Selangor · 5 December 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 305 turns · 33,438 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 5 Disember 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya persilakan Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 116. Berkenaan lampu solar.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 116. Lampu Solar Pelbagai GunaQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

116. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Kerajaan Negeri sedang jalankan projek pemasangan lampu tiang solar di Selangor. Berapa jumlah Tiang Lampu Solar akan dipasang untuk tahun 2022-2023?

b)

Adakah lampu solar ini fasiliti tambahan seperti Wi-Fi, CCTV dan Pemantau Pencemaran Udara?

c)

Apa jumlah kos yang akan dibelanjakan?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker. Menjawab pertanyaan daripada Bukit Lanjan. Kerajaan Negeri sedang menjalankan projek pemasangan lampu tiang solar di Selangor. Berapakah jumlah tiang lampu solar yang akan dipasang untuk tahun 2022-2023? Betul soalannya?

Di bawah program pencahayaan lampu jalan jenis solar LED, bagi seluruh DUN Selangor bilangan tiang lampu yang dirancang untuk dipasang adalah sebanyak 600

unit. Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada 2 fasa di mana fasa pertama telah bermula pada 15 Ogos 2022 dan dijangka siap pada 15 November 2022. Bilangan tiang lampu solar bagi Fasa 1 adalah sebanyak 390 bilangan untuk 31 DUN. Soalan kedua, adakah lampu solar ini fasiliti tambahan seperti wi-fi, cctv dan pemantau pencemaran udara? Tiada fasiliti tambahan, dengan peruntukan yang diterima namun tiang lampu tersebut mampu menampung sebarang fasiliti tambahan sekiranya diperlukan pada masa hadapan. Ketiga, apa jumlah kos yang akan dibelanjakan? Keseluruhan peruntukan yang dimohon adalah berjumlah RM 6 juta. Peruntukan yang diterima untuk Fasa 1 sebanyak RM 3 juta dan kos muktamad adalah sebanyak RM 2,984,175.00 penjimatan sebanyak RM 15,825.00. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Balakong?

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Saya ingin tanya kepada pihak Kerajaan bahawa untuk pemasangan lampu tiang solar di Selangor sebab untuk Fasa 1 ada tak time frame untuk semua projek yang pemasangan? Sebab sampai sekarang 10 tiang lampu itu masih tidak di pasang di kawasan saya. Terima kasih.

Speaker

Masih tidak ada tiang ya? Silakan. Silakan.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Balakong yang mengajukan pertanyaan, cuma saya... adakah termasuk dalam 31 DUN yang terpilih tadi. Kalau terpilih, insyaAllah dalam perjalanan tu. Sebab DUN saya dah dipasang, jadi kita akan rujuk balik kepada EXCO yang berkenaanlah.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Kalau boleh

Speaker

Silakan Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Kalau boleh siapkan sebelum tahun inilah.

Speaker

Kalau tidak ada masalah, dalam perjalanan, ya. Silakan. Silakan.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker. Cuma soalan saya nak tahu, kos. Dia ada tiang, ada lampu. Bagaimana dengan penyelenggaraan lampu tersebut? Boleh minta penjelasan?

Speaker

Saya rasa tidak ada kaitanlah, ya. Tidak ada kaitan, jalan besar. Saya seterusnya persilakan Sungai Pelek. Sungai Pelek tidak datang. Pelik sikit, tidak hadir. Semenyih? Hadir? Ha, silakan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker Soalan saya 118.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 118. Kluster GugusanQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

118. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini program klusteriasi seperti yang telah diumumkan di dalam pembentangan bajet 2019 dan sejauh mana kluster-kluster ini berjalan terutamanya di kawasan Dun Semenyih?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya Tuan Speaker,...

(Dewan Riuh)

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, sebab ramai yang tidak datang. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Terima kasih Speaker dan Semenyih atas soalan yang telah dikemukakan. Sebagai sebuah negeri yang maju dan berkembang pesat, Selangor perlu mempunyai asas ekonomi yang produktif, stabil dan mempunyai nilai tambah dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. Selain itu, Selangor perlu mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat nasional bagi menarik pelaburan domestik dan asing yang berkualiti tinggi dan bagi menjana pertumbuhan ekonomi Negeri yang mampan. Bagi mengekalkan prestasi Selangor sebagai pemacu ekonomi negara dan berkembang terus maju, inisiatif klusterisasi ekonomi Negeri Selangor telah diperkenalkan dengan matlamat untuk memantapkan kekuatan di sesuatu kawasan tumpuan, dengan memberi fokus kelebihan sedia ada bagi penyeragaman persamaan bagi melengkapkan accessibility dan prasarana fizikal yang berkaitan. Selain itu aktiviti ekonomi akan dipelbagaikan melalui penggunaan sumber ekonomi semula jadi yang mampan sama ada boleh memperbaharui atau tidak boleh diperbaharui serta memperkenalkan asas ekonomi baharu yang inovatif. Ahli Yang Berhormat sekalian, asas-asas inilah yang kemudiannya menjadikan apa yang kita panggil sebagai Rancangan Selangor Pertama. Dalam Rancangan Selangor Pertama sebagai contoh, IDRISS, SABDA, SMG, pembangunan semula beberapa lokaliti dan kawasan telah kita terjemahkan.

Memang kalau secara spesifik apakah yang terkait dengan Semenyih, sudah pasti kita tidak boleh dapat lihat dengan menyeluruh kerana Rancangan Selangor Pertama ini akan diikuti dengan kajian separuh penggal dan juga diikuti dengan Rancangan Selangor Kedua. Dalam Rancangan Selangor Kedua nantilah kita akan menyeragamkan dan mencantumkan apa yang kita panggil sebagai klusterisasi-klusterisasi berdasarkan kepada potensi-potensi yang sedia ada. Rancangan Selangor Pertama yang saya sebutkan tadi adalah berdasarkan dengan beberapa kesediaan yang telah wujud sebagai contoh SABDA dan IDRISS. Ini memang ketersediaan yang sedia ada yang boleh dibangkitkan beberapa perubahan-perubahan dan juga beberapa elemen-elemen yang kuat. Untuk kawasan Semenyih, Kajang dan kawasan sekitarnya sudah pasti kita akan mencantumkannya dengan beberapa elemen yang kita telah ada sebelum ini. Sebagai contoh sektor pembuatan, yang berada di kawasan sekitar Bangi, ataupun kawasan-kawasan perumahan yang telah wujud di kawasan Semenyih, dan beberapa sektor pertanian di beberapa sektor perkampungan di kawasan Semenyih yang saya boleh anggap sebagai satu sektor yang boleh dikembangkan namun kita akan perlu melihat peluang-peluang yang sedia ada ia tidak boleh bergerak secara runcit sebaliknya ia bergerak sebagai satu wilayah pembangunan yang menyeluruh. Ya, jadi kalau tanya klusterisasi berkembang tak berkembang salah satu petunjuk yang jelas ialah dengan kewujudan beberapa planning ataupun perancangan kita berkenaan dengan kawasan pembangunan wilayah dalam Rancangan Selangor Pertama. Terima kasih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Soalan tambahan.

Speaker

Semenyih?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih di atas kemajuan yang dibuat khususnya di Semenyih atas pembangunan tetapi adakah pihak Kerajaan Negeri merancang supaya pembangunan yang lebih integrasi atau pembangunan yang melibatkan masalah-masalah penduduk diambil kira di atas ruang pembangunan. Terima kasih khususnya pencemaran.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Semenyih sudah pasti ini merupakan salah satu daripada elemen yang kita ambil kira dan sebahagian daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semenyih kita juga sedang melaksanakan sebagai contoh sebahagian daripada projek SJAM, Skim Jaminan Air Mentah Selangor di Loji Rawatan Air Semenyih. Itu adalah sebahagian daripada langkah yang kita buat ataupun yang kita telah laksanakan dan baru-baru ini saya nak maklumkan ada 2 kali ya, dalam tempoh 2 hari di jajaran sepanjang Sungai Semenyih ataupun dipanggil sebagai Sungai Langat yang bermula pencemaran daripada Negeri Sembilan, 2 hari berturut-turut. Alhamdulillah disebabkan oleh kerja keras kita mengawal kawasan-kawasan terbabit, kedua-dua kawasan, kedua-dua insiden pencemaran ini sampai kepada kod jingga ataupun kod kuning, tidak sampai ke kod merah. Ada pemberhentian operasi tetapi pemberhentian operasinya menyebab

hanya sekitar 2-3 jam sebab kita dah dapat kawal. Itu menunjukkan bahawa kita sentiasa mempertingkatkan usaha kita dan kita akan menambah lagi dengan kerjasama sebagaimana contoh Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan sebagainya untuk mengawal serta memastikan pencemaran sebagaimana yang kerap berlaku di Semenyih. Tahun ini sahaja semuanya berlaku di kawasan sekitar Semenyih yang kita akan dapat tangani serta kita dapat uruskan. Terima kasih.

Speaker

Jeram? Oh, muncul. Silakan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 119.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 119. Hijrah SelangorQuestions

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

119. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteri untuk memilih seorang CEO Hijrah? Adakah CEO Hijrah yang bertugas ini layak?

b)

Adakah mengikut kriteria yang ditetapkan atau hanya lantikan politik?

c)

Apakah pencapaian CEO Hijrah dalam membantu program usahawan Selangor berjaya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Kriteria pemilihan bagi jawatan Pengarah Hijrah adalah berdasarkan pengalaman bekerja yang berkaitan. Kepakaran dan pengetahuan dalam industri serta kebolehan meneraju organisasi seperti Hijrah. Calon yang dipilih melalui 3 proses saringan, iaitu pencalonan dan imbuhan, jawatankuasa pencalonan dan imbuhan Menteri Besar Selangor diperbadankan atau MBI. Kemudian dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI dan Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Hijrah Selangor sebagaimana yang ditetapkan dalam tatacara pelantikan perjawatan utama MBI dan syarikat milikan MBI. YBhg. Dato’ Seri Mohd Suparadi bin Mohd Nor, Ketua Pengarah Eksekutif Hijrah mempunyai pengalaman berkaitan industri yang sama di mana

jawatan terakhir beliau sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hijrah adalah sebagai Pengerusi Tekun selama 2 tahun. Sebelum itu, beliau bertugas di beberapa buah syarikat besar seperti Iris Corporation, SJ Securities Sdn Bhd, Bank Bumiputera (M) Berhad Securities dan Bank Bumiputera Berhad. Beliau juga terpilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum dan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hijrah berkuat kuasa mulai November 2022. Sebagaimana yang telah dinyatakan, pelantikan Pengarah Eksekutif Hijrah berdasarkan pengalaman bekerja dan berkaitan kepakaran, pengetahuan, industri dan kebolehan menerajui organisasi seperti Hijrah dan untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini pun calon untuk Pengerusi Eksekutif dia tidak memegang sebagai CEO tetapi tugasnya hampir sama juga. Orang politik tetapi mempunyai latar belakang sebahagian daripada yang menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia dan kali ini kita mengambil mereka yang berpengalaman dalam bidang yang hampir sama iaitu Tekun ataupun pemberian pinjaman sebagaimana yang dilaksanakan di peringkat Federal.

Beberapa inisiatif telah dilaksanakan .. memperkenalkan pembiayaan rakan strategik Hijrah dalam membantu mengembangkan sektor pertanian dan perniagaan sebagaimana mekanisme yang menjamin kualiti pinjaman dan meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan jumlah pembiayaan baharu secara konsisten. Yang kedua ada pelbagai inisiatif yang diperkenalkan sebagai contoh i-Agro untuk pertanian, penternakan, akuakultur, i-Lestari pembiayaan perniagaan, pembiayaan sehingga RM 100 ribu, skim bermusim, air bermusim, perniagaan jangka pendek memberi modal tambahan kepada aktiviti perniagaan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Skim air sosial modal tambahan kepada usahawan atau rakyat Selangor bagi tujuan pendidikan, latihan, kursus, membaik pulih rumah serta membeli memperbaiki kenderaan.

Ketiga pelaksanaan projek pembiayaan patuh syariah Hijrah melalui pembiayaan tawarruq. Pembiayaan patuh syariah telah bermula pada bulan Mac 2022, selaras dengan hasrat memberi nilai tambah serta transformasi yang lebih bermakna kepada Yayasan Hijrah dalam konteks pematuhan syariah. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Soalan tambahan.

Speaker

Jeram?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih. Memandangkan CEO nya dah berambus, saya dah, saya tarik baliklah Tuan Speaker ya. CEO nya dah berambus. Ya, jadi soalan, saya tidak ada soalan tambahan. Terima kasih.

Speaker

Apa, itu tidak ada, lain kali saya tidak benarkan soalan yang tidak berkaitan ya. Dia mesti soalan tambahan. Baik, ya, Jeram? Baik, seterusnya Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 120.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 120. Masalah Banjir Kilat Di Teluk KapasQuestions

120. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri mengatasi banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat?

b)

Apakah perancangan jangka pendek & panjang JKR menyelesaikan masalah ini? Bilakah penaiktarafan saliran kalbet dilakukan?

c)

Bilakah masalah banjir kilat yang menghantui penduduk Teluk Kapas dijangka selesai?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan ini sebenarnya berkait rapat dengan soalan saya dah jawab daripada Sementa juga, soalan 76. Itu saya telah terangkan bahawa isu perparitan di kiri kanan kawasan ini di Jalan Telok Kapas ini di bawah selenggaraan Majlis Perbandaran Klang yang tidak teratur yang kita sedang selaraskan untuk memastikan air akan mengalir ke kawasan pintu air. Untuk sementara ini di pintu air kita dah letak pam mudah alih kapasiti 10 cuses itu yang saya sebut di pintu air Jalan Palembang. Untuk jangka panjangnya perlukan itu penyelarasan atau pembetulan longkang-longkang di kiri kanan kawasan ini. Itu yang kita sedang selaraskan oleh Majlis Perbandaran Klang. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

Adakah pihak Kerajaan Negeri akan melaksanakan penyelenggaraan menaiktaraf longkang-longkang tanah yang sedia ada kepada longkang yang apa ni, longkang konkrit. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu memang program yang di bawah Kerajaan Negeri memang kita memantau dan melihat keperluan dari semasa ke semasa untuk kita tingkatkan penaiktarafan longkang-longkang tanah ini kerana longkang tanah ini sebagaimana kita sedia maklum memang dia banyak dan kita tidak dapat menukar secara serentak, dia punya maintenance memerlukan ada sedikit masalah dari segi penyelenggaraannya, kerana dia mudah runtuh tebingnya sebab itu kita gantikan peringkat-peringkat di tempat yang mengikut keutamaan dengan culvert ataupun longkang-longkang yang konkrit ya. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua?

Baik, sebelum ini Kerajaan Negeri ada membuka saluran untuk aduan-aduan berkaitan dengan longkang-longkang yang melibatkan PBT. Apakah Kerajaan Negeri ada sebarang usaha atau cadangan untuk membuka aduan bagi longkang-longkang di bawah senggaraan JKR? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Isu aduan rakyat ataupun aduan termasuklah longkang ini kita bukak dengan pelbagai kaedah, masih boleh menggunakan kaedah yang sedia ada atau langsung kepada Jabatan Perairan dan Saliran ataupun Majlis PBT itu sendiri. Sebab kita melihat secara keseluruhan semua aduan ini dan longkang-longkang ini kalau kata kita tetapkan satu tempat dia melibatkan pelbagai agensi dan Jabatan. Jadi itu yang kita perlu selaraskan ada yang kadang-kadang kita ingat dia bawah JPS, tapi berada di bawah pihak PBT jadi boleh disalurkan mengikut kaedah dan terus kepada JPS ataupun kepada PBT yang berkaitan. Terima kasih.

Speaker

Bandar Utama?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 121.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 121. Pembangunan Fasiliti Sukan Yang Tidak MencukupiQuestions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

121. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan pembangunan fasiliti sukan yang jarang didapati seperti Velodrome?

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bandar Utama bertanya berkaitan dengan velodrom, pembinaan velodrom. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan pembangunan velodrom. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, sekarang ini velodrom kita gunakan adalah di kawasan Nilai, ada satu velodrom yang saya kira hampir juga dengan Selangor. Kita boleh pertimbangkan untuk kita bangunkan velodrom kita sendiri. Kalau yang pertamanya ada keperluan yang mendesak, maksudnya dia worth it of building the velodrom lah. Yang kedua di tempat yang sesuai, dan yang ketiga ada kemampuan untuk kita selenggara velodrom tersebut sebab untuk makluman Yang Berhormat Damansara Utama eh Bandar Utama, pembinaan velodrom sendiri mencecah RM 50 juta kos dan kos maintenance setahun adalah RM 5 juta ataupun RM 417,000 per month. So agak heavy juga, kecuali kita ada temasya di peringkat DUN ini ataupun negara, I think baru berbaloi kita buat, buat masa ini kita masih lagi menggunakan velodrom sedia ada iaitu di Nilai yang paling hampir dengan kita. Terima kasih.

Speaker

Bukit Melawati? Tidak hadir. Teratai? Dengan bunga Teratai tidak hadir. Sungai Panjang? Sungai juga panjang tidak hadir. Lembah Jaya? Hadir. Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 125.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 125. Perpustakaan Awam Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projek SukeQuestions

125. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pembinaan perpustakaan awam bagi menggantikan yang telah dirobohkan kerana memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya SUKE di Lembah Jaya Utara?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker. Terima kasih Lembah Jaya atas soalan yang telah dikemukakan. Kerja-kerja pembinaan perpustakaan di Taman Seri Ampang sedang berjalan di tapak dan telah berlaku kelewatan kemajuan fizikal dari segi jadual asal disebabkan kontraktor asal tidak mampu menyiapkan projek tersebut. Pihak syarikat telah menukar 2 buah syarikat kontraktor sebelum ini.

Kontraktor-kontraktor baharu telah dilantik pada 2 November 2022 dan telah memulakan kerja di tapak pada 4 hari bulan November 2022 dan menyambung kerja-kerja terdahulu. Projek ini dengan disebabkan beberapa kelewatan dijangka akan selesai mulai April 2023 kalau saya boleh senaraikan peratusan kelewatan:

STATUS SEMASA PROJEK Kemajuan Fizikal (Sehingga 7 November 2022) Semasa 52% Jadual 64% Lewat -12 %

Gambar-gambar dan juga kemajuan tapak saya boleh berikan kepada Yang Berhormat untuk Yang Berhormat melihatnya dan mungkin ingin lakukan lawatan tapak. Terima kasih.

Speaker

Batang Kali? Tak hadir. Terus tidak hadir. Seterusnya Permatang telah dijawab No. 36 ya. Soalan Permatang sudah dijawab. Kuala Kubu Baharu?

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 128.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 128. Sekolah Menengah Cina Persendirian Di SelangorQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

128. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambahkan satu lagi tapak tanah untuk Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

b)

Nyatakan bantuan pendidikan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor pada tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Pendidikan merupakan antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor dan dimeterai melalui komitmen sebanyak RM 26 juta kepada pembinaan semula atau membaik pulih infrastruktur sekolah di Negeri Selangor. Ini termasuk bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Tambahan kepada itu, antara sekolah lain yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Antara sebab selain peningkatan jumlah pelajar adalah faktor lokaliti kerana keempat-empat Sekolah Menengah Persendirian Cina yang sedia ada di negeri Selangor bertempat di Daerah Klang. Melihat kepada situasi ini, Kerajaan Negeri sedang dalam landasan ke arah menetapkan lokasi bagi penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina baharu di luar Daerah Klang. Beberapa kawasan telah dikenal pasti di Daerah Petaling dan Daerah Hulu Langat bagi tujuan tersebut. Penelitian akan dijalankan setelah proses konsultasi dengan pihak berkepentingan diselesaikan sebelum pengumuman rasmi lokasi tapak sekolah ini dibuat. Kalau ikut perancangan kita, sewajarnya kita nak buat sekitar bulan 10-11, tapi kita juga berpendirian kalau kita buat nampak tergesa-gesa ia menjadi modal politik kepada pihak kita dan juga pihak lawan jadi saya rasa, baik tak perlu, ini adalah untuk kepentingan pendidikan namun kita percaya dalam suku pertama tahun depan, kita boleh tetapkan tapak sekolah yang telah dijanjikan.

Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM 2 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Negeri Selangor. Penyerahan cek bagi empat (4) sekolah ini telah diselesaikan pada 17 Oktober 2022 di Foyer SUK, Shah Alam. Terima kasih.

Speaker

Pelabuhan Klang?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang soalan no. 129.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 129. Masalah Roadmarking Semakin Pudar Dan HilangQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

129. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ‘Road Marking’ yang pudar dan hilang di jalan-jalan milik PBT, Pejabat Daerah dan JKR sehingga membahayakan pengguna jalanraya terutamanya pada waktu malam?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Tuan Speaker. Pelabuhan Klang bertanyakan soalan berhubung dengan isu road marking ataupun penanda jalan yang semakin pudar dan hilang.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri, kuantiti maksimum (setahun) bagi kerja-kerja mengecat garisan penanda bagi jalan protokol dan jalan utama adalah 0.4% dari keluasan jalan raya berturap di bawah kontrak berkenaan ni secara berkala ya. Manakala bagi jalan Secondary dan Minor Road, kuantiti maksimum (setahun) untuk kerja berkenaan adalah sebanyak 0.2% dari keluasan jalan raya berturap. Ini berdasarkan kepada rekod ataupun pemantauan tahunan yang telah dibuat. Kerja-kerja boleh dilaksanakan di bawah penyelenggaraan rutin kontrak berkenaan. Selain daripada itu, ia juga boleh dilaksanakan jika didapati ada keperluan tambahan melalui Arahan Kerja dan tawaran kerja secara perolehan sebut harga. Ia bukan sahaja melibatkan garisan jalan malah anak panah serta simbol lain yang perlu ada pada permukaan jalan mengikut Arahan Teknik Jalan yang berkenaan. Apabila keadaan jalan sedia ada tidak dapat mematuhi piawaian yang ditetapkan atau garisan penanda jalan sedia ada telah pudar, maka perabot jalan atau peralatan keselamatan perlu dipasang bagi menampung kekurangan tersebut. Pemasangan ‘delinator post’ ataupun tiang pemantul itu, akan membantu pemandu untuk menentukan jajaran sebenar jalan berkenaan terutama sebelah malam ya. Ia kebiasaannya dipasang pada bahu jalan iaitu di kiri dan kanan jalan. Penghadang jalan, guardrail yang dipasang bersama plat pemantul cahaya pada bahagian sisinya. Ia membantu pemanduan para pengguna jalan raya dan akan bertindak sebagai panduan apabila memandu di waktu malam bermaksud bukan sahaja garisan itu yang menentukan keselamatan jalan raya tetapi juga perabot-perabot ini telah dilengkapkan dengan sistem untuk membantu pemanduan. Bagi jalan yang mempunyai selekoh pula, pemasangan papan tanda ‘chevron’ iaitu yang warna kuning yang panah hitam itu, akan bertindak sebagai papan tanda amaran terutama di berbahaya atau selekoh merbahaya atau kritikal. Papan tanda ini bukan sahaja mempunyai saiz yang jelas tetapi ia juga dipasang dengan bilangan yang mencukupi serta jarak seragam mengikut piawaian sedia ada. Pemasangan peralatan keselamatan jalan raya seperti ‘road stud’, ‘flexible post’ dan yang seumpamanya boleh membantu untuk memberikan panduan kepada pengguna

jalan raya apabila memandu di kawasan yang telah pudar garisan penanda jalan dan kurang pencahayaan. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan daripada Pelabuhan Klang. Berapakah masa yang diambil sekiranya jalan yang baru diturap untuk kemudian dibuat road marking yang baharu ke atas jalan tersebut? Kerana saya ada jalan yang telah diturap oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor seminggu sebelum pilihan raya, dah dua minggu dah tiga minggu dan sampai hari ini jalan tersebut masih lagi tidak dibuat garisan jalan tapi kalau dengar jawapan yang dibuat oleh, yang diucapkan oleh Yang Berhormat Pandan Indah tadi tu sungguh indah bunyinya, tetapi pelaksanaan di tapak tidak seperti apa yang diucapkan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sebagaimana yang disebut tadi ini berkaitan dengan selenggaraan jalan. Makna jalan yang dah siap, jalan yang sedia ada yang pudar garisannya, itu mempunyai spek SOP nya yang tersendiri kerana ianya diselenggarakan oleh kontraktor-kontraktor yang dah terang dapat kontrak jangka panjang, makna mereka terus akan melaksanakan atas keperluan maintenance atau selenggaraan yang berkala, bukan sahaja garisanlah, tapi juga pemotongan rumput dan sebagainya. Tapi untuk jalan-jalan baharu, dia tertakluk kepada kontraktor baharu yang telah diberi kontrak untuk menyiapkan jalan termasuklah road marking ini. Jadi kalau dia perlu mematuhi arahan ataupun keperluan kontrak berkenaan, kalau ada kelewatan itu ada masalah dengan kontraktor atau ada masalah dengan kerja-kerja yang belum siap kerana biasanya jalan ini yang terakhir yang kita buat selepas jalan tu dah siap dan ini telah disahkan oleh pihak JKR itu sendiri. Kalau kita dah iktiraf jalan tu dah okay barulah boleh dibuat marking itu. Kita tidak pasang marking kalau jalan itu belum betul-betul siap. Jadi ada masalah di situ atau masalah dengan kontraktor itu sendiri. Ini kita akan pantau mengikut case by case di mana projek-projek yang berkaitan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, saya melihat bahawa hump ataupun bonggol ni antara yang kadang-kadang boleh mendatangkan bahaya apatah lagi catnya yang pudar sebab saya ingat secara umumnya dia hanya dicat semasa dibuat bonggol lepas itu dibiarkan begitu, terutamanya pada waktu hujan dan juga pada malam yang tidak ada pencahayaan. Saya ingat ini boleh kita lihat beri perhatian yang khusus. Satu kajian mungkin

setahun dua kali ke cat ataupun sebagainya untuk keselamatan pada masyarakat. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, terima kasih Sijangkang. Sememangnya begitu termasuklah ini marking jalan ni termasuk juga pada sistem bonggol yang sedia ada perlu juga termasuk dalam selenggaraan yang dimaksudkan tadi. Cuma kadang-kadang dari segi kelewatan dan kelambatan untuk pelaksanaan itu mungkin ada masalah daripada pihak kontraktor, yang kita pantau bukanlah kontraktor yang semuanya menepati ada yang setengah itu ada sedikit masalah sana sini yang kita terpaksa bimbing dan bantu mereka untuk memastikan mereka melaksanakan kerja mengikut spesifikasi. Dan kalau mereka telah memenuhi kouta, rutin penyelenggaraan rutin ini kita terpaksa buka sebut harga yang lain berasingan di bawah arahan kerja untuk memenuhi keperluan. Ada sesetengah jalan itu kadang-kadang dia punya selenggaraannya jauh meningkat lebih tinggi daripada apa yang kita telah tetapkan dan itu memerlukan arahan kerja dan sebagainya yang kita laksanakan dari semasa ke semasa mengikut kes atau mengikut jalan itu. Jalan di Selangor tidak sama ada jalan yang begitu serius problem nya dan telah sampai peringkat untuk naik taraf. Ada jalan yang sangat minimum maintenance nya jadi ini semua terpaksa kita teliti mengikut case by case. Terima kasih.

Speaker

Taman Templer tidak hadir. Sungai Burong tidak hadir. Kampung Tunku tidak hadir. Soalan seterusnya 133 telah dijawab bersekali dengan nombor 7 dan juga soalan seterusnya 134 telah dijawab bersekali dengan nombor 2. Sentosa tidak hadir. Hulu Kelang hadir.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan saya Nombor 136 Tuan Speaker. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 136. Pemindahan Setinggan Kampung BerembangQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

136. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Semasa pemindahan setinggan ke Pangsapuri Berembang Indah beberapa tahun lalu, sebanyak 60 keluarga yang tidak tersenarai layak membeli unit pangsapuri tersebut. Apakah langkah kerajaan untuk membela mereka?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan daripada Hulu Kelang bertanya berkenaan Pangsapuri Berembang Indah. Beberapa tahun yang lepas untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2008 Kerajaan Negeri telah mengarahkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan pemaju Perspektif Masa Sdn. Bhd. untuk mendapatkan 68 unit Rumah Kos Rendah (RKR) di Kampung Berembang untuk ditawarkan kepada 68 keluarga setinggan yang terlibat. Seterusnya pada 22 Januari 2009, Kerajaan Negeri telah menawarkan penyelesaian kepada 68 keluarga Kampung Berembang seperti berikut. Pertama 54 Keluarga Induk. 54 Keluarga Induk yang dikenal pasti iaitu setiap keluarga induk mendapat tawaran memiliki Rumah Kos Rendah (RKR) di Kampung Berembang dengan harga RM 35,000.00 setelah ditolak subsidi RM 7,000.00 daripada harga asal iaitu RM 42,000.00. Bayaran Ex-Gratia sebanyak RM 35,000.00 iaitu tiada sebarang bayaran bagi pembelian RKR. Maknanya dapat rumah ataupun ambil tunai dan Elaun Perpindahan RM 2,000.00 setiap keluarga induk dan tambahan daripada itu 14 Keluarga Tambahan yang diluluskan iaitu setiap keluarga tambahan mendapat tawaran memiliki Rumah Kos Rendah di Kampung Berembang dengan harga RM 35,000.00 juga setelah ditolak subsidi RM 7,000.00 daripada harga asal RKR iaitu RM 42,000.00. Jadi bagi mereka yang tidak memilih untuk memIliki rumah, mereka mendapat Bayaran Ex-Gratia sebanyak RM 25,000.00 iaitu pembelian RKR pada harga RM 10,000.00. Jadi Elaun Perpindahan RM 2,000.00 bagi setiap keluarga tambahan. Jadi PNSB bersama-sama dengan pemaju Perspektif Masa Sdn. Bhd. telahpun menjalankan tindakan dengan menyediakan 68 unit RKR di Kampung Berembang untuk ditawarkan kepada 68 keluarga berkenaan seperti berikut. Pertama, surat tawaran bagi pemilikan Rumah Kos Rendah Kampung Berembang telah dikemukakan kepada 68 keluarga berkenaan pada 6 Mei 2009. Jadi setelah itu unit yang lama dikosongkan dan diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Berembang pada 18 Mei 2009. Diluluskan dahulu dan nama itu diserahkan dan dibuat undian bagi keluarga induk berkenaan telah diadakan pada 20 Mei 2009 dan setiap kelaurga yang mengundi mendapat lot-lot yang telah dicabut. Keempat Perjanjian jua lbeli bagi 68 unit RKR telah ditandatangani pada 15 Jun 2009 dan akhirnya Penyerahan Pemilikan Kosong (VP) / Serahan Kunci kepada pemilik-pemilik Pangsapuri Berembang Indah telah dilaksanakan pada sempurnanya pada Ogos 2012. Itu sahaja Tuan Speaker.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Puan EXCO. Soalan saya adalah berkenaan dengan apakah yang dapat dilakukan oleh pemaju sekiranya penduduk tidak berminat untuk menduduki tempat itu. Jadi soalan saya apa masalah minat kerana ia merupakan harta bersama, harta bersama perlu diuruskan tetapi tidak diuruskan harta bersama dalam terjemahan

JMB adalah surcharge kurang daripada 30% atau 40% penduduk yang bayar. Jadi tiada orang nak manage JMB. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau ikut catatan yang diberikan kesemuanya telah pun mengambil unit rumah yang telah disediakan iaitu seramai 68. Jadi persoalan apakah yang hendak dilakukan kalau mereka tidak mahu ambil sebenarnya mereka telah ambil. Jadi urusannya sudah ambil mereka perlu tinggal di situ dan kalau ada isu berbangkit dengan JMB itu menyelesaikannya secara berbeza. Isu yang asas yang ditanya oleh Yang Berhormat Hulu Kelang adalah sama ada mereka ditempatkan kalau ketika sebelum serahan kunci mereka tidak bersetuju mereka boleh ambil tunai tetapi sekarang mereka sudah selesai sudah ambil dan telah tinggal tetapi persoalan isu JMB itu insyaAllah Yang Berhormat saya akan tengok perkara itu secara berasingan supaya isu ke tidak kemampuan pengurusan dan sebagainya kita akan uruskan secara berbeza.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Charge JMB itu RM 65.00 saya ingat rendah. Jadi tidak ada sebab mereka tidak mahu, dia tidak faham konsep penjagaan hak bersama tangga, longkang, lampu RM 65.00 itu cukup. Sebab kesan-kesannya adalah pam paip pecah selepas itu saluran rumah akan rosak dan mohon bantuan ADUN.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

InsyaAllah Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya akan pergi dan perhatikan perkara ini. Sebenarnya kita ada penyelesaian kepada JMB yang tiada pengurusan yang baik ini kita telah ada satu kaedah baharu bagaimana kita akan mengambil alih pengurusan tersebut di bawah COP dan akhirnya kita tidak menyerahkan perkara tersebut kepada penduduk menyelesaikan atau pemilik selesaikan. Itu saya terima kasih.

Speaker

Seri Setia Hadir.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih, nombor 137. Ada sentiasa.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 137. Prestasi Pasukan Bola Sepak Selangor Menurun Semenjak Tahun 2009 Dan Tidak Memenangi Sebarang PialaQuestions

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

137. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Tidak adakah sasaran jenis sukan untuk diberi peruntukan yang lebih bagi menaikkan nama Negeri Selangor?

b)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan kembali martabat kegemilangan Bola Sepak Selangor atau adakah cadangan untuk melibatkan pihak ADN dalam jawatankuasa FAS?

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Berkaitan Bola Sepak prestasi apakah perancangan Kerajaan Negeri, saya rasa pertama kita memberi tahniah kepada Pasukan Selangor adalah yang masuk finale walaupun belum menjuarai satu perkembangan yang baik. Saya bercakap dengan CEO Red Giant bahawa Red Giant sedang menyusun kembali pasukan mereka termasuk teknikal team untuk membawa masuk pegawai-pegawai daripada Negara luar khas untuk hendak bantu dari segi sport sains, daripada segi teknikal dan pelbagai. Apa yang telah sedia ada ini saya kira kita mempunyai sistem pembangunan bola sepak yang baik kita ada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Kalau di Selangor ada empat sekolah yang dijadikan Pusat NFDP iaitu di Sekolah Shah Alam Sesyen 7, di Klang, di Kuala Selangor dan di Hulu Selangor kita ada Program NFDP tetapi bagi kawasan yang tidak mempunyai Program NFDP, Majlis Sukan Negeri Selangor bersama Majlis Sukan Sekolah-sekolah juga mempunyai program mereka sendiri dalam bola sepak itu. Kita adakan di Sabak Bernam, di Kuala Langat, di Sepang bersama dengan Akademi Bola Sepak Tempatan dan menurut kawasan masing-masing. Jadi yes kita ada sistem pembangunan bola sepak kita dan saya kira kita bagi peluang kepada prestasi bola sepak kita di Selangor untuk kali ini menjuarai Piala Malaysia yang akan datang ini. Itu saja Yang Berhormat.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tambahan.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak tanya Yang Berhormat EXCO, pertamanya saya ucapkan tahniah sebab apa sebab kita berjaya mendapat tempat kedua Piala Malaysia. Soalan ini sebelum masuk ke finae hari itu saya ajukan soalan ini. Jadi saya ambil kesempatan ucapkan tahniah kepada Pasukan Selangor Darul Ehsan. Baik, soalan saya tadi saya ucapkan tahniah kepada EXCO menyatakan ada peringkat ada pergi ke setiap tempat kalau dahulu melalui daerah-daerah kita pergi ke setiap daerah mencari pemain bola sepak waima kampung sekali pun tetapi saya hendak tanya juga apakah tahun depan ada peruntukan tambahan untuk mereka ini untuk meningkatkan dan tahniah juga kita mempunyai jurulatih tempatan Tan Cheng Hoe mempunyai baik lagi daripada jurulatih

Jerman. Dulu Jerman tapi tidak boleh pakai, kita ada jurulatih tempatan. Jadi apakah ada peruntukan tambahan untuk mereka dan adakah EXCO juga terlibat dalam Jawatankuasa FAS ini.

Speaker

Jerman sudah out.

FAS ini, Red Giant ini telah diswastakan di bawah MBI dan saya kira kita kekalkan struktur supaya FAS ini dikendalikan oleh mereka-mereka yang berkemahiran adapun berkaitan dengan peruntukan kita ada sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor seperti yang di umumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam bajet pada setiap tahun. Dalam sukan-sukan yang lain peruntukan yang ada pada MSN kekal RM 7 juta setahun. Itu sahaja ruangan yang digunakan. Kalau di peringkat NFDP ataupun yang di peringkat Majlis Sukan Negeri Selangor yang saya sebut tadi, berdasarkan peruntukan sedia ada yang tujuh tahun yang mana kita improvise daripada peruntukan tersebut dan insyaAllah kita manage dengan apa yang ada dan kita harapkan dengan keputusan yang lebih baik dalam musim hadapan.

Speaker

Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker tetapi soalan saya, isu soalan saya ini sudah selesai jadi saya bagi laluan kepada soalan seterusnya. Terima kasih.

Speaker

Taknak, jawapan tak nak ya. Meru.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 139.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 139. Penyelenggaraan Parit Di Sepanjang Persiaran Hamzah Alang (SIMPANG Jalan Kasim/surau Meru Ehsan Ke Pekan Kapar)Questions

139. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa kalikah parit ini telah diselenggara sejak tahun 2015 dan pihak manakah yang menyelenggaranya?

b)

Apakah perancangan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tanah lot di jalan ini dari persimpangan Jalan Kasim ke Surau Darul Akhyar?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Meru bertanya berhubung penyelenggaraan parit di sepanjang Persiaran Hamzah Alang, persimpangan Jalan Kasim ke Surau Darul Akhyar, Pekan Kapar. Untuk makluman Yang Berhormat sebahagian parit yang di dimaksudkan adalah di bawah Persekutuan . Walau bagaimanapun penyelenggaraan parit ini di luar di konsesi Jalan Persekutuan saya pun tidak faham di luar jalan Persekutuan tetapi di luar konsesi Jalan Persekutuan. Pembersihan parit ini pernah dibuat sebenarnya tapi di bawah CSR oleh pihak konsesi dan juga secara jabatan oleh JKR Klang tetapi tidak berkala. Jadi saya telah menyebut perkara ini dalam perbahasan ataupun penggulungan jawapan saya tentang isu longkang-longkang ataupun parit yang tidak bertuan yang sedang kita selaraskan. Jadi kita mengambil maklum tentang isu ini dan kita sedang selesaikan termasuk dengan isu banjir kilat yang disebutkan di tanah lot yang berkait dengan longkang ataupun parit ini dari persimpangan Jalan Kasim ke Surau Darul Akhyar. Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Speaker

Meru.

Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Speaker tadi, tidak ada yang hendak bertanggungjawab ke atas jalan ini. Untuk tahun hadapan ada atau tidak perancangan Kerajaan Negeri sendiri untuk mengambil alih atau membuat sesuatu untuk parit ini sebab parit ini parit utama.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan di sini proses sebenarnya selain daripada mengenal pasti yang kita sebahagian besar telah kenal pasti proses untuk memindahkan kepada jabatan dan agensi lain memerlukan banyak perkara termasuk daripada peraturan dan undang-undang dan juga termasuk daripada segi bajet, ini berkaitan perlu selaraskan memerlukan sedikit masa tetapi kalau tempat yang kritikal saya telah sebut dalam penggulungan kita akan masukkan dengan membetulkan secara CSR dahulu. Ini kena dibuat kerana memandangkan suasana mendesak terutamanya berkaitan longkang dan parit. Sekian, terima kasih.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker, soalan balakong nombor 140.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 140. Pusat Asrama Pekerja AsingQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

140. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perkembangan terkini projek Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA)?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Balakong. Projek Asrama Pekerja Asing yang dimaksudkan Yang Berhormat Balakong terletak di Kawasan Perindustrian Balakong Mukim Cheras Daerah Hulu Langat. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kajang telah meluluskan Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan. Kerja-kerja awalan di tapak telah dijalankan seerti pembersihan, pemasangan hoding, papan tanda projek dan lain-lain. Manakala kerja-kerja pemindahan paling telah dimulakan pada 1 November 2022. Di samping itu PKNS telah menentukan beberapa lokasi yang strategik dan sesuai untuk dijadikan Pusat Asrama Pekerja Asing. Kerajaan Negeri juga dalam rancangan untuk mengaturkan dialog bersama Persatuan Industri. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Boleh saya tahu apakah time frame juga untuk pembangunan keseluruhan maksudnya projek ini bila boleh siap. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang ini saya tidak dapat jawab bagi pihak pemaju dan biasanya satu projek kebenaran merancang diberi kelulusan selama tiga tahun tetapi berkenaan kemajuan pembinaan itu saya tidak dapat jawab bagi pihak kontraktor. Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Speaker

Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya hendak tanya Yang Berhormat EXCO, Pusat Asrama Pekerja Asing ini, adakah rumah kediaman ataupun taman perumahan dibenarkan untuk dijadikan Asrama Pekerja Asing? Ini sebab berlaku di Meru dan soalan kedua boleh dijawab bertulis nanti berkaitan untuk pihak PBT, tolong adakah dapat kebenaran di kawasan Klang Central, Klang dijadikan sebagai Asrama Pekerja Asing.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik bagi soalan yang pertama kalau kita merujuk kepada garis panduan yang terkini, kawasan kediaman tidak dibenarkan. Kita hanya benarkan kawasan komersial tertentu, ditukar untuk menjadikan Pusat Asrama Pekerja Asing atau di tapak-tapak yang sesuai dikenal pasti untuk dijadikan Pusat Asrama Pekerja Asing. Bagi soalan kedua itu nanti Yang Berhormat boleh WhatsApp saya lokasi yang tepat supaya saya boleh buat satu semakan dengan Majlis Perbandaran Klang.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Setahu saya, sekarang ini sebenarnya pihak kilang mereka menghadapi satu cabaran dan juga masalah bahawa pekerja-pekerja mereka sebenarnya tiada tempat yang sesuai untuk menjadi tempat tinggal mereka. Jadi apakah langkah-langkah ataupun nasihat daripada pihak Kerajaan untuk menempatkan pekerja-pekerja asing ini terutamanya kita akan mulakan sekali lagi projek-projek. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Seperti yang saya telah jawab tadi, Kerajaan Negeri melalui PKNS telah memastikan beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan Pusat Asrama Pekerja Asing dan untuk memastikan kilang-kilang memahami proses untuk permohonan asrama pekerja asing. Kita akan adakan satu siri road show ataupun dialog bersama persatuan-persatuan ini supaya mereka dapat maklumat dan memahami garis panduan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat.

Speaker

Sungai Air Tawar tidak hadir. Kota Anggerik tidak hadir, ini demam bola sepak. Seri Kembangan tidak hadir. Sementa hadir.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 144.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 144. Hutan Bakau Kampung Sungai Serdang.Questions

144. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Kematian pokok Bakau di pesisir pantai semakin merebak dan memusnahkan ekosistem, adakah sebarang kajian dilakukan terhadap isu ini?

b)

Adakah ia berpunca daripada pelepasan bahan-bahan cemar daripada Stesen Jana Kuasa KEV? Apakah tindakan Kerajaan Negeri?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, berdasarkan pemantauan dan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan Hutan Paya Laut (HPL) di Negeri Selangor, didapati tiada kesan kematian pokok secara mendadak berlaku di kawasan ini. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil pokok-pokok bakau yang mati disebabkan oleh faktor semula jadi seperti tempoh jangka hayat pokok yang melebihi usia matang dan kesan hakisan ombak. Pada masa ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor belum melaksanakan kajian secara intensif bagi kes kematian pokok-pokok bakau ini. Untuk makluman, Kampung Sungai Serdang tidak terletak di dalam hutan simpanan kekal namun kawasan ini terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Kapar. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tidak dapat mengesahkan punca kematian pokok bakau adalah disebabkan oleh kesan secara langsung daripada pelepasan bahan cemar stesen KEV. Hal ini kerana kajian secara terperinci akan dilaksanakan jika ada keperluan. Walau bagaimanapun, operasi KEV ini sentiasa dipantau oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengawal sebarang impak kepada alam sekitar.

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

EXCO menyatakan bahawa tiada kematian pokok bakau di kawasan tersebut tetapi, saya telah turun ke lokasi dan saya melihat sebahagian besar kawasan itu hanya sekelompok kawasan paya bakau itu pokok-pokok bakau ini mati kering dan tanah juga mungkin nampak kelihatan seperti tercemar. Jadi saya mohon supaya Kerajaan Negeri membuat kajian kenapa kawasan tersebut menghadapi perkara ini dan juga mohon untuk adakan juga kajian adakah ia disebabkan bahan cemar daripada Stesen Jana Kuasa KEV.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Kita akan mengambil maklum dan kita akan turun ke kawasan untuk meninjau keadaan sebenarnya kerana sebutan itu betul kita akan ambil tindakan mengikut Rang Undang-Undang sedia ada.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 145.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 145. Status Covid-19 Di SelangorQuestions

145. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status wabak COVID-19 Di Negeri Selangor sehingga kini?

b)

Berapakah peratus pencapaian pemberian vaksinasi kepada rakyat Negeri Selangor keseluruhannya?

c)

Adakah semua vaksin yang dibeli oleh Kerajaan Negeri telah digunakan dan tidak luput tempoh penggunaannya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sijagkang. Untuk soalan (a) telah dijawab oleh Yang Berhormat Seri Serdang dalam soalan Sijangkang namun ada soalan (b) yang perlu saya jawab iaitu peratusan pencapaian vaksinasi di kalangan rakyat Negeri Selangor. Seri Serdang telah menjawab hari Jumaat yang lepas. Untuk soalan (b), sehingga 15 Oktober 2022 sebanyak 14,649,397 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di Negeri Selangor. Berikut adalah pencapaian pemberian vaksin Covid-19 mengikut kategori umur di Negeri Selangor. Sebanyak 4.330 juta ataupun 4,33,200 orang dewasa (96.2%) telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19. Seramai 519,617 orang remaja (91.6%) telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 dan seramai 320,909 orang kanak-kanak (43.9%) telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19. Bagi dos penggalak seramai 4,069,818 orang dewasa (89.4%) telah menerima satu dos penggalak vaksin Covid-19, seramai 155,076 orang dewasa (3.4%) telah menerima dua dos penggalak vaksin Covid-19, seramai 10,202 orang

remaja (1.8%) telah menerima satu dos penggalak vaksin Covid-19, seramai 78 orang remaja (0.01%) telah menerima dua dos penggalak vaksin Covid-19dan seramai 266 orang remaja (0.04%) telah menerima satu dos penggalak vaksin Covid-19. Di bawah adalah jadual pencapaian kita yang saya telah sebut sedikit sebanyak tadi dan saya boleh berikan kepada Yang Berhormat peratusan dalam bentuk jadual ini dan tambahannya peratusan pencapaian vaksin di Negeri Selangor kalau diukur dengan dos lengkap dalam kriteria Jabatan kesihatan sekarang dua dos Selangor telah mencatat pencapaian 100%. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 146.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 146. Penyelarasan Data KebajikanQuestions

146. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kerajaan berhasrat menyelaraskan data Lembaga Zakat Selangor dengan pangkalan data SSIPR bagi memperkukuh program kebajikan Negeri Selangor?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker dan Dusun Tua yang mengajukan soalan apakah Kerajaan berhasrat menyelaraskan data Lembaga Zakat Selangor dengan pangkalan data SSIPR bagi memperkukuh program kebajikan Negeri Selangor. Sehingga kini bagi memudahkan pengurusan data, praktis yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor adalah melakukan kolaborasi semakan silang dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PERKESO dan sebagainya. Bagaimanapun, LZS akan cuba mewujudkan usaha bagi menyelaras data bersama SSIPR bagi tujuan program kebajikan Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Speaker soalan Taman Medan 147.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 147. Bangunan Lama Pejabat Agama Islam Dan Mahkamah Syariah Daerah Petaling Jaya Di Seksyen 3 Petaling JayaQuestions

147. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah fungsi dan kegunaan bekas tapak Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah Daerah Petaling Jaya di Seksyen 3 Petaling Jaya pada masa ini?

b)

Adakah sebarang perancangan mengenainya pada masa akan datang?

c)

Adakah boleh jika ada pihak berminat untuk memanfaatkan kewujudannya?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih sekali lagi Tuan Speaker dan Taman Medan yang mengajukan pertanyaan, apakah fungsi dan kegunaan bekas tapak Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah Daerah Petaling Jaya di Seksyen 3, Petaling Jaya pada masa ini. Bangunan bekas Pejabat Agama Islam di Seksyen 3, Petaling Jaya masih digunakan sepenuhnya sebagai Pusat Latihan bagi tujuan kursus, bengkel dan juga mesyuarat dalaman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Terdapat tiga (3) unit kuarters yang disewakan oleh pihak MAIS bagi tujuan kediaman untuk kakitangan masjid/kakitangan kerajaan yang bekerja di sekitar Petaling Jaya. Tanah tersebut adalah diberi milik kepada MAIS secara pemberimilikan tanah pada tahun 1989. Syarat nyata bagi tanah tersebut adalah bangunan perniagaan. Soalan kedua, adakah sebarang perancangan mengenainya pada masa akan datang. Terdapat perancangan bagi membangunkan tanah tersebut namun ia tertakluk kepada kajian perancangan yang teliti yang sedang dilaksanakan oleh pihak MAIS. Memandangkan tanah berkenaan hanya berkeluasan 1.076 ekar menyukarkan pembangunan semula tanah berkenaan. Perkara ini mengambil kira aspek teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal berkaitan. Selain itu, sebarang cadangan pembangunan akan dibincangkan secara bersama antara MAIS dan JAKESS memandangkan terdapat mengoperasi Pusat Latihan dan kuarters seperti yang dinyatakan di atas. Soalan ketiga, Adakah boleh jika ada pihak berminat untuk memanfaatkan

kewujudannya. Pihak MAIS juga telah membuka iklan di akhbar tempatan bagi cadangan memajukan tanah ini pada 21 Oktober 2021. Terdapat beberapa cadangan pembangunan telah dikemukakan dan pihak MAIS sedang meneliti cadangan tersebut sama ada melalui cadangan pajakan tanah dan pembangunan secara usaha sama.

Soalan Tambahan.

Speaker

Taman Medan.

Tadi Yang Berhormat Sungai Kandis menyebut tentang ia nya berfungsi sebagai Pusat Latihan Warga kepada Kerja Jabatan Kehakiman Selangor. Adakah pada masa yang sama juga bolehkah kemudahan untuk latihan dan juga kursus itu juga di manfaatkan oleh pihak-pihak lain yang berminat kerana kemudahan itu telah sedia ada dan saya fikir ada pihak yang juga berminat menggunakannya bukan hanya dalam soalan tadi manfaat kewujudan tetapi boleh digunakannya dan di jadikan sebagai satu sumber kepada pihak Majlis Agama Islam itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan adakah boleh pihak-pihak lain menggunakan premis tersebut untuk tujuan latihan. Buat masa ini saya tidak ada jawapan, saya akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat taman Medan untuk rujukan. Terima kasih.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya ke 148.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 148. Loji Rawatan Air Labohan DagangQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

148. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kapasiti rekaan (designed capacity) kapasiti pengeluaran air terawat loji ini setiap hari sekarang?

b)

Apakah kawasan yang menerima air terawat daripada loji ini serta kadar bekalannya setiap hari?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Banting dan Yang Berhormat Tuan Speaker. Banting bertanyakan soalan berhubung dengan status loji Rawatan Air Labohan Dagang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kapasiti reka bentuk pengeluaran LRA Labohan Dagang ialah 200 juta liter sehari (JLH), sementara permintaan pengeluaran air semasa pula adalah sebanyak 131 juta liter air sehari (JLH). Untuk Kawasan-kawasan yang menerima bekalan air dari LA Labohan Dagang adalah Banting, Sungai Manggis, Telok Datok, Kelanang, Morib, Kampung Bandar dan Jugra. Kadar penggunaan semasa bagi kawasan-kawasan tersebut adalah sebanyak 131 JLH. Terima kasih.

Speaker

Taman Templer, tidak hadir. Batang Kali, tidak hadir. Teratai, hadir.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, Soalan saya nombor 151.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 151. Jadual Selenggaraan Pokok Bawah MpajQuestions

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

151. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada MPAJ untuk menambah jentera untuk memuaskan kerja selenggaraan cantasan pokok?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bertimbang untuk mengurangkan bajet projek inden/sebut harga dan meningkatkan bajet kepada menambah jentera supaya PBT mengaturkan kerja selenggaraan pokok kepada pasukan inhouse?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan yang di tanya oleh Yang Berhormat Teratai, Jentera dan peralatan untuk penyelenggaraan pokok di kawasan pentadbiran MPAJ dibeli menggunakan peruntukan MPAJ sendiri khususnya bagi kerja cantasan pokok oleh pekerja dalaman.

Buat masa ini, kerja-kerja cantasan pokok di MPAJ dilaksanakan oleh pekerja dalaman bagi aduan dan keadaan pokok yang berisiko rendah. Pokok yang berisiko tinggi pula akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik mengikut perolehan sedia ada. Terima kasih.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Soalan saya (b), adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengurangkan bajet insiden sebut harga dan mengguna bajet itu untuk menambah jentera kepada MPAJ.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya. Saya rasa saya telah jawab dengan jelas. Bagi kerja-kerja cantasan pokok yang berisiko rendah akan dilakukan oleh inhouse bermakna pekerja dalaman MPAJ akan lakukan kerja tersebut. Bagi yang berisiko tinggi MPAJ akan lantik kontraktor luar untuk menjalankan tugas tersebut.

Speaker

Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 152. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 152. Naik Taraf Bukit Ampang Menjadi Tarikan PelanconganQuestions

152. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjadikan Bukit Ampang sebagai produk pelancongan bagi Ampang?

b)

Bilakah projek pelancongan dapat diketengahkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Berdasarkan Rancangan Tempatan MPAJ (Pengubahan 2) 2020, guna tanah bagi lokasi tersebut dikategorikan sebagai Tanah Lapang dan Rekreasi. Pada 4 Julai 2019, Jabatan

Perancang bandar telah melakukan permohonan warta bagi tanah lapang di Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat. Bagi luas keseluruhan kawasan ini sebanyak 25 ekar dan merupakan tanah kerajaan. Namun, status bagi kawasan lapang ini, permohonan masih dalam proses kelulusan warta.

Kelas Kecerunan tanah berada di dalam kelas 1,2 dan 3 (<15 darjah – 35 darjah). Hampir keseluruhan kawasan tersebut berada dalam kelas 1 (<15 darjah). Fungsi utama kawasan ini adalah kawasan rekreasi dan kawasan lapang manakala 30% daripada kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai aktiviti perniagaan seperti tempat letak kereta, medan selera atau kios dan menara tinjau.

Pihak MPAJ akan menyediakan satu kertas kerja yang komprehensif untuk dibentangkan di peringkat Kerajaan Negeri melibatkan cadangan pembangunan terbahagi kepada 3 jangka masa iaitu:-i. Jangka masa pendek ii. Jangka masa sederhana iii. Jangka masa panjang – melibatkan jika dengan pemaju

Untuk menjawab soalan yang kedua, Projek Pembangunan Bukit Ampang hanya akan dapat diketengahkan pada pelancong dari dalam dan luar negara sekiranya peruntukan pembangunan projek pelancongan diluluskan melalui pelbagai sumber. Walau bagaimanapun perkara asas pewartaan perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Sekian.

Soalan tambahan.

Speaker

Lembah Jaya.

Terdapat aktiviti sedang berlaku secara tidak sah kerana ini merupakan tempat kunjungan pelancong yang sedia ada. Jadi saya mohon supaya Kerajaan Negeri melalui PBT untuk menyegerakan usaha menaik tarafkan tapak ini. Mungkin boleh namakan atau pun nyatakan bila tarikh bermula nya cadangan atau pun pembentangan cadangan pembangunan untuk kawasan ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Kita akan...yang pembangunan akan bergantung pada permohonan peruntukan sama ada daripada Negeri ataupun daripada Pusat. So, perancangan memang ada tetapi dia perlukan masa sedikit. So untuk Yang Berhormat, buat masa sekarang kita akan tumpukan kepada satu projek di Ampang juga iaitu di Ampang Look Out Point di mana Ampang Look Out Point telah pun tergendala disebabkan oleh masalah landslide so

telah pun berhenti sepuluh (10 ) tahun. Kita telah pun melantik satu (1) kontraktor pemaju untuk kita majukan tempat Ampang Look Out Point ni sebagai satu tempat pelancongan yang termasyhur di Ampang kelak. So dijangka kerja-kerja pembangunan akan dimulakan pada tahun hadapan (2023). So satu (1) tahun proses itu, dijangka tahun 2024 Ampang Look Out Point akan dibuka semula untuk orang ramai. Sekian terima kasih.

Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 153.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 153. Anggaran BelanjawanQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

153. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauh mana kos bajet Negeri Selangor telah dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2022?

b)

Nyatakan jumlah mengikut jabatan atau di setiap DUN yang telah dibelanjakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Semenyih, Speaker atas soalan yang telah dikemukakan. Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan 2022 pada 26 November 2021 dengan Peruntukan Pembangunan berjumlah RM 1,123,000,000.00. Berdasarkan prestasi sehingga 31 Oktober 2022, peruntukan yang telah dibelanjakan ialah 65.38% bersamaan dengan RM 734,227,805.93. Peruntukan Pembangunan berjumlah RM 1,123,000,000.00 diagihkan kepada 9 jabatan di mana Pejabat Menteri Besar dan SUK telah dibelanjakan sebanyak 68.21%.

Untuk Perbendaharaan Negeri setakat ini belum dibelanjakan kerana peruntukan nya agak rendah sekitar RM 180,000.00 sahaja dan untuk Pejabat Pertanian peruntukan telah dibelanjakan 34%, Perhutanan sebanyak 51%, Jabatan Kerja Raya 51.63%, Jabatan Pengairan dan Saliran 46.53%, Jabatan Agama Islam 41.42%, Jabatan Perancang Bandar dan Desa 47.37%, Jabatan Perkhidmatan Veterinar 17.66% dan keseluruhannya adalah sebanyak 65.38%. Walaupun prestasi ini dilihat sebagai

perbelanjaan rendah, Kerajaan Negeri yakin dengan track record kita sebelumnya khususnya untuk dua bulan terakhir pada tahun 2022 kita akan dapat mencapai pencapaian 90% berdasarkan trend kepada perbelanjaan tahun-tahun lepas kerana sebahagian daripada penggunaan kewangan ini hanya akan diselesaikan apabila sesuatu projek atau pun sesuatu program atau pun sesuatu tugasan atau pun pelaksanaan itu akan dilaksanakan.

Untuk maklumat juga, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data peruntukan pembangunan mengikut DUN kerana kebanyakan peruntukan kecuali peruntukan mesra rakyat diperuntukkan berdasarkan program atau pun projek yang mana program dan projek itu merentasi sempadan-sempadan dunia. Walaupun kita sekadar 65% itu as october, saya bentangkan ketika belanjawan yang lepas, saya rasa telah meningkat kepada hampir 70% dan saya percaya trend perbelanjaan itu boleh selesai sebab projek-projeknya ongoing dan sebahagiannya boleh kita selesaikan. Terima kasih

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Soalan tambahan.

Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atas penerangan ini tetapi Semenyih ingin mendapat kepastian sekiranya berlaku kes-kes kecemasan, adakah pihak Negeri mengeluarkan contohnya seperti kes-kes peruntukan telah digunakan sepenuhnya contohnya hujung-hujung tahun ini kejadian tanah runtuh, banjir dan sebahagiannya. Adakah Kerajaan Negeri adakah bersedia dengan belanjawan kecemasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Itu lah yang kita lakukan peristiwa banjir pada tahun lepas, 2021. Untuk peristiwa banjir tahun lepas, untuk bantuan-bantuan isi rumah yang telah kita umumkan sahaja kita telah belanjakan RM 132,000,000.00 dan kalau kita ikut belanjawan tahun 2021 tidak cukup. Sebab itu pada bulan Mac yang lepas saya telah bentangkan perbelanjaan tambahan.

Dan perbelanjaan tambahan itu merangkumi lebih kurang RM 31 juta kalau tidak silap saya, untuk memperbaiki cerun-cerun di daerah Hulu Langat yang runtuh dan juga memperbaiki tebing-tebing sungai yang runtuh. Keseluruhannya hampir RM 180 juta kita buat perbelanjaan tambahan. Perbelanjaan tambahan itu dibuat dengan perbelanjaan yang telah dilakukan. Alhamdulillah kita mempunyai tabungan beberapa tabungan seperti Tabung Warisan Negeri Selangor. Di dalam Tabung Warisan itu kita mempunyai peruntukan yang secukupnya. Saya rasa yang terakhir saya tengok akaun nya hampir RM 700 juta dan kita boleh keluarkan dan gunakan tetapi ia hanya boleh digunakan trust build tertentu dengan keutamaan tertentu bukan suka-suka kita

boleh gunakan dan tabung itu. untuk long term plan nya, untuk negeri Selangor sekiranya berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu. Tabung itu sahaja.

Itu tidak termasuk kita boleh cair kan beberapa aset, kita boleh cairkan beberapa syer malahan kita boleh juga menggunakan cash yang sedia ada sebagaimana sekarang ini kita ada cash dalam sekitar RM 300 hingga RM 400 juta yang kita boleh gunakan di awal tahun hadapan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kes baru berlaku minggu lepas dan minggu satu dua hari yang lepas yang mana telah berlaku runtuhan jalan. Tanah runtuh di Batu 3 menuju ke batu 5 Bangi. Jadi apa yang dimaklumkan oleh Pejabat Daerah Tanah peruntukan tiada, melibatkan JKR, sebagainya. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan, pasal dia laluan itu diubah lalu Batu 3 jalan kampung jadi bila kenderaan berat lalu, orang kampung buat protes tidak membenarkan jalan-jalan nya rosak di kampung Batu 3. Telah ada protes memboikot laluan utama ini.

Jadi saya rasa Kerajaan Negeri kena ambil berat perkara ini atas alasan Pejabat Daerah maklum pada saya, kalau Yang Berhormat ada projek, Yang Berhormat ada sedikit duit projek itu dia gunakan. Bagi saya tiada masalah bagi pembangunan masyarakat. Bila kita gunakan projek kecil untuk membantu permasalahan trafik di Semenyih Batu 3 ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya kena dapat maklumat dari Pejabat Tanah Daerah. Memang tiada tetapi beberapa Majlis Perbandaran sebagai contoh Majlis Perbandaran Selayang, kita bantu lebih daripada RM 6 juta – RM 7 juta untuk kawasan landslide. Dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, kita bantu untuk landslide dan kita harap Majlis Perbandaran Kajang atau pun Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat perlu membentangkan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi. Maklumlah sebelum ini kita tidak ada Majlis Tindakan Ekonomi di sebabkan bagi ruang untuk proses pilihan raya. DO dan pegawai-pegawai perkhidmatan kita juga bertugas sebagai returning officer dan sekarang sidang Dewan pula lepas habis pilihan raya dan lepas ini mungkin kita akan dengar untuk dapat maklum balas. Setakat ini Kerajaan Negeri mampu untuk menggunakan atau pihak-pihak Majlis sendiri boleh menggunakan tabungan yang sedia ada sebelum digantikan oleh pihak pentadbiran Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Speaker, soalan saya nombor 154.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 154. Saman Rm1 BilionQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

154. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap langkah yang akan dibuat oleh pihak tertentu untuk menyaman kerajaan sebanyak RM1 bilion atas kes Hutan Simpan Bukit Lagong?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, buat masa ini belum ada mana-mana pihak yang memfailkan apa-apa tindakan perundangan di mahkamah terhadap Kerajaan Negeri seperti kes yang dinyatakan. Namun begitu, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Negeri, maka beban membuktikan adalah di pihak yang menuntut tersebut untuk membuktikannya dan bukanlah berdasarkan anggapan atau pun allegation semata-mata.

Di pihak Kerajaan Negeri Selangor, semua keputusan yang dibuat di bawah kuasa Kerajaan Negeri adalah secara telus dengan mematuhi segala proses dan prosedur yang telah ditetapkan serta berdasarkan kepada undang-undang berkuat kuasa. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sentiasa komited untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan dan mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosial ekonomi negeri dan negara.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Hulu Kelang

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Isu ini berlarutan berpanjangan, Sungai Tua pun ambil bahagian tolong jelaskan secara peribadi kepada saya. Yang membuat dakwaan itu adalah kawan. Kawan kita pun saya rasa dia Pejuang. Kalau dia Pejuang, saya bagi satu markah tentu untuk dia qualified untuk dia tentukan apa yang dinyatakan. Bila dan berlebih sangat saya pun tidak suka la. Tidak suka isu-isu macam hutan, reformis, presiden parti...kalau boleh kita selesaikan, kalau boleh

EXCO yang tahu peranan Kerajaan selesaikan, biar tidak menjangkit kepada parti dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Yang Berhormat Hulu Kelang, kita pun tidak tahu macam mana nak selesai kan isu ini. Mereka ini tidak menerima kenyataan fakta yang kita berikan kepada mereka. So mereka hanya buat secara anggapan. Kita buat secara semua berdasarkan kepada laporan-laporan dan juga akta yang sedia ada. So kita mengikut prosedur. Saya pun tidak tahu macam mana lah kalau mereka tidak terima kenyataan kita atau pun fakta kita.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kita settle lah...

Speaker

Hulu Kelang sudah. Okay, silakan Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya tentang ESG dan GLC di negeri Selangor ialah soalan 155.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 155. Esg Dan Glc Negeri SelangorQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

155. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apa tindakan yang akan diambil untuk memastikan semua GLC Selangor ada Lembaga ESG (Jawatankuasa Sosial dan Tadbir Urus Alam Sekitar) yang bertujuan untuk menyokong komitmen Kerajaan Negeri terhadap alam sekitar, tadbir urus korporat dan kemampanan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. MBI Selangor telah mengemas kini visi organisasi dengan mengambil kira elemen kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi dalam menyokong komitmen Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan tadbir urus korporat. MBI telah mewujudkan polisi-polisi berikut, yang juga sebagai pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2018:

i. Polisi Kod Etika Kerja Dan Tatalaku ii. Polisi Anti Rasuah Dan Penyelewengan iii. Polisi Kod Etika Perniagaan iv. Polisi Konflik Kepentingan v. Polisi Penerimaan Dan Pemberian Hadiah

vi. Polisi Pemberi Maklumat vii. Polisi Pengurusan Risiko

MBI juga dalam proses membangunkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (Organization Anti Corrupt Plan) seperti yang termaktub dalam arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri No. 2, No. 1 Tahun 2019. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sementara itu kita juga giat untuk memastikan urusan-urusan selain daripada akauntabiliti ataupun pengurusan juga berkaitan dengan environment. Pengurusan environment ini sudah pasti kita ingin terapkan dengan beberapa projek-projek kita dengan kerjasama erat dengan beberapa anak syarikat. Antara anak syarikat yang sekarang sedang giat di peringkat persekutuan bekerjasama dan meneroka bidang environment, sebagai syarikat environment adalah Syarikat Petronas. Dan mereka memerlukan penarafan ESG seperti ini dan kita bersedia bekerjasama dengan mereka untuk memastikan nilai ESG-ESG ataupun nilai environment yang termaktub dalam tata kelola dan juga governance serta sosial. Dan juga environment ini dapat diterapkan dalam pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Tapi yang tata kelola tadi yang telah saya jelaskan, strategi berkenaan dengan environment serta sosial kita sudah mempunyai CSR kita. Di CSR kita mempunyai rangkaian, pelan, program daripada early intervention sampailah kepada bantuan pendidikan dan rumah ibadat. Tetapi yang bahagian environment ini, terus-terang kita harus mendapat maklum balas dan juga sokongan daripada komiti climate change dan juga daripada badan-badan yang lain bagaimana kita ingin mendekatkan supaya ia lebih holistik. Kadang-kadang orang mengambil environment ni dalam konsep yang ringan sahaja. Ada beberapa buah syarikat sebagai contoh yang berhubung dengan saya antaranya Nestle, saya maklumkan. Dia bukan syarikat Kerajaan Negeri. Dia telah cover lebih daripada 10,000 buah rumah untuk program kitaran semula, kitar semula dan telah menjelajah ke beberapa daerah. Jadi, ini mungkin pengertian dan cabaran yang harus dibuat oleh anak-anak syarikat kita khususnya dalam memastikan nilai E ataupun environment itu, dapat kita muktamadkan dan kita laksanakan. Selain daripada menyumbang untuk program tanaman pokok, itu memang dibuat oleh pihak anak-anak syarikat kita dengan jumlah yang banyak dan jumlah yang kita tanam juga ada sekian number-nya. Saya ingat EXCO mempunyai angka yang lebih terperinci. Terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan susulan Tuan Speaker.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Dato’ Menteri Besar atas penjelasan tentang program-program ESG ataupun langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak GLC di Negeri Selangor. Soalan tambahan saya adalah selain daripada environmental dan juga governance di mana Dato’ Menteri Besar telah memang telah menyenaraikan pelbagai inisiatif yang akan bakal dijalankan ataupun telah dijalankan terdapat juga S iaitu sosial. Jadi, sosial ini termasuk perwakilan

wanita dalam GLC khususnya dalam management, pengurusan dan juga inclusivity iaitu sebagai contohnyalah. Mungkin pelbagai kaum ataupun OKU dan sebagainya. Apa langkah-langkah yang bakal diambil oleh MBI supaya bahagian S ini, sosial ini boleh ditepatilah sebaik boleh dalam usaha ESG dalam semua GLC?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Program seperti kesamarataan gender ataupun keseimbangan gender merupakan di antara perkara yang telah diberikan penekanan khususnya apa yang telah dilakukan oleh EXCO Hal Ehwal Wanita, Seri Serdang baru-baru ini. Program-program pengarus perdanaan gender dalam erti kata lain adalah gender balance di dalam ataupun keseimbangan gender di dalam anak-anak syarikat malahan kita berbangga beberapa anak syarikat utama negeri sebagai contoh Worldwide Holdings diketuai oleh seorang wanita. Malahan MBI sendiri CEO-nya adalah seorang wanita. Jadi, kita bukan hanya melihat kepada numbers code uncode tapi kita juga harus meletakkan kepada kualiti. Kualiti ni juga penting. Kalau kita ambil numbers sahaja dan tidak membandingkan dengan kualitatif, akhirnya kita akan melakukan numbers yang tidak seimbang. Semua yang diletak adalah di dalam urusan-urusan sokongan saja. Kita lihat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri sekian lama sejak 2008, 2009 dia diketuai oleh wanita. Dan ini adalah satu contoh bagaimana saya sebutkan pengarus perdanaan gender tidak hanya boleh tertumpu kepada aspek number tetapi juga harus melihat kepada aspek kualiti dengan pemarkahan tertentu supaya kalau orang kita dah letakkan CEO nilainya itu sama dengan 50, 60 mungkin 100 pekerja tambahan sokongan yang ada di bawah. Tapi kalau pekerja tambahan itu satu, nilainya sudah pasti hanya 1/10 daripada apa yang ada di atas. Jadi, aspek keseimbangan ini bukan kita nak ikut dengan numbers tapi dia diukur dengan aspek kualitatif dan kita dah laksanakan, kita laksanakan di peringkat standco-standco, kita dengan pihak Majlis Sukan Negeri sebagai contoh, tidak ketinggalan dengan anak-anak syarikat untuk melihat ketaksamaan gender ini dapat kita wujudkan. Terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Bolehkah Kerajaan Negeri menerbitkan satu sustainability report, dengan izin seperti mana dilakukan oleh pelbagai syarikat besar, so MBI mungkin boleh jadi peneraju untuk menerbitkan sustainability report ini menunjukkan bukan sahaja environment tapi S dan G juga dan kita boleh tengok spesifik dan lebih itu, kita boleh berhujah dengan lebih bermakna daripada sekarang kita bercakap tentang konsep sahaja sebab tak ada butiran dia.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, Bukit Gasing. Saya rasa itu cadangan yang baik. Mungkin ini antara nilai yang penting dan ia akan memberikan tambahan rating sebenarnya untuk kredit, tambahan rating untuk suku, tambah rating kepada perbankan sebab perbankan sekarang memang sikit sebanyak mengambil nilai ESG sebagai tambahan nilai dan tambah value kepada rating kemampuan kredit kepada anak-anak syarikat ini. Saya akan pertimbangkan. Kita mungkin boleh lihat

laporan ataupun pelaporan awam terhadap pencapaian ESG, syarikat-syarikat dan anak-anak syarikat kita dengan melihat aspek-aspek ESG. Terima kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 156.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 156. Selangor Smart Agro Park (SSAP)Questions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

156. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini berkenaan kelulusan EIA?

b)

Bilakah pembangunan SSAP dijangka akan bermula semula di tapak?

c)

Berapakah bilangan syarikat peserta terkini dan nyatakan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Panjang bertanyakan soalan berhubung pelaksanaan Selangor Smart Agro Park. Ini sebenarnya merujuk kepada SSAP @Changkat Menteri di Sabak Bernam. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini pihak telah mengemukakan Bidang Rujukan (TOR) bagi Laporan Penilaian Impak (EIA) terhadap alam sekitar di bawah Jadual 2 kepada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada 5 Jun 2022. Walau bagaimanapun, TOR tersebut tidak dapat disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya kerana bantahan oleh badan NGO iaitu GEC yang menyatakan kawasan tersebut tidak sesuai dibangunkan dengan tanaman bekalan makanan food security dan meminta beberapa kajian penting dijalankan untuk tempoh yang panjang dan menyeluruh seperti kajian tanah, kajian hidupan liar dan kajian air bawah tanah sebelum cadangan projek ini dapat disahkan atau diluluskan oleh JAS. Kajian tersebut kita dapati memerlukan masa yang panjang hampir setahun oleh pihak perunding dan akan dilaksanakan dan sedang dalam pelaksanaan dan ia akan

menyebabkan kelewatan untuk mendapatkan kelulusan EIA tersebut dan seterusnya memberi kesan kepada pelaksanaan projek SSAP, cakap menteri ni ya. Berdasarkan status semasa, jangkaan projek tersebut akan bermula pada penghujung tahun 2023 itu subjek kepada kelulusan EIA yang berkenaan dan akan dilaksanakan apabila kelulusan EIA terhadap di bawah Jadual Dua itu telah disahkan barulah projek ini dapat dirancangkan. Jadi, kita anggarkan penghujung tahun 2023. Pada masa ini, PKPS telah menyenarai pendek 10 peserta yang mempunyai pengalaman dan juga kemampuan kewangan dalam bidang pertanian dan yang 10 itu yang saya boleh sebutkan di sini.

Terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan tersebut. Cuma baru-baru ini di kawasan tersebut, kawasan belialah khususnya berlaku banjirlah apabila hujan lebat melanda. Jadi, adakah berdasarkan pemerhatian ataupun analisis awal pihak Kerajaan banjir yang tak pernah berlaku tersebut disebabkan penerokaan ataupun pembersihan kawasan di SSAP tersebut? Terima kasih.

NO NAMA SYARIKAT 1 Geomining Industries (M) Sdn Bhd

2 Sri Lagong Agriculture Corridor Sdn Bhd

3 Top Fruits Sdn Bhd

4 Agro Harvest Plantations (Serasi Hijau Sdn Bhd)

5 Oscar Making Sdn Bhd

6 Prima Agung Sdn Bhd

7 Macamatch Sdn Bhd

8 Grasigate Berhad

9 Astana Consolidated Sdn Bhd

10 Petrogas Resources Sdn Bhd

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu kita tidak menerima laporan puncanya disebabkan oleh SSAP. Sebenarnya kawasan ini masih lagi tidak ada kerja-kerja secara besar-besaran pun. Yang ada pembersihan hanya jalan-jalan masuk dan tempat tapak mulanya tu, tapak utamanya itu saja. Yang lain tu tidak dibenarkan lagi sebarang kerja-kerja mana dia kerja-kerja asal dulu yang mula pembukaan permulaan dulu saja. Kerja-kerja lain tidak dibenarkan sehingga kelulusan EIA ini diterima. Jadi, apa yang kerja kalau yang ada di situ dari segi yang dibuat untuk maintain jalan-jalan itu supaya tidak rosak, itu sahaja. Yang lain-lain kerja lain tidak dibenarkan. Jadi, saya akan teliti tengok adakah kebenarannya berpunca daripada banjir ni berpunca daripada kawasan ini penerokaan ini? Terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Tuan Speaker, soalan saya 157.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 157. I-SeedQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

157. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah peruntukkan yang diluluskan untuk program I-Seed.

b)

Adakah I-Seed terbuka bukan untuk kaum selain India?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Untuk makluman Yang Berhormat Pandamaran, golongan masyarakat India di negeri ini tidak pernah dipinggirkan atau ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga sedar bahawa golongan masyarakat India perlu diberi perhatian serius untuk dibantu secara lebih fokus dan menyeluruh dalam usaha membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Salah satu caranya adalah dengan memberi pendedahan yang meluas terhadap program-program pemerkasaan dalam bidang keusahawanan dan kemahiran bagi melahirkan individu yang berkemahiran tinggi serta dapat meningkatkan keupayaan sedia ada. Sehubungan dengan itu, jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk program i-SEED pada tahun 2021 adalah berjumlah RM 1.5 juta manakala pada tahun 2022

adalah sebanyak RM 1.3 juta. Di antara program atau aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor iaitu pemberian bantuan mesin atau peralatan dan juga penganjuran kursus, bengkel atau latihan secara teori dan praktikal dalam usaha membantu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan komunikasi keusahawanan masyarakat India terutamanya penerima-penerima bantuan i-SEED.

Justeru itu, pada tahun 2021 sebanyak RM 1,146,070.00 telah dibelanjakan bagi Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor dengan seramai 254 orang penerima bantuan berjaya diluluskan. Program latihan, persidangan, seminar dan bengkel i-SEED pula terpaksa ditangguhkan disebabkan terdapatnya kekangan untuk mengadakan majlis sosial semasa pandemik Covid-19. Wang yang diperuntukkan bagi melaksanakan program-program tersebut pula telah digunakan di dalam program pemberian bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada usahawan masyarakat India.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2022 pula sebanyak RM 1,015,840.00 telah dibelanjakan bagi pembelian peralatan dan mesin kepada seramai 211 orang penerima. Manakala sebanyak RM 56,080.00 telah dibelanjakan bagi penganjuran kursus dan latihan iaitu Start Up Program Khusus Kepada Usahawan India dari Kalangan Golongan B40 dan Program Latihan Keusahawanan Khusus Untuk Golongan Belia dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan secara dinamik. Selain daripada itu, Karnival Usahawan i-SEED juga telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Oktober yang lalu bertempat di Dataran MPK @Padang Chetty, Klang dengan kehadiran pengunjung melebihi 30,000 orang dengan peruntukan yang dibelanjakan berjumlah RM 430,000.00. Oleh itu, secara keseluruhannya, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta pada tahun 2022 telah berjaya dibelanjakan secara optimum pada tahap 100% sehingga bulan Oktober 2022.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, program-program di bawah unit i-SEED ini dilaksanakan eksklusif untuk kaum India sahaja. Ini kerana kita menyedari masyarakat India memerlukan pendedahan yang luas terhadap program-program pemerkasaan bagi menghasilkan individu yang berkemahiran tinggi serta melahirkan usahawan baru agar dapat meningkatkan keupayaan keusahawanan sedia ada selaras dengan visi dan misi Iltizam Selangor Penyayang seperti yang disahut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan usul no.15 tahun 2022. Usul peruntukan pembangunan 2023Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat yang seterusnya sambungan usul no.15 tahun 2022. Usul peruntukan pembangunan 2023.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Saya menyambung perbahasan saya dengan beberapa point dan untuk makluman semua Yang Berhormat, saya hanya menumpu kepada P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada hari petang Jumaat saya mulakan perbahasan saya tentang PK4, Sosial 040002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli. Muka surat 197, di mana saya telah tanya Kerajaan Negeri apa jenis pembangunan yang biasanya dipohon oleh wakil kampung Orang Asli di Negeri Selangor. Saya rasa data ini satu data yang sangat menarik untuk semua kerana dengan data tersebut kita boleh juga rancang apa jenis pembangunan yang perlu dilaksanakan di semua kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor. Satu isu yang saya ingin bangkitkan semula dalam Dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan pampasan yang sepatutnya diterima oleh penduduk di kampung Orang Asli Desa Temuan di kawasan saya. Pada tahun lepas, saya pernah bangkit satu isu di sini berkaitan dengan pampasan yang mereka belum terima sejak 30 tahun yang lalu. Perjanjian mereka 30 tahun yang lalu, mereka hanya menerima sebahagian daripada pampasan tersebut. Jadi beberapa isu seperti penyerahan dewan adat mereka, kawasan lapang mereka, beberapa keping tanah yang di janji, keping tanah ladang, kebun, unit strata dan sebagainya itu semua belum diselesaikan. Saya harap Kerajaan Negeri boleh menubuhkan satu task force, jawatankuasa khas supaya perkara ini boleh dipercepatkan. Saya sudah hantar surat kepada Pejabat Yang Berhormat Kajang beberapa bulan yang lalu bersama dengan satu set perjanjian yang dikumpulkan oleh wakil kampung Orang Asli Desa Temuan. Saya harap Kerajaan Negeri mengambil berat tentang isu ini supaya ia tidak berlarutan selepas sidang Dewan ini.

Tuan Speaker, saya merujuk kepada muka surat 198, PK5 Pendidikan Kod Projek 05002. Saya ada satu soalan untuk Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri masih memberi subsidi kepada Universiti Selangor iaitu Universiti di bawah naungan Kerajaan Negeri atau GLC? Dan saya ada satu cadangan iaitu Kerajaan Negeri kalau boleh meningkatkan lagi hadiah masuk universiti untuk pelajar kita. Kita telah kalau tidak silap, RM1000.00 untuk hadiah masuk universiti itu kita telah buat ketetapan saya rasa 12 tahun yang lalu. 2008-2009. Jadi saya rasa dengan kenaikan harga barang-barang dan sebagainya satu hadiah yang lebih berpatutan saya rasa RM1,500.00 adalah satu angka yang lebih baik untuk pelajar kita yang masuk universiti. Tuan Speaker, saya sekarang merujuk kepada PK7 Generasi Muda dan Sukan muka surat yang sama di bawah kod projek 07002 menaik taraf dan membina baru infrastruktur sukan. Saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat semula macam mana kita boleh menarik perhatian dan juga minat anak muda. Kita telah dengar pelbagai rintihan daripada pemuda-pemuda khususnya semasa pilihan raya yang baru lalu. Khususnya di kawasan di mana saya rasa mereka tidak cukup infrastruktur untuk sukan. Antara sukan yang saya ingin cadangkan bukan sukan baru tetapi mungkin fenomena ini semakin lama semakin lebih popular adalah

Skateboarding. Saya harap Kerajaan Negeri mengambil berat skateboarding adalah satu sukan yang senang dapat peralatan sukan, boleh main di mana-mana dan kalau kita nak buat skate park kosnya juga bukan terlalu berat ataupun besar. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mereka boleh lihat dalam perkara ini tentang 07003 kod projek dalam PK7 yang sama, iaitu pembangunan sukan kita telah melalui SUKMA pada tahun ini. Dan saya rasa keputusan SUKMA oleh Team Selangor boleh lagi ditambah baik. Saya harap Kerajaan Negeri boleh menumpukan kepada pembangunan sukan, iaitu sukan ini kita tidak boleh dapat bakat sukan ataupun keputusan yang baik overnight dengan izin. Ini tidak berlaku dalam setahun ataupun dua tahun tetapi satu sistem pembangunan sukan harus dilaksanakan dan dana yang cukup perlu diberi kepada atlet-atlet negeri Selangor.

Tuan Speaker, saya merujuk kepada PK9 Perbandaran di bawah kod projek 09002. Ini adalah berkaitan dengan jalan-jalan yang harus dibina oleh PBT tetapi ada beberapa PBT tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Saya mengambil perhatian Dewan yang mulia ini dan juga EXCO yang berkaitan di mana di kawasan saya ada dua jalan yang sudah lama Majlis Perbandaran Selayang memohon bantuan peruntukan untuk membina kerana peruntukan ini agak besar. Jadi mereka mengatakan bahawa ia tak cukup peruntukan ini di MPS satu adalah pembinaan jalan kedua dari Laman Sieramas menuju ke Hospital Sungai Buloh di mana perancangan projek sudah siap dan sekarang hanya tunggu ihsan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Saya memohon pertimbangan daripada Dato Menteri Besar ataupun EXCO yang berkenaan untuk melihat perkara ini kerana untuk kawasan ini hanya ada satu jalan keluar masuk. Dan jalan kedua ini adalah sangat mustahak supaya kalau ada bencana berlaku ataupun malapetaka yang berlaku mereka ada satu jalan untuk keluar daripada kawasan tersebut. Jalan kedua yang saya mohon Kerajaan Negeri untuk membantu Majlis Perbandaran Selayang adalah kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan daripada dua lane kepada empat lane di Persiaran KIP 2, Wangsa Permai. Jadi saya juga telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri saya harap ini boleh dipertimbangkan di bawah PK9 Perbandaran.

Tuan Speaker, saya merujuk kepada muka surat 200, PK14 Perpustakaan. Kod Projek 14018 Projek Pembangunan Prasarana IT. Di mana RM 140,000 telah diperuntukkan. Soalan saya untuk pihak perpustakaan PPAS dan juga EXCO yang berkenaan adalah mengapa pada zaman ini zaman moden zaman IT dan sebagainya mengapa buku-buku kita masih belum dengan izin kita belum ada digital library. Saya rasa dengan tablet, smart phone dan sebagainya untuk khususnya untuk anak muda kita mereka lebih gemar untuk membaca menggunakan smart phone ataupun tablet ataupun komputer. Saya harap Kerajaan Negeri boleh mengambil berat macam mana kita boleh masukkan lebih banyak buku-buku dalam digital library. Ada satu NGO saya rasa sangat menarik di Malaysia mereka dipanggil digital archives kalau saya tidak silap. Di mana mereka kumpulkan semua buku- buku yang bersejarah dan mereka scan dan muat naik. Upload ke internet supaya semua bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi seluruh Malaysia dan luar negara mereka boleh akses kepada buku-buku

tersebut. Saya harap Kerajaan Negeri boleh ambil contoh ini dan laksanakan secara pantas.

Tuan Speaker, soalan terakhir adalah di muka surat 201, PK17 Projek Khas Negeri di mana di bawah kod projek 17005 Taman Rakyat. Jumlah projek yang sepatutnya diperuntukkan untuk projek ini adalah RM 40 juta. Tetapi seperti tahun lepas, tahun ini juga hanya RM 10 dimasukkan untuk tahun depan. Saya nak tahu apa visi atau perancangan masa depan untuk Taman Rakyat. Kerana saya masa itu, bila kita bincangkan Taman Rakyat masa itu saya masih duduk di EXCO memang ada design yang sangat cantik. Ada children park dan baru-baru ini saya pergi satu program yang dipanggil TUKANG. TUKANG itu handycraft yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dan juga EXCO Pelancongan. Saya mengelilingi kawasan tasik Shah Alam Laman Galeri Shah Alam dan sebagainya saya nampak kawasan itu sangat cantik, sangat berpotensi tetapi mungkin kita perlu sedikit penambahbaikan promosi dan juga mungkin sedikit infrastruktur baru untuk menarik pengunjung ke Shah Alam khususnya ke Taman Rakyat ataupun taman-taman yang kita ada di Shah Alam. Jadi itu soalan saya untuk Kerajaan Negeri. Saya ucapkan ribuan tahniah kepada Kerajaan Negeri sekali lagi kerana Belanjawan untuk tahun 2023 adalah satu yang sangat-sangat bagus dan untuk khususnya untuk pembangunan di negeri Selangor kita harap Kerajaan Negeri dapat melaksanakan secepat mungkin pelbagai projek yang telah disenaraikan dalam buku Belanjawan Selangor. Tuan Speaker, saya menyokong Usul ini.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Subang Jaya ingin bangkitkan dua perkara. Yang pertama, pada Vot P13 iaitu Peruntukan Pembangunan JPS. Yang pertama, pada muka surat 231 bawah kod projek 01300 iaitu pembangunan projek tebatan banjir lembangan sungai Klang. Yang kedua, pada muka surat 234 iaitu bawah kod projek 02100 butiran membina dan menaik taraf saliran. Subang Jaya ingin bertanya berkenaan dua projek dalam DUN Subang Jaya pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN-ADUN di mana kawasan mereka akan dilaksanakan projek-projek untuk mengatasi isu banjir. Tetapi saya nampak di sini bahawa projek-projek di Subang Jaya belum dimasukkan. Untuk makluman pada Disember 2019 dan juga Mac 2020 di kawasan USJ 1 dekat Pangsapuri One Avenue telah berlaku banjir di Subang Jaya. Di USJ 1 melibatkan kawasan industri di mana banjirnya berpunca daripada air yang tidak boleh discharge ke dalam Sungai Klang dan juga paras air Sungai Klang yang terlalu tinggi. Jadi solusi pada masa itu yang telah dibincangkan adalah untuk membina satu onsite detention pond atau pun OSD di Jalan Industri USJ1/2. Seterusnya untuk kawasan One Avenue untuk kedua-dua kejadian banjir telah berlakunya di mana dinding pemisah kawasan pangsapuri itu telah bocor dan juga telah runtuh. Ini berpunca daripada paras air sungai yang tinggi yang membawa tekanan yang tinggi kepada dinding tersebut. Jadi solusi yang telah dibincangkan juga dengan pihak JPS dan juga pejabat daerah

adalah untuk membina sheet pile. Jadi pada sidang Dewan yang lepas Subang Jaya telah bertanyakan berkenaan rancangan untuk membina sheet pile ini dan dikatakan bahawa ada rancangan untuk memasukkannya ke dalam bajet untuk 2023.

Namun apabila Subang Jaya semak dalam Belanjawan ini, projek ini tidak dimasukkan. Jadi, Subang Jaya ingin bertanya untuk OSD di Jalan Industri USJ 1/2 dan seterusnya untuk sheet pile di Pangsapuri One Avenue, apakah rancangannya? Untuk Subang Jaya, kami telah berjumpa dengan pihak EXCO, telah pun juga telah tulis surat kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar, telah jumpa dengan Jabatan Pengairan dan Saliran yang juga telah kemukakan report, telah jumpa dengan Majlis dan juga telah bangkitkan dalam Pejabat Daerah. Jadi, kami hanya menunggu untuk Belanjawan ini dimasukkan, dua (2) projek ini, supaya kami dapat mengatasi kawasan banjir ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kawasan ini telah disenaraikan hitam oleh insurans-insurans, ini bermaksudnya syarikat insurans juga tidak ada minat untuk memberi insurans kepada kawasan industri tersebut. Jadi, mereka hanya boleh bersandar kepada bantuan oleh Kerajaan Negeri.

Untuk isu seterusnya, ingin dibangkitkan Subang Jaya adalah bahawa Vot P01 iaitu Peruntukan Pejabat Menteri Besar dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, ini adalah muka surat 200, bawah Kod Projek 10, 1600001 sehingga 1600007 iaitu pembangunan projek Air Selangor. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha pada kebelakangan beberapa tahun ini. Saya lihat ada usaha untuk membina Labohan Dagang, RASAU dan juga SJAM. Dan sejujurnya, Subang Jaya lihat ada hasilnya daripada usaha ini di mana henti tugas di loji-loji rawatan air juga dapat dikurangkan secara mendadak, namun saya lihat di sini Kerajaan Negeri boleh bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi komunikasinya juga perlu ditambah baik. Ini adalah kerana kalau komunikasinya tidak dilihat dengan teliti maka ia juga dapat menggagalkan ataupun kalau dilaksanakan dengan baik menjayakan usaha Kerajaan Negeri. Subang Jaya ingin merujuk kepada insiden Jumaat yang lepas di mana henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih telah berlaku pada 1.00 pagi tetapi walaupun Kerajaan Negeri telah dengan jayanya ia menangani masalah ini dalam empat (4) jam dan air mula disalurkan pada 3.00 pagi, isu komunikasi ini tidak ditangani dengan betul. Jadi, penduduk di kawasan yang terlibat mereka bangun kepada SMS yang telah dihantarkan kepada handphone mereka yang mengatakan bahawa loji rawatan air sudah dihenti tugas. Jadi, berlakunya panik di kalangan masyarakat. Oleh itu, saya harap perkara ini dilihat. Sememangnya dalam insiden tersebut air pun sudah disalurkan pada 3.00 pagi tetapi apps nya tidak di update pada 8.00 pagi. Bila saya semak pada 9.00 pagi juga belum update. Pada 10.00 pagi sepatutnya sudah masuk pejabat, pihak Air Selangor, jabatan berkaitan, tetapi juga tidak diupdate. Bukan sahaja mereka sepatutnya batalkan mesej yang telah dimasukkan dalam apps Air Selangor tetapi juga patut hantar semula mesej melalui SMS untuk memaklumkan kepada penduduk bahawa airnya telah pun disalurkan pada 3.00 pagi. Baru sahaja penduduk kami nampak usaha Kerajaan Negeri Selangor yang mengambil berat isu ini dan selain daripada itu

juga boleh nampak bahawa Kerajaan Negeri telah bekerja dalam secara bersungguh-sungguh. Dalam empat (4) jam dapat menangani isu ini dan tiada henti tugas yang berpanjangan sehingga berlakunya gangguan air. Jadi, saya haraplah perkara ini dilihat dengan teliti dengan serius, sebab kalau tidak usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor ini pun akan disia-siakan. Jadi, itu sahaja daripada Subang Jaya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan ruangan kepada saya untuk terlibat sama dalam perbahasan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2023. Ada beberapa perkara yang saya hendak utarakan dalam perbahasan ini. Pertamanya adalah merujuk kepada muka surat 197, PK2 Luar Bandar 02001 Pertanian, 02002 Pembangunan Sosial Ekonomi dan 02003 Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi. Saya melihat bahawa dalam keadaan gerakan iklim yang berlaku pada hari ini, terutamanya dari sudut soal keselamatan makanan adalah satu perkara yang penting. Melibatkan kawasan luar bandar ini juga yang saya kira masih lagi ada tanah-tanah yang luas untuk pembangunan pertanian adalah satu perkara yang sangat penting. Sebab itu, saya melihat bahawa usaha di bawah pertanian, perladangan dan pembangunan industri tani ini memerlukan satu peruntukan yang agak besar dan program-program yang melibatkan kepada rakyat ataupun penduduk-penduduk luar bandar dalam soal membantu meningkatkan hasil-hasil tani terutamanya mungkin dalam bentuk sayur-sayuran, taman kontan dan sebagainya harus ditekankan.

Yang kedua, adalah berkaitan dengan Pembangunan Sosial dan Ekonomi, ia di bawah 02002 ini, saya melihat bahawa di kawasan luar bandar terutamanya dalam merancakkan lagi pendapatan ataupun sosioekonomi kepada masyarakat luar bandar terutamanya yang terlibat dalam program-program pasar malam dan juga pasar-pasar pagi ya, kawasan-kawasan luar bandar. Perlu saya melihat bahawa Kerajaan Negeri melihat beberapa tapak-tapak yang sesuai untuk pasar-pasar pagi ataupun pasar-pasar malam, mungkin jadi amalan pada hari ini pasar-pasar malam, sebagai contoh, diadakan di sepanjang-sepanjang jalan yang mungkin akan mengganggu lalu lintas dan juga kesesuaian tempat untuk mengadakan pasar malam. Saya melihat, boleh ya, dilihat oleh pihak Kerajaan melihat tapak-tapak yang lebih sesuai untuk pasar-pasar ataupun dataran-dataran niaga. Saya kira sebelum ini ada usaha yang telah dibuat dan berjaya menubuhkan satu tapak dataran niaga di setiap daerah di beberapa DUN di Negeri Selangor yang saya kira ini harus diteruskan terutamanya dalam menyelenggarakan program pasar malam dan juga dalam pengurusan sampah dan sebagainya.

Ketiganya adalah berkaitan juga, berkaitan dengan pembangunan kepada sumber protein ya, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar ini. Saya melihat kalau di kawasan saya ataupun di Kuala Langat ini ada beberapa tapak-tapak sebagai contoh,

kolam udang yang berada di kawasan rizab sungai dan juga di persisiran sungai yang saya kira boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri untuk melihat semula kelulusan-kelulusan yang mana kepada mereka ini telah menjalankan operasi kolam udang sebagai contoh seperti di Jugra dan sebagainya. Saya kira boleh dilihat daripada segi kelulusan untuk menggunakan lesen pendudukan sementara ini untuk mereka terus mengoperasikan di samping menjana kepada pendapatan mereka dan juga keperluan sumber protein pada Negara kita ataupun di Negeri Selangor itu sendiri. Perkara yang seterusnya adalah berkaitan dengan 02006 Naik taraf Baik pulih Jalan Luar Bandar seperti mana yang saya sebutkan juga dalam, pagi ini berkaitan dengan cat-cat yang pudar di bonggol-bonggol. Saya melihat hari ini, sebahagian dari kawasan kampung juga telah dibangunkan bonggol-bonggol yang begitu banyak terutamanya di kawasan-kawasan simpang empat. Sebahagiannya tidak mempunyai pencahayaan, saya ingat itu baik juga tetapi kadang-kadang apabila catnya pudar ia akan menyebabkan pula kemalangan. Cuma mungkin boleh dilihat daripada, di peringkat Kerajaan Negeri sama ada mana yang lebih sesuai. Bonggol yang dibina pun kadang-kadang pelbagai saiz dan kadang-kadang cukup bahaya. Terlalu tinggi ataupun terlalu tidak lebar, sempit dan ia terlalu tinggi yang juga boleh menyebabkan bahaya kepada kenderaan dan tidak tahu sama ada mungkin dari sudut the speed breaker ataupun cat yang lebih tebal itu lebih sesuai ataupun yang bentuk, dalam bentuk hump yang bersifat poly ya, itu lebih sesuai. Saya ingat Kerajaan Negeri harus juga melihat tentang perkara ini.

Kemudian, di muka surat yang sama, PK4, Sosial 04009 Industri Halal. Saya kira sebelum ini di pihak Kerajaan Negeri juga, hari ini juga di peringkat Kerajaan Negeri telah mengadakan program-program untuk menjana lebih ramai lagi dari sudut perkhidmatan melalui Halal International Selangor, melahirkan Halal Technical Computer Person, Executive Halal Auditor, Halal Professional, saya tidak tahu sejauh mana sehingga pada hari ini berapa ramai yang telah kita lahirkan dan saya melihat bahawa di Negeri Selangor, Universiti-universiti di Negeri Selangor ini, boleh juga diadakan program-program seperti ini supaya kebolehpasaran, sebagai contoh, Universiti Islam Antarabangsa Selangor ya adakan program ini dan boleh menambah satu nilai kepasaran kepada graduasi-graduasi pelajar-pelajar terutamanya pada anak-anak Negeri Selangor itu sendiri. Kemudian, muka surat 198 PK5 Pendidikan, terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mewujudkan satu Program BAYU (Bayaran Asas Yuran Universiti), cuma saya melihat mutakhir ini disebabkan mungkin oleh kesempitan rakyat di dalam Negara kita disebabkan oleh Covid dan sebagainya, hilang pekerjaan dan sebagainya, penambahan jumlah anak-anak yang masuk Universiti ini yang datang ke Pusat Khidmat Masyarakat memerlukan sumber kewangan awal untuk mereka masuk ke Universiti dari sudut keperluan mereka untuk membayar yuran awal, keperluan untuk pelbagai. Yang saya kira, mungkin ini juga boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri sebelum mereka masuk Universiti setelah diterima untuk kemasukan mereka dan pastikan mereka akan masuk Universiti ini boleh juga diberikan sumbangan-sumbangan awal untuk memudahkan mereka masuk ke Universiti sebab sebahagiannya tidak mampu untuk menyediakan keperluan

peruntukan ini yang akhirnya mereka tidak dapat menyambung pendidikan di peringkat Universiti ataupun Institusi yang lebih tinggi.

Kemudiannya, muka surat 199 berkaitan dengan PK10 Pelancongan. Saya melihat di Kuala Langat ini, ada sebuah jambatan yang menghubungkan DUN Sijangkang ke DUN Morib jambatan Kampung Sawah yang setakat yang saya tahu belum ada namanya dan saya kira kalau di DUN Morib ini banyak kawasan-kawasan yang bersifat kawasan-kawasan pelancongan, kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sejarahnya, kalau dapat jambatan ini diperindahkan lagi dan diberikan nama mungkin atas nama Institusi Istana Raja-raja dan sebagainya, saya kira mungkin ini juga akan menambah satu seri lagi untuk meningkatkan kawasan pelancongan di Kuala Langat. Kemudian, PK12 Alam Sekitar, Program Alam Sekitar. Saya melihat bahawa usaha Kerajaan Negeri untuk menanam pokok mungkin tidak di dalam ini , dalam perhutanan tetapi saya ingat usaha Kerajaan Negeri untuk menanam 320,000 batang pokok sehingga masa ini dengan sasaran 1,000,000 juta batang pokok sehingga 2025 satu usaha yang sangat baik cuma bagi saya, saya masih melihat lagi ROI adalah berapa jumlah pokok-pokok yang sebenarnya kita dapat tanam tidak kira lah sama ada pokok hutan ataupun pokok bandaran ataupun pokok-pokok hutan bakau kerana saya lihat pun kalau dari pemerhatian saya pokok-pokok bakau ini apabila ditanam sebahagiannya mungkin dalam lingkungan 50% – 60% sahaja yang akan hidup sebahagiannya akan mati. Sebab itu, saya ingat mungkin dalam usaha kita untuk menambahkan lagi jumlah pokok yang akan kita tanam dan hidup, satu kajian dan juga mungkin ada satu solusi yang baik boleh dilihat supaya akhirnya ROI kewangan yang kita keluarkan itu bersepadanan dengan hasil yang kita jangkakan.

PK13 muka surat 199, 13001 Menaiktaraf Kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah yang saya kira sehingga pada hari ini pun muzium ini masih belum dibuka. Saya dapat maklumkan yang hampir juga sepenggal, saya kira, jadi apakah status baik pulih ataupun naik taraf yang sedang berlaku di situ dan apakah, sebabnya sehingga pada hari ini masih belum lagi ia dibuka Muzium Sultan Alam Shah. Kemudiannya adalah berkaitan muka surat 219, PK101400 Projek Bukan Fizikal JD Kuala Langat Pemasangan Lampu Isyarat, Lampu Jalan, Peningkatan Taraf Aspek Keselamatan Jalan Raya. Jadi, saya masih mengharapkan lagi supaya pemasangan lampu ini juga bukan hanya sekadar jalan-jalan utama tetapi di jalan-jalan kampung supaya pencahayaannya lebih baik dan beberapa jalan-jalan utama terutamanya jalan-jalan yang menjadi pilihan seperti jalan daripada FT5 ke Jenjarom dan Jalan Kebun, Jalan Batu 9 Kebun Baru, pencahayaan ini harus diperbaiki kerana jumlah kenderaan yang lalu semakin banyak dan terdedah kepada kemalangan pada waktu-waktu puncak dan waktu-waktu yang tertentu.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada muka surat 233, PK10151 Rancangan Tambatan Banjir Sungai Sijangkang saya harap Pihak Kerajaan boleh Memberikan sedikit pen-detail-lan Perancangan Tambatan Nanjir Sungai Sijangkang yang menelan RM 2 juta itu. Dimanakah? Rancangan dan apakah rancangan untuk

menyelesaikan tambatan banjir yang diperuntukkan di Sijangkang itu. Kemudian untuk akhirnya muka surat 253, PK1101001 saya tidak menafikan sebarang pembangunan kadang-kadang dia akan menyebabkan kesan kepada masyarakat kepada struktur yang sedia ada dan saya mengharapkan agar apa juga yang direncanakan itu mengambil kira semua perkara-perkara yang penting terutamanya apabila melibatkan penduduk saya masih lagi mendapat maklumat-maklumat yang macam seolah-olah tidak puas hati terutamanya berkaitan dengan pembangunan yang dan melibatkan Taman Kencana di kawasan Pandan Indah dan kawasan EXCO sendiri, saya tidak pasti sama ada mereka mendapat maklumat yang betul atau pun tidak. Dan apakah sebenarnya yang mungkin berlaku kerana ini kalau kita lihat bahawa dia akan melibatkan sebahagian daripada kawasan perumahan dan kalau boleh dilihat semula mungkin dia boleh dialihkan jajaran tersebut dan dengan ini pun masih lagi masih sampai kepada saya seolah-olah masih tidak selesai dan mungkin saya tak pasti sama ada penerangan tidak sampai kepada penduduk atau pun mungkin ada perancangan-perancangan tertentu. Jadi saya ingat sekarang itu, daripada Sijangkang dan saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Timbalan Speaker, saya semua perkara yang saya ingin merujuk kepada terdapat V01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi isu yang pertama di muka surat 197, Kod Projek PK101003 Inisiatif Smart Selangor. Jadi saya kira di Kerajaan Negeri Selangor, Inisiatif Smart Selangor adalah cukup mantap dan programnya cukup komprehensif. Namun saya ingin sentuh berkenaan dengan penyampaian maklumat terutamanya berkenaan dengan inisiatif-inisiatif sekunder atau secondary contohnya kalau kita kira inisiatif macam primary atau pun flat sheet dengan izin, kita boleh kata program Skim Mesra Usia Emas, Iltizam Sihat Selangor yang menjadi program yang dikenali oleh ramai warga Selangor tetapi ada inisiatif ini tambahan seperti INSAN yang saya rasa perlu ditambah baik penyampaian maklumat dan informasi tentang bagaimana rakyat Selangor boleh memohon. Contohnya tahun lepas saya kira tahun 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan Sistem SSIPR tetapi saya nampak walaupun ia dibangunkan sebagai satu one stop centre untuk rakyat Selangor mendapat maklumat tentang semua skim-skim kebajikan Selangor, kegunaannya atau pun kadar kepenggunaannya di kalangan rakyat Selangor masih tidak beberapa tinggi. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak pelancaran website SSIPR, ini berapa bilangan pengguna berdaftar yang menggunakan website atau pun SSIPR untuk mendaftar untuk skim-skim Kerajaan Negeri Selangor.

Keduanya saya ingin cadangkan agar laman web SSIPR ini juga masukkan skim-skim atau pun inisiatif-inisiatif yang baru seperti INSAN dan juga inisiatif vaksin percuma influenza dan meningococcal kerana seperti Yang Berhormat Pelabuhan Klang telah menyebut dalam perbahasan yang lepas, kadangkala ada banyak website lain yang mempunyai maklumat tentang skim-skim Kerajaan Negeri Selangor contohnya

ecentral.com.my, bantuanrakyat.com.my yang mungkin tujuan mereka baik sebab menyebarkan maklumat tetapi tidak dikemas kini pada masanya dan kadangkala menimbul kekeliruan ataupun dia memuat naik borang yang lama luput dan tidak tepat yang menyebabkan kekeliruan di antara rakyat Selangor. Oleh itu saya ingin cadangkan SSIPR dia kena masukkan semua inisiatif dan skim-skim kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari masa ke semasa. Dan cadangan kedua untuk meningkatkan penyampaian maklumat juga adalah supaya Kerajaan Negeri Selangor betul-betul invest dengan izin dalam SEO ataupun dengan izin Search Engine Optimization kerana saya mendapati kalau kita menggunakan google search, maklumat dari Kerajaan Negeri Selangor tentang skim-skim Kerajaan Negeri Selangor kadangkalanya dia tidak muncul di top result dengan izin. Google search contohnya kalau kita nak mencari maklumat daripada SelangorKini, dia mungkin akan muncul di result keenam atau pun ketujuh di google search. Dan saya juga gunakan INSAN sebagai contoh sekali lagi di mana kalau Yang Berhormat key in INSAN dalam google search, keputusan-keputusan yang teratas akan datang daripada website lain seperti bantuanrakyat.my, ecentral dan mungkin ada laporan berita daripada SelangorKini tetapi rakyat Selangor tidak dapat satu link yang menunjukkan bagaimana dan daftar di mana nak daftar dan apakah syaratnya dengan jelas.

Jadi saya kira Search Engine Optimization ini dengan izin amat penting kerana ia akan dapat direct dengan izin, rakyat Selangor kepada informasi yang paling dikemas kini oleh Kerajaan Negeri Selangor. Perkara kedua yang saya ingin sentuh terdapat di muka surat 198, Kod Projek PK7 Generasi Muda dan Sukan (07002) Menaik taraf atau pun membina baru infrastruktur sukan. Dalam sesi-sesi Dewan yang lepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (JP-PAC) telah mengaudit Majlis Sukan Negeri Selangor dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. di mana secara amnya facilities sukan diletakkan di bawah pentadbiran ataupun bidang kuasa DEFM, Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. tetapi dalam lawatan-lawatan tapak oleh PAC kami juga mendapati bahawa beberapa facilities sukan terletak di bawah atau pun dibantu oleh berapa anak-anak syarikat contohnya MBI. Jadi saya berharap dalam kita menaik taraf ataupun membina baru infrastruktur sukan yang sangat-sangat dialu-alukan, kami Kerajaan Negeri juga dapat membuat satu stop take dengan izin, oleh mengenai semua infrastruktur sukan di Selangor. Dan saya kira semasa SUKMA kami telah mewujudkan satu model baik di mana pihak berkuasa tempatan seperti MBSJ dan MBPJ menjadi bapa angkat kepada satu sukan tetapi saya ingin cadangkan agar ditingkat lagi supaya ia menjadi satu komitmen yang berpanjangan, dan juga anak syarikat digalakkan ataupun diwajibkan untuk menjadikan satu sukan sebagai anak angkat.

Dan perkara terakhir yang saya ingin sentuh terdapat di muka surat 199, PK13 Kod Projek 13008 Penubuhan Shah Alam Moden Art Galleries . Tadi Yang Berhormat Bukit Lanjan telah sentuh tentang tukang kraf festival dengan izin yang diadakan di Galeri Shah Alam di mana Yang Berhormat Bukit Lanjan dan saya sendiri telah melawat dan saya juga setuju dengan Yang Berhormat Bukit Lanjan bahawa Galeri Shah Alam dia

cantik tetapi nampak under utilise dengan izin, dan saya ingin cadangkan supaya ia ditambah baik. Dan juga kita boleh mengambil inspirasi daripada Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak dekat Parlimen di mana muzium itu disusun dengan sangat cantik dan juga menjadi tempat untuk mengadakan program dan juga mempunyai satu restoran yang agak sedap makanannya serta kedai hadiah atau pun cenderamata yang sangat-sangat menarik juga untuk bukan sahaja untuk orang beragama Islam atau pun orang yang suka seni tetapi untuk orang non-muslim juga. Jadi ini lah yang ingin saya sentuh, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Hulu Kelang. Okay, saya persilakan Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin membahaskan berkenaan berkaitan dengan muka surat 197, Kod Projek PK4004008 Program Pembangunan Minda Rakyat. Di dalam anggaran perbelanjaan pembangunan 2023, sebanyak RM 9.2 juta telah dirancangkan untuk program ini. Saya ingin mendapat informasi lanjutan di bawah program ini, adakah ia memberi fokus kepada pendidikan politik terutamanya terhadap anak-anak muda dan pengundi kali pertama. Selepas pelaksanaan undi-18 dan pendaftaran pemilik secara automatik, kita boleh lihat dengan apa yang terjadi pada Pilihan Raya Umum yang baru lepas, walaupun pelaksanaan undi-18 dan pendaftaran pemilik secara automatik adalah satu langkah progresif Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak bahaskan untuk memberi pendedahan yang cukup kepada mereka yang mengundi buat kali pertama. Hal ini menyebabkan ramai daripada mereka tidak mengetahui nilai undi mereka dan tidak melibatkan diri dalam proses pemilihan. Ramai juga yang tertarik dengan propaganda parti-parti politik yang dipertanggungjawab dan mereka ditipu untuk memilih parti-parti politik yang konservatif sebenarnya tetapi menggunakan lelaki dan gadis muda dan kacak dan cantik menjadi TikTok boys and girls. Saya tidak jadi TikTok boys and girls, dengan izin. Dan menyebarkan informasi yang tidak betul. Negeri Selangor merupakan satu negeri yang berbilang kaum dan agama. Pada masa yang sama kami menghormati cara hidup setiap orang tidak kira mereka adalah muslim atau pun non-muslim dengan izin. Walaupun begitu, saya amat risau bahawa pemilik-pemilik baru yang baru menceburi ke dalam dunia politik ini mudah diperdaya oleh parti-parti konservatif yang tertentu dan membuat pilihan berdasarkan propaganda yang mereka tidak dapat mengasingkan sama ada ia adalah benar atau tidak. Dengan itu saya rasa adalah sangat penting untuk Kerajaan Selangor membuat rancangan secara keseluruhan dan berkesan di bawah program pembangunan minda Rakyat supaya memberi pendidikan politik yang basic dan cukup kepada pemilik-pemilik Selangor.

Saya juga ingin membahaskan berkaitan dengan muka surat 199 dan 200, Kod Projek PK14 Perpustakaan. Saya amat mengalu-alukan usaha kerajaan yang memberi anggaran sebanyak RM 9.6 juta untuk pembangunan atau penaik taraf perpustakaan-perpustakaan di seluruh Selangor. Dan saya juga berpendapat sama dengan Yang

Berhormat Bukit Lanjan, bahawa saya juga mencadangkan pihak Kerajaan boleh memberi peruntukan untuk mewujudkan perpustakaan atas talian atau pun e-portal yang memberi keutamaan bagi mendigitalkan jurnal-jurnal, tesis-tesis atau artikel-artikel yang dihasilkan oleh mahasiswa-mahasiswi kita. Perpustakaan atas talian atau pun e-portal ini sebagai arkib digital atas talian yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan koleksi maklumat saintifik dan penyelidikan di universiti-universiti dan institusi-institusi, pengajian tinggi di Selangor akan memudahkan proses kajian dijalankan di dalam institusi-institusi pengajian tinggi kita. Dan proses pembangunan negeri kita akan dijalankan dengan lebih cepat. Selangor merupakan negeri yang paling maju dan kita mempunyai paling banyak universiti dan institusi pengajian tinggi di dalam negeri. Kita seharusnya dan sepatutnya menjadi pemimpin revolusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia. Saya amat berharap dengan kelengkapan perpustakaan ini dapat menggalakkan lagi ramai warga Selangor menjalankan lebih banyak lagi penyelidikan serta menjadi pemangkin kemajuan Selangor.

Akhirnya saya ingin membahaskan berkaitan dengan muka surat 257 Kod Projek PK404001 Masyarakat Prihatin Haiwan dan muka surat yang sama Kod Projek PK505002 Kebajikan Haiwan. Kedua-dua bahagian ini hanya diperuntukkan sebanyak RM 10.00 masing-masing sahaja. Haiwan terbiar terutamanya anjing terbiar menjadi satu isu yang tidak dapat diselesaikan walaupun masyarakat kita telah mencapai satu tahap begitu maju. Salah satu cabaran yang kita hadapi adalah haiwan-haiwan terbiar ini tidak terhenti-henti membiak disebabkan negara kita tidak mempunyai sebarang akta atau undang-undang yang berkesan untuk mengawal pemilik-pemilik haiwan peliharaan bagi menjalankan operasi nueter bagi haiwan peliharaan mereka. Selepas haiwan ini membiak atau ditinggalkan, mereka menjadi haiwan terbiar walaupun menggubal akta atau undang-undang berkaitan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, saya berpendapat bahawa Kerajaan Selangor juga boleh membantu dalam hal ini dengan mewujudkan insentif nueter kepada para pemilik haiwan peliharaan dan orang awam untuk menggalakkan rakyat Selangor untuk membawa haiwan peliharaan mereka atau haiwan terbiar yang mereka sentiasa jaga untuk menjalankan operasi nueter. Operasi nueter bukannya murah untuk seekor anjing, kos tersebut adalah di antara RM 250 atau RM 300. Dan untuk seekor kucing, kos tersebut adalah di antara RM 100 sehingga RM 150. Jikalau pihak Kerajaan boleh wujudkan insentif yang bayar terus kepada pihak klinik veterinar, kita dapat menurunkan harga operasi nueter ini dan menggalakkan lebih banyak klinik veterinar untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan. Dengan ini saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Ijok.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga Assalamulaikum W.B.T. kepada semua Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan. Hari ini saya hendak membahaskan tentang peruntukan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dia ada banyak agensi, saya hendak rujuk

kepada Perbendaharaan muka surat 198, PK9 dan juga daripada segi Alam Sekitar muka surat 199, PK12 yang akhir Pembekalan Air muka surat 200, PK16. Pembahasan saya ada kena mengena dengan semua agensi.

Apa guna kalau semua peruntukan kita ada tetapi secara mengurus, cara kita memberi manfaat kepada masyarakat, apa yang masyarakat mahu, hidup sihat, selesa dan sejahtera. Ijok berpendapat di kawasan saya ini, Kuala Selangor telah naik taraf jadi Perbandaran. Pengurusan amat-amat menyedihkan, ini saya hendak beri satu cerita. Ini cerita benar, kisah benar, sebulan dua dulu di Ijok ini banyak kawasan industri ada yang halal dan ada yang haram. Ada satu ketika tidak lama, satu tempat factory itu membakar tempurung, ini satu masalah yang besar dan mencemarkan alam sekitar. Pencemaran ini boleh dapat di udara, tanah dan air tapi ini pencemaran udara.

Kawasan sekitar dia memang marah, penduduk memang marah sebab malam-malam pembakaran ini dilakukan masa malam. Jadi penduduk protes dan Alhamdulillah kita pun dah buat aduan kepada Majlis dan Majlis telah tampal notis kepada dinding, kepada pintu dan tidak boleh berlaku. Tetapi dua tiga hari lepas itu pembakaran masih berlaku, ini menimbulkan kemarahan sangat-sangat kepada penduduk sebab mereka tidak boleh tidur, yang ada asma, yang dapat sesak nafas. Jadi mereka complaint kepada polis, polis kata tidak boleh buat apa-apa sebab ini masalah alam sekitar. Masalahnya Jabatan Alam Sekitar di Sabak Bernam, ini selalu pencemaran air atau udara berlaku di Ijok, saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor mengirakan tukar pejabat Alam Sekitar ini walaupun dia dari Kerajaan Persekutuan, dekat sikit ke Kuala Selangor fasal Kuala Selangor dah naik taraf Perbandaran.

Okay, jadi penduduk dengan ketua mereka serang factory itu, pecahkan pintu dan bergaduh, okay. Polis datang tangkap ada yang cedera kena pukul, yang pemukul itu pun sudah ditangkap polis. Dan saya, yang orang kena pukul itu, saya cari lawyer, saya hendak bantu mereka. Kes ini dibawa ke mahkamah, saya suruh lawyer itu, suruh yang kena pukul itu mangsa datang ke mahkamah untuk memberi keterangan sebab kita hendak tahu siapa yang beri arahan untuk memulakan balik pembakaran. Saya lepas itu, kes itu ditarik balik.

Yang amat sedih, Yang Berhormat sekalian, boleh orang yang buat salah itu cakap terang-terang dengan Ketua Kampung dengan penduduk, kes ini sudah kautim. Ini yang saya amat sedih, walaupun kita bagi peruntukan tetapi pengurusan, penguatkuasaan amat lemah. Macam mana kita hendak mengatasi persepsi rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jadi itulah satu kes baru jadi, saya harapkanlah Kerajaan Negeri Selangor meneliti balik pengurusan dalam PBT, memang tidak memuaskan. Kawasan saya memang saya tidak memuaskan, penguatkuasaan pun tidak memuaskan. Saya ingat dulu-dulu mereka kata PBT bawah Kerajaan Persekutuan, sekarang Kerajaan Persekutuan bawah kita, kita bawah mereka. Saya haraplah banyak Jabatan yang bawah Persekutuan dulu dibagi excuses kata tidak

boleh buat apa-apa, macam Alam Sekitar, JPS, PBT, saya harapkanlah ini satu reformasi untuk kita membantu Kerajaan Negeri maju ke hadapan.

Lagi satu, saya hendak tegur dengan air ini. Memanglah kita megah Air Selangor telah mengurangkan non-revenue water. Adakah itu satu KPI kepada Air Selangor untuk mengurangkan banyak aspek lagi yang kita hendak tahu. Kualiti air yang amat penting untuk masyarakat. Bila saya ke luar negara, negara yang maju, bila saya tanya the desk hotel itu, mana mineral water, dia kata don’t worry sir, dengan izin, you can drink straight from the tap. Saya masih ingat dulu-dulu masa sekolah, sekolah di kampung lepas main bola kita semua lari ke toilet minum dari paip. Ini saya hendak cabar Air Selangor, kenapa kualiti water kita sampai sekarang terendah, not to up to standard? Saya hendak tanya, banyak di Dewan ini, rumah siapa yang tiada filter? Saya pastikan semua tiap-tiap rumah ada filter ya, fasal apa kita kena pakai filter, sebab rumah ada dua tiga filter, filter di luar, di filter di dapur dan di filter minuman. Tetapi orang yang miskin yang B14 yang kesian, tidak ada filter. Ini macam pendidikanlah, orang kaya boleh pergi sekolah swasta, orang miskin pergi sekolah kebangsaan yang mutunya rendah. Orang miskin kena minum air yang tercemar, air orang kaya air yang bersih.

Adakah ini adil? Ialah pengurusan air ini macam sayalah sebagai dalam bidang ilmu perubatan, kita ada pencegahan dan rawatan. Pencegahan, baru-baru ini kita buat pencegahan, mana penguatkuasaan agensi-agensi yang jaga kualiti air ini. Di Ijok itu, kadang-kadang, terang-terang, factory keluar, air colour hijau, hitam, manakah penguatkuasaan? Majlis, orang kata Majlis ini Alam Sekitar, macam jalan jugalah. Jalan longkang jugalah, semua tidak mahu ambil tuan, jadi tuan, siapa yang responsible, tanggungjawab tentang itu? Dulu kita kata Alam Sekitar Persekutuan, LUAS under Persekutuan, tapi sekarang please lah, air yang mengalir ke loji sampai tahap yang tidak boleh tutup. Itu sekarang tahun 2022, we can accept.

Lagi satu saya hendak tanya tentang loji-loji yang ada ini. Saya tahu Sungai Rasau buat satu projek boleh membersihkan mineral yang separuh loji itu tidak boleh buat, mungkinlah. Saya hendak tanya adakah kaedah yang loji-loji ini yang menjalankan release sekarang, kita boleh terima, kenapakah kita kena pakai filter? Ini saya ingat ini hendak menipu rakyat tau, sebab banyak chemical-chemical di air kita ini, kadang-kadang dikesan tapi tidak boleh dibersihkan. Ini macam air pun ada dua darjat. Jadi Ijok, saya harapkanlah, Ijok harapkan Kerajaan telitilah tentang kualiti air ini ya, amat penting sebab dia menimbulkan masalah kesihatan dan juga masalah lain. Jadi di situ sahajalah Ijok hendak berhenti, Ijok mengucapkan ribuan terima kasih dan Ijok menyokong tentang Pembekalan Pembangunan Negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dengar ya. Ok, baik. Ok, Bismillahhirrahmannirahim, terima kasih saya ingin menyentuh tiga pecahan kepala

PK daripada P12 Jabatan Kerja Raya Selangor muka surat 218 hinggalah kepada 230. Kemudian diikuti oleh P12 dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Dalam apa yang dikatakan muka suratnya adalah muka surat 230, kemudian berterusan hingga 234 dan 235.

Dan kemudian terus pada PK2, PK4 dan yang ketiganya saya akan menyentuh secara ringkas konsep dalam jabatan P14, Jabatan Agama Islam (JAIS), satu persatu. Pertamanya saya ingin mengingatkan Jabatan Kerja Raya Selangor adalah salah satu cawangan daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mana dulunya kalau kita keliru tentang jalan MRR2 dan kemudahan-kemudahan infra berbentuk Federal, kita keliru permintaan yang kita minta, bawah negeri dia kata bukan negeri punya, dia tak respond. Satu perangai lagi bila kita betul ke, tak tahu yang betul, dia tak tolong tau. Ini satu teguran kita kalau hendak dibaiki. Kalau boleh kita beri tahu pada Selangor, kalau you punya pegawai-pegawai sibuk bagi tahu, kita boleh bantu sebab DUN bila kita design kerja dia, membantu agensi-agensi yang ada di negeri. Jadi kita biar service memberi khidmat kepada masyarakat dan orang ramai. Kadang-kadang kita tak tahu, dia tak tahu apa nak jadi, kalau tidak ada servic kita dalam apps, kita create apps yang mudah, apa nombor-nombor sekian-sekian, jadi tidak lah berterusan. Itulah sebabnya kalau tengok bil elektrik, kalau bil air rumah yang kita sewa, memang tuan rumah punya nombor lah. Kalau dia beli rumah itu second hand atas orang, bil air dah ada, bil elektrik dah ada begitu tak selesai. Maksud saya bil elektrik nak tukar berapa kali tak boleh. Jadi kita punya information tak kemas sedangkan kita dalam masyarakat moden Malaysia ini mesti kemas di situ. Bila kita buat kerja kena smart, not working hard dengan izin tapi working smart. Okay, jadi saya hendak jelaskan di sini bahawa kepelbagaian itu hendaklah kita anggap satu benda yang baik bukan yang tidak baik. Jadi dengan itu saya rasa ingin tekankan di sini, Jabatan Kerja Raya ini adalah yang terbesar jabatannya RM 145 juta, jadi Jabatan Pengairan dan Saliran ini kecil RM58,000.00, Jabatan Agama Islam RM 65 juta, RM 25 juta untuk JAIS. Dalam konteks Jabatan Kerja Raya (JKR) PK1 muka surat 219 menyatakan bahawa projek fizikal bukan fizikal JKR, pasang lampu jalan, aspek keselamatan jalan dan yang berkaitan dengan perabot jalan saya kira. Ada satu program yang dilaksanakan di bawah Kod PK1. Pelbagai rancangan projek pembangunan jalan. Saya lihat ini kalau Federal, Ya Allah Ya Tuhanku, MRR2 itu sudah beberapa kali saya complaint, bawah flyover itu dah 10 tahun ada sampah ke, ada debris ada bekas bina contraction punya bahan 20 tahun tidak dibersihkan. Dengan Perdana Menteri baru ini saya rasa saya akan memastikan connection yang baik antara Federal agencies dengan setiap agensi berjalan licin. No compromise. Ekesperesi kita ini macam selekeh tau, kita buat kerja selekeh, we are not supposed to be selekeh. Kalau bahu jalan, kalau buang pasir daripada longkang federal, state punya agency, you can see dia sudah buang sampah-sampah itu di tepi jalan, tiga bulan tak angkat. Lepas itu yang jual kereta terpakai, tepi jalan itu semua tidak diuruskan. Jadi jika hendak want a smart state bandar pintar kita hendaklah memang bersih. Okay saya tekan itu sebagai saya rasa itu perkara yang kita kena buat. Jadi kita punya sistem ini mestilah komunikasi, we must communicate vertically, naik atas ke bawah dan horizontally, kanan kiri. Baru

kita go for X, Y,Z dalam mathematical formula, we go for vertical or horizontal baru boleh kemas. Jadi saya ingin menekankan di sini bahawa, lampu lampu.. pembangunan jalan mesti dilakukan dengan baik dan yang berkaitan dengan peruntukan RM5,000,000.00 untuk PK1 yang berkaitan dengan bukan fizikal, iaitu yang berkaitan dengan aspek keselamatan macam traffic light di kawasan perumahan kena jaga baik, banyak accident di tempat begitu. AU3 tempat accident itu, seminggu kalau tidak sekali, dua kali. Ada saja orang patah kaki apa semua. Jadi tidak boleh, people must live safely dengan izin. Dalam negeri yang di tadbir, di duduk oleh Pakatan Harapan. Boleh? Kena bolehlah. Okay itu yang pertama, jadi saya hendak teruskan lagi P12 iaitu Gombak yang menghubungkan Kampung Seri Indah dengan kampung ke jalan Hospital Sungai Buloh yang patut kita buat dengan pantas dan satu lagi yang saya nak Vot adalah di muka surat 224 iaitu PK 4 iaitu Menaikkan Taraf Jalan. Jadi kita naikkan taraf jalan satu dan yang kedua kita menaikkan Missing Link yang dikatakan kod projek 04205 iaitu Missing Link ini ada juga yang berlaku Hulu Klang, saya pun tidak tahulah hendak kata apa. Kita nak construction dia buat benda lain, dia jadi pembukaan kedai cuci kereta delay sudah lama. Ada di kawasan Missing Link itu antara AU3 dengan Wangsa Maju, Ya Allah Ya Tuhanku, itu... tanah itu telah digunakan oleh MPAJ untuk dapat side income. Itu saya kata sini, tolong semak, tolong cari. Saya bukan cakap kosong, ada side income. Side income itu saya dapat, dia kata ada resit MPAJ. Okay,... kalau resit sendiri beli kat kedai tidak tahu siapa buat kerja tapi yang saya tahu benda itu tidak boleh dibuat. Kita tidak mahu benda-benda tidak berkat ini dilakukan, tak betul dan tidak berkat. Aspek rasuah masuk tapi kadang-kadang ada kedai makan, kedai minum dekat betul dengan simpang nak masuk ke jalan Gombak punya Pejabat Daerah. Itu side income untuk orang yang datang situ dulu. Jadi kita tidak strict. Bila kita hendak jadi macam Singapore, tak jadilah kita tidak ada law abiding citezen yang kualiti yang macam Singapore tapi orang kata, orang Singapore dia law abiding citizen only in Singapore. Dekat Malaysia dia sapu, dia belasah buang sampah sahaja. Jadi kita harap benda itu kita provide, kita lahir lebih ramai law abiding citizen. Kita kerja pun senang, kita bersara jadi ADUN pun senang.

Okay, dua tadi saya ada kata tentang JPS. Ini perkaranya begini, muka surat 230 hingga 236 menceritakan tentang pembangunan-pembangunan yang praktikal yang boleh dilakukan, saya ingin memantau, saya banyak memantau prestasi JPS dari segi pendalaman sungai, pengurusan sungai, pasir di sungai, kebersihan sungai dan ada rancangan untuk membersihkan empangan penduduk satu ketika dulu tapi tidak dan itu satu perkara yang boleh ditimbangkan. Kalau betul merupakan satu perkara yang boleh buat. Lepas itu saya hendak menjelaskan di sini, nak minta penjelasan, nak tanya apa maksud Retrofit Sistem Saliran Sungai Udang, Mukim Batu, muka surat 236, Kod Projek 02701, retrofit dengan kos projek RM 10,000,000.00 RMKE-12 Tahun 2021-2025 diperuntukkan dan dibelanjakan 6 juta dan negeri beranggaran boleh ditambah peruntukan itu dengan meletakkan harga RM 10.00. Kita boleh dapat penjelasan dalam perbahasan ini bagus. Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JAIS yang berbelanja besar dalam konteks membangunkan

pecahan PK1, PK2,PK3, PK4 dan PK5. Sekolah Agama, Pejabat Agama Islam, masjid surau dan pelbagai. Saya melihat di sini melihat ada satu ketidakselarasan apa yang disarankan oleh Yang Duli Maha Mulia Sultan Selangor bahawa kita hendaklah memulakan semua perancangan pembangunan Negeri Selangor berdasarkan Majlis Syariah. Majlis Syariah mengutamakan beberapa perkara. Majlis Syariah menekankan mana yang utama, mana yang tidak utama. Saya lihat di sini dari segi priority kita, persekolahan agama ini tidak melibatkan orang bukan Islam tapi kita boleh ke situ, kalau kita buat yang baik. Kita punya program masalah kita ini bila cakap fasal sekolah, ngam-ngam sekolah boleh hidup. Kalau yang bagus sekolah swasta Islam Al-Amin, Al-Adni dan sebagainya tapi kalau kita tengok macam sekolah macam projek kat sini tidak ada begitu. Namun kalau sekolah dekat Kemensah sejak saya jadi ADUN, tiap-tiap tahun saya agendakan boleh buka tidak ada orang berani hendak datang ke situ, jammed ke, kalau P.Ramlee itu ke Jalan Hulu Kelang itu pun okay.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Klang, ringkaskan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya hendak mencadangkan di sini bahawa konsep penggunaan dana bagi peruntukan PK1, PK2,PK3, PK4 dan PK5 hendaklah dibuat dalam bentuk betul-betul yang berdasarkan syariah iaitu kita meletakkan prinsip keutamaannya yang kat mana sebab kita dalam bidang pendidikan ke pentadbiran ke, memuas hati kita sebab kita masjid cantik-cantik, surau yang elok, aircond yang banyak, kita ada ADUN dan Ahli Parlimen yang boleh bagi dana, aktiviti, pengurusan surau, masjid, surau yang banyak. Kalau Hulu Kleang kita ada dekay 50 surau, masjid kita ada dekat 10. Itu kita hendak tambah lagi masjid Hulu Klang. Baru nak bagi nama nanti. Terus terang saya kata pada JAIS, bahawa kalau kita betul-betul melihat priority kita, kita buat planning secara terbuka, organise betul-betul dan dengan itu kita tahu yang kita katakan sebagai jabatan agama ini apa tugasnya, pendidikan atau masjid cantik tapi buka sedikit....

Timbalan Speaker

Baik Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Jadi saya mahu kita bincang perkara ini. Lain kali kita tengok dia punya balance figure itu cantik sikit lah. Tidak la big gap between Sekolah Agama yang dia letakkan di situ RM 16 juta dan berbanding dengan masjid dan surau peruntukkan nya ialah RM 42 juta. Banyak bezanya. Jadi saya harap lepas ini tidak ada orang-orang tak puas hati. Minta maaf kalau saya silap, saya minta maaf, kalau saya tidak silap saya diambil kira agar kita bukan orang-orang yang nak bangga masjid ini nak cantik-cantik saja, bangga dia punya sound kuat, azan semua orang boleh dengar tapi tidak ada orang nak datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Silakan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Pelabuhan Klang ingin mengambil bahagian juga di dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan Negeri Selangor 2023. Terima kasih. Pelabuhan Klang ingin merujuk muka surat 218 Anggaran Perbelanjaan untuk Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Pecahan Kepala PK1- PK5 jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dibelanjakan pada tahun 2023 ada lah sebanyak RM 145 juta. Satu angka yang sangat besar untuk kerja-kerja pelbagai rancangan program pembangunan jalan, membina jambatan dan jejantas, membina jalan, menaik taraf jalan, membina dan menaik taraf projek pembangunan dan Pelabuhan Klang berharap agar perbelanjaan sebanyak RM 145 juta ini akan dibelanjakan dengan baik dan akan diuruskan dengan baik dan akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan di dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk tahun 2023.

Cuma Pelabuhan Klang ingin bertanya apabila melihat angka RM 145 juta ini mungkin saya kurang faham di manakah perbelanjaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki jalan-jalan yang rosak? Adakah ia di dalam Mengurus atau pun di dalam Pembangunan dan kerja-kerja menaik taraf jalan ini pula RM 65,330,150,000.00 ini apakah jalan-jalan yang akan dinaiktarafkan? Dan sebab saya tengok ni banyak jalan-jalan yang akan dinaik tarafkan, tetapi saya tidak pasti adakah perbelanjaan tersebut cukup atau tidak. Sebagai contoh saya tengok muka surat 219, quote projek saya ambil contoh 13160 Projek Bukan Fizikal, JKR Daerah Klang 01400 Projek Bukan Fizikal JKR Daerah Kuala Langat. Kalau tengok ini, kos projeknya semuanya sama sahaja. RM 2.5 juta, RM 2.5 juta, RM 5 juta, RM 5 juta, RM 5 juta macam sama je semua dekat daerah dan peruntukan. Untuk macam quote 01301 memasang lampu jalan dan lampu isyarat di daerah Klang begitu juga 01401 memasang lampu jalan dan lampu isyarat di daerah Kuala Langat, RM 400 ribu. RM 400 ribu, jadi apa yang nak dipasang ini RM 400 ribu? Dan kemudian quote 01302 juga kalau ikut kos projeknya ialah RM 2,500,000,000.00 tapi peruntukan hanya RM 250,000.00. Jadi saya mungkin kurang faham ataupun saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat kurang faham sebab semuanya sama sahaja setiap daerah. Semua sama sahaja. Jadi macam, takkan semua sama kot, takkan semua daerah sama sahaja kan? Belanjawan yang diperlukan, mesti ada kos-kos yang sebenarnya kalau dikira secara terperinci takkan lah sama dan tepat angkanya. Dan saya mohon penjelasan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk menjelaskan apakah sebenarnya projek Bukan Fizikal, apakah sebenarnya memasang lampu jalan dan lampu isyarat ini? Sebab semua daerah pun sama sahaja.

Dan kemudian Pelabuhan Klang ingin merujuk ke muka surat 224 kod projek 04304 iaitu menaik taraf jalan negeri B148, Jalan Telok Gong dari persimpangan Glenmarie Curve ke persimpangan Jalan Ikan Tenggiri, Pakej 1 dan 2, kos projek adalah sebanyak RM 128,830,000,000 dan anggaran untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM 8,500,000,000 dan sebelum ini memang ada juga anggaran untuk jalan menaik taraf jalan negeri B148 ini yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Dato Menteri

Besar pada tahun 2018 dan sehingga sekarang saya masih lagi menunggu apakah reka bentuk jalan yang akan dibuat di B148 Telok Gong ini dari persimpangan Glenmarie Curve sehingga ke persimpangan Jalan Ikan Tenggiri kerana jalan Telok Gong ini sekarang ini jalan ni memang banyak kerosakan yang telah berlaku, lubang-lubang pun banyak, air bertakung dan banyak kemalangan motosikal yang terlibat sebab terlanggar lubang-lubang yang tidak dibaiki oleh pihak JKR.

Dan sementara untuk menunggu kerja-kerja menaik taraf ini dijalankan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk memastikan permukaan jalan di Jalan Telok Gong ini cantik, air tidak bertakung, lubang-lubang tidak ada dan ditambah dengan segera sekiranya berlaku kerosakan jalan? Dan sini pun saya juga mohon penjelasan sebenarnya apakah yang hendak dibelanjakan RM 8,500,000,000 ini untuk kerja menaik taraf negeri B148 Jalan Telok Gong ini pada tahun 2023.

Dan di kesempatan ini juga Pelabuhan Klang ingin mencadangkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, sebab sekarang ini untuk syarikat konsesi pembaikan penyelenggaraan, pembersihan jalan-jalan ini hanya satu syarikat sahaja yang mengendalikan iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ataupun kita panggil sebagai InfraSel tetapi semenjak InfraSel ini mengambil alih daripada juru mat yang lalu, jalan-jalan tidak diselenggarakan dengan baik, jalan-jalan yang tidak dibaiki dengan segera sekiranya berlaku kerosakan walaupun aduan saya buat terus kepada pihak pejabat Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Dan kalau kita buat aduan pun, hanya aduan yang kita hantar gambar itu sahaja tetapi yang lubang-lubang berhampiran dengan lubang tersebut tidak ditampal dan tidak dibaiki. Dan saya harap dan cadangan saya kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya untuk kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan dan pembersihan jalan-jalan raya di Negeri Selangor yang sekarang ini hanya diberikan kepada pihak Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ataupun InfraSel. Saya ingin mencadangkan supaya adakan lagi satu syarikat supaya ada saingan. Kalau tidak dia hanya dimonopoli oleh satu syarikat, jadi dia tidak ada rasa orang kata tercabar, jadi dia tidak ambil kisah. Dan saya harap untuk isu jalan-jalan berlubang dan jalan kerosakan ini janganlah ia dijadikan satu perniagaan. Kalau lubang itu biar lah tampal semasa kecil, saya pelik kenapa nak tunggu lubang itu besar baru nak tampal. Sebab dia berasaskan perniagaan, sebab kalau kecil ini tak untung. Tapi kalau besar ini untung lah. Jadi sebab itu kalau diambil konsep pembaikan jalan ini dari sudut keuntungan perniagaan, then kita ada masalah, sepatutnya syarikat-syarikat yang dilantik ini mesti berasaskan keselamatan orang ramai dan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya. Sebab tu saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor melantik lagi satu syarikat sebagai syarikat konsesi untuk menyelenggarakan, membaiki, membersihkan jalan-jalan di Negeri Selangor, selain daripada syarikat KSSB sekarang ini. Kalau tidak, dia tidak ada persaingan dan tidak ada cabaran. Okay.

Seterusnya, Pelabuhan Klang ingin merujuk kepada muka surat 230 iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Pelabuhan Klang hanya ingin tahu apakah rancangan Projek Tebatan Banjir di daerah Klang sebab kalau tengok di muka surat 232 quote projek PK1 01311 Projek Tebatan Banjir sungai Kembong, Pulau Indah, hanya, ini sahaja yang ada di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang ingin tahu apakah ada perancangan untuk kerja-kerja menaik tarafkan sekarang ini perubahan iklim, banjir kilat sering berlaku dan bukan musim banjir pun kawasan Pelabuhan Klang terutama yang berhampiran dengan tepi laut pun banjir. Walaupun air laut tak pasang tinggi tapi sebabkan hujan itu sangat lebat, itu yang menyebabkan banjir kilat di tambah pula dengan projek-projek yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang, sementara sebelum ini yang tidak mengambil kira tentang kesan jangka masa pendek, jangka masa panjang tentang sistem saliran yang ada di dalam kawasan Pelabuhan Klang, dan sekarang sistem-sistem saliran banyak yang bermasalah di Kampung Telok Gong dan juga di Pulau Indah termasuk juga di kawasan Kampung Pendamar.

Dan saya nak tanya, Pelabuhan Klang ingin tahu adakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf kunci-kunci air yang ada di dalam kawasan Pelabuhan Klang khususnya di kawasan Pulau Indah dan juga di Sungai Tengkorak, Kampung Perajurit Telok Gong. Di sini ada kunci, kunci air Jabatan Pengairan dan Saliran dan saya dimaklumkan akan ada kerja-kerja menaik taraf tapi saya tak nampak ada dalam Buku Belanjawan ini. Adakah ia menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri ataupun menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan? Pelabuhan Klang memohon supaya kedua-dua kunci air di kawasan Pulau Indah ini dan juga di kawasan Kampung Telok Gong ini segera dinaiktarafkan dengan menggunakan sistem pam yang ada seperti di kunci air Sungai Aur , Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Dan dalam masa yang sama juga Pelabuhan Klang ingin memohon juga kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat semula ban-ban yang ada di kawasan persisiran pantai Pelabuhan Klang ini adakah ban-ban yang sekarang ini mencukupi ketinggiannya ataupun perlu dinaikkan lagi ketinggiannya sebab berdasarkan perubahan iklim yang ada sekarang ini air laut pasang pun dah tak menentu, hujan lebat pun dah tak menentu, dan sering kali berlaku banjir, sering kali menyebabkan ban-ban yang sedia ada pecah dan mungkin perlu ada kerja-kerja menaik taraf ban-ban di sepanjang persisiran pantai Pelabuhan Klang. Begitu juga di kawasan Sungai Pendamar, Kampung Pendamar sebab baru-baru ini dah banyak kali kawasan Kampung Pendamar ini dinaiki air disebabkan oleh banjir kilat. Air masuk dalam rumah malah masa musim Pilihan raya hari tu 2 minggu waktu kempen pun air masuk dalam rumah penduduk walaupun hujan tu sekejap tak lama pun tapi dia banjir.

Dan saya lihat antara puncanya ialah parit-parit milik Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang ini saya kira mungkin sepatutnya di selenggara oleh pihak road care sebab jalan ST3218 ini merupakan jalan persekutuan tapi aliran air tu tersangkut di parit besar milik Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Jadi Pelabuhan Klang mohon

supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil serius tentang isu masalah banjir kilat di kawasan Pelabuhan Klang dan pihak pejabat saya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana jabatan dan juga agensi kerajaan demi keselamatan, demi kelestarian penduduk-penduduk dalam kawasan Pelabuhan Klang khususnya di kawasan Telok Gong, Kampung Pendamar dan juga di kawasan Pulau Indah. Jadi Pelabuhan Klang menyokong Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023. Dah, dah sokong dah? Sikit lagi. Kena cakap lagi ke? Okay, seterusnya...

Nak mencelah boleh?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak ada, tak ada, tak ada. Okay seterusnya Pelabuhan Klang sementara ada masa sikit lagi ini, muka surat 235 pembangunan sistem saliran membina dan menaik taraf saliran di daerah Klang. Pelabuhan Klang ingin mencadangkan juga kepada Kerajaan Negeri buat masa ini disebabkan perubahan iklim yang melanda negara kita yang tidak menentu ini, parit-parit yang ada ini janganlah berkira sangar. Contohnya kalau MPK buat parit MPK, JPS buat parit JPS, JKR buat parit JKR. Ada parit-parit persendirian ini juga kita perlu bantu, kita perlu bantu, kita perlu membersihkan dan perlu menyelenggarakan.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mengadakan atau mewujudkan satu peruntukkan untuk kita menyelenggarakan, membersihkan parit-parit persendirian yang kita tidak tahu siapa tuan punya dan kita boleh gunakan peruntukan ini dan mungkin kita boleh berikan kepada pihak JPS ataupun Pihak Berkuasa Tempatan untuk menguruskan parit-parit yang tidak bertuan ini. Ini pun kita kena buat demi keselamatan dan kelestarian penduduk-penduduk dalam Pelabuhan Klang. Okey akhir sekali Pelabuhan Klang menyokong Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 – Belanjawan Selangor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih yang Berhormat Pelabuhan Klang. Masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dewan disambung semula. Saya persilakan Sungai Ramal.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih Tuan Timbalan Speaker telah memberikan peluang kepada Sungai Ramal pula untuk menyatakan beberapa perkara berkenaan dengan Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023. Izinkan saya bermula dengan yang pertamanya adalah dengan merujuk kepada Vot P01 mukasurat 197 di bawah tajuk Sosial, Kod 04001 Anggaran perbelanjaan sejumlah RM 64,628,000.00. Di sini saya ingin menyentuh tentang dana yang diperuntukkan kepada para Ahli Dewan Negeri yang umumnya sejumlah rata-rata, kira-kira RM800,000.00 dengan sedikit perbezaan di antara setiap Dewan Undangan Negeri. Kita menyaksikan bahawa antara dalam negara kita, negeri yang paling banyak menerima pertambahan bilangan pengundi selepas daripada undi 18 dan excersice automatic registration adalah negeri Selangor dan kawasan saya sendiri Sungai Ramal menerima kemasukan pengundi baharu lebih daripada 50%, daripada 60,000 orang pengundi kepada hampir 100,000. Kita lihat pada baru-baru ini Kerajaan Negeri melaksanakan sedikit penambahan kepada bukan kepada setiap ADUN tetapi penambahan ini adalah jauh kurang daripada penambahan kepada bilangan pengundi yang ada dalam setiap DUN sendiri.

Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan pada tahun hadapan ini supaya peruntukan dana untuk setiap ADUN ditambah sebanyak kira-kira 25% secara purata daripada tambahan jumlah yang diberikan sebelum ini. Sebenarnya peruntukan ini sangat bermanfaat kepada kami untuk membantu rakyat dalam kawasan kami kerana ada banyak keperluan daripada rakyat ini yang tidak tercakup atau tidak termasuk atau tidak dapat dilindungi oleh peruntukan-peruntukan Kebajikan Iltizam Selangor Penyayang yang sedia ada. Contohnya, dalam kawasan saya sendiri ada berlaku beberapa kali insiden bencana banjir dan juga kebakaran rumah yang mana kedua-dua insiden ini melibatkan kerugian yang besar dan bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa adalah bantuan yang agak besar yang memerlukan belanja yang agak besar juga. Demikian juga berkenaan dengan perkara-perkara yang di luar jangka seperti contohnya pemindahan pesakit yang terpaksa menggunakan ambulan yang mana ini memakan belanja. Jadi terpaksa menggunakan peruntukan daripada ADUN juga dan juga kawasan saya juga kebetulan contohnya berhampiran dengan Penjara Kajang dan kita ada ramai keluarga-keluarga banduan yang mereka tinggal berhampiran dalam kawasan saya di Kajang Utama dan sekitarnya, yang mana apabila ayahnya menjadi banduan di dalam penjara, yang biasanya mereka ini adalah sole breadwinner, jadi tinggal isteri dan anak-anak di luar sana yang tidak ada lagi sumber pendapatan. Mereka ini selalunya terlepas daripada jaringan sosial masyarakat dan menyebabkan anak-anak itu menjadi tidak dapat perhatian, tidak ada kecukupan akan mula ponteng sekolah, tidak pergi sekolah, terjebak dengan kegiatan sosial yang tidak sihat dan akhirnya mereka juga bahkan menjadi banduan pada masa hadapan. Jadi semua ini memerlukan perhatian lebih daripada wakil rakyat seperti saya ini dan saya hanya boleh berfungsi dengan lebih baik sekiranya mendapat peruntukan yang lebih.

Yang kedua, saya juga suka meminta kepada pihak kerajaan juga untuk mempertimbangkan semula kategori penggunaan dana yang diperuntukkan ini kerana saya merasakan bahawa peruntukan kategori penggunaan itu juga sudah agak terkebelakang daripada perkembangan semasa. Contohnya dalam guide line atau dalam garis panduan itu. ADUN atau Ahli Dewan boleh menggunakan peruntukan ini contohnya untuk membuat titi tetapi sehingga hari ini saya tiada keperluan untuk membuat titi dalam kawasan saya tetapi paling banyak permintaan dalam kawasan saya contohnya adalah untuk mendapatkan khidmat alat hawa dingin. Dalam kawasan saya ada kira-kira 123 buah surau tetapi dalam peruntukan tersebut alat hawa dingin tidak dibenarkan digunakan di bawah peruntukan ini untuk Projek Kecil. Kita juga contohnya pendawaian elektrik sebab kita ada banyak, Contohnya Ibu Pejabat, Pusat Operasi RELA, Pejabat Rukun Tetangga yang menggunakan kabin dan sebagainya yang memerlukan khidmat pendawaian elektrik dan sekarang ini semua hal-hal bersangkut paut dengan ubahsuai ini sangat telah naik harga nya. Mereka perlukan bantuan ini tetapi tidak dapat disalurkan kerana subjek pendawaian elektrik contohnya adalah di luar daripada syarat penggunaan dan peruntukan ADUN untuk Projek Kecil. Jadi mohon dapat dilihat semula oleh kerajaan. Yang kedua, saya beralih kepada hal-hal berkenaan dengan perpustakaan di muka surat 199, Pepustakaan Kod 14001 ini berkait dengan Perpustakaan Daerah di kawasan saya di Hulu Langat bertempat di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Kawasan perpustakaan Daerah saya adalah yang terakhir, yang difahamkan yang menerima peruntukan untuk penambahbaikan dan menaik taraf perpustakaan dan sepatutnya telah pun siap dan dapat digunakan semula pada bulan November tahun 2021. Sekarang sudah lebih setahun berlalu, masih lagi belum ada tanda-tanda pun yang perpustakaan ini dapat digunakan semula sedangkan ia satu bangunan yang besar tersergam indah terasing di tepi tasik itu dan malang sekali apabila masih lagi belum dapat digunakan oleh para warga Bandar Baru Bangi yang terkenal sebagai Bangi Bandar Ilmu. Saya mengharapkan mendapat jawapan apakah masalahnya dan supaya perpustakaan ini dapat digunakan secepat mungkin oleh para penduduk dalam kawasan Bandar Baru Bangi.

Kemudian, beralih seterusnya kepada yang ketiga, Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor. Merujuk kepada muka surat 200 di PK 16 Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor. Di dalam kawasan saya ada satu kawasan yang dinamakan Kampung Bangi. Ini adalah kampung yang awal dibangunkan dalam kawasan Sungai Ramal kampung ini berusia sekurang-kurangnya berusia 150 tahun dan pada peringkat awal, kampung ini (sebab antara yang awal) telah dimasukkan bekalan air tetapi dengan paip berdiameter paip yang kecil yang mana tekanannya adalah rendah. Cukup pada masa itu tetapi sekarang ini selepas lebih 20 tahun berlalu daripada kemasukan air yang asalnya itu, bilangan rumah telah bertambah begitu banyak tetapi paip adalah tetap sama menyebabkan tekanan air sangat rendah dan ramai penduduk di sana mengadu mereka tidak mendapat bekalan air yang mencukupi untuk mereka menikmati kemudahan air yang bersih di situ. Jadi di anggap satu yang malang dan lebih mungkin menyayat hati kepada penduduk di sana adalah kawasan mereka juga

terlebih air iaitu selalu dibebani dengan masalah banjir di kampung tetapi dalam masa yang sama pili air, kurang air. Jadi kita harap kita dapat berikan sedikit keselesaan kepada penduduk di kampung ini yang telah lama mengadu berkenaan dengan perkara tersebut. Saya mohon Air Selangor dapat melihat perkara ini. Yang keempat, saya juga ingin merakamkan ucapan, ini lebih kepada ucapan tahniah dan penghargaan saya kepada pihak JKR Hulu Langat kerana atas permintaan yang telah saya kemukakan mendapat perhatian dan tindakan mereka di mana mereka telah memasang lampu jalan di Jalan Bangi menghala ke Banting di bawah Vot P12 Kod 01501, muka surat 219, Pemasangan Lampu. Inilah kawasan yang sebenarnya kiri kanan hutan, gelap. Waktu malam adalah kawasan yang paling menyeramkan dan menakutkan dalam kawasan DUN Sungai Ramal. Banyak cerita berjumpa dengan macam-macam makhluk di situ dan kali ini akhirnya, setelah sekian lama lampu jalan itu diterangkan. So, Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada lagi dengar lah apa-apa kisah yang ganjil berlaku di kawasan tersebut.

Kemudian saya merujuk kepada perkara Tebatan Banjir. Ini tidak dapat saya lepas kan peluang ini saya sebut Tebatan Banjir di Vot P13 Kod Subjek 01502 di muka surat 232. Di sini disebut tentang Projek Tebatan Banjir di Sungai Lemas di Kampung Sungai Ramal Dalam. Ini adalah kawasan yang mana sering terlibat dengan kenaikan air apabila hujan lebat berlaku dan baru-baru ini pun kira-kira pada 4 atau 5 hari yang lepas berlaku lagi sekali di mana ada kereta yang terperangkap dan kemudian di bawa, dihanyutkan oleh arus dalam kawasan tersebut dan sebelum ini pun ada juga insiden kereta juga terperangkap oleh arus. Dan di situ arus bila air naik boleh menaik dengan mendadak dan arusnya kuat. Kalau yang mana tidak faham sangat kawasan tersebut dan cuba meredahnya maka dengan mengambil risiko kereta dengan mudah ditarik oleh arus daripada jalan terapung terus masuk ke dalam Sungai dan boleh membahayakan keselamatan risiko nyawa. Jadi, saya melihat di situ sudah ada peruntukan yang diperuntukkan cuma kawasan ini mungkin sampai hari ini masih belum lagi diambil tindakan kerana ada melibatkan sedikit masalah berkenaan dengan pertikaian tanah oleh individu dengan kerajaan tetapi disebabkan oleh masalah yang sangat serius saya berharap pihak kerajaan mengambil tindakan yang tuntas dan tegas kali ini untuk menyelesaikan permasalahan banjir di kawasan tersebut dengan membuat projek tebatan banjir ini tanpa berlengah lagi. Dan lagi satu adalah di Kampung Bangi. Saya perlu sebut juga sebab kawasan Bangi ini kawasan yang diapit oleh dua buah sungai iaitu Sungai Bangi dan Sungai Semenyih. Jadi kampung ini menerima dua (2) ancaman sekali gus. Kadang-kadang sungai Bangi yang melimpah, kadang-kadang Sungai Semenyih yang melimpah dan adakala apabila kedua-dua sungai melimpah memang nasib kampung itu begitu menyayat hati dan ada juga yang cedera pada kejadian yang berlaku sebelum ini . Banjir selalu nya berlaku pada waktu sebelum subuh dan apabila air naik itu dia akan menyebabkan power trip menyebabkan semua lampu tidak menyala.

Penduduk kampung akan berjalan di dalam gelap keluar untuk menyelamatkan diri masing-masing. Jadi, ada yang bila air dah naik, selipar pun tak jumpa. Dia berjalan

kaki begitu sahaja terpijak kaca dan sebagainya lah. Menerima rawatan dan sebagainya. So setakat ini Alhamdulillah masih belum ada sebarang nyawa yang terlibat tetapi kita harap tidak lah sampai ke tahap itu sebab bila air sungai naik melimpah ke kawasan kampung dengan arus yang kuat sebenarnya tidak kenal lagi lah mana jalan, mana longkang dan mana sungai. Kalau ada yang terjebak terus dibawa ke sungai memang akan menghadapi nasib yang sangat mengerikan lah. Jadi kita harap, saya sangat berharap pada kali ini saya difahamkan peruntukan sudah pun turun kira-kira RM7 juta ringgit (Alhamdulillah) Cuma belum dilaksanakan lagi, diterjemahkan lagi dalam bentuk pelaksanaan kerja tebatan banjir di kawasan tersebut dan saya harap kali ini benar-benar dapat dilaksanakan agar nasib penduduk di sana dapat terbela dengan baik. Jadi setakat itu daripada saya. Saya dengan ini menyokong usul untuk Bajet Peruntukan Pembangunan Tahun 2023. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada Kota Damansara terlibat dalam perbahasan Perbelanjaan Pembangunan 2023. Saya menarik perhatian ke muka surat 198, PK 606002 Kebajikan Masyarakat. Saya hendak baca bersekali dengan PK 808003 Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan PK 808004 Pembelaan Pekerja. Tuan Timbalan Speaker, dalam perbahasan yang awal ada disebut berkaitan dengan bantuan guaman. Bantuan guaman kepada golongan pekerja juga telah disebutkan bahawa bantuan tersebut akan digunakan untuk kes yang melibatkan sivil dan juga yang ringkaslah sivil dan juga pekerja. Cuma saya hendak menarik perhatian peruntukan yang diberi sebanyak RM1 juta itu, diminta juga Unit Pembelaan Pekerja Selangor di lebar luaskan juga peruntukan itu untuk digunakan kepada isu pekerja yang banyaknya melibatkan Seksyen 20, pemberhentian pekerja ataupun Seksyen 18 yang melibatkan pertikaian perusahaan dan juga Seksyen 4, Akta Perhubungan Perusahaan yang melibatkan penganiayaan pekerja. Diharap peruntukan unit tadi PK6006002 – Kebajikan Masyarakat itu ataupun Bantuan Guaman itu dilebar luaskan kepada yang melibatkan kes-kes yang melibatkan Seksyen 20, Seksyen 18, Seksyen 4, Akta Perhubungan Perusahaan. Juga dalam Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan PK808003. Saya berharap sangat pun saya telah maklum kepada Y.A.B. Menteri Besar berkaitan dengan MTUC itu sendiri. Kita maklum bahawa MTUC ataupun Malaysian Trade Unit Congress mewakili 16 juta pekerja di Malaysia dan badan ini adalah badan yang diiktiraf oleh ILO (International Labor Organization United Nation) dan bahkan Kerajaan Pusat pun telah memberi satu bentuk geran ataupun peruntukan sebanyak RM4 juta. Cuma Kota Damansara mengharapkan juga bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga memberi geran atau peruntukan khas kepada MTUC kerana untuk menunjukkan bahawa kita pun bersama dengan golongan pekerja. Kalau kita ingkap sejarah yang lepas 2008, bagaimana kaum pekerja telah membantu memenangkan Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu. Saya harap Kerajaan Selangor dapat memberikan peruntukan mungkin RM500,000.00 kepada geran dalam

bentuk geran kepada MTUC. Juga di muka surat yang sama 198, PK9 Perbendaharaan, 09, PK909003 berkaitan dengan pengangkutan, Perbendaharaan Pengangkutan pun juga telah saya bangkit beberapa isu berkaitan dengan jalan alternatif Desa Subang Permai. Saya tak nampak di mana-mana dalam perbelanjaan pembangunan ini ada pembangunan jalan alternatif yang menghubungkan jalan Kampung Subang, Pekan Subang dengan Jalan Subang Permai yang mana itu pun telah dijadikan perbahasan dalam beberapa sidang lepas. Saya harap peruntukan ini lebih kurang RM25 juta dapat disalurkan untuk pembinaan jalan alternatif Desa Subang Permai. Di muka surat 200, PK15, 15003 – Skim Ceria lebih kurang RM7 juta. Di kota Damansara ini ada beberapa pangsapuri yang agak lama dan perlu dicat semula dan sebagainya. Saya ingin bangkitkan ada beberapa pangsapuri yang kalau harap dapat Kerajaan Selangor peruntukkan untuk mengecat di bawah Skim Ceria iaitu Gugusan 3K (Kantan, Kekwa, Kemboja) Seksyen 7, Kota Damansara dan juga Gugusan Seroja, Seksyen 6, Kota Damansara.

Di muka surat 218, saya ingin bertanya di bawah kod PK101005 iaitu Pewartaan Jalan Negeri Di Seluruh Negeri Selangor sebanyak RM1.5 juta. Mohon memberi penjelasan sebanyak RM1.15 juta apakah skop yang merangkumi apa yang dikatakan Pewartaan Jalan Negeri Di Seluruh Selangor? Mungkin kita perlu sebab ada setengah-setengah jalan tu kalau dia tak diwartakan maka kita tak boleh dapat peruntukan MARRIS dan sebagainya. Kota Damansara ingin memohon penjelasan berkaitan dengan skop pewartaan tersebut. Di muka surat 222, kod PK303102 – Membina dan Menaik Taraf Jalan Gajah 6 Ke Persiaran Atmosfera pun itu lebih kurang RM500,000.00. Persiaran Atmosfera ni masih lagi berlubang, masih lagi rosak. Dah beberapa kali dibaiki. Adakah ini merangkumi jalan tersebut yang perlu dibaiki? Saya ingat dulu pun banyak duit telah digunakan. Diharap dengan peruntukan ini dapat menyelesaikan once for all lah, Persiaran Atmosfera. Begitu juga di muka surat 223, PK404102 – Menaik Taraf Jalan B49 – RM500,000.00. Adakah ini merangkumi Persiaran Mahagony di Kota Damansara? Sebab tak berapa jelas situ. Harap mohon penjelasan. Seterusnya muka surat 248, PK3 – Masjid 03104 – Masjid Subang Bestari. Peruntukan RM7.5 juta. Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan untuk pembinaan Masjid Subang Bestari pun kita nampak tanah telah ada gerak kerja yang dibuat. Namun, masjid lagi satu tu ialah 03107 – Masjid Kota Damansara 2, Seksyen 9 di peruntukan ni RM10.00. Saya tak tau sebab adakah masjid ni tak ada peruntukan sebab saya difahamkan dua masjid ni pun telah diluluskan namun peruntukan ni tidak ada sebut. Saya harap Masjid Kota Damansara 2 ni dapat dimasukkan peruntukan untuk tahun hadapan. Itu saja, Kota Damansara menyokong rang undang-undang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Speaker memberi ruang kepada saya untuk menyertai usul bajet peruntukan pembangunan 2023. Ringkas. Saya ada dua perkara sahaja yang ingin diutarakan

merujuk kepada muka surat 219. Kod projek PK101001 iaitu Membaik Pulih Cerun Seluruh Selangor. Saya nak tanya pandangan ataupun penjelasan daripada Kerajaan Negerilah sebab dalam kawasan saya ni ada banyak cerun terutamanya yang melibatkan perumahan-perumahan kondominium, apartment dan sebagainya. Kalau dalam kes cerun yang ada masalah dalam kondominium ataupun apartment apakah peruntukan membaik pulih cerun ini boleh ataupun boleh diguna pakai untuk kes-kes tersebut? Sebab susulan daripada banjir yang berlaku pada hujung tahun lepas banyak kawasan-kawasan dalam Kota Anggerik khususnya di Shah Alam ini yang terjejas cerunnya, yang ada runtuhan, yang ada hakisan dan ianya tidak ada sebarang tindakan sehingga hari ini. Dan sebagai contoh di Seri Alam Kondominium di Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 13 ada masalah cerun yang sangat membahayakan dan di atas bukit tu ada tangki daripada Air Selangor. Jadi, apabila kita utarakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan mereka akan mention ini di bawah seliaan Air Selangor tetapi pada masa yang sama dia akan jadi pin point. Jadi, kita tidak tahu siapa yang akan ambil tanggungjawab tersebut cuma di peringkat JMB mereka menyatakan dari segi koslah sebab kerja baik pulih cerun ni bukan satu orang kata kerja yang mudah, yang memakan kos yang tinggi. Jadi, saya minta penjelasanlah dari pihak Kerajaan Negeri kalau sekiranya peruntukan yang dinyatakan dalam buku bajet ini boleh diguna pakai untuk kes-kes tersebut. Itu yang pertama.

Yang kedua, muka surat 222, PK303101 iaitu butiran Membina Jalan Baru Dari Setia Alam, Bukit Bandar Raya, Bukit Jelutong. Pertama saya ucap terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri melalui JKR atas inisiatif projek ini yang saya rasa cukup baik kerana dapat meningkatkan accessibility dalam kawasan Shah Alam cuma saya nak minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah jaminan pihak kerajaan berkaitan projek ini? Apakah akan ada kawasan hutan baru yang akan orang kata apa ditarah, dipotong dan ataupun ada pelan yang mungkin boleh digunakan untuk menyelamatkan ataupun sekurang-kurangnya orang kata meminimakan pemotongan ataupun penarahan hutan sebab saya difahamkan kalau kawasan Setia Alam, Bukit Bandar Raya, Bukit Jelutong ni memang akan melibatkan sedikit ataupun sebahagian daripada hutan Bukit Cerakah, Taman Botani tu yang berdekatan dengan Taman Botani. Jadi, di pihak Kerajaan Negeri boleh tak memberikan sedikit jaminan atau penjelasan bagaimana untuk kita melaksanakan projek pembangunan pembinaan jalan ini tapi pada masa sama dapat menjamin kelestarian alam sekitar khususnya hutan di dalam kawasan Shah Alam. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam usul ini. Saya rujuk kepada muka surat 200. Kod objek 14012. No, sorry. Kod objek yang salah. 14013 – Menaik Taraf Perpustakaan Desa yang peruntukan yang untuk tahun depan adalah RM1.2 juta. Saya nampak agak banyaklah RM1.2 juta itu. Jadi, saya nak tahu

daripada pihak Kerajaan Negeri jumlah perpustakaan desa yang akan dinaik taraf itu berapa banyaknya? Dan saya nak bangkitkan di kawasan DUN saya memang terdapat satu perpustakaan desa yang saya telah meminta pihak Kerajaan Negeri menaik tarafkan perpustakaan tersebut sejak tahun 2016. Tetapi sampai hari ini masih belum ada berita yang baik. Saya difahamkan perpustakaan ini memang mempunyai isu tanah yang belum diselesaikan dan saya juga pernah usaha untuk menyelesaikan isu tanah itu. Saya harap dengan adanya Kerajaan Perpaduan di mana Pakatan Harapan adalah salah satu daripada Kerajaan Perpaduan ni boleh menyelesaikan isu tanah tersebut dan kita selepas menyelesaikan isu tanah tersebut bolehlah naik tarafkan perpustakaan ini kerana sekarang ni perpustakaan tu kalau nak, kalau petugas nak pergi tandas dia kena balik rumah. Tandas pun tak boleh guna. Jadi, sampai keadaan yang macam ini teruk perlulah ada memerlukan dipercepatkan kerja naik taraf itu.

Tuan Timbalan Speaker, saya merujuk kepada perkara kedua saya iaitu juga muka surat 200, kod objek 15004 – Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai. Saya nampak kita tidak memberi apa peruntukan sejak 2021 tetapi dalam ucapan pembentangan belanjawan tahun depan yang dibuat oleh Y.A.B. Menteri Besar bahawa tabung ini masih mempunyai baki sebanyak RM6.98 juta dan baki itu akan digunakan untuk beberapa projek terbengkalai. Saya rasa dana tepat itu iaitu tabung tepat itu adalah penting untuk menyelesaikan projek terbengkalai terutamanya projek pembesaran kampung yang diluluskan sebelum tahun 2008. Saya nak bagi sedikit maklumat kepada Dewan yang mulia ini bahawa di kawasan DUN Batang Kali, bersebelahan dengan saya ada satu projek pembesaran kampung iaitu Kampung Melayu Rasa yang terbengkalai. Ia diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1999 dan tanahnya seluas 32.391 ekar. Cadangan projek tersebut mengandungi 161 lot rumah dan 7 lot kedai. Malangnya projek tersebut terbengkalai pada tahun 2002. Saya kesian kepada pembeli rumah tersebut kerana mereka ada yang telah meninggal dunia ada waris yang tak datang cari pihak Kerajaan Negeri untuk tahu apakah baik pulih yang boleh buat daripada Kerajaan Negeri terhadap projek terbengkalai itu dan pada tahun 2017 saya membawa mereka jumpa dengan PKNS. PKNS pada mulanya memang berniat untuk memulihkan projek tersebut tetapi mereka selepas membuat kajian dan memaklumkan kepada pembeli itu bahawa projek tersebut adalah tidak berdaya maju. Selepas itu, Kerajaan Negeri juga berusaha untuk membaik pulih projek buat pemulihan. Projek terbengkalai itu dan saya difahamkan mereka nak menggunakan dana tempat itu untuk memulihkan infrastruktur di kawasan tersebut. Saya selalu melalui jalan tersebut Jalan Ampang Pecah ke Rasah. Projek itu ialah di sebelah jalan sahaja dan ramai pembeli rumah sudah membina rumah mereka sendiri. Tanpa ada satu jalan yang elok. Jalan itu adalah dalam keadaan jalan tanah dan tak ada apa-apa longkang di tepi jalan itu. Saya rasa kita perlu membantu mereka takkan la nak tiap-tiap hari mereka lalu jalan tanah merah. Kerajaan Negeri mungkin boleh menggunakan baki RM6.98 juta untuk membantu infrastruktur di sana mungkin bukan semuanya untuk projek itu tapi apa yang memerlukan itu dari segi infrastruktur saya harap Kerajaan Negeri boleh membantu. Selepas itu saya nak rujuk kepada perkara

KPS muka surat 234. Saya nampak PK1 dan PK2 saya telah meneliti tak ada banyak projek di Hulu Selangor Cuma ada satu iaitu RM1 juta untuk projek tebatan banjir di Batang Kali. Saya nak mohon penjelasan apakah kerja-kerja yang nak dilakukan untuk tebatan banjir tersebut kerana itu memang kawasan banjir pada musim pilihan raya saya juga menghadapi masalah banjir kilat di sana dan terpaksalah calon melawat tempat banjir. Saya rasa kekurangan peruntukan untuk daerah Hulu Selangor adalah kerana kita tidak mempunyai seorang pegawai mengetuai JPS Hulu Selangor. Sebelum ini ketuanya telah bersara pada bulan Oktober dan sampai sekarang saya tak nampak ada ketua baru masuk office. Jadi saya nak tanya bila JPS akan melantik seorang penguasa daerah untuk JPS Hulu Selangor. Itu sahaja Tuan Timbalan Speaker. Saya menyokong usul ini.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin memohon perhatian Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan semua ahli Mesyuarat ke muka surat 238 Vot Projek P13 Kod Projek 05103 Menaik taraf kolam takungan banjir di Sungai Aur. Memang berkenaan dengan Sungai Aur ini banyak yang saya ingin nyatakan kerana keseluruhan Bandar Puteri, Taman Sentosa, Bandar Botanik, Bukit Tinggi semua menggunakan saliran Sungai Aur. Sungai Aur ini memang kerja yang diberitahu ialah permintaan bajet untuk menaik taraf kolam takungan banjir di Sungai Aur. Tetapi Sentosa ingin membawa sedikit perhatian Yang Berhormat EXCO memang minggu lalu beliau telah bagi tahu bahawa Sungai Aur ini perlu diperlebar dan di naik taraf dan juga kolam takungan banjir di Bandar Puteri yang telah dibina oleh pemaju pun tak efektif langsung kerana Bandar Puteri memang banjir. Yang Berhormat EXCO ADUN Sungai Kandis pun setuju memang kita ada masalah di Bandar Puteri di mana Yang Berhormat EXCO telah bagi tahu kerja-kerja penambahbaikan oleh Gamuda ataupun pemaju perlu dikuatkuasakan atau dibuat dengan kadar segera iaitu adalah satu permintaan Sentosa bersama dengan Sungai Kandis. Kerana satu bulan tiga kali banjir tidak boleh tahan lagi. Dan memang Taman Sentosa air yang mengalir dari Taman Sentosa longkangnya zig zag. Saya pun tak tahulah macam mana. This is what we call pocket development, setiap pemaju submit plan yang kelulusan diberi ini ialah hasil kerja dia. Dah air tak dapat mengalir dengan lancar ke sungai yang berdekatan iaitu Sungai Aur dan sepanjang Sungai Aur minggu lepas kita telah minta di MPK dan Cuma agensi kerajaan untuk jalan bersama sepanjang longkang-longkang sampai ke sungai. Memang ada banyak halangan. Di bawah setiap jambatan ada halangan-halangan kabel utiliti paip air macam-macam ada yang menyukarkan atau susah ada halangan untuk membenarkan air itu keluar. Oleh itu Sentosa minta satu task force perlu di buat untuk menyelesaikan perkara ini dengan kadar cepat. Tak boleh tahan lagi. Setiap kali 30 minit, 1 jam hujan, banjir. Dan berapa kali kita nak bayar pampasan kepada penduduk-penduduk Taman Sentosa. Oleh itu sepanjang Sungai Aur perlu diperlebar.

Yang kedua, longkang-longkang monsun di jalan Sungai Jati dan Taman Sentosa mengalir ke Sungai Aur itu juga perlu diperlebar. Harap Yang Berhormat EXCO boleh membantu memberi arahan. Boleh ya Yang Berhormat EXCO? Boleh. Terima kasih. Itu adalah satu permintaan Sentosa, saya dah minta Taman Sentosa untuk menjadi status taraf bandar. Kalau boleh bantulah Sentosa kerana Sentosa ini adalah satu kawasan kediaman yang penuh pesat dengan banyak dua puluh lebih taman dalam satu taman. Begitulah keadaan di sana. Yang kedua ialah taman dalam taman. Muka surat 201 Pejabat Menteri Besar PK19 19001 dari pelbagai jumlah yang dibajetkan RM68 juta. Sentosa ingin bertanya berkenaan dengan pembinaan krematorium siapakah bertanggungjawab untuk membina krematorium dia Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran. Bolehkah Kerajaan Negeri membantu membina kemudahan ini. saya baru lepas dari satu istiadat orang meninggal di Simpang Lima. Ada dua burner sahaja. Yang orang kena tunggu untuk giliran mereka. Ini juga adalah masa biasa bukan masa COVID. COVID kena tunggu berhari-hari. Berminggu-minggu. Tetapi kita tidak boleh menunggu untuk masa-masa keadaan kecemasan untuk membina sebuah krematorium ini. ini masanya saya minta Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk menyiapkan kerja bajet tahun depan atau dua tahun dari sekarang ataupun minta kerajaan untuk membantu membina krematorium di kawasan DUN terutamanya kawasan Kuala Selangor. Kawasan Kuala Selangor tidak ada krematorium. Adapun pembakaran mayat terbuka sahaja. Ini bukan untuk golongan orang India sahaja. Ini adalah untuk golongan orang-orang lain yang menggunakan perkhidmatan krematorium. Tuan Timbalan Speaker, perkara yang ketiga saya ingin bawa adalah muka surat 197, Vot projek P01 Pejabat Menteri Besar PK3 Usahawan yang berjumlah RM6,080,000.00. saya ingin tanya adakah program i-SEED dan SITHAM akan diteruskan dalam tahun 2023?. Kita sedia maklum pada tahun 2019 kita ada peruntukan RM3 juta. Selepas itu dikurangkan kepada RM2 juta. Ini untuk khas untuk masyarakat program-program usahawan untuk masyarakat India. Lepas itu dibahagikan kepada 2 program i-SEED dan SITHAM. Adakah program ini akan diteruskan pada tahun 2023?. Akhir sekali Tuan Timbalan Speaker, Jabatan Kerja Raya Kod Projek 04300 ini adalah daripada Bulatan JJ Roundabout hala ke KESAS Highway. Projek ini sejak saya menjadi ADUN Sentosa kita selalu diberitahu projek dari KESAS ke Kampung Jawa akan diperlebar. Jalan dan longkang. Sampai hari ini tidak ada apa-apa perancangan tidak ada bajet tapi kita selalu diberitahu oleh JKR Pengarah dah masuk dalam bajet tapi tak ada kerja atau perancangan. Oleh itu, saya minta pihak Kerajaan untuk membantu cari jalan penyelesaian untuk kerja-kerja di Jalan Kebun sampai Kampung Jawa iaitu Bulatan JJ Roundabout yang famous. Selalu orang cakap JJ Roundabout orang tahulah. Jem sampai tak boleh keluar. Jem berjam-jam. Oleh itu Tuan Timbalan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Timbalan Speaker kerana bagi Sentosa peluang untuk bahas dalam perbelanjaan pembangunan. Sentosa menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Meru.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih beri ruang kepada saya untuk berbahas. Jadi sayu tuju terus kepada muka surat 198 Vot P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri PK9 Perbendaharaan kod 09001 sehingga 09005. Di sini saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan Perbendaharaan, kemudahan asas PBT, kemudahan awam, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal kerajaan tempatan yang mana di Meru isu besar berkaitan dengan isu sampah yang macam mana saya sebut dalam perbahasan yang lepas selepas banjir besar yang melanda pada tahun lepas isu pengurusan sampah amat lemah dan kita nampak bagaimana penguatkuasaan juga kita tengok agak kurang yang perlukan bagi saya penambahan bilangan kutipan sampah yang perlu dilaksanakan segera akibat pertambahan penduduk dan dalam masa yang sama juga peniaga-peniaga di Meru juga bertambah khususnya peniaga-peniaga tidak berdaftar yang menyebabkan longgokan sampah itu semakin meninggi dan juga kawasan Meru juga adalah kawasan kampung yang mana penduduk kampung juga membuang sampah di kawasan-kawasan perumahan yang menambah parah lagi tentang keadaan sampah di sana. Dan isu kedua ialah berkaitan dengan peniaga-peniaga asing yang menggunakan premis-premis yang disediakan. Kedai-kedai yang disewakan yang mana kebanyakannya mereka ni mengalibabakan menggunakan nama penduduk tempatan untuk menjalankan perniagaan khususnya di Taman Dato Bandar. Kalau di situ tuan-tuan Yang Berhormat sekalian, kalau pergi kita dah rasa macam bukan di Malaysia. Malahan sign board yang dinaikkan di situ pun menggunakan bahasa Nepal dan Bangladesh. Dan sebenarnya kalau ikut di situ dah banyak kali saya buat aduan tetapi amat mendukacitakan macam penguatkuasaannya tak berapa kuat di situ. Tak berapa agresif di situ. Dan kita juga dapat laporan daripada penduduk tempat itu juga dijadikan sebagai mini disko di tingkat atas dan ada juga tempat perjudian dan khabarnya juga ada juga sedikit pelacuran di situ. Jadi benda ini serius bagi saya sebab kawasan pun kawasan orang Melayu. Di Taman Dato’ Bandar dan kita dapat laporan ini laporan saya tak boleh sertakan bukti di sini memang ada yang jaga kawasan itu. Jadi kita harap pihak penguatkuasa akan dapat lebih agresif untuk orang kata, membuat tindakan, dan saya ucapkan syabas ya, saya cakap terus terang, saya ucapkan syabas ya dan tahniah kepada Encik Sharul walaupun sekarang dia di hospital ini sekarang, saya baru lepas melawat dia tetapi dia masih lagi mengambil tindakan untuk tindakan-tindakan kepada peniaga asing ini. Dan juga, saya mengharapkan pada sesi yang lepas, supaya binaan-binaan haram yang wujud di Meru ini untuk dijadikan premis perniagaan warga asing ini dapat dirobohkan yang mana banyak mereka bina premis haram ini di kawasan berhampiran dengan kilang Top Glove di situ. Dulu kita pernah robohkan dah di Jalan Teratai tu tetapi ia bina balik. Ia bina balik, saya harapkan ada tindakan yang lebih tegas daripada pihak penguatkuasaan khususnya Pejabat Daerah untuk pastikan rumah ataupun binaan itu dapat dirobohkan dan saya telah memberikan cadangan sebelum ini supaya premis yang disewakan kepada warga asing dapat disita. Saya rasa benda ini di bawah bidang kuasa kita, bidang kuasa PBT. Kita ada kuasa untuk menyita premis yang digunakan oleh warga asing selagi mana kita tidak

bertindak tegas, sekadar kita kompaun ataupun sekadar kita sita barang-barang dia, untuk makluman biasanya waktu pagi disita, 2.00 – 3.00 petang, dua (2) hingga tiga (3) jam selepas itu, mereka sudah mulakan operasi perniagaan mereka balik.

Lepas itu, saya hendak merujuk kepada Vot P12 muka surat 219 Jabatan Kerja Raya, PK101003 tentang pembaikan jalan-jalan ya, saya mengharapkan di Meru ini diberikan sedikit tumpuan kerana apa, sebab Meru ini memang kawasan banjir, semua sedia maklum. Itu antara identiti Meru daripada dulu sampai sekarang yang masih belum dapat diselesaikan. Dan biasanya kawasan yang dilanda banjir ini jalannya akan rosak. Jalannya akan rosak jadi sudah pasti penumpuan kena lebih di tempat kawasan-kawasan banjir ini dan juga saya mengharapkan pihak JKR dapat memberi perhatian kepada jalan di Batu 8 pasar malam Meru, Jalan Batu 8 pasar malam yang seingat saya, saya pernah turun ke kawasan itu dengan pegawai JKR sebelum PKP lagi yang mana jalan itu rosak teruk tetapi tidak dibaiki sampai sekarang, dan malahan sebelum itu dimaklumkan JKR pun tidak perasan itu jalan dia. Mungkin sebab ia, kawasan itu agak terpencil dan dalam masa yang sama pula jarang dilalui oleh pegawai melainkan penduduk di kawasan situ jadi saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian sebab jalan itu sudah jadi jalan utama. Dan jalan itu rosak disebabkan ada kuari di situ yang saya difahamkan sebelum itu kuari itu adalah kuari yang beroperasi secara tidak sah. Saya tidak pasti statusnya sekarang bagaimana sebab saya difahamkan Pejabat Daerah Klang sebelum ini cuba hendak buat pemutihan untuk membantu kuari itu supaya ikut aturan dan sebagainya. Tetapi saya tidak tahu statusnya bagaimana dalam keadaan sekarang. Dan seterusnya saya hendak merujuk kepada B20 muka surat 142, minta maaf, patah balik Pejabat Daerah Klang Kepala 5005000 Elaun Lebih Masa, ini berkaitan dengan isu saya bangkitkan tadi di Jalan Batu 8 pasar malam juga. Di situ ada isu berkaitan dengan pembuangan sampah haram yang bagi saya cukup serius. Ia buang betul-betul di tepi jalan dan pada waktu malam..

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker. Saya hendak merujuk kepada Peraturan Tetap.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

36 (1) Membahaskan Usul Pembangunan. Jadi, sepatutnya tidak lah menjadi Mesyuarat Majlis Perbandaran menguruskan aduan-aduan untuk menjimatkan masa kita. Kita hanya tinggal sehari, sehari.

Timbalan Speaker

Baik.

Baik, saya cuba mencelah sebab yang dalam ini, saya merujuk kepada yang dalam ini Yang Berhormat EXCO. Dan ini lah peluang yang saya ada yang hendak saya sampaikan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu bukannya isu pembangunan. Itu isu pengurusan. Sepatutnya kalau ada seperti perkara itu serius yang sehingga perlu dibawa di sini patut bahas masa kita bahaskan Rang Undang-undang ..

Sebab ini pembangunan berkaitan dengan jalan dan pembaikan di situ

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu bukan pembangunan.

Kita bincangkan pembangunan, saya rasa pembangunan itu penting. Tadi, dah banyak panjang dah, panjang lebar tetapi

Tentang warga asing tadi boleh kan?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya?

Warga asing tadi

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu pembangunan.

Ok lah, ok.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya.

Ok lah tidak mengapa, saya terima nasihat dan teguran daripada Bandar Baru Klang sebagai orang lama. Ok, dan yang terakhir, kalau begitu saya hendak patah balik tentang JKR tadi dan juga orang kata, pihak JKR saya harap dapat dalam Perkara PK1 01003 juga untuk menumpukan bila kita sudah Kerajaan, kita sudah bersama sekarang dengan Kerajaan Federal untuk lebih menumpukan jalan-jalan Federal yang mana selama ini kita banyak terlepas pandang dan juga dapat kita membuat pembaikan segera supaya keselesaan rakyat khususnya di Meru akan dapat disegerakan dan saya harapkan apa yang saya telah bangkitkan ini juga akan dapat diberikan perhatian oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Ok, saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong Perbelanjaan Pembangunan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin memulakan di muka surat 93 di bawah Kod Butiran 514000 yang melibatkan Pembinaan dan Penyelenggaraan. Antaranya adalah ini berkenaan dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang saya ingin mohon kalau boleh dinaik taraf Jalan Klang Lama. Jalan Klang Lama ini bermula dari Kontena Nasional

sampai ke Heineken, kilang Heineken. Kalau kita tengok kawasan ataupun jalan itu masih lagi di tahap lama. Saya tidak nafikan ada pembaikan, pembaikan lampu, pembaikan lubang, ada pembaikan. Tetapi saya mohon supaya dapat dinaik taraf. Antara yang saya minta ini adalah kerana kemalangan berlaku di situ. Traffic Light berhampiran, tetapi tidak ada pembahagi jalan, maknanya ia hanya jalan besar, hanya garisan. Kadang-kadang garisan pun hilang maknanya itu yang jadi masalah. Dan di tepinya pula berhadapan dengan Petronas Desa Mentari itu, masih lagi Jalan Klang Lama, masih lagi Jalan JKR itu di Kontena itu telah dijadikan tempat letak kenderaan berat. Lori treler parking di situ, di situ tidak ada pembahagi jalan, tidak ada secara yang lebih tidak memudahkan untuk lori-lori meletak kenderaan di situ. Dan kemalangan telah berlaku dan menyebabkan kematian. Yang ini saya minta supaya JKR dapat naik taraf jalan itu.

Seterusnya, di muka surat 196 di bawah PK14 Vot P01 Perpustakaan. Saya mengharapkan supaya dengan adanya sekarang ini Lembah Subang dapat didirikan satu perpustakaan. Perpustakaan Komuniti untuk penduduk-penduduk kawasan Lembah Subang. Kita tahu keadaan Lembah Subang bagaimana. Ada cara yang kita boleh bincang, saya balik-balik kepada kisah tanah yang terbiar yang mana Kerajaan punya tanah, yang ini boleh kita bincang untuk sama-sama kita dirikan perpustakaan. Dulu kita pernah berbincang untuk mengadakan Perpustakaan Komuniti di kawasan Lembah Subang tetapi terbantut sebab 22 bulan dan kali ini saya harap sangat Yang Berhormat EXCO, kita boleh bincang, untuk kita adakan Perpustakaan Komuniti di kawasan itu. Kemudiannya, muka surat 198 di bawah PK 7 Generasi Muda dan Sukan, yang ini 07002 yang ini pun sebab saya pun dah bawa dalam bahas tempoh hari, yang ini pun sama juga, yang melibatkan gelanggang kawasan untuk anak muda. Saya perlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk kita bina, untuk anak-anak muda di kawasan itu. Kemudiannya muka surat

Yang Berhormat Seri Setia, boleh perincikan sedikit apa benda itu, sebab terlalu umum.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Baik, yang ini, yang saya harapkan supaya dapat didirikan gelanggang sukan ataupun nak kata Kompleks Sukan ini nanti takut pula bunyi, gelanggang sukan yang boleh diguna, diguna pakai, serba guna di kawasan yang saya nyatakan di Lembah Subang. Ini isunya, di Lembah Subang ini banyak tanah. Saya dah cakap dah tempoh hari Balai Bomba, tanah Bomba hendak buat tetapi tidak jadi. Sekolah hendak buat tidak jadi. Apa lagi? Macam-macam yang sepatutnya didirikan tetapi tidak jadi dan kalau hendak buat, saya tidak yakin bahawa ia akan buat dalam masa 10 tahun. Mungkin Kerajaan Negeri boleh berbincang untuk mengadakan sewaan atau bagaimana, yang ini saya harapkan di kawasan tersebut. Kalau kawasan Seri Setia yang lain mungkin agak padat, situ sahaja yang ada tanah kosong. Seterusnya di Kod Projek PK17, sorry, maaf saya, PK19003 muka surat 201 Pengambilan Balik Tanah. Seri Setia ada juga masalah yang mana tanah-tanah yang dulu nya, tanah yang kita tidak pasti tanah

siapa tetapi telah dibuat dewan ataupun dibuat Balai raya tetapi akhirnya Balai raya sekarang ini sudah tidak guna, dewan sudah tidak guna. Kita hendak buat lebih teratur, lebih betul keadaannya tetapi tidak boleh sebab ia ada pertindihan maklumat pertindihan tanah tersebut, jadi saya harap dengan bantuan Kerajaan Negeri boleh kita kenal pasti tanah itu tanah siapa. Contoh, di kawasan PJS 6 Kampung Lindungan, PJS 63 Kampung Lindungan, yang ini pun sama PJS 8 pun sama. Tanah ada kosong tetapi tanah ini dulu dibuat tanpa ada kebenaran, sekarang ini sudah tidak boleh, sudah kosong, tidak ada orang selenggara tetapi bila kita hendak buat semula tidak boleh. Peraturannya, ini tanah ini statusnya masih tidak lengkap. Jadi kalau dapat, statusnya lengkap, kita boleh dirikan dewan. Baik, itu sahaja TUAN TIMBALAN SPEAKER, terima kasih. Seri Setia menyokong Rang Undang-undang tersebut. (Ahli Dewan ketawa). Usul! Usul tersebut.

Timbalan Speaker

Baik, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan sekiranya ada apa-apa penjelasan yang hendak diberikan. Pandan Indah?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Banyak nak jawab ni. Tidak tahu yang mana satu (ketawa). Saya, yang mana soalan-soalan umum itu saya terima sebagai syor ya terutama yang berkaitan dengan soalan yang sama banyak kali Dewan, Ahli Yang Berhormat yang bertanya berhubung dengan isu peruntukan lampu jalan dengan lampu isyarat. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, lampu-lampu jalan dan juga lampu isyarat ini, ia dibuat bersekali dengan projek. Jadi, ia bukan dibuat berasingan. Jadi, peruntukan sebahagian besar untuk lampu jalan dan lampu isyarat terletak pada projek-projek yang berkaitan. Itu, ia begitu. Yang kita berikan ini, daerah-daerah ini hanya peruntukan lampu-lampu secara yang kecil, yang peruntukan diminta ganti satu (1) lampu, dua (2) lampu begitu dan itu kita letakkan pada peringkat awal bajet ini, kita letak sama banyak untuk semua daerah tetapi apabila masa berjalan bila kita lihat ada daerah yang perlukan lebih maka kita akan buat pindah Vot itu. Ini memang sudah menjadi dasar dan kita laksanakan setiap tahun begitu. Dan kita mulakan dengan sama kemudian kita lihat nanti bila ada keperluan, dan ini ad hoc sahaja ya yang lebih peruntukan kepada yang piecemeal, orang panggil, satu-satu begitu, bukan lah peruntukan yang besar. Sebab itu kita untuk lampu solar pun kita buat berasingan kita buat bagi tambahan RM2 juta dan fasa 2 akan menyusul nanti yang dijawab oleh YB EXCO Agama Yang Berhormat pagi tadi (ketawa). Untuk, saya akan berikan jawapan yang lebih terperinci sedikit kepada soalan-soalan yang timbul tadi. Untuk Dusun Tua, ada Dusun Tua ya. Dusun Tua bertanyakan mengenai Lembangan Sungai Langat berhubung dengan Kod 0150 yang secara umumnya. Ia kalau dalam peruntukan ataupun bajet, belanjawan yang disediakan, apabila di bawah peruntukan tahun ini itu, ia ada siling, harga siling kos projek jadi kalau RM10.00 diletakkan maka itu menunjukkan bahawa projek itu sudah ada tetapi masih tidak priority lagi. Kita dah ada dah projek itu tetapi belum priority dan belum masa dan tahun itu tidak ada perbelanjaan lagi jadi maknanya mungkin di peringkat awal lagi. Itu sebab ia RM10.00, bukan makna nya dia kita hendak buat projek RM10.00 tidak ya. Itu begitu kefahamannya, secara umum ya. Kemudian

apabila ia kata RM100,000.00 atau RM200,000.00 biasanya itu kos awal lantikan perunding. Perunding kita lantik memang kos dia tak begitu tinggi 100,000 atau pun kerja-kerja awal ini yang tertakluk banyak di bawah Hulu Langat banyakkan kerjanya masih di peringkat perunding jadi kita baru lantikan dan itu sebab kita bajet hanya sikit 100,000 atau 200,000 begitu, itu yang maksudnya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya mencelah, Yang Berhormat EXCO, saya maklum bahawa peruntukan yang diperuntukkan itu lah peruntukan awalan untuk perunding dan sebagainya tapi ini dalam sidang kali ini , Sidang Bajet yang kedua saya tetap mendengar bahawa ia ialah masih dalam tempoh untuk cari perunding dan sebagainya sebab itu saya nak tahu update untuk projek ini

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu saya sebutkan proses menanya secara umumnya untuk pelaksanaan projek tambatan banjir dan jalan raya pun dia bukan lah satu proses yang kita boleh buat macam mee maggi kita boleh buat segera 5 minit dah siap, dia bukan satu proses yang mudah, prosesnya melibatkan pengukuran, isu tanah kadang-kadang setengah-setengah melibatkan isu pengambilan tanah, isu kerja,isu perolehan, dia memakan masa jadi sebab itu kita dapat buat kecuali projek yang emergancy seperti ban pecah itu kita boleh masuk segera itu pun kalau terlalu besar macam di Tanjong Karang memerlukan kajian sebab kita buat cara segera dia runtuh esok. Sebab dia kajian teknik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan pelaksanaan itu berjalan dengan baik ini yang berlaku jadi peringkat yang Hulu Langat kebanyakan nya peringkatnya masih di peringkat juru runding untuk reka bentuk terakhir sebelum kita buat tender.

Cuma yang kita dimaklumkan yang besar sekali di bawah Federal itu lah yang melibatkan RTB, Sungai Langat Fasa 2 yang 2billion itu dikatakan difahamkan bahawa bulan Januari adalah lantikan tetapi dengan kerajaan baru kita tak tahu sebab projek itu direct nego jadi kita tunggu dan saya akan bertemu saya telah sebut di dalam dewan minggu lepas saya akan bertemu dan saya telah pun bertemu pun Menteri Air kita Yang Berhormat Nik Nazmi itu tapi bincang macam mana perlu kita perlu percepatkan projek-projek tambatan banjir yang serius di Negeri Selangor ini. Untuk yang cadangan daripada Yang Berhormat berhubung dengan pembersihan sungai itu kita perlu pertimbangkan cuma dalam isu pengambilan pasir ini yang terletak tertakluk di bawah Kumpulan Semesta kebimbangan kita adalah dari segi pertama yang minat pasir ini dia ambil pasir dan dia tidak mengikuti, kaedah SOP dari segi pelaksanaan untuk maintain contraction sungai itu yang selalu jadi masalah dia korek tempat yang dia nak pasir tempat dia biarkan jadi tempat ini selalu jadi masalah, kalau kita akan tengok dan teliti lagi satu ialah apabila kita buat pengorekan sungai kalau tidak diperkemaskan tebing dia akan runtuh ini lagi satu masalah besar yang perlu kita teliti dan kita mula menerima cadangan-cadangan sedia ada untuk diusahakan supaya sungai kita dapat dibuat dengan baik diuruskan dengan baik. Untuk Banting saya dah jawab tentang lampu jalan, lampu isyarat tadi

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Belum lagi, sebenarnya, minta penjelasan

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bagi saya jawab dulu, untuk Labohan Dagang ini yang disebutkan Kod 16001, Labohan Dagang sebagaimana Yang Berhormat pun sedia maklum dan pun siap, sebenarnya kerja tahun ini kerja-kerja pengagihan iaitu sistem paip, paiping yang jadi kos itu sebahagiannya belum dibayar habis jadi dia masuk pada tahun depan, untuk kerja-kerja muktamad untuk pembayaran bukan ada projek baru ini kerja-kerja pembayaran yang terpaksa dibayar pada tahun yang akan datang 4juta itu. Itu yang menunjukkan Labohan Dagang. Untuk yang 04401 mengenai jalan-jalan raya tersebut itu,

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bagi habis dulu Yang berhormat

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya sebenarnya nak tanya tentang lampu jalan dan lampu isyarat itu

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya dah jawab tadi

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Belum lagi sebenarnya

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya dah jawab itu sahaja yang boleh saya bercerita

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Bagi sebab

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ada permohonan lampu jalan, lampu isyarat itu lah dia yang kita akan peruntukan sama dulu bila ada permohonan kita tengok 3 bulan pertama, kalau ada perlu lebih kita akan agihkan ke tempat yang...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat bila saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari Jumaat yang lepas saya bertanya khususnya tentang berkenaan lampu isyarat iaitu lampu isyarat yang sekarang sudah ada tetapi masalah yang berlaku ke tidak kesuntukan spare part atau pun alat ganti yang perlukan untuk menyelenggarakan dan keseluruhan lampu isyarat yang ada di kawasan Kuala Langat tak satu pun di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat semua nya di bawah JKR jadi apa yang berlaku dan pernah berlaku dan selalu berlaku ialah rosak satu lampu isyarat kena tunggu sampai berhari-hari lamanya untuk mendapat mencari alat gantinya jadi masalah di mana itu sebab itu saya memohon sangat supaya peruntukan bangunan yang ada di bawah kepala digunakan sebaik-baiknya untuk membina stok alat gantian diperlukan untuk khusus lampu isyarat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya rasa Yang Berhormat keliru sebenarnya, itu penyelenggara itu bukan bawah pembangunan, pembangunan ini projek-projek baru. Penyelenggara di bawah MARRIS Yang Berhormat ini peruntukan untuk jalan, elektrikal pun terletak di bawah MARRIS dan ini bajet yang berasingan daripada yang saya sebut.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sebenarnya Yang Berhormat Pelabuhan Kelang juga ada menyambut perbahasan saya pada hari itu sekiranya adakah kemungkinan lampu isyarat yang ada sekarang juga yang digunakan oleh JKR di naik taraf kerana masalah salah satu sebab mengapa ia sering kali rosak ialah kerana sistem itu adalah sistem yang usang bila usang kita tahu lah spare part kita kereta kalau dia selalu rosak lama susah nak cari alatan ganti kita ada upgrade kepada yang baru kalau selalu rosak, tak ada spare part

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa Yang Berhormat saya faham apa yang dimaksudkan di sini ialah dua aspek satu projek baru satu naik taraf satu lagi ialah selenggaraan. Penyelenggaraan ini semua tertakluk di bawah MARRIS, peruntukan MARRIS macam yang disebutkan oleh Pelabuhan Kelang ditanya mana peruntukan selenggaraan itu terletak bawah MARRIS dan kita belanja hampir 500juta setahun melibatkan jalan JKR dan PBT dan juga Pejabat Daerah di bawah peruntukan bajet peruntukan MARRIS untuk mengurus penyelenggaraan jalan, parit dan longkang, itu satu hal tapi yang ini menaik taraf saya akui memang betul bukan sahaja nak naik taraf dari jenis lampu atau pun jenis lampu isyarat naik taraf kerana sistem daripada timer based kepada sistem sensor perlu di naik taraf kita boleh lagi bergantung pada sistem timer itu, timer itu kadang-kadang kita tunggu tengah malam 2 minit tak hijau-hijau lagi. Dia timer jadi bila sensor dia dinaikkan dia memakan kos yang agak tinggi dan dia naik taraf secara berperingkat-peringkat, dilaksanakan berperingkat-peringkat kalau ada kelewatan sebagai itu kita boleh buat aduan dengan segera untuk pastikan akan berlaku kelewatan sana sini itu, yang kita perlu uruskan. Untuk yang sama juga yang berkaitan dengan jambatan yang ditimbulkan pun sama yang 10 ringgit makna peringkat awal lagi belum ada apa-apa lagi saya faham masing-masing kata projek ini urgent dan sebagainya dan kita sentiasa memantau di peringkat JKR untuk memastikan mana priority untuk keutamaan kita akan dahulukan, saya bagi contoh macam Jalan Mokhtar Dahari kita dapati memang berlaku betul kerosakan terpaksa kita awalkan, projek ini untuk penyelesaian kepada masalah-masalah, kita akan teliti dia bukan mesti benda itu spesifik macam tadi dia sebut oleh Yang Berhormat Kota Anggerik tentang Bukit Jelutong sebenarnya bila jalan itu bila kita kaji semula tidak ada kewajaran untuk didahulukan mungkin kita akan batalkan dan buat kajian semula daripada Bukit Jelutong masuk ke Shah Alam dan Seri Setia mungkin apa nama Seri Setia Setia Alam mungkin kita akan batalkan itu kajian-kajian sedia dibuat untuk melihat, Setia Alam bukan nya Seri Setia.

Tentang isu ternakan babi ini, saya memang faham aduan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat kepada Jabatan Veterinar dan kita mengambil tentang serius isu ini dan

saya nak bercerita panjang cerita ini kawasan-kawasan dan kita memang dah ada dulu sebelum ini pun projek untuk sejak daripada tahun 2000, Dato’ Teng tahu lah cerita ini, Yang Berhormat. Bandar Baru Kelang sangat tahu projek ini daripada tahun 2007 lagi cerita bagaimana kita nak menguruskan ternakan babi yang atau pun khinzir yang lestari di situ dan projek itu sebenarnya patut berjalan tetapi disebabkan oleh fasal hampir berjalan itu pandemik pula berlaku menyebabkan kepakaran yang ada dan pelabur daripada Taiwan terpaksa batalkan jadi kita nak mula balik supaya dapat penyelesaian tuntas dalam jangka panjang, untuk penyelesaian taraf penguatkuasaan di bawah Veterinar berjalan kepada tempat-tempat yang diadukan itu dia akan mengambil tindakan-tindakan yang mengikut peruntukan yang ada untuk selesaikan dan membetulkan supaya mengelakkan pencemaran dan bau dan sebagainya tetapi projek ini jangka panjang perlu dilaksanakan dan kita memerlukan kos yang tinggi daripada pelabur untuk melaksanakannya dan kita telah beri kelulusan pun untuk pelaksanaan ini cuma tidak ada lagi pelabur yang berjaya untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan projek yang mungkin mencecah lebih 1billion ini. Ini yang menjadi isu yang besar yang kita akan uruskan juga kita ada menerima sejak lepas pasca pandemik ini tawaran-tawaran atau pun cadangan untuk pelaksanaannya dan kita akan teliti dan cuba laksanakan secepat yang mungkin.

Untuk Subang Jaya tadi, Yang Berhormat Subang Jaya menimbulkan isu sebenarnya ada Yang Berhormat peruntukan terletak di bawah PK03106 mengenai projek dia letak di bawah pengukuhan tebing penstabilan dan pengukuhan tebing untuk projek bagi anak Sungai Penaga yang terletak di One Avanue itu 180m, akan dipasang di sana untuk menghalang banjir di situ dan dengan kos 2.331juta, dan akan bermula pada suku pertama tahun 2023 ini. Sekarang di peringkat akhir untuk pelaksanaan dan bagi jalan industri ini keputusan telah dibuat dalam mesyuarat bulan Mac 2022 untuk ban sepanjang 1.5kilometer pihak JPS akan laksanakan dan sedang dalam 20 peratus pelaksanaannya dan on site detention atau pun kolam takungan itu takungan tempat itu akan dibuat oleh pihak MBSJ dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Yang Berhormat EXCO, saya mohon mencelah untuk memohon klasifikasi perkara ini sebab tadi saya dengar jawapan bahawa MBSJ yang akan buat OSD tetapi apabila kami mengadakan libat urus antara JPS dengan MBSJ masih tak ada kata sepakat siapa yang akan uruskan tetapi MBSJ minta untuk LMS membina OSD tersebut jadi saya lihat perkara ini belum selesai tetapi laporan cadangan itu telah pun dikeluarkan oleh JPS dan mereka hanya menunggu peruntukan 400,000 daripada Kerajaan Negeri jadi saya mohon bantuan YB EXCO berkenaan perkara ini.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tidak ada maklum itu tapi kalau mengikut mesyuarat memang di bawah MBSJ tengah usahakan untuk selesaikan OSD ini. Di peringkat JPS hanya menyediakan ban ini tapi walau bagaimanapun kita akan tengok nanti setakat ini itu lah keputusan mesyuarat untuk pelaksanaan bagi jalan industri kerana kawasan PBT dan masuk kawasan PBT. Daripada Sijangkang

tadi bertanyakan Yang Berhormat Sijangkang yang bertanya berhubung dengan isu tambatan banjir yang 00511 Sungai Sijangkang ini sebenarnya projek yang telah pun dalam bajet untuk kita buat penaik tarafan di kawasan yang berkait dengan dia berhampiran dengan Jalan Masjid dan Jalan Sukepi iaitu kawasan yang akan dibangunkan melibatkan channel yang upgrading of the channel dan juga untuk penahanan dari segi track ini politician track yang termasuk dalam itu bernilai 2juta akan dibangunkan di situ yang akan bermula pada kota ataupun suku pertama tahun depan ini pun telah siap untuk dilaksanakan. Tentang kolam udang yang ditimbulkan itu memang kita sentiasa di peringkat Kerajaan Negeri memang menggalakkan tapi kita dah syarat kan pembangunan kolam-kolam udang yang banyak di Negeri Selangor sepanjang pantai daripada Sabak Bernam sehingga ke Kuala Langat ialah supaya dia mesti menitik selain daripada itu tanah diselesaikan sama ada JPS dan sebagainya tetapi penternakan mesti lah mesra alam ini dia mesti bercirikan organik, kerana air-air yang kumbahan ini yang menyebabkan salah satu punca di mana perlu pelupusan melupus dan merosakkan bakau alam sekitar kita sebab itu kita telah syarat dalam semua yang kita luluskan yang baru-baru ini yang setiap beberapa bulan ini memang kita syarat dia perlu menukar kaedah conventional kepada kaedah yang organik dan makanan udang nya pun jauh lebih sedap dan lebih mahal sebenarnya kalau dijual berlandaskan kepada organik atau mesra alam.

Saya ingat yang isu kolam udang, isu terutamanya adalah berkaitan tanah yang mana mereka dah mengusahakan saya bagi contoh yang di Jugra, mereka dah usahakan 30 tahun lebih begitu lah, Cuma masalahnya bila dia tidak dapat status tanah itu sama ada LMS atau pun jadi dia risau bila-bila masa Kerajaan Negeri boleh membuat dasar atau pun hentikan operasi mereka kalau boleh mungkin daripada sudut saraf daripada sudut pertimbangan LMS ini antaranya boleh dibenarkan untuk penggunaan pembangunan kolam-kolam ini yang boleh difikirkan oleh kerajaan, terima kasih

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, itu kita akan teliti secara peringkat-peringkat memang permohonan sentiasa masuk, jadi kita akan teliti dan tengok kewajaran untuk mereka meneruskan, kecuali kalau ada projek lainlah di situ yang memerlukan contohnya perlu pembesaran sungai ke untuk membuat tebatan, pada masa itu kita akan hadapi masalah sikitlah. Tapi kalau tidak kita biasanya setakat ini, kita tidak pernah menolak pembangunan cuma kita syaratkan mesti mesra alam untuk menjaga kualiti air kumbahan dan sebagainya. Untuk peruntukkan Yang Berhormat ada menyebut tentang bajet, memang kita memberi tumpuan pada sekuriti pemakanan dari Jabatan Pertanian ini dan untuk bajet kalau kita lihat jangan tengok daripada di bawah UPEN saja RM7 juta di bawah Jabatan Pertanian pun ada lagi RM9 juta, RM11 juta lagi untuk pembangunan. Jadi RM7.9 campur RM11 juta banyak juga peruntukan sebenarnya yang kita fokuskan kepada pembangunan pertanian bagi Negeri Selangor ini. Untuk bagi Pelabuhan Klang, berhubung dengan, saya sudah jawab tentang isu lampu jalan, tentang isu bajet bagi penyelenggaraan. Tentang Teluk Gong ini, 04304 ini berjumlah untuk tahun

ini, projek dia sebenarnya kos RM1.28 juta tapi disebabkan dia masih di peringkat awal pelaksanaan, jadi kerja-kerja juru runding dan juga kerja-kerja awal ini, itu yang diperuntukkan tahun ini RM8.5 juta itu. Projek itu sudah mula jalanlah itu, bukan bermakna projek itu RM8.5 juta tapi untuk tahun ini kita anggarkan begitu. Kos untuk kerja-kerja awal dan juga kerja-kerja perundingan, itu yang saya maksudkan dengan RM8.5 juta bagi projek ini.

Untuk isu InfraSel ini di bawah Kumpulan Semesta, dia hanya kontrak dia dalam JKR ini ada dua kontrak besar. Satu ialah kontrak jangka panjang satu ialah kontrak tahunan, kontrak berpusat, centralize punya program. Yang itu semua centralize itu untuk yang JKR, bagi kerja-kerja kontrak jangka panjang ini, JKP ini yang melibatkan penyelenggaraan jalan, dia sekitar RM8.8 juta begitu, dia punya bajet dia. Yang lebihnya banyakkannya lebih kepada kontrak tahunan itu. Yang kontrak tahunan itu semua di tender, yang di bawah kontrak jangka panjang ini dia diuruskan di bawah Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada InfraSel, anak syarikat Kerajaan Negeri. Dan InfraSel pula membentuk, melatih lebih kurang 65 kontraktor kecil mengikut daerah seluruh Selangor untuk menguruskan kawasan bahagian jalan masing-masing sama ada melibatkan lubang jalan, melibatkan perabot jalan, melibatkan pembersihan jalan dan sebagainya. Dia ada SOP dia dan dia ada KPI dia.

Jadi pelaksanaan itu mereka memantau dan memastikan kontraktor ini melaksanakan kerja mengikut spesifikasi SOP yang telah ditetapkan. Memang akan ada satu dua tempat kontraktor yang ada slek, memang kita tidak nafikan, memang ada yang kita telah bagi amaran dan memang yang ada kita ganti tetapi secara keseluruhannya benda ini dipantau oleh pihak InfraSel dan juga JKR itu sendiri. Daripada segi sebagai pelaksanaan bagi kerja-kerja. Jadi tidak timbul isu competition apa dan sebagainya sebab benda ini mengikut spesifikasi mengikut standard schedule of rate yang telah ditetapkan untuk pelaksanaannya. Tentang isu tebatan banjir ini, untuk Pelabuhan Klang dan Pulau Indah kita ada projek Pulau Indah ini di Sungai Kembong RTV di Sungai Kembong yang telah pun lulus dan tender ialah pada 15.12.2022 ini adalah tendernya. Jadi sebab itulah kita sudah sebut lama dah projek ini RM10 juta ini tetapi tender baru sebab itu engineering, reka bentuk sekarang dah tender dan saya expect dalam first kuota tahun depan akan bermula projek bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kembong. Untuk Sungai Pinang pun, RM4.5 juta juga sama bulan 18.12.2022 ini tender dan akan bermula, dua-dua ini 18 bulan untuk disiapkan tempoh siap projek RM4.5 juta. Yang Sungai Kembong RM10 juta. Itu bagi projek ...

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Naik taraf kunci air. Selain daripada tebatan banjir untuk naik taraf kunci air, ada dua lagi naik taraf kunci air.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia sebenarnya komponen dalam itu semua ada. Bila sebut Rancangan Tebatan Banjir, komponen dia melibatkan pendalaman, pelebaran, pengukuhan tebing, ban dan juga kunci air dan ada kadang-kadang ada sistem pam. Jadi kita kena tengok komponen dia, sebab itu Rancangan

Tebatan Banjir RTB, dia bukan satu benda saja, dia melibatkan banyak komponen mengikut keperluan tempat itu. Satu lagi yang saya hendak sebut sini yang sangat penting ialah kajian kesan kepada benteng laut kita disebabkan oleh ombak atau pun kenaikan paras laut. Ini saya sudah sebut bahawa kita lebih kurang ada untuk ban di sisir pantai kita di sekitar hampir 200 kilometer. Daripada Sabak Bernam sampai ke Sepang, 200 kilometer dan kajian sedang dibuat dan dijangka siap pada bulan Mac 2023, akan siap kajian ini menunjukkan dan kita akan lihat bagaimana ban yang ada ini, boleh bertahan sama ada daripada segi ketinggian dia, daripada segi saiz dia, daripada segi material dan sebagainya untuk kita naikkan taraf. Ini kajian ini sedang dibuat dan saya rasa penting untuk memastikan bahawa pelaksanaan atau pun sekarang kita menghadapi climate change ini dapat kita selesaikan dengan kajian yang detail ini dan pelaksanaan. Ini sedang dibuat, kos RM1.5 juta yang akan siap pada Mac 2023. Kita akan boleh berkongsi dengan Yang Berhormat semua nanti yang terlibat di pantai ini, sama ada apa yang kita perlu buat dengan ban yang ada di persisiran pantai kita. Kuala Kubu Baru, Yang Berhormat Kuala Kubu Baru ada menyentuh tentang banjir kilat. Ini pun sama, projeknya adalah ...

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Pandan Indah, sikit saja. Berkenaan dengan B148 Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Teluk Gong ini, boleh tak dapat perinciannya nanti apa yang hendak dibelanjakan RM8.5 juta ini sebab kita sokong untuk lulus tapi kita tengok apa yang dia hendak buat dengan RM8.5 juta untuk tahun 2023. Perincian secara bertulis.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya boleh, tapi saya boleh bagi tahu sinilah iaitu kerja awallah, kerja-kerja lantikan perunding itu yang sangat ahli. Untuk Kuala Kubu Baru, itu banjir kilat. Projek yang dimaksudkan sedang diusahakan ialah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Kali RM10 juta yang akan bermula akan ditenderkan pada Februari 2023. RM10 juta tender pada Februari 2023, ini projek melibatkan pelbagai aspek komponen bagi penyelesaian banjir di Batang Kali. Dan untuk penguat kuasa daerah itu yang sekarang ini tanggung jawatannya, kerjanya oleh Jurutera Daerah Gombak, dia akan diisi dalam suku pertama tahun depan. Kita menunggu dan kita sudah minta pun, menunggu untuk diisi bagi jawatan berkenaan. Untuk Sungai Aur, bagi Sentosa, Sungai Aur ini sebenarnya termasuk dalam projek naik taraf kolam takungan Sungai Aur ini memang dah ada RM5 juta, telah diluluskan dan November 2022, baru-baru ini telah diadakan tender dan akan bermula kerjanya tidak lama lagi. Bila nak tender itu hendak mulalah ya dan kita akan mengambil masa juga 24 bulan. Dia melibatkan naik taraf kolam dan juga struktur yang disebut yang tidak berfungsi dan juga membetulkan naik taraf saliran sepanjang 500 meter, pun terlibat dalam menaiktarafkan kolam takungan Sungai Aur ini. Jadi isu yang Meru pun saya dah banyak bercakap tentang Meru, kita take notelah tentang isu-isu jalan yang dibangkitkan tadi. Seri Setia pun samalah, Jalan Kelang Lama dan sebagainya pun saya ambil perhatian. Kalau saya hendak kupas satu-satu panjanglah. Jadi kita ambil perhatian apa yang ditimbulkan. Macam saya sebutkan tadi, kita kena tengok keutamaan juga yang mana dulu yang mana kemudian. Dan kita akan bagi ke

tumpuan kepada yang perlu betul jalan. Kita ada kaedah hendak menentukan daripada segi trafik dia, daripada segi sebagainya. Saya faham tiap-tiap...

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tempat saya perlu Yang Berhormat ...

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Memanglah, Yang Berhormat memang hendak minta, saya pun faham. Kalau boleh memang betul tapi kita ada kekangan, kita akan cuba yang terbaiklah untuk memenuhi ...

Yang Berhormat Speaker, eh Yang Berhormat EXCO. Cuma hendak tambah sikitlah, tadi mungkin tertinggal tadi tentang untuk pembangunan saya minta cadangan. Di Jalan Hamzah di Kampung Budiman yang ke Setia Alam, dekat situ jalan terlampau teruk tapi saya tidak pasti bahawa JKR atau tidak untuk tambahan sahaja.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita akan take note tentang apa yang dibangkitkan. Memang banyaklah kalau kita hendak cerita bab jalan ini, penyelenggaraan jalan dan longkang dan parit. Dan kita akan take note dan kita akan teliti dan Ijok pun saya tidak jawab tadi. Tentang isu kualiti air, tapi untuk makluman Ijok, Yang Berhormat Ijok, kita punya Air Selangor ini rawatan air memang tertakluk di bawah United Technician rupanya, WHO rupanya requirement. Kita tidak langgar itu sebab kita punya lesen akan ditarik balik. Daripada segi rawatan air memang mematuhi dan memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh WHO. Cuma masalah sekarang ini ialah sistem piping dalaman, itu satu masalah sebab tempat-tempat bangunan yang lama, sistem paip dalam air bila masuk karat dia tidak sesuai lagi untuk dia minum dari situ. Sebab itu dia tidak ada, tapi kalau kita dapat buat pemasangan semula sistem paip kita, pada yang terbaik, dia tidak ada sebab untuk kita minum air itu, memang kualiti air minum air portable water ini air yang dirawat ini memang memenuhi WHO. Cuma bila dia masuk sistem piping, itu yang menyebabkan down grade air itu, jadi kita proses penggantian paip sama ada paip di luar atau paip dalaman bangunan, adalah satu proses yang panjang dan makan dana yang banyak dan perlu dibuat walaupun berperingkat-peringkat, kita sedang laksanakan dan perlu dilaksanakan untuk memastikan air bertambah baik kualitinya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kajang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya hanya akan menjawab empat sahaja Ahli Dewan Negeri yang membangkitkan isu semasa perbahasan Bajet Pembangunan. Untuk Yang Berhormat Bukit Lanjan, membangkitkan isu tentang peruntukan RM500 ribu untuk Jana Kos Tetap Hal Ehwal Orang Asli. Bagi tahun 2022 peruntukan sebanyak RM500 ribu telah pun disalurkan bagi tujuan baik pulih dan bina baru kediaman Orang Asli menaiktarafkan infrastruktur

jalan dan lampu. Selain itu turut disalurkan peruntukan bagi permohonan penganjuran Sukan Masyarakat Orang Asli. Untuk makluman juga Yang Berhormat Bukit Lanjan, Kerajaan Negeri Selangor telah pun memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan pewartaan tanah kawasan Orang Asli di Selangor. Selain RM1 juta ini kita juga memperuntukkan dalam 2022, peruntukan RM1 juta untuk bina rumah baru dan juga baik pulih rumah yang rosak di kampung Orang Asli di Selangor. Di Selangor kita ada 74 buah kampung Orang Asli yang mana masalah yang mereka hadapi adalah infrastruktur termasuk jalan dan juga rumah yang mereka alami sentiasa rosak dan juga untuk generasi yang baru mereka perlu bina rumah yang barulah.

Untuk masalah kampung Orang Asli Desa Temuan, masalah penyerahan aset kampung mereka sejak 3 tahun yang lepas sampai sekarang ya, saya pun tidak tahu apa masalah, apa yang tidak dapat selesai-selesai. So, jawapan yang saya terima ialah Kerajaan Negeri, saya sendiri akan mengadakan mesyuarat bersama pihak pemaju bagi memastikan isu yang masih belum selesai. Ini kerana maklum balas yang saya terima daripada pihak pemaju menyatakan bahawa terdapat beberapa tuntutan yang tiada dalam perjanjian dan pihak pemaju juga memaklumkan bahawa terdapat aset-aset yang telah pun siap dibina tapi belum diserahkan kerana masih dalam proses kelulusan JUPEM dan juga PTGS. Proses penyerahan aset ganti rugi tersebut memerlukan rundingan dan juga semakan bersama agensi dan juga Jabatan yang terlibat terutama JAKOA. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan membantu penduduk kampung Orang Asli Desa Temuan bagi mencepatkan proses penyerahan ini.

Untuk soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ijok, tentang mencadangkan agar Kerajaan memindahkan Pejabat Alam Sekitar Cawangan Sabak Bernam ke Kuala Selangor disebabkan Kuala Selangor telah pun naik taraf kepada Perbandaran. Dimaklumkan bahawa cadangan ini telah pun dimasukkan ke dalam pelan pengukuhan Jabatan Alam Sekitar untuk diperhalusi selanjutnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh yang terdekat ini. Untuk masalah kes kilang yang membakar tempurung di Ijok, yang ini saya akan mengadakan mesyuarat bersama dengan JAS dan juga Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk kita selesaikan isu ini. Yang penting kalau dia memberikan masalah pencemaran, kita memang tidak tolak ansur dan kita akan sita dan juga tidak dibenarkan kegiatan itu diteruskan.

Terima kasih. Ini masalah pembakaran ini, pencemaran alam sekitar memang sering berlaku di Ijok. Apa Ijok hendak bagaimana kerajaan ambil tindakan untuk membendung masalah ini. Ijok hendak tanya, berapa kilang telah ditutup, berapa tanah telah diambil, itu yang amat penting, kita kena bagi sesuatu penalti yang setimpal dengan masalah kepada masyarakat. Tapi pada mereka mungkin bayar fine je cukup. Jadi Ijok hendak tanya berapa kilang telah ditutup? Berapa banyak tanah telah dirampas di Ijok?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Yang ini oleh kerana melibatkan angka-angka ini saya tidak akan dapat bagi buat masa ini. Saya akan bagi dalam jawapan bertulis sebab ini melibatkan angka-angka yang tidak ada dalam tangan saya. Dan untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, Kampung Tunku dan Balakong berkenaan dengan Galeri Shah Alam di Taman Tasik Shah Alam. So Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandar Raya Shah Alam dan Tourism Selangor akan merancang naik taraf Galeri Shah Alam bagi menarik kunjungan domestik dan antarabangsa terutama dari segi penyediaan ruang bagi penganjuran berbagai-bagai acara yang boleh dilaksanakan di kawasan tersebut. Selain itu dari promosi pelancongan akan dilaksanakan secara digital dan atas talian dengan kerjasama Tourism Selangor serta engagement bersama penggiat industri pelancongan untuk komersial galeri sebagai pusat persinggahan wajib pelancong. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Paya Jaras.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Ada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat wakil rakyat kita, ADUN kita terutama Bukit Lanjan yang membangkitkan tentang isu skateboard betul ya? Skate park. Saya ingat skate park ini depending on demography sesuatu tempat barangkali di kawasan Bukit Lanjan mungkin keperluan itu ada mungkin sebelah lain tidak langsung, kita tidak ada polisi yang standard tentang skate park ini tapi walau bagai mana pun untuk makluman Yang Berhormat Bukit Lanjan pada 22 kita telah membaiki pulih skate park di USJ yang berkos RM100,000.00. Kos untuk membina skate park yang biasa telah menelan belanja RM300,000.00 manakala kos yang menelan belanja untuk skate park yang mempunyai spec antarabangsa menelan hampir RM500,000.00 this quite costly. Tapi walau bagaimanapun sekiranya Yang Berhormat Bukit Lanjan ada kawasan lama atau existing skate park yang hendak dibaiki pulih kita boleh menilai balik keadaan tersebut. So kalau kawasan baru, polisi kita adalah kalau hendak membina skate park yang baru, ia tidak boleh menelan belanja lebih RM100,000.00 dan kalau buat baru RM200,000.00, kalau baiki one hundred thousand , buat baru two hundered thousand. Itulah polisi yang kita telah luluskan pada Mac 2022.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Kalau begitu, saya mohon jasa baik Yang Berhormat EXCO untuk allocate beberapa skate park yang baru di kawasan saya tahun depan.

Ya, bergantung pada tempat. Yang Berhormat kena bantu kita untuk carikan tempat yang sesuai yang kita boleh ambil gazet sebagai tapak sukan. Perkara lain yang dibangkitkan juga oleh Bukit Lanjan adalah berkaitan dengan pembangunan sukan SUKMA, apakah kita tidak ada formula untuk kita menang kembali dalam SUKMA tahun depan? Ya, kita akan memberikan tumpuan sukan-sukan yang kita ada potensi berdasarkan

peruntukan kewangan yang sedia ada. Kalau kita hendak spend the whole thing untuk semua sukan, kita tidak mampu berbelanja besar untuk sukan-sukan tersebut. Jadi kita akan bagi sasaran yang kita ada potensi untuk dapat emas, kita akan fokus pada sukan-sukan tersebut. Ini semua adalah di bawah pengendalian dari Majlis Sukan Negeri Selangor. Kampung Tunku juga membangkitkan tentang sukan angkat. Saya percaya ia berkaitan dengan Kampung Tunku, bukannya bapa angkat atlet tetapi kemudahan iaitu kemudahan di PBT memberi bantuan kepada atlet kita. Saya ingat kebanyakan PBT kita telah memberikan ruang yang baik kepada atlet kita khususnya paralimpik kita daripada golongan OKU dan saya mengucapkan terima kasih dan sekiranya kita diberikan keperluan lain, kita akan engage dengan pihak berkuasa tempatan untuk kita gunakan kemudahan yang ada untuk membantu para atlet kita. Seri Setia juga membangkitkan perkara baru seperti mana yang dalam soalan yang lepas, polisi kita juga sama untuk perkara pembinaan selain daripada padang bola RM100,000.00. Kalau bina baru adalah 200,000.00 . Kalau dia ini di dalam bajet yang sedia ada yang boleh menampung kemudahan di DUN Seri Setia, Insya Allah kita akan lihat kembali rancangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Batu 3.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya dulu. Saya ingin respond Yang Berhormat berkaitan dengan beberapa perkara. Yang pertama dari Kota Anggerik, adakah kita ada satu peruntukan khas untuk kita baiki cerun dan sebagainya. Ingin saya maklumkan sebenarnya dalam bajet atau dalam kepala PK15 itu, buat masa ini tidak ada peruntukan untuk baiki cerun atau pun struktur atau pun mendapan. Ini sebenarnya saya telah bangkitkan pada KPKT bahawa perlunya ada satu bajet khusus kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar. Jadi untuk itu saya tidak boleh respon untuk ketika ini. Kita hanya ambil maklum, jika ada perkara-perkara yang berlaku, ia akan kita tangani mengikut case by case basis dan ia peruntukan bukan di bawah PK15 tapi di bawah peruntukan yang lain. Untuk isu yang dibangkitkan oleh Kota Damansara, isu Skim Ceria, Insya Allah saya harap semua Yang Berhormat sebagai mana saya jawab hari itu, supaya manfaatkan portal atau pun kaedah pembayaran melalui e-CERIA itu kaedah pengurusan atau permohonan skim ceria itu untuk memastikan semua isu-isu berbangkit dengan menceriakan kawasan digunakan melalui e-CERIA tersebut supaya kita boleh mengenal pasti di manakah priority tempat yang ingin kita cat tapi dalam kod bajet ini kita telah meletakkan RM7,000,000.00, Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan RM5,000,000.00 tambahan tersebut itu akan diberikan bersampingan dengan apa yang telah kita lakukan juga di bawah Bajet Penyayang sebenarnya. Maknanya ada satu tambahan yang lain, ia tidak ada di dalam kod objek ini. Yang seterusnya saya ingin respon khusus satu lagi yang terakhir iaitu daripada Kuala Kubu Baharu iaitu tentang VOT 15004 ingin saya sebutkan di sini untuk kes yang dibangkitkan oleh Kuala Kubu Bharu iaitu Kampung Melayu Rasa. Kes kalau kita tengok kalau terbengkalai di kampung-

kampung tersusun yang ada di seluruh Negeri Selangor ini, model penyelesaiannya agak berbeza antara satu dengan yang lain. Jadi untuk kes Kampung Melayu Rasa ini yang melibat 168 unit pada asalnya selepas itu 109 unit rumah sesebuah, 52 unit rumah berkembar, 7 unit rumah kedai. Jadi apa yang kita dapati pada awalnya masa saya mempengerusikan, saya dapati sebenarnya ada tanah-tanah ini yang sebenarnya belum menjadi hak milik, jadi proses yang pertama kita buka dulu, kita dapati hanya ada 31 yang ada hak milik, dan yang selebihnya belum ada. Apa yang kita buat, kita buka, kita bagi notis sesiapa yang ada dokumen sah kena tampil ke depan, cukup tempoh yang kita berikan akhirnya kita telah sahkan di dalam MMKN ada 71 lot telah kemukakan pembuktian dokumen dan inilah lot yang kita akan berikan hak milik dan telah pun diberikan hak milik. Selebihnya baki itu kita pulang 66 itu kita kembalikan kepada kerajaan kerana tidak ada pemilikan. Selepas itu apa pemprosesan yang kedua kita buat? Proses kedua yang kita buat adalah untuk menyusun semula unit-unit atau pun pemilik-pemilik unit ini dan ini juga telah pun diselesaikan iaitu kita strukturkan susunan unit-unit yang sedia ada, kita longgokan di satu tempat sekarang berterabur, ada Lot A, Lot B, kita manfaatkan Lot A semua dulu. Semua 102 lebih ini Yang Berhormat sudah duduk 1 lot jadi satu Lot B itu kita kosongkan. Jadi di sini juga telah selesai persetujuan lot-lot yang akan di isi ke semua mereka yang ada hak milik tersebut jadi apa yang kita sebut perbezaan sedikit penyelesaian ini adalah mungkin kita tidak perlu menggunakan tempat yang dinyatakan. Kalau tempat yang ada berbaki kalau kita lihat setelah kita memberikan peruntukan sebagaimana yang Dato’ Menteri Besar sebut dalam bajet yang dikemukakan kita ada baki RM4,445,163.12, jadi ada yang berbaki ini kita tidak perlu menggunakannya bila mana kita telah pun melantik atau pun mengemukakan cadangan kepada tiga syarikat penyelamat yang mereka perlu mengemukakan kaedah penyelesaian yang terbaik, yang telah kita perincikan penyelesaiannya apa yang kita hendak mereka lakukan termasuklah isu-isu infra jalan IWK atau pun ... dan sebagainya itu kita masukkan dan kita akan tawarkan plot yang kita telah kosongkan tersebut. Untuk menjawab soalan ini, bajet itu kita belum pasti lagi apakah kita perlu masukkan diambil daripada tepat hanya dapat saya jawab selepas mereka dapat mengemukakan cadangan selepas kita telah pun finalize atau pun memberikan kata putus kepada perkara tersebut. Sebenarnya perjumpaan atau pun perkara ini telah pun saya pengerusikan mesyuarat pada 22 November 2022 yang baru ini dan Insya Allah kita doakan supaya semoga satu lagi program terbengkalai di Selangor ini iaitu di Kampung Melayu Rasa dapatlah kita selesaikan. Jadi cukuplah enam daripada lapan Insya Allah yang telah dapat penyelesaian. Terima kasih, itu sahaja daripada saya Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya hanya ingin respons satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru tadi berkenaan dengan warga asing yang berada di sekitar Meru, yang berniaga yang

berada di sekitar Meru. Untuk makluman Yang Berhormat Meru, mengikut statistik penguatkuasaan yang dibekalkan oleh Majlis Perbandaran Klang :-

TAHUN WARGA ASING WARGA TEMPATAN JUMLAH SITAAN 2020 164 69 233 2021 107 68 175 2022 98 37 135 JUMLAH 543

Jumlah sitaan dalam masa tiga tahun dan warga asing adalah 369 sitaan dan warga tempatan adalah 174 sitaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Timbalan Speaker yang telah memberi laluan kepada Sungai Kandis untuk memberikan beberapa maklum balas berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Hulu Klang, Banting, Sungai Ramal dan itu sahaja. Hulu Klang membangkitkan tentang cadangan melaksanakan pembangunan sekolah, masjid dan surau dengan berlandaskan konsep syariah dan keperluan masyarakat. Keseluruhan pembinaan sekolah masjid dan surau di Negeri Selangor dibina atas prinsip-prinsip syariah yang syariah yang lima iaitu menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga agama, menjaga harta dan menjaga keturunan. Perkara-perkara tersebut diterapkan di setiap modul pendidikan dan aktiviti yang dijalankan. Perancangan pembangunan sekolah agama dan masjid yang dilaksanakan oleh JAIS adalah bagi menyediakan keperluan awam terhadap sekolah dan masjid di sesuatu kawasan. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa kriteria-kriteria yang dilihat sebagai asas perancangan yang ditentukan. Antaranya :-

1. Menyediakan sekolah yang lebih sempurna dengan menggantikan sekolah yang tidak kondusif akibat keadaan yang tidak terurus seperti bilik darjah yang tidak berdinding. Kelas di beranda surau dan kaki lima surau. Situasi ini adalah seperti di KAFA Bandar Saujana Putera, Kuala Langat, KAFA Bandar Mahkota Kajang dan KAFA Taman Kemuning Kuala Langat, Kota Kemuning Klang dan Bukit Rimau dan sebagainya.

2. Penyediaan sekolah di tempat dan lokaliti yang lebih sempurna bagi menggantikan tempat-tempat yang tidak sesuai digunakan sebagai sebuah sekolah yang memberikan pendidikan kepada anak-anak. Ini kerana terdapat sekolah yang ada sekarang ini di sewa di tapak perindustrian seperti KAFA Kota Warisan dan sekolah yang di sewa di deretan rumah seperti KAFA di Puncak Alam 2 dan Puncak Alam 3.

3. Penyediaan sekolah di kawasan penempatan yang memerlukan sekolah bagi pendidikan agama kepada anak-anak masyarakat setempat seperti di Taman Pristana, Taman Mokis, Taman Desa Coalfields, Kuaters Penjara Sungai Buloh, Bandar Saujana Utama dan Taman Hill Park.

4. Menggantikan sekolah yang mempunyai fasiliti yang uzur dan yang dibina dari papan seperti di SRA Jenjarom, Kuala Langat dan SRA Bukit Sentosa Fasa 1, asalnya berstatus KAFA dan dibina melalui kutipan derma dan sumbangan oleh pihak tertentu.

5. Yang lima pembinaan sekolah agama menengah adalah melihat kepada status SABK, Sekolah Agama Bantuan kerajaan yang perlu dilengkapi keperluan asas termasuklah bangunan asrama bagi menampung pengambilan pelajar baru tingkatan 1. Sekolah-sekolah berkaitan seperti di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang dan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar. Begitu juga di MITS, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor yang perlu disediakan kemudahan asas untuk kegunaan pelajar.

6. Yang keenam, manakala masjid-masjid yang dimasukkan dalam RMK 12 ini adalah disebabkan keperluan masyarakat Islam setempat. Pembangunan di kawasan berkaitan yang memerlukan masjid didirikan dan keupayaan bangunan bagi menampung jemaah dengan masjid yang akan dibina di kawasan tersebut.

Banting membangkitkan dalam Perbahasan hari Jumaat yang lalu tentang peruntukan RM500 ribu untuk surau. Urusan dan tindakan baik pulih surau di Negeri Selangor bukan sahaja berdasarkan aduan malah perkara yang lebih penting adalah berdasarkan perancangan dan semakan melalui Pejabat Agama Islam Daerah. Berdasarkan peruntukan yang disediakan, ia digunakan untuk membaiki kerosakan yang ada. JAIS akan menggunakan merit bagi pelaksanaan baik pulih yang dilakukan. Keutamaan akan diberikan melalui perkara-perkara berkaitan keselamatan dan keselesaan jemaah termasuk kemudahan beribadah, termasuk lah kawasan dewan solat, kemudahan air dan tandas.

Yang kedua, soal-soal melibatkan kerosakan, sekiranya tidak dibaiki segera perkara yang lebih besar akan berlaku seperti kebocoran, keretakan melibatkan struktur bangunan dan elektrikal. Sekiranya peruntukan yang disediakan bagi tujuan baik pulih surau yang disediakan tidak mencukupi JAIS akan membuat pindahan peruntukan dari vot pelbagai JAIS yang lain. Manakala perkara fasad atau kerosakan yang tidak segera, dan kerosakan yang tidak kritikal akan dikemudiankan serta turut juga akan diberi perhatian. Dengan itu baik pulih yang diuruskan oleh JAIS sekarang ini selain aduan yang akan diperhalusi ia juga melibatkan libat urus Pejabat Agama Islam

Daerah bersama pihak Sekolah Rendah Agama, masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

Bagi surau Al-Amin, Bandar Mahkota dan Surau Al-Firdaus, Banting, yang dibangkitkan dalam Perbahasan masing-masing telah menerima bayaran semula sebahagian sewaan menara telekomunikasi sebanyak 33.3% daripada kadar sewaan dari pihak JAIS bermula Januari hingga September tahun 2022 sebagaimana keputusan Mesyuarat Bil 1 Tahun 2022 yang bersidang pada 5 Oktober 2022. Selain pendapatan dari T-Jari yang diberi semula sebanyak 33.3% pihak surau boleh memohon bantuan baik pulih atau penyelenggaraan dari sumber lain seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan sumbangan dana wakaf orang ramai dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan berserta kertas cadangan pelaksanaan yang akan dibuat.

Berkenaan dengan hal yang dibangkitkan oleh Sungai Ramal, penyaman udara, ya betul ya. Bagi bajet pembangunan yang telah diperuntukkan kepada pihak JAIS, peruntukan tersebut hanya lah dibenarkan untuk tujuan pembaikan kecil dan kerosakan bangunan sahaja manakala pembelian penyaman udara merupakan pembelian bersifat aksesori serta dikategorikan sebagai aset bangunan. Ia tidak dapat menggunakan peruntukan pembangunan kerana jelas bertentangan dengan tatacara pengurusan kewangan jabatan. Walau bagaimanapun pihak surau dicadangkan untuk mendapatkan dana awam termasuklah merujuk kepada Lembaga Zakat untuk berbagai bantuan yang disediakan.

Taman Medan, Taman Medan bertanya tentang penggunaan Bangunan JAKESS. Setakat ini bangunan berkenaan di bawah seliaan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan sekiranya ada keperluan, pihak berkenaan perlu mengadakan perbincangan bersama dengan pihak JAKESS bagi menggunakan tempat latihan tersebut. Dan kemudian ada pertanyaan daripada tak tau siapa yang tanya ni, tapi jawapannya ada. Berkenaan dengan, oh Kota Damansara. Kota Damansara bertanya kenapa projek yang diluluskan hanya dapat token RM10.00. Bagi projek bina baru masjid Kota Damansara 2 yang tercatat sebanyak RM10.00 adalah disebabkan pihak Kerajaan Negeri melalui UPEN telah memotong peruntukan dan Unit Pembangunan JAIS beritahu peruntukan telah dipotong bagi tahun 2023. Selepas pemotongan bajet tersebut JAIS hanya menerima sejumlah RM65 juta sahaja bagi vot pembangunan P14 bagi tahun 2023. Bagi isu token RM10.00 sahaja untuk pembinaan masjid ini JAIS akan menggunakan kaedah pindah peruntukan dari vot pelbagai untuk kerja-kerja awalan pembinaan masjid oleh pihak JKR Selangor bagi tahun 2023. Maknanya projek insyaallah akan diteruskan tapi mungkin menggunakan keutamaan tadi, untuk buat kerja-kerja awalan. Walau bagaimanapun projek ini masih berjalan untuk ia hanya menggunakan peruntukan sekitar RM500 ribu sahaja dan JAIS bercadang untuk salur peruntukan melalui vot pelbagai jabatan. Insyaallah masih ada Yang Berhormat. Okey, itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua untuk berikan penjelasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat bersama-sama membahaskan keseluruhan RM1.2 bilion yang kita telah peruntukan untuk program-program pembangunan di dalam Negeri Selangor. Jika kita lihat secara keseluruhannya di bawah PK01 Pejabat Menteri Besar, terkandung lebih kurang RM895 juta yang merangkumi Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan program-program yang telah kita rencanakan dan rancangkan dan mendapat keseimbangan yang kita dapat lihat secara menyeluruh dengan RM49 juta diberikan untuk program-program pembangunan ekonomi dan selebihnya adalah berkenaan dengan beberapa program-program yang kita masukkan termasuk Program Pembangunan Sosial dan Program Pembangunan untuk Wanita, Kebajikan dan Kesihatan merupakan di antara peruntukan yang paling besar iaitu RM191 juta dan ini melihatkan beberapa penumpuan dan fokus kita kepada golongan wanita terutamanya dengan beberapa inisiatif yang telah kita rancangan dan kita rencanakan.

Di samping itu selebihnya diagihkan mengikut jabatan demi jabatan. Antaranya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran yang saya rasa EXCO-EXCO rakan-rakan EXCO saya telah menjawab dengan jelas dan teliti, terperinci berkaitan dengan keseluruhan ataupun tentang keadaan dan kewujudan program-program pembangunan ekonomi kita yang saya sebutkan akan berusaha untuk menampan kepada sebarang isu-isu dan potensi kemelesetan ekonomi yang boleh berlaku pada tahun hadapan. Kalau kita lihat secara keseluruhan agenda pembangunan itu memberi penumpuan kepada ekonomi dan juga memberi penumpuan kepada program-program kebajikan dengan keseimbangan yang kita adakan ini akan sekali gus membawa dan memastikan growth dengan izin ataupun pemacuan ekonomi berlaku dan pemacuan ekonomi itu juga menjadi salah satu daripada kusyen ataupun menjadi penyerap kepada masalah atau pun isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan dan sebagainya yang mungkin boleh berlaku di sebabkan oleh kesan-kesan daripada Covid-19 dan langkah-langkah yang telah diambilkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menjawab secara terperinci berkenaan beberapa soalan yang dibangkitkan. Yang pertama saya ingin menjawab tentang Sentosa berkenaan dengan peruntukan untuk pembangunan usahawan. Untuk Program ISID tahun hadapan secara keseluruhannya kita akan berbelanja lebih kurang RM1.7 juta di mana RM1.3 juta digunakan untuk program pembangunan dan pengurusan sebanyak RM402 ribu yang akan diberikan untuk mengurus secara langsung ISID ini. Untuk Program SITEM pula dengan program latihan usahawan iaitu terkandung di dalamnya RM1 juta dan RM131 ribu akan ditanggung oleh HIJRAH sementelah program ini diletakkan di bawah payung dan di bawah jentera HIJRAH secara keseluruhan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersama dengan Mohamad Yunus baru-baru ini yang baru menerima Anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Putera Malaysia. Beliau telah memberikan cadangan-cadangan tertentu malahan pasukan kita daripada HIJRAH turut bertemu dengan beliau. Beliau ini lah antara yang mencadangkan bagaimana program-program Micro Credit di Bangladesh yang sangat terkenal, Dr. Mohamad Yunus seorang noble dan kita sedang berusaha meletakkan dia untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor di Universiti Putera Malaysia dan beliau mencadangkan supaya program seperti HIJRAH ataupun ISID dan sebagainya itu bukan bergerak sebagai agensi kerajaan, sebaliknya bergerak sebagai institusi perbankan.

Kalau kita lihat pada hari ini sebenarnya di samping dengan HIJRAH kita ada program seperti Selangor Advance yang menjalankan aktiviti seperti institusi perbankan dengan izin melaksanakan program factoring dengan izin. Sebab itu saya percaya kita sudah mempunyai ingredient, kita sudah mempunyai maklumat-maklumat nya tetapi bagaimana, adakah wajar kajian, analisa, benefit analysis itu, kos benefit analysis perlu dibuat adakah wajar HIJRAH Selangor Advance dan beberapa program yang kita berikan dalam bentuk pinjaman itu bergerak sebagai bank kerana kita dapati ada kesan-kesan. Antara kesannya ialah keliatan ataupun kesukaran kita untuk mendapatkan balik bayaran, walaupun tempoh jumlah bayaran kita sampai 80%, 90% semakin hari makin lama ada yang sudah semakin liat untuk membayar dan ini saya rasa satu cadangan yang baik kita harus meneliti dan saya dah minta masukkan HIJRAH dan MBI untuk pergi ke sama untuk melihat secara menyeluruh program-program terbabit.

Kedua daripada Bukit Lanjan, yang berkenaan dengan Taman Rakyat. Taman Rakyat sebelum ini tempat yang dicadangkannya adalah berhampiran di sekitar Perpustakaan Negeri Selangor ataupun PUSTAKA Raja Tun Uda yang terletak di Seksyen 13. Itu adalah cadangan pertama yang dikemukakan supaya fasa kedua Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dikembangkan bersama-sama dengan Taman Rakyat yang ada dalam sekitar Seksyen 13. Namun begitu, ada cadangan balas khususnya daripada perbincangan dengan MBSA dan sebagainya untuk melihat keseluruhan kawasan Tasik Shah Alam bersama Padang A dan Padang B dan itu juga boleh dibangunkan sebagai Taman Rakyat yang lebih accessible berbanding dengan Seksyen 13. Namun begitu projek ini mendapat interest dan perhatian yang cukup tinggi daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kita sedang untuk mengemukakan kedua-dua module dan kedua-dua reka bentuk kedua-dua cadangan ini dan kedua-dua sebenarnya doable boleh dibuat dan boleh dilakukan dan apabila kita sudah dapat keputusan dan dapat memilih mana yang terbaik, maka Kerajaan Negeri akan teruskan kerana PUSTAKA Negeri atau PUSTAKA Raja Tun Uda merupakan antara perpustakaan yang paling moden dalam negeri kita dan negara kita dan mendapat perhatian yang ramai tetapi lokasinya begitu sukar. Itu sebabnya kita terpaksa buat kawasan tempat letak keretanya dan sebagainya dan

kalau kita nak besarkan sekitar kawasan kita juga kita juga menyediakan kawasan parking lot yang cukup selepas kita membesarkan atau pun melakukan fasa kedua perpustakaan Negeri Selangor yang kita akan kemukakan nanti.

Berkenaan dengan beberapa perpustakaan saya dengar Perpustakaan Hulu Langat. Kita memang meneliti setiap masa dan waktu perpustakaan-perpustakaan itu boleh dilakukan dan kita sedang menunggu CF atau Kebenaran Menduduki daripada Jabatan Kerja Raya kerana perpustakaan-perpustakaan kita ini memang dibuat hasil kerjasama dengan advise serta penelitian oleh Jabatan Kerja Raya. Kalau dia dah lengkap, dah siap, kita dah boleh dapat CF dan dapat penyerahannya dan kita boleh buat dan lakukan di samping memang setiap kali Jawatankuasa Perpustakaan bermesyuarat kita akan dapati bahawa perpustakaan-perpustakaan ini mengalami beberapa kelewatan sebagainya kerana kontraktor-kontraktor yang dipilih dan berlaku kan beberapa proses perubahan dan proses peralihan saya akan maklumkan nanti di Hulu Langat memang kita tunggu baru-baru ini di Kuala Langat kalau tak silap saya kita telah buat dan kita telah lancarkan dan lepas ini akan di Tanjung Karang, di Kuala Langat berdasarkan daripada peruntukan untuk perpustakaan yang agak besar juga sekitar RM9 juta selain daripada pembelian aset-aset yang telah kita siapkan untuk program perpustakaan negeri.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan boleh kita dapati.

Timbalan Speaker

Yang Amat Berhormat masa. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Masa telah menunjukkan jam 4.30 petang. Saya tangguhkan Dewan sehingga hari esok 6hb Disember 2022 hari Selasa jam 10 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)