Selangor · 14 March 2023
14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 286 turns · 43,487 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas, pada 14 Mac 2023, dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli EXCO, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan pada pemerhati sekalian. Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada pagi ini.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat.
1) Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2023 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar, Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Agensi Negeri Selangor
2) Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2023 - Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Selangor Tahun 2021
3) Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2023 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability And Transparency – SELCAT) Berhubung Isu Kelewatan Pembangunan Projek Pembinaan Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP)
4) Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2023 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Pengurusan Pewartaan Tanah Rizab Melayu (TRM) Di Negeri Selangor
5) Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2023 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Penyelenggaraan Dan
Pengurusan Perumahan Strata Kos Rendah/Sederhana Rendah Di Negeri Selangor
6) Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2023 - Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor Dan Pelan Tindakan 2022-2025
7) Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2023 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Di Negeri Selangor
8) Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2023 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Akses Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak Di Negeri Selangor
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Speaker, soalan saya, soalan nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Pelan Adaptasi Dan Mitigasi Terhadap Perubahan IklimQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila nyatakan apa jenis projek dan jumlah peruntukan tentang adaptasi dan mitigasi efek Perubahan Iklim yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
b) Apakah rancangan khusus daripada Kerajaan Negeri demi mengurangkan efek buruk perubahan iklim?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan, yang sangat prihatin terhadap isu iklim di Selangor. Negeri Selangor kini berdepan dengan impak perubahan iklim yang agak ketara, dan tidak menentu menerusi beberapa kejadian banjir kilat, ribut dan tanah runtuh, yang menjejaskan aktiviti pembangunan dan juga sosio-ekonomi rakyat. Bencana alam akan memberi kesan terhadap ekonomi dan hasil negeri. Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk kerajaan negeri Selangor menyediakan satu pendekatan tindakan jangka pendek dan juga jangka panjang, bagi meningkatkan daya tahan infrastruktur, dan juga bangunan. Jaminan makanan dan juga masyarakat setempat. Susulan daripada kejadian bencana yang kerap berlaku ini, kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan menambahbaikkan dan menaik taraf infrastruktur asas, khususnya bagi menangani banjir.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor iaitu JPS, telah membuat perancangan dan pengurusan banjir seperti berikut :
i) Pembinaan ban banjir. Tembok penahan banjir iaitu flood wall. Terowong banjir, iaitu flood tunnel. Bypass channel, dan juga barrage, bagi tujuan kawalan banjir. ii) Menaik taraf sistem saliran. iii) Pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage, elevated con, physical and horizontal storage, dan kolam takungan bertingkat. iv) Program amaran banjir negara, iaitu PRAB. v) Kajian pengurusan lembangan sungai bersepadu iaitu IRBM, Integrated River Basin Management. Kajian pelan induk tebatan banjir, iaitu IFMT, Integrated Flood Management Plan, serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam, iaitu PRISMA.
Kerajaan Negeri telah pun meluluskan peruntukan pembangunan negeri, iaitu P13 kepada JPS, sebanyak RM 556.6 juta. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak 44%, iaitu RM 245.86 juta, adalah untuk pembangunan projek penebatan banjir. Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan RM 455.2 juta kepada JPS untuk pelaksanaan 4 projek tebatan banjir di Sungai Kayu Ara, Sungai Buloh, Sungai Langat dan juga Sungai Kuyu. Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia ke-12, iaitu RM ke-12, turut menyediakan peruntukan pembangunan bagi projek ataupun program di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, iaitu NRECC, dilaksanakan di Negeri Selangor. Butiran projek seperti Lampiran 1, dan Lampiran 2, yang saya serahkan selepas sesi jawab soalan.
Berikut adalah antara projek-projek yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri, bagi projek pembaikan saliran dan juga tebatan banjir, serta jumlah peruntukan yang diluluskan:
i) Pembangunan projek tebatan banjir (RTB) sebanyak RM 16.2 juta. ii) Pembangunan sistem saliran, sebanyak RM 8.5 juta. iii) Pembangunan lembangan sungai sebanyak RM 16.3 juta. iv) Pembangunan sumber air dan hidrologi, sebanyak RM 1 juta. v) Pembangunan saliran mesra alam sebanyak RM 13.5 juta. vi) Pembangunan pantai, sebanyak RM 3.6 juta. vii) Pembangunan infrastruktur mekanikal dan juga elektrikal, sebanyak RM 3.73 juta. viii) Pembangunan infrastruktur bangunan sebanyak RM 1.55 juta.
Di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan juga Teknologi Hijau Selangor, pula, peruntukan berinisiatif dan langkah mitigasi, dalam mengurangkan impak perubahan iklim, turut disediakan seperti berikut, mengikut projek program perubahan iklim dan juga teknologi negeri serta jumlah peruntukan meluluskan :
i) Pembangunan Dasar atau Pelan Tindakan perubahan Iklim negeri Selangor 2030, sebanyak RM 600,000 jumlah peruntukan diluluskan. ii) Projek pemasangan produk teknologi hijau, sebanyak RM1.6 juta. iii) Inisiatif Bandar Rendah Karbon, iaitu Low Carbon State, sebanyak RM 400,000.00 iv) Program kesedaran dan juga pemahaman alam sekitar sebanyak RM 1 juta.
Butiran penuh peruntukan dan jenis projek ataupun, adalah seperti Lampiran 2, yang saya akan sertakan selepas ini. Sebab terlalu panjang.
Untuk menjawab soalan (b), yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, Malaysia kini terdedah kepada 4 perubahan iklim, seperti hujan lebat yang mengakibatkan fenomena banjir besar. Ini kerana iklim Malaysia, berkelembapan tinggi di samping bentuk muka buminya, yang turut menyumbang kepada fenomena ini. Sambil dengan itu, aktiviti pembangunan dan guna tanah akan meningkatkan lagi risiko, bencana seperti banjir besar, sekiranya tiada tindakan adaptasi yang sewajarnya diambil. Sebagai contoh, kejadian banjir yang melibatkan 11 buah negeri, pada bulan Disember 2021, telah pun menjejaskan ekonomi negara. Di mana Jabatan Perangkaan Malaysia, menganggarkan jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir tersebut bernilai RM 6.1 bilion, iaitu bersamaan dengan 0.40 peratus, berbanding keluaran dalam negara kasar, iaitu KDNK nominal.
Dengan perubahan iklim yang diunjurkan sistem cuaca negara akan turut berubah. Impak perubahan iklim ini juga akan meningkatkan risiko bencana hidro metrologi, seperti kejadian banjir dan kemarau, bencana geofizikal, seperti tanah runtuh, kejadian cuaca lampau, dan kenaikan aras laut. Perkara ini jika tidak ditangani, akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada pembangunan serta sosio-
ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang dalam menangani projek perubahan iklim, impak perubahan iklim. Di antaranya ialah :
i) Pembinaan Infrastruktur dan juga naik taraf kerja-kerja pendalaman sungai, takungan sungai dan kolam. ii) Pengurusan air yang efisien, dan kaedah pembersihan serta pemuliharaan sumber air di negeri Selangor. iii) Pembangunan mekanisme pelaporan Karbon dan Pelan atau rangka kerja pengurangan karbon negeri. iv) Pembangunan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim negeri Selangor 2030. v) Sistem pengurusan sisa bersepadu berteknologi tinggi, seperti kemudahan sisa kepada tenaga ataupun waste-to-energy (WTE) dan penapisan bio gas. vi) Pengurusan hutan dan memastikan pengekalan kawasan liputan hutan hijau tidak kurang daripada 30%. vii) Menjalankan kempen-kempen kesedaran dan sesi perkongsian maklumat berkaitan penjagaan alam sekitar.
Kepelbagaian strategik adaptasi yang selari dengan pembangunan negeri akan dilaksanakan bersepadu, seimbang dan usaha mengurangkan impak perubahan iklim, melalui Rancangan Selangor yang Pertama, akan terus memberikan tumpuan terhadap kelestarian alam sekitar, di samping meningkatkan tahap kesejahteraan sosial melalui pembangunan infrastruktur hijau dan pemulihan sumber asli. Kerajaan Negeri juga komited untuk menjadi negeri rendah karbon pada masa hadapan untuk mengurangkan impak perubahan iklim.
Secara keseluruhan, perancangan dan sasaran yang ditetapkan RS-1, dan juga RM ke-12 ini, adalah selari dengan visi dan misi Kerajaan Negeri. Justeru itu, Kerajaan Negeri komited menyokong pelaksanaan dan pencapaian RS-1, dan juga Rancangan Malaysia ke-12, untuk tempoh sehingga 2025. Sekian terima kasih.
Bukit Antarabangsa.
Terima kasih Tuan Speaker. Perbincangan tentang perubahan iklim ini merupakan satu gagasan dan idea yang cukup besar. Dan ada yang berpandangan bahawa usaha untuk menangani perubahan iklim ini, tidak mungkin dapat ditangani di peringkat kerajaan tempatan atau Kerajaan Negeri sahaja. Tetapi sebenarnya, kalau kita rujuk kepada United Nation Climate Change Report, ia ada menyatakan bahawa cara kehidupan kita dan cara bekerja di dalam komuniti itu, sebenarnya dapat menyumbang kepada usaha-usaha untuk mengurangkan impak perubahan iklim. Maka persoalan saya, pada pagi ini, selain daripada perkara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO,
apakah Kerajaan Negeri telah menyediakan satu CAP ataupun Climate Actions Plan, di peringkat kerajaan tempatan, supaya usaha-usaha yang dilakukan ini, dapat promote sustainability, dan dapat mengurangkan emissions yang menjadi harapan kita untuk menangani climate change ini. Dan kalau perkara ini dapat dilakukan dengan menyediakan Climate Actions Plan ini, ia akan dapat mencerakinkan secara spesifik langkah-langkah yang boleh diambil dan ianya boleh menjadi panduan, sama ada pada pengguna ataupun pihak pemaju. Sebagai contoh, apakah mungkin kita boleh menyediakan insentif untuk high quality dan juga energy efficient buildings.
Yang keduanya apakah mungkin kita boleh menyediakan sejumlah pelaburan dalam renewable energy oleh Kerajaan Negeri dan melaksanakan sustainable waste management. Ini antara contoh yang ada di sebut dalam United Nation Climate Change Report yang boleh menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan CAP di peringkat kerajaan tempatan. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, yang sekian lama tidak masuk ke Dewan. Tahniah kerana soalan yang ditujukan kepada berhubung dengan climate change. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, jawatankuasa kecil yang Jawatankuasa Perubahan Iklim yang di ketuai oleh saya telah pun mengadakan geran-geran kecil untuk komuniti. Di mana dalam lima tahun yang baru ini, kita menyediakan geran kecil sebanyak dua juta setiap tahun untuk pemberian galakkan hijau kepada komuniti. Bukan setakat persatuan penduduk, tapi juga melibatkan JMB, melibat Rukun Tetangga, melibatkan masjid surau dan NGO-NGO supaya mereka dapat menjalankan aktiviti penghijauan yang menuju kepada climate, untuk menangani masalah climate change.
Geran kecil yang saya katakan itu sebanyak maksimum RM 20,000 setiap satu yang disediakan memberikan kepada persatuan penduduk. Yang selepas peruntukan ini di laksanakan, dia memang dapat sambutan yang sangat-sangat baik daripada komuniti. So kita mengharapkan penglibatan komuniti dalam isu ini, supaya kita sama-sama menangani isu perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Antarabangsa juga, Kerajaan Negeri sedang dalam pelaksanaan untuk pembinaan large scale solar farm, iaitu kita telah pun mengenal pasti tempat-tempat yang sesuai terutama kolam-kolam yang terbiar untuk kita membina large scale solar farm supaya kita dapat menjana renewable energy untuk negeri Selangor.
Bukan setakat itu sahaja, bangunan-bangunan seperti Kerajaan Negeri Selangor juga, kita telah sedang pelan, dalam pelaksanaan untuk pemasangan solar panel, supaya ia dapat menjana tenaga boleh diperbaharui melalui solar panel. Selain itu, projek seperti waste-to-energy plan sedang dirancangkan di Jeram dan juga di Tanjung Dua Belas. So masa akan datang, sampah-sampah yang kita ini yang akan dibakar untuk dijanakan tenaga boleh diperbaharui untuk masa akan datang. Ini merupakan
rancangan-rancangan yang telah pun dipelan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan kita harapkan penglibatan bukan sahaja dari komuniti tapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan sangat-sangat penting. Sebab itulah saya mengharap ADUN-ADUN juga melibatkan diri supaya kita sama-sama untuk menangani isu perubahan iklim ini. Sekian, terima kasih.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Sidec Dan Digitalisasi SelangorQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
(a) Memandangkan faktor teknologi, inovasi, dan digitalisasi merupakan. perkara penting dalam membantu perniagaan, pembangunan ekonomi dan GDP Selangor, sila nyatakan kad laporan dan prestasi yang telah dicapai oleh SIDEC serta mana-mana pencapaian ke arah Digitalisasi Selangor (contoh: Prestasi Wavpay e-Wallet)
Tuan Speaker, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) telah menyumbang kepada ekonomi Selangor dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 334.7 juta menerusi pelbagai aktiviti e-dagang dan digitalisasi sejak tahun 2015 menerusi lima program tahunan seperti:
i. Selangor E-Commerce Onboarding Programme yang merupakan sebuah inisiatif di bawah SIDEC yang menyediakan solusi e-dagang dan bantuan menyeluruh kepada PKS untuk menerima digitalisasi dalam perniagaan mereka dengan membantu usahawan PKS untuk memulakan perniagaan mereka secara atas talian melalui webstore/website. Tahun 2022 mencatatkan 100 PKS telah berjaya memulakan perniagaan mereka secara atas talian melalui platform webstore (Shopee, Lazada dan Youbeli) dan laman web e-dagang sendiri yang lengkap dengan shopping cart, payment gateway dan website hosting diatas jenama atau perniagaan mereka sendiri.
ii. Selangor E-Commerce Education Programme ialah sebuah program yang memberi kemahiran (skilling), pelaksanaan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) untuk para peniaga yang menceburi bidang e-dagang buat pertama kali. Tahun 2022 mencatatkan kehadiran peserta yang memberangsangkan dengan seramai 8,053 di kesemua 25 kelas yang dijalankan sepanjang 3 bulan menjangkaui sasaran awal 1,000 peserta fizikal dan 5,000 peserta atas talian. Ini merupakan lonjakan sebanyak 34.2%. Bilangan peniaga yang hadir menunjukkan bahawa ramai peniaga mempunyai usaha memajukan perniagaan mereka melalui pendigitalan.
iii. Edisi ketujuh Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) Awards 2022 anjuran SIDEC telah memperoleh jualan sebanyak RM 58.9 juta dan 427,643 pesanan. Untuk tahun 2022, acara ini turut mencatatkan jumlah permohonan tertinggi sejak edisi pertamanya dengan 440 permohonan. Peningkatan yang konsisten dalam jumlah permohonan menunjukkan bahawa industri e-dagang terus berkembang dengan pesat. Top ECM yang telah dijalankan selama tujuh tahun berturut-turut merupakan sebuah anugerah berprestij yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya, kreatif dan inovatif. Pada masa yang sama, pedagang yang mengambil bahagian dapat memanfaatkan peningkatan pengiktirafan dan berpeluang meningkatkan penjenamaan mereka di dalam industri.
iv. Selangor Accelerator Programme (SAP) merupakan sebuah program khas yang ditujukan kepada syarikat teknologi tunas perintis (startup) di Selangor dengan tujuan untuk memupuk individu daripada syarikat-syarikat ini dengan model perniagaan yang berdaya maju serta produk yang sedia untuk dipasarkan. Sehingga Kohort Kelima, 150 syarikat startup telah dipupuk dari tahun 2018 hingga 2022 dan 36.6% peratus dari mereka telah berjaya mendapatkan pembiayaan.
v. Pada tahun 2022, alumni Selangor Accelerator Programme (SAP), NexMind AI & Qmed Asia telah menyertai Vietnam Startup Wheel - sebuah pertandingan syarikat pemula tahunan terbesar di Vietnam dan Qmed Asia telah berjaya menduduki 10 tempat terbaik di trek antarabangsa.
vi. SIDEC juga telah membawa 5 pemenang terbaik Selangor Accelerator Programme (SAP) 2022 ke Vietnam dan Bangkok untuk meneroka peluang pelaburan dan rangkaian bersama untuk syarikat pemula di Selangor supaya melahirkan lebih banyak syarikat unicorn yang baharu. Lima pemenang tersebut ialah Entomal Biotech Sdn Bhd, Swipey Digital Services Sdn Bhd, Diet Ideas Sdn Bhd, Blue Duck Tech Sdn Bhd dan Capsphere Services Sdn Bhd.
vii. Buat makluman Yang Amat Berhormat, SAP 2022 menyumbang sebanyak RM 15 juta nilai GMV dengan setiap syarikat mempunyai nilai antara RM500,000 hingga RM 1 juta.
viii. Selain itu, sebahagian daripada alumni SAP 2022 turut berjaya memperoleh pembiayaan keseluruhan RM 4 juta dari beberapa pemodal teroka dan juga pelabur.
ix. Antara alumni SAP yang menunjukkan prestasi mengagumkan dan mendapat pengiktirafan khas daripada SIDEC ialah Dropee. Dropee merupakan sebuah platform borong perniagaan ke perniagaan dengan penilaian keseluruhan melebihi USD100 juta telah melayakkan mereka diiktiraf sebagai Syarikat Pemula Teknologi Soonicorn.
x. Disamping itu, SIDEC turut melancarkan projek "moonshot" dengan menganjurkan program pitching di Silicon Valley pada tahun 2020 dan 2022.
xi. Tahun ini SIDEC akan menganjurkan Pitch Malaysia USA Series pada 25 April hingga 3 Mei 2023 bertempat di San Francisco dan Washington D.C., Amerika Syarikat. Pitch Malaysia USA Series akan menjadi pameran lawatan dan pitching ketiga di Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh SIDEC dan ianya salah satu program pitching yang dinamik dianjurkan oleh penggerak ekosistem Malaysia di Amerika Syarikat. Program empat-dalam-satu ini bertujuan untuk menonjolkan syarikat pemula tempatan yang berdaya saing, meletakkan mereka dalam perhatian pelabur global untuk maju ke peringkat antarabangsa.
xii. SIDEC akan bekerjasama dengan lima (5) Pemodal Teroka (VC) dan membawa 10 syarikat pemula dari Selangor dan Malaysia untuk menganjurkan dua (2) pameran di Kedutaan Malaysia di Washington D.C. dan Draper University serta menyertai Sidang Kemuncak Pelaburan SelectUSA 2023 di Maryland.
xiii. Dalam satu sesi libat urus dan perkongsian telah diadakan pada bulan Februari yang lalu dihadiri oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian D. McFeeters dan wakil-wakil kedutaan A.S. di Malaysia, program ini turut mendapat perhatian Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang menghargai usaha Sidec dalam membantu syarikat pemula untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mendapatkan pelaburan di peringkat antarabangsa. Dalam acara yang sama, beliau turut meluangkan masa untuk melancarkan Selangor Sandbox Coworking Space yang telah dijenamakan semula daripada Selangor Digital Creative Centre (SDCC) yang mula beroperasi pada 2015. Terletak di i-City, Shah Alam, Selangor, Selangor Sandbox Coworking Space seluas 14,000 kaki persegi dibina khas untuk sesi rangkaian, bimbingan, perbincangan, merangsang kreativiti dan perkongsian sumber.
xiv. Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) ialah sebuah konvensyen sebahagian daripada Selangor International Business Summit (SIBS), iaitu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Invest Selangor Berhad.
xv. SIDEC telah menganjurkan SDEC edisi yang ke-tujuh pada tahun lepas dan ianya merupakan sebuah konvensyen yang padat selama 4 hari dengan dua trek utama - iaitu trek bandar pintar dan trek ekonomi digital. Trek Bandar Pintar terdiri daripada Persidangan Bandar Pintar Asia, Forum Sifar Bersih & Ekonomi Pekeliling, dan Pameran Teknologi. Manakala Trek Ekonomi Digital terdiri daripada Persidangan Pendigitalan PKS Selangor, Pemecut Fesyen Selangor (Hari Demo), Festival Strim Langsung dan Pameran Teknologi.
xvi. Persidangan Bandar Pintar Asia: Sidang Kemuncak Datuk Bandar merupakan salah satu persidangan terbesar yang dirancang oleh SIDEC – mengumpulkan datuk bandar dan wakil dari bandar-bandar berbeza dari seluruh dunia untuk berkongsi informasi, pengalaman dan pendekatan mereka untuk menyelesaikan cabaran kebolehdiaman bandar melalui teknologi pintar.
xvii. Terdapat 11 bandar yang terdiri daripada 6 negara telah mengambil bahagian seperti Taiwan, Korea, Thailand, Belanda, Indonesia dan Australia.
xviii. Untuk tahun 2022, jumlah nilai potensi di ruang pameran SDEC ialah sebanyak RM 50 juta yang membuka ruang pelaburan serta perniagaan antara pengunjung dan pempamer.
Terima kasih.
Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Galakan Penternak Ayam Dan Pengusaha Telur TempatanQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
(a) Apakah bentuk galakan dan insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada penternak ayam dan pengusaha telur ayam tempatan untuk mengurangkan kebergantungan import?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati, Yang Berhormat Tuan Speaker. Bukit Melawati bertanyakan soalan berhubung dengan bentuk galakkan atau insentif yang diberikan kerajaan negeri kepada penternak ayam dan pengusaha telur ayam tempatan untuk mengurangkan kebergantungan import. Sebagaimana semua Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, berlaku kekurangan ataupun bekalan berhubung dengan telur ayam terutamanya yang berlaku dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) kita berterusan memberikan galakan dan insentif dalam bentuk (i) Geran Ternakan, (ii) Peralatan Menternak, dan (iii) Bahan-bahan binaan kepada penternak yang berpotensi di bawah program pembangunan Tranformasi Penternak Unggas.
Bantuan ini disediakan pada setiap tahun dan semua penternak ayam pedaging dan penelur di seluruh negeri Selangor boleh memohon bantuan ini. Memang kita berterusan dan juga kita juga ada juga adakan juga program-program di bawah PKPS bagi membantu menggiatkan lagi usaha menampung atau membantu ternakan ayam ini dan juga telur ayam. Lawat siasat akan dilaksanakan ke atas semua permohonan bagi memilih permohonan yang layak dan maklumat itu boleh didapati melalui Veterinar di semua daerah di negeri Selangor.
Selain itu, bagi tahun 2021 dan 2022, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah memberi Insentif Pengeluaran kepada semua penternak ayam pedaging dan penelur tempatan bagi membantu penternak menghadapi kenaikan kos makanan ternakan. Kadar Insentif Pengeluaran yang telah diberi adalah seperti berikut :
10 sen hingga RM1.40 bagi setiap kg daging ayam yang dihasilkan; dan 3 hingga 10 sen bagi setiap biji telur yang dihasilkan.
Jadi pihak DVS sedang menunggu untuk bagi tahun 2023 ini sama ada program ini akan diteruskan oleh kerajaan persekutuan atau tidak. Melalui PKPS, kita juga meneliti dan melihat bagaimana kita dapat bantu, antaranya yang diusahakan ada dua yang besar. Pertama ialah penanaman jagung ayam, jagung bijirin yang merupakan makanan utama dalam makanan ayam sama ada ayam daging atau ayam telur yang telah kita mulakan penanaman di Kuala Langat seluas 300 ekar.
Kita memahami iaitu satu keluasan yang kecil sebab jagung ayam ini keperluan kita di seluruh negara adalah lebih kurang 4 juta tan setahun. Jadi itu permulaan sumbangan daripada Selangor dan yang pentingnya yang satu lagi ialah kajian tentang benih dan baka. Benih jagung kita telah berjaya hasilkan di Selangor, buat sendiri, di bawah dengan kerjasama sebuah syarikat research benih tempatan, telah berjaya dan kita telah lancarkan pun untuk penanaman jagung bijirin ini yang sesuai dengan cuaca kita.
Yang keduanya ialah PKPS juga telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar ayam yang terbesar daripada Thailand untuk pembinaan pembakaan ayam dan juga hatchery (penentasan). Ini merupakan satu langkah penting kerana antara punca daripada masalah ayam kita ini ialah benih atau baka yang tidak sesuai yang telah pun dipanggil dua fair, yang tidak begitu bagus dan telah kita mula laksanakan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Melawati.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Disebutkan tadi beberapa bentuk bantuan dan juga insentif seperti geran, bahan binaan dan alatan. Tetapi saya ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri bersedia menyediakan bentuk ruang kawasan tanah untuk pengusaha tempatan mengusahakan pembukaan ladang-ladang ayam atau ternakan ayam dan telur supaya menggalakkan mereka sendiri punya kemampuan tetapi isunya tanah kawasan. Jadi adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menyediakan bentuk galakkan seperti ini. Dan yang kedua juga, kita akan menyambut ramadan dan aidilfitri tidak lama lagi dan ketika inilah permintaan telur dan ayam tinggi, walaupun di bawah bidang kuasa kementerian, tetapi bagaimana Selangor ingin pastikan supaya bekalan ayam dan telur di negeri kita ini cukup untuk penduduk kita pada masa sama peniaga dan juga penjaja terutama di bazar-bazar ramadan nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Ya, saya akui memang kita sedar bahawa sumber protein utama bagi Malaysia, rakyat Malaysia adalah ayam sekarang ini, dan telur ayam termasuklah. Sebab dia telah mengambil alih ikan atau pun hasil laut sebagai sumber protein utama. Jadi dari segi strategik, memang kita perlu pertahankan tingkat malah tingkatkan pengeluaran ayam ini yang popular di kalangan terutama kalangan rakyat Malaysia dan satu pun bawa ayam lagi, telur ayam.
Jadi, cuma saya ingin ada berkongsi pandangan sebelum ini pun, bahawa di Selangor ini sahaja, kita membekalkan 50% pengeluaran ayam, telur ayam ada lebih sikit. Tapi daging ayam 50%, tetapi diternak di sini dan 20% lagi itu dah keluar, luar daripada Selangor, jadi yang ada untuk negeri Selangor ini, kita punya SSL hanya 30%, makna
70% lagi ayam datang daripada luar Selangor. Iaitu merupakan angka dan memang pihak PKPS dan juga penternak kita bagi galakkan supaya tingkatkan ternakan ayam ini dengan pelbagai kaedah dan insentif. Yang keduanya dari segi isu ternakan ayam ini, ini ada yang masih kita dalam peringkat akhir dan kita menunggu juga daripada veterinar di pusat untuk garis panduan secara terperinci tentang pembangunan ayam ini, rumah ayam ini, kita lebih galakkan tertutup, tapi kosnya agak tinggi dan itu memerlukan penyelesaian di peringkat perancangan, kebenaran merancang untuk pastikan dia bukan sahaja menternak ayam dengan baik, juga dari segi tinjau ayam ini yang merupakan punca pencemaran dan juga lalat yang mendapat aduan banyak. Ini jadi semua ini kita kena sedang lihat dengan teliti supaya pembangunan ataupun sumber protein kita ini akan meningkat dalam masa sama juga tidak menyebabkan kacau ganggu kepada isu-isu yang berkaitan dengan ternakan ayam ini dan jagung dan dua isu besar ialah makanan yang meningkat secara tinggi, dulu kita sebenarnya telur ayam ini, pengeluaran negara Malaysia adalah 113% sebenarnya, sebelum pandemik.
Makna kita sebenarnya lebih, kita mengeluarkan lebih telur ayam ini, tetapi bila berlaku pandemik dengan sebabkan kenaikan harga makanan dan juga baka ayam ini, maka kita telah menghadapi masalah kekurangan yang perlu ditampung dan langkah pendek jangka pendek jangka panjang perlu dibuat. Jangka pendek memang kita akan terpaksa import, tetapi selain itu mungkin kena kurangkan makan telur, kita kena makan daging ayam, daging ayam saya rasa masih bertahan, walaupun kita masih import, tapi kita kena ada jangka panjang terutama menjaga dua benda ini. Pertama, makanan dia iaitu jagung, jagung aya ini penting sebab ia 50% daripada palet itu adalah feed dia adalah daripada jagung bijirin. Yang keduanya ialah baka ayam, ini yang kita sedang usahakan di negeri Selangor untuk peringkat ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya masih ingat lagi jawapan oleh Yang Berhormat EXCO pada sesi yang lepas, kekurangan telur ini disebabkan oleh ramai pengusaha ini, dia export telur yang ada di Selangor ini. Dan saya melihat tadi di mana di sebutkan oleh Yang Berhormat bahawa usaha untuk menanam jagung 300 ekar terlalu kecil. Apakah perancangan untuk jangka masa panjang ini dengan mungkin kecukupan untuk kita menyediakan sumber makanan sendiri yang kita boleh usahakan di Selangor melalui ladang-ladang kita dan juga usaha untuk menambahkan lagi ladang-ladang ternakan ayam dan juga telur ayam ini. Terima kasih.
Saya sebenarnya secara pemerhatian saya lima tahun dalam standco EXCO pertanian ini, saya nampak Selangor tidak akan
berupaya untuk SSL dalam semua aspek pemakanan. Kita sebab negeri kita, Selangor sumbangan daripada pertanian itu agak kecil sebenarnya kepada KDNK negara dan juga negeri, sangat-sangat kecil. Kita banyak kepada industri, tetapi kita boleh membantu, saya yakin kita perlu melihat ini secara menyeluruh, makna di bahawa kerajaan Malaysia, kita perlu melihat secara teliti, itu yang pandangan saya berikan juga kepada menteri pertanian, supaya dilihat menyeluruh dan apa peranan Selangor ialah pemodenan pertanian, kaedah teknologi dan juga pembenihan.
Ini merupakan komponen penting dalam eko-sistem pertanian, kita sekarang ini tidak ambil sebarang benih daripada luar. Udang saya dah sebutkan, udang harimau kita yang terkenal pun ambil dari Madagascar benihnya. Kebanyakan yang lain daripada Taiwan, daripada Thailand, sedangkan benih ini teknologinya tinggi dan perlu kesesuaian dengan cuaca kita. Yang ini kita bagi tumpuan di negeri Selangor, tetapi kita juga menyumbang dalam makanan lain contohnya beras kita menyumbang agak tinggi untuk SSL, ayam pun kita menyumbang agak besar significant, tapi untuk menyediakan makanan yang lengkap daripada negeri Selangor sendiri untuk seluruh rakyat itu adalah satu yang amat sukar untuk kita bangunkan dengan tanah kita pun dah tak banyak.
Kalau adapun dah kena ceroboh, jadi tak banyak yang kita boleh hasilkan kita boleh menampung, tapi perancangan ini saya cadang, saya dah cadangkan kepada menteri supaya dibuat secara menyeluruh, apa sumbangan Selangor kepada usaha ini. Dan saya sebut, betul yang disebut oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi, bahawa antara salah satu ini ialah memang eksport sebab ringgit kita menurun jatuh dengan US dolar jadi ramai yang eksport tapi sekarang ini bukan isu itu dah, sekarang ini isu dia ialah dari segi kenaikan kos makanan ayam dan juga baka ayamnya juga. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jadi fasal makan telur ayam itu, nak dikurangkan itu, saya tak bersetuju. Telur ayam ini, dia begini... saya nak tanya soalan ya, antara ayam, ikan dan telur ayam, mana yang boleh... lebih sihat? Jawapannya adalah telur ayam. Kerana dia simple. Simple food will not produce, not complicated diseases, dengan izin. Jadi kalau ayam itu dia dah macam-macam dia makan, dedak. Dedak itu dia dah macam-macam kombinasi. Jadi saya minta kalau boleh telur ayam ini, kalau bila dah stabil kita punya itu pengeluaran, import kita kurangkan lah, itu setuju. Tapi kalau boleh telur, telur macam-macam, telur puyuh ada, telur itik ada, jadi kalau boleh diversified telur. Because simple food, simple disease. Tak ada ramai orang kena Parkinsons.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Masalah dengan kita makanan ini, dia sebahagian kita menjadikan agenda utamanya sedap, dia bukan kira sangat kandungan tu. Kalau ikut betulnya dari segi khasiatnya
tentu la ikan yang terbaik, ikan kolesterolnya rendah dan mengandungi iodin dan sebagainya sesuai untuk kesihatan pembesaran manusia, protein bagus. Kalau syaratnya dia dalam keadaan bersihlah, maksudnya tidak di handle dengan baik lah, tidak ada pencemaran. Dan memang sumber ikan penting, tetapi anak-anak muda terutamanya dan kita sebahagian pun memang suka ayam, ikan tak ada tak apa. Jadi dari segi kemampuan pula sekarang ini, ayam lebih murah daripada ikan, dia lebih murah, ayam di mana-mana ada, ikan kadang-kadang kita susah juga nak. Jadi tentu kita boleh galakkan makan makanan laut terutamanya seperti ikan ini, tetapi untuk akhirnya saya dapati sekarang ini kita nampaknya pertukaran itu ketara, jadi kegemaran orang untuk makan ayam lebih daripada ikan. Terima kasih.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Kalau kita imbas kembali, dulu-dulu di kampung-kampung terutama kawasan luar bandar, memang banyak orang membela ayam kampung. Dan sebenarnya kita masih mempunyai kawasan yang luas yang dimiliki oleh orang-orang kampung untuk kalau dia nak menternak ayam. Saya dulu pun masa kecil-kecil ibu saya dia bela ayam, itik, hari-hari dapat makan telur itik dan telur ayam dan sekali kita dapat makan ayam sendiri. Jadi untuk supaya kita pertama dari segi resilient untuk supaya kita boleh self sufficiency, apakah galakkan-galakkan daripada Kerajaan Negeri ataupun adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan untuk membantu supaya kita mengembalikan orang kampung ini, supaya digalakkan membela ayam kampung.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Saya memang melawat Sungai Burong, memang banyak ayam berkeliaran di sana. Yang ini, masalah dengan ternakan ini, itu yang saya sebut tadi, kita sekarang tengah fokus kepada makanan penting, tapi dalam masa sama kita ada isu yang lain, yang timbul daripada ternakan ayam ini. Kalau dah tempat itu bergaduh dengan jiran, bau dan juga bising. Ini merupakan satu perkara yang kita kena lihat secara menyeluruh, kita memang ada rancangan kita bincang yang cadangan supaya kita buat konsep macam dipanggil dulu dipanggil pawah, di mana kita sediakan benih ayam sebagainya makanan, rumah dan kemudian kita akan kongsi hasilnya.
Memang ada, tetapi bila kita lihat dari segi kesesuaian tempat, dan juga dari segi aspek bau ini dan lalat, ini merupakan satu perkara yang masih, sebab itu kita nak galakkan kepada penternakan ayam moden yang tertutup dan juga penggunaan mikrob, sekarang ini kalau dia urus dengan baik mikrob EM, kalau di buat dengan baik di bawah najis itu, dia tidak akan, dia akan terus jadi baja. Jadi dia lalat pun dia tak datang, itu memang dah kita usahakan di Sabak Bernam dan berjaya di beberapa tempat. Semua ini kita kena teliti dan lihat untuk laksanakan dan memang betul kalau ada masing-masing tanah, bela ayam ini, di kampung, jadi jangan di bandar taman pula, bergaduh lagi. Ini akan boleh membantu, tapi saya rasa penyelesaian jangka panjangnya ialah Selangor ini dah ada beberapa pusat ternakan ayam, telur yang
kuat, yang agak besar yang perlu kita bantu untuk kita perluaskan untuk keperluan bukan sahaja di Selangor dan juga di luar Selangor.
Telur dengan ayam panjang lebar ya. Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSAS)Questions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSAS) telah mendapat Kebenaran Merancang (KM)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
b)
Nyatakan keluasan tanah dan lokasi yang akan diberikan kepada pemaju yang melaksanakan Pembangunan Semula KSAS.
Terima kasih KKB atau Kuala Kubu Baharu atas soalan yang telah dikemukakan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah memulakan proses pembinaan semula serta pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam secara keseluruhannya bermula daripada Disember tahun 2021 dan gerak kerja terakhir adalah pada tanggal 26 Januari hingga 10 Februari 2023 yang melibatkan libat urus di antara KSSA dan juga pihak awam dan melihat maklum balas tentang pembinaan semula stadium ini. Dan secara keseluruhannya kita telah menerima lebih daripada 10 ribu lawatan secara fizikal dan juga puluhan ribu yang lain melalui lawatan secara atas talian.
Ahli Yang Berhormat sekalian, pada ketika ini Kerajaan Negeri sedang menyelami proses penilaian terhadap kos keseluruhan pembangunan kerana ia tidak hanya melibatkan item stadium itu sahaja, tetapi ia melibatkan keseluruhan pembangunan 171.816 ekar di Kompleks Sukan Shah Alam yang melibatkan stadium-stadium melawati dan beberapa ingredient- ingredient yang lain. Secara asasnya yang telah saya simpulkan dalam pertemuan terakhir, 58% daripada kawasan tersebut akan dibangunkan dengan kemudahan-kemudahan sukan, 30% daripadanya kita akan
jadikan sebagai taman dan tanaman-tanaman hijau untuk menjamin kawasan hijau dan selebihnya sekitar 15% hingga 20% adalah untuk utiliti dan juga untuk komersial yang kita akan bangunkan nanti keseluruhan komersial itu akan diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan dan di tadbir urus.
Manakala pihak Kerajaan Negeri sedang berbincang untuk melihat amount sebenar yang bagaimana pembangunan itu dan akan digantikan dengan landswaping yang tidak tertumpu pada kawasan stadium itu, sebaliknya landswaping di kawasan lain stadium kerana kita tak mahu mengganggu entiti, items serta susun atur kompleks sukan tersebut. Jadi selepas itu, saya percaya mulai bulan 4, KM boleh dihantar dan kita boleh memulakan kerja-kerja tanah awalan untuk memulakan pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam. Terima kasih.
Bukit Antarabangsa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar tentang kos sebenar yang dijangkakan untuk membangunkan semula Kompleks Sukan Shah Alam ini. Yang Amat Berhormat ada menyebut bahawa penilaian sedang dilakukan dan kemungkinan kebenaran merancang akan disempurnakan pada bulan April tahun ini, ini bermakna sebulan lagi. Maka dalam tempoh sebulan ini, apakah Kerajaan Negeri belum lagi menentukan kos sebenar pembangunan kompleks sukan itu. Kerana ianya akan memberikan kesan kepada langkah seterusnya, apabila kerajaan negeri sudah menentukan jangkaan kos pembangunan kompleks sukan ini, maka tahap selepas itu adalah untuk menentukan how do you finance this project dengan izin Tuan Speaker.
Apakah kaedah landswapping yang disebutkan tadi dan kalau itu berlaku, saya percaya sudah tentu Kerajaan Negeri sudah menilai apakah kos tanah di tapak yang sedia ada itu mencukupi untuk membiayai pembangunan tersebut. Sekiranya kos nilai tanah itu tidak mencukupi untuk membangunkan kompleks sukan ini, sudah tentulah Kerajaan Negeri juga akan menilai tapak-tapak yang lain. Yang saya dimaklumkan ada cadangan tanah paya bakau di Carey Island, apakah status cadangan tersebut ataupun ada tapak-tapak lain yang sedang di teliti oleh Kerajaan Negeri.
Yang ketiganya, oleh sebab saya juga meneliti Titah Ucapan Tuanku semalam, yang menasihatkan supaya projek ini perlu dilaksanakan dengan segera. Apakah ianya mungkin dapat dimuktamadkan perjanjian landswapping dengan pemaju dalam tempoh yang terdekat, kebenaran merancang dapat dilakukan dalam masa yang terdekat. Kerana itulah harapan rakyat Selangor untuk melihat satu pembangunan yang menyeluruh, tetapi saya lihat banyak perkara-perkara belum diputuskan lagi. Di luar sana pelbagai kenyataan dikeluarkan, Dato’ Menteri Besar pernah menyebut, jangkaan kos ini lebih kurang 800 juta, tetapi ada juga kenyataan yang lain menyebutkan RM 1.2 bilion. Apakah, soalannya itulah, apakah perbezaan angka ini mewujudkan pertimbangan-pertimbangan yang lain termasuk saya dapat maklumat
ada flood mitigation program yang dimasukkan dalam kos tersebut. Jadi perkara ini saya minta Dato’ Menteri Besar jelaskan dalam Dewan, apakah status perancangan pembangunan kompleks sukan ini. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Antarabangsa. Berikutan daripada beberapa kejadian banjir yang melibatkan lokaliti dan kawasan tersebut, sebahagian daripada projek pembangunan tersebut adalah termasuk dalam projek flood mitigation ataupun proses tebatan banjir yang turut akan di sekalikan dengan beberapa peruntukan yang telah diumumkan oleh pihak persekutuan melibatkan Sungai Damansara kerana di beberapa lokaliti dan tapak tersebut akan dijadikan sebagai kawasan kolam takungan yang agak dalam terutama di kawasan berhampiran dengan Giant dan lokaliti-lokaliti stadium melawati.
Yang kedua, secara asasnya tujuan Kerajaan Negeri ataupun asas Kerajaan Negeri untuk membuat pembayaran atau financing the project tidak lagi menggantikan tanah di kawasan keseluruhan stadium. Kerana sebagaimana yang saya sebutkan, kita ingin menetapkan bahawa 50% daripada kawasan yang ada itu memang untuk kegiatan aktiviti sukan secara high performance ataupun sukan prestasi tinggi dan selebihnya adalah untuk sukan rakyat seperti gelanggang dan sebagainya. 30% kawasan hijau, park dan juga taman-taman awam dan selebihnya komersial yang saya sebut tadi, yang akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri maknanya menjadi hak milik Kerajaan Negeri. Jadi kawasan stadium itu saja akan dibangunkan oleh pemaju dan diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri.
The financing kepada perkara itu adalah melalui proses landswapping melibatkan tanah-tanah di kawasan lain, dan setakat ini daripada option-option yang kita ada, tanah di klang, tanah di kawasan Hulu Selangor, kawasan di kawasan Carey Island belum, tidak termasuk dalam senarai, kerana kita ingin menumpukan di kawasan itu untuk pembinaan pelabuhan negeri ketiga dan di kawasan pembangunan Integrated Development Region Of South Selangor atuapun di kawasan IDRISS dan kita hanya ada sekitar kawasan 1000 ekar sahaja di sana yang melibatkan tanah milik Yayasan Selangor yang saya rasa nilai itu tidak mencukupi untuk menggantikan.
Sebab itu kita sedang meneliti kos keseluruhan, kalau kita melihat kos staidum sahaja, kita anggarkan dalam anggaran sekitar RM 787 juta sehingga 800 juta. Tapi kalau kos keseluruhan termasuk taman dan park dan sebagainya itu lah yang sedang dibuat oleh penelitian oleh pihak Kerajaan Negeri supaya proses landswapping yang kita gantikan nanti itu betul-betul bernilai sama dan saksama dan kemudahan yang kita perolehi itu akan memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
Jadi kalau ikut track nya, pelannya, maknanya saya percaya mulai sampai bulan ketiga ini ataupun bulan keempat, kita akan dapat menyelesaikan proses-proses penggantian dengan penelitian. Semalam pun Setiausaha Kerajaan Negeri ada berjumpa dengan pihak-pihak terbabit untuk melihat adakah option-option tanah yang
mungkin boleh kita gantikan dan juga penelitian terhadap kos yang telah diberikan. Saya ingat sekitar bulan empat, selepas hari raya ataupun hari raya aidilfitri sebelumnya kita boleh mengisytiharkan di mana dan tapaknya dan apakah kos keseluruhan ataupun apakah bagaimanakah financing dan projek ini dapat dilangsungkan selepas kita mendapat maklum balas berkenaan dengan susun atur dan juga pelan reka bentuk stadium. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Ya, Terima kasih. Apakah kapasiti stadium football yang akan diadakan itu sebab saya dengar cerita, katakan kapasiti yang sekarang adalah 80 ribu, jadi adakah apakah kapasiti stadium yang baru. Sila memberi penjelasan.
Dalam pameran yang telah diberikan kita telah memberi anggaran sekitar 35 ribu hingga 45 ribu. Sekarang ini anggarannya adalah 45 ribu tapi kemudahan stadium itu telah diubahsuai untuk digunakan secara mutipurpose dengan izin, bukan hanya untuk kegiatan sukan, kerana padangnya boleh dikeluarkan daripada tapak stadium untuk kegunaan dan kemudahan aktiviti-aktiviti lain, seperti seminar dan kegiatan-kegiatan aktiviti di dalam dewan sebagaimana yang diminta ataupun trend yang ada. Jadi memang sebahagian besar daripada cabaran kita adalah untuk memastikan kos penyelenggaraan dapat diaturkan dengan baik, pengalaman kita mentadbir dan menguruskan kapasiti 80 ribu itu akhirnya telah dilanda beberapa fenomena seperti banjir pada tahun 2006 dan tahun 2021. Kos untuk maintainance nya akan melambung dengan lebih tinggi, dan selama bertahun-tahun pihak MBSA yang menjadi pemegang amanah untuk melaksanakan proses maintainance kerugian lebih daripada RM 5 juta hingga RM 6 juta semenjak daripada ambil alih. Dan juga sebelum itu pernah diserahkan kepada syarikat swasta juga mencatatkan kerugian. Jadi kita nak sustainability of the asset dapat dikawal dan dapat diwujudkan supaya kita tidak melahirkan kesan-kesan maintainance yang membebankan kepada pentadbiran akan datang.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Dana Bantuan Guaman SelangorQuestions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah permohonan yang diterima dalam inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor?
b)
Nyatakan kes-kes yang telah diadukan dan berjaya diselesaikan.
Tuan Speaker, pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan soalan 146 (a) daripada Yang Berhormat Subang Jaya dan soalan nombor 280 daripada Yang Berhormat Kampung Tunku berkaitan tajuk yang sama. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri telah mula laksanakan Dana Bantuan Guaman Selangor (DGBS) pada 15 September 2022. Jumlah permohonan yang telah diterima dalam tempoh enam bulan, pada September 2022 sehingga Mac 2023 adalah sebanyak 19. Permohonan iaitu 15 permohonan yang telah diluluskan dan 4 permohonan telah ditolak.
Jumlah dan jenis kes yang telah diterima dan diadukan adalah seperti berikut. Jumlah kes kekeluargaan sebanyak 12, permohonan iaitu 5 dalam proses mahkamah, 7 masih diperingkat awal sebelum prosiding mahkamah. Kedua, jumlah kes pekerjaan sebanyak 3, iaitu 1 dalam proses mahkamah dan 2 masih diperingkat awal sebelum prosiding mahkamah. Ketiga, jumlah permohonan yang ditolak sebanyak 4 permohonan, iaitu 3 tidak termasuk dalam kategori program DBGS dan 1 permohonan tidak membuat aduan mengenai pemecatan secara tidak adil dalam tempoh 60 hari selepas penamatan kerja nya di mahkamah perusahan. Keempat, jumlah permohonan yang telah difailkan sebanyak 5 kes kekeluargaan, 1 kes pekerjaan sedang menunggu untuk tarikh pengurusan kes seterusnya. Kelima jumlah permohonan yang difailkan sebanyak 6 kes kekeluargaan kerana diperingkat awal prosiding mahkamah. Peguam sedang dalam proses menyediakan partion penceraian, manakala sebanyak 2 kes pekerjaan, masih di peringkat awal sebelum prosiding mahkamah. Sedang menunggu untuk mendapatkan tarikh daripada mahkamah perindustrian.
Bagi pelaksanaan DGBS sebanyak RM1 juta peruntukan disediakan bagi melaksanakan program ini. Pada tahun 2022, sebanyak RM300 ribu disalurkan kepada Jawatankuasa Peguam Selangor dan sehingga 6 Mac 2023, sebanyak RM29,820 telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan DGBS. Selain itu, aktiviti promosi bagi program Dana Bantuan Guaman Selangor telah dijalankan melalui siri Jelajah Selangor Penyayang di setiap daerah di negeri Selangor.
Bukit Gasing.
Bagi dana guaman ini, adakah sebarang peguam di negara ini ataupun di Selangor boleh memohon ataupun hanya yang di pra luluskan oleh Kerajaan Negeri yang boleh mendapat akses kepada dana ini.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Sebenarnya, mana-mana pejabat peguam ataupun peguam secara peribadi bukan dilantik oleh negeri Selangor. Ia melalui Jawatankuasa Peguam Selangor, Selangor yang menentukan siapa yang dilantik dalam kes. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker. Adakah Dana Bantuan Guaman Selangor ini sesuatu yang hanya tertakluk pada kes-kes di Selangor ataupun kes-kes yang membabitkan rakyat Selangor juga di luar negeri Selangor, mohon pencerahan.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan, hanya di Negeri Selangor. Terima kasih.
Speaker. Soalan tambahan.
Kota Damansara, yang terakhir.
Terima kasih Tuan Speaker. Bantuan guaman ini saya difahamkan ia melibatkan kes yang melibatkan sivil, syariah, jenayah. Baru-baru ini, maaf. Baru-baru ini ada melibatkan Akta Kerja 1955, yang pentingnya, boleh tak kita masukkan yang melibatkan Akta Perhubungan Perusahaan 1957 yang melibatkan pembuangan pekerja seksyen 20.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Sebenarnya untuk jenayah kami tak terlibat, syariah sebenarnya ada, kita sedang berbincang dengan Jawatankuasa Peguam Selangor dan bahagian syariah lawyer Malaysia. Perbincangan belum di muktamadkan lagi bersama dengan UPEN. Bagaimanapun perkara-perkara berkenaan syariah sedang dihalusi dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, itu pertama. Kedua, tentang pembuangan pekerja atau mana-mana, semua yang terlibat dalam akta pekerjaan akan dikendalikan oleh bantuan guaman ini. Terima kasih.
Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pagi ini Dewan Negeri Selangor menerima kunjungan seramai 17 orang usahawan daripada
Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina Puchong yang diketuai oleh Encik Ong Chun Wei, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Seterusnya Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Sehat SelangorQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bilangan pengguna Selangor Mental SEHAT setakat Februari 2023 dan komposisi umur, jantina dan kaum. Apakah trend yang dilihat?
b)
Nyatakan pecahan pengguna yang disaring sebagai "berisiko tinggi" dari Risk Screening dan Mental Health Screening Test.
c)
Berapakah jumlah tontonan video kesedaran?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Kampung Tunku. Sebelum saya menjawab tentang bilangannya, saya ingin untuk refresh balik tentang program kesihatan mental yang kita mulakan pada 2019 bertujuan membantu golongan menghadapi masalah tersebut melalui program-program advokasi kesedaran dan juga latihan kepada kaunselor dan barisan hadapan (frontliners) di bawah Kerajaan Negeri.
Program ini kemudian ditambah baik kepada program Selangor Mental Sihat atau SEHAT, bermula pada 2021 melalui fungsi kursus mental sihat dalam aplikasi Selangkah yang merangkumi ujian saringan awal kesihatan mental intervensi awal melalui PQ kesihatan mental dan talian psiko sosial bagi individu berhubung dengan kaunselor yang bertauliah. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menambah baik program ini dengan turut menyediakan insentif subsidi rawatan psikiatri dan klinik psikologi kepada yang memerlukan.
Untuk makluman Yang Berhormat, soalan ini saya jawab bersekali, minta maaf ya dengan soalan daripada N31 Subang Jaya, nombor 256 yang juga bertanyakan tentang bilangan pengguna Selangor Mental Sihat. Setakat ini sehingga semenjak
dilancarkan pada 31 Ogos 2021 sehingga 28 Februari 2023, seramai 87,877 orang yang telah menghubungi ataupun yang telah mendapat manfaat daripada Program SEHAT ini. Kalau nak dipecahkan ikut bulan, saya bagi untuk tahunlah. Tak payah panjang ya. Panjang? Okay. Kita ada 87,877. Manakala komposisi umur, jantina dan kaum bagi pengguna Mental Sihat adalah seperti berikut. Berdasarkan pecahan dan trend yang direkodkan, majoriti pengguna adalah di kalangan belia dan dewasa. Manakala dari segi jantina pula majoriti pengguna Mental Sihat adalah di kalangan wanita. Taburan berdasarkan kaum pula merekodkan jumlah yang mencerminkan demografi semasa penduduk di Selangor.
Melalui fungsi khusus Mental Sihat dalam Aplikasi SELangkah, terdapat dua jenis ujian saringan yang disediakan iaitu ujian saringan risiko dan ujian saringan kesihatan mental. Ujian saringan risiko digunakan untuk menyaring pengguna yang berisiko untuk mencederakan diri sendiri dan juga membunuh diri. Hasil dapatan daripada ujian saringan risiko yang telah dilakukan oleh pengguna menunjukkan bahawa terdapat 42% pengguna tidak mempunyai risiko, manakala 58% mempunyai risiko. Mereka yang mempunyai risiko disalurkan kepada talian SEHAT dan juga Program Subsidi Psikiatri SEHAT.
Manakala satu lagi jenis ujian iaitu ujian saringan kesihatan mental yang digunakan mengukur tahap kesihatan mental seseorang. Antara ujian yang digunakan ialah passive stress kit atau (PSS10) dan depression anxiety stress kit atau (DASS21). PSS10 digunakan untuk tahap jangkaan stres. Manakala DASS21 digunakan untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan stres. Data daripada SELangkah menunjukkan bagi ujian saringan PSS10, 22% pengguna mendapat skor yang berada di tahap normal, 65% berada tahap sederhana dan 13% mempunyai kadar jangka stres yang tinggi. Manakala daripada saringan DAS21 pula data menunjukkan 51% pengguna mempunyai kadar stres yang tinggi, 35% mempunyai kemurungan yang teruk dan 57% mempunyai kadar keresahan yang teruk.
Maklumat kesemua pengguna SEHAT yang membuat ujian saringan akan disalurkan dan disarankan untuk menonton 60 video psiko pendidikan atas pilihan mereka yang telah disediakan merangkumi pelbagai topik berkaitan stres, kemurungan, keresahan, cara menanganinya dan isu-isu berkaitan. Pengguna juga disarankan untuk menggunakan talian SEHAT dan berhubung dengan pihak kaunselor bertauliah yang disediakan dan bagi mereka yang layak boleh mendapatkan Insentif Subsidi Rawatan Psikiatri yang disediakan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Kampung Tunku juga bertanyakan berkenaan jumlah tontonan video kesedaran dalam Mental Sihat sehingga 28 Februari 2023. Berdasarkan data dalam SELANGKAH dan YouTube, jumlah tontonan kesemua 60 video pendidikan adalah sebanyak 61,468 tontonan atau views. Terdapat 60 video dengan 60 topik yang telah disediakan dan topik yang mendapat tontonan tertinggi ialah topik berkaitan stres, panik dan anxiety.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih YB EXCO atas data yang terperinci. Soalan pertama, saya ingin tanya daripada ujian risiko untuk kecenderungan membunuh ataupun mencederakan diri yang 58% itu yang berisiko tinggi, yang disalurkan ke talian SEHAT dan sebagainya. Adakah kita mendapat data berapa peratus daripada 58% itu disalurkan ke hospital, ke unit kecemasan? Itu soalan pertama.
Dan soalan kedua, berkenaan dengan trend yang dilihat dalam penggunaan SIHAT Selangor di mana YB EXCO telah menyebut bahawa kebanyakan pengguna adalah wanita. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa perancangan untuk membantu golongan wanita yang stres ataupun cenderung you know berisiko tinggi dengan menggunakan agensi seperti Wanita Berdaya Selangor ataupun Pusat Wanita Berdaya? Terima kasih.
Yang Berhormat Kampung Tunku, mengenai daripada mereka yang ada tendency untuk mencederakan diri dan sebagainya dan disalurkan melalui terus kepada kaunselor ataupun kepada psikiatri. Setakat sekarang, kita belum lagi mendapat figure nya ya. Kita tunggu biasanya kita buat habis setahun, habis setahun baru kita akan ada data itu.
Kemudian bagi mereka, kaum wanita yang mengalami stres dan sebagainya memang di antara program-program di bawah PWB adalah kita panggil Modul Kesihatan dan di situ kita menggalakkan setiap PWB mengadakan program-program bersama wanita untuk mereka menangani stres yang mereka hadapi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Ijok ingin menanya ini trend sakit mental ini meningkat dan merisaukan. Adakah kerajaan mengkaji apakah faktor-faktor yang menimbulkan masalah ini? Lagi-lagi tadi bila Yang Berhormat mengata trend ini banyak dalam kalangan remaja. Ini salah satu ialah keadaan yang merisaukan. Itu satu. Dan adakah, apakah langkah-langkah untuk mencegah kan kalau kita tahu faktor pencegahan sakit mental, kita nak kurangkan? Itu soalan Ijok.
Yang Berhormat, data ini kita baru bermula daripada tahun 2022 apabila kita membuat talian SIHAT ini. Jadi setakat sekarang ini, kita belum buat lagi survey tentang the cause apakah apa ini sebab-sebab yang menyebabkan isu-isu ini. Tapi saya ingat PWB (Wanita Berdaya
Selangor) biasa membuat satu kajian di kalangan wanita semasa PKP. Jadi masa itu memang di antara sebabnya adalah ekonomi dan lain adalah masalah dalam rumah tangga (perhubungan). Jadi InsyaAllah saranan, saya sendiri setuju tentang kita perlu tahu apakah penyebabnya dan kemudian mungkin perlu menujukan kepada program-program yang lebih bersifat kepada untuk menangani masalah-masalah yang mereka dapat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Dua soalan. Yang Berhormat EXCO pada tahun lepas telah mengumumkan peruntukan subsidi untuk kesihatan mental. Jadi Subang Jaya ingin bertanyakan berapakah peruntukan daripada itu yang telah dituntut. Itu yang pertama. Soalan kedua, sekarang
Yang Berhormat, satu soalan saja. Jangan dua.
Okay, terima kasih Tuan Speaker.
Saya ada, itu ada soalan spesifik ya, sebab ada figure. Saya akan jawab kemudian ya.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Prestasi Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah prestasi PeBS bagi tahun 2021/2022 mengikut DUN?
b) Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tahun 2021/2022?
c)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan aktiviti PeBS pada tahun 2023?
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, berkaitan dengan Penggerak Belia Selangor. Apakah prestasi kita? Sebelum saya jawab ini, saya ingin menyatakan rules and regulations yang telah kita tetapkan, tatacara telah kita pakai:-
i) Lantikan PeBS ini adalah di bawah Yang Berhormat sendiri oleh kesemua 56 DUN ataupun penyelaras-penyelaras DUN yang telah dilantik oleh kerajaan; ii) Kepada mereka-mereka setiap satu DUN itu diberikan peruntukan sebanyak RM20,000; iii) Elaun adalah dibayar oleh kerajaan termasuk bonus ataupun sumbangan yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
Apakah prestasi yang ada di kalangan PeBS DUN masing-masing? Paling penting adalah ukuran daripada Yang Berhormat sendiri. Adakah Yang Berhormat merasakan PeBS itu telah visible di kalangan masyarakat belia? Yang Berhormat boleh mengukur. Tetapi dari kaca mata kerajaan, ukuran kerajaan adalah berdasarkan kepada perbelanjaan yang telah kita berikan. Saya suka nak catit bahawa di kalangan 56 DUN pada tahun 2021, ada 9 DUN yang perform di bawah 50% perbelanjaan iaitu sebanyak 16.7% tidak berbelanja lebih 50%. Pada tahun 2022 ada 13 Dewan Undangan Negeri yang tidak berbelanja lebih daripada 50%. Tetapi bagi DUN Pelabuhan Klang, saya mesti memuji kerana perbelanjaan pada 2021 (94%) dan 2022 (97%) perbelanjaan (hampir maksimum).
Jumlah aktiviti Penggerak Belia Selangor untuk tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah 559 program keseluruhan dalam Negeri Selangor kita hari ini. Perbelanjaan pada 2021 adalah sebanyak RM2.14 juta. Pada tahun 2022 adalah sebanyak RM2.50 juta iaitu meningkat daripada 85% kepada 99%. Jadi ukuran daripada kaca mata Kerajaan Negeri, kita sangat berpuas hati dengan prestasi Penggerak Belia kita. Namun ukuran sebenar adalah terhadap Yang Berhormat-Yang Berhormat di peringkat DUN masing-masing. Kalau Yang Berhormat merasakan ada masalah di kalangan Penggerak Belia by all means, boleh datang kepada kita untuk membuat satu tindakan menukar atau sebagainya terserah kepada Penggerak Belia masing-masing.
Apakah perancangan yang akan kita buat pada 2023? Saya suka mengambil pandangan daripada Kuala Kubu yang menyebut bahawa di antara cabaran kita
adalah (ini adalah penggal, adalah tahun terakhir kita). Di antara cabaran di kalangan PeBS adalah memberi penjelasan sebenar kepada belia yang tertipu oleh social media ketika mana pilihan raya baru-baru ini. Ini cabaran besar kita yang memainkan isu perkauman, yang memainkan isu kredibiliti kepimpinan dan pelbagai nya. Dengan sebab itulah pada tahun ini saya juga ingin mengumumkan bahawa kita akan menjalankan Karnival Penggerak Belia di Peringkat Negeri Selangor secara besar-besaran untuk memanggil semua belia daripada genre motosikal, motor, auto, e-Games, larian, pelbagai kita akan kumpulkan sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pernah sebut, dia akan ingin melihat kumpulan belia-belia yang besar. InsyaAllah kita akan lakukan pada tahun ini termasuk di kalangan belia kita ini memberikan kefahaman yang betul dari segi political literacy. Sebab itulah untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, di kalangan PeBS kita ini ada kita hantar kepada Kem Bina Semangat di bawah Sistem Modal Insan kita. Ada. Tetapi masih ada lagi Penggerak Belia kita di peringkat DUN yang masih lagi tidak berminat untuk mengikuti kem 3 hari 2 malam yang kita adakan di tempat-tempat yang telah terpilih untuk kita menanam dan memberikan kesedaran terhadap politik.
Yang kedua, fokus kita adalah kepada political stability. Kefahaman belia kita mesti faham bahawa kepentingan political stability, economy strength dan isu perkauman yang kita kena tahu bahawa Negeri Selangor kita sangat sensitif pada perkara ini. Ini adalah perancangan besar Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Generally, over all prestasi PeBS kita sangat bagus dalam Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan perancangan PeBS bagi tahun 2023 yang mana kita tahu di bawah peranan EXCO, kita ada Dasar Belia Negeri Selangor dan tadi Yang Berhormat EXCO juga telah pun menerangkan berkenaan dengan perkara besar yang akan dibawa menggunakan platform PeBS selaras dengan perubahan dan juga penstrukturan semula kerajaan yang ada pada hari ini. Adakah kerajaan ada rancangan untuk mendaftarkan PeBS ini di bawah ROI supaya rancangan di peringkat persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dapat dimurnikan dan juga diselaraskan dengan Dasar Belia di Negeri Selangor? Terima kasih.
Terima kasih Sungai Panjang. Adakah perancangan untuk mendaftarkan? Tidak. Kita tidak ada perancangan tersebut kerana kalau dia sekarang buat masa ini PeBS kita di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Sebab itulah kita pernah membuka, mencadangkan untuk mengadakan satu enakmen Penggerak Belia. Kita pernah memberi cadangan dan kita kemukakan kepada AG di peringkat federal tetapi AG tidak bersetuju dengan
pandangan kita. Negeri berpandangan bahawa belia dari segi pertubuhan di kawal oleh federal tetapi negeri tidak ada entiti yang mengawal dengan sebab itu kita letak di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Kita berhasrat untuk mengekalkan sedia ada supaya dia lebih dilihat entiti Kerajaan Negeri lebih kepada entiti bebas. Kalau dia pergi kepada pertubuhan yang bebas maka kita terpaksa potong segala elaun yang ada sebab dia bukan milik Kerajaan Negeri Selangor. Sebab itu kita kekalkan di bawah entiti Majlis Sukan Negeri Selangor dan yang saya sebut tadi antara perancangan besar adalah kita juga welcome Majlis Belia Malaysia. Saya difahamkan Yang Berhormat juga menjadikan adalah sebagai Presiden Majlis Belia Selangor, kita welcome. Untuk kita kerjasama dalam Karnival 2023 ini yang akan datang nanti InsyaAllah.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Garis Panduan Ubahsuai Rumah Teres Kepada Hostel Pelajar Dan AirbnbQuestions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sudahkah Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada AirBnB dan Hostel Pelajar diluluskan oleh MMKN?
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri selama ini memandang serius terhadap pengubah suaian rumah kepada kegunaan komersial. Oleh yang demikian, garis panduan bagi menjalankan aktiviti penginapan secara komersial bangunan kediaman ataupun rumah penginapan telah diusahakan. Bagi menyempurnakan garis panduan tersebut beberapa kali pindaan telah dilakukan terhadap draf garis panduan ini oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan kepada ulasan Pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor. Setelah penelitian secara mendalam draf Garis Panduan ini telah sedia dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada bulan April 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekian. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Speaker, soalan saya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Sinergi Dalam Operasi Air SelangorQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa banyakkah aduan kes bil air yang tinggi disebabkan kebocoran di meter?
b)
Adakah aduan-aduan tersebut membantu Air Selangor meningkatkan perkhidmatan sehingga pengguna menikmati khidmat air yang cemerlang?
Soalan Hulu Kelang berhubung dengan isu aduan tentang paip pecah ya dan bil tinggi di Air Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 46,114 aduan bil tinggi telah direkodkan sepanjang tahun 2022. Punca utama apabila dicerakinkan dalam aduan ini bagi pada tiga yang besar. Yang pertama ialah penggunaan air yang tinggi sebenarnya pada kadar 44% daripada aduan ini adalah bil memang tinggi selepas disemak memang tinggi. Yang keduanya ialah sistem perpaipan atau sistem piping yang bocor dalaman. Piping dalaman yang mana paip selepas meter dia bocor pada kadar 16% daripada aduan adalah berkait dengan masalah paip dalaman. Dan yang satu lagi yang besar ialah disebabkan bacaan. Ada kes-kes ini bacaan di mana ada halangan ditapak dia membuat anggaran. Dia ada kesilapan-kesilapan pada 12 % daripada aduan ini. Air Selangor sentiasa mengambil berat aduan segala jenis aduan sama ada bocor, ataupun air apa namanya, bacaan yang tinggi meternya ataupun kualiti air. Ini semua diambil perhatian dan diberi tumpuan untuk penyelesaian kepada isu-isu berkaitan.
Lagi satu saya perlu tegaskan kini dalam perkhidmatan pelanggan Air Selangor ialah 9.1 juta penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah pelan pembangunan Air Selangor ini Rancangan Business Plan 30 tahun itu melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya saya boleh sebut secara ringkas. Bagi tahun 2022 ya sahaja untuk paip bocor paip pecah ini melaksanakan penggantian paip untuk tahun 2022 sahaja. Paip lama ini kita telah gantikan, Air Selangor telah gantikan 77.2 kilometer dan juga penggunaan teknologi untuk mengesan kebocoran ini supaya tidak lama berlaku kebocoran itu penggunaan leak noise correlators juga pressure transient sensor ini dengan izin. Bagi mengesan
paip bocor paip pecah peringkat awal. Teknologi ini telah dilaksanakan dan ditingkatkan penggunaannya supaya lebih banyak dapat dikesan itu dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu laporan daripada secara visual, secara visual tentang bocor ini. Jadi indeks paip, lagi satu saya nak maklumkan di sini, dari segi benchmarking boleh buat perbandingan prestasi sebenarnya dari segi paip pecah perkilometer. Air Selangor ini berada setara dengan negara-negara maju dalam menguruskan air paip pecah ini. Indeks paip pecah ialah sebanyak 5.35 kes paip pecah bagi setiap seratus kilometer. Bagi penanda aras antarabangsa ialah 13 kes paip pecah bagi seratus kilometer. Kita berasa separuh kurang daripada, tapi bukanlah bermakna kita puas hati. Itu hanya merupakan satu bacaan kita akan terus meningkatkan kepada yang lebih rendah lagi kes-kes atau indeks paip pecah bagi setiap satu kilometer.
Yang ketiganya ialah mengurangkan kadar air tidak terhasil, non-revenue water . Ini merupakan langkah penting bukan sahaja untuk membaiki kualiti atau mutu bekalan air penggunaan tapi juga untuk mengurangkan kebergantungan loji-loji rawatan baru. Ini lebih murah begitu, tapi murah-murah pun nak turunkan satu peratus NRW ini kita perlukan 150 ke 200 juta ringgit untuk nak tukar paip nak betulkan sistem dan sebagainya. Bukan kecil, bukan murah walaupun kita ada matching grant daripada Kerajaan Pusat dia bagi separuh daripada apa yang kita belanjakan tapi still ada kosnya agak tinggi. Jadi kalau setiap satu, mengurangkan air tidak terhasil ini sebanyak 27.76 % pada 2022, ini bermakna kita menjimatkan air yang hilang ataupun bocor sebanyak 210 juta liter sehari dengan penurunan itu. Ini satu langkah dan terakhirnya kita telah mula menggunakan smart meter. Kita buat kajian di Sepang tapi dapati tidak berapa bagus, kita telah tukar meter yang lain yang lebih sesuai untuk dijadikan perintis lagi untuk kita mula laksanakan secara berperingkat bagi menggantikan meter-meter analog yang lama yang lebih efisien ya. Jadi saya nak sebut satu di sini untuk makluman ini banyak ada salah faham. Ada berpandangan bahawa meter tinggi sebabkan udara, air tak ada udara bocor menyebabkan meter tinggi. Untuk makluman tidak berlaku pandangan-pandangan pihak-pihak yang tidak ada asas yang kukuh. Kalau meter rosak atau meter air bocor dia meter tidak akan bergerak. Ini satu kita faham makna bil tinggi itu disebabkan tadi paip dalaman selalunya selepas meter itu paipnya bocor jadi itu akan berterusan dan meter akan terus berjalan. Yang kedua memang ia menggunakan air yang tinggi itu dua punca utama sebenarnya bil yang tinggi. Sekian terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya duduk ya. Dari segi soalan saya sinergi. Sinergi maknanya kesan yang positif berganda. Satu campur satu bukan dua tapi adalah empat, itu sinergi. The whole is one in part dalam operasi Air Selangor. Jadi maknanya kena ada, contohnya bila ada paip pecah, this is learning process dengan izin daripada oleh Air Selangor. Apabila ada surat macam ini, saya terima surat daripada penduduk Gabungan Penduduk Puncak Malawati.
Surat ini ditujukan kepada Pengarah Air Selangor, disalinkan kepada Dato’ Menteri Besar, Adun Hulu Kelang dengan YDP MPAJ Dato’ Yazid. Dia mengatakan di sini gangguan bekalan di kawasan Puncak Selangor, Hulu Kelang. Gangguan telah menimbulkan banyak masalah dan selama tempoh 3 tahun telah berlalu, kes tak selesai. Dia buat senarai di sini, ada sepuluh perkara yang penyebab 2 haribulan empat sampai ke 20 haribulan dua, apa masalaha nya gangguan bekalan seperti tertera di atas. Di antaranya adalah paip pecah, paip pecah disebabkan pihak ketiga, masalah teknikal, paip paras air rendah ditakungan ada empat kali sekarang ini. Tidak faham, boleh jelaskan apakah maksud pada paip pecah di tempat itu tapi ..
Yang Berhormat, pendekkan. Soalan, soalan. Kalau tidak, saya tak bagi ya. Kalau nak baca banyak sangat saya tak bagi.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham aduan paip bocor ini bukan satu perkara yang kita boleh selesaikan. Saya dah sebut berkali-kali bahawa paip besar, paip yang kita bermasalah ialah AC paip, asbestos cement. Kita ada enam ribu kilometer. Kita nak gantikan, kita tak boleh ganti semua sekali, kita tak punya kemampuan. Kita buat berperingkat-peringkat dan kita telah laksanakan mengikut statistik mana yang lebih utama diutamakan. Tapi keseluruhan paip kita 600 kilometer, tiga puluh ribu lebih kilometer. Itu AC paip sahaja. Ini ada paip-paip lain lagi, communication paipnya sebagainya dan semuanya ini dan juga reticulation dia banyak sebenarnya. Dan tentulah usaha kita yang kita buat menurun NRW dari segi penggantian paip yang berterusan sepanjang tahun penggunaan. Tadi saya sebut alat-alat untuk mengesan kebocoran. Ini semua dibuat dan dilaksanakan berperingkat-peringkat dan kita tidak boleh sebut tidak akan ada, aduan akan ada, tapi kita akan tangani. Dan setakat ini saya dah cuba berapa aduan yang direct datang dari saya terus dapat respons yang agak cepat daripada Air Selangor untuk kita selesaikan. Dan saya harap aduan-aduan yang ada pada YB kalau mungkin dia dah masuk sistem dan kalau betul saya akan siasat dan apa sebenarnya punca. Kadang-kadang berlaku tempat yang sama tapi paip yang lain dia mengganggu juga begitu, dan ganti tiba-tiba ada paip yang lain pula di situ yang menyebabkan juga masalah. Jadi kita kena lihat kes by kes apa sebenarnya punca itu dan saya berkeyakinan kita boleh selesaikan isu-isu yang berkaitan setakat kemampuan kita. Terima kasih.
Sungai Panjang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 10.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Jelajah Selangor PenyayangQuestions
10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa ramaikah yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan telah dilaksanakan di mana?
b)
Apakah komponen program yang dimasukkan dalam program ini?
c)
Adakah komponen pembangunan belia dimasukkan dalam program ini?
Terima kasih Sungai Panjang atas soalan yang telah dikemukakan saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Semenyih 243 dan soalan daripada Permatang 259. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, JSP kali pertama telah berlangsung pada tahun 2022 dan ia berlangsung mulai daripada 19 Jun di Tamam Kosas Ampang dan berakhir pada 5 hingga 6 November di Hulu Selangor iaitu di Persiaran As-Salam dengan konsepnya adalah turun di setiap daerah. Daripada anggaran kehadiran yang telah dibuat, pada ketika itu kita tak buat pendaftaran secara fizikal one by one, namun begitu kita membuat anggaran keseluruhan sepanjang jelajah Selangor Penyayang Siri 1 yang telah berjalan ataupun atau telah dilaksanakan kita telah berjaya mencecah lebih kurang 83 ribu rakyat dan juga kehadiran orang ramai ke dalam Program Jelajah Selangor Penyayang itu. Manakala sekarang kita telah laksanakan Jelajah Kita Selangor Penyayang sudah masuki lokasi yang ke lapan dan InsyaAllah hujung minggu nanti kita akan sampai ke lokasi yang ke sembilan iaitu daerah Sabak Bernam dan sehingga sekarang kita telah berjaya menarik lebih kurang 14,100 orang. Kali ini kita menggunakan kehadiran secara pendaftaran secara manual satu persatu. Orang yang dapat hadir dan memang saiz Jelajah Selangor Penyayang ini, memang kita kecilkan kerana kita ingin menumpu kepada lokaliti-lokaliti yang telah dilaksanakan. Apakah program yang ada? Program-program kita masih mengekalkan komponen iaitu kita melaksanakan program-program pendaftaran Iltizam Selangor penyayang dan juga penerangan kepada program-program Selangor Penyayang dan juga program-program baru seperti Program INSAN dan juga Program RiDE yang telah kita lancar pada tahun 2022 selain daripada pendaftaran Program BINGKAS, mengemas kini maklumat program seperti IMPAK yang baru kita rasmikan baru-baru ini di daerah Kuala Langat.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, soalan ketiga kompenan yang melibatkan aktiviti anak muda ialah program antaranya inisiatif INSAN RiDE yang memberikan sumbangan RM 500 kepada penunggang-penunggang e-hailing
tambahan 50 lagi dalam caruman KWSP untuk anak-anak jati Negeri Selangor yang bermastautin lebih pada 10 tahun dan berumur 17 hingga 40 tahun dan juga mempunyai B2 yang sah. Bekerja sepenuh masa sebagai rider dengan syarikat e-hailing. Kedua program tuisyen rakyat PTRS, tahun-tahun sebelum ini kita anggarkan 6 ribu peserta sekarang kita telah lebarkan lebih kurang 50 ribu peserta dengan kos yang lebih kurang sama RM 6 juta. Peduli Siswa iaitu program-program Peduli Siswa Dalam Negara dan Peduli Siswa Luar Negara yang memberikan bantuan pinjaman pendidikan. Iltizam Mahasiswa Selangor dikenali Hadiah Pengajian IPT sebelum ini RM 1,000. IKTISASS iaitu Inisiatif Kemahiran Teknikal dan IKTISASS Smart Selangor, Iltizam Pendidikan Fardu Ain. Ini adalah pemberian subsidi yuran KAFA bernilai RM 30 sebulan kepada 14 ribu kelompok B40 di Negeri Selangor dan boleh didaftarkan dengan penyertaan mereka sebanyak 296 Institusi KAFA dan KAFA-I seluruh Negeri Selangor serta Program SEPINTAS iaitu Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor yang diuruskan oleh pihak SSDU dan juga pihak Perpustakaan Awam Negeri Selangor.
Dan soalan yang ditanya oleh Semenyih adalah berapakah kos? Kos yang ditanya adalah Jelajah Kita Selangor Penyayang, kita telah luluskan di pihak MMKN bernilai RM 4.16 Juta untuk 9 lokasi yang telah kita tetapkan. Dan kehadiran, dan program-programnya ditanya tadi saya sudah jawab, lebih kurang sama.
Manakala Permatang, adakah kita telah mendapat sokongan atau sambutan? Alhamdulillah kita dapat sambutan yang sangat baik pada Siri Pertama sebab itu kita lanjutkan pada Siri Kedua. InsyaAllah, kita akan kecilkan saiznya dan masanya. Kalau dulu, sebelum ini ia mengambil masa 2 hari lebih. Sekarang kita telah pendekkan ke setengah hari dan pada masa-masa akan datang kita akan pendekkan mengikut lokaliti dan saiz program yang kita ingin laksanakan. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 87, di mana Speaker pada satu masa ke suatu masa perlu mengeluarkan Petua berkenaan perkara ini. Saya ingin mendapatkan panduan dan Petua daripada Tuan Speaker mengenai kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor kerana situasi politik semasa menunjukkan rakan-rakan saya dalam UMNO ini lebih selesa dengan Pakatan Harapan dan DAP. Jadi saya kira Sungai Air Tawar mungkin kurang efektif dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang. Semalam pun, saya ada berbincang dengan Sungai Air Tawar, dia pun rasa sukar untuk membahas pada hari
ini bagi pihak pembangkang dan beliau bersedia untuk menyerahkan tugas dan tanggungjawab Ketua Pembangkang ini kepada pihak kami. Jadi saya ingin hendak mendapat Petua lah daripada Speaker. Ini adalah keadaan sebenarnya, Sungai Air Tawar tidak lagi efektif sebagai Ketua Pembangkang.
Penting Dewan Negeri Selangor ini mewujudkan suasana yang cukup sihat dengan adanya Pembangkang yang efektif dan berkesan. Jadi saya pohon persetujuan Tuan Speaker untuk saya mencadangkan Yang Berhormat Sijangkang sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor.
Dan pada petang ini atau selepas ini kita mula dengan sesi perbahasan. Sudah pastilah peranan Ketua Pembangkang itu penting untuk membahaskan bagi pihak negeri Selangor. Jadi saya ingatlah eloklah kita putuskan sekarang supaya Sijangkang dapat mengambil peranan dan kalau dipersetujui Sijangkang bolehlah berpindah ke kerusi sebelah ini dan Rizam atau Sungai Air Tawar, kerusi yang diputuskan oleh Speaker. Mungkin di sebelah sana. (Dewan ketawa). Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Speaker, adakah perkara ini perlu dibahaskan. Kalau perlu dibahaskan saya hendak nyatakan kedudukan saya, saya membangkang cadangan tersebut.
Baik. Baik. Baik. Nanti saya buat keputusan. Bukit Antarabangsa, saya telah dengar cadangan daripada Bukit Antarabangsa itu tentang Petua Speaker ya. Setakat ini saya akan membuat keputusan kemudian kerana saya belum dapat makluman daripada Sungai Air Tawar. Ini cuma andaian dan percakapan daripada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa tentang ketidakminatan dan sebagainya. Surat letak Jawatan masih belum lagi dimaklumkan. Saya akan uruskan kemudian ini, secepat mungkin. Walau bagaimanapun, perbahasan nanti saya akan bagi, tiada masalah, soal perbahasan. Sijangkang hendak berbahas tiada masalah, kita akan bagi masa dan ruang yang secukupnya. Sekian. Terima kasih ya. Baik.
Cuma saya cadang, Sijangkang diberi masa yang panjanglah.
InsyaAllah. Baik. (Dewan ketawa). Silakan, Bukit Lanjan.
Usul menyampaikan ucapan sembah kasih serta menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan Mesyuarat seterusnya, Usul menyampaikan ucapan sembah kasih serta menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya memohon untuk membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, Ampun Tuanku, Patik-patik sekalian iaitu Tuan
Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah dan terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi suka dengan rasminya Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2023.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Salam sejahtera dan salam ukhuwah untuk semua.
Air beriak tanda tidak dalam, Air tenang seperti belian, Izinkan saya ucapkan salam Untuk para hadirin sekalian.
Salam reformasi dan salam perpaduan, salam Madani. Sebelum saya memulakan bicara ini saya ingin menjemput Ahli-ahli Dewan untuk mengenang dan menghadiahkan doa kita kepada lebih daripada 50 000 keluarga mangsa-mangsa bencana banjir di negeri Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabak dan Sarawak termasuk Selangor juga yang terkesan kerana bencana banjir yang melanda negara ini. Semoga mereka diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran getir ini.
Tuan Speaker, sidang Dewan ini adalah sidang terakhir pada penggal ini sebelum dibubarkan tidak lama lagi. Berdirinya saya di sini sejak dari 2018 di bangku depan ini membawa isu rakyat, silih ganti berdebat untuk membawa perubahan. Sebab perubahan bukan sahaja menyinggah sebagai titik noktah tetapi juga dalam kehidupan harian rakyat. Bagai arus sungai lalu menghempas batu di pesisiran. Kerajaan Selangor terus gah, teguh dalam mencari sumbang terbesar keluaran negara kasar KDNK iaitu sebanyak 24.8% pada tahun lalu. Sasaran awal yang ditetapkan hasil kutipan hasil negeri Selangor RM 2.5 Bilion telah dilangkaui dengan kutipan hasil sebanyak RM 2.533 Billion, tahniah, syabas. Siapa yang berani kata Kerajaan Negeri Selangor gagal, sila buka mata, bersihkan telinga, jangan cemburu.
Hati kena bersih.
Selain daripada itu, pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berhubung rizab Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor semenjak 24 November 2022 yang dicatatkan sebanyak RM 3.2 Billion berbanding dengan RM 2.8 Billion pada tahun sebelum ini. Kita perlu ingat ini adalah zaman ataupun masa ketika pada Pandemik Covid-19 melanda negara ini, termasuk negeri Selangor juga terkesan tetapi negeri Selangor kita dapat bukan sahaja dapat meningkatkan kutipan hasil negeri tetapi kita juga boleh meningkatkan rizab simpanan duit untuk rakyat negeri Selangor. Syabas dan tahniah.
Jangan hirau ada tohmahan jahat daripada luar, yang penting kita tahu apa fakta yang mana itu auta.
Tahun ini masuk tahun kelima belas Selangor di bawah tatah kelola Kerajaan Harapan. Setengah dekad negeri Selangor telah dilakukan perubahan menyusuri arus perubahan dunia yang mana telah dibuktikan peningkatan rizab simpanan negeri yang meningkat, pelaburan tinggi telah masuk melabur dan menstabilkan ekonomi negeri. Dan kerana itulah kita telah dapat membantu rakyat mengangkat martabat mereka, memperhalusi taraf kehidupan rakyat jelata Selangor dalam bibit-bibit kesusahan hidup bak kata bak bagai condong di tumpil, lemah di anduh yang bermaksud memberi pertolongan kepada orang yang dalam kesusahan. Bertapa banyaknya skim bantuan telah diumumkan untuk kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
Dari anak yang lahir 30 hari di negeri Selangor yang mana sudah layak memohon lindungan insurans INSAN sebanyak RM 10 000.00. Anak itu kemudian membesar layak mendapat Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar sebanyak RM 100.00. Dan juga, Skim Bantuan Tadika sebanyak RM 50.00. Tambah pula bantuan Back To School, dengan izin semasa alam persekolahan selain dari bimbingan percuma melalui Program Tuisyen online dan Program Tuisyen Rakyat Selangor. Saya juga baru dimaklumkan bahawa di Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah ada lebih 32 bahasa negara yang kita boleh belajar melalui online. Siapa hendak berhubung dengan kawan-kawan, nak friend dengan orang yang duduk di Korea Selatan. Kalau suka BTS, Blackpink sekarang boleh belajar untuk berhubung ataupun in discuss atau berbincang dalam bahasa Korea. Kepada sesiapa yang suka bahasa yang sangat romantik seperti bahasa Perancis. Saya belajar bahasa Perancis. Itu kita boleh semua bukan sahaja anak-anak muda malah dewasa pun boleh, Ahli Dewan Negeri pun boleh. Siapa nak tahu bahasa Arab, Jepun dan sebagainya. Jadi, syabas dan tahniah kepada Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Kemudian, apabila anak tersebut tamat persekolahan dia akan dibantukan dengan hadiah IPT sebanyak RM 1,000.00, jika mendapat di mana-mana IPTA di Malaysia. Kita tambah lagi dengan Bantuan Pendidikan Dan Biasiswa Selangor Serta Kemahiran Teknikal (SMART Selangor).
Kemudian, anak yang masuk alam pekerjaan disajikan dengan pelbagai peluang melalui Inisiatif Selangor Kerja, Karnival Kerjaya Selangor, Latihan Usahawan (SITEC) dan pelbagai dana dan usahawan melalui Skim Hijrah Selangor, Dana Bantuan Mikro, Bantuan Blueprint Basmi Kemiskinan disediakan untuk menjana pendapatan. Selepas berumah tangga, jika pendapatan kurang daripada RM 3,000.00 maka mereka layak mendapat bantuan BINGKAS sebanyak RM 300.00 sebulan untuk membeli barangan asas dan bantuan Baucar Perayaan sebanyak RM 200.00 untuk tahun ini pada hari perayaan. Tidak ada dan tidak pernah dibuat di mana-mana negeri di Malaysia, hanya di Selangor, hanya di Selangor, Selangor unggul.
Untuk mendirikan rumah tangga Kerajaan Negeri Selangor peka dengan keperluan perumahan maka Kerajaan menzahirkan Skim Rumah Selangorku dan jika tidak berkemampuan untuk membeli rumah Skim Smart Sewa dan Skim DanaSEL diperkenalkan yang mana beberapa tahun penyewaan skim ini akan mendorong pemilikan rumah sendiri bagi pendekatan sewa dan beli. Salah satu keperluan utama untuk golongan muda iaitu perumahan tidak menjadi masalah di negeri ini. Baru-baru ini Yang Berhormat Batu Tiga juga telah umumkan bahawa bujang pun ada Skim Perumahan Khas, ini saya rasa satu pendekatan yang sangat menarik khususnya di kawasan bandar. Kawasan seperti di Lembah Klang di mana mereka memerlukan satu tempat yang tidak besar tetapi yang penting adalah kosnya tidak tinggi untuk mereka memiliki rumah tersebut.
Bab kesihatan, juga tidak ada kompromi. Dari pembedahan katarak, dialisis, buah pinggang, kaki palsu, dari skim rawatan jantung, nutrisi makanan kanak-kanak, kerawatan tibi, tepuk dada tanya selera. Bukan itu sahaja, di bawah Saringan Selangor pemeriksaan di mana saringan pemeriksaan fizikal, ujian darah, diabetes, monogram, mata, gigi, telinga, kanser, prostat pun ada tetapi saya difahamkan ramai ADUN lelaki minta ujian prostat. Saya difahamkan tiada satu pun tak nak try ujian tersebut. Saya harap masih ada masa 2 bulan untuk ... masih ada, ok. Banyak lagi.
Dah buat dah, dah buat.
Oh! Dah buat. Tahniah. Syabas. Semua yang belum buat, boleh buatlah sebelum akhir penggal ini. Banyak juga disaring secara percuma sehingga kesihatan mental. Yang saya dengar tadi di luar, melalui Inisiatif Sihat Selangor untuk membuat pengesanan awal barang risiko penyakit.
Kita juga ada Jualan Ehsan Selangor yang dimulakan pada tahun lepas. Bila kita tidak cukup ayam, tak cukup telur, minyak, kos minyak masak sangat tinggi, hanya Kerajaan Negeri Selangor boleh turun bawa telur, ayam, ikan.
Turun bawa telur, ayam, ikan sampai saya jadi macam checkout girl di Lotus Tesco. Saya pun bungkus, ambil duit semua. Tapi ini adalah perkhidmatan yang kita salurkan, direct to the people secara langsung kepada rakyat. Kita jumpa rakyat kita bantu mereka.
Bukit Lanjan, celahan boleh?
Ha silakan Seri Setia.
Terima kasih. Saya nak tanya pandangan Bukit Lanjan. Dalam sosial media yang mengatakan kononnya jualan
Ehsan Rakyat ini hanya tertumpu satu bangsa sahaja. Ada bangsa lain yang tak dapat merasa. Apa pandangan Bukit Lanjan?
Ini fitnah taraf first class. Kita biasanya first class itu perkara yang bagus tapi ini fitnah first class ini perkara yang tak bagus. Mana, mana bukti? Saya nak tunjukkan di mana saya boleh sebut di mana saya buat program Jualan Ehsan Selangor. Damansara Damai. Sembilan puluh peratus kaum india, eh bukan. Kaum Melayu yang duduk di Damansara Damai. Okay? Taman Ehsan, kita sengaja buat dekat masjid, dekat kawasan yang kita rasa banyak penduduk yang susah. Kita buat di pangsapuri kos rendah. Itu dekat pangsapuri kos rendah ini, tidak kira bangsa lah. Melayu ada, india pun ada, cina pun ada. Jadi kita buat semua ini yang penting adalah orang yang perlu bantuan, yang perlu makanan, yang murah, dan bagus Kerajaan Negeri Selangor mampu salurkan bahan-bahan makanan tersebut. Terima kasih lah kepada Pandan Indah dan juga team daripada PKPS. Saya, sebenarnya bila saya jadi, semasa saya jadi EXCO saya jarang puji PKPS. Saya selalu gaduh dengan PKPS. Kerana mereka, kadangkala ada buat sedikit masalahlah. Bagi saya masalah. Sebagai, masa itu mantan EXCO Alam Sekitar. Tapi, dalam
Bukit Lanjan, boleh saya tambah sedikit?
Dalam bab JES ini, saya sokong PKPS seratus peratus. Ya, silakan Seri Setia.
Saya ingat kita dalam Dewan ini kena bagi tepukan yang gemuruhlah kepada PKPS.
Ya.
Mereka ni pukul tiga pagi empat pagi dah keluar untuk hantar barang kawasan kita. Terima kasih.
Betul, betul. Terima kasih, terima kasih. Betul. Betul. Jadi, kita puji apa yang betul, kalau ada yang silap kita beri kritikan yang membina. Constructive criticism dengan izin. Kalau nak tambah lagi, bantuan Iltizam Sihat Selangor yang akan dimasukkan nilai sebanyak RM 500.00 untuk pakej kesihatan keluarga dan RM 200.00 bagi individu dalam kad pengenalan masing-masing yang mana mereka boleh menggunakan rawatan di klinik-klinik panel di Negeri Selangor. Nak tambah lagi ini macam sale tambah lagi Skim Mesra Usia Emas. Shopping baucar sebanyak RM 150.00 setiap tahun, jaminan khairat kematian sebanyak RM500.00 bagi warga emas Selangor. Sebagai satu tanda penghargaan dan kasih sayang Kerajaan Pakatan untuk yang telah berjasa dan berjasa Negeri Selangor. Tambah lagi lah OKU pengundi Negeri Selangor yang berumur 18 tahun
dan ke atas, juga akan dapat shopping baucar sebanyak RM 150.00. Selain daripada itu, saya juga ingin ucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri (PWN) dan juga Dato’ Menteri Besar kerana tahun lepas di penghujung tahun lepas bulan Oktober November masa itu. Kita dapat satu suntikan khas untuk membuat projek. Projek ini dipanggil projek Selangor Penyayang (PSP). Jadi, projek ini sangat-sangat penting kerana kita dapat membantu pelbagai rakyat dilapangan dalam mengubah suai, menambah baik aset-aset yang mereka ada ataupun aset-aset kerajaan. Ya, silakan Banting.
Banting
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya apabila mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan, teringat saya apa yang berlaku sejak tahun 2008. Kita sudah memegang Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 dan tahun ini kita akan masuk ke tahun yang kelima belas. Jadi, sepanjang perjalanan kita ini, barangkali pada masa tahun 2008 kita tak ingat kita akan dapat mencapai begitu banyak, kita ada 46 Iltizam Selangor Penyayang. Tak tambah lagi dengan PSP, tak tambah lagi dengan Roda, macam-macamlah kita ada. Sehingga kita ini pada mulanya kita boleh ingat berapa banyak program yang kita ada. Saya rasa kita mula dengan SMUE lah sebagainya. Sekarang ini kita dah macam semua sudah cover. Macam-macam ada. Mana satu yang tak ada, kita buat. Dan kita buat dengan berjaya. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan, bukankah pernah bahawa kerana prestasi kita adalah begitu kukuh dan kita berterima kasih kepada pembayar cukai yang ada di Selangor kerana sudi memberi sumbangan dari segi hasil cukai dan sebagainya kepada kita untuk melaksanakan begitu banyak program. Bukankah pernah bahawa kerana kita ini begitu kukuh, begitu hebat, begitu yakin, begitu kemas sehinggakan pihak yang sebelah selatan sanalah pihak yang sebelah sana dia kecundang. Dia ketandusan idea sehingga mereka perlu melawan fakta dengan hanya auta dan fitnah sahaja. Kalau tidak mereka tidak ada apa-apa yang boleh menyerang kita. Betul ke tidak?
Susah untuk saya jawab. Saya tidak mahu mewakili pihak pembangkang. Tapi, yang jelas lah mengapa saya nak sebut semua ini kerana saya nak ingatkan semua Ahli Dewan Negeri tidak kira daripada bangku mana bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah berkhidmat untuk rakyat memberi pelbagai bantuan dan juga saya boleh kata keistimewan, keistimewaan kepada rakyat dan juga pengundi Negeri Selangor kerana tatakelola dan juga pentadbiran yang jujur, yang telus. Kalau seorang, sebuah kerajaan tidak telus, hanya nak beli kereta mewah untuk EXCO, beli Mercedez Benz semua ini, memang kita tak, tak boleh nampak duit Kerajaan itu di boleh disalurkan secara efektif kepada rakyat.
Bukit Lanjan, nak tanya.
Ya, Taman Medan. Silakan
Negeri mana tu? Negeri mana tu?
Semua pandai-pandai tahu lah. Boleh google. Google.com. Jadi, tuan, Tuan Timbalan Speaker, saya nak sebut dalam Dewan yang mulia ini projek-projek yang dilaksanakan di bawah PSP, Projek Selangor Penyayang di kawasan saya. Kerana saya tak nak dengar macam tohmahan bahawa projek ini hanya membantu satu kaum saja. Tak. Ini membantu semua orang. Ya. Sebagai contohnya, projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah PSP ini contohnya cadangan mengubah suai lantai mozek dan kerja-kerja berkaitan di sekolah Agama Rakyat (KAFA). KAFA Integrasi Ar-Rahman flat Pelangi Damansara. Ini untuk sekolah KAFA. Selepas itu, kita turap dataran dan juga jalan di sekitar kawasan masjid Ar-Taibin Taman Bidara, Selayang. Lepas itu, kita ada menaik taraf taman permainan di dua tiga padang permainan. Tambah lagi kita naik taraf badminton court. Kita naik taraf court bola keranjang dan sebagainya. So, saya ucapkan lah ribuan terima kasih kepada pihak EXCO dan juga Dato’ Menteri Besar yang telah memberi tanah yang cukup supaya kita boleh memenuhi hasrat penduduk. Selain daripada itu, saya juga nak sebut di bawah EXCO Alam Sekitar. EXCO Alam Sekitar tahun lepas telah memberi satu peruntukan yang sangat mencukupi untuk memasang lampu solar. Lampu solar ini kita dapat letak dekat satu flat di kawasan saya. Satu flat pangsapuri low cost. Saya baru pergi ke sana, saya terkejut. Saya tak pernah nampak kawasan itu futsal court terang sebegitu. Jadi sekarang malam-malam ini mereka menggunakan api, tenaga api ataupun elektrik secara percuma kerana pagi mereka sudah simpan melalui solar panel atas bumbung, masuk dalam satu macam bateri dan bateri itu cukup untuk digunakan dari pukul tujuh sehingga dua belas dan masa itu pun tak boleh habis guna. Jadi ini adalah projek-projek yang memberi manfaat kepada penduduk di Negeri Selangor. Jadi di Negeri Selangor untuk tahun ini kita juga ada PSP 2.0. Projek Selangor Penyayang 2.0. RM 1 Juta untuk setiap DUN. Saya harap kita dapat melihat the fruits of our labor dengan izin sebelum Dewan ini dibubarkan. Di Negeri Selangor tidak ada yang tertinggal dengan izin, no one left behind. Atas dasar kerajaan mengumumkan Iltizam Selangor Penyayang yang mengutarakan sebanyak 46.. 42 atau 46?
46?
46
Haa... 46 inisiatif untuk rakyat
Itu inisiatif sahaja.
Haa... inisiatif sahaja. Betul. Saya pun tak boleh keep up you know. Kadangkala 42 tambah lagi, tambah lagi. So, ini adalah satu Kerajaan Negeri yang sangat dinamik. Dinamik. Merangkumi kebajikan, keluargaan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perumahan. Rakyat Selangor dapat manfaat dan juga bantuan yang menyeluruh atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga nak sebut, nak ingatkan semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang mulia ini, bahawa selain daripada kebajikan untuk rakyat, kita juga ada melaksanakan reformasi dalam Dewan Negeri Selangor dan juga di peringkat kerajaan iaitu dari segi perundangan dan juga urus tadbir. Kita telah pinda banyak Rang Undang-undang Enakmen. Tahun lepas sahaja di peringkat pusat baru mereka masukkan pindaan dalam Akta Perhutanan Negara mewajibkan ada pendengaran awam dan terbuka untuk kalau ada hutan simpan yang bakal dinyawartakan. Di Negeri Selangor kita telah buat selama 10 tahun, lebih daripada 10 tahun kita mula di Negeri Selangor. Tahun ini, di bawah Kerajaan Madani Perpaduan, di bawah, di bawah pimpinan Perdana Menteri yang Ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim, baru kita boleh dengar bahawa mereka mula meneliti macam mana boleh menggubal satu rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat ataupun Freedom of Information dengan izin. Tapi di Negeri Selangor kita sudah buat lebih daripada 10 tahun. Jadi, reformasi dari segi perundangan itu, adalah penting. Kita ada jawatankuasa yang sangat aktif. Saya nak sebut PAC (Public Accounts Committee) saya duduk pun saya rasa takut. Semua termasuk Ahli Dewan Negeri seperti Sungai Pelek, Sungai Pelek dalam PAC kan? You in PAC kan?
Ya. (ketawa). Dia dah lupa. Dia sudah lupa, PAC. Kota Anggerik, Kampung Tungku saya duduk di sana saya macam satu jawatankuasa pembangkang. Semua hantam saja Kerajaan Negeri tapi itu adalah satu perkara yang bagus kerana maksudnya kita dengan izin, check and balance Kerajaan Negeri dalam semua aspek kewangan, dalam aspek pengauditan dan sebagainya. Jadi, saya walaupun Sungai Air Tawar tidak tahu mengapa tidak hadir pada pagi ini tapi, pimpinannya saya rasa agak bagus kerana objektifnya adalah untuk cari pasal. Kerajaan Negeri Selangor dan kita perlu semak imbalan tapi kalau kita cakap di luar, cari pasal lah. Tapi cari pasal dari segi ketulusan dan juga pengauditan Kewangan Kerajaan Negeri, Kewangan Kerajaan Negeri Selangor itu adalah satu perkara yang sangat bagus dan saya harap perkara ini akan diteruskan. Jadi, namun begitu walaupun saya sudah sebut, saya sudah menyenaraikan pelbagai perkara yang bagus yang dilakukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, baru-baru ini masih ada orang yang memekik di tengah padang yang luas mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah kerajaan perompak. Negeri Selangor negeri perompak.
Mana ada perompak akan ambil duit lepas itu bagi rakyat. Itu bukan perompak, itu adalah kerajaan yang bagus yang telus, yang bertanggung jawab. Jadi kalau Negeri Selangor ini negeri perompak, tak mungkin pelabur masuk begitu ramai. Saya difahamkan Bandar Baru Klang, Yang Berhormat EXCO telah pergi ke Jepun untuk
mendapat lebih pelabur dan mereka amat minat untuk melabur lagi di Negeri Selangor kerana di sini senang untuk buat business Ketulusan ada, kerajaan yang bertanggungjawab ada, kestabilan juga satu perkara penting untuk mana-mana kerajaan. Jangan lupa juga Negeri Selangor adalah negeri pertama dalam sejarah negara yang mempunyai rancangan pembangunan iaitu Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Demi pembangunan lestari demi kesejahteraan rakyat. Perompak tak akan buat macam ini, perompak just tak kisahlah, tak ada rancangan pun, just ambil duit sahaja dan lepas itu tidak lapor kepada rakyat.
Jadi hari ini Kerajaan Selangor adalah satu kerajaan kebajikan yang telus di bawah pimpinan tidak lain tidak bukan Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya ucapkan dan juga pasukan EXCO. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka dan saya harap mereka....
Mohon mencelah.
Bukit Lanjan
....ada mandat untuk teruskan ya...
Bukit Lanjan. Bandar Utama.
Sorry, sorry. Okay silakan Bandar Utama.
Yang Berhormat tadi Bukit Lanjan ada membangkitkan bahawa Kerajaan Negeri merupakan boleh dikatakan sebuah kerajaan kebajikan. Saya harap mungkin Yang Berhormat Bukit Lanjan dapat memberikan sedikit pencerahan tentang tugas dan peranan Kerajaan Negeri kerana banyak masa yang kita dapat melihat sebenarnya tanggungjawab Persekutuan ini telah diberikan kepada Kerajaan Negeri tanpa disedari oleh warga Selangor. Jadi mengambil contoh seperti Program Vaksin yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini di mana ia sepatutnya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh sebab Kerajaan Negeri mengambil sikap proaktif dalam membantu warganya oleh itu kita telah menjalankan pelbagai jenis program yang sepatutnya di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi saya harap mungkin Yang Berhormat Bukit Lanjan dapat memberikan sedikit penjelasan supaya warga Selangor dapat mendengar bagaimana Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya telah menjalankan tugas bukan sahaja dengan baik malah melebihi apa yang sepatutnya dilakukan, terima kasih.
Terima kasih Bandar Utama, yang saya telah senaraikan tadi adalah antara program-program kebajikan. Boleh
katakan 90% program yang telah saya sebutkan daripada SMUE kepada Saringan Kesihatan, kepada Saringan Prostat, Pembedahan Jantung, untuk Tuisyen Rakyat dan sebagainya boleh katakan semua ini Kerajaan Negeri tidak perlu buat. Tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah sangat dengan izin, sangat limited sangat terhad. Jaga tanah lepas itu, Negeri ada hak dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara dan juga memulihara hutan ataupun dengan izin nature resource, air selepas itu juga Bidang Kuasa Negeri adalah untuk mengurus tadbir ataupun menjaga Agama Islam dalam negeri tersebut. Jadi dalam Perlembagaan Persekutuan memang sangat sedikit sahaja. Tetapi di Negeri Selangor kita boleh nampak ada sedikit kekurangan. Mungkin di peringkat pusat sebelum ini susah nak turunkan bantuan kepada rakyat. Mungkin mereka terlalu jauh Putrajaya dan sebagainya. Saya harap kerajaan baru ini sejak bulan November sebelum ini, tahun lepas selepas Pilihan Raya Umum ke-15, saya yakinlah mereka ada mata yang lebih cerah, lebih jernih, lebih terbuka dan saya yakin juga mereka akan laksanakan program-program kebajikan yang boleh dengan izin cover apa yang kita telah memperkenalkan di Negeri Selangor.
So, saya rasa dari EXCO Negeri Selangor juga boleh memperkenalkan ataupun memberi taklimat kepada pihak Putrajaya, macam mana program-program kita boleh berjaya di Negeri Selangor dan macam mana Putrajaya juga boleh mengambil kesempatan untuk mengambil idea-idea kami di Negeri Selangor. Jadi kalaulah yang saya sebut, janganlah kalau berdepan mikrofon ataupun di depan komputer seseorang itu boleh berbicara sewenang-wenangnya. Membawa fitnah menanam kebencian begitu sahaja. Orang bandar kata mulut tidak ada insurans. Berbicara dari langit ke bumi soal integriti maruah dan jati diri. Dilaungkan perjuangan dan kesetiaan. “Hai cik tuan bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tidak sedar”. Dipersendakan lagi, ada yang dipersendakan lagi. Katanya badut-badut, clown-clown dalam Pakatan Harapan ini rakyat akan bangkit dan humban badut-badut ini dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Saya mengambil iktibar atas pedoman ini dan ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Gombak. Atas kecekalan mereka menghumban badut-badut yang sepatutnyan dalam PRU ke-15 yang lalu. Ingat pengkhianatan berbunga untuk seketika sahaja, harum wangi pada awalnya, kemudian menjadi reput dan busuk. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, izinkan saya melafaz sebuah ungkapan yang pernah disebut oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama negara kita dengan izin “ We are all Malaysians. This is the bond that unites us. Let us always remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation” itu merupakan kata-kata bapa kemerdekaan negara. Sesungguhnya kesedaran terhadap perpaduan sesebuah negara akan membentuk hala tuju negara yang matang.
Bukan itu sahaja, kemasukan pelaburan yang berkait rapat dengan perpaduan antara kaum dan kestabilan dalam negara. Kestabilan negara dicabar pertama kali pada tahun 2020 sewaktu langkah Sheraton yang diatur oleh pembawa agenda tersendiri dan pengkhianat-pengkhianat di kalangan ahli politik. Suka saya ingatkan insiden
tersebut akan terpahat dalam sejarah politik Malaysia untuk selamnya dan anda atau sesiapa yang bersengkokol dengan konspirasi tersebut akan menjadi topik pembelajaran bakal-bakal graduan jurusan Sains Politik dan Guaman kita untuk beberapa generasi yang akan datang. Dalam mencerakinkan setiap karakter-karakter dan tipu muslihat yang diatur untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara proses demokratik semasa pilihan raya. Di situlah bermulanya sebuah titik hitam di dalam sejarah politik negara yang mana telah menyaksikan pertukaran sebanyak 3 Perdana Menteri dalam masa 1 penggal parlimen. Tahap kestabilan negara yang terus menerus terjejas di mata pelabur asing dan negara-negara luar. Saya membawa isu ini sebab, hari ini masih ada lagi tak henti-henti tak serik lagi nak tukar Kerajaan Pusat sehingga ada yang tercakap “Kalau jatuhlah, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dindingnya pecah”. Siapa akan sebut perkara ini? Opss. Okay, angkat. Okay.
Dengan izin Tuan Timbalan Speaker saya akan sambung ya.
Baik teruskan.
Siapa akan cakap sebegitu tidak lain tidak bukan seorang perompak, yang nak masuk dalam sebuah rumah yang mana tebuk atapnya bocor pintunya terbuka dindingnya pecah. Sampai bilalah berperangai. Sebegini. Mengapa masih memanjangkan kesengsaraan rakyat sejak Sheraton move. Kalau tidak menyokong Kerajaan Pusat tidak apa, tetapi jangan merosakkan masa depan negara. Bukankah Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang tidak tahu hal sedemikian akan menurunkan persepsi pelabur terhadap kestabilan negara. Tidak tahu ataupun tidak ambil tahu. Maka, saya amat bersyukur kerana di Negeri Selangor sejak 5 tahun ini, sejak tahun 2018 walaupun ada banyak usaha nak menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor kerana pengundi di Negeri Selangor memberi mandat dan juga majoriti yang sangat jelas kita dapat mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Harapan.
Ahli-Ahli Dewan Negeri saya juga ucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang kekal dalam Pakatan Harapan ini oleh sebab itu selepas 5 tahun kita boleh lihat buah dan bunga yang keluar daripada usaha dan juga kesetiaan Ahli-Ahli Dewan Negeri ini. Saya juga rasa cukup terkilan dengan hala tuju perkembangan politik mutakhir ini yang mana budaya kebencian semakin membuak-buak di kalangan masyarakat terutama di golongan muda. Mereka diberikan pendedahan yang palsu dan berunsur fitnah, diberi tunjuk ajar yang songsang, melawan prinsip kesepaduan kita dan mereka dipergunakan untuk tujuan politik persendirian sesetengah pihak yang berkontradiksi.
Pada tahun 2019, Malaysia meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia layak mengundi dan menjadi calon Pilihan Raya kepada 18 tahun selain kepada mendaftar golongan berusia 18 tahun ke atas sebagai pemilih secara automatik.
Bagaimanapun kajian dan tinjauan mendapati belia Malaysia agak keterbelakangan dalam aspek penglibatan politik berbanding dengan negara serantau seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina. Seperti yang ditunjukkan oleh indeks Pembangunan Belia 2020. Menurut tinjauan aspirasi manifesto belia 2022 yang dijalankan oleh undi 18 dan Architect Of Diversity (AOD) dengan izin sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 rata-rata golongan muda di negara ini berada atas pagar. Saya menegaskan bahawa berikanlah kebebasan pilihan kepada mereka. Wujudkan satu kondisi yang akan merangsangkan buah fikiran dan intelektual mereka untuk memberi cadangan pembangunan dan manifesto yang berkesan kepada anak muda. Jauhilah daripada menggunakan sentimen-sentimen perkauman yang sempit dan meracuni fikiran mereka. Menghadkan naluri perpaduan mereka dan terus hidup dengan ideologi fahaman fanatik melampau yang tidak menguntung mereka yang berminat sosio ekonomi mereka dan keluarga mereka. William Shakespeare mengatakan dengan dengan izin “We know what we are but know not what we may be?” Fahaman sempit dan sehaluan akan membuka laluan kepada golongan radikal untuk menjual idea yang sama menarik golongan muda kita ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Setelah hampir 66 tahun kita mencapai kemerdekaan, kempen politik pada PRU 15 yang lepas oleh beberapa pihak yang telah melitar api dalam sekam melalui contoh dan teladan yang tidak baik untuk perpaduan negara dan jika isu ini tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh kita, maka ia boleh menjadi sebuah permulaan untuk kemusnahan perpaduan antara masyarakat. Umum mengetahui bahawa usia layak mengundi pada kali ini adalah bermula umur 18 tahun. Tujuan asal bagi perubahan ini adalah untuk mendidik anak-anak muda kita yang merupakan pemimpin masa depan dan akan menjadi tunjang ekonomi kita. Negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Cambodia mereka sudah ada generasi muda yang boleh katakan mengambil maklum dan prihatin tentang perkembangan politik negara mereka. Jadi inilah masa yang tepat kita mula di negeri Selangor, kita mula di Malaysia.
Namun apakah daya, idea perubahan ini disalah tafsir dan di hala kirikan oleh sesetengah golongan berkepentingan. Yang paling menyedihkan telah menjadi ikutan segelintir ibu bapa yang mempunyai anak-anak muda. Fitnah jahat seperti undi PH, BN akan masuk neraka yang kita dengar sebelum ini. Minta maaf beberapa kali pun. Tetapi kenyataan kebencian seperti ini apakah ada segan dan silu untuk keluar dari mulut seorang ahli politik dewasa.
Bukit Lanjan. Ingin mencelah.
Dusun Tua.
Dusun Tua. Silakan.
Bukit Lanjan tadi menyentuh berkenaan dengan sentimen-sentimen, fitnah-fitnah yang berbentuk mengapi-apikan
kebencian terutama di antara kaum dan sebagainya. Bersetuju atau tidak, jika dikatakan bahawa kita perlu berhati-hati kerana semakin sentimen-sentimen ini menjadi radikal, dia bukan sahaja kelak sekadar mengganggu gugat pilihan raya dan sebagainya. Tetapi juga boleh membawa kepada elemen-elemen keganasan. Kerana semakin radikalnya menjadi semakin besar api kebencian itu. Perlahan-lahan ia akan pergi ke arah yang lebih radikal dalam lebih militan. Kadang-kadang kita dah nampak orang dah mula nak angkat senjatalah dan sebagainya. Jadi apa pandangan Bukit Lanjan berkenaan hal ini. Terima kasih.
Bagi saya, kalau api perkauman ini bermula sangat susah untuk mana-mana pihak untuk padamkan. Ini bukan sahaja keganasan tetapi dalam perhubungan antara kaum, antara agama di Malaysia yang berbilang kaum, yang majmuk. Ini adalah asas negara ini tetapi kalau dibiarkan seperti itu, saya rasa masa depan kita agak kabur. Bukan kabur sahaja, mungkin jadi hitam. Jadi Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini dan juga Ahli-Ahli Politik dari mana-mana parti juga kita harus bertanggungjawab. Kita sudah dewasa, kita jangan guna isu perkauman yang untuk saya sangat menyedihkan dan juga sangat bahaya. Saya nak beri satu contoh, semalam saya buka Facebook saya tak nak cakap siapa punya Facebook inilah. Akaun Facebook ini, tetapi dulu dia kawan saya. Saya buka, artikel yang pertama dia tulis adakah Malaysia menjadi negara Christian Evangelist. Lepas itu dia letak grafik ataupun iklanlah di mana ada satu NGO namanya IMPAK. Saya tak kenal NGO ini, baru baca semalam dan mereka menggalakkan orang untuk melawat rumah ibadat bukan Islam dan juga masjid-masjid untuk menarik khususnyalah untuk mendapat hati, bukan hatilah untuk dengan izinlah to make dengan izin dalam bahasa Inggeris. To make young people concern about unity and also celebrate our differences. Kita meraikan kepelbagaian dan perbezaan kita. Kita ada respect. Kita perlu respect pelbagai agama dan juga kaum dan perkara ini sebenarnya dimulakan semasa kita jadi kerajaan pada tahun 2008. Nasib baik saya ingat. Masa itu, ada ramai rakan-rakan PAS, Bangsa Melayu, Agama Islam dia pergi ke gereja bukan untuk sembahyang tetapi untuk mengenal, to introduce each other dengan izin. Mengenal suai get to know each other, suai kenal dengan paderi. Bukan kerana kita nak samakan agama tetapi kita nak faham kedudukan masing-masing. Lepas itu ada juga paderi yang akan pergi ke Masjid dan kita masa 2008 kita galakkan. Kita bukan nak tarik orang masuk agama, tak. Kita nak orang faham. Saya sendiri pun, saya dijemput untuk masuk Masjid. Saya pakai tudung, tudung labuh sampai orang kata sudah masuk Islam. Saya belum. Belum, belum. Tetapi saya dijemput untuk menyaksi dan memahami dan saya rasa penduduk negeri Selangor yang beragama Islam sangat faham kehidupan kita.
Bukit Lanjan. Seri Setia nak mencelah.
Ya silakan Seri Setia.
Bukit Lanjan, saya punya cadangan, saya cadangkan apa kata kita letakkan ketetapan bahawa kita DUN Selangor menetapkan bahawa kita menolak sebarang unsur-unsur yang melibatkan penyentuhan agama, perbalahan dan kita mendesak Kerajaan Pusat ataupun Menteri yang terlibat untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka-mereka ini yang mula membabitkan. Sekarang ini dah mula membabitkan tentang isu agama dan kaum ini, yang ini yang kita takut dia dah mula dah. Saya ada baca artikel Yang Berhormat Bukit Lanjan yang nyatakan itu. Saya pun agak kesal dan dia melibatkan seorang Menteri.
Betul, saya amat setuju dengan cadangan Yang Berhormat Seri Setia kalau bolehlah, kalau diizinkan oleh Tuan Speaker, kita juga boleh juga ada satu usul tergempar pada hari Jumaat kalau boleh.
Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Saya rasa ini adalah perkara yang, di Dewan yang mulia ini kita harus bawa ke depan, di depan semua pengundi Negeri Selangor bahawa kita menolak perkauman di Negeri Selangor. Yes, ya Taman Medan.
Saya fikir mungkin kita boleh menidakkan apa yang didakwa di dalam paparan yang telah dibaca oleh Bukit Lanjan di media sosial itu dengan mengambil contoh apa yang pernah berlaku tatkala pandemik Covid-19 lalu. Antaranya pengalaman saya dan mungkin yang sama oleh-oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar serta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketika itu belum menjadi Perdana Menteri melawat sebuah rumah ibadat di kawasan Petaling Jaya iaitu sebuah rumah ibadat agama Sikh Gurdwara Sahib yang melaksanakan aktiviti pengagihan barang-barang bantuan untuk bukan sekadar Covid-19, banjir juga yang mana ia sebenarnya tidaklah boleh menjejaskan akidah ataupun agama anutan. Pihak-pihak yang bukan menjadi penganut agama rumah ibadat tersebut. Termasuklah yang Muslim. Malah kita juga menggalakkan satu situasi yang dipanggil hormat-menghormati respect dengan izin ya. Seperti mana kalau umpamanya masuk rumah ibadat Muslim bagi seorang bukan Islam dia ada adab dia. Sama juga bila masuk ke rumah ibadat kaum Sikh, penganut agama Sikh, Gurdwara kami yang lelaki ini dan perempuan jugalah kena tutup kepala, kebetulan saya pula masuk pakai songkok, dia terima juga. Menerima maknanya agama itu menerima perbezaan. Tidak ada masalah. Jadi mohon pandangan Yang Berhormat Bukit Lanjan tentang hal tersebut.
Itu satu cadangan yang sangat bagus, saya harap kita boleh teruskan kegiatan seperti ini untuk membawa rakyat
pengundi, penduduk di Negeri Selangor yang pelbagai kaum dan juga bangsa untuk bersama. Itu adalah, saya rasa itu juga inti pati apa yang disebut oleh Perdana Menteri Yang Ke-10 kita Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang masyarakat madani. Ia adalah masyarakat madani yang kita haraplah, kita bukan nak bermusuh dengan mana-mana pihak, kita nak faham. Lepas kita belajar, kita faham. Tetapi kita tak semestinya kita dipengaruhi. Jadi ini adalah satu perkara yang penting kerana saya amat risau tentang anak-anak muda di negara ini. Kalau mereka terus mendapat propaganda dengan tohmahan dengan fitnah yang berterusan sebelum pilihan raya pun ada, semasa pilihan raya umum pun ada.
Selepas pilihan raya umum masih berkekalan, saya rasa masa depan mereka tidak begitu baik. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan Negeri, saya juga ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan perbincangan dengan pasukan Cyber Emergency Response Team (CERT) Selangor dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung cara mengekang budaya kebencian yang telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial. Seperti yang saya sebut tadi. Bayangkanlah satu gereja dekat Klang ini dekat Klang, ini tepat mungkin Pandamaran punya. Our lady of Luth. Itu siapa punya tempat?. Pandamaran. Church. Gereja. Church ini ada berapa orang nak pergi, kecil sahaja tetapi sangat bersejarah. Lebih daripada 100 tahun. Tetapi hari ini disebabkan oleh posting media sosial yang tidak bertanggungjawab yang sebenarnya fitnah, pengunjung ataupun penganut Kristian bukan Kristian yang katolik yang pergi sana mungkin rasa takut. Mungkin juga ada orang yang terpengaruh nak serang gereja ini. So, dengan izin, very irresponsible khususnya untuk ahli-ahli politik menabur fitnah seperti ini. Jadi kita juga mesti ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya beralih kepada topik yang saya amat gemar iaitu perubahan iklim. Tuan Speaker, izinkan saya untuk menyentuh sedikit berhubung isu perubahan iklim yang mempunyai kaitan langsung dengan apa yang negara kita sedang melalui termasuk Negeri Selangor. Masalah pemanasan global yang dipersetujui untuk mengehadkan pada tahap 1.5 darjah Celcius pada Konvensyen Iklim Dunia yang terbaru seakan-akan tiada kesan terhadap peredaran laju negara dunia mengecapi perubahan. Isu ini juga telah dinyatakan oleh Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier sewaktu lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini. Selain menyatakan komitmen pelaburan syarikat-syarikat Jerman di Malaysia. Beliau juga menyentuh berhubung keperluan mengekalkan tahap pemanasan global ini dalam sesi sidang media. Suhu semasa bumi yang hampir 1.3 darjah Celcius bakal meningkat pada tahun-tahun yang akan datang dan ketinggian paras laut akan semakin meningkat. Untuk sebuah negeri seperti Selangor di mana persisiran pantainya juga panjang, ada banyak masyarakat yang duduk sebelah pantai dengan izin coastal area di bagan-bagan dan juga kampung nelayan, mereka akan menghadapi kesan yang sangat buruk kalau kita tidak mengehadkan suhu dunia ini daripada peningkatan. Selain daripada itu, pada tahun ini dijangka kita akan berubah daripada fenomena La Nina.
La Nina itu simptomnya adalah hujan lebat seperti yang kita selalu mengalami untuk 2-3 tahun ini kita akan ada, besar kemungkinan akan beralih ke fenomena La Nino. Jadi untuk sesiapa yang masih ingat pada tahun 2014. Masa itu saya EXCO Alam Sekitar bersama dengan Sijangkang juga masa itu EXCO, masa itu sangat panas tak ada air, tiap-tiap hari kita meneliti aras semua empangan di Negeri Selangor setiap hari. Kalau turun satu peratus kita semua sudah panik di Lembaga Urus Air Selangor jadi dan masa itu kita terpaksa buat dengan izin cloud seeding, dengan izin kita membenihkan awan supaya hujan boleh turun, ada hutan yang bakar, jadi dia akan jadi cuaca yang ekstrem tetapi bertentangan dengan apa yang kita sedang mengalami pada ketika ini. Jadi amat penting kita bersiap sedia tidak kira banjir ataupun kemarau di Negeri Selangor kita perlu adakan semua fasiliti infrastruktur yang sedia. Ini dipanggilkan mitigasi. Jadi saya amat bersyukur bila saya dengar jawapan yang diberi oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang jaga alam sekitar dan juga perubahan iklim Yang Berhormat Kajang. Di mana beliau telah menyenaraikan pelbagai perancangan pengurusan banjir seperti pembinaan ban banjir, tembok penahan banjir ataupun (flood wall), terowong banjir (flood tunnel), bypass channel dengan izin dan barrage bagi tujuan kawalan banjir. Selain daripada itu, Sistem saliran perlu di naik taraf dan saya difahamkan memang dana yang cukup telah dan akan disalurkan kepada pihak yang berkaitan dan pembinaan kolam takungan banjir sebenarnya adalah satu perkara yang bagus. Selain daripada untuk menahan dan menyimpan air tambahan semasa kemarau, kita juga boleh guna air yang disimpan dalam underground storage, elevated pond, vertical dan horizontal storage, kolam takungan bertingkat dan sebagainya.
Selain daripada itu, saya juga ucapkan tahniah kerana pengurusan lembangan sungai bersepadu IRBM, Integrated River Basin Management. Kajian telah sedang dijalankan dan ini adalah satu perkara yang penting dengan fakta itu kita boleh dengan izin, predict apa yang boleh berlaku, akan apa yang akan berlaku dan macam mana Kerajaan Negeri boleh menyelesaikan isu banjir dan juga isu kemarau...
Bukit Lanjan, laluan Bukit Lanjan
Ya, Dengkil. Silakan.
Kita sedia maklum bila berlakunya climate change, ketidaktentuan cuaca dan sering kali berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan downstream dan adakah Bukit Lanjan bersetuju agar pembangunan development secara besar-besaran ini dinilai semula pembangunannya apabila selesai menyelesaikan isu-isu perparitan, saliran , retention ponds. Dan banyak juga membabitkan banjir kilat ini berlaku di highway-highway. Kebanyakkan highway kita ini Elite seperti Elite Plus dia tidak ada retention ponds dan air-air seperti berlakunya hujan yang lebat dia memberi kesan kepada longkang-longkang saliran yang sedia ada melimpah ke kawasan-kawasan perumahan, jalan-jalan yang lebih rendah. Dan
soalan saya tadi, adakah perlu dinilai semula development secara besar-besaran yang dulu kawasan itu kawasan tadahan hujan dan bila ada pembangunan yang bersekala besar ini kawasan tadahan hujan ini dah tak ada. Longkang-longkang saliran yang bandar-bandar, taman-taman yang baru ini terus lalu ke sungai-sungai saliran downstream dan limpahan dia kawasan yang paling rendah Itu soalan saya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dengkil. Kalau kita sebut tentang lebuh raya Elite, perkara ini berlarutan sejak saya jadi EXCO juga. Mengapa? Kerana kawasan dekat sana Kuala Langat/Sepang itu adalah kawasan bukan sahaja tadah air tetapi adalah tanah gambut. Jadi tanah gambut ini simpan air. Bila kita buat lebuh raya, masa itu nak pergi Putrajaya lah, jadi kita macam buka saluran dalam tanah gambut tersebut, bila tanah saluran itu dibuka maka air itu akan keluar. So semakin lama, semakin banyak air akan keluar, semakin tanah gambut itu tidak boleh menyokong ataupun simpan air lagi. Mungkin terlalu kering dan sebagainya. Jadi masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan saliran baru dengan perparitan baru ataupun dengan menghadkan pembangunan ataupun memperkenalkan pembangunan. Masalah ini perlu ada satu yang saya dengan izin, kita perlu water management study. So maksudnya kita bukan sahaja perlu meneliti pembangunan sebagai contohnya dekat Gamuda Cove, yang dekat Elite lah saya yang rasa itu yang Yang Berhormat cuba terangkan tadi, cadangkan. Kajian itu mesti lebih daripada Gamuda Cove. Maksudnya dia mesti lebih daripada lebih besar diperluaskan daripada Dengkil. Kerana tanah gambut ini ada kaitan dengan pertanian, hutan simpan yang berdekatan, pembangunan Saujana Putra sampai ke Subang Jaya. So bukan perkara yang senang tetapi mungkin Kerajaan Negeri boleh mengambil maklum perkara ini dan buat satu dengan water management study untuk kawasan yang berhampiran di sekitar Dengkil dan juga Gamuda Cove. Okay, saya jawab macam EXCO. Okay,
Yang Berhormat Bukit Lanjan boleh bagi ruang kepada Pelabuhan Klang..
Ya, silakan. Ada masa, ada masa.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya, Pelabuhan Klang ingin bertanya dengan Bukit Lanjan tentang usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor sekarang menanam pokok-pokok dan sasaran sebanyak 26 Juta pokok akan ditanam di Negeri Selangor bermula tahun 2022 sehingga 2026 bagi menghijaukan bumi Selangor. Ini bertepatan dengan matlamat kita untuk orang kata berdepan dengan perubahan iklim sekarang yang melanda dunia. Cuma kerisauan saya, saya nak tanya pandangan DUN Bukit Lanjan tentang berdasarkan pengalaman pada tahun 2021 banjir besar dengan angin yang kuat hujan yang sangat lebat telah menyebabkan banyak pokok-pokok tumbang di kawasan di daerah Klang sekalipun lebih daripada 500 batang pokok tumbang, pokok-pokok yang besar-besar di tepi-tepi jalan. Isunya sekarang ini ialah menanam pokok
itu bagus tapi bagaimana dengan pelaksanaan dengan penyelenggaraan pokok sebagai contoh di jalan-jalan raya utama seperti di lebuh raya Pulau Indah, lebuh raya North Port, ada banyak pokok-pokok yang di tanam di tepi-tepi jalan dan sekarang pokok-pokok tersebut semakin besar tapi bila isu penyelenggaraan tiada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggara pokok-pokok tersebut, dan bila angin kuat ada di antara pokok-pokok tersebut yang tumbang dan kesan daripada tahun 2021 itu juga sebelum ini ramai penduduk bersama menanam pokok di hadapan rumah tapi selepas pengalaman pokok-pokok tumbang menghimpap kena rumah itu apa semua ada ramai sekarang ini penduduk memotong pokok-pokok sebab taknak pokok-pokok tumbang terkena rumah sekiranya berlaku hujan lebat dan angin kuat dan sekarang ni kita tengok memang cuaca tidak menentu hujan lebat turun angin kuat dan memang banyak pokok yang bergoyang ditiup dan bila-bila masa sahaja pokok-pokok ini boleh tumbang dan apa pandangan Bukit Lanjan tentang usaha untuk mengadakan kos bagi menyelenggara pokok-pokok ini dan mesti ada agensi dan pihak-pihak Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pokok-pokok ini jangan bila ada pokok-pokok dah besar PBT kata bukan dia punya pokok , JKR kata bukan dia punya pokok, tetapi pokok ini atas jalan JKR , JKR kata dia tak tanam pokok tu, jadi siapa yang tanam pokok tu , pokok ni tersusun dengan cantik dengan baik dia makin membesar tapi takde penyelenggaraan bagi mencatas dahan-dahan supaya ia nya tidak terlampau tinggi sentiasa rendang dan tidak membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalanraya tersebut dengan ini saya nak bertanya dengan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang pernah menjadi EXCO Alam Sekitar sebelum ini.
Terima Kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Di Negeri Selangor ada 2 dasar, satu dipanggil Dasar pokok Negeri Selangor. Saya harap UPEN masih guna dasar ini, di mana dasar ini dibuat selepas titah DYMM Tuanku Sultan mungkin 5 atau 6 tahun yang lalu, di mana Tuanku Sultan masa itu juga menekankan bahawa pokok-pokok di Negeri Selangor harus dipelihara. Jadi dalam Dasar Pokok Negeri Selangor , pokok-pokok di mana pun tak kisah JKR ke jalan JKR ,JPS, PBT dan sebagainya kalau ada keperluan untuk menebang pokok tersebut di tempat yang sama mesti ditanam 2 batang pokok. So maksudnya kita di Negeri Selangor tidak akan kurang pokok-pokok dan juga dengan izin, green coverage tapi kita akan menambahkan. Soalan, perkara kedua, Dasar Kedua adalah tentang siapa yang jaga apa. Very easy, very straight forward. Kerajaan Negeri, dasar Kerajaan Negeri apa yang atas tanah kerajaan itu adalah tanggungjawabnya. Jadi itu tanah kerajaan, katakan lah dewan yang di bangunkan oleh parti politik kita banyak kes seperti ini kalau ada dewan itu, kalau tanah itu kerajaan punya itu adalah tanggungjawab kerajaan. Jadi kalau pokok itu di kawasan PBT, itu adalah tanggungjawab PBT. Kalau di JKR, JKR punya kalau JPS itu JPS punya. Saya rasa itu adalah very straight forward, very terus tak perlu kaburlah tapi itu di mana dana peruntukan yang berpatutan yang boleh disalurkan ataupun digunakan oleh pihak-pihak agensi ataupun jabatan-jabatan PBT dan sebagainya saya rasa itu adalah soalan yang kerajaan sedia ada harus jawab, bukan Bukit Lanjan. Okay jadi saya pun nak sambunglah, saya menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor dalam titah Baginda semalam yang menegaskan bahawa kemerosotan alam sekitar dan kesannya pada hidupan flora dan fauna serta impaknya kepada kesejahteraan rakyat tidak boleh lagi dipandang remeh dan saya juga menyambut baik cadangan kerajaan negeri yang menjamin penambahan kawasan hutan simpan di Negeri Selangor di samping berjaya menanam 320,000 ribu batang pokok sehingga hari ini. Seumpama dengan pengisytiharan daerah Kuala Kubu Baharu sebagai Central Forest Pine. Saya harapkan lebih banyak lagi koridor ekologi sedemikian diwujudkan menjamin kestabilan alam sekitar kepelbagaian biodiversiti dipelihara dan diwartakan. Aliran masuk pembangunan infra tidak harus melemahkan tujuan kewujudkan koridor ini.
Saya juga ingin saya juga nak mengambil ingin kesempatan ini untuk maklum kepada Kerajaan Negeri bahawa kita berdepan dengan banjir, kita berdepan dengan potensi kemarau pada masa yang sama kita juga perlu ambil iktibar daripada kemerosotan, slope failure dengan izin yang berlaku di Batang Kali yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang meninggal dunia di tapak tersebut. Kerajaan Negeri perlu agihkan ataupun menetapkan satu dana yang besar dan mencukupi untuk menstabilkan cerun di Negeri Selangor di kawasan saya cerun-cerun ini sebahagian itu di bawah Jabatan Perhutanan ada yang bawah PBT ada yang bawah IWK ada juga pemilik swasta , public owner dengan izin tetapi bila nak stabilkan tanah cerun tidak ada sesiapapun nak mengaku itu tanahnya. Sama dengan pokok. Jadi bahaya cerun ini, nyawa manusia boleh hilang sekelip mata sahaja. Pokok ini boleh trim-trim sikit la masih okay, tapi kestabilan cerun ini adalah perkara yang sangat-sangat penting. Saya harap Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara ini dan saya nak cadangkan RM 500 Juta setiap tahun, saya tak kisah dapat ke tak dapat, hasil dari kerajaan Negeri atau Pusat kita mesti bantu menstabilkan cerun-cerun dan bukit-bukit. Kalau di kawasan saya di Damansara Perdana, kawasan yang mewah tanah itu tanah swasta tapi mereka tak mampu baiki cerun. Dekat Kepong pun ada banyak rumah-rumah tepi bukit itupun tidak ada orang ambik tanggungjawab. Kerajaan Negeri harus masuk campur langkah untuk berdepan untuk menyelamatkan penduduk. Silakan Yang Berhormat Meru.
Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Berkaitan dengan cerun ini, saya tertarik satu perkara yang kita ambil perhatian tapi bagaimana pula dengan cerun-cerun yang terbina atas sebab projek-projek yang tidak dikawal pengambilan tanah-tanah. Kalau macam di DUN saya itu di Kampung Cerakah itu sendiri, ada pengambilan-pengambilan tanah malahan lebih daripada permit yang difahamkan yang telah ditetapkan, yang tidak dikawal. Jadi antara isu yang saya nampak di sini bukan sahaja bajet tapi tentang penguatkuasaan itu sendiri yang saya rasa masih lagi di tahap yang tidak memuaskan. Jadi mungkin Bukit Lanjan boleh bagi cadangan tak, mungkin peruntukkan itu sendiri sebenarnya lebih kita fokus kan juga pada penguatkuasaan supaya perkara ini boleh diatasi. Minta pandangan Bukit Lanjan...
Terima Kasih Yang Berhormat Meru. Saya amat bersetuju dengan penguatkuasaan dan juga menelitian baru kita tahu slope atau cerun itu bakal gagal ataupun sudah gagal. Selain daripada RM 500 Juta, saya cadangkan saya juga nak Kerajaan Negeri di bawah EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Kinrara menubuhkan satu jawatankuasa Khas di semua PBT di mana peruntukan negeri boleh disalurkan.
Mereka cukup jurutera yang ada pakar, kepakaran dalam kecerunan. Sot engineer sebagainya contohnya dengan izin dan mereka harus pergi ke merata tempat bukan sahaja tanah, tanah kerajaan, tanah PBT, bukit PBT tetapi di kawasan-kawasan yang lain juga dan penguatkuasaan itu adalah satu perkara yang harus dimasukkan dalam jawatankuasa yang saya cadangkan.
Tuan Speaker saya nak sentuh sedikit tentang mitigasi banjir, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang dan juga Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memberikan peruntukan yang sangat sangat mencukupi dalam bab mitigasi mitigasi banjir khususnya disebabkan oleh perubahan iklim. So untuk makluman semua saya nak sebutlah saya dimaklumkan bahawa Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kayu Ara ini, Bandar Utama dulu kawasan saya Bandar Utama sekarang kos projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada JPS RM 64 juta ringgit. Tahniah, syabas kepada Kerajaan Negeri ini adalah satu peruntukan yang amat-amat diperlukan dan mencukupi. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor RM 50 juta dan dimulakan pada tahun 2020 dijangka siap pada tahun depan di Sungai Buloh pun banyak banjir yang sangat teruk.
Rancangan Tebatan Banjir Sg. Langat Fasa 1, Selangor RM 41 juta. Ala ini kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Mana boleh kata kerajaan ini kerajaan perompak, tengok peruntukan yang disalurkan untuk menangani masalah banjir. Ini kita boleh lihat. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyuh, Selangor RM 300 juta disalurkan diperuntukkan kepada JPS. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor khususnya kepada Yang Berhormat Pandan Indah dan juga Kajang kerana selalu prihatin, selalu menyemak di mana kawasan banjir dan ini adalah antara mitigasi perubahan iklim yang kita perlu lihat di Negeri Selangor. Kita jangan tunggu untuk Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan yang diperlukan kita perlu mula dulu kemudian mungkin kita boleh hantar bil kepada Putrajaya lah, saya harap.
Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia, saya nak sentuh serba sedikit tentang food security. Tadi pun kita ada dengar jawapan daripada EXCO Pertanian tentang telur dan ayam tetapi food security ini lebih daripada telur ayam dan juga bahan– bahan makanan yang lain. Yang penting adalah di Negeri Selangor kita perlu ada food security dengan izin, keselamatan makanan yang mencukupi. Kita tidak boleh bergantung kepada eksport, sorry import daripada luar negara atau pun bahan–bahan
makanan yang datang daripada negeri–negeri lain kerana di Negeri Selangor kita ada penduduk yang sangat besar. Dan kita boleh lihat semasa pandemik Covid-19 ada sekatan perjalanan, kebun – kebun ataupun pengusaha tidak boleh hantar makanan dan sebagainya. Kalau perkara ini tidak di ambil secara serius saya pun risau tentang masa depan food security di Negeri Selangor.
Jadi, kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa dunia telah mengesahkan sasaran zero hunger menjelang tahun 2030 ternyata tersasar jauh daripada pencapaian dan juga keperluan nutrisi makanan dan jaminan makanan food security dengan izin terutama bagi golongan miskin telah menurun sejak penularan wabak Covid-19.
Jadi , di Negeri Selangor selain daripada apa yang disebut oleh EXCO Pertanian iaitu kita membuka beberapa beri insentif untuk pengusaha–pengusaha makanan, saya juga amat gembira pada tahun ini akhirnya Kerajaan Negeri bersama dengan PBT dan juga Pejabat Tanah dan kerjasama, kerjasamaTNB.
Kita akan mula projek penanaman makanan ataupun kebun masyarakat di peringkat PBT di rizab-rizab TNB. Saya amat gembira bahawa dua projek perintis yang dijalankan itu akan berlangsung di DUN Bukit Lanjan iaitu di kawasan Pelangi Damansara, rizab TNB dekat Flat Pangsapuri kos rendah tersebut. Satu lagi di Pangsapuri Meranti, di Bandar Sri Damansara. Jadi ini adalah perkara yang penting dan saya harap program ini akan berterusan dan diperluaskan di PBT-PBT lain supaya kita boleh membantu dalam bab jaminan makanan Negeri Selangor.
Saya juga ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan Program Anak Selangor Anak Sihat Asas khusus bagi menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak - kanak di Negeri Selangor. Kanak- kanak yang telah dikenal pasti, diberikan bakul makanan yang mengandungi susu formula khas, multivitamin, makanan berkalori tinggi serta khidmat kaunseling selama tempoh 6 bulan. Kini saya harapkan, Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada semua murid-murid sekolah di Selangor terutama pelajar B40.
Tuan Speaker saya terus kepada isu yang lain iaitu pendidikan dan juga perpaduan. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Seri Serdang yang telah mengangkat isu perpaduan di peringkat anak muda dan pada hari ini saya rasa hanya di Negeri Selangor, kita ada satu program yang dipanggil Duta Muda, Muda... Duta Muda Perpaduan Negeri Selangor dan juga ada Dasar Perpaduan di Negeri Selangor. Duta Perpaduan ini, saya harap akan membawa gelombang perubahan minda kepada setiap masyarakat di Negeri Selangor terutama golongan belia yang penting adalah didikan agama yang betul bahawa tidak ada mana-mana agama yang kita di negeri di mana-mana tempat yang membenci agama lain. Itu adalah satu perkara yang saya harap kita boleh menyebar mantera ataupun tema ini.
Silakan Banting....
Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Bukit Lanjan, selalu nya apabila mereka yang menggunakan agama ini untuk kepentingan politik mereka. Bila ditanya soalan ataupun dicabar, mereka akan mengatakan bahawa menyangkal tuduhan itu bahawa tidak kami membencikan agama-agama yang lain. Mereka menolak dan menafi. Tapi apa yang dilakukan adalah tidak bercanggahan dengan apa yang dikatakan apa yang dinafikan.
Jadi saya, ingin bertanya kepada Yang Berhormat, agak – agaknyalah kalau trend ini berterusan, mereka lidah bercabang dua kata mereka tidak membenci mana-mana agama, tidak membenci mana-mana kaum dan sebagainya tetapi apa yang mereka lakukan ataupun anak buah mereka yang lakukan itu adalah untuk adalah yang sebaliknya. Dan mereka menafikan pula dari segi pertuturannya, cakap tak serupa bikin. Apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa mereka ini, ditegah daripada meneruskan tindakan–tindakan yang akan merosakkan keharmonian masyarakat khususnya di Negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Adakah betul kerajaan perpaduan di peringkat pusat sekarang ini perlu mengambil satu tindakan tegas bukan sahaja setakat menyaman mereka kalau mereka berfitnah tetapi mengambil mereka, membawa mereka ke muka pengadilan supaya tindakan-tindakan yang merosakkan keharmonian negara ini dapat dibendung. Kalau tidak, saya sangat khuatir sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Bukan sahaja kita akan kalah, kalau kalah pilihan raya itu perkara perkara apa ini, bukan sahaja penting juga tapi kita jangan kalah la kerana taktik–taktik kotor ini. Tetapi yang penting ialah negara kita akan ke arah yang tidak tentu kerana kerajaan akan hilang fokus dan program–program pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan pada masa sekarang yang tanya akan datang pastinya tidak akan dapat menyampai, sampai ke matlamatnya.
Jadi saya ingin bertanya kepada pandangan Yang Berhormat, adakah benar kita perlu mengambil tindakan tegas dalam bab ini?
Yang Berhormat Bukit Lanjan, nak tamatkan sebelum pukul 1, nak tamatkan pukul 1 atau petang ada.....
InsyaAllah, saya akan tamatkan pukul 1, tepat pukul 1.
Okay, teruskan.
Okay, saya jawab secara ringkas sahaja kepada soalan Banting, Yang Berhormat Banting. Tindakan, untuk saya hate speech dengan izin sesiapa yang menabur fitnah, yang mengguna isu kaum
agama itu perlu di tangani secara tegas dan oleh Kerajaan Pusat. So, saya amat setuju kita tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan. So, izinkan saya untuk sambung ucapan saya, saya hanya 4 minit sahaja. Saya masih ada 2 isu yang saya nak bangkitkan, saya ucapkan Kerajaan Negeri.. ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempunyai Geran Perpaduan Kita Selangor sebanyak RM 300 ribu dan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi Pembangunan Inovasi supaya badan bukan kerajaan NGO, golongan pelajar, pihak–pihak yang berkepentingan dapat merancang lebih banyak program–program perpaduan.
Saya juga minta, Kerajaan Negeri memperkasakan #kitaselangor yang dibawah oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dengan memperincikan budaya setiap kaum dan menanam fikrian meraikan kepelbagaian budaya dan lapisan masyarakat di bumi Selangor ini.
Tuan Speaker, isu ketiga yang saya, keempat, kelima... Saya dah lupa isu kelima yang saya nak bangkit adalah isu wanita. Wanita di Negeri Selangor mampu melakukan apa sahaja dengan iltizam dan juga semangat yang kuat. Atas semangat itu, saya harapkan Selangor akan menyemarakkan lagi usaha ini dengan menggalakkan perwakilan 30% wanita dalam projek–projek dan juga kedudukan jawatan dan dalam dewan yang mulia ini.
Ini adalah cara kita boleh mengangkat martabat kaum wanita di Negeri Selangor. Saya baru pulang daripada satu sidang yang sangat menarik sidang SIWANIS yang dianjurkan oleh EXCO Wanita, di mana wanita muda diberi peluang untuk membahas. Dalam masa itu tidak boleh masuk Dewan, saya difahamkan tidak dibenarkan masuk Dewan Negeri. Mereka dibahaskan di ruang yang lain, di dewan yang lain tetapi ini adalah satu cara kita menggalakkan wanita muda untuk menabur minat atau pun berminat dalam isu–isu politik sebagai Dewan Ahli Dewan Negeri atau pun Ahli Parlimen. Syabas, tahniah kepada Yang Berhormat Seri Serdang.
Tuan Speaker, saya menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Titah Pembukaan Dewan Negeri semalam dan dengan itu kita dalam Dewan yang mulia ini, kita ada cabaran yang sangat berat di depan kita. Walaupun Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan dalam pertengahan tahun ini akan berlangsung, tetapi yang penting adalah apa yang kita bangun dalam negeri ini sebagai asas. Asas pembangunan, asas keharmonian, asas kesejahteraan dalam negeri yang kita cintai.
Saya percaya pengundi – pengundi Selangor terutamanya golongan muda dapat menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri saban tahun. Saya juga yakin pengundi– pengundi di Negeri Selangor adalah pengundi yang berpendidikan sophisticated dan akan terus memberi undi kepada Pakatan Harapan.
Semoga rakyat Selangor sentiasa sihat dan sejahtera. Semoga segala usaha dan titik peluh Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan taraf hidup seluruh rakyat Selangor sentiasa terpelihara.
Dari Sabak Bernam ke Seri Kembangan, Singgah sebentar di Bukit Lanjan, Janji Selangor Pakatan Harapan, Kata di kota janji di laksanakan
Sekian , terima kasih. Tuan Speaker saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Banting sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dengan ini, saya tangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum W.B.T dan selamat petang. Dewan disambung semula. Saya persilakan Hulu Kelang.
Bismillahirrahmanirrahim (Berdoa). Ok. Sound, ok? Saya memberi ucapan pada hari ini dalam keadaan saya punya penyakit Parkinson is on. So, I’m off. Technically according to the doctor I’m off. I hope I on to convey these messages (dengan izin). Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana telah memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di mana pada hari ini saya sangat berbesar hati, bergembira dan bersyukur pada Allah yang telah memberikan kekuatan kepada kita untuk hadir bersama-sama mendengar satu rangsangan pemikiran dan minda dalam memperteguhkan kerajaan Selangor melalui Dewan Negeri Selangor. Tuan Speaker, tema ucapan saya adalah mengangkat Selangor Madani dari hingar-bingar golongan Medioker.
Speaker, Peraturan Tetap Kuorum Nombor 12.
Baca.
Kuorum bagi Dewan dan Jawatankuasa Keseluruhan Dewan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 1/3 Ahli Dewan dengan tidak termasuk Pengerusi. Terima kasih.
Tak apa? Saya tak dengar. Kuorum?
Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih berada di luar, kita perlukan dua orang. Dipersilakan masuk segera.
Tuan Timbalan Speaker, tema ucapan saya adalah mengangkat Selangor Madani dari hingar-bangar golongan mediocre. Apa yang saya maksudkan dengan perkataan hingar-bangar juga disebut hingar-bingar iaitu bunyi bising yang amat sangat ataupun bunyi riuh rendah. Biasa difahami sebagai bising, riuh, bingar dan kecoh. Sesuai dengan tabiat pembangkang pada hari ini. Apa yang dimaksudkan dengan golongan bising dan riuh juga dikaitkan dengan kosong. Dengan ini (dengan izin) the hollow earth dalam Sirah Al-Quran Surah Al-Inshiqaq (bacaan ayat Al-Quran) “Apabila bumi diratakan dan dimuntahkan apa yang ada di dalamnya, maka bumi pada hari itu menjadi kosong”. Bumi yang sebesar itu jadi kosong. Sekosong itulah riuh rendah golongan pembangkang pada hari ini yang membuat fitnah yang berbagai-bagai dalam politik negara.
Saya ada lapan perkara dalam petang ini. Pertama, memandu kenderaan berhemah di sebuah kejiranan madani. Saya tinggal di Jalan 6, Nombor 42, Taman Sri Ukay sejak 1995. Ia adalah terletak di bawah pentadbiran MPAJ bermula 1 Julai 1992 dan di isytihar sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Dah di isytihar sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993, saya tidak tahu banyak mana terdapat pokok Bunga Tanjung dalam MPAJ sehingga kini tapi di pejabat saya (Pusat Khidmat ADN Hulu Kelang) terdapat Bunga Tanjung yang biasa warnanya putih kekuning-kuningan. Dengan itu saya menyeru hayatilah sifat madanimu dan pandulah kenderaanmu dengan berhemah terutama di kawasan perumahan kejiranan. Perhatikan tanda-tanda peringatan jalan seperti pangkah pada hon, had laju, berhenti, beri laluan dan sebagainya walaupun pada pukul 2-3 pagi. Itu standard hemah saya. Orang yang berhemah adalah orang yang tidak makan jalan, potong jalan, memicit hon walaupun tidak ada orang di jalan. Perhatikanlah tanda-tanda peringatan jalan raya seperti itu (pangkah pada yang ada hon dan sebagainya). Hormati orang yang mahu dapat tidur yang cukup. Ingatlah kita sedang membina budaya madani, budaya sopan dan santun. Kita sama-sama membina kehidupan sebuah masyarakat yang prihatin perihal masalah warga emas. Sikap berhemah semasa memandu di jalan-jalan dalam kawasan kejiranan lahir dari hati yang luhur. Ketika ini tiada siapa pun yang keluh kesah dan marah-marah. Sebarkanlah ketenangan, damaikanlah siapa saja yang saling bersengketa. Memasang bonggol bukan penyelesaiannya. Bonggol tidak mendidik, bonggol memaksa, bonggol berlawanan dengan fitrah, bonggol
melahirkan lebih ramai yang tidak ikhlas. Lihatlah di kawasan-kawasan perumahan di mana di dalam ataupun di pinggir bandar seperti Perth, Sydney, Auckland, Wellington, Brighton, Sussex. Keenam-enam bandar ini saya pernah berada di situ. Banyak tanda dan peringatan yang kita anggap sebagai nasihat dan adakah di sana bonggol di kawasan itu. Pertanyaan saya, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menetapkan semua kawasan perumahan dengan papan peringatan had laju? Satu saja saya minta. Di kawasan perumahan di bawah PBT (kalau di tempat saya MPAJ) ada papan tanda had laju (kecil saja). Bagi saya itu adalah kita berhemah, tanda kita bertamADN, tanda kita bermadani. Kalau tidak, cadangan pertama saya adalah pemasangan papan peringatan had laju secara berperingkat bebas dari bonggol serentak di semua PBT. Dan saya harap ini dalam penggulungan ada yang bertanggungjawab dalam PBT ataupun Menteri Besar akan menjawab. Tak susah nak buat tanda jalan.
Kedua, papan tanda amaran kawasan bahaya. Baru-baru ini di Selangor seorang pelajar sekolah telah terjatuh ke dalam longkang besar semasa hujan lebat dan dihanyutkan oleh arus air deras. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencadangkan untuk mengenakan tindakan undang-undang atas kecuaian ibu bapanya. Menurut pihak PBT ibu bapa tersebut membiarkan anaknya bermain-main di kawasan berisiko. Orang awam berpendapat amaran di tempat-tempat bahaya dengan papan tanda hendaklah dipasang oleh semua PBT demi melaksanakan program keselamatan secara menyeluruh. Saya angkat cadangan ini sebagai cadangan kedua saya. Saya bersetuju dengan cadangan memasang kawasan amaran bahaya sebagaimana saya kecil-kecil dulu ada kawasan (ada papan tanda gambar orang tengah lari angkat tangan, ada senapang tembak). Sungguh ganas. Ini kita buat amaran bahaya. Ataupun dia tutup lubang-lubang (longkang) di pagar.
Ketiga, tidak kurang 30% wanita dalam kepimpinan. Pada 18 Disember 1979, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women telah diterima pakai oleh PBB dan pada 3 September 1981 konvensyen itu telah diratifikasi oleh 20 negara. Menjelang 1989, hampir 100 negara telah menerima pakai konvensyen tersebut secara penuh ataupun secara sebahagian (dengan izin) fully or partially support the convention. Konvensyen tersebut merupakan hasil kemuncak daripada lebih dari 30 tahun kajian yang mendalam oleh sebuah suruhanjaya di bawah PBB berkaitan dengan the status of women. Penemuan suruhanjaya itu ketika itu iaitu pada tahun 1989 menyatakan bahawa women are denied equality with men. Bayangkan pada tahun 1989, kajian penuh 30 tahun membuktikan bahawa women are denied equality with men. Malaysia sepanjang BN memerintah negara ini enggan meratifikasi penuh konvensyen ini. Sebelum dan selepas aktiviti yang telah saya (di mana saya telah meringkuk di bawah ISA selama dua tahun dengan didera, dibuli oleh Polis SB di Kem Kemunting), kami menggalakkan para aktivis dengan mengadakan bengkel/seminar/simposium tentang CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) di seluruh negara. Dengan itu, saya mencadangkan kita pernah berbangga bahawa kita adalah kerajaan yang awal
meletakkan wanita (kita ada Datuk Bandar wanita, Speaker wanita dan YDP wanita pertama). Tetapi itu tidak cukup. Belum? Dah? Datuk Azlina ya. MPK. Terima kasih. Kerajaan Selangor adalah yang paling ke hadapan dalam memenuhi peruntukan tidak kurang 30% itu melalui PBN, PBT dan GLC (diisi dalam kalangan wanita). Cadangan ketiga saya, setiap jawatan dalam PBN (Pihak Berkuasa Negeri) dan PBT diwujudkan proses penilaian dan peperiksaan, teori dan praktikalnya. Tidak ada sentimen yang tidak berasas boleh ditimbulkan oleh golongan Medioker berkenaan kuota 30%. Kita tahu wanita kita ni banyak cerdik-cerdik. Kita masa sekolah pun selalu tewas dengan mereka dalam peperiksaan dan oleh kerana itu kita hormati mereka, berilah laluan pada mereka menjadi calon sekurang-kurangnya di peringkat PBT dan PBN. Itu yang ketiga.
Keempat, ini dianggap remeh ya. Kebenaran mendaratkan helikopter peribadi. Rakan saya memiliki sebuah kapal terbang 4 seater (dengan izin) dan sebuah helikopter dua seater. Beliau menggunakan dua pesawat tersebut bagi tujuan kerja dan urusan perniagaan harian syarikat yang beliau bina ketika 30 tahun yang lalu. Saya turut terlibat menggerakkan sikit modal dan kemahiran saya dalam perniagaan tersebut. Beliau memiliki lesen dan permit bagi setiap pesawat yang dimiliki dan memandu sendiri kemudahan itu untuk tujuan mendapatkan kebenaran logistik seperti pemeriksaan enjin, kebersihan-kebersihan, servis dan tempahan minyak serta parkir terbuka dan tertutup, membaca peta awan dan jalan udara maka beliau menjadi ahli sebuah kelab penerbangan. Industri kelab (industri kecil) ini memberi peluang pekerjaan yang cukup lumayan bagi anak-anak muda yang meminati sistem sokongan bidang penerbangan kecil seperti ini. Sebagai ahli kelab, untuk helikopter mendarat selain daripada tempatnya atau tanah persendirian apa yang perlu bagi tempat yang ditetapkan itu ialah padang sekolah dan keduanya padang awam. Beliau hanya perlu memaklumkan kepada guru besar bagi padang sekolah dan pihak PBT bagi Padang Awam, begitu juga memaklumkan pada Balai Polis yang berhampiran.
Saya bernafas, boleh tolong (mohon pertolongan YB Banting). Siapa yang setuju ADN seperti saya ini diberi cuti 2 tahun dalam dewan sebab sakit?. Kalau saya, saya bantah. Ada yang sokong?. Terima kasih. Problem ini badan kita keras,dia tak regulate proply tak ada message, tak ada message hantar pergerakan jadi saya tak boleh bergerak. Sehingga somebody tolong gerak. Its not stoke ini parkinson.
Kali pertama beliau mendarat U2A di Hulu Kelang bagi tujuan bertemu dengan ahli perniagaan yang bercadang melabur di Negeri Selangor di mana saya tuan rumah pad hari itu cukup saya memaklumkan kepada Ketua Balai Polis Hulu Kelang, sekali gus meminta Ketua Polis memaklumkan kepada MPAJ. Kali kedua beliau menguruskan sendiri urusan mendarat di suatu kawasan lain di kawasan MPAJ permohonan beliau ditolak. Apa syarat-syarat untuk mendarat? Apakah syarat-syarat untuk mendarat? Mendaratkan helikopter, dua seater yang dipandu sendiri oleh pemiliknya padang bawah PBT. Maaf saya tak salahkan perasaan kawan saya yang berasa pelik bila kebenarannya apabila pihak MPAJ memberi tahu bahawa
kebenarannya tidak diterima kerana kawan saya menjadi marah kerana inilah masalah orang yang bodoh tidak tahu tidak boleh diajar. Saya setuju dengan kata-kata kawan saya itu kalau boleh park di padang sekolah sepanjang helikopter itu di parking kawasan sekolah, macam-macam aktiviti taklimat membina kerjaya dengan kapal terbang kecil, helikopter macam mana nak beli helikopter kecil tak mahal boleh beli. Saya percaya Ahli Dewan boleh beli helikopter kecil iaitu dalam bentuk mainan. Yang betul tak mahal 300 ribu boleh dapat. Simpan gaji dua penggal jadi ADN boleh beli helikopter cash. Saya pernah memiliki 4 seat, kawan saya. Kawan saya pernah beli 4 seat helikopter. Saya pernah menaiki, saya pernah menaiki 4 four seater helikopter ke Gua Musang dan tiba-tiba hujan lebat jadi kami mendapat arahan dari menara kawal di Subang untuk cari tempat mendarat dalam masa 2 minit kita jumpa padang dari atas tengok peta ada padang di bawah turun lagi nampak padang mendarat kita turun dan segera mendarat di sebuah sekolah di Kuala Lipis dan terus ke bilik guru, menghubungi seorang guru kanan tanpa sebarang masalah. Di Kelantan Pahang Kuala Lipis Pahang. Faham macam mana prosedur. Itulah kali pertama sebuah helikopter four seater turun di padang di padang sekolah itu telah menyebabkan 60 atau 70 pelajar mengepung kami untuk melihat memegang bertanya berbincang dan tiba-tiba lebih daripada 20 orang jadi pilot helikopter apabila telah besar nanti. Itulah kesannya experience yang menarik bagi saya. Dengan pendaratan yang sangat fleksible ini telah bermakna PBT akan dalam masa yang terdekat menguasai sistem sokongan dalam penurunan helikopter. So tadi bukanlah pemimpin dalam PBT menghalang untuk menggalakkan dia akan merangsang ekonomi dan standart of work PBT satu masa nanti. Saya berfikir kalau di rangka setiap PBT dan Balai Polis ada sistem sokongan dan perkhidmatan helikopter mengeluarkan lesen dan permit di bawah kuasa bidang kuasa Persekutuan akan bertambah mudah. Jadi cadangan keempat saya, syarat-syarat dipermudahkan kelulusannya. Syarat-syarat untuk turun di padang sekolah di padang PBT adalah dibenarkan jangan bagi alasan yang tidak munasabah. Alasan yang tidak munasabah menyatakan di keliling padang itu adalah rumah-rumah, macam mana helikopter nak turun tak ada tempat nak turun kalau itu adalah sebab kenapa dikatakan helikopter tidak boleh turun dengan banyak rumah di keliling sebelah padang. Bagi saya rakan saya seorang warga Selangor yang berniaga dan membayar cukai di Selangor berhak menggunakan padang awam bagi mendaratkan helikopter ini. Saya harap MPAJ tidak menolak permintaan kawan saya itu lagi dengan alasan padang itu dipenuhi dengan rumah-rumah awam dikelilinginya yang adalah bahaya mendarat di padang tersebut.
Hulu Kelang kertas jangan blok mikrofon. Jadi isunya helikopter tidak dibenarkan mendaratlah oleh PBT dan Polis, macam tu. Isunya helikopter tidak dibenarkan mendarat di padang sekolah dan padang PBT isunya.
Dia bab padang ini, PBT lain. Sebenarnya, bila kita naik helikopter ini di udara jalan kita ialah peta kita dan keberanian kita. Keberanian kita nak banyak nak atasi lubang laluan menebusi awan-
awan itu, cukup minyak tak cukup minyak dia akan jatuh helikopter. Kalau helikopter jatuh menghempas bumi sakit jugalah. Saya ingin sampaikan satu cerita tajuk dia kelima Kemudahan Pesawat Bagi kepantasan Hidup Madani, saya fikirkan kalau saya menjadi pengerusi ketika saya pengerusi JP-ABAS tugas utama saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain meninjau aktiviti yang dikatakan ganjil yang mana seolah-olah diendos oleh kerajaan kepimpinan kerajaan negara kita. Salah satu aktiviti yang kami terkejut apabila mengetahui adanya aktiviti sukan kapal terbang kecil iaitu two seater dan four seater di kawasan Selangor. Nama tempat itu adalah river Bernam Airfield. Tanah yang di tetap sebagai airfield itu adalah tanah milik atau di bawah penjagaan sebuah anak syarikat Kerajaan Selangor. Tempat dia itu tidak berpagar di kawasan hadapan di bawah pagar bukit gate yang tertutup. Sebelum itu kami telah pergi Pejabat Daerah Sabak Bernam untuk mendapat maklumat. Dalam lawatan pertama ke tempat itu kami telah berdepan dengan pengawal yang menutup gate dengan menggunakan arahan daripada pihak polis pengawal itu membuka pintu bagi kami masuk. Apabila kami masuk kami mendapati di situ adalah sebuah dikata Subang Airport kecil, tapi rupa-rupanya landasannya pun sepanjang 1200 meter ini sudah dianggap sebagai lapangan terbang besar. Maklumat kami daripada YDP dan DO daerah di situ menyatakan tidak ada siapa di kawasan situ yang mengetahui maknanya apakah yang berlaku? Itu kita akan bincangkan tetapi tidak ada follow up daripada Kerajaan dan saya ingin menyatakan di sini pada dasarnya sukan itu adalah baik bidang kuasanya adalah bidang kuasa pusat. Tanahnya sendiri, pekerja-pekerja ialah orang negeri Selangor. Jadi kita menganggap bahawa konsep sukan dan rekreasi percutian berenang, memetik dan setiap ahli memetik buah-buah mahu menggunakan kemudahan tersebut hendaklah membuat booking awal. Ada dua jenis kemudahan, ada dua jenis kemudahan. Pertama chalet banglo membolehkan sesebuah kapal terbang dua atau 4 seater mendarat dan terus bergerak parking kapal terang masing-masing di tapak yang disediakan sebagai parking. Sebuah kapal terbang besar diletakkan di kawasan tersebut, bangunan asrama.
Kedua adalah bentuk asrama dua tingkat sebagai tempat tidur. Jenis ini satu kawasan terbuka disediakan untuk parking. Kita ada kawasan yang macam banglo, kapal terbang dah landing itu dia bergerak dia park kat depan rumah dia. Cantiklah ataupun yang macam asrama dia park open parking dengan izin dia ‘park’ di asrama. Tujuannya ialah untuk sukan, rekreasi, bersantai, berliburan, musim durian makan durian, musim dukung makan dukung, ada manggis makan manggis, bayar jer kat situ. Duit kelab. Mereka minat main games, boleh memancing kerana tanahnya luas, tanahnya seluas 220 ekar ataupun 10 hektar yang penuh dengan tasik bekas lombong paya macam-macam ikan ada kat situ, nak menjala boleh, menyelam boleh, memancing pun boleh. Berdekatan dengan kawasan tersebut ada gunung dan banyak bukit, kaki bukit hutan pun boleh. Konsep mudah Bernam Airfield atau BRA ialah taman udara persendirian. Persendirian ialah istilah wikipedia apa dia tulis persendirian tapi itu adalah tidak benar. Tanahnya Kerajaan Negeri Selangor yang diguna oleh sebuah syarikat kroni untuk membuat aktiviti yang tidak didaftarkan mana-mana agensi di negeri Selangor. Lapangan terbang berkeluasan 220 ekar atau 90
hektar dibina untuk menyediakan penerbangan am ini semuanya tipu. Masih lagi ditulis begini dalam wikipedia.
Cadangan kelima saya begini, kerana sesiapa minat tracking boleh buat jungle tracking, tracking naik gunung. Saya melihat didinding bilik operasi di pejabat Airfield tersebut tergantung tuan gambar candid punya gambar kapal terbang kecil, VIP dibawa berehat di situ. Paling menonjol sekali gambar Tun Dr Mahathir yang pada masa itu Perdana Menteri ke empat Malaysia sebuah kapal terbang kecil ada caption di salah satu salah gambar Tum Dr Mahathir telah keluar waktu rehat tengah hari diadakan PAU di PWTC, Perhimpunan Agung UMNO. Cadangan saya minta Kerajaan Negeri Selangor buat kajian apa yang masih ada di situ. Adakah mereka masih beroperasi atau telah ditutup. Dan saya mencadangkan satu kajian menyeluruh dengan kerjasama agensi dan jabatan-jabatan Persekutuan bagi membolehkan kelab-kelab penerbangan rekreasi yang bukan kroni untuk menghidupkan kehidupan dan membangunkan kehidupan madani yang pantas, yang cergas, moden, dan biasa sahaja ada kapal terbang. Saya juga bayangkan semua baik dan dilaksanakan teratur dan peraturan pengurusan hubungan dapat diperbaiki, pembekalan logistik mantap, kita akan meledakkan industri pelancongan yang unik dan pandemik. Oleh itu saya mencadangkan Kerajaan Negeri yang membentuk yang kemas dan teratur, exclusive dan menyokong bersamaan antara pelbagai kaum dan sebagainya untuk menjayakan tempat ini. Kemuncak masyarakat madani ialah mewujudkan harapan yang indah, kemuncak ilmu dan adap, berlaku kebaikan-kebaikan yang memberikan kebaikan kepada semua. Sikit masa lagi ya Tuan.
Masih perkara yang sama Hulu Kelang.
Pemikiran yang paling baru saya kaji saya lihat dah ada dah bendanya. Kekuatan untuk kerajaan kita bina. Dan saya ingin menjelaskan di sini bahawa Dato’ Anuar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, saya menulis surat terbuka pada beliau dan tidak lama selepas itu surat terbuka itu telah, surat bertarikh, ditujukan kepada Dato’ Anuar Ibrahim telah dijawab oleh Ketua Setiausaha Politik beliau Dato’ Seri Syamsul Iskandar bin Mohd Akin. Yang saya komplain pada beliau adalah 11 perkara. Dan saya bersyukur kepada Allah S.W.T. beliau ada caranya bagaimana boleh membantu rakyat dan Wakil Rakyat menyelesaikan masalah. Dan banyak jalan-jalan yang saya kata berlubang-lubang, di Hulu Kelang jalan-jalan yang tidak betul, daripada yang lemah dan banyak berubah. Dia berlaku dengan pantas sekali. Saya tertarik. Saya ingin menarik perhatian Tuan-tuan/Puan-puan Ahli Yang Berhormat tiada jawapan dan soalan lain ditolak oleh dewan iaitu apakah boleh seorang Wakil Rakyat minta bantuan terus kepada Perdana Menteri untuk membantu kerja-kerjanya di DUN. Ada soalannya, ditolak dan sampai masanya kita tengoklah bagaimana. Elok, prosedurnya betul. Boleh tak Perdana Menteri seorang sahabat kita dalam parti, dalam parti politik melaksana tugas ini, adakah itu dinamakan rasuah. Membantu kawan untuk membantu rakyat. Boleh jadi Rasuah juga. Dan saya menyatakan di sini bahawa apa yang dilakukan oleh Dato’
Seri Anuar Ibrahim adalah satu perkara yang luar biasa kerana saya merasakan kesannya dan saya rasa jika kita buat dengan lebih baik ini dapat dilakukan dengan betul.
Kita mengimbau pandangan saya pada satu peristiwa di mana saya dijemput sebagai ADN Hulu Kelang untuk datang ke Taklimat Menteri Kewangan pada pemerintahan Pakatan Rakyat kali pertama. Dalam taklimat tersebut, Menteri Kewangan pada hari itu telah menceritakan lebih dari RM700 Juta peruntukan untuk dibantu sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menyelesaikan masalah-masalah tandas pecah, pintu pecah, kurang meja tapi dengan peruntukan lebih 50% hendaklah diagihkan kepada Sabah dan Sarawak. Baki 50% untuk sekolah-sekolah di semenanjung yang memerlukan. Jadi bila saya tengok RM800 Juta, 50% itu adalah untuk Sabah dan Sarawak maknanya RM400 Juta untuk Sabah Sarawak. Kalaulah 400 Juta itu Selangor jika satu DUN RM1 Juta kita hanya ambil peruntukan itu RM26 Juta. Maka saya tanya pada Yang Berhormat Lim Guan Eng boleh tak di Selangor peruntukan itu terus disalurkan kepada ADN. Dia kata oh! Saari Sungib, boleh. Dia kenal sayalah, sahabat lama. Jika begitu, YB tulis surat pada saya dan saya akan arahkan pegawai saya untuk selesaikan masalah ini. Dalam sidang dewan yang berikutnya saya telah beralih ke sidang dewan di sini saya menyatakan hasrat itu pada Menteri Besar, itu silap sayalah! Saya bagi tahu Menteri Besar tapi Menteri Besar tidak setuju. Elok pegawai yang buat. Jadi, terlepaslah peluang. Kalau ada kemudahan begitu, menteri kata dia ada bidang kuasa untuk memberi pemberian itu sebab itu pemberian dari kerajaan pada kerajaan juga. Kalau dalam sistem yang ada, katalah Anuar Ibrahim Perdana Menteri mesti ada perbelanjaannya yang runcit-runcit mereka boleh bantu pun satu DUN RM5 Juta. Itu sudah kira runcit dah tu. RM5 Juta runcit adalah satu pemberian yang baik. Yang boleh kita baiki.
Hulu Kelang,berikan point yang terakhir.
Jadi saya ingin jelaskan di sini, saya telah mengumpulkan banyak bahan dalam masa saya sakit ni. Bahan-bahan ini boleh membantu Tuan-tuan tapi biasanya Tuan-tuan tidak hendak dengar. Saya difahamkan, Timbalan Speaker memberitahu saya pada ketika saya bercakap di Dewan ... lain. Saya pun tidak tahu silap saya tapi bila saya telah ber communicate dengan Lim Guan Eng. Saya ber communicate dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya okaylah. Saya ingin membantu. Saya juga masih dalam mencari jalan dengan apa yang saya lakukan selepas ini. Jadi apa yang saya nampak adalah untuk membantu ADN untuk membantu rakyat. Untuk Ahli Parlimen, itulah yang ada kekuatan membantu Wakil Rakyat membela rakyat. Terima kasih.
Menyokong titah ya? Hulu Kelang menyokong titah ya.
Ya.
Duduk sebentar.
Ya.
Ahli-ahli Berhormat pada petang ini kita menerima kunjungan dan lawatan daripada Sukarelawan DUN Pelabuhan Klang yang diatur oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang, seramai 27 orang diketuai oleh Tuan Amir Syafiq bin Muhiddin. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya persilakan Yang Berhormat Banting.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Dari Petaling Jaya ke Kuala Langat, Singgah sekejap di Puchong, Bumi Banting kini dipijak, Maka di situ langit di junjung.
Tuan Timbalan Speaker, saya mulakan ucapan saya dengan serangkap pantun ini, untuk menunjukkan bahawa saya turut menjunjung dan menyokong titah ucapan, menjunjung kasih titah ucapan Tuanku yang telah disampaikan semalam. Pertama sekali, kita perhatikan bahawa isi kandungan ucapan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang dan Yang Berhormat Bukit Lanjan sedikit sebanyak kita dapat rasakan bahawa perjalanan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor sejak tahun 2018 lebih jauh lagi Kerajaan Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 sebenarnya bukan sesuatu yang senang. Kita mengalami dan menimpa banyak pengalaman dan pengajaran tapi setiap kali kita berdepan dengan masalah dan rintangan dengan berbekalkan dengan sokongan daripada rakyat kita dapat mengatasi setiap kali, mengatasi setiap satu cabaran itu. Saya berdiri di sini setelah lebih 100 hari dari sidang yang lepas kita dapat juga merasakan bahawa walaupun sidang daripada dewan ini barangkali sidang terakhir dalam penggal ini. Dan walaupun berbezaan sidang kali ini dan sidang lepas lebih kuranglah 100 hari ataupun 3 bulan kita boleh lihat dalam dunia politik banyak perkara telah berlaku dan dilihat banyak perkara terus boleh berlaku. Pelbagai bentuk, isu ataupun perkara yang menarik setiap hari. Kita lihat satu hari di politik memanglah terlalu lama untuk kita semua. Dan kita lihat dalam 100 hari ini perbahasan dalam peringkat Dewan Rakyat sebenarnya sangat membuka mata kita. Bertapa kukuh dan bercelaru perbahasan di peringkat Pembangkang atau Perikatan Nasional terhadap Kerajaan Perpaduan sehingga mereka masih lagi tidak pernah melepaskan igauan mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Saya berpendapat dalam Dewan Yang Mulia ini, walaupun kita di peringkat Dewan Negeri sahaja kita perlu menjunjung titah ucapan dan utusan yang dibuat oleh Tuanku Duli Yang Maha Mulia kita telah menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil dan ini
boleh bergerak ke hadapan dengan maju. Apa pun sekali, kita lihat kembali apa yang dibuat oleh kerajaan di peringkat persetujuan ataupun di peringkat Pakatan Harapan di negeri Selangor ini. Kita boleh lihat, walaupun kita boleh menghadapi banyak masalah tetapi akhirnya sekiranya pentadbiran kita berlandaskan dasar kita yang murni membantu rakyat untuk mengangkat masyarakat madani untuk membanteras rasuah. Dan kita selalu kembali ke pangkal jalan sekiranya berlaku kesilapan dan kita mendekatkan dasar kita dengan rakyat. Yang penting kita jujur dan bersih pasti kita dapat membina sebuah kerajaan yang teguh. Yang saya kata bersih dan jujur bukan setakat dari segi percakapan sahaja.
Sekarang apa yang kita lihat berlaku di Dewan Rakyat ramai di sebelah sana kata mereka ini bersih dan jujur, sebelum pilihan raya, semasa kempen pilihan raya, selepas pilihan raya menjadikan mereka ini sebagai jaguh tetapi cakap tidak seperti serupa bikin. Apa yang berlaku ialah hari ini kita lihat nampaknya terbentuk satu lagi kluster mahkamah yang baharu. Kita tidak tahu apakah perbicaraan mahkamah akan berlaku dan apakah keputusan yang akan dibuat tetapi kita berpendapat. Saya berpendapat kerajaan perlu melakukan sesuatu. Tadi di sebelah pagi saya ada membangkitkan satu dua perkara semasa pencelahan. Kerajaan perlu tegas dalam perkara ini. Kalau ada orang menyerang kerajaan dengan fitnah kita perlu lawan balik dengan fakta. Lawan fakta dengan fakta, jangan kacau kita dengan fitnah. Kalau kita ada hujah, kalau kamu ada hujah datanglah ke Dewan dengan hujah bukan dengan perkara-perkara yang tidak benar. Saya sebenarnya agak kecewa apabila ada salah seorang Ahli Dewan Rakyat yang dahulu mantan EXCO kerajaan yang dahulunya EXCO kesihatan sanggup datang dan hadir ke dewan mengatakan bahawa menu rahmah ini akan menyebabkan masalah kanser ataupun autisme. Saya sangat terkejut. Apatah lagi apabila Ahli Yang Berhormat yang berucap itu merupakan tokoh perubatan. Saya lagi terkejut apabila ada rakan kawasan di Dewan Negeri Selangor juga merupakan Ahli Dewan Rakyat yang sebati dengannya tidak begitu cekap dengan memberi peringatan kepada Ahli Dewan itu walaupun dengan profesional yang sama. Tetapi tidak memberitahu bahawa kamu telah melakukan kesilapan. Ialah bila sampai pilihan bil, apabila waktu pilihan raya mungkin mereka masih lagi terbawa-bawa style dan gaya ceramah mereka itu, sikap mereka itu, menyebabkan bila mereka menang di kerusi tetapi kalah di peringkat kerajaan datang ke sidang Dewan Rakyat masih lagi terbawa-bawa karakter ataupun gaya perbahasan yang tidak mengutamakan fakta. Tuan Timbalan Speaker, kita lihat kutipan hasil untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk 6 tahun yang ke belakang ini adalah tertinggi. Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat yang berbayar cukai kerana sekiranya tambah tidak ada sokongan daripada mereka yang berterusan. Bukan sahaja setakat mengundi dalam pilihan raya tetapi membayar cukai. Membayar cupai, cukai tambah sebarang tunggakan lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Tanah kepada PBT kita. Saya rasa kita tidak mungkin dapat melancarkan begitu banyak program-program kebajikan dan masyarakat.
Banting, sikit boleh Banting?
Ya, silakan.
Banting ada menyebut tadi soal berkaitan dengan fitnah. Sebelum pilihan raya yang umum lalu, kita dengar kawan-kawan kita ada sebutlah dia kata kalau Tambun jadi Perdana Menteri nanti dia kata, dia akan menghalalkan LGBT. LGBT. Maksudnya perempuan kahwin perempuan, lelaki kahwin lelaki. Saya nak tanya dengan Banting, adakah Banting sudah menerima jemputan kahwin. Maksudnya daripada lelaki kahwin lelaki dengan perempuan kahwin perempuan?. Saya minta Banting tolong bagi pencerahan sikit kepada saya. Terima kasih Banting. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih.
Tuan yang speaker
Tuan yang speaker ni. Kita di Dewan Negeri Selangor kita panggil Tuan Timbalan Speaker. Kalau di Dewan Rakyat kita panggil Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Kita, sebenarnya tahu itu adalah tipu. Itu adalah fitnah. Saya tidak terima jemputan kahwin demikian rupa. Tak ada. Dan saya tahu itu adalah satu strategik yang selalu, yang selalu digunakan oleh pihak pembangkang. Kadangkala bukan di peringkat mereka, mungkin di orang anak-anak suruhan mereka yang menyebarkan fitnah-fitnah seperti ini. Saya sebenarnya sangat-sangat, sangat, sangat-sangat kecewa dengan style ataupun gaya kempen seperti ini bukan itu sahaja Yang Berhormat. Kalau kita lihat balik, kalau kita semak balik,laporan-lapor, laporan-laporan media yang juga perbahasan di Dewan Rakyat kita dapat lihat banyak cukup fitnah yang dilemparkan. Kononnya, saya pernah baca bahawa titah ucapan Tuanku di Dewan, Dewan Rakyat ya, itu bukan titah ucapan Tuanku, itu ditulis oleh kerajaan. Memang disediakan oleh kerajaan tetapi apabila disampaikan oleh Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka, Paduka, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, makanya ia menjadi titah ucapan baginda sendiri sama seperti apa yang berlaku di Negeri Selangor dan di banyak di negeri-negeri Melayu yang lain dan juga di negara-negara Komanwel. Jadi saya kira perkara-perkara seperti inilah amat menonjolkan sikap kerakusan dan sombong yang berlaku di pihak sebelah sana. Ada satu lagi pagi tadi Yang Berhormat Taman Templer, Bukit Antarabangsa datang ke sini untuk bertanya soalan. Dua kali soalan tambahan ditanya. Satu berkenaan dengan Stadium Shah Alam. Yang kedua berkaitan dengan perubahan iklim. Saya sebenarnya sangat terkejut. Selama tempoh satu tahun ke dua tahun, dia tak datang ke Sidang Dewan ataupun singgah sekejap sahaja, touch and go orang kata, tiba-tiba dia datang sini tanya dua soalan tambahan. Dan saya berasa sangat terperanjat juga kerana sekiranya Yang Berhormat Bukit Antarabangsa dia datang dan hadir dia ikut konsisten perbahasan dewan pastinya dia akan tahu bahawa dalam penggulungan Sidang Dewan Negeri yang lepas perkara
berkenaan dengan Stadium Shah Alam ini banyak disentuh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Menteri Besar. Dan banyak soalan ataupun jawapan telah pun, banyak soalan telah pun dijawab di situ. Jadi, bagi saya soalan tambahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang tidak diperlukan tapi hanya untuk menunjuk-nunjukkan bahawa dia ada lagi. Jangan lupa, kau aku masih ada lagi. Tapi bagi saya, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyebut di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sikap sedemikian yang hanya datang sekejap-sekejap sahaja dan kita lihat petang ini pun tak ada. Malahan pagi tadi sebenarnya dia hadir hanya sejam lebih, tak sampai dua jam pun. Sebelum tengah hari telah pun meninggalkan Dewan yang mulia ini. Jadi Tuan Timbalan Speaker kita,,,,,
Kira baguslah sejamlah lebih biasa 15 minit je
Ya?
Ya Cheras sekejaplah. Lontar ini ibarat, lontarkan batu sembunyikan tangan. Jadi Tuan Timbalan Speaker, saya tidak ada perkara-perkara yang besar yang perlu saya tegur Kerajaan Negeri kerana kita sudah sampai ke penghujung dewan yang saya rasa kita lakukan dan saya perlu lafazkan sini ialah kita perlu sentiasa berwaspada terhadap sentimen perkauman dan agama yang selalu dimain-mainkan oleh pihak pembangkang. Kita lihat kita perlu lakukan sesuatu. Kita hanya tidak boleh hanya setakat bertahan sahaja. Kita perlu melakukan, menyusun langkah kita supaya kita dapat menjangkau segala tuduhan liar daripada mereka supaya rakyat kita tidak terpengaruh. Salah satu isu adalah berkaitan dengan ceramah di masjid dan surau semalam ada disentuh oleh titah ucapan Tuanku dan saya setuju dengan titah ucapan itu dan saya menyeru kepada pegawai-pegawai kerajaan, kepada MAIS dan JAIS supaya segala ceramah dan juga ucapan yang berlaku disampaikan di kawasan masjid dan surau ini boleh ditayangkan secara langsung, untuk memudahkan pemahaman bukan sahaja pertama untuk pemahaman dan sebagainya. Kedua, untuk juga memudahkan semakan dan juga penguatkuasaan oleh pihak yang berkenaan supaya undang-undang ataupun perkara yang ditetapkan oleh titah ucapan Tuanku ini betul-betul dilaksanakan dan tidak ada penyelewengan. Dan saya sebenarnya kecewa juga Yang Berhormat semua, apabila keputusan ini, keputusan ini bagi rakyat Selangor bukan sesuatu yang lama iaitu orang politik ataupun mereka yang tidak bertauliah tidak dibenarkan untuk menyampaikan ucapan di masjid dan surau. Itu sudah menjadi undang-undang di Selangor sejak tahun 2008 lagi. Tak ada masalah untuk rakyat Selangor. Tetapi kepak, kebelakangan ini, saya sedikit kecewa jugalah apabila isu ini dipertikaikan di campur adukkan dengan konsert Blackpink kata bahawa mengapa kita benarkan konsert tetapi ceramah di Selangor ini tidak dibenarkan. Orang politik tidak boleh ceramah di politik. Saya lagi terkejut apabila ada arahan yang sama yang dibuat di negeri lain yang saya rasa adalah sesuatu yang baguslah untuk pembangunan agama. Tetapi ada juga mereka yang sanggup menyangkal terang-terang mereka menolak dan meneruskan ceramah mereka di
masjid dan surau. Saya tak tahu lah adakah mereka ini terlalu kebal sangat sehinggakan apa yang mereka buat itu semuanya boleh, semuanya benar. Tetapi kalau kita berlaku, kalau berlaku pada kita semuanya tak kena.
Banting, Banting. (berdehem) Banting
Double standard lah ini
Banting. Yang tak bagi ceramah, kuliah, tazkirah ni, orang politik ni, Tuanku. Sultan Selangor. Semalam kita dengar Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang minta supaya orang politik dan kalau siapa yang nak ceramah nak kuliah, nak tazkirah, di surau ataupun di masjid, dia minta tauliah. Tauliah. Dah lah mengajar tak ada tauliah. Tak ada tauliah tu pun dah salah. Satu. Kemudian yang kedua nya pula, fitnah pula. Fitnah. Fitnah. Macam kita pernah dengar dulu kan Tabung Haji nak diserahkan kepada orang kafir, Tabung Haji rugi. Ini fitnah, fitnah ini hidup ni. Fitnah dalam masjid, fitnah dalam surau. Jadi boleh tak Banting bersetuju dengan saya, jap lagi nak syarah pulak dekat Dewan Rakyat pula. Boleh tak Banting bersetuju dengan saya, maksudnya siapa yang ingkar ni, kita boleh sebutkan bahawa ini adalah merupakan penderhaka. Derhaka kepada titah Sultan Selangor. Adakah Banting boleh bersetuju dengan saya? Terima kasih Banting. Terima kasih, Tuan Speaker
Terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Templer kerana memang ini ialah apa yang berlaku. Kita ada mereka yang derhaka kepada arahan yang dilakukan oleh Tuanku kerana satu sebab yang sangat, satu ala, satu perkara ini bukan sesuatu yang susah untuk diikuti. Yang Berhormat tadi menyebut tentang tauliah. Bukannya susah. Kalau nak, nak sangat penceramah boleh memohon tauliah. Lulus tak lulus itu adalah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam. Tetapi tidak bertauliah, tidak mohon, tidak ada tauliah. Malahan kalau berucap pun fitnah macam-macam di dalam kawasan masjid dan surau. Jadi pandangan saya berasa saya sebenarnya merasa selalu bertanya-tanya adakah mereka ini kebal sangat ke, buat salah macam-macam tetapi tak ada orang yang mengambil tindakan terhadap mereka. Saya tak tahu. Saya ingin bertanya dan saya memohon supaya penguatkuasaan itu perlu dikemaskan supaya jangan ada perkara-perkara seperti ini berlaku lagi dan berulang dari semasa ke semasa sebab apa yang berlaku ialah kalau ada fitnah, kadangkala fitnah tu sangat-sangat berat dan kita mungkin tidak ada ruang untuk memberi balasan ataupun memberi penjelasan. Dan apabila berlaku perkara ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka kesan atau kemudaratannya sudah pun berlaku. Jadi, kita tidak ada peluang. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh sedikitlah tentang Rancangan Selangor ataupun salah satu isu ataupun bukan isulah, projek yang besar iaitu IDRISS yang dibawah Rancangan Selangor 1 dan saya kira kerajaan perlu memberi tumpuan yang sangat serius terhadap IDRISS ini buat sementara waktu kita lihat banyak hebahan telah pun dilakukan. Saya ingin memberi
satu cadangan, mencadangkan supaya agar sektor perubatan tradisional ataupun traditional chinese medicine, dia boleh dimasukkan sebagai salah satu elemen di dalam pembangunan Rancangan Selangor Satu di bawah IDRISS ini. Integrated Development Region of Selangor South or Southen Selangor. Ini ada kerana di kawasan Sepang ini kita ada tahu, kita tahu ada sebuah universiti yang sangat terkemuka yang ditubuhkan oleh Universiti Siamen dan ada traditional chinese medicine punya department dekat situ.
Oleh sebab itu saya bercadang supaya kita boleh menggunakan kedudukan strategik universiti ini untuk menjadikan IDRISS ini satu tapak kerana sudah ada fakulti medicine, maka kita boleh menggunakan, mendirikan satu lagi hospital ataupun hospital swasta untuk membantu melancarkan pembangunan perubatan tradisional di kawasan sela, Selangor khususnya di Sepang dan Kuala Langat kerana traditional chinese medicine ini sebenarnya semakin mendapat perhatian dan sambutan bukan sahaja daripada masyarakat cina, tetapi juga daripada masyarakat India dan Melayu. Jadi saya kira sekiranya kita boleh menggunakan peluang ini, kita mungkin dan boleh menjana lebih banyak pendapatan untuk rakyat Selangor dalam bidang traditional chinese medicine. Saya juga berterima kasih kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan kerana dalam lima tahun yang lepas banyak telah pun mereka lakukan, saya berterima kasih kepada jabatan perhu, hutan Perhutanan Selangor dan Jabatan Pertanian Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor kerana telah berjaya mengatasi masalah aaaaa Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di mana sekarang petani-petani sayur di kawasan Kuala Langat Selatan telah mendapat satu perjanjian untuk membenarkan mereka menjalankan aktiviti pertanian mereka di kawasan tersebut dan pada masa yang sama menjalankan usaha-usaha pemulih, pemulihan hutan simpan melalui konsep perhutanan pertanian. Perkara ini merupakan sesuatu yang lama tertunggak sejak lebih daripada 10 tahun yang lepas dan sekarang ianya telah pun berjaya diatasi dengan termeterainya perjanjian tersebut.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kerana cawangan PPST kawasan Banting hari ini telah pun digunakan sepenuhnya, telah pun siap digunakan sepenuhnya dan saya lihat anak-anak kita bukan setakat anak-anak kita tempat ini semakin menjadi tumpuan orang ramai kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada di situ termasuk komputer dia, bilik mesyuarat dan sebagainya sangat-sangat canggih. Komputer yang dipasang bukan sahaja komputer biasa tetapi adalah komputer Apple. Dan ini adalah sesuatu yang saya rasa menjadi di luar jangkaan rakan-rakan ataupun rakyat di kawasan Banting. Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan khususnya di bawah Yang Berhormat EXCO kerajaan tempatan kerana telah memberi peruntukan yang besar membina bumbung keranjang bola keranjang di kawasan Teluk Pulut dan kita lihat ini juga banyak memberi kesan positif kepada rakyat di kawasan saya. Dalam siri perbahasan saya yang lepas saya ada menyebut Kapal Korek Sri Banting, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker ini terletak di kawasan Dengkil dan saya ingin
mencadangkan supaya MBI Selangor cubalah bergerak seberapa cepat yang boleh kerana setahu saya MBI Perak sudah menukar wajah dan rupa bentuk Kapal Korek T15 di Tanjung Tualang dan sekarang ianya dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan kononnya the only mining dredge yang masih ada lagi di Malaysia. Saya rasa kalaulah Kapal Korek Sri Banting ini masuk maka...
Banting, Banting minta laluan sikit.
Ya, ya, silakan
Dengkil.
Saya tertarik dengan apa, penerangan daripada Banting tadi tentang kapal korek di Dengkil ini. So, baru-baru ini dimaklumkan agak panas tentang isu pembelian kapal korek di kawasan Dengkil ini sebab rata-rata rakyat tidak diterangkan detail mengenai pembangunan sekitar itu mencecah hingga RM 10 juta, adakah Banting setuju supaya ada satu sesi dua hala dengan masyarakat, Pendengaran Awam untuk menerangkan detail tentang projek kapal korek tersebut?.
Itulah sebabnya Tuan Timbalan Speaker tujuan saya membawa isu ini ke dewan yang mulia ini supaya kerajaan boleh memberi maklumat yang lebih banyak lagi kepada rakyat dan juga wakil rakyat yang berkaitan. Cuma apa yang saya katakan ialah kapal korek ini memang mempunyai potensi pelancongan yang sangat sangat sangat besar. Bayangkan kalau sekarang ini ada orang kata bahawa kapal korek dia yang terletak jauh lebih jauh daripada Kuala Lumpur ini sebagai kapal korek yang masih ada lagi di kawasan ataupun di negara kita, apakah nasibnya dengan Kapal Korek Seri Banting ini. Dan saya rasa daripada mereka melawat ke sebuah kapal korek yang terletak ratusan kilometer daripada KLIA baik mereka datang ke Kapal Korek Sri Banting untuk lihat betapa hebatnya warisan sejarah yang ada di kawasan Negeri Selangor ini. Saya berharap supaya perkara ini boleh dijawab.
Tuan Timbalan Speaker satu perkara penting lagi iaitu pembangunan di kawasan Kuala Langat yang bersempadan dengan Klang. Saya nak ambil satu contoh iaitu KSL. Tempat yang bernama KSL ini sebenarnya terletak di kawasan Perbandaran Klang tetapi bersempadan dengan kawasan Kuala Langat iaitu Sijangkang. Tapi saya lihat pembangunan yang berlaku di kawasan yang bernama KSL ini sebenarnya sangat-sangat besar dan kita memanglah, sememangnya mengalu-alukan, menyambut kedatangan ataupun kehadiran pelaburan dan pembangunan yang begitu besar ini. Cuma saya kira saya juga difahamkan bahawa apabila pembentangan di buat KSL ini hanya mengemukakan permohonan dan juga SIA EIA dan sebagainya untuk diluluskan untuk diteliti dan diluluskan oleh MPK sahaja Majlis Perbandaran
Klang. Pendapat saya sekiranya kita ada projek ataupun cadangan pembangunan yang sebegitu besar macam ini yang berlaku di sempadan antara dua kawasan PBT saya amat mengesyorkan supaya Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam kes ini juga diberi makluman supaya rakyat dan juga pembayar cukai Kuala Langat khususnya di kawasan sekitar Sijangkang dan Kuala Langat dan Banting boleh mengetahui, boleh tahu apakah yang akan dilakukan di situ kerana kesan-kesan limpahnya bukan sahaja akan dirasakan, dirasai oleh rakyat Klang di kawasan sekitar Bandar Botanik, Pelabuhan Klang, Telok Gong dan sebagainya. Tetapi kawasan seperti di Batu 7, Batu 8, Jalan Kebun, Batu 7 Sijangkang, Batu 8 Sijangkang, Pekan Telok Panglima Garang juga akan merasai tetapi kita tidak tahu di peringkat Majlis. Apakah isi kandungan, apakah wajah rupa pembangunan tersebut. Saya juga ingin menyebut sedikit tentang kolam takungan air di Taman Sri Jaromas yang pernah saya bangkitkan dalam Sidang Dun yang lepas. Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO kerana memberi perhatian dan jawapan yang tegas dan pada hari ini saya gembira kerana akhirnya peralatan yang perlu dipasang dan ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor telah pun di pasang di tempat itu. Jadi kita pun berharap ini akan sedikit sebanyak mengatasi masalah banjir yang berlaku di Taman Sri Jaromas ini. Tetapi saya ingin mengingatkan kepada kerajaan, ini bukan segala-galanya. Apa yang kita perlu ialah satu pemantauan yang lebih serius terhadap pemaju syarikat ini, pemaju ini supaya segala aspek penyelenggaraan dan pencucian pembersihan kolam tersebut akan dijalankan oleh syarikat berkenaan sebelum kelulusan seterusnya diberi. Khususnya pembinaan Rumah Selangorku di kawasan itu. Saya difahamkan masih ada lagi projek yang hendak dibina. Jadi saya mohon supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian dalam perkara ini.
Tuan Timbalan Speaker saya melihat perbahasan kita pada hari ini sepatutnya dan harusnya adalah rancak dan kita lihat rakan-rakan daripada Pakatan Harapan begitu juga dengan rakan-rakan kita dari UMNO pastinya akan mengambil bahagian dan menyokong titah ucapan tuanku ini. Saya berharap apa pun pandangan dan juga ideologi politik kita, kita perlu berusaha untuk memastikan Negara Malaysia dalam tempoh 5 tahun yang akan datang ini akan berkembang dan maju menjadi sebuah negara yang disegani seantero dunia. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun lagi, saya jarang berpantun tetapi hari ini saya cuba sedaya upaya untuk mengikut teladan yang baik yang ditunjukkan oleh Tuan Speaker semalam ya, “Kemasyhuran Malaysia milik bersama, adat dijunjung budaya disanjung, Kerajaan Perpaduan berpaksikan rukun negara, anak merdeka merai untung, Selamat berbahas dan selamat menyambut mengambil bahagian dalam perbahasan kita yang terakhir ini”, sekian terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Subang Jaya.
Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Subang Jaya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan
Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai usaha Kerajaan Negeri Selangor dari segi urustadbir dan program yang telah dititah dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Subang Jaya ingin membangkitkan satu perkara utama, dan ingin menunjukkan cara bagaimana beberapa sektor-sektor bawah kawalan Kerajaan Negeri perlu ditambahbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Isunya, Tuan Speaker, adalah perubahan iklim. Sebagai penandatangan Paris Agreement, Negara Malaysia telah bersetuju untuk mengelakkan peningkatan suhu dunia melebihi 2 darjah celcius. Perkara ini penting kerana perubahan iklim mampu membawa kesan yang memudaratkan. Desa-desa di sisir pantai di seluruh dunia berkemungkinan tenggelam, insiden banjir dan kemarau dijangka meningkat, yang sekaligus akan membawa kesan yang serius kepada kelangsungan air dan makanan. Kehidupan setiap orang akan terjejas. Industri-industri bedasarkan air seperti minuman, tekstil, kertas, automotif, kapal terbang, alat solek tidak akan dapat berfungsi.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengugumkan sasaran untuk mencapai “net-zero carbon” pada tahun 2050. Ini merupakan satu visi yang berani dan hanya boleh dicapai dengan rancangan yang rapi. Tanpa rancangan yang rapi yang membimbing terutama pemain-pemain industri untuk mencapai sasaran tersebut bersama-sama, Kerajaan Negeri mungkin akan menghadapi penolakan ataupun serangan balik. Terdapat empat sektor bawah kawalan Kerajaan Negeri di mana kami boleh meneraju sasaran “net-zero carbon”.
Satu, pengangkutan awam. Tuan Speaker, Selangor telah mengambil langkah berani apabila menjadi satu-satunya negeri yang melibatkan diri dalam pengangkutan awam pada tahun 2015 melalui pelancaran Bas Smart Selangor. Sejak itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan 52 laluan bas Smart Selangor dan kumulatif penggunaan melebihi 32.1juta dari 2019 hingga 2022. Berbanding dengan memandu kereta persendirian, pengangkutan awam boleh mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 45%. Dalam menerusi semangat sebagai peneraju dan bagi mencapai sasaran “net-zero emission” menjelang 2050, Subang Jaya berharap agar Negeri Selangor mempercepatkan usaha untuk melaksanakan mikromobiliti seperti e-scooter, yang sekaligus dapat menangani isu first-mile-last-mile. Lebihkan bilangan orang mengambil pengangkutan awam, kurangkan bilangan kereta atas jalan, dan dengan itu, penghasilan karbon dapat dikurangkan. Subang Jaya difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menjalankan pilot dengan beberapa pembekal perkhidmatan mikromobiliti. Pilot yang telah dijalankan di MBPJ sejak April 2021 dengan syarikat Beam, dan prestasi utama yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:-
1. Jumlah 103,355 trip e-skuter dari 01 April 2022 - 15 Februari 2023.
2. Jumlah jarak perjalanan 130,183 KM menggunakan e-skuter Beam dari 01 April 2022 - 15 Februari 2023. 3. Jumlah 47.1 tan Penjimatan Pengeluaran Karbon atau Carbon Emissions Savings dengan menggunakan e-skuter dan bukannya kereta biasa.
Dengan kemajuan teknologi, Subang Jaya percaya bahawa isu-isu dahulu yang dihadapi oleh pembekal basikal berkongsi seperti Obike tidak lagi akan wujud. Contohnya, salah satu masalah yang dihadapi oleh Obike adalah apabila pengguna membawa basikal melalui tempat yang merbahaya. Teknologi kini boleh menghalang e-scooter daripada masuk kawasan yang tidak dibenarkan. Masalah lain seperti basikal yang tidak diletak balik di tempat yang dikhaskan juga dapat ditangani kerana teknologi kini boleh gariskan “no-park zones” dengan izin. Masalah dahulu di mana basikal ditemui dalam semak, di dalam longkang dan sebagainya tidak akan wujud. Perkhidmatan oleh pembekal servis juga ditambahbaik di mana pada masa-masa tertentu, skuter-skuter yang tidak diletakkan balik akan dikutip dan ditempatkan di kawasan yang dikhaskan. Selain itu, setiap pengguna juga perlu mendaftarkan butir-butir peribadinya dengan pembekal perkhidmatan sebelum menggunakan skuter tersebut. Syarikat Beam telah memerhati bahawa dengan mengambil langkah-langkah saya sebutkan tadi, pemulangan e-skuter meningkat daripada 42% kepada 95%. Saya nampak potensi perkhidmatan mikromobiliti dan amat mengalu-alukannya dilaksanakan di Subang Jaya. Dengan itu, saya berharap dan memohon agar Majlis Bandaraya Subang Jaya memulakan pilot dengan secepat mungkin. Selangor seharusnya memudahkan pelaksanaan perkhidmatan peneraju sebegini. Pada Sidang Dewan yang lepas semasa pembentangan Belanjawan, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar telah mengugumkan inisiatif Selangor Mobiliti. Dengan itu, Subang Jaya ingin bertanyakan apakah rancangan pelaksanaan dan apakah status pelaksanaan Selangor Mobiliti setakat ini?
Sektor kedua di mana Selangor perlu mengubah untuk mencapai “net zero emissions” adalah sektor sisa pepejal. Tuan Speaker, setiap hari, Selangor menghasilkan 10,000 tan sampah! Kini, Selangor masih menempatkan sampah di landfill. Dengan menggunakan kaedah ini, setiap tan sampah dijangka menghasilkan lebih kurang 780 kg karbon setiap tan sampah. Ini bermaksud Selangor menghasilkan 78 ribu tan karbon sehari! Kalau dibandingkan dengan purata penghasilan sampah oleh World Bank, setiap orang dalam dunia ini secara putara menghasilkan lebih kurang 750 gram sampah setiap hari. Walaubagaimanapun, penduduk Selangor menghasilkan dua kali ganda sampah, iaitu 1.4 kg setiap hari! Cara kehidupan sebegini tentu tidak lestari, dan perlu berubah. Secara minima, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan perkhidmatan pengutipan bahan-bahan kitar semula pada punca. Ini bermaksud memantapkan sistem pengutipan sampah, khasnya lori-lori sampah untuk mengasingkan sampah domestik daripada sampah kitar semula.
Apabila sistemnya sudah wujud, Kerajaan Negeri perlu berani untuk melaksanakan undang-undang bagi mewajibkan kitar semula pada punca. Di banyak bandar lain,
sesiapa yang tidak mengasingkan sampah pada punca akan diberikan notis. Selepas notis berulang, kesalahan tersebut akan didenda. Denda-denda demikian bolehlah dikumpul dan dituntut dalam bil cukai taksiran. Semasa saya belajar di London 15 tahun lepas, sistem sebegini sudah wujud. Sudahlah sampai masa Selangor untuk melaksanakan dasar yang serupa. Salah satu dasar yang boleh dilaksanakan adalah sistem pembayaran bagi sampah berlebihan yang dihasil. Walaubagaimanapun, sebelum itu, sistem penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan perlu ditambahbaik. Kakitangan perlu ditambah dan CCTV perlu dipasang di seluruh bandar untuk mengenalpasti kutu-kutu sampah. Di negara Toronto, Pihak Berkuasa Tempatan mereka membekalkan tong sampah. Sampah tambahan yang tidak dapat ditampung dalam tong sampah tersebut perlu diletakkan di tepi tong dan ditag dengan kupon yang hanya boleh dibeli daripada PBT mereka. Ini bermaksud penduduk Toronto perlu membayar untuk penghasilan sampah berlebihan. Kaedah ini akan memaksa setiap orang untuk bertanggungjawab atas penghasilan sampah mereka, yang sekaligus akan membantu Kerajaan Negeri mengurangkan jumlah sampah harian. Dengan itu, penghasilan karbon juga dapat dikurangkan.
Sektor ketiga yang perlu berubah untuk mencapai net zero emissions adalah air. Di Selangor, pengunaan kami telah naik dari 231 litre setiap orang setiap hari pada tahun 2017 ke 270 litre setiap orang setiap hari! Ini adalah 68.7% lebih tinggi daripada sasaran WHO yang mencadangkan pengunaan sebanyak 160 litre setiap orang setiap hari! Ini bermaksud bahawa setiap orang di negeri selangor membazir 110 liter setiap hari. Setiap liter air yang dirawat dijangka menghasil 1.5 gram karbon. Selangor mempunyai 6 juta orang penduduk. Jadi, ini bermaksud bahawa melalui pembaziran air, Selangor menghasilkan 990 tan karbon sehari! Kami perlu dasar-dasar untuk mengurangkan penggunaan. Di Singapura, pengunaan air rakyatnya adalah pada 130 liter setiap orang setiap hari. Cuaca mereka sama, budaya mereka serupa, jadi tiada sebabnya tahap penggunaan air kami dibandingkan mereka terlalu jauh berbeza. Dan walaupun pengunaannya adalah kurang daripada sasaran WHO, kerajaan Singapura mempunyai sasaran untuk kurangkan lagi penggunaan air sebanyak 30% menjelang 2030. Satu “game changer” yang mampu bantu mengurangkan penggunaan air adalah melalui teknologi dan Internet of Things, dengan izin. Oleh itu, Selangor perlu menyegerakan pemasangan Smart Meter bagi air. Dengan adanya Smart Meter, maklumat boleh disalurkan melalui apps Air Selangor dan kegunaan air, bukan sahaja setiap hari, tetapi setiap jam dapat dijejak. Ini bermaksud bahawa kebocoran dapat dikesan dari awal, dan pengguna akan tahu aktiviti seharian yang mana yang menggunakan air yang paling banyak. Dengan platform apps, Air Selangor dapat menghantar amaran bagi kegunaan air berlebihan, ataupun penggalakkan apabila seorang pengguna menggunakan air bawah sasaran. Dengan pengurangan kegunaan air, penghasilan karbon juga dapat dikurangkan, yang sekaligus dapat menangni isu perubahan iklim.
Tuan Speaker, satu lagi isu air sebelum saya meneruskan dengan tajuk perubahan iklim. Pada Februari yang lepas, Selangor sekali lagi mengalami masalah gangguan
air. Bagi menangani isu ini, Projek SEJAM telah dilaksanakan untuk menyambung HORAS 600 dan Pond C ke Loji Rawatan Air Semenyih dan Loji Rawatan Air SSP1,2,3 masing-masing.Tujuan projek ini adalah untuk memastikan bekalan air kecemasan semasa berlakunya gangguan air. Jumlah isipadu dalam HORAS 600 dan Pond C difahamkan dapat menahan penggunaan sebanyak 4 hari. Apabila projek ini diumumkan pada November 2021, kami difahamkan bahawa projek tersebut akan siap dilaksanakan pada Disember 2022. Walaubagaimanapun, pada 2022, kami dimaklumkan bahawa penyiapannya akan dilewatkan kepada Jun 2023. Dukacitanya, pada Februari 2023, Subang Jaya ambil maklum pengumuman bahawa projek ini akan sekali lagi dilewatkan kepada suku ketiga 2023.Pembekalan sumber air alternatif adalah amat penting demi kelangsungan hidup dan perniagaan, apatah lagi di negeri Selangor yang merupakan nadi ekonomi negeri. Oleh itu, Subang Jaya ingin bertanyakan mengapa projek tersebut mengalami kelewatan? Dan adakah apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mempercepatkan pelaksanaannya?
Tuan Speaker, berbalik kepada isu perubahan iklim. Sektor keempat bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri yang mampu bawa perubahan adalah perhutanan. Pada tahun 2010, Selangor telah melaksanakan moratorim terhadap aktiviti pembalakkan selama 25 tahun. Subang Jaya ingin mencadangkan agar moratorium ini dipanjangkan, dan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu memikirkan cara untuk tidak lagi menjadikan pembalakan sebagai saluran pendapatan negeri. Pada sebaliknya, Subang Jaya ingin mencadangkan sistem kredit karbon yang boleh dihasilkan melalui kekayaan hutan Negeri Selangor, dan yang dijual kepada syarikat atau negara lain yang mempunyai tanggungjawab pematuhan penghasilan karbon. Kredit Karbon dihasilkan melalui projek-projek yang dapat mengurangkan karbon daripada atmosfera. Fungsi hutan termasuk penghasilan oksigen, yang mengimbangi penghasilan karbon. Setiap tan karbon yang diimbangi boleh dijual.
Tuan Speaker, Subang Jaya mengambil maklum bahawa kebanyakkan bidangkuasa penjanaan pendapatan negeri di dalam negara Malaysia adalah berdasarkan aktiviti yang tidak lestari kerana berasaskan kemusnahan alam sekitar – contohnya seperti aktiviti perlombongan, pembalakan, tanah, sungai. Sebagai jangka masa panjang, Kerajaan Negeri perlu membincang semula bidangkuasanya dalam Perlembagaan Persekutuan, jika kami ingin tangani isu perubahan iklim secara serius. Pada hujung tahun 2020, Negeri Selangor mengalami banjir di seluruh negeri yang merekodkan kerugian sebanyak RM3.1billion. Pada Disember 2022, kejadian tanah runtuh di Batang Kali telah berlaku akibat ketepuan tanah yang tinggi dan takungan air bawah tanah di bawah tapak perkhemahan berkenaan. Kedua-dua kejadian ini memberi gambaran kecil berkenaan bencana berterusan yang mampu berlaku jika tindakan drastik tidak diambil untuk menangani isu perubahan iklim.
Dalam mengakhiri ucapan, izinkan saya, Tuan Speaker, untuk membaca satu mesej rayuan yang telah saya terima daripada seorang Warga Subang Jaya, dengan izin:
“Today I spent lunchtime with the support group for the Batang Kali disaster. I met a couple whose young son died, a man who lost his wife, and, a young couple and their daughter who barely escaped with their lives. The widower, he hasn't slept at all since the incident. His son was half buried in the mud. His wife was a teacher. Her students probably suffer from PTSD. These survivors want answers as to what happened, why, and, who is responsible. They want to make it such that policy changes are made by the Federal Government so that another disaster is avoided.
They have faces.
They are not anonymous. They have names.”
Sekian sahaja, Tuan Speaker. Subang Jaya menyokong.
Saya persilakan Kota Damansara.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam harapan, salam bersama kami diucapkan kepada Tuan Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan mahupun pembangkang marilah kita bersama memanjat kesyukuran dan rahmat kepada Allah S.W.T kerana Malaysia masih kekal aman dan kita mampu bersidang pada hari ini membincangkan perkara seterusnya. Saya dengan rendah diri ingin membahas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sebelum memulakan perbahasan ini saya ingin mengingatkan kepada semua rakan-rakan semua bahawa kita merupakan nadi dan jurucakap kepada rakyat. Jangan sekali-kali lupa bahawa kita berada di sini demi rakyat yang telah memilih kita.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dalam membawa Malaysia ke arah kemakmuran dan madani. Tuan Timbalan Speaker, Kota Damansara merupakan satu kawasan yang padat dan menjadi tempat tinggal kepada ramai rakyat Selangor, anggaran penduduk di Kota Damansara sendiri pun adalah dianggarkan lebih kurang 200,000. Maka antara perkara yang telah menjadi luahan penduduk ialah masalah infra iaitu tentang kesesakan lalu lintas. Saya ingin membawa menyingkap semula masalah yang dihadapi oleh penduduk yang melibatkan Persiaran Atmosfera, penyambungan Persiaran Atmosfera dan juga penyambungan ke daerah Kwasa Land. Ini isu telah lama dibangkitkan terutama penduduk-penduduk di Subang Bestari selalu menerima kesesakan dan diharapkan bahawa Kerajaan Negeri memberi komitmen yang tegas untuk menyambungkan Persiaran Atmosfera ke kawasan Kwasa Land. Selain dari itu juga, saya ingin membangkitkan pengoperasian kilang haram. Kita tahu bahawa pemutihan, proses pemutihan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri tidak mendapat sambutan yang sangat baik. Tetapi saya telah berjumpa dengan pihak
yang ingin memutihkan kilang haram ini namun mereka mendapat masalah-masalah yang kerap dilalui oleh mereka di antaranya ialah masalah penyambungan capaian darat iaitu infra jalan raya, antaranya jalan jambatan yang menghubungkan Jalan Tasik Raja Lumu U4, Seksyen 17 dan juga masalah sambungan Internet terutama di Kampung Baru Sungai Buloh dan juga Kampung Subang. Kampung Baru Subang. 2 perkara ini yang perlu diambil berat oleh kerajaan walaupun saya percaya kita mesti adil dalam mengenakan hukum, hukuman dan memastikan kedua-dua pihak iaitu masyarakat dan pengusaha kilang mendapat keadilan sudah pasti Kerajaan Negeri telah menyediakan tawaran insentif sehingga 30% tetapi proses pemutihan belum dapat meningkat sehingga cara drastik. Saya percaya perlu lebih banyak pertemuan dengan pemegang taruh dalam menyediakan fuller bagi perkara ini. Rakan yang dihormati sekalian, sekolah merupakan satu kawasan yang selamat kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan keselamatan. Itu bukan hanya dari sudut manusia tetapi juga dari kesan negatif disebabkan pembangunan yang dilakukan. Saya ingin merujuk kepada lawatan yang saya buat baru-baru ini iaitu Sekolah Subang Perdana U3. Di mana kelas darjah terpaksa ditutup kerana adanya rekahan, retakan di kelas tersebut.
Walaupun telah dibangkitkan di pihak Kementerian, namun tidak dapat, diendahkan kelas darjah terpaksa ditutup dan kelas tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan dewan mereka yang telah melalui lintar pintas beberapa kali. Sekolah ini pun ada juga masalah yang belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan Skim Mesra Usia Emas di bawah titah Tuanku baru-baru ini menyebut tentang Skim Mesra Usia Emas, RM150, khairat RM500, tetapi untuk Kota Damanara baru-baru ini saya difahamkan bahawa proses untuk meluluskan memakan 2-3 bulan. Saya tak faham kenapa makan masa yang begitu lama tetapi saya harap dalam keadaan sekarang di mana rakyat perlukan duit secepat mungkin saya harap sangat EXCO yang berkaitan supaya mencepatkan proses kelulusan Skim Mesra Usia Emas untuk Kota Damansara baru-baru ini kita telah menyerahkan lebih kurang 550 permohonan namun hingga hari ini belum dapat kelulusan. Saya juga ingin mengambil peluang mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana telah membentangkan Belanjawan 2023 yang memastikan kesenjangan kebajikan rakyat marhaen. Kita dapat lihat ada beberapa perkara OSC yang telah diwujudkan seperti peningkatan cukai pendapatan kepada orang kaya dan pengenalan cukai baru dalam memastikan golongan orang kaya tidak terlepas dengan membayar cukai yang sepatutnya. Sudah pasti perkara ini amat baik dan Kerajaan Negeri perlu mengikut langkah yang dilakukan Kerajaan Persekutuan. Tetapi apa yang menarik yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai oleh Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat yang berada di bawah kemiskinan tegar . Inisiatif ini berfokus kepada tiga perkara iaitu melalui pertanian, usahawan dan perkhidmatan. Dengan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan Kerajaan menetapkan bahawa golongan sasaran akan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM 2,000.00 ringgit sebulan melalui inisiatif ini. Ini langkah positif dalam membantu rakyat dalam
memberikan tunai terus kepada rakyat. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana turut terlibat inisiatif ini terutama menyediakan tanah bagi inisiatif usahawan tani. IPR mampu menyelesaikan masalah sekuriti makanan peningkatan kos sara hidup yang berlaku di Malaysia sekarang. Dan sudah pasti gerakan ini tidak boleh digerakkan tidak boleh berharap kepada Kerajaan sahaja malah semua masyarakat sivil perlu menyokong usaha ini demi kebaikan negara. Soalan yang ingin saya bangkitkan sejauh manakah penglibatan antara ADN di Selangor dalam melaksanakan IPR ini. Terutama dalam inisiatif pertanian iaitu penggunaan tanah dalam perniagaan. Saya ingin mencadangkan lebih banyak penempatan vending machine di sekitar Kota Damansara kerana Kota Damansara mempunyai lebih 5 station MRT yang boleh digerakkan segera. Saya mohon juga penglibatan ADN dalam pelaksanaan inisiatif pertanian yang menggunakan tanah Kerajaan Negeri. Saya mohon penjelasan bagaimanakah penglibatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam penggunaan tanah dalam kuasa Kerajaan Negeri.
Tuan Timbalan Speaker yang saya hormati, kenaikan harga barang sangat menekan kami sampai sebagai rakyat biasa saya sendiri merasa dengan kenaikan barang keperluan seperti kita sedia maklum bahawa kerajaan telah menjalankan beberapa inisiatif dalam membantu rakyat dengan memperkenalkan menu rahmah, ini langkah jangka masa sederhana dalam mengurangkan beban rakyat disebabkan kenaikan harga. Kerajaan juga telah berusaha untuk menaikkan penawaran bagi barang-barang keperluan agar barang mampu dikawal seperti telur. Saya juga ingin bangkitkan tentang gaji minima dan Kerajaan Negeri memperkenalkan gaji minima graduan dalam membantu graduan mendapat gaji yang bermaruah. Saya ada buat analisa bahawa kenaikan gaji minima pada tahun 2019 dan 2020 tidak memberi kesan langsung kepada gaji graduan, malah ada penurunan gaji seperti ada dinyatakan oleh dosm perangkaan Malaysia. Ini perkara yang harus oleh difokuskan oleh Kerajaan dalam memastikan rakyat kemahiran tinggi seperti graduan ini seperti tidak lari atau bekerja di bawah nilai produktif mereka. Ini hanya akan merugikan negara pada masa hadapan. Cadangan saya seterusnya adalah untuk mewujudkan majlis penasihat buruh negeri fokus majlis ini adalah untuk menjadi pengantara dalam memastikan undang-undang buruh sediaada dengan lebih berkesan di Negeri Selangor. Bukan itu sahaja majlis itu juga berfungsi sebagai thing thang kepada isu-isu melibatkan hak-hak buruh di Negeri Selangor. Di Negeri Selangor kita mempunyai unit pemberdayaan pekerja Selangor , saya percaya Kerajaan Negeri pasti ingat tentang persoalan yang saya timbulkan unit ini dan Kerajaan Negeri juga telah menjawab persoalan itu secara bertulis kepada saya. Maka saya ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkuat hubungan dengan UPPS dengan kongres kesatuan sekerja Malaysia, ini langkah yang progresif dan proaktif dalam memastikan kerjasama antara dua organisasi ini diperkuatkan dan akhirnya memberikan kebaikan kepada permasalahan rakyat di Negeri Selangor. Saya juga ingin membangkitkan Kerajaan Negeri juga menjadi contoh dengan meningkatkan gaji minimum kepada RM 1600.00 bagi pekerja di bawah GLC Selangor. Ini merupakan langkah progresif dalam memastikan kebajikan rakyat Selangor terjaga dengan kenaikan harga barang yang
berlaku. Saya harap idea ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dalam menggerakkan langkah progresif ini dalam kita menjadi negeri contoh pada negeri lain dalam memastikan graduan tempatan dan rakyat Selangor mendapat gaji yang bermaruah. Selain isu gaji saya juga ingin membangkitkan elaun imam di negeri Selangor. Kita sedia maklum elaun sekarang berjumlah sekitar RM1200.00 dan saya ingin cadangkan kenaikan pada RM1500.00 mengikut tahap gaji minimum kepada semua imam-imam. Kenapa saya bangkitkan hari ini kerana imam adalah antara ketua komuniti yang menjaga kebajikan masyarakat setempat. Kenaikkan elaun ini adalah lebih bersifat untuk menghargai pengorbanan mereka yang sentiasa di hadapan dalam mendidik masyarakat dan menjaga kebajikan. Saya mohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan ini saya sebagai ADN yang mempunyai 65 surau dan masjid di kawasan saya dan sudah pasti saya amat memahami keperluan meningkat elaun ini. Tuan timbalan Speaker saya ingin membangkitkan 2 isu kelab di Kota Damansara yang menyebabkan pembangunan mereka di bantah oleh penduduk. Satu adalah pembinaan kompleks rumah kelab golf seri Selangor . Penduduk telah pun membahaskan dan membantah benda ini terutama penduduk Tropikana Indah dan juga pembangunan di Polo kelab . Kita sekarang penduduk madani harap sangat kita mengambil pertimbangan tentang apa nama tunggak madani itu sendiri iaitu dia kata Ehsan. Ehsan itu sinonim peduli dan belas kasihan. Saya faham pembangunan itu penting tapi saya harapkan sangat kalau boleh Kerajaan Negeri bersama dengan penduduk duduk mula bincang tentang pembangunan Rumah Kelab Golf Seri Selangor dan Polo Club. Begitu juga dalam kontek yang sama iaitu cova suite pembelian rumah oleh bukan bumiputera tapi mereka pampasan mesti masalah...
Kota Damansara ...Ijok mohon mencelah.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker ...2 kawasan ye Kota Damansara ni memang kawasan pembangunannya amat pesat. Dimasa kerajaan Barisan Nasional, kita telah hentikan pembangunan di Kota Damansara Community Forest, masa tu kerajaan Barisan Nasional,sekarang kerajaan kita ni nak membangunkan kawasan Kota Damansara yang sepatutnya kawasan hijau dan nombor satu club seri Selangor house tu tempatnya memang jauh daripada kawasan penduduk perjalanan jalanraya tu amat sesuai dan saya difahamkan club ni akan dibangunkan satu tempat rapat dengan rumah-rumah, dan juga lalu lintas tu akan menimbulkan kesesakan jalanraya dan kelab yang ada ni akan dibangunkan tempat tu dah ada banyak pembangunan tetapi kenapa kawasan hijau dan nak bangunkan lagi another top building ini akan menambahkan kesesakan dan yang kelab polo tu itu memang kawasan hijau dekat dengan Kota Damansara Forest tetapi bagaimana kelulusan telah dapat untuk membangunkan itulah saya harapkan lah Kota Damansara akan memberi penjelasan sebab kita sekarang kerajaan madani dan penduduk-penduduk sekarang ada membeli kawasan itu mereka membeli kawasan itu sebab kawasan hijau udara yang
nyaman dan apabila dah membangun macam ni bermakna kita tiada janji yang sepatutnya pada pembeli yang asal, sekian.
Baik Tuan Timbalan Speaker harapan penduduk agar diadakan semula perbincangan yang lebih konklusif supaya isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang baiklah itu yang kita hendak. Kemudian, tasik cova pun sama juga dah lama isu Tasik Cova yang telah pembaikan yang telah dibuat pun ada masalah dan juga taman segar seksyen U5 permohonan pemilikan tanah dan kemudahan infra jalan longkang air ini pun dah bertahun sejak dulu lagi boleh selesai. Satu isu lagi yang saya ingin bangkitkan tentang pembinaan jalan awam jalan awam tapi tanah persendirian sekarang dasar dah tukar milik persendirian tak boleh buat jalan lagi jalan dah rosak jadi saya harap terutama di kampung Melayu subang tu ada jalan gunaan awam bertahun dah rosak tapi jalan peribadi tak boleh dibaik pulih dan diiktiraf terutama di blok 935931. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menutup saya punya perbahasan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kota Damansara yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada Kota Damansara terutama Kampung Melayu Subang,Kampung Selamat, Kampung Sungai Buloh, Subang Bestari, Subang Perdana dan sekitar ye saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan yang hadir pada hari bertemu rakyat setiap Rabu tanpa temu janji. Dasar saya tanpa temu janji setiap Rabu saya ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah hampir semua masalah dilontarkan kepada kami masa hari bertemu rakyat dapat diselesaikan oleh Pusat Khidmat dan semoga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan terima kasih juga kepada 65 surau dan masjid kerana sudi menerima kehadiran saya sepanjang 5 tahun ini, banyak perkara yang dapat kita melakukan bersama dan memastikan ahli kariah terus terjaga saya juga ingin ambil kesempatan maklumkan kepada semua warga Kota Damansara bahawa terdapat 12 projek yang diluluskan baru-baru ini bawah projek Selangor penyayang melibatkan sekolah , surau dan sebagainya. InsyaaAllah kami di pusat khidmat Kota Damansara akan menjalankan program ihya Ramadhan pada tahun ini di semua 65 surau dan InsyaaAllah bagi mereka yang tinggal di sana pun boleh saya masak bubur lambuk tiap-tiap hari di rumah saya boleh drive thru boleh ambil bubur lambuk di rumah saya ye..saya ingin memaklumkan kepada dewan bahawa saya melalui pusat khidmat akan mewujudkan satu khidmat informasi rakyat dalam membekalkan inisiatif-inisiatif yang telah digerakkan oleh Kerajaan Negeri dan persekutuan dalam membantu rakyat kepada rakan-rakan saya dalam maklumat boleh lawati shatirimansor.com terakhir saya cuba harap agar segala idea yang dibawa oleh saya ini akan menjadi perhatian kepada Kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan pasukan saya sentiasa bersedia untuk bersama dengan Kerajaan Negeri dan persekutuan dalam mendepani isu rakyat dan penyelesaiannya. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun, Jangan Suka Menyanyam Nyiru, Nyiru di anyam di tepi tasik siantan, Hari Bertemu Rakyat setiap Rabu, Semoga kita bertemu lagi dimasa hadapan. Kota Damansara mohon menyokong.
Saya persilakan Sijangkang.
Assalammualaikum..(Alhamdulillah ...dan membaca doa...) Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Timbalan Speaker yang memberikan ruangan kepada saya untuk sama-sama turut membahas dalam usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Ampun Tuanku Patik Ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan Ini Mohon Sembah Kasih Serta Menjunjung Kasih Di Atas Titah Menjunjung Mulia Sultan Selangor bagi membuka Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas saya kira Persidangan kita pada hari ini adalah Persidangan yang terakhir dalam penggal ini sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Yang Ke-15. Pilihan Raya Umum Ke-15 peringkat negeri, dan InsyaaAllah akan sama-sama kita hadapi Pilihan Raya dengan penuh harmoni dan InsyaaAllah rakyat diberikan peluang untuk memilih pemimpin-pemimpin yang terbaik untuk menjadi pemimpin ataupun Ahli – Ahli Dewan Negeri yang seterusnya akan perjuangkan hak rakyat dan sejahterakan Negeri Selangor.
Yang Dipertua dan Ahli – Ahli Yang Berhormat, saya kira dalam perbahasan saya ini saya akan merujuk kepada titah ucapan DYMM Tuanku yang mana adalah perkara – perkara yang menjadi tumpuan kepada saya terutamanya mungkin berkaitan dengan kawasan SiJangkang terutamanya dan juga yang mempunyai kepentingan di dalam negeri kita. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih Kerajaan Negeri yer..mana yang baik kita ucapkan terima kasih yea di atas pencapaian – pencapaian yang telah .yang dilakukan selama ini dan kita melihat dah....Kerajaan Negeri telah .memungut kutipan yang terbaik yer..pada... Tahun 2022 dan mendapat sumbangan memberikan sumbangan yang terbesar kepada KDN Negara pada 24.8 dan kutipan hasil ini melebihi daripada sasaran yer..yang disasarkan ye pada tahun pada tahun ini. Cuma apa yang saya lebih concern adalah dengan pertubuhan pendapatan yang baik ini yer...dan tentulah menyumbangkan kepada Kerajaan Pusat
Saya juga ingin , bertanya kepada Kerajaan Negeri yea... apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumbangan-sumbangan ataupun terimaan kerajaan daripada Kerajaan Persekutuan sejaran..sejajar dengan sumbangan KDN Negeri kepada Kerajaan Pusat mungkin daripada sudut .sumbangan terimaan kita berkaitan errr. Kewangan MARRIS yer yang saya kira infra dan jalan-jalan di Negeri Selangor ini adalah dalam keadaan yang masih lagi tidak memuaskan hati kepada sebahagian besar daripada rakyat ataupun kita sendiri sebagai Ahli – Ahli Dewan Negeri yang mana kadang – kadang dia... menyebabkan isu yang tidak berkesudahan jalan raya yang rosak yang menyebabkan kemalangan dan sebagainya sudah tentulah ini harus juga sebagai salah satu objektif yang utama yang harus .di..er...dilihat oleh Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumbangan - sumbangan terimaan yang sejajar dengan sumbangan KDN Negeri kepada pusat.
Kedua adalah berkaitan dengan dasar yang pernah disebutkan oleh kerajaan sebelum ini menjadi salah satu daripada dasar Kerajaan Negeri untuk menambahkan sumber pendapatan negeri melalui sumbangan – sumbangan daripada keuntungan GLC – GLC terutamanya anak – anak GLC – GLC di Negeri Selangor ini. Terutamanya melaksanakan program – program kalau dulu kita panggil MBS, IPR , dan daripada Program ILTIZAM Selangor Penyayang ini saya nak tau juga daripada Kerajaan Negeri sejak setakat ini, berapa banyakkah sumbangan – sumbangan yang telah diterima oleh GLC kepada kerajaan ini sebagai salah satu juga sumber pendapatan kepada negeri. Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah hahhh...prestasi Program ILTIZAM Selangor Penyayang walaupun mungkin kita tidak dapat mencapai 100% daripada semua program yang direncanakan sudah tentulah kalau kita dapat tau tentang prestasi ini kita boleh melihat semula gerak kerja gerak kerja yang boleh mainkan hal-hal penglibatan pembangkang juga boleh membantu daripada penyampaian kepada penerima – penerima ataupun rakyat di Negeri Selangor dalam Program ILTIZAM Selangor Penyayang ini. Kemudian saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Program Air Selangor Ehsan ataupun SADE yang mana errr,, ,tempoh hari pada asalnya kita memberikan air percuma kepada 20 meter padu kepada Kumpulan B40 dan kemudian baru – baru ini kita telah .juga tawarkan kepada Kumpulan M40 dan kalau kita lihat daripada salah satu pasarannya adalah hak minimum pendapatan RM4000 kepada RM5000 dan sebelum ini pun kita dapat maklumat . yang telah mendaftar dalam program Program Skim Air Darul Ehsan ini tidak sampai kepada 50% dan saya juga ingin mendapat maklumat daripada Kerajaan Negeri apakah status ia terkini apatah lagi apabila kita telah membuka ruang ini kepada Kumpulan B40 dan juga M40. Saya juga ingin bertanya pada Kerajaan Negeri berkaitan isu air ini, adakah Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menaikkan taraf...eh...tarif air ini kerana saya kira salah satunya yea mungkin menjadi satu sumber kekuatan kepada Air Selangor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik atau untuk mengurangkan non revenue water NRW ini adalah melalui....
Mohon penjelasan....atas ayat tesebut adakah..pihak Yang Berhormat dan Parti Pas menyokong kita naikkan tarif air?
Saya kira kita kena melihat secara keseluruhan di negara kita berkaitan dengan tarif air. Kalau saya lihat yer... di Malaysia ini yea antara yang telah airnya adalah di Penang 50 sen dan mereka bertahan dengan keadaan ini dan saya ingat kerajaan ini kena..kena lihat secara keseluruhan di samping bebanan yang kita terpaksa tanggung ataupun Air Selangor tanggung. Kita juga melihat apakah keperluan untuk menaikkan tarif dia supaya akhirnya walaupun dalam program -program yang sudah tentulah dalam seperti Program Skim Air Darul Ehsan ini memberikan memanfaat kepada kumpulan – kumpulan yang mungkin tidak mampu terfokus...tersasar tetapi kepada kumpulan yang berkemampuan apatah salahnya kalau pemberian kenaikan tarif air ini adalah melihat kepada keperluan – keperluan ataupun kategori - kategori yang tertentu. Saya
juga ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan perkhidmatan Tuan Haji Suhaimi Kamaruzzaman yang tidak disambung perkhidmatannya sebagai CEO Air Selangor yang saya kira beliau telah memainkan peranan terutamanya dalam penstrukturan industri air di Negeri Selangor yang saya kira perkhidmatannya .baik sehingga memungkinkan err kita dapat menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor ini dan siapakah yang akan menjadi penggantinya?. Apakah sebab – sebabnya beliau ini tidak disambung perkhidmatannya?.
Kemudian , saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan prestasi PKNS yang kita sedia maklum PKNS ini satu masa dahulu ye dia mempunyai kekuatan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil kerajaan ambil pada 2008 kita tahu PKNS mempunyai kekuatan kewangan ketika itu 400 juta yang mereka ada kemudian dengan pembangunan – pembangunan yang dilakukan dan kita juga dapat maklumat bahawa apada tahun 2021 PKNS mengalami kerugian ataupun rugi dan alhamdulilah kemudian pada tahun 2022 untung semula dan .saya nak tanya juga kepada Kerajaan Negeri daripada mana.. daripada manakah sumber keuntungan ini dan berapakah sumbangan PKNS dalam keuntungan itu kepada Kerajaan Negeri. Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan berkaitan dengan prestasi pelaburan Negeri Selangor yang kita yang kita dimaklumkan pada Januari hingga September 2022 ye dengan pelaburan 9.7 bilion, 199 kilang yang diluluskan dan memberikan potensi pekerjaan 11, 601 peluang kerja dan saya juga nak nak mendapat maklumat daripada Kerajaan Negeri berapakah jumlahsebenarnya kilang-kilang yang beroperasi daripada projek – projek yang telah..yang kilang perkilangan yang telah diluluskan ini mungkin beberapa tahun ataupun 3 tahun yang lalu. Kerana ini saya ingat kita tahu yer..kita luluskan tapi ianya juga tidak bermakna kilang itu akan beroperasi eh..jadi kalau kita tahu sejumlah kilang yang beroperasi dan anggaran peluang – peluang pekerjaan yang ada dan ini sebenarnya pun kita nak lihat bagaimana peluang pekerjaan yang telah .diberi yang...dapat disediakan kepada sasar tempatan ataupun pekerja- pekerja tempatan dan kalau dapat juga saya nak dapatkan maklumat ...maklumat tentang perbandingan dengan pekerja – pekerja asing yang terlibat di dalam program perkilangan projek perkilangan di negara kita. Kemudian, saya ingin menyentuh berkaitan dengan Pembangunan Serantau Bersepadu Selangor Selatan Zon Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor Maritime Gateway dan pembangunan Sabak Bernam yang yang mana juga akan memberikan pulangan ataupun berikan pulangan kepada Kerajaan Negeri yang besar. Cuma apa yang saya lihat daripada Perancangan Pembangunan Serantau Bersepadu Selangor di Selangor...Selangor Selatan atau day seni saya melihat kerajaan ini kena melihat daripada sekarang ini eh..bentuk perancangan menaik taraf daripada sudut infra jalan raya dan sistem saliran bagi perkara – perkara...
Yang Berhormat..sila duduk...
Bagi menyiapkan berkaitan dengan....kesalahan lalulintas...
Duduk kejap. Ahli -Ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan dewan saya mempersilakan wakil YAB Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang Bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) Dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6 petang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong...saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli – Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA...
Ahli - Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini, dipersetujui....saya persilakan SiJangkang saya bagi masa teruskan.
Ok...Terima kasih.
Tiada had..teruskan saje.
Terima kasih Tuan Speaker....
Hanya untuk Sijangkang hari ini.
Seperti mana kita sedia maklum bahawa pembangunan IDRIS ini adalah meliputi kawasan Kuala Langat yang..yang besar ye..dan Kuala Langat ini memang rancak dengan pembangunan .dengan pembangunannya tidak kiralah apa pun pembangunnya. Cuma yang saya sebutkan tadi bagaimana tumpuan kepada menaik taraf err infra jalan raya terutamanya harus melihat dengan sebaik mungkin dan saya melihat jugak pada hari ini eh walaupun belum berlaku pembangunan IDRIS yang saya sebutkan tadi termasuklah Pulau Carey dan Pelabuhan Pulau Carey dan sebagainya tetapi kesesakan lalu lintas ini sudah berlaku terutamanya dijalan – jalan alternatif kalau di Kebun Baru termasuklah Jalan Sukepi, Jalan Kebun Baru Jenjarom ye Jalan Garuda Batu 9 dan beberapa jalan lain yang saya kira harus ada sedikit penumpuan supaya
akhirnya apabila berlaku pembangunan ini ia tidak akan menyebabkan kesesakan yang lebih teruk lagi tetapi kita sudah bersiap sedia dengan alternatifnya apatah lagi apabila West Coast Expresway nanti siap saya menjangkakan apabila pembangunan IDRISS dan Pulau Carey nanti akan berlaku ia akan menyebabkan sistem jalan raya kita yang menajin lebih .lebih aktif lebih padat dan lebih sesak lagi.
Kemudian saya ingat menyentuh berkaitan dengan jangkaan siap di jejambat di Bulatan BSP yang kita sedia maklum dilanjutkan sehingga Disember 2023 dan apakah jaminan kerajaan bahawa jambatan ini akan siap pada waktunya kerana kita juga telah melihat bagaimana berlaku kelewatan demi kelewatan dan pertukaran tarikh er...jangkaan siap itu berlaku .di dijejambat bulatan Bandar Saujana Putra ini.
Kemudian saya ingin juga ingin menyentuh berkaitan dengan Pembangunan Perumahan Swasta lewat lewat siap di Kampung Tali Air Mukim Morib eh..yang mana ini adalah sebahagian daripada Projek Selangorku he...yang dilakukan oleh yang di yang dilakukan oleh Pemaju Sierramas Development Sdn Bhd dan Sentoria Harta Sdn Bhd dia ada .30 plot utama yang saya nak sebutkan yang 1 plot L2 Blok Pangsapuri RSKU 17 tingkat 63 630 unit...plot M165 unit rumah teres 1 tingkat Seroja plot N44 unit rumah teres 1 tingkat Mawar errr. .dan 148 unit RSQ..RSKU rumah teres 1 tingkat Orkid saya kira terutamanya pembeli rumah Pangsapuri RSKU 17tingkat ini yang mana mereka telah membeli dan membayar semenjak 2018 lagi dan apa...pinjaman ye....tetapi sehingga kini ia menjadi seolah – olah projek yang terbengkalai. Jadi ini mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan respons eh..kerana mereka cukup terkesan mereka terpaksa menyewa rumah..mereka terpaksa membayar pinjaman perumahan ini yang rata- ratanya lebih kurang RM1200 – RM1300 sebegitu.
Kemudian saya ingin menyentuh berkaitan Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam walaupun pagi tadi YAB Menteri Besar ada menjawab berkaitan dengan soalan lisan saya mengambil er...Titah Ucapan Tuanku yang mana menyebutkan . ..MBI ..pun terlibat di dalaman pembangunan kompleks ini. Cuma saya nak tanya pada Kerajaan Negeri sejauh mana MBI ini terlibat di dalam Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini mungkin daripada bentuk peruntukan ataupun kos kewangan yang dilibatkan oleh MBI. Dan saya juga nak tanya kepada Kerajaan Negeri, yang mana, Yang Amat Berhormat menyebutkan bahawa pemaju akan memajukan kompleks sukan ini, dan kemudian akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Yang menjadi keresahan saya, dan juga menjadi, harus menjadi, rujukan kepada kita, banyak pembangunan besar, hatta, Stadium Shah Alam yang kita ada ini pun, akhirnya kita gagal untuk maintain, atau untuk kita menyelenggarakan. Dengan memerlukan jumlah kewangan yang cukup besar, yang akhirnya terbeban kepada kita, dan akhirnya, walaupun, dia sebagai mercu tanda negeri Selangor ini, terpaksa kita korbankan. Kekhuatiran saya, apabila pembangunan ini, yang akan, yang disebutkan lebih kurang, untuk pembangunan stadium ini, saya pun, makan belanja lebih kurang RM700 juta, adakah kita nanti, akan mengalami benda yang sama. Kita tidak mampu untuk
menyelenggarakan. Dan akhirnya juga, kita akan korban pula. Sebab itu saya mengharapkan, ini tidak akan berlaku. Kalau ini berlaku, sesuatu yang saya kira, kita kena anticipate, daripada hari ini, siapkan persiapan kita untuk supaya akhirnya, kompleks sukan ataupun stadium ini, yang menjadi kebanggaan kita, tidak menjadi permasalahan ataupun bebanan kepada kerajaan yang akan menguruskannya nanti.
Kemudian, saya ingin menyentuh berkaitan pusat pelancongan antarabangsa, di Taman Alam Kuala Selangor. Saya nak tau, apakah status pembangunannya. Dan apakah, syarikat yang bertaraf antarabangsa, yang berpengalaman di dalam sektor pembangunan ekopelancongan yang disebutkan. Dan siapakah, jawatankuasa yang akan memantau projek ini. Kita mengharapkan, projek ini, kalau telah diluluskan, ia menjadi satu mercu juga kepada Kerajaan Negeri, tetapi ia haruslah tidak akan mengorbankan daripada sudut kepentingan alam sekitar terutamanya, hutan bakau di kawasan Taman Alam Kuala Selangor tersebut. Kemudian, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, berkaitan dengan status pewartaan semula, Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara. Kerana baru-baru ini pun, kita ada terdengar seolah-olah ada penyahwartaan semula. Dan apakah status pewartaan semula kepada Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini. Adakah cerita-cerita, yang berkaitan dengan penyahwartaan itu, sebenarnya berlaku. Walaupun saya ingat, Menteri Besar ada menyebut, ataupun ada respons di dalam media, tetapi ini masih lagi menjadi bahan-bahan cerita terutamanya di kawasan saya, di Kuala Langat ini. Jadi kalau dapat respons daripada Kerajaan Negeri, maka saya ingat ini akan meredakan sedikit kocak yang berlaku di Kuala Langat. Kemudian berkaitan dengan program, kebajikan iltizam Selangor Penyayang, 46 inisiatif, yang saya kira sangat memberikan manfaat kepada rakyat. Terutamanya bantuan kewangan kehidupan, BINGKAS RM3,600.00 setahun, kepada 30,000 keluarga, dengan jumlah peruntukan RM108 juta. Saya nak tanya sama ada mereka ini juga terlibat di dalam program pengupayaan. Pengupayaan keluarga, ataupun pengupayaan ekonomi, bagi mengeluarkan mereka daripada kepompongan kemiskinan yang mereka hadapi. Makna kita bukan hanya sekadar memberikan sumbangan-sumbangan kewangan, tetapi mereka terlibat untuk mengupayakan mereka. Dan akhirnya mereka keluar daripada kepompong kemiskinan ini. Saya juga ingin bertanya berkaitan pencapaian program-program Iltizam Selangor Penyayang, sehingga pada hari ini. Dan saya harapkan, penjenamaan program-program MBS, ataupun APR, dan kini ISP ini, tidak mengelirukan kepada rakyat. Kerana kadang-kadang saya sendiri terkeliru dengan jenama-jenama yang baru ini.
Sijangkang.. Sijangkang...
Saya harap, keadaan ini tak berlaku kepada rakyat, untuk memudahkan kepada mereka.
Sijangkang, minta laluan sikit. Saya nak refresh balik, pada Sijangkang sebutkan tadi tentang kawasan-kawasan infra,
naik taraf infra. Memandangkan Sijangkang sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat. Dan semalam ada kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa projek naik taraf sungai di Johor. Adakah, yang Berhormat Sijangkang boleh bagi sikit pendapat tentang projek naik taraf tebatan banjir Fasa 2, Sungai Langat. Sama ada diteruskan ataupun, masih di peringkat kajian. Terima kasih.
Saya tidak status yang terkini, tetapi saya mengharapkan kawasan tebatan banjir di Kuala Langat ini, Sungai Langat ini harus dilihat dengan penuh teliti. Kerana kita mempunyai pengalaman, bagaimana Sungai Kelang, yang akhirnya kita boleh katakan sebagai sumber pencemaran sungai yang terburuk di negara ini, walaupun kita pada hari ini telah memainkan peranan usaha untuk memulihkan kualiti air pada hari ini. Tetapi di Sungai Langat ini, sebagai kawasan pembangunan yang baru. Saya mengharapkan sungai ataupun airnya, yang mana, Sungai Langat juga ini menjadi sumber kepada Loji Rawatan Air Labohan Dagang, ia tidak akan terkesan dengan pencemaran. Kekhuatiran saya juga, apabila berlaku pembangunan perindustrian di Bandar Mahkota, yang menggunakan air Sungai Langat, kemudian mengeluarkan air semula ke Sungai Langat. Kekhuatiran saya, walaupun, daripada sudut, EIA dan sebagainya telah dilakukan, tapi kekhuatiran saya, kalau berlaku pencemaran, kita akan mengorbankan banyak sumber kewangan untuk membaik pulih. Dan dengan keadaan ragam iklim berlaku pada hari ini, yang kemungkinan akan meningkat paras air di laut dan juga di sungai. Dan mungkin, air ini bila meningkat di peringkat paras di laut. Dan mungkin akan membawa aliran ini, sedikit ke hulu dan saya khuatir, kalau ini juga akan menjadi pencemaran. Saya kira, soal tebatan banjir, soal menangani masalah banjir, terutamanya di Selangor yang menjadi pusat pelabur-pelabur untuk datang melabur ini harus dilihat dengan sebaik mungkin, supaya tidak menimbulkan kegusaran kepada pelabur-pelabur itu untuk terus melabur di Kuala Langat. Saya mencadangkan Hutan Simpan Kuala Langat ini dijadikan sebagai satu pusat pendidikan perhutanan. Seperti mana SISFEC, ataupun Hutan Simpan, Sultan Idris Shah Forest Education Centre, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, di bawah UPM. Dan untuk memelihara dan memulihara Hutan Simpan Kuala Langat ini, harus ada inisiatif-inisiatif seperti ini. Dan impaknya, saya kira sangat baik kepada masyarakat, terutamanya anak-anak kita yang dididik di peringkat universiti dan sebagainya. Yang terlibat dalam program perhutanan. Mungkin mereka juga akan ada sifat untuk menjaga alam sekitar dan hutan dikekalkan di negeri Selangor terutamanya. Kemudian, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan apa yang di titah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang Agama Islam sebagai agama persekutuan, bawah Perkara 3, yang mana, saya maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukkan peruntukan yang besar, RM65 juta untuk tujuan sekolah agama, masjid dan surau di negeri Selangor ini. Tetapi saya mengharapkan supaya di peringkat Kerajaan Negeri juga akan menyediakan sedikit dana untuk pembangunan surau. Kalau beberapa tahun yang lalu, kita ada memperuntukkan peruntukan sejumlah RM500,000.00 untuk pembinaan surau. Dan kita untukkan tiga setiap tahun, saya harap nanti ada perancangan supaya adanya, saya lihat beberapa
surau yang dalam keadaan, saya kira tidak berapa sesuai untuk, tidak mampu untuk, jumlah jemaah yang begitu ramai, dapat kita uruskan dengan baik.
Sijangkang, mohon mencelah. Memandangkan Sijangkang sedang menyentuh soal keagamaan dan juga surau dan masjid dan sebagainya. Saya ingin mendapat pandangan daripada Sijangkang, apakah pandangan Sijangkang terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang melarang untuk diadakan ceramah-ceramah bentuk politik, di dalam masjid dan surau-surau. Apa pandangan Sijangkang.
Saya ingat, ini sudah menjadi satu arahan. Dan saya ingat Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam pun sudah memberikan arahan ini. Seperti mana saya sebutkan tadi, kita, apa yang saya harapkan, kita akan berpilihan raya dalam keadaan yang baik, dalam keadaan harmoni. Perkara-perkara ini harus kita jaga sama-sama. Bukan daripada pihak saya, atau begitu juga pihak kerajaan. Dan saya ingat politik yang berkaitan mungkin melibatkan persepsi-persepsi yang tidak baik. Saya merujuk kepada apa yang dibahaskan oleh Bukit Lanjan, Banting. Saya ingat ini antara nasihat yang bukan hanya untuk sebelah pihak. Tetapi untuk kita semua. Dan akhirnya ini memberikan keharmonian kepada kepelbagaian anutan agama di negeri kita ini. Supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Sijangkang, bagaimana pandangan Yang Berhormat Sijangkang tentang, kenyataan-kenyataan pimpinan daripada parti Sijangkang sendiri, yang seolah-olah, mempertikaikan dan juga tidak bersetuju titah Tuanku ini. Termasuk, titah daripada Tuanku Sultan Terengganu sendiri, yang tidak membenarkan orang berpolitik kepartian di masjid-masjid ini. Dan kalau kita lihat dan saya adakah, saya nak tanya sendiri pandangan peribadi Sijangkang, apabila titah Tuanku Sultan Selangor sendiri semalam, dia menyatakan itu permintaan peribadi dia. Bukan statement daripada kerajaan, yang dua kali dia ulang dalam titah ucapan. Baginda Tuanku mengulang dalam titah ucapannya, tentang penegasan baginda untuk memastikan masjid dan surau, tidak dijadikan sebagai medan politik kepartian, sebenarnya. Memang kita dalam Islam, kita tak boleh tolak, tentang politik ini. Tapi maksud baginda tentang politik kepartian, yang secara terus terang saya mengatakan kurang di persetujui lebih lagi di kalangan pimpinan daripada parti Sijangkang sendiri. Minta pandangan ulasan daripada Sijangkang.
Terima kasih Meru. Saya ingat saya lebih concern dengan negeri Selangor lah. Sebab di amanah untuk jaga parti saya pun untuk negeri Selangor. Kalau Meru ada, boleh nyatakan daripada pimpinan-pimpinan mana di negeri Selangor yang saya concern ini, boleh maklumkan kepada saya. Sebab saya ingat ialah berkaitan tauliah itu, walaupun itu adalah pandangan peribadi, permintaan peribadi daripada Tuanku. Saya ingat sebagai Kerajaan Negeri,
kita harus mengalu, itu adalah pandangan kita sebagai sebuah kerajaan. Dan ini harus kita ambil secara bersama-sama. Soal tauliah. Saya kira kita kena akur, kerana kita pun tidak mahu, politik kepartian, yang akhirnya menyebabkan perpecahan, di surau ataupun masjid itu, berlaku. Dan saya kira kita pun kena sama-sama mengambil satu inisiatif yang baiklah. Mana soal tauliah, sebagai contoh. Saya bukan nak menyalahkan, pada Meru, tetapi bila dalam dewan ini sendiri pun, Meru boleh keluarkan kad dan campak. Saya ingat itu bukan satu yang baik untuk dilihat oleh masyarakat di luar sana. Sebab saya merasakan tauliah itu penting untuk menjaga, sebagaimana soal menjaga daripada ajaran sesat dan juga fitnah, yang tidak berasas.
Saya minta penjelasan juga. Saya ingin bertanya kepada Ahli Yang Berhormat dari Sijangkang, semasa kempen pilihan raya, kita mendapati bahawa ada di kalangan perayu-perayu undi, daripada parti Yang Berhormat yang mengatakan sebenarnya, yang berbisik-bisik dan juga mengatakan bahawa ‘marilah kita menangkan Islam, marilah kita menangkan Islam..’ seolah-olah Islam terletak dalam keadaan yang sangat bahaya. Sedangkan dalam titah ucapan Tuanku semalam, kenyataan telah pun dikeluarkan bahawa Islam dalam perlembagaan persekutuan, kedudukan Islam adalah teguh, iaitu ia agama persekutuan. Tapi agama-agama yang lain bebas di anuti dan diamalkan dalam mana-mana bahagian di dalam kawasan persekutuan. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sekiranya ini berlaku, apakah pendapat Yang Berhormat, adakah, kerenah ataupun kelakuan sebegini, sekiranya berlaku, saya tak kata berlaku di parti Yang Berhormat, tetapi kalaulah ia mungkin akan berlaku dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Adakah perkara ini, akan ditentang dan tidak dipersetujui oleh Yang Berhormat.
Terima kasih Banting. Saya ingat pendirian seseorang ini, kadang-kadang amat susah kita nak kawal. Tetapi bagi saya, saya melihat, saya tidak, tidak, tidak, menjawab secara direct kepada Banting. Cuma, kalau Banting melihat apa pandangan daripada Kerajaan Negeri sendiri ataupun Majlis Agama Islam ataupun Jabatan Agama Islam sendiri, Banting rujuk kepada khutbah Jumaat sebelum pilihan raya, saya ingat itulah yang tidak tersasar jauh, yang dibawa oleh, mungkin daripada ahli-ahli parti ataupun atau ahli kempen, yang dibawa oleh sahabat-sahabat daripada parti saya. Kemudian saya nak sentuh juga berkaitan isu tauliah ini. Saya harapkan diperingkat Kerajaan Negeri, kalau boleh, melihat tak kira daripada mana pun, daripada parti mana pun, kalau mungkin dia tidak berjawatan dan diberikan sementara apabila ada permohonan dan ini boleh mengawal sedikit sebanyak mungkin daripada soal terlajak berkaitan dan boleh dipantau semasa mengadakan ceramah ataupun kuliah di surau dan masjid kerana saya ingat itu mungkin lebih baik daripada kita tidak langsung memberikan tauliah kebenaran kepada penceramah-penceramah yang mungkin bersifat condong pada sebuah parti tak kira sama ada parti saya sendiri ataupun parti sahabat-sahabat yang lain.
Kemudian, saya ingat dua perkara yang akhir yang saya nak bawa di sini dan juga minta ulasan daripada Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah perkara yang berkaitan saya kira agak panas baru-baru ini di luar sana berkaitan dengan keterlibatan Yang Amat Berhormat dan juga EXCO di dalam landasan lumayan berjaya Sdn Bhd (LLD) yang terlibat dalam program Selangor Maritim Gateway bersama dengan yang mana dalam syarikat itu juga salah satu pengasas BCorp Vincent Tan yang saya ingat masih lagi berlegar di cerita luar sana yang mungkin kalau ada penjelasan daripada Yang Amat Berhormat sendiri ataupun daripada Exco, saya ingat ini satu yang baik. Cuma, walaupun Yang Amat Berhormat menyebutkan bahawa beliau tidak ada konflik interest di dalam perjawatan di dalam syarikat ini, tetapi pada pandangan saya secara moralnya, beliau tidak sepatutnya berada di dalam syarikat ini kerana dia mempunyai bagi saya ada kepentingan-kepentingan dengan MBI dan juga dengan Kerajaan Negeri. Untuk akhirnya, saya nak minta juga respons daripada Kerajaan Negeri berkaitan dengan PKNS yang kita sedia maklum bahawa PKNS merupakan badan berkanun negeri yang ditubuhkan di bawah enakmen-enakmen perbadanan kemajuan negeri 1994 dan juga merupakan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya membangunkan negeri Selangor melalui pembinaan bandar-bandar baru sebelum ataupun selama ini.
Berdasarkan kepada penyata kewangan beraudit tahun 2021, PKNS pertama kali telah mencatat kerugian sepanjang penubuhannya. Bagaimanapun kerugian ini adalah disebabkan oleh peruntukkan susut nilai bagi pelaburan anak syarikat PKNS seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam sidang DUN yang lepas. Cuma persoalan saya, sebab saya melihat PKNS ini sebenarnya mempunyai kekuatan dia sendiri, sebab itu berjaya membangunkan bandar-bandar baru sebelum ini dengan projek perumahan dan sebagainya. Cuma saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri selama ini, apakah rasionalnya mengambil orang luar yang juga telah melebihi umur persaraan melantik PKNS sebagai ketua pegawai eksekutif. Adakah Kerajaan Negeri menafikan kompetensi pegawai PKNS yang saya kira mereka juga mampu yang juga merupakan penjawat awam, seperti mana sedia maklum PKNS merupakan agensi kerajaan yang tertakluk kepada akta yang berkaitan dari segi penggajian dan tatacara yang berkaitan. Dan kalau dapat, saya nak tahu juga berapa gaji dan kemudahan yang diberikan kepada ketua pegawai eksekutif PKNS, adakah ianya sama dengan skala gaji kerajaan di mana ketua pegawai eksekutif PKNS adalah perjawatan Jusa A. Difahamkan bahawa ketua eksekutif PKNS telah melantik beberapa orang pegawai yang merupakan orang luar daripada yang berkhidmat di PKNS dengan gaji yang agak tinggi. Ada di antaranya yang berusia lebih daripada yang hampir 70 tahun dan hanya bekerja beberapa hari dalam seminggu dan dia yang mengetuai bahagian sumber manusia. Baru-baru ini saya juga dapat maklumat bahawa ada pelantikan dua CEO anak syarikat di mana dua anak syarikat tersebut belum lagi diluluskan penubuhan mof pada masa tersebut dan mungkin pada hari ini telah diluluskan. Tetapi apa yang saya nak persoalkan di sini kenapa mengambil dulu ataupun melantik CEO dulu sedangkan kelulusan daripada mof belum dibuat.
Selain daripada itu berkaitan dengan PKNS juga, saya juga ingin tahu, apakah status hospital Selgate Rawang yang sehingga kini masih belum beroperasi dan seolah-olah projek sakit yang ini mungkin Kerajaan Negeri boleh respons dan juga status pembinaan hospital Jantung Selgate di Seksyen 13, Shah Alam, di mana satu MOU telah ditandatangani bersama IJN pada tahun 2017 yang lalu. Saya kira kalau saya ingat ia memberikan satu impak yang baik, hospital ini dalam memberikan jadikan pusat rujukan kesihatan di negeri Selangor ini. Dan saya juga nak bertanya pada Kerajaan Negeri sejauh mana sehingga pada hari ini peruntukkan-peruntukan yang kita peruntukkan dari sudut pendidikan kesihatan kerana saya kira ini antara perkara yang sangat penting terutama dari sudut gaya hidup sihat yang perlu kita usahakan supaya akhirnya kita tidak perlu berbelanja dengan jumlah yang cukup besar untuk merawat pesakit tetapi kita sudah mula dengan pendidikan yang seharusnya sebagai satu alat untuk pencegahan masyarakat di negeri Selangor dalam keadaan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Untuk akhirnya saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker yang memberikan ruangan masa kepada saya untuk turut berbahas pada petang ini. Terima kasih.
Baik Sijangkang. Kita persilakan Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya ruang untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada sesi pembukaan Sidang Dewan semalam. Jadi segala perbahasan saya tentu sekali merujuk kepada Ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Antara perkara yang mungkin menarik untuk saya highlight sekali lagi dengan izin adalah tentu sekali penghargaan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap program-program kebajikan dan pelbagai jenis lagi program di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang kini sebenarnya sudah pun berjumlah 46. Selangor ini begitu cepat program ini kita ada sampai kadang kita pun dah terlupa kita siap kata 42 dah naik 45, semalam kita ingat 40 dah naik 46. Jadi ini lah satu contoh Kerajaan Negeri yang bagus yang sentiasa cuba berusaha untuk menambah baik setiap program yang ada malah menambah bilangan program agar dapat memastikan keseluruhan rakyat Selangor menerima manfaatnya. Malah ini juga saya kira titik tolak dari landasan yang betul bermula daripada 2008, saya tak rasa kita boleh terbang begini tinggi sekiranya landasan yang kita mulakan itu tidak betul-betul kukuh dan benar seperti mana kita tahu pada 2008 kita bermula dengan agenda atau kerangka merakyatkan ekonomi Selangor dan di sinilah bermulanya apabila kita mula mahu berkongsi hasil masyhur negeri Selangor ini memastikan dirasai oleh semua rakyat negeri Selangor dan bermula pada itu, akhirnya kita hari ini mempunyai pelbagai program melalui Iltizam Selangor Penyayang yang begitu banyak yang kadang ada di kalangan kita sendiri tidak dapat nak ingat apa program-programnya kerana terlalu banyak.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang saya hormati, saya kira kalau dilihat pada Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kali ini dia agak ringkas. Namun kalau dilihat,
boleh dikatakan hampir sebahagian besar Titah Tuanku menyentuh tentang soal keagamaan, tentang soal untuk memastikan masjid, surau, rumah Allah kita suci daripada segala aktiviti-aktiviti politik yang kotor, yang mencemar, yang merenggangkan hubungan kemasyarakatan. Sudah tentu, saya pasti bagi pihak yang mahukan hal-hal politik dibincangkan di dalam masjid di dalam rumah Allah, tentu sekali akan berhujah mengatakan bahawa politik ini luas, semua hal kemasyarakatan ini lah hal politik. Tapi dia lupa bahawa Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menekankan tentang politik kepartian, sebab saya sendiri banyak dengar keluhan orang-orang kampung yang pergi ke masjid yang mana merasakan apabila politik kepartian mula menyusuk masuk ke dalam masjid-masjid, ke dalam surau-surau, akhirnya banyak pihak sudah tak ada rasa lagi nak pergi ke rumah Allah sebab katanya semak perut, semak kepala mendengar ucapan-ucapannya berbaur politik kepartian, aktiviti-aktiviti yang hanya tertumpu pada puak-puak politik tertentu dan ini telah menjauhkan kita daripada rumah Allah daripada rahmat Allah itu sendiri.
Jadi sebab itu saya kira, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor harus kita junjung tinggi dan harus kita faham bahawa ini adalah untuk mengelakkan mudarat politik kepartian ini yang tentu sifatnya kita semua faham, kebanyakan kita juga orang politik. Sifatnya adalah tentulah nak mengatakan kita ini bagus, orang lain tu tak berapa bagus. Jadi bayangkan kalau ucapan-ucapan begini aktiviti-aktiviti begini mencemari rumah-rumah Allah, sudah tentu ini tidak sangat tidak sihat dan sudah tentu akan menjauhkan manusia kepada rumah Allah itu sendiri. Dan lebih menyedihkan apabila baru-baru ini, apabila sering diulang-ulang Titah Tuanku ini, saya melihat banyak pihak ada penyokong-penyokong parti yang fanatik, yang saya lihat di sosial media dengan izin. Di media-media sosial, Duli Yang Maha Mulia Tuanku kita, digunjing oeh penyokong-penyokong parti fanatik ini, dibuat main-main, seolah-olah Titah Tuanku itu suatu yang buruk. Saya rasa ini sifat, satu perkara yang tak patut, yang patut kita kecam, di mana hilangnya taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kita. Mungkin tak tahu lah, ada yang bercakap ini, mungkin duduk di Selangor, tidak lahir di Selangor, jadi dia bercakap dia tak ada rasa, dia nak dapat manfaat di negeri Selangor ini, tapi dia tak nak taat pada Ulu amri Selangor. Saya teringat kadang-kadang, saya tak mahu cakap parti mana, penyokong parti ini, kita dulu pun pernah usrah bersama, dalam usrah pandai, bila menjelaskan ayat yang (ayat al-Quran) “taatlah pada Allah, taatlah pada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu”.
Pada ketika itu ditafsirkan, pandai ditafsirkan bahawa Ulu Amri min kum ini merujuk kepada raja-raja, rujuk kepada Yang Dipertuan Agong, jadi bukan rujuk kepada kerajaan atau pentadbir, maka tak ada masalah nak jadi pembangkang, tak ada masalah nak membangkang, kerana yang dilawan itu bukanlah Ulu Amri, tapi hanya pentadbir. Ini ditafsirkan begini. Maka dengan itu, mengesahkan usaha kalau nak jadi pembangkang itu boleh, tak salah, tidak melanggar perintah Allah. Tapi sekarang, Raja-raja Melayu pun dibuat main, diperli-perli, dikutuk0kutuk hanya kerana tidak berpuasa hati dengan Titah Sultan kita. Maka di mana tadi yang kata Ulu Amri ini di
taat, masih di taat kerana Ulu Amri ini Raja-raja Melayu, Ulil Amri ini adalah Sultan, adalah Yang Di Pertuan Agong. Jadi yang itu pun sudah berani dimain-mainkan. Saya tak tahulah kalau akhirnya Ulu Amri ini diterjemahkan, hanya ditafsirkan hanya kepada presiden parti dan sebagai. Wallahualam.
Saya nak tanya, mencelah sikit.
Silakan.
Terima kasih Dusun Tua. Saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Dusun Tua, apa pandangan Dusun Tua dengan berdiam dirinya pimpinan-pimpinan mereka ini tentang tindakan ataupun celaan yang mereka keluarkan di media sosial dan sebagainya. Adakah ini juga merupakan penderhakaan secara senyap yang dilakukan oleh pimpinan mereka.
Terima kasih Meru. Bagi saya mendiamkan diri itu adalah selemah-lemah iman la. Dia mungkin memilih selemah-lemah iman, tapi kalau dah bercerita kat orang iman tu kuat, kena lebih daripada berdiam dirilah. Kena mula bercakap, kena mula bersuara, kena mula meredakan para penyokong supaya jangan buat-buat kenyataan yang macam ini. Kalau betul-betul nak pilih kuat iman lah, kalau nak pilih selemah-lemah iman, itu terpulanglah, sebab masing-masing tok syeikh, masing-masing hebat ilmunya. Jadi sepatutnya mengambil tindakan yang bukan lah tindakan orang yang lemah iman. Lemah iman tak apa lah, pergi la macam saya, saya ini iman kuat, eh iman lemah. Yang iman kuat ini kena bersuara lah. Larang para penyokong daripada membuat tindakan-tindakan yang sebegini. Jadi itu saya kira perkara inti yang perlu hayati, kalau tidak, tidaklah sampai Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu sebahagiannya besarnya bercerita tentang itu, yang lain itu sikit-sikit ambil, sebut-sebut sahaja. Jadi saya harap ini menjadi peringatan kepada kita semua, saya setuju dengan Sijangkang. Kalau boleh biarlah apa pun politik kita ini, harmoni. Bukan harmoni di dalam masjid sahaja, kalau boleh biarlah di luar masjid pun, tapi kalau di dalam masjid pun kita gagal, di rumah Allah pun kita gagal menjaga keharmonian, tak payah sembang la cerita di tepi jalan, di dalam dewan orang ramai dan sebagainya.
Laluan. Kita sedia maklum Dusun Tua, mana-mana parti pun dia ada golongan yang extremis, yang redicular. Kalau kita nak menyalahkan dengan kenyataan-kenyataan di media sosial hanya kepada satu parti, bagi saya tidak adil. Dan saya rasa di rumah-rumah Allah sekarang ini, yang meramaikannya adalah orang-orang yang walaupun tidak berparti dengan PAS, tidak berparti, tapi dia orang ini memilih parti yang lebih islamik. Contoh kira, bila berlakunya pemilihan Jawatankuasa masjid, orang hadir yang menyokong untuk parti UMNO, Parti Bersatu, DAP, AMANAH, mereka ini jarang berada di masjid-masjid. Yang ada di masjid-masjid ini adalah kebanyakannya kariah-kariah penyokong PAS. Dan
mereka ini di kalangan orang-orang yang profesional. Bukanlah dikatakan mereka ini tidak ada ilmu. Tidak. Dan saya ingin bertanya pada Dusun Tua, apakah kaedah atau cadangan untuk mengimarahkan masjid di kalangan orang-orang parti itu sendiri? Kan? Tapi Dusun Tua sedar memang realitinya masjid-masjid, surau-surau ini memang dipenuhi oleh orang-orang PAS sejak dari dulu lagi. Sekian.
Terima kasih Dengkil. Saya bersetuju dengan Dengkil sebenarnya sebab itu saya pun tak nak mengatakanlah parti mana dan sebagainya. Saya setuju. Tidak boleh digeneralisasikan (kita buat pengintelakkan) bahawa kalau yang ini jahat, semua parti dia jahat. Sama juga kita tak boleh buat generalisasi juga bahawa semua yang duduk di masjid itu penyokong parti tertentu. Jadi jangan kita terperangkap, jangan kita nak tolak generalisasi pengintelakkan, kita mengamalkan pengintelakkan. Bagi saya jawab dulu. Tunggulah bagi habis dulu. Kan?. Jadi ini mungkin juga boleh jadi satu paradoks kadang-kadang kenapa hanya golongan tertentu saja yang memenuhi masjid kalau macam saya sebutkan awal-awal tadi. Ini rungutan yang saya dengar di kawasan di kampung ketika saya duduk minum kopi. Orang dah tak rasa nak pergi ke masjid sebab masjid dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Tak kiralah parti mana pun. Pinggir orang lain. Akibatnya mereka lebih selesa pergi ke surau-surau. Satu lebih dekat, dia duduk dengan kelompok kampung dia sendiri, dia rasa lebih selesa. Kalau pergi sana, dia rasa tak jadi satu ummah di situ. Ada renggang di situ. Jadi sebab itulah saya kata nak mengelakkan, kalau nak mengimarahkan masjid ini dan kita tak ada pun kata orang kalau menyertai parti politik tak boleh masuk masjid. Kita tak kata. Saya cakap di sini kita tak kata orang parti PAS jangan pergi masjid. Tak kata pun macam itu. Orang parti PH tak boleh pergi masjid. Tidak. Pergilah masjid. Kalau kita ada parti pun pergilah masjid tapi apabila sampai di pintu masjid, baju parti kita itu tanggalkan, letak di sebelah di tempat kita letak selipar. Insya Allah tak hilang. Masuklah ke masjid itu. Dengan itu barulah kalau betul-betul rumah Allah ni jadi tempat di mana kita letakkan perbezaan kita, kita raikan persamaan kita mungkin insya Allah tak ada masalah untuk masjid ini menjadi satu tempat yang akhirnya diimarahkan oleh semua.
Mohon lawan kepada Dusun Tua. Terlanjur Dusun Tua menyebut tentang situasi-situasi yang berkenaanlah tentang penguasaan satu golongan ataupun satu kelompok yang cenderung kepada aliran politik yang melabelkan diri mereka sebagai aliran Islam ya. Apa yang saya lihat bahawa sebenarnya kadang-kadang mereka menjadikan penguasaan itu sebagai satu platform untuk mereka mencapai agenda mereka. Macam saya pernah nyatakan pada sidang-sidang terdahulu kadang-kadang pergi ke masjid (maaf ada nazir masjid) pakai ketayap pun lambang parti. Itu yang saya setuju dengan kata-kata yang disebut oleh YB Dusun Tua tadi bahawa apa yang terpapar dari segi lambang/label politik kepartian itu patut diletak ke tepi. Soal politik sebahagian dari Islam kita percaya, kita yakin. Tapi masalahnya ialah membawa satu aliran yang bersifat kepada kepartian, kecenderungan. Ini yang menjadikan institusi itu sebagai institusi yang eksklusif untuk mereka saja sehingga orang lain tidak selesa.
Kalau kita lihat ada negeri masjid letak bendera parti pun ada. Yang ini satu tindakan yang melampau. Dan inilah yang sebenarnya saya nak sampaikan, berkongsi perasaan dan pandangan sama dengan YB Dusun Tua. Setuju saya rasa Dusun Tua dengan apa yang saya kemukakan.
Terima kasih Taman Medan. Jadi itulah dia. Kesimpulannya mudah. Kita nak buat apa pun jangan buat satu benda saja, jangan hulu, jangan melampau. Itu aje lah. Dah sembang cerita masjid ni panjang kang cerita lain tak masuk pula kan. Jadi seterusnya, saya nak menyentuh berkenaan dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mahu melihatkan Selangor sebagai negeri yang lestari, yang hijau dan sebagainya dan saya ingin membawa satu lagi perkara iaitu dalam penjagaan alam sekitar ini kita juga tak boleh sekadar melihat, menjaga hutan semata-mata, menjaga balak semata-mata (pastikan tidak ditebang), menjaga bukit, menjaga gunung dan sebagainya. Tapi juga kita harus memastikan persekitaran kita juga lestari, hijau, bersih. Kenapa saya bangkitkan tentang kebersihan? Sekarang saya melihat kita dalam perjuangan kita untuk kebersihan di negeri kita ini dalam kita menguruskan sampah dan sebagainya. Alhamdulillah memang keadaan agak baik, namun masih ada perlu penambahbaikan seperti yang Tuanku cakap. Jangan kita selesa, ada perkara yang perlu kita tambah baik dan kita perbaiki. Kalau kita lihat masalah yang sekarang ini saya kira mungkin tempat-tempat yang terpencil mungkin kawasan Semenyih mungkin pernah melalui masalah ini (kawasan-kawasan luar bandar misalnya) seolah-olah kawasan luar bandar ini (pinggiran bandar) ini menjadi tempat dumping atau tempat orang membuang sampah dan membuang sampah ini yang kita panggil sampah haram ni lah. Sampah haram ni maksudnya sampah itu dibuang bukan di tempat yang sepatutnya. Kalau dia buang dalam tong sampah, itu bukan sampah haram. Kalau dia buang di tempat pelupusan sampah yang sah itu bukan sampah haram. Kan? Dia buang sampah di tepi jalan, itu sampah haramlah tu. Kan? Dibuang di tempat yang tak sepatutnya. Ini saya tengok makin menjadi-jadi, makin kronik, lagi-lagi di kawasan pinggiran bandar. Mentang-mentang bila malam sunyi, memang sedap pinggir bandar (tanya Semenyih lah) sedap tidur pinggir bandar ni sunyi. Tapi bila sunyi ni dia datang buang sampah. Jadi yang sampah haram ini kalau saya lihat di Selangor ini atau mungkin sebenarnya di seluruh Malaysia juga, kita ni dah jadi macam satu jenayahlah. Dia ada sampah haram yang tak terancang, sampah haram terancang. Dia macam ada jenayah terancang, jenayah tak terancang. Yang tak terancang ni yang begitulah. Dia bawa lori dia, dia nampak jalan tu macam ok aje, sunyi aje, dia buang di situ. Baru-baru ini di Hulu Langat banyaklah kes ini. Dari dulu waktu kita sediakan tong untuk penduduk kampung, dia juga yang buang sampai melimpah-limpah. Akhirnya bila kita alihkan tong itu ke dalam kawasan kampung, dia datang buang lagi di situ. Kami tangkap baru-baru ini beberapa ada, kontraktor ada, kontraktor binaan ada, buang kayu, katering pun ada. Kalau nak tahu boleh rujuk Twiter saya. Katering pun ada. Katering besar, ternama pun buang sampah tepi jalan. Kita ni dia, dia kutip balik, masuk lori dia. Tapi takkan kita nak duduk di situ menunggu. Ya, silakan Semenyih.
Minta celahan pada Dusun Tua.
Dah bagi dah.
Memang pun dikatakan Dusun Tua masalah sampah haram ini memang tak dapat kita nafikan khususnya melibatkan Semenyih dengan Hulu Langat ni lah. Kawasan-kawasan sempadan ni lah dia kadang kita masalah persempadanan ni. Jadi kita harap setuju tak Dusun Tua kita harap Dewan yang mulia ini kita adakan tentang enakmen adakan enakmen pembuangan sampah haram ni bukan setakat denda RM1,000 aje lah. Kita mungkin tahan dia punya lori dua tahun ke sebagainyalah. Kita kuatkuasakan lagilah. Itu pandangan saya. Terima kasih.
Nasib baik Semenyih kata setuju tak kalau kita buat enakmen. Kalau Semenyih kata kita setuju tak, saya bawa saya punya short gun tunggu tepi jalan yang itu saya tak boleh setujulah. Saya setuju. Memang kita perlukan enakmen. Sebab kita kata tadi. Satu yang tak terancang ini. Yang buat di tepi-tepi jalan, peniaga-peniaga dan sebagainya dan satu lagi yang terancang. Yang terancang ini pula dibuang di tanah-tanah yang sama ada dia telah bersubahat dengan pemilik-pemilik tanah atau dia cari tanah-tanah kerajaan. Di situ dibuang. Yang ini dikata terancang sebab apa? Sebab kadang-kadang ada operatornya. Dan kebanyakan masa ada operator. Dia ada orang tunggu di situ minta collect duit dan sebagainya. Maka yang itu ada operator yakni ketika EXCO menjawab soalan saya pada sidang yang lepas ada menyatakan salah satu perkara yang menyukarkan tindakan kepada jenayah sampah haram terancang ini ialah katanya sebab ada gengsterlah salah satu alasannya. Tapi itu ya lah itu satu perkaralah. Tapi yang tepi jalan ni yang tak terancang ni tak ada gengster jaga pun. Kan?
Jadi ini benda yang mungkin boleh kita perlihat macam mana kita nak selesaikan. Saya kira negeri perlulah mengisytiharkan perang terhadap sampah haram ini tadi. Pembuang-pembuang sampah haram ini yang kadang-kadang bukan saja individu-individu rumah-rumah atau rumah kampung, tapi sebenarnya banyak peniaga-peniaga. Sebab itu langkah pencegahan dia saya kira perlu bersifat holistiklah. Dia tak boleh hanya melibatkan orang yang menjaga sampah saja. Kena melibatkan juga pihak yang menjaga lesen, kena juga melibatkan penguat kuasa yang menjaga yang melihat para penjaja dan sebagainya. Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh dan saya harap kerajaan negeri adalah kaedah sebab tak cukup dah sekadar letak di situ kalau buang sampah hukum RM1,000. Kan? Dekat bawah tu lah dia buang. Dia dah mencabar kerajaan dah ni. Jadi sepatutnyalah kita isytihar perang kepada pembuang-pembuang sampah haram ini dengan kaedah-kaedah yang lebih holistik untuk kita menyelesaikan masalah ini. Pergilah Hulu Langat tu dah tak ada sampah pun dia buang tepi jalan tu. Dan banyaknya bukan orang Hulu Langat, banyak orang luar juga. Dan kita juga perlu pertimbangkan untuk
melibatkan mungkin tak boleh lagi PBT bergerak secara berasingan, secara in silo sebab contohnya di Hulu Langat di kawasan MPKj yang membuangnya kita dapat tangkap meniaga di kawasan Ampang (bawah MPAJ). Kan? Kena ada kerjasamalah antara PBT untuk kita banteras habis-habisanlah.
Berkenaan dengan tapak pembuangan sampah haram. Yang ini jenayah sampah haram terancang pula ini yang mana dia masuk dia ada tapak dan dia carilah tanah ke dia subahat dengan tuan tanah dan sebagainya, dia buat sebagai tapak dumping (dengan izin) yang ini pun saya kira dah masanya kita kena ada satu jawatankuasa atau unit di peringkat daerah untuk kita tengok hal ini sebab dah tak boleh dah. Masing-masing bergerak in silo. Oh yang ini sampah, biar pergi dialah. Oh ini hal tanah, kita minta pejabat tanah. Tak bolehlah. Duduk satu kali bersama-sama dan kalau boleh melibatkan semua agensi yang berkemungkinan perlu kita bantuan dia. Macam baru-baru ini di Taman Pinggiran 5 berlaku pit fire (dengan izin) atau apabila sampah itu dibuang, saya dapat tahu ada seorang kawan engineer bagi tahu ini bukan dia jadi kebakaran dalam tanah ini bukan sebab sehari dua punya kerja. Ini mungkin dah 6-8 tahun dulu mula dibuang. Dan bila dikambus-kambus, kambus, kambus, akhirnya dia menyebabkan kebakaran di dalam tanah itu dan sekarang asap dah keluar dari celah-celah rekahan tanah. Ini bukan cerita Mastika keluar asap dari kubur ke apa. Ini dari celah rekahan tanah.
Dusun Tua, boleh bagi?
Disebabkan oleh pit fire. Silakan.
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
: Ok terima kasih Dusun Tua kerana memberikan saya ruang untuk berkongsi pandangan juga. Setuju tak Dusun Tua bahawa tanah-tanah yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram ini juga ada jabatan-jabatan kerajaan yang telah meluluskan bagi penggunaan tanah-tanah milik kerajaan. Sebagai contoh di kawasan Pelabuhan Kelang, kita ada tanah tapak sekolah (tapak Sekolah Menengah Pandamaran Jaya) telah diberikan kelulusan untuk mengguna pakai tanah tersebut sementara sekolah belum lagi dibina. Tanah tersebut (tapak tersebut) diwartakan sebagai tapak sekolah tapi telah diberikan kebenaran oleh pihak di Putrajaya. Surat kelulusan semua ada, memberikan kepada syarikat untuk digunakan sebagai tempat kononnya stor sementara. Tapi apa berlaku ia tidak jadi stor sementara tetapi tanah tersebut sekarang boleh datang ke Pelabuhan Kelang (saya jemput untuk datang tengok tanah tersebut), dia telah menjadi tapak pembuangan sampah haram yang terancang. Dan tiap-tiap hari ada pembuangan sampah di situ dan di tapak tanah kerajaan milik kerajaan persekutuan. Ok. Kelulusan oleh pihak kerajaan persekutuan tapi ini kelulusan sebelum kerajaan barulah (kerajaan baru wujud di Putrajaya). So, apa pandangan? Bagaimana kelulusan ini boleh diberikan? Kenapa mereka tidak merujuk kepada PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan sebelum sesuatu kelulusan itu diberikan?
Baik terima kasih Pelabuhan Kelang. Saya kira sekali lagi ini memang macam saya kata. Saya sebutkan sekali lagilah tapak sampah haram ini ialah sampah yang dibuang di tempat yang tak sepatutnya. Dia mohon mungkin kebenaran, lesen atau apa saja untuk buat perkara lain. Lepas itu dia buat benda lain. Jadi ini pun itu saya kata, kena libatkan semua agensi, semua kita dah kena patut ada unit. Kalau bencana ada unitnya tersendiri, bila banjir ada unitnya (Unit Bencana) kumpul semua duduk kita bincang macam mana nak selesaikan masalah ini. Saya kira untuk sampah haram ini pun dah kena ada dah. Sebab kita bukan saja nak cerita pasal nak mengekang, nak mencegah, nak mengambil tindakan. Tapi juga kita nak fikir sekarang ini kesan kemudian pun ada juga. Macam yang kes di Pinggiran 5 Hulu Langat itu yang dah keluar asap dari celah-celah rekahan. Itu pun punca, kesan daripada perbuatan sampah haram. ini jarang ni. Ha, silakan.
Tuan Speaker, saya minta izin mencelah sikit di sini. Minta maaf sebab topik ini sangat ini, saya minta izin dan kebenaran
Yang Berhormat tak perlu minta izinlah. Yang Berhormat bagi, bagi.
Tak apa.
Nanti boleh mencelah dan bagi jawapan.
Saya cuma nak memperingatkan. Bukan, saya takkan jawab. Saya nak mengatakan adakah kita sedar bahawa ada kelompangan di dalam undang-undang kita? Kita tidak boleh mengambil tindakan di atas pengusaha. Kita boleh ambil tindakan di atas pemilik tanah. Namun kita tahu proses itu adalah satu proses yang panjang untuk merampas tanah. Jadi saya nak sebut bahawa kita tak akan dapat selesaikan selagi tidak ada penambahbaikan di dalam undang-undang yang duduk di peringkat parlimen.
Saya setuju. Betul saya pun maklum dan jawapan sebelum ini di peringkat Dewan Negeri pun kita dah tahu pasal kekurangan undang-undang. Undang-undang kita tak cukup kuat, tak cukup macam-macamlah semua kurang rempahnya. Itu kita maklum. Tapi kalau sebelum ada pedang, kalau ada pencungkil gigi pun cucuk jelah kan. Kalau nak tunggu, tunggu punya tunggu, punya tunggu tak muncul-muncul. Jadi dalam kita nak menunggu itu ia betul kita perlukan undang-undang itu semua maklum tapi sebelum ada itu apakah tak boleh kita panggil semua duduk dan kita bincangkan kaedah nak menyelesaikan dengan apa yang kita ada dulu. Takkan kita nak berserah sahaja, dah tak ada undang-undang nak buat macam mana biarkan jerlah. Tak kan kita macam itu nanti lucu kalau kita kerajaan bila saya dengar jawapan bahawa kita tak boleh buat apa ada
gengster, hai. Kita kerajaan kita takut gengster. Kalau kerajaan ada masalah tak apa, kalau nak tubuh skuad gengster lain bagi tahu kita buatkan kita boleh buat Pelabuhan Klang kita boleh buat bersama kan kita buat cara itu kalau nak mengatasi.
Dusun Tua, Dusun Tua.
Kita cari jalanlah baik.
Ini nak tubuh gengster ini bahaya, jaga-jaga waspada.
Baik. Ok jadi seterusnya. Ok selesai isu sampah haram. Baiklah, seterusnya tentulah berkenaan sembang tentang hasil negeri dan sebagainya. Saya nak sentuh sikit berkenaan dengan kuarilah. Kuari ini saya tidaklah berpandangan ekstrem. Jangan sampai kita menafikan terus sumbangan atau keperluan kuari ini tadi. Itu kita tak ada masalah, kita faham hasil negeri daripada kuari ini besar dan kita tahu batu-batu, mineral-mineral daripada kuari ini perlukan nanti untuk bina bangunan, buat jalan kan, tak kan batu-batu bina bangunan bina jalan ini semua bukan datang dari langit kan minta-minta pum jatuh, tidak ke dah dikorek daripada bumi ya, kita faham dan daripada situ juga datangnya hasil daripada hasil inilah yang kita gunakan nanti untuk program-program kebajikan dan sebagainya. Ini kita maklum kita tidak ada masalah itu, cuma kita minta apabila kita sama ada nak meluluskan kuari baru ke atau kuari dan sedia ada kita harus mempertimbangkan lah bagaimana kita dapat mengurangkan mudarat-mudarat yang terkesan daripada kuari ini tadi. Kalau kuari itu kita bila kita buka kuari dia akan menyebabkan jalan rosak misalnya. Dia akan menyebabkan perparitan akan orang dulu kalau dulu pasti airnya banyak ini lepas ini akan mungkin lebih lagi kerana apabila telah dibotakkan kawasan itu untuk dikuarikan. Bila hujan sudah tentu air bertambah maka haruslah kita pertimbangkan atau mungkin saya tak tahu, saya nak tahu juga apakah ada halangan di pihak kerajaan kalau kita wujudkan tabung khas untuk memastikan isu-isu infra yang berpunca daripada kuari ini kita selesaikan. Saya rasa kalau ini dapat di atasi maka masyarakat tak ada masalah. Masyarakat boleh terima apa-apa juga aktiviti ekonomi tapi kita kena bantu selesaikan masalahlah yang membelenggu masyarakat akibat daripada kuari itu tadi. Sebab saya tahu, Yang Berhormat Kajang juga pening dengan isu kuari ini. Kita ada bendalah, memang ada benda saya dengan Yang Berhormat Kajang kita tidak berlaga anginlah kan ada beberapa isu tapi saya kira kita boleh selesaikan kalau kita itulah fokuskan sedikit untuk memperbaiki infra-infra yang melibatkan kuari ini. Saya tahu di peringkat PBT saya pernah ada pengalaman saya melihat di Paya Jaras di mana jalan PBT dibaiki oleh kuari. Jadi kita nak tengok kenapa tidak perkara ini dikembangkan lagi untuk melibatkan infra-infra lain yang terkesan dengan jelas cara direct, dengan izin melibatkan kuari. Jadi yang terakhir saya ingin bawa semua bercerita Stadium besar-besar Stadium Shah Alam dan sebagainya.
Tetapi saya tak nak cerita stadium itu, saya nak bercerita stadium mini. Stadium mini di pekan Hulu Langat Batu 14. Pada sidang yang lepas Yang Berhormat EXCO ada berjanji ada mengatakan bahawa, jangan risau nanti bulan Januari kita mula kerja. Pada bulan Januari kita mula kerja katanya peruntukan dah lulus dan sebagainya. Tapi ini dah masuk bulan Mac saya masih tidak nampak bayang-bayang atau apa-apa aktiviti baik pulih di Stadium mini Batu 14 itu. Saya faham Yang Berhormat EXCO akan jawab dan ada dah peruntukan 290 ribu dan sebagainya. Saya bukan nak tanya peruntukan, saya nak tanya kenapa tak mula Januari. Sebab janji dan nak buat Januari kan kenapa tak mula Januari sampai Mac tak nampak bayang lagi. Sebab kita takut, kita takut ini janji nanti macam janji apa ni abang janji abang delay. Nanti dia tak relate, kita tak nak macam itu. Jadi kita harap silalah percepatkanlah benda ini. Orang dan bertanya dan lebih parah jawapan EXCO itu semua rakyat dah tengok videonya. Ini sangat tak cantiklah tak comellah untuk negeri kita. Jadi saya harap perkara ini dapat dipercepatkan, jadi saya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua dan saya dengan ini menyokong usul titah Duli Yang Mulia Tuanku. Terima kasih.
Rawang.
Ia terima kasih kepada Tuan Speaker yang memberi peluang bagi Rawang untuk menyertai perbahasan untuk menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor turut memberi pujian atas prestasi kewangan yang cemerlang kutipan hasil yang tertinggi dalam tempoh enam tahun yang merupakan sumbangan kepada KDNK yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan satu pengiktirafan daripada rakyat bahawa rakyat sebagai pembayar cukai dengan prestasi perkhidmatan kerajaan dan ia juga satu pengiktirafan daripada pelabur bahawa Selangor merupakan pilihan utama untuk mereka melabur disebabkan mereka yakin dengan kerajaan negeri memberikan suasana yang mesra kepada pelabur. Dalam perbahasan saya Rawang ingin menyentuh tiga perkara dan iaitu berkenaan dengan warga emas, sisa elektronik iaitu e-waste dan juga pengangkutan awam di luar bandar. Menjelang tahun 2030 peratusan rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas dijangka meningkat kepada 15%. Mengikut portal myhealth.gov.my sebuah negara yang digelar negara tua apabila rakyat yang berumur 60 ke atas berjumlahnya adalah 15% daripada keseluruhan penduduk. Ia bermakna Malaysia bakal bergelar sebagai negara tua dalam tempoh 7 tahun lagi. Memandang proses penuaan yang adalah satu realiti maka kerajaan berperanan untuk mewujudkan rancangan bagi menghadapi supaya pada tahun 2030 mempunyai dasar dan infrastruktur yang mesra kepada golongan warga emas. Tidak lewat lagi kalau kerajaan mula merancang dan melaksanakannya supaya warga emas yang berjumlah besar ini boleh hidup dengan bermuara di negeri Selangor. Saya memahami tumpuan kerajaan kini adalah untuk menjaga golongan muda ataupun generasi baru yang lahir seperti skim-skim yang kita sentiasa promo seperti bag to school ANIS YAWAS atau infrastruktur kepada anak-anak muda dan juga kanak-kanak seperti taman permainan dan juga sukan tetapi disebabkan
golongan warga emas yang semakin meningkat saya nak mengajak kerajaan turut memberi tumpuan kepada golongan warga emas. Skim warga usia emas yang memberi 150 ringgit baucar shopping adalah tidak mencukupi. Mereka memerlukan satu suasana yang lebih mesra. Infrastruktur yang lebih sesuai program kebajikan yang fokus kepada aspek kesihatan warga emas. Di dalam kawasan saya ramai warga emas yang menghadapi isu ibu bapa yang menghadapi kelangsungan hidup atas sebab anak-anak melakukan pengabaian kepada ibu bapa yang mereka sudah berusia. Walaupun anak sudah dewasa ataupun berkemampuan untuk menjaga ibu bapanya maka golongan memerlukan bantuan daripada kerajaan tetapi kalau ikut dengan syarat dan kelayakan mereka adalah golongan yang tidak layak untuk menerima bantuan atas sebab mempunyai anak-anak yang berkemampuan. Saya turut ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri untuk mengkaji untuk mewujudkan satu enakmen bagi mengenakan hukuman kepada anak-anak melakukan pengabaian kepada ibu bapa yang telah tua. Undang-undang ini berkaitan dengan pengabaian kepada ibu bapa bukan satu yang baru malahan negara jiran seperti Singapura telah melaksanakan undang-undang berkaitan dengan pengabaian ibu bapa melalui parental maintenance at 1995. Cadangan kedua adalah supaya kerajaan boleh juga keperluan untuk memanjangkan umur persaraan secara berperingkat. Memandang situasi sekarang yang mana jangka hayat individu semakin meningkat manakala kadar kelahiran di Malaysia pula semakin menurun.
Antara fokus yang telah dikenal pasti adalah untuk menggalakkan minat dan juga kemampuan bekerja dan meningkatkan kebolehan pasaran serta menggalakkan nilai kesukarelawan warga emas. Supaya golongan warga emas di Malaysia lebih produktif dan berdaya saing. Peranan kerajaan dilihat amat penting dalam menepati isu-isu berkaitan dengan warga tua, warga emas memandang sistem sokongan kekeluargaan yang sedia ada sekarang dilihat tidak mampu untuk menetapi isu-isu berkaitan warga emas seperti kesunyian, sokongan sosial dan kesihatan mental. Kawasan kampung merupakan kawasan yang menempuh dengan golongan warga emas. Langkah kerajaan yang mewujudkan pusat aktiviti warga emas bagi ruangan kepada warga emas melakukan aktiviti komuniti adalah sangat menggalakkan. Saya ingin mencadangkan untuk memperluaskan usaha ini dengan mewujudkan mungkin satu kampung satu pusat aktiviti warga emas supaya mewujudkan satu komuniti yang boleh memberi sokongan kepada golongan ini. Saya nak mengucapkan tahniah kepada Sungai Tua disebabkan baru-baru ini telah mewujudkan satu lagi pusat aktiviti warga emas di daerah Gombak. Ia merupakan pusat aktiviti warga emas yang kedua di Gombak. Rasanya ia tidak mencukupkan lagi ia patut diperluaskan mungkin satu DUN satu ataupun satu kampung satu. Proses penuaan adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan kita hendaklah membuat perancangan dalam menghadapi usia tua agar sebarang risiko sewaktu usia tersebut dapat dielakkan ataupun di minimum. Yang kedua yang saya ingin sentuh ialah sisa elektronik e-waste. E-waste merupakan barangan elektrik atau pun elektronik yang telah rosak ataupun tidak berfungsi atau lama seperti telefon, telefon bimbit, komputer, televisyen semakin banyak barangan elektrik yang dihasilkan bermakna semakin banyak juga e-waste yang perlu dibuang
ataupun perlu diuruskan. Menurut kepada global e-waste monitor report pada tahun 2020 yang disediakan oleh United Nation University. Telah melaporkan bahawa Malaysia telah menghasilkan sisa elektronik sebanyak 364 ribu tan setahun. Antara bahan seperti telefon bimbit, laptop, televisyen adalah penyumbang yang paling besar bagi sisa elektronik. Jika e-waste ini dibuang tanpa mengguna pakai kaedah mesra alam seperti buang di sungai ataupun tapak pelupusan membakar secara suka hati ia akan memberi diberi kepada yang tidak sepatutnya komponen di dalam e-waste yang mengandungi bahan-bahan toksik yang membahayakan seperti merkuri, arsenik, kadmium dan pelbagainya akan meresapkan bumi dan seterusnya sumber air serta mengancam kehidupan akuatik dan manusia jika e-waste tidak di lupus dengan secara mesra alam.
Rawang.
Ya.
Minta penjelasan. Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Rawang, memandang berkenaan e-waste penting juga saya juga berminat dalam sidang yang lepas saya pun ada membahaskan perkara ini. Adakah Rawang setuju dengan saya kalau KDEB M Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management boleh mempelopori satu perbincangan dengan pemain industri dan juga PBT-PBT yang berminat untuk mengadakan satu program kitar semula khusus untuk bahan-bahan seperti ini seperti ini, seperti e-waste sekiranya e-waste ini boleh take off dengan izin, ianya boleh dikembangkan kepada bahan tercemar seperti sisa yang lain seperti waste oil, dan sebagainya ataupun portal ataupun portal glass dan sebagainya supaya ia boleh dijadikan sebagai satu program khusus yang boleh dilakukan oleh KDEB WM. Kalau kita nak minta PBT yang buat masing-masing PBT buat tidak ada impak, no skill of tidak ada skill of economic dengan izin tapi kalau KDEB melakukannya saya rasa peluang adalah. Apa pandangan Yang Berhormat Rawang?
Saya setuju dengan pandangan Banting. Sebenarnya nanti dalam ucapan saya akan sentuh berkenaan ini disebabkan pandangan saya e-waste dia mempunyai nilai-nilai tersebut dan i rasa ia boleh menjana pendapatan kepada mungkin KDEB sebelum ini kita pernah berbincang kutipan kosnya sangat meningkat makin meningkat. Dan dengan cara e-waste ini kita dapat mengumpul dan mungkin dapat hasil boleh dimasuki dalam hasil PBT ataupun KDEB Waste Management. Komponen di dalam e-waste juga mengandungi logam yang berharga ataupun bernilai seperti emas, perak tembaga, platinum yang mempunyai nilai kitar semula yang sangat tinggi. Kini mempunyai beberapa idea untuk mengurus sisa elektronik antaranya dengan cara kitar semula. Kaedah kitar semula sisa elektronik telah diperkenalkan di negara ini sejak tahun 90an. Namun sambutan yang diterima oleh masyarakat belum menggalakkan. Dasar dengan perangkaan lebih daripda 42 Billion kilo sisa barangan elektronik seperti mesin basuh, televisyen, telefon
bimbit, komputer di rekod di seluruh dunia pada tahun 2014. Jumlah ini memerlukan perbandingan memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 Juta lori untuk menguruskannya. Secara lebih terperinci sisa elektronik invest ini mempunyai sekitarnya 16.5 Juta kilo besi, 1.9 Juta kilo tembaga dan 300 kg emas. Jumlah emas ini menyamai 11% daripada jumlah pengeluaran emas pada tahun 2013 berjumlah sekitar/nilainya RM210 Billion. Sisa-sisa ini diurus dengan baik mempunyai nilai yang sangat tinggi. Saya mempercayai kebanyakan barangan elektronik yang lama yang dianggap sisa seperti telefon bimbit ataupun laptop masih boleh berfungsi, ia boleh dianggap sisa elektronik sebab hardware yang lama atau fungsi tidak mampu untuk mengurus kerja, yang makin berat tapi fungsinya adalah licin dan keadaan yang baik. Baru-baru ini saya telah melawat satu kilang yang ada di Kota Damansara. Kilang ini memberi fokus industri kehidupan kedua pada alat-alat elektronik ini dengan membaiki alat-alat ini dan menjual dengan harga yang mampu milik kepada orang yang kurang berkemampuan. Pada masa yang sama berjaya juga dapat mengurangkan pelepasan 87 Juta kilo dengan cara kitar semula. PBT-PBT kini telah mempunyai program kitar semula seperti kitar semula minyak masak terpakai ataupun sampah kitar semula. Saya turun mencadang PBT untuk turut memulakan program kitar semula invest ini kerana berpotensi menjana pendapatan bagi PBT mencipta peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi pada masa yang sama mengurangkan kos sisa pepejal yang makin meningkat setiap tahun.
Yang terakhir, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kemudahan pengangkutan awam yang tertumpu di desa dan di pinggiran luar bandar. Menurut tinjauan oleh menunjukkan ada cabaran besar dihadapi oleh penduduk luar bandar kerana terpaksa lebih bergantung pada kenderaan persendirian. Antara faktornya mereka tiada pengangkutan pilihan lain kerana lokasi kediaman agak jauh daripada akses pengangkutan awam malah perkhidmatan itu juga sudah tidak memenuhi peluang perjalanan mereka. Pembangunan lebuh raya di luar bandar seperti NKVE, LATAR, SUKE highway, DUKE lebih laju dengan pembangunan pengangkutan awam. Saya mengambil satu contoh di kawasan Rawang. Kawasan komersial dan kediaman telah wujud sejak 20 tahun yang dulu, seperti bandar Country Home, Kota Amerald, Taman Pelangi tetapi sehingga kini tiada mempunyai akses pengangkutan awam. Apakah penyelesaian isu perjalanan mereka? Hanya dua. Satu, memilih kenderaan sendiri. Kedua, yang tidak mampu memiliki kenderaan terpaksalah membayar cas mahal untuk perkhidmatan kenderaan sewa. Disebabkan tiada perkhidmatan teksi, bas ataupun kekurangan air healing di kawasan luar bandar. Kebergantungan kepada kenderaan persendirian luar bandar bukan saja memberi masalah golongan dewasa malah ibu bapa kini menuju membeli motosikal kepada anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah. Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2023 sekali lagi melanjutkan Inisiatif Bas Bulanan My50. Ia merupakan program yang baik bagi menggalakkan pengguna pengangkutan awam di kawasan luar bandar dan meringankan kos pengangkutan. Tapi program ini hanya dapat mendapatkan tumpuan seperti bandar Kuala Lumpur ataupun PJ. Tetapi golongan pekerja di luar bandar tidak dapat merasai kemudahan Rapid KL ataupun perkhidmatan di bawah
Prasarana tidak tersedia di kawasan-kawasan ini. Bagaimana dengan nasib kawasan-kawasan negeri Selangor yang banyak menyumbang tenaga kerja kepada wilayah Persekutuan ataupun bandar. Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya lalu lintas setiap hari dari kediaman ke kerja sekali gus menjejas aktiviti ekonomi Malaysia.
Kawasan luar bandar tidak mempunyai kemudahan MRT dan LRT. Kawasan luar bandar hanya bergantung pada perkhidmatan KTM ataupun bas. Malangnya persiapan projek double tracking KTM kerap di tangguh menyebabkan jadual perkhidmatan tidak sempurna dan tidak tentu telah memaksa pengguna perkhidmatan awam dari penggantian dengan memilih kenderaan persendirian. Saya memohon Kerajaan Negeri mendengar keluhan rakyat terutamanya dari luar bandar, out side area supaya menyediakan kemudahan pengangkutan yang lengkap disebabkan pemilikan kenderaan luar bandar ini juga telah merupakan penyumbang dalam kesesakan lalu lintas di kawasan bandar kalau tidak diurus dengan cekap ataupun baik. So, itu saja ucapan perbahasan pada saya. Akhirnya, Rawang turut menjunjung dan menyokong titah Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh. Salam sejahtera, selamat petang, salam Selangor maju, salam Malaysia madani. Alhamdulillah. Alhamdulillah washolatu wasalamu ala rasulillah waala alihi wasahbihi waman walah.
Pertamanya, sekali lagi Taman Medan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker di atas kesempatan untuk turut sama berbahas dalam usul menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang Dewan Negeri Selangor yang telah dilaksanakan dengan jayanya semalam. Dan, Taman Medan juga tidak lupa untuk menjunjung kasih di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam segala perkara yang dititahkan oleh baginda dalam kerangka untuk memberikan pandangan-pandangan yang positif serta reaksi dan juga segala respond yang berkait dengan urusan-urusan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri yang telah dinyatakan dengan jelas Kerajaan Beta oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kalau kita imbas kembali senario yang berlaku dan yang telah dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku sepanjang tempoh Kerajaan Negeri dalam mandat yang masih lagi berjalan sehingga ke hujung yang dijangka akan berakhir pada pertengahan tahun ini. Kalau kita lihat umpamanya, apa yang dititahkan dalam Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan tentang pencapaian yang sebenarnya pada pandangan Taman Medan adalah sesuatu dibanggakan pencapaiannya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai ketua kepada negeri Selangor yang dicintai ini. Kalau kita tengok di mana Tuanku telah menyebut mengambil maklum ya,
telah titah, mengambil maklum dan mengungkapkan terima kasih kepada pentadbiran Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor atas usaha dan inisiatif yang dilakukan untuk memajukan dan merancakkan ekonomi. Kalau kita lihat banyak ya ekonomi, usaha-usaha yang dibuat dengan tujuan kerancakan ekonomi itu sesuatu yang dapat mengembalikan kehidupan rakyat kepada situasi yang sedia kala. Dan kemudian akan memperbaiki. Kerana itulah! Wawasan pentadbiran yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar melalui apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan tentang pembangunan 5 tahun yang dinamakan Rancangan Selangor Yang Pertama, yang saya kini insyaAllah akan memastikan Selangor terus kekal dan terus diyakini dan juga dicemburui oleh banyak pihak di negeri-negeri yang lain. Kalau kita tengok bagaimana kejayaan-kejayaan ini begitu membuka mata dan saya percaya umpamanya kerancakan ekonomi ini juga menjadi satu faktor yang membawa masuk kepada pelaburan-pelaburan yang mengukuhkan lagi nilai ekonomi yang akan nikmati rakyat itu sendiri. Kalau kita lihat apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang Ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahawa dalam tempoh beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke-10 bahawa banyak pihak yang menunjukkan minat yang begitu besar dalam negara ini maka dengan demikian Taman Medan ingin memberikan cadangan agar Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan daripada apa yang diumumkan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu untuk menarik pelabur itu untuk meletakkan pelaburannya di negeri Selangor. Saya ambil contoh umpamanya diambil nama-nama besar, di antaranya Brunei Investment Agency dah telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei Darul Salam yang berhasrat untuk membuat pelaburan untuk negara ini.
Begitu juga dengan apa yang dititahkan oleh Emir Qatar Investment Agency. Yang mana perlu diambil peluang dan baru-baru ini juga dalam tempoh yang tidak lama sebuah nama yang sudah cukup besar, yang diterajui oleh seorang yang telah dinobatkan sebagai sebuah syarikat yang terkaya di dunia yang bernama Tesla. Dan sebuah syarikat lagi bernama Amazon yang diterajui oleh seorang multi millionaire bernama Jeff Bezos. Maka Selangor wajar ambil peluang, daripada hasrat yang telah dikemukakan oleh nama-nama yang begitu besar persada dunia untuk melabur ke negara ini. Kita ada infiniti. Kita ada kapal terbang utama dalam negara kita. Kita mempunyai jalinan-jalinan yang cukup baik dengan lebuh raya yang bersilang-silang yang bersimpang siur. Dan kita juga memiliki modul insan yang sebenarnya tidak sedikit. Untuk kita manfaatkan supaya firma-firma ini dapat memberikan komitmen dalam melaksanakan apa yang telah dihasratkan kepada mereka. Kita tengok sendiri sebab itulah, bila mana pelaburan ini suatu yang dibawa masuk, aktiviti ekonomi itu akan menjadi rancak dan kemudian industri-industri bukan sekadar industri yang berteraskan pada pengeluaran tapi industri yang berteraskan kepada perkhidmatan sehingga kita lihat ya, Selangor tidak dapat dinafikan menjadi satu tempat ataupun satu negeri yang menjadi perhatian dan menjadi penduduk negeri lain. Negeri-negeri yang sebenarnya masih lagi ketandusan idea bagaimana mereka itu mentadbir negeri dengan baik. Kalau kita tengok umpamanya yang pernah disebutkan oleh Taman
Medan pada sesi sidang yang lepas. Bagaimana kewujudan industri ini menjadi sebab kepada negeri-negeri yang tidak mampu untuk menjadi peluang pekerjaan kepada rakyat mereka sasarkan kepada Selangor. Mereka berjanji dengan rakyat mereka untuk sediakan peluang pekerjaan akhirnya mereka hantar rakyat mereka itu bekerja di Selangor Darul Ehsan. Ini tidak dinafikan. Ini adalah jadi satu faktor atau bukti bahawa saya yakin bahawa Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan akan kekal dipilih oleh rakyat negeri Selangor kelak, insyaallah untuk Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Taman Medan, mencelah sikit boleh.
Silakan. Ada masa banyak lagi.
Banyak masa lagi. Tinggal saya seorang sahaja Pembangkang. Ya, kita tidak nafikan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini memang menjaga kebajikan dan mengagihkan soal kekayaan itu di seluruh peringkat rakyat. Namun demikian seperti Taman Medan maklum tadi, pelaburan-pelaburan yang dinyatakan seperti Amazon dan Tesla iatu adalah sebelum ini di bawa oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin ketika beliau menjadi Menteri MITI dan ini kesinambungan antara perjanjian pelaburan sebelum ini dan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meneruskan apa perjanjian untuk pelaburan ini. Tahniah kita ucapkan dan adakah Tuan Medan tahu atau sedar bahawa aaa selama ini aaa cawangan aaa Bank Negara aaa Bank Dunia telah wujud ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yang ke-10 ini menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini tidak ada. Tidak ada Bank Dunia tidak ada di Kuala Lumpur dan saya dimaklumkan telah membuka cawangan semula. Adakah Tuan Medan tahu akan kewujudan cawangan Bank Dunia. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Dengkil. Ya. Aaa Dengkil sebut bahawa pelaburan dari aaa firma-firma yang besar dari Tesla, Amazon sebagainya dibuat pada zaman Bukit Antarabangsa menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ya sebenarnya hasrat itu ya permintaan ataupun apa yang saya faham kalau adapun waktu itu pihak firma-firma itu sebenarnya tidak memberikan perhatian yang serius kerana ketidakyakinan kerana tempoh lama, lama jadi menteri. Lama jadi menteri tapi tak bawak masuk-masuk juga. Tapi untuk tempoh tidak lebih daripada 6 bulan, Perdana Menteri ke-10 firma-firma ini telah memberikan komitmen yang penuh dengan hasrat untuk mereka masuk kerana keyakinan itu. Ce saya tapi saya kita tak nafikan lah tak apa. Ya peranan ada peranan walaupun sedikit tapi bagaimana how to dengan izin how to convince them ya. I tak pernah dengar. Jadi maknanya kalau kita tengok ea tak ada masalah. Kita, kita tak nafikan kalau benar adanya dan begitu juga tentang cawangan Bank Dunia ini aaa perkara itu perkara yang memang tidak menjadi rahsia ya tapi tidak masalah kerana
apa kerana menunjukkan ada keyakinan dari segi operasi dan bagaimana kalau kita melihat peranan ini dimainkan oleh ya, oleh kerajaan aaa Malaysia sekarang ini yang begitu mendapat pengiktirafan. Ya kan umpamanya saya tengok industri halal yang telah mendapat keyakinan daripada banyak pihak baru-baru ini, Selangor menganjurkan aaa satu program yang dipanggil sebagai Selangor Halal Convention yang mendapat aaa pembabitan banyak pihak di peringkat antarabangsa yang saya yakin sebenar jugak dia menjadi satu teras ataupun satu platform kepada usaha-usaha untuk merancakkan lagi ekonomi itu sendiri sebab kita lihat dari segi kebolehupayaan untuk kita melaksanakan berbagai perkara yang boleh merangsang ekonomi suatu dan memiliki dimensi atau memiliki aaa ruang yang begitu banyak. Jadi di sinilah dan begitu juga kalau kita melihat aaa dari sudut apa yang dititahkan oleh Tuanku yang melalui pembangunan aaa sukan termasuklah pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Kompleks Sukan Shah Alam ini terasnya adalah aaa bahagian utamanya adalah Stadium Shah Alam yang akan diruntuhkan dan juga kemudian dia akan dibina kembali.
Saya ingin mengingatkan bahawa sebenarnya Negeri Selangor Darul Ehsan adalah negeri yang menjadi aaa tapak melahirkan generasi-generasi, atlet-atlet yang mengharumkan nama negara dalam sukan. Ya banyak. Malah kalau sa, kalau saya nak tekankan di sini baru-baru ini di kawasan ya dalam kawasan Petaling Jaya ada sebuah sekolah rendah bernama Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya 1. Ya, walaupun dia bukan dalam kawasan saya, dalam kawasan Bukit Gasing tapi 90% muridnya adalah dari Taman Medan. Baru-baru ini pada tahun, pada hujung tahun lepas telah berjaya aaa menjadi juara aaa Liga Tunas Kebangsaan aaa di peringkat Negeri Selangor dan kemudian mewakili Selangor di Peringkat Kebangsaan dan menjadi juara Liga Tunas Kebangsaan di bawah umur 12 tahun yang akhirnya bilamana saya telah dipanggil di undang untuk aaa datang ke sekolah bagi menyampaikan anugerah cemerlang. Dimaklumkan kepada saya daripada kalangan ramai pemain-pemain, 7 pemain itu telah dipancing oleh pasukan pelapis Akademi Johor Darul Takzim. Rugi Selangor ya saya minta kalau Yang Berhormat EXCO Belia Generasi Muda dan Sukan kalau boleh ambil perhatian perkara itu ya. Sebab, sayang kita memiliki berbagai fasiliti. Kalau kita lihat dari segi aktiviti sukan di Negeri Selangor ini terutama aktiviti bola sepak memiliki berbagai-bagai peringkat, dari peringkat Selangor Champion League. Saya pernah sekali di undang untuk menyaksikan perlawanan sebuah pasukan yang datang dari tempat saya. Ya, di namanya Baiduri FC. Baiduri FC ni adalah satu pasukan bola sepak anak kariah masjid Dato’ Haji Kamarudin di Taman Impian Baiduri, Petaling Jaya. Tetapi yang uniknya pasukan bola sepak masjid ini juga dianggotai oleh pemain yang bukan Islam. Tak ada masalah. Ini menunjukkan keharmonian. Ya, tak ada masalah dan mereka telah bertanding di peringkat sebuah ratu liga yang namanya Fruity League, liga asas yang kemudian menjadi aaa platform ataupun menjadi tapak untuk mereka naik ke peringkat-peringkat seterusnya kemudian, di sinilah ya yang kita fikir kesinambungan daripada kemajuan sukan yang ada di Negeri Selangor ini wajar untuk kita manfaatkan. Jadi pembinaan kompleks Sukan Shah Alam yang baru ini, diyakini akan lebih aaa merangsang lagi kejayaan
dan kemajuan sukan untuk negara amnya dan juga Negeri Selangor khasnya. Sebab kalau tak percaya saya pernah melihat sejarah aaa bola sepak ni negara, Negeri Selangor pernah menjadi, mewakili Malaysia di Kejohanan Kelab-kelab Asia pada sekitar tahun 70an dulu. Zaman-zaman Almarhum aaa Dato’ Mokhtar Dahari dan memasuki perlawanan akhir kejohanan liga aaa,,,,, kelab-kelab Asia berlangsung di Bangkok tewas tipis kepada kelab dari Israel yang namanya aaa Hapul Tel Aviv. Waktu itu tak ada larangan. Waktu itu negara haram Israel ini berada dalam Asia tapi sekarang dah pi belah Eropah.
Jadi pencapaian itu sepatutnya menjadi satu rujukan kepada kita bagaimana kita dapat melaksanakan agenda untuk memajukan sukan Negeri Selangor, melalui apa yang dapat kita lihat. Jadi melalui proses lawatan yang saya lihat di pameran aaa pembangunan semula kompleks sukan Shah Alam yang telah berlangsung di aaa SACC Mall beberapa bulan yang lalu telah diberikan makluman tentang keadaan fizikal bagaimana prasarana dan kecanggihannya itu sesuatu yang sebenarnya begitu menakjubkan, begitu bersepadu keadaannya sebuah kompleks sukan yang aaa didirikan sebuah stadium yang berbumbung sebenarnya tapi bumbung utamanya adalah bumbung yang berstatus lut sinar, yang boleh tembus cahaya. Maknanya, perlawanan bola sepak kalau membabitkan sama ada pasukan Selangor FC ataupun pasukan kebangsaan umpamanya bermain di situ, masa hujan tak akan jadilah macam apa yang berlaku dua tiga kali perlawanan sebelum ini, sep, main bola sepak, sepak bola, betul ke Dengkil sepak bola kan. Ini sepak rumput, sepak air. Aaa sepak bola tak, tak ke mana perginya. Jadi bilamana ada struktur yang sedemikian, dia akan menjadikan perlawanan bola sepak itu semakin menarik. Dan saya fikir industri bola sepak ini juga sebagai satu industri sukan yang boleh menjadi penjana ekonomi. Saya telah pergi melawat aaa stadium yang paling canggih setakat ini di dalam negara ini iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri di Johor ya. Dengan keadaan kecanggihan umpamanya masuk tak guna tiket. Masuk cuma imbas telefon bimbit aje melalui tempahan dan tempat duduk ada tempat duduk bermusim yang ada nama dan saya lihat umpamanya iklan komersial yang ada di stadium itu begitu mengagumkan. Antaranya jenama-jenama kalau kita tengok kat maaf sebutnya bukanlah merendah-rendahkan ya jenama-jenama yang begitu mengkagumkan ada jenama jam bernama Hablux bukan promosi ya di Stadium Sultan Ismail. Tapi di Stadium MBPJ belum lagi tapi saya yakin bilamana prasarana itu nampak kecanggihannya dia akan menarik dan saya lihat saya berharap bilamana dibangunkan Kompleks sukan ini dia akan menjadi sesuatu yang terbaik di negara ini dengan fasiliti prasarana yang begitu dianggap futureristic ataupun bersifat sesuatu yang mencecah masa depan. Ya saya pergi ke stadium Sultan Ismail bilamana nak se, antara separuh masa perlawanan waktu itu perlawanan di antara Johor Darul Takzim dengan pasukan Petaling Jaya City FC. Pasukan di tempat saya PJ, sekarang pasukan itu dah tak ada dah, dah tak bertanding dah. Dilihat umpamanya bilamana keadaan yang tersusun ya walaupun tidak ada tapi kita manfaatkan Kompleks Sukan Shah Alam ada kemudahan-kemudahan yang begitu hebat. Kemudahan yang lengkap bersepadu dengan kompleks penginapan hotel, kompleks beli-belah, masjid pun tak jauh, ruang jalan kaki
yang sebenarnya kita boleh buat lebih baik daripada apa yang ada di Negeri Johor Darul Takzim itu. Jadi, wajarnya apa yang dititahkan oleh Tuanku tempoh hari ataupun semalam sebenarnya menjadi satu dorongan kepada Negeri Selangor terutamanya pemaju yang akan bertanggungjawab melaksanakan proses pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ini untuk dilaksanakan dengan paling baik. Kita nak supaya pembukaan semula kompleks Sukan Shah Alam melalui Stadium Shah Alam ini akan menjadi lebih baik daripada apa yang pernah di buat pada awal-awal pembukaannya itu. Dan aaa tidak lupa juga ya saya ambil kesempatan pada waktu ini ya untuk melahirkan rasa syukur dan juga tahniah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah menerima anugerah pihak berkuasa tempatan terbaik peringkat kebangsaan bagi kategori bandaraya untuk tahun 2022 yang telah diterima pada tarikh aaa 12hb Mac 2023. Berita itu saya dengar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu beliau menyampaikan ucapan perasmian Jelajah Kita Selangor Penyayang tahun 2023 yang telah dilaksanakan di peringkat Daerah Petaling di DUN Taman Medan kira-kira 2 hari yang lepas.
Jadi, kita lihat bahawa kejayaan-kejayaan Selangor ini sesuatu yang sebenarnya kalau tidak lah kita kata dianggap sebagai suatu yang negatif ya, dicemburui ya, kalau umpamanya lah kalau kita lihat ya Selangor sebagai satu negeri yang begitu diberikan perhatian dan sehinggakan aaa kalau pilihan raya negeri yang akan datang ni ya ada pihak ya yang berhasrat nak ambil alih Negeri Selangor, kita tahu tidak menjadi rahsia, tak apa. Ini negeri demokrasi. Tapi yakinkan rakyat bahawa kalau mereka nak tadbir Selangor, bagaimana mereka tadbir negeri-negeri yang sedia ada mereka tadbir sekarang ini. Ya susah nak kata lah ya. Dan inilah yang sebenarnya menjadi contoh kalau kita lihat bahawa kejayaan-kejayaan ini yang sebenarnya menjadi satu faktor rakyat akan buka mata walaupun mungkin ada sedikit ya keraguan-keraguan, tetapi saya yakin bahawa proses ini adalah sesuatu yang wajar dimanfaatkan oleh kerajaan Negeri Selangor dan rakyatnya untuk terus memberikan perhatian kepada usaha untuk menjadikan Negeri Selangor ini negeri yang, yang menjadi teras kejayaan negara Malaysia kita ini, ya. Dan kemudian Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga bertitah tentang seriusnya usaha untuk membantu penyediaan fasiliti dan juga kemudahan-kemudahan serta program-program yang berteraskan kesihatan. Ya kita lihat saya berharap umpamanya Tuanku ada menyatakan dengan jelas bahawa pembinaan hospital-hospital awam ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan. Kita percaya, ya umpamanya di Daerah Klang saya mendengar memang ada aaa hasrat untuk membina sebuah lagi hospital di sebelah Klang Utara yang memang ada tapaknya. Tapi saya berharap juga Kerajaan Negeri mungkin dapat menerima pandangan daripada Taman Medan untuk supaya diwujudkan juga sebuah hospital di Bandaraya Petaling Jaya. Ini Bandaraya ini. Bandaraya. Tak ada hospital. Orang ada orang tanya saya eh ada. Mana? Pusat perubatan Usulayah. Itu bukan hospital kerajaan. Itu dalam Wilayah Persekutuan, kebetulanlah betul-betul seberang dengan Petaling Jaya. Jadi ada yang menganggap dan kemudian kaedah rawatan-rawatanya adalah kaedah yang berteraskan kepada kaedah-kaedah yang bersifat se separuh persendirian, semi private dengan izin. Dan kemudian juga hospital pusat
perubatan Universiti Malaya itu juga adalah sebuah hospital yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan tenaga-tenaga kerja dan juga tenaga-tenaga profesional untuk pelaksanaan aktiviti yang berteraskan kepada perubatan dan kesihatan. Di sini lah seriusnya seboleh-bolehnya bagi pihak penduduk ya di kawasan Petaling Jaya dan khusus dan khususnya Taman Medan ingin sebuah hospital. Ya, ya Tuan Speaker. Ya. Okay tak apa. Saya rela hati berhenti untuk sambung pada masa berikutnya. Terima kasih.
Sambung besok sedikitlah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekali, jam sudah menunjukkan 6 petang. Maka, dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok 15 Mac 2023, hari Rabu bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)