Selangor · 30 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 327 turns · 35,083 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Keempat belas pada 30 November 2021 dimulakan dengan bacaan Doa.
Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam Sejahtera, Selamat Pagi, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga saya ucapkan kepada semua Ahli Mesyuarat, soalan saya No. 20.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Ekonomi BeliaQuestions
20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor untuk menambahbaik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendpatan mereka pada pasca pandemik COVID-19?
b)
Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha tersebut ?
Selamat pagi, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa. Yang bertanyakan berkaitan usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaikkan keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendaftaran mereka pada pasca pandemik 2019. Yang Berhormat Sentosa juga maklum, ketika pandemik tidak banyak perkara yang
kita boleh lakukan, tetapi apabila tiba pasca pandemik ini, kita memberi fokus kepada dua perkara Yang Berhormat Sentosa.
Yang pertama dalam bidang pertanian, yang kedua dalam bidang usahawan. Dalam rangka ini, Penggerak Belia Selangor melalui EXCO Penggerak Belia Selangor di peringkat induk, telah menandatangani satu persefahaman dan perjanjian dengan PKPS untuk mewujudkan peluang aktiviti pertanian kepada para belia kita. Yang kedua Yang Berhormat Sentosa, kita juga akan mengadakan satu persefahaman dengan hijrah bagi mewujudkan satu produk khas bagi membantu para belia kita untuk menceburkan diri mereka dalam bidang usahawan ini. Ini adalah dua perkara yang akan kita fokus pada tahun 2022 dan saya mengharapkan ahli-ahli Yang Berhormat di semua peringkat dapat membantu usaha ini dengan mengenal pastikan para belia kita yang berminat dalam pertanian, mahupun dalam bidang usahawan. Ini dua perkara yang kita akan fokus dalam tahun 2022.
Soalan tambahan.
Silakan, Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya tanya berkenaan dengan program RiDE itu. Yang adakah Kerajaan Negeri ada program penambahbaikan ataupun peningkatan dari segi penerima dia.
Terima kasih Yang Berhormat, Sentosa. RiDE ini bukanlah satu program jangka panjang, dia adalah berbentuk one off. Walau bagaimanapun, kita telah menerima banyak permohonan lebih lapan ribu permohonan yang kita terima dan kita telah menyerahkan lebih tiga ribu pada pemohon. InsyaAllah 2022 kita akan teruskan juga program RiDE ini dan kita akan pergi sejauh ke utara dan selatan negeri dalam Negeri Selangor bagi memberi bantuan kepada mereka dengan bantuan sebanyak RM500 kepada mereka. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, pada 2020 seramai 300 orang peserta telah berjaya menyertai program ini dengan jumlah peruntukkan dibayar sebanyak 1.95juta pada tahun 2020. Dan bagi 2021, kita telah terima 8000 permohonan dan di kalangan di kalangan RiDE ini, majoriti yang memohon adalah berumur 21 hingga 23 umur 21-23 tahun yang mohon RiDE ini. Jadi kita akan teruskan RiDE ini dan kita juga akan menambah baik program-program RiDE di mana kita ada sekarang ini.
Terima kasih. Saya mempersilakan Yang Berhormat Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No. 21.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Peranan Suka Dalam Fasa EndemikQuestions
21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah peranan yang dirancang oleh kerajaan untuk para sukaralewan SUKA memandangkan negara sudah masuk ke fasa endemik?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua kerana bertanya mengenai Peranan SUKA Dalam Fasa Endemik. Soalan ini akan saya jawab bersekali dengan soalan dari Yang Berhormat Pandamaran N47 soalan No. 244. Yang Berhormat Dusun Tua dan Yang Berhormat Pandamaran bertanyakan tentang peranan dan fungsi Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Seperti yang telah kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Awam Komuniti Selangor (SUKA) di semua 56 DUN di Negeri Selangor pada Jun 2021 yang lalu. Misi SUKA ialah untuk membantu para ADUN untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sihat sejahtera dalam aspek fizikal dan mental melalui aktiviti dan program setempat yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesedaran awam.
Sejak awal penubuhan SUKA lagi, peranan SUKA tidak hanya dihadkan kepada membantu dalam aspek pencegahan dan rawatan untuk COVID-19, sebaliknya merangkumi aspek-aspek kesihatan yang lain seperti yang terkandung dalam objektif SUKA. Antara objektif penubuhan SUKA ialah pertama, membantu mengurangkan insiden dan privelen penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Kedua, mempromosi dan menggalakkan budaya gaya hidup sihat melalui pelbagai platform kepada masyarakat setempat. Ketiga menjadi penghubung dan pemudah cara bagi menyampaikan informasi berkenaan program dan insentif Kerajaan Negeri berkaitan aspek kesihatan kepada masyarakat setempat. Keempat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran.
Selari dengan peralihan fasa COVID-19 daripada pandemik kepada endemik pada akhir tahu ini, peranan SUKA akan dipertingkatkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian yang akan berfokus kepada kempen dan advokasi, promosi gaya hidup sihat, kesihatan mental kesihatan persekitaran, pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit, program kepada kanak-kanak dan warga emas dan lain-lain lagi. Peranan SUKA di fasa endemik juga akan ditumpukan kepada advokasi dan kempen berkenaan kesihatan persekitaran sesuai dengan pelan tindakan State Environmental Health Action Plan (SEHAP) di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Selain itu para koordinator SUKA dan anggota SUKA juga akan meneruskan lagi siri-siri latihan dari masa ke semasa selepas ini bagi meningkatkan
lagi kemahiran dan kapasiti anggota SUKA dalam bidang kesihatan awam. Siri latihan ini akan dikendalikan oleh Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia (PIKAM).
Yang Berhormat Pandamaran juga melalui soalan 244 B, ada bertanyakan mengenai jumlah peruntukkan bagi pelaksanaan program SUKA ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2021, bagi melaksanakan projek rintis SUKA ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,214 400.00. Daripada jumlah ini, sebanyak RM50 ribu telah digunakan bagi tujuan latihan kepada koordinator dan ahli SUKA. Sebanyak RM18 ribu diberi kepada setiap DUN bagi menjalankan program dan aktiviti berkaitan yang melibatkan peruntukkan keseluruhannya satu juta lapan ribu ringgit manakala bakinya digunakan bagi tujuan pembelian ves kit sukarelawan dan aktiviti promosi program SUKA di seluruh Negeri Selangor. Terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Ijok No. 22.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Project WceQuestions
22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membendung masalah-masalah yang timbul daripada projek WCE seperti kerosakan jalan oleh lori-lori lebih muatan, banjir akibat parit tersumbat dan pencemaran udara ?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok bertanyakan soalan berhubung dengan usaha Kerajaan Negeri dalam membendung masalah-masalah timbul daripada projek WCE seperti kerosakan jalan oleh lori-lori lebih muatan, banjir akibat parit sumbat dan pencemaran udara. Bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kerja-kerja pembinaan lebuh raya di bawah WCE, beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan. Melalui JKR Selangor, kita telah membelanjakan sejumlah peruntukkan untuk membaik pulih jalan-jalan rosak yang diakibatkan oleh kenderaan lebih muatan yang melalui jalan berkenaan dan juga kerja-kerja oleh pihak kontraktor yang berdekatan.
Kerja-kerja baikpulih adalah menggunakan peruntukan MARRIS dan juga tambahan lain di lokasi kerja-kerja baikpulih tertumpu kepada terutamanya jalan Bukit Badong Daerah Kuala Selangor yang mengalami kerosakan kritikal. Untuk tahun depan telah diperuntukkan RM2 juta lagi tambahan bagi perbaiki jalan berkenaan. Dalam masa yang juga, pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan & Penyeragaman Berkaitan Bahan Batuan Dan Mineral Negeri Selangor Bil. 1/2020 telah memutuskan agar pengusaha (pemegang permit bahan batuan) dan kontraktor di lokaliti Kawasan jalan raya ini perlu menyelenggara jalan-jalan yang rosak diakibatkan oleh kenderaan lebih muatan. Kita ada tabung khas, Amanah yang kita ambil daripada kontraktor bukan sahaja di DUN Ijok la, di tempat lain pun, mana ada kontraktor yang kerja-kerja besar disitu, termasuklah kerja-kerja jalan raya, highway, ataupun kerja-kerja di kuari ataupun kerja-kerja pemasnagan paip dan sebagainya, kita wajibkan mereka menyumbang kepada kerja-kerja kos penyelenggaraan jalan di Kawasan berkaitan.
Sebahagian kerja-kerja baikpulih dilaksanakan oleh pihak WCE dan sebahagian oleh pihak konsensi penyelenggaraan jalan iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Yang telah diberi tanggungjawab untuk menyelenggara jalan-jalan negeri. Sejak tahun 2020, JKR Selangor telah membelanjakan anggaran peruntukan berjumlah RM5.3 juta bagi kerja-kerja baikpulih jalan di lokasi yang berkenaan. Sekian, terima kasih
Soalan tambahan.
Ijok.
Terima kasih. Terima kasih YB Exco, ini tentang kerosakan jalan, soalan saya pun tentang pencemaran alam sekitar sebab lori-lori ini gunakan jalan-jalan kampung, habuk. Ini akan menjejaskan kesihatan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau lori-lori walaupun kecil, tetapi kurangkan habuk dan kurangkan pencemaran udara.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya meneliti tentang isu-isu berkaitan dengan jalan raya, kerosakan dan juga kaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit seperti longkang, dan juga habuk dan sebagainya. Jadi kita akan menyelaras kerja ini, Cuma saya nak sebut sini, kaedah yang kita pakai sekarang ini, kita telah tingkatkan lebih sikit, so balance, ataupun pemantauan. Pertamanya kita telah memperkenalkan apa yang dipanggil sistem smart road aset management system yang sedang di peringkat akhir telah kita mula buat ujian perintis yang di usahakan bersama antara JKR dan juga Infraself Sdn Bhd anak syarikat yang di bawah Kumpulan Semesta. Dan saya telah perhatikan lengkap kaedah pemantauan itu menggunakan segala teknologi yang ada, drone dan sebagainya untuk kita memantau keadaan jalan kita dengan pothole nya, lubang jalan nya, dengan perabot jalan, dengan lori-lori ataupun tempat-tempat yang selalu rosak kerana lori dan laluan-laluan yang mereka lalu telah dilaksanakan dan saya datang
lihat projek perintis itu dan saya yakin akan membantu banyak dalam kerja-kerja pemantauan kita. Sebab ini berkaitan dengan pemantauan dan saya juga telah meminta supaya pihak-pihak yang berkaitan sebab ada yang di luar bidang portfolio saya yang terlibat dalam isu berkaitan dengan kuari dan juga alam sekitar ini yang kita akan selaraskan. Tetapi saya yakin dengan pelaksanaan kaedah-kaedah yang moden dengan sistem yang sedia ada, kita dapat memantau dengan lebih baik supaya tindakan lebih dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat. Ini merupakan perkara yang menjadi prioriti ataupun keutamaan dalam kita melaksanakan pemantauan dari segi infrastruktur di Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Suka atau tidak sebenarnya saya terima kasih dulu kepada Yang Berhormat Pandan Indah kerana pernah menjemput untuk menghadiri mesyuarat secara online dengan WCE ini. Lebih setuju Yang Berhormat dengan saya bahawa sebenarnya pemantauan ini perlu melibatkan juga ADUN dan melibatkan perjumpaan secara bersemuka, bukan sahaja dihadkan ataupun terhad kepada pemantauan dengan menggunakan teknologi. Kerana sebagai wakil rakyat kami menggunakan jalan-jalan kampung ini. Setakat ini, pernah lihat dengan mata sendiri, lori-lori besar ini menggunakan jalan-jalan kampung menjalankan kerosakan-kerosakan dan menyebabkan kacau ganggu dan sebagainya. Sekiranya perkara ini tidak dilaporkan dengan serta-merta dan tidak ada saluran untuk dilaporkan maka saya rasa ia akan menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam masa yang tersingkat. Jadi, saya memohon adakah mungkin kita boleh dapat bersama dalam apa-apa perjumpaan setiap kala untuk bincang tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Itu yang saya sebutkan tadi usaha-usaha kita berterusan, pemantauan sebab kadang-kadang benda ini amat sukar untuk kita nak mengawal kalau masuk jalan kampung ini. Tetapi saya akan ambil maklum tentang perkara ini bagaimana kaedah yang kita dapat buat. Saya ada bagi contoh ya, jalan di jalan Kampung Lombong contohnya, ini jalan yang dah siap hah! Ini berita gembira, sekian lama disebabkan pihak kontraktor masalah akhirnya kita berjaya dah siapkan lampu jalan, saya difahamkan pun dah ready akan mula digunakan pada Januari ini, hujung bulan dua belas ini akan mula digunakan.
Kita terpaksa menghalang daripada kenderaan-kenderaan yang mengambil jalan pintas ini. Jalan itu baru, cantik tiba-tiba terpaksa buat dia akan gunakan jalan pintas bukan setakat lori-lori daripada kuari, kontena-kontena pun akan lalu jalan itu
sedangkan jalan itu boleh dianggap macam jalan kampung walaupun jalan dia dah agar besar tapi jalan kampung terpaksalah kita bina gentry untuk halang daripada jadi bila nak buat gentry berapa tinggi nak letak dia akan menyebabkan gangguan ada yang akan buat aduan mereka tak dapat lalu sebab ada gentry dan setengah tu dia langgar sahaja gentry tu. Jadi terpaksalah kita buat yang besar-besar.
Jadi tapi bukan lah satu kaedah yang sihat untuk kita meletak gentry merintangi jalan bagi menghalang kenderaan besar ni lalu ia tidak berapa sesuai lah berbanding di Negeri Selangor tapi itu lah antara perkara yang terpaksa buat dalam nak memastikan laluan-laluan jalan ini selamat terutamanya untuk orang-orang tempatan di situ. Yang keduanya tidak merosakkan jalan dengan cepat sebab jalan baru siap dengan kos yang tinggi terpaksa menghalang kenderaan-kenderaan berat sebab mereka akan memilih jalan yang paling pendek. Paling pendek bagi mereka untuk mereka nak sampai ke destinasi dan mereka tidak peduli itu semua.
Jadi sebab itu saya rasa kerjasama semua pihak agensi akan kita buat supaya memastikan pemantauan, pelaksanaan dapat dibuat dengan baik bagi memastikan bukan sahaja kualiti jalan tapi juga kesihatan dan keselamatan penduduk setempat. Terima kasih.
Soalan tambahan
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Y.B. EXCO, WCE ni ya sebahagian daripada kawasan yang dilalui adalah di dalam DUN Sementa dan ianya termasuk sebahagian pada Kampung Bukit Kapar yang sedang apa ni sedang berlaku sekarang ya dan nampaknya WCE ini menyebabkan banjir ya di kampung terutamanya di Jalan Paya Barat di Kampung Bukit Kapar yang mana pihak WCE telah menutup ya parit ya untuk saliran air ya di kawasan kampung tersebut dan menyebabkan banjir apabila berlaku hujan yang lebat. Jadi saya mohon kepada EXCO untuk memastikan WCE menjaga ataupun membuat saliran baru untuk kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Saya akan take note lah apa sebab setakat yang ni yang pertemuan yang agak kerap yang kita adakan dengan pelaksana lebuh raya ni setakat ini saya tidak menerima laporan begitu. Jadi saya harapkan dapat supaya pihak-pihak yang berkaitan dapat sampaikan sebab kita punya mesyuarat yang berkala dengan pihak-pihak lebuh raya ni.
Macam baru ni saya ada melawat Seri Cheeding untuk menyelesaikan masalah laluan itu di WCE itu tapi kalau kita menerima laporan berhubung dengan isu-isu ini, InsyaAllah kita akan selesaikan dengan yang terbaik lah. Terima kasih.
Saya minta Pandamaran teruskan soalan. Bukan soalan tambahan. Terus.
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Ya, terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 23. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Bas Smart SelangorQuestions
23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah perkhidmatan Bas Smart Selangor akan memasuki ke kawasan Pandamaran dan Pelabuhan Klang?
b)
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri bagi meluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Pandamaran Dan Pelabuhan Klang?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Tuan Speaker, perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi Kawasan Pandamaran dan Pelabuhan Klang adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang. Pada masa ini laluan sedia ada yang melibatkan kawasan Pelabuhan Klang adalah laluan KLG 1 yang beroperasi daripada Bandar Klang sehingga ke Kompleks Sukan Pandamaran.
Secara umumnya, Bas Smart Selangor tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan. Tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan Agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun APAT mengikut zoning kepada operator bas sedia ada dan umum sedia maklum bahawa keperluan bas awam atau bas henti-henti adalah di bawah tanggungjawab APAT.
Bas Smart Selangor disediakan hanyalah untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui bas sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAT.
Untuk makluman juga, perkhidmatan Bas Smart Selangor akan dibiayai oleh MPK sepenuhnya menggunakan peruntukan sendiri. Oleh itu sekiranya perkhidmatan ini
perlu diperluaskan ke kawasan Pandamaran atau sekitar Pelabuhan Klang, MPK perlu melihat beberapa perkara seperti berikut;-i. Jumlah ridership iaitu kekerapan penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan ini; ii. Kos penyelenggaraan yang akan terlibat dan berdasarkan kajian; iii. Berdasarkan kajian, MPK terhadap laluan sedia ada dari semasa ke semasa bergantung kepada penggunaannya seperti jumlah hentian bas yang perlu disediakan, jarak laluan bas, jumlah bas yang diperlukan, kekerapan jumlah perkhidmatan setiap jam dan jangkaan kekerapan penumpang. Sekiranya terdapat laluan kritikal yang mempunyai potensi penumpang yang tinggi untuk dicadangkan sebagai laluan Bas Smart Selangor ianya perlu dikaji dan diteliti oleh MPK sebelum di bentang untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor di mana pihak APAT juga merupakan salah satu Ahli Jawatankuasa yang akan memberikan nasihat dan pandangan berhubung sebarang cadangan laluan Bas Smart Selangor. Oleh yang demikian sebarang penambahan laluan baru untuk memberi servis kepada kawasan tersebut bukan sahaja memerlukan peruntukan kewangan tambahan malah cadangan penambahbaikan atau pertambahan bas serta laluan adalah tertakluk kepada kemampuan berdasarkan kedudukan kewangan MPK untuk menampung perkhidmatan bas tersebut bagi jangka masa yang panjang dengan mengambil kira kos yang akan semakin meningkat, bilangan penumpang yang tidak konsisten dan Penambahan permohonan kawasan laluan baru yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL
: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya No. 24.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Selangor International Business Summit (SIBS)Questions
24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah Kerajaan Negeri merancang untuk merumuskan secara komprehensif Selangor International Business Summit (SIBS)?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri, melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perdagangan telah menganjurkan Sidang Kemuncak Selangor International Business Summit ini sejak tahun 2015. Program ini telah bermula dengan hanya satu pameran sahaja iaitu, Selangor International Ekspo di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIEC), di Seri Kembangan. Ianya telah dijenamakan semula sebagai Selangor International Business Summit pada tahun 2017 dan menggabungkan beberapa persidangan dan pameran dalam satu Sidang Kemuncak.
Pada penganjuran tahun 2021 ini, SIBS2021 berjaya menghimpunkan sebanyak 9 program secara keseluruhannya menjadinya sebagai salah satu Sidang Kemuncak yang terbesar pernah dianjurkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia dan ini telah pun dicatatkan sebagai Malaysia Book of Record.
Sepanjang 7 tahun penganjuran, SIBS telah berjaya menyediakan satu platform perbincangan dan perkongsian maklumat kepada para usahawan PKS agar dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Persidangan Selangor ASEAN Business Conference misalnya, telah menjadi satu persidangan di mana tokoh-tokoh ekonomi antarabangsa telah berkongsi pandangan dan idea. Antara topik yang telah dibincangkan di persidangan tersebut termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ataupun RCEP, Perkembangan Ekonomi pasca Pandemik, Inovasi Pemangkin Pembangunan Pasaran dan lain-lain
Di samping itu, SIBS juga telah berjaya menjadi medan pertemuan di antara peserta PKS dengan rakan dan pembeli-pembeli perdagangan dari dalam dan luar negara. Sepanjang 7 tahun penganjurannya, antara industri yang diketengahkan melalui Sidang Kemuncak ini adalah industri Makanan & Minuman, industri Farmaseutikal & Peralatan Perubatan, industri Halal dan lain-lain. SIBS juga menjadi medan bagi memperkenalkan Start Up dan pemain industri Teknologi Bandar Pintar, Inovasi dan barangan ciptaan terkini.
Secara keseluruhannya, sejak dari penganjuran pertamanya pada tahun 2015 sehingga 2021, Selangor International Business Summit telah berjaya menyediakan 2,951 tapak pameran bagi peserta PKS dan menerima sebanyak 95,451 orang pelawat dari dalam dan luar negara. Jumlah nilai transaksi yang dibincangkan ataupun negotiated transaction value dengan izin yang telah direkodkan sepanjang 7 tahun pelaksanaan Sidang Kemuncak SIBS sehingga tahun 2021 ini telah mencecah RM1.13 billion
Pada tahun 2020 yang lepas, Sidang Kemuncak SIBS ini telah dianjurkan secara virtual oleh kerana penularan wabak COVID-19, namun, ianya telah berjaya menghimpunkan seramai 286 usahawan dan telah menerima pelawat digital seramai 175,000 orang. Program Virtual Selangor International Business Summit ini juga telah berjaya merekodkan sebanyak RM1.0 juta nilai transaksi yang dibincangkan melalui sesi pemadanan perniagaan atas talian yang dijalankan semasa Sidang Kemuncak tersebut.
Sidang Kemuncak SIBS 2021 yang baru selesai dianjurkan secara fizikal pada 18-21 November 2021 di Kuala Lumpur Convention Centre, telah menyediakan 472 tapak pameran, dan menerima lebih daripada 25,000 orang pengunjung. Sidang Kemuncak SIBS 2021 ini juga akan diteruskan di portal perdagangan rasmi Selangor iaitu www.selangorbusinesshub.my selama setahun.
Di samping kejayaan ini sidang kemuncak SIBS ini juga telah merupakan kejayaan Kerajaan Negeri di dalam melonjakkan Negeri Selangor di persada Antarabangsa. SIBS merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri di dalam penjenamaan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Dunia serta gerbang bagi rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan acara ini untuk tahun-tahun yang akan datang.
Saya mempersilakan Dengkil. Tidak hadir. Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan No. 26.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Anak Syarikat Kerajaan NegeriQuestions
26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Senaraikan aktiviti CSR yang dilaksanakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2018-2021?
b)
Apakah sasaran pelaksanaan CSR oleh anak syarikat Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda dari tahun 2020 hingga kini?
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam dan Speaker atas soalan yang dikemukakan dan saya rasa jawapan ini juga akan menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Jeram dalam perbahasan semalam. i) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat di bawah MBI. Terdapat program yang dilaksanakan pada setiap tahun seperti Program Hal Ehwal Agama Islam merangkumi Program Ihya’ Ramadhan, Program Lembu Korban dan juga Insentif Haji Muassasah. Selain itu, Program Tuisyen Rakyat (PTRS) dan juga Program Jelajah Kembali Ke Sekolah turut diadakan pada saban tahun. Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa Pakej Rangsangan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1 dan 2 yang berlangsung pada 2020. Kemudian, Pakej Rangsangan Kita Selangor 1 dan 2 pada tahun 2021.
MBI secara langsung terlibat dalam Pakej-pakej tersebut. Antaranya:-i. Insentif RM200 (one-off) kepada petugas barisan hadapan di hospital negeri Selangor;
ii. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di UNISEL;
iii. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
iv. Bantuan makanan untuk petugas keselamatan ataupun frontliners; dan iv. Bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan di hospital-hospital di seluruh negeri Selangor Sumbangan MBI untuk Pakej Rangsangan Prihatin Fasa 2 tahun 2020 ialah :-i. Insentif penjagaan kanak-kanak kakitangan petugas barisan hadapan
di Jabatan Kerajaan Negeri Selangor; ii. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di UNISEL; iii. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di KUIS; iv. Bantuan makanan untuk petugas-petugas keselamatan;
v. Bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan di hospital negeri
Selangor; vi. Bantuan makanan untuk pengamal-pengamal media; dan seterusnya yang terakhir; vii. Aplikasi e-learning sepanjang dua bulan secara percuma bersama dengan Yayasan Selangor. Ini program Jom twitter yang disertai lebih 40,000 hingga 50,000 anak-anak di Negeri Selangor. Sumbangan MBI untuk Pakej Kita Selangor 1.0 tahun 2021 pula:-i. Makanan, bantuan makanan frontliners untuk Hospital & SJR; ii. Bakul makanan untuk Orang-orang Asal; iii. Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan (TASKA) di MAEPS Serdang dan beberapa tempat dan lokaliti yang dikenal pasti; dan v. Portal e-PTRS. Manakala, untuk Pakej Kita Selangor 2.0, yang mana ia melibatkan Program Inisiatif Rebat Pengangkutan Grab Bagi Pengambilan Vaksin COVID-19 ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di COVID-19. Selain itu, MBI juga terlibat secara langsung dengan program bantuan bekalan makanan untuk frontliner, kesihatan dan PPV, baucar barang runcit, sumbangan bakul makanan, sumbangan peranti dan lanjutan inisiatif cakna anak barisan hadapan operasi TASKA di PKRC MAEPS, Serdang. MBI sentiasa cakna terhadap keperluan rakyat dengan menghadapi pandemik ini, apabila memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai program-program yang telah dinyatakan di dalam jawapan (a). MBI juga sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri menjayakan apa jua inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dan terbukti selama beberapa tahun kita mengubah dan juga menyesuaikan dengan keadaan. Sebagai contoh insentif muassasah haji yang kita anjurkan pada tiap-tiap tahun, kita tukar kepada bantuan sokongan duit raya kepada imam, nazir, siak, di masjid-masjid menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Kalau tahun ini dianjurkan haji sekali lagi, kemungkinan kita akan lihat daripada segi jumlahnya dan termasuk tahun lepas, kita mengagihkan bantuan kepada hampir semua masjid. Bila kita pergi ke daerah-daerah, dengan sumbangan ke daerah tersebut, di kawasan lokaliti dan daerah yang saya hadiri semasa jelajah Ramadan Menteri Besar. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih, Tuan Speaker. Seperti mana yang pernah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bahawa CSR, anak-anak syarikat ini akan menyumbangkan bentuk kewangan, sumbangan kewangan kepada Kerajaan Negeri sebagai sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah yang telah diberikan sama ada dalam bentuk tunai ataupun bentuk program CSR kepada Kerajaan Negeri, pada tahun lepas berbanding dengan tahun sebelumnya.
Terima kasih. Saya tak boleh jawab, tapi saya akan jawab ketika penggulungan nanti sebab angkanya merupakan angka spesifik. Tak adil kalau saya jawab secara terus, takut terkurang atau terlebih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Boleh tak kami faham cara keputusan dibuat, bagaimana kita nak aturkan perbelanjaan CSR, anak-anak syarikat, bila MBI nak pilih, nak buat program A, B atau C. Adakah MMKN yang membuat keputusan atau pengurusan syarikat yang membuat keputusan cara kita membelanjakan berjuta-juta ringgit, program CSR ini.
Terima kasih. Untuk program pakej rangsangan yang menelan belanja yang sangat besar. Sebahagian daripada keputusan-keputusan itu dikemukakan di dalam MMKN. Seperti program bantuan bekalan untuk pegawai-pegawai di MAEPS Serdang, ataupun TASKA-TASKA. Itu kosnya agak tinggi. Bantuan tablet dan sebagainya, itu dibentangkan. Tapi untuk sumbangan secara kecil-kecilan dan runcitan, kita ada komiti di peringkat yang melibatkan beberapa pejabat, termasuk Pejabat Menteri Besar dan pejabat ini, untuk menilai keputusan-keputusan yang di bawa. Dan keputusan-keputusan yang dibuat itu akan dibentangkan kembali dalam Ahli Lembaga Pengarah MBI, supaya di endorse dan dilihat semula atas keputusan yang dibuat. Dan memastikan ketelusan serta proses yang dilakukan itu mempunyai semak dan imbang. Tapi untuk program menelan belanja yang besar, untuk insentif muassasah haji, kita akan membentangkan di dalam MMKN, bantuan untuk ini, saya akan maklumkan dengan program ini adalah dana daripada CSR MBI. Itu makluman itu, kita akan buat daripada masa ke semasa. Terima kasih.
Hulu Bernam.
Saya ingin bertanya apakah ada bantuan CSR daripada agensi-agensi kerajaan ini, khas kepada ibu-ibu tunggal yang kematian suami yang memakan masa untuk dia mendapatkan pekerjaan, yang berupa kewangan. Terima kasih.
Terima kasih, Hulu Bernam. Kita akan mengambil kira. Kalau itu sebagai cadangan, untuk melihat kepada keperluan-keperluan tersebut. Dalam belanjawan, kita fokus kepada anak-anak balu ini, sebab anak-anak yang mungkin berdepan dengan risiko yang besar, tapi tentang ibu dan juga ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami, akibat daripada COVID-19, mungkin hal itu akan di respons EXCO yang berkaitan dalam hal yang berkenaan. Kita akan ambil perkiraan. Terima kasih.
Meru.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan saya nombor 27.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Banjir Kilat Taman Sungai Kapar IndahQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Adakah perancangan pihak MPK untuk mengatasi masalah banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah? b) Adakah pihak MPK membuat kajian punca kejadian banjir kilat apabila setiap kali hujan lebat turun?
Terima kasih Yang Berhormat Meru dan Tuan Speaker. Yang Berhormat bertanyakan berhubung dengan isu atau status masalah banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah. Untuk maklumat Yang Berhormat bagi mengatasi masalah banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah yang sebahagiannya adalah di bawah Majlis Perbandaran Klang. Telah membuat perancangan seperti berikut :
i) Melantik juru perunding untuk membuat kajian dan sedang pun dah berjalan dan akan siap untuk program secara menyeluruh di kawasan berkenaan bagi mengatasi banjir, pada bulan Januari 2022.
ii) Pihak, dan selepas itu, pihak majlis akan memanggil kerja-kerja menaiktaraf perparitan berdasarkan rekabentuk juruperunding yang akan dikeluarkan nanti pada awal tahun 2022.
Walau bagaimanapun, saya difahamkan kerja-kerja itu sedang dilaksanakan di sebahagian tempat di kawasan berkenaan bagi mengurangkan tekanan atau masalah banjir kilat ini.
Pada masa ini, soalan bahagian (b), kajian punca banjir dan cadangan sedang dilaksanakan oleh pihak perunding yang saya sebutkan tadi. Dan skop perunding ini adalah seperti berikut :
a. Menjalankan siasatan tapak termasuk kerja-kerja pemetaan utiliti, siasatan tanah (soil investigation) dan kerja ukur aras tanah. b. Membuat analisa hidrologi dan hidraulik, reka bentuk terperinci bagi penambahbaikan terhadap saliran sedia ada. c. Menyediakan pelan dan dokumentasi bagi kerja-kerja pelaksanaan projek selepas cadangan daripada konsultan ini. Sekian.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. SeldecQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah telah kerajaan negeri berbelanja untuk membangunkan/mempromosikan/menyelenggarakan platform SELDEC?
b) Berapakah orang dan/atau syarikat yang menjual di platform ini?
c) Apakah hasil purata penjual di platform SELDEC?
Terima kasih Bukit Gasing dan Speaker atas soalan yang dikemukakan. Saya menjawab soalan bagi pihak Yang Berhormat Rodziah, kerana beliau ketika masih lagi kuarantin akibat kontak rapat.
Ahli Yang Berhormat sekalian, SELDEC dibangunkan dengan kos keseluruhan RM2.6 juta dan ia dibiayai oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC), dibawah PKNS. Pembiayaan ini termasuklah kos pembangunan portal SELDEC, Pembangunan ERP dan E-Pos Sistem, Operasi dan Pemasaran. Pihak SELDEC telah menerima grant, satu kali sahaja, untuk online Marketplace, yang bernilai keseluruhannya adalah RM320,000.00 di mana RM150,000.00 dibayar pada November 2020, dan RM170,000.00 dibayar pada Mac 2021.
Sehingga kini SELDEC mempunyai sekitar 1,200 usahawan dan lebih 8,000 produk berada di dalam platform SELDEC. Purata penjualan di atas platform SELDEC adalah sebanyak RM65k hingga RM100k sebulan. Pada musim-musim perayaan, peningkatan purata penjualan adalah sebanyak 40%. Sebagai contoh, ketika Julai 2021, ketika perayaan Hari Raya Aidil Adha ataupun hari raya korban, pendapatan SELDEC telah mencecah RM140,000.00 sebulan, berikutan permintaan terhadap produk segar seperti ayam, daging dan juga sayur-sayuran yang sangat tinggi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Memandangkan dengan 1,200 usahawan yang ada di atas platform SELDEC, tetapi jualan dalam sekitar RM65,000.00 hingga RM100,000.00 sebulan. Saya jangka dalam 2 hingga 3 ribu sehari sahaja hasil jualan. Bukan sahaja untung jualan. Nampaknya macam jualan tidak begitu banyak, kalau dibahagikan dengan semua usahawan. Adakah lebih baik kita mengikuti contoh terdahulu, di mana kita pair up dengan Lazada ataupun Shopee, supaya syarikat-syarikat ini, boleh bawa produk mereka ke atas platfom yang mempunyai bilangan customer yang lebih banyak, supaya jualan mereka akan meningkat.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang itu cadangan dan perhatian Kerajaan Negeri. Kita akan bawa perhatian, sebab pada ketika ini, SELDEC kena membina niche mereka sendiri. Niche.. mereka yang sepatut dibangunkan pada peringkat awal ialah ikan, bahan protein dan juga sayuran segar. Ini di antara niche yang cuba dibangunkan dengan agresif. Tapi dalam masa yang sama, kita mempunyai beberapa aktiviti hiliran lah. Penghantaran bahan sejuk beku, penghantaran service, juga kita mula buat dan sebagainya. Itu yang dimaklumkan. Dan pada masa yang sama kita lihat, niche itu mungkin berdekatan dengan PKPS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor dan juga dengan apa yang dilaksanakan oleh Agro Ehsan, PKPS. Jadi saya cuba gabungkan pendekatan ini, supaya di antara keperluan bahan mentah dan juga keperluan pemasaran itu dapat digabungkan dan kita tidak membina terlalu banyak yang
terbencar-bencar. Cuma ada 1,000, pendapatan sampai cuma sekitar RM65,000.00 hingga RM70,000.00. bagaimana nak dibugarkan ataupun dicantumkan. Dicantumkan sebagai saf kepada platform-platform yang sedia terkenal seperti Shoppe, seperti Lazada, seperti, ada dua tiga lagi, yang lokal yang boleh digabungkan dan itu memang dalam perhatian pihak Kerajaan Negeri untuk dinilai oleh SELDEC. Terima kasih.
Batang Kali, tidak hadir. Sungai Ramal.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 30.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Penaikan Taraf PbtQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Kawasan Bangi dibawah urus tadbir MPKJ mempunyai bilangan pengundi teramai dalam Malaysia. Belumkah MPKJ mencapai taraf untuk menjadi sebuah Majlis Bandaraya?
b) Apakah kriteria yang belum dicapai oleh MPKJ untuk melayakkannya dinaik taraf sebagai sebuah Majlis Bandaraya?
Tuan Speaker, Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 4 Tahun 2008: Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT berhubung kriteria baru yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Naik taraf PBT adalah selaras dengan peruntukan seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana PBN, dengan berunding dengan Menteri dan PBT, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu PBT. Kriteria baru naik taraf PBT menekankan kepada 5 perkara berikut: (i) jumlah penduduk; (ii) jumlah hasil tahunan; (iii) sistem penyampaian perkhidmatan; (iv) keupayaan pusat pertumbuhan baru; dan
(v) kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu memenuhi sebelas (11) kriteria yang ditetapkan oleh KPKT bagi permohonan penaikan taraf Bandaraya. Kertas cadangan daripada MPKj boleh dibentang di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum pertimbangan lanjut oleh Kerajaan Negeri diputuskan.
Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 31.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Program Bantuan Blueprint Pembasmian KemiskinanQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-
a) Nyatakan secara terperinci hasil kajian berkaitan program bantuan blueprint pembasmian kemiskinan sepanjang tahun 2021?
b) Nyatakan jumlah penerima bantuan dan kos bantuan yang telah diberikan mengikut DUN?
Tuan Speaker, Jawatankuasa Pembangunan Sosio Ekonomi tidak ada melaksanakan kajian terperinci berkenaan Program Bantuan Blueprint pada tahun 2021. Namun, satu kajian Penilaian Impak telah dilaksanakan pada tahun 2018 oleh Institut Darul Ehsan (IDE) dan merujuk kepada Laporan Akhir Kajian Penilaian Impak Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan tersebut, majoriti responden dari kalangan penerima Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan iaitu 95% daripada sejumlah 1171 sampel penerima bantuan bersetuju bahawa bantuan mesin / peralatan yang diterima telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan bulanan mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah/ Tanah
untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Malah, Pejabat Daerah/ Tanah juga berperanan membuat perolehan bagi pembelian peralatan atau mesin. Sehubungan dengan itu, tiada perincian data penerima mengikut ADUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah/ Tanah. Berdasarkan rekod dari tahun 2016 sehingga tahun 2021, jumlah keseluruhan penerima manfaat bagi program ini adalah seramai 2,642 orang dengan jumlah peruntukan keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM10,013,800 (Sepuluh Juta, Tiga Belas Ribu, Lapan Ratus Ringgit). Bagi daerah Hulu Langat sahaja, seramai 212 orang telah diluluskan permohonan dengan peruntukan sebanyak RM902,450.00.
Soalan tambahan
Banting
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO ya, apakah akan berlaku sekiranya barang yang diberi untuk di bawah Blueprint ini sekiranya ia tidak dituntut oleh pemohon atas-atas sebab-sebab tertentulah dan barang itu, apakah yang boleh dilakukan terhadap atas barang itu?. Adakah ia boleh diberi kepada pemohon yang lain ataupun dipulangkan kepada Pejabat Tanah atau sebagainya. Sebab, saya rasa sekarang ini tidak ada situasi seperti ini. Nampaknya belum berlaku tetapi akan berlaku dan telah berlaku pun dan sekiranya pihak Pejabat Tanah pun khuatir sekiranya tidak diuruskan dengan betul akan ditegur oleh audit. Jadi, saya minta jawapan daripada Yang Berhormat, apakah akan berlaku. Adakah satu kriteria ditetapkan.
Terima kasih Banting. Sebenarnya masalah yang ditimbulkan tadi seperti mana barangan yang telah diluluskan dan dibeli tidak pernah dituntut itu tidak berlaku setakat ini. Tidak pernah saya terima masalah begitu setakat ini. Sekiranya ada, baru saya dapat buat kajian dan begitulah bertindak. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Program Agenda Klusterisasi Kerajaan Negeri SelangorQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah prestasi dan pencapaian program agenda klusterisasi yang telah digagaskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini bagi merancakkan ekonomi Negeri Selangor?
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih Sijangkang yang bertanyakan berkenaan dengan bagaimana agenda-agenda klusterisasi dapat dilaksanakan dan adakah Kerajaan Negeri masih lagi menjadikan gugusan-gugusan ekonomi ataupun klusterisasi sebagai sebahagian daripada pelan Kerajaan Negeri. Ya, sudah pasti ini adalah kerangka yang telah kita kemukakan pada tahun 2019 dan kerangka itu menjadi asas untuk kita melihat beberapa perancangan-perancangan yang dikemukakan. Saya sebutkan beberapa perkara perkembangan daripada setiap klusterisasi.
Untuk Kluster Industri Aeropolis dan Aeroangkasa, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu unit pada tahun lepas yang dinamakan sebagai S-DAICO ataupun Selangor Development (S-DAICO) iaitu yang dikenali sebagai Aerospace Industry Coordination Office yang mana ia berurusan dan membantu syarikat-syarikat untuk membangunkan perniagaan dan juga perindustrian aeroangkasa di Negeri Selangor dan S-DAICO antara penganjur Selangor Airshow atau yang pertama yang mendapat maklum balas telah mencapai sasarannya beberapa hari yang lepas. Yang kedua Pembangunan dan penerbitan pelan tindakan hala tuju khusus Aeroangkasa 2020-2030 dan yang ketiga sebagaimana yang saya umumkan, kita sedang merancang untuk membangunkan Selangor Aeropark di Sepang yang mana ia adalah pembangunan di antara pusat ataupun kawasan perindustrian aeroangkasa yang terbesar di Malaysia dan mungkin di kawasan South East Asian.
Kluster Industri Automotif Dan Industri Sokongan. Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia ataupun MARII telah mengusulkan dan berhasrat untuk mewujudkan pusat teknologi dan inovasi industri di Cyberjaya yang akan dijadikan sebagai 'test bed' bagi industri dron dan UAV.
Yang kedua, kita juga telah melihat pelaburan sebanyak RM131 juta daripada tahun 2019 sehingga 2020 di antara UMW yang dibuat oleh Syarikat UMW Toyota di Negeri Selangor pada masa yang sama kita sedang mengkaji dan melihat bagaimana kawasan di Hulu Bernam yang bersempadanan dengan Tanjong Malim untuk mencantumkan Proton City sebagai satu pusat pembangunan ataupun kawasan industri automotif yang terletak dalam gugusan dan capaian Kluster Automotif dan Industri Sokongan. Yang ketiga, Kluster Industri Sokongan Pelabuhan Dan Maritim. Pembangunan SBB Industrial berkeluasan sebanyak 1000 ekar bagi tujuan pembangunan perindustrian dan perumahan di persisiran pantai di Pulau Indah oleh Central Spectrum Sdn Bhd. Sudah pasti SMG, sebagaimana yang saya maklumkan Selangor Maritime Gateway akan memulakan projeknya secara fizikal pada tahun hadapan selain daripada sokongan pembersihan Sungai Klang yang sedang berlaku sekarang. Yang keempat, Kluster Industri Halal saya sudah maklumkan tentang SEL-HAP iaitu Selangor Halal Action Plan 2021 dan juga mengenal pasti 700 ekar kawasan untuk sebagai hub halal di Pulau Indah dan itu bioteknologi pembangunan dan penerbitan pelan hala tuju khusus bagi industri bioteknologi Negeri Selangor dan disasarkan jumlah pelaburan RM1.48 bilion dengan jumlah pendapatan RM2.7 bilion serta penciptaan 4000 peluang pekerjaan daripada tahun 2021 hingga tahun 2025 dan semalam EXCO yang berkenaan perlu bertemu dengan MOSTI turut membincangkan bagaimana hub ataupun bioteknologi ini dapat dikembangkan dan ada kesan-kesan positif yang timbul daripada perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Menteri MOSTI semalam.
Kluster Pertanian, Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan Pusat Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan di Sungai Lang dan sebahagian yang saya sebutkan berkenaan dengan kawasan Sungai Air Tawar dan juga Sabak Bernam dan juga dalam masa yang sama. Kita juga membina Smart Selangor Agro Park (SSAP) untuk menyelesaikan dan menggabungkan ataupun melengkapkan kitaran pengeluaran makanan yang selamat di negeri Selangor. Yang keenam, Kluster Pelancongan, Kerajaan Negeri memperbaiki dan meningkatkan prasarana Kelong Paradise di Bagan Nakhoda Omar. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan satu usaha kerjasama swasta dan Kerajaan Negeri untuk membangunkan serta mengindahkan Taman Alam di Kuala Selangor dengan pelaburan dekat RM100 juta dan beberapa waktu lagi kita juga sedang melihat bagaimana ingin membugarkan di kawasan Hulu Selangor terutamanya yang mempunyai jaringan chalet-chalet dan rumah hutan, rumah sungai yang dikunjungi ramai dan perlu mendapat legality ataupun kelulusan-kelulusan tanah daripada Kerajaan Negeri. Kluster pendidikan setakat ini kita menumpukan kepada pembentukan ekosistem, teknikal dan vokasional dengan pembentukan Selangor Technical Skills Development Centre. Kluster Ekonomi Digital. Sebab saya sedia maklum dengan peranan SIDEC dengan peranan SSDU dan juga beberapa usaha yang telah dibangunkan dengan anak-anak syarikat termasuk membina jalin yang saya umumkan dalam belanjawan jaringan fibre optik untuk industri-industri dan Kluster Sains dan Teknologi,In Sha Allah kita sedang berbincang
untuk pembinaan ekosistem IR4.0 Smart Selangor Cloud Accelerator of Enterprise Skills, AWS Educate and AWS Academy dan Smart Selangor Data Centre (SSDC). Ini beberapa perkembangan Klusterisasi dan Klusterisasi ini akan dilihat bukan hanya projek fizikal tetapi keputusan-keputusan kerajaan supaya mengembangkan kluster-kluster yang telah kita lepasi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, saya nak mendapat penerangan daripada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar sama ada kita masih lagi memfokuskan klusterisasi ini dengan beberapa kawasan-kawasan ataupun daerah yang telah dijajarkan. Sebagai contoh, Kuala Langat. EXCO Pelancongan juga terlibat sebab tempoh hari EXCO menjawab kita tidak mengguna pakai lagi kluster-kluster ini. Jadi, apa sebenarnya yang dirancang kan oleh Kerajaan Negeri?. Terima kasih.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Saya rasa,terima kasih. Saya rasa semalam saya bertemu dengan EXCO dan saya ada bertanya dengan beliau rupanya beliau salah faham, dia tidak sebutkan ini kluster pelancongan, ini kluster pelancongan, dalam kerangka pelancongan tidak ada. Tetapi di dalam kerangka pembangunan negeri secara keseluruhan kita mengambil kira faktor-faktor kluster yang telah kita sebutkan yang telah dikenal pasti daripada awal. Mungkin beliau terpengaruh dengan kluster-kluster COVID sebelum ini mengelakkan kluster itu muncul semula. Tetapi kita sebenarnya semalam agak kurang silap faham terhadap soalan yang dikemukakan. Memang kluster itu masih kerangka kita yang paling besar sebab kita nak lihat ini peluang dan juga aset yang sedia ada. Bagaimana kita nak bangunkan dikembangkan. Dia memang mudah buat kluster-kluster ini, kembangkan memang satu perkara yang panjang. Terima kasih.
Kota Damansara
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
Mana satu?. Bukit Lanjan, Meru?. Okay.
Saya.
Okay.
Peraturan Tetap 42, saya mengambil soalan 33 bagi pihak Kota Damansara.
Baik saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Pembinaan Sra Dan SmaQuestions
33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa keperluan sekolah-sekolah tersebut dikenal pasti dan dibina mengikut rancangan?
b)
Berapakah jumlah dan lokasi sekolah-sekolah tersebut?
c)
Berapakah bilangan pelajar dan guru yang terlibat?
Terima kasih Speaker. Terima kasih Bukit Lanjan yang mewakili Kota Damansara. Pertama saya ingin maklumkan :
a) Kerajaan memastikan keperluan sekolah-sekolah dikenal pasti dan dibina mengikut rancangan adalah berdasarkan:
1) Keperluan dan unjuran kependudukan di setiap kawasan.
2) Penilaian berkaitan keperluan utama, teknikal dan strategik serta memberikan merit mengikut keutamaan.
3) Cadangan kepada pihak Unit Perancang Negeri (UPEN) untuk dimasukkan dalam perancangan pembangunan negeri.
b) Rancangan Malaysia Ke 12, terdapat 16 lokasi yang disesuaikan untuk peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dilampirkan di Lampiran A. Manakala bagi Sekolah Agama Menengah (SAM), tiada cadangan untuk menambah jumlah sekolah yang sedia ada di negeri ini. Tumpuan diberikan hanya untuk pembinaan bangunan tambahan untuk meningkatkan tawaran kemasukan pelajar bagi Sekolah-Sekolah Menengah Agama.
c) Bagi memuatkan 1,600 murid dalam satu sesi (40 bilik darjah) dan, minimum 40 orang guru akan ditempatkan di sekolah berserta dengan 5 orang pentadbir. 40 tambah 5. 17 lokasi itu, nanti kalau boleh saya nak berikan secara bertulis kalau, ini panjang tetapi saya boleh sebutkan.
LAMPIRAN A
SENARAI LOKASI YANG TELAH DISENARAIKAN DALAM RMK12 BIL NAMA SEKOLAH/ PUSAT KEGIATAN GURU LOKASI KOD PROJEK 1. SRA Rinching Tengah (Baru) Bangi, Hulu Langat 01702 2. SRA Teknologi Kajang (Baru) Kajang, Hulu Langat 01703 3. SRA Kota Warisan (Baru) Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 01802 4. SRA Puchong Perdana (Baru) Puchong, Petaling 01302 5. SRA Puchong Utama (Baru) Puchong, Petaling 01303 6. SRA Puchong Perdana (Baru) Puchong, Petaling 01302 7. SRA Kota Kemuning (Baru) Klang 01501 8. SRA Bandar Saujana Putra (Baru) Jenjarom, Kuala Langat 01604 9. Pusat Kegiatan Guru Hulu Langat (Naik taraf) Kajang, Hulu Langat 01704 10. SAMT Kuala Kubu Bharu (Naik taraf) Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor 01112 11. SAMT Seksyen 11 (Naik taraf) Shah Alam, Petaling 01305 12. SRAI Seksyen 19 (Naik Taraf) Shah Alam, Petaling 01304 13. SRA Bukit Sentosa Fasa 1 (Tambahan) Rawang, Hulu Selangor 01111 14. SAM Pasir Panjang (Tambahan) (Asrama) Sungai Besar, Sabak Bernam 01123 15. SRA Puncak Alam 2 (Tambahan) Puncak Alam, Kuala Selangor 01902
BIL NAMA SEKOLAH/ PUSAT KEGIATAN GURU LOKASI KOD PROJEK 16. SRA Jenjarom (Tambahan) Jenjarom, Kuala Langat 01605 17. SRA Seksyen 7 (Tambahan) Sambungan RMK11 Shah Alam, Petaling 01307
Itu senarainya, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berdasarkan jawapan daripada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar tadi,kita lihat di Sungai Kapar Indah tidak ada tersenarai sebagai sekolah yang hendak dibina. Saya telah dimaklumkan bahawa permohonan untuk memohon sekolah rendah agama di Sungai Kapar Indah telah dibuat pada tahun 2014 oleh Yang Berhormat Sementa ya dan mungkin saya nak minta ataupun mendapat maklum balas daripada pihak kerajaan tentang statusnya. Kerana untuk makluman Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, baru-baru ini sekolah yang diusahakan oleh pihak surau terpaksa ditutup ataupun dipindahkan apabila premis yang mereka sewa telah dijual kepada pihak ketiga yang menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat yang lain dan saya telah dimaklumkan bahawa pada tahun 2014, pihak JAIS telah membuat lawatan tapak dan mengenal pasti beberapa tempat untuk didirikan Sekolah Rendah Agama di Sungai Kapar Indah. Jadi, saya mohon mungkin penjelasan dalam penggulungan nanti tentang statusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Saya akan cuba ketika penggulungan, sebab soalannya spesifik kalau tidak saya akan maklumkan secara bertulis daripada maklumat jabatan sebab tidak ada,saya kurang maklum apakah justifikasi kenapa kita tidak masukkan dalam RMK Ke-12 ataupun tidak dimasukkan pada tahun ini ataupun mungkin ada dalam RMK Ke-12 nanti saya rujuk balik. Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan susulan juga.
Bukit Lanjan.
Terima kasih, saya juga ada soalan yang hampir sama. Ini berkenaan Sekolah Rendah Agama Damansara Damai. Ini sangat tersisih, kerana SRA cadangan untuk membina SRA Damansara Damai sudah masuk dalam buku Belanjawan. Hampir 10 tahun yang lalu,lepas itu 5 tahun yang lalu ini di janji lagi oleh mantan Menteri Besar di mana SRA Damansara Damai akan mendapat peruntukan untuk dibangunkan. Jadi saya juga minta mungkin semasa penggulungan ataupun secara tulisan, Kerajaan Negeri boleh maklum sebab-sebab mengapa perkara ini masih belum ditunaikan. Janji ini belum ditunaikan. Terima kasih.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih, jawapan saya sama Cuma tukar nama Sekolah sahaja. Tadi Kapar Indah, ini tukar Damansara Damai. Terima kasih.
Sungai Pelek.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 34.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Skim Peduli Sihat (SPS)Questions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah penambahbaikan skim-skim kesihatan khususnya Skim Peduli Sihat? Ke mana kah baki wang di akaun Peduli Sihat yang telah dibekukan pada tahun 2020? b)
Berapakah jumlah yang telah digunakan berbanding keseluruhan peruntukan Skim Peduli Sihat secara keseluruhan?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Sungai Pelek bertanyakan tentang penambahbaikan skim-skim kesihatan khususnya Skim Peduli Sihat. Pada tahun 2017. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Skim Peduli Sihat (SPS) bagi membantu rakyat Selangor dan dari golongan yang berpendapatan rendah mendapatkan rawatan asas secara percuma. Pada tahun 2020,bagi memberi nilai tambah dan manfaat yang lebih menyeluruh, Skim Peduli Sihat ini telah ditambah baik menjadi Skim Insurans Peduli
Sihat (SIPS) yang turut memberikan jaminan perlindungan kesihatan atau rawatan termasuk manfaat insurans seperti bantuan pengebumian, perlindungan kemalangan diri, perlindungan penyakit kritikal dan juga insurans nyawa kepada 85,000 keluarga dan individu yang berkelayakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang dalam fasa penambahbaikan Program SIPS yang kini dinamakan Iltizam Selangor Sihat seperti yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada hari Jumaat yang lalu. Antaranya penambahan yang akan dibuat ialah penambahan kuota daripada 85,000 penerima kepada 90,000 penerima. Perubahan syarat dan kelayakan termasuk melihat daripada sudut keperluan semasa dan tanggungan pemohon tanpa terlalu terikat dengan garis pendapatan tertentu. Saya jelaskan sikit sekarang ini garis pendapatan yang melayakkannya ialah 2000. Kita menerima banyak maklum balas daripada Yang Berhormat sekalian. Ada orang pendapatan dia melebihi 2000. Namun dia ada keperluan anaknya ramai, yang berpenyakit kronik dan sebagainya. Jadi kita melonggarkan syarat ini dengan panduan yang saya akan berikan kemudian, jadi kita tidak terlalu terikat dan oleh itu kita memberi lebih otomoni kepada pihak ADUN dalam menilai dan meluluskan permohonan ya. Dan kemudian tetapi kita tetap mengekalkan manfaat insurans sedia ada namun pembayaran yang akan dibuat adalah berdasarkan kaedah tuntutan. Penerima manfaat juga akan diperluaskan turut melindungi ahli keluarga berserta skim ini yang akan diperincikan nanti. Manfaat kemalangan, kematian dan penyakit kritikal akan dikekalkan namun kadar manfaat akan dimaklumkan kemudian. Yang Berhormat Sungai Pelek juga ada bertanya tentang kemanakan baki wang di akaun Peduli Sihat yang telah dibekukan pada tahun 2020? Bagi menjawab soalan ini untuk makluman Yang Berhormat tiada sebarang pembekuan sebarang peruntukan Skim Insurans Sihat pada tahun 2020. Bagi tahun 2021, sehingga 31 Oktober 2021, jumlah penggunaan SIPS adalah sebanyak RM21,417,580.00 berbanding keseluruhan peruntukan sebanyak RM39.5 juta iaitu penggunaan sebanyak 54.2% daripada keseluruhan peruntukan. Data bagi bulan November adalah sehingga ....oh tak ya. Sekian setakat itu sahaja Yang Berhormat.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO, untuk kad Peduli Sihat ini adakah sekarang ini ditetapkan pemilik hanya memiliki hanya dua tahun atau tiga tahun atau terbuka?
Yang Berhormat soalan yang sangat baik. Kita sebenarnya sedang mengemas kini tentang penerima kad peduli sihat dan sebelum ini kita tidak ada Exit Policy ada yang terima kad ini daripada 2017 sehingga kini. Ya dan untuk kali ini untuk Skim yang kita pembaharu ini kita akan menetapkan
kepada dua tahun ia dan kemudian Yang Berhormat boleh ganti dengan orang lain di kawasan Yang Berhormat namun detailnya perincinya kita akan bagi tahu kemudian Yang Berhormat sebab ini adalah perkara baru. Terima kasih.
Jeram
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Tapak BersejarahQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah peranan Perbadanan Adat Istiadat Melayu Warisan Selangor?
b)
Bagaimanakah PADAT mencari dan memulihara nilai adat serta sejarah di kawasan Jeram seperti Makam Lebai Husain, Stesen Keretapi Lama, Pejabat Pos Lama, Bangunan Condong di Kg Bukit Kuching?
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan daripada Yang Berhormat Jeram, apakah peranan Perbadanan Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor. Tuan Speaker, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor atau dikenali sebagai PADAT ialah sebuah badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam melakukan penyelidikan, pendokumentasian, pemeliharaan, pemuliharaan dan pengembangan segala aspek berkaitan sejarah, kebudayaan dan warisan sama ada (ketara dan tidak ketara) negeri Selangor.
Fungsi-fungsi PADAT adalah berdasarkan Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (No.9/2009) iaitu:
1. Menggiatkan kecenderungan awam dan sokongan dalam pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan tentang adat budaya Melayu dan warisan sejarah negeri Selangor;
2. Memelihara monumen dan ekshibit berbentuk sejarah, tradisi, kaji purba, seni bina atau kesenian;
3. Melindungi dan membekalkan kemudahan berhubung dengan aspek adat Melayu dan warisan negeri Selangor;
4. Mengambil tindakan yang perlu bagi memelihara semua objek sejarah, warisan, monumen, rekod, dokumen dan ekshibit;
5. Mengawal, mengurus, mentadbir Muzium Negeri dan muzium lain di bawah pentadbiran PADAT;
6. Mengadakan pusat sumber maklumat bagi rujukan dan kerja penyelidikan berhubung dengan aspek adat Melayu dan warisan negeri Selangor dan ekshibit;
7. Menasihati dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan, badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan adat Melayu dan warisan negeri Selangor;
8. Menggalakkan dan mengawal selia standard yang terbaik dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan adat Melayu dan warisan negeri Selangor; dan
9. Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
Bagi soalan B, bagaimanakah PADAT mencari dan memulihara nilai adat serta sejarah di Jeram seperti Makam Lebai Husain, Stesen Keretapi Lama, Pejabat Pos Lama, Bangunan Condong di Bukit Kuching? Untuk makluman Yang Berhormat pada minggu lepas saya telah hadir ke Jeram. Tuan Speaker PADAT telah melakukan penyelidikan sejarah awal Jeram bermula dari abad ke-15 Masihi bagi membuktikan kewujudan kawasan Jeram dan kawasan ini didapati mempunyai sistem organisasi pentadbiran tradisional dan pada tahun 2019, sumber-sumber manuskrip berkaitan dengan Jeram juga telah dijumpai di University of London dan proses untuk dokumentasi di tapak Jeram telah dilaksanakan melalui kajian lapangan dan hasil pemetaan daripada kajian ini di tapak Jeram pada tahun 2019 telah menemui artifak berupa peluru meriam, mata wang dan pecahan seramik. Kajian terhadap hasil jumpaan di Jeram akan diteruskan sehingga kini. Bagi bangunan warisan sekitar tahun ke-19 yang disebutkan di dalam soalan Stesen Kereta Api Lama, Pejabat Pos Lama, Bangunan Condong di Bukit Kuching, kesemua bangunan ini masih lagi di peringkat kajian dan PADAT telah mendapatkan maklumat daripada bangunan yang ditinggalkan di Jeram di Arkib dan Perpustakaan Negara. Terima kasih.
Gombak Setia.
Soalan saya nombor 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Industri Kecil Sederhana (IKS)Questions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti dan taraf Industri Kecil Sederhana (IKS) supaya mereka dapat bersaing di peringkat serantau dan global selaras dengan keterlibatan Malaysia dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ?
Tuan Speaker, dalam usaha membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana untuk bersaing dan meluaskan pasaran ke peringkat serantau dan global, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perdagangan telah menganjurkan Sidang Kemuncak Selangor International Business Summit seperti yang saya sebutkan sebentar tadi. Untuk menyediakan satu platform perbincangan dan perkongsian maklumat kepada para usahawan IKS agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Di samping itu, penyertaan para IKS di dalam Sidang Kemuncak ini juga memberikan peluang kepada mereka bertemu pembeli-pembeli perdagangan dari dalam dan luar negara, terutamanya dari negara-negara dari Asia Tenggara. Pengalaman berjumpa, berbincang dan menjual barangan mereka kepada para pembeli luar negara ini akan memberi pengetahuan berkenaan kesediaan barangan mereka untuk membantu mereka menembusi pasaran antarabangsa terutamanya pasaran negara-negara yang menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan izin.
Pada Sidang Kemuncak Selangor International Business Summit 2021 yang telah dianjurkan secara hyrid, pada 18-21 November baru-baru ini, seramai 152 pembeli perniagaan yang mengunjungi para peserta pameran secara virtual dan seramai 20 orang pembeli perniagaan dari dalam dan luar negara telah berjumpa para pempamer IKS ini secara fizikal di ruang pameran di Kuala Lumpur Convention Centre. Kerajaan Negeri berharap agar semua perbincangan di antara pempamer dan pembeli ini dapat
mencapai persetujuan dan membantu mengembangkan pasaran mereka sama ada di dalam negara mahupun di luar Negara.
Selain menyediakan peluang pemasaran, Kerajaan Negeri melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) menyediakan pelbagai program bagi meningkatkan produktiviti dan taraf industri IKS dari segi perniagaan secara atas talian. Antaranya ialah melalui Kelas E-Dagang SIDEC, Masterclass (Kelas Lanjutan SIDEC), Selangor Online 100 & Brands 100 serta yang terbaharu Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor.
Kelas E-Dagang SIDEC merupakan pemberian kemahiran (skilling), pelaksanaan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) untuk para peniaga yang menceburi bidang e-dagang buat pertama kali. Bagi tahun 2021, 3 modul melalui 15 kelas telah berjaya dilaksanakan sepanjang sesi Kelas E-Dagang. Untuk menjaga SOP kesihatan dalam pencegahan wabak COVID-19, Kelas E-Dagang dijalankan secara atas talian sepenuhnya dan tiada penganjuran kelas secara fizikal mengikut kebiasaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, Kelas E-Dagang tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebanyak 4,292 peserta telah mengambil bahagian dalam kesemua lima belas kelas tersebut, menjangkaui sasaran awal sebanyak 48% iaitu 3,000 peserta. Kelas Masterclass E-Dagang SIDEC (EC Masterclass) pula merupakan program latihan lanjutan untuk program kelas e-dagang dengan mensasarkan usahawan atau PKS yang sudah mempunyai perniagaan dalam e-dagang untuk meningkatkan lagi kemahiran dan perniagaan mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran teknikal (hands-on) dengan izin, melalui latihan intensif secara langsung. Modul latihan lebih menumpukan kepada topik pemasaran digital sebagai salah satu inisiatif SIDEC untuk melahirkan usahawan berimpak tinggi di Selangor. 8 topik telah diperkenalkan untuk sesi EC Masterclass pada tahun 2021 dengan 4 topik dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan 4 topik di dalam Bahasa Inggeris. Setakat 31 Oktober, sebanyak 4 kelas sudah dijalankan. Jumlah peserta setakat ini adalah 149, menjangkaui sasaran awal iaitu sebanyak 120 peserta. Program Selangor Online 100 & Brands 100 pula merupakan inisiatif SIDEC yang membekalkan solusi penuh e-dagang dan sokongan kepada PKS untuk mengadaptasi dan penyertaan (adoption dan onboarding) dengan dalam digitalisasi dan e-dagang serta meningkatkan penjenamaan perniagaan di atas talian melalui penyediaan kedai di laman perniagaan atas talian sedia ada (Webstore) dengan izin dan pembangunan laman web e-dagang (Website) dengan izin, yang lengkap dengan domain, cloud, hosting, shopping cart, dan payment gateway.
Program percuma ini hanya terbuka kepada 100 PKS atau usahawan Selangor dengan syarat kelayakan iaitu 51% pegangan saham syarikat rakyat Malaysia, syarikat yang beralamat di Selangor, mempunyai pendaftaran SSM dan telah mempunyai
produk fizikal. Disebabkan gejala COVID-19, pendaftaran program ini telah dibuka bermula dari 1 Julai hingga 30 November 2021.
Setakat 31 Oktober 2021, sebanyak 80 permohonan PKS telah diluluskan dan 75 telah berjaya mendapatkan dan memulakan perniagaan mereka secara atas talian melalui platform webstore (Shopee, Lazada dan Youbeli) dan laman web e-dagang sendiri yang lengkap dengan shopping cart, payment gateway dan website hosting di atas jenama atau perniagaan mereka sendiri. Selain program-program tersebut, untuk membantu PKS Selangor mendigitalisasikan perniagaan mereka, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor yang bernilai RM5 juta pada April 2021. Setakat ini semua telah dipohon dan diluluskan. Antara 5 bidang digitalisasi, permohonan yang paling banyak diterima adalah Pemasaran Digital (40.7%), diikuti oleh Sistem Perakaunan (20.9%), Sumber Manusia dan Payroll System (16.6%), E-Dagang (10.7%) dan E-PoS System (11.2%). Setakat ini, pelbagai kisah kejayaan telah pun dicatatkan melalui contoh-contoh iaitu seperti Restoran Mohd Chan Kopitiam dan juga Fastfood Enterprise. Sekian.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO jawapan sebentar tadi. Kita semua sedia maklum bahawa pasca pandemik ini, walaupun merupakan satu krisis kepada kita, tapi hasil daripada kerja kuat Kerajaan kita telah berjaya untuk meningkatkan nilai eksport kita di mana pada bulan September tahun 2021 ini negara telah mencatatkan nilai eksport yang tertinggi iaitu sebanyak 110.8 bilion ringgit...
Yang Berhormat bagi soalan ke bagi kenyataan.
Justeru itu saya ingin bertanya kepada Y.B EXCO bahawa selain daripada usaha yang disebutkan tadi. Dalam soal digitalisasi e-Dagang dan memperluaskan jaringan. Apakah usaha empirikal Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga-peniaga khususnya untuk meningkatkan produktiviti ataupun menghasilkan produk-produk yang lebih banyak kerana pada waktu ini sudah tentu la nilai eksport yang tinggi itu memperlihatkan produk-produk kita sangat laris di pasaran. Terima kasih.
Tuan Speaker, sebentar tadi adalah Publisiti Gombak Setia untuk Bukit Antarabangsa, ia selain daripada Program Digitalisasi yang pun telah pun dilaksanakan di Kerajaan Negeri itu lebih pada pemasaran dari segi packaging dan sebagainya dan juga kemahiran menggunakan digital sebagai satu
media untuk memasarkan produk kita kepada Antarabangsa. Sementara itu, Kerajaan juga melalui beberapa program menyediakan latihan dan juga latihan kemahiran reskilling, upskilling dan sebagainya termasuk juga untuk mendigitalisasikan proses manufacturingnya iaitu pembuatannya. Iaitu melalui, seperti melalui HRDC iaitu Selangor Human Resources Development Centre, di mana kita membantu melatih IKS untuk menggunakan cara digital dan cara robotik ataupun mengautomasikan apa itu production mereka, dan itu adalah antara program-program yang dijalankan iaitu kita menyediakan tenaga kemahiran yang berkualiti dan juga membantu IKS mempertingkatkan proses pengilangan ataupun pembuatan mereka.
Taman Templer.
Tuan Speaker, merujuk peraturan tetap 24(2) saya ingin mengambil soalan ini bagi pihak Taman Templer.
Baik, saya izinkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Kemudahan SukanQuestions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina satu lokasi kemudahan sukan yang lengkap di DUN Taman Templer?
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Y.B. Rawang, yang mengambil soalan Taman Templer. Bertanyakan tentang apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina satu lokasi kemudahan sukan di kawasan Dun Taman Templer. Untuk makluman Y.B Taman Templer, ada beberapa faktor yang kita pertimbangkan sebelum kita memutuskan untuk mengadakan atau tidak sesuatu pusat kemudahan Sukan itu.
Yang pertama, Taman Templer mempunyai keperluan iaitu, sukan atau infrastruktur yang ada pada waktu ini, tidak memenuhi atau tidak dapat menampung demand untuk bersukan. Yang kedua, Taman Templer perlu mengenal pasti tapak rizab yang bersesuaian, jika ada keperluan untuk membina. Yang ketiga, ada pembiayaan yang sesuai. Sama ada kerajaan ataupun secara usaha sama ataupun smart partnership
yang boleh diadakan. Dan yang keempat, faktor penyelenggaraan yang mesti dikenal pasti sebelum kita membina sesuatu pusat lokasi di taman Templer.
Untuk yang maklumat semua, di kawasan pembinaan Selayang sendiri, telah mempunyai 56 kemudahan yang telah sedia ada. Iaitu:
i) Gelangang Sukan Awam sudah ada 20 gelangang badminton ii) Padang awam sudah ada 32 iii) Padang awam juga iaitu mini astaka, bergarisan 1 iv) Stadium 1 v) Kolam renang juga ada di kawasan Selayang
Jadi, kalau Taman Templer, boleh membuktikan ada keperluan di masa hadapan, InsyaAllah, Kerajaan boleh pertimbangkan untuk mengadakan pusat infra.
Baik, Sg. Panjang.
Terima kasih Y.B. Tuan Speaker, soalan saya no. 38.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Jelapang Padi Negeri SelangorQuestions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha dan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan hasil keluaran padi Negeri Selangor?
b)
Apakah bentuk bantuan tersedia untuk pesawah khususnya yang terkesan dengan serangan penyakit atau makhluk perosak padi?
c)
Adakah sistem pengairan termasuk parit & palong air sedia untuk dinaik taraf?
Terima kasih Y.B. Sungai Panjang. Tuan Speaker, Sungai panjang bertanyakan soalan berhubung dengan isu berkaitan dengan Jelapang Padi di Negeri Selangor iaitu di kawasan Barat Laut. Tentang usaha
dan perancangan kerajaan dalam meningkatkan hasil keluaran padi di Negeri Selangor. Sebagai mana sedia maklum, kita mempunyai kawasan yang luas di sekitar di kawasan barat laut. Melebihi 18,000 hektar. Yang terlibat dalam penanaman padi. Jadi Kerajaan Negeri dengan kerjasama daripada AIDA barat laut dan juga Jabatan Pertanian dan juga Lembaga Peladang. Kita sentiasa bekerjasama bagi berusaha mencari jalan bagaimana dapat kita tingkatkan hasil keluaran padi di Negeri Selangor. Antara perkara-perkara yang kita telah buat dan akan diteruskan ialah pertamanya : kita dapati bahawa punca besar kepada masalah sawah kita ini adalah dari segi keadaan tanahnya yang tidak subur. Kerana bertahun-tahun telah di buat penanaman yang single crop ataupun mono crop yang dipanggil tanaman sejenis cara berterusan dan pengunaan bahan-bahan kimia baja kimia dan racun yang menyebabkan tanah-tanah sudah tidak subur. Jadi usaha dia dengan kerjasama daripada agensi daripada jabatan tadi, pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan akan meningkatkan lagi kajian tanah di sawah-sawah ini. Sebab sebelum kita buat rawatan kita perlukan kajian. Dan kajian ini, pada ketika dahulunya sangat mahal. Satu sampling sahaja memerlukan kos yang tinggi seribu ringgit begitu... sekitar. Tetapi sekarang, dengan teknologi baharu penggunaan Sistem IOT Cloud kita dapat kurangkan ke tahap yang sangat minima supaya kita dapat wujudkan kajian tanah yang lebih meluas di kawasan sawah ini. Diikuti dengan pula sistem rawatan tanah, penggunaan kaedah seperti Dolomit dan sebagainya akan kita perkenalkan dan kita telah mula perkenalkan di sebahagian tempat . Yang keduanya, kita telah mengalakkan penggunaan benih padi atau variety yang seragam di setiap blok. Baru-baru ini pun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan di Sabak Bernam, kita telah membiayai Tiga Ratus Ribu Ringgit untuk membeli benih bagi para pesawah kita. Di bahagian-bahagian terkesan teruk dengan serangan ulat korek batang dan juga ulat daun. Jadi telah kita laksana, malangnya setelah dua bulan telah berlaku banjir yang besar sebahagian nya pula telah menghadapi masalah dari segi benih yang perlu dibeli semula.
Kemudian yang ketiganya pula, kita telah menyelaraskan penjadualan tanaman secara seragam. Sangat penting penanaman padi dibuat secara seragam. Walaupun kita ada menghadapi masalah daripada kalangan pesawah yang tidak mengikut jadual tetapi kita cuba menasihat mereka supaya pelaksanaan atau penanaman padi di buat secara berjadual seragam. Untuk menjaga menguruskan dari segi kualitinya.
Yang keempat, ialah menggalakkan kawalan perosak secara bersepadu integrated pest management perlu dibuat bersama dengan kelompok petani-petani lain. Sebab sawah ini kita, konsep berjemaah ya, iaitu tanaman padi beramai-ramai. Jadi kalau kita sebahagiannya mengamalkan sebahagian tidak, ia akan memberi sebahagian impak yang besar kepada pesawah yang lain. Yang seterusnya, kita telah kelima, menggalakkan pesawah untuk menuai padi tepat pada masanya untuk menjaga pemutuannya. Yang keenam, ini yang terbaru yang kita tengah usahakan sama ada di bawah Jabatan Pertanian dan juga dengan PKPS, iaitu pengurusan penanaman
padi melalui Smart Sawah bersekala besar ataupun, apa yang dipanggil estate management, yang akan kita usahakan dalam konsep membina, mencantum pemilik-pemilik tanah sawah ini supaya dapat diusahakan secara besar-besaran. Contohnya ialah konsep macam koperasi di Simpang Lima, yang saya rasa Yang Berhormat, Sg. Panjang pun hadir ketika saya membuat penyerahan dron yang kita berikan bernilai RM80,000 itu untuk pengurusan mereka. Dan yang keenam, yang ketujuh, ialah pemodenan ini merupakan aspek penting yang kita laksanakan. Kita telah melaksanakan di beberapa tempat sebagai perintis penggunaan kaedah-kaedah moden dalam pertanian termasuk dalam penggunaan drone, IOT dan juga input-input yang mesra alam dan micro base. Telah berjaya dan kita perluaskan dan untuk tahun hadapan kita akan luaskan lagi. Kaedah-kaedah sebab kita dapati kejayaan yang tinggi dari segi produktiviti padi di kawasan-kawasan yang berkaitan.
Dan seterusnya untuk bantuan, Kerajaan Negeri, ini di bawah Kerajaan Negeri lah, dan Kerajaan Persekutuan ada juga menyalurkan banyak bantuan melalui baja dan juga racun. Tetapi di bawah Kerajaan Negeri, kita telah memperuntukkan RM 2.8 Juta untuk membantu golongan yang melibatkan seramai 10,886 pesawah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Selain daripada bantuan itu, bantuan juga diperuntukkan melalui Persekutuan, melalui AIDA barat laut berjumlah 2.55 Juta untuk peruntukkan bagi bahagian pertanian dan 4.5 Juta untuk bahagian kejuruteraan. Bagi kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan itu dibuat setiap tahun. Dan parit dan palong ini sentiasa dilakukan oleh AIDA barat laut dengan peruntukkan Kerajaan Persekutuan dibuat secara peringkat-peringkat. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sg. Panjang
Terima kasih Y.B. Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO sebentar tadi ada memaklumkan bahawa antara sebab berlakunya, apa nama ini pengurangan hasil dan sebagainya berkenaan dengan tanah ini. Oleh kerana tanaman monocrop, maksudnya ada satu tanaman sahaja. Jadi adakah Kerajaan ada membuat rancangan agar jelapang padi di Selangor ini dipelbagaikan tanamannya atau diselang selikan memandangkan dalam keadaan sekarang ini ramai juga pengusaha-pengusaha sawah padi ini sudah membuat tanaman-tanaman lain walaupun sebenarnya dalam syarat nyata tanah itu memang kena menanam padi sahaja. Jadi apa penderian atau ketetapan di pihak Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat saya memang hendak menyebut itu dan saya agak memang Yang Berhormat akan bertanya soalan itu. Sebenarnya ada dalam perancangan tahun ini sebenarnya. Kita telah pun merancang untuk memperkenalkan kaedah dipanggil crop rotation atau kitaran
tanaman bagi sawah-sawah yang didapati tidak begitu subur terutamanya di daerah Sabak Bernam. Tetapi malangnya apabila kita bertemu dengan para petani kita mendapat maklum balas yang negatif kerana mereka tidak begitu berminat sedangkan kita akan sediakan semuanya. Saya sudah cadangkan contohnya jagung manis, yang boleh dibuat kitaran. Sebab jagung boleh lebih kurang lima bulan begitu kita sudah boleh hasilkan dan dia boleh sesuai sangat kitaran dia dibuat dengan padi. Tetapi malangnya sangat negatif mungkin Yang Berhormat nanti boleh bantu kita bagaimana hendak pujuk para pesawah. Sebab apabila kita buat crop rotation dari segi teknologi pun atau saintifik pun memang dia akan dua perkara akan berlaku.
Pertama, dia akan menyuburkan tanah itu, kerana kita menukar jenis tanaman itu. Yang keduanya, dia membantu menyekat daripada penularan penyakit. Kalau kita terus berterusan dengan padi yang sama penyakit itu sukar kadang-kadang dia pendam, apabila kita terus dengan musim berikutnya dengan padi juga jadi penyakit itu masih ada. Jadi dengan kita menukar jenis tanaman dia boleh membantu menyekat daripada penularan penyakit. Itu yang kita cuba cadangkan dan saya akan berusaha juga saya tidak akan jemu berusaha kerana faedah lebih baik. Tentang tanaman secara illegal tidak sah di kawasan-kawasan padi yang telah syarat nyata telah jelas menunjukkan bahawa, saya dapati agak banyak dan saya telah minta supaya pihak AIDA dan juga apa nama ini di bawah Pejabat Tanah mungkin kita akan tengok juga bagaimana berapa luas kawasan yang telah di tukar kepada secara kekal kepada tanaman-tanaman selain daripada padi. Sebab di bawah syarat nyata jelas menunjukkan kawasan padi kita tidak mahu mengurangkan kawasan jelapang padi kita. Dalam masa yang sama juga tidak mahu para petani turut berterusan rugi kalau sudah rugi rugi pertanian itu sepatutnya satu perniagaan kan tetapi kalau sudah rugi macam mana, tidak boleh hendak dapat. Jadi itu yang kita sedang pertimbangkan. Saya dapat tahu ada setengah itu sudah bagi long term sewa kepada pekerja asing. Orang asing. Saya tidak mahu sebut negara mana lah. Tetapi orang asing untuk mengusahakan tanaman sayuran dan menjadi pula itu.Saya pernah melawat tengok. Kebetulan saya ada di situ, memang subur. Jadi itu yang jadi persoalan masalah di sini dan saya akan berterusan untuk mengusahakan juga crop rotation ini atau kitaran tanaman ini sebab ia akhirnya menjadi long term akan membantu menyuburkan tanah untuk para petani kita. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Sungai Burong.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan ini saya ialah ada beberapa kawasan di sawah sempadan yang walaupun usaha-usaha telah dijalankan kajian telah dibuat untuk memberi rawatan tanah pemulihan tetapi kerana kedudukan tanah dia yang memerlukan tanah yang lebih masam. Dan baru-baru ini kawasan sawah sepadan yang paling teruk terkesan oleh serangan ulat periuk batang dan
hasilnya pun rata-rata di bawah lima tan per hektar. Jadi kita menawarkanlah pada masa sebelum kita menawarkan misalnya ada hendak buat tanaman giliran di kawasan tersebut. Saya boleh membantu untuk mengusahakan petani-petani di situ melibatkan tanaman giliran. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah pemulihan yang boleh Kerajaan Negeri bantu kepada pesawah-pesawah terutamanya di kawasan blok F Sawah Sempadan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Mungkin kali ini saya turun mungkin dapat Yang Berhormat Sungai Burong boleh bersama sebab Sungai Panjang dia sentiasa ada turun untuk program-program dia mengikuti. Mungkin kita boleh tengok yang mana Yang Berhormat sebut tadi.
Tentang kemasaman ataupun acidity yang tinggi pada sawah ini ialah salah satu kesan akibat penggunaan baja kimia yang lama dan juga yang berterusan dan juga penggunaan racun. Perlu dirawat, sebab itu rawatan ini yang masalahnya ini yang selalu saya sebut dengan Menteri Pertanian pun saya pernah sebut sebelum ini. Bahawa apabila kita beri baja dan kita tidak mengambil kira kajian tanah, jadi baja itu digunakan sama semua dia tidak akan membantu sebenarnya dalam menyuburkan padi ini. Padi ini tanah ini perlu rawatan, dia kena buat kajian dulu. Mereka main tabur kapur, tabur jer. Tak boleh. Sebab itu yang saya sebut tadi, rawatan kajian tanah itu perlu dibuat dahulu untuk menentukan apa jenis keperluan dia. Jadi di sini kita dah ada kaedah dan terbaru kita penggunaan dolomit contohnya yang high quality punya kapur itu. Sangat-sangat bagus dan untuk makluman di salah satu negeri di Malaysia yang ada, Perlis lah. Jadi memang diimport dari Perlis. Dolomit ini sangat berguna dan sangat berkualiti. Yang itu kita boleh perkenalkan untuk membantu rawatan tanah tapi kita kena buat kajian dulu. Jadi saya bersedia kalau pihak Yang Berhormat Sungai Burong atau termasuk Sekinchan pun ada masalah yang sama, kita boleh laksanakan dalam musim akan datang. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Seri Serdang telah memaklumkan kepada saya untuk mengeluarkan penerangan sendiri menurut Peraturan Tetap 25, isi penerangan beliau telah dikemukakan kepada saya dan setelah meneliti isi penerangan tersebut saya bersetuju untuk memberi izin kepada beliau untuk membaca penerangan beliau.
Dipersilakan Yang Berhormat Seri Serdang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin membuat pembetulan fakta dan memberikan input tambahan bagi jawapan dalam sesi pertanyaan-pertanyaan dalam sidang dewan yang berlangsung semalam seperti berikut.
Pertama, jawapan kepada soalan Bukit Lanjan N37, nombor satu. Saya telah menerima pembetulan fakta dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi jumlah peratusan penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas di Negeri Selangor yang telah di vaksin, dalam jawapan sidang dewan semalam dinyatakan sebanyak 87.8% penduduk Selangor berumur lebih 18 tahun yang telah di vaksin sekurang-kurangnya 1 dos jumlah sebenar peratusan penduduk Selangor yang berumur 18 tahun ke atas yang telah divaksin sekurang-kurangnya satu dos ialah 94% atau bersamaan 4,276,563 juta orang daripada jumlah populasi sebanyak 4,551,800 juta orang.
Yang kedua adalah jawapan kepada soalan tambahan bagi soalan Bukit Melawati nombor 14 semalam. Yang Berhormat Bukit Melawati dalam soalan tambahan bagi soalan nombor 14 bertanyakan tentang adakah Kerajaan Negeri membantu rumah-rumah perlindungan yang melindungi mangsa keganasan rumah tangga dari sudut daripada memberi peruntukan dan juga sistem sokongan lain kepada rumah-rumah perlindungan ini. Input tambahan yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan peruntukan khas dalam Belanjawan Selangor 2022 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 26 November 2021 yang lalu, telah memperuntukkan sebanyak RM 200ribu bagi tujuan melakukan kerjasama dan juga membantu pusat-pusat perlindungan wanita yang melindungi golongan wanita yang terlibat dengan kes keganasan domestik. Peruntukan khusus untuk membantu pusat-pusat perlindungan ini adalah bukti komitmen tinggi pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu mangsa keganasan rumah tangga dan menangani isu ini.
Itu sahaja Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 semua peringkat.
Saya minta Yang Berhormat Sijangkang sambung perbahasan semalam. Saya bagi masa tambahan 10 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Semalam saya menyentuh berkaitan dengan isu tanah tapak lot kecil yang tidak bergeran dan saya menyebut tentang ini sebab ia isu-isu yang realistik, yang telah berlaku berlarutan dan masih berterusan. Isu tapak-tapak tanah warisan, mungkin tanah ibu atau bapa yang masih lagi tidak ditukar nama kerana mungkin sebab tidak ada kewangan untuk tukar syarat daripada pertanian kepada perumahan hatta kawasan itu sudah dizonkan kawasan perumahan. Begitu juga dengan tapak-tapak yang dibuat secara ikatan amanah ataupun tapak-tapak yang tidak dibuat secara legal. Ini berlaku. Mungkin
seingat di Selat Kelang, di kawasan saya dan juga saya kira kalau di kawasan Sijangkang, kampung ladang estet. Tanah tapak yang dibeli daripada seorang pemilik dan sebahagian besar daripada pemilik itu lebih daripada 50 yang menduduki estet itu ialah masyarakat India, yang tidak ada geran mereka beli secara tidak legal. Dan ini berlarutan sehingga suatu masa seolah-olah akan diminta semula oleh tuan pemilik dan menafikan mereka telah membeli secara legal nya. Jadi ini isu-isu perkara yang saya kira berlarutan. Saya mengharapkan tempoh hari Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebutkan akan ada dasar atau polisi ke atas tapak-tapak seperti ini untuk diselesaikan. Lot-lot ikatan amanah masih lagi berterusan di kawasan saya sebagai contoh. Saya kira ada sesuatu yang mungkin boleh dibentuk dalam satu taskforce oleh Kerajaan Negeri untuk melihat isu-isu ini supaya kita dapat selesaikan. Dia tidak dilihat sebagai suatu yang reaktif tetapi secara proaktifnya Kerajaan Negeri mempunyai dasar-dasar khas seperti ini.
Kemudian saya ingin menyentuh pembangunan kampung orang asli, RM 1.5juta diperuntukkan untuk baik pulih taraf kediaman. Saya melihat pada hari ini orang asli agak tertinggal dari sudut sosioekonominya di Negeri Selangor. Bahkan Banting juga menyebutkan sebahagian besar daripada orang asli berada di Kuala Langat. Dan saya kira sudah tiba masanya bagaimana Kerajaan Negeri merangka untuk melihat bagaimana kita boleh menaik taraf sosioekonomi orang asli ini. Tidak ada cara lain tetapi melalui kaedah pendidikan. Kita memperkasakan pendidikan primary, kita memperkasakan pendidikan secondary. Dan kita beri peluang kepada mereka ini untuk pendidikan tertiary, mana kita bagi peluang untuk mereka masuk ke universiti-universiti terutamanya yang ada di Selangor; UNISEL, KUIS. Dengan syarat yang minimum mungkin kredit tiga mata pelajaran boleh masuk dan kita berikan bantuan kewangan ataupun biasiswa dan mungkin diadakan pusat-pusat asasi kepada mereka supaya akhirnya mereka dapat terlibat dapat mendapatkan pendidikan mereka dan secara tidak langsung melalui pendidikan ini akan menaikkan taraf ekonomi. Saya cadangkan mungkin Kolej Universiti Islam Antarabangsa boleh membuka satu Fakulti Sosioekonomi untuk memberikan peluang kepada anak-anak orang asli ini belajar dan InsyaAllah saya kira dengan cara itu akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka ini.
Sijangkang. Boleh?
10 minit sajalah.
Boleh mencelah sikit? One minute only. Apa pandangan Sijangkang kawasan saya pun ada orang asli, tapi baru-baru ini ada tanah yang diberikan kepada orang asli itu untuk agriculture dan sebagainya. Baru-baru ini ada orang lain cuba masuk tempat yang sama nak rampas tempat yang sama daripada orang asli. Apakah pandangan? Ini berlaku di Negeri Selangor, apakah pandangan Sijangkang?
Okay, tak apa. Saya ingat nanti EXCO Tanah boleh jawab soalan Yang Berhormat. Saya nak teruskan dengan isu ini. Dan saya kira kalau Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini boleh melihat bagaimana mewujudkan satu fakulti yang merencanakan soal pembangunan orang asli, pengurusan orang asli, sosioekonomi orang asli ini. Saya lihat tidak ada universiti-universiti yang lain di negara kita ataupun di luar yang mewujudkan keadaan seperti ini. Saya ingat saya terus kepada isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan perpaduan penghayatan agama dan nilai budaya.
Baru-baru ini saya dapat banyak maklumat-maklumat dari luar. Cuma saya nak bawakan satu isu yang dibawa kepada saya daripada Persatuan Penduduk Taman Mawar. Saya tak tahu macam mana. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang membina banyak rumah-rumah ibadah ataupun bantu rumah-rumah ibadah di Negei Selangor ini. Baru-baru ini saya mendapat maklumat daripada Persatuan Penduduk Taman Mawar, Taman Mawar Prima, Bukit Beruntung berkaitan dengan bantahan penduduk terhadap perizaban tanah Kerajaan Negeri dan kebenaran merancang MDHS bagi tapak kuil di Lot 20171 Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang dikatakan bahawa 90% daripada penduduk di situ beragama Islam. Saya dapat maklumat juga bahawa ada perbincangan ada di bawah Lembaga Rayuan di peringkat JPBD Negeri Selangor dan InsyaAllah akan ada keputusan pada 7 Disember 2021 ini. Jadi saya harapkan mungkin dengan polisi-polisi yang terkini saya harapkan bentuk keharmonian perpaduan nilai agama dan juga kaum ini dapat disejahterakan dan keputusan yang terbaik akan diambil atas isu yang saya sebutkan tadi.
Seterusnya berkaitan dengan teras tiga, kesihatan awam. Saya mengharapkan mungkin walaupun perbelanjaan yang begitu besar disediakan oleh Kerajaan Negeri, saya mengharapkan supaya ada juga tumpuan yang besar daripada Kerajaan Negeri berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Saya kira ini perkara yang sangat penting, saya kira kalau kita belanjakan soal pendidikan kesihatan, penjagaan kesihatan ini jumlahnya mungkin tidak terlalu besar daripada kita merawat. Sebab konsep prevention better than cure saya kira itu masih lagi menjadi pegangan kepada kita dan sebahagian besar daripada penyakit yang dihidapi rakyat negara kita adalah berkaitan dengan pendidikan kesihatan yang tidak sampai kepada mereka.
Seterusnya saya ingin menyentuh perkara teras empat, persekitaran hijau dan pembangunan lestari. Saya ingin menyebutkan lagi kepada Kerajaan Negeri bahawa tempoh hari berkaitan dengan isu kilang bateri Leoch Accupower (M) Sdn Bhd yang pada hari ini masih tidak selesai lagi. Banyak lagi bantahan-bantahan daripada penduduk-penduduk tempatan ataupun sekitar. Hari ini disebutkan Federal Power saya ingat tempoh hari dalam September 2019 EXCO juga ada menyebutkan bahawa kajian untuk memutihkan dakwaan daripada pihak pengadu kandungan plumbum kepada masyarakat tempatan itu ada kebenaran ataupun tidak. Kemudian kajian peringkat daripada Kerajaan Negeri, saya pun tidak dapat apa makluman apa
keputusan itu dan disebutkan Kerajaan Negeri akan membuat keputusan sama ada kilang ini akan diteruskan ataupun tidak. Seolah-olah kilang ini akan ditutup kerana Jabatan Alam Sekitar pun tidak meneruskan lesen sementara yang diberikan kepada mereka. Cuma makluman baru-baru ini apabila kita ada mesyuarat libat urus bantahan daripada penduduk awam dan juga kilang yang beroperasi di Majlis Perbandaran Kuala Langat menyebutkan bahawa MMKN telah meluluskan untuk kilang ini untuk terus beroperasi. Jadi isunya yang saya lihat daripada masyarakat soal ketidakjujuran dan tidak kepercayaan oleh masyarakat yang dahulunya aktiviti yang sama tetapi digunakan secara tidak, illegal proses peleburan plumbum dan sebagainya. Saya kira isu kilang ini dalam kategori sederhana ataupun berat itu juga masih lagi menjadi isu, saya harapkan satu jawapan yang tuntas dan saya harapkan untuk memberikan sentiment yang baik iaitu tujuan juga yang pelabur datang silih melabur jumlah kewangan yang besar, akhirnya mereka terpaksa keluar sebab ia tidak sesuai kilang itu didirikan di kawasan tertentu.
Kemudian saya terus kepada perkara yang melibatkan pemulihan hutan rosot. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang mendengar bantahan dan rintihan daripada rakyat terutamanya kawasan Kuala Langat Utara berkaitan dengan pewartaan semula Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara dan saya kira ini sesuatu yang sangat baik kerana kita melihat bahawa green lung Hutan Kuala Langat Utara ini satu yang sangat diharapkan masyarakat yang ada di kawasan ini. Dan ini saya kira boleh kita terus perkasakan usaha Kerajaan Negeri menanam pokok, memelihara hutan sesuatu perkara yang baik dan saya harapkan kita boleh ambil iktibar bagaimana Hutan Ayer Hitam yang diserahkan kepada UPM di bawah Sultan Idris Shah Forest Educational Centre. Saya ingat hutan ini juga boleh dijadikan kerana universiti adalah satu tempat yang sangat baik untuk mereka melihat, mengkaji, memelihara, memulihara dan libatkan juga GLC-GLC dan NGO-NGO yang mahu hutan ini dapat dikekalkan untuk dijadikan sebagai hutan simpan yang memberi manfaat kepada masyarakat ataupun manusia. Saya cadangkan Kerajaan Negeri serahkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini kepada Kolej Universiti Islam Selangor, mungkin boleh dikawal selia oleh Raja Muda Idris Forest Educational Centre sebagai contoh. Dan mungkin boleh diwujudkan satu Fakuti Pengurusan Hutan di situ kerana saya ingat konsep manusia dengan alam sekitar juga satu tuntutan di dalam Islam yang boleh dibuat satu bentuk kajian di peringkat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Kemudian saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Pengurusan Teknologi Pintar dan juga Digitalisasi. Saya mendapat banyak juga rayuan daripada masa kat luar bandar terutama daripada Orang-orang Asli. Bagaimana kepayahan mereka, jaringan Internet tidak sampai kepada mereka yang saya kira menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Mungkin kita boleh ada teknologi pintar tetapi bayangkan kalau jaringan Internet itu tidak sampai. Baru-baru ini bila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, sistem pendidikan kepada anak Orang Asli juga kita tidak dapat sampaikan dengan baik melalui sistem komunikasi terkini saya kira ini juga menjadi kelemahan kepada kita. Untuk akhirnya saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan pembangunan
generasi muda. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah mengeluarkan satu, menerbitkan satu lagi Dasar Generasi Muda Selangor 2020 yang akan menjadi hala tuju ataupun panduan hala tuju 10 tahun generasi muda di Negeri Selangor. Saya lihat dalam dasar generasi muda itu ada disebutkan juga penubuhan Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Belia Selangor. Saya kira ini satu yang sangat baik dan saya harapkan saya tidak nampak ada peruntukan di dalam bajet ini untuk menubuhkan Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Negeri Selangor. Saya harapkan adalah mungkin peruntukan-peruntukan daripada mana-mana boleh diletakkan dan dimulakan pada 2020 Pembangunan Generasi Muda daripada sudut, kalau semalam Banting menyebutkan daripada kajian IDE Literasi Politik anak-anak muda ini hanya 30% yang faham politik. Mungkin ini juga boleh dijadikan sebagai institusi untuk memperkenalkan politik kepada anak-anak muda. Tapi jangan ambil Banting la untuk jadi Pensyarahnya nanti anak-anak muda kita pun confuse sebab Kerajaan PN ke BN ke Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Malaysia pun nampak dia confuse. Dan saya harapkan ini dapat direalisasikan oleh Kerajaan Negeri dan untuk akhirnya, saya ada satu pantun juga ni untuk Banting ini sebab Bukit Lanjan pun duduk dengan Banting, sebagai penutup kepada ucapan dasar saya; “Bukit Lanjan bermain plastik, Bermain lastik sakit jiwanya melastik kera, Anak muda dah faham dah kerajaan ini bukan kerajaan politik, Tapi kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Negara”
Wallahualam wabilahitaufik wasalam mualaikum warahmatullah hiwabarokatu.
Saya persilakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Kampung Tunku untuk membahas Belanjawan Negeri Selangor 2022. Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini cabaran yang dihadapi rakyat serta kesenjangan ataupun ketidakadilan sosial menjadi lebih ketara. Bak kata pepatah dengan izin, covid did not break the system, covid expose the broken system. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menunjukkan pimpinan yang baik sepanjang tempoh pandemik. Di mana ada kekurangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor tidak mengadu sebaliknya fokus terhadap penyelesaian masalah. Kita bangunkan Aplikasi Pengesahan Kontak Pertama di Negara iaitu SELANGKAH, kita laksanakan Ujian Saringan COVID-19 Percuma, Program Vaksinasi Percuma SelVAX, Bakul Makanan dan sebagainya. Memasuki fasa endemik ini saya lega melihat beberapa komponen dalam belanjawan tahun depan yang bertujuan mengurangkan kesenjangan sosial ekonomi dan memperluaskan akses golongan tidak berkemampuan kepada bantuan dan perkhidmatan. Namun saya berharap agar kaedah permohonan jelas dan mudah supaya kita dapat mempercepatkan penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan. Contohnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Maaf jammed sekejap. Maaf kepada teman-teman sekalian. Baik contohnya, terima
kasih semua. Saya minta maaf atas penangguhan masa tadi tapi berkaitan dengan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) contohnya Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS IT) akan diperluaskan dan dinamakan sebagai BINGKAS di mana manfaatnya dirasai oleh seluruh keluarga. Pada masa ini syarat utama KISS dan juga KISS IT ialah pemohon yang telah berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai dalam golongan miskin atau miskin tegar dipangkalkan data e-Kasih. Namun kita tahu bahawa pemohon untuk BSH ataupun dimasukkan di dalam e-Kasih memakan masa yang lama. Ramai keluarga yang perlukan bantuan segara.
Saya ingin tanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri rancang untuk mengubah syarat supaya keluarga yang berkeperluan mendapat bantuan BINGKAS secepat mungkin. Keduanya berkenaan bantuan anak yatim COVID-19. Terima kasih kepada keprihatinan Kerajaan Negeri atas bantuan anak yatim COVID-19 yang telah saya juga bangkitkan semasa sesi Town Hall Belanjawan Bersama Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Di Kawasan Kampung Tunku terdapat beberapa kes COVID-19 yang agak genting contohnya di SS1. Kami mendapati sebuah keluarga ada 4 kes COVID yang dimasukkan ke hospital dan mereka meninggalkan remaja berumur 14 tahun dan 13 tahun di rumah sahaja. Antara 4 orang dewasa yang masuk hospital dua meninggal dunia dan mereka merupakan warga emas. Dua lagi iaitu ibu bapa remaja tersebut dimasukkan ke dalam wad rawatan intensif ataupun ICU semasa bertarung nyawa dengan COVID-19. Mujurlah mereka sembuh, tetapi bayangkan ramai juga keluarga yang kehilangan pencari nafkah utama dan tempat bergantung. Saya percaya Kerajaan Negeri dan agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Unit-unit lain akan buat yang terbaik namun saya ingin ingatkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memang terbeban dan tidak cukup tenaga kerja terutamanya dari segi pekerja sosial dan pelindung kanak-kanak. Oleh itu dalam penyelarasan dengan agensi bagi tujuan seperti pengurusan harta pusaka, penjagaan kanak-kanak serta bantuan kesihatan emosi saya ingin cadangkan agar ahli-ahli Dewan Negeri dilibatkan bersama supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat bersama MPKK ataupun Persatuan Penduduk dan Badan-Badan Komuniti yang berkaitan boleh juga berkaitan boleh juga menyumbang kepada kebajikan dan perkembangan anak-anak yatim ini bak kata pepatah dalam Bahasa English dengan izin It takes a village to raise a child mungkin kita boleh laksanakan Program Anak Angkat ataupun Adik Angkat bagi mereka yang belum berkahwin. Dengan usaha sama sebegini bantuan anak yatim ini ada satu kesinambungan sehinggalah mereka berupaya berdikari. Perkara ketiga yang ingin saya sentuh, berkenaan dengan cakna kesihatan mental sihat dan selangkah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Dr. Siti Mariah kerana selalu terbuka kepada pandangan dan perbincangan dan saya kira Kerajaan Negeri Selangor masih ke depan dengan adanya peruntukan untuk kesihatan mental sejak 2017 dan sekarang ada perkhidmatan dalam talian Selangor Mental Sihat. Dalam insentif khas bagi pesakit yang memerlukan lawatan lanjut bersama pakar kaunseling klinikal mahupun pakar
psikiatri saya berharap Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan subsidi untuk ubat psikiatri. Saya kira seolah tak sempurna sekiranya kita tawarkan khidmat nasihat kaunseling dan sebagainya tetapi apabila pesakit memerlukan ubat terputus pula bantuan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, kos ubat psikiatri di klinik ataupun farmasi swasta amatlah mahal. Contohnya bagi isu kemurungan ataupun depression dengan izin satu bekas ubat anti depression yang boleh digunakan untuk contohnya sebukan ataupun kurang bergantung pada kepada dose yang ditetapkan berharga RM 200.00 di Farmasi. Untuk ubat bipolar disroder dengan izin satu kotak ubat acute mania cochrane ataupun seroquel 200ml sangat sikit sahaja berharga RM400 ke atas. Biasanya seorang pesakit akan memerlukan preskripsi beberapa jenis ubat psikiatri yang boleh mencecah bil hampir RM 600.00 hingga RM 800.00 di farmasi ataupun klinik swasta. Di sini saya ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri memanfaatkan Klinik Selcare untuk tujuan ini. Sebagai permulaan Klinik Selcare boleh menyimpan stok ubat psikiatri generic. Bagi ubat yang lebih khusus mungkin subsidi kewangan boleh ditawarkan.
Perkara yang keempat yang ingin saya sentuh berkaitan dengan penggantian paip air lama. DUN Kampung Tunku satu kawasan yang lama walaupun ADN nya muda dan kerap terkesan. Masih muda terima kasih. Dan kerap terkesan dengan gangguan air akibat paip pecah. Kami juga terkesan dengan gangguan air yang berlaku di kawasan berjiran contohnya di Bukit Gasing dan juga Bandar Utama. Selain itu semasa gangguan air berjadual yang terakhir pada 13 hingga 16 Oktober tahun ini, kawasan yang paling dekat dengan reservoir di Sea Park pula merupakan paling cepat terkesan dengan gangguan air sebelum tarikh yang ditetapkan iaiutru 13 Oktober. Namun pada tahun lepas dan tahun ini tiada projek menaik taraf ataupun menggantikan paip air di DUN Kampung Tunku. Saya kira Air Selangor telah melaksanakan pelbagai projek di seluruh Negeri Selangor. Jadi pada tahun depan saya minat untuk teliti senarai kawasan yang telah kami hantar kepada Air Selangor daerah Petaling dan memastikan ada tindakan untuk tahun depan. Perkara kelima yang saya ingin sentuh berkenaan belia dan kewarganegaraan. Saya setuju dengan point yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting semalam tentang anak muda yang muak dengan politik tetapi masih penting kita reachout dengan izin, kepada mereka. Sebelum pandemik terdapat beberapa Program ADN Muda di bawah Pejabat Speaker bermula dari zaman mantan speaker Y.B. Puan Hannah Yeoh. Namun program itu hanya untuk beberapa hari sahaja dan tiada apa-apa kesinambungan, followup dengan izin ataupun retention selepas program itu selesai dilaksanakan. Dalam kita memasuki fasa endemik saya ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan program yang mempunyai jangka masa yang lebih panjang. Contohnya Program Internship dengan izin dengan Kerajaan Negeri ataupun dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO bagi mahasiswa ataupun mahasiswi semasa cuti semesta mereka. Contohnya Perdana Fellow Peringkat Negeri. Lebih baik lagi kalau kita boleh perluaskan kepada Anak-Anak Syarikat ataupun di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pada masa ini
ada Ahli-Ahli Dewan yang mengambil intern sendiri termasuk saya namun sekiranya anak muda didedahkan kepada selok belok Pentabiran Kerajaan Negeri maka mereka lebih memahami betapa pentingnya mereka mengambil peduli tentang isu politik dan kepentingan awam dan bagaimana politik dan dasar mempengaruhi kehidupan mereka. Contohnya isu sampah ia bukan sekadar isu kebersihan sahaja tetapi berkait dengan ketelusan contohnya siapa yang dapat kontrak kutip sampah, berapa harga kontrak tersebut, bagaimana sampah dilupuskan ada ia mesra alam dan sebagainya. Tambahan lagi kita dapat menyediakan golongan pemimpin pelapis yang tidak terhad kepada mereka yang bercita-cita menjadi Wakil Rakyat. Ramai anak muda masih belum tahu bahawa terdapat pelbagai jenis jawatan ataupun sumbangan dalam dunia politik selain menjadi Yang Berhormat. Contohnya Penyelidik, Setiausaha Media, Pegawai Pusat Khidmat dan lain-lain. Contohnya bekas intern saya yang berumur 21 tahun dia tak minat jadi Wakil Rakyat tapi lebih cenderung kepada MPKK dan tanggung jawab seorang Ketua Kampung.
Dan perkara yang terakhir yang saya ingin sentuh berkaitan dengan Dana Bantuan Guaman Selangor. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan juga Yang Berhormat EXCO Ganabatirau atas penubuhan Dana Bantuan Guaman ini. Pada Sidang Dewan yang lepas saya pernah bangkitkan isu Ibu Tinggal. Iaitu Ibu Tunggal yang masih belum bercerai di sisi undang-undang. Dan kerana mereka tiada sijil cerai mereka tidak dapat memohon untuk bantuan kerajaan dan bergantung kepada budi bicara melalui Pejabat Ahli Dewan Negeri. Namun saya percaya bahawa kita taknak bergantung pada budi bicara sahaja sebaliknya kita sebagai Kerajaan perlu menambah baik sistem yang sedia ada. Selain itu dalam musim pandemik, ramai yang kehilangan kerja atau mengalami pemotongan gaji. Jadi dengan kerjasama dengan Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat EXCO dan juga Selangor Bar kami berjaya membentangkan satu modul Dana Bantuan Guaman untuk golongan B40. Ini menunjukkan keterbukaan MMKN dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan berharap Dana Bantuan Guaman ini dapat membantu golongan B40 mendapat akses kepada keadilan dalam hal kekeluargaan dan hal pekerja serta kes-kes yang mempunyai kepentingan awam di Negeri Selangor. Setakat ini perbahasan saya Kampung Tunku mohon menyokong.
Saya persilakan Taman Medan.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan selamat tengahari. Terlebih dahulu saya mohon izin kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker untuk membuka topeng muka. Seperti mana yang telah dinyatakan keizinan tersebut sebelum mesyuarat dewan bermula, terima kasih. Pertamanya saya panjatkan kesyuakuran kehadrat ilahi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker di atas kesempatan yang diberikan bagi membahaskan belanjawan 2022 dengan bermotokan “Kita Selangor, Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani”.
Dalam tempoh mendepani pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak penhujung tahun 2019 sehingga kini yang telah pun diisytiharkan sebagai endemik. Banyak perbelanjaan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri demi memenuhi taggungjawab memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Sesungguhnya ia bukti kesungguhan serta iltizam dan komitmen atas mandat yang telah majoriti rakyat Selangor berikan di dalam pilihan raya umum yang ke-14 pada tahun 2018 yang lalu sebagai kesinambungan daripada mandat yang diberikan bermula daripada pelihan raya umum ke-12 pada bulan Mac tahun 2008 yang saya percaya ada sebahagian kecil daripada Ahli-Ahli Dewan pada kali ini telah berpengalaman untuk melaksanakan mandat tersebut.
Walaupun ada usaha dan agenda kalangan mereka yang berkepentingan untuk meruntuhkan kerajaan Selangor ini, ekoran langkah Sheraton yang telah dilaksanakan pada bulan Februari tahun 2020. Taman Medan bersyukur, ianya tidak terlaksana dengan beberapa Ahli Dewan Yang Mulia ini juga turut terbabit hadir ke lokasi insiden itu sama ada mendokongya ataupun sebaliknya. Langkah Sheraton itu nyata menjadikan keadaan politik dan pentadbiran negara tidak stabil hingga ini malah membabitkan juga ketidakupayaan pentadbiran negara menangani krisis yang berbagai dari sudut ekonomi, kebajikan, urus tadbir, integriti dan lain-lain pertukaran Perdana Menteri sebanyak dua kali tidak banyak membantu melainkan di kalangan kelompok mereka sendiri semata-mata.
Kerana itulah, Taman Medan berpandangan bahawa Langkah itu adalah satu langkah yang serong dan juga menyeleweng daripada matlamat asal demokrasi. Jangkaan hasil negeri untuk tahun 2022, dan jumlah jangkaan perolehan sebanyak RM 2.05 bilion, sesuatu yang saya yakin bukan sekadar boleh dicapai, malah boleh melepasi angka tersebut seterusnya dapat menampung angka perbelanjaan yang dijangka berjumlah sebanyak RM 2.32 bilion berkat usaha dan juga kerja keras para petugas pemungut hasil negeri di kalangan para penjawat awam. Taman Medan tertarik dengan pewujudan beberapa program baru yang bakal dilaksanakan. Diantaranya program yang dinamakan sebagai Bantuan Kehidupana Sejahtera Selangor (BINGKAS) di bawah teras kedua, membangun masyarakat penyanyang dan juga kesejahteraan sosial.
Perlaksanaannya adalah dengan perluasan capaian dan penambahbaikan program yang dinamakan sebagai Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan tambahan kepada Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) dengan kadar sebanyak RM300 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM200 sebulan. Apa yang boleh dibanggakan oleh Negeri Selangor adalah kadar itu lebih banyak dan bermanafaat walaupun sebelum ditambah berbanding dengan pakej bantuan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat dengan kadar yang lebih rendah secara one off dengan izin. Untuk makluman dalam pembentangan dikemukakan semasa Taman Medan menghadiri mesyuarat Focus Group dengan izin, pembasmian kemiskinan daerah Petaling. Kawasan Taman Medan adalah kawasan yang paling tinggi jumlah penduduk
berstatus miskin dan miskin tegar di dalam daerah Petaling, di bawah rekod daftar program E-Kasih. Dan saya percaya bahawa ianya juga adalah memiliki kadar yang paling tinggi di dalam Negeri Selangor.
Maka Taman Medan berharap ia dapat di manfaatkan oleh mereka yang terbabit di dalam kawasan Taman Medan. Pandangan daripada Taman Medan adalah bersama dengan beberapa rakan sejawat yang lain, adalah keutamaan menambah jumlah penerima manfaat berbanding dengan kadar nilai bantuan tersebut kerana kalau kita buat perkiraan, umpanya bagi program-program yang mensasarkan penerima-penerima bantuan dengan jumlah tertentu. Kita melihat bukan sekadar itu saja, bantuan-bantuan yang lain, kita boleh mengurangkan kadar tetapi dengan mempeluaskan jumlah penerima yang dapat memperolehi manfaat tersebut. Begitu juga Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada menyebut tentang pewujudan insurans pangsapuri kos rendah. Di dalam Kawasan Dun Taman Medan, ada 24 kawasan perumahan yang di definisikan sebagai deifinisi 24 itu keseluruhan rumah tinggi, tapi diantara majoritinya adalah kos rendah dan ada diantaranya yang bermasalah dari sudut urus tadbir, tidak memiliki jawatankuasa pegurusan bersama dan sebagainya atas faktor-faktor tertentu, kerana berkemungkinan pewujudan ataupun kewujudan projek-projek perumahan tersebut adalah sesuatu yang dibuat secara tergesa-gesa pada era pentadbiran Barisan Nasional terdahulu.
Kerana itu juga lah Taman Medan amat menyambut baik tentang kewujudan insurans pangsapuri kos rendah. Kerana realitinya itu lah yang berlaku, dengan masalah kerosakan-kerosakan disebabkan kerana jumlah ataupun kadar umur projek-projek tersebut yang begitu lama sehingga lebih daripada 20 tahun yang menyebabkan kerosakan struktur-struktur tertentu seperti bumbung, paip, laluan paip, kemudian laluan kumbahan dan sebagainya. Jadi maknanya ini kalau kita tengok banyak berlaku kerosakan yang maka penduduk pula di kalangan mereka yang berstatus B40 majoritinya hingga ada tidak ada pekerjaan, malah diantara penduduk-penduduk kawasan perumahan yang didefinisikan sebagai perumahan bertingkat ini adalah mereka yang banyak kehilangan pekerjaan sehingga kawasan perumahan yang memiliki jawatankuasa pengurusan bersama pun tidak dapat memperolehi pendapatan kerana ketidakupayaan untuk membayar kos penyelenggaraan.
Dan Taman Medan juga ingin berkongsi pandangan tentang perbelanjaan ataupun yang telah diluluskan untuk program-program yang berkaitan dengan pembangunan islam. Antara apa yang telah diluluskan adalah dana untuk membiayai pembinaan masjid, sekolah rendah agama dan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan pemohonan agama islam. Tetapi Taman Medan rasa terpanggil sebagai seorang salah seorang graduan ataupun lepasan pelajar institusi tahfiz, tidak ada sebarang pengumuman oleh Yang Amat Berhormat tentang dana untuk membiayai proses pembangunan dan pemutihan institusi tahfiz terutama swasta kerana institusi ini institusi mejoritinya tidak berorentasikan keuntungan, sebab dengan jumlah sekitar 350 yang berdaftar dengan persatuan institusi tahfiz Selangor, jumlah yang diperlukan untuk proses pemutihan
dalam perbagai aspek itu adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan Dalam belanjawan ini sebenarnya. Kerana saya lihat umpamanya Dalam proses-proses tersebut sesuatu yang ketinggalan.
Dan begitu juga dalam aktiviti sukan yang menjadi satu daripada sasaran kerajaan negeri untuk dibangunkan. Salah satunya ialah tumpuan kepada untuk memperkukuhkan sukan elektronik ataupun e-sport. Saya percaya ia bermanafaat, tapi jangan mengabaikan juga sukan-sukan yang menjadi tumpuan dalam bentuk perlaksanaan yang membabitkan aktiviti fizikal. Sebab anak-anak sekarang ini ramai bila tanya apa sukan kegemaran, bola sepak, sekali pandai main tak, pandai, pandai main dengan apa, guna kaki kanan ke kiri, tak guna tangan, dua-dua tangan. Rupanya sukan main FIFA 2021 dengan PES 2020. Tak pandai main bola, kaki bangku. Jadi saya pohon pihak EXCO umpamanya dapat memberikan tumpuan juga kepada sukan-sukan yang berteraskan kepada pergerakan fizikal kerana banyak menjejaskan kesihatan sekadar tumpuan kepada elektronik. Mungkinlah kemudahan-kemudahan satu tempat, tapi saya yakin kerajaan negeri serius untuk membangunkan itu dengan fasiliti-fasiliti dan juga pembangunan dalam bentuk apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya dengan rasa rendah diri, berterima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker atas ruang ini dan juga dengan ini saya tamatkan perbahasan ini. Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t, saya dengan ini menyokong belanjawan ini.
Saya persilakan Gombak Setia.
Terima kasih Speaker atas ruang yang diberikan pada Gombak Setia untuk mengambil ruang dalam perbahasan belanjawan 2022. Saya ingin memulakan perbahasan pada pagi ini dengan menegaskan betapa pandemik COVID-19 serta kesanya menuntut supaya seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri mengambil sikap dan komitmen sepenuhnya untuk membingkai muafakat demi kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran Negeri Selangor. Tidak ada gunanya kita berbalah meniup perasangka atau bertegang leher dalam isu-isu yang tidak mendasar kerana pada akhirnya, yang menjadi keutamaan bagi kita dalam Dewan Yang Mulia ini adalah untuk menyusun perancangan dan hala tuju yang strategik menggubal dasar dan kebijakkan yang efektif sekali gus menjamin semak dan imbang yang berkesan dalam sesebuah sistem demokrasi.
Saya ingin merujuk kepada belanjawan Negeri Selangor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sg. Tua dengan tema “Kita Selangor, Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani” pada Jumaat yang lalu, dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2 bilion 343 juta. Saya ingin menegaskan ungkapan bahawa budget is not just collection of numbers but an expression of our values and aspiration. Dan jika boleh ditambah spells out the strategic direction that we are embarking on dengan izin. Ini kerana Dalam usaha kita memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19, kita harus memastikan setiap usaha dan ikhtiar kerajaan negeri
dapat menjana pertumbhan yang prograsif yakni bukan sahaja menjamin pekerjaan tetapi juga dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan yang baru. Kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk mengupayakan rakyat melalui perlbagai inisiatif yang akhirnya dapat meningkat pendapatan dan juga tahap ataupun taraf sosio ekonomi rakyat. Jika ini dapat dilaksanakan barulah kita dapat menjamin a robust and sustainable recovery iaitu pemulihan yang rancak dan juga lestari. Untuk maksud itu saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian untuk mengimbau prestasi belanjawan Negeri Selangor dalam tempoh 10 tahun kebelakang.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar ke-14, antara tahun 2011 sehingga 2014. Mempelihatkan peningkatan secara relative diantara RM 1.43 bilion pada tahun 2011, RM 1.6 bilion 2012, RM 1.63 bilion 2013, dan juga RM 1.85 bilion ringgit 2014. Sementara belanjawan yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor ke-15 mempelihatkan peningkatan yang cukup substantive dengan lonjakan daripada RM 1.85 bilion kepada RM 2.42 bilion ringgit tahun 2015, RM 2.88 bilion 2016, RM 3.45 bilion 2017, dan juga RM 3.12 bilion 2018. Sg. Tua pula sejak 2019 telah bentangkan belanjawan yang kemudiannya sedikit meleset kepada RM 2.56 bilion 2019, RM 2.33 bilion 2020, RM 2.32 bilion untuk tahun ini 2021 dan terus terperangkap dalam belenggu sama pada tahun hadapan dengan anggaran belanja sebagaimana yang disebutkan RM 2.34 bilion walaupun kita berhadapan dengan suasana dan persekitaran ekonomi yang berbeza.
Melihat perbezaan yang amat ketara ini dalam tiga era pentadbiran, saya ingin sekali lagi menyatakan dengan tegas bahawa amat mustahak untuk setiap hasil ataupun anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan di unjur dan juga diformulakan berdasarkan persekitaran dan suasana ekonomi dengan berpegang kepada prinsip budgetary accountability. Jika disemak Hansard perbahasan belanjawan saya sejak diberikan mandat sebagai Ahli Dewan Negeri sama ada ketika saya di pihak kerajaan mahupun di posisi pembangkang pada hari ini, saya secara konsisten menyarankan supaya Kerajaan Negeri senantiasa mencerakinkan sebuah belanjawan yang bersifat expansionary yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang cergas dan rancak. Tidak dinafikan Kerajaan Negeri Selangor, kita ada pasukan anggota perkhidmatan awam yang cukup kompeten, dinamik dan juga berdedikasi untuk memacu negeri Selangor ke mercu kegemilangannya.
Justeru, biarpun kita dilanda dengan unprecedented crisis seperti COVID-19, Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan jumlah kutipan hasil yang lebih tinggi berbanding anggaran hasil bagi tahun 2021. Namun, apakah kejayaan itu membolehkan kita untuk mendabik dada dan juga berpuas hati menginsafi negeri Selangor sebagai gedung kuasa ekonomi negara, maka apakah aras pencapaian tersebut mencukupi untuk kita menggalang potensi negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi dan juga menjadi pemacu kepada ekonomi negara.
Yang Berhormat Speaker, belanjawan defisit bukanlah satu kerumitan jika kita dapat menjamin unjuran yang tepat perbelanjaan yang optimum serta pengurusan kewangan yang telus dan bertanggungjawab tanpa kebocoran. Sebab itu saya ingin menyatakan mengapa Kerajaan Negeri hari ini tidak berani untuk mengemukakan sebuah expansionary budget dan hanya meletakkan defisit sebanyak RM 222.7 juta sedangkan kita dituntut untuk berbelanja lebih tinggi di kala belenggu krisis seperti ini supaya dapat memberikan kesan gandaan ataupun multiply effect dalam untuk kita menyuntik satu dinamisme baru dalam kegawatan ekonomi. Dengan rizab dan juga kedudukan kewangan yang sedang semakin meningkat dengan baik, Kerajaan Negeri seharusnya mengambil pendekatan yang lebih berani dan bertanggungjawab untuk memperuntukkan belanja pembangunan yang lebih tinggi demi mencapai kejayaan yang lebih besar sekali gus untuk kita memastikan usaha pemulihan ekonomi dapat kita laksanakan dalam tempoh yang singkat. Kita harus berlaku jujur kerana ramai di kalangan kita ada bersama dalam tiga era pentadbiran yang saya sebutkan tadi. Kita menilai, rakyat menilai. Kita membuat perbandingan, rakyat juga membuat perbandingan. Sebab itu sekali lagi kita harus berlaku jujur bahawa rakyat negeri Selangor hari ini ramai yang mengeluh dan merasakan betapa kurangnya manfaat dan juga bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri khususnya sejak dilaksanakan proses penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat dilaksanakan.
Ya, kita berbelanja besar, program kita banyak, nama-nama yang hebat tetapi masih ramai rakyat yang tidak merasakan manfaat daripada program-program ini. Jangan kita hanya bangga dengan angka-angka yang besar, pengumuman demi pengumuman yang berterusan, program-program yang pintar lagi canggih tapi pada hakikatnya ianya tidak dilaksanakan dengan efektif, berkesan dan gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat negeri Selangor. Sebagai contoh dalam Belanjawan 2021, kerajaan negeri memperuntukkan RM 42.5 juta untuk menyantuni 85,000 orang rakyat negeri Selangor melalui Skim Insurans Peduli Sihat sedangkan pada Ogos 2021 tahun ini ianya hanya memperlihatkan pencapaian untuk 67,000 warga negeri Selangor. Begitu juga dengan Program KISS, ibu tunggal yang mensasarkan penerima manfaat seramai 5,000 orang tetapi pada Ogos tahun ini ia baru merekodkan jumlah penerima seramai 1,363 orang dan baru-baru ini kerajaan negeri sekali lagi memperuntukkan sejumlah peruntukan RM 46 juta untuk membantu 90,000 orang rakyat negeri Selangor dengan usaha rebranding yang tak pernah selesai.
Speaker, kita sepatutnya memikirkan bagaimana program kita ini dapat kita laksanakan dengan lebih efektif bukannya berapa banyak kali rebranding yang harus kita lakukan daripada Program Peduli Sihat kepada Skim Insurans Peduli Sihat dan hari ini dah tukar lagi nama dia kepada Program Iltizam Selangor Sihat. Isinya sama tapi ianya tidak memberikan kelebihan kepada rakyat. Sepatutnya kita memikirkan bagaimana kita dapat merealisasikan usaha-usaha ini dengan lebih baik.
Saya juga ingin menarik perhatian Sungai Tua yang cukup kerap hari ini hadir ke kawasan Gombak Setia. Saya ucap terima kasih. Namun saya harap agar apa yang
Sungai Tua janjikan di dalam kawasan-kawasan saya itu dapatlah ditepati kerana pada 4 September 2018 saya pernah mengesyorkan dalam Dewan ini, untuk Dewan yang mulia ini memberikan peruntukan bagi pembangunan semula Masjid Kampung Sungai Cincin di Gombak. Dan walaupun Kerajaan Negeri berdiam diri tapi saya bersyukur kerana pada 17 Oktober baru-baru ini, saya mendapat khabar dan dilaporkan di dalam banyak laporan-laporan media bahawa Y.A.B Sungai Tua telah mengumumkan Projek Menaik taraf Masjid Sungai Cincin yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 dan dinyatakan akan dimasukkan dalam Belanjawan. Tapi habis puas saya belek Buku Belanjawan, Buku Anggaran saya tak nampak ada peruntukan yang diperuntukkan untuk Masjid Sungai Cincin di Gombak.
Begitu juga dengan jambatan Kampung Sungai Salak. Dan ini juga diumumkan oleh Menteri Besar di kawasan saya katanya akan dilaksanakan dengan kos sebanyak RM 500,000 tapi puas juga saya belek, saya tak nampak. Dan saya ingin mohon penjelasan supaya projek-projek ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat di dalam DUN Gombak Setia.
Yang Berhormat Speaker, sudah tentulah setiap usaha pembangunan dan inisiatif sosial yang ingin dilaksanakan menuntut penjanaan sumber dan pendapatan dengan ekonomi yang lestari dan mampan. Sebab itu sekali lagi saya ingin tegaskan betapa perit pentingnya kerajaan negeri meneroka sumber-sumber pendapatan baru yang dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil tanah dan antara potensi yang dapat kita gembleng adalah melalui keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Namun saya mohon sedikit waktu daripada Y.B. Speaker kerana isu ini cukup penting. Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa pada tahun 2020, PKNS telah mencatatkan kerugian sebelum cukai dan zakat sebanyak RM 719.2 juta bagi tempoh berakhir 31 Disember 2020. Dalam jawapan bertulis yang saya terima yang diserahkan kepada saya dinyatakan bahawa kerugian terbesar dalam sejarah PKNS ini adalah disebabkan oleh rosot nilai pelaburan ataupun impairment investment dalam anak-anak syarikat PKNS berjumlah RM 636.6 juta.
Justeru saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri apakah punca kepada rosot nilai tersebut? Dan amat tidak memadai untuk Kerajaan Negeri ataupun PKNS menggunakan alasan bahawa pasaran hartanah yang lemah untuk menjustifikasi kerugian yang terlalu besar. Sedangkan berdasarkan pencapaian kajian yang kita buat dalam banyak syarikat-syarikat hartanah di Bursa Malaysia sepanjang tahun 2018-2020 hampir kesemua syarikat hartanah mencapai keuntungan dan tidak mendapat rosot nilai sebagaimana yang direkodkan oleh PKNS. Saya yakin pastinya syarikat-syarikat hartanah yang berjaya ini, mereka melaksanakan strategi korporat secara berhemah teratur dan mengikut tatacara governance yang mantap bagi mendepani cabaran hartanah dalam bidang, dalam keadaan hari ini. Hakikatnya kerugian ini membuktikan PKNS sedang mengalami a fundamental structure problem kerana the core businesses of PKNS adalah untuk perniagaan hartanah. So, kita ingin
menanyakan adakah PKNS hari ini facing an existential threat yang mana kita harus memastikan kita dapat keluarkan PKNS daripada the existential threat ini...
Speaker.
Sebentar.
Kerana matlamat asal penubuhan PKNS adalah untuk membangun watan dengan mengangkat agenda social reengineering demi perkasakan kedudukan sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera dalam negeri Selangor.
Minta penjelasan.
Biarpun PKNS kononnya sedang melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek...
Mohon Gombak Setia
Namun Dewan ini bertanggungjawab...
Mohon penjelasan.
...dan rakyat negeri Selangor juga berhak untuk...
Saya bangun dulu.
...mengetahui apakah pelan strategik dan bagaimana usaha kerajaan negeri untuk demi kelangsungan agenda bumiputera dalam negeri Selangor.
Siapa rugi? Siapa yang rugi?
Speaker, saya nak tanya apa existential crisis?
Saya pun nak tanya juga.
Y.B. Gombak Setia, tamatkan ayat terakhir.
Tuan Speaker, saya tak benarkan. Saya ada satu lagi isu, kerana kerajaan negeri juga tidak boleh berkompromi dalam isu tatatular dan juga ketelusan dalam pentadbiran...
Siapakah pemaju yang rugi?
Gombak Setia, saya hanya tanya...
Saya tak ada masa! Saya tak ada masa.
Saya hanya nak tanya
Saya ingin merujuk kepada satu pengumuman
Ada masa tabur fitnah, tak berani.
Apa maksudnya?
Pengumuman Y.A.B. Sungai Tua tentang projek Sungai Klang atas tanah Kerajaan Negeri seluas 600 ekar
Pengecut! Pengkhianat!
...di sepanjang 56 kilometer jajaran Sungai Selangor.
Pengkhianat! Fitnah! Tak ada masa jawab soalan!
yang akan dilaksanakan... Speaker, saya tak ada fitnah. Ini masa perbahasan yang diberikan kepada saya.
(Dewan Riuh)
Gombak Setia.
Pembangunan Sungai Klang di atas tanah milik kerajaan negeri seluas 600 ekar
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk.
Yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Landasan Lumayan Sdn. Bhd. Anak syarikat MBI. Saya difahamkan Tuan Speaker, (Dewan Riuh)
Gombak Setia, masa sudah tamat. Sila duduk. Gombak Setia. Gombak Setia, masa dah tamat. Sila duduk. Gombak Setia, Gombak Setia! Duduk! Duduk saya kata!
Gombak Setia, duduk.
Kerajaan boleh jawab. Kerajaan boleh jawab. Saya nak Gombak Setia tamatkan sekarang. Ayat terakhir.
Baik, saya ingin bertanya kepada Dewan yang mulia ini bagaimana Kerajaan Negeri boleh bercadang untuk menyerahkan suatu projek membangunkan Sungai Klang kepada sebuah syarikat yang end up with negative net tangible asset (TBA) dan apakah rasional kerajaan negeri untuk menganugerahkan projek pembangunan Sungai Klang kepada tanah milik Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hakikatnya bankrap. Maka, saya ingin menegaskan dalam Dewan yang mulia ini jangan. Jangan kita ambil remeh, jangan kita ambil lesu perkara-perkara begini sebab jangan sampai kerana sikap kita, sikap seperti Banting dalam Dewan ini, sikap rakan-rakan kita ini
Tuan Speaker.
...akhirnya yang menjadi mangsa yang dikambinghitamkan adalah penjawat awam
Gombak Setia, apa nama syarikat yang tersebut?
...dalam negeri Selangor. Sebab itu Tuan Speaker, saya minta supaya kita semua muhasabah
Jangan tabur fitnah sahaja.
Tuan Speaker.
...kita hanya nak tahu nama syarikat. Kalau nak tuduh apa-apa syarikat, beri nama.
Sudah, sudahlah.
...membincang hala tuju yang baik kerana akhirnya yang penting adalah demi rakyat negeri Selangor dan semua kita lakukan kerana kecintaan kita kepada negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.
Bukit Lanjan, Sungai Air Tawar duduk. Gombak Setia duduk.
Baik.
Saya tanya apa maksudnya existential crisis. Kita tanya apa nama syarikat tersebut yang sebut tadi. YB yang kata yang di Sungai Klang.
Sebab itu jangan ganggu.
Bukit Lanjan.
Yang saya cakap tadi apa?
Gombak Setia, duduk. Gombak Setia dah tamat. Masa awak dah tamat. Masa Gombak Setia dah tamat. Gombak Setia duduk.
Speaker, dia jawab.
Kerajaan akan jawab. Duduk. Baik, saya persilakan Bandar Utama.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Nampaknya kawan saya belum habis lagi. Dah? Sudah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Terima kasih Y.B. Timbalan Tuan Speaker kerana memberikan Bandar Utama peluang untuk berbahas.
Pertamanya, syabas saya ucapkan kepada Y.A.B. Menteri Besar, barisan EXCO dan pegawai-pegawai kerajaan negeri kerana telah bersama-sama berusaha dalam membentuk dan merangka Belanjawan 2022. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya sentuh demi kesejahteraan para penduduk dan warga Selangor.
Perkara pertama yang sangat penting ingin saya sentuhkan adalah berkaitan dengan peluang pendidikan yang sama rata di kalangan pelajar bawah negeri Selangor. Sebelum ini Bandar Utama ada bertanyakan tentang isu pelajar yang tidak mempunyai komputer riba, Internet kepada kerajaan negeri dan YAB Dato’ Menteri Besar telah memberikan pencerahan tentang inisiatif bawah negeri Selangor seperti Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) dan sebagainya. Beliau juga telah menerangkan bahawa isu ini sebenarnya telah disampai ataupun dibawakan kepada Ahli-ahli Parlimen supaya dapat diperdebatkan di dalam Sidang Parlimen. Walhal saya menghargai usaha ini, saya tidak merasakan perhatian yang cukup diberikan kerana ini merupakan satu isu yang tidak boleh di tangguh ataupun diharapkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Berdasarkan rekod lepas, Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyelesaikan isu ini di mana laptop lambat sampai kepada pelajar dan ada juga isu di mana kualiti laptop yang dihulurkan itu berkualiti rendah dan akhirnya rosak dalam masa seminggu.
Pada April 2020, Menteri Pendidikan juga telah mendedahkan 36.6% pelajar di seluruh negara tidak mempunyai peranti elektronik untuk proses pembelajaran di atas talian dan ini tidak termasuk isu wi-fi dan juga internet. Akhirnya apabila permohonan atau pun permintaan seperti ini sampai kepada wakil rakyat kawasan dan sebagai wakil rakyat kawasan, memang kita ingin cuba sedaya upaya untuk membantu. Tetapi kita harus sedar ramai lagi pelajar yang tertinggal kerana bantuan daripada wakil rakyat ini bukannya satu polisi yang menyeluruh bagi membantu pelajar-pelajar yang berada di bawah kawasan Selangor.
Oleh itu, saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh meneliti masalah ini dan pastikan sekiranya boleh tiada seorang pun pelajar yang akan ketinggalan pada era pasca pandemik kerana hanya dengan pengetahuan pada zaman ini, kita dapat mengubah nasib seseorang atau pun sesebuah keluarga. Kerana itu adalah berdasarkan pengetahuan, pendidikan, kerajinan dan usaha diri sendiri. Dan sekiranya perkara ini juga tidak diberi perhatian dan sekiranya hak ini juga tidak diberikan kepada pelajar, bagaimanakah rakyat atau pun warga Selangor dapat memperbaiki diri sendiri dan dapat meningkatkan pendapatan keluarga sekiranya tidak diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pendidikan dan pengetahuan.
Di sini juga saya ingin meminta pencerahan kerana apa bila saya meneliti program SPINTAS yang diperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mendapatkan peranti digital terpakai untuk dipinjamkan kepada murid yang memerlukan, saya ingin mengetahui dan harap diberikan jawapan bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor menetapkan jumlah peruntukan sedemikian. Kerana berdasarkan info data ataupun statistik, jumlah keseluruhan pelajar bawah Selangor melebihi 900 ribu orang pelajar. Jadi adakah peruntukan ini cukup untuk membantu murid atau pun pelajar berstatus B40 atau pun kini B60.
Tuan Timbalan Speaker, itulah juga sebabnya saya ingin menyentuh perkara yang kedua iaitu pentingnya untuk Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kajian, tinjauan, data dan juga KPI untuk setiap program dan inisiatif terutamanya untuk program inisiatif yang kritikal. Ini penting supaya kita dapat memastikan peruntukan yang diberikan adalah berdasarkan data, adalah berdasarkan perbincangan dan perhatian yang diberikan itu lebih kepada program dan inisiatif yang terbukti penting serta mengikut arah tuju yang betul. Contohnya selain daripada SEPINTAS adakah Kerajaan Negeri telah melakukan apa-apa tinjauan mahupun kajian yang terperinci terhadap pembangunan-pembangunan yang penting. Saya sebagai anak muda memang gembira melihat banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan dihasilkan oleh Kerajaan Negeri demi warga Selangor. Namun adakah peluang pekerjaan yang dihasilkan itu merupakan peluang pekerjaan yang selari dengan permintaan masa hadapan. Adakah kita mempunyai kajian yang serius yang mendalam atau pun tinjauan yang mencukupi untuk memastikan pekerjaan yang ditawarkan itu akan menjadi satu pekerjaan yang popular bukan saja kini tetapi 10 malah 20 tahun yang akan datang di Selangor. Dan apakah potensinya Negeri Selangor ini dalam memperkembangkan sektor-sektor ekonomi di bawah Negeri Selangor. Kita tidak boleh menunggu permintaan industri itu sampai baru kita mahu membentuk bakat yang bersesuaian. Kita seharusnya sediakan bakat yang berguna untuk industri di Selangor ini pada masa yang akan datang supaya 10 atau pun 20 tahun yang akan datang Negeri Selangor mempunyai talent dengan izin, bakat atau pun kemahiran yang tinggi yang mencukupi.
Saya ambil contoh di New Zealand di mana kerajaan mereka sudah pun merangka strategi pendidikan di mana mereka menyatakan dan memberikan hala tuju yang betul. Apakah perkara yang seharusnya difokuskan oleh murid atau pun pelajar mereka. Mereka mahu pelajar dan murid mereka fokus kepada pemahaman dalam budaya yang wujud di seluruh dunia dan ini akan membantu mereka ke hadapan. Mereka mahu anak-anak muda mereka fokus kepada minat dalam berfikir, fokus dalam memahami teknologi. Jadi apakah kita mahu anak-anak muda atau pun pelajar di bawah Negeri Selangor untuk difokuskan. Pekerjaan yang difokuskan pula termasuk pekerjaan yang berkaitan dengan teknologi hijau, artificial intelligence dengan izin dan sebagainya.
Saya tidak pasti tetapi saya rasakan sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai informasi atau pun maklumat data berkaitan dengan perkara-perkara seperti ini seharusnya dikongsi kepada Ahli-ahli Dewan Negeri supaya kita dapat sama-sama memikirkan idea atau pun merangka polisi yang akan datang supaya perkara-perkara yang kita fokuskan itu penting. Kerana saya selalu mengingatkan kita ini merupakan Kerajaan Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan. Dan saya faham sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai dana dan peruntukan yang orang cakap, yang limited lah okay, dengan izin. Ya, yang terhad okay, berbanding dengan Kerajaan Persekutuan jadi saya rasakan kadangkala apabila Ahli-ahli Dewan Negeri yang meminta adakan ini dan itu dan sebagainya memang sukar untuk Kerajaan Negeri jalankan program-program
seperti itu kerana ia sepatutnya di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Cuma Kerajaan Negeri Selangor kita sedaya upaya cuba melakukan perkara yang lebih bermanfaat untuk warga Selangor kerana kita prihatin terhadap kesejahteraan warga Selangor.
Oleh sebab itu juga, seharusnya apabila kita merangka polisi-polisi yang berkaitan dengan rakyat bagi membantu rakyat termasuk kebajikan, kita seharusnya mempunyai data informasi yang cukup. Dan itu yang saya maksudkan dan saya mengambil contoh lain. Sebagai contoh adakah Kerajaan Negeri juga sudah bersedia berkongsi data sistem SSIPR bersama dengan wakil rakyat kerana data-data di dalam ini juga penting untuk wakil rakyat supaya mereka memahami apakah keadaan penduduk-penduduk di kawasan DUN dan sekiranya data-data ini dikongsi kepada wakil rakyat, wakil rakyat boleh pastikan tidak akan berlakunya kepincangan apabila seseorang pemohon itu boleh memohon program daripada pelbagai jenis jabatan. Contohnya daripada JAIS, daripada JKR, selepas itu daripada Kerajaan Negeri dan sebagainya. Sehingga ke penghujung kita tidak tahu sama ada pemohon ini sebenarnya telah memohon segala bantuan kebajikan yang ada dan ini sebenarnya tidak adil untuk warga Selangor yang lain dan pemohon lain yang mungkin lebih memerlukan bantuan sebegini tetapi telah dimohon oleh pemohon yang mendapat lebih banyak bantuan daripada semua program yang berbeza.
Jadi perkara ini juga saya telah bangkitkan sejak dulu, pengumpulan data, informasi daripada tidak kiralah statistik ke, simpanan Kerajaan Negeri atau pun daripada kajian dan tinjauan. Ini sangat-sangat penting dan seharusnya kita sebagai Kerajaan fokus kepada perkara ini kerana perkara ini memerlukan masa dan usaha. Dan sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian atau pun tidak dijalankan, kita tidak dapat merangka Belanjawan dengan tepat dan efektif. Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh memberikan maklum balas juga terhadap perkara ini kerana sekian lama telah dibangkitkan dan sekiranya memang wujudnya sistem ini seperti sebelum ini, apabila saya bertanyakan tentang isu ini, sistem yang dibangkitkan merupakan sistem SSIPR dan saya harap Kerajaan Negeri boleh berkongsikan jawapan bagaimana wakil rakyat juga dapat manfaat daripada sistem SSIPR ini dan bagaimanakah kita juga boleh mengumpul maklumat daripada sistem ini.
Tuan Timbalan Speaker, penghujahan tentang kajian dan tinjauan Bandar Utama juga ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat sebarang tinjauan dan kajian terperinci yang telah dijalankan terhadap pengundi-pengundi muda berikutan pindaan Akta Berkaitan dengan Undi 18. Bandar Utama berpendapat sekiranya terdapat informasi dan statistik seperti ini, ini harus dikongsikan kepada wakil-wakil rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang ada. Dengan kelulusan pindaan Akta Penurunan Umur Pengundi, terdapat peningkatan sebanyak 1.2 juta pengundi di antara umur 18 tahun hingga 21 tahun. Dan sudah pasti ia menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan tidak kira Kerajaan Persekutuan atau pun negeri untuk memastikan anak-anak muda ini memahami hak mereka sebagai pengundi.
Bagaimanakah mereka mahu menilai seseorang wakil rakyat atau pun sesebuah kerajaan dan memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi secara berhemah. Pada masa yang sama juga saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri adakah kita juga pernah bertanya kepada anak-anak muda, apakah yang benar-benar diperlukan oleh mereka dan diperlukan kini supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup terutamanya di saat-saat pasca pandemik kali ini.
Contohnya Bandar Utama memang sangat tertarik dengan inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) telah diwujudkan dan dilaksanakan. Program ini sebenarnya telah banyak membantu anak muda yang ingin melibatkan diri dalam industri e-hailing. Dan memandangkan industri e-hailing ini semakin popular di kalangan anak muda, apakah kita mahu juga memastikan terdapat bantuan lain yang boleh dihulurkan kepada mereka. Sebagai contoh, sekiranya ada di antara anak-anak muda ini mengalami kerosakan motosikal dan memerlukan bantuan supaya mereka dapat meneruskan tugas dan pekerjaan mereka. Dan bantuan itu sangat kritikal dan penting. Adakah program seperti ini akan ditawarkan, mungkin ini sekadar cadangan dari Bandar Utama tetapi sekiranya kita mempunyai tinjauan dan kajian, mungkin kita boleh merangka lebih banyak program bantuan yang boleh membantu anak-anak muda ini. Ini termasuk apabila saya berbual dengan anak-anak muda yang melibatkan diri dalam peal haling, mereka juga ada mengadu dan menyatakan ramai di kalangan mereka rasa tertindas oleh pihak syarikat penghantar barangan dan sebagainya.
Saya rasa sebagai Kerajaan Negeri mungkin ini lebih fokus kepada Kerajaan Persekutuan tetapi kita juga boleh mengeluarkan polisi atau pun bantuan di mana kita boleh laksanakan bengkel supaya anak-anak muda ini boleh mendapatkan nasihat dan bantuan daripada segi memahami hak mereka sebagai pekerja untuk syarikat penghantar barangan dan sebagainya.
Jadi saya rasakan perkara seperti ini, tinjauan, kajian, temu ramah bersama anak muda, sangat-sangat penting bukan sahaja untuk Kerajaan Negeri tetapi juga sekiranya ada informasi dan data sebegini harus dikongsikan kepada wakil-wakil rakyat dan juga Ahli Dewan Negeri supaya kita juga tahu daripada peringkat kawasan DUN, apakah perkara inisiatif yang boleh kita lakukan secara lebih terancang.
Tuan Timbalan Speaker, Bandar Utama juga ingin bertanyakan berkaitan dengan program di mana Adun diberikan peranan sebagai Adun angkat untuk sukan SUKMA yang telah ditangguhkan sehingga tahun 2022. Saya ingin meminta pencerahan daripada EXCO Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda dan Sukan. Apakah status program ini kerana sehingga kini Ahli Dewan Negeri tidak dihubungi tentang butiran, bagaimana kita boleh bertemu dan membantu atlet-atlet yang terlibat pada jenis sukan yang berbeza.
Pada pendapat Bandar Utama, Bandar Utama gembira apabila Kerajaan Negeri memartabatkan atau pun mengangkat sukan tetapi Bandar Utama berharap apabila program seperti ini diwujudkan, Kerajaan Negeri seharusnya mempunyai tindakan susulan. Dan tindakan susulan ini sebenarnya penting supaya kita tidak membiarkan program Kerajaan Negeri tergantung sebegitu sahaja. Dan akhirnya apabila program itu tergantung kita mempunyai banyak program tetapi program itu tidak mempunyai atau pun tidak mencapai KPI. Dan kadangkala kita tidak menyebut apa jenis KPI yang hendak dicapai.
Baik, Bandar Utama tamatkan ayat terakhir.
Dan akhirnya, akhirnya Tuan Timbalan Speaker, Bandar Utama hanya ingin memuji kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor apabila memperuntukkan dana yang setara kepada pihak Pembangkang dan menambah dana Ahli-ahli Dewan Negeri Bebas sehingga RM 500 ribu pada tahun yang akan datang. Ini membolehkan wakil rakyat meneruskan penyampaian khidmat kepada rakyat dengan lancar kembali. Kita tidak seharusnya menghukum rakyat sekiranya mereka mahu wakil rakyat yang berbeza dan sebagai anak muda kita mahukan persekitaran politik yang matang dan profesional. Bandar Utama Cuma berharap perkara ini tidak bersifat sementara tetapi akan kekal demi memartabatkan politik yang matang. Bandar Utama juga berharap perkara ini dapat dijadikan teladan untuk negeri-negeri yang lain pada masa yang akan datang. Setakat ini sahaja perkara yang ingin dibangkitkan, dengan ini saya menyokong. Sekian terima kasih.
Saya persilakan Seri Setia.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, rakan-rakan sekalian. Syukur Alhamdulillah Dewan yang mulia ini kita telah mendengar pembentangan Belanjawan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 26 November yang lalu dan tinjauan awal mendapati Belanjawan 2022 dengan bertemakan slogan “Kita Selangor, Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani” dengan Lima (5) Teras Utama yang telah dibentangkan itu adalah disambut baik oleh rakyat. Dan sudah semestinya telah memberikan suatu kegembiraan kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor yang bertuah ini. Tuan Timbalan Speaker, saya minta izin untuk buka, terima kasih.
Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana sekalipun dalam keadaan negara sedang menghadapi kesulitan dengan keadaan pentadbiran peringkat Persekutuan yang tidak begitu stabil dan teratur, apatah lagi kita baru saja melalui sebuah Pilihan raya Negeri yang sepertinya dipaksakan di Melaka baru-baru ini. Namun Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor masih mengekalkan momentum kedudukan kewangan Negeri yang kukuh dan terus berdaya tahan serta dilengkapkan
dengan analisa-analisa serta perkiraan menyeluruh yang semestinya mengambil kira kebaikan serta manfaat kepada tiga (3) komponen utama iaitu rakyat, komuniti perniagaan dan pembangunan ekonomi Negeri. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker serta Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk tahun ini Dewan yang mulia ini telah dimaklumkan bahawa kutipan hasil sehingga 26 November 2021 merekodkan jumlah sebanyak RM 2.1 bilion iaitu bersamaan dengan 95.47% daripada anggaran hasil tahun 2021 sebanyak RM 2.2 bilion. Itu adalah pencapaian yang sangat memberangsangkan kerana kita telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan biarpun dalam tempoh pandemik COVID-19 yang sangat mencabar ini dan saya kira penghargaan perlu diberikan kepada seluruh warga Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor yang telah bekerja keras melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sangat baik demi memastikan hasil Negeri dapat dikumpulkan dan dibelanjakan. Cadangan Kerajaan Negeri untuk anggaran perbelanjaan berjumlah RM 2.343 bilion bagi Belanjawan Negeri Selangor 2022 adalah bukti Selangor sebagai model Negeri yang paling terkehadapan dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus terbaik di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 1, 220,000,000.00 atau 52% diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM 1, 123, 000,000.00 atau 48% untuk Perbelanjaan Pembangunan. Di sini kita lihat sekali lagi Negeri Selangor telah berjaya mengekalkan keseimbangan yang baik di antara Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan. Keseimbangan ini sebenarnya yang telah memacu Negeri Selangor untuk terus maju dan mencapai sasaran tadbir urus yang baik dan hasil ekonomi yang mampan dari tahun ke tahun.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, izinkan saya pada hari ini di Dewan yang mulia ini untuk memberikan sedikit ulasan terhadap Belanjawan Selangor 2022 yang telah dibentangkan Dato’ Menteri Besar tempoh hari. Seperti yang kita sedia maklum terdapat lima (5) Teras Utama yang telah digariskan.
Teras Pertama, memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi dan meningkatkan kecekapan penyampaian. Kerajaan Negeri Selangor telah merangka beberapa inisiatif bagi pemulihan dan pengukuhan ekonomi pasca pandemik COVID-19 dengan memberikan penumpuan ke atas program berimpak tinggi yang akan memberi kesan gandaan positif ke arah rantaian ekonomi Negeri Selangor. Untuk usaha-usaha ini, sebanyak RM 416.156 juta diperuntukkan dalam Belanjawan ini. Antara inisiatif yang telah dibentangkan di bawah Teras Pertama ini adalah seperti berikut, saya akan menyentuh beberapa inisiatif yang memang saya penting buat rakyat terbanyak di Negeri Selangor ini, antaranya adalah Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor. Seperti sedia maklum bahawa Seri Setia adalah merupakan kawasan yang penghuni Indianya juga ramai. Cuma saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya kita dapat buat program bersama, kita aturkan program bersama penerangan, penjelasan yang lebih jelas kepada Pejabat DUN Seri Setia sendiri berserta dengan KKI dan seluruh penduduk-penduduk kawasan di Seri Setia.
Pembangunan Usahawan dan Pemberdayaan Pekerja melalui peruntukan HIJRAH Selangor, Kerajaan Negeri melalui HIJRAH telah menawarkan empat (4) jenis skim pembiayaan kepada golongan sasaran iaitu Skim Pembiayaan Mikro, Skim Pembiayaan Zero to Hero, Skim Pembiayaan Go Digital, Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI. Ini merupakan satu langkah yang cukup baik untuk membangunkan usahawan di kalangan rakyat Negeri Selangor dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Kerajaan secara berperingkat. Penambahan ini akan dilaksanakan dalam Skim Hijrah. Yang pertama, memperuntukkan RM 120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan. Ini bakal membantu dan memberikan peluang kepada lebih ramai usahawan yang baru dan akan merancakkan pertambahan ekonomi di Negeri Selangor. Kedua, mewujudkan Skim Pembiayaan Baru pada usahawan yang berpotensi meningkatkan perniagaan ke tahap IKS dengan menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM100,000.00. Sasaran awal pembiayaan melibatkan jumlah sebanyak RM10 juta. Ini juga bakal melonjakkan usahawan kecil di Selangor yang bernaung di bawah Skim Hijrah ke tahap yang lebih jauh dan pembiayaan sehingga RM100,000.00 memberi impak yang akan merancakkan lagi pertumbuhan IKS di Negeri Selangor. Menyokong dasar jaminan makanan ataupun food security, Kerajaan Negeri mewujudkan Skim Pembiayaan i-Agro yang memberi fokus kepada 200 usahawan tani dengan jumlah pembiayaan maksimum RM26,000.00 sasaran pelaksanaan skim ini berjumlah RM52 juta. i-Agro ini akan membantu mewujudkan dasar jaminan makanan dalam Negeri Selangor dan pada pandangan saya ia perlu diperluaskan lagi demi memastikan bekalan makanan di dalam Negeri sentiasa mencukupi serta mengurangkan kebergantungan kepada pengusaha sayur dari luar Negeri Selangor. Pemantauan perlu dilakukan agar usahawan tani ini akhirnya membantu mengatasi masalah percaturan harga yang diakibatkan oleh orang tengah. Kita lihat sendiri bagaimana kesan mendadak apabila harga sayur meningkat berkali ganda walaupun cuba dinafikan oleh Kementerian terbabit dan seandainya inisiatif Kerajaan Negeri ini diteruskan serta diperbesarkan lagi peruntukannya pada masa akan datang, Selangor bakal memiliki bekalan makanan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengusaha luar.
Seterusnya, mewujudkan satu perniagaan yang berkonsepkan pemusatan perkhidmatan di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Dataran Hijrah serta meningkatkan jumlah minimum pinjaman daripada RM5,000.00 kepada RM10,000.00 bagi Program Zero to Hero. Program Zero to Hero adalah program yang cukup hangat diperkatakan di Selangor ini. Program ini cukup baik dan seharusnya diteruskan dan ditambah lagi peruntukannya kerana ia dapat membantu usahawan yang baru hendak bermula mendapat modal perniagaan. Ia secara tidak langsung membantu masalah usahawan yang meminjam daripada Along atau lintah darat, caj pengurusan yang kini diturunkan daripada 4%, dari 8% untuk pinjaman RM30,000.00 ke bawah juga sangat meringankan beban peniaga dan memberi masa untuk pusingan modal perniagaan. Keputusan Kerajaan Negeri untuk membatalkan syarat yang mewajibkan peminjam mempunyai 25% daripada jumlah pinjaman, dalam akaun juga amat wajar kerana ramai juga peminjam merungut untuk membuat pinjaman kerana nilai 25% itu cukup
besar kepada mereka. Kalau sudah ada duit dalam akaun, pasti mereka tidak perlu membuat pinjaman. Untuk memastikan kejayaan dan daya saing para usahawan ini, saya mencadangkan juga mereka dipantau dengan rapat dan sentiasa diberi bimbingan serta ilmu-ilmu dalam pengurusan perniagaan. Saya juga ingin mencadangkan agar pihak Hijrah mengadakan kerjasama yang lebih baik lagi, lebih erat lagi dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Antaranya, Pihak Berkuasa Tempatan boleh bekerjasama dengan pihak Hijrah untuk memastikan bahawa gerai ataupun kiosk ataupun lesen serta arah tuju peniaga ini akan lebih terbela dan terjamin lagi. Jawatankuasa Kemiskinan Bandar di Majlis Bandar raya, contohnya Majlis Bandar raya Petaling Jaya telah ada jadi Jawatankuasa Basmi Kemiskinan Bandar ini juga boleh membantu pihak HIJRAH dan juga usahawan-usahawan di dalam kawasan Petaling Jaya.
Teras Kedua, Membangunkan Masyarakat Penyayang dan Kesejahteraan Sosial. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS antara program baru yang akan dilaksanakan dalam bidang, adalah BINGKAS. Bagi mendepani cabaran pasca pandemik Kerajaan Negeri Selangor telah melihat keperluan untuk meluaskan pencapaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja oleh golongan ibu tetapi juga oleh keseluruhan keluarga. Iltizam yang dinamakan sebagai Bantuan Sejahtera Selangor ini akan memperuntukkan RM3,600.00 setahun ataupun RM300 sebulan pada setiap keluarga yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dengan memberi keperluan rumah, membayar yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara kehidupan rakyat. Seterusnya, Skim Mesra Usia Emas, iltizam sayang Usia Emas telah berjaya menghimpunkan seramai 402,000 orang yang telah mendaftar sebagai ahli Skim Mesra Usia Emas. Mereka yang mendaftar akan mendapat manfaat baucar membeli sebanyak RM100.00 pada bulan kelahiran mereka dan juga khairat kematian bernilai RM500.00. Peruntukan bagi melaksanakan SME pada tahun 2022 adalah sebanyak RM27.5 juta namun untuk program SMUE saya mencadangkan agar peruntukan baucar membeli belah dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM200.00 di mana mungkin Kerajaan boleh pertimbangkan untuk peruntukan RM200.00 bagi membeli belah di pasar raya kerana jumlah RM100.00 pada hemah saya adalah terlalu kecil dengan keadaan ekonomi yang semakin, dan kegagalan semakin meninggi dan juga kegagalan Kementerian membuat kawalan pada harga siling barang sekarang ini.
E-Sukan Selangor sentiasa menjadi peneraju utama perkembangan e-Sukan di Negara ini, berapa acara e-Sukan di peringkat serantau dan antarabangsa, pernah dianjurkan sebelum ini. Saya juga masih ingat lagi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor juga sebenarnya ialah perintis atau pioneer dalam usaha ini, di mana ketika beliau bertugas sebagai EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Kebudayaan Keusahawanan pada tahun 2014 lagi, Selangor telah mula menganjurkan e-Sukan yang sentiasa mendapat sambutan hangat terutamanya pada generasi muda. Kita lihat hasilnya hari ini, ramai penggiat e-Sukan Malaysia yang
menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Hari ini, antarabangsa hari ini adalah pernah bermula kejohanan e-Sukan Negeri Selangor satu masa dahulu. Sejajar dengan perkembangan semasa, fokus akan diberikan sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan kepada program pembangunan e-Sukan dan penganjuran jelajah ke daerah-daerah Negeri Selangor. Ini adalah inisiatif yang cukup tepat dalam mengikut trend semasa anak muda yang bukan sahaja sebenarnya menjadikan e-Sukan sebagai hobi masa lapang malah mereka lebih bergiat aktif secara serius menjadikan ia sebagai pendapatan. Di kawasan saya sendiri baru-baru ini, saya menganjurkan pertandingan e-Sukan DUN Seri Setia yang telah mendapatkan sambutan yang cukup luar biasa dan menggalakkan daripada anak-anak muda yang memang kita inginkan. Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan agensi atau anak-anak syarikat khas di bawah MBI untuk memantau perkembangan e-Sukan dan anak-anak muda yang berpotensi untuk dibantu serta diangkat ke peringkat antarabangsa. Ini kerana kita sedia maklum bahawa e-Sukan adalah antara sumber pendapatan tinggi baru di mana ramai anak muda membuktikan mereka mampu meraih pendapatan puluhan, malahan ratusan ribu ringgit melalui sukan.
Pembinaan dan baik pulih infrastruktur sukan. Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan bagi projek membaik pulih dan membina baru infrastruktur sukan daripada RM2.196 juta pada tahun 2021 kepada RM4 juta pada tahun 2022. Peruntukan ini adalah bagi tujuan membaik pulih infrastruktur sukan yang mengalami kerosakan dan membina baru infrastruktur sukan yang terdapat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dengan had nilai anggaran kos sehingga RM100,000.00. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mengadakan kerjasama dengan pihak swasta untuk menyelenggara dan mengurus fasiliti sukan. Kaedah ini mampu mengurangkan kos pada Kerajaan Negeri untuk membaik pulih atau menyelenggara fasiliti sukan di samping dapat memberi peluang kepada usahawan untuk meraih pendapatan. Di Seri Setia, tidak ada tanah atau tempat yang sesuai untuk dijadikan Kompleks Sukan tetapi saya mencadangkan supaya kita banyak, di kawasan kita, banyak kilang-kilang yang terbiar boleh untuk dijadikan tempat fasiliti sukan tersebut.
Yang Berhormat, sambung petang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera. Dewan disambung semula. Dipersilakan Seri Setia. 5 minit.
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Timbalan Speaker. Teras 3 mengukuhkan Agenda Kesihatan Awam Selangor. Iltizam Selangor Sihat. Iltizam Selangor Sihat yang menggantikan Program Skim Insurans Peduli Sihat dengan peruntukan tahunan berjumlah RM46 juta akan memberi manfaat kepada 90,000 penerima. Di mana pertambahan sebanyak 5,000 penerima berbanding 85,000 orang pada tahun 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit kronik dan terlantar di mana program ini akan di tambah baik dari segi kelayakan dan syarat penerima bagi memastikan semua penerima yang layak akan mendapat manfaat ini. Ini merupakan program terbaik yang pernah ada dalam Malaysia di mana rakyat yang susah namun mengalami masalah kesihatan di bantu Kerajaan Negeri untuk terus ke klinik swasta tanpa perlu bersusah payah beratur di klinik kerajaan.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan memperincikan mengenai program ini dalam masa terdekat. RM1 juta daripada peruntukan tersebut dikhususkan bagi Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam yang akan memberi manfaat kepada semua Penjawat Awam Gred 44 dan ke bawah.
Yang Berhormat Tuan Speaker serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya ingin menyentuh soal bantuan rakyat menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dengan Tema Bersama Menuju Kejayaan yang dilanjutkan dan ditambah baik dari Pakej Kita Selangor 1.0 yang saya kira Pakej Bantuan dan Rangsangan Ekonomi yang terbaik yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri malah yang terbaik di antara ke semua negeri-negeri lain di Malaysia ini.
Pada 1 Jun 2021, Negeri Selangor telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun yang dipanggil Total Lockdown. Ianya telah menyebabkan banyak perniagaan terpaksa ditutup dan rakyat tidak dibenarkan keluar bekerja kecuali di sektor yang perlu sahaja. Pada 9 Jun 2021, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 yang bertujuan untuk menginsafi keluhan rakyat yang sedang menderita kesusahan akibat himpitan wabak COVID-19 yang mengganas dan PKPD yang telah mengganggu mata pencarian serta memberi kesan terhadap ekonomi rakyat. Pakej Kita Selangor 2.0 ini meliputi 25 program dengan nilai keseluruhan sebanyak RM551.56 juta yang disasarkan diberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Negeri Selangor.
Untuk Teras Ke-4, mewujudkan persekitaran hijau dan meluas, Pembangunan Lestari. Untuk Teras yang Ke-4, dalam usaha mengukuhkan Selangor sebagai negeri tahan uji kita harus membuat persediaan awal untuk menghadapi cabaran-cabaran yang
mampu timbul pada masa hadapan. Antara perbincangan. Di arena antara perbincangan di arena Antarabangsa Pasca COVID adalah aspek perubahan iklim. Untuk tahun 2022, sejumlah RM190.73 juta diperuntukkan bagi kesemua inisiatif ke arah mewujudkan persekitaran hijau dan meluas lagi Pembangunan Lestari di Negeri Selangor.
Teras Ke 5, mengukuhkan teknologi pintar dan digitalisasi. Untuk Teras Ke 5, Agenda Smart Selangor dan Pelan Digitalisasi yang dimulakan awal oleh Kerajaan Negeri menjadikan Selangor cekap dan pantas ketika berhadapan dengan cabaran Pandemik baru-baru ini. Kita menjadi negeri paling ke hadapan dengan melancarkan inisiatif berasaskan digital seperti Selangor Plates dan E-Bazaar yang memberikan manfaat langsung kepada rakyat. Inisiatif E-Bazaar misalnya berjaya membantu 211,928 usahawan E-Dagang mencapai jualan sebanyak RM100.5 juta serta menjana RM1.57 bilion kesan riak terhadap ekonomi Negeri Selangor. Ke arah merealisasikan misi Selangor sebagai negeri Pintar Unggul menjelang tahun 2025, sejumlah RM316 juta diperuntukkan bagi tahun ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang Rancang Selangor 1 atau RS1 yang saya kira adalah satu inisiatif yang amat baik sekali dalam menandakan masuknya Negeri Selangor ke arah status negeri maju menjelang tahun 2025.
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada rakyat dan industri. Malaysia dan Selangor kini berada dalam peringkat awal fasa pemulihan COVID-19 dan saya sangat bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa inilah masanya untuk kita menilai semua structure dan keadaan semasa serta mengenal pasti strategi dan peluang untuk memperkukuhkan sektor ekonomi dan taraf hidup rakyat demi masa depan yang lebih cerah dan berdaya tahan.
Perancangan Kerajaan Negeri membangunkan satu pelan pembangunan lima (5) tahun 2022 – 2026 bagi menumpukan usaha untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca Pandemik dan memacu Agenda Pembangunan untuk memastikan Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai Pusat Pertumbuhan Ekonomi yang mampan di Malaysia dan Rantau Asia ini adalah satu langkah holistik serta pendekatan yang komprehensif untuk menyimpulkan keseluruhan lima (5) Teras dalam Belanjawan Selangor 2022 dengan Tema Kita Selangor Negeri Tahan Uji Mengangkat Martabat Insani ini.
Ayuh Selangor bangkit, dengan ini saya selaku Ahli Dewan Yang Mulia ini bagi mewakili seluruh rakyat dari DUN Seri Setia khususnya dan rakyat Selangor amnya dengan ini menyokong penuh Belanjawan Selangor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin bin Shari pada tanggal 26 November 2021 yang lalu. Sekian, terima kasih.
Silakan Sungai Pelek. 10 minit.
Terima kasih Tuan Speaker.
Buah Naga Kelapa Muda
Pencuci Mulut Jadi Hidangan
Salam Sejahtera Pembuka Bicara
Sungai Pelek Yang Terkenal Dengan Buah Naga ingin mulakan
Yang di hormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Selangor, para petugas, kakitangan awam, para wartawan dan pemerhati dan seluruh rakyat Selangor yang dikasihi. Salah Sejahtera. Salam Bersih. Salam Reformasi.
Pertamanya tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diatas kejayaan menyediakan Belanjawan Tahun 2022 ini dengan 4 plak minta maaf, dengan 48% diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Berbanding dengan hanya 24.9% untuk perbelanjaan pembangunan Kerajaan Malaysia jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri ini amat prihatin terhadap pembangunan fizikal negeri ini, namun Sungai Pelek berharap Kerajaan Negeri boleh mengamalkan bajet expansionary kerana Pandemik yang membawa penderitaan dan juga kesusahan kepada rakyat.
Apa salahnya kalau Kerajaan Negeri boleh membelanjakan ataupun menambahkan bajet sebanyak RM100.00 hingga RM200.00 juta hah! Kali ini untuk kepentingan rakyat. Konsep merakyatkan ekonomi seharusnya sentiasa diingatkan dan konsep (Bahasa Cina) dengan izin maksudnya iaitu Rakyat Kaya Lebih Baik Daripada Kerajaan Kaya harus sentiasa diingatkan dan jangan sekali-kali lupa dan
Tuan Speaker, antara inisiatif utama yang ingin saya cadangkan supaya ditambah baik adalah seperti berikut:-
(a) Meningkatkan khairat kematian Skim SMUE dari RM500.00 ke sekurang-kurangnya RM1,000.00.
(b) Dan Program BINGKAS dikurangkan daripada RM300.00 ke RM200.00 supaya jumlah keluarga yang bakal menerima manfaat dapat dilebihkan. Daripada 30,000 keluarga kepada lebih kurang 45,000 keluarga.
(c) Apa salahnya Jom Shopping dinaikkan daripada RM100.00 ke RM200.00 kerana inflasi. Kerana harga barang telah naik di bawah Kerajaan barang naik. BN.
Tuan Speaker, anak muda hari ini adalah pemilik dan pemimpin masa depan. Seakan kurang sesuai untuk diungkapkan dewasa ini. Seiring dengan pelaksanaan Undi 18 pada tahun hadapan anak muda boleh menjadi pemilik dan pemimpin masa kini. Dengan ini adalah diharapkan agar program-program berbentuk pendedahan politik untuk remaja berumur 18 tahun ke bawah dapat diadakan supaya mereka cakna tentang demokrasi, pilihan raya serta kepentingan politik dalam kehidupan seharian mereka. Negara Scandinavian boleh kita mempelajari. Mereka masukkan subjek politik dan demokrasi ke dalam syllabus Sekolah Menengah.
Tuan Speaker, negeri kita ini Negeri Selangor amat sinonim dengan perkataan AIR. Sama ada kita terlebih air, banjir ataupun kita terkurang air gangguan bekalan air. Adalah amat diharapkan agar kita dapat mengurangkan atau meminimakan gangguan bekalan air dan dalam masa yang sama juga kita boleh menyelesaikan masalah perparitan mahupun tempatan yang menjadi antara punca berlakunya banjir di sebahagian daripada kawasan-kawasan di Negeri Selangor termasuk di kawasan saya sendiri. Sungai Pelek yang sering terjadi kejadian banjir ini dan saya harap, Sungai Pelek harap PBT serta agensi-agensi seperti JPS dan JKR seharusnya bersama dalam menyelesaikan isu banjir ini tanpa menuding jari antara satu sama lain.
Selain daripada itu, industri-industri yang boleh mencemarkan alam sekitar terutamanya punca air kita dapat dibanteras dan tidak dibenarkan beroperasi terus di Sepang khususnya dan di Negeri Selangor amnya.
Tuan Speaker, berikutan kenaikan harga sayur-sayuran yang meningkat secara mendadak kini ingin saya mencadangkan agar tanah-tanah kepunyaan Kerajaan Negeri yang tidak digunakan buat masa ini dibuka dan ditawarkan kepada rakyat Selangor untuk diusahakan. Ini selain dapat membantu mereka menjana pendapatan ia juga dapat mengurangkan kos Kerajaan Negeri menyelenggara kawasan atau tanah-tanah kepunyaan negeri yang terbiar.
Tuan Speaker, Sungai Pelek ingin memohon pertimbangan agar kutipan caj parkir kereta dapat ditangguhkan sehingga berakhirnya musim Pandemik ataupun sehingga ekonomi kita pulih seperti biasa. Besar impaknya kepada masyarakat luar bandar seperti di kawasan Pekan Sungai Pelek, di kawasan saya sendiri. Tuan Speaker, ekoran Pilihan Raya Negeri Melaka, BN kata nak mengadakan Pilihan Raya Umum secepat mungkin dan tanda mereka kata MoU itu bukan Kitab. Satu phrase yang di popularkan oleh seorang Doktor yang juga mantan Perdana Menteri. Saya tidak setuju. Ini kerana ancaman Pandemik masih belum diselesaikan. Tak perlu tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Hah! Kerana ini akan mengambil risiko yang besar. Mana tahu ada kluster wabak COVID-19 pulak. Kerajaan seharusnya fokus pada menangani COVID-19. Fokus pada vaksinasi. Fokus pada memberangsangkan ataupun merancakkan ekonomi negara dan juga memperkukuhkan nilai mata wang yang baru-baru ini menurun dan memperkukuhkan
dan menangani masalah inflasi jadi mengadakan Pilihan Raya bukan satu priority ataupun perkara yang utama sekarang. Ingin saya sudahi perbahasan saya ini dengan serangkap pantun:
“dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, perbahasan saya telah diberi, maka saya akhiri sekarang.”
Dengan ini Sungai Pelek menyokong Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022. Terima kasih.
Silakan Sungai Burong.
Terima kasih YB Timbalan Speaker yang saya hormati. Assalamualaikum warahmaullahi wabarakatuh salam sejahtera. Sungai Burong mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang oleh YB Speaker untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Selangor 2022 yang bertemakan : “Kita Selangor: Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani”. Saya secara peribadi berpandangan bahawa belanjawan yang dibentangkan ini adalah satu komitmen kewangan yang besar dan berani daripada Kerajaan Negeri sekali gus menuntut perbahasan yang tuntas, kritikal dan penuh perasaan insaf serta rendah diri daripada setiap ahli Dewan demi memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak mencapai kelak akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. YB Tuan Speaker, kita maklum tanpa rakyat Selangor ketika ini juga di tempat lain sedang menghadapi saat-saat yang sukar, ia memerlukan lebih daripada sekadar tongkat dan pancing untuk mereka bangkit dan membina semula kehidupan masing-masng setelah hampir 2 tahun bergelut dengan pandemik COVID-19. Di sinilah sokongan daripada Kerajaan Negeri amat ditagih sambil kita mengharapkan ketulusan dan keikhlasan di setiap sebalik kelancangan dan bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Usahlah sekadar lunak dendangan lagu di Dewan yang Mulia ini tetapi enaknya tidak hinggap ke telinga dan jiwa yang mendengar yakni rakyat di luar sana. YB Tuan Speaker, ada 4 isu yang penting yang langsung pada rakyat Selangor khususnya di Sungai Burong yang ingin saya bentangkan di sini yang mengharapkan perhatian dan suaranya dari pihak rakyat yang berkenaan.
Yang pertama ialah isu benteng pecah yang menyebabkan hakisan ketika air pasang besar yang berlaku di kawasan Sungai Burong dan khususnya di kawasan Parit 4. Saya perhatikan dalam Belanjawan 2020, Kerajaan Negeri saya ucapkan terima kasih kerana meletakkan RM1 juta peruntukan untuk membaiki benteng tersebut. Walau bagaimanapun saya mengharapkan supaya benteng ini dapat dilaksanakan dengan pembaikan benteng ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana bulan November bulan Oktober dan November yang lalu ya, limpahan pasang air laut yang besar telah menyebabkan retakan terhadap benteng tersebut dan saya bersama dengan penduduk-penduduk kampung terpaksa menggunakan guni-guni pasir untuk
memastikan bahawa kesan daripada limpahan air laut itu tidak terus menyebabkan benteng tersebut rebah. Ini terpaksa dilakukan kerana pihak jabatan yang berkenaan, JPS memaklumkan bahawa di hujung tahun mereka tiada peruntukan sedangkan masalah seperti ini kita tidak pasti terutama dalam keadaan ekosistem yang berlaku pada hari ini ia menjadi satu ancaman, threat kepada benteng-benteng sepanjang pesisiran pantai, bukan sahaja di kawasan Sungai Burong dan saya yakin dan percaya di kawasan-kawasan lain di negeri Selangor. Selain daripada itu terdapat juga beberapa benteng di kawasan tersebut yang memerlukan perhatian yang berat kerana dalam banjir akibat limpahan air pasang besar pada bulan Oktober dan November telah menyebabkan beberapa benteng seperti di Bagan Pasir dan di pantai Sungai Kajang juga dilimpahi air laut dan kelak menjadi rebak. Saya mengharapkan agar benteng-benteng ini dapat diberi perhatian dengan serta-merta supaya ia mengelak daripada ia akan menjejaskan kehidupan rakyat yang terutama telah pun menghadapi keperitan hidup disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini. YB Tuan Speaker, penduduk di Kampung Bagan Pasir ini rata-ratanya adalah golongan berpendapatan rendah dan merupakan nelayan-nelayan pantai yang sangat memerlukan perhatian dan pembelaan yang sewajarnya. Maka saya sangat berharap kerajaan Negeri dapatlah memberikan perhatian walaupun tidak ada diperuntukkan dalam Bajet 2020. Yang kedua, banjir kilat yang berlaku di Taman Kopema, Tanjung Karang dan jalan besar di hadapan RHB Bank Tanjung Karang. Keadaan banjir kilat di Taman Kopema ini adalah merupakan fenomena yang berulang setiap kali berlaku air pasang besar maka taman ini akan menghadapi masalah banjir kilat dan banjir lumpur. Ini adalah disebabkan kerana perancangan yang diluluskan oleh Majlis pada masa taman ini dibina sistem perparitannya tidak sesuai lagi sekarang dan perlu dibaik pulih. Jadi saya sangat mengharapkan agar kerajaan dapat memastikan supaya perparitan di kawasan taman ini dapat ditambah baik supaya tiap kali berlaku air pasang besar dalam setahun 2-3 kali maka penduduk di taman ini dapat tidur dengan tenang. YB Tuan Speaker, jalan di hadapan bahagian Tanjung, jalan utama Pekan Tanjung karang berhadapan dengan RHB juga menghadapi keadaan yang sama. Jadi, setiap kali berlaku air pasang besar maka banjir kilat akan berlaku di situ dan nampaknya kedudukan banjir kilat ini semakin tinggi parasnya dari tahun ke tahun kerana itu satu penyelesaian yang menyeluruh bagi memastikan bahawa perjalanan di kawasan pekan ini yang sentiasa sibuk laluan lima yang sangat penting, pesisiran pantai ini orang kata dapat diperbaiki. Yang ketiga ialah isu pelancongan tempatan. YB Tuan Speaker, saya ingin berkongsi satu lagi produk pelancongan yang berpotensi diketengahkan yang terdapat di kawasan saya iaitu di pantai Sungai Kajang. Jika sebelum ini kurang dikenali, namun sejak akhir-akhir ini semakin ramai pengunjung datang beriadah datang ke pantai ini pada hujung minggu bersama keluarga masing-masing. Bagi penduduk setempat, ia
satu peluang yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama untuk berekreasi terutama dalam keadaan mereka terkurung oleh pandemik Covid-19 ini dan sekarang ini yang menjadi salah satu tarikan sumber pelancong seperti di pantai-pantai lain yang terdapat di negeri ini. Pada masa ini lebih banyak aktiviti riadah dan pelancongan yang berlaku di pantai ini digerakkan oleh individu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti legasi Sungai Kajang Baru. Maka tanpa sokongan kerajaan usaha mereka ini tentulah akan tidak begitu berkesan. Saya sangat mengharapkan agar pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang dulunya dikenali sebagai Majlis Daerah yang telah dinaiktaraf dapat menyenaraikan pantai Sungai Kajang ini dalam senarai tempat pelancongan yang perlu dikunjungi di daerah ini dan sekali gus dapat menyuntik semangat para penduduk setempat berganding bahu untuk memajukan kawasan tersebut. Keempat ialah isu pertanian, dalam tempoh beberapa masa kebelakangan ini kita dihidangkan dengan berita kenaikan harga berbagai barangan keperluan di pasaran seperti ikan, ayam, dan semuanya harga nampaknya telah naik dan rakyat telah mengeluh dan peniaga tertekan sedang perkara ini disiasat oleh pihak berkuasa kehidupan mestilah diteruskan dan rakyat selaku pengguna tidak mempunyai pilihan yang banyak selain terpaksa menyerap bebanan yang menghempap mereka dengan sebaik mungkin sesuai dengan keperluan masing-masing. Apabila bertemu dengan para petani yang mengusahakan tanaman mereka secara kecil-kecilan rata-rata memaklumkan kepada saya bahawa mereka terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi kerana kenaikan harga barang import pertanian yang semakin mahal di pasaran. Inilah punca sebenarnya kenapa kenaikan mendadak bagi kebanyakan produk pertanian ketika ini. Selain itu juga mereka berhadapan dengan kemerosotan hasil pertanian akibat cuaca dan juga serangan makhluk perosak yang telah menyebabkan hasil pertanian mereka ini jatuh merudum pada musim yang lalu. Oleh itu saya berharapkan agar pihak kerajaan dan pihak Exco yang berkenaan dapat memberikan perhatian yang serius bagi membantu petani-petani yang berkenaan. Dan akhirnya, YB Tuan Speaker, dalam bajet yang lepas, saya perhatikan bahawa jalan alternatif menjadi laluan bagi mengatasi penyuraian kesesakan jalan di Laluan 5 ada diberikan bajet diberikan tajuk dan bajet tetapi nampaknya pada Bajet 2022 ini tidak ada peruntukan untuk naiktaraf jalan alternatif walaupun terdapat peruntukan RM65.4 juta untuk menampung aliran trafik semasa dan juga bagi mengatasi masalah kesesakan di jalan-jalan negeri. Jalan ini sangat penting pada hari-hari cuti awam khususnya dan hujung minggu memang sekarang ini berlaku kesesakan dan mereka terpaksa menggunakan laluan jalan kampung yang telah kemudiannya menyebabkan masalah laluan di kawasan tersebut. Jadi saya sangat mengharapkan agar pihak JKR Negeri dapat memberikan perhatian bagi menaik taraf jalan alternatif ini bagi sekurang-kurangnya dapat meleraikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan tersebut. Tuan Pengerusi, akhirnya saya sebenarnya secara peribadi menghargai usaha-usaha kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti air, dan juga menambah baik sistem bekalan air di Negeri Selangor. Tapi saya sangat berharaplah ya, agar masalah gangguan bekalan air ini dapat diatasi. Kita mengakui memang
benda ni sukar, ya, siapa boleh orang kata menghalang daripada orang nak mencemarkan sungai, saya tadi bercakap dengan salah seorang ADUN, dia kata kalau orang tuang, masukkan bahan tercemar dalam lubang najis katanya dia akan mengalir juga ke kawasan sungai yang boleh mencemarkan. Tapi hakikatnya tuan-tuan dan puan-puan Yang Berhormat sekalian, bahawa kita perlu mengatasi ini. Perlu ditingkatkan cara berkesan bagaimana kita harus mengatasi supaya rakyat tidak terus dibebani setiap tahun dengan masalah yang sama. Dan itulah, ucapan saya pada petang ini. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Besar yang telah menambah peruntukan bagi Pembangkang RM400 ribu jadi kita bolehlah bernafas ya, walaupun ini tidak sama ratalah sebagaimana dasar pendemokrasian kerajaan Negeri Selangor tetapi alhamdulillah sekurang-kurangnya kita boleh memberikan perhatian sepenuhnya, duit ini kita akan terus bagi impak kepada rakyat di kawasan Sungai Burong nanti. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt. Sokong.
Ya, persilakan Pelabuhan Klang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada YB Tuan Speaker kerana memberikan laluan kepada Pelabuhan Klang untuk bersama-sama mengambil bahagian di dalam perbahasan sidang Belanjawan Negeri Selangor untuk Tahun 2022. Pertama sekali Pelabuhan Klang ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan kerjasama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Dato’ SUK yang baru, diatas pembentangan, walaupun dalam suasana cabaran pandemik COVID-19, yang begitu mencabar dalam masa dua tahun ini. Tetapi berjaya juga membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November 2021 yang lalu, yang membawa tema pada tahun ini, Kita Selangor, Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Belanjawan Selangor 2022 pada tahun ini, yang memperuntukkan sejumlah RM2.343 billion dengan RM1.22 bilion atau 52% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.123 bilion ataupun 48% untuk perbelanjaan pembangunan. Belanjawan Selangor 2022 ini juga, adalah satu belanjawan yang inklusif, dengan pengenalan sebanyak 5 teras utama :
i) Memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi dan meningkatkan kecekapan penyampaian peruntukkan sebanyak RM416.156 juta ii) Membangun masyarakat penyayang dan kesejahteraan sosial dengan peruntukan sebanyak RM305.19 juta iii) Mengukuhkan agenda kesihatan awam Selangor sebanyak RM65 juta iv) Mewujudkan persekitaran hijau dan meluaskan pembangunan lestari sebanyak RM190.73 juta
v) Mengukuhkan teknologi pintar dan gitalisasi sebanyak RM316 juta.
Syabas dan tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya membentangkan belanjawan yang inklusif untuk rakyat negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Tuan Speaker, tak sah kalau Pelabuhan Klang bangun, tak sentuh tentang isu jalan raya. Pelabuhan Klang amat tertarik dengan peruntukkan sebanyak RM65.4 juta di dalam teras 1, iaitu menaik taraf jalan sedia ada. Pelabuhan Klang ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Selangor, agar lebih menumpukan perhatian terhadap keadaan permukaan jalan-jalan di negeri Selangor yang mempunyai aliran kenderaan ataupun aliran trafik kenderaan berat yang sangat-sangat tinggi. Sebagai contoh seperti di kawasan Pelabuhan Klang.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ini merupakan sebuah kawasan yang sangat besar. Dan mempunyai 4 DUN. Salah satunya DUN Pelabuhan Klang, dan kemudian ada DUN Pandamaran, ada DUN Selat Klang, dan sebahagian kawasan DUN Sementa. Jadi Pelabuhan Klang ni, sangat besar, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi apa yang berlaku ialah, apa-apa saja jalan rosak, yang ada perkataan Pelabuhan Klang, pejabat saya akan dihubungi. Jadi orang semua ingat Pelabuhan Klang ini, semuanya DUN Pelabuhan Klang. Jadi saya rasa macam sukarlah untuk menjelaskan. Rakyat tak faham. Tapi tak pe, sebab kita di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan Pelabuhan Klang juga, sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor, jadi kita mengambil maklum semua aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat yang didatangkan aduan tersebut ke Pejabat DUN Pelabuhan Klang.
Sebagai contoh, seperti di kawasan Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, iaitu kawasan di bawah seliaan DUN Selat Klang, sering kali berlaku kerosakan yang kritikal akibat daripada jalan tersebut yang sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang berat yang melalui kawasan tersebut. Ia sangat-sangat berdekatan dengan North Port ataupun Pelabuhan Utara. Dan simpang empat tersebut sangat-sangat tinggi aliran trafiknya, oleh kenderaan berat seperti lori-lori kontena. Ditambah pula dengan turapan yang tidak berkualiti di kawasan tersebut. Ini menyebabkan jalan tersebut sering kali mengalami kerosakan, sering kali berlubang-lubang dan sehingga menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya tersebut dan sehingga menimbulkan isu keselamatan terhadap penunggang-penunggang motosikal.
Jadi saya amat-amat berharap kepada pihak Jabatan Kerja Raya supaya turun padang, terutamanya Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, saya tak pernah nampak lagi, dia turun padang seperti pengarah-pengarah Jabatan Kerja Selangor yang sebelum-sebelum ini. Yang baru ini, saya tak pernah nampak lagi. Jangan bagi alasan, pandemik Covid-19, tak boleh turun padang. Dah duduk kerusi dekat situ, tolong turun tengok satu Selangor. Ini kelemahan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan, ADUN-DUN yang menerima tempiasnya, yang menerima bahananya.
Aduan-aduan datang ke pejabat kita. Tapi kita pun kadang-kadang tak tau macam mana nak selesaikan masalah tersebut, kerana ia melibatkan isu-isu teknikal. Jadi sekali, saya mohon kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, untuk lebih pro aktif dalam menangani isu-isu jalan raya di Negeri Selangor. Kita tengoklah sekarang ini, dalam Facebook, dalam media sosial, netizen-netizen, seringkali membangkitkan isu-isu jalan berlubang di dalam negeri Selangor. Tak guna, kita umumkan peruntukkan juta-juta, puluh-puluh juta, ratus-ratus juta, untuk pembinaan jalan-jalan baru, tetapi dalam masa yang sama, jalan-jalan yang sedia ada tidak diselenggarakan dengan baik. Saya ambil contoh Lebuh raya Persekutuan, saya ambil contoh Lebuh raya Persekutuan, kita tengoklah Lebuh raya Persekutuan sekarang ini, macam mana rupanya. Adakah betul-betul di dalam suasana negeri maju, smart state yang kita umumkan ini. Jadi ini, saya harap sangat pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk ambil serius tentang isu jalan raya ini. Dipersilakan.
Pelabuhan Klang.
Taman Templer.
Pelabuhan Klang, adakah Pelabuhan Klang boleh bersetuju dengan saya, dalam setiap kali persidangan DUN, Pelabuhan Klang selalu membawakan persoalan dengan jalan raya. Boleh tak saya katakan bahawa kita di negeri Selangor ni, seolah-olah macam di anak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah BN dan juga PN. Minta sikit penjelasan daripada Pelabuhan Klang. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Terima kasih Taman Templer. Sebenarnya itu yang saya nak cakapkan. Sebenarnya dalam masa 22 bulan kita menjadi kerajaan di peringkat persekutuan, Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan, kita tengok ada banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya pada masa itu. Sebagai contoh, kawasan Pelabuhan Klang mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta untuk baiki semua jalan-jalan di kawasan Pelabuhan Klang iaitu jalan-jalan persekutuan. Tapi selepas pertukaran kerajaan ini, negeri Selangor di anak tirikan semula seperti sebelum kita menjadi kerajaan di peringkat persekutuan. Jadi ini, saya lihat tolonglah, isu jalan raya ini, janganlah di politikkan. Pihak Kementerian Kerja Raya, tolong berikan perhatian, walaupun kita berbeza pandangan politik tetapi isu keselamatan jalan raya ini perlulah diberikan perhatian yang sama rata dengan negeri-negeri yang lain.
Pelabuhan Klang, adakah Pelabuhan Klang sedar, bahawa negeri Selangor ini, KDNK negara ni, ada orang cakap dengan saya, kalau dalam poket dia RM1, 25 sen, 25 sen daripada RM1 tu, datangnya daripada negeri Selangor. Nak memperlihatkan kepada kita bahawa pentingnya Kerajaan Negeri Selangor ini, untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia. Nak sebutkan bahawa 25% daripada pendapatan negara datangnya daripada Kerajaan Pakatan
Harapan Negeri Selangor yang kita cintai ini. Boleh tak. (TEPUK). Boleh tak bagi sedikit pencerahan kepada saya yang tak berapa nak reti. Silakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Ya, saya setuju, memang betul, kita sering dikatakan bahawa setiap RM1, duit rakyat negeri Selangor ini, RM1 duit ini memang 25 sen tu, datang daripada negeri Selangor. Memang betul. Dan sepatutnya negeri Selangor ni, perlulah diberikan perhatian yang lebih terutama sekali dalam pembangunan infrastruktur. Ya, kita sedia maklum, semua aset-aset Kerajaan Persekutuan ini, memang banyak berada di dalam negeri Selangor. Jadi perlu, turunkan semua, tak perlulah, kita tengoklah, pelabuhan-pelabuhan yang besarpun semuanya terletak di dalam negeri Selangor. West Port, North Port, South Port, semuanya dalam negeri Selangor. Dan nak masuk ke mana-mana negeri yang lain, dalam negara Malaysia ini, barang-barang dagangannya mesti melalui Negeri Selangor. Kalau kita tengok lapangan terbang pun dalam negeri Selangor. Jadi kalau nak pergi ke mana-mana destinasi ataupun nak datang ke mana-mana destinasi ni, mesti melalui negeri Selangor. Jadi tuan-tuan dan, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya berharap supaya Kerajaan Persekutuan mengambil berat isu ini, melalui Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, untuk memohon peruntukan yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan, untuk menyelesaikan isu-isu jalan raya yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, iaitu jalan-jalan persekutuan.
Jadi untuk yang ketiga, Kerajaan Negeri, untuk yang ketiga, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor, mengadakan pangkalan data bagi mengenal pasti individu-individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19. Individu-individu yang hilang pendapatan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Sebab semenjak pandemik COVID-19 ini, majoriti rakyat di negara ini telah mengalami kemerosotan pendapatan. Jika sebelum pandemik COVID-19, rakyat negara ini dibagikan kepada tiga golongan pendapatan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2020, iaitu :
i) B40 - golongan berpendapatan rendah, dengan pendapatan di antara bawah RM2,500.00 – RM4,850.00, ii) M40 – golongan berpendapatan di antara RM4,850.00 – RM10,970.00 iii) T20 – golongan berpendapatan tinggi, dengan pendapatan diantara RM10,971.00 – lebih daripada RM15,041.00.
Jadi menurut laporan anggaran pendapatan isi rumah dan insiden kemiskinan Malaysia bagi tahun 2020, sebanyak 20% kumpulan isi rumah M40, telah tergelincir dan beralih kepada kumpulan B40, akibat kesan pandemik COVID-19. Apabila golongan-golongan M40 ini yang telah tergelincir ke kumpulan B40, ingin memohon bantuan, kebanyakannya mereka telah dilabelkan sebagai tidak layak. Walhal mereka ini telah pun tergelincir dan termasuk di dalam golongan B40. Oleh itu, saya ataupun Pelabuhan Klang di sini ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, supaya
pihak kerajaan negeri perlu mewujudkan satu pangkalan data yang lebih sistematik dan menyeluruh bagi mengenal pasti individu-individu yang kehilangan pekerjaan dan kemerosotan punca pendapatan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Adalah lebih baik sekiranya pangkalan data ini dapat digunakan secara menyeluruh dan di integrasikan bersama dengan semua sistem-sistem pangkalan data yang ada seperti pihak Zakat dan juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya percaya, pihak Kerajaan Negeri lebih arif di dalam sistem pengumpulan data, di mana perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan bagi memudahkan rakyat Negeri Selangor untuk mendapat bantuan dan perhatian daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan Jalur Lebar Industri Selangor (JALIN), yang diperuntukkan sebanyak RM6 juta dalam menyediakan jalur lebar di kawasan industri teknologi tinggi. Dalam kita mengejar arus pemodenan dan industri, kita tidak seharusnya juga lupa kepada rakyat negeri Selangor yang duduk di kawasan kampung dan desa. Masih terdapat banyak lagi kawasan-kawasan pendalaman yang belum mendapat capaian internet yang stabil dan berkelajuan tinggi. Saya mengambil contoh seperti di kawasan Pelabuhan Klang, iaitu di Kampung Telok Gong dan Kampung tradisi Pulau Indah. Kawasan kampung tersebut mempunyai permintaan ataupun demand, dengan izin, Yang Berhormat Speaker, yang agak tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan internet. Tetapi apabila penduduk memohon kepada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia, Unifi, ramai yang mendapat maklum balas bahawa port tak ada, port dah habis, port tak cukup dan tidak kurang juga yang mendapat maklum balas bahawa TM akan menaiktaraf port di kawasan-kawasan tersebut supaya lebih ramai lagi pelanggan boleh menikmati perkhidmatan mereka. Tetapi setelah penantian berminggu-minggu, sehingga berbulan-bulan malah ada yang sudah bertahun tapi masih lagi tidak mendapat capaian internet di kawasan tersebut. Jadi pemohon telah memohon banyak kali daripada pihak TM Unifi untuk mendapatkan perkhidmatan internet, tetapi masih lagi tidak dapat capaian internet. Dan saya amat berharap supaya Kerajaan Negeri berbincang dengan pihak TM Unifi ataupun pihak Kerajaan Negeri melalui Smartsel untuk menumpukan pencapaian internet ini ataupun pemasangan jalur lebar ini, di kawasan-kawasan luar bandar, kerana internet ini sangat-sangat penting, Yang Berhormat Speaker. Kalau kita mengambil pengalaman pilihan raya di Negeri Melaka, kita dah tak boleh nak berkempen secara bersemuka, jadi kita kena berkempen melalui internet. Tetapi capaian internet di kawasan-kawasan kampung di Melaka sebagai contohnya, banyak kawasan yang tidak ada internet. Jadi macam mana orang-orang kampung nak mendapatkan maklumat. Ini contoh, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi saya harap di Negeri Selangor, negeri yang maju ini, tidak ada kawasan-kawasan kampung ataupun desa yang tertinggal mendapat perkhidmatan Internet.
Yang Berhormat, lampu merah.
Ok. Teruskan. Berhenti ke apa, sambung lagi ke tidak?
Lampu merah.
Lampu merah.
Ok Yang Berhormat Timbalan Speaker. Jadi akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya sentuh sedikit sahaja lagi saya mohon.
Satu minit.
Kerajaan Negeri Selangor supaya memudahkan urusan pemutihan jeti nelayan persisiran pantai. Sebab saya tengok urusan yang dibuat oleh pihak LUAS dengan kerjasama MMKN dengan kerjasama pihak Pejabat Tanah dan semua pihak-pihak yang terlibat. Pihak Pejabat Daerah semua dia semacam sukar nak memutihkan Pengkalan nelayan persisiran pantai yang sedia ada. Mungkin perlu ada satu perbincangan yang dengan lebih komprehensif dan boleh membantu pihak-pihak nelayan ini memutihkan jeti-jeti yang sedia ada yang sudah lama berpuluh tahun yang ada di kawasan persisiran pantai. Akhir sekali, Pelabuhan Klang menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang diterjemahkan melalui Belanjawan Selangor 2022. Semoga Kerajaan Negeri Selangor terus maju dan berdaya saing di bawah naungan Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran pasca COVID-19 juga di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Pelabuhan Klang dengan ini menyokong penuh-penuh Belanjawan Selangor 2022. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Sungai Panjang.
Bismilillahirahmannirahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia, Salam Kita Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga seluruh rakan-rakan pimpinan dan juga yang sama-sama turut mendengar perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022 di Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Yang pertamanya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan ruang untuk Sungai Panjang turut sama berbahas dan juga memberikan sedikit pandangan yang mungkin belum lagi disampaikan oleh rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak bukan kerajaan. Mengambil kira masa yang diperuntukkan adalah terhad. Mungkin ada beberapa perkara sahaja yang saya akan sentuh dan selebihnya nanti kita mungkin akan perincikan ataupun kita bahaskan lebih detail dalam perbahasan berkenaan dengan Belanjawan Bekalan dan juga Pembangunan selepas daripada ini. Yang pertamanya, yang seterusnya adalah ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan terhadap kepercayaan dan juga memberikan peruntukan yang hampir sama ataupun dengan istilah lain iaitu peruntukan yang saksama kepada ADUN-ADUN
bukan Kerajaan, yang mana ia nya telah dinaikkan daripada RM150,000.00 kepada RM400,000.00. Jadi kami di pihak ADUN-ADUN bukan kerajaan mengambil baik dan juga menyambut baik inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu ada perkara-perkara lain juga yang perlu turut sama diberikan pertimbangan oleh pihak kerajaan bukan sahaja dari segi peruntukan. Tetapi daripada access yang sama rata ataupun yang setara dengan ADUN-ADUN kerajaan juga. Khususnya berkenaan dengan penglibatan ADUN-ADUN bukan Kerajaan yang telah ditambah baik apa yang saya sedia maklum hari ini ADUN bukan kerajaan telah dijemput menjadi ahli dan juga menjadi ahli kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah-Daerah. ADUN-ADUN bukan kerajaan telah dijemput sekali untuk turut sama memberikan sumbang saran secara terus di dalam mesyuarat tersebut dan seterusnya adalah berkenaan dengan access kepada saya difahamkan Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga dijemput untuk ke Mesyuarat Majlis Keselamatan di peringkat negeri untuk turut sama memberikan sumbang saran dan juga mendengar taklimat tersebut. Tetapi di peringkat Daerah ataupun di peringkat PBT. Saya juga mohon supaya ADUN-ADUN bukan sahaja ADUN kerajaan dan juga ADUN bukan kerajaan mestilah menjadi ahli kepada Mesyuarat PBT, bukan dalam istilah conflict of interest, tetapi agar mereka ini boleh memberikan pandangan yang terus di dalam mesyuarat tersebut bukan sahaja sebagai ahli pemerhati. Jadi sebarang isu dan juga pertikaian di peringkat PBT boleh diselesaikan segera di dalam peringkat mesyuarat tersebut. Tidak perlu ada sesi ataupun platform lainnya selepas itu kena berjumpa dengan YDP dan sebagainya untuk perbincangan yang kedua. Kenapa kita boleh diselesaikan dalam satu forum, yang satu berbanding dengan yang hendakkan forum yang lain pula. Jadi saya harap Ahli-Ahli bukan Kerajaan dan juga kerajaan. ADUN-ADUN bukan kerajaan dan juga kerajaan bolah diberikan status sebagai ahli mesyuarat dan juga memberi sumbang saran yang terus dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat PBT dan kalaulah Kerajaan Negeri Selangor ingin mengambil langkah yang lebih ke terhadapan dalam memastikan sembak dan imbang yang sempurna, bukan sahaja di peringkat Dewan Negeri Selangor tetapi juga di peringkat PBT, maka berilah juga empowerment dengan izin kepada ADUN-ADUN bukan kerajaan ini untuk melantik ahli-ahli majlis yang di dalam ruang lingkup DUN masing-masing. Sebagai contoh di dalam DUN Sungai Panjang ada Zon-Zon Ahli Majlis yang mana DUN Sungai Panjang ini mungkin ADUN bukan kerajaan, tetapi Ahli-Ahli Majlis disebut, di cadang dan juga diberikan namanya mengikut kriteria dan juga kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar dicadangkan juga masuk menjadi Ahli Majlis supaya di dalam peringkat PBT juga berlaku semak dan imbang yang sempurna. Bukan sahaja daripada satu pihak sahaja dan ini akan memastikan kelestarian dan juga good governance dengan izin dalam pentadbiran. Bukan sahaja di peringkat kerajaan, tetapi juga di peringkat PBT-PBT. Yang keduanya adalah berkenaan dengan pembangunan belia dan sukan. Kalau melihat daripada agenda saya lihat ada satu Usul Nombor 4 Tahun 2021 berkenaan Usul Dasar Belia Negara 2020. Jadi saya rasa banyak isi-isi yang saya akan perincikan mungkin di dalam perbahasan tersebut, tetapi secara umumnya saya menyambut baik Dasar Belia Selangor Tahun 2020 yang telah pun dibentangkan ataupun diletakkan di dalam kertas mesyuarat, ini saya dah go through secara sepintas lalu khususnya
berkenaan dengan umur belia. Saya lihat apa yang diperincikan di dalam Dasar Belia ini adalah lebih komprehensif apabila umur belia tersebut ditetapkan selain daripada umur 15 hingga 30 mengikut takrifan Akta Pembangunan Belia, ada juga satu lagi golongan iaitu golongan belia dewasa yang ditetapkan di antara golongan 30 hingga 40. Saya yakin ini akan memberikan kesinambungan daripada segi transfer of knowledge dengan izin ataupun daripada segi kesediaan succession planning dengan izin daripada segi leadership di peringkat Persatuan-Persatuan Belia supaya transisi itu berada dalam keadaan yang baik. Di antara peringkat umur tersebut kerana...
Sungai Panjang.
Sungai Panjang.
Saya Batang Kali.
Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Sungai Panjang. Saya tertarik dengan wakil Majlis Daerah yang dicadangkan oleh Sungai Panjang dan selain daripada itu saya juga ingin menarik perhatian jika boleh dimasukkan juga dalam ucapan Sungai Panjang PEBT belia ini. PEBT belia ini dia yang dudu di dalam Majlis PBT juga kalau boleh dirujuk juga pada ADUN-ADUN yang bukan kerajaan ini. So, terima kasih.
Ok terima kasih Yang Berhormat Batang Kali, saya rasa dalam semangat demokrasi dan juga kematangan politik, ini antara cadangan-cadangan yang boleh dipertimbangkan dan juga boleh dilaksanakan di peringkat kerajaan. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Sungai Panjang.
Sedikit sahaja. Masa dahlah 10 minit.
Boleh.
Sedikit ya.
Taman Templer.
Saya minta masa ini ditambahlah.
Saya setuju sangat Timbalan Speaker bila Sungai Panjang menyebutkan soal berkaitan dengan
pendemokrasian ini. Saya setuju sangat dan kalau boleh Kerajaan Negeri Selangor ini mula tahun depan, peruntukan untuk ADUN-ADUN pembangkang ini bagi sama rata dengan kami daripada kerajaan. Ini kita bercakap soal berkaitan dengan demokrasi. Cuma kalau Selangor buat, Persekutuan kena buat. Kadang-kadang kita ini jadi ADUN di kawasan ini kita menang. Menang bertanding. Menang pilihan raya Sabak, orang pilih kita kadang-kadang kita dapat maklumat kita lalu kadang-kadang program Menteri, program Timbalan Menteri, hadir di DUN kita. Kita ni wakil rakyat yang menang tau. Tetapi masalahnya Menteri datang, Timbalan Menteri datang jemputlah kita. Kita belum nak minta lagi duduk dalam FAMA ke duduk dalam NPP ke duduk dalam MARA ke duduk dalam MARDI ke, kita belum minta itu. Tetapi bila Timbalan Menteri datang, mari kawasan kita nak minta supaya jemputlah kami ini. Undanglah kami ini.
Ok terima kasih.
Kita minta profesional. Ini yang kita hendak. Sebab itu saya akan menyokong, saya akan menyokong Sungai Panjang. Saya akan menyokong Sungai Panjang seluruhnya Sungai Panjang ini.
Terima kasih.
Tahun depan kita akan mendesak supaya Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan yang sama rata kepada setiap Ahli Dewan Undang Negeri yang terdapat di Negeri Selangor. Terima kasih.
Ok terima kasih Yang Berhormat Taman Templer di atas sokongan dan juga cadangan tersebut. Jadi In sha Allah di peringkat Kerajaan Persekutuan kebetulan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Gombak Setia adalah Setiausaha Politik kepada Menteri-Menteri di peringkat Persekutuan. Mungkin perkara ini mereka boleh dengar, ambil maklum dan selepas ini mungkin. Selepas ini mungkin ditambah baik berkenaan dengan engagement tersebut, tetapi berkaitan saya ingin sambung balik berkenaan dengan pemerkasaan belia tadi. Cuma harapan saya untuk Kerajaan Negeri Selangor dalam kita membina dan juga merangka Dasar Belia Selangor 2020 ini, kita harap yang pertamanya tidak berlaku pertindihan dengan Akta di peringkat Parlimen, Akta Pembangunan Belia. Sebab strukturnya telah pun ada di situ, kalau kita replicate kita nak adakan juga di peringkat negeri boleh tetapi jangan ada berlakunya pertindihan kuasa dan juga perselisihan fungsi dan juga kegunaan punca kuasa tersebut. Yang keduanya adalah berkenaan dengan tumpuan pemerkasaan belia ini. Janganlah Negeri Selangor menganaktirikan Majlis Belia Selangor. Janganlah tertumpu pada PEBS dan juga PEBT sahaja. Tetapi peranan dan juga fungsi Majlis Belia Selangor yang mana ia nya diperuntukkan di dalam peruntukan Akta Pembangunan Belia itu mestilah dilihat juga untuk kebersamaan kita. Hari ini kita bercakap dengan politik lebih matang supaya tidak ada mereka yang
ketinggalan dan juga tidak ada mereka yang keciciran. Jadi dua-dua ini boleh kita samakan. Saya ingat EXCO boleh jawab selepas inilah.
Saya nak sedikit sahaja ulasan supaya saya boleh ulas nanti. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Panjang apabila Majlis Rundingan Belia di peringkat negeri tidak menjemput EXCO Belia dan memberi amanah kepada ICU dan saudara Yang Berhormat Gombak Setia.
Ok terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras sebagai EXCO. Ya kita sambut baik perkara-perkara ini memang kita akui ada kelemahan. Saya tidak menjadi mana-mana anggota pentadbiran dalam kerajaan. Jadi saya tidak bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Menteri dan juga kerajaan. Saya sendiri sebagai penggerak dan juga sebagai pemimpin di peringkat Majlis Belia Daerah dan juga Majlis Belia Negeri Selangor juga kecewa dengan tindakan Yang Berhormat Menteri KBS apabila menurunkan had umur belia daripada 30 tahun itu tanpa berbincang secara terperinci dengan kami semua dan saya lebih menghargai yang tindakan daripada pihak kerajaan negeri Selangor yang ada umur antara 15 hingga 30 sebagai belia juga ada belia dewasa. 30 hingga 40. Jadi daripada segi ini rasionalisasi dalam sesuatu tindakan itu mestilah penting dan juga engagement itu penting dan dalam pemerkasaan belia ini juga saya hendak minta supaya pada Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah-Daerah yang akan datang, wakil daripada Majlis Belia Daerah juga perlu juga dijemput untuk menjadi wakil dalam mesyuarat tersebut supaya boleh menjadi ataupun memberikan sumbang saran dalam mesyuarat tersebut. Berkenaan sukan kita kena lihat balik, saya setuju cadangan daripada EXCO supaya sukan ini dilihat semula di peringkat Daerah bukan sahaja sukan-sukan tumpuan biasa tetapi e-sport juga perlu diperkasakan dan mungkin kita perlu naik taraf dan juga baik pulih semula.
Yang Berhormat.
Stadium.
Yang Berhormat Sungai Panjang, Bukit Gasing.
Saya ingat sudah kuning sudah.
Sekejap, sedikit sahaja.
Saya bagi masa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker, saya berikan laluan kepada Yang Berhormat Bukit Gasing.
Saya mengalu-alukan kerjasama kalau Majlis Belia Selangor hendak kerjasama dengan kerajaan negeri memang bagus. Tetapi kalau mereka tak hendak kerjasama pun, walaupun kita bergerak dalam dua rangka yang berbeza, tujuan kita ialah kita ada dasar, kita sendiri untuk reach out to the youth. Saya rasa tidak salah, mungkin yang hendak kita persoalkan. Persoalkan dasar. Kata dasar ini ikut kurang baik ke, dasar ini harus diperhalusi,ditukar yang itu saya rasa yang kita harus debate di sini. Saya rasa kalau hendak tunggu Majlis Belia Selangor dengan kita on the same page itu bukan priority, let’s focus on the youth. Bukan atas struktur dan red tape dan juga birokrasi.
Saya setuju apa yang dikatakan Yang Berhormat Bukit Gasing. Macam saya cakap engagement ataupun kebersamaan PeBS, PEBT dan juga MBS (Majlis Belia Selangor).
Semua setuju ya.
Di peringkat negeri.
Semua perkara setuju ya. Bagus. Petanda baik.
Kita mana yang betul kita setujulah. Mana yang tidak baik kita kena kritik dan juga kita kena perbetulkan. Tetapi benda yang untuk penambahbaikan ini kita kena cari titik pertemuan dan juga persetujuan dalam kita melangkah kepada era baru dalam politik matang yang pada hari ini. Berbalik dengan isu berkenaan belia itu tadi, dari segi dasar saya ingat kita kena ada kebersamaan kita kena ada give and take dan juga meja rundingan dan juga perbincangan. Supaya kita boleh selaraskan dan selari supaya tidak ada dilihat ada dua entiti yang berbeza mungkin daripada dasar pendirian di belakangnya politik dan juga parti mungkin berbeza. Perjalanan dan juga idealisme parti, tetapi untuk mendekati anak muda ini, kita kena melihat kepada tujuan dan juga matlamat yang sama. Mereka punya pemikiran yang berbeza dengan kita semua, jadi kita kena cari titik-titik persamaan itu bersama-sama agar mereka semua ini tidak jauh atau pun tidak pun melihat parti-parti politik atau ahli-ahli politik sebagai musuh atau pun sebagai orang yang mereka tidak boleh percaya tapi kita kena mendekati mereka dan juga kena memahamkan mereka. Mereka mesti kena ada political awareness dan juga political concerness berkenaan pentingnya politik dalam sesebuah pentadbiran Kerajaan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan. Berkenaan dengan agihan peruntukan yang sama rata, yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Taman Templer tadi saya juga suka untuk kongsi kan. Sebenarnya bukan negeri Selangor sahaja semenjak perubahan landskap politik PRU Ke 14 ini negeri Perak telah pun memberikan peruntukan sama rata. Negeri Johor juga telah memberikan peruntukan sama rata kepada ADUN Kerajaan dan bukan Kerajaan dan hari dalam Kerajaan keluarga Malaysia sendiri di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’
Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Ke 9 juga memberikan peruntukkan yang sama rata kepada seluruh Ahli-Ahli Parlimen bukan Kerajaan dan juga Kerajaan dan semangat mestilah kita ambil untuk kita sama-sama perbaiki dan juga sempurnakan semangat demokrasi ini. Yang seterusnya perkara nombor 3, yang saya tertarik untuk sama-sama memberikan sumbang saran adalah berkenaan dengan dana bantuan guaman Selangor. Kita tahu seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ia lebih fokus kepada kes-kes yang berkaitan keganasan domestik dan juga kehilangan pekerjaan ini kita sokong. Cuma dananya terlalu sedikit kalau dilihat daripada 1 juta.
Namun saranan saya sebagai seorang pengamal undang-undang juga agar dana bantuan guaman Selangor ini juga diperluaskan untuk kes-kes yang melibatkan dengan izin scammer mule ataupun keldai scammer. Mereka ini juga sebenarnya mangsa kepada keadaan mereka diperdaya oleh scammer-scammer ini contohnya mereka nak meminjam wang tetapi oleh kerana mereka ini nak meminjam wang terpengaruh dengan iklan-iklan daripada scammer ini, scammer ini memerlukan mereka untuk hantar dokumen untuk hantar akaun hantar kad ATM berserta dengan nombor pinnya, akhirnya kad ATM mereka ini di manipulasi dan digunakan untuk membuat sindiket penipuan yang lain, dan akaun digunakan untuk transit duit-duit yang menipu tadi itu. Jadi mereka ini akan dituduh dan kita lihat sekarang peningkatan indeks kes pertuduhan di bawah seksyen 420 sehinggalah seksyen 424 tersebut menipu dan juga menyembunyikan hasil daripada penipuan tersebut dan kalau kita hantar prestasi dan juga membuat rayuan di peringkat AGC juga hanya boleh turun kepada Seksyen 29(1) akta kesalahan kecil yang memperuntukkan dengan denda maksimum seribu jadi mereka ini kadang-kadang makcik-makcik kampung di kalangan ibu tunggal mungkin, di kalangan mereka yang berpendidikan rendah yang mudah diperdaya dan juga ditipu, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan pertuduhan di Mahkamah dan juga terpaksa didenda. Jadi kumpulan ini juga saya lihat ada pentingnya ada juga keperluannya untuk dana bantuan guaman Selangor ini ambil peduli juga untuk kes-kes yang melibatkan scammer mule ini atau keldai scammer ini mangsa-mangsa kepada scammer ini. Jadi untuk yang akhirnya kita melihat Kerajaan Negeri Selangor fokus kepada digitalisasi kita lihat peruntukan dalam inisiatif digitalisasi sehingga 316 juta. Namun kita tak nak negeri Selangor atau terlepas pandang undang-undang berkenaan sistem keselamatan cyber ada diperuntukkan tetapi terlalu kecil.
Peruntukannya 1 juta sahaja berbanding 316 juta untuk membina infrastruktur dan juga ekosistem digitalisasi itu. Ekosistem digitalisasi apabila negara melangkah masuk ke fasa 4G kepada 5G yang mana data hari ini adalah real time data dengan izin maka ada banyak cabaran-cabaran kita nak belanjawan negeri Selangor tahan uji. Hari ini kita diuji oleh virus COVID-19, kita belum lagi diuji dengan virus dan juga apa juga bentuk cabaran di dalam dunia digitalisasi. Kita sediakan e-walllet, kita tak tahu satu hari nanti kalau e-walllet kita dicuri datanya sehingga hilang duit dalam e-wallet itu bagaimana? Apakah persiapan kerajaan dengan persiapan data cyber ini sendiri?
Khususnya kita tak nak nanti pemindahan teknologi daripada negara-negara luar yang berpotensi yang boleh ada kaitan dengan intelligence luar risikan luar supaya data-data itu nanti boleh dicuri dan juga di manipulasi dengan tidak sebaiknya khususnya berkaitan dengan data-data Kerajaan Negeri. Dan berkaitan dengan teknologi juga perlulah diperluas bukan sahaja di peringkat pertanian di peringkat PBT sebagai contoh kita selalu menimbulkan isu berkenaan air. Air ini tidak boleh di apa nama ini dielakkan punca, punca air ini punca pencemaran air ini oleh sebab kilang-kilang,
Sungai Panjang, Sungai Panjang
Sekejap dan masa terakhir ini, dah merah.
Nak minta sikit penjelasan sikit tadi. Soal berkaitan Sungai Panjang beritahu tadi Perak bagi Johor bagi. Perak dan Johor bagi ini sebab Kerajaannya tak stabil, sebab itu dia bagi. Kerajaan Persekutuan ini dia bagi bajet kepada Ahli Parlimen sebab Kerajaan BN pun tak stabil. Majoriti empat undi itu pun ada MOU. Sedangkan kita di Selangor ini, kerajaan kita kukuh setuju atau tidak? Kerajaan kita dalam Kerajaan kita kukuh, kita bagi peruntukan Insya Allah saya sebut sekali lagi minta kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya tahun depan, tahun depan punya bajet ini kalau boleh peruntukan untuk setiap ADUN kita bagi sama rata, Cuma saya nak menyebut di dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya nak menyebut sedikit di Dewan Mulia ini
Tuan Speaker saya ingat...
Tadi Sungai Panjang sebut soal berkaitan pendemokrasian terbukanya sikap Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, Cuma saya rasa kecewa Sijangkang tak ada pula dalam dewan ini. Apa yang terjadi di Kelantan, Pas Kelantan? Apabila Kerajaan mereka dahlah tidur sebantal. Makan setalam bentuk kerajaan sama-sama. Dulu atas nama Pakatan Harapan kita bagi royalti kepada Kerajaan Kelantan 400 juta. Sekarang ini Kerajaan BN ini yang mereka tidur sekali makan sekali cium sekali ..
SESI PERBALAHAN
Yang Berhormat Taman Templer saya, kalau nak .....
Mereka tak bagi, mereka tak bagi royalti kepada Kerajaan Pas di Kelantan, sebab itu saya tidak boleh terima, saya tidak boleh simpan hati.
Soalan-soalan
Yang bagi pimpinan
Mana soalan-soalan?
Kelantan yang tidak diberi royalti oleh Kerajaan BN.
Yang Berhormat Tuan Speaker
Saya minta penjelasan daripada pihak Sungai Panjang.
Templer, Templer cool down, duduk. Silakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Lain kali jangan celah sembarangan, kalau belum dapat apa persetujuan ya. Silakan.
Saya ingat Taman Templer ini mungkin Kalau dia nak berbahas saya ingat Tuan Speaker bagi ruang seluas-luasnya juga untuk dia berbahas. Sebab mungkin banyak benda yang dipendam mungkin dia ceramah politik.
Baik-baik Sungai Panjang Insya Allah. Saya terima pandangan itu.
Ok jadi ialah. Apa pun sebab dan musabab yang menyebabkan berlakunya peruntukan sama rata sebagainya ini yang paling penting hari ini kita nak kematangan politik. Stabil tak stabil itu adalah very subjektif kalau Kerajaan Negeri Selangor ni hari itu dah berlaku langkah Sheraton hari ini ada berlaku langkah Shah Alam apa benda semua kita mana tahu.
Tak Sungai Panjang begini ok saya tak ceramah.
Benda ini very subjektif
Saya tak ceramah. Ini seolah-olah saya mengajar. Saya tak ceramah. Dia begini, dia begini dia sepatutnya royalti hak dia bagikan lah macam hak ADUN pembangkang ini bagi. Sebab kita dipilih oleh rakyat kita diberikan mandat oleh rakyat, bagilah tapi kenapa Kerajaan Persekutuan, yang saya hairan ini Kerajaan ini cium sama-sama, tidur sama-sama, makan sama-sama tapi royalti tak bagi kepada Kerajaan PAS. Ini yang, ini yang membingungkan saya ini, dulu yang bagi 400 juta nama dia Lim Guan Eng. Daripada DAP Cina ini, Cina ini, Cina ini yang bagi 400 juta kepada Kerajaan PAS di Kelantan ini, tapi nanti Yang Berhormat nasihat kepada Menteri Kewangan saya tak ceramah tak ceramah tak ceramah, nanti Sungai Panjang nasihat kepada Menteri Kewangan bagi 400 juta 500 juta dan nasihat kepada Kerajaan PAS Kelantan ini dapat duit jangan beli Mercedes.
Templer, Templer dengar dulu lain kali kalau nak mencelah minta izin dulu kalau tidak nanti Sungai Panjang marah. Ok baik.
Ok terima kasih Yang Berhormat Speaker saya ingat, waktu retreat hujung minggu depan itu kena ajar balik Templer macam mana peraturan mesyuarat. Jadi apa yang Taman Templer sampaikan itu saya percaya mungkin pihak-pihak berwajib dan bertanggungjawab ambil tindakan yang sewajarnya. Saya tak nak komen terlalu banyak kerana fokus saya adalah berkaitan dengan Dewan Negeri Selangor dan juga kemasyarakatan dan juga bagaimana untuk kita sama-sama membangun dan juga membina negeri kita ini bersama-sama. Jadi dengan penggunaan teknologi tadi buka sahaja pertanian tetapi PBT juga berkenaan dengan pemantauan kilang-kilang haram ini. Kita tahu di peringkat Persekutuan kita ada Malaysian Space Agency yang mana di sana ada data remote sensing dan kita juga ada balai Cherap di Banting. Jadi gunakanlah agensi ini sebaik-baiknya bukan sahaja untuk pertanian PBT. PBT bukan sahaja boleh pantau perubahan-perubahan ataupun apa nama ni, kawasan-kawasan pembinaan yang mungkin dah ada kebenaran merancang boleh lihat mengenai data remove sensing ini tetapi boleh juga melihat progress pembangunan infrastruktur boleh juga melihat daripada segi perkara-perkara keselamatan-keselamatan yang lain juga boleh digunakan data cerap daripada remote sensing Malaysia Space Agency.
Jadi gunalah ini sebaik-baiknya apa nama ni data dan juga teknologi yang sedia ada. Dan berkenaan dengan Hijrah kita sambut baik penurunan, penurunan apa nama tu interest daripada 8 kepada 4% tapi kalau boleh untuk semualah bukan untuk pinjaman 30 ribu sahaja. Tapi pinjaman sampai 100 ribu turunkan juga interest nya. Supaya usahawan kita ini mudah untuk menceburi bidang ke usahawan dengan modal-modal suntikan modal permulaan ini dan kecualikan juga semakan sitos sacrist maklumlah dalam tempoh pandemik ini bukan sahaja setakat moratorium yang mereka ambil moratorium sendiri yang tak bayar-bayar culas membayar memang ada berlaku jadi dalam keadaan ini kecualikanlah sekiranya ada keperluan untuk semakan sitos sacrist
Dan akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan kawasan saya minta apa jua pelan pembangunan atau pun pelan rancangan di peringkat pembangunan di dalam kawasan mestilah berbincang dahulu dengan stake holder ataupun pemegangan taruh masyarakat pemimpin dan juga sebagai contoh pelaksanaan parking di dalam daerah Sabak Bernam bincang dulu baik-baik, kita bukan menolak kemajuan atau pun anti establishment dengan izin tetapi bincang baik-baik dan juga pelaksanaan petak-petak parking itu kalau kita tengok di kawasan Sungai Besar itu, petak-petak parking 90 degree masuk macam tu. Jadi keluar masuk pun susah lagi nak bayar parking lagi. PBT kena lihat dan juga semak dan seterusnya berkenaan indeks homestay. Jadi homestay.
Sudah cukuplah, saya dan bagi masa.
Ini yang terakhir.
Saya rasa cukup, silakan ayat yang terakhir.
Yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan dengan homestay saya minta supaya kita tahu hari ini daerah, apa nama ni, daerah Sabak Bernam Sekinchan, Sungai Panjang, Sabak dan juga Sungai Tawar ini menjadi tumpuan pelancong khususnya homestay. Jadi pada pihak pejabat Tanah dan juga pihak PBT janganlah letak apa nama ini syarat-syarat yang terlalu ketat untuk homestay ini, termasuklah homestay ini kena tukar daripada syarat tanah dia daripada mungkin syarat rumah apa nama ini tanah pertanian kepada bangunan-bangunan kediaman ataupun syarat-syarat bangunan komersial kerana nanti kawan nak datang daerah Sabak Bernam boleh bayar homestay 150 ringgit satu malam kena bayar 350 macam bayar hotel. Jadi kita tak nak kalau boleh dipermudahkan dan juga beri ruang, beri ruang yang seluas-luasnya yang rasional kepada pengusaha-pengusaha ini menambahkan pendapatan dan juga merancakkan lagi industri pelancongan dalam negeri Selangor. Jadi masa pun dah tamat mungkin selepas ini kita akan berbahas secara lebih detail dalam sesi yang seterusnya dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan rakan-rakan yang membuat celahan dan pandangan sebentar tadi. Kita sama-samalah pastikan negeri kita ini Selangor terus maju berdaya saing dan merangkul semua dalam semangat keluarga Malaysia dan kita juga Selangor. Dengan itu saya akhirnya dengan ucapan saya dengan ucapan Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyokong Belanjawan ini dengan beberapa penambahan baikan yang perlu dibuat segera. Terima kasih.
Ya terima kasih Sungai Panjang, saya bagi masa 12 minit tambahan kepada Yang Berhormat Sungai Panjang janji ditepati. Tahniah Sungai Panjang, nampaknya ada tokoh bakat untuk ganti Sungai Tawar sebagai Ketua Pembangkang. Saya persilakan Pandamaran, Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang kepada saya untuk membahaskan dalam bajet ini. Terutamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah membuat anggaran perbelanjaan yang seimbang ya. Iaitu lebih 40% untuk pembangunan 52% untuk pembelajaran, dan kita tahu wang rizab yang semasa sekarang telah meningkat dari 2.4 bilion ke 3.1 bilion. Ini tanda yang baik di mana Kerajaan Negeri Selangor bawah Pakatan Harapan yang bijak mengurus dapat tambah ya rizab yang sedia ada.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh perkara ringkas ya, iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor di mana ya Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan di mana ya bantuan daripada RM200.00 hingga RM300.00 setiap bulan. Di mana juga penerima telah meningkat dari 21,000 penerima hingga 30,000 penerima. Saya menyambut baik tapi saya ada cadangan kepada Kerajaan Negeri di mana saya, pandangan saya adalah ya kekal RM200.00 dan kita beri kepada memberi kepada lebih orang untuk penerima (tepuk meja) di mana RM200.00 kita bahagikan kepada yang sedia ada iaitu 108 juta kepada 45 buah keluarga yang boleh dapat. 45,000, 45,000 ya jadi berbanding dengan 30,000, 15,000 akan extra. Jadi ini pandangan saya dan saya harap ya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan.
Selain ini Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang SMUE ya SMUE ini telah lama ya diadakan dan tahun lepas kita berpindah kepada wang khairat RM500.00 dan RM100.00 untuk Jom Shopping, Hari Jadi ya. Jadi, tapi ya ramai keluarga yang datang dengan pejabat mengadu bahawa kos pengurusan kematian ataupun pengebumian telah meningkat ya dari rasanya RM500.00 ni kita boleh dikaji semula untuk meningkat dari RM800.00 hingga RM1,000.00. Jadi saya, terpulanglah kepada kewangan untuk mengkaji, ok. Adakah sesuai ke? Kita dapat memberi wang khairat dari RM500.00 meningkat RM500.00 ke RM800.00 atau RM1,000.00 ya ini cadangan saya juga kepada Kerajaan Negeri. OK.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh satu perkara lagi iaitu Sepintas. Sepintas iaitu yang bantuan kewangan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor iaitu Sepintas. Di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta untuk pelajar. Pelajar yang kurang berkemampuan demi mereka mendapat gunakan Skim Pinjaman ini untuk membeli ya komputer-komputer atau pintar untuk melanjutkan pembelajaran tapi pandangan saya ya pandangan saya. Ini kerana RM1 juta untuk pinjam dan mereka perlu bagi balik jadi pandangan saya RM1 juta bukannya satu angka yang besar bagi Kerajaan Negeri yang begitu bijak. Betul tak? Jadi pandangan saya kita dapat terus bagi RM1 juta ini untuk pelajar-pelajar yang betul-betul perlu. Kita boleh hantar ADUN atau Wakil Rakyat ataupun Ketua Kampung ataupun Ahli Majlis untuk pergi buat pantauan, ok untuk tahu keadaan keluarga yang betul-betul memerlukan. Jadi ini pandangan saya dan saya memang menggalakkan kerana pelajaran ya adalah penting untuk sesebuah orang atau sesebuah keluarga ataupun orang sebab tanpa pelajaran atau ilmu negara tidak akan maju. Ini pandangan saya dan saya
menyokong, menyokong PTRS juga diteruskan ya telah memperuntukkan RM1 juta juga ya jadi saya harap PTRS ini dapat menarik lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dapat ya mengikuti PTRS.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh dengan pengurusan COVID-19. Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah membantu rakyat Selangor untuk mendapatkan suntikan Sinovac ya 2 dos. Tapi kebelakangan ini kita ada booster. Ramai yang datang ke pejabat saya dan minta bantuan untuk dapatkan booster Sinovac. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk mengadakan ya booster sesiapa yang telah mengambil suntikan Sinovac daripada SelVAX. Ini satu perkara yang baik sebab mereka takut ya ramai orang takut mixed, mixed kita tak tahu adakah dia akan ada risiko besar selepas mungkin dua tahun, mungkin 10 tahun. Kita tak tahu ya ramai ada pakar-pakar yang cakap boleh mixed. Ada pakar yang cakap tak boleh mixed. Jadi pakar-pakar ini kita tak tahu pakar-pakar dari mana. Jadi ramai yang takut apabila disuntik secara mixed. Jadi saya harap ya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan.
Tuan Speaker, saya sebenarnya Pandamaran menyokong ya perbahasan Banting. Di mana bantuan kewangan kepada sekolah. Ia perlu dibagi secara lebih awal kerana sekolah, pihak sekolah memerlukan kewangan itu untuk berbelanja dalam satu tahun tu. Jadi saya harap, sebelum ini, sebelum 2018, bantuan kewangan biasa dibahagikan kepada dua fasa. Bulan enam, bulan tujuh mereka sudah dapat dan sesiapa yang tercicir dia akan dapat pada akhir tahun. Jadi kalau kita bagi pada akhir tahun yang tercicir dia tidak akan dapat dan mereka perlukan kewangan itu untuk berbelanja sepanjang tahun. Mereka kena planning ya dengan izin. Untuk planning dengan menggunakan bantuan kewangan untuk sekolah tersebut.
Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya kita dapat mempertimbangkan sekolah orang cacat atau OKU dapat dimasukkan dalam bantuan kewangan sekolah yang sedia ada sebab sekolah orang cacat ni atau OKU ni, kurang berkemampuan ni, dia juga perlu ya bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri. Jadi saya ingin mendapatkan apa dia, kelulusan saya harap dapat Kerajaan Negeri dapat meluluskan cadangan ini. Jadi saya pun tak hendak panjang lebar, saya Pandamaran ingin memohon, menyokong perbelanjaan Negeri Selangor 2022. Terima kasih.
Terima kasih Pandamaran. Saya mempersilakan Meru.
Bismillahhirahmanirahim. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahas dalam sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2022. (Ayat Quran). Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban
untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.
Tuan Speaker yang dihormati dan juga Ahli Yang Berhormat sekalian. Di sini saya ingin terlebih dahulu ingin mengucapkan ucapan terima kasih dan juga tahniah kepada Dato’ Haris selaku Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah dilantik baru-baru ini. Saya mendoakan semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesihatan kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab baru yang telah diamanahkan kepadanya.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Barisan Hadapan terutama Anggota Kesihatan, Anggota Keselamatan, Kakitangan Kerajaan dan Swasta dan seluruh rakyat yang sama-sama memberi kerjasama yang cukup baik dan komitmen yang tinggi untuk melawan Covid-19.
Saya di sini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Selangor 2020 yang saya lihat amat mantap sehingga Ketua Pembangkang sendiri sukar untuk mempertikaikan kekurangan dalam Bajet yang dibentangkan pada kali ini.
Terlebih dahulu dalam perbahasan saya sudah pasti mewakili DUN Meru, saya akan membawa beberapa isu untuk diketengahkan kepada pihak Kerajaan untuk tindakan dan mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada warga Meru khususnya.
Setiap kali saya berdiri, empat (4) isu utama pasti akan menjadi perbahasan saya. Iaitu yang pertama berkaitan dengan isu Infra, kedua banjir, sampah yang ketiga dan juga warga asing.
Alhamdulillah nampaknya banyak perubahan dan kejayaan telah dicapai walaupun masih ada beberapa perkara lagi yang belum diselesaikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKR Klang dan Negeri dan kepada pihak Konsesi yang telah dilantik yang pada saya pada ketika ini hampir 80% jalan utama di DUN Meru telah diperbaiki cuma jalan-jalan yang masih di bawah tanggungjawab pemaju, jalan kampung, kawasan industri, taman-taman bagi saya perlu diberi perhatian pada kali ini terutamanya di bawah tanggungjawab PBT.
Di sini juga saya ingin memohon kepada pihak berkaitan seperti JKR dan MPK untuk segera membuat pemangkasan dan pemotongan terhadap pokok-pokok yang telah tua dan besar terutama daripada Jalan Klang Central ke Pekan Meru dan daripada Pekan Meru ke Pekan Kapar di mana terdapat banyak pokok-pokok besar yang perlu dipotong dan amat merbahaya kepada pengguna jalan raya lebih-lebih lagi Meru merupakan kawasan laluan angin ribut. Saya juga memohon supaya sistem perparitan dan longkang di Jalan Kenangan di hadapan Taman Meru 3 terutamanya
diperbesarkan dan diperbaiki segera bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut.
Malahan kawasan ini sendiri telah diziarahi oleh Yang Berhormat EXCO Infra kita dan juga beliau sendiri telah mengarahkan untuk dalam pertemuan tersebut untuk melaksanakan kerja itu secepat yang mungkin. Lebih-lebih lagi seperti mana yang kita telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan pada Jumaat yang lepas telah memaklumkan 20 juta peruntukan telah disediakan untuk kerja-kerja tambatan banjir yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Saya mengambil kesempatan juga di sini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah meluluskan peruntukan ini. Dalam masa yang sama saya ingin mendapat penjelasan dan permohonan untuk memaklumkan tentang projek perumahan PKNS di Setia Alam berhampiran dengan Kampung Budiman yang mana dimaklumkan di kawasan tersebut tidak menyediakan atau tidak membuat kolam tadahan yang sepatutnya. Ini memberi kesan yang amat buruk kepada Kampung Budiman setiap kali hujan. Yang mana setiap kali banjir, akan membawa limpahan air lumpur ke kolam tadahan Kampung Budiman. Ini menyebabkan kolam tadahan tersebut cepat menjadi cetek dan perlu di selenggara berkali-kali dalam tempoh yang dekat. Bukan sahaja mengakibatkan banjir ke kawasan tersebut tetapi juga merugikan harta benda penduduk. Malahan melibatkan kos yang besar setiap kali penyelenggaraan di buat.
Saya mengharapkan pihak PKNS dapat memandang serius perkara ini dan ia bukan sahaja dapat menggagalkan perancangan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir tetapi juga melibatkan kerugian yang besar kepada penduduk.
Antara isu topik yang amat hangat pada ketika ini di Meru adalah berkaitan dengan isu sampah dan saya rasa isu sampah ini bukan sahaja di Meru tapi kebanyakan di kawasan-kawasan bandar di seluruh Negeri Selangor. Saya melihat isu sampah ini semakin kritikal akibat bertambahnya penduduk yang semakin tinggi dan juga bercambahnya peniaga-peniaga sama ada yang berlesen atau pun yang tidak berlesen dan juga sikap penduduk sendiri yang tidak bertanggungjawab akibat kurang penguatkuasaan serta maklumat yang menyebabkan sampah ini semakin menimbun dan tidak dapat diuruskan dengan baik.
Seperti mana yang kita sedia maklum kutipan sampah masih mengikut kadar yang lama yang kebiasaannya tiga (3) kali seminggu dan saya mencadangkan supaya kutipan sampah ini dapat ditingkatkan bilangan kekerapannya supaya sampah ini dapat dikutip dengan sebaiknya dan menjamin kebersihan di kawasan sekitar.
Di samping itu juga, saya melihat ketiadaan tempat membuang sampah yang cukup dan bersistematik menjadi punca kepada permasalahan ini dan juga ketidakfahaman
masyarakat yang perlu kita jelaskan dengan lebih agresif tentang sampah-sampah yang perlu diasingkan yang mana ketidakfahaman ini juga menyumbang kepada peningkatan sampah-sampah sebagai contoh ada tempat pembuangan sampah logistik, diletak juga di situ tempat sampah-sampah industri yang menyebabkan kontraktor yang telah dilantik tidak mengangkut sampah tersebut. Saya mengesyorkan untuk mengatasi masalah ini, kempen yang lebih agresif tentang kesedaran pembuangan sampah ini perlu digerakkan segera dan bilangan kekerapan kutipan sampah seperti mana yang saya nyatakan tadi perlu ditambah serta penguatkuasaan perlu digerakkan khususnya untuk mengekang pembuangan sampah haram. Sebagai contoh di DUN saya di Jalan Pasar Meru Batu 8, telah menjadi tempat pembuangan sampah haram seolah-olah tiada kawalan langsung walaupun saya sedar pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah melakukan tugas mereka tetapi saya melihat tiada perubahan seolah-olah ada pihak yang melindungi mereka. Saya juga ingin memohon di sini kepada pihak Kerajaan untuk membuat lampu jalan di Kampung Haji Mohd Sharif, Jalan Paip dan Jalan Cempaka, di mana ia merupakan jalan utama yang memerlukan kepada pencahayaan di malam hari bagi mengelakkan kemalangan. Dan di sini saya juga ingin memohon pembinaan bonggol jalan terutama di persimpangan Jalan Durian dan Jalan Nanas dan beberapa simpang jalan yang telah saya ajukan surat permohonan kepada JKR Klang semenjak Januari 2019.
Tuan Speaker dan Yang Berhormat, isu pendidikan merupakan isu penting yang perlu diambil perhatian oleh mana-mana Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri Selangor. Baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa pihak jawatankuasa pembinaan Sekolah Agama Sungai Kapar Indah memaklumkan bahawa pelajar sekolah tersebut terpaksa dipindahkan akibat pemilik bangunan telah menjual bangunan mereka kepada pihak yang lain. Untuk makluman Sekolah Kafa SKI telah ditubuhkan pada awal Januari 2011 dan pada awal mereka menumpang di Sekolah Kafa Indah pada tahun 2006 hingga 2015 dan pada awal Oktober 2015, mereka telah berpindah ke rumah kedai dan pada tahun 2016 berpindah ke bangunan rumah kedai yang menempatkan seramai 430 orang pelajar. Dan pada 2 November yang lepas.
Tuan Speaker, minta laluan sekejap.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Masalah tapak ataupun bangunan sekolah rendah agama ini bukan hanya dialami oleh di Meru tetapi di kebanyakan tempat. Status tanah itu tidak dapat diuruskan ataupun diselesaikan oleh pihak yang berkenaan supaya tapak ini sepatutnya digazetkan terus kepada SRA yang berkenaan. Ini berlaku juga di beberapa tempat, so terima kasih Meru kerana memberikan saya laluan.
Okey, saya bersetuju dengan Batang Kali tadi yang mana ini antara isu kenapa sekolah tak dapat didirikan termasuk tanah-tanah yang telah diperuntukkan oleh pemaju untuk membina sekolah tidak dibuat serahan kepada pihak Kerajaan.
Okey, saya sambung. Pada 2 November yang lepas pihak sekolah telah menerima notis mengosongkan premis yang mana mereka terpaksa mencari lokasi lain untuk dijadikan kelas dan operasi persekolahan. Perkara ini telah menjejaskan seramai 360 orang pelajar, yang mana Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah setakat ini mempunyai 543 orang pelajar daripada darjah 1 sehingga darjah 6. Jadi pengharapan saya supaya pembinaan sekolah baru ini, yang mana saya lihat dalam pembentangan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak menyenaraikan di kawasan Sungai Kapar Indah untuk kawasan dibina sekolah SRA. Untuk makluman sewaktu Yang Berhormat Sementa menjadi ADUN di kawasan tersebut, yang mana sebelum ini di bawah pentadbiran DUN Sementa telah menghantar surat permohonan mendirikan bangunan sekolah agama yang mana dalam surat maklum balas kepada Yang Berhormat Sementa oleh pihak JAIS telah memaklumkan bahawa lawatan tapak telah dibuat di kawasan tersebut. Ini bermakna permohonan untuk mendirikan sebuah sekolah agama di SKI telah dibuat semenjak tahun 2014 lagi. Dalam keadaan pertambahan pelajar yang semakin meninggi, saya memohon pihak Kerajaan dapat menyegerakan pembinaan sekolah agama di kawasan ini kerana ini menjadi salah satu keperluan mendesak lebih-lebih lagi pada ketika ini penduduk semakin bertambah dan mereka terpaksa pula menumpang dan juga menyewa ke atas premis yang masih tidak tahu sampai bila boleh digunakan.
Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan yang telah memfokuskan dan juga meningkatkan urusan dengan menyediakan dana memperkasakan dan apa ni susah sebut ni. Dah kena penyakit Yang Berhormat Paya Jaras. Tiada air ke? Air, air. Sekejap ya. Bentara minta air.
Yang mana Kerajaan telah menyediakan dana untuk memperkasakan program digitalisasi dan juga meningkatkan urusan rakyat secara umumnya. Suka atau tidak suka, kita perlu mengikut dan menguasai arus teknologi yang semakin berkembang. Dalam dunia digital ini, sebarang maklumat pengetahuan amat penting untuk dikuasai oleh rakyat supaya tidak ketinggalan. Antara sub dalam bidang digital ini kita tidak boleh lari dari memperkatakan tentang dunia blockchain teknologi dan dalam bidang blockchain teknologi ini juga ada membicarakan berkaitan dengan cryptocurrency dan saya melihat ramai di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia ini dapat menjana pendapatan yang tinggi dan tidak kurang juga yang tertipu dan mengalami kerugian yang besar akibat kurangnya pengetahuan dalam bidang ini. Saya mengesyorkan pihak Kerajaan mengambil peluang untuk menjadikan Selangor sebagai hub crypto dan pusat pendedahan ilmu berkaitan dengan ilmu ini supaya kita boleh mendalami, mengambil peluang dan mungkin akan menjadi sumber pendapatan baharu kepada Kerajaan Negeri di samping mengelakkan rakyat tertipu kerana terlalu ghairah dalam
menceburi bidang ini tanpa ilmu yang cukup dan mudah tertipu daripada mereka yang mengambil peluang ke atas kejahilan mereka yang tidak membuat persiapan di dalam bidang ini.
Tuan Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat sekalian, isu yang panas kita perkatakan pada ketika ini adalah isu berkaitan dengan kenaikan harga barang. Pada ketika ini kita lihat bagaimana Kerajaan yang ada pada hari ini di peringkat pusat, saya pun tak tahu nak panggil Kerajaan apa. Kerajaan Ismail Sabri ataupun Kerajaan Malaysia, Kerajaan Pak Mail. Gagal. Dan pada ketika kita lihat mereka tidak serius untuk menangani kenaikan harga barang. Alhamdulillah, saya melihat bagaimana usaha Kerajaan Negeri menggerakkan agro bazar dan juga mengambil perhatian kepada usahawan-usahawan kecil dan juga petani-petani, yang telah digerakkan oleh EXCO Pertanian cukup memberi kesan dan berjaya mengawal harga barang dan juga menjualkan harga barang dengan harga yang cukup murah. Dan saya mencadangkan agro bazar ini dapat diaktifkan sebaik yang mungkin di setiap DUN dan juga saya memohon supaya Kerajaan Negeri juga dapat membeli belian terus kepada petani untuk diedarkan khususnya di kawasan-kawasan yang tidak ada industri pertanian, contoh di kawasan bandar dan juga membuat hebahan secara terus menerus tentang pusat-pusat agro yang mana pada ketika ini saya lihat ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui tentang program jualan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Isu seterusnya yang hendak saya bangkitkan di sini ialah berkaitan isu penceramah politik di masjid-masjid. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah memberikan kebenaran dan juga meluaskan penggunaan masjid bukan sahaja dalam aktiviti solat tetapi juga berkaitan dengan aktiviti ceramah. Tetapi malangnya kita melihat kebenaran ini ada di kalangan pihak-pihak khususnya ahli politik yang mengambil kesempatan untuk berkempen dan juga memburukkan Kerajaan yang masih lagi berlaku. Seolah-olah mereka tidak menghormati titah Tuanku yang jelas tidak membenarkan masjid untuk dijadikan tempat berpolitik.
Dan di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi teguran dan juga mengharapkan tindakan tegas oleh pihak Kerajaan kepada kontraktor-kontraktor utiliti. Yang mana kita lihat kebanyakan kerja-kerja kontraktor utiliti ini, finishing nya tidak sempurna dan tidak kemas. Dan yang lebih malang kadang-kadang ada jalan yang baru diperbaiki tak sampai seminggu jalan itu dikorek balik oleh pihak utiliti yang menyebabkan kita mengalami kerugian dan juga terpaksa melakukan kerja berkali-kali. Dan juga saya mencadangkan seperti mana yang kita lihat kebanyakan kerja-kerja pembaikan jalan berlaku di hujung tahun. Kebanyakannya begitu berlaku di hujung tahun. Sedangkan biasanya pada waktu hujung tahun ini adalah musim hujan dan biasanya kita sedia maklum bahawa jalan ini untuk pembaikan musuh utamanya ialah air. Yang menyebabkan jalan yang diperbaiki ini cepat rosak sebab diperbaiki pada masa yang tidak sesuai.
Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya membatalkan cadangan untuk membina pusat judi lumba kuda terbesar antara yang terbesar di Asia. Tindakan ini bagi saya cukup tepat untuk kita memastikan rakyat di seluruh negara khususnya di Negeri Selangor tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral. Perlu saya tegaskan di sini sebagai orang Islam dalam apa alasan sekalipun kita tidak dibenarkan sama sekali untuk terlibat dengan aktiviti judi dan juga meminum arak. Dalam keadaan apa sekali pun sebab ini adalah perintah yang jelas dalam Al-Quran seperti mana yang telah saya bacakan di awal tadi di dalam surah Al-Maidah ayat 90. Tetapi bukan bermakna kita menghalang kepada mereka yang bukan beragama Islam untuk minum arak ataupun berjudi. Sebab larangan ini kepada khusus orang Islam dan jelas saya nyatakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan untuk terlibat di dalam ini tetapi saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang juga memberi ruang kepada mereka yang bukan Islam untuk minum arak sebab ia bukanlah satu larangan yang jelas di dalam agama mereka. Dan bagi saya, ini adalah perkara yang fair. Perkara yang adil yang mana dalam keadaan kita memastikan aktiviti yang tidak sihat ini menjadi satu budaya yang tidak baik dapat dikekang. Dan saya mengesyorkan supaya kita dapat menghebahkan juga kepada mereka yang pada Islam ini senang. Memang larangan itu jelas tetapi kepada mereka yang bukan Islam.
Speaker, saya celah sikit. Maaf. 30 saat boleh. Minta maaf.
Merah dah tuh.
Sikit jer. 30 saat.
Minta singkatkan cepat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya tertarik dengan soal masjid yang dikatakan oleh Meru. Saya difahamkan JAIS memberhentikan seketika pemilihan AJK masjid ini. So, saya mencadangkan beberapa masjid memang ada masalah, di mana parti-parti yang menggunakan agama, menunggang agama ini. So, saya rasa ada baiknya pemilihan ini dibuka semula dalam SOP yang terkawal. So, terima kasih Meru.
Okey, saya nak tambah sikit lagi sebelum saya habiskan perbahasan saya berkaitan.
Okey, yang terakhir ya.
Fasal judi dan arak ini. Suka saya jelaskan timbul perselisihan di kalangan kita apabila tidak ada kefahaman, kenapa Islam melarang keras tentang judi dan arak. Tetapi perlu
diingatkan juga kepada rakan-rakan saya Yang Berhormat yang bukan beragama Islam, kita juga tidak menghalang untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk minum arak. Sebab bagi saya, benda yang tidak ada larangan pada agama lain tidak ada halangan untuk agama lain untuk melaksanakan tetapi secara jelas saya mengharapkan mereka yang beragama Islam kena faham ini adalah perintah dan juga ini adalah tuntutan yang wajib bagi setiap individu Muslim untuk memahami dan menghormati dan juga melaksanakan perintah di dalam agama Islam itu sendiri. Dan saya mengharapkan perkara ini dapat dijelaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor walaupun kita berusaha untuk memastikan umat Islam tidak terlibat ataupun tidak menjadi penagih minuman arak ataupun berjudi bukan bermakna kita nak menghalang kepada mereka yang bukan Islam untuk meninggalkan apa yang mereka nak buat yang tiada larangan di dalam agama selain daripada Islam. Suka saya jelaskan di sini untuk pengetahuan semua bahawa kita dalam keadaan negara Malaysia, kita perlu menghormati sensitiviti dan juga kita perlu memahami agama dan adat bangsa yang ada di dalam negara kita dan alhamdulillah saya lihat sehingga ke saat ini kita masing-masing menghormati cuma ada perselisihan sedikit sebanyak yang perlu kita perjelaskan supaya tidak merebak dan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi ataupun kepentingan pihak-pihak tertentu. Tuan Speaker yang dihormati sekalian.
Yang Berhormat, masa.
Dengan ini, Meru menyokong penuh Belanjawan Negeri Selangor 2022 yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sidang belanjawan pada kali ini. Assalamualaikum wbt, sekian terima kasih.
Terima kasih Meru. Saya mempersilakan Permatang.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, salam kita Selangor, salam reformasi. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pegawai-pegawai Kerajaan yang saya hormati sekalian. Syukur alhamdullilah dengan kehendak dan izinNya kita dapat bersama berada di Dewan yang mulia ini dan berdirinya saya di sini untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 seperti yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada Jumaat yang lalu. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar atas Pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Selangor yang lebih inklusif, berdaya maju, produktif serta meneruskan iltizam menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor memberdaya ekonomi dan pembangunan insani dan melalui pelbagai strategi yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor. Dalam Pembentangan Belanjawan 2022 yang bertemakan Kita Selangor, Negeri Tahan Uji mengangkat martabat insani jelas memperlihatkan iltizam Kerajaan
Negeri Selangor membantu meneruskan bantuan kepada rakyat. Pelbagai jenis insentif telah ditambah baik dan dijenamakan semula bagi memberi sinergi kepada program-program yang memberi kebaikan kepada rakyat Negeri Selangor. Di sini saya tertarik dengan pengumuman Dato’ Menteri Besar Selangor mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Dengan pertambahan bantuan bulanan daripada RM 200.00 kepada RM 300.00 sebulan. Namun bagaimanapun dengan jumlah sebanyak RM 1.8 juta tersebut adalah lebih baik dikekalkan dengan RM 200.00 dan kita boleh memberi manfaat kepada 45,000 keluarga. Tuan Speaker, jaringan capaian Internet merupakan salah satu isu utama yang dihadapi oleh penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Dalam hal ini Permatang tidak terkecuali menghadapi masalah capaian Internet yang kurang memuaskan. Kita diberitahu bahawa negara ini sedang menuju ke teknologi 5G.
Namun hakikatnya capaian Internet masih di takuk lama dan kurang memuaskan. Mutakhir ini sejak pandemik COVID-19 melanda negara ramai dikalangan anak muda telah menceburkan diri dalam bidang ekonomi iaitu sebagai Food Rider serta perniagaan secara online. Oleh itu adalah satu keperluan yang serius agar jaringan capaian Internet ini atau keupayaan jalur lebar ini dapat kita pertingkatkan di kawasan DUN Permatang. Dengan penambahbaikan kawasan liputan Internet ini ianya dapat memberi nilai tambah dalam membangunkan ekonomi digital serta mengurangkan kesenjangan komunikasi antara masyarakat. Tuan Speaker, bidang pertanian merupakan asas dalam kehidupan kita. Tanpa pelindungan dalam bidang pertanian maka ianya akan menyebabkan rantaian bekalan makanan terjejas serta memberi kesan kepada kesihatan masyarakat. Dalam Pembentangan Belanjawan 2022 tempoh hari, Dato’ Menteri Besar tidak menyentuh mengenai usaha membantu golongan petani dan pesawah. Walau bagaimanapun, saya yakin salah satu daripada agenda dalam memastikan golongan petani yang menyumbang kepada makanan rakyat ini adalah masih di dalam perhatian Dato’ Menteri Besar. Untuk pengetahuan Tuan Speaker, sebanyak 700 penduduk di kawasan Permatang terlibat dalam aktiviti penanaman padi atau sebagai pesawah.
Selain daripada itu bukan hanya Permatang, saya ingin fokuskan kepada keadaan anjung utara. Yang mana kita faham bahawasanya rata-ratanya kita ini adalah petani. Maka dengan itu kita mengharapkan agar dengan hasil yang tidak memuaskan di antara 5 hingga 6 tan berbanding sebelum ini 8 hingga 10 tan dan kemerosotan hasil padi ini menyebabkan implikasi kewangan yang menyebabkan petani buntu serta menanggung kerugian yang serius sehingga para petani tidak mampu membayar sewa dan pinjaman. Selain daripada itu punca daripada cuaca dan amalan penanaman yang tidak komprehensif punca utamanya adalah benih padi yang dibekalkan oleh Kementerian dan MARDI kurang berkualiti seperti benih padi MR307, 303, 297 dan CL2. Sudah sampai masanya subsidi benih padi ini digubal melalui kaedah baru iaitu menyalurkan wang subsidi terus kepada akaun petani agar petani bebas membeli benih padi tanpa dimonopoli oleh pengilang-pengilang benih padi. Di samping itu ia juga dapat mengelak daripada membeli benih padi yang menjadi
pertikaian. Mengikut pengamatan daripada pesawah-pesawah dari DUN Permatang, harga baja urea dan racun telah naik. Antara 37% hingga ke 55%. Ini adalah satu kadar yang sangat tinggi. Misalnya baja urea untuk 50kg telah meningkat daripada RM 78.00 ke RM 130.00 hingga RM 150.00. Manakala harga racun rumput resap telah meningkat daripada RM 220.00 kepada RM 380.00 bagi 20L. Keadaan ini jelas membebankan mereka semua. Malahan jika diamati pendapatan yang diperolehi oleh mereka juga kurang memuaskan. Kita berharap agar Kerajaan Selangor dapat memberi satu jumlah bantuan yang mungkin bernilai RM 500.00 berbentuk one off kepada para petani yang mendapat hasil yang kurang memuaskan ini. Kita faham pelbagai jenis musibah yang menimpa para petani iaitu dengan kewujudan penyakit karah atau reput tangkai, penyakit bintik daun@ BLB, penyakit hawa seludang serta padi angin, isu penyakit dan perosak padi yang cukup membelenggu pesawah ini telah menyebabkan hasil tanaman padi turun secara mendadak.
Tuan Speaker, usaha Kerajaan Negeri Selangor memartabatkan pendidikan Islam adalah sesuatu yang amat dialu-alukan dan dihargai. Dalam Pembentangan 2020, Dato’ Menteri Besar menyatakan mengenai bantuan subsidi KAFA, mengenai bantuan RM 30.00 kepada pelajar B40 yang bersekolah di SRA Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan sebanyak RM 30.00 sebulan kepada pelajar ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan pelajar tahap rendah yang mendapat pendidikan Islam di sekolah jenis KAFA dan SRA seluruh Negeri Selangor. Di Permatang misalnya terdapat 30 sekolah KAFA yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Permatang berharap agar inisiatif subsidi ini akan dinikmati pelajar daripada golongan B40 terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain daripada itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor di atas keprihatinan dalam memartabatkan usahawan yang mana saya kira kita dapat melihat dengan bantuan seperti I -SEED bagi kaum India dan juga Dana Usahawan Mikro Selangor, Hijrah Selangor yang telah menurunkan cas pengurusan daripada 8% ke 4% dan ini menunjukkan satu komitmen yang cukup tinggi daripada Kerajaan Selangor untuk rakyat dalam memastikan bahawasanya peluang cukup luas dan terbuka bagi rakyat dalam memastikan peluang untuk mereka berniaga itu dapat dilaksanakan. Saya yakin dengan kekukuhan ekonomi oleh yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat ianya pasti tidak akan menggusarkan lagi rakyat dalam keadaan kita beralih daripada pandemik kepada endemik ini. Selain daripada itu, sebelum saya mengakhiri saya punya perbahasan ini, kita sering dikejutkan sejak kebelakangan ini kita mendengar tentang pencerobohan tanah-tanah kerajaan. Apa yang menjadi kemusykilan adalah, adakah di pihak Kerajaan membuat satu bancian ke atas tanah-tanah kerajaan bagi mewujudkan inventori peneroka-peneroka tanpa kebenaran di atas tanah tersebut. Dengan adanya inventori berkenaan peneroka, kerajaan mempunyai maklumat untuk membuat perancangan berperingkat dalam memindahkan peneroka tersebut daripada tanah kerajaan. Bagi peneroka yang membina rumah kediaman, maklumat berkenaan peneroka akan disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diselaraskan melalui skim-skim perumahan yang ditawarkan. Manakala
bagi peneroka pertanian, agensi seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) boleh membantu dengan mendedahkan peneroka kepada pertanian moden seterusnya menawarkan mereka ke program pertanian tersebut.
Tuan Speaker mohon mencelah.
Silakan.
Saya ingin tanya sesuatu kepada Permatang tadi disebut oleh Yang Berhormat Permatang, bahawa satu inventori cadangan Permatang adalah untuk adakan satu Inventori Peneroka tanah kerajaan dan sebagainya. Tetapi setahu saya Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah mulakan inventori ini. Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri pada masa itu, adalah mereka cari peneroka tanah Kerajaan dengan rumah dan sebagainya yang memang sudah duduk di sana lebih daripada 15 tahun. Jadi sekarang kita fast foward ke tahun 2021. Selepas hampir 12-13 tahun, saya yakin isu peneroka tanah-tanah kerajaan ini sepatutnya diselesaikan. Jadi apa yang dimaksud oleh Permatang. Saya ingin tanya, minta penjelasan.
Ok. Terima kasih Bukit Lanjan. Apa inventori di sini adalah bermaksud satu kajian ataupun bancian oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa setiap tanah kerajaan yang telah dibenarkan untuk diduduki oleh peneroka-peneroka atau yang memang diberi kebenaran oleh kerajaan yang mana kita tahu kemungkinan belum masanya kerajaan menggunakan tanah tersebut. Bermaksud mungkin setiap tempoh 10 tahun, setiap tempoh 15 tahun membuat satu kajian sebab kita kena fikir bahawasanya mungkin di peringkat kerajaan sampai tempoh tersebut tanah tersebut perlu digunakan dan mereka kena tahu siapa yang menduduki tanah tersebut. Kalau ianya masih kosong tiada masalah. Tapi kalau telah ada peneroka atau telah ada orang yang menduduki ianya memang akan menjadi masalah terutamanya bila kita akan, walaupun di peringkat kerajaan menerangkan kepada mereka bahawasnya kerajaan mahu menggunakan tanah tersebut untuk dibangunkan atau sebagainya dan di situ akan berlaku perbincangan demi perbincangan dan mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk kerajaan fokus dalam membangunkan tanah tersebut. Itu maksud saya. Jadi saya berharap..
Sebelah nak mencelah boleh?.
Boleh.
Saya ingin bertanya kepada Permatang, adakah sepatutnya sebenarnya kerajaan melalui Pejabat-pejabat Tanah harus bertindak lebih proaktif dalam memantau tanah-tanah milik kerajaan ini. Sebab
biasanya kita bercerita tentang kita wujudkan inventori dan kemudian kita benarkan mereka duduk dan akhirnya bila tanah itu ingin digunakan oleh kerajaan maka timbul lah macam-macam isu. Dan mungkin sebelum ini satu rumah dah jadi sepuluh dan seterusnya. Jadi bukankah satu ini lebih proaktif harus diadakan dijalankan yang mana tanah-tanah kerajaan ini harus dipantau sentiasa dan jangan diberikan ruang untuk menimbulkan masalah di kemudian hari.
Terima kasih Dusun Tua. Saya sangat bersetuju dengan cadangan Dusun Tua. Bermakna semua Pejabat Tanah, Pejabat PTG bersama-sama memastikan bahawasanya kita kena ada bancian daripada masa ke semasa supaya tanah tersebut bila nak dibangunkan kita tahu bahawasanya ianya kosong ataupun kita perlu buat sesuatu kepada tanah yang telah di occupied dengan izin oleh mereka yang telah dibenarkan lebih awal.
Permatang sila duduk, sambung esok.
Esok? panjang lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 4.30 petang dengan ini saya menangguhkan Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 sehingga hari esok 1 Disember 2021 bermula jam 10.00 pagi, Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)