Selangor · 3 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 406 turns · 42,669 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Pada 3 November 2020 dimulakan dengan Bacaan Doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang No. 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Penyelesaian Isu Flat Seri Berembang & Flat Taman Telok Gedung IndahQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah kerosakan struktur bangunan di Flat Seri Berembang dan Flat Taman Teluk Gedung Indah?

b) Adakah Kerajaan Negeri dapat menyediakan penempatan sementara bagi keluarga-keluarga yang terjejas?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker. Usaha-usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah kerosakan struktur bangunan di Flat Seri Berembang dan Flat Taman Teluk Gedung Indah adalah seperti berikut:

Bagi Flat Seri Berembang wakil Kerajaan Negeri melalui ADUN & Parlimen Kawasan, Agensi Negeri seperti Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Ibu Pejabat Kuala Lumpur serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah bersama-sama membuat lawatan di tapak beberapa kali sejak tahun 2017. Berdasarkan pembentangan MTES pada 1/10/2020 yang lepas, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk:-

i. Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan perbincangan dengan Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR untuk menjalankan kajian dan siasatan teknikal segera ke atas bangunan Blok C Pangsapuri Seri Berembang.

ii. MPK turut menentusahkan keselamatan kesemua Blok A, B dan D Pangsapuri Seri Berembang bagi memastikan ia selamat untuk diduduki.

iii. Dalam tempoh kajian tersebut, MPK diminta menasihatkan penduduk untuk berpindah dan berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi cadangan penempatan sementara dengan kadar segera untuk penduduk-penduduk.

iv. MPK menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum Kerajaan Negeri menentukan lebih lanjut permohonan kos baik pulih keempat-empat blok Pangsapuri Seri Berembang.

Pihak MPK telah mengambil tindakan berikut:-

i. Mesyuarat penyelarasan bersama agensi negeri seperti Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Tanah Klang, JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Pemaju (iaitu Lee Man Construction Sdn. Bhd.) dan jabatan dalaman MPK pada 5/10/2020 bagi membincangkan keputusan Mesyuarat MTES.

ii. Maklum balas Teknikal JKR Ibu Pejabat telah diperolehi pada 8/10/2020; dan

iii. Mesyuarat penyelarasan kedua pada 15/10/2020 bagi membincangkan tindakan lanjut ke atas pengesyoran JKR Ibu Pejabat melalui Maklum balas Teknikal yang diperolehi.

MPK sepatutnya membuat perjumpaan dengan penduduk 16 unit di Blok C yang terjejas pada 24/10/2020 bagi membincangkan mengenai penempatan dan penyerahan notis pengosongan unit. Perkara ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan arahan PKPB dan MPK telah mengeluarkan surat arahan kepada pemaju pada 19 Oktober 2020 untuk membaiki dan memasang penyokong struktur sementara, merujuk semula perunding asal projek ini atau melantik perunding untuk membuat kajian menyeluruh ke atas kesemua 3 blok rumah pangsa tersebut.

Pemaju dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari dari surat arahan yang dikeluarkan.

Dan JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur melalui Maklumbalas Teknikal telah membuat pengesyoran supaya menutup enam belas (16) unit rumah berhampiran kawasan tangga di tepi Blok C. Oleh itu, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) bersama dengan pihak MPK telah mengenal pasti 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan:-

Cadangan 1:-

Pihak LPHS menawarkan kepada MPK di dua lokasi yang menempatkan sementara penduduk 16 unit yang terjejas teruk iaitu di PPR Hicom Seksyen 26, Shah Alam dan Pangsapuri Smart Sewa di Jalan Keretapi Lama, Batu 4, Kapar.

Cadangan 2:-

MPK mencadangkan kuarters Majlis di Pangsapuri Klang Villa yang terletak 2.7 kilometer ditawarkan untuk pemindahan penduduk terjejas.

Cadangan 3:-

Penduduk mencari sendiri penempatan mereka mengikut kemampuan masing-masing, tertakluk kepada perbincangan yang akan diadakan kelak. Dan bagi isu masalah Teluk Gedung Indah, wakil Kerajaan Negeri melalui ADUN & Parlimen Kawasan, Agensi Negeri seperti LPHS, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor serta MPK telah bersama-sama membuat lawatan di tapak beberapa kali sejak tahun 2018.

Pihak MPK telah mengambil tindakan seperti berikut:-

i. Membuat bancian penduduk dan bancian kerosakan ke atas Flat ini bagi mendapatkan maklumat dan keadaan unit yang benar-benar terjejas pada 27 – 29/08/2020 dan JKR Daerah Klang telah memberi maklum balas Kos Pembaikan bagi Kerja-kerja Pembaikan Kerosakan di Pangsapuri Teluk Gedong Indah, pada 2/9/2020 iaitu sebanyak RM4.3 Juta. Terdahulu JKR Selangor Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah memberi anggaran kos untuk skop kerja-kerja Elektrik pada 23/07/2019 iaitu sebanyak RM1.45 Juta. Oleh itu, kos yang terlibat berjumlah RM5.75 Juta. ii. Pada 17/09/2020, MPK telah memohon bantuan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan kerosakan di Pangsapuri Teluk Gedong Indah ke Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor berjumlah RM5.75 Juta; dan

iii. Pada 8/10/2020, LPHS telah memanjangkan permohonan bantuan ini kepada UPEN.

Sekian, terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingin bertanya bilakah sasaran untuk menyelesaikan sasaran tarikh atau pun dateline untuk menyelesaikan kedua-dua isu Flat tersebut memandangkan isu ini sudah terlalu lama dan keadaan bangunan di kedua-dua tempat ini sangat-sangat merisaukan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Seperti apa yang telah dijawabkan oleh saya tadi bagi Flat Teluk Gedong Indah permohonan peruntukan telah dikemukakan ke UPEN dan itu keputusan belum dibuat lagi, baru sahaja dikemukakan kepada UPEN dan bagi satu lagi kes di Flat Seri Berembang, perjumpaan bersama penduduk sepatutnya diadakan minggu lepas tetapi oleh kerana ada PKPB perjumpaan ini ditangguhkan sementara waktu dan kami akan memantau supaya perjumpaan ini dapat diadakan dengan kadar yang secepat mungkin selepas PKPB. Terima kasih.

Speaker

Soalan No. 12 telah dijawab bersekalian dengan soalan No. 3. Saya persilakan Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Industri KesenianQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a) Bagaimana MCO menjejaskan pembangunan industri kesenian?

b) Bagaimana kerajaan membantu industri kesenian untuk mengatasi masalah tersebut?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, akibat dari pandemik COVID-19 yang telah melanda negara pada tahun ini dan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) atau Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) memang telah menjejaskan pembangunan industri kesenian buka sahaja di Negeri Selangor malahan di seluruh dunia.

Pertamanya produk-produk kesenian tak ketara seperti program latihan, pertunjukan kesenian hampir ke seluruh telah lumpuh. Kumpulan-kumpulan kesenian sepenuhnya merasai beban. Ini kerana kehilangan pendapatan tetap.

Tambahan lagi dengan penutupan hotel-hotel, tempat-tempat rekreasi serta larangan acara kenduri kendara dan pertunjukan-pertunjukan kebudayaan menyebabkan aktiviti ini tidak bergerak. Kumpulan-kumpulan kesenian yang biasanya dijemput untuk menjayakan acara-acara kenduri kendara dan juga perasmian sebaginya tidak dapat dibenarkan. Malahan tempat-tempat pertunjukan kesenian, termasuk studio-studio, pentas-pentas dan teater juga tidak beroperasi.

Sebaliknya industri pembuatan berasaskan kraf, lukisan dan kesenian yang sebagainya masih berjalan, namun agak sukar untuk mendapat bahan-bahan asas. Pemasarannya juga terhad kerana hanya melalui perniagaan secara latihan dan tidak dapat dipamerkan apabila Pusat Kemahiran Seni ditutup untuk lawatan.

Pada tahun 2020 ini, Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah merangka banyak aktiviti berkaitan dengan Kebudayaan Kesenian di bawah Agensi Peradaban Adat Melayu juga Warisan Melayu Selangor iaitu PADAT dan Tourism. Ke seluruhnya program terpaksa ditunda dan dibatalkan.

Antara program anjuran PADAT ialah seperti:-

1. Semarak Kasih Seni iaitu Warisan pertunjukan mingguan

2. Simfoni Cempuling

3. Teater Bangsawan

4. Temasya Seni Silat, Muzium Ke Sekolah

5. Rentak Selangor dan sebagainya

Keseluruhan program ini sebenarnya melibatkan kebudayaan dari berbagai kaum di Negeri Selangor. Misalnya Tarian Kipas, Tarian Naga Dan Singa juga teater dari Kumpulan Belia-Belia kaum Cina, seterusnya Kumpulan Bangra, Tarian Kolattam,

Seni Silat Silambam dan juga daripada kaum India. Persembahan kebudayaan sebenarnya telah melahirkan ramai golongan muda yang berminat untuk membuat persembahan tidak berorientasikan kaum. Sama ada persembahan kebudayaan Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Tuan Speaker, sesungguhnya saya baru sahaja menyandang Portfolio ini namun saya menyedari akan keadaan yang mendesak. Justeru itu, sebagai langkah jangka pendek saya sedang merangka beberapa inisiatif awal untuk memastikan golongan seniman kesenian dapat dibela dan memastikan kelangsungan hidup mereka.

Dengan kerjasama Agensi PADAT, UPEN dan beberapa Agensi lain saya sedang merangka dan mengkaji kebolehsanaan, menjayakan beberapa program, persembahan atas talian atau dengan izin online dengan online perfomance yang mana cara ini aktiviti kesenian dapat terus berjalan dan para seniman dapat terus memajukan karya dan hidup mereka dengan mengambil saranan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan Belanjawan beliau baru-baru ini untuk memperkayakan industri kreatif kerjasama pintar dengan Agensi Digital selain daripada Media Selangor, MDE, CDEX dan lain-lain.

Oleh yang demikian, sebagai langkah awal dan segera saya bercadang untuk merangka program online perfomance dengan memperuntukkan yang bersesuaian dengan persembahan tersebut. Program ini akan merangkumi semua kegiatan seni baik Moden, Tradisional, Nasyid dan juga kebudayaan lain-lain bangsa. Terima kasih.

Tuan Speaker, ada soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

Tadi EXCO ada menyebut tentang persembahan online. Jadi adakah dengan cara persembahan online ini para penggiat seni ini boleh mendapatkan apa ni pendapatan seperti sebelumnya? Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Sementa. Dengan online ini kita jangkakan dapat menjana pendapatan bagi kumpulan-kumpulan seni ini yang mana kita akan mempamerkan secara online. Jadi saya yakin dan percaya dengan ada sedikit peruntukan untuk memberi sumbangan dan juga bayaran kepada kumpulan-kumpulan seni ini. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya no. 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Tasik Putrajaya Sebagai Sumber Air KecemasanQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan secara terperinci jadual untuk menghubungkan Tasik Putrajaya sebagai sumber air kecemasan apabila intake dari Sungai Semenyih perlu ditutup apabila berlakunya pencemaran?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya, Tuan Speaker. Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan penggunaan tasik Putrajaya sebagai sumber untuk ketika kecemasan. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan penggunaan dan perancangan penggunaan air daripada tasik Putrajaya bagi menampung keperluan air apabila berlaku pencemaran ataupun kecemasan berada diluar bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor agensi yang bertanggungjawab menguruskan bekalan air mentah negeri dan kerana dia berada di luar Kawasan. Walaubagaimanapun, keluar daripada Selangor, walaubagaimanapun, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Air Selangor yang juga turut menguruskan bekalan air terawat bagi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur, telah membuat permohonan kepada Kementerian untuk menggunakan air di tasik Putrajaya bagi Loji Rawatan Air Semenyih dan juga bersama-sama dengan permohonanan geran atau peruntukan bagi projek berkenaan termasuk kerja-kerja paip, pemasangan paip dan juga pengepaman. Dan masih belum ada jawapan daripada pihak Kerajaan pusat berhubung dengan isu ini.

Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa keupayaan untuk membekalkan air ini ialah selama tujuh hari, tujuh belas hari. Kalau mengikut kapasiti Semenyih, iaitu di sekitar 695 juta liter sehari, air di tasik Putrajaya ini akan boleh menampung selama tujuh belas hari. Walaubagaimanapun, dan juga untuk makluman semua, sebahagian daripada penyelesaian kepada isu air atas disebabkan gangguan air, disebabkan pencemaran ini, sebagai mana telah di umumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan Belanjawan hari Jumaat yang lepas. Kita telah membuat kajian dan mendapati tidak ada keperluan sebenarnya mendesak untuk menggunakkan kaedah tasik Putrajaya kerana kolam-kolam yang ada disekitar Semenyih itu, kita telah buat kajian mampu menampung air selama empat atau lima hari kalau berlaku kecemasan, jadi kita tidak begitu terdesak untuk menggunakan air Putrajaya ini, tapi kalau dapat

itu satu bonus, kalau tak dapat pun, kita mampu menangani isu pencemaran itu dengan penyelesaian yang telah kita cadangkan dalam yang dibentangka oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan. Sekian.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan. Saya percaya kolam yang dirujuk oleh Yang Berhormat EXCO adalah HORAS 600 dan juga point C atau point 3. Saya nak tanya, bila agak nya kami boleh bermula projek penyambungan tersebut.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya yang HORAS itu berada di sungai Selangor, ini yang Semenyih ialah kolam C, betul dia sebut, dia ada kolam A B dan C, malah ada lagi sebenarnya di sebelah hiliran sedikit pada Kawasan Semenyih, ada lahi kolam yang besar, yang kita sedang membuat kajian untuk masa yang medium term, pada penggal yang lebih lama. Sebab apa, kita kena ingat, bahawa kalau penyelesaian isu pencemaran ini kita berjaya laksanakan, kita juga kena melihat juga untuk jangka panjangnya, kemungkinan kemarau pulak. Ini kita jangan lupa ya, kita ada dua kemungkinan besar ini,kemarau juga perlu diambil pertimbangan walaupun sekarang hujan lebat, banjir selalu, tapi kita tidak boleh alpa pada perancangan jangka Panjang kita, kerana mengambil kira juga isu kemarau dan saya melihat telah meneliti bersama dengan LUAS, kemungkinan-kemungkinan untuk kolam-kolam lain yang ada di sekitar itu yang boleh kita menafaatkan untuk long term. Tapi untuk jangka pendek nya, kolam A B dan C, cukup menampung empat ke lima hari dna kita akan telah pun mendapat kelulusan MMKN untuk dilaksanakan projek ini dan kita akan laksanakan segera dan tentulah benda ini bukan mudah, ia construction ini, satu dianggarkan sekitar dalam RM40 juta kos untuk upgrade tempat ini, bagi menyelesaikan isu pencemaran ini, untuk bypass air sungai ini dan kita akan mulakan dalam langkah yang segera. Terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Selamat pagi Tuan Speaker, soalan saya No.15. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Kebajikan OkuQuestions

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan OKU yang gagal mendapatkan bantuan Kebajikan?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Untuk makluman semua di dalam sidang dewan ini, ini adalah mungkin kali terakhir saya menjawab mengenai OKU, kerana selepas ini ia akan berada di bawah YB EXCO yang baharu, InsyaAllah.

TUAN SPEAKER ; Yang Berhormat ya, panggil Yang Berhormat.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat YB Gana. YB Sentosa, Yang Berhormat Sentosa bertanya, apakah usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan OKU yang gagal mendapatkan bantuan kebajikan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya bantuan OKU ini memang tersedia ada dengan JKM, itu yang disediakan oleh JKM. Untuk makluman, seseorang yang sudah ada kad OKU, dia perlu memohon untuk mendapat bantuan daripada JKM dan JKM menyediakan tiga jenis bentuk bantuan kepada orang kurang upaya.

Pertama ialah kerja cacat atau EPC ini adalah berjumlah RM400 sebulan, untuk mereka yang terus bekerja dan kemudian dan diberi penambahan lagi RM400. Bantuan orang kurang upaya yang tidak berupaya tidak bekerja atau BTB kadarnya adalah RM250 sebulan seorang, untuk mereka yang tak boleh bekerja dan duduk dirumah. Dan ini adalah perlu mohon Yang Berhormat, bukan automatik, walaupun dia ada kad OKU dia perlu memohon dan yang akhir sekali bantuan penjagaan OKU terlantar, RM350 sebulan seorang untuk meringankan beban keluarga yang menjaga nya, ini pun perlu dimohon. Setahu saya, setahu saya, semua permohonan-permohonan OKU yang layak, memang dipenuhi oleh Jabatan Kebajikan Masayarakat. Jadi kalau ada yang mohon, tak dapat mungkin itulah mungkin Yang Berhormat EXCO boleh mencelah disitu untuk melihat, kenapa dia tidak dapat. Seterusnya, bagi Kerajaan Negeri pula Yang Berhormat, kita telah memulakan beberapa program untuk orang kurang upaya yang berumur 18 tahun kebawah. Sekarang ini, ini diletakkan di bawah Pembangunan Keluarga, masih di bawah saya, iaitu bantuan yang kita salurkan untuk di manafaatkan oleh anak-anak istimewa ini, anak-anak istimewa ini, Jawatankuasa Tetap Kebajikan Selangor telah diperuntukkan RM3 juta setahun, melalui program Early Intervention Programme (EIP) khusus bagi membantu golongan anak istimewa di Selangor mendapatkan perkhidmatan pendidikan, terapi dan pemulihan dan memenuhi keperluan mereka. Antara program yang telah disediakan adalah:-

1. Program Bantuan Kewangan Kepada Institusi EIP, yang telah dikenal pasti yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah untuk supaya mereka boleh meningkatkan perkhidmatan terapi, pendidikan khas serta pemulihan kepada anak-anak istimewa. Ia disalurkan terus kepada institusi, jadi dia adalah bantuan secara tidak langsung kepada mereka yang menghantar anak-anak ini dan setakat ini, kita membuat, memberi mengikut RM200 sebulan untuk setiap anak, maksimum untuk 20 orang anak istimewa yang di hantar kepada agensi ini. Jadi ini kita salurkan terus kepada EIP.

2. Program Bantuan Khas Didik AnIS. Program ini merupakan bantuan kewangan kepada ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu mungkin kecemasan, untuk menampung apa-apa keperluan mereka, juga kita bantu dengan kos pemulihan, juga untuk membayar kos pendidikan dan terapi kalau mereka hantar ke pusat-pusat yang tidak menerima bantuan EIP ini, dan bantuan ini tidak melebihi RM5,000 seorang anak setahun. Kalau masuk tahun lain, dia boleh memohon semula dan terutamanya bagi mereka yang memerlukan peralatan-peralatan khusus seperti kerusi tolak untuk anak-anak mengalami cerebal palsy dan juga ada yang memerlukan alat bantuan dengar dan sebagainya. Ini adalah bantuan khas untuk peralatan, juga dimasukkan di bawah program ini.

3. Dan akhir sekali, kita telah memulakan satu program, sudah masuk dua, siri kedua ini, tahun ini, iaitu Program Pendidikan Bersama Cikgu AnIS. Cikgu AnIS ini adalah program untuk kita menggalakkan taska-taska biasa yang bukan taska-taska untuk anak-anak istimewa secara khusus untuk mereka boleh menerima anak-anak istimewa ini. Jadi guru-guru ataupun petugas-petugas diberi kursus supaya mereka boleh menangani anak-anak istimewa. Jadi tujuannya dua serangkai, maknanya, satu adalah untuk memberi accessibility kepada anak-anak ini, ada taska nak pergi, tak perlu pergi hantar yang jauh kerana mungkin tidak mampu dan juga jauh, kedua adalah kita hendak mengintegrasi anak-anak istimewa ini dengan masyarakat yang lain. Jadi anak-anak yang normal dapat menghargai anak-anak yang istimewa dan ibu bapa juga dapat berjumpa dan memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak istimewa ini.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program memang ada dalam bawah Kasih Ibu Smart Selangor ini. Semasa PKP haritu, kita telah menaikkan lagi khidmatnya program KISS IT iaitu Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal dan kita telah menambah di sini, mana-mana ibu yang mempunyai anak istimewa tak kira umur, dia layak menerima KISS kerana dia menjaga anak dia itu. Jadi ini adalah satu penambahbaikan kepada program KISS.

Anak-anak istimewa ataupun orang kurang upaya ini juga mendapat Skim Mesra Usia Emas yang kita beri shopping setahun sekali itu, melalui YAWAS dan mereka juga akan dapat baucar, walaupun umur mereka masih muda. Jadi mengikut data YAWAS sehingga sekarang ini 18,996 orang OKU yang menerima manfaat OKU SMUE ini. Jadi itu sahaja jawapan saya Yang Berhormat.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya, adakah apa-apa inisiatif oleh Kerajaan Negeri bagi golongan ataupun anak-anak OKU ini yang tidak didaftarkan lagi, mungkin di atas beberapa sebab dan sebagainya dan sebahagian saya lihat kadang-kadang dia tak ada dokumen pun, hanya sekadar sijil beranak, tidak ada IC yang mungkin menjadi masalah kepada keluarga mereka ini. Kalau dulu saya ingat, ada juga program yang kita dekati kepada mereka, kita daftrakan dan sebagainya, kita bawa daripada pejabat Kebajikan Masyarakat untuk mereka … terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Sebenarnya kita didalam penambahbaikan. Saya pun selama ini kami hanya mengambil daripada anak-anak yang ada kad OKU, kami sedar ada ibu bapa yang tidak mendaftar. Pertama Yang Berhormat, kita patut menggalakkan semua anak-anak OKU ini mendaftar, atas apa sebab pun dia boleh simpan kad tu, dia tak payah tunjuk kad itu, dia tak nak guna pun tak apa, tetapi kalua tidak ada pendaftaran, kita tidak tahu sebenarnya berapa jumlah mereka, jadi nak buat perancangan itu susah. Dan InsyaAllah, saya kira lepas ini Yang Berhormat, YB Gana, Yang Berhormat Ganabatirau mungkin akan menambahbaik ke atas bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat nak memberi pengiktirafan supaya mereka juga layak menerima bantuan-bantuan dengan JKM dan juga dengan Kerajaan Negeri. Kita kena sedar satu perkara, kerana menakrif OKU ini dia ada kriteria-kriteria dia, termasuk anak-anak istimewa yang lembab, ada masalah pembelajaran dan sebagainya. Kategori ini memang ramai ibu bapa tidak mahu mendaftar, kerana dia tak nak hantar ke Pendidikan Khas, dia nak hantar ke sekolah biasa, jadi itu akan menimbulkan sedikit Yang Berhormat, jadi penyelesaiannya InsyaAllah kita akan fikirkan bersama, Yang Berhormat YB Ganabatirau yang akan menjaga OKU dengan JKM nanti.

Speaker

Saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, kita ringkas nama Yang Berhormat dengan YB. YB boleh diluar, tapi di dewan, Yang Berhormat. Seterusnya Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Program Pembangunan BeliaQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a. Adakah PeBT tahun 2020 dapat menghabiskan peruntukan yang diperolehi memandangkan banyak program telah dibatalkan pada tahun ini?

b. Apakah program ataupun kegunaan lain yang boleh menggunakan peruntukan baki ini?

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat daripada Balakong. Persoalan yang dibangkitkan adakah PeBT tahun 2020 dapat menghabiskan peruntukan yang di perolehi memandangkan banyak program telah dibatalkan.

Memang pejabat kita menerima banyak kertas-kertas kerja sepanjang tahun 2020. Tetapi kebanyakan daripada program yang dijalankan oleh PeBT kita, terpaksa kita ditangguhkan atas sebab-sebab yang kita maklum, PKP kita. Jadi pelaksanaan pada 2020 yang berlaku baru ini adalah sebanyak seratus program yang telah dijalankan oleh semua PeBT kita.

MBPJ, 7 program, yang menelan belanja RM19,295.00. Untuk makluman Yang Berhormat semua, setiap PBT kita bagi RM120,000.00. Jadi kalau MBPJ, 7 program, maknanya RM19,295.00 daripada RM120,000.00 iaitu perbelanjaan hanya 16%. MPAJ, 20 program perbelanjaan RM50,000.00 iaitu 12%, sorry, 42%. MPSp, Sepang 21 program berjumlah RM52,125.00 iaitu perbelanjaan 43%. MPKj RM39,150.00 iaitu perbelanjaan 33%, Majlis Perbandaran Kuala Langat, 6 program sahaja iaitu RM27,200.00 iaitu perbelanjaan 23%. MDKS 6 program sahaja, RM17,280.00 iaitu 14% perbelanjaan dan MDHS adalah RM22,431.00 iaitu 10 sahaja program. Dan memang Yang Berhormat Balakong, saya nak maklum memang semua PBT kita aktif dan saya dapat akui bahawa PBT di Balakong antara yang aktif juga dalam Selangor kita hari ini. Jadi saya mohon pada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, untuk bekerjasama dan memastikan ada baki yang begitu banyak lagi yang kita benarkan untuk kita gunakan, saya, kita memberi tempoh sehingga bulan Disember ini, untuk kita selesaikan program-program yang hendak diselesaikan.

Dan apakah program ataupun soalan kedua, apakah program ataupun kegunaan lain yang menggunakan baki ini? Semua program di bawah sepuluh teras yang telah kita tetapkan. Iaitu teras pendidikan, latihan kemahiran, teras keusahawanan pekerjaan, teras teknologi maklumat dan komunikasi, teras kemasyarakatan dan kesukarelawan,

teras kesejahteraan dan kesihatan, teras sukan dan kecergasan, teras agama dan akhlak, teras kebudayaan dan kesenian dan akhirnya teras antarabangsa.

Jadi mana Yang Berhormat yang masih boleh bekerjasama dengan PeBT kita, sila laksanakan sepuluh teras ini, sebelum bulan Disember ini iaitu tarikh yang kita akan tutup akaun di peringkat majlis sukan negeri Selangor. Dan untuk makluman Yang Berhormat semua, apa berlaku sekiranya peruntukan ini tidak digunakan. Peruntukan ini semua berada di Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya peruntukan ini tidak digunakan, sebelum-sebelum daripada ini kesemua duit ini telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan dianggap sebagai Hasil. Jadi dengan sebab itu, saya pada tahun ini, saya mohon daripada Pegawai Kewangan, Dato’ PWN kita untuk mengambil semula kesemua peruntukan belia ini dan di tempatkan balik di Majlis Sukan Negeri Selangor, supaya kita dapat bantu dalam SUKMA kita dan program-program yang dicadangkan secara adhoc oleh pihak Persekutuan. Saya tidak bersetuju kesemua peruntukan lebihan kewangan ini diambil sebagai hasil, oleh pihak berkuasa tempatan. Ini saya tidak bersetuju sama sekali. Jadi untuk Yang Berhormat sekalian, masih ada satu bulan, saya harap semua pihak Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dapat bersama dengan PBT. Kita tahu kekangan kita banyak tetapi ada ruang-ruang yang masih dijalankan sama ada di talian ataupun program-program yang secara berskala terlalu kecil mengikut SOP-SOP yang di tetapkan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Paya Jaras, saya nak tanya, apakah benar PeBT ini akan berurusan terus dengan Majlis Sukan Negeri, dan tidak akan melalui PBT?

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Pada waktu ini, ownership PeBT, ialah Majlis Sukan Negeri Selangor. Kerana kita yang membuat lantikan melalui UPEN. Tetapi oleh sebab pada tahun-tahun dahulu, kesemua kewangan peruntukan kita ini terus disalurkan kepada PBT, jadi terdapat kekeliruan di situ. PeBT kita banyak merasakan PBT sebagai ownership dia, bos dia di situ. Sedangkan ia lantikan Majlis Sukan Negeri Selangor. Sebab itulah untuk makluman semua, kita akan rombak semua, struktur-struktur ini, dari sudut organisasi, dari sudut lantikan, dari sudut peruntukan kewangan, dari sudut menggantikan PeBT yang tidak aktif, dari sudut melihat KPI. Kita akan letak balik di tempat yang betul iaitu di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Insya-Allah kita sedang merangka pembaharuan dalam struktur organisasi. Dan saya akan berbincang dengan Yang Amat Dato’ Menteri Besar untuk persetujuan. Dan Insya-Allah kita bentangkan dalam masa terdekat.

Speaker

Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Peniaga Dan Penjaja Tepi Jalan Di MeruQuestions

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a. Adakah MPK mempunyai rancangan untuk memindahkan peniaga tepi jalan terutamanya di depan Masjid Meru ke tempat lain?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Majlis Perbandaran Klang telah menawarkan Lesen Penjaja Sementara kepada peniaga-peniaga di sekitar kawasan Meru melalui program pasca COVID-19 bermula bulan Ogos 2020. Peniaga-peniaga yang diluluskan telah ditempatkan di tapak pasar malam Jalan Paip dan dibenarkan berniaga setiap hari kecuali hari Jumaat dan Ahad kerana terdapat pasar pagi dan malam di lokasi. Terima kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Selangor Business Capital (SBC)Questions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a. Apakah status pelaksanaan pelan pembangunan SBC?

b. Berapa banyak syarikat atau pelabur yang telah dikenalpasti untuk menjayakan SBC?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Panjang yang bertanyakan tentang soalan ini. Dan saya mengambil sikap untuk menjawab soalan bagi Bandar Baru Klang atas sebab faktor-faktor kesihatan beliau.

Pertamanya, buat masa ini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ataupun PKNS dalam proses untuk memuktamadkan rancangan Pelan Induk Pembangunan Selangor Business Capital sebagai fiancial and business district, dengan izin, kepada negeri Selangor, supaya berdaya saing dan akan dapat menarik minat pelaburan domestik dan antarabangsa. Dan dijangkakan Selangor Business Capital akan menjadi salah satu daripada bandar baharu yang dibangunkan oleh PKNS. Sesuai dengan unjuran pembangunan di Negeri Selangor yang merebak dengan lebih pantas ke sebelah selatan.

Dengan beberapa pembangunan-pembangunan baru di lokaliti dan kawasan tersebut, kita percaya Selangor Business Capital akan membantu pembangunan dan pemulihan ekonomi negara dan negeri Selangor yang kita cintai. Pelan kebenaran merancang ataupun KM ataupun Developement Order bagi pembangunan SBC ataupun Selangor Business Centre, dijangka akan dimulakan pada suku tahun pertama 2021, kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Namun begitu kita juga sedang mengukur dan melihat bagaimana konteks dan perkembangan pembangunan sektor hartanah yang saya pasti turut terkesan daripada pelebaran wabak COVID-19.

Untuk soalan b, bagi pelaburan pelan pembangunan dan mengenal pasti rakan kongsi strategik, Kerajaan Negeri dan PKNS akan mengadakan majlis soft launch dalam masa terdekat untuk memperkenalkan potensi pembangunan ini kepada pelabur tempatan dan juga antarabangsa dan selepas itu baru kita akan mengenal pasti daripada senarai pembangunan ataupun syarikat-syarikat pelabur mahupun syarikat-syarikat pembangunan yang terkemuka yang sedia untuk menjadi rakan kongsi kepada kita bagi melakukan SBC. Ikut pelan asal, SBC ini akan mula dilaksanakan tahun ini, tapi kerana COVID-19, yang terhenti, kita terpaksa untuk menilai semula dan membuat perancangan kembali terhadap pembangunan SBC supaya tepat dan tidak mengganggu kepada cash flow serta perancangan ekonomi PKNS sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Pembaikkan JalanQuestions

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah terdapat perancangan dari badan terlibat untuk menaiktaraf/turap semula jalan utama di PJS 6 sehingga PJS 5 (hadapan kontena nasional) yang menjadi laluan utama ke Tmn Medan dan yang lain?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Seri Setia. Seri Setia yang bertanyakan soalan berhubung dengan penyelenggaraan atau naiktarafan jalan utama di PJS 6 sehingga PJS 5 (hadapan kontena nasional). Untuk makluman Yang Berhormat, jalan utama yang di hadapan Kontena Malaysia ini adalah Jalan P14, Jalan Kelang Lama, yang di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling. Kerja menurap semula permukaan jalan yang rosak telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2020 dan telah siap pada 12 Oktober 2020, dengan perbelanjaan sebanyak RM369,000.00 di bawah peruntukan kerja-kerja MARRIS. Sekian.

Speaker

Ya, Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker, cuma saya ambil kesempatan saya ucap terima kasih kepada JD Petaling, Tuan Rozainol. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, yang mana Yang Berhormat menyatakan bahawa telah dibuat. Tetapi keadaannya tidak memuaskan dan berlaku kemalangan. Dan baru ini berlaku pembuangan sampah di situ. Apakah pihak Yang Berhormat EXCO, telah tahu tentang perkara ini. Kemalangan yang berlaku di situ.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Isu kemalangan ini, saya pun tak tahu, apa berkait dengan isu penurapan jalan dan sebagainya. Jadi kalau keadaan baru penurapan dibuat, keadaan masih teruk, tentulah ada masalah lain yang berkaitan. Saya harap bukan jalan yang diturap itulah, yang menyebabkan masalah kerosakan. Jadi perlu diteliti, sebab apa kebimbangan saya, bukan jalan ini yang menjadi persoalan, di sini, mungkin jalan-jalan lain, jalan dalam, yang terlibat di situ, yang mungkin juga di bawah MBPJ, yang perlu dilihat juga keadaan jalannya. Jadi saya harap, kita akan teliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat untuk dilihat apa masalah punca sebenarnya. Kalau kemalangan itu berpunca daripada kerosakan jalan. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Aduan Jalan Rosak Menggunakan Aplikasi WazeQuestions

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Daripada jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze dari Januari 2019 sehingga September 2020, berapakah terdiri daripada jalan PBT, jalan negeri dan jalan Persekutuan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Dusun Tua, atas soalan yang telah dikemukakan. Jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze dalam tempoh Januari 2019 hingga September tahun 2020, adalah sebanyak 52,295 aduan. Berdasarkan daripada cerakinan berikut :-

1. Jumlah aduan untuk Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak 37,130 aduan. 2. Jalan negeri di bawah selenggaraan PDT dan JKR, masing-masing adalah sebanyak 393 iaitu PDT 393, 4,553 yang merujuk kepada jalan-jalan JKR negeri. 3. Sebanyak 10,219 adalah melibatkan jalan-jalan yang di bawah jalan persekutuan ataupun di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya.

Jumlah tertinggi adalah sebanyak 37,130 tadi, yang merujuk kepada jalan PBT, manakala jumlah yang terendah adalah merujuk kepada 393 jalan-jalan yang merujuk kepada jalan-jalan yang sewajarnya di selenggara oleh Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah di negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Speaker

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya memerhatikan bahawa jalan-jalan yang berlubang ini. Sebahagiannya yang telah diambil tindakan ini adalah dalam keadaan sepanjang jalan itu pun telah retak. Cuma kebetulan dia berlubang dulu. Dan ini ditampal dulu dan akhirnya kita mendapat melihat puluhan tampal-tampal, jalan-jalan ditampal daripada akibat program ini. Adakah kerajaan negeri merancang sesuatu yang lebih daripada itu. Sepatutnya jalan ini di servis balik. Tapi yang malangnya dia hanya ditampal, dan saya melihat satu pembaziran. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker Yang Berhormat Sijangkang, atas soalan yang dikemukakan. Saya rasa Yang Berhormat Infrastruktur ada jawapan yang lebih komprehensif. Sebab dia melihat kepada jarak dan waktu. Dia melibatkan waktu dan melibatkan dengan faktor ekonomi. Yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sijangkang sebentar tadi, mungkin secara ekonominya kita lebih baik untuk reservis, end to end, maknanya daripada kawasan hujung ke hujung. Daripada hanya memetakkan kawasan bulatan itu. Itu pun sebenarnya kita telah perbaiki daripada konteks untuk menaik taraf itu. Buka hanya menuju kepada longkang itu ataupun lubang ataupun lohong itu sebaliknya membuat petak yang lebih besar, supaya ia lebih mampan dan padan. Tidak berlaku kerosakan yang lebih kerap. Namun begitu apa yang berlaku sebenarnya, apabila kita dapat aduan, aduan disampaikan kepada pihak PBT, dan pihak PBT melakukan tindakan segera untuk cover ataupun road maintenance company yang telah dipilih oleh JKR, untuk melakukan road maintenance di atas jalan-jalan tersebut. Namun begitu kalau kita membiarkannya pada certain waktu yang tertentu, saya kira lebih banyak lubang-lubang akan tercipta, sebab dia akan menakungkan air. Jadi ada faktor waktu dan juga ada faktor ruangan yang lebih selesa.

Saya sedia untuk mengangkat cadangan yang disebut oleh Sijangkang sebentar tadi. Namun kita lihat juga keselesaan penduduklah ya. Kadang-kadang mereka nak cepat, tetapi bila cepat itu berlakulah tampalan-tampalan yang disebutkan oleh Sijangkang sebentar tadi. Tetapi kalau kita nak keselesaan yang lebih besar akhirnya kita mungkin terpaksa mengambil sedikit waktu untuk menampal kesemuanya sebab kosnya juga akan meningkat sudah pasti kalau kita buat end to end dengan izin dan bukan end road to the first road lah, maknanya daripada hujung ke hujung. Curve to curve, maknanya daripada pinggir jalan ke pinggir jalan yang lain. Itu sedia kita pertimbangkan untuk pihak terbabit seperti PBT, JKR, Pejabat Tanah untuk mengambil langkah-langkah seterusnya. Kita akan bincangkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Data yang diperolehi daripada waze ini merupakan data yang sangat berharga dan dalam era big data ini bukankah ataupun bukankah kerajaan boleh merancang sesuatu iaitu dengan menggunakan big data yang dikutip daripada waze ini untuk merancang pembahagian peruntukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf jalan pada masa-masa yang akan datang daripada sekadar kita membolehkan pengguna jalan raya untuk melaporkan keadaan, kerosakan pada sesuatu jalan lain kemudian kita firefighting dan sebagainya tetapi data itu kita boleh gunakan untuk generate contohnya kalau ramai sangat yang mengadu tentang jalan ini tahun depan, tahun akan datang kita akan pull peruntukan ataupun resources untuk settle dan tackle problem itu untuk menjadikan pembahagian peruntukan itu lebih pintar. Saya ingin bertanya adakah kerajaan sekarang bergerak ke arah itu atau tidak?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kalau kita melihat ini konteks tentang bagaimana kita bergerak ke Smart State ataupun negeri pintar Yang Berhormat Banting. Terima kasih. Kalau kita lihat daripada tahun 2015 dan 2016 kita membuat pelbagai aplikasi-aplikasi Smart Selangor Parking, bas kita ada SITS, kita juga ada yang waze yang berkenaan dengan jalan berlubang. Dalam pengendalian wabak, kita ada Selangkah dan sebagainya dan selepas ini CCTV dan sebagainya. Pada konteks tersebut daripada tahun 2015 sampailah tahun ini, tahun 2020 sebenarnya kita dalam proses untuk mining of the data ataupun mendapatkan data-data yang baru boleh di analisa dengan lebih baik dan sebenarnya selepas ini, pada tahun 2020 sebab itu kita telah membangunkan satu command center dengan izin ataupun Pusat 5 SI yang sebutkan tadi, 5 CI yang saya sebutkan dalam ucapan belanjawan itu untuk menganalisa data. Penganalisaan data ini dan disebut sebagai analisa data raya ataupun big data analysis dan dengan big data ini itu kita akan dapat menebak ataupun memahami trend-trend yang disebut oleh Yang Berhormat Banting dan juga jangkaan-jangkaan kita sama ada melibatkan infrastructure development ataupun pembangunan infrastruktur, malahan kepada perebakan wabak dan juga trend pembangunan komuniti dan trend pembangunan sosial komuniti dan masyarakat. Jadi sudah pasti kerajaan sedang bergerak ke arah itu dan itulah salah satu daripada elemen Smart State yang telah diunjurkan oleh Pihak Kerajaan Negeri yang sekarang kita sudah ada STANDCO yang akan memandu dengan lebih pantas projek-projek dan juga pelaksanaan Smart State.

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak bertanya kita tak ada masalah sangat Yang Amat Berhormat berkaitan dengan isu PBT dan juga Kerajaan Negeri, tetapi berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan dan banyak jalan-jalan persekutuan ini kita lihat menimbulkan banyak masalah di semua DUN dan kita sedia maklum bahawa jalan-jalan persekutuan ini ada konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk membuat pembaikan. Ada tak bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk orang kata mengenakan tindakan ataupun tekanan kepada pihak konsesi yang tidak melaksanakan tanggungjawab membuat pembaikan jalan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya bantu Yang Amat Berhormat tentang isu ini sebab saya rasa elok juga saya berkongsi dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Menteri kita pun ada di sini, mungkin boleh bantu juga di peringkat Kerajaan Pusat. Sebenarnya saya dah banyak kali bercakap dalam dewan ini dan juga telah menemui sebelum ini Menteri Kerja Raya dan juga Timbalan nya dan juga Ketua Pengarah, JKR Pusat. JKR Malaysia dan bercerita dengan berhubung dengan isu jalan-jalan persekutuan. Jalan-jalan persekutuan ini memang diuruskan secara langsung oleh JKR Pusat dan bajet nya pun peruntukan datang daripada mereka. Kita tidak ada ruang untuk kita laksanakan menggunakan peruntukan MARRIS. Sebab apa MARRIS ini hanya untuk jalan-jalan negeri, jalan PBT, jalan-jalan ladang, pertanian dan juga jalan-jalan kampung. Ini sahaja yang ada peruntukan MARRIS dan saya telah cadangkan kepada Kerajaan Pusat pada masa itu pada Menteri bahawa ada 2 cara, pertama sama ada mereka digazet jalan-jalan persekutuan di negeri, serah balik kepada negeri supaya kita daftarkan dan dapat peruntukan MARRIS. Itu satu cara. Keduanya, ialah supaya mereka mengubah Akta yang mana perlu untuk menjadikan juga jalan-jalan persekutuan ini dapat peruntukan MARRIS juga. Sebab peruntukan penyelenggaraan jalan ini sepatutnya ada tetap setiap tahun. Dia memang regular, secara berkala. Dia tidak boleh apabila ada masalah baru nak mohon peruntukan. Dia tak boleh buat begitu. Dia kena ada peruntukan khusus sebagaimana MARRIS tetap setiap tahun kerana jalan ini suatu yang guna setiap hari memerlukan peruntukan khas yang berkala.

Ini yang saya telah cadangkan tetapi sehingga ini belum ada, sebab kita kebanyakan aduan yang kita terima dalam dewan ini, yang mulia ini adalah daripada yang melibatkan jalan-jalan persekutuan. Jadi ini saya harapkan kalau boleh dibawa dan dipertimbangkan di peringkat Kerajaan Pusat supaya benda ini dapat dilaksanakan. Cuma saya nak sentuh sikit lagi seperti yang disebut Yang Amat Berhormat tadi yang berhubung dengan isu jalan ini, kita kena ingat, saya pun dah sebut banyak kali ada beberapa perkara yang kita perlu faham di sini. Jalan ini dia ada expiry date, dia ada tarikh luput. Jangan anggap jalan ini tak ada tarikh luput. Dia 20 tahun itu adalah umur dia. Apabila lebih daripada 20 tahun dan sebahagian besar jalan kita ini telah pun mencapai hampir 40 tahun pun ada. Dia perlu dibuat penaiktarafan, itu pembetulan struktur dia.

Pembetulan struktur ini bukan hanya menampal, menampal ini tampalan ini bukan pembetulan struktur dan kalau kita buat tampalan kepada jalan yang expired, dia tidak boleh tahan lama tampalan ini. Dia akan tanggal dengan cepat. Ini kita kena faham sebab apa, sebab itu kena betulkan strukturnya dengan penaiktarafan dan Alhamdulillah lah di bawah semasa Pakatan Harapan memegang baru ini, kita telah luluskan at least sekurang-kurangnya untuk MARRIS ini dibenarkan 15% digunakan untuk penaiktarafan walaupun saya rasa angka itu agak kecil tetapi itu satu permulaan. Kalau tidak dibuat penaiktarafan, hanya tampalan kita akan belanja lebih banyak sebenarnya kos, sebab dia tampalan itu perlu diulang dengan lebih kerap. Jadi ini merupakan antara perkara dan saya telah juga mengambil beberapa perkara lagi yang untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat ialah yang keduanya ialah masalah overloading. Ini merupakan satu masalah besar kepada jalan-jalan. Bukan sahaja di Selangor, di merata tempat. Sebab itu kawasan Klang, Port Klang menghadapi masalah yang besar, kerana apa, masalah overloading dan kajian yang dibuat oleh pihak UEM Agenta yang menguruskan highway mendapati 80% kenderaan berat melanggar had muatan mereka.

Ini yang berlaku sebenarnya. Jadi di bawah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi SSDU nanti yang akan kita laksanakan mulai Januari, bulan Februari ini pelaksanaan I-Integrated Road Information System yang menggunakan teknologi baru untuk mengesan bukan sahaja laluan trafik, tetapi juga keadaan kesihatan jalan itu. Di mana berlaku lubang, di mana berlaku overloading, kita akan dapat mengesan dengan teknologi yang sensor yang kita akan laksanakan di bawah tahun depan yang telah pun kita luluskan apa yang dipanggil IRIS ya I-Integrated Road Information System. Ini antara perkara-perkara lain yang kita boleh sebutkan iaitu teknologi baru sekarang ini yang kita telah pun buat perolehan untuk membeli jack patched dan thermal patched, di mana lubang-lubang jalan ini kita tidak perlu korek dan sebagainya. Dia terus boleh tampal dan boleh memberikan ketahanan yang tinggi, syaratnya struktur jalan itu tidak rosak. Ini boleh menjamin dan membantu dari segi kos penyelenggaraan jalan-jalan kita.

Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Yang Berhormat.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Yang Berhormat.

Speaker

Kota Anggerik, teruskan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Aplikasi SelangkahQuestions

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah kos yang dibelanjakan untuk pelaksanaan penggunaan aplikasi SELangkah?

b)

Apakah proses pemilihan aplikasi SELangkah dibuat secara tender terbuka atau runding terus?

c)

Sejauh manakah aplikasi SELangkah berjaya dalam memenuhi objektif Kerajaan Negeri dalam mencegah penularan COVID-19?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Kota Anggerik. Sebagaimana yang saya telah jelaskan berkenaan dengan penggunaan SELangkah sebagai satu aplikasi penjejakan kontak yang pertama bagi Malaysia dan dilaksanakan di Selangor, kita laksanakan dan hasil daripada sumbangan daripada STFC ataupun Selangor Task Force yang telah mengilhamkan perkara ini dan sedikit sebanyak ia telah menjadi trend dan selepas itu MySejahtera juga menggunakan kontak QR Code untuk membuat “contact tracing” yang digunakan dan arahan Kerajaan Persekutuan sebagai contoh untuk penggunaan MySejahtera sekarang telah digunakan meluas dan namun kontak dan kaedah QR Code ini yang memperkenalkan kita Selangor melalui SELangkah dan ia tidak melibatkan faktor-faktor ataupun sebarang sumber kewangan dan pada ketika ini SELangkah telah dimiliki oleh Kerajaan Negeri dengan percent 60% dimiliki SELGATE Healthcare Sdn Bhd sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk bidang kesihatan. Untuk soalan C, Kota Anggerik bagaimana aplikasi ini untuk menangani ataupun memenuhi hasrat Kerajaan Negeri mencegah penularan COVID-19?. Sudah pasti sebagaimana apa yang saya sebutkan kalau untuk menangani COVID-19 kita harus berkolaborasi dan juga bekerjasama dengan semua pihak termasuk dengan Kerajaan Persekutuan dan bagaimana SELangkah dapat memenuhi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh penjejakan kontak untuk meneruskan usaha-usaha pendidikan serta pengumpulan-pengumpulan data yang akan membaca trend-trend tertentu. Saya percaya SELangkah juga boleh dikembangkan kepada faktor-faktor yang lain, antara lain adalah untuk mengesan penyakit-penyakit berjangkit yang lain ataupun penyakit-penyakit pandemik yang lain, epidemik yang lain, seperti denggi ataupun tibi yang juga merupakan salah satu daripada penyakit berjangkit yang agak penyakit-penyakit

pandemik yang agak membimbangkan di Negeri Selangor dan melibatkan nyawa dan juga kehilangan nyawa yang agak tinggi di Negeri Selangor.

Terima kasih.

Speaker

Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Adakah Kerajaan Selangor mempunyai perancangan untuk update SELangkah seperti MySejahtera yang boleh menambah ahli keluarga ke dalam Sistem SELangkah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah pasti. Namun begitu, dalam konteks ini saya kira kita akan cuba accommodate ataupun memenuhi ruangan ini. Kita tak boleh nak bersaing pada ketika ini sebaliknya bagaimana kita dapat memenuhi antara satu sama lain. Namun SELangkah berpotensi untuk menjejak epidemik serta pandemik-pandemik yang lain yang juga tidak kurang masalahnya seperti denggi ataupun tibi dan juga mungkin perkara-perkara yang lain dan sebenarnya SELangkah berpotensi sebagai gaya dan cara hidup kepada masyarakat dihantar kepada transaksi-transaksi tertentu pada masa depan jika diingini dan sebagainya. Sebab itu kalau kita nak tambah boleh tapi kita kena lihat kesesuaiannya dan bagaimana cara pelaksanaannya dengan menyeluruh. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Speaker. Saya perhatikan masih banyak lagi tempat-tempat ataupun pusat yang dihadiri oleh rakyat ataupun masyarakat yang tidak menggunakan aplikasi sama ada sejak MySejahtera ataupun SELangkah. Adakah Kerajaan Negeri melihat akan memastikan tempat-tempat ini kerana sebahagiannya masih lagi secara menulis di dalam buku kerana saya kira sekiranya ia dapat dilakukan di setiap premis-premis itu ia akan sangat membantu kalau dalam “contact tracing” apabila berlaku kes yang positif. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Setuju Sijangkang, sebenarnya daripada data yang kita dapat daripada SELangkah sebagai contoh kita telah menjejak begitu ramai potensi-potensi ataupun surveillance yang berlaku apabila satu perebakan berlaku di epic center ataupun di kawasan perebakan kes dan apa yang kita mahukan sekarang ialah bagaimana masyarakat dan komuniti juga dapat sedia untuk scan dan juga mengambil langkah-langkah berjaga-jaga tuan-tuan punya kedai. Ini adalah melibatkan enforcement, namun begitu kita akui ada sebahagian daripada masyarakat kita yang tidak terbiasa dengan telefon pintar, ada lagi masih menggunakan telefon yang gaya lama. Kalau di SELangkah kita dah benarkan dengan kontak SMS maknanya melalui SMS that means you boleh registered your

presence dekat kawasan tersebut ya. Jadi ia melibatkan penguatkuasaan dan saya rasa pihak berkuasa termasuk Kerajaan Persekutuan, Polis dan sebagainya juga melakukan apa ini melalukan spot check dengan izin di kawasan premis-premis ini supaya orang semua menggunakan kontak penjejakan kontak ini sama ada SELangkah ataupun MySejahtera. Kalau letak dua-dua pun tak ada masalah. Semakin banyak kita scan, semakin jitu kehadiran kita di satu-satu tempat dan lokaliti itu. Terima kasih.

Speaker

Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Soalan saya nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Strategi Bagi Perpaduan Di Antara Perkauman Dalam Negeri SelangorQuestions

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah peranan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan yang semakin kritikal akibat isu-isu perkauman yang berbangkit?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Teratai bertanya apakah peranan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan yang semakin kritikal akibat isu-isu perkauman yang berbangkit? Tuan Yang Dipertua saya memohon izin untuk menjawab, Tuan Speaker saya memohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 55 daripada Yang Berhormat Bandar Utama. Berdasarkan statistik tahun 2019, jumlah penduduk di Negeri Selangor mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut : Melayu Bumiputera sebanyak 3.53 juta orang iaitu 54%, Cina 1.57 juta orang - 24%, India 731,000 orang - 11% dan penduduk bukan warganegara Malaysia sebanyak 649,000 orang – 9%.

Di sebalik kepelbagaian kaum agama dan budaya Selangor juga dikenali sebagai mini Malaysia sudah tentulah tidak terlepas daripada isu-isu panas seperti racism ini

rasisme. Budaya menyemarakkan api perkauman oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dilihat semakin membara lewat kebelakangan ini dan menyebabkan masyarakat yang dahulunya hidup dalam keadaan harmoni dapat berinteraksi secara positif sekarang ini terganggu dan tergugat. Ternyata api perkauman ini telah menimbulkan rasa curiga sangsi dan saling tidak percaya di kalangan masyarakat pelbagai kaum di dalam sebuah komuniti. Walau bagaimanapun kita cukup yakin bahawa negeri Selangor mempunyai ramuan tersendiri untuk mencorakkan pembinaan citra negara bangsa. Lantaran itu kerajaan negeri telah menubuhkan satu portfolio baru iaitu Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor yang diwujudkan atas aspirasi untuk melihat seluruh rakyat di negeri ini dapat hidup secara harmoni, berintegrasi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara perancangan untuk portfolio ini bagi tahun 2021 adalah pertama kerajaan negeri akan membangunkan dasar perpaduan negeri Selangor dan pelan tindakan 2020 hingga 2025. Di mana dasar diwujudkan untuk merencana usaha integrasi di kalangan masyarakat ke arah mencapai matlamat kesatuan dan kesepaduan rakyat di negeri Selangor.

Kedua, kerajaan negeri juga akan menubuhkan Majlis Perpaduan Dan Integrasi Negeri Selangor atau MAPINS yang akan menyelia pelaksanaan dasar perpaduan negeri Selangor. Membuat syor tentang perkara-perkara yang berhubung dengan isu-isu perkauman, polarisasi dan keharmonian kaum di negeri ini serta bertindak sebagai pasukan yang akan memastikan penerapan dasar perpaduan ini berlaku secara menyeluruh ke atas semua kumpulan sasar dan pemegang taruh yang berkenaan. Ketiga, menggerakkan skuad Selangor Sepadu atau 3S iaitu skuad yang sebenarnya telah diwujudkan semasa PKP hari itu iaitu sukarelawan jiran baik. Kita akan jenamakan semula sebagai Skuad Selangor Sepadu, 3S di setiap parlimen bagi melaksanakan program-program integrasi dan silang budaya antara kaum. Kerajaan negeri melihat pentingnya usaha menyemarakkan program silang dan dialog antara bangsa dan agama dalam isu-isu universal seperti isu sosial integriti dan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap budaya dan adat resam rakan-rakan berlainan bangsa dan agama di negeri ini. Melalui usaha ini adalah diharapkan matlamat di taaruf atau saling kenal-mengenali ini bukan sahaja dapat lebih mengenali bahkan mampu melahirkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

Di samping itu, kerajaan negeri juga akan sentiasa bekerjasama dalam menggerakkan program-program yang dilaksanakan oleh jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional menerusi penubuhan sukarelawan iaitu rukun tetangga yang sedia ada sekarang. Rukun Tetangga atau RT adalah jawatankuasa sukarela di peringkat akar umbi dan kawasan kejiranan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti pemupukan perpaduan dan pengurusan penyelesaian masalah untuk mencapai kesejahteraan sosial dalam sebuah komuniti. Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional mempunyai mediator komuniti di mana mereka berperanan sebagai pihak ketiga yang berusaha mengharmonikan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu konflik sosial. Di Selangor terdapat 75 orang

mediator komuniti yang telah dilatih dan ditauliahkan untuk menjadi orang tengah atau pemudah cara bagi sesuatu sesi mediasi antara dua pihak yang menghadapi permasalahan. Terima kasih.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya sikit kepada Yang Berhormat EXCO kalau di Indonesia mereka ada pancasila. Saya masa PKP tu kebetulan pula operate kaki banyak duduk di rumah saya banyak menonton video ceramah Ustaz Abdul Somad. Dia seorang penceramah yang sangat popular lah di Indonesia dan dia kerap bercakap soal berkaitan dengan pancasila. Itu di Indonesia lah. Tetapi kita di Malaysia ni saya tengok kita ada rukun negara. Tetapi rukun negara ini saya tengok kita orang politik ke tak kira la ADUN ke Ahli Parlimen ke Menteri Besar ke Menteri ke kita tak bercakap soal berkaitan dengan Rukun Negara. Sedangkan kalau kita bercakap soal berkaitan dengan prinsip Rukun Negara ini kita menjiwai rukun negara ni, lima perkara ni saya rasa Malaysia ini boleh jadi negara yang baik, tenang, aman dan juga ceria. Sebab itu saya nak minta kalau boleh kerajaan negeri ini selain daripada tepi-tepi jalan tu kita banyak letak bayarlah cukai-bayarlah cukai, saya ingat kena naikkan juga signboard-signboard Rukun Negara ni sebab bila sambutan Hari Merdeka, bila sambutan Hari Merdeka, kan biasakan. Haa kita-kita nak pergi tanya rukun-rukun negara yang ketiga tahu tak apa rukun negara. Melencong-lencong jawapannya, yang itu. Yang kedua apa? Kesetiaan kepada raja dan negara. Yang ketiga apa? Keluhuran perlembagaan. Yang kelima apa? Kesopanan dan kesusilaan. Yang itu. Yang satu itu tadi saya tak sebutlah. Kepada tuhan yang maha esa. Sebab itu saya nak minta soal berkaitan dengan rukun negara ini kita Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor ni kita mula menyemarakkan soal kita bercakap soal berkaitan dengan rukun negara. Terima kasih Tuan Speaker.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Haa sebenarnya tak ada soalan, cadangan. Terima kasih Yang Berhormat Templer, Taman Templer. Sebenarnya itu adalah cadangan yang baik dan saya masih ya kita dalam proses meme orang kata memantapkan lagi perancangan-perancangan untuk perpaduan di negeri Selangor. Saya mengalu-alukan cadangan-cadangan, proposal-proposal daripada Yang Berhormat sekalian kerana sedikit masa lagi kita akan mengadakan SKT kita atau Sasaran Kerja kita untuk 2021. Jadi saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat sekalian bagaimana kita boleh memantapkan lagi perpaduan di dalam negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Projek Rumah TerbengkalaiQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai dan berapakah jumlah yang telah dapat diselesaikan setakat ini?

b)

Apakah Kerajaan Negeri ada bercadang membina lebih banyak lagi projek perumahan mampu milik di DUN Taman Templer

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Taman Templer banyak bertanya tentang isu rumah terbengkalai. Ingin saya nyatakan di sini bahawa bagi mengatasi masalah rumah terbengkalai di Selangor dengan menyalurkan beberapa bantuan kepada pembeli dan sebagainya. Bidang kuasa kerajaan negeri sebenarnya terhad saya nak sebut di sini ya. Terhad kepada ianya lebih kepada pentadbiran sahaja, kuasa pemulihan ini sebenarnya terletak kepada di bawah Kementerian KPKT ataupun Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya juga sebenarnya sedang meneliti tentang perkara ini walaupun baru sahaja mengambil alih. Jadi walau bagaimanapun beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor ke arah membantu pembeli-pembeli yang terlibat dalam projek terbengkalai. Panjang jawapan ini tapi saya akan baca secara ringkas dan saya akan bekalkan.

Pertama, kita Lembaga Perumahan atau Kerajaan Negeri telah pun mewujudkan Jawatankuasa Pemulihan Rumah Terbengkalai, JPPT itu di peringkat induknya di atas yang dipengerusikan oleh saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab dan melibatkan banyak agensi duduk di bawah itu. Keduanya, dibuat pula di bawah jawatankuasa itu ada jawatankuasa kecil pula di bawah PBT yang dinamakan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan. Sebab banyak kawasan-kawasan ini ataupun rumah terbengkalai ini mestilah dipantau secara dekat oleh PBT-PBT dan ianya juga akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua ataupun Datuk Bandar PBT masing-masing dan ianya melibatkan semua jabatan termasuk Pejabat Tanah akan bersama dengan jawatankuasa kecil itu. Yang ketiganya, Lembaga Perumahan juga mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai. Maknanya kadang-kadang pembeli ni dia tidak tahu rumah ini projek ni dia beli rumah ni apa status. Jadi kita akan keluarkan yang ni terbengkalai ke tidak ke? Jadi dia pun faham tentang status rumah yang mereka beli. Yang keempatnya,

perbincangan bersama liquidator kita juga ingin memberikan mana pemudah cara untuk menyelamatkan projek-projek yang ada. Yang kelimanya, perbincangan dengan semua jabatan teknikal dan keenam ini kita sedang meneliti untuk mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan negeri untuk membuat tindakan-tindakan penguatkuasaan yang selama ini mungkin terlepas pandang. Ya, ataupun tidak diambil sebagai perkara yang orang kata yang boleh diambil ianya di bawah orang kata bawah penguatkuasaan ataupun di bawah bidang kuasa negeri iaitu isu tanah dan sebagainya.

Jadi untuk itu sebenarnya yang ini ramai yang tak tahu iaitu pembeli-pembeli sebenarnya merekalah sepatutnya, mereka yang telah menandatangani pembelian ataupun antara pemaju dan pembeli ni ramai yang tidak buat atau tidak pergi membawa kes ini ke mahkamah sebab ianya sebenarnya adalah breach of contract bila pemaju tidak dapat menyelesaikan rumah sepatutnya pembeli-pembeli ini bawa mereka ke muka hadapan. Itu juga perkaranya. Yang Berhormat Templer bertanya tentang berapakah kes yang telah diselesaikan selama semenjak 2008 sehingga 2008 sehingga Oktober 2020 sebanyak 104 projek telah pun diselesaikan. Dan yang melibatkan 35,776 unit semuanya yang telah diselesaikan. Dan untuk Taman Templer bertanya ada tak projek yang akan dilaksanakan iaitu terdapat satu Projek Rumah Selangorku yang akan dilaksanakan yang mana pemajunya adalah Setia Eco Templer, yang mana projek itu akan melibatkan 384 unit jenis A ada 117, jenis C 246 dan jenis D ada 25 unit. Yang mana kalau kita ikut bagi menampung permintaan ya yang ada di kawasan ataupun yang dimohon daripada Templer dan sebagainya projek yang saya boleh bacakan ini ada selain daripada yang tadi tu ada 41 projek yang melibatkan 18,735 tapi bukan di Taman Templer ianya berada di dalam Daerah Gombak. Maknanya banyaklah dia ikut seluruh Gombak ianya melibatkan 41 projek jenis A ada 2,280 jenis, B 3,251 Jenis C ada 9,310 unit jenis D ada 4,849 unit dan jenis E ada 45 unit. Jadi keseluruhannya ada 18,730 unit itu saya jawapan saya Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Pencemaran Sungai Di SelangorQuestions

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan sehingga kini terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran sungai di Selangor ? Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pencemaran sungai, longkang serta saliran di Negeri Selangor?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah pun dikenakan sehingga kini terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran sungai di Selangor adalah seperti berikut. Yang pertama oleh agensi Jabatan Alam Sekitar, jumlah kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 106 kompaun bernilai RM212,000 yang ni data setakat September 2020. Tindakan penguatkuasa bagi tindakan mahkamah sebanyak 91 pertuduhan yang membawa denda sebanyak RM915,000. Untuk pihak Lembaga Urus Air Selangor, jumlah kompaun iaitu dua notis pemberitahuan kesalahan, dua surat arahan, satu tindakan perobohan bersepadu dan satu kertas siasatan telah pun dibuka bagi kes pencemaran sungai di negeri Selangor. Untuk tindakan perobohan bersepadu di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 yang diketuai oleh Pentadbir Tanah Gombak bersama-sama luas dan agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Pihak Berkuasa Negeri telah pun diadakan pada 20 April 2020. Manakala jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah seperti berikut untuk PBT MBSA sebanyak 5 kompaun iaitu RM5,000, sitaan premis oleh pihak MBSA dan syor kepada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan mahkamah. Yang kedua, MBPJ sebanyak 10 kompaun iaitu menilai RM5,250. Yang ketiga, MPK sebanyak 2 kompaun tindakan penguatkuasaan di bawah Jabatan Alam Sekitar. Yang keempat, MPAJ 2 kompaun tindakan yang diambil ialah sitaan dan tarikan lesen. MPS sebanyak 40,000 kompaun di bawah Seksyen 11

Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan MPS 2007. Seterusnya MPSP tiada. MPKJ sebanyak 211 kompaun. Undang-Undang Kecil Pembuangan Pemungutan Dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Kajang 2007. Ini melibatkan pelepasan sampah pembuangan sampah haram ke sungai.

So, untuk MPKL sebanyak RM3,500 untuk premis kilang-kilang untuk lepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran sungai di Selangor. MPK akan menyalurkan maklumat kepada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasanya. Tindakan drastik notis kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(D) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 akan dikeluarkan kepada pemilik perniagaan.

Untuk MDKS RM 3,400.00 telah dikeluarkan. Aktiviti premis mengalirkan sisa minyak dan sisa buangan ke anak sungai. Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor mengeluarkan kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan mengeluarkan notis hapuskan. Untuk MDHS 17 tindakan notis, 4 penutupan premis serta pemotongan bekalan air dan elektrik bagi kes berulang.

Untuk menjawab soalan yang kedua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor melaksanakan pemeriksaan secara berjadual terhadap industri yang menghasilkan efluen perindustrian dan menjana Buangan Terjadual serta melaksanakan siasatan segera ke atas kes-kes aduan pencemaran sungai. JAS juga melaksanakan Operasi Gempur setiap bulan di kawasan-kawasan perindustrian yang terletak di hulu takat pengambilan air.

Di samping penguatkuasaan secara “Command and Control”, pendekatan pematuhan kendiri iaitu “Guided Self-Regulation” turut dikuatkuasakan terhadap industri bermula pada tahun 2016 di mana pihak industri dikehendaki mengarusperdana pengurusan alam sekitar, antara lainnya termasuklah melaporkan status pematuhan secara atas talian kepada JAS iaitu Online Environmental Reporting dan mengambil kerja Orang Yang Berwibawa untuk mengendalikan Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian dan pengurusan Buangan Terjadual secara teratur agar mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa supaya aktiviti-aktiviti yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) ataupun (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Perintah Berhenti Kerja boleh dikeluarkan terhadap pemaju projek yang melanggar syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang menyebabkan pencemaran sungai yang serius di peringkat kerja tanah. So, ini berlaku di highway ya. Highway NKVE kalau tidak silap.

Berikutan insiden pencemaran sungai yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) sejak akhir-akhir ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui JAS sedang menyediakan draf pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu bagi menaikkan jumlah penalti (denda dan/atau penjara) dan nilai kompaun serta menetapkan standard pelepasan yang lebih ketat.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Langkah kawalan dan tindakan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengatasi pencemaran sumber air bagi memastikan sumber air yang lestari dengan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM) adalah berdasarkan Pelan Tindakan Bersepadu Menangani Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor seperti berikut:

1) Kajian semula perundangan Enakmen LUAS 1999 yang melibatkan peningkatan jumlah denda, kompaun dan penjara; ini kita akan dibentangkan pada sidang ini juga;

2) Pengemaskinian dan pemantauan inventori aktiviti guna tanah di rizab sungai dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS);

3) Pelaksanaan tindakan pemantauan isu pencemaran serta penguatkuasaan secara bersepadu;

4) Mengadakan perbincangan dan penyelarasan di antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan;

5) Pelaksanaan Ops Sumber Air iaitu operasi pemantauan bersepadu 24 jam di lembangan sungai utama dan kawasan sensitif sumber air Negeri Selangor, terutama di Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Sungai Langat;

6) Mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan perundangan yang tegas seperti kompaun dan pendakwaan di Mahkamah. Berdasarkan rekod sehingga Ogos 2020, sebanyak 357 Notis dan 12 Kompaun telah dikeluarkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pencemaran Sungai Gong yang berlaku pada 19 Oktober ini, yang melibatkan kilang Bengkel Auto Park Sdn. Bhd. Di mana Pendakwa raya akan membawa kes, mendakwa tuan punya factory tu ke mahkamah mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 25(3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di Mahkamah Seksyen Selayang hari ini juga, pada pagi ini. So,

7) Mempergiatkan pemantauan berkala bagi pematuhan syarat kepada premis berlesen oleh LUAS;

8) Pelaksanaan Surat Arahan di bawah seksyen 121(1) dan Perintah Perlindungan Air di bawah seksyen 122(1), Enakmen LUAS 1999 kepada premis pencemar atau berisiko bagi kawalan pencemaran di punca dan menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera;

9) Menyediakan sistem pemantauan awal ‘early warning system’ dengan pembangunan stesen telemetri kualiti air (15 River Monitoring Station) di kawasan strategik hulu muka sauk dengan kerjasama strategik Pengurusan Air Selangor;

10) Mengkaji dan mengenalpasti peralatan bagi mengesan pencemaran bau yang bersesuaian dan efektif bagi membantu tindakan penyiasatan punca pencemaran; dan

11) Mempergiat dan memperkasakan program kesedaran awam di kalangan komuniti sungai seperti pelaksanaan Friends of River ataupun sahabat sungai.

Selain daripada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) pula sentiasa memantau keadaan di rizab-rizab sungai dan akan melaporkan kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang menjejaskan kualiti air sungai. Sekian.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, saya dimaklumkan bahawa di dalam bulan Mac hingga April pada hari itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menawarkan lebih kurang dalam 3000 kompaun dengan nilaian hampir RM60 000.00 kepada premis yang disyaki terlibat dalam pencemaran ini. Adakah benar kompaun ini telah ditawarkan dan tidak ada sebarang rujukan kepada pejabat atau kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang benar Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan 300 kompaun. Setiap kompaun bernilai RM2000.00 kerana kesalahan kecil lah! Setiap kesalahan RM2000.00 dan kes ini telah pun di bawa ke Mahkamah. Iaitu di bawah, di mana polis telah pun menangkap/ menahan pihak yang terlibat dan telah pun di hadap mereka ke mahkamah di bawah Seksyen 430, Kanun Keseksaan. So, kita tunggulah apa yang akan berlaku di mahkamah. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ijok.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi Yang Berhormat EXCO telah menghuraikan cara-cara, list bagaimana kita hendak mengatasi pencemaran sungai. Dalam senarai-senarai itu masih juga pencemaran berlaku. Jadi, Ijok ingin bertanya kepada Yang Berhormat Speaker, ada ke cara lain untuk memantau kita mengatasi masalah pencemaran? Tak kan lah! Cara yang ada memadai. Adakah cara-cara yang baru, negara-negara maju, yang telah mengatasi masalah pencemaran? Itu soalan saya.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat dari Ijok. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Ijok datang tak ke taklimat masalah pencemaran air yang kita adakan pada Jumaat lepas. Di mana cara-cara kita telah diterangkan kepada semua Ahli Majlis dan Parlimen oleh Yang Berhormat EXCO Infrastruktur. Di mana masa pendek ini, dalam satu tahun ini, kita akan menyelesaikan masalah pencemaran

air ini supaya air tidak terjejas. Kita boleh selesai sehingga 1996 di mana kita akan buat diversion untuk SSP 1, 2, dan 3 kita akan buat satu diversion dimana kalau berlaku pencemaran, detect di hulu sistem akan bergerak dan dalam pada masa yang sama air akan dipamkan daripada HORAS 600. Pada masa yang sama air tercemar boleh divert ke sungai yang kita akan buat. So, ini melibatkan belanja lebih kurang yang RM140 Juta, kalau tidak silap mengambil masa satu tahun.

Yang kedua, untuk menyelesaikan isu Rantau Panjang, LRA Rantau Panjang. Kita akan mengepam terus air daripada HORAS Hang Tuah, jika berlaku pencemaran di LRA Rantau Panjang sistem itu, air itu, akan terus pam air terus ke Rantau Panjang. Tentang LRA Semenyih, kita akan pantau, pamkan air terus daripada Kolam C yang sedia ada. Semua ni berlaku pencemaran kolam-kolam akan bertahan selama 5 hari, so far 4 harilah! Saya rasa kalau kita melakukan semua ini, saya rasa Yang Berhormat telah pun menerang lanjut dan memberi RM200 Juta untuk selesai isu ini. Saya rasa Yang Berhormat Ijok faham, usaha kita memang jalankan so kita tiada kompromi, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menangani isu masalah air. Kita jangan mainkan politic issue ini. Kita bekerjasama negeri dan pusat perlu untuk kita tangani isu pencemaran. Sekian. Terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan, Speaker.

Speaker

Jeram, tidak hadir. Sijangkang, tak nampak. Dengkil, orak teko, tidak hadir. Ada Dengkil, ok cepat. Panjang umur. Panjang umur. silakan.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Soalan 27, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Tindakan Proaktif Halang Kilang HaramQuestions

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah negeri mempunyai penyelesaian proaktif dalam memastikan kilang-kilang ini dihentikan sebelum ianya memudaratkan pengguna?

b) Adakah negeri bercadang menggunakan kaedah lebih futuristik, seperti penggunaan dron untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau memastikan semua kilang memasang indikator pencemaran?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya memohon keizinan untuk menjawab soalan ke-27 bersama dengan 9 soalan lagi soalan mulut Ahli-ahli Yang Berhormat lain berkenaan aktiviti kegiatan kilang haram seperti soalan 93 - Sungai Burong, 177-Sijiangkang, 186 - Batang Kali ,192 – Teratai, 247 - Kg Tunku, 257 - Kota Damansara, 258 - Sungai Burong, 265 – Hulu Bernam dan 276 - Bukit Gasing.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor amat memandang serius isu Kilang-kilang Tanpa Kebenaran. Walau bagaimanapun sering kali terdapat kekeliruan berkenaan sektor kilang-kilang ini lebih dikenali sebagai Kilang Haram. Di sini saya ingin jelaskan bahawa Kilang Tanpa Kebenaran bukanlah kilang yang menjalankan aktiviti haram. Kilang Tanpa Kebenaran merupakan kilang yang mempunyai lesen berniaga sementara namun belum memenuhi syarat-syarat teknik seperti status syarat tanah atau kebenaran merancang. Berbeza dengan Kilang Haram. Iaitu kilang yang tidak mempunyai lesen perniagaan sementara serta menjalankan perusahaan yang boleh menimbulkan gangguan kacau ganggu, pencemaran dan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa Kilang Tanpa Kebenaran ini wajar diberi peluang. Oleh yang demikian program pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di negeri Selangor telah dimulakan pada tahun 2006. Atas keperluan semasa dan mengambil kira pelbagai faktor, Kerajaan Negeri melalui MMKN yang Ke-25 Tahun 2019 telah memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pengusaha kilang untuk menyertai program pemutihan yang telah ditukar nama kepada Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor bermula berkuat kuasa 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020. Namun berikutan tempoh PKP susulan Pandemik COVID-19 program ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Program pemutihan ini telah adalah terakhir. Jika tamat tempoh, penguatkuasaan akan dijalankan secara bersepadu mengikut peruntukan perundangan dan penguatkuasaan.

Tuan Speaker, jumlah terkini keseluruhan data Kilang Tanpa Kebenaran yang beroperasi di negeri Selangor sebanyak 5589 kilang seperti pecahan berikut:-

1 Petaling Majlis Bandaraya Shah Alam 1770

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 20

Majlis Bandaraya Subang Jaya 313 2 Klang Majlis Bandaraya Shah Alam 505

Majlis Perbandaran Klang 1339 3 Gombak Majlis Perbandaran Ampang Jaya 0

Majlis Perbandaran Selayang 308 4 Hulu Langat Majlis Perbandaran Kajang 496

Majlis Perbandaran Ampang Jaya 110 5 Sepang Majlis Perbandaran Sepang 164

Kuala Langat Majlis Perbandaran Kuala Langat 186 7 Kuala Selangor Majlis Daerah Kuala Selangor 249 8 Hulu Selangor Majlis Daerah Hulu Selangor 78 9 Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam 51 Jumlah Keseluruhan 5589

Saya ingin menyentuh berkenaan status kilang tanpa kebenaran yang berada di sekitar sungai. Berdasarkan semakan, sebanyak 869 kilang berada di lokasi sumber sungai-sungai utama. Pecahan jumlah kilang ini mengikut PBT adalah seperti berikut:-

BIL. PBT BILANGAN KILANG 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 546 2 Majlis Bandaraya Subang Jaya 23 3 Majlis Perbandaran Klang 20 4 Majlis Perbandaran Kajang 155 5 Majlis Perbandaran Selayang 75 6 Majlis Perbandaran Sepang 2 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat 27 8 Majlis Daerah Kuala Selangor 14 9 Majlis Daerah Hulu Selangor 7 Jumlah Keseluruhan 869

Dan sebahagian besar dan sebahagian bilangan yang besar daripada kilang-kilang tersebut sebenarnya terletak sebelah hilir ataupun selepas muka sauk loji. Sebanyak dua pertiga daripada 869 kilang itu terletak selepas muka sauk loji rawatan air. Sekian sahaja terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Siapa nak soalan tambahan tadi. Tidak dibenarkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Pembekalan 2021 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Pembekalan 2021 semua peringkat.

Speaker

Ya saya. Sebelum saya menjemput Subang Jaya.

Asam Kandis Buah Papaya, Untuk Hidangan Waktu Pagi, Kita Hadir Ke Dewan Yang Mulia, Peraturan Dewan Harus Dipatuhi.

Jadi seperti apa yang telah saya tegaskan semalam di Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa kita sebagai Ahli Dewan Negeri kita kena patuh kepada Peraturan Tetap Dewan Negeri jadi saya telah beri teguran dan hari ini juga saya nampak, apa yang saya tegur ada juga masih yang tidak mengikut peraturan dan ruling speaker yang telah ditetapkan dan satu perkara ingin saya tegaskan di sini tadi saya telah edarkan pengenalan Dewan Negeri Selangor, pamphlet ini Pejabat Dewan dan juga Pejabat Speaker kita edarkan apabila ada pelawat student-student daripada Universiti, pelajar-pelajar sekolah menengah. Mereka datang ke Dewan Negeri Selangor melawat kita bagi ini, Pengenalan Dewan Negeri Selangor. Pengenalan Dewan Negeri Selangor di belakang di mana di dalam kandungannya ada Jawatankuasa, fungsi Dewan Negeri dan sebagainya. Dan di belakangnya di sini kod etika pakaian di dalam Dewan Negeri Selangor pakaian yang dibenarkan lelaki lounge suit hitam dan bertali leher, baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok Jumaat sahaja. Ini telah kita tetapkan sejak dulu lagilah, sejak Dewan ini kita putuskan dan saya telah ruling seperti itu.

Dan semalam juga dalam surat khabar dalam Chinese Press, surat khabar Chinese Press dan juga The Star juga Yang Berhormat yang saya tegur iaitu Yang Berhormat Ketua Pembangkang Sungai Tawar dan yang lain telah berjanji memberi tahu kepada rakyat dan media bahawa hari ini mereka akan patuh pakai lounge suit dan sebagainya. Dalam whatsapp pun juga dibagi tahu bahawa hari ini mereka patuh tetapi, malang tidak berbau mereka tetap tidak mengikut peraturan, janji pun boleh mereka ingkari, kepada media pun mereka ingkari dan ini saya tegaskan beritahu Dewan yang mulia kepada rakyat bahawa kenapa sukar sangat Barisan Kerajaan, Backbencher yang lain dan saya ucapan tahniah kepada Sijangkang dan telah menerima mematuhi peraturan. Inilah contoh Sijangkang ini harus kita sanjung Sijangkang, apa dia.. contoh-contoh yang baik ini kita sanjung sebab kita sebagai Ahli-ahli Dewan yang matang sejahtera Ahli-ahli Dewan dipilih oleh rakyat jadi haruslah kita mematuhi peraturan Dewan, ruling Speaker yang telah tetapkan, saya minta ambil maklumlah, tak perlu berkali-kali ya, kalau saya banyak kali nanti budak sekolah anak kita tanya darjah 3 pun rasanya mereka pun patuh, kalau tidak malu kita sebagai Ahli Dewan yang dipilih rakyat puluhan ribu, Meru senyum pasti dia tahu ya. Jadi sebelum saya bagi peluang kepada Subang Jaya, saya sekali lagi buat teguran tak perlukan gunakan isu baju Melayu, baju kebangsaan di Dewan Negeri Selangor untuk nak jadi hero, untuk gunakan isu sentimen kawasan Melayu kononnya Speaker daripada DAP, Speaker ini anti kebangsaan, anti baju Melayu. Inilah subahatnya, komplotnya, perancangannya, pakatannya yang mereka nak gunakan. Gunakan isu, isu air kalau tak puas hati, isu macam-macamlah COVID ke apa. Seranglah secukupnya, saya akan peluang yang secukupnya.

Tak perlulah dipanjang-panjangkan benda ini yang komplot.

Speaker

Sungai Burong, sebab mereka telah mengaku kepada saya komplot.

(Dewan riuh)

Speaker

Saya nak bagi tahu, mereka nak paksa mereka halau mereka keluar

Speaker

Saya bagi Hulu Kelang, orang otai, orang lama.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bismillahirahmanirrahim.

Speaker

Saya kata bukan, belum lagi. Saya bagi Hulu Kelang kalau ada cerahan.

(Dewan riuh)

Speaker

Saya bagi arahan Sungai Burong tak perlu celah. Tolong duduk.

(Dewan riuh)

Speaker

Hari ini saya nak bagi rakyat nampak orang nak guna isu baju Melayu baju kebangsaan, nak minta Speaker halau dia, ini tujuan mereka. Saya sudah baca,sudah ku renung di dalam kitab makin ku renung berdetup detap. Ini dia tujuan mereka. Jadi saya minta Subang Jaya, Subang Jaya teruskan perbahasan. Duduk. Subang Jaya.

(Dewan riuh)

Speaker

Peraturan tetap, silakan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya mengambil pendekatan untuk membacakan semula. Peraturan tetap semua Yang Berhormat sepatutnya akur. Pertama tentang Peraturan Tetap 87 Keputusan Speaker berkenaan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua peraturan tetap ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad. Jadi mohon, mohon kita guna peraturan yang kita ada.

Speaker

Saya ambil maklum Yang Berhormat Batu Tiga

(Dewan riuh)

Speaker

Sungai Burong rehat.

(Dewan riuh)

Speaker

Saya minta Yang Berhormat Sungai Burong cukuplah. Cukuplah, duduk. Tak apa-apa, tak apa-apa.

Isu rakyat lebih penting daripada isu baju Melayu. Isu rakyat lagi penting kita bincang sekarang daripada isu baju Melayu ini.

(Dewan riuh)

Speaker

Batu Tiga, Batu Tiga, Batu Tiga, Batu Tiga

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Sungai Burong, Sungai Burong saya nak bagi sedikit

(Dewan riuh)

Speaker

Cukup sekarang kita dengar peraturan tetap. Buku peraturan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker, saya rasa kita masih bagi ruang kepada Sungai Burong. Boleh baca Peraturan 87. Keputusan Speaker adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Speaker. Jadi kalau betul ingin mengusulkan, usul dengan cara yang betul, jadi kita boleh bincang dalam Dewan Negeri ini sama ada kita nak buka semula ataupun nak ruling pakaian ini tetap dengan apa yang telah dibuat. Jadi ikut peraturan saya nak cakap ikut peraturan jangan bangkit benda-benda yang buang masa rakyat yang lebih kita nak bincangkan ok. Itu sahaja.

Speaker

Ok terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya jemput Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih

Speaker

Silakan 15 minit saya bagi. Sebab semalam 1 minit tak kira.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin sentuh 5 isu utama, yang pertama air. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Sumber Air Selangor, saya amat berbesar hati kerana Kerajaan Negeri mengambil serius kerana yang telah dikemukakan melalui penyata kami pada Sidang Dewan yang lepas. Saya ambil perhatian bahawa Belanjawan 2021 telah mengambil kira keperluan penambahbaikan infrastruktur pindaan undang-undang dan

penambahan penguatkuasaan. Subang Jaya berharap agar dengan ada hala tuju besar Kerajaan Negeri tidak akan melengahkan masa dan akan mula meletakkan tempoh masa pelaksanaan untuk setiap satu cadangan penambahbaikan yang telah dibentangkan. Jika kerajaan negeri sudah ada maklumat tersebut, Subang Jaya ingin memohon supaya EXCO berkenaan kongsikan informasi tersebut dalam Dewan ini. Selain itu Subang Jaya juga ingin bertanyakan berkenaan 1. Implikasi kewangan. 2. Sumber kewangan untuk semua cadangan penambahan yang akan dibentangkan. Apakah implikasi kewangan command centre yang dirujuk. Penambahan anggota penguatkuasaan dan program Bayu Remedition. Adakah pendapat negeri sedia ada dapat menampung kesemua rancangan ini kalau tidak bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperoleh dana yang mencukupi untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut. Sebagai penambahan Subang Jaya ingin memohon Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan 3 dasar tambahan. Satu menyemak semula rizab margin air yang kini disasarkan antara 10% sehingga 15% kepada 15% sehingga 20%. Keperluan menyemak semula peratusan ini kerana rizab margin air minima atas lesen operator adalah 15%. Oleh itu secara logik 15% patut menjadi target minimum. Walau bagaimanapun paras 15% menjadi paras rizab margin air maksimum dalam rancangan perniagaan air Selangor. 2. Mewajibkan semua bangunan baru kecemasan yang boleh bertahan selama 3 hari. Buat masa ini hanya pembangunan yang memerlukan bekalan air melebihi 1 juta liter sehari disyaratkan membina kolam air untuk kegunaan sehari sahaja. Gangguan air tidak mengira saiz pembangunan. Oleh itu pembinaan sumber air kecemasan juga perlu diwajibkan dengan tidak mengira saiz pembangunan. Tambahan pula syarat satu hari sahaja terlalu singkat kerana mengikut pengalaman gangguan air akan berlangsung selama antara dua hari sehingga seminggu. Syarat untuk pemaju untuk menyediakan infrastruktur bekalan air kecemasan selama 3 hari ini boleh dilaksanakan dengan arahan kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pindaan rancangan tempatan. 3. Menyemak semula teknologi yang digunakan dalam semua loji rawatan air untuk memastikan kegunaan based available technology yang terdapat di pasaran antarabangsa. Teknologi sebegini mampu bertindak juga sebagai benteng mitigasi apabila berlaku pencemaran.

Tajuk seterusnya pengangkutan. Subang Jaya baru di naik taraf sebagai Bandaraya. Ia amat memerlukan bantuan Kerajaan untuk mengatasi masalah First Smile Last Smile dengan izin bagi memastikan laluan LRT menjadi pilihan realistik untuk lebih ramai orang. Realitinya adalah sebegini, liputan laluan bas sedia ada telah terhad. Ini bermaksud bukan semua dapat memanfaatkan daripadanya dengan itu ramai keluarga memilih membeli kereta pada mulanya. Ibu dan bapa akan memilih sebuah kereta masing-masing, selalunya selepas berbelas tahun anak mereka juga akan membeli sebuah kereta. Ini bermaksud bilangan kereta untuk sesebuah keluarga akan bertambah sekurang-kurangnya 50%. Keadaan ini membawa masalah sampingan seperti penambahan trafik dan kekurangan parking yang sudah boleh dirasai sekarang. Bagi menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan yang menarik, liputannya perlu menyeluruh, oleh itu Subang Jaya ingin memohon jasa baik kerajaan

Negeri untuk mempertimbangkan laluan bas dalam Subang Jaya. Seterusnya kesihatan, Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri kerana telah meningkatkan sektor kesihatan sebanyak 46%, dalam perkara Subang Jaya berharap kesihatan mental tidak dilupakan dan juga diberikan tumpuan. Bak kata pepatah dengan izin there is no health without mental health. Wajib kami menerima hakikat bahawa pandamik dan kesan ekonomi yang lahir daripadanya telah menjadikan ramai orang rasa cemas dan juga murung. Pelajar-pelajar yang tak pasti sampai bila mereka dapat sambung pelajaran terutamanya pelajar-pelajar yang pada asalnya untuk mengambil peperiksaan utama pada tahun ini, pekerja-pekerja yang hilang kerja ataupun di mana perniagaan mereka merosot, tekanan kepada ibu bapa yang perlu work from home dan pada masa yang sama perlu menjaga anak dan memantau kelas online mereka. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu memastikan adanya peruntukkan yang mencukupi untuk menangani isu ini dari segi advokasi dan juga keadaan kewangan mengizinkan menubuhan bahagian-bahagian psikiatri melalui klinik-klinik Selcare di mana kos perkhidmatannya ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri, mewujudkan hubungan strategik dengan kaunselor-kaunselor bertauliah untuk membekalkan perkhidmatan dengan kos yang munasabah dan lain-lain.

Tajuk seterusnya, Anak Muda. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas program khas Selangor Bitara yang bertujuan menarik pelajar-pelajar dari the cream of the crop dengan izin yang mendapat tawaran daripada universiti terkemuka luar negara untuk balik dan berkhidmat dengan Negeri Selangor dengan menawarkan biasiswa penuh kepada mereka. Namun Subang Jaya di sini juga teringat pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga kurang mampu yang tidak semestinya dapat tawaran daripada universiti luar negara. Terdapat juga mereka yang mungkin buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Subang Jaya berharap dasar pendidikan kerajaan Negeri mengambil kira golongan kurang mampu yang paling memerlukan bantuan Kerajaan dasar sedemikian juga akan memainkan peranan untuk mengurangkan jurang ketidaksamaan yang pasti akan membesar dalam keadaan pendamik jika tidak dikawal oleh Kerajaan. Tajuk seterusnya, Wanita. Kerajaan Negeri telah lama melaksanakan Program Pusat Wanita Berdaya yang mempunyai matlamat untuk memperkasakan kaum wanita. Selepas beberapa tahun pelaksanaan Subang Jaya berpandangan bahawa Kerajaan Negeri perlu menggunakan tapak ini untuk rekakan program memperkasaan ekonomi wanita yang standard dan dipusatkan yang boleh dilaksanakan oleh penyelia-penyelia setiap DUN. Program kraf atau masakan yang kini giat dilaksanakan oleh Pusat Wanita Berdaya masing-masing masih boleh berjalan seperti biasa. Dengan adanya program perkasaan ekonomi wanita yang dicadangkan, penyelia boleh tawarkan program tersebut kepada peserta-peserta semasa program kraf atau masakan dijalankan. Program sebegini wajar merangkumi beberapa aspek peniagaan contohnya modul pemasaran, modul book keeping, modul keselamatan, modul kebersihan dan lain-lain. Ideanya adalah supaya modul-modul ini boleh dilaksanakan pada peringkat DUN dan ini adalah untuk aksesibiliti program untuk wanita yang

mungkin mempunyai masalah pengangkutan. Program seperti ini yang sistematik amat diperlukan untuk menyampaikan pengetahuan perniagaan secara holistik kepada wanita untuk membantu mereka berdikari dan paling penting untuk memastikan mereka semua berjaya. Pisang emas dibawa belayar, hutang emas boleh dibayar, ada Selangor sehati sejiwa, idea baik harap diambil kira. Itu sahaja perbahasan saya, dengan itu Subang Jaya sekali lagi menyokong belanjawan Selangor 2021.

Sekian sahaja, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima Kasih. Timbalan Tuan Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Berhormat Dewan Undangan Negeri Selangor. Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker memberi saya peluang berbahas dalam masa setengah jam.

Timbalan Speaker

15 minit.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya ingin mengungkap apa yang telah dinyatakan dalam Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya yang baik, dengan menungkilkan satu ayat Al-Quran berbunyi (Ayat Al-Quran) ‘janganlah kamu pasakkan rosakkan bumi ini yang telah dielokkan sesudah dielokkan oleh Allah S.W.T’ Surah Al-A’Raf: ayat 85. Ini kita nak kembali kepada konsep bajet. Bajet ini ataupun belanjawan ini satu perkara yang mesti menegakkan keadilan. Ia mesti bertujuan menegakkan keadilan, tujuan tidak boleh mengambil hak orang dan menyalahi hak sesiapa. Kalau kita lihat apa yang diungkapkan oleh Ibnu Khaldun di dalam bukunya Al-Muqaddimah..., panjang tajuk ini perihalkan bahawa dunia ini ada sistemnya bumi ini ada sistemnya. Sistemnya adalah setiap yang diberikan mesti diambil, dipulangkan. Kalau bumi ini ada benda-benda yang digunakan, maka mesti pulangkan pada masa dan keadaannya. Dalam Al – Quran berbunyi At-Tariq (Ayat Al-Quran) bererti ‘demi langit yang ada kitaran’ Arroji ni kitaran maknanya, sistem hujan. Sistem hujan ini adalah sistem yang cukup luar biasa tidak ada masyarakat faham, masyarakat arab difahamkan konsep air, wap, hujan, ribut, banjir dalam konteks yang dikatakan hawla. Hawla ini di sekitar aula di atasnya itu. Itu menggambarkan Rasulullah apabila bersabda, baginda bersabda dengan wahyu kefahaman yang tepat.

Apa yang saya ingin jelaskan dalam konsep ini bumi ini disediakan oleh Allah S.W.T dalam tempoh masa yang begitu lama. Sains menyatakan tak kurang daripada 4.5 billion dan bumi ini hanya sedia apabila alam yang diciptakan telah wujud selama 15 billion tahun. Saya cakap ini kerana kita nak kena faham bahawa resourses yang Allah sediakan balaknya, hutannya, airnya pada kita katakan bentuk pada permulaan. Pada hari pertama alam ini diciptakan terbentuk perkara ini. Bagaimana dia preserved ditetapkan oleh Allah S.W.T itu ilmu Allah telah menyatakan dalam surah Al-Anbiya’:

Ayat 40 (Ayat Al-Quran) ‘tidakkah orang-orang yang tidak beriman itu menyaksikan bahawa Allah telah pada mulanya menyediakan langit dan bumi ini satu kemudian dipecahkan’. Jadi bumi ini satu dipisahkan, pemisahan berlaku dalam 24 billion tahun selepas 14.5 billion tahun maka barulah ada bumi. Bumi itu mengandungi perkara-perkara yang luar biasa bumi mengalami terbulasi luar biasa hujannya berjuta tahun, di bombardnya dengan serang batu-batu rawasi iaitu kita punya planetnya oskras kemudian apa yang dilakukan diturunkan ( bahasa Arab) diturun dalam besi. Jadi proses itu sangat luar biasa dan dalam itu juga didapati bulan yang ada itu dia mengelilingi bumi dalam keadaan yang putarannya sama dengan jarak jauhnya dan kitaran bumi dan itu menyebabkan apa yang saya nak katakan adalah dia the same pace of planet, of the moon the facing the other side of us. Jadi kita kena bombard. Jadi kita nak bagitahu, nak fahamkan share kefahaman saya ini dengan Tuan-Tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Allah jadikan bumi ini (Ayat Al-Quran) dielokkan dicantikkan dikemas dan proses itu akan berteruskan sampai ke akhir kemudian dijadikan bercantum balik. Bumi dan alam ini akan bercantum balik dan apa yang dikatakan dalam surah akhir Al-Anbiya’ diertikan tahap permulaan akhirnya kami jadikan sama. Lepas itu saya nak nyatakan di sini apa yang besar ini cakap, dia dalam bajet. Ayat surah 85 surah Al- A’raf (Ayat Al-Quran).

Jadi ia dinyatakan di sini bahawa Allah telah mengutuskan kepada kaumnya bahawa penjelasan yang jelas telah datang daripada Tuhan, daripada Allah S.W.T (bahasa Arab) maknanya hendaklah kamu buat semua peraturan yang berkaitan wang ringgit, ukuran, timbangan, takaran, bajet, imbangan, balance ataupun mizan dengan adil. So, kita tengok apa yang kita nak faham tu masyarakat-masyarakat Madyan. Madyan ini is a very advance Arab society. Tiga ribu, empat ribu tahun sebelum turunnya Nabi Muhammad. Masyarakat yang cukup advance di mana mereka dalam Al-Quran di mana golongan yang muttaffifin ini kalau bab nak kira untung dia untung dulu, nak rugi bagi kat orang lain. Kalau nak memerintah dia nak bagi pada rakyat tak dapat untung dia dapat untung Al-mutataffifin ini konsep dalam Al-Quran bahawa kita penting dalam bajet kita, kita ada pilihan. Pilihan yang adil ialah bajet surplus dan bajet defisit. Saya nak tarik perhatian Dato’ Menteri Besar dan rakan-rakan EXCO bahawa apabila kita bercakap tentang bajet kesannya panjang. Kesan dia itulah sikap kita. Kenapa bila bajet itu mana-mana negara Malaysia parlimen ke Dewan Undangan-Undangan yang puji Menteri Besar je, yang puji EXCO je. Cekap, baguskan. Tapi kita tak puji rakyat, kita tak pernah menjadikan satu work together, partnership rakyat dan itu.. dan kerajaan. Sedangkan kita lihat apa yang dinyatakan dalam konteks tulisan Ibnu Khaldun, dia menegaskan bahawa bajet ini adalah kontrak. Belanjawan adalah kontrak antara rakyat dan pemimpin. Pemimpin itu boleh buat bajet kerana dia mendapat mandat, diberikan mandat kerana bajet itu kandungannya rahsia. Maklumatnya hanya boleh diketahui oleh presiden, oleh perdana menteri, oleh menteri yang angkat sumpah tak boleh bocorkan maklumat itu sempena bajet itu boleh dengan baik. Jadi kita nak tegaskan di sini kita mesti membuat perubahan paradigma kita dalam bajet pertamanya menyatakan saya menyatakan saya prefer apa pun bajetnya mestilah seimbang, balance bajet. Ok kita dah argue kita kata kita nak

mengatakan bahawa advantage of balance of defisit budget adalah kita boleh rangsang pembangunan semasa Pre-Council Y.A.B Dato’ Menteri Besar jawab, saya kata kita ada pilihan kenapa kita pilih untuk kita adakan Defisit Bajet bukan (tidak Jelas) dia tidak ada kesah mana kita pergi Defisit Bajet ada advantage ada turun naik kontranya semuanya ada. Jadi kita kena pilih sikap yang kita hendak bina. Saya prefer kalau kita faham minta kajian yang lebih detail saya kata di sini bahawa budget deficit stimulate growth betul, tapi dalam masa yang sama defisit itu sudah menjadi hutang ada perbezaan defisit dengan hutang, defisit itu adalah satu perbelanjaan yang melebihi (tidak jelas) ini hutang yang telah terikat dengan satu komitmen yang menjejaskan penggunaan, penggunaan pada defisit adalah untuk growth, growth tidak berkaitan dengan infra tapi sudah kata hendak bina bangunan, jambatan itu adalah cerita lain ia akan linkup dengan sesuatu perkara yang menjejaskan rate of tax kemudian akan menyebabkan inflation. Jadi all in all dengan izin kita dapati bahawa bila kita bercakap tentang bajet we must fokus bahawa bajet itu Allah S.W.T ada kata “ hendaklah kamu pegang dia dengan baik kerana dia adalah bainah ”, bainah ini benda yang jelas perintah Allah S.W.T (bahasa arab) “ jangan kamu merugikan walaupun seorang manusia ”. macam mana kita lihat zaman dahulu Ibnu Taimiyah ibn Al- Halim menjelaskan, apabila satu Kerajaan itu telah perintah lama macam 60 tahun, 70 tahun macam Bani Umayyah, rakyat hendak sokong lagi untuk ditumbangkan dari participate tanya ulama, tanya pada Abu Hanifa, Imam Malik kata berlawan-lawan boleh lawan kepada senjata sekiranya ada peluang besar untuk menang kerana kezaliman yang banyak. Kezaliman yang paling besar pada zaman Bani Umayyah itu apa dia? Its financial apabila rate of tax terlalu tinggi tidak tahan orang dan dia nampak cukai yang digunakan untuk sustain, the style of beliving of orang yang titik pemerintahan. Berlakunya keruntuhan dalam masyarakat ini apabila berkaitan dengan ekonomi dan kewangan adalah lahirnya generasi golongan yang dikatakan Al- Mutrafin ataupun Al-Mutrafun golongan yang luxury.

Hidupnya itu being sustain, maintain by rakyat, rakyat susah menderita dia boleh beli kereta mewah, kenderaan mewah, rumah mewah dengan harta yang banyak. Ini satu benda yang kita kana regulate dalam masyarakat kita, kita hendak bajet yang macam mana? Kita hendak bajet yang popular boleh tetapi kita hendak satu benda yang accountable. Saya menyeru bahawa kajian-kajian yang lebih mendalam ini kita akan lakukan dan saya suka benda-benda yang saya balik semalam balik rumah buka komputer jumpa Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping sedang berucap. Saya sokong dia, ucapan dia baik dan apa yang terbaiknya tentang hutan Hulu Langat dan terbaik juga ucapan tentang memberi RM900.00 sebulan tiap-tiap bulan untuk sekian tahun untuk satu keluarga manusia akan membebaskan mereka daripada kemiskinan. Kita lihat macam mana Khalifah Omar membantu, Abu Bakar mengajar kalau hendak bantu orang, bantu betul-betul. Bagi kerja dan gaji dibayar sebelum dia (tidak jelas). Kalau bagi kerja dekat dia, kalau dia belum kahwin dalam masa setahun boleh bagi kahwin dan kalau dia seorang yang kuat boleh bagi kerja lebih dia boleh jadi orang kaya. Oleh itu, zakat dia bagi Ya Allah, kalau zakat ini banyak boleh buat modal berniaga dan tidak pelik bukan zaman Saidina Omar sahaja diceritakan pada zaman

Saidina Omar adalah satu sistem di mana orang beri zakat dekat Yaman terlalu banyak sampai Muaz bin Jabbal pulangkan separuh bagi dekat Madinah untuk diuruskan olah Khalifah, marah Saidina Omar, aku tidak lantik kamu untuk jadi collector tax, aku lantik kamu buat zakat. Next year, two third next year 100%. Ini adalah hadis yang berkata begitu jadi kita bagi banyak, dapat banyak. Jadi saya percaya kita punya sistem perlu begitu. Kita hendaklah berterus terang kita janganlah rasa sensitif sangat takut ke urusan zakat ini saya pun pernah kena saman dengan MAIS saya timbulkan di dalam Dewan RM300,000.00 saya kena bayar tapi akhirnya saya menang balik dapat appeal tapi saya hendak bawa isu itu kerana isu itu penting. Sensitif sangat kita cakap urusan zakat ini adalah boleh dibincangkan dalam Dewan Negeri.

Zakat ini adalah instrument mechanism yang sangat penting kalau kita buat betul-betul kita boleh bantu semua orang manusia. Zakat ini saya sensitif kalau hanya untuk orang Islam sedangkan dalam sistem Islam sebenarnya ia digunakan begitu. Sebelum saya tutup saya jelaskan di sini saya sangat menyokong idea ucapan daripada Y. B Bukit Lanjan menyatakan kita harus fikir satu projek yang bila kita berikan kepada rakyat jelata. Oleh sebab itu saya hendak cadangkan kalau kita tidak keberatan kita buat satu projek khas untuk bantu sekitar 30 keluarga, Ahli-ahli Dewan memberikan RM500.00 potongan gaji tabung bantu RM900.00 bahagi 30 orang rakyat Selangor bagi satu tempoh yang kita follow up akan bebas dari kemiskinan. Kalau sokong kata sokong, kalau tidak sokong tidak apa. Oleh dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada point saya satu sahaja saya cakap benda-benda fundamental saya yakin perkara ini kita dapat hayati dan laksanakan akan membawa kebaikan kepada kita semua dan kita mengharapkan bahawa rakyat berharap sesuatu yang baik daripada kita dan kita, saya berharap selepas ini konsep kita collect cukai itu lain, budgeting kita lain budgeting kita pun approach dia town hall bincang kita punya isu tentang kutipan zakat kita raikan kemenangan kita dalam pembentangan bajet ini kepada Kerajaan dan juga kepada Rakyat, we work together. Dengan itu saya ucapkan terima kasih dan saya juga mohon menyokong belanjawan ini.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Assalamualaikum pada hari Jumaat yang lepas Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar telah membentangkan bajet dengan konsep-konsep dan juga falsafah-falsafah yang saya kira menjadi dasar kepada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada kali ini yang meletakkan temanya Memperkasakan Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat. Mahu atau tidak mahu apa yang berlaku pada kali ini sama ada ekonomi kita agak merudum dan kita sasarkan pada tahun hadapan juga ekonomi kita akan merudum dan begitu juga program-program dan juga pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan saya kira dengan tuntas kalau kita lihat

pembangunan yang hanya sekadar 53.3% yang dapat dilakukan sehingga Oktober mungkin asasnya saya kira kita sedia maklum adalah berkaitan dengan wabak COVID-19 yang secara pandemiknya bukan sahaja di Negeri Selangor bukan sahaja di Malaysia tapi di negara kita yang seluruh dunia yang kita cukup maklum. Jadi saya melihat beberapa perkara yang mungkin boleh juga menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan bajet yang hari ni kita tidak boleh nafikan apa juga bajet yang kita lakukan pada kita bentangkan ini adalah menjurus kepada perancangan kita daripada tahun hadapan dengan mengambil kira bagaimana kita menangani masalah COVID-19, Pandemik COVID-19 di Negeri Selangor dan juga Pusat. Walaupun dasar-dasarnya adalah ditentukan oleh Pusat sudah tentu Negeri Selangor yang telah mewujudkan satu jawatankuasa menangani masalah gejala wabak COVID-19 ini saya kira kita juga mempunyai peranannya.

Saya suka mengambil satu konsep yang telah diajar oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang saya kira semua sedia maklum mungkin saya mengambil sedikit di sini untuk kita sama-sama berkongsi bagaimana Nabi Yusof A.S menguruskan ekonomi Mesir, ibrar daripada Nabi Yusuf A.S menyelesaikan krisis ekonomi dan kemarau yang melanda Negeri Mesir. Kisah ini merupakan tafsiran mimpi yang dilakukan Nabi Yusuf A.S di dalam penjara mimpi raja semasa pada ketika itu yang mana di dalam Suruh Yusuf ayat yang ke-43 yang mahfuznya raja berkata “sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai gandum yang hijau 7 tangkai yang lainnya kering, wahai pembesar-pembesar terangkan kepada ku berkenaan tafsiran mimpi ku sekiranya kamu dapat mentafsirkannya ”. Kemudian kisah ini telah disampaikan oleh Allah S.W.T sebagai panduan kepada seluruh umat manusia. Pada hari ini melalui Surah Yusuf ayat 47 hingga 49 bermaksud Yusuf A.S menjawab “hendaklah kamu menanam sesungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut kemudian apa yang kamu ketam biarlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan kemudian akan datang selepas tempoh itu 7 tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit daripada yang kamu simpan untuk dijadikan benih, ayat ke-8 dan ke-9 kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai menerima rahmat hujan pada Nya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya ini ayat yang ke-49. Formula pertama yang menyelesaikan berhadapan dengan krisis kemarau Mesir pada ketika itu ialah melalui fasa yakin bahawa kewujudan Allah S.W.T. Bila kita menghadapi krisis ekonomi kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah S.W.T itu dan dialah pencipta dan ada tujuannya dalam kehidupan di dunia ini untuk manusia diuji dengan ujian ekonomi yang didatangkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T mahu menguji kita sejauh mana ujian yang datang mendekatkan kita kepada Nya atau sebaliknya. Lihat secara positif pasti ada hikmah dalam setiap sesuatu begitu juga dengan wabak COVID-19 ini apabila kita yakin kepada Allah S.W.T kita akan menjadi hamba yang lebih kuat. Ini ditunjukkan oleh Nabi Yusuf A.S apabila didatangi bekas rakan sepenjara Baginda yang bertanyakan kisah mimpi Raja Mesir sekiranya Nabi Yusuf A.S ingin membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh bekas rakan

sepenjara Baginda itu maka Nabi Yusuf A.S boleh sahaja mengindahkan mimpi tersebut. Nabi Yusuf A.S sentiasa yakin akan setiap yang berlaku adalah ketentuan oleh Allah S.W.T. Formula yang kedua yang Nabi Yusuf A.S dalam isu kemarau Mesir iailah usaha yang luar biasa secara berterusan. Nabi Yusuf A,S mentafsirkan mimpi Raja Mesir dengan penyelesaian masalah dengan menanam selama 7 tahun secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Nabi Yusuf A.S memastikan rakyat Mesir bersungguh-sungguh dalam 3 cara. Pertamanya Nabi Yusuf A.S menyebutkan sesungguh-sungguhnya hanya untuk 7 tahun sahaja maknanya usaha tersebut perlu di sertakan dengan jangka masa berapa lama untuk bersungguh perlu berusaha bersungguh-sungguh, kedua Nabi Yusuf A.S kaedah ancaman iaitu sekiranya tidak bersungguh-sungguh maka 7 tahun berikutnya akan menderita semua orang kerana segala yang disimpan kemungkinan akan habis apatah lagi sekiranya tidak menyimpan, ketiga adalah kaedah memberi ganjaran dan menyampaikan berita gembira setelah 7 tahun kedua dengan kemarau yang dahsyat Nabi Yusuf A.S menyampaikan berita gembira kepada rakyat Mesir akan mendapat hujan dan kelimpahan rezeki yang melimpah ruah. Dalam menyelesaikan masalah kemarau ini Nabi Yusuf A.S mengajarkan tentang formula simpan dahulu belanja kemudian Baginda mengatakan bila musim datang musim menuai jangan semua dituai di jadikan makanan dan ada sebahagiannya di simpan di dalam gudang Baginda turun mengajar rakyat Mesir supaya kekalkan kesegaran gandum yang disimpan di dalam gudang dan tidak membuang kulitnya berserta tangkainya agar apabila 7 tahun tempoh 7 tahun gandum tersebut masih lagi segar dan digunakan. Utamakan yang utama diajarkan oleh Nabi Yusuf A.S apabila kita peroleh rezeki jangan digunakan mengikut hawa nafsu, fokus kepada bulatan kawalan dalam formula yang terakhir telah diajarkan oleh Nabi Yusuf A.S dalam kehidupan kita sentiasa masalah di luar kawalan kita seperti lembu dalam mimpi Raja Mesir, jangan kita fokus pada perkara yang di luar kawalan kita seperti zaman yang semakin mencabar dan ekonomi yang semakin merosot sedangkan kita perlu fikirkan apa usaha yang kita lakukan dalam kawalan kita seperti tangkai gandum tersebut agar masalah yang mendatang dapat kita selesaikan.

Sekiranya kita terlalu memikirkan punca masalah tanpa memikirkan cara penyelesaian dibimbangi kita akan kalah dan akhirnya kita melakukan apa-apa usaha dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kita tidak boleh mengubah sesuatu takdir yang berlaku tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat setiap takdir itu berlaku.

Saya melihat apa yang berlaku di Negeri Selangor ini. Ya, sebagai contoh, zaman lebih kurang hampir 7 tahun, Menteri Besar ketika itu Tan Sri Dato’ Seri Abdul Halim Ibrahim yang kita dapat menjamah pendapatan atau reaser kita tingkatkan, sehingga hampir 3.3 Bilion, 3.25 Bilion dan kita telah memberikan kepada rakyat hampir 1.6 Bilion dalam program rakyat ekonomi Negeri Selangor. Alhamdulillah selepas itu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Azmin Ali mengolahkan pengurusan Negeri Selangor ini walaupun dalam keadaan bajet defisit kita masih lagi menyimpan dan akhirnya kita dapat gunakan pada hari ini oleh Y.A.B Menteri Besar. Cuma saya melihat bagaimana

fokus yang kita harus lakukan dalam pengurusan bajet ini juga. Saya kira kita sedia maklum bahawa antara punca utama ialah COVID-19 yang melanda Negeri Selangor, negara kita dan juga dunia. Dalam Negeri Selangor ini apakah yang benar-benar kita usahakan di dalam kuasa yang kita ada untuk mengurangkan wabak COVID-19 ini. Alhamdulillah kerajaan negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa menangani COVID-19 yang diketuai oleh mantan Menteri Kesihatan dan baru-baru ini juga kita telah dengar akan diumumkan satu langkah untuk menangani wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Negeri Selangor. Saya mengharapkan dalam sidang bajet ini Dato’ Menteri Besar akan menerangkan ataupun akan mengumumkan beberapa langkah dalam menangani bajet ini berserta dengan sumber peruntukan yang agak besar untuk menangani masalah ini dan saya tidak lihat di dalam bajet ini dan saya harapkan mungkin ada sesuatu yang di luar daripada pengetahuan saya yang boleh diterangkan oleh kerajaan negeri dalam kita mengambil tindakan

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sijangkang, Sungai Pelek ingin mencelah.

Saya ada masa yang terhad, boleh tak nanti kalau ....

Timbalan Speaker

Sungai Pelek bahas dalam perbahasan.

Yang kedua, saya melihat dalam bajet atau dalam pakej rancangan ekonomi Negeri Selangor yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar yang lepas, ini juga saya ingat berkaitan dengan soal wabak yang kita lalui pada hari ini bagaimana jaminan bekalan makanan ataupun food security yang diletakkan sebagai tonggak utama dalam pelan pemulihan ekonomi Selangor, Dato’ Menteri Besar juga menyebutkan bagaimana secara holistiknya pengeluaran sumber makanan, rantaian bekalan logistik, guna tanah, teknologi pertanian, harga makanan yang saya kira peruntukan ini juga dapat dilihat dalam kita bersedia untuk menjamin bahawa bekalan makanan di Negeri Selangor ini mencukupi. Saya kira, Selangor yang saya ingat tempoh hari pun dah disebutkan oleh ketua Pembangkang, apabila saya sebutkan padi ini ataupun beras sebagai makanan ruji harus kita lihat secara tuntas bagaimana kita menangani bekalan-bekalan ini kalau berlaku mungkin kelewatan atau faktor-faktor lain yang akan mengekang ekonomi kita di masa akan datang.

Dalam soal menjana ekonomi saya kira dengan pakej rangsangan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri, ia memberikan impak yang baik, dan saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri juga dalam kita menyediakan bajet ini kita kena imbangkan dalam meletakkan keutamaan-keutamaan yang saya sebutkan ataupun hasil natijah daripada ibrah kisah Nabi Yusuf tadi, bagaimana kita boleh meletakkan keperluan-keperluan pada tempatnya, kalau pada hari ini kita perlu meletakkan jumlah yang besar kepada soal digitalisasi sebagai alat perantaraan ataupun alat masa kini untuk memperbaiki sistem kita saya ingat itu adalah sesuatu

yang baik dalam keadaan yang mungkin pergerakan kita terhad dan sebagainya sebagai juga pembangunan kepada Smart Selangor, tetapi saya cukup khuatir kalau mungkin ada lompongan-lompongan yang saya kira ia tidak memberikan faedah dalam masa kita menghadapi COVID-19 contohnya dalam keperluan mungkin peruntukan sukan yang begitu besar, saya ingat lebih baik bagikan peruntukan kepada belia ataupun anak muda, untuk membangunkan anak muda, yang kadang-kadang saya tak tahulah, kalau hari ini E-Sports sebagai satu yang boleh dibangga-banggakan, tetapi saya kira daripada sudut kesihatannya tidak memberikan makna apa pun kalau hari ini disebutkan oleh Dato’ Menteri Besar 3 punca utama yang menjadi mobility dan mortality di negara kita adalah faktor hypertension, diabetes, dan kolesterol, saya kira E-Sports ini tidak membantu daripada sudut kesihatan.

Perkara yang lain yang saya nak sebutkan ialah pencemaran air yang saya kira, ini juga kita maklumi, kita harapkan apabila Dato’ Menteri Besar menyebutkan juga beberapa saranan daripada jawatankuasa khas Air Selangor ini telah diambil kira saya ingat itu adalah satu perkara yang baik cuma isu air ini yang tidak berkesudahan. Saya harap satu jawapan yang tuntas oleh Kerajaan Negeri dan perancangan Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi yang lain boleh diletakkan satu peruntukan yang cukup besar. Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri bagaimana projek LRA Langat, Labohan Dagang, satu yang kita dapat maklumat sudah selesai tetapi sistem perpaipannya daripada Bukit Jugra masih belum lagi selesai apa masalah-masalah rintangan yang mungkin boleh dimaklumkan dalam sidang dewan ini status projek itu dan hari ini sudah kita dimaklumkan bahawa akan ada projek Labohan Dagang 2 dan saya mengharapkan Sijangkang ni antara kawasan yang teruklah tuan-tuan, bila kena, kena dulu tak kiralah dari Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 ataupun dari Sungai Semenyih, Loji Rawatan Air Semenyih, Bukit Tampoi maka kita akan kena dulu dan kita akan pulih yang kemudian. Saya harapkan rakyat dah letih dah nak ambil air, lagi-lagi saya cukup simpati kalau rumah tu rumah pangsa dan sebagainya, orang-orang tua, orang kurang upaya terpaksa ambil kerana ini keperluan kepada mereka.

Untuk akhirnya saya nak sebutkan juga berkaitan dengan pelaburan. Tahniah, Selangor antara yang boleh menarik pelaburan yang cukup banyak, tetapi saya harap pelaburan-pelaburan ini harus dilihat juga apa kesannya kepada negeri Selangor. Sebelum ini saya telah sebutkan beberapa industri yang berlaku di Kuala Langat, terutamanya melibatkan industri-industri proses kitar semula kertas, kita ada (tidak jelas), kita ada best eternity yang sekarang ini mula naik, akan ada ginzing, akan ada satu lagi, kemudian ada Top Glove, kemudian ada Hartalega yang memerlukan penggunaan air yang begitu banyak. Saya mengambil contoh satu kilang recycle paper kertas pada hari ini. Saya dimaklumkan kilang fasa pertama itu, belum mendapat CF lagipun, tetapi pekerja di situ memaklumkan bahawa operasi sudah berjalan, kemudian dibesarkan untuk fasa yang kedua, EIA belum ada keputusan dan saya dimaklumkan fasa kedua pun sudah naik pembangunan. Dan hari ini yang cukup merisaukan terutamanya kawasan penduduk di situ adalah soal aliran air mungkin air

kumbahan daripada pekerja-pekerja di kawasan pembangunan industri ini, yang mengalir kepada masyarakat tempatan ataupun taman yang berdekatan, ya Taman Bakti, dan saya juga sendiri turun melihat jarak antara industri tembok kepada taman perumahan itu hanyalah sekadar tidak sampai 50 meter, dan tembok yang berdiri daripada mata fizikal yang saya lihat, tembok itu adalah sejajar dengan rentis TNB ataupun wayar yang lalu di situ.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya minta penjelasan.

Masa dah habis, YB.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya minta penjelasan. Saya punya perbahasan tak habis. Sebab ini menyentuh tentang kawasan saya.

Timbalan Speaker

Masa dah tamat sebenarnya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sikit sahaja, soalan ringkas.

Timbalan Speaker

Masa dah habis dah ni.

Jadi saya melihat supaya pihak berkuasa untuk melihat sudut daripada jarak itu terlalu dekat, yang kedua hasil daripada komen daripada masyarakat di situ akhirnya air itu dilencongkan ke dalam kawasan industri yang saya dapat dimaklumkan kemudian ke kolam takungan banjir dan memberikan bau yang cukup kuat, yang masyarakat kawasan itu tidak dapat menerima dan saya ingat ini harus kerajaan negeri melihat supaya akhirnya industri kita tak nafikan ia memberikan pulangan kepada kerajaan Negeri tetapi jangan menjadikan perkara itu masalah kepada masyarakat tempatan.

Timbalan Speaker

Saya bagi 1 minit tambahahan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin bertanya satu soalan yang cukup ringkas. Adakah Yang Berhormat selain daripada berjumpa penduduk atau segelintir penduduk, adakah Yang Berhormat juga berjumpa dengan pegawai kerajaan, pegawai MDKL, pegawai pejabat tanah, pegawai Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Alam Sekitar dan juga paling penting pengusaha ataupun kilang tersebut untuk mendapatkan satu gambaran yang lebih menyeluruh. Adakah Yang Berhormat telahpun melakukan perkara-perkara itu? Saya bertanya.

Terima kasih. Saya kira kalau saya berjumpa dengan agensi-agensi....

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan saya itu sahaja lah, sama ada, ada atau tidak?

Ini ruangan saya untuk jawab, Yang Berhomat duduk dan dengar. Ini bukan mahkamah jadi saya boleh berbahas. Saya kira tidak adil kalau saya hanya berjumpa satu-satu agensi. Saya mengharapkan pihak kerajaan, saya pembangkang, panggil kita bersama-sama untuk memberikan input bagaimana kita nak bersama-sama nak bangunkan negeri Selangor ni, saya ingat mungkin orang boleh pertikaikan kenapa saya nak berjumpa sana, berjumpa sini, ini ruangan yang mungkin boleh saya melihat sendiri secara mata kasar saya, dan saya harapkan ini dapat jawapan yang agak tuntas. Begitu juga di kawasan saya ini, kawasan industri Batu 9 Kebun Baru, yang akhirnya saya lihat air ya, pergerakannya ke saliran parit yang besar di Jalan Manggis, yang menyebabkan bau yang bertahun dah, zaman saya pun saya tak dapat selesaikan. Saya harapkan kerajaan pada hari ini boleh menyelesaikan dengan semangat federalism Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, bau dah nyata dah, kilang pun dah banyak, sudah tentu ada jalan penyelesaian untuk rakyat dan masyarakat.

Saya ingat sekadar itu beberapa perkara yang sempat saya sentuh, mungkin yang lain itu saya boleh sentuh dalam perbahasan yang lain. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan, Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana telah diberi kesempatan untuk sama-sama menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada Jumaat minggu lalu. Sebelum saya memulakan perbahasan pada pagi ini saya merakamkan ucapan tahniah kepada Y.B. Sungai Kandis dan Y.B. Tanjung Sepat di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Saya mendoakan agar kedua-duanya diberikan kekuatan dan kecekalan dalam memikul amanah dan tanggungjawab serta dikurniakan hikmah dalam memimpin agenda pembangunan negeri. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua frontliners di seluruh negara yang sehingga ke hari ini masih bertungkus-lumus menyumbang khidmat dan berkorban demi memastikan keselamatan rakyat serta mengetuai usaha memerangi pandemik COVID-19. Y.B. Speaker, kita semua sedia maklum seluruh dunia kini sedang bergelut dengan penularan COVID-19 dan Malaysia tidak terkecuali. Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu, Malaysia umumnya dan Selangor khususnya, telah menerima nampak yang cukup mengesankan dari segenap aspek terutama dari sudut ekonomi. Rakyat diarah berkurung di rumah, sektor perusahaan memberhentikan operasi, sekolah, universiti dan rumah-rumah ibadat ditutup sehingga mengakibatkan kepincangan sosial dan kerencatan pertumbuhan ekonomi yang amat ketara. Ramai yang kehilangan pekerjaan, banyak perniagaan terpaksa gulung tikar, bahkan ada yang sehingga mengalami kemurungan, dan gangguan psikologi yang maha hebat kesan dari berbagai tekanan akibat PKP.

Walau bagaimanapun, negara berjaya melandaikan kelok penularan COVID-19 menjelang bulan Julai yang lalu, dan PKP dilonggkarkan dalam fasa pemulihan. Malangnya, tidak sampai 3 bulan negara menjalani PKP pemulihan, kes jangkitan COVID-19 kembali meningkat bermula pada penghujung bulan September yang lalu, akibat dari sikap culas perbagai pihak pasca pilihan raya negeri Sabah. Kini negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diarah menjalani PKP Bersyarat akibat dari penularan COVID-19 yang mendadak. Manakala kita masih berada dalam fasa peperangan menentang penularan COVID, saya yakin belanjawan ini dirangka dengan penuh hemah, dan memberikan tumpuan kepada ikhtiar untuk membela kepentingan rakyat serta menggerakkan semula kegiatan ekonomi yang terjejas akibat PKP.

Yang Berhormat Speaker, sejak 2008 kerajaan Selangor telah dikenali sebagai sebuah kerajaan yang membawa idea-idea baru berpaksikan kepada dasar ekonomi yang peduli rakyat. Kita tidak boleh menafikan bahawa legasi ini telah dimulai oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pertama dari Keadilan dan waktu itu Pakatan Rakyat. Banyak idea dan kebijakan di Selangor dicemburui bukan sahaja di negeri-negeri lain, bahkan juga di Putrajaya. Dasar pemberian air percuma, caruman kepada anak Selangor yang baharu lahir, wang sagu hati kepada pasangan pengantin baharu, sumbangan khairat kematian, bas percuma dan banyak lagi. Semuanya ini dapat dilakukan di bawah satu jenama, Selangorku. Falsafah kepada semua inisiatif ini ialah Kerajaan Negeri perlu dikembalikan kepada rakyat terutamanya golongan M40 dan B20. Ini selaras dengan perintah Allah dalam surah Al-Ashar, ayat ke-7 yang membawa maksud dengan izin, “apa yang Allah kurniakan kepada Rasulnya, Muhammad dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulllah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir yang keputusan.” Ketetapan yang sedemikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu.

Walau bagaimanapun, semua dasar berkenaan tidak akan berjaya tanpa iltizam kuat untuk menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan berintegriti. Sekukuh mana pun ekonomi sesebuah negeri atau pun negara pastinya akan hancur sekiranya rasuah dan penyelewengan tidak dapat dikawal. Sama ada kita sedar atau tidak, sejak 2008 Belanjawan Selangor adalah satu dokumen yang penting dan dinanti-nantikan oleh rakyat. Belanjawan adalah dokumen yang menetapkan perancangan perbelanjaan setahun ke hadapan dan merupakan gambaran paling mudah untuk rakyat mengenali kebijakan hasrat dan kecekapan sesebuah pentadbiran.

Selepas 3 orang Menteri Besar sejak 2008, cabaran bagi pentadbiran semasa di Selangor ialah menyusun kembali kebijakan-kebijakan ini yang telah dilaksanakan sejak lebih sedekad yang lalu. Sudah tentu apabila masa berubah tuntutan masa juga berubah. Beberapa inisiatif nampaknya bukan lagi menjadi keutamaan dan

sewajarnya dikecilkan jumlahnya bagi memastikan setiap sen duit rakyat digunakan kepada hal-hal yang menjadi keperluan. Ada juga perbelanjaan yang khilaf dan lebur begitu sahaja serta tidak memberikan sebarang impak kepada rakyat dan negeri. Saya kira kita semua tidak pernah membayangkan bagaimana sebuah Kerajaan Negeri yang membelanjakan hampir RM200 Juta setahun untuk memberikan air percuma kepada rakyat tetapi hanya dengan beberapa kali bekalan air terputus, rakyat menjadi marah dan inisiatif peratusan Juta ini seolah-olah dilupakan.

Bahkan dalam perihal pembelian 4 buah drone baru-baru ini yang berharga RM2 Juta ini juga menjadi hasutan maya dengan izin, troll oleh masyarakat. Di sini kesalahannya bukan berpunca daripada pembelian drone kerana memang ada drone yang boleh dibeli dengan harga RM500 sebuah. Namun, fungsi drone yang berharga RM500 dengan yang berharga RM500,000 tentulah banyak beza. Sama halnya dengan pembelian kereta. Ada kereta yang boleh dibeli dengan harga RM50,000 dan ada pula yang berharga RM500,000. Tentulah kereta yang berharga RM500,000 menyediakan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan kereta yang berharga RM50,000. Kita difahamkan dengan drone yang dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk memantau sumber-sumber air di Selangor juga dilengkapi dengan sistem data yang sangat mustahak. Teknologi yang sama juga boleh dibandingkan di Australia sebagai contoh dengan kos harga yang sewajarnya. Justeru, Kerajaan Negeri perlu bersedia dan bekerja dengan lebih kuat untuk melihat dan menyusun kembali kebijakan serta pelbagai inisiatif agar ia sesuai dengan perkembangan semasa. Saya bimbang slogan Hebat, Selangor Maju Bersama yang digagaskan sebagai aspirasi pentadbiran Kerajaan masih belum berjaya menyentuh hati nurani rakyat di bawah.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Tuan Timbalan Speaker, Kota Anggerik boleh mencelah? Boleh untuk minta penjelasan?

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Terima kasih kepada Kota Anggerik. Apa nama syarikat yang membekalkan drone ini, itu pertanyaan sayalah, terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya masukkan dalam ucapan dan boleh kita minta respond daripada pihak Kerajaan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Timbalan Speaker penjelasan ya sebelum dipanjangkan, sebenarnya ada sedikit fakta kesilapan. Tidak ada pembelian drone sebenarnya ia hanya perkhidmatan drone. Jadi saya akan jelaskan nanti dalam jawapan nanti.

Timbalan Speaker

Ok baik, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya boleh sambung ya. Yang Berhormat Speaker, persepsi negatif terhadap Kerajaan Negeri mulai berlegar di kalangan rakyat. Agensi yang sepatutnya menjelaskan keadaan seperti isu air dan bukan pembelian drone ya, dilihat agak lemah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, saya sangat berharap agar agensi komunikasi milik Kerajaan Negeri Selangor memainkan peranan yang lebih proaktif dan jangan hanya merasa selesa di kerusi empuk masing-masing. Yang Berhormat Tuan Speaker, semua usaha penyusunan semula ekonomi, kebijakan dan inisiatif di Selangor tidak akan berjaya sekiranya kita tidak dapat mengesan masalah yang timbul. Kita tentu masih ingat bahawa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid telah meninggalkan sejumlah lebih RM3.3 Bilion rizab negeri. Waktu itu Selangor sangat berbangga menjadi negeri yang bukan sahaja terkaya bahkan mempunyai rizab yang terbesar. Sudah menjadi perbualan di luar sana apabila rizab negeri kini hanya dianggar sekitar RM2.5 Bilion sahaja. Maknanya berkurangan hampir RM1 Bilion daripada jumlah yang diwariskan oleh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid. Ketika Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengambil alih jawatan Dato’ Menteri Besar, rizab negeri juga difahamkan berada di bawah RM2 Bilion yakni sekitar RM1.8 Bilion sahaja. Saya percaya sudah sampai masanya Kerajaan Negeri memberikan penjelasan bagaimana sejumlah lebih RM1 Bilion telah berkurangan sebelum Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Pencerahan oleh Kerajaan Negeri pastinya akan menjernihkan kekaburan yang selama ini wujud dan menjadi perbualan di kalangan rakyat Selangor. Sekali lagi Kerajaan Negeri tidak dapat tidak perlu berpegang teguh atas prinsip integriti dan tata kelola yang baik demi menjamin kepercayaan rakyat dan mempertahan keyakinan pelabur serta komuniti perniagaan. Saya hendak habis sedikit lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik rencana Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar ulung di Malaysia. Agenda digitalisasi yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dengan peruntukan sebanyak RM369 Juta mencakupi pelbagai inisiatif termasuk data Internet Selangor dan Digital Approval. Sebagai negeri termaju di Malaysia, Selangor sekali lagi membuktikan bahawa ia sentiasa bergerak lebih ke depan bukan sahaja sebagai juara dalam membela nasib rakyat bahkan juga sebagai peneraju kemajuan teknologi. Walau bagaimanapun, saya menaruh harapan dan keyakinan agar proses pelaksanaan agenda digitalisasi yang memakan belanja besar ini akan dijalankan menerusi proses urus tadbir yang baik dan menjamin ketelusan serta tidak sekali-kali membuka ruang kepada sebarang bentuk ketirisan dan penyelewengan dana awam.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri kerana menghidupkan semula bantuan Khairat Kematian yang merupakan inisiatif utama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diperkenalkan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid pada tahun 2009. Di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Sungai Tua, SMUE telah dibedayakan menerusi pemberian baucar Jom Shopping sempena ulang tahun kelahiran warga emas yang tinggal di Negeri Selangor. Suka untuk saya

cadangkan agar kadar nilai baucar Jom Shopping ini dapat ditingkatkan sehingga RM300 pada masa akan datang selaras dengan perubahan iklim ekonomi semasa. Selain kelompok warga emas, golongan ibu tunggal turut mendapat manfaat daripada Belanjawan ini. Pelaksanaan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISSIT), menerusi pemberian bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas akan dapat sekurang-kurangnya meringankan beban ekonomi kelompok ibu tunggal di negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kekerapan insiden gangguan bekalan air secara tidak berjadual yang berlaku mutakhir ini sememangnya amat mengecewakan. Seperti mana yang telah disebut di setiap perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, saya turut berkongsi sentimen yang sama. Rakyat mengharapkan agar pengumuman peruntukan sebanyak RM200 Juta oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada minggu lalu yang merangkumi projek Perintis Rawatan Biologikal bagi pemuliharaan kualiti air, pemerkasaan pemantauan Lembangan Sungai, penggantian paip-paip usang serta pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dapat menjadi penyelesaian mutlak kepada masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Banda Raya Shah Alam (MBSA) yang baru-baru ini turut berperanan membantu mengagihkan bekalan air kecemasan untuk kegunaan warga Shah Alam ketika gangguan bekalan air baru-baru ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkhidmatan Bas Smart Selangor mutakhir ini sangat relevan dan cukup penting kepada rakyat Selangor. Justeru sebagai mana yang telah saya sebutkan dalam perbahasan saya pada tahun lalu, pada tahun ini saya sekali lagi ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memperluaskan jaringan capaian Bas Smart Selangor menerusi kewujudan laluan-laluan baru termasuk di dalam kawasan Seksyen U16 di Shah Alam yang merangkumi kawasan Denai Alam, ELMINA dan Bukit Subang. Capaian perkhidmatan di kawasan-kawasan ini amat penting kerana kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pertumbuhan penduduk di kawasan ini amat drastik akibat penggunaan projek perumahan dan pusat-pusat komersial yang baru.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya menyimpulkan ucapan, saya rakamkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negeri daripada pihak Kerajaan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini dengan membawakan hujah serta pandangan yang bernas dan berfakta. Ini jelas berbeza dengan wakil-wakil Pembangkang yang saya lihat sekadar menjadikan ruang perbahasan sebagai platform untuk menyebar dakyah dan propaganda bingkisan bertujuan untuk memburukkan Kerajaan Negeri. Saya berharap politik perbahasan yang ditunjukkan...

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Boleh saya mencelah?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya sudah hendak habis, kejap lagi Yang Berhormat boleh berbahas.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Hah, sebab itu cakap kena pandang-pandang ya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya berharap kualiti perbahasan yang ditunjukkan oleh wakil-wakil Kerajaan akan terus dikekalkan. Kita sewajarnya insaf akan kedudukan kita sebagai pemegang mandat yang diamanahkan oleh rakyat. Janganlah kita sesekali lupa akan hari ini. Rakyat sentiasa memerhati dan menilai prinsip serta pendirian kita.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Tuan Timbalan Speaker, siapa yang buat dakyah ini, dia ke kami?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Tuhan menetapkan keyakinan dan prinsip kita serta menjauhkan diri kita daripada sifat khianat, rakus kuasa dan bangkuh moral. Sesungguhnya kedudukan kita sebagai wakil rakyat adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik buat masyarakat dan bukan sebagai tiket untuk mengejar kekayaan, kemewahan dan kemasyhuran peribadi. Sebagai penutup saya titipkan dua rangkap pantun yang pernah diungkap oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan mursyidul am PAS. Untuk renungan kita semua :-

Terbang kunang di tengah malam Hinggap masuk di tiang seri Tangan kanan ajak bersalam Apa maksud pisau di kiri

Ikan belanak ditutup saji Saji dianyam oleh Pak Mahad Orang khianat jangan dipuji Makin dipuji makinlah jahat

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker atas peluang dan ruang untuk saya mengambil penglibatan dalam perbahasan Belanjawan 2021. Saya ingin memulakan perbahasan pada pagi ini dengan mengajak seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor untuk sekali lagi menilai semula prestasi ekonomi negara khususnya prestasi ekonomi Negeri Selangor yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 serta keupayaan

kewangan Negeri Selangor untuk membawa kita keluar daripada belenggu yang merencatkan kemapanan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Saya ingin meneliti dengan penuh hemat pembentangan Belanjawan 2021 berjumlah RM2.323 Bilion yang bertemakan melakar realiti baru, memperkasa ekonomi bermaruah, paksi kecekalan rakyat. Lebih 35 perenggan dalam mukadimah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menzahirkan kegusaran Kerajaan Negeri terhadap pandemik COVID-19 yang bukan sahaja mencetuskan krisis kesihatan tetapi juga mengakibatkan krisis ekonomi negara. Mendepani krisis ini belanjawan tahunan perlulah mencerakinkan kebijakan dan juga inisiatif-inisiatif yang lebih berfokus, proaktif dan responsif terhadap persekitaran ekonomi semasa sebagai asas kepada penyelesaian masalah rakyat.

Walau bagaimanapun, keyakinan rakyat terhadap kepedulian Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan krisis ini, meleset apabila melihat strategi Belanjawan Negeri Selangor yang sama sekali dengan izin, tidak address the issue dan tidak menganggap isu utama yang menjadi kekhuatiran kita pada hari ini. Saya tidak faham mengapa setelah Kerajaan Negeri menyatakan kegusaran terhadap krisis ekonomi yang berlaku. Tetapi akhirnya meletakkan strategi pemulihan ekonomi sebagai strategi yang terakhir. Ini mencerminkan seolah-olah Kerajaan Negeri dan seolah-olah tidak ada simbiosis antara permasalahan dan strategi penyelesaian yang dirangka oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan kali ini. Agenda digitalisasi dan negeri pintar ini sememangnya agenda berterusan.

Setelah diperkenalkan oleh Yang Berhormat Bukit Antarabangsa sejak tahun 2017. Pemulihan ekonomi penting untuk menjamin pertumbuhan dan peluang pekerjaan tanpa pertumbuhan yang signifikan dan penciptaan peluang pekerjaan agenda Negeri Pintar juga pastinya akan terencat. Tetapi suasana yang luar biasa begini menuntut supaya kita juga mengambil suatu langkah yang luar biasa untuk mengambil dan mengembalikan ekonomi negeri ke landasan kegemilangannya. Maka kita harus fokus dan mempunyai keutamaan dalam kerangka besar Belanjawan ini kerana setiap perancangan dan perencanaan di bawah kerangka ini penting demi menyelamatkan ekonomi dan rakyat. Dalam ucapan saya ketika membahaskan Belanjawan 2020 Negeri Selangor pada tahun yang lalu, saya telah menegaskan tentang keperluan Kerajaan atau sektor awam untuk memberikan kepimpinan dan menyuntik dinamisme yang lebih progresif dalam pasaran khususnya ketika mana kita semua berdepan dengan krisis. Begitu juga penegasan saya terhadap sikap Kerajaan yang kadangkala terbawa dengan pandangan libertarian yang menjadikan belanjawan berimbang atau surplus sebagai ideologi serta pengurangan defisit sebagai satu kebanggaan. Sikap ini bagi saya adalah tidak relevan khususnya pada masa ini. Memandangkan suasana ekonomi yang mendesak Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah counter cyclical bagi menjana pertumbuhan yang lebih mampan buat negeri ini. Justeru...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Defisit belanjawan yang berkurangan daripada...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

RM133 Juta bagi tahun 2020. Dalam keadaan biasa

Timbalan Speaker

Gombak Setia

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kepada RM123 bagi tahun 2021

Timbalan Speaker

Banting, Banting ingin mencelah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

dalam keadaan krisis, boleh kita anggap sebagai contractionary budget yang menjurus kepada kemelesetan dan jumlah pengangguran yang

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat minta penjelasan

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

yang semakin bertambah. Silakan

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kepada Gombak Setia. Saya ingin bertanya dan saya berasa agak aneh bila mendengar hujah daripada Yang Berhormat yang mengkritik pengambilan pendekatan libertarian untuk mencapai bajet berimbang ataupun surplus kerana sebelum ini, apabila Bukit Antarabangsa yang merupakan rakan Gombak Setia, bila Bukit Antarabangsa membentang Belanjawan-belanjawan Negeri pada tahun-tahun yang lepas, amat dititikberatkan elemen surplus bajet ataupun bajet berimbang malahan tidak pernah sekalipun beliau membenarkan pembentangan Belanjawan defisit untuk menangani apa-apa krisis. Tetapi sekarang, bila saya dengar perbahasan Gombak Setia, nada ataupun pendekatan Yang Berhormat pula sedikit berbeza. Jadi, saya ingin bertanya mengapakah perkara ini berlaku? Adakah Yang Berhormat berbeza pendapat dengan apa yang diperjuangkan oleh Bukit Antarabangsa ataupun apakah sebab yang lain?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik, terima kasih. Saya kira salah ataupun tidak tepat kalau Yang Berhormat Banting mengatakan bahawa ketika mana Yang Berhormat Bukit Antarabangsa menjadi Menteri Besar, kita tidak pernah membentang belanjawan yang defisit. Belanjawan defisit pernah kita bentangkan tetapi beza kita ialah kita bentangkan belanjawan defisit tetapi pada akhirnya, kita mencapai jumlah kutipan hasil yang lebih tinggi daripada anggaran kita menyebabkan belanjawan itu kemudiannya menjadi belanjawan yang surplus. Dan untuk menjawab

juga Yang Berhormat Banting tadi, bahawa, ya, saya tegaskan dalam perbahasan saya pada tahun yang lalu lagi bahawa Krugman menjelaskan bahawa, slashing government spending in the depressed economy depresses the economy further, maksudnya dalam keadaan negara kita hari ini mengalami krisis ekonomi, kita harus berbelanja lebih besar untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan jumlah penciptaan pekerjaan juga dapat kita tingkatkan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mencelah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini kerana, saya minta maaf, sekejap. Saya habiskan satu-satu topik. Ini kerana indikator kepada pencapaian ekonomi negeri bukanlah diukur berdasarkan pengurangan defisit atau apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Anggerik tadi sebagai jumlah defisit, jumlah rizab negeri yang berkurangan. Itu bukan indikator kepada pencapaian ekonomi kita, sebaliknya pencapaian ekonomi kita harus diukur dari jumlah peluang pekerjaan yang dicipta. Peningkatan nilai kuasa beli rakyat, pemerkasaan rantaian nilai dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kita harus keluar daripada paranoia, perbelanjaan defisit ataupun pengurangan rizab. Namun, tegas menjamin prinsip good governance serta tidak ada kebocoran dan pembaziran dalam perbelanjaan. Apatah lagi sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai kuasa dalam mengurus dasar monetary dan sedikit tanggungjawab dalam urusan fiskal, Kerajaan Negeri seharusnya memberi fokus pada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui pemerkasaan kuasa beli rakyat. Keutamaan juga tidak harus diberikan kepada kutipan hasil kerana penguncupan ekonomi tidak mungkin dapat mencapai sasaran hasil. Namun kita harus menjana dan merancakkan pertumbuhan untuk menjamin peningkatan hasil yang mampan, saya berpendirian bahawa mantera ekonomi Negeri Selangor, harus kita sandarkan kepada pertama, berapa kadar pertumbuhan yang ingin kita capai dan yang kedua ..

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Berapa jumlah peluang pekerjaan yang dapat kita ciptakan. Ada banyak soalan ni.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing mencelah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Nanti sambunglah, boleh ya?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Pendek, pendek.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Bagi tambahan masa?

Timbalan Speaker

Pukul 1.00, pukul 1.00.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya boleh terima, tapi kena beri saya tambahan masa.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Dia beri masa tambahan sedikit.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Boleh Timbalan Speaker?

Timbalan Speaker

Sehingga pukul 1.00.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Hingga pukul 1.00 saya teruskan ya. Belanjawan 2021 Negeri Selangor yang memperuntukkan

Timbalan Speaker

Gombak Setia, Bukit Gasing ingin mencelah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ya, saya rasa saya

Timbalan Speaker

Sebab itu saya cakap pukul 1.00.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ya, saya rasa saya, masa tak cukup. Yang memperuntukkan sejumlah RM2.323 Bilion membuktikan bahawa Kerajaan Negeri masih terperangkap dalam belenggu yang kita sebut sebagai austerity delusion kerana meneruskan penurunan perbelanjaan Kerajaan secara relatif dari tahun ke tahun. 2018, RM3.12 Bilion, 2019, RM2.56 Bilion, 2020, RM2.33 Bilion dan pada tahun hadapan RM2.32 Bilion. Jika kita teliti perbandingan dalam konteks Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan pula, kita dapat melihat peningkatan bagi Belanja Mengurus daripada RM1.2 Bilion bagi tahun 2020, peningkatan bagi Belanja Mengurus, daripada RM1.2 Bilion tahun 2020 kepada RM1.22 Bilion bagi tahun 2021. Namun begitu sekali lagi untuk Belanja Pembangunan yang seharusnya diperuntukkan

Timbalan Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

untuk

Timbalan Speaker

Gombak Setia. Peraturan Tetap

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Boleh bagi saya

Timbalan Speaker

Peraturan Tetap

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

tambahan masa dan saya ingat saya boleh pertimbangkan

Timbalan Speaker

Gombak Setia. Peraturan Tetap.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ok, ok.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

So kalau Peraturan Tetap, kena duduk.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ok, ok.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Peraturan Tetap 35 (6) Seorang Ahli tidak boleh baca ucapannya. Saya rasa kalau dia tak pandang ke bawah baca ucapan dia non stop, dia boleh lihat kami bangun, Tuan Speaker, ini ada

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baiklah, macam-macam lah. Ok, ok. Saya tak perlu baca ucapan pun tak apa. Boleh

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kalau tak baca

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jangan, jangan bimbang. Saya sebut tadi soal perbezaan perbandingan di antara Belanja Mengurus, Belanja Pembangunan. Belanja Mengurus ini secara relatif juga meningkat dan Belanja Pembangunan menurun berbanding tahun 2020, dan saya kira secara logiknya, dalam keadaan norma baru ini, dalam keadaan kita work from home, dalam keadaan perbelanjaan ke luar negara hampir tiada, dalam keadaan mesyuarat rasmi, majlis-majlis diadakan secara virtual, saya tidak faham mengapa Belanja Mengurus kita masih lagi meningkat. Dan saya kira dalam hal ini, Kerajaan Negeri harus ambil satu langkah yang berani untuk menyelesaikan masalah ini khususnya untuk pastikan belanja berhemah. Dan ini penting sebab Tuan Yang Dipertua, Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa sejak Kerajaan Negeri melaksanakan Agenda Klusterisasi Ekonomi untuk menyusun semula program-program IPR, ada banyak perkara-perkara yang menjadi perbincangan di kalangan rakyat di bawah. Kita lihat

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Dulu kita ada 42 program.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya tak pasti saya

Timbalan Speaker

Banting mohon penjelasan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tak pasti sama ada saya

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sekarang ini kita ada, saya kira lebih banyak, sabarlah ni, saya nak masuk puji Kerajaan Negeri ni, sabar...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sama ada saya silap dengar ke macam mana

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sabarlah ni, saya nak masuk puji Kerajaan Negeri ni, sabar

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya tak apa, saya cuma nak perbetulkan fakta sahaja. Nak tanya sikit. Itu sebab saya nak bertanya

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

42 Program IPR dan sekarang ini saya yakin program IPR ini semakin bertambah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sama ada Perbelanjaan Mengurus menurun ke meningkat?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tetapi saya ingin menjelas, minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya minta penjelasan lah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Berapakah jumlah warga Selangor yang telah

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kan tadi Yang Berhormat berkata merosot

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

menerima manfaat daripada program-program IPR setelah Klusterisasi ini dilaksanakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

kemudian kata meningkat, kemudian kritikal pula austerity. Jadi, saya nak tanya mana satu?

Timbalan Speaker

Sila duduk Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Itu sebab saya nak tanya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya ambil contoh dua (2) program IPR yang cukup popular. Satu (1) Program Peduli Sihat, Dua (2) Kasih Ibu Smart Selangor, sebelum pelaksanaan klusterisasi. Untuk program Peduli Sihat hampir 400,000 keluarga di dalam Negeri Selangor ini, mendapat manfaat. Setelah klusterisasi, hanya kurang 85,000 keluarga di Negeri Selangor yang menerima manfaat. Begitu juga program Kasih Ibu Smart Selangor. Sebelum ini, sebelum klusterisasi, ada lebih 40,000 terima. Sekarang ini, hanya kurang 25,000, itu pun kalau ditambah dengan program KISS IT, kena sebut, kena betul KISS IT, bukan kiss it. KISS IT, baru 5,000 pun masih jauh di bawah apa, yang diumumkan sebelum ini. Sebab itu, situasi ini sebenarnya menyebabkan kami sebagai Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor ini, saya kira pada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan meragui apakah objektif sebenar klusterisasi ini. Adakah untuk menyusun semula supaya lebih

ramai yang terima manfaat ataupun sebenarnya untuk kurangkan perbelanjaan Negeri dan akhirnya kurang jumlah yang menerima. Dan saya ingin tegaskan bahawa saya merasakan sebelum ini juga saya sebut bahawa sudah tentulah dalam kekangan kewangan Kerajaan Negeri kita harus dapatkan bantuan daripada anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri termasuklah melalui pembayaran dividen kepada Kerajaan supaya dapat diagihkan secara adil dan saksama. Walau bagaimanapun, hari ini sekali lagi kita melihat belanjawan kita diumumkan pinjaman RM35 Juta kepada UNISEL dan KUIS di mana sebelum ini pun Kerajaan Negeri ada memberi pinjaman kepada UNISEL dan KUIS. Jadi, saya minta penjelasan Kerajaan Negeri, adakah pertimbangan Kerajaan Negeri untuk beri pinjaman baru ini telah mengambil kira pembayaran yang telah pun dibuat daripada pinjaman yang lepas. Begitu juga dengan pinjaman yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini kepada PKNS bernilai RM200 Juta dan saya difahamkan RM130 Juta telah pun diterima oleh PKNS dan RM70 Juta tambahan akan disuntik dalam masa terdekat untuk menampung aliran tunai pembayaran hutang PKNS. Dan pada masa yang sama, saya difahamkan juga bahawa PKNS dan Air Selangor juga sedang berusaha untuk mengumpul dana ataupun dengan izin, raise fund daripada pasaran walaupun PKNS baru sahaja menerima special dividend daripada Worldwide Holdings berjumlah RM50 Juta dan saya ingin bertanya kerana persoalannya, mampukah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kita ini menanggung hutang secara strategik dan berhemah atau sekali lagi terpaksa membebankan Kerajaan Negeri?

Saya ingin mengajak kita semua, cuba kita bayangkan kalau RM200 Juta yang kita berikan pinjaman kepada PKNS itu, dapat kita zahirkan dalam bentuk program yang lebih mesra rakyat, untuk membantu rakyat khususnya, ketika kita menghadapi COVID ini. Dan, saya sebut tadi PKNS dan Air Selangor juga sedang berusaha untuk mengumpul dana atau raise fund daripada pasaran yang jumlahnya saya dimaklumkan melebihi RM2 Bilion. Jadi, ini juga menjadi pertanyaan kita apakah hal ini benar dan apakah realiti sebenar status kewangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mahu menegaskan bahawa bukanlah menjadi hasrat kita untuk Kerajaan Negeri tidak membantu anak-anak syarikat tetapi dalam keadaan dan suasana ekonomi begini apatah lagi pasca Covid-19, kita harus benar-benar memastikan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mempunyai strategic direction dan business plan yang dapat mencipta keuntungan yang mampan untuk menjamin pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor yang baik dan akhirnya memberikan kesejahteraan buat rakyat Negeri Selangor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, berdasarkan perbahasan saya tadi, saya menolak anggaran perbelanjaan Belanjawan Negeri Selangor 2021, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 petang, dengan ini saya menangguhkan Sesi Perbahasan

Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan. (DEWAN DITANGGUHKAN)

( DEWAN DISAMBUNG SEMULA )

( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )

Timbalan Speaker

Dewan disambung semula. Dipersilakan Permatang.

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Kakitangan Kerajaan, Pengamal Media serta kepada Pemerhati di dalam Dewan pada hari ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pertamanya marilah kita panjangkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan izin dan limpah kurnianya hari ini kita bersama-sama dapat hadir dan masih lagi diberikan kesempatan, kekuatan dan kesihatan untuk berada di Dewan yang mulia ini bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab kita sebagai Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Negeri Selangor yang diamanahkan rakyat di kawasan masing-masing.

Permatang mengucapkan terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Bagi Tahun 2021 yang telah berjaya dibentangkan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 30 Oktober 2020 yang lalu.

Permatang mengambil kesempatan ini juga mengucapkan, merakamkan ribuan terima kasih kepada semua wira barisan hadapan yang terlibat dalam misi pencegahan dan penularan wabak COVID-19. Amanah dan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi yang telah diberikan pasukan barisan hadapan dalam memastikan Malaysia amnya dan Selangor khususnya bebas daripada wabak COVID-19. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Sesungguhnya anda semua adalah wira kami.

Permatang juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Selangor yang terus bersatu hati, tabah dan bekerja kuat dalam mendepani cabaran ekonomi serta cabaran pandemik COVID-19 pada hari ini. Permatang yakin Belanjawan berjumlah RM2.323 BILLION ini adalah satu belanjawan yang realistik dan boleh dilaksanakan.

Permatang juga percaya dengan dasar piskal negeri yang berkesan menerusi perbelanjaan berhemah dan berintegriti serta pengurusan yang cekap segala peruntukan yang dijanjikan dalam belanjawan ini akan dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya. Permatang juga berharap agar Kerajaan Negeri akan terus menjayakan dasar, urus data tadbir yang telus, berintegriti, cekap, berkesan dan berakauntabiliti.

Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri terus menunjukkan keprihatinan sebagai sebuah negeri yang peduli rakyat. Program popular seperti Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ditambah baik dengan kuota sebanyak 5,000 orang penerima disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh golongan ibu tunggal dari seluruh Negeri Selangor dan dikenali sebagai Kasih Ibu Smart Selangor, ibu tunggal (KISS) IT dengan peruntukan sebanyak RM62 juta.

Permatang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan peruntukan sebanyak RM27.5 juta untuk Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE 2.0) yang mana akan memberi bantuan khairat kematian bernilai RM500.00 kepada waris yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sambil meneruskan program Jom Shopping SMUE sedia ada. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap golongan warga emas.

Permatang menyambut baik penambahan peruntukan untuk program-program tuisyen rakyat Selangor yang diperuntukkan RM13 juta bagi tahun 2021 berbanding RM10.00 juta bagi tahun ini. Cuma Permatang ingin bertanya, bagaimanakah kaedah program ini akan dilaksanakan? Adakah Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam program ini atau kembali mengguna pakai kaedah pada tahun 2009 hingga 2017 yang mana kita melantik KPI untuk setiap DUN menguruskan program tuisyen rakyat ni.

Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Majlis Wanita Selangor iaitu MANIS sebagai sebuah platform yang menghimpunkan Agensi-agensi Pembangunan Wanita dan Badan-badan Bukan Kerajaan untuk mengkaji dan merangka dasar pemberdayaan wanita dari pelbagai aspek meliputi ekonomi, sosial, politik dan budaya. Setelah dasar mereformasikan peranan wanita di Selangor diperkenalkan maka hari ini belanjawan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat adalah berjumlah RM71.3 juta dan merupakan antara perbelanjaan yang tertinggi diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2021. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana terus cakna kepada golongan wanita. Permatang mengharapkan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan dalam peruntukan ini mesti sampai kepada rakyat. Cuma kalau ianya dapat diperincikan lagi pecahan RM71.3 juta ini.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya membawa isu kawasan iaitu saya rasa antaranya adalah berkenaan pengurusan sampah domestik dan sampah pukal di kampung-kampung tradisional terutamanya di kawasan Kuala

Selangor yang telah bermula semenjak 2017. Ianya telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor dan saya lihat banyak masalah berkaitan pengurusan sampah di kawasan Kampung Tradisi ini menjadi semakin baik. Banyak isu kawasan sampah haram dalam kawasan Permatang khasnya diselesaikan dan sudah ditutup.

Permatang juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Kuala Selangor kerana berjaya menguruskan sampah domestik dan sampah pukal di kawasan Kampung Tradisi secara sistematik dan cekap. Permatang yakin jika direct grant tidak disalurkan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor mereka tidak akan mampu untuk melaksanakannya dengan sumber kewangan mereka sendiri kerana banyak lagi kawasan pembayar cukai taksiran yang perlu diutamakan. Bermula 1hb. Januari 2020, pengurusan sampah domestik dan sampah pukal di Kampung-kampung Tradisi ini telah diserahkan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Pihak KDEB West Management Sdn. Bhd. Ianya sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya pengurusan sampah dan pembersihan awam di Negeri Selangor diserahkan kepada mereka. Alhamdulillah, prestasi dan kualiti pengurusan kutipan sampah di Kampung-kampung Tradisi dilakukan dengan baik oleh KDEB dari hari ke hari. Atas perkembangan ini, Permatang melihat usaha Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan kewangan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor hendaklah diteruskan dan diletakkan sebagai keutamaan. Ini penting bagi memastikan momentum pengurusan sampah yang baik di kawasan Kampung Tradisi tidak terencat dek kerana terputusnya saluran bantuan kewangan.

Saya mengambil contoh berkaitan dengan penyediaan tong-tong sampah dari jenis Leitchbin 1500 liter yang ditempatkan di kampung-kampung Tradisi seluruh Kuala Selangor amnya dan dalam kawasan Permatang khasnya. Tong-tong sampah ini sudah lebih dua tahun penggunaannya. Banyak yang sudah reput dan rosak dan ianya tidak boleh digunakan lagi. Sampah-sampah yang dibuang oleh penduduk kampung terpaksa dilonggokkan di atas tanah. Ada yang bersepah diganggu oleh haiwan liar ataupun diterbangkan oleh angin. Keadaan di sekitar tempat pengumpulan sampah jadi lebih buruk, kotor, busuk dan tidak terurus. Hari ini walaupun sistem kutipan sampah itu telah dilaksanakan dengan baik tetapi keadaan tempat sampah ini dikumpulkan sangat daif. Hari ini bukan sahaja tong sampah sudah terlalu uzur malahan tidak mempunyai tapak asas yang sempurna untuk meletakkan tong-tong sampah. Namun saya yakin daripada Pengerusi MPKK sendiri mempunyai inisiatif untuk membuat tapak asas bagi meletakkan tong-tong sampah ini.

Saya harap, Kerajaan Selangor juga boleh terus menyalurkan bantuan kewangan ke pihak Majlis Daerah Kuala Selangor secara one off dengan izin untuk menggantikan tong-tong sampah yang sudah musnah. Peruntukan kewangan juga perlu disalurkan bagi menambah lagi tong-tong sampah kerana terdapat penambahan kawasan pembuangan sampah lantaran meningkatnya kesedaran penduduk untuk membuang sampah di tempat yang betul.

Permatang berterima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Selangor kerana telah menyalurkan bantuan terus kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor bagi menguruskan sampah di kawasan Tradisi bagi tahun 2021 begitu juga bagi tujuan membina tapak yang sempurna untuk meletakkan tong sampah namun tidak ada peruntukan yang disalurkan bagi tahun 2020.

Permatang berharap agar pihak Kerajaan Negeri segera menyalurkan bantuan ini terus kepada Majlis Daerah pada tahun 2020 untuk tujuan ini dalam keadaan sumber kewangan yang khusus untuk memberikan perkhidmatan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran. Permatang percaya kita tidak boleh mengharapkan pihak Majlis Daerah Kuala Selangor untuk menggunakan sumber kewangan mereka sendiri untuk pengurusan sampah di Kampung-kampung Tradisi. Mereka sudah membantu kita untuk mengurus operasi kutipan sampah di Kampung-kampung Tradisi maka tidak ada ruginya sekiranya Kerajaan Selangor untuk menyalurkan bantuan kewangan secara berterusan demi untuk kesejahteraan penduduk kampung di Kampung-kampung Tradisi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana juga telah memberi satu peruntukan bagi program yang kita sebut sebagai Nadi. Dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini pelbagai alternatif perlu ada dan rakyat kena kreatif dalam menjana pendapatan. Maka dengan ini, saya ingin mencadangkan juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas keprihatinan ini dan berharap agar dapat mengarahkan semua PBT dalam melaksanakan program pemberian lesen penjaja sementara (pasca) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Selangor.

Dalam hal ini, Permatang memohon agar semua PBT di Selangor benar-benar mempermudahkan mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan menyediakan tapak-tapak penjaja sementara yang baru. Pihak Jabatan Perancangan Pembangunan di PBT seharusnya tidak terlalu keras dalam menentukan kawasan-kawasan baru tapak penjaja sementara ini. Permatang juga ingin menarik perhatian kepada semua Datuk-datuk Bandar dan Yang DiPertua agar memberikan perhatian dan keutamaan pada isu penjaja. Permatang menyeru kepada Kerajaan Negeri Selangor agar boleh menentukan satu dasar supaya di mana-mana pembangunan baharu dalam kawasan PBT, penyediaan kawasan ataupun tapak khusus untuk menempatkan penjaja hendaklah dijadikan salah satu syarat yang mesti disediakan oleh pihak pemaju. Ini adalah kerana sejak sekian lama isu penempatan penjaja ini pastinya akan timbul setiap kali kawasan pembangunan baru di buka dan mula diduduki. Isu penempatan penjaja dalam kawasan penempatan baru. Penempatan dan pembangunan baru seperti tiada kesudahan. Kali ini dan kita berharap agar ianya menjadi dan menemui satu titik penyudahnya.

Seterusnya saya ingin mencadangkan agar menjadikan Kampung Sungai Yu sebagai Pusat Pelancongan Hutan Bakau. Untuk makluman Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-

Ahli Yang Berhormat semua, Hutan Bakau Kampung Sungai Yu berkeluasan 12 hektar dan dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Hutan ini pernah di ceroboh pada tahun 2019 tetapi berjaya dibanteras. Antara hidupan yang menjadi hasil kepada warga kampung di sini antaranya ketam minyak dan siput sedut. Hutan ini juga mula menjadi tempat destinasi transit burung-burung dari luar negara pada sekitar bulan Jun hingga Julai. Oleh yang demikian, Permatang ingin mengutarakan cadangan kepada Kerajaan Negeri agar Kampung Sungai Yu ini dapat diangkat sebagai Pusat Pelancongan Hutan Bakau. Pertama, menjadikan Hutan Bakau Kampung Sungai Yu sebagai tempat kajian, spesies pokok bakau iaitu hutan bakau daerah Kuala Selangor. Kedua, membina canopy walk di Hutan Bakau Kampung Sungai Yu sebagai daya tarikan pelancong yang baru di daerah Kuala Selangor. Ketiga, Pusat Pemuliharaan Hutan Bakau di Kampung Sungai Yu bukan sahaja sebagai benteng hakisan pantai tetapi ianya juga mampu menjaga ekosistem hidupan dan khazanah hutan iaitu kayu bakau tersebut dan keempat, membina menara tinjau untuk melihat spesies-spesies burung luar negara pada bulan-bulan antara Jun dan Julai setiap tahun.

Dengan konsep pusing Selangor dulu, makanya banyak tempat-tempat menarik di Permatang yang mana saya fokuskan lebih kepada gastronomy, makan sambil melancong di kawasan Permatang. Itu yang saya utamakan. Jadi saya mengharapkan agar cadangan yang diberikan oleh Permatang dapat dijadikan realiti, in shaa Allah dan sebelum saya mengakhiri ucapan bahas saya ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri iaitu bagi pembangunan infrastruktur, Permatang ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memperuntukkan sebanyak RM23.4 juta bagi cadangan projek naik taraf baru termasuk salah satunya di Permatang iaitu menaiktaraf jalan ke SMK Terang Jaya, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Juga jalan cadangan jajaran baru iaitu menaiktaraf jalan dan kerja-kerja berkaitan dari jalan terusan utama B110 band canal sehingga ke jalan Raja Musa B42 Tanjung Karang daerah Kuala Selangor. Tuan Speaker, terima kasih Kerajaan Negeri, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Permatang mengakhiri ucapan ini dengan menyokong Belanjawan Negeri Selangor 2021.

Timbalan Speaker

Saya persilakan, Dusun Tua.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, kerana memberi ruang kepada saya untuk bahas. Saya cuma akan mengupas beberapa perkara kerana saya yakin banyak perkara-perkara lain akan turut disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan yang lain. Pertama sekali, dalam ucapan Belanjawan Selangor 2021, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, ada menyentuh secara langsung berkenaan dengan industri kreatif.

Saya melihat ini sebagai satu isyarat kepada hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan ekonomi kreatif sebagai salah satu potensi besar, untuk pembangunan

ekonomi negeri ini dan juga termasuk juga pembangunan budaya negeri ini. Telah terbukti melalui tinjauan-tinjauan sebelum ini, terutamanya tinjauan-tinjauan di peringkat antarabangsa, bahawa negara membangun meskipun agak kekurangan dari segi sumber inovasi dan teknologi, tetaplah kaya dan subur untuk ekonomi kreatif kerana negara-negara membangun seperti Malaysia ini contohnya, kita kaya dengan sumber budaya dan sumber budaya ini lah yang merupakan asas atau bahan untuk kita meningkatkan ekonomi kreatif kita.

Justeru, Selangor adalah negeri yang sesuai berperanan sebagai tonggak dalam menjadikan kekayaan budaya itu satu jana kuasa ekonomi. Akan tetapi, untuk mencapainya tidak mudah. Ia memerlukan satu usaha yang tersusun dan tangkas. Dalam konteks ekonomi kreatif itu sendiri, cabaran telah ada lebih awal melalui revolusi industri atau sering kita sebut IR4.0, yang mana IR4.0 ini membawa anjakan paradigma ke dalam industri-industri terutamanya industri ekonomi kreatif. Tiga anjakan paradigma yang saya boleh kongsikan adalah yang pertama, semakin kurang kos dan halangan untuk perniagaan. Yang mana format digital telah membuat penghasilan kandungan kreatif lebih berpatutan penciptaan nya dna membolehkan mereka berkembang dan melabur dengan lebih mudah kerana kos marginal yang rendah.

Yang ketiga, peluang pengedaran rentas sempadan, yang mana kewujudan internet tanpa sempadan menjadikan lebih mudah untuk kandungan kreatif dan perniagaan memanfaatkan rangkaian pelanggannya lebih luas tanpa kekangan geografi atau kewangan seperti masa dahulu. Dan yang ketiga, manfaat buat pengguna. Seperti mana kita boleh lihat, teknologi yang muncul memberi pengguna lebih pilihan, kemudahan dan juga kemampuan. Namun seperti kita semua sedia maklum, IR4.0 juga dengan anjakan paradigma ini, menghasilkan gugatan-gugatan atau dengan izin distraction. Ini menjadikan ekonomi kreatif itu sendiri di serata dunia, menghabiskan dua dekad lalu bergelut untuk beradaptasi dengan satu demi satu gugatan yang lahir dari anjakan paradigma melalui IR4.0. Dan belum sempat bernafas dengan IR4.0, dunia dilanda pula dengan pandemik COVID-19 yang menggugat keseluruhan kebiasaan manusia itu sendiri serta memberi kesan besar terhadap keseluruhan sistem, sosial, politik mahupun ekonomi manusia.

Jadi, fitrah ekonomi kreatif ini saling bergantungan antara satu sama lain, yang membuatkan ia menjadi berkembang suatu zaman sebelum COVID-19, tapi ciri-ciri itu juga kebergantungan satu sama lain ini juga akhirnya menjadi titik lemah apabila berdepan dengan pandemik global ini. Kuarantin dan kawalan pergerakan telah mengubah tarikan-tarikan budaya yang satu masa dahulu bersifat global kepada bersifat tempatan. Sekatan daripada berhimpun beramai-ramai telah menjejaskan sektor persembahan, penjarakkan fizikal menyukarkan lagi kerja-kerja produksi, tempat-tempat kebudayaan dan hiburan di hadkan masanya, atau dikurangkan kapasiti hadirinya. Dan ini memberikan kesan kepada seniman atau pencipta untuk mempersembahkan hasil ciptaan mereka.

Satu kertas putih oleh European Creative Business Network yang membuat tinjauan sekitar Mac dan April 2020 di Eropah, merumuskan bahawa ekonomi kreatif yang memiliki bahagian 5.3% jumlah nilai tambahan Eropah dijangkan berdepan kerugian berjumlah euro 233 BILLION, perolehan sehingga akhir tahun 2020 dan melalui tinjauan yang sama juga, mendapati semua syarikat-syarikat industri di Eropah, menjangkakan penurunan dalam jumlah jualan mereka. Tentu sekali apa yang berlaku itu, tidak banyak berbeza dengan tempat-tempat lain di dunia. Saya percaya terjejasnya ekonomi selepas pandemik melanda ini tidaklah unik kepada industri-industri tertentu, akan tetapi jalan keluarnya tentu sekali memerlukan pendekatan yang khusus kerana sifat setiap industri itu berbeza. Lebih-lebih lagi jika kita membangunkan sebuah industri itu, sebagai contoh industri kreatif itu sendiri.

Jadi kehadiran IR4.0, COVID-19 menghantar satu mesej jelas kepada kita semua, beradaptasi atau mati. Dan ini menuntut untuk kita bergerak pantas, kita harus bergerak pantas dan tidak berlengah-lengah. Oleh yang demikian, Ahli Dewan Yang di Hormati semua, Yayasan Seni Selangor yang ingin diperkasakan untuk memperkayakan industri kreatif di negeri ini, saya kira harus mula merangka pelan jangka panjang untuk membangunkan ekonomi kreatif Selangor secara menyeluruh. Dan pelan ini hendaklah di rangka dengan mengambil gugatan-gugatan dari IR4.0 dan juga kemungkinan bahawa COVID-19 ini akan kekal bersama kita untuk satu tempoh yang panjang.

Tiga sasaran utama, kalau boleh saya cadangkan yang mesti diberi perhatian adalah yang pertama, harus memacu sektor-sektor industri kreatif ini yang tradisional kearah digitalisasi. Yang kedua sasarannya haruslah penciptaan kerja dan pasaran melalui kreativiti dan inovasi. Yang ketiga adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan memanifestasikan kreativiti itu. Dan pelan pembangunan ekonomi kreatif ini penting untuk memastikan negeri dapat mengatur setiap sumber yang kita ada meskipun terhad untuk benar-benar menggerakkan ekonomi dan industri kreatif.

Sidang dewan Yang di hormati, namun tidak semua sektor industri kreatif itu lemas dalam menghadapi cabaran pandemik. Industri gaming misalnya, terdapat lonjakkan disitu. Dengan amalan penjarakkan fizikal, mengurangkan aktiviti pengguna dan perniagaan, gaming menawarkan satu jalan keluar untuk masyarakat yang dambarkan interaksi sosial. Mengikut satu tinjauan oleh Neuzu, pasaran global permainan video diramalkan akan bernilai lebih kurang USD 129 Billion dalam tahun 2020. Pasaran terbesar mengikut hasil adalah Asia Pasific dengan hampir 50% pasaran permainan mengikut nilai.

Tinjauan ini sebenarnya diperkukuhkan lagi dengan perakuan ahli panel Dialog Belanjawan Selangor 2021 yang kita adakan bagi sindiket industri kreatif dimana saudara Wan Hazmir yang baru sahaja melancarkan permainan video No Straight Road ciptaannya. Dimana No Straight Road merupakan permainan video pertama ciptaan Malaysia mencatatkan keuntungan pada hari pertama pelancaran. Ini satu

pencapaian yang membanggakan dan juga isyarat kepada potensi industri ini. Jika satu pelan jangka Panjang diperlukan untuk pembangunan menyeluruh dan komprehensif ekonomi kreatif di Selangor, strateginya pula harus mula mencari tumpuan sektor berpotensi yang boleh kita bangunkan, dan contoh yang telah saya berikan misalnya industri gaming itu sendiri. Dengan sasaran yang jelas dan strategi yang tersusun barulah potensi ekonomi yang ingin kita kembangkan itu, boleh tercapai dan tidak hanya tinggal menjadi sebutan sahaja.

Alang-alang saya telah menyentuh industri gaming, saya ingin menyentuh satu lagi sektor dalam industri berkenaan yang ada disebutkan juga dalam ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu e-Sukan atau dengan izin e-Sport iaitu merujuk kepada satu pertandingan berbilang permain melibatkan permainan video. Pertumbuhan global untuk sektor ini pernah diramalkan akan mencecah lebih USD satu Billion bagi tahun 2020 di seluruh dunia. Hasil dari sembang-sembang saya dengan rakan-rakan yang terlibat dalam industri e-sukan, rata-rata sebenarnya memuji kejohanan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, malah ada yang menganggap pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Selangor merupakan salah satu kejohanan yang berprestij dan menjadi tambahan atau sasaran para pemain untuk menjadi peserta dan seterusnya menjadi pemenang.

Jadi saya amat mengalu-alukan peruntukkan 3juta untuk penganjuran kejohanan dan pemberian latihan serta bimbingan kepada belia untuk memasuki industri e-sukan. Menariknya dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga menekankan berkenaan dengan ekosistem e-sukan itu sendiri. Jadi seringkali, apabila kita menyebutkan e-sukan yang terlintas difikiran kita hanyalah pemain professional yang menyertai pertandingan dan kadang-kadang kalau yang mungkin ada setengah itu pula merasakan kalua e-sukan ini gambarannya adalah orang yang duduk depan computer, tidak sihat seperti yang tadi saya dengar disebut oleh sahabat Sijangkang, yang mengambarkan kekuartiran seolah e-sukan ini akan menjejaskan kesihatan fizikal dan sebagainya, walaupun bagi saya agak ironi kerana mereka terlibat dnegan e-sukan, kelihatan rata-ratanya badan mereka lebih fit daripada kebanyakkan kita yang duduk di dalam dewan ini.

Mungkin kerana kita seirng menyebut e-sukan dan kita menggambarkan sukan itu seperti mana suka-sukan tradisional. Jadi hakikatnya sebuah industri e-sukan itu merangkumi pelbagai pihak yang menjayakannya. Tidak jauh beza sebenarnya dengan sukan profesional, di mana bukan hanya ada ahli sukan. Disana saya berharap juga supaya bimbingan dan latihan yang akan diusahakan turut merangkumi usaha melahirkan juru ulas e-sukan, juru analisis pasukan, pencipta kandungan atau content creator dengan izin, untuk e-sukan, pengurus pasukan, pengurus acara dan lain-lain. Jadi melaluinya secara tidak langsung, kita turut menghantar mesej kepada masyarakat bahawa terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dicipta melalui industri ini dan bukannya hanya tentang permainan video semata-mata.

Kita berada di zaman yang mana penciptaan peluang pekerjaan tidak boleh lagi tertumpu kepada mencipta peluang kerja, dari kalangan pekerjaan yang telah wujud sahaja. Sebaliknya kita harus membantu membangunkan industri yang boleh mewujudkan pekerjaan-pekerjaan yang baru dan mungkin tidak pernah terlintas dalam paradigma lama kita. Saya turut menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan Selangor Innovation Fun bagi menyokong strata yang strategik terutamanya di Negeri Selangor. Ini merupakan tempoh yang amat sesuai untuk syarikat-syarikat permulaan teknologi berpotensi di Selangor, disuntik pelaburan modal teroka atau dengan izin venture capital untuk mereka melangkah lebih jauh.

Meskipun kita sedang berdepan dengan satu krisis kesihatan yang turut menganggu ekonomi, ada yang berpandangan ini hanyalah satu lagi bentuk kemusnahan kreatif atau dengan izin creative distraction. Yang menjadi kitaran biasa dalam ekonomi kita hari ini. Bezanya jika dahulu kemusnahan kreatif ini secara teorinya, datang apabila para usahawan terlalu selesa dengan hayan mengeksploitasi sumber sedia ada, kali ini faktornya adalah dari luaran iaitu pandemik. Namun jika kita percaya pada kitaran itu, sudah tentu kita juga percaya bahawa kemusnahan yang datang membawa kemerosotan akan diikuti dengan kembalinya ledakan. Dengan keusahawanan sebagai penggerak utama inovasi dan seterusnya, membawa menuju kepada ledakan yang baharu.

Selain dari industri melibatkan kesihatan, adalah di jangkakan bahawa pelaburan untuk inovasi akan jatuh menjunam bagi industri-industri lain. Oleh itu, modal teroka juga dijangka akan semakin berkurangan memandangkan sesiapa sahaja sudah tentu akan lebih berhati-hati dan cuba memelihara tunai di tangan mereka. Jadi usahawan dan keusahawanan selaku ejen kepada inovasi dan sistem ekonomi hari ini, menjadikan mereka kumpulan penting utnuk memastikan pertumbahan ekonomi. Maka dengan itu adalah tepat untuk Kerajaan turut berperanan secara aktif membantu usahawan-usahawan, pemula, bagi emastikan inovasi dapat terus diusahakan. Dan ini juga tugas penting bagi mengelakkan kerencatan terhadap inovasi yang pada pandangan saya hanya akan membawa kepada kemerosotan yang lebih teruk dan di khuatiri akhirnya kita tidak dapat untuk mengembalikan ledakan dalam ekonomi dan pertumbuhan ekonomi kita.

Sebelum saya akhiri saya ingin menyetuh beberapa hal yang dekat dengan kawasan saya, saya ada satu perkara yang menarik perhatian saya dalam ucapan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang mana ada satu topik dimana tentang pengurusan sisa pepejal di kawasan desa. Jadi ini berkenaan isu longgokkan sampah tidak terkawal di kawasan kampung dan serta pembuangan sampah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi kalau dilihat melalui bajet ini, ada di peruntukkan lebih kurang satu juta untuk membina kebok-kebok sampah di kampung-kampung. Jadi antara benda yang saya ingin minta perincian adalah, pertama dimana kebok-kebok sampah ini hendak dibina, kerana saya percaya mungkin kampung-kampung yang berada di Selangor ini mungkin berbeza-neza sifatnya. Kalau di Hulu Langat

mislanya, biasa nya tong-tong sampah untuk memudahkan orang-orang kampung membuang sampah diletakkan di tepi jalan-jalan utama. Terutama jalan Sungai Tuai, jadi adakah akan dibina kebok disitu, kalau di kawasan Hulu Langat misalnya, kebuk sampah ini nak dibina di mana? Apakah ia boleh di akses oleh KDEB Waste Management. Atau sesiapa yang akan diuruskan sisa buangan ini?

Dan saya ingin menekankan sekurang-kurangnya suatu perkara yang juga penting, telah disebutkan juga, puncanya juga adalah pihak-pihak luar yang tidak bertanggungjawab. Nah, saya kira yang ini juga kita perlu atasi, jangan kita cuba mengatasi masalah sampah di kawasan kampung dengan membina kebuk, supaya sampah itu, tidak, air-airnya tidak masuk ke sungai-sungai dan sebagainya. Tetapi punca yang besar itu tidak kita atasi. Apakah menyebabkan limpahan sampah di kawasan-kawasan yang disediakan tong dan sebagainya. Kadang-kadang setelah kita kira, kita punya inventori, sebenarnya tong sampah yang diletakkan itu mencukupi untuk penduduk kampung. Tapi menjadi lambakan kerana ada orang-orang di luar yang membuang sampah ke situ. Terutamanya, yang dari maklumat yang saya dapat, kadang-kadang peniaga-peniaga yang sepatutnya dipantau oleh pihak PBT. PBT sepatutnya memainkan peranan memantau, adakah mereka membuang sampah mengikut tempat yang sepatutnya. Adakah mereka menguruskan sisa-sisa pepejal dengan cara yang sepatutnya? Dan kalau mereka menumpang, membuang sampah di kawasan pembuangan sampah yang kita khususkan untuk penduduk kampung, maka kita akan lihat itu yang jadi sampah berlambakkan. Nak salahkan KDEB Waste Management pun tak boleh. Pagi dah kutip, tak sampai tengah hari, dah penuh lambakan balik. Jadi saya kira ini perlu ada satu tindakan bersepadu, tidak cukup hanya menyediakan kebuk sahaja. PBT juga harus memainkan peranan untuk memastikan perniagaan-perniagaan menguruskan sisa pepejal mereka sebaiknya.

Jadi, akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan sesuatu krisis yang sebenarnya boleh menjadi peluang kalau kita, bersama bergandingan mengeluarkan idea-idea yang bernas, membantu bersama-sama membawa negeri yang kita sayangi ini keluar daripada krisis ini. Atau mengambil peluang-peluang yang ada. Sebab itu sepatutnya kita di Dewan berkumpul, kita harus mengambil peluang ini, mencambahkan idea, bertukar idea, dan bukannya cuba membuat stunt-stunt politik yang murah. Seperti nak tunjuk siapa lagi Melayu. Mungkin yang pakai suite tak cukup Melayu. Pakai baju Melayu lebih Melayu. Ini benda yang bukan yang kita perlukan dalam keadaan yang sekarang ini. Kalau kita Melayu, kita sayang anak bangsa kita, kita berdiri, kita bagi cadangan-cadangan yang bernas, kita bantu kerajaan dengan cadangan-cadangan yang baik, ( DEWAN BERTEPUK ) kita buat semak dan imbang, untuk memastikan anak bangsa kita dan bukan sahaja bangsa kita, terutama bangsa-bangsa lain juga untuk sama-sama dapat hidup dengan lebih baik dalam keadaan sekarang ini. Bukan kulit itu yang penting, tapi isinya yang kita kena ambil kira. Tak guna kalau berjubah, tapi kalau hati kita hitam. Jadi akhir kata, saya percaya manusia terus wujud di muka bumi ini, adalah kerana kemampuan kita menyesuaikan diri dengan segala bentuk perubahan. Jadi

kita dah melalui banyak perubahan, baik revolusi industri, baik dengan COVID-19. Saya percaya, kalau kita mampu beradaptasi, kita mampu bergerak dengan tangkas, kita boleh mengharungi setiap cabaran yang datang pada kita. Oleh itu saya menyokong Belanjawan Selangor 2021. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sementa ingin turut berbahas ucapan belanjawan Negeri Selangor 20221 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor pada Jumaat yang lepas. Pandemik COVID-19, kini sedang melanda seluruh dunia. Ia memberi kesan yang besar di seluruh kehidupan manusia di seluruh dunia. Dan kita di Selangor juga terkesan dengan pandemik ini. Kita, namun kita perlu mendepaninya dan menyesuaikan tatacara kehidupan kita dengan norma-norma baharu, agar kita terus berhati-hati dan tidak dijangkiti COVID-19 dengan mematuhi SOP COVID-19 ini.

Sementa ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para petugas front liners yang terus bertugas memerangi dan membendung wabak COVID-19 ini. Mereka, para front liners ini yang terdiri daripada doktor-doktor, jururawat, petugas kesihatan di hospital. Manakala pihak PDRM menjaga keselamatan rakyat di lapangan. Mereka bertugas siang dan malam demi memastikan wabak COVID-19 ini dapat dihentikan. Sementa menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap rakyat Selangor sepanjang berlakunya PKP, yang bermula 18 Mac yang lepas. Sehingga kini Duli Yang Maha Mulia sentiasa memberikan sokongan kepada rakyat Selangor. Beliau juga, baginda juga menzahirkan ucapan tahniah kepada dua orang petugas di hospital Sungai Buluh yang telah menerima Anugerah Kesihatan Global 2020, iaitu Doktor C.Suresh Kumar dan Doktor Saiful Azman Zakaria. Anugerah ini adalah atas keikhlasan, dedikasi dan komitmen yang telah mereka tunjukkan sebagai wira negara. Sebagai petugas barisan hadapan dalam berjuang merawat pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buluh. Yang mana hospital ini adalah pusat rawatan COVID-19 di Malaysia. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif ini untuk turut memberikan penghargaan kepada mereka berdua. Mereka juga mewakili keseluruhan front liners yang terus bertugas di seluruh negara.

Kita sedia maklum, seseorang yang dijangkiti COVID virus, deritanya bukan hanya pesakit itu sahaja. Malah keluarga yang juga turut menderita. Pesakit akan menghadapi kesakitan, susah bernafas dan pelbagai rasa lagi. Dan apabila ambulan datang untuk membawa mereka ke hospital, mungkin itulah kali terakhir mereka mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga. Namun kepada keluarga yang ditinggalkan, yang terpaksa kuarantin 14, yang menerima stigma daripada para jiran tetangga yang takut untuk datang, takut untuk ziarah, takut untuk mendekati kerana takut dengan jangkitan COVID ini. Maka ahi-ahli keluarga ini perlukan sokong, perlukan bantuan, apatah lagi untuk membeli keperluan barang-barang dapur dan

sebagainya. Jadi mereka sangat-sangat memerlukan bantuan di saat ini. Sebab itulah saya sangat bersetuju apabila Kerajaan Negeri melaksanakan pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa ke-2 yang lepas dengan memberi bantuan RM1,000.00 kepada setiap pesakit COVID-19. Namun pada bajet 2021 ini, saya tidak nampak adanya bantuan untuk pesakit COVID-19, seperti sebelum ini. Kini jumlah pesakit COVID-19 di Selangor telah mencecah 4,750 orang, secara kumulatif. Dan kes aktif adalah sebanyak 1,236 orang. Dengan 26 kematian. Semalam kes baharu adalah 129. Data kes COVID di Selangor akan terus meningkat dengan empat daerah, Petaling, Kelang, Hulu Langat, Kuala Langat, dengan 10 mukim berada di zon merah. Saya memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor dan melalui Jawatankuasa Memerangi COVID-19 Selangor untuk melakukan perancangan yang rapi dan strategik bagi membendung wabak ini daripada terus meningkat.

Tuan Timbalan Speaker dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Kesihatan telah diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi aktiviti dan promosi gaya hidup sihat terutamanya bagi mengatasi masalah obesiti dan penyakit tiga serangkai iaitu non-communicable desease, darah tinggi, kencing manis dan kadar kolesterol yang berlebihan. Jadi selaku, saya kira ramai rakyat Selangor yang ingin untuk tahu, apakah perincian peruntukan tersebut kepada masyarakat. Manakala sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi aktiviti kawalan denggi. Di Selangor, kes kematian disebabkan oleh denggi adalah sebanyak 34 orang sehingga 23 Ogos 2020. Maka saya melihat Jawatankuasa Tetap Kesihatan perlu melihat kaedah-kaedah dan inovasi-inovasi baru dalam memerangi kes denggi ini. Saya juga tertarik dengan program Work From Home. Ia adalah satu norma baru yang kini telah dipraktikkan di negara ini disebabkan oleh COVID-19. Work From Home ini amat membantu terutamanya kepada wanita, apatah lagi ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil di rumah, yang mana mereka boleh bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama dapat menjaga anak-anak di depan mata. Sementa amat menyokong pelaksanaan ini. Namun ia perlu diperincikan agar ia boleh menjadi win win situation, dengan izin, kepada majikan dan pekerja. Dan sudah sampai masa, satu dasar atau blue print perlu diwujudkan untuk dipatuhi majikan termasuk pihak swasta.

Sementa tertarik dengan program RIDE. Iaitu dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta untuk membantu 3,000 orang anak muda. Ini adalah satu inisiatif yang amat baik. Dengan trend gig ekonomi yang sedang meluas di Malaysia. Namun kerjaya sebagai rider dalam perkhidmatan e-hailing ini, hanyalah sebagai batu loncatan. Anak-anak muda ini tidak akan menjadi rider sebagai profession tetap mereka. Kerja yang penuh cabaran, berhujan, berpanas, meredah jalan raya dengan motosikal. Satu kerjaya yang amat membahayakan. Dan mereka terdedah dengan risiko kemalangan. Namun apa kan daya, itulah cara yang paling mudah untuk mendapat pendapatan ketika ini. Diharap pihak EXCO boleh memikirkan sesuatu untuk kesinambungan ke arah kerjaya yang lebih baik buat anak-anak muda ini.

Seterusnya, urusan sampah di Selangor. Tuan Timbalan Speaker dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Selangor mengeluarkan sampah sebanyak 8,000 tan sampah sehari. Manakala 6,500 tan diuruskan oleh pihak KDEB Waste Management. Ini bermakna setahun, Selangor mengeluarkan sebanyak 2.92 juta tan sampah setahun. Dan ini cukup tinggi untuk membina sebuah bukit sampah. Dengan populasi penduduk Selangor yang sentiasa dan semakin meningkat setiap tahun, maka penjanaan sampah dan volume sampah ini juga sentiasa terus meningkat. Saya difahamkan, pihak KDEB Waste Management, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri selaku konsesi menerima bayaran yang sangat rendah berbanding dengan Alam Flora di peringkat persekutuan, iaitu under raid, dengan izin. Maka dengan itu pihak kontraktor menerima bayaran yang lebih rendah untuk menguruskan sampah harian yang sangat bayak, yang ada di seluruh di negeri Selangor. Namun pembersihan dan kutipan sampah masih perlu di uruskan. Dengan bayaran purata sebanyak RM7.00 per unit premis sebulan. Kutipan 3 kali seminggu, empat minggu sebulan. Dan bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor jatuh kepada 0.58 sen setiap kutipan. Itu average. Ada kontraktor yang mendapat serendah RM5.00 seunit, per unit premis. Untuk apa ni, menguruskan sampah ini. Jadi itulah harga yang perlu diterima oleh pihak kontraktor dan bayaran yang rendah untuk kutipan kerja-kerja pembersihan di zon masing-masing. Manakala, apabila kontraktor ini mendapat bayaran yang rendah, maka kitaran yang seterusnya adalah pemberian gaji ataupun upah kepada para petugas pembersihan sampah, pekerja pembersihan ini juga adalah kecil. Sedangkan mereka juga perlu menyara kehidupan keluarga serta pendidikan anak-anak. Jadi saya menggesa kepada pihak Kerajaan Negeri, agar berlaku adil kepada KDEB Waste Management, kontraktor dan pekerja pembersihan ini. Berilah harga yang sepatutnya. Berilah harga yang lebih sedikit daripada yang mereka terima ketika ini. Saya juga menggesa pihak Kerajaan Negeri agar mengkaji semula nilai yang perlu dibayar kepada pihak KDEB Waste Management dan pihak kontraktor. Dan seterusnya mengkaji juga bayaran upah para pekerja pembersihan agar setimpal dengan kerja mereka. Kerja mereka adalah “Keep Selangor Clean”. Dan para pekerja ini, mereka bergelumang dengan sampah terdedah dengan segala macam kekotoran, bakteria, virus, toksin, racun, bahan kimia yang membahayakan kesihatan mereka. Saya menggesa agar juga, diperketatkan SOP dari segi pemakaian oleh para pekerja kutipan sampah ini, dengan pakaian bekerja yang betul dan sesuai, memakai pelitup muka dan menggunakan sarung tangan. Ini demi kesejahteraan dan kesihatan Malaysia kerana bila kita lihat para pekerja kutipan sampah ini memang mereka alpa, mereka tidak menggunakan pelitup muka, mereka angkat sampah-sampah yang kotor ini dengan tangan yang apa ini bare sahaja. Jadi, kita mahu SOP ini dilaksanakan terhadap para petugas kutipan sampah untuk menjaga kesejahteraan mereka.

Timbalan Speaker, seterusnya tentang infra. Saya memohon untuk dilihat di Sementa iaitu di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar yang mana jalan ini cepat rosak, kerana apa, kerana Jalan Iskandar ini adalah antara jalan laluan utama lori-lori KDEB ke landfield di Jeram. Ya almost, kalau kita duduk di tepi-tepi jalan itu, di kedai kopi di tepi Jalan Iskandar ini, kita akan lihat setiap 5 minit akan lalu lori KDEB membawa

sampah untuk di bawa ke Jeram. Orang apa maknanya, penduduk di Kampung Bukit Kapar bukan tidak benarkan ya laluan ini. Dibenarkan kepada lori-lori KDEB ini, tetapi minta agar pihak Kerajaan Negeri melihat jalan itu supaya ia nya mungkin di naik taraf menjadi lebih kukuh, lebih kuat agar dapat sama-sama digunakan oleh penduduk dan juga sekiranya KDEB terus melalui jalan tersebut tiada masalah. Seterusnya, saya juga ingin akhir, saya ingin menyebut tentang pembangunan benteng pantai. Kerajaan Negeri perlu menaikkan ketinggian benteng-benteng di persisiran pantai terutamanya di DUN Sementa yang telah pun dikenal pasti antaranya di Kampung Tok Muda, di Sungai Serdang, di Kampung Sementa, Sungai Keramat, Batu Empat dan Perepat. Benteng-benteng ini adalah setinggi 5.5 meter sahaja sedangkan bila berlaku fenomena air pasang tinggi seperti pada 16, 17 dan 18 Oktober yang lepas yang dijangka air pasang tinggi akan mencecah 5.8 meter dan ia akan melepasi ketinggian benteng tersebut. Maka saya mohon agar EXCO melihat perkara ini untuk mungkin ditinggikan benteng-benteng ini supaya ia nya dapat menyelamatkan rakyat dan penduduk yang ada di sebalik benteng ini. Jadi saya kira itu yang Sementa ingin maklumkan dan dengan ini Sementa menyokong Belanjawan Selangor 2021. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Bahasa Arab. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bahasa Arab. Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberikan keizinan kepada Kota Damansara untuk terlibat dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, dalam pembentangan ucapan Belanjawan pada 30 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada menyatakan bahawa setakat Julai tahun ini sejumlah 745,000 penganggur kini di Malaysia dan adalah tertinggi dalam tempoh 30 tahun dan di Selangor ini mencatat kadar kehilangan pekerjaan ataupun loss of employment yang tertinggi di Malaysia dan di kalangan negeri-negeri lain. Walaupun kita tahu usaha-usaha Kerajaan Negeri ataupun Pusat menyediakan berbagai-bagai strategi dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran. Namun angka ini bertambah bulan demi bulan. Kalau ikut kajian daripada PERKESO ini sendiri, tahun ini sahaja kalau tidak ditangani masalah ini, kita ada hampir 100,000 kehilangan pekerjaan dan angka ini akan dikira lebih kurang 10,000 kehilangan pekerjaan. Ini latest apa ini statistik terkini dan kita juga maklum banyak syarikat-syarikat yang terpaksa tutup kerana masalah kos dan sebagainya dan apabila ditutup ini akan menjadi masalah pekerjaan.

Timbalan Speaker, hari ini kita ada dengar juga baru-baru ini, ini berita daripada berita Sinar, MTUC masih terima aduan majikan paksa pekerja cuti tanpa gaji pun masih ada dan ini antara perkara-perkara yang dilakukan oleh majikan dalam kononnya usaha untuk mengawal operasi syarikat. Rata-rata syarikat mengatakan kita berdepan dengan masalah COVID. Timbalan Speaker, kita tidak nafikan bahawa banyak syarikat sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan pekerjaan, bilangan

pekerja tetapi jangan lupa ada juga syarikat-syarikat ini yang berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bilangan pekerja. Apa yang akan berlaku bila ramai pekerja diberhentikan maka akan bertambah kadar pengangguran dan kita kena ingat bahawa bilangan pengangguran yang paling besar di Malaysia adalah di Negeri Selangor ini sendiri dan apabila seseorang itu berhenti kerja dan menganggur di belakang beliau bukan sahaja beliau, anak, isteri, kaum keluarga dan mereka ini akan merana. Dalam ikut PERKESO punya rekod loss employment, Selangor yang paling tinggi macam yang saya sebutkan tadi. Punca utama lost employment adalah company downs rising. Penutupan perniagaan antaranya VSS, MSS terutama dalam bidang pembuatan dan kebanyakan mereka-mereka ini yang diberhentikan kerja adalah mereka yang bergaji bawah RM3,000 sebulan.

Tuan Speaker, kehilangan pekerjaan akan mendatangkan beban kepada keluarga itu sendiri dan akhirnya akan mendatangkan masalah sosial kepada masyarakat. Kita tahu isu kerja ini isu yang paling utama. Isu global, di Selangor paling utama. Jutaan di Amerika, jutaan kehilangan pekerjaan. Walaupun di Malaysia ini kita ada peruntukan-peruntukan tertentu, Akta-Akta tertentu untuk membela kaum pekerja. Contohnya, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959. Semua Akta-Akta ini memang wujud, memang ada. Namun ada juga majikan-majikan yang terus menganiayai kaum pekerja. Tuan Timbalan Speaker, kenapa ini berlaku? Kerana ada syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan macam yang sebutkan tadi untuk membuat kaum pekerja. Saya bagi contoh, baru ini Syarikat AEROD contohnya. Gaji bulan September dibayarnya 15 hari bulan Oktober. Ini terang-terang melanggar Akta Kerja 1955 yang sepatutnya gaji dibayar sebelum 7 hari bulan. Begitu juga pembayaran overtime. Ada syarikat-syarikat yang tidak dibayar, tidak membayar kepada pekerja walaupun mereka ini telah bertungkus-lumus bekerja dan termaktub dalam perjanjian bersama yang telah dipersetujui ada juga majikan-majikan yang sanggup menganiayai kaum pekerja. Kalau contohnya dalam payslip mereka tertulis bayaran KWSP, bayaran PERKESO, bayaran SIP, PCB ditulis gajinya telah dipotong tapi kalau ikut rekod di badan-badan KWSP, PERKESO tidak menunjukkan bahawa potongan telah dilakukan. Timbalan Tuan Speaker, memang kita berdepan dengan COVID, tetapi kita harus berhati-hati kerana ada majikan-majikan yang menggunakan kesempatan ini menganiayai kaum pekerja, tidak berlaku keadilan kepada pekerja akhirnya mereka ini dibuang kerja. Timbalan Tuan Speaker, itu satu contoh syarikat. Ada juga contoh syarikat lain yang berlaku perkara yang sama. Timbalan Speaker, contohnya Syarikat KP Technic Sdn Bhd di dalam Negeri Selangor, United Industries Sdn Bhd di Negeri Selangor. Oriental Summit Industries Sdn Bhd dan lain-lain lagi. Timbalan Tuan Speaker, kalau isu pemberhentian pekerja ini kita tidak tangani, maka akan ada lambakan lagi pekerjaan, kita mungkin kata kita wujudkan banyak peluang pekerjaan tapi tidaklah semudah itu. Kalau kita jumpa orang yang berhenti bekerja, diberhentikan pekerjaan carilah kerja, kerja banyak 20,000 – 30,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Tetapi Tuan Speaker, Timbalan Tuan Speaker, tidaklah semudah itu untuk satu orang itu tukar kerja, ambil kerja yang lain. Kerana mungkin kita kata kita boleh up skilling, cross skill, new skill. Kalau mereka-mereka ini di kalangan kaum pekerja yang ada specialized skill dan umurnya hampir dah 50-60 tahun, siapa yang nak ambil kerja? Tak ada orang yang nak ambil kerja. Susah. Susah nak ambil kerja, kalau kena buang kerja merana dia. Masuk Jabatan Perhubungan Perusahaan, lepas itu nak tunggu lagi pergi mahkamah. Berbulan-bulan mereka ini akan merana. Apa yang saya ingin sebutkan pendekatan yang mungkin kita boleh lihat Timbalan Tuan Speaker ialah sebelum pekerja itu dibuang kerja. Prevention is better than cure, of course prevention apa? Mengelakkan mereka ini daripada dibuang kerja. Jangan kita tunggu mereka ini telah dibuang kerja maka kita nak menyediakan peluang kerja. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan banyak peluang pekerjaan, peringkat pusat begitu juga. Tetapi tidak semudah itu dan saya teringat 2 tahun yang lepas Kerajaan Negeri Selangor ada memikirkan tentang Institut Pembudayaan Pekerja. Itu satu benda yang baik dan bagus. Kerana apabila wujudnya institut tersebut, maka ini menjadi pemudah cara ataupun group untuk berinteraksi di pihak-pihak yang berkepentingan, antaranya kita boleh wujudkan interaksi di kalangan majikan pekerja dan kerajaan.

Timbalan Tuan Speaker, contohnya MTUC amat menggalakkan, amat mengalu-alukan kewujudan institut pembudayaan pekerja dan saya mengharapkan supaya usaha pembudayaan pekerja ini dapat diteruskan dan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah wujudkan satu portfolio pembudayaan pekerja. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor sangat-sangat prihatin kepada golongan pekerja, syabas , tahniah dan saya rasa dalam seluruh negeri di Malaysia ni tak ada negeri lain yang wujudkan pembudayaan pekerja. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan diketuai Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya harap dengan kita mewujudkan institut pembudayaan pekerja ini, maka kita dapat menghubungkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menangani masalah tak ada kerja, hilang kerja, pengangguran dan sebagainya. MBF, CUEPACS, FMF, MIS boleh digabungkan dan duduk bersama memikirkan bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah pengangguran supaya jangan dia menganggur dulu baru kita cuba nak selesaikan masalah. Timbalan Tuan Speaker saya berharap dengan wujudnya Institut Pemerdayaan Pekerja ini harap perjalanan institut tersebut dapat berjalan dengan telus dengan sikap bertanggungjawab demi menjaga golongan pekerja di Negeri Selangor. Timbalan Tuan Speaker, saya akan seterusnya ke topik yang lain yang menjurus kepada Kota Damansara itu sendiri. Tiga tahun yang lalu, kerajaan negeri ada mengisytiharkan bahawa ada dua masjid akan dibuat di Kota Damansara. Saya agak terkilan baru-baru ini apabila dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut ada 809 masjid akan dibina siap tahun depan tapi tidak satu pun disebut tentang masjid di Kota Damansara. Jadi saya agak risau kerana dua masjid tersebut iaitu Masjid Kota Damansara 2 dan Masjid Subang Bestari. Jadi saya harap sekiranya perjalanan pembinaan masjid ini tidak dapat dibuat atas sebab-sebab tertentu saya harap sangat pihak kerajaan negeri dapat membantu

supaya kedua-dua masjid ini dapat dibina dan COVID memang COVID ni dia memang tak kenal orang punya. Kalau kita kata dia berhenti kerja berhenti kerja boleh orang sebut kita boleh suruh berhenti kerja syarikat tutup tapi masalah kematian ini tak boleh berhenti ya. Ada COVID ke tak ada COVID ke semua orang mati. Ada yang mati. Kalau di Kota Damansara tu boleh setiap minggu setiap bulan ada orang mati. Saya nak hubung kaitkan dengan perkara tentang tanah Perkuburan di Pusara Aman Kampung Melayu, Subang. Ini isu yang agak lama dibangkitkan oleh penduduk. Ya kalau ikut jangkaan sekarang ini Tanah Perkuburan Pusara Aman tu tahun ini dah penuh sebab mati sentiasa ada walaupun ada COVID tak ada COVID. Jadi saya harap pihak kerajaan negeri dapat melihat semula bagaimana tapak tambahan Tanah Perkuburan Pusara Aman dapat dibesarkan dan sebagai gantian. Lagi satu ialah Persiaran Atmosfera agak lama saya dah sebutkan sebelum ini dah ramai yang mati tiga, empat, lima orang dah mati. Memang projek memang nak selesaikan saya harap mungkin kita nak dapat ketetapan bilakah sebenarnya persiaran atmosfera dapat diselesaikan? Dan juga KISS. Masalah KISS ni syarat dia, dia kena ada tanggungan 18 tahun. Jadi kalau tak ada tanggungan 18 tahun dia tak boleh. Dia keluar daripada skop KISS tadi. Jadi saya harap 18 tahun yang ditanggung ke bawah. Ya, 18 tahun ke bawah. Ya, terima kasih. Jadi saya harap kita boleh ubah dasar ini supaya ditambah daripada 18 tahun kepada 21 sebab lepas 18 tahun dijangka dia bekerja jadi tak perlu ditanggung tapi namun perlu ditanggung kalau boleh kita tambahkan daripada 18 kepada 21 tahun. Timbalan Tuan Speaker, sekarang new normal. Semua new normal kita ada peruntukan yang di dua tiga...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak betulkan..

Timbalan Speaker

Ringkaskan.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Dua tiga dua tiga bilion saya harap...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Minta mencelah sikit

Timbalan Speaker

Kota Damansara, ringkaskan.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Nak mencelah sikit.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Ya. Ok. Tak ada masa lagi.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kami dengar dua kali panggil Tuan Timbalan Speaker. Timbalan Tuan Speaker.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Timbalan Tuan Speaker ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tuan Timbalan Speaker. Terbalik tu..

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Timbalan Speaker. Maaf. Terima kasih. new normal peruntukan 2.323 bilion. Inilah masa untuk kita belanja pun. Lainlah kalau kerajaan kita tak ada duit nak bankrap ke atau sebagainya kita ada lagi mungkin risau untuk kita gunakan. Saya harap peruntukan kemasyarakatan. Peruntukan untuk rakyat ditambahkan sewajarnya untuk semua wakil rakyat, tak kesah la belah sini ke belah sana. Untuk tempoh COVID ni. Tempoh COVID dia sampailah masalah COVID ni lega. Itu mungkin ini satu, saya harap peruntukan itu ditambahkan kepada wajar yang sepatutnyalah. Sponsor yang telah ada dan me..

Timbalan Speaker

Kota Damansara, ringkaskan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Mencelah boleh.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Dan hmmm dah merah ni. Dan juga.

Timbalan Speaker

Masa dah tamat Kota Damansara. Ayat terakhir.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Saya nak tutup ni saya nak habiskan pantun je habis cerita. Ok boleh ya.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Ok ok.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Apa nak mencelah fasal apa?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Ha terima kasih Kota Damansara kerana telah membangkitkan isu yang begitu sensitiflah bagi saya pihak pembangkang ni. Ataupun apa yang kita maklum pihak kerajaan pusat ada menyalurkan lebih 15juta kepada kerajaan negeri sungguhpun dalam keadaan pembangkang negeri pembangkang. Tapi atas usul yang Kota Damansara tadi atas keprihatinan kerajaan negeri pada pihak pembangkang saya rasa benda ni saya rasa terima kasihlah. Rakaman terima kasih.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Ok Timbalan Yang Timbalan Tuan Speaker. Ya sebab COVID tak kenal pembangkang ke kerajaan sama je semua jadi kita harap kerajaan negeri dapat pertimbangkan tambahan peruntukan kemasyarakatan ataupun rakyat. Saya akhiri dengan sedikit pantun :

COVID-19 kita pasti akan hadapi, Bajet Selangor lima strategi diberi, Masalah pekerja penganggur sama-sama kita atasi, Demi maju bersama, Itulah slogan kami.

Kota Damansara menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Kampung Tunku. Terlebih dahulu tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan seluruh warga penjawat awam atas usaha sepanjang tahun 2020 ini terutamanya sejak mulanya perintah kawalan Pergerakan PKP pada bulan Mac. Dalam musim pandemik jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Pusat Khidmat Ahli-ahli Dewan masih menabur bakti kepada rakyat Selangor. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO Pejabat Setiausaha Dewan Selangor Task Force for Covid-19 dengan izin, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas perancangan dan pelaksanaan yang responsif bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin satu, dua, tiga dan Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 yang dibentangkan di sidang Dewan pada bulan Julai. Yang paling penting, bantuan itu sampai bukan macam kerajaan persekutuan yang kes yang terakhir semasa maha siswa terkandas akibat keputusan bercelaru oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada akhir bulan September. Mungkin menteri terlalu sibuk main ‘tiktok’. Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan yang menawarkan bantuan pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman, bantuan makanan dan bantuan berupa pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu yang pertamanya kesihatan mental. Manusia secara fitrahnya merupakan makhluk sosial. Kita memperoleh keyakinan diri dan kepuasan daripada interaksi dan persaudaraan antara satu sama lain. COVID-19 telah mendatangkan kekangan, cucu tidak berani melawat datuk nenek kerana warga emas lebih berisiko mendapat COVID-19. Keluarga tidak dapat berkumpul dan saling melawat semasa musim perayaan. Tekanan ekonomi termasuk potongan gaji, pembuangan kerja dan juga kekeliruan terhadap SOP PKP yang mewajibkan semua duduk di rumah kecuali menteri telah mendatangkan tekanan mental kepada rakyat. Statistik kebangsaan melaporkan semasa tempoh PKP daripada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 sebanyak 78 kes bunuh diri berbanding 64 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Sejak tahun 2018 kerajaan negeri Selangor menjadi perintis dengan memberi peruntukan bagi tujuan kesihatan mental. Kampung Tunku juga telah membahaskan isu ini dalam ucapan belanjawan 2019 dan 2020. Oleh itu, saya sedikit bimbang apabila kesihatan mental tidak disebut dalam ucapan dasar belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan saya berharap agar komitmen kerajaan Negeri Selangor selama ini sejak 2018 terhadap kesihatan mental akan berterusan dan diperluaskan lagi. Yang kedua, Selangor Innovation Fun. Kampung Tunku amat mengalu-alukan pembentukan Selangor Innovation Fun. Dan saya ingin cadangkan agar terdapat kuota bagi Social Entrepreneurship Start Up dengan izin ataupun Start Up Keusahawanan Sosial dalam RM100juta yang diperuntukkan oleh

SIF. Contohnya dalam lingkungan 25% ataupun 30% atau yang difikirkan munasabah oleh Kerajaan Negeri. Sejak PKP ni ramai start up keusahawanan sosial yang telah mengepalai pelbagai inisiatif ‘kita jaga kita’ contohnya ‘The Asli Co’ dengan izin dia membantu para ibu Kampung Orang Asli Serendah dan Kampung Orang Asli Sungai Buloh menjana pendapatan telah membantu saya di DUN Kampung Tunku untuk membekalkan cecair pencuci tangan kepada Balai Polis Sea Park. Maker space dengan izin, mereka telah menggembleng tenaga dan teknologi 3D printing dengan izin dengan NGO-NGO yang lain untuk menghasilkan 20,340 pelindung muka ataupun face shield dengan izin untuk petugas barisan hadapan. Saya percaya selain memacu transformasi negara pintar 2025 dan menjana enjin pertumbuhan ekonomi baru negeri, SIF Selangor Innovation Fund ini berpeluang mewujudkan satu virtual cycle dengan izin di mana Start Up Keusahawanan Sosial dapat menyumbang balik dalam isu kebajikan rakyat. Ketiga, program KISS ibu tunggal ataupun KISS IT. Tahniah kerajaan negeri kerana responsif kepada dapatan kajian Institut Wanita Berdaya, IWB dengan mewujudkan kuota 5,000 orang penerima khusus untuk ibu tunggal. Namun jangan kita lupa tentang ibu tinggal. Iaitu golongan ibu yang sendiri yang menyara anak tetapi tidak melalui proses penceraian lalu tiada sijil penceraian yang biasanya digunakan sebagai cara pengesahan status ibu tunggal. Saya berharap kerajaan negeri akan mewujudkan sedikit kelonggaran dari segi semakan supaya tiada yang tercicir. ‘No single mother is left behind’ dengan izin. Yang keempat, food bank kanak-kanak RM1juta. Pada tahun 2017 adalah perang UNICEF dengan tajuk dengan izin ‘Children Without: A Study In Urban Child Poverty In Low Cost Flat In Kuala Lumpur’. Yang telah mendedahkan isu malnutrisi ataupun kekurangan zat di kalangan kanak-kanak flat PPR di sekitar Lembah Klang. Dan saya masih ingat pada waktu itu kajian itu diremeh-temehkan oleh mantan Menteri Pendidikan Barisan Nasional. Tuan Speaker Dewan Rakyat pada masa itu pula menolak usul untuk bahas laporan itu di Parlimen atas alasan tiada keperluan mendesak dan bukannya melibatkan kepentingan awam. Maka saya bersyukur kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1juta untuk program Food Bank Kanak-Kanak demi memastikan kesihatan kanak-kanak Selangor terjaga sejak kecil supaya mereka dapat zat yang secukupnya dan dapat fokus di sekolah supaya beban ibu bapa diringankan dalam musim pandemik ini. Namun saya berharap kerajaan negeri dapat memberi pencerahan tentang kelayakan dan juga pengagihan program ini supaya ia dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mengelakkan pertindihan dengan program kebajikan lain. Yang kelima, Pembangunan Sukan. Dalam usaha pembangunan sukan negeri Selangor saya berharap kebajikan atlet akan terus dijaga terutamanya dalam musim COVID-19. Sesetengah daripada atlet kami telah berkorban dari segi pendidikan dan juga peluang kerjaya untuk fokus kepada sukan. Saya ingin kongsi cerita sikit misalnya Pasukan Ragbi Wanita Selangor yang amat saya kasihi telah kehilangan beberapa orang pemain sebab tekanan ekonomi Covid-19 ini dan pengurus pasukan telah datang jumpa saya dan bentangkan pelan pembangunan untuk pasukan SUKMA pada tahun depan. Dan beliau membawa dua versi belanjawan, satunya di mana beliau dan coach-coach dengan izin tidak mengambil sebarang elaun. Dan saya kira ini satu komitmen dan pengorbanan yang tidak asing kepada pengurus dan

atlet sukan yang lain. Oleh itu saya harap kebajikan atlet akan diambil kira secara holistik termasuk pasukan dan liga akar umbi. Yang terakhir, mengenai isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Di sini saya harus menyatakan kebimbangan saya terhadap penyahwartaan ataupun proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Tanah merupakan denyut nadi orang asli selain menjadi sumber hidup masyarakat di sana, Hutan Simpan Kuala Langat Utara juga menjadi tempat mengebumikan nenek moyang mereka. Di negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Perikatan Nasional ataupun Muafakat Nasional. Apa mereka panggil pakatan itu misalnya di Kelantan, orang aslinya menderita kerana masalah tanah. Sebagai seorang yang amat terlibat dengan usaha outreach dengan masyarakat orang asli di semenanjung dan orang asal di Sabah dan Sarawak, (dengan izin) I cannot in good conscience stay silent, I cannot (dengan izin). Kekalkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seperti sedia ada dan dilindungi hak dan adat orang asli.

Akhirnya, saya imbas kembali, sebelum PRU 14 ada iklan di surat khabar tentang Skim Peduli Sihat dengan slogan (dengan izin) best in Malaysia, only in Selangor. saya percaya Belanjawan 2021 masih membawa semangat itu pada hari ini. Dengan membina daya tahan negeri kita semoga rakyat Selangor yang berbilang kaum dan agama maju bersama.

“Bunga melur dan bunga mawar Harum baunya jadi pilihan ramai Belanjawan membina telah ditawar Didoakan bermanfaat rakyat yang damai”

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kampung Tunku mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Saya silakan, Sabak.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, dua hari kita bersidang, saya nampak dewan ini nampak kurang ceria. kurang ceria. Tidak banyak hilai tawa, yang hanya ada muka-muka yang sangat serius. Apakah ini kita ada tanda-tanda masalah mental? Jadi untuk menceriakan sedikit suasana petang ini saya mulakan dengan pantun.

“Di depan Malawati, di kanan Subang Jaya Rasa bahagia diapit jelitawan Sudah dua penggal tidak berbicara Izinkan saya membahas Belanjawan”

Raja Shah Jahan membina Taj Mahal untuk menunjukkan rasa kasih dan cintanya kepada Taj Mahal. Laila dan Majnun sanggup menderita demi menunjukkan rasa cinta mereka berdua. Itulah salah satu daripada contoh orang yang bercinta sanggup

melakukan apa sahaja kepada orang yang dicintai dan disayangi. Alhamdulillah, kita ada abah kita, sungai Tua yang sangat mencintai seluruh rakyat Selangor. Dengan membentangkan satu Belanjawan yang saya umpamakan sebagai hidangan yang lazat yang boleh dinikmati oleh semua golongan, orang kaya, orang miskin, orang sihat, orang sakit, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Belanjawan ini yang saya sebut tadi menunjukkan rasa cinta abah kita Sungai Tua kepada rakyat Selangor. Selepas dibentangkan, abah kita beri peluang kepada ADUN Kerajaan, ADUN Pembangkang termasuk ADUN Bebas untuk membahas. Tidak seperti abah mereka, belum belanjawan di bentang tetapi sudah rasa takut untuk di bentang dan di bahas. Akhirnya ADUN Kerajaan, ADUN Pembangkang termasuk ADUN Bebas memberi cadangan menambah baik dan mengkritik. Saya yakin akhirnya Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar akan menjadi yang terrrr...baik. sebab saya jawa jadi ter... nya itu agak panjang. Untuk seluruh rakyat Selangor.

Pepatah jawa ada menyatakan “alon-alon waton kelakon” nasib baik Tuan Speaker tidak ada, kalau dia ada dia faham. Maksudnya berhati-hati melaksanakan sesuatu supaya hasilnya sempurna. RM2 323 0000.00 diperuntukkan untuk Belanjawan 2021 mesti dilaksanakan alon-alon waton kelakon (dengan izin) dengan penuh berhati-hati dalam keadaan rakyat yang tertekan. Saya minta tidak ada satu sen pun Belanjawan ini disalahgunakan. Kerana setiap sen yang kita belanjakan amat diperlukan oleh rakyat Selangor yang sedang menghadapi pandemik COVID-19. Pada mereka yang bertanggungjawab ke atas Belanjawan ini, ingat kami bagi peringatan, Dewan Yang Mulia ini bagi peringatan sekiranya satu sen pun tuan-tuan salah gunakan duit bajet ini kami akan tuntut di akhirat nanti. Sebab itu setiap projek pasti menetapi justifikasi yang ditetapkan.

Saya kesian dengan Pelabuhan Klang, saya kesian dengan Meru, saya kesian dengan Jeram. Pagi, petang, siang, malam seolah-olah dia ini sebagai penyelia projek, penyelia sampah. Saya dulu pernah seperti mereka. Malam-malam saya simen jalan, saya tebas jalan, saya kejar anjing, saya mandi padi. Orang kata ADUN Sabak sudah gila dan ada mental. Tetapi setelah saya terkena sikit sakit jantung, saya berhentikan. Tapi rakyat bertanyakan kenapa YB Sabak tidak seperti dulu? Jadi, di Dewan Yang Mulia ini semua jabatan ada. Saya menyusun jari memohon supaya semua jawatan, semua ketua jabatan melaksanakan semua projek dijalankan dengan baik. Tidaklah! selepas ini saya tengok Meru buang sampah, Pelabuhan Klang menyimen jalan, apa... Jeram memancing ikan keli di lubang. Memadai lah! mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas dengan baik.

Yang kedua, pepatah Melayu ada menyatakan: “sirih naik junjungan patah” saya rasakan Templer lebih tahu maksudnya. Tapi tak apa saya baca. Baru mendapat kesenangan tiba-tiba mendapat bencana pula. Tepat sangat pepatah ini. Dalam keadaan rakyat semuanya mempunyai pekerjaan. Dalam keadaan perniagaan semakin maju peniaga-peniaga kecil semakin maju perniagaannya, tiba-tiba datang

bencana COVID 19, ramai hilang pekerjaan. Peniaga kecil ramai yang gulung tikar, perniagaan besar ada juga yang tutup. Termasuk juga Malindo Air, saya kesian dengan pramugari yang cantik jelita yang kehilangan pekerjaan. Sebab itu untuk Belanjawan kali ini yang tidak penting untuk rakyat saya minta supaya digugurkan, sebagai contoh Sukan SUKMA tahun hadapan. Jika tidak memberi manfaat kepada Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor saya mohon kita tarik diri dari SUKMA tahun hadapan. Dan kewangannya yang ada, kita bantu rakyat kita yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. saya tahu kesusahan berniaga, saya juga pernah berniaga. Saya berniaga sebelum menjadi Ahli Yang Berhormat. Saya berhutang dengan Hijrah. Sampai sekarang hutang saya tidak habis. Selepas berlaku pandemik COVID 19, agak sukar saya hendak bayar hutang saya kepada Hijrah. Saya minta atas kasih sayang Yang Amat Berhormat Sungai Tua supaya hutang peniaga-peniaga kecil kepada HIJRAH yang perniagaannya yang sudah gulung tikar supaya dimansuhkan, dikira sedekah dan halalkan sahaja. Perniagaan mereka sudah tidak ada. Jual pisang goreng sudah tutup, jual mentarang sudah tutup. Betul Sungai Panjang, ada sudah tutup. Bagaimana kita hendak tuntut hutang kepada mereka yang perniagaan yang sudah gulung tikar? Atas rasa kasih sayang kepada peniaga-peniaga kecil yang sudah gulung tikar ini, saya minta yang ada hutang HIJRAH itu kalau boleh dimansuhkan. Kalau tidak boleh pun, di potonglah 50% untuk dibayar.

Yang ketiga, melentur buluh biar dari rebung. Saya menyampaikan salam peminat sepak takraw negeri Selangor, EXCO Belia Sukan ada, saya juga walaupun badan semontel ini kalau diberi bola untuk digulung, insyaallah. Kalau bukan lipat pari, lipat apa keli jadilah! pasukan Sepak Takraw Selangor yang masuk HPL Selangor Best Turn saya amati, saya minat tu, pemain Selangor ini umurnya 35 tahun ke atas. Feeder nya 35, killer nya 36, tekongnya je 32. Sekiranya kita ada bajet untuk membina bakat baru sukan. Di mana bakat baru sukan yang kita ada? Bila kita tengok live dekat Astro Selangor lawan Pahang ker, Selangor lawan Penang, memang pasukan kita belasahan. Jadi saya bercadang oleh kerana di Sabak Bernam itu ramai bakat-bakat sepak takraw jadikanlah Sabak Bernam sebagai pusat penubuhan tunas-tunas bakat sepak takraw di negeri Selangor. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan.

Seterusnya, lembu berpegang pada tali dan manusia berpegang pada janji. kita Wakil Rakyat masa berkempen pilihan raya bermacam-macam kita janji. Banyak janji saya yang tidak tertunai antaranya ialah potongan padi daripada 20% dikurangkan kepada 18% atau 19%. Orang sawah marah saya, sudah dua tahun setengah Mustain berjanji bagi potongan padi akan dikurangkan tetapi potongan padi, YB Sungai Panjang mencecah berapa? sehingga 28 sampai hingga 30% juga potongan. Jadi saya mintalah, ini bukan kuasa EXCO pertanian. Saya minta yang di sebelah, sana kirim salam pada Menteri Pertanian yang baharu, minta supaya potongan padi memadainyalah dikekalkan 20% ada yang sampai 28%, ada yang teruk sampai 30%.

Untuk akhirnya, biduk berlalu kiambang bertaut. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar kerana menerima saya

sebagai ahli PKR. Kepada Tuan Haji Mat Sabu, pada Pandan dan pada Seri Serdang dan seluruh pimpinan Amanah, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi tumpang kasih kepada saya selama ini. Anggaplah tadi biduk berlalu kiambang bertaut, saya mengaku ada kesalahan, saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan amanah terutamanya di Sabak Bernam. Kembalilah kita bertaut dengan ini saya menyokong Belanjawan yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar 2021.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Ijok.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker memberi peluang untuk Ijok membahas Belanjawan Negeri Selangor 2021. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar dan pasukan EXCO beliau yang telah membentang suatu Belanjawan Negeri Selangor yang komprehensif semasa negara dan negeri menghadapi penularan wabak Covid-19. Oleh sebab COVID-19 Yang Berhormat sekalian, keadaan sekarang telah bukan seperti dulu kita terpaksa mengamal norma yang baharu bukan macam dulu, jadi kita kena tukar cara pemikiran cara pengurusan yang sesuai untuk menghadapi masalah sekarang. Ini yang ke kadang susah kita nak tukar sebab kita dah ada fix mind tentang pengurusan tentang kita. Jadi banyak perkara-perkara telah dibangkit oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat di Dewan ini. Saya tak mahu menyentuh pada semua, semua sama sebab oleh sebab COVID-19 ini keadaan berubah dan masyarakat menderita lagi-lagi dari segi pekerjaan, pelajaran, kesihatan, pendidikan, peniaga-peniaga banyak telah dihuraikan oleh sahabat-sahabat saya pada hari ini dan semalam. Yang Berhormat sekalian, apa yang saya nak katakan ialah tiap-tiap kita belanja, seringgit ataupun sepuluh sen, sekarang kita mestilah tumpukan kepada masalah-masalah yang telah ditimbulkan oleh COVID-19 apa yang telah banyak dikata iaitu penghilangan pekerjaan dari segi masalah pendidikan peniaga-peniaga kecil yang B40 bukan usahawan-usahawan yang besar-besar, mereka masih boleh makan di rumah. Ada kereta besar, ada tv, tetapi kita kena prihatin pada peniaga-peniaga B40 dan juga kumpulan yang M40 yang bekerja yang hilang kerja, ini yang amat penting. Jadi saya haraplah Belanjawan kita, kita kena beri prioriti keutamaan kepada hendak selesaikan masalah-masalah mereka ya. Apa masyarakat mahu ialah hidup sihat, selesa, sejahtera dan selamat. Inilah satu benda yang sepatutnya Negeri Selangor beri tumpuan, saya tidak mahu katakan cerita lagi banyak tentang apa yang telah dikatakan, tapi satu persatu yang saya hendak ringkaskan ialah keperluan asas manusia apa yang selalu jadi masalah dalam sebulan ini ialah air bersih. Mereka buka paip, rakyat buka paip dia tak mahu tengok buka paip kosong atau pun air keruh dan masalah ini banyak berulang kali ialah masa musim kemarau, masalah kita buka paip tak ada air because tak ada air, tapi alhamdulillah kita ada HORAS 600, kita ada Langat 2 untuk mengatasi masalah ini, tetapi masalah baru pencemaran, pencemaran bukan benda yang baru Yang Berhormat sekalian, ialah masalah lama tetapi kita ada undang-undang kita ada peraturan macam misalnya, sebuah kilang nak buka mesti ada dia punya SOP dia. Satu kilang dia mesti

ada unit dipanggil WWTP Waste Water Treatment Plant sebelum sisa di discharged dikeluarkan, mereka kena pantau sebelum dia masuk longkang. Kita ada tiap-tiap kilang sebelum nak diberi kebenaran lesen ada itu semua. Tetapi kenapa masalah ini masih berlaku, itulah kita sekarang kena prihatin ataupun tengok tentang keperluan meningkatkan pemantauan bagaimana pencemaran boleh berlaku? Kita tengok kita simple gambaran kita ada saluran air dari sungai, air itu akan mengalir ke loji dan loji itu akan proses air, air kita dapat air untuk masyarakat yang penting is the end result, kenapa sekarang tak, sedang berlaku sering berlaku buka paip tak ada air bersih. Jadi kita tahu agensi yang jaga air JAS Jabatan Alam Sekitar, PBT ya menentukan air masuk ke loji yang bersih dan juga loji perlu dimantau mengeluarkan air yang bersih, tapi kerana walaupun keluar air bersih, air itu tak sampai ke paip sebab sering berlaku paip pecah. Jadi kita kena tengok dari seluruhnya agensi-agensi yang sepatutnya ya, mengeluarkan air di paip itu sepatutnya kena bekerjalah corporate among each other jadi taklah masalah ini timbul. Saya nak tanya Kerajaan Selangor mereka jumlah lebih kurang 60 juta tentang nak menguruskan air Negeri Selangor pada tahun depan. Adakah kita gunakan cara-cara baru yang telah digunakan oleh negara-negara maju? For example kenapa negara-negara jiran kita Thailand, Singapura boleh mengatasi masalah ini. Saya ucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan meluaskan french of river ya untuk memantau, beli dron tengok ada polution ke pencemaran ke? Ini semua kena menggunakan main power tetapi pada pendapat saya sebagai seorang Doktor pencegahan lebih penting pada benda tu sebelum benda itu berlaku. Adakah monitoring system cara moden cara elektronik, mengesankan macam bau, apa dia panggil something ada meter untuk bau bukan pergi, Menteri Alam Sekitar pergi bau cium air itu kalau negara lain tengok gelak, kita ada special meter untuk nak membaukan right from the begining. Kita negara lain boleh kenal pasti arsenic kita banyak arsenic dalam air sebab dia dari lombong-lombong yang tak dipakai from mining, so adakah pemantauan level arsenic itu dilakukan? lagi satu comment chemical macam orang bagi satu bius chloroform. Ada dalam air THS something, saya tak ada teknikal, THR dia akan mengakibatkan kanser dan chemical-chemical lain dan adakah benda-benda ini kita memantaukan monitor air itu bersih dan juga saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri, kita ada decisions monitoring ini sepatutnya kena real time apa makna real time sentiasa ada dan mereka kena connect kepada command center dan command center akan mengambil tindakan sebelum benda ini sampai tahan. Itulah sepatutnya kita kena buat. Ini untuk mencegah sebelum air kotor itu air pencemaran ke loji. Itu satu dan saya nak tanya loji-loji kita ini cara membersihkan, cara mereka isi, cara termoden ataupun cara dulu, macam katalah TNB ada blackout mereka ada alternative generator bermakna electricity itu tak putus tapi kenapa bila di cemar air, air kita terputus kita ada tangki-tangki ya, retention pond itu untuk tiga hari empat hari, that not good enough. Ada ke mekanisme untuk membersihkan air dari loji itu kotor ke another type of loji boleh membersihkan atleast air itu tak terhenti. Saya dengar ada tak tahulah separuh kerajaan menggunakan the reason alternative loji, and loji ini pun mobile boleh berjalan, katalah satu loji itu boleh hantar loji ini. Using technology membrane, itu terpulang pada EXCO kita mengkaji as alternative jadi bila loji itu air itu

tercemar kita kena salurkan air yang tercemar to another loji, jadi masyarakat tak terputuslah dengan air. Jadi masalah paip pecah memang sering masa Kerajaan Negeri Selangor beli syarikat-syarikat air ini, ada ke mereka kaji i am sure ada kawasan-kawasan paip dia dah lama dah usung boleh pecah bila-bila masa pun. We must be proactive tengok kawasan-kawasan ini yang lama sikit. Bukan diganti sekarang saya dengar ada pakai teknologi baru paip within the paip macam orang sakit jantung la kan. Bila saluran tu dah rosak kena tukar tukar paip tetapi kalau paip tu uzur saluran tu dah nak rosak dia taruk apa stand so we can use this technology the pipe within the pipe kita kenal pasti paip yang lama sebelum paip tu pecah kita masukkan paip it’s alternative jadi saya tak tahu lah ini satu-satunya kita kena tengok kita janganlah beri sampai paip tu air bila buka paip, paip tu tiada air tu tiada di paip. Walaupun tuan speaker boleh sambung sedikit saya nak ada perkara tentang Ijok 2 minit.

Speaker

Penting sangat ?

Perlu..

Speaker

Owh perlu..okay..

Okay ...saya ada banyak cerita tapi ini tentang Ijok saya harap EXCO Insfrastruktur jalanraya Ijok ke batang berjuntai. Jalan tu baru tak sampai lebih 5 tahun, tetapi rosak tiap-tiap bulan rosak dan ini mengakibatkan kemalangan di situ ada yang dah maut pun ada disebabkan jalan tu tinggi rendah dan pecah-pecah ini oleh sebab kenderaan yang berat. Lori-lori pasir dari private pasir pada pendapat saya saya ingat spec buat jalan tu tak boleh menampung kenderaan yang berat itu sebab tiap kali diturap pecah. Saya haraplah ye EXCO Kerajaan Negeri kaji balik jalan tu mungkin kena buat foundation yang baru sebab jalan tu memang digunakan selalu sebagai alternative road dari NKVE ke Shah Alam lori-lori berat dan juga pengusaha-pengusaha menggunakan jalan tu ye. Jadi itu saya harapkan lah ye..masalah banjir, masalah sampah ini memang ketara di Ijok saya ingat tak pelah di sini saya berhenti sebab lampu pun dah merah. Jadi Ijok menyokong usul belanjawan Negeri Selangor 2021.

Speaker

Terima kasih Ijok Yang berhormat Ijok, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan dewan ini masih ini panjang maka dewan pada hari ini perlu disambung saya mempersilakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk membuat usul.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker Dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, saya ingin membuat satu usul yang berbunyi seperti berikut. bahawasanya dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26(4) dalam peraturan tetap dalam Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6:00 petang.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Tuan Speaker saya menyokong..

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong saya kemukakan untuk mendapat persetujuan, ahli-ahli berhormat yang bersetuju ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Bandar Utama..

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih..Assalammualaikum dan salam sejahtera..Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah memberikan Bandar Utama untuk membahas. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kita yang sentiasa bersama dengan kita dan sentiasa untuk berkhidmat kepada rakyat. Bandar Utama di sini ingin menyatakan penghargaan Bandar Utama terhadap jasa mereka dan ingin berterima kasih kepada mereka dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO dan pegawai-pegawai kerajaan negeri kerana telah menunjukkan sikap keperihatinan yang tinggi terhadap warga Selangor sepanjang tempoh krisis pandemik COVID 19. Sejak bulan Mac yang lalu sehingga kini, kerajaan negeri telah membentangkan 3 pakej Selangor prihatin bertujuan mengekang penularan COVID 19 dan menerap impak sosio ekonomi penularan wabak tersebut. Jadi mewakili bandar utama sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih. Tuan Speaker, perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah berkaitan isu air di Selangor. Saya mengakui kerajaan negeri menunjukkan usaha apabila melaksanakan taklimat pelan perancangan penyelesaian masalah bekalan air akibat pencemaran beberapa hari yang lepas, namun mewakili penduduk-penduduk Bandar Utama, saya wajib menyampaikan suara-suara penduduk yang sangat tidak puas hati dan kecewa dengan krisis air di Selangor yang kerap ulangkali berlaku. Sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor saya faham akan situasi krisis air di Selangor. Saya sedar kami terpaksa menanggung legasi kerajaan sebelum ini yang gagal menaiktaraf sistem bekalan air di Selangor dan kesannya kini negeri Selangor kerajaan Negeri Selangor masih perlu menukar paip sepanjang 6 ribu kilometer sedangkan kemampuan Kerajaan Negeri hanya mampu menukar sekitar 150 km setiap tahun. Saya sedar kerja-kerja naik taraf paip ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai penaik taraf insfrastruktur air yang perlu dilaksanakan. Ini tidak termasuk kerja rawatan, pump, off reverse storage dan sebagainya. Saya juga sedar ini tidak termasuk juga kos yang diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu lain selain daripada isu penaiktarafan insfrastruktur air seperti isu pencemaran air yang kita hadapi kebelakangan ini. Saya sedar kerajaan negeri sedang cuba mengimbangi antara menyelesaikan pelbagai krisis yang ada dan pada yang sama berat hati untuk mempertimbangkan peningkatkan kadar tarif air kerana perkara ini bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk diambil malah agak sensitif untuk warga Selangor. Dan saya sedar krisis air di Selangor merupakan satu isu yang amat rumit. Namun apa yang saya sedar ini tidak disedari oleh warga Selangor. Sebelum ini, sejak tadi sejak semalam banyak cadangan bernas telah dilontarkan bagi meningkatkan perkhidmatan air di Selangor,

Bandar Utama tidak akan mengulangi perbahasan ahli-ahli dewan yang lain, cuma Bandar Utama berharap cadangan-cadangan ahli dewan yang lain akan diteliti oleh kerajaan negeri Selangor. Namun Bandar Utama ingin memberikan pendapat berkaitan dengan krisis isu air di Selangor, Bandar Utama merasakan sudah tiba masanya untuk kita bersifat jujur telus, pada warga Selangor dan bukan bersifat populis lagi. Apa yang paling terutamanya kita perlu sematkan tekad ataupun will power bagi menyelesaikan krisis air di Selangor. Kedua, mengumpulkan semua agensi yang terlibat dalam jawatankuasa yang berkaitan, bincangkan krisis air secara holistik bukan sahaja terhadap isu pencemaran, bukan sahaja terhadap isu paip yang ada tetapi seluruh permasalahan sistem bekalan air di Selangor sediakan satu penemuan menyeluruh yang menyenaraikan semua permasalahan berkaitan dengan sistem bekalan air secara terperinci. Tindakan yang boleh diambil bagi menangani masalah-masalah ini, whats the low or high hanging fruit yang ada dengan izin, cabaran-cabaran yang ada termasuk cabaran yang sukar diselesaikan. Perancangan yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri termasuk perancangan sementara jangka masa pendek, jangka masa panjang yang ada bagi menyelesaikan masalah krisis air di Selangor. Seterusnya terbitkan penemuan ini kepada orang ramai dan gunakan kuasa publisiti untuk war-warkan dan memberikan gambaran penuh kepada penduduk Selangor tentang realiti sebenar keseluruhan sebenar tentang krisis air di Selangor. Pengundi Selangor telah mengundi kita kerana kepercayaan mereka terhadap kita untuk mentadbir kerajaan negeri, jadi kita seharusnya percayakan sifat kematangan warga Selangor yang ingin sama-sama memahami dan menyelesaikan krisis air Selangor pada ketika ini. Kita perlu berkomunikasi dengan warga Selangor dan mendengar pendapat mereka juga pada masa yang sama, memaklumkan kepada mereka tentang kesulitan kerajaan negeri yang ada. Jadi sebagai contoh sekiranya kadar tarif air terlalu rendah maklumkan warga Selangor bersikap jujur berkenaan dengan realiti yang sebenar. Dan jika memang ada pegawai pihak atasan lemah menjalankan tugas kita harus mempertimbangkan tindakan tegas untuk diambil bagi menunjukkan pada kali ini kita memang bersifat tegas, agresif, berani dan tekad untuk menyelesaikan krisis air di Selangor. Tuan Speaker, krisis penyakit berjangkit yang merujuk kepada penularan wabak COVID 19 menyedarkan kita bahawa sistem sedia ada atau yang sedang diguna pakai kini sudah tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada zaman kini. Ini merujuk kepada sistem yang masih belum digitalisasikan sistem yang bersifat intrusif serta tidak menyokong kehidupan pembangunan lestari. Krisis COVID 19 sebenarnya telah memaksa kita untuk mempercepatkan proses pembangunan sistem sedia ada bagi menghadapi masa hadapan, sebagai contoh kerana keperluan penjarakan sosial kini ramai peniaga yang berhijrah kepada perniagaan atas talian menggunakan aplikasi transaksi atas talian seperti penggunaan e-wallet dan sebagainya. Semua orang sedang membiasakan diri dengan norma baru ini. Jadi, walaupun penularan wabak ini merupakan satu musibah namun kita juga harus bijak mereput mencipta ruang yang wujud sebalik kesukaran dalam tempoh pandemik ini. Ini merupakan peluang untuk kita reset ataupun mengatur semula sistem sedia ada. Kerana kini rakyat bersifat lebih bersedia untuk menerima reseptif dan berusaha untuk menyesuaikan diri adaptive dengan perubahan sistem dan cara hidup yang terkini.

Kita sudah biasa kehidupan seharian yang berbeza dengan sebelum di mana kita perlu patuhi SOP daripada KKM dan MMKN. Kurangkan aktiviti luar dan mengutamakan aturan pekerja dari rumah dan sebagainya. Tuan Speaker oleh itu Bandar Utama berpendapat 2 perkara yang wajib diberikan fokus untuk menambahbaik sistem dalam Kerajaan Negeri iaitu pertama, membangunkan sistem secara atas talian di bawah jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Tempatan dan kedua membangunkan sistem pangkalan data Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri sepatutnya melabur dalam pembangunan sistem pembayaran atas talian untuk semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Tempatan secara menyeluruh ataupun 100%. Ini bermaksud menawarkan perkhidmatan pembayaran secara atas talian untuk apa-apa jua urusan pembayaran yang berkaitan dengan orang awam seperti pembayaran cukai, kompaun, sewaan dewan dan sebagainya. Menaiktarafkan sistem ini amat diperlukan terutamanya pada masa kini supaya kita dapat menyesuaikan dengan keadaan norma baharu dan pada masa yang sama menuju ke arah digital asasi. Ini sekalai gus dapat mengurangkan masalah birokrasi untuk semua warga Selangor termasuk para penduduk yang ingin menyewa dewan, para peniaga, para penjaja dan lain-lain. Bagi menjayakan sistem ini Bandar Utama berpendapat Kerajaan Negeri wajar pertamanya mewujudkan laman web atau aplikasi yang boleh memusatkan segala aktiviti pembayaran di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Selepas itu bagi menggalakkan pemakaian aplikasi atas talian ini kita juga wajar memberikan inisiatif seperti diskaun kepada kompaun yang dibayar secara atas talian sebagai contoh dan sebagainya bagi mengaktifkan penyertaan dan pembayaran secara digital oleh warga Selangor semasa berurusan dengan Kerajaan Negeri. Perkara kedua adalah memberikan fokus kepada pembangunan sistem pangkalan data dan ini termasuk mencari jalan penyelesaian bagi isu kekurangan perkongsian data sesama jabatan Kerajaan dan metodologi pengumpulan data yang tidak menyeluruh. Sehingga kini kelemahan pangkalan data menghalang Kerajaan untuk mengambil keputusan yang lebih tepat ketika menjalankan inisiatif program dan juga kajian terhadap polisi dengan lebih berkualiti. Sering kali wujudnya kelemahan dalam sistem kerana tiada perkongsian data antara jabatan yang menghulurkan bantuan. Saya boleh berikan contoh, JKM mempunyai sistem pangkalan data mereka yang tersendiri begitu juga dengan bantuan zakat juga PERKESO, SOKSO dan KWSP. Semua jabatan ini mempunyai pangkalan data masing-masing tetapi tidak dihubungkan dan dikongsi. Akhirnya Kerajaan tidak dapa melihat gambaran penuh berkaitan dengan situasi lapangan sehingga timbul masalah pemberian bantuan yang tidak adil d an bertindih. Selain itu, perkara ini juga menyebabkan kita sukar untuk menetapkan polisi yang baik kerana tidak mempunyai pangkalan data yang menyeluruh. Tidak dinafikan sepatutnya tanggungjawab ini terletak di bawah Kerajaan Persekutuan yang mempunyai lebih banyak kuasa bagi mengumpulkan pangkalan data namun berdasarkan pengalaman yang lepas kita sedar Kerajaan Persekutuan kini di bawah Perikatan Nasional memang kedekut dari pelbagai jenis aspek dan sudut termasuk perkongsian maklumat. Walaupun maklumat-maklumat ini.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Mohon penjelasan, ada istilah kedekut.

Speaker

Ha.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Mohon penjelasan apa yang kedekut.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya jelaskan sedikit. Istilah kedekut saya maksudkan adalah kedekut ilmu, kedekut informasi, kedekut maklumat kalau melakukan mesyuarat-mesyuarat penting di bawah Kerajaan Persekutuan pun pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak dijemput kerana kita merupakan Kerajaan Pakatan Harapan dan perkara ini telah membawa banyak kesulitan kepada Kerajaan Negeri dan warga Selangor kerana sikap dan sifat kedekut mereka ini kita tidak dapat melaksanakan tugas dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan baik. Itu yang dimaksudkan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih.

Speaker

Mempersilakan Kampung Tunku.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya boleh?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Boleh.

Speaker

Yang Berhormat duduk dahulu.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Bandar Utama saya ingin bertanya kepada Bandar Utama sebenarnya pagi tadi Yang Berhormat menjawab soalan beliau telah mengatakan bahawa banyak inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan kita akan menganalisis supaya ia boleh digunakan untuk merancang masa depan kita dengan lebih pintar. Saya kira itu adalah bukan ingin bertanya Yang Berhormat Bandar Utama, bukankah itu bertepatan dengan ucapan Yang Berhormat tadi bahawa kita sekarang ini hendak reset maksudnya kita tidak boleh melakukan perkara yang lama ikut cara yang lama kita perlu menggunakan cara yang baharu ke arah yang baharu dan saya ingin bertanya sekiranya kita hendak reset adakah Kerajaan Selangor yang sudi bermurah hati begitu bermurah hati telah pun mempunyai satu for sight untuk memulakan segala inisiatif digital asasi untuk membangunkan infrastruktur kita itu supaya sekarang pada tempat yang paling ke depan untuk membawa agenda pembaharuan ataupun reset ini. Itu soalan saya, adakah kita for sight ada memulakan langkah lebih awal untuk melakukan perkara ini daripada sekarang kita kelang kabut hendak buat macam mana dan sebagainya itu soalan saya.

Speaker

Silakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Banting saya memang tidak boleh 100% mewakili Kerajaan Negeri tapi pandangan Bandar Utama melalui pengalaman yang saya ada dengan Kerajaan Negeri Selangor saya rasa kita memang bermurah hati kita ingin menjadi dan terus menjadi peneraju Kerajaan negeri yang membawa idea-idea baharu dan juga yang ingin menjadi satu Kerajaan yang ke hadapan. Oleh itu, saya memberi keyakinan yang penuh kepada Kerajaan Negeri supaya membimbing kita dan mentadbir dengan baik dan ini juga sebabnya pada hari ini saya berbahas di sini dan melontarkan cadangan-cadangan saya supaya Kerajaan kita boleh mempertimbangkan untuk meresetkan dengan izin sistem kita dan menaik tarafkan supaya kita dapat membawa Selangor ke peringkat lebih tinggi. Jadi seperti yang saya katakan Kerajaan Negeri oleh itu seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan pangkalan data kita kerana kita kena sedar kita tidak boleh bergantung pada Kerajaan Persekutuan yang sangat beremosi dan tidak ingin bekerja sama walaupun ia demi kesejahteraan rakyat dan warga Selangor. Selain itu sistem Kerajaan Negeri seharusnya diselaraskan dengan keadaan semasa warga Selangor sebagai contoh terma dan syarat KISS di kawasan luar bandar dan bandar seharusnya mengikut keperluan sesuatu kawasan. Jadi sebagai contoh mungkin syarat RM2,000.00 boleh dan sesuai digunakan untuk kawasan luar bandar tetapi ia berbeza dengan kawasan bandar memandangkan kos perbelanjaan seharian adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar. Perkara-perkara ini seharusnya diintegrasikan di dalam sistem pangkalan data dan oleh itu saya berharap Kerajaan boleh memberikan jawapan. Adakah kedua-dua sistem ini akan dinaiktarafkan pada masa terdekat kerana lambat laun kita tahu kita perlu ke arah digital asasi dan sebagai sebuah negeri peneraju kita seharusnya memulakan terlebih dahulu. Tuan Speaker akhirnya saya ingin menyentuh satu perkara lagi selepas meneliti Belanjawan 2021 saya berharap Kerajaan Negeri akan melaksanakan perancangan Belanjawan kita dengan menyasarkan perbelanjaan perkara yang boleh mengoktimumkan kebaikan dan kesejahteraan warga Selangor. Saya ingin memberikan beberapa contoh sekiranya kita ingin membantu usahawan terdapat beribu-ribu, berpuluh ribu usahawan yang boleh dibantu. Kerajaan sepatutnya mempunyai sistem yang boleh memilih usahawan yang boleh membawa Selangor ke arah pembangunan mampan iaitu usahawan-usahawan yang memperjuangkan keusahawanan hijau yang cenderung untuk menangani masalah dan masalah persekitaran melalui idea dan inovatif. Juga apabila Kerajaan Negeri mengumumkan pengurangan duti hiburan tetapi saya difahamkan ia tidak termasuk pawagam. Pada saya Kerajaan Negeri seharusnya mempertimbangkan perkara ini kerana mereka bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian yang tinggi malah mereka juga perlu menjaga kelangsungan hidup kakitangan mereka. Kakitangan ini melibatkan ratusan pekerja yang terkesan dalam tempoh melawan krisis pandemik. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri akan pertimbangkan ini secara picture dengan izin bagi menyelamatkan pekerjaan-pekerjaan kakitangan jumlah ratusan orang ini dan terakhir program seperti pusat tuisyen rakyat seharusnya digaji semula. Adakah

kita masih memberikan fokus kepada pelajar-pelajar di bawah B40 sekiranya ya adakah dengan menjalankan program ini melalui pembelajaran secara online berkesan kerana saya agak khuatir sekiranya ada keluarga B40 yang tidak mampu menyediakan peralatan elektronik seperti komputer ataupun laptop bagi mengikuti sesi pembelajaran ini. Jadi saya tidak akan memanjangkan perbahasan saya ini sahaja yang ingin saya bangkitkan dengan ini saya 100% menyokong Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Teratai kerana untuk membahaskan Belanjawan tahun 2021 yang dibentangkan oleh Y.A.B Dato Menteri Besar. Sesungguhnya Belanjawan tersebut memberi impak positif kepada seluruh rakyat Selangor. Tuan Speaker izinkan Teratai menarik perhatian Tuan Speaker mengenai strategi keempat di dalam pembentangan Belanjawan Selangor pada 30 Oktober lepas berkenaan memperkasa kemampanan alam sekitar sumber dan rantaian bekalan makanan. Negeri Selangor terkenal dengan isu terputus bekalan air sehingga pencemaran kerap berlaku di Selangor asasnya Negeri Selangor adalah sebuah negeri maju yang menjadi tumpuan ekonomi pelabur-pelabur dan terdapat banyak kilang-kilang dibina di Selangor. Namun demikian punca maslah air ini adalah berkaitan dengan pencemaran sungai di tebing-tebing sungai yang dilakukan oleh industri dan sebahagian orang tidak bertanggungjawab. Terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh industri dan pelbagai cara untuk menguruskan bahan buangan berjadual ini. Apa yang Teratai maksudkan ialah buangan berjadual adalah didefinisikan sebagai apa-apa buangan yang termasuk dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam jadual pertama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjatuh 2005. Di bawah jadual pertama tersebut terdapat 77 kategori buangan berjadual disenaraikan sebagai contoh minyak enjin terpakai, minyak hydraulics ataupun cecair asid pelbagai. Menurut peraturan sumber industri dan aktiviti yang menghasilkan buangan berjadual hendaklah diuruskan sendiri bahan buangan berkenaan berjadual hendaklah diuruskan, sorry bahan buangan berkenaan dengan sempurna iaitu dari segi modifikasi, makluman, ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan berjadual. Semua ini perlu direkodkan menerusi sistem atas talian iaitu eSWIS, Electronic Schedule Waste Information System selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005. Dalam masa yang sama setakat ini Jabatan Alam Sekitar yang bertindak sebagai pihak berkuasa pelesenan telah melesenkan kemudahan perolehan kembali perolehan dan pelupusan berjadual di seluruh negara yang melibatkan 460 premis yang ditetapkan buangan terjatuh atau bahasa mudah adalah Operator Pusat Pelupusan Sisa Berjadual. Mengikut rekod hanya terdapat 75 buah premis pusat pelupusan berlesen di Negeri Selangor dan syarikat pengangkutan sebanyak 71 syarikat (tidak jelas) aktiviti industri yang menghasilkan sisa buangan berjadual. Isu nya adalah kesemua operator ini tidak menetapkan harga syiling bagi menguruskan sisa buangan berjadual ini. Oleh itu

mereka bebas mengenakan charge sesuka hati sehingga membebankan pihak industri. Begitu juga mengenai industri yang mengalami masalah birokrasi yang menyusahkan apabila sistem pengangkutan juga dilakukan oleh pihak yang berlainan dan mengenakan charge berasingan malahan lebih membebankan mengenakan charge dan juga tinggi. Oleh itu sudah tentu pihak industri terasa terbeban dengan kos-kos yang tidak menentu dan seterusnya mengambil jalan mudah untuk melupuskan secara haram sisa buangan berjadual di kawasan-kawasan di pinggir hutan yang terdapat anak sungai yang menjadi sumber air mentah. Sebagai contoh sebuah kilang berasaskan makanan telah mengambil jalan mudah dengan membuang efluen mentah dan minyak hitam dengan mengalirkannya masuk ke dalam longkang kilang dan seterusnya memasuki satu saluran paip bawah tanah yang mengalirkan ke Sungai Balak di Balakong baru-baru ini. Oleh itu, cadangan Teratai adalah ingin menyeru kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan sisa-sisa buangan berjadual ini secara total dan lestari agar tiada lagi isu pencemaran air sungai ini dibangkitkan pada masa yang akan datang. Antara cadangan penyelesaian adalah mencari kaedah agar Jabatan Alam Sekitar dapat mengkaji semula kadar caj yang dikenakan serta memendekkan kerenah biroraksi dan seterusnya mewujudkan satu entiti negeri yang mampu menguruskan sisa berjadual dengan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Suka juga Teratai ingin memohon kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan peranan yang mampu dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pengawalan dan pengawasan dalam hal pengurusan pelupusan sisa berjadual ini. Akhir kata, Teratai dengan penuh yakin menyokong belanjawan Negeri Selangor 2021. Sekian, terima kasih.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana mengizinkan Balakong untuk berbahas. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana menghasilkan satu belanjawan yang prihatin kepada rakyat terutamanya pada pasca Covid-19 ini. Seperti apa yang dikatakan oleh Y.B. Kota Kemuning, Kerajaan Selangor merupakan negeri yang paling banyak program kebajikan rakyat dan hal ini memang sangat digalakkan. Namun begitu, saya berharap pihak kerajaan boleh menimbangkan juga insentif atau bantuan yang boleh disalurkan kepada para sukarelawan dan frontliners seperti pasukan bomba sukarela dan pasukan-pasukan sanitasi sukarela.

Disebabkan oleh situasi wabak Covid-19 yang sukar dikawal sekarang, pihak berkenaan telah tidak mampu menjalankan operasi sanitasi yang cukup di setiap tempat yang mendapati kes Covid-19. Demi kesihatan dan kebersihan rakyat, pejabat saya telah bekerjasama dengan beberapa pihak terutamanya pasukan bomba sukarela, MPKK dan NGO untuk menjalankan operasi sanitasi di tempat-tempat

terdapat kes positif. Sejak bulan Mac sehingga sekarang, sukarelawan-sukarelawan ini telah menjalankan lebih daripada 200 operasi sanitasi bukan sahaja di kawasan Balakong tetapi di seluruh negeri. Saya berasa pasukan-pasukan sukarelawan ini telah menjalankan satu tugas yang amat cemerlang dan mereka telah membantu pihak kerajaan membina satu nama baik di kalangan rakyat.

Dengan ini saya mencadangkan bahawa pihak kerajaan boleh merancangkan sesuatu insentif, bantuan ataupun ganjaran kepada pasukan-pasukan sukarelawan ini untuk menunjukkan sokongan kerajaan kepada mereka yang berhati mulia ini. Saya mengalu-alukan kerajaan mewujudkan Selangor Innovation Fund bagi menyokong usaha perkembangan syarikat start up di Malaysia terutamanya di Selangor dan juga Initiative Selangor Freelancer untuk mendorong rakyat Selangor menjana pendapatan dari freelancing. Sebagai seorang anak muda yang pernah memulakan perniagaan start up dan juga pernah menjadi seorang freelancer selama 6 tahun sebelum menceburi politik, saya mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan atas kedua-dua usaha ini kerana ini adalah bantuan yang amat tepat sekali kepada anak-anak muda yang ingin memulakan perniagaan ataupun syarikat baru dan juga mempunyai kemahiran tertentu. Namun begitu, saya mendapati bahawa golongan sasaran Selangor Innovation Fund adalah syarikat pemula teknologi yang boleh membawa teknologi terkini dan bukannya kepada semua jenis perniagaan. Saya berharap pihak kerajaan boleh menimbang semula dan membuka inisiatif ini kepada perniagaan-perniagaan lain seperti bidang makanan dan minuman, kraf tangan, perniagaan atas talian (online business), dengan izin dan sebagainya.

Adalah penting untuk Selangor menjadi satu negeri yang berteknologi terkini tetapi adalah lagi penting Selangor menjadi satu negeri yang menyokong anak muda terutamanya pada masa sekarang ini.

Saya juga ingin melanjutkan topik saya yang berkaitan juga dengan anak muda, iaitu Penggerak Belia Tempatan (PEBT). Tahun ini adalah satu tahun yang penuh dengan cabaran terutamanya kepada para PEBT kerana dalam tempoh 2 tahun lantikan mereka hampir separuh tempoh mereka tidak dapat menjalankan program ataupun aktiviti dan peluang untuk mereka belajar menjadi seorang pemimpin muda telah diterhadkan. Sebahagian kesukaran menjalankan program dan aktiviti ini adalah disebabkan oleh perbezaan pandangan dan polisi di PBT-PBT masing-masing. Oleh kerana peruntukan PEBT disalurkan ke PBT-PBT yang berlainan, kebebasan PEBT amat tergantung kepada PBT. Ini bukan sahaja menyekat kreativiti PEBT malah menambah birokrasi semasa PEBT-PEBT ingin menjalankan program dan aktiviti. Bayangkanlah, satu program yang hanya melibatkan kurang daripada 30 orang peserta atau mungkin diadakan atas talian perlu mendapat kebenaran daripada pengerusi induk PEBT, pihak PBT, ahli majlis, ahli dewan negeri dan juga MSN. Semangat pemimpin-pemimpin muda ini dihabiskan semasa menghadapi semua prosedur yang rumit ini. Dengan ini saya amat mengharapkan pihak kerajaan dapat meringkaskan birokrasi PEBT supaya meningkatkan prestasi PBT kita. Selain

daripada struktur organisasi PEBT saya juga ingin menyentuh baki peruntukan PEBT tahun ini. Dari jawapan Y.B. Paya Jaras berkenaan dengan soalan saya, kebanyakan PEBT tidak dapat menggunakan lebih daripada separuh jumlah peruntukan yang diperolehi tahun ini. Hal ini bukan disebabkan oleh sebab PEBT kita tak aktif atau tak rajin, manakala ia disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang menyekat pergerakan kita semua. Saya berpendapat, jikalau kita memaksa atau memberi syarat kepada PEBT kita untuk menghabiskan peruntukan mereka dalam tahun ini yang tinggal sahaja tak sampai dua bulan, ini bukan satu cara yang sihat untuk kita menggunakan peruntukan, dan hanya akan menyebabkan keadaan Christmas Shopping, dengan izin, berlaku. Saya ingin mencadangkan bahawa baki peruntukan PEBT ini boleh diuruskan untuk menubuh satu peruntukan khas bagi membantu ADUN-ADUN mendirikan ataupun mewujudkan youth centre dengan izin, atau ruang anak muda di kawasan masing-masing. Ruang anak muda ini memberi ruang ...

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Balakong, mohon laluan. Boleh?

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Dipersilakan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih. Saya nak minta pandangan Balakong berkaitan disebut tadi peruntukan PBT setuju tak kalau saya cadangkan kepada dewan, boleh tak Balakong bersetuju bahawa peruntukan yang sebelum ini telah kita beri kepada PBT untuk peram, diletakkan di bawah ADUN, saya rasa itu mungkin lebih baik. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Itu satu cara yang baik juga. Sebagai seorang ADUN saya tidak boleh bantah. Okay, jadi saya sambung. Ruang anak muda ini memberi ruang dan peluang kepada anak muda kita untuk menjalankan program ataupun aktiviti mereka, malah PEBT kita juga boleh menggunakan ruang tersebut untuk menjalankan program mereka dan anak-anak muda akan mempunyai satu tempat yang selesa, selamat, lagi sihat untuk mereka bersosial dan berdekat dengan program-program kerajaan.

Saya juga perasan bahawa dalam Belanjawan Tahun 2021 kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5.85 juta untuk tujuan pembangunan dan merancakkan kembali industri pelancongan di Selangor. Peruntukan ini sebenarnya jauh berbeza dengan peruntukan yang dibekalkan belanjawan yang lalu iaitu RM9.7 juta. Walau bagaimanapun, saya faham pengurangan ini disebabkan pandemik Covid-19, pihak kerajaan perlu menggunakan belanjawan yang terhad dengan lebih teliti demi menyelamatkan negeri kita daripada serangan Covid-19.

Saya amat tertarik dengan tema kempen promosi pelancongan “Pusing Selangor Dulu”. Negeri kita merupakan satu negeri yang penuh dengan pelbagai jenis sektor pelancongan. Selain daripada eko-pelancongan seperti yang berada di hutan-hutan di Rawang dan tasik dan gua di Selayang, serta agro pelancongan seperti sawah padi

di Sekinchan. Saya juga ingin mendapatkan perhatian daripada pihak kerajaan supaya memberi tumpuan kepada pelancongan, perindustrian yang amat berpotensi di negeri kita. Pelancongan perindustrian merupakan satu sektor pelancongan yang baru dan kreatif, ia membenarkan kilang-kilang terutamanya mereka yang menghasilkan produk akhir (end product), dengan izin, mencari satu jalan keluar pada masa pandemik Covid-19 ini. Pelancongan perindustrian bukan sahaja dapat mempromosikan jenama barangan tempatan kita, ia juga memberi satu peluang pendidikan kepada rakyat kita terutamanya anak-anak kita untuk menambah kefahaman mereka tentang proses penghasilan sesuatu produk. Yang paling penting adalah saya berpendapat bahawa pelancongan perindustrian boleh memaparkan imej Selangor sebagai satu negeri perindustrian yang berteknologi tinggi. Saya mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang merangkumi ahli-ahli dewan negeri yang kawasan mereka menjadi fokus pelancongan pada tahun 2021 mengikut sektor-sektor pelancongan yang berlainan. Saya juga ingin menawarkan diri untuk menyertai jawatankuasa ini sekiranya ditubuhkan untuk menyumbang idea berkenaan dengan pelancongan perindustrian. Saya juga mencadangkan sekiranya pihak kerajaan berhasrat membangunkan pelancongan perindustrian di Selangor, berbagai insentif dan strategi boleh dikaji dan diwujudkan untuk membantu pemilik-pemilik kilang yang ingin bekerjasama dengan kerajaan. Saya faham dengan peruntukan yang terhad adalah sukar bagi pihak kerajaan memberi ganjaran ataupun bantuan kewangan kepada kilang-kilang yang berminat dengan pelancongan perindustrian. Kita boleh memikir cara lain seperti memberi fokus kita untuk mempromosikan kilang-kilang yang telah bersedia ataupun mengecualikan cukai dikenakan atas tiket masuk dan produk sampingan pelancongan perindustrian selama 3 tahun demi membantu kilang-kilang ini demi menstabilkan transformasi kilang mereka.

Akhirnya, saya amat berharap cadangan-cadangan saya dapat dipertimbangkan oleh dewan yang mulia ini dan dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Speaker terima kasih saya ucapkan kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2021 yang telah dibentangkan oleh YAB. Sungai Tua pada 30 Oktober yang lalu.

Tuan Speaker, syabas diucapkan kepada YAB. Sungai Tua dengan pembentangan bernilai RM2.32 bilion Belanjawan 2021 dengan lima strategi yang telah digariskan bagi merancakkan ekonomi di kala krisis pandemik COVID-19 membantu rakyat dan menyediakan sistem sokongan buat golongan yang terkesan akibat wabak ini dan khususnya dari sudut kebajikan dan kelangsungan rakyat. Juga syabas buat YB Dato’ Kewangan Negeri serta seluruh pasukan beliau di atas tungkus-lumus menyiapkan

laporan belanjawan ini dalam norma kerja yang baharu namun tetap mengekalkan kualiti kerja yang terbaik.

Tuan Speaker, pandemik COVID-19 yang melanda dunia seolah-olah telah memberhentikan waktu dan arus globalisasi. Dunia tidak lagi bekerja seperti biasa, tidak lagi berkomunikasi dan bersosial seperti biasa, tidak lagi menjalankan perdagangan dan perniagaan seperti biasa. Pergerakan ekonomi terencat. Industri dan semua sektor termasuk perdagangan, sosial, pendidikan dan lain-lain harus mengadaptasi dan menerapkan norma baharu dalam menjalankan fungsi masing-masing. Sebahagian industri terjejas teruk seperti industri penerbangan dan pelancongan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 2 November 2020, seramai 251 orang telah meninggal dunia akibat virus COVID-19 manakala jumlah 33,339 orang pernah dijangkiti oleh virus yang membunuh ini. Pelbagai usaha dan langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan malah dibantu dan disokong oleh kumpulan NGO dan orang perseorangan untuk memastikan seluruh rakyat yang terkesan menerima bantuan yang sewajarnya. Saya mewakili rakyat di DUN Bukit Melawati mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana telah membantu meringankan beban dan menyampaikan bantuan melalui pakej Selangor Prihatin Fasa 1 dan Fasa 2 yang berjumlah RM400 juta keseluruhannya serta Pakej Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor yang telah memberi bantuan kepada pengusaha industri pelancongan seperti Host Community, pengusaha homestay serta inisiatif bagi membantu mempromosikan pelancongan domestik.

Kerajaan Negeri tampil dengan segera menyediakan bantuan semasa tempoh sukar yang dialami oleh rakyat ini. Sesungguhnya penularan wabak ini telah mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan serta aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan kesan PKP ini membawa kepada isu dan cabaran baru yang harus ditangani oleh pihak Kerajaan. Antaranya kadar pengangguran yang tinggi, cabaran baharu dalam sektor pendidikan serta kelemahan infrastruktur, telekomunikasi serta jaringan Internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Dalam situasi krisis yang disebabkan oleh wabak COVID-19 ini, saya berpandangan adalah penting pihak Kerajaan Negeri untuk menumpukan kepada beberapa sektor utama iaitu kesihatan rakyat, kebajikan rakyat, penciptaan peluang pekerjaan baharu dan infrastruktur telekomunikasi serta akses Internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Tuan Speaker dalam suasana pandemik menuntut kita mengubah cara hidup dan cara kerja. Ini termasuklah dalam bidang pendidikan khususnya bagi kawasan terjejas dengan PKPB atau pun zon merah yang terpaksa menjalani pembelajaran atas talian kerana sekolah-sekolah ditutup sebagai langkah pencegahan wabak. Ini merupakan cabaran baharu golongan pendidik serta pihak Kerajaan untuk mengurus situasi

semasa di samping mengurus impak terhadap pembelajaran di rumah secara atas talian.

Saya mendapati menerusi perbincangan saya dengan pihak sekolah serta para ibu bapa di kawasan saya terutamanya. Antara kesan yang dibimbangkan adalah risiko peningkatan kadar keciciran pelajar sama ada di akibatkan oleh kesempitan hidup, kelemahan infrastruktur telekomunikasi atau pun jaringan Internet, mahupun ponteng semasa sesi pembelajaran kerana hilang minat atau pun tidak bermotivasi. Hal ini berlaku sendiri di kawasan saya apabila pihak sekolah sendiri telah meminta untuk pusat khidmat saya membantu keluarga di mana anak-anak mereka tidak lagi dihantar ke sekolah sejak bulan Mac 2020. Walaupun saya sesi persekolahan telah dibuka semula namun keluarga masih tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah kerana ibu bapa hilang pekerjaan, ya tidak dapat lagi berniaga, business very bad dengan izin. Dan mereka juga tidak mampu memberikan wang saku kepada anak-anak untuk ke sekolah. Mereka tidak mampu untuk membayar yuran ke sekolah melalui van sekolah atau bas sekolah. Jadi ini semua perkara yang berlaku di luar sana. Saya melihat risiko keciciran dalam pembelajaran norma baharu ini, boleh meningkat jika semua pihak berkaitan tidak mengambil langkah proaktif dan tiada pemantauan. Saya ingin mencadangkan agar inisiatif jiran baik boleh diperluaskan dengan mengambil kira permasalahan keciciran pelajar dalam kalangan anak-anak jiran tetangga. Maklum balas masyarakat amat penting selain pihak sekolah dalam membendung isu keciciran pelajar ini.

Kerana itu juga saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri untuk meneruskan program PTRS, Program Tuisyen Rakyat dengan peruntukan berjumlah RM13 juta. Ini bersesuaian dengan norma baharu dalam pembelajaran secara atas talian. Namun pihak Kerajaan Negeri juga harus memastikan sistem sokongan kepada para pelajar dan guru ini bahawa terutamanya akses kepada Internet, terutamanya di kawasan luar bandar kerana inilah keperluan semasa para pelajar kita. Maka pelajar wajar diberikan perhatian agar proses pembelajaran mereka ini tidak terbantut.

Pihak Kerajaan Negeri boleh mengkaji kaedah jangka pendek untuk menyelesaikan isu akses Internet ini. Sebagai contoh pihak Kerajaan Negeri boleh adakan kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN atau pun balai-balai raya atau dewan-dewan yang terletak di bawah premis kerajaan, di bawah Pejabat Daerah yang dilengkapi dengan Wifi Smart Selangor untuk menyediakan satu ruang pembelajaran online atau pun online space learning. Ini saya lakukan juga di Pusat Khidmat DUN saya. Pada peringkat awalnya servis ini atau pun ruang ini kita berikan kepada mahasiswa yang tidak dapat belajar atau tidak dapat pulang ke IPT dan masih di rumah dan melakukan pembelajaran secara atas talian. Tetapi saya juga mempunyai permintaan daripada pihak guru untuk membenarkan dan juga ibu bapa untuk membenarkan anak-anak terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Ya, untuk menggunakan perkhidmatan ini, banyak kampung-kampung di kawasan pendalaman terutamanya di bawah mukim Jeram dan juga mukim Ijok yang juga sebahagian

daripada kawasan DUN Bukit Melawati yang tidak mempunyai akses Internet yang baik. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri selain menyediakan kemudahan untuk pembelajaran, PTRS ini tetapi melihat juga kepada akses Internet.

Tuan Speaker, selain golongan pendidik dan pelajar yang terjejas, golongan ibu tunggal juga merupakan kumpulan masyarakat yang terkesan dan memerlukan perhatian dan bantuan. Seperti mana yang dilakukan oleh Institut Wanita Berdaya dalam kajian yang dijalankan mendapati bahawa 42% golongan ibu tunggal di Negeri Selangor kehilangan sebahagian pendapatan isi rumah akibat kontrak kerja yang ditamatkan, terpaksa menutup perniagaan atau mendapat cuti tanpa gaji. Program KISS dengan peruntukan sejumlah RM62 juta dan KISS ibu tunggal sudah pasti memberikan kelegaan kepada wanita yang terpaksa menanggung keluarga dalam waktu-waktu sukar ini.

Untuk jangka masa yang panjang, saya mencadangkan agar pihak Kerajaan mengambil kira golongan wanita dalam krisis sama ada krisis kesihatan awam seperti dalam tempoh ini mahupun krisis bencana dan sebagainya untuk dimasukkan dalam dasar wanita Selangor yang akan dikaji semula pada penghujung tahun ini. Dan memastikan golongan wanita khususnya ibu tunggal yang paling variable ini dengan izin, diberikan pembelaan sewajarnya.

Tuan Speaker, sehingga Julai 2020 sebanyak 745 ribu pengangguran dicatatkan merupakan yang tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Isu pengangguran merupakan antara cabaran terbesar pihak Kerajaan harus tangani dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat. Saya menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri yang menyediakan 4 inisiatif bagi menangani masalah pengangguran dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor khususnya golongan anak muda. Program Selangor Kerjaya yang bakal menyediakan 10 ribu peluang pekerjaan. Ini saya harap Yang Berhormat EXCO jangan lupa dekat Kuala Selangor ya, dua kali dah terpaksa kita batalkan Selangor Kerjaya di Kuala Selangor. Sepatutnya pada bulan Mac kemudian pada bulan Oktober juga terpaksa dibatalkan.

Selangor Alternatif TVET, Padanan Kerja untuk 3,000 graduan TVET, Rakan Digital Selangor, seribu peluang pekerjaan dan Selangor Freelancer membuka ruang kepada semua sumber pendapatan alternatif dengan peruntukan berjumlah RM76 juta menyediakan 15 ribu peluang pekerjaan. Ini menjadikan jumlah peluang pekerjaan melalui empat inisiatif sahaja. Empat inisiatif ini berjumlah 29 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Selangor. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan Negeri yang saya hormati, Ekosistem Freelance telah menerima manfaat daripada descraption dengan izin yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Secara global wabak pandemik COVID-19 telah mencetuskan perubahan dan peralihan cara kerja yang dramatik terhadap rejim bekerja dari rumah, work from home, remote working dan pekerja git atau git workers. Oleh sebab itu adalah

mustahak untuk Kerajaan Negeri menyantuni golongan pekerja git kerana ia merupakan satu pekerjaan yang kian mendapat sambutan dalam kalangan anak muda khususnya serta trending dalam suasana ekonomi hari ini. Malah bagi sesetengah orang atau golongan knowledge workers yang diberhentikan kerja mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapat sesuap nasi. Tetapi memilih pekerjaan git. Seperti yang disebut oleh Sarah Cansler dalam bukunya The Git Economic, The End of The Job and The Future of Work dengan izin bahawa pilihan ini merupakan the best of bad options. Pada dasarnya pekerjaan ini juga antara lain bermatlamatkan mengeluarkan seseorang daripada kepompong kemiskinan with work come igniting dengan izin.

Justeru syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif RiDE atau Roda Darul Ehsan yang menyediakan peruntukan sejumlah RM2 juta bagi tujuan membantu 3000 ribu orang anak muda Selangor mencari pendapatan dan kerja dalam perkhidmatan e-hailing dan kemudahan subsidi yang diberikan untuk mendapatkan lesen dan kursus di lihat dapat mempercepatkan lagi proses mendapat kerja. Namun apa yang mustahak adalah memastikan jaminan mendapat upah, ya upah kerja kerana itulah yang lebih penting bagi mereka iaitu pendapatan harian. Maka saya ingin mencadangkan agar program RiDE ini dapat diperluaskan dengan padanan perkhidmatan atau pun service matching antara syarikat-syarikat atau kilang-kilang atau pun kedai-kedai yang terlibat bukan sahaja dalam industri makanan tetapi juga pembungkusan dan juga penghantaran. Ini penting khususnya di kawasan luar bandar kerana purchasing power atau pun kuasa membeli itu amat rendah. Maka tidak dapat bergantung pada industri makanan semata-mata.

Jika riders hanya bergantung pada permintaan penghantaran makanan sahaja, ini tidak dapat memberikan jaminan pendapatan yang selesa buat anak muda yang terlibat. Saya cadangkan agar bagi kawasan luar bandar perlu dilihat lebih terperinci bagaimana program RIDE ini benar-benar memberi manfaat kepada anak muda kita. Mereka mungkin berminat tetapi apakah inisiatif ini menjanjikan pendapatan sebenar buat mereka. Masih menjadi persoalan kerana tiada jaminan pendapatan yang cukup jika hanya bergantung pada permintaan di kawasan luar bandar.

Dan yang terakhir berkaitan dengan pencemaran Sungai Buloh. Tuan Speaker, beberapa kali saya telah bangkitkan isu pencemaran Sungai Buloh yang masih belum selesai. Saya pernah bangkitkan isu ini juga melalui mesyuarat bersama EXCO Alam Sekitar dan beberapa jabatan yang berkaitan. Namun masalah pencemaran Sungai Buloh di hilir Sungai Buloh iaitu di kawasan mukim Jeram, Kampung Bagan Sungai Buloh, didapati masih berlaku. Ya, ini melibatkan pencemaran bau dan air hitam. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak LUAS terutamanya kerana sentiasa melibatkan Adun kawasan dalam melaporkan situasi semasa. Walau bagaimanapun, hal ini masih belum selesai kerana usaha menangani pencemaran sungai ini bukan tugas pihak LUAS semata-mata. Tetapi juga pelbagai jabatan berkaitan, Jabatan Alam Sekitar, PBT, Pejabat Tanah yang perlu sama-sama

kerja kuat dengan serius dalam memastikan sumber air kepada hidupan laut serta sumber makanan kita terjamin bersih.

Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri serius dalam melaksanakan pelan tindakan Sungai Buloh dan memberikan perhatian kepada beberapa potensi punca pencemaran ke atas hilir Sungai Buloh sama ada kilang-kilang berdekatan mahupun perusahaan penternakan yang dikenal pasti mungkin menjadi punca pencemaran kerana ini menyebabkan sumber pendapatan nelayan terjejas. Imej sektor pelancongan di Selangor juga terjejas dan mungkin juga boleh mengakibatkan kesihatan penduduk khususnya di Kampung Bagan Sungai Buloh terjejas. Saya pohon untuk pihak EXCO yang terlibat selain memastikan tiada gangguan bekalan air yang melibatkan pencemaran Sungai Selangor dan Sungai Langat, tolong tengok tengokkan jugalah Sungai Buloh.

Akhir sekali terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri atas pengumuman inisiatif pelancongan kepada pengusaha homestay, homes community, namun saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memasukkan kategori pendayung, ya Pusat Century Kelip-kelip Kg. Kuantan untuk menerima bantuan manfaat, bantuan daripada pakej pihak Kerajaan Negeri kerana 35 orang pendayung ini bergantung pendapatan mereka kepada aktiviti mendayung di Pusat Century Kelip-Kelip. Jadi mereka tidak lagi menerima upah sejak Mac 2020 sehingga kini. Sebahagian daripada mereka terpaksa mencari pekerjaan lain dah. Jadi saya berharap agar keprihatinan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan agar bantuan dapat diberikan kepada para pendayung di Kampung Kuantan. Dengan itu Tuan Speaker, Bukit Malawati menyokong Belanjawan 2021, terima kasih.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT, Selamat Sejahtera. Yang pertamanya, saya nak menyokong perbelanjaan ataupun bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor kemudian yang keduanya saya nak mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang mana khususnya di Taman Templer, kita dapat satu (1) jalan, Jalan Hijau. Jalan Hijau tak apa, tapi jangan Parti Hijau. Kemudian yang keduanya, saya nak menyebutkan juga bahawa kita nak merakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, yang, dua (2) minggu yang lepas, dia telefon saya beritahu permohonan kita di DUN Taman Templer minta supaya didirikan sebuah dewan, telah dapat kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Selayang. Yang kedua, berkaitan dengan Program Pusing Selangor dulu dalam Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas. Saya sangat bersetuju dengan Program Pusing Selangor ini dulu yang mana dia dapat memberikan ruang dan juga peluang, khususnya kepada rakyat untuk melancong di dalam negeri kita, Negeri Selangor yang kita cintai ini, cuma saya nak

menyebutkan kedapatan kita melihat ada kawasan-kawasan pelancongan yang tidak diurus dengan baik. Jadi, saya nak minta kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita buka kawasan-kawasan pelancongan ini, kita beri kepada company ataupun mereka yang berminat untuk memajukan tempat-tempat pelancongan ini yang mana apabila mereka majukan tempat pelancongan ini, mereka bina kemudahan-kemudahan kepada para pengunjung yang datang ke tempat-tempat pelancongan ini walaupun mereka mengenakan sedikit bayaran kepada para pengunjung tetapi tempat ini dapat dijaga, tempat ini dapat didirikan dengan kemudahan-kemudahan asas ataupun kemudahan-kemudahan kepada para pengunjung yang datang ke tempat-tempat pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor, itu yang kedua.

Yang ketiganya soal berkaitan dengan penjaja, ya betul semua orang bercakap hari ini kita sedang berlawan, kita dalam peperangan. Musuhnya kita tak nampak, tahu-tahu masuk hospital, tahu-tahu ICU, tahu-tahu meninggal dunia. Seluruh dunia hampir sejuta lebih dah umat manusia yang bahasa kasarnya mati. Bahasa lembutnya meninggal dunia disebabkan dengan pandemik COVID-19 ini. Ramai yang bercakap tidak menjangka tahun 2020 ini kita akan berhadapan dengan satu peperangan. Musuh yang kita tak nampak. Apa yang berlaku di dalam Negara kita, tadi ramai kawan-kawan ada menyebutkan soal berkaitan dengan ramai yang tidak ada kerja, ramai yang terputus bekalan, ramai yang sekarang ini jadi penganggur. Sebab itu saya nak minta kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor dan juga EXCO yang bertanggungjawab jaga PBT ni. Dalam peperangan ni, dia lebih kurang macam orang lemas juga. Saya tak pernah lemas Sg. Burong. Tetapi orang yang lemas ni dia pernah cerita, dia kata kalau lemas ni, dia kata, apa yang lalu depan kita masa lemas tu dia akan berpaut. Sebab itu saya nak minta sangat lah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga EXCO PBT dan juga kepada PBT-PBT yang terdapat di Negeri Selangor ini. Sebab kita dalam peperangan sekarang ini. Orang tak ada duit, orang nak makan sekarang ni.

Yang meniaga tepi jalan, sebab meniaga kena tepi jalan tak boleh tengah jalan. Kalau tengah jalan dilanggar dek lori nanti (Ahli Dewan ketawa). Dalam peperangan! Sebab itu saya minta lah kalau boleh pihak PBT ni tutup sebelah mata lah. Ini dalam, kalau PBT pun tutup dua-dua belah mata dia pun nanti dilanggar orang (ketawa). Tutup sebelah mata!

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Boleh mencelah? Templer?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dia, tengah naik seh, itu yang susah tu (Ahli Dewan ketawa).

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Tak patut tengah jalan sekarang adalah buah-buah tu, ada tengah jalan ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Di mana?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Divider, ada tengah jalan, ada business sekarang ni, buah-buah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Buah-buah

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Buah-buah

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ok, kita nak minta sangat lah. Tolong lah, tolong sangat sebab sekarang ini rakyat susah, rakyat perlukan makanan. Rakyat perlukan duit untuk hidup sekarang ini. Janji yang penting dia tak mengganggu keselamatan, tak ganggu lalu lintas. Dia jaga kebersihan dan yang lebih penting dia adalah rakyat Negeri Selangor. Rakyat dalam Negara kita ini. Itu yang kedua yang saya nak sebutkan. Saya minta sangat-sangat lah Kerajaan Negeri ini tolong bantu rakyat kita yang terjejas disebabkan dengan pandemik COVID-19.

Yang ketiganya saya nak menyebutkan soal berkaitan dengan bajet RM20 juta, sukan bola sepak. Paya Jaras, Selangor 33 kali juara Piala Malaysia. Belum ada lagi negeri-negeri dalam Malaysia ni yang dapat mengatasi kecemerlangan Negeri Selangor. Cuma saya nak minta lah kalau boleh pihak Kerajaan Negeri Selangor ni, ya sukan bola sepak ni semua kita minat bola sepak ni. Kalau Manchester lawan Barcelona, sanggup tunggu 3.00 pagi – 4.00 pagi. Sanggup tunggu, bersengkang mata. Cuma saya nampak mungkin ada peraturan yang dibuat oleh FAM, soal berkaitan dengan pemain import ni. Kalau lah FAM benarkan kita ambil pemain import empat (4) orang ataupun lima (5) orang, saya nak minta Kerajaan Negeri Selangor ni kalau boleh kita had kan dua (2) orang sahaja. Kita bagi peluang lah! Kepada bakat-bakat baru yang ada di Negeri Selangor ni. Takkan lah dekat Semenyih tak ada, kita boleh lahirkan seorang Maradona! (Ahli Dewan ketawa). Takkan di Sabak Bernam, kita tidak boleh lahirkan seorang Mokhtar Dahari! Kita bagi peluang, kita cungkil bakat-bakat baru, anak-anak muda di Negeri Selangor ni. Ini dah lah ambil pemain import, jurulatihnya pun import. Kita tak bagi peluang dan ruang kepada anak-anak muda kita untuk mempamerkan

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

kebolehan mereka.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya tahu masa tak ada, tapi Speaker minta juga saya cakap

Speaker

Ada, ada. Ada masa, ada masa.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Speaker minta juga saya bercakap itu yang saya bercakap juga tu (Ahli Dewan ketawa). Yang keempat, yang keempat tu, yang keempat, yang keempat, yang keempat. Seluruhnya! Yang keempat ni (Ahli

Dewan ketawa). Empat, empat, jangan lawan. Ini Pembangkang ke Bebas? (Ahli Dewan ketawa). Yang keempat, yang keempat, soal air ni, soal air. Ramai orang bercakap berkaitan soal air ni, tapi minta maaf

Speaker

Bola habis ke? Bola dah habis?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi minta maaf Kerajaan Negeri, saya tak nampak soal berkaitan dengan pendidikan.

Speaker

Bola dah habis?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ha?

Speaker

Bola, bola?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bola dah habis, bola dah habis, bola dah habis.

Speaker

Saya Barcelona.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Barcelona. Soal berkaitan dengan pendidikan. Ya, bercakap soal berkaitan dengan penguatkuasaan. Kita bercakap, ya soal berkaitan dengan undang-undang. Ya, kita bercakap soal berkaitan dengan drone dan sebagainya. Tetapi soal pendidikan untuk kita mendidik masyarakat kita pada hari ini. Yang ini kita terlupa! Sebab itu, soal integriti! Saya nak minta. Saya nak minta sangat-sangat kalau boleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar wujudkan satu portfolio baru, Integriti, untuk jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Bagi lah kepada siapa untuk jaga soal berkaitan dengan integriti ni.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Templer lah, Templer. Saya cadang Templer. (Ahli Dewan ketawa)

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Soal integriti ni. Dan saya nak minta juga kepada Ketua Pembangkang, tapi saya sedih juga Ketua Pembangkang ni. Semalam saya tak kacau dia. Janji saya tak kacau. Dia mengeluh semalam, dia kata dekat kawasan dia tak ada wifi, tak ada streamyx, tak ada internet. Ketua Pembangkang ni, dia sekarang ni, di peringkat negeri ni, dia Ketua Pembangkang. Tapi di peringkat Federal dia Kerajaan Persekutuan. Minta lah dengan Menteri Komunikasi supaya bantu, tolong di Sabak Bernam tu adakan wifi,adakan streamyx, adakan internet! Tak ada masalah lah EXCO, Unifi ke, janji, ya lah, internet lah. Maksudnya kalau buka Facebook tu boleh lah, kan? Boleh Whatsapp lah! (Ahli Dewan ketawa). Yang itu. Itu saya nak minta juga, satu lagi saya nak minta kepada Ketua Pembangkang, masa dah tak ada, kalau ada masa memang saya bagi. Satu lagi saya nak minta dengan Ketua Pembangkang ni, kalau boleh soal berkaitan

dengan integriti, tolong bercakap dengan Menteri Pendidikan ataupun Menteri Pelajaran, wujudkan mata pelajaran integriti di sekolah-sekolah. Sebab kehidupan masyarakat kita sekarang ni makin hari makin teruk. Soal alam sekitar sekarang ni, kalau kita tak didik masyarakat kita daripada sekarang, apa yang nak kita warisikan kepada generasi yang akan datang, yang akan memimpin negara satu hari, satu hari nanti?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Nak air, nak air?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tu lah tu. Ini semua .. Yang kelima, pandemik, ya pandemik tapi jangan lupa dengan denggi. Denggi juga membunuh. Denggi juga membunuh, Denggi juga bahaya. Selangor 33 kali tadi Piala Malaysia, Denggi pun Selangor yang pertama. Yang ini pun kita nak kena tengok juga. Dan, yang terakhirnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, sebab nak bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain ni. Kalau ceramah di luar tu dia lain tone dia , sebab masa dah tak ada sekarang. Yang terakhirnya saya nak menyebut soal berkaitan dengan, saya ucap tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri, banyak program IPR yang telah, yang akan kita laksanakan cuma, soal, ha .. memanglah badan pun agak naik juga ni kan, itu yang jadi masalah tu kan? Cuma soal berkaitan dengan promosi. Penerangan, masih ada lagi rakyat di bawah ni yang tak tahu program IPR ni, yang ini. Saya tak ingat siapa di kalangan ADUN yang ada sentuh tadi. Minta team komunikasi ni tolong bergerak ke bawah ni untuk bagi penerangan, penjelasan kepada masyarakat dan rakyat di bawah ni. Sebab ada yang tak tahu lagi ni. Tambah pula bajet untuk tahun hadapan kan macam-macam program yang kita nak buat ni. Jadi, saya minta sangat-sangat supaya team komunikasi ini, supaya dapat turun segera, bertemu, berjumpa dengan masyarakat dan rakyat untuk menerangkan tentang program IPR yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya menyokong, sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Ahli Dewan ketawa).

Speaker

Sg. Panjang, Sg. Panjang dulu.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Ok, Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya tunggu lama dah. Berdiri banyak kali dah. Saya tadi tengok juga Peraturan Tetap ni. Dia kata kepada Ahli-Ahli yang nak berucap, dia kata mestilah berdiri di tempatnya. Dia tak cakap, berdiri atas kerusi ke atas meja. Sikit lagi kalau tak berdiri, saya naik atas meja. Mungkin sebab tak nampak agaknya. (Ahli Dewan ketawa). Jadi, sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, rakan-rakan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli MMKN, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sahabat saya, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga seluruh Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah lah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang di atas pembentangan bajet semalam. Pembentangan, hujah, berkenaan dengan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari

Jumaat yang lepas. Kita sedia maklum, bahawa penularan wabak Covid-19 ini telah menjejaskan kehidupan dan juga kelangsungan ekonomi secara langsung. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan juga telah menyebabkan banyak sektor dan juga industri ekonomi di tutup dan juga dihadkan operasinya. Dan sudah pasti disebabkan perkara-perkara tersebut, rakyat, peniaga, penjaja, pekerja hatta pemain industri yang besar sekalipun mengalami kerugian dan juga ramai yang hilang pekerjaan dan kita melihat dan juga mendengar setelah meneliti dengan begitu panjang bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita lihat bajet pada tahun ini, tidak ada bezanya seperti mana rangka bajet yang telah dibentangkan pada tahun-tahun yang lepas. Kalau kita lihat ia seolah-olah bajet copy and paste dan tidak melihat langsung tentang kepentingan dan juga kegusaran rakyat pada hari ini, yang hari ini berhadapan dengan kesan daripada penularan wabak Covid-19 yang ada pada hari ini. Dan saya berpandangan bahawa sewajarnya, Bajet ataupun Belanjawan Negeri Selangor seharusnya memberikan tumpuan kepada program-program dan juga pembiayaan yang berimpak tinggi dan segera kepada kehidupan dan juga kesejahteraan rakyat. Dan antara fokus-fokus yang boleh diberikan ataupun yang boleh difokuskan di dalam Bajet Negeri Selangor ataupun Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2021 dalam keadaan norma baru, yang mana di peringkat Belanjawan 2021, di peringkat Persekutuan juga telah mempraktikkan satu norma baru yang mana sebelum peringkat Parlimen berbincang dan juga membentangkan bajet dia bincang dulu dengan semua Ahli-ahli Parlimen tidak mengira pembangkang, bebas dan sebagainya dan sepatutnya kita sama-sama menghadapi ancaman dan juga kesan daripada wabak Covid-19 di Negeri Selangor sebagai Negeri yang tertinggi di Semenanjung dan juga kedua tertinggi di negara kita Malaysia ini sepatutnya kita sama-sama berkolaberasi baik di peringkat kerajaan mahupun di peringkat bukan penyokong kerajaan dan juga bebas sebab dulu sewaktu pembentangan bajet-bajet yang lepas kami hanya ada berapa ni, lima, enam bersaudara kemudian bertambah menjadi 15 dan 3 telah jadi tak tahu jadi apa. Tiga ni. (Ketawa). Three stooges ke? Tiga yang berbeza lah. Tapi dia memberikan semangat yang baru dalam Dewan Negeri Selangor dalam semak dan imbang.

Jadi antara perkara yang boleh difokuskan, yang pertama, adalah meningkatkan aliran tunai di dalam poket rakyat supaya rakyat boleh berbelanja dan juga boleh terus menggerakkan ekonomi di peringkat yang lebih kecil tetapi menyeluruh dan perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan seperti memberikan tempoh moratorium lanjutan sehingga tiga ataupun enam bulan lagi kerana kita tak tahu dalam kita menghadapi tahun yang mendatang ini, tahun 2021 sehingga waktu bila kita masih lagi perlu menghadapi penularan wabak Covid-19 ni dan terpaksa mungkin beberapa kali menghadapi Perintah-perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan sebagainya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, minta penjelasan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Jadi moratorium ini adalah sangat penting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, moratorium.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Minta maaf Yang Berhormat Banting, ini adalah waktu-waktu yang terakhir. Saya minta tak ada gangguan dan saya boleh selesaikan perkara-perkara.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

5 saat aje.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Tak selepas ini, selepas habis point saya. Saya akan berikan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

5 saat aje.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Tak... tak... saya minta duduk dulu.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya minta 5 saat aje.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya tak benarkan. Yang Berhormat Speaker, saya tak benarkan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Benarkan lah. Cuma nak tanya mungkin apa kah pendirian

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya tak benarkan.

Speaker

Yang Berhormat Banting. Dia Sungai Panjang tak benarkan. Jadi duduk sebentarlah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

5 saat aje.

Speaker

1 saat pun dia tak ada. Tiada saat bagi mu.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya janji 5 saat aje.

Speaker

Tiada saat.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Dalam memastikan aliran tunai ni

Speaker

Tiada saat. Duduk-duduk.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Takut terlupa.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang boleh Kerajaan Negeri pertimbangkan adalah berkenaan dengan moratorium yang telah saya jelaskan tadi.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Moratorium, 5 saat saja.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Bayaran-bayaran balik pinjaman

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Betul-betul.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Baik daripada segi Hijrah

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Baik daripada segi pinjaman pelajaran

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Itu lah dia saya nak tanya.

Speaker

Duduk dulu, jangan ganggu. Sekejap.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

dan juga sebagainya LHS dan sebagainya ia perlu diberikan Moratorium. Kalau moratoriumnya sehingga 6 bulan yang lepas sambung bulan 12 sambung lagi pada tahun 2021 mungkin sampai bulan tiga, sampai bulan 6. Kalau boleh kita lanjutkan lagi supaya di dalam poket rakyat ni ada cash flow daripada pendapatan yang mereka jana sama ada pendapatan secara bulanan ataupun pendapatan yang berdasarkan perniagaan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, moratorium.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Seterusnya daripada bantuan-bantuan

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

3 saat.

Speaker

Sungai Panjang, Banting minta lagi. Minta saat sikit.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Banting, saya boleh benarkan selepas penghujung tu sikit, saya boleh benarkan. Tapi sekarang saya tak benarkan dulu nanti saya kena ulas pulak apa yang you cakap. Nanti dulu, duduk dulu.

Seterusnya perkara lain yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan aliran tunai ini adalah pemberian yuran percuma sebagai contoh, untuk pelajar-pelajar UNISEL,

KUIS dan sebagainya. Berikan yuran percuma dan kita tahu dalam tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Pemulihan dan sebagainya kelas-kelas tidak digunakan dan pelajar-pelajar ini banyaknya, majoritinya masih lagi berada di rumah mereka menjalankan pengajian secara atas talian dan sebagainya tidak melibatkan fasiliti di Universiti tersebut. Mungkin ada sedikit penjimatan kos operasi apa nama ni utiliti dan sebagainya jadi beri lah mereka ini pengecualian yuran dan sebagainya. Ini boleh saya yakin boleh dipertimbangkan dan seterusnya insentif-insentif tunai kepada petani, pekebun kecil dan juga nelayan. Yang ni nampak nya tidak diberikan tumpuan di dalam bajet Belanjawan 2021 pada kali ini.

Yang keduanya, adalah berkenaan dengan peningkatan tahap ketahanan perniagaan sebagai contoh apa lah kiranya pihak Kerajaan boleh memberikan pertimbangan. Kita dapat lihat ada peruntukan-peruntukan yang diberikan sebagai contoh, Hijrah, kalau boleh di dalam inisiatif Hijrah Selangor ini dalam kita tempuh COVID-19 ni kalau boleh dipermudahkan usahawan ataupun mereka yang ingin mendapatkan pinjaman mikro ini kita berilah pelepasan daripada kelayakan-kelayakan tertentu jangan dirumitkan sebagai contoh kalau saya boleh bacakan beberapa syarat-syaratnya sebagai contoh mempunyai SSM, Lesen PBT, Kad Nelayan dan Geran Tanah yang sah ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan dalam tempuh ini untuk memudahkan termasuklah tidak mempunyai rekod yang tidak baik, atau disenaraihitamkan daripada mana-mana Agensi Kewangan. Dalam keadaan ini memang semua terhimpit dan juga terkesan oleh wabak ini memang kewangan kita terjejas. Jadi kalau boleh ni diringankanlah pemohon-pemohon yang untuk mendapatkan Hijrah dan sebagainya ini.

Dan kenapa tidak juga pihak Kerajaan cuba pertimbangkan dan juga sediakan satu peruntukan untuk diberikan bantuan khas kepada peniaga-peniaga yang berdaftar khususnya di kawasan-kawasan yang dilaksanakan PKPD. Kita tahu dalam tempoh seminggu dua ini sewaktu COVID-19 ini semakin hari semakin meningkat khususnya di Negeri Selangor ada banyak kawasan yang hari ini pun masih lagi sedang dalam kawasan PKPD. Sebagai contoh di Kajang, sebagai contoh. Kenapa tidak peniaga-peniaga dan juga pengusaha di sana yang berdaftar diberikan bantuan khas secara terus.

Yang ketiganya adalah berkenaan dengan kesejahteraan rakyat dan juga komuniti. Saya sangat tertarik berkenaan dengan insentif jalur lebar. Ini sememangnya perlu diperkembangkan dan juga dipertingkatkan. Selain daripada itu, aspek prasarana dan juga ekosistem itu sendiri kita tahu, ianya bukan sahaja tugas di peringkat negeri tetapi ia melibatkan bidang kuasa di peringkat persekutuan tapi apa yang mengecewakan. Sebagai contoh di kawasan DUN Sungai Panjang, Wi-Fi Smart Selangor kita tahu dimaklumkan juga di dalam dewan ini antara kawasan Dun yang dipasang hotspot yang paling banyak. Tetapi malangnya paling banyak juga kawasan-kawasan hotspot yang tidak boleh digunakan Wi-Fi Wi-Fi tersebut. Kerana ini tidak boleh disalahkan tentang prasarana Unifi, Streamyx dan sebagainya sebab kalau kita menggunakan

talian telefon yang sedia ada di kawasan-kawasan yang Wi-Fi Smart Selangor tidak berfungsi itu, handphone kita ada talian sampai 4G tetapi Wi-Fi Smart Selangor tersebut di kawasan-kawasan hotspot tersebut tidak boleh digunakan. Jadi ini saya rasa bukan masalah berkenaan dengan jalur lebar yang disediakan oleh pihak Telekom, MCMC, dan sebagainya tetapi ini adalah masalah device, hotspot Wi-Fi Smart Selangor sendiri yang perlu di selenggara dan juga diberikan perhatian sepenuhnya.

Dan dalam kesejahteraan rakyat dan komuniti ini juga, kita harap pihak kerajaan dapat juga mempertingkatkan peruntukan-peruntukan yang boleh diberikan khusus kepada MPKK sebagai contoh. Kalau agensi ataupun struktur di peringkat kerajaan negeri, MPKK diberikan peruntukan untuk melaksanakan program di peringkat komuniti. Sama ada program-program yang berbentuk pencegahan Covid-19 ataupun program-program penyahkuman, pembersihan dan sebagainya perlu dilaksanakan daripada masa ke semasa sepanjang tempoh kita melawan Covid-19 ini.

Dan seterusnya, saya juga mohon supaya

Celah sikit boleh Yang Berhormat.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

peruntukan kepada Persatuan-persatuan Belia-belia selain daripada PABT ini

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Haa minta-minta nak tanya sama ada

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Belia Selangor dan juga gabungan

Speaker

Ada permintaan Yang Berhormat Sungai Panjang. Ada permintaan daripada Banting sejak tadi. Bersaat-saat tadi dan Meru. Mana satu nak bagi?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sejak tadi.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya ada, saya ada

Speaker

Mana satu nak bagi?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Moratorium, berkenaan dengan Moratorium.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Nanti saya bagi. Nanti-nanti, sebentar-sebentar. Nanti lepas ni mungkin boleh sambung dalam perbahasan yang lain.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Jadi saya tak boleh bahas lah, tak boleh bahas. Saya hanya boleh tanya soalan sahaja.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Seterusnya ada banyak lagi..

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya mohon. Saya mohon belas kasihan dari Sungai Panjang. Sama ada dibenarkan atau tidak.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Seterusnya berkenaan dengan e-healing dan sebagainya dan saya juga suka untuk merujuk juga daripada aspek pelancongan. Tadi Yang Berhormat Taman Templer pun ada bercerita tentang pelancongan. Pusing Selangor dulu. Saya nak beritahu Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa ni berkenaan dengan kawasan saya sendiri ada satu hot spot yang telah dikenal pasti dan juga telah pun mendapat tarikan seluruh Negeri Selangor datang ke daerah Sabak Bernam datang untuk melihat kawasan tersebut iaitu Pasar Jerami Parit 14, Simpang 5 yang mana baru-baru ini kita telah mengadakan beberapa dialog kerana ada beberapa kononnya ada beberapa pelanggaran syarat dan sebagainya tetapi idea, niat dan juga tujuan asal penubuhan Pasar Jerami Parit 14, Simpang 5 itu sendiri adalah untuk menarik pelancong dan juga menjadi tarikan setempat dan ianya berjaya menjadi tarikan setempat.

Kalau lah ada daripada sudut prasarana, sudut keselamatan dan sebagainya, sudut kelulusan dan sebagainya yang boleh dibantu dan juga boleh dilaksanakan diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri kenapa tidak diselesaikan dan perlukan bajet prasarana untuk pembangunan kita sedia bekerjasama untuk bangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan tarikan baru untuk dalam peta pelancongan Negeri Selangor.

Berkenaan dengan peta pelancongan Negeri Selangor pula daripada dulu lagi telah kita sarankan dan juga cadangkan supaya diedarkan promosi peta pelancongan Negeri Selangor kepada setiap tempat khususnya di peringkat daerah-daerah mahupun peringkat PBT-PBT sebab kita di Negeri Selangor ni pun sebenarnya ramai yang tak habis pusing Negeri Selangor lagi. Saya yakin dan percaya di setiap DUN dan di setiap kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat ni banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati dan juga berpotensi untuk menjadi tempat tumpuan pelancong dan saya juga ingin mempersoalkan apakah peranan dan juga tugas agen-agen pelancongan ataupun hos-hos pelancongan yang telah dilantik dan juga diberikan peruntukan untuk mempromosi kawasan-kawasan tersebut kerana masih lagi banyak kawasan-kawasan yang tidak diketahui oleh umum khususnya mereka datang di Negeri Selangor ni tak tahu nak datang pergi mana tak tahu arah tujunya di mana dan khususnya di kawasan utara Negeri Selangor sudah pasti tumpuan utama adalah Agro-tourism yang mana kita telah ada satu eko-sistem dan juga keadaan yang sangat sesuai untuk eko-tourism ini khususnya di kawasan Iada Barat Laut ini memang kita dah tahu sawah padi yang terbentang luas yang memang dia punya

sistem dia daripada apa nama ni Tanjong Karang membawa ke Sungai Besar itu, kalau nak tengok proses tanaman padi bermula daripada A, tanaman, tuaian, kita boleh tengok di kawasan itu sepenuhnya. Ya, sebab dia berperingkat-peringkat. Habis cycle ni dia akan masuk cycle yang seterusnya. Jadi ini boleh menjadi

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, cycle-cycle tu, minta penjelasan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Seterusnya berkenaan dengan isu-isu rakyat yang telah dibangkitkan di Negeri Selangor khususnya air dan sebagainya. Kita tak perlu lah menuding jari baik peringkat Kerajaan Negeri tuduh Kerajaan Persekutuan

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Persekutuan kata Negeri dan sebagainya sepatutnya Kerajaan Negeri perlu memperakui kelemahan yang mana dalam mengatasi masalah bukan sahaja pencemaran tetapi apabila dah berlaku tak ada air kalau kita boleh rujuk Apps Air Selangor hari ini pun kalau saya tengok dalam Apps Air Selangor banyak kawasan-kawasan yang berlaku masalah paip bocor dan juga gangguan bekalan air yang tidak berjadual.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Jadi ini adalah melibatkan pengurusan air Selangor dan juga pengurusan kerajaan

Speaker

Sungai Panjang.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Speaker

Ini masa dah merah

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

30 saat, Tuan Speaker untuk tutup.

Speaker

Saat yang terakhir.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Berkenaan air ini kita harap Kerajaan dapat pantau dan juga selesaikan bagaimana kaedah pengagihan air ini supaya tidak tergantung dan juga banyak pihak yang tak dapat bekalan air. Paip pecah dan sebagainya ni benda kita tak boleh elak dan masih lagi berlangsung apa nama ni pembaikan paip-paip air. Jadi akhirnya saya melihat bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini hanya lah bajet yang

seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, bajet yang hanya cantik di atas kertas tetapi tidak dapat menyelesaikan krisis dan juga masalah rakyat dan bajet ini saya menolak sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan Pelabuhan Klang untuk bersama mengambil bahagian dalam perbahasan USUL Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat, 30 Oktober 2020 yang lalu.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah membentangkan Belanjawan 2021 yang sangat komprehensif dan merangkumi untuk semua pelbagai lapisan masyarakat. Cuma Pelabuhan Klang ingin menyentuh beberapa perkara dan sudah tentu perkara yang ingin disentuh adalah tentang isu air. Pelabuhan Klang ingin memaklumkan apabila terputus sahaja bekalan air Pelabuhan Klang adalah antara yang terawal akan terjejas dan apabila pulih kembali bekalan air Pelabuhan Klang adalah yang terakhir akan dapat air. Putus paling awal, bekalan pulih paling akhir. Jadi saya berharap supaya perkara-perkara terputus bekalan air ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. Pelabuhan Klang ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Selangor kerana melalui Sidang Belanjawan Negeri 2021 memperlihatkan Kerajaan Negeri Selangor begitu komited dan akan berusaha untuk mengurangkan risiko henti tugas loji rawatan air dengan menyediakan pelan penyelesaian isu pencemaran air sungai seperti berikut:-

Yang pertama peningkatan bayaran denda.

Yang Kedua peletakan bahan nano teknologi ataupun aquaretic

Yang Ketiga raw water treatment system

Yang Keempat pemantauan oleh skuad pantas

Yang Kelima projek pengepaman air mentah dari kolam takungan Horas 600 Sungai Selangor dan kolam takungan Sungai Semenyih dan

Yang Keenam yang ini yang saya akan sentuh pada petang ini iaitu tindakan penguatkuasaan terhadap rumah-rumah dan kilang-kilang yang berhampiran dengan tebing sungai.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Pelabuhan Klang ingin menegaskan di dalam Dewan Yang Mulia ini supaya tindakan Penguatkuasaan Undang-undang terhadap

kilang-kilang yang melakukan pencemaran alam sekitar ini tidak sepatutnya tertumpu kepada kilang-kilang yang hanya berada di tebing sungai sahaja tetapi ianya mesti juga meliputi kilang-kilang dan premis-premis yang terletak di mana-mana tempat di dalam Negeri Selangor.

Antara langkah Penguatkuasaan Undang-undang yang paling berkesan dan efektif adalah pemotongan bekalan elektrik terhadap kilang-kilang dan premis-premis sama ada yang berlesen atau yang tidak berlesen sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang mencemarkan alam sekitar yang kita sayangi.

Untuk makluman, dewan yang mulia ini dan ahli-ahli berhormat sekalian, selepas sahaja saya membangkitkan isu bagaimana kilang haram atau kilang tidak berlesen ini mendapatkan bekalan elektrik semasa Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 tahun 2019, pada 19 Mac 2019 yang lalu. Saya telah dihubungi secara peribadi oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yuslan bin Md Yusof selaku ketua perkhidmatan pelanggan Tenaga Nasional Berhad Negeri Selangor dan beliau telah menyatakan kesediaan untuk berjumpa dan berbincang dengan saya bagaimana untuk membantu pihak-pihak agensi penguatkuasaan dalam usaha menangani isu kilang-kilang dan premis-premis yang beroperasi tanpa izin sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar dengan mengguna pakai Akta Bekalan Elektrik 1990 Seksyen 25 Pindaan 2016.

Dan selepas perbincangan tersebut, pihak TNB telah dipanggil ke Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan, JPPBT Dewan Negeri Selangor. Dan pada 13 Jun 2019, Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan, JPPBT Dewan Negeri Selangor yang pada masa itu dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sementa telah mengaturkan satu taklimat oleh pihak TNB kepada semua pengarah-pengarah pelesenan yang terdiri daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Negeri Selangor tentang bagaimana pihak TNB boleh membantu pihak PBT untuk membanteras kilang-kilang yang beroperasi tanpa izin terutama sekali kilang-kilang yang mencemarkan alam sekitar sama ada kilang-kilang yang berlesen termasuklah kilang-kilang yang tidak berlesen yang melanggar syarat-syarat lesen.

Dalam taklimat tersebut juga, pihak TNB telah menyatakan sebagai pemegang lesen TNB tertakluk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 Pindaan Seksyen 25 yang dibuat pada tahun 2016, pihak TNB boleh membantu Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT untuk memotong bekalan elektrik di kilang-kilang atau premis-premis yang melanggar peraturan-peraturan PBT. Semasa taklimat tersebut, pihak PBT juga telah menjelaskan kepada pihak PBT tentang apa yang perlu dilakukan bagi mendapatkan bantuan daripada pihak TNB untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Yang pertama, pihak PBT mestilah memaklumkan secara rasmi iaitu secara bertulis kepada TNB berhubung premis atau kilang yang beroperasi tanpa izin. Pihak PBT

perlu menyatakan dengan jelas dan spesifik tentang pelanggaran Seksyen-Seksyen mana di bawah Akta Kerajaan Tempat 1976 serta Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 oleh premis-premis berkenaan.

Yang kedua, PBT juga boleh menyatakan mana-mana pelanggaran undang-undang bertulis yang berkaitan. Sebagai contoh, peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Akta Jabatan Alam Sekitar. Perkara yang kedua ini pihak PBT boleh mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana kilang ataupun premis-premis yang terutamanya telah mencemarkan alam sekitar. Setelah pihak TNB mendapatkan pemakluman secara rasmi yang terperinci daripada pihak PBT, pihak TNB akan mengeluarkan notis penamatan kontrak kepada kilang atau premis berkenaan dalam masa tidak kurang daripada 14 hari, 30 hari, atau 90 hari, bergantung pada terma-terma dan syarat-syarat kontrak yang telah ditandatangani di antara TNB dan premis atau kilang yang terlibat. Pemotongan boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh notis tersebut.

Selain daripada itu, premis-premis yang telah diberikan bekalan elektrik oleh TNB tetapi tidak diduduki bermakna ia sebuah premis kosong. Pemotongan boleh dibuat setelah notis pemotongan 7 hari bekerja diserahkan oleh pihak TNB kepada premis tersebut. Oleh itu, saya ingin mencadangkan dengan tegas kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada lagi tempoh lanjutan bagi mana-mana program pemutihan kilang-kilang tanpa izin atau lebih dikenali dengan nama kilang-kilang haram di Negeri Selangor terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang. Kerana apa ? Kerana pencemaran alam sekitar di Negeri Selangor ini telah berleluasa dan sangat-sangat tidak terkawal. Kerana apa saya cakap tidak terkawal ? Kerana sebagai contoh, di Sungai Tengkorak Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang telah didapati mempunyai lebih kurang 25 jenis bahan kimia dan sisa toksik yang telah dilepaskan oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab ke dalam sistem perparitan yang sedia ada. Seterusnya, ia akan hanyut ke sungai dan seterusnya sisa-sisa bahan kimia tersebut hanyut ke laut. Dan sisa-sisa bahan kimia ini, yang hanyut ke laut, telah merosakkan alam sekitar seperti merosakkan ekosistem kehidupan air sehingga menyebabkan ikan-ikan mati dan menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan persisiran pantai. Dalam masa yang sama, ianya juga telah merosakkan atau menyebabkan pokok-pokok kayu bakau mati yang sepatutnya menjadi benteng pertahanan pantai bagi mengukuhkan tebing-tebing dan seterusnya mengurangkan hakisan. Pihak kerajaan Negeri Selangor boleh mendapatkan laporan yang lebih lengkap daripada Unit Bencana Negeri Selangor, juga boleh mendapatkan laporan yang lengkap daripada Majlis Perbandaran Klang, yang selama ini telah banyak membantu saya dalam isu pencemaran alam sekitar di kawasan DUN Pelabuhan Klang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Unit Bencana Negeri Selangor kerana telah banyak membantu saya dalam usaha

saya memerangi penjenayah ataupun perosak alam sekitar ini. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, kita perlu memastikan penjenayah alam sekitar ini diberikan hukuman yang berat. Dan sebelum kita nak ke arah itu, kita kena lah mencegahnya. Dan salah satu cara yang efektif seperti yang saya cakapkan pada petang ini ialah pemotongan bekalan elektrik. Saya ada laporan daripada stasion TNB di semua kawasan-kawasan yang telah menjalankan operasi pemotongan ini pada tahun lepas sewaktu Menteri pada masa itu adalah Yang Berhormat Yeo Bi Yin. Dan saya masih ingat lagi Pelabuhan Klang bekerja rapat dengan Yang Berhormat Menteri pada masa itu dan sering kali melakukan operasi-operasi di kawasan kilang-kilang tanpa izin ini terutama sekali di kawasan Klang dan Pelabuhan Klang.

Antara kejayaan pada tahun 2019 selepas kita mengguna pakai Akta Bekalan Elektrik 1990 ini dengan kerjasama TNB, Pihak Polis, Jabatan Alam Sekitar, dan sudah tentunya PBT, untuk kawasan Klang sahaja, ada 28 kilang yang TNB telah berjaya potong bekalan elektrik. Untuk kawasan Pelabuhan Klang, sebanyak 25 bekalan elektrik kilang telah dipotong. Dan begitu juga, dengan kawasan-kawasan yang lain. Banyak. Dan jumlah hampir 100 kilang pada tahun lepas. Kilang-kilang ini telah dipotong bekalan elektrik selepas mendapat permohonan daripada PBT-PBT yang terlibat.

Jadi, saya berharap supaya program ini atau usaha ini diteruskan kerana dengan hanya cara ini sahaja kita lihat bila kita nak masuk Program Pemutihan Kilang ini, kalau betul mereka serius.

Mohon mencelah.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sekejap-sekejap, kalau betul-betul kilang ini betul-betul serius nak memutihkan kilang mereka, mereka perlulah patuh kepada syarat-syarat atau apa jua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak PBT, terutama sekali yang telah ditetapkan oleh Pihak Jabatan Alam Sekitar. Jadi saya harap Kerajaan Negeri serius untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ini dengan bermula untuk mengambil tindakan kepada punca-punca yang menyebabkan alam sekitar kita tercemar. Ya, Yang Berhormat Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang, sikit saya nak tanya tentang kejayaan-kejayaan operasi yang telah dilaksanakan tentang penutupan bekalan elektrik tu sebab ada juga aduan-aduan daripada pihak saya di Meru tetapi tak nampak keberkesanannya macam mana di Pelabuhan Klang. Mungkin ada tips yang boleh dikongsikan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tips ya. Tips kita kena selalu memantau dan selalu kena buat laporan dan pastikan kita ada kerjasama dengan semua pelbagai pihak. Ok dan ini komitmen yang telah ditunjukkan oleh pihak Tenaga

Nasional Berhad (TNB) tetapi kita perlu melengkapkan laporan untuk kita serahkan kepada pihak TNB seperti yang saya cakapkan tadi kerana mereka juga ada terma-terma dan syarat-syarat kontrak di antara TNB dan juga pihak kilang yang terbabit sebab itu kita kena melengkapkan laporan kita menggunakan Akta mana yang kita nak pakai, kesalahan mana, seksyen mana dan perlu dibekalkan kepada pihak TNB dan hasilnya pihak TNB akan memotong bekalan elektrik tersebut dan saya lihat memang ada berlaku beberapa perubahan tapi ni tahun lepas lah tetapi selepas sahaja pertukaran kerajaan ni saya nak bagi tahu sekali pun Menteri Alam Sekitar tak pernah turun ke kawasan Pelabuhan Klang, ke kawasan-kawasan yang terjejas ini.

Dan dulu Menteri Alam Sekitar kita sama juga dengan Menteri Tenaga jadi senang buat kerja, cuma sekarang ni Menteri Tenaga lain, Menteri Alam Sekitar lain. Jadi nak kena berurusan dengan banyak pihak. Dulu kita berurusan dengan satu Menteri, satu Menteri ni jaga Alam Sekitar, Menteri yang sama juga jaga Tenaga Nasional Berhad.

Speaker

Yang terakhir ya.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok, jadi Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan untuk itu Pelabuhan Klang menyokong pembentangan Belanjawan Selangor 2021. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan untuk Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ni tamat untuk sesi perbahasan sini. Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 25 Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan ini ya dan saya ucapkan tahniah dan banyak benda yang akan sesi penggulungan pada hari esok pihak Kerajaan diminta untuk bersedia pada hari esok bagi sesi penggulungan.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 6.00 petang. Dengan ini saya menangguhkan sesi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 sehingga hari esok 4hb. November 2020 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG )