Selangor · 11 August 2026
15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 215 turns · 34,696 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 11 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera. Sebelum kita mulakan dengan urusan mesyuarat pertanyaan-pertanyaan lisan, ada sedikit pengumuman, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin menyampaikannya semula. Dua maklumat penting berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk keselesaan dan kesejahteraan semua yang bertugas. Satu program saringan kesihatan sedang dijalankan bertempat di bilik rawatan, bersebelahan ruang media. Program ini dikendalikan oleh Dr. Rohan bersama pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Taman Medan. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan, serta ahli-ahli polis yang bertugas. Yang kedua, mengenai kaunter bayaran cukai. Kaunter semak dan bayaran cukai tanah dan cukai petak Negeri Selangor diteruskan pada hari ini bertempat di Lobi, Wisma Dewan Negeri Selangor. Sila ambil peluang ini untuk memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan. Kita teruskan urusan pertanyaan-pertanyaan lisan, diminta Yang Berhormat Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 70.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Kemajuan Malaysia Semiconductor Ic Design Park (MSICDP) Di SelangorQuestions
70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah perkembangan terkini MSICDP di Selangor dari segi pengoperasian, peluang pekerjaan serta nilai pelaburan yang dicipta?
Tuan Speaker, Yang Berhormat Balakong bertanya apakah perkembangan terkini Malaysia Semiconductor IC Design Park di Selangor dari segi pengoperasian, peluang pekerjaan serta nilai pelaburan yang dicipta. Tuan Speaker, Malaysia Semiconductor IC Design Park kini menempatkan 18 Syarikat Reka Bentuk Litar Bersepadu ataupun IC yang beroperasi di dua lokasi utama iaitu IC Design Park 1 di Puchong dan IC Design Park 2 di Cyberjaya. Secara keseluruhan, kedua-dua IC Design Park tersebut dianggarkan telah menghasilkan impak ekonomi berjumlah RM4.2 bilion. Angka ini bukan jumlah pelaburan langsung semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi nilai syarikat dan aktiviti perniagaan yang diwujudkan, penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermaruah, serta kesan limpahan ekonomi kepada pembangunan perniagaan, perkhidmatan dan infrastruktur di kawasan sekitar Puchong dan Cyberjaya. Dalam suku kedua 2026 sahaja, ekosistem Selangor Semiconductor Hub telah berjaya merangsang pelaburan berjumlah RM221 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada RM131 juta pelaburan langsung asing FDI dan RM90 juta pelaburan langsung dalam negeri DDI. Dari sudut FDI, antara pencapaian utama ialah kejayaan SkyChip menjalinkan perkongsian strategik dengan Celebras Systems, sebuah syarikat teknologi kecerdasan buatan terkemuka dari AS. Ekosistem ini turut menerima kemasukan syarikat bertaraf global baru, termasuk expend dari China ke dalam IC Design Park. Great Acid Technology pula berjaya memperoleh pembiayaan Pre-Series A bernilai USD6.9 juta dengan penyertaan firma model teroka antarabangsa Vertex Ventures dan Gobi Partners. Kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap keupayaan bakat tempatan serta potensi pertumbuhan syarikat semikonduktor di Selangor. Dari sudut DDI, Kerajaan Negeri Selangor melalui SIDEC dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengesahkan komitmen pelaburan kepada Ehsan Semiconductor Fund. Dana tersebut seterusnya telah melaksanakan dua pelaburan aktif masing-masing dalam SkyChip Berhad dan Great Acid Technology. SkyChip turut mencatat sejarah sebagai Syarikat Reka Bentuk IC tulen pertama di Malaysia yang melaksanakan Tawaran Awam Permulaan ataupun IPO. Dari segi pembangunan modal insan, sebanyak 80 Jurutera Tempatan baru telah diambil bekerja pada tahun 2026 sahaja. Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jurutera yang bekerja di kedua-dua IC Design Park seramai 380 orang. Berdasarkan anggara anggaran gaji permulaan RM6,000.00 sebulan, jumlah nilai gaji tahunan yang dijana oleh 380 jurutera tersebut adalah sekitar RM27.36 juta.
Malaysia Semiconductor IC Design Park menyasarkan jumlah keseluruhan tenaga jurutera meningkat kepada 400 orang menjelang akhir tahun 2026. Ini bermakna ekosistem berkesan menyasarkan pengambilan sekuang-kuangnya 20 jurutera tambahan lagi bagi mencapai sasaran tersebut. Pencapaian ini membuktikan bahawa Malaysia IC Design Park dan Selangor Semiconductor Hub bukan sahaja berjaya menarik pelaburan domestik serta antarabangsa malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan syarikat tempatan, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan pengukuhan ekosistem semikonduktor di Selangor serta Malaysia. Terima kasih.
Tak ada soalan tambahan ya. Teruskan dengan Yang Berhormat Dengkil.
Soalan nombor 71, Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Bantuan Kebajikan Masyarakat Kepada Fakir MiskinQuestions
71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempermudah prosedur permohonan bantuan kebajikan masyarakat kepada golongan fakir miskin selain penerimaan bantuan BINGKAS dan baucar Jom Shopping?
b) Apakah langkah untuk memperkukuh pendekatan turun padang bagi memastikan bantuan disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dengkil. Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil Bantuan untuk golongan fakir miskin di Selangor selain BINGKAS dan baucar Jom Shopping secara umumnya terbahagi kepada yang berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta yang berada di bawah Kerajaan Negeri. Bagi bantuan di bawah seliaan JKM, JKM telah mempermudah prosedur Permohonan Bantuan Am Negeri dengan menyediakan beberapa saluran permohonan di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mempermudah prosedur permohonan Bantuan Am Negeri dengan menyediakan beberapa saluran permohonan. Iaitu pertama, pemohon boleh mengemukakan permohonan secara fizikal dan walk-in di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Cawangan JKM yang berhampiran.
Hal ini adalah untuk memastikan jurang digital tidak menghalang golongan yang memerlukan bantuan daripada menerima bantuan. Kedua, borang permohonan bantuan boleh dimuat turun melalui Portal JKM dan diserahkan secara fizikal di mana-mana Pejabat Kebajikan Daerah atau Cawangan JKM bagi mempercepatkan urusan di pejabat. Ketiga, permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem e-bantuan JKM bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemohon bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga sentiasa komited untuk memudahkan akses kepada permohonan bantuan-bantuan Kerajaan Negeri. Untuk itu, Kerajaan Negeri Selangor sedang membangunkan Sistem Aplikasi Kita Selangor Bersepadu ataupun (AKSES), iaitu Platform Digital Bersepadu Kerajaan Negeri yang menghimpunkan pelbagai inisiatif di bawah payung Iltizam Selangor Penyayang. Melalui sistem ini, rakyat boleh mendapatkan maklumat, membuat pendaftaran, mengemukakan permohonan serta menyemak status permohonan bantuan secara dalam talian melalui satu platform bersepadu yang lebih tersusun dan mesra pengguna. Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan keperluan pemohon berurusan di pelbagai kaunter, mempercepatkan proses permohonan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri. Bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Agensi Pelaksana dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk bertindak sebagai penghubung bagi mengurangkan jurang digital bagi rakyat yang mempunyai akses terhad kepada kemudahan digital ataupun kurang mahir menggunakan platform dalam talian khususnya warga emas. Bagi soalan (b), Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan beberapa siri jelajah ke seluruh Selangor sebagai wadah untuk memperkenalkan dan menyampaikan makluman berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan kepada rakyat di lokaliti tertentu. Antaranya jelajah Wanita Berdaya Tahan yang telah dijalankan pada tahun ini di Zon Petaling dan Zon Hulu Langat dan bakal diadakan di Zon Hulu Selangor dalam bulan Ogos, iaitu Sabtu ini dan tahun lepas, kita juga telah mengadakan Jelajah Ceria Selangor di Sabak Bernam dan Karnival Ceria Selangor di Selayang. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang berada dalam fasa akhir untuk melancarkan Rakan Penjagaan Selangor ataupun Selangor Care Navigator iaitu fungsinya adalah menjalankan aktiviti turun padang serta menziarahi dan memadankan golongan yang memerlukan bantuan dengan bantuan-bantuan Kerajaan. Bagi bantuan-bantuan JKM pula, JKM telah memperkukuhkan pendekatan turun padang bagi memastikan bantuan yang akan disampaikan lebih cepat dan berkesan dengan beberapa pendekatan program antaranya adalah Program Ziarah Kasih bersama pemimpin tempatan merupakan inisiatif yang akan secara proaktif dilaksanakan melalui kunjungan dan lawatan ke rumah klien bagi menyantuni dan mengenal pasti keperluan serta menilai bentuk intervensi yang bersesuaian. Yang
kedua adalah Program Outreach iaitu perkhidmatan jabatan bersama dengan agensi rakan strategik yang sentiasa dilaksanakan sama ada di peringkat negeri dan daerah sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan bantuan, intervensi kebajikan serta perkhidmatan sokongan yang tersedia kepada masyarakat. Yang ketiga, iaitu kes-kes permohonan juga boleh dirujuk kepada Ketua-ketua Kampung dan Penghulu untuk dirujuk kepada mana-mana agensi bantuan yang bersesuaian sama ada Pusat Zakat Selangor ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah masing-masing. Pun begitu, antara mekanisme yang paling besar pendekatan ialah turun padang itu melalui penglibatan aktif Ahli-ahli Dewan Neger, Wakil Rakyat dan Pusat Khidmat Masyarakat untuk menyampaikan maklumat serta memudah cara dan menghubungkan maklumat golongan yang memerlukan dengan saluran-saluran bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Dengkil.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Memandangkan kos sara hidup yang meningkat tinggi. Adakah usaha dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengkaji semula kadar, kadar bantuan kepada fakir miskin yang buat masa ini rasanya tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin dalam sasaran Rancangan Selangor Kedua itu median income pada tahun 2030 itu mencecah RM14,000.00, dari sekarang saya kira ia bukan hanya satu reaksi spontan tetapi lebih kepada mengkaji bagaimana kadar bantuan dan juga program selanjutnya supaya kita bukan hanya memberikan bantuan tunai tetapi beralih kepada bantuan yang lebih memungkinkan penerima bantuan ini lebih mandiri. Jadi saya kira kita boleh mengkaji dan disesuaikan dengan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri semasa, pun begitu dari pihak JKM itu adalah tergantung kepada keputusan di Kerajaan Persekutuan.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Semenyih nombor 72.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Sumber ManusiaQuestions
72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sejauh mana kerajaan mengoptimumkan tenaga kerja dari kelulusan TVET bagi menyokong industri lokomotif, semikonduktor dan perbuatan?
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Bertanyakan tentang sejauh mana Kerajaan mengoptimumkan tenaga kerja dari kelulusan TVET bagi menyokong industri lokomotif, semikonduktor dan juga perbuatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bagi tempoh Januari hingga 10 Julai 2026, seramai 10,111 pencari kerja di Negeri Selangor merupakan lepasan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET. Dalam tempoh yang sama, terdapat sebanyak 78,030 kekosongan jawatan di negeri Selangor bagi kelayakan Diploma dan ke atas. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,965 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi yang menyokong industri strategik seperti automotif, semikonduktor dan pembuatan. Termasuk bidang berkaitan pembuatan iaitu Artificial Intelligence dengan izin. Antara jawatan yang ditawarkan oleh Automation Engineer, Data Scientist, Software Developer yang memerlukan kemahiran dan teknikal serta kompetensi selaras dengan latihan yang diterima oleh lepasan TVET. Bagi memastikan bakat TVET dapat dioptimumkan untuk memenuhi keperluan dari, Kerajaan Negeri melalui Program Kerjaya Selangor terus bekerjasama dengan PERKESO menerusi platform MyFutureJobs bagi memadankan pencari kerja dengan majikan berdasarkan kelayakan, kemahiran dan keperluan industri. Di samping itu, pelaksanaan Karnival Kerjaya JobCare Selangor serta MegaJobCare Selangor turut menyediakan peluang temu duga secara terus sekali gus meningkatkan kebolehpasaran Lepasan TVET dan membantu industri memperolehi tenaga yang mahir yang diperlukan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan, soalan tambahan adakah Kerajaan Negeri mempunyai data bersepadu untuk menjejaki graduan TVET sampailah ke alam pekerjaan supaya kita nak memastikan pelaburan Kerajaan Negeri dalam TVET ini benar-benar dapat menghasilkan pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi agar dapat apa nama bukan setakat graduan yang ramai tapi padanan kerja. Yang kedua, sejauh manakah perkembangan TVET boleh digunakan sebagai strategi untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing, sedangkan perkara-perkara ini sebenarnya lebih diperlukan oleh belia tempatan. Dan yang ketiga, ada tak perancangan Kerajaan Negeri untuk cuba buat pemetaan antara daerah dan zon bila kita buat kursus TVET, dan mudah-mudahan membantu dan mengenal pasti lokal itu sesuai dengan keperluan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih atas soalan tambahan. Pertamanya tentang memang Kerajaan memang ada rancangan ataupun kita dah ada kolej kita sendiri, STDC, di mana menawarkan pelbagai a few courses kursus, especially TVET dan sebagainya. Dan untuk kedua pula kita melihat, kita memadankan kerja ini dengan data yang kita terima daripada PERKESO mana kita mempadankan mereka yang di mana ada peluang kita padankan. Yang ketiga, tentang zon itu, saya memang tertarik peta cadangan itu sebab kawasan industri yang besar seperti Shah Alam ataupun Klang dan juga Pelabuhan Klang, mereka memainkan peranan berlainan berbanding dengan kawasan utara dan sebagainya. Jadi saya rasa kalau kita betul-betul zonkan kemahiran itu dan saya rasa keperluan itu memang ada. Saya juga tertarik dengan cadangan dikemukakan oleh PERKESO dengan saya. Cuma kita perlu mendapatkan data daripada universiti ataupun technical instituation di mana berapakah jumlah pelajar ataupun graduates keluar daripada institusi itu supaya kita dapat matchmaking. Sebab itu baru-baru ini apabila kita mengadakan Mega Job Fair dengan apa itu kerja sama dengan PERKESO dan beberapa agensi, kita adakan satu kaunter ataupun satu team untuk matchmaking. Contoh yang ada ke program itu apakah kelayakan dan kelulusan mereka dan sebagainya, kita match dengan keperluan kerjaya dan juga tempat tinggal. Biasanya mereka kadang-kadang tinggal di contoh macam utara sikit, Kuala Selangor dan sebagainya. Dan mereka nak pergi kerja dekat PJ susah sikit. Lagi-lagi berkenaan bahan bakar dan sebagainya. Jadi kita match dengan setempat dengan mereka yang bertinggal. Walaupun mereka belajar di tempat lain, tetapi kita ambil kira tempat tinggal mereka dan juga tempat kerja itu satu. Dan yang terakhir itu saya ingin tambah sedikit maklumat kepada Yang Berhormat. Tentang lokomotif itu satu industri yang berkembang begitu pesat dan baru-baru ini kita pun telah membantu banyak halangan yang dihadapi oleh ECRL khususnya dekat Kawasan Gombak. Kita bantu untuk menyelesaikan landasan dan juga tanah dan sebagainya dan orang asli pun kita sudah settle. Di industri lokomotif di peringkat ECRL itu, lebih kurang 2,000 kerja kosong akan ditawarkan. Saya rasa kebanyakan itu adalah lebih kurang 80% adalah mereka memerlukan lokal orang. Jadi saya rasa inilah peluang yang kita ada untuk membantu anak muda kita untuk mengambil bahagian. Yang penting itu education ataupun kursus yang patut complete dan kita kena update dululah. Kita kena complete dengan keperluan, pasaran dan sebagainya untuk mengambil bahagian dalam industri tersebut.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Berdasarkan jawapan Yang Berhormat Exco tadi macam ada missmatch, makna nak kena adjust, dia dah grade baru cari kat mana tempat. Ada tak perancangan kerajaan negeri kalau buat dalam ekosistem train to job? Kita dah tahu tadi ada 2,000, kita terus offer 2,000 kos tersebut. Makna kata grad itu confirm terus dapat kerja.
Saya sangat tertarik dan suka cadangan ini sebab memang saya pun dah beritahu beberapa universiti seperti Cyberjaya dan sebagainya, while dengan izin they are conducting their studies, make sure the industries or companies come and interview. Supaya anak-anak murid ini selepas mendapat kelulusan, graduate dari industri, mereka direct pergi ke tempat kerja dan sebagainya. Jadi mereka dah confirm. Kejaminan pekerjaan itu memang ada. Kebanyakan industri sekarang lebih kepada TVET. Ada sektor macam white collar saya tak pasti tapi TVET memang ada. Pasaran itu ada, keperluan itu ada. Sebab itu saya ingat Yang Berhormat Kinara pun berganding bahu dengan saya untuk betul train anak murid kita untuk complete their education dengan satu level yang tinggi supaya mengambil bahagian dalam industri seperti ini pada masa yang hadapan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Teratai.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 73.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Rumah SelangorkuQuestions
73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status terkini pembinaan dan penyerahan unit Rumah Selangorku sehingga pertengahan tahun 2026?
b) Berapakah jumlah unit yang telah diserahkan, dan apakah langkah intervensi Kerajaan Negeri terhadap projek-projek yang dikesan mengalami kelewatan atau 'sakit'?
Terima kasih Yang Berhormat Teratai, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan nombor 73 bersama dengan soalan 86 daripada Yang Berhormat Batang Kali, bersekali memandangkan kedua soalan ini menyentuh tentang RSKU.
Untuk Yang Berhormat, pelaksanaan rumah Selangorku terus menunjukkan pencapaian yang positif pada masa juga landasan untuk mencapai sasaran menyediakan rumah mampu milik yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri sehingga pertengahan tahun 2026 sebanyak 167 projek yang melibatkan 52,750 unit telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli manakala 68 projek yang melibatkan 34,287 unit sedang dalam pembinaan. Bagi memastikan lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga RM250,000 dapat disediakan dan kerajaan negeri telah melaksanakan Dasar Rumah Selangorku 3.0 yang menetapkan kompensasi untuk penyediaan rumah Selangorku mengikut zon dan keluasan pembangunan. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif kepada pemaju termasuk mengecualikan 100% cas pemajuan serta pelaksanaan Dasar Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Selangor Idaman MBI Selangor bagi menggalakkan penyediaan lebih banyak rumah mampu milik. Bagi projek yang mengalami kelewatan atau kategori sebagai projek sakit, Kerajaan Negeri melalui LPHS melaksanakan langkah intibasi iaitu meliputi aspek pemantauan, penguasaan, pentadbiran bagi memastikan projek tersebut dipulihkan serta disiapkan dalam mengikut perancangan. Kerajaan Negeri tidak berkompromi terhadap pemaju yang gagal mematuhi jadual pelaksanaan program ataupun projek melalui LPHS, tindakan penguasaan dan pentadbiran dilaksanakan mengikut peruntukan yang sesuai iaitu projek termasuk mengeluarkan notis pematuhan, pelaksanaan dan juga pemulihan dan arahan nanti kerja juga pelaksanaan mendapatkan kaveat bagi melindungi kepentingan pembeli, sekatan terhadap pertimbangan pembangunan-pembangunan baru juga syarat tambahan bagi meluluskan projek serta tindakan pentadbiran yang bersesuaian.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saja, memandangkan KPKT akan menggunakan analitik data raya tahun depan untuk menyelesaikan isu ketidakpadanan perumahan mengikut lokaliti, walaupun sistem ini bukan diwajibkan, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif ini untuk mendapatkan datanya sebagai panduan sebelum meluluskan sebarang projek rumah Selangorku yang baharu ataupun adakah Kerajaan Negeri Selangor sudah mempunyai mekanisme pengumpulan data sendiri yang serata keberkesanannya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Teratai, Dasar yang akan dilaksanakan oleh pihak KPKT, ini telah kita kaji dan kita akan mendapatkan mekanisme dia untuk pengajian adakah pengecualian dengan negeri Selangor walau bagaimanapun LPHS mengambil maklum dan kita tengah membuat kajian dan saya rasa ini boleh dilaksanakan di negeri Selangor mengikut pencapaian yang telah kita buat dan untuk maklumat Yang Berhormat, bagi projek-projek yang dikatakan terbengkalai ataupun penyatuan semula bagi projek ini, kita mengenal pasti sebab dan juga bagaimana untuk menanganinya dan ini dalam kajian LPHS dan kita akan bekerjasama dengan pihak KPKT. Terima kasih.
Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan-jawapan yang diberikan. Saya ingin memberi soalan tambahan. Bolehkah LPHS memberikan kelulusan kelayakan lebih awal kepada pemohon-pemohon yang telah memenuhi syarat tanpa perlu menunggu pembukaan ataupun kuota projek? Sekurang-kurangnya dengan kelulusan awal ini, pemohon boleh membuat semakan pinjaman dan persediaan pembiayaan lebih awal. Jadi apabila projek dibuka, proses pemilikan rumah dapat dipercepatkan dan pemohon tidak terus berada dalam status menunggu terlalu lama. Terima kasih.
Untuk mendapatkan kelulusan dari segi pembinaan dan sebagainya harus melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan kerana kita melalui beberapa agensi termasuk PBT, agensi-agensi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, biasanya kita akan mendapat pandangan jika projek tersebut di kawasan tersebut memang memerlukan kelulusan lebih awal, kita akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan pandangan dan juga kita membantu mereka untuk memastikan dapat projek ini dihasilkan. Bagaimanapun, kita juga mengenal pasti adakah kawasan-kawasan tersebut memenuhi zoning-zoning kawasan-kawasan yang ditetapkan sama ada rumah harga yang berpatutan, rumah mampu milik ataupun dan sebagainya. Jadi walau bagaimanapun, ini akan kita pastikan bahawa pembinaan rumah di kawasan-kawasan tertentu dapat dilaksanakan dengan mengikut peraturan dan juga spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Dewan mengalukan lawatan pelajar-pelajar dan tiga orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai, Ampang. Dia diketuai oleh Encik Sangkari, PIBS Zon 21. Lawatan diatur oleh Yang Berhormat Eugene How, Ahli Dewan Negeri Teratai bersama Encik Muhammad Fidaus Bin Bah, Ahli Majlis Zon 19 Teratai. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Selepas ini, soalan dari Yang Berhormat Morib.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 74.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Sra Taman Kemuning BantingQuestions
74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan Negeri bersedia menetapkan tarikh mula pembinaan dan tarikh siap yang mengikat, serta membentangkan laporan kemajuan projek SRA Taman Kemuning Banting kepada Dewan pada setiap persidangan sehingga sekolah ini siap dibina?
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Morib. Soalan berkenaan dengan SRA Taman Kemuning Banting. Soalannya, adakah Kerajaan Negeri bersedia menetapkan tarikh mula pembinaan dan tarikh siap yang mengikat serta membentangkan laporan kemajuan Projek SRA Taman Kemuning Banting kepada dewan pada setiap persidangan sehingga sekolah ini siap dibina? Saya ringkaskan bahagian pertama, menetapkan tarikh mula pembinaan saya akan sebut nanti. Tarikh siap yang mengikat, saya tak berani nak sebut mengikat kerana Insya Allah itulah yang diajar oleh orang Islam. Sebab macam-macam boleh berlaku dengan tarikh tersebut. Yang kedua, soal membentangkan laporan kemajuan projek dalam Dewan ini saya kira pun satu perkara yang kurang wajar kerana kalau nak sebut bentang dalam dewan ini, kita bincang dasar selalunya. Benda-benda pembangunan ini memang ada forum yang tersendiri di bawah JAIS, di bawah unit pembangunan dengan JKR dan sentiasa dipantau oleh unit-unit lain dalam Kerajaan Negeri seperti unit SIAP yang sentiasa memastikan program-program fizikal ini dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, saya boleh kongsikan sedikit maklumat tentang perkembangan pembangunan SRA ini. Brief projek bagi SRA Bandar Banting, Taman Kemuning, daerah Kuala Langat telah dikemukakan kepada pihak JKR Negeri Selangor pada 15 Mei 2026. Pihak JAIS juga telah memohon peruntukkan sebanyak RM300,000 daripada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2027 bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan ini. Jadi, ia akan mula tahun depan. Oleh itu, jangkaan paling awal projek ini dapat dimulakan adalah pada suku keempat tahun 2027 atau suku pertama tahun 2028 setelah projek ini menerima kelulusan kebenaran merancang dan selesai proses tender. Sehubungan dengan itu, projek pembinaan SRA Bandar Banting, daerah Kuala Langat ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2029 atau suku pertama tahun 2030 iaitu mengambil kira tempoh pembinaan selama 24 bulan jika tiada tempoh lanjutan masa atau extension of time yang dipohon oleh pihak kontraktor utama. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya faham apa yang diberitahu. Cuma jika ada perjumpaan jemputlah saya sekali ya. Jadi jemputlah pada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain jika ada apa-apa sekalipun perbincangan di peringkat EXCO, mohon bukan setakat sahaja masalah di SRA ini mungkin masalah-masalah lain. Insya-Allah. Cuma saya ingin kenapakah peruntukan yang diberitahu pada 2023, 2024. Peruntukan yang diberi adalah RM13 juta dan baru-baru ini peruntukan itu telah direndahkan kepada RM5 juta. Jadi,
persoalan saya adakah kos RM5 juta ini merangkumi keseluruhan pembinaan atau pun RM5 juta itu kos permulaan? Dan diberitahu tadi adalah pada Mei 2026 dibekalkan pada RM300,000 dah adakah...apakah RM30,000 untuk apakah kegunaan permulaan yang diberi kepada projek SRA ini. Jadi, saya mohon jika ini melibatkan perbincangan-perbincangan di peringkat MAIS atau pun JAIS. Mohon saya juga dijemput untuk memudahkan, memudah cara dan saya boleh lah beritahu pada penduduk. Insya-Allah. Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Morib. Kalau saya sambut baik hasrat dan cadangan Yang Berhormat Morib tadi untuk dimasukkan dalam perbincangan. Cuma saya kurang pasti apa yang boleh diselesaikan lah sebab isunya adalah kalau sekolah ini biasanya RM40 juta kalau nak buat. Yang itu pun bergantung pada yang pertama, kekuatan kewangan Kerajaan Negeri, yang kedua juga soalnya Yang Berhormat, di Morib ni ada tiga empat sekolah lagi yang berhampiran yang ada dan daripada angka yang ada di depan saya ni, ada lebih kurang 560 kekosongan di sekolah-sekolah tersebut. Jadi, daripada perspektif JAIS, tentunya ada projek-projek lain yang lebih memerlukan keutamaan. Jadi, yang itu harus kita utamakan dahulu lah. Yang ini telah ada dan saya tahu, saya maklum sini macam contohnya KAFAI Sungai Lang Baru, yang tu dah penuh, satu sekolah je tapi ada tiga sekolah lain yang masih ada kekosongan. Jadi saya rasa penilaian-penilaian tersebut, penyelenggaraan-penyelenggaraan tersebut dibuat oleh pihak JAIS berdasarkan merit-merit usaha-usaha yang ada. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sementa.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Sementa nombor 75.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Baik Pulih Masjid Al-Ansar, Pekan KaparQuestions
75. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan terkini kerja pembaikan ruang solat Masjid Al-Ansar Pekan Kapar yang mengalami mendapan dan membahayakan keselamatan jemaah?
b)
Bilakah pembaikan dijangka siap?
c) Berapakah kos keseluruhan projek pembaikan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Sementa soalan membaik pulih Masjid Al-Ansar di Pekan Kapar. Bahagian pertama, Apakah perkembangan terkini kerja pembaikan ruang solat Masjid Al-Ansar Pekan Kapar yang mengalami masalah mendapan dan membahayakan keselamatan jemaah? Langkah untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih sedang dirancang oleh JAIS berikutan berlaku mendapan tanah. Pihak JAIS telah mengemukakan permohonan audit forensik keselamatan kepada JKR untuk menentukan tahap keselamatan bangunan masjid tersebut. Keputusan audit forensik ini akan menentukan apakah tindakan JAIS selanjutnya.
Untuk bahagian (b), soalannya adalah bilakah pembaikan dijangka siap? Jadi, yang ini pun kita masih menunggu ulasan forensik daripada JKR untuk dapat kita kenal pasti tempoh masa yang bersesuaian berdasarkan kepada tindakan-tindakan baik pulih yang akan dicadangkan.
Yang ketiga, soalan tentang berapakah kos keseluruhan projek pembaikan tersebut? Sama juga Yang Berhormat, ini juga tertakluk kepada ulasan forensik daripada pihak JKR yang sedang dijalankan. Nanti kita akan, dah tahu kita boleh maklumkan. Terima kasih.
Soalan.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Di atas pencerahan dan jawapan yang diberikan. Makna rumusan dia belum ada lagi tempoh bila akan diperbaiki memandangkan menunggu keputusan forensik. So, soalan tambahan saya ialah, apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu dibuat di masjid tersebut memandangkan masjid tersebut masjid utama persinggahan orang ramai, betul-betul tempat strategik di Pekan Kapar kerana ramai orang yang lalu yang nak pergi ke Kuala Selangor, ke Perak dan sebagainya, dia akan singgah ke masjid tersebut untuk berehat, untuk solat dan sebagainya. Maka, apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu dibuat dilakukan oleh pihak masjid tersebut dengan dibantu oleh pihak Kerajaan Negeri.
Perkara yang kedua, berkaitan tentang masjid tersebut juga yang saya sebut tadi, sebagai tempat yang strategik yang terletak benar-benar Pekan Kapar, apakah di sana ada hasrat Kerajaan Negeri untuk menaikkan taraf masjid tersebut menjadi masjid pelancongan atau masjid persinggahan yang boleh dibantu dari sudut keselesaan, tempat rehat, wakaf dan sebagainya supaya mereka yang singgah ke masjid tersebut dalam keadaan selesa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Audit forensik sebenarnya telah pun kita serahkan, kemukakan kepada JKR pada hujung Jun tahun ini. Daripada gambar yang saya ada ni, masjid tu yang mendapnya hanyalah sebahagian sahaja. Jadi, kalau kapasiti penuh masjid tu 2,500, 1,500 ruang tu masih boleh digunakan ya. Untuk bahagian yang mendap ni setakat ini yang telah dibuat adalah telah dimasukkan pita keselamatan untuk menghalang jemaah daripada menggunakan bahagian yang mendap tersebut. Jadi, masih boleh digunakan tetapi ialah kita masih harus berwaspada dan kita menunggu laporan audit forensik untuk memastikan keselamatan para jemaah yang pergi. Jadi, masalah pertama masjid ini adalah kita kena selesaikan isu mendapan ini dahulu, sebelum kita boleh bincang isu-isu naik taraf dan pembesaran masjid dan sebagainya yang tentunya kita melihat mengikut keperluan semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Pelek. Tak ada.
Tuan Speaker, peraturan tetap 24(2) saya mengambil soalan Sungai Pelek nombor 76.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Jualan Ehsan Rahmah (JER)Questions
76. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah Program Jualan Ehsan Rahmah yang telah dilaksanakan di DUN Sungai Pelek bagi tahun 2023 sehingga kini? b)
Apakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan penganjur serta lokasi penganjuran program tersebut?
Ok silakan. Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat, saya menjawab soalan berhubung dengan, berkaitan dengan JER iaitu Jualan Ehsan Rahmah yang dilaksanakan di Sungai Pelek bagi tahun 2023 sehingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2023 ada 28 lokasi program JER
di DUN Sungai Pelek, 2024 ada 27, 2025 ada 41 lokasi dan 2026 sehingga 16 Julai 2026, 21 lokasi. Jadi keseluruhannya 117 lokasi. Yang Berhormat juga bertanya berhubung dengan kriteria lokasi dari segi lokasi penganjuran JER ini. Sebagaimana yang sedia maklum sebelum ini, memang kita menetapkan kriteria-kriteria penting dalam menentukan tempat-tempat untuk kita anjurkan Jualan Ehsan Rahmah ini. Yang pertama, ialah keperluan dan kepadatan penduduk serta kawasan yang mempunyai permintaan tinggi terhadap barangan keperluan asas itu. Ini, kalaupun meletakkan sasaran dua (2) program JER pada setiap DUN tetapi kita juga melihat dari segi keperluan untuk diagihkan kemungkinan ada tempat yang perlu ada tiga (3). Ada tempat yang kadang-kadang perlu satu (1) sahaja. Jadi, kita akan tengok keperluan itu berdasarkan kepada keperluan dan kepadatan penduduk. Yang kedua, memilih lokasi jauh daripada pasar tani atau pasar malam untuk mengelakkan persaingan pasaran. Ini memang dasar kita, tidak letak sebelah nak ada persaingan dengan pasar-pasar atau pun peniaga-peniaga kecil. Yang ketiga, kita juga menerima cadangan-cadangan tempat ini daripada pejabat ADUN, Pusat Khidmat Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli-ahli Majlis, penghulu dan pemimpit komuniti setempat. Keempat, kesesuaian mudah diakses yang mempunyai ruang parkir dan mencukupi dan untuk mengelakkan gangguan kepada lalu lintas, meminimakan gangguan. Gangguan tu tetap ada lah. Meminimakan kesesakan lalu lintas. Yang seterusnya, yang kelima ialah keupayaan logistik dan operasi bagi memastikan bekalan barangan mencukupi serta kelancaran pelaksanaan program.
Selain itu, bagi memperluaskan capaian pada rakyat, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Jualan Ehsan Rahmah ini melalui kerjasama strategik dengan pasar raya seperti Segi Fresh atau pun Ehsan Mart selain menggunakan konsep trak bergerak (Mobile Truck) bagi membolehkan lebih banyak lokasi mendapat manfaat. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Permatang.
Cerah muncul seusai tengkujuh, soalan saya nombor 77.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Status Permohonan Lesen Inap DesaQuestions
77. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah permohonan lesen Inap Desa di kawasan MPKS yang dibekukan telah dibuka semula dan apakah garis panduan baharu yang perlu dipatuhi pemohon? b)
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pengusaha kecil yang bermodal terhad tidak terbeban dengan syarat lesen sama seperti pengusaha besar?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Permatang. Yang bertanyakan status permohonan lesen Inap Desa, untuk (a), untuk makluman Yang Berhormat, permohonan terbaru lesen pengoperasian Inap Desa di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) masih belum dibuka semula. MPKS sedang memuktamadkan garis panduan pengoperasian Inap Desa yang meliputi aspek kesesuaian guna tanah, perancangan dan bangunan, pelesenan, keselamatan, tempat-tempat kenderaan serta kawalan pengoperasian. Pembukaan semula permohonan akan dipertimbangkan setelah dasar dan garis panduan tersebut dimuktamadkan bagi memastikan aktiviti Inap Desa dapat dilaksanakan secara teratur, selamat dan bersesuaian dengan kepentingan penduduk serta perancangan kawasan setempat diperhalusi.
Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan ketara antara pengusaha Inap Desa berskala kecil termasuk pengusaha keluarga dan komuniti dengan pengusaha penginapan komersial yang berskala besar. Ini untuk (b), sehubungan itu, dalam penyelarasan dasar dan garis panduan yang sedang diperhalusi, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pendekatan pelesenan perlu dibuat secara berkala mengikut sekadar risiko operasi dan tidak wajar menggunakan pendekatan yang sama kepada semua kategori pengusaha. Antara perkara yang akan dipertimbangkan termasuk, a) Kapasiti dan bilangan bilik, b) Jenis dan lokasi premis, c) Skala operasi, d) Tahap risiko keselamatan, e) Keperluan tempat letak kenderaan, f) Impak kepada kejiranan dan g)kemudahan yang disediakan.
Pendekatan ini, membolehkan syarat teknikal, fee dan keperluan pemantauan disesuaikan secara lebih munasabah. Bagi pengusaha kecil tanpa menjejaskan keperluan asas berkaitan keselamatan, kebersihan, kesihatan awam dan ketenteraman setempat. Kerajaan Negeri juga akan meliliti kaedah pematuhan yang lebih mesra pengusaha kecil termasuk kemungkinan pelaksanaan secara berperingkat supaya mereka mempunyai laluan yang jelas untuk beroperasi secara sah tanpa dibebankan keperluan setara dengan hotel dan operator komersial yang berskala besar. Matlamat Kerajaan Negeri adalah untuk memudah cara pengusaha kecil, menggalakkan ekonomi dan pelancongan tempatan serta memastikan kawal selia yang adil dan seimbang kepada seluruh dan semua pihak operator. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Jadi, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Permatang ingin bertanya, memandangkan permohonan masih belum dibuka. Jadi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis masa yang jelas bagi pelaksanaan lesen ini dibuka semula dan apakah langkah sementara bagi memastikan agar pengusaha-pengusaha homestay ini tidak berdepan penguatkuasaan. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Permatang atas soalan tambahan. Memang seperti apa yang saya tegaskan, kita tengah teliti di Majlis Perbandaran Kuala Selangor supaya pendekatan yang kita buat, garis panduan itu kita akan mengambil pertimbangan yang berskala kecil dan berskala besar. Dia tidak boleh disamakan kerana homestay- homestay Inap Desa di kawasan khususnya di Permatang, di Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sabak Bernam, Sungai Besar ya dia, oleh kerana banyak permintaan di Anjung Utara, mereka banyak pengusaha yakin mendapat sambutan dan mereka menerokai bidang ini, menerokai bidang ini dan mereka menggunakan ada yang hanya 10 bilik, hanya 8 bilik ada yang 6 bilik pun ada berskala kecil di bendang mereka, di kawasan perumahan kampung mereka. Jadi, kita perlu ambil satu garis panduan dasar yang bagaimana kita nak bantu. Ya, kalau di lapangan dengan syarat guna nyata nya, syarat guna nyata tanah memang tidak sesuai dan tidak dibenarkan memandangkan pengusaha kecil-kecilan ini pengusaha di kampung. Jadi, Kerajaan terpaksa ambil, mesti ambil satu pendekatan yang memudah cara kan, yang mesra rakyat yang cuba membantu pengusaha kecil. Walau bagaimanapun soal keselamatan, soal syarat-syarat yang minimum itu tidak boleh kompromi kerana dia melibatkan apa, pelancong datang, penginap datang duduk inap desa. Apabila berlaku sesuatu, seandainya malapetaka ke musibah, kebakaran dan sebagainya sehingga meragut nyawa dan sebagainya. Insurans itu perlu ada, keselamatan itu perlu dipertimbangkan kalau tidak ia menjadi masalah. Oleh sebab itu kita tidak boleh tergesa-gesa. Dasar dan Garis Panduan itu kita kena teliti A-Z supaya apabila kita laksanakan boleh bantu.
Untuk sementara waktu ini, kita akan tengok pantau dulu. Kita akan bagi nasihat supaya mereka comply supaya mereka datang mohon dan sebagainya. Itu untuk kaedah sementara. Jangka panjang, Garis Panduan akan dikemukakan. Sekian terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Sungai Panjang.
Sungai Panjang mahukan jawapan, dari soalan 78.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Statistik Pemain Abmk Di Peringkat KebangsaanQuestions
78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapa ramai kah pemain kelahiran ABMK yang telah berjaya terpilih mewakili Negeri Selangor dalam kejohanan bola sepak di peringkat kebangsaan?
b) Berapakah jumlah pemain akademi ini yang telah dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan mengikut kategori umur masing-masing sejak ABMK mula diwujudkan?
Terima kasih Sungai Panjang. Tak sempat nak Chat GPT pantun. Kalau awal bagi tahu ada pantun kita boleh prepare. Baik terima kasih Sungai Panjang atas soalan yang dikemukakan nombor 78 berkaitan dengan Akademi Bola Sepak Merak Kuning. Soalan pertama, berapa ramaikan pemain kelahiran ABMK yang telah berjaya dipilih mewakili negeri Selangor dalam kejohanan bola sepak di peringkat Kebangsaan?
Untuk makluman Dewan seramai 53 pemain daripada ekosistem pembangunan Bola Sepak Akademik Bola Sepak Merah Kuning (ABMK) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Selangor bagi skuad bawah 12 tahun (B12) dan bawah 16 tahun (B16) dalam Liga Remaja Kebangsaan. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan program pembangunan bakat akar umbi yang dilaksanakan serta menjadi asas kepada usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk mewakili Selangor dan negara pada masa akan datang.
Untuk soalan kedua, berapaka jumlah pemain akademi ini yang telah dipanggil bagi menyertai Skuad Kebangsaan mengikut kategori umu masing-masing sejak ABMK mula diwujudkan? Saya beri perincian untuk soalan kedua ini. Berikut merupakan senarai pemain skuad kebangsaan yang berasal dari pasukan Selangor FC. Untuk skuad senior kebangsaan ada 7 orang; Sikh Izhan, Quentin Cheng, Harith Haikal, Nooa Laine, Faisal Halim, Sharul Nazeem, Alif Izwan.
Bagi pemain Selangor yang dipanggil ke skuad bawah 20 tahun Kebangsaan untuk tahun 2025 dan 2026 yang pertama Zidan Fazly dari pasukan Selangor U20. Kedua Irfan Aswad dari pasukan Selangor U23. Yang ketiga, Airel Husaini dari Selangor U20. Yang keempat Syazril Izwan – Selangor U20, yang kelima Danial Asri – Selangor U23,
yang keenam Adib Rashidi – Selangor U20, yang ketujuh Farish Rarhan Zailani – Selangor U20, yang kelapan, Aiman Hakimi Othman – Selangor U23, Amir Farhan Fuzi – Selangor U23, Zharif Zaini – Selangor U23, Haykal Danish – Selangor U23, Muhammad Abu Khalil – Selangor FC Skuad Utama, Rohisham Haiqal – Selangor U23, Adam Haiqal Azizol – Selangor U23, Amirul Izuwan Mamad – Selangor U23, Dainei Mat Disa – Selangor U23, Zamirul Hakim Khair – Selangor U23.
Yang Berhormat Kota Kemuning.
Soalan Tambahan
Ada soalan tambahan?
Soalan tambahan. Ada dua (2). Pertama, adakah Majlis Sukan Negeri Selangor menjalankan kajian kepuasan ibu bapa pemain dan jurulatih secara berkala bagi menilai ekosistem latihan ABMK tadi? Yang kedua, adakah laporan tahunan prestasi ABMK ini diterbitkan secara rasmi kepada umum pada masa kini? Sekiranya tidak ada, adakah Kerajaan Negeri bersedia menerbitkan laporan tersebut yang mengandungi data prestasi pencapaian pemain, penggunaan peruntukan dan impak sosial demi meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti kepada rakyat?. Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, Akademik Bola Sepak Merah Kuning (ABMK) ini telah ditamatkan pada tahun 2020 dan bukan lagi di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri dan kini telah diserahkan sejak tahun 2019 kepada pihak Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor dan selepas itu diberi penjenamaan semula di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat kita boleh memohon daripada pemegang taruh iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor dan juga FAS untuk mereka mendapatkan butiran sebagaimana yang dipohon oleh Yang Berhormat dan saya cuba untuk memberikan maklumat tersebut secara bertulis sekiranya dapat nanti. Sebab memang daripada tahun 2020 ABMK sudah tidak lagi beroperasi kerana tidak ada peruntukan yang diberikan dan sekarang ini pun untuk Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor kita telah serahkan sepenuhnya di bawah pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor dan juga Selangor FC. Terima kasih yang berhormat.
Satu.
Yang Berhormat Kota Kemuning.
Satu pemakluman.
Yang Berhormat Kota Kemuning.
Yang Berhormat.
Tuan Speaker. Soalan nombor 79.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Pusat Belia (YOUTH Hub) Kota KemuningQuestions
79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Pusat Belia (YouthHub) di DUN Kota Kemuning yang menyediakan ruang pembelajaran, latihan kemahiran, keusahawanan, studio kreatif, kemudahan sukan dan ruang kerja bersama (co-working space)? Apakah strategi Kerajaan bagi memperkukuh kemahiran digital dalam kalangan belia?
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang bertanyakan tentang cadangan mewujudkan sebuah pusat belia (Youth Hub) di DUN Kota Kemuning. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri masih lagi belum memiliki perancangan khusus untuk mewujudkan sebuah Pusat Belia (Youth Hub) di DUN Kota Kemuning. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk meneliti cadangan ini sekiranya terdapat keperluan yang jelas iaitu dari segi lokasi yang bersesuaian serta kerjasama strategik dengan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Institusi Pendidikan, Agensi Kerajaan dan juga rakan-rakan industri. Seandainya direalisasikan pada masa hadapan Youth Hub boleh berperanan menjadi pusat sehenti yang menyediakan ruang pembelajaran, latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan, studio kreatif, kemudahan sukan serta ruang kerja bersama co-working space. Ia bukan sekadar sebuah bangunan tetapi juga sebuah ekosistem yang membolehkan anak-anak muda belajar berkarya berinovasi serta membina jaringan profesional dalam satu ruang yang kondusif.
Bagi memperkukuhkan kemahiran digital pula, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor akan terus memperluaskan pelbagai program pembangunan belia yang memberi tumpuan kepada kemahiran masa hadapan atau dengan izin future ready skills. Program-program ini dilaksanakan bersama Penggerak Belia Selangor (PBS) yang berperanan untuk menggerakkan aktiviti di peringkat komuniti serta Selangor Volunteer (SEV) yang memberi peluang kepada belia dalam pengurusan sukarelawan, penganjuran program dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi, agensi-agensi latihan dan pemain-pemain industri bagi memperluaskan akses kepada latihan dalam bidang seperti kecerdasan buatan, analisis data, keselamatan siber, pemasaran digital dan pembangunan kandungan kreatif. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan belia di negeri Selangor memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta bersedia menghadapi perubahan pesat dalam dunia pekerjaan. Kerajaan Negeri percaya bahawa pelaburan dan pembangunan belia bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal semata-mata tetapi juga untuk membina peluang memperkasa bakat serta membuka ruang kepada belia untuk berkembang. Dengan sokongan ekosistem yang kukuh melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Penggerak Belia Selangor (PBS) dan SEV kita yakin belia di Negeri Selangor akan mampu menjadi generasi yang berdaya saing, celik digital dan mampu penyumbang secara aktif kepada pembangunan negeri.
Tuan Speaker soalan tambahan.
Soalan tambahan, silakan Kota Kemuning.
Yang Berhormat EXCO terima kasih bagi jawapan tadi tetapi saya hendak bertanya apa yang dimaklumkan kepada saya, peruntukan yang kita sediakan under PBS adalah sangat rendah untuk mereka melakukan program-program di kawasan masing-masing untuk menarik banyak lagi anak muda untuk joint program-program mereka. Itu satu. Kedua, bagaimana kita boleh membantu anak muda khususnya kepada PBS dan SEV untuk connect kepada industri yang mana mereka boleh mempunyai satu pengalaman melalui internship untuk membina dan memberikan mereka pengalaman pada masa yang sama untuk menggiatkan diri dalam latihan-latihan dan juga industri tersebut.
Terima Kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Untuk makluman Yang Berhormat dari segi peruntukan kepada penggerak belia Selangor kita telah mula menaikkan peruntukan mereka bermula tahun lepas (2025). Bermula dari 2009 sehingga 2024 mereka mendapat peruntukan RM5,000 setahun untuk seorang PBS tetapi bermula tahun lepas (2025) kita telah tingkat kepada RM10,000.00 untuk seorang PBS dan untuk makluman Yang Berhormat, di setiap PBT kita ada lebih kurang 24 PBS yang dilantik menerusi kerusi Ahli Majlis. Kalau Ahli Majlis ada 24 orang di setiap PBT, jadi PBS pun ada 24 orang. Jadi kalau kita kira secara roughly 24 PBS itu mendapat peruntukan RM10,000.00 seorang keseluruhannya RM240,000.00. jadi sebenarnya mereka boleh atau pun berupaya untuk menganjurkan lebih banyak program sekiranya mereka menyusun atau menjalinkan kolaborasi sesama PBS misalnya di bawah DUN Kota Kemuning. Saya difahamkan ada tiga (3) atau empat (4) PBS. Jadi mungkin di situ ada RM40,000 setahun untuk anak-anak muda ini menggerakkan program. Jadi selalu yang kita
bimbing mereka ini jangan membuat program secara bersendirian. Maksudnya PBS jangan hanya menumpukan kepada kawasan mereka sahaja tetapi tumpukan kepada kawasan yang lebih luas dan berkolaborasi dengan rakan-rakan PBS yang lain. Jadi program yang dilaksanakan itu mungkin bajetnya lebih optimum tetapi impaknya lebih tinggi. Jadi pada masa sama kita juga mengharapkan bimbingan dan juga kerjasama daripada pihak Ahli-ahli Dewan Negeri untuk turut menyokong dan juga membantu Penggerak-Penggerak Belia ini dalam mana mereka ini merancang program dan selalu saya ingatkan kepada Penggerak Belia supaya berbincang dan pada masa yang sama merancang program-program berimpak tinggi untuk anak-anak muda ini bersama Ahli-ahli Dewan Negeri. Maknanya, Ahli-ahli Dewan Negeri ini tidak perlu ada kerisauan lagi untuk melaksanakan program-program anak muda, ADUN-ADUN tak perlu fikir sendiri dah. Mereka sudah ada Penggerak Belia yang boleh merancang dan melaksanakan program bagi pihak mereka. Jadi yang penting adalah kerjasama dan juga koordinasi di peringkat PBS dan juga Ahli Dewan Negeri termasuklah Ahli Parlimen dan Insya-Allah dari segi perbelanjaan itu setakat hari ini kita lihat mereka masih lagi mampu untuk menyelaraskan peruntukan yang sedia ada .
Dan soalan berkenaan dengan connection atau pun jaringan di antara pihak Penggerak Belia dengan industri. Memang kita galakkan anak-anak muda dan mereka yang terlibat dengan Penggerak Belia Selangor ini untuk meluaskan jaringan dan kerjasama mereka. Sebab itu saya tidak ada halangan di peringkat MSN sekiranya di peringkat PBS mereka hendak dapatkan dana tambahan daripada anak-anak syarikat atau pun syarikat-syarikat swasta. Memang kita galakkan mereka untuk mengambil tindakan enggage dengan agensi-agensi di luar dan melakukan crowd funding. Contoh kalau macam program CSR mereka boleh dapatkan dana dari syarikat-syarikat dan secara tidak langsung ini dapat membentuk dan mengasah skill mereka dari segi penganjuran acara dan juga bagi mendapatkan dana bagi melaksanakan program.
Untuk makluman Yang Berhormat dalam program-program atau pun insentif-insentif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri seperti Program ADUN Muda, dan juga program internship memang kita mendahulukan Penggerak-Penggerak Belia Selangor ini dalam senarai kita. Dan untuk makluman Yang Berhormat salah seorang PBS yang telah tamat tempoh perkhidmatan sekarang ini pun saya serapkan untuk bertugas sebagai pegawai atau pun kakitangan di pejabat EXCO dan pada masa yang sama ada ADUN-ADUN dan EXCO pun turut mengambil Penggerak-Penggerak Belia ini sebagai pegawai dan kakitangan di Pusat-Pusat Khidmat mereka untuk bantu menyelaras dan memudahkan urusan masyarakat di luar. Jadi dari segi apa yang disebut career enhancement atau career development, Penggerak Belia Selangor ini memang kita beri keutamaan kepada mereka dan bahkan kalau kita hendak lihat dari segi pencapaian saya sendiri dan juga Yang Berhormat Danial (Batu Tiga), ADUN Kota Damansara pun kita lahir dari program Penggerak Belia Selangor dan kita buktikan program ini bukan sahaja melahirkan pimpinan dari segi peringkat komuniti
tetapi berupaya menggalas cabaran sebagai pemimpin di peringkat Kerajaan Negeri bah kan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sungai Kandis. Yang Berhormat Sungai Kandis
Minta maaf Yang berhormat Speaker. Lipan bara di celah buluh. Soalan saya nombor 80.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Warga Emas Dan OkuQuestions
80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah terdapat Pusat Aktiviti atau Pusat Komuniti OKU di bawah Kerajaan Negeri di DUN Sungai Kandis? b) Kalau belum ada, adakah Kerajaan Negeri bercadang gunakan dewan orang ramai sedia ada untuk dijadikan pusat sementara? c) Bila boleh mula?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Kandis buat masa kini Kerajaan Negeri Selangor belum mempunyai pusat aktiviti dan pusat komuniti OKU. Fokus Kerajaan Negeri melalui Agensi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) buat masa ini adalah untuk meluaskan lagi kapasiti pusat terapi untuk warga OKU. Pun begitu penubuhan dan pengoperasian pusat aktiviti atau pusat komuniti OKU adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di kawasan berhampiran DUN Sungai Kandis saya dapati tiga (3) Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan OKU iaitu PPDK Manja, PPDK Taman Sri Andalas dan PPDK Kota Raja. Maklumat terperinci mengenai lokasi pusat-pusat tersebut akan dikemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga kini terdapat sebanyak 21 Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE yang beroperasi di seluruh negeri Selangor. Dalam DUN Sungai Kandis terdapat PAWE di Teluk Menegun, dalam daerah Shah Alam juga terdapat PAWE Setia Alam dan PAWE Paya Jaras. PAWE berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti bagi warga emas yang menyediakan pelbagai program berbentuk kesihatan, sosial, rekreasi, pembelajaran sepanjang hayat dan kesukarelawan bagi menggalakkan penuaan aktif serta meningkatkan kesejahteraan warga emas. Senarai penuh Pusat Aktiviti Warga Emas akan dikemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Bagi soalan (b), walaupun Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan JKM, Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Dewan Negeri serta Pertubuhan Bukan Kerajaan ataupun NGO dalam mengenal pasti kemudahan awam yang bersesuaian termasuk dewan orang ramai sekiranya terdapat keperluan dan cadangan yang memenuhi syarat dari segi kesesuaian, keselamatan dan aktiviti setempat mendapat persetujuan Pihak Berkuasa berkaitan. Di bawah JKM juga kita telah beralih kepada PAWE berkonsep premis tetap kepada PAWE 3A ataupun Anytime, Any Ware, Any Place untuk memudahkan aktiviti-aktiviti yang lebih privacy dilaksanakan untuk lebih ramai kumpulan sasar. Kerajaan Negeri juga telah perbincangan untuk mengembangkan model program PAWE ini, seperti yang dilaksanakan di Sungai Tua yang dioperasikan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Selayang kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain. Bermakna PAWE bukan dioperasikan dengan model premis tetap seperti yang diperturunkan dananya daripada JKM tetapi operasi sepenuhnya oleh PBT. Pelaksanaan ini selaras dengan agenda ekonomi penjagaan untuk memastikan penuaan warga Selangor yang sihat dan bermaruah. Untuk soalan (c) buat masa ini, tiada garis masa dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan memandangkan cadangan tersebut memerlukan penelitian lanjut melibatkan aspek keperluan setempat kesesuaian premis, implikasi kewangan serta kelulusan daripada agensi yang berkenaan. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan pihak JKM dan pihak-pihak berkepentingan bagi meneliti persediaan kemudahan tersebut demi meningkatkan kesihatan komuniti OKU.
Ada soalan tambahan.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO tapi saya di sini, saya ingin tahu lebih lanjut tentang kiranya boleh disediakan satu pusat dialisis memandangkan sekarang terlalu ramai yang menghadapi masalah ini dan nampaknya di kawasan Jalan Kebun, dahulu saya dapati ada perancangan untuk dibuat pusat dialisis, jadi orang OKU ini ada juga orang-orang warga emas ini terpaksa pergi jauh, sebab hanya nama signboard yang diletakkan di situ dahulu, tetapi tiada aktiviti dialisis di situ. Dan, soalan kedua saya adalah siapakah yang mengendalikan semua pusat-pusat yang YB sebutkan tadi? sama ada JPKK atau NGO ataupun PBT? Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan, kira untuk perkhidmatan kesihatan dialisis itu dalam pemantauan daripada Bandar Utama dan saya kira program saringan dan tuntutan untuk bantuan kesihatan BKS atau Bantuan Kesihatan Selangor juga memperuntukkan RM5,000.00 seorang itu kebanyakan yang menuntut adalah pesakit-pesakit dialisis. Itu komen awal saya. Untuk soalan kedua tadi, saya kira operasi PAWE–PAWE sepenuhnya oleh NGO dan permohonan kepada premis itu ditentukan dari segi kesesuaian dewan ataupun
bangunan milik kerajaan yang bersesuaian, yang mana untuk tempoh akan datang kebanyakan permohonan-permohonan tidak lagi dibenarkan. Dan saya melihat perlunya PAWE bukan lagi modul 1 Parlimen 1 PAWE,kerana jarak premis 1 kilometer warga emas untuk pergi ke pusat aktiviti agak jauh dan sebab itu Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan model PAWE PBT yang telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Jadi saya kira bukan model NGO tetapi kita melihat hybrid antara komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. (Bahasa Jawa) soalan Ijok nombor 81.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Pelupusan Sampah Atau E-WasteQuestions
81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah persediaan Kerajaan Negeri menghadapi lambakan bateri kenderaan elektrik (EV) dan panel solar tamat hayat, khususnya dari aspek pengumpulan, kitar semula, pelupusan serta pengurusan sisa berbahaya?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Tuan Speaker, Ijok bertanyakan tentang persediaan Kerajaan Negeri menghadapi lambakan bateri kenderaan elektrik (EV) dan panel solar tamat hayat, khususnya dari aspek pengumpulan, kitar semula, pelupusan serta pengurusan sisa berbahaya. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, negeri Selangor merupakan hak pengilangan automotif EV dan teknologi utama di Malaysia. Kerajaan Negeri menyedari bahawa peningkatan penggunaan kenderaan elektrik ataupun EV dan pemasangan panel solar yang akan menyebabkan penambahan bateri EV dan panel solar yang mencapai tamat hayat pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah persediaan dari aspek kawal selia, pemerolehan kembali, pelesenan dan pematuhan perundangan bagi memastikan sisa tersebut diurus secara selamat serta tidak menjejaskan alam sekitar.
Pertamanya, dari aspek dasar dan perundangan, panel solar tamat hayat dan bateri EV di spesifikasi sebagai pembuangan terjadual seperti di bawah Jadual Pertama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Pembuangan Jadual 2025, Akta Alam Pekeliling 1974 dan masing-masing di bawah kod SW110 dan SW103. Oleh itu, pengurusan sisa tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan tidak boleh dilupuskan bersama sisa pepejal biasa. Dan selain daripada itu, Jabatan Alam Sekitar turut menetapkan supaya pembuangan terjadual termasuk bateri terpakai melalui proses kemudahan pemerolehan kembali selaras dengan konsep cradle to cradle bagi mengurangkan impak pencemaran terhadap alam sekitar. Kedua, aspek pengumpulan dan kitar semula, pemilik dan pengilang perlu menghantar bateri EV dan panel solar tamat hayat ke premis pemerolehan hayat kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Bateri EV akan melalui proses pengumpulan, pengasingan, nyah cas dan pemerolehan kembali bagi mengabstrak barang bernilai seperti litium, kobalt dan nikel sebelum di proses semula melalui teknologi yang diluluskan. Bagi menyokong bateri EV dan panel solar tamat hayat, Negeri Selangor mempunyai 2 kemudahan pemerolehan kembali di luar tapak bagi SW103 untuk mengolah dan mengitar semula bateri EV. Selain itu terdapat 11 kemudahan pemerolehan kembali penuh atau fully recovery facility dan 21 kemudahan pemerolehan kembali separa atau pun partial recovery facility bagi kod SW 101 yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ketiga, dari aspek pelesenan dan kawalan alam sekitar pembangunan premis baru bagi menjalankan aktiviti kemudahan pemerolehan kembali bateri EV dan panel solar tertakluk kepada perintah kualiti alam sekeliling, aktiviti yang ditetapkan, penilaian kesan terhadap alam sekeliling 2015. Penggerak projek perlu mengemukakan laporan penemuan kesan kepada Jabatan Alam Sekeliling ataupun dikenali sebagai EIA, untuk diteliti sebelum kelulusan diberikan. Hanya projek yang memenuhi keperluan alam sekitar akan dipertimbangkan untuk dilesenkan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pendekatan ini memastikan hanya premis yang memenuhi keperluan alam sekitar diberi kelulusan supaya operasi kemudahan pemerolehan kembali tidak menimbulkan risiko pencemaran kepada alam sekitar dan kesihatan awam.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ijok ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan pengeluar, pengedar ataupun pemasang EV dan panel solar melaksanakan konsep (dengan izin) take back system iaitu mengambil semula bateri-bateri ataupun panel solar apabila tamat hayatnya? Ini penting sebab dapat kitar semula atau dilupuskan dengan selamat oleh pengeluar itu sendiri. Jadi kita boleh dapat detect pengeluar mana yang mengeluarkan bateri ataupun panel solar tadi supaya mereka sendiri yang
melupuskan. Dan jika berlaku pembuangan secara haram tidak akan membebankan Kerajaan Negeri untuk melupuskan panel-panel tersebut. Terima kasih.
Terima kasih atas persoalan daripada Yang Berhormat Ijok. Ingin saya ingatkan di sini, sebenarnya pelupusan sampah ataupun e-waste termasuk EV adalah orang kata haram sekiranya terdapat pelupusan yang tidak bertanggungjawab. Jadi di bawah Jabatan Alam Sekitar pun sebenarnya terdapat larangan di bawah Seksyen 34 (b) iaitu sekiranya penempatan dan peletakan pembuangan terjadual termasuk sekali bateri EV yang tidak mematuhi peraturan, tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelupusan. Saya hendak terangkan dahululah tindakan yang boleh dilakukan kepada mereka yang melakukan pembuangan yang tidak bertauliah pada bateri kereta elektrik atau panel solar secara haram. Dan denda maksimum boleh sehingga RM10 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun. Sebagai peringkat kerajaan memang yang berbeza mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jadi ingin kita hendak maklumkan juga, buat masa kini Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan garis panduan khas untuk panel solar dan juga kereta elektrik. Di mana cadangan-cadangan tersebut juga sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia nya lebih terletak di bawah punca kuasa Kerajaan Persekutuan di mana Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam NRES menerusi Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation atau lebih dikenali sebagai MGTC sedang merangka satu garis panduan khusus bagi mengendalikan sisa panel solar dan bateri kereta elektrik (EV). Dan untuk di bawah Kerajaan Negeri pula kita juga mempunyai perancangan masing-masing bagi membantu selain daripada garis panduan yang akan dilaksanakan atau bakal dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan. Antara perancangan Kerajaan Negeri termasuk memperluaskan rangkaian pusat pengumpulan e-waste yang mudah akses di setiap Pihak Berkuasa Tempatan buat sementara ini. Termasuk integrasi dan program komuniti pusat kitar semula dan juga perbincangan dengan mereka yang berkepentingan dalam isu-isu ini. Dan selain daripada itu sebenarnya, hanya baru-baru ini sahaja pada tahun lepas dan tahun ini kita sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hijau Negeri Selangor ataupun SAGE yang mana sebelum ini kita telah merasmikan Jilid Pertama dan seterusnya kita akan meneruskan dengan Jilid Kedua Iaitu ekonomi kitaran yang merangkumi aspek pengurusan, sisa tenaga baharu aspek baru dapat kitaran semula, pelupusan secara selamat bagi panel solar bateri EV dan sebagainya supaya kita juga boleh menyokong daripada segi itu dan dalam konteks yang dikatakan oleh Yang Berhormat dalam konsep Extended Producer Responsibility ataupun EPR juga akan memberi pendekatan dasar yang signifikan bagi memastikan pengeluar, pengimport dan pembekal ataupun pemilik jenama bertanggungjawab secara langsung terhadap kitaran hayat. Jadi kita melihat juga bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu dari segi itu. Dan saya juga ingin mengambil ruang ini untuk membangkitkan bahawa selain daripada EV, panel solar juga sebenarnya di bawah Kerajaan Negeri kerana ia nya menyentuh banyak projek
berkaitan dengan GLC dan Kerajaan Negeri dan sebagainya. Kita sebenarnya mempunyai Garis Panduan Solar Negeri Selangor 2024. Yang ini lebih kepada garis solar di mana pemaju projek yang menjalankan projek di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menyediakan pelan perantaraan ataupun dan dikemukakan kepada PBT semasa permohonan kebenaran merancang untuk tapak panel solar.
Soalan tambahan boleh? Hulu Bernam.
Okay, satu lagi saya beri peluang.
Okay, terima kasih. Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk bertanya soalan tambahan berkenaan e-waste. Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya berkenaan pelupusan sampah e-waste ini, Yang Berhormat sebentar tadi membentangkan berkenaan dengan pelan-pelan pengurusan sisa e-waste berkenaan panel solar dan juga bateri EV. Jadi kalau kita lihat di Selangor ini kemunculan pusat data sebanyak 39 buah dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan ada sisa pembuangan e-waste juga. Bagaimana persiapan Selangor dalam sisa e-waste yang lebih besar dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang mendatang ini? Daripada pembuangan pelayan ataupun server pusat data ini? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
Jadi seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya setiap portfolio dan EXCO akan menjalankan tanggungjawab masing-masinglah yang ini termasuk daripada Yang Berhormat Kinrara dan juga kerjasama antara dengan Yang Berhormat Sri Setia. Kerana data center ini memang sering diperbincangkan dan juga terdapat juga garis panduan yang berkenaan dengan data-data berkenaan dibincangkan di jawatankuasa teknikal masing-masing. Dan ini saya percaya ini juga telah diperbincangkanlah. Untuk data yang lebih terperinci perlu didapatkan melalui EXCO yang berkenaan. Namun seperti mesyuarat yang pernah pejabat saya hadiri bersama dan sebagainya, perbincangan tentang masa hadapan termasuk isu elektrik dan juga penggunaan air turut diperbincangkan supaya kita mahu memastikan terdapat kemampanan terhadap isu ini. Jadi selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat melihat perkara ini secara keseluruhan. Sekiranya informasi yang lebih terperinci diperlukan, nanti kita akan minta jawapan secara bertulis daripada EXCO yang berkenaan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya dari Bandar Baru Klang ini telah dijawab bersekali dengan soalan nombor 41 dari Hulu Bernam sebelum ini. Jadi kita teruskan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 83.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Dana Usahawan Madani SelangorQuestions
83. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah usahawan mengikut DUN yang telah menerima Dana Usahawan Madani Selangor sejak program ini diperkenalkan sehingga Jun 2026?
b) Apakah indikator kejayaan yang direkodkan hasil daripada Dana Usahawan Madani Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati yang bertanyakan tentang jumlah usahawan mengikut Dewan Negeri yang telah menerima Dana Usahawan Madani Selangor sejak program ini diperkenalkan sehingga Jun 2026. Serta apakah indikator kejayaan yang direkodkan hasil daripada Dana Usahawan Madani Selangor? Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli Dewan, Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) tidak dilaksanakan berdasarkan pecahan DUN. Sebaliknya mengikut daerah. Sehubungan itu, jumlah penerima DUMS sejak program ini diperkenalkan sehingga Jun 2026 adalah mengikut daerah seperti di jadual berikut. Saya ambil masa sedikit untuk memperincikan mengikut daerah. Untuk daerah Petaling, bagi tahun 2024 jumlah penerima seramai sembilan belas orang. Bagi tahun 2025 adalah seramai lapan orang dan bagi tahun 2026 seramai lapan orang. Untuk daerah Hulu Langat, untuk tahun 2024 jumlah penerima seramai empat belas orang. Untuk tahun 2020, maaf 2024, empat belas orang, 2025 sembilan belas orang dan untuk tahun 2026 dua puluh dua orang. Bagi daerah Gombak, untuk tahun 2024 jumlah penerima seramai empat belas orang. Tahun 2025 sembilan belas orang. Tahun 2026 dua belas orang. Untuk daerah Kuala Langat, jumlah penerima pada tahun 2024 adalah seramai sepuluh orang. Tahun 2025 tiga belas orang. Tahun 2026 tujuh orang. Untuk daerah Sabak Bernam pada tahun 2024 enam orang, 2025 dua belas orang dan 2026 enam belas orang. Untuk daerah Klang pada tahun 2024 seramai tiga belas orang. Untuk tahun 2025 lapan orang dan untuk tahun 2026 lima belas orang. Untuk daerah Kuala Selangor bagi tahun 2024 seramai sembilan belas orang. Untuk tahun 2025 tujuh belas orang dan untuk tahun 2026 tujuh orang. Manakala untuk daerah Hulu Selangor untuk tahun 2024 seramai empat orang. 2025 empat orang dan 2026 lapan orang. Manakala daerah Sepang yang terakhir untuk tahun 2024 seramai lima orang. Tahun 2025 seramai lapan belas orang dan tahun 2026 seramai dua belas orang. Manakala untuk jumlah secara
keseluruhan daripada tahun 2024 penerima seramai seratus empat orang. 2025 seramai seratus lapan belas orang. Manakala untuk tahun ini 2026 seramai seratus tujuh orang. Dan jumlah keseluruhan bermula daripada 2024 sehingga 2026 adalah seramai tiga ratus dua puluh sembilan orang. Antara indikator kejayaan yang direkodkan hasil pelaksanaan Dana Usahawan Madani Selangor adalah seperti berikut. Pertama, ia membantu usahawan memperolehi peralatan dan kelengkapan perniagaan yang dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran serta produktiviti perniagaan. Meningkatkan hasil jualan dan pendapatan usahawan melalui penambahan kapasiti operasi serta menambah baik proses perniagaan. Ketiga, meningkatkan daya saing usahawan melalui penggunaan peralatan yang lebih moden dan efisien. Yang keempat, membantu usahawan mengembangkan perniagaan termasuk menambah produk atau perkhidmatan serta meluaskan pasaran. Dan yang kelima, meningkatkan kelangsungan serta daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di peringkat komuniti.
Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Hulu Bernam.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 84.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Kajian Projek Penyahgaraman AirQuestions
84. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status terkini kajian kebolehlaksanaan pembinaan Loji Penyahgaraman Air Laut bagi menjamin sumber air alternatif jangka panjang untuk Selangor?
b) Berapakah implikasi kos keseluruhan bagi fasa rintisan projek loji ini dan dimanakah lokasi persisiran pantai yang telah dikenal pasti sesuai?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Bernam. Tuan Timbalan Speaker, Hulu Bernam bertanyakan soalan berhubung dengan kajian kebolehlaksanaan teknologi penyahgaraman air laut ataupun desalination plant bagi menjamin sumber bekalan air alternatif untuk negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permintaan air terawat semasa oleh Air Selangor adalah sebanyak 5,450 juta liter sehari. Air Selangor mengunjurkan permintaan bekalan air akan meningkat sehingga 9,653 juta liter sehari. Itu hampir sekali ganda pada tahun menjelang tahun 2045. Sehubungan dengan itu, sumber
bekalan air alternatif adalah merupakan satu keperluan untuk dikaji dengan teliti bagi memastikan bekalan air yang mampan dan lestari untuk negeri Selangor. Sebagai langkah permulaan, satu kajian kebolehlaksanaan feasibility study sedang dijalankan untuk membangunkan satu Loji Rawatan Air alternatif di Pulau Indah, Klang bagi memenuhi permintaan pembangunan serta mengurangkan kebergantungan kepada Loji Rawatan Air sedia ada. Sumber alternatif yang akan dikaji termasuklah sumber air penyahgaraman, air pulih guna, air bawah tanah dan lain-lain. Ini antara beberapa sumber yang sedang kita kaji untuk melihat sumber air yang alternatif. Untuk status terkini, Central Spectrum Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Air Selangor telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian kebolehlaksanaan tersebut yang dijangka mengambil masa selama enam bulan dan dijadualkan siap pada Disember 2026. Hasil kajian ini akan menilai aspek teknikal, ekonomi, alam sekitar serta kebolehlaksanaan keseluruhan projek. Buat masa ini, kos keseluruhan masih belum dapat ditentukan walaupun kita telah meneliti dan melihat kewajaran itu ada sebab kos dari segi projek desalination plant ini telah pun turun ya. Sebagaimana juga sistem solar dulunya mahal sekarang dah agak kompetitif kerana ia bergantung juga kepada dapatan dan syor daripada kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, beberapa lokasi berpotensi telah dikenal pasti di kawasan persisiran pantai bahagian timur Pulau Indah sebagai tapak yang sesuai untuk pembangunan loji tersebut. Penentuan lokasi muktamad akan dibuat berdasarkan hasil kajian yang dijangka siap pada Disember 2026. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Hulu Bernam.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah atas penerangan berkenaan dengan kebolehlaksanaan penyahgaraman air ini. Jadi sebelum ini kita maklum bahawa projek ini menelan kos belanja yang begitu tinggi. Tapi hari ini saya dapat tahu bahawa Yang Berhormat menyebut bahawa teknologi ini telah mencapai satu perbelanjaan yang wajar. Jadi saya nak tanya dengan Yang Berhormat Speaker, adakah dengan perancangan membangunkan beberapa lagi Loji Rawatan Air yang akan dibangunkan dalam tempoh yang terdekat ini sebenarnya melihat bahawa proses atau projek penyahgaraman air ini tidak diperlukan dalam tempoh lima tahun ataupun sehingga 2045, jadi penumpuan dan juga kos perlu diberikan sepenuhnya kepada empat Loji Rawatan Air yang sedang dan juga dalam proses untuk dibangunkan ini? Mohon pandangan Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Bernam. Sebenarnya kita kena lihat begini ya. Dalam kita melihat kepada sumber alternatif air ini, kita kena ambil beberapa kriteria. Itu saya sebutkan tadi. Kajian kebolehlaksanaan ini kita akan lihat hujung tahun dan juga kajian yang lebih detail tentang sumber air alternatif ini akan siap di bawah Pelan Induk Air
yang saya selalu sebut yang akan siap tahun depan. Ini kajian yang saya sebut ini hujung tahun ini adalah kajian khusus kepada desalination plant saja. Tapi kajian ke tentang sumber air yang pelbagai ini akan siap bila Pelan Induk Air kita siap. Cuma kita kena lihat begini ya. Kita perlukan air ini atas langkah strategik supaya kita tidak bergantung. Sekarang ini kita keperluan daripada Air Selangor, dalam negeri Selangor, kita juga dapat air daripada negeri jiran, Pahang contohnya. Dan juga kita ada sumber air bawah tanah yang kita belum exploit kan secukupnya. Tetapi kita kena ingat kalau kita mengambil langkah bijak menampung keperluan sumber air ini dengan meletak di kawasan-kawasan industri, kita boleh gunakan tarif yang tinggi kepada kawasan-kawasan industri ini untuk kita membangunkan apa nama ni untuk bangunkan desalination plant ini. Kerana kadarnya dalam tarif lebih tinggi. Jadi dan lagi satu, ia juga boleh diguna dilihat bersekali penggunaannya untuk penggunaan second piping. Inilah kita tak perlu buat treatment desalination plant ini sampai tahap minum air minum. Kita boleh hanya buat treatment untuk membekalkan kepada industri untuk cooling dan sebagainya. Dan ini tarifnya lebih tinggi dan juga kos itu pun tidak tinggi. Kos untuk penyahgaraman itu pun tidak tinggi. Ini antara pekara-perkara yang kita kena ambil pertimbangan dalam meneliti kebolehlaksanaan dalam sistem atau dalam, dalam, dalam sumber air bagi bekalan air kita. Itu antara perkara-perkara yang kita akan kaji dan kita akan tengok. Paling kurang pun kita boleh minimakan pergantungan kita kepada air permukaan ini untuk, untuk minuman. Itu antara strategi yang kita akan gunakan dalam kita menentukan kebolehlaksanaan projek ini. Terima kasih.
Kuala Kubu Baharu. Tidak ada. Kita teruskan soalan seterusnya. Yang daripada Yang Berhormat Batang Kali ini telah dijawab sebentar tadi bersama soalan 73. Jadi teruskan dengan soalan daripada Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Terminal Bas Dan Hubungan PengangkutanQuestions
87. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status penambahbaikan hubungan antara terminal bas, stesen komuter, jeti dan kawasan perniagaan pekan Pelabuhan Klang?
b) Apakah komponen projek yang telah siap dan tahap kemajuan setiap komponen?
c) Adakah satu hab pengangkutan bersepadu akan diwujudkan di kawasan tersebut?
Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO Kinrara? Minta tolong Yang Berhormat Pandan Indah.
Kejap. Lapan puluh yang..
Tidak apa Tuan Speaker, saya boleh tanya soalan 88, yang 87 boleh jawab secara bertulis.
Okey. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Pelabuhan Klang bertanyakan tentang status penambahbaikan hubungan antara terminal komponen projek yang telah siap dan adakah satu hab pengangkutan bersepadu akan diwujudkan di kawasan tersebut? Tuan Speaker dan juga yang Ahli Berhormat sekalian, di Bandar Pelabuhan Klang terdapat kemudahan terminal bas dan teksi, stesen KTM dan Jeti South Port. Antara penambahbaikan yang dilaksana bagi menghubungkan ataupun connectivity yang ada adalah melalui projek-projek penaiktarafan pejalan kaki, pencahayaan di sekitar hab terminal pengangkutan dan kawasan-kawasan perniagaan sekitar. Kerja-kerja penaiktarafan ataupun kerja-kerja menaik taraf projek laluan pejalan kaki dari persimpangan Persiaran Raja Muda Musa ke Jeti Feri Penumpang Pulau Ketam telah disiapkan sepenuhnya. Kini cadangan Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah untuk menaik taraf laluan pejalan kaki, pencahayaan dan landskap yang termasuk dalam projek rejuvenasi di sekitar kawasan perniagaan Bandar Pelabuhan Klang. Dan yang terakhir merujuk kepada Rancangan Tempat Bandaraya Diraja Klang 2035. Pengubahan pertama terdapat cadangan untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab pengangkutan multimodal yang bersepadu untuk mempertingkatkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam dan meningkatkan ekonomi negeri dan daerah Klang. Hab pengangkutan multimodal adalah dicadangkan di Terminal Pelabuhan Klang, Terminal Pulau Indah, Terminal Bandar Klang, Terminal Klang Sentral dan Terminal Johan Setia dan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Majlis Bandaraya Diraja Klang juga telah menyediakan Pelan Konsep Pembangunan Semula Bandar Pelabuhan Klang yang memfokuskan kepada empat zon utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, komersial dan warisan. Dan cadangan pelan konsep ini juga mengambil kira aspek hab pengangkutan, cadangan kawasan rejuvenasi, pembangunan semula deretan kedai di Jalan Kem, perancangan kawasan perumahan berdensiti rendah dan tinggi dengan menerapkan elemen dan ciri-ciri bandar mampan, bandar selamat dan bandar..
Yang Berhormat, panjang lagi ke? Kalau panjang lagi saya minta hantar soalan secara bertulis.
Sikit je. Perenggan terkahir.
Okay.
Perenggan terakhir. Jadi akhirnya saya hanya ingin katakan bahawa projek fizikal turut dicadangkan seperti cadangan tempat letak kereta bertingkat di hentian teksi, menaik taraf pasar dan gerai, penyediaan parkir bertingkat serta pengindahan bandar melalui lukisan mural di dinding bangunan dan taman untuk rekreasi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11:30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul nombor 12 Tahun 2026. Usul Rancangan Selangor Kedua RS2Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 12 Tahun 2026. Usul Rancangan Selangor Kedua RS2.
Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Pandamaran untuk menyambung semula perbahasan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya sambung semalam. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum kita memandang ke hadapan, eloklah kita menoleh ke belakang untuk melihat sejauh mana track record yang telah kita bina. Melalui Rancangan Selangor Pertama RS1 yang lalu, Selangor telah membuktikan ketahanan ekonomi yang luar biasa. Walaupun berdepan dengan badai pandemik global yang ketidaktentuan geopolitik dunia, Selangor tetap menjadi enjin pertumbuhan utama Malaysia. Kita melihat sumbangan KDNK Selangor kepada negara terus kukuh dan meningkat melepasi paras 25% iaitu 26.2%. Ini bermakna satu perempat daripada ekonomi Malaysia adalah disumbangkan oleh peringkat rakyat Selangor. Di Klang dan Pandamaran khususnya, pengukuhan Zon Industri Logistik Dan Maritim telah membolehkan perniagaan tempatan bertapak lebih teguh. Melalui inisiatif seperti Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan Integrated Development Region in South Selangor (IDRIS), Selangor telah membuka koridor ekonomi baru yang impaknya turut dirasai oleh rantaian bekalan di Pelabuhan Klang. Kerajaan negeri melalui RS1 telah memperkenalkan pelbagai program berimpak tinggi bawah payung Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Bantuan tuisyen percuma melalui program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah menyelamatkan ribuan anak-anak golongan B40 daripada keciciran akademik pasca pandemik. Kita juga telah melihat kejayaan Program Anugerah Kecemerlangan Pendidikan seperti Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) yang meringankan beban ibu bapa apabila anak-anak mendapat
tempat di menara gading. Di Pandamaran sendiri, ratusan keluarga telah mendapat manfaat daripada skim ini sekali gus mengubah mobiliti sosial keluarga mereka. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam Dewan Mulia ini, prestasi RS1 amat membanggakan tetapi cabaran hari ini menuntut kita melakukan lebih lagi. Melalui RS2, fokus ekonomi kita mestilah beralih daripada industri intensif buruh kepada ekonomi bernilai tinggi, berteknologi tinggi dan berteraskan digital. Dengan pengisytiharan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang, pelabuhan infrastruktur dalam RS2 mesti sejajar dengan status baru ini. Kita mahu RS2 memastikan projek jaringan pengangkutan seperti LRT3 Laluan Shah Alam disiapkan dengan sepenuhnya dan diintegrasikan dengan sistem pengangkutan tepat First and Last Mile Connectivity. Ini penting bagi mengurangkan kesesakan di Klang dan membolehkan pekerja domestik bergerak dengan cekap. Pandamaran memohon agar RS2 memberi penekanan kepada PKS, Perusahaan Kecil Dan Sederhana Tempatan. Di Pandamaran, usahawan tempatan dan persatuan peniaga memerlukan geran digitalisasi dan ruang niaga yang lebih kondusif. Ekonomi negeri Selangor tidak boleh bergantung kepada pelabur asing semata-mata. Pasaran domestik dan usahawan lokal mesti diperkasakan agar limpahan ekonomi dinikmati terus oleh komuniti setempat. Kerajaan juga perlu memberi fokus kepada ekonomi hijau dan pembangunan mampan ekonomi masa depan adalah ekonomi yang lestari. Saya menggesa Kerajaan Negeri meletakkan insentif khas dalam RS2 untuk kilang-kilang di kawasan perindustrian lama seperti di Pandamaran untuk beralih ke tenaga boleh diperbaharui iaitu solar dan pengurusan sisa yang lebih pintar selaras dengan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan alam sekitar kita sentiasa terpelihara. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ekonomi yang teguh tidak akan bermakna jika kita tidak mempunyai modal insan yang mampu mengemudinya. Pendidikan adalah kunci mutlak. Kerajaan perlu menumpukan kepada pemerkasaan TVET, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Selangor sedang menerima pelaburan tinggi dalam sektor automotif, semikonduktor dan logistik digital. Oleh itu, pasaran kerja memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Dalam RS2, Pandamaran mencadangkan agar hab TVET Selangor diperluaskan dengan kerjasama industri-industri besar di kawasan zon bebas pelabuhan. Kita tidak mahu anak-anak Selangor hanya menjadi operator kilang. Kita mahu mereka menjadi Jurutera, Pakar Logistik dan Penganalisis Data. Kurikulum TVET mestilah bersifat future proof dengan izin. Selain itu, keseimbangan bantuan pendidikan sekular dan vernakular juga perlu diberi perhatian. Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Sebagai wakil rakyat Pandamaran, sebuah kawasan yang mempunyai komposisi masyarakat majmuk yang rapat, Pandamaran amat menghargai sokongan konsisten kerajaan negeri sebelum ini terhadap Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan serta Sekolah Agama. Dalam RS2, peruntukan untuk pembangunan fasiliti sekolah termasuk pendigitalan bilik darjah mesti ditingkatkan. Pelaburan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan bantuan persediaan ke IPT seperti HPIPT perlu diteruskan dengan kriteria yang lebih inklusif agar tidak anak-anak Selangor yang
ketinggalan kerana kemiskinan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rancangan Selangor Kedua adalah aku janji kita kepada generasi masa depan. Prestasi cemerlang RS1 telah membuktikan bahawa jika kita merancang dengan teliti dan melaksana dengan amanah, hasilnya akan dirasai oleh segenap lapisan rakyat. Dengan memfokuskan usaha kita kepada pembinaan ekonomi yang berdaya tahan serta sistem pendidikan yang dinamik dan inklusif, Pandamaran yakin Selangor bukan saja akan mengekalkan status sebagai negeri termaju, malah menjadi model sebuah wilayah yang makmur, adil dan sejahtera. Pandamaran dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni kerajaan negeri dalam merealisasikan Rancangan Selangor Kedua demi kemakmuran bersama. Kita Selangor Maju Bersama. Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Yang Berhormat Gombak Setia.
Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Gombak Setia untuk mengambil tempat dalam perbahasan Rancangan Selangor yang Kedua. Tuan Speaker, di hadapan kita pada hari ini adalah sebuah dokumen yang maha penting bukan sahaja untuk menjamin kelestarian negeri Selangor sebagai nadi utama ekonomi negara tetapi bertindak sebagai kompas strategi yang akan terus memacu Selangor sebagai economic powerhouse of the nation. Selangor hari ini memiliki saiz ekonomi mencecah RM460.1 bilion. Ini saiz ekonomi terbesar dalam negara berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan saiz ekonomi RM265.1 bilion. Johor dengan RM171 bilion dan kemudian Sarawak dengan saiz sekitar RM145 bilion. Meneliti Rancangan Selangor Kedua, kita hari ini sedang berbahas tentang rencana dan usaha Selangor untuk terus memimpin ekonomi Malaysia dengan melakukan lonjakan kepada saiz ekonomi yang lebih besar dengan sasaran menjadi negeri pertama di Malaysia mencapai unjuran ekonomi bernilai RM500 bilion dan terus melonjak kepada sasaran RM600 bilion menjelang tahun 2030. Secara jujur cuba kita bertanya kepada diri kita apakah Selangor boleh melakukan lonjakan saiz ekonomi ini dengan politik pecah perintah berasaskan kaum. Apakah kita boleh mengemudi dan menjadi arkitek kepada pertumbuhan ini semata-mata dengan memakai tengkolok dan slogan penyatuan Melayu? Kita hanya boleh berjaya. Melayu hanya boleh berjaya dan Selangor hanya boleh berjaya dengan keutuhan prinsip yang jelas, tekad menjamin keadilan sosial dan menjana kemakmuran untuk semua kaum sekali gus meninggalkan fatwa yang menyemai benih-benih perpecahan. Sebab itu, semalam bila ada yang menyinggung dan menulis kenapa Yang Berhormat Hulu Kelang memilih bersama Amirudin ataupun mengapa memilih menyokong Rancangan Selangor yang Kedua, saya ingin menegaskan bahawa kami memilih bersama negeri Selangor dan rakyat negeri Selangor yang kosmopolitan dan rencam sifatnya. Perjuangan Melayu mesti bersifat kebangsaan. Perjuangan untuk seluruh rakyat Malaysia dan jangan kita biarkan agenda pembodohan yang melacurkan nama Melayu merencatkan ekonomi dan pembangunan negeri Selangor. Tuan Speaker, Selangor tidak pernah ketandusan
potensi. Kita dikurniakan kedudukan geografi yang strategik, infrastruktur yang matang serta khazanah hasil negeri yang luar biasa. Namun, satu perkara yang wajib kita sedari dan wajib kita insafi di Dewan yang mulia ini bahawa kekayaan tanpa pengurusan yang cekap tidak akan menghasilkan kemakmuran dan aset yang melimpah ruah tanpa tadbir urus yang bijaksana tidak akan mampu mengurniakan nikmat kepada rakyat. Kekayaan sebuah negeri tidak hanya boleh diukur pada angka-angka di atas kertas atau simpanan rizab yang statik. Nilai sebenar kekayaan Selangor terletak pada keupayaan kita untuk menggembleng, mengurus dan mengalirkan semula aset tersebut bagi membina kesejahteraan rakyat. Tanpa pengurusan kekayaan yang prudent, jurang ekonomi akan semakin melebar. Kecekapan operasi akan merosot dan aset strategik kita akhirnya akan hanya menjadi gajah putih yang gagal berfungsi. Saya menyarankan supaya kita meneroka paradigma baru dalam rencana agenda pembangunan negeri. Kita mesti beranjak daripada sekadar belanja dan bina kepada paradigma urus dan makmur. Peranan Kerajaan Negeri Selangor bukan hanya sekadar penjaga khazanah. Kerajaan Negeri harus menjadi arkitek yang mampu mencipta nilai dan menyemarak kemakmuran negeri. Sesungguhnya nilai estetik kejayaan rancangan Selangor ini bukan dinilai berdasarkan berapa banyak bangunan yang akan kita dirikan, tetapi berapa ramai rakyat Selangor yang mampu tersenyum kerana menikmati taraf hidup yang lebih berkualiti. Tuan Speaker, dalam sebuah konvensyen yang diterajui oleh Yang Berhormat Hulu Klang di Shah Alam pada 26 April 2026 yang lalu, kami telah menghimpunkan tokoh-tokoh akademik, ekonomi, golongan profesional dan para cendekiawan untuk membincangkan masa depan negeri Selangor secara serius. Kami tidak sekadar bincang isu politik, tetapi lebih penting adalah menyelami realiti sosioekonomi rakyat yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor pada hari ini. Menyedari hakikat bahawa rakyat hari ini sedang dihambat oleh masalah-masalah yang bukan sahaja muncul akibat isu-isu domestik tetapi juga isu serantau serta isu dunia. Maka kami telah segera mencerakinkan idea-idea baru sebagai solusi kepada permasalahan tersebut. Selangor merupakan ekonomi terbesar di Malaysia. Kadar pertumbuhan kita juga antara yang terpantas berbanding negeri lain. Tahap ekonomi Selangor juga setaraf dengan negara-negara maju seperti Poland, Croatia setaraf dengan Hungary dan Greece. Namun kita masih dihambat oleh satu isu yang amat fundamental iaitu pembahagian kek ekonomi yang tidak adil antara daerah. Jurang pendapatan antara daerah kita kian melebar. Kesenjangan pembangunannya juga semakin ketara sedang soal perut atau pendapatan sebenarnya adalah soal utama rakyat tidak kira sama ada di bandar mahupun di desa. Sementara kerajaan negeri telah melakar gagasan The Greater Klang Valley, kita harus merealisasikan agenda ini bersama-sama supaya menjadi pemacu utama ekonomi yang inklusif sekali gus menjadi solusi kepada masalah jurang pendapatan antara daerah dalam Negeri Selangor. Tuan Speaker, kita ada perancangan tetapi mungkin kita tak sedar sebenarnya perancangan itu sekiranya kita berjaya realisasikannya ia mampu menyuntik nilai bagi meningkatkan pendapatan rakyat. Selangor adalah nadi ekonomi negara namun tidak boleh kita nafikan wujudnya jurang ekonomi yang ketara antara
daerah, bandar dan luar bandar. Sementara daerah seperti Petaling Jaya, Sepang, Hulu Langat sedang rancak memacu industri bernilai tinggi, daerah-daerah lain seperti Sabak Bernam, Hulu Selangor masih tercari-cari apakah sebenarnya rentak pembangunannya. Ingin saya tegaskan pada pagi ini bahawa kejayaan Rancangan Selangor Kedua untuk melonjakkan nilai ekonomi Selangor sebenarnya mempunyai kebergantungan besar kepada kejayaan merealisasikan gagasan The Greater Klang Valley. Perancangannya dah ada, rancangannya baik tetapi sekali lagi saya nak tegaskan apakah kita akan berjaya untuk merealisasikan. Menerusi Rancangan Selangor Kedua yang dibentangkan dengan sasaran pertumbuhan KDNK purata 6.1 peratus, gagasan The Greater Klang Valley harus berperanan sebagai satu intervensi dasar yang drastik. Demi memastikan kekayaan negeri bernilai RM600 bilion ringgit menjelang tahun 2030 dapat diagihkan secara adil dan saksama tanpa ada daerah yang terpinggir dalam negeri Selangor. Kelemahan struktur ekonomi kita sebelum ini adalah tumpuan pelaburan. Yang terlalu berpusat di kawasan Lembah Klang sedia ada. Sungguhpun dasar kemiskinan tegar Selangor berada pada tahap rendah iaitu sekitar 0.9% tetapi kita masih berhadapan dengan cabaran kemiskinan relatif yang angkanya mencecah 8.5%. Ketidakseimbangan ini mencetuskan penghijrahan generasi muda yang tinggi dari daerah pinggiran ke daerah bandar. Melalui perluasan The Greater Klang Valley yang disokong oleh sasaran pelaburan yang diluluskan terkumpul sebanyak RM330 bilion saya yakin kita mampu meruntuhkan tembok pemisah pendapatan ini demi memelihara kehidupan rakyat yang bermaruah. Cadangan saya Tuan Speaker, langkah pertama yang harus kita ambil untuk merapatkan jurang pendapatan antara daerah adalah dengan memecahkan tembok geografi melalui keter sambungan pengangkutan awam yang holistik. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Rancangan Selangor Kedua mesti mempercepatkan integrasi sistem rel dan pengangkutan pintar bagi menghubungkan koridor pembangunan luar bandar terus ke kawasan-kawasan bandar. Apabila ketersambungan ini di realisasikan kos mobiliti rakyat akan menjadi lebih murah dan pantas. Impaknya rakyat di daerah pinggiran boleh mengakses peluang-peluang pekerjaan premium di bandar tanpa perlu mereka berhijrah dari kampung halaman mereka. The Greater Klang Valley mesti bertindak sebagai pemangkin di sentralisasi industri melalui pengkhususan ekonomi berasaskan flagship projek di daerah-daerah tertentu. Kita tidak lagi akan menumpukan industri berat kita ke Shah Alam sebaliknya kita harus membawa limpahan pembangunan bernilai tinggi ke daerah sempadan melalui agenda pembangunan yang holistik di kawasan-kawasan lain seperti di Sabak Bernam serta pelaburan industri yang baru seperti Selangor Aero Park dan Carey Island Port. Melalui pengagihan projek-projek yang berimpak tinggi ini saya percaya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi akan wujud secara domestik untuk menaikkan purata pendapatan isi rumah setempat. Tuan Speaker meskipun pelaksanaannya masih panjang mungkin projek-projek yang direncanakan dalam Rancangan Selangor ini tetapi persediaannya harus kita lakukan bermula daripada hari ini. Sementara jurang pendapatan hari ini sangat terkait juga dengan jurang akses teknologi moden, gagasan mega ini menekankan penyediaan
infrastruktur digital yang amat komprehensif termasuk seterusnya fasa seterusnya bagi Cyberjaya Fintech Hub dan Hub Semiconductor Reka bentuk, ianya harus benar-benar direalisasikan supaya keluasan liputan teknologi ini akan menjadi jaminan untuk anak-anak muda kita khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dapat terlibat langsung dengan ekonomi e-dagang dan industri digital global kesetaraan akses ini juga akan memastikan pendapatan median rakyat dalam negeri Selangor mampu kita lonjakkan menjelang tahun 2030 di kesemua daerah-daerah dalam Negeri Selangor. Pelaburan tinggi tidak akan memberi makna sekiranya modal insan atau sumber daya manusia tempatan di daerah luar bandar tidak mampu memenuhi kriteria pasaran kerja. Justeru, menerusi unjuran pembangunan Rancangan Selangor Yang Kedua, penubuhan Pusat Latihan TVET Moden dengan kerjasama syarikat multinasional harus diperbanyakkan di daerah-daerah pinggiran. Program pengupayaan anak-anak muda juga harus kita pergiatkan lagi bagi melahirkan lebih ramai anak tempatan yang terlatih mengikut keperluan industri seperti automotif, aeroangkasa dan elektrikal terkini sekali gus membolehkan mereka menerima gaji yang lebih premium. Tuan Speaker, walau bagaimanapun saya sedar bebanan fiskal ini tidak harus dipikul oleh Kerajaan Negeri bersendirian maka kita amat memerlukan penglibatan aktif sektor swasta di mana saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan Pakej Insentif Zon Cukai Khas kepada pelabur yang membuka operasi mereka di dalam wilayah pembangunan The Greater Klang Valley di daerah yang berpendapatan rendah seperti Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan juga Hulu Selangor. Langkah strategik ini akan menarik minat konglomerat teknologi dan pembuatan untuk membina fasiliti mereka di luar bandar yang seterusnya akan merangsang kitaran ekonomi mikro dan rantaian bekalan penduduk setempat. Sesungguhnya The Greater Klang Valley di bawah Rancangan Selangor Kedua ini sebenarnya mampu menjadi formula yang terbaik untuk menjadikan Selangor sebuah negeri model ASEAN bagi pertumbuhan yang saksama tetapi sekali lagi sebagaimana yang saya tegaskan tadi apakah kita mampu merealisasikannya kerana kita tidak mahu Selangor sekadar gah dengan angka KDNK di atas kertas tetapi generasi muda dan rakyatnya menderita akibat jurang pendapatan yang semakin melebar antara daerah. Dengan strategi dan pelaksanaan pembangunan yang inklusif kita akan berjaya membina negeri Selangor yang makmur bersama, makmur sekata dan utuh sebagai satu kesatuan ekonomi yang jitu. Tuan Speaker, saya mahu mengajak Dewan ini untuk melihat satu contoh persoalan besar mengenai bagaimana kekayaan rakyat negeri Selangor diuruskan. Saya mengajak kita semua untuk merujuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad atau KPS sebuah syarikat yang mempunyai sejarah panjang sebagai satu instrumen pelaburan strategik negeri. Kita lihat dan saya melihat menurut laporan kewangan KPS sendiri pada hari ini, net asset per share pada akhir tahun 2025. Ini menunjukkan nilai RM2.02 sesaham. Tetapi berdasarkan harga kosong perpuluhan ataupun 54 sen yang ditunjukkan pada 7 Ogos keseluruhan syarikat ini hanya dinilaikan pada sekitar RM287.5 juta sahaja. Maknanya pasaran memberikan KPS penilaian hanya kira-kira 27 sen bagi setiap satu ringgit nilai aset yang dimiliki oleh KPS. Dan ini menunjukkan
pelabur telah menurunkan taraf nilai saham KPS sebanyak kira-kira 73% daripada nilai aset bersih. Inilah masalah yang bagi saya membelenggu aset-aset Negeri Selangor di mana pasaran tidak memberikan nilai yang sepatutnya kepada setiap aset tersebut dan akibat daripada dasar yang lembap ini kesenjangan nilai pelaburan antara nilai pasaran dan nilai aset sebenar KPS adalah berjumlah RM790 juta.
Beri laluan, silakan.
Ada market stock yang kata disebabkan pemilikan saham Negeri Selangor adalah terlalu besar 55% di mana Kerajaan Negeri ada total control maka pelabur takut nak masuk. So adakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan ini dan jika Yang Berhormat setuju, adakah Yang Berhormat kata kerajaan negeri sepatutnya kurangkan syer jangan pegang lebih daripada 50% supaya pelabur boleh lebih yakin bahawa control syarikat ini lebih bebas dan oleh itu adakah harga dia boleh naik?
Terima kasih, tapi saya tidak berasakan itu satu faktor yang akan menyebabkan lebih ramai orang tidak mahu bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk menyuntik lebih banyak pembangunan sebab apabila nilai pelaburan di antara nilai pasaran dan aset sebenar ada kesenjangan yang begitu besar, apa maknanya ini kepada negeri? Setiap ringgit yang gagal menghasilkan pulangan yang optimum akhirnya mengurangkan pendapatan negeri dan apabila hasil pelaburan ingin dituai bagi menjana kemakmuran rakyat kita akan mengalami masalah. Masalah paling besar bukan sebab Selangor ni miskin sebaliknya Selangor terlalu kaya untuk menghasilkan return yang rendah. Kita ada semuanya Tuan Speaker. Kita ada ekonomi, kita ada populasi, kita ada land value, infrastruktur, fokus industri tetapi tetap beginilah penghasilan anak-anak syarikat kita. Nilai saham kita return dan valuation kita kekal lemah ini bermakna sebenarnya kita sedang bergelut dengan masalah value trap. Value trap ini dia bukan sekadar masalah harga saham ia menjadi masalah pembangunan negeri di mana hasil pelaburan menjadi rendah. Fiskal kapasiti negeri menjadi lebih kecil. Pelaburan, pembangunan negeri menjadi lebih perlahan. Produktiviti kita juga menjadi lebih rendah dan akhirnya pertumbuhan pendapatan rakyat menjadi perlahan. Kita dapat merasakan kesannya sekarang tatkala Kerajaan memiliki dana yang terhad untuk membiayai infrastruktur, perumahan, tebatan banjir dan perkara lain yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Justeru, apa sebenarnya dasar pelaburan MBI kita. Kita mempunyai MBI, PKNS, KPS dan pelbagai syarikat serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Tetapi kita harus menjawab satu persoalan asas apakah sebenarnya falsafah pelaburan Kerajaan Negeri Selangor. Setiap anak syarikat dan GLC ini mesti dinilai setiap tahun bagi saya berdasarkan lima ukuran. Return on equity berapa pulangan bagi setiap satu ringgit modal rakyat, free cash flow berapa wang tunai sebenar yang dihasilkan, dividen to state berapa banyak hasil kita kembali kepada kerajaan, capital appreciation berapa nilai aset meningkat dan economic multiplier berapa pekerjaan
kontrak tempatan, pelaburan swasta dan industri baru yang berjaya kita wujudkan. Anak syarikat dan GLC kita tidak boleh dinilai berdasarkan berapa banyak aset yang dimiliki ia mesti dinilai berdasarkan berapa banyak kekayaan baru yang berjaya dicipta. Justeru, MBI bagi saya tidak sepatutnya sekadar menjadi tempat meletakkan pegangan syarikat kerajaan. Ia perlu berfungsi, berperanan dan diperkasakan sebagai strategy investment holding company dengan mandat yang jelas. Tuan Speaker, ini perbezaan antara memiliki kekayaan dengan mengurus kekayaan di mana Selangor mempunyai aset bernilai berbilion ringgit tetapi aset tidak menghasilkan pulangan optimum adalah modal yang lembap. Dan modal yang lembap mempunyai kos kepada rakyat. Tugas kerajaan hari ini bukan sekadar untuk menyimpan kekayaan rakyat tetapi adalah bagaimana memastikan kekayaan rakyat dan negeri ini terus berkembang dari semasa ke semasa. Bagi saya, Selangor perlu berhenti menjadi negeri kaya aset tetapi miskin dari segi pulangan. Strategi pelaburan kita bukanlah passive ownership kerana pasaran modal telah memberikan report card, zaman telah berubah, Kerajaan boleh mengeluarkan laporan yang cantik bercakap soal transformasi ataupun strategik positioning akan tetapi Bursa Malaysia tetap mempunyai satu mekanisme penilaian yang sangat tegas iaitu market price.
Tuan Speaker, saya mahu Dewan pada hari ini melihat perbezaan antara dua negeri. Bukan antara negeri kaya dengan negeri miskin tetapi antara dua falsafah mengurus kekayaan negeri. Sarawak melihat anak syarikat dan GLC mereka sebagai instrumen untuk membina kekayaan baru. Sedang anak syarikat dan GLC kita masih selesa sebagai tempat menyimpan kekayaan yang sedia ada. Sarawak ini, membina PETROS bukan sekadar untuk memiliki sebuah syarikat minyak dan gas akan tetapi mereka membina sebuah ekonomik platform. PETROS menghasilkan hasil kira-kira RM4 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM1.5 bilion pada tahun 2023. Walaupun keuntungan turun, harga komoditi melemah tetapi PETROS tetap mencatat hasil RM3.5 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM868.8 juta pada tahun 2024. Apa maknanya? Sarawak mengambil resource, masukkan resource itu ke dalam vehicle milik kerajaan. Vehicle itu membina cashflow, cashflow membina balance sheet, balance sheet membolehkan lebih banyak pelaburan dan pelaburan menghasilkan lebih banyak economic activity. Dan economic activity kembali kepada negeri melalui dividen, melalui cukai, melalui pekerjaan, melalui kontrak tempatan, infrastruktur dan pertumbuhan perniagaan. Sebab itu Tuan Speaker, inilah yang saya maksudkan anak syarikat atau GLC as an economic multiplier. Menyuntik nilai dan bukan sekadar membuat keuntungan. Kita harus segera melakukan anjakan paradigma ini dalam pengurusan ekonomi Selangor dan persoalannya apakah lagi nilai yang boleh kita ciptakan daripada aset-aset yang dimiliki oleh negeri Selangor.
Dua ikhtiar yang mempunyai perbezaan yang amat ketara. Satu dinamakan capital creation dan satu lagi dinamakan capital warehousing. Dia simpan sahaja, dia tak buat apa-apa. Kita sedang berisiko dengan mempunyai terlalu banyak aset yang sebenarnya hanya bergerak di antara balance sheet kerajaan negeri, MBI, PKNS,
KPS dan syarikat-syarikat berkaitan. Tanah berpindah, pegangan berpindah, syarikat di struktur, aset dijual, aset dibeli, namun di mana sebenarnya compounding kekayaan negeri Selangor.
Tuan Speaker, akhir saya ingin menutup perbahasan saya pada pagi ini dengan menegaskan bahawa Selangor dengan status sebagai gergasi ekonomi negara tidak sesekali boleh dipertaruhkan masa depannya di bawah slogan politik perkauman yang sempit dan ekstremis kaum dan agama. Selangor adalah sebuah mikrokosmos Malaysia, microcosm kepada Malaysia yang unik di mana kemakmurannya dibina dengan asas kestabilan, kepelbagaian dan keharmonian sosial. Mengurus sebuah ekonomi negeri yang majmuk dengan dina mika industri yang kompleks memerlukan kebijaksanaan takbir urus, dasar politik yang stabil dan mapan serta keterbukaan ekonomi bukan retorik kebencian yang hanya memecah belahkan rakyat. Rakyat negeri Selangor mendambakan kepimpinan yang tegas berprinsip, adil dan saksama serta nasionalis semangat dan perjuangannya, kerana Melayu bukan musuh kita, Cina bukan musuh kita, India bukan musuh kita. Lihat saja realiti ekonomi rakyat kecil di bawah, peniaga runcit kita pada hari ini mereka bersaing dengan kedai runcit Aceh. Lihat saja tukang jahit kita pada hari ini, tukang jahit kita bersaing dengan tukang jahit Bangladesh. Peniaga kita di pasar borong sedang bersaing dengan warga Myanmar, Rohingya dan Vietnam sedangkan kita masih lagi terus menyemai bibit-bibit sengketa antara kita. Saya yakin kekuatan ekonomi negeri Selangor yang nilainya menuju RM500 bilion ini akan menjadi tembok yang menghalang gelombang sengketa dan perkauman. Mereka boleh terus menjerit, bermimpi dan saya yakin sampai masanya mereka akan sedar atas kebodohan mereka sendiri.
Sebab itu Tuan Speaker, saya ingin mengajak seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menolak daya retorik yang cuba menangguk di air yang keruh dengan retorik penyatuan ummah dan penyatuan Melayu kononnya sedang mereka sebenarnya hanya menunggang bibit kebencian dan api perkauman untuk merampas kuasa. Ayuh kita bersatu, bersatu demi Selangor dan menjana pertumbuhan buat rakyat dan kemakmuran negeri ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Berbahas seterusnya. Yang Berhormat Lembah Jaya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana memberikan saya ruang turut serta atau Lembah Jaya ruang turut serta dalam membahaskan Rancangan Selangor Kedua (RS2) bagi tahun 2022 hingga 2026. Tuan Speaker, Lembah Jaya melihat Rancangan Selangor Kedua (RS2) sebagai sebuah pelan yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadikan Selangor lebih berdaya saing, lebih lestari, lebih berdaya tahan dan lebih responsif kepada keperluan rakyat. Namun sebagai wakil rakyat, tugas saya bukan sekadar melihat angka dan sasaran di atas kertas. Kita mesti memastikan setiap rancangan itu akhirnya sampai dan dirasai oleh rakyat kerana
rakyat tidak hidup di dalam dokumen. Mereka hidup di taman perumahan, di kampung, di Pangsapuri dan bagi warga Lembah Jaya, sebahagian daripada mereka hidup di sepanjang Sungai Ampang. Tuan Speaker, izinkan saya mulakan dengan isu yang paling dekat dengan keselamatan rakyat Lembah Jaya iaitu Sungai Ampang dan risiko banjir terutama sekali di kampung-kampung seperti Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Bukit Sungai Puteh dan Kampung Muhibah. Kita tidak boleh melupakan tragedi banjir Disember 2021, di mana Sungai Ampang menenggelamkan kawasan sekitar daripada 0.4 hingga hampir 1 meter menjejaskan 200 buah rumah dan lebih 1,000 penduduk. Segala usaha kerajaan negeri dan agensi dihargai dan kerja melebarkan dan mendalamkan sungai, membaiki tebing telah dilakukan. Saya dimaklumkan baru-baru ini di bawah Rancangan Tebatan Banjir, JPS menyediakan peruntukan RM100,000 untuk Sungai Ampang. Saya menghargai peruntukan ini tetapi saya ingin katakan di sini dengan jelas, RM100,000 hanyalah satu permulaan kepada usaha menoktahkan masalah ini. Rakyat Lembah Jaya tidak mahu sekadar mempunyai peruntukan untuk membuat kajian, menyediakan laporan ataupun melakukan kerja-kerja kecil dari masa ke semasa. Kita mahu penyelesaian yang konkrit, kita mahu pelan yang jelas dan akhirnya masalah banjir di Sungai Ampang ini dapat dinoktahkan. Persoalannya bukan lagi sekadar berapa kali kita perlu membersihkan atau mendalamkan sungai. Persoalannya ialah, apakah intervensi yang diperlukan supaya apabila hujan lebat berlaku, rakyat di kampung-kampung ini di Lembah Jaya tidak hidup dalam ketakutan. Rancangan Selangor ini meletakkan ketahanan iklim dan pengurusan bencana sebagai komponen penting dalam misi kelima. Saya ingin meminta supaya Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 diberikan perhatian lebih serius bagi Sungai Ampang dan sepadan dengan skala masalah ini. Kita perlu beralih daripada pemikiran banjir berlaku, kita bertindak kepada budaya, kenal pasti risiko, pelan rancangan, labur dan kita cegah. Saya tidak meminta untuk angka tertentu tanpa kajian teknikal. Tapi saya meminta supaya kerajaan negeri dan JPS Hulu Langat melihat usaha ini dengan matlamat akhir yang jelas. Bukan sekadar mengurangkan banjir, tapi mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk masalah di Sungai Ampang ini. Apabila air sungai naik, yang dipertaruhkan bukan sekadar angka kerosakan dalam laporan Kerajaan. Yang dipertaruhkan ialah rumah, harta benda, keselamatan anak-anak dan ketenangan keluarga-keluarga di Lembah Jaya. Sebagai wakil kepada mereka, saya akan terus mengangkat isu ini dalam Dewan kerana keselamatan dan keselesaan penduduk kawasan adalah main priority dengan izin Tuan Speaker.
Saya ingin beralih kepada satu aspek yang penting dan dekat di hati saya dalam Rancangan Selangor Kedua (RS2) iaitu ekonomi kreatif. Saya menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan ekonomi kreatif ini salah satu sektor strategik sehingga tahun 2030. Tapi ada satu realiti yang kita perlu hadapi secara terbuka. Selangor bukan bersaing dengan ruang kosong. Selangor sedang bersaing dalam sektor ini dengan Kuala Lumpur. Tempat-tempat, venue di Selangor bersaing dengan tempat di Kuala Lumpur. Penganjur acara di Selangor bersaing untuk mendapatkan program atau event yang sama. Pelabur serta penganjur akan melihat keseluruhan
kos dan kemudahan sebelum menentukan di mana sesuatu acara itu akan dianjurkan. Jadi apabila kita bercakap tentang rebate dengan izin, duti hiburan 15%, kita tidak boleh melihatnya sebagai mata-mata sebagai kehilangan hasil kerajaan. Kita perlu melihatnya sebagai instrumen daya pemangkin ekonomi negeri ini dari sektor kreatif.
Kuala Lumpur sendiri sedang memperkukuh ekonomi seni, ekosistem seni, budaya dan industri kreatifnya dengan penganjuran program-program dan event-event tertentu. Maka Selangor juga perlu melipat-gandakan usaha ini. Kalau struktur kos dan insentif di Selangor tidak kompetitif, acara yang sepatutnya berlangsung di Selangor akan berpindah ke Kuala Lumpur. Dan apabila acara itu berpindah, bukan hanya penganjur kita kehilangan, kita kehilangan limpahan ekonomi, hotel kita kehilangan pelanggan, restoran kehilangan pelanggan, pengangkutan kita kehilangan permintaan dan peniaga-peniaga kecil kita kehilangan peluang untuk mengaut rezeki. Anak-anak muda kita pula kehilangan peluang pekerjaan dan ekosistem kreatif Selangor kehilangan peluang untuk berkembang. Sebab itu saya menyokong supaya pendekatan 15% ini dipertimbangkan secara konsisten sepanjang tempoh Rancangan Selangor Kedua (RS2). Tetapi saya mahu ia dilihat sebagai sebahagian daripada strategi pemangkin ekonomi Selangor, bukan sekadar dasar pengurangan cukai. Kita perlu tanya pada diri kita semua, apa yang perlu Selangor tawarkan supaya penganjur memilih Selangor berbanding Kuala Lumpur? Adakah dari segi duit? Dari segi lesen? Dari segi kemudahan venue dengan izin? Adakah dari segi kelulusan yang lebih pantas? Atau insentif khusus untuk acara antarabangsa dan acara tempatan berskala besar ataupun kecil? Saya yakin kita perlu mempunyai pendekatan yang lebih menyeluruh dalam hal ini. Kerana ekonomi kreatif bukan sahaja satu sektor sampingan. Ekonomi kreatif mencipta pekerjaan, membuka peluang kepada anak muda dan menghasilkan limpahan ekonomi yang banyak kepada sektor-sektor lain. Sebab itu kalau kita memberi insentif, kita juga perlu menetapkan KPI atau kayu ukur, berapa banyak acara, berapa banyak pelaburan, berapa banyak pekerjaan dan berapa besar economic spillover dengan izin Tuan Speaker yang berjaya diwujudkan. Kita jangan hanya bertanya berapa banyak hasil cukai yang kita dapat, kita mesti bertanya berapa banyak aktiviti ekonomi yang kita berjaya tarik masuk ke dalam Selangor.
Tuan Speaker, isu ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah perumahan mampu milik. Rancangan Selangor Kedua (RS2) menetapkan 200,000 unit rumah mampu milik dengan 64,000 lebih yang telah siap dan 69,000 unit dalam pembinaan ketika rancangan ini dibentangkan. Saya menyokong sasaran ini. Tetapi sebagai wakil rakyat kawasan bandar yang padat seperti Lembah Jaya, saya perlu bertanya di manakah rumah-rumah ini akan dibina dan siapa benar-benar mampu untuk tinggal di dalamnya. Lembah Jaya ialah kawasan yang telah mencapai tahap tepu dari segi pembangunan sehingga 31 Mei 2025 belum ada permohonan khusus untuk rumah SelangorKu di Lembah Jaya, sedangkan di kawasan Ampang secara amnya terdapat 11 projek yang melibatkan kira-kira 2,400 unit yang sedang dalam proses kelulusan. Ini menunjukkan satu perkara yang jelas, kita tidak boleh lagi bergantung kepada
formula lama iaitu cari tanah kosong, bina rumah. Kita perlu serius dengan konsep urban redevelopment dengan izin. Di sinilah peranan PKNS menjadi sangat penting. PKNS tidak ditubuhkan untuk sekadar menjadi pemaju mengaut keuntungan. PKNS diwujudkan sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi negeri dan sebagai alat untuk memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat. Maka dalam rancangan ini saya mencadangkan supaya PKNS diperkasakan semula untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam pembangunan semula bandar dan penyediaan rumah mampu milik rakyat. Kita perlu mengubah naratif daripada sekadar affordable houses dengan izin Tuan Speaker kepada affordable living, kerana Selangor tidak boleh menjadi negeri yang semakin kaya tapi semakin sukar didiami oleh golongan-golongan yang membangunkannya seperti guru, jururawat, pekerja binaan, peniaga kecil dan anak-anak muda. Semua mesti mempunyai tempat untuk terus tinggal dan membina kehidupan di Negeri ini. Tuan Speaker, sebagai anak Selangor yang membeli rumah pertamanya di Flat PKNS Unit 12, Tingkat 2, Blok 10, Gegasan Semarak di Kota Damansara, saya bukti kejayaan PKNS. Satu situasi yang menyedihkan jika PKNS melebihkan fokus kepada keuntungan berbandingkan misi dan visi asalnya. Mari kita pastikan PKNS menjadikan satu entiti yang sambil mengapai langit tetap berakar di bumi.
Tuan Speaker, isu terakhir yang saya ingin sentuh adalah cadangan pembinaan kuarters PDRM di Taman Bukit Indah. Ini perlu jelas dinyatakan, kami menyokong sepenuhnya keperluan menyediakan perumahan bermartabat untuk anggota PDRM. Tapi isu ini bukan soal menyokong atau menolak kuarters PDRM. Persoalannya ialah di manakah lokasi paling sesuai dan bagaimana kita boleh memenuhi keperluan anggota polis tanpa mengorbankan ruang hijau komuniti. Penduduk di Taman Bukit Indah membantah kerana tapak yang dicadangkan merupakan padang permainan dan ruang rekreasi yang menjadi tumpuan utama masyarakat setempat. Bagi setengah pihak ia mungkin dilihat sebagai sebidang tanah kosong tetapi penduduk Bukit Indah, tapak cadangan ini, pembinaan kuarters ialah ruang anak-anak mereka bermain, warga emas bersenam dan masyarakat pelbagai kaum berkumpul serta menjalankan aktiviti komuniti. Sebab itu saya meminta supaya bantahan penduduk jangan dilihat sebagai penolakan terhadap keperluan perumahan PDRM. Mereka cuma mahu suara mereka didengar dan saya merayu kepada Kerajaan Negeri supaya kita tidak melihat isu ini sebagai pilihan antara bina kuarters ataupun kekalkan padang. Mari kita sama-sama mencari jalan ketiga. Kaji semula, sama ada terdapat tanah di kawasan alternatif untuk aset kerajaan lain yang boleh dibaik pulih dan digunakan semula dan sekiranya selepas pilihan teknikal yang menyeluruh, tapak Bukit Indah itu benar-benar merupakan satu-satunya pilihan, maka Kerajaan perlu memberikan jaminan yang jelas tentang mitigasi termasuk pengekalan ruang rekreasi yang munasabah dan juga pengurusan kesan trafik. Lembah Jaya berharap agar rancangan pembinaan kuarters untuk PDRM ini mengambil kira kebimbangan penduduk di Bukit Indah. Itulah pendekatan sebuah Negeri penyayang Darul Ehsan. Bukan menentukan siapa lebih penting, tapi mencari penyelesaian supaya tidak ada pihak yang diabaikan.
Tuan Speaker, sebagai penutup, saya ingin kembali kepada prinsip paling asas dalam Rancangan Selangor Kedua. RM19.4 bilion untuk ketahanan iklim bukan sekadar angka. Di sebaliknya, ada keluarga yang mahu rumah mereka dilindungi daripada banjir. 200,000 unit rumah mampu bilik bukan sekadar sasaran. Di sebaliknya, ada anak muda yang mahu membina kehidupan dengan bermaruah di Negeri sendiri. Ekonomi kreatif bukan sekadar satu sektor. Di sebaliknya, ada pekerjaan, peluang perniagaan dan masa depan anak-anak muda kreatif di Selangor dan padang di Bukit Indah bukan sekadar sebidang tanah. Di sebaliknya, ada sebuah komuniti yang mahu terus hidup dalam harmoni. Saya menyokong penuh Rancangan Selangor Kedua 2026 hingga 2030. Tapi saya dambakan rancangan ini diterjemahkan daripada angka kepada kehidupan sebenar rakyat. Kita mahu banjir sungai Ampang bukan sekadar dikurangkan tetapi dinoktahkan. Kita mahu ekonomi kreatif berkembang kerana bila ekonomi kreatif berkembang bukan anak seni sahaja yang dapat manfaat. Hotel penuh, restoran hidup, pengangkutan bergerak dan peniaga kecil masuk dapat pelanggan. Anak muda kita juga dapat peluang pekerjaan. Ini limpahan ekonomi yang kita mahu rakyat Selangor rasa. Kita mahu perumahan yang memastikan rakyat tidak tersingkir daripada bandar yang mereka sendiri bangunkan. Perumahan yang memberi peluang rakyat negeri Selangor menikmati kehidupan yang lebih lestari dan kita mahu pembangunan yang tetap menghormati manusia dan komuniti-komunitinya.
Tuan Speaker, kejayaan pembangunan bukan diukur daripada berapa banyak konkrit yang kita pacakkan ke tanah. Kejayaan pembangunan diukur daripada sejauh mana kita memastikan tiada rakyat yang tertinggal di belakang. Inilah suara Lembah Jaya yang saya bawa kepada Dewan pada hari ini. Maka dengan penuh tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya setelah mengambil kira aspirasi, keperluan dan suara rakyat yang saya wakili, saya menyokong Rancangan Selangor ke-2 2026 hingga 2030. Terima kasih, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya hari ini mengambil bahagian dalam perbahasan kita mengenai Rancangan Selangor ke-2 dengan membawa tema besar daripada pertumbuhan kepada kemakmuran bersama. Tuan Speaker, Selangor tidak kekurangan bangunan. Kita tidak kekurangan lebuh raya. Kita tidak kekurangan pusat beli-belah dan kita tentu sekali tidak kekurangan angka-angka besar untuk dibanggakan. Tetapi izinkan saya bertanya satu soalan yang lebih sederhana. Adakah kehidupan rakyat kita semakin mudah? Adakah kehidupan rakyat kita semakin selesa? Kerana rakyat tidak bangun pagi memikirkan berapa besar KDNK Selangor. Seorang ayah bangun memikirkan tentang ansuran rumah. Seorang ibu memikirkan yuran taska. Anak muda memikirkan sama ada gajinya cukup untuk memulakan kehidupan. Warga emas pula memikirkan kalau sakit esok, hospital mana yang boleh saya pergi dan pekerja yang keluar rumah
pukul 6.30 pagi cuma mahu tahu satu perkara. Sempatkah aku pulang ke rumah, sebelum anak aku tidur malam ini?. Tuan Speaker, bagi saya di situlah rancangan Selangor Kedua mesti diuji bukan sekadar pada berapa banyak yang kita bina tetapi pada berapa banyak kehidupan yang kita perbaiki. Selangor sudah kaya. Sekarang pastikan rakyat merasa. Kita harus berlaku adil.
Selangor ialah enjin ekonomi Malaysia. KDNK Negeri kita sudah mencecah sekitar RM432.1 bilion. Terbesar di negara ini. KDNK berkapital pula hampir RM66 ribu. RS-2 membawa cita-cita yang lebih besar lagi. Pertumbuhan ekonomi 6.1%, pelaburan terkumpul RM330 bilion dan pendapatan median isi rumah RM14,500 menjelang tahun 2030. Taman Medan sokong. Tariklah pelaburan. Bangunkan semikonduktor, Aeroangkasa, AI, ekonomi digital dan industri bernilai tinggi tetapi RM330 bilion pelaburan itu bukan matlamat akhir. Ia hanyalah alat, satu tools kerana matlamat akhirnya ialah manusia, rakyat negeri Selangor. Amartya Sen mengingatkan kita bahawa pembangunan bukan sekadar peningkatan pendapatan tetapi peluasan kebebasan sebenar manusia untuk menjalani kehidupan yang mereka hargai maka soalan RS-2 tidak boleh berhenti pada berapa besar ekonomi Selangor pada tahun 2030. Kita juga mesti bertanya bagaimana rasanya hidup di Selangor pada tahun 2030? Itu jauh lebih penting untuk kita.
Tuan Speaker, ada dua angka yang saya mahu Dewan ini ingat. Kadar kemiskinan mutlak Selangor sekitar 0.9% tetapi analisis sosioekonomi yang kita teliti menganggarkan sekitar 13.7% isi rumah Selangor belum mencapai tahap kehidupan yang dianggap wajar. Di Petaling, anggarannya sekitar 18.5%. Jadi saya bertanya, siapakah yang hidup di antara angka 0.9% dengan 13.7% itu? Mereka lah kelompok yang sering hilang daripada radar kita. Mereka bukan miskin tetapi mereka belum selesa. Mereka mungkin berpendapatan RM6,000, mungkin RM8,000, mungkin RM10,000 tetapi selepas membayar ansuran rumah, kereta, tol, petrol, yuran taska, membeli makanan, membayar bil utiliti, insurans dan menjaga ibu bapa mereka yang tua, berapakah pendapatan yang tinggal? Mereka bukan poor, mereka bukan miskin tetapi mereka vulnerable. Satu kereta rosak, bilnya RM3,000 simpanan habis. Anak masuk hospital, kad kredit keluar untuk bayar. Sewa naik RM300, belanja dapur terpaksa dipotong. Sebab itu saya ingin mencadangkan kepada Dewan ini untuk dimasukkan dalam rancangan Selangor kedua iaitu Selangor Living Cost and Well-being Index, indek kos kehidupan dan kesejahteraan negeri Selangor. Jangan hanya ukur pendapatan kasar. Ukur pendapatan boleh guna sebenar selepas kos perumahan makanan, pengangkutan, penjagaan anak, utiliti, kesihatan dan keperluan asas dikeluarkan dan ukur mengikut daerah serta komposisi keluarga kerana RM8,000 di Petaling tidak sama dengan RM8,000 di Sabak Bernam. RM8,000 untuk pasangan muda tidak sama dengan RM8,000 untuk keluarga dengan 3 orang anak. Hari ini kita suka memasukkan rakyat ke dalam 3 kotak B40, M40 dan T20 tetapi Tuan Speaker, kehidupan manusia tidak hidup dalam 3 kotak. Indeks kos kehidupan dan kesejahteraan Selangor ini boleh menjadi kompas kepada bantuan Negeri,
perumahan, pengangkutan dan dasar sosial supaya kita bukan hanya mengenal pasti siapa yang miskin tetapi siapa yang sedang menuju kepada kesusahan.
Tuan Speaker, kadar pengangguran Selangor sekitar 2.3% dan penyertaan tenaga buruh sekitar 77.9%. Itu adalah baik tetapi satu lagi angka patut membimbangkan kita. Hampir 56.9% pekerjaan mahir yang ditawarkan di Selangor menawarkan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Fikirkan, kita suruh anak-anak muda kita belajar, ambil diploma, ambil ijazah, belajar engineering, coding, AI kemudian bila masuk pasaran pekerjaan, gajinya bawah daripada RM2,800. Bagaimana mereka ini hendak membeli rumah? Bagaimana mereka ini hendak berkahwin? Bagaimana mereka ini hendak membina simpanan? Jadi saya mencadangkan indeks tadi dipadankan dengan satu lagi ukuran iaitu Selangor Living Wage Benchmark. Saya bukan mencadangkan Negeri mengambil alih kuasa Kerajaan Persekutuan untuk menetapkan gaji minimum tetapi Selangor perlu mengetahui berapakah pendapatan sebenar yang diperlukan untuk hidup dengan bermaruah di setiap daerah. Kemudian apabila pelabur datang meminta insentif, jangan kita hanya tanya berapa juta ringgit anda mahu labur tanya juga berapa pekerjaan berkualiti yang anda akan cipta. Berapa gaji median pekerja? Berapa ramai anak Selangor yang akan mendapat pekerjaan mahir? Pelaburan RM1 bilion yang menghasilkan pekerjaan berkualiti mungkin lebih bernilai kepada rakyat daripada pelaburan RM2 bilion yang menghasilkan pekerjaan bergaji rendah. Kita bukan hanya mahu capital investment tetapi kita mahu human advancement untuk rakyat negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya menyokong sasaran Rancangan Selangor Kedua untuk menyediakan 200,000 unit rumah Selangorku dan perumahan mampu milik tetapi jangan hanya kita bertanya berapa unit yang sudah kita bina? Tanyalah berapa ramai rakyat benar-benar mampu memilikinya. Rumah RM250,000 yang jauh daripada tempat kerja mungkin sebenarnya lebih mahal daripada rumah RM300,000 berhampiran dengan transit kerana keluarga itu mungkin perlu membeli kereta kedua, bayar ansuran, insurans, petrol, tol dan juga fee parking dan membayar satu lagi harga yang tidak tertera dalam mana-mana resit yang mereka bayar iaitu masa. Sebab itu prinsip saya mudah housing near jobs, housing near transit. Rumah dekat dengan pekerjaan, rumah dekat dengan transit dan bagi tujuan pembangunan semula bandar yang dimasukkan dalam Rancangan Selangor Kedua khususnya bagi kawasan matang seperti Petaling Jaya, saya menyokong dan mendukung usaha urban renewal yang ingin dibawa oleh Kerajaan Negeri. Tetapi pembangunan semula janganlah menjadi pengusiran. Saya mahu Kerajaan Negeri adopt satu prinsip iaitu right to return. Naik taraf lah rumahnya, naik taraf liftnya, naik taraf infrastrukturnya tetapi jangan kita keluarkan manusia, rakyat Selangor yang tinggal di situ sebelum itu.
Renew the building, preserve the community. Kerana bandar bukan sekadar tanah, bandar ialah manusia yang membina kehidupan di atas tanah itu. Tuan Speaker, di sini saya mahu membawa satu perkara yang sangat dekat dengan Taman Medan pada hari ini dan juga untuk warga Petaling Jaya. Saya menyokong usaha untuk
mewujudkan sebuah hospital awam Petaling Jaya yang baru di Taman Medan. Petaling Jaya amat memerlukannya, rakyat Selangor dan Lembah Kelang amat memerlukannya tetapi saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, janganlah kita sekadar membina sebuah hospital. Kita bina sebuah ekosistem kesihatan. Kita kena rancang sekali akses pengangkutannya, rancang sekali basnya, DRT nya, laluan pejalan kakinya kerana kebetulan tanah yang telah dikenal pasti ini, berada di sisi jajaran cadangan sebuah lebuh raya baru, iaitu Petaling Jaya Disposal Link. Manfaatkan peluang ini, maximize the opportunity untuk membangunkan hospital dan jaringan transpotasi, yang menguntungkan rakyat di Petaling Jaya dan juga di Lembah Klang. Maka dengan itu, Taman Medan, dengan sukacitanya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan pihak KTMB, menjalankan satu kajian teknikal untuk memindahkan atau membuat penjajaran semula, stesen KTM Komuter Taman Medan, supaya pindahkan lebih hampir kepada tapak cadangan hospital yang baru ini. Ini peluang yang tidak selalu datang. Bayangkan seorang warga emas daripada Desa Mentari di Seri Setia, boleh menaiki komuter dan turun berhampiran dengan hospital. Jalan di bawah laluan yang berbumbung. Bayang kan juga, jururawat boleh pergi bekerja tanpa menaiki kereta. Bayang kan keluarga B40, tidak bayar e-hailing puluhan ringgit hanya untuk mendapatkan rawatan di hospital Petaling Jaya. Inilah Transit Oriented Health Care. Dan, Tuan Speaker, jangan kita bina hospital hari ini, kemudian lima tahun lagi, baru bertanya, bagaimana rakyat hendak sampai ke sana. Rancang semuanya sekarang, hospital, komuter, bas, DRT, pejalan kaki, satu ekosistem, kerana hospital terbaik sekalipun, tidak memberikan akses kesihatan, kalau rakyat sukar untuk sampai ke pintu hospital.
Tuan Speaker, sekitar 524 kereta bagi setiap 1,000 penduduk, direkodkan di Lembah Klang. Saya mahu kita melihat kesesakan dari satu perspektif baru. Trafik jem, kesesakan jalan raya ialah cukai masa. It’s time tax. Kalau seseorang kehilangan 2 jam sehari, 10 jam seminggu, ratusan jam setahun, masa dengan anak, masa untuk bersenam, masa untuk berehat, masa untuk menikmati kehidupan. Sebab itu, saya mahu satu sasaran baru, dimasukkan dalam Rancangan Selangor ke-2, one less car, house hold. Satu kereta satu rumah. Berapa ramai keluarga Selangor, boleh kita bantu hidup dengan satu kereta, bukannya dua. Perluaskan DRT, perbaiki Feeder Bus, hubungkan stesen dengan kawasan perumahan. Wujudkan laluan pejalan kaki yang selamat dan teduh. Kadangkala cara paling berkesan, mengurangkan kos sara hidup, bukan memberi keluarga itu, RM100.00 setiap bulan. Tetapi membolehkan mereka ini tidak perlu membayar ansuran RM1,000.00 sebulan untuk sebuah kereta. Transport policy its cost of living policy. Dan lebih daripada itu, transport policy is family policy. Kerana setiap 30 minit yang kita jimatkan dalam perjalanan adalah 30 minit yang kita pulangkan kepada keluarga dan juga rakyat negeri Selangor.
Tuan Speaker, akhirnya semua ini membawa saya kepada satu perkara, iaitu politik. Kerana dasar yang baik memerlukan politik yang baik. Dan saya dari awal sentiasa yakin dan percaya bahawa rakyat jemu dengan politik ketakutan, politik kebencian,
politik perkauman, politk yang setiap pagi, bangun dan bertanya siapa yang kita mahu rakyat marah hari ini. Melayu ditakutkan dengan Cina, Cina ditakutkan dengan Melayu. Muslim ditakutkan dengan bukan Muslim. Bukan Muslim pula ditakutkan dengan Muslim. Sementara kita sibuk mencari musuh, rumah semakin mahal. Anak muda masih bergaji rendah, jalan masih sesak, banjir masih datang, hospital masih diperlukan. Rakyat tidak boleh makan kebencian, kebencian tidak membayar sewa, perkauman tidak memendekkan perjalanan ke tempat kerja. Fitnah tidak membina hospital. Saya setuju dengan Hulu Kelang, Selangor dan negara memerlukan politic of hope, politik yang apabila rakyat melihat kita, mereka tidak bertanya siapa yang dia benci tetapi apa yang dia mahu bina. Rumah, pekerjaan, hospital, pengangkutan, sekolah, bandar yang selamat dan membina masa depan. Tetapi politic of hope bukan politik yang naif. Kita juga harus mengenali mereka ini, yang kata-katanya manis di hadapan, tetapi tindakan berbeza di belakang.
Orang Melayu mempunyai peribahasa yang cukup tajam. Musang berbulu ayam. Musang tidak masuk ke reban sambil mengaku dirinya musang, kalau nampak taringnya, ayam akan lari. Sebab itu dia menyamar. Hari ini bercakap persaudaraan, bercakap tentang penyatuan, bercakap tentang ukhuwah, tetapi esok mengejar kuasa. Hari ini berjanji setia, esok kepentingan diri sendiri mengatasi segala-galanya. Kita boleh berbeza politik, kita boleh berdebat keras, tetapi jangan kita mempermainkan kepercayaan rakyat, dan jangan jadikan agama atau kaum sebagai bulu ayam, untuk menyembunyikan musang kepentingan politik peribadi. Biarlah orang lain menjual ketakutan, kita tawarkan hope, biar mereka sibuk menentukan siapa tidak cukup Melayu, siapa tidak cukup Islam, siapa patut dimusuhi. Kita sibuk menentukan bagaimana gaji boleh ditingkatkan. Bagaimana rumah boleh dimiliki. Bagaimana hospital boleh dibina. Bagaimana banjir boleh diselesaikan. Bagaimana anak-anak Selangor boleh mempunyai masa depan yang lebih baik.
Tuan Speaker, saya bermula tadi dengan satu soalan, adakah kehidupan rakyat semakin makmur. Bagi saya, itulah ujian sebenar Rancangan Selangor ke-2. Bukan hanya, sama ada KDNK mencapai sasaran, tetapi sama ada seorang anak muda boleh berkata, aku masih mampu membina kehidupan dan masa depan di negeri Selangor. Seorang ibu, aku boleh bekerja tanpa mengabaikan anak-anak. Seorang ayah, aku sempat pulang sebelum anak aku tidur. Seorang warga emas di Taman Medan, kalau aku sakit, hospital dekat, komuter pun ada. Dan sekumpulan penjaja yang setiap kali langit menjadi gelap, tidak lagi berkata, Ya Allah janganlah banjir malam ini, itulah pembangunan. John Rolls, mengajar kita tentang keadilan, Amarthia Saint, mengajar kita tentang kebebasan, tetapi orang Melayu sudah lama mengajar kita sesuatu yang lebih mudah. Ke bukit sama di daki ke lurah sama di turuni, kalau Selangor mahu naik, biar rakyat naik bersama. Selangor sudah tahu bagaimana menarik pelaburan, kita sudah tahu bagaimana membina ekonomi. Sekarang kita mesti membuktikan bahawa kita tahu, bagaimana membina kehidupan. Daripada mengukur pendapatan kepada mengukur kesejahteraan. Daripada membina rumah kepada membina komuniti. Daripada membina jalan kepada mengembalikan masa.
Daripada merawat penyakit, kepada menjaga manusia. Daripada membina projek kepada membina resilient atau ketahanan. Dan dalam politik, daripada ketakutan, daripada perkauman, daripada kebencian, kepada Hope. Orang Melayu menyebutnya harapan, masyarakat Thiong Hua menyebutnya Sie Wang, manakala saudara India kita menyebutnya Nam Bikai. Bahasanya mungkin berbeza, tetapi impian kita sama. Kerana masa depan Selangor tidak akan dibina oleh mereka yang paling pandai memberitahu rakyat siapa yang perlu mereka benci. Masa depan Selangor akan dibina oleh mereka berani menunjukkan kepada rakyat, apa yang masih boleh kita bina bersama. Itulah Selangor, yang saya percaya, itulah politik yang saya percaya dan itulah harapan yang saya bawa dari Taman Medan untuk seluruh negeri Selangor. Dengan ini saya menyokong Rancangan Selangor ke-2, 2026-2030. Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan serta hadirin sekalian. Salam sejahtera dan Salam Kita Selangor buat ke semuanya. Tuan Speaker, Rancangan Selangor ke-2, membawa satu aspirasi yang besar. Menjadikan Selangor sebagai negeri yang pertama di Malaysia dengan ekonomi bernilai RM500 bilion. Saya menyambut baik hala tuju ini. Namun, bagi saya dalam lima tahun yang akan datang, kejayaan RS-2 ini, tidak seharusnya dinilai melalui seberapa besar ekonomi kita berkembang semata-mata. Tetapi sejauh mana pertumbuhan ini mengubah kehidupan rakyat. Kerana akhirnya, pembangunan bukan tentang angka semata-mata, tetapi pembangunan yang terbaik ialah pembangunan yang dapat dirasai oleh rakyat setiap hari.
Tuan Speaker, asas kita cukup kukuh. Ekonomi Selangor kita mencatat pertumbuhan 6.3% pada 2025, mengatasi kadar nasional. Menjelang tahun 2030, RS-2 ini mensasarkan pertumbuhan mampan 6.1%, pelaburan domestik RM330 bilion, serta kadar pengangguran serendah 2.2%. Saya juga menyokong fokus kepada lima sektor strategik, E&E, aeroangkasa, automotif, ekonomi digital dan ekonomi kreatif, khususnya dalam E&E dan semi konduktor. Hala tuju kita bukan sekadar untuk menarik pelaburan tetapi membawa Selangor naik dalam rangkaian nilai, memperkukuh bakat tempatan dan juga mencipta pekerjaan berkemahiran serta berpendapatan tinggi. Usaha ini sudah jelas menunjukkan hasil, Malaysia semiconductor IC Design Park, yang baru-baru pagi ini, Yang Berhormat Exco telah jawab soalan Yang Berhormat Balakong, telah menunjukkan kita telah berjaya untuk menarik pelaburan melebihi RM4.2 bilion, melalui IC Design Park di Puchong dan Cyber Jaya. Dan menempatkan syarikat-syarikat, sebanyak 18 syarikat di dalam ekosistem reka bentuk cip. Ini adalah penting kerana pekerjaan profesional dalam sektor ini mampu menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Di sini bertemu pembangunan anak muda.
Tuan Speaker, dalam kita mencipta pekerjaan baharu, bernilai tinggi, kita juga perlu menjaga perusahaan dan pekerjaan yang sudah wujud hari ini. Di sinilah saya ingin membawa perhatian satu perkembangan Cross Border e-Commerce, dengan izin. Platform seperti Temu, atau Pin Dou Dou (PDD), telah mengubah corak perdagangan dengan pantas, baru-baru ini. Pengguna menikmati harga yang jauh murah daripada harga biasa. Murah daripada Shoppe, mahupun Lazada, Tik Tok Shop atau Taobao. Pilihan yang lebih luas dan juga penghantaran yang lebih kompetitif. Dengan mereka menawarkan free delivery, dengan izin. Tiada minimum pembelian, kosong, selagi beli, dia menawarkan free delivery. Ini tentunya baik kepada pengguna. Tetapi Tuan Speaker, cabaran platform-platform e-commerce ini, bukan kerana rakyat membeli sesuatu yang mereka perlukan, dengan lebih murah. Cabarannya ialah harga, apabila harga terlalu murah dan algoritma terlalu efektif, rakyat akhirnya membeli sesuatu yang pada asalnya mereka tidak bercadang untuk membeli. Hari ini mungkin RM5.00, RM10.00, RM20.00, setiap transaksi. Tapi ini kita rasa kecil, tetapi apabila dikumpulkan, mungkin seseorang membelanjakan hampir RM200.00 atau RM300.00 sebulan untuk barangan yang bukan keperluan. Tetapi peniaga tempatan yang menanggung gaji, sewa, utiliti, inventori dan juga kos pematuhan, kini bersaing secara langsung dengan produk rentas sempadan pada skala dan struktur kos yang sangat-sangat beza. Jadi, semakin banyak perbelanjaan pengguna mengalir terus keluar, kita perlu memahami kesannya terhadap economic leakage, dengan izin. Local Multiple effect, kelangsungan PKS dan juga akhirnya pekerjaan tempatan. Untuk pembelian makanan. Persoalan utama bukan lagi mengenai harga, tetapi mengenai soal keselamatan makanan. Ada tak produk makanan yang dibeli melalui platform-platform dari luar negara ini, betul-betul mematuhi piawaian keselamatan makanan Malaysia. Justeru, saya ingin mencadang kepada kerajaan negeri untuk membina satu economic intelligence Selangor, dengan izin. Kerajaan negeri boleh mengkaji, impak cross border e-commerce ini terhadap PKS Selangor. Sektor mana yang paling terdedah perubahan corak perbelanjaan, kesannya terhadap jualan serta potensi economic leakage.
Boleh bagi ruang.
Ya.
Okey, saya ingin bertanya dengan Bukit Lanjan, selain daripada keselamatan makanan adakah kualiti juga kita perlu diberi tumpuan. Terima kasih.
Saya tidak faham, kualiti makanan ke kualiti barangan yang disebut oleh Yang Berhormat?
Kualiti makanan ke kualiti barangan ke sebab ada saya tengok banyak komen daripada page ada juga kata yang mereka terima barang ni dia kualiti tak bagus. Ada makanan yang juga, sudah rosak sebab
dia bila hantar makanan tu kena satu bulan. Jadi adakah ini juga kita diberi tumpuan? Terima kasih.
Saya setuju dengan soalan daripada Yang Berhormat Pandamaran. Inilah saya nak mohon sama ada Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan perlu memainkan peranan untuk kita kawal selia mengenai pembelian jualan melalui platform-platform dari luar negara. Justeru saya ingin bergerak daripada digitalization kepada competitiveness (dengan izin). RS-2 ini memacu ekonomi digital melalui Selangor Digital Future Action Plan 2030. Jadi saya harap action plan ini boleh lebih agresif supaya kita boleh membantu usahawan tempatan khususnya di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga boleh memperkukuhkan keupayaan PKS ini dalam AI, data analisis, digital marketing, branding dan e-commerce (dengan izin). Kalau produk dari luar negara boleh menggunakan teknologi untuk memasuki pasaran Selangor, apatah lagi dengan perusahaan Selangor juga mesti kita lengkapi dengan teknologi untuk kita menembusi pasaran Asean dan global.
Tuan Speaker, dalam Perancangan Bandar adalah satu prinsip yang saya fikir sangat relevan, a good transport system does not merely move people, it connects people to opportunity (dengan izin). Sebab itu saya menyambut baik sasaran RS-2 ini untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam daripada 40% kepada 60% termasuk Selangor Mobility, DRT dan pengukuhan sambungan ke LRT serta MRT. Namun untuk mencapai 60%, saya berpandangan kita perlu beralih daripada sekadar connectivity kepada accessibility (dengan izin).
Saya ambil satu contohlah apa yang berlaku di sekitar kawasan DUN Bukit Lanjan, yang township matang ataupun kawasan perumahan yang baru seperti Bandar Sri Damansara. Kita mempunyai hentian bas yang memang cantik, selamat tapi laluan pejalan kaki menuju ke hentian bas ini memang tak bersambung ataupun kurang mesra ataupun ada kawasan yang memang langsung tak ada pejalan kaki. So, macam mana kita nak galakkan penduduk kita untuk menggunakan pengangkutan awam. Sebab itu saya menyokong konsep workable city dalam RS-2 termasuk laluan pejalan kaki yang berbumbung sekurang-kurangnya 500 meter dari stesen train serta pemetaan taman perumahan untuk menentukan keperluan hentian bas. Kita boleh ambil aspirasi daripada Singapura melalui konsep 20 minute town, 40 minute city.
Faktanya ialah kejayaan mobiliti ini bukan sahaja kita ukur daripada jumlah infrastruktur yang telah kita bina tetapi berapa mudah dan berapa cepat rakyat boleh sampai ke destinasi dan keperluan harian mereka.
Saya fikir Selangor ini boleh mengadaptasi prinsip ini melalui pendekatan door to destination (dengan izin) dalam Pelan Induk Mobiliti Selangor. Apabila connectivity sampai, opportunity turut sampai. Tuan Speaker, RS-2 ini mencadangkan indeks kehidupan bermaruah Selangor ini boleh memainkan satu peranan yang penting sebagai satu garis ukur berbagai dimensi.
Malah keberkesanan bantuan dan juga sokongan isi rumah akan dinilai setiap 12 hingga 24 bulan. Saya sangat menyokong pendekatan ini justeru terdapat beberapa perkara saya cadang untuk diberi perhatian. Yang pertama, mengenai Dignity Through Opportunity (dengan izin).
Di Bukit Lanjan sendiri, terdapat komuniti orang asli dinamakan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan. Dalam pembangunan orang asli, kita perlu bergerak daripada mengukur input kepada outcome (dengan izin). Bukan sekadar berapa banyak bantuan kita telah berikan kepada mereka tetapi kita kena meneliti berapa kadar keciciran sekolah, berapa ramai yang meneruskan pendidikan mereka dan juga TVET, berapa ramai yang mendapatkan pekerjaan yang berkualiti, berapa ataupun adakah pendapatan generasi seterusnya meningkat.
Kedua, Dignity Through Care (dengan izin) Tuan Speaker. Namun saya ingin, RS-2 ini sendiri telah mengiktiraf cabaran masyarakat menua. Namun saya ingin membawa satu perspektif yang lebih luas. Apabila seseorang mencapai usia 60 tahun, itu tidak bermakna sumbangan ekonominya harus berhenti. Ramai warga emas nampak sihat, berpengalaman, mempunyai kemahiran dan juga mahu terus produktif. Aging with dignity is not only about being careful, it is also about having the choice to remain productive (dengan izin).
Kita boleh melihat pendekatan Singapura yang bukan sahaja memberi perhatian kepada aging in place tetapi turut menggalakkan senior employment dan juga pekerjaan yang direka semula supaya pekerja-pekerja berusia ini boleh terus berada dalam tenaga kerja. Saya mencadangkan juga kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor juga melihat kepada Care Economy dan Silver Economy sebagai satu ekosistem. Di satu pihak, kita perlu melatih dan memprofesionalkan caregiveners, home care workers dan juga perkhidmatan penjagaan warga emas.
RS-2 sendiri telah menetapkan hala tuju ini tetapi pada masa yang sama bagi warga emas yang masih aktif, masih kuat, masih sihat, Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan GLC, PPT ataupun industri untuk mewujudkan lebih banyak age-friendly employment (dengan izin). Mereka boleh kerja secara fleksibel, part-time, mentorship ataupun ada peluang untuk re-skilling untuk mereka. Jangan kita melihat warga emas ini sebagai penerima bantuan sahaja. Lihat mereka juga sebagai penyumbang kepada ekonomi dan masyarakat selagi mereka mampu untuk menyumbangkan tenaga mereka. Jadi apabila kita membangunkan indeks kehidupan bermaruah Selangor, saya mencadangkan kita turut mengukur bukan sahaja akses warga emas kepada penjagaan tetapi juga peluang untuk mereka kekal aktif, berdikari dan juga produktif.
Tuan Speaker, kemudahan pendidikan juga sebahagian daripada kehidupan yang bermaruah. Sekali lagi, saya ingin membangkitkan lagi isu permohonan saya iaitu
pembinaan SRA Damansara Damai yang telah disenaraikan dalam RMK-13 pada tahun yang lepas. Walaupun sudah senarai, saya mohon sangat-sangat proses kelulusan dan juga semakan peruntukan dapat dipercepatkan dan dapat merealisasikan impian penduduk khususnya di sekitar kawasan Damansara Damai. Dan saya akan terus membangkitkan perkara ini dalam Dewan sehingga sekolah ini siap dibina kerana anak-anak kita ini tidak sepatutnya terus menunggu.
Tuan Speaker, RS-2 menetapkan cita-cita untuk kita menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri Model Asian yang menjelang tahun 2030. Bagi saya, untuk menjadi model, kita bukan sekadar nak menjadi negeri yang paling kaya atau paling maju tetapi kita perlu menunjukkan apa bentuk pembangunan yang kita percaya. Pembangunan di mana anak muda dapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam industri masa hadapan.
Pembangunan di mana orang asli mempunyai mobiliti sosial melalui pendidikan dan pekerjaan. Pembangunan di mana warga emas bukan hanya dijaga tetapi mereka mempunyai pilihan untuk terus aktif, produktif dan menyumbang kepada masyarakat. Pembangunan di mana pengangkutan awam benar-benar menghubungkan rakyat kepada pekerjaan, pendidikan dan juga peluang.
Indah menghijau Bukit Lanjan, Fajar menyingsing membawa harapan, RS-2 mencorak masa hadapan, kemajuan dirasa setiap lapisan. Tuan Speaker, kemajuan bukan sekadar apa yang kita nak bina tetapi apa yang rakyat akhirnya mereka boleh rasa. Dengan itu, Bukit Lanjan menyokong Usul Rancangan Selangor Ke-2 ini. Sekian terima kasih.
Bagi kepada Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Speaker yang memberi peluang kepada Morib untuk berbahas di dalam pembentangan Rancangan Selangor Ke-2 yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas.
Tuan speaker, kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang terkaya dan mempunyai pelbagai sektor dan pendapatan. Negeri Selangor merupakan negeri dengan ekonomi yang terbesar di Malaysia. Mempunyai pelbagai sektor ekonomi yang kukuh serta menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Kekuatan Selangor bukan saja bergantung kepada sektor industri dan pembuatan, malah turut merangkumi sektor perkhidmatan, perdagangan, logistik, pembinaan, pelaburan, pertanian, pelancongan dan teknologi. Kepelbagaian sektor inilah yang menjadikan Selangor sebagai antara enjin utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Dan pastinya insya Allah dengan adanya Rancangan Selangor 1 (RS-1) dan seterusnya Rancangan Selangor2 (RS-2) ini pasti akan menaikkan pendapatan dan hasilnya boleh dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor.
Oleh itu, apa yang telah Hulu Selangor perkatakan di dalam pembahasan beliau, Morib menyokong. Kita perlu bersama-sama memastikan Kerajaan Negeri Selangor menjaga rakyat dan ekonomi Selangor pada tahap yang terbaik untuk rakyat Selangor. Kita juga perlu bersatu untuk kebaikan semua dan kita perlulah memikirkan rakyat terdahulu.
Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa prinsip dan hala tuju Rancangan Selangor Ke-2 atau (RS-2) yang menggariskan enam (6) misi, 25 bidang dan 98 inisiatif sebagai kerangka pembangunan negeri Selangor amat baik jika dilaksanakan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Namun, pada pandangan saya, kejayaan RS-2 ini tidak boleh hanya diukur berdasarkan beberapa banyak misi, bidang dan inisiatif yang disenaraikan. Ukuran sebenar ialah berapa banyak yang berjaya dilaksanakan dan berapa banyak manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.
Bagi saya sebagai wakil DUN Morib, persoalan ini amat penting kerana di DUN Morib dan Kuala Langat sedang berada di ambang satu perubahan pembangunan yang besar dan adanya sebahagian projek di bawah Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor ataupun singkatannya IDRISS. Tuan Speaker, saya ingin menyatakan bahawa RS-2 ini saya melihat sebagai satu kesinambungan yang baik kepada rancangan Selangor (RS-1). Pada pandangan Morib, pembangunan negeri tidak boleh dilihat dalam tempoh lima tahun semata-mata. Ia adalah satu proses yang berterusan. Apa yang telah dimulakan melalui RS-1 perlu diteruskan dengan penambahbaikan dalam RS-2 supaya pembangunan Selangor dapat bergerak dengan lebih tersusun dan memberi manfaat kepada rakyat.
Tuan Speaker, RS-1 telah menyediakan asas kepada beberapa agenda negeri. Apabila kita memasuki RS-2, saya melihatnya bukan sebagai satu permulaan tetapi sebagai kesinambungan kepada usaha yang telah dilaksanakan. Apa yang telah menunjukkan hasil yang baik boleh diteruskan. Program yang masih diperlukan oleh rakyat boleh diperkukuhkan. Manakala perkara yang masih belum mencapai sasaran boleh ditambah baik. Bagi Morib, inilah pendekatan yang sihat dalam perancangan pembangunan. Kita tidak perlu melihat setiap perancangan sebagai suatu yang terpisah. Sebaliknya, kita melihatnya sebagai satu perjalanan pembangunan yang berterusan.
Yang Berhormat Morib saya rasa kita perlu menangguhkan Sidang Dewan.
Baik. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Morib boleh sambung pada jam 2.30 nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan waktu telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang. Dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dengan ini Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Dewan pada petang ini ingin mengalu-alukan mahasiswa dari New Era University College yang diketuai oleh Wong Liang Kang. Lawatan ini telah diatur oleh Yang Berhormat Balakong. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Kita teruskan sesi perbahasan pada petang ini mengenai usul Rancangan Selangor Kedua. Saya minta Yang Berhormat Morib untuk teruskan perbahasan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker, pembangunan juga mestilah memberi manfaat kepada rakyat. Saya menyambut baik hala tuju RS-2 yang memberi perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan seimbang, kesejahteraan rakyat, modal insan, kelestarian dan tadbir urus. Kesemua perkara ini amat penting tetapi pada akhirnya ukuran kejayaan pembangunan ialah manfaat yang diterima oleh rakyat. Rakyat mahu melihat peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Rakyat mahu kemudahan awam yang lebih sempurna dan jalan raya serta sistem pengangkutan yang lebih baik. Masalah banjir ditangani dan rakyat mahu kehidupan keluarga mereka menjadi lebih selesa dan selamat. Sebab itu saya berharap pelaksanaan RS-2 ini akan sentiasa mengambil kira keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
Tuan Speaker, di dalam RS-2 juga disebut berkenaan dengan pembangunan bersepadu Wilayah Selatan Selangor ataupun singkatannya IDRISS yang melibatkan Kuala Langat dan Sepang. IDRISS mempunyai sasaran yang besar dan merupakan salah satu pemacu penting pembangunan Wilayah Selatan Selangor. Saya mengakui bahawa IDRISS telah menunjukkan perkembangan dan beberapa projek kini sudah bergerak ke peringkat pelaksanaan. Namun kita juga harus mengakui bahawa matlamat asal IDRISS masih belum tercapai sepenuhnya dan sebagian projek masih berada dalam peringkat pra-pelaksanaan ataupun kelulusan. Maka dalam RS-2 kita tidak boleh sekadar meneruskan perancangan, kita mesti memastikan perancangan itu diterjemahkan kepada projek sebenar, pelaburan sebenar, pekerjaan sebenar dan manfaat sebenar kepada rakyat.
Antara projek yang paling dekat dengan DUN Morib adalah Able Business Park di Kampung Sawah dan ini adalah antara satu peluang yang besar di kawasan DUN Morib. Projek ini melibatkan kira-kira 208 ekar dengan anggaran pelaburan sekitar RM3 bilion. Saya menyambut baik perkembangan projek ini termasuk Majlis Pecah Tanah yang telah berlangsung pada Julai 2026. RM3 bilion merupakan satu pelaburan yang besar, tetapi persoalannya adalah apa yang rakyat Morib dapat daripada nilai RM3 bilion ini. Berapa banyak peluang pekerjaan dan berapa peratus
yang diberikan kepada anak-anak tempatan dan berapa banyak kontraktor dan PKS tempatan yang akan mendapat peluang? Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan pembangunan ini disertai dengan program-program latihan, TVET dan padanan pekerjaan supaya anak-anak tempatan mempunyai kemahiran yang diperlukan apabila industri ini mula beroperasi. Saya juga mahu melihat kontraktor, pembekal, pengusaha makanan, pengangkutan dan penyelenggaraan dan PKS Kuala Langat mendapat tempat dalam rangkaian ekonomi projek ini. Kita mahu rakyat Morib dan Kuala Langat menjadi penerima manfaat, bukan sekadar penonton kepada pembangunan.
Tuan Speaker, perkara yang lebih penting ialah Able Business Park ini tidak berdiri bersendirian. Di sekitar kampung sawah ini juga terdapat Bandar Industrial Zone dan UP Industrial Park. Maka saya lihat kampung sawah mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai satu kluster industri yang lebih tersusun dan bersepadu. Kita jangan merancang Able Business Park secara berasingan. Kawasan industri sedia ada secara berasingan dan projek lain secara berasingan. Kita perlu melihat keseluruhan ini sebagai satu ekosistem. Able Business Park, Bandar Industrial Zone, UP Industrial Park serta pembangunan IDRISS itu sendiri boleh digabungkan. Jika dirancang dengan baik, kawasan ini boleh menjadi satu pusat pertumbuhan ekonomi penting di Kuala Langat. Tetapi jika tidak dirancang dengan baik, ia juga berpotensi membawa tekanan kepada jalan raya, trafik, saliran, alam sekitar dan kehidupan penduduk.
Tuan Speaker, kita juga perlu melihat perkembangan pelabuhan ketiga di Pulau Carey dalam konteks yang sama. Apabila pelabuhan ini dibangunkan, kawasan industri kampung sawah berkembang, jumlah pergerakan lori, kontena, pekerja, aktiviti logistik berpotensi meningkat dengan ketara. Sebab itu saya ingin menegaskan, jangan tunggu kesesakan berlaku baru kita nak bina jalan. Jangan tunggu lori memenuhi jalan kampung, baru kita cari laluan logistik dan jangan tunggu banjir berlaku, baru kita naik taraf sistem saliran. Kita mesti merancang dari sekarang. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempunyai satu pelan induk trafik dan logistik di seluruh Kuala Langat yang mengambil kira pembangunan industri kampung, jaringan jalan raya, laluan kenderaan berat dan hubungan ke Pulau Carey. Perancangan ini mestilah meliputi jalan raya, laluan lori berat, pengangkutan awam, sistem saliran dan tebatan banjir, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, keselamatan jalan raya dan keperluan penduduk tempatan. Pembangunan mesti mendahului masalah, bukan masalah mendahului pembangunan.
Tuan Speaker, kita tidak boleh bercakap mengenai pembangunan tanpa bercakap mengenai banjir. Kuala Langat mempunyai kawasan terdedah kepada banjir dan masalah saliran. Jika kawasan industri semakin berkembang, kawasan berturap juga akan bertambah. Maka saya mahu Kerajaan Negeri memastikan kajian hidrologi, saliran dan impak pembangunan dibuat secara menyeluruh. Jangan sampai apabila
projek sudah siap, penduduk pula berdepan masalah banjir yang lebih teruk. Saya mahu pembangunan industri dan tempatan banjir berjalan serentak.
Tuan Speaker, saya mahu pembangunan DUN Morib bukan hanya tertumpu pada kawasan industri dan projek berskala besar. Kampung-kampung juga mesti menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan RS-2. Jangan sampai kita mempunyai pelaburan berbilion ringgit di Kuala Langat, tetapi kampung-kampung di sekelilingnya masih berdepan masalah jalan, longkang banjir dan peluang ekonomi. Pembangunan kampung bukan bermaksud mengubah kampung menjadi bandar. Kita mahu kampung yang moden dari segi kemudahan, kukuh dari segi ekonomi, tetapi masih mengekalkan identiti, budaya dan kehidupan masyarakatnya. Kampung juga perlu mempunyai identiti sendiri. Kita tidak boleh membangunkan kampung tanpa menghilangkan identiti dan warisan masyarakat. Contohnya, kampung-kampung yang berada berhampiran di Pantai Morib boleh dikaitkan dengan pelancongan, makanan tempatan, budaya dan aktiviti komuniti. Kita mahu pembangunan ekonomi berjalan seiring dengan peningkatan kualiti hidup. Tidak guna kita membawa pelaburan berbilion ringgit jika kemudahan asas rakyat masih tertinggal.
Tuan Speaker, Morib juga mempunyai satu aset yang sangat bernilai, iaitu Pantai Morib dan Pantai Kelanang dan kawasan-kawasan pelancongan di Bukit Jugra. Saya berharap RS-2 turut memberi ruang kepada pembangunan pelancongan Morib secara tersusun dan moden. Menjadikanlah kawasan pelancongan ini setanding dengan pembangunan yang akan dibuat di kawasan Morib kerana pasti inilah tempat mereka, tempat mereka akan beriadah bukan sahaja penduduk tempatan, malah dari luar negeri dan negara. Kita memerlukan kemudahan pelancongan yang lebih baik termasuk kebersihan, tandas awam, tempat letak kereta, dekorasi dan keselamatan, serta ekonomi, aktiviti ekonomi tempatan. Kita mahu bukan sekadar tempat orang datang melihat pantai, tetapi menjadi destinasi yang mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat.
Tuan Speaker, Kuala Langat bukan hanya kawasan industri. Kita juga mempunyai petani, pesawah, nelayan penternak dan pengusaha, akupunktur. Maka pembangunan industri perlu berjalan seiring dengan perlindungan sektor makanan dan ekonomi tradisional. RS-2 perlu memastikan sektor-sektor ini terus diberikan sokongan, teknologi dan peluang pasaran supaya mereka tidak terpinggir akibat pembangunan yang pesat. Di samping itu, kita jangan lupakan berkenaan alam sekitar. Saya menyokong pembangunan, tetapi dari segi alam sekitar, pembangunan yang dibangunkan mestilah bertanggungjawab. Kuala Langat mempunyai sungai, kawasan pertanian, pesisir pantai dan ekosistem yang perlu dipelihara. Pembangunan industri dan pelabuhan mesti mengambil kira air, udara, sisa industri, trafik lori, bunyi, banjir dan alam sekitar. Kita tidak mahu mengejar pertumbuhan ekonomi sehingga rakyat terpaksa menanggung kos sosial dan alam sekitar.
Tuan Speaker, akhirnya saya ingin kembali kepada 6 misi, 25 bidang dan 98 inisiatif. Morib menyokong kerangka ingini, tetapi saya mencadangkan setiap inisiatif mempunyai KPI yang jelas, peruntukan yang jelas, tempoh perlaksanaan yang jelas dan outcome yang boleh diukur. Kita perlu tahu berapa projek yang telah dilaksanakan, berapa projek yang telah siap, berapa pelaburan yang benar-benar boleh direalisasikan, pekerjaan yang diwujudkan, berapa pekerjaan yang dinikmati penduduk tempatan, berapa PKS tempatan yang mendapat manfaat dan apakah peningkatan kualiti hidup rakyat. Kerana rakyat tidak menilai Kerajaan berdasarkan angka dalam dokumen. Rakyat menilai Kerajaan berdasarkan apa yang mereka lihat, apa yang mereka rasai dan apa yang berubah dalam kehidupan mereka.
Akhir sekali Tuan Speaker, Morib percaya Selangor mempunyai potensi untuk terus berkembang dengan adanya RS-2 ini. Saya percaya pembangunan IDRISS, Able Business Park, kawasan industri Kampung Sawah dan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey kerana semuanya mempunyai potensi membawa pelaburan peluang ekonomi yang besar. Tetapi pembangunan ini mesti dirancang secara bersepadu, berpandangan dan berpandangan jauh. Kita tidak boleh melihat satu projek hari ini dan satu projek lagi 5 tahun akan datang. Kita perlu melihat gambaran keseluruhannya. 6 misi, 25 bidang dan 98 inisiatif mesti menjadi jambatan antara pembangunan negeri dengan kehidupan rakyat. Bagi DUN Morib, saya mahu melihat pelaburan membawa pekerjaan, industri membawa peluang kepada PKS, pelabuhan membawa pertumbuhan ekonomi, pembangunan membawa infrastruktur yang lebih baik dan kemajuan tidak mengorbankan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.
Tuan Speaker, kita jangan tunggu kesesakan berlaku baru bina jalan. Jangan tunggu banjir berlaku baru bina saliran. Jangan tunggu industri berkembang baru fikirkan tenaga kerja dan jangan tunggu masalah berlaku baru kita mencari penyelesaian. Rancang hari ini untuk keperluan rakyat 10 ataupun 20 tahun yang akan datang. Akhirnya, saya ingin menegaskan Morib mahu rakyat menjadi penerima manfaat Pembangunan Selangor ini bukan sekadar menjadi lokasi dan pemerhati kepada Pembangunan Selangor daripada dasar kepada pelaksanaan, daripada pelaksanaan kepada hasil dan daripada hasil kepada kesejahteraan rakyat. Dari segi politik, saya tak mahu bercakap, cuma saya bersetuju dengan apa yang dibahaskan oleh Hulu Kelang dan Taman Medan.
Dan akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan juga kepada semua dan ingatlah pemimpin itu hanyalah khadam yang digaji oleh rakyat. Maka, tundukkanlah ego mu dan berhentilah taksub yang buta sebelum kuasa yang dipinjamkan itu ditarik balik dalam kehinaan dan saya menyeru kepada semua yang berada di dalam atau di luar dewan ini, janganlah kita rasa diri kita betul dan benar segala-galanya. Kadangkala apa yang kita kata itu benar adalah tipu daya untuk kepentingan diri dan matlamat yang diinginkan. Pandanglah cermin dan katakanlah adakah aku benar. Bersatulah kita untuk Negeri Selangor yang kita cintai. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Seterusnya Yang Berhormat Batu Tiga.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalammualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh dan selamat petang. Terima Kasih Tuan Speaker dan seluruh Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Terima kasih atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rancangan Selangor Kedua yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar serta seluruh jentera Kerajaan Negeri atas penyediaan Rancangan Selangor Kedua yang menggariskan hala tuju pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun yang akan datang. RS-2 bukan sebuah rancangan yang kecil. Ia merangkumi enam misi, 25 keutamaan dan 98 inisiatif dengan komitmen pelaburan dan pembangunan yang besar untuk membawa Selangor memasuki fasa pertumbuhan seterusnya. Dan kita memasuki Rancangan Selangor Kedua bukan dengan titik kosong. Rancangan Selangor Pertama telah memberikan asas yang sangat baik. Daripada pencapaian keseluruhan, sekitar 65% telah pun mencapai sasaran sepenuhnya. Bagi saya, pencapaian ini menunjukkan bahawa kita mempunyai asas pentadbiran dan pelaksanaan yang cukup baik. Tetapi, lima tahun yang akan datang memerlukan kita melakukan lebih daripada apa yang kita lakukan dalam lima tahun sebelumnya. Kerana cabaran yang akan kita hadapi juga semakin kompleks.
Tuan Speaker, pada tahun 2020, saiz ekonomi Selangor sekitar RM326 bilion. Lima tahun kemudiannya pada tahun 2025, nilainya meningkat kepada sekitar RM460 bilion dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.3%. Dan melalui Rancangan Selangor Kedua, kita meletakkan satu lagi sasaran besar. Membawa ekonomi Selangor kepada RM600 bilion menjelang tahun 2023 iaitu sasaran tambahan RM140 bilion lagi. Saya menyambut hasrat besar ini dengan sambutan yang baik. Namun kita kena melihat beberapa perkara supaya ia boleh sama-sama kita realisasikan. Tapi saya ingin mencadangkan supaya kita jangan menunggu sehingga tahun 2030 untuk kita mengetahui sama ada kita berjaya atau tidak. Daripada RM460 Bilion kepada RM600 Bilion, penambahannya ialah RM140 bilion yang kita sasarkan dalam tempoh lima tahun.
Justeru, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan sasaran ekonomi tahunan secara berperingkat. Supaya setiap tahun kita dapat nilai keberkesanan sama ada pelaksanaan yang kita laksanakan itu berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran tersebut. Bagi saya, salah satu faktornya yang kita boleh lihat ialah bagaimana kita boleh membantu mencapai sasaran itu melalui perdagangan dan juga eksport. Merujuk kepada rekod Madrit dalam soalan Dewan saya yang saya kemukakan, nilai eksport yang dijana oleh syarikat yang beroperasi di Selangor sehingga tahun 2025 adalah sekitar RM273 bilion, meningkat kira-kira
2.8% berbanding tahun sebelumnya. Ini menunjukkan Selangor sudah mempunyai asas eksport yang sangat besar tetapi masih lagi banyak ruang untuk kita perluaskan melalui platform promosi perdagangan padanan pasaran antarabangsa dan serta sokongan-sokongan lain kepada syarikat tempatan.
Apa yang lebih menarik ialah sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada prestasi eksport tersebut dengan barangan elektrik dan elektronik serta semikonduktor menjadi antara komponen penting yang telah pun menyumbang kepada kedua-dua faktor ini. Saya melihat dua bidang ini mempunyai ruang yang sangat besar untuk kita kembangkan lebih-lebih lagi apabila permintaan global hari ini dipacu oleh AI, pusat data, automasi dan teknologi berprestasi tinggi. Dan dalam kedua-dua perkara ini, elektrik dan elektronik dan juga semikonduktor ia telah pun menyumbang sebanyak 21.2% nilai eksport di negeri Selangor.
Seterusnya saya ingin beralih kepada laporan The Edge yang juga menyebut tentang bagaimana momentum sektor E&E masih kukuh walaupun kita masuk kepada suku atau separuh tahun 2026. Yang disokong oleh permintaan teknologi dan pertumbuhan jualan semikonduktor global kita masih diletakkan dalam sekitar 711 bilion pada kadar nasional dengan semikonduktor menyumbangkan kira-kira 65% daripada keseluruhan eksport E&E di seluruh negara. Sebahagian besarnya berada di negeri Selangor.
Dan satu lagi laporan The Edge juga menyebut pada Julai 2026 bahawa kedudukan Malaysia hari ini berada pada kedudukan ke-6 dalam eksport semikonduktor. Tetapi cabaran yang kita hadapi hari ini adalah dengan adanya konflik peperangan di Timur Tengah dan cabaran seterusnya ialah bagaimana kita nak bergerak daripada sekadar sebuah negara manufacturing menghasilkan barang-barang pembuatan kepada assembly, kepada pemasangan dan juga penguasaan reka bentuk serta teknologi-teknologi yang lain. Walaupun dalam krisis perang, saya percaya Selangor masih lagi boleh mengekalkan industri ini di negeri ini. Bagi saya inilah ruang yang kita boleh rebut dan cuba explore lebih banyak.
Kita sudah ada asas industri, kita sudah ada ekosistem elektrik dan elektronik, kita sudah ada pun IC Design Park 1 dan 2 dan juga program-program pembangunan bakat. Sekarang cabarannya ialah bagaimana kita boleh menggunakan RS-2 ini untuk membawa Selangor lebih tinggi dalam rantaian nilai-nilai global.
Tuan Speaker, saya berharap ukuran RS-2 tidaklah kita hanya terhenti kepada melihat KDNK semata-mata. Kita juga perlu melihat KDNK per kapita, produktiviti pekerja, pendapatan rakyat serta berapa banyak pekerjaan bernilai tinggi yang berjaya kita wujudkan daripada pertumbuhan ekonomi yang saya sebutkan tadi. Kerana ekonomi kita berkembang, eksport boleh meningkat, pelaburan boleh masuk tetapi persoalan rakyat yang jauh lebih mudah untuk kita jawab adakah kehidupan mereka turut menjadi lebih baik. Kita bukan hanya mahu Selangor mencapai high income status state, kita juga mahu Selangor menjadi sebuah negeri yang menawarkan high quality
of life, tempat rakyat mendapatkan pekerjaan yang baik, pendapatan yang bermaruah, perumahan yang mampu dimiliki dan persekitaran yang selesa untuk mendapatkan kehidupan yang baik.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, saya juga menyambut lima sektor tumpuan yang baik, yang mana telahpun saya sebutkan tadi, elektrik dan elektronik dan semikonduktor. Mungkin kita juga boleh lihat sektor-sektor lain yang kita boleh sama-sama lihat antaranya ekonomi digital. Ini adalah sektor yang saya percaya mempunyai potensi besar untuk membawa Selangor ke peringkat ekonomi yang seterusnya. Tetapi, cita-cita kita tidaklah hanya sekadar kita bawa kilang-kilang lain daripada luar masuk ke Selangor. Kita mesti bergerak dengan lebih tinggi dalam meningkatkan value chain kita. Mungkin daripada assembly kepada engineering, engineering kepada design dan design kepada research and development. Dan akhirnya, intellectual property dengan izin dan teknologi itu dibangunkan oleh negeri Selangor sendiri.
Dan saya rasa ada tiga perkara yang mungkin saya boleh kongsikan untuk perhatian kita semua dan pihak Kerajaan. Kita bercakap tentang pertumbuhan ekonomi dalam misi yang pertama. Kita juga bercakap dalam misi yang keempat, kita bercakap tentang pembangunan modal insan. Persoalannya, berapa banyak pekerjaan yang kita cipta melalui misi pertama ekonomi itu, akhirnya akan diisi oleh bakat yang kita bangunkan melalui misi keempat pembangunan modal sosial. Dapatan daripada perbincangan saya bersama dengan Policy Lab, bersama dengan ADUN Muda dan juga Siwanis tempoh hari, turut kita mengenalpasti jurang ini bahawa belum ada satu KPI bersama yang benar-benar menghubungkan penciptaan pekerjaan dan juga pembangunan bakat yang kita buat in-house dalam negeri Selangor. Justeru saya mencadangkan satu KPI bersama. Apakah, dan persoalan saya, berapakah peratus pekerjaan kemahiran tinggi yang telahpun kita lahirkan dan juga berapa ramai lagi upcoming projection yang kita perlukan untuk mengisi kekosongan-kekosongan itu.
Tuan Speaker, satu lagi prinsip dalam RS-2 yang juga sangat baik iaitu no district will be left behind. Saya sangat bersetuju kerana saya juga tidak mahu selepas 5 ataupun 10 tahun lagi, apabila kita bercakap tentang kemajuan negeri Selangor, kita hanya bercakap tentang Shah Alam, Petaling, Subang dan Klang semata-mata. Kita nak seluruh Selangor bergerak bersama. Tetapi itu tidaklah bermakna semua daerah perlu menjadi macam Shah Alam. Janganlah semua jadi macam Subang dan jangan semua jadi macam Klang. Ada identiti mereka masing-masing. Tidak semua daerah perlu jadi macam Petaling Jaya. Sebaiknya, sebaliknya, setiap daerah perlu dibangunkan berdasarkan comparitive advantage masing-masing. Saya berikan beberapa contoh.
Sebagai contoh, Ampang Jaya disebut oleh Lembah Jaya sebentar tadi. Saya meneliti setiap satunya bercakap tentang ekonomi seni, ekonomi kreatif. Ampang Jaya boleh diperkukuhkan dengan pusat ekonomi kreatif. Kedudukannya berada dalam lingkungan greater Kuala Lumpur. Kepadatan penduduk yang tinggi serta akses
kepada pasaran pekerjaan dan tenaga kerja bandar. Saya ingat ini juga boleh jadikan salah satu sumber yang boleh membawa kepada kemajuan di bahagian Ampang.
Kuala Langat contohnya disebut oleh Morib sebentar tadi. Mempunyai potensi yang besar dalam isu maritime, pelabuhan dan juga logistik. Dengan kedudukan di pesisir Selat Melaka serta potensi pembangunan serta pelabuhan dan aktiviti-aktiviti lain. Kita tidak seharusnya melihat pembangunan pelabuhan itu hanyalah berstruktur fizikal. Tetapi juga boleh melihat aspek-aspek yang lain.
Bagi Kuala Selangor, saya melihat potensi besar untuk membangunkan konsep blue economy. Kita mempunyai kawasan pesisir yang luas, aktiviti perikanan dan aquaculture. Setiap aset semula jadi yang turut menyokong kepada ekopelancongan. Kita boleh fikirkan beberapa pendekatan yang saya fikir tidaklah semua perlu menjadi seperti Pelabuhan Klang. Kita kena buat their on design dalam setiap daerah tersebut. Dan bukan bermaksud hanya satu industri bagi setiap daerah. Tetapi setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu anchor ekonomi sektor yang benar-benar dibangunkan. No district will be left behind. Bukan bermaksud semua daerah perlu menjadi seperti orang lain ataupun daerah lain. Ia adalah maksudnya kita mengenal pasti kekurangan ekonomi masing-masing yang boleh kita bangunkan dan kita sama-sama banggakan.
Tuan Speaker, saya juga menyambut baik pembangunan Selangor Maritime Gateway SMG serta cadangan pembangunan melalui Zon Pembangunan Ekonomi ZPE SMG. Tapi saya berharap kita melihat projek ini dalam perspektif yang lebih besar. SMG tidak hanya boleh dilihat sebagai pembangunan hartanah ataupun pengindahan sungai Klang semata-mata. Saya ingin membawa kita membincangkan tiga perkara dalam SMG. Kita ada ekonomi, pemulihan sungai dan juga mitigasi banjir. Sekaligus kita bincang ketiga-tiganya.
Kita telah lihat usaha meningkatkan kapasiti sungai Klang melalui kerja pelebaran dan naik taraf yang berpotensi mengurangkan tekanan sistem sungai yang saya kira mengikut laporan yang terbaru, sudah pun boleh menampung lebih 40% takungan baharu kalau berlaku taburan hujan yang tinggi. Dan perkara ini dekat dengan DUN saya di Batu 3. Kerana apabila kita bercakap tentang sungai Klang, kita bukan bercakap tentang hanya satu tempat sahaja. Kita juga bercakap tentang Batu 3, Seri Muda sehinggalah ke bahagian Klang.
Justeru jika pembangunan ZPE, Zon Pembangunan Ekonomi boleh menghasilkan nilai ekonomi yang kemudiannya membantu membiayai kerja pemulihan, pelebaran dan penyelenggaraan sungai untuk jangka panjang, saya melihat ia sebagai satu model yang sangat baik. Pembangunan membiayai kelestarian, kelestarian pula melindungi pembangunan. Saya cuma berharap nanti kalau kejayaan SMG ini tidak diukur dari sudut pembangunan komersial semata-mata tetapi juga ukur kepada peningkatan kapasiti sungai, berapa hotspot banjir yang telah kita berjaya kurangkan
dan juga kualiti hidup masyarakat yang juga sekian hari trauma sekiranya berlaku mendung ataupun hujan-hujan lebat.
Yang terakhir Yang Berhormat Speaker, sebab panjang lagi. Saya tengok lampu. Akhir sekali Yang Berhormat Speaker, kita sering menyebut Selangor sebagai sebuah negeri bertuah dan saya percaya kita memang bertuah. Kita ada ekonomi yang besar, kita ada rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang sama-sama kita bangunkan negeri ini tetapi negeri bertuah ini tidak terjadi secara automatik. Kestabilan perlu dijaga, keharmonian perlu dipelihara dan institusi pentadbiran ini mesti kekal profesional. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak tidak kira Kerajaan mahupun pembangkang supaya kita sama-sama menolak fahaman politik sempit yang menjadikan kaum dan agama sebagai jalan mudah untuk mendapatkan sokongan. Pilihanraya biasa, adalah tempat untuk kita bersaing kita boleh berbeza parti, kita boleh berbeza ideologi, kita juga boleh berbahas dengan apa jua isu yang kita bentangkan dalam Dewan ini.
Namun, Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kesemuanya. Saya sendiri menyaksikan bagaimana anggota pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk EXCO daripada DAP membantu menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan yang diwakili oleh rakyat kawan-kawan daripada ADUN pembangkang termasuk PAS. Mereka tidak bertanya rakyat itu mengundi siapa. Mereka juga tidak bertanya kawasan itu Kerajaan atau pembangkang. Apabila ada masalah rakyat yang perlu diselesaikan tanggungjawab Kerajaan tetap kita laksanakan. Ijok contohnya, saya melihat sendiri bagaimana Banting berusaha menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan Ijok ini dan itulah profesional yang kita nak ditonjolkan di negeri bertuah ini.
Sebab itu, saya ingin berikan amaran dengan sama tegasnya kepada mana-mana pihak yang duduk bersama dalam Kerajaan ketika kita menikmati kuasa ini, menikmati tanggungjawab dan manfaat pentadbiran tetapi apabila sampai musim politik turut sama memainkan sentimen agama dan perkauman untuk kita pecah belah kan rakyat. Apa makna semua ini?
Akhirnya, keluar satu kenyataan melalui kenyataan terbaru Presiden PAS, DAP, memimpin Pakatan Harapan menyambung kerja penjajah hapuskan Melayu-Islam. Apa makna semua ini? Adakah kenyataan ini juga turut disokong oleh Paya Jaras? Malah saya rasa Semenyih patut bangun untuk menyanggah kenyataan ini sebagai Setiausaha Dewan Ulama di Pusat. Dan pagi ini juga kita telah sama-sama tonton dan lihat ketika dibentangkan RCI Tabung Haji, mana pergi Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang? Kenapa keluar daripada Dewan? Bahas! Dan itu yang sedang kita laksanakan pada hari ini.
Mohon laluan Batu Tiga.
Taman Medan.
Saya minta Yang Berhormat betulkan sikit. Ahli Parlimen Bersatu kekal berada dalam Dewan Rakyat untuk mempertahankan dan membahaskan tentang RCI Tabung Haji. Jadi, saya minta Batu Tiga masukkan sebahagian daripada apa yang disebut itu dalam ucapan Yang Berhormat Batu Tiga.
Saya bersetuju dan saya tarik balik ke semua Ahli Pembangkang dan saya ucap tahniah kepada Bersatu kekal berada dalam Dewan Rakyat untuk bahaskan dan saya ingin bertanya. Silakan.
Minta pandangan Batu Tiga. Apa pandangan Batu Tiga, bila Ahli-Ahli Pembangkang, Ahli Parlimen Pembangkang khususnya yang namakan sebagai Parti Islam keluar Dewan bila kita nak bincang nak bahas berkaitan dengan kepentingan umat Islam sendiri yang paling utama iaitu Tabung Haji, apa pandangan?
Saya fikir begini, kita bercakap tentang Tabung Haji bukan hanya kepada institusi bangunan Tabung Haji yang dulu kita beli tabung untuk buat sekolah dulu. Bukan itu. Kita bercakap tentang hak jutaan penabung-penabung Tabung Haji yang berada dalam itu. Berapa? 10 juta? Takkanlah Ahli-Ahli Pembangkang ini keluar yang daripada PAS dan Warisan keluar tak nak bahas tentang Tabung Haji ini kenapa? Apa lagi yang nak ditakutkan? Kita dah bentang RCI. Kita dah letakkan dalam pembentangan khas. Apa lagi yang belum cukup lagi?
Terima kasih Batu Tiga. Saya tertarik dengan...
Masa dah...Okay saya bagi satu minit. Teruskan.
Saya tertarik dengan penghujahan daripada Batu Tiga berkenaan dengan kata-kata Haji Hadi, Presiden PAS yang terbaru. Saya tak rasa pelik sangat, fasal dia pernah keluarkan amanat Haji Hadi tahun 1981. Jadi mungkin amanat Haji Hadi 2.0. Cuma pertanyaan saya kepada Batu Tiga, kalau amanat Haji Hadi 1.0 difatwakan sesat oleh Kerajaan Negeri Melaka, apakah Batu Tiga setuju amanat yang terbaru ini juga boleh difatwakan akan sesat di Negeri Selangor?
Batu Tiga ringkaskan ya.
Saya pun tak tahulah sama ada Presiden PAS ni dia makan dengan fatwa ke tidak sebab setiap kali keluar kenyataan, kenyataan dia semua berubah-ubah dan semuanya tidak kena dengan situasi semasa. Dan kalau kita tak keluar fatwa sekalipun apakah dia ni nak ikut dengan fatwa tu? Saya pun tak pasti, mungkin...Kota Kemuning.
Ada yang bangun lagi ke? 30 saat, 30 saat sahaja.
Last question, last question. Batu Tiga, tadi Batu Tiga ada tanyakan soalan berkenaan dengan selalu menggunakan DAP sebagai bogeyman untuk tujuan politik tetapi dalam kes Tabung Haji yang menyelamatkan Tabung Haji pada masa itu adalah Menteri Kewangan iaitu dari DAP pada masa itu. Apa pendapat?
Sebab itu saya katakan daripada awal tadi negeri bertuah ni dibangunkan secara bersama dan ketika kita nak menyelamatkan Tabung Haji regardless I ni parti sekalipun kita usaha untuk menyelamatkan institusi milik penuh Kerajaan kita. Dan ketika itu menterinya daripada DAP. DAP pun DAP lah janji Tabung Haji selamat, betul? Dan dalam Kerajaan ini bila kita cakap tentang keharmonian, kestabilan dan perpaduan. Kenapa di luar apabila ada kepentingan politik yang mula mendesak kita membiarkan naratif yang menakut-nakutkan satu kaum ini mula dimainkan?
Saya khususnya saya nak sebut tentang Yang Berhormat Sungai Air Tawar yang memegang portfolio perpaduan memainkan tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya, portfolio perpaduan bukan hanya sekadar pada nama dan jawatan. Ia adalah amanah untuk mempertahankan keharmonian negeri ini termasuk apabila naratif perkauman datang daripada rakan politik anda di Negeri Sembilan dan Negeri Johor. Saya tahu, saya tahu kini BN berpegang tangan dengan PAS tapi apabila berlaku sesuatu perkara yang memainkan negatif politik apakah modal yang sama juga akan dimainkan di Negeri Selangor. Sungai Burong, sila.
Terima kasih Batu Tiga yang bagi peluang untuk mencelah. Banyak kali dibangkitkan bahawa perpaduan ini dimainkan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang dalam menghuru-harakan keharmonian yang sedia ada, saya nak bertanyalah,kalau lah kita ada pelbagai persekutuan ada dia punya artikel ada dia punya perkara 151 dan seumpama dengannya meletakkan kontrak sosial itu adalah sebagai satu benda yang menjadi payung untuk diikuti oleh rakyat Malaysia tiba-tiba ada satu pembangkang ataupun parti politik menggunakan deklarasi setapak sebagai contoh untuk against perlembagaan yang sedia ada pada perlembagaan persekutuan. Adakah itu yang dinamakan keharmonian.
Sama juga dengan apa yang kita sebut kalau sudah ada perlembagaan yang mempertahankan Melayu, Islam dan Raja Perlembagaan kenapa masih tuduh DAP memainkan isu itu? Sedangkan perkara itu tidak pun berlaku seperti mana yang saya sebutkan tadi sama-sama kita bina naratif yang baik ini. Sebab itu saya mohon walaupun ahli Kerajaan kita daripada barisan nasional, kita nak kalau boleh naratif perkauman itu, katalah satu masa nanti kita bertembung dalam pilihan raya anggaplah jawatan Yang Berhormat pegang itu adalah amanah yang patut kita pertahankan untuk negeri Selangor. Kalau tiba masanya kita perlu berhadapan dengan pilihan raya, kita akan berhadapan.
Pakatan Harapan tidak takut kepada pertandingan politik kita lawan bermula di jalanan sehingga akhirnya bawa ke pentas reformasi pentadbiran. Lawanlah kami dengan prestasi, lawanlah kami dengan integriti, jangan baling batu sembunyi tangan kalau penakut, jangan lawan kalau Kerajaan ini lemah tunjukkan kelemahannya, kalau dasar kita gagal bentangkan faktanya kalau ada negeri lain yang ditadbir baik, lebih baik daripada negeri Selangor bawalah angka dan bukti dalam Dewan ini. Saya juga ingin mendengar prestasi yang dibanggakan oleh negeri SG4 itu. Bawa dalam Dewan Negeri Selangor ini supaya kita bahas dan bincangkan. Selangor terlalu penting untuk dipertaruhkan dengan politik sebegitu. Politik boleh membezakan parti tapi saya berikan amaran kepada semua. Jangan sesekali kita bawa politik perkauman yang akan memisahkan rakyat Negeri Selangor yang telah kita bangunkan selama ini. Tuan Speaker, saya menyokong usul Rancangan Selangor ke-2. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Speaker. Speaker.
Paya Jaras.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk membahaskan RS-2 dan Insya-Allah pada hari ini tak lama tapi saya akan menyentuh beberapa perkara penting yang berkaitan dengan RS-2. Pertama, saya tak nak respond lah biar rakyat yang menentukan. Kalau kita respond ni dengan apa pun rakyat akan memerhatikan sebab dalam politik ni akhirnya ia akan menentukan lah rakyat dan rakyat memerhati apa yang kita katakan, apa yang dinyatakan. Saya tak perlu respond sebab pada saya jelas apa yang berlaku di Johor dan juga Negeri Sembilan membuktikan keadaan rakyat berhak menentukan dan kita seboleh mengatakan apa pun dalam Dewan ini tapi pada saya rakyat akan menentukan segala-galanya.
Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan RS-2. Izinkan saya membahaskan perbincangan ini
berdasarkan kepada pengalaman saya dalam bidang pendidikan dan Insya-Allah, saya akan melihat pandangan ini berdasarkan daripada mata kaca pendidik.
Tuan Speaker, tujuan kita untuk mengurangkan jurang di antara bandar dan luar bandar adalah sesuatu yang cukup baik dan di mana-mana pun kita nak supaya pendapatan yang berada di bandar dan luar bandar ni menjadi hampir sama ataupun tak sama pun mencapai tahap nisbah 1 ataupun 2 berbanding kepada sekarang keadaan 1 nisbah 3 dan dalam kita membicarakan seorang equality kesamarataan dalam negeri kita, saya setuju dengan pandangan daripada Batu Tiga tentang kita tak nak jadikan Sabak Bernam macam Petaling Jaya, kita tak nak jadikan Sabak Bernam, Tanjung Karang macam di Ampang sebab suasana berbeza, saya setuju. Tetapi dalam keadaan kita nak membangunkan negeri itu, saya ingin menarik perhatian tentang beberapa perkara yang pada saya tidak jelas dan perlu kita berikan tumpuan ialah kawasan dipanggil kawasan pinggir bandar.
Kampung-kampung tradisi di kawasan pinggir bandar ni perlu diberikan tumpuan sebab kalau kita tengok kalau di luar bandar mereka mendapat tumpuan di bandar memang telah jauh ke depan tetapi kawasan-kawasan luar bandar ini ataupun kampung tradisi di pinggir bandar ni perlu diberikan tumpuan yang sebenarnya, saya bagi contoh kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah, Meru, Bangi dan sebagainya. Kawasan ni kampung-kampung lama yang masih wujud tetapi terhimpit dengan pembangunan. Saya bagi contoh Paya Jaras tertekan, dihimpit di antara bandar Elmina Baru dengan Elmina Industri Park, so dihimpit kadang-kadang, itu menyebabkan pembangunan itu tidak seimbang dengan apa yang berlaku. Jadi pada saya, dalam RS-2 ni saya mohon dimasukkan dalam bajet ke dalam pembangunan ke, saya minta sangat supaya diberi tumpuan kepada soal pembangunan kampung tradisi di kawasan pinggir-pinggir bandar.
Isu jalan raya, isu longkang, isu infra, isu sampah, isu kebersihan, balai raya, lampu jalan, ini masih lagi membelenggu di kawasan-kawasan ni. Soal banjir yang masih berlaku lagi, tetapi inilah yang perlu pada saya yang perlu dalam RS-2 ni diberikan tumpuan supaya pembangunan bukan sekadar berlaku di kawasan bandar, di kawasan luar bandar tetapi kawasan-kawasan pinggir bandar yang tertinggal atau terhimpit dengan pembangunan ni, perlu diperhatikan dan jumlah penduduk di kawasan ni sangat padat dan ini yang saya sebutkan tadi pembangunan-pembangunan pelan induk, pembangunan kampung tradisi perlu diadakan, sehingga kini saya masih belum mendengar satu dasar yang jelas tentang pembangunan kampung tradisi. Saya mohon dalam RS-2 ni, kalau ada ruang perbincangan, dalam penambahbaikan saya mohon dimasukkan, dalam KPI kita ke, dalam program kita ke, inisiatif kita ke, fokus ke, supaya pembangunan kampung-kampung tradisi, khususnya di Negeri Selangor ni, diberikan tumpuan dalam RS-2.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang pendidikan. Apabila saya baca RS-2 sebagai seorang yang pernah terlibat dalam bidang pendidikan, saya
mendapati bidang pendidikan dalam RS tu ni lebih banyak hadir sebagai bekalan tenaga kerja kepada industri dan kurang sebagai bidang yang membentuk jati diri anak-anak kita. Yang disebutkan jelas ialah program tuisyen rakyat Selangor menyasarkan 200,000 pelajar. Jadi hari ni saya ingin membawa 4 perkara yang perlu diberikan tumpuan.
Yang pertama, Kerajaan Negeri sehingga kini belum mempunyai sistem pendidikan awal kanak-kanak untuk rakyat secara sistematik, dan ini peringkat yang paling penting dan paling awal dalam hidup seorang anak di dunia ini. Berdasarkan jawapan rasmi yang pernah diberikan dalam Dewan ni, Kerajaan Negeri mempunyai 20 pusat asuhan dan tadika. Ditempatkan dalam 13 premis Jabatan Kerajaan Negeri dengan jumlah 1,310 orang kanak-kanak dan yurannya di antara RM80 hingga RM570 sebulan. Yuran ini pada asalnya disediakan untuk kakitangan di setiap jabatan, ia bukan sistem prasekolah untuk rakyat seluruhnya, bagi sebuah negeri yang berpenduduk lebih 7 juta orang dan kini hampir mencecah mungkin 8 juta orang, angka itulah angka yang sangat kecil.
Maka tadika yang Kerajaan Negeri ada sekarang ini, nisbahnya sangatlah kecil berbanding dengan keperluan rakyat Negeri Selangor. Apa yang ada pada masa ini adalah skim bantuan pada rakyat, iaitu Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat, namun skim ini membantu ibu bapa, membayar yuran dan saya tidak menyangkalnya. Tetapi dalam RS-2 ini, skim ini diletakkan di bawah kos sara hidup, bersama dengan bantuan isi rumah yang lain. Ia dilihat sebagai bantuan kewangan, bukan sebagai pendidikan awal kanak-kanak. Perbezaan ini penting kerana bantuan yuran membantu ibu bapa, membayar tadika yang sudah ada dan tidak membina tadika di tempat yang sepatutnya ada tetapi masih belum ada.
Tuan Speaker, jurang pencapaian antara seorang kanak-kanak yang masuk tahun 1 selepas prasekolah berbanding dengan kanak-kanak yang masuk tanpa prasekolah adalah jurang yang besar. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor, berapakah kadar penyertaan prasekolah kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun di Selangor mengikut daerah pada tahun 2025? Dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina rangkaian fasiliti tadika negeri yang diperlukan dalam tempoh RS-2 ini? Itu yang pertama.
Yang kedua, sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri tidak dibawa masuk dalam RS-2. Tuan Speaker, sekolah agama di bawah Jabatan Agama Selangor mendidik kira-kira 13,000 orang pelajar di sekitar 23 buah sekolah agama menengah di bawah JAIS. Selain sekolah rendah agama dan kelas KAFA di seluruh negeri, ini institusi milik Kerajaan Negeri, ia dibiayai oleh negeri, gurunya dilantik negeri, ibu bapa menghantar anak-anak di situ atas pilihan mereka sendiri. Saya cari kedudukan sekolah-sekolah di dalam RS-2, dalam ruang keagamaan, saya hanya temui inisiatif pendigitalan masjid. Sekolah agama negeri, guru-gurunya dan pelajar-pelajarnya tidak dibawa masuk ke dalam perancangan pembangunan lima tahun negeri. Saya percaya ini
tidaklah disengajakan. Maka dari itu saya mohon supaya dimasukkan berkaitan dengan pembangunan sekolah-sekolah agama ini dalam pembangunan RS-2. Yang pada saya, perancangan contohnya sekolah-sekolah MISK ini sepatutnya ada pada setiap daerah. Tetapi masih belum dilaksanakan pada ini. Saya mohon supaya RS-2 ini dimasukkan dalam pembangunan sekolah-sekolah di negeri Selangor.
RS-2 ini disusun mengikut misi ekonomi dan sekolah agama tidak berada dalam misi itu. Apabila suatu institusi tidak ada dalam perancangan lima tahun, ia juga tidak ada dalam unjuran peruntukan lima tahun akan datang. Jadi hadir rasa bimbang saya terhadap institusi ini, sebab di masa hadapan, maka saya mohon Kerajaan Negeri untuk menjawab beberapa persoalan yang saya nyatakan ini. Berapakah peruntukan pembangunan yang diunjurkan bagi sekolah agama di bawah Kerajaan ini sepanjang tempoh RS-2 ini? Berapakah bilangan sekolah agama negeri yang memerlukan naik taraf pembangunan sepanjang RS-2? Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memasukkan pembangunan sekolah agama negeri sebagai satu inisiatif dalam RS-2? Apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan sekolah-sekolah JAIS bagi menampung keperluan pelajar-pelajar yang semakin hari semakin meningkat di seluruh daerah?
Yang ketiga, ada tiga IPT atau institut pendidikan tinggi negeri yang masih belum mempunyai pelan pembangunan dalam RS-2. Iaitu yang pertama dipanggil Universiti Islam Selangor, Universiti Selangor iaitu UIS, UNISEL dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor STDC. Kalau kita semak ada term itu, tetapi hanya secara umum tidak fokus kepada soal pembangunan secara jangka panjang dalam tempoh lima tahun untuk RS-2. Saya bagi contoh UNISEL yang setelah itu bukan lama yang sekali dengan tubuh pada zaman UNITEN, zaman MMU dan juga UTP masih lagi ke belakang sedangkan tiga universiti yang swasta ini jauh ke depan. Jadi bagaimana nak bangunkan UNISEL ini yang berada di kawasan yang agak jauh? Adakah pembangunan di kawasan tersebut mungkin industri sebagainya bagaimana attach di antara UNISEL dengan industri? Ada tak perancangan pembangunan teknologi yang boleh dibawa di kawasan tersebut untuk memastikan adanya integrasi di antara apa yang dipanggil industri dengan universiti? Kalau ini dapat berlaku maka UNISEL dan sekitarnya akan bangun dengan baik lagi.
Jadi pada pandangan saya, kalau boleh dalam tempoh RS-2 ini kita nak minta satu perancangan yang jelas bagaimana nak bangunkan UNISEL sebagai sebuah institusi yang tinggi yang akhirnya dia dapat memacu ekonomi setempat dan menjadikan peluang-peluang pekerjaan dengan lebih besar khususnya kepada anak Selangor. Begitu juga UIS Selangor yang sekarang telah berkembang di kawasan Bandar Sri Putra. Jadi apakah perancangan jangka masa panjang supaya Universiti UIS ini akan dikembangkan dengan lebih baik bagi masa depan?
Apabila minta RS-2 ini saya tidak menemui sasaran enrollment bagi mana-mana daripada tiga IPT ini. Tiada sasaran ke boleh lepasan graduan dan tiada unjuran
peruntukan pembangunan. Jadi kalau boleh detailkan pembangunan itu supaya tiga Universiti atau IPT yang ada di negeri Selangor ini dapat dikembangkan. Lepas itu dalam berapa inisiatif dia kan dia tidak ada banyak saya dengar daripada Ahli Yang Berhormat membahaskan tentang ada perancangan tapi tak ada KPI. Ada perancangan tapi tak diberikan petunjuk hukum.
Jadi pada saya termasuk dalam bidang pendidikan, kalau boleh saya minta bagi cadangan kepada kita supaya IPT-IPT yang ada di Selangor dapat dibangunkan. Kerana kita berada di Lembah Kelang. Lembah Kelang ini kawasan industri. So bagaimana Universiti UIS, UNISEL dan STDC dapat berkembang dalam konteks RS-2. Kita tak boleh biarkan macam sekarang. Jumlah enrollment yang makin berkurangan. Saya bimbang kalau tidak dibuat dengan baik, tak ada unjuran jangka panjang. Kebimbangan saya ialah jumlah pelajar akan merosot. Akhirnya UNISEL, UIS dan juga STDC semakin merosot. Jadi pada saya dalam RS-2 ini saya mohon sangat kalau boleh jadikanlah 3 IPT ini sebagai suatu benchmarking yang terhebat. So apakah KPI dalam bentuk antarabangsa? Apakah ranking yang boleh capai? Cuba semak berapa ranking UNISEL, berapa ranking UIS berbanding dengan industri lain. So pada saya inilah KPI-KPI yang boleh capai. Kita boleh bagi projek, kita nak UIS, UNISEL bangun tetapi tak ada KPI dari sudut ranking Universiti.
Pada saya, saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk semak balik dalam pembangunan education khusus IPT ini. Supaya 3 IPT yang ada di Selangor ini diberikan tumpuan sepenuhnya. Kita ada ramai pakar-pakar di sekeliling kita. Gabungan di antara IPT-IPTS di sekitar Selangor ini kalau kita gabungkan boleh menjadikan 3 Universiti ini hebat pada masa depan. Benar, Kerajaan ada membuat penanggungan 50% jualan dalam belanjawan Selangor 2026. Ini sedikit meringankan bebanan kos pengajian. Namun ia tidak menjawab soalan ke mana Institusi hendak dibawa dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.
Tuan Speaker, RS-2 memperkenalkan Selangor University Network Council, SUNC dengan izin atau Majlis Rangkaian Universiti Selangor. Saya menyokong penubuhan ini. Mas Inal Fairfax membincangkan dengan semua Universiti awam dan swasta di negeri Selangor. Tetapi ia bukanlah pelan pembangunan bagi sebuah mana-mana Universiti yang kita miliki ini. Jadi bagus idea ini. Tetapi ia bukan perancangan masa depan. Ia hanya tentang networking di antara IPT. Saya nak tengok kalau boleh Universiti ini ada suatu jangka masa yang panjang, perancangan jangka panjang ke mana UNISEL, UIS dan STDC masa depan.
Kita tempat negeri maju, kita boleh bangunkan negeri ini dengan lebih baik lagi dengan IPT yang ada pada kita dan kita beruntung, kita ada UITM, UPM, UTM, kita ada UKM dan sebagainya UM Universiti Malaya. So kalau gabungan ini digabungkan, ia akan menjadi suatu yang lebih baik pada masa depan. Saya juga pernah pentadbir sebuah IPT. Saya tahu apa maksud apabila institusi diminta berkembang tanpa unjuran peruntukan jangka panjang. Kita boleh minta tapi mesti ada planning. Saya
yang merananya tuan-tuan, Tuan Yang Berhormat sekalian, ialah para pensyarah dan guru-guru yang akan mengajar di IPT sebut.
Persoalan saya, berapakah unjuran peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri kepada UNISEL, UIS dan STDC setiap tahun dari 2026 hingga 2030? Apakah sasaran enrollment dan sasaran ke boleh lepasan graduan yang ditetapkan bagi ketiga-tiga IPT ini? Apakah persediaan Kerajaan untuk tenaga mahir melalui isu pendidikan tinggi ini di bawah milik Kerajaan ini?
Yang terakhir Tuan Speaker, pendidikan tiada dalam senarai petunjuk makro RS-2. Tuan Speaker, petunjuk makro RS-2 menyebutkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan jurang antara daerah, kesejahteraan rakyat, pendapatan median, hutan simpan, pelepasan karbon, penarafan PBT dan perkhidmatan digital. Saya tidak terjumpa, kalau berjumpa mungkin tunjukkan kepada saya, petunjuk pendidikan dalam senarai itu. Tiada petunjuk keciciran, tiada petunjuk penguasaan literasi, numerasi dan tiada petunjuk pernyataan prasekolah. Hujah balah yang mungkin saya akan terima, pendidikan itu di bawah bidang Persekutuan, saya terima sebahagiannya. Tetapi tadika, sekolah agama negeri, IPT milik negeri ini, semuanya di bawah Kerajaan Negeri. Bagi perkara yang kita sendiri kawal, kita boleh menetapkan petunjuk itu.
Bolehkah sekiranya Kerajaan menambah sekurang-kurangnya satu petunjuk makro pendidikan dalam RS-2, dan itulah sahaja peringatan saya. So education atau pendidikan ini mesti dalam petunjuk makro supaya kita dapat ukur. Sebab kita nak seimbang, kita nak bangunkan negeri ini dalam yang kadang-kadang disebutkan negeri yang maju dan juga sejahtera. Petunjuk pendidikan itu perlu diberikan pandangan dan akhirnya apabila pendidikan itu berjaya, barulah kita akan dapat sebuah negeri yang maju dan hebat pada masa depan. Tuan Speaker.
Paya Jaras, Paya Jaras mencelah sekejap.
Silakan.
Baik terima kasih Paya Jaras, daripada tadi saya mendengar hujah-hujah Paya Jaras. Saya nak tanya kepada Paya Jaras, boleh tak Paya Jaras selaku PJ atau Pesuruhjaya PAS di Selangor memberikan komitmen bahawa Rancangan Selangor Ke 2 ini turut juga disokong oleh PAS Negeri Selangor. Jadi kalau kita tengok tadi perbahasan BERSATU dah sokong, kita nak tengok PAS sokong atau tidak. Jadi kalau tengok kepada ketua ni, kalau sokong maksudnya BERSATU dengan PAS, PN pun bersama-sama menyokong Rancangan Selangor Ke 2.
Ini soalan politik, kita faham lah tu. Saya sebutkan apa-apa juga perkara yang memberi kebahagiaan kepada rakyat, sebagai pembangkang, kita akan pastikan kita sokong. Pastikan ia laksanakan yang terbaik. Pada saya yang penting kesejahteraan rakyat, kita bincang soal ......... tadi. Lepas Pilihan raya habis, kita bangunkan negeri kita. So tak ada lagi kita kata dalam ini tiada politik. Kita nak soal kalau RS itu berjaya, yang dapat kebahagiaan adalah rakyat Selangor. Kalau tukar Kerajaan pun kami sambung balik program ini tak ada masalah. Kita okey. Itu tak ada problem, benda baik. So benda baik, kita sokong. Ini tak ada masalah. So benda-benda education, lepas tu saya bagi pandangan. Selalu kita kena kritik, kita tak bagi pandangan. Hari ini saya bagi pandangan dengan detail sekali. Dengan cadangan-cadangan supaya akhirnya pendidikan di Selangor dapat disempurnakan.
Akhir sekali Tuan Speaker, saya tutup dengan suatu permintaan di kawasan saya. Paya Jaras letak dalam kawasan Petaling, daerah yang sama Petaling Jaya. Dari statistiknya daerah ini paling maju di Malaysia. Tetapi dalam RS itu sendiri mencatatkan bahawa ketidaksamaan kekal tinggi di kawasan Petaling. Di kampung Paya Jaras Hulu, Paya Jaras Hilir, Kubu Gajah, Merbah Sempak dan Sungai Pelong. Ada ibu bapa yang bekerja shift, dan bila sampai bulan Januari awal tahun mereka terpaksa buat keputusan yang tidak sepatutnya wujud dalam negari yang paling kaya di Malaysia. Iaitu sama ada nak menghantar anak ke tadika ataupun tidak. Bagi keluarga itu, pertubuhan KDNK 6.1 bukanlah ayat yang bermakna. Yang bermakna ialah mampu tak mereka membayar pembiayaan pengajian anak-anak mereka ke tadika ataupun prasekolah. Itulah permintaan saya. Semoga ia dapat dipertimbangkan oleh rakan-rakan semua. Dan kita harap ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Dan saya harap sekali lagi permintaan simple saja, bukan permintaan yang mahal-mahal. Belanjawan negeri ini, letakkanlah pendidikan awal kanak-kanak dalam satu inisiatif RS-2 dengan sasaran, petunjuk dan garis masa sepatutnya dan bawalah sekolah agama negeri ini serta tiga IPT milik negeri ini masuk dalam rancangan ini sebagai institut yang boleh kita rancang dan kembangkan. Sekian daripada saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Seri Serdang.
Bismillahhirrahmanirrahim., Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam kita Selangor Maju Bersama. Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Seri Serdang untuk membahaskan RS-2, Rancangan Selangor 2 yang saya kira sangat memberi manfaat kepada keseluruh rakyat dan juga Negeri Selangor kita. Yang Berhormat Speaker, apabila pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dimulakan dengan menyingkap sejarah Tun Sri Lanang dan juga kata-kata daripada kitab
Salalatun Salatin. Saya kira itu satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kita semua sebagai direction kita dengan izin, supaya kita menjadi sebuah negeri yang menjaga keseluruhan rakyat dan juga kepentingan negeri Selangor yang ada pada hari ini.
Kontrak sosial sebagai contoh adalah satu keutamaan Kerajaan Negeri Selangor. Mudah cerita, kontrak sosial ini tiga perkara. Pertama, kita menghilangkan kelaparan. Yang kedua, kita menghilangkan kejahilan. Yang ketiga, kita menghilangkan kedukaan. Ketiga-ketiga ini kalau kita dapat lakukan, maka sempurnalah kontrak sosial seperti mana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari.
Selain daripada kita menyingkap sejarah kegemilangan kejayaan, Tamadun-Tamadun, Empayar-Empayar yang lepas, kita juga perlu menyingkap sejarah kejatuhan bagaimana Empayar-Empayar besar ini jatuh. Saya bagi contoh, kejatuhan Empayar Uthmaniyah, sebuah Empayar yang gagah, yang kuat, tetapi akhirnya pada tahun 1924, Mac 1924, Empayar ini jatuh. Tiga faktor penting yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah setelah dibina sekian lama, hampir 100 tahun Empayar ini dibina dengan penuh kekuatan.
Yang pertama, ketinggalan zaman. Kerajaan Uthmaniyah ketika itu gagal memodenkan sistem industri dan ketenteraan berbanding kuasa Eropah yang semakin pantas membangun. Itu yang pertama. Yang kedua ialah semangat nasionalisme, timbulnya gerakan ultra nasionalisme dalam wilayah takbiran yang memecahbelahkan kestabilan politik dalaman. Ini faktor yang kedua, kejatuhan Uthmaniyah. Yang ketiga ialah krisis kepimpinan, kelemahan pertadbiran selepas zaman kegemilangan menyebabkan hilangnya kawalan ke atas wilayah yang luas.
Selain dari kita membincangkan, kita mengambil sejarah-sejarah kegemilangan bagaimana sebuah Empayar itu dibina, kita juga perlu mengambil iktibar bagaimana tamadun-tamadun besar ini kuat ini jatuh. Dan Uthmaniyah sebagai contoh pada petang ini bagaimana Uthmaniyah jatuh disebabkan antara faktornya adalah ketiga-tiga ini tadi. Sudah pasti negeri Selangor, kita tidak mahu negeri ini jatuh kepada mereka-mereka yang tidak berkebolehan ataupun hanya memainkan isu-isu tertentu, kita harus belajar bagaimana kerajaan-kerajaan gagah ini jatuh, satu ketika dahulu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila kita bincang tentang kontrak sosial, seperti saya katakan tiga elemen menghilangkan kelaparan, menghilangkan kejahilan dan menghilangkan kedukaan. Saya melihat dalam RS-2 ini merangkumi ketiga-tiga elemen ini dan saya mengharapkan Rancangan Selangor Kedua ini dapat dijalankan dengan baik, dengan penuh dengan tata kelola, good governance dan akhirnya yang mendapat manfaatnya adalah rakyat dan negeri selangor yang kita cintai ini.
Saya mengambil satu elemen yang sangat penting dalam negeri selangor kerana negeri selangor kita ini ramai penduduknya. Sudah hampir 7.4 juta. Peluang perniagaan, peluang pekerjaan, peluang pendidikan, semuanya ada dalam negeri Selangor. Sudah pasti Selangor menjadi tumpuan rakyat dalam satu Malaysia, bahkan di Shah Alam sendiri pun, saya ambil contoh di Shah Alam, ramainya orang-orang luar sampai dah bertukar jadi Shah Alam dah punya ramai shah ale (dialek Kelantan). Sudah pasti perumahan jadi isu utama. Sebab itu apabila diumumkan Rancangan Selangor Kedua ini akan membina 200 ribu unit rumah mampu bilik, saya sangat bersetuju dan inilah khidmat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan setiap rakyat negeri Selangor mempunyai tempat kediaman mereka masing-masing. Dalam keadaan harga tanah yang tidak tentu, naik dan selalunya naik sahaja, harga barangan construction juga disebabkan krisis global, naik sekejap, turun sekejap, naik sekejap. Jadi, inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang saya lihat adalah sangat baik bagi memastikan setiap rakyat negeri Selangor ini mempunyai rumah kediaman masing-masing.
Walau bagaimanapun, beberapa isu perlu diberi perhatian. Yang pertama sekali ialah selain kita membina 200 000 unit rumah ini, beberapa kepentingan-kepentingan lain di sekeliling perlu kita jaga. Yang pertama sekali ialah membuatkan kemudahan awam. Rumah ibadah, masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam perlu diberi perhatian juga. Janganlah kita ghairah membina rumah sebegitu banyak tetapi kita lupa tentang kepentingan-kepentingan masyarakat yang ada dalam negeri kita negeri Selangor. Begitu juga dengan tanah kubur. Jangan dipandang mudah dan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor di samping kita nak memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor.
Keperluan-keperluan lain juga perlu kita beri perhatian terutama yang melibatkan kegunaan harian. Sekolah sebagai contoh, kalau di kawasan saya di Equine Park itu, penduduk rumah lebih daripada 10,000 unit. Pengundi saya pun dekat 20,000 satu PDM, tetapi sekolah hanya ada satu sahaja. Masjid, saya dah mohon dan insya-Allah saya yakin Yang Berhormat EXCO akan naik, EXCO Agama memberi perhatian untuk dibina rumah di masjid di kawasan Equine itu. Dan itulah yang saya kira supaya pembangunan pada hari ini tidak menjejaskan pada masa yang akan datang. Begitu juga bila kita membina 200,000 unit ini, sudah pasti pembinaan high rise, rumah ber strata menjadi tumpuan. Saya tidak kira rumah landed ini akan menjadi keutamaan kerana yang membuatkan kos yang agak tinggi dan sebagainya, rumah high rise, rumah strata lah yang akan menjadi tumpuan.
Apa isu rumah strata ini adalah salah satunya parking. Bila kita bercerita tentang rumah flat, kondominium, apartmen, sudah pasti parking yang selalu menjadi masalah utama. Kalau disewakan pula kepada pelajar ataupun pekerja kilang, sudah pasti mereka akan punya satu rumah 10 orang, mungkin kenderaan kereta 2-3 kereta, sedangkan parking yang diberikan hanya mungkin 1 atau 2 sahaja. Saya kira itu perlu
diberi perhatian juga oleh pihak Kerajaan supaya pada selepas siap rumah-rumah ini, ia tidak mendatangkan masalah kepada masyarakat di sekitar kawasan itu nanti.
Begitu juga lah, kalau kita lihat pula isu jalan masuk dan jalan keluar. Kalau di kawasan Equine itu, kawasan saya sebagai contoh bagaimana lebih 10,000 pembinaan rumah tetapi jalan keluar masuknya hanya satu. Begitu juga dengan hak milik rumah-rumah ini, pastikan kita memilih pemaju-pemaju, kontraktor-kontraktor yang berkaliber dan punya tiap rekod yang baik. Jangan benarkan lagi, jangan kita berikan kepada pemaju-pemaju yang pernah ada masalah, kontraktor-kontraktor yang pernah ada masalah dan pada masa yang akan datang, dia akan menimbulkan masalah baru yang perlu diselesaikan oleh pihak Kerajaan. Ini saya kena di kawasan saya, di kawasan Equine juga. Pembinaan sekian lama lebih 20 tahun, rumah ada CF tetapi cukai tanah, premium tanah belum dibayar. Rumah ada CF tetapi status tanah masih tanah lapang. 25 tahun yang lepas, perkara ini berlaku dan hari ini, kita Kerajaan terpaksa membantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini dan kerugian yang amat kepada Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri. Sebab itu dalam kita ghairah membina rumah ini, kena pastikan semua elemen-elemen yang saya sebutkan tadi, kita dapat beri perhatian sewajar.
Yang Berhormat Seri Serdang. Boleh saya tanya. Yang Berhormat, saya lihat cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan pembinaan rumah-rumah baru. Tapi dari segi infrastrukturnya, saya cadangkan daripada tambahkan jalan, kita tambahkan alternatif daripada kereta kerana kajian menunjukkan bahawa pembangunan-pembangunan di negeri kita adalah lebih kepada car centric, bukan lebih kepada public transport centric. Jadi kalau boleh, cadangan selepas ini, rancangan pembinaan selepas ini, perlu menjurus kepada public transport centric instead of car centric. Apa pendapat Yang Berhormat?
Saya bersetuju dengan pandangan Kota Kemuning, tetapi kita perlu balik kepada realiti kehidupan rakyat kita sekarang ini. Mahu tak mahu, kita kena akui kita masih lagi menggunakan kaedah yang lama, iaitu kita memilih kereta kenderaan itu berbanding kenderaan peribadi berbanding kenderaan awam. Kalau kita lihat penggunaan MRT, LRT dan juga bas Selangorku sekalipun, tidak dimaksimumkan penggunaannya. Sebab apa? Realiti rakyat kita masih lagi terikat ataupun menggunakan kaedah lama iaitu kenderaan-kenderaan peribadi. Tetapi di masa yang sama, perlu kita beri penerangan dan kita cuba mendidik rakyat kita supaya mereka ada kesedaran untuk mengguna pakai kenderaan-kenderaan awam yang ada dalam kawasan kita.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, begitu juga dengan memperkasakan kampung-kampung kita. Alhamdulillah, saya lihat usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, terutamanya di kampung-kampung kita berkenaan dengan isu-isu infra. Di kawasan Sri Serdang, kita ada dua kampung, Kampung Seri Aman dan juga Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Sri Langkas dan beberapa kampung
yang lain. Dan saya mendapati kalau isu banjir itu, alhamdulillah, terima kasih Kerajaan Negeri Selangor kawasan kampung tradisi ini. Boleh saya katakan, sudah bebas banjir pada hari ini. Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor.
Dan di masa yang sama juga, di kawasan kampung ini, tidak ketinggalan dalam RS-2 ini. Dan satu isu yang saya nak bawa ialah berkenaan dengan hak milik tanah kampung-kampung tradisi ini. Dulu 20 tahun yang lepas, 30 tahun yang lepas, Kerajaan lama memberikan tanah ini kepada orang-orang kampung yang ada pada hari ini. Orang-orang Melayu kita khususnya. Bagi kad putih, hak milik sementara. Tetapi mereka tak sempat untuk memberi hak milik tetap kepada mereka-mereka ini.
Di kawasan saya, alhamdulillah, sudah ada satu program untuk memberi hak milik kepada mereka ini. Diusahakan oleh Yang Berhormat Sri Serdang sebelum saya, Yang Berhormat Dr. Siti Maria. Dan sehingga hari ini masih lagi diusahakan. Dan saya mohonlah pada pihak Kerajaan agar dipercepatkan proses pemberian hak milik ini kepada mereka-mereka di kawasan Kampung Sri Aman khususnya. Mereka dah lama menetap di sini. Mereka dah lama menetap di kampung-kampung Kampung Sri Aman ini. Tetapi sehingga hari ini masih belum mendapat hak milik tetap yang telah pun mereka tinggal selama lebih daripada 30 tahun di kawasan ini. Sebab itu dalam kita nak memperkasakan kampung tradisi, basic orang-orang kampung ini perlu kita beri perhatian. Terutama tentang hak milik tanah yang mereka duduki sehingga hari ini. Dan saya mohon kepada pihak PTG dan juga Pegawai Daerah agar mempercepatkan pemberian hak milik kepada penduduk-penduduk di kawasan Kampung Sri Aman.
Seterusnya Tuan Speaker, berkenaan dengan keterjaminan bekalan air. Mahu tak mahu, kita kena akui kejayaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Dan juga Pakatan Harapan. Hari ini kita merasai kejayaan itu di bawah Pakatan Harapan ialah kita tidak lagi ada keputusan bekalan air pada hari ini. Dulu kita akan tunggu waktu keputusan air dan semua Wakil-wakil Rakyat akan menjadi pelakon-pelakon hebat mengangkat baldi air. Telefon tangki air daripada Syabas, daripada Air Selangor suruh datang hantar.
Tetapi hari ini kejayaan besar Kerajaan Negeri Selangor ialah kita tidak lagi keputusan bekalan air sekian lama. Ini tak boleh dinafikan oleh sesiapa. Bagaimana menguruskan air di negeri Selangor. Walaupun dengan jumlah kepadatan penduduk 7.4 juta dan lebih, tetapi hari ini, Alhamdulillah air sebagai satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan rakyat negeri Selangor kita tidak lagi mengalami masalah keputusan bekalan air. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas kejayaan ini. Teruskan lagi usaha-usaha dan saya difahamkan banyak lagi projek-projek baru yang akan dimajukan untuk memastikan bekalan air ini tidak terputus. Di masa yang sama, saya kira Kerajaan Negeri Selangor juga perlu menerapkan kempen-kempen kepada rakyat kita supaya jangan membazirkan air. Pembaziran itu adalah sahabat syaitan. Tetapi hari ini kalau kita tengok air-air ini seolah-olah mentang-mentanglah dapat air percuma tetapi cuba dibuat sesuka hati
dan saya kira kalau kempen kesedaran ini tidak dijalankan segera saya risau pada masa yang akan datang kita akan menghadapi masalah tentang bekalan air yang tidak mencukupi. Dan saya kira itulah antara kepentingan Negeri Selangor dalam RS-2 ini yang saya perlu beri perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Dan yang terakhirnya Yang Berhormat Speaker, semua yang kita lakukan ini, Rancangan Selangor Pertama, Rancangan Selangor Kedua ia tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak mendapat kerjasama semua pihak. Politik identiti sepatutnya tidak lagi berlaku dalam negeri Selangor. Politik khidmat versus politik identiti. Kita bercerita tentang bagaimana untuk memajukan negeri Selangor. Kita bercerita tentang bagaimana kita nak selesaikan masalah banjir.
Kita bercerita tentang bagaimana nak menyelesaikan masalah sampah. Kita memberi khidmat tetapi apabila sampai tiba waktu pilihan raya, politik khidmat tidak lagi diberi perhatian dan politik identiti mempengaruhi keputusan rakyat ketika waktu mengundi. Kalau begini, siapa nak jadi kerajaan? Kita bekerja siang dan malam, sampai pilihan raya, jual Melayu Islam. Cerita tentang Melayu Islam. Melayu terancam. Islam terancam. Di Selangor ini Islam mana yang terancam? Masjid mana yang kita tutup? Surau mana yang kita tutup? Tetapi oleh kerana politik identiti ini dimainkan sepenuhnya, akhirnya politik khidmat tidak lagi bernilai. Apa terjadi di Negeri Sembilan?
Saya menjawab Paya Jaras. Bagaimana yang mantan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan berjaya meningkatkan hasil pendapatan negeri sehingga hampir tujuh ratus juta. Reserve satu billion. Tetapi semua ini tidak lagi bernilai apabila politik identiti Melayu Islam tu masuk. Akhirnya, segala khidmat yang diberikan tidak lagi ada nilai. Kalau begini tak perlu buat kerja penat-penat. Kita jual saja bangsa dengan agama. Tak perlu cerita tentang banjir. Tak perlu cerita tentang pengurusan sampah. Kita bercerita saja tentang agama dan bangsa.
Seri Serdang.
Dan akhirnya ia tidak memajukan negeri dan negara kita.
Seri Serdang. Mencelah.
Silakan.
Terima kasih Seri Serdang yang memberi peluang untuk mencelah. Boleh tak kami ataupun saya Dewan meminta pencerahan, adakah apabila sesebuah bangsa memajukan dan memberikan hak kepada bangsa masing-masing itu dianggap sebagai rasis? Dan setahu saya
adalah apabila rasis ataupun perkauman ini adalah apabila kita menzalimi sesuatu kaum yang lain tanpa memberi hak yang sepatutnya. Tetapi apabila masing-masing bangsa menggunakan hak masing-masing untuk membangun, ini bukan rasis dan ini bukan satu benda yang dilarang. Mohon komen.
Baik. Saya nak bertanya hak orang Melayu mana yang kita mansuhkan? Hak orang Melayu mana yang kita nafikan? Hak orang Cina mana yang kita nafikan? Hak orang India mana yang kita nafikan dalam Negeri Selangor ni?
Seri Serdang. Mencelah.
Semuanya kita jaga dengan baik. Sebab bagaimana yang Allah kata dalam Quran (bacaan dalam Bahasa arab).
Boleh mencelah?
Sungai Panjang duduk sekejap.
Okey. Tak beranilah tu.
Bukan fasal tak berani, anta suka buat sentimen. Duduk kejap. Allah kata apa? Sesungguhnya aku ciptakan kamu wahai manusia, lelaki dan perempuan, berpuak-puak, bersuku-suku untuk apa? Lita'arafu, untuk kamu berkenal-kenalan. Nah, terbukti hari ini dalam Negeri Selangor..
Boleh Sungai Ramal minta?
Sungai Ramal, masa tidak cukup. Dalam negeri Selangor..
Setengah, setengah minit, setengah minit.
Banyak tu. Sekejap, sekejap. Bagi saya habisan dulu. Dalam Negeri Selangor kita, dengan kita kemajemukan masyarakat yang ada seperti mana yang Allah ka-kata dalam Quran tadi ini, Inna khalaqnakum min zakarin wa unta tadi ini, dah kita implementkan dalam Negeri Selangor. Politik khidmat itu tadi dijadikan sandaran apabila kita berkempen Pilihan Raya, apa yang kita nak buat? Apa manifesto kita? Itu sepatutnya kita didik rakyat kita supaya kita lebih majukan negeri pada masa yang akan datang. Kita lihat
bagaimana RCI Tabung Haji ya, dimainkan isu. Pelbagai isu sehinggakan Menteri Agama Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Yang Berhormat Lim Guan Eng terpaksa menyorokkan muka sedih bertahun-tahun apabila difitnah. Merekalah yang menjual aset-aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam. Hari ini RCI membuktikan mereka berdua inilah yang menyelamatkan Tabung Haji. Tetapi malangnya parti PAS dalam Dewan Rakyat keluar daripada pembentangan RCI pagi tadi. Ini kepentingan umat Islam. Sepuluh bilion hilang. Buka akaun palsu. Makcik-makcik dekat kampung, pesawat-pesawah itu simpan duit Tabung Haji nak pergi haji. Hilang sepuluh bilion. Ini tidak serius lagi ke? Ini bukan kepentingan umat Islam? Ini bukan kepentingan orang Melayu? Tetapi bila dibuat pembentangan tak masuk Dewan. Keluar. Inilah yang saya katakan tadi politik khidmat ataupun politik identiti. Hidup Melayu, Hidup Islam.
Yang Berhormat. Sikit.
Sikit bolehlah. Dah merah dah tu.
Yang Berhormat. Saya mendengar Yang Berhormat sebut tentang RCI tadi. Sungai Burong pun bangun cakap apakah yang sebenarnya bila cakap pasal Melayu dan ada masalah dan sebagainya. Apabila bercakap tentang Melayu, memperjuangkan Melayu, kenapa bila RCI dibentangkan keluar Dewan? Saya tak faham keadaan tu sebenarnya. Kalau ialah betul-betul nak memperjuangkan keadaannya, nak membetulkan apa yang telah pun berlaku, yang salah yang kita nampak depan mata, duduk, bahas dan cari solusi yang betul. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tak tahulah. Mungkinlah Batu Tiga. Mungkinlah fasal kenangan bersahabat di Johor dan Negeri Sembilan tu masih terasa di hati. Jadi nak bersahabat dekat Melaka ni yang RCI masa tu zaman Barisan Nasional, UMNO ya. Kemungkinan. Mungkin. Saya tak katalah tepat tapi kemungkinanlah. Tetapi walau bagaimanapun, soal dasarnya ialah kepentingan orang Islam hendak disebut sebagai identiti ataupun khidmat. Kita nak cerita tentang kepentingan baik Melayu, baik Cina, baik India dari segi identiti ataupun khidmat. Kalau identiti saja ia tidak memajukan mana-mana bangsa dan juga agama. Tetapi kalau kita bercerita tentang politik khidmat, InsyaAllah walau apa bangsa sekali pun, walau apa agama sekali pun, Insyaallah ia akan maju dan terdidik dengan baik pada masa yang akan datang.
Sebab itu dalam negeri Selangor, Tuan Speaker yang terakhirnya, saya menyeru kepada semua supaya selain daripada kita menyokong Rancangan Selangor Kedua ini, yang lebih penting ialah minda rakyat kita. Pemikiran rakyat kita perlu kita ubah. Saya teringat kata-kata Allahyarham Tun Abdullah Badawi. Infrastruktur kelas
pertama, pemikiran kelas ketiga. Infrastruktur hebat tetapi pemikiran kita masih ke belakang. Pemikiran kita masih lagi bercerita tentang identiti. Pemikiran kita masih lagi takut kepada oh Melayu itu terjajah. Melayu itu akan diancam. Minda kita masih terjajah dengan oh Islam terancam. Sedangkan realitinya hari ini di negeri Selangor Alhamdulillah, walaupun Melayu, baik Melayu, baik Cina baik India, semua kita sama-sama sayangkan negeri Selangor, sama-sama kita majukan negeri Selangor dan inilah ramuan formula penting bagaimana Selangor menjadi sebuah negeri yang maju pada hari ini. Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang menyokong sepenuhnya Rancangan Selangor Kedua yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Assalamualaikum WBT.
Permatang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan Permatang peluang untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rancangan Selangor Kedua.
Dinda rindu kasih kekanda, Kalau rajuk dinda pujukkan, Rancangan dibentang penuh agenda, Izinkan Permatang menambah pembaikan.
Terlebih dahulu, Permatang ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas penyediaan dokumen ini yang bakal menjadi hala tuju pembangunan Selangor bagi tempoh lima tahun akan datang. Permatang percaya setiap perancangan yang digubal mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk memastikan Selangor agar terus kekal sebagai negeri peneraju ekonomi negara. Namun begitu, sebuah rancangan pembangunan tidak boleh hanya dinilai berdasarkan besarnya sasaran yang ditetapkan, tetapi sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira daerah dan tempat mereka tinggal.
Seperti yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar bentangkan, no district will be left behind. Dengan izin Tuan Speaker. Sepanjang Permatang membaca Rancangan Selangor Kedua ini, Permatang melihat satu cita-cita yang besar untuk membawa Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif. Tetapi Permatang ingin mengajak Dewan yang mulia ini agar kita sama-sama memikirkan satu persoalan yang sangat asas. Di mana apabila Selangor menuju tahun 2030 kelak, adakah semua daerah akan bergerak bersama ataupun pembangunan akan terus tertumpu di kawasan yang telah sedia maju? Kerana Permatang hadir di Dewan ini bukan sebagai wakil rakyat dari Shah Alam, Petaling Jaya atau Subang Jaya. Permatang hadir sebagai wakil rakyat Permatang, iaitu sebuah kawasan luar bandar di utara Selangor yang ekonominya masih bergantung sepenuhnya kepada pertanian, perikanan dan perusahaan kecil. Maka sudah tentu
menjadi tanggungjawab Permatang untuk memastikan suara masyarakat luar bandar turut diberikan perhatian dalam merancang masa depan Selangor. Bagi Permatang, kejayaan Rancangan Selangor Kedua ini kelak bukan diukur melalui angka KDNK semata-mata. Tetapi apabila rakyat di Permatang, di Tanjong Karang dan seluruh kawasan luar bandar turut merasai limpahan pembangunan tersebut.
Tuan Speaker, Permatang ingin memulakan perbahasan dengan misi pertama iaitu memacu kepimpinan ekonomi Selangor. Permatang tidak menafikan bahawa Selangor mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Tetapi Permatang ingin mengingatkan bahawa cabaran Selangor pada hari ini bukan lagi bagaimana untuk menjadikan ekonomi negeri ini lebih besar. Tetapi cabaran sebenar ialah bagaimana untuk memastikan apabila ekonomi Selangor berkembang, jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar tidak turut berkembang. Bagaimana untuk mengelakkan ini supaya tidak terjadi? Jadi kerana pembangunan yang berjaya bukanlah hanya apabila KDNK itu meningkat. Tetapi pembangunan yang berjaya ialah apabila setiap daerah turut menikmati pertumbuhan tersebut. Dalam misi pertama, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lima bidang ekonomi strategik menuju tahun 2030, iaitu elektrik dan elektronik, aeroangkasa, automatif, ekonomi digital dan juga ekonomi kreatif. Permatang tidak menafikan kepentingan kelima-lima sektor ini. Malah bersetuju bahawa Selangor perlu terus bergerak ke arah industri yang bernilai tinggi. Tetapi persoalannya ialah di manakah kedudukan Permatang dan kawasan luar bandar dalam lima bidang ekonomi ini?
Tuan Speaker, apabila Permatang membaca tentang sektor aeroangkasa, Permatang teringat pada kapal terbang di Sekinchan. Kerana mula-mula Permatang ingat adakah aeroangkasa sudah sampai ke Sekinchan? Tapi rupanya ianya hanyalah lokasi bergambar. Jadi sebab itu Permatang ingin bertanya apakah sektor yang benar-benar akan memacu ekonomi kawasan utara Selangor? Apakah kita hanya akan menjadi pembekal tenaga kepada kawasan bandar? Atau adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan yang jelas ataupun pelan yang efektif untuk membawa pelaburan dan peluang pekerjaan berkualiti ke kawasan kami di luar bandar? Kerana saya bimbang sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian, kita bukan sedang mengurangkan jurang pembangunan, tetapi kita sedang mempercepatkan pembangunan di kawasan yang memang telah maju. Manakala kawasan luar bandar kelak akan terus mengejar dari belakang.
Tuan Speaker, inilah sebabnya Permatang berpandangan bahawa Kerajaan Negeri perlulah melihat semula kekuatan sebenar kawasan utara Selangor. Kerana kami mungkin tidak mempunyai hab aeroangkasa, yang kami punya hanyalah kapal terbang saja yang tidak terbang. Kami juga tidak mempunyai pusat reka bentuk cip semikonduktor. Tapi kami mempunyai sesuatu yang jauh lebih penting. Iaitu kamilah tempat ataupun punca tempat menghasilkan makanan. Dan kami juga mempunyai potensi Agropelancongan yang sangat besar. Persoalannya, mengapa sektor ini tidak diberikan kedudukan yang industri sebagai pemacu ekonomi negeri? Kerana
pertanian hari ini bukanlah pertanian yang biasa-biasa. Pertanian hari ini adalah pertanian moden yang boleh menggunakan dron, kecerdasan buatan ataupun AI, Internet of Things (IoT), automasi, analitik data, teknologi benih, sistem pengairan pintar dan juga industri hiliran. Jadi kalau kita lihat elektronik dan elektronik boleh mempunyai rantaian nilai yang lengkap, mengapa Agromakanan tidak diberikan ekosistem yang sama?
Tuan Speaker, selain daripada pertanian, Pematang juga ingin menyentuh mengenai Agropelancongan. Telah berkali-kali, bukan sekali, bukan dua kali, tetapi telah berkali-kali hampir setiap kali Dewan, Pematang telah bangkitkan isu ini di dalam Dewan. Dan sedangkan pagi tadi pun Pematang juga ada bertanya sekali lagi tentang ini. Kerana Pematang melihat Agropelancongan merupakan antara peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar. Malah, Kerajaan Negeri sendiri telah mengiktiraf Koridor Agropelancongan Utara. Tetapi Tuan Speaker, sehingga hari ini, pengusaha homestay masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah birokrasi. Dan hari ini, pada pagi ini juga Yang Berhormat Sekinchan telah mengesahkan permohonan lesen untuk inap desa juga telah ditutup sehingga tarikh yang tidak dapat pasti lagi.
Jadi, mengapa? Mengapa pengusaha homestay ini masih bergelut dengan isu-isu perlesenan, isu status tanah, syarat PBT dan pelbagai prosedur yang rumit? Jadi, Pematang ingin mencadangkan dan ingin mengingatkan Kerajaan Negeri kerana kami berharap apabila pelancong datang ke Tanjong Karang, kita tidak mahu pelancong ini sekadar singgah mengambil gambar sawah sebelum pulang. Kita mahu mereka menginap di homestay yang berlesen, makan di restoran yang berlesen, membeli hasil tani dari kedai yang berlesen dan juga menggunakan khidmat penduduk kampung. Kerana setiap ringgit yang dibelanjakan akan terus beredar dalam ekonomi masyarakat setempat dan peniaga juga dapatlah berniaga dalam keadaan yang tenang dan aman dan tanpa rasa takut disaman oleh penguat kuasa.
Tuan Speaker, Pematang juga tertarik dengan sasaran Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan median isi rumah kepada RM14,500 sebulan menjelang tahun 2030. Ini merupakan satu sasaran yang amat baik. Namun persoalan Pematang, adakah kemakmuran yang dimaksudkan benar-benar akan dinikmati secara saksama oleh semua daerah? Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, median pendapatan isi rumah di Kuala Selangor hanyalah sekitar RM8,046 manakala di Sabak Bernam pula sekitar RM6,941.
Kalau kita lihat, ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan median pendapatan isi rumah Selangor yang dicatatkan sebanyak RM10,726. Data ini menunjukkan kepada kita bahawa jurang pembangunan antara daerah masih wujud. Justeru, Permatang berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh hanya menetapkan sasaran pendapatan median di peringkat negeri. Sebaliknya, Kerajaan Negeri juga perlu menetapkan sasaran pengurangan jurang pendapatan antara daerah. Kerana
ukuran kejayaan bukan sekadar apabila median negeri meningkat. Ukuran kejayaan sebenar ialah apabila jurang antara daerah ini semakin mengecil.
Tuan Speaker, daripada aspek kemakmuran ekonomi, Permatang ingin beralih kepada misi ketiga yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat dan juga misi keempat yang memfokuskan kepada pembangunan model insan yang produktif dan inklusif. Kerana Permatang melihat kedua-dua misi ini saling berkait rapat. Namun persoalan kita hari ini, adakah kesejahteraan rakyat ini dirancang benar-benar mengambil kira realiti demografi yang berbeza antara bandar dan luar bandar? Kerana cabaran yang dihadapi oleh Bukit Gasing tidak sama dengan cabaran di Permatang. Cabaran di Shah Alam tidak sama dengan cabaran di Tanjung Karang dan dasar yang sama tidak semestinya sesuai untuk semua daerah.
Di Permatang Tuan Speaker, kita mempunyai masalah iaitu masyarakat kita semakin menua. Kerana berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia sedang menuju ini membuktikan Malaysia sendiri sedang menuju ke arah negara yang menua apabila peratus penduduk berumur enam puluh lima tahun ke atas terus meningkat. Apa yang membimbangkan, di Selangor, Tanjung Karang merupakan antara daerah yang mempunyai komposisi penduduk warga emas tertinggi di negeri ini. Ini bermaksud kawasan seperti Permatang, Tanjung Karang, Sungai Burong dan seluruh utara Selangor sedang mengalami perubahan demografi yang sangat ketara.
Tuan Speaker, kita perlu melihat isu ini secara lebih menyeluruh. Kerana dalam misi pertama tadi Pematang ada membangkitkan bagaimana peluang pekerjaan berkualiti lebih banyak tertumpu di bandar. Akibatnya, anak-anak muda berhijrah ke Shah Alam, ke Petaling Jaya, ke Klang dan Subang Jaya untuk bekerja. Yang tinggal di kampung ialah ibu dan ayah dan juga mereka yang semakin berusia. Ini bukan isu keluarga semata-mata. Ini adalah isu sebenar, isu pembangunan negeri ini. Kerana apabila masyarakat semakin menua, permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan, penjagaan harian, pengangkutan dan sokongan komuniti juga akan meningkat. Persoalannya, apakah persediaan Kerajaan Negeri dalam isu ini?
Tuan Speaker, Permatang sangat tertarik apabila Rancangan Selangor Kedua menyebut bahawa ekonomi penjagaan atau care economy akan diformalisasikan. Permatang menyambut baik hasrat tersebut, tetapi Permatang ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah ekonomi penjagaan ini hanya akan berkembang di kawasan bandar ataupun akan diperluaskan secara menyeluruh dan memberi tumpuan yang lebih ke kawasan luar bandar yang sebenarnya lebih memerlukan? Kerana kalau kita benar-benar mahu membangunkan care economy, maka kawasan seperti Permatang dan Tanjung Karang sepatutnya menjadi antara kawasan yang diberikan keutamaan. Kerana di sinilah ramainya warga emas yang tinggal bersendirian apabila anak-anak berhijrah mencari pekerjaan di bandar-bandar.
Jadi Permatang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri membangunkan ekonomi penjagaan luar bandar sebagai satu sektor baharu. Ini bukan sahaja penting dalam memastikan kebajikan warga emas di kawasan luar bandar, tapi ia juga penting untuk membuka peluang pekerjaan baru kepada masyarakat setempat, khususnya di luar bandar.
Tuan Speaker, daripada aspek pembangunan manusia, Permatang ingin beralih kepada misi kelima iaitu keterjaminan sumber dan kelestarian. Kerana Permatang menyambut baik penekanan Kerajaan Negeri terhadap isu keselamatan bekalan air. Jadi sebagai wakil rakyat di kawasan Permatang, Permatang memahami betapa pentingnya usaha agar memastikan bekalan air negeri agar terus terjamin. Namun begitu, pada tahun 2030 ini, keterjaminan sumber tidak boleh lagi kita tafsirkan hanya sebagai keterjaminan bekalan air. Hari ini, rakyat juga memerlukan dua perkara asas daripada air iaitu elektrik. Semalam, Yang Berhormat Ijok turut membangkitkan isu berkenaan dengan bekalan elektrik. Permatang bersetuju kerana bahawa perkara ini perlu diberikan perhatian yang lebih serius. Kerana untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia ini, kawasan-kawasan kami di kawasan Permatang, Tanjung Karang, Kuala Selangor, kita mempunyai masalah voltan yang tidak mencukupi.
Jadi Permatang ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan satu kerjasama strategik antara JAIS, Tenaga Nasional Berhad dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti masjid dan surau yang sesuai dijadikan lokasi penempatan substation elektrik. Kekurangan voltan ini adalah kerana kekurangan tempat-tempat substation elektrik. Jadi Permatang ingin memberi cadangan agar mungkin kawasan-kawasan surau ataupun kawasan masjid bolehlah kita sama-sama cadangkan untuk dibina lebih banyak lagi substation elektrik. Kerana Permatang percaya cadangan ini mampu meningkatkan kestabilan bekalan elektrik kepada kampung-kampung sekitar dan juga agar dengan adanya kemudahan ini, bekalan elektrik kepada penduduk sekitar akan menjadi lebih stabil terutamanya ketika musim perayaan.
Tuan Speaker, Permatang juga ingin mengakhiri perbahasan Permatang dengan misi keenam yang memberi penekanan kepada transformasi digital. Saya menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pendigitalan. Tidak dapat dinafikan, teknologi mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Namun, Permatang ingin mengingatkan bahawa pendigitalan yang baik bukan sekadar mempercepatkan sistem Kerajaan. Pendigitalan yang baik ialah apabila rakyat juga mampu mengikuti perubahan tersebut. Jadi, janganlah kita terlalu ghairah untuk mendigitalkan semua perkhidmatan. Kerana hari ini semua banyak urusan Kerajaan telah beralih kepada platform digital yang pelbagai-bagai, yang mempunyai pelbagai aplikasi yang berbeza. Sebagai contoh yang terdekat, permatang ingin menyentuh tentang cukai tanah yang menggunakan e-Bill. Kerana pelbagai, selain daripada itu pelbagai urusan lain juga telah beralih kepada aplikasi digital. Jadi mungkin bagi anak-anak muda di bandar, mungkin ini tidak menjadi masalah. Masalah bermula menjadi masalah
apabila warga emas, warga-warga emas di Permatang, di Tanjung Karang, kawasan luar bandar. Keadaan mereka amatlah berbeza kerana ramai antara mereka tidak mampu, tidak tahu menggunakan aplikasi digital selain daripada masalah liputan internet yang rendah. Jadi masih ramai yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat pembayaran secara dalam talian.
Justeru, Permatang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengekalkan pendekatan hibrid. Digital ini harus kita teruskan tetapi saluran fizikal sebagai contoh cukai tanah tidak, tidaklah kita hapuskan terus. Maksudnya kita perlulah juga menghantar bil ke rumah-rumah. Terutama sekali masyarakat di luar bandar. Kerana digitalisasi yang inklusif ialah digitalisasi yang tidak meninggalkan sesiapa di belakang.
Kerajaan Negeri juga mengangkat Selangor sebagai sebuah Smart State yang menerajui transformasi digital. Namun persoalannya, adakah digitalisasi yang dibangunkan benar-benar memudahkan rakyat atau hanya kelihatan canggih di atas kertas? Permatang ingin menarik perhatian kepada portal Access Selangor. Nama portal ini membawa maksud akses yang mudah kepada pelbagai inisiatif Kerajaan. Namun apabila rakyat ingin memohon Bantuan Sihat Selangor, mereka tidak dapat menyelesaikan permohonan di portal tersebut. Sebaliknya, mereka pergi ke laman lain dan terpaksa iaitu SELCARE dan terpaksa mendaftar akaun baru pula walaupun telah pun log masuk kepada portal access tadi.
Jadi Tuan Speaker, Permatang ingin mencadangkan tiga penambahbaikan. Iaitu pertama agar dilaksanakan integrasi penuh melalui API supaya semua sistem Kerajaan Negeri agar saling berhubung. Kedua agar diwujudkan single sign-on sepenuhnya supaya satu akaun boleh digunakan untuk semua bantuan dan perkhidmatan negeri. Dan ketiga agar dapat pastikan keseluruhan proses permohonan boleh diselesaikan dalam satu platform tanpa perlu keluar masuk ke laman web lain. Kerana ukuran sebenar kejayaan digitalisasi bukanlah pada berapa banyak portal yang kita bina tetapi sejauh mana ia memudahkan urusan rakyat. Kerana jika rakyat masih perlu melompat dari satu sistem ke satu sistem yang lain, maka yang pintar hanyalah pada nama tapi bukan pada perkhidmatannya.
Tuan Speaker, Permatang ingin mengakhiri pembahasan Permatang hari ini dengan satu pemerhatian. Permatang tidak menolak cita-cita besar yang kita bawa bersama di dalam Rancangan Selangor Kedua. Permatang juga ingin mengingatkan bahawa pembangunan yang tidak dirancang secara seimbang akan membawa kesan yang besar kepada masa hadapan negeri ini. Kerana jika peluang pekerjaan terus tertumpu di bandar, anak muda akan terus berhijrah. Dan apabila anak muda tadi berhijrah, luar bandar akan terus kehilangan tenaga kerja dan masyarakatnya semakin menua. Dan dalam masa yang sama bandar akan menjadi semakin padat, semakin sesak dan kos sara hidup akan semakin meningkat. Tekanan akan mula dirasai oleh semua, terutama sekali tekanan terhadap perumahan, jalan raya, pengangkutan awam, sekolah dan hospital akan menjadi semakin besar.
Inilah fenomena overcrowding dengan izin yang perlu kita elakkan mulai pada hari ini. Kerana bukan, janganlah kita semua baru nak beringat selepas masalah ini menjadi lebih serius. Kerana bagi Permatang, keadilan bukan bermaksud setiap daerah menerima pembangunan yang sama. Keadilan adalah apabila setiap daerah diberikan peluang untuk membangun mengikut kekuatan dan potensinya sendiri. Bandar mempunyai kekuatan dalam sektor industri dan luar bandar mempunyai kekuatan dalam Pertanian, Agro Makanan, Agro Pelancongan dan Keterjaminan Makanan.
Jadi maka berilah peluang yang sama kepada kedua-duanya untuk sama saling berkembang. Kerana Selangor yang hebat bukan hanya Selangor yang mempunyai KDNK yang tertinggi. Selangor yang hebat ialah Selangor yang memastikan tiada satu pun daerah yang tertinggal daripada arus pembangunan. Kerana apabila bandar dan luar bandar berkembang bersama, ketika itulah kita benar-benar boleh mengatakan bahawa kemajuan Selangor adalah milik semua rakyatnya. Dan Permatang berharap segala cadangan yang Permatang kemukakan pada hari ini di dalam Dewan yang mulia ini dapat dipertimbangkan demi memastikan pembangunan Selangor agar benar-benar bersifat inklusif, seimbang dan adil untuk seluruh rakyat.
Burung Tempua terbang petang, Hinggap sebentar di pohon sena, Rancangan hebat boleh di bentang, Kejayaan sebenar lebih bermakna.
Sekian wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Speaker.
Kota Kemuning.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Kita Selangor. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Menteri Besar dan keseluruhan pasukan Kerajaan atas pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026 sehingga 2030. Saya berdiri di sini bukan hanya menyatakan sokongan saya kepada RS-2. Tapi pada masa yang sama apa yang jelas adalah RS-2 telah memberikan kita satu arah yang jelas bagaimana Selangor harus bergerak dari sebuah negeri yang sudah maju kepada negeri yang bersedia menghadapi cabaran ekonomi dunia yang semakin kompleks. RS-2 membawa enam misi, 25 bidang keutamaan dan 98 inisiatif dengan aspirasi menjadi Selangor sebagai sebuah negeri modal ASEAN. Tetapi bagi saya Tuan Speaker, persoalan yang paling penting bukan berapa tebal buku ini. Persoalannya apakah kesannya kepada rakyat?
Tuan Speaker, saya tertarik dengan satu rangka pemikiran yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Keadilan melahirkan kepercayaan. Kepercayaan melahirkan keyakinan. Keyakinan menarik pelaburan. Pelaburan mencipta pekerjaan. Pekerjaan membina maruah. Saya fikir ini adalah inti pati pembangunan yang sebenar. Kita boleh bercakap berkenaan KDNK. Kita boleh bercakap mengenai berbilion pelaburan. Kita boleh bercakap mengenai bangunan lebuh raya dan projek besar. Tetapi pada akhirnya rakyat akan tanya, adakah hidup saya lebih baik? Adakah seorang graduan mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya? Adakah sebuah keluarga mampu membeli rumah? Adakah seorang peniaga kecil mempunyai peluang untuk berkembang? Adakah seorang warga emas hidupnya lebih terjamin? Dan adakah anak-anak kita mempunyai keyakinan bahawa masa depan mereka lebih baik daripada generasi kita? Kalau jawapannya ya, maka Kerajaan sedang menjalankan tugas yang baik. Kalau jawapannya tidak, kita mesti mempunyai keberanian untuk memperbaikinya.
Tuan Speaker, saya menyokong fokus RS-2 kepada sektor ekonomi masa hadapan yang seperti elektrik dan elektronik, semikonduktor, aeroangkasa, automotif, ekonomi digital dan ekonomi kreatif. Tetapi saya ingin memberi satu peringatan. Jangan kita hanya meraikan angka pelaburan. Setiap kali kita umum berbilion pelaburan, kita mesti bertanya berapa banyak pekerjaan diwujudkan? Berapa ramai anak Selangor mendapat pekerjaan tersebut? Berapa banyak daripada pekerjaan tersebut adalah bergaji tinggi? Berapa ramai vendor dan PKS tempatan mendapat manfaat? Kalau pelaburan masuk tetapi pekerjaan berkualiti tidak sampai kepada rakyat, kita belum mencapai matlamat sebenar. Sebab itu saya menyokong pengukuhan TVET dan juga usaha merapatkan jurang antara universiti dan keperluan industri. Kita mesti berhenti melihat TVET ini adalah satu pilihan second option.
Dalam industri semikonduktor, aeroangkasa, automasi dan teknologi maju, seorang juruteknik kemahiran tinggi boleh mempunyai kerjaya dan pendapatan yang lebih tinggi. Saya mahu anak muda Selangor mula bukan sekadar menggunakan teknologi, kita membentuk teknologi, kita membina teknologi, kita akhirnya memiliki syarikat teknologi.
Tuan Speaker, Selangor mesti menjadi ataupun pencipta bukan sekadar pengguna. Perubahan paling besar yang sedang berlaku dalam ekonomi dunia adalah artificial intelligence, AI. AI akan mengubah hampir setiap sektor perkilangan, kesihatan, kewangan, pendidikan, logistik, pertanian dan semua sektor. Oleh itu saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Selangor AI Council yang boleh kini saya minta kalau boleh diterajui oleh EXCO kita untuk membawa atau menghimpunkan universiti, industry player, syarikat teknologi, pakar undang-undang, penyelidik, usahawan dan Kerajaan Negeri, tugasnya bukan sekadar bercakap mengenai AI.
Kita perlukan strategi bagaimana kita boleh melahirkan bakat AI. Bagaimana kita menarik pelaburan AI. Bagaimana kita menggalakkan penggunaan AI dalam sektor awam. Bagaimana PKS boleh mendapat manfaatnya dan bagaimana kita boleh memastikan penggunaan AI dilaksanakan secara selamat beretika dan bertanggungjawab. Saya juga mencadangkan kita wujudkan AI Klinik untuk PKS. Syarikat besar mampu menggaji pakar AI tetapi kedai kecil, bengkel, restoran, usahawan mikro dan syarikat keluarga mungkin tidak mampu. Kerajaan boleh membantu mereka menggunakan AI untuk pemasaran pengurusan inventori, produktiviti, perakaunan dan akses kepada pasaran baharu. Transformasi digital ini mestilah inklusif.
Tuan Speaker, universiti bertaraf dunia jangan sekadar melahirkan graduan, thats not enough. Kalau kita mahu Selangor menjadi ekonomi bertaraf dunia kita juga mesti mempunyai institusi ilmu bertaraf dunia. Lihat Silicon Valley, Silicon Valley tidak bermula dengan adanya Apple, Google ataupun Nvidia. Ia berkembang kerana adanya ekosistem ilmu yang dibina sekitar Stanford and Berkeley. Universiti melahirkan penyelidik. Penyelidik melahirkan teknologi. Teknologi melahirkan syarikat. Syarikat mewujudkan pekerjaan. Pekerjaan mencipta kekayaan. Selangor mempunyai kelebihan luar biasa. Kita mempunyai universiti seperti UNISEL, Universiti Islam Selangor banyak universiti private seperti Monach University, Taylors University, Sunway University dan pelbagai universiti pengajian tinggi. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperkenalkan satu inisiatif yang dikenal sebagai Selangor World Class University Initiative. Kita harus meletakkan aspirasi bahawa tempoh sedekad akan datang sekurang-kurangnya satu atau dua universiti yang beroperasi di Selangor mampu berada di kelompok universiti terbaik dunia. Bagaimana? How we have to do that dengan izin.
Pertama, penyelidikan. Berikan fokus kepada AI, semikonduktor, bioteknologi, teknologi perubatan dan teknologi hijau. Kedua, bakat antarabangsa. Tarik profesor-profesor yang terkenal daripada luar negara, saintis, penyelidik terbaik dunia. Ketiga, industry players. Setiap universiti perlu bekerjasama dengan penyelidikan yang kuat dengan industri. Keempat, commercialization. Jangan biarkan penyelidikan kita berhenti sebagai tesis dan jurnal sahaja. Kita perlu membuat satu pasaran commercialization berkenaan dengan teknologi tersebut dan start up universiti. Kita mahu mahasiswa dan penyelidik kita juga mencipta sebuah syarikat teknologi juga merupakan satu bentuk kejayaan akademik. Tuan Speaker, universiti tidak boleh menjadi kilang graduan. Universiti mesti menjadi kilang inovasi.
Tuan Speaker, sumber hasil baharu untuk Selangor. Saya juga ingin menyentuh mengenai hasil negeri. Selangor tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada sumber tradisional seperti premium tanah dan cukai tanah. Tanah ialah aset terhad. Ekonomi abad ke-21 adalah ekonomi berasaskan ilmu, teknologi, data inovasi dan intellectual property. Kita panggil harta intelek. Sebab itu saya mencadangkan beberapa sumber hasil baru seperti Selangor Innovation Fund. Kerajaan boleh
melabur secara strategik dalam syarikat berpotensi tinggi, dalam AI, semikonduktor, teknologi kesihatan dan teknologi hijau. Jika satu atau dua syarikat tersebut berkembang menjadi syarikat bernilai bilion dolar company, negeri dapat pulangan melalui dividen dan peningkatan nilai pelaburan.
Kedua, commercialization harta intelek. Banyak universiti menghasilkan pattern dan penyelidikan. Kerajaan Negeri boleh membantu menyambung universiti dengan industry player melalui pattern dilesenkan dan teknologi di komersialkan. Negeri boleh memperoleh pendapatan melalui ekosistem royalti dan pelesenan. Ketiga, optimumkan aset negeri dan GLC. Bukan sekadar menjual aset sebaliknya jadikan aset itu produktif dan mampu menghasilkan recurring income. Saya juga sarankan GLC juga mewujudkan satu reform committee di mana untuk memastikan kita mempunyai clear direction berkenaan apa yang kita boleh lakukan bersama dan juga KPI untuk mencapai KPI, untuk kita monitor pencapaian kita dari segi matlamat yang perlu dicapai melalui RS-2. Keempat, memperluaskan ekonomi kreatif, pendidikan antarabangsa, pelancongan, perubatan, pusat data, industri digital dan teknologi hijau. Matlamat kita mesti berubah daripada negeri yang bergantung kepada hasil tanah kepada negeri yang menjana hasil daripada ilmu, innovation, pelaburan dan harta intelek.
Tuan Speaker, kita ada 98 inisiatif dalam RS-2, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan RS-2 public dashboard. Biar rakyat boleh melihat apakah sasarannya. Berapa sudah dicapai. Siapa agensi yang bertanggungjawab. Berapa peruntukannya. Kalau mengenai banjir tunjukkan perkembangan projek mengikut daerah. Ini bukan untuk mencari kesalahan Kerajaan ini adalah untuk membina budaya akauntabiliti. Kerajaan yang yakin dengan prestasinya tidak perlu takut kepada ketelusannya.
Tuan Speaker, RS-2 mesti dirasai oleh peringkat tempatan. Kota Kemuning mahu melihat RS-2 memastikan aspirasi besar benar-benar sampai ke kawasan Kota Kemuning. Kota Kemuning, Seri Muda, Bukit Kemuning, Bukit Lanchong dan beberapa kawasan masih menghadapi isu-isu sebenar. Banjir, jalan, kesesakan, pengangkutan awam, rumah mampu milik dan peluang bagi anak muda. Sebab itu saya cadangkan supaya Kota Kemuning boleh dijadikan sebagai kawasan perintis Smart Township Selangor. Gunakan teknologi AI untuk mengurus trafik, amaran awal banjir, lampu jalan pintar, pengurusan sisa, keselamatan dan perkhidmatan PBT. Rakyat tidak mahu hanya membaca RS-2. Rakyat mahu melihat RS-2 di depan rumah mereka.
Tuan Speaker, saya mengambil sedikit masa untuk bercakap mengenai sesuatu yang mungkin tidak ditulis dalam RS-2. Dalam angka-angka RS-2 tapi sangat penting kepada masa depan Selangor dan Malaysia. Dalam negara kita terlalu mudah sekarang sesetengah pihak, sesetengah parti membina sokongan dan mencipta musuh atas alasan kamu kaum lain sedangkan apabila kita berhadapan dengan isu
salah guna wang rakyat, sakau dana awam seperti Tabung Haji, 1MDB dan kes-kes di mana wang berjuta ringgit di jumpa di rumah bekas Perdana Menteri kini menjadi siasatan sepatutnya yang membimbangkan rakyat. Tapi kini realitinya lain. Realitinya menjadi politik identiti menyebabkan kita lupa kepada persoalan yang lebih besar siapa yang menjaga wang rakyat. Siapa yang mempertahankan integriti, siapa yang menggunakan kuasa dan amanah.
Tuan Speaker, musuh seseorang Melayu bukan seorang Cina, musuh seorang Cina bukan seorang Melayu. Musuh seorang India bukan seorang Melayu atau Cina dan kita juga tidak boleh menjadikan suatu parti menjadi musuh hanya nama dan komposisinya kaumnya berlainan. Musuh sebenar rakyat adalah rasuah, salah guna kuasa, kemiskinan, ketidakadilan dan politik memecah belah rakyat dan masyarakat. Selangor kini mewakili aspirasi Malaysia yang diwakili oleh semua kaum, lihat barisan Kerajaan di wakili oleh semua kaum dan jangan benarkan virus yang memecahbelahkan ini menular di Selangor.
Tuan Speaker, setiap kali kita menyanyikan Negaraku kita menyentuh tanah tumpahnya darahku. Saya mahu berhenti sebentar pada ayat itu, tanah tumpahnya darahku. Ini tanah air saya, ini tanah air saudara Melayu saya, ini tanah air saudara Cina saya, ini tanah air saudara India saya. Ini tanah air masyarakat asli, Orang Asli, Sabah, Sarawak dan seluruh rakyat. Kita dilahirkan di sini kita membesar di sini. Ibu bapa kita bekerja di sini, datuk nenek kita membina kehidupan di sini. Kami membayar cukai di sini. Kami berniaga di sini. Kami berkhidmat sebagai peguam, doktor, jurutera dan anggota keselamatan di negara ini. Kami bersama-sama membangunkan negara ini. Maka kami ingin menyatakan, saya ingin menyatakan tiada siapa yang berhak no one is dare to tell us leave this country. Ya jangan seseorang dare, saya kesal melihat pemimpin seperti Haji Hadi, Menteri Besar Kedah Sanusi yang mempunyai pemikiran yang saya kata cetek.
Yang Berhormat, mohon celahan, celahan Hulu Bernam.
Celahan.
Ya, Yang Berhormat ada sebut berkenaan dengan keluar daripada negara ini yang saya kira cukup panas ketika mana kempen pilihan raya yang lepas. Tapi setelah saya meneliti video tersebut sebenarnya ada pihak lain yang telah menyalah ertikan maksud kempen ceramah tersebut. Dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa tidak ada daripada pihak sebelah sini ingin menyingkirkan mana-mana kaum daripada negeri ataupun negara ini dan sebenarnya ada pihak yang telah menyalahgunakan kempen pilihan raya pada pilihan raya yang lepas. Mohon pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih, terima kasih. Apa inti pati, apa inti pati Menteri Besar Sanusi mengatakan tanah air ini hanya untuk orang Melayu sahaja. Tanah air ini untuk semua rakyat Malaysia bukan untuk satu kaum sahaja. Apakah itu membawa satu naratif bahawa tanah Melayu ini tidak mempunyai tempat bagi orang lain ataupun dari kaum lain. Itu merupakan satu penyataan yang salah daripada Menteri Besar Kedah.
Saya mencelah.
Boleh sabar.
Baik, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih. Saya rasa tidak ada satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah yang menyebut bahawa Malaysia ni hanya untuk orang Melayu sahaja. Adapun yang disebut tu ialah orang Siam dia ada tanah dia, di Siam. Bila sebut Cina itu untuk identitinya ialah untuk orang Cina. India identitinya ialah untuk masyarakat India. Jadi, identiti Malaysia dulu lagi disebut sebagai Tanah Melayu. Tetapi tidak ada nak menghalau orang Cina, orang India balik dan ini satu kenyataan yang bagi saya mengelirukan Dewan dan saya kalau perlu saya nak buat cabaran kepada Yang Berhormat untuk buat kenyataan itu di luar daripada Dewan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat rumuskan kemudian kita sambung esok ya.
Sambung esok. Saya jawab esok ya, saya akan jawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian waktu telah pun menunjukkan 4.31 jadi kita tangguhkan sidang dewan ke esok 12 Ogos pukul 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)