-pengurus projek yang berkenaan.
Kita tidak mahu rumah yang diserahkan hari ini, mula mengalami kerosakan dalam tempoh dua atau tiga tahun. Ini dapat kita lihat di tempat saya sendiri, rumah yang berusia dua tiga tahun sudah nampak retaknya dan juga sudah ada bocornya, ini yang kita perlu berikan kerjasama sepenuhnya.
Dasar yang baik ini kalau tidak disempurnakan sebaik mungkin, akan tidak memberikan impak yang memuaskan khususnya kepada rakyat kita secara keseluruhannya.
Datuk Speaker, Dasar Kerajaan yang begitu menitikberatkan kepada pembangunan secara menyeluruh, sama ada pembangunan ekonomi mahupun pembangunan modal insan yang telah dibangkitkan atau diusulkan dalam Dasar kita.
Datuk Speaker, dalam Dasar yang begini cantik kita lihat perkara penting yang saya amat tertarik mengenai dengan mengoptimumkan pembangunan infrastruktur dan utiliti seperti mana yang kita lihat di sini.
Program ini menitikberatkan kepada tiga perkara penting, iaitu menaik taraf jalan, memberikan jambatan kecil luar bandar,
memperkukuhkan jaringan pengukuhan, mempertingkatkan mobiliti penduduk, serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Dalam isu penting yang dimuatkan dalam mengoptimumkan pembangunan infrastruktur ini ialah memastikan jaringan jalan, bekalan air dan bekalan api elektrik. Datuk Speaker, kawasan saya merupakan kawasan yang baru, yang perlu diambil perhatian, khususnya oleh Kementerian-Kementerian yang berkenaan kerana kawasan ini sebenarnya mempunyai keluasan yang begitu mencabar, kerana terutamanya kawasan ini kawasan baru, N.2 Bengkoka, yang dulunya pernah masuk di dua DUN N.1 dan N.3, yang terletak di kawasan pinggir dan pinggir laut dan daratan. Seolah-olah kawasan ini terbiar selama itu. Kawasan N.2 Bengkoka seluas 1,014 km persegi, penduduk seramai 27,140 orang.
Dan jumlah penduduk yang berstatus eKasih, 1132, tidak ramai sebenarnya yang tersenarai dalam senarai eKasih. Saya melihat penyenaraian eKasih ini …
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila gulung sekarang.
Ya, Datuk Speaker.
Ya.
Rakyat yang tergolong dalam eKasih ini sebenarnya kalau saya melihat ianya berpunca daripada rangkaian jalan dan juga kemudahan-kemudahan lain yang tidak dapat diagihkan di kawasan ini. Contohnya, kalau menyebut tentang bekalan air, syukurlah kepada sahabat-sahabat wakil rakyat yang lain kerana mereka hanya kadang-kadang ada empat hari, lima hari tidak ada
air. Tetapi di kawasan saya ini Datuk Speaker, 80% kampung di kawasan saya ini belum mendapat saluran bekalan air.
Dan juga termasuk bekalan elektrik yang belum dapat disalurkan sepenuhnya, lebih kurang 40% kampung-kampung di kawasan saya ini tidak menerima bekalan elektrik.
Datuk Speaker, untuk menyelesaikan masalah ini, saya ingin mencadangkan di sini.
Saya mencadangkan kepada Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan agar memberikan peruntukan lebih kepada kementerian penting khususnya Kementerian Luar Bandar dan Kementerian Keterjaminan Makanan dan Pertanian kerana saya melihat banyak perkara penting yang perlu diselesaikan melalui Kementerian ini.
Kalau Menteri Pembangunan Luar Bandar masuk di kampung, orang menyangka Menteri ini akan menyelesaikan masalah di kampung ini sebab Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga Kementerian Pertanian. Baru-baru ini saya menghubungi Kementerian Pertanian, meminta agar akses jalan di ladang-ladang kita tambah baik. Tetapi memandangkan peruntukan yang tidak mungkin mencukupi maka penyelesaian masalah jalan di ladang ini, lambat kita sempurnakan. Datuk Speaker, saya mengucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang begitu komited, yang kita nampak dari segi dasarnya dan juga pencapaiannya amat memuaskan. Yang pentingnya di sini ialah pelaksanaan dasar ini.
Kita merayu kepada pelaksana-pelaksana dasar agar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dasar-dasar yang telah kita bangunkan ini. Dengan itu, Datuk Speaker, Bengkoka mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bengkoka. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Sri Tanjong untuk berucap 15 minit. Kemudian Banggi, Yang Berhormat Banggi bersedia. Silakan.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan mengetengahkan isu-isu di kawasan saya iaitu, Sri Tanjong, ini bukanlah isu baharu. Kebanyakan isu ini telah
pun saya bawa dari penggal lepas dan masih belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Sejak beberapa dekad, Dewan yang mulia ini, saban tahun mendengar perkara yang sama, isu infrastruktur, asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.
Persoalannya, mengapa selepas sekian lama kita masih berada di titik yang sama? Kawasan saya tidak terkecuali. Walaupun mendengar puluhan janji daripada Kerajaan, pengumuman demi pengumuman bahawa isu ini akan diselesaikan dalam masa singkat.
Malangnya, apa yang berlaku di lapangan adalah sebaliknya. Keadaan ini seolah-olah terperangkap bahawa kita ini macam dalam time loop, selalu berada dalam sekitar yang masalah yang sama, masa kita buat perbahasan. Apa yang saya tulis hari ini, hakikatnya tidak banyak berbeza daripada apa yang telah disuarakan lima tahun yang lalu. Semasa saya merangka ucapan ini, saya rasa apa yang saya nak kata hari ini adalah tepat sama seperti lima tahun yang lalu. Datuk Speaker, saya tidak pasti jika ia akan membosankan Datuk Speaker, kerana isu pertama yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai isu gangguan bekalan air. Isu gangguan bekalan air masih kekal relevan kerana di kawasan saya masih dalam keadaan yang serius dan berlaku hampir setiap hari. Sejak Januari tahun ini sahaja, pejabat saya telah membuat pengiraan kasar berdasarkan notis gangguan bekalan air.
Tawau telah mencatat 374 insiden gangguan air. Satu angka yang mencerminkan kegagalan sistemik. Walaupun berbagai alasan telah pun diberikan, ada paip pecah, ada masalah loji, ada gangguan elektrik, pam rosak dan sebagainya. Punca utama tetap sama, iaitu infrastruktur semakin usang dan penyelenggaraan tidak mencukupi.
Sebagai satu contoh, tadi ada saya sebut dalam soalan tambahan juga, mengenai paip jenis AC yang sudah berusang dan berusia lebih 30 tahun ini kini berada dalam, pada tahap yang kritikal dan menjadi punca utama gangguan. Maka saya ingin bertanya sekali lagi, berapa panjang paip lama yang telah pun diganti dalam tempoh lima tahun? Berapa panjang rangkaian paip di seluruh Sabah? Sebab kalau saya, apa yang saya sebut tadi, kalaulah rangkaian paip yang ada di Sabah kira-kira ada
15 000 km, maka Jabatan Air melaksanakan penggantian paip sebanyak 1000 km setahun, maka kita perlu menunggu 15 tahun untuk disiapkan.
Dan juga saya terpanggil untuk menyatakan di sini bahawa saya pernah melihat sebuah kenyataan Ketua Menteri, yang di mana beliau ada sebut masalah air ini dapat diselesaikan dalam tempoh 2-3 tahun dan dijangka diselesai menjelang 2025. Dan artikel yang saya baca ini adalah pada tahun 2023, semasa beliau berucap di AGM Bahagian Sulaman, parti beliau. Dan sudah tentu ini jelas tidak selari dengan keadaan sebenar dan adakah kenyataan itu adalah satu penipuan? Kita tak tahu.
Jadi saya di sini juga ingin sentuh bahawa saya memetik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kundasang merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, di mana beliau sebut Kerajaan mempunyai simpanan tunai ataupun cash reserve sekitar RM8.6 bilion.
Persoalannya, mengapa dana tersebut tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah asas rakyat?
Simpan berbilion ringgit bukan satulah pencapaian jika rakyat terus berdepan masalah air yang kronik. Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan isu jalan raya kerana ia merupakan antara aduan paling konsisten daripada pengundi Sri Tanjong. Kawasan Sri Tanjong termasuk pusat bandar sudah bertahun-tahun tidak menerima penurapan semula yang menyeluruh. Khususnya bagi jalan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti Jalan Kuhara, Jalan Chong Thien Vun, jalan mana-mana jalan, Jalan Kubota, Jalan Hot Springs, Jalan Hot.. Sin Onn. Persoalannya, mengapa kawasan pusat bandar yang menjadi nadi ekonomi di Tawau tidak diberi keutamaan dalam penyelenggaraan asas?
Kita tidak minta projek mega Datuk Speaker, hanya jalan yang selamat dan terjaga.
Orang Tawau pun pembayar cukai juga, mereka juga menyumbang kepada Kerajaan Sabah dari segi cukai dan mereka … . Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong]:…Juga berhak menerima layanan setara seperti kawasan lain. Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Tawau telah menjalankan penurapan di beberapa kawasan perumahan. Namun, saya sendiri
turun padang, saya ada nampak penurapan itu bukan menyeluruh. Ada kawasan yang hanya diturap sekitar 30 meter, ada yang juga sehingga jalan yang paling rosak itu, kontraktor tidak menurap.
Jadi, saya bagi satu contoh di Taman Bintang. Daripada keseluruhan lorong sekitar 500 meter, bahagian yang mempunyai banyak potholes tidak disentuh langsung. Ini menimbulkan persoalan tentang pemantauan kerja di lapangan dan peranan pegawai semasa pelaksanaan.
Saya juga ingin menyuarakan bahawa wakil pembangkang tidak dilibatkan atau dimaklumkan projek seperti ini. Sekiranya kami turut dilibatkan, saya rasa ini boleh meningkatkan ketelusan dan juga boleh memastikan kontraktor akan menjalankan kerja lebih efisien dan cekap. Jadi mohonlah pihak Kementerian ataupun Menteri boleh mempertimbangkan supaya ADUN-ADUN pembangkang juga dapat dilibatkan dalam perkara ini. Keadaan ini jelas menunjukkan kelemahan pelaksanaan dan berpotensi membazirkan wang rakyat.
Datuk Speaker, isu yang ketiga yang ingin saya sentuh hari ini adalah berkenaan dengan isu banjir. Yang sudah lama menghantui penduduk Tawau. Baru-baru ini sahaja musim Tahun Baru Cina, Datuk Speaker. Hari kelima, Tawau telah pun dilanda dengan banjir kilat. Dan air itu sehingga walaupun hujan dalam sejam sahaja, tapi oleh sebab hujan lebat dan taburannya mencecah 100mm, maka banjir kilat terus berlaku.
Saya sendiri pun turun padang pada malam itu, walaupun saya ada satu function tetapi saya terpaksa leave the hall to pantau. Saya nampak keadaan di jalan raya sesak sebab kereta kecil tak boleh lalu. Sebab paras air sudah meningkat, maka kereta yang kecil seperti kancil tidak boleh berlalu. Jadi, keesokan hari saya pun turun padang sekali lagi. Saya nampak penduduk perlu membuat gotong-royong untuk membersihkan rumah. Jalan raya pun sudah berlumpur.
Dan persoalan saya, waktu bencana itu berlaku, manakah Jawatankuasa Pengurusan Bencana? Saya tak nampak pun seorang Menteri yang melawat Tawau walaupun sudah berminggu selepas banjir berlaku.
Jadi keadaan ini juga
menimbulkan risiko kesihatan sebab sampah sarap ataupun kuman-kuman yang ada.
Air mengalir ke darat, kita tidak tahu, berisiko dengan kesihatan, jadi ini akan menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Negeri mempunyai peranan semasa bencana berlaku dan lebih mengecewakan Majlis memaklumkan saya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang jentera pembersihan sehingga saya meminta pihak bomba untuk menggunakan lori mereka untuk kasi bersihkan jalan. Tapi kerana bagi saya peranan bomba ini dia ada perkara yang lebih penting, dia harus fokus kepada tugas kecemasan yang lebih kritikal. Jadi persoalannya, mengapa Majlis Perbandaran tidak dilengkapi jentera asas untuk menghadapi bencana seperti banjir.
Dari segi bantuan pula, mangsa banjir di Pantai Barat, apabila bencana banjir berlaku tahun lalu, mereka menerima bantuan tunai RM1000.00 dan juga bakul makanan. Namun di Tawau, penduduk mendakwa tiada bantuan langsung termasuk di Kampung Rawa-rawa, Kampung Baru dan Kampung Saidani. Adakah rakyat Tawau tidak layak menerima bantuan yang sama?
Kerajaan perlu bertindak adil kepada semua mangsa tanpa mengira lokasi.
Yang Berhormat, sila gulung.
Satu lagi mengenai isu banjir ini, saya pernah sebut pasal itu projek tebatan banjir. Saya cuma ingin minta status terkini daripada Menteri terhadap perkara ini. Sebab kalau projek ini tidak dapat diteruskan, risiko banjir akan berterusan, tiada pampasan, tiada kepastian kepada rakyat. Jadi, saya mintalah pihak Kementerian ataupun Kerajaan Sabah, ambillah tindakan konkrit untuk menyelesaikan masalah ini.
Datuk Speaker, memandangkan kesan yang diberi oleh konflik di Timur Tengah adalah bersamaan dengan terhadap industri pelancongan adalah bersamaan dengan wabak COVID-19.
Saya berharap bahawa pihak Kementerian selain daripada persoalan tentang kos operasi ialah, bolehlah mungkin saya bercadang menukar strategi yang telah pun diatur ataupun disusun sebab Visit Malaysia 2026 telah pun ditunda sehingga 2027 memandangkan penerbangan antarabangsa makin berkurang oleh sebab kos bertambah tinggi, saya ingin bertanya kepada Menteri Pelancongan sama ada dari segi kempen melawat ataupun Cuti-cuti Malaysia, boleh mengambil kira hotel voucher kepada orang tempatan. Ini bukan perkara yang baru. Dulu waktu COVID-19, Kerajaan Persekutuan, oleh kerana mereka nak orang Malaysia bercuti di negara, mereka bagi voucher, hotel voucher sebanyak RM100 untuk bilik yang harga RM150 yang ke atas.
Jadi itu adalah salah satu cadangan daripada saya. Sabah ini menerima lebih 100,000 pelawat dari Eropah dan Timur Tengah. Jadi, dengan kemerosotan pasaran ini, apakah perancangan kerajaan untuk mengisi kekosongan ini?
Datuk Speaker, one last issue adalah berkenaan dengan tuntutan 40%. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, serta seluruh rakyat yang saya kasihi, sama ada yang berada di Dewan mahupun yang mengikuti dari rumah, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya cuma nak sentuh pasal tuntutan 40% ini. Dia bukanlah permintaan, dia adalah satu hak yang lahir daripada suatu perjanjian suci yang dimeterai pada tahun 1963. Jadi apapun nak sebut pasal provisionnya memang sudah jelas sebab sudah ada dalam buku Perlembagaan Malaysia.
Dan ini bagi saya tidak boleh ditarik balik sebab kita sudah faham bahawa perjanjian ini kalau commercial agreement dia ada exit clause. Tapi Perjanjian Malaysia dia tidak ada exit clause sebab takkan Sabah dikeluarkan daripada Malaysia. Tapi dengannya ada perintah ataupun keputusan mahkamah ini, saya rasalah sudah tiba masanya Kerajaan Sabah harus bekerjasama dengan kami di sini.
Apakah keputusan untuk mewujudkan by partition committee yang ramai Ahli-ahli Dewan yang mulia ini telah pun sebut pada sesi yang lalu. Apakah ini Perjanjian Malaysia 1963 ini bukan GRS punya, bukan WARISAN punya, bukan mana-mana parti punya, ini rakyat Sabah punya. Jadi saya ingat sejak ini Mahkamah Tinggi telah pun memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun gagal untuk mematuhi Perlembagaan. Saya rasa sudah tiba masanya kita perlu bersatu.
Terima kasih.
Di Sabah ini. Jadi saya minta ini Dewan boleh bersatu.
…membincangkan isu yang penting ini.
Seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapayan semalam, beliau telah pun menghantar usul. Saya di sini, saya ingin menyeru semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk menyokong beliau supaya usul ini dapat diterima oleh Speaker dan untuk membahaskan khas untuk tuntutan 40% ini. Sebab setiap kali Dewan dia cuma bagi ADUN untuk berucap dalam ini ucapan dasarkah ataupun sesi berbahasan. Tapi itu tidak cukup.
Okey.
Saya bagi contoh Datuk Speaker satu lagi. Saya bagi contoh saja.
Sudah.
Pasal isu Perlembagaan ini di mana-mana negeri, contoh di Johor tahun 1999…
Okey Yang Berhormat, cukup masa.
…tentang ini isu royal. Mereka boleh bahas dalam Dewan. Tapi ini isu tuntutan 40%, ini tidaklah ini kita tidak mahukan. Jadi saya mohon supaya Kerajaan ataupun Speaker boleh menerima usul ini dan akhir sekali Datuk Speaker…
Berapa kali berakhir?
Akhir sekali Datuk Speaker…
Tidak pandai kira? Berapa kali kira akhir, tambah? Sudah, your time is over. (Suara bertindih)
Last page sudah. Saya mohon Datuk Speaker agar segala persoalan saya yang telah pun dibangkitkan dapat dijawab dengan lengkap dan terperinci. Jangan lagi bagi jawapan yang singkat yang ya tahulah apa yang sudah dilakukan oleh mereka. Jadi saya harap apa yang dibangkitkan hari ini bukan sekadar retorik politik, ini adalah realiti harian rakyat. Kerajaan ada sumber, apa yang diperlukan hanyalah keutamaan dan kecekapan dalam bertindak. Sekian dan terima kasih.
Kalau Yang Berhormat ikut teks sahaja sampai akhir pun tidak pandai akhir. Lain kali jangan terlampau terhadap sama teks, speech. Because on the teks ah tidak pandai tutup. Sudah. Banyak isu sudah. Memang banyak. Okey, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Banggi. Berucap 15 minit.
Terima kasih Datuk Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, saya ingin memetik kata-kata ringkas Datuk Rem Dambul. “Kalau mahu suara didengari cepat, bertempiklah dengan keras. Kalau mahu idea betul-betul dilaksana, berundinglah dengan hikmah”. Jadi Datuk Speaker, saya ingin memohon sejuta kemaafan terlebih awal, terlebih dahulu. Jika sekiranya dalam perbahasan ini ada kata-kata kesat, keras, ataupun bahasa yang kurang enak didengar dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada barisan Kabinet Negeri Sabah. Anggaplah perbahasan saya ini sebagai suara berunding mewakili akar umbi kawasan yang saya wakili.
Datuk Speaker, orang tua-tua ada berpesan, “kalau memilih tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai. Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai”. Ada satu lagi pesan orang tua-tua ada Datuk Speaker, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Mudah-mudahan kedua-dua pesan orang tua-tua ini Datuk Speaker akan menjadi pedoman kepada kita selaku pemimpin dan dalam menjalani kehidupan seharian.
Datuk Speaker, saya ingin menjunjung kasih Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Sulaman atas kejayaan merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan pada penggal yang lalu dan alhamdulillah pada penggal kali ini Kerajaan Negeri sekali lagi berjaya merangka, dasar dan juga pembangunan khasnya untuk negeri Sabah seperti mana yang tercatat dalam buku Dasar Kerajaan Negeri.
Saya mengamati keseluruhan apa yang terkandung dalam buku ini dan saya yakin, 73 wakil rakyat yang ada dalam Dewan yang mulia ini berharap ada manfaat dari segi peruntukan di kawasan masing-masing. Saya juga tertarik Datuk Speaker,
dalam buku ini dikatakan soal hala tuju pembangunan negeri Sabah yang menitikberatkan empat perkara.
1.
Soal kemajuan ekonomi; 2.
Soal kesejahteraan rakyat; 3.
Soal kelestarian alam sekitar; dan 4.
Pengukuhan infrastruktur.
Namun demikian Datuk Speaker, saya ada sedikit kerisauan soal keseimbangan pembangunan antara daerah, antara bandar dan juga luar bandar. Antara kawasan yang menjadi tumpuan dan juga kawasan yang terlepas pandang yang mana akhirnya kawasan yang membangun terus maju yang tersisih makin ketinggalan. Kerana Datuk Speaker saya katakan demikian, supaya Kerajaan yang berpaksikan kepada Sabah Maju Jaya perlu melihat kawasan-kawasan yang sudah ketinggalan jauh ini juga diberi tumpuan. Bukan hanya pada perancangan penggal akan datang, tapi kita mahu dalam lima tahun kebelakangan ini ia akan menjadi tumpuan. Datuk Speaker, saya ada pandangan sendiri dan mungkin juga ditambah dengan idea-idea rakan, dan mungkin Kerajaan telah memikirkan hal ini. Cuma saya bangkitkan sekali lagi. Soal pewujudan Wilayah Pembangunan Sabah yang mungkin boleh disesuaikan dengan rancangan SMJ 2.0 ataupun SMJ 3.0 yang akan datang. Yang mana wilayah pembangunan ini dibahagikan kepada 6 wilayah. Mohon izin Datuk Speaker saya sebutkan satu persatu. Wilayah satu umpamanya mengandungi daerah Pulau Banggi, Kudat, Kota Marudu dan juga Pitas. Manakala wilayah dua terdiri daripada Kota Belud, Tuaran, Ranau, Inanam, Penampang, Putatan dan Papar. Manakala wilayah tiga merangkumi Beluran, Sandakan dan Kinabatangan. Manakala untuk zon empat, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Keningau, Tenom, Sipitang, dan juga Nabawan. Wilayah lima, Telupid dan Tongod. Kenapa dua saja di daerah ini Pengerusi Backbenchers, kerana Tongod ini merupakan kawasan yang paling besar dan berada di tengah-tengah negeri Sabah. Untuk zon enam, ataupun wilayah enam, merangkumi Kalabakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. Datuk Speaker, kenapa saya katakan demikian, supaya di pihak Kerajaan ataupun di pihak Kementerian dan mungkin juga dibantu oleh wakil-wakil rakyat yang berada
dalam wilayah ini ataupun mungkin diwujudkan satu jawatankuasa pemandu pembangunan wilayah yang mungkin terdiri daripada wakil rakyat sendiri. Daripada ketua-ketua jabatan ataupun ada juga penasihat dan juga pakar-pakar ekonomi bagi berfungsi untuk merangka dasar, merancang pelan strategik, melaksana, memantau dengan lebih efisien. Apa juga bentuk pelaburan asing, projek infrastruktur, projek pelancongan, sektor pembuatan, sektor pertanian, tenaga boleh baharu, pembangunan modal insan, pembangunan ekonomi dan macam-macam lagi. Setiap wilayah ini ada major project…
… yang mana akan menjadi mercu kepada, mercu tanda kepada setiap wilayah bahkan saya yakin dan percaya Datuk Speaker, apabila perkara ini dapat dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pihak Kerajaan, ekonomi rakyat, ekonomi Industri Kecil dan Sederhana akan lebih rancak dan setiap daerah akan saling memberikan manfaat masing-masing. Datuk Speaker, bagi kawasan yang saya wakili, yang mana ada hampir 30 jiwa, kawasan saya ini antara saya fikir di peringkat negeri Sabah merupakan satu pulau yang paling besar tapi paling jauh untuk dihubungi dan sebelum ini kita telah mengangkat beberapa isu Datuk Speaker, setiap kali menjelang sidang DUN, isu yang sama kita bawa dan kali ini saya ulang sekali lagi dan saya notakan kepada setiap kementerian beberapa permohonan dan juga suara ataupun keperluan rakyat di Pulau Banggi.
Yang pertama, kepada Kementerian Kewangan. Mohon dipercepatkan peruntukan untuk pembinaan dewan serba guna dan juga kompleks sukan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada tahun lepas. Kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, Pulau Banggi hanya ada 14 ataupun 16%, 16 kilometer yang mana jalannya berturap, selebihnya jalan gravel. Jadi saya mohon kepada pihak Kementerian supaya dapat menyediakan rancangan dan juga pelaksanaan memastikan keseluruhan Pulau Banggi ini, jalannya berturap.
Termasuklah jalan berturap dari Kerakit ke Kampung Limbuak Laut yang sepanjang 16 kilometer ini, kini sangat teruk dan berlubang dan juga jalan perhubungan utama ke Kampung Semayan, Kampung Rahmat, dan juga Dogoton langsung tidak boleh dihubungi ketika ini dan perlu penyelenggaraan segera.
Kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kami mohon mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan dan juga pernah berlaku di Kampung Perpaduan Pulau Banggi pada tahun 2019 yang mana kebakaran telah memusnahkan banyak rumah.
Jadi kami mohon kepada Kementerian ini untuk pembinaan balai bomba sesuai dengan status Pulau Banggi sebagai daerah kecil sama ada peruntukan itu melalui Kerajaan Negeri ataupun diangkat supaya mendapat peruntukan di peringkat persekutuan. Kepada Kementerian Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan, Pulau Banggi belum ada pembinaan kedai ataupun premis perniagaan yang dilaksanakan sepenuhnya melalui Kementerian ini. Jadi saya mencadang supaya mungkin di pihak SEDCO dapat memikirkan untuk melaksanakan kemudahan ini.
Kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, mohon penjelasan berkenaan status peruntukan bot ambulans untuk Klinik Kesihatan Pulau Banggi yang telah diumumkan tahun lalu oleh menteri sebelum ini dan untuk makluman serta tindakan seterusnya, Yang Berhormat Menteri, Klinik Kesihatan Pulau Banggi ini tidak ada telefon rasmi pejabat. Doktor dan juga jururawat hanya menggunakan telefon peribadi untuk berhubung Hospital Kudat jika berlaku kecemasan.
Lebih parah, lebih menyedihkan apabila berlaku bekalan elektrik terputus, klinik kesihatan tidak dapat berhubung dengan mana-mana agensi dan juga Hospital Kudat.
Oleh yang demikian, kita mohon kepada menteri supaya membekalkan telefon rasmi berserta dengan peralatan lain, umpamanya solar dan juga Wi-fi yang boleh menghubungkan ataupun cara lain boleh menghubungkan telefon ini kepada luar apabila berlaku bekalan elektrik terputus. Kepada Kementerian Pendidikan Sains dan Teknologi Inovasi, kami memohon dan sebelum ini pun kita sudah membuat permohonan bersurat bertulis untuk pembinaan
Mini Perpustakaan Banggi dan juga E-Desa Kerakit. Dua elemen ini sebenarnya sangat penting, walaupun dunia kini sudah canggih menggunakan telefon, tetapi saya fikir kalau program-program yang berkaitan diperkasakan dua elemen ini masih relevan penggunaannya pada generasi khas generasi muda.
Sila gulung Yang Berhormat.
Sikit lagi Datuk Speaker. Kepada Kementerian Belia dan Sukan, kami mohon supaya diwujudkan pusat rekreasi di kawasan ini kerana Pulau Banggi terpisah jauh dari tanah besar. Selain daripada beriadah ataupun selain daripada aktiviti yang memang ada di sekitar itu, riadah juga perlu dilaksanakan ataupun di sebagai pelengkap kepada aktiviti masyarakat kampung.
Kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kami mohon supaya diusahakan peruntukan BALB dan juga BALB bagi kampung-kampung yang belum mendapat bekalan air bersih dan juga elektrik. Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kami mencadangkan supaya diadakan program khas kepada peserta terpilih bagi program penanaman buah mangga harum manis dan juga program MD2, penanaman nanas MD2.
Kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, kami mencadangkan supaya Bukit Sinambung dan juga Gua Kok Simpul di Pulau Balambangan dijadikan antara destinasi pelancongan dan diberikan peruntukan yang sewajarnya.
Datuk Speaker, sebentar tadi saya dihubungi beberapa rakan dan mereka meminta saya menyuarakan dalam Dewan yang mulia ini.
Yang pertama, berhubung dengan permintaan ketua-ketua adat agar mereka juga diberikan bonus tahunan seperti mana beberapa agensi ataupun pemimpin yang diberikan bonus sebelum ini. Yang kedua, saya juga dihubungi salah seorang penjawat awam negeri yang meminta supaya dicadangkan kenaikan elaun hidup susah dan juga elaun rumah kakitangan awam negeri Sabah.
Datuk Speaker, itu saja perbalasan saya Datuk Speaker, mudah-mudahan permintaan yang saya utarakan tadi dapat direalisasikan oleh pihak kementerian-kementerian yang terlibat. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Banggi, saya doakan semoga hasrat untuk bonus tercapai.
Amin.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]; Terima kasih Yang Berhormat Banggi. Selanjutnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Sibuga untuk berucap. 15 minutes Yang Berhormat. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam selamatkan Sabah First.
Datuk Speaker, Members of Sabah Legislative Assembly dan Sabahan sekalian. I have listened to the government’s Ucapan Dasar with great interest last week. Truly, Datuk Speaker, it was a masterpiece of creative writing.
Kita dengar tentang SMJ 2.0, diselit sedikit cerita manis, Rancangan Malaysia Ke-13. Kita dengar megahnya agenda pendigitalan. Tapi Datuk Speaker, standing here representing Sungai Sibuga as the first real opposition scrutiny this chamber has ever seen. I am here to tell the truth that the front benches are too scared to even whisper.
Di luar sana, di alam realiti, rakyat bukan boleh cukup makan berlaukkan data, bukan rakyat kenyang.
Oleh pengumuman dasar, rakyat di N.52 berdepan dengan hakikat kehidupan yang perit. Harga barang asas
melangit. Ibu-ibu telah belajar sambut air jam 3 pagi. Jalan raya yang punya banyak lubang daripada aspal. Namun, I am very proud with bangsa Sungai Sibuga. And if you just care to watch and listen, it is humbling, despite take care of loyalty to reigning government of the day despite my constituency, masih juga ketinggalan dalam arus kemajuan yang seharusnya layak mereka nikmati, they are now ready to brave real change. And they understand, they now understand the value of justice. Dignity over anything else right now. Di sini, kita sudah cerita agenda pendigitalan when we haven’t even mastered the basic water connectivity of the last century. Apa guna pelan SMJ 2.0 kalau prasarana harian kita masih lagi frozen in time. Sampai hari ini, 2026, kita berlagak macam kita mengurus 21st century state. Tapi alasan-alasan yang kita terima, dipaksa terima, masih lagi sama dengan abad yang ke-20. Are we to expect a new operating system change? SMJ 2.0, RMKe-13, pendigitalan what nots to compensate deficiency of old broken hard waste. You cannot plant rice in sand and expect a harvest.
Datuk Speaker, to go where we want to go, we must know exactly where we are first. Otherwise, kita stuck in a rat race. Doing something, but still in the same spot In the context of our function today here, as law maker, we have to set this. Here, our heads and our hearts right.
We must return to the founder principles of this Federation. The formation of Malaysia was not absorption of Sabah. Malaysia was built with a modular architecture, a partnership, of equal entities, coming together to form a nation. We are not a department of Putrajaya.
We are a sovereign partner. Kalau ikut resolusi United Nations, Malaysia ini terbentuk ikut model integrasi. Our rights and our status are explicitly codified in the Federal Constitution which must be read together with IGC report and recommendations of the Cobalt Commission and and here we can serve our authority. Here in this Dewan. Article 8 of The Malaysia Agreement over here is mandatory. Constitutional command. It is not an casual suggestion .
It is not political favour. We do this right and Sabah will enjoy fruits of labor our fore fathers secured for us. No more talking grievences no more rundingan. Remember in 2020, we were promised that the 17 core MA63 issues would be resolved within 3 years.
It is now April 2026. Enam tahun sudah berlalu. Why is the MA63 dashboard still stuck at 13 items? There are over 50 more issues lagi ni kita mau sort. We’ve only tabled 29 so far. Lambat ni. Not to forget, ada empat lagi isu land berkenaan petroleum.
Banyak kita mahu buat. Therefore I ask, kenapa Kerajaan Negeri hari ini nampak begitu selesa, begitu pasif dengan status quo yang berterusan 60 tahun ini. Kalau dulu tiada internet, bolehlah diam-diam ubi berisi, bilang mahu jayakan agenda pendigitalan supaya akses boleh dicapai dari mana-mana. Instantly. Jangan juga diam-diam. Mesti mau zahirkan. Rakyat demand instant update.
Minta laluan YB Sungai Sibuga.
Ya boleh, apa salahnya.
Terima kasih Sungai Sibuga. Saya juga ingin bertanya kepada YB Sungai Sibuga. Apakah peranan yang dimainkan oleh Timbalan-timbalan Menteri di peringkat Federal untuk menjaya agenda ini. Terima kasih.
Terima kasih soalannya YB. Nanti kita dengar ada sudah saya tulis sini. Saya sambung Datuk Speaker. Rakyat demand instant update. Takkan janji kepada rakyat ini di Sabah ini sekadar hiasan di meja, lepas itu masuk dalam laci saja. Bila tiba masa untuk menuntut hak, veto minoriti kita kurang, nah inilah dia tempatnya untuk kita menuntut hak Dewan ini. This brings me to the lifeblood of our state survival. The 40% shared growth revenue. Let’s us be absolutely clear Datuk Speaker, this is not a grant, this is not a federal handout this is a constitutional hutang Perlembagaan. Susah betul. Legally owed to
us people of Sabah. The formula must be acted to 1963 base line. That is the foundation of our growth, that is the beginning of Malaysia.
Tapi selepas kita melihat ada cubaan yang sistemik dan berniat jahat untuk mengalih tiang gol, parah kita. Ianya sudah berlaku 2022, 2023, dan paling latest 2025. Kita harap di masa akan datang tidak ada lagi cubaan berinovasi begini, menyimpang dari asas.
Jangan juga terburu-buru mau reset. Bila reset, macam kita ini ignore formula base tahun 1963, masa kita bentuk Malaysia ini. Siapa di sini yang berani mengaku sengaja mau padam hutang 60 tahun dari Federal itu? Siapa berani? I ask this assembly, will we allow another historical erasure? Hutang to our parents, hutang to our kids in the future.
Datuk Speaker, I asked this Dewan why do we keep giving Putrajaya discount begini? Adakah kita dipilih dan dihantar ke Dewan yang mulia ini untuk membenarkan dan melihat sahaja pihak Persekutuan lupuskan hutang mereka dengan senang-senang sementara itu rakyat kita di kampung-kampung, di bandar-bandar tidak kira di manalah di bumi Sabah ini terus bayar hutang. Bunga kemiskinan, itu adalah satu kos yang sangat tinggi. I almost begin to think that we enjoy betul bikin collection ni, endless Putrajaya punya alasan. When this Kerajaan should now be collecting our entitlement, why are they not using? Why is this government not using this Dewan’s power? The opportunity is already here, right now! Dewan should demand our shared growth revenue. Again. Shared growth revenue measured exactly against the growth of our revenue in 1963.
Datuk Speaker, easy to point fingers, betul? Putrajaya, system movement. They doing what they always do. Protecting their own pockets. But let’s us talk about the elephant in the room again. What we have here is a Kerajaan yang terlalu akur dan terlalu terburu-buru when federal is concerned. Putrajaya didn’t have to take our right by force. We effectively handed them on a silver platter.
Contoh, Datuk Speaker,
1.
Warta 119, 2022. Cepat-cepat kita syukur, empat kali ganda naik. 2.
Warta 364, 2023. Sekali lagi kita bersyukur dikurung dalam satu fixed grant for an insult, menghina martabat kita sebagai equal partner dalam pembentukan negara ini.
3.
Warta 271, 2025. Dan ini Datuk Speaker adalah kemuncak pengkhianatan…
Saya bersetuju dengan jumlah langsung, kita harus bersetuju, jumlah itu langsung tidak masuk akal. Sementara kita membelakangkan formula shared growth revenue, kita biarkan tergantung tanpa tali. Sudah ditolong heret pergi mahkamah, dikasi lagi Kerajaan ini penyelesaian oleh Mahkamah. Kemudian sekarang ini digantung pula dengan arahan stay/state. Cabang Kerajaan ini ada tiga, Datuk Speaker, betulkan? Kita ada Eksekutif, kita ada Judiciary, kita ada Legislatif. Legislatif mahu buat apa? Itu soalan saya.
Datuk Speaker, kita punyalah luas bumi ini, kita menangkan ideologi anasir luar, masuk. Dia orang masuk, dia orang kasi tahu kita, kamu lipatlah hak-hak Sabah kamu itu kecil-kecil, masuk dalam poket. Kita tengok saja. Kita tengok. Kita tengok lagi dia orang belanja-belanja, bikin bangunan tinggi. Lepas itu kita senyum dan berterima kasih lagi bila dia orang kasi kita sen-sen. This is not a government yang tahu guna kuasa Dewan ini, Tuan Speaker. This is outright surrender. A fixed grant acts an sebagai ceiling for Sabah’s progress. Kita patutnya have the entire sky untuk progress. Kenapa Kerajaan Sabah ini takut betul mahu bertegas? Kalau kita gagal buat ini, macam mana kita mahu selamatkan kehidupan dan nyawa rakyat Sabah? No amount of insurance, progressive kah or not, can compensate the time and nyawa yang lost because of this. Datuk Speaker, it is time to bring the reality of this high level political betrayals down to the ground. Bila kita, government ini, sibuk bersetuju-setuju dengan Putrajaya, rakyat, including di Sungai Sibuga, menderita di bawah panas terik realiti. Imagine the human cost when we fail to secure and fight for
our right. Our shared growth revenue it’s not an abstract figure issue. It is the exact reason why our infrastructure it’s collapsing. I look at Sungai Kayu, Batu Putih in disbelief.
Datuk Speaker, for more than a decade, these villages are the direct neighbours of the highest executive power in Sabah. Lebih 10 tahun, buka pintu terus sampai, buka pintu terus nampak. Yet today, kampung-kampung ini berdiri sebagai sebuah monument. Another proof of systemic neglect. Bayangkan, kami ini masih terpaksa lagi merayu bah. Minta bekalan air yang stabil, jalan aspal sempurna, jalan raya yang terang bila malam. Macamlah harapan rakyat Sabah yang lain, di pelosok pedalaman sana. Kalau ini pun kami dapat masalah yang begitu.
And let us talk about the nightmare of Kampung Tinusa, Kong Lok, PPR Batu Putih. This is only to mention a few. The water crisis there is not temporary glitch. It’s almost permanent daily struggle, and the rakyat do not care about whats being said here. Not while their physical tap runs dry but maybe, maybe, that’s why their kept busy with surviving, just so that some of us can remain complacent. Mothers are waking at 3 a.m. just to collect a few buckets of murky water. No wonder where they learn. I thought that was just Sungai Sibuga story. Kemarin saya ada dengar, ada juga, YB juga, sama juga. Pukul 3 pagi juga ibu-ibu ambil air, tunggu air. Saya hairan kenapa, why this is still an impossible luxury in year 2026.
Datuk Speaker, satu lagi. Ini kampung Tinusa 2 is a ticking bomb. We all witness the absolute horror, just recently in Kampung Bahagia, Sekong. Over 1,000 homes burned to the ground, leaving thousands displaced. All because the fire engine couldn’t navigate the infrastructure and the water pressure is not exist in there. And God forbid, Datuk Speaker. If a fire of that magnitude ever to happen in that 3,000 closely build homes in Kampung Tinusa 2. Saya tidak tahulah. Ini jambatan dia orang lagi. Setengah mati sudah mereput. Jalan raya sempit sehingga kenderaan biasa pun susah mahu berlimpas, berselisih.
Adakah Tinusa 2 ini terus tidak dikawal tumbesarannya? How does the bomba plan to enter with speed when disaster happens? Ditambah pula dengan masalah pipe
mereka yang seumurlah kering. How can we boldly market digital Sabah to rakyat Sabah yang lain, when we haven’t even secured the most basic physical safety for our largest, most vulnerable settlements. They are real people with real family and they have rights.
Bila rakyat tidak bergelut dengan air, krisis air atau ancaman terbakar, dia orang bergelut pula dengan masa. Di Taman Airport, Merpati, Jalan keluar kampung Tinusa 2 ini, para pekerja, peniaga, pelajar, hari-hari terperangkap dalam trafik jem yang membunuh produktiviti. This jam is a hidden punishing text to our local economy. And when they finally escape that congestion, they return to Taman Merpati for example, they are force to navigate roads that are more greatest time act. The half-hearted patch and pray repairs done here, insult juga to this tax paying citizens.
Sila gulung Yang Berhormat.
Sikit lagi. Let us not forget Pulau Nunuyon, where the daily commute is defined by infrastructure so badly neglected. The bridges feel like temporary scaffolding saja, waiting for disaster to happen. Datuk Speaker, we look at the kitchen, cost of grocery sky high, macamlah ini. Employment pun lacking, macam mana youth kita mahu produktif, kalau basic infrastructure pun crumbling. Let me tell you everyone here today, what stays, our people are staying in poverty. If we fail, you’re putting a stay on the future of the youth of Sungai Sibuga. You are putting a stay on the future of Sabah. Tapi Datuk Speaker, i have a good news, we are not without weapons, no defends. I invoke Article 6 (Kurungan 6) asking this Cabinet to explain the challenges of why they not seizing this opportunity right now. We have Article 112D (Kurungan 6) from the Federal Constitution, explicitly provide for the appointment independent assessor, when there is default or dispute regarding revenue. And this government should be pounding the tables and screaming for one right now and independent assessor. Our Article 50, from the Constitution of Sabah is our definitive shield. The IGC report, we have MA63 which form unbreakable contract of federation. Hak, jangan dipolitikkan.
Hobi melipat-lipat bumi Sabah dan kekayaan Sabah ini untuk tolong kasih masuk dalam poket orang lain harus dihentikan.
Kalau perpakatan Kerajaan hari ini tidak lagi mampu melawan, kalau kamu sudah hilang taring untuk menuntut hak kita, jangan fikir rakyat Sabah ini cincai lagi nanti next time. Tegakkan janji, kita ambil hak Sabah balik. Sekian Datuk Speaker, saya mohon membahas dan berterima kasih. Assalamualaikum.
Thank you honorable member from Sungai Sibuga for your speech. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Tambunan. 15 minit Yang Berhormat, silakan.
Tambah lima minit.
Heheh. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberikan saya peluang untuk membahas Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama. Dalam Ucapan Dasar Kerajaan dinyatakan bahawa Sabah diperuntukkan sebanyak RM12.024 bilion untuk Rancangan Malaysia Ke-13, iaitu dari 2026 sehingga 2030. Ini juga berarti peruntukan itu hanyalah RM2.4 bilion.
… setahun jika diberikan 100% ataupun tidak ditarik sebelum habis tahunlah. Manakala, pelaburan dalam sektor pembuatan pada 2025 yang merupakan rekod pada waktu itu adalah sebanyak 7.6 bilion dan jumlah pelaburan untuk RMK-13 itu kita tidak tahu, sebab memandangkan keadaan peperangan dan geopolitik dunia yang berlaku sekarang. Mungkin pelaburan akan berkurangan. Namun, kedua-dua jumlah tersebut yang saya sebutkan tadi, iaitu peruntukan RMK-12, 2.4 bilion campur dengan 7.6 bilion pelaburan kalau berlaku, amatlah kecil jika dibandingkan dengan pemberian khas hasil bersih Sabah 40% yang ada dalam perlembagaan.
Namun, saya amat sedih sekali sebab hak 40% ini tidak disentuh sama sekali di dalam Ucapan Dasar. Sedangkan yang saya tahu Sabah menyumbang tidak kurang daripada 50 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan. Dan daripada hasil 40% ini, kita boleh mendapat kurang lebih 20 bilion setahun. Dan untuk mempercepatkan lagi kadar pembangunan di Sabah ini kita perlu menuntut ini dengan sewajarnya. Malangnya, walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sudah memutuskan bahawa Sabah mempunyai hak dan diperintahkan Kerajaan Pusat supaya membayar dan menunaikan hak ini mengikut perlembagaan. Tetapi sehingga sekarang tidak ditunaikan. Oleh sebab Kerajaan Pusat telah memfailkan stay supaya ditangguhkan keputusan dan perintah mahkamah ini.
Tambunan, mohon mencelah.
Boleh tunggu sekejap?
Boleh lah.
Okey, terima kasih. Dan ah keputusan mahkamah ini telah dibuat dan kita ditangguh dan kalau tidak silap, it can be indefinite dia boleh berterusan sampai bila-bila. Jadi, bagi saya kita tidak perlu menunggu itu walaupun kita dibayarkan interim, seperti mana yang disebutkan oleh Ahli daripada Kuamut tetapi itu hanyalah gula-gula kepada kita supaya kita tidak menutup, supaya kita tutup mulut.
Jadi, oleh kerana mahkamah sudah putuskan, oleh kerana Kerajaan Pusat sebenarnya menghormati, seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri sendiri, menghormati hak ini dan tidak ada pertikaian. Maka wajarlah Sabah mengambil proactive action untuk melaksanakan apa ini hak ini mengikut apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia Artikel 8 yang memberi kuasa kepada kita untuk mengambil tindakan sama ada tindakan undang-undang, tindakan administrative ataupun apa juga tindakan untuk melaksanakan hak dan jaminan yang belum dilaksanakan.
Jadi dalam hal ini, Datuk Speaker saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dan apa yang kita perlu di sini adalah untuk kita mewujudkan satu mekanisme, satu sistem untuk mengesan apa itu hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan untuk memantau supaya ia akan dikesan, dia akan dipantau setiap masa. Jadi tidak perlu menunggu setiap lima tahun untuk review, kita akan mempunyai maklumat itu dan keputusan boleh dibuat dan agihan 4060 itu boleh dibuat setiap tahun. Dalam hal ini ...
Tambunan. Jangan lupa saya.
… juga Datuk Speaker, kita harus melaksanakan satu sistem yang saya namakan Sistem, Malaysia Agreement Revenue Tracking System, ya.
Fungsinya adalah mengesan, kita berikan kod setiap item yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan memantau track you know where is the revenue, what is the revenue. Yang penting ...
YB Tambunan.
…kita menggunakan perlembagaan…
Saya mohon mencelah.
… dan melaksanakan apa yang sepatutnya iaitu bahagilah 60% sumbang kepada Kerajaan Pusat, 40% adalah hak kita, menggunakan Sistem MARTS ini.
Dan sekiranya dibenarkan untuk Kerajaan Negeri …
Tambunan, sikit saja saya tambah ini, tidak kacau juga dengan teknikal yang tadi tu.
Okey.
Sikit saja.
… saya harap dapat diberikan masa kecederaan. Terima kasih. Silakan.
Saya ingin tanya dengan YB Tambunan, adakah bersetuju sekiranya kita tidak berdolak-dalih lagi untuk apa-apa rundingan dan lain-lain lagi? Hari ini kita gunakan artikel 8 MA63 to use legislative punya kuasa untuk sama-sama kita dapatkan resolusi Dewan ini. Untuk tegakkan dan minta balik dan demand kita punya 40%, shared, growth, revenue. Terima kasih.
Setuju. Jadi sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju, biarlah saya sendiri boleh volunteer untuk membantu wujudkan sistem ini untuk membantu Kerajaan Negeri.
Datuk Speaker, dalam sistem Kerajaan yang ada sekarang ini, kita menggunakan istilah negeri, negeri Sabahlah, negeri Sarawak.
Tapi Sarawak sudah gugurkan perkataan negeri, sebab kita Sabah dan Sarawak ini tidak sama taraf dengan negeri-negeri di Semenanjung. Jadi agak mengelirukan.
Jadi kita adalah wilayah yang menubuhkan Malaysia, maka itu kurang tepat untuk menggunakan istilah negeri.
Datuk Speaker …
… negeri.
…minta laluan.
… Ah
Minta laluan ADUN Tambunan.
Ya, silakan.
Datuk Speaker, saya telah mendengar ucapan Yang Berhormat ADUN Tambunan tentang MA63. Persoalan saya ialah adakah Yang Berhormat ADUN Tambunan bersetuju bahawa, ketika Yang Berhormat ADUN Tambunan berada dalam barisan pentadbiran Kerajaan Negeri, ADUN Tambunan juga adalah salah satu termasuk dalam Jawatankuasa Perundingan MA63 antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Adakah juga ADUN Tambunan bersetuju bahawa memang ada pergerakan positif dalam usaha perundingan ini dan berterusan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan? Dan mungkin ADUN Tambunan adalah saksi hidup tentang usaha-usaha Kerajaan Negeri sedang dan ada pun dilaksanakan bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih Ahli daripada Kuamut. Dan memang saya adalah saksi untuk ah apa ini berbincang dalam technical committee untuk mendapatkan hak kita dan, saya juga adalah saksi untuk mengatakan apa ini keputusan untuk menyelesaikan perkara ini adalah keputusan yang macam kena lengah, lengah, lengah itulah sebab kita diberikan gula-gula iaitu ah … .
Bukan penyelesaian, tetapi hanya gula-gula dan saya harap kali ini, itu sebab kita kena tingkatkan ah apa ini push, we have to push, supaya kita boleh mendapatkan apa yang sepatutnya. Mahkamah pun sudah buat keputusan. Dulu sewaktu saya di dalam komiti mahkamah pula belum buat keputusan, tetapi sekarang ada keputusan sudah dan sekaranglah masa kita push supaya ini dapat dilaksanakan. Dan itu sebab saya cadangkan, kalau susah betul mahu kira gunakan teknologi ya, bukan susah, gunakan AI pun boleh. Kalau dulu tiada ini semua, tidak boleh kira. Sekarang ada semua ini, apalagi senanglah kita kira.
Jadi, saya harap dan saya yakinlah, kali ini ada perkembangan dan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk mengembalikan hak 40% ini, tapi kita kena bagilah. Mungkin Kerajaan Pusat takut kerana terlalu besar, komitmen untuk membayar keseluruhan yang tertangguh 48 tahun. Tetapi kita fokus kepada apa yang kita boleh buat sekarang, iaitu bayar dulu yang ada sekarang. Ada sekarang bermaksud tahun 2025, tahun 2026 dan seterusnya.
Kalau ini dapat kita lakukan, yang tertunggak itu kita boleh runding. Tapi yang akan datang dan sekarang ini tidak bolehlah kita runding, kita harus mendapatkannya sepenuhnya, kerana kita memerlukannya untuk pembangunan kita untuk menyelesaikan masalah kita dan juga kebajikan dan kemiskinan kita, supaya kita tidak lagi mengemis tiap tahun untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
Tambunan? Tambunan.
Bayangkanlah bila mana kita menuntut supaya diberi peruntukan untuk menyelesaikan penempatan banjir, 1 bilion, dia bagi kita 50 juta. Jadi, bayangkanlah satu bukit kita mahu rata, inilah masalah kita. Tapi dibagikan cangkul untuk meratakan bukit, tidak boleh, ratus tahun baru boleh. Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat, Tambunan. Terima kasih, Datuk Speaker. Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tambunan. Cuma kebimbangan saya rundingan after rundingan daripada Kerajaan Perikatan, dari Kerajaan Barisan Nasional, dari Kerajaan Pakatan Harapan campur Warisan, sekarang ini kerajaan GRS yang ada.
Kebimbangan saya, sudah pernah YB dari Sabah, YB Kimanis menjadi pengerusi bersama dengan dari YB Sarawak mempengerusikan MA63. Berapa tahun saya di Federal, saya tahu, you know.
Berapa tahun mereka pengerusikannya, sampai sekarang. Keadaan inipun merunding lagi. Zaman saya
runding-runding pun runding juga. Pasal itu saya tekankan dengan Tun Mahathir, no. Sipadan bagi dengan kita. ACSP bagi dengan kita. Tapi saya bagitahu dengan Tun Mahathir, ACSP diambil alih oleh Sabah. Tapi saya mahu hutang dia selesaikan dulu. Kalau sampai RM300 juta. Kerajaan Negeri mampu bayar, then saya tidak mahu tanggung. Hutang itu TNB punya hutang.
Yang dahulu mereka uruskan.
Takkan kita shoulder seumpama kereta yang tayarnya pancture, exhaust pipe-nya rosak lepas itu we take over. That's why sekarang ini paling tinggi harga elektrik di Malaysia, di Sabah.
Meningkat lagi 15%. Runding macam mana ini? Saya setuju.
Kalau ingat, saya ingat saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri yang ada, semua ada yang hormat setuju ataupun tidak. There must be a firm and concrete bold move. Enough is enough.
You know, kita tidak mahu kena, bagi tahu dengan mereka sama ada berapa peratus kamu boleh bayar ini, berapa bilion kamu boleh bayar. Kita tahu mereka berhadapan dengan masalah.
Tapi kita tidak boleh hanya setakat runding, there is nothing.
Lepas itu dipersamakan pula Federal list dengan Concurrent list. Federal list, kita semuanya tahu pendidikan, keselamatan, semuanya ni Federal list. Yang Concurrent list, kadang-kadang kita tahu bahawa ini ditingkatkan sama. Mana boleh disamakan Federal list.
Perlis pun mahu polis, balai police station, Universiti ada di apa nama Kelantan, di Terengganu, kita satu saja jadi Universiti kita. Tapi itu Federal list, responsibility. Tapi Perjanjian 63 termasuk 40%. Yang ini Constitutional Right.
Ya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambunan.
Ini yang 40% ini sudah berpuluh tahun dan tak akan kita tunggu 60 tahun lagi dan sekarang ini mungkin akibatnya, akibat tidak ditunaikan hak kita ini, inilah kita bergantung pada Kerajaan Pusat, untuk segala-gala keperluan pembangunan kita. Kita menjadi negeri yang
termiskin dalam Malaysia dan apalagi kita adalah negeri yang paling sakit, banyak sakit dan juga yang paling mundur.
Jadi kita tidak mahu itu walaupun ada peluang untuk kita menyelesaikan dan di masa yang lampau mungkin ini tidak boleh kita jalankan secara sepenuhnya, tetapi kita haraplah mulai daripada sekarang seperti yang dicadangkan dari Sri Tanjong kah itu? Kita boleh tubuhkan jawatankuasa non-partisan committee on MA63, kita boleh usulkan isu MA63 dan pembayaran 40% ini di Dewan Yang Mulia ini. Supaya kita sebulat suara, menyokong dan memperkukuhkan kedudukan Sabah untuk berunding.
Jadi saya tinggalkan perkara ini, kita move on istilah negeri Sabah. Seharusnya kita tidak lagi menggunakan negeri tetapi Sabah saja, Kerajaan Sabah sebab pada tahun 2021, semasa perbahasan di Parlimen, untuk pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan telah menjelaskan pindaan tersebut adalah untuk mengembalikan Sabah, Sarawak sebagai wilayah sama taraf dengan Malaya untuk menubuhkan Malaysia dan di dalam dewan ini pun kita sudah mulai mengubah bukan lagi Dewan Undangan Negeri tapi Dewan Undangan Sabah atau DUS kamu sedar atau tidak. Dan bukan lagi Pilihan Raya Negeri PRN tapi PRU.
Yang Berhormat Tambunan. Yang Berhormat Tambunan?
Saya tidak ada cukup masa jadi saya teruskan. Saya ingin mengusulkan supaya Kerajaan Sabah menggugurkan istilah negeri, bila merujuk kepada Sabah dan menggunakan Kerajaan Sabah sejak pindaan dan pengguguran rujukan dan istilah negeri untuk Sabah adalah diperlukan, untuk mengekalkan, mempertahankan dan mengiktiraf kedaulatan Sabah, sebagai pengasas dengan Malaya dan Sarawak dan Singapura, untuk menubuh Malaysia sebagai rakan kongsi.
Perlu difahamkan juga, semasa penubuhan Malaysia dan pengisytiharan Malaysia, dalam proklamasi Malaysia 16 September 1963, Sabah yang dibaca secara umum
kepada dunia, Sabah dirujuk sebagai negara dan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan asal Sabah tahun 1963 sehingga 1976, Tuan Yang Terutama digelar sebagai yang di-Pertua Negara.
Ini bukan tindakan konfrontasi dengan Persekutuan tetapi untuk memperbetulkan apa yang tidak betul ataupun apa yang sudah silap. Saya ingin menambah juga di sini dan memperingati kawan-kawan kita tentang titah diraja semasa...
Istiadat Pembukaan Parlimen 19 Januari ini di mana Tuanku Baginda mentitahkan asas kepada Pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 1963.
Ini telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara. Kita sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, iaitu perpaduan dan hormat menghormati serta kerjasama erat di antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan. Hakikatnya, hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati. Jadi apa yang saya cadangkan adalah hak-hak daripada hak-hak Sabah yang perlu dihormati, dan diperbetulkan dari kesilapan dengan sejak tahun 1963 dan bukan bermaksud berkonfrontasi dengan Persekutuan. Sabah perlu berdiri megah sama tinggi dengan Sarawak, dengan Malaya. Pembentukan Malaysia tidak bermaksud Sabah terus ditenggelamkan dan ditelan oleh Malaya dan tidak seharusnya bermaksud kita dan Sabah ini sentiasa tunduk kepada Kuala Lumpur. Serentak dengan tindakan menggugurkan istilah negeri untuk Sabah dan Pindaan Perlembagaan, saya juga mengusulkan bahawa Kerajaan Sabah mengambil tindakan meminda Perlembagaan Sabah dengan mengembalikan dan memperbetulkan apa-apa pindaan dan kesilapan pada tahun 1963. Ketua Menteri Sabah bukanlah sama taraf dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun Melaka.
Tapi sama taraf dengan Ketua Menteri Sarawak yang digelar sebagai Premier.
Begitu juga dengan Australia, sebuah negara federasi yang mempunyai apa ini negeri-negeri dan Ketua-ketua Kerajaan yang digelarkan sebagai Premier
dan Pembantu-pembantu Menteri bolehlah juga digelarkan Timbalan-timbalan Menteri, bukan Pembantu Menteri, macam angkat beg saja.
Pengarah-pengarah kita dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di Sabah sepatutnya sama juga dengan apa ini Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di Semenanjung. Panggil Ketua Pengarahlah itu Pengarah ya dan saya apa ini senang hati mendengar ada sudah gelaran Ketua Pengarah di Sabah ini seperti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Kenapa bukan semua, kenapa dia saja, ya? Di Sabah dan di Sarawak ini, kita mempunyai daerah-daerah yang lebih besar.
Kebanyakannya lebih besar daripada negeri-negeri di semenanjung dan wajarlah kita mengubah semua ini supaya kita sama-sama setaraf sebagai wilayah.
Saya amat berharap Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan dan memulihkan status Sabah sebagai pengasas pembentukan Malaysia. Serentaknya, bilangan Kementerian Sabah juga perlu ditambah dan ditambah baik dan, dan untuk, demi untuk pentadbiran yang lebih mantap, lebih cekap dan lebih lancar. Sepuluh Kementerian pada tahun 1963 tidak sama dengan keperluan semasa, dengan kemajuan dan apa ini, pengenalan, kemunculan, apa ini isu-isu baharu, sektor-sektor baharu yang tidak wujud pada tahun 1963, dalam zaman teknologi tinggi, artificial intelligence, ekonomi digital, ekonomi biru, ekonomi hijau, entah apa lagi.
Banyak kelestarian alam sekitar dan pengalaman piawaian antarabangsa seperti United Nations Social Development Goal atau SDG, Paris Agreement 2015, kepatuhan peraturan antarabangsa seperti had pelepasan gas rumah hijau atau greenhouse gas emissions, carbon credit, penangkapan karbon atau carbon capture perlu juga diambil kira.
Sila gulung Yang Berhormat.
Jadi, terima kasih Tuan Speaker, tidak panjang lagi ini.
Kita juga perlu mewujudkan Kementerian-
kementerian baharu seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Keselamatan dan Air.
Yang Berhormat Tambunan, sebelum gulung boleh tak? Sedikit saja, sedikit. Datuk Speaker boleh Datuk Speaker? Sedikit, nanti Speaker tambahlah sikit masa.
Okey kalau tambah masa boleh, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tambunan, terima kasih Datuk Speaker. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan bahawa Yang Berhormat terlibat dalam jawatankuasa selama lima tahun Yang Berhormat berada dalam Kerajaan ataupun pimpinan Kerajaan Negeri.
Semalam disebut oleh Yang Berhormat Dilantik, Datuk Roger Chin bahawa jawatankuasa ini yang dibentuk ini, ada empat kali sudah bermesyuarat tetapi tidak serius, dan diulang semula oleh Yang Berhormat tadi, bahawa dalam jawatankuasa Yang Berhormat hadir bermesyuarat juga melengah-lengahkan, itu perkataan Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, boleh tak jelaskan di dalam Dewan ini, apakah halangan-halangan yang menyebabkan jawatankuasa ini berlengah-lengah ataupun tidak serius dalam kita menuntut MA63 khususnya 40% yang kita tuntut sekarang? Minta Yang Berhormat jelaskan.
Okey, terima kasih. Ya, memang banyak halangan antaranya ialah kuasa untuk buat keputusan tidak ada dalam jawatankuasa teknikal, dia hanya ada apa ini, ruang untuk berbincang-bincang dan membuat cadanganlah. Jadi keputusan itu akhirnya akan dibuat di peringkat tertinggi, iaitu Perdana Menteri dan Menteri-menteri apa ini, Premier dan Ketua Menterilah.
Juga pengalaman saya, Kerajaan Negeri memang serius untuk menuntut dan kita meminta apa ini data-data tapi tidak diberikan oleh Persekutuan, dan akhirnya Kerajaan Sabah terpaksa mencari data itu sendiri dan kita bagi itu data, tetapi untuk menyelesaikan perkara ini, kita perlu ada dua data, daripada negeri dan daripada pusat.
Kalau dari satu pihak saja tidak boleh juga, kecuali dia mengakui
bahawa ini data adalah sama dengan data dia dan boleh buat keputusan berasaskan daripada data itu. Jadi…
Yang Berhormat Tambunan.
Mungkin, mungkin dari saya punya pandangan sendiri, mungkin Kerajaan Persekutuan mahu elak untuk membayar kerana begitulah yang berlaku selama ini, dan begitulah Perlembagaan kita diketepikan, sebab sikap pimpinan pusat dahulu segala-gala mengenai Perjanjian Malaysia, tuntutan hak adalah perkara yang sensitif, itulah. Dan dari pandangan saya sendirilah, bukan pandangan orang lain ah, saya memerhatikan Kerajaan Negeri selalu dibulilah dan kita tidak bersatu.
Mula gulung Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tambunan, setujukah Yang Berhormat Tambunan, kalau saya nyatakan bahawa perbezaan antara kita dengan Sarawak, selalunya Sarawak ini apa yang dia minta dia dapat, betulkah tidak?
Kenapa Kerajaan Negeri Sabah minta tak pernah dapat-dapat? Adakah disebabkan Kerajaan pimpinan Sarawak lebih tegas, lebih berani berbanding dengan Kerajaan Negeri Sabah itu sendiri?
Saya ingat Sarawak bersatu dan dia mempunyai apa ini apabila dia bersatu dan dia mempunyai wakil rakyat yang lebih banyak dan dia mempunyai leverage. Itu perbezaan kita.
Mulakan penggulungan Yang Berhormat.
Okey, saya gulunglah, tapi panjang gulungan saya ini.
Pendekkan.
Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kerana Tuan Speaker memberikan masa kecederaan. Jadi, seperti yang saya katakan tadi kita perlu mengubah dan menambahkan kita punya Kementerian dan juga kita perlu juga menyentuh sedikit tentang Akta Laut Wilayah 2012 dan Pelantar Benua kerana pada masa ini satu Kerajaan Sabah perlu tegas untuk membuat pendirian mengenai Akta Laut dan Wilayah 2012 dan Pelantar Benua. Sekarang ini Kerajaan Negeri hanya bilang tidak setuju tidak menerima tetapi tidak mengambil tindakan secara formal untuk menolaknya.
Jadi, saya difahamkan selepas pemansuhan deklarasi emergency atau deklarasi darurat pada tahun 2011, undang-undang yang digubal berdasarkannya telah dengan sendirinya terbatal dan Keluhuran Perlembagaan dikekalkan balik. Akibat daripadanya, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu undang-undang atau Akta Laut Wilayah 2012 dan Kerajaan Sabah tidak boleh hanya mengatakan tidak menerima, perlu mengusulkan ini di dalam Dewan yang mulia ini untuk menolak Akta Laut ini.
Sebab apa? Pada tahun 1954, sempadan Sabah telah dilanjutkan kepada seluruh pelantar benua, bukan sekadar 3 atau 12 batu nautika atau pesisir pantai tetapi dengan North Borneo Extension of Boundaries Order in Council 1954 membuat perubahan sempadan Sabah dan ini juga perlu dibentangkan dan disokong sepenuhnya dan diterima di dalam Dewan Undangan Negeri dan tidak boleh diubah sekiranya kita buat ini dengan sewenang-wenangnya. Jadi, kedua-dua isu yang saya sebutkan tadi itu iaitu Pelantar Benua dan Akta Laut dibawa oleh sekarang ini ada kes dibawa oleh NGO SABAR atau Sabah Action Body Advocating Rights, di mana Sabah telah mencabar kesahihan Akta Laut Wilayah, Akta Pelantar Benua dan Akta Perlombongan Petroleum dan sekali gus menyentuh hak tanah serta sumber di bawah tanah.
Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, sama ada Kerajaan Sabah telah melantik peguam pakar undang-undang, sama ada dari dalam atau luar negara termasuk team counsel dari England untuk memberi pandangan pakar undang-undang mengenai kes SABAR. Tersebut dan hak Sabah kepada pengairan di Pelantar Benua dan sekiranya ya, adakah Kerajaan bercadang berkongsikan pandangan pakar tersebut dengan SABAR? Sekiranya pandangan pakar tersebut berpihak kepada Kerajaan Sabah dan membantu Kes SABAR, adakah Kerajaan akan berdiri bersama SABAR dalam kes tersebut dan bertindak menolak Akta Laut dan Akta Pelantar Benua dan Akta Perlombongan Petroleum? Adalah difahamkan bahawa SABAR juga kini mengaktifkan usaha crownfunding untuk mendapatkan dana supaya membiayai kos pakar undang-undang luar negara membantu SABAR. Saya bertanya juga, adakah Kerajaan Sabah akan menyumbang kepada usaha pengumpulan dana ini?
Datuk Speaker, semasa Kerajaan Sabah, Kerajaan Sarawak pada mesyuarat Majlis 1963 yang saya telah menyuarakan bahawa isu PDA 74 minyak dan gas dan pelantar benua adalah perkara-perkara tidak boleh dirunding atau non-negotiable dan adalah hak mutlak Sarawak. Pada masa itu saya juga telah menyuarakan bagi pihak Sabah bahawa isu-isu tersebut adalah hak mutlak Sabah dan non-negotiable. Saya ingin bertanya ada Kerajaan Sabah sekarang mengekalkan pendirian yang sama bahawa isu-isu tersebut adalah hak mutlak Sabah dan non-negotiable. Pada 23 Februari 2026, Kerajaan Sarawak juga telah menfailkan petisyen untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengenai kesahihan berperlembagaan PDA 74, Akta Pelantar Benua dan Akta Perlombongan Petroleum. Jika keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Sarawak, dan Sabah akan mendapat balik hak milik minyak dan gas yang keluar dari perut bumi Sabah …
Datuk Speaker minta izin, Yang Berhormat Tambunan.
Apakah pendirian Kerajaan Sabah mengenai petisyen Sarawak tersebut? Adakah Kerajaan Sabah
bercadang untuk mencelah dalam kes petisyen tersebut dan menyokong pihak Sarawak? Peperangan di Timur Tengah, saya tidak menyentuh tapi ini memang memberi kesan kepada ekonomi kita dari segi rantaian bekalan makanan dan sebagainya dan juga dari segi inflasi.
Yang Berhormat.
Jadi, ada juga kesannya positif iaitu harga minyak telah melambung tinggi daripada RM60 USD setong, sekarang mencecah sehingga RM105 USD setong. Jadi, akibatnya adalah kita beruntung, ada durian runtuhlah dan kita bakal menerima keuntungan tambahan sebanyak 1.8 sehingga 2 bilion daripada 5% cash payment dan daripada cukai 5%. Pertanyaan saya, adakah Kerajaan Sabah bercadang untuk menyimpan keseluruhan hasil tambahan durian runtuh ini sebagai sovereign wealth fund atau menggunakannya sepenuhnya untuk membiayai pembangunan?
Datuk Speaker Yang Berhormat Tambunan dengan izin kalau boleh minta sikit saja. Saya amat setuju apa Yang Berhormat Tambunan tentang Continental Shelf yang ada, perundangan yang ada. Saya juga setuju supaya ada kesatuan kita di sini untuk membolehkan supaya kalau Rang Undang-Undang itu dapat dibentangkan, untuk maklumat Dewan yang mulia, sebenarnya kita sudah ubah Land Ordinance. Maksud saya Land Ordinance, merangkumi 12 kilometer above the Land Ordinance Sabah ada kuasa dia. Can check, bahawa bila mana tentang continental shelf juga kalau dapat ditingkatkan, 12 kilometer di situ. Contoh macam drilling yang ada. Apa juga dilakukan oleh Petronas, perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri Sabah.
…saya setuju perkara ini dilakukan tapi mesti ada ketegasan. Kalau kita tidak tegas Yang
Berhormat Tambunan, nothing can be done. Saya masih ingat dulu, masa kita jadi Kerajaan, it's not about unity is there. Tegas. Saya cuma ada 8 sahaja MP saya ada dahulu. Bila 8 MP, saya tegaskan. Menteri Undang-undang datang dari Sabah. Menteri Antarabangsa datang dari Sabah. Menteri Pelancongan datang dari Sabah. Berapa orang, hampir empat Timbalan Menteri yang kita libatkan untuk memastikan there must be a firm mode, voice daripada Kerajaan Negeri menyatakan seperti Kerajaan Sarawak.
Kerajaan Sarawak bukan pasal unity semata-mata, tapi ketegasan mereka. Kalau kita tegas, saya ingat suara kita didengar oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih banyak.
Ya itu sebab kita harus menuntut balik hak pemilikan petroleum dan gas ini. Terima kasih. Jadi untuk menangani kesan daripada peperangan ini dan inflasi dan sebagainya, apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barangan khasnya barangan keperluan asas dan makanan dan juga memastikan rantaian pembekalan tidak putus atau terjejas.
Datuk Speaker, ada isu tempatan ini, kebelakangan ini kesesakan lalu lintas di bandar Keningau terlalu teruk dan ini mengakibatkan kemarahan daripada pengguna-pengguna jalan raya yang menggunakannya berjam-jam hanya untuk pergi ke bandar.
Jadi, tiga tahun yang lalu saya telah membangkitkan perkara ini, iaitu kesesakan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah dan juga Menteri Kementerian Kerja Raya Persekutuan dan saya telah mencadangkan pembinaan jalan alternatif iaitu bypass dan pembinaan jejambat, apa itu flyover. Pihak ini respon daripada Kementerian Menteri Kerja Raya Persekutuan ialah bahawa tiada perancangan dan tiada permintaan daripada Kerajaan Negeri.
Jadi, pada saat ini saya mohonlah untuk meminta tindakan daripada Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya supaya mengambil tindakan untuk membinakan jalan bypass ini dan juga flyover di pekan di bandar Keningau, supaya ini dapat kita tangani dan wakil rakyat ini tidak dimaki-maki oleh rakyat di luar sana. Lagi ada
perkara yang saya ingin bawa di sini ialah isu itu penambahan Kementerian. Kementerian Keselamatan Negeri ataupun Homeland Security untuk menjaga kepentingan Sabah dalam imigresen, pendaftaran dalam negeri, sumber manusia termasuk pekerja asing dan keselamatan dalam negeri termasuk keselamatan penjagaan sempadan yang komplementari kepada Agensi Keselamatan Persekutuan.
Sabah berhak menjaga pendaftaran dalam negeri dan mengeluarkan kad IC Sabah. Kita perlu faham, setiap rakyat Sabah adalah rakyat Malaysia. Tetapi bukan semua rakyat Malaysia adalah rakyat Sabah. Kerajaan Sabah adalah penentu rakyat Sabah yang akan menjadi rakyat Malaysia. Dari segi undang-undang, Sabah dan Sarawak telah menyerah sedikit kuasa-kuasa mereka kepada Persekutuan untuk mengeluarkan kad IC Malaysia tetapi tidak menghilangkan hak untuk mengeluarkan kad IC Sabah bukan kad Malaysia dan hak kad IC Sabah adalah hak residual power. Dalam Persekutuan ini tiada Persekutuan akan wujud kalau tiada Negeri. Jadi negeri wujud dulu baru ada persekutuan. Jadi kuasa-kuasa negeri itu dia serahkan sebahagian daripada kuasanya kepada Kerajaan Pusat.
Tapi bukan semua kuasanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi itulah yang dipanggilkan residual power dan di Sabah ini kita perlu jalankan kuasa ini dan kita sebenarnya boleh mengeluarkan kad IC Sabah sebab rakyat Sabah adalah rakyat Malaysia. Tapi bukan semua rakyat Malaysia adalah rakyat Sabah. Ini baru sekali ini, akhirlah. Dualah ini.
Satu daripadanya ini tidak lama lagi kita akan menghadapi bencana yang mungkin lebih daripada biasa. Iaitu super mega El Nino akan melanda Sabah akan melanda Malaysia. Jadi ini akan memberi kesan kepada bumi kita, air kita, sungai kita, suhu kita, kesihatan kita, dan sebagainya. Jadi persoalan saya, apakah persediaan dan perancangan Kerajaan untuk menghadapi bencana yang akan melanda kita ini? Apa persediaan yang harus diambil sekarang? Kerana ini tidak lama lagi mungkin dalam bulan Julai, bulan Ogos akan tiba.
Yang kedua, ini mengenai daerah Sook yang dahulunya daerah kecil dan kawasan daerah Sook ini besar dan dia menyebabkan daerah Keningau sudah kecillah. Tetapi dengan adanya kenaikan daerah ini, kenaikan taraf daripada daerah kecil kepada daerah penuh, Kerajaan perlu memikirkan tentang kenaikan apa itu kenaikan taraf pejabat pentadbiran di Sook juga.
Jadi persoalan saya, adakah, apakah perancangan Kerajaan untuk menaiktarafkan pejabat pentadbiran, jabatan-jabatan yang di Sook supaya sama dengan kemudahan-kemudahan yang ada dengan daerah-daerah penuh yang lain.
Yang Berhormat bila mahu habis ini?
Mahu habislah ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk memindah pejabat ini pentadbiran ini di satu kawasan yang lebih mudah iaitu mungkin di Tulidkah, dekat (sebutan tidak jelas) YB Tulid pun senang hati.
Okey, teruskan dengan ayat terakhir Yang Berhormat, because I have given you plenty of time to make your speech.
Jadi, ya Datuk Speaker, dengan apa yang saya katakan tadi, saya ucapkan terima kasih kepada pencelah-pencelah, terima kasih kepada Datuk Speaker maka itu Tambunan menyokong. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tambunan dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Api-api. 15 minit Yang Berhormat dan Tanjung Keramat sila bersedia selepas Api-api.
Akhirnya sampai saya. Terima kasih Datuk Speaker atas ruangan yang diberikan kepada Api-api.
Salam sejahtera semua. Berhubung dengan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, saya telah meneliti kandungannya selepas hari itu. Secara jujurnya, kandungan tersebut sangat mengagumkan dan saya benar-benar berharap keadaan sebenar di Sabah boleh selari dengan apa yang digambarkan dalam kandungan tersebut. Namun mungkin kerana pengalaman saya yang masih kurang berdasarkan apa yang saya lihat di ground serta maklum balas rakyat, keadaan sebenar masih mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding dengan apa yang dinyatakan dalam kandungan tersebut.
Hari ini di bandar, semakin ramai peniaga yang terpaksa menjual perniagaan kerana tidak mampu bertahan. Banyak kedai kosong yang tidak disewa, banyak projek terbengkalai yang masih belum dihidupkan semula. Keadaan ekonomi semasa adalah sangat mencabar. Malah di kawasan bandar sekali pun, isu asas seperti air, elektrik masih terus menjejaskan kehidupan rakyat. Datuk Speaker, di Kota Kinabalu yang kita cintai, masalah lampu jalan masih berlarutan. Banyak lampu jalan rosak dan aduan boleh dikira dalam tempoh berbulan-bulan tanpa penyelesaian. Sama ada di jalan utama atau kawasan perumahan. Masalah ini memberi kesan kepada keselamatan serta kehidupan harian rakyat. Saya memahami bahawa sebahagian masalah berpunca daripada kecurian kabel. Namun saya percaya ini bukan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Jika hukuman terlalu ringan, maka tingkatkan hukuman. Jika masalah terletak pada rantaian pembelian, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap pembeli. Selagi punca masalah tidak diselesaikan, kita hanya akan terus mengulangi masalah yang sama.
Datuk Speaker, pada awal bulan ini, kawasan saya sekali lagi mengalami gangguan bekalan air yang serius.
Kawasan pusat bandar seperti KK Plaza, Sinsuran dan Jalan Gaya terputus bekalan air selama tiga hingga empat hari. Ini bukan saja menjejaskan kehidupan harian, malah memberi kesan besar kepada peniaga. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah memohon bantuan lori tangki air daripada
Jabatan Air, namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Akhirnya, saya terpaksa membeli air mineral untuk diagihkan kepada penduduk atau peniaga yang terjejas. Namun, pada masa yang sama ketika kawasan bandar mengalami gangguan air yang dan rakyat sedang menunggu bantuan, di tempat yang sama telah diadakan secara acara larian “Songkran”.
Di lokasi acara, terdapat beberapa lori air yang digunakan untuk menyembur air kepada peserta.
Apakah perasaan penduduk, penduduk dan peniaga yang sudah beberapa hari tidak mempunyai bekalan air apabila melihat keadaan ini? Saya tidak menolak penganjuran acara untuk merancak ekonomi dan juga menarik pelancong. Tetapi persoalannya, adakah kita telah menyampai atau mencapai keseimbangan antara pembangunan aktiviti dan menjaga kebajikan rakyat?
Bayangkan, seorang pelancong baru sahaja menikmati keseronokan bermain air dalam acara tersebut. Tetapi apabila kembali ke hotel, tiada air langsung. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak berdaya, malah amat ironik. Apabila Jabatan Air tidak dapat mengagihkan bekalan air, maka sepatutnya bantuan lori air disediakan. Jika bantuan asas ini tidak dapat disediakan, maka kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat gangguan air, saya mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pampasan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, saya juga berharap agar kerajaan pada masa hadapan mempertimbangkan kesesuaian keadaan semasa sebelum meluluskan sebarang acara berskala besar bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
Selain itu, saya perlu menjelaskan bahawa bantuan air mineral yang saya berikan kepada rakyat, termasuk perbelanjaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk membantu rakyat di kawasan saya, semuanya adalah menggunakan wang sendiri. Namun, saya akui usaha secara individu ini mempunyai hadnya dan tidak mencukupi untuk membantu semua yang memerlukan.
Saya juga memahami bahawa peruntukan pembangunan bagi semua kawasan ketika ini disalurkan melalui pegawai pembangunan UPPM.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan. Adakah Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan satu mekanisme
yang membolehkan wakil rakyat pembangkang turut diberi ruang untuk menyumbang pandangan dalam penyaluran peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing? Memandangkan kami, sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat lebih memahami keperluan sebenar di kawasan.
Penglibatan ini penting bagi memastikan bantuan sampai ke rakyat yang benar-benar memerlukan dan juga pada masa yang tepat. Saya menanti jawapan daripada Kerajaan.
Tuan Speaker, izinkan saya membawa satu lagi isu besar di kawasan saya, iaitu berkaitan sistem pembetungan yang ada.
Di kawasan seperti Kampung Air, Sinsuran dan Jalan Pantai, masalah limpahan mainhole berlaku dengan kekerapan yang membimbangkan. Ada kalanya dua hingga tiga kali dalam sebulan. Kawasan ini bukan saja dilalui oleh penduduk penempatan, malah turut menjadi tumpuan pelancong luar. Maka keadaan ini secara langsung memberi gambaran yang sangat negatif kepada imej bandar kita.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Kerajaan, apakah perancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah sistem pembentungan di kawasan pusat bandar ini? Selain itu, jika penyelesaian sementara masih bergantung kepada penggunaan dislodging truck atau water jetting truck dalam keadaan kapasiti yang jelas tidak mencukupi, adakah Kerajaan bercadang untuk menambah kemudahan dan keupayaan perkhidmatan ini dalam masa terdekat bagi menangani situasi yang semakin mendesak ini? Saya menantikan penjelasan daripada pihak Kerajaan.
Datuk Speaker, dalam keadaan ekonomi semasa, golongan yang paling terkesan ialah golongan muda yang sedang berusaha membina kehidupan. Bagi ramai anak muda, mereka bekerja keras dengan satu harapan, iaitu memiliki sebuah rumah sendiri. Namun realitinya, terdapat pembeli yang telah membeli rumah tetapi projek tersebut tidak siap dalam tempoh yang dijanjikan. Mereka terus membayar pinjaman setiap bulan, tetapi rumah tersebut masih belum dapat diserahkan. Ini adalah satu beban kewangan dan tekanan yang sangat besar kepada pembeli. Di kawasan saya, terdapat projek seperti The Crown yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembeli kerana kelewatan dan ketidak tentuan yang
berpanjangan. Apabila satu projek berlarutan terlalu lama tanpa kesiapan atau kepastian, pembeli tidak tahu sama ada projek ini akan disiapkan atau tidak. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang kita hadapi hari ini bukan sekadar isu individu projek tetapi berkaitan dengan kejelasan dan keberkesanan sistem sedia ada dalam menangani projek yang berlarutan terlalu lama. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah pendekatan atau mekanisme yang ada pada masa ini untuk menangani projek sedia ada yang telah berlarutan terlalu lama dan pada masa yang sama memberikan kepastian kepada pembeli? Selain itu, terdapat juga projek yang telah dikenal pasti sebagai projek bermasalah atau projek terbengkalai di Kota Kinabalu seperti Triconic Tower dan Pacific City. Ramai keluarga masih menanggung bayaran pinjaman sehingga hari ini walaupun projek tersebut tidak dapat disiapkan.
Ini adalah satu masalah yang telah lama wujud dan masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan.
Adakah Kerajaan bersedia bersedia memainkan peranan yang lebih aktif untuk membantu pembeli yang terjejas, termasuk memudah cara rundingan dengan pihak bank bagi menyusun semula bayaran pinjaman atau mengurangkan beban kewangan mereka. Saya percaya dalam situasi seperti ini, pembeli tidak seharusnya dibiarkan menanggung beban seorang diri…
Walaupun hubungan pinjaman adalah antara pembeli dan bank, mungkin Kerajaan boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk membantu mencapai satu penyelesaian yang lebih adil dan munasabah. Mengenai masalah bangunan, izinkan saya membawa satu isu yang berkenaan lagi. Sebenarnya ini saya mahu tanya di sesi lisan oleh kerana masa tidak cukup pada pagi tadi, saya bangkitkan di pembahasan saya supaya Kementerian berkenaan dapat maklum. Izinkan saya memberikan satu contoh yang benar-benar berlaku di
bandar kita atas isu ini. IMAGO merupakan satu mixed development di mana bawahnya shopping mall dan atasnya kondominium yang bernama The Loft. Selepas The Loft dapat O.C., pembeli khususnya jenis investor bermula membuat short-stay business di dalamnya. Tetapi dihalang oleh management yang ada. Alasan yang dibagi oleh management ialah SMP yang disign oleh antara pemaju dan pembeli ada clause yang setuju bahawa short-stay business is not allowed. Selepas itu, pembeli membawa kes ini ke mahkamah sebab mereka ada bukti leaflet yang ada, brochure yang ada, semua bahan yang diiklan oleh pemaju sebelum ini bahawa The Loft yang dibangunkan adalah bangunan yang digelar sebagai servicing residence dan ini bermakna bangunan tersebut boleh untuk membuat short-stay business ataupun permanent stay. Dan mereka ada bukti salesman dan saleslady di bawah pemaju tersebut menyatakan bahawa The Loft ini boleh diambil untuk menjalani business short-stay. If not mistaken, kes mahkamah ini telah diselesaikan melalui settlement sebelum sebarang keputusan dibuat oleh mahkamah selepas management office yang ada tidak lagi menghalang business short-stay dijalani di dalam The Loft. Soalan saya adakah mekanisme atau langkah-langkah mahupun undang-undang yang ada di bawah Kerajaan dapat mencegah kes sebegini dan memastikan apa yang diiklan oleh pemaju akan deliver atau disampaikan sepenuhnya kepada pembeli dan memastikan perlindungan terhadap pembeli adalah mencukupi?
Tuan Speaker, kenaikan harga bahan binaan kini telah berlaku di Sabah. Ini membawa risiko yang sangat nyata iaitu kelewatan projek. Malah kemungkinan wujudnya lebih banyak projek terbengkalai. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan, apakah pelan tindakan yang ada untuk menangani perkara lebih awal? Sebelum lebih banyak projek terpaksa dihentikan akibat kenaikan kos bahan binaan dan akhirnya menjadi projek terbengkalai.
Datuk speaker, masalah yang kita hadapi kini bukan hanya terhad kepada bahan binaan. Kadar elektrik meningkat, harga kos, gas juga menghadapi tekanan kenaikan dan semua ini akhirnya akan dipindahkan kepada rakyat. Apabila kos barang seperti gas dan elektrik meningkat, peniaga terpaksa menaikkan harga. Apabila harga
meningkat, pengguna tidak mampu. Akhirnya, perniagaan terjejas. Ini adalah satu kitaran yang merugikan ekonomi.
Datuk Speaker, jika kita tidak mampu mengawal harga elektrik atau gas atau ini terpengaruhi oleh faktor yang tidak dapat dikawal. Maka, adakah Kerajaan boleh bertindak dalam perkara yang berada dalam kawalan kerajaan Sabah sendiri untuk mengurangkan beban rakyat?
Contohnya, seperti kadar parking, bayaran pembaharuan lesen hotel, yuran papan tanda. Semua ini adalah charge yang boleh diputuskan oleh Kerajaan Negeri Sabah sendiri. Saya mencadangkan agar Kerajaan, khususnya kepada Task Force yang pagi ini baru disebut oleh Menteri Kewangan untuk segera menyemak semula kadar parking di kawasan Kota Kinabalu. Secara khususnya, nombor satu, kadar parking merah.
Sila gulung Yang Berhormat.
Last page sudah. Secara khususnya, kadar parking merah dan kuning diselaraskan kepada kadar parking warna hijau iaitu RM0.53 sen sejam.
Kompaun parking dikurangkan daripada RM30.00 kepada RM10.00 macam dulu. Langkah-langkah ini tidak dipengaruhi oleh faktor antarabangsa. Jika Kerajaan benar-benar ingin meringankan beban rakyat maka Kerajaan sepatutnya bermula dengan perkara yang berada dalam kawalan sendiri. Langkah ini boleh hanya bersifat sementara, sama ada setahunkah atau dua tahun. Ia tetap dapat membantu rakyat melalui tempoh yang sukar ini. Tetap rakyat akan rasa kasih sayang dan berterima kasih kepada kerajaan.
Bagi Kerajaan, jumlah ini mungkin kecil. Tetapi bagi rakyat dan peniaga, ia adalah satu pengurangan beban yang sangat bermakna. Saya dengan tegas menyeru agar Kerajaan mempertimbangkan dan melaksanakan cadangan ini bagi membantu rakyat menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar ini. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung satu
perkara yang pernah dibangkitkan dalam pertemuan saya dan rakan saya bersama pihak DBKK.
Dalam pertemuan tersebut, Datuk Bandar telah menyatakan bahawa akan dipertimbangkan satu waiting period bagi pengguna Smart Parking App yang telah membuat bayaran tetapi selepas atau terlepas extend tempoh parking supaya mereka tidak terus dikena kompaun sebaik sahaja tempoh tamat. Pada ketika itu, pihak Datuk Bandar memaklumkan bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan pihak service provider Smart Parking App sebelum satu keputusan dibuat. Justeru, saya ingin bertanya, apakah perkembangan terkini berhubung perkara ini? Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan waiting period tersebut sebagai satu pendekatan yang lebih munasabah kepada pengguna?
Tuan Speaker, di penghujung perbahasan saya. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan saya sepanjang beberapa bulan yang lalu. Sama ada dari Jabatan Kerajaan atau pihak lain. Saya juga ingin menegaskan bahawa pada hari ini, sama ada kita wakil Kerajaan atau wakil pembangkang, kita semua mempunyai satu maklumat yang sama iaitu berkhidmat untuk rakyat. Bagi memastikan maklumat ini dapat dicapai dengan lebih berkesan, Jabatan Kerajaan seharusnya bekerjasama dengan semua wakil rakyat di setiap kawasan, bukan hanya bekerjasama dengan wakil rakyat Kerajaan tetapi tidak dengan wakil rakyat pembangkang. Oleh itu, jika wujud sebarang arahan bahawa Jabatan Kerajaan tidak boleh memberi taklimat kepada wakil rakyat pembangkang, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa Api-Api tidak menyokong perkara tersebut. Sepertimana yang disebut oleh dalam ucapan Tuan Yang Terutama, kita membangunkan Sabah bersama-sama tanpa mengira kaum.
Akhir sekali, Tuan Speaker, izinkan saya menyeru. Maafkan saya. Akhirnya sekali, dengan merendahkan diri saya meminta Tuan Speaker supaya izinkan usul yang dibangkit atau dibawa oleh Yang Berhormat Kepayan supaya boleh bahas di Dewan yang mulia ini sebelum Dewan Undangan Negeri ke-17 tamat. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Api-Api. Seterusnya saya ingin menjemput … .
Yang Berhormat daripada Tanjong Keramat. 15 minit, Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada saya selaku wakil rakyat Tanjong Keramat untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang amat penting ini.
Pertama sekali, saya menjunjung kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas. Alhamdulillah, saya juga ingin memanjatkan kesyukuran atas kelancaran Pilihan Raya Umum Negeri Ke-17 kita pada November yang lalu. Pentadbiran Kerajaan Negeri ini terus utuh dan seperti prinsip yang selalu saya pegang, yang muda disayangi, yang tua dihormati. Pendekatan kita dalam mengurus negeri haruslah menyepadukan elemen konservatif yang terbukti berkesan, beserta dengan kaedah dan inovasi baharu.
Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang mengekalkan tiga teras utamanya adalah satu kerangka yang amat komprehensif. Namun Datuk Speaker, perancangan di peringkat atasan yang cantik ini harus diterjemahkan ke akar umbi. Hasrat utama saya berdiri di sini adalah untuk memastikan dasar-dasar gah ini benar-benar membumi dan dirasai oleh rakyat di bawah, khususnya di kawasan saya Tanjong Keramat.
Datuk Speaker, dalam titah Tuan Yang Terutama Tun ada disentuh mengenai ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran. Isu global ini secara tidak langsung memberi tekanan inflasi ke atas barangan keperluan, kos minyak serta rantaian logistik antarabangsa. Perkara ini amat merisaukan. Kesannya sangat dekat dengan poket dan perut rakyat kita yang rata-ratanya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan peniaga kecil.
Oleh itu, saya memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan. Apakah langkah proaktif kerajaan dalam mengekang kesan negatif krisis ekonomi global ini khusus buat para usahawan dan penjaja mikro di Sabah? Golongan yang berniaga secara kecil-kecilan ini perlukan intervensi segera. Sambil itu, saya mohon Kementerian menyatakan pelan untuk mewujudkan satu tapak niaga kekal yang tersusun dan kondusif khususnya di daerah Putatan untuk peniaga tempatan kita.
Dalam konteks yang sama, harga barang keperluan harian semakin mencengkam. Jadi kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, mohon nyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan mendepani isu keterjaminan dan keselamatan makanan seperti jaminan bekalan beras dan ayam berikutan krisis yang melanda ini.
Saya juga memohon Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat memberi pencerahan adakah kadar bantuan sedia ada yang diperuntukkan kepada jabatan atau agensi pada hari ini masih relevan dan mencukupi. Jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang kian menekan, mengambil kira faktor harga minyak, kos perubatan, utiliti dan belanja dapur rumah, sudah pasti satu semakan semula kadar bantuan perlu dilaksanakan segera.
Datuk Speaker, pembangunan infrastruktur dan utiliti terus diberikan keutamaan dalam agenda pembangunan negeri. Namun realitinya, bekalan air di kawasan saya sentiasa menjadi keluhan utama. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Utiliti menyatakan secara jelas, apakah status terkini penstabilan tekanan air di Daerah Putatan, khususnya di kawasan Tanjong Keramat.
Bercakap soal perhubungan jalan raya pula, rata-rata penduduk di Putatan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang amat serius dan membazirkan masa produktif mereka setiap hari. Berkenaan isu ini, bilakah jangkaan masa sebenar Projek Pan Borneo WP06 dapat disiapkan? Dan sementara menunggu ia siap, apakah ada perancangan jalan alternatif lain bagi mengekang kesesakan di laluan lebuh raya hadapan Kem Lok Kawi menghala ke pusat bandaraya selain daripada Lebuhraya Pan Borneo? Apakah status terkini perancangan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Coastal Highway dari kawasan Tanjung Aru memanjang ke Kuala Papar bagi penyelesaian jangka masa panjang?
Saya beralih ke sistem pengangkutan rel. Saya amat menyambut baik usaha kerajaan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) sistem kereta api moden dari Putatan ke KKIP dan Pelabuhan Sepanggar bagi mengukuhkan sistem logistik negeri. Ini adalah satu langkah proaktif yang amat tepat. Namun Datuk Speaker, keselamatan rakyat adalah keutamaan paling tinggi. Saya mengharapkan agar Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan turut menjalankan satu kajian komprehensif terhadap perkhidmatan kereta api sedia ada yang kerap kali terlibat dalam insiden kemalangan. Malah, sehingga menyebabkan kemalangan jiwa yang tragis. Rakyat menuntut agar perkhidmatan kereta api sedia ada ini dinaik taraf secara tuntas dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih mantap dan teknologi terkini demi menjamin keselamatan nyawa, pengguna dan orang awam. Datuk Speaker, penyelenggaraan infrastruktur awam amat berkait rapat dengan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar PBT diberikan peranan semak dan imbang yang lebih berkuasa. Adakah penilaian sijil kerja pihak konsesi penyelenggaraan jalan raya hari ini memerlukan pengesahan dari PBT? Jika tidak, wajarlah mereka mengesahkan kualiti kerja yang dilaksanakan oleh pihak konsesi di kawasan seliaan masing-masing kerana kita perlukan akauntabiliti dari peringkat daerah. Di peringkat pengurusan pula, saya sarankan agar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan mewujudkan, dengan izin Standard Operation Procedure yang dinilai dan diiktiraf oleh juruaudit luar bagi proses kerja PBT agar pelaksanaannya lebih
efisien dan telus. Menyentuh tentang kesejahteraan rakyat melalui perumahan, kita sedia maklum bahawa jurang pendapatan rakyat dan harga rumah di Sabah amat jauh. Apakah inisiatif Kerajaan dalam membina rumah mampu milik kos sederhana, khusus bagi kawasan subbandar atau pinggir bandar seperti Putatan? Saya juga mohon penjelasan tentang status terkini permohonan pembinaan Projek Perumahan Rakyat baharu di Daerah Putatan melalui Kerajaan Negeri kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Bagi kawasan pinggir pantai yang amat terhad ruang datarannya, saya menyarankan agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar menjelaskan perancangan untuk mempelbagaikan rekaan rumah SMJ kepada rekaan rumah bertingkat pada masa akan datang.
Datuk Speaker, masih dalam isu perumahan, saya ingin membawa suara kegelisahan penduduk mengenai isu penyelenggaraan rumah flat kos rendah yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), sebuah agensi di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Sebagai contoh, flat di Pasir Putih, Putatan. Keadaan infrastruktur bangunan ini semakin hari semakin membimbangkan. Ia menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang jelas, terutamanya keretakan bangunan di pelbagai sudut flat tersebut yang mengancam keselamatan nyawa penduduk.
Dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, ada dinyatakan komitmen kerajaan untuk menggubal Building Management Enactment pada tahun ini bagi meningkatkan penyelenggaraan bangunan di Sabah. Justeru itu, saya memohon penjelasan daripada pihak KKTP serta agensi berkaitan bersandarkan dasar baharu ini kelak, apa…
…Apakah sebenarnya tanggungjawab Perbadanan Pengurusan atau dengan izin Management Cooperation dalam isu keselamatan struktur ini?
Dan yang paling penting, adakah wujud
sebarang peruntukan kewangan atau dana khas dari Kerajaan bagi penyelenggaraan dan membaik pulih kerosakan kritikal di flat-flat kos rendah ini? Datuk Speaker, dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Tun ada menekankan tentang pendigitalan dan penerapan teknologi kecerdasan buatan AI. Begitu juga dengan pendidikan, pendidikanlah yang akan mengubah kehidupan dan mencerahkan masa depan anak-anak Sabah.
Saya mohon Kementerian Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah inisiatif strategik untuk menjamin anak-anak di Sabah mendapat akses pendidikan yang berkualiti di semua peringkat?
Mengenai teknologi kecerdasan buatan AI yang bertujuan mencepatkan proses pembuatan keputusan, apakah langkah Kementerian dalam meng… mengintegrasikan perkembangan AI ini terus ke dalam rutin harian pentadbiran agensi Kerajaan kita?
Melihat kepada demografi belia, apabila saya turun padang di Tanjong Keramat, keluhan utama mereka adalah kelangsungan ekonomi. Ramai anak muda hari ini meminati sukan fizikal dan e-sport.
Namun dari segi pendapatan, mereka terperangkap bergantung harap pada sektor gig ekonomi yang tidak stabil. Saya mohon Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif menyatakan perancangan Kerajaan dalam menjamin belia kita beralih kepada pekerjaan berpendapatan tetap.
Mohon menyatakan juga pemetaan bentuk pertumbuhan ekonomi belia mengikut daerah dan sektor apa sebenarnya yang paling mendapat permintaan tinggi dalam kalangan mereka hari ini di Sabah. Datuk Speaker, Dasar Kerajaan Pusat menetapkan Sabah sebagai hub ekonomi biru negara adalah satu pengiftifan… pengiktirafan besar. Kita memang berpotensi tinggi, namun saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Pertanian secara spesifiknya, apakah bentuk limpahan manfaat dan inisiatif ekonomi biru ini yang akan mengalir dan dapat dinikmati secara langsung oleh komuniti nelayan dan penduduk di Putatan serta Tanjong Keramat?
Datuk Speaker, saya beralih ke aspek kesejahteraan sosial. Dalam memperkasakan kesejahteraan sosial, pembangunan yang inklusif mesti merangkumi orang kurang upaya (OKU). Justeru, saya memohon Kementerian Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat menggariskan jaminan Kerajaan berhubung akses peluang pekerjaan yang adil buat golongan OKU, agar mereka dapat berdikari dan menyumbang kepada ekonomi sama ada melalui sektor awam ataupun swasta. Menyedari hakikat negara kita sedang beralih ke arah negara berumur atau dengan izin aging country, Kerajaan telah memperkenalkan kemudahan jagaan warga emas seperti Pusat Jagaan Harian, Merpati. Namun persoalannya, adakah kapasiti pusat penjagaan sedia ada di Sabah benar-benar selesa dan mampu menampung unjuran populasi warga emas pada masa hadapan?
Selain itu, saya mencadangkan agar Kerajaan mempromosi dan mewujudkan rantaian ekonomi baharu bagi rakyat tempatan sebagai perkhidmatan pengasuh, care giver dan jururau… jururawat di rumah home care, home care nurse. Sektor ini tidak wajar dibiarkan dipelopori oleh warga asing. Walhal perkhidmatan ini sangat kritikal untuk mengurangkan kebergantungan jumlah katil di hospital awam kita. Bagi meringankan beban ibu bapa muda yang bekerja pula, adakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif penyediaan taska atau pusat asuhan sementara di bangunan-bangunan Kerajaan menyamai inisiatif yang telah lama dilaksanakan di peringkat Persekutuan?
Dari sudut kecekapan awam, saya memohon Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjelaskan sama ada wujud tempoh khusus bagi pelaksanaan proses rotasi perjawatan untuk perkhidmatan awam bagi menyegarkan idea dan meningkatkan motivasi di sebuah jabatan.
Isu keselamatan awam juga tidak kurang pentingnya.
Apakah langkah Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing dalam membendung isu golongan stateless yang dilihat mula berkeliaran di kawasan pusat bandar agar dibendung segera sebelum menular ke daerah-daerah lain seperti di Putatan.
Akhir sekali, sektor pelancongan merupakan antara nadi utama ekonomi Sabah. Justeru saya memohon Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar membentangkan pelan kontingensi serta langkah proaktif Kerajaan bang, bagi mendepani dan meminimumkan impak negatif susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis keselamatan global yang kian meruncing pada hari ini. Datuk Speaker, sebagai penutup, segala usul dan persoalan ini bukanlah bertujuan mencari salah atau menuding jari. Sebagaimana lafaz Tuan Yang Terutama Tun, sudah tiba masanya kita bersatu hati membangunkan negeri ini demi kemajuan serta kesejahteraan bersama tanpa mengira latar belakang. Saya teguh dan komited membawa suara akar umbi ini ke pentas di Dewan yang mulia lagi inklusif ini. Kita mesti memastikan segala dasar yang dibentangkan ini dapat diaplikasikan dan dinikmati secara langsung oleh rakyat di bawah khususnya warga Putatan dan Tanjong Keramat.
Dengan lafaz bismillah, saya mohon menyokong penuh Ucapan Dasar Kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Keramat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Luyang dan Yang Berhormat Sungai Manila bersedia ya. Luyang dahulu, baru Sungai Manila. Silakan. 15 minit.
Datuk Speaker, terima kasih atas peluang untuk Luyang mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Izinkan saya memulakan dengan satu persoalan yang sangat asas.
Setiap tahun, kita meluluskan bajet berbilion-bilion ringgit. Namun hari ini, rakyat masih bertanya, mengapa rakyat Sabah masih tidak dapat merasainya?
Kerana realiti di lapangan tidak selari dengan angka di atas kertas. Jalan masih rosak, bekalan air masih tidak stabil, lampu jalan masih gelap, elektrik masih kerap terganggu, malah tarif meningkat. Kos sara hidup semakin tinggi, harga makanan asas terus naik, peluang pekerjaan masih terhad.
Datuk Speaker, kalau selepas bertahun-tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, tetapi masih bergelut dengan perkara asas, ini bukan lagi cabaran biasa. Ini adalah kegagalan yang berulang. Ini adalah satu kitaran, kitaran bajet, kitaran janji dan kitaran masalah yang tidak pernah selesai. Sampai bila kita mahu terus berada dalam kitaran ini? Rakyat berpendapatan rendah, tidak ada peluang kerja, kos sara hidup tinggi, pendapatan habis untuk perbelanjaan, kuasa beli lemah, perniagaan turut terjejas.
It is all connected. It is a cycle. Years after years of assembly sittings, we are still stuck in this loop. Do we want Sabah to remain like this? Or do we want Sabah to truly prosper? Datuk Speaker, izinkan saya membawa realiti di kawansas, kawasan saya di Luyang. Ini bukan isu luar biasa. Ini isu asas tetapi hingga hari ini masih belum diselesaikan.
Lampu jalan banyak yang tidak berfungsi atau terlalu malap, terutamanya di Taman Fortuna, Lorong Rampai, Taman Lido, Jalan Raya dekat QE1 dan Taman Foh Sang.
Ada kawasan gelap sepenuhnya seperti Kampung Kopungit dan Jalan Pintas.
Bila hujan, penglihatan menjadi sangat teruk.
Apakah ini standard keselamatan yang kita mahu berikan kepada rakyat?
Apakah pelan sebenar Kerajaan untuk menaik taraf lampu jalan raya yang sudah usang ini?
Tekanan air rendah dan gangguan berbulan-bulan di Kepayan Ridge Flats, Luyang Phase 11, Jalan Angsa, Lorong Siamang.
Penduduk hidup dalam keadaan siang tiada air, tengah malam baru ada.
Ini sudah lima hingga enam bulan.
Malah baru-baru ini pusat membeli belah dan hotel lima bintang juga terjejas. Kalau kawasan bandar utama pun tidak stabil, apa jaminan untuk kawasan lain? Sampai bila perkara ini akan berulang?
Gangguan elektrik kerap di kawasan Lido, Taman Foh Sang, Taman Ria, Taman Cantik. Perparitan Monsoon Rain dari
Lido ke Taman Land Breeze dan Taman Fortuna penuh lumpur, tidak diselenggara dan berbau. Terdapat sebuah Taska berhampiran dan keadaan ini memberi kesan kepada kanak-kanak di sana. Terdapat banyak longkang perumahan runtuh, tidak dibaiki dan tidak dibersih. Air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ini menyebabkan kes denggi meningkat di kawasan Undan, Apens, Bridgeview, Lido dan Jindu. Di kawasan Shoploads Foh Sang, laluan penjalan kaki yang bertingkat dengan perbezaan aras, telah menjadi risiko keselamatan yang serius sehingga menyebabkan lebih 30 hingga 40 kes jatuh dalam tempoh setahun.
Tuan Speaker, dalam order Peraturan Dewan 43 muka surat 55 seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap mana-mana ahli ataupun tiada bukti yang kukuh.
Apa yang sangkaan dia bilang itu? Yang kamu bilang sangkaan jahat itu apa?
Ya, yang mana perkataan saya sudah.
43.
Saya tahu 43.
Tetapi apa yang dia kata kamu bilang sangkaan jahat?
Banyak apa ini, pembaikan-pembaikan tidak dibuat oleh Kerajaan dan apa itu agensi-agensi yang berkaitan.
Datuk Speaker.
Eh, Elopura duduklah.
All the truth is happening on the groundlah ya, Datuk Speaker.
Start I hear the truth that may should be asking the question.
Okey.
Dont alleged.
So can I continue Datuk Speaker?
Can just withdraw and ask the question. Is it because ... (suara bertindih)
Yang saya cakap tadi ...
43 (1), seorang ahli hendaklah anda telah ...
You rephrase your statement instead of saying because of pipe-pipe buruk, you rephrase it. Adakah disebabkan oleh paip-paip yang buruk? So you are asking, you are not alleging.
Because if you are alleging, you don’t have the proof. And you cannot make any statement that is unproven. It is your opinion.
Sorry, which part again? Tuan Speaker, which part?
Bahagian yang paip-paip.
43.
Tidak, saya tahu 43, yang pernyataan dia.
Seorang Ahli, hendaklah menumpukan percakapan kepada perkara yang sedang dibincangkan dan tidak boleh membawa apa-apa yang tidak ...
Pernyataan Yang Berhormat Luyanglah. Saya tahu itu, saya tahu itu 43 tapi apa kenyataan Luyang yang kamu bilang sangkaan jahat?
Banyak aa apa ini perkara-perkara yang menuduh Kerajaan atau agensi-agensi Kerajaan yang tidak membuat apa-apa pembaikan.
Ok, terima kasih. Saya akan guna pertanyaanlah okey dari sekarang. Thank you very much.
Just withdraw what you tukarlah, you rephrase.
Alright, I will rephrase.
Aa mana sudah saya? Ya, apakah tindakan segera pihak berkuasa untuk membaiki dan menyelenggara laluan ini bagi memastikan keselamatan orang awam? Di Pasar Foh Sang, sistem saliran didapati tidak mencukupi sehingga menyebabkan takungan air di kawasan pasar ikan dan ayam, pasar daging khinzir dan bahagian luar pasar kering. Ini menimbulkan ketidakselesaan, serta menjejaskan tahap kebersihan dan kesihatan awam. Masalah ini dipercayai berpunca daripada saiz lubang aliran air yang terlalu kecil untuk menyalurkan air ke sistem saliran utama. Datuk Speaker, ini bukan isu besar, ini isu asas, tetapi sehingga hari ini masih belum ada penyesaiannya.
Datuk Speaker, kos sara hidup semakin menekan rakyat, khususnya harga makanan asas. Saya sendiri turun ke pasar dan supermarket untuk melihat keadaan sebenar. Harga telur antara RM16 hingga RM19.
Ayam sekitar RM11 hingga RM15 sekilogram. Kubis sekitar RM6 sekilogram dan daging khinzir sekitar RM35 sekilogram, sayur-sayuran lain sekitar RM7 ke atas. Dalam banyak keadaan, rakyat Sabah membayar jauh lebih mahal untuk barangan yang sama berbanding
Semenanjung. Ini bukan isu baru, ini telah berlaku bertahun-tahun bahkan sebelum konflik global.
Sabah masih terlalu bergantung kepada import, bukan sahaja makanan asas tetapi juga input penting seperti makanan ternakan dan baja. We need to fix the entire supply chain, from feed, fertilizer, farming logistics to distribution. If not, increasing production alone will not solve the problem.
Semasa pentadbiran Warisan pada tahun 2019, terdapat blueprint pertanian 10 tahun yang menyeluruh untuk meningkatkan tahap SSL dan security makanan, yang meliputi makanan asas, buah-buahan dan juga pembangunan industri hiliran. Daripada upstream farming, contract farming dengan anchor companies, penyediaan peralatan dan bibit percuma kepada petani dan nelayan, BYPASS SYSTEM sehingga ke downstream value added products.
Apa kesinambungan blueprint ini hari ini?
Datuk Speaker, Sabah mempunyai tanah yang luas, subur dan sumber yang mencukupi. Kita bukan kekurangan potensi, kita kekurangan pelaksanaan dan kesungguhan untuk memaksimumkannya. Kita perlu meningkatkan pengeluaran tempatan, mengurangkan harga makanan asas, mengurangkan import, membina ekosistem ekonomi tempatan.
Dan lebih penting, kita perlu membina lebih banyak jenama tempatan Sabah. We must build strong local brands and become a regional food exporter. Kita perlu menggalakkan lebih banyak jenama tempatan, menyokong perusahaan kecil dan sederhana.
Membantu mereka berkembang ke peringkat nasional dan antarabangsa. Supaya rakyat Sabah bukan sahaja pengguna, tetapi juga pengeluar, pembina jenama dan pemain dalam pasaran global.
Datuk Speaker, kita telah lama bercakap tentang perindustrian, tetapi di mana pelan yang konkrit, di mana garis masa pelaksanaan. Ini bukan sekadar soal ekonomi, ini soal masa depan anak muda Sabah. Ramai anak muda meninggalkan Sabah ini bukan kerana mereka mahu, tetapi kerana mereka tidak nampak masa depan di sini.
Tetapi kita perlu faham, isu anak muda hari ini bukan sekadar pekerjaan, ia adalah kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka risau adakah gaji cukup untuk hidup, adakah mereka mampu memiliki rumah, adakah peluang kerjaya wujud di Sabah, adakah mereka perlu terus berjauhan daripada keluarga. Ini adalah realiti yang sedang dihadapi oleh satu generasi, dihadapi oleh generasi saya, the Millennium, the Gen Z.
This is not just about jobs, this is about their future.
Berapa ramai anak Sabah yang terpaksa bekerja di Kuala Lumpur, Singapura atau luar negara. Bukan hanya white collar, blue collar juga terpaksa keluar. Pekerja di Semenanjung dalam sektor F&B, pusat beli belah dan kilang. Berapa ramai ibu bapa hanya dapat berjumpa anak beberapa kali setahun. Ini bukan sekadar isu ekonomi, ini isu sosial dan masa depan negeri. Jadi persoalannya, apakah plan sebenar kerajaan untuk memastikan anak muda Sabah boleh membina masa depan mereka di negeri ini?
Cadangan saya jelas. Pertama, kita mesti mencipta pekerjaan berkualiti, bukan sekadar pekerjaan asas. Ini hanya mampu berlaku jika kita serius membangunkan industri hiliran, sektor pembuatan, ekonomi digital dan kreatif, berteraskan kekuatan industri utama Sabah, seperti oil & gas, pertanian, pelancongan dan sumber asli. Ketua, kita perlu membina ekosistem usahawanan belia, bukan sekadar geran kecil, tetapi akses kepada pembiayaan, pembimbingan perniagaan, platform pasaran untuk produk tempatan. Supaya anak muda bukan hanya mencari kerja, tetapi mampu mencipta pekerjaan.
Ketiga, kita perlu membuka lebih banyak peluang dalam sukan dan industri kreatif, seni … .
Muzik dan budaya, ekonomi digital dan teknologi, kerana ini adalah salah satu bidang yang dekat dengan generasi
muda hari ini. Keempat, kita perlu menangani kos sara hidup, kerana walaupun ada pekerjaan jika kos hidup terlalu tinggi, anak muda tetap tidak mampu membina kehidupan di Sabah. Jika tidak membina industri sekarang, dalam 10 hingga 20 tahun yang akan datang, siapa yang akan tinggal untuk membina Sabah? Pelancongan adalah salah satu enjin utama ekonomi Sabah. Kita mempunyai keindahan alam yang luar biasa tetapi masih kekurangan aktiviti, kemudahan dan hotspot pelancongan yang segar dan menarik. Pelancong datang tetapi tidak tinggal lama, malah ramai yang tidak kembali.
Kerajaan merancang Tahun Melawat Sabah 2027 tetapi apakah pelan yang konkrit?
Mengapa kita masih bergantung kepada lokasi pelancongan yang sama berulang kali? Mengapa kita tidak meneroka kawasan baharu dan mencipta produk pelancongan yang lebih moden dan dinamik? Dalam keadaan kos pelancongan ke luar negara semakin meningkat akibat ketidaktentuan harga bahan api, ini adalah peluang untuk kita memperkukuh pelancongan domestik dan menarik lebih ramai pelancong dari negara jiran. Kita boleh bangunkan festival makanan Sabah, sukan pelancongan, festival muzik dan seni, e-sukan antarabangsa, acara bertaraf global, agropelancongan, dan sukan ekstrim dan hutan.
Ini bukan sekadar hiburan, ini adalah ekonomi. We should position Sabah as a regional events hub. Well at the same time, developing our local event organizers instead of relying too heavily on external parties. This will create a strong multiplier effect across multiple industries including hospitality, food and beverages, transportation, retails, entertainment, logistics, media and production as well as small and medium local businesses.
Satu lagi isu yang tidak boleh kita abaikan ialah operator pelancongan haram. Isu ini bukan hanya di Semporna, ia berlaku di seluruh Sabah. Jika tidak ditangani dengan tegas, ia bukan saja menjejaskan imej pelancongan kita, tetapi juga keselamatan pelancong dan keadilan kepada pengusaha sah tempatan. Penguatkuasaan mesti dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Sabah dan dilakukan secara kerap, bukan bermusim. Kita perlu pemeriksaan mengejut di lokasi pelancongan untuk
mengesan pemandu pelancong haram, sekatan jalan raya untuk memeriksa van dan bas pelancong tidak berlesen. Tindakan tegas terhadap operator haram. This will prevent economy leakage and ensure that tourism revenue is retained within Sabah. Directly benefiting our local businesses and communities. Datuk Speaker, kita bercakap tentang pelancongan, tetapi bandar kita masih belum cukup bersih, sampah boleh dilihat di laut, di kawasan pelancongan, malah di dalam bandar sendiri. Bandar yang bersih bukan hanya soal kesedaran, ia soal penguatkuasaan. Kita perlu penguatkuasaan yang lebih tegas, penalti yang lebih tinggi, khidmat masyarakat sebagai hukuman. Ini termasuk isu merokok di restoran, tidak ada papan tanda dilarang merokok tetapi tiada penguatkuasaan. Apa guna peraturan jika tidak dilaksanakan?
Selain itu, masalah perosak seperti lipas dan ada satu lagi, ada orang kadang-kadang berseloroh panggil ratatouille, iaitu tikus juga semakin serius. Ini bukan perkara kecil, ini menjejaskan imej bandar dan juga kesihatan awam.
Mula gulung ya.
Jika tidak, okey sikit lagi Datuk Speaker.
Yalah, itulah, saya bilang gulunglah.
Ada sikit lagi, jika kita serius mahu menjadi destinasi pelancongan yang berkualiti, kebersihan bandar mesti menjadi keutamaan dan sistem kawalan perosak mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Datuk Speaker, sistem kesihatan kita hari ini berada dalam tekanan yang sangat serius dan memerlukan satu overhaul yang menyeluruh. Hospital dan klinik kekurangan doktor, pegawai perubatan serta peralatan, masa menunggu panjang, rawatan tertangguh. Ini bukan sekadar persepsi, ini adalah realiti yang kita dapat lihat sendiri. Datuk Speaker, Queen Elizabeth Hospital One, hospital rujukan utama
Sabah yang menyokong puluhan hospital lain di seluruh negeri. Hari ini berada dalam bawah tekanan yang berterusan, ini bukan kegagalan terkecil. Antara isu yang jelas, peralatan perubatan yang sudah usang, mesin diagnostik melebihi jangka hayat. Risiko kerosakan meningkat dan ini menyebabkan kelewatan dalam diagnosis serta rawatan. Kesesakan hospital, kemudahan tidak mencukupi, pesakit berhadapan keadaan sesak setiap hari, kekurangan doktor yang serius, nisbah doktor kepada penduduk sekitar 1 banding 800. Ini memberi tekanan besar kepada tenaga kerja sedia ada.
Dan isu asas seperti parking, cadangan parking bertingkat telah dibincangkan sejak lima hingga enam tahun lalu tapi sehingga hari, masih tidak ada pelaksanaan dan tekanan ini bukan hanya di hospital utama, Klinik Kesihatan Luyang juga berdepan situasi yang sama, pesakit terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan asas. Kemudahan tempat duduk tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit.
Masalah parking juga berlarutan dan menyukarkan akses kepada rawatan. This reflects a health care system that is under serious strain and in need of a comprehensive overhaul.
These are not new issues, these are long standing problem that remained unresolved.
Datuk Speaker, masalah ini bukan berlaku secara tiba-tiba, ia adalah hasil daripada kekurangan perancangan jangka panjang. Pengurangan insentif kepada doktor di Sabah telah menjejaskan pengambilan dan pengekalan tenaga kerja. Akibatnya, doktor tidak mahu datang and yang sedia ada pula, semakin terbeban. This creates a vicious cycle, fewer doctors, heavier workload and declining quality of care.
Dalam keadaan ini, Kerajaan Negeri tidak boleh hanya bergantung kepada pendekatan sedia ada. Kerajaan Negeri perlu merangka skim insentif yang lebih komprehensif, bukan sahaja untuk mengekalkan pegawai perubatan tempatan Sabah tetapi juga untuk menarik lebih ramai doktor dari semenanjung berkhidmat di Sabah.
Gulung ya.
Ya, gulung. The state must take a pro, more proactive role in attracting and retaining medical talent. Tanpa langkah yang berani dan segera, masalah kekurangan doktor ini akan terus berlarutan dan menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Datuk Speaker, rakyat Sabah tidak meminta perkara luar biasa, mereka hanya mahukan perkara asas berfungsi dengan baik tetapi lebih daripada itu, mereka juga mahukan masa depan yang lebih baik. Mereka tidak mahu terus berada dalam kitaran di mana bajet meningkat tetapi masih kekal, di mana janji dibuat tetapi hasil tidak dirasai. Jika kita tidak berubah hari ini, maka kita akan terus mengulangi kegagalan yang sama. Sabah tidak kekurangan potensi, Sabah tidak kekurangan sumber. Yang kita kekurangan bukan sumber, tetapi kemahuan politik dan keupayaan untuk merancang masa depan Sabah secara jangka panjang. Rakyat Sabah tidak mahu lagi sekadar mendengar. Sabah tidak boleh terus ketinggalan. Terima kasih, Datuk Speaker, dengan itu, saya mohon sokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Luyang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menasihati di sini ya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum berucap, apabila berucap, jangan gunakan perkataan ikut sedap mulut, ya. Guna ayat, guna perkataan atau ayat yang dengan lebih bijaksana. Jangan sampai pada penghujungnya akan menjadi satu masalah kepada kenyataan itu. Jadi, sila berhati-hati bila buat ucapan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Manila. Lima belas minit, ya.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk Speaker.
Kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan selaksa tahniah kepada Kerajaan Pimpinan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Ketua Menteri kerana berjaya membawa Sabah terus maju dan membangun. Catatan rekod pada tahun lalu, iaitu sebanyak RM7.6 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan memperlihatkan kesungguhan Kerajaan dan sewajarnya dibanggakan. Kesungguhan itu turut diperlihatkan apabila Kerajaan memperakukan jumlah siling peruntukan RM12.024 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tahun 2026-2030 dan mengenal pasti sepuluh bidang keutamaan yang berpaksikan kepada keperluan dan potensi sebenar negeri ini. Keupayaan Kerajaan dalam memperlihatkan daya tahan ekonomi yang kukuh meski berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada peringkat domestik dan global. Saya amat yakin Kerajaan Negeri akan terus memacu pembangunan negeri ini demi kesejahteraan rakyat.
Datuk Speaker, saya berdiri di Dewan ini dengan tekad untuk menyokong penuh usul Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah membentangkan satu naratif pembangunan yang sangat kukuh melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya ataupun SMJ 2.0.
Rakan-rakan dan Ahli Yang Berhormat, sebelum ini telah banyak membicarakan tentang pembangunan fizikal, iaitu pembinaan jalan raya, bekalan air, infrastruktur, pelabuhan, dan pelaburan bernilai berbilion ringgit. Namun, berikan saya ruang sedikit untuk menyampaikan hasrat rakyat di kawasan selaku ADUN Sungai Manila yang terletak di Sandakan. Ingin mengetengahkan isu ekonomi Bandar Sandakan, yang sesuatu ketika gagah, tetapi kini dijolok bandar sunyi, dan saya melihat ini memerlukan kajian semula. Saya cadangkan Kerajaan kaji semula perniagaan pertukaran, barter trade, dalam memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat. Saya yakin Kerajaan sudah tentu melihat potensi yang ada di Sandakan.
Salah satu potensi yang mampu mengangkat ekonomi Sandakan kembali ialah perniagaan pertukaran barang barter trade. Perniagaan ini bukan sahaja berupaya mengangkat ekonomi, tetapi mampu menarik pelabur untuk ke Sandakan. Apabila ini berlaku, impaknya bukan sahaja kepada daerah Sandakan tetapi juga kepada negeri ini. Oleh itu, saya memohon agar Kerajaan dapat membantu memperkasakan perniagaan ini, yang sebenarnya potensi terbaik untuk membangunkan dan memajukan ekonomi Sandakan. Kerajaan bolehlah meletakkan syarat di mana pengusaha yang melaksanakan perniagaan ini haruslah bertapak di Sandakan. Perniagaan itu wajar tertumpu di kawasan ini tapi bagi membantu membangunkan Sandakan Industrial Park, pada masa yang sama Kerajaan dapat mengawasi perniagaan tersebut.
Datuk Speaker, ingin saya kongsikan juga di sini, iaitu isu kesesakan Jalan Batu 32 ke pusat bandar Sandakan. Masalah ini bukanlah masalah baru yang berlaku di mana-mana sahaja di negeri ini. Namun yang uniknya di Sandakan, jem yang agak teruk berlaku bukanlah di kawasan bandar Sandakan, tetapi kawasan yang tidak sesibuk di kawasan bandar, iaitu sepanjang jalan raya daripada Gum-Gum hinggalah ke kawasan Batu 32. Dengan jalan rayanya cuma satu lorong, jem di jalan ini akan lebih teruk, sekiranya berlaku kemalangan. Sememangnya jalan alternatif ataupun jalan untuk mengatasi masalah ini telah pun dibuat, iaitu jalan lintas Libaran, tetapi apa yang menyedihkan sehingga kini jalan itu masih lagi belum dapat digunakan. Oleh itu saya memohon Kerajaan untuk melihat dan mencari punca mengapa jalan itu masih tidak boleh digunakan. Apa masalahnya yang menyebabkan pembinaan jalan itu belum sampai ke penamatnya? Dan mengapa harus mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan? Saya difahamkan, ya, daripada tahun 2014. Datuk Speaker, masalah bekalan air bukanlah satu masalah yang baru. Kerajaan sendiri telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dan di Dewan yang mulia ini. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan bagi melihat masalah bekalan air di Kampung Lubuh, Sungai Manila. Bayangkan selama tujuh tahun penduduk di kampung ini tidak memperolehi bekalan air bersih dan alhamdulillah pada minggu lalu masalah bekalan air yang menghantui lebih 600 penduduk kampung ini telah pun selesai. Penduduk di kampung dapat menikmati bekalan air bersih dan saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Kerajaan atas usaha seumpama ini. Meskipun bagi mengenal pasti, punca gangguan ini harus mengambil masa yang begitu lama.
Datuk Speaker, infrastruktur fizikal merupakan asas penting untuk membangunkan Sabah.
Bagaimanapun, pembangunan sumber manusia juga perlu diberikan perhatian serius. Oleh itu, saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada modal insan, pemerkasaan pendidikan, dan kesediaan digital dalam kalangan generasi belia Sabah.
Datuk Speaker, sehebat manapun infrastruktur fizikal yang kita bina, akan menjadi projek gajah putih yang membawa makna projek yang besar kosnya tetapi kecil manfaatnya. Sekiranya kita gagal melahirkan modal insan tempatan yang mampu mengurus, menyelenggara, dan memacu ekonomi ke tahap global. Pemerkasaan TVET sebagai tulang belakang industri. Datuk Speaker, Tuan yang terutama dalam ucapannya telah menegaskan bahawa Kerajaan komited untuk memacu pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET. Pendidikan memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran berterusan untuk membangunkan dan memajukan negeri ini. Generasi yang berpendidikan adalah aset kepada negeri ini dan generasi berpendidikan inilah yang akan memastikan pembangunan negeri harus tidak tersekat. Oleh itu, sebagai Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, saya memohon Kerajaan untuk memperkasakan hak pendidikan yang terletak di kawasan DUN Sungai Manila di kawasan inilah telah dibina Kampus Universiti Malaysia Sabah, Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Politeknik dan baru saya petik sebentar tadi, Kolej Vokasional. Kita amat berbangga apabila pertubuhan pesat Taman Perindustrian Kota Kinabalu KKIP dan taman-taman perindustrian lain, persoalan saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, siapakah yang akan mengisi jawatan-jawatan teknikal bernilai tinggi ini di kilang-kilang dan di loji tersebut? Adakah anak-anak Sabah? Atau kita terus bergantung kepada kepakaran jurutera dan juruteknik dari Semenanjung atau luar negara?
Datuk Speaker, kita tidak boleh membiarkan belia kita sekadar menjadi penonton atau hanya mengisi jawatan bawahan dalam rancangan perindustrian negeri sendiri. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Sabah agar melakukan rombakan drastik ke atas kurikulum TVET di Sabah supaya benar-benar dipacu oleh kehendak industri. Kita mahu TVET pada hari ini tidak lagi terhad kepada kemahiran tradisional semata-mata. Pusat-pusat TVET , kita mesti dinaik taraf untuk menawarkan diploma dan sijil lanjutan dalam bidang robotik industri, penyelenggaraan kenderaan elektrik EV, teknologi dron untuk pertanian moden dan automasi kecerdasan buatan AI. Kerjasama pintar melalui memorandum persefahaman secara…
… terus antara institusi, TVET, negeri dengan para pelabur multinasional yang beroperasi di Sabah. Pelabur-pelabur wajib memainkan peranan dengan membekalkan mesin latihan terkini dan menawarkan jaminan pekerjaan bersyarat kepada graduan sebaik saja tamat latihan. Begitu juga dengan strategi penerima gunaan teknologi dan tadbir urus digital.
Datuk Speaker menyentuh tentang pendigitalan, Tuan Yang Terutama turut menggariskan perluasan capaian internet berkelajuan tinggi dan pelaksanaan agenda kerajaan digital. Perluasan infrastruktur jalur lebar melalui berbagai inisiatif adalah langkah yang tepat. Namun penyediaan tiang, telekomunikasi, kabel gentian optik dan menaik taraf kelajuan jalur semata-mata tidak memadai untuk mengubah landscape Sabah jika budaya kerja dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang masih lemah. Untuk memastikan inisiatif ini berjaya, Kerajaan amat memerlukan strategik penerima gunaan teknologi adoption strategy yang komprehensif serta kerangka dasar yang tersusun bagi tadbir urus digital. Kita tidak boleh membenarkan amalan bekerja secara solo atau istilah sendiri-sendiri. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan ataupun agensi yang membangunkan aplikasi masing-masing tanpa standard integrasi yang selaras. Yang
kita perlukan adalah satu kerangka dasar digital yang berintegrasikan penggunaan teknologi secara menyeluruh. Misalnya, penggunaan data raya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, meramal kawasan berisiko banjir, secara mempercepatkan kelulusan lesen perniagaan. Apabila jentera kerajaan beroperasi pada tahap kecekapan digital tinggi, ketirisan hasil dapat dibendung, karenah birokrasi dapat dituntas dan pelabur luar akan mempunyai keyakinan yang penuh terhadap ketelusan sistem pentadbiran kita di Sabah.
Seterusnya Datuk Speaker, apabila kita membincangkan inovasi digital, kita sama sekali tidak boleh meminggirkan anak-anak pelajar di kawasan luar bandar dan di pedalaman Sabah yang sering terdedah kepada risiko keciciran. Kita sering melaungkan aspirasi melahirkan belia celik IT. Namun hakikatnya di lapangan masih terdapat sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang bukan sahaja tiada akses internet yang stabil, malah makmal komputernya sudah usang. Bagaimana kita mahu anak-anak ini bersaing dalam penguasaan subjek Sains Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik, STEM di peringkat kebangsaan?
Saya mohon agar Kementerian Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi Sabah dengan kerjasama Persekutuan memberikan peruntukan khas bagi mewujudkan hub inovasi belia atau makerspace di setiap daerah luar bandar yang dilengkapi dengan internet pantas, kemudahan komputer, pencetak 3D, dan model asas pengekoda ataupun coding. Jadikan ia ruang komuniti percuma untuk pelajar kampung bereksperimen dengan teknologi sekaligus mencungkil bakat-bakat besar yang terhalang selama ini oleh masalah geografi.
Datuk Speaker, dalam memacu dalam kemajuan digital, terdapat satu dimensi pelengkap yang kita tidak boleh abaikan iaitu kesejahteraan mental generasi muda. Kepesatan teknologi, tekanan media sosial, dan landscape ekonomi yang semakin kompetitif juga memberi cabaran kepada psikologi golongan ini. Saya ingin memanjangkan definisi kesejahteraan itu kepada aspek kesihatan mental generasi pelapis kepimpinan muda. Dengan memperkasakan pusat-pusat bimbingan dan kaunseling, inovasi digital harus dimanfaatkan untuk kebaikan.
Misalnya membangunkan aplikasi sokongan maya dengan izin tele-counseling yang dikendali
secara profesional oleh agensi kerajaan bagi membantu belia berdepan dengan kemurungan, kebimbangan, dan krisis tekanan. Modal insan yang cemerlang bukan sahaja diukur melalui segulung ijazah dan kemahiran teknikal, tetapi melalui ketahanan emosi dan kekuatan jati diri mereka.
Sebagai penutup Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, masa depan Sabah tidak terletak pada khazanah sumber hutan ataupun sumber minyak di lautan kita semata-mata. Masa depan Sabah secara mutlaknya terletak pada anak-anak muda yang sedang berada di bangku sekolah dan di institusi-institusi kemahiran pada hari ini.
Tuan Yang Terutama telah pun menyeru kita untuk bersatu hati. Demi kemajuan dan kesejahteraan bersama, marilah kita terjemahkan kesatuan hari ini dengan membuat pelaburan yang paling besar dan berbaloi untuk masa depan negeri iaitu pelaburan memperkasakan pendidikan, pemodenan institusi TVET dan membina ekosistem digital yang tidak meminggirkan sesiapa pun. Sekiranya kita berjaya melengkapkan belia kita dengan kemahiran teknikal aras tinggi dan memperkukuh tadbir urus digital kerajaan bermula hari ini, saya yakin negeri Sabah bukan sahaja menjadi penyumbang utama ekonomi negara, malah akan muncul sebagai pusat keunggulan modal insan yang disegani di rantau Asia Tenggara.
Sekian, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya menyokong penuh usul Ucapan Dasar Kerajaan. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Sibuga. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura.
Saya Sungai Sibuga Tuan Speaker. Di sebelah sini nah.
Eh, sorry. Sungai Manila. Terlampau banyak sungai bah ADUN-ADUN ini. Sebelum itu saya minta ADUN yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Kassim Razali bersedia ya. Okey, Elopura 15 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kasi peluang saya. Tuan Speaker, saya bangun hari ini selaku wakil rakyat Elopura membawa suara rakyat Sandakan khususnya masyarakat Elopura.
Rakyat tidak diminta perkara luar biasa. Rakyat hanya mahu kemudahan asas hak dan masa depan yang lebih baik. Contohnya, pertama isu hospital. Sampai hari ini Hospital Sandakan sudah terlalu lama berlarutan. Sandakan merupakan bandar utama tertua di Sabah ini dan pusat ekonomi penting di Pantai Timur. Namun, kemudahan kesihatan masih jauh tertinggal. Kesesakan pesakit, kekurangan wad, kekurangan tempat letak kereta, beban petugas kesihatan dan keperluan naik taraf fasiliti semakin pertesa / mendesak (sebutan tidak jelas). Contohnya di Sabah ini, seluruh Sabah. Kadar kematian bawah 5 tahun bayi yang paling tinggi di seluruh Malaysia, 21.8%.
Ini data dari 2024 yang standard dia punya rekod ialah 8.3 saja. Maksudnya 2.5 kali ganda yang tinggi daripada lain. Contohnya, kadar kematian ibu bersalin yang paling tinggi juga di seluruh Malaysia, yang paling tinggi adalah 2023 punya figure, 36.3% dia punya data. Di seluruh Malaysia, dia punya standard hanya 25.7% sahaja. Saya tanya soalan kepada Menteri, apakah langkah-langkah saya menyasarkan Kerajaan Negeri supaya, apakah langkah-langkah menambahkan kapasiti katil, wad dan pakar perubatan di Sandakan ini? Dan kedua, mencepatkan projek naik taraf Hospital Sandakan. Ketiga, menetapkan … .
…jelas kepada rakyat dan menjadi Sandakan sebagai Hub Kesihatan Pantai Timur Sabah, sebab dalam sebut yang minggu lalu, Kementerian Kesihatan ada datang Sandakan, Sandakan ialah satu penting punya contribution untuk seluruh Sabah for GDP 10% dan newspaper ada tulis lah. Jadi ini yang paling penting di seluruh Sabah ini contribution 10%. Ini yang saya harap Kementerian Kesihatan, harap look into this issue. Kesihatan rakyat bukan isu politik. Ini suarakan nyawa dan hak mereka di Sandakan ini.
Isu yang kedua, pelabuhan dan ekonomi. Isu tekanan kos terhadap pelabuhan asing di Sabah, khususnya sektor perkilangan dan peladangan perlu diberi perhatian kerana boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta menghalang pelaburan baharu. Antara cabaran utama ialah bayaran SMART Sabah atau lebih bekerja sekadar RM880.00 seorang kos permit bekerja. Immigration bercecah lebih 3,500 sedang membeban gaji minimum bersama caruman wajib seperti KWSP dan Perkeso. Ini yang data dalam estate atau perladangan dari MPOA atau dan sebagainya. Ini syarikat yang kod kasih setiap syarikat yang minta kuota untuk pekerja asing. New quotation for processing of Indonesia workers and dependents under regulation bersasar, ini quotation nya. Jadi itu yang makin tinggi dia punya kos yang pendatang asing untuk pekerja di Sandakan ini atau di Sabah ini.
Tuan Speaker, boleh minta penjelasan yang ADUN daripada Elopura membawa quotation itu daripada syarikat mana?
Okey, saya tidak boleh sebutkan syarikat mana, kalau mahu kita sama-sama pergi jumpa itu…
Boleh jangan kongsikan quotation itu tadi kalau…
Elopura. Itu sebut harga itu daripada jabatankah atau daripada syarikat?
Daripada syarikat swasta nampaknya.
Okey, dia syarikat ini, okey ini senang saja, syarikat ini tidak dapat sebut nama. Syarikat ini PLKS RM60.00.
Tidak, You jawab saya, dia daripada jabatankah? Daripada agensi Kerajaankah? Atau daripada swasta?
Ini swasta.
Swasta kita tidak boleh control dia punya harga.
Memanglah, bukan semua dia charge. Dia akan yang last ada dia punya service fee juga.
Quotation itu bukan daripada levi Kerajaan Tuan Speaker.
Senang.
Charge perkhidmatan.
Ya. ADUN Dilantik, biar yang Menteri yang jawab ini berapa harga?
Minta penjelasan.
Tidak, saya mahu tanya, kalau itu quotation bukan daripada agensi khusus daripada Kerajaan atau jabatan, tidak sepatutnya menjadi rujukan, sebab kalau mengikuti PT, risalah-risalah apa semua tidak boleh jadi rujukan kecuali dia adalah yang rasmi daripada jabatan atau daripada agensi Kerajaan yang mengendalikannya, yang berkuasa. (suara bertindih)
Ya, saya faham apa yang Tuan Speaker yang sebut, ada yang ADUN nantikan.
Jadi jangan guna itu quotation sebagai rujukan lagi.
Ya, saya faham, itulah saya minta Kerajaan atau Menteri dapat jawab ini soalan berapa harga yang betul-betul charge untuk satu seorang pendatang asing untuk kerja di ladang atau yang perikanan dan sebagainya. Itu yang pelabur datang sini, pun mahu jelaskan apa yang kos kita mahu bayar, tidak dapat ditapuk dan sebagainya. Boleh jawab?
Tuan Speaker.
Itu nanti dia jawab sekali lah. Kalau dia jawab juga sekarang nanti semua orang minta jawab juga kan?
Ya.
Dengan izin Tuan Speaker. Ada lagi satu salinan surat khabar yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat daripada Elopura tadi. Boleh minta penjelasan apa kandungan surat kabar itu?
Nanti saya copy satu copy untuk kamu. Jangan risau.
Dalam bahasa Cina, saya nampak dari jauh, terima kasih ya.
Ya, ulasan liputan-liputan akhbar apa semua ini tidak boleh dijadikan rujukan.
Ya minta tolong kasih dia satu copy.
Ini bukan bundle of pleading yang you mahu kasih masuk tu semua.
Ya, itu yang saya yang apa yang sebut dari Menteri Perumahan di Sandakan ini. Menteri Perumahan di Sandakan ini, dia cakap 10% yang contribute untuk seluruh Sabah.
Apa dia cakap, apa dia lapor tidak semestinya sama.
The whole Sabah contribution Sandakan ialah satu penting punya.
Okey, Yang Berhormat Elopura, jangan lagi rujuk-rujuk, risalah-risalah yang tidak rasmilah.
Kalau salah boleh sue ini surat khabarlah. Ini surat khabar ada license punya. Ini bukan AI.
Dia bukan pasal sue atau tidak, dia ikut PT tidak boleh menjadi bahan rujukan di dalam Dewan.
Ini bukan AI, Menteri.
Saya bukan cakap pasal AIkah tidak. Okey you punya masa pun sudah singkat, you teruskan saja lah.
Yalah, yalah, itu yang ADUN Lantikan. Ya okey, sampai mana. Jika berterusan pelabur mungkin membeli negara atau negeri lain yang menawarkan kos lebih rendah dan proses lebih mudah seperti Indonesia dan lain-lain negara.
Yang satu isu, cadangan membangunkan landasan roket di Sabah ini menimbulkan persoalan kerana banyak keutamaan asas pembangunan masih belum diselesaikan. Saya hairan kenapa masih mahu buat landasan roket di Lahad Datu ini?. Sekarang Sabah langsung tiada roket sudah. Kalau peruntukan ini untuk pelabuhan kapal laut, lagi jelas, lagi maju. Kenapa saya sebut begitu? Sabah mempunyai kelebihan
maritim dengan ekonomi bergantung kepada perdagangan laut. Contohnya tadi ada disebut barter trade. Ekonomi bergantung kepada perdagangan laut perikanan dan pengangkutan antara daerah. Pelabuhan moden boleh mencepatkan import atau eksport, mengurangkan kos logistik serta menarik pelabuhan. Jadi yang baik pula, penting untuk penduduk luar bandar, nelayan atau sektor pelancongan seperti bercakap tentang roket kemudahan asas di Sabah perlu diperkukuh terlebih dahulu. Isu yang ketiga, pendidikan. Masa depan sekolah bergantung kepada pendidikan. Namun masih banyak sekolah berdepan masalah bangunan uzur, infrastruktur, kesesakan dan kemudahan digital yang tidak mencukupi. Khususnya di kawasan luar bandar. Anak-anak Sabah juga masih perlu keluar jauh untuk mendapatkan kepentingan tinggi.
Saya nak tanya, naik taraf sekolah yang daif itu, bila dapat selesai dalam langkah-langkah? Isu yang kedua, soalan yang kedua, menambah kemudahan SDEM atau digital di sekolah bila dapat selesai? Memperluaskan kampus universiti atau institut TVET di Sandakan bila akan tampak atau bila dapat jelaskan?
Nombor empat, menyediakan latihan kemahiran mengikut kehendakan industri tempatan. Point yang keempat, perumahan mampu milik. Tuan Speaker, di Sabah masih ramai anak muda bekerja tetapi masih tidak mampu membeli rumah. Harga rumah meningkat tetapi pendapatan rakyat tidak seiring bila dapat sebilangan perancangan Kerajaan Negeri untuk membinakan rumah mampu milik di Sandakan ini. Yang contoh di tangan saya, rumah mampu milik.
Sabah ialah paling banyak setinggan di seluruh Malaysia berbanding dengan Sarawak, 10-11 kali ganda. Figure dari mana? kalau cakap ini dari shinshu bukan saya yang sebut, shinshu yang sebut punya.
Apa yang kita baca ini betul juga. Betul juga. Apa yang saya harap Kerajaan atau perumahan dapat jelaskan atau rumah mampu milik, bila dapat dikawalkan atau dibinakan. Saya menggesa Kerajaan memperbanyakkan projek rumah mampu milik khususnya di Sandakan dengan pertama, harga-harga, betul-betul untuk rakyat B40 yang bawah atau keluarga yang muda. Rumah bukan kemewahan. Rumah adalah
keperluan asas. Isu rumah, air. Air sampai hari ini selalu ada masalah di seluruh Sandakan ini, dicontohkan Taman Sentosa, Trig Hill, Perumahan Kam Giant, Taman Mesra, Taman Sunny Estate, Taman Mutiara, Apartmen Sentosa, Taman Harmoni atau Seri Taman di kawasan Elopura ini. Saya…
Saya ingin bertanya kepada Menteri, yang tadi saya ada sebut, 500 juta yang untuk ganti paip ini. Saya harap mencepatkan pelaksanaan pemasangan paip yang utama di Sandakan ini. Yang soalan kedua, apakah cara-cara kasih ganti paip di loji Segaliud? Sebab pam itu yang selalu ada masalah. Yang ketiga, genset di Segaliud boleh tambah satu unit atau tidak? Jadi harganya ada bajetnya boleh ketuluran [audio kurang jelas] dari Menteri.
Tadi you sebut Kam Jai Yen kan?
Ya, ya.
Itu ada masalah air kan? Ya, Jalan Aman tiada masalahkah?
Jalan Aman? Ada itu. Kawasan situlah.
Sebutlah Jalan Aman, saya punya rumah Jalan Aman.
Kawasan situlah, Tuan Speaker. Kawasan situ yang saya tahu airnya loji dari Bukit Garam. Loji Bukit Garam. Tapi masalah Bukit Garam pun ada masalah pam dengan paip juga. Saya harap Kerajaan dapat secepat mungkin. Sebab saya sebut ni masalah bukan pertama kali. Saya sebut masalah ini 5 tahun yang dulu pun sama juga. Masalah yang sama. Saya tidak tahu bila kasi selesai ni masalah. Isu yang keenam, isu yang 40% hak hasil Sabah. Soalkan 40% hasil bersih yang berhak kepada Sabah tidak boleh terus dilangkah-langkahkan. Ini hak Sabah berdasar Perlembagaan.
Tuan
Dilengah-lengahkan. Bukan dilangkah-langkahkan, dilengah-lengahkan.
Ah, terima kasih Tuan Speaker. Setiap kali ditanya, jawapan masih dirunding, masih kajian, masih berbincangan, sampai bila? Saya harap nanti ada lain-lain wakil rakyat dapat sebut ini isu tuntutan 40% hak Sabah, bukan perkara kecil untuk disalahkan kepada NGO atau lain-lain. Ini pihak luar semata-mata.
Ini melibat hak perlembagaan hasil negeri dan masa depan rakyat Sabah. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu dibawakan usul rasmi ke Dewan Undangan Negeri Sabah ini. Isu yang ketujuh, jalan raya di Sandakan. Saya juga ingin membangkitkan satu isu yang sangat dekat di hati rakyat Sandakan, iaitu projek yang dilewat, terbiar dan gagal disiapkan meningkat jadual. Disiapkan mengikut jadual. Rakyat di semakin marah kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan kelemahan perancangan pemantauan sedar ketegasan Kerajaan terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab. Contohnya, di kawasan 1.5, ada orang sebut di dalam mesej.
Dari aku bujang sampailah aku berkahwin dan sekarang anak sudah masuk 4 tahun tapi tidak dapat disiapkan. Itu projek 2022 sampai sekarang, sampai sekarang. Dia tukar dua kali tarikh 2022 sampai 2024 pun belum disiapkan. Ini di Sandakanlah berlaku, ada orang edit AI ada raksasa di situ juga. Betul, ada raksasa di situ juga. Saya rasanya orang Sandakan semua fahamlah, dinosaur, raksasa itu.
Saya tidak, saya tidak faham itu.
Ya, tak kisah. Yang penting Menteri tahulah apa yang saya sebut. Menteri pernah pergi Sandakan, saya pun jelaskan dengan baik.
Tuan Speaker, minta penjelasan daripada YB Elopura. Projek mana itu? Tiada disebutkanlah detail dia.
Jambatan Merah
Projek mana?
Projek swastakah projek perumahan rakyat?
Jalan Federal.
Tidak, yang projek rumah tadi belum siap tu. Itukah yang mau ditanya?
Apa, apa oh?
Projek rumah tadi yang belum siap.
Ya, projek mana yang belum siap?
Jalan, jalan, jalan.
Oh, jalan.
Jalan mana?
Jalan dekat Jambatan Merah.
Ah, bukan. Ada title tajuk diakah?
Ah, tajuknya, menggantikan Jambatan KM 296.56, Jalan Tamparuli-Sandakan, Sandakan ini. Dia punya kod ialah HS022-295-56.
Itu bukan Jambatan Merah itu.
Ah, Jambatan Merah.
Jambatan Merah di bandar.
Di Sandakanlah.
Yalah di bandar. [suara bertindih]
Di Batu Satu.
Ya, saya tahu Jambatan Merah.
Ya, betul tu. Kalau Menteri atau pergi Sandakan memang tahu ini jalan. Ini bukan saya yang sebut di sini. Yang memang ada sign board yang jelas dan saya visit banyak kali ada orang yang viral juga.
Itu yang dekat Sabah Hotel itukan?
Ya, ya, ya, ya.
Ah.
Ngam-ngam light Sabah Hotel tu. Yang dekat Sabah Hotel lah. Saya rasanya Menteri boleh pergi visit, kalau mahu saya call saya juga. Saya boleh bawa dia pergi site visit. Apa yang saya sebut itu hari bersama dengan rombongan kita perjumpaan JKR di Sandakan. Tapi sampai hari ini tidak
jelas, tidak ada jawapan atau tidak tarikh yang jelas bila akan start kerja dan saya rasanya Menteri pun tahu apa yang saya sebut.
Saya harap dapat jawab seluruh Sandakan ini, kenapa sampai begitu lama. Soalan saya, mengapa projek sekecil ini boleh bertangguh sebegitu lama? Siapa yang bertanggungjawab? Apakah tindakan Kerajaan terhadap kelewatan ini? Mengapa rakyat yang terpaksa menanggung akibat kegagalan pihak lain?
Saya sekarang terhadap projek Jalan Baharu ini terhadap di kawasan Pasar Elopura dengan St. Cecillia pun sudah start kerja. Apa yang rakyat sekarang risau, apa yang rakyat Sandakan sekarang risau. Jadi pun cancelkah atau delaykah atau apa? Kita pun risau, rakyat pun risau sebab sudah buka dua jalan, pun sama juga, kes yang sama. So, kita yang risaulah, saya harap Menteri dapat jawab mungkin tarikh bila akan siap di Pasar Elopura dan di sekolah St. Cecillia itu.
Yang akhirnya, saya bilang ini consumer product yang akhirnya lapan yang mau gulung sudah, Datuk Speaker. Dan consumer product, sekarang consumer product di Sandakan ini, banyak serius ada di Sabah ini. Saya buat satu data dari berbanding dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dia punya harga.
Okey, ini yang sara hidup di Sabah ini. Okey. Contoh, kita banding bersama dengan Sabah dan Sarawak, dia punya current. Current di SESB apa yang single phase di rumah. First 200 unit, dia 22 sen. Second 100 unit, dia 37 sen. Yang third 300 unit, dia 49 sen. Saya kasih purata, kasih average 600 unit per hour, dia RM36.34. Di berbanding Sarawak, Sarawak, first, dia cakap first 600 unit terus 31 sen sahaja, kalau lebih 600 unit dia charge 8 peratus sahaja, tambahlah tambah 8 peratus sahaja. DATA Semenanjung (RM) Sarawak (RM) Sabah (RM) Telur Gred B 9.50 13.59 20.00 Ayam Bulat/Segar 7.90/kg 10.80/kg 14.50/kg Sayap Ayam 15.00/kg 15.39/kg 20.00/kg Bawang Merah 2.80/kg 9.69/kg 12.00/kg Lada Kering 20.00/kg 22.00/kg 25.00/kg
Ini yang bezanya berbanding Sarawak dan Sabah. Kenapa Sabah punya makanan, Sabah punya current lebih mahal daripada Sarawak ini. Saya harap Menteri Sara Hidup dapat jawab seluruh Sabah. Kenapa kita boleh dapat ayam yang segar, begitu mahal, bawang atau lada kering? Ini yang saya akhirnya, saya harap, menutup saya..
Jangan dipinggirkan Sandakan. Jangan terus tangguhkan hospital. Jangan biar pelabur menjauhkan Sandakan. Jangan abaikan pendidikan di Sandakan. Jangan biar rakyat terus menyewa seumur hidup. Jangan biar masalah air berulang setiap tahun. Saya berdiri hari ini membawa suara rakyat yang mahukan perubahan sebenar dan bukan hanya dengan pengumuman yang menjanjikan bajet pembangunan yang berbilion-bilion ini. Saya harap ini tahun yang last saya sebut dalam masalah-masalah di Sandakan ini. Lima tahun dan dengan hari ini pun sama. Saya harap Tuan Speaker banyak balik Sandakan, tengok Sandakan, jaga Sandakan, love Sandakan.
Mahal tambang.
Saya, sekian terima kasih semua rakan-rakan di sini. Happy Labor Day. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih Elopura. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Kassim Razali dan saya minta Yang Berhormat Silam bersedia ya. 15 minit ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas hala tuju pembangunan yang jelas, progresif dan berorientasikan masa depan. Sabah telah menunjukkan daya tahan ekonomi yang membanggakan
apabila berjaya merekodkan pelaburan sektor pembuatan sebanyak RM7.6 bilion pada tahun lalu, iaitu peningkatan hampir 208% berbanding tahun 2024. Ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan serta potensi ekonomi negeri kita.
Selain itu, pelancaran Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 amat tepat pada masanya dengan mengekalkan tiga teras utama iaitu pertumbuhan ekonomi, modal insan dan kesejahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau. Lebih membanggakan, pelan ini turut memberi penekanan kepada ekonomi biru, pendigitalan dan teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus meletakkan Sabah seiring dengan arus pembangunan global. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) pula, sebanyak 1173 projek telah dirancang untuk Sabah, melibatkan 933 projek baharu dengan jumlah siling peruntukan RM12.24 bilion, meningkat 141.62% berbanding RMKe-12. Ini adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan Sabah terus dipacu secara agresif, inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat di seluruh negeri.
Datuk Seri Panglima Speaker, kita kini berada dalam satu keadaan yang bukan lagi sekadar kemungkinan, tetapi semakin hampir menjadi realiti. Di satu pihak, ketegangan geopolitik di Wilayah Teluk telah mula memberi tekanan kepada harga minyak global. Dalam masa yang sama, unjuran modal iklim terkini menunjukkan kebarangkalian fenomena El Nino melebihi 60%, dijangka bermula sekitar Julai atau Ogos 2026 hingga awal 2027.
Gabungan dua faktor ini bukan sekadar isu antarabangsa, tetapi akan memberi kesan langsung kepada rakyat Sabah, khususnya dari segi kos sara hidup dan jaminan bekalan makanan. Struktur sistem makanan negara masih menunjukkan tahap kebergantungan kepada import. Sementara itu, negara-negara pembekal utama seperti Thailand, Vietnam, Australia dan India turut berdepan risiko kesan El Nino.
Ini bermakna, apabila fenomena tersebut berlaku, Sabah bukan saja menghadapi kekangan bekalan domestik, tetapi juga kenaikan harga bagi sumber import secara serentak. Tekanan terhadap harga kali ini datang daripada dua arah yang bertindih, peningkatan kos tenaga akibat konflik geopolitik dan penyusutan hasil pertanian kesan El Nino. Kenaikan harga minyak berpotensi meningkatkan kos logistik yang seterusnya mendorong kenaikan harga makanan.
Pada masa yang sama, penurunan hasil pertanian di rantau ini pula boleh menyumbang kepada kenaikan harga tambahan.
Dalam situasi sebegini, persoalan utama bukan lagi mengenai kemungkinan berlakunya krisis, tetapi apakah langkah yang boleh diambil segera sebelum kesannya benar-benar dirasai oleh rakyat? Sehubungan itu, dicadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Majlis Pengurusan Krisis El Nino dan Krisis Perang Teluk sebagai mekanisme penyelarasan strategik di peringkat negeri. Majlis ini perlu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri, agensi persekutuan, pemain industri makanan dan logistik serta pakar dalam bidang ekonomi, iklim dan keselamatan makanan bagi memastikan tindak balas yang tersusun dan menyeluruh.
Peranan utama majlis ini adalah untuk menyelaras bekalan serta memastikan ketersediaan stok strategik bagi makanan asas seperti beras, ayam dan keperluan harian lain. Dalam masa yang sama, usaha mempelbagaikan sumber import perlu diperkukuh bagi mengelakkan kebergantungan kepada satu negara saja. Selain itu, majlis ini perlu menggerakkan intervensi bagi mengekang kos serta memperkukuh rantaian bekalan, termasuk mempercepat pengedaran hasil tempatan dari kawasan pengeluaran ke pasaran serta meningkatkan pelaburan dalam kemudahan penyimpanan.
Di samping itu, pengeluaran tempatan perlu diperkasa melalui bantuan langsung kepada petani dan peternak, pemberian subsidi input, jaminan pembelian hasil serta pelaburan dalam sistem pengairan dan takungan air sebagai langkah menghadapi risiko kemarauan. Majlis ini juga wajar berfungsi sebagai pusat pengumpulan data dan sistem amaran awal.
ADUN Dilantik.
… yang memantau pergerakan harga global. Potensi.
Saya mohon mencelah.
Yang Berhormat ada orang mahu mencelah, mahu bagi laluankah tidak?
Sila YB.
Yang Berhormat saya rasakan cadangan untuk Majlis Krisis El Nino tadi dengan Krisis Perang ya tadi? Kan? Itu suatu yang bagus. Tapi tidakkah kita risau pula? Kita ada majlis untuk sumber air negeri. Bajetnya ciput saja. Kalau ingatlah masa itu hari, sidang. Ada saya tanyakan. Tidak kita risau? Terima kasih.
Semua cadangan yang baik ini kita setujulah, YB. Tuan Speaker, majlis ini juga wajar berfungsi sebagai pusat pengumpulan data dan sistem amaran awal yang memantau pergerakan harga global, potensi gangguan bekalan import, serta keadaan cuaca dan hasil pertanian tempatan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat proaktif dan berasaskan data, bukannya bertindak selepas krisis berlaku. Petunjuk sedia ada jelas menunjukkan bahawa Sabah berada dalam kedudukan yang terdedah apabila dua tekanan global ini berlaku secara serentak. Tanpa tindakan awal, rakyat berisiko berdepan kenaikan harga makanan yang mendadak. Tekanan kos sara hidup yang meluas serta ketidakstabilan bekalan makanan. Oleh itu, penubuhan Majlis Pengurusan Krisis El Nino dan Krisis Perang Teluk merupakan satu keperluan mendesak bagi memastikan kestabilan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sebagai penutup, saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta komitmen Kerajaan Negeri
Sabah berada di landasan yang tepat untuk terus maju dan berjaya. Justeru, marilah kita bersama-sama mendukung segala usaha baik kerajaan di samping terus mem … .
… beri pandangan yang membina demi memperkukuh dasar dan pelaksanaan.
Dengan semangat perpaduan, kestabilan politik serta kerjasama semua pihak, saya percaya Sabah mampu muncul sebagai negeri yang lebih berdaya saing, makmur dan sejahtera. Akhir kata, saya menyokong penuh ucapan dasar kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan berharap segala perancangan yang dirangka akan dilaksanakan dengan jayanya demi masa depan Sabah yang lebih gemilang. Sabah Maju Jaya. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Kassim Razali. Sekarang kita jemput Yang Berhormat Silam dan saya minta Yang Berhormat Pantai Dalit bersedia ya. Silakan Yang Berhormat Silam. 15 minit. Dato’ Dr.
Datuk Sri Presiden…
Presiden apa itu? Prabowo? Dato’ Dr.
…(ketawa kecil) Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas dalam usul ucapan dasar kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Sabah 2026. Melihat kepada keadaan dunia kini, Sabah tidak boleh lagi terleka dan sambil lewa. Kita perlu proaktif dan jentera kerajaan perlu lebih aktif dalam memastikan ekonomi berdaya tahan di samping menyegerakan inovasi dalam mempelbagaikan sumber pendapatan Sabah.
Datuk Sri Speaker, ramai dari kita bercakap dan melahirkan kebimbangan mengenai harga minyak apabila krisis berlaku dan sudah pasti ianya relevan. Namun, bagi saya, apa yang lebih penting adalah bekalan minyak itu sendiri. Sejauh mana kita boleh pastikan, sebagai sebuah wilayah yang mengeluarkan hasil minyak, bukan sahaja hasil limpahannya dirasai oleh rakyat Sabah, tetapi bekalan minyak itu sendiri kekal mencukupi di Sabah bagi tujuan domestik. Kata kuncinya adalah kedaulatan tenaga Sabah.
Justeru, kerajaan perlu mengkaji segala keperluan mewujudkan strategic petroleum reserve. Sabah dan Sarawak adalah penyumbang besar kepada hasil minyak negara.
Namun, kapasiti simpanan untuk kegunaan kecemasan masih terhad. Ketika ini, kebanyakan terminal berfungsi untuk tujuan operasi dan ekspot. Mewujudkan satu zon simpanan strategik di Pantai Timur Sabah akan mengurangkan impak kepada wilayah ini daripada turun naik harga pasaran atau gangguan bekalan global. Sekiranya berlaku konflik maritim atau gangguan di Selat Melaka, Sabah mempunyai reserve sendiri dan boleh terus beroperasi tanpa gangguan bekalan petrol, diesel dan bahan api industri.
Mungkin ada yang berpandangan cukup sekadar kita besarkan sajalah kapasiti Labuan Crude Oil Terminal atau (LCOT) atau terminal sedia ada bagi tujuan simpanan reserve.
Saya kurang bersetuju kerana contoh di Labuan itu sendiri adalah Wilayah Persekutuan bukan milik Sabah. Kebanyakan infrastruktur minyak dan gas Sabah tertumpu pula di Pantai Barat. Sedangkan ketika ini penemuan baru minyak tertumpu di perairan Pantai Timur.
Datuk Sri Speaker, ada beberapa rakan saya di sini dan juga di luar sana yang telah menyatakan cadangan mengenai pembinaan loji penapisan minyak di Sabah. Malah, Yang Berhormat Karanaan juga menyambut baik dan terbuka dengan cadangan tersebut.
Sabah hari ini tidak lagi boleh kekal menjadi pump station yang mengekstrak kekayaan mentah untuk dihantar keluar.
Sudah tiba masanya, Sabah menjadi pemain utama yang memproses nilai tambah di tanah air sendiri.
Apa hujahnya?
Pertama, mengikut data industri, sebahagian besar minyak mentah sweet crude kita dieksport kerana kualitinya tinggi. Sementara kita mengimport semula produk-produk petroleum siap pada harga pasaran. Kita di Sabah tidak boleh membiarkan economic leakage ini berterusan. Justeru dengan adanya loji penapisan sendiri, kita memendekkan rantaian bekalan di samping dapat menjamin energy security ataupun kedaulatan tenaga untuk Sabah. Apa kesannya? Kesannya kita akan beralih kepada ekonomi pengekstrakan, kepada ekonomi bernilai tinggi.
Inilah sebenarnya intipati semangat Perjanjian Malaysia, iaitu memastikan Sabah mendapat pulangan maksimum daripada hasil buminya sendiri. Datuk Sri Speaker, selari dengan kenyataan Yang Berhormat Karanaan bahawa fokus penemuan minyak kini beralih ke Pantai Timur, termasuklah kawasan di Laut Sulu dan sempadan maritim berhampiran Lahad Datu dan Tawau. Saya berpandangan dari sudut kos logistik dan OPEX adalah lebih baik kita membina kilang penapisan minyak ini di Pantai Timur Sabah.
Jika ini direalisasikan, apa pula kesannya? Tentu ia akan membantu untuk mengelak jurang ekonomi antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah akan dapat dirapat dan dikecilkan.
Dan ia juga boleh menjadikan Lahad Datu atau Tawau sebagai hab industri petroleum baru yang mampu menarik pelaburan asing atau FDI. Kewujudan industri bernilai tinggi di Pantai Timur secara tidak langsung akan meningkatkan kawalan keselamatan maritim di kawasan Esszone dan setiap tahun kita melahirkan ratusan, kalau tidak ribuan graduan anak Sabah yang mengambil bidang kejuruteraan dan sains tetapi di mana peluang pekerjaan untuk mereka. Tanpa industri hiliran seperti loji penapisan, bakat-bakat terbaik Sabah akan terus mengalir ke Kuala Lumpur, Pengerang, Singapura dan lain-lain negara.
Brain drain ini satu kerugian buat Sabah.
Dengan teknologi yang ada pada hari ini sebenarnya inilah peluang untuk Sabah menerajui teknologi hijau dalam industri fosil.
Kenapa?
Kerana loji penapisan
moden hari ini bukan lagi loji tradisional. Kita boleh mengintegrasikan teknologi Carbon Capture, Utilization and Storage atau (CCUS) dan teknologi deep tech dalam pemprosesan minyak.
Datuk Sri Speaker, ramai dari kita sedar atau tidak dengan wujudnya ekonomi bernilai tinggi nilai petroleum ini sebenarnya memberikan kesan signifikan kepada jumlah tuntutan 40% kita. Bagaimana? Apabila minyak kita diproses di Sabah, nilai tambah atau value added itu berlaku. Ini bermakna cukai, peluang perniagaan sampingan, dan aktiviti ekonomi dijana akan masuk ke dalam pengiraan hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah.
Ini secara langsung akan mengukuhkan lagi asas tuntutan 40% Sabah.
Datuk Sri Speaker, sampai bila kita ingin lihat anak-anak Sabah masih tercari-cari peluang pekerjaan dan terpaksa merantau, sampai bila kita melihat kapal-kapal besar membawa keluar minyak mentah kita. Kalau Pengerang boleh dibina di atas tanah paya dan belukar, bertukar kepada Kompleks Bersepadu Global walaupun tanpa sumber minyak sendiri, maka tidak ada sebab mengapa pula Pantai Timur Sabah yang kurang membangun tetapi mempunyai kekayaan sumber di depan mata tidak boleh mempunyai keupayaan yang sama?
Saya mohon pada Kerajaan, ambillah perhatian khusus perkara ini, mulakanlah dengan segala visibility study bersama Petronas dan pelabur swasta bagi tujuan pembinaan Strategic Petroleum Reserve dan loji penapisan minyak di Pantai Timur Sabah khususnya di Lahad Datu.
Datuk Sri Speaker, jika kita ingin memastikan Sabah benar-benar berarak ke arah yang betul dan bersaing dengan rakan lain, kita perlu berani melabur secara besar-besaran, khususnya dalam industri pendidikan kita, yang mana kita boleh menyediakan sistem sokongan kewangan yang cekap dan memastikan pula pendidikan menjadi pemacu utama ekonomi Sabah.
Kita perhatikan selama ini, Sabah dilihat lebih banyak bergantung kepada universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti UMS dan UiTM. Ini
menyebabkan usaha untuk membangun dan memperkasakan institusi pendidikan tinggi milik negeri Sabah seperti UCSF bergerak perlahan.
Justeru, sebagai langkah awal yang perlu disegerakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan Sabah mengambil langkah bagi menaik taraf institusi pengajian tinggi milik negeri, khususnya University College Sabah Foundation (UCSF) kepada status universiti penuh. Persoalannya, mengapa perlu disegerakan dan mengapa mesti sekarang? Kita lihat lah jiran kita, Sarawak. Mereka ada tiga universiti penuh, University of Technology Sarawak (UTS), Swinburne University, Curtin University. Kita tidak boleh terus tertinggal dalam hal seperti ini.
Status universiti penuh memberikan kuasa penuh dalam pembangunan kurikulum dan penyediaan tanpa terikat kepada had kapasiti…
...College University. University penuh mempunyai kelebihan untuk menarik dana penyelidikan antarabangsa dan menjalankan kajian impak tinggi, yang berkaitan kekayaan sumber alam.
Sabah sering kehilangan bakat terbaik kepada universiti di Semenanjung ataupun Sarawak.
Dengan menaiktarafkan institusi pendidikan tinggi negeri ini, kita menawarkan alternatif pendidikan berkualiti tinggi dengan kos yang lebih kompetitif untuk anak-anak kita di Sabah. Sabah seterusnya memastikan akan ada tenaga pakar kekal bersama membangun ekonomi tempatan kita.
Sabah perlu mengambil tanggungjawab lebih besar dalam sektor pendidikan.
Pemilikan universiti penuh adalah manifestasi jelas.
Keupayaan negeri dalam mengurus tadbir, masa depan intelektual rakyatnya sendiri. Selain daripada menaik taraf institusi pendidikan tinggi, kita perlu juga menyediakan sistem sokongan kewangan yang baik untuk anak-anak Sabah.
Saya merujuk kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 21 September 2025, Kerajaan
bercadang untuk memberikan subsidi untuk membayar pinjaman PTPTN pendidikan anak-anak dan Yayasan Sabah, bagi membantu meringankan beban hutang pinjaman pendidikan anak Sabah. Saya ingin tahu apakah sebenarnya status terkini cadangan tersebut?
Selain daripada itu, isu pinjaman pendidikan satu lagi isu yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan adalah kemudahan biasiswa.
Anak-anak Sabah sebenarnya mempunyai pelbagai sumber bantuan pendidikan. Sama ada daripada Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah sehingga ke syarikat-syarikat GLC persekutuan atau negeri. Syarikat swasta malah biasiswa daripada negara asing. Namun sistem sedia ada masih berselerak dan mengelirukan ibu bapa serta pelajar. Seolah-olah informasi berkenaan biasiswa itu hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja. Justeru, bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan seperti ini, saya cadangkan kepada Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Unit Biasiswa Khusus yang bertindak sebagai One Stop Center.
Perkara terakhir dalam mentransformasikan pendidikan tinggi di Sabah ini, Datuk Seri, adalah keperluan mewujudkan pusat kecemerlangan atau Center of Excellence (COE), khususnya di Lahad Datu. Kekuatan di Lahad Datu ini adalah sumber kelapa sawitnya yang cukup luas dan besar. Malangnya kita tidak benar-benar meneroka potensi yang sepatutnya telah lama dilakukan.
Sebagai contoh, Center Of Excellence yang melibatkan sawit hampir semuanya terletak di Semenanjung, contohnya, COE Biomass terletaknya di Universiti Perlis, Center for biofuel dan biochemical research letaknya di Universiti Petronas, biorefinery complex letaknya di UPM. Jika Perlis sebuah negeri yang kecil itu boleh mempunyai COE Biomass, mengapalah Lahad Datu yang dianggap sebagai golden valley bagi industri komoditi negara masih tidak mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan R&D sendiri?
Persoalannya mengapa kita perlu setiap tahun jutaan tan sistem biomass sama ada dalam bentuk tan dan kosong, palm oil milling effluent, tempurung mahupun batang
sawit terhasil di sini. Malangnya peluang circular economy yang sepatutnya terhasil ini tidak memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dan Sabah secara umumnya.
Datuk Seri Speaker, kalau orang tanya saya, mengapa Lahad Datu? Sekali lagi jawapan saya, Lahad Datu menawarkan ekosistem lengkap yang tidak dimiliki oleh mana-mana tempat di Malaysia. Lahad Datu mempunyai rantaian bekalan lengkap atau supply chain dari Lahad Datu ke kilang, ke pusat R&D dan terus ke pelabuhan POIC untuk dieksport keluar.
Meletakkan COE Biomass di Lahad Datu adalah satu langkah strategic fit yang tepat, kalau Kerajaan benar-benar mahu membangunkan industri sawit Sabah, yang berdaya maju dan memberikan faedah berpanjangan kepada rakyat negeri Sabah. Datuk Seri Panglima, seperkara lagi saya ingin sentuh di sini, iaitu saya ingin menzahirkan sokongan penuh kepada tuntutan 35% kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak selari dengan semangat dan roh Perjanjian Malaysia 1963.
Persempadanan semula terakhir bagi Sabah telah selesai pada tahun 2019 dan mengikut perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, urusan kajian semula persempadanan hanya boleh dilakukan dalam selang masa tidak kurang daripada lapan tahun, antara tarikh siapnya satu kajian dan tarikh bermulanya kajian yang lain.
Jika kita ambil tempoh lapan tahun tersebut, tahun 2027 adalah tempoh di mana persempadan semula perlu dibuat dan pada pandangan saya dari sudut keperluan di lapangan Sabah sudah cukup matang disebabkan kepadatan pemilih yang meningkat mendadak.
Kita lihat sahaja Parlimen Lahad Datu, iaitu Lahad Datu mempunyai kawasan yang amat besar merangkumi daerah Lahad Datu yang berkeluasan 6,501 km persegi dan daerah Kunak berkeluasan 1,134 km persegi, maka, keluasan Parlimen Lahad Datu berjumlah 8,594 km persegi.
Untuk tahun pertama besarnya, untuk tahu betapa
besarnya Parlimen Lahad Datu ini, mari kita bandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung, Tanah Melayu.
Negeri Sembilan, keluasannya 6,686 km persegi.
Berbanding Lahad Datu, keluasannya 8,594 km persegi, iaitu lebih besar, 1,900 km persegi. Melaka, keluasannya 1,664 km persegi.
Lahad Datu, 8,594 km persegi, iaitu perbandingannya lima kali ganda saiz Melaka, besarnya Lahad Datu. Pulau Pinang, 1,888 km persegi. Lahad Datu, 8.2 kali lebih besar.
Perlis, 821 kilometer persegi, Lahad Datu 10.5 kali ganda saiz Perlis. Selangor 8,104 kilometer persegi, Lahad Datu lebih besar sebanyak 490 kilometer berbanding saiz Selangor, iaitu Lahad Datu 8,594. Bayangkanlah seorang ahli parlimen seperti saya yang perlu menjaga kawasan seluas hampir seluruh Selangor. Ini menjelaskan mengapa beban kerja, logistik dan agihan peruntukan pembangunan di kawasan seperti saya ini sangat mencabar, berbanding kawasan dan negeri di Semenanjung. Saya juga ingin menyentuh seperkara lagi, yang kita harus ambil kira bila kita buat persempadanan, mengenai faktor selalu Kerajaan Pusat dilihat ambil ringan dan saya mahu Kerajaan Sabah berpendirian tegas dalam hal ini, dengan pusat, iaitu faktor rural weightage.
Prinsip one person, one vote, one value perlu diimbangi dengan faktor ini kerana kawasan seperti Lahad Datu mempunyai cabaran logistik yang besar dan tidak boleh dibandingkan dengan kepadatan seperti di Kota Kinabalu.
Untuk mempertahankan faktor rural weightage ini, penyediaan justifikasi yang kukuh perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Saya berharap agar persempadanan semula ini dapat disegerakan, memandangkan kedudukan Sabah yang semakin penting.
Namun proses ini perlulah berjalan tanpa campur tangan politik. Kerana apa yang penting untuk kita, semua yang berada di sini adalah tentang keberkesanan penyampaian khidmat kita sebagai Kerajaan kepada rakyat di akar umbi.
Datuk Seri Speaker, saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan pelancongan di kawasan Lahad Datu. Sekali lagi saya ingin suarakan mengenai pelancongan di Lahad Datu. Lahad Datu hari ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong asing bagi segmen hutan dan alam semula jadi, malah pelancongan maritim semakin menjadi tumpuan oleh pelancong antarabangsa.
Justeru, keperluan untuk memberikan fokus penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan pelancongan di sini amat wajar disegerakan. Lihat sahajalah lapangan terbang Lahad Datu, begitu-begitu sahaja. Sampai bila?
Ya benar, lapangan terbang adalah di bawah Federal List, tetapi apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberikan keutamaan kepada projek pembinaan baru lapangan terbang Lahad Datu ini. Bukan sahaja akan menarik lebih ramai pelancong ke sini, malah aktiviti ekonomi Lahad Datu dapat dirancakkan. Pada tahun 2022 sebagai rekod, saya difahamkan jumlah pergerakan penumpang di lapangan terbang Lahad Datu berjumlah 121 ribu orang, dan pada tahun 2025 telah meningkat lebih daripada 165 ribu orang.
Maka itu, Lahad Datu adalah merupakan juga gerbang ke Lembah Danum, Tabin dan destinasi menyelam. Pesawat yang lebih besar bermakna kos tiket akan lebih kompetitif dan akses lebih mudah bagi pelancong dari semenanjung dan antarabangsa.
Sebagai hub industri sawit, pelabur memerlukan akses pantas, dengan penaiktarafan ini akan memudahkan urusan logistik dan perniagaan bertanggungjawab. Dato’ Dr.
Taraf global.
Mula gulung ya …
Dato’ Dr.
Sekali lagi saya tegaskan.
Mula Gulung. Dato’ Dr.
Ya, last one. Sekali lagi, saya tegaskan. Menaik taraf lapangan terbang Lahad Datu bukan satu kehendak, tetapi satu keperluan mendesak untuk mengubah kehidupan dan nasib rakyat, terutamanya di kawasan Lahad Datu.
Datuk Seri Speaker, sebagai penutup, saya ingin tegaskan bahawa Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0, tidak seharusnya hanya sebagai sekadar menjadi susunan akronim yang gah di dalam surat rasmi ataupun hiasan papan iklan di pinggir jalan. Kemajuan sebenar tidak diukur hanya pada angka pelaburan berbilion ringgit yang dibentangkan, tetapi pada sejauh mana limpahan ekonomi itu dirasai rakyat di bawah, di dalam poket para peniaga kecil di tamu-tamu, dan pada masa depan anak-anak muda kita yang hari ini, masih terbeban dengan hutang pendidikan dan ketiadaan peluang pekerjaan.
Kita telah mendengar visi besar mengenai ekonomi biru dan teknologi AI. Namun, janganlah kita terlalu mendongak ke langit, mengejar bintang sehingga kita lupa pada tanah yang kita pijak, di mana rakyat masih merintih tentang kos sara hidup, infrastruktur asas yang usang, dan tidak cukup fasiliti pendidikan dan kesihatan yang masih uzur. Datuk Seri, di Dewan yang mulia ini, kita memegang mandat rakyat, perbezaan warna politik tidak seharusnya menjadi tembok yang menghalang keadilan dalam pengagihan peruntukan bagi wakil rakyat MP yang dipilih secara demokrasi.
Sudah tiba masanya, kita bergerak daripada politik retorika kepada politik realiti, politik yang benar-benar mendengar, bertindak dan bertanggungjawab. Marilah kita bersatu hati membina Sabah yang bukan sahaja maju di atas kertas tetapi jaya dalam sanubari setiap rakyatnya. Demi Sabah, demi rakyat dan demi masa depan kita bersama. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Silam.
Ada Usul, Datuk Speaker, Usul, Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2.1(b), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 7.00 petang, hari ini. Terima kasih.
Ada siapa menyokong?
Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di depan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pantai Dalit dan saya minta Yang Berhormat Inanam bersedia ya. Silakan Pantai Dalit, 15 minit.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berbahas pada sidang kita kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sokongan dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah di atas ucapan dasar pada sidang Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah yang telah berusaha dan telah membawa negeri ini ke suatu tahap kemajuan yang lebih baik melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju
Jaya yang terus dijadikan sandaran untuk menjadi pemacu pembangunan dan kemajuan negeri Sabah pada masa akan datang, insya-Allah.
Datuk Speaker. Saya bangun berbahas pada hari ini untuk menyuarakan dua isu penting, yang paling saling berkait rapat iaitu, pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah Kayu Madang serta isu pencemaran sisa di kawasan pesisir pantai Mengkabong, Gayang di Tuaran, yang kedua-duanya memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar negeri Sabah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Datuk Mayor kita yang ada bersama kita di petang ini, ini memberikan saya lebih semangat untuk saya teruskan menyampaikan masalah, permasalahan rakyat di Pantai Dalit.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama sekali, mari kita teliti isu tapak pelupusan sampah Kayu Madang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak ini merupakan tapak utama pelupusan sisa pepejal bagi kawasan Pantai Barat Sabah termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Kota Belud. Setiap hari tapak ini menerima kira-kira 800 tan sisa pepejal dalam keluasan sekitar 115 ekar. Tapak pelupusan ini menggantikan kawasan tapak pelupusan lama yang dahulunya terletak di Lok Kawi yang telah tamat tempoh pada tahun 1996.
Namun berdasarkan kenyataan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada April 2026, tapak ini telah menghampiri kapasiti maksimum dan berada dalam fasa akhir operasinya. Keadaan ini menunjukkan tekanan yang sangat tinggi terhadap sistem pengurusan sisa sedia ada dan meningkatkan risiko kegagalan pengurusan sisa pada masa hadapan. Yang Berhormat Datuk Speaker, keadaan ini diburukkan lagi dengan isu pencemaran bau yang berpanjangan.
Bau ini berpunca daripada pelepasan gas hasil pereputan sisa organik seperti metana dan hidrogen sulfida serta kaedah pelupusan yang masih bersifat terbuka atau separa sanitari, di samping amalan penutupan sisa yang tidak konsisten. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila faktor cuaca panas dan arah angin menyebabkan bau tersebut merebak ke kawasan penempatan berhampiran, sekali gus menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat.
Lebih membimbangkan, tapak ini juga pernah mengalami insiden kebakaran besar, termasuk pada tahun 2024 yang melibatkan kawasan seluas 4.57 hektar serta insiden terbaru pada Mac 2026, yang melibatkan longgokan tayar seluas kira-kira 3 ekar. Kebakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap tebal, malah membebaskan bahan tercemar, pencemar berbahaya ke udara yang memberi risiko kesihatan awam seperti masalah pernafasan dan pendedahan jangka panjang kepada bahan toksik.
Datuk Speaker, dari sudut perancangan wilayah, kewujudan tapak pelupusan berskala besar berhampiran kawasan penempatan dan zon pembangunan merupakan satu konflik guna tanah yang nyata. Ia berpotensi menjejaskan nilai hartanah, menghalang pelaburan serta mengurangkan daya tarikan pembangunan di kawasan sekitar.
Lebih membimbangkan kebergantungan kepada satu tapak pelupusan bagi beberapa daerah tanpa pelan alternatif menunjukkan kelemahan dalam perancangan sistem pengurusan sisa pepejal di peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar satu kajian menyeluruh melibatkan impak alam sekitar, sosial dan kesihatan awam, EIA, SIA dan HIA dilaksanakan secara telus dan bebas. Selain itu, tapak sedia ada perlu dinaik taraf kepada sistem sanitari landfill sepenuhnya dengan kawalan gas, rawatan larut resap dan penutupan sisa harian yang lebih sistematik.
Sistem sanitari landfill, tapak pelupusan sanitari, ialah kaedah pengurusan sisa pepejal yang terancang, di mana sampah dikurung di kawasan khusus, dimampatkan dan ditutup dengan tanah setiap hari untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Dalam masa yang sama, pelaksanaan dasar pengasingan sisa dari punca secara mandatori perlu dipercepatkan bagi mengurangkan beban sisa ke tapak pelupusan, di samping merangka pelan jangka masa panjang termasuk pembangunan tapak pelupusan baharu serta penerokaan teknologi waste to energy. Yang Berhormat Datuk Speaker, isu ini bukan berdiri sendiri. Ia mempunyai kaitan langsung dengan pengurusan sisa di kawasan hilir seperti pesisir Mengkabong, Gayang yang kini turut berdepan masalah pencemaran sampah yang semakin
serius. Kawasan pesisir ini merupakan sebahagian daripada ekosistem bakau yang sangat penting, berfungsi sebagai kawasan pembiakan hidupan marin, pemampan semula jadi hakisan pantai serta sumber ekonomi utama kepada komuniti nelayan setempat.
Namun begitu, kawasan ini kini berdepan dengan peningkatan pencemaran sampah, khususnya plastik yang terkumpul di sepanjang pesisir pantai. Tapi tahniah kepada Datuk Bandar kerana telah memperkenalkan polisi untuk Kota Kinabalu supaya mengurangkan penggunaan plastik. Terima kasih banyak-banyak. Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antara 60 hingga 80 peratus … .
Sampah marin di dunia ini terdiri daripada plastik yang mengambil masa ratusan tahun untuk terurai. Lebih membimbangkan, kira-kira 80% pencemaran laut berpunca daripada aktiviti di daratan yang akhirnya dibawa melalui sungai ke laut. Ini menunjukkan bahawa isu di pesisir Mengkabong, Gayang bukan sekadar isu pantai tetapi berkait rapat dengan keseluruhan sistem pengurusan sisa di daratan termasuk sistem di Kayu Madang.
Di kawasan ini juga, sungai Tuaran berperanan sebagai laluan utama pemindahan sisa ke laut. Pada masa yang sama, sistem kutipan sampah di beberapa kampung pesisir masih belum menyeluruh dan tidak konsisten, menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa bergantung kepada pelupusan, kaedah pelupusan yang tidak formal, membakar atau membuang direct ke dalam air, ke dalam laut. Kesan daripada keadaan ini amat besar. Dari sudut ekonomi, komuniti nelayan terpaksa menanggung kerosakan peralatan seperti jaring akibat sampah yang meningkatkan kos operasi mereka. Dari sudut kesihatan pula, plastik yang terurai menjadi mikroplastik berpotensi memasuki rantai makanan laut dan memberi risiko kesihatan jangka masa panjang kepada manusia.
Dari sudut pembangunan, pencemaran ini menjejaskan imej kawasan serta mengurangkan potensi pelancongan berasaskan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah perlu dipertimbangkan. Dalam jangka masa pendek, liputan kutipan sampah perlu diperkukuh di semua kampung pesisir secara konsisten termasuklah penyediaan kemudahan asas seperti tong sampah dan pusat pengumpulan.
Dalam jangka sederhana, insya-Allah mungkin pemasangan perangkap sampah di sungai Tuaran perlu dilaksanakan bagi mengurangkan aliran sisa ke laut di samping memperkukuh pendidikan dan kesedaran komuniti. Dalam jangka masa panjang, satu pelan pengurusan sisa bersepadu khusus bagi kawasan pesisir perlu diwujudkan termasuk pengurangan plastik sekali guna, dan pembangunan sistem kitar semula berasaskan komuniti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan kedua-dua isu ini jelas bahawa kita sedang berhadapan dengan satu cabaran sistematik dalam kita mengejar kemajuan. Dalam pengurusan sisa pejal di negeri ini, kita perlukan hala tuju yang betul-betul jelas. Data dan realiti di lapangan menunjukkan bahawa ini bukan lagi isu terpencil, tetapi isu yang melibatkan kesihatan awam, keselamatan rakyat, kelestarian alam sekitar, dan masa depan pembangunan negeri.
Sehubungan itu, pendekatan yang lebih menyeluruh, berasaskan data, serta tindakan yang lebih tegas dan bersepadu, amat diperlukan bagi memastikan Sabah bergerak ke arah sistem pengurusan sisa yang lebih moden, mampan, dan bertanggungjawab. Sekian Datuk Speaker, terima kasih. Pantai Dalit, mohon menyokong. Terima kasih.
Terima Kasih Pantai Dalit, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Inanam dan Yang Berhormat Tempasuk minta sedia ya. Silakan Yang Berhormat Inanam, 15 minit.
Kopisanangan Datuk Speaker dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin membawa
keluhan serta isu-isu asas yang memberi kesan secara langsung kepada kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti DUN Inanam.
Datuk Speaker, akses kepada air bersih adalah hak asasi setiap rakyat. Bukannya satu keistimewaan semata-mata, malangnya realiti di lapangan menunjukkan masih terdapat banyak kampung yang gagal mendapat liputan bekalan air terawat daripada Jabatan Air. Mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumber air graviti dari kawasan bukit dan sungai kecil.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini secara khusus kepada situasi di Kampung Tamalang Silou dan Kampung Keliangau. Di kawasan ini walaupun paip Jabatan Air Negeri sudah tersedia, namun tiada air yang mengalir. Rakyat bertanya apa gunanya infrastruktur jika fungsinya tidak dapat dirasai.
Keadaan ini mengundang pelbagai krisis kritikal.
Kualiti air langsung tidak terjamin dan berisiko tinggi untuk tercemar, terutama pada musim tengkujuh. Bekalan air menjadi amat tidak stabil apabila tiba musim kemarau dan penduduk di kawasan ini tidak mempunyai sistem penyimpanan air yang mencukupi untuk menampung keperluan harian. Memandangkan isu air ini tidak boleh dipandang ringan, saya menggesa agar Kerajaan melalui Kementerian berkaitan menyediakan peruntukan khas bagi pemasangan sistem penapisan air berteknologi tinggi, pembinaan tangki simpanan air berpusat serta memastikan penyaluran air melalui paip Jabatan Air Negeri yang sedia ada dilaksanakan dengan segera.
Infrastruktur jambatan. Datuk Speaker, satu lagi isu keselamatan infrastruktur yang mendesak adalah keadaan jambatan di kawasan Inanam dan Manggatal. Jambatan merupakan nadi perhubungan utama. Namun, kebanyakan jambatan sedia ada adalah jambatan lama yang tidak lagi mampu menampung beban dan kekerapan trafik masa kini. Saya mendesak agar Kerajaan segera meluluskan penggantian jambatan-jambatan berikut kepada struktur jambatan konkrit demi keselamatan jangka panjang penduduk.
Jambatan Kitobu dan jambatan Dambai yang terletak di kawasan Inanam, jambatan Mensiang dan jambatan Keliangau yang terletak di kawasan Manggatal. Selain itu, bagi jambatan gantung yang masih diguna pakai, saya memohon agar spesifikasi ketinggian dinaikkan melebihi paras banjir dan menggunakan material keluli yang lebih tahan lama. Penyelenggaraan berkala oleh pihak berkuasa tempatan harus dipertingkatkan tanpa kompromi.
Yang ketiga, keperluan asas elektrik. Datuk Speaker, adalah satu perkara yang menyedihkan apabila dalam arus pemodenan ini, masih ada perkampungan yang gelap tanpa bekalan elektrik yang stabil walaupun kedudukannya bersebelahan dengan kawasan yang mempunyai kemudahan tersebut.
Saya ingin menuju kepada Kampung Kogoib yang terletak bersebelahan dengan Kampung Kobuni. Sehingga ke hari ini, kampung ini masih belum mempunyai pemasangan tiang elektrik. Penduduk di sana yang terdiri daripada 15 buah keluarga dan 10 pemilik tanah hanya mampu bergantung kepada tenaga solar atau menggunakan set generator sendiri yang kosnya amatlah tinggi. Saya memohon agar pihak SESB dan Kementerian berkaitan menyegerakan pemasangan tiang dan penyambungan bekalan elektrik ke Kampung Kogoib agar mereka tidak terus ketinggalan.
Yang keempat, krisis kemanusiaan. Datuk Speaker, isu anak tanpa dokumen merupakan satu krisis yang amat serius dan berupaya mengancam masa depan generasi pewaris negeri kita. Masih terdapat kanak-kanak yang tiada sijil kelahiran serta tidak diiktiraf dalam sistem negara. Akibatnya, mereka dinafikan hak asasi untuk mendapatkan akses pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelindungan sosial. Masalah ini berpunca daripada kekangan sistemik yang dihadapi ibu bapa, seperti pendaftaran perkahwinan yang tidak dilakukan, kelahiran yang berlaku di luar pemantauan atau tanpa rekod hospital dan juga situasi di mana ibu bapa ini sendiri tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap. Walaupun pengesahan ketua kampung sering diguna pakai, mekanisme ini tidak mencukupi untuk memberikan status yang sah di sisi undang-undang. Ini bukan sekadar permasalahan birokrasi dan dokumentasi, ini adalah kelangsungan masa depan sebuah generasi.
Kanak-kanak ini tidak pernah memilih untuk dilahirkan ke dunia tanpa dokumen pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita untuk memastikan mereka tidak terus dihukum akibat kelemahan sistem. Saya mengusulkan pelaksanaan program pendaftaran lewat secara proaktif dengan turun padang oleh Jabatan Pendaftaran Negara, pewujudan satu mekanisme khas pengesahan komuniti sebagai dokumen sokongan permohonan yang kukuh, dan pelaksanaan program pemutihan dokumen secara telus dan bersasar.
Yang kelima, kebajikan rakyat dan kelompongan sistem bantuan. Datuk Speaker.
Tatkala rakyat bergelut dengan himpitan ekonomi, kadar bantuan kebajikan sedia ada dilihat terlalu rendah.
Lebih membimbangkan, banyak kes timbul di mana penerima digugurkan daripada senarai bantuan secara tiba-tiba tanpa diberikan sebarang notis mahupun penjelasan. Kepincangan sistem ini telah mencetus keresahan dalam kalangan masyarakat awam.
Saya berharap Kerajaan memandang serius perkara ini dan bertindak segera untuk meneliti semula kadar bantuan kewangan supaya relevan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Memastikan ketelusan yang tinggi dalam proses penilaian kelayakan setiap pemohon dan mewajibkan pihak berkaitan memberikan notis dan penjelasan rasmi yang telus kepada penerima sebelum bantuan mereka diberhentikan.
Yang keenam, adalah kepincangan pelaksanaan projek Rumah SMJ. Datuk Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif Rumah SMJ yang bertujuan murni membantu golongan kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan di peringkat akar umbi mempamerkan kelompongan yang menuntut agar pihak pelaksana bersikap lebih prihatin terhadap realiti mangsa di lapangan. Terdapat kes di mana permohonan rumah SMJ milik penduduk telah
diluluskan dan bagi mematuhi arahan pihak berkuasa, rumah asal mereka telah pun dirobohkan untuk menyediakan tapak. Rakyat telah berkorban dengan penuh kepercayaan bahawa Kerajaan akan segera membina penempatan baharu untuk mereka.
Malangnya, selepas hampir tiga tahun menunggu, rumah yang diimpikan dan dijanjikan masih gagal dibina biarpun kelulusan penuh diberikan dan tapak tersedia. Akibat daripada kelewatan ini, pemohon terpaksa menumpang teduh di rumah saudara-mara yang amat sempit dan daif. Malah berhadapan dengan situasi di mana satu katil terpaksa dikongsi oleh beberapa keluarga.
Lebih mengecewakan, walaupun pemeriksaan tapak telah dijalankan oleh pihak berkuasa, kelulusan rasmi dikeluarkan dan kontraktor telah dilantik, kerja-kerja di tapak masih menemui kegagalan. Situasi pincang ini menimbulkan persoalan yang sangat serius terhadap aspek pemantauan dan pelaksanaan di peringkat pihak berkuasa. Kelewatan yang berpanjangan ini tidak sekadar meragut kesejahteraan keluarga yang terlibat, malah memberi tekanan emosi yang kritikal serta membebankan kehidupan harian mereka. Oleh itu, saya mendesak pihak berwajib terutama Kerajaan Negeri serta semua agensi pelaksana membuka siasatan terperinci mengenai punca sebenar disebalik kelewatan kronik projek Rumah SMJ ini. Mempercepatkan proses pembinaan bagi kes-kes yang telah sekian lama tertangguh dan menyediakan jalan penyelesaian atau penempatan sementara yang lebih wajar dan selesa kepada pemohon. Kita sama sekali tidak mahu niat suci dan imej baik Kerajaan tercemar kerana kelemahan pelaksanaan agensi di peringkat bawah.
Yang ketujuh, iaitu sekuriti, tenaga dan beban kos sara hidup. Datuk Speaker, kita sedia maklum bahawa polemik penggunaan arang batu sebagai penjana tenaga sentiasa berkait rapat dengan implikasinya terhadap kelestarian alam sekitar. Walau bagaimanapun, realiti di peringkat global menyaksikan kita sedang berhadapan dengan masalah ketidaktentuan geopolitik dan terus menekan kestabilan rantaian bekalan tenaga dunia.
Keadaan yang tidak menentu ini memberi kesan langsung kepada kenaikan harga bahan api pasaran. Lantas berpotensi menaikkan tarif elektrik, penggunaan yang
akhirnya akan menambahkan beban kewangan rakyat.
Dalam konteks yang mencabar ini, saya berpendirian bahawa isu sekuriti tenaga wajar dilihat dari sudut yang lebih pragmatik dan rasional. Kita harus mencapai keseimbangan di antara matlamat melindungi alam sekitar dan tanggungjawab moral Kerajaan, memastikan rakyat tidak tertindas dengan kos sara hidup. Adakah Kerajaan bersedia untuk meneliti satu pendekatan jangka pendek yang lebih terbuka dengan membenarkan penggunaan sumber tenaga tertentu secara terkawal demi menjamin kestabilan pasaran bekalan elektrik, serta mengelakkan sebarang lonjakan kos kepada rakyat? Yang kelapan, iaitu pemerkasaan institusi Mahkamah Anak Negeri dan Kebajikan Ketua Adat. Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan beberapa perkara untuk menyuarakan agenda pemerkasaan institusi Mahkamah Anak Negeri. Institusi ini merupakan benteng terakhir kedaulatan adat resam kita di Sabah dan perlu kembali selari dengan arus pemodenan pentadbiran.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan tiga syor utama untuk pertimbangan pihak Kerajaan. Yang pertama, reformasi mekanisme pelantikan kepimpinan adat. Datuk Speaker, keharmonian negeri kita berpaksikan kepada kepelbagaian. Bagi memastikan Mahkamah Anak Negeri kekal relevan dan dihormati, prinsip inklusiviti dalam pelantikan Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri mestilah dizahirkan secara nyata. Saya mencadang agar Kerajaan menetapkan garis panduan yang lebih holistik dalam pengisian kuota jawatan tersebut. Keseimbangan sosioagama, iaitu menetapkan imbangan representasi antara pemimpin beragama Islam dan bukan Islam mengikut demografi setempat. Diversiti etnik di mana memastikan setiap kelompok etnik dominan di suatu daerah mempunyai wakil dalam hierarki pentadbiran adat bagi mengelakkan rasa terpinggir. Ini bukan sekadar soal jawatan tetapi soal memastikan keadilan distributif agar adat yang dijaga, keadilan yang dirasa, dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat majmuk kita. Yang kedua, iaitu transformasi kebajikan dan pelindungan sosioekonomi. Datuk Speaker, beban tugas yang dipikul oleh para pejuang adat ini bukanlah ringan. Mereka adalah hakim, pendamai dan ejen kestabilan sosial di peringkat akar umbi yang bertugas tanpa mengira waktu. Namun, sejauh manakah pelindungan yang kita berikan kepada mereka? Saya mendesak agar Kerajaan meneliti semula pakej
kebajikan Ketua Adat melalui skim perlindungan insurans berkelompok memandangkan risiko tugas di lapangan yang amat mencabar. Akses kemudahan kesihatan memberikan keutamaan atau subsidi rawatan tertentu sebagai menghargai jasa mereka sebagai penjawat awam de facto di kampung-kampung. Yang ketiga, iaitu pengiktirafan sumbangan melalui insentif tahunan. Sudah tiba masanya Kerajaan menyelaraskan pemberian insentif khas atau bonus tahunan kepada para pemimpin adat setara dengan apa yang dinikmati oleh penjawat awam negeri. Walaupun status pelantikan mereka bersifat kontrak atau pelantikan politik mengikut enakmen, sumbangan mereka dalam mengurus tadbir sistem perundangan adat adalah tulang belakang kepada ketenteraman awam. Pemberian insentif ini bukan sahaja satu bentuk penghargaan malah akan mengangkat martabat serta integrasi institusi Mahkamah Anak Negeri itu sendiri. Datuk Speaker, Mahkamah Anak Negeri bukan sekadar warisan sejarah, tetapi adalah entiti perundangan yang diiktiraf di bawah Perlembagaan. Jika kita ingin melihat institusi ini gah, maka kebajikan dan sistem pelantikannya haruslah diperkukuhkan terlebih dahulu. Saya mohon agar perkara ini mendapat perhatian serius daripada Kementerian yang bertanggungjawab demi kelangsungan identiti dan keadilan buat anak negeri Sabah. Yang ketujuh, iaitu isu kebajikan mangsa bencana. Datuk Speaker, saya terpanggil untuk membawa isu banjir di Pitas ke Dewan yang mulia ini kerana walaupun berlaku di luar kawasan saya…
… rakyat Sabah tidak mengenal sempadan kawasan. Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab kolektif kita …
Datuk Speaker, saya … YB.
… untuk memastikan bahawa setiap denyut nadi kesalahan yang dialami rakyat sama ada di bandar mahupun di pedalaman mendapat …
YB, mohon, saya wakil rakyat Pitas. Tolong jangan sentuh pasal Pitas. Saya tahu apa masalah di Pitas, tolong! kalau mahu sentuh kawasan Datuk ah, YB sendiri, tolong ya.
Saya cuma ambil ini sebagai contoh.
Saya wakil rakyat Pitas. Saya tahu apa saya lakukan di Pitas.
Terima kasih.
Teruskan, teruskan, teruskan.
Kita sedia maklum mangsa banjir di Pitas bukan sahaja berdepan kehilangan harta benda.
Stop Pitas. Jangan sebut Pitas.
Malah ada pelajar yang terpaksa bertarung …
Tolong.
… dengan masa demi kelangsungan pendidikan dan keadaan serba kekurangan. Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan. Yang pertama mengenai ketulusan dan kesetaraan bantuan. Mohon penjelasan daripada Kementerian berkaitan mengenai
garis panduan yang diguna pakai dalam menentukan kadar agihan bantuan kewangan kepada mangsa bencana di negeri ini. Terdapat ketidakseragaman yang ketara dalam agihan bantuan antara banjir dan juga berbanding mangsa kebakaran yang di daerah lain baru-baru ini.
Mengapakah wujud perbezaan dengan nilai pampasan atau bantuan ihsan ini sedangkan impak sosiologi dan beban untuk membina semula kehidupan pascabencana adalah sama berat. Adakah Kerajaan bersedia untuk menyelaraskan standard prosedur operasi bantuan bencana agar lebih inklusif dan adil tanpa mengira kategori bencana atau lokasi geografi, bagi memastikan tiada rakyat yang merasakan mereka menerima layanan kelas kedua daripada Kerajaan Negeri.
Yang kedua, revolusi pusat pemindahan ataupun penempatan transit daerah. Dewan serbaguna hanya penyelesaian jangka sangat pendek.
Saya mencadangkan Kerajaan bina pusat penempatan transit di atas Tanah Rizab Kerajaan di setiap daerah berisiko tinggi. Pusat ini harus dilengkapi kemudahan asas yang lebih kondusif agar mangsa mempunyai tempat berteduh yang bermaruah sementara mereka membina semula kehidupan. Bukannya sekadar menumpang di dewan untuk beberapa minggu dalam keadaan serba kekurangan.
Mula gulung ya.
Datuk Speaker, sebagai rumusan kepada perbahasan saya ini, saya ingin tegaskan bahawa setiap isu yang telah saya rincikan hari ini, bermula daripada krisis bekalan air dan elektrik, ancaman keselamatan infrastruktur, kelompongan dasar kebajikan, nasib anak-anak tanpa dokumen, kemelut perumahan tertangguh, sehinggalah kepada kestabilan kos tenaga dan pemerkasaan Mahkamah Anak Negeri. Semuanya adalah manifestasi daripada rintihan sebenar rakyat di akar umbi. Ini adalah faktor-faktor teras yang menjadi penentuan kepada kelangsungan hidup dan maruah rakyat Sabah. Kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh atau sekadar melihat isu-isu ini berlalu mengikut peredaran masa. Kegagalan kita untuk bertindak secara tuntas hari ini akan menjadi bebanan yang terpaksa dipikul oleh generasi akan datang.
Datuk Speaker, amanah yang diletakkan di bahu kita dalam Dewan yang mulia ini menentukan keberanian politik untuk melakukan perubahan yang bermakna. Rakyat Sabah berhak mendapat sistem infrastruktur yang stabil, perlindungan sosial dan inklusif, dan pengiktirafan adat yang bermartabat.
Saya mendesak agar pihak Kerajaan tidak sekadar mendengar tetapi segera menterjemahkan perbahasan ini kepada pelan tindakan yang realistik dan berkesan. Marilah kita memastikan bahawa setiap dasar yang diputuskan benar-benar berpijak di bumi yang nyata demi kesejahteraan seluruh anak Negeri Sabah.
Terima kasih, kotouhadan (bahasa dusun).
Terima kasih, Yang Berhormat Inanam, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya faham Ahli-ahli Yang Berhormat pun kadang-kadang ada juga rasa simpati pada kawasan-kawasan lain di mana menghadapi bencana. Tapi kalau mahu merujuk untuk meluahkan keprihatinan dari kawasan tersebut, yang kalau sebaik-baiknyalah buatlah secara general, jangan spesifik di mana kawasan yang akan menyentuh atau menyinggung Ahli-ahli Yang Berhormat di sana.
Jadi just be general. I know the intention is noble, but at the same time you might be antagonizing the representative from there. So, just use other words to be more, what do we call, to be more diplomatic. Okey, I understand, I understand your intention. I understand your intention. I’m just giving you …
Datuk Speaker, bagus suruh dia bertanding di Pitas lah lawan sama Datuk Ruddy Awah.
Maklum Datuk Speaker, sebenarnya itu sebagai contoh.
Ya, I’m just giving you the hint how you want to frame your speech next time. Okey.
Datuk Speaker sedikit saja. YB dalam berniat baik, tapi janganlah guna kawasan, gunalah kawasan sendiri. Terima kasih.
Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk dan Yang Berhormat Segama, saya minta bersedia, 15 minit ya.
Alhamdulillah Datuk Speaker dan terima kasih juga membekalkan mic yang setara dengan wakil-wakil rakyat macam saya ini. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan para pemerhati. Salam takziah juga kepada sahabat YB Darau, atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda tercinta. Datuk Speaker, Sabah Tanah Airku. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Tempasuk untuk perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan. Ini adalah wadah penting di mana untuk perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan ini.
Saya mewakili rakyat saya di Tempasuk dan dapat menyumbang suara dan pandangan demi kesejahteraan rakyat yang kita wakili. Datuk Speaker, dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik global, kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos logistik dan rantaian bekalan Sabah tentu tidak terkecuali kerana menerima tampiasnya juga. Keadaan ini menuntut kita terus memperkukuhkan daya tahan ekonomi domestik, khususnya dalam soal bekalan makanan dan kos sara hidup.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar pihak Kerajaan menyediakan satu pelan tindakan balas yang memberi fokus kepada simpanan strategik makanan negeri, pemantauan harga secara real-time dengan izin, pengukuhan rantaian bekalan tempatan, pengurusan keberkesanan import, serta penyelarasan lebih erat dan Kerajaan Persekutuan bersama dan berkaitan subsidi dan kawalan harga.
Dalam menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas dan mengurangkan beban rakyat berhadapan dengan krisis global masa kini, Tuan Speaker, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, kos sara hidup, KPDN, yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat MP Parlimen di atas perluasan program jualan rahmah yang baru-baru ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
MP Parlimen mana tu? MP tu Parlimenlah tu.
Papar. MP Papar, Datuk Speaker.
Perluaskan Program Jualan Rahmah MADANI, PJRM yang melibatkan 600 Dewan Undangan Negeri termasuk di kawasan saya, Tempasuk.
Saya berharap pelaksanaan PJRM terus diperkukuhkan bersama wakil rakyat serta pemimpin masyarakat supaya manfaatnya lebih meluas.
Datuk Speaker, saya menyokong penuh inisiatif Kerajaan seperti program reversi, padi, dan pembangunan bio-teknologi. Dengan kadar sara diri beras Sabah yang masih sekitar 20% hingga 25%, saya berpandangan dan sasaran SSR beras boleh dipertimbangkan kepada 30% hingga 40% … .
... 10% dalam tempoh lima tahun, manakala pengeluaran ayam dan telur disasarkan sehingga 80%.
Selain variety berhasil tinggi, mekanisasi dan pertanian pintar juga perlulah terus diberi penekanan. Saya turut menyokong pelaksanaan Program Kebun Dapur di bawah RAER 2026 hingga 2030 sebagai langkah strategik memperkukuhkan keterjaminan makanan rakyat.
Saya juga mencadangkan Program Dapur ini dapat diperluaskan dari skala isi rumah kepada skala komuniti, termasuk di kampung dan taman perumahan. Disokong oleh
pusat pengumpulan dan pemasaran hasil yang lebih sistematik bagi mengurangkan pembaziran serta meningkatkan pendapatan petani.
Selain daripada itu, pelaksanaan Program Kebun Dapur di bawah Inisiatif Revolusi Ekonomi Luar Bandar 2026-2030 perlulah disokong kerana ini merupakan satu langkah strategik bagi memastikan masyarakat mendapat bekalan makanan mencukupi.
Sebagai Wakil Rakyat, marilah kita memainkan peranan masing-masing agar permohonan ataupun Program Kebun Dapur ini dapatlah diperluaskan lagi ke semua kawasan DUN negeri Sabah. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang diketuai oleh sahabat saya Yang Berhormat N.42 Melalap, Menteri MAFFI atas kunjungannya juga ke daerah Kota Belud khususnya di Tempasuk, bagi melihat sendiri keperluan petani dan pesawah yang perlu disantuni oleh pihak Kementerian dan agensi berkaitan di bawah MAFFI. Datuk Speaker, menyentuh perumahan. Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana berupaya menambah kuota rumah SMJ kepada 50 unit setiap DUN bermula tahun 2026. Ini satu lagi janji Kerajaan kepada rakyat ditunaikan. Namun, terdapat satu lagi isu di lapangan yang perlu diberi perhatian, iaitu golongan kurang berkemampuan dan yang mempunyai rumah tapi dalam keadaan daif. Golongan ini adalah kalangan masyarakat yang tinggal di rumah pusaka kebanyakannya, yang mewakili waris yang mereka warisi sejak berpuluh tahun. Keadaan rumah pusaka ini semakin hari semakin usang, dengan pelbagai kerosakan dan memerlukan kos di luar kemampuan untuk dibaik pulih. Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan pihak Kerajaan mempertimbangkan Skim Pembaikan Rumah Daif bagi golongan yang memiliki rumah pusaka uzur, tapi tidak berkemampuan untuk membaikinya.
Datuk Speaker, untuk kemudahan sukan untuk para belia. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat N.68 Apas, Menteri Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, atas tinjauan yang dilakukan ke atas Kompleks Sukan Kota Belud baru-baru ini. Kompleks sukan ini,
Datuk Speaker, sudah 44 tahun uzurlah. Saya berharap isu Dewan Kompleks Sukan...
Patut Menteri dia keluar.
Datuk Speaker.
Patut Menteri dia keluar.
Itulah makanya mungkin.
Saya berharap isu dewan kompleks sukan yang uzur ini dibina pada tahun 1982 lagi Datuk Speaker, dapat diberi perhatian segera. Memandangkan dewan itu turut berfungsi sebagai dewan masyarakat. Digunakan oleh masyarakat sebagai dewan serba guna.
Di samping itu, saya memohon pertimbangan Kementerian yang terlibat, pembinaan asrama atlet dan pemasangan lampu limpah stadium bagi menyokong pembangunan sukan di Kota Belud.
Datuk Speaker, berkenaan kemudahan asas, daerah Kota Belud kini mempunyai tiga loji yang selalu dibahaskan dalam Dewan ini bersama dengan rakan-rakan di Dewan Undangan yang lain. Kota Belud kini mempunyai tiga loji rawatan, iaitu Loji Pekan Kota Belud, Loji Bayayat, dan Loji Pandasan. Jumlah kapasiti pengeluaran sekitar 43 juta liter sehari, sedangkan permintaan telah mencecah 47.4 juta liter sehari, mewujudkan kekurangan sekitar 4.4 juta liter sehari. Sehubungan itu, saya mohon Kerajaan menyatakan perancangan bagi meningkatkan pengeluaran air bersih. Dan pada masa yang sama mencadangkan kajian pembinaan empangan mini di Sungai Babagon di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tempasuk dan Sungai Takutan, Rosok bagi menyokong bekalan air pengairan sawah, dan berpotensi hidrolik berskala kecil. Hidro, Datuk Speaker minta maaf. Saya juga merakamkan perhargaan ke atas pembinaan Jalan Tagasan Kinasaraban yang bukan sahaja memperkukuhkan jaringan jalan raya, tetapi berpotensi menjadi laluan alternatif jika berlakunya banjir melalui Sangkir Tempasuk, Tambulion, Piasau, Pirasan, dan Kinasaraban.
Saya juga memohon jalan-jalan kampung dari Kampung Rinig, Taman Murul, Tempasuk, hingga ke SK Tempasuk dapat dinaik tarafkan. Kerana inilah laluan utama masyarakat setempat dan mempunyai Bangunan Persekutuan di sekitar sini. Datuk Speaker, di Dewan yang mulia ini juga, saya mewakili suara rakyat DUN Tempasuk mencadangkan agar satu jaringan jalan raya dibina laluan baharu Datuk Speaker, di Kementerian yang terlibat dari Mukim Taun Gusi ke Pekan Kota Belud melalui jalan Mukim Gunding. Ini jalan baharu, Datuk Speaker. Ucapan Dasar Kerajaan pada khamis lalu memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek jambatan kecil luar bandar. Oleh itu, saya juga berharap agar Jambatan Tintod, perhubungan di Kampung Bangkahak, Tempasuk, dan Jambatan Konkrit Sungai Tapo, Kampung Bugaron, tidak terlepas daripada perhatian pihak Kerajaan untuk dinaiktarafkan. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat Yang Berhormat N.43 Kemabong, Menteri Pembangunan Luar Bandar atas lawatan kerja ke daerah Kota Belud untuk melihat secara dekat permasalahan isu-isu melibatkan pembangunan luar bandar.
Datuk Speaker, bekalan elektrik ini selalulah dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap isu kekurangan kabel di kawasan sana ini pula, di Kota Belud khususnya. Kabel elektrik ini kurang sebenarnya bagi permohonan rumah-rumah yang baharu dan rumah yang lama menggantikan kabel itu. Jadi, mohon pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti permasalahan ini.
Datuk Speaker, akhir sekali saya ingin menarik perhatian kepada potensi besarnya sektor akuakultur air tawar di Tempasuk dan saya mencadangkan kajian potensi akuakultur bagi spesies talapia, puyuh, kukum dan patin dilaksanakan dengan melibatkan komuniti usahawan tempatan, serta belia sebagai pemain utama.
Saya percaya sektor ini bukan saja mampu menjana pendapatan luar bandar, tapi juga menyumbang kepada keterjaminan makanan dan peluang pekerjaan.
Datuk Speaker, secara keseluruhannya, saya menyokong Ucapan Dasar Kerajaan ini. Apa yang penting ialah memastikan setiap inisiatif yang digariskan dapat diterjemahkan dan berkesan supaya manfaatnya benar-benar dirasai rakyat di semua peringkat.
Datuk Speaker, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan dasar Kerajaan. Tanpa mereka adalah mustahil agenda Kerajaan dapat dilaksanakan.
Bagi memastikan keberkesanan penyampaian Perkhidmatan Awam terus dipertingkatkan khususnya penjawat awam profesional, saya ingin memberi cadangan kepada pihak Kerajaan agar memperkasakan lagi kapasiti golongan ini setara dengan Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) Datuk Speaker, di peringkat Persekutuan, setara. Ini bertujuan untuk melahirkan pegawai dasar berkualiti tinggi dan meningkatkan kecekapan pentadbiran urus melalui latihan analisis dasar awam ekonomi dan analisis data ataupun kecerdasan bantuan komunikasi, strategik dan menguasai pentadbiran urus digital berteknologi AI. Ini juga penting bagi memperkukuhkan kecekapan pentadbiran negeri dalam mendepani cabaran baru. Saya yakin dengan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dan kerjasama semua pihak, Sabah akan terus bergerak maju sebagai negeri yang makmur, inklusif dan berdaya tahan. Datuk Speaker, Tempasuk mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan
Terima kasih, Yang Berhormat Tempasuk.
Yang Berhormat Tempasuk ini selesemakah? Ah? Ada selesema? Saya fikir kamu berucap penuh emosi ba tadi. Okey, terima kasih Yang Berhormat Tempasuk. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Segama dan saya minta Yang Berhormat Liawan untuk bersedia.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker:15 minit.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Datuk Seri Speaker, terima kasih di
atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri...
Atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan pada hari Khamis bersamaan 23 April 2026 yang lalu. Ucapan Dasar tersebut menggariskan pelbagai perancangan dan komitmen Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri. Namun begitu, sebagaimana yang kita semua maklum ukuran sebenar kejayaan bukan terletak pada perancangan semata-mata tetapi pada sejauh mana pelaksanaan itu benar-benar sampai dan dirasai oleh rakyat di akar umbi.
Datuk Seri Speaker, saya amat bersetuju kepada Perenggan 21, pada muka surat 8 di dalam teks Ucapan Dasar Kerajaan yang dibacakan pada 23 April 2026 yang lalu, bila mana Kerajaan akan menumpukan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran air terawat dengan tumpuan utama adalah pelaksanaan projek membina dan menaik taraf loji-loji rawatan air di seluruh Sabah.
Permasalahan sumber air bersih, ketiadaan air, catuan air dan lain-lain masalah melibatkan air dihadapi di seluruh Negeri Sabah. YB-YB yang berbahas sebelum saya sudah mengutarakan permasalahan air di kawasan masing-masing dan selepas saya juga akan ada YB-YB yang berbahas isu yang sama. Keluhan dan aduan daripada rakyat berkait masalah air sampai kepada kami wakil rakyat boleh dikatakan tiap-tiap minggu.
Saya ingin mengemukakan soalan kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah berhubung dengan Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 yang mana mula dilaksanakan sejak Mac tahun 2020 dan kini dijadualkan siap pada 10 Julai tahun 2026. Saya ingin bertanya dan mendapatkan penjelasan mengenai status sebenar kemajuan projek tersebut.
Saya ditaklimatkan semasa lawatan kerja saya ke Jabatan Air Lahad Datu pada bulan Februari tahun 2026 ini, bahawa Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 ini amat bermanfaat kepada penduduk-penduduk Lahad Datu khususnya di DUN saya di Segama, terutamanya di kawasan-kawasan yang mengalami masalah tekanan air rendah seperti di Pangsapuri Mutiara Kasih, Kampung Binuang, Kampung Indah Jaya, Kampung Cina, Kampung Tawayari, I-Peak, kampung-kampung di sekitar Jalan Tengah Nipah, Kampung Cocos, Kampung Sapadulang dan Batu 8 Segama. Masih terdapat juga kampung-kampung yang belum sampai bekalan air bersih seperti di Ulu Segama, Kampung Sunduron dan Kampung Upak akan mendapat manfaat sekiranya projek tersebut dapat disiapkan sepenuhnya. Projek ini sudah pasti melibatkan kos yang besar dan rakyat mengharapkan projek ini disiapkan sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah kos sebenar Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 ini? Projek ini dilaksanakan bermula pada Mac tahun 2020 dan kini dijangka siap pada 11 Julai tahun 2026, iaitu hanya berbaki beberapa bulan saja lagi. Saya ada melawat ke lapangan dan saya dapati struktur bangunan water intake masih belum siap sepenuhnya dan paip-paip yang menyalur air dari water intake ke pusat water treatment di Kampung Kenangan masih belum tersedia.
Saya ingin bertanya lagi kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 ini boleh disiapkan dalam tempoh masa siap yang ditetapkan, iaitu pada 11 Julai tahun 2026 ini? Sekiranya tidak boleh disiapkan di dalam tempoh siap iaitu pada 11 Julai tahun 2026, maka bolehkah Yang Berhormat Menteri nyatakan sekiranya akan ada tempoh pelanjutan masa yang baharu bagi projek ini? Dan sekiranya ada pelanjutan tempoh masa yang baharu, bolehkah Yang Berhormat Menteri nyatakan sudah kali keberapakah pelanjutan tempoh masa yang baharu tersebut? Dan sekiranya ada pelanjutan tempoh masa siap yang baharu, adakah ianya akan melibatkan kenaikan atau penambahan kos projek.
Datuk Speaker, penduduk-penduduk di DUN Segama amat hairan kerana Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 ini telah mengambil masa yang agak lama disiapkan. Sekiranya projek ini penting untuk rakyat, maka semestinyalah projek ini menjadi keutamaan Kementerian yang berkaitan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian sewajarnya bagi memastikan projek ini siap kerana tempoh projek yang memakan masa lebih kurang tujuh tahun tetapi masih belum siap adalah sesuatu yang bukan sahaja menafikan kepentingan rakyat tetapi membazirkan wang rakyat.
Datuk Speaker, saya difahamkan bahawa sebanyak RM4 bilion telah diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kepada Negeri Sabah untuk melaksanakan projek-projek bekalan air luar bandar untuk menyelenggara lebih kurang 83 projek baharu dan tertangguh. Saya mohon sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat secara serius Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 ini dan memperuntukkan secukup jumlah kewangan bagi memastikan projek ini siap sepenuhnya.
Selain itu, berhubung dengan isu jalan raya di kawasan DUN saya di Segama. Saya ambil maklum bahawa Jalan Tengah Nipah Lahad Datu akan dinaik taraf di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Jalan ini merupakan jalan utama penduduk-penduduk dari Felda, Tungku, Segangan, Bikang, Khazana Indah, Binuang dan Tengah Nipah menuju ke bandar Lahad Datu. Kesesakan jalan raya tidak boleh dielakkan dan amatlah mendukacitakan terutamanya bila waktu puncak dan perayaan. Justeru, saya mohon agar pelaksanaan menaik taraf Jalan Tengah Nipah Lahad Datu ini menjadi keutamaan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Datuk Speaker, saya ingin memohon perhatian Yang Berhormat Menteri juga agar mempertimbangkan pembinaan jejantas pejalan kaki di beberapa sekolah di Lahad Datu, khususnya di Sekolah Lahad Datu 2. Manakala, menaik taraf jejantas yang sedia ada di SK Pekan 1, SK St. Dominic dan SMK Segama. Keperluan ini amat mendesak bagi memastikan keselamatan pelajar yang setiap hari berhadapan dengan risiko melintas jalan yang sibuk. Saya berharap perkara ini dapat diberi keutamaan demi keselamatan pelajar-pelajar.
Datuk Speaker, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah mengakibatkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Kejadian ini seharusnya menjadi satu peringatan serius kepada semua pihak khususnya pihak berkuasa bahawa aspek keselamatan bagi mencegah kebakaran tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi di kawasan penempatan yang padat dan berisiko tinggi.
Terdapat beberapa kawasan penempatan di dalam DUN Segama yang didirikan di atas air seperti di Kampung Desa Bajau, Kampung Sabah Baru dan Kampung Dasar Baru.
Kawasan-kawasan ini merupakan perkampungan yang padat dengan penduduk, keadaan penempatan yang rapat, struktur rumah yang mudah terbakar, serta kekurangan kemudahan keselamatan menjadikan kawasan ini sangat terdedah kepada risiko kebakaran.
Datuk Speaker, sekiranya berlaku kebakaran di kawasan seperti ini ianya boleh merebak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat sahaja boleh memusnahkan keseluruhan kampung seperti yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan. Apa yang lebih membimbangkan adalah kekurangan pili bomba, laluan kecemasan yang sempit dan terhad serta akses yang sukar untuk jentera penyelamat masuk ke kawasan tersebut. Ini bukan sekadar kebimbangan, tetapi ini adalah risiko yang nyata.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian KKTP, ya. Apakah langkah segera yang akan diambil untuk meningkatkan aspek keselamatan kebakaran di kawasan berisiko tinggi seperti perkampungan atas air di DUN Segama? Keduanya, adakah Kerajaan mempunyai pelan khusus untuk menyediakan kemudahan asas seperti pili bomba, sistem amaran awal serta laluan kecemasan yang lebih teratur di kawasan-kawasan ini? Ketiga, dalam jangka masa panjang apakah pelan Kerajaan bagi menangani isu penempatan atas air termasuk pelan penempatan semula yang lebih tersusun, selamat dan mampan? Datuk Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi…
… penghargaan kepada pihak Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah di atas komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Khususnya, saya ingin mengucapkan tahniah di atas penganjuran Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah Tahun 2023-2024 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2026 yang lalu.
Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai pencapaian para atlet, malah mencerminkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf bakat serta memperkukuhkan pembangunan sukan secara menyeluruh di Sabah.
Saya juga ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Sabah FC dan selanjutnya merakamkan penghargaan atas inisiatif Kerajaan dalam menyokong pembangunan sukan termasuk pemberian insentif kewangan kepada Pasukan Bola Sepak Sabah FC atas kejayaan menjuarai Piala MFL Challenge Cup Musim 2025-2026.
Usaha ini amat wajar diteruskan kerana ianya bukan sahaja memberi motivasi kepada atlet dan pasukan malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di negeri Sabah secara keseluruhannya.
Datuk Speaker, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Apas juga, bahawa di kawasan saya khususnya di DUN Segama, kemudahan sukan masih berada pada tahap yang terhad dan memerlukan perhatian yang lebih serius. Kekurangan fasiliti sukan yang mencukupi sedikit sebanyak membataskan potensi belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sihat serta mengembangkan bakat dalam bidang sukan. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf serta menambah kemudahan sukan khususnya di kawasan saya di DUN Segama?
Saya percaya bahawa pembangunan belia dan sukan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar adalah penting bagi melahirkan generasi yang sihat, berdaya saing dan berpotensi tinggi. Justeru, saya berharap agar kementerian dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada keperluan di kawasan luar bandar, agar tiada golongan belia yang tercicir daripada menikmati peluang pembangunan yang disediakan.
Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar berhubung konflik antara manusia dan gajah yang semakin serius khususnya di kawasan saya di DUN Segama. Baru-baru ini saya mendapat aduan berhubung pencerobohan gajah di Kampung Sindurun, Segama. Mengikut laporan orang kampung, kejadian ini berlaku tiga kali dalam masa dua tahun dan aduan sudah dimajukan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, dan saya mohon pihak Kementerian melihat kepada aduan yang dimajukan itu. Saya mengambil berat akan keselamatan penduduk kampung yang mana tahun ini juga ada kejadian iaitu pada 13 April yang lalu di Ladang Begahak 2, Jalan Tunku yang telah meragut nyawa seorang penduduk selepas dipijak gajah. Ini bukan lagi isu gangguan tetapi sudah melibatkan kehilangan nyawa. Persoalannya, apakah tindakan daripada pihak Kementerian untuk mengatasi masalah ini? Saya juga ingin menarik perhatian YB Menteri berhubung isu kehadiran buaya seperti di kawasan saya, Segama dan Lahad Datu yang kini bukan sahaja berada di kawasan sungai, malah turut dilaporkan muncul di kawasan bandar dan sistem perparitan. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia menimbulkan risiko keselamatan kepada penduduk.
Khususnya, kanak-kanak dan masyarakat setempat yang menggunakan kawasan-kawasan tersebut dalam aktiviti harian. Sebagai contoh, pada 19 April yang lalu juga, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang disambar buaya ketika mandi di pantai Kampung Pengkalan, Desa Kencana. Sehubungan itu, saya mohon agar pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan segera dan lebih proaktif dalam menangani isu ini termasuk pemantauan, penangkapan serta langkah pencegahan yang lebih berkesan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
Datuk Speaker, saya ingin menyatakan sokongan terhadap cadangan Yang Berhormat N.63 Sindumin berhubung penglibatan YB-YB Pembangkang di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.
Langkah ini penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih inklusif, adil dan menyeluruh tanpa mengira perbezaan fahaman politik, ianya juga selaras dengan saranan Tuan Yang Terutama seperti di perenggan 56 muka surat 19, Ucapan Dasar Kerajaan, agar sudah tiba masanya kita bersatu hati tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun fahaman politik untuk bersama-sama membangunkan negeri ini dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan serta kesejahteraan bersama.
Datuk Speaker, sebagai penutup …
Ya. (sebutan tidak jelas)
… saya ingin mengaminkan doa oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah seperti di perenggan 58 muka surat 19, Ucapan Dasar Kerajaan, agar negeri Sabah yang kita cintai ini terus dilimpahi keberkatan, keamanan dan kemakmuran serta seluruh rakyat dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan hidup bersatu padu. Saya menyokong Ucapan Dasar Kerajaan. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Segama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Liawan. Saya minta Yang Berhormat Gum-Gum bersedia.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan merakam ucapan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan hari ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah dibentangkan, yang jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri serta menjaga kebajikan rakyat.
Datuk Speaker, saya mengambil bahagian dalam pembahasan ini bagi menyentuh isu-isu utama yang amat dekat dengan rakyat di kawasan pedalaman, khususnya di DUN Liawan, iaitu bekalan air bersih, penaiktarafan jalan raya, kemudahan jambatan dan penyelenggaraan infrastruktur asas. Semua ini merupakan keperluan penting dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan pembangunan luar bandar.
Masalah bekalan air bersih masih menjadi antara rungutan utama rakyat di Daerah Keningau, khususnya di Liawan. Banyak kampung masih berdepan gangguan bekalan air, tekanan air rendah, paip lama yang kerap rosak, serta sebahagian kawasan masih bergantung kepada sistem graviti, sumber air sungai dan masih juga yang masih ada yang menggunakan perigi.
Saya menyambut baik langkahmKerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa pelaksanaan 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bernilai RM4.06 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk diselesaikan. Ini merupakan peluang terbaik untuk mempercepatkan penyelesaian isu bekalan air di kawasan luar bandar. Sehubungan itu, saya ingin mensyorkan agar keutamaan diberikan kepada pemasangan sesalur paip MFCL di beberapa kampung sekitar Liawan yang amat memerlukan penyaluran air bersih secara lebih berkesan dan berdaya tahan. Antara kawasan yang dicadangkan ialah Kampung Senagang ke Kampung Keritan Laut, Kampung Meninipir Lama, Kampung Buluh Silau, Kampung Meninipir Lama laluan tambahan, Kampung Kukup Senagang dan Kampung Padang Tembak. Pelaksanaan projek ini amat penting bagi memastikan penduduk kampung mendapat akses air bersih yang mencukupi, stabil, dan berterusan.
Datuk Speaker, rakyat Liawan juga amat berharap agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap keperluan menaik taraf jalan-jalan gravel kepada jalan berturap asphalt di bawah seliaan JKR Keningau. Saya memohon agar projek berikut diberi keutamaan. Jalan lama … .
Tenom, Keningau, Jalan Banjar, Kampung Nenipir, serta Jalan Kampung Gaulan. Berdasarkan jawapan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti bertarikh 16 Disember 2025, Jalan Lama Tenom, Keningau telah dicadangkan dalam RMKe-13, melalui Sistem Maklumat Ekonomi dan Pembangunan Projek Sabah, iaitu SME PPS di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri. Saya berharap projek ini diberi keutamaan sewajarnya.
Saya juga mengesyorkan agar cadangan menaik taraf Jambatan Sungai Masolok di kilometer 6.8 Jalan Senagang Bridge ke Senagang Ulu, diangkat semula dan dimasukkan dalam RMKe-13.
Cadangan ini pernah disenaraikan dalam RMKe-12, namun belum dapat dipertimbangkan. Maka, Kerajaan wajar menilai semula kepentingannya demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat. Selain itu, selain projek baru, saya juga mencadangkan kerja-kerja pengaspalan semula jalan sedia ada di bawah syarikat konsesi yang melibatkan laluan berikut.
Sebab aspal yang ada sekarang yang dibina pada tahun 80-an lagi, iaitu jalan Kampung Toboh Baru, Kampung Tudan Baru, Kampung Muhibah ke Balai Muhibah. Jalan-jalan ini merupakan tindakan segera kerana keadaan menjejaskan keselamatan dan keselesaan penduduk ataupun pengguna harian. Datuk Speaker, saya juga ingin mengesyorkan agar penambahbaikan empangan-empangan sawah padi di daerah Keningau diberi perhatian segera. Perkara ini juga telah saya bangkitkan dalam sesi perbahasan sebelum ini kerana ia melibatkan kepentingan para pesawah dan jaminan pengeluaran makanan negeri.
Sebahagian empangan dan sistem pengaliran sedia ada kini memerlukan penyelenggaraan, pembaikan struktur serta naik taraf saliran agar bekalan air di kawasan sawah dapat disalurkan dengan lebih cekap dan berterusan. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, ia boleh menjejaskan hasil pengeluaran padi dan pendapatan para petani. Justeru itu, saya memohon agar Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dapat mengambil maklum akan permasalahan ini serta melaksanakan tindakan segera, bagi membaik pulih empangan-empangan sawah padi yang terlibat di daerah Keningau.
Datuk Speaker, rakyat di kawasan pedalaman tidak meminta sesuatu yang berlebihan, mereka hanya mahu keperluan asas disediakan dengan baik. Air bersih, jalan raya yang selamat, jambatan yang kukuh dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.
Saya yakin sekiranya semua cadangan ini diberi perhatian dan dilaksanakan mengikut keutamaan, ia akan membawa manfaat besar kepada rakyat, khususnya di daerah Keningau, DUN Liawan dan kawasan sekitarnya. Rakyat hanya mahu melihat hasil yang nyata, bukan sekadar janji dan rancangan. Sekian, wabillahitaufiq, walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Liawan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum. Sila berucap 15 minit.
Terima kasih Datuk Speaker.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan hari ini sebagai wakil rakyat bagi kawasan N50 Gum-Gum. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan pada 23 April 2026 yang lalu. Ucapan tersebut jelas memperlihatkan komitmen yang teguh dalam memacu pembangunan negara secara menyeluruh, berpaksikan kestabilan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta takdir urus yang berintegriti. Namun begitu, masih
terdapat beberapa perkara yang memerlukan perhatian serius dan tindakan segera di kawasan saya.
Datuk Speaker, hari ini saya tidak mahu bercakap panjang.
Saya mahu bercakap yang jelas sahaja. Rakyat Gum-Gum sudah penat menunggu isu infrastruktur dan kemudahan asas yang masih belum memuaskan, jalan raya kampung yang rosak, sistem perparitan yang tidak sempurna, masalah banjir yang tiada kesudahannya, bekalan air bersih dan elektrik tidak konsisten, masalah pengangguran, liputan internet yang lemah, gangguan kehidupan liar seperti monyet masih belum dapat dibendung sehingga sekarang. Peruntukan subsidi minyak kepada nelayan dan bot pelancong yang tidak mencukupi. Kesannya, nelayan tak dapat ke laut mencari rezeki dan bot pelancong tak dapat beroperasi sepenuhnya.
Pasal jalan raya, contohnya di Kampung Sungai Kapur, yang terpaksa mengutip dana ribuan ringgit untuk menampal lubang jalan kampung mereka sendiri.
Sebabnya, jalan tersebut amat teruk. Bukan sahaja menyusahkan, bahkan takut-takut akan melibatkan nyawa warga kampung melayang. Jalan Kampung Sungai Memanjang, pemimpin peringkat kampung terpaksa memohon bantuan daripada estet-estet yang berhampiran, sebabnya kalau menunggu kontraktor yang diamanahkan risau ibu mengandung akan melahirkan bayinya di tengah jalan, atau orang yang sakit akan menghembuskan nafas terakhirnya juga di tengah jalan. Datuk Speaker, hampir semua kampung yang mengalami masalah jalan rosak. Antaranya jalan Kampung Jaya Bhakti, jalan Kampung Sungai Kapur, jalan-jalan kampung di sekitar Kampung Ulu Dusun, Batu 30, jalan ke Kampung Sungai Monyet, jalan-jalan di sekitar Kampung Kitagas, jalan-jalan ke Kampung Garinunuk dan Kampung Pertanian termasuk ada tiga jambatan daif yang agak berbahaya untuk dilalui. Jalan Kampung Sungai Tiram, Batu 19, jalan ke Kampung Sungai Beruang dan Kampung Kuala Gum-Gum.
Soalan saya, apakah ada kontraktor yang diamanahkan oleh Kerajaan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung tersebut? Jika ada, namakan syarikat-syarikat tersebut mengikut jalan yang mereka selenggarakan.
Datuk Speaker, masalah air juga harus dapat perhatian khusus. Seluruh kawasan Gum-Gum mengalami masalah air yang terpaksa redha kepada jadual catuan air yang sangat menyedihkan. Sebabnya, saya terkadang terima aduan yang mana kampung mereka terpaksa menunggu catuan air sehingga 12 hari. Bencana banjir masih menjadi mimpi ngeri kepada beberapa kampung di kawasan DUN Gum-Gum seperti Kampung Sungai Memanjang, Kampung Jaya Bhakti, Kampung Sungai Kapur, Kampung Pertanian dan Pekan, Batu 16 itu sendiri.
Saya mohon agar masalah kemudahan asas ini diberi perhatian penuh demi keselesaan dan keselamatan penduduk.
Datuk Speaker, kawasan N50 Gum-Gum mempunyai lebih kurang 30 ribu penduduk, yang sudah pasti ada pengangguran, terutamanya belia di kawasan Gum-Gum juga patut diberi perhatian. Saya anggarkan lebih kurang 800 ke 1000 orang yang menganggur di kawasan ini. Ini bukan angka kecil, Datuk Yang di-Pertua, ini bukan statistik semata-mata, ini adalah masa depan yang sedang terabai. Anak muda terpaksa keluar mencari rezeki dan yang tinggal terus bergelut tanpa peluang.
Soalan saya, berapakah jumlah sebenar belia yang menganggur di kawasan DUN N50 Gum-Gum ini? Dan apakah usaha Kerajaan untuk membantu mereka ke arah masa depan yang lebih baik?
Datuk Speaker, di kawasan Gum-Gum masih terdapat projek sakit ataupun terbengkalai. Contohnya, projek jambatan runtuh di Batu 16, projek jalan Tanjung Semawang ke Kuala Gum-Gum, projek jambatan di Kampung Pertanian, projek pembinaan solar di Pulau Libaran. Soalan saya, apakah status terkini projek-projek tersebut?
Datuk Speaker, masalah hidupan liar seperti monyet dan tupai juga amat membimbangkan. Kesian pekebun-pekebun kecil, tanaman mereka sering kali dirosakkan oleh monyet. Kesannya, ekonomi mereka bertambah sempit dan menyebabkan pendidikan…
…anak-anak mereka terabai sebab tiada duit untuk membayar kos pengangkutan sekolah dan sebagainya. Datuk Speaker, saya doakan semoga kerajaan hari ini lebih maju dan lebih cemerlang. Sebelum mengakhiri perbahasan saya kali ini, sekali lagi, saya katakan bahawa saya menyokong penuh penekanan Tuan Yang Teramat Tun, terhadap pengukuhan ekonomi negara dalam suasana global mencabar, langkah-langkah strategik seperti memperkasakan sektor domestik, menarik pelaburan berkualiti serta meningkatkan daya saing industri tempatan adalah amat tepat pada masanya. Namun begitu, pelaksanaan dasar ini perlu dipastikan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi khususnya golongan B40 dan M40 yang masih berdepan dengan tekanan sara hidup.
Usaha memperkukuh sistem pendidikan dan pembangunan modal insan yang wajar dipuji. Saya bersetuju bahawa pendidikan perlu selari dengan keperluan industri semasa kini, termasuk penekanan terhadap kemahiran digital dan teknologi. Walau bagaimanapun, jurang akses pendidikan antara bandar dan luar bandar perlu ditangani dengan lebih serius agar tidak golongan yang tercicir. Selain itu Yang Dipertua, saya menyambut baik komitmen Tuan Yang Terhormat Tun dalam memperkukuhkan tadbir urus dan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan dalam tadbir adalah asas kepada kepercayaan rakyat. Oleh itu, langkah-langkah reformasi institusi perlu diteruskan secara konsisten tanpa kompromi.
Namun begitu Datuk Speaker, penyatuan 25 parti pembangkang untuk sama-sama menjadi Kerajaan, tidak pernah disebut seolah-olah 25 kerusi ini tidak bermakna langsung di negeri Sabah yang kita sayangi ini. Datuk Speaker, saya yakin dan percaya rakyat Negeri Sabah dahagakan kepimpinan yang berdedikasi, kebijaksanaan dan komitmen dalam memajukan Negeri Sabah.
Saya amat yakin sekiranya dimulakan oleh ketiga-tiga pemimpin tertinggi yang kita sayangi ini, iaitu bermula daripada Yang Mulia Tuan Yang Terutama Tun dan Yang
Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang, diikuti oleh semua pemimpin di dalam Dewan yang mulia ini, bersatu hati dengan visi yang jelas dan usaha berterusan, pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan dan tuntutan MA63 juga dapat dinikmati oleh hampir 4 juta rakyat Negeri Sabah yang kita sayangi ini.
Datuk Speaker, sekiranya ini berlaku, sayalah orang yang pertama memberikan penghargaan paling tinggi atas dedikasi, kebijaksanaan dan komitmen dalam memajukan Negeri Sabah ke arah masa depan yang lebih gemilang, aman dan sejahtera. Sekejap Datuk, alamak.
Sudah?
Satu Minit, terhilang. Datuk Speaker, saya akan akhiri ucapan saya pada hari ini dan saya berharap, ingat rakan-rakan wakil rakyat. Rakyat sedang memerhati kita. Rakyat sedang menunggu apa perubahan Negeri Sabah dan juga rakyat Negeri Sabah ini, rakyat Negeri Sabah inilah yang menjadi penentu di masa akan datang.
Dengan kata-kata demikian, saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. N.50 Gum-Gum mohon menyokong, terima kasih.
Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Gum-Gum mengenai kawasan khusus yang dimaksudkan mengalami masalah capaian Internet supaya perkara ini dapat diteliti dengan lebih tepat oleh pihak berkaitan, kerana saya telah observe dengan ucapan apa ini perbahasan Yang Berhormat, tidak ada kawasan ataupun kampung yang disebutkan. Terima kasih.
Yang berhormat Menteri, saya katakan di sini hampir semua di kawasan DUN Gum Gum itu. Sekarang ini, dia ada apa nama sky, itu pun hanya ada di sekolah-sekolah sahaja, tempat-tempat lain tidak ada.
Okey, saya mohon Yang Berhormat nanti memberikan tempat-tempat lokasi itulah nanti untuk supaya kita boleh sampaikan pihak yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih.
Harap-harap terus ada tindakan lah selanjutnya. Terima Kasih Yang Berhormat Gum-Gum.
Sekarang saya menjemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Grace Lee Li Mei untuk berucap 15 minit, saya juga minta Yang Berhormat Sebatik pun bersedia.
Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan salam hormat saya ucapkan kepada Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang mulia.
Tuan Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Speaker kerana memberikan ruang pada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan hari ini.
Ingin saya membawa suara kumpulan-kumpulan yang seringkali kita tidak mempunyai perwakilan langsung dalam Dewan ini, iaitu golongan wanita B40, kanak-kanak berkeperluan khas, warga emas dan mereka yang terpinggir daripada arus perdana. Saya berdiri di sini untuk menyatakan sokongan penuh ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah dirasmikan oleh Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman, Titah Tuan Yang Terutama adalah satu dokumen perancangan yang sangat komprehensif. Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sebelum ini telah mengupas pelan ini dari sudut infrastruktur bernilai bilion ringgit ekonomi makro dan pelaburan asing. Namun pada hari ini, ingin saya, izinkan saya untuk meneliti Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 ini dari lensa yang berbeza.
Saya ingin lihat perancangan ini dari sudut jiwa dan kemanusiaan, sehebat manapun pembangunan yang kita bina dan sebanyak mana pun pelaburan yang kita masuk, bawa masuk, tidak akan bermakna jika masa yang sama, struktur sosial dan kekeluargaan kita semakin rapuh.
Satu, ekonomi penjagaan, care economy dan pemerkasaan wanita. Tuan Speaker, dalam ucapan dasar, Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi.
Namun, realiti wanita di Sabah masih perlu dipertingkatkan, mengapa? Kerana mereka memikul apa yang dipanggil sebagai invisible labour atau buruh tidak kelihatan. Wanita kita tidak dapat keluar bekerja kerana mereka terpaksa menjaga ibu bapa yang sakit di rumah, mereka terpaksa berhenti kerja kerana kos menghantar anak ke taska terlalu mahal, mereka terpaksa menjaga kanak-kanak keperluan khas tanpa sokongan yang mencukupi. Oleh itu, saya menyambut baik inisiatif Kerajaan memperkenalkan Pusat Jagaan Harian Merpati bagi warga emas yang juga disebut oleh Tanjung Keramat. Inisiatif ini adalah satu langkah ke arah pengiktirafan care economy atau ekonomi penjagaan. Namun, saya mencadangkan agar Kerajaan memperluaskan lagi konsep ini. Kita perlukan lebih banyak fasiliti penjagaan kanak-kanak bersubsidi di tempat kerja, terutama di bangunan-bangunan Kerajaan dan juga perindustrian. Apabila kita wujudkan satu ekosistem penjagaan yang disokong oleh Kerajaan, kita sebenarnya sedang melepaskan wanita daripada belenggu invisible labour ini, membolehkan mereka kembali menyumbang pada ekonomi formal, meningkatkan pendapatan isi keluarga dan membantu menoktahkan kemiskinan tegar. Dua,
… kanak-kanak keperluan khas dan perluasan, PAUS. Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama juga ada menyentuh penubuhan Pusat Autism Sabah (PAUS). Sebagai seorang yang sentiasa dekat dengan isu kanak-kanak dan pendidikan, saya amat terharu dengan inisiatif ini. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism, cabaran mereka dari segi kewangan dan emosi adalah sangat luar biasa. Kos terapi swasta boleh mencecah ribuan ringgit sebulan. Sesuatu yang mustahil untuk ditanggung oleh keluarga B40 dan M40. PAUS adalah sinar harapan. Namun, soalan yang ingin saya bangkitkan adalah
mengenai akses dan keterangkuman. Kanak-kanak autism tidak hanya lahir di bandar Kota Kinabalu, mereka juga di luar bandar.
Saya merayu kepada Kerajaan Negeri, jadikanlah penubuhan PAUS di Kota Kinabalu ini bukan sekadar satu perintis pilot project, tetapi memastikan bahawa belanjawan tahun ini ada perancangan untuk membuka cawangan satelit PAUS di setiap daerah utama di Sabah. Jangan biarkan anak-anak istimewa di luar bandar tercicir daripada mendapat intervensi awal, Early intervention hanya kerana faktor geografi. Tiga, jaring keselamatan sosial, social safety net dan kesihatan mental. Tuan speaker, disebalik angka KDNK yang memberangsangkan, kita tidak boleh menutup mata terhadap keluhan setiap di dalam masyarakat kita, pascapandemik. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan inflasi global yang dinyatakan oleh TYT, kita berdepan dengan satu krisis senyap iaitu krisis kesihatan mental. Kes-kes tekanan perasaan, keruntuhan institusi keluarga dan kemurungan semakin meningkat.
Malangnya, kesihatan mental masih menjadi satu stigma dalam masyarakat kita.
Apabila seseorang memerlukan bantuan, mereka tidak perlu ke mana hendak dituju selain daripada hospital psikiatrik yang menjadi stigma masyarakat dan sering kali menakutkan mereka. Saya menggesa Kerajaan Negeri melalui Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat untuk memperkukuhkan jaring keselamatan sosial kita dengan mewujudkan pusat sokongan komuniti bersatu, Integrity Community Support Centre di kawasan-kawasan perumahan awam dan PPR. Pusat ini tidak memerlukan doktor pakar yang ramai. Cukuplah dengan menyediakan kaunselor berdaftar, pekerja sosial, social workers, sukarelawan terlatih dan call centre melalui WhatsApp yang boleh memberikan pertolongan cemas, psikologi ke first aid, mendengar keluhan rakyat dan menjadi tempat selamat, safe space bagi mangsa keganasan rumah tangga dan remaja yang terdekat.
Keempat, memperkasakan belia melalui ekonomi kreatif dan keusahawanan sosial. Seterusnya, Tuan Speaker, menyentuh tentang belia, Tuan Yang Terutama
menekankan tentang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ia amat penting untuk melahirkan tenaga mahir. Tetapi, generasi Z dan Alpha hari ini mempunyai aspirasi yang berbeza.
Mereka mahukan tujuan, purpose.
Saya mencadangkan agar Kerajaan memberikan tumpuan dan geran khas pada pembangunan keusahawanan sosial atau social enterprise dalam kalangan belia. Kita mahu melahirkan belia yang bukan saja berniaga untuk mengaut keuntungan, tetapi perniagaan mereka terus menyelesaikan masalah masyarakat dan alam sekitar. Contoh, belia yang mengusahakan sekitar simulasi saat plastik menjadikan produk fesyen dan belia juga membangunkan aplikasi untuk membantu petani luar bandar menjual hasil tanaman mereka. Perniagaan seperti ini digalakkan oleh inovasi dan empati adalah tulang belakang pada masyarakat yang progresif. Tuan Speaker, sebuah negeri yang benar-benar maju tidak dinilai hanya pada deretan kilang atau bangunan tinggi yang membelah awan. Indeks kemajuan yang sebenar dinilai pada bagaimana Kerajaan tersebut melayan warganya yang paling lemah, yang paling kecil dan yang paling tua. “Sabah Maju Jaya” bukan sekadar slogan ekonomi. Ia mesti dirasai sebagai satu pelukan kemanusiaan kepada setiap keluarga di negeri ini.
Saya komited untuk terus memainkan peranan semak dan imbang yang membina di dalam Dewan ini memastikan setiap dasar yang kita gubal hari ini mempunyai jiwa dan memberi makna yang adil kepada setiap masyarakat. Sekian saya memohon untuk menyokong penuh usul ucapan saya hari ini. Mengakhiri ucapan, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada yang bergelar ibu di sini. Thank you.
Thank you. Terima kasih ADUN yang dilantik Yang Berhormat Grace Lee. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sebatik. 15 minit.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Datuk Seri Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih
kepada Tuan Yang Terutama Tun di atas Ucapan Dasar Kerajaan, Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-17 pada 23 April 2026.
Saya berada di Dewan yang mulia ini untuk membawa suara rakyat, khususnya di kawasan DUN Sebatik yang sudah lama dahagakan pembelaan pihak Kerajaan dalam isu kemudahan asas. Datuk Seri Speaker, Belanjawan Sabah tahun 2026 dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen Kerajaan Sabah.
Demi kesejahteraan rakyat dengan tema memacu pembangunan kesejahteraan rakyat diutamakan dengan anggaran perbelanjaan RM6.402 bilion. Oleh itu, saya ingin bertanya dengan anggaran perbelanjaan yang cukup besar ini apakah fokus utama pihak Kerajaan untuk mencapai aspirasi kesejahteraan rakyat diutamakan. Tuan Speaker, kesejahteraan rakyat sukar dicapai sekiranya kemudahan infrastruktur asas tidak diselesaikan terlebih dahulu. Pada bulan Mei hingga September, yang tidak lama lagi, bermula Monsun Barat Daya merupakan satu musim kering ataupun dengan erti kata lain, diertikatakan sebagai musim kemarau. Pada masa ini sumber air akan berkurangan kerana musim panas berpanjangan. Keadaan ini memaksa penduduk berhadapan kesukaran untuk mendapatkan sumber air bersih. Ahli klimatologi meramalkan kebarangkalian intensiti El Nino pada tahun ini adalah lebih kuat melanda dunia, termasuk Malaysia.
Masalah bekalan air di Pulau Sebatik merupakan isu yang sangat kritikal disebabkan faktor kebergantungan kepada sumber air hujan semata-mata. Masalah sama juga dihadapi di Kalabakan, Felda Umas, Luasong, Serudong Laut, Perhentian Sungai Udin dan kampung-kampung lain. Pemimpin saling berganti, tetapi masalah ini sudah lebih enam dekad. Tiada penyelesaian yang tuntas. Mohon pihak Kerajaan mengambil perhatian dan mengutamakan penyelesaian masalah bekalan air bersih ini.
Untuk penyelesaian jangka panjang, saya mencadangkan agar dam sedia ada di Pulau Sebatik dikorek mengikut spesifikasi asal dengan kedalaman 17 meter dan sekeliling tebing dipasangkan benteng yang kukuh. Saya difahamkan kedalaman
dam yang ada sekarang hanya 5 meter sahaja. Saya telah mengemukakan persoalan masalah air ini berkait dengan dam di Pulau Sebatik pada sidang DUN Disember 2025. Jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa Jabatan Air Negeri Sabah telah merancang pelaksanaan projek ...
… mendalam dan pengorekan takungan air untuk meningkatkan kapasiti sumber air di loji air Pulau Sebatik. Saya mohon agar projek ini disegerakan. Untuk penyelesaian jangka pendek, jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri bahawa JANS telah melaksanakan catuan penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki di kawasan yang terjejas. Saya akui dan saya telah menghubungi pegawai-pegawai Jabatan Air, khususnya di Pulau Sebatik, perkara ini telah dilaksanakan.
Untuk penambahbaikan, saya mencadangkan agar tangki statik diletakkan di setiap kampung untuk memudahkan pengagihan air, khususnya dalam menghadapi musim kemarau. Selain itu, kerosakan dan kebocoran paip sedia ada harus sentiasa dipantau dan diambil perhatian.
Sekiranya musim kemarau berlarutan, saya mengharapkan pihak Kerajaan melalui MET Malaysia agar boleh membuat pembenihan awan di kawasan yang dam Wallace Bay agar dapat dilaksanakan untuk merangsang hujan di kawasan berkenaan.
Tuan Speaker, kerosakan struktur jalan akibat tekanan kenderaan berat lebih muatan dan faktor kualiti pembinaannya sangat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya jajaran jalan dari Merotai ke Kalabakan. Akibatnya kerosakan pada kenderaan malah kehilangan jiwa juga berlaku. Cukai jalan dibayar setiap tahun, namun keadaan jalan tidak memberi perkhidmatan optimum kepada rakyat. Jalan di kawasan DUN Sebatik perlu keutamaan dan tindakan mendesak. Banyak tebing-tebing jalan raya yang runtuh dan sangat bahaya terutamanya pada waktu malam kerana tiada lampu jalan. Saya optimis, negara kita mempunyai kepakaran jurutera berpengalaman untuk menyelesaikan permasalahan ini. Diharap
pihak Kerajaan menggunakan aset dan kepakaran ini secara optimum. Mohon pihak Kerajaan mengutamakan penyelesaian masalah kerosakan dan runtuhan tebing jalan yang sangat serius dan bahaya dengan kadar segera. Perhubungan jalan raya di Pulau Sebatik perlu diselenggara semula. Jajaran projek baharu di antara Kampung Bergosong ke Sungai Pukul, Sungai Melayu dan kampung-kampung lain juga yang sedang dalam pembinaan amat perlahan. Perkara ini berlaku mungkin atas faktor-faktor tertentu. Ada penduduk di kawasan jajaran projek ini berjumpa saya dan mengemukakan permasalahan mereka. Ada yang membantah, ada juga yang setuju, ada juga masalah-masalah berbangkit yang lain. Mohon pihak terlibat melihat dan menilai kembali perkara ini dengan sebaiknya.
Tuan Speaker, struktur jeti awam di semua kampung di jajaran DUN Sebatik berada dalam keadaan uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Pada 22 Mac 2026 yang lalu, jeti SMK Wallace Bay telah runtuh sepenuhnya. Diharap pihak Kementerian berkaitan mengambil perhatian serius dengan segera untuk menyelesaikan permasalahan ini. Saya mencadangkan agar semua jeti awam khususnya di kawasan DUN Sebatik dinaik taraf dari jeti kayu kepada jeti konkrit yang lebih tahan dan selamat serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pondok menunggu, lampu solar dan tempat pendaratan yang lebih baik.
Tuan Speaker, voltan tidak stabil menyebabkan gangguan bekalan elektrik kerap berlaku terutamanya semasa cuaca buruk. Terdapat kawasan perkampungan tanpa akses bekalan elektrik daripada pihak Sabah Electricity Sendirian Berhad. Seperti di Kampung Mukandot dan juga Serudung Laut masih bergantung kepada generator peribadi. Saya mencadangkan agar tenaga boleh baharu ataupun solar hybrid dapat diperluas ke kawasan yang terlalu jauh dari grid utama sebagai penyelesaian jangka pendek dan mesra alam. Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah penyelesaian kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan raya, jeti dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan secara komprehensif oleh pihak Kerajaan? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, beberapa penduduk menyuarakan status perkampungan mereka. Antaranya penduduk di Kampung Mukandot yang telah memohon kawasan
perkampungan mereka semenjak tahun 1985 lagi. Perkara ini pernah disuarakan dahulu di dalam Dewan yang mulia ini. Populasi semakin bertambah dan telah wujud generasi kedua dan generasi ketiga. Mereka semua memerlukan penempatan baru sebagai perkampungan. Diharap pihak Kerajaan memberi perhatian dalam perkara ini. Oleh itu, mohon penjelasan apakah perkembangan dan status permohonan pewartaan tanah dan penempatan penduduk di Kampung Mukandot dan Luasong. Tuan Speaker, isu ini bukan sekadar angka statistik tetapi satu realiti pahit yang menghimpit kehidupan seharian rakyat. Realiti, dompet kecil, harga besar, bebanan kos sara hidup rakyat semakin meningkat mutakhir ini. Apabila berlaku gangguan rantaian bekalan global, rakyat Sabahlah yang pertama akan terkesan. Rakyat tidak mahu mendengar retorik pertumbuhan KDNK yang hebat jika kehidupan mereka masih tidak terbela. Jangan biarkan rakyat di tanah sendiri yang kaya dengan sumber alam tetapi mahal harga makanannya. Saya ingin membawa suara pengusaha bot pengangkutan laut khususnya di Pulau Sebatik. Kerana Pulau Sebatik ini dipisahkan dengan laut. Jadi saya mohon pihak KPDN lebih bertoleransi serta mempertimbangkan kuota dan subsidi khas bahan api bagi mengawal kos pengangkutan laut, penumpang dan barang-barang keperluan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Oleh itu, saya ingin bertanya, sejauh manakah keberkesanan Pelan Sabah Maju Jaya dalam isu keterjaminan makanan? Kedua, apakah langkah-langkah drastik untuk mengurangkan kebergantungan import supaya harga makanan di negeri kita lebih stabil, seterusnya dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat? Mohon Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan bagi penjelasan. Tuan Speaker, menyentuh isu yang sedang hangat persempadan antarabangsa negara kita Malaysia dan negara jiran kita.
Ketidakpastian garis sempadan antarabangsa merupakan legasi geopolitik paling kompleks diwarisi era kolonialisme dahulu. Isu Outstanding Boundary Problem (OBP) antara Malaysia dan negara jiran kita bukan sekadar melibatkan pertikaian teknikal koordinat pemetaan tetapi juga merangkumi kedaulatan wilayah, keselamatan, hak asasi kependudukan dan kestabilan ekonomi serantau.
Dalam konteks hubungan diplomatik, penyelesaian OBP melalui mekanisme rundingan teknikal menjadi keutamaan strategik bagi memastikan integrasi pembangunan di Wilayah Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara dapat dilaksanakan secara holistik. Dinamika etnososiologi dan transformasi infrastruktur berlaku di sepanjang sempadan pada latitud 4 darjah, 10 minit utara di Pulau Sebatik. Seterusnya di kawasan Sungai Sinapat dan juga Sungai Sesai di Pensiangan.
Yang Berhormat, bila gulung?
Sedikit lagi Datuk.
Perundangan dan evolusi sejarah persempadanan kolonial merupakan akar umbi kepada OBP bermula daripada pembahagian wilayah antara dua kuasa besar Eropah di Kepulauan Melayu ketika itu. Tiga instrumen perundangan untuk menjadi rujukan mutlak menentukan kedaulatan wilayah. Antaranya konvensyen…
…Sempadan 1891 yang menentukan garis sempadan dari Pantai Timur pada latitud 4°10’ (empat darjah 10 minit utara) merentasi Pulau Sebatik. Kedua, Perjanjian Sempadan 1915 merujuk kepada butir-butir teknikal mengenai tanda-tanda sempadan.
Dan ketiga, Konvensyen Sempadan 1928 meliputi sektor persempadanan Sarawak dan Kalimantan Barat.
Oleh itu, persoalannya merujuk kepada kenyataan pegawai, pejabat staf presiden, negara jiran kita, kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik telah sah menjadi milik mereka. Begitu juga pertikaian di kawasan seluas 5,987 hektar di sepanjang sempadan kawasan Sungai Sinapad dan Sungai Sesai di Pensiangan. Di dalam laporan medsos, terdapat tiga kampung telah masuk ke dalam wilayah kita Malaysia, khususnya di Sabah. Oleh itu, saya dan rakyat ingin tahu perkara sebenar, apakah yang berlaku di kawasan garis latitud 4°10’ (empat darjah 10 minit utara) di Pulau Sebatik, serta di kawasan Sungai Sinapad dan Sungai Sesai, Pensiangan.
Kedua, sejauh manakah kesahihan laporan medsos berkaitan penetapan sempadan ini. Dan seterusnya yang terakhir, yang ketiga, sejauh manakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam memuktamadkan garis sempadan antarabangsa melibatkan kedaulatan negara, khususnya Wilayah Sabah yang dapat dipertimbangkan, yang belum pernah dibincang dan dibahas di peringkat Wilayah Sabah. Mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri?
Kesimpulan, sebagai rumusan perbahasan kali ini majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat, fokus kepada permasalahan kemudahan asas seperti bekalan air, jalan raya, jeti awam dan bekalan tenaga elektrik termasuk kos sara hidup rakyat. Empat perkara ini secara keseluruhannya masih berada di bawah gred yang tidak memenuhi piawaian untuk kita memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Oleh itu, saya menyarankan agar Kerajaan lebih fokus kepada penyelesaian kemudahan asas dan kos sara hidup rakyat terlebih dahulu.
Sebelum saya mengakhiri perbahasan, suka saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja menjelang 1 Mei 2026. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Sebatik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petagas untuk berucap. 15 minit. Saya juga minta Yang Berhormat Kepayan untuk bersedia.
Datuk Speaker, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, ada dua, tiga perkara yang ingin saya bawa dalam perbahasan ini. Yang pertama ialah masalah tanah untuk pembinaan Rumah SMJ di kawasan DUN Petagas. DUN Petagas adalah di antara kawasan DUN yang rancak di dalam melaksanakan Projek Rumah SMJ sejak tiga tahun yang lalu. Dan di Petagas juga saya telah bekerja keras untuk memastikan mereka-mereka yang layak untuk mendapat Rumah SMJ ini dibantu untuk mendapatkan tanah dan membolehkan Rumah SMJ dibina untuk mereka-mereka yang benar-benar layak. Alhamdulillah sokongan daripada Jabatan Tanah Putatan dan juga daripada pemimpin-pemimpin yang lain yang ada di Putatan amat membanggakan.
Dan saya telah memohon beberapa bidang tanah untuk dijadikan tapak pembinaan rumah-umah SMJ. Dan ada sedikit masalah juga, bukan satu masalah yang besar.
Sebanyak tujuh ekar tanah yang telah saya pohon dan diluluskan tetapi kadang-kadang ada juga kekangan daripada, kadang-kadang susah juga mahu sebut ya, tapi tidak apa saya sebut juga. Daripada kakitangan di KPLB yang tidak membenarkan rumah-rumah ini dibina dengan banyak.
Pada mulanya di kawasan Lok Kawi itu yang telah kita timbun, yang telah kita timbus sedalam lapan ekar. Kita buat kalau tidak silap saya dalam beberapa kali, ada tiga empat kali kita buat untuk membolehkan tanah itu compresslah. Jadi sekarang ini sudah bersedia untuk dibina dan mula-mula kita hanya dibenarkan membuat lima dalam kawasan lebih kurang empat ekar. Ada dua tanah ya, satu di Lok Kawi, satu di Papason. Kemudian kita mesyuarat-mesyuarat dapat dinaikkan kepada lapan, mesyuarat lagi naik kepada 12 dan sekarang ini sudah naik kepada sampai 15. Tapi sebenarnya tanah yang empat ekar yang ada di Lok Kawi, yang kita timbun melibatkan perbelanjaan yang melebihi daripada RM100,000 boleh untuk membangunkan sekurang-kurangnya 35 buah rumah.
Jadi saya mohon sokongan daripada Menteri Pembangunan Bandar agar dapat membantu dan menasihati kakitangan-kakitangan yang terlibat di KPLB agar dapat menambah bilangan Rumah SMJ yang boleh dibina di kawasan ini. Ini juga di kawasan Papason, setakat ini sudah ditimbun juga, boleh buat sampai 18 buah rumah dalam kawasan itu, tetapi sekarang ini yang diluluskan sekitar 11 kah 12. Jadi di kawasan Petagas ini, bila disebut SMJ, tentulah hanya mereka-mereka yang layak sahaja yang dapat dan pada masa yang sama, apa sahaja projek SMJ yang dibina pada tahun ini adalah projek yang kita luluskan pada tahun lepas. Maknanya kalau untuk tahun depan, kita luluskan pada tahun ini secara dasarnya agar kita tidak kelam kabut dan dapat memastikan mereka-mereka yang benar-benar layak untuk mendapat rumah ini. Jadi bukan satu masalah besar, saya hanya mohon sedikit reviewlah, dikaji semula agar semua mereka-mereka yang telah kita janji untuk membina rumah ini dapat dilaksanakan sepenuh-penuhnya kalau boleh.
Dan selain daripada itu, kawasan Petagas ini juga adalah kawasan yang sangat padat. Pengundi saja di kawasan Petagas sekitar 20 ribu lebih orang, lebih kurang sama juga dengan pengundi Tanjong Keramat. Dan penduduk yang ada di Petagas ini sekitar 100 ribu orang yang berbilang kaum, bermacam-macam bangsa dan saya melihat kawasan yang padat seperti di Petagas ini, kita tidak ada kemampuan sudah untuk menampung. Sama ada kita bagi tanah atau mereka-mereka yang memiliki tanah sendiri, sudah tidak cukup untuk menampung permintaan untuk membina Rumah SMJ untuk beberapa tahun yang akan datang ini.
Jadi kalau boleh saya mencadang kepada pihak Kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dan juga kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk sama-sama mula memikirkan agar kawasan-kawasan seperti Petagas ini dapat kita mula memikirkan membina Rumah SMJ yang bertingkat. Sebagai contoh, sekarang ini di Tanjung Aru sudah tiga tahun berturut-turut, sudah tidak ada tanah lagi yang tersedia untuk membina rumah-rumah SMJ. Pada tahun ini sahaja…
Di Tanjung Aru, kalau tidak silap saya, hanya tiga buah sahaja yang dapat dibina. Pada tahun yang lepas, hanya dibuat dalam tiga, empat buah rumah sahaja. Jadi, peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan, 40 buah unit sebelum itu, dan sekarang ini sudah ada 50 unit untuk mereka-mereka yang baru berkahwin, dengan sendirinya tidak dapat dimanfaatkan kerana tidak ada kawasan untuk membina rumah tersebut. Jadi saya mohon agar Kerajaan dan semua wakil rakyat kalau boleh sama-sama kita memikirkan agar pembinaan rumah SMJ ini dapat dibuat seperti PPR. Mungkin kita pergi kena-kena mencari jalan. Kalau sekarang ini peruntukan untuk sebuah rumah di antara 80 hingga 90 ribu. Mungkin kalau kita untuk satu kawasan Ulu Petagas 50, sudah ada berapa juta yang boleh kita gunakan untuk membangun tanah yang ada biarpun kecil, biarpun dua, tiga ekar tetapi beratus orang boleh masuk. Jadi begitu juga di kawasan Tanjung aru, mungkin kita masih boleh create, wujudkan kawasan-
kawasan yang baru yang berdekat, berdekatan dengan pantai atau yang berada di kawasan pantai yang tuhur dan boleh ditimbun dan kemudian boleh kita membina rumah SMJ yang bertingkat.
Selain daripada itu, perkara yang saya ingin bawa ialah tanah-tanah yang ada di Putatan ini. Dahulu Pejabat Daerah Putatan ini adalah di bawah Pejabat Daerah Penampang. Kemudian pada tahun 1996, 1997, kalau tidak silap saya, kawasan Putatan ini sudah menjadi Pejabat Daerah Kecil dan pada hari ini, walaupun sebelum ini saya mengetahui akan kedudukan dan perkembangan ini, tapi hanya pada sekarang ini sahaja saya dapat bercakap di Dewan yang mulia ini, kerana banyak tanah-tanah yang ada di Putatan ini yang sepatutnya sudah ditransfer dan dimiliki oleh Majlis Daerah Putatan, tetapi masih dimiliki oleh Majlis Daerah Penampang. Kita ada dua buah tanah, salah satu daripadanya berdekatan dengan tempat kita tengok anak bulan di di di Tanjung Gulungan ataupun di kawasan Dumpil. Tetapi kawasan ini adalah seluas, salah satu adalah seluas lebih kurang 18 ekar dan kemudian Majlis Daerah Penampang telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat dan apabila Majlis Daerah Putatan cuba untuk membersihkan kawasan tersebut, akhirnya kawasan tersebut di, telah dipagar oleh mana-mana kontraktor yang telah menandatangani perjanjian dengan Pejabat Daerah Penampang dan perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2005, sekarang ini 2026. Maknanya sudah berlalu selama 21 tahun, tidak ada sebarang pembangunan yang kita nampak. Kerisauan saya ialah, biasanya dulu saya pun ahli kepada Majlis Daerah Penampang juga, masalahnya adalah kebanyakan syarikat-syarikat yang membuat perjanjian joint venture dengan Majlis Daerah Penampang, mereka akan diberikan kuasa untuk mendapatkan power of attorney, dan kemudian power of attorney ini biasanya irrevocable. Jadi saya, tapi walau bagaimanapun saya ada juga pengalaman yang irrevocable ini pun, boleh juga kalau, kalau terlalu lama, sudah menandatangani perjanjian tetapi tidak dibangun sehingga 20 hingga 30 tahun, kita boleh minta kepada Pejabat Tanah untuk apa untuk menarik balik kuasa yang telah diberikan dan memohon agar tanah ini dikembalikan kepada Majlis Daerah Putatan.
Di samping itu banyak juga, selain daripada itu ada juga tanah-tanah yang berstatus open space dan tanah-tanah ini juga sudah bergeran sewaktu Majlis Daerah Penampang dan sehingga ke hari ini, ianya masih dimiliki sama ada oleh Majlis Daerah Penampang ataupun dimiliki oleh mereka-mereka yang telah menandatangani kontrak perjanjian dengan Majlis Daerah Penampang pada satu ketika dulu. Jadi saya mohon mungkin dalam konteks ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh melakukan sesuatu dan kalau boleh tanah-tanah yang bergeran ini yang disifatkan sebagai open space ini dapat dikembalikan kepada Majlis Daerah Putatan dengan menggunakan kuasa yang ada kepada Kerajaan ataupun Ketua Menteri ataupun Pengarah Jabatan Tanah.
Jadi perkara ini saya anggap sebagai satu perkara yang penting dan kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan seperti ini dan ini kerana ini akan merugikan Majlis Daerah Putatan yang boleh membangun lebih pesat lagi daripada keadaan yang ada pada hari ini. Jadi saya tidak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak, saya hanya merayu dan mohon minta tolong agar kepada mereka-mereka yang, ada sedikit kuasa, yang ada sedikit pengaruh mungkin untuk sama-sama berusaha mencari jalan bagaimana kita boleh memastikan tanah-tanah yang saya maksudkan tadi dapat dikembalikan kepada Majlis Daerah secepat yang mungkin. Saya akan bagi laporan yang penuh, saya sudah dapat maklumat-maklumat ini, geran-geran tanah ini, kalau yang kira yang saya sebut dua bidang tanah tadi itu, satu 18 ekar, satu, 8 ekar lebih. Semua mempunyai masalah yang sama, sudah perjanjian joint venture telah ditandatangani lebih 20 tahun yang lalu, tapi sehingga ke hari ini belum ada sebarang pembangunan yang telah dilakukan di kawasan yang saya maksudkan.
Begitu juga dengan kawasan-kawasan open space ini, terdapat 28 open space yang bergeran ada di sini. Juga tidak ada sebarang pembangunan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang sudah menandatangani perjanjian dengan Majlis Daerah Penampang. Jadi saya bawa, kalau boleh mana-mana pihak yang berkuasa, khususnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, agar dapat mengambil langkah-
langkah yang perlu dan memastikan kawasan-kawasan ini dapat kita kembalikan dan serahkan kepada Majlis Daerah Putatan. Sekian.
Mulakan penggulungan Yang Berhormat.
Apa dia?
Mulakan penggulungan.
Ya, ya. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Ok Terima kasih Yang Berhormat daripada Petagas. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Kapayan untuk berucap. Silakan Yang Berhormat, 15 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Kopivosian. Kita sudah dengar semua alasan, rundingan masih berjalan, kajian masih dibuat, masa belum sesuai, tetapi satu perkara masih tiada. Angka sebenar. Hak Sabah di bawah Artikel 112C dan 112D, Perlembagaan Malaysia bukan isu tafsiran, ia kewajipan. Namun, hari ini, apa yang rakyat lihat bukan perlaksanaan, tetapi pengelakkan. Jadi saya tidak akan panjangkan lagi. Saya tanya sekali lagi, di hadapan Dewan ini dan rakyat Sabah. Adakah Kerajaan berani dedahkan jumlah sebenar hasil yang dikutip dari Sabah? Ya atau tidak? Adakah Kerajaan … .
Komited menuntut 40% secara penuh, ya atau tidak? Jika jawapannya jelas, beri sekarang. Jika tidak, maka rakyat akan faham maksud diam itu. Usul boleh dipinggirkan, perbahasan boleh dihadkan, tetapi
kebenaran tidak boleh disembunyikan. Dedahkan angka atau akui kerajaan tidak berani. Kelmarin, banyak sudah yang kita cakap-cakaplah pasal 40% ini, itu. Maka, saya pun sebenarnya ada soalan kepada Jabatan Ketua Menteri. Apakah yang telah dibincang dan dipersetujui di antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan setakat 26 Mac 2026, mengenai perintah mahkamah yang memutuskan Kerajaan Persekutuan harus membayar 40% hasil bersih yang diperoleh daripada Sabah menurut Perlembagaan Persekutuan dan bekalkan minit mesyuarat kepada Dewan ini. Soalan ini ditolak, alasannya kerana ia mencelah keputusan mahkamah dan juga masih dalam pertimbangan mahkamah.
Soalan saya, apa yang saya tanya tidak ada kena mengena dengan keputusan mahkamah. Kita tidak tanya mengenai 90 hari, 180 hari, tidak. Yang saya persoalkan ialah apakah perbincangan yang telah dibuat dalam empat mesyuarat di antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Itu yang saya mahu tahu. Mahkamah tidak peduli macam mana rundingan Sabah dengan Persekutuan. Mahkamah cuma perintahkan 90 hari apa kamu kena buat, 180 hari apa kamu kena buat. Itu court order, okey. Apa yang dibincang tidak ada kena mengena dengan mahkamah. So, pendapat saya legally, soalan saya tidak sub judice. Langsung tidak. Saya mohon kalau boleh Tuan Speaker, sila baca balik soalan saya, faham betul-betul. Mohon Jabatan Ketua Menteri jawab dan bekalkan minit mesyuarat kepada kita. Sebab, minit mesyuarat bukan di bawah Official Secret Act, okey. So, saya mohon itu. Sebenarnya, sekiranya kita tengok situasi sekarang, semua di sana, kecuali kami di sini adalah Kerajaan Sabah, okey. Apa yang kami usulkan, bukan untuk kami, tetapi untuk Sabah dan untuk Kerajaan Sabah sekarang ini. Katakan kalau kita dapat 40% daripada empat tahun itu. Bukankah senang kita urus masalah tiga serangkai. Silap-silap lain kali, orang langsung tidak sebut sudah apa itu tiga serangkai. Lupa sudah sebab jalan raya semua siap. Air ada, elektrik ada. Mungkin kita boleh jual elektrik lagi pergi luar negeri. Betulkah tidak?
So, it is a benefit for everyone. Not us. Kalau dapat itu, kalau dapat 40% itu, duit kerajaan sekarang yang control, bukan kami. Saya harap kami boleh juga control lah,
you know. So, that is the thing. I and we are doing for everyone. Imagine Menteri-menteri di sini. Katakan kalau Kementerian kita ada double, tiga kali ganda peruntukan, betapa senang. Kami opposition, ketuk pintu semua boleh pergi.
Minta laluan YB Kepayan, minta laluan YB Kepayan.
Okey.
Apa yang disebutkan oleh YB tadi adalah juga merupakan aspirasi seluruh rakyat Sabah. Tidak adalah yang terlalu apa ini, orang katakan, semualah mengharapkan 40% ini. Dan kerajaan di peringkat persekutuan juga dianggotai oleh pihak yang berhormat Kapayan, iaitu Kerajaan Persekutuan di peringkat Federal. Apakah usaha-usaha juga yang dibuat oleh wakil daripada Yang Berhormat di peringkat Federal? Terima kasih.
Okey, first of all, I don’t like the word ‘aspirasi’ because Federal Constitution is about obligation. Tanggungjawab. Dulu masa kes mahkamah apa, kes kehakiman SLS di peringkat mahkamah tinggi, peguam kamu pernah kata itu adalah aspirasi. It’s wrong. The correct one, legal obligation, saya kena perbetulkan ADUN Dilantik, okey. Now, kita nampak banyak perjuangan yang dilakukan oleh Senallang and of course, Kota Belud.
Yang Berhormat Kapayan, Yang Berhormat Kapayan.
Teruskan. I mean, yeah.
Apakah kejayaan yang telah dicapai?
Okey, we are not even in the committee, how can we champion for that? We can only raise in the parliament, we are not even in the cabinet. Deputy Minister is not in the cabinet meeting, is not in the technical
committee. So, what we can do is only through our member of parliament and all that fight for it. We raise so much question in the parliament. Okey, I don’t want to waste time on that. So, apa yang kita perlu ialah make sure. Make sure, make sure, okey. Let’s do it for Sabah.
Kita semua IC 12 bah sini ini, let’s unite. Kasih masuk itu usul we debate. We pass. Then, kita punya Ketua Menteri oi hebat terus dia. I have the full mandat from the Sabah. Now you give me back. If not, we know what to do. Kita goreng dia punya Kerajaan. Isn’t it? So, senang-senang kita boleh dapat balik. That is the whole intention, ya. Katakan kalau masih lagi begitu, bikin panas jugalah kan. Degil bah, bantingal. Jadi kalau begitu, bagus cerai sajalah. So, something.
Yang Berhormat Kapayan, may I, can you to subtitute the word ‘bantingal’? I think it’s a bit harsh to say in this Dewan yang mulia ini. Let’s use a keras kepalalah.
Just, just separatelah. We separatelah. We go, we go different waylah, put it that way. So, that is what I am saying. And in fact, DUN is the proper forum for us to discuss this issue of 40%, okay. I am very sure kita semua dengar pasal ini 40%, 40% even budak-budak di luar sana pun mulai cakap sudah pasal 40%. Kita faham sudah apa barang ini 40%.
So, why can’t we, the highest authority, the DUN of Sabah debate on this. This is exactly the proper forum. Apa mahu buat demonstrasi sini sana, come on man. Tamparuli, ADUN Dilantik, kamu Kerajaan tahu. You are going against your own Kerajaan. What is the logic? Of course, it’s your right to do the demonstration. I fully support your demonstration because it was for a good cause. You, kamu mahu itu 40%, tapi buatlah di Kabinetkah, di DUN.
…kah, lagi bagus.
Boleh mencelah?
Terima kasih sahabat saya dari Kepayan, apabila touching on the demonstration, i think you are mistaken.
It’s not done by any political entity.
I think it’s don’t by the NGO, ya..
(sebutan tidak jelas)
I never say, inever say it was, i never say it was. Okey. I say you went for the demonstration.
Ya, it’s done by NGO representing the rakyat. Yes, some politician went but it’s not organized by politician. We must get it right. This is organized by civilized society. Thank you, Yang Berhormat.
Yes, i do agree with the civil society punya move. I fully support that move, okey. I am just telling you that, we should do it here, instead of there because we are in the proper forum, okey.
Now, another thing, simple.
Kan kita ada DUN Dilantik PKR telefonlah, kasi dia punya bos seberang sana.
Bos, withdrawlah appeal tu.
Bayarlah bah balik kita, senang bah, takkan tiada bos dia punya president punya handphonekan.
Datuk Speaker, jelas sedikitlah kami tahu juga macam dari itu harilah.
Saya rasa sahabat saya, ADUN Kapayan ni semua orang pun cerita 40% ni. Saya rasa Kapayan pun banyak lagi masalah boleh cerita di kawasan kita sendiri. Bagus bawa cerita kawasan kita sendiri. Di sini ni, berdiri ni, duduk sampai pukul 7 malam ni, semua pun cerita. Terima kasih.
Okey, cukup. I got no time. I got no time. I hope I got some extension of time.
If you don’t have no time, bring your own problem in your Kepayan. Please. Thank you.
Itu dia punya floor bah, you buat apa you risau? (ketawa)
I hope no one kacau me again. I know you got the right. But don’t kacau me already. I got no time. I got no time.
Saya bagi pandangan, saya bagi pandangan. Saya cakap Kapayan pun banyak isu.
Everyone, point of order. Point of order, 49.
I hope, i hope to have some more extra time, ah.
Kepayan.
Now i come to my Kapayan, Tuan Speaker.
Carry on.
Yes.
Yang Berhormat, Kapayan, sedikit saja saya mencelah. Yang Berhormat, Kapayan, bolehkah sesiapa yang ingin mencelah selepas ini, terus tanya dia, support kamu punya usaha atau tidak? Tanya saja, yes or no?
Thank you.
Saya mohon mencelah. Boleh?
Sorry lah brother, tolong lah. I mean let me finish my bahagian. I mean kawasan…
Orang lain diberi peluang, saya tidak boleh.
Sekejap, sekejap, sekejap lah.
Sekejap, sekejap.
It’s about this jurang kemiskinan.
I think based on the department of statistic Malaysia, pendapatan isi rumah Sabah lebih kurang 4,000 lebih, namun di Semenanjung hampir 7,000 ribu, okey. Ini bukan perbezaan kecil, ini jurang sistemik dan pada yang masa, pada masa yang sama, kos barang kita meningkat, kos logistik tinggi, harga asas tidak stabil.
Maka realitinya jelas, rakyat Sabah bukan saja miskin, mereka dipaksa hidup dalam ekonomi yang tidak seimbang.
Dan soalan saya, siapa yang bertanggungjawab perlu merealisasikan keadaan ini selama bertahun-tahun?
Kita tahu, indeks … (kurang jelas) Sabah sekitar 0.40. Malaysia menurun, Sabah tidak. Saya ulang. Malaysia memperbaiki ketidaksamaan namun Sabah tidak bergerak. Ini bermaksud kekayaan tidak tersebar.
Mobiliti sosial gagal, jurang terus kekal dan ini bukan kebetulan.
Ini kegagalan polisi, okey.
Kenapa jurang pendapatan Sabah tidak mengecil walaupun kaya sumber?
Saya mahu tanya soalan yang tidak pernah dijawab.
Dengan sejujur-jujurnya, dalam sektor ekonomi strategi Sabah, minyak dan gas, logistik, GLC, pelaburan besar, berapa ramai Sabahan benar-benar berada di kerusi keputusan, bukan jawatan simbolik.
Saya maksudkan keputusan dasar, bajet dan arah ekonomi.
Ini adalah kerana Sabah, Sabahan tidak pegang kuasa dalam ekonomi bernilai tinggi.
Sebagai contoh, PETRONAS, Sabah penyumbang besar minyak dan gas tetapi keputusan pelaburan dan strategi dibuat di luar Sabah. Begitu juga Asia Supply Base, operasi besar di Labuan dan seluruh dunia tetapi berapa ramai Sabahan tulen dalam lembaga pengarah sebagai pembuat keputusan. Realitinya sama. Sabah hanya jadi tapak operasi, bukan pusat kuasa ekonomi. Akibatnya, hasil tidak melekat kepada rakyat.
Mobiliti sosial terbatas, jurang terus kekal. Kesimpulannya, Sabah bukan kekurangan sumber tetapi kekurangan kuasa ekonomi dan kita tahu jawapannya. Maka, realiti ini tidak boleh disorok.
Sabah menyumbang sumber tetapi tidak mengawal hasil dan itu sebabnya jurang tidak pernah mengecil. Sabah sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dipacu dan atau dipacu oleh ketidak ketentuan geopolitik global termasuk konflik Iran, Israel, USA yang memberi kesan kepada harga tenaga makanan dan rantaian bekalan antarabangsa.
Kesan ini menjejaskan secara langsung isi rumah berpendapatan median ke bawah, that is B40 dan sebahagian M40 bawah. Khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar.
Kita tidak boleh terus menunggu dunia stabil baru kita bertindak.
Kerajaan Negeri mesti berhenti menjadi sekadar pemerhati kepada tekanan ekonomi. Kita mesti menjadi benteng pertama untuk rakyat Sabah. Namun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan memilih untuk menambah beban kepada rakyat.
Dalam keadaan kos barang naik, kos buruh naik, kos pengangkutan naik, Kerajaan pula menaikkan yuran lesen operasi Majlis Perbandaran Penampang melalui Bylaw 2022 dalam banyak kes, melebihi 100%.
Saya tegaskan di Dewan ini, ini bukan dasar ekonomi, ini adalah penindasan ekonomi.
Peniaga tidak dirunding, tidak dimaklumkan dengan jelas, tidak diberi tempoh munasabah, tidak dipaksa, tetapi dipaksa bayar.
Itulah sebab saya telah melancarkan signature drive bantahan kenaikan lesen operasi dan telah dikutip daripada peniaga sekitar Penampang.
Mulakan penggulungan, Yang Berhormat.
Ah yes, so, Tuan Speaker, ini adalah signature drive yang telah dikumpul dan saya akan serah kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Saya pernah tulis surat, tapi tidak ada jawapan whether they will suspend the increase or not.
So, this is the one.
I think I will go through the Bantera to hand over to the Kementerian and ah, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Parti Warisan, Bahagian Penampang kerana telah bersama-sama kami satu team jalan seluruh Penampang, Moyog dan Kepayan untuk pungut tandatangan ini. You see how many people objected in this very bad timing, okey. Dan saya juga membantah bahawa charge parking oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Kapayan. Charge parking oleh Dewan Bandaraya KK di Kapayan Ridge Commercial Center kerana apabila pendapatan rakyat rendah, kos meningkat dan perkhidmatan gagal. Bebanan tidak seharusnya dipindahkan kepada rakyat.
Dan oleh kerana itu, oleh kerana ketidakadaan duit, masalah fizikal di Kapayan. If you want to see what is failure in policy, physically, come to Kapayan. You can see, banjir berulang terutama sekali di Kampung Ganang, Hungab, Taman Graceland, Taman Delima, Bundusan Plaza. Jalan tidak disenggara, trafik tidak terkawal, sistem pembentungan hampir gagal, gangguan air dan elektrik berulang especially di Kampung Tomis, Hungab ini dan lori sampah tidak cukup. Mereka perlu 30 lori, but sekarang ada 15, separuh rosak dan pekerja tidak cukup. Mereka perlu 300 orang, sekarang…
… baru tidak sampai 200, so besar Kepayan ni, padat dia punya population. I really hope that the minister in charge, please allocate more funds. Helplah, tolonglah, saya mintalah betul-betul, tolonglah kawasan Kepayan ni, kesian bah kita punya rakyat dan akhir sekali saya mohon, saya betul-betul minta tolong sama Tuan Speaker untuk allow the usul persendirian, untuk dibentang dan dibahas. Sekian terima kasih. Kotohuadan, xie xie, thank you.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapayan dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Usukan. 15 minit Yang Berhormat. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim Tuan Speaker. Saya punya harapan untuk kita sama-sama angkat martabat Dewan Undangan Sabah, kita mahu rakyat tengok ADUN-ADUN kita ini berbahas dan yang paling penting kita mahu rakyat kita tahu apa hasrat dan pendirian Kerajaan untuk Sabah. Maka dengan itu, first think first, saya cadangkan supaya pencahayaan dalam Dewan Undangan ini ditambah. First impression, Tuan Speaker. Kalau kita tengok video ADUN berucap, kita nampak kusam. Jadi, orang mahu tengok pun tidak jadi tengok. Perubahan ini mungkin nampak kecil, tapi besar impak dia. Kita tengok kenapa orang suka menonton Persidangan Parlimen, bukan sahaja kerana drama dan juga kualiti perbahasan, tetapi mereka tertarik untuk menonton kerana kualiti pencahayaan, kualiti suara dan juga kualiti live yang dibawakan.
Tuan Speaker, saya ambil maklum naratif pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan dan tidak dinafikan angka-angka yang besar. Namun persoalan besarnya ialah sejauh manakah angka besar ini diterjemahkan kepada penyelesaian krisis infrastruktur asas di Sabah, yang tidak pandai selesai-selesai. Itu belum lagi sebut peluang pekerjaan kepada belia di Sabah dan keberkesanan intervensi misi-misi tegar yang dijalankan.
Tuan Speaker, RM7.6 bilion yang disebut sebagai pelaburan dalam sektor pembuatan di Sabah ini memerlukan perincian. Adakah ia sebahagian besarnya melibatkan pelaburan Project Green Steel? Jika benar, saya berpandangan ini bukan petanda industri pembuatan Sabah berkembang secara menyeluruh. Soalan saya, sejauh manakah pelaburan-pelaburan ini melibatkan PKS tempatan?
Berapa peratusan daripada jumlah pelaburan yang disebutkan itu melibatkan pemprosesan makanan atau hiliran kayu yang lebih banyak melibatkan usahawan tempatan di Sabah? Saya juga ingin tahu berapakah nilai pelaburan sebenar yang telah dibelanjakan CAPEX di Sabah setakat April 2026? Berapa peratus daripada 2800 jawatan itu adalah untuk jawatan pengurusan dan teknikal tinggi bagi anak Sabah? Apakah pelan latihan ataupun upskilling yang sudah dijalankan sekarang sebelum kilang itu dijangka siap hujung tahun ini?
Ketiga, berapa banyak yang benar-benar mengalir masuk ke dalam ekonomi tempatan? Adakah rantaian supply chain seperti logistik, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan diberikan kepada syarikat Sabah? Atau adakah syarikat Singapura itu membawa ekosistem mereka itu sendiri?
Tuan Speaker, beralih kepada bab membangun industri dan memperkasa keusahawanan. Saya ambil maklum, komitmen Kerajaan Negeri untuk memusatkan dan memantau semua program keusahawanan di bawah satu Kementerian bagi memastikan tadbir urus, pemasaran dan latihan dilaksanakan secara lebih fokus. Visi untuk melonjakkan usahawan industri kecil dan sederhana IKS ke pasaran antarabangsa adalah satu langkah yang murni.
Namun Tuan Speaker, visi ini akan menjadi kosmetik semata-mata sekiranya ekosistem perniagaan di peringkat akar umbi sedang dirosakkan dan menjadi barah. Di Kota Belud dan saya percaya di tempat-tempat lain sebab saya pernah nampak di Tenghilan, kita melihat fenomena lambakan perniagaan yang dikuasai oleh warga Pakistan. Kalau dulu ustaz jual kain dari kampung ke kampung kemudian pergi kepada sektor runcit. Sekarang ini ada kedai tayar lagi, 24 jam lagi. Selepas ini apa lagi? Ini bukan sekadar isu persaingan perniagaan tetapi ini adalah isu kedaulatan ekonomi tempatan. Bagaimana usahawan IKS kita mahu bersaing dan menembusi pasaran luar, sekiranya halaman rumah sendiri pun mereka sudah lemas ditekan oleh monopoli warga asing yang licik menggunakan pelbagai teknik perniagaan. My dear Sabahan, saya tahu kedai Pakistan ini sangat convenient. Dulu masa COVID tidak payah mahu scan-scan, masuk saja. Kalau kita boleh bersatu boikot produk-produk luar dulu demi solidariti untuk Palestine, kenapa kita tidak boleh support orang sendiri bah? Sana kedai Pakistan tu, bukan pun Bajau, bukan pun Irranun, bukan pun Dusun bah jadi cashier. Pakistanlah sana depan-depan. Speedmart pun kalah. Datang lori, borang barang, diorang lah yang sapu. Jualan Sara pun kedai Pakistan dapat. Claim saja di sana. Apa nasib kedai lokal? Lepas itu sibuk kita cakap, oh Filipina ini PTI, saya mahu tanya kenapa Pakistan ini warganegara dengan izinkah? Sudahlah tidak bayar gaji minima, invois jual pakai kalkulator saja, harga kawalan pun pandai berubah-ubah. Tuan Speaker, ini perkara yang sangat tidak sihat untuk orang Sabah. Kalau kita tidak ambil tindakan dari sekarang, mereka ini
akan terus berleluasa dan terus bermaharajalela. Jangan nanti suatu hari nanti, orang Pakistan sana naik pergi Pejabat Daerah, pergi kasi atur lesen. Saya tahu dia orang ini rajin.
Datuk Speaker?
Saya tahu dia orang ini sailang. Saya harap orang Sabah akan selalu support orang Sabah selepas ini dalam apa aspek sekalipun.
Pencelaan, Kuamut.
Saya sebenarnya Tuan Speaker, saya tak mahu orang mencela.
Sikit saja.
Sebab saya punya terlampau banyak saya punya isu ini tidak sampai 15 minit nanti ini.
Sikit saja.
Sorry ah Kuamut, saya tidak benarkan.
Saya ingin cadangkan langkah-langkah segera yang perlu diambil oleh Kerajaan bermula tahun ini.
Pertama, laksanakan operasi bersepadu di antara KKTP, Pejabat Daerah dan pihak Imigresen. Saya minta KKTP mengetuai operasi pembersihan lesen perniagaan di setiap PBT bagi membanteras amalan Alibaba. Jika permit dimiliki oleh anak Sabah tetapi diuruskan sepenuhnya oleh warga asing tanpa permit yang sah, lesen tersebut mesti dibatalkan serta-merta tanpa kompromi.
Kedua, saya mencadangkan agar KKTP dan Kementerian Pembangunan Perindustrian mewujudkan zoning atau kategori perniagaan tertentu yang diharamkan secara mutlak untuk sebarang penglibatan warga asing. Ketiga, selaras dengan agenda pendigitalan negeri, Kerajaan perlu membangunkan satu sistem pangkalan data lesen perniagaan yang telus antara PBT, Pejabat Daerah dan Kementerian Keusahawanan untuk memastikan bantuan dan bimbingan hanya sampai kepada usahawan tempatan yang tulin.
Tuan Speaker, saya juga ingin bercakap mengenai cukai pintu, saya faham keperluan kita untuk memungut cukai pintu untuk semua PBT, penting untuk kita pastikan pengurusan dan operasi daerah dapat berjalan dengan baik, namun kadar tersebut kita tidak boleh samakan Kota Belud dengan KK, Kota Belud dengan Tawau, Kota Belud dengan Sandakan, sebab apa volume pembeli, kuasa pembeli itu tidak sama dengan bandar. Saya berharap pihak Majlis Daerah Kota Belud melihat semula kadar cukai pintu ini kalaupun ada kenaikan, biarlah by stages ya. Sebenarnya saya sudah pun bercakap berkenaan hal ini beberapa kali melalui siri perjumpaan dengan pihak majlis.
YB Usukan?
Tuan Speaker, bolehkah saya, panjang betul ucapan saya ini. Can I just finish? Nanti saya tengok ucapan. Kalau dapat saya bagi, saya bagi allow. Boleh?
Soalan sahaja, soalan sahaja.
Tuan Speaker, boleh saya kekalkan pendirian saya? Sebab saya panjang, ada banyak muka surat lagi. Nanti kalau baru habis sidang, baru saya bagi. Tuan Speaker, kita sebenarnya perlu belajar daripada krisis COVID-19 yang berlaku sebelum ini. COVID datang, tiada warning.
Krisis ini telah menjadualkan bukan sahaja orang Sabah, tetapi kepada Persekutuan betapa jauhnya ketinggalan infrastruktur di Sabah. Malah ia juga mengajar kita apa yang perlu diutamakan, apa yang perlu dilindungi bagi memastikan rakyat kita boleh survive. Hari ini krisis yang berlaku di Timur Tengah melibatkan Iran dan Amerika Syarikat telah masuk hari yang ke-59. Kita semua disini sudah nampak kesannya kepada seluruh dunia dan kesannya kepada negara. Bekalan minyak terhad, harga mahal dan harga barangan juga meningkat.
Tuan Speaker, kita perlu … .
Terus terang pada rakyat Sabah, sebenarnya perang ini memberikan kesan berganda dan kesan teruk kepada Sabah berbanding negeri dan wilayah yang lain dalam Malaysia. Kenapa? Pertama, kita di Sabah tidak memiliki pusat penyimpanan minyak jika bekalan terputus. Kedua, kebergantungan kepada diesel untuk penjanaan tenaga masih tinggi dan diakui sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ketiga, kebergantungan kita kepada import khususnya bahan makanan masih tinggi. Beras kita 80% kita import, daging 90%, sayur 50%, baja 70%. Dengan ketiga-tiga faktor ini, Sabah akan berhadapan dengan situasi yang bahaya, Tuan Speaker. Itu yang saya cakap, kita mesti dari sekarang utamakan basic necessities, jalan raya, air, elektrik, tanah, telephone line itu, semua basic necessities. Sepatutnya tiada maaf bah kalau projek pembinaan asas ini, lambat atau lebih teruk lagi kalau terbengkalai. Kalau, kita mesti utamakan food security, kita mesti utamakan energy security, terima hakikat ketiga-tiga ini, kita masih lemah di Sabah. Dan kita perlu akui, baru kita boleh perbaiki. Kalau kita sentiasa dalam denial mode, sampai bila kita tidak akan berubah. Dan apa yang membimbangkan saya lagi, kesan krisis ini akan menjejaskan projek-projek rakyat, khususnya yang melibatkan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik yang sedang banyak dibina di Sabah. Sebelum perang pun lagi, harga bahan binaan sudah mahal berbanding di semenanjung.
Selepas ini, kalaulah harga meningkat mendadak, macam mana?
Apa tindakan Kerajaan?
Tuan Speaker, saya ingin bertanya berkenaan status pemasangan lampu Bukit Kelawat. Begitu juga dengan jalan-jalan ini. Jalan Golden Dragon Tombol, Jalan Tanjung Batu Umpul, Jalan Kampung Song-song Marajah, Kampung Timpau Selingkodon, Jalan Lebak Moyo Dalam, Jalan Siasai Kumpang, Jalan Siasai Jaya, Jalan Rampayan Ulu, Jalan Kampung Piasau Dundau, Jalan Pinasang Puhus, Jalan Tuguson, Jalan Losou Tintapon, Jalan Podos Gaur, Jalan Kampung Kawa-kawa, Jalan Rinig Tempasuk.
Saya ingin bertanya berkenaan status terkini cadangan pembinaan baharu Pejabat Daerah Kota Belud yang tidak sempat dijawab di dalam soalan lisan.
Tuan Speaker, dalam hal krisis ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan supaya pertama, mencadangkan kepada MOF dan KKR Federal agar satu klausa VOP khas Sabah yang mengambil kira harga pasaran di Sabah, bukan sekadar harga purata nasional yang dipengaruhi harga rendah di Semenanjung. Kedua, segera berbincang dengan Petronas untuk menjamin bekalan bitumen yang stabil bagi projek Pan Borneo Sabah pada harga siling khas bagi mengelakkan kelewatan projek. Ketiga, mengkaji semua mula siling peruntukan bagi projek-projek luar bandar berimpak tinggi seperti bekalan air luar bandar agar sesuai dengan kenaikan inflasi bahan binaan.
Tuan Speaker, kita sudah nampak bagaimana COVID-19 dulu memberikan kesan besar kepada projek-projek rakyat di Sabah, belum lagi faktor cuaca El Nino yang dijangka paling teruk tahun ini.
Jadi adakah kita bersedia?
Apakah tindakan kerajaan? Tuan Speaker, isu kemiskinan di Sabah merupakan satu cabaran besar yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk syarikat-syarikat besar yang meraih hasil daripada bumi Sabah khususnya syarikat minyak tempatan dan antarabangsa.
Saya dimaklumkan di Parlimen, bayaran tunai hasil petroleum disalurkan terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Sabah. Persoalannya sejauh manakah perincian
penggunaan dana ini sampai ke akar umbi bagi tujuan menoktahkan kemiskinan, di mana butiran-butiran perbelanjaannya? Saya juga mahu tahu sejauh mana Kerajaan Negeri, agensi mahu pun GLC negeri dilibatkan atau dimaklumkan dalam program sosial Petronas dan syarikat-syarikat minyak lain di Sabah seperti Shell, ConocoPhillips dan sebagainya.
Mulakan penggulungan Yang Berhormat.
Kita, kita pastikan sumbangan dan bantuan ini bersifat inklusif, berimpak tinggi dan mampan dalam meningkatkan kualiti hidup khususnya golongan miskin di Sabah. Tuan Speaker, saya juga ingin sekali lagi tanya berkenaan projek pedalaman Muara Sungai Abai ini, menjadi prioriti nombor satu negeri, nelayan sangat terjejas, begitu juga dengan hakisan Kampung Pantai Emas dan juga Pulau Mantanani. Dalam masa yang sama Tuan Speaker, bolehkah kita confirmkan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan isu rumah SMJ? Adakah kos pemasangan tiang elektrik termasuk dalam pembinaan rumah SMJ? Sebab banyak aduan kami terima dapat rumah tapi aiso karan. Sebenarnya, saya ada satu lagi, berkenaan kampung projek penempatan semula nelayan Bira-Biraan ini Tuan Speaker. Saya ringkaskan, saya cukup kecewa. Saya tahun lalu, 4 Ogos tahun lalu pecah tanah tetapi sampai hari ini, saya dengar main con bermasalah, projek bermasalah. Perkara-perkara begini Tuan Speaker adalah satu amalan yang tidak bagus.
Mahu PRN, sana lah pecah tanah, padahal kontraknya tidak ready. Kita cakap kontraktor tidak ready, kenapa? Sebab sampai sekarang pun, tiada, tiada progress.
Jadi jangan bah kita asyik kena cap, kalau Sabah punya projek, mesti ada EOT. Kalau Sabah punya projek, mesti ada retender, malulah.
Tuan Speaker, sebagai penutup, satu perkara yang kita perlu ubah untuk kita cepat maju ke hadapan adalah budaya kerja kita. Bermula dari YB-YB, penjawat-penjawat awam, pekerja-pekerja swasta sehinggalah pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat bawah dan semua sekalilah. Kita di Sabah ini harus hentikan budaya too
complacent ataupun business as usual.
Dan saya banyak kali cakap perkara ini dalam Parlimen, kita tidak boleh gunakan kelajuan yang sama, kaedah yang sama kalau kita cakap kita ini ketinggalan 20 tahun bah.
Kalau orang berjalan, orang Sabah sepatutnya sudah berlari.
Mulai hari ini, Tuan Speaker, apa-apa saja perkara sensitif yang melibatkan kedaulatan negarakah, yang melibatkan MA63kah, sempadan kitakah, tambah kerusi di Parlimen kah, jangan bah kasih beza, pembangkang, pembangkang, kerajaan, kerajaan.
Sebelum Federal mahu kasi taklimat kita, apa semua, kita bincang dulu dan kita putuskan dalam Dewan ini. Buat kita sidang DUN Khas. Kita bergaduh, kita boleh bergaduh pasal parti politik tapi kita kena satu hati sebagai orang Sabah bah. Kasih libat semua, after all kita juga represent Sabah. MA63 does not belong exclusively to Warisan only tapi bukan juga milik GRS, bukan milik PBSkah, UMNOkah, PBRSkah tapi milik kita semua orang Sabah.
Jadikan satu praktis selepas ini, perkara sensitif, bincang di DUN dan libatkan semua orang, macam mana tadi apa cadangan daripada Kapayan.
That is how Sabah, DUN Sabah should be bah. Jangan semua tunggu KL, dengar dulu apa KL cakap, baru kita mahu buat. Kita juga ada pendirian sendiri sebagai orang Sabah. Ini barulah Sabah baharu yang diimpikan oleh semua rakyat Sabah bah. Dan ini baru langkah pertama yang kita perlu buat sebagai orang Sabah. Dear Sabahan, mari kita sama-sama bina Sabah baharu yang progresif. Mari kita bina Sabah baharu yang menjadi impian kepada semua rakyat dia. Kita mesti angkat martabat Dewan Undangan Sabah ini sebagai satu Dewan yang sangat powerful sampai apa saja Dewan ini cakap orang hormat dan orang ikut.
Siapa lagi yang mahu angkat martabat Dewan ini kalau bukan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sendiri. With that Speaker, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Usukan. Kita telah sampai kepada pembahas yang terakhir untuk hari ini. Maka dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Tungku. 15 minit Yang Berhormat.
Yang Berhormat Speaker tadi, sepatutnya sidang kita hari ini berakhir jam tujuh, adakah jam tujuh saya kena berhenti atau saya dibagi masa lima belas minit?
Lima belas minit.
Lima belas minit,
Ya.
Okey.
Kawan-kawan okeykah lima belas minit? Sebab mau jam tujuh sudah ini? Boleh bah kan? Ataupun saya memilih untuk bercakap esok?
I think it’s better kita habiskan hari ini, sebab kalau boleh, besok kita tumpukan dan fokuskan kepada penggulungan daripada Kementerian, supaya Kementerian-kementerian yang sepatutnya boleh membuat penggulungan untuk jawapan-jawapan daripada…
Sebab saya ingat kalau saya ambil 15 minit pun pada masa penggulungan. Ha? Teruskan saja?
Teruskan. Teruskan.
Okey, alright.
Teruskan Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang pertama sekali Datuk Seri Speaker, Datuk Speaker, saya mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan. Mungkin
saya ingin menyentuh sedikit mengenai ucapan dasar yang ada di sini kan, ucapan dasar ini menyentuh 12 perkara utama, bermula daripada hala tujuh pembangunan negeri, membangun industri dan memperkasa keusahawanan hinggalah kepada mengukuhkan tadbir urus kewangan negeri.
Dan ada beberapa perkara yang ingin saya tanya mengenai ucapan dasar ini Yang Berhormat Speaker.
Saya ingin merujuk kepada muka surat tujuh, senarai projek RMKe-13 yang telah disenaraikan. Kalau boleh, saya minta senarai projek itu dibentangkan di Dewan ini.
…dan saya minta satu salinan bertulis mengenai senarai-senarai projek yang akan dilaksanakan. Keduanya, saya mohon kepada Menteri MAFFI Perkara 12 dalam Ucapan Dasar ini, tolong perjelaskan kepada saya apa itu RAER dan juga konsep dapur. Dan perenggan 23 mengenai Ucapan Dasar ini, ada menyebut soal BASS. Kita mohon penjelasan daripada Menteri bagaimana sistem ataupun konsep BASS ini berfungsi sebab sebentar tadi Sri Tanjung ada bagitahu, BASS ini beroperasi dijana kuasa dia oleh diesel. Dan itu pada pandangan saya tidak sepatutnya berlaku begitu. Ada baiknya bateri ini dijana menggunakan solar dan kalau kuasa dia sudah selesai, barulah diesel datang kemudian.
Seterusnya, Datuk Seri Speaker mengenai perkara 27 dalam Ucapan Dasar ini. Sistem kereta api moden yang dicadangkan daripada sampailah ke Sepanggar itu. Itu bagus, satu cadangan yang bagus. Tapi kalau boleh juga saya mencadangkan supaya sistem kereta api ini diperkenalkan di Sabah dan dikembangkan lagi. Ada cerita mengenai Trans Borneo punya railway, tapi mungkin ada baiknya kalau kita Sabah sendiri mempunyai Trans Sabah punya kereta api daripada Beaufort ke Kudat, Kudat ke Sandakan, Sandakan ke Tawau dan pusing balik keliling Sabah.
Dan perkara 32 mengenai Ucapan Dasar ini mengenai TVET. Saya tahu usaha Kerajaan untuk memperkenalkan TVET ini adalah satu usaha yang baik. Namun ada satu perkara lagi yang ingin saya tambah dan cadangkan dalam Ucapan Dasar ini supaya TVET ini haruslah memasukkan kurikulum keusahawanan di mana pelajar-pelajar yang keluar daripada TVET bersedia untuk membuka perniagaan mereka sendiri dan Kerajaan boleh menyediakan inkubator ataupun modal mencukupi untuk mereka meneruskan karier mereka sebagai usahawan. Dengan adanya usaha ini, selain daripada mereka mencipta peluang pekerjaan kepada diri mereka sendiri, mereka juga boleh menjadikan peluang pekerjaan kepada orang lain. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, mengenai perenggan 35 Ucapan Dasar ini, Projek Pekan baharu. Saya ingin bertanya, ada empat pekan baharu yang dicadangkan dalam Ucapan Dasar ini dan saya minta supaya esok nanti Menteri beritahu saya mengenai status Projek Pekan Baharu Tungku.
Dan perkara 44 dalam Ucapan Dasar ini mengenai Forest Landscape Restoration. Saya tahu dan saya sedar negeri Sabah sedang berusaha untuk menempatkan diri dia sebagai negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam TPA, Total Protected Area. Namun ada beberapa insiden di mana usaha untuk restoration, forest restoration kita berhadapan dengan ada konflik dengan masyarakat yang telah mendiami tempat tersebut.
Bagi maksud tersebut, saya mencadangkan supaya kalaulah pun kita terpaksa memindahkan keluar penduduk yang telah mendiami kawasan hutan simpan tersebut atas alasan forest restoration, kita mesti ada satu pakej untuk membantu mereka supaya kehidupan mereka boleh kembali kepada biasa dan sedikit untuk meringankan beban sebab apa yang berlaku di Tungku, Yang Berhormat Speaker, kelapa sawit yang sudah berusia 10 tahun, 5 ekar, 15 ekar, diracun, mati dan akhirnya orang kampung sudah tidak ada hasilnya. Saya faham mungkin mereka telah melakukan satu kesilapan naif, tidak tahu mengenai sempadan hutan simpan apa semua tapi kita kena fikir bahawa mereka ini manusia yang perlu makan.
Dan mengenai ekonomi biru, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Perikanan, supaya kalau boleh dibentangkan di Dewan yang mulia ini mengenai pelan holistik mengenai ekonomi biru yang berkaitan dengan industri perikanan di negeri Sabah. Dan kalau boleh saya minta supaya Pantai Timur Sabah dimasukkan dalam pakej ini.
Dan perenggan 50 dalam Ucapan Dasar ini, Datuk Seri Speaker mengenai cukai jualan negeri. Cukai jualan negeri ini adalah satu peluang untuk kita menambah kantung Kerajaan Negeri. Tetapi kantung Kerajaan Negeri ini boleh ditambah dengan syarat kita bijak mencipta pendapatan itu. Sebab kita bercakap soal CJN ini, dia cuma boleh dibuat kalau kita ada produk keluaran yang akan kita kenakan cukai. Tapi kalau kita tidak ada produk, tidak ada cukai yang boleh dikenakan dan tidak ada kutipan yang akan dikutip.
Jadi, bagi maksud untuk mencipta CJN ini, Kerajaan juga harus mencipta sendiri produk yang harus dibuat. Sebagai contoh, downstream. Di sinilah pentingnya kenapa Kerajaan harus go into downstream. Sebabnya dengan adanya produk pengeluaran baharu yang akan dicipta sama ada melalui pelaburan luar ataupun dalaman sendiri domestik, cukai jualan negeri akan boleh dikenakan dan dikutip. Datuk Seri Speaker, itu mengenai Ucapan Dasar. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai hak Sabah dalam hal pelantar benua dan juga MA63. Dan akhirnya saya ingin menutup ucapan saya pada petang ini, mengenai suara rakyat di kawasan saya yang saya wakili. Yang Berhormat Speaker, bila saya bangkit dan berdiri di Dewan yang mulia ini, adalah dengan rasa tanggungjawab yang amat berat terhadap rakyat Sabah. Saya ingin membawa satu ingin membawa perhatian Dewan kepada satu siri tindakan perundangan yang telah merobek hak kedaulatan wilayah kita. Hak yang dijamin oleh Perjanjian Malaysia 1963, namun telah dipindakan secara sistematik ke tangan Persekutuan melalui manipulasi undang-undang sebelum dan selepas 1969. Pertama, Datuk Speaker, pengabaian prosedur Perlembagaan melalui federalisasi undang-undang. Tuan Speaker, bibit pemusatan kuasa ini bermula seawal tahun 1965.
Sebelum Darurat 1969 dikuatkuasakan.
Lebih 100 undang-undang peninggalan British yang kita panggil present law yang menjadi hak negeri, telah
difederalizekan melalui warta-warta di bawah Seksyen 74 Akta Malaysia. Tindakan ini sepatutnya mendapat perhatian Dewan yang mulia ini, sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 74 Subseksyen 3 Akta Malaysia. Namun, penambahbaikan Klausa Baharu 74 Subseksyen 3A telah menimbulkan kekeliruan kepada apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia dan ini kita tidak tahu. Kita semua di sini tidak tahu. Perkara ini jelas telah melanggar prosedur di bawah Artikel 161E Perlembagaan Persekutuan yang menyebut secara eksplisit di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 159A bahawa Bahagian 4 Akta Malaysia yang mana punca kuasa tindakan Kerajaan Persekutuan pada tahun 1965 itu tertakluk kepada safeguards, Perlembagaan yang berasal daripada MA63, 63 tahun yang lalu. Ini yang telah berlaku.
Perkara kedua. Yang Berhormat Speaker kalau ada perkara yang akan saya sebut di sini, rasanya bahasa dia tidak sesuai, tolong tegur dan saya perbetulkan.
Pengambilan hak melalui Ordinan Darurat 1969. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1969 dan Parlimen dibubarkan, Kerajaan menggunakan kuasa di bawah Artikel 150 Subseksyen 2 untuk mengeluarkan Ordinan yang melumpuhkan kuasa…
… Sabah. Melalui Ordinan No.7 1969, sempadan laut wilayah ditetapkan pada 12 batu nautika. Malah pindaan perkataan Island kepada Islands secara spesifik melalui Perintah Umum 355 menunjukkan ketelitian mereka untuk menguasai setiap inci kawasan maritim kita melalui garis asas yang luas.
Melalui Ordinan No.10 1969, Akta Pelantar Benua 1966, Akta Lombong Petroleum 1966 telah diperluaskan ke Sabah. Seksyen 3 Subseksyen 2, Ordinan ini secara jelas memindahkan segala hak yang terakru kepada Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Dan ini yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Jika benar Parlimen mempunyai kuasa mutlak menguatkuasakan undang-undang ini, kita tidak perlu menyaksikan penguasaan undang-undang Persekutuan di Borneo melalui ordinan darurat yang tidak melalui persetujuan Dewan ini. Darurat apa yang berlaku pada tahun 1969 sepatutnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang berlaku di negeri Sabah. Akibatnya, undang-undang peninggalan British yang menggambarkan kita ada kuasa sendiri, antaranya adalah Petroleum Ordinance 1960, telah diisytiharkan terhenti berkuat kuasa bagi aktiviti pindaan sejak 1965 tanpa kita sedari.
Datuk Sri Speaker, perkara ketiga, pengecilan wilayah melalui Ordinan 11, Perlembagaan Persekutuan. Perkara keempat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan sekadar pindaan teknikal. Melalui Ordinan 11, 1999, yang meminda Ordinan nombor 7, mereka menetapkan jarak perairan wilayah kita hanya kepada 3 batu nautika bagi tujuan perlombongan dan tanah. Selebihnya diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih menyedihkan, Yang Berhormat Speaker, Artikel 150 telah dipinda sehingga tindakan darurat ini hampir mustahil untuk dicabar.
Menjadikan Dewan yang mulia ini sekadar memerhati sahaja semasa hak kita diambil oleh mereka.
Perkara keempat dan sepatutnya menjadi perhatian kita sekarang. Titik kebangkitan pasca pemansuhan darurat 2011. Pemansuhan darurat pada 2011 sepatutnya merupakan titik tolak untuk Sabah mengambil semula hak yang telah dijanjikan sejak 1963. Pengenalan Akta Laut Wilayah 2012 di Parlimen yang cuba menggantikan rejim lama ini tidak boleh hanya menjadi subjek akademik atau modal perbualan politik di forum-forum yang tiada berpenghujung. Dewan inilah forum yang paling tepat untuk membincangkan isu kedaulatan dan hak wilayah ini. Rakan-rakan sekalian, sebagai ahli legislatif, yang dipanggil law maker. Kita ini semua ini yang dipanggil states man, yang dipanggil parliamentarian, kita perlu cakna dengan rasa rakyat di bawah. Rakyat sebenarnya di sana mahukan Sabah mengikut jejak langkah seperti mana Sarawak telah mempertahankan hak negeri, sebagaimana yang telah dijanjikan. Apa yang saya nyatakan ini rakan-rakan semua adalah untuk perhatian serius Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah hari ini.
Mulakan penggulungan Yang Berhormat.
Ya. Rakyat sudah sedar bahawa petroleum dan kekayaan di pelantar benua kita adalah hak mutlak negeri ini. Hak mutlak negeri ini dan mesti dipertahankan. Saya menggesa agar semua tindakan di bawah Ordinan Darurat, Yang Berhormat Speaker, saya menggesa agar semua tindakan di bawah Ordinan Darurat yang membelakangi Perjanjian Malaysia 1963 ini dikaji semula dan apa yang sebenarnya hak kita perlu diperkasakan kembali.
Yang Berhormat Speaker, itu adalah ucapan saya mengenai Ucapan Dasar dan juga Perjanjian Malaysia. Saya ingin bercakap sedikit mengenai suara rakyat di bawah yang mana mereka tidak hadir dan tidak mungkin akan hadir ke sini supaya mereka boleh menyampaikan hasrat mereka. Datuk Sri Speaker, boleh lagikah? Kawan-kawan yang lain boleh lagikah? Bagi saya.
Penutup Yang Berhormat.
Penutup, penutup ya. Saya baca saja, cepat.
Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Tungku, saya ingin menegaskan bahawa apa jua dasar dan perancangan yang kita bentangkan dalam Dewan yang mulia ini, mesti akhirnya diukur pada satu perkara yang paling penting. Adakah rakyat benar-benar merasai manfaat ataupun tidak?
Kita boleh menyusun pelbagai pelan, mengumumkan pelbagai inisiatif, membentangkan angka yang cantik dan meyakinkan. Tetapi rakyat di luar sana tidak hidup dengan angka. Rakyat hidup dengan realiti kehidupan harian mereka dan realiti rakyat di kawasan seperti Tungku dan Lahad Datu masih penuh dengan cabaran. Kos sara hidup semakin tinggi, peluang pekerjaan masih terhad, kemudahan asas masih belum memuaskan dan ramai rakyat masih bergelut untuk meneruskan kehidupan dengan selesa.
Persoalannya ialah, adakah pembangunan yang kita banggakan dan pengumuman hari ini benar-benar sampai kepada rakyat di bawah sana?
Tuan Speaker, kita sering bercakap soal pertumbuhan ekonomi dan kemajuan pembangunan. Tetapi dalam masa yang sama, ramai keluarga masih hidup dalam tekanan. Pendapatan isi rumah di Tungku masih berada pada tahap yang rendah berbanding dengan kos kehidupan sebenar yang perlu ditanggung setiap bulan. Ini bermakna masih ramai keluarga bekerja keras setiap hari tetapi pendapatan mereka masih belum cukup untuk menampung keperluan hidup.
Jadi, walaupun ekonomi berkembang, rakyat belum tentu merasa kehidupan mereka bertambah baik dan ini harus kita akui. Disinilah cabaran utama yang perlu kita akui Yang Berhormat Speaker. Jika pertumbuhan ekonomi tidak dapat dirasakan oleh rakyat, bermakna pertumbuhan ekonomi itu belum benar-benar bermakna. Kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan angka pertumbuhan jika rakyat masih hidup dalam kesempitan. Tuan Speaker, Lahad Datu mempunyai potensi ekonomi yang besar. Kita mempunyai hasil perladangan, kita mempunyai kawasan industri, kita mempunyai hasil bumi dan kedudukan strategik.
Namun persoalan yang dibangkitkan rakyat amat mudah. Bukan di Tungku saja, bukan di Lahad Datu, di seluruh Sabah.
Jika Sabah ini kaya dengan hasil, kenapa ramai rakyat masih hidup susah? Soalan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi soalan ini menuntut kejujuran daripada kita semua. Kerana rakyat mahu melihat kekayaan Sabah ini diterjemahkan kepada kesejahteraan hidup mereka. Mereka mahu melihat pembangunan yang boleh dirasa, bukan sekadar diumumkan dalam bentuk pengucapan. Antara perkara yang paling membimbangkan saya Tuan Speaker, ialah masa depan anak-anak cucu kita, anak-anak muda kita, belia kita, dari segi peluang pekerjaan untuk mereka. Ramai anak muda di Tungku, di Sabah, masih sukar mendapat pekerjaan yang stabil dan sesuai. Akibatnya, ramai yang terpaksa keluar ke tempat lain tanpa rela untuk mencari rezeki. Kita boleh cakap soal pelaburan dan pembangunan industri. Tetapi jika anak tempatan masih tidak mendapat peluang, manfaat pembangunan itu belum benar-benar sampai kepada rakyat. Pembangunan yang baik Datuk Seri Speaker ialah pembangunan yang membuka peluang kepada rakyat.
… untuk maju bersama. Jika tidak, maka jurang antara pembangunan kesejahteraan rakyat akan terus melebar. Selain itu, seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan yang lain, isu kemudahan asas juga masih menjadi rungutan rakyat. Bukan di Tungku, bukan di Lahad Datu, bukan di Sabah, bukan di Kunak, di seluruh Sabah.
Di banyak kawasan, rakyat masih berhadapan dengan jalan yang rosak, bekalan air yang tidak stabil, gangguan elektrik, capaian internet yang lemah. Perkara ini mungkin bagi kita di sini, kecil, di dalam Dewan ini, tetapi sangat besar kesannya kepada kehidupan rakyat.
Jalan yang rosak menjejaskan pergerakan harian. Bekalan air yang terganggu menjejaskan keperluan keluarga. Internet yang lemah menjejaskan pendidikan anak-anak.
Sebab itu saya ingin tegaskan Yang Berhormat Speaker, bagi rakyat, pembangunan diukur bukan berapa banyak projek diumumkan, tetapi pada berapa banyak masalah yang dapat kita selesaikan. Itulah ukuran sebenar kejayaan yang dilihat oleh rakyat di bawah sana. Rakyat hari ini semakin matang, mereka tidak lagi hanya mahu mendengar janji dan perancangan. Mereka mahu melihat hasil. Mereka mahu melihat perubahan yang nyata dalam kehidupan mereka. Jika jalan masih rosak, Datuk Seri Speaker, rakyat akan merasakan kita semua di dalam Dewan ini gagal. Jika air masih bermasalah, rakyat akan berkata di luar sana yang kita semua gagal. Jika anak muda masih menganggur, rakyat di bawah sana mengatakan kita semua di sini gagal. Bila saya cakap soal kita, termasuklah Datuk Speaker, termasuklah Timbalan Speaker, termasuklah kawan di sana, termasuklah kawan di sini, termasuklah kakitangan. Kita gagal memberikan sesuatu kepada rakyat. Sebab itu kita semua perlu menerima hakikat bahawa amanah rakyat bukan sekadar untuk mentadbir, tetapi untuk menyelesaikan masalah mereka.
Oleh itu, Datuk Seri, Datuk Speaker, saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk perhatian kepada kita semua. Pertama sekali, kita perlu memberi keutamaan yang lebih serius kepada pembangunan infra asas di kawasan luar bandar, sub-urban dan juga urban, jalan raya, bekalan elektrik, air, internet, mesti menjadi fokus utama kerana inilah keperluan asas rakyat.
Keduanya, kita perlu memastikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan diperluaskan melalui latihan kemahiran, keusahawanan, industri hiliran dan peluang pekerjaan yang benar-benar memberi makna…
Habiskan ayat-ayat yang terakhir Yang Berhormat, sebab kita sudah stretch masa agak panjang.
Terakhir, muka surat yang terakhir. Saya ingin menegaskan bahawa rakyat hari ini tidak meminta sesuatu yang luar biasa, Datuk Speaker. Rakyat tidak meminta kemewahan. Rakyat hanya mahu kehidupan yang lebih baik daripada kelmarin. Mereka mahu jalan yang selamat. Mereka mahu bekalan air yang stabil, mereka mahu peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka, mereka mahu menikmati hasil pembangunan di kawasan sendiri, itu sahaja. Dan selaku Wakil Rakyat, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan harapan itu dipenuhi kerana akhirnya, kita harus ingat ini. Rakyat tidak menilai kita berdasarkan ucapan kita, rakyat menilai kita berdasarkan hasil kerja kita. Jika rakyat melihat perubahan, mereka akan terus memberi kepercayaan. Tetapi, jika masalah yang sama terus berulang, maka kepercayaan itu akan terhakis. Sebab itu, saya ingin mengakhiri dengan satu peringatan kepada kita semua.
Amanah rakyat hanya akan kekal apabila kita benar-benar membela rakyat. Jika kita gagal memberikan hasil, rakyat pasti akan menuntut perubahan. Dan jika itulah keputusan yang dibuat oleh rakyat, kita sudah tahu di mana pengakhirnya kita nanti selepas ini. Sebabnya Datuk Seri Speaker, hari ini mungkin kita bergelar YB, hari ini mungkin kita bergelar Datuk, tapi akan tiba masanya nanti apabila kita keluar daripada Dewan yang mulia ini, apabila kita sudah berhenti memegang apa-apa juga
jawatan dan portfolio, kita hanyalah seorang rakyat biasa yang akan diingat oleh rakyat yang kita wakili. Alangkah baiknya kalau pada satu ketika nanti, di akhir hayat dan hidup kita ini, kita dipanggil. Apabila kita sudah dipanggil menghadap Allah SWT, Si Polan bin Si Polan, Allahuakbar, kesian dia. Bagus bah itu YB. Dulu masa dia jadi YB, selesai masalah kami. Tetapi, kalau kita tidak menjalankan kerja kita dengan baik, sekejap kita akan dimaki dan dihamun. Baguslah kau mati cepat. Dulu kau masa jadi YB, indak ada juga kau buat apa-apa sama kami, dan makin susah hidup kami. Sekian, terima kasih.
Terima kasih ADUN daripada Tungku.
Maka dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan telah pun selesai. Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tersebut. Maka dengan itu, Dewan ini ditangguhkan sehingga hari esok, pukul 10 pagi bersamaan dengan hari Rabu, 29 April 2026.
[GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI] Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 7.26 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 29 April 2026”.
SDN28042026/bnm