Selangor · 4 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 372 turns · 41,970 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Aturan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ke 3 Penggal Ke Dewan Negeri Selangor Ke 14 pada 4 November 2020 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Untuk soalan seterusnya, Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Kota Damansara soalan No. 28.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara, Tuan Timbalan Speaker. Statistik pendaftaran E-Kasih bagi DUN Kota Damansara sehingga 30 September 2020 adalah jumlah Ketua Isi Rumah yang berdaftar bawah DUN Kota Damansara yang berstatus miskin tegar adalah sebanyak 101 Ketua Isi Rumah (KRI), status Miskin 162 (KRI) dan status terkeluar sebanyak 767 KRI. KRI adalah Ketua Isi Rumah. Ini menjadikan keseluruhan pendaftaran sebanyak 1,030 KRI di kawasan DUN Kota Damansara. Status Kemiskinan E-Kasih adalah merujuk kepada pendapatan garis kemiskinan semasa iaitu paras garis kemiskinan 2016 yang dinyatakan bagi miskin untuk kawasan bandar adalah isi rumah sebanyak RM 1,038.00 dan bagi luar bandar bagi miskin adalah RM 981.00 untuk seisi rumah. Bagi Miskin Tegar bagi kawasan bandar, isi rumah adalah RM 630.00 dan bagi luar bandar RM 620.00.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan Tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya ialah, sekarang kita telah mempunyai pendapatan garis kemiskinan baru RM 2208. Adakah Kerajaan Negeri sedang merancang ataupun akan merancang untuk menggunakan garis PGK baru dalam usaha menangani masalah kemiskinan rakyat Selangor.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker. Sebenarnya paras garis kemiskinan yang dinyatakan pada

tahun 2019 daripada Pusat iaitu RM 2,208.00 tidak pernah diguna pakai oleh Jabatan Kebajikan. So, saya difahamkan oleh JKM masih lagi mereka menggunakan paras garis kemiskinan 2016 lagi. Namun begitu bagi Kerajaan Negeri Selangor yang selama ini telah menggunakan paras garis kemiskinan sebanyak 1,500 telah menyatakan semua program-program Kerajaan Negeri seperti IPR, kita meletakkan sasaran adalah 2,000 ke atas, 2,000 ke bawah. Maka kita lama telah mengguna pakai satu sasaran lebih besar daripada Pusat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan Tambahan.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sistem E-Kasih ini adalah daripada Kerajaan Persekutuan dulu memang tiada kerjasama nak pakai, sekarang bila Kerajaan Persekutuan dan Negeri sudah berlainan semula adakah sistem E-Kasih ini masih memberi kerjasama kepada Negeri Selangor ataupun Negeri Selangor akan membangunkan database sendiri untuk program-program rujukan kami.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang kita nampak dari awal apabila Kerajaan Pakatan Harapan berada di Putrajaya ada satu kerjasama yang menyebabkan kita telah mengguna pakai data dengan E-Kasih. Namun begitu, kini kita sedar tiada begitu hubungan yang rapat dengan Kerajaan Pusat, maka kita mengguna pakai untuk semua Program IPR dengan data sendiri. Dalam pada itu juga kita sedang membuat pangkalan data yang sedang dibangunkan sebenarnya oleh UPEN akan disediakan pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Timbalan Speaker. Apa kata EXCO, since oleh kerana kita sudah ada standard yang telah ditetapkan oleh Pusat iaitu 2028 apa kata kita Selangor pun ikut supaya ia ada satu standard. Kerana Selangor adalah Negeri yang supposed to be maju.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Seperti yang telah saya nyatakan, walaupun telah dinyatakan oleh Pusat 2,208 sebagai paras kemiskinan tetapi JKM menyatakan kepada saya, Kerajaan Pusat masih masih lagi mengguna paras garis kemiskinan 2016. iaitu 960 untuk seisi rumah secara puratanya. Mereka tak gunakan RM 2,208 sebagai digunakan oleh JKM. Itu yang diberitahu. Kerajaan Negeri pula sebelum 2018 lagi kita telah menggunakan paras garis kemiskinan sebagai 1,500 secara jelas. Kita antara yang tertinggi dalam Malaysia. Dan kita kini untuk segala Program IPR, kita telah meletakkan sasarannya RM 2,000 ke bawah. So, maka kita memang jauh ke hadapan. Selangor sentiasa ke hadapan dalam membantu masyarakat.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Pandamaran, tidak hadir. Seterusnya Sungai Ramal.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya No. 30.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Bantuan Bencana AlamQuestions

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapakah jumlah bantuan bencana yang telah disumbangkan PBN kepada mangsa bencana mengikut Daerah/DUN?

b)

Berapakah purata masa yang diambil untuk memproses sehinggalah bantuan ini diserahkan kepada mangsa?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Ramal dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Untuk makluman Yang Berhormat, perincian jumlah bantuan bencana yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana kepada mangsa bencana mengikut daerah pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

DAERAH BANJIR BANJIR KILAT RIBUT KEBAKARAN TANAH RUNTUH JUMLAH H.SEL RM31,950.00 RM25,750.00 RM14,803.00 RM2,703.50 - RM75,206.50 S.BERNAM - - RM16,251.00 - - RM16,251.00 K.SEL RM159,150.00 - RM9,150.00 RM2,500.00 - RM170,800.00 KLANG RM163,250.00 - RM15,300.00 RM7,000.00 - RM185,550.00 PETALING RM5,000.00 RM63,250.00 RM4,850.00 RM2,000.00 - RM75,100.00 GOMBAK RM21,000.00 RM4,500.00 RM147,003.00 RM7,750.00 RM500.00 RM180,753.00

SEPANG RM465,750.00 RM5,250.00 RM9,500.00 - - RM480,500.00 K.LANGAT - - RM13,250.00 RM1,750.00 - RM15,000.00 H.LANGAT RM831,500.00 - - - - RM831,500.00 JUMLAH RM1,677,600.00 RM98,750.00 RM230,107.00 RM23,703.50 RM500.00 RM2,030,660.50

Ia melibatkan peruntukan RM2,030,660.50 kalau boleh saya cerakinkan mengikut kejadian, untuk kejadian banjir kita dah berbelanja RM1.367 Juta, untuk banjir kilat RM98,750.00, untuk ribut RM230,107.00 untuk kebakaran RM23,703.50 dan untuk tanah runtuh adalah sebanyak RM500.00 Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, masa yang diambil untuk memproses permohonan bantuan ini adalah selama 3 hari, iaitu dari permohonan diterima sehinggalah bantuan diserahkan kepada mangsa. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada skala bencana dan bilangan keluarga mangsa bencana yang terlibat. Kerajaan Negeri Selangor, melalui Unit Pengurusan Bencana telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar segera. Iaitu yang pertama, mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Bencana Daerah dua (2) kali setahun, mengurangkan birokrasi di mana hanya 3 dokumen sahaja yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan, salinan laporan polis dan laporan ringkas beserta gambar lokasi kejadian yang disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung. Dan yang ketiga bagi jumlah mangsa bencana yang besar, Pejabat Daerah dan Tanah disyorkan untuk melaksanakan pemberian bantuan secara berfasa dengan mendahulukan permohonan yang telah lengkap dokumentasinya. Ini adalah bagi memastikan bantuan segera dapat diserahkan serta mengelakkan daripada berlakunya tuntutan palsu oleh pemohon yang tidak berkelayakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Sungai Ramal.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Terima kasih pada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar. Pada pagi ini saya mendapat panggilan daripada Ketua Kampung Bangi, tempat saya dan Kampung Bangi ini telah mengalami banjir dua kali dalam tempoh 4 bulan, pada pagi tadi sebelum subuh lagi sekali banjir menyebabkan kerosakanlah. Jadi saya selepas ini terpaksa mengundur diri daripada Dewan sekejap untuk pergi menziarahi kawasan. Apa yang menjadi masalah adalah banyak penduduk kampung marah kerana banjir yang berlaku dua kali ini pada bulan Julai sebelum itu, satu padanya adalah pada Hari Raya Haji pun sehingga hari ini belum lagi mendapat bantuan bencana. Jadi masa yang diambil lama sampai ada di antara penduduk yang bila kampung Ketua Kampung serahkan borang bencana, mereka koyakkan borang itu sebab berasa sangat-sangat fed up dengan situasi. Jadi, bolehkah saya mendapat mungkin apakah jaminan yang diberikan Pihak Kerajaan Negeri agar proses yang disebut tadi tu, proses untuk menyemak tuntutan

oleh para pemohon ini, bantuan bencana ini dapat benar-benar diproses dalam masa yang singkat. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, sebagaimana yang kita sebutkan tadi, kita dah pendekkan daripada segi dokumentasi. Namun begitu kadang-kadang daripada segi kategori, untuk kejadian yang dikatakan banjir itu ia bukanlah kategori banjir kilat. Kerana banjir kilat sebelum ini tidak termasuk dalam bencana tetapi pada penggal yang lepas sebenarnya kita telah membuat keputusan ini lagi supaya banjir kilat dikategorikan sebagai bencana yang tidak sepenuhnya. Iaitu bantuannya hanya boleh diberikan satu kali dalam satu tahun. Walaupun kejadian itu berulang-ulang, jadi kita tangani sekali dalam satu tahun kerana pada pandangan Kerajaan Negeri adalahlah lebih baik untuk Kerajaan Negeri dapat menangani isu banjir itu terdahulu dengan membelanjakan untuk infrastruktur dan sebagainya termasuk memastikan kolam-kolam takungan dan sebagainya itu dapat dikendalikan. Daripada kita membiayai banjir. Ini yang saya kata akan sebutkan we fund the flood. Di mana banjir kita berikan bantuan, jadi dekat 20 tahun, 20 tahun kita bagi bantuan tanpa kita tanpa kita selesaikan isu infrastruktur ataupun kemudahan longkang dan sebagainya. Namun begitu saya akan semak balik untuk DUN yang berkenaan itu, saya akan pastikan lihat kategorinya. saya bimbang dia dah masuk kali kedua atau kali ketiga satu tahun. Dan itu biasanya memang kita tiada kategori melalui Unit Bencana tapi kadang-kadang kita boleh pohon melalui anak syarikat ataupun sokongan CSR mahupun melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing. Terima kasih.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Hulu Bernam.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Untuk banjir di Hulu Bernam, berlaku di sekitar Sungai Selisih yang mana tebatan banjir yang dibuat tidak kukuh. Memang berlaku runtuhan tebatan ini. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri tengok balik semula tebatan ini dan tolong ganti seberapa segera walaupun ada JPS datang dan ganti dengan keadaan lebih konkrit dan dilihat pemantauan kerja di situ. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya rasa ini dah terpesong dah. Tadi tanya tentang bagaimana bencana. faham-faham, saya nak jawab ni.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Sebab banjir. Saya sebut fasal banjir.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Baik-baik saya akan jawab. Insya Allah kita akan refer balik di Sungai Selisik di Hulu Bernam. Namun begitu apa yang kita telah sebutkan pengurusan banjir ini memang JPS sedang mengubah dulu perancangan JPS 20 tahun, 50 tahun sekarang kita dah tak boleh dah. Kita kena letak 100 tahun. Selepas kejadian di Balakong dan Kajang dan Dengkil baru-baru ini sebab jumlah air hujan itu dia turun dengan tinggi pada satu-satu masa dan juga tidak terserak

sebagaimana kebiasaannya. Itu terjadi di Kajang, Balakong dan Dengkil baru-baru ini menyebabkan ban pecah dan sekarang di bawah Yang Berhormat pembangunan infrastruktur memang kita akan mengubah konsep ban ini. Bila ban dibina dengan tanah maknanya dengan limpahan air akan menyebabkan ia pecah. Jadi kita kena ubah struktur dengan bahan binaan lain atau content yang berbeza termasuk menangani fenomena air pasang besar dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita sedia maklum bahawa bantuan bencana yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri maksimum adalah sebanyak RM500.00 tetapi bencana yang diterima ataupun yang dihadapi oleh penduduk seperti banjir, ribut, kebakaran dan juga tanah runtuh terutamanya kebakaran yang mana apabila berlaku bencana kebakaran ini penduduk ataupun mangsa menghadapi total lost terhadap rumah mereka tetapi Kerajaan Negeri kita hanya boleh bantu setakat RM500.00 sahaja. Jadi saya memohon Kerajaan Negeri mengkaji semula dan menaikkan nilai bantuan sumbangan untuk bencana ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sementa. Ini memang dalam pertimbangan sebab itu sekarang jawatankuasa pengurusan bencana kita wujudkan satu STANDCO pengurusan bencana dan diletakkan di bawah Menteri Besar kerana kejadian bencana juga harus diusulkan atau diselarikan dengan pelarasan dan juga koordinasi terhadap jabatan, agensi dan setiap badan-badan terbabit untuk kita menguruskan bencana dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan selepas bencana. Ini banyak kejadian kita turun, saya sendiri turun di Permatang, saya turun di Felda Soharto dan juga kawasan Hulu Bernam yang dilanda ribut. Kita datang memang kejadian itu tidak padan dengan RM500.00 tapi itu skala yang diberikan mungkin kita kena ubah beberapa pendekatan termasuk banjir kilat saya akui tempat saya dulu di kawasan Sungai Tua sampai sekarang masih berlaku bila masuk dalam rumah banjir kilat ke, banjir tak kilat ke, TV dan barang-barang kemudahan itu habis ataupun musnah sebagaimana banjir tak kilat juga. Jadi saya rasa kita kena improvise tapi lihat biar STANDCO kaji secara menyeluruh.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Hulu Bernam.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan no. 31.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Pelaburan DomestikQuestions

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?

b)

Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ini adalah data yang telah dikeluarkan oleh MIDA sehingga Jun tahun 2020. Sehingga Jun 2020 daripada Januari hingga Jun 2020 sebanyak 122 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3.38 Bilion ataupun RM3.39 Bilion kalau kita bundarkan. Daripada jumlah ini sebanyak RM 1,826,000,000 (RM 1.83 Bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1.56 Bilion daripada pelaburan asing. Kalau kita lihat secara keseluruhannya Food Manufacturing ataupun pembuatan makanan merupakan jumlah modal pelaburan terbesar yang telah diterima setakat Jun sebanyak RM1.16 Bilion dan untuk Baverages and tobacco adalah yang melibatkan yang paling kecil melibatkan RM9 juta.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, namun begitu kalau kita melihat kepada data yang dikeluarkan oleh MIDA juga pada September secara keseluruhannya kalau tidak hanya melihat pada sektor pembuatan sebaliknya memasukkan semua sektor Selangor telah mencatatkan pertumbuhan pelaburan lebih daripada RM11 Bilion dan kita di kedudukan kedua selepas Sabah pada ketika itu. Sabah menduduki tangga pertama iaitu RM13 Bilion pelaburan yang diterima. Jumlah ini kalau kita bandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas sebenarnya kita mencatatkan pelaburan sebanyak RM47.8 Bilion untuk semua sektor tapi semua agak faham kerana disebabkan oleh COVID dan juga masalah perebakan pandemik yang agak menyesakkan perindustrian dan pelaburan dalam negara kita.

Untuk soalan B, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan berbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur. Walaupun dalam keadaan dunia dilanda pandemik COVID-19 ketika ini, ia tidak menghalang untuk pihak Kerajaan Negeri melaksanakan program – program promosi

yang telah dijadualkan dan dirancang sebelum ini menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya (virtual). Bagi program – program secara fizikal pula, perlaksanaan program – program tersebut mengikut SOP yang telah digariskan. Bagi tempoh Januari hingga September 2020, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap telah melaksanakan sebanyak 131 program / aktiviti penggalakan pelaburan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan baru dan penambahan pelaburan sedia ada. Pecahan program / aktiviti tersebut seperti berikut. Pertama, Misi Penggalakan Pelaburan ke Luar Negara/ Lawatan Teknikal ada 2 lawatan. Iyalah daripada Januari ke February lepas tu dah tak boleh. Yang kedua, Investor Engagement Programs, 15 program. Mesyuarat Utama, Mesyuarat Penyelarasan Projek dan Lain – lain Mesyuarat Berkaitan sebanyak 22 mesyuarat. Pameran dan seminar, 2 program. Foreign Embassy and Business Chamber Engagement Program, 2 program. Dan yang lain ialah promosi pengiklanan dan penerbitan Invest Selangor Berhad dan Selangor International Business Summit yang melibatkan 40 penerbitan dan 48 penerbitan yang melibatkan Selangor International Business Summit. Dengan program-program yang kita laksanakan ini dan misi penggalakan pelaburan dan pertemuan khususnya bersama pelabur kita lakukan secara maya atau ditangguhkan disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan kita telah dihalang untuk bergerak keluar negara atau membuka sempadan sebagaimana sebelum ini. Selain usaha menarik pelaburan, Kerajaan Negeri juga turut membantu pihak pelabur dalam proses – proses pelaksanaan pelaburan mereka dan membantu menyelesaikan isu berbangkit menerusi mesyuarat penyelarasan projek yang diadakan setiap bulan.

Dalam menyediakan persekitaran kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pihak pelabur, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit.

Kerajaan Negeri yakin, usaha – usaha penggalakan pelaburan yang dirangka dan dilaksanakan mampu memberikan keyakinan kepada pelabur untuk melabur dan membuat penambahan pelaburan sedia ada. Ini disokong dengan statistik kelulusan projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 mengikut status di mana sebanyak 77 projek perkilangan yang diluluskan merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.7 Bilion atau 52.24% dan sebanyak 45 projek merupakan projek pengembangan atau penambahan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.61 Bilion atau bersamaan dengan 47.76%. Terima kasih.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Hulu Bernam.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya ingin bertanya. Sejak pandemik COVID-19 ini apakah ada berlaku

syarikat yang melabur menarik diri dari pelaburan mereka di negeri Selangor ini. Kalau ada mohon nyatakan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Soalan ini agak spesifik. Kebetulan EXCO pula, saya menjawab bagi pihak EXCO. Saya pasti Invest Selangor ada data ini. Kalau ada nanti saya kemukakan. Tapi apa yang saya ingin sebutkan pelaburan ini dia seperti dalam satu pipe line dia bukan datang, saya nak labur esok kita lulus. Dia bukan begitu. Dia biasanya ada pipe line yang akan dikendalikan oleh MIDA dan Invest Selangor, agensi Kerajaan Negeri. So this pipe line adalah melalui beberapa proses-proses tertentu sebagai contoh semalam saya dengar Sijangkang sebut tentang kilang pembuatan kertas. Ia melalui proses sampai 2, 3 tahun dan itu adalah syarikat yang terkemuka. Bukan masalah. Dia dah beli tanah dulu. Dan ini adalah satu proses yang berterusan dan kadang-kadang penarikan pengeluaran itu disebabkan oleh faktor-faktor yang lain sebagai contoh bila kita tengok Western Digital mereka keluar. Bunyinya nampak keluar hebat, meninggalkan pelaburan tetapi yang ditinggalkan di Selangor adalah bernilai lebih tinggi sebab unit R&D (Research and Development) masih dikekalkan di Selangor. Maknanya dari segi mass labour mereka berpindah ke negara yang menawarkan mass labour yang lebih murah tetapi daripada segi kualiti pelaburan dan kualiti dapatan yang dapat dikongsi dengan rakyat tempatan melalui unit kajian dan penemuan mereka adalah lebih bernilai tinggi dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Timbalan Speaker. Saya baru-baru ini menerima banyak rintihan dari pemain industri iaitu premium tanah bagi menukar status tanah pertanian kepada industri dirasakan terlalu tinggi. Macam Balakong dan sebagainya ada lebih daripada RM1 juta seekar untuk premium untuk tukar status sahaja. Jadi banyak industri seperti makanan dan kesihatan nak ingin menjalankan operasi di Selangor tetapi sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik kemungkinan mereka ini akan beralih ke negeri-negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan. Jadi kita perlukan industri ini kekal di dalam negeri dan dengan harapan ia dapat mencipta peluang pekerjaan baru kepada rakyat negeri ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya juga mendengar ini adalah antara bahan yang disebutkan oleh Sungai Pelek ketika perbahasan. Kita beranggapan bahawa dengan status dan kedudukan negeri Selangor sebagai negeri yang mempunyai jaringan dan jajaran infrastruktur jalan dan perhubungan yang terlengkap di Malaysia sewajarnya nilai yang diberikan agak berpadanan dengan kualiti perkhidmatan dan juga kemudahan yang diperolehi. Alhamdulillah kita negeri yang ada dua International Airport yang melibatkan kargo dan penumpang. Kita juga melibatkan negeri yang ada sea port yang antara yang tersibuk dan terancak di Asia Tenggara. Faktor-faktor ini akhirnya akan menarik pelabur akan datang. Tapi harga dan kualiti itu juga kita harus jaga. Kalau kita letak harga yang terlalu murah dan

pendapatan negeri sebahagian besar disebabkan premium dan sebagainya. Justeru saya percaya bukan kita tak boleh pertimbangkan tapi apa yang selalu dijadikan landasan Kerajaan Negeri adalah kita mempermudah bukan memberi murah ataupun memberikan koordinasi sebab itu kita laksanakan banyak mesyuarat koordinasi yang di organise oleh Invest Selangor tiap-tiap bulan melihat apakah isu yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan. Apakah isu yang melibatkan tanah. Apakah isu yang melibatkan kelulusan tertentu atau cukai-cukai tertentu yang boleh dan perlu mereka bayar. Dan bagaimana ditanyakan. Kadang-kadang syarat-syarat tidak menepati dengan teknologi dan syarat-syaratnya tidak bertepatan dengan peraturan yang sedikit berbeza di antara negara dan negara. Jadi saya faham tentang pandangan tersebut tapi sebagaimana yang saya sebutkan bahawa kita harus bergerak keluar daripada mass labour development factory kepada high technology. Bila ia melibatkan high technology dan sebagainya ia juga melibatkan pelaburan yang besar termasuk nilai dan kualiti tanah. Sebab itu Kerajaan Negeri memandang positif perkara ini dan ia melibatkan perkara lain sumber pendapatan negeri dan Kerajaan Negeri beranggapan lebih baik kita mempermudahkan mereka kalau tidak orang tidak akan pergi ke Singapura sebagai contoh. Orang tak akan invest di Hong Kong sebelum ini. Hong Kong nilai kualiti per square foot atau pun nilai tanahnya sangat besar tapi development masih berlalu sebab perkhidmatan yang cekap, servis yang baik, ketelusan integriti dan sebagainya itu dapat dikekalkan dan insyaallah ini antara elemen yang saya akan tawarkan berbanding menawarkan harga murah tapi perkhidmatan yang tidak berkualiti. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Sabak.

Soalan saya No. 32.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. AgroselQuestions

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sabak menanyakan soalan berkenaan dengan AGROSEL. Berapa peruntukannya dan berapa asetnya dan sejauh mana kejayaannya dalam membantu para petani di negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, AGROSEL atau nama singkatan bagi Pertubuhan Agroprenuer Selangor adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tujuan kita difahamkan (kerajaan negeri difahamkan), tujuan utama Pertubuhan AGROSEL ini adalah untuk mengumpulkan usahawan-usahawan pertanian dalam pelbagai bidang usaha dan membentuk satu kesatuan dalam membangunkan industri pertanian Negeri Selangor. Sebagaimana juga kedudukan NGO-NGO yang lain, yang berkaitan dengan pertanian, kerajaan negeri sentiasa membantu dalam pelbagai bentuk tetapi tidak ada peruntukan khusus kepada mana-mana badan NGO untuk aktiviti mereka. Jikalau adapun bantuan dibuat secara case by case permohonan. Dan kebanyakan yang kita dapati ialah bantuan-bantuan kerajaan negeri dibuat melalui individu-individu yang merupakan ahli-ahli persatuan-persatuan pelbagai persatuan yang ada dalam Negeri Selangor. sekian.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Taman Medan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tuan Speaker, boleh saya gunakan Peraturan Tetap 24(2)?

Timbalan Speaker

Taman Medan hadir?

Timbalan Speaker

Ok.

Bismillah hirrahma nirrahim. Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 33. Terima kasih kepada Seri Setia sudi.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Kaitan Negeri Lain Dengan Masalah Air Negeri SelangorQuestions

33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Adakah Selangor mendapat sumber bekalan air dari Negeri lain terutama negeri-negeri jiran?

b)

Adakah pernah berlaku gangguan bekalan air berpunca dari Negeri jiran?

c)

Apakah wujud kerjasama antara negeri Selangor dan negeri lain dalam isu bekalan air?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Y.B. Taman Medan. Ha, cakap siang-siang, pandang-pandang ya. Tuan Timbalan Speaker, Y.B. Taman Medan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung dengan isu masalah air di Negeri Selangor. Jadi ada tiga bahagian soalan ini: -

a) Yang pertama ialah berhubung dengan adakah Selangor mendapat sumber bekalan air dari negeri lain terutama negeri-negeri jiran? ; b) yang kedua, adakah pernah berlaku gangguan bekalan air berpunca dari negeri jiran?; c) Dan yang ketiga, apakah wujud kerjasama antara negeri Selangor dan negeri lain dalam isu bekalan air?

Untuk makluman Yang Berhormat, sumber bekalan air mentah bagi negeri Selangor diperolehi dari sungai-sungai utama kita, Negeri Selangor iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih dan Sungai Gombak. Negeri Selangor juga mendapat bekalan air mentah dari Sungai Semantan (Negeri Pahang). Ini yang merupakan sumber bekalan bagi Loji Rawatan Air Langat 2. Walau bagaimanapun, terdapat juga aliran sungai bersepadan antara negeri yang digunakan bagi tujuan bekalan air di Negeri Selangor: -

a) Yang pertama ialah Sungai Bernam iaitu Negeri Perak bagi muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selisik dan juga Loji Rawatan Air Bernam River Headwork (ini yang pertama daripada Perak); b) Yang kedua daripada Sungai Labu (Negeri Sembilan) bagi Loji Rawatan Air Sungai ORS Sungai Labu;

c) Dan yang ketiga beberapa aliran sungai yang mengalir merentasi sempadan dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor yang masuk ke Sungai Semenyih iaitu Sungai Pajam dan Sungai Buah yang merupakan anak sungai kepada Sungai Semenyih iaitu bekalan air mentah bagi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Ini antara beberapa sumber. Makna dia daripada Perak, daripada Pahang dan daripada Negeri Sembilan.

Berhubung dengan soalan kedua itu, insiden pencemaran yang berlaku yang menyebabkan henti tugas ya. Yang kalau tak henti tugas banyak yang kita berjaya selamatkan tapi yang henti tugas ini ada beberapa insiden (dua insiden) berlaku di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi. Perinciannya seperti berikut : -

a) Yang pertama di Sungai Semenyih pada 2016 dulu ya. Yang telah berlaku pencemaran bau dari sisa solvent akibat kemalangan di lebuh raya dan mengalir masuk ke dalam Sungai Buah;

b) Dan yang kedua ialah pada 4 Oktober tahun 2020 baru ini yang menyebabkan industri (sisa industri) yang dikesan di Sungai Batang Benar dari Negeri Sembilan yang masuk melalui Sungai Pajam ke Sungai Semenyih;

c) Dan yang ketiga ini yang bulan Mei henti tugas Sungai Selisik. Ini adalah di Behrang (Perak) ini adalah kerana kemalangan di mana lori itu muatan minyak diesel yang tumpah.

Ini antara beberapa insiden yang berlaku yang menyebabkan henti tugas.

Yang ketiga ialah tentang ada dua jenis kerjasama antara Negeri Selangor dengan negeri lain berhubung dengan isu air (bekalan air ini): -

a) Pertama ialah satu memorandum persefahaman antara operator-operator negeri dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berhubung kerjasama bantuan lori-lori tangki apabila berlaku krisis bekalan air. ini yang disebut semalam oleh Ketua Pembangkang bahawa ada lori Randhill, Menara Randhill ialah operator air di Negeri Johor. Apabila berlaku itu krisis, kita tak cukup tangki-tangki. Kita telah memohon bantuan daripada seluruh negara, seluruh semenanjung sampai Kelantan pun kita memohon bantuan lori-lori tangki. Jadi bila ada logo pelbagai syarikat sebagainya itu, itu adalah merupakan proses biasa yang berlaku bila ada berlaku krisis makna kita akan mendapatkan bantuan-bantuan lori tangki lain untuk datang bantu Negeri Selangor. Malah lori tangki bomba pun kita minta. Cuma dia tak boleh bagi semua sebab dia nanti emergency tak ada tangki nak pergi padam api. Justeru itu, Air Selangor sentiasa menghantar dan menerima bantuan lori tangki dari operator negeri lain semasa gangguan bekalan air tidak berjadual untuk tempoh yang panjang atau melebihi dua hari. Ini perjanjian yang ada antara operator-operator pengurusan air negeri-negeri.

b) Yang keduanya, sebagaimana yang saya sebutkan tadi iaitu perjanjian berhubung dengan air daripada Pahang yang digunakan untuk rawatan (untuk Loji Rawatan Air Langat 2). Ini adalah merupakan dua perjanjian yang melibatkan perjanjian air (pengurusan air dengan negeri-negeri) di semenanjung.

Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Baik. Saya nak merujuk kepada isu kerjasama di antara Negeri Selangor dengan negeri lain. Jadi bila mana berlaku bentuk gangguan di antara masalah bekalan air itu sendiri, adakah bantuan itu sesuatu yang kemudian kita kena biayai untuk nak sebagai kos yang nak ditanggung kepada apa yang dihulurkan bantuan seperti mana yang dinyatakan oleh Y.B. EXCO sebentar tadi. Itu yang saya kemukakan pertanyaan tambahan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan dapat secara terperincilah tapi setakat saya difahamkan, memang ada koslah involve dalam. Sebab itu apabila berlaku krisis-krisis gangguan bekalan air itu, bila kita mobilized ataupun kita dapatkan bantuan-bantuan ini, makna kita ada sedikit kos yang terlibat yang saya tak dapat berikan secara terperincilah. Tetapi memang ada kos yang terlibat. Bukan saja yang melibatkan kerjasama daripada negeri lain, juga daripada pihak swasta pun ada kita dapatkan khidmat lori-lori jumbo yang besar itu, yang empat kali saiz lori tangki biasa itu. Itu ada kos yang kita perlu tanggung untuk dibayar. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita dimaklumkan bahawa tadi EXCO menyebutkan kekurangan tangki-tangki air dan saya kira bekalan gangguan air ini akan berlaku berterusan disebabkan oleh beberapa faktor-faktor termasuklah paip pecah yang sifatnya kadang-kadang lebih bersifat locality. Adakah kerajaan negeri merancang untuk mengadakan tangki-tangki di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan? Walaupun ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai tangki-tangki, tapi jumlahnya terlalu minimum dan mungkin boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah tempatan selain daripada kita mobilized daripada negeri-negeri lain ataupun mungkin Air Selangor sendiri tapi sekurang-kurangnya kita tahu keperluannya sampai beribu, tetapi kita tidak mampu untuk melakukan itu. Sama ada inisiatif daripada kerajaan negeri ataupun kita menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan yang mampu untuk menyediakan tangki-

tangki ini mereka sediakan. Sebab ada tangki-tangki di Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh digunakan kerana tidak memenuhi spesifikasi air bersih. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita memang ada berbincang secara terperinci berhubung dengan isu ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, keperluan untuk tangki apabila berlaku krisis terutama yang besar air itu sampai 1.2 juta akaun adalah merupakan satu angka yang sangat besar. Kalau mengikut kiraan mudah kita, untuk kegunaan 3juta liter ataupun 3,000 juta liter berlaku gangguan kita memerlukan tanker 120,000 biji tanker. Kalau untuk satu kali satu hari. Kalau empat kali dia ulang-alik, kita memerlukan di sekitar 30,000 tanker. Satu angka yang sangat besar dan mustahil kita dapat penuhi.

Masa berlaku krisis hari itu, yang Sungai Selangor, kita selepas kita menghimpunkan semua tangki yang ada seluruh negara yang kita dapatkan dan juga termasuk yang di dalam Negeri Selangor, kita hanya berjaya servis 17% saja keperluan air untuk kegunaan kecemasan. Ini satu, sebab itulah ini merupakan satu usaha yang memang sukar untuk kita beli dan kita dengan holding cost nya lagi dan sebagainya tentulah tidak (mustahil) kita dapat laksanakan 100% sebagaimana sebelum berlaku krisis. Tapi bukan bermakna kerajaan negeri tidak mengambil langkah-langkah tambahan untuk membantu sebagaimana yang disebut oleh Y.B. Bukit Gasing itu contohnya kita kena perlu segerakan ada seratus lebih lagi tangki-tangki atau kolam yang perlu di activate kan ataupun dipastikan operasinya berjalan. Ini pun memerlukan kos. Saya dapat anggaran di sekitar RM235 juta untuk selesaikan isu-isu berkaitan dengan kolam-kolam yang disebut ‘cendawan’ ini oleh Y.B. Bukit Gasing ini perlu kita activate kan. Ini pun memakan belanja dan sedang di dalam proses dibuat. Mungkin kita boleh bantu untuk tingkatkan. Ini akan membantu mengurangkan pergantungan kepada air tempat daripada lori-lori tangki itu apabila berlaku krisis.

Ini antara langkah-langkah yang kita perlu buat dan juga kita memang mendapat, kita pernah berbincang dengan Air Selangor berhubung dengan penggunaan tangki-tangki lain yang tidak memenuhi 100% keperluan untuk bekalan air minum, tetapi masih boleh membantu untuk air-air (untuk air kegunaan lain) untuk membasuh dan sebagainya. Ini sedang kita dapatkan kepastian dan untuk pastikan bahawa ini sedikit sebanyak lori-lori yang digunakan oleh tanker yang digunakan oleh pihak PBT dapat digunakan juga ketika berlaku krisis sebegini.

Ini antara perkara yang kita perlu selesaikan kerana sebelum ini pihak Air Selangor tidak mahu menerima kebimbangannya nanti air-air ini akan digunakan salah guna untuk minum menyebabkan penyakit dan sebagainya, akan menimbulkan masalah yang lain pula kepada Air Selangor. Ini merupakan antara perkara yang kita kena pertimbangkan untuk diselesaikan dalam masa terdekat. Tetapi yang paling penting di sini ialah penyelesaian air yang saya akan bentangkan (jawab nanti) dalam penggulungan untuk pastikan bahawa bukan jadi fenomena yang biasalah. This is not a new normal in Selangor. itu yang kita nak pastikan supaya tidak berlakulah lagi

krisis-krisis yang sebesar begini yang bagi saya tidak sewajarnya berlaku untuk kerajaan negeri maju macam Selangor ni. Kita akan untuk kita selesaikan dalam masa yang terdekat yang mungkin. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Setahu kita, Projek Langat 2 melibatkan sumber air mentah daripada Pahang, ada perjanjian. Bolehkah EXCO memberitahu Dewan yang mulia ini apa keadaan sekarang dan berapa jumlah kita kena bayar setiap tahun untuk membeli air mentah itu?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tidak ada angka yang khusus. Tapi Projek Langat 2 memang berjalan dengan lancar. Kita sudah hampir siap loji rawatannya. Paling utama hanya 550 juta liter sehari telah berjaya kita operasikan. Memang dah ada. Tetapi untuk yang fasa seterusnya walaupun loji rawatan dah siap, tapi kita ada masalah dengan pengagihannya. Sistem paip pengagihan yang masih belum siap. Jadi tidak dapat juga air itu disalurkan ke tempat-tempat yang lain. Ini yang kita cuba selesaikan pemasangan paip air daripada loji rawatan ini yang perlu kita segerakan. Ini ada berlaku sedikit tergendala dalam aspek ini. Dan saya di faham kalau tak silap saya satu RM0.10 (kalau tak silap saya dia punya air kalau cubic meter kalau tak silap). Nanti kita akan semak balik perjanjian itu tapi tidak ada masalah air daripada Pahang ini tidak ada masalah. Masalah kita ialah, rawatan pun tidak ada masalah. Sekarang ini masalah ialah untuk mengagihkan itu kerana sistem paip kita tergendala sedikit dari segi disebabkan tempat-tempat yang nak dilalui ini jajarannya melalui kawasan-kawasan yang penduduk padat dan mempunyai banyak masalah yang kita perlu selesaikan di peringkat pelaksanaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 34.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Saringan Covid-19 Kerajaan NegeriQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapakah bilangan orang yang telah menjalankan saringan COVID-19 di bawah inisiatif Kerajaan Negeri?

b)

Berapakah kos perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan saringan COVID-19?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Y.B. Kampung Tunku. Terima kasih Y.B. Tuan Timbalan Speaker. Y.B. Kampung Tunku bertanyakan mengenai saringan COVID di bawah inisiatif kerajaan negeri dan berapa kos yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, dalam saringan COVID-19 Fasa 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac sehingga April 2020, seramai 5,433 orang telah disaring yang mana kawasan saringan adalah tertumpu di kawasan zon merah di negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang telah disahkan positif COVID-19 dan telah menerima rawatan yang sewajarnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program Saringan COVID-19 Fasa 2 diteruskan pelaksanaan pada bulan Ogos 2020 sehingga ke hari ini dan mensasarkan golongan-golongan berisiko seperti rakyat negeri Selangor yang pulang dari Sabah dan sebagainya. Seramai 912 orang telah disaring dalam program fasa 2 ini dan program saringan ini akan diteruskan berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negeri Selangor.

Bagi saringan COVID-19 Fasa 1, jumlah peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM1.6 Juta dan jumlah peruntukan bagi saringan COVID-19 Fasa 2 adalah sebanyak RM1.36 Juta.

Untuk Fasa 2 ini sejumlah RM537,882.00 telah dibelanjakan manakala baki peruntukan sebanyak RM822,118.00 akan digunakan untuk program-program saringan bersasar di peringkat komuniti pada masa akan datang.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penerangan yang cukup tuntas.

Memandang kes di negeri Selangor semakin meningkat, adakah terdapat sebarang kawasan yang mungkin disasarkan dalam kata satu atau dua bulan ini untuk saringan komuniti?

Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku, sebenarnya memang ada, kita sekarang ini dalam proses mengenal pasti apa yang kita panggil, saringan bersasar, makna dia targeted screening mengikut apa yang dicadangkan oleh pihak yang berkenaan seperti dari pihak STFC dan juga dari pihak MKN.

Dalam senarai kita sebenarnya sudah ada sasaran kita adalah di kalangan Angkatan Tentera, RELA dan juga polis dan juga kumpulan seperti pengawal keselamatan dan juga mereka yang terlibat di dalam kerja-kerja pembersihan. Yang mereka ini bergerak di dalam masyarakat dan mempunyai risiko yang tinggi.

Dari masa ke semasa kami juga akan menerima maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan kerana mereka ada data dan merekalah yang akan memberi maklum balas pada kita, di mana saringan bersasar ini harus kita lakukan.

Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Bagaimanakah kerjasama dari pihak Kerajaan Persekutuan? Dan jika tidak baik macam mana kita hendak lakukan testing bersasar dalam masa hadapan?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Baik, memang kerajaan negeri tidak mendapat apa kita panggil granula data atau pun data yang terperinci namun kita mendapat data-data yang telah diproses. Ya, jadi kita menggunakan data-data proses inilah untuk kita menentukan bersama dengan Majlis Keselamatan Negeri, dimanakah sasaran bersasar ini patut dilakukan.

We will make do, what we have Yang Berhormat.

Terima kasih.

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Adakah sebarang faktor atau elemen yang menjadikan ujian saringan COVID-19 ini sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan ke atas seseorang berdasarkan pengetahuan Yang Berhormat Seri Serdang?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Taman Medan, dalam pengetahuan saya tidak adalah sesiapa yang tidak boleh dilaksanakan saringan COVID ini. Ya, maksudnya sesiapa sahaja, yang hendak melakukan, makna dia, kalau dia tidak ada masalah, misalnya masalah di dalam kerongkong tekak dan hidungnya. Kalau dia ada masalah lain, ya, setahu saya tidak ada.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ya, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan, menyusul soalan Yang Berhormat Bukit Gasing, dan saya faham juga mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad telah menulis satu artikel menerangkan kenapa Task Force For COVID-19, dengan izin, memerlukan raw data dengan izin. Adakah kerajaan persekutuan memberi apa-apa maklum balas terhadap surat Dr. Dzulkefly dan permintaan kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan raw data ini dengan izin?

Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Sebenarnya Yang Berhormat Kampung Tunku, semasa PKP yang pertama, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menziarah Yang Berhormat Menteri Besar kita, dan pada ketika itu kita telah menyatakan hasrat kita untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan kita memerlukan data dan kalau boleh kita hendak mengintegrasikan SELANGKAH dengan MYSEJAHTERA.

Ya, untuk kita bantu kerajaan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk kita menentukan, membuat prediction, membuat ramalan-ramalan dimanakah kemungkinan-kemungkinan berlaku penyebaran itu. Jadi malangnya sampai akhir, kita tidak mendapat raw data itu. DG atau Pengarah Kesihatan Negara telah mengatakan raw data itu tidak boleh dikongsi, kerana dia takut salah interpretasi, salah tafsiran kepada data itu. Jadi kita tidak dapatlah, jadi kita akan membantu, apa itulah Yang Berhormat Dr. Dzulkefly mengatakan bahawa kita diminta untuk membantu kerajaan untuk mencegah penyebaran COVID-19 ini di negeri Selangor tetapi kita di dalam keadaan butalah. Kita tidak tahu maklumat. Apa yang kami tahu, adalah maklumat yang dibentangkan oleh Pengarah Kesihatan setiap hari. Ya, di dalam sidang medianya dan juga maklumat yang dibentangkan oleh JKNS apabila kita di dalam website dia, dan juga Facebook dia. Dan juga maklumat-maklumat yang kita dapat secara rawak kadang-kadang daripada setengah-setengah pihak lah.

Jadi, sometime is a guess game dan kita agak sedih juga lah dengan keadaan begini, namun kita tidak give-up kita ada banyak perkara-perkara lain yang kita lakukan untuk

mencegah penyebaran COVID di dalam negeri Selangor. Perlu juga diingatkan, bahawa, adalah tidak adil seperti saya sebut dahulu di persidangan yang lepas, bahawa untuk kita bandingkan jumlah pesakit COVID di negeri Selangor tanpa melihat kepada populasi kita 6.7 Juta dan kepadatan penduduk kita. Ya, jadi ini adalah antara perkara, saya sendiri merasakan kalau kita tidak ada maklumat yang tepat ini akan menyebabkan rakyat kita dalam keadaan panik. Ya, jika kita ada maklumat yang tepat, sehingga sekarang pun kadang-kadang yang dapat maklumat itu orang lain, kita yang kemudian dapat, ADUN-ADUN sendiri faham, kita bertanya tentang kejadian ataupun statistik COVID di dalam DUN kita masing-masing tapi kita tidak dapat.

Tujuan kita adalah untuk membantu apabila kita tahu bahawa, kawasan-kawasan tertentu, taman-taman tertentu memang jumlahnya tinggi, bukan khabar-khabar angin tetapi for sure kita tahu bahawa Taman A, Taman B, Taman C mempunyai jumlah COVID yang tinggi, kita boleh turun engage dengan rakyat dan membuat kempen rumah ke rumah untuk mereka mematuhi SOP dan sebagainya.

Saya bagi contoh, baru-baru ini, penduduk Desa Puteri di kawasan Rawang menghubungi kita, mengatakan bahawa mereka mempunyai jumlah, sudah 33 orang ya, untuk kes COVID yang berasal dari Kluster Simera, Sime Darby punya kluster itu, Kluster Simera dan 33 dan mereka minta untuk diadakan PKPD pada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat mengawal gerak geri di dalam kawasan mereka. Jadi, sementara itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, mengatakan bahawa telah dibuat kajian is under control dan kita tidak perlu buat PKPD di situ. Namun, kita turun, Selangor turun bersama SELCARE untuk membuat, menyaring semua rumah yang ada, yang belum disaring, lebih kurang 440 unit rumah, 500 lebih telah disaring, dan dari situ kita pick-up tujuh (7) kes baru, jadi menjadikan kawasan Desa Puteri ada 40 kes yang positif COVID, tetapi sekarang alhamdullilah telah dapat dikawal di sana.

Begitulah Yang Berhormat, terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan yang terakhir.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker, daripada contoh yang diberi oleh Yang Berhormat EXCO tadi, bolehkan Yang Berhormat Seri Serdang, jelaskan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa kalau kita dapat raw data pada saat-saat yang awal, maka kes-kes jangkitan COVID boleh dikurangkan? Kerana yang saya dengar tadi, penduduk terpaksa telefon kerajaan negeri untuk bantu sebelum sesuatu dilakukan.

Saya rasa ini adalah sesuatu kes yang sangat dengan izin irresponsible yang dibuat oleh kerajaan pusat kerana tidak memberi raw data kepada kerajaan negeri. Sila jelaskan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Okay, Yang Berhormat Bukit Lanjan,kita pertama,saya hendak jelaskan apa maksud raw data yang kita minta.

Memang, kita faham tentang concern Kementerian Kesihatan tentang privacy data-data ini, nama orang, IC, alamat dan sebagainya. Kita tidak minta nama, tidak minta IC, kita tidak minta detail personal seseorang apa ini, pesakit itu, itu yang kita panggil raw data.

Dia ada banyak angkubah-angkubah di dalam raw data ini. Kita hanya meminta beberapa perkara, misalnya lokasi dan di mana dia dapat, kerana dengan AI ini kita boleh dapat maklumat, where is di mana kemungkinan jangkitan ini didapati, kerana bila dengan sistem SELANGKAH yang kita ada itu, bila kita rekod di mana kita pergi, sekiranya kita dapati bahawa sekumpulan orang dapat dan kita dapati all of them mereka ini sebenarnya pergi ke satu tempat yang sesama a command place, so that place, is the place where the infection spread. Ya, community infection.

So ini adalah di antara perkara yang kita boleh buat secara prevention, ya, pencegahan instead of kita bila dah ada kontak, itu pun bagus kita buat, bila ada kontak, kita saring close contact. Kemudian kita saring pula, kalau positif, kita saring pula close contact, PUI-PUI ini semua. Jadi proses ini agak slow, jadi proses ini agak slow kerana untuk panggil mereka, cari siapakah kontak, dan kadang-kadang kita lupa, kita dah pergi mana, siapa kita jumpa. Ini yang kami pohon untuk bantu kerajaan pusat sebenarnya dengan menggunakan teknologi terkini, kita boleh mengesan daripada awal di mana fokus locus atau pun tempat yang berlakunya kemungkinan infection. Misalnya, dalam satu taman, ada beberapa orang positif di sini, dan kita dapat mereka semua menggunakan satu kedai atau kedai runcit yang sama, mana mungkin ini adalah most probably besar kemungkinan mereka mendapat jangkitan. Maka tindakan sebenarnya boleh dilakukan.

Kedua, bila kita mengguna SELANGKAH sebenarnya, kita boleh, kita ada definisi-definisi sebelum kita kata kontak, masa berjumpa 15 minit, kalau masuk kedai lima (5) minit belum lagi. Bukan kita panggil semua orang. Ya, kita akan buat tafsiran daripada situ, untuk kita contact mereka dan kita ada nombor telefon daripada angkubah-angkubah yang kita dapat daripada raw data itu, kita ada nombor telefon, dan kita boleh kata tuan, tuan telah pergi ke tempat ini, kami minta tuan pergi ke mana untuk sekarang buat saringan. Dan ini sekarang, InsyaAllah pelan kita seterusnya, kita telah sedang mengubah daripada PCR, PCR adalah yang lebih mahal, satu test, satu ujian memakan RM314.00 dan kita sekarang dapat satu test baru, rapid test baru, kit untuk antigen, satu ujian akan mengambil kurang daripada RM150.00 dan ini kita akan buat saringan untuk lebih ramai. InsyaAllah kami sedang memikirkan, bagaimana kerajaan negeri boleh membantu untuk mensubsidikan, ya, apa ini, saringan untuk mereka-mereka yang rasa kebimbangan kerana mereka ini mungkin ada keluarga yang dipanggil, ada dipanggil influenza like illness dia batuk, dia sakit tekak. Sekarang kita

dapati orang yang macam ini dia demam pun, dia tidak akan cakap sekarang, kerana dia takut dia akan kena pergi ke, buat test atau sebagainya. Tetapi kalau kita adakan saringan ini kepada mereka, maka mereka boleh bayar dengan sedikit dan mereka boleh pergi buat saringan ke atas diri sendiri dan they got their assurance yang sebenarnya mereka free and that will give that mental, akan memberi satu ketenangan jiwa kepada mereka. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik, sebelum saya persilakan soalan seterusnya, saya hendak memberikan peringatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, berkaitan dengan disiplin pemakaian yang telah dikuatkuasakan di dalam Dewan ini. Pada hemat saya, ini adalah soal disiplin yang paling mudah. Saya bagi analogi, saya bagi contoh, kalau di sekolah, hari biasa pakainya macam mana, waktu perhimpunan, pakaiannya macam mana. Waktu sambutan, ada esok, guru besar kata ada sambutan hari raya, pakaian macam mana. Esok ada hari keusahawanan, begitu juga di masjid. Ada etika pemakaiannya di masjid pun. Kalau tuan-tuan pergi ke masjid, solat berjemaah waktu subuh, berpakaian baju Melayu lengkap, bertanjak, berkeris. Jadi saya kira, Tuan Speaker telah beri peringatan pada hari pertama. Pada hari kedua kita pun telah edarkan pamphlet, menunjukkan bahawa etika pakaiannya begini. Jadi saya kira ini adalah soal perkara yang paling mudah. Apatah lagi kita di Dewan yang mulia ini kita adalah sebagai menunjukkan contoh yang baik. Tidak timbul soal, soal kita menidakkan, pakaian rasmi atau seumpamanya. Itu tidak timbul. Jadi, Tuan Speaker sendiri ada bagi tahu, kita boleh buat ruling, kita boleh buat peraturan yang lebih jelas. Namun Speaker di waktu lain, mungkin ada pandangan dia, mungkin di Parlimen ada peraturan dia sendiri. Mungkin di Dewan Negeri lain, ada kaedah dan caranya. Jadi itu adalah perkara yang sangat mudah dan kita harapkan tidak sampailah kita nak mengenakan peraturan ataupun tindakan yang lebih keras atau seumpamanya. Jadi itu peringatan terakhir daripada saya dan kita harapkan kita sama-sama mematuhi.

Baik, untuk soalan seterusnya, Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Lokasi Rekreasi Kemensah Sebagai Destinasi Pelancongan Negeri SelangorQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a) Tahniah kerajaan kerana telah mengumumkan di Dewan yang mulia ini status Kemensah dalam konteks pusat rekreasi di Selangor. Mengapa tiada perasmian, pelancaran ataupun dokumentasi seperti notis dikeluarkan untuk tujuan menjelaskan status tersebut?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Kelang, yang bertanya tentang lokasi rekreasi Kemensah sebagai destinasi pelancongan negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang melakukan pemutihan lokasi-lokasi pelancongan di seluruh Selangor. Terutama pelancongan eko seperti di Kemensah. Tiada perasmian, pelancaran ataupun dokumentasi berkaitan Kemensah dilakukan kerana aktiviti-aktiviti pelancongan di kawasan tersebut perlu proses pemutihan, kerana terdapat isu-isu teknikal yang perlu diselesaikan sebelum permohonan lesen dapat di proses oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya minta Yang Berhomat tolong huraikan apakah peraturan-peraturan dan syarat yang dikenakan, untuk melalui proses pemutihan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih. Oleh sebab kawasan tersebut, ia sebenarnya merupakan haram. Tidak berlesen. Kerana ia menduduki tanah hutan simpan. Oleh sebab bangunan itu dan juga infra telah dibina sejak 10 tahun yang lepas, dan mereka masih menduduki hutan simpan kekal. So, dia perlu ada proses untuk ini. Yang mana buat masa ini Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah pun mengadakan jawatankuasa untuk menjalankan mesyuarat untuk memutihkan tempat ini. Sekian.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan lagi. Apakah nasihat Yang Berhormat EXCO, bagi saya sebagai wakil rakyat di situ, untuk membantu pengusaha-pengusaha yang telah melabur banyak wang untuk menjayakan program yang tak dapat sepenuhnya investment oleh kerajaan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Saya memang menyokong usaha ini. Di mana sebelum itu, saya rasa kita ada contoh-contoh tempat-tempat kawasan pelancongan, seperti di sebelah Hulu Langat dan juga Hulu Selangor. Kalau tengok banyak tempat-tempat sungai-sungai rekreasi yang terletak di hutan simpan. Ia boleh diputihkan, tapi dia kena melalui proses. So, saya amat menyokong usaha ini. Saya akan memastikan ia akan diputihkan dengan sepenuhnya. Sekian.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih, EXCO. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana memberi sokongan ini dan saya ingin mengingatkan tempat itu adalah strategik. Kawasan itu baik. Hujung sekali adalah Kem Ghaffar Baba. Di luarnya adalah Zoo Negara. Kita ada institusi yang hebat. Bertaraf dunia dan serantau. Dan kalau kita memberikan panduan, sokongan dan dorongan yang kuat, kita mungkin mempunyai satu kawasan rekreasi yang terkenal di dunia. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik soalan seterusnya, Batang Kali. Tidak hadir. Soalan seterusnya, Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 37.

Timbalan Speaker

Soalan 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Masjid SelangorQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a) Nyatakan bilangan masjid baru dibina di Selangor bagi tempoh tahun 2014-2020 mengikut daerah?

b) Bilakah tarikh pembinaan masjid di Bandar Tasik Kesuma Beranang DUN Semenyih boleh di laksanakan?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Semenyih yang telah mengajukan soalan yang berkaitan dengan jumlah bilangan masjid baru dibina di Selangor bagi tempoh tahun 2014-2020 mengikut daerah. Dan seterusnya soalan berkaitan bilakah tarikh pembinaan masjid di Bandar Tasik Kesuma Beranang DUN Semenyih boleh di laksanakan.

Bilangan masjid baru dibina oleh kerajaan negeri bagi tempoh tahun 2014 hingga 2020 mengikut daerah seperti berikut :

BIL DAERAH BILANGAN 1 Petaling 2 2 Klang 5 3 Hulu Langat 2 4 Gombak 3 5 Sabak Bernam 1

JUMLAH 13

Setakat ini Masjid tersebut masih belum tersenarai, berkenaan dengan Masjid Bandar Tasik Kesuma Beranang. Setakat ini Masjid tersebut masih belum tersenarai dalam perancangan pembinaan RMK-12. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri sedia membina masjid berkenaan berdasarkan justifikasi JAIS mengenai keperluan pembinaannya di dalam rancangan dan program pembangunan berikutnya. Terima kasih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Yang Berhormat Speaker, EXCO, saya nak tanyalah perbelanjaan ini melibatkan Jutaan ringgit. Adakah sekiranya pihak penaja boleh atau menyediakan sekurang-kurangnya 1/4 barulah pelaksanaan ini dijalankan oleh kerajaan negeri. Itu saja.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Semenyih yang mengajukan soalan tambahan dan untuk makluman berkenaan dengan pembinaan masjid, ada beberapa kaedah : -

1. Melalui kutipan sumbangan orang ramai 2. Melalui pembinaan kerajaan.

Jadi pihak kerajaan negeri Selangor, menetapkan jumlah 70% kutipan awam ataupun melalui wakaf, terkumpul dan baru dibenarkan untuk memulakan projek tersebut. Namun begitu, permohonan-permohonan masjid baru boleh diajukan kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang Ke-12. Rancangan RMK-12. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Soalan tambahan. Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Sentosa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin tanya kepada Y.B. EXCO, Yang Berhormat EXCO, berkenaan dengan ada tak perancangan untuk masjid Al-Barakah di Taman Sentosa, yang sudah usang dan perlu diubahsuai. Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Sentosa yang telah mengajukan soalan berkenaan dengan masjid Al Barokah, iaitu satu-satunya masjid di DUN Sentosa. Dan saya telah maklum berkenaan dengan masjid berkenaan. Dan disarankan kepada pihak jawatankuasa masjid untuk mengemukakan cadangan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk naiktaraf dan juga untuk pemulihan jika diperlukan. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik, soalan seterunya, Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Sementa, nombor 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Fenomena Air Pasang BesarQuestions

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: - a) Apakah perancangan tambahan Kerajaan Negeri kali ini bagi mendepani fenomena Air Pasang Besar?

b) Bagaimana keadaan terkini ban di persisir pantai Negeri Selangor khasnya DUN Sementa bagi menghadapi fenomena berkenaan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sementa bertanyakan soalan berhubung dengan fenomena Air Pasang Besar yang berlaku, sering berlaku di pantai negeri Selangor. Untuk soalan yang pertama, Yang Berhormat ingin mengetahui perancangan tambahan Kerajaan Negeri bagi mendepani fenomena air pasang besar. Dan bahagian kedua ialah keadaan terkini ban di pesisir pantai di negeri Selangor.

Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan tambahan Kerajaan Negeri bagi mendepani fenomena air pasang besar ini adalah melalui perancangan tambahan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi perancangan jangka pendek, Jabatan

Pengairan dan Saliran Selangor, sentiasa memastikan keadaan semasa integriti benteng pantai berada dalam keadaan baik dan stabil. Kekerapan pemantauan keadaan benteng dilaksanakan apabila air pasang besar berlaku ataupun sebelum berlaku. Kita akan buat langkah-langkah tambahan untuk memeriksa integriti ataupun kukuhnya benteng-benteng atau ban ini.

Pembaikan kecil dan kerja-kerja penyelenggaraan benteng giat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan mengurus negeri. Persiapan dan operasi pam bergerak juga diaktifkan. Bagi kawasan-kawasan berisiko dinaiki air laut ketika pasang besar. Untuk perancangan jangka panjang, satu kajian keberkesanan benteng pantai negeri Selangor ke atas perubahan aras laut, yang sedia maklum disebabkan oleh pemanasan bumi ini, global warming, telah menyebabkan aras telah meningkat, air laut. Jadi permohonan telah dibuat kepada Kerajaan Negeri melalui, untuk rancangan RMK 12. Untuk mengenal pasti isu ini dan langkah-langkah tambahan untuk diambil bagi memastikan benteng sedia ada ini akan dinaik taraf untuk bertahan lima belas ke dua puluh tahun yang akan datang. JPS telah memohon peruntukan sebanyak RM36 Juta kepada Kerajaan Negeri di bawah rancangan Malaysia ke-12, bagi pelaksanaan projek pengukuhan benteng atau ban pantai ini. Di Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sepang. Kelang tak ada. Kelang dah ada, memang dah ada peruntukan sekarang. Jadi ini untuk tambahan bagi Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negeri Selangor mempunyai panjang ban pantai ini, sepanjang 300 kilometer. Untuk DUN Sementa, pesisir pantainya melibatkan ban sepanjang 11.8 kilometer, daripada 300 itu, 11.8km adalah terletak di DUN Sementa. Iaitu Ban Kampung Sungai Serdang sepanjang 3.8km dan Ban Kampung Perepat sepanjang 8.0km dalam keadaan stabil di mana kerja penyelenggaraan dan pengukuhan ban telah dilakukan bagi menghadapi fenomena air pasang pada bulan September, Oktober dan November tahun 2020, baru-baru ini. Pemantauan dan pemeriksaan ban ini akan dilaksanakan secara berkala di tapak. Jabatan JPS juga telah diluluskan peruntukan di bawah kerajaan Pusat sebanyak RM12 Juta untuk di Kuala Selangor, peruntukan Fenomena Air Pasang Besar ini, bagi menaik taraf ban pantai di Kg Tok Muda, Kg Sg Serdang, Kg Tok Adam dan Kg Sg Janggut.

Kerja-kerja perancangan sedang dilaksanakan oleh JPS. Dan akan dibuat perolehan dalam masa yang terdekat. Cuma saya nak tambah tadi, oleh Yang Berhormat tadi, berhubung isu ban ini, kita telah melaksanakan SOP yang baru, kepada pihak JPS. Dan kita telah mula laksanakan di Dengkil baru-baru ini. Kalau sebelum ini apabila berlaku breach atau pun pecahnya ban, kita akan buat semula dengan menggunakan tanah yang biasa tapi kita dapati bahawa benda ini akan berlaku lagi keruntuhan ban ini dan untuk masa-masa yang akan datang tempat-tempat yang kita kenal pasti yang sentiasa berlaku keruntuhan ini disebabkan oleh kelajuan air ataupun air yang pasang besar ini kita akan gantikan dengan kaedah pembinaan yang baru menggunakan

sistem armour rock iaitu yang boleh menggunakan untuk mengukuhkan lagi ban ini untuk mengelakkan daripada berulang keruntuhan ban ini. Kita tidak boleh ganti semua tempat sebagaimana yang disebut tadi 300km, kita hanya boleh menggantikan secara berperingkat-peringkat dan kita beri keutamaan tempat-tempat yang sering berlaku breach ini atau pun keruntuhan ini. Ini yang kita sedang usahakan di Dengkil dan akan kita panjangkan ke tempat-tempat yang lain. Terima kasih.

Tuan Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Air Tawar

Tuan Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya, Sungai Air Tawar adalah salah satu DUN yang dikelilingi oleh ban. Jadi saya lihat ada beberapa ban di DUN saya di kawasan Sungai Air Tawar yang dilihat semakin runtuh dan dibiarkan begitu sahaja. Saya mendapat penjelasan daripada JPS yang mana ada teknologi cara baru iaitu ban penampan yang membiarkan ban lama pecah dan air dibiarkan masuk dan dibiarkan ekosistem maksudnya dibiarkan tumbuh-tumbuhan semula jadi bakau. Jadi saya nak tanya sejauh mana keberkesanan kaedah ban penampan ini dan berapakah lokasi di DUN saya yang akan dibiarkan untuk dijadikan kaedah ban penampan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya sebenarnya yang tempat itu saya telah pun melawat tempat itu dan memang itu merupakan projek perintis sebenarnya bagi pelaksanaan sistem baru bagi mengawal keruntuhan ban ini. Di Sungai Air Tawar ini unik sikit, bila berlaku air pasang besar, memang ban itu boleh menampung tetapi apa yang menjadi masalah ialah pergerakan bot atau pun kapal yang melalui kawasan itu menyebabkan gelombangnya bertambah besar jadi dia punya dinamika daripada hentakan atau pun alun daripada kapal-kapal menyebabkan sering kali berlaku pecah dan kita telah mengenal pasti tempat ini untuk dimulakan penampan di mana kita menyediakan dua lapis ban ini di sebelah luar dan dalam. Di antaranya kita membenarkan pokok-pokok yang sesuai untuk menjadi penampan iaitu pokok bakau, pokok berembang, pokok api-api dan yang mana sesuailah untuk habitat tanah air yang sedemikian dan nampaknya berjaya di situ, pokok api-api saya lihat dapat tumbuh dengan baik dan juga pokok bakau, cuma itulah saya selalu sebutkan perkara ini berkait rapat dengan pencemaran. Jadi, pencemaran air kita ini itu banyak disumbangkan oleh ternakan kolam udang, sebab itu udang-udang ternakan di sekitar pantai kita telah syaratkan untuk menggunakan kaedah organik untuk mengelakkan pencemaran air dan juga akan menyebabkan pokok-pokok bakau kita pun akan mati, semua ini berkait. Jadi kalau kita lihat di Tanjung Karang, di Sungai Nipah dan beberapa lagi lokasi kolam udang di situ mereka telah menukarkan kepada kaedah organik yang mana bukan sahaja bersih udangnya. Untuk makluman Yang Berhormat, minggu depan hari Isnin kita bagi udang-udang organik kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Negeri Selangor. Memang sedap, sihat dan juga membantu kita menyelesaikan

masalah pencemaran air dan juga pokok-pokok hidupan ini dapat tumbuh dengan baik dan membantu kita dalam menyerap hentakan atau pun alunan daripada bot atau pun daripada air pasang ini untuk mengurangkan risiko pecahnya ban kita itu. Itu merupakan satu kaedah yang kita dah mulakan di situ dan nampaknya boleh memberikan hasil yang baik dan kita akan panjangkan ke tempat-tempat yang lain tapi benda-benda ini sesuai apabila ada tanah yang mencukupi tapi tempat-tempat yang kita tidak mempunyai tanah mencukupi kita akan menggunakan kaedah armour rock yang saya sebutkan tadi itu. Satu kaedah yang menggunakan geotextile atau pun armour rock bagi mengukuhkan tebing terutama di selekoh-selekoh apabila air terlalu laju terlalu banyak dan kita telah buat di Dengkil dan nampak hasilnya sangat positif. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan Pelabuhan Klang ialah adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membekukan apa jua perancangan pembangunan di tanah-tanah hak milik yang berdekatan dengan sungai dan juga laut sebab kebanyakan tanah-tanah hak milik ini kebanyakan tanah paya bakau tetapi kita tidak pasti bagaimana dulu boleh dianugerahkan kepada individu-individu tertentu di mana tanah-tanah ini sepatunya membiakkan tanah paya bakau tetapi sekarang telah ada menjadi hak milik, sebagai contoh di Taman Selat Damai, ada satu tanah di situ JPS tak boleh buat apa yang sepatutnya menjadi rizab JPS tetapi telah menjadi hak milik individu tertentu. Jadi bolehkah kerajaan membekukan apa juga pembangunan di tanah-tanah hak milik yang berdekatan dengan tepi sungai atau pun tepi laut yang sepatutnya membiakkan kayu paya bakau.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini, panjang jawapan ini. Cuma saya perlu sebutkan di sini, kita memanglah ada legasi benda-benda yang pelik ini yang kita dapat hadapi tetapi kita kena menyelesaikannya dengan terbaik. Saya boleh cerita ada beberapa kes yang saya jumpa. Ada sungai, hak milik pun ada. Jadi bila kena hendak buat penaiktarafan sungai itu kita kena dapat kebenaran tuan dia dulu sebab sungai itu milik dia. Saya yakin benda-benda ini berlaku, kita tidak boleh buat apa, benda-benda itu sudah ada cuma kita mencari penyelesaian terbaik, bukan semua sungai macam itu. Di sini kita kena faham bahawa semua rizab sungai yang di bawah tadbir oleh bawah JPS yang diwartakan, bukan semuanya 50 meter kiri kanan, ada yang 10 meter ada yang 15 meter bergantung kepada tempat. Tetapi di bawah LUAS pengurusannya semua 50 meter kiri kanan untuk pengurusannya. Jadi maksud dia ada yang akan melibatkan tanah persendirian tapi dari segi pengurusannya akan dibuat oleh LUAS untuk memastikan bahawa pembangunannya terkawal, itu perkataannya.

Kita tidak boleh membekukan malah dalam SPC, State Planning Committee pun kita telah pun ada satu dasar berhubung dengan pembangunan di kawasan-kawasan rizab sungai ini. Bukan kita tidak membenarkan, tetapi kita mengawal dengan mengambil kira fungsi sungai masalah pencemaran, masalah penaiktarafan dan isu-isu berkaitan jadi kita semua tengok semua itu tapi kalau nak kita tak benarkan bukan dasar negeri begitu, kita benarkan tapi terkawal mengikut garis panduan tujuan rizab itu diwujudkan di kawasan-kawasan sekitar, jadi itu yang kita tetapkan, yang kita telah putuskan di peringkat negeri untuk kawasan-kawasan bakau ini memang kita kebanyakan dari tempat ini memang kita sebahagian besarnya masih ada lagi di kawasan hutan masih tertakluk di bawah akta perhutanan dan sebagainya jadi kita akan kawal di mana di luar kita akan mengambil kaedah-kaedah yang disebutkan tadi bagi mengawal memastikan bahawa kewujudan pokok bakau ini bukan sahaja membantu dari segi hakisan tetapi membantu juga dari segi pemakanan atau pun sumber laut itu sendiri iaitu plankton dan sebagainya dapat tumbuh dan ikan, hasil laut kita akan meningkat, jadi ini semuanya akan dikawal dengan baik untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan kehidupan dalam laut itu lebih baik. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ya, Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Berbalik kepada Sementa yang mana ban-ban di sepanjang sisir pantai Sementa iaitu di Tok Muda, di Kampung Sungai Serdang, Sungai Perepat, Kampung Sementa, di Kampung Batu 4, di Sungai Keramat yang mana ban-ban ini dibina yang mana sebelum ini ketinggian adalah 5.3 meter dan apabila berlaku air pasang besar beberapa tahun yang lepas telah pun di tingkatkan kepada 5.5 meter. Tetapi baru-baru ini pada bulan sepuluh yang lepas pada bulan ini, berlaku fenomena air pasang besar yang mana ketinggian air laut setinggi 5.8 meter jadi ia lebih tinggi daripada ban yang sedia ada. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri kerana penduduk bimbang. Kebetulan pada tarikh tersebut tiada hujan di hulu sungai dan tiada hujan di laut. Jadi ketinggian 5.8 ini dapat ialah melepasi tetapi tidak menyebabkan banjir di kampung, jadi saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan penduduk kampung dan ban-ban ini mungkin di naik taraf, ditinggikan, ditambahkan ketinggiannya, itu yang pertama. Yang keduanya, ban di Sungai Serdang. Ban di Kampung Sungai Serdang agak rapuh dan apabila JPS membaiki dan membetulkan balik, menambat semula ia akan runtuh balik jadi saya mohon supaya di kawasan ini spesifikasinya menggunakan teknik yang baru atau pun menggunakan teknik ban penampan seperti yang disebut oleh Sungai Air Tawar. Jadi saya mohon ban di Sungai Serdang ini diperbaiki dan dipastikan ia selamat untuk penduduk kampung. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi peruntukan sudah ada pun yang 12 juta tadi untuk menaiktaraf ban di kampung-kampung yang kita sebukan tadi, cuma proses sekarang dalam perancangan untuk reka bentuknya dan kita dalam masa terdekat ini akan dibina dan kita mengambil kira keputusan saya sebut tadi dari global warming, peningkatan aras laut ini semua di ambil kira dalam menyediakan reka bentuk bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan. Sebenarnya jumlah yang kita dapat 45 tapi kita dah agihkan ke Klang, ke Kuala Selangor untuk penyelesaian isu penaiktarafan ban itu, kita agihkan 12 juta ke kawasan DUN Sementa. Terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 39.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Haiwan Liar Endemik Di Hutan Simpan Kuala Langat UtaraQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Sila senaraikan haiwan-haiwan liar dan endemik yang terdapat di Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

b) Apa pelan tindakan untuk memelihara dan memulihara stok biodiversiti di situ?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Lanjan yang bertanya tentang haiwan liar yang endemik di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor telah pun menjalankan survey di Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada 4 - 13 Mac 2020 selama 8 hari. Kali terakhir profil hidupan liar dilaksanakan oleh pihak jabatan adalah pada tahun 2002. Sebelum itu terdapat keperluan pengumpulan data tersebut bagi melengkapkan data hidupan liar sedia ada. Senarai hidupan liar yang terdapat di Hutan Simpan Kuala Langat Utara ada tiga kumpulan hidupan liar iaitu mamalia, avifauna dan juga iktiofauna. Untuk mamalia terdapat 29 spesies terancam seperti musang atau saintifik Viverridae Sevata. Yang kedua turut ditemui kelawar dengan nama saintifik Harpiocephalus sejenis spesies yang jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Kali terakhir spesies ini dijumpai pada tahun 2007 dekat rizab hidupan liar di Sungkai Perak. Untuk spesies mamalia turut ditemui 2 spesies iaitu Ungka Tangan Putih, kedua Lotong Cengkung ataupun Dusky Leaf Monkey yang dilindungi di bawah

Akta 716, ada 70 spesies burung, habitat burung yang terjejas dengan penerokaan hutan oleh orang tempatan yang juga menyebabkan kepelbagaian spesies burung tidak dapat dicapai pada tahap yang tertinggi seperti Hutan Dara namun begitu Hutan Simpan Kuala Langat masih mempunyai habitat semula jadi yang baik serta mampu memberikan perlindungan kepada spesies burung kawalan biologi family ataupun burung hantu dan juga terdapat 7 spesies reptilia, terdapat 11 spesies katak, keseluruhannya sebanyak 117 spesies hidupan liar. Untuk menjawab soalan yang kedua, apakah pelan tindakan untuk memelihara dan memulihara stok biodiversiti di situ dalam aspek pengurusan fauna di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor menjalankan kajian inventori bagi mengumpul data hidupan liar. Perancangan mitigrasi antara hidupan liar manusia yang bersesuaian. Aktiviti penguatkuasaan berasaskan kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Akta 716 adalah dilaksanakan. Bagi penguatkuasaan dan secara menyeluruh ia adalah di bawah kuasa di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sekian.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan susulan Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ini demi beruang dan burung.

Speaker

Beruang pun masa dah habis dah, lain kali la beruang, kita faham Yang Berhormat Bukit Lanjan, sangat perihatin kepada beruang dan sebagainya tapir, malaya tapir dan hidupan-hidupan liar yang lain ini memang kita faham jadi ucap terima kasih Bukit Lanjan yang perihatin kita akan kemukakan semua ini, salam nya. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Sebelum saya meneruskan Peraturan Mesyuarat pada hari ini. Oleh kerana jam menunjukkan jam 11.30 pagi maka saya menangguhkan Sesi Pertanyaan Mulut. Sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini saya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar membaca usul.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker, oleh sebab terdapat satu Usul yang perlu dibahaskan pada hari ini juga, saya mencadangkan di bawah Peraturan Tetap 78 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 66, bagi membolehkan Usul ini dibahaskan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK. Usul ini dipersetujui.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Tetap (43) oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar mengenai usul mempertimbangkan semula keputusan Yang DiPertua, Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan Tatacara Pakaian yang hanya membenarkan pemakaian Baju Kebangsaan, Baju Melayu bersampin dan bersongkok untuk Sesi Persidangan Dewan Negeri Selangor pada hari Jumaat sahaja. Oleh itu saya menggunakan kuasa Speaker di bawah Peraturan Tetap (78) supaya usul ini di bawah Peraturan Tetap (43) dibahagikan dibincangkan sekarang mengikut peraturan (43) berkenaan sekurang-kurangnya usul ini dan sekurang-kurangnya satu pertiga Ahli Dewan untuk berdiri untuk menyokong cadangan ini daripada Yang Berhormat Sungai Air Tawar jadi saya minta Bentara kira yang menyokong usul ini bangun.

Bentara sila kira, sila catit ya Bentara.(Bentara sedang mengira)

Sila duduk, 10 orang yang bangun menyokong usul ini, Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan Peraturan (43) ini memerlukan satu pertiga Ahli-ahli Dewan untuk menyokong cadangan ini maknanya 10 orang tidak cukup dari satu pertiga daripada 56, kita perlu 19 dan Dewan Negeri Selangor memandang berat atau pun serius tentang usul yang di bawa oleh Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar yang memberi membuat pemberitahuan pada hari semalam dia perlu usul ini perlu 2 jam awal bagi pemberitahuan usul ini dan Dewan Negeri Selangor memandang serius dan memberi keutamaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan memberi keutamaan supaya usul ini di beri laluan dan maka pada saat ini kita dah beri laluan kepada usul Yang Berhormat Ketua Pebangkang Sungai Air Tawar tidak seperti di Parlimen di mana usul persendirian samada usul tidak percaya, undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau pun usul Rang Undang-undang Persendirian mereka akan letak di belakang. Selepas urusan kerajaan selesai baru lah akan dipertimbankan samada usul ini boleh dinaikkan atau di bahas itu diperingkat Parlimen. Tetapi saya mengambil kira kerana usul ini penting dan pemberitahuan dibawa oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar penting jadi, saya kita ambil pendekatan beri keutamaan dan hari ini telah diputuskan maknanya 10 sahaja menyokong yang lain tidak menyokong maka dengan ini usul ini telah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan usul ini tidak mendapat 1/3 sokongan iaitu hanya 10 orang maka usul ini digugurkan. Jadi saya ingin sekali lagi di dalam dewan yang mulia ini ingin menegaskan dan ulangi sekali lagi perintah Speaker mengenai Kod Tatacara Pakaian iaitu pakaian semasa persidangan adalah Long Suite Gelap bagi lelaki dan tertib serta memakai Blazer gelap bagi wanita dan baju Melayu Baju Kebangsaan hanya untuk hari Jumaat sahaja. Ini perintah Speaker yang kita telah putuskan di sini dan mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat jadi saya sekali lagi tegaskan minta pihak pembangkang tak perlu lah gunakan isu ini untuk dijadikan alasan dan saya telah beri ruang yang secukupnya termasuk bawa usul untuk cabar keputusan perintah Speaker dan pun telah dibawa mengikut lunas-lunas demokrasi, lunas-lunas yang ada di Dewan Negeri Selangor ini maka saya inta Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor kita sebagai Ahli-ahli yang bijaksana yang Budiman yang

dipilih oleh rakyat,memahami kemuliaan Dewan Negeri Selangor ini memahami kita sebagai penggubal undang-undang Negeri Selangor ini, ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat maka peraturan-peraturan remeh, kecik ini, remeh temeh ini kita jadi perintah sudah dibuat satu perlu diikuti ini lah makluman yang perlu saya sampaikan secara jelas dan clear kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Silakan semua bagi kerjasama dan kita minta Setiausaha Dewan teruskan Aturan Mesyuarat.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, semua peringkat.

Speaker

Sila, bagi Pihak Kerajaan untuk beri penggulangan atau respon daripada perbahasan 2 hari oleh Ahli-ahli Dewan semua. Kota Kemuning

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah membawa isu-isu berkaitan kemiskinan, bantuan perihatan yang berhubung dengan KISS, SMUE, Bantuan HAM dan sebagainya dan juga berkaitan tentang pekerja. Tuan Speaker, bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Bukit Lanjan, yang begitu perihatin terhadap masalah rakyat yang kita tekan dengan kehidupan di bawah paras garis kemiskinan lebih-lebih lagi akibat COVID-19 memang sesuatu keadaan yang sangat merumitkan Kerajaan Negeri sedar golongan miskin ini bukan sahaja daripada satu kawasan malahan Kerajaan Negeri juga memberi fokus apabila kita sedar kemiskinan Luar Bandar dan juga kemiskinan Bandar. Kini menjadi kemiskinan Bandar menjadi suatu fenomena yang sangat di risau oleh Kerajaan Negeri. Cadangan Bukit Lanjan agar RM900 diberi kepada keluarga miskin memang menunjukkan keperihatinan beliau, namun apabila tanpa suatu data yang nyata, saya bagi Kerajaan Negeri apabila kita banding dengan data-data yang sedia ada bagi yang berdaftar SMUE sehingga untuk tahun 2020 sahaja 98,647 penerima baucar 3 perayaan sebab apa kita bagi kepada orang yang miskin ini semua. Sasaran kita 80,000 orang Kad KISS sasaran kita 25,000 orang sebab apa saya banding ini 3 program sebab salah satu mereka tak dapat program lain so jumlahnya sebanyak 203,647 saya juga ingin mencantum dengan mereka yang telah berdaftar dan menerima sebahagian daripada keluarga Asnaf dan fakir miskin daripada Zakat seramai 61,767 maka apabila kita campur semua seramai 203647 orang bermaksud keluarga, maka apabila kita banding 6 (+) 265404 times 900 kita dapat 238 Juta untuk setiap bulan times dengan 12 kita akan dapat RM 2.8 Billion perlu, kalau kita bandingkan hanya dengan RM 900 kalau setiap bulan untuk keluarga-keluarga miskin yang hanya berdaftar setakat di situ sahaja.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Yang Berhormat, EXCO saya lupa nama Kota Kemuning. Dulu nya nama desa. Mungkin Yang Berhormat telah ada silap saya bukan kata RM 900 ini untuk semua yang di bawah kategori B40, cadangan RM 900 ini bantuan ini adalah untuk keluarga miskin tegar kerana dalam kategori kemiskinan kita ada pelbagai kategori ada yang miskin, dan

miskin tegar so maksud saya adalah kita fokus kepada dengan izin the poorest of the poor lepas itu kita boleh lihat macam mana kita boleh menyambung bantuan yang kita ada pelbagai bantuan di Negeri Selangor dan juga di peringkat Persekutuan kita cari bantuan yang lain tetapi kita sepatutnya ada satu sistem atau pun perancangan yang lebih bagus daripada hari ini di mana mereka hanya dapat antara RM 200 sehingga RM 350 sebulan mana mereka boleh survey dalam dunia ini.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Bukit Lanjan yang sentiasa mempertahankan keperihatinan beliau saya sebenarnya sangat bersetuju pandangan beliau tapi perlu diingatkan apabila kita saya masih lagi ingat apabila Bukit Lanjan menyatakan kemiskinan paras garis kemiskinan.

Namun begitu, data-data yang saya nyatakan adalah seperti, penerima baucar perayaan kita meletakkan sasarannya RM 1500 ke bawah pendapatan keluarganya. So, itu sahaja itu 80,000 sasarannya. Kad Peduli Sihat sasaran kita adalah 25,000.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat EXCO, saya juga ambil maklum daripada Jabatan Statistik angka dia keluarga berpendatan RM 2,000 ke bawah dalam seluruh isi rumahnya hanya 1.5 peratus daripada isi rumah di Selangor atau pun lebih kurang 32,000 keluarga di Negeri Selangor. Angka daripada Jabatan Statistik ini jauh lebih kecil daripada angka yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi berkenaan jumlah keluarga yang membuat deklarasi di mana pendapatan mereka di bawah RM 1,500 atau pun di bawah RM 2,000 untuk mendapat manfaat KISS, Peduli Sihat dan Baucar Jom Shopping yang disebutkan tadi. Jadi angka yang sangat berbeza ini apa pandangan Kerajaan Negeri ada tak berlaku kebocoran.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Saya sedar sebab sebenarnya angka-angka yang dinyatakan sebelum ini sebenarnya dari Kerajaan daripada Statistic Department mereka menggunapakai pendapatan keluarga seisi rumah 960ringgit ke bawah. Kerajaan Negeri kita menggunapakai RM 1,500 ke bawah, paras garis kemiskinan itu yang membuat perbezaan yang ketara di situ. Isu sebab tadi saya nyatakan di Selangor apabila kita menggunakan satu paras garis kemiskinan yang berbeza angkanya maka data-data yang menunjukkan juga berbeza ini belum lagi yang di luar sana mungkin tidak lagi dimasukkan dalam angka yang sebenar. Itu sebab saya kata angka anggaran yang saya nyatakan dalam pada itu apabila saya menyatakan anggaran angka yang dinyatakan yang bantuan yan gtelah pun mereka menerima kalau kita Nampak lagi-lagi seperti Asnaf dan fakir miskin daripada Zakat, 61,000 sebenarnya maka kita bandingkan dengan angka-angka ini dengan RM 900 mungkin satu nyata data yang menunjukkan kita perlukan 2.8 Billion untuk setahun sahaja. Saya teruskan

Speaker

Sungai Pelek minta mencelah

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, saya amat tertarik dengan soalan dari Bukit Lanjan iaitu kalau boleh RM 900 kepada keluarga supaya mereka boleh keluar daripada kemiskinan tapi saya difahamkan saya dimaklumkan di Pulau Pinang sudah lama mereka, cara mereka ialah bersasarkan kepada golongan miskan tegar di mana setiap keluarga miskin tegar Kerajaan Negeri akan top up sehingga dia keluarga daripada miskin tegar mungkin EXCO boleh study ataupun meninjau benda ini, kalau boleh digunakan juga di Negeri Selangor.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Ya, mungkin lepas saya baca ni, saya buat sesuatu dulu, nanti saya jawab Yang Berhormat Sg. Pelek.

Soalan tambahan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Maka, realiti yang sebenarnya adalah kita perlu sedar ..

Pencelahan.

Speaker

Sementa pula nak celah.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Sila Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker. Tadi disebut tentang yang mana Sg. Pelek menyebut di Penang ada bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri. Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor juga kita ada bantuan am yang kita berikan melalui pihak JKM yang mana bantuan itu di antara RM250.00 ke RM350.00 jadi mungkin, kerana statistik ataupun nama-nama para penerima yang miskin tegar itu berada dalam, daripada pihak JKM dan juga daripada pihak Zakat. Jadi, mungkin kita boleh gunakan data tersebut untuk kita membantu rakyat yang memerlukan ini dan kita tambahkan bantuan am itu daripada RM250.00 ke RM350.00 ke lebih tinggi lagi yang lebih bersesuaian dan yang lebih, maknanya Kerajaan Negeri mampu untuk membayarnya.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Sementa, terima kasih juga. Kita perlu sedar, realiti yang sebenarnya, kemampuan Kerajaan Negeri ya, pendapatannya terhad. Kita bukan, dalam pada itu, diingatkan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin, Negeri Selangor sentiasa ke hadapan. Bukan sahaja hanya satu (1) program, kita telah susun daripada semenjak 2008, sentiasa Kerajaan Negeri di hadapan dengan program-program Inisiatif Peduli Rakyat yang paling banyak sekali di dalam Malaysia. Kita ada Program Air Percuma, kita ada Program Bas Percuma, kita ada Skim Mesra Usia Emas, kita ada kad KISS, ini kad KISS IT pula ya. Kita ada Kad Peduli Sihat, kita ada Program Jom Shopping Perayaan, kita ada Bantuan Blue Print, kita ada Bantuan Kerajaan Prihatin, kita ada juga JKM yang mana kita memberi sumbangan, setahun hampir RM15.9 Juta untuk

Jabatan Kebajikan. Kita juga ada program-program yang berkaitan dengan kesihatan yang begitu banyak sekali. Perlu diingatkan segala program apabila penambahan ataupun program-program yang melibatkan kewangan, kita juga perlu mengimbangkan dengan pendapatan Kerajaan Negeri. Seperti yang tadi, seperti Yang Berhormat Bukit Lanjan dan juga Yang Berhormat daripada Sg. Pelek, Yang Berhormat Sementa, semua memang mengimpikan satu keadaan yang mana Kerajaan Negeri sentiasa berdiri ke hadapan.

Memang pun Negeri Selangor ke hadapan yang mana negeri-negeri lain memang masih lagi melihat bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengadakan begitu banyak program. Mungkin Pulau Pinang ada program yang begitu, tetapi Kerajaan Negeri perlu sedar, kita ada program IPR yang terbanyak dan kita membantu bukan hanya satu program yang satu orang. Begini ya, satu keluarga yang sama akan terima kad Peduli Sihat. Keluarga yang sama mendapat kad KISS, keluarga yang sama mungkin dalam JKM. Keluarga yang sama mungkin juga dalam Asnaf ya, bantuan-bantuan keluarga yang sama juga anak mereka mengguna bas percuma. Keluarga yang sama juga mungkin menggunakan program-program yang terlibat. Ini semua adalah sasaran Kerajaan Negeri dari awal lagi telah memfokuskan, membantu masyarakat yang tersempit dengan kemiskinan, dengan kehidupan yang begitu susah sekali dalam keadaan maka Kerajaan Negeri bercirikan kebajikan sentiasa ke hadapan. Ya, itu yang saya cuba nak nyatakan di sini.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak minta penjelasan.

Speaker

Hulu Kelang, sila.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih. Saya nak ucapkan terima kasih kepada EXCO yang berkenaan, keprihatinan dan kesungguhan tetapi hampir-hampir perfect. Y.B. hampir-hampir jadi, Yang Berhormat hampir-hampir jadi EXCO yang perfect, kalau open sikit tentang isu membasmi kemiskinan cadangan Bukit Lanjan. Saya pun menyokong pandangan beliau. Saya melihat beliau berucap daripada rumah di Hulu Kelang dan saya diminta balik oleh doktor pada hari itu. Jadi, saya ingat kita jangan defensive. Saya, nak lontarkan satu isu bahawa saya menyokong konsep ini ke tahap saya kata kalau kita buat di peringkat ADUN pun tak apa. Even kalau kita boleh selamatkan seorang atau satu keluarga, lebih kurang setahun, sudah cukup. Tidak payah tengok banyak-banyak. This is satu kesungguhan kerana kita bila kata buat bajet ni, bajet ni bertujuan memberikan keyakinan rakyat, Kerajaan take care of them. Kita terima kebijaksanaan Kerajaan RM20 Juta untuk bola sepak tapi mereka tidak nampak RM20 Juta untuk mereka, kami tak ada sita pun. Dia tengok begitu. Jadi, boleh tak kita sentuh, sentuh, sentuh ni ke tahap kecil mana pun, sepuluh (10) orang pun untuk program ini kita buat, kita boleh isytihar kan. Tahu tak kalau kita buat, kalau kita tak buat, peringkat Kerajaan, buat di peringkat ADUN.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, yang senior, yang sentiasa memberi pendapat yang begitu bernas sekali ya. Saya ingin menyambung, saya menyatakan Bantuan Pembasmian Blue Print yang selama ini saya mengambil alih. Daripada 2008 sehingga November 2020, seramai 4506 orang telah mendapat manfaat. Dan saya difahamkan daripada siasatan UPEN itu, melebihi 95% berjaya menambah pendapatan mereka dan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan. Saya juga sebagai nasihat daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, sebagai ADUN kawasan, kita mengguna pakai peruntukan, saya sendiri telah membantu peniaga-peniaga yang perlu kesempitan, pernah kita membuat peruntukan dan sebagainya. Tapi namun begitu, sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor, kita memainkan dalam bajet yang telah diperuntukkan dengan cara yang hemah, itu yang penting.

Dan saya kembali kepada saya, Tuan Speaker, merujuk juga cadangan daripada Yang Berhormat Kota Anggerik, yang telah menyatakan supaya SMUE, bantuan RM100.00 voucher itu ditingkatkan kepada RM300.00 dan juga voucher, yang apa tu, kad KISS daripada RM200.00 ditingkatkan kepada RM300.00. Memang ia menunjukkan keprihatinan beliau. Saya sebagai seorang ADUN ok, yang dipilih oleh rakyat memang setiap Yang Berhormat di sini inginkan satu kelainan dan juga bagaimana kita boleh membawa satu keadaan yang membantu lebih ramai dengan lebih jelas, tapi namun kita perlu sedar, bantuan apabila kita naikkan SMUE kepada RM300.00, kini dengan RM100.00 voucher, sasaran belanja kita adalah setahun RM27 Juta. Kalau dinaikkan kepada RM300.00 ia akan dijadikan kepada RM81 Juta. Keperluan bajet nanti. Kalau seperti kita kad KISS sekarang, 25,000 sasaran kita, kita peruntukkan RM62 Juta

Mohon mencelah.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Ada, ada, nanti dulu, nanti dulu. Kalau kita naikkan kepada RM100.00 lagi ia akan jadi RM97 Juta. Terima kasih.

Speaker

Sentosa dulu.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO Kota Kemuning. Beliau telah menyatakan bahawa setiap tahun Kerajaan Negeri perlu menganggarkan lebih kurang RM27 Juta untuk SMUE, pembayaran Khairat Kematian dan sebagainya dan tahniah diucapkan untuk tahun 2021 kita ada RM500.00 akan diberikan. Adakah Kerajaan Negeri boleh, dikatakan kita boleh terus menubuhkan satu tabung amanah khas, ya, kalau boleh, di mana kita boleh dapatkan ataupun simpan lebih kurang RM100 Juta setiap tahun. Dalam lima (5) tahun, RM500 Juta boleh disimpan ataupun boleh dimasukkan dalam satu tabung amanah dan kita ada pulangan interest, ROI (Return On Investment) tu lebih kurang 5%. Kita akan menerima RM25 Juta setiap tahun. Dan this, we can definite, dengan izin, we can definitely honour RM2,500.00 setiap tahun. Adakah

Kerajaan Negeri boleh merancang sesuatu, right, untuk memastikan Khairat Kematian sebanyak RM2,500.00 boleh terus digunakan setiap tahun seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang itu adalah idea yang bernas. Pihak Kerajaan Negeri memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Speaker

Silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih. Saya nak tanya Yang Berhormat Kota Kemuning, tadi Kota Kemuning nyatakan bahawa permintaan daripada Yang Berhormat Kota Anggerik mengatakan bahawa RM200.00 minta kepada RM300.00. Apa pandangan Kota Kemuning sekiranya kita letakkan bahawa RM100.00 untuk KISS sebelum ini RM200.00, kita faham. Sekiranya RM100.00 itu diturunkan, tetapi kita boleh dapat, ramai yang dapat permohonan penambahan. Sebab, kalau kita tengok walaupun RM100.00 kita bagi baucar Jom Shopping, ataupun Perayaan, memang orang akan berebut kerana nilai itu cukup bermakna walaupun RM100.00.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Nampaknya memang banyak cadangan untuk portfolio yang saya baru diberi amanah kepada saya.

(Dewan ketawa)

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Ya, portfolio baru ini, saya mengalu-alukan cadangan tersebut. Sebenarnya daripada RM2,500.00 Khairat Kematian, apabila kita tukar dengan RM100.00 baucar, kini kita naikkan dengan tambahan RM500.00 pun orang dah kutuk dah ya, walaupun daripada ramai menerima ada juga pihak yang menyatakan ia tidak setimpal. Kalau dah bagi RM200.00 nak ambil balik letak lagi RM100.00, orang kata, saya rasa Tuan Speaker pun pandang saya satu macam ya. Tapi, bagaimanapun, cadangan-cadangan begitu akan nanti saya, akan bawa dalam pertimbangan nanti. Mungkin kita fikirkan, dengan saya nampak niat Yang Berhormat yang mana untuk membantu lebih ramai lagi, itu adalah niat sebenar Yang Berhormat, saya nampak mungkin kita berbincang nanti ya. Itu yang saya nak nyatakan seperti daripada Yang Berhormat Kota Anggerik yang begitu...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kerana memberi laluan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, bukankah pernah sebenarnya, apa yang kita lakukan ini ada yang disarankan oleh Kerajaan merupakan works in progress, dengan izin, iaitu sesuatu yang akan bertambah baik sepanjang masa. Saya masih ingat semasa Skim Mesra Usia Emas, sebagai contoh, bila kita mansuhkan wang Khairat Kematian sebanyak RM2,500.00 itu, memang ramai

yang tidak suka dan membantah. Dan kemudian dicadangkan kita perlulah fikir macam mana untuk pulih semula dan pada masa itu digantikan dengan shopping vouchers setahun sekali. Dan selepas itu, saya kira Kerajaan telah pun menjalankan banyak rasionalisasi dari segi belanjawan dan sekarang kita mampu memulihkan sedikit sebanyak pembayaran wang Khairat Kematian itu yang pada pendapat saya itu adalah satu kesyukuran. Kita, saya berasa syukur. Saya tak pasti pengalaman yang lain macam mana. Bagi saya, ibu bapa saya di Perak. Ibu bapa mertua saya di Sarawak dan kedua-dua mereka berada di bawah negeri Perikatan Nasional. Ha mik pung buo, dalam bahasa Hokkien, apa pun tak ada, apa pun tak ada, (bahasa Tamil), (bahasa Cina), tapi ini kita bukan sahaja ada. Kita tarik RM2,500.00, kita ganti dengan wang shopping voucher, ya, RM100.00 dan kemudian kita sekarang, tahun hadapan kita akan adakan lagi wang Khairat Kematian RM500.00, mungkin kiranya kutipan cukai kita cantik pada tahun-tahun yang akan datang dan saya berdoa kita akan bertambah cantik, recovery kita V shape, pada tahun hadapan maka mungkin RM500.00 akan jadi RM600.00, RM700.00, RM800.00, RM1000.00, RM1,500.00 dan sebagainya. Dan saya tak pastilah tapi saya doakan itu. So, I would like to ask a question, is it always works in progress? Thank you.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Banting yang sentiasa juga tidak terkeluar tanpa tiada soalan, memang bukan Banting. Yang Berhormat Banting memang ada cadangan, pandangan. Saya percaya segala-galanya, segala rancangan kita nampak. Segala IPR yang telah direncanakan semenjak 2008 memang progress dia kita nampak ya. Ia berbeza, kita menambah dengan cara-cara kebaikan dan menyesuaikan dalam keadaan semasa. So, saya harap program-program seperti ini akan bergerak kepada keadaan yang lebih positif dan akan lebih maju lagi mungkin seperti cadangan anda yang mana pada masa-masa akan datang dengan pendapatan Kerajaan Negeri mungkin kita boleh meningkatkan semua program-program yang bersasarkan kepada Kebajikan Masyarakat.

Tuan Speaker, saya ingin merujuk juga kepada Yang Berhormat Kota Damansara dan juga Yang Berhormat Sungai Pelek yang membawa isu tentang keprihatinan pada kebajikan pekerja di mana Yang Berhormat Kota Damansara telah meluahkan dan merisaukan beliau tentang isu-isu pekerja yang akan banyak dihadapi dan juga persatuan pekerja. Yang Berhormat Sungai Pelek pula merisau tentang industri penerbangan khususnya yang KLIA, kawasan beliau akan mengakibatkan melihat satu keadaan di mana tidak ada kestabilan menyebabkan ramai mungkin hilang pekerjaan.

Tuan Speaker, kita sedar isu-isu pekerjaan atau pun pekerja sebenarnya adalah isu di bawah Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Putrajaya lebih-lebih lagi sebenarnya segala hal ehwal undang-undang mahupun isu-isu yang berkaitan kebajikan juga terletak di bawah akta-akta, semua di bawah pentadbiran Putrajaya. Lebih-lebih lagi Kementerian Sumber Manusia sepatutnya lebih peka terhadap kebajikan mereka.

Namun sebagai Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia. Dan juga kita ada bermaksud kita ada paling ramai pekerja. Kita juga setiap hari ramai sebenarnya berhijrah masuk ke Negeri Selangor untuk mencari peluang pekerjaan. Ini adalah memang fakta dan kita juga sedar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan juga keadaan pandemik COVID-19 ini memang berlaku dalam keadaan mungkin pembuangan atau pun pemberhentian pekerja itu memang satu peratusan yang tinggi mungkin melonjak. Kita sedar keadaan ini, Yang Berhormat Menteri Besar telah mewujudkan satu STANDCO yang baru Pemberdayaan Pekerja dan saya telah diberi amanah untuk menerajui STANDCO tersebut. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Memang ia pada saya STANCO yang ini adalah sangat baru dan saya sebenarnya pun masih lagi belum ada banyak perbincangan. Saya harap dalam masa-masa akan datang kita sedar isu-isu tentang hal-hal pekerja. Bukan sahaja setakat kita menemukan mereka dengan isu seperti mencari majikan tapi kita juga kena sedia melihat bagaimana isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan mereka seperti hal-hal berkaitan SOSCO yang mana memang mempunyai masalah yang begitu banyak. Ramai yang sebenarnya dah mula datang ke pejabat saya, bagaimana kita boleh kendalikan isu-isu tentang agensi-agensi yang berkaitan tentang pekerja.

Dan juga agensi-agensi yang berkaitan dengan persatuan pekerja. Saya difahamkan persatuan-persatuan pekerja yang sebenarnya tertumpu 70% di Negeri Selangor. Persatuan-persatuannya bertapak di Negeri Selangor. Makanya perlu kita bekerjasama dengan mereka dan dalam masa-masa akan datang saya percaya STANCO ini akan dimantapkan dengan cadangan dan input-input daripada Yang Berhormat sekalian.

Mohon mencelah.

Speaker

Meru.

Ok, saya hendak bertanya sedikit kepada Yang Berhormat berkaitan dengan pekerja khususnya dengan pekerja asing. Saya baru-baru ini terbaca di media agak takut bila pekerja-pekerja Bangladesh buat demonstrasi di negara dia sendiri, hendak balik ke Malaysia. Dan kita lihat pada ketika ini sendiri, kita pun dah jenuh atau pun kita pun dah muak dengan pekerja asing ini yang dengan masalah yang ditimbulkan. Ada tidak di peringkat Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak kedutaan untuk mengawal mereka, sebab kita pun kena lihat, kalau kita tidak beri peluang kepada mereka yang sudah ada di sini, kita takut akan ada masalah lain pula, masalah jenayah dan sebagainya. Itu yang kita takut, silakan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Ya Yang Berhormat, terima kepada Yang Berhormat Meru. Kita sedar ya yang ini memang perkara pengambilan pekerja

asing. Dia sebenarnya terletak akta dan juga undang-undang pengambilan ini semua di Pusat. Itu sebab tadi saya telah dalam awalan saya apabila saya menyentuh tentang isu pekerja saya kata, Kementerian Sumber Manusia perlu peka dengan perkembangan semasa. Saya pun terbaca dan terkejut ...

Saya takut Yang Berhormat salah maksud saya. Maknanya kerjasama kita dengan pihak kedutaan. Sebab kita ambil contoh waktu ketika pandemik COVID-19 baru ini, antara yang tidak dapat bantuan ini adalah pekerja asing itu sendiri. Dan dia pun berjumpa dengan ADUN-ADUN, berjumpa dengan kita juga hendak minta bantuan tapi kita tak boleh hendak bagi bantuan kepada mereka. Dia pun manusia jugakan. Saya hendak bagi cadangan sebab macam pihak saya di peringkat DUN Meru waktu berlaku COVID-19 baru-baru ini selama 3 bulan itu, saya berhubung dengan pejabat kedutaan Malaysia dan minta mereka bantu dan NGO-NGO daripada negara dia sendiri membantu kita. Sebab kita takut kalau dia orang sendiri pun bermasalah akan timbul jenayah. Itu perkara yang kita kena fikirkan bersama juga. Saya hendak tanya kerjasama mungkin boleh diwujudkan di antara Kerajaan Negeri dengan pihak kedutaan atau pun G to G lah senang cakap begitu, itu sekadar cadangan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih itu sebab tadi saya ingin menyentuh tentang kuasa terletak di mana pertama, kalau tanpa kita patut saya rasa kita patut ada kuasa-kuasa tertentu apabila kita hendak hubungi dan isu-isu itu patut terletak dengan kuasa yang pada Kerajaan Negeri. Dalam isu-isu ini jelas ia terletak dalam pentadbiran Putrajaya, namun begitu itu sebab kita telah wujudkan satu STANCO baru. Saya perlu berbincang secara sedalam-dalamnya dan sebab itu saya perlukan input-input daripada Yang Berhormat sekalian. Apabila kita dapat satu Jawatankuasa yang mantap, saya percaya daripada Pegawai Awam kita seperti Jabatan Perundangan kita, UPEN dan sebagainya mungkin kita duduk bersama ya. Berbincang bagaimana kita boleh memainkan, Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam isu-isu berkaitan tentang hak mereka tetapi bagaimana untuk menempatkan mereka dalam penempatan mereka dalam syarikat. Saya kurang pasti sebab saya masih lagi perkara ini terlalu baru lagi kepada saya maka ia perlukan masa untuk kepada saya. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker bagi isu-isu ...

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih saya hendak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Serdang dan kakitangannya membantu kita dalam pengurusan sebelum ini terutama melibatkan IPR. Dan juga saya ucapkan tahniah kepada Pusat Khidmat Masyarakat kita, kakitangan kita yang menghadapi hari-hari permintaan rungutan berkenaan dengan isu IPR ini. Tetapi saya ucapkan tahniah juga kepada semua Pusat Khidmat kita, sekali lagi kepada Yang Berhormat Seri Serdang, dan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Kemuning, kita boleh bekerjasama, kita harap dapat memudahkan lagi untuk kita sama-sama membantu rakyat Negeri Selangor.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Saya kurang pasti, oh penggulungan untuk saya.

Speaker

Ini macam macam menggulunglah tadi, jadi saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau ada celahan, ada penjelasan untuk pihak kerajaan, straight to the point, kalau setakat untuk rumusan atau pun conceit itu saya rasa tak perlulah ya, jangan buang masa.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker sebab apa EXCO dah duduk jadi saya ambil kesempatan ucap terima kasih.

Speaker

Ucap terima kasih boleh tapi dalam penjelasan itu sekali cukuplah ya.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih, itu sahaja daripada pihak saya.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO daripada Kota Kemuning, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Batu Tiga.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021, khususnya berkaitan dengan isu-isu perumahan, kesejahteraan bandar dan juga berkaitan dengan keusahawanan. Saya ingin disebabkan Air Tawar tak masuk lagi, saya bagi peluang pada yang lain dulu. Iaitu saya menjawab isu yang berkaitan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Rawang ingin saya memaklumkan di sini dalam ucapan Belanjawan 2021, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, satu program baru iaitu di bawah Yayasan Hijrah iaitu Inisiatif Niaga Darul Ehsan atau pun singkatannya NADI yang akan dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu peniaga kecil. Dan kita saya tahu bila saya dengar ucapan daripada Yang Berhormat, kita cuba untuk memudahkan cara dengan tidak lagi mengenakan syarat SSM bagi mereka yang berniaga tetapi cukup sekadar mereka mendapatkan lesen daripada PBT. Lesen PBT ia pelbagai tetapi cukup untuk mereka minta dan dapat lesen sementara pun itu menjadi satu rujukan bagi pihak Hijrah. Dan kita telah dengar baru-baru ini kita telah pun memudahkan cara permohonan lesen ini tidak lagi hanya dalam lingkungan kawasan-kawasan awam. Ia juga boleh dimohon untuk berniaga di depan rumah contohnya ya, letakkan barang-barang makanan di depan rumah tapi dengan syarat tidak boleh dine in atau pun tak boleh duduk dan makan ya. Jadi begitu juga perniagaan atas talian, buat di rumah semua itu kita buat bagi mudah cara.

Jadi untuk itu saya rasa inisiatif ini boleh diberikan satu peluang baru kepada peniaga kita yang kecil atau yang baru ingin terlibat dalam perniagaan ini dengan memberikan kelonggaran supaya modal pinjaman ini kita berikan lebih sedikit atau pun lebih rendah. Dulu RM5,000 minimum mungkin RM3,000 RM1,000 hendak buat pinjaman pun kita akan release dengan secepat mungkin dengan tidak melihat kriteria-kriteria yang lebih rigid atau pun lebih ketat. Jadi saya harap saya juga selaku EXCO Usahawan mengharapkan supaya bila adanya program NADI ini tahun depan lebih kita memacu atau memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil sama ada untuk menambahkan modal atau pun memudah cara perniagaan yang mereka ingin ceburi.

Begitu juga Yang Berhormat Jeram, tak ada juga ini, tapi saya jawab sedikit. Bertanya tentang program Zero to Hero yang mana saya yakin Jeram kena tahu bahawa program Zero to Hero ini merupakan program bimbingan usahawan yang bermula pada konsep mentor-mentee. Dia bukan sekadar hanya pinjaman tetapi mentor-mentee yang mana antara syarat kelayakan permohonan ini adalah berpendapatan RM2,000. Kita lihat program Zero to Hero ini sehingga kini 650 orang usahawan atau pun peniaga kecil yang telah kita bimbing dan ada yang dah berjaya dan ada yang ada rangkaian-rangkaian business yang besar walaupun hanya RM3,119,500.00 yang kita peruntukkan di bawah Zero to Hero ini. Jadi ...

Yang Berhormat mencelah sikit, hendak bertanya sikit berkaitan program ada kaitan tak atau pun ada tak perancangan untuk membuat dalam bentuk francais atau kerjasama dengan syarikat-syarikat francais.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Sebenarnya Zero to Hero ini, bila saya sebut mentor-mentee itu pastinya akan ada yang membimbing dan ada yang dibimbing. Yang dibimbing ini adalah mereka yang baru hendak menceburi tetapi yang membimbing itu adalah syarikat-syarikat peneraju yang sebenarnya dipilih untuk membimbing mereka. Jadi dia seolah-olah dia macam francais tapi dia bukan dalam bentuk membuka perniagaan tetapi membimbing mereka contohnya kalau seorang individu itu dia memohon untuk masuk dalam program spa contohnya tapi mereka tidak ada langsung pengalaman dan tidak ada satu kepakaran tetapi syarikat-syarikat peneraju yang telah pun berkecimpung di dalam bidang itu akan bawa mereka ini bekerja atau pun membimbing mereka selama 3 bulan ke 6 bulan untuk mereka diasuh sehingga mereka faham apakah sistem atau apakah industri spa ini dalam holistik yang lebih kemas. Lepas itu sebelum dia habis, kita bagi peralatan untuk mereka boleh bergerak. Jadi sama ada selepas itu mereka ingin membuka perniagaan sendiri atau pun ingin bekerja dengan orang lain atau pun mereka ingin melaksanakan program atas talian, itu tidak ada masalah. Jadi itu antara perkara yang disebut, jadi saya ingin berkata di sini bahawa program Zero to Hero ini kelayakannya juga berbeza. Yang mana kita tidak memerlukan pemohon memiliki lesen perniagaan malah tidak perlu pun SSM. Maknanya PBT pun tak perlu apa pun tak perlu sebab

kita anggap mereka ini sebagai mentee kepada satu-satu syarikat sehinggalah mereka habis dan berjaya dalam bimbingan ini atau pun dalam program ini Zero to Hero.

Begitu juga Jeram bertanya tentang bagaimana kita hendak pihak Hijrah akan membuat balik pinjaman semula RM15 juta ini. Jadi saya sebenarnya begitu berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar yang telah pun memberikan RM15 juta tambahan duit Hijrah tetapi kena ingat program ini khusus untuk kita berikan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga-peniaga sedia ada ya. Ia bukan khusus untuk atau pun dia bukan terbuka kepada peniaga-peniaga yang mempunyai modal berbayar melebihi RM100 ribu, RM200 ribu tetapi untuk mereka yang berniaga kecil-kecilan yang mereka baru hendak mula perniagaan atau pun mereka yang mengalami aliran tunai disebabkan PKP dan mereka tidak boleh berniaga secara lancar. Jadi bagi menjawab soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Jeram, kaedah atau terma pembayaran balik pinjaman tersebut untuk tahun depan masih lagi difikirkan tetapi izin saya nyatakan di sini, sebab saya tahu Jeram dah risau, nampak macam apa ini Hijrah ini asyik meminjam begitu ya. Tetapi saya ingin bacakan di sini sebenarnya jumlah pinjaman yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada Hijrah daripada 2008 sehingga sekarang tidak termasuk tahun hadapan berjumlah RM289,376,000.00 tetapi apa yang menarik di atas pinjaman ataupun geran yang diberikan ini akhirnya Hijrah telah dapat menguruskan dana ini dengan baik bukan sahaja dapat mengaturkan bayaran semula pinjaman itu bermula daripada 2018 membayar RM20 Juta selepas itu November ini akan bayar RM5 Juta dan telah pun merancang pembayaran sehingga habis RM105 Juta itu. Tetapi apa yang menariknya adalah bila mana beliau juga berjaya membuat kutipan semula sehinggakan dana RM289 Juta ini sekarang ini telah pun dikumpulkan sebanyak RM426 Juta untuk di revolve kan balik dengan izin ataupun dipusingkan balik untuk dipinjamkan kepada yang lain. Jadi suntikan-suntikan dana ini penting kerana disebabkan Hijrah adalah satu Agensi Kerajaan yang tidak bergantung sepenuhnya di sudut pengurusan daripada Kerajaan. Jadi mereka perlu satu dana khusus untuk mereka boleh berurusan ataupun mentadbirkan agensi Hijrah itu sepenuhnya. Jadi untuk itu nilai bayaran balik dan tarikh matang bayaran balik oleh Hijrah adalah masih mengikut jadual buat masa ini boleh izinkan saya baca sedikit iaitu pinjaman yang telah pun dipinjam sebanyak RM105 Juta yang lepas itu baki RM5 Juta akan dibagi pada tahun ini 2020, 2021 Hijrah telah pun menyasarkan bayaran sebanyak RM17.5 Juta, 2022, 2023 dan juga 2024 akan dibayar sebanyak RM17.5 Juta setiap setahun dan pada tahun 2025 jangkaan bayaran semula sebanyak RM5 Juta dan InsyaAllah akan berakhir pada tahun 2026 sebanyak RM5 Juta. Yang penting kita pinjam duit Kerajaan, Hijrah bayar semula duit Kerajaan bukan ia hanya sekadar pinjam tapi lupa untuk membayar semula.

Jadi, isu surau yang disebut saya yakin pihak Jeram concern ataupun prihatin tentang isu ini pastilah garis panduan dalam aspek perumahan telah pun meletakkan syarat-syarat tertentu hatta kalau membuat rumah-rumah pangsapuri ataupun berstrata ini syarat-syarat ditentukan iaitu untuk pembinaan surau atau madrasah adalah dalam

kawasan yang seperti kampung, kawasan perumahan dan kejiranan kecil. Jumlah tadahan penduduk adalah minimum 500 unit rumah atau 2,500 penduduk atau boleh menampung sekurang-kurangnya 200 orang jemaah atau 800 orang penduduk Islam di kawasan tersebut. Maknanya garis panduan memang telah ada, jadi butiran perincian mengenai syarat dan keperluan bagi pembinaan surau pastinya telah pun ada di bawah Jabatan Agama Islam juga. Jadi Jeram boleh merujuk perkara tersebut dan saya rasa yang lain itu saya sentuh singgung sikit, isu Ladang Air Manis saya tidak akan jawab sebabnya Air Tawar tidak ada di sini, sebab lebih spesifik nanti saya akan berjumpa tetapi saya yakin program ini, masalah ini telah diteliti daripada awal tetapi saya ingin menyinggung perkara-perkara yang lain disebabkan perkara ini juga diambil maklum Yang Berhormat yang lain iaitu tentang keprihatinan untuk apa kita akan meneruskan moratorium kepada peminjam-peminjam Hijrah.

Untuk makluman semua Kerajaan Negeri telah memberi moratorium daripada bulan Mac hingga Jun yang lepas yang mana ia impak kewangan yang telah pun terkesan ataupun diberi kesan kepada Hijrah adalah sebanyak RM70 Juta dan dari jumlah tersebut sebanyak RM35 juga caj kutipan tidak dapat dikutip juga. Tetapi tidak apa untuk kali ini saya rasa yang dirisaukan adalah dalam tempoh PKPB sekarang sehingga hujung tahun, apa yang Kerajaan laksanakan kita tidak ada rancangan untuk memberi moratorium tapi apa yang dibuat adalah Kerajaan ketika ini telah sedang membuat inisiatif penjadualan semula pinjaman. Kena ingat dalam keadaan PKPB ini ada peniaga yang memang terkesan, tetapi ada peniaga yang berjaya tidak dinafikan ada yang berjaya 3, 4 kali ganda business dia jadi kita tidak boleh pukul rata begitu jadi kita buat penjadualan semula mana yang mana-mana yang betul-betul terkesan, ada masalah kita akan bagi jadual semula panjangkan lagi ataupun kurangkan lagi itu pun akan dipertimbangkan. Jawatankuasa yang akan membuat penjadualan semula ini. Saya rasa ini lebih effective di dalam kita hendak memacu perniagaan itu dan kita yakin dengan ini juga tidak memberi kesan langsung kepada Hijrah kerana Hijrah juga sebenarnya telah awal lagi saya jawab tadi perlukan satu dana suntikan yang orang kata revolve itu supaya mereka boleh sustain atau boleh mampan dalam pengurusan ini. Silakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih saya ingin bertanyakan kepada Batu Tiga mengenai moratorium ini tetapi mungkin tersasar sedikit iaitu apabila pembangkang membangkitkan cadangan mereka ini bukankah kita berasa aneh bahawa mereka juga memperjuangkan hak peminjam ataupun kebajikan peminjam sebelah sana yang sekarang ini hanya ditawarkan moratorium bersasar sahaja dan ini sebenarnya tidak begitu membantu kerana dari segi jumlah bilangan moratorium bersasar hanya memanfaatkan 1.4 Juta orang peminjam sahaja bukan tidak semestinya peniaga kecil ramai daripada mereka merupakan pekerja swasta, buruh dan sebagainya tetapi mereka terpaksa membayar pinjaman ini. Berbanding dengan moratorium yang dilanjutkan secara automatik 8 Juta dan kos itu ditanggung oleh Bank iaitu RM6.4 Bilion ditanggung oleh Bank berbanding profit mereka pada tahun lepas RM30 Bilion. Jadi bukankah aneh sekiranya mereka ada di sini mereka juga

perlu bertanya soalan ini kepada Kerajaan Persekutuan dan saya kira ini sebenarnya dipersetujui oleh UMNO, moratorium automatik dilanjutkan sehingga PKPB atau bulan 3 tahun hadapan berbanding dengan seruan mereka yang saya rasa tidak adil kepada Kerajaan kerana kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan adalah wang rakyat, rakyat yang kena tanggung, Kerajaan kena tanggung tetapi di sebelah sana mereka tidak perlu bersedia untuk menyatakan persediaan mereka untuk mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan moratorium secara automatik secara untuk semua peminjam, ini pendapat saya jadi saya tanya kepada Kerajaan sama ada macam mana pandangan Yang Berhormat.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Banting. Saya setuju bila Banting menyebut moratorium ini perlu dilihat dua-dua level ataupun peringkat. Kita di Negeri ada kekangan tetapi kita masih lagi memikirkan kaedah-kaedah kepada rakyat tetapi saya setuju sama ada kita sepatutnya tidak membebankan rakyat hanya pihak-pihak tertentu sahaja perlu membayar Kerajaan Negeri tidak keluar duit untuk membuatkan moratorium kepada peniaga-peniaga ataupun usahawan-usahawan yang ada. Jadi saya tidak mahu komen panjang, mungkin kita boleh debatkan di Parlimen tetapi bagi pandangan saya untuk di peringkat Negeri Selangor itulah usaha-usaha yang kita buat selain daripada kita buat satu dana baharu iaitu nadi kita penjadual semula kepada mereka, pemudah lesen dan sebagainya dan kita juga memastikan supaya ekonomi itu masih lagi rancak dan bergerak.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kita lihat Yang Berhormat memberi jawapan yang begitu jitu tetapi sebelah sana hampir kehilangan diri. Mungkin ada lagi mantan rakan kita tapi tiga orang di situ tapi saya tidak pasti semalam saya dengar Sungai Panjang bercakap sangat panjang lebar dengan moratorium tapi hari ini mana dia? Rasanya mereka tidak berminat langsung untuk mengambil bahagian didalam perbahasan, mereka tidak minat langsung mendengar penjelasan mencelah perbahasan dengan Yang Berhormat juga tidak berminat. Ini kah sikap kita, sikap Wakil Rakyat kita?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya rasa mereka hanya melontar tapi tidak orang kata tidak mahu ambil tahu ataupun tidak kisah apa yang dijawab nanti saya yakin soalan yang sama juga akan timbul pada tahun hadapan ataupun penggal yang akan datang tetapi tidak apa. Seterusnya, Sijangkang ada bertanya Sijangkang ada di sini tidak pakai baju Melayu, terima kasih. Sebenarnya apakah kaedah sistem yang kita guna dulu, dulu memang kita ada beberapa sistem kita ada buat sistem berkumpulan pinjaman berkumpulan, pinjaman persendirian dan sebagainya. Memang saya tidak nafikan mana-mana sistem yang digunakan ada pro and con nya ada kelebihan ada kelemahan dan kita lihat bayaran semula juga ada yang baik ada yang tidak baik. Saya tidak kata sistem berkumpulan itu 100% baik kesannya juga kepada mereka yang terpaksa menanggung kawan-kawan yang tidak membayar dalam kumpulan-kumpulan tersebut. Jadi apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor kita telah melaksanakan InsyaAllah dan akan terus pada 2021 melaksanakan pilot kutipan berkelompok bukan pinjaman itu berkelompok kutipan itu

berkelompok. Maknanya kita kumpulkan peminjam-peminjam dalam jenis yang sama contohnya kalau FMB makanan dan minuman kita kumpulkan mereka, kita bukan sekadar sekarang ini usaha ataupun inisiatif daripada Hijrah bukan sekadar bagi modal. Mereka dikumpulkan untuk memberikan value kepada peminjaman itu, peminjam-peminjam itu untuk program untuk tambah untuk bagaimana untuk mereka tambah pendapatan perniagaan maksudnya bimbingan itu berkelompok dan akhirnya kita pilot kan kutipan itu berkelompok supaya mereka boleh belajar antara mereka satu sama lain bagaimana si A berniaga sama macam dia tetapi dia boleh buat bayaran balik dia si B tidak boleh bayar baik.

Jadi dengan adanya pinjaman berkelompok itu usaha untuk bersepadu ataupun membimbing mereka sekali mereka akan belajar antara satu sama lain dan akhirnya inilah environment itu yang kita hendak wujudkan dan akhirnya peminjam-peminjam ini bukan sahaja nafsu nafsi sendiri-sendiri tetapi mereka sekarang ini dalam komuniti usahawan yang sebenarnya saling bantu-membantu. Selepas itu kita juga maksud tadi tidak walaupun peminjam peribadi tetapi selepas itu kita akan kelompokkan program itu sebagai pembayaran semula itu sebagai pembayaran berkumpulan dan akhirnya kaedah berkumpulan dan kelompok ini dapat memberikan faedah seperti jaringan perniagaan, penyebaran maklumat dengan lebih cepat memudahkan pelaksanaan program untuk rangsangan dan kemahiran di kalangan usahawan. Jadi kita selain daripada itu kita juga bagi inisiatif seperti Hijrah sekarang ini telah pun mengolah semula sistem kutipan. Dulu banyak pakai manual sekarang ini 2020 InsyaAllah kita akan Tuan Speaker, kita akan memperkenalkan kutipan secara bersistematik dengan menggunakan digital. Jadi supaya lebih mudah mungkin boleh masuk secara online tetapi program itu dalam bentuk berkumpulan percubaan tersebut. Jadi dalam yang lain dalam aspek pembangunan usahawan ramai juga sebenarnya saya hendak beri rumusan kepada semua Yang Berhormat.

Boleh?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Sudah habis Sejangkang.

Saya tunggu sampai habis tadi saya baru saya hendak mencelah. Terima kasih EXCO. Apa yang dapat saya simpulkan tadi nampaknya kutipan sangat cantik sebab disebutkan tadi bahawa di bawah refund meningkat sehingga RM400 Juta pada masa ini tetapi maklumat yang saya dapat daripada penyelia-penyelia Hijrah ini kutipannya sangat-sangat tidak memberangsangkan pada hari ini ada sebahagiannya memang tegar tidak mahu membayar dari lihat kaca matanya mampu untuk bayar hatta dalam taklimat berkaitan dengan ibu tunggal yang dikaitkan pinjaman di Hijrah usahawan mereka juga respons nya pemulangan itu sangat tidak baiklah mungkin kalau terdapat beberapa percent daripada jumlah keupayaan pemulangan itu sendiri hatta kalau semalam saya dengar daripada Sabak juga mengatakan saya nafikan hatta ada ADUN-ADUN juga yang membuat pinjaman yang Ahli Majlis juga buat begitu tetapi ada yang tidak membayar semula ataupun mungkin bayaran tidak cantik dan ada cadangan daripada Sabak

supaya dikecualikan se olah sebagai satu dikecualikan daripada pembayaran semula. Apakah pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Sijangkang. Ini soalan baharu tetapi apa pun saya ingin memberikan maklum balas begini. Sebenarnya Hijrah ini telah melalui banyak evolusi daripada 2008 kita mulakan dengan MiMBAR Hijrah, SkimSEL sorry MiMBAR, SkimSEL dan kita ada banyak program banyak, sekarang ini Hijrah. Evolusi itu masih terus berjalan dan banyak yang tidak bayar ini adalah dari sebelum tahun 2015 dan bila kita ambil alih dan kita lihat banyak perkara yang banyak kita telah pun teliti dan kita telah pun ubahkan. Saya ingin menyatakan di sini maklumat yang Sijangkang dapat itu mengatakan bayaran balik itu tidak bagus dan sebagainya itu saya perlukan memberikan masa untuk saya jelaskan dengan lebih baik untuk saya keluarkan data-data. Sebenarnya MPL kalau dibandingkan dengan semua skim-skim Kerajaan baik di Federal, Kerajaan Selangor ataupun Hijrah jauh lebih baik daripada apa yang ada di Tekun dan juga yang lain dan kita kena ingat asal pinjaman ini adalah duit rakyat, duit rakyat mesti kita uruskan dengan baik. Kita tidak boleh semudahnya orang kata hanya membiarkan mereka-mereka yang tidak bayar itu ada yang sebenarnya tidak bayar bukan sebab tidak mampu tetapi sengaja tidak bayar. Jadi ada kes yang terkini bila kita kes-kes pinjam tegar ini kita minta pihak ketiga untuk membuat kutipan dia boleh bayar terus RM45,000.00 boleh bayar terus RM45,000.00 maknanya sikap mungkin kita perlu perbetulkan sikap duit ini duit rakyat mampu boleh bayar kita harap dia bayar. Kalau yang tak boleh bayar kita jadualkan semula ya, kalau betul-betul tak boleh bayar memang kita ada lagi satu step di bawah apa ni bawah apa ni lembaga, pihak Lembaga Hijrah kita wavekan mereka contohnya ada yang dah meninggal, ada yang tiba-tiba masalah kesihatan ya ada masalah kadang-kadang kedai terbakar dan sebagainya kita wavekan juga jadi pandangan-pandangan semua kita ambil kira tapi evolusi ini yang sebenarnya kadang-kadang sedikit mendrag ataupun mengambil apa ni menyebabkan MPL yang ada tu nampak macam ada orang kata apa ni ada pembesaran sedikit tapi sebenarnya saya nak sebut Hijrah masih lagi dalam keadaan yang terbaik dibandingkan dengan yang lain. Jadi yang lain saya nak simpulkan dalam isu usahawan ini isu saya tengok ramai Yang Berhormat prihatin tentang usahawan-usahawan kecil pastilah saya juga amat prihatin tentang perkara ini. Yang akan kita bincang bagaimana kita nak permudahkan lesen, bagaimana kita nak bagi modal untuk mereka boleh ni ataupun kita bagaimana kita nak bantu mereka. Saya ingin mengatakan di sini perlu diingat trend, business, sekarang ini adalah trend perniagaan di atas talian ya yang kita perlu berikan pendedahan kepada peniaga-peniaga ini walaupun dia peniaga yang kecil baru nak mula kita ingin garap mereka untuk mereka mesti terlibat dan ia very agak memang begitu signifikan yang perlu dititikberatkan iaitu terlibat di dalam perniagaan atas talian.

Oleh itu, kita lihat ekosistem perniagaan atas talian ini yang perlu disediakan sebab itu Dato’ Menteri Besar bincang pasal masalah digitalize, Yang Berhormat banyak complain tentang 5G, 3G ada yang tak de G kan? Supaya talian ataupun pengurusan

atas talian ni lebih lancar. Jadi apa yang dibuat oleh Pembangunan Usahawan kita lihat ekosistem itu telah ada. Kita tengok modal, kita dah sediakan sedikit. Modal. Kita yang pasti kita ada perkakasan peralatan kita berikan juga dana usahawan micro contohnya Blueprint kita bagi ya lepas tu kita sediakan market place iaitu kita ada SELDEC, ya kita ada Kohijrah kita ada pelbagai market place yang ada. Kita ada usaha sama dengan Shopee dengan Lazada dan sebagainya dan logistik sekarang ini yang terkini yang kerajaan buat di bawah right iaitu bawah EXCO Belia juga untuk memastikan ramai boleh terlibat sama ada-sama ada mereka itu usahawan perkhidmatan ataupun usahawan gig ataupun freelancer yang boleh terlibat di dalam banyak program.

Tetapi ada satu perkara sahaja kadang-kadang bila saya teliti perkara ini saya lihat nak suruh mereka berniaga atas talian, handphone ataupun perkakasan komputer run itu tidak ada. Jadi apa yang dibuat oleh EXCO atau oleh STANCO Usahawan tahun hadapan kita permudahkan ataupun kita perkemaskan sedikit peralatan, pembiayaan peralatan dan perkakasan ini, kita boleh memberikan ya kalau benar-benar pemohon itu kita nampak ada potensi perniagaan yang baik atas talian kita akan beri set komputer dan juga talian ataupun telefon bimbit pintar kepada mereka ya sebab tapi saya minta lah EXCO Infra kena pastikan ada Wifi. Kalau tidak, tak guna juga. Jadi saya usahakan sehingga begitu supaya anak muda, orang kampung, ya sesiapa juga yang dulu kalau kita tengok Nokia pun ada lagi, yang business pakai Nokia penjaja-penjaja kecil kita ni kita akan berikan mereka bantuan telefon pintar agar mereka boleh berurusan perniagaan atas talian. Jadi ini usaha yang saya umumkan walaupun ianya tidak disinggung oleh mana-mana EXCO eh oleh Yang Berhormat jadi untuk makluman tambahan.

Ok, dari sudut EXCO Perumahan, saya rasa saya akan jawab hanya Sungai Pelek ya sebab Sungai Pelek ada di sini. Sungai Pelek bertanya tentang Rumah Selangorku di kawasan Sungai Pelek ya rumah idaman ya sebenarnya saya ingin menyatakan di sini bilangan pemaju yang terlibat, yang telah siap ada 6 pemaju yang telah pun menyiapkan unit sebanyak 3,642 yang melibatkan 17.534 ekar. Dalam pembinaan ada 8 projek, lulus baru lulus kebenaran merancang 10 projek dan lulus kebenaran merancang tetapi diperaku dalam pelan perincian sebanyak 18 projek. Jadi sebenarnya di kawasan Sepang sahaja, di kawasan Sungai Pelek sahaja ada 18 eh ada 42 ya projek Rumah Selangorku yang hendak dilaksanakan. Jadi rasanya itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker. Jawapan yang boleh saya simpulkan pada kali ini dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Batu 3. Saya jemput Yang Berhormat EXCO daripada Seri Serdang untuk gulung.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang telah menunjukkan

keprihatinan mereka kepada isu yang di bawah jagaan saya. Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Banting, Yang Berhormat Subang Jaya, Sementa, Sijangkang, Gombak Setia, Kampung Tunku dan Permatang. Walaupun Yang Berhormat Sungai Air Tawar tidak ada di dalam Dewan saya ingin menjawab kerana pertanyaan itu mengenai Skim Peduli Sihat ini bukan sahaja maklumat ini perlu untuk Yang Berhormat Sungai Air Tawar tetapi juga kepada Yang Berhormat lain sekalian.

Tuan Speaker, Skim Peduli Sihat yang telah dimulakan sejak tahun 2017 akan diteruskan pelaksanaan dengan imej baru dan penambahbaikan pada tahun, bermula daripada tahun 2020 sebenarnya. Dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat atau SIPS. Melalui penjenamaan semula dan penaiktarafan skim ini pemegang polisi bakal menikmati kemudahan pelindungan insurans asas meliputi pelindungan disebabkan kematian, penyakit kronik, khairat kematian dan hilang upaya kekal di samping kemudahan rawatan pesakit luar di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan Selcare. Terdapat perbezaan di antara program Skim Insurans Peduli Sihat dengan program MySalam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di mana program MySalam hanya memberikan bantuan kewangan sebanyak RM8,000.00 sekali seumur hidup apabila diagnose salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan juga bayaran elaun hospital sebanyak RM50.00 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.

Namun yang demikian, manfaat yang ditawarkan oleh SIPS ini termasuk: -

1. Rawatan pesakit luar bernilai RM500.00 setahun bagi kategori keluarga dan RM250.00 setahun bagi kategori bujang yang layak lah ya. 2. Kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan RM5,000.00 sekali setahun bagi satu keluarga. Makna dia kalau tahun depan ada lagi kemalangan dia masih dapat lagi. Kalau dia dalam Skim ini. 3. Khairat kematian RM1,000.00 sekali setahun bagi satu keluarga. 4. Penyakit kritikal tidak meliputi penyakit yang sedia ada yang disenaraikan, RM5,000.00 bagi ketua keluarga sahaja. 5. Kematian semula jadi, hilang upaya kekal, RM5,000.00 bagi ketua keluarga sahaja.

Kerajaan Negeri telah melantik Selcare Managemant Sdn. Bhd. sebagai third party administrator yang akan menguruskan program insurans ini. Melalui Selcare Insurans PCC Limited dengan jumlah premium sebanyak RM500.00 bagi setiap pemegang polisi. Namun yang demikian, bagi penerima SIPS berkategori keluarga hanya ketua keluarga sahaja yang akan dikenakan premium. Jumlah keseluruhan premium yang dibayar oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM42.5 Juta bagi 85,000 pemegang polisi.

Baik, Yang Berhormat Sijangkang ada bertanya mengenai apakah langkah-langkah strategik Kerajaan Negeri menangani isu COVID-19. Sebelum saya masuk ke COVID-19, hari tu ada beberapa hari Yang Berhormat Sijangkang ada bertanya mengenai anak OKU, anak istimewa yang tidak ada kad OKU sebenarnya saya terlupa Yang Berhormat, saya minta maaf. Kita masih menerima kalau ada verifikasi daripada Pegawai Perubatan atau Doktor ya untuk dia melayakkan mendapat bantuan-bantuan yang saya telah senaraikan tempoh hari ya. Jadi walaupun dia tidak ada kad OKU tapi ada verifikasi, ada confirmation daripada Doktor. Preferably Doktor Pakar lah ya yang mengatakan dia adalah anak istimewa dengan kecacatan sekian, sekian, sekian, maka surat itu kita akan terima sebagai bukti walaupun dia tidak ada kad OKU ya.

Ada beberapa perkara yang insiden yang saya lalui kerana sebahagian daripada mereka ini yang Cerebral Palsi daripada lahir dah cacat begitu, lepas tu memang tidak dapat, tidak pernah di bawa ke hospital, tidak dapat rawatan, ini dan sekarang ni telah berusia dalam 30, 40 tahun dan mungkin ada yang hampir-hampir 50 tahun. Jadi tak ada verifikasi daripada mana-mana medical personel dan saya kita kira pun dia sangat jelas sebab tu dia juga tidak pergi mendapatkan dokumen untuk kad pengenalan dan sebagainya mungkin ini juga boleh diberikan pertimbangan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Saya ingat untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas tu Yang Berhormat, dia tidak masuk di bawah anak istimewa namun dalam program KISS saya sebut di bawah Yang Berhormat Ganabatirau sekarang ini, kita telah masukkan kalau ada ibu itu ada anak yang berumur lebih daripada 18 tahun dia anak kurang upaya maka dia layak dapat yang RM200.00 itu ya dan saya ya ini saya ingat ini adalah peranan kita sebagai wakil-wakil rakyat kalau sekiranya ada anak istimewa ataupun OKU yang belum mendaftar kita boleh usahakan malah JKM sendiri yang akan turun ke rumah mereka.

Baik, mengenai COVID, di dalam membendung penularan wabak COVID di Negeri Selangor, Kerajaan sentiasa membantu juga langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan kita complementary kepada kesihatan, Kementerian Kesihatan kita bukan compete dengan ataupun bersaing dengan Kementerian Kesihatan. Untuk memastikan rantaian COVID-19 berakhir di Negeri Selangor, walaupun pada hakikatnya ya pasukan Selangor Taskforce ya yang telah tidak semenjak daripada Oktober 2020 ya kita tidak menerima data granular yang saya sebut tadi daripada KKM yang pastinya akan juga memberi kesan ke atas usaha-usaha kita untuk membantu Kementerian Kesihatan. Di antara langkah awal yang telah diambil Kerajaan Negeri adalah melaksanakan program saringan komuniti COVID-19 di kawasan zon merah di seluruh Negeri Selangor. Kalau Yang Berhormat semua ingat kes pertama, kes mula-mula kita lakukan saringan COVID adalah kawasan Hulu Langat dulu di mana kita telah mengesan beberapa kes di dalam rumah-rumah penjagaan warga emas ya walaupun masa itu tidak kes itu tidak ada tapi kita kenal

pasti apa ni mereka-mereka sasaran yang senang terjejas dan kalau kena mereka teruk, warga emas.

Kalau Yang Berhormat semua juga ingat kita mula-mula masuk ke pasar-pasar basah dulu untuk membuat saringan peniaga-peniaga di pasar-pasar basah dan kita dapat mengesan mereka-mereka dan kemudian ianya diteruskan sehingga kita dapat mengawal keadaan perebakan COVID-19 ni di pasar-pasar basah ya. Itu kita yang mulakan dahulu untuk saringan ini. Saringan, tadi saya telah sebutkan, saya cuma ulang iaitu keseluruhan fasa pertama telah menelan belanja 1.6 juta dan kita menyaring 5,433 orang. Saringan kedua akan diteruskan dengan perbelanjaan berjumlah 1.36 juta tetapi kita akan beralih daripada menggunakan PCR ya kepada RTK intigen makna yang lebih murah saringan ya sekiranya positif baru kita buat, kita akan buat confirmation dengan PCR, ujian PCR.

Selain daripada itu Kerajaan Negeri turut menyumbangkan pelitup muka kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Selangor. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah, Pusat Khidmat Masyarakat dan semua penjawat awam Negeri Selangor bagi mencegah penularan wabak ini di premis kerajaan dan memastikan agar setiap pihak yang terlibat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tujuan tersebut sebanyak 5.8 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan apa ni washable, pelitup muka yang boleh dibasuh ya kerana kita punya concern saya nak kongsi di sini adalah sekarang ni, sebelum ini kita selalu jumpa plastik-plastik ya banyak bertebaran dan kita mengeluh tentang bagaimana kita buang plastik begitu mudah yang menjadi penyebab pada banjir kilat dan sebagainya tapi apabila kita mula, rakyat mula menggunakan disposable face mask maka kita lihat sekarang ini bertaburan pulak face mask itu. Maka dengan ini, di dalam kepala kita, saya amat concern kalau seorang menggunakan satu pelitup satu hari maka satu bulan kita ada 30 pelitup. Bayangkan 6.7 juta berapa pelitup dan berapa banyak yang kita gunakan. Oleh itu, inisiatif Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk memastikan semua orang memakai pelitup muka ini dan pelitup muka ini boleh di basuh, boleh tahan bebulan kalua kita menjaga, kalau seorang ada sepasang, sudah mencukupi. Tetapi seperti biasa, kadang-kadang benda kita ada jumpa juga aduan bahawa, ada orang tidak menghargainya, masih lagi tidak menyimpan dengan baik dan sebagainya dan kita harap apa yang diberi oleh Kerajaan Negeri ini ada kos, kos kepada rakyat dan kita menggunakan dengan sebaiknya. Dengan tujuan untuk mengurangkan beban pembelian pelitup muka daripada golongan yang B40 terutamanya. Jadi malah PWB kita mengajar disetiap DUN, mengajar wanita dan para ibu untuk menghasilkan pelitup muka sendiri daripada kain-kain yang ada dalam rumah kita. Syarat-syarat semuanya diberitahu, mesti tiga lapis sebaik-baiknya, kain bagaimana, hanya untuk membantu rakyat mengurangkan kos untuk membeli pelitup muka. Jadi tambahan daripada itu pula lagi Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi sumbangan kit pembasmian COVID-19…

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan speaker. Terima kasih. Saya minta penjelasan, saya diberitahu bahawa pelitup kain ini kalau tanpa ada satu filter, dia maka dia tidak begitu berkesan. Jadi saya minta kalau Kerajaan Negeri ada program lagi, untuk membuat pelitup kain yang baru, kita kena sediakan satu lapik untuk kita meletakkan filter disitu, supaya ia menjadi lebih berkesan, saya mengalu-alukan usaha ini, Kerajaan Negeri.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat, terima kasih kerana membangkitkan ini. Yang Berhormat, sebenarnya WHO telah memberi, membuat satu panduan tentang kain yang perlu kita gunakan sebagai pelitup muka, dia bukan sebarang kain, tiga lapis. Penggunaan filter ini bagus, tetapi filter juga akan jadi seperti disposable mask, sebab filter itu tak boleh dipakai selama-lamanya, dia perlu dibuka dan diganti dengan filter baru. Maka masalah yang kita hadapi, littering itu buang sampah itu akan tetap berlaku. Jadi please, saya tak ingat dia punya syarat-syarat, ada syarat-syaratnya, kain dan sebagainya. Tapi untuk peringatan Yang Berhormat sekalian, bila kita tahu dia bukan 100% proof ataupun full proof, tetapi kita kena ikat, syaratnya adalah, sekiranya dua orang pakai dan menjaga jarak satu meter, 100% kita boleh melindungi.

Kalau dua-dua pakai, jadi kita kena faham betul-betul syarat pemakaian ini, bila kita memakainya, itu sebabnya memakai pelitup muka sahaja tidak berkesan sekiranya kita tidak menjagakan penjarakan sosial ini, ataupun kita tak jaga distance dengan diantara satu sama lain. Jadi bila kita faham prinsip ini, Yang Berhormat, InsyaAllah, semua diri kita, kita jaga kita, kita melindungi each other. Kalau seorang pakai, seorang tak pakai, kadar jangkitan dia akan meningkat dan sebagainya. Jadi, Yang Berhormat sekalian, kita juga telah meluluskan peruntukkan bagi sumbangan kit pembasmi COVID-19, bagi 854 taska yang berdaftar di Negeri Selangor. Ini menelan belanja sebanyak RM690 ribu bagi memastikan semua taska berdaftar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Yang ini apabila ada lagi masih taska yang belum ambil pada kita, sekarang PKPD, maka taska tutup, tapi bila mereka buka, mereka boleh claim kit ini untuk mereka menjaga kebersihan tempat taska-taska mereka.

Kerajaan Negeri juga akan sentiasa memantau perkembangan kes-kes COVID-19 di Negeri Selangor dan akan merancang program dan inisiatif baharu berdasarkan situasi semasa. Diantaranya adalah untuk memperluaskan program saringan COVID-19, dengan mensasarkan golongan yang berisiko tinggi, dimana Kerajaan Negeri melalui Selgate Corporation, sedang memperolehi rapid test kit antigen ini dalam proses untuk kita lakukan dan saya telah sebut tadi tentang sasaran-sasaran yang sekarang menjadi, akan menjadi tumpuan kita. Kedua ialah Kerajaan Negeri juga telah menambahbaik penguatkuasaan SOP diperingkat komuniti berdasarkan sistem tahap amaran selamat yang telah dibangunkan oleh pasuka petugas COVID-19 Selangor (STSC), kita ada traffic light sistem kita, makna dia sekiranya kita berada di

dalam zon merah, apa yang harus dilakukan, apa yang harus penguatkuasa lakukan, apa yang harus PBT lakukan, dan apa yang harus dilakukan oleh semua orang.

Misalnya di dalam keadaan kita sekarang, semua tak kira kuning, merah ataupun hijau, pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial itu perlu kita uphold until COVID is no more. Tetapi kita perlu ada realisasi dan norma baru ini, COVID is here. Bagi saya, saya bukan nak menakutkan, macam denggi is here, macam mana TB is here, macam mana ada penyakit berjangkit yang ada, COVID is here to stay until we find the vaccine, maka kita perlu mengambil langkah ini. We don’t know, kita tak tahu berapa tahun lagi kita akan menghadapi COVID ini.

Akhir sekali, kita berhasrat menambah baik dalam proses …

Tuan Speaker, boleh mencelah.

Speaker

Silakan Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker. Tentang kesihatan, saya harap EXCO sudah habis. Tapi saya, boleh nak mencelah sikit, sebab masa penularan COVID ini, peruntukkan untuk kesihatan sepatutnya kita tambah sikit, tambah banyak, sebab kalau ikut dari segi belanjawan, peruntukkan untuk kesihatan cuma RM54juta iaitu lebih kurang 5% kepada seluruh peruntukkan negeri. Kalau ikut garis panduan WHO, untuk kesihatan seelok-eloknya lebih kurang 10% pada total budget of the country. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, sebab banyak inisiatif tentang kesihatan. Tetapi kita kena ingat, pencegahan lebih baik pada rawatan. Sebab, health is wealth, kesihatan itu lah satu kekayaan, so prevention is better than cure. Kita ada saringan untuk COVID, tetapi saya harap, Negeri Selangor, kita buat satu inisiatif, saringan untuk kesihatan pada seluruhnya, pada semua warga Selangor, sebab saya nak, ialah kita, kalau kita beli kereta baru, kalau kita tengok service book, tiap-tiap tahun kita kena hantar kereta, tetapi adakah kita sayang diri sendiri kita service diri sendiri. Saya ucapkan tahniah pada Negeri Selangor, prihatin tentang darah tinggi, kencing manis dan sakit lain, tetapi penyakit ini, silent killer, kalau kita tak buat saringan awal, jadi kalau ada penyakit itu timbul, rawatan kos rawatan lebih tinggi pada kita pencegahan. Saya harap-harapkan lah, inisiatif pencegahan penyakit pada masyarakat ataupun di Negeri Selangor, kita buat satu projek, tunjukkan pada Persekutuan dan kita prihatin pada warga, orang-orang Selangor untuk padahal kalau kita tambahkan sikit bajet, kita buat macam satu program saringan kepada warga-warga Selangor yang high risk. Jangan tunggu mereka sakit, itulah cadangan saya.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Alhamdulillah Ijok same page dengan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga dengan saya. Alhamdulillah, saya jawab sekejap. Saya nak habiskan sedikit tentang COVID tadi, nak bagitahu tentang penambahbaikan penggunaan

sistem SELangkah yang memperluaskan kempen penggunaannya untuk kita dapat membuat pementaan tentang penyakit-penyakit di dalam Negeri Selangor, kat mana dan apakah langkah yang kita perlu buat. Apabila Yang Berhormat Ijok menyebut tentang tanggungjawab ataupun Kerajaan Negeri kepada kesihatan rakyat, saya sangat setuju. Tapi kita juga kena ingat, bahawa kesihatan ini bukan tanggungjawab primer kepada Kerajaan Negeri Selangor, bukan Kerajaan Negeri, ia adalah Kerajaan Persekutuan. Kita compliment, kita support, kita menambahbaik daripada apa yang mereka lakukan dan memang tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan sendiri menambah, sebenarnya sudah ada tambahan, saya tak ingat figure dia Yang Berhormat, untuk kesihatan awam, kita akan tukar sikit cara kita deal atau bagaimana kita nak menangani masalah-masalah penyakit-penyakit yang boleh kita cegah yang seperti disebut oleh Yang Berhormat Ijok tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Peduli Sihat, kalau kita ingat balik, siapa yang ADUN sebelum 2018 ini, adalah sebenarnya skim untuk ditawarkan sebagai pencegahan preventive, makna dia orang yang memegang kad ini, dia daripada kebanyakkan B40, bila dia pergi kepada doktor, tujuannya ada untuk saringan, tetapi rakyat kita menggunanya untuk rawatan. Jadi ini sebenarnya adalah satu salah guna sebenarnya. Jadi tahun ini, InsyaAllah bersama dengan Selcare, saya akan, ini kita saya nak cakap ini, sebab kita ada SKT kita lepas ini perbincangan, diantara idea yang ada adalah untuk memastikan pengesanan high risk pada mereka yang dari berisiko tinggi ini berlaku pada doktor peduli, doktor yang memegang, panel peduli sihat kita. Contoh saya bagi, misalnya seorang itu datang untuk rawatan dan doktor tengok dia ada darah tinggi, dia ada kencing manis dan sepatutnya doktor pergi kepada family history, kita semua tahu sebagai doktor kita ambil sejarah keluarga, dan dapati isterinya pun ada kencing manis, maknanya anak-anak dia juga ada risiko yang sangat tinggi dan daripada situ kita mesti masukkan pendidikan awal dan pemantauan.

Saya memang berminat untuk memberi lebih peranan kepada doktor-doktor panel peduli sihat untuk mereka menjaga sekeluarga dalam erti kata sebenar. Kalau kita kita tengok dalam National Health Service UK misalnya, kalau seorang doktor itu berjaya untuk mendidik dia punya pesakit untuk berhenti merokok, dia dapat point, dia dapat extra remuneration, sekiranya dia dapat menurunkan berat badan, mislanya ada. Tetapi oleh kerana kita ini, rakyat kita, kita pergi kepada mana doktor yang convenient, hanya untuk dapat rawatan pada masa dan ketika itu. Jadi kita akan ubah paksi kita, cara kita buat dan memang kita bercadang bahawa untuk pencegahan yang lebih berkesan, ini kita telah ada perbincangan yang Panjang untuk mengadakan kumpulan-kumpulan ataupun jawatan-jawatankuasa kesihatan awam dalam komuniti-komuniti bersasar. Kita akan kenal pasti komuniti-komuniti tertentu, untuk mewujudkan jawatankuasa ini yang akan bekerjsama dengan klinik kesihatan dan juga dengan hospital dan disini kita akan buat pementaan. Dalam kawasan ini misalnya, berapa keluarga yang ada risiko tinggi dan kita akan insyaallah merancangkan bagaimana kita nak mendidik mereka.

Yang Berhormat semua ada pengalaman, apabila kita buat program-program pendidikan, kalaulah saya buat satu banner, makanan sihat, pencegahan kencing manis, berapa orang nak datang. Semua pengalaman kita, PWB kalau nak buat program ini, dia mesti ada program lain dahulu unutk kita masukkan elemen pendidikan. Elak-elak semua mengelak tak nak, kecuali ada tiga program sahaja kalau mereka nak datang dengan berpusu-pusunya. Program makan, program hiburan dan program sukan. Jadi Yang Berhormat semua saya minta, gunalah tiga attraction ini dan mesti kita selitkan pendidikan ini, pendidikan adalah satu perkara yang boleh mengubah sikap. Jadi kita nak kurangkan tu yang potong kakinya, yang dialisis nya setiap tahun saban tahun, permintaan untuk mendapat rawatan dialisis ini makin meningkat dan Kerajaan Negeri tiga per empat habis semua, habis untuk rawatan dialisis. Terima kasih, InsyaAllah saya bercadang untuk menjemput YB Ijok juga, YB Sijangkang, bila kita buat retreat kesihatan. InsyaAllah.

Speaker

Yang Berhormat Sri Serdang sila duduk, sambung nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengahari, dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

( DEWAN DISAMBUNG SEMULA ) ( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )

Timbalan Speaker

Silakan pihak kerajaan menyambung.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Tuan Speaker saya ingin menyambung tentang soalan yang dikemukakan oleh Bukit Lanjan, Subang Jaya dan Kampung Tunku mengenai kesihatan mental.

Tuan Speaker, sebelum masuk kepada perkara seterusnya, selesai menjawab soalan COVID yang saya bangkitkan, boleh Yang Berhormat EXCO?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Saya lupa dah soalannya tadi.

Belum-belum saya belum soal lagi. Saya nak minta pencerahan lagi daripada yang saya bangkitkan

dalam perbahasan saya. Dalam perbahasan saya menyebutkan, pertama saya ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri yang memperuntukkan peruntukan yang agak besar untuk menangani ataupun membantu Kerajaan Pusat menangani masalah wabak COVID-19 ini dan alhamdulillah Kerajaan Negeri juga mewujudkan satu jawatankuasa untuk menangani masalah COVID-19 ini. Cuma dalam perbahasan saya, saya menyebut jumlah kewangan yang saya kira perlu satu jumlah kewangan yang besar untuk kita menangani masalah ini. Kerana tidak mungkin ekonomi kita itu akan terangsang ataupun pulih dengan kita tidak dapat menyelesaikan masalah COVID yang menjadi masalah punca utama. Saya melihat perkara yang saya jangka sebab di peringkat jawatankuasa juga ada menyebutkan akan ada satu garis panduan langkah untuk menangani ini akan dikemukakan untuk memerlukan peruntukan yang besar. Saya melihat sebagai contoh soal pendidikan kepada rakyat, saya kira walaupun mungkin ini menjadi satu new normal yang besar yang sudah tentu difahami oleh rakyat tetapi bagaimana kedegilan-kedegilan dalam inverted com yang saya sebutkan masih lagi berlaku, sebagai contoh apabila kerajaan memutuskan MKN memutuskan supaya ada lagi PKPB pada 14 hb apabila melihat jumlah kes yang besar. Pada keesokan harinya 15 Hb dilaporkan bahawa ada 116 rakyat Negeri Selangor yang di kompaun dan 6 ditahan disebabkan oleh ketidakpatuhan kepada SOP ni. Jadi saya melihat itu mungkin soal pendidikan yang harus kita sebar luaskan kepada masyarakat sebab sudah tentulah walaupun istilahnya “Kita Jaga Kita” makna kalau pendidikan itu tidak sampai ia juga akan menjadi masalah. Yang kedua yang saya nak sebutkan juga Alhamdulillah PPE itu diberikan seperti mana yang disebutkan oleh EXCO tadi. Tapi apakah jumlah PPE yang akan kita jangkakan dengan peruntukan bajet yang kita yang Belanjawan akan kita jangkakan pada tahun hadapan dan saya melihat dengan pertambahan termasuklah semalam juga meningkat sehingga seribu lebih lagi kes positif dan saya dimaklumkan ada lagi kes-kes positif yang sekarang ini bila dapat detected daripada swab test itu positif tetapi tidak dapat di kuarantin sebab hospital kita penuh. Jadi dikenakan kuarantin di rumah sementara menunggu kekosongan. Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif ini di peringkat negeri untuk menyediakan pusat kuarantin walaupun mungkin jumlahnya akan memakan cukup besar tetapi kita tidak mampu untuk menangani itu. Kemudian saya melihat juga ini masalah penyakit yang juga melibatkan soal communication, kalau saya boleh mungkin cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya ada satu jawatankuasa yang kita boleh gunakan melalui lantikan-lantikan kerajaan ataupun NGO macam COMB, Communication Behaviour Impact yang akhirnya kita minta komuniti juga terlibat secara langsung. Sama ada memberikan pendidikan, sama ada membantu dari soal pencegahan, sama ada menyampaikan PPE yang kita boleh sediakan. Mungkin juga memerlukan jumlah yang sangat besar. Saya khuatir apabila pertambahan yang begitu besar, walaupun kita mungkin tidak mendasarkan kepada seperti mana Dato’ Menteri Besar head immunity . Yang kita tiada buat apa dan tunggu je imuniti kepada masyarakat yang akhirnya kita lawan virus. Tetapi bila jumlah kes sudah terlalu besar kita di luar kemampuan untuk kita kuarantin, saya ingat kita mula untuk meningkatkan kadar imuniti masyarakat atau rakyat kita supaya akhirnya kita kuat untuk melawan. Dan kita harapkan ada

pendidikan dalam keadaan covid ini anak-anak kita pun tak sekolah, mungkin sebahagian kita pun kerja dari rumah tetapi elemen sudut kesihatan itu dipertingkatkan ada satu program yang membantu untuk kesedaran kesihatan supaya imuniti kita kuat. Contohnya kita rasakan balik kebun kita bersayur walaupun tak exercise secara fizikal tetapi ia dapat membantu. Kita dapat makanan-makanan sihat secara fresh. Kita dapat menjaga kesihatan kita. Kalau tak saya pun khuatir saya ada anak yang bawah umur 12 tahun. Bila tak sekolah kat rumah ada gadget-gadget dia berlatih untuk E-Sport takda la dia jadi sado dan sebagainya saya tegur. Tapi dia tumpukan masa pada itu je. Jadi ini antara beberapa cadangan saya lah saya tak sebut tak sentuh dengan 15 minit yang ada ruang masa saya bahaskan tadi, terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat sebenarnya Yang Berhormat banyak bawa perkara baru ni. Yang tak disentuh, saya cuma nak sebut sebenarnya saya sepatutnya habis dalam masa 10 minit, 6 minit Yang Berhormat dah ambil untuk bawa lagi benda baru. Apa pun untuk makluman Yang Berhormat, isu pendidikan ini memang penting tetapi isu pendidikan ini bagi kerajaan Negeri kita akan salurkan melalui program-program yang kita ada sedia ada Program Kesihatan, juga Program PWB, juga program dalam masyarakat kita ada. Cuma dia tidak boleh hanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Saya minta semua Adun-adun juga turut terlibat dalam program pendidikan kepada masyarakat. Isu PPE ini itulah adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan, ia bukan tanggungjawab Negeri. Tapi yang lepas-lepas kita bantu juga dan mengenai kuarantin sebenarnya, di Selangor la yang paling banyak. Saya tak, ini adalah benda yang spesifik yang tak ditempuh jadi tidak ada figure. Dan setahu saya, pusat-pusat kuarantin tidak penuh. Pusat-pusat kuarantin yang kita ada tidak penuh. Hospital Sg. Buloh tidak penuh kita masih ada, bukanlah makna dia tak cukup dan memang Selangor sentiasa bersedia dengan Pusat-pusat kuarantin yang kita buka masa PKP dulu dan masih bersedia untuk menerima lagi. Cuma bagi saya, mengenai soalannya sejauh mana lagi, how much more can we do ok. Pendidikan itu sangat penting tetapi ia perlu dilakukan oleh semua orang . Kita tidak boleh meletakan semata-mata pada bahu Kerajaan Negeri Selangor. Semua orang perlu ambil peranan. Cuma saya ingin mengatakan kepada Yang Berhormat sekalian bahawa Negeri Selangor di dalam perbincangan kita, kita sedia menambah peruntukan sekiranya diperlukan misalnya untuk pemeriksaan COVID Screening sekiranya tidak mencukupi saya akan meminta lagi dan seterusnya. Jadi Kerajaan Negeri Selangor tidaklah meletakkan seolah-olahnya macam ini adalah satu peruntukan yang final itu. Insyaallah Yang Berhormat sama-sama kita memberi input. Terima kasih di atas cadangan. Mengenai isu kesihatan mental, untuk makluman Yang Berhormat yang bertanya tadi, daripada 3 DUN melalui Belanjawan Negeri Selangor yang telah dibentangkan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi program-program berkaitan kesihatan mental bagi tahun 2021. Pada tahun 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 program-program yang dijalankan adalah lebih bersifat atas talian seperti Program Pendidikan Mengenai Kesihatan Mental yang dijenamakan sebagai “Awak

Ok” yang disiarkan secara langsung dan ulangan di platform Media Sosial. Program ini telah dijalankan selama 22 episod keseluruhan yang mengupas isu-isu berkaitan kesihatan mental serta bagaimana masalah ini boleh dirawat dan di mana bantuan perlu boleh diperolehi. Program susulan “Awak Ok 2.0” juga telah dijadualkan untuk dilaksanakan selama 8 episod bagi meneruskan kesinambungan program siri pertama. Bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri akan terus merangka program-program baru yang mensasarkan kepada promosi dan stigma kesihatan mental, kerjasama dengan Badan-badan Bukan Kerajaan, khidmat kaunseling di atas talian atau maya, pemerkasaan latihan kepada kaunselor dan lain-lain program yang diperlukan. Yang Berhormat Bukit Lanjan ada membangkitkan mengenai perkhidmatan talian sokongan kepada rakyat Negeri Selangor yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui cawangan kaunseling Bahagian Pengurusan Pusat Sumber telah menyediakan perkhidmatan Pusat Kaunseling Selangor talian sahabat secara percuma kepada rakyat yang memerlukan. Pusat ini dijalankan dengan kekuatan 30 orang kaunselor berdaftar sehingga kini seramai 402 klien iaitu seramai 135 klien lelaki dan 267 klien wanita telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling Pusat kaunseling Selangor atau Talian Sahabat. Kerajaan Negeri akan turut menerokai kaedah-kaedah baharu bagi memperluaskan khidmat kaunseling ini secara lebih menyeluruh. Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk menjalan program sokong psikologi berkumpulan bersama badan bukan kerajaan seperti Mental Illness Awareness & Support Association atau MIASA melalui program ini peserta yang terlibat akan mendapat sokongan bersama pakar psikologi, kaunselor dan bersama pesakit yang telah sembuh selama 6 siri secara percuma. Kerajaan Negeri akan turut melebarkan kerjasama dengan NGO, Jabatan Kesihatan Negeri dan Universiti-universiti Awam dan Swasta yang lain agar membolehkan bidang kesihatan mental ini terus mendapat perhatian. Ahli Yang Berhormat juga ada yang menyentuh berkenaan denggi di Selangor. Yang Berhormat Sementa dan Templer. Tuan Speaker, Ahli-ahli untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 10 Oktober 2020, sebanyak 39,798 kes demam denggi telah dilaporkan di Negeri Selangor lebih tinggi daripada COVID. Di mana berlaku penurunan kes terkumpul demam denggi jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 18,182 kes iaitu penurunan sebanyak 31.4%. Hampir kesemua daerah menunjukkan trend penurunan kes demam denggi yang ketara jika dibandingkan tempoh yang sama pada tahun 2019. PKPB dan PKPD ni sebenarnya baik untuk denggi. Kerana bila rakyat tak keluar, mereka tak kena gigit nyamuk. Dalam kajian semasa PKP yang lepas, didapati bahawa nyamuk di luar alam sekitar tidak berkurang. Nyamuk tu macam tu la juga. Tetapi oleh kerana manusia tidak keluar, maka tak kena gigit. Ini dia mungkin satu perkara lagi yang kita patut tahu, makna dia, dia menggalakkan kita duduk dalam rumah. Pembiakan boleh di kawal sebab semua orang dah duduk di rumah dan memang didapati masa kajian itu telah menunjukkan semasa PKP rumah dalam keadaan rumah memang kurang pembiakan nyamuk. Sebab mereka semua duduk rumah, cuci rumah bersih. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri tetap memberi perhatian serius berkenaan isu wabak denggi ini meskipun dalam situasi pandemik COVID-19.

Buktinya untuk tahun 2021 Kerajaan Negeri telah mengekalkan jumlah peruntukan yang sama iaitu sebanyak RM5 Juta untuk menangani wabak denggi. Selain aktiviti rutin pencegahan denggi yang dilakukan saban tahun antara langkah-langkah lain yang diambil bagi menangani wabak denggi pada tahun 2021 adalah seperti berikut. Memperluaskan Projek Wolbachia di Selangor, dengan memperkasakan prasarana terutamanya di makmal sehingga ke peringkat penghasilan telur sendiri. Sehingga kini telur berwolbachia diperolehi dari IMR dan ditetaskan sehingga dewasa serta dilepaskan di lokaliti yang dirancang. Bermula 12 Oktober 2020, telah dilakukan pelepasan wolbachia di dua lokaliti lagi di Daerah Petaling untuk menjadikan jumlah lokaliti berwolbachia sehingga tahun 2020 ialah 19 lokaliti. Kedua memperkasakan peranan penduduk agensi terlibat melalui penubuhan Pasukan COMBI secara lebih menyeluruh bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi, pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi di lokaliti berkenaan. Menggunakan kaedah menghapus nyamuk aedes, yang ketiga menggunakan kaedah penghapusan nyamuk aedes melalui penggunaan racun serangga biologi jenis BTI. Saya nak sebut nama nya pun susah sikit, Bacillus Thuringiensis Subsp. Israelensis untuk kawalan lava nyamuk. Ini adalah secara biologi tanpa menggunakan bahan-bahan kimia. Keempat melaksanakan kaedah pengawalan denggi berdasarkan sempadan geografi, lokaliti dengan mengeluarkan Sistem Tahap Amaran berdasarkan kod warna sebagaimana yang digunakan dalam kita mendepani pandemik COVID-19 . Untuk maklumat Yang Berhormat sekalian ada cadangan daripada pihak JKNS, mungkin kita boleh menggunakan akta kesihatan apabila untuk penyakit berjangkit, apabila kawasan itu menjadi hotspot terlampau lama mungkin kita boleh mengenakan PKPD juga makna menggerakkan seluruh masyarakat dan kawasan itu membersihkan kawasan mereka. Ini adalah cadangan belum lagi diluluskan. Akhir sekali adalah meneroka kaedah baru dengan membangunkan sistem pemetaan jangkaan lokaliti penularan wabak denggi melalui algorithm maccas . Kerajaan Negeri percaya melalui sistem yang akan dibangunkan menggunakan teknologi kepintaran buatan ini mampu membantu pasukan perubatan untuk menentukan wabak denggi semasa dan menjangkakan wabak pada masa depan seterusnya dapat menyusun langkah intervensi yang sepatutnya dilakukan di lokaliti yang telah dikenal pasti. Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker soalan daripada Permatang Pauh yang bertanyakan perincian peruntukan, sorry Permatang, minta maaf kepalanya ada Permatang Pauh, di hati ini ada Permatang Pauh, minta maaf. Yang Berhormat Permatang telah bertanyakan berkenaan perincian peruntukan 71.3 juta yang diperuntukkan bagi Port Folio Kebajikan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bercampur ya Yang Berhormat, bukan semua untuk wanita.

1. Kebajikan Kasih Ibu Smart Selangor 62 juta 2. Anak Istimewa Selangor 3 juta 3. Majlis Tindakan OKU 250,000 4. Program Pembangunan Warga Emas 150,000

5. Program Pembangunan Kanak-Kanak 280,000 6. Program Work From Home 200,000

Ini kira kebajikan mix dengan wanita. Untuk wanita pula,

1. Pusat Wanita Berdaya 3 juta 2. Institut Wanita Berdaya 100,000 (1.7 juta lagi dari Tabung Amanah), tak masuk nampak sikit jangan panik. 3. Akademik Kepimpinan Wanita 500,000 4. Majlis Wanita Selangor 100,000 5. Ekspo Hasil Suri Selangor (HASSEL) 300,000 6. IPR Asuh Pintar 600,000 7. Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) 700,000

Menjadikan jumlah 71.3 juta. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan memberikan ulasan kepada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan aspek infrastruktur dan juga pertanian. Saya ucap tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dengan baik mengulas isu-isu penting yang menjadi kepentingan rakyat dan Negeri Selangor dan kita di pihak kerajaan kita akan mengambil segala langkah perlu untuk memastikan pelaksanaan agenda rakyat ini akan dapat dibuat dengan yang terbaik demi untuk kebaikan semua dan saya pada khususnya pertamanya akan merujuk kepada isu air yang menjadi tajuk popular yang panas hampir disentuh oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat tak perlu saya sebutkan dari wakil rakyat atau pun Yang Berhormat yang mana tapi boleh dikata hampir semua menunjukkan betapa prihatin dan pentingnya isu ini yang menjadi perbualan dan perbahasan kita kali ini. Walaupun isu banjir itu telah agak terpinggir tapi baru saya sebut semalam tapi tiba-tiba hari ini sudah banjir jadi itu rasanya tidak boleh disebut selalu. Saya ingin menarik perhatian kepada beberapa ulasan atau pun komen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan penyelesaian isu atau pun kemelut krisis air yang berlaku di Negeri Selangor sebagai mana yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan belanjawannya yang menyentuh mengenai penyelesaian jangka pendek, jangka panjang kepada isu air yang krisis air yang kita hadapi. Saya akan mengupas sedikit sebanyak berdasarkan kepada maklum balas yang saya terima ini untuk menerangkan dengan lebih jelas beberapa yang menjadi kekeliruan. Jadi dalam penyelesaian yang kita telah buat baru ini dan dalam pembentangan yang saya buat bersama Yang Amat Berhormat pada hari Jumaat yang lepas, kita telah menerangkan agenda atau program atau skim

bagaimana kita hendak menjamin bekalan air tidak terganggu dan dalam itu termasuklah pelbagai kaedah pendekatan yang kita anggap boleh memenuhi tuntutan itu, boleh menyelesaikan masalah itu ke satu tahap yang saya rasa cukup selesa untuk jangka pendeknya dan jangka sederhananya. Jadi itu cadangan-cadangan yang kita buat. Antaranya saya dah sebut ada empat aspek penting yang kita akan laksanakan secara serentak, secara holistik sebab perkara ini kita tidak boleh buat secara terpisah, dia kena buat serentak untuk memastikan bekalan itu kalau berlaku lagi pencemaran bekalan air tidak terganggu. Ini yang menjadi objektif utama penyelesaian dan jaminan bekalan air ini yang telah kita luluskan pada baru-baru ini. Yang pertamanya yang jadi penekanan ialah aspek pemantauan, ini telah diterangkan, telah dijelaskan dengan begitu terperinci. Dia ada tiga perkara yang berkaitan tentang pemantauan ini, atau pun empat. Yang pertama ialah kita telah menggerakkan skuad pantas. Skuad pantas ini yang di bawah LUAS ini sebelum ini memang ada tetapi bermusim tetapi untuk kali ini kita telah bersetuju untuk mengadakan sentiasa tidak menunggu musim perayaan sahaja untuk mengadakan skuad rondaan 24 jam ini terutama di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Jadi ini kita telah setuju dan kita telah luluskan bajet penambahan kakitangan untuk menguruskan perkara ini. Di peringkat Air Selangor pun mereka ada pakar yang turut sama membantu dalam membuat pemantauan, itu yang pertama. Yang kedua dalam pemantauan ini ialah kita telah bersetuju, telah mencadangkan juga supaya diadakan stesen-stesen yang statik ataupun telemetri stesen bagi memantau terutama di dua lembangan ini iaitu di Sungai Selangor dan juga di Sungai Langat kerana dua tempat ini membekal 70% air kita. Sekitar 3,500 juta liter air sehari. Kita sekarang ini keperluan air kita sekitar 5,000 juta liter air sehari jadi di tempat dua ini sahaja membekal hampir 70% daripada bekalan air jadi tentulah tempatnya dan di tempat inilah yang selalu terdedah kepada pencemaran. Jadi sebab itu kita beri perhatian, cadangannya ialah untuk sungai Selangor ini kita telah bersetuju untuk mengadakan stesen statik ini yang akan diuruskan, yang akan di fully man saya sebutkan perkataannya, akan ada manusia yang akan menguruskan tempat ini secara 24 jam, iaitu di Sungai Gong, Sungai Sembah dan juga di upstream ataupun hulu di muka sauk di Rantau Panjang belum nak sampai Rantau Panjang sebelum sampai SSP1, SSP2 dan SSP3. Jadi ini penting kerana tempat-tempat yang kita letakkan yang memang kita kenal pasti setakat ini mempunyai risiko tinggi pencemaran dan di dalam stesen telemetri ini selain daripada pemantauan biasa yang ingin saya merujuk kepada ulasan daripada Yang Berhormat Ijok tadi, tak adakah alat yang kita boleh gunakan yang teknologi moden yang boleh untuk mengesan. Untuk makluman Yang Berhormat kita telah mencari merata ceruk alat yang betul-betul boleh mengesan bau ini, pencemaran kita ini yang isu besar ialah pencemaran bau, kita dah cari, kita dah offer macam-macam setakat ini tak ada alat yang boleh betul-betul mengesan sebagaimana hidung manusia, tak ada. Tetapi kaedah terbaru yang kita gunakan, kita cari apa benda yang boleh menyebabkan bau, itu yang kita perkenalkan TOC Analyzer ini ataupun Total Organic Carbon Analyzer, ini adalah satu alat device yang boleh mengesan sebarang perubahan kepada kandungan organik yang ada di dalam air kerana bau ini dan juga pencemaran lain dia berkait rapat dengan kandungan

organik yang ada dalam air. Kandungan organik yang ada di dalam air ini, dia boleh menyebabkan bau dan juga menyebabkan pencemaran air jadi bila berlaku spike daripada TOC Analyzer ini maka confirm hampir pasti air itu memang tercemar. Jadi kita ada tiga di upstream ini yang kita akan gunakan untuk mana-mana detection atau pun pengesanan yang berlaku maka kita boleh trigger proses untuk diversion bagi air-air yang tercemar ini untuk menghalang daripada masuk dalam muka sauk kita. Ini antara kaedah yang telah kita baru perkenalkan baru ini yang akan kita laksanakan.

Boleh saya mencelah. Ada satu gajet dipanggil olfactometer. Olfactometer ini satu gajet yang boleh mengesan bau dan boleh kita gunakan secara real time atau pun all the time kita boleh ...

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya pernah di approach tentang olfactometer, olfactometer ini maknanya baulah odor, pengesan bau tapi masalah dengan alat ini dia digunakan khusus pada sejenis bau yang kita kenal pasti sahaja. Dia tidak boleh mengenal pelbagai jenis bau. Ini yang menjadi masalah tetapi kaedah yang kita bawa ini lebih baik kerana sebarang bau 100 barang pencemaran dia akan kesan kerana dia menggunakan the origin of the smell iaitu bahan-bahan organik yang ada di dalam air. Ini yang kita akan laksanakan dan benda ini bukan benda baru sebenarnya cuma teknologi ini telah pun upgraded jauh lebih baik dari sebelum ini dan saya rasa perkara ini pun kita akan laksanakan dan saya yakin ini akan membantu kita dalam mengesan selain itu manusia pun ada di situ untuk mengesahkan bahawa berlakunya pencemaran. Ini adalah antara langkah yang awal. Tentang drone ini pun saya ada kekeliruan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat jadi saya perlu jelaskan di sini. Isu drone ini sebenarnya adalah khidmat drone sebenarnya. Jadi syarikat ini adalah syarikat yang telah kita kenal pasti berpotensi dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membuat surveillance atau pun pemantauan kerana mereka ini adalah syarikat local yang di peringkat dunia, syarikat Malaysia sebenarnya tetapi telah mencapai tahap dunia malah dia yang ketiga di dalam dunia dari segi kerja-kerja surveillance dan mereka menggunakan jenis drone yang industrial grade drone bukan drone biasa ambil gambar. Ini drone industrial grade yang mempunyai kemampuan yang tinggi bukan sahaja dari segi surveillance tetapi dari segi gambaran video dan sebagainya dan juga boleh buat sampling, boleh ambil sampling di tempat-tempat yang tidak boleh dicapai oleh manusia dengan cepat dan tepat dan khidmat yang kita minta dari dia itu adalah 2 tahun untuk perkhidmatan itu termasuklah kena mengumpul maklumat setiap hari membuat pemantauan dua kali sehari malam pagi 7 pagi hingga 10 pagi, kawasan-kawasan pemantauan hingga 35 kilo meter setiap hari kemudian pasukan UAV unmanned aerial vehicle ini yang berpengalaman industrial grade drone dan juga kecemasan untuk standby 24 jam dan segala pemantauan surveillance yang mereka lakukan ini adalah kita akan wujudkan database untuk kita buat profiling kawasan-kawasan yang berisiko ini jadi later on dia akan jadi database pada kita untuk kita buat analytic dan dia juga akan berhubung terus dengan pusat command center CFI ini command center kita yang akan hampir siap di Jubli Perak ini untuk secara real time kita memantau segala apa yang berlaku di sungai-sungai, di kawasan-

kawasan kita sebutkan dua tadi itu di Sungai Langat dan juga di Sungai Selangor. Ini peranan yang dibuat ini oleh service drone ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, terima kasih. Saya ingin bertanya soalan kepada Pandan Indah. Terima kasih dan saya ingin bertanya rasanya soalan ini pernah ditanya sebelum ini tapi saya rasa baik untuk dibangkit untuk kebaikan semua. Iaitu berkaitan dengan kegunaan perkhidmatan satelit atau pun satelit bercampur dengan drone bagi membuat pemantauan secara berterusan di mana kita mempunyai di bawah Kerajaan Malaysia iaitu satellite iaitu my space agency, apakah kerajaan juga akan memberi pertimbangan terhadap cadangan ini. Yang kedua, syarikat drone ini namanya Aerodyne memang syarikat adalah syarikat yang cukup ternama dan syarikat ini juga adalah syarikat yang bercadang untuk membuat flying car beberapa tahun lepas, itu syarikatnya sebenarnya, hi tech technology Soalan saya ialah, adakah syarikat ini mempunyai modul atau pun contoh yang kita boleh tengok mungkin untuk industri lain contoh industri pembuatan dan sebagainya, industri pembinaan yang kita boleh tengok macam mana dia berfungsi. If we can see something that we can see for our self of our own eyes cara dia berfungsi, maka saya rasa itu akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya teknologi satelit ini, sebenarnya teknologi drone ini jauh lebih advance sebenarnya. Kerana apa? Pada masa ketika satelit ini digunakan, teknologi drone ini tidak begitu meluas. Dan kita menggunakan teknologi drone ini kerana kos yang lebih murah sebenarnya berbanding dengan teknologi satelit dan juga kegunaan dia tu. Kita nak supaya pada suatu peringkat, kita nak ambil sampling, takkan kita nak pakai satelit? dia boleh turun ambil sampling sekali, dan dia boleh juga meneliti secara terperinci on the ground tu sampai bagi amaran sekali dia boleh. Malah baru ini ketika proses pelaksanaan PKPD, drone ini telah digunakan untuk memantau surveillance dari segi penduduk dan memberi amaran mereka yang melanggar (dia boleh bagi amaran) melalui sistem PA System yang ada pada drone itu sendiri. Jadi banyak dia punya kelebihan-kelebihan yang ada pada drone ini yang survey drone ini yang sekarang ini teknologi yang digunakan dengan drone ini membantu kita sebenarnya dalam menyelesaikan isu-isu surveillance. Pengalaman syarikat ini kita dah teliti dan mereka pun telah membuat demo banyak kali. Mereka ini antara track record mereka ialah mereka juga memantau akan surveillance kepada pemantauan kepada (apa nama ini) pelabuhan. Pelabuhan di UK, di England. Mereka jugalah yang membuat pemantauan kepada winter bind di US dan di Malaysia juga mereka terlibat dalam pemantauan juga sistem telekomunikasi (menara-menara telekomunikasi). Ada. Mereka mempunyai track record yang agak panjang yang boleh kita meyakinkan kita untuk menggunakan khidmat mereka ini ya. Itu antara perkara yang saya sebut dari segi pemantauan. Satu lagi perkara yang juga disebut tadi disentuh ialah berhubung dengan FOR atau Friend of River.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Boleh saya tanya soalan? Ya.

Timbalan Speaker

Ya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ini masih berkenaan drone. Sebelum Yang Berhormat bergerak kepada Friend of River, saya cuma ingin mohon penjelasan:-

1. adakah Kerajaan Negeri telah membeli drone tersebut? Sebab ia merupakan satu depreciating asset ataupun ianya disewa; 2. apabila saya sembang dengan droners-droners, mereka kata jenis drone yang telah dibeli ataupun digunakan oleh kerajaan negeri perlu ditukar baterinya setiap 30 minit dan ini akan mengehadkan liputan drone tersebut sebab apabila dah lalu suatu masa kena panggil balik untuk tukar bateri. So, adakah ini akan mewujudkan halangan? 3. berkenaan cerapan. Adanya pandangan dekat luar bahawa drone ini memang sangat mahal dan kamera ini sangat mahal. Adakah benar bahawa kami nak gunakan aset ini untuk buat cerapan sebab kalau ia mendekati air dan balik kepada isu bateri, kalau bateri itu dah habis apakah yang akan berlaku kepada drone tersebut? Memandangkan banyak wang akan dilaburkan dalam perkhidmatan ini. Itu saja daripada saya. terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih begitu concern dengan drone ini. Tapi kita kena terima hakikatlah bahawa teknologi bateri ini tidaklah sampai peringkat tak boleh terbang sampai tak ada penghujungnya. Memang ada dia punya time frame dia untuk bateri. Tetapi kalau ikut daripada sistem yang kita difahamkan, dia akan ada dia punya full prove system iaitu di mana bateri sudah hampir dekat, dia akan patah balik. Dia akan balik tukar, dia akan sambung balik tempat mana yang tadi dia. Itu memang dah ada dalam sebab dia bergerak atas koordinat (based on coordinate) yang kita key ini dalam coordinate. Dia akan follow based on coordinate yang kita telah masukkan. Jadi isu bateri memang, drone mana pun memerlukan untuk ganti baterinya.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Yang Berhormat, saya nak bantu satu ayat saja.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya nak bantu Yang Berhormat. Saya ingin maklum kepada semua ADUN-ADUN di sini bahawa

sebenarnya kerajaan negeri telah menggunakan drone sejak lima tahun yang lalu untuk buat mapping. Untuk buat (apa) survey dan sebagainya. So, ini bukan perkara yang baru. So itu saja saya nak bantu Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia sebenarnya kita ada pakai banyak. Bukan saja drone Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum ini pun untuk mapping di Sungai Klang, kita menggunakan (apa nama ini) like punya air craft untuk membuat mapping bagi Sungai Klang. Ada. Kita tengok kaedah keperluan itu pelbagai alat boleh digunakan. Kalau rasa kesesuaiannya drone, kita akan pakai drone. Tetapi kita tidak membeli benda-benda ini, kita hanya membeli servis dia saja. Ini perlu. Tidak ada keperluan untuk kita beli benda ini. Kalau di masa hadapan kalau ada keperluan itu, kita akan lihat. Kalau nak beli pun, mungkin anak syarikat GLC atau sebagainya kita akan. Kalau ada keperluan. Tapi buat masa ini, kita nak lihat bagaimana keberkesanan pemantauan yang dibuat oleh Aerodyne ini bagi kita memastikan semua berjalan baik. Tetapi proses mapping ini untuk makluman semua, kita akan jadikan data base untuk keseluruhan Negeri Selangor sebab kita ada juga dalam masa terdekat ini juga kita dah mula buat utility mapping. Juga kita akan wujudkan data base untuk seluruh Negeri Selangor kerana sekarang ini macam utility mapping ini dia ikut syarikat masing-masing. Kalau air, dia ada dia punya sendiri. Kalau TNB dia punya sendiri. Dia tidak ada satu badan yang menguruskan keseluruhan mapping yang ada di Negeri Selangor. Dan ada juga untuk pertanian pun nanti. Dia akan melibatkan juga kegunaan tanah ini dalam mapping yang kita perlukan later on. Jadi sebab itu kerja dia banyak sebenarnya. Pembinaan data base untuk mapping ini bukan satu perkara yang boleh buat segera. Dia kosnya pun tinggi jadi kita akan bina secara berperingkat-peringkat. Jadi untuk ini, kita menggunakan khidmat drone yang saya sebutkan tadi. Untuk Friend of Rivers, kita telah berjaya 30 lebih dah saya dengar dah 40 lebih syarikat dan saya sebenarnya tahun ini memang kita rancang untuk memanggil YB-YB kita dan ada ketua kampung, ahli majlis yang mana ada sungai supaya dapat terlibat sama dalam Program Komuniti Base Friend of Rivers. Tetapi disebabkan PKP (masa tu dah ready dah bulan 3 tu) tapi terpaksa tangguhkan. Walau bagaimanapun, kita akan teruskan dengan agenda itu, tahun depan kita dah tambah bajetnya untuk program-program. Ini sedikit sebanyak membantu dalam aspek pemantauan dari segi pencemaran sungai dan sebagainya. Ini pun lagi satu inisiatif di bawah pemantauan yang saya sebutkan. Yang kedua yang kita telah cadangkan dalam tindakan kita ialah aspek penguatkuasaan dan undang-undang. Ini pun telah dijelaskan dan kita pun minggu depan kalau tak silap saya minggu hadapan dalam Sidang ini juga kita akan dibentangkan dengan Rang Undang-undang Pindaan Enakmen berhubung dengan denda yang akan kita kenakan. Saya nak bagi tahu/maklum kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, untuk lembangan Sungai Selangor ini ada lebih daripada 6,000 kilang atau industri penempatan di dalam lembangan ini. Untuk Sungai Selangor. 6,000 lebih. Yang dah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar ni hanya 72 saja. Potensi pencemaran tinggi tetapi yang berdaftar 70. Kerana apa? Kerana ada benda-benda yang mereka tidak memerlukan pendaftaran mereka dengan alam sekitar. Contohnya saya difahamkan

macam kumbahan atau effluence yang keluar kalau 60 cubic meter ke atas baru dia perlu daftar dengan JAS. Kalau bawah, tak perlu. Jabatan Alam Sekitar. Jadi ini (perkara-perkara macam ini) saya (kita) macam disebut sebelum ini, kita minta supaya di peringkat kerajaan persekutuan dapat memperkasakan ataupun memperkemaskan Akta Alam Sekeliling ini supaya dapat diperbaiki dan dilihat di mana ada kelompongan pada undang-undang supaya dapat diperkemaskan supaya kita dapat mengambil tindakan-tindakan yang susulan yang betul untuk kawasan ini. Kalau di Sungai Langat saja 8,500 kawasan-kawasan industri dan kilang di dalam lembangannya dan yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar hanya 161 saja. Jadi ini menunjukkan serius isu ini. Bukan saya (kita) nak kata semua ini mencemarkan. Tidak. Maksud saya banyaknya kawasan-kawasan industri dan kilang ini dan risiko itu maka meningkatlah dengan banyaknya lagi. Dan kita juga kena faham bahawa bukan semua yang mencemar ni datang daripada kilang-kilang ini. Ada juga yang tak ada kilang pun mencemarkan. Di Bukit Mahkota tu (dua kali tu) dia bukan daripada kilang. Dia datang tuang dalam main hole IWK. Itu lagi satu. Yang baru ni (yang terbaru ni pun) saya difahamkan kita trace balik tak jumpa kilang ini di Sungai Gong ini. Menunjukkan bahawa dia mobile. Dia pun ada tanker dia juga, mai buang. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita menjadi ni sebab itu undang-undang juga adalah merupakan pelaksanaan juga penting selain daripada pemantauan tadi kena ada juga aspek ini. Dan juga pelaksanaan lagi satu yang kita sedang dah lulus, dah ada peruntukan tapi akan mula laksanakan ialah pelaksanaan zero discharge yang saya sebut. Makna dia, di kawasan-kawasan kilang ini, kita akan di bawah pelaksanaan politis pay principle siapa lagi banyak effluence lagi banyak bayar. Jadi kita akan galakkan mereka supaya recycle air mereka supaya dapat digunakan kembali dan mengurangkan air masuk ke dalam stream (dalam sistem sungai kita). Ini antara perkara-perkara lagi yang kita telah persetujui untuk kita laksanakan secara berperingkat-peringkat. Yang ketiga, pendekatan ialah apa yang kita panggil pre-treatment ataupun rawatan awal. Kita akan menggunakan kaedah yang bio filter ini iaitu nano technology yang menggunakan pendekatan diatom yang ada dalam air ini untuk menyelesaikan apa yang dipanggil sebagai pollution yang (orang kata apa) yang baru-baru ini. Ada kita dapati dalam pengalaman setakat ini bahawa ada solvent-solvent yang sebelum ini tidak ada dalam rawatan untuk bagi Air Selangor. Ada solvent-solvent baru dikenal pasti. Sebab itu selepas ini kena lihat balik sistem rawatan kita untuk memastikan benda-benda yang baru ini solvent yang baru ini dapat dicari jalan bagaimana rawatannya. Jadi ini antara kaedah yang kita guna secara natural bio filter untuk melihat supaya dapat kita kurangkan risiko itu sebelum air itu masuk ke sungai-sungai yang lebih besar. Ini antara tempat-tempat yang industri yang padat di Sungai Gong, Sungai Sembah, di Sungai Buah dan Sungai Batang Bernam yang merupakan tempat yang sering kali berlaku risiko. Dan yang keempat yang inilah tentulah kalau juga masuk juga air dalam sungai tercemar lepas kita pantau, selepas kita buat rawatan masih ada lagi dan stesen kita mengesan, ini langkah keempat ini adalah untuk memastikan air itu dapat kita by pass kan ataupun kita divert kan air itu ke luar daripada muka sauk kita. Ini yang disebutkan sebagai pengepaman terus daripada kolam-kolam kita. Jadi kalau kaedah ini kita buat di

Sungai Selangor, kita dah tengok, kita dah buat kajian, dan kemungkinan untuk pelaksanaan itu berlaku kalau kata trigger station kita kata ada pelaku, kita akan divert air itu dan dia akan menggunakan air daripada horas yang boleh bertahan lima hari. Lima hari dia boleh bertahan tanpa perlu air-air daripada sungai. Dan pengalaman kita setakat ini dalam tiga hari saja. Sebenarnya sehari saja yang menjadi empat hari itu sebab air nak sampai lambat. Sebenarnya dia tak perlu sampai itu tapi kita untuk bagi lebih selamat, kita kekalkan untuk lima hari beroperasi tanpa memerlukan air daripada sungai. Tanpa ada gangguan daripada bekalan. Jadi kalau ada pencemaran juga, dia tidak mengganggu bekalan air kerana kita dah divert kan air itu ke luar daripada muka sauk.

Timbalan Speaker

Sila.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sebelum ini tak sempat nak bangkit dalam perbahasan sebab terlalu banyak isu dan terlalu singkat masa dia. Tapi bila kita nak ambil air daripada horas, kita nak ambil dalam masa lima hari nak kosongkan kolam tersebut, kita tak pernah mengambil air dengan begitu banyak sekali gus. Macam mana tak berdaya tahan kolam tersebut kalau kita menarik air keluar dengan begitu pantas? Apakah sediment level di dalam air di bawah apabila kita tarik dengan begitu pantas air itu akan mix up dengan semua sediment di bawah? Adakah ia selamat selepas satu hari?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bukit Gasing yang sentiasa prihatin masalah air ini. Saya sebenarnya kajian ini kita dah buat ya. Bukan kita tidak buat. Ada dua aspek di sini ya:-1. Pertama ialah dari segi sediment yang ada di bawah kolam ini; 2. Kedua ialah turbulent ataupun turbidity yang berlaku di hujung paip ini sebelum masuk muka sauk. Ini dua kena ambil pertimbangan. Sebab itu kita menolak cadangan supaya mengepam terus air kolam ini daripada kolam horas ini terus ke muka sauh. Sebab apa? Turbulent nya terlalu tinggi kerana dia punya kapasiti pam ini sangat tinggi iaitu kita di sekitar hampir 2,700juta liter sehari itu (dia punya kapasiti dia). Sangat besar. Jadi sebab itu kita pam masuk ke sungai. Sungai yang kita telah tutup dan by pass kan jadi dia akan masuk muka sauk dengan dalam keadaan yang biasa macam dalam sungai. Jadi tidak mengganggu dari segi turbidity ataupun turbulent yang berlaku. Untuk kolam ini, kita telah buat kajian tentulah kita akan kaji lebih terperinci lagi sebab sekarang itu kita dah engaged untuk buat lebih terperinci. Tapi kajian awal menunjukkan bahawa kita kedalaman kita hanya perlu 7 meter. 7 meter saja kedalaman air untuk mengekalkan lima hari sedangkan dia dah ada 12 meter air. Jadi tidak ada masalah sebenarnya untuk kita. Begitu juga di Sungai di Kolam A, B, C di Semenyih pun kita dah buat kajian. Kita bagi buffer dalam beberapa meter lagi. Bukan kita ambil sampai betul-betul rock bottom. Tidak ya. Kita hanya mengambil 7 meter daripada 12 meter yang ada di kolam ini. Jadi itu kita dah ambil pertimbangan. Walau bagaimanapun, kita dan engaged untuk kajian terperinci. Saya dah set kan

lima hari sebagai SOP dia dan kalau kata tak cukup kena buat dragging la. dragging, korek bagi cukup untuk lima hari sebab kita kena fikir betul-betul safe kali ini. Kalau tidak, masak kita ya. Jadi 90 saya kata saya bagi tahu MB, Yang Amat Berhormat 99% kalau ini telah dibuat boleh berjaya.

Dia orang kata kenapa 1% tu, hendak pergi ke mana 1% itu. 1% itu ada dua (2) kemungkinan. Pertama boleh berlaku ini, pertama kalau “detection” tidak dapat dikesan oleh stesen telemetri kita yang tiga (3) ini. Tapi tidak akan tiga (3) ini tidak boleh kesan. Kalau tidak dapat kesan itu, memang tidak sempat kita buat.

Yang keduanya kalau berlaku lebih daripada lima (5) hari, itu dua kemungkinan ini boleh menyebabkan terganggu bekalan, tetapi saya yakin tidak akan berlaku, insyaAllah boleh kita laksanakan, harap bertenang. Kita mula laksanakan dalam tahun depan ini, sekarang kajian dua (2) bulan ini selesaikan secara terperinci, kita mula laksanakan dan “along the way” ini kita akan perkemaskan pemantauan ini, tapi yang ini saya yakin boleh siap, ikut Dato’ PWN punya bajet macam mana. Kita boleh siapkan secepat mungkin untuk keselesaan rakyat di Negeri Selangor.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Minta penjelasan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Masuk terus minta penjelasan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, rakan-rakan sekalian, atas penjelasan yang telah diberikan.

Isu kita adalah tentang pencemaran bau, pencemaran bau, saya melihat benda ini sebagai “layman”, saya “layman”.

Saya tahu bau ini cemar, air tu berbau lah.

Kalau cemar bilik, ada orang kentut.

Kalau cemar makanan, ada orang sentuh, kan? Kalau cemar air ini, air itu telah disentuh oleh kimia atau sebagainya. Tapi saya tidak boleh bayang macam mana punya banyak “volume” punya “solvent” atau pun bahan bau yang boleh masuk di sungai, “affluent” terpaksa kena “stop” dia daripada masuk loji pemprosesan sebab ada bau.

Bila saya tanya pada pakar, nama dia Y.B. Rajiv, dia kata, saya “layman”, dia pakar. Dia kata senang sahaja, pegawai itu dia turun, turun, turun, dia ambil air, dia bau, tercemar dia kata. Itu sahaja. Itu, saya pun “expert layman” punya perspektif lah. Itu sahaja yang dia ada. “In fact” sebelum itu saya bertanya, pada Gombak punya “chief” kan Air Selangor kan, dia susah hendak cakap tau. Tidak kan lah England tidak ada, England ini jaga “water” air baik. Air sikit pun dia jaga kan, air nak bawa bot, atau apa

pun. Air naik atas “highway” pun boleh, naik bukit pun bawa air. Air untuk bot pun. Soalannya, kasi “chance” saya, sakit kaki ini, duduk cepat-cepat sakit kaki. Kalau macam ni “relax” sikit ini. Jadi bila saya tanya “expert” di England. England ada “expert” tidak tentang ini, “not they know off” lah mereka kata. Air Selangor Gombak ini. Pernah tidak berlaku pencemaran air, tidak pernah berlaku. Di Jerman, France tidak pernah. Kita di Malaysia ini jahat, orang Malaysia ini jahat, kita kata biar orang Malaysia sama-sama “share” kejahatan orang Malaysia, yang cemarkan air ini biar jalan sahaja, biar “produce” sahaja. Bila penduduk, pengguna rasa ada bau, kata, inilah orang Malaysia, buat jahat. Di Jerman tidak ada orang buat, Di France tidak ada orang buat. Jadi kita sama-sama tanggung. Itu pandangan saya lah, tapi dia tidak mahu komen, dia takut, nanti kena buang kerja. Jadi saya hendak tanya, apa maksud dan makna pencemaran bau? Apa teknologi yang digunakan? Apa “world class standard”? Apa “authority” yang menyatakan, ya air ini tercemar bau? Kena percaya?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, dia masuk-masuk bilik, terus dia dapat ilham untuk bertanya soalan. Dan pakar dia tidak ada orang lain ya, Yang Berhormat Bukit Gasing. Jadi saya....

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Speaker, boleh? Boleh? Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Ringkas dan padat.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya ingin memperingatkan kepada kita semualah, termasuk EXCO bahawa, sebagai rakyat, dia hanya boleh ingat apa yang kita buat yang salah. Benda-benda yang kita buat betul, dia terima macam dia “take for granted”, sebab itu saya memperingatkan kita semua lah sebagai kerajaan, kita suka, tidak suka, kita mesti mahu selesaikan gangguan bekalan air ini dengan baik-baik. Kalau tidak seribu benda kita buat yang baik, besar kemungkinan rakyat akan lupa, dia hanya ingat selalu ganggu, selalu ganggu, lepas itu, kita hilang, kita kalah dalam pilihan raya. Itu sahaja.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Sungai Pelek, saya memang, walaupun dari Sungai Pelek tapi nasihat beliau, Yang Berhormat itu sangat penting ya.

Kita dan kerajaan memang mengambil berat isu ini dan sebab itu kita mengambil segala langkah perlu untuk memastikan isu gangguan bekalan air ini dapat kita tangani dengan holistik dan dengan segera, ya, insyaAllah. Untuk, juga dalam masa yang sama, saya juga perlu menyebut bahawa tadi, aspek yang kita sebutkan tadi itu adalah merupakan perancangan segera untuk kita laksanakan tetapi dalam masa yang sama, kita juga jangan lupa kemungkinan-kemungkinan ada isu lain yang boleh timbul yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi jangan kita lupa pada sejarah ya, sejarah mengajar kita untuk ingat dan prihatin supaya jangan mengulanginya. Antara-

antaranya ialah masalah kemarau, yang tidak ada dalam perancangan lagi, kalau memang adalah, tetapi tidak begitu teliti, mungkin kita akan teliti semula untuk memastikan bukan sahaja isu pencemaran yang akan boleh menyebabkan isu gangguan bekalan air, juga isu berkaitan dengan kemarau yang boleh berlaku bila-bila masa. Ya, jadi ini antara-antara perancangan jangka panjang yang kita telah masukkan juga dalam, untuk tahun hadapan, untuk mula buat kajian apa yang kita panggil “integrated water resources” tadi ataupun kajian menyeluruh mengenai sumber-sumber air negeri Selangor. Kita hendak tengok semua aspeklah, termasuk air bawah tanah, air di kolam-kolam kita, air hujan dan segala jenis sumber air yang ada dan bagaimana kegunaan dan bagaimana kita hendak manfaatkan. Ini semua akan dibuat oleh LUAS, saya telah pun suruh LUAS “engage consultant” yang pakar dalam bidang pengurusan atau pun kajian ini, untuk kita dapatkan kajian menyeluruh bagi perancangan jangka panjang pula. Antara perkara yang saya boleh berkongsi, yang sedang kita pertimbangkan untuk jangka panjang, adalah pertamanya ialah, penempatan semula industri-industri ataupun kilang-kilang yang berisiko tinggi. Ini merupakan juga perancangan jangka panjang kita, untuk kita cari yang mana betul-betul berisiko tinggi supaya tidak berada di kawasan-kawasan yang sensitif. Yang kedua tadi, saya sebut “zero discharge” tadi, yang apa, apa, apa yang disebutkan mesra alam atau pun “zero affluent” ini, “zero discharge” atau pun “recycle” ini pun kita akan laksanakan, diperingkat untuk jangka panjang. Yang ketiga, antara yang kita akan buat ialah, alir air masuk ke Muka Sauk ini, kita akan pastikan, lepas ini semua masuk melalui kolam atau tasik, tidak melalui “direct” langsung melalui sungai. Kita tidak hendak secara langsung masuk melalui sungai supaya dapat dibuat “treatment” yang sesuai untuk mengelakkan daripada pencemaran sungai ini masuk terus ke dalam Muka Sauk kita dan menyebabkan henti tugas atau henti, gangguan bekalan air. Ini kita telah laksanakan di Labohan Dagang, Labohan Dagang memang dia mengambil air melalui kolam atau tasik sebelum diproses ya. Itu antara kaedah baru yang kita akan perkenalkan, yang seterusnya, apa yang disebut “distributive treatment plan” itu dia dipecah-pecahkan, tidak bergantungan, ini Bukit Gasing, Yang Berhormat Bukit Gasing ada sebut cerita ini, memang kita dah bincang benda ini, sebab sekarang ini kalau penggantungan nampak begitu besar kepada Sungai Selangor, SSP 1, 2 dan 3. Jadi kalau apa-apa berlaku menyebabkan masalah. Ini, apa yang kita telah mulakan dengan Labohan Dagang untuk mengendalikan air Kuala Langat, selepas ini kita ada Sungai Rasau untuk mengendalikan air di kawasan Klang, jadi kita akan ada, apa yang dipanggil sebagai “distributive treatment” ini, seterusnya adalah “interconnectivity” atau pun perhubungan, penyambungan antara, macam mana sistem dalam Tenaga Nasional apabila berlaku, kabel meletup atau sebagainya, dia akan salurkan elektrik melalui jalan yang lain. Jadi ini antara konsep yang akan dibuat juga untuk air. Di mana kalau berlaku, kita mungkin akan sambungkan kolam imbangan atau kolam-kolam utama ini disambungkan, kalau berlaku di satu tempat apa nama ini, masalah, bukan sahaja masalah pencemaran ya, mungkin kalau berlaku rutin punya “maintenance” yang berjadual pun kita boleh salurkan air melalui kolam imbangan atau pun melalui kolam utama yang lain. Ini antara, nanti kejap, sikit lagi. Dan satu lagi yang kita sedang masukkan dalam jadual kita adalah pelaksanaan NRW

inisiatif yang lebih agresif. NRW ini ialah “Non Revenue Water” agresif termasuk penggantian paip, pengaktifan kolam-kolam yang disebut “mushroom” tadi itu, cendawan itu, dan juga termasuk juga, sistem-sistem “valve” dia yang perlu diperkemaskan. Jadi itu antara penyelesaian jangka panjang yang kita cadangkan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon penjelasan kepada pelan-pelan “interconnect” yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi: Bilakah kita akan siap rancangan pelan “interconnect” tersebut dan boleh tidak kita siapkan dalam masa enam (6) bulan dari sekarang? Supaya kita boleh melaksanakan dalam masa tiga (3) tahun dari sekarang, ataupun adakah ia akan mengambil masa jauh lebih panjang? Konsultan sudah lantik ke belum? Bila kita boleh siap pelan “interconnect” tersebut?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ini macam saya sebut Yang Berhormat, ini adalah jangka panjang, jadi “we talking about three to five years” punya perancangan ya,

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat EXCO saya mohon, di dalam Dewan yang mulia ini, kita percepatkan pelan tersebut, kestabilan bekalan air sangat penting kepada seluruh rakyat Selangor, kepada industri-industri di negeri Selangor. Saya harap kita percepatkan, kita perawalkan pelan-pelan ini, banyak konsultan sekarang tidak ada kerja, industri pembinaan sudah “slow down” begitu banyak. Tolonglah kita “boost the” ekonomi, kita lantik mereka sekarang, kerana kita lantik dalam masa tiga (3) tahun dari sekarang pun kena bayar juga, baik lantik sekarang, hari ini dan kita percepatkan pelan-pelan tersebut.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak tambah sedikit, pakar rujuk saya dah cakap, Hendak jawab berkenaan pencemaran bau tidak? Ada jawapan atau tidak ada jawapan? Tadi masa di luar urus setia ada puji, EXCO kan, EXCO infra ini antara yang terbaik, dia “explain detail” memang dia “go on the site”, memang dia pergi tengok dengan teliti baru dia beri “explanation”. Tapi saya terkejut, dia cakap tadi, dia kata,apa yang kita nak capai ini, “long term”, jangka panjang. “You are the” EXCO “for” jangka panjang “or now”. Kita minta YB Yang Berhormat tolong “explain” benda yang masa depan dan sekarang. Saya hendak tahu yang sekarang, “what is going to happen now”? Bila saya cakap dengan Raja Safari, Tengku Safari, dia sebagai Pengurus Air Selangor Gombak, dia “reluctant to say yes or no” . Jadi ada benda yang saya rasa, “they have a believe” benda itu “something” tapi dia tak boleh “express” sebab takut “state”. Jadi kita tidak mahu ada konspirasi dalam kerajaan. Jadi saya mahu EXCO telus, MB telus, kerajaan telus dan kita tahu pencemaran bau ini, benda yang nak kata di England pun tak wujud, di Jerman pun tidak wujud di France tidak wujud. “In fact” kalau kita pergi ke pigeonhall kita itu, ada botol air mineralkan, Itali punya tahun 1560, itu pun tidak ada bau. Tidak sepatutnya ada bau lah pada pandangan saya. Kalau tidak ada bau, tidak ada bau. Kenapa di katakan pencemaran bau?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Okay, terima kasih, saya, bila saya sebut “long term” makna dia kajian kita boleh buat tidak ada masalah. Pelaksanaan dia akan makan masa, sebab projek-projek fizikal macam ini, dia akan makan masa, tetapi penyelesaian tadi Yang Berhormat Hulu Kelang dan Bukit Gasing, saya ada sebut, akan diselesaikan segera untuk isu pencemaran. Keperluan air kita memang mencukupi, kalau ikut perancangan kita pun, walaupun marginnya agak dalam 8% tapi kalau kita selesaikan yang di Labohan Dagang dan juga yang di Langat kita akan meningkatkan “reserve” marginnya kepada 15%. Ini memang yang kita ini, cuma isu yang kita sebut tadilah pencemaran, untuk lain-lain “interconnectivity” sebagainya, kajian kita boleh buat awal, tidak ada masalah, cuma pelaksanaan makan sedikit masa untuk dilaksanakan. Saya bau ini, Yang Berhormat, isu bau ini, saya memanglah, kita, apa yang berlaku pengalaman kita sebelum ini, satu TON, dua TON yang di ukuran hidung, cara dia ambil berapa kali untuk bau ini. Kita pernah buat satu eksperimen, sebelum ini di mana, kita kata tidak apa lah, satu dua TON, tidak akan tidak boleh tahan, tetapi apa yang berlaku ialah bila kita benarkan air ini diproses, dia keluar bau itu lebih teruk lagi dari yang sebelum masuk, ini menunjukkan ada macam seolah-olah macam “chemical reaction” dengan klorin ataupun alum yang digunakan dalam “water treatment” ini boleh menyebabkan bau ini lebih “amplified” lebih kuat, ini telah berlaku sebelum ini, sebab itu, sekarang ini “precaution” yang diambil untuk pastikan Zero TON, tiga kali berturut-turut ambil baru kita benarkan masuk ke dalam “intake” kita. Sebelum ini kita bagi “relax” sikit, satu TON, okay lah satu TON, tetapi bila masuk sebabkan ada “chemical reaction” dalam dia jauh bau lebih teruk lagi lepas keluar air yang dirawat itu, ini yang berlaku, realiti yang berlaku “on the ground” ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ini Yang Berhormat EXCO adalah pakar apa yang... (tidak jelas).. Bunyinya macam disactraction... lagi dia cair lagi power.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia macam chemical reaction. Dia campur klorin. Kita kan, bila kita masuk water treatment, kita ada bau percampuran chemical. Satu alum... lime stone, satu alum, satu klorin dan mungkin florid. Jadi campuran-campuran ini telah melekap chemical reaction jauh lebih kuat bau dia. Dia bukan masalah contain dia, masalah bau dia. Contain dia mungkin selamat tapi bau dia tu. Dia jadi masalah. Jadi, saya yakin teknologi ada, bukan tak ada. Perlu kita tingkatkan lagi usaha kita untuk memastikan benda ni dapat di atasi. Panjang sangat ini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kalau diizinkan.

Timbalan Speaker

Ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tapi kalau 1 TON, 2 TON, tak payah..

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Lain sedikit soalan saya. Daripada senior saya. So, pencemaran hari itu, kita dapat bau. Kalau bau dia ada tak boleh lepaskan air. Kalau tak ada bau baru lepaskan air. Tapi sekarang sudah beberapa minggu sejak pencemaran, dapat di kenal pasti tak, dalam makmal apa yang menyebabkan bau hari tersebut dan ada tak kemungkinan kita naik taraf loji rawatan air, SSP 1,2,3 dengan Semenyih supaya kita boleh proses air tersebut. Walaupun air itu tercemar bila masuk, masuk loji, loji kita naik taraf supaya dapat proses air tersebut. Dan boleh keluar air yang bersih dan selamat untuk diminum.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu memang ada dalam perancangan kita, untuk apa yang dipanggil sebagai emergence polluted. Apa yang di panggil emergence polluted. Pencemar yang baru, yang baru timbul. Dan kita dapati pengalaman kita ada 3 jenis yang kita dapat kesan bau ini. Satu ialah, yang oil based, saya yakin ini daripada sawit. Satu lagi, yang dia punya solvent, yang bau macam tiner, macam pelarut cat. Yang dikatakan antara kegunaannya ialah untuk mencuci radas bagi illegal punya drug, ini masa Bukit Mahkota punya cerita. Yang satu lagi ialah organic based, yang bau seperti bangkai. Ini diyakini datangnya daripada ladang-ladang, ataupun kolam-kolam ternakan yang berlaku. Jadi ini 3 jenis yang dikenal pasti. Dan saya, kemungkinan untuk kita upgrade filtration system kita untuk Air Selangor adalah satu daripada langkah-langkah yang kita akan ambil untuk lihat.

Jadi saya akan sambung lagi, untuk Yang Berhormat Bukit Gasing, saya tambah. Cuma yang dia menyebut tentang isu cendawan, kolam-kolam cendawan. Ini saya nak maklumkan. Setakat ini dah 10 kolam serupa ini dan sebuah rumah pam telah dibaikpulih dengan kos RM5.7 juta. Yang bakinya ada 134 lagi kolam air ini, dan 53 rumah pam. Dia biasa kolam ini ada rumah pam sekali. Dan akan disiapkan berperingkat-peringkat dengan kos RM235 juta. Ini kos untuk nak activate balik kolam-kolam dan juga rumah pam ini.

Untuk tentang isu berkaitan dengan tangki air ini, SPAN, di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh SPAN sekarang ini, kawasan pembangunan yang menggunakan satu juta liter air sehari, diwajibkan untuk menyediakan simpanan untuk satu hari. Ini panduan daripada SPAN. Tapi kalau pemaju nak buat lebih dari sehari, dibenarkan. Tapi minimum satu hari, kena buat kolam atau tangki, Mushroom itu. Jadi dia kena ada minimum. Ini adalah garis panduan SPAN, yang dikeluarkan untuk kawasan-kawasan yang menggunakan air lebih daripada satu juta liter sehari. Jadi itu antara yang cadangan ataupun yang telah pun diberikan panduan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh celah tak pasal jawapan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sila.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

SPAN punya standard, dia set dia punya bar sangat rendah. Banyak kawasan tak ada servis razor war.. langsung.

Termasuk di kawasan saya DUN Bukit Gasing, di seluruh Petaling Jaya, Subang Jaya dan sebagainya. Banyak tempat tak ada servis razor war. Jadi bila bekalan air terputus, tak ada back up tempatan. Kita ada 100 lebih kolam yang kata nak baiki dengan RM250 juta. Itu bagus. Itu tempat yang ada kolam. Bagaimana pula tempat yang tak ada kolam. Berapa ratus juta yang akan dibelanjakan untuk membina servis razor war di tempat tersebut, supaya resilient bekalan air di kawasan tersebut boleh dibekalkan. Kita nak jadi negara bertaraf dunia pertama.

Sikit saya nak tambah Yang Berhormat. Kalau saya dengar tadi. Takut la dengar bajet RM250 juta. Adakah sepenuhnya ditanggung kerajaan negeri ataupun ada sumber-sumber lain yang membantu untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Itu pada pakar kita la.. sebab saya lihat, macam kalau dalam buku belanjawan yang dibentangkan, kita tengok contohnya macam isu penggantian paip itu 6,000 km panjang paip itu nak digantikan. Kemampuan hanya 150km satu tahun. Jadi kalau kita, 1 km, RM1 juta, saya tengok dengan bajet yang ada, yang kerajaan negeri mampu salurkan. Ini saya rasa tak boleh kita nak selesaikan masalah ini. Ini kita baru cerita tentang isu pencemaran. Masalah yang berpunca daripada isu pencemaran bau, belum cerita paip pecah, belum cerita isu macam mana nak delivery air, belum cerita tentang bila berlaku kemarau ataupun sabotaj dan sebagainya. Sebab itu kita perlu, saya, kalau kita nampak, kita bentang cantik pun, program itu yang kita buat, tapi duit tak ada, sumber tak ada, benda itu hanya dilihat indah di atas kertas sahaja. Tapi pelaksanaannya.... jadi saya minta pihak kerajaan boleh beri penjelasan sedikit.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Mungkin boleh soalan saya sekali. Saya ingin bertanya, tadi ada disebut tentang..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tanya tentang apa ni...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tentang tangki air, dan sebagainya. Saya melihat bahawa sebenarnya banyak tangki-tangki yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing tadi itu, bukan sahaja di Petaling, di Subang Jaya, tapi di merata-rata Selangor. Mempunyai nilai-nilai komersial yang mungkin boleh digunakan untuk menjana pendapatan bagi membiayai sebahagian daripada kos penyelenggaraan ini. Khususnya tempat-tempat yang tinggi. Sebab tangki-tangki ini selalunya menduduki tempat yang tinggi. Mungkin kita boleh menggunakan tempat ini untuk memasang billboard ataupun papan-papan iklan, supaya sekurang-kurangnya kita boleh menjana sedikit pendapatan, hasil daripada iklan ini dan membiayai sebahagian daripada kos penyelenggaraan. Ini merupakan approach yang sama, orang pasang billboard dekat highway, untuk penyelenggaraan highway, income daripada billboard boleh digunakan menyelenggara lampu jalan, longkang dan sebagainya, jalan itu. Cara sama juga boleh digunakan untuk tangki-tangki air itu. Jadi saya melontarkan cadangan ini kepada Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih semua Yang Berhormat, panjang sangat dah isu air ini. Cuma saya nak komen di sini, segala maklum balas yang daripada Yang Berhormat tidak berhenti di sini, boleh teruskan di luar sana. Kita boleh bantu. Tapi yang penting kerajaan sangat-sangat serius. Saya yakin Ahli Yang Berhormat semua pun sama dengan kami, untuk kita pastikan kelestarian bekalan air kita ini akan berjalan dengan baik. Kerana apa, walaupun disebut Yang Berhormat Meru tadi, kos dan sebagainya, kita kena cari juga kaedah untuk membiayai. Kerana apa, kita tidak ada pilihan sebenarnya. Failure is not an option, dalam bekalan air Negeri Selangor. Jadi saya harap, benda ini kita boleh. Saya beri contoh, pelan perniagaan di bawah Air Selangor untuk 30 tahun, kita akan belanja CapEx perbelanjaan modal, RM9.6 bilion. Termasuklah loji-loji rawatan, termasuklah NRW inisiatif dan sebagainya, banyak. Kita akan belanjakan. Memang bukan kecil perbelanjaan infra ini, memang bukan... sebab tu kalau negeri Sabah berebut nak jadi Menteri Kerja Raya. Tapi sebenarnya bajet bukan duit kita. Ini duit perbelanjaan untuk rakyat. Untuk kita gunakan bagi menyelesaikan isu-isu yang terlibat sama ada jalan ke, air ke, sama ada banjir ke, ini semua adalah merupakan tanggungjawab yang kita kena pikul dan laksanakan. Kena carilah. Kaedah-kaedah yang sesuai termasuklah mengambil Sukuk atau sebagainya untuk memastikan kita dapat laksanakan kerja-kerja.

Saya rasa Yang Berhormat duduklah, ya. Saya rasa dah panjang sangat. Kita nak selesai. Bab pertanian pun dah tak boleh nak jawab. Tak sempat.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Fasal air, boleh Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini berkenaan dengan apabila terputus sahaja bekalan air, memang macam saya cakap dalam ucapan saya, Pelabuhan Kelang yang terawal yang akan menerima kesannya. Dan bila pulih pun, Pelabuhan Kelang yang terakhir. Dan termasuklah Andalas, Andalas itu lagi dekat dengan razor war pun, dia last juga. Saya pun tak tau kenapa. Pada hal Simpang Lima, tangki Simpang Lima paling dekat dengan Taman Seri Andalas tapi Taman Seri Andalas paling last juga. Lipat kajang. Saya pun tak pasti kenapa. Sengaja. Okey, cuma saya nak maklumkan sebaik sahaja lepas pulih, apa yang berlaku Yang Berhormat, paip akan pecah sana sini. Dia selepas seminggu, dalam masa seminggu selepas pulih itu, paip akan pecah sana sini. So ini implikasi-implikasi pada tahun ini yang kita hadapi. Bukan sahaja semasa terputus bekalan air itu kita bermasalah, tetapi selepas pulih pula, akan ada sana sini, pecah sana sini. Tak percaya, duduklah dalam Whatsapp group Syabas Klang. Memang pecah sana sini. Disebabkan apa, tak pasti. Mungkin Yang Berhormat boleh tolong jelaskan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Yang Berhormat, saya nak cuba bantu Pelabuhan Kelang sebenarnya...

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bukit Gasing, saya rasa cukuplah kot. Bagi orang lain. Yang Berhormat, kalau boleh, kita nak wrap up. Saya, ini apa yang disebut masalah problem. (KETAWA). Masalah dalam masalah. Apa yang berlaku, dia ada

banyak isu-isu teknikal, saya boleh terangkan. Boleh, kalau faham. Konsep pemahaman mengenai water hammer effect. Itu semua panjang ceritanya. Bila berlaku udara yang trap dalam sistem pembentungan dia akan beri kesan bubble effect, hammer effect. Sekarang kita buka paip laju-laju, kita dengar bunyi, bum.., bum... itulah hammer effect dipanggil. Disebabkan perubahan pressure di dalam sistem pembetungan saliran. Jadi ini banyak cerita teknikal. Apa yang saya nak sebut sini, kalau berlaku perubahan-perubahan tekanan ini memang memberi kesan, kita dah sebutkan, kita mempunyai sistem paip kita yang agak uzur terutama yang melibatkan isu paip ini. Yang juga perlu dibuat penggantian berperingkat-peringkat.

Sebab itu kita cipta, kita buatkan DMZ itu iaitu District Metering Zon ataupun Pressure Monitoring Zone. Untuk memastikan dalam masa kita mengawal bekalan air ini, dia tidak juga menyebabkan paip pecah. Ini yang nak kena balance. Ini yang berlaku kita buatkan dan sehinggalah kita berjaya selesaikan isu-isu paip lama kita ini. Dan ada setengah tempat itu, kalau korek pun dah tak ada paip. Dia dah hancur, tapi sebab dia ada jadi terowong kat bawah. Ini berlaku, paip-paip ini. Jadi tentang dekat dengan kolam, tak ada, itu soalan yang kita kena tengok dari segi rasional, dari segi teknikal. Mungkin kawasan itu low pressure dan sebahagiannya tidak sampai. Tapi apa sekali pun yang berlaku, kita selesaikan. Dan isu berkaitan dengan, kalau berlaku juga krisis dari segi bagaimana kita mengagihkan tanker dan sebagainya, pun telah diterangkan. Cuma saya minta Air Selangor, pili-pili awam ini supaya dibanyakkan dan juga pusat khidmat sehenti ini dibanyakkan untuk memastikan juga lebih ramai dapat juga menggunakan air-air yang bila berlaku krisis.

Saya cuma nak sentuh satu lagi tentang isu-isu air ini sebelum saya masuk perkara lain, iaitu isu yang disebut, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, berhubung dengan Labohan Dagang. Untuk makluman Labohan Dagang ini yang fasa satu ialah kapasiti 200 juta liter sehari telah pun siap. Dan beroperasi pada Disember 2019 hari itu. Dan air terawat itu sebenarnya akan di pam melalui paip sejauh 25km ke kolam imbangan Bukit Jugra. Ikut perancangan awal yang ini termasuk dalam pelan untuk piping ini, dalam rancangan fasa kedua. Tetapi bila kita dah siap, kita dapati keperluan itu untuk mendesak diselesaikan segera, maka barulah dibuat untuk menyelesaikan isu ini. Buat masa sekarang yang kita gunakan hanya 56 juta liter. Untuk sistem piping itu daripada Bukit Jugra, berakhir di Banting itu, kita dah pun bermula pada 27 Julai yang lepas, dan akan siap dalam masa 18 bulan, itu akan siap Januari 2022. Jadi dengan itu akan siap, kita boleh dapat operate kan terus 200 juta liter sehari kapasiti bagi kawasan Kuala Langat. Dan yang fasa dua nanti akan dilaksanakan kemudian. Ada dia punya jadual. Itu untuk makluman Yang Berhormat.

Satu lagi tentang isu WiFi. Saya nak bagi cara ringkas. WiFi ini memang banyak aduan. Tidak ada WiFi, slow, lambat dan sebagainya. Kita akui memang ada masalah dengan wifi Smart Selangor yang lepas yang kita telah buat penyejajaran semula baru-baru ini di mana kita lagi menggunakan sistem yang lama backhost streaming itu kita tak pakai lagi. Sekarang kita guna fiber dan microwave tower yang hanya

kapasitinya 100megabits per second. Tidak kurang dari 100. Kita syaratkan dalam spec. Sekarang kita ada dalam pelaksanaan 1100 akses point. 1 akses point dalam masa yang sama boleh diakses oleh 30 pelanggan untuk 1 jam. Ini saya nak maklumkan semua sekarang ini kita dah tetapkan sistem yang bawah 100 magabits kita tak benarkan lagi. Dia mesti 100 ke atas atau 100 kita fix kan. Kita ada 1100 kita cadangkan. Tahun depan kita tambah lagi 500 dan maknanya kalau 1000 lebih kurang 30,000 pengguna. Tahun depan tambah lagi 500 tambah lagi 15,000. Setiap tahun kita akan tambah ikut keperluan dan juga kekangan kewangan kalau ada keperluan kita tambah lagi dan fokus kita ialah bawah penjajaran ini kita nak fokuskan kepada perumahan kos rendah dan sederhana. Kedua ialah pendidikan, kesihatan dan keagamaan. Ketiga di kawasan komuniti. Keempat, pengangkutan, sukan dan rekreasi. Yang kelima, agensi dan syarikat kerajaan negeri Selangor. Ini lima kluster yang kita akan bagi keutamaan pelaksanaan wifi Smart Selangor ini. Tentang bayaran kita bayar kepada akses point yang aktif sahaja. Sebab ada akses point kita bayar. Kita tengok aktif atau tidak. Maknanya kalau tidak berfungsi kita tidak bayar. Ini memang menjadi pelaksanaan kita selama ini. Dan yang RM15 juta itu sebenarnya siling. Bukan maksimum RM15 juta. Ikut keperluan. Setakat mana yang kita guna. Dan yang satu lagi saya rasa isu Yang Berhormat Hulu Kelang timbulkan tentang kawasan empangan ini saya rasa tak apalah ini di bawah LUAS. Memang kita memantau dan menjaga keselamatan tempat ini, kawasannya sangat luas. Iaitu sungai kita dan empangan kita sentiasa dipantau dan diletak di bawah zon perlindungan. Tempat ini tidak boleh di ceroboh. Dan kita sedang enggage menggunakan khidmat JUPEM dan juruukur berlesen untuk membuat pelan ukur demarkasi bagi memastikan semua tempat ini mempunyai pelan ukurnya dan juga supaya dapat diwartakan. Untuk warta zon pelindungan nanti. Itu sebahagian telah dibuat. Sekarang dalam proses untuk menyiapkan semua.

Seterusnya, tentang pertanian ini saya sentuh sedikit. Pertanian ini bukanlah tidak penting, kita dah sebut jelas dalam ucapan belanjawan dan kita sebut dengan jelas dan di bawah sekarang ini food security ini sebut dalam rangsangan baru ini ia menjadi agenda penting untuk memastikan kelestarian. Dan apa yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua tentang pelaksanaan projek-projek pertanian moden dan juga bernilai tinggi adalah menjadi agenda berterusan kita dan juga melibatkan rakyat Selangor untuk dijadikan sebagai sama-sama menikmati atau bersama-sama berkongsi kemakmuran dalam pelaksanaan projek. Semua projek-projek kita yang melibatkan pertanian moden kita ini di bawah Kerajaan Negeri dan juga di bawah PKPS semua melibatkan rakyat. Ataupun usahawan ataupun agroprenuer tempatan. Kalau macam di Sungai Air Tawar itu roselle itu melibatkan orang di situ. Yang kita telah pun hantar kursus dan sebagainya. Dan juga nanas di Sungai Panjang juga melibatkan warga tempatan yang bersama-sama kita bangunkan untuk menguruskan pertanian moden ini. Jadi saya jawab secara ringkas dan saya rasa.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Pertanian boleh tanya satu soalan?.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kejap satu lagi. Last. Tentang jalan ni.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tapi ini pertanian, sebelum jalan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Baik, sila.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Berkenaan sumber air tercemar yang kita tak dapat minum beberapa hari, sumber pertanian, kolam ikan, kolam ternakan ikan, tanaman sayur dan sebagainya sepanjang sungai macam mana dengan keselamatan makanan yang dibanjiri dengan air yang dikatakan tak selamat itu.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kalau ikutkan pengalaman kita, air yang tidak tercemar ini cuma bau saja terutamanya tidak membahayakan dari segi untuk tanaman Cuma untuk minuman. Kita pun boleh minum Cuma tak sanggup nak minum. Bau dia. Jadi setakat yang kita buat. Saya dari awal dulu memegang portfolio pertanian ini saya dah nasihatkan semua supaya kita kembali kepada pertanian yang mesra alam. Sebab tu negeri tidak pernah meluluskan sebarang bantuan berupa racun. Kalau dia beli sendiri itu soal dia la. Tapi bantuan saya tak pernah bagi. Memang kita bagi dalam bentuk biologi punya atau mesra alam. Penggunaan EM, penggunaan organik kompos dan sebagainya. In fact dalam seminggu dua ini pun saya akan bagi bantuan banyak baja organik yang kompos yang mengandungi microb kepada petani dan juga yang usahawan pertanian di negeri Selangor. Ini merupakan dasar kita supaya kita dapat menjadi kelestarian alam sekitar kita. Selain dari kita dapat hasil pertanian yang sihat makanan, buah-buahan, sayuran, air, kita dapat jaga dengan baik. Ini merupakan satu perkara yang harus diberi tumpuan. Dan yang akhir sekali saya nak sebut di sini ialah berhubung dengan isu jalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ijok. Saya akui memang tempat ini menjadi tempat kegiatan sebab ada kuari yang besar di situ yang menggunakan laluan ini untuk projek lebuh raya Pantai Barat. Itu yang sedang berlaku di Jalan Bukit Badong ini yang menghubungkan Ijok ke Bestari Jaya. Ada kuari di situ. Ini menyebabkan banyak berlaku dan kita telah mengeluarkan hampir RM3 juta untuk kerja penambahbaikan atau maintenance jalan ini dan kaedah baru yang kita akan laksanakan ialah penggunaan Cold In Place Recycling (CIPR) dan juga super fibre mix yang kita baru perkenalkan untuk meningkatkan pertahan. Dalam masa yang sama saya sebut sebelum ini saya nak sebut sekali lagi isu overloading di jalan kita ini merupakan antara faktor besar yang menyebabkan jalan kita rosak itu kita sedang berurusan JKR dan JPJ dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk memastikan langkah-langkah penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Walau bagaimana saya akan meneliti kaedah yang kita boleh perbaiki. Untuk yang last sekali Yang Berhormat Meru kita buat permohonan untuk jalan Persiaran Hamzah itu. Saya janji benda tu dan saya kotakan. Memang kita dah dapat in prinsipal dan setuju tapi kita tunggu kelulusan rasmi tentang pelaksanaan penaiktarafan Jalan Persiaran Hamzah itu. Dan yang lain-lain itu melibatkan kita telah pun mensyaratkan kepada pemaju di

situ Sime Darby, SP Setia, WCE, Top Glove sama-sama terlibat untuk membantu menyelesaikan isu jalan-jalan yang agak rosak yang teruk di Meru. Ini kita telah pun usahakan dan kita akan buat follow up untuk memastikan mereka juga terlibat sama menggunakan dengan banyak jalan-jalan ini untuk membantu.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kalau boleh jawab, kalau ada kaitan. Isunya adalah isu korekan jalan. Jalan dikorek untuk buat macam-macam kita pun tak faham. Kadang kata Air Langat 2 kadang kata soal perumahan. Yang akhirnya yang merana adalah rakyat. Jadi kami buat satu keputusan akan menjemput penduduk wakil persatuan, kita ada gambar setiap satu ada lubang-lubang yang dibubuh besi yang berkarat, semak pun dah ada. Kita tak tahu. Kita akan panggil semua pihak yang terutamanya yang no. 1 dalam senarai kita akan jemput EXCO, Yang Berhormat sendiri kita akan jemput pada 15 November ini untuk arise the issue.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ini merujuk kepada manhole yang ada sama dia ada beberapa di tempat saya di Pandan. Dah bertahun-tahun dah tumbuh pokok dah saya difahamkan oleh Jabatan Pembetungan Wilayah Persekutuan bahawa mereka menghadapi masalah kontraktor yang menyebabkan memang dia buat lubang ini banyak tempat dan telah terbiar sekian lama. Saya pun telah bincang pada peringkat sebelum ini untuk menyelesaikan isu ini dan saya rasa ini akan melibatkan kawasan Yang Berhormat Hulu Kelang ini. Ini kita akan ambil tindakan. Dah terlalu lama saya rasa dah 3 4 tahun manhole ini berada besar pula tu habis jalan. Jadi ini kita akan sama-sama ambil tindakan susulan. Terima kasih. Saya rasa itu sahaja yang saya nak gulung di sini dan sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat dan kita akan ambil sebaik mungkin langkah-langkah untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan infrastruktur di negeri Selangor ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker, saya akan bermula dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat blok bebas. Yang Berhormat ini isu yang penting, Yang Berhormat Jeram ada membangkitkan isu mengenai penetapan kadar tambang perkhidmatan bas Smart Selangor yang akan dikenakan kepada warga asing sebanyak 90 sen. Dan kenapa bukannya RM1.00. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram kadar tambang ini diputuskan setelah perbincangan bersama pihak agensi pengangkutan awam darat dan maklum balas daripada agensi tersebut untuk mempertimbangkan dan meluluskan jumlah kadar tambang mengikut ketetapan garis panduan sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat juga pekeliling lembaga pelesenan kenderaan perdagangan bil. 8 tahun 2009 telah berkuat kuasa mulai 8 Ogos 2009 menyatakan bahawa had tambang baru merupakan had kadar maksimum dan pengusaha pengangkutan awam dibenarkan untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar tambang yang ditetapkan di semenanjung Malaysia. Had kadar tambang baru bagi kategori perkhidmatan bas

henti-henti yang ditetapkan di dalam pekeliling tersebut adalah berdasarkan kategori kawasan sama ada Kuala Lumpur dan kawasan sekitar atau selain Kuala Lumpur dan juga berdasarkan bas tanpa hawa dingin atau berhawa dingin dengan kadar yang berbeza mengikut kategori. Mengikut kategori yang ditetapkan laluan perkhidmatan bas Smart Selangor adalah di kategori kawasan selain Kuala Lumpur dan berhawa dingin yang telah ditetapkan kadar sebanyak 94 sen bagi setiap 2 kilometer pertama dan sebahagian daripadanya. Oleh itu had kadar tambang yang boleh dikenakan kepada penumpang warga asing bagi semua laluan perkhidmatan bas Smart Selangor telah diselaraskan menjadi 90 sen dan mekanisme pembayaran adalah secara cashless. Tanpa tunai sepenuhnya. Jadi isu warga asing perlu cari syiling sebanyak 90 sen untuk bayar yang itu tidak akan berlaku kerana mekanismenya adalah cashless (tanpa tunai).

Dan berhubung cadangan bas mini Smart Selangor oleh Yang Berhormat Rawang pada masa ini kebanyakan bas Smart Selangor menggunakan bas panjang berukuran 10 atau 12 meter. Berdasarkan kapasiti penumpang dan laluan sedia ada bas ini yang lebih bersesuaian. Hanya 2 laluan di Majlis Perbandaran Sepang iaitu di SPG 3 dan SPG 4 yang menggunakan bas pendek jenis coaster memandangkan laluan tersebut merupakan laluan jalan kampung yang sempit serta ruang untuk memasuki kawasan Hospital Serdang itu juga terhad. Pada tahun ini PBT akan menjalankan audit bagi semua laluan bas Smart Selangor yang sedia ada untuk melihat prestasi perkhidmatan yang diberikan. Keperluan yang lebih sesuai mengikut laluan dan rangkuman kawasan yang dilalui agar lebih reliable serta kos efektif terutamanya yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan PBT untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan ini untuk tempoh lebih lama. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya berhubung liputan perkhidmatan bas yang terhad, kesalinghubungan jaringan pengangkutan awam yang perlukan inisiatif first mile last mile yang menyeluruh yang menjadikan pengangkutan awam pilihan menarik. Sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan mahupun PBT. Begitu juga dengan permohonan Yang Berhormat Kota Anggerik supaya jaringan bas Smart Selangor di kawasan Shah Alam diperluaskan di kawasan seksyen U16, Elmina dan Bukit Subang. Keupayaan Kerajaan Negeri untuk memastikan seluruh negeri Selangor mempunyai ketersediaan pengangkutan awam yang mampan adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri dan seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan negeri-negeri mempunyai jaringan dan connectivity pengangkutan awam yang menyeluruh dan efisien. Kerajaan Negeri melalui MMKN bertarikh 12 Disember 2019 telah bersetuju agar semua PBT yang mempunyai rizab tunai bersih melebihi RM50 juta hendaklah membiayai 50% daripada kos bas percuma ditanggung oleh Kerajaan Negeri mulai 1 Januari 2020. Cadangan penambahan laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor oleh Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Kota Anggerik boleh dilaksanakan sekiranya PBT iaitu MBSJ dan MBSA mempunyai sumber kewangan dan peruntukan yang mencukupi bagi menambah laluan-laluan baru di kawasan Subang Jaya dan Shah Alam.

Speaker

Sila kan

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Exco Kinrara, ada dua soalan. Yang pertamanya ada tak cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor tentang Bas Smart Selangor ini kalau seingat saya di Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada Bas Smart Selangor yang dibuat Bas Sekolah. Di kawasan PBT lain ada tak cadangan pihak daripada Kerajaan Negeri yang nak buat perkara yang sama, kerana tak semua Bas Smart Selangor ini yang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, itu yang pertama. Yang keduanya saya dah mohon banyak kali untuk dapatkan Bas Smart Selangor kawasan Desa Mentari, Kampung Perlindungan, kawasan yang kita tahu miskin bandar tetapi saya cuba daripada saya Ahli Majlis sampai sekarang sampai tahun lepas,saya cuba masih tidak dapat kerana bajet sebab kekangan tapi saya ucapakan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang menyatakan bahawa tahun depan Kerajaan Negeri juga akan bantu jadi saya berharap dan saya bertanya boleh tak ianya dimasukkan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih, Yang Berhormat Seri Setia. Berkenaan perkhidmatan bas komuniti percuma di kawasan PJ dia adalah ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini merupakan satu contoh yang sangat baik di mana PBT sendiri dapat menanggung kos sepenuhnya. Sebenarnya sebelum setiap lalaun ditetapkan atau dipastikan salah satu faktor yang kami ambil kira adalah laluan itu adakah tidak melalui kawasan yang mempunyai tumpuan orang ramai seperti Sekolah, Hospital dan Pusat Membeli belah atau pun Pasar Pagi, Pasar Malam yang itu adalah faktor-faktor atau destinasi yang kami ambil kira semasa kita menentukan laluan dan saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat boleh kemukakan cadangan laluan kepada MBPJ dan cadangan ini akan dibawa masuk ke Stanco, Mesyuarat Stanco untuk membuat satu keputusan sekiranya MBPJ ada kemampuan kewangan. Ok Saya ingin sambung satu isu lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan

Yang tadi pasal Bas Sekolah, Bas Smart Selangor. Bas Sekolah tue sebenarnya, kalau tak salah saya adalah salah satu laluan daripada PJ City Bus, bagi Bas Smart Selangor seperti yang saya jawab tadi memang melalui banyak sekolah-sekolah bagi semua laluan, kita cuba melalui sekolah bagi membantu ibubapa meringankan beban kos bas sekolah. Yang Berhormat Bukit Lanjan ada membangkit isu berkaitan Pembangunan Lestari yang akan memberi kesan ke atas alam sekitar iaitu mengenai Pelaksanaan Projek ECRL oleh Kerajaan Persekutuan. Di sebahagian kawasan di dalam Negeri Selangor khususnya melibatkan kawasan-kawasan sensitif seperti Permatang Kuarza, Kampung-kampung Tradisi, Perkampungan Orang Asli, Taman-taman Perumahan, Taman Perhilitan dan Tadahan Air. untuk makluman Yang Berhormat, tiga jajaran ECRL yang dikemukakakn oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

adalah yang pertama jajaran asal melibatkan laluan dari Bentong, (PKGS) Gombak, Serendah dan juga Pelabuhan Kelang. Jajaran kedua adalah jajaran Seksyen (C ) iaitu laluan dari Mentakab ke simpang ke Kuala Klawang,Nilai, Putrajaya, Seri Cheeding, Pulau Carey dan Pelabuhan Barat dan jajaran ketiga jajaran asal pindaan ataupun ECRL 3.0 iaitu jajaran asal yang dipinda laluannya iaitu dari Bentong ke Gombak hingga Serendah melalui Hutan Simpan, laluan terowong seterusnya ke Pelabuhan Kelang dan Kerajaan Negeri masih berpegang kepada keputusan iaitu jajaran Seksyen C yang melalui Kuala Langat hingga ke Pelabuhan Barat adalah jajaran pilihan terbaik untuk projek ECRL di Negeri Selangor. Yang Berhormat Meru telah mencadangkan untuk menyediakan sebuah tapak pelupusan sampah baru yang lebih berhampiran dengan kawasan Meru bagi menyelesaika masalah longgokan sisa industri tapi Kerajaan Negeri Selangor sedang dan mengambil maklum tentang kegiatan pembuangan sisa industri secara haram tetapi kalau kita nak mewujudkan satu lagi tapak pelupusan di kawasan Meru atau kawasan MPK, saya rasa itu kurang sesuai kerana di kawasan Meru dan MPK ni merupakan satu kawasan yang penduduknya padat dan cari satu tapak pelupusan memang mustahil jadi yang paling dekat masih adalah di Jeram, bagaimana kita nak memastikan sampah, sisa industri itu dihantar ke tempat yang betul iaitu di tapak pelupusan yang sah di Jeram. Cadangnya adalah Kerajaan Negeri sedang bercadang dan sedang mengkaji keboleh laksanaan terhadap pengambilalihan kutipan sisa industri oleh KDEB Waste Management. Itu yang saya nak cakap, cuma nak sikit buat pembetulan itu orang Meru marah saya macam seolah-olah pembuangan di Meru saya tak suruh buat di Meru, cuma saya terangkan dalam Wujudkan satu tapak lagi sebenarnya, jarak dari Meru ke Jeram bukan jauh sangat kenapa masih ada sisa industri yang buang di tepi jalan atau di tanah yang tidak dijaga dengan baik kerana kalau mereka buang secara haram tidak perlu bayar tapping fees kalau hantar ke Jeram perlu membayar tapping fees, jadi bagaimana kita boleh memastikan kontraktor tersebut hantar sampah ke tapak pelupusan yang dibenarkan iaitu di Jeram. Iaitu kita boleh melalui satu cadangan adalah melalui pelantikan KDEB Waste Management sebagai kontraktor untuk mengutip sisa industri. Tuan Speaker, saya ingin mengulas lanjut tentang isu tindakan penguatkuasa terhadap kilang haram, dan program pematuhan syarat dan penguatkuasaan tanpa kebenaran yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat, didapati timbul rasa tidak senang hati kerana kekeliruan tentang Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran yang sedang laksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Rata-rata telah silap tafsirkan program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran ini seolah-olah kilang haram yang terbiar yang telah dibiar bermaharajalela sehingga mendatangkan macam-macam isu terhadap alam sekitar dan kesihatan rakyat. Gangguan bekalan akibat pencemaran telah menimbulkan rasa marah dan tidak puashati namun kita tidak harus bersifap

pukul rata dalam perkara ini, bukan semua kilang mendatangkan pencemaran dan pencemaran tidak hanya disebabkan oleh kilang. Saya sedar sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita tidak boleh ambil cara mudah untuk menyelesaikan masalah, kalau semua kilang tutup semua kilang roboh semua, dan kita cerita adakah cara ni boleh selesaikan masalah. Ini bukan caranya sebabnya ia juga melibatkan masalah sosial seperti periuk nasi ribuan isi rumah. Saya bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Yang Berhormat di manakah kadar pengangguran dan peluang pekerjaan rakyat Selangor harus dijadikan tumpuan lebih-lebih lagi pada COVID-19. Mengambil kira isu pengangguran kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhati-hati dan peka, semasa mengambil tindakan kita tidak mahu lihat timbul pula masalah ribuan rakyat hilang kerja kerana kilang-kilang ditutup begitu sahaja. Oleh itu, di bawah program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran, Kerajaan Negeri mewajibkan semua kilang tanpa kebenaran yang tidak mempatuhi syarat teknikal seperti yang belum tukar syarat kegunaan tanah walau pun telah dikategorikan sebagai tanah industri, yang tidak memohon kebenaran merancang walaupun rekabentuk bangunan itu dilihat kemas dan tidak berbahaya untuk mengemukakan permohonan. Namun saya ingin sekali lagi menegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan kilang yang mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan. Tidak ada satu pun kilang yang dikesan menjalankan kegiatan haram atau mengakibatkan pencemaran dibenarkan untuk menyertai program pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran, no way, bagi kilang yang boleh mendatangkan pencemaran noway mereka tidak boleh masuk ke dalam program pemutihan ini, satu contoh yang saya nak sebut di sini adalah Kerajaan Negeri melalui PBT-PBT telah bergiat aktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas termasuk menutup hampir 200 kilang plastik haram yang telah dikesan. Ini sangat jelas kita telah tutup kilang-kilang harap plastik, sisa plastik dan antara ahli Yang Berhormat yang aktif dan turut serta operasi sita dan tutup adalah Yang Berhormat Pelabuhan Kelang. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Kelang semalam, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ketika itu Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan padu dalam tindakan penguatkuasaan kilang-kilang itu telah disita ditutup, dipotong bekalan air, dipotong bekalan elektrik, kilang-kilang itu lah kilang haram yang tidak boleh dibantu dan perlu ditutup serta merta, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dan akan tegas mengambil tindakan terhadap kilang-kilang tersebut. Sungai Pelek

Speaker

Sungai Pelek, ada bahas tentang kilang-kilang

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ada isu, ada isu

Speaker

Ok… ok… ada saya benar, kalau tak ada saya suruh duduk

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ada sebuah kilang plastik yang recycle itu kalau kita bersama-sama tutup pada tahun yang lepas tetapi ia akhirnya dia muncul balik katakan nak dipulangkan ke Sungai Pelek tetapi kawasan Sepang

memang sudah target sebagai satu Pusat Pelancongan Eco Tourism jadi lagipun kilang itu di tepi Sungai Sepang besar yang sangat-sangat kita hargai, jadi kita minta kerajaan mengambil berat supaya membantu kita rancangan biarkan kilang ini dihidup balik di Sungai Pelek.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kerajaan Negeri ambil maklum dan isu itu akan dijawab dengan lebih jelas daripada Yang Berhormat Kajang nanti. Sabar ya Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Speaker, ahli-ahli Yang Berhormat juga membangkitkan isu-isu penjaja tanpa kebenaran, ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana sangat bangga dengan tindakan Menteri yang telah memberi lesen seorang makcik yang telah lama berniaga tetapi tidak dapat lesen DBKL, sepatutnya Yang Berhormat sebelah sana harus bangga dengan Kerajaan Negeri Selangor kenapa? Kerana Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Insentif Pemberian Lesen Penjaja Sementara Pasca Perintah Kawalan Pergerakan PKP Negeri Selangor melalui PBT-PBT, melalui insentif ini proses permohonan lesen penjaja sementara akan dipermudahkan dan dipercepatkan lokasi-lokasi baru juga dikenalpastikan untuk menempatkan sebanyak yang boleh penjaja-penjaja tanpa kebenaran ini, Kerajaan Negeri nak bantu dan akan bantu penjaja-penjaja tanpa kebenaran ini. Penjaja ini dikatakan tanpa kebenaran kerana tidak berlesen bukannya business haram, mereka jual makanan, mereka jual minuman, mereka bukan jual rokok seludup, mereka bukan jual CD cetak rompak, jadi tidak salahnya Kerajaan Negeri Selangor membantu penjaja-penjaja tanpa kebenaran ini, Semalam Yang Berhormat Templer, ada bagi satu pandangan dan cadangan Yang Berhormat Templer meminta PBT-PBT Negeri Selangor tutup satu mata, tapi Yang Berhormat Taman Templer mata kanan ke mata kiri, kalau kita tutup mata kiri, penjaja-penjaja tanpa kebenaran sebelah kiri itu mungkin kita tak nampak, yang itu saya tidak setuju, kalau kita tutup mata kanan pula, penjaja-penjaja di sebelah mata kanan sebelah kanan jalan kanan itu mungkin kita tak nampak. Oleh itu, kita kena buka dua mata besar-besar untuk memastikan penjaja yang perlu tolong perlu bantuan daripada Kerajaan Negeri kita salurkan bantuan pada penjaja-penjaja ini. Dua-dua mata itu kena buka tak boleh tutup satu mata, saya nak sebut di sini Pasca Covid hingga setakat ini hampir 3000 lesen sementera telah dikeluarkan bagi membantu penjaja-penjaja. Ya, oleh itu, saya kata Yang Berhormat sebelah sana harus bangga dengan Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri berharap dengan bantuan ini, penjaja-penjaja dapat menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan sara hidup mereka (Ahli Dewan bersorak). Tuan Speaker, akhir sekali, Ahli-Ahli .. boleh ya? Nak habis, sikit sahaja. Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana juga lantang dengan moratorium, sedangkan Kerajaan Pusat pun belum nak lanjutkan moratorium. Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana juga minta agar cukai dikecualikan, fi lesen dikecualikan. Sekali lagi, sekali lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat di sana tak tahu tidak sedar, atau buat-buat tidak sedar. Sebelum pandemik COVID-19, iaitu sejak tahun 2016 Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pengecualian cukai tafsiran bagi rumah kos rendah dan kediaman kampung. Dan juga pengecualian fi lesen penjaja

2016, 2017, 2018, 2019, 2020 (Ahli Dewan bersorak) dan akan diteruskan tahun 2021 bagi membantu dan mengurangkan beban rakyat Selangor. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang meluluskan bajet ini, untuk

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

membantu rakyat di Negeri Selangor. Tuan Speaker, itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat EXCO minta laluan, minta laluan.

Speaker

Dah habis dah, dah habis dah.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Saya dah lama berdiri dah ni. Tak patut la macam ni.

Speaker

Dah habis dah.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat EXCO cuma jawab belah kiri pembangkang sahaja, Bebas punya langsung tak sentuh. Mana boleh macam tu, tak patut.

Speaker

Ya ok, ok, saya bagi. Yang terakhir.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang terakhir, terima kasih Tuan Speaker. Saya memang setuju apabila katakan tak setuju dengan Templer kerana tak boleh pandang sebelah mata, kena buka dua-dua mata tetapi apabila buka dua-dua mata, yang saya ceritakan tu yang mana warga negara asing yang berniaga tu, Yang Berhormat EXCO langsung tak sentuh. Bila buka dua-dua mata mesti patut nampak. Perlu ambil tindakan. Yang mana saya sentuh, orang tempatan itu perlu dikurangkan dendanya daripada 14 hari tutup tu kepada mungkin 7 hari ataupun 3 hari supaya membolehkan dia bernyawa, meneruskan perniagaan dia. Harap Yang Berhormat catat balik, minta tolong. Terima kasih.

Speaker

Adakah Yang Berhormat nak jawab untuk Jeram? Ambil maklumlah, YB ambil maklum ya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Memang, memang warga asing tidak dibenarkan untuk berniaga, untuk berniaga sebagai penjaja, itu memang tidak dibenarkan bukan bagi kedai tomyam sahaja, semua jenis penjaja tidak dibenarkan.

Speaker

Ok, dah. Saya jemput Yang Berhormat Kajang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk, saya nak menjawab tiga (3) Bab, iaitu pelancongan, berkenaan alam sekitar dan juga hutan simpan, kalau sempat (ketawa). Yang pertama, tentang pelancongan. Yang Berhormat Banting mencadangkan pelaksanaan Travel Barber di Selangor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, merujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni Budaya Malaysia (MoTAC), pelaksanaan Travel Barber buat masa ini tidak dapat dilaksanakan berikutan status kes COVID-19 di Malaysia. Perancangan telah pun dibuat untuk, pelaksanaan Travel Barber yang tertumpu pada destinasi yang lebih selamat pada masa itu, seperti Australia, Brunei, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Singapore, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Namun, ia telah pun ditangguhkan. Pihak MoTAC kini memberi tumpuan serta pendekatan untuk mempromosi pelancongan domestik. Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan, perjalanan merentasi sempadan untuk pelancongan dan Travel Barber akan bermula secara berperingkat pada suku pertama tahun 2021. Dengan syarat keadaan COVID-19 di Malaysia berada di tahap yang terkawal. Untuk menjawab soalan yang timbul daripada Rawang, apakah perancangan ..

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Ya.

Boleh mencelah sikit?

Speaker

Isu? Ada bangkit isu tak?

Isu ada, ada.

Speaker

Isu bangkit sikit boleh, boleh, sikit.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Yang bangkit pelancongan ..

Pelancongan, pelancongan.

Speaker

Ada bangkit? Nampak Meru tak ada, ha .. ok. Sila duduk Meru.

Bukan, ini tentang nak bagi cadangan kepada Kerajaan Negeri, kena bagi peluang.

Speaker

Sebab saya terkeliru dengan Meru.

Ini ada kepentingan untuk pengusaha-pengusaha pelancongan sebenarnya.

Speaker

Apa, bahas dalam isu pelancongan, maka

Ini tentang berkaitan isu pelancongan lah ni. Saya bukan nak cerita tentang banjir ni.

Speaker

Bukan isu, saya tak dengar. Waktu perbahasan, Meru membawa isu pelancongan

Saya nak tanya, saya nak tanya boleh tak? Boleh bagi..bagi..

Speaker

Ha, sila, sila.

Ok, ok. Kalau saya lihat pada pembentangan EXCO, kita banyak pada kempen. Sekarang ni, peniaga yang paling terjejas isu industri pelancongan ini, memang paling terjejas lah. Dan kita jangkakan, ia akan mengambil masa yang panjang untuk selesai. Dan mungkin, orang kata kita boleh, saya bagi cadangan untuk pelancongan ni berkaitan dengan kaedah untuk memikirkan untuk cara kita hidup bersama covid dalam industri pelancongan ni. Saya nak ambil contoh bagaimana yang dibuat oleh Kerajaan UAE. Sekarang ni mereka menerima pelancong-pelancong luar. Thailand juga menerima pelancong-pelancong luar dan industri pelancongan mereka naik balik. Dan kita ni orang kata, bila ada covid kita tak boleh buat apa-apa langsung. Paling terjejas di Sekinchan lah. Ha, bagi pun. Dan saya mencadangkan kalau pihak Kerajaan Negeri boleh memikirkan kaedah, mungkin orang kata, bagi nak membantu pengusaha-pengusaha ini, untuk membuat satu, apa nama, program rancangan, orang kata, apa nama, menerima pelancong dalam keadaan covid bersama dengan kita. Saya nak cerita macam mana istilah itu. Sebab sekarang ni, semua perancangan termasuk apa-apa bidang pun kesihatan ke, bidang pelancongan ke, perniagaan ke, kita lebih kepada pencegahan semata-mata. Tetapi kita tidak bersedia, mungkin kalau benda ni ambil masa mana tahu lima (5) tahun, sepuluh (10) tahun, kita tak tahu covid ni bila selesai. HIV sampai hari ni kita tak jumpa vaksin dia lagi. SARS sampai hari ni kita tak jumpa vaksin dia lagi. Jangan kita cerita tentang covid. Itu sikitlah.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih, soalan panjang lebar daripada Meru. Malangnya, sempadan kita belum buka lagi. So, kita tidak boleh menerima pengunjung dari luar negara. So, itu bukan di bawah kuasa kita. Kuasa negeri. Di bawah kuasa Pusat di mana MKN masih melarang pelancong datang ke Malaysia. So, kita tidak boleh buat apa-apa. So, kita hanya boleh pusing di Selangor. Pelancongan pusing-pusing di Selangor sahaja. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Rawang, Yang Berhormat Rawang. Apakah perancangan bagi pembangunan pelancongan di Pekan Warisan Batu Arang yang menjadi destinasi untuk pelbagai aktiviti sukan dan tarikan pelancongan seperti aktiviti berbasikal dan

pelancongan warisan. Untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, satu kajian khas sedang dilaksanakan di kawasan Batu Arang Rawang, oleh PLAN Malaysia@selangor iaitu Unit Perancang Negeri Selangor. Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk dibangunkan. Aktiviti-aktiviti dan kemudahan-kemudahan yang sokongan tempatan di sekitar kawasan tumpuan akan dinaik taraf bagi mewujudkan sebuah destinasi pelancongan yang berjaya dan berpotensi untuk menjadi taman tema teknologi pertama di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri akan memastikan hasil daripada kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dipelihara bagi menjadikan pekan Batu Arang ini sebagai destinasi pelancongan warisan yang bertaraf antarabangsa dan dikenali di serata dunia kelak. Pihak Majlis Perbandaran Selayang, MPS juga ada menyediakan pelan perancangan pembangunan pelancongan di Pekan Warisan Batu Arang melalui Pelan Induk Landskap MPS 2018 – 2028. Pelan Induk ini bertemakan Selayang Bandar Eko Pelancongan. Komponen-komponen ruang tumpuan awam dan komponen utama Landskap Perbandaran adalah seperti berikut :

1. Menaiktaraf Dataran Tugu (Terrace Plaza) 2. Plaza dengan kios Culture Display 3. Pusat atau Hentian Basikal 4. Bollywood Pocket Plaza 5. Kawasan Permainan Kanak-kanak.

Pembangunan yang dicadangkan ini adalah pembangunan secara berfasa. Tiga (3) fasa pembangunan. Anggaran cadangan, kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM8,255,500.00. Permohonan peruntukan juga telah dipohon di bawah Perancangan Malaysia Ke-12. Beberapa acara sukan dan pelancongan telah pun dilanjutkan, dianjurkan bagi mempromosi Pekan Batu Arang sebagai destinasi pelancongan seperti berikut iaitu :

1. Deuter International Trail Run 2. Ultimate Direction Cross Country Ultra Series 3. Batu Arang Heritage MTB Mini Jamboree 4. Clinic Kids Obstacle Challenge

Bagi penganjuran acara sukan dan pelancongan untuk tahun 2021, pihak Tourism Selangor sedang membuat penilaian dan perancangan bagi pelaksanaan keseluruhan secara pelancongan yang bersesuaian mengikut norma baru dan juga pematuhan SOP yang telah pun ditetapkan.

Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Permatang. Cadangan menjadikan Kampung Sg. Yu sebagai pusat pelancongan Hutan Bakau. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan pihak Yang Berhormat Permatang mengenai cadangan

menjadikan Kampung Sg. Yu sebagai pusat pelancongan Hutan Bakau dengan beberapa cadangan seperti penganjuran kajian spesies pokok bakau, pembinaan canopy walk, pusat pelihara hutan bakau dan cadangan pembinaan menara tinjau. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan menjalankan sesi lawatan teknikal produk pelancongan yang melibatkan beberapa agensi yang berkaitan seperti Majlis Daerah Kuala Selangor, UPEN Seksyen Pelancongan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, MoTAC Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ke Kampung Sg. Yu dan beberapa kawasan seperti yang dicadangkan untuk membuat sesi audit produk pelancongan yang berpotensi ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan kawasan pelancongan khususnya produk pelancongan yang baru, antaranya seperti yang berikut, yang pertama, untuk mengangkat sebuah ..

Speaker

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kajang, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan kata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan Yang Berhormat Kajang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang pertama, untuk mengangkat sebuah tempat, menjadi tempat pelancongan perlu merujuk Undang-undang Malaysia di bawah Akta 482. Akta Industri Pelancongan 1992 dan mengenal pasti status tanah atau kawasan yang ingin dijadikan sebagai produk pelancongan. Yang kedua, pembangunan pelancongan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan jalan serta akses dan juga nilai komersial menggambarkan X Factor dan keunikan yang ada pada suatu tempat yang menjadi tarikan orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut. Yang ketiga, aktiviti promosi yang giat dijalankan oleh Tourism Selangor bersama-sama organisasi pelancongan yang lain, masakan, produk pelancongan yang mempunyai potensi diangkat menjadi tempat tarikan pelancong melalui pakej pelancongan yang bersepadu. Untuk soalan yang kedua, promosi pelancongan gastronomy di Negeri Selangor. Pelancongan yang berkonsepkan gastronomy ataupun kepelbagaian makanan merupakan salah satu segmen terpenting dalam mempromosikan destinasi

pelancongan di Negeri Selangor. Beberapa program telah pun dan sedang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor, UPEN dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempromosikan produk pelancongan gastronomy di Negeri Selangor antara seperti berikut, yang pertama, Program Familiarisation, FAM Trip bersama agensi pelancongan dan media tempatan dan antarabangsa. Yang kedua, Program Selangor Eat, Travel, Write, yang ketiga, Program lawatan bersama media dan selebriti iaitu TS – Day Out, yang keempat Program Kempen melalui digital online dan laman media sosial mengikut pasaran. Yang kelima, Program Kempen Pengiklanan, Digital Billboard, media cetak dan juga media elektronik mengikut pasaran. Yang keenam, penerbitan brosur dan juga e-Book Pelancongan, yang ketujuh, penerbitan pakej pelancongan yang berkonsepkan gastronomy. Yang Berhormat Templer, kawasan dan juga pembangunan pelancongan tidak diurus dengan baik, cadangan untuk memberikan pengurusan kepada syarikat luar yang berminat agar tempat pelancongan tersebut boleh dijaga dengan baik termasuk penyediaan berasas. Kerajaan Negeri telah pun aplikasikan konsep terbuka untuk menerima permohonan atau pun beri peluang kepada syarikat luar yang layak dan berpotensi untuk menguruskan produk pelancongan agar dapat diuruskan dan menyediakan kemudahan asas yang cukup bagi memastikan kelestarian produk pelancongan tersebut. Berapa produk pelancongan yang potensi untuk dibangunkan telah dikaji oleh pihak Tourism Selangor dan UPEN, Seksyen Pelancongan dan akan mengangkat cadangan tersebut bagi proses kelulusan dengan meluluskan proses RFP iaitu request for proposal. Antara produk pelancongan yang berpotensi tersebut adalah seperti berikut Rumah Rehat GAP di Hulu Selangor. Yang ke-2 Ampang Lock Up Point di Hulu Langat, yang ke-3 Marine Cultural Village di Kuala Langat.

Yang Berhormat Bukit Melawati ya, cadangan untuk mempertimbangkan pemberian bantuan kepada Persatuan Pendayung Sampan di Pusat Century Kelip-kelip Kg. Kuantan, Kuala Selangor seramai 35 orang dan Pakej Bantuan One Off RM1,000 seorang. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan dan akan mengkaji secara lebih mendalam terhadap cadangan Bukit Melawati untuk pemberian bantuan kepada Persatuan Pendayung Sampan di Pusat Century Kelip-kelip Kg. Kuantan. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri perlu mengambil kira semua permohonan daripada pelbagai pihak di pelbagai peringkat serta ia adalah bergantung pada kedudukan implikasi kewangan semasa Kerajaan Negeri. So, kita akan buat pertimbangan pada Pakej Rangsangan kalau ada. Buat masa ini kita telah luluskan untuk mereka yang telah dikenal pasti tapi tak termasuk 35 orang ini.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Tuan Speaker, Bukit Melawati.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Yang Berhormat EXCO, saya fikir 35 orang ini tidaklah, bukanlah angka yang besar dan sekiranya RM1,000 itu tidak dapat di pertimbangkan mungkin lebih rendah daripada itu pun, saya fikir pendayung 35

orang ini akan amat menghargai bantuan ini. Kerana mereka juga menyumbang kepada pelancongan Negeri Selangor. Tanpa mereka pelancong tidak dapat menikmati Kelip-kelip di Kg. Kuantan itu. Dan Kg. Kuantan ini satu-satunya yang ada di Malaysia yang kita harus hargai penghargaan kepada anak tempatan di Kg. Kuantan itu sendiri. Saya mohon sangat pihak Kerajaan Negeri dapat sediakan sedikit bantuan untuk mereka. Dan dikategorikan juga di masa akan datang termasuk sebagai pengusaha atau pun host community, satu kategori juga buat mereka, terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Kita ambil maklum dan kita akan kaji semulalah sama ada kita financial ini kita mampu atau tidak untuk tahun depan.

Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Panjang, panjang lebar ini. Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Sabak Bernam sedang meneliti cadangan untuk membangunkan Pasar Jerami di Parit 14, Sabak Bernam sebagai salah satu tarikan baru di daerah Sabak Bernam. Pihak Tourism Selangor akan menjalankan sesi lawatan teknikal produk pelancongan yang melibatkan berapa agensi yang berkaitan seperti Majlis Daerah Sabak Bernam, UPEN Seksyen Pelancongan, Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam dan Motec Selangor ke Pasar Jerami seperti yang dicadangkan untuk membuat sesi audit produk pelancongan yang berpotensi seperti ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Produk pelancongan ini boleh dimasukkan peta Pelancongan Negeri Selangor setelah proses pengesahan status tanah dan juga pengurusan produk pelancongan tersebut dimuktamadkan. Berikut merupakan tugasan dan peranan utama Host Community Selangor yang dikawal selia oleh pihak Tourism Selangor. Yang pertama memberikan perkhidmatan kepada pelawat dan pelancong untuk merasai sendiri pengalaman unik yang berasaskan kepada warisan budaya gaya hidup dan tradisi komuniti setempat di daerah-daerah dalam Negeri Selangor. Kedua membangunkan produk pelancongan yang baru iaitu Aspiration Tourism yang memberikan impak sosial kepada komuniti luar bandar dan juga daerah-daerah. Yang ketiga kerjasama dengan agensi luar seperti Tourism Selangor, agensi pelancongan Online Tour Booking Engine bagi menghasilkan pakej lawatan pengalaman pelancongan dipasarkan ke dalam dan luar negara. Yang keempat sentiasa menambah baik pakej pengalaman dan aktiviti lawatan mengikut situasi semasa dan mengetengahkan produk pelancongan yang bersih untuk dipromosikan yang ada di kawasan mereka. Yang kelima bersama dengan pihak Motec untuk memastikan lesen pemandu pelancong dalam keadaan aktif dan di perbaharui.

Soalan yang ketiga, pelancongan eko dan agro merupakan antara tarikan utama di Negeri Selangor. Merupakan antara penyumbang tertinggi kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Pengenalan mengenai proses tanam padi dan produk pelancongan agro di Negeri Selangor bukan suatu yang baru dan ia telah pun dipromosikan dimasukkan dalam pengalaman aktiviti homestay yang berdaftar di Negeri Selangor.

Antara pakej dan pengalaman proses menanam padi yang telah dijalankan seperti berikut yang pertama Muzium Pameran dan sesi penerangan di Galeri di Sekinchan, Selangor. Dan kedua aktiviti pengalaman dan pemprosesan padi secara tradisional di homestay Sungai Sireh dan juga homestay Sungai Hj. Dorani. Yang ketiga pakej pengalaman penanaman padi daripada host community di Selangor daripada daerah Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor.

Untuk bab alam sekitar, Yang Berhormat daripada Ijok ada membangkitkan tentang isu pencemaran sungai terutama yang melibatkan kilang-kilang. Untuk makluman Yang Berhormat Ijok, penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran air ini tertakluk di bawah akta kualiti alam sekeliling. Laksanakan secara berkala dan bersasarkan dengan menumpukan kepada punca-punca yang terletak di hulu takat pengambilan air. Berdasarkan ementri punca-punca pencemaran oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga Oktober 2020, terdapat 1,027 kilang pembuatan iaitu manufacturing yang menghasilkan air fluence perindustrian di Negeri Selangor.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh JAS adalah meningkatkan penguatkuasaan ke atas punca-punca di lembangan sungai melalui Ops Sumber Air atau pun Ops Gempur di mana sehingga bulan September 2020, sebanyak 865 premis telah pun di periksa dan sejumlah 222 kompaun telah pun dikeluarkan. Selain itu sebanyak 52 kertas siasatan telah pun dibuka bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan pencemaran sungai. Melalui Standard Operating Procedure (SOP) bagi pembinaan kilang-kilang Alam Sekitar memberi ulasan teknikal dan aspek kesesuaian tapak, saiz suitability iaitu penempatan industri perlulah selaras dengan rancangan Pihak Tempatan (PBT). Dan garis panduan Essential for Setting of Industries in Malaysia iaitu ESIM 2017 terbitan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Selain itu ulasan teknikal juga merangkumi keperluan mengemukakan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling iaitu EIA. Sekiranya aktiviti kilang tertakluk di bawah perintah kualiti alam sekeliling, aktiviti yang ditetapkan atau pun penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015 dan keperluan mengemukakan notification pemasangan alat kawalan pencemaran bagi memastikan pencemaran alam sekitar di proses sekiranya dapat dicegah. Bagi memastikan kualiti sumber air terpelihara, sistem tele matching bagi memantau status kualiti air sungai telah pun diwujudkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui 5 stesen pemantauan steratime dan 11 River Monitoring System (RMS) telah pun diwujudkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Walau bagaimanapun, kesemua stesen ini tidak dilengkapi dengan parameter assening dan juga chloroform. Selain itu pada masa kini tiada alat atau pun teknologi di pasaran yang boleh mengukur tahap pencemaran bau. Selain daripada menggunakan kaedah deria manusia bagi mengukur kadar bau dalam unit trasial ordornumber iaitu TON. Sebagai tambahan juga JAS dan pihak LUAS sedang memuktamadkan satu memorandum persefahaman bagi perkongsian data-data kualiti air sungai melalui satu commerce center supaya tindakan pengesanan awal insiden pencemaran air sungai dapat diambil.

Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Teratai pula. Ini saya rasa satu pertanyaan yang baru yang saya perlu jelaskan. Saya ingin menjelaskan bahawa JAS tidak mengawal harga yang ditetapkan oleh kontraktor-kontraktor pengangkut atau pun pelupusan pembuangan terjadual. Kerana ia berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh penyelia perkhidmatan dan business modal syarikat. Walau bagaimanapun, Kerajaan sedar akan rungutan-rungutan yang diterima daripada pemain industri iaitu industri player, maknanya kos pengeluaran atau pun pelupusan yang sangat tinggi. Oleh itu, pihak JAS sedang mengkaji mekanisme yang sesuai bagi penepatan harga yang munasabah yang tidak membebankan mereka sekali gus dapat mencegah kejadian pelupusan haram pembuangan terjadual daripada berleluasa.

Bagi menangani kejadian pelupusan haram pembuangan terjadual, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga harus diperkasakan, empowerment di mana disyorkan setiap kilang yang menghasilkan pembuangan terjadual diwajibkan mendaftar dan Electronic Schedule Waist Information Centre System iaitu ESWIS. Dan keperluannya disyaratkan semasa pengeluaran atau pun pembaharuan lesen perniagaan kilang-kilang dibuat.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek. Berkenaan dengan kilang pemprosesan plastik kitar semula. Untuk makluman Yang Berhormat, kilang kitar semula plastik Jingge Manufacturing Sdn Bhd di Lot 156, Jalan Sepang, Sungai Pelek, Sepang Selangor adalah terletak di zon perindustrian dan bersebelahan dengan industri sedia ada seperti kilang batu-bata, kejuruteraan besi dan pengumpulan dan pengasingan sisa pepejal. Pihak kilang telah mengemukakan laporan environmental impact assessment EIA melalui Folding Earth Consultancy And Services Limited pada 15 Julai 2020. Kilang ini mengitar semula plastik terpakai jenis polestring, ini susah hendak sebut ini, PET short form PET. Dan paltering dan PET dan juga paltering PE dengan kapasiti keseluruhan memproses sebanyak 6,000 metrik tan sebulan.

Sumber plastik terpakai diperoleh daripada sumber tempatan dan luar negara melalui kelulusan import iaitu approval permit AP daripada KPKT. Laporannya telah pun dikaji dan di bincang dalam mesyuarat Environmental Impact Assessment Teknical Review Community iaitu EIARC pada 11 Ogos 2020 yang dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal luaran seperti Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Selangor. Surat kelulusan laporan EIA telah pun dikeluarkan kepada pihak kilang pada 21 Ogos 2020 dengan 43 syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak kilang. Laporan EIA tersebut diluluskan dengan selaras dengan Seksyen 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 974 yang mana Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling telah berpuas hati bahawa penilaian mengenai kesan aktiviti kilang ke atas alam sekitar, langkah-langkah yang diambil untuk mengecahkan, mengurangkan atau pun mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekitar adalah mencukupi sebagai contoh proses kitar semula plastik terpakai ini akan

dilengkapi dengan sistem alat kawalan pencemaran udara bagi mengawal pelepasan habuk dan juga bau serta sistem pengolahan efluen perindustrian iaitu Industrial Effluent Treatment System iaitu IETS bagi merawat air buangan daripada proses cucian plastik. Selain itu operasi kilang akan dikawal selia oleh kakitangan yang telah terlatih dalam aspek pengurusan alam sekitar itu orang yang berwibawa iaitu competent person yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Bagi mematuhi syarat kelulusan EIA kilang telah pun mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar iaitu Environmental Management Pelan ENP pada 22 Oktober 2020 yang diperincikan kerja-kerja pemantauan monitoring yang akan dilaksanakan. Laporan ENP tersebut telah pun diluluskan oleh jabatan Alam Sekitar pada 26 Oktober 2020. Untuk makluman Yang Berhormat juga aktiviti kilang ini akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar dan boleh diambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran kepada syarat-syarat ke kelulusan laporan EIA yang ditetapkan termasuk mengenakan perintah larangan beroperasi (tidak jelas) sekiranya terdapat pelanggaran syarat yang serius untuk tempoh jangka masa panjang Kerajaan Negeri bercadang untuk mengubah satu hala tuju ataupun dasar yang jelas bagi mengawal kewujudan kilang-kilang plastik di Negeri Selangor yang semakin bertambah termasuk di DUN Sungai Pelek dengan mengambil kira keupayaan kilang-kilang yang sedia ada serta mencegah kemasukan sisa plastik secara tidak sah ke Negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor, MTES telah pun membuat keputusan permohonan tidak boleh ditolak oleh Majlis Perbandaran Sepang hanya kerana bantahan awam semata-mata. Alasan-alasan yang kukuh hendaklah dikemukakan sehingga kini pihak pemohon telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assesment, EIA dengan syarat-syarat daripada Jabatan Alam Sekitar. Laporan Environmental Management Pelan, ENP untuk dipatuhi oleh pemohon. Oleh yang demikian pihak Majlis Perbandaran Sepang memberi kelulusan kepada kilang tersebut untuk beroperasi dengan mematuhi syarat-syarat Majlis Perbandaran Sepang dan syarat-syarat daripada Majlis Alam Sekitar. Yang terakhir tentang hutan simpan di Kuala Langat Utara di mana.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Speaker.

Speaker

Ya Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. I’m trying to beave. Sebenarnya syarikat ini i mean kilang ini telah dibuka pada tahun 2019 tetapi apabila ada operasi memang pencemaran udara dan juga pencemaran air berlaku dan ada gambar dan sebagainya. Ekoran itu ada demonstrasi penduduk selepas itu saya sendiri terpaksa membuat laporan MACC. Selepas itu baru kilang itu di tutup dan setahu saya seluruh Ahli Majlis telah menolak permintaan semula ini pada bulan September. Jadi kalau mengikut jawapan EXCO tadi seolah-olahnya Majlis Perbandaran Sepang seharusnya memberikan laluan ataupun memberi lesen kepada syarikat ini. Jadi saya ingin bertanya setahu saya walaupun Jabatan Alam Sekitar telah memberi green light kepada syarikat ini tetapi Majlis Perbandaran Sepang

sebagai Kerajaan Tempatan ada kuasa menolaknya sebab itu saya rasa perkara ini seharusnya di tinjau dengan lebih terperinci kerana walau bagaimanapun Sepang sudah lama dan akan dijadikan Pusat Eco Tourism dan tadi saya sudah cakap kilang ini sangat dekat dengan Sungai Sepang Besar yang merupakan sungai yang sangat berharga dan bernilai dan sangat-sangat penting dan mustahak untuk eco tourism di kawasan Sepang jadi kita tidak mahu satu syarikat satu kilang membawa risiko yang besar untuk merosakkan image seluruh kawasan Sepang sebagai Pusat Pelancongan. Jadi saya faham ENP, EIA dan sebagainya tetapi mengikut pengalaman kita EIA ataupun ENP sebagainya bukan satu standard yang kita mesti boleh menerima ataupun ada keyakinan. Saya bagi contoh dulu incinerator di Puchong dan juga di Broga pun ditolak walaupun mereka ada EIA apabila kita bawa kes ini ke mahkamah itu pandangan saya. Saya harap Kerajaan khasnya EXCO Alam Sekitar mengambil berat dalam hal ini. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Pelek di mana betul syarikat ini kilang ini telah ditutup dan telah di denda oleh mahkamah dua tahun yang lepas kerana tidak mematuhi segala peraturan termasuk tiada EIA dan juga permit. Masa itu semua orang minta tutup kilang itu kita telah tutup tetapi sekarang kilang ini dapat Laporan EIA ada dapat segala kelulusan walaupun Majlis Perbandaran Sepang telah pun tolak permohonan tetapi mereka dapat kelulusan daripada Mesyuarat MTES Negeri Selangor dan saya rasa kita perlu adil untuk semua kilang bukan setakat kilang kitar semula plastik. Jangan kita hanya kata kilang kitar semula plastik ini haram dan tidak boleh menjalankan business. Kita kena fikirkan secara holistik bagaimana kita buat kitar semula untuk plastik. Kalau kita tidak membenarkan wujudnya kilang begini, kalau dia mematuhi segala peraturan termasuk EIA jadi saya rasa kita tiada kuasa ataupun tidak munasabah menolak permohonan mereka. Jadi saya harap Yang Berhormat Sungai Pelek memahami semua segala peratusan dan kita bagi peluang kepada pengusaha untuk menjalankan business ini kalau mereka melanggar peraturan dan melanggar segala peraturan daripada JAS, Jabatan Alam Sekitar kita akan tutup terus kilang ini so sebelum tutup kilang itu kita bagi chance untuk urusan ini. Dalam untuk menjawab ADUN Yang Berhormat Bukit Lanjan berkenaan dengan Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Proses ini masih di peringkat awal dan sedang dalam penelitian Kerajaan Negeri untuk mengkaji segala keseluruhan meliputi aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. Mengikut kaedah-kaedah (tidak jelas) Selangor terdapat 11 proses yang perlu dilalui dan Proses Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Justeru itu proses pemansuhan ataupun Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih lagi peringkat laporan(tidak jelas). Sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan pemansuhan ataupun penyahwartaan tersebut. Untuk menjawab Yang Berhormat daripada Banting mengenai isu Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pula. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutan Negeri Selangor telah menyediakan kertas kerja berkenaan program pemutihan sedang mendapat ulasan serta cadangan daripada Kamar Penasihat Undang-undang di Selangor. Kertas kerja ini seterusnya akan diangkat bagi tujuan untuk mendapat pertimbangan

lanjut pihak Pengurusan Negeri, MMKN. Jadi itu sahaja jawapan saya, saya rasa untuk isu pencemaran air sungai saya rasa telah pun disebut oleh Yang Berhormat daripada Pandan Indah tadi. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kajang. Saya menjemput Yang Berhormat Paya Jaras.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin menjawab perbahasan bukan pro bahasan yang telah disentuh oleh ADUN-ADUN ketika perbahasan. Terdapat 13 ADUN menyentuh walaupun tidak berbahas secara sekali lalu tentang portfolio yang dipegang oleh saya dimulakan oleh Yang Berhormat daripada Ketua Pembangkang yang menyentuh dan menimbulkan kerisauan tentang infrastruktur sukan di Negeri Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tetapi gambaran yang diberikan daripada Ketua Pembangkang tidaklah seteruk sebenarnya peralatan sukan ataupun kemudahan sukan di Selangor ini. Kita ada 72 kemudahan Pusat Sukan Selangor tetapi yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar adalah berkaitan dengan sukan di Seksyen 6 di Shah Alam iaitu Pusat Sukan Sukses yang mana Majlis Sukan Negeri Selangor baru sahaja mengambil pusat tersebut daripada DEFM dan kita dalam proses untuk membaik pulih semua kemudahan yang ada di Seksyen 6 tersebut. Yang kedua yang disebut Sungai Air Tawar iaitu tentang Akademi Bola Sepak Merah Kuning yang diuruskan oleh yang digambarkan terlalu teruk keadaan di situ. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan semua Akademi Bola Sepak sedang diuruskan sekarang ini oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor dan mereka akan mengambil alih penyelenggara, kemudahan waima termasuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan membayar sewa kepada Majlis Sukan Negeri Selangor pada setiap bulan dan kita harapkan kerjasama ini Akademi Bola Sepak Merah Kuning itu akan diuruskan dan dijaga lebih baik. Kedua tentang perkara yang dibangkitkan oleh Sungai Air Tawar juga telah berkaitan dengan pembangunan atlet sukan beliau meminta Yang Berhormat meminta perincian pembangunan sukan, saya tidak pasti adakah dalam bentuk kewangan ataupun dalam bentuk program pembangunan tetapi kalau disebut dari segi program pembangunan sukan kita mempunyai beberapa lapisan program pembangunan bermula daripada Atlet Perintis daripada peringkat Daerah, Atlet Pelapis di peringkat Negeri, Atlet Elit di peringkat Negeri juga dan Atlet Negara. Program Pembangunan Atlet di peringkat ini adalah merupakan program akar umbi iaitu program di peringkat Daerah dalam pembangunan sukan Negeri Selangor. Di sinilah di peringkat inilah yang disebut terdapat kolaborasi di setiap stakehorlder di daerah-daerah yang menjalankan program pembangunan sukan. Manakala Program Atlet Pelapis Negeri adalah program di bawah struktur persediaan SUKMA di dalam model pembangunan sukan Negeri Selangor dan program ini diteruskan dan menjadi kesinambungan untuk persiapan SUKMA yang akan datang. Di dalam program ini pihak Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyediakan jurulatih dan kemudahan latihan yang sebaiknya kepada atlet-atlet. Pihak Majlis Sukan Negeri juga bekerjasama dengan persatuan-persatuan

bagi memastikan penyampaian yang baik. Atlet Negeri adalah program di mana atlet yang telah bersedia untuk berhadapan di dalam kejohanan SUKMA yang terdekat. Manakala Atlet Negara adalah Program Atlet Selangor yang telah terpilih dan dipanggil oleh pihak Majlis Sukan Negara dalam program-program di peringat kebangsaan. Isu yang dibangkitkan oleh Kampung Tunku iaitu berkaitan dengan kebajikan para atlet terutamanya tentang Pemain Ragbi, Majlis Sukan Negeri Selangor meneruskan latihan menyediakan peruntukan untuk Program SUKMA Ragbi Wanita Selangor walaupun keadaan pandemik COVID19 ini. Di antara kebajikan yang disediakan adalah elaun pasukan, elaun perlindungan kemalangan atlet, penginapan atlet sepanjang berlatih, sistem sokongan sukan dan selain daripada itu Majlis Sukan Negeri Selangor tawaran Atlet ke Institut Pelajaran Tinggi Awam dan Skim Galakan iaitu wang saku mewakili Negara. Kesemua kebajikan tersebut diterima oleh sukan dan sukan lain juga. Majlis Sukan Negeri Selangor mempunyai peruntukan yang terhad pada tahun 2020 itu sebanyak RM7 juta pada tahun 2020 dan ia adalah dipecahkan mengikut persediaan atlet, persiapan kontinjen dan gaji elaun para jurulatih. Di dalam perbahasan ini juga saya ingin memaklum juga kita juga ada selain daripada atlet kita jua menjalankan kerjasama dengan YAKIB dalam Program Atlet Ceria iaitu kita menghargai para atlet yang berjasa membawa nama Selangor dan program ini melibatkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor, UPEN dan apa yang kita buat kita pergi ke rumah bekas atlet kita dan kita mengenal pasti keperluan mereka yang mereka perlukan sama ada keperluan membaiki rumah ataupun persiapan dalaman rumah ataupun pelbagai. Ini adalah untuk bagi memastikan hubungan kita dan para atlet yang pernah berjasa kepada kita ini berterusan sehingga hari ini. SUKMA dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeram dan Yang Berhormat daripada Sabak. Yang Berhormat Jeram mengatakan bila kenapakah mereka Yang Berhormat tidak dilantik sebagai ADUN Angkat untuk SUKMA, untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat semua pada 3 Februari 2020 Majlis Sukan Negeri Selangor telah melantik kesemua Wakil Rakyat kita semua menjadi ADUN Angkat sukan SUKMA akan datang di Negeri Johor ini. Kalau saya mengambil kesempatan untuk menyebut Yang Berhormat Sabak menjadi bapa angkat dalam Judo. Boleh Yang Berhormat?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat minta sedikit laluan.

Speaker

Jeram hendak minta.

Silakan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Untuk Makluman Yang Berhormat EXCO saya syorkan tanya kepada ADUN dalam back ground mereka masing-masing. Contohnya saya ambil Yang Berhormat daripada Sabak merupakan bekas pemain negeri ataupun negara untuk takraw begitu juga dengan Yang Berhormat Hulu Klang. Hulu Klang merupakan pemain hoki peringkat negara dulu lah. (Ketawa) Jadi, macam saya sendiri pun malas lah nak cakap (ketawa) jadinya

cakaplah kena cakaplah.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Saya main olahraga. Olahraga dan saya juga ambil sains sukan dalam pengajian tinggi jadi bermakna background seseorang ADUN itu sebenarnya ada kelayakan masing-masing. Tolong letakkan ikut kemahuan mereka bukan lah letaknya di tempat-tempat yang gustinya, sumonya tak kena ya. Terima kasih.

(Ketawa) Baik, Yang Berhormat Jeram. Saya mengambil maklum tapi saya pasti Yang Berhormat-Yang Berhormat semua telah menerima surat lantikan daripada kita. Doa baik-baik. Daripada 2 Februari, 3hb. Dua kita telah melantik. Ya lah tahun ni tidak ada. Untuk SUKMA Johor tahun depan dan saya nak maklum pada Jeram juga oleh kerana Jeram Yang Berhormat Jeram telah berada dalam kerusi bebas, saya tidak nampak pula nama Jeram. (Ketawa) sebagai bapa angkat. Walau bagaimanapun kita tidak mempolitikkan sukan. In syaa Allah kita akan mengambil kira pandangan daripada Jeram. Kalau saya nak baca ni agak panjang dengan masa terhad tapi saya akan bertanya balik kepada Majlis Sukan Negeri Selangor untuk pastikan surat lantikan dah sampai.

Speaker

Taman Medan, Taman Medan.

Yang Berhormat Paya Jaras tadi ada sebut bahawa Majlis Sukan Negeri Selangor telah menghantar surat pelantikan maknanya bapa angkat ataupun ibu angkat kepada sukan-sukan untuk SUKMA tu. Jadi saya sebenarnya pada satu sesi saya setuju lah walaupun Jeram nama dah terkeluar senarai (ketawa) ya. Seboleh-bolehnya ditanya dulu kepada Ahli-ahli Dewan yang dilantik kecenderungan mereka dan juga latar belakang lah. Saya dilantik Bola Tampar memang boleh main bola tampar dulu lah zaman belajar tapi kecenderungan itu berbeza jadi kita mungkin bila mana di minta mengendalikan jadi bila kecenderungan dan pengetahuan dalam sukan itu juga dia memberi satu kesan atau impak kepada pencapaian sukan itu, jadi saya mohon, saya rasa pertimbangan kembali daripada Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan ada berbahas ke?

(Ketawa).

Speaker

Jujur-jujur. Kena jujur. Ada berbahas ke?

Tak dapat berbahas.

Speaker

Tak dapat berbahas. Jujur-jujur. Sila duduk. Memang dia jujur. Tak dapat berbahas.

Orang jujur macam ni lah yang kita suka.

Speaker

Dia jujur jadi saya tak pe lah, terpulang kepada EXCO.

(Ketawa). Baik-baik.

Speaker

Sebab dia jujur.

(Ketawa) Yang Berhormat Speaker, sukan kita tidak politikkan. Tidak ada masalah saya menjawab kalau ada ruang untuk menjawab. Baik walaupun, begini lah walaupun kita telah melantik di akhir sidang ini kita akan edarkan satu sukan-sukan Yang Berhormat pilih lah. Pilih lah sukan mana Yang Berhormat rasa berkenan di hati. Contoh Templer boleh jadi berminat dalam Gimnasium, gimnastik kan (ketawa) kalau

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat EXCO, Saya nak bagi sikit ada komentar.

Speaker

Templer sila.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak bagi sikit ada komentar. Sebenarnya saya tak setuju dengan pandangan Jeram dan juga Taman Medan sebab sebagai ADUN Selangor ni kalau Yang Berhormat EXCO arahkan saya pegang mana-mana sukan. Saya akan patuh, saya akan jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai bapa angkat ataupun sebagai emak angkat kepada bidang sukan yang diletakkan kepada saya.

Sebab itu lah, sebab itu lah kita buat padang bola di tempat Yang Berhormat baru-baru ini. Atas sebab ini lah. (Ketawa). Baik lah untuk SUKMA ni Yang Berhormat kita akan review balik kalau ada keperluan mengikut bidang kemahiran Yang Berhormat masing-masing.

Saya nak pergi kepada isu E-Games ini yang dibangkit oleh Sijangkang dan Dusun Tua. Sijangkang menyatakan bahawa permainan E-Games ini memberi kesan kesihatan yang tidak baik kata beliau dalam perbahasan semalam. Jadi persoalan dia, di zaman Covid ini, di waktu kita ber Covid ini apa lagi pilihan yang kita ada? Saya memerhatikan Selangor menjadi antara pelopor dalam E-Games ini dan diikuti oleh banyak negeri-negeri lain termasuk Majlis Sukan Negara yang menjalankan program E-Games ini dan saya kira selepas pada ini E-Games ini perlu dilaksanakan kerana kalau menurut kajian yang dibuat oleh beberapa pengkaji, Facebook ataupun Sosial

Media ataupun E-Games ini adalah engagement hampir 90% di kalangan belia di masa kini. Jadi kalau kita meninggalkan program ini saya khuatir kita tidak ada engagement dengan para belia yang ada di Negeri Selangor dan di Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat Sekalian, engagement kita sehingga bulan Julai baru-baru ini adalah sebanyak 7.9 juta engagement dalam Facebook, dalam Sosial Media kita. Almost 8 million engagement dan engagement pemain kita, peserta yang menyertai program E-Games kita adalah hampir 180 ribu pemain-pemain yang terlibat sama dalam program kita. Jadi ini adalah program yang baik dan kita lah, kita belum lagi mendengar E-Games ini melibatkan masalah kesihatan di kalangan belia. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersikap terbuka kalau sekiranya ada kepada negatif impak sama ada melalui bentuk games itu sendiri ataupun jenis permainan tidak sesuai. Kerajaan Negeri bersedia kita review balik permainan-permainan games yang bersesuaian

Perkara dibangkit oleh Banting, Jeram dan Sementa berkaitan dengan Ride ini saya nak, saya minta Jeram, saya dah sebut dalam perbahasan yang lalu saya tidak tahu kenapa Jeram dia tidak ingat kenapa pecahan yang untuk satu orang ini saya ulang balik. Pecahan kepada seorang penerima Ride ini adalah:-

1. Subsidi lesen memandu sebanyak RM350.00.

2. Starter Kit E-Healing RM150.00.

3. Caruman PERKESO selama setahun sebanyak RM70.00

Makna seorang peserta daripada 3,000 peserta itu an mendapat faedah RM570.00 seorang peserta. Ini adalah program yang dijalankan oleh di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor melalui program Ride dan kita telah menerima sebanyak lebih 20,000 permohonan dalam Ride ini dan kita mempunyai had kita, proses hanya untuk 3,000. Walau bagaimanapun kita untuk fasa kedua ini kita bercadang untuk memperkasakan Ride di daerah-daerah luar bandar. Daerah-daerah luar bandar, baru-baru ini kita menumpukan banyak pemohon-pemohon di kalangan bandar dan kali ini kita akan pergi fokus kepada mereka-mereka di luar bandar dan di antara kebajikan yang disebut yang dibangkitkan oleh Sementa juga adalah kita mencarum PERKESO sebanyak RM70.00 sebagaimana yang saya sebut tadi dan inilah satu-satunya negeri yang mencarum E-Healing daripada Negeri Selangor. Saya tidak tahu di tempat lain tapi kita mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerja bagi mereka yang terlibat dalam program Ride kita.

Di antara faedah-faedah yang diperolehi juga melalui caruman ini adalah faedah hilang upaya, faedah hilang upaya kekal, faedah tanggungan kematian bagi mereka ataupun pasangan dan elaun layanan kepada orang bekerja sendiri. Banyak lagi faedah-faedah yang diperolehi daripada PERKESO itu sendiri.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, saya pergi kepada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Balakong berkaitan dengan PEBT kita. Di antara permohonan yang disebut oleh Yang Berhormat Balakong adalah apakah dibenarkan Kerajaan Negeri membangunkan pusat ataupun use center dengan hasil daripada peruntukan diberikan kepada PEBT kita. Untuk makluman Yang Berhormat kita tidak ada masalah nak membangunkan apa pusat sekali pun tetapi isu besar kita adalah apakah kita sanggup dan mampu menjalankan penyelenggaraan selepas pada itu? Dulu di zaman Doktor Yunus Yang Berhormat menjadi EXCO Belia telah memungut 30 juta untuk pembangunan data dan belia dan pelbagai, dan pelbagai (ketawa) minta maaf Yang Berhormat dan pelbagai bentuk kemudahan tetapi kalau kita lihat pada hari ini masalah besar kita adalah penyelenggaraan. Banyak daripada data-data belia kita ataupun pusat-pusat sukan kita ini yang kita bina ini kurang, susah untuk kita nak maintain kan. Jadi Yang Berhormat sekalian, kalau ada kesesuaian boleh kita bincang tetapi kalau kita tidak ada solusi kepada masalah penyelenggaraan mungkin kita kena berfikir panjang sedikit. Jadi apa pun, saya akan berbincang dalam perkara ini dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan apakah dibenarkan selain daripada peruntukan kita tu dibaikpulih ataupun dibaiki, dinaiktaraf kepada membina yang baru. Silakan ada.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tuan Speaker.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Paya Jaras ya berkenaan dengan PEBT ni. Semalam pagi saya ada tanya soalan tentang ini tapi saya nak kepastian sekali lagi ataupun cadangan daripada saya, saya makluman yang diberitahu oleh EXCO ataupun Yang Berhormat Paya Jaras menyatakan bahawa PEBT ini akan terus berhubung dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk apa-apa sahaja maknanya dari segi pengurusan. Saya nak mencadangkan supaya setiap PEBT yang berada di kawasan DUN kita kembali sebelum ini yang berhubung dengan PBT kerana PBT mempunyai Jabatan Khidmat ataupun Jabatan Kemasyarakatan yang melibatkan Belia dan Sukan. Jadi saya cadangkan agar sebelum ini kita buat yang sebelum ini tetapi kalau nak berurusan terus dengan Majlis Sukan Negeri agar sukar dan mungkin agak lambat. Ini pandangan saya.

Terima kasih Yang Berhormat, itu antara pandangan-pandangan yang kita terima. Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah membuat retreat di kalangan PEBT kita dan kita juga panggil PBT. Ada juga PBT yang berpandangan bahawa dia minta Kerajaan Negeri mengambil balik PEBT kita daripada PBT kerana isu PEBT ini dalam PBT adalah terlalu kecil dan seolah-olah menjadi satu tugas tambahan untuk mereka nak memantau perkara-perkara gini.

Yang kedua Yang Berhormat, di kalangan PEBT kita ini dah kadang-kadang dia, dia terlupa ownership. Ownership maksud dia, dia lebih melapurkan kegiatan mereka kepada Yang Dipertua dan Datuk Bandar dan tidak melapurkan kepada Pengarah MSN. Sedangkan lantikan daripada MSN. Walau bagaimanapun Yang Berhormat kita dalam proses untuk mengkaji balik struktur-struktur ini dan kita mendengar pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat Sekalian dan di antara cadangan yang kita nak laksana antara cadangan yang nak dilaksanakan yang masih di peringkat draf adalah lantikan penggerak induk itu sendiri adalah daripada ADUN itu sendiri manakala lantikan PEBT itu sendiri adalah daripada Ahli Majlis itu sendiri dan mereka punya struktur organisasi yang tersusun yang kita akan bentang dalam MTES dan Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini.

Jadi kalau Yang Berhormat Sekalian mempunyai pandangan-pandangan yang bersesuaian dalam tempoh ini sila kan. Majukan pandangan tersebut kepada kita. Walau bagaimanapun PBT kita ini akan dilantik baru pada bermula 1 Januari ini dengan interview yang akan dijalankan pada Disember ini dan yang terakhir Yang Berhormat saya memberi peluang juga kepada yang lain sebelum 5.30 ini berkenaan tentang isu Job Fair dibangkitkan oleh Taman Melawati dan Kota Damansara. Banyak perkara yang disebut oleh Kota Damansara, itu di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, itu adalah lebih kepada bidang kuasa Kerajaan Pusat cuma saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Sekalian, bahawa baru-baru ini kita telah merancang program Karnival Kerjaya, Job Fair 2020 pada 3 dan 4 Oktober di SACC, kita telah menerima pendaftaran sebanyak 9,969 pemohon tetapi malangnya di saat-saat akhir kita terpaksa membatalkan program tersebut atas arahan dan suasana Covid pada ketika itu.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Sekalian, kita telah mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat MMKN untuk menjalankan Job Fair by invitation iaitu senarai-senarai yang kita terima ini sebanyak 9,969 orang ini kita akan panggil balik mereka melalui tempoh-tempoh tertentu, masa-masa tertentu melalui invitation dan kita akan jalankan juga program Job Fair kita. Kita memberi jaminan dan keyakinan kepada rakyat di luar walaupun dalam keadaan Covid ini kita masih lagi berusaha untuk macam mana nak memikirkan supaya rakyat kita ini mempunyai pekerjaan yang bersesuaian dan kita akan jalankan empat program di peringkat daerah. Di peringkat daerah iaitu kita akan bermula di Kuala Selangor sebagaimana yang disebut oleh Bukit Melawati. Kita akan adakan juga di Gombak. Di dalam kawasan daerah Petaling. Dalam daerah Hulu Langat dan daerah Shah Alam dalam masa terdekat melalui Job Fair melalui invitation. Terima kasih.

Speaker

Yang terakhir, yang terakhir, cepat.

Tuan Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Paya Jaras berkenaan dengan Stadium Shah Alam. Apakah perancangan Kerajaan Negeri berkenaan dengan Stadium Shah Alam

sebagaimana yang saya bangkitkan dalam perbahasan. Kita tahu Stadium Shah Alam dalam keadaan yang sangat uzur. Adakah Stadium ini akan masih akan digunakan dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membaik pulih Stadium Shah Alam.

Yang kedua Yang Berhormat saya nak tanya juga berkenaan dengan RiDE Insentif Roda Darul Ehsan yang mana saya difahamkan dulu pada Belanjawan 2020 ada subsidi. Lesen bermotor sebanyak RM350.00 iaitu peruntukannya 1 juta untuk manfaat 3,000 anak muda. Jadi saya nak tahu berapakah jumlah lesen yang dah berjaya diberi kepada anak muda kerana saya difahamkan hanya 10 orang sahaja yang baru dapat dan kekangan utama program adalah kerana berkonsepkan pay and claim. So, boleh saya dapatkan penjelasan.

Terima kasih, saya ingat 10 tu jauh sangat lah tu, tak mungkin 10 orang. Kita, saya akan bagi jawapan dalam sesi yang lain tapi saya ingat lebih pada 2,000 pemohon telah mendapat telah kita luluskan dalam program ride kita cuma nya Yang Berhormat di antara kekangan kita dalam program ride itu adalah antara syarat kita adalah mereka yang memiliki lesen dalam tahun 2020 tetapi 2020 ini kebanyakan tak boleh nak ambil lesen sebab PKP. Jadi kita terpaksa ubah suai dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus kita iaitu membenarkan mereka yang memiliki lesen yang bekerja e-Healing yang memenuhi syarat-syarat kriteria kita dibenarkan untuk menerima kemudahan ride ini. Jadi saya akan bagi, figure yang tepat pada Yang Berhormat.

Cuma berkaitan dengan Stadium Shah Alam, kita pun tahu pembinaan, kos pembinaan 450 juta asalnya 450 million dan kalau kita nak baiki keseluruhan sekarang ini menelan belanja hampir 250 juta. Jadi saya mengharapkan DFM sebagai operator telah menerima request for proposal bagi membaiki pulih tetapi kita juga ingin turut serta dalam pembangunan Use-sport yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semalam dan kita harapkan dengan program Use-sport City ini dapat memberi manfaat dan utilize the whole area Stadium itu untuk membangunkan kemudahan belia termasuk membaiki pulih Stadium itu sendiri.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya persilakan Yang Berhormat Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Yang Berhormat yang telah berbahas dengan begitu baik di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, kepada Yang Berhormat Jeram yang telah membangkitkan isu berkenaan dengan terhadap dakwaan pegawai-pegawai kerajaan terutama di daerah Kuala Selangor yang tidak dibenarkan menyertai atau bekerjasama dengan beliau semasa menyelesaikan masalah rakyat.

Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa tidak ada sebarang arahan pernah dikeluarkan kepada mana-mana kakitangan dan juga pegawai kerajaan untuk melarang mereka daripada bekerjasama dengan mana-mana Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri. Kerajaan Negeri yakin bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri sentiasa menjalankan tugas dengan penuh profesional, berkecuali dan amanah demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan membuat siasatan sewajarnya terhadap aduan dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Jeram termasuk untuk mencegah perkara sebegini daripada terus berlaku.

Perkara kedua daripada Yang Berhormat Dusun Tua saya lihat Yang Berhormat tidak dapat hadir mungkin hari ini kawasan beliau ditimpa masalah banjir. Tuan Speaker, seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Bajet 2021 sebanyak 1 juta telah diperuntukkan untuk membina kepok-kepok sampah di kampung-kampung tradisi di seluruh Negeri Selangor. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk bekerjasama dengan pihak KDEB, West Management untuk melaksanakan projek pembinaan dan penyediaan kepok-kepok sampah di seluruh kampung tradisi sebanyak 371 tetapi daripada jumlah 1 juta tentu lah tidak mencukupi bajet yang disediakan. Kalau dibahagi 1 juta kepada 371 kampung hanya satu kampung RM2,600.00 tapi walau bagaimanapun kita akan menyediakan mengikut berperingkat-peringkat.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan juga Tanah akan bekerjasama dengan pihak KDEB untuk mengenal pasti lokasi-lokasi strategik dan bersesuaian serta menepati keperluan kontraktor untuk melaksanakan kutipan sampah dengan cekap dan berkesan.

Kerajaan Negeri juga sedia maklum dengan tindakan segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terutama di kawasan luar bandar yang mengakibatkan limpahan dan lambakan sampah-sampah di kawasan tradisi. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK di kampung tradisi sebagai pemantau dan juga pelaksanaan tanggungjawab bersama untuk memastikan kepok-kepok sampah yang bakal dibina ini dapat dijaga dan di selenggara dengan baik.

Seterusnya, soalan yang ketiga datang daripada Yang Berhormat Sungai Panjang mengenai program pencegahan COVID-19 di peringkat kampung. Tuan Speaker, kesihatan dan keselamatan penduduk terutama di kawasan luar bandar seperti kampung-kampung tradisi dan juga kampung baru sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Sebagai sebuah negeri yang prihatin, sepanjang tahun 2020 Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Pejabat-pejabat Daerah Dan Pihak

Berkuasa Tempatan di dalam menyampaikan maklumat dan juga kesedaran awam tentang bahaya ancaman COVID-19.

Di samping kempen-kempen kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan SOP di kawasan awam seperti di Masjid-masjid dan Majlis Perkahwinan sebagai contoh. Meskipun demikian, Kerajaan Negeri tidak akan berhenti di situ sahaja. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri akan meningkatkan program-program kesedaran ancaman COVID-19 serta program pembersihan nyah kuman di kawasan-kawasan awam terutama di aset kerajaan seperti Balai raya, Masjid dan sebagainya.

Kerajaan Negeri juga terutama di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi sentiasa bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan daripada semua pihak demi kebaikan dan manfaat terutama daripada rakyat kawasan luar bandar. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Sepat. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan Sekalian. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang terlibat dalam perbahasan dan untungnya tidak banyak isu berkaitan dengan portfolio yang saya pegang ini. Mungkin sebab mereka tahu saya orang baru, jadi tak banyak perbahasan (ketawa) dan mungkin juga portfolio yang ada ini portfolio baru, Industri Halal Pengguna Dan Hal Ehwal Islam.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Kota Damansara berkaitan dengan tanah kubur. Jadi ada berita baik buat Kota Damansara. Tanah perkuburan yang sedia ada di Lot 3731 yang sedia ada sekarang ini boleh muat 800 jemaah. Yang sekarang ni sudah separuh check in di situ dan tapak tersebut boleh lagi untuk dua tahun. Dan juga berita baiknya lagi pihak Sime Darby telah

Speaker

Yang Berhormat, Kota Damansara nak celah, nak tanya sikit.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Nak celah sikit pasal tanah kubur ni. Saya difahamkan tanah kubur ni akan dipenuhkan tahun ini. Tu yang berita terakhir tu dan dijangka akan dapat tanah baru itu yang merisaukan penduduk Kampung Melayu Subang tu. Takut penduduk kubur marah.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih. Kalau mengikut

Mohon Sungai Kandis, saya fikir bukan perkataan jemaah, jenazah lebih sesuai. Tadi sebut 800 jemaah (ketawa). Jemaah ni orang hidup ya (ketawa).

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Kalau mengikut kekerapan kematian di kawasan itu sebenarnya dijangkakan boleh tahan dua tahun lagi tempat tersebut dan berita baiknya ialah pihak Sime Darby telah memperuntukkan tanah bersebelahan di Lot. 89298 seluas 33 ekar. Hah, ini mungkin lebih 30 tahun ni. Bagi menggantikan tanah kubur berkenaan.

Kemudian, berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Kota Damansara juga berkenaan dengan dua buah masjid yang diutarakan tadi. Yang pertamanya, Masjid Kota Damansara 2 ya, berita baiknya lagi skop projek dalam semakan pihak JKR dan ia akan diteruskan dan dalam RMK12 dengan cadangan kos sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM12.5 juta. Manakala sehingga September 2020 Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan telah berjaya mengumpul dana wakaf pembinaan masjid berjumlah RM2.75 juta. Nak bangun?

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Speaker, nilai inilah nilai jangka setahun atau dua tahun yang lepas. Sekiranya berlaku pengurangan bajet itu, boleh kah pihak JAIS, Kerajaan Negeri membantu supaya projek ini dapat diteruskan.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Ya, seperti mana yang saya sebutkan tadi Kerajaan Negeri menyumbang RM12.5 juta. Menambah, menokok kepada RM2.75 juta jadi in syaa Allah siap.

Soalan B, tentang Masjid Subang Bestari, juga berita baik lagi. Projek dalam tindakan penyediaan dokumen tender oleh pihak JKR dan dijangka tender akan dibuka pada bulan ini.

Kemudian, Meru ada? Ok. Tentang SOP penutupan masjid ya Meru membangkitkan tentang kenapa SOP penutupan masjid di Negeri Selangor tidak selaras dengan keadaan locality yang lain yang masih dibuka tanpa kawalan. Untuk makluman Yang Berhormat Meru keputusan atau ketetapan untuk menangguhkan aktiviti solat fardhu Jumaat, solat fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan yang lain dalam tempoh Perintah Kawalan PKP yang bermula 18 Mac 2020 dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB adalah dibuat selepas Duli Yang Maha Mulia Tuanku mendengar nasihat dan pandangan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan semua perkara telah diteliti sewajarnya sebelum keputusan dibuat dan arahan dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh pihak JAIS.

Dan tentunya perkara ini telah diperhalusi menggunakan berbagai kaedah antaranya menggunakan pendekatan maqasid syariah dan beberapa kaedah seperti (Bahasa

Arab) menolak kefasadan ataupun kerosakan itu diutamakan daripada mengambil kebaikan iaitu mencegah daripada merebaknya wabak diutamakan daripada melakukan kuliah dan juga aktiviti di masjid. Begitu juga dengan kaedah (Bahasa Arab) maknanya kepentingan awam lebih diutamakan berbanding kepentingan individu ataupun minoriti dan tentunya telah pihak autoriti iaitu Sahibus Samahah Mufti yang telah mengambil ketetapan ini sebagai pihak tertinggi dalam membuat keputusan telah menjadikan ketetapan ini sebagai satu autoriti.

Jadi berdasarkan ketetapan berhubung SOP sepanjang PKPB, Pekeliling JAIS bertarikh 27 Ogos 2020 bahawa semua pentadbir masjid dan surau telah diberikan maklumat untuk memberi kemudahan akses kepada musafir untuk menunaikan solat.

Kemudian berkaitan dengan perkara dibangkitkan oleh Jeram berkaitan pembinaan surau di kawasan perumahan baru. Jeram ada? Tahniah sampai akhir rancangan. Untuk makluman YB Jeram, pembinaan sesebuah surau di kawasan perumahan baru boleh diluluskan oleh Majlis Agama Islam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) setelah menimbangkan perkara-perkara berikut, ada 4 perkara yang perlu dipenuhi untuk pembinaan surau di kawasan-kawasan yang baru.

1. Tapak surau

Speaker

Yang Berhormat, Sungai Kandis sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, masa telah menunjukkan jam 5.30 petang Dewan ini, dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 5 November 2020, hari Khamis, jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG )