Selangor · 6 December 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 220 turns · 30,259 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 6 Disember 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Taman Templer. Tak hadir. Demam bola sepak ya. Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 159.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 159. Child Grooming & Eksploitasi Kanak-KanakQuestions
159. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah statistik penderaan dan keganasan atas talian yang melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor?
b)
Apakah jenis penderaan dan keganasan atas talian tersebut?
c)
Apakah rancangan dan langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri bagi membendung kes sebegini?
Terima kasih Tuan Speaker dan Bukit Melawati yang mengajukan soalan. Saya mengambil, membantu menjawab bagi pihak Seri Serdang yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Bukit Melawati bertanya berapakah statistik penderaan dan keganasan atas talian yang melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor?. Berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2020 hingga September
2022. Sebanyak 27 kes penderaan keganasan atas talian yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Selangor. Pecahan statistik kes adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan.
Pada tahun 2020, ada 5 kes, 3 kes tidak no further action atau tindakan lanjut dan 2 kes kertas untuk simpanan. Dan sebagai maklumat Ahli Yang Berhormat, Seksyen 5 sehingga 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Merupakan kesalahan–kesalahan yang berhubung dengan Pornografi Kanak- Kanak. Manakala Seksyen 11 sehingga 13 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, adalah kesalahan–kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak. Pengantunan Bahasa Melayu, dalam Bahasa Inggerisnya grooming.
Soalan yang kedua. Apakah jenis penderaan dan keganasan atas talian tersebut?. Jenis penderaan dan keganasan yang sering berlaku melibatkan kanak-kanak adalah seperti berikut :
i. Penderaan seksual melibatkan pornografi, berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan pengantunan kanak-kanak dan berjumpa dengan kanak-kanak selepas pengantunan.
ii. Terdapat juga kes di mana suspek menggunakan medium media sosial untuk berkomunikasi grooming dan kemudian melakukan lain-lain kesalahan seperti amang seksual fizikal/ bukan fizikal dan rogol.
Soalan ketiga. Apakah rancangan dan langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri bagi membendung kes sebegini?. Pihak PDRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa pendekatan untuk membendung kes ini melalui program-program berikut :
i. Program Women Awareness Campaign (WAC) Program ini dilaksanakan melalui pemberian ceramah, perkongsian ilmu forum, pameran dan seminar yang melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak di peringkat komuniti bagi memupuk kesedaran dan memberi pendedahan tentang jenayah yang berlaku.
ii. Program Child Awareness Campaign (CAC) Program ini dilaksanakan melalui kaedah penyampaian ilmu/ ceramah dan pameran di peringkat Sekolah bagi memberi pendedahan dan pendidikan mengenai jenayah terutamanya jenayah melibatkan siber yang kebiasaannya mangsa kes ini adalah di kalangan kanak-kanak.
Terima kasih.
Sungai Pelek. Tidak hadir. Sesi petang. Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 161.
Baik.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 161. Saliran Parit Tidak Diselenggara Dengan BaikQuestions
161. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerja pembersihan pengorekan rumput parit mengikut SOP yang ditetapkan? Mohon penjelasan.
b)
Hampir 99% tebing jalan kampung rosak. Mengapa tebing jalan sering kali rosak dan runtuh? Adakah struktur pembinaan/ baik pulih tidak mengikut aspek yang betul?
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Yang Berhormat Tuan Speaker. Jeram bertanyakan berhubung dengan kaedah atau sistem perparitan yang tidak di selenggara dengan baik. Untuk maklumat Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan pembersihan
parit saliran sebanyak 2 kali setahun di terutama lokasi-lokasi yang berisiko banjir dan 1 kali setahun bagi lokasi yang kurang berisiko mengikut keperluan dan peruntukan tahunan. Manakala kerja tebasan-tebasan rumput di parit saliran akan dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun dan 4 kali setahun bagi parit pengairan padi. Kerja-kerja pembersihan dan tebasan rumput di parit adalah mengikut langkah-langkah keselamatan atau SOP yang telah ditetapkan.
Bahagian 2 berhubung dengan tebing yang runtuh, jalan-jalan kampung di daerah Kuala Selangor buat masa ini di selenggara setiap tahun tertakluk pada peruntukan yang disalurkan. Spesifikasi jalan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Meskipun begitu beberapa jalan kampung memang mempunyai masalah tebing yang runtuh disebabkan jalan tanah di kawasan sungai terutamanya berdekatan kawasan sungai, parit atau sawah. Di antara faktor masalah ini adalah struktur tanah. Jalan di kawasan ini dan kemasukan kenderaan-kenderaan berat contohnya termasuklah kenderaan berat lori dan sebagainya dan juga kenderaan padi di kawasan padi. Kawasan penanaman padi. Pembaikan bagi jalan-jalan ini akan diambil tindakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tempat berkenaan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan jeram.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Apabila tiba musim banjir, menghadapi masalah kita tidak tahu parit itu di selenggara oleh JPS ke, Ketua Kampung ke ataupun JKR?. Jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meletakkan papan tanda dan sebagainya untuk mudah kita berurusan dan kenal pasti menjawab di pihak mana. Kerana sering berlaku tuduh menuduh antara satu jabatan ke satu jabatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Berhubung dengan soalan ini. Untuk makluman semua kita pun sedia maklum saya pun sudah pernah sebut dekat Dewan ini bahawa ada 4 jabatan atau agensi yang terlibat berkaitan dengan jalan juga longkang. Iaitu JKR, pihak PBT, pihak JPS dan juga Pejabat Tanah dan Daerah. Jadi untuk secara umumnya ialah untuk jalan-jalan kampung ini memang di bawah Pejabat Tanah dan Daerah dan untuk jalan-jalan pertanian di kawasan pertanian adalah di bawah JPS. Selain daripada itu, kalau kawasan bandar, taman ialah di bawah Pihak PBT dan yang lainnya jalan-jalan utama ialah JKR. Walaupun begitu, memang ada jalan-jalan ini bercampur aduk tetapi tidaklah sebanyak sebagaimana yang sebutkan tadi. Untuk letakkan papan tanda ini amatlah sukar kerana kadang-kadang di tengah-tengah bandar itu pun ada jalan JKR dan jalan JPS. Iaitu jalan PBT. Jadi benda ini memang sukar kecuali tempat-tempat yang kita jelas dia punya sempadan dia boleh lagi terletak, tetapi kalau nak letak semua saya rasa tidak ada kemampuan kita nak letak di merata tempat. Jadi saya
secara umumnya begitu dan sebagaimana yang sedia maklum biasanya kalau jalan tanah ini kebanyakannya melibatkan JPS dan jalan Pejabat Daerah. Jalan kampung, jalan pertanian. Ini yang selalu menjadi soalan ini merujuk lebih kepada jalan-jalan tanah. Ini memanglah struktur tanah ini memang begitu. Dia hakisan, hujan lebat, air arus kuat dia akan runtuh.
Jadi ini akan diperbaiki mengikut keperluan semasa dan saya pun memang melihat bahawa ada juga masalah dengan jentera yang mencuci parit ini. Kadang-kadang dia korek itu, dia cuci itu daripada tepi, dia korek dengan tebing sekali. Makin lama tebing itu makin hakis, makin hakis dan kawasan-kawasan di sebelah pantai terutama di Kuala Selangor di Sabak Bernam sebagainya, ini kawasan tanah marine clear ini memang mudah sekali runtuh dan menyebabkan masalah yang besarlah dalam pengurusan parit longkang dan ini kita akan perbaiki dari semasa ke semasa dengan kaedah SOP pelaksanaan apa ini penyelenggaraan ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Pandan Indah (EXCO). Pelabuhan Klang nak bertanya berkenaan dengan masalah pengorekan parit tanah ini apabila dikorek sisa itu akan diletak di bahu jalan dan sisa itu pula lambat untuk dibersihkan dan ini akan menyebabkan aliran air sewaktu hujan akan lambat untuk pergi ke parit dan menyebabkan air bertakung di atas jalan dan menjadikan jalan itu rosak. Ada tak langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.
Itu yang saya sebutkan tadi. Kalau ikut spesifikasinya, dia memang kena segera selesaikan. Dia bukan sahaja mengganggu air itu, tanah itu akan masuk balik dekat dalam tempat yang dia cuci dan ia juga mengganggu dari segi urusan-urusan sesetengah tempat itu dia jalan. Jadi mengganggu dan membahayakan pengguna. Itu memang ikut spesifikasi dia perlu clear kan segera. Jadi ini kita akan ambil langkah-langkah pada pihak-pihak kontraktor yang sesetengah itu memang agak liat menghadapi masalah dalam menguruskan ini. Ini yang terpaksa kita betulkanlah. Cuma saya nak sebutkan di sini bahawa proses untuk menaik taraf longkang-longkang ini bukan satu perkara yang kecil, kita mempunyai ribuan kilometer jalan-jalan kampung ini dan juga jalan-jalan, parit-parit tanah ini tetapi daripada semasa ke semasa kita tengok keperluan kita akan upgrade kan dengan menukarnya kepada culvert lah untuk sama ada u-shape ataupun l-shape bagi menjamin integriti tebing ataupun tebing bagi sungai-sungai ataupun parit-parit ini. Itu yang kita buat, tetapi itu perlu dibuat berperingkat-peringkat kerana kosnya agak tinggi disebabkan jarak ataupun panjangnya sangat panjang.
Soalan tambahan.
Y.B. DATO’ MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS
: Soalan tambahan.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Masalah pengorekan parit-parit tanah di parit di dalam kampung ialah walaupun parit itu telah dikorek dan didalamkan atau dilebarkan, tetapi jalan-jalan masuk ke rumah-rumah dalam kampung itu biasanya dia buat dengan membina culvert yang kecil dan ini menyebabkan walaupun telah dikorek parit itu dia akan menyebabkan aliran air tidak lancar dan kadangkala dia tersumbat. Jadi adakah kerajaan akan membantu, misalnya menukarkan ataupun mengarahkan penduduk kampung supaya membuat culvert yang lebih besar ataupun membina jambatan.
Ini memang satu perkara yang rumitlah memandangkan kebanyakan yang buat culvert daripada jalan ke rumah ini adalah di bawah persendirian yang dibuat oleh penduduk. Jadi memang bukan sahaja dia kecil, dia kadang-kadang runtuh. Jadi bila runtuh, batu-batu yang pecah itu tidak diangkat dia menyebabkan sempit laluan air. Ini memang berlaku kalau kita tengok macam di Sabak Bernam di kawasan parit-parit ini semua memang banyak sekali memang sukar untuk kita menguruskan. Tetapi memang kita galakkan untuk pastikan bahawa tidak tersumbat. Tetapi kalau kita tengok keadaan itu terlalu serius, maka kita terpaksa masuklah untuk betulkan, untuk membenarkan laluan air. Tetapi untuk buat kepada setiap rumah itu satu perkara yang hampir mustahillah untuk kita laksanakan. Memang banyak, terlalu banyak tempat ini dan kecuali dia memang mengganggu betul perjalanan air, bermakna kita akan terpaksa ambil, bantu untuk selesaikan.
Bandar Utama. Tidak hadir. Sungai Burong. Sungai Burong.
Terima kasih, saya ingat tadi Bandar Utama itu yang kata ada itu. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sungai Burong 163.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 163. Kemajuan Universiti Selangor (UNISEL)Questions
163. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kedudukan UNISEL dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Asia bagi tahun 2018 hingga 2021?
b)
Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akademik UNISEL?
Tuan Speaker, UNISEL tersenarai dalam beberapa sistem ranking seperti berikut:
i. UI Greenmetric Ranking : Ranking global ini membuat tinjauan terhadap usaha kelestarian program di universiti di seluruh dunia. Penyertaan pertama UNISEL pada tahun 2020 meletakkan universiti ini di tangga ke 486/912. Pada tahun 2021 UNISEL berada di tangga ke-424 daripada 956 universiti di dunia.
ii. UniRank : UNISEL berada di tangga ke-27 dalam negara dan di tangga ke-4853 di peringkat antarabangsa. UniRank merupakan platform yang menyediakan informasi kedudukan universiti di dunia dan menjadi direktori pendidikan tinggi antarabangsa terkemuka yang menampilkan kedudukan lebih 14,000 universiti di dunia.
iii. Webometrics Ranking of World Universities : UNISEL berada di tangga ke-47 di Malaysia dan di tangga ke-6291 di dunia. Webometrics Ranking merupakan sistem ranking untuk universiti di dunia berdasarkan penunjuk komposit yang mengambil kira prestasi akademik dan visibiliti dalam dunia maya.
iv. EduRank : UNISEL di tangga ke-35 di Malaysia dan di tangga ke-2332 di Asia. Ini adalah berdasarkan reputasi, prestasi penyelidikan dan impak daripada alumni. UNISEL merancang untuk turut serta dalam World QS Ranking dan juga Time Higher Education Ranking iaitu dua system ranking terkenal di dunia. Namun, kedua-duanya memberi fokus pada dana dan aktiviti penyelidikan, bilangan dan kualiti penerbitan, aktiviti konsultansi, kerjasama antarabangsa, pelajar dan staf antarabangsa, pelajar berbiasiswa serta bidang lain yang memerlukan dana yang berterusan dan tinggi sedangkan UNISEL tidak mendapat dana bagi perkara-perkata tersebut dan lebih memberi tumpuan pada pengajaran dengan komponen pelajar B40 yang mempunyai kelayakan akademik paling minimum.
Pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akademik UNISEL. Bagi mencapai matlamat ini, perancangan strategik dan pelbagai usaha seperti dalam perkara berikut:
i. Mendapatkan dana penyelidikan dari dalam negara dan antarabangsa ii. Meningkatkan bilangan dan kualiti penerbitan ilmiah iii. Menjalin kerjasama dengan universiti dan industri iv. Mengusahakan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang v. Melantik profesor kehormat yang terkemuka vi. Menggalakan staf akademik mengikuti pengajian PhD yang setakad ini hanya kira-kira 20% saja yang berkelayakan sedemikian.
Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan UNISEL dalam hubungan antarabangsa, sejauh mana UNISEL telah menjalin hubungan dengan universiti-universiti luar negara misalnya dalam program twinning dan sebagainya dan apakah usaha-usaha untuk mempertingkatkan jumlah kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa dalam Universiti Selangor (UNISEL).
Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM
: Tuan Speaker, seperti yang saya sebutkan tadi. UNISEL lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar B40. Oleh itu, walaupun usaha ada dijalankan untuk menjalin hubungan dengan universiti di luar negara, tetapi itu bukanlah fokus pada untuk UNISEL. Sementara itu, program twinning boleh diadakan tetapi saya rasa mungkin tidak sesuai untuk UNISEL di mana seperti yang saya sebutkan tadi, tumpuannya adalah kepada pelajar daripada keluarga B40. Mereka tidak mungkin dapat you know kemampuan, tiada kemampuan untuk mengikuti kursus yang seterusnya jika ada twinning program di mana mereka perlu pergi ke luar negara. Jadi itu adalah keadaan dan mengikut kalau kita melihat kepada yuran ya bayaran untuk universiti swasta, UNISEL adalah universiti yang mengenakan yuran yang paling murah sekali. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO tentang memberi penjelasan tentang UNISEL. Ijok ingin nak tanya tiap-tiap universiti dia ada produk. Adakah kajian yang dibuat, produk ataupun graduan UNISEL untuk mendapatkan kerja?. Berapa percentage mereka dapat? Sebab sekarang di Malaysia banyak universiti dan yang amat penting kita nak memberi satu peluang hidup yang masa depan untuk graduan. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Usaha ini adalah satu usaha yang agak rumit, bukan mudah. Tidak perlu kita buat kajian pun kita sudah tahu dalam keadaan Malaysia ini, banyak graduan tidak dapat memperolehi kerja selepas apa ini lepasan graduan ini mereka sebab kekurangan kemahiran yang praktikal. Oleh itu, UNISEL sebagai salah satu usahanya untuk meningkatkan marketability apa ini graduan daripada UNISEL. Mereka telah pun bekerjasama dengan SIDEC dan beberapa badan dan institusi pendidikan yang lain untuk mewujudkan satu lagi unit yang dipanggil sebagai Selangor Digital School di mana graduan dari bidang IT boleh mengikuti kursus pendek ini untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran dan kaedahnya adalah di mana SIDEC dan juga rakan-rakannya akan melihat kepada keperluan pasaran, keperluan daripada syarikat-syarikat. Maka mereka akan membuat perbandingan lepas itu selepas perbandingan itu mereka tahu di manakah jurangnya, gap nya. Maka SDC ataupun Selangor Digital School akan menyediakan program yang dapat mengisi jurang itu. Ini adalah satu proses bridging. Menyediakan satu jambatan di mana graduan yang tidak ada kemahiran yang diperlukan oleh pasaran akan melalui kursus ini. Maka mereka akan diisi selain daripada kelayakan akademik yang mereka perolehi. Mereka juga akan memperolehi kemahiran dalam bidang yang diperlukan oleh syarikat ataupun pasaran. Terima kasih.
Hulu Kelang. Mic. Sekali lagi.
Okay, soalan saya 164.
Baik.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 164. Dakwaan Penguatkuasaan Tidak BerhemahQuestions
164. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sudah puluhan tahun dua keluarga India tinggal di atas tapak tanah kerajaan di Kampung Kuala Ampang tanpa menerima notis pindah. Dua minggu lalu rumah-rumah tempat mereka tinggal telah dirobohkan secara tidak berhemah. Sila jelaskan.
Terima kasih Tuan Speaker. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak melaksanakan sebarang kerja-kerja meroboh di Kampung Kuala Ampang. Kronologinya MPAJ telah menerima surat daripada Balai Polis Hulu Kelang dan beberapa aduan daripada orang awam terhadap struktur di atas tanah kerajaan di hadapan pintu masuk SMK Hulu Kelang. Hasil semakan mendapati sebuah rumah didirikan tanpa kebenaran di atas tanah rizab sungai merujuk kepada guna tanah rancangan tempatan MPAJ, Pengubahan 2 Tahun 2020.
Notis daripada Jabatan Bangunan dan Seni bina, MPAJ pernah dikeluarkan kepada pemilik rumah pada tahun 2019. Kemudian surat peringatan kesalahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar, MPAJ dan memohon agar pemilik rumah mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan pembangunan yang bertentangan dengan RT, MPAJ. Rentetan daripada surat peringatan tersebut, pemilik rumah telah memberi maklum balas bersama bukti pemilikan kediaman namun ia nya tidak sah. Beliau kemudiannya mengemukakan surat rayuan pada 12 Ogos 2022 dan memohon tempoh penangguhan 1 tahun untuk mengosongkan tapak berkenaan sendiri. MPAJ bersetuju dengan permohonan tersebut melalui surat bertarikh 6 September 2022 yang memberi tempoh penangguhan selama 12 bulan, bermula dari tarikh surat dikeluarkan.
Cadangan juga diberikan kepada pemilik rumah untuk mendapatkan bantuan perumahan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Hasil lawatan tapak, pada 1 Disember 2022 mendapati tapak tersebut telah dikosongkan sendiri oleh pemilik dengan tinggalan sisa binaan ditapak. Sekian, terima kasih.
Hulu Kelang.
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan EXCO yang telah memberi jawapan yang baik dan jawapan itu telah saya tulis dengan nada yang cukup sopan, bukan tuduhan, saya mula-mula ceritanya adalah saya pergi berada di Kampung Kuala Ampang ada orang mengadu kata rumahnya roboh. Lepas itu dia minta saya pergi, saya pergi ambil gambar saya memang tidak sopan, tak berhemah bukan tak bermakna dia robohkan macam marah tahu. Jadi saya tulis satu soalan bertanya Kampung Kuala Ampang saya kata kenapa tidak berhemah begitu?. Jadi jawapan yang saya dapat tadi, malam tadi adalah kesilapan telah berlaku yang melapor itu anak tindakannya bapa. Anaknya tidak duduk di Kuala Ampang, bapanya duduk dekat 20 tahun di situ.
Jadi apa yang berlaku adalah bapa dia roboh sendiri. Tekanan notis daripada MPAJ dan bila roboh itu dia marah, bila dia marah dia tak kutip, dia pecah-pecahkan dia selambak kan sahaja. 3 buah rumah setinggan. Jadi saya nak follow up persoalan apakah tindakan terhadap penghuni yang buat menceroboh tanah kerajaan yang
akhirnya mengambil selepas diberikan tindakan untuk merobohkan rumah notis-notis 2-3 kali dia akhirnya merobohkan dengan keadaan dia marah agar tempat itu biarlah dia tinggal biar dengan teruk, biar MPAJ padan muka kata dia. Apakah tindakan yang patut dilakukan? Adakah perlu MPAJ mengarahkan orang yang duduk situ untuk membersihkan tempat itu dan biar yang tidak berhemah itu dia. Bukan MPAJ. Saya ucapkan terima kasih pada MPAJ, saya minta maaf kerana saya tidak dapat berhubung dengan orang yang bertanggungjawab tetapi saya lebih suka kita direct, saya tidak ada apa masalah dengan MPAJ. MPAJ punya YDP jumpa dekat bawah tadi. Terima kasih Tuan Fauzi. Terima kasih. Assalamualaikum.
Ya, setelah semakan itu dibuat oleh MPAJ telah jelasnya tuduhan berikut adalah tidak betul kerana MPAJ tidak pernah melaksanakan apa-apa kerja perobohan dan tapak itu dikosongkan sendiri oleh pemilik rumah itu dan notis yang dengan tempoh yang secukupnya iaitu 12 bulan telah diberi kepada pemilik itu. Saya rasa ini adalah satu tempoh yang cukup panjang dan cukup munasabah dan pada masa yang sama kita juga tawarkan apa itu rumah dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Jadi ini yang telah kita cuba bantu pemilik rumah itu untuk pindah ke tempat yang lebih selesa dan lebih selamat. Terima kasih.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 165.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 165. Skim Mesra Usia EmasQuestions
165. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah penerima manfaat SMUE setakat ini?
b)
Berapakah jumlah golongan OKU yang telah berdaftar dalam SMUE?
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Permatang. Tuan Speaker, untuk makluman, SMUE telah dimulakan pada tahun 2008 dengan jumlah Khairat Kematian pada waktu itu adalah berjumlah RM2,500.00. Walau bagaimanapun, Program SMUE tersebut telah dihentikan pada tahun 2020 dan dijalankan semula Program Khairat Kematian SMUE pada tahun 2021 dengan jumlah khairat RM500.00.
Jumlah penerima manfaat khairat SMUE sehingga Oktober 2022 adalah seramai:
TAHUN JUMLAH PENERIMA 2008 - 2020 109,314 2021 3,787 2022 5,303 JUMLAH 118,404
b) Jumlah golongan OKU yang berdaftar dalam sistem SMUE adalah sebanyak 24,329 orang.
KATEGORI JUMLAH AHLI SMUE 411,384 OKU 24,329
Terima kasih.
Kampung Tunku, tidak hadir. Pelabuhan Klang. Hadir.
Hadir. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 167.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 167. Wifi Smart SelangorQuestions
167. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini Program Wifi Smart Selangor?
b)
Apakah prosedur bagi mendapatkan kemudahan tersebut?
c)
Berapakah jumlah Wifi Smart Selangor terkini mengikut DUN?
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang bertanyakan soalan berkaitan dengan pelaksanaan wifi. Untuk maklumat Yang Berhormat, wi-fi Smart Selangor kini mempunyai 740 hotspot di seluruh Negeri Selangor yang telah memberi manfaat kepada sejumlah 25,000 pengguna setiap bulan secara puratanya. Pengguna boleh menikmati wi-fi percuma ini dengan kelajuan sehingga 8Mbps bagi setiap individu. wi-fi Smart Selangor melalui pengurusan Smartsel Sdn. Bhd. telah menyasarkan sejumlah 1,600 hotspot sehingga penghujung tahun 2022 dengan memfokuskan pemasangan tersebut di kawasan pedalaman Negeri Selangor bagi mengurangkan jurang digital dan memberi manfaat kepada golongan B40 dan juga para pelajar. Dalam waktu yang sama, kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel Sdn. Bhd. sedang giat menginformasikan Program Wi-Fi Smart Selangor di platform media sosial dan juga melalui Program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang sedang diadakan di seluruh Negeri Selangor.
Bahagian keduanya, prosedur bagi mendapatkan kemudahan wi-fi Smart Selangor adalah membuat permohonan di laman sesawang Sistem Aduan Bersepadu Kerajaan Negeri Selangor (SISPAA) atau melalui penghantaran email ke alamat [email protected]. Untuk makluman juga, pemasangan wi-fi Smart Selangor adalah difokuskan kepada lima (5) kluster utama iaitu:
i) Perumahan Kos Rendah ii) Pendidikan, Kesihatan dan Keagamaan iii) Pusat Komuniti iv) Pengangkutan, Sukan & Rekreasi v) Agensi dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
Selain itu juga, pemasangan hotspot wi-fi Smart Selangor juga bergantung kepada ketersediaan rangkaian infrastruktur telekomunikasi di sesuatu kawasan dengan had kelajuan backhaul minima yang dipersetujui iaitu 100Mbps. Jadi kita hanya menyediakan tempat yang mempunyai kemudahan fasiliti ini yang kelajuan broadband yang agak laju ya 100mg. Berikut adalah pecahan, saya mungkin tidak dapat nak baca terlalu panjang. Saya akan bagi untuk dearah untuk pecahan DUN. Yang Berhormat boleh dapatkan secara bertulis, saya boleh berikan disini. Untuk peringkat daerah Sabak Bernam kita ada cadangan sekarang ini yang aktif ada 6, 77 dalam perancangan keseluruhan 83 AP (access point). Untuk Hulu Selangor, sekarang ini yang aktif ada 26, 88 dalam perancangan, keseluruhan 114 AP. Untuk Kuala Selangor, sekarang ini yang aktif ada 47, 108 dalam perancangan, keseluruhan 155 AP. Gombak, sekarang ini yang aktif ada 113, 79 dalam perancangan keseluruhan 192 AP . Hulu Langat sekarang ini yang aktif ada 207, 81 dalam perancangan, keseluruhan 288 AP. Petaling, sekarang ini yang aktif ada 276, 185 dalam perancangan, keseluruhan 461. Klang, sekarang ini yang aktif ada 84, 85 dalam perancangan, keseluruhan 169 AP. Kuala Langat, sekarang ini yang aktif ada 21, 32
dalam perancangan, keseluruhan 53 AP. Dan Sepang, sekarang ini yang aktif ada 48, dalam perancangan 37, keseluruhan 85 AP. Jumlah kesemua access point 1600.
Soalan 168 telah dijawab bersekali dengan nombor 6. Seterusnya Sungai Air Tawar, terus tawar tidak hadir. Soalan seterusnya 170 telah dijawab nombor bersekalian nombor 36. Seterusnya, saya persilakan Balakong.
Terima Kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 171.
Terima Kasih Tuan Speaker. Balakong bertanya apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor mengenai isu kesamarataan Gender. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor komited dalam menggalakkan kerangka pembangunan yang sensitif gender seperti yang termaktub dalam matlamat pertama Dasar Wanita Selangor. Antara usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mengenai isu kesamaan gender adalah seperti berikut. Pertama, Negeri Selangor menjadi Negeri pertama yang melaksanakan program pengarus perdanaan gender menerusi pelaksanaan 3 tahun projek pengarus perdanaan gender Selangor bermula 2019 di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS). Pengarus perdaan gender penting dalam memastikan pengubalan perancangan dan pelaksanaan sesuatu keputusan dasar. Program atau sebarang tindakan dalam pentadbiran mengambil kira perspektif golongan wanita dan lelaki agar kesaksamaan gender dapat dicapai. Program pengarus perdanaan gender yang kini berada di tahun kedua telah melibatkan sebanyak 7 jabatan atau agensi, merangkumi 4 agensi rintis pada tahun pertama, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala 3 agensi yang terlibat pada tahun kedua adalah Majlis Perbandaran Klang, Bahagian Pendidikan Islam (Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.
Soalan kedua, pelantikan pegawai titik tumpu gender atau gender focal point (GFP) dan kumpulan titik tumpuan gender (Gender Focal Team) dalam program pengarus perdanaan ini yang di anggotai sekurang-kurangnya 3 orang pegawai daripada standco, dan wakil jabatan atau agensi yang terlibat GFP dan GFT akan melalui proses berikut; pertama menjalani latihan sebanyak 5 peringkat bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pengarus perdanaan gender. Kedua, melaksanakan audit gender di jabatan masing-masing dengan penglibatan pihak pengurusan dan kakitangan jabatan bagi mengenal pasti jurang gender jika ada serta ketersediaan jabatan tentang pengarus perdanaan gender. Ketiga, menganalisa hasil dapatan audit gender bersama WBS untuk dibentangkan kepada Pengarah atau kepada Ketua Jabatan masing-masing. Keempat, merangka pelan tindakan gender berdasarkan analisa dapatan audit gender yang telah dilaksanakan jabatan masing-masing. Dan kelima, membentang pelan tindakan gender kepada pengarah atau
ketua jabatan bagi mendapatkan kelulusan untuk dilaksanakan di jabatan masing-masing. Yang ketiga, bengkel latihan gender telah pun dilaksanakan kepada agensi perintis tahun pertama program ini iaitu di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan Majlis Sukan Negara. Bengkel latihan gender ini penting dilaksanakan agar pengarus perdanaan gender yang efisien dan mampan dapat dilaksanakan di peringkat agensi latihan kesedaran dan kefahaman mengenai pengarus perdanaan dapat diterapkan. Salah satu kursus tahunan yang wajib dihadiri penjawat awam negeri Selangor. Yang keempat, selain daripada itu kapasiti mengenai gender dan perspektif turut diterapkan di dalam modul latihan akademi wanita AKW dan pusat Wanita Berdaya (PWB) di Selangor. Menerusi modul ini, para peserta akademi di peringkat akar umbi akan mendapat fahaman yang jelas berkenaan gender. Memahami isu-isu gender yang berlaku di peringkat masyarakat dan mempraktiskan perspektif gender di peringkat keluarga, komuniti, organisasi dan sebagainya. Dan kelima, usaha untuk menginstitusikan pengarus perdaaan gender pentadbiran Selangor akan diteruskan melalui pemerkasaan Majlis Pengarus Perdanaan Gender antara EXCO, yang dipenguruskan secara tetap oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri yang berperanan dalam memastikan semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri memberikan komitmen dalam melaksanakan pengarus perdanaan gender dan di adaptasikan dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian projek program serta belanjawan yang berkaitan, terima kasih.
Sentosa.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 172.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 172. Pembuangan Sisa Industri Di Tebing SungaiQuestions
172. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap tebing sungai yang berulang kali menjadi tapak pembuangan sisa industri yang berbau bahan kimia?
b)
Adakah Kerajaan Negeri sedar kegiatan pembuangan sisa industri di tepi Sungai Aur, menyebabkan sungai tersebut menjadi sempit dan mengakibatkan banjir?
Terima Kasih. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa menjalankan pemantauan secara bersepadu bersama pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah dalam memastikan persekitaran sumber air terpelihara dari ancaman pencemaran. Selaras dengan itu, sebarang pelanggaran dan kesalahan berkaitan pencemaran yang melibatkan sisa industri atau Buangan Terjadual akan diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pihak yang disabit kesalahan melupuskan buangan terjadual di tebing sungai boleh dihukum penjara mandatori serta denda sehingga RM 500 ribu. Pihak LUAS juga boleh mengambil tindakan perundangan bagi kesalahan pencemaran sumber air melalui Seksyen 79, Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 dengan denda minima RM 200 ribu sehingga maksimum RM 1 juta dan juga penjara minima 3 tahun.
Bagi mencegah kejadian pembuangan sisa industri di tebing-tebing sungai daripada berulang, Kerajaan Negeri melalui JAS dan LUAS telah pun mengambil tindakan-tindakan yang berikut iaitu:
i) Melaksanakan kawalan di peringkat punca (control at source) iaitu penguatkuasaan ke atas 4,918 premis yang menghasilkan sisa buangan terjadual di negeri Selangor bagi memastikan sisa buangan diuruskan secara selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Dianggarkan sebanyak 2 juta Metrik Tan (MT) buangan terjadual dijana daripada industri-industri di negeri Selangor;
ii) Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS sedang menggerakkan inisiatif dasar Polluters Pay Principle (PPP) dan Zero Discharge Policy (ZDP). Polisi ini adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan ekonomi terhadap sumber air dan alam sekitar. Pelaksanaan kedua-dua polisi ini dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya dan seterusnya mengurangkan impak negatif daripada sektor ekonomi dan menggalakkan amalan pengurusan terbaik (Best Management Practices, BMPs) atau teknologi hijau/green technology seperti kitar semula pelepasan efluen oleh sektor ekonomi;
iii) Melaksanakan penguatkuasaan secara bersasar ke atas punca-punca pencemaran melalui Operasi Gempur dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan;
iv) Melaksanakan pemantauan 24 jam oleh Skuad Pantas LUAS di lembangan sungai strategik bagi memastikan sumber air terpelihara dengan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi meminimumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA);
(iv) Memantau keadaan tebing-tebing sungai melalui teknologi “drone” bagi mengesan pembuangan sisa industri atau sisa buangan terjadual terutama di kawasan yang tersorok dan tiada ekses; dan
(v) Menjalankan pengawasan kualiti air sungai secara berkala di 95 lokasi strategik di tujuh (7) lembangan sungai utama negeri Selangor bagi mengesan kemerosotan kualiti air sungai yang mungkin berpunca daripada pembuangan sisa buangan di tebing sungai.
Dan bagi menjawab soalan yang kedua , mengenai isu pembuangan sisa pepejal dan sisa industri di Sungai Aur, Majlis Perbandaran Klang (MPK) berterusan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang kegiatan pembuangan sampah di tepi Sungai Aur seperti sitaan kenderaan yang membuang sampah secara haram di tebing sungai. Pada tahun 2022, sebanyak lima (5) buah kenderaan telah disita kerana membuang sampah secara haram di tebing Sungai Aur. Sekian, terima kasih.
Seri Kembangan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 173.
Terima Kasih. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penggunaan beg plastik amat sinonim dengan gaya hidup masyarakat kini. Ia dijadikan pilihan utama pengguna dalam urusan jual beli dan juga pembungkusan makanan. Kebergantungan orang ramai terhadap beg plastik dan juga bekas polistirena dilihat sebagai satu keperluan yang wajib dalam kehidupan seharian. Walaupun kepenggunaannya memberikan lebih banyak kesan buruk sekiranya ingin membandingkan dengan produk berasaskan bahan organik. Beg plastik dan juga polistirena dikaitkan dengan isu pencemaran serta boleh mengancam alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia. Polisterina dan juga beg plastik dibuat berasaskan daripada petroleum iaitu styrine dan juga benzine, iaitu merupakan bahan yang tidak dapat hancur dan reput tanpa dikenakan tindakan kimia terhadapnya. Sebagai alternatif, kebanyakkan premis-premis perniagaan telah pun beralih kepada plastik dan juga polisterina jenis degradable dan biodegradable sebagai bahan pengganti kepada beg plastik dan juga polistirena. Ianya juga telah dikenal pasti sebagai produk yang lebih mudah kompos dan mesra alam. Produk ini
juga menggunakan sumber bahan yang boleh diperbaharui seperti sumber daripada tumbuhan seperti jagung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan juga sebagainya. Penggunaannya produk jenis ini boleh mengurangkan jumlah sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak perlupusan dalam tempoh tertentu. Plastik jenis biodegradable ini merupakan plastik mesra alam yang tidak akan melepaskan karbon kerana tiada karbon yang terlibat dalam proses pembuatannya. Ianya kini menjadikan pilihan premis-premis perniagaan kerana produknya yang paling sesuai dan praktikal bagi menggantikan plastik konvensional dari segi kegunaan dan kemampuannya untuk penggunaan harian. Berdasarkan kepada cara pemprosesan plastik biodegradasi itu sendiri, ia nya dapat dimasukkan semula ke dalam kitaran semula jadi dalam bentuk baja organik yang bermanfaat untuk tanah. Kita bukan sahaja mendapatkan bahan yang tidak mencemarkan, tetapi bermanfaat untuk alam sekitar. Walau bagaimanapun, plastik biodegradable yang di dakwa mereput dalam masa yang singkat tidak menunjukkan hasil seperti yang diharapkan. Plastik daripada bahan yang boleh diperbaharui gagal menyelesaikan krisis sisa plastik dan masih mengancam kelestarian alam sekitar. Tempoh mereput juga mengambil masa yang lama bagi beg plastik dan polisterin seterusnya memberikan impak buruk kepada alam sekitar. Sekiranya tiada pengurusan sistem pepejal yang efisien dan berteknologi tinggi, sisa plastik akan tetap berada di perairan mahupun di tapak pelupusan sampah dalam tempoh yang panjang. Pelbagai dasar diperingkat nasional telah pun diwujudkan dalam mengawal penggunaan plastik di Malaysia antaranya ialah Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Penggunaan Plastik sekali Guna 2018-2030 oleh Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan terkini Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air. Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor sebagai langkah Kempen Bebas Plastik. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menetapkan supaya Kempen Bebas Plastik dipergiatkan lagi dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan plastik kepada alam sekitar. Penggunaan plastik memberi lebih banyak kesan buruk sekiranya ingin dibandingkan dengan penggunaan produk berasaskan bahan organik. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polisterin bermula 1 Januari 2017. Penguatkuasaan ini telah dilaksanakan setiap hari di semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor. Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
i. Beg Plastik pakai buang (disposable /single use) tidak lagi dibekalkan kepada pengguna secara percuma; ii. Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna; iii. Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polisterin telah dihentikan.
Kempen ini telah ditambah baik dengan pelaksanaan “Hari Tanpa Beg Plastik”. Dalam kempen ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, perubahan
Iklim dan Teknologi Hijau telah membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Program kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor yang mengenakan caj sebanyak RM 0.20 bagi setiap helai beg plastik dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan penggunaannya di samping meningkatkan kesedaran pengguna mengenai bahayanya plastik terhadap alam sekitar dalam kesihatan.
Seterusnya, sebagai langkah penguatkuasaan bagi mengawal sisa pepejal plastik dari terus mencemarkan persekitaran, penguatkuasaan terhadap sisa plastik di Negeri Selangor perlu diperketatkan dan prosedur operasi yang lebih tegas perlu dilaksanakan. Selaras dengan hasrat untuk mengurangkan penggunaan plastik di negeri Selangor, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri MMKN Ke-11/2022 yang bermesyuarat pada 20 April 2022 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-12/2022 pada 11 Mei 2022, telah bersetuju dan meluluskan satu penetapan dasar berhubung pengoperasian kilang dan premis memproses sisa plastik kitar semua di negeri Selangor iaitu:-
i. Tidak membenarkan pengimportan sisa plastik kitar semula bagi tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan akhir bagi semua kilang yang menjalankan proses kitar semula plastik; ii. Lesen perniagaan baharu bagi kilang-kilang plastik kitar semula tidak akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); iii. Semakan semula setiap lima (5) tahun perlu dibuat bagi permohonan lesen perniagaan baharu kilang-kilang plastik kitar semula; iv. Kilang-kilang sedia ada yang mempunyai lesen perniagaan yang sah boleh terus beroperasi, tertakluk kepada syarat-syarat Jawatankuasa Teknikal EIA, PBT dan syarat-syarat tambahan yang lain dan ; v. Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan menjalankan pemeriksaan yang lebih teliti bagi memastikan prosedur dan peraturan dipatuhi.
Langkah itu bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri mengawal aktiviti kilang-kilang plastik haram yang boleh menjejaskan alam sekitar. Walaupun Industri plastik merupakan industri yang menyokong sektor ekonomi negara, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira dari aspek pengurusan sisa plastik tersebut bagi mengelakkan pencemaran berlaku yang boleh mengganggu ekosistem manusia dan alam sekitar. Kerajaan Negeri memandang serius akan isu perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin kerap berlaku dan usaha-usaha melestarikan alam sekitar perlu dipergiatkan lagi. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mencapai status negeri maju, pembangunan ekonomi haru diseimbangkan dengan perlindungan alam sekitar untuk memastikan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat seperti mana yang di gariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari- Sustainable Development Goals. Kerajaan Negeri Selangor juga dalam perancangan untuk menangani isu ini dengan
menggunakan pendekatan serta perspektif nasional dan seterusnya beralih kepada kaedah, konsep serta material yang lebih mesra alam. Ini akan memastikan industri masih terus berkembang dengan mengadaptasi konsep teknologi hijau dan pada masa yang sama melestarikan alam sekitar. Terima Kasih..
Soalan tambahan
Seri Kembangan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih juga pada EXCO atas jawapan. Difahamkan kalau tidak betul, EXCO boleh betulkan. Saya difahamkan bahawa beg plastik bag biodegradeable ini walaupun dikatakan yang akan dilupuskan secara semula jadi, akhirnya tapi saya difaham ia akan dipecahkan kepada mikro plastik dan mikro plastik ini akan masuk dalam ekosistem akhirnya akan menjadikan pencemaran kepada alam sekitar kita. Soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri akan haramkan beg plastik beg biodegradeable ini pada satu tempoh masa dan memastikan semua plastik beg ini tidak akan digunakan pada masa hadapan.
Terima Kasih Seri Kembangan. Memang dalam pasaran, market memang ada beg plastik yang di so called biodegradeable. Kita memang menggalakkan biodegradeable beg, bukan plastik degradeable bag di mana dia masih merupakan bahan plastik. So kita tidak tetap, tidak dibenarkan menggunakan beg plastik itu. So dipasaran memang banyak plastik-plastik beg terutama so called degradeable tapi dia bukan biodegradeable beg yang kita galakkan. Sebab itulah kita akan memastikan, dimana penguatkuasaan kita memastikan di mana degradeable, beg plastik degradeable ini juga kena bayar 20 sen. Dia juga kena bayar 20 sen dan di mana dia tidak dapat lari dari tidak bagi dikenakan caj itu. So di mana kita menggalakkan penggunaan beg plastik biodegradeable beg bukan plastik beg ya. So itu merupakan amalan kita sampai masanya.
Tuan Speaker, soalan susulan.
Bukit Lanjan.
Terima Kasih Tuan Speaker. Soalan saya untuk Yang Berhormat EXCO adalah, saya terbaca satu berita tentang kegunaan plastik dan juga polisterin makin berleluasa tajuk ini back to old habits, dengan izin daripada The Star di mana berita ini telah menunjukkan bahawa di medan selera PBT bukan sahaja beg plastik digunakan, polisterin, minuman menggunakan cawan plastik single use dengan izin, dengan straw plastik dan sebagainya. Soalan saya ialah apa tindakan penguatkuasaan yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan peringkat PBT, dasar Kerajaan Negeri akan dipatuhi.
Terima Kasih..Bukit Lanjan. Saya mengakui ada masalah dari segi penguatkuasaan terutama semasa pendamik Covid-19. So semasa 2 tahun yang lepas, kita bagi kelonggaran sebab kita mendapati pendapatan penjaja atau premis itu restoran mereka, business mereka tidak bagus. So kita pun tidak mahu menyusahkan mereka dan kita dari segi penguatkuasaan kita kurang menjalankan kerana kita prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi. Terutama plastik beg berleluasa semasa PKP dan semasa mereka tapau iaitu grab food dan pelbagai memang penggunaan plastik beg yang berleluasa. Dan untuk makluman Bukit Lanjan, mulai tahun depan kita akan menjalankan penguatkuasaan besar-besaran. Dimana kita masa su dah mencukupi untuk membagi mereka masa 3 tahun, enjoy period of time. Kita akan terus membuat penguatkuasaan dengan penguatkuasaan yang sangat ketat lah. Kali ini kita berkemungkinan akan tarik balik lesen premis mereka kalau mereka tidak mematuhi cara atau kutipan caj beg plastik yang kita kenakan, terutama polisterin yang kita telah pun larang semenjak 2010 lagi. So itu penguatkuasaan yang kita akan adakan. So untuk makluman Yang Berhormat, kutipan beg plastik dan caj beg plastik itu walapun 20 sen tapi kutipan agak besar. Kalau banding, kalau ikut stastik yang kita terima pada tahun 2020, sebanyak RM 6,652,899.12. Kutipan pada 2020, RM 6.6 Juta. Pada tahun 2021 kutipan pun agak besar walaupun dalam pandemik Covid-19, sebanyak RM 8,512,567.73. Dah meningkat. Dan untuk Tahun 2022 sehingga Jun, 6 bulan yang pertama sebanyak RM 4,834,983.94 telah pun dikutip dijangka akan mencecah lebih RM 9 Juta. So, kutipan angka ini meningkat walaupun kata ini gagal kerana masyarakat masih menggunakan plastik secara berleluasa kerana masih bayar 20 sen tapi ini berdasarkan kepada bilangan premis yang semakin meningkat. Kita mendaftarkan mereka setiap bulan, setiap hari dan bilangan meningkat so kutipan juga akan meningkat. So mulai tahun depan kita akan tengok balik polisi ini sama ada kutipan ini, 20 sen ini berkesan atau tidak untuk mencegah penggunaan berleluasaan beg plastik. Kalau masih berterusan, kita akan menggunakan langkah yang berlainan pula. Kemungkinan cadangan untuk menaikkan kutipan ataupun kita ada hari yang tanpa beg plastik, zero. Tidak boleh beli lagi bagi 20 sen. Kita akan tengok balik polisi ni sama ada berkesan atau tidak, kalau tidak pelaksanaan yang lebih ketat akan dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan
Okaylah Ijok.
Terima Kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Program sifar plastik ni saya tahu dah lama dijalankan di negeri Selangor ini. Ijok ingin tanya, apakah KPI program kita sifar plastik ini? Dan juga kenapa negara lain, saya melawat ataupun bercuti di negara-negara lain mereka tidak guna plastik langsung. Adakah rancangan negeri Selangor ini untuk kita haramkan plastik atau kita batalkan penggunaan plastik all together. I think jangan ingat pasal ekonomi, kita dapat duit diorang bagi, kita katakan tadi EXCO kata, industri
plastik memberi kewangan kepada negeri. Tetapi kita kena ingat pencemaran plastik ini is global and it is very serious. Itu Ijok ingin tanya adakah rancangan negeri Selangor untuk membatalkan semua pengeluaran plastik yang ada.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Memang kalau boleh saya tak mahu guna beg plastik, tapi bukan semua orang macam saya ataupun Yang Berhormat Ijok yang tidak mahu guna beg plastik. So, untuk orang-orang terutama di bawah ini, di kampung ini, mereka berterusan dengan beg plastik kerana ...
Boleh saya mencelah. Kita kena beri satu kesedaran apa alternatif beg plastik, di negara lain, pakai kertas. Saya nampak kertas jarang digunakan di negeri dan negara ini.
Ya memang dalam program kesedaran kita, setiap tahun kita memperuntukkan lima juta untuk program kesedaran di sekolah, di PBT, di Pejabat Tanah, memang mendidik supaya kita perlu mengurangkan ataupun tidak menggunakan beg plastik. Dah lama kita menjalankan program ini sejak 2008 sampai sekarang, 15 tahun dah. Dan polisi kita, kita punya target ada, walaupun pusat mengatakan mereka akan mengharamkan beg plastik, penggunaan beg plastik pada tahun 2030, tapi di Selangor kita lebih awal 2025, iaitu tiga tahun dari sekarang. Sebelum kita mengharamkan beg plastik, kita perlu ada alternatif, alternatif beg kertas salah satunya, beg kitar semula satu alternatifnya, tapi penggunaan beg kertas ini macam masalah di mana melibatkan pokok juga.
Kalau nak gunakan beg kertas, you kena tebang lebih banyak pokok, ini juga masalah kepada alam sekitar, so pro and con. So kita kena mengadakan lebih banyak beg biodegradble. Di mana beg itu diperbuat daripada bahan organik tapi kos agak mahal buat masa ini kerana tak ada volume. Sebab itu kita menggalakkan pada masa akan datang, kalau kita haramkan beg plastik dia akan juga bagi kesan kepada bawahan kerana mereka perlu paksa premis kena mengenakan bahan beg itu dengan harga yang agak mahal. Beg plastik dia sangat murah, kalau beg kertas memang mahal kos dia. So dia kerana tidak ada waran, dia punya harga memang mahal. So buat masa ini kita kena, yang saya rasa yang paling berkesan adalah bagi pendidikan, kesedaran di sekolah- sekolah. So kalau boleh kita nak mengharamkan kepenggunaan beg plastik pada tahun 2025, tiga tahun dari sekarang. So saya harap Yang Berhormat sabar sikit, kita dalam tiga tahun ini, kita akan mendidik secara besar-besaran antara anak-anak murid kita dan juga warga Selangor supaya mereka hindari dari penggunaan beg plastik.
Semenyih. Kena didikan juga. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 174.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 174. SungaiQuestions
174. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sepanjang tempoh 2018-2021 berapakah jumlah peruntukan JPS untuk membersihkan sungai di Daerah Hulu Langat?
b)
Berapakah jumlah peruntukan untuk membersihkan dan memperbaiki sungai-sungai di Semenyih?
Terima kasih Semenyih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Semenyih bertanyakan berhubung dengan peruntukan JPS dalam pembersihan sungai-sungai, sungai terutamanya sungai Semenyih di daerah Hulu Langat. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah peruntukan yang telah diterima oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membersihkan sungai di Daerah Hulu Langat bermula dari tahun 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM 26.78 juta.
Bagi tahun 2022, terdapat 13 kerja yang telah dan sedang dilaksanakan di Mukim Semenyih iaitu lapan (8) kerja menggunakan Peruntukan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,333,040.00. Manakala lima (5) lagi kerja tahun ini menggunakan Peruntukan Persekutuan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,211,579.00. Berikut senarai secara ringkas, saya akan boleh berikan terperinci kepada Yang Berhormat Semenyih, secara ringkasnya iaitu
i. Kerja-Kerja Kecemasan Luar Jangka Sungai Semenyih. ii. Kerja-Kerja Pengukuhan dan Penstabilan Tebing Sungai Semenyih di Kg. Bangi Lama. iii. Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembersihan Sungai Semenyih Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Batu 5. iv. Pembersihan Sungai Rinching Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Rinching Tengah dan Kg. Rinching Hulu. v. Penyelenggaraan dan Pembersihan Sungai Pening di Kampung Sungai Pening. vi. Kerja-Kerja Pengukuhan & Penstabilan Tebing Sungai Semenyih di Kg. Sg. Buluh. Yang enam ini telah siap dilaksanakan.
vii. Kerja-Kerja Kecemasan Luar Jangka Sungai Semenyih serta Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Sri Tanjong. Yang ini yang banjir baru ini iaitu dah 80% siap untuk tahun ini. viii. Kerja-Kerja Kecemasan Luar Jangka Parit Utama Semenyih serta Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Sungai Sireh dalam pelaksanaan 80%.
Jadi keseluruhan RM 1,333,040,00. Untuk peruntukkan di bawah Kerajaan Persekutuan, ada lima yang semua telah siap dilaksanakan berjumlah RM 1,211,579.00 iaitu
i. Kerja-Kerja Memulihkan Sistem Saliran dan Membaikpulih Struktur Sungai Semenyih serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kolam Air Panas. ii. Kerja-Kerja Memulihkan Sistem Saliran dan Membaikpulih Struktur Sungai Semenyih serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Pasir Baru. iii. Membaikpulih Struktur Sungai Semenyih serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Batu 3. iv. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sungai Semenyih serta Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Sri Haneco. v. Penyelenggaraan Sungai Seringgit.
Itu kerja-kerja berkaitan di Kampung Seri Tanjung juga. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Semenyih, Sungai Pening. Silakan.
Terima kasih Tuan EXCO. Untuk makluman pihak Kerajaan Negeri, bahawasanya permasalahan tebing-tebing sungai ini di Selangor ini, saya mungkin jadi satu yang menyeluruh, adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai teknologi terbaiklah atau fikirkan untuk masalah, mengatasi permasalahan tebing-tebing ini. Contohnya dulu kita gunakan penggunaan bakau-bakau, tapi di atas kapasiti penebangan hutan-hutan bakau ini, kemudian kita gunakan gabion pun rasa saya banyak juga pemasalahan-pemasalahan dia. Kemudian kita gunakan mungkin piling mungkin kos yang tinggi, tetapi adakah Kerajaan Negeri Selangor atau pihak EXCO sendiri mungkin ada teknologi terbaru untuk mengatasi permasalahan tebing-tebing sungai ini yang melibatkan banjir kilat dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Semenyih. Itu yang sebahagian saya sebutkan ketika penggulungan saya ada menyentuh berhubung teknologi terkini dalam pelaksanaan ataupun pengukuhan tebing. Jadi memang pada tradisinya memang kita banyak menggunakan, kalau dulu bakau punya pile, kayu bakau dia boleh guna untuk buat pile pun ada dan tanaman bakau ini memang bantu menyerap dan membantu mengukuhkan tebing. Tetapi selepas itu kita menggunakan kaedah-
kaedah lain termasuklah yang disebutkan tadi gabion yang ada di modify sedikit. Gabion punya anchored punya gagbion, sebab gabion ini sebagaimana saya cerita, dia memang kalau dia mudah kalau dia ada pergerakan tanah dia, dia memang akan runtuh. Jadi ini satu masalah yang besar dan kita menggunakan juga kaedah lebih mahal kalau di tempat yang perlu sheet piling ataupun jenis pile, micro pile dan sebagainya memang digunakan. Termasuk juga flood wall, retaining wall juga digunakan, tapi ini semua kaedah yang mahal sebab itu saya sebut baru ini, kaedah, teknologi yang kita ada hari ini antaranya kita rasa amat berkesan ialah penggunaan gio-bag yang saya sebut tadi.
Gio-Bag ini penggunaan gio tekstil di dalam bentuk guni besar, bila di harganya pun agak murah dan dia bertahan lasak dan dia tidak mudah runtuh. Yang, dan kaedah pelaksanaan pembinaan pun sangat cepat. Ini kita laksanakan dah banyak di Hulu Langat. Baru ini saya dah melawat beberapa tempat dan akan kita perluaskan. Tapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semua kena faham bahawa pengukuhan tebing cerun ini kita kena kaji juga, tengok tanah itu macam mana, tebingnya, kecuramannya, tapaknya bagaimana untuk kesesuaian dengan kaedah yang kita nak pakai. Kita tidak boleh buat cara rambang begitu saja, tidak boleh. Untuk sementara boleh, tapi kalau untuk jangka panjang tidak boleh, kerana dia ada kesan dari segi tapak, dari segi arus, dari segi air bawah tanah, kadang-kadang ada air mengalir daripada bawah tanah masuk ke sungai itu sebagainya, yang itu kita tengok secara teliti. Yang lagi satu armour rock pun kita dah pakai untuk memecah juga juga memecah pada ombak atau alun. Itu yang kita gunakan dan kita akan kaji dari semasa ke semasa kesesuaian teknologi ini dengan harga yang patutan, kita akan gunakan. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih, saya tertarik dengan soalan berapa banyak peruntukan selalu ditanya dan peruntukan daripada Persekutuan pun ada untuk tujuan JPS, peruntukan untuk Negeri pun ada. Macam mana Kerajaan Negeri memastikan negeri Selangor mendapatkan peruntukan yang secukupnya daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan-tujuan saliran.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya ada sebut sebelum ini juga, bahawa sistem saliran ini kita tidak tertaluk di bawah JPS sahaja, di bawah PBT pun mempunyai sistem salirannya dan juga di Pejabat daerah pun ada juga sikit. Tadi dari segi, kita kena faham juga dari segi komponen dalam bajet yang disediakan itu untuk, dia ada banyak, satu dipanggil Rancangan Tebatan Banjir, ini bersifat lebih kepada jangka panjang. Bila kita sebut RTB itu Rancangan Tebatan Banjir ini, ada dua juga daripada persekutuan pun ada daripada negeri pun ada. Kalau biasa yang besar-besar itu kita ambil peruntukan minta daripada persekutuan. Contohnya yang diluluskan baru ini dua bilion itu di Sungai Langat itu, itu adalah di bawah persekutuan. Ada yang kecil-kecil di bawah
kerajaan negeri pun ada RTB, itu walaupun merupakan komponen dalam RTB itu dia ada banyak melibatkan pengukuhan tebing, melibatkan pendalaman sungai, melibatkan rumah pam, melibatkan bermacam-macam-macam komponen bergantung pada Rancangan Tebatan Banjir di kawasan berkenaan, itu satu perkara. Kemudian dalam masa, lagi satu cara off atau bajet luar ini ialah pengukuhan tebing on its own, atas dia sendiri. Kerana ada tempat-tempat yang ban runtuh, itu pun kita ada bajet untuk dibuat berkala penyelenggaraan tebing ini dan juga pembersihannya. Itu kita kira berdasarkan beberapa kilometer dan jenis, jenis-jenis parit atau longkang yang kita nak buat atau sungai yang kita nak uruskan. Dan saya akui memang sungai-sungai besar ini memang ada kekangan kewangan, saya bagi contoh, yang kita sedang buat di Sungai Klang ini, daripada Kuala Lumpur ke laut di Selat Melaka ini. Kita kali terakhir tahun 2000 dulu, ada dua puluh tahun lebih dah, tidak pernah dikorek sungai ini sebab peruntukan terlalu tinggi, kita belanjakan 700 juta. Jadi memang sukar untuk sungai-sungai yang besar ini untuk diadakan maintenance secara penuh, jadi dia akan buat secara, bila ada runtuh tebing baru dia uruskan ini sebagainya. Itu lagi satu dan juga penyelenggaraan sistem pam rumah pam dan juga kunci air. Ini lagi satu komponen yang diperlukan dan juga pengukuhan ban. Saya dah sebut ban kita, kalau ban sungai di Selangor, seluruh Selangor ini ada 700 hampir 750km panjangnya, kalau ban pesisir pantai, sepanjang pantai Selangor ada 200km lebih kurang begitu. Dua ini saya campur dah dekat 1000 kilometer, status pergi Perlis patah balik, jarak daripada sini pergi Perlis boleh patah balik. Jadi ini yang panjang dan banyak yang memerlukan bajet yang besar dan sebab itu dibuat berperingkat-peringkat dan mengikut kesesuaian dan untuk pelaksanaan untuk maintenance nya, memang satu kos yang tinggi. Terima kasih.
Cukuplah. Soalan seterusnya 175, Meru telah dijawab bersekali dengan nombor 22. Sementa.
Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Sementa 176.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 176. Gondol BukitQuestions
176. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apa status terkini projek yang menggondol 3 bukit iaitu Bukit Kerayong, Bukit Kapar dan Bukit Cerakah? Apakah tindakan Kerajaan Negeri?
b)
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengelakkan banjir lumpur terus berulang akibat aktiviti berkenaan?
Tuan Speaker, berdasarkan semakan oleh MBSA bersama Pejabat Tanah Daerah Petaling, lokasi pergondolan di Bukit Cherakah yang dimaksudkan adalah terletak di Seksyen U10 Shah Alam. Tapak ini telah diberi hakmilik kepada Tetuan Restu Mantap Sdn. Bhd. dan telah memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur bertarikh 26 September 2017. Manakala, MPK telah melakukan pemantauan tapak telah dilaksanakan di kawasan Bukit Kerayong serta Bukit Kapar. Hasil daripada lawatan tapak tersebut didapati terdapat 8 lot tanah telah melaksanakan aktiviti kerja tanah dengan meratakan bukit. Notis peringatan di bawah Seksyen 19, Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) telah dikeluarkan kepada pemilik tanah supaya menghentikan aktiviti dan mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang. Tindakan perundangan akan dibuat jika pemilik tanah masih ingkar dengan notis tersebut.
Bagi menjawab soalan (b), pihak PBT sentiasa memantau keadaan banjir lumpur dan mensyaratkan kepada pihak pemaju ataupun perunding untuk memohon permit kerja tanah dan menjalankan kawalan hakisan bagi mengelakkan berlakunya banjir. Pembinaan longkang sementara dan kolam perangkap kelodak adalah perlu bagi mengawal aliran air permukaan. Sebarang pemajuan yang hendak dijalankan oleh pemilik tanah perlu mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang terlebih dahulu. Pemilik tanah juga perlu mendapatkan kelulusan pelan kerja tanah daripada Jabatan Kejuruteraan PBT sebelum memulakan aktiviti kerja tanah. Pemilik tanah juga perlu mendapatkan dan mematuhi ulasan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum melakukan sebarang pemajuan. Sekiranya pemilik tanah menjalankan aktiviti kerja tanah tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Majlis terlebih dahulu, pihak Majlis akan mengeluarkan Notis peringatan di bawah Seksyen 19, Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Notis tersebut memaklumkan kepada pemilik tanah untuk memberhentikan aktiviti dan operasi serta memulihkan tanah kepada keadaan asal bagi pemajuan yang sedang dijalankan tanpa Kebenaran Merancang. Pemilik tanah perlu mematuhi notis tersebut dalam tempoh 30 hari. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi notis tersebut, tindakan perundangan akan diambil.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker, saya di kawasan tersebut yang terjejas, ia menyebabkan banjir lumpur dan juga kemusnahan kepada rumah-rumah kampung yang berdekatan. Jadi adakah Kerajaan Negeri akan mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk memberikan pampasan kepada penduduk kampung yang terjejas ini. Sebab setiap kali hujan, setiap kali itulah rumah mereka akan digenangi banjir dan banjir lumpur, berkali-kali. Jadi penduduk sering kali datang kepada pejabat ADUN dan bertanya apakah yang boleh dibantu kepada mereka dan salah satunya juga adalah membuat parit untuk menyalurkan air ini keluar ke saliran yang sepatutnya.
Pihak Majlis telah mensyaratkan pemaju untuk kemukakan permohonan KM, kebenaran merancang sebelum kerja tanah itu boleh dimulakan sekali lagi dan dalam permohonan kebenaran merancang itu, dah tentunya syarat-syarat seperti longkang ataupun kolam takungan itu harus diadakan. Dan mengenai soalan, adakah pampasan diberi kepada mangsa-mangsa di rumah kampung itu, saya akan semak dengan pihak Majlis dan juga akan minta Majlis untuk mengadakan satu perbincangan bersama pemaju ataupun pemilik tanah supaya satu jawapan yang lebih jelas boleh diberi kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Kota Anggerik, tetap tidak hadir. Taman Templer, tidak hadir. Batang Kali, tetap tidak hadir. Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya 180.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 180. Jajaran Wce Fr5Questions
180. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah jajaran WCE dalam daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor siap sepenuhnya?
b)
Apakah status isu pengambilan tanah yang masih belum selesai untuk jajaran ini?
c)
Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggara keadaan jalan termasuk lampu jalan di FR5 daerah Sabak Bernam?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Tuan Speaker, Sungai Panjang bertanya soalan berkaitan dengan pembinaan WCE ataupun West Coast Expressway. Untuk makluman Yang Berhormat, kemajuan keseluruhan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) (WCE) yang berakhir 25 September 2022 adalah 82.51%. Kesemua Seksyen Lebuhraya WCE dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun, sebenarnya pada tahun depan kecuali bahagian yang melibatkan jajaran seksyen 7 akan hanya siap pada 2025. Jadi keseluruhannya kita kena sebut siap 2025. Ini melibatkan persimpangan Tanjong Karang yang ada sedikit isu pengambilan tanah ini. Kesemua 178 lot tanah yang terlibat untuk pengambilan bagi pembinaan Seksyen 7B yang melibatkan Tanjong Karang ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 160 lot telah menerima borang K, dan baki 6 lot lagi yang masih menunggu peruntukan daripada WCE dan 1 lot dalam proses pembayaran oleh BKPA setelah menerima peruntukan daripada WCE pada 29.9.2022. Manakala bagi baki 10 lot adalah melibatkan 4 lot TDK, 3 lot yang terlibat dengan penarikan semula, 1 lot adalah tanah kerajaan dan 2 lot terlibat dengan permohonan baru. Untuk makluman Yang Berhormat, penyelenggaraan bagi jalan FR-5 kekal masih di bawah JKR Malaysia, di mana jalan ini masih adalah jalan Persekutuan yang tidak tertakluk kepada sistem tol WCE daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam. Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FR-5 telah dilaksanakan bermula pada 21 Mac 2016 dan siap dilaksanakan pada 26 Mac 2022. Dalam tempoh penyiapan projek tersebut, serahan kepada JKR Daerah Sabak Bernam dibuat secara berperingkat mengikut seksyen untuk senggaraan kerja rutin iaitu selepas tanggungan tempoh kecacatan tamat. Defect liability perios. Kerja rutin ini merangkumi kerja penampalan potholes, pemotongan rumput, pembersihan parit dan longkang konkrit dan lain-lain kerja.
Seksyen 543.0 hingga 548.0 telah diserahkan kepada JKR Daerah untuk senggaraan rutin. Kerja-kerja senggaraan telah dilaksanakan oleh pihak Roadcare Sdn. Bhd. iaitu pihak konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Kadar pusingan kerja rutin adalah seperti berikut:
i. Pemotongan rumput dilaksanakan satu (1) pusingan setiap bulan. Kerja pembersihan parit dan longkang konkrit dua (2) pusingan dalam setahun (April dan November 2022).
ii. Penyenggaraan berkala (Pavemen dan Bukan Pavemen) pula dilaksanakan setelah JKR menerima kelulusan pelaksanaan Arahan Kerja daripada Kementerian Kerja Raya (KKR).
iii. Penyiapan projek mengikut seksyen lain dibuat mengikut ‘Certificate of Partial Occupation’ (CPO).
So, itu sedikit sebanyak penerangan penjelasan berhubung dengan soalannya.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO, khususnya berkenaan dengan tanggungjawab menyelenggara jalan tersebut kerana ada banyak aduan awam berkaitan dengan rumput-rumput yang tidak dipotong juga parit kiri kanan menyebabkan banjir. Soalan susulan saya adalah berkenaan dengan awareness dan juga kempen yang kita perlu adakan di peringkat penduduk setempat apabila jalan tersebut siap yang ada pusingan-pusingan u-turn dan sebagainya yang membahayakan yang mana pada hari ini, kita lihat ramai lagi masyarakat dan juga penduduk membuat pusingan dengan izin, wrong way untuk melintas jalan tersebut tidak menggunakan jejantas. Jadi apakah perancangan pihak Kerajaan supaya ada program-program kesedaran ataupun engagement dengan penduduk kampung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya pernah sebut dalam Dewan ini kebimbangan, kerisauan saya kerana jalan ini adalah sebahagian daripada lebuh raya. Jadi apabila daripada Banting, apabila sampai ke Tanjong Karang adalah merupakan standard jalan raya, lebuh raya yang kelajuan 110km sejam. Tapi bila menempuh daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam ini adalah dianggap jalan di bawah jalan JKR, walaupun mereka telah cuba bina mengikut juga spesifikasi lebuh raya, tetapi ada kekangan-kekangan terutamanya yang melibatkan keluar masuk yang terlalu banyak, yang saya pernah sebut dalam Dewan ini kebimbangan saya pernah suarakan kepada Ketua Pengarah JKR Malaysia pun saya pernah sebut, kebimbangan saya tentang terlalu banyak keluar masuk exit. Kalau tidak silap saya masa itu, pergi balik daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam pergi balik, dua side dekat 600 dia punya keluar masuk.
Ini merupakan, bukan spesifikasi bagi lebuh raya, sangat berbahaya keluar masuk dalam keadaan kenderaan yang datang, incoming mereka yang terlalu laju 110. Kalau dia kurangkan 90 pun biasanya orang tidak patuh. Kenderaan ini dia tidak akan laju, dia tengah laju tiba-tiba nak turun ke 90. Jadi itu, sebab itulah kempen kesedaran ini perlu dibuat, saya akan berhubung dengan pihak JKR Malaysia juga untuk kita
wujudkan, adakan kempen-kempen kesedaran penduduk yang sekitar daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam ini untuk memastikan apabila jalan siap sepenuhnya. Sekarang ini pun boleh dikatakan dah sibuk dah. Jadi kalau bila siap sepenuhnya nanti lagi lah akan menjadi kesibukan yang amat berbahaya jika tidak diuruskan beri kesedaran yang sesuai kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Terima kasih.
Taman Medan.
Tulis tangan atas batu, soalan 181.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 181. Pemutihan Pencerobohan Tapak Tanah Milik KerajaanQuestions
181. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah yang wajar jika didapati ada aktiviti pencerobohan tanah kerajaan berlaku di sesuatu tempat?
b)
Adakah sebarang proses mengenalpasti status tanah dan status aktiviti di atas tanah yang didapati diceroboh itu
c)
Apakah jenis-jenis aktiviti yang biasa dilakukan di tanah-tanah tersebut?
Terima kasih Taman Medan dan Speaker atas soalan yang dikemukakan. Untuk soalan pertama iaitu berkenaan dengan langkah wajar jika didapati ada pencerobohan tanah-tanah kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya langkah-langkah yang wajar diambil jika didapati terdapat pencerobohan yang berlaku di atas tanah kerajaan di sesuatu tempat adalah dengan mengambil dan mengenakan tindakan tegas terhadap individu, syarikat atau mana-mana entiti yang didapati bersalah melakukan pencerobohan terhadap tanah-tanah kerajaan tersebut.
Antara contoh-contoh tindakan tegas yang boleh dikenakan kepada penceroboh adalah dengan mengenakan tindakan undang-undang atau mengambil sebarang
tindakan yang terdapat dalam garis panduan yang disediakan, yang digunakan dan yang sedang berkuat kuasa. Implikasi daripada tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap penceroboh ini adalah, penceroboh boleh dikenakan denda yang mana tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara untuk satu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali sebagaimana selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828). Selain daripada denda dan hukuman penjara dikenakan terhadap penceroboh tersebut, tindakan kompaun atau tuntutan ganti rugi atau remedi tanah juga boleh dikenakan terhadap mana-mana penceroboh yang dikenal pasti melakukan kesalahan tersebut.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat juga, antara usaha-usaha atau initiatif yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTGS) dan juga Pejabat Tanah Daerah (PDT) seluruh Selangor bagi mengawal dan membendung masalah pencerobohan ini daripada terus berlaku adalah dengan melakukan beberapa jalinan kerjasama antara PTGS dan PDT dalam melaksanakan operasi bersepadu yang mana turut disertai oleh agensi-agensi lain yang berkaitan, penyelarasan tindakan penguatkuasaan satu negeri, penyediaan dan pemakaian garis panduan tindakan penguatkuasaan agar tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan seragam, semakan semula pekeliling atau arahan yang telah lama agar ianya terus sentiasa releven untuk diguna pakai sehingga kini dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Malahan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita turut berulang kali menetapkan beberapa garis panduan. Kalau sebelum ini di antara kelulusan-kelulusan tanah yang diberikan di antara pra syarat yang telah ditetapkan adalah tanah tersebut telah diusahakan. Ini agak tidak selari dengan niat permohonan, kalau tanah ia telah diusahakan maknanya kita seperti menggalakkan pencerobohan. Tetapi saya faham, apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri sebelum ini adalah, mana-mana tanah yang telah diusahakan sebelum tahun 2008, kriteria itu masih boleh ditetapkan. Tetapi selepas 2008 kriteria itu tidak menjadi pemberat untuk sesuatu kelulusan-kelulusan tanah.
Ini adalah untuk mengelakkan sebarang pencerobohan dilakukan dulu, malahan ada pula tips-tips tertentu yang dibuat oleh sesetengah ajaran menyeleweng dalam pengurusan tanah, diletakkan bahawa harus diusahakan dahulu. Selepas diusahakan baru kita luluskan, ini saya rasa tidak bertentangan dan tidak berkenaan dan saya harap menjelang tahun depan dipertengahan tahun depan kita telah bersedia sebagaimana saya sebutkan pada tahun ini iaitu selepas ini kita tidak lagi membiarkan permohonan datang berdasarkan pismil sebaliknya permohonan datang berdasarkan tawaran kawasan-kawasan. Di mana tiap-tiap tahun saya harap Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Negeri PTGS, set kan berapa lot di setiap daerah yang kita ingin lupuskan. Di situlah nanti baru kita dapat anjurkan, unjurkan pendapatan dengan lebih accurate dengan izin, termasuk kawasan komersial dan sebagai nya dan ia adalah pengurusan pentadbiran tanah yang lebih kemas dan tersusun walaupun kita sedang
mengambil masa dan ini akan dapat mengurangkan berapa-berapa benda termasuk lot lidi, pengurusan-pengurusan runners yang kadang-kadang memberikan tips-tips yang kurang baik dan tips-tips yang tidak tepat dan sebagainya. Kedua, proses mengenal pasti status tanah dan status aktiviti di atas tanah yang didapati dicerobohi itu boleh dirujuk di pejabat-pejabat tanah kerana biasanya kita boleh dapat maklumat langsung daripada tentang suatu lokaliti-lokaliti itu dan sebahagian besar daripada lot-lot tanah yang ada dalam negeri Selangor ini sebahagiannya sudah mula di-transfer di dalam sistem dalaman. InsyaAllah, kalau sistem e-tanah kita dapat dilengkapkan sepenuhnya, hasil daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan dalam masa satu tahun dua tahun, saya harap selepas ini maklumat kita akan lebih detail dan kita dapat mengelakkan beberapa kes yang telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar ganti rugi kerana terdapat pertindihan-pertindihan pemberimilikan tanah sebagaimana yang berlaku di beberapa tempat.
Ini semua berlaku sebelum ini dengan sebab kecuaian-kecuaian dalam merekodkan, tapi sekarang ini mutakhirnya tidak ada lagi dan kita pasti kita boleh buat. Antara jenis-jenis aktiviti pencerobohan yang sering kali dilakukan terhadap tanah-tanah kerajaan tersebut boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis pencerobohan. Sebagai contoh, mana-mana pencerobohan yang melibatkan tanaman kontan di bahu jalan seperti tanaman pokok pisang, pokok serai, pokok jagung dan sebagainya boleh dikelaskan sebagai pencerobohan berskala kecil. Tambahan pula aktiviti-aktiviti pencerobohan yang boleh dikelaskan sebagai berskala besar, adalah seperti pihak tidak bertanggungjawab menanam tanaman kekal seperti pokok kelapa, pokok kelapa pokok kelapa sawit, durian dan sebagainya, malahan lebih membimbangkan adalah apabila penceroboh turut mendirikan struktur-struktur kekal seperti rumah kediaman, bengkel, gudang, stor, bangunan perniagaan dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain pembinaan struktur-struktur kekal di atas tanah kerajaan tersebut, terdapat penceroboh yang melakukan pengorekan dan pengeluaran atau mencuri bahan batuan atau sumber mineral tanpa mendapat kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa negeri. Oleh yang demikian kesalahan tersebut boleh didakwa atau diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Selangor atau mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada dan sedang berkuat kuasa. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul nombor 15 tahun 2022. Usul Peruntukan Pembangunan 2023Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul nombor 15 tahun 2022. Usul Peruntukan Pembangunan 2023.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua bagi menyambung penjelasan.
Terima kasih. Saya ingin mengulas dalam hal ehwal pendidikan ataupun Jawatankuasa Tetap Pendidikan sesuai dengan portfolio saya. Yang pertama daripada Bukit Lanjan berkenaan dengan peruntukan sebahagian peruntukan kepada pembangunan institusi-institusi Kerajaan Negeri di bawah seperti UNISEL, Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Alhamdulillah KUIS telah dinaik taraf sebagai universiti sepenuhnya beberapa bulan yang lepas dan Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Negeri Selangor ataupun Selangor Technical Development Centre (STDC). Untuk tahun 2022, sejumlah RM 6,553,590.50 telah disalurkan kepada UNISEL dengan pecahan seperti berikut. Sebanyak RM 991,200.00 peruntukan untuk Program Pembangunan Kerusi Siddiq Fadzhil di UNISEL, RM 3 juta bagi peruntukan Program Pemerkasaan Rangkaian Internet UNISEL Fasa 1 dan 2, sebanyak RM 1.476 juta bagi peruntukan Pembangunan Makmal Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dan RM 1 juta telah disalurkan kepada UNISEL bagi Program Bayaran Yuran Asas Universiti (BAYU) sebagai bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar semasa mendaftar pada awal semester di universiti. Bagi peruntukan yang telah disahkan oleh Pembentangan Belanjawan Tahun 2023 pula, kita telah memperuntukkan RM 5 juta atau RM 5 juta telah diperuntukkan pada UNISEL pada tahun hadapan untuk program-program pembangunan dan juga program-program pengisian pendidikan sesuai dengan pembukaan sempadan dan sebagainya untuk memenuhi keperluan daripada UNISEL.
Ahli Yang Berhormat sekalian, selama beberapa tahun yang lepas dalam tempoh tiga empat tahun Kerajaan Negeri sebenarnya tanpa henti menyalurkan kepada UNISEL tapi saluran yang telah kita berikan sebelum ini adalah untuk menyelesaikan baitul minal ajil ataupun hutang (debts) yang telah terbeban kepada UNISEL. Alhamdulillah tahun lepas sebenarnya kita telah selesaikan hutang-hutang tunggakan sejarah bagi UNISEL dan kita boleh meneruskan menguruskan aset-aset yang sedia ada pada milik UNISEL untuk dilaburkan sebagai endowment ataupun menjadi modal-modal asas pada masa depan yang saya harap pihak MBI boleh melaksanakan bantuan-bantuan. Manakala pihak MBI pula akan menyalurkan bantuan-bantuan tertentu sebagai contoh untuk pemberian BKK jika diperlukan khususnya ketika musim-musim BKK diumumkan ketika menjelang Aidilfitri ataupun hujung tahun dan MBI kerap kali membantu UNISEL daripada segi hal tersebut termasuk membantu untuk menguruskan aset dan mencairkan beberapa aset bagi memastikan UNISEL mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk survive ataupun dengan pengurusan ataupun dengan kedudukan kewangannya sendiri.
Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk tahun 2022 untuk peruntukan untuk BAYU ataupun untuk Bayaran Yuran Asas. Bayaran Yuran Asas ini apa? Bayaran Yuran Asas ini adalah untuk yuran asas di antara sekitar RM 400.00 hingga RM 800.00 per head, dengan izin. Sebenarnya saya dapatkan maklumat dan cadangan ini daripada
Majlis Perwakilan Pelajar ataupun Mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa ataupun UIS. Ketika dalam pertemuan, beliau mencadangkan program ini pada tahun 2020 dan 2021 sebenarnya dan kita telah praktikkan program ini dan mendapat sambutan yang sangat baik. Untuk tahun ini atau tahun 2023, tahun ini kita sasarkan RM 4 juta dan RM 4 juta itu akan membiayai dan membantu sekitar 8,000 orang walaupun penyertaan dan juga kelulusan yang ada sekarang ini masih lagi rendah di bawah RM 2,000.00 atau RM 3,000.00. Saya semak saya dapati ada beberapa kelewatan prosedur ataupun ada beberapa rentas red tape yang perlu mereka lalui, selepas ini kita akan serahkan kepada pihak universiti. Pemantauan akan dibuat, audit akan dibuat tapi kita nak semakin ramai bayaran yuran asas ini dimiliki dan sekali gus ini akan menarik mahasiswa-mahasiswa ataupun pelajar-pelajar baru untuk menyertai dan berdaftar dengan kolej universiti ataupun dengan UNISEL kita. Alhamdulillah walaupun universiti seperti UNISEL, universiti seperti Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini bolehlah dianggap sebagai universiti swasta ataupun private university tetapi ketika dilanda pandemik dan sebagainya, kedua-dua institusi ini mampu berdiri dan menerima kemasukan pelajar yang setara untuk survive berbanding dengan beberapa universiti-universiti yang terkemuka yang namanya gah tetapi collapse, dengan izin disebabkan tidak ada kehadiran pelajar-pelajar daripada luar terutamanya. Saya ucap terima kasih kepada pengurusan UNISEL dan Kolej Universiti Islam sekarang Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Saya harap mereka boleh mempergiatkan, membangkitkan pencirian tertentu dan saya sendiri hadir dalam Majlis Konvokesyen UNISEL baru-baru ini. Alhamdulillah kita ada lebih dekat 20 pelajar-pelajar graduate daripada PhD ataupun kelulusan Doktor Falsafah dan ada puluhan mereka yang lulus di peringkat Sarjana dan ada pula sebahagian lagi dan ribuan yang lulus di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma dan ini dibuktikan lagi dengan ucapan Canselor. Tan Sri Canselor menyebutkan dalam ucapan bahawa daripada data yang kita ada 90% dari pelajar-pelajar yang bergraduasi yang bergraduat daripada UNISEL memasuki pasaran pekerjaan. Ini satu pencapaian yang saya rasa patut dibanggakan dan sudah sampai masanya apabila ada keseragaman negeri dan persekutuan kita boleh mencorakkan dan menguruskan bagaimana kewujudan universiti-universiti ini. Terima kasih.
Mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Tadi Yang Amat Berhormat menyebut bahawa kebanyakan graduan-graduan dari Universiti Selangor (UNISEL) ini telah mencapai tahap 90% mereka dalam pasaran pekerjaan. Jadi, adakah juga dibuat, saya nak panggil apa... kajian ataupun dibuat satu macam satu tinjauan ataupun dapatan bahawa lulusan-lulusan UNISEL juga mendapat peluang menyambung pelajaran di peringkat tinggi umpamanya Sarjana ataupun Kedoktoran di universiti-universiti terbuka dunia ya? Maknanya, umpamanya pelajar dari peringkat Sarjana Muda menyambung di Sarjana di mana-mana institusi terkenal begitu juga dari lulusan Sarjana UNISEL juga mendapat peluang menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di pusat-pusat pengajian tinggi yang terkenal di serata dunia. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih cadangan tersebut daripada Taman Medan. InsyaAllah kita akan ambil kira tapi apa yang saya sebutkan tadi ini adalah kepada permintaan ataupun keadaan yang mendesak kita. Isu tentang peluang pekerjaan dan graduan yang dilahirkan adalah adakah memenuhi kepada permintaan-permintaan pasaran? Jadi, Alhamdulillah daripada rekod yang kita dapati, maklum balas yang kita dapati 90% memasuki peluang pekerjaan ataupun dalam berada dalam peluang pekerjaan untuk memenuhinya. Ini satu cabaran kepada kita sebab itu kita mencuba dengan teknikal dengan vokasional seperti TVET dan sebagainya dan InsyaAllah kalau semuanya berjalan dengan baik, kita juga ingin melihat supaya UNISEL ini menjadi platform untuk graduan-graduan daripada STDC untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional. Tapi belum lagi. Pada masa ni belum lagi. Mungkin kita memerlukan satu tahun atau dua tahun lagi selepas ini graduan daripada Selangor Technical Development Centre ataupun IKHTISASS kita yang kita telah peruntukkan, mereka boleh mendarat dalam bidang yang lebih tinggi ataupun dalam bidang pengajian ilmiah yang lebih tinggi termasuk sampai di peringkat universiti. Sebagaimana yang kita lihat contoh di Technical University of Munich. Sebab itu kita kerjasama dengan FESTO. Kita bukan sign dengan FESTO sahaja tetapi kita sign juga dengan, kita sain MOU dengan Technical University of Munich kerana potensinya kita boleh menggunakan bagaimana kaedah German membangunkan program ataupun teknikal dan vokasional pada masa depan. Tapi cadangan Yang Berhormat itu baik juga untuk kita lihat tapi apa yang saya nak sebutkan cita-cita kita bukan hanya nak lihat, melahirkan akademia ataupun melahirkan mereka yang masuk dalam bidang pendidikan sebagai lecturer, sebagai pensyarah tetapi juga adakah melahirkan modal insan yang memenuhi kepada permintaan pasaran. Ini perdebatan bertahun-tahun kita. Malahan apabila kita jumpa pelabur-pelabur inilah juga kadang-kadang dia tanya. Adakah kita boleh bersedia menyediakan 3,000 pekerja-pekerja sumber manusia, modal insan dalam skill ini? Itu kadang-kadang saya dengan Yang Berhormat Dato’ Teng tidak dapat menjawab dengan teliti. InsyaAllah dengan pelan kita atau rancangan kita, kita boleh. Kita boleh mencapainya tapi memerlukan sedikit masa dan sememangnya pandemik itu memberi kesan. Kalau tidak, kita sudah sampai ke tahap yang tertentu.
Seterusnya saya juga hendak menjawab tentang tadi saya jawab tentang BAYU adalah daripada Sijangkang yang bertanyakan tentang peruntukan BAYU dan sebagainya. Saya nak menambah lagi untuk Yang Berhormat Bukit Lanjan adalah berkenaan dengan hadiah masuk IPT. Tiap-tiap tahun sekitar 3,000 orang telah menerima manfaat berdasarkan peruntukan sebanyak RM 3 juta pada tahun 2022. Sehingga kini Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mendalami keseluruhan ekosistem pendidikan di bawah kelolaan serta program negeri dan Hadiah Pengajian IPT merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri membantu pelajar-pelajar di Negeri Selangor. Ini selaras dengan matlamat utama Program Iltizam Selangor Penyayang iaitu beralih daripada hanya pemberian kepada pemberdayaan. Sebenarnya pagi tadi pun kita baru bermesyuarat untuk Tabung Pendidikan Negeri
Selangor yang merangkumi beberapa program biasiswa dan pinjaman negeri. Itu antara contohnya dan kita sedang menyeragamkan ataupun leverage dengan izin, ataupun menyusun semula dana ataupun jumlah pinjaman dan jumlah biasiswa yang sedang kita tawarkan. Antaranya kita lihat sebenarnya Negeri Selangor ini tabung biasiswa kita antara yang paling rendah. Kalau JPA sebagai contoh RM 8,000 lebih. Kalau PTPTN, Diploma sudah cecah RM 4,800. Kalau pengajian Ijazah dia sampai dekat RM 7,000, RM 8,000 dan kita masih lagi tawar RM 3,500 dan tadi kita baru buat keputusan supaya pinjaman baik ataupun biasiswa yang kita tawarkan itu setara dengan apa yang ditawarkan JPA atau kurang sedikit sahaja tetapi juga lebih tinggi daripada PTPTN. Kita juga sedang mengenal pasti bagaimana Biasiswa Menteri Besar, Biasiswa D.Y.M.M Tuanku dapat diselaraskan agar kapasiti-kapasiti tertentu itu dapat dibuatkan. Jadi, selain daripada Hadiah Pengajian IPT yang saya rasa ia hanyalah token one thousand ringgit ataupun RM 1,000.00 tetapi bagi saya yang lebih penting dan lebih baik adalah program ini juga kena diteliti secara keseluruhan daripada segi ekosistem dan juga pelarasannya termasuk kepada program-program yang mencari benih yang paling baik dalam Program Bitara sebagai contoh. Sekarang kita ada dua mahasiswa kita yang ditaja dalam Biasiswa Bitara dan InsyaAllah dia akan balik dan pulang menyumbang untuk Negeri Selangor.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga nak menyentuh tentang daripada Kampung Tunku iaitu berkenaan dengan SSIPR. Secara keseluruhan SSIPR ini ada dua fungsi. Fungsi yang pertama adalah dalam pengurusan penyimpanan data berpusat. Maknanya program-program yang didaftarkan secara manual, program-program yang didaftarkan melalui sistem yang berasingan sebelum ini disatukan kepada satu sistem. Daripada Program SADE (Skim Air Darul Ehsan) sampailah Asuh Pintar ataupun sampailah kepada Anak Anis ataupun Guru Anis, semuanya akan diseragamkan ataupun disatukan di dalam satu sistem. Sistem ini secara keseluruhannya sebenarnya yang paling besar adalah daripada Skim Air sebelum ini kerana air kita telah menerima lebih kurang 300, 400 ribu permohonan daripada Skim Air Darul Ehsan dan dulu kita ada dekat 1.6 juta. Dan kita secara keseluruhannya, saya boleh katakan keseluruhannya kita boleh katakan kita ada data lebih kurang hampir 1.5 hingga 2 juta orang keseluruhannya dalam sistem pengumpulan data dan Alhamdulillah setakat ini, PDPA kita intact dan kita jamin kepada kerahsiaan data dan sebagainya kerana semua data tersebut adalah milik Unit Perancang Ekonomi dan milik Kerajaan Negeri. Itu yang pertama. Yang kedua, adalah melalui entry pendaftaran SSIPR, nanti kita akan tukarlah sebab kita nama lagi Smart Selangor Iltizam, Inisiatif Peduli Rakyat jadi kita akan tukar dengan nama ini. Tetapi itu bukan pentingnya tetapi sehingga bulan November ini kita dapati 393,668 permohonan, entry masuk melalui sistem tersebut. Kalau tanya soalan Kampung Tunku itu, berapa banyak masuk? Ya, yang telah masuk 393,668 itu entri masuk. Tapi datanya saya kena semak balik tapi sepengetahuan saya, more than 3 million at one time tetapi bila kita dah buangkan air percuma, sebahagian jadi datanya juga sedikit berkurang. Tapi keseluruhan program kita daripada dahulu sampai sekarang disimpan dalam data ini, baik yang didaftar secara manual atau yang didaftarkan dalam sistem-sistem yang
berasingan. Dan ini akan mengajak kita untuk membuat saringan dan semakan. Saringan dan semakan bagaimana? Adakah penerima-penerima ini juga terdaftar dalam e-Kasih ataupun tidak? Adakah taraf kemiskinan itu setanding ataupun tidak? Dan sampai ke tahun-tahun tertentu kita nak tengok adakah kualiti kehidupan mereka ini meningkat ataupun tidak?
Itu baru akan menjelaskan kepada kita aspek pemberdayaan itu wujud ataupun hanya pemberian-pemberian yang menyenangkan dalam satu period dan tempoh waktu yang pendek dan tidak dapat membawa kepada aspek-aspek mengeluarkan mereka daripada lingkaran ganas kemiskinan ataupun meningkatkan kualiti dan juga matlamat kehidupan mereka. Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk menambah baik SSIPR 2023 termasuk menyenaraikan semula atau menyenaraikan program ILTIZAM Selangor Penyayang. Kalau ILTIZAM Selangor Penyayang yang baru seperti INSAN dan juga BINGKAS. INSAN sahaja sekarang kita dah ada lebih 3.5 juta. 3.5 juta yang telah kita daftarkan dan mendaftar. Saya nak maklumkan, kita daftarkan dan mendaftar kerana kita dah ada hubungan baik dengan Suruhanraya Pilihan Raya dan kita daftarkan mereka yang berumur 50 tahun ke atas sekarang. Itu angkanya telah mencecah 3.5 juta. Selepas ini semua wakil-wakil rakyat, saya minta kerajaan, pembangkang membantu kita sampaikan polisi insurans itu. Itu kepada mereka. Kita juga dah ada penerima ataupun kita dah ada penerima, keluarga penerima yang akan menerima perlindungan yang pertama. InsyaAllah kita sedang uruskan. Kita dah ada warga ataupun keluarga yang akan dapat menerima perlindungan sebagaimana yang kita dah maklumkan dalam masa terdekat. Tetapi kita dah daftarkan sekarang ini 3.5 juta. Jadi saya minta kalau boleh, kita tolong agihkan semua dalam tempoh 3, 4 bulan 5 bulan ini supaya mereka semua dapat. Supaya mereka semua dapat dan mereka semua upaya.
Ada nanti bertanya saya nak maklumkan awal-awal tentang aspek konvensional dan aspek takaful. Kerajaan Negeri sedang pertimbang sekarang ini untuk melihat bagaimana sama ada skim takaful itu kalau kosnya jauh lebih murah ataupun sama ada we will convert it to takaful supaya tidak ada istilah ataupun pertikaian halal haram. Yang kedua kalau ada sedikit kos kita tengok kosnya bagaimana, kemungkinan kita akan khaskan untuk yang Islam atau tawaran kepada yang Islam untuk ambil sistem takaful ini supaya ada jaminan tentang halal haram. Setelah saya berbincang dan saya bertemu dengan Jabatan Agama dan Jabatan Mufti, saya lihat ada kepentingan untuk aspek ini. Jadi memang mula-mula ini, jangan bimbang takut kita kena sertai semua program ini. InsyaAllah aspek-aspek pengurusan itu kita akan bantu dan kita akan selaraskan dalam masa terdekat. Sekarang EXCO kita pun sedang melihat perkara ini.
Yang Amat Berhormat, tentang penjelasan yang Amat Berhormat tadi tentang Insurans Am Selangor yang saya utarakan berkait dengan aspek patuh syariah ataupun pendekatan takaful. Saya melihat bahawa ada kewajaran ianya bukan sekadar dek diimplementasikan sebagai
tanda komitmen kita kepada sesuatu yang berkait dengan pewartaan fatwa dalam urusan tersebut tetapi dalam masa yang sama juga saya rasa keterbukaan kepada sistem yang akan kita implementasikan yang berkait dengan cadangan pelaksanaan takaful itu juga. Yang Amat Berhormat sebut ia terbuka kepada umat Islam dengan tawaran. Tapi saya rasa tidak salah juga kalau ada kalangan non-muslim di kalangan penduduk rakyat negeri Selangor juga berminat untuk menggunakan pendekatan takaful. Sebab dalam rata-rata sistem seperti sistem perbankan Islam dan juga sistem takaful yang diamalkan dalam banyak transaksi. Saya rasa ramai juga penyertaan non-muslim kerana mereka melihat ada kelebihan itu tersendiri. Jadi mohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat.
Kita pun tidak ada halangan itu, cuma saya nak sebutkan kita akan lihat kos nya. Kita akan lihat dia. Kos yang kita gunakan di negeri Selangor untuk sistem secara konvensional ini sebenarnya sangat rendah. Dan kalau kita tengok, harga pasaran biasanya konvensional slightly low ataupun agak rendah berbanding dengan skim takaful. Sebab itu tawaran kita akan buka untuk yang Islam. Kalau yang bukan Islam minta juga, kita boleh pertimbangkan tapi kita akan lihat kepada kos dan pengurusannyalah. Kita pun tidak mahu terburu-buru sebab yang pentingnya kita tak nak lah jadi super populis tetapi akhirnya burden kepada masa depan. Yang saya selalu ulangi burden kepada masa depan itu akan memberi tekanan kepada kita. Jadi saya nak jadi seorang pentadbir pengurusan yang bertanggungjawab sebab saya fikirkan Selangor ini untuk tempoh 20 hingga 30 tahun, bukan saya lihat satu penggal ke satu penggal. Jadi terima kasih Taman Medan saya akan ambil maklum tentang cadangan itu. Berkenaan dengan Search Engine Optimization ataupun SEO yang dicadangkan di aplikasi oleh Kerajaan Negeri untuk memaparkan informasi dan program-program Kerajaan Negeri dengan lebih efisien kepada rakyat apabila membuat carian di search engine untuk memaksimumkan carian berkaitan program-program Kerajaan Negeri, rakyat digalakkan untuk melayari Portal Selangor di www.selangor.gov.my dan laksanakan carian menggunakan search engine di portal ini. Bagi SSIPR, SEO ataupun Search Engine Optimization telah pun dilaksanakan pada front page sistem tersebut. Maknanya SSIPR telah diselaraskan dan sebenarnya ini adalah cabaran besar kita dalam pengurusan pentadbiran dan sebab itu dalam belanjawan pada tahun ini sebahagian besar daripada dana dan pengurusan untuk Smart State kita tumpukan kepada smart administration ataupun pengurusan pintar kerajaan. Kerana ini antara enable dengan izin ataupun pemangkin dengan izin yang akan membenarkan dan membolehkan kita mencapai menjadi sebuah smart state. Inilah juga pilihan keempat ataupun pacak yang keempat, pasak yang keempat dalam program rancangan Selangor satu iaitu Smart Government. Jadi kita bergerak dengan selaras arah tersebut. Dan sebahagian daripadanya akan terserlah ataupun akan dapat kita lihat dalam tempoh terdekat.
Seterusnya saya juga nak jawab tentang pendidikan iaitu berkenaan dengan PK06003, Pembangunan Kesihatan yang belum sempat dijawab oleh Seri Serdang berkenaan dengan tempoh masa kelulusan Program Iltizam Selangor Sihat yang
mengambil masa yang agak lama. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan prosedur operasi standard ataupun SOP berhubung kelulusan program Iltizam Selangor Sihat bagi pemohon yang telah lengkap dan menepati syarat-syarat, permohonan tempohnya adalah antara tiga hingga ke lima hari bekerja untuk semakan dokumen untuk dibuat di peringkat UPEN. Manakala tiga hingga lima hari bekerja semakan dan proses kelulusan di peringkat Selcare Management Sdn. Bhd. Manakala bagi pemohon yang tidak lengkap tempoh kelulusan akan mengambil masa di antara tiga hingga empat minggu. Maknanya secara keseluruhannya kita memperuntukkan di antara enam sehingga sepuluh hari untuk permohonan yang tidak ada masalah dan untuk permohonan-permohonan yang tidak lengkap permohonannya dan sebagainya kita memerlukan hampir sebulan. Dan sebahagian aduan-aduan yang kita terima yang tidak dapat balik maklum balas dan sebagainya itu, kita semak balik dia memang ada masalah dokumentasi yang tidak lengkap dan ada masalah-masalah permohonan yang tertentu yang kita perlu uruskan ya. Tapi kita dah ada period, tempoh yang tertentu maknanya enam, tujuh sehingga sepuluh hari dan juga di antara tiga hingga empat minggu ataupun di antara tiga minggu hingga satu bulan. Ingin saya jelaskan di sini bahawa satu permohonan mengambil masa yang agak lama disebabkan oleh sebab faktor berikut, dokumen sokongan yang tidak lengkap yang saya sebut tadi yang biasanya melibatkan salinan slip gaji, salinan akaun pendapatan, salinan kad pengenalan tanggungan bagi permohonan bagi kategori keluarga. Yang kedua, semakan percanggahan nama pemohon utama dengan dokumen sokongan contohnya borang pemohon atas nama suami tetapi salinan bukti mengundi berdaftar atas nama isteri. Itu antara contoh-contohnya. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini 83,537 orang pemohon utama telah direkodkan sebagai ahli aktif ISS manakala sebanyak 405 pemohon masih lagi dalam status sedang diproses. Pihak Selcare Management akan menambah baik sistem perkhidmatan ISS dari masa ke semasa dan berusaha mengurangkan tempoh proses kelulusan pengaktifan program ISS ini ke suatu tempoh yang lebih munasabah. 883,537 ini adalah pemegang-pemegang kad ataupun pemegang-pemegang polisi holder. Sebaliknya benefitnya boleh kita anggarkan sebahagiannya di darabkan dengan tiga ataupun empat sebab ia turut merangkumi dan meliputi ahli-ahli keluarga yang terbabit. Secara puratanya saya anggap lebih daripada seratus ribu hampir dua ratus ribu akan mendapat manfaat daripada ISS hasil daripada perolehan yang ataupun proses yang kita buat dan saya hanya sebut tentang proses kewangan. Saya kira itu sikit sebanyak yang mampu saya gulungkan. kalau ada sebarang pertanyaan dan perkara yang masih belum dijawab saya rasa saya akan jelaskan secara bertulis tetapi saya ingin maklumkan 1.2 bilion yang telah kita peruntukkan dalam peruntukkan belanjawan ini ataupun 1,200,000,000 juta yang telah kita siapkan ini memang sebahagian besarnya ditumpukan kepada usaha-usaha untuk membuat keseimbangan apa yang dikatakan Program Pemberdayaan Ekonomi dengan projek-projek tertentu infrastruktur, smart state dan sebagainya tapi kita juga melimpahkan sebahagiannya dalam program-program menampung dan menjadi penampan kepada permasalahan dan juga isu yang bakal muncul tahun depan jika kita tidak berhati-hati untuk menanganinya termasuk meningkatkan pendapatan gaji-gaji guru KAFA,
meningkatkan Jom Shopping dan sebagainya adalah sebahagian daripada strategi-strategi yang kita buat supaya ia dapat berkesan menimbulkan keseimbangan di antara pembangunan dan memacu pembangunan dan pembangunan yang mampu menyerap ataupun cushion effect of the economy downfall ataupun economic problems next year ataupun permasalahan ekonomi yang akan berlaku pada tahun hadapan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi, bahawa menurut seksyen 9 subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak RM 1,200,000,000 yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) akta yang sama seperti mana terdapat di jadual hendaklah diluluskan. Anggaran perbelanjaan Pembangunan 2023 yang pertama P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM 895,420,000, P04 Perbendaharaan Negeri Selangor RM 1,880,000, P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor RM 11 juta, P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor RM 5 juta, P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor RM 145 juta, P13 Jabatan Perairan Dan Saliran Negeri Selangor RM 68 juta, P14 Jabatan Agama Islam Selangor RM 65 juta, P16 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor RM 2 juta, P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor RM 6,700,000 yang berjumlah keseluruhan RM 1,200,000,000.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul nombor 16 tahun 2022. Usul Dasar Modal Insan SelangorMotion
Aturan urusan seterusnya, Usul nombor 16 tahun 2022. Usul Dasar Modal Insan Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Berhormat Sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan perlaksanaan Dasar Modal Insan Selangor yang berfungsi sebagai satu hala tuju perancangan strategik pembangunan modal insan di negeri Selangor merangkumi peringkat belia hingga ke warga emas yang tersusun, efektif dan komprehensif.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Naskah Dasar Modal Insan Selangor dalam versi bahasa kebangsaan adalah seperti yang diedarkan kepada Dewan yang Mulia ini. Naskah yang berada di tangan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, bukanlah ciptaan daripada saya tetapi ia adalah hasil daripada kajian satu tahun oleh Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia.
Pembangunan modal insan berperanan penting dalam membangunkan sosio-ekonomi sesebuah negara. Sejarah awal modal insan ini telahpun bermula sejak era 1960an melalui idea pakar ekonomi Chicago School of Economic, T.W. Schultz dan G.S. Becker. Modal insan mempunyai banyak istilah dan definisi, pada awalnya menurut Schultz (1979) modal insan adalah usaha meningkatkan pelaburan dalam pendidikan dan latihan individu dalam membawa satu perubahan efektif kepada mutu pekerjaan. Manakala, Okojie (1995) menyatakan modal insan sebagai keupayaan dan kemahiran sumber manusia dalam sesebuah negara. Manakala (OECD) (2001) mendefinisikan modal insan sebagai pengetahuan, kemahiran, kompetensi, keupayaan dan sifat-sifat lain dalam individu yang membantu membentuk kesejahteraan diri, sosial dan ekonomi. Marimuthu (2009) pula meringkaskan modal insan ini sebagai proses yang berkait dengan latihan, pendidikan dan lain-lain inisiatif professional dalam meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, keupayaan, nilai dan juga asset sosial pekerja yang akan membawa kepada kepuasan mutu pekerjaan.
Mengapa kita perlukan Dasar Modal Insan ini? Negeri Selangor mempunyai demografi yang unik dengan jumlah penduduk paling ramai di Malaysia. Berdasarkan Laporan Jabatan Statistik Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah 6.5 juta yang terdiri daripada kaum Bumiputera (55.8 peratus), Cina (24.1 peratus), India (11.2 peratus) dan lain-lain (0.8). Pada tahun 2022, negeri Selangor merekodkan tenaga buruh seramai 3.7 juta dan merupakan penyumbang terbesar KDNK negara dengan jumlah 5 peratus (RM 343.5 bilion). Sehubungan dengan itu, sudah masanya negeri Selangor mempunyai satu Dasar Modal Insan yang menyeluruh dengan merangkumi semua skop modal insan termasuk Pembangunan Sosial, Pembangunan Ekonomi, Pendedahan Teknologi, Pendidikan dan Latihan, Kemahiran dan Pembangunan Kapasiti Diri dan juga Psikologi Individu bagi memenuhi kehendak semasa yang sudah beralih kepada modenisasi teknologi digital dan inovasi. Usaha ini amatlah penting bagi melahirkan individu berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi, sekaligus merealisasikan matlamat negeri Selangor menuju kearah sebuah ‘Negeri Pintar’ menjelang tahun 2025.
Sejajar dengan keperluan semasa dan cabaran pada masa akan datang, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan telah menggerakkan inisiatif memperkasa agenda pembangunan modal insan dengan merangka satu Dasar Modal Insan Selangor yang tersusun, realistik dan komprehensif yang juga menyentuh kepentingan serta keperluan golongan belia hingga ke warga emas. Dasar ini akan bertindak sebagai hala tuju pembangunan modal insan di negeri Selangor, di samping, berfungsi sebagai penanda aras kepada status program pembangunan modal insan. Namun begitu, persoalan besarnya adalah sejauhmana keupayaan mahupun pencapaian program pembangunan modal insan mampu memacu pembangunan sosio-ekonomi rakyat, sememangnya ia hanya dapat dicerminkan melalui kerangka dasar yang akan diwujudkan, dibentuk kelak.
Dasar Modal Insan Selangor merupakan inisiatif perancangan strategik yang memfokuskan kepada tujuh (7) domain utama iaitu Pembangunan Ekonomi, Teknologi Maklumat dan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence, Kepimpinan dan Patriotisme, Pendidikan dan Latihan, Pengukuhan Nilai Keagamaan dan Norma Tempatan, Kesejahteraan Komuniti dan Pendayaupayaan Psikologi modal insan dalam bentuk Pelan Tindakan Jangka Panjang atau Long-Term Action Plan agar lebih komprehensif di peringkat akar umbi dan lebih realistik. Melalui dasar ini, hala tuju pembangunan modal insan di negeri Selangor akan digerakkan di bawah satu pelan induk yang akan menjadi garis panduan atau guideline kepada agensi-agensi pelaksana dalam usaha menyampai dan menjalankan agenda Kerajaan Negeri untuk rakyat. Dasar Modal Insan Selangor amat mengambil kira keperluan Revolusi Industri 4.0 dan juga keperluan segenap lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran hidup era pasca Covid-19 dalam dunia VUCA (volatility, uncertainty, complexity and ambiguity) bagi memastikan Dasar ini sentiasa relevan dan selari dengan pembangunan teknologi digital serta dapat memenuhi Pelan Tindakan SMART Selangor 2025 yang telah menggariskan keperluan penglibatan masyarakat dalam insentif Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar dan Infrastruktur Digital Pintar.
Melalui Dasar ini juga, maklumat keperluan pasaran buruh semasa di Negeri Selangor dapat ditambahbaik bagi membantu Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengatasi isu-isu pasaran buruh seperti ketidakpadanan pekerjaan dalam pasaran buruh, memastikan kadar pengangguran kekal rendah dan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh bagi meningkatkan inklusiviti, disamping, akan membantu mempertingkatkan perundangan berkaitan perburuhan secara berterusan agar kekal relevan dan memenuhi keperluan pasaran buruh di negeri Selangor pada hari ini.
Dengan adanya Dasar Modal Insan ini, Selangor diharapkan amat membantu dalam aspek modal sosial di negeri Selangor. Dasar ini akan menekankan pembangunan potensi rakyat Selangor merangkumi pelbagai latar belakang golongan termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU), Komuniti Hijrah iaitu peluang kedua kepada individu yang pernah disabitkan kesalahan jenayah, para penghuni rumah perlindungan dan anak-anak yatim, tatkala golongan ini dilihat ketinggalan dan begitu juga golongan-golongan pesara yang ada di dalam negeri kita. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan Dasar Modal Insan ini juga dapat membantu Kerajaan Negeri dalam mengendali isu-isu sosial dalam komuniti mahupun amatlah penting dari aspek membangunkan sosio-ekonomi rakyat negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di antara program yang ada dalam Dasar Modal Insan ini adalah juga mengekalkan program Mega Job Fair sebagaimana yang kita akan adakan pada 10 dan 11 pada bulan ini bertempat di MAEPS yang menawarkan 300 majikan dalam lebih 30 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Selangor
termasuk kepada golongan OKU. Sekarang ini program-program yang kita jalankan di bawah Modal Insan tidak berlandaskan pada mana-mana dasar, waimah ia hanya berbentuk dalam program. Dengan adanya pengenalan Modal Insan Dasar ini maka kita akan pastikan program-program akan lebih kekal sepanjang masa termasuk apa saja yang diperlukan bagi membangunkan Modal Insan tersebut. Akhirnya saya Kerajaan Negeri ingin merakamkan jutaan terima kasih pada pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mursid bin Arshad, iaitu daripada Fakulti Institut Pengajian Sains Sosial UPM yang telah setahun menjalankan kajian bagi mewujudkan Dasar Modal Insan yang ada hari ini. Yang Berhormat Timbalan Speaker Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan ini saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh pihak Kerajaan iaitu Usul Dasar Modal Insan Selangor. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Saya persilakan Bukit Lanjan.
Tuan Timbalan Speaker. Pertama saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya EXCO yang telah membuat Dasar Modal Insan Selangor yang saya rasa sangat-sangat komprehensif. Saya telah baca buku ini, dan saya rasa buku adalah satu rangka kerja yang sangat bagus untuk Kerajaan Negeri. Cuma saya harap pihak di pihak ADUN, kita ada peluang untuk menambah baik atau memberi cadangan atau memastikan Dasar ini memberi makna kepada warga yang duduk hidup dan kerja di negeri Selangor. Saya hanya nak bangkit dua perkara. Bila kita bincang tentang Modal Insan dan khususnya kebelakangan ini kita selalu dengar isu-isu perpaduan pembangunan kepimpinan yang progresif dan sebagainya. Saya rasa biasanyalah isu wanita perwakilan wanita, gender representation dengan izin selalu diabaikan. Saya baca laporan ini memang saya tidak dapat melihat di mana kita boleh menambah baik lagi dengan izin women in power, young women empowerment. Dalam Modal Insan saya juga ada buat sedikit kajian, saya baca World Bank Human Capital Index, di mana mereka sebenarnya ada buat survey ataupun kajian antara human capital development dengan izin, antara lelaki dan juga wanita khususnya kanak-kanak. Saya rasa ini adalah satu basis dengan izin yang sangat bagus boleh buat satu penilaian di mana khususnya wanitalah. Saya nak bincang dengan wanita tentang wanita di negeri Selangor di mana mereka boleh menuju di mana mereka boleh go forward dengan izin. Kalau tidak dengan bantuan Kerajaan Negeri Selangor, jadi saya ini adalah satu perkara yang saya ingin bangkit kepada pihak EXCO supaya wanita diberikan keutamaan dalam Dasar Modal Insan Selangor. Representation is very important khususnya untuk wanita. Kita biasanya kata sudah tentu wanita akan diwakili, akan ada tempat tetapi saya nak Kerajaan Negeri lebih progresif sebagai contohnya di sini ada beberapa cadangan di mana ada latihan, ada khusus pimpinan yang dicadangkan ada akademik demokrasi. Saya nak cadangkan pada negeri untuk
memastikan peserta-peserta untuk program di bawah Dasar Modal Insan Negeri Selangor mesti ada lima puluh peratus wanita diberi peluang untuk menyertai program-program ini. Sebagai contoh di muka surat lima puluh, Akademi Kepimpinan Demokrasi Negeri Selangor. Kalau kita boleh kekalkan kuota tersebut, saya yakin wanita muda khususnya di negeri Selangor ada peluang yang sangat cerah bila mereka masuk ke work force dan sebagainya. Perkara kedua Tuan Timbalan Speaker dan juga EXCO dan pihak EXCO, saya nampak penekanan atas robotik teknologi latihan dan sebagainya. Saya rasa itu adalah satu perkara yang bagus, cuma saya ingin tambah dua perkara. Iaitu lebih baik kalau kita memperluaskan bidang teknologi jangan, jangan tertumpu sahaja kepada robotik tetapi kepada STEM. STEM ini sains teknologi khususnya untuk anak muda. STEM ini sekarang semakin lama semakin popular dan kita pun tahu sains ini ada satu perkara bukan ramai ada minat dan kita mesti memupuk minat mereka dari masa mereka sekolah, masa mereka sekolah rendah, sekolah menengah dan sebagainya. Tetapi bila saya baca ini juga saya rasa ada satu perkara yang tertinggal, sains teknologi, agama, rohani dan sebagainya itu semua penting tetapi yang saya tak nampak adalah culture budaya, kesenian art, culture, music dan saya rasa Kerajaan Negeri ada potensi untuk menerajui dalam bidang kesenian art dan culture, kebudayaan bahasa dan sebagainya. Ini adalah satu ruang di mana biasanya untuk Kerajaan biasa mereka tumpu kepada ekonomi, keusahawanan, teknologi sains tapi apa yang buat kita seorang manusia yang berbudaya, yang ada untuk saya Modal Insan, human capital adalah nilai-nilai kebudayaan appreciation music and art, yang kalau kita lihat dekat negara-negara maju seperti di Singapura atau Korea Selatan mereka ada tumpuan yang sangat khusus dalam bidang ini kerana mereka tahu kalau kita kerja di luar kalau tidak ada nilai-nilai kebudayaan, tidak ada appreciation untuk art music, maka seperti kita da kekurangan sebagai seorang manusia dalam kehidupan kita. So ini adalah dua isu yang bangkit dan saya rasa ini sangat komprehensif sangat tak bagus, cuma saya harap isu wanita perwakilan wanita dan juga bidang kebudayaan, kesenian dan muzik boleh dimasukkan dalam Dasar Modal Insan Negeri Selangor. Sekian terima kasih, saya menyokong usul Dasar Modal Insan Selangor.
Saya persilakan Yang Berhormat Hulu Kelang.
(Bacaan doa). Saya menilai, melihat ini buku ini dua minggu sebelum Dewan bermula. Seminggu sebelum sesi hari ini, sampai terlupa saya dah terima dah bahan ini. Saya book satu daripada urus setia, biasa bawa. Saya melihat isu Dasar Modal Insan ini mesti dalam konteks yang ada sedikit perubahan sedikit sahaja. Iaitu tentang pendekatan kita, kita namakan pendekatan semasa, pendekatan semasa ini bererti kita membawa satu idea, yang biasa ada dalam masyarakat, yang ada dalam universiti, yang biasa ada dalam pasaran, ada dalam industri, ada di mana-mana tapi dengan satu adjustment sedikit ini. Adjustment yang sedikit ini di mana maksud saya tentang leadership.
Apakah peranan kepimpinan yang nak kita bawakan kepada generasi modal insan dasar Selangor yang pada anak muda dan yang berteraskan kepada semangat patriotisme. Patriotisme dan dasar modal insan Selangor. Hari ini ada satu, saya telah di approach oleh seorang profesor yang telah mengulas buku saya bernama ‘Menuju Puncak Redha’. ‘Menuju Puncak Redha’ adalah satu buku bagi saya yang penting kerana dia menerbitkan balik, mengeluarkan balik daripada pemikiran saya, idealisme saya sejak mula-mula saya kenal erti seorang pelajar dan sejak saya mula-mula mengenali apakah itu Islam. Bagi saya Islam itu adalah way of life. Satu asas untuk kita berunding, berbincang, membolehkan adanya engagement, adanya komitmen, adanya kesetiaannya yang kita katakan, dikatakan sebagai pandangan kita tentang sesuatu perkara.
Itu adalah sebabnya Rasulullah S.A.W. apabila baginda berhijrah ke Madinah, dia mempertemukan semua orang. Mempertemukan di antara Arab Quraisy dengan kumpulan Arab, kabilah-kabilah bukan Arab yang sudah Islam dan belum Islam pada masa itu. Engagement ini melibatkan adanya komitmen, komitmen ini menghalangkan perbuatan khianat, perbuatan jahat, perbuatan yang melanggar peraturan semua itu. Contohnya Bani Saad, adalah satu kabilah kecil dalam Quraisy berbanding dengan satu Bani Kilab (Bani Anjing). Jadi Bani Saad, Bani Kilab ini menjadi dua masyarakat yang as time goes on, dengan izin. Perlunya masa dia lebih hebat. Jadi dia bercakap tentang engagement kita membolehkan berlakunya persahabatan, menggelakkan permusuhan, menjauhkan pengkhianatan dan membolehkan kita bangun mengelakkan berlakunya peperangan.
Itu yang kelebihan-kelebihan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad yang bernama Sahifah Al-Madinah. Sahifah ini yang telah diulas oleh Profesor Ahmad Ibrahim adalah benda yang basic, sangat basic. Bercakap benar, tak menipu, tak mencuri, tak khianat dan bila dah ada ini komitmen sebegini manusia tidak akan buat jahat sesama lain. Jadi apa yang kita nak dalam konteks ini adalah, Profesor Ruzhan dari universiti, pelbagai universiti. Empat ke lima profesor universiti. Dia mengulas buku saya, dia kata mana-mana buku saya ini mengandungi fakta tetapi tidak mendalam. It’s a lot of fact but lack of depth. Okay, saya kata. Dia kenal saya dah lama, dia di US dulu, saya di UK. Saya belajar management, the first person yang mengajar saya management adalah dia. Dia seorang yang bijak, dia buat Dublin dia, dia buat PhD dia dan management di Dublin. Satu perkara yang saya belajar daripada dia adalah management audit. Satu ilmu baru yang telah dibawa dalam dunia management yang telah digunakan di Malaysia dan saya banyak belajar daripada dia.
Profesor Ruzhan mengatakan buku saya sepatutnya ditulis macam buku Mandela, banyak fakta dan mendalam. Dan buku saya sepatutnya ditulis dengan pendekatan yang membawa pembaharuan, bukan cerita lama. Sebab dia dah kenal saya lama, saya pun kata kat dia ‘Awak, Dr. ni tak beri excuse pada seorang pesakit ...’ melahirkan penulisan buku macam buku Mandela yang saiz tebal itu kan. Buku
Mandela itu ditulis oleh orang lain, that particular one is Mandela punya writing work Long Walk To Freedom.
Jadi, saya nak kata pada dia. Dia beri cadangan pada saya lepas ini, dia tahu saya tak akan jadi lama dah. Bertanding dalam pilihan raya, bidang politik ini terlalu berat bagi orang macam saya. Tak lalu, tak larat saya nak pikul. Jadi dia mencadangkan saya menjadi, ‘you go into a field yang baru, yang baik nama dia Thought Leadership. Thought Leadership, jadi satu benda yang agak baik. Jadi bila saya tengok malam tadi, balik-balik petang semalam tengok, saya tengok ini ada slot dia. Slot ini sesuai untuk anak-anak muda Malaysia, Selangor diberikan latihan. Dan bila kita tengok dalam Internet, dia benda antara yang terbaru. Dia bercakap tentang thought management dan boleh bacalah. Cuma saya nak timbulkan beberapa perkara di sini, perkara pertama yang dikatakan sebagai thought leadership ini adalah; kita membawa satu perkara yang dikatakan pemikiran. We are marketing daripada pemikiran. Pemikiran yang dijual ke dalam pasaran, pertama sekali yang terkenal adalah social marketing. Dulu mula-mula kita bila terdedah dengan marketing, kita faham marketing itu macam salesman, selling is marketing, selling is more part of marketing. Tapi yang menjadikan marketing itu popular, yang menjadikan idea itu tersebar seluruh dunia, yang menjadikan idea yang macam menangani denggi, kolera, malaria ini adalah apa yang dikatakan social marketing. Social marketing, kita memasarkan idea-idea yang, yang idea itu boleh di abstrak untuk menjadikan dia very tangible di hati dan di sukai.
Macam mana kita nak lakukan? Kita nak lakukan perlu ada platform. Platform yang terbaik adalah, idea. Di Selangor ini contoh, apa kah idea yang paling orang suka? Apakah idea yang paling orang suka di Selangor? Tak ada idea. Idea nya ialah sekarang ini, dulu orang kata Selangor ini tak ada identiti. Sate kajang, rojak bandung, mi bandung, semua luar-luar kan. Rupanya ada, baru-baru ini kita jalankan nasi ambeng. Kenapa ambeng? Kenapa tak ambong? Dia asal nya nasi ambeng. Ada jawa ke sini?
Okay, ambeng ini dia makannya asalnya buat kenduri Jawa. Campur-campurlah semuanya, dia makan itu, dia dapat makan dalam dulang, bila makan itu dia bersila yang tak boleh bersila, kena kaki satu atas satu bawah, tunduk. Bila orang kata, “goleki apa kui?” “Ambong-ambongan”. Buat apa itu? Cium-ciuman dia kata. Kepala berlaga.
Daripada situ saya diberitahu oleh mak bapak saya bahawa ambeng itu adalah ambong. Tapi overseen lah, tak berapa manis kan. Kata ambong. Ada permainan, gurauan orang dulu, kalau jumpa seorang budak perempuan, kata kat dia “ayu ke yo” “jelok ambong? Cantik ya kau, minta cium, kena tempeleng. Itu gurau jahat orang dulu. Orang Melayu memang macam itu. Dia tidak berapa perasan apa benda yang ada pada dia.
Jadi saya nak cakap kat sini bahawa, idea ini adalah penting. Nak bagi idea ini adalah satu perkara its not easy. Dengan itu saya menyeru bahawa dalam sistem ini minta konsultan kita buat kajian include how to generate idea cara yang official, formal ada rangka dia, ada kursus dia, ada cara yang kita boleh buat dan buat dia cara yang boleh dijadikan domain part 04, pendidikan dan latihan. This is really interesting. Saya harap, saya dah orang book saya jadi konsultan dalam bidang ini dan saya harap saya akan kembali ke tapak asal saya. Pada asal saya memang training, saya adalah sebelum among associate yang dimulakan oleh Hasan Ali dan Fadhilah Kamsah, telah ada Irshad Institute. Satu-satunya syarikat juru perunding dan latihan Melayu yang tolong pada masa itu. Kami mulakan pada usia kami berusia berumur 36 tahun dengan Hasan Ali. Dah tua, dah berumur dah. Kami dah set satu associate, satu institute. Dia baru nak mula... ini komen dia “berani juga kamu ini. Saya dan Dr. Fadhilah Kamsah harganya RM 4,000 sehari. Dia bagi kita training RM4,000. Saya RM 1,500.00 sahaja pada masa itu.
Jadi dia kata, bahawa apa yang boleh dibuat adalah untuk membawakan idea itu kepada masyarakat. Dikatakan Ambang Associate, di Ambang Associate. Baru nak start, kami dah buat institut dan kami dapat banyak dengan kasih sayang dan simpati dan kemudian kekaguman DBP, Dewan Bahasa. Lebih lah, lebih dari 40 dalam masa setahun. Lebih 40 syarikat dan jabatan di Malaysia, Tabung Haji, Telekom, namakan saja. Semua kami dah engage, tapi dengan harga tidak mahal sangatlah. Pada harga konsultasi, RM3,000 sehari. Jadi itu adalah yang saya katakan. Idea kita ini adalah untuk menjadi thought leadership something that kita create, kita bimbing, kita bawa. Kita besarkan dan kita melahirkan orang-orang yang beridea, orang-orang yang mampu menjadi change agent dan barulah kita fits into demokrasi, kita fits into apa yang kita nak bawa. Hak keadilan dan kesaksamaan, hak asasi manusia, keadilan, bercakap benar dan saya nak siapkan tulisan saya, tentang satu surat terbuka lagi. Baru-baru ini saya telah menulis sebuah surat terbuka kepada Perdana Menteri. Dan saya kali keduanya, saya nak umumkanlah elok saya umumkan, saya sedang menyiapkan satu surat terbuka untuk tuan guru.
Terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Seri Setia.
Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR
: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan Domain 06, iaitu kesejahteraan komuniti. Kalau ikut pada apa yang dipetik di sini adalah domain ini memfokuskan kesejahteraan komuniti yang bermaksud kegembiraan politik sosial, kualiti sosioekonomi, kualiti kehidupan komuniti sihat dan kelestarian. Definisi yang lebih komprehensif tentang konsep ini telah merangkum aspek fizikal, psikologi, politik sosial budaya dan alam persekitaran.
Kebanyakan bandar-bandar utama dan wilayah memfokus kepada dimensi ekonomi, sosial dan fizikal di dalam konteks populasi tertentu. Baik, saya tertarik tentang kesejahteraan komuniti. Saya terfikir juga kesejahteraan komuniti ini mungkin dia boleh bagi kepada beberapa kawasan, peringkat. Saya ambil contoh, kalau kawasannya di bawah miskin bandar ya, untuk kesejahteraan komuniti ini beberapa langkah yang perlu diambil. Contohnya, kalau kesejahteraan komuniti saya ambil di kawasan Seri Setia, kita ada kawasan yang boleh dikatakan taraf kemiskinan bandarnya adalah di Desa Mentari, Desaria dan Lembah Subang. Ke mana arah komuniti ini? ke mana arah anak-anak kita? Kesejahteraan komuniti kawasan, kesenangan, kemudahan antara yang saya terfikir. Contoh di kawasan yang rumah pangsanya ada lif, dalam negeri Selangor ini boleh dikatakan banyak rumah-rumah pangsa. Tak kiralah kos rendah atau kos sederhana atau kos tinggi. Cuma tumpuan kita adalah pada kos rendah. Bila ibu atau bapa biasanya bapalah yang balik kerja, balik kerja nak balik ke rumah dalam keadaan penat sama ada dia naik motor ataupun kereta.
Dia akan menghadapi masalah yang pertamanya bila sampai di rumah adalah masalah parkir. Dia tidak ada parkir. Di situ pun telah timbul kemarahan pada beliau. Bila balik kerja dalam keadaan penat tiada kawasan parkir. Yang kedua, apabila dia telah dapat parkir, dalam keadaan penat dan terpaksa tidak menghalang kereta orang. Dia akan menghadapi masalah untuk balik ke rumah dengan menaiki lif. Lif pula ada 1, ada 4 yang disediakan tetapi hanya 1 sahaja yang boleh digunakan kerana yang lain telah rosak. Terpaksa beratur dalam keadaan penat. Dalam keadaan letih terpaksa beratur menunggu turn ataupun menunggu masa untuk bergilir-gilir naik. Bila dah naik dalam keadaan penat, sampai di rumah pula anak-anak bergaduh. Anak-anak bergaduh di dalam rumah. Bila anak-anak bergaduh, dia pun turut bergaduh dengan isteri. Bukan bergaduh dengan anak-anak tetapi dengan isteri. Bila anak-anak bergaduh, isteri dan suami bergaduh, anak-anak tersebut akan merasa marah dan turun ke bawah. Apabila anak-anak turun ke bawah, inilah yang paling kita takutkan, inilah paling perlu kita tekankan. Kerana kita tahu, apa yang diajar di rumah kurang tetapi yang mengajar di luar terutama kawan-kawan yang memberi pendidikan lebih bahaya daripada yang di rumah itu sendiri. Apabila suami dan isteri bergaduh anak-anak semua akan turun ke bawah.
Ini adalah antara komuniti kesejahteraan atau kesejahteraan komuniti yang kadang-kadang kita harus fikirkan. Saya pernah bersama, berjumpa salah seorang pengusaha rumah bersama Yang Berhormat Nik Nazmi, beliau ADUN Seri Setia dulu. Kita bertemu dengan salah seorang pengusaha atau yang membina kawasan Desa Mentari itu. Jadi beliau, Allahyarham pun. Pada 2008 kami berjumpa beliau, beliau mengakui atas kesilapan beliau membina rumah pangsa kos rendah di kawasan Desa Mentari itu. Itu adalah sebab pada tahun 2005, Kerajaan dahulu di bawah Menteri Besar dahulu, meminta supaya disegerakan rumah pangsa ini untuk dijadikan setinggan sifar. Jadi pengusaha ini ataupun pemaju perumahan ini, dia minta maaf, dia kata sebab dia menghadapi masalah ketika itu. Dan masalah itu dihadapi sehingga
ke hari ini terutama di rumah-rumah pangsa kos rendah. Dewan yang tidak cukup? bagaimana kita hendak membina kesejahteraan komuniti? Komuniti yang selamat? Keadaan anak dan keluarga kita tidak selamat. Dewan yang tidak cukup. Padang permainan yang tidak ada, adapun hanya seka kang kera. Rumah ibadat terutama surau, surau yang adapun hanya satu. Dan mereka buat sendiri di bawah flat ataupun bawah pangsapuri, tempat parkir motor itu dibuat sendiri. Ini yang berlaku.
Saya yakin dan percaya ini bukan kawasan Seri Setia sahaja. Malahan banyak di kawasan dalam negeri Selangor hadapi masalah yang sama. Tetapi Alhamdulillah ya, kalau di kawasan Desa Mentari ini saya bersama komuniti tersebut, kita berjaya berusaha dari 2008, kita berusaha satu komuniti yang baik di kawasan itu. Malahan sekarang ini telah ada satu blok, ada 5 NGO yang bersama-sama membantu untuk memastikan komuniti yang sejahtera. Setiap blok sudah tentu telah ada GNB. Setiap blok telah ada KRT. Setiap blok sudah ada Persatuan Penduduk. Setiap blok telah ada NGO. Walimatulurus yang mengurus rumah tangga, rumah tangga pula. Yang menguruskan kenduri kendera. Yang kelima, ada pula komuniti yang melibatkan pertanian. Jadi ini antara yang kita usahakan bagi mewujudkan satu kesejahteraan komuniti di dalam kawasan kita. Dan itu belum lagi yang saya nak Lembah Subang. Di Lembah Subang ini masalahnya lebih banyak. Pelbagai-pelbagai masalah ya. Kami mewujudkan kesejahteraan komuniti di sini. Kita berjumpa, kita berbincang dengan Ahli Majlis, Alhamdulillah Seri Setia kami mempunyai Ahli-ahli Majlis yang boleh membantu bersama-sama kita bina kesejahteraan...
Seri Setia mohon mencelah.
Ya, Taman Medan.
Yang disebut oleh Yang Berhormat Seri Setia sebentar tadi tentang permasalah-permasalah dalam kontak membina satu jalinan kesejahteraan hidup antara komuniti. Tetapi tidak adakah juga, saya rasa Taman Medan juga mempunyai masalah yang sama dengan Seri Setia. Dalam masa yang sama juga, keadaan struktur fizikal dan prasarana juga menjadi satu bentuk kekangan. Dalam hal membina kehidupan sejahtera yang berkait dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Mohon pencerahan ya.
Seri Setia dan Taman Medan ini adalah saudara yang bersebelahan. Cuma bezanya Taman Medan ini banyak rumah-rumah teres ataupun rumah-rumah landed. Tetapi kalau di Seri Setia ini rumah pangsapuri ataupun rumah pangsa ini banyak.
Saya mohon betulkan fakta. Saya rasa Taman Medan lagi banyak rumah tinggi daripada Seri Setia.
Saya termasuk Lembah Subang. Taman Medan. Lembah Subang sahaja saya ada 8 blok, Lembah Subang 1. Lembah Subang 2, saya ada 5 blok. Saya ada di Desa Mentari ada 8 blok. Saya ada di Desa Ria, saya ada 8 blok. Desa Ria 5A, Desa Ria 5B. Saya ada Desa Seri Melewar, 5 Blok. Jadi kawasan Seri Setia ini lebih banyak pangsapuri-pangsapuri.
Saya betulkan fakta. Kawasan saya mempunyai 24 projek perumahan tinggi. Bukan...
Jangan gaduh sebab blok.
Bukan gaduh. Beri pencerahan. Kembar saya bersebelahan.
Apa pun matlamat kita adalah untuk mewujudkan kesejahteraan komuniti. Ke mana pun arah kita? Apa tugas kita sebagai pemimpin? Apa tugas anda sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk? Ini juga bila antara lain kita wujudkan Persatuan Penduduk atau NGO yang membantu ini saya tetapkan. Ingat saya dulu bila saya tetapkan, saya hendak pastikan bahawa setiap persatuan penduduk harus diwakili oleh 3 bangsa asing yang bukan sahaja orang Melayu tetapi ada orang Cina dan orang India. Sebab kita hendak wujudkan semangat perpaduan dalam komuniti tersebut. Baik. Komuniti atau kesejahteraan komuniti ini, kalau tadi saya nyatakan tentang parkirnya yang tidak ada. Yang ini pun saya minta dapat diselesaikan. Ini antara isu-isu yang besar. Saya bukan bermaksud Modul Insan ini tidak bagus, tetapi maksud yang saya ceritakan tadi adalah rentetan daripada permulaan. Itu yang saya tanya tadi, ke mana arah komuniti kita? Ke mana arah anak-anak kita?
Dan saya hendak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri. Dahulu kita ada SPIES, yang kita wujudkan di bawah modul insan. Mungkin saya tidak tahu lebih lanjut tentang perkembangannya tetapi beberapa orang dari kawasan saya yang turut serta dalam program tersebut. Yang ini kita perlu wujudkan dan kita hendak pastikan bahawa setiap belia-belia harus ikuti program-program yang sebegini. Kita tidak mahu belia ini sahaja suka-suka untuk seronok bersukan/bermain tetapi tidak diterapkan unsur-unsur yang sebegini. Dan kita juga ada, apa nama, yang kita boleh membawa mereka dalam bentuk ilmiah keagamaan. Ini cukup penting kerana kena tahu pegangan agama harus ada pada setiap insan terutama muslim untuk memastikan perjalanan hidupnya lebih baik daripada yang sebelumnya.
Jadi saya harap, kesejahteraan komuniti ini dapat sama-sama kita membentuk untuk memastikan Selangor ini menjadi yang terbaik untuk insan-insan terutamanya Selangor. Jadi Seri Setia, menyokong dasar Modul Insan Selangor. Terima kasih.
Sungai Panjang.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Banting.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Timbalan Speaker, Banting juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan dasar Modul Insan Selangor. Di mana terdapat beberapa perkara yang ingin saya tarik perhatian Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, dan khususnya pihak Paya Jaras untuk memberi sedikit penelitian ataupun ulasan nanti.
Kita dapati bahawa dasar ini merangkumi banyak domain dan juga strategik dasar. Sebenarnya 2, 3 perkara telah ditetapkan, ditulis dan dimasukkan dalam dasar ini mempunyai banyak kaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan perbahasan Belanjawan dan juga sesi soal jawab kali ini. Kita tidak harus ya Tuan Timbalan Speaker, sebenarnya dalam sesi Dewan yang lepas, Dewan Negeri telah membahaskan dan meluluskan dasar yang dipanggil sebagai dasar Belia Negara, eh Dasar Belia Selangor. Dan banyak input diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tersebut. Itu berlaku bukannya terlalu lama dari sekarang. Iaitu dalam sesi yang lepas sahaja. Dan sekarang ini kita melihat ada satu lagi dibangkitkan sebab dasar Modul Insan Selangor. Saya melihat sebagai Ahli Dewan Negeri ini sebagai sinambungnya dari apa yang dibahaskan pada bulan Julai sebelum ini berkenaan dasar Belia Negeri Selangor. Di mana penerimaan dan perbahasan dan juga pelaksanaan dasar Modul Insan ini perlulah berlaku secara, perlulah menjadi kesinambungan dan bukannya selari, tidak bertindih, tapi perlu pelaksanaan kedua-dua dasar ini perlulah di sekalikan ke arah yang sama dan pada landasan yang sama dan ke arah continuation ataupun kesinambungan di mana kita tidak hendak dasar Modul Insan ini satu pelaksanaan dasar Belia Selangor ini satu lagi, dua dasar dilaksanakan secara selari tetapi tidak bertindih maka ia akan membazirkan dari segi wang ringgit.
Saya ingin memberikan beberapa penekanan terhadap strategik jasa ya Tuan Timbalan Speaker. Pertama, di bawah domain pertama di bawah ekonomi ada disebut strategik dasar pelaksanaan analisis pasaran secara perkara serta meningkatkan prasarana untuk perindustrian berat. Kedua-dua dasar ini sebenarnya sangat amat bertindih dengan portfolio yang di pengang oleh Bandar Baru Klang tadi dan juga Batu 3. Begitu juga dengan strategik dasar berikutnya seperti memperkasa bidang keusahawanan sosial, keempat- memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana, dan kelima - kebudayaan kerja yang cemerlang. Jadi saya amat berharap supaya pelaksanaan agensi-agensi yang terlibat dengan dasar ini perlulah apa ini, perlulah berkomunikasi dengan agensi-agensi kerajaan SIDEC, Invest Selangor dan sebagainya. Khususnya dengan perindustrian berat ini. Kita tahu ya, Kerajaan Negeri Selangor memang sudah banyak membincangkan pembangunan Aerospace ya ataupun aeroangkasa ini. Aeroangkasa di negeri
Selangor. Begitu juga dengan industri auto mobil yang ada di kawasan Gombak dan Rawang. Industri Aeroangkasa di Lapangan Terbang, Subang dan juga di KLIA. Jadi semua ini bersangkut paut. Kalau kita bercakap tentang industri berat kita memang tidak boleh melarikan dari sektor-sektor yang saya kaitkan ini. Kedua, saya ingin menyebut tentang domain kedua, teknologi maklumat dan kecergasan muatan (AI) ada disebut strategik dasarnya keperluan infrastruktur yang lebih baik, mewujudkan lebih banyak pusat latihan berkaitan dengan kemahiran robotik. Di sini saya sebagai Wakil Rakyat Kuala Langat, saya amat-amat memohon perhatian dari Kerajaan untuk melihatkan semula pelaksanaan infrastruktur internet yang lebih baik di kawasan Kuala Langat. Pagi tadi kita ada soal jawab berkenaan dengan wi-fi Smart Selangor. Sebenarnya di kawasan Kuala Langat di kawasan saya apa yang diperlukan sebelum kita bercakap perkara-perkara yang canggih. Kita perlu menyelesaikan masalah hakiki iaitu speed ataupun kelajuan internet yang ada di Selangor khususnya di kawasan luar bandar masih lagi tidak mencapai tahap yang memberangsangkan ataupun tahap yang mencukupi memudahkan pembangunan modal insan yang menyeluruh di negeri Selangor. Saya meminta supaya, Yang Berhormat EXCO, supaya boleh berfungsi sebagai pemangkin di dalam pelaksanaan dasar modal insan ini, untuk memastikan agensi-agensi seperti Smartsel, seperti MBI, dapat memangkinkan, memastikan pelaksanaan infrastruktur ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik di negeri Selangor khususnya di daerah Kuala Langat. Saya juga menyebut Kuala Langat, kerana seperti apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Kawasan Morib, terdapat banyak institusi dan latihan, pusat latihan, yang berlandaskan, yang didirikan oleh Kerajaan Persekutuan, yang ada di kawasan Kuala Langat, khususnya di kawasan Morib. Saya sebut, IKBN, ILP, KVSAS, di kawasan saya, Kolej Matrikulasi di kawasan Morib. Semua ini adalah bahan-bahan yang telah sedia ada, ataupun, saya bukan bahan- bahan, tapi infrastruktur ataupun kemudahan yang memang telah pun wujud. Kolej Komuniti termasuk. Saya di sini, ada terbaca, Kolej Komuniti, we are talking about live long learning, pembelajaran seumur hidup. Jika tidak boleh menjalankan pembelajaran seumur hidup, kalau kita tidak melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, seperti Kolej Komuniti, yang memang saya tahu, ada banyak program-program, structurer, ataupun bersifat tempoh pendek, yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat tetapi tidak diwar-warkan. Pembelajaran bahasa asing, contohnya, itu adalah sesuatu yang saya rasa, bagus, tetapi perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi, sekarang ini, Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan telah pun ditubuhkan dan kerajaan Selangor seharusnya boleh menggunakan kemampuan dan juga resources yang ada dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan dasar ini. Bukan dasar ini sahaja, Dasar Belia Selangor sekalipun, dengan lebih berkesan dan efektif. Maksudnya kita tidak perlu, dalam bahasa Inggeris, we don’t have to reinvent the view. Because the view is ready there, but what we need to do, is to make sure that the Selangor State government are able, are capable, to ride on the facilities and
infrastructure provided by the Federal Government, makes full use of it, menjadikan rakyat Selangor, mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar ini.
Saya lihat bukan rakyat, ia pembelajaran, pembelajaran seumur hidup ini penting bukan sahaja untuk orang muda, tetapi juga untuk orang dewasa, untuk orang yang telah pun lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Mereka memerlukan pendidikan sepanjang hayat. Contoh terbaru, saya lihat hari itu, Bandar Baru Klang, baru sahaja mendapat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti, Universiti Perdana, saya rasa, kalau saya tidak silap, Open Universiti. Itu adalah satu contoh, dan ramai lagi saya tahu di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, ada mengambil kursus dalam jangka masa pendek, atapun dalam jangka masa panjang pun ada. Untuk mempertingkatkan academic qualification mereka. Kita juga tidak boleh lalai Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, bahawa terdapat ramai lagi pemuda pemudi, khususnya saya bercakap sedikit tentang pemuda yang merupakan lepasan SPM, tetapi mereka tidak ada peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kita harus maklum dan menerima kenyataan ini. Oleh sebab itu, dasar modal insan ini adalah penting untuk memastikan bahawa mereka akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kalau selepas SPM, mereka terpaksa jadi Grab driver, terpaksa membuka perniagaan, barangkali menjadi penjaja ataupun kahwin. Kita perlu memastikan bahawa, dalam mereka menjalankan pekerjaan-pekerjaan harian mereka, seperti biasa mereka juga ada peluang untuk mengikuti kursus-kursus tertentu. Untuk membangunkan, untuk mempertingkatkan harga diri dan juga nilai pasaran mereka. Dan saya juga ingin, oleh sebab itu saya kata Yang Berhormat EXCO, akan memainkan peranan sangat penting kerana Yang Berhormat akan menjadi orang tengah di dalam ke semua ini. Yang Berhormat akan menghubungi agensi-agensi, portfolio-portfolio yang lain. Yang Berhormat juga perlu menghubungi pihak di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk memastikan apa saja resources ataupun sumber yang ada pada mereka dapat diturunkan ke negeri Selangor untuk melaksanakan dasar ini.
Tuan Timbalan Speaker, Domain ketiga, kepimpinan dan patriotisme, strategi dasar. Ini saya rasa saya kena sebutkan di sini. Pelaksanaan kuota representasi, kuota, mempelbagai generasi sebagai ahli dalam kepimpinan masyarakat memerintah sektor (politik, sosial, komuniti, korporat). Ketiga, pelaksanaan had penggal tempoh untuk kepimpinan dalam mana-mana pertubuhan dan representasi pelbagai generasi dalam kepimpinan masyarakat memerintah sektor politik, sosial, komuniti, korporat. Ini adalah cadangan yang bagus dan saya memohon supaya Kerajaan Negeri dapat memberi lebih banyak penjelasan macam mana pelaksanaan kuota representasi ini dapat dilakukan untuk membantu golongan yang belum lagi di arus perdanakan, supaya mereka ini, melalui pelaksanaan kuota representasi ini, dapat di arus perdanakan. Menjadi pemimpin di peringkat masyarakat. Sektor politik ada, sektor sosial ada, komuniti ada, korporat ada. Maksudnya dalam syarikat, dalam parti politik, dalam pertubuhan seperti masjid, surau, jawatankuasa surau, jawatankuasa tokong, kuil, persatuan penduduk. Adakah itu masuk. Kita akan melihat, lebih ramai anak
muda, lebih ramai wakil daripada wanita untuk mengambil bahagian dalam memimpin persatuan-persatuan ini. Saya memohon penjelasan diberikan.
Domain keempat, pendidikan latihan, saya dah sebutkan lagi berkenaan TVET dan sebagainya, OKU lepasan SPM. Tetapi ada satu perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian, Pusat Harian Warga Emas. Saya mencadangkan, sebagai satu langkah yang paling penting, dalam masa lima tahun, Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Pusat Harian Warga Emas di setiap kawasan DUN. Kerana apa yang ada di peringkat sekarang ini, adalah Pusat Aktiviti Warga Emas di setiap kawasan Parlimen. Kalau di kawasan Kuala Langat, saya rasa mujur, kerana PAWE, yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Dia terletak di kawasan saya. PAWE, PAWE. Tetapi kawasan Sijangkang, tidak ada, Morib pun tidak ada, Tanjung Sepat, lagi tidak ada. Saya tidak tahu la, kalau Parlimen Sepang, terletak di mana, Sepang ke, Sungai Pelek ke, Tanjung Sepat ke ataupun Dengkil. Tapi di kawasan Kuala Langat, saya sahaja.
Saya memohon supaya kalaulah kita mempunyai sumber yang mencukupi, kita menubuhkanlah Pusat Harian Warga Emas ini di setiap kawasan DUN. Kerana saya rasa kalaulah kerajaan, kementerian hanya mampu memperuntukkan RM 33,000.00 satu tahun untuk membiayai satu PAWE di satu kawasan Parlimen. Sekiranya kita mempunyai sumber yang mencukupi, bolehlah kita menggunakan wang kita, ataupun Kerajaan Negeri Selangor untuk mendirikan Pusat Harian Warga Emas di setiap DUN. Barangkali dengan amaun yang lebih tinggi lagi di kawasan-kawasan DUN yang tidak ada pusat sedemikian. Itu adalah cadangan saya untuk domain yang keempat ini.
Begitu juga, saya rasa itulah sedikit sebanyak apa yang saya nak sampaikan di sini. Dan saya memohon perkara-perkara ini bolehlah diberi perhatian dan diberi penjelasan sekiranya boleh dalam penggulungan nanti. Kita amat menantikan jawapan daripada Yang Berhormat Paya Jaras. Dan saya berharap supaya dasar ini boleh dilaksanakan. Sekiranya kita perlu menggubal undang-undang, sekira kita perlu membuat dasar, bukan sahaja dasar baru, kita perlu membuat undang-undang. Bukan sahaja untuk Dasar Modal Insan ini, tetapi juga untuk Dasar Belia Selangor yang dibentangkan sebelum ini. Saya mohon supaya perkara ini dipercepatkan. Supaya kita boleh meluluskan Enakmen ini, sebelum Dewan Negeri ini dibubarkan pada tahun depan. Sekian sahaja. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Panjang.
Bismillahirahmanirrahim. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pembentangan Dasar Modal Insan Selangor. Yang mana secara umumnya telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi berkenaan dengan takrifan ataupun apa itu pengertian modal insan. Yang mana ia melibatkan
kepentingan kita semualah. Dan di dalam dasar modal insan ini untuk perbahasan saya, saya menyentuh dua kumpulan sasar. Iaitu belia dan juga belia dewasa yang mana kita sedia maklum, perkara yang menyentuh isu berkaitan dengan belia ini, kita tidak boleh lari daripada empat perkara ini.
Yang pertamanya adalah isu berkaitan dengan pendidikan. Kemudiannya, berkaitan dengan pembangunan keluarga. Seterusnya pekerjaan dan juga ekonomi. Berkenaan dengan ekonomi ini, kita kena lihat dalam dasar ini, apabila ia dilaksanakan, mestilah memenuhi kehendak ataupun demand, dengan izin, industri di luar sana. Dalam kita merangka dan juga menyediakan apa juga inisiatif dan juga platform berkaitan dengan kesediaan pekerjaan dan juga kesediaan modal insan yang kita ada dalam negeri Selangor ini. Untuk mereka ini, kita sediakan mereka, ready, di dalam industri di luar sana, khususnya di dalam negeri Selangor. Yang kita telah pun mengkhususkan beberapa industri-industri yang penting di dalam negeri Selangor. Seperti aviation industry dan juga industri-industri berat yang lain. Dan dalam masa yang sama, dengan adanya Dasar Modal Insan Selangor ini juga, inilah peluang dan juga ruang, untuk kerajaan mempertingkatkan ataupun memperkemaskan lagi, program IKHTISASS negeri Selangor. Kerana sudah pasti, kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan oleh golongan belia, yang ada pada hari ini, yang boleh menyumbang kepada pembangunan modal insan dan juga penyediaan human capital dengan izin, di peringkat negeri Selangor.
Berkenaan dengan pendidikan dan juga awareness kepada golongan belia, dan juga belia dewasa, saya juga menyarankan agar di setiap pusat-pusat khidmat ADUN, 56 DUN di negeri Selangor ini, diberikan peruntukan khas untuk mengambil pelajar-pelajar internship, untuk mereka ini boleh di attach sekali dengan ADUN-ADUN. Selain daripada mereka ini, mungkin boleh membantu di peringkat pusat-pusat khidmat ADUN dari segi research dan juga engagement dengan golongan belia kita, yang lebih faham. Dan kita boleh menyampaikan apa hasrat mereka dengan lebih terperinci dan lebih tuntas. Mereka juga ada peluang untuk pelajar-pelajar universiti ataupun kolej-kolej, untuk mereka dapat peluang apa nama ini, mengambil pengalaman daripada ADUN-ADUN ataupun di peringkat ADUN-ADUN, wakil rakyat peringkat kerajaan dan pembangkang, yang mana mereka dapatlah sekurang-kurangnya, secara tidak langsung kesedaran berkenaan betapa penting peranan Institusi Dewan Negeri. Kalau tidak, mereka mungkin dapat ataupun dapat maklumat ini secara general sahaja. Jadi kalau kita ada program internship bersama-sama dengan ADUN ini, mungkin ia dapat menarik atau dapat memberi peluang yang lebih baik lagi. Ini juga akan menyentuh, apa nama ini, beberapa domain tadi, domain berkenaan kepimpinan dan patriotisme. Supaya kita dapat lihat dan juga kita dapat dekati. Dan kita harap juga di sektor pendidikan ini, peranan Yayasan Selangor dan juga agensi-agensi di peringkat negeri yang lain. Supaya dapat dilibatkan sama sebagai stakeholder dalam menjayakan apa juga peranan dan juga menyediakan anak-anak muda, belia-belia dan juga warga anak-anak negeri Selangor. Dalam menjayakan Dasar Modal Insan ini.
Yang seterusnya, saya juga suka untuk menyentuh inisiatif Kongres Rakyat Selangor, yang melihatkan kepelbagaian dan juga keterangkuman semua stakeholder ataupun pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan belia. Dan saya harap juga dan juga saya secara terbuka mewakili rakan-rakan di peringkat Majlis Belia Selangor, kalau boleh untuk turut serta di dalam kongres rakyat Selangor ini, untuk kita terlibat sama dalam mendekati dan juga menjayakan apa juga inisiatif-inisiatif ini, termasuklah kuota-kuota yang ditentukan itu. Supaya boleh libatkan sama kawan-kawan dan juga rakan-rakan, belia-belia, di peringkat majlis belia daerah-daerah. Kita ada sembilan daerah semuanya. Dan yang akhir sekali, berkenaan dengan inisiatif ataupun Dasar Modal Insan Negeri Selangor ini juga, kita kena melihat secara menyeluruh, bukan sahaja kita melihat peluang-peluang yang ada di luar bandar, tetapi juga peluang-peluang....
Celahan.
.. untuk belia dan juga warga di luar bandar. Saya berikan ruang untuk celahan.
Terima kasih. Saya nak tanya tadi, sekarang ini, Majlis Belia Malaysia, yang mana Yang Berhormat sendiri sebagai pengerusinya, apakah ada program-program bentuk modal insan ini?
Okay, terima kasih. Di peringkat Majlis Belia Malaysia, sememangnya ada program-program yang ditentukan melalui inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan saya di peringkat Majlis Belia Selangor, kita akan menjayakan apa sahaja program di peringkat KBS. Dan kalau kita ada hubungan baik dan juga hubungan yang berterusan sebagai strategic partner di peringkat negeri, InsyaAllah, kita boleh kembangkan lagi di peringkat Majlis Belia Selangor. Dan akhir sekali tadi, berkenaan dengan pembangunan industri ataupun pembangunan ekonomi luar bandar dan juga dalam bandar ini, luar bandar dan juga di bandar mestilah seimbang, dan peluang-peluang ekonomi di luar bandar, sepertinya industri pertanian, dan juga industri pelancongan, juga perlu dilibatkan oleh golongan-golongan belia dan juga dalam dasar modal insan ini. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Siapa lagi berucap.. Dewan disambung semula. Ada lagi. Tidak ada, ya. Semua tak ada, pembahas daripada Usul. Minta pihak Kerajaan, kalau ada untuk menggulung, dan memberi penjelasan. Silakan Yang Berhormat Paya Jaras.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pertama, terima kasih kepada semua Ahli yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Modal Insan. Dasar Modal Insan ini, merupakan dasar pertama diperkenalkan dalam Selangor. Kerana sebelum pada ini, memang kita tidak nafikan semua portfolio Kerajaan Negeri, mengadakan program tentang pembangunan modal insan. Dan termasuk juga portfolio Generasi Muda dan Modal Insan. Cuma dasar ini, merupakan satu panduan yang lebih sistematik untuk mengarahkan program-program dalam negeri. Kita tidak nafikan, The State have the right to do all the things. Tetapi dengan adanya polisi ini, is to make sure, the activity, is done rightly, dengan cara betul. Kita nak faham, bahawa dasar modal insan ini, merupakan dasar yang memberi fokus kepada individu itu sendiri, bukan kepada agensi kerajaan, tetapi kepada rakyat kita. Dan demografi kita, tidak sama dengan demografi yang ada di pantai Timur, mahupun di sebelah utara, sebab Selangor sebagaimana yang saya sebut tadi, mempunyai penduduk yang berbilang kaum ataupun plural society.
Dalam konteks ini, saya suka menarik perhatian Yang Berhormat semua, bahawa kerajaan merupakan, entity independent, ataupun entity yang menentukan, manakala rakyat merupakan entity yang kita membentuk. Jadi kalau kita lihat dalam perbahasan yang dibangkitkan oleh Seri Setia, berkaitan dengan komuniti, manakala Banting membangkitkan tentang dasar belia dan dasar modal insan, ekonomi, teknologi dan pelbagai. Sungai Panjang juga membangkitkan tentang belia. Saya nak sebut bahawa dasar belia dengan dasar modal insan ini, berbeza. Dasar belia itu sendiri memberi fokus kepada belia kita di antara 15 hingga 30 tahun, sebagai tafsiran belia. 30 hingga 40 tahun, sebagai belia dewasa dan 40 tahun ke atas merupakan warga selepas, warga dewasa. Manakala dasar modal insan ini merangkumi semua sekali. Daripada 15 tahun belia sehinggalah warga usia emas. Apa yang penting di sini, saya suka menyebut, apa yang saya sebut dalam ucapan saya tadi, bahawa definisi modal insan, kalau mengikut syor, adalah berkaitan training dan education kepada individu itu sendiri. OKG menyebut bahawa ia adalah tentang kemahiran ke atas individu itu sendiri. OECD mentafsirkan sebagai ilmu, memberi ilmu keupayaan dan kebolehan, kompetensi kepada individu itu sendiri. Bermakna dasar modal insan ini, memberi fokus kepada individu itu sendiri. Tidak dinafikan, ada disebut tentang portfolio
ekonomi, portfolio infrastruktur, portfolio PBT dan pelbagai portfolio, termasuk portfolio Wanita.
Tetapi dasar modal insan ini, menyebut, apakah keperluan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Pertanian, Putra Malaysia, berdasarkan kajian, inilah yang sepatutnya yang kita lakukan dalam kerajaan Selangor, supaya kita dapat bangunkan modal-modal insan kita. Dan yang paling penting sekali adalah memberikan kepada mereka cara berdikari. Berdikari dan membangunkan ekonomi dalam Negeri Selangor kita hari ini. Dan saya mengambil kira bahawa apa yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, berkaitan dengan gender, ada disebut. Tidak disebut sebagai 30%, 40% atau 50%, kerana ia mulakan asas kajian. Maknanya asasnya adalah kita tidak membeza-bezakan di antara gender. Di antara certain... what ever kouta, kita nak, saya ingat terpulang kepada agensi dan polisi dari masa ke semasa. Tetapi base line dia adalah, Selangor, kita tidak beza-bezakan. Sama ada dia gender lelaki ataupun wanita. Kita menganggap mereka adalah sama rata, dan mempunyai peluang yang sama dalam pembangunan Negeri Selangor kita hari ini.
Ahli Yang Berhormat semua, dengan adanya, domain, tujuh domain yang tersebut iaitu ekonomi,teknologi, kepimpinan, pendidikan, nilai agama, kesejahteraan, komuniti dan psikologi. Ini adalah fokus, alat kita untuk kita bangunkan individu-individu yang ada dalam Negeri Selangor. Dan saya harapkan dapat kita terjemahkan dasar modal insan ini, ke dalam bentuk program-program sebagai panduan oleh Kerajaan Negeri untuk masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu, berkaitan apa yang disebut oleh Sungai Panjang, tentang pembangunan belia-belia kita yang ada disebut dalam dasar belia-belia, dasar belia Selangor. Iaitu berkaitan dengan kongres belia kita. Itu merupakan satu juga cara untuk kita membangunkan kepimpinan yang ada terhadap belia-belia kita. Selain daripada itu, saya ingat, tidak ada yang nak saya bangkitkan. Kecuali, saya akan ambil, kira semua pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan tadi. Dan saya mengambil dari segi, dari Banting, Seri Setia, Bukit Lanjan dan Sungai Panjang. Dan.. Insya-Allah, kita akan improve. This is the first, Dasar Modal Insan kita. Saya tahu, boleh ada, akan datang, di masa akan datang, akan ada improvement yang boleh baiki lagi. Dan, supaya kita dapat bangunkan dasar modal insan yang lebih komprehensif di mas akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Itu sahaja daripada saya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO daripada Paya Jaras. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini, ialah satu Usul yang berbunyi bahawasanya Dewan yang mulia membuat ketetapan untuk meluluskan pelaksanaan Dasar Modal Insan Selangor yang berfungsi sebagai satu hala tuju perancangan strategik pembangunan modal insan di Negeri Selangor merangkumi peringkat belia hingga ke warga emas, yang tersusun, efektif dan komprehensif.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 17 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Silakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul, yang berbunyi seperti berikut:
Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini, menerima Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini, sebagai Kertas Mesyuarat Bil (53) Tahun 2022.
Tuan Speaker, zaman berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, peraturan Tetap Negeri Selangor juga perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Ada sesiapa sangka berlakunya COVID-19 pada tahun 2020. Dan negara yang tercinta, iaitu Malaysia terpaksa laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas beberapa kali mesyuarat Jawatankuasa Peraturan Tetap, kami mendapati, perlu adanya pindaan untuk Peraturan Tetap untuk bermesyuarat. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri, pindaan ini penting untuk masa depan. Jika berlaku sekali lagi, insiden-insiden yang tidak diingini dan memaksa manusia perlu ada lagi, sekali lagi Kawalan Pergerakan. Pindaan ini dapat membenarkan mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Dewan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dapat dilakukan secara atas talian. Secara keseluruhan, ataupun secara separa atas talian. Jadi, maka, Pandamaran ingin mencadang.
Terima kasih Tuan Speaker. Usul nombor 17, 2022, Usul di bawah Peraturan Tetap 76, yang telah dikemukakan oleh Pandamaran. Dan, DUN Sungai Burung, ingin menyokong Usul ini, selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 09 Mac 2022, yang disahkan pada 30 Mac 2022. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya Pejabat Dewan Negeri Selangor, meneliti ulasan KAMAR Penasihat Undang-undang untuk pertimbangan dalam pindaan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor yang berkaitan dengan persidangan dalam talian dalam masa kecemasan, darurat dan lain-lain. Sehubungan dengan ini, Jawatankuasa Tetap Peraturan Dewan Negeri Selangor telah menghalusi ulasan-ulasan KAMAR Penasihat Undang-undang dan draf cadangan Pindaan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Lampiran 1, Jadual kedua, Peraturan Tetap 10 (5) dan Peraturan Tetap 73(16),
mengenai peruntukan berhubung dengan persidangan Mesyuarat Dewan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan, secara talian, secara keseluruhan atau secara separa atas talian, sebagaimana dalam Lampiran 2. Dan sehubungan ini, Tuan Speaker, Pandamaran telah mengemukakan Usul sebagaimana Usul nombor 17 Tahun 2022, mengenai Laporan Pindaan Peraturan Tetap yang telah tersebut. Oleh itu, Sungai Burong dengan ini, menyokong.
Terima kasih, Sungai Burong. Semangat perpaduan. Salam perpaduan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan, sekiranya ada. Tak ada, ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini, ialah satu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini, menerima Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini, sebagai Kertas Mesyuarat Bil (53) Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 18 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Silakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut ;
Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT), bagi Dewan Negeri Selangor, berhubung pemasangan lampu jalan solar di Negeri Selangor yang telah di bentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil (54) Tahun 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tujuan penyata ini dibentangkan adalah untuk memohon kepada Kerajaan Negeri supaya dapat bersama-sama dengan pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor JKR, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, iaitu menetapkan spesifikasi yang jelas dan terbaik, yang perlu di selaras dengan harga yang kompetitif serta tidak membebankan Kerajaan Negeri mahupun pihak prinsipal meliputi komponen-komponen yang penting lampu solar LED, di dalam menjamin tahap kualiti dan ketahanan infrastruktur. Memandangkan sebelum ini, sudah banyak lampu-lampu solar LED yang
dipasangkan, tetapi banyak lampu-lampu solar yang dipasang, ada yang menepati spesifikasi, yang mengikut reka bentuk yang telah ditetapkan. Tetapi ada juga yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Oleh itu, penyata ini dibentangkan, untuk mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, iaitu Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Dasar Teknikal Berkaitan Lampu jalan Solar LED, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani serta dianggotai oleh PBT setiap daerah, CKE JKR dan lain-lain agensi berkaitan serta penglibatan dan atau pelantikan wakil perunding bebas tidak berkepentingan daripada kalangan pakar akademik dan juga teknikal daripada universiti-universiti awam tempatan sebagai penasihat. Pembentukan Jawatankuasa ini juga adalah sebagai satu usaha ke arah penggunaan tenaga solar yang dapat menggantikan tenaga elektrik dan memastikan kelestarian alam sekitar selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12, dan Rancangan Selangor Pertama ke arah pembangunan lestari untuk generasi yang akan datang. Dan antara tujuan pembentukan jawatankuasa Khas ini adalah seperti berikut :
i) Mempercepatkan proses penetapan spesifikasi oleh CKE JKR, bagi menyeragamkan piawaian produk, mengelakkan kekeliruan, serta memudahkan pembekal mempersiapkan produk berdasarkan keperluan spesifikasi yang telah ditetapkan.
ii) Untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan terma keperluan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas tersebut semasa proses perolehan.
iii) Untuk memastikan proses perolehan, dirangka serta dinilai berdasarkan spesifikasi dan terma keperluan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas tersebut, dengan mengambil kira kaedah-kaedah seperti berikut iaitu tender sebut harga dan atau proses request for proposal melalui prinsipal yang telah dikenal pasti. Kaedah public private partnership dan atau melalui kaedah konsesi.
iv) menetapkan gerak kerja pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan keselamatan dan kualiti keseluruhan produk dan juga projek. Yang kelima iaitu menetapkan garis panduan berkaitan penyelenggaraan dengan mengambil kira isu-isu sosial semasa seperti kecurian dan juga vandalisme.
Dan dalam masa yang sama Jawatankuasa juga menggesa Kerajaan Negeri untuk memastikan PBT-PBT di Selangor merujuk kepada spesifikasi ataupun piawaian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Penyelerasan Dasar Teknikal berkaitan lampu jalan solar LED dalam melaksanakan pemasangan lampu jalan yang menggunakan teknologi solar led dan memastikan PBT-PBT menyenaraikan kawasan-kawasan yang memerlukan pemasangan lampu jalan yang menggunakan
teknologi solar led mengikut keutamaan. Itu saya mohon mencadang penyata Jawatankuasa pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan JP-PBT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pemasangan lampu jalan solar di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Silakan Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker, Semenyih menyokong.
Ya salam perpaduan menyokong ya. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Hulu Kelang, kena bahas berkaitan dengan penyata, jangan lari corner sini, corner sana, jangan.
Last ini. Saya nak berbincang berbahas tentang tenaga suria, solar. Saya sceptical sebenarnya, seorang sceptical erti saya tak berapa tenteram bila cakap fasal solar energy. Sebab, kat Malaysia ini panas bukan main, saya punya rumah ada tong, ada besar punya second tangki yang dibuat daripada stainless steel. Panas air saya punya water heater tak payah pakai, pakai itu daripada pagi, malam, petang itu sampai malam pagi subuh ada air panas. Jadi panasnya memang cukup luar biasa. Jadi, saya kalau betul-betul nak buat kita buat besar-besaran, macam China. China dia bukan pergi buat di punya energy solarnya bukan dekat-dekat bumi ini, tapi di angkasa. Di pakai panel-panel satelit, panel solar ini, dia pasang dekat satelit dia punya yang berterapung dan dia punya kemain besar lagi. Dia akan menyinari bagi tenaga suria dia punya mentol-mentol, lampu kat situ terapung dia akan tembak mana town yang dia nak, Beijing. Jadi kita, daripada bawah tak nampak, dia adalah daripada reflection itu memanaskan dan memberi tenaga, keterangan, kecerahan kerja di pejabat dan di kawasan luar. Itu hebat, hari itu, kita semua, tidak, saya rasa tak ada, tapi Malaysia ini ‘terer’ dah ‘terer’ fasal suria, contoh yang macam negara yang terel sebab negara dia tu negara memang lain, macam Holland yang baru menang dengan World Cup. Sebelum itu, saya tak tidur, tengok Ahli Dewan Undangan Negeri tidur tengok World Cup, saya ini tak minat, dah agak dah, Japan, England.
Yang Berhormat, England itu kaitan dengan solar LED ke? Ada kaitan?.
Ya memang, ada kaitan. Kaitannya sebab banyak teori-teori fasal electricity yang ke depan adalah England, england ke depan dia nak save. Saving electricity ini, macam-macam, saya tak pandai simpul, YB Izham ada ya, kita jual suis, macam-macam kita nak save la, auto meter punya manager, saya chairman je. England jadi yang menjadinya adalah yang ‘terer’ sebab negara dia pada di bawah paras air. Holland dia buat betul-betul, dia study dan dia
negara yang saya rasa adalah 90% hampir 100% bawah paras. Tapi dia punya banjir, no. Minimal, perkara yang berkaitan dengan limpahan air. Jadi saya tengok yang satu negara yang saya tahu berjaya guna solar ini negara-negara yang ... tapi kita tak perasan. Dia ni buat dalam bentuk tower, dia panggil air tower, tower dia ni, ada pam sikit je, tapi sebab hot air, udara panas naik, dia naik tower itu, dia akan boil, panel yang atas itu, air dalam panel. Air dalam panel itu akan di pam pakai power daripada sedutan udara panas yang tower. Tower itu tinggi nya antara 1 kilometer, 1.5 kilometer sehingga 2 kilometer.
Kalau kita tengok, Dubai, dekat Qatar ini dah ada. Diorang ini tak ada bil elektrik, dia ada bil air, bil air itu dapat, bil air dengan penggunaan elektirk. Jadi dekat sana saya tengok dia tersusun. Itu sebab pam island, dia punya landscaping, bunga. Bunga warna, bunga dia ini, ikut bulan dia, dia tanam ikut bulan, ada jadual, dia dah siap dalam panel dia tanam, dia pasang dia susun cantik. Jadi orang pelik, pam island satu tempat dekat Dubai, ada sistem bunga di sungai, landscaping, bunga itu semua dia import daripada mana tau, Semenyih, Malaysia. Bunga nya tau kan, jadi dia tanam pakai air cukup, pakai air panas. Kita bukan, macam dekat Malaysia, orang kita dia offer dekat PBT, saya bagitahu Izham la, Izham EXCO itu patut ambil tindakan kepada site, kita buat landscaping yang PBT buat bunga warna. Jadi itu satu perkara yang kita lihat baik tapi kalau yang elektrik ini saya tak nampak, tak jumpa la kat mana, mana negeri dah ada mana projek dah ada solar sistem.
Saya tak nampak benda itu, kalau boleh berjaya bagus, tak berjaya saya rasa memang ... patut kita dah lama membuat, dah lama orang control elektrik supply yang ada ... atau yang siapa control air punya sistem pumping, air zam zam, ini mereka sistem, diaorang buat benda besar,dia orang, satu air satu negeri negara itu, bawah Saudi, the whole Hijaz itu adalah water system, air zam zam. Air zam zam dia tak boleh kita pam, dia kena ... pam, pasang tempat lain. Jadi kita, kalau saya teliti adalah tengok air zam zam yang digunakan, production nya bagus, lepas itu dibuat dengan segera ...
Yang Berhormat, fokus (bahasa jawa).
Okay saya dah fokus, saya fokus saya bagi contoh, kalau kita nak contoh yang bagus, kita kena buat, kita kena lead, kita tak boleh secondary. Saya tengok kalau sistem ini yang gagal berapa projek perumahan ada dekat Bangi, rumah-rumah baru ada maintainance, pokok-pokok yang dekat-dekat daun jauh, maintainance rosak, burung berak la apa kan, monyet main tarik-tarik panel, kita duduk kawasan monyet, jadi itu beri. Itulah ada company komplen, tapi sampai ke rumah orang asli, kampung orang asli itu, pernah bagi solar panel, ajar maintain, habis ... kita ... jadi saya bukan nak ataupun kalau ... kerajaan bagi keluar banyak-banyak you company dengan pemaju yang bagus, jadi bila sampai ke tahap digital, contoh. Contoh bagaimana wawasan orang cina, sebab panel dia flying on the satelite kemudian dia akan produce for the city. Jadi dengan itu saya
harap benda ini jangan anggap kecil-kecilan, anggap besar untuk kita negara yang banyak cahaya matahari dan negara yang kurang daripada kita telah mula pakai ... Terima kasih, saya menyokong.
Terima kasih Hulu Kelang atas cerahan tentang solar sampai air zam zam. Silakan kerajaan ada nak, silakan. Pandan Indah.
Terima kasih Tuan Speaker, Cuma saya ucap tahniah pada Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan kerana berjaya membuat kajian dan juga cadangan baik ke arah meluaskan lagi penggunaan solar, lampu solar jalan ataupun tiang lampu solar untuk baru ini led. Saya bagi pihak kerajaan, kita juga menimbang pandangan-pandangan yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi. Jadi untuk pihak kerajaan, memang pendekatan kerajaan ialah ke arah renewable energy ataupun tenaga yang diperbaharui ini adalah merupakan satu strategi penting, bukan sahaja kerana sebab utama nya ialah bukan kerana matahari banyak, itu salah satu lah, negeri kita paling banyak matahari, tapi sebab utamanya adalah kerana kita punya contribution kepada pemanasan global ada pada hari ini dengan mengurangkan penggunaan fosil fuel ataupun minyak petroleum. Jadi dengan penggunaan kurangnya penggunaan ini kita dapat gunakan lebih kepada green techonlogy ataupun teknologu renewable energy ini, dia akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada fossil fuel ini.
Dan juga dalam masa yang sama, kita lihat teknologi panel ini, sel solar panel ini, telah meningkat dengan ketara sepanjang sejak pada tahun ini dan menjadi lebih murah kalau dulu saya ingat lagi sepuluh tahun lepas, memang tak efektif untuk kita menggunakan sistem solar begini. Tapi sekarang memang murah, cuma teknologi bateri itu agak ketinggalan, sebab dia sistem solar ini dia memang dia letak pada bateri. Jadi bateri pun dah meningkat teknologi nya masih agak ketinggalan dan kita mengharapkan teknologi ini akan lebih hebat dan kita akan kaji masa hadapan dan banyak keuntungannya bila kita pakai sistem solar lampu jalan ini, kita tidak bergantung pada kabel untuk yang selalu dicuri, tak ada orang nak curi benda ini dan dia memang dari segi keselamatan dan terangnya dia dan juga tidak ada bil elektrik. Itu lagi satu kelebihannya sangat banyak, Cuma kita di pihak JKR, kita meneliti supaya spesifikasi digunakan itu agak yang bermutu dan juga boleh ketahanan yang lebih lama. Itu yang kita akan teliti dengan lebih baik di masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Pemasangan Lampu Jalan Solar di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bil.54 tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 19 tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Silakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76 (5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committe On Water Resource Management Of The State Of Selangor) (JPK-SAS) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung keperluan pelan tindakan bagi menangani persepsi pengguna sekiranya pelaksanaan kenaikan tarif air dilaksanakan di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 55 Tahun 2022. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai rakyat Selangor tidak tahu bahawa kenaikan tarif air selepas penstrukturan semula industri air di Selangor sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2006 hingga 2015 telah ditangguhkan selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Untuk pengetahuan, kenaikan tarif air mengikut jadual adalah 105% daripada tahun 2006 hingga 2015. Masa tu Kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin telah menangguhkan kenaikan tarif air pada masa tu kerana tiada keperluan dan untuk kenaikan dan Kerajaan Negeri dapat menampung kos perbezaan malah Kerajaan Negeri juga memberi air secara percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap rumah. Ini satu langkah yang bijak dan dapat membantu rakyat untuk mengurangkan beban perbelanjaan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Air Selangor memaklumkan bahawa pihak SPAN telah memberikan kelulusan kenaikan tarif sebanyak 24% secara purata setiap tiga tahun pada tahun ni. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kenaikan tarif air adalah tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri untuk tahun ni. Secara purata tarif air di Selangor setakat tarikh pendengaran adalah RM1.50 termasuk domestik dan bukan domestik. Berdasarkan perancangan pelarasan tarif yang dicadangkan kepada SPAN, tiada kenaikan tarif untuk penggunaan domestik bagi 20 meter padu air yang pertama. Berdasarkan perbandingan tarif air mengikut negeri, kadar domestik di Pulau Pinang adalah yang terendah dan Johor adalah yang tertinggi.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah meneliti penyata untung dan rugi Air Selangor dari tahun 2016 hingga 2021 maka Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor menyarankan kepada Kerajaan Negeri supaya mengkaji untuk kenaikan
tarik air kerana Air Selangor mengalami kerugian setiap tahun sehingga mencecah RM1.3 billion pada tahun lepas iaitu 2021. Ini satu angka yang besar dan boleh menyebabkan satu syarikat bankrupt dengan izin, tanpa bantuan daripada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak mampu untuk membantu setiap kali. Maka saranan jawatankuasa adalah menegaskan semula saranan penyata JPKSAS mengenai penggantian paip dan non revenue water bagi Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2020 yang mencadangkan supaya kadar tarif disemak semula dengan syarat sebarang kenaikan wajar hanya dilaksanakan dalam keadaan ekonomi yang sesuai. Jawatankuasa menyarankan kepada Kerajaan Negeri bahawa sekiranya kenaikan tarif perlu dilaksanakan dalam keadaan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri perlu bersedia dengan satu rancangan berkenaan kenaikan tarif untuk membantu mengurangkan beban rakyat. Contohnya, memecahkan kenaikan tarif air untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun secara berperingkat dan bukan secara bersekali gus. Jawatankuasa juga menyarankan agar Kerajaan Negeri melalui Air Selangor menyediakan satu pelan tindakan bagi mengurus jangkaan rakyat sekiranya pelaksanaan kenaikan tarif air di Negeri Selangor diluluskan. Antara aspek yang perlu diambil kira di dalam pelan tindakan tersebut adalah seperti berikut. Mengumumkan kepada orang ramai justifikasi kenaikan tarif air kepada pengguna. Dua, mengumumkan kepada orang ramai rancangan penambahbaikan fasiliti sistem agihan air dan garis masa pelaksanaan selepas kenaikan tarif air dilaksanakan. Tiga, petunjuk prestasi utama (KPI) yang diumumkan kepada masyarakat mengikut jadual sebagai sistem akauntabiliti. Empat, pengumuman tindakan yang akan diambil secara pentadbiran dalam Syarikat Air Selangor jika KPI tidak dicapai. Oleh itu, Pandamaran ingin mencadang.
Silakan Meru.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Demi rakyat dan negeri saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya buka untuk dibahaskan kalau ada. Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker. Memang saranan Jawatankuasa, saya ambil maklum dan juga ingin menyokong pada saranan di mana Air Selangor boleh memainkan peranan lebih efektif walaupun kenaikan tarif dan sebagainya. Saya nak ambil contoh pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang banyak lagi yang belum tukar meter migrasi dia belum laku tapi pemotongan air baru-baru ni di Flat Sri Erah satu minggu tak ada air. Pihak Air Selangor tidak mahu mainkan peranan untuk membantu mereka walaupun ada beberapa penduduk telah ada meter individu mereka bayar selama tiga empat tahun, mereka pun air dipotong sekali. So, mungkin dengan saranan jawatankuasa boleh membantu ya, boleh membantu penduduk-penduduk yang kos rendah terutamanya kerana mereka menjadi mangsa masalah-masalah potongan air dan sebagainya.
Saya ambil kesempatan ini untuk minta jasa baik Air Selangor untuk mainkan peranan mereka buatlah projek-projek CSR bantu mereka untuk program migrasi dan sebagainya. Terima kasih. Saya sokong.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya juga ingin menyebut berkenaan cadangan-cadangan saranan dalam penyata ini. Dalam kenaikan tarif komersial yang sudah dilakukan. So, mungkin nak umumkan semua ni mungkin terlambat sedikit. Mungkin satu saranan yang kita boleh tambah baik ialah bila naik kadar komersial, rumah service apartment (pangsapuri servis) yang bersifat komersial di mata Air Selangor ini, mereka juga terkena dengan kenaikan tarif air mereka. Rumah pangsapuri kondominium tak terkena. Mereka masih kekal kadar yang lama sebab kediaman tak ada kenaikan tarif air tetapi mereka yang komersial ini masih terkena. Untuk makluman semua, kalau kita kira elektrik TNB pun sudah memberi tarif kediaman kepada penghuni-penghuni service apartment. Kalau pinjam bank, loan pinjaman mereka adalah bertaraf kediaman. Mereka boleh pinjam loan sehingga 90% seperti rumah kediaman. S&P untuk beli service apartment di dalam mata KPKT pun dikawal selia sebagai kediaman. Jadi, yang last sekali komponen yang terakhir ni Air Selangor. Pandan Indah harap Air Selangor ini juga boleh mengiktiraf rumah-rumah ni sebagai kediaman. KPKT dah iktiraf sebagai kediaman, Bank Negara sudah iktiraf sebagai kediaman, bank-bank sudah iktiraf sebagai kediaman, rumah pangsapuri servis ini memanglah rumah kediaman. Tolonglah bagi mereka tarif air kediaman. Yang SOHO, yang butik ofis, pejabat, hotel tu kekal komersial. Memang patut kekal komersial tetapi pangsapuri servis ini tolonglah bagi tarif air kediaman. Terima kasih.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya cuma ingin menyarankan kepada pihak jawatankuasa supaya menegaskan semula kepada pihak Air Selangor supaya melihat semula non revenue water ni bukan hanya paip pecah saja tetapi ada banyak kes-kes kecurian kilang-kilang haram yang mengambil air daripada meter diubahsuai paip-paip ini tanpa ada melalui meter dan dicuri. Jadi, saya rasa sebelum fikir nak naikkan tarif dan nak fikir beban kos pengurusan Air Selangor dia perlu lihat. Sebab saya tengok ada banyak tapi tengok macam tak ada tindakan, macam dibiarkan. Paip itu diubahsuai ada dua. Satu lalu meter satu lagi lalu bawah tanah tak apa ni, tak melalui meter dan yang ini yang sebenarnya revenue yang hilang, yang pihak Air Selangor kena tanggung. So, pihak Air Selangor kena lebih proaktif selain daripada cadangan untuk menaikkan tarif bagi mengatasi masalah kos operasi tetapi dalam masa yang sama juga penguatkuasaan. Maknanya, unit-unit penguat kuasa operasi Air Selangor ni dia kena turun, tengok kepada kilang-kilang ni dan tengok betul ke kilang sebesar ini pakai air banyak ini je, kan? So, ini yang perlu dilihat sebelum memikirkan kenaikan tarif
yang akan membebankan penduduk terutamanya golongan B40. Sekian, terima kasih.
Sokong ke tidak? Sokong ya?
Sokong, sokong.
Baik. Minta pihak kerajaan bagi sikit respons.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga yang membahas usul ataupun penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung dengan kenaikan tarif. Sebagaimana semua sedia maklum, bahawa kenaikan tarif ini telah ditangguhkan beberapa kali, lama dan kebanyakan syarikat-syarikat air di Malaysia sebenarnya menanggung rugi dari segi kos operasi mereka yang rugi dan terpaksa menanggung beban daripada disebabkan tarif tidak pernah atau tidak dibenarkan naik. Jadi, memang ada kewajarannya dan kita telah bincang panjang di dalam Mesyuarat Air Selangor pun untuk meminta supaya dapat dilaksanakan disebabkan juga dia berkait rapat juga dengan kos-kos untuk kita menguruskan pembangunan. Saya bagi contoh Sungai Rasau ni, kita sendiri yang dapatkan pinjaman sebagainya. RM3 billion diperlukan untuk Sungai Rasau untuk projek fasa 1 baru. 700 juta liter kapasiti ni. Jadi, memerlukan modal yang tinggi. Ini tak termasuk lagi kos-kos untuk IRW bagi penggantian paip dan sebagainya. Sangat tinggi maka memerlukan dan bukan sahaja memerlukan dari segi cash flownya tetapi juga dari segi ratingnya. Apabila dia credit worthnessnya itu tidak tinggi ratingnya rendah jadi loannya akan menyebabkan bayaran interest yang lebih tinggi. Ini pun satu lagi punca menyebabkan kos operasi meningkat tinggi. Dan, walau bagaimanapun dalam masa yang sama kita mengambil kira juga bahawa keperluan untuk rakyat terutamanya B40 ini tidak terganggu dengan kenaikan tarif ini. Disebabkan itu baru-baru ini yang diumumkan oleh kerajaan yang sebelum ini, kenaikan tarif bagi komersial dan industri telah pun dilaksanakan berperingkat-peringkat. Kali ini mungkin akan melibatkan juga domestik. Tetapi yang pastinya kita akan pastikan bahawa yang B40 ini tidak akan terkena dengan Skim SADE dan sebagainya. Ini yang antara perkara-perkara yang kita bagi penelitian dan saya mengambil kira apa semua yang dibangkitkan tentang daripada Bukit Gasing tadi. Sebenarnya isu ni isu lama. Sejak saya dalam Ahli Majlis lagi. Isu nak kategorikan service apartment ini. Bagaimana kita letak? Sebab dia duduk kawasan komersial sedangkan dia berfungsi macam rumah, residen. Jadi, bukan sahaja melibatkan tarif air, juga melibatkan kadar cukai taksiran pun dia 6%. Dia berbanding dengan rumah 5%. Dia tinggi. Jadi, ini saya harap benda ni dapat diselesaikan di semua peringkatlah termasuk perumahan dan juga di bawah PBT supaya kita boleh kategorikan ini perumahan walaupun duduk dalam kawasan komersial. Jadi, yang lain tu kita terima dan kita akan jadikan sebagai panduan dalam kita melaksanakan kenaikan tarif ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Pandan Indah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committe On Water Resources Management Of The State Of Selangor, JPK-SAS bagi Dewan Negeri Selangor berhubung keperluan pelan tindakan bagi menangani persepsi pengguna sekiranya pelaksanaan kenaikan tarif air dilaksanakan di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 55 tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya Usul Nombor 20 Tahun 2022 Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76(5) Oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor berhubung penyelenggaraan dan pengurusan perumahan strata kos rendah, sederhana rendah di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas Mesyuarat Bilangan 56 Tahun 2022. Rakan-rakan Yang Berhormat sekalian penyata ini bertujuan untuk meneliti cara kita menyelenggara flat-flat kos rendah dan sederhana di Negeri Selangor. Ada lebih daripada seribu skim-skim strata ini bukan unit rumah skim strata projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah di seluruh Negeri Selangor yang rata-ratanya diduduki oleh golongan B40 di Negeri Selangor. Jadi macam mana kita buat penyelenggaraan adalah seperti akta strata? Di mana setiap pangsapuri ini harus menubuhkan JMB atau MC nya. Dan JMB dan MC nya kena kutip maintenance fees setiap bulan daripada setiap unit rumah masuk ke dalam tabung MC dan MC kena menggunakan duit tersebut untuk menyelenggara bangunan tersebut termasuk jaga koridor, pembersihan, kebuk sampah, lampu di koridor dan sebagainya. Tangki air kalau ada tangki air. Lif kalau ada lif dan sebagainya. Kalau kita bandingkan dengan rumah teres. Kita tak masuk rumah banglo lagi ya. Rumah teres kalau kita keluar daripada rumah, first kita jumpa longkang dan jalan raya dijaga oleh kerajaan. PBT potong rumput, PBT jaga jalan raya kalau lubang PBT tampal, PBT jaga longkang, membersihkan longkang dua kali sebulan. PBT memastikan kalau
longkang pecah dibaiki. PBT memastikan lampu menyala di hadapan rumah, tetapi bila masuk ke dalam bab flat, disebabkan oleh akta strata ini adalah masalah daripada federal seluruh federal pun kena tetapi disebabkan oleh sistem begini penduduk yang duduk dekat flat, mereka pula kena masukkan duit ke dalam tabung dan mereka kena masuk AGM setiap tahun dan pilih MC dan JMB untuk menguruskan. Tetapi apa yang berlaku kalau kondominium mewah sistem macam ini baguslah sebab mereka mampu untuk memilih MC mereka. Mereka mampu untuk menguruskan swimming pool, gym dan sebagainya yang ada dalam kondominium mewah tetapi bila kepada flat kos rendah. Banyak flat kos rendah ini tak mampu untuk memilih MC ataupun JMB untuk menguruskan harta ini. Dan di Negeri Selangor mengikut data Lembaga Perumahan yang dibekalkan ke jawatankuasa dalam pendengaran-pendengaran yang kita ada. 489 skim strata ini tidak mempunyai MC atau JMB yang aktif. Bukan main 10 ataupun 12 ataupun 50 tetapi 489 pembangunan flat kos rendah dan sederhana rendah di seluruh Negeri Selangor tidak mempunyai JMB ataupun MC yang aktif. Jadi siapa yang menguruskan flat tersebut? Siapa yang memastikan kalau bumbung bocor ada tindakan diambil? Tiada. Siapa yang memastikan kebersihan kebuk sampah? Tiada. Mereka hidup seperti itu. Kalau di rumah teres PBT akan memastikan jalan raya di hadapan rumah bersih. Kalau PBT menguruskan rumah teres dia akan memastikan lampu jalan di hadapan rumah menyala. Kalau tak menyala boleh buat aduan PBT datang akan diambil tindakan. Tetapi kalau lampu koridor di hadapan rumah flat ini tak menyala siapa yang akan menguruskan? Tiada siapa. Sebab siapa yang nak menjaga tak ada MC tak ada JMB. Tak ada pihak yang menjaga flat-flat ini. Sistem yang kita warisi. Ini bukan sistem yang kita wujudkan sebagai Kerajaan Pakatan di Negeri Selangor tetapi sistem yang kita warisi seperti begitulah.
Jadi masalah ini pada pandangan Jawatankuasa perlu diselesaikan. Untuk menyelesaikan masalah ini kami ada beberapa saranan penemuan Jawatankuasa, saya rasa Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh baca di muka surat lima mungkin kita tak payah pergi secara mendalam tapi kita lihat dulu saranan-saranan yang kami ada. Yang pertama Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan negeri harus memastikan semua kawasan perumahan di Selangor terutamanya di kawasan pemajuan strata kos rendah dan kos sederhana rendah di selenggara agar semua penduduk Selangor terutamanya golongan B40 golongan termiskin di Negeri Selangor dapat hidup dengan bermaruah. I think itu prinsip yang pertama. Kita perlu ada prinsip tersebut before the action pelan kita perlu ada prinsip tersebut bahawa semua kawasan perumahan di Negeri Selangor kita nak jaga. Kalau kita tak ada prinsip tersebut tak payah lah nak cakap fasal action plan. Action plan itu kita boleh wujudkan tapi prinsip itu kena ada dulu. Saranan yang kedua. Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan negeri memastikan pesuruhjaya-pesuruhjaya bangunan COB di Negeri Selangor mempunyai KPI dalam melaksanakan proses pelantikan agent pengurusan bagi semua kawasan pemajuan strata kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai isu MC tidak aktif. Begini apabila MC tidak dapat diwujudkan ataupun bila dah buat AGM tak ada orang hadir tak ada Kuorum ataupun AGM boleh ada kuorum tapi tak ada siapa yang sanggup dilantik menjadi MC. Ataupun berjaya lantik MC tapi
MC tak nak kerja so, ini MC yang tak aktif. Apabila kita ada MC yang tak aktif dalam akta ada peruntukkan untuk COB melantik agent pengurus. Alright, managing agent. Ada kuasa untuk COB melantik tapi malangnya walaupun di seluruh Selangor kita ada COB, COB tidak diberi KPI dan yang ini kita ada pendengaran panjang lebar alangkah baik video tersebut boleh diberi kepada setiap Ahli Dewan Negeri tetapi saya rumuskan kita masalahnya COB kita tidak mempunyai KPI untuk memastikan setiap flat kos rendah ini satu agent pengurusan dilantik. Jadi saya rasa yang paling penting ialah kerajaan negeri kena membuat keputusan bahawa arahan diberi kepada COB bahawa setiap flat kos rendah ini kena lantik managing agent dalam masa tiga bulan dari sekarang. Tetapi ini cadangan kami sahajalah. Terpulang kepada kerajaan negeri barisan MMKN untuk membuat arahan tersebut. Yang ketiga Jawatankuasa menyarankan bagi kawasan pemajuan strata ini yang mempunyai masalah tiada agent pengurusan ataupun tiada MC tiada JMB kerajaan negeri boleh melantik anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ini ada satu anak syarikat, kerja dia untuk menjaga PPR. Jadi mereka sudah ada kepakaran untuk menjaga kawasan perumahan kos rendah mungkin skop kerja mereka boleh diperluaskan. Ataupun cadangan kedua boleh melantik anak syarikat negeri yang lain. Kan kita ada GLC yang cukup banyak. Ataupun yang tiga, boleh memberi subsidi supaya membolehkan pelantikan agent pengurusan swasta supaya setiap kawasan pemajuan strata kos rendah dan kos sederhana rendah yang tidak mempunyai managing agent. Tidak mempunyai MC ataupun JMB boleh menerima satu managing agent yang dilantik oleh COB yang competent agar kerja-kerja asas seperti kutipan sampah, pembersihan kebuk sampah, penyelenggaraan tangki air, lif dan lain-lain perkara dapat diuruskan dengan sempurna. Peruntukkan undang-undang untuk COB bertindak memang ada. COB pun telah bertindak atas sebahagian flat. Saya memang ada flat di mana COB telah berjaya melantik managing agent tetapi ada 489 flat yang masih belum. Jadi kami berharap Jawatankuasa berharap apabila kami menyuarakan bagi pihak golongan termiskin di Negeri Selangor. Penduduk-penduk di 489 kawasan flat ini agar kerajaan negeri dapat membuat sesuatu supaya agent pengurusan dapat dilantik dan setiap flat ini dapat dijaga dengan baik. Kena bagi COB lepas lantik COB kena bagi KPI ya kepada managing agent supaya basic maintenance supaya mereka dapat hidup bermaruah. At lease pastikan kebuk sampah itu disenggara dengan baik. Atlease pastikan railing-railing tangga ini selamat. Pernah jadi ada budak yang meninggal dunia sebab jatuh sebab railing tu tak selamat harap tak berlaku lagi. At lease kena pastikan tangga tu lampu dia kena menyala. Jangan malam tu gelap-gelap. At lease koridor-koridor ini lampu kena menyala. Tangki air semua kena berfungsi. Bumbung yang bocor ini kena dibaiki ini the very basic. Ini bukan minta pakai pasang swimming pool ke security guard ke apa. Kita minta yang paling basic demi 489 skim pemajuan flat ini. Dengan itu saja intipati penyata kami sekian, terima kasih. Saya mohon mencadang.
Silakan Sabak.
Tuan Speaker.
Sabak menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian usul telah pun disokong saya buka usul ini untuk dibahaskan sekiranya adalah. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peratuan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan JPK Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Penyenggaraan Dan Pengurusan Perumahan Strata Kos Rendah Sederhana Rendah Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat 50 tahun..
Tuan Speaker. Saya ada respons sedikit.
Nak respons? Saya rasa tak perlu. Dah ada dalam penyata. Boleh jalan terus.
Tuan Speaker terlalu concentrate tadi.
Okay. Baik.
Okay, terima kasih, saya hanya nak pertama nak perbetulkan sedikit fakta di dalam kertas penyata ini pertama tentang mengatakan bahawa perkara penemuan yang dia ada dalam Jawatankuasa iaitu kita Kerajaan Selangor seolah-olahnya memilih tidak melantik pesuruhjaya bangunan daripada golongan profesional yang boleh memberi perhatian khusus. Saya ingin memberi sedikit respons memang ini adalah satu direktif ataupun satu arahan yang telah pun berada di bawah Majlis Negara Kerajaan iaitu Tempatan Majlis Negara Kerajaan Tempatan Bilangan 57 Tahun 2007 yang telah bersetuju ketetapan supaya Pihak Berkuasa Negeri melantik YDP bagi PBT sebagai COB untuk menjalankan. Sebab tu kita terikat dengan perkara tersebut. Sebab kita tidak boleh melantik pesuruhjaya itu ataupun COB itu di kalangan profesional itu pertama. Yang keduanya penemuan yang didapati oleh pihak Jawatankuasa iaitu Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan khusus untuk memperluaskan. Ini saya nak bagi respons dan apa Yang Berhormat sebut tadi betul. Maksudnya semenjak dulu masalah ini bertimpa-timpa, saya bersetuju sangat saya pun ada satu maruah untuk kita memperbetulkan perkara ini. Sebab itu bukan persoalannya bukan sahaja maruah tetapi kita rasakan yang lebih asas adalah Akta Strata ini perlu diperbetulkan dan diperbaikkan tetapi sementara nak menunggu pembetulan di peringkat kebangsaan saya rasa kita perlu membuat satu hala tuju yang baru sebab itu saranan daripada pihak Jawatankuasa kita telah pun memikirkan supaya kita asingkan sedikit sementara ini rumah-rumah yang di bawah penyelenggaraan kerajaan seperti PPR,
rumah-rumah PPR dan PPRT ini di bawah kerajaan memang kita telah pun ada satu mekanisme penyelesaian masalah ini iaitu di bawah PHSB. Tetapi itu skop itu terlalu terhad. Dan Alhamdulillah sekarang ini PHSB telah pun dilihat sebagai satu badan yang pengurusan rumah-rumah PPR yang terbaik di Malaysia. Jadi ini telah menjadi contoh. Tetapi disebabkan kekangan dan ruang constraint ataupun masalah yang kita hadapi kalau kesemuanya nak diserahkan kepada anak syarikat ini. Saya ingin mengatakan Alhamdulillah kita telah membuat satu kertas kerja dan kita harap pihak Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang terdekat boleh menyelesaikan atau bersetuju dengan cadangan ini sebab kebetulan pula penyata ada iaitu kita memang telah mendapat jalan keluar iaitu kita akan melantik di bawah ataupun kita telah membuat satu skim baru namanya Skim Lestari Harmoni yang mana ia akan memberikan satu urusan perniagaan rumah-rumah rendah dan kos sederhana ini di bawah MBI untuk melantik tiga syarikat Kerajaan Negeri untuk menguruskan perkara ini. Tapi apa pun ini bersifat sementara kita melihat isu lebih mendasar iaitu akta itu perlu dibetulkan. Kalau akta ini tidak diperbetulkan atau strata ini bukan maslah rumah kos rendah rumah-rumah pangsapuri sederhana rendah dan sebagainya masalah rumah-rumah kedai akan juga berdepan dengan masalah yang sama. Jadi kita akan berdepan pembangunan bandar yang tidak dapat kita selesaikan masalah pengurusan bangunan ini. Jadi untuk itu saya ingin menyatakan kepada jawatankuasa insya-Allah perkara ini telah pun diambil kira dan kita mengharapkan selain dari itu COB juga sekarang membuka ruang yang besar kepada pihak agen-agen pengurusan untuk disenaraikan di bawah COB masing-masing yang mana, mana-mana bangunan strata yang bermasalah ini boleh memilih mana-mana COB yang telah pun dilantik ini untuk menjadi mereka punya agen pengurusan ataupun building management lebih tepatnya. Masalah sekarang ini bila mana JMB dialah dia lah JMB dia juga pengurus bangunan yang mereka tidak ada kapasiti untuk pelaksanaannya. Jadi tiga penyelesaian pada masalah ini yang telah saya pun bentangkan. Yang pertama rumah PPR kita selesaikan di bawah PHB. Rumah-rumah yang ada masalah, rumah-rumah kos yang masalah ini kita bagi dua pilihan, satu pilih senarai nama yang diambil oleh yang sarankan oleh COB yang mereka boleh melantik sebagai agen pengurusan tetapi tidak di bawah JNB seterusnya. Di bawah COB tetapi COB yang telah mengarahkan untuk mereka melantik mereka untuk mengarahkan tugasan itu. Yang ketiga cadangan baru yang saya sebutkan tadi Skim Lestari, insya-Allah akan kita laksanakan supaya paling tidak ia akan menjadi satu kayu ukur penggunaan untuk kita buat menjadikan pressure group ataupun tekanan pada pihak Akta 757 untuk ditukar supaya isu mendasar ini dapat diselesaikan. Jadi itu sahaja daripada saya Tuan Speaker. Terima kasih.
Ya Seri Setia kenapa?
Saya cuma nak tanya balik.
Tak boleh. Tak ada bahas.
Pasti ada.
Tak boleh. Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan JPK, Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Penyelenggaraan dan Pengurusan Perumahan Strata Kos Rendah, Sederhana Rendah di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 56 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya. Usul nombor 21 Tahun 2022. Usul di bawah peraturan tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Dusun Tua.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawah satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat SSIPR dibentangkan di dalam dewan yang mulia ini, sebagai kertas mesyuarat bilangan 57 tahun 2022. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, hasil daripada siasatan jawatankuasa telah mendapati Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat SSIPR yang berperanan sebagai one stop center pemantauan dan penyelarasan pendigitalan bantuan B40. Belum berfungsi seperti yang dirancang, di mana terdapat sebahagian data bagi program-program IPR ISP masih belum dimasukkan ke dalam sistem. Jawatankuasa juga turut mendapati sistem paparan susulan atau dengan izin dashboard SSIPR sedia ada tidak memaparkan data-data penerima bantuan terutamanya maklumat tahap pendapatan bulanan di mana ia penting untuk dijadikan rujukan oleh pemegang-pemegang taruh yang terlibat dalam proses penggubalan dasar-dasar berbentuk bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Oleh itu pihak jawatankuasa menyarankan agar kerajaan menambah baik sistem paparan susulan atau dashboard itu tadi SSIPR dan memastikan fungsi-fungsi seperti berikut dapat dipenuhi. Yang pertama ialah membuat pemantauan gerakan kerja dalam menjaga. membantu dan mengeluarkan rakyat miskin daripada paras kemiskinan. Yang kedua membuat perbandingan statistik rakyat miskin di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh pihak DOSM. Yang memantau dan mengukur dan jumlah rakyat miskin yang dapat dikeluarkan dari PJK dan jumlah rakyat miskin yang baru mengikut tahun. Jawatankuasa juga
menyarankan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN memberi arahan kepada setiap agensi pelaksana program IPR dan ISP agar memberi kerjasama penuh dalam memastikan semua program IPR dan ISP boleh dimohon secara atas talian dan data-data permohonan dan pemohon dan penerima diintegrasikan dalam sistem SSIPR. Dengan itu saya mohon menyokong mencadang.
Baik.
Tuan Speaker, Rawang menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini pun telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Ada pihak Kerajaan nak respond? Tidak ada ya.
Terima kasih Speaker dan terima kasih seluruh yang mencadangkan serta laporan yang telah pun dibuat. Memang dari masa ke semasa kita sedang cuba untuk meningkatkan kualiti capaian SSIPR sebagaimana sedia maklum saya dah jawab soalan juga tadi. Beberapa masalah kita ialah kita cuba untuk ke arah mendigitalisasi kan maklumat-maklumat ini dan sebagai maklumat contoh Air Selangor mempunyai digital yang intek ataupun mempunyai maklumat dalam bentuk digital yang intact. Tapi jabatan-jabatan lain ada sebahagiannya mendapat melalui kaedah fizikal dengan pendaftaran borang dan sebagainya. Jadi sudah tentu mengambil masa untuk data entery mengambil masa penyeragaman dan cadangan tentang DOSM, Jabatan Pendaftaran itu sangat baik sebenarnya. Kerana kita dapat silang semak dan juga termasuk e-kasih. Jadi saya memang kita memang berhasrat menyeragamkan nya dengan Jabatan Masyarakat selepas ini dan juga dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terutamanya supaya kita dapat melihat secara menyeluruh dan melihat kesannya selepas berapa tahu dia dilaksanakan sebagai BINGKAS sebagai contoh. Adakah BINGKAS dapat betul-betul dapat dilaksanakan. Dalam data ini disebut KISS ada memanglah KISS ada BINGKAS belum penuh lagi. Sebab itu proses updating itu dia kena buat secara automatik atau auto secara automation supaya ia boleh update dari masa ke semasa. Kedua selepas beberapa waktu kita sedari rupanya SSIPR perlu ada penyelenggaraan. Sekarang ini daripada punca kuasanya keputusannya pelaksanaannya itu kita perlu luluskan. Sebelum itu memang tidak begitu jelas. Dia dibuat tendernya di atas Media Selangor. Kemudian pengurusan datanya oleh Unit Perancang Ekonomi. Sekarang kita nak satukan di bawah Unit Perancang Ekonomi sebab program-program ini menyeluruh dan memang dari masa ke semasa akan cuba update dan kita akan ambil kira sebahagian cadangan-cadangan yang dibuat. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima
penyata Jawatankuasa Pemilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan JBK. Pembasmian Kemiskinan Bagi Negeri Selangor Nerhubung Pembangunan Smart Inisiatif SSIPR di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 57 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya usul no. 22 Tahun 2022. Usul di bawah peraturan tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Permatang.
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pemilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan, bagi Dewan Negeri Selangor berhubung kepada akses pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat bilangan 58 Tahun 2022. Penyata dibentangkan adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan akses golongan B40 di Negeri Selangor untuk pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu JPK Pembasmian Kemiskinan berharap agar Kerajaan Negeri dapat menetapkan hala tuju yang lebih jelas mengenai perkara tersebut. Sehingga penyata ini dibuat, kami telah melaksanakan empat kali mesyuarat iaitu pada 18 Ogos 2022, 1 September 2022, 15 September 2022, 27 September 2022 dan berikut adalah agensi-agensi atau individu yang telah dijemput. Bagi Mesyuarat JPK Pembasmian Kemiskinan, pertama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, kedua Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, ketiga Kemas Negeri Selangor, keempat jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, kelima Persatuan Pengasuh berdaftar Malaysia PPBM dan keenam persatuan taska Negeri Selangor PTNS dan juga Early Chillhood Care dan Educatian ECCE. Secara keseluruhannya kita telah jawatankuasa telah mendapati berkenaan isu akses kepada Institusi Pendidikan Kanak-kanak. Terdapat beberapa permasalahan di lapangan seperti berikut, pertama di kawasan luar bandar jumlah kanak-kanak murid yang sedikit menyebabkan institusi beroperasi dengan baik yang mana ada di antara berhadapan dengan risiko penutupan. Kedua di kawasan bandar ibu bapa tiada pilihan melainkan menghantar anak-anak ke institusi swasta kerana kapasiti dan penempatan institusi pendidikan awal kerajaan iaitu pra sekolah, tabika kemas, tabika perpaduan sedia ada tidak mencukupi. Ketiga ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih tinggi kerana memilih untuk menghantar ke institusi yang menawarkan perkhidmatan tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak pada masa
yang sama untuk mengelakkan penghantaran dan pengambilan anak-anak dari tadika ke taska atau pusat jagaan atau sebaliknya. Keempat mana kala bagi institusi menawarkan perkhidmatan tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak pada masa yang sama mempunyai kengkangan dari pelbagai aspek seperti mendapatkan lesen operasi. Kos operasi, upah pekerja dan lain-lain yang berisiko menyebabkan institusi tidak dapat beroperasi dengan baik dan berisiko beroperasi tanpa lesen. Kelima manakala taska-taska kerajaan iaitu taska komuniti dan taska genius perpaduan atau taska permata perpaduan adalah sangat terhad. Lima perpuluhan dua, Jawatankuasa pada masa ini tiada satu agensi dan sistem yang membuat pengumpulan data berkenaan taburan dan kepadatan penduduk untuk memastikan bilangan tabika atau taska mencukupi untuk penduduk setempat. Lima perpuluhan tiga, Jawatankuasa turut mendapat tiada agensi yang menjalankan koordinasi dan perancangan antara agensi-agensi kerajaan yang menawarkan tabika atau taska percuma atau mampu bayar. Maka di sini saranan jawatankuasa adalah Kerajaan Negeri mengambil usaha koordinasi semua lokasi institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak kerajaan tabika dan taska bagi tujuan memastikan semua kanak-kanak dari semua golongan B40 di Selangor mempunyai akses kepada pendidikan awal dan isu-isu berkaitan akses kepada institusi pendidikan awal kanak-kanak dapat di atasi. Pertama koordinasi boleh dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan dengan kerjasama Plan Malaysia ataupun Selangor. Kedua sekiranya tiada koordinasi-koordinasi antara tabika atau taska kerajaan seperti yang dinyatakan di atas ibu bapa akan terpaksa menghantar anak-anak ke institusi swasta yang memerlukan yuran yang lebih tinggi atau tidak menghantar anak-anak ke institusi tersebut. Ketiga koordinasi ini perlu memandangkan usaha tersebut tidak dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM seperti yang telah dimaklumkan kepada jawatankuasa semasa sesi taklimat. Maka dengan itu saya mohon mencadang.
Silakan Dusun Tua.
Tuan Speaker saya mohon menyokong.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong saya buka untuk usul ini untuk dibahaskan kiranya ada. Sijangkang silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, saya melihat bahawa pendidikan ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana ia juga menentukan bagaimana keterlibatan rakyat di negeri Selangor terutamanya dalam arus pembangunan ini dan saya tidak nafikan beberapa perkara yang telah difikirkan oleh Permatang tadi adalah satu yang realiti termasuklah jumlah taburan anak-anak yang rendah di kawasan luar bandar terutamanya dan juga akses kepada mereka melalui jabatan-jabatan yang tertentu yang menubuhkan pusat-pusat pendidikan pra sekolah ataupun awal ini. Cuma saya melihat secara khususnya mungkin di peringkat negeri Selangor ini, di bawah jawatankuasa Pengerusi Hal Ehwal
Orang Asli, melihat bagaimana keterlibatan masyarakat orang asli ini daripada sudut pendidikannya. Kita tak nafikan sebahagian daripada mereka mampu juga untuk berada di tempat yang cemerlang dari sudut pendidikannya dan ini juga akan mengubah corak kehidupan masyarakat orang asli. Dan saya melihat, sudah tentulah platform yang kita nak libatkan orang asli ini juga daripada sudut peringkat pra sekolah. Kerana kalau di peringkat sekolah rendah saya lihat keterlibatan mereka untuk datang hadir ke sekolah pun, saya ingat sangat rendah. Mereka lebih minat untuk program-program yang berbentuk, kalau di kawasan saya yang berbentuk kebudayaan mereka termasuklah kalau Mahmeri dengan tarian dan sebagainya tetapi saya ingat sudah tiba masanya kita nak juga masyarakat orang asli ini kalaupun tidak setanding mereka juga terlibat dalam pendidikan dan pembangunan arus perdana ini. sebab itu saya melihat di negeri Selangor ini, kerajaan harus melihat juga mungkin membuat kajian yang tertentu khusus untuk masyarakat orang asli supaya kita dapat memperkasakan mereka juga daripada sudut pendidikan dan akhirnya sosioekonomi mereka akan terjamin untuk masa depan. Jadi saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri akan melihat perkara ini dengan agak serius. Terima kasih.
Saya minta pihak Kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sijangkang atas cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sudah pasti pendidikan awal ini adalah satu bidang yang baru ingin diterokai oleh pihak Kerajaan Negeri terutamanya dalam melengkapkan keseluruhan ekosistem pendidikan dalam negara dan negeri kita. Pendidikan-pendidikan ataupun isu-isu tentang pendidikan awal sememangnya kita baru ingat malahan sistem pendidikan awal yang dinamakan sebagai pra sekolah hanya muncul dalam sistem pendidikan negara hanyalah dalam sekitar tahun akhir tahun 90an ataupun awal 90an. Maafkan saya. Sebelum itu pendidikan-pendidikan itu digalas oleh Kemas, digalas oleh institusi tadika dan juga taski ataupun institusi-institusi yang lain. Jadi, usaha tentang pendidikan awal ini sebenarnya sememangnya sangat penting walaupun ia merupakan satu perkara yang nampak dia remehkan tetapi pada hari ini kalau kita tidak menangani dari peringkat awal malahan kalau kita lihat cabarannya di peringkat di kawasan urban, di kawasan bandar pada hari ini kadang-kadang kosnya itu sangat tinggi. Jadi saya percaya ini adalah satu usaha dengan berapa program kita seperti Tunas kemudian kita ada seperti Didik ANIS, kita ada program seperti Asuh Pintar. Kita cuba untuk meneroka agar program pendidikan awal ini dapat diteroka dan dapat diperbaiki daripada masa ke semasa termasuk pelbagai inisiatif dalam program yang disebutkan sebagai early demention termasuk. Early demention ini untuk anak-anak istimewa ataupun anak-anak kurang upaya. Jadi, saya mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan dan kita akan cuba melengkapkan dan apatah lagi kalau kita ada hubungan baik dengan kementerian pelajaran nanti, kita ingin melihat aspek-aspek ini supaya aspek-aspek ini menjadi satu kaedah pembelajaran dan pendidikan sepanjang hayat kepada anak-anak kita, kepada generasi kita. Dan juga kemampuan kepada keluarga untuk memberikan pendidikan dan juga kos pendidikannya nanti.
Kalau dilihat pra sekolah itu masih ada tapi tak semua tempat ada, ini cabaran-cabaran yang saya rasa perlu untuk kita lihat secara menyeluruh, the whole ecosystem pendidikan awal ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi;
Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK) Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Akses kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bilangan 58 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, usul untuk menangguhkan Dewan.
Terima kasih Speaker dan seluruh Ahli Dewan, alhamdulillah, setelah kita bersidang pada hari Rabu yang lalu atau minggu lepas. Bermula dengan membentangkan beberapa usul - usul pindaan undang - undang tubuh, pindaan akta-akta tertentu ataupun enakmen tertentu seperti Enakmen Lembaga Urus Air Selangor, Enakmen Perjawatan dan juga pindaan enakmen ataupun undang-undang enakmen perbekalan negeri dan kita turut mendengar lapan (8) jenis usul yang telah dibentangkan sepanjang tempoh persidangan ini berlangsung. Kita dapat melengkapkan sidang belanjawan ataupun sidang terakhir, sidang dewan untuk tahun ini, tahun 2022. Dan semoga segala apa yang telah kita bincangkan itu akan menimbulkan suasana baru apatah lagi dengan suasana perubahan politik yang berlaku dalam negara kita khususnya selepas Pilihan Raya Umum yang ke-15 yang lepas. Saya percaya pada waktu ini, ada satu gerakan dan ada satu usaha di kalangan pimpinan kumpulan politik dalam negara kita untuk merapatkan hubungan dan juga mendekatkan dan mengelakkan perbezaan. Saya rasa inilah konsep yang sekian lama kita cuba terapkan dalam sidang ini ataupun dalam pentadbiran kita dengan cuba untuk melayani dan mendekati semua kelompok. Termasuk memberikan peruntukan kepada barisan rakan-rakan di kawasan pembangkang dan sebagainya demi untuk kita rapatkan jurang, membuang beberapa perbezaan dan meneliti beberapa titik persamaan untuk kita hadapi bersama. Pengalaman berdepan dengan bencana alam yang besar, pengalaman berdepan dengan pandemik COVID-19 dan nantinya tahun depan mungkin kita akan berdepan
kesan-kesan daripadanya iaitu kesan ekonomi sekali lagi menuntut kepada kita untuk duduk bersama dan juga merapatkan hubungan, menggalakkan perpaduan sebagaimana spirit yang ada pada Kerajaan Persekutuan pada hari ini. InsyaAllah, kita percaya mungkin kita ada satu lagi sidang kalau ada kesempatan, kalau tak ada ini yang terakhirlah. Tapi saya pasti ini belanjawan terakhir untuk penggal ini, kalau nak tunggu ada lagi tak mungkin sebab sekitar bulan Jun, kita mungkin akan terbubar secara rasmi.
Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah melaksanakan peranannya di dalam Dewan ini, baik sebagai Ahli-ahli Pentadbiran, baik sebagai backbencher atau penyokong Kerajaan dan barisan pembangkang. Tidak ketinggalan beberapa ejen-ejen provokasi yang wujud secara semula jadi dalam Dewan ini. jadi semoga selepas ini. Masuk pulak, baru disebut. Jadi dengan ini saya. Sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya sekali lagi ucap terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus terutamanya pentadbiran awam negeri Selangor yang telah berjaya sekali lagi menghasilkan Belanjawan yang sangat ampuh dan konsisten untuk pembangunan kita dan semua pihak yang telah berjaya meneruskan momentum hasil yang baik, pengurusan yang baik. Namun begitu kita sentiasa akan cuba memperbaiki dan meningkatkan prestasi perkhidmatan kita. Yang Berhormat Speaker dan seluruh Ahli Dewan, dengan ini saya mencadangkan Dewan ini ditangguhkan kepada satu masa yang akan ditetapkan kelak.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menangguhkan persidangan ini, ingin saya mengambil peluang dan kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya yang komited, konsisten sejak 10 hari, 9 hari yang lalu termasuk tambahan masa 5 jam 40 minit. Maknanya kita cuti satu hari, masih dalam 10 hari, lebih daripada 10 hari. Yang Berhormat Banting, Seri Setia, Pelabuhan Klang, Sijangkang, Hulu Kelang, Bukit Lanjan dan semualah Ahli-ahli Dewan yang telah begitu gigih untuk menyertai perbahasan dan sebagainya. Dan terutama juga saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada semua Ahli Parlimen di Dewan ini yang lima (5), yang dipilih dalam Pilihan Raya yang lepas dan tidak terlewat juga mewakili Dewan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, Kerajaan Perpaduan Malaysia. Dan saya, untuk setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Kelima kali ini, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia, pelapor-pelapor dan semua petugas-petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Kepada semua Yang Berhormat, sila semak draf penyata yang telah diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula kepada pentadbiran Dewan
sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi ini dapat disediakan dan diedarkan segera kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan persidangan hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.00 PETANG)