Selangor · 29 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 427 turns · 34,767 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Urusan aturan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke Empat Belas pada 29 November 2021 dimulakan dengan bacaan Doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan yang pertama.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Jumlah Penduduk Selangor Yang Belum DivaksinQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a)

Berapakah jumlah penduduk Selangor dari umur 12 tahun dan ke atas yang belum divaksin? b)

Apakah sebab mereka belum divaksin? Sila nyatakan pecahan mengikut sebab-sebab. c)

Berapakah ramai penjawat awam yang belum divaksin?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Bukit Lanjan bertanya mengenai penduduk Selangor yang belum di vaksin. Jumlah penduduk Selangor dari umur 12 tahun ke atas yang belum divaksin sehingga 5 November 2021 adalah seperti berikut. Populasi 12 hingga 17 tahun anggaran populasi 569,100. Bilangan yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos 495,447 dan anggaran baki belum divaksin 73,653. Untuk populasi melebihi atas 18 tahun, anggaran populasi adalah 4,551,800. Bilangan yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos 4,276,563. Anggaran baki yang belum divaksin adalah 275,237. Jadi jumlah populasi kita kalau dianggar

5,120,900 yang terima vaksin sekurang-kurangnya 1 dos 4,772,000 dan anggaran yang belum adalah 348,890. Perlu saya ingatkan bahawa anggaran populasi ini berdasarkan kepada anggaran DOSM 2020. Jadi denominator kita ini sebenarnya memanglah tidak berapa tepat kerana ia bergantung pada bancian berapa penduduk yang kita ada keseluruhannya di negeri Selangor. Bagi populasi remaja 12 hingga 17 tahun, pemberian vaksin masih dalam proses dan masih berjalan dengan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak NGO. Bagi kumpulan remaja yang sukar untuk hadir ke PPV seperti remaja yang tidak bersekolah, remaja orang asli, remaja di dalam pusat institusi pemulihan atau rumah perlindungan, proses pemberian vaksinasi sedang berjalan melalui program-program jangkau luar atau outreach yang dijalankan oleh Pasukan Outreach PKD dan NGO seperti MERCY dan IMARET.

Mengikut anggaran populasi penduduk dewasa (>18 tahun) negeri Selangor, seramai 87.8% telah divaksinasi sekurang-kurangnya dos 1. Sebahagian kecil yang belum divaksinasi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori yang tidak boleh menerima vaksin atau mempunyai kontraindikasi kepada vaksin COVID-19, manakala selebihnya merupakan golongan yang menolak vaksin. Golongan unreached population sedang dibuat jangkau luar oleh pasukan outreach PKD.

Yang Berhormat juga telah bertanya mengenai berapa ramai penjawat awam yang belum divaksin dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 (PP Bil.4/2021) mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam. Sebenarnya telah dibawa ke mesyuarat MMKN kita berdasarkan pekeliling perkhidmatan tersebut dinyatakan bahawa penjawat awam atau pegawai perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum.

Oleh itu, pada atau selepas 1 November 2021, pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan Ketua Jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan Ketua Jabatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 daripada segi perubatan (medically inelligable) 22,314 orang. (*sumber rasmi daripada data Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2.0 atau Human Resource Management Information System 2.0 (HRMIS 2.0)).

Berdasarkan data yang diterima daripada 43 jabatan dan agensi sehingga 16 November 2021, jumlah penjawat awam yang belum mendapatkan dos imunisasi COVID-19 hanya seramai 132 orang iaitu 0.59% daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di negeri Selangor.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adakah penjawat awam yang tidak mahu ataupun anti vaksin ini boleh mencabar Kerajaan Negeri kerana ia juga adalah vaksinasi yang tidak diwajibkan kepada semua penduduk di negara kita.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang vaksinasi tidak diwajibkan namun Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Persekutuan berkuat kuasa 18 Oktober atas dasar ini maka tindakan tatatertib dan juga yang saya sebutkan tadi boleh diambil walaupun secara peribadi kita boleh tidak bersetuju dengan peraturan ini namun itu adalah polisi di peringkat negara kita.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan susulan saya adalah, adakah program vaksinasi SelVAX komuniti akan diteruskan untuk penduduk Selangor yang belum divaksin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan di klinik-klinik SELCARE.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Mengenai vaksinasi dengan SELVAC Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 500,000 dos percuma untuk vaksin. Dos pertama dan kedua. Saya masih menunggu laporan sedikit lagi banyak mana lagi vaksin kita ada bakinya untuk meneruskan vaksin ini. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri Selangor telah membuat banyak program-program bukan sahaja membuka PPV di bawah ADUN-ADUN tetapi juga telah membenarkan mereka yang tidak boleh ke PPV kita ini untuk mengambil vaksin di klinik-klinik di bawah SELCARE. Maknanya kalau mereka tidak boleh sampai ke Pusat Vaksinasi kita mereka boleh pergi ke klinik-klinik SELCARE dan mereka boleh mendapatkannya. Namun saya juga ingin mengingatkan rakyat di negeri Selangor optional untuk vaksin bukan sahaja terletak di SELVAC, Kerajaan Persekutuan melalui MySejahtera telah menyediakan dan juga telah menyediakan klinik-klinik swasta untuk memberi dos-dos vaksin ini kepada mereka banyak sekali beratus klinik telah diisytiharkan untuk memberi vaksin. Jadi sekarang ini bagi saya, kecuali bagi kumpulan yang terpencil orang asli yang mungkin duduk dalam hutan, rasa saya tidak ada alasan lagi mengatakan mereka tidak boleh sampai kerana

anjuran-anjuran kita, kita pergi ke sekolah, kita pergi ke pusat tahfiz dan sebagainya untuk memberi vaksin kepada mereka. Terima kasih Bukit Lanjan.

Speaker

Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.2.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Program Bantuan Pelajar Di Sekolah Rendah Dan MenengahQuestions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif yang masih dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar Sekolah Rendah & Menengah dalam pembelajaran sekolah terutamanya bagi melengkapkan kaedah PdPR?

b)

Ramai pelajar mempunyai isu tidak memiliki komputer riba/internet. Adakah Kerajaan Negeri membincangkan perkara ini dengan Kerajaan Persekutuan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker dan Bandar Utama yang menanyakan soalan. Pertamanya Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif pemberian agihan buku modul pembelajaran bercetak secara percuma kepada para pelajar tahun 6 dan Tingkatan 5 bermula pada bulan April tahun ini. Agihan bahan pembelajaran ini dilaksanakan melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan jumlah agihan sebanyak 20,000 naskhah untuk pelajar Tingkatan 5 dan 10,000 naskhah untuk pelajar Tahun 6. Berdasarkan maklum balas yang diterima buku modul pembelajaran ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya sepanjang tempoh penutupan sekolah. Ia juga dapat membantu para pelajar yang mempunyai masalah akses internet dan peranti untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Kita bantu melalui Program Tuisyen Rakyat. Di samping itu kalau kita masih ingat dalam pembentangan Belanjawan saya beberapa hari yang lepas kita telah mengumumkan pelaksanaan Sepintas. Sepintas ini sebenarnya adalah satu adaptasi atau satu pengubahsuaian yang kita ambil daripada program yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Tun Raja Uda atau Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Pada ketika ini Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah membantu lebih kurang 20 ke 30 orang famili daripada usaha mereka dan kita jadikan sebagai state program untuk refurbish atau menaik taraf beberapa kemudahan yang mereka miliki yang ingin mereka

lupuskan seperti komputer, peranti dan sebagainya dan kita berikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bagi mereka yang berada dalam kelompok B40. Untuk soalan yang kedua, adakah Kerajaan Negeri, kita utarakan hal ini di kalangan Ahli-Ahli Parlimen kita berkenaan dengan keperluan peranti dan juga alat-alat mudah belajar ini kepada Kerajaan Persekutuan dan saya turut menyampaikan jika dipanggil dan juga berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Namun begitu urusan rasmi dan perbincangan rasmi itu boleh dikatakan tidak ada cuma kita sampaikan melalui Ahli-Ahli Parlimen kita dan juga dalam pertemuan-pertemuan yang kita adakan secara tak rasmi. Terima kasih.

Speaker

Permatang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no. 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Program I-SeedQuestions

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah program i-SEED dapat membantu melancarkan urusan perniagaan pemohon?

b)

Berapakah jumlah peruntukan i-SEED di seluruh DUN sehingga setakat kini

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, Sepertimana semua sedia maklum, Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development atau lebih dikenali sebagai i-SEED telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 10 Mac 2021 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.754 juta. Ia merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-Ekonomi yang memberi fokus utama dalam memberdaya dan memperkasakan sektor ekonomi masyarakat India khususnya mereka yang dikategorikan di dalam kumpulan B40 melalui penjanaan atau peningkatan pendapatan. Ketika ini, masyarakat India sangat memerlukan pendedahan yang meluas terhadap program-program pemerkasaan bagi menghasilkan individu yang berkemahiran tinggi

serta melahirkan usahawan baru agar dapat meningkatkan keupayaan keusahawanan sedia ada untuk menangani bebanan kos sara hidup yang kian meningkat. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah merencanakan beberapa dasar, strategi dan hala tuju pembangunan masyarakat India di bawah Program I-SEED, di antaranya ialah Program Pemberian Bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada usahawan masyarakat India yang dilaksanakan bersama oleh UPEN, Pejabat Daerah dan Tanah, Unit I-SEED dan Ketua Komuniti India dan program latihan seperti persidangan, seminar dan bengkel jangka pendek dalam bentuk teori dan praktikal kepada usahawan masyarakat India.

Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, program latihan, persidangan, seminar dan bengkel I-SEED ini terpaksa ditangguhkan disebabkan terdapatnya kekangan untuk mengadakan majlis sosial semasa pandemik COVID-19. Wang yang diperuntukkan bagi melaksanakan program-program tersebut pula telah digunakan dalam program pemberian bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada usahawan masyarakat India. Disebabkan program ini dilaksanakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah dan permohonan juga dihantar melalui Pejabat Daerah dan Tanah dan Unit I-SEED, Kerajaan Negeri tiada perincian data penerima mengikut ADUN. Berdasarkan rekod jumlah permohonan yang diluluskan untuk menerima mesin atau peralatan pada tahun 2021 adalah seramai 254 orang yang melibatkan peruntukan yang disalurkan ke Pejabat Daerah dan Tanah adalah sebanyak RM 1.146 juta. Bagi daerah Kuala Selangor seramai 31 orang telah berjaya menerima bantuan mesin atau peralatan dengan peruntukan sebanyak RM137,650.00. Kesimpulannya, program ini diyakini dapat terus berdiri menjadi paksi di dalam pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor khususnya kepada masyarakat India melalui pelbagai program dan inisiatif baru yang bakal dilaksanakan dan jawatankuasa ini akan menggunakan peruntukan yang ada semaksimum mungkin dalam membantu rakyat yang memerlukan terutamanya di dalam situasi pandemik yang sukar ini.

Speaker

Kuala Kubu Bharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Kerja-Kerja Penggantian Paip Dan NrwQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah anggaran kos kerja-kerja penggantian paip yang akan dilaksanakan oleh Air Selangor pada tahun 2022?

b)

Nyatakan jumlah pinjaman kewangan Kerajaan Negeri kepada Air Selangor untuk penggantian paip mengikut tahun.

c)

Status terkini Air Tidak Terhasil (NRW).

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, Yang Berhormat Tuan Speaker. Kuala Kubu Bharu bertanyakan berhubung dengan kerja-kerja penggantian paip dan NRW ataupun Air Tidak Terhasil. Bagi program penggantian paip tahun 2022, sebanyak RM 174 juta telah diperuntukkan ya, untuk tahun 2022 yang merangkumi kos reka bentuk penyeliaan tapak dan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan paip ataupun penggantian paip. Sejumlah RM 248.7 juta telah diperuntukkan melalui pinjaman oleh Kerajaan Negeri kepada Air Selangor pada tahun 2017 dan ia hanya digunakan bagi program penggantian paip bagi tahun 2017 hingga 2019. Untuk tahun-tahun berikutnya, dana yang disediakan oleh Air Selangor telah digunakan bagi kerja-kerja penggantian paip.

Sehingga Oktober 2021, purata kadar Air Tidak Terhasil atau Non Revenue Water bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada tahap 28.2% berbanding purata NRW 28.5% pada tahun 2020 dan InsyaAllah, sasaran untuk hujung tahun ini, itulah sebulan lagi untuk mencapai 28%. NRW Kebangsaan pada tahun 2020 adalah pada tahap 36.4%. Jadi, jauh lebih baik lah Negeri Selangor daripada segi NRW, terima kasih.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Kuala Kubu, silakan.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, terima kasih Tuan Speaker. Walaupun 28% kadar NRW itu adalah satu pencapaian yang baik berbanding dengan Nasional, Kebangsaan tetapi kita negeri yang pintar terutama pada tahun 2025 ini, kita perlu ada lebih baik daripada kadar NRW ini. Kalau Melaka, ia boleh capai 20%, mengapa Selangor, kita tidak capai tahap ini? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, bahawa memang menjadi perancangan jangka panjang dan jangka sederhana bagi Air

Selangor untuk mengurangkan NRW ataupun kadar Air Tidak Terhasil ini kepada tahap yang paling rendah dan kita telah mensasarkan 1% setiap tahun bagi mencapai kadar yang terbaik dan kita sasarkan 2025 untuk mencapai 25% dan perlu diingat bahawa proses penggantian ataupun penurunan NRW ini bukan satu kaedah yang mudah, ia memerlukan banyak aspek perancangan bukan sahaja penggantian paip, ia juga melibatkan penggantian pelbagai komponen dan pengurusan logistik ataupun infrastruktur air yang lain. Sebab itu, kosnya amat tinggi, 1 km sahaja untuk kita mengganti paip memerlukan RM 1 juta. Jadi, kita telah peruntukkan RM 150 juta, kadang-kadang sampai RM 170 juta macam tahun hadapan, RM 174 juta. Kita tidak boleh membandingkan begitu sahaja dengan negeri-negeri lain kerana Selangor ini lah yang paling panjang paipnya. Asbestos simen paip itu di sekitar 6000 km berbanding dengan Melaka yang hanya beberapa sahaja, sedikit. Jadi, proses penggantian dan kos yang tinggi memerlukan kita menyediakan dana yang agak besar tetapi walau bagaimanapun, kita mempunyai sasaran 1% dan tercapai setakat ini malahan jauh lebih baik sebenarnya berdasarkan sasaran kita. Ini yang kita sedang usahakan dan kita mengambil, take note, kita mengambil perhatian tentang aspek untuk pemodenan sistem bekalan air kita dalam masa yang sama juga mengurangkan NRW ataupun kadar Air Tidak Terhasil ini. Terima kasih.

Speaker

Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, soalan saya Nombor 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Pelaburan Antarabangsa Ke SelangorQuestions

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauh manakah impak pandemik COVID-19 memberikan kesan kepada prestasi pelaburan ke negeri Selangor?

b)

Apakah strategi khusus selain daripada Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor dan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor untuk menarik pelaburan asing ke negeri Selangor?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker, saya mohon izin untuk menjawab bagi pihak EXCO kerana beliau hari ini ada mesyuarat bersama dengan Menteri MOSTI dan tidak memungkinkan untuk hadir bersama dalam Sidang Dewan

namun saya bersedia untuk menjawab soalan beliau berdasarkan tentang kesan-kesan pandemik terhadap aspek dan perkembangan pelaburan Negeri Selangor dan beberapa strategi Negeri Selangor untuk mempergiat dan menggalakkan pelaburan asing terutamanya, hadir ke Negeri Selangor. Bagi soalan pertama, secara dasarnya, penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi bukan hanya di Negeri Selangor dan Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Namun begitu, kalau saya ingin membandingkan angka dengan angka berbanding dengan pencapaian kita diukur daripada Januari hingga Jun 2020, dan juga daripada Januari hingga Jun 2021, sebenarnya Selangor telah mencatatkan jumlah pelaburan yang lebih tinggi berbanding dengan prestasi tahun 2020. Maksudnya, pada tahun 2020 daripada Januari hingga Jun, kita telah berjaya mencatatkan RM 3.386 bilion pelaburan yang terdiri daripada pelaburan tempatan dan asing ke Negeri Selangor tetapi pada tahun 2021, walaupun hampir enam (6) bulan, tujuh (7) bulan kita dalam PKP dan buka balik tutup balik semula, kita telah menerima pelaburan sebanyak RM 4.639 bilion di mana RM 4.06 bilion adalah pelaburan tempatan dan RM 576 juta adalah terdiri daripada pelaburan asing dan kalau kita lihat pelaburan asing pada tahun lepas dan tahun ini ada perbezaan yang besar, ini adalah sebahagian daripada impak penutupan-penutupan sempadan yang telah memberikan kesan langsung terhadap prestasi pelaburan. Kalau diukur daripada segi jumlah projek, tahun lepas 122, tahun ini 122 dalam enam (6) bulan pertama. Daripada segi peluang pekerjaan, tahun lepas kita menawarkan untuk tempoh enam (6) bulan, 5001 pekerjaan dan tahun ini Alhamdulillah, 9179 peluang pekerjaan yang telah dicatatkan ataupun dibuka dengan pelaburan-pelaburan yang datang pada tahun 2021 dalam tempoh enam (6) bulan angka yang kita perolehi daripada MIDA.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selain daripada pelan strategi tertentu seperti Pelan Tindakan Bioteknologi dan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa beberapa program-program tarikan pelaburan yang akan dilaksanakan oleh pihak Invest Selangor khususnya untuk menarik pelabur-pelabur datang ke Negeri Selangor ialah sebagai contoh yang pertama, penganjuran Selangor International Business Summit. Program ini yang telah bertapak lebih daripada enam (6) tahun bermula dengan program Selangor International Expo pada tahun 2015 telah berjaya menarik begitu ramai pelabur-pelabur datang dan juga mencatatkan jumlah komitmen lebih daripada RM 400 juta sebagaimana yang telah saya sebutkan ketika pembentangan belanjawan yang lalu, daripada hanya Selangor International Expo, sekarang kita juga ada Selangor Asean Business Conference, kita ada juga Smart City Conference dan kita pada tahun lepas atau dua (2) tahun lepas kita telah memulakan Research and Development and Innovation Expo yang turut menarik badan-badan pengkaji dan badan-badan pelaksana inovasi dan syarikat-syarikat untuk menggabungkan di antara inovasi dan kekuatan-kekuatan mereka. Dan penganjuran ini kita teruskan juga pada tahun lepas, walaupun tahun lepas kita berada di dalam tempoh PKP dan juga penutupan sempadan dan dianjurkan secara atas talian sepenuhnya dan mempunyai tarikan dan pengunjung lebih daripada ratusan ribu dan pernah mencecah RM 1 juta dalam tempoh enam (6) bulan, tujuh (7) bulan ia dilaksanakan. Ada enam (6) program

di antaranya, Selangor International Expo, ada Selangor International Expo (MEDIC), Selangor International Expo (F&B), ada Selangor Industrial Park Expo (SPARK) dan sebagainya.

Yang kedua, kita juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Golden Triangle yang melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat. Inilah yang sebahagian saya kemukakan pada Pembentangan Belanjawan yang lepas dengan pembangunan Selatan Selangor untuk mengkaji dan membugarkan Kawasan Selatan Selangor dengan penubuhan satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan supaya kita dapat menarik pelabur-pelabur baru dan mencadangkan projek-projek baru untuk perkembangan di sana termasuk apa yang kita panggil Selangor Eropah yang akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.

Yang ketiga, penubuhan Majlis Industri Rel. Ini baru kita sedari apabila kita mula berbincang dengan MERIC, iaitu persatuan dan juga organisasi yang bersama dengan syarikat-syarikat rel di dalam Negeri Selangor dan negara Malaysia kerana kita dapati rel ataupun keretapi merupakan syarikat-syarikat yang mempunyai perbelanjaan dan urusan dengan keretapi ini kebanyakannya bertapak di Negeri Selangor. Lebih 50 syarikat, lebih 8000 pekerja-pekerja dan dengan penubuhan Majlis ini kita harapkan ia akan mampu mengembangkan industri ini sebagaimana setelah kita melaksanakan industri aeroangkasa ataupun Council of the Aerospace sebelum ini ataupun penubuhan Majlis Aeroangkasa dan kali ini kita ada majlis Selangor Rail Industry Council yang telah bermula dan diluluskan oleh pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kita juga telah membangunkan kawasan-kawasan yang dipanggil sebagai Manage Industrial Park dan buat pertama kali tahun ini dalam Selangor International Business Summit kita turut mempunyai SIE dalam bentuk Industrial Park maknanya tawaran-tawaran kita industrial park managed dan teratur dan berkesan sebagaimana yang kita lihat di beberapa buah negara jiran.

Dan yang kelima ialah program-program pertemuan bersama dengan industri. Saya juga turut terlibat secara langsung bukan hanya EXCO yang terbabit bertemu dengan Kedutaan, bertemu dengan Business Chambers, bertemu dengan wakil Kedutaan dan sebagainya untuk kita memperhalusi dan memperkembangkan pelaburan-pelaburan yang datang kerana kadang kala pelaburan-pelaburan ini mempunyai aspek-aspeknya yang tersendiri yang spesifik yang perlu kita tangani secara personal dan pihak Invest Selangor turut menganjurkan mesyuarat bulanan. Di mesyuarat itu mereka akan meneliti satu persatu isu yang ditimbulkan oleh pelabur yang tidak dapat masuk dan kita dapat tangani banyak perkara yang spesifik yang melibatkan pelan bangunan, yang melibatkan kawasan tadahan, yang melibatkan kawasan penampan dengan kawasan tadahan, kawasan penampan dan sebagainya yang perlu diharmonikan berdasarkan peraturan dan undang-undang Majlis dan juga nilai dan investment yang akan datang dan yang diperlukan datang. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sijangkang

Terima kasih Tuan Speaker. Adakah kadar premium yang tinggi berbanding dengan infra yang lebih baik di Negeri Selangor ini menjadi masalah utama pelabur-pelabur mungkin keluar kepada negeri lain di Malaysia? Kalau itu asasnya, apakah insentif-insentif yang telah difikirkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada kadar premium kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lain? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih sahabat saya Sijangkang. Sebenarnya memang itu kenyataan yang harus kita terima di mana nilai tanah di kawasan lembah Klang tidak hanya di Selangor saya dapati di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dan kawasan-kawasan lain. Dan itulah pertarungan yang kita harus kemukakan dan kita harus hadapi dan cabaran yang harus kita temui. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri, kita cuba untuk mempercepatkan dan memperkemaskan delivery ataupun penyampaian kita berbanding dengan menurunkan harga kerana ia turut akan mengganggu kitaran dan perkembangan pasaran. Itu yang kita lakukan dan akhirnya apabila kita lihat beberapa syarikat-syarikat yang memilih beberapa buah negeri di Utara ataupun di Pantai Timur dan sebagainya. Di Utara dan Pantai Timur yang kita temui, yang memilih di sana kerana harga murah, mereka terpaksa kos yang tinggi semula kerana akhirnya mereka terpaksa menggunakan kos pengangkutan yang besar untuk menghantar produk-produk dan juga hasil daripada perindustrian dan pelaburan yang mereka kemukakan.

Justeru, apa yang difokuskan dan yang diperkemas oleh pihak Kerajaan Negeri bukan menilai harga tetapi kita menilai prestasi dan penyampaian. Sebab itu kita perkenalkan “Dasar 100 hari”. Sebab itu dalam belanjawan yang lepas kita kurangkan “Dasar 100 hari” sebelum ini kena letakkan deposit dalam bentuk bank guarantee sebanyak 150 peratus kita kurangkan kepada 100 peratus, ini semua mungkin galakkan-galakkan dan juga peluang yang mungkin dapat dikemukakan kerana pelabur-pelabur yang datang ini bukan hanya memilih harga yang murah tetapi juga mereka ingin memilih penyampaian dan juga perkhidmatan yang berkualiti, terima kasih Speaker.

Speaker

Silakan, Gombak Setia

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Y.A.B. Menteri Besar atas penjelas yang baik berhubung prestasi pelaburan di Negeri Selangor namun, saya kira dalam keadaan dan ketika ini sebagai persediaan kerajaan Negeri kita tidak harus hanya mengambil perhatian tentang impak COVID-19 terhadap pelaburan negeri tetapi selain daripada itu kita juga harus mengambil perhatian tentang impak perubahan politik khususnya yang berlaku dalam negara kita.

Justeru itu saya ingin bertanya kepada Y.A.B Menteri Besar apakah persediaan Kerajaan Negeri juga bagi menangani kesan perubahan geopolitik khususnya di

rantau ini dengan perubahan ibu kota Indonesia yang pastinya menjadi catalyst dengan membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan-kawasan sekitar khususnya Sabah dan Sarawak yang pastinya akan menarik perhatian pelabur dengan lebih banyak inisiatif dan juga infrastruktur yang akan dibangunkan kelak.

Justeru itu saya mohon penjelasan, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Gombak Setia, di atas soalan yang dikemukakan. Sudah pasti persoalan geopolitik juga menjadi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri dan juga ini harus dibincangkan kerana ia melibatkan hubungan kedua-dua Negara, supaya kita tidak melanggari beberapa batas-batas dan juga keharmonian hubungan negara ini Malaysia dengan negara-negara tertentu dan sebagainya, dan dua perkara yang maafkan saya, saya tak sebut geopolitik sebab soalan asas ialah COVID-19, tapi persoalan geopolitik ini memang menjadi pertimbangan dan diukur kerana kita harus mengkaji dan juga menyediakan asas kepada penempatan pekerja-pekerja dan juga perindustrian ada dua perkara geopolitik yang berkembang. Yang pertama ialah pertembungan yang dipanggil sebagai The New Cold War yang saya sebut dalam ucapan belanjawan saya dan yang kedua ialah penempatan semula ibu kota Indonesia yang akan bertapak berhampiran dengan Borneo dan sudah pasti ada impak terhadap negeri-negeri di kawasan Borneo dan ada impak di antara pertembungan China, Amerika Syarikat yang akan memberi kesan kepada penempatan kilang-kilang perindustrian yang bertapak dan yang kedua kos buruh juga di negara-negara terbabit sudah mempunyai harga yang tinggi dan lebih tinggi daripada sebelumnya berbanding dengan negara kita dan juga negara-negara di rantau asian.

Justeru negara-negara di rantau asian harus merebut peluang ini dan pertarungan kita sudah pasti dengan negara jiran seperti Indonesia yang agak agresif sejak akhir ini untuk menarik pelaburan-pelaburan termasuk mengembangkan industri aeroangkasa. Justeru ada beberapa pelan yang kita bawa termasuk pada hujung tahun ini sendiri saya akan bertemu beberapa pemain-pemain industri di Dubai selain daripada menghadiri jawatankuasa atau pun menghadiri pembukaan pavilion pelancongan negeri Selangor dan juga Malaysia kita turut mengatur beberapa pertemuan kerana kita harus menguruskan benda ini dengan cermat dan kemas. Kalau tidak, kita akan menimbulkan kegelisahan hubungan di antara China sebagai contoh dan Malaysia dan hubungan kita kuasa-kuasa yang lain sebab itu pihak kerajaan Negeri meneliti dan mendapati perkembangan ini sebab itu kerajaan Negeri membuka sebagai contoh Selangor Aeropark dengan Selangor Aeropark ini kita membuka 2000 kawasan untuk aeroangkasa dan 2000 ini kawasan-kawasan baru dan ini adalah persediaan kita terhadap aspek-aspek tersebut.

Begitu juga apabila kerajaan Negeri memperkenalkan Manage Industrial Park Resolution atau pun peraturan dan garis panduan kerana kita menarik pelabur-pelabur yang suka dan kemas sebagaimana yang di negara-negara Eropah mahupun yang

bertapak negara-negara China yang mungkin boleh datang kepada kita dan menteri terbabit juga sebutkan tentang relocation. Ini adalah antara perkara yang kita harus fikirkan tetapi strateginya kena disiapkan termasuk menyediakan buruh yang sempurna dan juga tenaga kerja yang mampu untuk mengisi keperluan-keperluan di demand daripada industri yang datang, terima kasih.

Speaker

Subang Jaya

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya No.6

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. EcobQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Memandangkan sistem eCOB diuruskan oleh syarikat swasta iaitu Odesi ECOB Sdn. Bhd., sila nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan maklumat peribadi pengguna dan maklumat yang dimuatnaik adalah selamat daripada pencerobohan dan tidak digunakan dengan cara yang melanggar PDPA2010.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker, dan terima kasih kepada Subang Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, pemakaian sistem eCOB telah dilaksanakan sejak awal tahun 2020 di semua Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sistem ini bertindak sebagai sistem berpusat untuk menyimpan semua data secara digital yang berkaitan dengan Kawasan Pembangunan Strata, pengurusan maklumat JMB dan MC. Bagi memastikan kerahsian data yang dikemukakan terpelihara, adalah dinyatakan secara jelas di dalam klausa 20 Perjanjian Perkhidmatan yang dimeterai di antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Odesi ECOB Sdn. Bhd. Berdasarkan peruntukan ini, pihak syarikat dikehendaki untuk menjaga kerahsiaan dan tidak membuat sebarang pendedahan data melainkan ianya dituntut melalui perundangan. Selain itu juga, menurut klausa 21, syarikat telah mengaku janji bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah terikat dengan Akta Perlindungan Peribadi 2010 (PDPA2010). Maka itu, sebarang penyebaran dan/atau pendedahan maklumat oleh syarikat adalah satu pelanggaran kontrak di mana tindakan

perundangan seperti pemecahan kontrak boleh diambil di atas syarikat sekiranya didapati berlakunya kebocoran maklumat. Sebagai langkah kawalan, akses sistem juga dihadkan yang mana JMB atau pun MC hanya boleh mengakses atau melihat data berkaitan pangsapuri mereka sahaja. Malahan, di peringkat COB juga dibenarkan mengakses data-data di bawah kawasan seliaan PBT mereka sahaja.

Speaker

Sabak

Tuan Speaker bertemu jodoh, soalan saya No.7.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Exco AgamaQuestions

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Selepas pasca COVID-19, rakyat jauh dari masjid dan surau dan apakah langkah-langkah yang diambil supaya masjid dan surau dapat diimarahkan seperti sebelum COVID-19 melanda?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima Y.B. Tuan Speaker dan Y.B. Sabak. Masjid dan surau di Negeri Selangor telah diimarahkan kembali sebaik sahaja Negeri Selangor diisytiharkan memasuki Fasa Ke Empat (4) Pelan Permulihan Negara (PPN). Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengeluarkan ketetapan bertarikh 1 November 2021 yang memberi peluasan untuk pelaksanaan :-i. Pertambahan bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat dan Solat Fardhu Lima (5) Waktu dengan penjarakan 1.5 meter. ii. Aktiviti pengimarahan masjid seperti kuliah, tazkirah, kuliah dhuha, kelas Al-Quran, kuliah muslimat, forum, daurah berkitab, halaqah, diskusi, ceramah perdana, kelas pengajian bersijil, aktiviti kursus dan Latihan dan Kelas KAFA. iii. Pengoperasian semula kiosk-kiosk dan aktiviti yang mampu menjana ekonomi di kawasan masjid dan surau.

iv. Majlis akad nikah. v. Pengoperasian semula kiosk-kiosk atau gerai yang mampu menjana pendapatan masjid, dan vi. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Berkala dan Mesyuarat Agung Tahunan, Masjid dan Surau. Had kapasiti satu-satu program dibenarkan maksimum berdasarkan jumlah kebenaran solat fardu minimum dibenarkan adalah 200 orang jemaah. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang

Terima kasih Speaker, adakah program-program yang disebutkan mengimarahkan masjid tadi juga mengambil kira program-program menangani isu-isu yang berkaitan COVID-19 sebagai contoh mungkin memberi kebajikan kepada mereka yang terkesan pendidikan berkaitan dengan COVID-19 dan juga mengatasi masalah psikologi mental kepada mereka-mereka yang terkesan dan juga masyarakat secara umumnya. Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Y.B. Sijangkang yang telah mengajukan persoalan apakah aktiviti yang dilakukan oleh pihak masjid dan surau dalam menangani COVID-19. Pihak masjid dan surau telah menyediakan bakul-bakul makanan juga untuk masyarakat sekitar yang terjejas dengan COVID-19 begitu juga dengan aktiviti-aktiviti secara online untuk memberikan khidmat nasihat, khidmat bimbingan kepada masyarakat yang terjejas jadi semua masjid dan surau telah bergerak sepanjang tempoh pandemik dan ini membantu masyarakat dalam mengurangkan tekanan COVID-19. Terima kasih.

Speaker

Kampung Tunku

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.8

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Persediaan Untuk Sukma 2022Questions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah persediaan Kerajaan Negeri untuk SUKMA 2022?

b) Apakah sukan yang akan diberi perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri?

c) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan golongan atlet pelapis dengan mengambil kira fasa endemik Covid-19?

Terima kasih Y.B. Speaker, terima kasih Kampung Tungku, persoalan yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan persiapan kerajaan Negeri sempena SUKMA 2022. Pertama saya ingin memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa jadual asal adalah pada tahun 2020 telah tertangguh sebanyak dua kali, pertama kali ditunda ke tahun 2021 dan sekarang ini SUKMA dicadangkan pada tahun 2022 sekitar bulan Jun, Julai atau Ogos yang akan dianjurkan sendiri oleh Majlis Sukan Negara bukan lagi di Johor. SUKMA 2022 bakal diadakan di Wilayah Persekutuan namun begitu sejak 2019 Majlis Sukan Negeri Selangor telah pun membuat persiapan dan persediaan awal bagi menyertai SUKMA yang akan datang. Di antara usaha yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri adalah yang pertama iaitu mengadakan latihan secara virtual ketika PKP, sebab nya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jurulatih telah meneruskan program latihan dengan menggunakan kaedah latihan secara virtual di kediaman masing-masing, kaedah latihan secara virtual digunapakai membantu jurulatih agar dapat berinteraksi dengan atlet kita dan dalam masa yang sama jurulatih dapat memastikan atlet mereka dalam keadaan fizikal yang cergas meskipun dalam situasi kekangan PKP. Usaha yang kedua itu sokongan latihan sokongan ketika PKP, di samping perseiapan dan persediaan program-program lain melibatkan program sokongan program – program sokongan seperti ceramah dan sesi motivasi dalam bentuk webinar juga diadakan program sokongan ini amat lah penting bagi meningkatkan tahap motivasi dan kesihatan mental para atlet ketika pandemik ini. Selain daripada itu, apabila kita memasuki fasa ke-4 PKP dan bermula daripada November 2021 semua para atlet SUKMA iaitu untuk semua sukan kini telah mengadakan latihan mereka secara fizikal menurut SOP yang telah ditetapkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga memastikan motivasi jurulatih dan para atlet kita terjaga dengan sebab itu lah kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuat bayaran kepada mereka pada tahun 2020 dan 2021, jumlah bayaran untuk kedua tahun ini sepanjang tempoh PKP yang dibayar kepada jurulatih adalah bernilai RM 2.9 juta dan bayaran kepada para atlet sebanyak RM 2.10juta. Kedua-dua jumlah ini kalau kita kumpulkan 2020 dan 2021 bernilai RM 5.099 juta dibayar terus kepada jurulatih dan para atlet kita. Soalan yang kedua adalah apakah sukan yang akan diberikan perhatian khusus oleh kerajaan Negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, terdapat 16 jenis sukan teras yang mesti disertai oleh semua negeri dalam SUKMA yang diadakan. Bagi

kerajaan Negeri Selangor sasaran kita dalam sukan teras ini adalah sebanyak 40 pingat emas iaitu Akuatik 8 emas sasaran kita, Olahraga 5 emas, Menembak 5 emas, Badminton 3 emas, Sofbol 3 emas , Karate do 3 emas, Skuasy 3 emas, Jet Ski 2 emas, Angkat berat 2 emas, Pelayaran 2 emas, Berbasikal, Gimnastik, Pencak silat, Memanah, Tenpin bowling, Wushu, Tinju, masing-masing sasaran kita adalah 1 emas. Kalau kita dapat 40 emas kita menjamin mendapat 5 tertinggi tetapi untuk mendapat 3 tertinggi dalam SUKMA kita perlukan 45 emas keseluruhan dengan sebab itu sukan teras kita sasarkan 40 emas, sukan-sukan pilihan kita sasarkan tambahan 5 emas yang lain dan kita yakin dengan rekod yang kita ada dalam semua SUKMA-SUKMA sebelum ini kita yakin kita mampu menempatkan diri dalam 3 tertinggi dalam acara SUKMA yang akan datang.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya yakin bahawa kedudukan atlet kita adalah dalam keadaan yang baik dan kita mampu menempatkan diri dalam 3 tertinggi dari atas. Dengan sebab itulah, saya berpandangan bahawa sekiranya para atlet kita ini mampu membawa nama Negeri Selangor harum di ketiga atau tertinggi dalam SUKMA, bukan sahaja atlet kita yang kita hargai, saya juga ingin mencadangkan bahawa keseluruhan anggota Majlis Sukan Negeri Selangor juga mesti kita hargai dan memberi penghargaan yang sewajarnya kelak, InsyaAllah.

Soalan yang ketiga apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan golongan atlet pelapis dengan mengambil kira fasa endemik COVID-19. Ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan kepada suasana endemik adalah vaksinasi. Sekiranya para atlet kita telah menerima vaksinasi, saya yakin semuanya telah menerima vaksin, maka aktiviti sukan kita dapat jalankan. Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa komited meneruskan program pembangunan sukan seperti sedia kala. Meskipun dalam situasi endemik, komitmen yang diberikan oleh Pengarah Eksekutif serta seluruh anggota Majlis Sukan Negeri, saya pandang tinggi dan membanggakan. Mereka komited ketika senang dan ketika susah dan arahan-arahan diberikan telah disempurnakan dengan secara bersungguh dan teratur. Banyak program latihan dijalankan, banyak penyertaan kejohanan dibuat dan program sokongan dibuat seperti biasa dan sentiasa disesuaikan mengikut SOP yang digariskan.

Di samping beberapa inisiatif telah dirancang dalam memastikan pembangunan atlet pelapis kita dapat kita jalankan. Antara langkah-langkah kita untuk memastikan wujudnya golongan atlet pelapis ini iaitu di Majlis Perdana yang dimainkan oleh Majlis Sukan Daerah. Majlis Sukan Daerah menjadi tulang belakang pada sistem bagi mencari bakat-bakat baru dan pelapis bagi atlet di Selangor. Terdapat 41 pusat latihan pelapis dan 13 pusat latihan dalam Negeri Selangor setelah kita memasuki fasa 3 ini, Majlis Sukan Daerah telah memulakan latihan mereka secara fizikal bersesuaian dengan SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada program di peringkat Daerah. Apabila banyak kemudahan sukan di sekolah telah dihadkan penggunaannya. Namun, jurulatih di

peringkat MSD berusaha menjalankan latihan dengan mencari alternatif-alternatif lain yang dibenarkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2022 iaitu tahun hadapan, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Daerah akan memulakan program pencarian Atlet Para supaya sukan para ini terus diisi dengan atlet-atlet Orang Kelainan Upaya pada masa hadapan. Yang kedua, antara cara kita mencari pelapis ini adalah pada tahun 2022, InsyaAllah Kerajaan Negeri akan memulakan kembali kejohanan Sukan Dwitahunan antara daerah yang dianjurkan sejak 1995 iaitu penganjuran Sukan Selangor atau pun SUKSES. Platform mencari dan mengasah bakat pelapis ini InsyaAllah akan kita teruskan pada tahun hadapan. Yang ketiga iaitu engagement dengan Persatuan Sukan. Sehingga hari ini, Majlis Sukan Negeri mempunyai 43 Ahli Gabungan Sukan dan 7 Ahli Bersekutu yang mewakili sukan-sukan di bawah kendalian masing-masing. Mereka juga kita harapkan dapat mencari pelapis-pelapis atlet baru yang akan mewakili Selangor dalam sukan yang akan datang.

Yang keempat, mewujudkan inovasi sukan iaitu menubuhkan Bahagian Inovasi Sukan sebagai inisiatif meningkatkan prestasi atlet ke arah merealisasikan Selangor HUB Inovasi Sukan Terulung di Malaysia. Yang kelima, mengadakan kerjasama di antara Majlis Sukan Negeri Selangor dengan Institusi Pengajian Tinggi. Baru-baru ini pada 25 November baru-baru ini, Majlis Sukan Negeri Selangor telah memasuki menandatangani perjanjian persefahaman dengan MSU atau pun Management Science University dalam rangka mengkaji kaedah terbaik, mengkaji satu eneletik yang terbaik yang sesuai untuk membangunkan prestasi atlet kita. Juga kerjasama ini untuk mewujudkan peluang pembelajaran yang formal kepada para atlet kita yang berminat melanjutkan pelajaran mereka secara formal. Dan yang ketiga membantu unit Majlis Sukan Negeri bagi mengkaji dan mereka bentuk alat sukan yang boleh diguna pakai oleh para atlet kita di Negeri Selangor.

Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat, jawapannya adalah Kerajaan Negeri terus berusaha untuk meningkatkan atau pun mencari pelapis-pelapis atlet kita di masa hadapan dan kita yakin dengan kaedah dan sistem yang kita ada ini dan kita hanya perlu menyokong, InsyaAllah saya yakin Kerajaan Negeri mampu mengekalkan prestasi dan nama baik Selangor dalam sukan di tanah air kita.

Speaker

Taman Medan.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Paya Jaras. Paya Jaras menyebut tentang bahawa penganjuran SUKMA 2022 akan berlangsung di Wilayah Persekutuan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara. Apakah kebarangkalian wujud penggunaan fasiliti-fasiliti sukan juga Negeri Selangor serta apakah manfaat persediaan sekiranya penggunaan fasiliti di Negeri Selangor juga terbabit dalam penganjuran tersebut, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Asas penganjuran ini adalah kita mendapat manfaat dari segi membaik pulih dan membangun semula infrastruktur sukan di Selangor. Tetapi Yang Berhormat kita telah pernah menawarkan untuk menjadi tuan rumah apabila Johor mempunyai ura-ura untuk menarik diri. Tetapi baru-baru ini apabila MMKN telah meluluskan kelulusan untuk kita menjadi tuan rumah, tiba-tiba Menteri Belia dan Sukan pula mengumumkan Johor hendak jadi balik tuan rumah. Jadi apabila ini berlaku, Selangor kita tarik break sekejap sebab kita nampak ada ketidakketentuan daripada segi keputusan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan. Dan kita memberi laluan ke Wilayah Persekutuan atau pun Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan Sukan 2022 ini. Kalau Majlis Sukan Negara ingin menggunakan fasiliti kita dan barangkali akan ada penggunaan fasiliti di tempat kita, maka kita akan minta bahawa tempat tersebut di naik tarafkan atau di baik pulih bagi penggunaan SUKMA yang akan datang ini. Jadi ada manfaatnya kalau kita memberi laluan penggunaan infrastruktur kita bagi SUKMA ini.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kita tahu bahawa atlet-atlet SUKMA ini terutama dalam Negeri Selangor ini, mereka ini memang hebat. Dan di masa musim COVID ini mereka tidak boleh mengadakan latihan. Apakah mereka ini diberi tugasan yang lain atau ada tugas hakiki mereka selain daripada sukan di Negeri Selangor ini sebab kita tidak mahu kehilangan mereka ini.

Ya betul Yang Berhormat sebab itulah pada zaman PKP, jurulatih kita tetap mengadakan engagement dengan mereka. Fokus kita mahu mereka memberikan tumpuan dan fokus seluruhnya terhadap prestasi sukan mereka itu sendiri. Dengan sebab itulah saya sebut tadi perbelanjaan kita hampir RM 5 juta, mencecah RM 5 juta untuk 2 tahun yang kita bayar kepada jurulatih dan para atlet. Kita bayar kepada mereka kerana apa, kerana mereka menjalankan latihan. Kalau mereka tidak menjalankan latihan, tidak ada bayaran kepada mereka. Dengan sebab itulah rekod kita menunjukkan bahawa mereka tetap memberi tumpuan dan fokus kepada sukan mereka sewaktu PKP dan sewaktu memasuki fasa-fasa selepas memasuki fasa ketiga dan keempat itu. Jadi saya kira atlet kita masih mempunyai kemampuan untuk kita masuk ke SUKMA nanti. Saya yakin mereka memberi fokus kepada sukan-sukan mereka.

Speaker

Silakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker, saya hanya hendak mengambil soalan yang seterusnya. Saya ingin cadang ambil soalan yang seterusnya.

Speaker

Soalan daripada?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan nombor 9.

Speaker

Peraturan Tetap?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Peraturan Tetap 24(2).

Speaker

Okay, saya benarkan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, saya dengan ini mengambil soalan ini, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Pengangkutan AwamQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Bagi memudahkan pengangkutan awam masuk ke kawasan-kawasan tertentu dengan lebih menyeluruh dan kerap, adakah kerajaan merancang menggantikan bas panjang dengan bas mini atau van?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, keupayaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pengangkutan awam adalah terhad kepada perkhidmatan Bas Smart Selangor sahaja yang diuruskan oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan PBT sendiri. Bagi penyediaan untuk pengangkutan awam yang lebih menyeluruh termasuk perkhidmatan bas awam atau bas henti-henti, ia merupakan tanggungjawab utama Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pengawal selia yang merencana pelan serta hala tuju perancangan Kerajaan Persekutuan dalam pengangkutan awam untuk memastikan jaringan pengangkutan awam darat khususnya perkhidmatan bas dapat beroperasi serta menghubungkan lebih banyak kawasan.

Bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor, laluan-laluan bas ini masih tertakluk kepada kelulusan daripada APAD yang tidak membenarkan Bas Smart Selangor beroperasi

di laluan selain daripada laluan sosial mahupun laluan di bawah zon kendalian operator sedia ada. Daripada segi perancangan untuk menggantikan bas panjang dengan bas mini atau van dalam perkhidmatan Bas Smart Selangor, Kerajaan Negeri menggalakkan serta mengesyorkan agar semua PBT untuk mengkaji kesesuaian penggunaan bas berkenaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa berdasarkan kos, kekerapan bas, laluan dan jarak. Penambahan atau pengurangan jumlah bas dan laluan adalah tertakluk kepada kemampuan PBT memandangkan ia memberikan implikasi sangat besar terhadap kewangan sedia ada serta tidak membebankan PBT bagi mengekalkan perkhidmatan bas ini untuk jangka masa yang panjang, terima kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Sektor Pelancongan Negeri SelangorQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah inisiatif Kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan Negeri Selangor pada tahun 2022?

b) Apakah bantuan-bantuan yang tersedia untuk pengusaha industri berkaitan pelancongan?

c) Adakah Kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk menaik taraf lokasi tarikan pelancongan?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Panjang. Tuan Speaker berikut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merangsang sektor pelancongan Negeri Selangor pada Tahun 2022. 1. Pemerkasaan Kempen Promosi Pelancongan Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan merupakan hala tuju pengisian promosi pelancongan Negeri Selangor yang memfokuskan kepada beberapa pasaran

pelancongan. Tourism Selangor mengambil langkah proaktif untuk meneruskan dan memperkasakan penganjuran 2 (dua) kempen pelancongan mengikut pasaran khusus seperti yang berikut:-i) Pasaran Domestik : Kempen “Pusing Selangor Dulu!” ii) Pasaran Global/Antarabangsa : Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!” Melalui usaha ini, Kerajaan Negeri menambahbaikkan (enhance) dan terus mempergiatkan aktiviti promosi 2 (dua) kempen pelancongan ini yang mengutamakan penggunaan platfom digital dan atas talian sebagai medium utama penyebaran maklumat serta publisiti kempen pelancongan ini. 2. Penganjuran Acara Pelancongan Demi memastikan industri pelancongan Negeri Selangor tidak terus tenggelam di badai wabak pandemik COVID-19, pihak Tourism Selangor telah merancang untuk menganjurkan sebuah acara persidangan pelancongan iaitu “Tourism Selangor Global Convention 2022”. Untuk makluman, acara ini merupakan penganjuran kali kedua di Negeri Selangor dan dianjurkan oleh Tourism Selangor. Tourism Selangor Global Convention 2022 mempunyai beberapa komponen iaitu Persidangan, Dialog, Mesyuarat CEO Level, Live Speed Grant Pitching, Twin City Business Matching (B2B), Promosi Kebudayaan & Kesenian, FAM Trip, Pameran & Jualan Produk Pelancongan dan Majlis Apresiasi Pelancongan. Program ini menyasarkan jemputan delegasi pelancongan domestik dan antarabangsa terdiri daripada Persatuan Pelancongan dalam dan luar negara, Badan Pelancongan Negeri, Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kedutaan, Pemain Pemasaran Antarabangsa, Ahli Akademik, Personaliti Pelancongan, Penganjur Program Pelancongan, Pihak Korporat dan Kerajaan. Program dan acara pelancongan mega yang dirangka ini mampu meningkatkan profil pelancongan Negeri Selangor ke peringkat yang lebih tinggi lagi khususnya ke pentas global. Untuk menjawab soalan kedua, berikut merupakan antara cadangan bantuan-bantuan yang tersedia untuk pengusaha industri berkaitan pelancongan untuk tahun 2022. Yang pertama Penganjuran Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Selangor. Melalui pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Selangor, masyarakat dan orang awam dapat bersama-sama kerajaan Negeri Selangor dalam merencanakan idea untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Yang kedua Adaptasi Digitalisasi : Pemberian Baucar Pelancongan Melalui Platfom Digital dan Online. Mekanisme pelaksanaan pengagihan baucar melalui kaedah penebusan melalui penggunaan mata atau pun (point) melalui E-wallet dan E-baucar bertujuan memastikan peluang subsidi geran bantuan pemulihan dapat dinikmati oleh kesemua khalayak pengguna awam. Penggunaan baucar bertujuan bagi menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja untuk tujuan penggalakan pelancongan domestik di samping menggalakkan individu yang bermastautin di Negeri Selangor untuk mengenali lebih banyak lagi tempat-tempat pelancongan di sembilan (9) Daerah dalam Negeri Selangor.

Untuk menjawab soalan yang ketiga, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 1,150,000.00 (RM1.15 juta) untuk menampung kos bagi beberapa projek menaiktarafkan infrastruktur di kawasan pelancongan yang sedia ada dan kawasan pelancongan yang baru dan berpotensi di Negeri Selangor yang lebih berkonsepkan ‘Safe Tourism’ serta ‘Sustainable’. Ini tidak termasuk peruntukan daripada setiap PBT iaitu kita ada 12 PBT yang menyediakan peruntukan baik pulih dan menaik taraf infrastruktur kawasan pelancongan masing-masing. Selain itu sektor swasta ataupun syarikat juga memainkan peranan melalui CSR kawasan pelancongan terutama di kawasan Kelip-Kelip di Kuala Selangor. Sekian.

Soalan tambahan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Ya, sila Dusun Tua.

Sebelum ini Kerajaan ada membahagikan kawasan-kawasan tertentu di dalam Selangor dan dinamakan sebagai kluster pelancongan. Apakah Kerajaan masih mengguna pakai kaedah itu atau ada kaedah lain dalam kita membangunkan industri pelancongan di Negeri Selangor ini. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Saya tak pasti soalan ini. Boleh ulang sekali tak?

Sebelum ini Kerajaan ada mengguna pakai kaedah di mana kita membahagikan kawasan-kawasan tertentu dalam Selangor sebagai kluster pelancongan. Mungkin tak tahu, sekarang dah tukar nama sebab kluster ini dah sensitif ke apa tapi apakah kita masih memfokuskan kluster-kluster seperti kluster pelancongan ini untuk membangunkan pelancongan di Selangor atau kita mengguna pakai kaedah lain sekarang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tidak, kita tidak lagi mengguna kluster ini kerana nama ini sangat sensitif so kita elakkan untuk guna nama-nama ini dan kita akan menggunakan kaedah lain untuk memastikan kawasan pelancongan terutama di mana Kerajaan Negeri Selangor sedang giat mempromosi eco-pelancongan di Selangor

terutama di sebelah utara Kuala Selangor dan juga di sebelah Sekinchan dan juga Tanjung Karang. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Kuang.

Antara tarikan di Kuang ini adalah Tasik Biru tapi sejak 2018, tasik itu dah tak biru, dah jadi warna hijau. Jadi adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengembalikan Tasik Biru itu menjadi Tasik Biru yang sebenarnya berbanding dengan yang ada sekarang. Itu yang pertama, yang kedua dia, adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf kawasan Tasik Biru itu sebagai tarikan pelancongan yang kita dapati bahawa kebanyakan di sekeliling Tasik Biru itu sudah dipenuhi oleh penempatan-penempatan yang pembinaan rumah dan sebagainya, saya tak tahu sama ada tanah itu milik individu atau pun di bawah zon mampan Tasik Biru. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kuang. Yang ini merupakan soalan yang khusus so saya tidak ada jawapan buat masa ini. Saya akan check apa masalah yang timbul di Tasik Biru oleh Yang Berhormat. Kita akan membuat lawatan dan tengok balik apakah kaedah atau pembaikan yang kita boleh naik taraf kawasan itu sebagai satu tarikan pusat pelancongan. Sekian.

Speaker

Sementa, tak hadir. Saya jemput Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Hak Peneroka/waris Tanah Kampung Telok GongQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah permohonan peneroka/waris peneroka asal yang masih belum mendapat geran tanah?

b)

Apakah langkah penyelesaian pihak kerajaan sekiranya terdapat pemilik berdaftar yang enggan menyerahkan hak milik mereka?

c)

Adakah pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan butiran penuh peneroka-peneroka tersebut secara bertulis?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Pelabuhan Klang dan Tuan Speaker sekali lagi.

Untuk soalan nombor 12, untuk bagi soalan (a).Cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 8.12.2002 Kertas Ringkasan MMK No.60/33/2002 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 1/2003 bertarikh 8 Januari 2003 telah menimbang dan meluluskan permohonan pemberimilikan tanah di Kampung Hamid Tuah kepada 154 peneroka asal bagi tujuan pertanian. Sehingga 8 November 2021 semakan mendapati 74 peneroka telah selesai mendapatkan hak milik manakala bakinya masih belum mendapatkan hak milik melibatkan luas keseluruhan sebanyak 72.17 hektar ataupun bersamaan dengan 178.33 ekar.

Ketika ini Pejabat Daerah Tanah Klang, untuk soalan (b), telah berperanan sebagai moderator dengan melaksanakan perbincangan dan rundingan bersama pemilik-pemilik berdaftar berkaitan cadangan tapak gantian serta keperluan untuk serah keseluruhan tanah. Namun, jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan melalui rundingan, pentadbiran ini akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tindakan seterusnya dan setakat ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pun MTES belum lagi menerima laporan daripada Pejabat Tanah Klang, atau pun proposal-proposal baru dan cadangan daripada Pejabat Tanah Klang. Berdasarkan perbincangan dan pertemuan Pejabat Daerah Tanah Klang bersama Yang Berhormat pada Oktober 2021 yang lepas, pentadbiran ini akan mengemukakan butiran penuh peneroka tersebut secara bertulis kepada pihak Yang Berhormat untuk semakan bersama bagi memastikan tiada tambahan peneroka di kawasan-kawasan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Pelancongan PerindustrianQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Projek pelancongan perindustrian akan dilancarkan pada awal tahun depan di Balakong, apakah bantuan atau insentif yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat daripada Balakong yang sangat prihatin terhadap pelancongan, perindustrian. So untuk makluman, buat masa ini, tiada lagi bantuan atau insentif khusus yang diberikan bagi Projek Pelancongan Perindustrian (Industrial Tourism) tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dalam usaha membangunkan produk pelancongan baru di Negeri Selangor dan salah satu prospek tersebut adalah produk-produk pelancongan yang berkonsepkan perindustrian yang dijangka mampu menarik minat para pelancong serta memeriahkan lagi sektor pelancongan di Negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor telah bersedia memperkasakan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memperkenalkan bantuan ataupun insentif yang dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor. Antaranya adalah seperti Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 melalui Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan dan Pertandingan Pitching di Negeri Selangor. Pihak Yang Berhormat adalah dipohon untuk meuwar-warkan inisiatif ini kepada MPKK dan Persatuan Komuniti di kawasan DUN Yang Berhormat untuk memohon Geran Bantuan Kita Selangor, dengan jumlah maksimum sebanyak RM 20,000 bagi satu permohonan untuk membantu mempromosikan pelancongan perindustrian di kawasan DUN Balakong. Jangka masa proses permohonan Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini dibuka sehingga 31 Disember 2021. Sekian.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Keganasan Rumah TanggaQuestions

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan Di Negeri Selangor sejak 2018 sehingga kini?

b)

Apakah langkah yang di oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kes keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat?

c)

Sejauh manakah keberkesanan Talian Selamat dalam hal ini?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Bukit Melawati telah bertanya tentang bagaimana kita Kerajaan Negeri menangani keganasan rumah tangga. Soalan ini saya minta izin dijawab sekali dengan soalan dari Y.B. Rawang nombor 222. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Melawati berdasarkan statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor, jumlah kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan di Negeri Selangor mulai 2018 sehingga Oktober 2021 mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 4978 kes dengan perincian seperti berikut :

BIL TAHUN JUMLAH KES 1. 2018 951 2. 2019 1159 3. 2020 1349 4. Januari – Oktober 2021 1519

JUMLAH 4978

Soalan berikutnya bagaimanakah kita nak mengurangkan kes keganasan semua ini dan juga mengenai Talian SELamat juga akan dijawab bersama dengan soalan nombor 222 (b) daripada Yang Berhormat Rawang. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Talian SELamat sebagai talian khas untuk masyarakat membuat aduan tentang keganasan rumah tangga yang berlaku khususnya di Negeri Selangor. Inisiatif ini adalah sebagaimana terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada bulan Jun 2021 baru-baru ini. Talian SELamat telah mula beroperasi pada 1 November 2021 selama 24 menerusi talian 03-64195027 di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS). Pada masa yang sama WBS turut berkongsi maklumat dan informasi mengenai Talian Selamat ini di media sosial WBS Facebook dan Instagram. Pusat Wanita Berdaya (PWP) di 56 kawasan DUN serta di pejabat rakan usaha sama sebagai langkah untuk menyebarkan kesedaran advokasi berkenaan keganasan rumah tangga. Selain itu WBS kini sedang mengadakan kempen 16 hari aktivisme menentang keganasan berasaskan gender bermula 25 November 2021 hingga 10 Disember 2021 sebagai langkah advokasi kepada masyarakat. Sebahagian daripada kandungan kempen tersebut adalah perasmian Talian SELamat itu sendiri yang baru

berlangsung pada 22 November. Sepanjang 16 hari ini WBS akan melaksanakan empat siri KRT, Bengkel Latihan Pengendalian KRT, edaran Kit KRT serta program-program di 56 DUN dengan usaha bersama penyelia-penyelia Pusat Wanita Berdaya. Program-program kesedaran KRT turut diperluaskan melalui tugas dan kerja lapangan bagi pelajar dan aktivis di Akademi Kepimpinan Wanita atau AKW. WBS juga turut mengadakan perbincangan meja bulat bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa KRT di Selangor bagi sama-sama merancang dan membincangkan pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang untuk mengurangkan kes KRT di Negeri Selangor dan hasil perbincangan tersebut dan sebuah pelan tindakan KRT Negeri Selangor pada tahun 2022 telah berjaya di muktamadkan dengan empat keutamaan iaitu pencegahan dan intervensi awal, kedua pendayaupayaan diri, ketiga responsive terhadap ahli keluarga dan keempat pelaku bertanggungjawab merentasi sistem.

Pada tahun 2020 menerusi sebuah projek perintis komuniti selamat bersepadu Kerajaan Negeri telah membiayai mangsa KRT menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM 46,436.50 bagi kos-kos rawatan perubatan, tempat perlindungan, makanan dan telefon. Soalan ini saya jawab sekali lagi setelah beroperasi selama 3 minggu bermula 1 November sehingga 24 November ini. Talian SELamat telah menerima sebanyak 14 panggilan di mana 7 daripadanya bersamaan 50% adalah berkaitan dengan isu KRT. Daripada 14 panggilan, 7 berkaitan dengan keganasan rumah tangga dan kategorinya adalah sebabnya satu ekonomi, tiga fizikal, tiga psikologi. Semua kes yang diterima adalah bukan kecemasan dan tujuan panggilan adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi membantu mereka dari segi pengurusan emosi. Talian SELamat memberikan pilihan kepada pemanggil untuk mendapatkan sesi kaunseling atau intervensi selanjutnya bukan kerajaan serta kaunselor talian SELamat di bawah Pusat Kaunseling di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai kaunselor yang bertauliah secara bersemuka.

Yang Berhormat, saya ingin mengatakan bahawa semua-semua langkah yang kita ambil ini pertamanya adalah setelah ia berlaku dan kemudian kita ada advokasi dan sebagainya. Kita ada satu masalah yang susah kita nak atasi iaitu masalah pelaku itu sendiri, kita boleh bantu tetapi masalah pelaku bagai mana kita nak halangnya berlaku di peringkat domestik ini. Itu adalah satu persoalan yang besar maka kita semua perlu menanamkan kesedaran kepada wanita dan juga kepada kaum lelaki dan kerana keganasan rumah tangga ini bukan saja terhadap pasangan sahaja tetapi berlaku kepada warga emas, berlaku kepada anak-anak. Semuanya adalah kita panggil keganasan domestik maka banyak lagi kerja kita untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan juga meningkatkan sokongan kepada keluarga kerana kadang-kadang kerana masalah yang timbul boleh ditangani di peringkat keluarga. Tapi kerana kita hidup di bandar, hubungan kekeluargaan dan cara hidup family atau keluarga ini menyebabkan apa-apa masalah yang timbul, yang dihadapi tidak dapat di sokong oleh keluarga. Jadi banyak lagi kerja yang patut kita lakukan. Terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingin bertanya dalam usaha pihak Kerajaan Negeri membantu mengurangkan atau menangani isu keganasan rumah tangga ini, bagaimana pihak Kerajaan Negeri membantu rumah-rumah perlindungan yang melindungi mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini. Adakah peruntukan disediakan ataupun sistem sokongan supaya rumah perlindungan ini dapat terus survive dan dapat melaksanakan fungsi mereka bagi membantu mangsa-mangsa. Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat. Itu soalan yang sangat baik sebenarnya. Setakat ini program-program yang kita ada banyak, maknanya untuk program-program. Untuk bantuan kepada rumah-rumah perlindungan ini, saya menggunakan sedikit daripada apa yang kita panggil peruntukan-peruntukan daripada sebagai EXCO dan juga daripada apa yang kita ada daripada peruntukan wanita dan keluarga itu. Kita telah memberi bantuan tetapi tidak banyak Yang Berhormat. Kalau RM 10 ribu, RM 20 ribu tidak boleh sustain mereka dalam jangka masa yang panjang dan Kerajaan Negeri tidak pada masa ini saya rasa tidak mampu lagi mengadakan pusat perlindungan sendiri kerana kos dan pengendaliannya adalah tinggi.

Jadi kita menghulurkan kepada pusat-pusat perlindungan apabila mereka datang pada kita, kita mencari dana daripada pelbagai sumber tetapi tidak ada khas daripada dana yang diperuntukkan sekarang. Ia memerlukan peruntukan yang berasingan kalau kita kata kita nak salurkan kepada rumah-rumah perlindungan ini. Ya mungkin selepas ini Yang Berhormat kita boleh menyediakan juga cadangan ini kepada Negeri tapi saya meminta kepada ADUN-ADUN sekalian apabila ada permintaan daripada rumah-rumah perlindungan ini maka saya ingat ADUN-ADUN juga boleh dalam kapasiti mereka untuk memberi sumbangan apabila diperlukan. Terima kasih.

Speaker

Semenyih, tidak hadir. Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Tenaga KerjaQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cara Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja di pelbagai industri?

b)

Adakah sikap terlalu memilih kerja menjadi masalah kekurangan tenaga kerja?

c)

Bagaimana Kerajaan membantu bagi transformasi industri SME untuk mengguna teknologi bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja kurang mahir?

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Saya mohon izin juga untuk menjawab bersekali soalan nombor 48 daripada Subang Jaya yang menyentuh hal pekerjaan di Selangor. Saya bermula dengan Rawang iaitu apakah langkah dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mencipta peluang pekerjaan.

Saya kira untuk makluman Yang Berhormat Rawang, di Selangor ini kita melaksanakan 2 program yang besar iaitu Selangor Bekerja dan Selangor Kerjaya. Jelajah Selangor Bekerja adalah di bawah portfolio Generasi Muda Sukan dan Modal Insan, sedangkan lagi satu Selangor Kerjaya adalah di bawah MBI itu sendiri. Dengan gabungan kedua-dua ini kita dapati bahawa terdapat peluang pekerjaan yang besar yang boleh direbut oleh rakyat di Negeri Selangor ini. Kalau dalam Selangor Bekerja itu sendiri peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah melebihi 25 ribu pekerjaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021 sebanyak 6 program siri Karnival Kerjaya telah dilaksanakan. Penganjuran program ini di lokasi berbeza adalah bertujuan untuk memudahkan para pemohon di kawasan-kawasan daerah yang dapat hadir ke program tersebut dengan melibatkan industri-industri di kawasan sekitar. Untuk rekod Ahli-ahli Yang Berhormat semua sepanjang 6 karnival Selangor Bekerja yang telah kita laksanakan, rekod telah menunjukkan bahawa kehadiran majikan adalah 191 majikan, kehadiran orang yang menghadiri temu duga adalah seramai 2,582 orang, dan yang telah diterima bekerja adalah seramai 560 orang dan yang berjaya ke temu duga kedua adalah seramai 989 orang. Kalau kita gabungkan dengan Selangor Kerja ini di bawah pengurusan MBI untuk makluman Yang Berhormat, jumlah mereka yang telah mendapat pekerjaan bagi kedua-dua program ini adalah seramai 3,391 orang untuk tahun ini. Jadi adalah satu jumlah yang besar, jadi sasaran kita adalah apakah peluang pekerjaan itu dicipta saya kita majikan memberi peluang yang banyak kepada rakyat Selangor melalui dua-dua program yang kita laksanakan ini. Jadi mereka yang ingin mengikuti Selangor Bekerja boleh mengikuti jelajah program kita , manakala mereka yang ingin mendaftarkan diri melalui Selangor Kerjaya boleh

melayari laman web www.selangorkerjaya.com.my yang ini yang mereka akan memadankan dengan kemahiran mereka dan apa yang ditawarkan oleh para majikan.

Soalan kedua adalah berkaitan dengan apakah sikap terlalu memilih kerja menjadi masalah kekurangan tenaga kerja. Saya kira apa yang menakjubkan kita Yang Berhormat Rawang adalah kita dengar seolah-olah ramai mereka yang menganggur, malah kadar pengangguran kita naik ke 4.48% pada tahun 2021. Tetapi dalam Program Kerjaya kita atau Selangor Kerja kita dapati bahawa kehadiran di kalangan mereka ini kebanyakan adalah fresh graduate, bukan di kalangan orang yang dibuang kerja. Jadi kita menjangkakan mereka yang dibuang kerja sewaktu PKP telah survive dalam bentuk program-program yang lain sama ada mereka masuk business ataupun mereka menyertai program-program yang lain sebab kadar yang turn up dalam Selangor Bekerja adalah ramai di kalangan fresh graduate dan mereka ada di kalangan mereka yang akan dibuang kerja atau akan diberhentikan tetapi keadaan tidak begitu tinggi sebagaimana yang kita gambarkan. Dan adakah mereka terlalu memilih bekerja tetapi banyak alternatif yang mereka pergi. Mereka pergi ke tempat-tempat lain.

Walau bagaimanapun, bagi makluman Yang Berhormat Rawang, dalam perbincangan saya dengan majikan ketika Selangor Bekerja, di antara cabaran besar kita di Selangor ini adalah meyakinkan rakyat untuk bekerja di sektor perkilangan. Mereka menganggap bekerja kilang ini adalah setaraf ataupun duduk bersama-sama dengan Bangladesh ataupun orang-orang daripada foreigner dan mereka menganggap sektor kilang ini hanya layak untuk orang-orang foreigner. Dengan sebab itu lah kebanyakan rakyat kita ini dia memilih untuk business sendiri ataupun dia memilih untuk duduk dalam level-level yang selain daripada operator kilang ini sedangkan tawaran kerja kilang operator tu terlalu tinggi, banyak tapi ini cabaran kita yang kita barangkali kita kena memberikan kesedaran kepada rakyat kita untuk sama-sama terlibat dalam sektor perkilangan hari ini.

Yang Berhormat Rawang juga membangkitkan isu yang ketiga iaitu isu berkaitan dengan bagaimana membantu Transformasi Industri SME untuk menggunakan teknologi bagi menggunakan tenaga kerja kurang mahir. Kerajaan Negeri merangka inisiatif dan bantuan bagi membantu Transformasi Industri SME antaranya, Kerajaan Negeri melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) yang telah melancarkan program Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor yang bernilai RM 5 juta bagi membantu syarikat SME bagi mendigitalkan perniagaan mereka. Antara bidang digitalisasi yang diberikan penumpuan seperti bidang Pemasaran Digital, Sistem Perakaunan, Sumber Manusia dan Sistem Payroll, E-Dagang dan Sistem E-PoS. SIDEC merupakan anak syarikat Invest Selangor Berhad yang ditubuhkan bagi menggerakkan transformasi digital di Selangor sebagai hab digital ASEAN melalui empat (4) objektif antaranya:

i) Memupuk bakat digital;

ii) Merapatkan jurang digital di Selangor; iii) Memperkasa perniagaan; dan iv) Proses digitalisasi Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di Selangor.

Sehingga 10 November 2021, semua peruntukan telah berjaya digunakan sepenuhnya. Sebanyak 1,500 syarikat SME telah membuat permohonan dan 1,048 syarikat telah diluluskan. Jumlah tersebut telah melebihi sasaran awal iaitu 1,000 syarikat SME dan Skim Pembiayaan Digitalisasi melalui Program Go Digital juga ditawarkan kepada usahawan yang ingin menyertai platform Digitalisasi Perniagaan. Skim pembiayaan ini menawarkan pinjaman sehingga RM 5,000.00 dengan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 3 tahun bertujuan membantu 3,000 orang usahawan membuat pembelian alat komunikasi elektronik seperti tablet bagi mengembangkan lagi bilangan usahawan digital di Negeri Selangor ini.

Speaker

Banting. Tidak hadir. Lembah Jaya. Eh, Sungai Burong. Sungai Burong , Sungai Burong dulu, Lembah Jaya kemudian.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Pelan Induk Pengangkutan Awam (PIPA)Questions

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan PIPA.

b)

Adakah matlamat meningkatkan nisbah 60:40 pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian telah tercapai?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Yang Berhormat Sungai Burong bertanya status pelaksanaan PIPA (Pelan Induk Pengangkutan Awam). Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong sebenarnya di Negeri Selangor kita tidak mempunyai PIPA. Yang kita ada adalah PIPANS iaitu Pelan Induk Pengangkutan Awan Negeri Selangor. Ia mengandungi perancangan dalam pembangunan pengangkutan awam khususnya berasaskan rel telah mengenal pasti, 12 cadangan koridor laluan pengangkutan awam yang paling optimum untuk Negeri Selangor. Namun pelaksanaannya memerlukan kos pembinaan yang tinggi

dan penglibatan daripada pelbagai pihak terutamanya agensi pelaksana pengangkutan yang berkaitan, terutamanya di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan perancangan projek-projek berimpak tinggi ini. Pelan Induk ini merupakan dokumen tambahan (supplementary document) yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada perancangan-perancangan projek pengangkutan yang melibatkan pelaksanaan di dalam Negeri Selangor.

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, di antara cadangan 12 koridor tersebut yang dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan untuk Rancangan Malaysia ke-12, hanya satu cadangan koridor yang sedang dalam pertimbangan untuk dilaksanakan iaitu projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Lingkaran (Circle Line) atau MRT3 oleh MRT Corp. Cadangan projek ini telah dibentang dan diperakui di dalam Mesyuarat Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-39 (Bil. 3/2021) pada 21 Oktober 2021.

Buat masa ini, matlamat untuk mencapai nisbah 60:40 masih belum berjaya sepenuhnya sekiranya tiada sokongan atau bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia, khususnya Negeri Selangor. Pelan induk tersebut hanya sebagai rujukan dalam perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mencapai hasrat dalam meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian dengan nisbah 60:40 menjelang tahun 2035. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan kurangnya sokongan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu merealisasikan beberapa cadangan koridor ini, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang melibatkan pihak-pihak penswastaan bagi mempercepatkan proses tersebut?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Memandangkan projek besar ini khususnya projek yang berasaskan rel, ia melibatkan banyak agensi dan juga melibatkan Kementerian Pengangkutan, maka projek seperti macam ni perlu penglibatan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Walaupun Kerajaan Persekutuan tidak dan belum lagi memberi kerjasama ke atas 12 koridor ini, adakah 12 koridor ini sudah diwartakan supaya tidak ada pembangunan yang akan mengacau pembinaan laluan rel pada masa hadapan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

PBT-PBT di Negeri Selangor dalam proses untuk menukar zoning bagi 12 koridor yang telah dicadangkan dalam PIPANS. Buat masa ini ada sebahagian telah ditukar zoning dan yang belum ditukar zoning tu masih dalam proses.

Speaker

Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Projek Perumahan TerbengkalaiQuestions

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapakah jumlah projek dan unit terbengkalai pada masa sekarang, mengikut PBT? b)

Berapakah yang telah diselesaikan sehingga kini mengikut tarikh ? c)

Selain daripada Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai yang diwujudkan di peringkat PBT, apakah kaedah baru yang digunakan menyelesaikan projek terbengkalai?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik saya akan jawab soalan 19. Juga untuk makluman Yang Berhormat Lembah Jaya, projek pemajuan terbengkalai di negeri Selangor dikategorikan kepada 2 iaitu projek Terbengkalai (Berlesen) dan Projek Bermasalah (Tanpa Lesen). Sehingga kini sebanyak 178 jumlah projek Terbengkalai dan Bermasalah yang melibatkan 36,076 unit mengikut PBT seperti berikut:

BIL. PBT JUMLAH PROJEK TERBENGKALAI JUMLAH UNIT JUMLAH PROJEK BERMASALAH JUMLAH UNIT 1. MBSA 4 168 11 1725 2. MBPJ - - 2 445 3 MPK 5 739 41 5788 4. MBSJ 3 3228 2 319 5. MPAJ - - 6 2802 6. MPS 8 3041 10 3956

7. MPKJ 954 14 3629 8. MPSp 3 907 7 199 9. MPKL 1 148 31 1051 10. MPKS - - 11 2029 11. MPHS 2 951 11 4557 12. MDSB - - 1 30 JUMLAH 31 10,136 147 25,940

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 85 jumlah projek terbengkalai telah diselesaikan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif bertindak sebagai fasilitator ataupun mediator dalam usaha-usaha memulih atau menyelesaikan isu projek terbengkalai atau bermasalah di Negeri Selangor walaupun punca bidang kuasa kerajaan Negeri adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Sumbangan itu, selain daripada Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai yang diwujudkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kaedah baru yang digunakan bagi menyelesaikan projek terbengkalai adalah seperti berikut:

Yang pertama, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ataupun Mesyuarat Penyelarasan Projek Terbengkalai Secara Berkala bersama agensi-agensi yang berkepentingan bagi meneliti permasalah serta mengkaji pelan cadangan penyelesaian yang komprehensif dan menyeluruh khususnya bagi projek pemasaran kampung seperti penyelesaian hak milik serta berunding dengan pembeli berhubung tawaran penyelesaian sama ada meneruskan projek dengan kos tambahan (top up) ataupun menyerahkan unit mereka kepada pemaju penyelamat dengan diberikan pampasan atau pemindahan pembeli terlibat ke kawasan lain, atau lain-lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Yang kedua, ....

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa dah sampai ...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sikit sahaja ...

Speaker

Sikit sahaja? Okay.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kerajaan Negeri sedang mengkaji agar projek perumahan terbengkalai atau bermasalah yang belum mempunyai pemaju penyelamat ini dapat dilaksanakan kajian awalan atau kemungkinan sama ada oleh anak syarikat kerajaan Negeri Selangor atau pemaju penyelamat swasta melalui kaedah pengurusan perkongsian maklumat di peringkat Lembaga Perumahan Hartanah Selangor, Pejabat Tanah Daerah mahupun di PBT. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya meneruskan aturan urusan mesyuarat seterusnya, saya ingin memaklumkan bahawa Buku Peraturan-peraturan Tetap Pindaan 2021 yang diwartakan pada 8 Julai 2021 telah siap dicetak dan telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menggunakan Buku Peraturan-peraturan Tetap Pindaan 2021 yang baharu tersebut sebagai rujukan sepanjang persidangan berlangsung. Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu. Tahniah diucapkan. Minta Setiausaha...

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 Semua PeringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 Semua Peringkat.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang tiba masa kita mempersilakan Ketua Pembangkang untuk membuka sesi perbahasan pada pagi ini dan saya bagi masa tidak terhad sampailah penat. Silakan. Dipersilakan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

“Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa kami dirikan, kalau benar bagai dikata, parti Selangor hilang harapan”.

Terima kasih Y.B. Speaker kerana memberi peluang kepada Sungai Air Tawar untuk membahaskan Usul Perbekalan Belanjawan Negeri 2022. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Y.B. Dato’ SUK yang baru dilantik. Seperti mana yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Sungai Tua pada petang Jumaat yang lalu, sama ada Belanjawan Negeri 2022 ini benar-benar bersifat komprehensif dan menyeluruh serta mencakupi setiap genap lapisan rakyat di Negeri Selangor ini, sama-samalah kita ahli Dewan Yang Mulia ini mengupas dan membincangkan sepanjang perbahasan belanjawan ini berlangsung. Prinsip pembangkang jelas yang mana baik untuk rakyat kami akui dan akan menyokong. Yang ada kekurangan yang boleh diperbaiki kami pasti akan tegur kerana kami berfungsi sebagai semak dan imbang atau check and balance akan terus berkumandang di dalam Dewan ini walaupun kecil bilangannya. Sesungguhnya itulah mandat dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada kami semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Negeri 2022 dibentangkan oleh Y.A.B Menteri Besar pada petang Jumaat yang lalu pastinya dirangka dalam persekitaran ekonomi yang sangat mencabar. Tahun 2022 ketika ini merupakan tahun yang serba

mencabar. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita bahawa kita akan menghadapi keadaan sukar seperti ini. Ketika ini dengan kehadiran malapetaka pandemik COVID-19, siapa sangka dalam tempoh 2 tahun COVID-19 ini menyerang seluruh dunia. Seramai 259 juta manusia telah dijangkiti penyakit pandemik COVID-19 ini dengan jumlah kematian mencecah angka 5.1 juta orang di seluruh dunia. Di Malaysia sehingga hari ini mencatatkan jumlah 2.6 juta kes yang dijangkiti dan mengakibatkan 30,110 nyawa yang telah meninggal dunia. Kehadiran pandemik COVID-19 ini umpama badai yang bukan sahaja mengorbankan ramai nyawa malah meruntuhkan juga tiang-tiang yang menjadi asas kepada ekonomi dan kewangan dunia. Dan yang terkini Y.B. Menteri Kesihatan telah memberi makluman tentang variant baru iaitu B.1.1.529 yang telah pun menyerang Afrika Selatan dan juga Hong Kong. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita dilindungi dari varian baru ini. Hal ini membuktikan COVID-19 ini seolah-olah tiada kesudahannya lagi. Dari sudut domestik pula, ekonomi Malaysia dijangka meningkat pertumbuhan seiring dengan pemulihan ekonomi dan perdagangan dunia dalam tempoh separuh kedua 2021 dan tahun depan apabila lebih banyak negara mempergiat usaha vaksinasi, sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, pemulihan Malaysia amatlah bergantung kepada pemulihan ekonomi global terutamanya rakan dagangan utama negara. Kita menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian menghimpit rakyat. Ketidaktentuan nilai mata wang ringgit yang semakin hilang nilainya dan sudah pasti amat memberi kesan.

International Monitory Fund (IMF) pula berdasarkan unjuran terkini yang diterbitkan pada Julai 2021 meramalkan pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 6.0% pada 2021 dan 4.4% pada tahun 2022. Prestasi KDNK Malaysia pada tahun 2020 menyusut negatif 5.6% berbanding pertumbuhan positif 4.4% pada tahun 2019. Dipengaruhi oleh kejatuhan semua sektor ekonomi manakala prestasi KDNK Negeri Selangor pula mencatatkan pertumbuhan negatif 5.3% pada tahun 2020 berbanding pertumbuhan positif 6.8% pada tahun 2019. Sudah tentu peristiwa-peristiwa yang berlaku ini turut memberi tempias sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kedudukan ekonomi di Negeri Selangor ini. Y.A.B Menteri Besar telah mengumumkan Belanjawan Negeri 2022 yang berjumlah RM2.343 bilion secara keseluruhannya. Bagi perbelanjaan mengurus, peruntukan pada tahun hadapan adalah berjumlah RM1.22 bilion manakala bagi perbelanjaan pembangunan pula adalah sebanyak RM1.123 bilion. Secara keseluruhannya, anggaran perbelanjaan bagi tahun hadapan meningkat sebanyak 20 juta berbanding RM 2.23 bilion pada tahun ini. Dari sudut hasil pula, anggaran kutipan hasil kerajaan Negeri pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 2.5 bilion. Ini menunjukkan Belanjawan 2022 adalah Belanjawan defisit dengan jumlah sebanyak RM 290 juta. Saya memuji tindakan berani yang dilakukan kerajaan Negeri untuk berbelanja lebih sewaktu krisis ekonomi dan krisis kesihatan ini berlaku tetapi apa yang saya ragukan ialah perancangan ini janganlah hanya dilihat cantik di atas kertas. Tetapi hakikatnya rakyat sebenarnya tidak dapat merasa secara terus pengumuman yang diumum oleh YAB Menteri Besar pada Jumaat yang lalu. Setelah saya kira dengan teliti belanjawan baru-baru ini

kerajaan Negeri hanya memberi anggaran sebanyak RM370 juta untuk rakyat secara terus. Selebihnya hanya kepada inisiatif secara tidak langsung yang belum tentu sampai kepada seluruh rakyat di negeri Selangor. Y.B. Tuan Speaker, apabila kerajaan mengumumkan perbelanjaan defisit, bermakna kerajaan akhirnya perlu mengorbankan wang terkumpul dalam rizab negeri ini untuk membiayai kekurangan yang wujud. Statistik tidak pernah menipu. Jika dahulu kerajaan Negeri sering mendabik dada tentang rizab negeri yang melepasi paras RM 3.2 bilion pada tahun 2014, namun jumlah ini terus merosot dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2021 kerajaan Negeri mengumumkan belanjawan defisit, begitu juga bagi tahun 2022 seperti mana yang diumumkan pada Jumaat yang lalu. Berbekalkan fakta ini sudah pastinya jumlah rizab terus berkurangan pada tahun ini dan seterusnya pada tahun hadapan. Walaupun perbelanjaan defisit ini bagus untuk rakyat, tetapi bukan bermakna kerajaan Negeri tidak perlu merancang untuk menambah hasil dan rizab. Hasil kerajaan Negeri perlu ditambah setiap tahun. Maka timbul lah satu persoalan baru sementara kita bersetuju dengan beberapa langkah serta pelan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Negeri, kita masih tertanya-tanya apakah perancangan pihak kerajaan Negeri untuk menambah baik kutipan hasil berbanding daripada terus bergantung harap kepada premium tanah.

Jika kita lihat anggaran awal hasil negeri bagi tahun 2020 dan 2021 adalah sama iaitu RM 2.2 bilion. Walaupun melihatkan data terkini, jumlah unjuran baru hasil pada waktu tahun ini adalah sedikit rendah berbanding anggaran awal. Namun ianya masih belum cukup untuk menampung keperluan perbelanjaan. Saya akui negeri Selangor ini bukanlah seperti negeri-negeri lain di Malaysia yang mempunyai kelebihan dari hasil bumi seperti petroleum dan bahan galian. Tetapi pada masa yang sama, kebergantungan kepada hasil premium tanah tidak boleh dijadikan sandaran buat selama-lamanya. Kerajaan negeri sama ada suka atau tidak, perlu memikirkan langkah bagi mencari punca pendapatan yang baru maka pilihan yang ada sudah tentu adalah pelaburan dan bila bercakap tentang cukai janganlah kita ingat cukai hanya membebankankan rakyat, sebaliknya kerajaan Negeri perlu melihat pada pilihan cukai yang tidak akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat. Sebagai contoh kita menarik pelabur-pelabur luar untuk kembali melabur di Negeri Selangor. Y.B. Tuan Speaker, pada tahun 2020 negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkilangan berjumlah RM 12 bilion iaitu di tempat kedua di belakang negeri Johor. Walau bagaimanapun, dalam sektor perkilangan berjumlah RM 22.45 bilion dengan 411 projek diluluskan bagi tempoh Januari tahun lalu sehingga kini. Setiap jumlah pelaburan diluluskan ini hanyalah baru di peringkat perancangan. Selagi mana ianya belum direalisasikan, angka-angka ini hanyalah cantik di atas kertas. Justeru saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan Negeri.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Daripada jumlah RM12 bilion, pada tahun lalu, berapakah yang sudah direalisasikan dan bilakah jangkaan baki tersebut dapat menjadi kenyataan?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan saya laluan untuk minta pencerahan. Yang Berhormat mulakan topik pelaburan dengan mengatakan pelaburan penting untuk menggantikan hasil dan tidak bergantung sangat kepada premium tanah. Saya pun setuju kita perlu kurangkan berapa banyak yang kita bergantung pada premium tanah tetapi pelaburan ini bagus untuk membawa pekerjaan kepada anak Selangor tetapi macam mana Yang Berhormat cadangkan Kerajaan Persekutuan bahagikan cukai perniagaan daripada pelaburan-pelaburan ini yang bakal Kerajaan Pusat mengutip kepada Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri boleh mendapatkan hasil daripada kilang-kilang, perniagaan-perniagaan perusahaan ini yang datang ke Negeri Selangor? Sebab sekarang, cukai tanah kita dapat tetapi setakat cukai tanah yang sangat sedikit daripada semua pelaburan, hasilnya semua pergi kepada Kerajaan Pusat. Cukai eksais, cukai perniagaan dan sebagainya. Jadi, adakah Yang Berhormat dan Parti Yang Berhormat sedia untuk membuat sharing of revenue, dengan izin, dengan Kerajaan Negeri?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih atas pandangan yang baik. InsyaAllah kita akan fikirkan dan saya akan meneruskan perbahasan saya dengan memberi pandangan dan juga teguran yang saya lihat mampu memberi semak dan imbang kepada Kerajaan Negeri. Justeru, saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Kerajaan Negeri daripada jumlah RM 12 bilion daripada tahun lalu, berapakah yang sudah direalisasikan dan bilakah jangka baki tersebut akan dapat menjadi kenyataan? Adakah terdapat satu garis masa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak pelabur ini tidak menarik handbrake sebaliknya terus berminat untuk melabur di negeri ini?

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, Pembangkang yang ada pada hari ini adalah Pembangkang yang berkualiti. Bukan semua kami bangkang dan bukan semua kami kritik. Yang baik kami akan puji dan sokong. Kami akui, ada beberapa pelan jangka masa panjang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Negeri bagi tahun 2022 ini. Tetapi, apa yang lebih penting adalah pelaksanaan. Jangan lah ia hanya sekadar enak pada kata-kata. Pelaksanaan ini juga perlu mantap dan tersusun. Pastikan jentera Kerajaan Negeri faham dan benar-benar bersedia melaksanakan cadangan-cadangan ini. Berkenaan dengan Sabak Bernam, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan pengurusan dan pembangunan ekonomi di Sabak Bernam, seperti mana yang kita maklum pada sesi perbahasan yang lepas, saya ada memberitahu berkenaan dengan pembangunan Hay Resort yang tidak terurus dan hampir mereput dan bajet kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan bajet RM 20 juta untuk membaik pulih bangunan Hay Resort ini untuk dijadikan hotel lima bintang. Wow! Jika benar apa yang dikata, syukur Alhamdulillah dan terima kasih. Di samping itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar

juga mengumumkan RM 500 juta untuk membangunkan Pusat Industri Hasil Laut dan agro makanan seluas 450 ekar dan kemudian lagi RM 500 juta untuk Pusat Logistik dan Perdagangan di Sungai Lang berserta hentian di Ayer Manis. Apa yang saya nampak realiti nya ialah di Sabak Bernam, bukanlah semata-mata soal perancangan pembangunan tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar perlu lihat kecekapan dalam mengurus dan menyelia projek pembangunan dan aset-aset Kerajaan Negeri. Tahu kah Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa cadangan RNR Ayer Manis ini asalnya telah pun diumumkan sewaktu Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar yang mana pada waktu ketika itu, kononnya PNSB ingin membangunkan Projek Perumahan Rakyat berserta RNR yang mana RNR ini akan menjadi pusat ekonomi kepada penduduk setempat yang ingin berniaga dan menjual produk-produk IKS Tempatan. Malangnya, hampir tiga penggal Kerajaan Negeri mentadbir dan telah 10 tahun projek ini berlangsung tetapi masih di peringkat tambakan dan awalan projek dan projek ini telah pun menelan kos sebanyak RM26,037,000.00 termasuk kerja-kerja merawat tanah dan kos operasi dan sehingga semalam, saya melihat kerja-kerja masih di peringkat minimum awalan kerja kerana saya masih hanya nampak tanah tandus. Yang saya nampak hanya lah tanah tandus. Kalau benar projek ini sudah bersedia untuk dibangunkan, kenapa masih belum ada batang cerucuk yang dihantar ke tapak projek?

Adakah projek ini tidak memerlukan cerucuk? Tahu kah Yang Berhormat Menteri Besar di Sabak Bernam juga ada begitu banyak projek dan aset Kerajaan Negeri yang tidak diurus dan diselenggarakan dengan baik seperti Institut Latihan Jati Diri Selangor, yakni ILJAS yang dahulu telah pun kita bina sewaktu pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional? Hari ini, kita tidak suruh bina pun. Kita suruh jaga dan selenggara pun tidak mampu. Dibiarkan usang dan akhirnya hancur mereput. Bangunan ini kalau kita lihat sudah pun menjadi tempat jin bertendang dan projek yang diibaratkan sebagai gajah putih. Begitu juga berkenaan dengan Institut Latihan dan Dakwah Selangor iaitu ILDAS juga dilihat semakin usang dan perlu diselenggarakan. Itu belum lagi balai raya. Kebanyakan balai raya hancur dan mereput. Benar sesetengah balai raya ini dipersoalkan tentang status milikan tanah yang mana kononnya tanah itu masih menjadi milik individu. Tetapi sebenarnya tanah ini dahulunya telah diwakafkan tetapi bila mana Kerajaan Negeri tidak membuat kerja-kerja baik pulih, hingga menyebabkan bangunan ini usang, rosak dan mereput, daripada melihat ia hancur, sudah tentu tuan tanah akhirnya mengambil balik. Jadi, saya mohon Kerajaan Negeri mencari semula tapak baru agar dibina balai raya kerana balai raya ini penting. Di sini lah tempat Pengerusi MPKK bertemu masyarakat dan mengoperasi Jawatankuasa MPKK. Begitu juga dengan gelanggang futsal milik Kerajaan Negeri yang dilihat semakin usang, tidak dijaga, tidak diurus. Dan bangunan-bangunan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Sabak Bernam, saya minta agar Ahli Majlis daerah Sabak Bernam melihat lebih berfungsi dan merancang membuat Pelan-pelan Pengurusan serta ekonomi yang lebih tersusun. Saya lihat, tandas-tandas awam juga sesetengahnya masih belum ada lagi paip air. Masih lagi mengisi air di dalam bekas jadi sudah pasti takungan air itu boleh juga

menyebabkan pembiakan nyamuk-nyamuk aedes. Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat, rakyat di DUN Sg. Air Tawar tertanya-tanya, apakah fungsi Ahli Majlis daerah ketika ini? Kerana rata-rata rakyat di Sg. Air Tawar tidak mengenali siapa Ahli Majlis daerah yang baru dilantik ini? Ini belum lagi peranan Sidang-sidang, yang saya difahamkan mereka diberikan bajet RM20,000.00 setahun. Jadi, saya amat berharap agar bajet ini benar-benar berfungsi untuk kegunaan rakyat. Sehingga hari ini saya melihat rakyat tidak mengetahui pun perkara ini dan rata-rata Jawatankuasa MPKK ini masih lagi tidak berfungsi seperti mana yang diharapkan.

Seterusnya, berkenaan dengan aduan kerja-kerja mencuci parit yang diurus oleh Pengerusi MPKK di mana rakyat mengadu sebahagiannya hanya buat awal dan akhir. Maksudnya awalannya ditebas rumput kemudian ambil gambar kemudian terus dihujungnya ditebas dan ambil gambar. Jadi, di bahagian tengah saya difahamkan tidak dilakukan kerja-kerja pembersihan. Jika benar apa yang dikatakan penduduk kampung, saya berharap Kerajaan Negeri segera lah siasat dan ambil tindakan. Begitu juga berkenaan dengan Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sg. Tengar Utara

Mohon mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya, silakan Sabak.

Saya berminat dengan isu pembersihan parit. Saya akui ini memang menjadi satu perdebatan hebat di kalangan penduduk mengatakan bahawa pembersihan parit tidak begitu baik di bawah pengurusan JPS yang diberi kepada MPKK. Bersetujukah Yang Berhormat sekiranya pembersihan parit ini terus diambil oleh JPS dan tidak diberikan kepada MPKK upaya parit ini diurus dengan lebih baik? Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya kira satu cadangan yang baik tetapi yang paling penting adalah pelaksanaan yang saya bangkitkan ialah isu pelaksanaan kerja-kerja penyucian parit yang saya mendapat aduan tidak dilaksanakan seperti mana yang diharapkan. Begitu juga berkenaan dengan Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sg. Tengar Utara. Dahulu sewaktu pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sg. Tengar Utara ini adalah tempat habitat monyet dan juga memastikan air pasang besar tidak naik ke kampung-kampung halaman di mana ia menjadi sebagai ban kedua. Mantan Wakil Rakyat ketika itu, Dato’ Yasir mencadangkan agar kawasan ini dijadikan kawasan desa monyet. Malangnya, setelah Kerajaan Pakatan Harapan memerintah bermula 2008, PKPS telah menebang pokok-pokok bakau ini dengan rakusnya sehingga habitat monyet ini terancam. Kononnya, hendak buat projek tanaman sawit tetapi sehingga hari ini sawit tidak berjaya ditanam. bakal habis dan kawasan ini terbiar semak dan bila ban sedia ada pecah, air mula memasuki kawasan ini. Dan lebih malang lagi apabila habitat monyet ini terganggu, ia berkeliaran sehingga

menyebabkan mereka mengganggu dan merosakkan tanaman orang kampung. Begitu juga dengan bangunan-bangunan Kerajaan seperti Politeknik di Sg. Lang, SBPI Sabak Bernam, ILDAS dan IPN yakni Institut Perakaunan Negara dirosakkan oleh monyet-monyet ini.

Aduan-aduan ini saya dapat daripada Pengarah-pengarah Jabatan sendiri termasuk yang terbaru, monyet ini telah pun masuk ke dalam rumah dan merosakkan barangan masyarakat di DUN Sg. Air Tawar. Tanaman-tanaman pertanian juga turut diganggu oleh monyet-monyet ini. Sudah lah hari ini, harga pisang telah jatuh mendadak dan baja serta racun meningkat secara mendadak manakala hasil pula dirosakkan dan dicuri oleh monyet. Pandangan saya, kita boleh meminta Jabatan Perhilitan di bawah Negeri Selangor untuk menangkap dan sepatutnya memindahkan ke hutan-hutan simpan. Tetapi kita sedia maklum, hutan-hutan simpan di Negeri Selangor ini semakin berkurangan. Jadi, saya difahamkan akhirnya monyet-monyet ini terpaksa dibunuh dengan suntikan ubat. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri perlu memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah makhluk perosak terutamanya monyet dan babi yang semakin membiak di DUN Sg. Air Tawar. Begitu juga dengan aduan anjing liar yang kini dilihat semakin banyak di kampung-kampung dan sebahagiannya ada yang menyerang orang awam. Saya mohon agar Kerajaan Negeri di bawah Majlis Daerah Sabak Bernam segera mengambil tindakan berkenaan dengan isu anjing liar.

Jadi, kesimpulannya Yang Amat Berhormat jangan lah terlalu ghairah mengumumkan projek baru sebaliknya yang ada ini pun belum tentu dapat diselesaikan lagi pembinaan dan permasalahannya. Justeru itu, pengumuman-pengumuman yang diisytiharkan di dalam Belanjawan baru-baru ini eloklah dinilai atas pelaksanaannya bukan hanya sekadar seronok dengan kata-kata. Selain itu, saya ingin bertanya berkenaan status pengumuman Bajet tahun 2019 di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan gugusan ekonomi tetapi sehingga kini saya belum melihat sejauh mana kejayaan projek yang sudah diumumkan ini iaitu berkenaan projek penanaman roselle dan nanas MD2. Adakah projek pertanian ini adalah tempat yang sama juga akan dibawa projek-projek yang baru diumumkan maksudnya ialah tapak? Adakah tapak yang sama ataupun tapak yang berlainan? Jadi, kalau benar, apakah status pertanian itu? Yang pasti jika benar, projek-projek yang ada ini tidak, belum lagi dilaksanakan.

Saya sangat berharap agar peruntukan itu dapatlah dibantu kepada usahawan-usahawan fertigasi khususnya tanaman Rock-Melon yang sedang perancak berlaku di DUN Sg. Tawar ini. Kerana harapan saya, saya ingin menjadikan DUN Sg. Tawar ini sebagai lembah Rock-Melon, pengeluar Rock-Melon yang setanding dan mampu bersaing untuk di eksport ke negara luar.

Di samping itu juga, saya ingin mencadangkan pembinaan kilang kenderaan elektrik ya ini EV di sabak bernam. Baru-baru ini saya ada bertemu dengan pelabur-pelabur yang menyatakan hasrat mereka untuk mencari tempat melabur dan dalam masa yang

sama membina kilang kenderaan elektrik. Kilang ini amat, kilang ini..yang akan dibina bakal menarik pelaburan dari luar yang dianggarkan berkeseluruhan RM 3.5 Bilion Ringgit. Sebagai negeri termaju di Malaysia, Selangor seharusnya menjadi negeri contoh dalam pembangunan teknologi seperti ini dianggarkan lebih 5000 peluang pekerjaan kolar putih dan biru yang akan dicipta daripada kilang kenderaan elektrik ini.

Saya sangat berharap Kerajaan Negeri dapat menerima cadangan saya ini kerana saya nampak ini bakal memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan negeri dalam masa yang sama dapat menambahkan lagi kadar hasil untuk tahun-tahun mendatang.

Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, saya ingin beralih pula kepada produk utama yang disering dibangga-banggakan oleh Kerajaan Negeri iaitu Program Inisiatif Peduli Rakyat yang sebelum ini diberi nama Merakyat Ekonomi Selangor (MES) dan kali ini saya ingin menarik perhatian sidang Dewan dan semua ahli-ahli Yang Berhormat adakah Skim Inisiatif Peduli Rakyat ini telah ditukar atau rebranding sebagai Iltizam Selangor Penyayang ya ini IST.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri Besar, adakah penjenamaan semula produk Insentif Peduli Rakyat kepada Iltizam Selangor Penyayang ini tidak akan menggunakan wang rakyat terutamanya dalam kos pengiklanan dan hebahan umum. Perkara ini bagi saya adalah sesuatu yang dikira agak sedikit membazir duit rakyat kerana di saat ini semua.. terutama rakyat sedang bertungkus lumus untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kami di pihak pembangkang kami membantah cadangan ini dan setuju dengan nama sekarang iaitu Insentif Peduli Rakyat sendiri yang dan rakyat sendiri sudah faham dan jelas untuk memudahkan urusan mereka untuk memohon pelbagai insentif kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh pula tentang Jom Shopping di bawah Iltizam Sayang Usia Emas. Saya sebenarnya pening nak ulas.. kejap Skim Usia Emas... dan sekarang Iltizam Sayang Usia Emas tapi tak apalah mengikut rekod sepanjang tahun 2020 seramai 294,212 ahli Skim Mesra Usia Emas telah berdaftar untuk menerima menafaat ini dan daripada jumlah tersebut 145,357 ahli menikmati manafaat Jom Shopping, Skim Mesra Usia Emas ini. Seramai 148,855 ahli Skim Mesra Usia Emas yang tidak dapat menghadiri Majlis Pemberian Baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas tidak menuntut baucar tersebut bagi sepanjang tahun 2020. Ini menunjukkan 50% ahli Skim Usia Emas tidak mengambil Inisiatif Jom Shopping ini. Bermakna Kerajaan Negeri mempunyai lebihan 50% belanjawan bersamaan RM 14.88 Juta.

Jadi saya ingin bertanya, ke manakah duit ini pergi adakah ia dibelanjakan kepada perkara lain. Jadi jika benar, Kerajaan Negeri mahu berkongsi kekayaan negeri bersama rakyat warga emas saya mencadangkan sekurang-kurangnya tingkatkanlah jumlah yang hendak diberi kepada RM200 atau RM300 bersesuaian dengan situasi

hari ini yang sangat membebankan mereka yang kurang berkemampuan. Di samping itu juga, saya ingin menyentuh Skim Khairat Kematian kalau dulu mereka dapat RM 2500 tetapi Kerajaan Negeri telah pun menurunkan kepada RM 500 jadi kalau ada lebihan daripada Skim Mesra Usia Emas, Jom Shopping tadi eloklah ditambah kembali kepada Skim Khairat Kematian pada masa akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, saya ingin menyentuh isu air. Tidak boleh tidak untuk saya tidak menyentuh isu air kerana ia seolah-olah masih tidak berpenghujung. Selangor berterusan berhadapan dengan masalah gangguan air yang disifatkan sebagai endemik. Selagi Pakatan Harapan memerintah negeri ini, apabila masalah berkenaan membelenggu walaupun sudah tiga penggal menjadi kerajaan. Bagi tahun ini, alasan yang dikemukakan ialah masalah pencemaran air.

Saya faham Kerajaan Negeri ada mengambil tindakan kepada mana-mana individu dan juga kilang-kilang yang melakukan pencemaran ini. Dalam sebuah temu bual Selangor TV, Yang Berhormat Pandan Indah ada berkata bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melakukan game changer di mana ianya akan menyelesaikan hampir 100% masalah gangguan bekalan air di Negeri Selangor berkenaan dengan masalah pencemaran air. Kalau kita lihat semula pada sejarah pengurusan air di bawah Pakatan Harapan sudahlah Kerajaan Negeri telah membelanjakan kos RM 2 Bilion untuk membeli Syarikat Air ini walaupun seperti mana yang kita tahu anggaran kos asal ianya hanyalah sekitar RM 200 Juta Lebih yang mana ianya dicadangkan sewaktu pemerintahan di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid dan selepas itu, saban tahun saya melihat Kerajaan Negeri mengumumkan perbelanjaan air begitu tinggi kononnya untuk memastikan masalah air di Negeri Selangor ini akan selesai. Dan Bajet pada Tahun 2021 Kerajaan Negeri mengumumkan sebanyak RM 779 Juta untuk mengatasi masalah air agar ianya tidak berulang.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sg. Tawar....Penjelasan....Yang Berhormat...

Speaker

Banting....

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Sg. Air Tawar soalan saya kepada Yang Berhormat ialah tidak perlukah Yang Berhormat melihat cermin sendiri apabila negeri-negeri yang didapati parti Yang Berhormat seperti contohnya di Johor dan Pahang juga mengalami masalah gangguan air yang jauh lebih teruk dari Selangor walaupun ianya tidak dilaporkan, ada pelaku yang dilaporkan di dalam media gangguan air sebanyak... boleh seteruk satu bulan ataupun satu minggu tidak ada air Itu gangguan air yang unschedule yang tidak dijangkakan. Tapi yang itu... tidak Yang Berhormat tidak membangkitkan tetapi di sini kalau Kerajaan Selangor mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan... membelanjakan wang untuk membantu mengatasi masalah ini ditegur oleh Yang Berhormat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat bukankah perlu kita melihat

ke cermin sendiri dan kita memperbaiki diri sendiri dan kita kalau nak tegur... kita tegur semua sekali termasuk Negeri-Negeri yang ditadbir oleh Umno, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Banting...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Air Tawar.. Sungai Burong...

Boleh..boleh mencelah? Sungai Burong... Terima kasih ya adinda Sg. Tawar ya kerana bagi peluang untuk saya membangkitkan isu. Sebenarnya masalah air di Selangor ini masalahan yang tidak berkesudahan.Saya ingat banyaklah cadangan-cadangan / usul-usul daripada Kerajaan Negeri daripada dulu sampai sekarang untuk menyelesaikan masalah air. Nampaknya ini masalah air ini, terutamanya gangguan air ini memang dendangan yang akan menjadi rintihan rakyat sepanjang masa. Ini kerana masalah pertama ialah terutama gangguan air yang dikatakan disebabkan oleh pencemaran air. Yang kedua loji-loji air terpaksa dibersihkan. Yang ketiga air-air... paip-paip terpaksa diganti untuk mengurangkan NRW tapi kita tahu setiap tahun, setiap tahun ya mesti akan ada masalah air gangguan air ini dan kita tahu bagaimana rakyat rintihan rakyat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Setiap tahun mereka terpaksa membelanjakan wang dengan banyak untuk membeli alat-alat alternatif untuk membawa takungan-takungan air. Bayangkan rakyat masih terpaksa mengangkut air daripada tangki-tangki lori yang disediakan yang disediakan oleh syabas.

Timbalan Speaker

Sungai Burong, ringkaskan. Sungai Burong bukan floor untuk berbahas. Ringkaskan Sungai Burong....

Saya bagi celahan pada Yang Berhormat Sungai Air Tawar dan dia masih bagi saya ingat saya boleh bercakap takkan lah tak boleh. Ini masalah rakyat...

Timbalan Speaker

Ringkaskan Sungai Burong

Masalah air...

Speaker

Ringkaskan....

Masalah air ini tak boleh diringkaskan...

Timbalan Speaker

Nanti Sungai Burong boleh berbahas kemudian. Ringkaskan...

Saya sendiri terpaksa.. .terpaksa apabila air.. ini saya nak berikan dua perkara. Yang pertama kesusahan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat Negeri Selangor...

Timbalan Speaker

Sungai Burong......

akibat....apa ni...

Timbalan Speaker

Sungai Burong. Sila duduk Sungai Burong

Timbalan Speaker....

Timbalan Speaker

Sila duduk...

Saya minta Timbalan Speaker, Sungai Air Tawar bagi saya laluan.

Timbalan Speaker

Giliran Sungai Burong akan tiba. Sekarang giliran....

Saya tunggu tak apa...

Timbalan Speaker

Kalau nak celah, ringkaskan. Saya bagi ringkaskan...

Saya nak supaya masalah ini diselesaikan dengan segera. Saya nak mohon Kerajaan Negeri Selangor menjadikan ia sebagai prioriti utama. Tidaklah perlu menuding ke negeri-negeri lain, saya harap

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker....

Ini, sifu saya, saya kena dengarlah.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Peraturan Tetap...

Yelah....

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Duduklah, berapa penggal dah...

Rujuk Tuan Speaker, Speaker cakap dengan Tuan Speaker. Bukan saya....

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Speaker...

Timbalan Speaker

Duduk... duduk.....Sungai Burong duduk....

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Suruh duduk... duduklah...

Tuan Speaker yang suruh saya duduk. Bukannya orang lain yang suruh saya duduk...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Duduk....

Tuan Speaker.....

Timbalan Speaker

Sungai Burong, jangan sampai saya gunakan...

Ini, masalah air, ya saya cuma nak mencelah...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Speaker suruh pun tak duduk. Apa bendalah ini....

Rujuk pada Tuan Speaker..

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya mohon supaya Sungai Burong diarahkan duduk...

Itu bukannya Tuan Speaker yang mengarahkan...

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Baru menang dekat Melaka dah action ni..

Saya tunggu arahkan duduk baru saya duduk. Saya hormat Tuan Speaker....

Speaker

Sungai Burong saya dah suruh duduk.....

Okay, terima kasih....

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ini anggap dia... anggap dia pekak, tak dengar.....

Saya ni telinga saya ni kuat dengar ya....

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker dah banyak kali suruh duduk dia tak faham.... takkan tak dengar... tak tahu...

Saya ringkaskan...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Eh, tutuplah mic...

Timbalan Speaker

Ya.. ya Sungai Burong. Dah duduk berhenti bercakap....

Ya lah dia tak cakap peraturan...

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Mic... mic padam. Mic dia tak tutup Tuan Speaker. Ha kena tutup dulu. Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya. Peraturan Tetap 35 ya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaknya berdiri mengarahkan ucapan kepada Pengerusi.

Pengerusi dah suruh duduk, dia tak nak duduk. Kalau itu dia tak faham macam mana nak bahas. Sekarang dia nak mencelah tapi dia berucap. Mesti ada perbezaan antara nak bahas dengan nak celah. Nak celah, nak tanya, nak minta penerangan. Dia pula nak ucap. Kalau semua gini, tak payah ada Peraturan. Itu kita tak boleh balik balik kepada zaman Barisan Nasional. Nak minta penerangan, minta penjelasan bukan nak berucap ya. Itu ya Tuan Speaker..

Speaker

Saya persilakan Sungai Air Tawar untuk menyambung perbahasan....

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Tenang..janganlah marah. Yang Berhormat tengah semangat... tengah semangat berkenaan isu air.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Mencelah sekejap, Tuan Speaker. Tuan Speaker....

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya silakan Yang Berhormat....

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Ketua Pembangkang pertamanya... saya mengucapkan tahniah kepada BN menang Melaka tapi jangan

action sangat. Keduanya, setuju ke Ketua Pembangkang masalah ini memang konsisten, Istiqamah kalau orang islam kata. Saya tengok punca-punca pencemaran ini masih berterusan. Sama ada di kawasan saya atau pun di kawasan tempat tinggal saya di Rawang, Kilang-kilang haram ini masih beroperasi walaupun ianya dikenal pasti sebagai faktor utama kepada pencemaran air. Setuju ke ketua pembangkang kilang-kilang haram ini mesti dirobohkan semua. Terima kasih...

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Sudah tentulah saya setuju. Nama pun kilang haram. Jadi kalau benar kilang haram ini masih wujud, saya kira tindakan perlu segera diambil. Kerana kewujudan kilang-kilang haram ini, inilah antara satu-satu faktor penyumbang kepada pencemaran air di Negeri Selangor.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan, Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya mohon mencelah Ketua Pembangkang hanya satu point. Semasa saya jadi EXCO yang jaga pencemaran sungai boleh katakan. Saya boleh katakan secara ini faktalah, kebanyakan isu pencemaran air sungai bukan datang daripada kilang-kilang haram. Dia datang daripada kilang yang sebenarnya ada lesen ada permit dan juga orang yang buang dalam longkang kita tak tahu. Jadi saya rasa untuk mengucapkan semua kilang-kilang sebagai pencemar air sungai itu sebenarnya bukan fakta. Saya minta Ketua Pembangkang untuk melihat semula isu ini dan saya harap Ketua Pembangkang boleh tarik balik kenyataan tersebut. Semak fakta. Silakan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya kira kilang haram tetap haram dan memang benar ada kes yang melibatkan pencemaran air ini berlaku di antaranya disebabkan oleh kilang haram. Itu maksud saya. Jadi kenapa kita nak tegakkan sangat kilang haram ini. Saya ingat Yang Berhormat Bukit Lanjan yang perlu check balik fakta tu. Dan selepas itu saban tahun saya melihat kerajaan negeri mengumumkan.....

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Air Tawar minta maaf, Yang Berhormat Kuang ingin mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kuang. Ok, jemput Yang Berhormat Kuang.

Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Banting tadi. Berkenaan dengan krisis ataupun masalah air ini. Berlaku di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan. Kelantan tu kita tahulah memang daripada dulu begitu. Pahang. Tetapi krisis yang berlaku di negeri-negeri berkenaan saya rasa tidak melibatkan begitu ramai terlibat, penduduk. Di Selangor ini sekali

terlibat dua , tiga juta orang yang terjejas. Kalau nak dibandingkan dengan satu Johor pun rasanya tak sampai jumlah yang begitu lah. Jadi analogi berkaitan dengan krisis di Selangor dan juga di negeri-negeri lain tu tidak boleh dijadikan sebagai perbandingan. Selangor ini harus lebih ke depan dalam menangani krisis air. Kerana kita ada enam juta orang di dalam negeri Selangor. Ini bayangkan kalau di kawasan-kawasan flat empat tingkat, lima tingkat air tak ada, betapa susahnya nak angkat air naik ke atas. Jadi kerajaan harus, adakah Sungai Air Tawar setuju supaya pendekatan yang lebih efisien lah dalam menangani krisis dan menjangkakan krisis-krisis yang bakal berlaku. Kita mesti ada risk, pengurusan risiko terhadap air di dalam negeri Selangor. Jangan berulang-ulang lagi lah. Kerana benda-benda yang berulang ini akan menyebabkan rakyat semakin meluat, membenci dan sebagainya. Dan ini berterusan tiap-tiap tahun, bukannya satu tahun, dua tahun. Tiap-tiap tahun berlaku tetapi di Kuang untungnya kita ada satu reservoir yang besar yang dipanggil reservoir Bukit Tandun. Dan di situ, Kuang tak terjejaslah pada keseluruhan. Kuang tu memang tidak terjejas kerana kita ada supply.

Timbalan Speaker

Ringkaskan Kuang.

Tapi yang lain-lain ni. Saya nak beri penekanan sekali lagi sama ada Sungai Air Tawar itu setuju ataupun tidak. Krisis ini harus ditangani dengan efisien. Jangan sesekali nak gunakan ini sebagai advantage nak buat perbandingan pada negeri-negeri lain. Jangan. Itu tidak logik nak buat perbandingan pada negeri lain. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ada tambahan ya Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Ya, Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya tidak menaburkan fitnah di sini. Ini laporan Utusan Malaysia. Bukan sepuluh tahun yang lepas, 25 Ogos 2021. Kira-kira 157 ribu penduduk di daerah Kuala Nirus, Terengganu dijangka menanggung sengsara terputus bekalan air selama dua puluh hari. 158 ribu penduduk. Ini bukan sepuluh ribu satu taman. Ini satu daerah. Yang Berhormat, ini fakta-fakta jangan tanya saya. Tanya Utusan Malaysia

Banting. Banting. Saya setuju dengan Banting. Ada 157 ribu orang yang terlibat tetapi mereka mempunyai alternatif, kolam dan sebagainya. Di Selangor kita mana nak dapat kolam. Kat mana nak mandi? Swimming pool boleh lah, mandi kat swimming pool.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Alternatif apa? Tak ada alternatif. Putus air. Putus Air. Putus Air. Tak ada alternatif. Tak ada. Ambil air sungai, ambil perigi.

Timbalan Speaker

Okay, Banting dan Kuang sila duduk. Sungai air tawar sila sambung.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuang. Yang Berhormat Banting, kita janganlah bersifat baling batu sembunyi tangan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya tak baling batu. Kita berbahas bertanya soalan atas fakta, ada fact ya. Saya tidak bertanya soalan tanpa semakan. Ini laporan media bukan laporan saya. Kalau Yang Berhormat tak bersetuju saya, pergi tanya mereka. Tanya penduduk di situ. Boleh tak?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya. Yang saya bawa ini juga fakta di negeri Selangor. Ini negeri kita. Kita ini negeri maju sepatutnya kita menjadi contoh kepada negeri-negeri lain bukan mengambil contoh kepada benda-benda kegagalan negeri-negeri lain. Itu bukan sesuatu yang boleh kita banggakanlah Yang Berhormat.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat kata negeri Terengganu adalah negeri gagal?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Macam mana?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat berkata negeri Terengganu negeri gagal?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tak.. saya kata kita adalah negeri maju yang perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ialah Yang Berhormat kata. Chance bagi chance.. Menggunakan kegagalan negeri lain untuk menyamar ataupun mengaburi mata kita.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya tak kata negeri itu gagal, saya tak kata negeri lain gagal. Itu masalah negeri lain. Sebab tu saya kata jangan baling batu sembunyi tangan. Kita nak bagi tahu negeri ada masalah air untuk menutup kelemahan kita sendiri. Jadi saya kira itu bukan satu tindakan yang bijak lah Yang Berhormat. Dan selepas itu saban tahun saya melihat kerajaan negeri mengumumkan perbelanjaan air begitu tinggi. Yang ini point saya, begitu tinggi untuk memastikan masalah air di negeri Selangor ini akan dapat diselesaikan. Dan bajet pada tahun 2021 kerajaan negeri mengumumkan sebanyak RM779 juta untuk mengatasi masalah air agar ianya tidak berulang. Dan saya sifatkan perbelanjaannya dalam penyelesaian air ini sudah mencecah RM1 bilion. Di mana ianya tidak termasuk kos membeli syarikat air seperti yang saya katakan tadi. Jadi maksud saya ialah sudahlah kita berbelanja banyak. Ya setiap tahun kalau Yang Berhormat tengok dalam bajet, kita membelanjakan kos-kos yang tinggi untuk menyelesaikan masalah air tetapi masalah

air ini sentiasa dan kerap berulang. Sebab itu kita perlu lihat dari segi pelaksanaan dan pemantauan berkenaan isu air ini agar ianya dapat diminimumkan. Jadi sebab itu kerajaan negeri janganlah hanya ghairah berbelanja berbilion ringgit kerana yang paling penting ialah sejauh mana keberkesanan pemantauan dan pelaksanaannya agar gangguan bekalan air ini tidak lagi menjadi topik utama di kalangan masyarakat di negeri Selangor. Jadi bolehkah Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberitahu setelah berbelanja dengan kos yang sebegini tinggi berapa peratuskah masalah air ini dapat di atasi dan kenapa masalah gangguan air ini masih berlaku? Yang Berhormat Timbalan Speaker seterusnya mengenai isu anak syarikat kerajaan negeri.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Boleh mencelah.

Timbalan Speaker

Pembangkang?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya nak relatekan juga dengan air dan juga mungkin undur sedikit berkaitan dengan inisiatif daripada kerajaan negeri. Yang dulu di bawah Program Memasyarakatkan Ekonomi Negeri Selangor. Saya amat memuji inisiatif daripada kerajaan negeri ataupun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar apabila berlaku penjajaran semula inisiatif ataupun program perakyatkan ataupun Inisiatif Peduli Rakyat yang mana saya kira sebahagian besarnya pun agak tidak jelas kepada rakyat. Saya didatangi oleh rakyat yang prihatin mengikuti Persidangan Belanjawan Negeri Selangor pada kali ini. Dan dilihat oleh rakyat hari ini ada penjenamaan-penjenamaan baru di bawah Iltizam Selangor Penyayang ini, seolah-olah program kerakyatan ekonomi negeri Selangor atau secara umumnya begitu. Rakyat pun tak tahu yang mana masih diteruskan, yang mana telah dijajarkan dan saya membaca juga saya mendengar daripada ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pun saya tak boleh memberi jawapan. Sama ada program yang dulu 25 liter padu air ataupun 25 liter padu air diberi kepada golongan yang mana ini pun saya kira saya tidak berapa jelas. Jadi apa pandangan daripada Ketua Pembangkang?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Amat Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang yang mana memang tidak begitu jelas ya berkenaan dengan data-data penerima ya. Berapa percent pelaksanaan yang telah pun dijalankan. Yang kita tahu saban tahun hanya pengumuman-pengumuman yang dilihat hebat tetapi dalam masa yang sama, sejauh mana keberkesanan dan pelaksanaan itu masih tidak dapat lagi dibuktikan. Seterusnya mengenai isu anak syarikat kerajaan negeri adalah penting peranan pihak GLC ini memberi tanggungjawab sosial iaitu sosial korporat yakni CSR mereka dalam menjamin kesejahteraan masyarakat. Tidak hanya menitik beratkan kepada mencari keuntungan semata-mata tetapi GLC harus adil untuk memberikan CSR mereka kepada rakyat di negeri Selangor. Namun sebelum pihak GLC ini mampu memberikan sumbangan CSR mereka adalah sangat penting pihak GLC ini terlebih dahulu menjaga aset-aset syarikat GLC dalam menjana pendapatan syarikat. Saya

ada menerima aduan tentang masalah pihak GLC Selangor yang gagal dalam mengurus aset. Bagaimana sebuah syarikat ini mampu menambah pendapatan syarikat sedangkan mereka tidak mampu menjaga aset mereka sendiri. Pada semakan saya, pada semakan saya yang lepas majoriti Anak Syarikat MBI dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri menunjukkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dilantik sebagai pengerusi di dalam GLC. Atas lantikan yang itu saya melihat sangat susah bagi Yang Berhormat Menteri Besar untuk mengadakan mesyuarat bagi setiap anak syarikat dan sekali gus membuat keputusan yang tepat dalam mengurus tadbir anak syarikat. Adalah lebih baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar menimbangkan semula cadangan saya sebelum ini untuk memberi ruang dan peluang kepada Ahli Dewan Negeri Kerajaan Negeri untuk menggalas tugasan sebagai Pengerusi Anak Syarikat yang saya fikir dan saya yakin mereka yang dipilih ini akan memegang jawatan itu dengan penuh amanah dan iltizam sekali gus meningkatkan produktiviti keupayaan anak syarikat yang diurus. Di samping itu saya melihat ada juga teguran dalam laporan audit negara yang lepas menyatakan bahawasanya tidak berlaku kekerapan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana anak-anak syarikat negeri Selangor. Persoalannya jika mesyuarat ini jarang dilakukan bagaimana keputusan itu dapat dibuat adakah ianya hanya ditentukan oleh CEO semata-mata? Jadi di manakah ketelusan serta semak dan imbang akan berlaku? Ini dibimbangi akan menyebabkan akan berlaku ketirisan dan salah guna kuasa.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Tuan Speaker saya ingin memohon supaya Yang Berhormat Sungai Air Tawar membuat tuduhan dengan spesifik sebab kita ada banyak anak syarikat dan saya pun ada dalam anak syarikat. Semua anak syarikat di mana saya adalah Ahli Lembaga semuanya mengadakan mesyuarat mengikut jadual. Jadi amatlah tidak adil untuk Sungai Air Tawar untuk mengatakan bahawa banyak syarikat tidak mengadakan mesyuarat. Itu adalah satu tuduhan yang serius. Jadi kalau tuduhan serius kena dia spesifik, syarikat mana? PKPS ke PKNS ke? Kena spesifik tak boleh buat tuduhan melulu ni. Secara umum ini tak boleh ini tidak adillah macam mana nak jawab.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Saya menyebutkan kebanyakannya laporan di antaranya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kebanyakan? Itu, itu satu, kebanyakan itu bererti majority. Itu satu tuduhan yang tidak adil. Mana dia, sebutkan nama syarikat mana? Kalau betul ada aduan tersebut. Kalau betul ada audit tersebut sebutkan namanya? Saya cabar Ketua Pembangkang! Kalau berani buat tuduhan spesifik bagi kat dia. Kita akan jawab, kita akan amek tindakan. Kalau tak spesifik jangan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Di antaranya sebelum ini Yayasan Selangor.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kata yang sebelum ini. Mana yang kata sekarang yang tuduh? Sebutkan kebanyakan. Sebut berapa anak syarikat yang ada, kebanyakannya majoriti tak ada mengadakan mesyuarat! Sebutkan nama-namanya satu demi satu kita ambil tindakan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kenapa saya perlu jawab satu demi satu?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ahhhhh tidak berani lah. Berani kerana benar. Itu saya kata satu pembohongan! Kalau berani kalau benar sebutkan nama. Sebutkan nama kebanyakan kalau ada sepuluh syarikat kebanyakan bererti lebih daripada lima. Kalau ada dua puluh syarikat bererti lebih daripada sepuluh. Sebutkan tu. Sebutkan nama berani tak. Kalau tak berani jangan cakap. Tarik balik. Kalau berani sebutkan nama syarikat mana? Mana ada. Memang satu pembohongan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bawa bertenang Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Sg. Air Tawar berikan saya laluan. Sg. Air Tawar. Sg. Air Tawar minta bagi laluan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Jemput-jemput.

Timbalan Speaker

Semua duduk. Semua duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat semua duduk. Semua duduk. Semua duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Aik semua duduk?

Timbalan Speaker

Jeram duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Baik.

Timbalan Speaker

Sungai Air Tawar spesifik kan. Tuduhan apa tu. Apakah, manakah syarikat anak syarikat Kerajaan Negeri yang bermasalah seperti yang Ketua Pembangkang hendak nyatakan. Spesifik kan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih, minta mencelah.

Timbalan Speaker

Ya, Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli salah Pengerusi kepada PAC, PAC kita sedia maklum memang benar

kebanyakannya melakukan mesyuarat satu hingga ke dua kali sahaja ya. Bila kita bercakap Pihak Kerajaan perlu membuktikan dengan menyatakan berapa kali dah bermesyuarat bukan minta kita. Bukan kita yang ada dalam tu. Macam mana kita nak boleh menyatakan oh ni mesyuarat sekali ni dua kali tak ada. Pihak Kerajaan perlu bagi tahu, list kan berapa anak syarikat dan berapa kali mereka bermesyuarat itu tugas kerajaan untuk maklumkan kepada kita apabila adanya perbahasan daripada pihak Pembangkang ataupun pihak Ketua Pembangkang. Bukannya mengatakan kita yang spesifik, kalau kita spesifik kita bukan berada dalam tu.

Timbalan Speaker

Baik Jeram. Jeram sila duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kalau di duduk dalam PAC bererti dia tak kerja. Kalau duduk dalam PAC, dia semua dia soal. Kenapa dia tak soal kat situ? Patutnya Jawatankuasa PAC yang memaklumkan Dewan ini. Dia tak buat kerja.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat Timbalan bagi saya laluan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Kenapa pulak kita, berapa kali, berapa kali sidang kita nak soal tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh pihak Kerajaan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Duduk dalam PAC hendak, ambil elaun hendak tapi kerja tidak buat.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Mana boleh menyatakan kita pulak yang tidak menjalankan tugas, bukan kuasa kita untuk menukar PAC. Bukan kuasa kita untuk menentukan berapa kali PAC tu perlu bermesyuarat. Ini adalah salah daripada pihak Kerajaan yang mana GLC tu masih gagal untuk menukar mesyuarat...

Timbalan Speaker

Sila duduk Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Timbalan Speaker saya nak cakap sikit sahaja...

Timbalan Speaker

Ketua Pembangkang ada dua ni, Batang Kali dengan Bukit Lanjan.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

So,

terima kasih Yang Berhormat Timbalan. Terima kasih Ketua Pembangkang. Adakah patut atau adakah dipersetujui kita senaraikan siapa-siapa Board of Director kepada GLC-GLC ini supaya Ahli Yang Berhormat semua tahu GLC-GLC berkenaan dipegang oleh siapa, berapa

kali mereka bermesyuarat didedahkan sekurang-kurangnya sehingga akhir Dewan ini bermesyuarat. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Boleh, kita ada prosedur. Kita ada Peraturan Tetap. Dah bagi 21 hari tempoh bagi lah notis. Soalan boleh ditanya, dia tak buat soalan. Soalan Mulut pun dia tak buat. Soalan bertulis pun dia tak buat macam mana kita nak jawab? Beritahu lah. Ini bukan soal bukan isu yang spesifik tiba-tiba berlaku. Nak tanya siapa pengarah? Tanya soalan. Bagi kita bagi peluang tapi dia tak tanya sekarang nak bangkit. Yang duduk dalam PAC, mesyuarat ada, elaun ada kerja tak buat. Datang pulak tuduhan. Dalam anak syarikat

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Hah! Ini satu pertuduhan. Saya nak Yang Berhormat tarik balik kata kita tak buat kerja tu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Nanti dulu, nanti dulu.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tolong ya, you tarik balik, you tarik balik sebab pihak Dewan tahu berapa kali antara paling banyak yang bermesyuarat adalah PAC, mana boleh you kata PAC tak buat kerja? Tu salah tu, satu tuduhan pada Jawatankuasa PAC. You kena tarik balik.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kalau dia buat kerja tak kan, dia tidur, dia tidur. (mikrofon ditutup)

Timbalan Speaker

Baik-baik Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bandar Baru Klang sila duduk. Jeram sila duduk. Jeram sila duduk. Bandar Baru Klang sila duduk. Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sebenarnya saya nak, saya terasa kerana saya juga anggota PAC so bila macam-macam dah keluar tadi saya pun rasa tak begitu seronok.

Saya nak sokong Ketua Pembangkang dalam satu isu sahaja iaitu semasa semakan kita tentang kekerapan Mesyuarat Ahli Lembaga Yayasan Selangor memang tidak mencukupi. Itu adalah fakta tetapi kita tidak semak GLC-GLC lain mungkin pada PAC Mesyuarat PAC yang akan datang itu mungkin boleh jadi satu tajuk lah untuk kita.

Pada masa yang sama saya juga sokong Yang Berhormat Bandar Baru Klang kerana memang betul...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sokong kata yang PAC tak buat kerja tu ke?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Bukan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

You, you jawab you as a PAC member, you jawab betul ke PAC tak buat kerja.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Duduk dulu. Saya belum habis. Saya sokong Yang Berhormat Bandar Baru Klang kerana apa yang dia sebut adalah betul iaitu tidak benar bahawa majoriti ataupun jumlah besar GLC tidak ada mesyuarat kerana kita belum di tahap memeriksa perkara ini. Betul PAC ada beberapa mesyuarat untuk menyemak siapa pengarah, berapa mesyuarat mereka ada, akaun GLC dan sebagainya. Ini adalah proses yang sedang berjalan. Jadi saya harap semua Ahli Dewan Negeri ini tenang, khususnya yang duduk dalam PAC.

PAC ini kita dan untuk makluman Bandar Baru Klang kita memang ada mesyuarat boleh katakan sebanyak boleh lah tapi maksimum yang kita boleh ada, adalah dua kali sebulan. Betul. Saya pun dah lupa berapa. Kita ada had. Kalau boleh jangan had kan jumlah mesyuarat yang boleh diadakan oleh PAC. Kalau nak kita boleh bermesyuarat setiap minggu tetapi setiap tahun kita memang ada had dan kita tidak boleh melepasi had tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya gini, dalam PAC mesyuarat tak kira berapa kali...

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

PAC boleh memanggil

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Bandar Klang mana boleh jawab

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang nanti Kerajaan boleh

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Bandar Klang tak boleh jawab. Apa hal Bandar Klang jawab, Sungai Air Tawar punya time.

Timbalan Speaker

Jeram, sila duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Speaker, Speaker.. Sungai Air Tawar tengah bahas. Minta kebenaran dulu. Bandar Klang minta kebenaran dulu dengan Sungai Air Tawar. (mikrofon ditutup)

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya rasa tuduhan ini patut saya jawab serta-merta kalau tidak, esok petang ini sahaja keluar media...

Timbalan Speaker

Ya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu tidak benar, sebab itu yang ini spesifik saya minta

Timbalan Speaker

Baik.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Dan seperti yang telah dikatakan oleh Bukit Lanjan ya, mesyuarat saya tak tuduh tak ada mesyuarat. Mesyuarat yang berkesan kalau hendak tahu berapa PAC yang kerja , tak kerja panggil lah Setiausaha Kerajaan Negeri, dia akan bagi. Dalam mesyuarat tu mesyuarat lah, tulis surat minta. Ada tak payah bermesyuarat berpuluh kali tak perlu sebenarnya. Mesyuarat tu kadang-kadang kalau tidur dalam mesyuarat pun mesyuarat jugak.

Bandar Klang ni menjawab soalan mulut ke?

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya nak jelaskan, umpamanya saya duduk dalam GLC, kalau ikut SOP yang kita tetapkan ya dalam GLC yang saya duduki, empat kali setahun. Ada yang lebih. Kalau tengok, kalau semak, PKNS lebih empat kali. Jauh daripada yang diperlukan. Sebab itu, saya amat tidak berpuas hati bila ada tuduhan yang tidak adil. Bila minta, syarikat mana? Anak syarikat mana? Tak berani cakap sebab itu tak boleh. Hah ini satu, itu mengelirukan Dewan.

Speaker tak boleh lagi bagi laluan lama sangat kepada Bandar Klang. Ini floor Ketua Pembangkang

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang sila

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Jangan kacaulah Kuang, saya tak kacau kamu.

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang saya faham

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Jangan kacau. Saya nak bagi penjelasan. Yang-yang kalau, memang boleh. Memang Pembangkang boleh kritik Kerajaan, boleh menegur tapi cakap dengan fakta. Jangan-jangan cakap, oohh kebanyakan tak boleh

Timbalan Speaker

Ya-ya saya faham.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu saya minta sebab tu Kuang mungkin tak faham. Jeram lagi tak faham. Dia keliru, dia selalu keliru. Dia mesyuarat dia tidur.

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang sila duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Aikk! Bandar Baru Klang, you cakap tadi apa? Kita tak buat kerja tu, salah tu mana boleh cakap macam tu.

Timbalan Speaker

Jeram sila duduk.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Pernah you tengok claim saya banyak tu, saya datang PAC punya mesyuarat tu mana boleh (mikrofon ditutup).

Timbalan Speaker

Baik.

Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang. Spesifik kan setiap hujah yang hendak diperkatakan dan tidak menyatakan kebanyakan anak syarikat, begitu, begini. Spesifik kan apa masalah yang berlaku supaya lebih jelas dan supaya pihak Kerajaan boleh menjawab setiap apa yang diutarakan dinyatakan oleh Ketua Pembangkang. Silakan. Teruskan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Bandar Baru Klang, bawa bertenang. Ini bukan Penggal Pertama Yang Berhormat Bandar Baru Klang berada di Dewan yang mulia ini. Lain lah saya dengan Jeram. Jadi semangat.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tunjuk ajar. Kena bagi tunjuk ajar dan beritahu tak betul nak teruskan. Itu yang kita geram.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Hah! Tak apa. Tenang, tenang, tenang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Bila kita beritahu jangan buat yang tak betul kamu teruskan. Jangan. Kita bagi nasihat dengan baik. Hah! Yang Berhormat baru lagi. Masa panjang lagi.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Air Tawar, Sungai Air Tawar, bila orang lama beri nasihat, dengar lah. Bandar Baru Klang orang lama tu, dengar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya nak beritahu Dewan yang mulia ini, ini adalah tempoh perbahasan saya. Saya tak buat fitnah jauh sekali menuduh. Saya ada sebut tadi, kalau ditanya Yayasan Selangor dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jeram, kita minta di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri umum keseluruhan Ahli Lembaga, Pengarah,

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Hah! Itu Batang Kali cakap ya, bukan Jeram. Batang Kali.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Batang Kali, minta maaf.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kalau benar nak cerita fasal GLC ni boleh. Saya minta didedahkan

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ketua Pembangkang, saya nak tanya soalan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Siapa Ahli Lembaga, Pengarah GLC Negeri Selangor? Kita nak tahu. Siapa yang duduk? Dalam masa yang sama nyatakan kekerapan bermesyuarat.

Timbalan Speaker

Tu soalan-soalan tu Yang Berhormat Ketua Pembangkang

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Bandar Baru Klang, saya diberitahu tahun ini sahaja PKNS rugi 700 juta. Kalau benar, bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Kita sama-sama semak. Banyak anak-anak syarikat Kerajaan Negeri

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Syarikat rugi tak rugi ada laporan Audit. Kita tak pernah sembunyi pun.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya tanya dalam Dewan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Laporan Audit memang ada. Bukan kamu yang cari. Bukan kamu yang dapati, ohh ini rugi. Memang dalam report tu ada tetapi Ketua Pembangkang dia tak baca report. (mikrofon ditutup).

Timbalan Speaker

Baik-baik.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Bandar Baru Klang sahaja yang pandai bercakap.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Jangan ingat dia yang bongkar kan, tak ada. Tak ada benda yang dibongkarkan. Kita rugi, untung Ketua Audit tahu. Ketua Audit akan bagi teguran. Bukan buat tuduhan di sini. Kalau nak tanya, tanya dengan betul.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bukan tuduhan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Jangan buat tuduhan. Betul tak? Kalau-kalau Yang Berhormat, kalau isteri Yang Berhormat tanya, abang kahwin kedua ketiga ke? Dia tanya kalau dia datang cakap abang kahwin empat, kahwin lima hah! Itu tak betul. (mikrofon ditutup).

Timbalan Speaker

Baik-baik. Bandar Baru Klang, Bandar Baru Klang sila duduk.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, apa yang saya rasa Yang Berhormat dengan saya. Kalau Yang Berhormat bahas kita ni Dewan yang mulia, ini adalah perbahasan, ucapan bukannya sembang. Bukannya sembang di warung kopitiam dan sebagainya. Kita datang sini berbahas dengan ada fakta. Apa yang kita nak tegur, saya tanya Yang Berhormat sama ada terima teguran, tidak. Kalau datang ke Dewan ini bahas dengan fakta jangan buat fishing expertition. Pergi ke seluruh dunia tanya soalan yang General tetapi tak ada homework.

Kalau saya sebagai Yang Berhormat, apa yang akan saya lakukan, soalan lisan, soalan mulut tanya. Dalam Jawatankuasa ABBAS, tanya. Bangkitkan soalan. Bring up your case kemudian datang ke Dewan dengan lebih banyak fakta dan kita boleh tanya dengan lebih spesifik. Itu cara dia. Bukannya soalan lisan tak tanya, soalan mulut tak tanya dalam Jawatankuasa PAC diam-diam ataupun tidak ada soalan dan kemudian datang ke Dewan ini dengan fishing expertition soalan terbuka, macam mana nak jawab. Itu lah teguran yang dilontarkan kepada Yang Berhormat. Tak pasti Yang Berhormat terima ke tidak.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Banting.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak cakap sikit sahaja Ketua Pembangkang.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ok, ok.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Tadi saya sangat tertarik, sangat gembira bila mana Ketua Pembangkang kata akan masukkan sebahagian daripada ucapan beliau senaraikan siapa yang memegang GLC-GLC di Negeri Selangor. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat, terima kasih atas semua pandangan dan teguran. Saya menerima dengan baik. Tapi dalam masa yang sama, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat juga sedia lah mendengar perbahasan saya berkenaan dengan GLC ini kenapa nak emosi sangat. Kita nak tahu sahaja. Kalau kerap melakukan mesyuarat baguslah. Sama yang saya bagi tahu tadi antaranya Yayasan Selangor. Kalau ada yang kerap bagus dan nyatakan terus keuntungannya, hah! Senang.

Saya nak tahu anak syarikat GLC ni yang kerap sangat bermesyuarat ni hah boleh nyatakan sekali keuntungan syarikat anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor kita nak tahu secara keseluruhan. Udahlah Ahli Yang Berhormat yang ada di sini

kebanyakannya tak tahu. Tak diberitahu kerana tak diberi kepercayaan. Lepas tu, bila saya bawa aje sikit isu GLC, melompat, takut nak dengar. Rugi lah.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, ini lagi satu tuduhan.

Timbalan Speaker

Baik-baik.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tidak ada soal, takut tak takut. Saya sentuh tadi, kalau orang tanya dengan baik kita jawab tapi orang datang dengan tuduhan itu tak patut. Tidak ada yang perlu kita sembunyikan. Kalau nak tahu nama senarai Anggota dalam Lembaga ada report, setiap tahun kita bentang dalam Dewan, Laporan Ketua Audit. Kalau itu pun tak tahu, susah nak cakap. Kalau nak tahu lagi, pergi juga, pergi kepada SSM boleh semak.

Yang Berhormat Sungai Air Tawar, dia Peguam, dia tahu semak dia tahu, bayar RM30.00 dapat. Dia tak pergi. Dia tak tanya.

Timbalan Speaker

Baik-baik.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Report tak baca datang buat tuduhan.

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang, baik-baik, duduk.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kita tak sembunyi. Apa pun tak sembunyi. Nak dapat senarai kita bagi, nak bagi akaun, kita bagi. Nak laporan Ketua Audit Negara kita bagi tapi jangan buat tuduhan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Speaker, Ketua Pembangkang tengah bercakap, you suruh Ketua Pembangkang yang duduk. Dia yang tengah bahas, you patutnya suruh dia bercakap yang sana duduk.

Timbalan Speaker

Jeram. Semua duduk. Semua Ahli Berhormat duduk. Sebelum kita memulakan sidang, Pihak Kerajaan telah membekalkan semua laporan-laporan anak-anak syarikat yang Ahli-ahli Dewan, dua tangan pun angkat pun susah, berat nak angkat tu, laporan-laporan tu ada semua. Kalau kata tadi ada tuduhan PKNS rugi dan sebagainya, semua ada dilaporkan dalam penyata dan juga laporan, jadi faktanya kena jelas, apa juga tuduhan yang dibuat supaya perbahasan ketua pembangkang itu lebih terjurus dan juga boleh dijawab oleh pihak kerajaan, sekali lagi saya tekankan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Tuan Speaker. Ini lah beratnya laporan-laporan ketua audit, dia tak baca. Semua dibagi, bukan saya bagi.

Timbalan Speaker

Baik Bandar Baru Klang.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih lah Yang Berhormat Bandar Baru Klang, memang rajin, patut la lama duduk kat kerusi situ, dah boleh lah bagi kawan-kawan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya tak buat tuduhan, sebenarnya pertanyaan. Jadi dah dibangkitkan, saya teruslah nak bertanya agar dibentangkan berkenaan dengan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah di setiap anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Di samping itu, bentangkan di dalam dewan ini, biar rakyat tahu, kekerapan bermesyuarat dan untung rugi anak-anak syarikat ini. Saya difahamkan, PKNS rugi.

Jadi, kita nak tahu, itu belum lagi anak-anak syarikat lain. Nanti saya nyatakan, banyak ni. Jadi kalau anak syarikat Kerajaan Negeri ni terus rugi dan rugi, ianya akhirnya akan mengheret Kerajaan Negeri kepada kerugian yang dilakukan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Di samping itu juga, pada semakan PAC yang lepas, saya melihat kebanyakan anak syarikat Negeri Selangor ini diisi oleh orang-orang yang sama iaitu oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat SS, Yang Berhormat kewangan, terlalu banyak duduk dalam anak syarikat Kerajaan Negeri. Sebab tu saya cadangkan tadi, dah sampai masa bagilah kepercayaan pada ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, di peringkat nasional juga, federal, kita tengok chairman, Petronas, Telekom, TNB, bukan diisi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Diberi juga kepada Ahli-ahli Parlimen, golongan profesional,dan juga golongan-golongan akademik. Jadi itu saya,pandangan, sebab saya tak tengok balik, dah di ubah ke belum, itu je sebenarnya.

Timbalan Speaker

Ya, Banting.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, sebenarnya saya ingin menolong Yang Berhormat, yang bertanya kepada Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat berbincang secara spesifik tentang PKNS. Sebenarnya saya tadi out of curiousity lah dengan izin, saya telah mencari dalam laman web dewan Selangor kita ni. Dan saya terkejut melihat soalan ditanya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hilman, dia ada satu soalan dia sini. Tidak lama dahulu, tentang PKNS. Sebenarnya, jawapan kepada soalan itu ada dalam laman web dan telah pun ditanya oleh Yang Berhormat daripada Perikatan Nasional, rakan Yang Berhormat. Jadi boleh la tanya, dia ada jawapannya, susut nilai dan sebagainya di sebabkan oleh susut nilai, pelaburan dan sebagainya, seratus kerugian dan sebanyak RM 719 juta untuk tahun lepas, tahun lepas bukan tahun ni. Jadi sebenarnya soalan tu ada jawapan dan tak perlu la tanya di sini. Kalau apa yang lebih mengejutkan lagi soalan tu adalah daripada rakan Yang Berhormat sendiri, jadi saya pun tak tahu la, dia tak baca la. Kalau bagi saya, saya nak tahu soalan ini, saya tak tahu isu topik ini, tapi saya tekan saja, kita tukarkan dengan laptop ini, dengan laptop ini, kita tekan saja.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Itu masalah dia Yang Berhormat, jadi saya nak tunjukkan pada Yang Berhormat, sebenarnya jawapan itu boleh di dapat di merat-rata tempat, ini soalan daripada rakan seperjuangan Yang Berhormat sendiri, Perikatan Nasional.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Banting, terima kasih lah suka sangat menjawab, lepas ni saya doakan lah Yang Berhormat Banting ganti tempat Yang Berhormat Bandar Baru Klang, di dalam Majlis Kerajaan Negeri.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Jangan lari tajuk.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya tak lari tajuk. Dengar.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ini soalan dia sudah dijawab.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat,dengar. Ini tak masa perbahasan saya, hak saya untuk bertanya dalam dewan,

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya minta penjelasan sahaja...

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya nak bertanya luar dewan ke, nak ditanya dalam mesyuarat PAC ke, tapi ini hak saya hari ini, untuk bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini.

Timbalan Speaker

Ya baik Banting, sila duduk Banting.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Sejak bila Kerajaan Negeri tidak mengamalkan sikap demokrasi untuk saya bertanya di dalam dewan Yang Mulia ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Boleh tanya, tapi tanya soalan yang berkualiti.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya tanya nanti dijawablah oleh Yang Berhormat Menteri Besar.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Baik,baik baik, semua Ahli Berhormat duduk.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

... bagi tempoh akan dijawab oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi terima kasih, kalau minat sangat jawab, saya doakan Yang Berhormat Banting lepas ini, duduk dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, ada bakat.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tolong la Yang Berhormat,jangan lari tajuk. Jangan lari tajuk. Ini ....

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bukan lari taju, Cuma Yang Berhormat yang lari tajuk menganggu perbahasan saya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Cuma saya nak beritahu Yang Berhormat, saya tolong saja Yang berhormat, ini jawapan sudah ada di sini, dan ada tanya oleh rakan Yang Berhormat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Itu jawapan Google, kalau itu anak saya pun boleh jawab. Yang Berhormat, itu anak saya pun boleh jawab, saya nak jawab ini tadi spesifik.

Tak apa itu Banting baca jela, Banting... Banting baca je, you baca je.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Aduh Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Teruskan Ketua Pembangkang. Topik lain.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Selain itu, saya juga melihat,ada satu trend yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam penjagaan aset-aset mahupun bangunan yang sedia ada dan sudah dibuat tidak di selenggara dengan baik. Bangunan kemudiannya mereput dan akhirnya akan dijual ataupun dirobohkan. Jadi saya sekali lagi saya tekankan, Kerajaan Negeri perlu menambah baik fungsi dan mengimbangi gerak kerja anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk lebih berdaya saing menjadi lebih telus dan mampu menjana pendapatan syarikat sekali gus memberi sumbangan CSR kepada Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya ialah berkenaan dengan Yayasan Selangor.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sg. Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Berdasarkan pengetahuan ataupun makluman saya, CSR memang selalu dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, CSR daripada hasil GLC akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi apa yang saya lihat, dan saya nak tanya pendapat Yang Berhormat Sg. Air Tawar, berapa banyak CSR yang DUN Sg. Air Tawar pernah terima begitu juga dengan dun-dun lain. Kalau sebelum ini, Gombak Setia dan juga Bukit Antarabangsa, Gombak Setia dekat luar, nanti dia masuk. Sekarang ini, Sg. Tua, kadang-kadang pergi pada Bukit Melawati, dan juga setengah-setengah DUN je yang terima CSR. Kenapa DUN-dun

lain tidak menerima CSR itu, adakah mereka tak layak ataupun hanya DUN-DUN tertentu sahaja layak terima CSR daripada anak syarikat. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Jeram, atas pandangan. Tadi seperti mana saya perkatakan, saya dah masuk ke topik Yayasan Selangor. Tapi saya setujulah berkenaan cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Jeram. Seterusnya ialah berkenaan dengan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor ditubuhkan pada 05 November 1970 dan tujuan penubuhannya adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat Negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan. Setelah hampir 51 tahun, semenjak ditubuhkan, ramai pelajar-pelajar Yayasan Selangor telah dilahirkan menjadi insan yang berjaya. Saya juga adalah salah seorang Alumni, pelajar Yayasan Selangor. Apa yang saya lihat, perubahan besar yang berlaku di Yayasan Selangor ini ialah kejayaan penukaran daripada pengurus besar kepada CEO. Tahniah saya ucapkan.

Walau bagaimanapun, saya melihat bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang merupakan satu mercu tanda dan kebanggaan Negeri Selangor yang saya, yang sama saya sifatkan bangunan ini bentuknya seperti bangunan One World Straits Code di New York. Tetapi, sayangnya bangunan Yayasan Selangor yang berada di Golden Triangle hanya menjadi tempat jin bertendang. Saya kira bangunan tersebut pasti bernilai ratusan juta ringgit. Bagaimana pelabur-pelabur luar nak yakin dan nak datang melabur kalau bangunan yang berharga ini pun tidak mampu dijaga dengan baik. Daya sangat berharap dengan adanya CEO baru ini, isu bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang ini dapat lah dimajukan semula dan janganlah dibiarkan mereput dan akhirnya dijual. Begitu juga bangunan Yayasan Asmara Tuh Puan Norashikin (ATPN) yang baru-baru ini saya dapat aduan mengatakan bangunan ini usang dan menjadi sarang penagih. Dan saya juga ingin tahu berkenaan dengan status terkini penjualan 77 aset Yayasan Selangor yang dianggarkan lebih kurang RM 45 juta.

Adakah bangunan ini sudah dijual ataupun dibatalkan penjualannya. Sekiranya dibatalkan penjualannya, Alhamdulillah. Dan sekiranya dijual, berapakah harga sebenar yang diperolehi oleh Yayasan Selangor. Saya berharap sekiranya bangunan ini dijual boleh la wang ini digunakan untuk membaik pulih bangunan Yayasan Selangor yang dan seterusnya untuk mengurus serta merancang semula pentadbiran Yayasan Selangor supaya ianya lebih berkesan di masa akan datang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya ingin menyatakan cara Ketua Pembangkang menyoalkan soal Yayasan Selangor ini betul, ini baru profesional, yang tadi tak betul, buat tuduhan. Ini cara betul, ikut cara ini.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang, patut la dia lama, dia jawab pun tengok. Ok, seterusnya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, perkara yang amat dekat di hati saya dan peminat-peminat bola sepak Selangor.

Laluan Sg. Air Tawar. Saya sebenarnya suka bila Sg. Air Tawar ini menyebut fasal nostalgia silam berkenaan dengan kejayaan Yayasan Selangor. Tapi hari ini Kerajaan, Yayasan Selangor pun kita tengok tidak la begitu berjaya, suram,ada bangunan yang nilai ratusan juta di Golden Triangle, di tengah Kuala Lumpur, sewaktu tahun 80an, saya pernah menduduki bangunan tersebut, ada satu syarikat saya bekerja di sini, menjadi satu kemegahan lah pada kita. Tapi seminggu lalu, saya lalu di jalan Bukit Bintang, kita tengok bangunan itu seperti yang Sg. Air Tawar sebut macam apa tadi, kalau saya sebut sebagai zombi punya bangunan, zombi. Malangnya, the property is belong to Kerajaan Negeri Selangor dibiarkan macam tu, ia sangat memalukan kita la. Ini bukan baru, bangunan Yayasan Selangor itu bukan baru, bukan baru dikosongkan begitu, dah bertahun dah macam tu, tidak ada satu tindakan yang lebih ke depan dalam menangani dalam menyelesaikan masalah itu. Jadi apa, adakah ketua pembangkang ataupun Sg. Air Tawar setuju supaya bangunan itu kita jual saja ke ataupun kita biarkan kosong untuk zombi-zombi duduk di situ. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker satu penjelasan. Sebenarnya Yayasan Selangor ini bukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan dia juga bukan Yayasan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Cuma, dalam perlembagaannya, dia melantik Menteri Besar sebagai pengerusi, ini sebenarnya bukan di bawah kawalan ...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat Bandar Baru Klang, dalam peraturan tetap kena minta izin kepada pembahas ketua pembangkang dulu. Ini terus mencelah, tak boleh la macam tu ...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya beri penjelasan, saya dah dapat kebenaran.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Saya tak ingat muka surat berapa, tapi tengok balik ya, minta kebenaran dulu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Mana? Baca kan, mana mana mana, peraturan mana. Jangan ambil itu sebarang, kena tahu mana dulu. Itu ...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Minta izin pada ni, kemudian speaker kena benarkan, ini terus menjawab tak boleh la, nak jawab tunggu gulung nanti.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Benar, Yayasan Selangor bukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor tetapi ianya adalah Yayasan, nama pun Yayasan Selangor yang mana pengerusi nya ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan bangunan Yayasan Selangor seperti saya katakan tadi, memang saya anggap seperti bangunan One World Straits Code di New York, keadaannya cantik tapi hari ini, tak terurus dan tidak di selenggara dah

bertahun-tahun. Jadi sebab itu saya bagi cadangan, Yayasan Selangor ini sudah upgrade daripada pengurus besar kepada CEO.

Timbalan Speaker

Baik, Yang Berhormat Sg. Air Tawar, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, Dewan akan, sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 disambung jam 2.30 petang.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Dewan disambung semula. Saya persilakan Ketua Pembangkang.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker kerana mengizinkan Sungai Air Tawar untuk menyambung perbahasan pada sesi petang. Perkara yang amat dekat di hati saya dan peminat-peminat bola sepak Selangor, perkara yang akan saya tekankan di sini adalah berkenaan dengan naik taraf Stadium Selangor. Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam perbahasan Belanjawan Negeri Tahun 2021 pada tahun yang lalu sekali lagi saya berharap Stadium Shah Alam dapat di naik taraf dan dibaiki kerosakan yang jelas kelihatan. Apabila kita melalui bandar Shah Alam terutamanya melalui Highway Elite jelas menunjukkan kedaifan struktur Stadium Shah Alam yang benar-benar meruntun hati rakyat negeri Selangor. Harus saya ingatkan Stadium Shah Alam pada satu ketika pernah berada pada zaman kegemilangannya. Maka tiba masanya juga kita kembalikan semula kegemilangan Stadium keramat kita ini. Kita perlu menjadikan Stadium Shah Alam ini sebagai stadium yang disifatkan seperti Stadium Sultan Ibrahim di Johor Darul Takzim. Tidakkah Yang Amat Berhormat berasa sedih dan malu di mana stadium tempat kelahiran Yang Amat Berhormat dilahirkan berdiri dengan begitu megah. Manakala stadium keramat Selangor tempat di mana negeri Yang Amat Berhormat mentadbir atas mandat rakyat pada hari ini semakin hari

semakin usang tidak terurus dan mereput. Saya berharap stadium ini dapat segera di baik pulih dan dibina mini muzium untuk menceritakan sejarah dan kejayaan pasukan bola sepak Selangor pada zaman kegemilangannya. Dan di dewan yang mulia ini juga saya ingin bertanya adakah benar berkenaan desas desus ada perancangan untuk merobohkan stadium ini dan membina sebuah stadium yang lebih kecil serta tanah di sekeliling akan dimajukan oleh pemaju perumahan. Saya ingin soalan ini dijawab dengan telus sekiranya tidak benar, Alhamdulillah. Sekiranya benar baik jangan diteruskan. Dan saya difahamkan sebenarnya kos untuk membaik pulih bumbung dan padang stadium serta lain-lain tambahan tanpa perlu merobohkan ini tidak pun sampai RM50 juta. Begitu juga dengan bangunan-bangunan sukan di bawah pengurusan DFM yang dilihat semakin uzur tidak terurus dan mereput. Begitu juga dengan berkenaan dengan Akademi Bola Sepak Merah Kuning yang dilihat tidak lagi berfungsi dan keadaan bangunan juga dalam keadaan dibiarkan dan tidak diuruskan seperti mana yang diharapkan. Seterusnya berkenaan nasib Hotel Carlton di bawah pengurusan DFM juga menerima nasib yang sama. Malah lebih teruk di mana akhirnya hotel ini telah pun ditutup.

Timbalan Speaker

Kuang.

Bila sebut berkenaan dengan Stadium Selangor ini, dulu satu ketika pada tahun 80 an Selangor adalah juara bola sepak yang tidak ada tolok bandingnya even nak lawan JDT pun JDT pada masa tu tak layak lagi. Dan tahun 80 an kerana begitu besar motivasi terhadap Selangor ini sebagai juara bola sepak berturut-turut tahun 80-an maka kerajaan pada masa itu mendirikan stadium yang sedia ada sekarang. Ini bukan soal legasi ini adalah soal aset Kerajaan Negeri yang nampak terbiar begitu lama hingga tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan sehingga hari ini. Walaupun pada tahun 2021 Bajet 2021 kerajaan telah berjanji untuk membaik pulih stadium berkenaan. Hari ini sangat memalukan dalam keadaan kopak kapik serupa macam setinggan. Bumbung pun dah tak ada. Jadi adakah Sungai Air Tawar setuju supaya stadium ini disegerakan pembaikannya dan mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri Selangor ataupun seperti yang disebut tadi nak dikecilkan stadium berkenaan. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Saya amat bersetuju sebab itu saya melihat saban tahun pada bajet tahun 2021 Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebutkan tentang pembangunan Youth and Sport City RM8 bilion kalau kita lihat di sini pelan perancangannya cukup baik. Tetapi yang saya pertikai adalah dari sudut pelaksanaan. Bilakah perkara ini akan bermula. Kita tak nak Kerajaan Negeri saban tahun hanya ghairah menyebut angka berbilion-bilion tetapi pada hakikatnya rakyat melihat perkara yang dirancang ini masih belum terlaksana begitu juga berkenaan dengan....

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Sungai Air Tawar?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya Yang Berhormat Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar membangkitkan isu berkaitan dengan sukan bola sepak dan juga Stadium Shah Alam seperti yang telah dimaklumkan ataupun yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuang sebentar tadi kita bukannya nak bercakap berkenaan dengan legasi namun saya nak bertanya pandangan Yang Berhormat Sungai Air Tawar adakah rekod-rekod kedudukan bola sepak negeri Selangor pada hari ini termasuk dengan pengurusan stadium ini adalah disebabkan komitmen yang lemah atau pun kesungguhan yang tidak dibuat bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan sehingga menyebabkan hari ini kita tidak dapat mengembalikan kegemilangan zaman bola sepak kita di negeri Selangor hatta termasuk juga dengan pengurusan stadium yang sangat lemah sampai hari ini tidak di baik pulih dan juga pelbagai kerosakan-kerosakan yang dibiarkan usang seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar tadi. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, saya amat bersetuju ini bukanlah tahun pertama Kerajaan Negeri mentadbir negeri Selangor dan masalah stadium ini berlaku. Ini saya kira dah 10 tahun. Sepatutnya perancangan berkenaan pembaikan pulih Stadium Shah Alam ini telah pun bermula seperti saya perkatakan tadi tidak kah Yang Amat Berhormat Menteri Besar berasa malu apabila stadium Johor di tempat kelahiran beliau kini berdiri begitu megah tetapi di negeri tempat beliau dipilih untuk mentadbir negeri stadiumnya dilihat semakin usang dan semakin mereput. Selain itu saya mohonlah sangat ini tahun ketiga saya bercakap berkenaan Stadium Selangor ini dan perancangan pun telah ada membawa pembangunan Youth and Sport City tetapi bilakah perkara ini akan dapat dimulakan. Seterusnya begitu juga berkenaan dengan Kompleks PKNS di mana begitu banyak rungutan peniaga-peniaga kompleks ini yang tidak berpuas hati dengan pengurusan penyelenggaraan bangunan PKNS sehingga Kompleks PKNS tidak lagi dilihat dengan gah dan mampu bersaing dengan kompleks-kompleks yang baru dibuka. Saya juga ingin menyebut berkenaan dengan kesesuaian berkenaan dengan pelaksanaan projek pembinaan bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat yang terpaksa dihentikan serta dipindahkan ke tapak lain. Kerana kegagalan pengurusan sewaktu kerja-kerja cerucuk dilaksanakan. Lihatlah untuk menguruskan pembinaan bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat ini pun kerajaan negeri gagal memantau. Saya berharap pembinaan di tapak baru tidak lagi tidak berulang berkenaan dengan perkara-perkara seperti ini. Kerana sudah pasti ia akan menyebabkan pembaziran wang rakyat. Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada beberapa tindakan atau cadangan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan tahun 2022 ini yang saya fikir tidak jelas dan tidak relevan. Yang pertama, mengenai projek pembangunan kompleks perumahan pekerja Selangor. Projek yang melibatkan 8 kawasan...

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya cukup menarik kepada perbahasan Ketua Pembangkang tadi

berkaitan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat. Kita dapat makluman bahawa kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor yang kedua terendah dan kontraktor ini juga mempunyai sejarah kegagalan untuk menaik taraf jalan Jalan Kebun Kampung Lombong yang saya kira ada sejarahnya. Jadi saya ingat kita nak tahu juga kenapa kontraktor ini masih lagi dilantik dan berakhir dengan kejadian yang saya kira sungguh tragis. Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat yang dibangunkan di hadapan Majlis Perbandaran Kuala Langat yang ada pada hari ni yang mana kelulusan dan sebagainya diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Iya, saya kira ini satu perkara yang amat memalukan. Bagaimana sebuah bangunan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat membina bangunan di bawah Majlis Perbandaran pun tidak mampu nak laksana. Piling boleh salah. Cerucuk. Nak pasang piling boleh salah sehingga akhirnya projek ini tidak dapat dilaksanakan di tapak ini terpaksa sekarang pindah pula ke tapak lain. Jadi tapak yang sedia ada ini dah buat kerja cerucuk. Pembaziran dah berlaku dan terpaksa pindah sebab katanya dah tak boleh repair keadaan itu terpaksa cari tapak baru. Sepatutnya kita minta kontraktor tak boleh dilantik kontraktor yang sama dan kita minta sepatutnya pihak Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat perlu memantau perkara ini. Dengan sebaik-baiknya agar ia tidak berlaku lagi. Itu saya sebutkan tadi Yang Berhormat Sijangkang itu pun Ladang Air Manis pun sama dan 10 tahun tambak lagi. Kerja tambak lagi. Sebab tu kita ghairah menyebut projek berbilion-bilion tapi yang ada ini pun tidak terurus. Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker,

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Setuju ke Yang Berhormat dengan saya bahawa untuk mengelak masalah yang sama daripada berlaku bahawa perlu ada satu sistem pemantauan ataupun sistem semakan seimbang yang ada di semua peringkat kerajaan untuk memastikan kontraktor yang dipilih itu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan juga satu sistem laporan ataupun satu sistem laporan akan diadakan untuk memastikan bukan sahaja Ahli Dewan Negeri malahan Ahli-Ahli Majlis yang terlibat dalam Majlis Perbandaran Kuala Langat ini juga tahu tentang perkara ini. Saya difahamkan Yang Berhormat dengan saya duduk dalam Jawatankuasa SELCAT dan kita jumpa dengan Yang Berhormat Sijangkang dan kita sebenarnya terkejut apabila SPRM sebenarnya telah pun mengambil tindakan pendakwaan terhadap seorang pesalah dan orang itu telah pun dihukum bukan sahaja denda tapi juga penjara. Tapi saya kira pastinya akan terdapat ramai lagi pesalah-pesalah di luar yang masih bebas barangkali ini adalah individu di kambing hitam sahaja. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa SPRM perlu juga memberi penjelasan kenapa kes di bawah hanya terhadap seorang sahaja. Tak kan lah kes yang sebegitu serius ini sehingga menggagalkan pembinaan bangunan baru sebuah Majlis Perbandaran satu orang sahaja bertanggungjawab. Mustahil. Kita

perlukan jawapan yang lebih terperinci daripada SPRM. Setuju ke Yang Berhormat dengan saya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Banting saya setuju. Perlu lagi siasatan yang lebih mendapat kerana kita difahamkan hanya seorang sahaja. Sebab itu walaupun apa pun akhirnya SPRM dah ambil tindakan dan didakwa yang paling penting kalau boleh kita cegah sebelum berlaku. Kalau dah berlaku ini ibarat nasi dah menjadi bubur. Walaupun orangnya dah dihukum tetapi pembaziran itu telah pun berlaku. Jadi saya harap ini menjadi satu pengajaran kepada Kerajaan Negeri Selangor agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan setiap perkara ataupun projek yang akan dirancang pada masa akan datang.

Mohon laluan..

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Kuang.

Saya sebenarnya tertarik apa yang disebutkan oleh Banting tadi berkenaan dengan pendakwaan oleh pihak-pihak SPRM yang masih lagi bebas di luar sana, apa yang kita nak tekankan di sini bukan soal SPRM kita harus menekankan soal sistem bagaimana sistem atau pun kaedah kita mengawal korapsi bagaimana kita mengawal salah guna kuasa, this is about system ni bukan soal SPRM bukan soal pemantauan SPRM solve all the problem bukan dengan izin, tidak dia tidak akan menyelesaikan masalah, the system mesti ditukar kalau setuju lah kalau tidak setuju kita akan jadi seperti yang ada sekarang, salah satu contoh bagaimana kerja-kerja kontrak tidak ada satu schedule of rate kadar harga untuk setiap item yang diguna pakai oleh semua jabatan kerajaan. Ini kita panggil kalau kita mampu kita lakukan itu makna kita bersedia untuk memberikan pilihan ketelusan dalam setiap proses pemilihan kontraktor dan sebagainya, tetapi kalau kita jabatan ini harganya lain jabatan itu harganya lain jadi masalah ini tidak akan selesai jadi saya nak pandangan, Banting nanti dulu. Saya nak jawapan dari Sungai Tawar. Adakah kita patut menukar sistem atau pun kita remain as well is as.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Y.B. Kuang, saya bersetuju kita perlu melihat balik seperti mana yang saya perkatakan tadi kerana pelantikan dilantik di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat begitu juga dengan konsultan, dan kita tahu di setiap Majlis Perbandaran ini ada Engineer dan Jurutera sepatut perkara ini telah dipantau daripada awal bukan dah “nasi menjadi bubur” baru kita mencari salah sesama kita dan yang pasti kerugian telah pun berlaku. Y.B. Banting, ada tadi

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Dalam isu Majlis Perbandaran Kuala Langat ini kita lihat itu adalah satu contoh yang sangat terasing bagaimana kontraktor yang dilantik itu walaupun dia memenuhi syarat yang ditetapkan masih juga boleh menggagalkan projek saya lihat sistem itu adalah sistem yang dipanggil oleh Y.B. Kuang itu saya tidak ada masalah saya setuju cuma apa yang saya cadangkan adalah sebahagian daripada sistem SPRM perlu memainkan peranan dia majlis juga ada

peranan yang perlu dimainkan dalam isu ini sebenarnya kita isu ini telah berlaku kerana terdapat aduan daripada orang ramai dan selepas itu perkara ini dibincangkan di majlis baru ia dilaporkan ke dalam jawatankuasa atau pun mesyuarat penuh dan seterusnya perkara ini mendapat perhatian masuk rakan-rakan kita di peringkat SUK tentang perkara ini dan kemudian nya disiasat dengan lebih terperinci kontraktor yang dilantik dengan konsultan yang dilantik memberi pandangan yang berbeza sehingga berbalah di mesyuarat jawatankuasa khas di majlis jadi apakah silapnya kita perlu semak semula dan mampu memperbaiki sistem saringan atau pun semakan yang ada di dalam majlis kita ini untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku. Saya bersetuju dengan Y.B. Kuang, Y.B. Sungai Air Tawar kita perlu memantapkan, cuma sekarang ini kenal dengan pesalah orang yang melakukan kesalahan ini SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kita sebagai wakil rakyat dan juga warga Majlis Kuala Langat kalau kita pergi ke Majlis Kuala Langat kita tengok suasana kerja mereka saya pun kesian kerana ruang cukup sempit dan ia tidak selesa langsung, tetapi kerana yang didakwa dan disabit hanya seorang sahaja kita mahukan jawapan kenapa hanya seorang sahaja tidak tak kan perkara yang sebegitu teruk seorang sahaja yang disabit salah, siapakah petualang-petualang yang lain yang masih lagi bebas. Saya berharap sekurang-kurang saya tahu SPRM tengah membuat siasatan tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit jawapan daripada mereka yang disabit salah ini kalau tidak kerana isu disiasat oleh Selcat saya rasa kita sendiri tidak tahu tentang perkara ini Y.B.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Y.B. Banting, atas pandangan saya amat bersetuju bukan sahaja sistem itu dipermantapkan di Majlis Perbandaran Kuala Langat tetapi pada keseluruhan projek kerajaan Negeri yang sedang dibina. Tadi saya sebut di tempat saya sendiri Sabak Bernam projek itu dah 10 tahun kos tambak sahaja 26,03700juta, kos tambak sahaja sampai sekarang kerja cerucuk pun masih belum dimulakan, dah 10 tahun jadi ini semua adalah kerana sikap pengurusan yang saya kira lemah daripada kerajaan Negeri.

Seterusnya Y.B. Tuan Timbalan Speaker, ada beberapa perkara tindakan atau cadangan yang direncanakan oleh kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan Tahun 2022 yang saya fikir tidak jelas dan tidak relevan. Yang pertama mengenai projek pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor, projek yang melibatkan 8 kawasan di Selangor meliputi kawasan seluas 145 ekar dengan dana peruntuk awal melibatkan RM5juta, apabila kaji secara mendalam kompleks yang ingin disediakan oleh kerajaan Negeri ini sebenarnya adalah satu projek perumahan terancang yang ingin diberikan kepada pekerja industri warga negara asing. Ia seolah-olah kerajaan Negeri bersedia dan mewujudkan penempatan baru atau kampung baru kepada warga asing sudah tentu saya sendiri sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Sungai Air Tawar tidak bersetuju kerana antara projek rintis itu ada di kawasan saya iaitu kawasan Sungai Lang, saya juga yakin penduduk setempat yang ada di sekitar kawasan ataupun pihak berkuasa tempatan juga tidak bersetuju dengan cadangan ini. Saya yakin dan percaya sudah tentu rakyat tidak mahu kerajaan Negeri lebih

mengutamakan warganegara asing ini berbanding anak jati Selangor yang masih lagi ramai yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Seterusnya Y.B. Tuan Speaker, dalam ucapan Belanjawan YAB Menteri Besar, Jumaat lepas ada menyebut Syarikat Landasan Lumayan Sdn. Bhd. melalui syarikat bersekutu iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. Akan melancarkan pembinaan 2000 unit kediaman mampu milik dan 1400 unit kediaman harga bebas. Saya ingin bertanya adakah kerajaan Negeri mempunyai rundingan bersama Syarikat Landasan Lumayan Sdn. Bhd. ini tanpa melibatkan anak syarikat kerajaan Negeri seperti PKNS mahupun PNSB, saya fikir kerajaan Negeri Selangor mengambil cadangan pembinaan rumah ini daripada idea Jalil Rasheed yang kini adalah CEO kepada Berjaya Corporation Berhad yang sebelum ini berjawatan sebagai CEO PNB, cadangan itu adalah dengan mewujudkan kediaman baru mampu milik yang berkeluasan 900kaki persegi dengan 5 buah bilik serta 4 bilik air lengkap dengan syiling, idea ini sebenarnya sangat teruk dikritik oleh netizen sebelum ini di media sosial tetapi saya tidak sangka kerajaan Negeri Selangor mengangkat idea ini sekali gus mewujudkan satu lagi projek perumahan di Selangor dan saya sebenarnya pening bukan saya sahaja tetapi saya fikir rakyat juga pening kerana apa, kerana terlalu banyak nama-nama yang perlu diingat mengenai skim perumahan di Selangor ini dahulunya Rumah Selangorku sekarang Rumah Idaman Selangor dan projek ini pula nak diberikan nama apa?

Justeru itu cukup-cukup lah kerajaan Negeri Selangor tolong lah fokus dahulu dan pastikan projek-projek Rumah Selangorku yang masih lagi tidak berjalan dan sekarang ini Rumah Idaman Selangor pula benar-benar disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Y.B. Timbalan Tuan Speaker saya rasa cukup sampai di sini sahaja ucapan perbahasan Belanjawan Negeri 2022 ini, segala yang baik kami boleh nyatakan sokongan kami tetapi apa yang dilihat tidak membawa aspirasi dan kehendak rakyat pastinya kami tidak akan berdiam dari berdiam diri, segala apa yang ditegur diharap dapat diberikan perhatian dan tindakan lanjut daripada pihak kerajaan sesungguhnya kita semua di dalam dewan yang mulia ini memang memegang amanah yang akan dipertanggungjawab kepada kita atas sebab itu saya melihat belanjawan bagi tahun 2022 ini yang paling penting dari sudut angka-angka yang disebut berbillion-billion ringgit tetapi dari sudut kecekapan kerajaan Negeri dalam mengurus tadbir dan melaksanakan apa yang dirancang, dengan itu Tuan Timbalan Speaker atas sebab masa yang diluluskan saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Timbalan Speaker

Silakan Bukit Lanjan

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, “jejaran mengkudu berbias kesuma dicelah angsana di tanah jawa” ucapan aluan pembuka bicara di Dewan Negeri kita bersua. Salam Sejahtera, Salam Reformasi Yang Dihormati Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri yang dikasihi, petugas-petugas dan kakitangan awam, para pemerhati dan seluruh rakyat Selangor yang cintai.

Hadirin sekalian saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022 sebelum saya memulakan bicara saya ingin menjemput ahli-ahli dewan mengenang seketika para fronliners kita dan masyarakat kita secara umumnya dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan menginsafi pengorbanan mereka yang kehilangan insan tersayang dalam perjuangan ini dianggarkan sehingga kini lebih daripada 30240 orang telah meninggal dunia di negara kita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO atas pembentangan bajet ataupun Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022 pada hari Jumaat yang lepas, di mana tema adalah sangat tepat iaitu “Kita Selangor Negeri Tahan Uji Mengangkat Tahap Insani” tema ini lebih-lebih lagi pada kala negara berhadapan dengan pelbagai rintangan dan kerumitan paska perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP Negeri Selangor mampu menyusun semula agenda pembangunan dan perancangan kukuh bagi rakyat Selangor, malah lebih dari itu hal ini terbukti dengan pengumuman rizab semasa negeri iaitu sebanyak 3.11juta billion ringgit dan keupayaan kerajaan Negeri untuk mencadangkan anggaran perbelanjaan sebanyak 2.3billion ringgit bagi belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022, di mana peratusan perbelanjaan pembangunan dan pengurusan adalah hampir 50-50 walaupun terpaksa mengharungi pelbagai sekatan ekonomi dan pembangunan sosial sejak PKP, hanya di Negeri Selangor kita dapat mencapai perbelanjaan yang seimbang seperti ini antara pengurusan kerajaan dan pembangunan rakyat, tahniah dan syabas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri yang memahami denyutan nadi rakyat Negeri Selangor dengan meneruskan inisiatif-inisiatif bantuan rakyat yang mana telah di ganda dan diperbaharui lagi nilai rupa demi kesejahteraan rakyat Selangor bak kata orang kampung “kuat berdiri pokok kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya” yang bermaksud kekuatan sesebuah kerajaan adalah kerana rakyat nya yang memahami menyokong kerajaan disebabkan usaha kerajaan Negeri yang mendengar rintihan rakyat, contohnya apabila kerajaan Negeri memutus untuk mewartakan semula hutan simpan Kuala Langat Utara kerana mendengar suara rakyat Selangor khususnya Wakil Rakyat, Ahli Dewan Negeri Selangor dan suara anak-anak muda. (2) saya pernah bangkit satu tahun yang lalu isu paip air yang selalu pecah di Selayang Jaya yang menyebabkan penduduk di sana selalu ketiadaan air, saya ucapkan terima kasih Y.B. Pandan Indah yang mengambil tindakan pantas dan pada ketika ini penggantian paip air sedang dilaksanakan. Bila tebing parit di kawasan saya iaitu di Damansara Perdana runtuh YB EXCO Pandan Indah sendiri turun tengok tanah runtuh itu, tapi tak ajak saya. Tidak apa, ini kerja EXCO yang bagus senyap-senyap buat kerja. Bila tebing sebuah bangunan pangsapuri kos rendah runtuh tahun ini Pentadbir Daerah Petaling, Dato’ Johary sampai ke tapak insiden dalam masa satu jam sebelum saya sampai pun, lepas itu Pemangku Datuk Bandar MBPJ Puan Sharifah dalam tempoh masa 4 jam sahaja sudah menggerakkan pasukan jurutera untuk membaiki tebing tersebut pada malam yang sama, contoh-contoh ini menunjukkan betapa prihatin dan efisien penjawat-penjawat awam di Negeri Selangor, tahniah dan syabas.

Tuan Speaker, COVID-19 telah mengubah tradisi dan kehidupan langsung masyarakat dunia menuju ke norma baharu sebagai alur membawa harapan pada tebing. Kehadiran vaksin di negara ini telah memberi nafas baru kepada rakyat sejata. Negeri Selangor adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mana telah mengerakkan jentera vaksinasi tersendiri secara menyeluruh kepada semua lapisan rakyat. Program-program seperti SelVAX Community, SelVAX Industry, SelVAX Mobile, SelVAX Remaja melalui kaedah turun padang terutamanya di kawasan terpencil telah mendapat sambutan yang amat positif di kalangan rakyat Malaysia.

Bermula dari warga emas, golongan OKU, ibu mengandung, pekerja, remaja, pelajar sekolah sehingga ke golongan migran yang tiada dokumen lebih daripada setengah juta orang telah divaksinasikan melalui program-program ini dengan memetik seruan Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu iaitu #nooneleftbehind. Namun virus ini masih belum mahu mengalah. Kita ambil maklum berita beberapa hari lepas berkenaan varian baru COVID-19. Varian Alpha sudah, Belta sudah, Lambda pun sudah tapi kini ada varian Omicron pula yang datang tanpa di undang.

Namun saya percaya dengan iltizam Kerajaan Negeri dan daya juang rakyat bersama kita mampu mengatasi kesemua varian-varian virus ini. Memandangkan kita di fasa di mana booster shot atau pun dos ketiga digalakkan, saya ingin syorkan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui pihak SELCARE untuk menyebar maklumat tentang keberkesanan untuk mengambil dos ketiga dengan mencampurkan dengan vaksin yang berbeza seperti Pfizer atau pun AstraZeneca kerana masih ada ramai yang di luar masih risau berkenaan pengambilan vaksin yang berbeza sebagai dos ketiga.

Tuan Speaker, usaha melawan COVID-19 ini adalah mustahil tanpa kedudukan ekonomi yang stabil. Di Negeri Selangor untuk memastikan kebajikan dan kelangsungan hidup 6.5 juta penduduk terpelihara, unjuran ekonomi yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri di dalam Belanjawan Negeri 2022 adalah memberangsangkan. Saya ambil sepuluh saat, saya hendak bernafas, susah hendak bernafas. Namun izinkan saya untuk memohon penjelasan berkenaan beberapa isu. Yang pertama adalah pengumuman pembinaan kilang minyak sawit di Jelutong Jati daerah Sabak Bernam yang bila dibentangkan pada hari Jumaat, dinyatakan bahawa akan menelan belanja sebanyak RM50 juta. Urusan pembinaan ini pada berkenaan saya tidak harus diambil oleh Kerajaan Negeri tetapi boleh dibuka kepada pihak swasta dan pelabur untuk dirikan Oil Pump Milk dengan izin sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain itu, produk nilai komersial yang baru dan sedia ada harus dirancakkan bagi inisiatif teknologi atau pun TOT seumpamanya dalam industri sawit. Kerajaan Negeri boleh menggalakkan produk alternatif seperti pengeluaran gula dari dahan dan kuncup bunga, pokok kelapa sawit seperti mana yang sedang giat diusahakan oleh Indonesia

dan pada masa yang sama mengekalkan pengembangan produk biodisel dari minyak kelapa sawit.

Saya menghargai pandangan long term dengan izin, Kerajaan Negeri yang mendayakan kawalan perbelanjaan jabatan dengan pengurangan 2% peruntukan mengurus sedia ada yang dianggarkan mampu menjimatkan RM18.9 juta. Seadanya demikian, saya ingin memohon juga penjelasan daripada Kerajaan Negeri keperluan untuk membelanjakan RM33.4 juta untuk membeli bangunan Bank Negara di Shah Alam untuk dijadikan Shah Alam Modern Contemporary Arts atau pun SAMA. Saya sokong warisan, saya sokong seni, tetapi saya juga percaya Kompleks Budaya dan Kota Seni MBSA dan MBPJ termasuk bangunan perpustakaan lama dan juga Muzium Selangor juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Di sini saya ingin mengambil kesempatan juga untuk memohon Kerajaan Negeri untuk menaikkan gaji para staff Pusat Khidmat Masyarakat di semua 56 DUN di Selangor. Dari RM2,000.00 sampai RM3,000.00, mengapakah begitu? Bila saya mula jadi wakil rakyat dan sebagai ADUN di Dewan yang mulia ini, masa itu gaji mereka RM2,000.00 kita fast forward, dah 13 tahun dan gaji mereka masih sama dan sampai hari ini, mereka tidak berupaya untuk membeli rumah atau pun kenderaan dengan gaji RM2,000.00 iaitu RM1,800.00 sahaja selepas pemotongan. Dan apakan daya kita meminta libat kerja daripada mereka untuk membantu golongan B40 sedangkan gaji mereka sendiri pada paras kemiskinan B40.

Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. Jadi, saya harap Kerajaan Negeri melihat perkara ini secara serius dan membantu pekerja-pekerja kita yang bertungkus-lumus menjaga rakyat setiap hari. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang berlandaskan lunas rakyat, saya menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri yang menurunkan cas pengurusan bantuan Hijrah dari 8% kepada 4%. Dan sangat memikat hati adalah keputusan Kerajaan Negeri untuk membatalkan syarat yang mewajibkan peminjam mempunyai 25% dari jumlah pinjaman dalam akaun bank mereka. Hal demikian kerana syarat tersebut sebelum ini sememangnya telah menimbulkan keresahan bakal peminjam yang tiada savings untuk dijadikan bukti.

Tuan Speaker, semenjak wabak COVID-19 melanda negara sektor pendidikan telah menerima impak yang sangat tinggi. Wabak ini telah hampir melumpuhkan sistem pendidikan negara apabila persekolahan terpaksa ditutup lebih daripada 250 hari. Kesan utama yang dapat dilihat adalah ke unjuran jurang pendidikan dan ketidakseimbangan yang membimbangkan antara pelajar kita. Data Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa hampir 40% murid tiada peranti pembelajaran sepanjang PDPR yang dilaksanakan. Izinkan saya untuk menyatakan bahawa kemiskinan dicipta telah menjadi penghalang untuk penyampaian pendidikan yang berkualiti. Hal ini kerana kita tidak bersedia apabila wabak dunia melanda memecah gurun, mengekang segala bentuk pembelajaran bersemuka. Kita seakan mencari-cari jalan keluar, syabas saya ucapkan atas usaha Kerajaan Negeri yang menyelesaikan masalah pendidikan dengan mengetengahkan cadangan Skim

Pinjaman Teknologi Asas Selangor atau pun (SPTAS) untuk mendapatkan peranti kepada pelajar. Kalau hendak tunggu, RM150 ribu lap top daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dijanjikan kita rasa kita masih menunggu. Untuk pengetahuan Dewan, Kerajaan Negeri juga telah memonopolikan usaha mengedar kad Sim Internet percuma kepada pelajar B40 supaya proses pembelajaran mereka tidak terhenti dan komitmen Kerajaan Negeri untuk meneruskan program tuisyen rakyat PTRS disambut dengan baik. Usaha sebegini penting untuk pembelajaran highbrid kerana perjalanan sistem pembelajaran bersemuka masih belum kukuh dengan ancaman varian-varian baru.

Kerajaan Negeri juga boleh berunding dengan pengusaha telekomunikasi seperti Samsung, Vivo, Redmi, Huawei dan lain-lain. Untuk mengambil sesebuah kawasan sebagai dengan izin territory angkat terutamanya sekolah-sekolah khususnya di wilayah desa dan luar bandar yang boleh dipilih untuk program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan izin dan memberi sumbangan peranti dan alat bantuan mengajar. Sesungguhnya pelaburan dalam skop pendidikan merupakan pelaburan yang tidak mempunyai nilai kerugian.

Tuan Speaker, dalam usaha mengekang pemerebakan wabak COVID-19 jangan kita leka akan masalah kesihatan yang lain. Kita harus cakna bahawa hampir keseluruhan daripada 30 ribu kematian akibat COVID-19 di negara ini adalah individu yang mempunyai masalah kesihatan. Inisiatif daripada Kerajaan Negeri adalah memberangsangkan namun harus dilipat gandakan unsur promosi dan penyampaian kepada rakyat. Sehingga kini menurut Jabatan Statistik Malaysia menerusi kajian punca kematian penduduk Malaysia tahun 2020. Punca utama kematian khususnya golongan lelaki dewasa adalah disebabkan ini doktor yang boleh sebutlah heart attacklah, iaitu sebanyak 17.3% yang mana merupakan sebuah penyakit silent killer. Skim rawatan jantung yang diberi secara percuma oleh Kerajaan Negeri harus dirancak nilai promosinya supaya sampai akhirnya kepada rakyat yang sedang susah sekarang di luar. Syabas kepada Kerajaan Negeri yang juga telah menggembleng tenaga untuk mewujudkan talian hotline khas keganasan domestik selamat dengan bantuan khas juga untuk pusat-pusat perlindungan wanita. Dan pada masa yang sama, talian Sihat Selangor Mental Sihat ataupun SEHAT sebagai sokongan emosi dan penyelesaian kepada isu-isu yang berkenaan tentang mental health dengan izin.

Saya amat terharu, saya rasa mungkin Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Negeri yang pertama untuk adakan talian mental health ini, saya difahamkan juga ada beberapa Ahli Dewan Negeri yang telah membantu mencetuskan hotline talian ini dan saya ingin ucapkan tahniah, syabas kepada khususnya Kampung Tunku dan juga Subang Jaya yang telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mengutarakan isu yang sangat penting ini.

Tuan Speaker, saya memetik beberapa ungkapan daripada bekas Presiden Amerika iaitu Barak Obama di konvensyen iklim COP21 ini yang sebelum ini di Perancis, yang

menyatakan bahawa we are the first generation to field the impact of khind of changes and the last generation that can do something about dengan izin. Ungkapan ini mempunyai maksud yang sangat mendalam bukan saja bagi seorang individu Amerika Syarikat bahkan juga di bumi Selangor yang kita cintai. Sama ada Ahli-ahli Dewan yang mengambil maklum atau tidak, saban hari prestasi dan perkembangan iklim dunia semakin membimbangkan. Ingatkah kita kejadian fenomena hujan turun di puncak Gunung Salji Greenland yang selalu bersuhu di bawah tahap beku. Baru-baru ini portal terkemuka The Guardian yang bertarikh 13 September 2021 mengeluarkan satu rencana yang berjudul dengan izin, Rain Fell on Greenland’s Ice Sheet for the first time ever known, alarm should ring yang mana menurut rencana ini jutaan penduduk negara dunia bakal menghadapi bencana banjir yang dahsyat setiap tahun menjelang tahun 2030.

Usaha Kerajaan Dunia untuk membincangkan jalan penyelesaian untuk masalah ini, seperti mana baru-baru ini di konvensyen perubahan iklim dunia, COP26 di Glasgow seperti biasa berakhir dengan outcome yang tidak memuaskan. Sikap kerajaan-kerajaan barat yang berpaling tadah terhadap climate financing dengan izin perubahan minit terakhir terhadap beberapa justifikasi iklim yang penting adalah puncanya. Saya cadangkan agar pihak Kerajaan Negeri mengambil inisiatif sendiri dalam kepimpinan menangani isu perubahan iklim dan nyata boleh juga menarik pelaburan luar untuk melabur dalam skop pemantauan perubahan iklim di Negeri Selangor dengan menyediakan pelan atau pun road map yang eksklusif dan kaedah camping yang progresif dan mesra alam. Sekali gus mengangkat Negeri Selangor sebagai contoh di kalangan negara Asean.

Tuan Speaker, Jabatan Metrologi Malaysia menjangkakan negara akan mengalami hujan dan ribut petir yang lebih kerap sepanjang monsun timur laut atau pun musim tengkujuh yang bermula pada bulan ini sehingga Mac tahun hadapan. Bermula bulan ini juga jangkaan hujan di Negeri Kelantan, Terengganu akan melebihi 600 milimeter. Manakala di Pahang 200 sehingga 400 milimeter. Perubahan monsun ini adalah dikenali sebagai megalania monsun maka Kerajaan Negeri juga harus berwaspada dan bersedia kerana kejadian ini pasti akan berulang. Usaha kerajaan Negeri untuk meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2022 seperti untuk projek pembinaan benteng pesisir pantai, projek tebatan banjir, pemuliharaan lembangan sungai, kolam takungan banjir dan peningkatan sistem saliran adalah disambut dengan hati terbuka. Berikutan taburan hujan yang banyak pada masa ini, saya juga memohon pihak Kerajaan Negeri untuk mewajibkan kaedah rain water harvesting kepada seluruh kawasan perumahan di Negeri Selangor dan pada masa yang sama, satu pelan modul strategik dapat dimajukan untuk kegunaan seluruh rakyat supaya air hujan ini dapat di kitar semula untuk kegunaan domestik atau pun sebagai alternatif pada masa kekurangan air.

Pengitaran semula air di kilang-kilang pembuatan juga harus diwajibkan. Usaha untuk mengadaptasi masalah perubahan iklim harus bermula dari hari ini. Untuk makluman

Dewan yang mulia ini, antara isu-isu yang diutarakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Kerajaan persekutuan, ialah kewajipan pendengaran awam untuk hutan simpan yang bakal diwartakan. Ini berlaku 10 tahun selepas Dewan Negeri Selangor meluluskan pindaan yang sama enakmen Akta Perhutanan Negara (Selangor) dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang giat berjuang untuk memastikan hutan simpan di Negeri Selangor dipelihara.

Maka dengan ini, saya syorkan kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan peruntukan sebanyak RM300 juta di salurkan kepada Selangor daripada Kerajaan Pusat sebagai pampasan fiskal untuk mengekal dan memelihara hutan simpan. Ini adalah satu program yang baru-baru ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, negeri yang pertama memohon pampasan fiskal adalah Negeri Kedah. Negeri Kedah memohon RM100 juta, Negeri Perak minggu lepas kata mereka masih buat kira-kira. Jadi saya syorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor tak perlu buat kira-kira, saya kirakan untuk Kerajaan Negeri Selangor RM300 juta ini adalah pampasan yang saya rasa paling minimum untuk negeri ini dapat daripada Kerajaan Pusat. Ini adalah kerana di Negeri Selangor, keluasan hutan simpan amat terhad, tidak sampai 32% tetapi perkhidmatan yang dibekalkan oleh hutan simpan di sini kepada jumlah penduduk yang sangat tinggi pada tahun 2035, bakal mencecah 9 atau pun 10 juta orang adalah terlalu mustahak. Ini bermaksud nilai hutan simpan Negeri Selangor adalah sangat berharga untuk satu negeri yang ada populasi paling tinggi di Malaysia ini.

Tuan Speaker, saya ingin juga ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri melalui kewujudan Wanita Bedaya Selangor Sdn Bhd yang telah memimpin dan membantu ribuan golongan wanita di seluruh negeri ini. Sokongan emosi, bantuan kewangan, program yang disalurkan kepada golongan wanita Selangor walaupun tidak begitu besar, tetapi ia dapat meringankan sedikit beban mereka. Di kawasan saya iaitu DUN Bukit Lanjan juga ramai wanita muda pada awalnya, awal pandemik ini hampir hilang arah tujuan akibat masalah keluarga atau pun kekangan kerja dan sebagainya. Telah dibantu melalui beberapa inisiatif Kerajaan Negeri. Akan tetapi Kerajaan Negeri sebagai negeri yang paling maju juga harus pada masa yang sama membuka ruang dan memberi peluang kepada wanita untuk memimpin pelbagai program-program di negeri ini. Bukan sekadar jadi moderator atau pun pengacara majlis, tetapi sebagai finalis atau pun pakar. Saya syorkan kepada Kerajaan Negeri setiap forum, seminar, konferensi Kerajaan Negeri perlu ada sekurang-kurangnya 30% pembentang atau pun speaker wanita. Siapa lagi kalau bukan Kerajaan Negeri memberi peluang ini, tambahan juga pembaharuan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Bajet pada hari Jumaat lepas, mengumumkan pelbagai inisiatif bantuan khususnya, saya ingin tekankan satu bantuan baru yang dipanggil bingkas. Inisiatif Bantuan Kesihatan Sejahtera Selangor yang mana bantuan KISS sebelum ini dari RM200 dinaikkan kepada RM300. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Namun apa yang saya ingin suarakan adalah Bingkas dengan peruntukan RM108 juta, kalau dibahagikan dengan RM300 untuk 12 tahun, iaitu bersamaan dengan 1 tahun ia akan memanfaatkan seramai 30 ribu penerima. Jika dibandingkan dengan pemberian RM200 menggunakan kaedah yang sama, sejumlah 45 ribu orang penerima akan menerima manfaat. Saya syorkan Kerajaan Negeri melihat semula perkara ini untuk memastikan dengan izin #nooneisleftbehind.

Tuan Speaker, pada hari Jumaat yang lepas, Dato’ Menteri Besar juga telah mengumumkan satu pelan yang sungguh berani. Julung kali dibentuk dalam sejarah negeri iaitu pengumuman Rancangan Selangor yang pertama (RS1). Sebuah pelan pembangunan 5 tahun Negeri Selangor, 2022 sehingga 2026. Pelan sebegini tidak mungkin di suarakan untuk dibentuk jika tidak ada perancangan dan kekuatan kewangan daripada sebuah Kerajaan Negeri yang bergantung pada hasil kutipan dalam negeri. Saya percaya semua ahli akademik, ahli perniagaan, ahli politik dan juga rakyat di luar sana teruja menanti pembentangan rancangan ini. Sebagai seorang Ahli Dewan yang mulia ini, saya syorkan Kerajaan Negeri agar satu rancangan pembangunan mampan yang menumpu kepada pembangunan lestari dan menitik beratkan alam sekitar harus diambil kira. Komitmen terhadap masalah perubahan iklim dalam Rancangan Selangor pertama ini harap akan menjadi teras utama terhadap kesinambungan ekonomi, politik dan sosial Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Bukit Lanjan mengalu-alukan kemasukan pengundi-pengundi baru 18 tahun dan ke atas secara automatik mulai tahun depan. Saya memohon Kerajaan Negeri untuk melihat macam mana kita boleh menyelesaikan isu bilangan pengundi yang begitu ramai ini. Sebagai contohnya ada 3 DUN di Negeri Selangor iaitu DUN Kinrara, DUN Subang Jaya dan DUN Bukit Lanjan di mana selepas daftar pengundi baru diwartakan pada tahun depan, jumlah pengundi di DUN-DUN ini akan mencecah 100 ribu pengundi. Apa maksudnya, maksudnya nilai pengundi dalam ketiga-ketiga DUN ini adalah kurang daripada sebagai contohnya DUN Banting. DUN Banting tidak ada 100 ribu pengundi, betul? Mungkin tidak ada, tapi sudah tentu ada 3 DUN di mana jumlahnya lebih daripada Parlimen pula. Jadi Kerajaan Negeri harus mengambil kira, menitik beratkan dan pada masa yang sama menambah, memohon penambahan kerusi di peringkat DUN secepat mungkin. Kalau tidak, nilai undi penduduk di Negeri Selangor pada pilihan raya umum yang akan datang ini akan merosot. Kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, saya baru pulang dari Negeri Melaka, purata jumlah pengundi dalam satu DUN adalah antara 10 hingga 20 ribu pengundi. Di Negeri Selangor, saya yakin purata pengundi mencecah 50 ribu pengundi. Siapa yang rugi? Sudah tentu pengundi Selangor, khususnya pengundi muda 18 tahun ke atas.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan, kita bakal melabuh tirai untuk tahun 2021 yang penuh dengan dugaan, saat pahit manis, kegagalan, kejayaan dan kelahiran, kehilangan dengan penuh insaf. Tahun depan 2022 kita sebagai rakyat Malaysia menggenggam erat pertalian silaturahim menjemput tahun baru yang akan datang.

Kita harus tidak tunduk pada intimidasi yang datang bertandang. Segala bentuk intimidasi perkauman daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu melihat satu sahaja iaitu kita tidak tenteram. Selagi kita tidak tenteram, mereka akan gembira. Melawan intimidasi terhadap sogokan rasuah, sogokan harta, jawatan, kontrak dan sebagainya yang membuat kita leka, lupa dan akhirnya sesat. Sambil kita mengingati kenalan dan hubungan kita yang sudah tiada bersama kita setelah berjuang menentang wabak COVID-19. Jangan pula kita sekali lagi terlupa untuk meluangkan masa keemasan bersama insan tersayang sementara menunggu cabaran-cabaran yang akan datang. Mulakan tahun baru akan datang dengan resolusi baru dan fikiran baru. Perbetulah dampak ketidak seimbangan lopak ketidakadilan dan percaturan sandiwara. Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, peduli rakyat akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terpelihara walaupun sekuat mana arus memukul. Pokok dermaga, tanahnya rosak, pucuk pakis perencah ikan, sudah berjumpa rambutan masak, rambai yang pahit, tuan tinggalkan. Sekian, terima kasih dengan ini saya menyokong Belanjawan Negeri Selangor 2022.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya persilakan Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Melati kuntum tumbuh melata, sayang merbah di pohon cemara, salam sejahtera mulanya kata, Banting sembah pembuka bicara. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Yang Berhormat sekalian, kita berdiri di dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan satu usul atau pun Belanjawan 2022 untuk Negeri Selangor yang begitu penting dalam sejarah pembangunan Negeri Selangor. Teks ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas merupakan antara teks ucapan yang paling padat yang pernah saya dengar dan baca sejak saya menjadi Adun di kawasan Banting ini ditambah lagi dengan dulu di Kampung Tunku saya rasa itu adalah antara yang paling padat.

Pun begitu kita harus beringat bahawa dalam situasi kita masih menghadapi endemik COVID-19 ini, Negeri Selangor sebagai sebuah negeri di Persekutuan Malaysia masih terjejas dengan tampuk kepimpinan di peringkat Persekutuan yang disifatkan sebagai sebuah Kerajaan yang gagal. Gagal daripada segi apa? Yang paling klasik ialah Kerajaan ini tidak ada nama, kita tidak tahu ini kerajaan Perikatan Nasional atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Yang disebut Kerajaan ini Kerajaan Ismail Sabri, ini adalah cukup pelik bagi kita semua. Dan ini ....

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Banting ...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, nama tak setuju? Gagal.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Tidak, tidak saya hendak buat celahan. Yang Berhormat Banting dalam mengemukakan apa juga fakta dan juga ucapan,

sebenarnya kerajaan pun kalau di peringkat di Negeri Selangor kita panggil Kerajaan ini adalah Kerajaan Negeri Selangor. Tak perlulah kita label berkaitan dengan parti-parti politik, kerajaan yang dah tertubuh di peringkat Malaysia ini kita dah tahu dah Kerajaan Malaysia. Di sebalik kerajaan itu ditadbir oleh parti politik mana tak perlulah dihebahkan. Sebab yang kita hendak kemukakan atau pun yang kita hendak ketengahkan adalah sebagai kerajaan itu sendiri, Negeri Selangor pun kita cakap Kerajaan Negeri Selangor, tak perlulah kita cakap Perikatan Nasional ke, ada nama ke, tidak ada nama ke. Saya harap Yang Berhormat Banting betulkanlah. Kerajaan Malaysia itu cukuplah, Kerajaan Malaysia tak perlulah ada Kerajaan tidak ada nama dan sebagainya itu.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang menyebabkan kecelaruan ini sebenarnya bukan saya hendak sengajakan kerana ia telah memberi sedikit kesan yang tidak begitu baik terhadap negara Malaysia dan seterusnya barangkali ia akan menjejaskan prestasi kewangan dan juga iklim pelaburan di Malaysia dan termasuk di Selangor. Kita perlu maklum bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang menyumbangkan lebih daripada 20% kepada KDNK di seluruh Malaysia. Dan sekiranya nama pun tak betul, saya rasa ia akan menjejaskan sedikit sebanyak keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

Jadi Tuan Timbalan Speaker, sekiranya kita tidak ada nama saya rasa saya mengambil cadangan daripada Yang Berhormat Cempaka dua hari yang lepas. Cadangannya nama PNBN, kalau atau pun BNPN itulah nama dia yang saya rasa boleh digunakan sementara waktu untuk menyifatkan Kerajaan Persekutuan ini kerana apa, kerana Kerajaan Persekutuan ini tetapi apa pun sekali PN ke BN ke kerajaan ini tetap sebuah kerajaan gagal. Kerana ia tidak bukan merupakan sebuah kerajaan yang mendapat mandat rakyat. Ia berpunca daripada kerajaan ini terbentuk berpunca daripada pengkhianatan yang berlaku di kalangan mereka sehingga mereka sehingga mereka sering kali khianat mengkhianati. Kita melihat ini di setiap waktu yang paling terakhir sekali adalah di PRN Melaka. Jadi kita tidak tahu adakah ini bagus untuk negeri kita atau tidak. Kita tidak mahu sudah pastinya fenomena ini berlaku di negeri-negeri yang lain dan sudah pasti kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia. Tuan Timbalan Speaker, mengapa saya sifatkan ini sebagai sebuah kerajaan yang gagal, Yang Berhormat.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat Banting.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Yang Berhormat Banting, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya nak tanya Banting sama ada suatu fenomena baru yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan bila mana memberikan peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen

Pembangkang yang sign MOU baru-baru ini, suatu tindakan selangkah ke hadapan. Apakah Selangor boleh ikut cara seperti ini?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ucapan terima kasih. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah pun bukan sahaja mengikut sebenarnya di Selangor adalah negeri pertama masa itu di bawah Pakatan Rakyat yang menjalankan dasar yang mengorak langkah memulakan dasar memberi peruntukan kepada pembangkang walaupun di dalam jumlah yang kecil tapi kita yang memulakan langkah itu. Sekarang ini yang mengikuti langkah ini ialah Kerajaan PN BN, saya rasa masih lagi gagal kerana penggunaan dana awam yang terlalu besar yang dilakukan oleh kerajaan ini dilakukan untuk setahun setengah yang lepas dijalankan tanpa saringan oleh Parlimen dan kemuncaknya ialah kebiadaban kerajaan ini membelakangi hasrat dan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sesuatu di mana rakyat Malaysia tidak pernah terlintas akan berlaku terhadap sebuah kerajaan yang kononnya mendukung kedaulatan Raja Melayu. Namun apa yang bermula dengan khianat pasti akan berakhir dengan khianat seperti pepatah Inggeris What goes around, comes around, bidalan Melayu ada menyebut Hidup Ini Seperti Roda, Ada Kalanya Kita Di Atas, Ada Kalanya Kita Di Bawah kerana sifat dan sikap mereka yang saling mengkhianati ini kita lihat kerajaan Pagoh tidak dapat bertahan melebihi 22 bulan. Kalau kita ingat Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan hanya dapat bertahan selama 22 bulan adalah rekod yang cukup pendek dalam Sejarah Malaysia, ini kerajaan hanya 22 bulan sahaja. Dan nampaknya pentadbiran Kerajaan Ismail Sabri mungkin akan memecahkan rekod lagi kerana jikalau beliau gagal dalam PRU yang akan datang barangkali beliau akan menjadi Perdana Menteri yang mentadbir dalam tempoh masa kurang daripada 22 bulan. Ke semua ini Tuan Timbalan Speaker, menambah lagi keperitan rakyat dan kegawatan ekonomi tanah air sehingga menyebabkan dia terus hilang kepercayaan terhadap sistem politik di negara ini. Apa entah lagi Endemik Covid-19 masih belum reda dan kita pun terkejut sekarang ada orang di sebelah sana kata nak buat PRU sekarang. Oh rasanya sekarang boleh menang ya nak buat PRU? Dia tidak menghiraukan kesusahan rakyat, tidak menghiraukan politik kita, tidak menghiraukan janji yang mereka buat, tidak menghiraukan ekonomi kita, nak pilihan raya sekarang. Apakah muslihat, apakah udang di sebalik yang mereka nak tunjukkan kepada kita. Apakah contoh atau pun message yang hendak dibawa oleh politikus-politikus kerajaan seluruh Malaysia dan seluruh Selangor. Ini adalah pembuka bicara saya kerana kita perlu tegur perkara yang tidak betul seperti ini, ramai politik dan mereka melarikan diri, tengok apa berlaku kepada mereka? Mereka tidak ada di sini kerana mereka malu dan bila sebut malu, malu apa bossku? Saya pun nak tanya malu apa bossku? Itu sebenarnya perlu ditegur. Orang-orang seperti ini tidak sesuai untuk memimpin Kerajaan Malaysia dan mereka tidak boleh diberi peluang untuk memegang Selangor. Tuan Timbalan Speaker, di Selangor Kerajaan Pakatan Harapan, kita cakap tentang Kerajaan Selangor, kita cakap tentang Kerajaan Pakatan Harapan, kita cakap tentang dasar yang di bawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan ialah sebuah kerajaan yang membawa agenda reformis dan mentadbir negeri ini sejak tahun 2008, kesinambungan daripada

Kerajaan Pakatan Harapan yang diberi mandat besar diperolehi daripada rakyat pada PRU 18 berkat dari kerjasama yang erat daripada semua parti komponen PH pada masa itu perlu dikekalkan malah perlu dirancakkan lagi.

Dalam mendepani COVID-19 ini kita berasa syukur. Saya lihat dan dengar ucapan daripada Menteri Besar bukan bercakap saja, sejak dua tiga tahun yang lepas pelbagai usaha diketengahkan. Kerajaan Selangor saya perlu memuji kita perlu mengakui ini fakta Kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif yang lebih awal membentuk STFC bertanggungjawab merancang usaha-usaha menangani Covid-19 di Selangor, kita adakan SELANGKAH yang membantu memantau pergerakan dan penyebaran COVID-19, ini yang pertama yang dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri, membuat ujian saringan secara percuma kepada seluruh Selangor, kita beli vaksin sendiri sampai kita gunakan vaksin itu kita tolong negeri lain tak kira fahaman politik, kita tolong Kedah, kita tolong Perak kita membuat saringan percuma, kita memberi vaksin, kita laksanakan pelbagai program SELVAX yang masih berjalan sehingga sekarang, kita percepatkan proses vaksinasi di semua sektor perkilangan, perindustrian dan sebagainya, kita membantu kalangan barisan hadapan dalam bentuk elaun, kita bantu dari segi kos pusat jagaan kanak-kanak, kita bantu dari segi bantuan bakul makanan bukan sekali, dua kali, tiga kali sampai sekarang masih berjalan, kita memberikan pengecualian dan mengurangkan kadar sewa gerai-gerai, kita melaksanakan untuk rumah PPR dan kita lambakkan produk-produk pertanian dibeli oleh kerajaan , nelayan-nelayan diberi subsidi minyak sementara penternak kambing dan lembu diberi bantuan untuk membantu mereka meneruskan aktiviti security makanan, kita membantu usahawan dalam program digitalisasi dan pemasaran. Dan ini semual dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Jadi kita perlu beringat bahawa kita perlu mendukung Kerajaan ini dan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, kalau dia tidak sabotaj kita biar kita melakukannya Tuan Timbalan Speaker. Tapi Tuan Timbalan Speaker, adalah malang kalau apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga kesejahteraan dan siapsiaga serta kemajuan ekonomi dan pembangunan tidak sampai keseluruhan rakyat Malaysia dan tentunya lebih malang jika orang lain pula yang menerima kepujian seperti pepatah ;

Lembu punya susu, sapi dapat nama:

Kita tidak mahu ini berlaku walaupun kali ini pada tahun hadapan kita membentangkan perbelanjaan defisit sebanyak hampir 300 juta. Saya percaya ia hanyalah diperlukan untuk membina daya tahan uji dan siapsiagaan rakyat Selangor untuk mengharungi tahun 2020 yang masih tidak menentu. Bermula dengan belanjawan 2019 kita berasa bersyukur kerana perbelanjaan mengurus telah pun disediakan dengan pengurangan di antara 2-5% dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak 144 juta. Bayangkanlah sekiranya perkara yang sama dilakukan di peringkat persekutuan dengan penjimatan yang boleh digunakan untuk membela rakyat pastinya kita akan memastikan ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan saya berharap ini boleh dijadikan sebagai dasar di setiap PBT supaya penjimatan ini boleh menghasilkan

peruntukan yang lebih banyak untuk rakyat, membina mempertingkatkan infrastruktur, dewan orang ramai, padang bola, jalan, longkang dan sebagainya. Tuan Speaker charge pemajuan untuk rumah mampu milik di Selangor untuk pemaju kecil dan sederhana kita akan memberi pelepasan dan sekurang-kurangnya dikurangkan untuk dua tiga tahun yang akan datang. Ini telah pun disebut di dalam ucapan Menteri Besar yang lepas. Saya ucapkan tahniah kerana ini merupakan satu respon terhadap apa yang dibangkitkan oleh Banting di dalam Sidang Dewan yang lepas malahan ucapan Yang Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lepas sebenarnya memberi banyak respons terhadap isu-isu spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri termasuk daripada pembangkang, saya ucapkan tahniah tetapi Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, adalah amat penting, saya juga nak minta banyak yang diketengahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kita memerlukan satu semakan atau pun penyeimbangan atau pun semak atau pun imbang kita nak supaya ketirisan tidak akan berlaku supaya bukan sahaja Ahli Dewan Negeri tetapi Ahli-Ahli Majlis, masyarakat kita tahu progress dan juga perjalanannya kerana kita tak nak ia melepaskan batu di anak tangga, kita nak laporan kemajuan, banyak telah pun dibentangkan tetapi kita ada dua tiga perkara kita lihat dari segi penyampaian dan pelaksanaan masih belum sampai ke tahap atau pun impak yang kita hendak ketengahkan. Kita sebagai contoh pada tahun lepas masih lagi simpan apa yang kita hendak ketengahkan kita ada banyak program, A kitchen kita ada buat, kita ada WiFi dan data internet Selangor melakukannya dan kita ada laporan, kita ada Inisiatif Selangor Automotif TVET 5 juta ringgit, kita ada banyak program kita hendak ketengahkan di sini. Soalan saya ialah mengapa tidak kerajaan Selangor membawa satu laporan atau pun report card kepada dewan yang mulia ini untuk memberitahu kita status pelaksanaannya. Saya mengambil satu contoh yang saya rasa saya memuji State Government of Selangor 2020 Annual Report Standing Committee Indusrty Insvestment Commerce Small and Medium Enterprise, ada laporan tahunan. Saya memohon supaya setiap portfolio yang dijaga oleh MMKN termasuk portfolio yang dijaga oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar setiap tahun kalau boleh kita adakan satu laporan pembentangan seperti ini supaya semua program yang dibentangkan pada tahun 2020, 2021 akan disatukan dalam satu report card supaya bukan sahaja Ahli Dewan Negeri Selangor saja menyokong Kerajaan tetapi sebelah sana yang bebas yang membangkang juga akan tahu faktanya, apakah kelebihan, apakah kekurangan? Apakah cabaran? Apakah pencapaian? Kalau tidak kita akan asyik tanya soalan yang sama. Sebenarnya soalan mungkin telah dijawab pada sidang dewan yang lepas jadi ini membazirkan masa. Ini adalah cadangan daripada saya untuk memantapkan lagi perbahasan di peringkat Dewan Negeri Selangor ini.

Dato’ Menteri Besar ada menyebut tentang Kompleks Perumahan Pekerja di atas sebidang tanah seluas lapan ekar di Telok Panglima Garang. Ini menarik perhatian saya. Saya ingin bertanya tentang konsep pembinaannya. Bagaimana projek ini akan dibiayai oleh pihak swasta atau pun pihak kerajaan? Saya juga ingin mencadangkan dalam ucapan Belanjawan ini kita ada banyak menyebutkan tentang pelancongan dan pelaburan tetapi tahu ke tidak Yang Berhormat sekalian, di peringkat PBT kita masih

belum ada satu jabatan yang khusus atau pun unit khusus yang bertujuan untuk memajukan sektor pelaburan dan pelancongan. Jadi menjadi cadangan daripada saya supaya kita mengarahkan setiap PBT untuk menubuhkan jabatan khas pemajuan, pelaburan dan pelancongan di setiap PBT. Perkara ini amat penting khususnya untuk Daerah Kuala Langat yang semakin menjadi perhatian di kalangan pelabur asing domestik tetapi ditambah lagi dengan produk dan destinasi pelancongan yang berpotensi tinggi. Kita juga ingin bertanya, perkara ini tidak disebut di dalam teks ucapan Dato’ Menteri Besar apakah rancangan pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat. Saya difahamkan bahawa akan ada sesuatu yang besar berlaku di Kuala Langat untuk tempoh 5 tahun yang akan datang tetapi mengikuti teks ucapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar nampaknya tidak disebut, saya ingin bertanya apakah hala tuju pembangunan Pulau Carey.

Kualiti air Sungai Langat potensi pelancongan Sungai Langat juga sangat penting. Kita nak Kerajaan Negeri Selangor di bawah portfolio Pelancongan untuk memberi perhatian terhadap potensi pelancongan yang ada di Kuala Langat, saya kata pusing Selangor dulu, pusing Kuala Langat dulu kerana Kuala Langat terletak di antara Klang dan Sepang. Kita terletak di tengah-tengah antara Pelabuhan Klang dan KLIA. Kalau nak pusing sebelah Selangor kenalah pusing di Kuala Langat dahulu kerana tempat ini terletak di tengah-tengah. Kita jangan ingat Kuala Langat adalah sebuah perbandaran yang ke belakang. Kita perlu ingat Kuala Langat merupakan daerah yang mencapai pembangunan dan pelaburan kedua tertinggi di Selangor untuk tahun-tahun di belakangan ini.

Loji rawatan air yang kita ada di kawasan Kuala Langat ini juga perlu kita pastikan bekalan air sentiasa mematuhi apa yang kita nak capai. Tuan Timbalan Speaker, loji rawatan air Kuala Langat atau pun Labuhan Dagang telah pun memulakan operasi sejak beberapa tahun yang lepas dan sehingga sekarang ia memainkan peranan dan fungsi yang cukup penting untuk memastikan bekalan air di Kuala Langat terjamin, saya mahu Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kualiti air di Kuala Langat sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan dan saya ingin bertanya kepada Negeri Selangor supaya bentangkan keadaan pencemaran di sepanjang Sungai Langat ini. Bermula Hulu Langat sampai ke Kuala Langat, berapa banyak kes pencemaran berlaku sebelum ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan, saya mahu satu penerangan yang lebih terperinci dan apakah pencapaian kita selepas kita melakukan usaha-usaha pembaharuan ini, apakah result yang bagus yang memberangsangkan yang kita boleh tunjukkan kepada rakyat di Kuala Langat supaya mereka tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menangani isu pencemaran air dan isu dan gangguan bekalan air di Negeri Selangor. Tuan Timbalan Speaker, pembangunan infrastruktur kemudahan awam di Kuala Langat dan Negeri Selangor adalah sangat penting seperti apa yang saya katakan tadi Selangor dan Kuala Langat merupakan daerah kedua terbesar dalam pelaburan. Kita memerlukan jaringan jalan raya dan juga infrastruktur yang sangat memastikan perancangan dibuat dengan rapi sebelum apa-apa masalah timbul.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Tuan Speaker, boleh saya mencelah, boleh ya?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Bernam, silakan.

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

Sebenarnya saya ingin bertanya kepada Banting bahawa apa saya dapati berapa banyak paip-paip pecah terutama di sekitar di kawasan kampung saya di dalam DUN saya. Apakah langkah sebenarnya apakah ini menuju ke lebih baik atau ada pemulihan balik ataupun ganti balik paip yang rosak yang pecah kerap sangat pecah selang dua hari.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya doakan yang terbaik la untuk kawasan Hulu Bernam tetapi Hulu Bernam tu jauh sangat dari Kuala Langat saya tak boleh nak kata tetapi secara general, secara dasarnya apa yang berlaku di Kuala Langat sekarang ini pasti akan berlaku di kawasan Hulu Selangor di mana pihak Air Selangor sudah mempunyai perancangan mereka dan marilah kita bersama-sama memantau supaya mereka melakukan apa yang telah pun diamanahkan kepada mereka dan menjalankan yang terbaik untuk rakyat negeri Selangor termasuk rakyat di kawasan Hulu Bernam. Saya rasa Hulu Bernam juga akan menghadapi masalah pembangunan yang pesat selepas ini kerana Majlis Daerah akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran.

Jadi Tuan Speaker saya juga ingin bertanya saya tadi menyentuh sedikit tentang jaringan jalan raya dan jambatan dalam Sidang Dewan yang lepas saya ada membangkitkan satu jambatan yang berkaitan dengan kawasan saya iaitu jambatan yang menghubungi Sungai Jarum dan Jenjarum ini dan saya ingin bertanya dalam buku laporan ini saya lihat hanya kita hanya ada satu token sum sahaja. Saya berasa sedikit kesal apakah kita tidak ada perancangan untuk menjalankan projek ini di mana adalah penting supaya jalan kampung Jenjarum, jalan Sungai Buaya ini disambung dengan satu jambatan yang merentasi Sungai Langat sehingga ke kawasan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan ini saya rasa boleh membantu melegakan kesesakan trafik yang sering kali yang telah pun mula berlaku di kawasan Kualka Langat, di Banting kerana kalau kita lihat contoh di Klang masa kita jadi kerajaan 2008, kita nak bina, baru kita nak bina, ingat nak bina jambatan ketiga Klang pada masa itu, Klang sudah sesak sampai tak boleh sesak lagi. So jammed until this, too jammed already baru kita ingat nak bina jambatan ketiga. Sekarang kita sudah ada 2 jambatan di Kuala Langat, satu di kawasan Yang Berhormat Morib, satu lagi di kawasan saya. Kalau kita lihat perancangan pada masa depan dengan kemasukan SKVE dengan adanya WCE, dengan adanya kilang-kilang kertas dan sebagainya, dengan adanya pelancongan dengan ada banyak pelbagai pembangunan infrastruktur, adakah kita hanya boleh berasa satisfied dengan hanya dua jambatan sahaja. Adakah kita perlu membuat perancangan untuk membina jambatan ketiga, keempat, kelima di sepanjang Sungai Langat ini supaya laluan trafik itu boleh dilakukan lebih cantik. Saya

melontarkan soalan ini kepada pihak MMKN supaya kita boleh bincang, bincang bersama-sama membuat perancangan yang terbaik untuk Kuala Langat.

Satu lagi perkara adalah saya juga amat tertarik Tuan Timbalan Speaker tentang Tanah Bantuan Guaman Selangor yang bernilai RM1 juta. Saya ingin bertanya bagaimanakah peruntukan ini dapat diguna untuk membantu rakyat Selangor. RM1 juta bukan satu amaun yang besar tetapi ia juga tidak kecil, saya memohon supaya perincian diberikan pada Ahli Dewan ini supaya kita boleh menggunakan wang ini semaksimumnya mungkin, seoptima mungkin untuk membantu rakyat di kalangan B40 yang menghadapi masalah guaman. Siapakah yang akan menguruskan perbelanjaan ini adakah yang akan diletakkan di bawah Kamar Undang-undang pun macam mana? Jadi kita perlukan lebih banyak perincian kerana ini merupakan dasar baru.

Pembangunan Orang Asli sebanyak RM1.5 juta juga diketengahkan di kawasan saya dan di kawasan Kuala Langat saya sekali saya nak sebut, Kuala Langat merupakan daerah yang mempunyai komposisi dan kepadatan penduduk Orang Asli yang tertinggi di Selangor. Kita yang paling tinggi ya, setuju ya, dengan Morib, paling tinggi. Bukan Sepang, bukan Gombak, bukan Hulu Selangor, Kuala Langat jadi saya berharap peruntukan ini dapat digunakan semaksimum yang mungkin oleh Orang Asli di kawasan Sepang dan juga Kuala Langat dan kita mahu supaya perincian diberikan agar pembangunan Orang Asli di kawasan Kuala Langat dan juga Banting tidak akan di ke belakang.

Orang muda merupakan satu faktor yang sangat penting untuk tapi kita sekiranya kita hendak memperjuangkan nasib orang muda saya rasa kita perlu mengambil iktibar daripada kajian yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan dua tiga minggu yang lepas dan dibentangkan dan kita merasa sangat hairan saya ingin berkongsi pengalaman atau pengetahuan kita dengan Ahli Yang Berhormat hanya 30% lebih sahaja anak muda yang celik politik. Only 30% sahaja yang celik politik, selebihnya sama ada dia tidak tahu atau pun dia rasa muak dengan politikus-politikus, ataupun dia rasa tidak tahu, tidak ada kena mengena dengan dia. Ini adalah satu masalah daripada satu ada tetapan setinggi peratusan 70% yang tidak mahu mengambil tahu tentang politik ini. Apakah masalah dia. Saya berharap Kerajaan Negeri Selangor di bawah portfolio Belia boleh merangka lebih banyak program untuk mendekatkan wakil rakyat dan juga anak muda ini dengan sinar politik di negeri kita supaya mereka bukan sahaja tidak celik, mereka tadi sukar, mereka akan bertukar dari celik ke status mengambil tahu. Tak semestinya mereka nak menyokong kita, tapi mereka tahu apakah itu politik dan mereka diberi landasan yang betul untuk memastikan fahaman politik mereka itu adalah satu fahaman yang bersifat universal. Jadi saya berharap isu seperti orang muda ini kita perlu memberi perhatian. Salah satu isu sebenarnya yang dahulunya tidak diberi banyak perhatian oleh rakan ialah rakan kita ialah isu perubahan iklim. Yang Berhormat Bukit Lanjan ada menyebut fasal berharap isu perubahan iklim ini jangan kita ambil mudah kerana ia juga merupakan satu isu yang dekat dengan anak muda. Dasar ESG perlu diterap dalam dasar perolehan kerajaan. Dasar ESG iaitu

apabila kita nak menjalankan perolehan kita perlu memastikan barang-barang yang kita beli itu mematuhi dan mesra alam sekitar bukannya sesuatu yang dibeli itu akan mencemarkan lebih teruk alam sekitar kita. Teras ketiga kita tukarkan menyebut sedikit tentang agenda kesihatan awam. Tahniah diucapkan kerana RM65 juta akan dibelanjakan pada tahun depan tapi saya mengsyorkan Kerajaan memberi pembentangan apakah peranan sukar dalam memastikan kesemua wang ringgit ini digunakan untuk kemajuan dan juga kebaikan rakyat Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor akan membina loji rawatan air Sungai Rasau, ia sedang dibina, saya difahamkan treatment atau rawatannya adalah menggunakan biological activated carbon tetapi saya difahamkan bahawa ada juga fossil fuel based activated carbon yang digunakan untuk merawat air ini. Saya memohon supaya perkara ini dilihat semula sekiranya fossil fuel based activated carbon ini lebih mahal, lebih mencemarkan alam sekitar kita perlu mempertimbangkan perkara ini supaya ia mematuhi dasar ESG kita.

Seterusnya adalah pembangunan sistem saliran. Ini adalah melibatkan JPS. Saya memohon supaya JPS perlulah responsif terhadap isu-isu banjir yang ada di negeri Selangor. Kita tahu supaya hubungan dengan wakil rakyat dengan JPS ini adalah tenang dan harmoni. Di kawasan Kuala Langat dan Banting saya mengucapkan kepada JPS Kuala Langat kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan ini mendapat perhatian dan diambil tindakan. Pun begitu saya mahu supaya kolam-kolam takungan di sekitar Kuala Langat ini dipantau dan diselenggara dengan rapi. Masih lagi terdapat kolam-kolam takungan air yang masih belum diserah balik kepada Kerajaan. Kita mahu JPS memberi satu laporan secara berkala kepada Dewan yang mulia ini apakah usaha yang sedang dilakukan untuk memastikan bahawa tebatan banjir dan juga aset-aset ini akan dilaporkan ataupun dibina dan juga ditempatkan di tempat yang betul.

Seterusnya adalah pemulihan hutan rosot. saya rasa bangga kerana Kuala Langat sekali lagi disebut akan melebarkan 500 hektar dan akan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor. Saya rasa ini adalah satu yang sangat yang telah pun lama dinantikan oleh penduduk Kuala Langat. Kita mahu at the same kind security makanan, kita juga mahu hutan simpanan kita dilestarikan. Jadi saya berharap perkara ini dapat dimuktamadkan dengan cepat dan saya mengalu-alukan supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi pemantauan dan juga maklum balas cara berkala pada Dewan yang mulia ini tentang apa yang akan dilakukan dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Saya juga berasa bangga dan juga syabas diucapkan kepada KDEB Waste Management kerana pusat semula akan dilaksanakan tetapi saya rasa sedikit kesal kerana tidak disebut Kuala Langat padahalnya WTE yang akan dibina akan dibina dekat Kuala Langat, Tanjung 12 tetapi saya pun tak tahu kenapa tidak disenaraikan satu tapak di Kuala Langat untuk dijadikan sebagai pusat kitar semula padahalnya Kuala Langat ini saya difahamkan KDEB Waste Management dia untung di Kuala

Langat dan mungkin rugi di Petaling, Klang dan sebagainya tetapi dia untung di Kuala Langat. Saya rasa banyak kalau Kuala Langat KDEB Waste Management. Kuala Langat ini suatu yang baik untuk warga Selangor dan Kuala Langat. Kita nak tunjukkan Kuala Langat sebagai contoh, modul kepada seluruh Selangor, kalau kita kata Selangor menepati masa, Kuala Langat la yang membawa obor perubahan ini kepada seluruh rakyat Selangor.

Jadi Tuan Speaker ini adalah Selangor e-wallet. Saya sebagai seorang pengguna e-wallet, saya cukup terharu dengan pengumuman Datuk Menteri Besar untuk menjadikan Selangkah sebagai super apps e-dompet dan ini adalah sesuatu yang saya pernah bangkitkan dalam ucapan Dewan yang lepas supaya pembayaran program-program kebajikan kita ini kita lakukan dengan cara yang pintar untuk membantu rakyat Selangor dan saya amat terharu kerana sekarang ini ada inisiatif daripada kerajaan Negeri Selangor namun begitu kita perlu memastikan pelaksanaannya adalah dan juga penyampaiannya adalah menepati masa jangan pula kita umum sekarang setahun, dua tahun kemudian belum ada apa-apa lagi.

Seterusnya adalah berkaitan dengan peruntukan kerajaan untuk pendidikan. Saya rasa Kerajaan negeri Selangor mempunyai banyak cadangan telah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk membantu sekolah-sekolah dan juga sekolah-sekolah tadika dan sebagainya tetapi kita rasa sedikit kecewa kerana penyampaian ataupun pemberian peruntukan ini begitu lewat khususnya dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Kita perlu memperbetulkan keadaan ini kerana ini adalah satu perkara yang bukan berlakunya pada tahun ini sahaja. Tahun lepas pun sama. Saya faham, kita faham bahawa kerana pandemik ini ramai orang tidak dapat pulang ke pejabat untuk menjalankan urusan dan sebagainya tetapi apa sekali kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlanjutan. Saya amat berharap peruntukan untuk tahun 2021 ini kalau masih ada lagi sekarang ini kita sudah sampai ke penghujung tahun 2021 mungkin akan ditutup pada permulaan awal bulan Disember, Pejabat Tanah juga berkata kalau kita nak serah apa kita kena serah pada minggu ini juga. Saya khuatir kalau ada peruntukan kepada sekolah, kepada tadika, kepada guru tadika yang masih belum diproses saya berharap Sidang Dewan ini minggu ini kita kena settlekan dia. Jangan kita bawa ke tahun 2022. Dan untuk tahun 2022 kita mempastikan...

Timbalan Speaker

Banting, Banting banyak lagi perkara?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Satu perenggan lagi. Satu perenggan lagi, dan kita perlu pastikan bahawa peruntukan untuk 2022 perancangan itu persiapan itu, bukannya 1 Januari baru mula, hari ini kita kerana mulakan supaya bermula 1 Januari 2022, 2 hari bulan Januari waktu bekerja enjin dah boleh start, bukannya 2 hari bulan Januari baru kita nak cari minyak, nak cari driver, nak cari tayar, nak cari spare part. Bukan, kalau nak hari itu kena buat hari ni bukannya tahun depan. Jadi saya amat berharap lah isu-isu yang diketengahkan ini. Yang Berhormat silakan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Saya nak tanya dengan Banting, adakah Banting pernah menerima bantuan daripada pihak-pihak sekolah di mana mengadu bahawa bantuan kewangan sekolah ini lewat, ya ke belakang dua tiga tahun ni berbanding dengan sebelum ni.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ada, saya rasa semua orang ada menerima tahun dulu kita memberi peruntukan ini dua kali setahun, sekarang ni setahun sekali sahaja. Jadi kadangkala setahun sekali tu ada yang kita cicir dan pada yang mereka kena tunggu satu tahun lagi. Sekiranya ada keciciran, kalau ikut praktis pada tahun-tahun yang sebelum ini kalau dia cicir pada separuh tahun pertama dia mungkin boleh mendapat lebih lagi untuk separuh untuk tahun yang sama. Jadi kita berharap supaya sistem ini kita bolehkan dan mempastikan dilakukan pada tahun 2022. Itu adalah harapan saya dan saya berharap mana-mana peruntukan bukan sahaja peruntukan pendidikan, mana-mana peruntukan kita perlu pastikan kalau berjanji nak bagi pada tahun ini kena pastikan ini minggu, ini tahun kita bagi kepada mereka, jangan bawa ke depan. Jadi dengan itu saya ingin menyudahi ucapan saya dengan serangkap pantun. Tuan Timbalan Speaker sila izinkan.

Perah keringat sehingga dini, Waktu malam bersidang kopi, Racun khianat makan sendiri, Pakatan hikmah membela negeri.

Sekian, Banting mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana membenarkan Subang Jaya ambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022. Subang Jaya ingin membangkit 5 perkara.

Yang pertama, berkenaan hasil negeri. Tahniah diucapkan kepada Datuk Menteri Besar, EXCO-EXCO dan seluruh warga pentadbiran negeri Selangor kerana telah berjaya memperoleh hasil negeri yang memberangsangkan dan stabil walaupun dalam keadaan pandemik. Berkenaan perkara ini Subang Jaya ingin membangkitkan persoalan hala tuju jangka masa panjang, apakah perancangan negeri Selangor untuk memastikan kelestarian hasil, memandangkan keadaan sekarang di mana kami terlalu bergantung pada hasil daripada urusan tanah. Pihak kami sedia maklum sumber pendapatan negeri dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan jadual ke 10 bahagian 3. Antara hasil yang mempunyai potensi pendapatan besar adalah:

1. Tanah 2. Perlombongan 3. Hutan

4. Hiburan 5. Hasil daripada air mentah Sama seperti tanah, hasil daripada perlombongan dan hutan tidak lestari memandangkan sumber yang terhad di samping mendatangkan masalah alam sekitar jika diterokai tanpa had. Berkenaan hutan, Negeri Selangor juga sedang melaksanakan moratorium pembalakan, suatu tindakan penuh dengan “foresight” dengan izin, dan kini amat diperlukan terutamanya dalam keadaan perubahan iklim dan peningkatan pengeluaran karbon ataupun “carbon emmsion.” dengan izin, jadi hasil daripada hutan tidak lagi menjadi salah satu sumber jangka masa panjang bagi Negeri Selangor. Bagaimanapun Subang Jaya lihat potensi daripada hasil hiburan dan air mentah. Berkenaan hasil hiburan Subang Jaya tertarik dengan pengumuman Dato’ Menteri Besar bahawa kerajaan Negeri akan mendirikan suatu galeri seni moden. Tindakan ini mampu menambah hasil hiburan dan kerajaan Negeri wajar melabur lebih dalam sektor ini bagi menggalakkan industri ini dengan penambahan infrastruktur dan penciptaan kandungan ataupun content creation. Kami lihat bahawa terdapat banyak potensi untuk industri kreatif berkembang di Negeri Selangor seperti orkestra, performing arts, busking, dengan izin, tarian, drama, festival muzik, komedi dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila pemain-pemain industri ingin tayangkan hasil kerja mereka, maaf kata Selangor menghadapi masalah infrastruktur, tidak seperti Kuala Lumpur, kami tiada dewan orkestra dan kekurangan pentas bertaraf dunia untuk menjadikan tuan rumah untuk muzik antarabangsa contohnya. Performing Arts Centre dengan izin, dalam Negeri Selangor yang diusahakan secara swasta, sekarang juga sudah nyawa-nyawa ikan. Usaha daripada Negeri Selangor untuk membangun industri ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan Subang Jaya ingin mengutarakan 5: 1. Melakar hala tuju hiburan dengan menunjukkan niat sebegitu melalui contoh program-program hiburan sendiri seperti Georgetown Festival atau Art Box; 2. Galakan untuk pembangunan infrastruktur hiburan bolehlah menjadi sebahagian perancangan bandar setiap majlis; 3. Membawa masuk pemain-pemain antarabangsa untuk menjadikan Selangor hub hiburan; 4. Memudahcarakan permohonan dan kebenaran untuk artis-artis mencari pendapatan seperti melalui busking ataupun life joying di stesen-stesen LRT ataupun pasar. Dengan usaha awal yang dilakukan sekarang, Subang Jaya yakin bahawa Negeri Selangor akan dapat memperoleh hasil kemudian. Berkenaan hasil daripada air mentah, pihak LUAS memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan setiap sumber air mentah sama ada daripada sungai, bawah tanah dan lain-lain disemak dengan menyeluruh dan berkala bagi memastikan setiap aktiviti abstraksi dilesenkan tindakan proaktif sebegini bukan sahaja dapat menaikkan hasil negeri tetapi juga mampu membanteras aktiviti haram, dan menjadi sebahagian jaringan untuk mengenal pasti kilang-kilang tanpa izin, tapak penternakan

haram, pencerobohan tanah kerajaan dan sebagainya. Perkara kedua yang ingin Subang Jaya bangkitkan adalah berkenaan air. Tahun ini Subang Jaya menghadapi 2 kali gangguan air tidak berjadual. Kali pertama akibat pencemaran sungai pada bulan Ogos, kali kedua kerana air lock pada bulan November. Dengan begitu banyak river basins, dengan izin, di Negeri Selangor masalah sekuriti air tidak patutnya wujud. Berkenaan pencemaran yang masih wujud, jelas daripada usaha yang kini dilakukan sejak belanjawan yang lepas, bahawa masih terdapat ruang penambahbaikan yang bagi saya perlu disegerakan. Penyambungan HORAS 600 dan Pond C kepada Loji Rawatan Air yang patutnya disiapkan pada pertengahan Tahun 2022 kini telah dilambatkan kepada Disember 2022. Kami faham terdapat kekangan akibat COVID dan perintah-perintah kawalan yang telah dilaksanakan, tetapi ini bukan masalah pembinaan biasa. Tetapi masalah yang melibatkan keperluan asas masyarakat. Jadi apabila wujudnya cabaran proses, kerajaan Negeri tidak patut membiarkannya begitu sahaja dan membenarkan projek take it usual costs, dengan izin. Adakah kerajaan Negeri pernah mengkaji penggunaan mobile treatment units and emergency water technologies yang boleh digunakan bagi tujuan kecemasan dan rawat air daripada sumber terdekat dan kemudian menyalurkannya ke dalam sistem pengedaran. Dalam belanjawan yang baru dibentangkan, kerajaan Negeri menyatakan penggunaan PPP ataupun Polluters Pay Principal dan Zero Discharge Policy namun untuk dasar-dasar tersebut berjaya, kerajaan Negeri perlu memantapkan infrastrukturnya antara perkara penting untuk dua dasar ini adalah untuk mengenal pasti dengan tepat punca discharge terletak di mana? Jadi persoalan Subang Jaya: adakah kerajaan Negeri bersedia menggunakan sistem pemantauan river load secara realtime atau dengan izin, penggunaan teknologi. Cara sebegini bertambah dengan kegunaan GIS bukan sahaja dapat mengenal pasti punca discharge tetapi juga dapat mengatasi masalah di mana buat masa sekarang pemantau perlu hadir secara fizikal untuk memeriksa keadaan sungai. Sistem manual yang masih menggunakan orang sudah ketinggalan zaman. Kami sedia maklum bahawa seseorang hanya boleh berada di satu tempat pada suatu masa manakala teknologi boleh bantu memantau sepenuh masa. Selain itu apa pula dengan kegunaan ozon? Ya, pemasangannya mahal dan terdapat juga kekangan pemasangan teknologi baru atas mesin lama. Walau bagaimanapun ia merupakan satu sistem yang berkesan dan dapat disegerakan jika dibanding dengan pembinaan infrastruktur atau loji rawatan air yang baru. Subang Jaya berharap kami tak perlu tunggu setiap kali berlaku henti tugas loji rawatan air barulah kami sedar untuk ambil tindakan. Masalah ini telah terlalu lama berlanjutan. Jika usaha kini tidak menunjukkan hasil seperti yang diingini, saya harap kami akan mengambil inisiatif sendiri, proaktif, menjalankan kaji dan laksanakan yang sepatutnya dengan segera. Perkara seterusnya ingin dibangkitkan Subang Jaya adalah berkenaan kesihatan mental. Di sini Subang Jaya amat bangga dan ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khasnya YB Siti Mariah selaku EXCO Kesihatan kerana telah berusaha untuk menaikkan peruntukan bagi kesihatan mental daripada RM500 ribu bagi tahun 2021 kepada RM1 juta untuk tahun 2022. Subang Jaya juga ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan YB EXCO kerana telah menerima

cadangan untuk menambah baik platform sihat dalam aplikasi Selangkah dengan menyediakan insentif khas bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut bersama pakar kaunseling ataupun pakar psikiatri. Berkenaan perkara ini Subang Jaya mencadangkan dan berharap agar kerajaan Negeri akan mewujudkan jalinan hubungan antara pertubuhan-pertubuhan pakar kesihatan mental seperti “Malaysian Psychiatric Association”, “Malaysian Soceity of Clinical Psycology” dan Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa. Ini adalah untuk melibatkan pakar yang seramai mungkin yang sekali gus akan meluaskan akses orang awam kepada perkhidmatan tersebut. Selain itu, supaya program ini bermakna dan selari dengan keadaan ekonomi semasa, Subang Jaya ingin mencadangkan agar insentif tersebut diedarkan kepada golongan yang jatuh golongan B40 mengikut definisi baru untuk tahun 2021 iaitu pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,850.00. Perkara seterusnya yang ingin dibangkitkan adalah berkenaan jaminan makanan. Dato’ Menteri Besar menyebut dalam pembentangan belanjawan bahawa inflasi menjadi kebimbangan disebabkan ketidakseimbangan penawaran permintaan dan harga komoditi yang tinggi. Dalam suatu kenyataan, Ketua Perangkaan Negara, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir mengatakan bahawa inflasi negara tahun ke tahun ataupun year on year dengan izin, bagi bulan Oktober 2021, adalah 2.9% seperti diukur melalui CPI ataupun Consumer Price Index. Ini adalah akibat daripada peningkatan harga minyak dan pemberhentian diskaun elektrik oleh Kerajaan Malaysia. Bagi beberapa bulan yang akan datang, kadar inflasi negara akan dipengaruhi faktor-faktor luar seperti peningkatan harga minyak mentah dan harga makanan. Inflasi mempunyai impak terhadap kuasa beli pengguna. Biasanya mereka dalam golongan B40 ataupun M40 yang akan paling terkesan. Dalam perkara ini, kerajaan Negeri mampu memainkan peranan terutamanya dalam perkara sekuriti makanan. Kami tak inginkan satu pun keluarga. Perlu kurangkan makanan kerana tidak mampu membelinya. Dalam perkara ini Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor melalui kenyataan media bertarikh 25 November 2021 yang memberi jaminan bahawa harga sayuran PKPS kekal pada harga rendah dan berpatutan. Tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas pengumuman industri hiliran yang boleh dikatakan merupakan rancangan jangka masa sederhana kerana masih perlu menunggu pembinaan infrastruktur. Suatu tindakan jangka masa pendek yang boleh dipertimbangkan kerajaan Negeri adalah untuk menurunkan harga dengan menggalakkan persaingan. Jadi ia menjadi penting untuk membawa sayur-sayur dan bahan besar yang ada harga dengan harga yang berpatutan tersebut terus kepada pengguna. Sebaik mungkin kerajaan Negeri perlu mencarikan cara untuk keluarkan monument yang mana kami sedia maklum selalu terlindung daripada kesan kenaikan ataupun penurunan harga sayur-sayuran kerana mereka mempunyai keuntungan sebagai pelindung di samping faktor bahawa mereka sendiri menentukan harga yang akhirnya sampai kepada pengguna. Oleh itu bagi menaikkan persaingan, Subang Jaya mencadangkan agar kerajaan Negeri menjadi pemudah cara antara petani-petani dan kerajaan-kerajaan tempatan untuk mendirikan lebih pasar-pasar tani kekal terutamanya di kawasan bandar yang jauh daripada kawasan pertanian. Tetapi

merupakan kawasan di mana penduduknya paling terkesan akibat inflasi dan kenaikan harga. Perkara terakhir, yang Subang Jaya ingin bangkitkan adalah berkenaan pengangkutan awam. Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukan RM44 juta untuk membina jalan-jalan baru. Subang Jaya tidak menafikan keperluan jalan untuk menyuraikan trafik yang semakin bertambah di Negeri Selangor. Namun bagi perancangan jangka masa panjang modus operandi menyelesaikan trafik dengan pembinaan jalan wajar difikirkan semula. Hakikatnya adalah bahawa populasi Selangor akan selalu bertambah tambahan pula mana-mana jurutera jalan ataupun pakar akan menasihatkan bahawa setiap jalan mempunyai jangka hayat tampungannya. Dengan faktor-faktor demikian kerajaan Negeri wajar memimpin dengan tingkatkan pelaburan dalam pengangkutan awam dan kurangkan pelaburan dalam pembinaan jalan. Kelestarian trafik dan pengangkutan hanya boleh dicapai dengan jaringan pengangkutan awam yang lebih rapi. Tuan Speaker itu sahaja perbahasan daripada Subang Jaya. Dengan itu Subang Jaya mohon menyokong Belanjawan Tahun 2022. Terima kasih.

Speaker

Silakan, Sijangkang.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor. Pertamanya saya nak mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor yang membentangkan Bajet Belanjawan Tahun 2022 pada hari Jumaat yang lalu. Sudah tentulah saya kira bajet kali ini juga sebagai satu bajet yang dirancang dipenghujung penggal pada kali ini. Mungkin Pilihan Raya Umum Ke-15 akan berlaku pada masa yang terdekat ataupun pada tahun hadapan selepas bulan Julai ataupun melengkapkan tempoh penggal pada tahun 2023. Maknanya mungkin bajet ini adalah bajet yang terakhir ataupun bajet yang tahun kedua terakhir sebelum kita menghadapi Pilihan raya Umum yang lepas, Pilihan raya Umum yang akan datang.

Jadi, saya kira kalau saya mengamati Bajet Belanjawan sebelum ini, Selangor selalu didendangkan dengan Bajet Berimbang, Bajet Surplus, Bajet Pembangunan melebihi daripada Bajet Pengurusan, saya kira mungkin pada hari ini kita sudah tidak dengar lagi. Kita lihat Bajet Pengurusan melebihi daripada Bajet Pembangunan dan berlaku Bajet Defisit. Dan saya kira, saya tidak mempertikaikan soal ini kerana ini bukan secara pengurusan, yang penting adalah akhirnya, Bajet ataupun Belanjawan yang disediakan dan dibentangkan oleh Kerajaan Negeri akhirnya memberikan manfaat kepada Kerajaan Negeri Selangor apatah lagi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Dan itu, saya kira adalah lebih penting. Saya suka melihat semula bagaimana ucapan Belanjawan Bajet Tahun 2019 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya kira itu ucapan Belanjawan yang pertama dan saya melihat bahawa Belanjawan itu sesuatu yang ada misinya, ada hala tujunya. Kerana apa saya katakan begini?

Kerana di dalam Belanjawan itu menyebutkan soal pemacuan pertumbuhan ekonomi. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada ketika itu menyebutkan bagaimana pemacuan ini mengikut klusterisasi-klusterisasi, akan diklusterisasikan ataupun mengikut gugusan-gugusan. Yang mana ada beberapa gugusan-gugusan yang melibatkan beberapa daerah dan saya kira, saya cukup teruja kalau pembangunan ini berdasarkan kepada itu, dan perancangan setiap kali pembangunan, belanjawan Kerajaan Negeri setiap tahun berdasarkan mengikut unjuran itu, saya kira ini dapat memacu ekonomi di Negeri Selangor walaupun mungkin kita terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 yang berlaku pada hari ini.

Tetapi saya kira, pagi tadi Kota Anggerik bertanyakan soal klusterisasi eko pelancongan dan EXCO menjawab sudah tidak lagi mengikut klusterisasi eko pelancongan dan saya kira, saya tidak tahu mungkin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh memberikan penjelasan kerana saya melihat itu masih lagi satu perkara yang sangat penting dalam kita menguruskan bagaimana ekonomi di Negeri Selangor ini dapat dipacu dan dijana. Kerana apa saya katakan begitu adalah, pertamanya, adalah juga melibatkan di daerah Kuala Langat ini. Gugusan industri sokongan tumbuhan dan maritim Pelabuhan Klang, Pulau Indah, Teluk Gong dan juga Sijangkang. Yang saya kira, saya tidak pasti sama ada sokongan pelabuhan dan maritim ini juga menyentuh soal jeti-jeti yang sekarang ini sudah ada di bandar Carey lama yang jumlahnya saya kira agak besar dan saya pun tidak nampak daripada sudut kesungguhan Kerajaan Negeri bagaimana ia harus diperkasakan sendiri, hatta, ia juga menjadi isu. Saya ingat, dalam sidang yang lepas apabila saya utarakan ada berlaku kebakaran ricikan tayar dan kita juga mendapat jawapan daripada EXCO, ini tidak ada dalam kelulusan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat. Aktiviti pengumpulan ricikan tayar yang akhirnya kita dimaklumkan untuk penggunaan bahan bakar dan kuota ini kalau ia tidak mengikut, ataupun dijalankan secara tidak legal yang haram, saya kira sesuatu yang sangat mengecewakan. Dan saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri, jeti-jeti yang sedia ada, berapa banyak jeti-jeti yang sebenarnya beroperasi secara, secara legal? Dan apakah status-status tanah jeti-jeti yang sedia ada ini? Kerana jawapan daripada EXCO yang lalu pun mengatakan Jeti Sri Tamar yang terlibat dalam kebakaran ricik tayar itu berstatus tanah pertanian walhal ia sudah beroperasi begitu lama. Lebih daripada 10 tahun. Jadi, saya ingat kalau asas pemacuan ekonomi itu berdasarkan kepada gugusan yang direncanakan sudah tentu ada tindakan-tindakan Kerajaan Negeri untuk melihat perkara ini supaya ia dapat diputihkan.

Kemudian, saya melihat kepada gugusan ekonomi pelancongan yang melibatkan juga Kuala Selangor, Taman Negeri, Persisiran Pantai Morib, Sungai Pelek, yang saya kira ini antara tempat-tempat kalau di Kuala Langat dan juga tempat-tempat pelancong-pelancong ataupun rakyat Negeri Selangor berehat untuk berekreasi selain daripada Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Pulau Carey, Pantai Tanjung Sepat dan ada juga bakau, Taman Rekreasi Bakau dan tempat-tempat yang lain. Hatta, di Kuala Langat juga yang terkenal dengan pusat warisan pelancongan seperti dahulunya

adalah pusat pentadbiran Jugra terletaknya Istana Bandar di Jugra. Saya kira ini tempat-tempat warisan yang kalau kita masih di dalam trek di bawah gagasan Eko-Pelancongan sudah tentulah kekuatan kita untuk sama-sama membangunkan Eko-Pelancongan, tourism di Kuala Langat ini dapat dimajukan kerana kita mempunyai kawasan-kawasan yang saya kira ia boleh memberikan manfaat kepada rakyat. Hatta, baru-baru ini apabila ada sedikit kelonggaran daripada Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat mula keluar, bosan duduk di rumah, mereka pergi berekreasi sehinggakan di Kuala Langat Pantai Morib jammed, Pantai Tanjung Sepat jammed. Polis terpaksa turun, Majlis Perbandaran Kuala Langat terpaksa turun untuk menyuraikan kesesakan kerana saya kira mungkin kalau kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi, kita majukan, ia memberikan peluang yang lebih besar untuk mengurangkan stress, mental kepada rakyat Negeri Selangor yang terkongkong dalam PKP yang begitu lama. Jadi, saya berharap, saya melihat kalau ini boleh berlaku, dimajukan sudah tentu akan memberikan pulangan ekonomi kepada masyarakat Kuala Langat yang ada ekonomi, industri kecil dan sederhana termasuklah kerepek dan sebagainya, ia sangat membantu daripada sudut ekonomi masyarakat tempatan.

Kemudian, saya suka melihat kepada teras memudahkan, dasar memudahcara perniagaan. Saya menyokong proses kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Pembangunan dan juga Pelan Infrastruktur kerana saya melihat ini sendiri akan menggalakkan pelabur-pelabur dari luar masuk ke Kuala Langat selain daripada yang saya sebutkan pagi tadi soal harga premium tanah, infrastruktur tanah yang mungkin agak menggusarkan tetapi infrastruktur yang baik di Negeri Selangor yang akan menarik pelabur-pelabur. Walaupun begitu, saya mengharapkan pemantauan daripada Kerajaan Negeri termasuklah PBT-PBT ini sangat penting dalam menguruskan pembangunan pelabur-pelabur dari luar di Negeri Selangor. Kerana apa saya katakan begitu, kita tidak mahu pelabur-pelabur masuk, mereka membangunkan industri-industri mereka tetapi tidak mengikut tatacara-tatacara yang ada walaupun mereka terkongkong dengan jangka masa kelulusan dan sebagainya tetapi saya kira sudah tiba masanya bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri memantau proses pembangunan industri itu mengikut ketetapan-ketetapan yang kita ada. Saya kira, kita tidak mahu lagi ada kilang ataupun industri di daerah Kuala Langat khususnya tempoh hari dalam sidang yang lepas, EXCO juga ada menjawab ada kilang yang dikenakan denda sejumlah RM4 juta kerana membangunkan tanpa Kebenaran Merancang dan saya kira ini sangat mengecewakan walaupun mungkin akhirnya dapat dikurangkan RM2 juta dan membayar. Jadi, saya lihat ini antara perkara juga yang suka saya sentuh.

Kemudian, dalam soal pembangunan kompleks perumahan pekerja Selangor, tadi Banting pun ada sebut di Kuala Langat kalau kita lihat ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Kuala Langat antara perancangan pembangunan 8 ekar tapak untuk perumahan pekerja dan saya jangkakan ini adalah tapak yang dimiliki oleh PKNS 8 ekar di Kebun Baru sebagai gantian kepada PKNS untuk pembangunan penempatan semula Kampung Darul Mujahidin dan saya kira ini sangat bersesuaian

kerana jumlah pekerja-pekerja asing yang ada di Kuala Langat terutamanya di kawasan perindustrian Teluk Panglima Garang, Kebun Baru jumlah kilang yang begitu besar dan juga jumlah pekerja-pekerja luar yang begitu ramai. Cuma saya juga hendak meminta supaya Kerajaan Negeri, hasil daripada pembangunan semula Kampung Darul Mujahidin yang berada di belakang dari Kampung Johan Setia, hasil daripada pembangunan itu menyebabkan sedikit takungan air ataupun banjir apabila hujan lebat di Sekolah KAFA di Sijangkang Jaya. Jadi, saya harapkan ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini. Kalau dulunya mungkin tanah yang dibangunkan untuk penempatan semula pembangunan perumahan itu, ia sebagai penempatan apabila berlaku banjir daripada KAFA dan juga kawasan perumahan Sijangkang Jaya yang ada di situ tetapi hari ini menjadi perkara yang sebaliknya. Apabila pembangunan itu, saya lihat mungkin pembangunan itu tidak berapa terancang, tidak ada longkang yang dapat mengalirkan kawasan Sekolah KAFA itu, yang akhirnya menyebabkan air bertakung dan saya harapkan ini akan ada sedikit peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu yang berlaku itu.

Kemudian, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan asas. Saya kira ini mungkin, saya minta penjelasan daripada EXCO Infrastruktur berkaitan dengan jejantas di bulatan Bandar Saujana Putra kerana hari ini apabila orang dah mula bekerja balik, kesesakan lalu lintas berlaku lagi. Kekhuatiran saya apabila Sekolah Kebangsaan Bandar Saujana Putra itu nanti siap dan akan mula sesi persekolahan ia akan menyebabkan lagi teruk kesesakan lalu lintas yang berlaku di situ. Satu lagi adalah berkaitan dengan jejantas yang akan merentasi West Coast Expressway ataupun Lebuh raya Pantai Barat, yang saya kira tempoh hari pun EXCO dah turun dan rakyat masih lagi bertanyakan apa kesudahannya walaupun saya faham penjajaran Lebuh raya itu harus juga melihat kepada kecerunan dan sebagainya tetapi saya kira ada keputusan-keputusan di peringkat Kerajaan Negeri yang boleh dimaklumkan kepada rakyat supaya akhirnya memberikan satu keputusan menang-menang dan rakyat berpuas hati.

Kemudian, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Teras II Membangunkan Masyarakat Penyayang dan Kesejahteraan Sosial. Program-program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, seperti yang saya sebutkan tadi, kemudian saya ingat Kerajaan Negeri membuat penjajaran semula dan juga penjenamaan dan saya harapkan dapat penjelasan apakah program-program yang sebelum ini terutamanya yang diberikan kepada rakyat akan diteruskan, dijajarkan dan sebagaimana, kerana ini juga menjadi persoalan di peringkat bawahan sana dan saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab daripada Ucapan Belanjawan itu, saya nampak tidak berapa jelas sama ada program-program dulu dapat diteruskan ataupun ada penjajaran dan sebagainya. Kemudian, saya ingin juga menyentuh hal pembinaan Program Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Kerajaan Prihatin. Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan daripada RM1.5 juta kepada RM2 juta dan saya harapkan ini boleh ditingkatkan kerana rumah ini adalah satu keperluan kepada masyarakat

selain daripada mungkin perancangan untuk membina rumah mampu milik yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di jajaran Sungai Kelang yang dirancang itu tetapi bagi mereka yang mempunyai tapak rumah, tapak untuk didirikan rumah ia memerlukan peruntukan dan mereka tidak mampu untuk membina rumah. Dan ini saya kira boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri terutamanya mereka yang mempunyai tapak, yang secara legal nya warisan daripada keluarga mungkin bersifat lot-lot tertentu dan kita boleh bantu untuk mereka mendirikan rumah dan mereka berkeluarga. Selain daripada itu juga, saya hendak minta supaya Kerajaan Negeri untuk melihat semula isu lot-lot lidi ataupun pembelian tapak-tapak daripada pemunya tanah kalau mungkin secara power entity nya ia terlalu longgar tetapi ikatan amanah, ia mempunyai ikatan yang saya kira secara legal nya ia masih lagi di bawah Kanun Tanah Negeri Selangor yang saya kira masih dibolehkan cuma secara teknikalnya mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat, boleh membentuk satu Jawatankuasa untuk melihat bagaimana lot-lot lidi ini kesesuaian persegi ataupun keluasannya, keperluan infrastrukturnya dirancang, dibuat kajian dan akhirnya ia juga diberi peluang kepada rakyat yang tidak mampu untuk membeli rumah mampu milik RM250,000.00 dan mungkin dengan adanya lot-lot ini yang boleh dikaji semula sebenarnya, memberikan peluang kepada mereka ..

Speaker

Yang Berhormat, Sijangkang sila duduk. Sambung esok, sambung. Saya bagi sambung esok ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 4.30 petang. Dengan ini, saya menangguhkan sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 sehingga hari esok 30 November 2021 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)