Selangor · 15 March 2023
14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 355 turns · 36,940 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas pada 15 Mac 2023 dimulakan dengan bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat.
1. Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2023 – Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Keperluan Pelan Tindakan Bagi Menangani Persepsi Pengguna Sekiranya Pelaksanaan Kenaikan Tarif Air Dilaksanakan Di Negeri Selangor.
2. Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2023 – Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pemasangan Lampu Jalan Solar Di Negeri Selangor.
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Saya persilakan, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 11.
Terima kasih Tuan Speaker. Sijangkang
Tuan Speaker, Aturan Tetap Perkara 12. Kuorum.
Ya?
Perkara 12 – Kuorum, kuorum bagi Dewan Ahli Jawatankuasa Dewan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 1/3. Masih lagi kurang dua. Terima kasih.
Baik, urus setia check.
Ya, silakan. Sijangkang, semua dah cukup. Silakan. Teruskan.
Dah, dah.
Okay.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah Negeri SelangorQuestions
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan serta komitmen Kerajaan Negeri terhadap keperluan Institusi Pendidikan Islam di Peringkat Sekolah Menengah di Negeri Selangor bagi menampung permohonan serta permintaan yang tinggi dari masyarakat seluruh Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker. Sijangkang bertanya, apakah perancangan serta komitmen Kerajaan Negeri terhadap keperluan institusi pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah di Negeri Selangor bagi menampung permohonan serta permintaan yang tinggi dari masyarakat seluruh Selangor. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada cadangan untuk menambah sekolah agama menengah ataupun sekolah agama menengah tinggi disebabkan kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah agama bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru-guru adalah lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penambahan sekolah baru akan turut memberi kesan kepada KPM. Walau bagamanapun, Kerajaan Negeri akan cuba mengenal pasti mana-mana sekolah yang boleh dibuat penambahan kemasukan murid dengan mewujudkan asrama dan bangunan tambahan. Selain daripada itu, Jabatan Agama Islam Selangor turut menawarkan pendidikan agama Islam di peringkat sekolah menengah melalui program kelas KAFA menengah yang ketika ini dilaksanakan di 27 buah premis sekolah rendah agama dan masjid atau surau terpilih. Program KAFA menengah yang diadakan di premis sekolah rendah agama ada 14 dan yang dibuat di bangunan masjid atau surau ada 13. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri akan menambahkan lagi jumlah Maahad Integrasi Tahfiz sebagai platform pendidikan agama di peringkat menengah yang mana kita rancangkan dahulu setiap daerah akan dibangunkan sebuah maahad integrasi tahfiz dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan ini sebagai sekolah agama bantuan untuk meringankan bebanan kewangan di peringkat Kerajaan dan Kerajaan Negeri mempertimbangkan sekolah-sekolah persendirian atau pun swasta yang memenuhi pra syarat untuk melayakkan sebagai sekolah menengah agama bantuan kerajaan untuk disokong sebagai sekolah menengah agama Kerajaan. Sekolah menengah agama bantuan kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang atas soalan tambahan berkenaan dengan sekolah menengah agama tahfiz yang dicadangkan untuk diwujudkan di setiap daerah di Negeri Selangor. Memang kita tidak menafikan bahawa permintaan dan sambutan daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah integrasi tahfiz ini dan setakat ini kita telah mewujudkan di beberapa daerah dan insyaAllah, ke depan ada cadangan untuk menambah bergantung kepada kemampuan Kerajaan Negeri dan juga ruang yang ada untuk dilaksanakan dan jumlah bilangan sekolah tahfiz swasta sekarang ini kalau ikut jumlah yang didaftarkan melalui pihak berkuasa tempatan ada 516 dan sebahagian besar nya ini tidak berdaftar ataupun tidak mendapat kelulusan. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengadakan inisiatif garis panduan pemutihan untuk sekolah-sekolah ini didaftarkan dan Alhamdulillah dengan adanya program pemutihan ini lebih banyak sekolah-sekolah dapat dibantu dan juga beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu sekolah-sekolah ini. Sekian, terima kasih.
Kota Damansara?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya ialah untuk makluman Yang Berhormat EXCO, di Masjid Taqwa Desa Subang Permai, ada satu sekolah, sekolah menengah agama. Mohon Yang Berhormat EXCO kalau boleh beritahu status dan apakah rancangan JAIS tentang sekolah tersebut. Saya mohon bertulislah kot pertanyaan ni.
Terima kasih Kota Damansara kerana soalan ini spesifik nanti kita akan balas dengan bertulis. Terima kasih.
Rawang? Tidak hadir. Balakong? Hadir.
Hadir. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Balakong No. 13.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. PelanconganQuestions
13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Selangor terhadap Pelancongan Perindustrian?
b)
Adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu aplikasi supaya boleh menjadi satu garis panduan dan bantuan kapada orang ramai melawat ke Selangor?
Untuk makluman pihak Yang Berhormat, berikut merupakan rancangan Kerajaan Negeri terhadap pelancongan perindustrian melalui inisiatif pelancongan Tourism Selangor: a. Penyediaan Direktori Pelancongan Industri Negeri Selangor: Penyediaan direktori ini amat penting bagi menyenaraikan kesemua produk pelancongan industri yang berpotensi dipromosikan. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menyediakan Direktori Pelancongan Pelancongan Industri ‘Splendid Selangor: Industrial Tourism’ yang menyenaraikan lebih 150 produk pelancongan Industri di 9 daerah Negeri Selangor serta membahagikan kepada 10 kategori seperti berikut:- Small Medium Enterprises (SMES) Agricultural Industry Manufacturing Industry Creative Industry Education Industry Galleries & Museums Street Art Spa Industry Food & Beverage Industry
b. Melalui direktori pelancongan tersebut pihak Tourism Selangor telah menerbitkan direktori pelancongan dalam bentuk E-Book yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel. Ini sedikit sebanyak membantu para pelancong dan memberi informasi tepat kepada mereka untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di direktori ini. c. Bekerjasama dengan pelbagai pihak pembangunan produk pelancongan industri. Kerjasama dengan pihak pemegang taruh pelancongan industri seperti pengusaha produk, persatuan penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan dan produk pelancongan negeri Selangor bagi bersama melaksanakan kempen dan inisiatif promosi pelancongan industri tersebut. Kerjasama ini dilakukan melalui program lawatan teknikal berkala bagi memastikan perkara tersebut dapat dibangunkan dan bersedia menerima para pelancong. d. Aktiviti promosi secara berterusan untuk pasaran domestik dan juga antarabangsa. Pihak Tourism Selangor akan mempergiatkan aktiviti promosi dengan menjalankan Program FAM Trip (Lawatan) bersama pihak Media dan Agensi Pelancongan domestik dan antarabangsa ke produk-produk pelancongan Indusri. e. Kempen Promosi secara digital dan atas talian juga dijalankan melalui laman sesawang www.selangor.travel dan 14 platform rasmi media sosial Tourism Selangor, serta Promosi melalui Key Opinion Leaders (KOL) luar negara dan tempatan di dalam memberikan makluman dan pendedahan berkenaan pengalaman melawat dan melancong ke produk-produk yang disenaraikan. f. Penyediaan Pakej Pelancongan Industri yang saling berkait (integrated) dengan pakej-pakej yang sedia ada di pasaran. Pihak Tourism Selangor akan memastikan pakej pelancongan industri dapat dipasarkan serta menjadi pilihan agensi pelancongan dalam dan luar negara. Jadua lawatan untuk pakej ini akan dijadikan nilai tambah kepada pakej-pakej yang sedia ada yang ditawarkan di pasaran Untuk menjawab soalan yang kedua, untuk makluman pihak Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama syarikat operator iaitu Tourplus Technology Sdn Bhd sedang dalam usaha mewujudkan sebuah aplikasi mudah alih yang dinamakan ‘Go Selangor’. Aplikasi Go Selangor bertindak sebagai “Marketplace” pendigitalan dan promosi produk pelancongan Negeri Selangor yang terulung bagi memudahkan para pelancong mencari maklumat dan membeli produk dengan pantas, telus dan tepat. Pengoperasian dan penyediaan teknologi aplikasi Go Selangor oleh Tourplus merangkumi perkhidmatan seperti yang disenaraikan berikut:
i. Menggunapakai teknologi label putih untuk membangunkan aplikasi Go Selangor. ii. Mengendali aplikasi Go Selangor. iii. Mengemaskini dan memanjangkan kandungan aplikasi Go Selangor. iv. Memuatnaik informasi pedagang ke dalam applikasi Go Selangor. v. Melatih pedagang dalam meluaskan pemahaman applikasi Go Selangor. vi. Menyelaras urusan pedagang dalam aplikasi Go Selangor. vii. Memberi khidmat sokongan 24 jam kepada pelanggan dan / atau pedagang aplikasi Go Selangor. viii. Mengurus dan melantik agensi penjualan luaran untuk meningkatkan subkripsi pedagang ke dalam aplikasi Go Selangor.
Pihak Tourism Selangor dan Tourplus akan bekerjasama mempromosi dan memasarkan aplikasi mudah alih Go Selangor melalui laman sesawang selangor.travel dan tourplus.my, laman sosial media seperti Facebook, Youtube, Twitter, LinkedIn, Instagram, EDM, SMS serta saluran pengiklanan dan media massa yang dikenalpasti untuk meningkatkan jumlah muat turun serta pembelian produk melalui aplikasi mudah alih Go Selangor.
Soalan tambahan.
Balakong?
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin tanya kepada pihak Kerajaan, apakah strategi Kerajaan Selangor mempromosikan pelancongan di Selangor. Sebagai contohnya adakah kerajaan akan kerjasama dengan sekolah, syarikat dan lain-lain. Terima kasih.
Terima kasih YB. Balakong. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, kita bekerjasama dengan semua pihak, termasuk sekolah, termasuk yang pertama travel agent, yang mereka tahu macam mana nak memasarkan produk pelancongan yang pasukan perindustrian. So saya difahamkan Balakong mempunyai banyak industri-industri SME yang sangat menarik yang boleh dipromosikan so, semasa kita membuat lawatan ke luar negara kita turut juga mempromosikan industri pelancongan yang berunsurkan perindustrian so kita memang promosi berterusan, bukan setakat di dalam negeri tetapi juga di luar negara.
Soalan tambahan.
Seri Setia?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, Seri Setia ini tak ada kawasan pelancongan pun, yang boleh buat cuma saya nak tanya.
Itu tak payah tanya lah.
Apakah ada peluang untuk Seri Setia ataupun pihak Tourism boleh mempromosikan tempat makan yang menarik di kawasan-kawasan yang tak banyak tempat pelancongan ini. Mungkin ada peruntukan atau ada peluang yang boleh dipromosikan oleh Tourism Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Seri Setia, di Seri Setia walaupun tak ada tempat menarik pelancongan, tapi kita ada skypark itu airport, airport tu merupakan di tepi...
Luar kawasan.
Itu di tepi. So dia merupakan satu gateway bukan setakat untuk pelancong dalam negeri tapi juga luar negara untuk datang untuk melancong di Selangor. So Skypark Subang Jaya memang menarik untuk menerima pengunjung pelancongan daripada luar negara dan juga dalam negeri. Dan juga untuk makluman Yang Berhormat, untuk mempromosikan makanan dan minuman untuk bukan setakat untuk Seri Setia tapi juga lain-lain tempat terutama di kampung-kampung yang unik makanan unik seperti kita sedang mempromosi makanan nasi ambeng.
Ambeng. Nasi ambeng. Makanan wong jowo.
So itu kita sedang giat untuk mempromosikan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Seri Setia boleh datang Sekinchan.
Soalan tambahan.
Dusun Tua.
Saya ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah Kerajaan berhasrat untuk mengemaskini maklumat-maklumat di dalam portal selangor.travel kerana kalau dilihat bagus di dalam portal itu ada dijelaskan kita boleh cari apa aktiviti yang kita ingin lakukan dan di mana daerah yang kita mahu lakukan. Tapi masalahnya adalah maklumat yang ada dalam portal itu
sangat terhad. Contoh kita masuk perkhemahan di seluruh daerah, yang keluar lebih kurang 5 carian atau 5 information berkenaan tempat perkhemahan. Adakah Kerajaan berhasrat untuk mengemaskini maklumat dalam selangor.travel?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Memang kita sentiasa mengemaskini tentang maklumat yang terkandung dalam www.selangor.travel di mana walaupun saya rasa dalam kita akan mulai bulan ini juga start untuk kita kemaskinikan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang dalam usaha untuk menukar pusat pelancongan di Sungai Congkak yang mana terletak di kawasan Yang Berhormat. Kita sedang berusaha kerjasama dengan syarikat swasta di mana mereka berminat untuk melabur 30 juta untuk menukarkan Sungai Congkak ni sebagai satu hotel dalam hutan. So yang ni memang satu projek yang saya rasa boleh menarik banyak pengunjung terutama luar negara untuk datang ke Malaysia, Selangor dan juga Sungai Congkak. Dan kita nak kenakan konsep hutan bukan setakat dalam hutan tapi juga dalam sungai ha ini sangat menarik. So kita harap yang ini akan boleh menarik lebih banyak pelancong ke dalam ke kawasan Sungai Congkak. Sekian.
Ijok?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok No. 14.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Jalan Dan Lampu Jalan Yang RosakQuestions
14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sub-soalan telah di tolak
b)
Harap Kerajaan Negeri dapat menambah bilangan lampu-lampu jalan (lampu solar) di kawasan luar bandar.
Tuan Speaker, selain pemasangan lampu jalan solar LED oleh JKR terdapat juga beberapa program pemasangan lampu jalan solar LED yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi
pencahayaan di jalan-jalan kampung, kampung Orang Asli, kawasan tarikan pelancong dan lain-lain. Bagi pelaksanaan lampu jalan solar LED oleh JKR, kriteria utama pemilihan pemasangan adalah di kawasan yang tiada bekalan elektrik TNB, kawasan kerap terjadi vandalisme, iaitu kecurian kabel dan komponen elektrik dan kawasan kerap berlaku kemalangan ataupun blackspot. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok?
Terima kasih Tuan EXCO, Yang Berhormat Tuan EXCO. Saya dah bangkitkan soalan kampung gelap ini dah 10 tahun sejak saya mula pijak di Dewan tahun yang pertama sampai sekarang. Kalau pergi ke Kampung Ijok masih gelap. Baru-baru ini Kerajaan ada beri lampu solar No. 1 tak cukup, 20 sahaja. Saya tak tahu lah bagaimana, siapa yang kiraan ini. Berapa lampu ke satu kawasan. No. 2, dari Ketua Kampung kita dah beritahu kepada JKR kawasan ni yang perlu tetapi saya ingat kampung lain pun dia pasang sendiri suka hati mereka je. Bermakna tak kena sasaran. Jadi saya harap Kerajaan Selangor, pasal saya bangkitkan masa Menteri Besar Tan Sri Khalid lagi saya bawa lampu solar dari China free of charge pasang di Ijok sebab kampung tadi apa yang Yang Berhormat EXCO kata tadi, memang tidak ada talian TNB. Kemalangan simpang-simpang kampung memang sering berlaku. Jadi saya harap-harapkan lah Kerajaan Negeri Selangor mempercepatkanlah mencerahkan kampung-kampung luar bandar. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Sebenarnya untuk lampu LED solar ini Kerajaan Negeri membekalkan 20 untuk semua kawasan. Kita ada 56 kawasan dan bukan semua kawasan bandar. Dalam kawasan bandar pun ada kawasan yang gelap kawasan yang kampung juga, kawasan yang mundur. Jadi sebab itu dari segi bajetnya kita hanya mampu memberikan sebanyak 20 buat masa ini sebab perbelanjaan kita bajet kita terhad maka kita perlu melihat pada keutamaan diutamakan adalah infrastruktur yang lain seperti jalan. Jalan yang menjadi masalah utama di jalan, parit dan sebagainya diberikan keutamaan. Tapi Kerajaan sentiasa melihat pada masalah ini dan juga akan melihat bagaimana kita dapat memberi bajet yang lebih tinggi supaya dapat bekalkan. Tapi sebenarnya tugas utama JKR bukan dalam hal pencahayaan ini. Jadi ini adalah yang sampingan dan oleh sebab itu kita mengambil sedikit masa. Terima kasih.
Ya, Sijangkang? Nak lampu solar?
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat kalau bagi jawapan bertulis pun tak apa, cuma saya nak tahu berapa yang terkini
berapa panjang jalan di seluruh Negeri Selangor ni yang telah didaftarkan di dalam MARRIS. Kerana ini juga saya ingat jajaran perlu dapatkan sumbangan daripada MARRIS yang berdasarkan kepada jalan panjang yang terkini ada di Selangor. Terima kasih.
Ini sebenarnya di luar tajuklah. Jawapan bertulis pun tidak perlu.
Seri Kembangan?
Tuan Speaker, Soalan 15.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM)Questions
15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) boleh memanfaat rakyat Selangor?
b)
Apakah status projek pembangunan buat masa kini?
Tuan Speaker, Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) atau Water Resources Assurances Scheme (WARAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyelaras pengurusan air secara holistik melibatkan semua agensi dan jabatan kerajaan untuk perancangan jangka pendek dan jangka panjang. SJAM merangkumi komponen utama berikut:-i. Pengurusan Air Mentah oleh LUAS untuk memastikan kecukupan air mentah dari segi kualiti dan kuantiti untuk kegunaan domestik, industri, pertanian dan perikanan;
ii. Pengurusan Pembekalan Air oleh Air Selangor untuk memastikan semua rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air bersih;
iii. Pengurusan/Perancangan Tebatan banjir oleh JPS; dan
iv. Pengurusan Air Kumbahan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) / Indah Water Consortium (IWK).
Perancangan di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang merangkumi dua (2) fasa, iaitu Fasa 1 bagi menangani isu pencemaran air di Sungai Selangor dan Fasa 2 bagi memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau.
Di bawah Fasa 1, manfaat kepada rakyat adalah melalui konsep pembekalan air yang berterusan tanpa gangguan apabila pencemaran sumber air mentah dikesan berlaku di Sungai Selangor dan Sungai Langat. Dalam keadaan semasa apabila pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menyumbang air mentah untuk dirawat loji utama seperti Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Rantau Panjang dan Semenyih, loji-loji ini akan dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna. Di bawah pelaksanaan SJAM, apabila pencemaran dikesan, pengepaman dari kolam akan diaktifkan secara automatik untuk kegunaan loji rawatan air manakala air mentah yang tercemar akan dilencongkan terus ke hiliran sungai tanpa melalui loji rawatan air.
Di bawah SJAM Fasa 2, Kerajaan Negeri menumpukan kepada Program Pengurusan Sumber Air secara holistik bagi memastikan simpanan air mencukupi untuk menampung permintaan pada ketika itu. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan pembangunan inventori menyenaraikan semua kolam takungan dan tasik di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan memanfaatkan semua kolam takungan dan tasik yang telah disenaraikan tersebut sebagai sumber air alternatif semasa musim kemarau selain dari kolam takungan di bawah Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) sedia ada.
Untuk menjawab soalan yang kedua, proses pembangunan projek infrastruktur di bawah SJAM melibatkan pelaksanaan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih yang merangkumi 4 pakej kerja utama iaitu:-
Pakej A Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan Pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di Kolam HORAS 600 Kampong Sg. Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor
Pakej B Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Kuala Selangor
Pakej C Kerja-kerja pembinaan pelencongan sungai, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air SSP 1, 2 & 3 Bestari Jaya, Kuala Selangor
Pakej D Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Jenderam Hilir
Secara keseluruhan, prestasi kemajuan projek setakat 28 Februari 2023 adalah mencapai 40. 80%, dijangka siap pada akhir tahun 2023. Pencapaian mengikut pakej kerja adalah seperti berikut:-
Pakej Kerja Tarikh Mula Kerja Pencapaian Mengikut Jadual (%) Pencapaian Sebenar (%) Pakej A 24 Jun 2022 26.93 26.91
Pakej B 20 Disember 2021 61.06 52.30
Pakej C 5 November 2021 42.77 45.36
Pakej D 20 Disember 2021 54.63 54.61
Sekian, terima kasih.
Sentosa?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 16.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Hal Ehwal IslamQuestions
16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sama ada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor?
b)
Adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukan untuk dibina sekolah agama?
Terima kasih Sentosa dan juga Speaker. Sentosa bertanya apakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti samada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor. Bagus Sentosa ni bertanya tentang sekolah agama. Kerajaan Negeri telah menyedari jumlah sekolah agama memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan sekolah kemasukan pelajar di Negeri Selangor terutamanya untuk peringkat sekolah menengah. Bayangkan ya, calon Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi murid Tahun 6 di peringkat sekolah rendah pada tahun 2022 berjumlah 43,950 orang. Manakala penempatan untuk sekolah menengah agama ataupun sekolah agama menengah tinggi dan maahad integrasi tahfiz Selangor berjumlah 3,834 tempat sahaja. Situasi sama turut dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam menguruskan kemasukan ke pra sekolah JAIS. Sekolah rendah agama, KAFA Integrasi dan sekolah rendah agama integrasi terutama di sekolah rendah agama integrasi permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 berjumlah 2,557 permohonan manakala tempat yang mampu ditawarkan adalah 1,224 tempat sahaja.
Isu berkaitan sekolah agama di negeri Selangor bukan sekadar isu bangunan sekolah semata-mata tetapi turut melibatkan sumber tenaga iaitu guru, kakitangan sokongan, penyelenggaraan kos utiliti, pembersihan, kawalan keselamatan, buku teks, bahan bantu mengajar dan pelbagai perkara yang melibatkan kos yang besar dan berterusan. Soalan kedua, adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukkan untuk dibina sekolah agama? Tapak untuk pembangunan sekolah agama memang ada disediakan di kawasan-kawasan tumpuan dan berkeperluan tinggi namun peruntukkan bagi perbelanjaan modal atau pembangunan dan perbelanjaan operasi adalah bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, di kawasan PJU 5 dan Kota Damansara ada perancangan
untuk membina Sekolah Menengah Agama satu ketika dulu adakah perancangannya masih berjalan ataupun telah dibatalkan? Mohon penjelasan.
Terima kasih Kota Damansara bertanya tentang spesifik berkenaan Sekolah Menengah Agama di kawasannya. Saya tidak ada maklumat tetapi saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 17.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Jumlah Tanah Yang Dikenalpasti Menjalankan Aktiviti Sampah Haram Di Daerah Hulu LangatQuestions
17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah tanah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di Daerah Hulu Langat pada tahun 2022?
b)
Dari jumlah itu, berapakah yang telah dikenakan tindakan Notis 7A?
c)
Dari jumlah itu berapakah yang telah dikenakan tindakan Notis 8A?
Terima kasih Dusun Tua atas soalan yang telah dikemukakan. Sebanyak tiga belas lokasi telah dikenal pasti menjalankan aktiviti pembuangan sampah haram di daerah Hulu Langat pada tahun 2022. Melalui rekod Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat terdapat lapan lokasi melibatkan tanah hak milik individu. Empat lokasi adalah tanah hak milik kerajaan dan satu lokasi merupakan satu lokasi kedua-dua unsur ada iaitu tanah hak milik individu dan tanah hak milik kerajaan. Daripada lapan lokasi yang merupakan tanah hak milik individu itu lima telah dikenakan dan dikeluarkan notis 7A iaitu notis rampasan. Yang pertama di Black Water Bandar Mahkota Cheras. Yang kedua di PT42293 Mukim Semenyih, yang ketiga di tanah lot di sekitar Kampung Sungai Tekali. Yang keempat
lot 2122 geran Mukim 2648 Taman Pinggiran Delima. Yang kelima lot1969 dan lot 19670 Taman Bersara. Ini semua lima lokasi daripada lapan lokasi tanah hak milik individu yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram telah dikeluarkan notis 5A yang akan mengambil sedikit masa sebelum kita mengeluarkan notis yang kedua iaitu notis operandi. Yang kedua, terdapat tiga lokasi tapak pembuangan sampah haram sedang dalam tindakan pengenalpastian lot, kita kena kenal pasti lotnya dan spesifik kawasannya sebelum kita keluarkan maknanya on the way untuk kita keluarkan notis 7A iaitu De Felcra Semungkis Sebatu Empat Belas. Yang kedua di Kampung Simpang Balak dalam proses kenal pasti dan juga Jalan Kuari Sungai Long, Ops Statik sedang dilaksanakan di kawasan tersebut. Manakala ada lima tapak yang kita kenal pasti sebagai tapak tanah tapak kerajaan. Iaitu rizab jalan di Twin Pam Sungai Long, Desa Budiman, Rincing Hulu Langat, Rincing Hulu Lot 1848, Kolam Air Panas Sungai Serai. Dan yang kelapan Taman Universiti Lot 908 no gerannya adalah 210514 lot 10603. Operasi-operasi telah dilaksanakan termasuk mengenal pasti pemiliknya. Sebagai contoh di Desa Budiman tapak cadangan adalah tapak cadangan tanah PKPS, papan tanda amaran telah diletakkan tanah telah sebagaimana dirincing tapak pelupusan perlu melalui hak milik sebelum ke tanah rizab sungai operasi telah dilaksanakan dan yang keempat di kolam air panas tadi operasi telah dilaksanakan dan papan tanda telah didirikan dan di Taman Universiti tanah kerajaan dan sebagainya tanah hak milik dan tanah hak milik tersebut dalam proses untuk proses 7A dan tanah kerajaan telah dilaksanakan operasi seperti pemasangan kekangan untuk pihak-pihak terbabit meneruskan aktiviti haram tersebut. Terima kasih.
Sungai Burong.
Ya. Tuan Speaker, soalan nombor 18.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Peluang Pekerjaan Di Kawasan Luar BandarQuestions
18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha dan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menambah peluang pekerjaan kepada golongan belia yang menganggur terutamanya lepasan sekolah yang terdapat di luar bandar?
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Burong berkaitan dengan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, di antara pertamanya ialah saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Sungai Burong bahawa kadar pengangguran saya ceritakan kadar pengangguran di Selangor dulu. Kadar penganggur di Selangor drop dengan banyaknya daripada tahun 2021 daripada 4.3% kepada 2.9 peratus pada tahun 2022. Ini sangat signifikan menunjukkan bahawa kita handle masalah pekerjaan kita dengan baik dan untuk kawasan-kawasan luar bandar ini Yang Berhormat Sungai Burong, pertama ramai menganggap bahawa luar bandar ini mempunyai kadar pengangguran yang tinggi tetapi data yang DOSA menunjukkan bahawa sebenarnya kawasan luar bandarlah mempunyai kadar pengangguran yang rendah. Saya sebut contoh, Kuala Langat kadar pengangguran 3.3%, Kuala Selangor kadar pengangguran 4.3% agak bagus dekat-dekat dengan 4. Sabak Bernam kadar pengangguran 3.9% di bawah 4 dan di Hulu Selangor kadar pengangguran 3.3% ini adalah data pada tahun 2021. Jadi tanggapan bahawa kadar pengangguran tinggi di luar bandar ini tidak berapa tepat. Kerana apa? Kerana kebanyakan di kalangan belia kita ini berhijrah ke kawasan bandar, ini faktor utama dia. Kenapa dia berhijrah? Kerana faktor pekerjaan dan faktor peluang ekonomi. Kajian kita menunjukkan bahawa orang yang berhijrah daripada luar bandar ke dalam bandar, dalam negeri Selangor adalah sebanyak 11% berhijrah manakala orang yang luar negeri Selangor yang berhijrah ke dalam negeri Selangor adalah sebanyak 14% kerana merebut peluang ekonomi yang ada dalam negeri Selangor. Jadi kadar pengangguran kita di Selangor generally very good di bawah 4% dan kadar pengangguran di luar bandar juga bagus. Dalam keadaan terkawal manakala kadar pengangguran dalam kawasan-kawasan yang disebut sebagai kawasan urban agak-agak tinggi sedikit berbanding di kawasan luar bandar. Jadi persoalannya apakah peluang-peluang kita, kita bila Kerajaan Negeri sentiasa komited dan komited dan konsisten mengadakan program Job Fair kita. saya nak sebut bahawa program Job Fair kita pada tahun 2022 kita telah berjaya memberikan sebanyak 3,053 peluang pekerjaan melalui dua program Job Fair kita pada tahun 2022 manakala pada tahun ini 2023 kita akan adakan dua lagi program Job Fair untuk kita bagi peluang pekerjaan kepada adik-adik belia kita. Selain daripada itu, peluang kepada lepasan sekolah sebagaimana yang Sungai Burong tanyakan apakah peluang dia? Saya rasa yang paling penting sekali adalah program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri iaitu melalui program STDS iaitu Selangor Technical Development Skill ini yang memberikan peluang-peluang kursus kemahiran kepada belia-belia kita di samping program IKTISASS, Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor, IKTISASS yang memberikan dana dari segi bantuan pengajian kepada adik-adik kita. Untuk maklumat yang Berhormat Sungai Burong kita telah mengadakan perbincangan dengan STDS baru-baru ini yang mana kita akan menjadikan rumah perlindungan anak yatim sebagai sebahagian daripada proses mereka lepas daripada pendidikan anak-anak yatim pergi kepada STDS kita nak wajibkan begitu. Sebab akta perlindungan di Malaysia ini mereka boleh menjaga kanak-kanak sehingga umur 17, 18 tahun. Kebanyakan anak-anak rumah perlindungan ini lepas umur 18 tahun mereka tidak boleh bekerja dengan stigma
keluarga dengan masalah kemahiran yang sedia ada. Jadi kita telah mengadakan perbincangan dengan YIDEI, Yayasan Islam Darul Ehsan, kita ada perbincangan dengan IKTISASS, kita ada perbincangan dengan beberapa institusi Zakat untuk menjadikan STDS ini adalah kesinambungan daripada rumah perlindungan di mana kita wajibkan mereka pergi. Lepas rumah perlindungan mesti pergi kepada STDC lepas daripada itu baru kita lepaskan mereka ke dalam masyarakat. Ini antara program yang kita cuba bantu Yang Berhormat Sungai Burong termasuk peluang-peluang kepada adik-adik kita yang belajar daripada lepasan sekolah banyak program kita Selangor. Saya rasa yang paling signifikan adalah STDC, IKTISASS dan Job Fair yang kita adakan. Selain daripada itu ada juga program Selangor Kerjaya yang diadakan program Jelajah Job Care dengan kerjasama PERKESO yang mengadakan peluang-peluang pekerjaan yang sebab itulah saya yakin dengan adanya program-program ini kita dapat menjaga kadar pengangguran kita di bawah kadar 4% terima kasih.
Soalan 18.
Banting.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, saya ingin bertanya berkenaan dengan kadar pengangguran tadi. Kita memang sebagai wakil rakyat dari Kuala Langat memang kita rasa banggalah ataupun gembira kerana kadar pengangguran yang amat rendah tetapi saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat EXCO juga sedar bahawa kadar underemployment saya tak pasti apakah terjemahannya dalam bahasa Malaysia, underemployment adakah kadar underemployment ini juga akan diukur dan dibentangkan ke dalam Dewan yang mulia ini. Di mana di kawasan saya berdasarkan kadar kepada pengalaman kita ialah ramai yang memang sudah dapat kerja mereka balik tetapi mereka menerima gaji yang jauh lebih rendah daripada kapasiti mereka, jadi apakah kita mempunyai cara untuk mempertingkatkan mengurangkan underemployment ini juga. Sekian, terima kasih.
Under employment is one of the issue di kalangan pekerja tetapi our main concern dari segi kerajaan sebagai kerajaan adalah underemployment rate kita lebih melihat kepada kadar pengangguran. Saya kira dengan adanya agensi seperti STDC, IKTISASS, program MBI, Program Job care, saya ingat mereka boleh menambahkan skill mereka barangkali untuk meningkatkan untuk menyelesaikan masalah under employment ini tetapi for now concern kita adalah kadar pengangguran yang kita nak kawal manakala program-program underemployment itu saya ingat kita boleh buat kerjasama dengan STDC dan sebagainya.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 19.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Dasar Pembangunan Keusahawanan Dan PerumahanQuestions
19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar-dasar baru dibuat atau diperkenalkan oleh YB EXCO Perumahan dan Keusahawanan dalam memikul tanggungjawab sebagai EXCO pada penggal ke 14 ini?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Jeram yang bertanya tentang apakah usaha-usaha dasar baru yang telah dibuatkan di bawah stanco saya terutama dalam usaha-usaha perumahan dan keusahawanan. Tuan Speaker, kalau saya nak jawab soalan ini ia agak panjang kerana ia melibatkan dasar dan dua stanco yang berbeza. Jadi insyaAllah saya cuba jawab dengan ringkat lepas tu mungkin saya boleh tambah lagi dengan jawapan bertulis dan juga dalam penggulungan saya nanti. Untuk pengetahuan Jeram dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua, dalam saya mengendalikan dua stanco ini ada dua perkara besar yang saya lakukan. Pertama kita melihat tentang dasar, yang keduanya melihat tentang inisiatif. Dasar pula kita lihat bagaimanakah kita ingin mengolah contoh dasar perumahan apakah ekosistem yang ada di Selangor ini telah mencukupi. Dalam menampung isu-isu perumahan. Jadi untuk itu kita bahagikan dasar perumahan ini kepada tiga perkara pertama adalah dasar untuk memberi bantuan dan kepada mereka yang hanya ingin menyewa iaitu kita telah pun mengusahakan daripada empat PPR kita sekarang dah ada enam PPR. Itu maknanya untuk sewaan dan untuk dengan kadar yang paling minima RM250 sebulan kita ada enam PPR yang dilakukan yang diadakan, diwujudkan. Selain daripada itu, kita sekarang ini dalam dasar perumahan tidak semestinya menjual rumah kita bagi mereka yang menyewa maknanya mengambil tempoh untuk ada tempat tinggal ada kediaman. Jadi sebab itu di bawah perumahan kita ada program sewa. Sewaan yang kadangkala sewaan itu boleh ditukar kepada pembelian. Di dalam kita menyelesaikan masalah perumahan Selangor ini satu tentang tidak kecukupan keduanya tentang setinggan-setinggan yang dulu duduk di tempat-tempat yang kita rasa yang belum legal kita nak sahkan mereka. Jadi dalam keadaan kita menawarkan perumahan ada mereka yang tidak mampu untuk membeli tetapi mereka beralih kepada hanya untuk menyewa. Jadi untuk penyewaan ini kita bagi kepada penyewaan setinggan ya.
Bekas-bekas setinggan ataupun mereka yang tidak memiliki itu kita bagi dulunya namanya DANASEL sekarang ini kita tukar kepada Program Pinjaman Perumahan melalui sewa dan milik. Mereka contohnya baru-baru ini Dato’ Menteri Besar telah pun menyerahkan 249 unit, kita beli rumah-rumah daripada pemaju lepas tu kita sewakan kepada setinggan di PJS 1 contohnya. Bukan sikit, 249 unit. Jadi ini adalah satu model baru. Dulu DANASEL ini kita punya hasrat kita nak bagi mereka pinjaman sahaja perumahan tetapi ialah lebih molek kalau kita bagi sewaan kepada mereka dan akhirnya mereka memiliki tetapi bila mereka menyewa rumah kita pula satu kategori lagi yang mereka nak memiliki tetapi bukan sekarang mereka belum ada kecukupan kewangan jadi kita bagi sewaan harga yang kita bagi sedikit pengurangan 20% tetapi mereka kita simpankan 30% daripada duit sewaan itu sebagai deposit.
Daripada dalam dua tahun ke lima tahun mereka duduk di rumah kerajaan Selangor ini ataupun perumahan ini akhirnya mereka boleh membeli rumah-rumah yang sama ada di pasaran bebas ataupun rumah-rumah yang disediakan oleh kerajaan. Dan yang terkini dasar baru adalah rumah sewa Skim Sewa Milik Selangor yang ini adalah rumah-rumah daripada rumah-rumah kerajaan Selangor yang dibeli secara kontra daripada rumah Idaman dan Harapan ini mereka boleh menyewa dan seterusnya memiliki selepas mereka menyewa selepas menyewa lima tahun. Tetapi ada satu dasar baru yang memang orang kata fresh from oven iaitu tahun ini adalah dasar Rumah Selangorku 3.0 iaitu dasar di mana kita mengambil maklum kalau sebelum ini dasar Rumah Selangorku 2.0 ada beberapa perkara berkaitan dengan zon pembangunan komponen pembangunan, spesifikasi, kawalan dan sebagainya. Dan komponen unit-unit yang agak standard contohnya tiga bilik ya tetapi kali ini kita membenarkan pembangunan kawasan-kawasan TOD kawasan-kawasan yang agak padat penduduk seperti di bandar raya untuk melaksanakan program khususnya selepas kita membuat kajian iaitu mereka yang sebenarnya yang nak memiliki rumah di Selangor ini kebanyakan adalah mereka yang di bawah umur 35 tahun ada yang bujang, ada yang baru-baru kahwin untuk itu kita benarkan dasar Rumah Selangorku 3.0 ini adalah untuk golongan bujang, satu bilik solo, duo untuk baru kahwin untuk dua bilik, kita ada tiga bilik dan kita ada empat bilik insyaAllah. Jadi sebenarnya panjanglah kalau saya nak sebut tetapi istimewanya Rumah Selangor 3.0 ini kita telah pun mengcapingkan ataupun meletakkan harganya tidak melebihi RM 250 ribu tetapi mereka yang membeli rumah ini nanti kos guaman telah dimasukkan. Kos untuk pindah milik juga telah dimasukkan dan juga penyelenggaraan juga selama dua tahun telah pun dibiayai. Jadi mereka dapat kiranya peace of mind la dengan izin itu iaitu tidak perlu untuk memikirkan selama ini tentang apakah kewangan tambahan yang perlu disediakan. Tuan Speaker itu baru perumahan belum masuk usahawan. Tetapi secara ringkas saya nak sebut pasal usahawan ini dari sudut dasar barunya adalah sebenarnya kerajaan Selangor tidak pernah mempunyai satu pelan tindakan khusus bagi pembangunan usahawan. Jadi kita telah pelan tindakan khusus kita telah pun ada majlis yang ditubuhkan iaitu majlis pembangunan usahawan negeri Selangor. Kita mempunyai program di mana kita melantik, yang ini satu benda yang kita lihat ada sedikit orang kata lope hole semasa sebelum ini iaitu ada kesinambungan antara
Kerajaan Negeri Selangor dengan PBT iaitu kita melantik pegawai-pegawai pembangunan usahawan PBT yang mana mereka ini akan menjadi Ahli Mesyuarat-Ahli Mesyuarat kepada Jawatankuasa Tetap dan mereka bukan sahaja membantu kerajaan untuk bukan sahaja memainkan peranan di PBT sebagai pemberi lesen tetapi mereka yang telah memiliki lesen-lesen terutamanya golongan SME ataupun Mikro ini mereka dibantu untuk pembangunan keusahawanan mereka dengan program-program inisiatif yang kerajaan telah lakukan. Dan yang lain itu insyaAllah saya akan bagi kepada Jeram tetapi lagi dua tambahan yang kedunya dana usahawan mikro yang telah pun kita beri sebanyak RM 30 ribu itu kadang-kadang dengan perbelanjaan ataupun kos perbelanjaan peralatan yang meningkat kita sekarang telah pun membenarkan untuk membuat matching grant. Contohnya kalau kos untuk mereka beli peralatan itu RM 40 ribu duit kerajaan hanya memberi maksimum RM 30 ribu, mereka tambah lagi RM 10 ribu tapi kerajaan boleh membantu untuk mendapatkan peralatan tersebut. Yang seterusnya adalah Klinik Usahawan. Klinik usahawan ini, banyak usahawan-usahawan kita yang memerlukan bimbingan dan juga kaunseling jadi kita telah pun bersama-sama dengan bahagian pembangunan usahawan PKNS, kita dapat mensasarkan Alhamdulillah setiap tahun lebih kurang dalam 1,000 mereka yang memerlukan. Dan akhir sekali adalah tambah baik apa yang dilakukan oleh Hijrah iaitu kita telah pun membuat satu polisi dasar iaitu mereka yang memasuk dalam program i-Tani ataupun mereka yang buat pinjaman pertanian mereka tak perlu bayar terus selepas pinjaman itu. Kita bagikan dalam tempoh enam bulan barulah mereka boleh membuat pembayaran. Begitu juga dengan perayaan Program Pinjaman Hijrah Perayaan kita bagi dalam tempoh tiga bulan untuk mereka membayar semula. Dan akhir sekali pastilah tidak ada program ini tidak ada orang kata program di tempat lain Selangor telah pun negeri pertama yang memberikan satu program untuk fokus kepada masyarakat India iaitu kita ada SITHAM dan juga SITHAM sekarang ini. Dengan jumlah sebanyak RM 1 juta dan juga RM 2 juta daripada I-SEED, fokus kita adalah memberikan kesaksamaan kepada kaum ini untuk mereka meningkatkan prestasi keusahawanan mereka dalam masa yang sama mendapat pinjaman-pinjaman yang sewajarnya dan peralatan yang baik. Itu sahaja tuan speaker, panjang sikit. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Speaker.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO, sebab saya bertanya ni kerana dah cukup lima tahun, jadi kita pun nak tahu juga dasar-dasar yang baru yang di bawa oleh Yang Berhormat EXCO sebab itulah menunjukkan ketelusan dari segi gerak kerja yang dijalankan oleh EXCO tersebut. Cuma saya ada memberi cadangan biasanya Jeram ini kalau bagi cadangan ini dahsyat ya. Jadi saya ada bagi satu cadangan berkenaan dengan pembinaan surau di taman-taman perumahan baru sekiranya 80% pemiliknya ialah orang Melayu Islam. Jadi benda itu sebab jadi isu, mereka sediakan tapak tetapi tidak
sediakan surau. Jadi akan menjadi beban kepada wakil rakyat dan untuk mencari orang Melayu Islam ini kalau tak ada surau ini dia tak lengkap. Jadi saya minta kalau boleh dijadikan satu dasar ataupun perancangan bandar dalam mana-mana taman perumahan baru hanya dalam 150,000 ke 200,000 sudah memadai.
Soalan?
Jadi adakah cadangan saya ini telah di ambil kira tempoh hari yang saya pernah bawa ini ataupun dalam perancangan masa akan datang? Terima kasih.
Jeram, sebenarnya dasar ini dah lama dah. Memang setiap kali perancangan perumahan di bawah kebenaran merancang itu adalah elemen ataupun komponen yang mesti disediakan. Sama ada mereka perumahan itu dibuat secara strata ataupun secara teres. Secara landed properties minta dengan izin. jadi semua itu diambil kira malah kerajaan Selangor sekarang bukan mengambil kira hanya surau kita melihat juga rumah-rumah ibadat untuk kaum-kaum yang lain untuk memastikan keadilan itu kepada semua. Jadi insyaAllah sebenarnya itu telah PUN sedia ada mungkin Jeram boleh dan PBT sebenarnya....
Yang Berhormat yang itu semua saya tak nafikan, yang ada tu tapak. Yang saya maksudkan ialah pembinaan surau itu. Tapak memang terlalu banyak tetapi masalah kepada kekangan kepada pembinaan surau itu. Jadi jawapan yang pernah diberi oleh EXCO tempoh hari, mengatakan macam mana kita nak tahu berapa ramai Melayu yang beli dalam taman itu. Jadi saya kata kita boleh jadikan sebagai satu klausa yang mana kalau pembeliannya lebih daripada 80%, developer wajib buat pembinaan. Jadi itu dasar yang kita boleh buat.
Semua wajib Jeram. Penyediaan tapak semua wajib maknanya mengikut kepada kebenaran merancang yang telah ditentukan di bawah perancangan. Tetapi selepas tapak itu ada, macam juga sekolah kita ada tapak sekolah tetapi pembinaan itu adalah di bawah jabatan dan kementerian masing-masing kan. Jadi banyak contohnya kalau berkaitan dengan surau saya rasa itu, perbincangan itu, pembinaan itu, boleh dibincangkan dengan pihak JAIS tentang pembinaan itu, masjid, surau dan sebagainya.
Maaf Yang Berhormat EXCO, sebab benda in saya rasakan kita tak perlu bawa kepada...
Yang Berhormat, Yang Berhormat tanpa kebenaran Speaker, duduk. Duduk duduk.
Bahas nantilah. Bahas, bahas.
Ya, ya speaker. Minta maaf sebab apa, benda kita nak selesaikan sebab lima tahun saya bawa. Lima tahun jadi minta tolonglah. Sebab...
Tak apa Jeram. Jeram duduk.
Sekejap, sekejap ja speaker. Tak saya nak beri cadangan. RM 150 ribu ke RM 200 ribu tak....
(Dewan riuh)
Yang ada tapak. Tak salah pun.
Jeram, sila duduk. Sila duduk.
Baik, saya rasa saya dah jawab tapi ada satu la untuk memuaskan hati mungkin Jeram nak lihat kita bukan bagi tapak tapi kita bina terus sama. Tapi itu sebenarnya tak ada lagi dasar itu, memang yang penting yang diwajibkan adalah setiap pemajuan penyediaan tapak itu dimestikan. Terima kasih Tuan Speaker.
Dengkil. Tak hadir, shift Petang. Kuang. Tak hadir, shift malam. Seri Setia hadir, shift pagi. Silakan.
Pagi dan petang. Nombor 22 Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Statistik DenggiQuestions
22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Statistik Denggi semakin meningkat. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak negeri untuk menangani isu kesihatan ini?
Terima kasih Seri Setia. Yang Berhormat Seri Setia telah bertanya mengenai statistik denggi yang semakin meningkat dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak negeri untuk
menangani isu kesihatan ini. Soalan ini saya akan jawab bersekali dengan soalan nombor 133 daripada Yang Berhomat N48 Sentosa, soalan nombor 142 daripada Yang Berhormat N39 Kota Damansara dan soalan nombor 273 daripada Yang Berhormat N31 Subang Jaya yang bertanyakan tentang langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi serta pelan tindakan negeri bagi menangani isu ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga minggu epik yang kesembilan iaitu bagi tempoh 26 Februari hingga ke 4 Mac jumlah kes denggi demam denggi ialah 1,002 kes yang telah dilaporkan di negeri Selangor iaitu penurunan sebanyak 11%, 124 kes berbanding 1,126 kes pada minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun secara kumulatif sejumlah 10,128 kes demam denggi dilaporkan sehingga minggu epik ke sembilan yang berakhir kepada 4 Mac 2023 iaitu peningkatan sebanyak 140.5%, 5,917 kes berbanding minggu epik yang sama pada tahun 2022 iaitu 4,211 kes dengan 2 kes kematian dilaporkan dalam tempoh ini berbanding tiada kes kematian pada tempoh yang sama pada tahun 2022. Antara punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di negeri ini adalah tahap kebersihan persekitaran lorong belakang rumah ataupun back lane yang sangat rendah, kewujudan kebun-kebun haram, rumah-rumah kosong yang ditinggalkan dan tanah-tanah kosong yang terbiar. Keadaan ini semakin membimbangkan ditambah sikap segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat akan bahaya akibat demam denggi. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan operasi bersepadu denggi OBDS pada 15 Februari 2023 yang melibatkan semua agensi dan jabatan-jabatan berikut. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Sukarelawan Kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor, SUKAR, COMBI, Communication Behaviour Impact dan Komuniti Sihat Pembinaan Negara, KONSPEN dan Team Selangor. Operasi bersepadu yang akan berakhir pada 22 Mac ini mensasarkan empat daerah yang mencatatkan kumulatif kes tertinggi iaitu Petaling, Hulu Langat, Kelang dan Gombak. Di mana semua agensi berganding bahu melaksanakan aktiviti pencegahan seperti pemusnahan tempat pembiakan, PTP, program gotong-royong guru dan juga aktiviti invokasi bersama komuniti setempat melalui pemberian risalah serta mempergiatkan penggunaan repellent dan semburan aerosol. Dan juga saya telah mengingatkan kepada pihak-pihak agensi terlibat untuk menguatkuasakan denda bagi mereka yang membela nyamuk aedes ini. Antara aktiviti lain di dalam OBDS ini yang akan dilaksanakan sepanjang tahun adalah pertandingan bebas denggi bersama komuniti setempat, mensasarkan lokaliti hotspot dan wabak. Wabak, kedua penyaluran dana kepada agensi sukarelawan berkaitan seperti SUKAR, COMBI atau persatuan-persatuan penduduk untuk melaksanakan aktiviti pembasmian tempat pembiakan PTP atau menganjurkan program-program Kempen Cegah Denggi. Ketiga aktiviti fogging yang lebih fokus dan bersasar. Fogging ini tidak menyelesaikan masalah tapi bila ada kes maka rakyat risau dengan nyamuk aedes, nyamuk aedes yang berkeliaran itu. Keempat memperbanyakkan penggantungan kain rentang di setiap lokaliti hotspot supaya penduduk mengambil langkah pencegahan segera.
Selain program OBDS, Kerajaan Negeri melalui semua jabatan agensi berkaitan turut memperkasa pelaksanaan aktiviti utama pencegahan dan pengawalan denggi sedia ada seperti mewajibkan pengaktifan Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah dengan lebih kerap yang dipengerusikan sendiri oleh Pegawai Daerah dan situ semua pemegang taruh akan hadir ya. Kedua, menganjurkan sesi libat urus bagi membincangkan isu serta punca utama pembiakan denggi secara bersasar di lokasi terlibat bersama ahli majlis dan persatuan penduduk dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Keempat mempergiatkan usaha advocacy dan promosi melalui platform media sosial, pembukaan kiosk kesihatan, edaran risalah dan hebahan suara di lokaliti wabak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya penyakit demam denggi dan kepentingan mendapatkan saringan serta rawatan awal. Kelima, menjalankan program Selangor bebas aedes di tempat kerja dan kuarters. Keenam, mengukuhkan program bebas denggi di sekolah dan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan melalui akta pemusnahan serangga pembawa penyakit 1975 dan melalui akta ini tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap individu atau pemilik premis yang berpotensi menjadi punca pembiakan aedes melalui pengeluaran notis di bawah seksyen 8 denda RM 500.00. Yang Berhormat, N39 Kota Damansara juga ada bertanyakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan vaksin jika ada untuk denggi ini. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tiada vaksin berkaitan denggi yang telah berdaftar untuk penggunaan di negara kita. Pada masa kini vaksin Dengvaxia DAK003 dari Takeda masih dalam proses permohonan kelulusan daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Malaysia.
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO saya nak tanya, kalau tak silap saya pada 2019 kita ada program bersama dengan KPKT masa itu di bawah penyediaan yang dinamakan MN Voltron yang dipasang pada setiap pangsapuri kos rendah. Daripada 2019 sehingga sekarang 2023 dan sekarang ini di minta JMB untuk jaga benda ini. Ada yang dah rosak. Apakah tindakan daripada Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Sebenarnya saya sedang mendapatkan data sepenuhnya kerana projek itu adalah projek KPKT yang diturunkan kepada JMB atau kepada taman perumahan tanpa berkonsultasi dengan JKNS pada ketika itu. Jadi sekarang ini masalahnya adalah masalah maintenance rosak dan sebagainya bila kita dapat maklumat ini sepenuhnya kami kena buat anggaran untuk tahu mungkin ada yang dah rosak, mungkin ada yang perlu maknanya dia dah jadi gajah putih sekarang jadi sebab dia dipasang dalam kawasan JMB atau kawasan strata maka tak menjadi tanggungjawab PBT untuk maintain voltron ini. Memang ini adalah perkara baru yang sebenarnya dibawa kepada saya tempoh hari semasa mesyuarat tindakan negeri.
InsyaAllah bila kita dapat maklumat sepenuhnya dari KPKT kita akan rancang bersama dengan PBT dan sebagainya dan KPKT juga. Terima kasih.
Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin minta pandangan atau keputusan daripada pihak EXCO bahawasanya memandangkan Selangor merupakan hotspot kes denggi yang menyebabkan hilang nyawa jadi pandangan saya supaya apa yang diperkatakan pihak EXCO tadi vaksin pun kita belum terima lagi dan tiada vaksin yang boleh mencegah denggi ini. Jadi apakah cadangan Kerajaan Negeri, ada tak untuk jangka panjang melibatkan peruntukan kajian iaitu R&R iaitu kajian penyelidikan supaya ada usaha, kita nak buat pemandulan sebab kita nampak pemandulan nyamuk ini ada tak usaha yang dijalankan supaya keadaan di Selangor ini tak menjadi satu perkara yang begitu serius melibatkan nyawa penduduk Selangor. Apakah pandangan?
Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita faham penyakit denggi ini dia sangat kompleks multifactorial. Nyamuk denggi ini tuhan bagi dia sangat powerful. Apabila seekor nyamuk yang sudah ada virus denggi bertelur, dalam telurnya sudah ada virus denggi itu. Jadi bila telur ini menetas, dia sudah bawa penyakit itu. Jadi ini adalah satu perkara yang memang sangat-sangat sukar dan kita dapati memang di seluruh dunia dan kawasan Asia ini tempat yang penduduknya padat menjadi tempat utama di mana denggi membiak atau menjadi-jadilah. Memang kerajaan telah ada satu program Wolbachia di mana nyamuk Wolbachia, nyamuk aedes yang terinfaksi dengan bakteria Wolbachia dilepaskan dalam masyarakat. Kita ada beberapa tempat lokasi di negeri Selangor memang boleh berjaya cuma ada limitasinya kerana kita tak boleh control semua kawasan. Cuma di lokasi tertentu. Jadi kalau sebelah jirannya tidak ter-control, maka Wolbachia itu tidak berjaya. Kerana kita kena breed Wolbachia itu untuk mengganti populasi nyamuk aedes yang ada virus ini. Jadi ada tempat kebanyakan tempat itu berjaya. Cuma masalahnya penduduk kita sendiri kadang-kadang tidak memahami dan banyak lokaliti dia membantah, sebab kita pesan tak boleh spray tak boleh bunuh nyamuk ini. Ini adalah satu Wolbachia. Pada masa yang sama Yang Berhormat, kita boleh mengambil langkah pencegahan diri sendiri dengan memakai repellent dan bila kita memahami bagaimana penyakit ataupun bagaimana nyamuk aedes ini bertindak misalnya di belah pagi, kita panggil don’t dan do’s. Maghrib belah petang dan pagi subuh. Jadi kalau kita terpaksa keluar dan berada di luar rumah, tempat itu pula ada banyak aedes dan kawasan wabak kita harus memakai repellent untuk kita menjauhi nyamuk itu. Pada masa yang sama kita menasihati rakyat bila keluar joging belah petang atau pagi-pagi pakai baju untuk melindungi diri sendiri. Semua kita sudah laksanakan tapi yang paling penting adalah untuk kita menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk ini. Itu sebab program PTP itu. Ini tidak boleh kita letakkan pada pihak Kerajaan semata-mata tetapi perlu kerjasama
daripada semua pihak. Kesedaran ini penting bagi rakyat untuk mencegah denggi. Terima kasih.
Teratai.
Tuan Speaker, soalan no. 23.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Pelebaran Simpang Masuk Dari Mrr2 Ke Jalan Bunga Raya Taman KencanaQuestions
23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status permohonan kepada pelebaran simpang masuk dari MRR2 ke Jalan Bunga Raya Taman Kencana?
Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Yang Berhormat Teratai bertanya status pelebaran simpang masuk dari MRR2 ke Jalan Bunga Raya Taman Kencana. Tuan Speaker, persimpangan yang dimaksudkan merujuk kepada Jalan Persekutuan FT28 di bawah bidang kuasa dan kawal selia pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia. Buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk melebarkan persimpangan tersebut. Walau bagaimanapun, kajian awalan berhubung keperluan pelebaran simpang tersebut boleh dilaksanakan dan sekiranya didapati ada keperluan yang tinggi, cadangan pelebaran persimpangan tersebut akan dimohon kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Bagi perancangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). Terima kasih.
Sungai Air Tawar. Tak hadir. Sungai Ramal.
Tuan Speaker, soalan saya no.25. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Kebajikan Golongan BujangQuestions
25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan rakyat Selangor berumur 50 tahun ke atas dan masih berstatus bujang?
b)
Kenapakah golongan ini dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada menerima manfaat Program Jom Shopping Perayaan?
c)
Bukankah golongan ini patut diraikan untuk menjaga kebajikan dan emosi mereka?
Tuan Speaker, Merujuk kepada Data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, bilangan rakyat Selangor yang berumur 50 tahun ke atas mengikut taraf perkahwinan tidak pernah berkahwin atau masih bujang adalah seramai 39,265 orang pada tahun 2010 dan 45,404 orang pada tahun 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Ramal, Program Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping Perayaan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kos sara hidup keluarga rakyat miskin dalam membuat persediaan menyambut perayaan. Bantuan ini melibatkan perayaan utama seperti sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Sepertimana dalam ucapan Belanjawan Selangor 2023, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang akan disasarkan kepada 82,400 orang penerima manfaat. Beberapa penambahbaikan syarat kelayakan penerima bantuan juga telah dilaksanakan antaranya seperti kenaikan nilai bantuan daripada RM 100.00 kepada RM 200.00 setiap penerima manfaat, pindaan had pendapatan penerima manfaat daripada RM 2,000.00 kepada RM 3,000.00 sebulan dan membenarkan penerima bantuan Program Skim Mesra yang menepati syarat kelayakan untuk turut memohon dalam Program Jom Shopping Perayaan.
Antara syarat-syarat kelayakan yang lain adalah penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan, hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga dan yang terakhir penerima bantuan bukan penerima manfaat Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Justeru itu, jelas disini bahawa berdasarkan syarat-syarat kelayaan yang telah dimaklumkan, rakyat di Negeri Selangor yang berumur 50 tahun dan ke atas serta berstatus bujang tidak ketinggalan dan layak untuk turut memohon bagi Program Jom Shopping Bersempena Perayaan. Terima kasih.
Hulu Bernam. Tak hadir. Meru.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan saya no.27.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Kawalan Binatang Liar Seperti Babi HutanQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah gangguan babi hutan yang makin meningkat populasinya dan memberi ancaman keselamatan kepada penduduk kampung?
b)
Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membekalkan senjata api kepada anggota Rela khusus untuk ditugaskan menghapuskan babi hutan?
Tuan Speaker, langkah yang diambil Jabatan Perhilitan bagi mengawal populasi dan mengatasi aduan gangguan babi hutan adalah seperti berikut. Yang Berhormat Meru minat tentang masalah babi hutan ini. Untuk mengawal populasi konflik babi hutan dengan menjalankan tindakan penakaian iaitu colling melalui operasi tembak mati. Ini merupakan kaedah biasa yang diamalkan oleh pengurusan hidupan liar. Kaedah ini diguna pakai bagi mengawal operasi spesies konflik. Menjalankan kajian gangguan populasi dan taburan dalam pengelasan tahap ataupun zon keseriusan konflik bagi penyelarasan tindakan jabatan menerusi kajian ini bilangan babi hutan yang berlebihan akan dikawal bagi memastikan keupayaan kampung kawasan hijau tersebut tidak diganggu. Untuk menjawab soalan kedua, berkenaan dengan hasrat sama ada kerajaan Negeri berhasrat nak membekalkan senjata api untuk anggota RELA khusus untuk digunakan untuk menghapuskan babi hutan. Untuk tujuan penggunaan senjata api adalah di bawah Akta Senjata 1960 dikawal selia oleh Polis Diraja Malaysia. Pemberian senjata api kepada anggota RELA adalah di luar bidang kuasa Jabatan Perhilitan. Tapi kalau
nak menembak, kita tidak boleh senang untuk menembak babi hutan. Perlu dapat lesen daripada Perhilitan sebab ini di bawah penjagaan Perhilitan. Sekian.
Banting
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pemberian Tong Sampah Mgb120 Liter PercumaQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Senaraikan PBT yang telah mengadakan inisiatif untuk memberi tong sampah MGB120 liter kepada setiap rumah kediaman di kawasan pentadbiran sejak beberapa tahun yang lepas. Berikan bilangan tong sampah serta perbelanjaan yang terlibat untuk setiap satu PBT yang melakukan inisiatif ini.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Tuan Speaker, sejak tahun 2017 terdapat 6 PBT negeri Selangor yang telah bergiat aktif dalam melaksanakan inisiatif pemberian tong sampah MGB 120 liter. Senarai PBT adalah Majlis Bandar raya Shah Alam, Majlis Bandar raya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Langat. Secara keseluruhannya sebanyak 237,502 buah tong sampah telah diedarkan kepada rumah-rumah kediaman di kawasan PBT yang terlibat dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM12.85 juta. Jadual berikut adalah perincian bilangan tong sampah bagi setiap PBT yang telah melaksanakan inisiatif tersebut. Jadi bagi bilangan tong sampah yang telah diagihkan mengikut PBT adalah MBSA sebanyak 122,697 unit. Bagi MBPJ 59,491 unit. Majlis Perbandaran Selayang 1,368 unit. MPHS 311 unit. MPKS 6,160 unit. MPKL 47,495 unit. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
ada persoalan tentang mengapa Majlis Perbandaran yang lain tidak terlibat dalam program ini dan apakah syarat untuk terlibat dalam program ini.
Sebenarnya tiada syarat tertentu, tong sampah pembekalan tong sampah itu sebenarnya merupakan tanggungjawab bagi setiap penghuni atau pun pekedai sendiri bukan di bawah tanggungjawab PBT. Tetapi PBT yang saya sebut tadi telah mengambil inisiatif untuk memberi tong sampah percuma kepada rumah-rumah kediaman di kawasan masing-masing kerana dengan tujuan untuk menjadikan kawasan-kawasan tersebut lebih bersih dan pengusahaan sampah itu lebih teratur dan lebih tersusun. Tetapi itu juga tertakluk kepada kemampuan kewangan setiap PBT. Sekiranya kita nak PBT untuk membnerikan tong sampah percuma kepada setiap rumah, itu sebenarnya bukan tidak mungkin tetapi kita perlu semak dengan kekuatan kewangan bagi setiap PBT. Terima kasih.
Rawang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan adalah disebabkan dengan program pemberian tong sampah ini terdapat juga penduduk-penduduk menganggapkan itu lah adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tong sampah kepada mereka, jadi adakah inisiatif atau pun usaha kerajaan untuk mendidik bahawa penyediaan tong sampah itu adalah tanggungjawab daripada penduduk dan juga permis.
Ini saya nampak adalah tanggungjawab kita bersama supaya wakil rakyat untuk memaklumkan kepada penduduk supaya kita semua harus bekerjasama untuk menjadikan kawasan kediaman masing-masing lebih bersih dan lebih kemas.
Kota Anggerik
Tuan Speaker, soalan saya no. 29
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Konsep Malaysia Madani Dalam Pentabiran Kerajaan Negeri SelangorQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menerapkan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri dalam pentadbiran Negeri Selangor?
Terima kasih Kota Anggerik yang bertanyakan adakah pentadbiran Kerajaan Negeri akan menerapkan konsep Malaysia Madani sebagai mana yang telah diuar-uarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, konsep Madani telah dilancarkan pada 19 Januari yang lalu dan telah mengambil kira beberapa aspek-aspek penting dalam usaha pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang sebab beberapa unsur penting yang ingin diterapkan ialah konsep mampan, yang kedua aman makmur, yang ketiga daya cipta, yang keempat amanah dan keyakinan yang kelima nilai hormat dan yang ke-enam nilai ihsan, ke enam-enam nilai ini merupakan antaranya nilai yang acap kali dilaksanakan dan teratur dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri semenjak daripada tahun 2008. Sebagai contoh nilai mampan beberapa polisi dan pendekatan Kerajaan Negeri seperti moratorium pembalakan, akta kepada pelaksanaan program-program kebajikan yang memberikan penerapan kepada aspek kemampanan atau pun kelestarian hasil dan juga kelestarian program itu tersebut dapat dilangsungkan menjadi penilaian Kerajaan Negeri terutamanya apabila kita menjajarkan semula beberapa program-program kebajikan yang kita panggil sebagai Merakyatkan Ekonomi dan Kemudahan Inisiatif Peduli Rakyat dan sekarang namanya Iltizam Selangor Penyayang nilai kemampanan menjadi aspek yang sangat penting.
Aman dan makmur merupakan satu perkara yang kerap kali diterapkan malahan di dalam dasar kita pada kita telah mewujudkan program seperti duta perpaduan dan duta perpaduan ini adalah contoh-contoh bagaimana kita memastikan kemakmuran kesepakatan dan perpaduan rakyat dapat dijamin dengan baik, daya reka cipta dengan program inovasi di peringkat PBT dan Pihak Berkuasa Tempatan malahan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini kita telah melaksanakan R&D, Research Development Inovation Expo dalam program-program ISBS atau pun Selangor International Business Summit yang telah menjemput pereka-pereka cipta profesional daripada badan pereka cipta, universiti, institusi dan agensi kerajaan untuk melaksanakan program-program tersebut. Amanah keyakinan dengan pelaksanaan SELCAT dengan anti rasuah atau pun dan terima rasuah banyak perkara yang dilakukan di peringkat anak syarikat dan pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri terus dapat terlaksanakan hormat ini satu perkara yang kerap kali kita letakkan dan dapat ditonjolkan di dalam dewan, harta di dalam pelaksanaan program kita sebagai contoh kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan semua pihak di saat peruntukan yang besar 65 juta untuk Agama Islam kita mempunyai pendekatan dalam 5 agama seperti LIMAS dan menetapkan penggunaan tanah-tanah untuk kebenaran rumah ibadat dan juga Ihsan yang setiap kali yang selalu saya sebutkan dalam pendekatan kerajaan
Negeri mengambil pendekatan surah Al-Balaq iaitu kita menitikberatkan dan memberikan nasihat terhadap kesabaran dan nasihat kepada rahmah dan kasih sayang. Terima kasih.
Soalan tambahan
Banting
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin bertanya dengan satu aspek yang penting dalam Pentadbiran Konsep Madani iaitu kesejahteraan hidup rakyat khususnya tentang perumahan yang mana saya lihat sekarang ini kita masih lagi mempunyai ramai penduduk ramai rakyat Malaysia hidup di bawah kemiskinan dan tidak masih tidak dapat memiliki rumah sendiri malahan dari segi penyewaan rumah pun mereka menghadapi masalah dengan opsyen yang sangat terhad jadi saya ingin bertanya, kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sama ada mungkin kerajaan untuk menyemarakkan lagi program seperti Skim Smart Sewa dan sebagainya supaya lebih ramai penduduk khususnya di kawasan saya di kawasan Kuala Langat dan Sepang boleh menikmati ada peluang untuk menyewa rumah yang perlukan untuk kesejahteraan hidup sekarang ini mereka masih lagi dihimpit tekanan kehidupan yang sangat-sangat kuat daripada pelbagai hala tuju jadi saya mohon supaya kita boleh melakukan sesuatu khususnya untuk kawasan Kuala Langat sebab tadi saya tengok daripada laman web Skim Smart Sewa ini tak ada satu pun di Kuala Langat kebanyakan hanya di kawasan lembah kelang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kajang dan juga daerah Klang, daerah Petaling sahaja jadi saya mohon perkara ini diperhebahkan di Kuala Langat, sekian.
Terima kasih soalan Banting, Yang Berhormat tadi sebenarnya EXCO Perumahan telah menjelaskan beberapa perkara bagaimana evolusi dan perkembangan kita dalam sektor perumahan sebagai contoh, itu yang saya aspek kemampanan yang saya sebutkan, di mana saya turut terlibat dalam beberapa ketika sebab sebelum kita meletakkan EXCO Perumahan sebagai Lembaga Perumahan juga kita telah beberapa mengambil pendekatan-pendekatan baru antara pendekatan baru yang kita perkenalkan ialah kita tidak force dan memaksa orang untuk memiliki rumah di saat mereka belum mampu untuk memiliki rumah. Justeru kita perkenalkan Smart Sewa dan Smart Sewa itu dikembalikan 30peratus daripada kadar sewaan yang dibayar oleh mereka daripada tempoh 2 hingga 5 tahun, kemudian kita perkenalkan pula sewa milik yang sekarang kita sedang mulakan dengan konsep perumahan sebagai mana yang telah kita laksanakan malahan kita telah mula mengecilkan jumlah sewa dengan rumah single room dengan 2 room khas untuk orang bujang atau keluarga sederhana itu kita akan tetapkan mekanisme dan pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor turut mengeluarkan tabungan kita sekarang dulu sebelum ini kita bergantung dengan pemberian balik rumah-rumah sama ada rumah yang dibina oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau pun rumah melalui Projek Idaman, projek Idaman 250,000
pembinaan itu 15-30peratus dipulangkan balik kerajaan Negeri sebagai rumah percuma, rumah-rumah ini kita jadikan sebagai Rumah Smart Sewa atau pun Rumah Sewa Milik kemudian itu terpulang kepada Lembaga Perumahan tetapi dalam masa yang sama kerajaan Negeri turut membeli kita membeli beberapa unit di bawah berapa blok-blok tertentu yang ada di sekitar kawasan yang terbabit dan ini menjadikan jumlah rumah yang kita kawal sendiri dalam Smart Sewa lebih daripada 1000 unit berbanding pada tahun 2018 hanya ada sekitar 300-400 unit. Menjelang tahun 2025/2026 dengan semua projek Idaman dan harapan yang telah kita lancarkan berjalan kalau semua nya dapat berjalan jumlah rumah yang kita ada untuk diberikan sewa ini sampai hingga 3000 hingga 3900 rumah termasuk di bawah locality di daerah Kuala Langat. Dan kita kena faham, kalau kita sebut Kuala Langat trend dia develop ke arah selatan tetapi dia tertumpu daripada kawasan Rimbayu, Teluk Panglima Garang sampai ke kawasan Banting dan kita harap dengan IDRISS nanti dia akan force pergerakan pembangunan itu sampai di kawasan Morib, sampai di kawasan Sijangkang dan area kawasan Kuala Langat secara keseluruhannya, terima kasih.
Taman Templer tak hadir, Semenyih hadir
Terima Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya no.31
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Ekonomi Iks Dan PenjajaQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyelaras para penjaja tepi jalan yang makin bertambah?
b)
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri yang boleh dimohon oleh penjaja tepi jalan dan IKS.
Tuan Speaker, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan berperanan memperkasa keusahawanan mikro di Selangor agar menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negeri. Susur galur usahawan adalah bermula daripada peniaga dan penjaja kecil yang kemudiannya berkembang menjadi usahawan yang berdaya maju. Oleh itu, akibat daripada pandemik COVID19 ramai penjaja dan peniaga yang baru tumbuh akibat peralihan sudut ekonomi. Oleh itu beberapa inisiatif
dijalankan oleh Kerajaan Negeri bersama PBT bagi memupuk suasana perniagaan yang lebih sihat dan tersusun.
Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut:
i. Pelantikan Pegawai Perhubungan Usahawan di 12 PBT Selangor Kerajaan Negeri di bawah EXCO Pembangunan Usahawan telah melantik 12 pegawai di peringkat PBT untuk menggalas tugas dan memantau program-program keusahawan di peringkat PBT. Selain itu pegawai PPU ditugaskan untuk menyokong sebarang aktiviti kerjasama bersama pihak ketiga yang boleh meningkatkan prestasi penjaja
ii. Pendigitalan Penjaja melalui Platform Selangor (PLATS) Inisiatif Platform Selangor (PLATS) merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan platform promosi dan direktori digital secara percuma di bawah gagasan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kepada usahawan mikro khususnya para penjaja yang berada di negeri Selangor. Dalam usaha untuk membantu mendigitalisasikan golongan sasaran dan seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai Negeri Pintar 2025 (“Smart State 2025”), kerjasama yang erat di antara pasukan PLATS dan Pihak Berkuasa Tempatan terus dijalankan bagi memastikan kelancaran pengoperasian inisiatif Platform Selangor berjalan dengan jayanya.
iii. Latihan Pembangunan Penjaja Program Latihan Pembangunan Penjaja Mikro Selangor anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) Tahun 2023.
iv. Mengadakan inisiatif Lesen Gerai dan Permit Penjaja Sementara Memberikan peluang kepada penjaja sedia ada yang tidak mempunyai lesen dengan memberikan lesen sementara dan menyediakan kemudahan yang lebih baik.
v. Program perlesenan peniaga online di rumah Bagi menyokong peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian, PBT telah mengadakan kempen pemberian lesen peniaga yang berniaga secara atas talian. Ia juga bagi memantau aktiviti perniagaan di peringkat akar umbi agar segala permasalahan dan penambahbaikan dapat dijalankan bagi meningkatkan pembangunan perusahaan mikro.
Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bentuk bantuan perniagaan untuk menyokong pembangunan usahawan mikro di negeri ini. Berikut merupakan
bantuan geran dan pinjaman mikrokredit yang ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan :
i. Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) Bantuan ini diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan ini.
Setiap daerah diperuntukan sebanyak RM250,000.00 untuk program bantuan ini. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00. ii. Klinik Usahawan Selangor Penubuhan Klinik Usahawan Selangor adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Ia juga bertujuan untuk membimbing secara menyeluruh dalam perniagaan dan menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan. UPEN Selangor bekerjasama dengan BPU, PKNS memandangkan agensi tersebut berfungsi sebagai organisasi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.
iii. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00. Pemberian berbentuk bantuan peralatan / mesin perniagaan berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Syarat permohonan telah dilonggarkan kepada tiga (3) bulan pengoperasian pada musim pandemik COVID19 bagi membantu rakyat menjalankan perniagaan.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada 33 Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupayakan masyarakat agar keluar daripada kitaran kemiskinan. Program ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.
iv. Latihan Keusahawanan Latihan keusahawanan masih diteruskan pada musim pandemik COVID19. Walau bagaimanapun program dijalankan secara dalam
talian. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti INSKEN, MARA, Hijrah Selangor dan Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS.
v. Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor (SITHAM) Program ini bertujuan untuk membantu usahawan India yang berpotensi berkembang maju di dalam bidang perniagaan. Di samping itu, ianya dapat membantu usahawan India menjadi lebih berdikari dan mampu untuk menjana ekonomi. Program yang ditawarkan adalah latihan pengurusan merangkumi aspek pengurusan pemasaran dan kewangan, latihan kemahiran dan pembangunan, program inkubator bersama syarikat peneraju dan geran perniagaan. Antara modul yang telah dirangka ialah latihan kemahiran bersama syarikat peneraju/mentor terpilih selama tiga (3) hingga enam (6) bulan bergantung kepada industri yang terpilih. Sepanjang tempoh latihan tersebut, peserta akan diberi peluang untuk terus mengendalikan perniagaan mengikut jenis latihan yang diceburi dan dipantau oleh syarikat peneraju. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama Hijrah Selangor.
vi. Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor Hijrah Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya, sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Saya mempersilakan Taman Medan sambung, bagi lima minit.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker di atas ruang untuk Taman Medan menyambung kembali perbahasan yang telah dimulakan sehari sebelumnya. Saya bersyukur dapat menyambung kembali proses membahaskan Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Ucapan Di Raja Pembukaan Persidangan Dewan kali ini. Semalam saya menyebut tentang keperluan wujudnya
sebuah hospital awam di Petaling Jaya iaitu sebuah bandar raya yang telah diiktiraf terbaik di negara ini beberapa hari yang lalu oleh Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Walaupun penyediaan hospital ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Kesihatan namun Kerajaan Negeri adalah pemegang taruh yang berautoriti dalam aspek penyediaan tapak tanah untuk ia dilaksanakan lalu saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memikirkan langkah sesuai bagi penyediaannya di Petaling Jaya sama ada pengambilan itu tanah yang tidak dibangunkan atau tanah tidak dilaksanakan apa juga aktiviti bagi diberikan kepada pihak Kerajaan Pusat untuk usaha membangunkan mengikut kaedah yang wajar. Kemudian titah Baginda, Tuanku menzahirkan harapan agar segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan Baginda antaranya program di bawah ILTIZAM Selangor Penyayang dapat disertai oleh rakyat Baginda tanpa terkecuali yang mana Taman Medan ingin berkongsi satu program yang telah dilaksanakan yang dipanggil sebagai Insurans Am Selangor yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun penambahbaikannya telah pun dikenal pasti dan telah dipastikan pelaksanaannya yang berkait dengan mekanisme patuh syariah yang akan dilancarkan tidak lama lagi lantas Taman Medan menyeru semua rakyat Selangor dapat menyertainya seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana ia layak disertai oleh mana-mana rakyat Selangor di antara umur sebulan hingga ke 80 tahun dan titah Baginda juga Tuanku Sultan menyatakan juga usaha memelihara kesucian agama Islam dan menghindarkan sebarang unsur politik kepartian di dalam perjalanan hal ehwal Islam antaranya institusi masjid dan surau yang menjadi tugas Baginda memastikannya. Baginda dengan tegas menzahirkan titah perintah agar ia diberikan penguatkuasaan. Individu-individu yang berstatus ahli politik tidak dibenarkan menjadikan ia platform penyampaian mesej mereka sama ada melalui ceramah, tazkirah atau pun pengucapan awam malah menjadi pentadbir institusi juga, tidak dibenarkan sama ada sebagai nazir, pengerusi, jawatankuasa dan pegawai tetapi perlu dimaklumkan juga ada di kalangan mereka pernah didapati terbabit secara langsung dengan aktiviti politik kepartian. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan salah satu pilihan raya kecil sesudah daripada Pilihan Raya Umum itu, di Selangor ada di kalangan mereka yang menjadi pencadang, penyokong kepada calon dalam proses penamaan calon yang menunjukkan mereka ini adalah ahli politik. Datang ke masjid memakai pakaian yang bermesejkan politik kepartian sama ada kemeja korporat, kemeja-T malah di ketayap pun ada lambang parti politik. Masjid dan surau adalah institusi yang bebas daripada politik kepartian dan saya hendak beritahu bahawa kadang-kadang golongan ini menjadikan kesempatan diberikan peluang mentadbir masjid dan surau sebagai satu platform untuk mereka dapat menyampaikan mesej ideologi politik mereka umpamanya mereka mengundang penyampai program ilmu mereka hanya yang sealiran walaupun bukanlah mendalam pengetahuannya. Mengundang imam jemputan terawih yang kadangkala penguasaan bacaan Al-Quran masih lemah termasuk sebutan makhraj huruf yang jauh dari tempat statusnya dan juga yang masih lemah dari segi aspek-aspek penguasaan yang lain, kerana apa? Kerana disebut ini orang kita hingga ada penyampai-penyampai program tersebut menyatakan bahawa ini adalah satu cara
untuk memperoleh populariti bagi melayakkan mereka menjadi calon pilihan raya di kawasan tersebut atau pun di mana-mana sahaja. Jadi mesej mereka membawa maksud mesej bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Itu kita akui padahal Islam itu lebih luas daripada politik, politik adalah satu pecahan juzuk daripada ajaran agama Islam dan ia tidak sampai suku pun daripada keseluruhan ajaran agama Islam dan Islam mengajar kita aspek-aspek bertanggungjawab, aspek-aspek adil, amanah dan tidak khianat atas kepercayaan yang kita diberikan kerana orang-orang yang mengajar yang membawa mesej Islam ini kadang-kadang perbuatan khianatnya itu lebih teruk malah mendukung orang-orang yang khianat dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, itu mesej saya. Dan mereka ini telah menjadikan agama itu sebagai alat untuk mereka mendapatkan kuasa dan populariti dan akhirnya Taman Medan ingin berkongsi tentang aspek-aspek berkait dengan perpaduan yang mana Islam juga mengajar perpaduan kerana dalam masa sehari dua ini ada kisah yang berkait dengan bagai mana ada pihak yang telah membuat satu paparan yang berkait dengan usaha-usaha yang dinyatakan sebagai usaha untuk menjadikan orang Islam itu keluar dari agama Islam dengan melaksanakan aktiviti melawat ke rumah ibadat. Saya hendak terangkan di sini, dalam soal melawat rumah ibadat ini tidak ada masalah bagi seseorang itu untuk pergi ke mana juga selagi mana ia dapat menjaga batas-batasnya. Pengalaman Taman Medan sendiri sewaktu melawat rumah ibadat bukan Islam iaitu sebuah sikh di Petaling Jaya yang mana penghormatan terhadap rumah ibadat itu sesuatu yang ada di dalam agama Islam. Ajaran Nabi S.A.W sebagai seorang Rasul juga mengajar untuk menghormati tempat-tempat ibadat agama lain yang sebenarnya menjadi inti pati di dalam ajaran agama yang mesejnya itu jelas agar kefahaman agama itu sesuatu yang dapat dicernakan dan juga difahami, di hadam dengan kaedah yang benar. Sebab itulah di dalam proses tersebut kita perlu memahami balik dengan apa yang telah dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam titah ucapan Baginda agar kita dapat memberikan ruang agar kita dapat menjadikan agama Islam ini sebagai sesuatu yang dipandang suci dan tidak sempit semata-mata agar ia sesuatu yang dapat memberikan kesan dari segi keharmonian, dari segi perpaduan itu dapat dicapai sepenuhnya, Insya Allah. Jadi Taman Medan dengan rasa rendah diri menyokong Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, terima kasih kepada Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Meru. Silakan.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bersama-sama berbahas di dalam Ucapan Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Di sini ada beberapa perkara yang yang ingin saya bangkitkan, terlebih dahulu merujuk kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang cukup gembira dengan hasil peningkatan cukai dan juga kestabilan politik dan juga
kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah memungkinkan kejayaan demi kejayaan yang di kecapi oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dapat kita kecapi sehingga kini. Ini membuktikan apabila sesebuah negeri itu atau negara itu mempunyai kestabilan khususnya dalam politik sudah pasti hasilnya akan dapat dinikmati oleh semua pihak. Kita akan mendapat melihat bagaimana sebuah politik yang stabil, ia juga akan menjamin kestabilan ekonomi dan kita dapat melihat sendiri bagaimana hasil kutipan yang meningkat dan tertinggi membuktikan bahawa kukuhnya sesebuah kerajaan itu akan memberikan kejayaan yang besar dan memberi kesan yang cukup baik kepada negeri dan juga kepada rakyat. Berbeza kalau kerajaan itu tidak stabil dari segi politiknya, kita akan lihat bagaimana ramainya pelabur-pelabur akan melarikan diri daripada melabur di negeri atau negara tersebut. Seperti mana yang kita lihat pada sesi kerajaan yang lepas, khususnya Kerajaan Persekutuan, kebetulan mantan menteri MITI ada di sini sebagai anggota kabinet pada kepimpinan kerajaan yang lepas. Walaupun diuar-uarkan di dalam media dan sebagainya banyak pelabur-pelabur datang ke negara kita tetapi hakikatnya tidak berlaku sebegitu dan baru-baru ini Perdana Menteri sendiri memaklumkan tentang kemasukan pelabur-pelabur daripada luar termasuk Tesla yang melabur ke dalam negara kita dan pada ketika itu mantan menteri sendiri mengatakan bahawa atas usaha dia, kita ucap terima kasih tetapi pada zaman pemerintahan dia, pelabur tak nak datang, kerana apa? Kerana pada ketika itu kerajaan tidak stabil, politik tidak stabil yang menyebabkan pelabur-pelabur tak nak datang ke negara kita dan Alhamdulillah selepas pilihan raya yang lepas kita dapat lihat bagaimana keyakinan pelabur-pelabur semakin meninggi dan program-program yang dibuat oleh Perdana Menteri ke luar negara bukan hendak berjalan tetapi berusaha untuk menyelamatkan ekonomi negara..
Meru minta laluan sikit, pencerahan.
Silakan.
Adakah Yang Berhormat Meru ada angka-angka data pelaburan yang mengatakan ketika zaman kerajan Perikatan Nasional tiada pelabur yang masuk hanya sekadar retorik.
Saya tidak menyebutkan data di sini sebab yang itu mereka di peringkat Kerajaan Federal. Tapi saya hendak menyentuh secara umum untuk kefahaman untuk memberi penjelasan di dalam Dewan ini berkaitan dengan kepentingan kestabilan politik itu sendiri yang mana kita lihat apabila politik tidak stabil, pelabur tak nak datang dan pada ketika ini kita lihat sendiri dan saya sendiri menyertai rombongan-rombongan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan baru-baru ini bersama dengan Yang Berhormat EXCO Halal, Yang Berhormat Sungai Kandis ke Dubai, kita melihat bagaimana feedback pelabur-pelabur daripada luar negara. Mereka wait and see, tunggu dan lihat tentang kestabilan politik kita, itu pun bila mereka melihat Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana
Menteri, mereka ada keyakinan yang tinggi untuk datang melabur ke negara kita. Itu sudah cukup membuktikan bahawa kestabilan politik itu amat penting untuk memastikan ekonomi dan masalah negara kita dapat diselesaikan tetapi yang menjadi masalah kita pada ketika ini bagaimana kita melihat masih ada lagi usaha-usaha orang politik di dalam negara kita yang masih tidak berpuas hati dan juga masih lagi berusaha untuk menjatuhkan kerajaan walaupun kita baru sahaja pilihan raya. Maknanya mereka di dalam kepala otak mereka, walaupun kepala saya sudah botak memikirkannya asyik nak rampas kerajaan, jatuhkan kerajaan dan mereka tidak fikir langsung tentang masalah negara dan hendak selesaikan masalah negara. Alhamdulillah kita di Selangor kita stabil dan kita lihat di Negeri Selangor kestabilan itulah yang menyebabkan hasil kita semakin meningkat, ini dibuktikan di dalam ucapan Titah Ucapan Tuanku sendiri.
Minta penjelasan.
Okay, silakan sebab saya sudah sentuh dia.
Terima kasih Yang Berhormat Meru kerana dia telah menyentuh nama saya sebentar tadi. Saya tidak ada masalah kalau pelabur yakin dengan kepimpinan, pelabur yang sedia ada dan terus melabur di Malaysia dan saya mendukungnya tetapi kita jangan nafikan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Sebagai contoh Amazon Web Services yang menjadi pendebatan hangat baru-baru ini, siapa yang sebenarnya yang telah meneroka dan meyakinkan mereka untuk melabur ke Malaysia. Tuan Speaker, saya hendak menyatakan kepada Meru dari segi fakta, politik kita boleh bincang dalam tiga bulan lagi, mungkin bulan enam, bulan tujuh kita bahas tetapi di dalam Dewan Yang Mulia ini seperti titah Tuanku bahas mengikut fakta. AWS dalam pertemuan saya dengan mereka di San Francisco pada bulan Mei 2022 telah menyatakan kesediaan untuk melabur maka ada proses. Prosesnya adalah NCI National Committee on Investment yang melibatkan MITI, yang melibatkan Kementerian Kewangan. Dua NCI bersidang iaitu pada bulan Julai 2022 dan juga bulan Oktober 2022 mengesahkan pelaburan 25.5 bilion ringgit, itu fakta. Tidak timbul NCI bersidang selepas Kerajaan Madani terbentuk tetapi saya tidak mahu terlibat di dalam polemik itu, saya hanya menyerahkan fakta ini supaya dewan ini bersandarkan kepada maklumat yang tepat. NCI merupakan platform yang tertinggi untuk meluluskan mana-mana pelaburan yang masuk ke dalam negara kerana ia melibatkan pelbagai kementerian untuk meneliti dan menyemak permohonan pelabur-pelabur dan di situlah kita menentukan apa bentuk insentif yang akan diberikan kepada mereka. Jadi NCI yang bersidang pada Julai dan Oktober dan kita luluskan 25.5 bilion ringgit. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Itu tanggungjawab Yang Berhormat pada ketika itu dan agensi pada ketika itu. Memang kena buat kerja lah. Tetapi yang saya
bangkitkan sekarang tentang keyakinan pelabur. Pelabur tidak yakin dengan Kerajaan pada ketika itu. Kerajaan yang tidak stabil, politik yang tidak stabil yang hanya berpolitik lebih daripada yang hendak menjaga rakyat. Yang itu saya sentuh, berkaitan dengan perkara ini sahaja. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, tentang fakta ini, saya hendak cerita fakta juga. Dalam kes A (WS) ini, walaupun kelulusan diberikan oleh pihak Persekutuan, tetapi sebenarnya, itu pada tahun 2021, 2022. Tetapi sebenarnya, saya telah berjumpa dengan pelabur tempatan yang bergabung yang bergabung dengan mereka pada tahun 2019, sebelum Covid, zaman Kerajaan Pakatan Harapan. Pada masa itu, kita sudah bincang dan kita, saya percaya kami telah berjaya di peringkat Negeri, meyakinkan Negeri Selangor adalah sesuai kerana tempat sudah ada tetapi akhirnya, sama ada diluluskan? Saya tidak pasti sebab itu lah, di peringkat Persekutuan tetapi kalau nak cari fakta, dah kita mulakan di Selangor. Kita yang memujuk mereka, kita yang meyakinkan mereka datang ke Malaysia.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang di atas maklumat tambahan dan membantu saya untuk menjawab mantan Menteri MITI kita.
Meru
Semua mencelah, minta tambahan masa. Silakan.
Banting.
Saya berterima kasih kepada Meru, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya ialah, bukankah pernah kalau kita seandainya hendak berlandaskan perbahasan kita kepada fakta bahawa pernah sekali ada dilaporkan mantan Menteri Pertahanan yang merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara seketika dahulu, pernah mengatakan bahawa, dia bagi kata boleh, tidak boleh, tetapi kemudian petang ada orang yang buka pintu di belakang menyebabkan terdapat kerunsingan ataupun kecelaruan ataupun kekeliruan di kalangan pelabur dan juga pengilang. Macam mana, adakah mereka dibenarkan untuk beroperasi atau tidak. Apakah Yang Berhormat boleh ingat balik peristiwa ini? Semasa itu, Menteri Pertahanan yang dimaksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan ialah mantan Perdana Menteri Malaysia Yang Berhormat dan kawasan Parlimen Bera, mengatakan perkara seperti itu.
Maksudnya, ada kelulusan telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara, tidak boleh buka, tetapi petang pula ada orang buka pintu belakang. Dia menggunakan frasa pintu belakang, tukar, tanpa pengetahuan dia. Ini bukankah satu fakta yang menyebabkan kekeliruan yang teramat sangat, bukanlah terhadap pelabur asing,
terhadap pengilang dan pelabur yang sudah melabur di Malaysia khususnya di Selangor. Jadi, buka tidak buka? Itu adalah satu manifestasi yang paling teruk. Macam mana ketidakstabilan politik itu menyebabkan masalah kepada ekonomi kita.
Ya, menjawab persoalan daripada Banting tadi, itu lah yang membuktikan apabila Kerajaan tidak stabil atau ketidaksepakatan, menyebabkan pelabur-pelabur lari dan juga tidak yakin untuk melabur dalam Negara kita. Berbeza dengan Kerajaan Perpaduan pada hari ini, walaupun digabungkan dengan seteru politik yang sudah sekian lama tetapi masing-masing parti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini memikirkan tentang soal nak selamatkan Negara dan rakyat dahulu. Bukan fikir, orang kata, nak jatuh atau naikkan Kerajaan yang mana. Sebab itu lah, pelabur-pelabur yakin dan datang ke Negara kita dan Alhamdulillah kita di Negeri Selangor telah membuktikan apabila kita Kerajaan yang stabil dan kuat dan kita bersama-sama bersatu hati walaupun berbeza parti politik dan kita dapat lihat bagaimana Kerajaan Negeri Selangor terus memacu ekonomi Malaysia dan juga merupakan penyumbang KDNK tertinggi di dalam Negara kita sehingga 24%. Kita kena lihat perkara ini betapa pentingnya kestabilan politik itu sendiri dan saya sendiri menyeru kepada rakan-rakan daripada blok pembangkang, walaupun blok pembangkang mungkin sekarang ini keliru siapa ketua pembangkang dia. Tidak apa, saya pun sebenarnya hendak mantan Menteri Besar kita sendiri jadi ketua pembangkang. Mungkin walaupun dia dah orang kata, mencadangkan Sijangkang, kalau dia rasa itu lebih efektif, sampai blok pembangkang boleh berbincang siapa, dengan siapa yang korang hendak angkat. Itu bukan urusan pihak Kerajaan sebenarnya, itu urusan pihak pembangkang. Okay, ya? Sama-sama, tidak ada Pakatan ya?
Dan juga, saya di sini hendak mengucapkan, hendak merakamkan menjunjung Titah Tuanku, berkaitan dengan isu penceramah di masjid-masjid dan surau-surau. Walaupun saya sendiri adalah salah seorang guru yang diberikan tauliah mengajar tetapi saya akur atas Titah Perintah Duli Tuanku yang melarang orang politik untuk berceramah ataupun mengajar di masjid dan surau. Tetapi kita lihat masih ada lagi pihak yang mempertikai, memperleceh, malahan, mengingkari Titah Tuanku sama ada secara jelas ataupun berselindung. Bagi saya ini satu penderhakaan dan juga merupakan satu kebiadaban terhadap Ke bawah Duli Tuanku. Tidak faham kah kedudukan Tuanku lebih daripada politik? Ada kalau kita tengok sekarang ini tersebar, ada viral mengatakan kedudukan ulama lebih tinggi daripada Sultan, lebih mulia daripada Raja. Okay, ia mengambil daripada sudut berkaitan dengan hadis al-ulama warasatul anbiya, ulama itu pewaris Nabi tetapi kita kena ingat bukan semua ulama itu mutaqqin, bukan semua ulama itu bertakwa, ada ulama penipu, ada ulama penjahat, ada ulama suu’ malahan ulama yang begini masuk neraka lebih teruk daripada ahli maksiat dan akhir zaman ada golongan ulama yang diminta dijauhi. Kita tidak boleh jadikan sebagai rujukan dan kebanyakan hari ini ulama-ulama politik lebih mementingkan tentang politik daripada hendak mengajar perkara yang benar. Mereka sanggup bertukar-tukar fatwa
Yang Berhormat Meru, berkenaan, mohon pencerahan.
Taman Medan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Disebut kena jauhi ulama-ulama yang disebut sebagai ulama-ulama suu’ tadi, jadi, adakah ulama-ulama yang berakhlak buruk juga boleh dikategorikan sebagai ulama-ulama suu’ ya, yang suka mencaci kadang-kadang sampai, maaf sebut, angkat jari tengah pun ada. Jadi, ini, apa pandangan dan juga saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Meru.
Okay, saya setuju dengan pandangan Taman Medan, kerana apa? Kerana, ulama bukan sahaja kena faqih, kena faham dengan ilmu yang hebat dari segi ilmunya tetapi dia kena menonjolkan juga dengan akhlak yang baik. Tidak berguna ada ilmu yang tinggi tetapi tidak ada akhlak. Lebih baik berakhlak tetapi tidak berilmu. Kalau hendak cerita ilmu, iblis ilmunya lebih tinggi daripada ulama-ulama itu. Iblis hidupnya lebih lama, pengalamannya lebih luas, hebat ilmunya. Saya yakin ilmu iblis ini, pengalaman iblis ini lebih hebat daripada residen Sijangkang sendiri. Siapa berani nafikan, berani nafikan atau tidak Sijangkang? Tetapi kita menolak iblis, kerana apa? Sebab ia mengingkari perintah Allah dan tidak berakhlak. Sebab itu tidak berguna kalau berilmu sekalipun tetapi tidak berakhlak, tidak ada nilai. Lebih baik kita jahil tetapi berakhlak dan tidak menyusahkan orang dan lebih berbahaya kalau saya hendak sebutkan di sini, di Dewan yang mulia ini. Dulu kita hebat mengatakan tentang jenayah kolar putih hari ini jenayah kopiah putih lebih bahaya daripada jenayah kolar putih kerana apa? Kerana ia akan diikuti, diimani oleh pendungu dan pentaksub-pentaksub mereka walaupun perkara yang disebarkan yang disampaikan itu sah-sah sesat, sah jahat, sah menyeleweng dan juga membawa kepada kerosakan. Tuan Speaker, Tuan Yang Dipertua pula, jadi, saya di sini mengharapkan Titah Tuanku ini perlu diperkemaskan khususnya berkaitan dengan penguatkuasaan.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Aziz dan juga Yang Berhormat EXCO Agama yang telah mengaturkan pertemuan bersama ADUN-ADUN Islam baru-baru ini membincangkan tentang masalah JAIS dan juga MAIS khususnya berkaitan dengan tauliah. Bagi saya apa yang dilaksanakan oleh MAIS dan JAIS sudah ikut Titah Perintah Tuanku dan saya ucapkan tahniah juga kepada Pengarah JAIS tetapi yang menjadi masalah ini, segelintir daripada kakitangannya yang tidak mendukung dan juga dengan menggunakan kuasanya berselindung dengan kuasa yang ada yang masih lagi memberi kebenaran memberi, orang kata, melepaskan tenaga-tenaga pengajar yang tidak bertauliah ataupun yang terlibat dengan politik untuk terus mengajar di masjid-masjid dan di surau-surau. Ini perlu diambil pandangan serius yang mana bagi pandangan saya penguatkuasaan itu perlu diperkasakan untuk memastikan mereka patuh kepada Titah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku. Tuan Speaker, di sini juga bila menyebutkan berkaitan dengan penguatkuasaan, saya juga ingin menegaskan supaya pihak penguatkuasaan khususnya di peringkat PBT harus diberikan peruntukan tambahan ataupun penambahan kakitangan sebab kalau kita lihat dari sudut undang-undang semua kita dah cantik tetapi kita tidak dapat hendak laksanakan sebaik mungkin atas sebab kekangan, kekurangan penguatkuasaan itu sendiri. Dan juga bagaimana kita lihat pada ketika ini ada juga di kalangan warga kita yang menggunakan warga asing ini untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Berniaga secara haram dan juga saya ingin membawa isu berkaitan dengan pendatang asing khususnya pelarian Rohingya. Bagaimana status mereka pada hari ini mereka cukup mudah berniaga di dalam Negeri kita, malahan mereka boleh berniaga di pasar-pasar. Kalau kita pergi ke pasar Meru kita pergi ke pasar Selayang kita lihat bagaimana dipenuhi oleh orang-orang Rohingya sedangkan status mereka ini sebagai pelarian walaupun saya tahu ini adalah bidang kuasa Federal tetapi di peringkat Negeri ada bidang kuasa kita yang boleh kita gunakan untuk mengenakan tindakan kepada mereka untuk memberi ruang dan peluang kepada warga kita untuk terus berniaga. Selain itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan tentang beberapa isu iaitu berkaitan dengan isu bantuan banjir bencana yang telah melanda di DUN Meru, khususnya pada bulan November tahun 2022 khususnya di Kampung Budiman dan Kampung Meru yang masih belum diterima sehingga ke hari ini. Dan juga saya ingin bertanya tentang, berkaitan dengan status projek tebatan banjir yang bernilai RM 220 juta yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO sebelum ini, bagaimana statusnya? Adakah masih lagi orang kata, tertangguh atas sebab orang kata, penilaian semua daripada peringkat Kerajaan Pusat apabila menangguhkan projek-projek yang berkaitan dengan rundingan terus kepada syarikat yang telah dilantik?
Selain itu juga saya ingin membawa isu berkaitan dengan isu pembinaan Hospital Kapar. Saya tidak pasti sama ada projek ini telah dimulakan ataupun tidak tetapi aduan daripada penduduk berkaitan dengan kerja-kerja tanah telah mula diadakan dan juga telah mengganggu penduduk khususnya lori-lori telah menggunakan jalan Dato’ Tahir Manan yang menyebabkan kerosakan yang merupakan jalan utama penduduk di situ dan juga membawa soal keselamatan yang perlu diambil perhatian khususnya digunakan oleh anak-anak untuk ke sekolah dan juga berkaitan dengan aduan penduduk di Taman Meru Jaya di Jalan Kassim yang mana dulu kawasan itu ada pam, sekarang sudah tidak ada yang baru-baru ini berlaku hujan pada minggu lepas, baru lagi, dalam beberapa hari yang lepas tidak lama lepas itu berlaku banjir kilat dan mungkin dapat dinilai balik pihak MPK untuk meletakkan balik pam di situ dan juga berkaitan dengan khidmat guaman percuma, kalau di Meru ini kebanyakannya penduduk merungut ataupun bermasalah tentang berkaitan dengan isu-isu tanah lot, tanah, lot lidi, yang ramai di kalangan penduduk yang teraniaya, tertipu dan sebagainya. Daripada pihak tuan tanah ke ataupun developer, jadi mungkin saya mengharapkan pihak Kerajaan dapat menambah peruntukan ataupun menumpukan pada isu ini sebab isu ini betul-betul memberikan kesan yang besar kepada mereka yang terlibat dan juga saya hendak menyampaikan tentang isu kedai
judi haram yang wujud, dah mula wujud balik di Meru walaupun aduan telah diberikan berkali-kali tetapi kita nampak tidak ada tindakan. Saya jelaskan terus di Taman Iskandar Batu 8 dan ada di Jalan Kopi dan juga di Jalan Nanas yang mana untuk makluman Yang Berhormat sekalian kawasan ini ialah kawasan orang Melayu Islam, majoriti kawasan Melayu Islam kawasan kampung tetapi ada kedai judi haram di situ berselindung dengan kedai plastik yang saya harap ada tindakan segera yang dibuat.
Dan juga berkaitan dengan isu tempatan yang hendak saya bawa kan di sini juga ada berkaitan dengan isu perparitan di Jalan Paip yang di sebelah selenggaraan JKR yang tidak di selenggara yang menjadi punca banjir kilat. Selama saya menjadi wakil rakyat di Meru, suka saya hendak menyatakan tempat itu memang tidak pernah di selenggara. Cuma atas kerjasama pihak pejabat saya dengan Top Glove yang telah menyumbang dalam bentuk CSR untuk membuat kerja-kerja pembersihan dan saya hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Top Glove. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, sepanjang saya menjadi wakil rakyat, mereka telah menyumbang RM 54 juta untuk kerja-kerja CSR, kerja-kerja pembaikan dan juga pembersihan di DUN Meru sahaja.
Dan juga yang terakhir, untuk di sini saya ingin memanjangkan atau pun memohon untuk membuat jambatan baharu di Pasar Malam, tapak pasar malam di Jalan Paip menuju ke Dewan MPK Meru yang sudah tidak selamat yang menjadi jalan utama khususnya kepada pelajar-pelajar untuk pergi ke Sekolah Menengah Meru. Jadi saya mengharapkan isu-isu yang saya telah bangkitkan ini akan dapat perhatian dan saya dengan ini menjunjung titah dan juga menjunjung kasih titah ucapan dan menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Sebelum saya mempersilakan pembahas seterusnya, saya ingin membuat beberapa pengumuman, Dewan Negeri Selangor yang mulia ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada;
1. Royal Commonwealth Society Asia Region yang dihoskan atau diaturkan oleh Yang Berhormat EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerjaan dan Kerajaan Perihatin; India Malaysia Youth Exchange and Study Program iaitu seramai 46 orang yang diketuai oleh Encik Dhanesh Basil;
2. Lawatan sambil belajar ke Dewan Negeri Selangor yang diatur oleh Yang Berhormat Sekinchan, iaitu Ketua Kampung, Penyelia Pusat Wanita Pusat Budaya dan Pusat Khidmat DUN Sekinchan seramai 30 orang yang diketuai oleh Puan Norsulisiah Ampirawani; dan juga
3. Lawatan sambil belajar ke Dewan Negeri Selangor yang diatur oleh Yang Berhormat Kampung Tunku; anak muda seramai 6 orang diketuai oleh Encik Loh Wai Lun.
Selamat datang dan....Selamat datang dan semoga mendapat manfaat daripada lawatan yang diatur. Seterusnya saya....
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Ya.
Muka Surat 15, Perkara 14 (a) – Ucapan Ketua Pembangkang. Perkara ke 14 (a), Ketua Pembangkang boleh pada bila-bila masa menurut peraturan ketiga belas berdiri di tempatnya dan memberikan ucapan.
Kalau kita tengok 14 (2) dan 14 (3) dia ada kaitan. Jadi kita belum ada ketua pembangkang yang membahas. Jadi nak minta sekiranya tidak bahas, ...setelah tamat perjalanan mesyuarat (menurut perenggan dua) ... usul menangguhkan dewan akan dikeluarkan dan menangguhkan dewan pun selepas ucapan ketua pembangkang. Jadi kita belum ada ketua pembangkang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Kita perlu pilih seorang ketua pembangkang untuk selesaikan isu ini. Jadi dah dua hari ketua pembangkang tidak hadir, jadi kita nak tahu apa benda yang dibawa oleh pihak pembangkang. Terima kasih.
Ketua pembangkang masih lagi belum menghantar surat rasmi untuk peletakan jawatan atau seumpamanya. Maka, secara rasmi masih lagi Yang Berhormat Sungai Air Tawar sebagai Ketua Pembangkang.
Ketika pelantikan Ketua pembangkang masa itu hanya ada UMNO dan PAS sahaja. Sekarang ni dah ada pelbagai parti. Mohon pertimbangan untuk memohon dan membawa usul dan sebagainya untuk kita memilih sebab bukan lagi majoritinya daripada parti UMNO itu sendiri.
Kita ada masa lagi untuk berbahas. Jadi nanti pihak ketua pembangkang akan berbincang dengan pihak pembangkang yang lain untuk berbahaslah.
Baik saya mempersilakan Bukit Antarabangsa.
Terima kasih Tuan Speaker. Tak apa lah, sementara ini saya wakil semua pembangkang.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang ini kepada saya untuk menyertai dalam Perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor. Saya
dan rakan-rakan mengulangi tekad kami untuk terus bekerja secara kolektif membangunkan Negeri Selangor ini dan juga menyejahterakan seluruh rakyat.
Tuan Timbalan Speaker, hanya beberapa hari yang lalu Kerajaan Persekutuan melalui MITI telah mengumumkan prestasi pelaburan Malaysia 2022 di mana dalam pengumuman rasmi oleh Menteri MITI yang baharu, beliau telah mengesahkan bahawa jumlah pelaburan yang telah diluluskan untuk Malaysia pada tahun 2022 berjumlah RM 264.6 bilion yang melibatkan 4,454 projek. Dan daripada jumlah pelaburan yang telah diluluskan ini, sejumlah RM 163.3 bilion merupakan FDI dan RM 101.3 bilion merupakan DDI.
Sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini, pada tahun 2021 jumlah pelaburan yang diluluskan untuk Malaysia secara rasminya adalah RM 309.4 bilion. Maka, kalau Tuan Speaker teliti pada tahun 2021 RM 309.4 bilion, tahun 2022 ada sedikit penurunan yang mencatatkan RM 264.6 bilion tetapi hakikatnya kedua-dua angka ini melebihi prestasi pre-covid. Dan ini menjawab persoalan sahabat saya dari Meru sebentar tadi; apakah pelabur-pelabur asing masih lagi yakin dengan Malaysia?. Kalau mengikutkan data dan statistik yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan pada tahun 2021 dan 2022 walaupun keadaan global masih lagi dalam keadaan pandemik, sempadan masih ditutup namun pelabur-pelabur masih lagi yakin dengan keupayaan dan ekosistem perniagaan di Malaysia dan itulah angka yang telah dicatatkan, jauh mengatasi angka pre-covid.
Tetapi yang menariknya apabila Menteri MITI yang baharu mengumumkan beberapa hari yang lepas, kalau mengikut statistik negeri pada tahun 2022, Johor merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan pelaburannya iaitu RM 70.6 bilion. Selangor menduduki tempat yang kedua RM 60.1 bilion
Saya hendak bertanya sebentar, berkaitan dengan apa yang dinyatakan oleh Y.B Bukit Antarabangsa tadi saya hendak bertanya kenapa pada ketika itu pelaburan di negara-negara sekitar Malaysia atau negara-negara Asian jauh lebih tinggi lagi berbanding Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Kita harus lihat pertimbangan yang dibuatkan oleh pelabur-pelabur ini. Kadang-kadang dia melihat, betul saya setuju kestabilan politik itu penting tetapi ada juga niche areas yang mereka pertimbangkan. Sebagai contoh, Malaysia antara negara yang mempunyai kapasiti dan ekosistem sektor pembuatan yang penting di dunia dalam manufacturing sector khususnya dalam pembuatan cip dan semi konduktor industri. Dan sebab itu kalau kita lihat perinciannya jumlah besar pelaburan yang masuk ke Malaysia adalah dalam sektor pembuatan yang melibatkan cip dan semi konduktor. Jadi ada pertimbangan-pertimbangan yang kita perlu berikan.
Yang keduanya kita juga agak selektif. Kita tidak mahu lagi pelaburan yang berintensif tenaga pekerja asing. We are more selective now tuan pengerusi, dengan izin. Kita mahu pelaburan yang masuk ke negara ini pelaburan yang berkemahiran, yang berteknologi tinggi, yang dapat mencipta pekerjaan untuk anak-anak Malaysia supaya mereka dapat kemahiran, bakat dan juga kapasiti yang lebih tinggi untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Persoalan yang kita nak bangkitkan ialah, walaupun Selangor menduduki tempat yang kedua RM 60.1 bilion, Penang jauh ke bawah, Penang RM 16.3 bilion. Kalau kita lihat Johor, mengapa Johor mencatatkan satu pertumbuhan yang cukup memberangsangkan kerana Johor memberikan tumpuan kepada sektor-sektor baharu dan juga future job yang akan menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Daripada RM 70.6 bilion ini, ada tiga pelaburan yang memberikan tumpuan kepada Data Centers. Ada tiga pelaburan yang melibatkan RM 51.5 bilion. Maka saya ingin mencadangkan dalam Dewan ini supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan fokus kepada niche areas atau pun pelaburan-pelaburan baharu yang antara lain kalau kita lihat perincian yang dibentangkan juga dalam statistik terkini manufacturing untuk Negeri Selangor hanya 12.2%, services 47.8% dan primary 13.2%. Ini tiga sektor ekonomi penting dalam negara. Di mana pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama manufacturing services dan primary itu akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK nasional.
Maka kalau kita lihat statistik di Negeri Selangor, services 47.8% ini satu pencapaian yang baik namun manufacturing yang saya sebut tadi, Meru perlu juga diberikan perhatian kerana Malaysia adalah sebahagian daripada global supply chain yang akan menjamin masa depan pasaran global supaya tidak ada rencatan atau pun tidak ada gangguan rantaian bekalan global kalau Selangor dapat memainkan peranan tersebut.
Dan saya...... mempunyai kapasiti dan keupayaan dalam sektor Aeroangkasa. Kita sedia maklum akibat pandemik Covid-19 sektor pelancongan, sektor Aeroangkasa dan juga Industri Penerbangan terkesan teruk kerana sempadan di tutup dan banyak pelaksanaan-pelaksanaan S.O.P yang menyebabkan industri ini terkesan paling parah. Namun sekarang kita harus ambil peluang ini apabila sempadan sudah dibuka advantages of the recovery process. Sebab itu Selangor harus melihat Industri Aeroangkasa ini peningkatannya cukup mendadak, permintaan nya cukup besar dan banyak pemain-pemain Industri Aeroangkasa sedang ramping up perkhidmatan mereka dan juga kapasiti mereka kerana untuk memenuhi permintaan ini.
Saya melihat di Selangor ada satu (1) program yang cukup baik iaitu Pameran Selangor Aviation Show (SAS) yang telah dilaksanakan sebelum ini dan masih berjalan. Cuma saya hendak nyatakan di sini kalau boleh Kerajaan Negeri pertimbangkan peranan Invest Selangor itu dapat diperkasakan menjadi semakin penting bukan sahaja sebagai agensi promosi tetapi juga saya mahu Invest Selangor
ini bertindak secara proaktif untuk terlibat dengan pelaburan-pelaburan yang berkemahiran dan berteknologi tinggi.
Maka saya mencadangkan supaya Invest Selangor ini diberikan dokongan dan sokongan dan dana yang lebih besar untuk mereka turun ke lapangan bersama-bersama dengan SMEs yang terlibat dengan Industri Aeroangkasa kerana pada hari ni kebanyakan syarikat Malaysia yang terlibat dalam Aeroangkasa ini adalah tier 1. Tetapi kalau Kerajaan Negeri boleh membantu SMEs yang dalam kategori tier 2 and tier, 3 ia dapat menyumbang kepada penjanaan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Sebagai contoh, kita harus melihat kepada SMEs Development Programme, Long Term Coaching seperti yang dilakukan oleh negara Singapura. Kita juga mahu berganjak daripada SME Development Programme ini kepada Industrial Technology Development supaya Capacity SMEs kita ini dapat memenuhi permintaan teknologi tinggi dalam sektor Aeroangkasa.
Saya juga ingin mencadangkan kalau boleh kita memikirkan langkah-langkah untuk menyediakan affordable financing kepada SMEs untuk mereka terlibat dalam pelaburan yang berteknologi tinggi ini.
Hari ini SAS telah berjaya untuk meningkatkan kesedaran mengenai aero angkasa dan saya berharap ianya diteruskan dalam perbincangan saya ketika saya berada di MITI, saya bertemu dengan wakil-wakil Invest Selangor dan Kerajaan Negeri kita melihat SAS ini memberikan fokus kepada niche areas sebagai contoh business aviation ianya berbeza sedikit dengan LIMA yang telah dilaksanakan puluhan tahun dan SAS juga memberikan fokus kepada emerging sector aeroangkasa seperti dron.
Bukan, bukan. Saya nak tanya sikit sahaja, minta pandangan Bukit Antarabangsa. Bersetuju tak kalau saya katakan di negeri-negeri di Malaysia, Invest Selangorlah yang terbaik dan yang paling berjaya menarik pelabur ke dalam negara kita?
Saya tidak menafikan namun ada ruang untuk kita dukung dan bantu Invest Selangor sebab kapasitinya ada, kemampuannya ada. Namun, Kerajaan Negeri harus bersama-sama dengan mereka sebab cabaran-cabaran baru, teknologi-teknologi baru. Kita hanya bukan nak melihat teknologi yang berintensifkan tenaga pekerja tapi teknologi, inovasi-inovasi baru yang saya percaya Invest Selangor ada kemampuan. Namun, saya mahu Invest Selangor bukan sahaja menjadi agen promosi tetapi terlibat secara langsung dengan dukungan Kerajaan Negeri supaya pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor ini dapat melonjak ke tahap yang lebih besar. Itu harapan saya sebagai anak Selangor.
Ya Banting.
Terima kasih Bukit Antarabangsa. Adakah Bukit Antarabangsa akan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana kebanyakan kalau bukan semua kebanyakan cadangan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Bukit Antarabangsa itu sebenarnya telah pun diberi perhatian malahan telah pun ada tindakan susulan dan perancangan jangka waktu pendek, sederhana dan panjang untuk dibangunkan di Negeri Selangor ini?
Terima kasih Banting. Kalau telah dilaksanakan, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Tetapi cadangan ini kalau boleh dipertingkatkan ianya memberikan kebaikan kepada negeri dan juga rakyat Selangor. Saya nak berganjak kepada topik yang sama tentang bagaimana kita dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini dengan terlibat secara langsung dalam beberapa perjanjian perdagangan bebas yang telah pun diratifikasi dan Malaysia menjadi anggotanya. Yang terbaru, Malaysia telah pun menganggotai RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership) dan juga CPTPP. Ini adalah perjanjian perdagangan bebas yang terbesar di dunia pada hari ini sebagai contoh RCEP memberikan akses pasaran kepada 2.2 billion populasi anggota RCEP. Begitu juga CPTPP yang melibatkan 15 negara di dunia ini termasuk ekonomi yang maju seperti Jepun, Australia, New Zealand, Singapura dan sebagainya. Dan Alhamdulillah kita telah menjadi anggota RCEP dan juga CPTPP. Persoalannya ialah yang kita juga sedia maklum kedua-dua perdagangan perjanjian bebas dunia ini memberikan banyak faedah kepada pemain-pemain tempatan khususnya industri dalam Negeri Selangor. Kita setuju bahawa Selangor merupakan penyumbang terpenting kepada KDNK Malaysia. Banyak aktiviti dan hub industri berada dalam Negeri Selangor tetapi kalau mereka hanya tertumpu kepada pasaran dalam negara, sudah tentulah pasarannya kecil. Lebih kurang 32 juta. Kalau kita tumpu pasaran dalam asian ianya hanya melibatkan 650 juta populasi. Namun, kalau kita kembangkan dan tingkatkan capacity building pemain-pemain SME dan PKS dalam Negeri Selangor, saya percaya mereka akan dapat banyak manfaat. Pertamanya, produk-produk yang dikeluarkan di Negeri Selangor ini apabila dieksport mereka akan mendapat layanan berkeutamaan ataupun perferential treatment melalui duti import yang dihapuskan sama sekali. Kedua, sebagai contoh kalau ada pengeksport produk-produk palm oil ke United Kingdom kalau kita bukan anggota CPTPP, pengeksport daripada Malaysia perlu membayar 12% duti kepada produk yang dieksport dan sudah tentulah ini membebankan pemain-pemain industri tempatan kos itu akan meningkat. Tapi, kalau oleh kerana Malaysia sudah menjadi anggota CPTPP, kita mendapat zero percent tarif dan ini akan memberikan ruang yang lebih baik. Sementara itu, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat terus menjalin kerjasama dengan MITI, dengan MATRADE, dengan MIDA, saya sedia maklum sebelum ini pun ada hubungan yang baik ada program-program yang melibatkan usahawan-usahawan tempatan termasuk di Selangor. Sebagai contoh, pembangunan pengeksport bumiputera, program pembangunan pengeksport wanita, program pembangunan pengeksport belia yang dilakukan oleh MATRADE di mana ianya akan dapat meningkatkan daya
saing SMMIS Negeri Selangor ini untuk maju ke hadapan dan terlibat dalam pasaran global. Sementara itu...
Yang Berhormat Bukit Antarabangsa.
Taman Medan.
Baik, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tadi Bukit Antarabangsa ada menyebut tentang ada skim keutamaan yang telah diberikan untuk mereka menganggotai satu perjanjian yang telah ditandatangani. Adakah sama juga apa yang pernah dipraktikkan oleh negara Amerika Syarikat melalui apa yang pernah dinamakan sebagai General Priority Scheme ataupun Skim Keutamaan Am (GPS) di suatu ketika dahulu? Mohon pencerahan.
Saya, mungkin saya berandaian maksud Taman Medan ialah perkara yang saya sebut tadi tentang preferential treatment ataupun layanan berkeutamaan di mana preferential treatment ini memberikan ruang kepada anggota-anggota CPTPP untuk menikmati tarif yang lebih rendah ataupun dihapuskan sama sekali. Dan ini pastinya akan mengurangkan kos perniagaan bagi pengeksport-pengeksport dari dalam negara ini dan ini satu peluang yang terbaik untuk kita menikmati rancangan ini. Cuma yang saya nyatakan tadi, kalau boleh diadakan engagement libat urus dengan industri-industri dalam Negeri Selangor ini supaya mereka faham apakah kebaikan dan manfaat yang terkandung dalam CPTPP dan juga RCEP supaya mereka dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini. Satu perkara yang saya nak nyatakan Tuan Speaker ialah ada Program Bina Upaya ataupun capacity building dan juga bantuan teknikal ataupun technical assistance yang disediakan oleh CPTPP untuk membantu pemain-pemain tempatan khususnya SMMIS. Saya bagi contoh, Vietnam antara penerima paling besar program bantuan teknikal dan juga capacity building di bawah CPTPP kerana sebelum ini pengeksport Vietnam tidak dapat menembusi pasaran negara anggota-anggota CPTPP memandangkan mereka kurang mahir dalam perkara-perkara yang melibatkan piawaian ataupun standard yang dikenakan oleh negara-negara yang mengimport produk dan barangan tersebut serta perkhidmatan. Tetapi apabila Vietnam menjadi anggota CPTPP, mereka terus terlibat secara langsung dalam program capacity building ini sehingga hari ini sudah lebih 300 PKS Vietnam dapat menembusi pasaran di Kanada. Dan, sudah tentulah ini akan membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara tersebut. Inilah cadangan saya supaya SMMIS di dalam Negeri Selangor ini dengan dukungan Kerajaan Negeri, dengan kerjasama yang diberikan oleh MITI mereka dapat memahami apakah benefits ataupun kebaikan di bawah perjanjian tersebut dan ini akan membukakan ruang akses pasaran yang luas kepada pemain tempatan dan mereka menikmati kadar tarif yang jauh lebih rendah.
Tuan Speaker, saya juga ingin beralih kepada perkara seterusnya yang saya telah bangkitkan secara ringkas dalam sesi soal jawab pada semalam tentang pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah memberikan sedikit penjelasan dan pencerahan kepada Dewan tentang apakah perancangan Kerajaan Negeri, namun saya ingin merujuk kembali kepada perbincangan semalam supaya Dewan ini dapat dimaklumkan secara terperinci tentang satu pembangunan yang begitu penting untuk masa depan sukan dan belia di Negeri Selangor ini. Tuanku telah bertitah dalam titah ucapan tuanku tentang pembinaan KSSA ini supaya dapat disegerakan tetapi sudah tentu jangan kita compromise dari segi peraturan, ketelusan dan menepati masa dan juga kos serta kualiti pembangunan ini. Pembangunan boleh kita majukan tetapi yang kita hendak ini pembangunan yang berkualiti, pembangunan yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Perbahasan di luar sana ialah rakyat ingin tahu apakah skop pembangunan KSSA ini? Apakah ianya hanya untuk membaik pulih stadium saja? Sudah tentu tidak. Kalau tengok perancangan yang telah dibentangkan dan juga titah tuanku, tuanku telah bertitah supaya dibangunkan kompleks sukan baru supaya pembangunan ini lebih baik daripada baik pulih stadium saja. Saya setuju. Tetapi rakyat ingin tahu skop keseluruhan pembangunan ini kerana apabila kerajaan telah menentukan skop pembangunan secara terperinci baru kita tahu apakah kos pembangunan KSSA ini? Dan apabila kerajaan telah memberikan unjuran tentang kos pembangunan KSSA ini, barulah kita dapat maklumat apakah Kerajaan Negeri ada kapasiti dan kemampuan untuk membangunkan satu kompleks sukan yang besar ataupun ada kaedah-kaedah lain seperti melibatkan pihak swasta ataupun kaedah land swapping yang ini juga menjadi perbahasan kerana rakyat ingin tahu kalau benarlah nilai tanah di sekitar kompleks yang hendak dibangunkan ini tidak mencukupi untuk membiayai pembangunan keseluruhan kompleks itu, maka apakah tindakan kerajaan untuk membiayai projek ini? Kalau diadakan kaedah land swapping, di mana tanah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri?
Saya telah melontarkan beberapa perkara tentang tanah-tanah yang bakal diambil yang kami dapat dengar di luar sana salah satunya tanah paya bakau di Carey Island. Dato’ Menteri Besar telah mengesahkan dalam Dewan, cadangan ini tidak akan diteruskan. Maknanya ada cadangan itu sebelum ini. Namun, kalau itulah cadangan awal rakyat ingin tahu apakah kesan kepada tanah yang akan diambil oleh kerajaan semata-mata untuk membiayai pembangunan KSSA ini? Rakyat juga ingin mengetahui kalau benarlah proses ini telah dijalankan secara telus, secara terbuka maka bilakah projek ini akan dilaksanakan? Saya difahamkan perjanjian dengan pihak-pihak yang terlibat pun belum dimuktamadkan. Bagaimana kebenaran merancang akan dilaksanakan? Apakah projek ini akan melibatkan juga flood mitigation program? Sebab angka yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar sebelum ini sekitar 700, 800 juta itu saya difahamkan hanya untuk refurbishment dan sudah tentulah kalau projek ini melibatkan satu perancangan pembangunan kompleks yang lebih besar tidak mungkin 700 juta dapat menampung pembiayaan kos
pembangunan yang begitu besar. Apakah 700 juta itu melibatkan flood mitigation program? Yang ini tidak diperincikan. Rakyat ingin tahu sama ada 700 juta, 800 juta atau 1.2 billion ataupun angka-angka lain supaya kita dapat melihat details ataupun butiran yang dicerakinkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi, saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat membantu memberikan pencerahan kepada kita tentang status perancangan pembangunan KSSA dan apakah skop yang akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri, apakah kos, apakah kaedah pembiayaan dan seterusnya supaya kita dapat bersama-sama mendukung pembangunan yang berkualiti demi rakyat di Negeri Selangor ini.
Tan Sri...Tuan Speaker. Saya juga ingin...
Tak lama lagilah Tan Sri tu...
Tuan Speaker, saya juga ingin, itu di luar bidang kuasa saya.
Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk sekali lagi kepada perkara perbincangan dalam sesi soal jawab semalam tentang pendebatan yang penting pada hari ini tentang perubahan iklim. Sementara kita mengakui Selangor Negeri yang maju Selangor Negeri Industri tetapi not at the expand of our enviroment. Dan masa depan Negeri Selangor yang ini juga Tuanku telah memberikan penekanan yang begitu tegas supaya isu alam sekitar dan perubahan iklim ini diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri sebab itu semalam saya bangkit dan bertanya sementara Yang Berhormat EXCO ada memberikan sedikit penjelasan tentang inisiatif-inisiatif yang dilakukan saya tidak ada masalah di atas inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri namun yang saya bangkitkan semalam apakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membentangkan atau pun menggubal dan memperkenalkan CAP, Climate Action Plan bukan sahaja di peringkat negeri tetapi peringkat Kerajaan Tempatan.
Kerana pelaksanaan akhirnya kelulusan ia nya melibatkan PBT pembangunan-pembangunan yang akan terus dilaksanakan dalam negeri ini akhirnya diberikan kelulusan oleh PBT, sudah tentu dengan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri tetapi saya rasa berlaku adil kepada pimpinan di PBT untuk mereka mengetahui dasar-dasar dan specific action plan yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri supaya pelaksanaan itu lebih teratur kerana walaupun perubahan iklim ini satu isu yang besar yang tidak mungkin ditangani oleh satu PBT atau pun Kerajaan Tempatan tetapi saya kira kalau kita ada clear blue print atau pun action plan yang dapat mencerakin dan menggariskan tindakan-tindakan yang perlu diambil di semua peringkat maka cara kehidupan kita tindakan tanduk kita cara bekerja kita dalam
komuniti itu pastinya dapat mengurangkan kesan perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia pada hari ini.
Antara perkara yang saya cadangkan semalam ialah kalau kita dapat merujuk kepada United Malaysian Report yang telah pun memberikan beberapa pandangan dan cadangan untuk Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan dengan segera sebagai penyumbang kepada kesan perubahan iklim yang berlaku pada hari ini, antaranya energy eficient building, Negeri Selangor melihat berapa banyak bangunan mencakar langit kerana kepesatan pembangunan di setiap daerah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi sekarang sudah sampai ke daerah-daerah yang lain. Bagaimana mungkin PBT dapat mengenakan syarat-syarat tertentu untuk memenuhi kehendak mengurangkan impak perubahan iklim kalau tidak ada CAP yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri begitu juga dengan Low Carbon Public Transport, tidak cukup hanya memperkenalkan bas SelangorKu tetapi satu action pelan yang dapat melibatkan semua pengangkutan awam termasuk kenderaan-kenderaan di jabatan dan di agensi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
Kemudian kita juga bicara apakah Kerajaan Negeri boleh melihat keperluan untuk melabur dalam energy yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada for sale few itu juga satu perkara yang besar kerana banyak industri-industri dalam Negeri Selangor ini yang masih lagi menggunakan fossil fuels untuk menjana tenaga dalam aktiviti perniagaan mereka. Maka kalau tidak ada CAP kita akan bertindak secara ad-hoc tidak ada satu garis panduan tatacara, yang tertib, yang teratur yang telah ditentukan oleh badan antarabangsa sebagai penyumbang kepada kesan perubahan iklim ini. Ada juga dicadangkan dalam laporan ini untuk melaksanakan sustainable waste management kita tahu dengan populasi yang meningkat di Negeri Selangor ini yang tidak akan berkurangan malahan akan terus meningkat. Kita perlu ada satu program atau pun dasar sustainable waste management supaya semua waste dalam Negeri Selangor ini dapat mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Ada juga dicadangkan untuk membangunkan green infra sama ada parks atau pun taman-taman atau pun green gardens yang dapat promo biodiversiti dalam Negeri Selangor ini. Ini hanya beberapa cadangan dan kalau boleh Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian serius bukan sahaja untuk menarik pelaburan-pelaburan dalam ke Negeri Selangor tetapi bagaimana pelaburan ini dapat menepati kehendak untuk meminimumkan impak perubahan iklim pada hari ini, kerana ia juga kesan kalau industri dalam negeri Selangor ini tidak memenuhi syarat-syarat tersebut maka produk, perkhidmatan, tidak dapat dieksport ke negara-negara maju.
Sila Kota Damansara
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bukit Antarabangsa tadi ada menyebut tentang biodiversiti, iaitu usaha yang berkaitan rapat dengan pendapatan rakyat. Kita maklum bahawa SDJ1 iaitu Zero Proverty yang Wawasan 2030 yang diuarkan-uarkan oleh United
Nation dan bahkan dalam titah Tuanku pun ada menyebut tentang inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri antaranya bingkas Skim Mesra Usia Emas, dan yang lain-lain lagi yang mana kita boleh cash kepada penduduk. Kita maklum bahawa kita ada 130,000 miskin tegar di seluruh Malaysia dan antara usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat adalah apa yang dipanggil inisiatif pendapatan rakyat dan di bawah usaha yang sama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ke arah itu, maknanya pendapatan rakyat itu ke arah RM 2000 ke RM 2500 pendapatan melalui inisiatif pendapatan rakyat.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa apakah pandangan Yang Berhormat tentang inisiatif pendapatan rakyat dalam usaha mengurangkan miskin tegar di seluruh Malaysia.
Saya belum teliti semua dokumen IPR, yang saya dapat tahu hanya jual nasi lemak dalam vending machine sahaja lah. Jadi lain itu saya akan teliti dulu tapi persoalan saya perbahasan kita hari ini satu perbahasan yang melibatkan kerangka yang lebih besar bukan hanya satu inisiatif apa pun nama IPR atau pun apa juga nama, saya akan dukung asalkan ianya memenuhi kehendak dan usaha-usaha untuk meminimakan impak perubahan iklim. Jadi yang saya bincangkan pada pagi ini adalah untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri kalau boleh ada satu action plan dan bukan hanya inisiatif yang bertebaran dan bertaburan begitu, kalau boleh ada satu komuniti atau jawatankuasa yang dapat memikirkan untuk jangka masa panjang bagi membangunkan Negeri Selangor ini sebagai negeri yang hijau. Negeri hijau, teknologi hijau, warna hijau untuk penting untuk masa depan negeri Selangor dan negara ini , InsyaAllah.
Yang Berhormat, berkaitan masa...
Meru saya nak habis masa dah saya dah bagi 3 kali dah Meru, minta maaf saya nak tutup, nak tutup.
Haa tutup terus lah.
Terima kasih Tuan Speaker. Akhirnya saya nak tanya dengan Tuan Speaker, semalam saya dah minta Petua daripada Tuan Speaker yang satu lagi tentang kedudukan Ketua Pembangkang. Saya akur beliau akan teliti dan akan membuat keputusan tapi seperti yang disebut tadi oleh Kuang, Jeram belum ada keputusan, saya dengan dia buat kenyataan di luar, di media. Saya nak cadangkan kalau boleh Speaker masuk dalam Dewan kalau permohonan buat dalam Dewan, maka keputusan elok di buat di dalam Dewan. Setuju tidak setuju saya terima keputusan Speaker, jangan duduk di luar bercakap dengan media, masuk dalam Dewan tak apa saya tunggu keputusan Speaker, mungkin Tuan Speaker akan tolong maklumkan kepada beliau, Cuma hari ini saya nak minta Petua
satu lagi bukan daripada Tuan Speaker saya nak minta Petua daripada Dato’ Menteri Besar, apa kedudukan UMNO di dalam Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini. Tuan Speaker jangan jawab biar Menteri Besar jawab, nanti lah saya tanya, saya nak tanya nak dapat Petua daripada Dato’ Menteri Besar apa kedudukan UMNO di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebab umum tahu bahawa di peringkat Persekutuan UMNO adalah sebahagian Kerajaan Persekutuan, tetapi di Negeri Selangor ini kami ingin tahu di Selangor, Kerajaan Perpaduan ke Kerajaan Madani ke Kerajaan Campuran ke atau kerajaan apa? Saya simpati sahabat-sahabat saya dahulu ini. Masa dia duduk sana dia lawan saya tapi sekarang dia nak berbaik dengan Dato’ Menteri Besar di Sungai Tua tak apa la, saya hormat. Tapi saya simpati dengan mereka kalau betul lah UMNO sebahagian daripada kerajaan Negeri Selangor sampai hari ini peruntukan sebagai anggota kerajaan tak dapat lagi, mereka masih dapat sebagai pembangkang sama dengan Sijangkang dengan Bukit Antarabangsa mana boleh kata Kerajaan Madani. Di mana nilai ihsan? Di mana nilai keadilan? Saya bukan nak marah tapi saya nak tanya Tuan Speaker, nanti lah...
Bab ini saya sokong.
Ada sesi penggulungan, saya nak tanya. Ketua Pembangkang masih UMNO, ini negara gila. Zaman edan.. nanti dulu,
Saya minta penjelasan
Saya akan bagi, saya nak habiskan dulu.
Okay, terima kasih.
Kemudian baru-baru ini Tuan Speaker pelantikan Ahli-ahli Majlis di 12 PBT langsung tak melibatkan wakil-wakil pada UMNO dan Barisan Nasional simpati saya kepada mereka, mereka anggota kerajaan. Kerajaan ini pula Kerajaan Madani di mana nilai ihsan, di mana nilai hormat kepada rakan kongsi yang baru,kalau betul
Soalan dan sampai, message dan sampai
Dia tak ada, dia lari..
Tak apa rekod, penggulungan akan jawab, Menteri Besar akan jawab. Soalan dan sampai dah tu.
Meru jangan pertahankan Menteri Besar..
Saya tak pertahankan...
Tanya soalan, tanya soalan. Minta penjelasan.
Tak pertahankan, terima kasih Meru.
Saya menjawab
Saya nak rumuskan saya nak merumuskan Tuan Speaker.
Sungai panjang
Terima Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, saya ingat apabila Yang Berhormat dari Bukit Antarabangsa bercakap bagi pihak UMNO Barisan Nasional. Jadi saya, memanggil saya untuk bangun menyatakan pandangan saya kerana dalam kedudukan ini, ini melibatkan kedudukan politik saya menghormati concern Yang Berhormat Bukit Antarabangsa namun dalam kedudukan ini biarlah pihak-pihak yang ada local standii Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, supaya boleh berbincang dan juga menyatakan pendirian dalam Dewan ini, termasuk lah sama ada Yang Berhormat Ketua Pembangkang sendiri dan juga di peringkat UMNO Barisan Nasional sudah pasti ia melibatkan pengerusi perhubungan UMNO dan kedudukan ini biar lah dikategorikan sebagai status quo sehingga lah ada keputusan dan pendirian yang tertentu. Terima Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker.
Terima kasih Sungai Panjang cukup diplomatik, bagus UMNO sekarang, semenjak...
Sejak berkawan dengan PKR jadi bagus.
(Dewan riuh)
Semenjak UMNO berbaik dengan DAP ini, dia tunduk sahaja ya, dia tidak berani bersuara. Baik, cuma saya hendak...
Sangkaan jahat...
Ini sangkaan jahat tu, sangkaan jahat.
Baguslah, bila saya kata, bila dia berbaik dengan DAP...
Sangkaan, sangkaan, sangkaan, sangkaan jahat tu...
Saya kata UMNO baik, takkan itu sangkaan jahat?
Tarik balik, tarik balik
Tarik balik Tuan Speaker, tarik balik.
Baik, baik,
Bukit Antarabangsa, Bandar Utama
Saya minta penjelasan, tadi janji bagi laluan...
(Dewan riuh)
Tidak, tidak saya tidak bagi.
Sekali sekala muncul nak keluat TikTok, tak payah lah.
Timbalan Perdana Menteri, UMNO ni
Saya tak bagi...
Tadi janji bagi laluan...
Tadi sebut Kerajaan Madani ini dah sebut parti...
Nanti lah, saya habiskan dulu.
Tuan Speaker, saya hendak rumuskan, saya hendak rumuskan...
Jangan rumus sahaja, saya ada soalan.
Banting duduk, Banting tidak benarkan.
Kalau konsep madani itu benar-benar dihayati oleh Menteri Besar, saya pun kenal Menteri Besar ini lama ya. Semalam pun lepas saya tanya beberapa soalan, dia bisik, dia ajak saya masuk Pejabat dia, lama bincang, tak apa lah itu antara kami, cuma, kalau Menteri Besar ini tidak boleh berlaku adil kepada rakan kongsi mereka, bagaimana Dato’ Menteri Besar boleh berlaku adil kepada seluruh rakyat Negeri Selangor ini? Jadi saya hendak mengajak, kalau rakyat Selangor mahukan Kerajaan yang stabil, yang kuat, yang adil, sokonglah Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya. Terima kasih
Jangan berkempenlah, semasa penggulungan nanti datanglah. Jangan penggulungan nanti tidak ada pula
Tidak bersih, tidak stabil
Saya, saya
Penjelasan. Minta penjelasan. Jangan lari.
Saya, Usul menyembah
Bukit Antarabangsa tadi janji bagi laluan sekarang tak adapun pembalasan. Dulu janji sekarang tidak ada.
Usul Menyembah Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih Tuan Speaker
Janji dicapati
Kerajaan tebuk atap
Saya budak baik pun tak nak bagi
Yang Berhormat
Bagi laluan, jangan lari. Ya lah, dah janji
Tadbir Kelantan, Terengganu pun tak pandai, tak payahlah tadbir Selangor.
Jangan lah lempar batu sembunyikan tangan, jangan macam tu, bagi laluan awal-awal
Saya dah bagi tadi
Itu perkara lain, ini perkara baru.
Gombak pun kalah. Ini perkara baru bagi Perikatan Nasional
Tengok baiknya MB jemput ke bilik, bincang sampai sejam, itu kebaikan Pakatan Harapan
Baik, soalan dituju kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tidak ada masalah nanti akan dijawab. Yang berkaitan dengan kedudukan Ketua Pembangkang pun akan diputuskan, dimuktamadkan segera, InsyaAllah. Saya persilakan pembahas seterusnya, Bandar Utama.
Terima kasih dan dengan izin Tuan Speaker, Bandar Utama ingin berbahas menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan serta para pemerhati yang saya kasihi, Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sebelum saya memulakan perbahasan, Bandar Utama ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sukarelawan, Pegawai Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, pihak EXCO, Ahli-ahli Dewan dan setiap daripada anda yang pernah membantu Bandar Utama sepanjang penggal ini
Bandar Utama, Bandar Utama, nak tanya
Bandar Utama baru masuk gear tu,
Ya lah, Bukit Antarabangsa telah balik, dia tidak berminat dengan ucapan perbahasan Yang Berhormat, macam mana ya? Apa pendapat?
Saya rasa dia cuma berminat untuk memberi kenyataan yang berunsur fitnah dan berniat jahat.
Sijangkang pun dah balik pun.
Tetapi sila memberikan ruang untuk Bandar Utama mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda yang pernah membantu Bandar Utama sepanjang penggal ini dalam isu-isu kawasan dan
penambahbaikan di kawasan DUN Bandar Utama. Keikhlasan anda telah menjadikan Bandar Utama sebuah konstitusi yang lebih selesa, selamat dan lestari. Bandar Utama berasa amat bertuah diberi ruang untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Bandar Utama berkhidmat sejak 2018 ketika berumur 29 tahun. Ini merupakan satu ruang yang telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu kepada anak muda untuk berbakti demi nusa dan bangsa. Ini juga merupakan satu kepercayaan yang telah diberikan kepada Bandar Utama sebagai anak muda untuk membentuk masa depan. Kepercayaan yang sama dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu di peringkat Persekutuan di mana Kerajaan PH menghadirkan suara anak muda dengan meluluskan Undi 18, iaitu menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun sehingga 18 tahun dengan harapan akan terlahirnya lapisan anak muda yang baru, berfikiran matang, kritikal, bagi membawa Negara ke arah yang lebih dikehendaki oleh anak muda. Dan di tengah-tengah perdebatan politik yang intense dan ketegangan perkauman yang terus meningkat di negara kita, semakin banyak anak muda sebenarnya merasa jenuh dengan politik perkauman. Mereka merasa politik perkauman bukan sahaja tidak bantu mencipta kerjasama antara kaum tetapi sebaliknya mewujudkan ketidakpercayaan dan menghancurkan kestabilan dalam masyarakat. Walaupun secara realitinya, sering kali kaum yang sama sebenarnya tidak bermaksud kelompok yang sama. Dan golongan yang sama tidak hanya tergolong berdasarkan kaum atau agama sahaja. Golongan sama juga boleh ditentukan dengan lingkungan umur yang sama juga dengan status sosio-ekonomi yang sama. Contoh mudah untuk warga emas, mereka mungkin kurang peka tentang perubahan iklim kerana mereka tidak terlibat dengan gambaran masa depan. Masa depan adalah milik dan ditentukan oleh kita yang bergelar anak muda pada saat ini, tidak kira Melayu, Cina ataupun India. Oleh itu, yang seharusnya memperjuangkan isu perubahan iklim adalah anak muda tanpa mengira kaum dan agama.
Contoh kedua, banyak ahli-ahli politik yang memanfaatkan isu perkauman untuk memperoleh keuntungan politik dan memperkuatkan kekuasaan mereka. Mereka memperalatkan perkauman sebagai senjata untuk memperkuatkan basis dukungan mereka dan mengalihkan perhatian awam dari masalah yang lebih mendesak dan penting. Namun, perjuangan sebenar yang anak muda perlu hadapi pada hari ini tidak ada kaitan dengan kaum ataupun agama. Perjuangan sebenar ataupun cabaran yang sebenar adalah berkaitan dengan kelangsungan hidup anak muda. Pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kesihatan, topik berkait dengan polisi ini tidak dipeduli oleh segolongan ahli politik Kerajaan 33 bulan ini kerana mereka tidak peduli tentang kebajikan rakyat ataupun cabaran sebenar. Apa yang dipedulikan adalah bagaimana hendak menebuk untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan, bagaimana mahu menghina menu rahmah dan menuang sirap kepada nasi dan sebagainya. Dan mereka juga memperlekeh ..
Mohon maaf, Bandar Utama. Bukan tuang sirap, tuang air oren.
Sirap ke air oren ke, ia merupakan rezeki daripada Allah. (Ahli Dewan bersorak). Dan mereka ini sebagai golongan agamawan tetapi melakukan kelakuan sebegitu. Saya rasa tadi di dalam Dewan ini pun kita melihat contoh di mana Bukit Antarabangsa ada menceritakan UMNO tunduk kepada DAP. Bandar Utama rasa hairan kenapa UMNO tunduk kepada DAP, kenapa bukan tunduk kepada PKR ataupun Amanah? Ini merupakan satu bukti jelas kenyataan ini berunsur dan berniat jahat. Dan mereka juga memperlekehkan usaha Kerajaan hari ini yang mahu menambah cukai kepada golongan kaya. Ini dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. Walhal ini langsung tidak dibuat semasa 33 bulan mereka memerintah. Debat tentang kelangsungan hidup anak muda Bandar Utama sangat lega dengan segala yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sejak lahir, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan Iltizam Anak Selangor untuk anak-anak yang baru lahir di Selangor dan setiap pemohon berjaya akan menerima nilai tabungan berjumlah RM 100.00 setahun, dalam tempoh lima (5) tahun. Kurang dari empat (4) tahun, Insentif Penjagaan Kanak-kanak melalui YAWAS menyalurkan bantuan sebanyak RM 100.00 sebulan bagi setiap anak berusia empat (4) tahun ke bawah golongan B40, bantuan pendaftaran Taska sebanyak RM 100.00 one off bagi setiap anak berusia empat (4) tahun ke bawah golongan B40 ketika dalam alam persekolahan untuk sesi permulaan sekolah, Program Bantuan Kembali Ke Sekolah memperuntukkan RM100.00 tunai untuk 300 penerima di setiap DUN. 50,000 pelajar diberikan kelas tambahan melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), 11 jenis Program Biasiswa di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor merangkumi sekolah menengah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Selepas keluar ke alam pekerjaan, Program Selangor Mega Job Fair pada tahun lepas memberikan 20,490 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor, ketika mahu berkahwin, pasangan muda berkahwin kali pertama akan mendapat RM 300.00 kepada setiap pemohon warga Selangor, selepas berkahwin dan mahukan rumah pertama, Bantuan Rumah Selangorku bagi mereka yang ingin memiliki rumah mampu milik yang pertama di mana jumlah pembangunan dianggarkan sebanyak 6.36 bilion, untuk ibu bapa yang dalam keadaan sukar ataupun golongan B40, BINGKAS bantuan RM 300.00 sebulan untuk pembelian barangan keperluan kepada ibu bapa golongan B40 yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah. Jualan Ehsan Selangor sejak kebelakangan ini iaitu Jelajah Jualan di mana 56 DUN mendapat enam (6) jenis barangan asas dengan harga 30% lebih rendah.
Pada perayaan, Selangor laksanakan Program pemberian bantuan baucar Jom Shopping bersempena perayaan sebanyak RM 200.00 kepada golongan B40 kerana tidak mahu warga Selangor kita ketinggalan dalam menyambut perayaan. Ketika di usia emas, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan Program Skim Mesra Usia Emas di mana warga emas Selangor mendapat wang tunai sebanyak RM 150.00 sebagai hadiah hari jadi setiap tahun tanpa kuota. Dan akhirnya, bagi warga emas yang telah meninggalkan kita bantuan Khairat Kematian sebanyak RM 500.00 bagi membantu keluarga yang baru kehilangan orang tercinta. Ini tidak termasuk air percuma, vaksin percuma, insurans percuma, bantuan guaman percuma, saringan
kesihatan percuma, data internet percuma, bas percuma, pembelian peralatan kesihatan secara percuma, kaunseling percuma dan banyak lagi yang belum disebut dan ini hanyalah gambaran ringkas tentang betapa bahagianya seseorang yang lahir di sebuah Negeri bernama Selangor. Ini tidak termasuk inisiatif dari pelbagai segi dan sektor lain seperti keusahawanan, pertanian, digitalisasi, perubahan iklim dan lain-lain. Bandar Utama sering melihat ahli-ahli pembangkang membangkitkan isu peruntukan ini tidak cukup, itu tidak cukup dan sebagainya. Bandar Utama rasa pihak pembangkang lupa dan Bandar Utama ingin ingatkan jumlah peruntukan Belanjawan Selangor tahun 2023 yang mampu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah RM 2.45 bilion berbanding dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan iaitu RM 372.3 bilion, kemampuan Kerajaan Negeri Selangor hanyalah 0.66 peratus daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Dan kebanyakan inisiatif ini sebenarnya merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat namun kita mampu lakukan kesemua inisiatif ini sebagai sebuah Kerajaan Negeri. Ini adalah hasil ketaatan dan keteguhan setiap warga Selangor yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan ini seharusnya menjadi pertimbangan yang harus diperdebatkan oleh anak muda, polisi dan pelaksanaan.
Kepada semua yang hadir pada hari ini, yang telah sama-sama hadir dan berusaha untuk pembangunan Negeri Selangor sejak awal melihat Negeri Selangor bermula dari kosong sehingga kini, kita wajib sebarkan semua inisiatif dan usaha ini melalui Whatsapp, Facebook, Twitter, Insta, Tiktok dan sebagainya kerana ini adalah hasil usaha setiap daripada kita. Ini adalah bukti kita telah berkhidmat dengan cemerlang demi nusa bangsa dan Negeri Selangor. Ini juga bukti kepada warga Selangor malah rakyat Malaysia
Yang Berhormat Bandar Utama, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari dengan ini kita tangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat petang. Perbahasan disambung semula. Saya persilakan Bandar Utama.
Seperti yang dikatakan tadi kepada semua yang hadir hari ini kita wajib menyebarkan semua kebaikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana semua inisiatif ini banyak membantu warga Selangor. Jadi saya harap sebaran ini melalui whatsapp, facebook, twitter, instagram, tiktok dan sebagainya boleh membuktikan yang kita telah berkhidmat dengan cemerlang demi nusa bangsa dan Selangor. Ini juga bukti kepada warga Selangor malah rakyat Malaysia sekiranya kerajaan itu mahu memperuntukkan fokusnya pada rakyat tidak kiralah kerajaan itu Kerajaan Negeri atau kerajaan seluruh negara. Kerajaan ini mampu lakukan terbaik untuk warganya. Kita jangan lupa satu ketika dahulu Negeri Selangor tidak mempunyai peruntukan yang banyak ataupun kebajikannya langsung tidak terjaga. Tetapi hari ini kita berubah kerana kita telah berusaha menjadi yang terbaik dan kini sering menjadi jantung perubahan negara. Pada mereka yang pernah terlintas dalam fikiran kononnya mungkin kita harus cuba kerajaan lain selain Pakatan Harapan Bandar Utama ingin cadangkan tak perlu nak test water kalau memang nak test water mungkin boleh cuba air teh atau air kopi di negeri lain tapi kerajaan lain yang kononnya gabungan ataupun versi baru ini sebenarnya formula yang sama. Formula tiada polisi, tiada inisiatif hanya cacian demi kelangsungan politik sehingga korbankan masa depan. Dan Bandar Utama dihantar ke Dewan oleh setiap pengundi DUN Bandar Utama untuk menentang budaya politik sebegini iaitu politik kebencian tanpa sebab. Di sini Bandar Utama ingin memuji program sidang budaya dan keluarga angkat duta perpaduan yang dilaksanakan oleh NBIS dan telah membuktikan kita boleh hidup harmoni dan gembira bersama sekiranya kita memahami...
Bandar Utama nak tanya sikit boleh? Tadi Bandar Utama ada menyatakan soal berkaitan dengan politik kebencian. Saya rasa Bukit Gasing pun nak tahu juga apa itu politik kebencian. Kalau boleh tolong terangkan kepada kami yang tak tahu ini. Apa itu politik kebencian. Terima kasih. Tuan Speaker. Terima kasih Bandar Utama.
Timbalan Speaker, bukan Yang Dipertua. Seperti yang telah dibahaskan sebelum ini, kini ada keadaan situasi politik terkini kita sering melihat sesetengah ahli politik yang sering menggunakan kaum dan agama untuk mencetuskan kebencian antara satu sama lain dan tidak memandang kepada polisi memandang kepada pelaksanaan polisi dan benar-benar ikhlas dalam membantu anak muda bagi Selangor atau rakyat Malaysia dan perkara seperti ini apabila kita menyebarkan kebencian kononnya kaum ini tidak baik kaum ini merampas hak dan sebagainya tetapi sebenarnya ini tidak berdasarkan nombor bukan berdasarkan statistik bukanlah berdasarkan kajian tetapi Cuma hanya kenyataan yang berniat jahat. Ini akan membangkitkan sentimen perkauman. Dan sentimen perkauman seperti ini akan melahirkan sebab kita membenci antara satu sama lain. Tetapi bukannya berdasarkan sebab yang munasabah. Hanya adalah hasutan daripada segolongan ahli politik yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu yang lebih penting. Jadi oleh itu sepatutnya kita mengangkat program yang seperti
silang budaya dan keluarga angkat yang boleh memberikan anak muda satu ruang bagi memahami keperluan dan budaya masing-masing. Dan Bandar Utama ingin cadangkan untuk program sebegini dilaksanakan dengan lebih kerap dan untuk penambahbaikan kita seharusnya memasukkan elemen kerja sosial dalam program dan aktiviti perpaduan bagi mendedahkan kepada anak muda serta warga Selangor tentang pentingnya kewujudan sifat empati dipupuk sejak awal dalam perjalanan membina perpaduan. Tuan Speaker untuk isu kawasan Bandar Utama ingin membangkitkan isu pengangkutan trafik di kawasan Bandar Utama Petaling Jaya dan kawasan bandar. Sekiranya hanya satu isu kawasan yang boleh diselesaikan inilah isu yang paling dipentingkan oleh Bandar Utama. Sekiranya tidak diselesaikan sekurang-kurangnya dilakukan penambahbaikan. Di bawah Negeri Selangor dan Petaling Jaya memang kami mempunyai dan wujudnya pelan induk berkaitan pengangkutan bagi mengkaji sistem pengangkutan dan lalu lintas secara holistik di kawasan-kawasan berkenaan. Dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor juga pernah menyasarkan supaya nisbah 60:40 penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian dapat dilaksanakan menjelang tahun 2035. Namun sebahagian besar cadangan dalam kedua-dua pelan pengangkutan awam peringkat kerajaan tempatan dan Kerajaan Negeri masih belum dilaksanakan. Dan bagi pelan pengangkutan peringkat MBPJ Bandar Utama difahamkan pelan ini telah dihasilkan dan mula sejak tahun 2014. Jadi Bandar Utama sedar projek-projek pengangkutan awam merupakan projek berimpak tinggi terutamanya daripada segi kos pelaksanaannya dan lebih banyak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Namun begitu Bandar Utama berharap pertama akan adanya pelan aksi atau penetapan jangkaan masa pelaksanaan pelan induk pengangkutan awam supaya kita dapat pastikan segala kajian yang dijalankan itu tidak ditelan masa. Dan sekiranya begitu pelan baru perlu disediakan dan ini akan membawa kepada pembaziran.
Kedua, Bandar Utama harap dapat kenal pasti peluang penambahbaikan first mile last mile dengan izin dan kerjasama dengan syarikat sektor swasta atau pengenalan jenis subsidi yang boleh dilaksanakan bagi mempercepatkan pergerakan perancangan ketersambungan atau first mile atau last mile. Perancangan yang ketiga adalah perancangan projek baru seharusnya berdasarkan kajian pelan induk pengangkutan Bandar Utama berharap kita tidak akan mempertimbangkan apa-apa projek pengangkutan atau pun pembangunan pengangkutan ataupun jalan raya tanpa sebarang kajian awal yang telah membuktikan kita memerlukannya. Dan hanya dilaksanakan berdasarkan cadangan pihak swasta. Tuan Speaker, sekiranya terdapat kekhilafan ketika pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor saya yakin itu adalah satu proses dan sebahagian yang wujud dalam ke arah penambahbaikan dengan ini Bandar Utama ingin menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Sungai Panjang.
Bismillahirrahmannirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya Sungai Panjang ingin mengambil kesempatan ini menjunjung kasih di bawah titah perkenan Tuanku yang telah pun menyampaikan titah ucapan sempena penggal pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor penggal keenam Dewan Negeri Yang ke Empat Belas pada hari Isnin yang lepas. Dalam ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah pun menggariskan beberapa perkara-perkara dan juga inti pati penting bagi kita semua Ahli-Ahli Dewan Negeri khususnya di kalangan pentadbir dan juga di kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita terus sama-sama menguruskan juga memastikan pembangunan dan juga ekonomi Negeri Selangor ini mencapai matlamat hasrat dan juga tujuan dalam kita memastikan kejayaan-kejayaan yang mendatang di masa akan datang selepas daripada ini. Dalam masa yang sama kita juga kena sama-sama mengambil tanggungjawab dalam membina negeri dan juga negara kita dengan amanah dan juga tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Sudah pasti antara komponen dan juga isi yang paling penting yang telah pun disampaikan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah berkenaan dengan Rancangan Selangor 1. Rancangan Selangor 1 ini menjadi satu panduan kepada kita semua dalam tempoh 5 ke 10 tahun yang akan datang bahawa Rancangan Selangor 1 ini menjadi garis panduan dan juga guide line kepada pembangunan menyeluruh di Negeri Selangor. Dan merujuk kepada rancangan Selangor 1 antara komponen terpenting dalam Rancangan Selangor 1 yang turut disebut dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah SABDA. Sabak Bernam Development Area. Di mana Sabak Bernam Development Area ini melibatkan dua Parlimen iaitu Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Sabak Bernam dan 4 DUN iaitu Sekinchan, Sungai Panjang, Sabak dan juga Sungai Air Tawar. Sebanyak 100.9 bilion yang disasarkan perbelanjaan dalam tempoh 5 ke 10 tahun yang akan membawa pulangan lebih daripada 240 juta dan juga menyediakan lebih daripada 4,000 peluang pekerjaan untuk daerah Sabak Bernam. Ini adalah antara hasrat dan juga sasaran SABDA atau Sabak Bernam Development Area apabila Kerajaan Negeri mengimplementasikan dan melaksanakan pembangunan di kawasan anjung utara Negeri Selangor. Sudah pasti kawasan anjung utara Negeri Selangor ini adalah kawasan pertanian yang mana kawasan ini meliputi kawasan tanah pertanian sawah padi dan juga tanah kawasan hutan simpan dan ini juga menjadikan tumpuan daripada kita untuk memastikan kelestarian alam sekitar di kawasan anjung utara Negeri Selangor ini. Oleh itu sebarang pembangunan dan juga industri yang akan dikembangkan atau dibangunkan di dalam kawasan Daerah Sabak Bernam khususnya di kawasan DUN Sungai Panjang mestilah menitik beratkan komponen-komponen ini supaya tidak menjejaskan ekosistem sedia ada di dalam kawasan Sungai Panjang dan juga Sabak Bernam.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, kita tahu antara industri yang telah dibawa masuk ataupun yang telah pun masuk dalam perancangan SABDA adalah Smart Selangor Agro Park yang masih lagi dalam proses mendapatkan kelulusan EIA. Oleh itu dalam masa yang sama sekiranya ada lagi
industri-industri yang perlu dibawa masuk sama ada industri hiliran dan juga sebagainya kita mesti melihat impak dan kesan kepada alam sekitar. Dan kita tidak mahu ada lagi tentangan-tentangan atau pun dengan izin public acry di luar sana yang menyebabkan perkara-perkara yang kita ingin laksanakan tergendala dan sebagainya dan kita mesti memenuhi segala tanggungjawab SOP dan juga keperluan-keperluan dalam kita melaksanakan pembangunan-pembangunan sosial di kawasan-kawasan yang melibatkan kawasan hutan simpan. Dan di kawasan Sabak Bernam juga ada beberapa industri-industri ataupun peluang yang besar boleh dikembangkan sebelum untuk kita mencapai hasrat dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang Majlis Daerah Sabak Bernam akan bergerak menjadi Majlis Perbandaran kerana kawasan daerah Sabak Bernam ini adalah kawasan yang kaya dengan peluang-peluang pelancongan berasaskan agro tourism. Saya dapat lihat sebagai contoh di kawasan Sekinchan Yang Berhormat ADN Sekinchan dan juga rakan-rakan telah pun berjaya meletakkan Sekinchan dalam peta pelancongan Negeri Selangor. Dan hasrat kita juga supaya di dalam kawasan daerah Sabak Bernam ini juga dibangunkan kesemua DUN-DUN lain yang mempunyai potensi pelancongan baik dari agro-pelancongan mahupun di dalam industri eco tourism. Dalam DUN Sungai Panjang sebenarnya ada elemen eco tourism apabila di dalam DUN Sungai Panjang ini kita ada kawasan untuk melihat kelip-kelip dan ini perlu dihebahkan dan juga diperkemas lagi dan di perkasa. Seperti juga di kawasan DUN Bukit Melawati yang menjadi kawasan bersejarah mungkin juga di kawasan Bukit Jugra dan sebagainya ada kawasan tempat sejarah dalam daerah Sabak Bernam juga. Ada juga kawasan yang bersejarah yang boleh dijadikan tempat pelancongan dan tempat tarikan supaya ada lebih banyak pembangunan dan juga peluang-peluang lain dalam industri-industri hiliran yang lain.
Kita tahu dalam SABDA, Sabak Bernam Development Area ini ada lima tunjang utama. Yang pertama adalah untuk meningkatkan tanaman bernilai tinggi atau high value crops. Yang Keduanya perkhidmatan yang lebih baik. Yang ketiganya adalah pelancongan dan yang keempat adalah industri berkaitan industri hiliran ataupun down stream dengan izin. Dan akhir sekali kemudahan awam dan infrastruktur. Berkenaan dengan kemudahan awam dan infrastruktur ini kita tidak boleh lari apabila untuk kita memastikan suatu kawasan itu mendapat pembangunan dan juga kemajuan yang baik mesti mempunyai jaringan jalan raya yang baik. Alhamdulillah di peringkat utara Negeri Selangor kita mendapat nikmat ataupun peluang bahawa kita ada WCE, West Coast Expressway yang termasuk dalam perancangan jaringan-jaringan jalan raya tersebut naik taraf Federal Road Number 5 dengan izin atau pun Jalan Persekutuan 5 dan walaupun jalan tersebut telah dinaiktarafkan namun ada banyak kelemahan-kelemahan dan juga perkara-perkara perlu diperbaiki kerana sistem jalan raya ini kerana perkara yang sangat penting sekali. Yang pertamanya dari aspek kemudahan infra itu sendiri sebab saya lihat apabila jalan itu telah pun siap kita dapat lihat ada pembaikan-pembaikan yang dilakukan dan ia kadang-kadang mendatangkan bahaya sebagai contoh pembaikan-pembaikan manhole yang berada di tengah atau pun di kawasan tepi jalan. Ada banyak kemalangan-kemalangan yang disebabkan perkara tersebut. Jadi saya harap pihak JKR Selangor dan pihak
jawatankuasa yang berkaitan untuk memantau dan memastikan keselamatan jalan raya ini supaya ia tidak mengancam nyawa dan keselamatan penduduk dan juga pengguna jalan tersebut kerana ia telah menjadi laluan utama untuk warga menggunakan laluan tersebut sebagai laluan alternatif untuk berulang ke utara Negeri Selangor mahupun untuk sampai ke kawasan Perak, Taiping dan sebagainya. Jadi jalan itu sudah pun menjadi semakin sibuk dan dalam masa yang sama, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan dan permukaan jalan itu, saya lihat ada kelemahannya apabila ada berlaku air-air bertakung di tengah jalan dan juga di kawasan-kawasan selekoh yang mendatangkan bahaya khususnya di waktu malam dan pengguna-pengguna yang tidak biasa menggunakan jalan tersebut jadi ini perlu dilihat semula dari segi design dan sebagainya, mesti kena ada mitigation dan yang ketiga berkenaan jalan ini mestilah dilihat dari aspek keselamatan dan juga awareness termasuklah juga dari segi education atau pun pendidikan dan juga pengetahuan kepada penduduk dan juga masyarakat setempat kerana kawasan ini melibatkan kawasan u-turn atau pun simpang yang banyak, banyak berlaku kemalangan-kemalangan kerana penyalahgunaan u-turn tersebut sebagai tempat melintas dan ini menyebabkan banyak berlaku kemalangan-kemalangan di sana.
Sungai Air Tawar mohon mencelah.
Sungai Panjang.
Sorry Sungai Panjang. Minta maaf, okay Sungai Panjang setuju tak kalau saya katakan masalah jalan raya di Negeri Selangor ini dia bersangkut paut juga dengan Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh jalan-jalan raya ini di bawah Kementerian Kerja Raya di bawah JKR tetapi kelulusan kenderaan-kenderaan perdagangan ini di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu agensi pengangkutan awam darat dan di mana saya melihat berdasarkan pengalaman di Pelabuhan Klang, kelulusan kenderaan perdagangan ini seperti lori-lori kontena yang diluluskan permitnya tidak selari dengan keluasan atau pun saiz jalan-jalan raya yang ada, adakah kita patut mengkaji semula kelulusan-kelulusan kenderaan perdagangan ini dan perlu juga mendapatkan pandangan dan perhatian daripada pihak Jabatan Kerja Raya sebelum meluluskan sesuatu syarikat yang memohon penambahan atau pun syarikat-syarikat baru yang memohon untuk beroperasi kenderaan perdagangan seperti lori kontena.
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang, saya bersetuju dengan pandangan tersebut kerana saya tahu ada banyak kategori-kategori jalan yang telah diwartakan di dalam Negeri Selangor ini. Ada jalan berstatus negeri, ada jalan berstatus persekutuan dan jalan-jalan ini mempunyai spek yang tertentu namun dalam konteks yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang, setiap pelan dan laluan itu mestilah mempunyai satu peraturan atau basic rule supaya ada kenderaan-kenderaan, laluan-laluan tertentu
mungkin tidak dibenarkan atau pun ada kekangan tertentu sebagai contoh kalau jalan-jalan kampung mana mungkin boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat atau pun kenderaan kontena dan sebagainya. Dan di kawasan saya Yang Berhormat kita selalu sering akan mendapat cadangan atau pun kegusaran daripada penduduk apabila sampai musim menuai padi dan sebagainya, kerana jalan-jalan kampung dan jalan-jalan negeri yang lain ada digunakan oleh jentera-jentera pertanian yang mana dia akan sedikit sebanyak akan merosakkan jalan, dan jalan-jalan ini diletakkan sebagai jalan ladang di bawah AIDA, dan saya ingat di kawasan perumahan pun saya ingat ada syarat-syarat yang tertentu jadi di bawah pihak JKR Negeri Selangor, JKR Kementerian Kerja Raya dan juga di peringkat PBT mestilah melihat perkara-perkara ini. Dan yang keduanya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya juga tertarik untuk terlibat sama dalam mengemukakan pandangan pendapat berkenaan Kompleks Sukan Shah Alam atau pun KSSA yang di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana Kompleks Sukan Shah Alam apabila kita bercakap tentang sukan ia sudah pasti sekali bersama pembangunan belia dan kita lihat fasiliti-fasiliti apabila ia di naik taraf mestilah disesuaikan dan juga perubahan zaman dan generasi semasa bukan sahaja fizikal stadium tetapi di dalam Kompleks Sukan Shah Alam itu sendiri mestilah mempunyai kompenen-kompenen yang lain sebagai contoh e-stadium dan fasiliti-fasiliti lain untuk pembangunan belia boleh di sekalikan dalam KSSA tersebut dan dalam masa yang sama kita juga boleh utilize atau pun memaksimumkan penggunaan yang mungkin kompleks generasi sukan dan juga atau pun Kompleks Belia Dan Juga Kebudayaan di Seksyen 7 itu untuk dibuka sepenuhnya program-program pembangunan belia baik kerjasama di peringkat..
Sungai Panjang, ringkaskan.
Sikit lagi Yang Berhormat. Baik dari segi kerjasama di peringkat agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri mahupun di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Kementerian Belia dan Sukan dan badan-badan gabungan yang lain yang boleh menjadi strategik pada dasar belia dan sukan di peringkat Negeri Selangor, khususnya saya membawa suara rakan-rakan belia berorganisasi dari Majlis Belia Negeri Selangor yang bersedia untuk bersama-sama. Dan akhirnya adalah menjadi ingatan kita semua bahawa institusi masjid dan surau ini mestilah digunakan dan diperkasakan sesuai dengan peranan institusi masjid dan surau itu untuk menyebar luaskan syiar Islam dan juga pengajian Islam dan sama-samalah kita ambil tanggungjawab supaya dapat mengelakkan masjid dan surau ini dijadikan pentas politik atau pun tempat yang digunakan untuk kepentingan-kepentingan politik peribadi sesebuah parti dan saya juga mengambil kesempatan ini Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker untuk menyorot kembali kedudukan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang mana saya ingat ini adalah pertama kali dalam sejarah. Saya mewakili Barisan Nasional melalui tempoh perbezaan kedudukan parti politik daripada PASCA PRU Ke-14 sebagai pembangkang sepenuhnya di peringkat negeri dan juga persekutuan, kemudian berlaku perubahan menjadi sebahagian daripada kerajaan di
bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu daripada Pagoh kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Bera dan selepas PASCA PRU Ke-15 UMNO, Barisan Nasional membentuk gabungan di peringkat persekutuan yang mana kita hari ini membentuk dan juga menjayakan Kerajaan Perpaduan dengan konteks Malaysia Madani dan daripada itu juga kita lihat pergerakan-pergerakan parti politik ini menjurus kepada ketidaktentuan dan dinamik politik ini juga sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan pentadbiran urusan di peringkat negeri dan juga negara dan selaras macam pagi tadilah Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, daripada Bukit Antarabangsa saya pun tidak tahu masa bila dia menjadi jurucakap kepada UMNO, Barisan Nasional yang dia menyatakan dan juga bercakap seolah-olah bagi pihak UMNO,Barisan Nasional. Jadi saya ingat inilah pendirian dan juga peranan sebuah parti tersebut, asalnya PRU Ke-14 menjadi sebahagian daripada kerajaan yang membentuk Kerajaan Pakatan Harapan, kemudian dia bergerak membentuk Perikatan Nasional dan selepas itu dia pun bersama di dalam Kerajaan Keluarga Malaysia namun pada ketika itu mereka tidak melihat pun Barisan Nasional ini sebagai parti sahabat atau parti pendukung, pada ketika itu mereka kurang mengambil tahu berkenaan dengan kehendak dan juga keperluan Barisan Nasional tetapi hari ini apabila berubah mereka menjadi jurucakap kepada Barisan Nasional, jadi kita harap rakyat juga.
Boleh mencelah.
Ya silakan Kota Anggerik, saya harap ada sedikit masa saya lagi untuk saya habiskan.
Saya hendak tambah ucapan dia, setuju tak Sungai Air Tawar, eh Sungai Panjang, nampaknya Sungai Panjang ini boleh jadi Ketua Pembangkang selepas ini. Setuju tak Sungai Panjang dalam kita ada perbalahan politik yang terdahulu sebagaimana sebelum ini kita sedia maklum Pakatan Harapan dan UMNO ini adalah orang kata musuh tradisi tetapi demi kestabilan politik negara demi kita menjunjung titah Yang Dipertuan Agong, kita sanggup mengetepikan segala perbezaan dan menjunjung titah Agong untuk membentuk kerajaan bersama-sama, jadi apakah semangat ini yang kita hendak kekalkan atau pun kita hendak menjadi seperti kelompok di seberang yang secara terang-terangan membantah Yang Dipertuan Agong ketika mula-mula hendak membentuk kerajaan selepas pilihan raya yang lalu.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya bersetuju dalam konteks ini mungkin saya dan Kota Anggerik di dalam generasi yang sama kerana generasi kami dan ke bawah ini melihat politik yang matang yang mana ahli-ahli politik, di mana parti sekalipun apabila mereka diberi amanah dan tanggungjawab sama ada menjadi kerajaan atau pun menjadi penyokong kerajaan, mahupun menjadi pembangkang, mereka menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab adalah yang
paling penting fokusnya untuk membina negeri dan juga negara bukan kepentingan peribadi dan bukan kepentingan politik, daripada pengajaran itu juga kita dapat lihat apabila berlakunya gerakan-gerakan politik yang dimulakan atau pun yang diilhamkan setengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini berterusan sampai ke PRU Ke-15. Kita mesti kekang perkara ini yang mana sebelum PRU Ke-15 ada pihak yang menjadi jurucakap kepada Barisan Nasional menyebabkan Barisan Nasional ada yang menandatangani SD-SD untuk menyokong dan tidak mengikut saluran parti. Walaupun kita telah mengenalkan Akta Lompat Parti, kita sudah mengenalkan enakmen tersebut atau pinda perlembagaan tersebut dalam Dewan Negeri Selangor tetapi masih ada gerakan dan hasrat semangat itu baru-baru ini di dalam Sidang Parlimen pun disebut-sebut bahawa akan ada perubahan kerajaan dan masih lagi ke arah itu nak rampas kerajaan dalam tempoh penggal pilihan raya jadi ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan saya ingat ini juga dijadikan peringatan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya kita semua bergerak ke depan untuk kita tukar atau pun pinda kerajaan ini biarlah dia sampai tempohnya dalam pilihan raya supaya dia tidak menjejaskan pembangunan aspirasi dan juga hasrat rakyat sekalian, dan akhirnya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya mengambil kesempatan ini mungkin ucapan terakhir untuk Penggal Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas, saya ambil kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan juga warga DUN Sungai Panjang kerana mengizinkan dan membenarkan untuk saya mewakili Sungai Panjang sepanjang tempoh Penggal Yang Keempat Belas di Dewan Negeri Selangor, kita harap penggal yang akan datang akan melahirkan lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mempunyai kompetensi, yang mempunyai pemikiran yang terbuka progresif dan membawa satu politik yang matang. Dengan itu saya menjunjung kasih di bawah titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.
Saya persilakan Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya menjunjung kasih buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah ucapan Baginda yang begitu berjiwa rakyat. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor juga kerana telah mengemukakan 46 program dan inisiatif iaitu ILTIZAM Selangor Penyayang untuk memberi manfaat secara keseluruhan kepada warga Selangor. Di bawah 46 program ILTIZAM Selangor Penyayang ini saya amat percaya setiap warga Selangor akan menikmati sekurang-kurangnya satu atau lebih manfaat daripada Kerajaan Selangor. Sebagai contohnya kalau kita mempunyai ibu bapa yang lebih 60 tahun mereka boleh memohon SKIM Mesra Usia Emas dan mendapat baucar RM150 untuk membeli belah kerana kelayakan untuk memohon SMUE adalah pengundi Selangor yang melebihi umur 60 tahun. Bagi saya SMUE ini merupakan satu inisiatif yang menunjukkan Kerajaan Selangor merupakan satu kerajaan bukan sahaja menjaga rakyat tetapi juga mengingati jasa rakyat kerana SMUE merupakan satu inisiatif yang mengucapkan terima kasih kepada warga-warga emas kita, atas usaha mereka membina Selangor
dan menjadikan Selangor negeri yang maju jaya dan digelarkan sebagai The Golden Economic State of Malaysia dengan izin. Bagi keluarga-keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU mereka boleh memohon Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) dan bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS). Bagi keluarga-keluarga yang baru melahirkan ahli keluarga yang baru bermula pada 1 Ogos 2022, mereka boleh memohon ILTIZAM Anak Selangor. Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun simpanan SSPN dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut. Bagi keluarga yang mempunyai anak yang baru masuk ke institut pengajian tinggi dan pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM5,000 mereka boleh memohon hadiah pengajian HPIPT Selangor dan mendapatkan RM1,000 ganjaran daripada Kerajaan Selangor. Bagi keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak yang kurang daripada 18 tahun Kerajaan Selangor membantu supaya setiap bulan keluarga-keluarga ini dapat RM300 kredit untuk membeli barang-barang keperluan. Bagi warga Selangor yang mengalami kesukaran dari segi ekonomi tetapi tercicir atas sebab mereka tidak mempunyai syarat-syarat inisiatif program Kerajaan Selangor kita memperkenalkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) untuk membolehkan mereka membeli produk-produk Selangor dengan harga yang sangat murah iaitu RM10 seekor ayam, RM10 sepapan telur, RM10 sekilo daging, RM6 sekilo ikan, RM10 5kg beras dan RM25 5kg minyak masak. Selain itu hampir setiap warga Selangor boleh memohon Skim Insurans Am Selangor INSAN. Saya baru menyemak di atas talian sebagai seorang pengundi Selangor secara automatik, saya telah pun menerima sijil INSAN. INSAN memberi insurans sehingga RM10,000 untuk kehilangan keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan kepada 6 juta rakyat Selangor yang berumur bermula daripada 30 hari sehingga 80 tahun. Saya percaya semua masih ingat lagi tragedi tanah runtuh Batang Kali yang berlaku akhir tahun yang lepas, 6 daripada 31 orang mangsa yang terkorban di dalam tragedi tersebut merupakan penerima INSAN.
Rasanya saya perlu masa selama satu jam atau dua jam untuk berbahas lagi. Kalau saya ingin memberi contoh inisiatif dan program Kerajaan Selangor lagi ini menunjukkan usaha Kerajaan Selangor demi memperkasakan dan memelihara keselamatan dan keselesaan dan keamanan rakyat Selangor bagi merealisasikan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu menjaga rakyat Selangor. Bukan sahaja Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan yang mengamalkan konsep madani juga mulai memperkenalkan inisiatif-inisiatif menjaga rakyat. Dengan begitu banyak inisiatif dan juga program tidak kira dari Kerajaan Selangor atau Kerajaan Persekutuan, kita sebagai Ahli Dewan Negeri,Pusat Khidmat Masyarakat kita satu pusat yang mampu menjelaskan semua program dan inisiatif kepada rakyat Selangor. Dengan itu saya amat berharap pihak kerajaan dapat mengemaskinikan Sistem SSIPR dan menjadikan ia satu sistem pengumpulan dan penyatuan semua informasi dan cara permohonan kepada semua inisiatif dan Program ILTIZAM Selangor Penyayang. Kalau boleh sila merangkumi inisiatif dan program daripada Kerajaan Persekutuan supaya wujudnya satu penyelarasan di
antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan dan saya percaya dengan Sistem SSIPR yang sentiasa dikemas kini, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli- Ahli Dewan Negeri dapat membantu rakyat Selangor dengan lebih efisien, efektif dan juga sempurna. Pada tahun 2022, Balakong telah menjalankan 19 projek jumlahnya bernilai RM956,450 di bawah projek Selangor Penyayang. Terima kasih kepada Kerajaan Selangor dan pihak pelaksana iaitu MPKJ dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat atas kerja-kerja penyelarasan mereka. Kebanyakan projek ini merupakan penurapan dan pembaikan jalan. Oleh sebab itu saya amat gembira apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang 2.0 pada tahun ini dan setiap DUN mempunyai sejuta ringgit peruntukan tambahan untuk PSP tahun ini. Saya juga ingin memberikan tumpuan kepada projek-projek bina yang baru dan selenggara bagi tahun ini. Untuk pengetahuan Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, keperluan balai raya, gelanggang sukan dan dataran yang baru masih sangat tinggi di Selangor. Warga Selangor perlu lebih banyak tempat rekreasi dan dapat menjalankan program komuniti kerana bilangan penduduk semakin banyak sebagai contohnya DUN Balakong mempunyai 7 kampung termasuk Kampung Baru dan Kampung Tradisi. Dua daripada 7 MPKK tidak mempunyai balai raya MPKK. Ketua Kampung dan AJK ingin menjalankan program komuniti tetapi menghadapi masalah tiada tempat yang sesuai. Selepas pengumuman pelaksanaan PSP saya telah mengemukakan permohonan bina baru serta naik taraf balai raya dan tapak sukan tetapi disebabkan kesuntukan masa projek-projek bina baru dan serta naik taraf ini tidak dapat dijalankan. Saya amat berharap dengan pelaksanaan PSP 2.0 dapat hasrat penduduk Selangor dapat direalisasikan di dalam masa yang singkat. Saya ingin menyebut dua projek yang tidak dapat diletak di bawah projek Selangor Penyayang kerana kos terlibat adalah melebihi juta ringgit iaitu projek baik pulih tebatan Sungai Balak dan projek baik pulih cerun CP 23/26. Terima kasih kepada Bandar Utama, Taman Templer is okay. Saya amat berharap Kerajaan Selangor dapat memberi bantuan kepada kedua projek ini kerana kedua-dua projek ini melibatkan soal keselamatan orang ramai dan kedua-dua projek ini telah berada di keadaan kritikal dan serius. Balakong menyambut baik dengan pemasangan 20 lampu jalan berkuasa solar di sekitar setiap DUN. Inisiatif ini telah menyalakan kawasan-kawasan gelap terutamanya jalan-jalan yang sentiasa berlakunya kemalangan disebabkan kegelapan. Inisiatif ini juga mempromosikan produk mesra alam dan selaras dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa menjadikan Selangor satu negeri yang lestari dan hijau.
Saya berharap pihak kerajaan akan meneruskan usaha ini pada tahun ini dengan menambahkan lagi lampu jalan yang diberikan dengan mengambil kira pandangan Ahli-Ahli Dewan Negeri bagi lokasi yang memerlukan lampu solar termasuk kawasan rumah atau pun pangsapuri kos rendah. Banyak kawasan kos rendah sedang mengalami masalah kekurangan lampu jalan di dalam kawasan kediaman mereka disebabkan kekurangan fi penyelenggaraan untuk membaiki lampu-lampu jalan yang rosak. Sekiranya lampu jalan berkuasa solar dapat dipasang di kawasan mereka, keselamatan mereka dapat dijamin dan kehidupan mereka akan lebih selesa. Pada
masa yang sama saya ingin mengesyorkan atau recommend dengan izin produk buatan tempatan pada Kerajaan Selangor. Balakong mempunyai kilang lampu LED juga yang membekal produk mereka ke negara lain termasuknya lampu jalan berkuasa solar. Saya rasa adalah sangat penting bahawa kita memberikan keutamaan kepada produk buatan tempatan dahulu bagi semua projek baru kerajaan, barulah kita boleh membangunkan Selangor bersama-sama dengan warga Selangor, syarikat Selangor dan peniaga Selangor. Balakong baru menjalankan projek program BICA Fiesta pada hari Ahad yang lalu. Nama penuh BICA Fiesta ialah Balakong Industrial Culture and Art Fiesta dengan izin. Program ini merupakan lanjutan pelancongan industrial Balakong yang bertujuan untuk memperkenalkan pelancongan perindustrian Balakong kepada orang ramai. Apa yang buat BICA Fiesta lain daripada yang lain adalah sokongan daripada kilang-kilang tempatan. Seramai 14 kilang telah melibatkan diri mereka di BICA Fiesta sama ada membuka gerai atau memberi sumbangan dalam bentuk produk. BICA Fiesta telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai seramai lebih daripada tiga ribu orang yang telah..
Balakong, ringkaskan.
Cuba ringkaskan, sedikit sahaja lagi. Seramai lebih daripada tiga ribu orang telah menghadiri BICA Fiesta. Hal ini menunjukkan tidak kira kilang, warga Selangor atau peniaga semua bekerjasama berganding bahu ingin menjayakan pelancongan perindustrian Balakong supaya membolehkan Balakong menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan dan ekonomi Selangor. Saya ingin mencadangkan bahawa kerjasama daripada Selangor TOURISM adalah amat penting untuk menjayakan pelancongan perindustrian bukan sahaja di Balakong tetapi di seluruh Negeri Selangor. Pelancongan perindustrian Balakong tidak akan menuju ke depan dengan lancar tanpa bantuan dan nasihat yang diberi oleh Selangor TOURISM. Kalau boleh saya berhasrat bahawa Balakong menjadi satu tempat tumpuan pelancongan perindustrian dan pada masa yang sama pelancongan perindustrian dapat merangkumi kilang-kilang di luar kawasan Balakong dan dapat menjadikan cara pelancongan ini satu pelancongan yang baru istimewa di Selangor. Di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Baginda memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor dan Baginda rasa bersyukur dengan prestasi kewangan semasa Selangor. Walau bagaimanapun saya berpendapat bahawa masih ada ruang untuk kita menambah baik prestasi kita terutamanya dengan prosedur pengurusan harta Kerajaan Selangor. Saya difahamkan ada pihak yang ingin menyewa tanah Kerajaan Selangor bagi kegunaan ekonomi tetapi prosedur dan proses permohonan TOL tersebut mengambil masa 3 atau 6 bulan untuk mendapatkan kelulusan. Masa tiga bulan sangat tidak cekap apa entah lagi ramai yang kena tunggu sampai enam bulan baru tahu keputusan permohonan adalah tidak lulus atau tidak. Jikalau permohonan ditolak entahlah berapa bulan perlu tunggu lagi untuk membuat rayuan dan menjalankan proses sekali lagi. Jikalau pegawai yang bertanggungjawab bagi permohonan yang tertentu memohon cuti, tiada pula orang lain pula yang dapat membantu untuk memproses
permohonan tersebut juga. Saya bercadang Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menyemak semula SOP proses permohonan, sewaan tanah Kerajaan Selangor dan mempercepatkan tempoh pengurusan kepada sebulan sahaja untuk meningkatkan kecekapan pengurusan harta Kerajaan Selangor.
Balakong, ayat terakhir.
Okay point terakhir. Memang point terakhir, pendek sahaja. Saya juga ingin membangkitkan isu projek terbengkalai di dalam Negeri Selangor.
Panjang itu.
Pendek sahaja, sangat pendek. Di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Ngar Kor Ming, Kementerian KPKT telah menubuhkan pasukan petugas task force dengan izin demi menangani isu projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai. Walau bagaimanapun kita tidak boleh berharap sepenuhnya kepada pasukan petugas ini memandangkan terdapat lebih daripada 400 projek terbengkalai di seluruh Malaysia yang sedang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan petugas ini. Saya amat berhasrat pihak kerajaan dapat menubuhkan pasukan petugas di peringkat negeri untuk memberi tumpuan kepada projek-projek terbengkalai di dalam negeri tercinta kita ini terutamanya projek-projek terbengkalai yang melibatkan projek Rumah Selangorku atau projek perumahan lain yang melibatkan inisiatif Kerajaan Selangor. Sebagai contohnya, last projek Resindensi Jaya yang telah terbengkalai lebih dari 4 tahun tidak dapat apa-apa perkembangan terkini dan pembeli-pembeli rumah tidak dapat bertindak sama ada menukar pembelian mereka projek Rumah Selangorku yang lain atau ambil balik deposit mereka. Setahun demi setahun pembeli-pembeli rumah ini menunggu, tiada penyelesaian yang dapat dilihat penghujungnya sehingga sekarang. Saya amat berharap cadangan-cadangan saya dapat dipertimbangkan oleh Dewan Yang Mulia ini. Dengan ini saya menyokong sepenuhnya tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.
Pembahas seterusnya, 10 minit Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang Sentosa mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10 setelah melalui ranjau onak dan duri yang cukup panjang. Tahniah, syabas juga saya ucapkan kepada YAB Dato’ Menteri Besar yang telah menang Parlimen Gombak kemenangan besar dan juga telah berjaya memimpin kerajaan Negeri Selangor dan memacu pertubuhan ekonomi walaupun berdepan dengan krisis kesihatan global dan
ekonomi yang penuh mencabar ketika pandemik COVID-19 yang lalu, ke boleh daya tahanan Kerajaan Negeri mendepani krisis dengan cukup baik menjadi titik tolak Kerajaan Negeri bentangkan rancangan Selangor Pertama yang di lihat dapat memacu pembangunan ekonomi Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun yang akan datang. Tuan Speaker Kerajaan Negeri Selangor yang telah mengambil satu langkah yang berani membentangkan Rancang Selangor Pertama dalam keadaan kebanyakan negara masih lagi bergelut dan berada dalam tempoh pemulihan selepas Pandemik COVID-19 langkah berani ini membuktikan Kerajaan Negeri merupakan sebuah kerajaan berdaya tahan dalam mendepani pelbagai krisis serta dapat memacu pembangunan ekonomi negeri untuk jangka masa 5 tahun ke hadapan. Tuan Speaker Rancangan Selangor Pertama ini dapat memberi keyakinan tambahan kepada semua rakyat Selangor terutamanya dalam mendepani Pilihan raya negeri yang akan datang 4 bulan daripada sekarang. Rakyat Selangor secara langsung dapat melihat satu perancangan memajukan satu perancangan yang akan memajukan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun. Satu perancangan dan garis panduan masa yang telah diunjurkan dalam Rancangan Selangor Pertama memberi satu daya tarikan serta keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Selangor. Tuan Speaker Kerajaan Negeri juga sering mendahului atau pun Kerajaan Selangor sering mendahului negeri-negeri lain dalam memperkenalkan inisiatif atau program kebajikan untuk rakyat. Iltizam Selangor Penyayang adalah satu-satunya program-program, satu merupakan satu program yang cukup inclusive dan compressive buat rakyat Selangor yang merangkumi sebanyak 46 program meliputi aspek pendidikan, kebajikan, perumahan, pembangunan modal insan, dan kesihatan khususnya untuk memperkasakan rakyat Selangor. Program Iltizam Selangor Penyayang berjaya dilaksanakan dan ditambah baik setiap tahun disebabkan tadbir urus yang cekap telus dan berintegriti oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh YAB Dato’ Menteri Besar hasil Kerajaan Negeri apabila diurus dengan baik akhirnya diberikan kembali semula kepada rakyat Selangor, selain daripada itu antara program yang mendapat sambutan yang sangat baik adalah program bingkas yang telah memberi manfaat kepada 30,000 keluarga berpendapatan rendah, Sentosa mohon agar ini dapat dipertingkatkan kepada 50,000. Ini adalah satu permintaan kepada Kerajaan Negeri.
Tuan Speaker Sentosa juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Seri Serdang merangkap Exco Kesihatan Negeri atas kejayaan beliau membantu Kerajaan Negeri dalam menangani krisis kesihatan yang lalu iaitu COVID-19. Kesinambungan kejayaan itu juga Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai program kesihatan yang memberi impak besar kepada rakyat Selangor, antaranya adalah program saringan Selangor, penubuhan Skuad Suka, program ini juga adalah saring kesihatan percuma bagi membantu rakyat mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, pemeriksaan kesihatan mata, dan juga penyakit kanser dan sebagainya. Program ini adalah satu program sangat penting di samping memberi kesedaran awal dan sebagai bentuk pencegahan dan pengesanan awal terhadap penyakit yang sering dianggap remeh setengah masyarakat kerana juga saya ingin Sentosa ucapkan
kerana penubuhan Skuad SUKA yang banyak membantu di setiap DUN ada skuad SUKA yang membantu bukan sahaja baru-baru ini di Sentosa kita ada masalah dengki Skuad SUKA, telah diminta untuk membantu pusat kesihatan Daerah untuk menangani masalah-masalah di taman-taman tertentu. Selain daripada itu, Jelajah Ihsan Rakyat juga telah menjadi satu fenomena di Negeri Selangor apabila setiap hari setiap minggu jualan Ehsan rakyat ini masuki di setiap Negeri Selangor dengan mengadakan jualan murah barangan asas ini dapat membantu rakyat Negeri Selangor membeli barangan makanan asas di bawah harga pasaran. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pandan Indah dan YAB Dato’ Menteri besar atas inisiatif hebat ini. Sentosa juga mengambil kesempatan ini ingin menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama memahami konsep Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memandu Malaysia ke sebuah Negara membangun, hal ini membolehkan Kerajaan Negeri Selangor dapat bergerak seiring dengan matlamat Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, konsep Malaysia Madani dijadikan sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Malaysia Madani adalah sebuah kerangka visi baru membuat sesebuah negara satu ikhtiar yang bersepadu dan holistik bertunjang dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani maju terampil dan terangkum.
Tuan Speaker dalam kita memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi serta merakyatkan ekonomi Selangor Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian khusus dalam menambah baik dan meningkatkan tahap ke infrastruktur awam di jalan raya yang menghubungkan wilayah luar bandar dan wilayah bandar. Keadaan jalan raya perlu dinaiktarafkan seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan negeri juga perlu memberi perhatian khusus terhadap sektor pengangkutan awam di kawasan luar bandar dan Sentosa ingin membawa perhatian kepada khususnya perkhidmatan bas di Sentosa dan juga di kawasan-kawasan lain perlu disegerakan. Ini adalah kerana masyarakat masih lagi bergantung kepada bas-bas perantara dan sebagainya tidak telah diberhentikan masa Covid. Tuan Speaker, tahniah juga saya Sentosa mengucapkan kepada Kerajaan Negeri yang baru-baru ini telah meluluskan satu pelan 6juta kepada Majlis Perbandaran Klang atas penaik taraf moratorium Majlis Perbandaran Klang di Simpang Lima, permintaan Sentosa pada persidangan yang lalu meminta untuk membuat lebih banyak moratorium Sentosa harap-harap ada perancangan di Kuala Selangor dan juga Rawang dan khususnya di Gombak moratorium perlu di bina untuk kemudahan masyarakat. Yang kedua Tuan Speaker ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menitahkan penguatkuasaan harus diutamakan Sentosa mohon penguatkuasaan yang tegas perlu diambil kepada orang-orang yang suka buang sampah di merata tempat, penyediaan tong sampah perlu disediakan penguatkuasaan dari segi semua PBT perlu memberi tumpuan khas kepada orang-orang yang suka membuang sampah kerana kita mesti pastikan Selangor sentiasa bersih. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Permatang kerana memberi laluan, terima kasih Permatang.
Tuan Speaker, permintaan Sentosa selama 4 tahun ini adalah untuk satu pasar awam di bina di DUN Sentosa tetapi saya secara positif mungkin ada perancangan di peringkat Majlis Perbandaran Klang untuk mengenal pasti tapak dan untuk membina tapak pasar pagi ini kerana tidak ada pasar awam untuk kemudahan masyarakat Sentosa. Tahniah juga saya ingin Sentosa ingin mengucapkan YAB Dato’ Menteri Besar kerana Kerajaan Negeri adalah kerajaan Negeri Selangor adalah satu-satunya kerajaan yang telah membina satu asrama untuk sekolah, untuk ataupun anak murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Midlands baru-baru ini dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana ini adalah satu-satu nya asrama yang boleh menempatkan 200 anak murid yang daripada keluarga-keluarga B40 yang boleh duduk di asrama dan pergi ke sekolah di sebelah asrama. Yang akhir sekali Tuan Speaker, ialah mengatasi masalah banjir Sentosa telah meminta kerjasama kepada semua jabatan untuk membantu mengatasi masalah banjir saya harap Sentosa harap kerjasama ini akan diberikan dalam jangka masa 3-4 bulan ini untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Sentosa. Taman Sentosa adalah satu-satunya taman yang besar di DUN Sentosa dulu sebelum Sentosa diberi nama adalah Andalas tetapi Sentosa DUN Sentosa di tukar nama dari Andalas ke Sentosa memandangkan ada satu taman di besar Sentosa telah bangkitkan penukaran nama Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa. Ini kerana dalam Taman Sentosa ada 25 taman dan saya minta Majlis Perbandaran Klang dan Perancangan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan cepat. Saya tak pernah dengar taman ada 25 taman dalam satu taman. Taman Sentosa perlu dinamakan ataupun dinaiktarafkan dengan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik dan penukaran ini amat diperlukan.
Tuan Speaker, memandangkan Persidangan Dewan kali ini adalah terakhir bersidang sebelum kita berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri, Sentosa ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga DUN Sentosa, NGO-NGO Sentosa, Pengerusi-pengerusi Rumah Ibadat, dan serta warga yang telah memberi saya peluang berkhidmat untuk mereka dan menjalinkan satu kerjasama yang sangat erat di peringkat komuniti. Selain daripada itu, terima kasih juga saya ucapkan kepada semua agensi kerajaan terutamanya MPK JPS, JKR, MBSA,KDEB, PDRM dan juga PKD, Bomba dan lain-lain penjawat awam yang telah berganding bahu bersama saya bagi memastikan permasalahan rakyat diselesaikan secara harmoni dan tuntas.
Akhir kata saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin bin Shari dapat meneruskan kecemerlangan pemimpin memimpin Negeri Selangor untuk terus unggul di samping memartabatkan rakyat Selangor, izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan satu rangkap pantun, boleh Tuan Speaker Kuning warna bunga cempaka,
harum sungguh pohonnya tinggi Taat Raja Setia Negara, Lambang teguh jati diri, Sentosa menjunjung kasih, Mohon menyokong sekian terima kasih.
Saya persilakan Permatang.
Bismilahhirramnirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, syukur Alhamdulillah lah dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya berdiri sekali lagi di Dewan yang mulia ini bagi membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Tuanku Sultan Selangor serta Tengku Permaisuri Selangor yang mencemar duli hadir di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Keenam Dewan Negeri Selangor Ke-14. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Timbalan Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk berbahas pada hari ini, pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang telah berjaya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor ke arah yang lebih responsive berdasarkan kejayaan kutipan hasil negeri yang mencapai RM 2.533 billion dan merupakan tertinggi dalam tempoh 6 tahun. Tahniah sekali lagi diucapkan ini menunjukkan bahawasanya Negeri Selangor Darul Ehsan kekal menjadi co-centre dalam pertumbuhan ekonomi Negara dengan menawarkan banyak potensi ekonomi pelaburan serta mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada rakyat semangat kita Selangor maju bersama telah menjadi pemangkin terbaik Kerajaan Negeri melibat gandakan lagi segala usaha agar kutipan hasil ini dapat terus dipertingkatkan setiap tahun. Hasil kutipan negeri yang tinggi dapat digunakan untuk perancangan pembangunan negeri serta dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif bantuan serta program yang bermanfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Tuan Speaker, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menzahirkan rasa sukacitanya berkenaan 46 inisiatif yang diperkenalkan dalam Iltizam Selangor Penyayang. Iltizam Selangor Penyayang telah menjadi kerangka utama dasar negeri bagi membantu rakyat dalam pelbagai bidang, Permatang juga gembira apabila 46 inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa bagi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Pertamanya kita saya ingin membawa berkenaan qouta RiDE kepada DUN, khusus untuk golongan B40.
Tuan Speaker, Program Roda Darul Ehsan telah mula diperkenalkan sejak tahun 2020. RiDE adalah bantuan subsidi RM350.00 khusus kepada anak muda yang ingin mendapatkan lesen memandu kelas B2 namun setakat ini keberadaan program ini tidak dapat dinikmati khususnya di kawasan Permatang. Di tahun 2023 Permatang mencadangkan pemberian kuota berserta peserta RiDE di setiap DUN. Kita tidak
mahu inisiatif RiDE ini hanya dinikmati oleh golongan belia di kawasan tertentu sahaja dan meminggirkan golongan kawasan luar bandar. Mekanisme pelaksanaan program RiDE ini juga harus lebih jelas serta ditambah baik agar dinikmati oleh anak muda di seluruh DUN Selangor.
Seterusnya, Pendigitalan Permohonan SMUE dan SMIS Bagi Mempercepatkan Tempoh Kelulusan Permohonan. Tuan Speaker, Permatang ingin menyentuh berkenaan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dinaikkan nilai voucher nya menjadi RM150.00 mulai tahun 2023. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas peningkatan nilai voucher ini. Di samping itu, terima kasih juga kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah memperkenalkan Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS) Khas untuk golongan OKU. Pembaharuan ini menunjukkan kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa prihatin menghargai golongan OKU. Semalam, Yang Berhormat Kota Damansara di dalam bahas ada menyebut tentang ‘Kelulusan Permohonan SMUE yang Mengalami Kelewatan’. Permatang juga bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Kota Damansara agar kelulusan permohonan SMUE dan OKU ini atau SMIS ini dapat dipercepatkan. Jika dikaji, tempoh tiga (3) bulan itu adalah agak lewat dalam era digitalisasi ini, seharusnya kerajaan negeri memikirkan kaedah yang terbaik bagi mempercepatkan sesuatu permohonan. Kelewatan kelulusan ini boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap dasar kerajaan negeri. Permatang mencadangkan agar dapat dibangunkan satu aplikasi khas bagi permohonan SMUE dan SMIS. Sebagai contoh kaedah yang kita gunakan untuk Insurans Am Selangor atau INSAN melalui wave pay boleh dipraktikkan dalam permohonan SMUE dan SMIS ini. Permohonan INSAN ternyata lebih mudah dan cepat.Pendigitalan permohonan SMUE dan SMIS ini merupakan kaedah yang terbaik bagi membantu mempercepatkan permohonan serta mengelakkan kelewatan dan selepas pemberian voucher dibenarkan tanpa mengikut bulan kelahiran terdapat peningkatan permohonan secara mendadak di DUN Permatang. Ini menunjukkan bahawa program SMUE ini telah mendapat sambutan yang sangat baik terutamanya selepas Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerajui negara. Keempat, isu Kacau Ganggu Lalat Sistem Reban Tertutup Di Semua Daerah. Tuan Speaker isu Alam Sekitar dan Kebersihan juga sering menjadi topik utama di kawasan Permatang terutamanya di sekitar Sungai Terap. Faktor kewujudan kilang-kilang ternakan ayam telah menimbulkan isu pencemaran bau dan isu kacau ganggu iaitu lalat. Di kawasan Permatang terdapat banyak aduan yang telah kita terima berkenaan isu kacau ganggu lalat terutamanya sewaktu harvesting atau pun sewaktu musim tuaian yang melanda penduduk telah memberi justifikasi yang tidak baik kepada PBT, terhadap pemantauan mereka kepada kilang-kilang yang beroperasi. Saya faham banyak agensi yang terlibat di dalam isu lalat ini atau pun isu reban ayam ini dan kita mengharap semua agensi-agensi yang terlibat itu mengambil perhatian selain daripada veterinar, PBT dan semua yang terlibat supaya mengambil perkara ini sebagai suatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana lalat adalah pembawa penyakit. Dan setiap kali harvesting, dan setiap kali itulah lalat akan banyak. Jadi kita
mengharapkan satu kaedah atau satu cara yang sesuai atau pun dikuatkuasakan agar reban ayam secara moden perlu dipraktikkan kepada semua pengusaha ayam ini. InsyaAllah bagi mengatasi isu ini, Permatang cadangkan Sistem Reban Tertutup dikuatkuasakan sepenuhnya di setiap Daerah. Sistem Reban Tertutup ini lebih bersih, serta dapat mengelakkan ketidakselesaan penduduk kerana di lengkapi kawalan suhu dan kelembapan dan menggunakan sistem penyaman udara. Jadi jika sistem Reban Tertutup ini diwajibkan kepada pengusaha ternakan ayam. Maka ia dapat mengatasi masalah pencemaran bau, dan isu kacau ganggu lalat yang telah melanda penduduk sekian lama.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas program Jelajah Ehsan Rakyat di mana saya kira ini adalah satu.. sebuah negeri yang mampu memberi rakyatnya hidup dengan selesa dan dengan membolehkan mereka membeli barang dengan harga yang lebih jimat dan dengan sembilan (9) trak yang bergerak setiap hari di setiap DUN saya kira ia telah memenuhi apa yang kita sebut sebagai ‘meringankan beban rakyat dalam mendapatkan barang keperluan harian’. Insya Allah setakat ini program yang kita laksanakan di Permatang, sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik, memberangsangkan daripada semua penduduk setempat dan barang selalunya habis dijual. Selain daripada itu, Tuan Speaker akhirnya kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 sebagai hala tuju utama negara. Membawa negara ke arah yang lebih dihormati. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kerajaan Selangor kerana telah turut menerapkan nilai Madani ini sejak tahun 2008 lagi seperti jawapan Dato’ Menteri Besar pagi tadi untuk soalan Yang Berhormat Kota Anggerik. Selain daripada itu saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Serdang kerana telah berjaya melaksanakan satu program yang kita sebut kan sebagai ‘SIWANIS’ dalam memberdayakan wanita dalam masa kita mahu mengangkat martabat wanita itu dan menjadikan wanita itu sebagai ‘Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi’ dengan kaum lelaki dan meletakkan 30% sebagai pembuat dasar dalam apa-apa jua bidang sama ada politik, ekonomi, selain menjadi yang selalu saya sebut adalah sebagai ‘Pemimpin atau pun Pemimpin ekonomi dalam keluarga. InsyaAllah saya yakin apa yang saya bahaskan ini mendapat perhatian sepenuhnya oleh kerajaan Selangor dan insya Allah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Permatang yang telah memberi peluang kepada saya untuk mewakili mereka, membawa suara mereka ke sidang Dewan selama 5 tahun dan ini merupakan sidang terakhir saya di sini terima kasih kepada semua agensi di Daerah Kuala Selangor yang telah banyak membantu saya, memberi ruang, memberi peluang setiap perbincangan sangat mudah dan tidak ada kesukaran langsung dalam saya berhubung dengan semua agensi kerajaan . Insya Allah dan kepada semua terima kasih sekali lagi dan dengan ini saya Permatang menyokong Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor. Wabillahitaufik, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.
Silakan Kampung Tunku.
Tuan Timbalan Speaker bagi sikit pada wakil-wakil parti lain. Jangan asyik sebelah sana sahaja. Saya ni berjuang sorang-sorang ini kawan sebelah dah tiada.
Tak apa, tak apa Kampung Tunku ringkas sahaja. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor atas Iltizam Selangor Penyayang yang merangkumi 46 program dan inisiatif meliputi pendidikan, kebajikan, perumahan, pembangunan modal insan dan kesihatan untuk memperkasa rakyat Selangor. Ingin saya menjemput Ahli-Ahli Dewan untuk mengimbas kembali kepada tahun 2019 di mana kerajaan negeri telah menjalankan penjajaran semula Program dan inisiatif kerajaan negeri. Melalui penjajaran semula kerajaan negeri telah memperhalus matlamat dan kumpulan sasar setiap program untuk memastikan jumlah peruntukan berpatutan dan bantuan yang tepat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Hasilnya dalam tiga tahun kita melawan pandemik Covid 19, penjajaran semula ISP telah membantu rakyat Selangor untuk mengharungi cabaran dan kita berjaya meningkatkan lagi nilai bagi skim-skim seperti Skim Mesra Usia emas (SMUE), Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) dari RM100.00 kepada RM150.00 dan KISS telah diubah menjadi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dari RM200.00 ke RM300.00. Ahli-Ahli Dewan pula dibekalkan RM100,000.00 untuk program bakul makanan yang dilaksanakan dalam dua fasa. Penyelia Pusat Wanita Budaya (PWB) diberi juga peruntukan untuk membeli susu, lampin bayi serta untuk yang dewasa. Kerajaan negeri juga telah meningkatkan tahap digitalisasi tanpa melupakan golongan peniaga dan penjaja kecil. Platform Selangor (PLATS) dan e-bazaar perayaan telah diwujudkan oleh MBI Selangor dan SIDEC . Sekarang banyak pasar pagi dan pasar malam di Selangor menggunakan ewallet dan QR Code. Di DUN Kampung Tengku pasar pagi SS2 mempunyai pelbagai pilihan ewallet seperti MAE (Maybank), Boost, Grabpay Touch N Go, Shopee Pay dan Bonuslink. Transaksi bertambah laju, warga emas tidak perlu membawa dompet dan kadar petty cash menurun. Kesemua ini tidak dapat dilakukan tanpa penjajaran semula Program pada tahun 2019. Wang yang dijimatkan semasa tahun 2019 menjadi safety net (dengan izin) bagi menjaga kebajikan rakyat Selangor semasa Covid. Dan saya kira ini lah semangat urus tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Selangor. Efektif, berpandangan jauh sebelum dan sepanjang 3 tahun pandemik. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah pencapaian hasil terkini dan perbandingan dengan tahun yang lalu. Saya kira kita akan mendapat jawapan yang baik daripada kerajaan.
Tuan Timbalan Speaker, kita biasa dengan istilah ‘Ibu Tunggal’ tetapi bagaimana dengan ‘Ibu Tinggal’. Pada tahun 2020, saya telah membangkitkan isu ‘Ibu Tinggal’ di mana isteri dan keluarga telah diabaikan tetapi kerana tidak bercerai di mahkamah. Di mata undang-undang dianggap masih berkahwin dan tidak layak memohon untuk skim bantuan kerajaan. Kalau mereka dapat memohon pun atas dasar budi bicara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak patut bergantung pada budi bicara kerana kita ada kuasa untuk mengubah sistem yang sedia ada. Dan maka kita
telah melaksanakan amanah yang diberi pengundi Selangor dengan mewujudkan Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) dengan peruntukan RM1 juta di mana DBGS meliputi kes-kes kekeluargaan dan pekerjaan di bawah Akta Kerja 1955 serta kes-kes yang mempunyai kepentingan awam (dengan izin) cases of public interest. Bagi DBGS kami telah meningkatkan had pendapatan isi rumah kepada RM3,000.00 berbanding RM100.00 hingga RM300.00 yang ditetapkan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan (YBGK) atau Selangor Legal (dengan izin). Ini kerana kita sedari bahawa DBGS dan YBGK mereka terbeban mengendalikan terlalu banyak kes. Jadi sebagai kerajaan negeri yang responsif kita mempermudahkan kerja mereka dengan meluaskan liputan kumpulan sasar. Malah, pada masa ini sedang diperhalusi cara untuk mengambil kes-kes di mahkamah syariah. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Kemuning merangkap EXCO Sosial Ekonomi Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja kerana sudi menerima sebenarnya satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh diri saya dan Yang Berhormat Subang Jaya tentang kewujudan Dana Bantuan Guaman Selangor ini dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat seperti UPEN, Unit Undang-Undang dan akhirnya barisan EXCO kerana terbuka hati menerima idea dan input demi kebajikan rakyat Selangor. Dalam aspek kesihatan awam, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO kesihatan Dr Siti Mariah binti Mahmud dan semua agensi yang terlibat. Semasa tempoh pandemik, saya kira kerajaan Negeri Selangor telah (dengan izin) go above and beyond dalam aspek kesihatan awam. Pelaksanaan ujian saringan percuma dan vaksin percuma Covid-19 di kesemua 56 DUN, vaksin influenza dan pneumococcal percuma kepada warga emas melalui klinik Selcare dan bantuan di Pusat Penilaian Covid dengan izin, Covid Assessement Centre dan pusat-pusat kuarantin di bawah Kementerian Kesihatan perlu diiktiraf dan dihargai. Namun, kita tidak berhenti di situ sahaja. Kita ada Program Selangor Saring yang meliputi penyakit tidak berjangkit. Kesihatan mental juga diberi penyuntik penting dengan pelancaran subsidi rawatan psikiatri melalui Selangor Mental Sihat, Sihat Selangor dan inisiatif ini saya kira memberi rakyat Selangor dengan izin, real tangible help di luar skop talian hayat. Jadi, syabas dan terima kasih. Biarpun negara dalam fasa endemik COVID-19, saya harap Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan program dan inisiatif kesihatan awam sedia ada dengan perspektif dengan izin, disaster risk management. Tidak mustahil kita mengalami pandemik global sekali lagi seperti SARS pada tahun 2003 dan juga Covid. Oleh itu, dalam masa aman kita harus mengambil langkah strategik dari aspek kesedaran, pemerkasaan kapasiti dan pengurusan bekalan. Perancangan bandar dan desa juga harus berubah. Contohnya kerana Covid kita sedar bahawa pengaliran pengudaraan dalam bangunan dan penyediaan air bersih amat penting untuk pencegahan. Adakah kita mengamalkan pengajaran-pengajaran ini kepada bangunan sedia ada dan projek pembangunan baru. Kertas putih DHL pada tahun 2021 bertajuk dengan izin, “Revisiting Pandemic Resiliance. The race against the virus, what we’ve learned one year into COVID and how the world’s health care supply change will be ready for the next public health emergency?” yang dibentangkan di Pertubuhan Perdagangan Sedunia telah menggariskan langkah-langkah strategik yang berteraskan
pencegahan dan pengesanan awal, pembendungan dan kapasiti membekalkan ubat. Ada yang kita di Selangor telah laksanakan contohnya dengan adanya aplikasi Selangkah. Tapi dalam ketiga-tiga teras yang dilakarkan dalam kertas putih DHL, sektor kajian dan penyelidikan (research and development) dengan izin, merupakan elemen yang sangat penting. Oleh itu, Kampung Tunku ingin sarankan agar Kerajaan Negeri memperkasakan sektor R&D kesihatan dengan aspek diagnostik, terapeutik dan penghasilan vaksin mungkin di bawah Selcare Diagnostik Sdn. Bhd. Pada masa ini, Selcare Diagnostik memproses ujian darah dan kencing dan bakal menyediakan ultra sound tetapi saya kira we can go further, dengan izin. Klinik Selcare juga memainkan peranan penting dalam pemerkasaan perkhidmatan kesihatan awam Kerajaan Negeri Selangor. Pengumuman inisiatif vaksin penggalak COVID-19, influenza dan juga pneumococcal diterima baik oleh rakyat Selangor. Namun, saya telah mendapat maklum balas daripada penduduk Kampung Tunku kadangkala mereka memanggil Klinik Selcare tak ada orang yang jawab dan apabila ada jawapan ada ketidakpastian sama ada vaksin akan, bila vaksin akan tiba. Jadi, saya kira layanan sebegini macam menidakkan usaha dan niat murni Kerajaan Negeri. Saya kira perkhidmatan Klinik Selcare dan semua perkhidmatan baik bawah Selcare ataupun Selgate Corporation haruslah tip top dengan izin, untuk menjaga nama baik Kerajaan Negeri Selangor.
Kepada isu seterusnya, ramai Ahli Dewan telah membahas isu perubahan iklim termasuk banjir. Namun, saya kira kita harus perkasakan bantuan kecemasan dalam jam-jam awal apabila bencana melanda. Contohnya protokol penyelamatan termasuk evakuasi OKU mereka yang buta dan pekak, orang sakit terlantar ataupun pesakit kronik yang perlu diberi perhatian khas semasa di pusat penempatan sementara. Selain itu, mengikut langkah inisiatif Menteri Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Fahmi Fadzil untuk menyediakan perkhidmatan internet semasa kerja penyelamatan tanah runtuh Batang Kali, saya kira Unit Pengurusan Bencana Negeri juga patut ada SOP capaian internet sekiranya ada bencana. Akhirnya, belia. Pada hari Sabtu yang lepas, PEBS DUN Kampung Tunku telah menganjurkan Bengkel Kewartawanan Belia. Dalam ucapan pembukaan, saya telah menyentuh tentang kepentingan menulis ataupun melaporkan sesuatu peristiwa dengan adil dan beretika tanpa membelit fakta dan mengeluarkan fitnah. Kita melihat sekarang ramai belia suka mencipta content sosial media sama ada di Twitter, Instagram, Tiktok dan sebagainya. Tak kurang yang ada impian menjadi influencer. Dalam pada kita menyokong impian anak muda yang ingin menjadi influencer, kita harus mendidik mereka supaya menjadi influencer yang bertanggungjawab supaya mereka tidak mempromosikan produk yang tiada kelulusan contohnya ataupun dimanupulasi menjadi alat propaganda kebencian dan salah faham antara kaum, agama oleh parti-parti tertentu. Oleh itu, Kampung Tunku berharap Kerajaan Negeri melalui Dasar Belia Selangor akan merancakkan lagi pendidikan, kecelikan digital dan media. Dan, akhirnya paling akhir ialah mengenai isu wanita. Kajian Institut Darul Ehsan menunjukkan bahawa dalam rumah tangga, wanita atau ibu memainkan pengaruh yang sangat kuat dalam menentukan hala tuju politik ahli keluarganya. Namun, penglibatan wanita dalam
politik dan pembuatan dasar masih rendah. Jadi, saya kira Kerajaan Negeri kita harus bersungguh-sungguh memberi peluang kepada wanita dalam badan pembuat dasar di jabatan dan agensi di PBT supaya kita bukan sahaja dapat memupuk lebih ramai pemimpin wanita tetapi dapat mendidik mereka supaya celik politik dan menggalakkan menjadi influencer kepada keluarga mereka supaya menyokong politik matang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan Selangor.
Dan paling terakhir isu keganasan rumah tangga. Saya baru berjumpa dengan Women’s Aids Organization di mana mereka memberitahu saya bahawa kadar panggilan mengenai keganasan rumah tangga masih setinggi zaman pandemik. Oleh itu, saya kira Kerajaan Negeri perlu melakukan sesuatu mungkin dengan inisiatif Geran Rumah Perlindungan dan di sini saya ingin tanya Kerajaan Negeri berapa rumah perlindungan telah memohon untuk geran ini, berapa peruntukan yang telah digunakan dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk fill in the gap dengan izin, perhubungan anak lelaki? Ini kerana jika ibu bersama anak dimasukkan ke rumah perlindungan biasanya anak lelaki akan dipisahkan. Jadi, saya ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri berniat untuk mempertimbang masalah ini. Jadi, setakat itu perbahasan Kampung Tunku. Terima kasih semua yang mendengar dan Kampung Tunku menyokong. Terima kasih.
Baik, Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam mesra dan salam madani. Terima kasih Tuan Speaker memberi saya peluang untuk menjunjung kasih titah tuanku DYMM Sultan Selangor. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah sub-sub pimpinan Negeri Selangor yang telah memajukan Negeri Selangor sebagai negeri yang paling maju di Malaysia dan juga sumbangan terbesar kepada KDNK dan juga pertumbuhan ekonomi yang amat bagus. Tahniah pada semua dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli EXCO, Ahli Dewan dan juga semua Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Selangor ini. Banyak perkara IPR Negeri Selangor telah dihuraikan, dibincang dan dibahas oleh banyak yang Ahli-Ahli Dewan sebelum ini. Jadi, Ijok tak mahu menyentuh itu semua Ijok mahu menyentuh kepada masalah tajuk alam sekitar dan kesan alam sekitar yang telah dititah oleh DYMM Sultan Selangor kemerosotan alam sekitar. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu alam sekitar ini amat penting kepada hidup manusia, masyarakat sebab kemerosotan alam sekitar akan menjejas hidup kita dari segi kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan banyak pembahas telah blame the climate change. Itu sesuatu yang kita tak boleh control. Ini semua kuasa Allah subha wataala. Tetapi kita sebagai manusia kita boleh meredakan atau mengurangkan efek perubahan iklim kepada alam sekitar kita. Alam sekitar pada saya merangkumi banyak. Saya nak sentuhkan kepada just a few factors. Alam sekitar pencemaran boleh berlaku di udara, di tanah dan di air. Udara, kadang-kadang dah 10 tahun saya bincang dan bahas tentang pencemaran alam sekitar di Dewan. Don’t we have the political will untuk
mengurangkan pencemaran udara? Macam sumber dari kilang-kilang haram. Di Ijok tu banyak kilang-kilang. Mana pemantauan? Kadang-kadang tindakan ambil, lepas tu dua tiga minggu mula balik. Inilah Ijok harap tindakan tegas, rampasan tanah, tutupkan kilang-kilang yang mencemarkan alam sekitar. Saya amat sedih. Yang separuh pengusaha tu boleh cakap ini semua sudah “kawtim”. Adakah elemen rasuah pada penguatkuasaan? Itu terpulang pada Ahli Dewan untuk fikir tentang ini. Dah 10 tahun saya bangkitkan dan juga saya harap Negeri Selangor akan start mengurangkan karbon dari segi kenderaan awam dan juga kenderaan-kenderaan biasa mengurangkan cara-cara. Pencemaran tanah, pembuangan sampah. Ini satu pencemaran. Tetapi dah banyak kali kita bincang pembuangan sampah haram. What happened? Macam tak ada penguatkuasaan, tak ada pemantauan. Are we a weak government that we cannot look after this litter problem? Kalau pergi ke luar negara, saya tengok belakang di jalan-jalan raya di pekan-pekan tak ada sampah haram atau sampah buangan. Sampah ini menimbulkan masalah takungan air. Tadi kita dah cakap tentang denggi, penyakit tetapi there is no solution yet. Amat sedih. Dah 10 tahun saya ingat orang tahu saya bangkitkan tentang pembuangan sampah. Di Ijok, saya ingat kadang-kadang buat apa kita bahas sini kalau benda-benda yang sepatutnya kita boleh mampu lakukan tidak ada kesan.
Tadi Permatang telah bangkitkan bau ternakan ayam. Di Ijok pun ada bau ternakan ayam di Parit Mahang. Kita banyak kali Ahli-Ahli ke luar negara tengok cara-cara mereka macam mana mereka mengendalikan. All these industry and yet we come back buat apa? Seronok pergi overseas saja. Lagi satu saya nak bangkitkan pencemaran air. Air memang satu sumber yang menentukan kesihatan. Saya sebagai doktor air is very important. Cara-cara kita mengendalikan loji-loji. Saya nak tanya adakah kita yakin dengan air yang kita buka paip minum tu? Saya dah bangkitkan. Banyak Ahli Dewan ada filter di rumah kadang satu, dua, tiga. Ini tak ada yakin, kita gelakkan. Ya, Kelantan, Terengganu air merah tetapi yakinkah kita dengan air minum air paip kita?. Ini saya nak bangkitkan ada satu masalah air pencemaran air. Kita pakai klorin untuk mematikan kuman dalam air kita. Betul kan?. Kalau kita buka paip, paip kita bau klorin. Kita ingat safe. Tetapi tahu kah Ahli Dewan klorin ini ialah satu chemical. Dia boleh interact dengan sumber dia jadikan kloroform ialah satu chemical satu kimia yang akan menjejaskan kesihatan. Menimbulkan kanser dari blader. Menimbulkan masalah pada ibu-ibu yang mengandung. Ini ada kajian dah lama. Menimbulkan keguguran pada ibu yang mengandung. Menimbulkan anak yang kecil dilahirkan. Tetapi adakah kita memantau sebagai negeri yang amat maju di Malaysia. Meletakkan kimia di dalam air minuman kita. Itu satu. Ada kita memantau air yang kita minum itu bersih dan free from all these unwanted chemical. Kita ada teknologi di luar negara. Memantau air kita on time real time. Tetapi di sini, negeri yang maju saya dapati satu tempat, lab yang boleh tengok ini semua satu saja dan bila dah di test didapati tak berapa elok dia mengambil masa kadang-kadang berjam, kadang-kadang berhari-hari. So, pada sayalah mungkin Negeri Selangor think out of the box untuk kesihatan masyarakat di Negeri Selangor. Simple. Adakah kita yakin dengan air yang kita minum hari-hari. Basuh baju lama-lama kuning. Tapi air itu you
minum. Pencemaran udara. Letak kereta di luar dalam dua tiga hari berhabuk. Saya nak buat satu cerita. Saya anak adalah seorang asthmatic. Masa di Malaysia dia makan ubat. Dia kena pakai ubat. Tetapi 13 tahun dia duduk di Canada, saya baru jumpa dia last year, dia kena athma cuma sekali dalam masa 13 tahun. Kena pakai ubat. So are we proud of our environment? Ini saya nak lontarkan soalan ini kepada Kerajaan. We are guilty of our own environment. Pencemaran dan environment kita. Because kita boleh buat. Kita tebang pokok for development but they consider development. Kita buat development, rumah. Banjir, kesesakan lalu lintas, lagi pencemaran udara. Itulah sebab Tuanku telah bertitah alam sekitar kita kena ambil serius lagi-lagi dari segi penguatkuasaan and also tindakan yang tegas untuk orang-orang yang merosakkan alam sekitar, merosakkan kesihatan kita. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukkan bajet untuk kesihatan yang besar. Selama 10 tahun ini kali yang amat besar RM65 juta iaitu lebih kurang 5% kepada total bajet negeri. Inilah apa yang dikehendaki oleh WHO. Memang banyak duit kita pakai untuk kesihatan tetapi apa saya nak saya harap Negeri Selangor memantau perbelanjaan duit yang kita diberikan. What happen to the money. Semalam Sijangkang bangkitkan apa jadi hospital kita. Duit dah bayar mungkin dah bayar kepada consultant. Jangan jadi macam Hospital Tanjung Karang. 15 tahun baru siap daripada planning. Membina hospital bukan senang. Kita pakai duit rakyat and what is our aim. 5 star atau untuk membantu rakyat untuk kesihatan. How to maintain. Itu sebab hospital kerajaan maintenance is a problem. Duit siapa. Saya nak tahu what is the status of hospital yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor. Because kita tak nak membazirkan duit. Bukan senang nak pastikan dan beri penjelasan pada rakyat. Dan juga what is the KPI untuk program kesihatan kita. Sampai tak tahap saranan kita. Contohnya kita punya Kad Peduli Sihat. Do we achieve our gol? Kita punya vaccination program kita beli capai tak? Sebab ubat-ubat kita beli ini ada expiry date. Kalau kita tak pakai we just throw money in the drain. Test-test yang kita beli, COVID test. Do we do or did COVID test yang kita beli? Mereka juga ada expiry date. Benda-benda yang kita beli saya bangkitkan. SPV test untuk cancer serviks yang saya kata.....
Yang Berhormat, landing cepat.
Memang tak betul. Jadi saya harap Negeri Selangor set a committee. Set KPI. Menjaga kesihatan adalah hak asasi manusia, hak rakyat. Macam pendidikan juga. Jadi, mungkin committee atau jawatankuasa check our spending on health program. Who are our advisor and how we spend money. Jadi itulah saja dari Ijok. Banyak lagi Ijok nak bangkitkan. Dah 10 tahun Ijok bangkitkan tetapi saya haraplah Kerajaan Negeri Selangor ambil tindakan sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada warga Ijok, Jabatan Kerajaan di Ijok, Tok Penghulu, Ahli Majlis dan juga Dewan untuk menyokong saya semasa saya jadi wakil rakyat. Sekian ribuan terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Ijok. Terus usaha kuat ya. 10 tahun. Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pandamaran ingin menyentuh 5 perkara pada sidang ini. Perkara pertama adalah banjir kilat. DUN Pandamaran sering dilanda banjir kilat. Walaupun banyak projek tebatan banjir diusahakan oleh JPS atau pun MPK malah banjir kilat tetap berlaku. Pandamaran percaya banjir kilat ini disebabkan oleh perubahan iklim kebelakangan ini. Oleh sebab perubahan iklim Pandamaran ingin menyeru Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlulah bekerjasama untuk memastikan JPS atau PBT dapat mengkaji sistem perparitan sedia ada. Pandamaran berpendapat bahawa sistem perparitan sedia ada di DUN Pandamaran iaitu Parit Mata Kucing, Parit Persiaran Seraya sehingga Kunci Air Teluk Gadung, Sungai Aur, Perparitan sepanjang Taman Aur ke Kunci Air Kelab Yatch Pelabuhan Klang perlu di naik taraf atau didalamkan atau dilebarkan. Pandamaran berpendapat sebegini kerana terdapat beberapa kawasan di dalam DUN Pandamaran iaitu Taman Setia Klang, Taman Bayu Perdana, Taman Aur, Taman Petaling Indah, Taman Palm Grove, Taman Chi Liung Klang, Taman Chi Liung Pandamaran, Taman Aur, kawasan 3 dan Lorong Chiniah Kampung Pandamaran, Taman Tengku Bendahara Azman sering berlaku banjir kilat. Dan kawasan ini diperlukan beri perhatian. Selain itu, pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah St Anne Convent Pelabuhan Klang, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah juga mengalami banjir kilat. Maka Pandamaran harap pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Tempatan iaitu MPK jangan kedekut dan dapat memperuntukkan bajet yang secukupnya untuk JPS atau MPK untuk menjalankan projek tebatan banjir yang dapat menangani isu banjir kilat. Pandamaran ingin membawa isu projek tebatan banjir taman Bayu Perdana yang dikendalikan oleh MPK. Projek tersebut sepatutnya mula pada 14 Januari 2022 dan sepatutnya siap pada 15 Disember 2022. Akan tetapi projek ini masih tiada perkembangan ataupun belum siap kerana kontraktor tidak menempah pam air pada tahun tersebut. Dan hanya menempah pam air pada 3 Januari 2023. Pandamaran tidak tahu sebab kenapa lewat dan ini telah melambatkan projek tersebut. Pandamaran juga difahamkan pam air yang ditempah itu hanya akan sampai ke Malaysia dalam 22 minggu iaitu selama 5 hingga 6 bulan. Pandamaran sangat tidak puas hati dan harap MPK dapat mengambil tindakan yang keras dan sewajarnya terhadap kontraktor tersebut. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pandamaran tidak dapat tidur lena dan percaya begitu juga dengan Pelabuhan Klang. Kami berdua sering berhubung dengan JPS dan MPK untuk meninjau keadaan banjir kilat. Betul tak Pelabuhan Klang?. Pandamaran betul-betul harap Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Tempatan dapat memperuntukkan dana yang secukup. Jangan terlalu kedekut. Saya ulang sekali lagi jangan terlalu kedekut untuk menangani isu banjir kilat.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara yang kedua ingin Pandamaran bawa adalah berkaitan dengan banjir kilat juga. Iaitu bantuan kewangan bencana. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Taman Melawis telah mengalami banjir kilat pada 17 November 2022 semasa Pilihan Raya Umum ke 15 dan ramai mangsa telah memohon bantuan kewangan bencana. Malah bantuan ini masih belum diturunkan pada akhir bulan Februari 2023. Pandamaran difahamkan bantuan ini perlu 7 pegawai ataupun pengarah untuk menandatangani atau meluluskan. Ini telah menyebabkan proses dilambatkan pembayarannya. Jadi Pandamaran harap proses kelulusan dapat dipermudahkan dan dapat dipercepatkan. Janganlah biarkan mangsa banjir menunggu lama. Sebab dah tiga bulan empat bulan tidak sampai lagi. Jadi mangsa akan kejar dengan Pandamaran. Jadi harap segala proses dapat dipermudahkan. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin memuji Ops J-Force bagi MPK bagi bulan Mac 2023. Ops J-Force ini menumpu terhadap kutu-kutu sampah yang degil di daerah Klang. Daerah Klang sering digelar sebagai bandar yang paling kotor malah orang yang sentiasa buang sampah adalah orang tempatan. Apabila nasihat dan kempen kesedaran tidak berfungsi maka penguatkuasaan diperlukan. Pandamaran berterima kasih dan syukur kepada pihak MPK kerana telah mengambil langkah untuk menubuhkan J-Force untuk menangkap kutu-kutu sampah. Pandamaran harap denda yang dikenakan mestilah berat iaitu denda sebanyak RM1,000.00 dan jangan ada pengurangan. Kerajaan perlu memberi pengajaran kepada kutu-kutu sampah ini supaya daerah Klang dapat menjadi bandar yang bersih. Pandamaran menyeru MPK dapat memberi fokus kepada kawasan Kampung Baru Pandamaran dan Pekan Pelabuhan Klang ya, sebab ia di bawah DUN Pandamaran (ketawa). Ini dapat menarik pelancong-pelancong ke kawasan tersebut dengan kenangan yang baik dan manis.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara yang keempat adalah keadaan parkir kenderaan berat yang semakin merisaukan di tempat-tempat rumah kediaman. Pandamaran menerima khabar bahawa ada kemalangan maut yang mengaitkan kenderaan berat parkir di tepi jalan, Jalan Raja Lumu berhampiran dengan Lorong Chinniah pada tahun lepas. Pandamaran mendapati pemandu kenderaan berat biasanya membawa kenderaan itu balik ke rumah berhampiran dan memarkir di tepi jalan. Apabila penduduk mengadu kepada pihak berkuasa seperti MPK ataupun JPJ, alasan mereka hanya dapat mengeluarkan kompaun ataupun saman dan tidak dapat menarik kenderaan berat tersebut kerana tiada kenderaan towing. Jadi, sekadar kompaun tidak dapat menakutkan pemandu ataupun pemilik kenderaan berat. Mereka akan terus parkir di kawasan rumah kediaman. Pandamaran amat harap pihak MPK ataupun JPJ perlulah lebih proaktif iaitu mencari cara untuk mendapat kenderaan towing supaya pemandu dan pemilik takut dan perlu bayar kompaun saman yang lebih berat dan justeru dapat mengurangkan perkara parkir kenderaan berat di kawasan tempat kediaman berleluasa dan tiada kehabisan.
Tuan Speaker, perkara yang terakhir Pandamaran ingin membawa adalah isu peneroka Jalan Papan. Isu peneroka Jalan Papan sudah berlarutan sejak tahun 1997
sehingga hari ini. Pandamaran sangat kecewa dan tidak puas hati isu ini tidak dapat diselesaikan selama 26 tahun. Peneroka juga risau mereka akan kehilangan hak pampasan mereka. Pandamaran ingin mengetahui status terkini dan apakah tindakan Kerajaan Negeri dapat membantu peneroka ini dapat pampasan dan mempercepatkan proses pembangunan Jalan Papan Pandamaran ini. Akhir sekali, Pandamaran ingin menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Akhirnya, memandangkan kawan saya kerap kali bangun, tidak dapat berucap sampai dia tak nak datang terus...
Yang Berhormat Jeram nak berbahas ke? Kalau tidak saya beri peluang kepada yang lain.
Saya beritahu Tuan Speaker ini kenyataan betul. Dua (2) penggal, dua (2) sidang lepas pun Speaker tidak bagi saya berbahas, ini...
Sekarang saya dah bagi.
Saya hendak beritahu lah ni.
Okay.
Jadi, bila kita dah bagi peluang ni, kita dah bagi bercakap, bagi lah, dengar saja lah. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Ada beberapa perkara yang saya ingin membawa di mana yang pertama ialah Program Inisiatif Peduli Rakyat. Saya ucap tahniah dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor walaupun saya bukan lagi dalam pihak Kerajaan tetapi saya nampak kebaikan ataupun program yang memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Jadi, bukan sikit, satu jumlah yang besar ataupun pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor jadi saya ucap tahniah dan terima kasih tetapi kalau Pilihan raya Negeri, kalau kami ambil alih, InshaAllah mungkin lebih daripada itu kita boleh bagi lah.
Kami itu siapa?
Jangan mencelah. Nombor dua (2), saya hendak memohon kepada Yang Berhormat EXCO, dasar-dasar baru yang EXCO buat dalam tempoh lima (5) tahun. Dalam soalan mulut bertanya, saya ada
bertanya kepada lima (5) EXCO begitu juga EXCO-EXCO lain mohon berikan apakah pencapaian ataupun dasar-dasar baru yang dibuat. Pagi tadi Yang Berhormat EXCO Pembangunan, Perumahan dan Usahawan telah memberikan. Itu benda-benda yang kita perlu tahu. Apakah dasar selama lima (5) tahun yang baru dibuat supaya kita tahu dan boleh diperbaiki pada masa akan datang. Yang ketiga, untuk makluman semua, dua (2) tahun berturut-turut ataupun lebih kurang empat (4) ataupun lima (5) kali sidang Dewan, saya selalu membangkitkan isu MPKS sehinggakan ada rakan-rakan Yang Berhormat tanya ada masalah ke dengan YDP dan sebagainya, tidak sama sekali. Tetapi sepanjang tiga (3) tahun yang terakhir ini mungkin Yang Berhormat EXCO pun tidak ada sebarang soalan mengenai MPKS kerana perkhidmatannya telah diperbaiki dan pencapaiannya telah memuaskan dan mereka memberikan kerjasama yang baik. Tadi Dato’ SS ada, tetapi mungkin beliau dengar Yang Berhormat Dato’ SS boleh lah fikirkan pegawai-pegawai yang baik, yang bagus ini untuk ditempatkan di tempat-tempat yang terbaik untuk membantu Dato’ SS di peringkat Selangor. Begitu juga dengan JKR, saya ucap terima kasih kepada EXCO kerana selesaikan satu masalah yang mana masalah itu adanya di Kota Anggerik tetapi ia melibatkan kawasan yang penggunanya 90% di kawasan Jeram yang melibatkan bottle neck yang keluar daripada DASH. Terima kasih, saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kota Anggerik telah pun selesai dan dalam proses tender untuk melebarkan jalan. Tetapi, saya ingin bertanya kepada, minta EXCO lah tolong tanyakan kepada JKR Selangor ada satu masalah yang mana saya dah tanya pada JD Kuala Selangor, 14 batang lampu yang di, border di antara MPKS dan juga Puncak Alam yang tidak menyala lebih daripada tiga (3) tahun dan telah mengorbankan dua (2) nyawa waktu malam kerana laluan itu hanya dua (2) lorong, satu pergi dan balik. Dan jumlah kenderaan yang lalu lebih daripada 10,000. Jadi, lampu jalan menyebabkan dua (2) kemalangan maut. Sehingga sekarang belum ada penyelesaian. Saya tanya pada JD Kuala Selangor menyatakan dah beberapa kali hantar, rupanya JKR dia ada department-department yang melibatkan lampu, jalan dan sebagainya. Jadi, minta tolong lah, saya hendak tahu jawapan ini sebab saya tidak boleh tanya direct pada JKR jadi saya minta JD-JD dah ada proof yang mengatakan dah buat permohonan beberapa kali untuk baik pulih itu. Dan 20 lampu jalan yang diberikan oleh EXCO, saya amat berterima kasih kerana masa Kerajaan dulu-dulu, saya pun tidak tahu, tidak pernah adapun satu insentif untuk memberikan lampu jalan walaupun 20 tetapi Ijok mungkin tidak berpuas hati tetapi bagi saya berpuas hati. Kerana 20 yang diberikan oleh Kerajaan tahun ini, mungkin Kerajaan akan datang boleh bagi lebih. Jadi, saya, benda yang baik kita tambah baik. Tidak ada sebarang masalah dan kalaulah, kalaulah Kerajaan yang ada ini terus memerintah mungkin boleh naikkan kepada 25 ke 30
Kalau Yang Berhoemat yang ada sekarang ini?
Sedikit sebanyak ia akan memberikan manfaat kepada rakyat. Seterusnya, saya maklumkan kepada Dato’ SS sekiranya
beliau mendengar, JD Kuala Selangor ini seorang yang selesaikan masalah saya dengan begitu pantas. Saya ambil contoh, bukanlah puji, saya tidak pernah minta apa-apa pun dengan dia (ketawa). Saya nak puji, biasanya kalau saya message lewat malam pukul 12.00 ke atas, pukul 6.30 subuh, bila saya tengok whatsapp, beliau reply, dan pukul 8.00 beliau keluarkan surat dan hantar pada saya. Jadi, maknanya seorang yang bertanggungjawab dan komited. Dia tidak adalah tunggu pukul 8.00, 8.30 baru nak respond, tidak. Pegawai-pegawai macam itu ..
Orang Kerajaan mana tu? Pegawai itu bawah Kerajaan mana sekarang?
Dia Federal, kerja di Selangor. Jadi, Pegawai yang macam itu perlu ditempatkan di tempat-tempat yang bagus supaya dia lebih efisien sekiranya diperlukan. Kemudian, DO Kuala Selangor, saya tidak boleh nak kata lebih sebab baru lagi. Saya, kalau yang betul, yang bagus, saya akan cakap lah. Kalau tak bagus pun saya beritahu. Seterusnya, Sentosa membawa soalan mulut tadi berkenaan topik Sekolah Agama, terima kasih Sentosa. Dan minta Yang Berhormat EXCO tolong fikirkan sebab jumlah penduduk ataupun rakyat kita makin lama makin bertambah, terlalu banyak begitu juga dengan generasi akan datang. Apa yang ada ialah sekarang ini ialah
Yang Berhormat
Dalam Perancangan Bandar ..
Yang Berhormat, duduk sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab Urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan Urusan Dewan saya mempersilakan wakil Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa Usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) Dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.00 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Usul ini dipersetujui. Silakan Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Begitulah, berkenaan dengan Sekolah Agama tadi, mungkin Yang Berhormat EXCO boleh fikirkan sekiranya ada perancangan-perancangan, kalau boleh dekatkan juga mungkin satu (1) ekar sudah memadai bersebelahan dengan sekolah supaya selepas habis sekolah sesi pagi, mereka boleh terus pergi ke sekolah agama. Apa yang ada sekarang ini adalah tapak sekolah sahaja sekolah agama tidak ada khusus. Jadi, mungkin boleh fikirkan, mungkin 10 tahun yang lalu penduduk Malaysia berbanding dengan sekarang ini satu jumlah yang besar, jadi perancangan bandar yang saya tengok di kawasan saya sendiri tidak ada sebarang sekolah agama rendah. Kita hendak bawa sesi pertama tidak boleh sebab sesi pagi pun tidak memadai jumlah pelajarnya. Jadi, mungkin itu, benda-benda yang mungkin Yang Berhormat EXCO boleh bawa pada masa akan datang.
Seterusnya, Yang Berhormat Batu Tiga pun sudah ada, saya hendak ulang sekali lagi Yang Berhormat, saya tidak pasti saya yang tidak sampaikan dengan betul atau tidak, tetapi saya dimaklumkan yang Bahasa Melayu saya A, jadi (Ahli Dewan ketawa), jadi saya hendak beritahu, jelas. Saya hendak minta jasa baik Yang Berhormat sekiranya di kawasan-kawasan Taman yang ada, yang disediakan oleh Pemaju ialah tapak surau. Kita minta tambah baik kepada Pemaju sediakan satu buah surau yang berharga RM150,000.00 sudah cukup. Sebab apa saya cakap macam itu? Sebab ini fair tidak perlu minta yang besar-besar sebab Subuh pun saya tengok dekat Taman pun dalam lima (5) hingga enam (6) orang saja pun. Saya bercakap ini benda betul. Tetapi, mentaliti yang mereka hendak ialah perlu ada surau. Jadi, kita tidak perlu keluar duit MAIS ke JAIS ke, tidak. Kita minta lah developer kan? Kontrak, bagi satu (1) biji surau RM150,000.00 sudah memadai. Kalaulah jemaahnya terlalu ramai, Subuh pun dah penuh sampai keluar, yang itu, EXCO Agama mungkin boleh fikirkan untuk hendak lebarkan, Yang Berhormat ya. Seterusnya, berkenaan dengan Balai Polis, saya sudah pernah bawa lima (5) tahun, saya terpaksa cakap, saya tahu benda ni bukanlah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat. Saya dah pernah jumpa OCPD, saya dah pernah jumpa Ketua Polis Selangor, saya dah pernah pergi ke Bukit Aman untuk bawa suara-suara penduduk kawasan saya. Apa masalahnya sekarang ialah satu ketika itu ada satu pondok polis, sekarang pondok polis itu sudah tutup tahun lepas. Saya minta tambah bina Balai Polis, maknanya mereka tidak peka. Alasan, Kerajaan tidak ada duit. Haraplah Kerajaan Madani ini, Kerajaan Madani, ya Templer ya, harap Kerajaan Madani ini bolehlah membuat sesuatu. Jangan bagi lagi alasan kepada Kerajaan-kerajaan Abahlah, Kerajaan sebelum itu, Kerajaan Abah ke Kerajaan Bossku ke, tidak ada. Kerajaan Madani harap tidak ada lagi alasan mengatakan tidak ada bajet. Malu, malu, kalau tidak boleh bagi pada Kerajaan akan datang, PN ni. Ok, yang terakhir, terakhir. Jadi, saya ucapkan terima kasihlah. Saya ucap terima kasih kepada semua pengundi-pengundi kawasan Jeram kerana memberi peluang, terpilih walaupun
Nak mencelah boleh?
Walaupun saya telah berkhidmat 100%
Jeram
Tetapi bila bertanding Parlimen hilang deposit (Ahli Dewan ketawa). Jadi, bagi saya terpulang kepada mereka-mereka, masih lagi boleh mereka hendak memilih parti bukan memilih individu yang boleh buat kerja. Tetapi akan datang, mungkin mereka terbuka hati untuk memilih individu pula yang mana yang boleh buat kerja dengan baik. Begitu juga kepada Jabatan-jabatan yang ada di daerah Kuala Selangor, pihak Dewan terutamanya Speaker, yang banyak membantu saya, dalam Dewan lain tetapi luar kita lain. Jadi, saya ucap terima kasih. Jadi, ya Pandamaran.
Saya hendak tanya dengan Jeram, bahawa sebelum, Kerajaan sebelum ini adalah bawah Perikatan Nasional tetapi ia tidak bantu juga. Betul tak?
Tak faham.
Tak payah layan, teruskan, teruskan Jeram.
Sebelum Kerajaan ini, adalah Kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin tapi tak bantu jugak. Nak harap untuk pilihan raya akan datang, jangan haraplah.
Yang lepas, Muhyiddin tak betul. Saya bukan favourite pada mana-mana, kita kena cakap betul kata betul, ya Templer, betul ya. Abah, takkanlah nak menipu kan? Jadi kita jangan samakan yang lepas-lepas. Atuk tak tipu. Jadi benda yang tak betul tu kita betulkan. Itu yang saya kata kalau lah Abah tak tolong anaknya, ataupun cucunya, madani perlulah bantu kan janganlah samakan. Kalau lah kata kita ni adil akan memberi kemudian tiba-tiba pulak kata Papa kata kenapa 3 buah negeri ni tidak berikan peruntukan dan sebagainya? Tak bolehlah, dalam manifesto you tak cakap. Kita akan bagi sama rata, sekiranya kerajaan pembangkang akan berikan dana. Tak ada. Tapi saya ucap terima kasihlah walaupun tak banyak Kerajaan Negeri still ... terima kasih. Jadi saya harap itu sahaja ucapan saya pada kali ini. Insya Allah kalau ada rezeki dan peluang PRN akan datang kalau diberi peluang mungkin di sebelah sana. Terima kasih. Assalamualaikum wrb wth.
Sokong la? Sokong usul?. Sokong.
Maaf saya menyokong penuh titah ucapan DYMM Tuanku Sultan.
Bukit Melawati lah.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum wrb wth Salam Kita Selangor Salam Malaysia Madani. Bukit Melawati mengambil bahagian dalam usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah DYMM Tuanku Sultan Selangor. Pertamanya saya mengucapkan syabas kepada pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya para pegawai dan juga kakitangan yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan jumlah hasil kutipan cukai yang mencapai sasaran malah bagi tahun 2022 merupakan telah mencatatkan kutipan cukai yang tertinggi dalam tempoh 6 tahun dan sekali gus menjadi penyumbang terbesar KDNK negara iaitu 24.8 peratus. Adalah penting untuk Selangor terus cemerlang dalam prestasi kewangan ini kerana ini akan menterjemahkan kecekapan dan strategi berkesan pihak pentadbiran dan kepimpinan negeri yang sedia ada dalam mentadbir Kerajaan Negeri yang baik dan cekap. Oleh itu saya ingin bertanya apakah strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan pentadbiran yang cemerlang ini dan jumlah prestasi kewangan yang cemerlang ini jumlah hasil kutipan cukai dapat memenuhi sasaran setiap tahun yang mendatang.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh soal perkembangan industri pelancongan di Negeri Selangor. Kita sudah lalui tempoh perit pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan industri pelancongan sehingga ada yang gulung tikar dan ramai rakyat Negeri Selangor yang telah menganggur dan hilang pekerjaan. Kita telah masuk suku pertama tahun 2023. Oleh yang demikian bagaimanakah sambutan para pelancong di peringkat domestik dan juga antarabangsa yang datang melancong di Negeri Selangor berbanding negeri-negeri yang lain. Berapakah jumlah pelancong yang datang ke Negeri Selangor khususnya di daerah Kuala Selangor pada tahun 2022 berbanding pada tahun 2019 iaitu sebelum tempoh pandemik Covid-19 kerana saya melihat kadar agak perlahan ya, kemasukan atau kedatangan pelancong khususnya dari pelancong antarabangsa, pelancong luar ke Negeri Selangor selepas tempoh pandemik ini. Jadi apakah langkah yang telah diambil dan akan diambil di pihak Kerajaan Negeri untuk menambah dan menarik lagi bilangan pelancong yang datang ke Negeri Selangor. Baru-baru ini Kerajaan Negeri juga ada melalui Exco Pelancongan telah mengetuai delegasi ke ITB, Berlin ya saya sendiri bersama dalam delegasi tersebut dan ini merupakan satu ekspo pelancongan yang terbesar yang melibatkan 161 buah negara dan saya melihat satu potensi yang besar dalam industri ini. Dengan adanya sesi ini pihak Kerajaan Negeri harus mengambil persediaan membuat persediaan yang lebih baik ya, saya lihat perlu adanya persediaan yang lebih baik dengan pihak Tourism Malaysia dan juga pihak MATTA ataupun Malaysian Association of Tour and Travel Agents dalam menjalinkan rangkaian pemain industri di luar negara khususnya di negara-negara Eropah untuk mempromosikan Selangor. Saya ucap terima kasih kepada YB. Kajang kerana turut mempromosikan sky mirror
dan Kelip-kelip Kampung Kuantan semasa sesi lawatan ini. Justeru itu apakah bentuk Kerjasama ataupun hasil positif daripada lawatan tersebut yang dapat membantu ke arah peningkatan kedatangan pelancong Eropah khususnya dan antarabangsa ke Negeri Selangor. Bukan itu sahaja tetapi bagaimana Kerajaan Negeri dapat menggalakkan mereka untuk berbelanja di negeri kita ini yang akhirnya dapat membantu ekonomi negara.
Tuan Speaker, saya melihat bahawa industri pelancongan ini juga amat berkait dengan aspek kebudayaan dan kesenian. Oleh yang demikian peruntukan yang sewajarnya harus diberikan kepada jawatankuasa tetap kebudayaan, Jawatankuasa Tetap Pelancongan supaya Tourism Selangor dan PADAT dapat berfungsi dengan sebaiknya. Promosi dan kreativiti amat diperlukan dalam mengangkat industri pelancongan dan kebudayaan negeri kita agar bukan sahaja para pelancong luar dapat mengetahui akan aset-aset dan produk-produk pelancongan di Selangor tetapi juga yang lebih penting adalah generasi akan datang dan anak-anak Negeri Selangor sendiri mengetahui akan sejarah dan juga warisan kebudayaan negeri yang kita cintai ini. Oleh itu saya ucapkan terima kasih kepada YB. Tanjung Sepat kerana berjaya membuka semula Muzium Permainan Tradisional di Bukit Melawati baru-baru ini setelah bertahun-tahun ditutup akibat kebakaran yang mengabil masa yang cukup lama untuk dibaik pulih. Jadi diharapkan dengan pembukaan muzium ini dapat menggalakkan lagi lebih ramai pelancong tempatan dan juga antarabangsa untuk datang ke Bukit Melawati dengan penambahan satu lagi produk pelancongan yang terbaharu ini. Pada masa yang sama saya ingin ucapkan tahniah juga kepada Exco Kebudayaan di atas inisiatif untuk memperkenalkan dan mengangkat batik Selangor bermula tahun lalu. Syabas dan tahniah dan adakah Kerajaan Negeri ingin bercadang untuk mengkomersilkan batik Selangor ini kepada orang awam dan dijadikan cenderahati rasmi Kerajaan Negeri. Berapakah jenis batik Selangor yang telah ada? Mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh berkongsi dengan semua Ahli Dewan Negeri serta bagaimana usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan batik Selangor ini kepada umum agar batik Selangor juga standing dan terkenal seperti batik-batik yang lain dan juga dipakai oleh warga Selangor khususnya.
Tuan Speaker, Negeri Selangor merupakan peneraju kepada usaha pemberdayaan dan pembangunan Wanita di Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada Exco Pemberdayaan Wanita, YB. Seri Serdang kerana tidak pernah lekang usaha memperkukuhkan usaha untuk menepati sasaran 30% lantikan atau pemilihan kepimpinan di semua peringkat daripada kalangan kaum Hawa. Saya tertarik dengan program baharu seperti SIWANIS iaitu Program Sidang Wanita Selangor yang mengumpulkan para peserta wanita yang berpotensi untuk digilap sebagai pemimpin termasuklah program AKW Akademi Kepimpinan Wanita yang mendapat sambutan dalam kalangan wanita di negeri kita. Apakah Kerajaan Negeri bercadang meneruskan program ini dan bagaimana program ini dapat membantu ke arah mencapai 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan di semua keputusan. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri sekalian, untuk makluman semua, saya dan
rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Wanita telah bercadang telah mencadangkan kepada YB. Speaker pada tahun lalu iaitu sewajarnya satu jawatankuasa pilihan khas hak asasi dan kesaksamaan gender wajar ditubuhkan di Negeri Selangor. Ini adalah selaras dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas hak asasi dan kesaksamaan gender seperti yang ada di Dewan Rakyat di Parlimen pada masa ini. Dan isu kesaksamaan gender ini bukanlah isu wanita semata-mata tetapi sebenarnya adalah untuk kita mengangkat keadilan sosial bagi Wanita dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Memandangkan wanita merupakan sebahagian ataupun hamper 50% daripada populasi penduduk di Negeri Selangor ini jadi wajar satu jawatankuasa ini untuk membantu melihat membantu polisi-polisi dan juga kelompongan undang-undang yang sedia ada, dasar-dasar dan program yang sedia ada supaya memastikan segala keperluan dan hak wanita itu dapat diangkat, dipelihara dan juga dibela di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang ada.
Dan yang terakhir Tuan Speaker, berkenaan dengan kawasan di Bukit Melawati, pertama saya ingin bangkitkan isu keterhubungan antara bandar ataupun pekan utama, antara pekan Bestari Jaya dan Bandar Baru Kuala Selangor. Untuk makluman semua, bas Smart Selangor hanya terdapat dua laluan sahaja di daerah Kuala Selangor iaitu yang menghubungkan pekan Sekinchan dengan bandar Kuala Selangor dan Puncak Alam ke Sungai Buloh. Bermakna tiada laluan yang menghubungkan bandar atau pun pekan utama dari Ijok ke Kuala Selangor. Jadi untuk makluman semua juga penduduk Kuala Selangor ramai yang bekerja di bahagian ataupun di kawasan Ijok khususnya pekerja-pekerja kilang, dan mereka ini adalah sebahagian besar adalah daripada kalangan B40 yang berpendapatan rendah. Mereka terpaksa mengambil bas henti-henti yang ada ketika ini adalah bas henti-henti. Jadi mereka terpaksa membayar dan juga menunggu masa menunggu yang panjang. Oleh kerana itu saya mencadangkan sejak 5 tahun dahulu permintaan ini telah ada dan sehingga sekarang masih lagi penduduk dari Kuala Selangor mahupun di Ijok memohon agar rakyat Selangor dapat memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sendiri iaitu bas percuma untuk rakyat Negeri Selangor. Jadi saya memohon pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan laluan baharu ini.
Tuan Speaker, satu saja lagi iaitu berkenaan dengan Pasar Awam Pekan Sungai Buloh yang sudah amat uzur. Saya mohon pihak Exco yang berkaitan untuk melihat keperluan baikpulih dan juga peruntukan disediakan yang sewajarnya untuk menaiktaraf Pasar Awam Pekan Sungai Buluh, Jeram, Kuala Selangor yang terletak di bawah DUN Bukit Melawati dan yang terakhir sekali YB. Speaker terima kasih juga YB. Sentosa sebutkan tadi bahawa Kuala Selangor memerlukan satu lagi sebuah krimotorium yang mana kita tidak ada lagi di kawasan DUN Bukit Melawati dan tapak juga telah disediakan di kawasan tapak perkuburan India di Bukit Api-Api, Kuala Selangor. Saya mohon pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan untuk pembinaan atau penyediaan sebuah krimotorium untuk kegunaan khususnya penduduk yang berpendapatan rendah untuk digunakan di lokasi tersebut.
Tuan Speaker, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas ruang dan peluang ini dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri kepada YAB. Dato’ Menteri Besar dan juga seluruh penjawat awam yang selama ini telah memberikan kerjasama baik kepada Bukit Melawati untuk berkhidmat dengan sebaiknya kepada seluruh rakyat di DUN Bukit Melawati. Bukit Melawati dengan ini mohon menyokong usul ini. Terima kasih.
Seri Setia, 5 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya cubalah dalam 5 minit ni. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas kehadiran merasmikan Sidang DUN kita kali ini dan jugak menyampai menitahkan beberapa ucapan yang saya kira cukup baik terutama beliau memuji tentang kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB. Sungai Tua dan semua kepimpinan-kepimpinan Negeri Selangor terutama Iltizam Selangor Penyayang. Kita tahu bahawa rakyat Negeri Selangor daripada 2008 semasa Kerajaan Negeri Selangor dimenangi diperintah oleh Pakatan Rakyat bahawa Menteri Besar kita Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memberi 8 benefit ataupun 8 kelebihan kepada rakyat Negeri Selangor melalui merakyatkan ekonomi Selangor. Selepas itu pada 2013 – 2014 di bawah Menteri Besar ketika itu mantan Menteri Besar YB. Bukit Antarabangsa memberi 33 faedah kepada rakyat Negeri Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat dan kini di bawah Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah memberi sebanyak 45 di bawah Iltizam Selangor penyayang kepada rakyat Negeri Selangor. Ini buktinya bahawa Kerajaan Negeri Selangor begitu peka, begitu prihatin dengan keadaan rakyat Negeri Selangor. Saya ambil contoh dalam Negeri Selangor ini kita tahu daripada mula anak yang lahir daripada tahun 2022 anak yang lahir dalam negeri Selangor sehingga warga emas yang meninggal dunia semua dijaga oleh kerajaan Negeri Selangor. 2022 anak lahir Negeri Selangor bila lahir sahaja daftar dalam Negeri Selangor maka anak tersebut mestilah bersalin dalam Negeri Selangor akan dapat benefit satu bulan satu tahun RM100, lima tahun RM500 dan akan masuk dalam tabung SSPN. Cuma ada permintaan daripada penduduk di kawasan terutamanya di kawasan Petaling Jaya. Parlimen Petaling Jaya ini mempunyai satu hospital yang besar yang berdekatan. Yang dulu saya juga dilahirkan di hospital itu yang dulu namanya ialah Hospital Universiti Malaya. Masa saya lahir di bawah sepuluh Negeri Selangor. Saya anak Selangor tetapi tahun 74 telah ditukar sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Permintaan daripada penduduk Petaling Jaya, mereka agak jauh untuk ke Shah Alam untuk ke Kelang jadi mereka menyarankan agar adalah pertimbangan sedikit daripada kerajaan Negeri Selangor untuk anak yang lahir di University Hospital ataupun PPUM. Tetapi kita mungkin ada syaratnya mungkin di bawah tahap B40 ataupun kemiskinan bandar. Baik kemudiannya kita ada BINGKAS. BINGKAS ini adalah untuk ibu. Kalau dulu KISS untuk ibu tetapi sekarang ini BINGKAS. Bapa pun boleh mohon ya. Pendapatan di bawah miskin bandar ataupun di bawah RM3,000 Cuma saya minta supaya ditambahkan lagi sedikit kuotanya. Iltizam Sihat Selangor kita ada penambahan Alhamdulillah saya punya
DUN dapat tetapi saya mohon kepada kerajaan negeri tambahlah sedikit lagi untuk BINGKAS. Kerana ramai yang mohon. Dulu kerajaan negeri bagi RM200 sekarang ini kerajaan bagi RM300 setiap bulan untuk ditukar barangan terpilih. Dulu isteri ataupun ibu. Sekarang ini bapa ataupun suami pun boleh mohon. Jadi yang ini saya minta ditambahkan lagi. Baik, kemudiannya kita tahu bahawa kerajaan negeri juga membantu perniagaan peniaga tak ada modal pinjam HIJRAH, HIJRAH bantu. Telah beli barang, barangan tersebut rosak. Rosak pula boleh mohon daripada kerajaan negeri di bawah Skim Blueprint. Kita boleh mohon daripada kerajaan negeri sampaikan ada orang tak percaya, orang tanya saya PA Sistem boleh ke mohon? Saya kata boleh dan Alhamdulillah, PA sistem pun boleh kecuali kerusi, meja yang meniaga nasi lemak, yang ini tak boleh. Yang ini pun saya minta dipercepatkan. Kadang-kadang ambil masa juga permohonan yang nak diluluskan ini. Baik seterusnya kalau kita tengok Rumah Selangorku yang ini pun rumah Selangor kerajaan negeri telah mula awal lagi. Ramai yang mempertikaikan kononnya harga rumah Selangor ini mahal. Saya nak beritahu, bahawa rumah Selangor ini masih lagi di bawah harga yang berpatutan. Yang mana Yang Berhormat Exco telah nyatakan RM250ribu maknanya harga ini adalah harga tak masuk akal kalau ikut daripada harga tanah di dalam Negeri Selangor. Jadi yang ini pun boleh kita mohon. Ini antara yang terbaik yang kerajaan negeri bagi dan kita juga ada tak mampu nak beli boleh sewa di bawah Skim Sewa. Baik yang seterusnya yang ini satu lagi permintaan. Ramai yang minta supaya adanya hadiah perkahwinan belia-belia ini. Kita dah mula dulu kita bagi hadiah perkahwinan RM500 tetapi akhirnya Yang Amat Berhormat Dusun Tua, Sungai Tua maaf telah tukar dengan memberi kursus kekeluargaan. Kita sokong tak ada masalah tetapi setidak-tidaknya adalah benefit atau faedah untuk mereka yang nak berkahwin kita nak galakkan orang muda hanya kahwin sekali sahaja yang dapat.
Ayat terakhir.
Banyak lagi ni. Baik yang seterusnya banyak yang saya nak nyatakan dalam Iltizam Selangor Penyayang yang paling penting sekali adalah pemakluman bagaimana nak mohon, bagaimana cara nak mohon yang ini Kerajaan Negeri kena lihat. Ramai yang mengadu daripada segi sistemnya bagaimana nak mohonnya agak sukar. Yang ini saya mohon kerajaan negeri penambah baikkan lagi dan sedikit untuk Seri Setia saya mohon kepada Kerajaan Negeri tolong tengoklah. Saya mohon dana sedikit untuk masjid di Lembah Subang 2, Lembah Subang yang saya minta tempoh hari masih belum ada cerita lagi. Mereka dah bertanya pada saya. Inilah masjid yang ada, inilah masjid yang besar di kawasan Lembah Subang ini dan untuk satu lagi tentang kerajaan sekarang adalah kerajaan yang sama. Jalan yang masih lagi banjir di kawasan Ara Damansara. Subang jaya selalu mengadu pada saya sebab Subang Jaya duduk di Ara Damansara kawasan itu jalan yang itu adalah jalan persekutuan tetapi saya minta supaya Pandan Indah cubalah bantu perhati-perhatikan. Baik, terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua yang telah membantu saya di Seri Setia, pimpinan Kerajaan Negeri,
pegawai-pegawai kerajaan yang telah membantu di Seri Setia dengan ini Seri Setia mohon maaf kalau ada andai kata bicara yang tersilap sepanjang berkhidmat dan Seri Setia mohon menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.
Sabak. Lima minit tepat.
InsyaAllah tepat. (mendendangkan syair)
Tersebut al-kisah, laksamana hang tuah, Nama tersohor, lagi disanjung, Izinkan hamba membahas titah, Titah tuanku, sama dijunjung.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat. Saya nak mengucapkan tahniah kepada Memanda Dato’ Menteri Besar kerana tuanku memuji dalam ucapan tuanku bahawa Memanda Dato’ Menteri Besar telah dapat mengemudi Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, aman, makmur dan selesa untuk rakyat. Dengan ungkapan ini maka hasrat mantan Memanda Menteri Besar Bukit Antarabangsa pagi tadi yang menyatakan bahawa Perikatan Nasional akan merampas Negeri Selangor hanya akan menjadi angan-angan mat jenin. Dan kita akan pastikan Bukit Antarabangsa selepas PRN akan datang tidak akan duduk di Dewan ini. Saya minta Ahli Dewan Negeri di mana sahaja Bukit Antarabangsa bertanding kita pastikan nasibnya sama seperti di Gombak, tewas dengan panglima perang kita Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang kedua, jangan bising. Ganggu saya lima minit. Ucapan sulung saya di Dewan ini saya menyebut tentang hasil padi yang merudum di kawasan saya. Hampir lima tahun musim kali ini lebih merudum kerana kesan daripada perubahan iklim berlaku tanah jerlus, padi tidak boleh dituai lebih 62 lot sekitar 200 hektar. Pesawah kata duit dah nampak tapi tak boleh ambil. Bila mesin tuai masuk mesin tuan akan jerlus dan tak boleh padi dituai. Menjelang pembukaan sekolah sesi 2023, menjelang bulan Ramadhan, menjelang Aidilfitri saya minta kepada kerajaan Selangor yang begitu prihatin dengan rakyat tolonglah bantu pesawah-pesawah yang terlibat dengan tanah jerlus. Saya mohon dengan satu nyanyian “tolong kami, bantu kami, para pesawah hidup susah”. Tolong sangat, tolong sangat. Duit ada di depan mata tak boleh ambil, padi menguning tunduk berisi tetapi tidak boleh diambil. Tetapi Sekinchan, saya tak tahulah apa Yang Berhormat Speaker doa tak terlibat Sekinchan. Yang terlibat hanya Sabak sahaja, itu yang saya rasa pelik sangat. Baik. Yang kedua.
Doa-doa yang terbaik. Doa dengan niat suci dan murni.
Daerah Sabak Bernam ini akan menjadi daerah warga emas. Saya nak bagi contoh sebuah sekolah SK Kampung Baru muridnya hanya 43, SK Tanjung Jawa untuk tahun satu, tahun depan
ini tak ada sorang pun yang daftar. SK, SJC pun muridnya hanya 7 orang. 4 Melayu, 3 Cina. Mohon sangatlah kepada Kerajaan Negeri bawalah peluang pekerjaan ke daerah Sabak Bernam supaya anak-anak muda ini tidak berhijrah. Tolong-tolong Bandar Baru Klang bawa pelaburan ke Sabak Bernam. Tolong sangat, tolong.
Kita ada SABDA. Sabak Bernam dia punya area akan bawa.
Moga mudah-mudahanlah SABDA ini akan berhasil, tapi sedih sangat. ADUN kawasan tidak dilibatkan dalam SABDA. Saya tak ada dalam jawatankuasa. Jadi ini kena dilihat. Betul ini. Ini betul-betul kejadian dan bukan cobaan. Cobaan. Dan ahkirnya tepat lima minit saya ucap terima kasih kepada seluruh penduduk Dun Sabak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Dun Sabak selama hampir lima tahun. Sekiranya ada ruang lagi di dalam PRN yang akan datang, insyaAllah saya akan menawarkan diri sekiranya tidak maka saya akan serahkan batton kepada orang lain. Dengan ini saya menyokong Titah Tuanku Sultan Selangor. Sekian terima kasih. Hidup Sabak. Hidup Sabak Bernam. Hidup Selangor. Tak merah-merah lagi sekian terima kasih.
Terima kasih Sabak. Terima kasih. Semenyih. Semenyih. Semenyihlah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Memanglah saya di dalam Dewan ini dikenal sebagai the last come harapnya tak ada first outlah. Jadi saya mengambil peluang membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Bahawasanya saya terus minta perhatian Dewan bahawasanya di peringkat Semenyih ini seperti mana di dalam titah ucapan Tuanku Yang Mulia Raja Muda menjadikan tempat pelancaran tanaman pokok sebanyak 26 juta di Broga Semenyih merupakan satu penghormatan kepada Semenyih dan inilah apa harapan saya di Semenyih ini merupakan tempat tumpuan selain tempat industri yang tengah membangun perumahan juga merupakan tempat pelancongan yang akan datangnya potensi yang besar di Broga dan juga di Sungai Tekala ya. Jadi kita harap dengan kemudahan-kemudahan akses ya kemudahan Lebuh Raya Lekas dan Lebuh raya Plus yang melalui Semenyih ini di mana dengan penempatan-penempatan perumahan yang begitu banyak ya tumbuh bagai cendawan, saya permasalahan utama saya ialah permasalahan infra lalu lintas khususnya di Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota. Kita nampak perhatian daripada pihak PBT harap di mana mungkin perlu kajian yang terperinci bahawa penggunaan jalan ini begitu kritikal di mana kemungkinan banyak saya nampak kajian kita Tol Seri Putera itu sebelum sampai ke Nilai Tiga banyak yang buat shortcut di situ dan menjadikan jalan-jalan itu rosak teruk dan kita harap banyak kemalangan-kemalangan khususnya penunggang-penunggang motosikal dan kita harap pihak PBT mengambil satu peranan yang penting di mana memerlukan satu penelitian tektikasi yang begitu penting untuk menaiktarafkan jalan-jalan yang melibatkan kenderaan berat lalu di
kawasan itu. Ini merupakan satu masalah yang begitu menekan. Saya khususnya mungkin Ahli-Ahli Parlimen juga yang mana banyak keluar isu-isu melibatkan kemalangan khususnya melibatkan kematian. Kita harap pihak PBT mengambil berat di pembangunan itu. Yang kedua saya juga melibatkan lalu lintas kesesakan lalu lintas di Taman Jenaris juga Dipinggiran Saujana yang melibatkan juga melibatkan laluan khas ke taman-taman.
Yang Berhormat Semenyih sila duduk.
Terima kasih.
Sambung sikit esok ya. Besok. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian jam sudah menunjukkan 5:00 petang maka Dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok 16 Mac (Khamis) 2023 bermula jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.00 PETANG)