Selangor · 10 August 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 129 turns · 32,561 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 10 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 29 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketulusan Selangor (SELCAT) mengenai Perkembangan Terkini Terhadap Usaha Menangani Masalah Banjir di Daerah Klang. Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP- ABAS) berhubung Program Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Negeri Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP- ABAS) berhubung Yayasan Hijrah Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 32 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor Berhubung Hala Tuju Universiti Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga Agama dan Wanita serta Kesejahteraan hidup (JPK- Sejahtera) Berhubung Pencemaran Air di Negeri Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2026, Rancangan Selangor Kedua 2026 – 2030. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Ramal untuk sesi pertanyaan, Dewan mengalu-alukan lawatan dari, lawatan belajar pelajar dari Kolej Tingkatan Enam Shah Alam yang diketuai oleh Ustaz Mahathir bin Asri, selamat datang ke dewan. Lawatan ini diaturkan oleh Yang Berhormat Yang Berhormat Batu Tiga, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya meneruskan perkara seterusnya, saya ingin menyampaikan semula dua perkara yang sangat penting berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk keselesaan dan kesejahteraan semua yang bertugas. Satu program saringan kesihatan sedang dijalankan di bilik rawatan bersebelahan dengan ruang media dan program ini dikendalikan oleh Dr. Hazirah bersama pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan

Puchong. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan serta anggota polis yang bertugas.

Yang kedua mengenai kaunter bayaran cukai, kaunter semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor diteruskan pada hari ini dan bertempat lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Semua bolehlah mengambil peluang ini untuk memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan, sekian sahaja pengumuman setakat sekarang. Dengan ini saya meneruskan sesi soal jawab, Yang Berhormat dari kawasan Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, soalan nombor 60.

Speaker

Ya, Yang Berhormat Sekinchan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Khidmat PbtQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan khidmat PBT kepada masyarakat awam? b) Apakah sistem yang digunapakai bagi mengukur peningkatan berkenaan? c) Apakah lima PBT Selangor terbaik bagi maksud berkenaan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat. Terima kasih kepada Sungai Ramal yang bertanyakan soalan berkaitan dengan perkhidmatan khidmat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Tuan Speaker, untuk jawapan (a) Kerajaan Negeri melaksanakan Agenda Reformasi PBT Negeri Selangor bagi mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, menyeragamkan standard perkhidmatan, memperluas pendigitalan serta memperkukuhkan pemantauan prestasi PBT. Antara langkah utama yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, Satu, menyeragamkan dan mempercepatkan proses pelesenan penjaja dan usahawan mikro melalui pelaksanaan garis panduan kelulusan lesen ataupun permit penjaja dan usahawan mikro PBT negeri Selangor. Garis panduan ini menetapkan

tatacara dan tempoh pemprosesan yang seragam di semua PBT, dengan permohonan lesen diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, manakala permohonan pembaharuan lesen diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Langkah ini mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan pelesenan kepada penjaja dan usahawan mikro. Dua, mempercepatkan penyampaian perkhidmatan berkaitan kelulusan pembangunan melalui pelaksanaan SPEED Selangor. Inisiatif ini membolehkan enam pelan pemajuan diproses secara serentak, dengan tempoh kelulusan pelan disasarkan dalam sembilan hari, manakala keseluruhan proses permohonan diselesaikan dalam tempoh maksimum 30 hari bagi projek yang memenuhi kriteria ditetapkan. Pendekatan ini meningkatkan kecekapan proses kelulusan pembangunan sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tiga, memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan PBT melalui pendigitalan pelbagai urusan seperti permohonan lesen, pembayaran, semakan status permohonan dan pengurusan aduan secara dalam talian. Pendekatan ini membolehkan rakyat berurusan dengan PBT dengan lebih mudah, cepat dan telus tanpa bergantung sepenuhnya kepada urusan di kaunter. Dan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kualiti penyampaian perkhidmatan PBT melalui pemantauan berkala terhadap kadar penyelesaian aduan awam, pematuhan piagam pelanggan dan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PBT. Pemantauan ini membolehkan prestasi setiap PBT dinilai secara berterusan serta tindakan penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan pencapaian sebenar. (b), peningkatan penyampaian perkhidmatan PBT diukur melalui mekanisme penilaian dan pemantauan prestasi yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Antara mekanisme penilaian yang digunakan adalah seperti berikut, satu, sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang diselaraskan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menilai prestasi keseluruhan PBT berdasarkan aspek tadbir urus, penyampaian perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan mampan, penglibatan komuniti dan pengurusan organisasi. Dua, petunjuk Prestasi Utama (KPI) PBT Negeri Selangor bagi memantau pencapaian sasaran strategik yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, termasuk kutipan hasil, pelaksanaan program, pengurusan kewangan dan indikator prestasi utama PBT. Ketiga, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sebagai instrumen penilaian terhadap tahap pengurusan pejabat, tadbir urus dan kecemerlangan pentadbiran organisasi dan yang keempat, pemantauan indikator penyampaian perkhidmatan seperti tempoh pemprosesan permohonan, kadar penyelesaian awam, aduan awam dan pematuhan piagam pelanggan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk (c), mekanisme penilaian prestasi PBT tidak menetapkan ranking keseluruhan PBT terbaik di Negeri Selangor. Sebaliknya, prestasi PBT dinilai berdasarkan kriteria dan indikator yang ditetapkan mengikut kategori serta mekanisme penilaian masing-masing. Sebagai contoh, Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) menilai PBT

mengikut kategori Bandaraya, Perbandaran dan Daerah. Berdasarkan Sistem Penarafan Bintang Tahun 2024, sebanyak 11 daripada 12 PBT Negeri Selangor telah memperoleh penarafan lima bintang, terdiri daripada empat Majlis Bandaraya dan tujuh Majlis Perbandaran seperti berikut, kategori Bandar raya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kategori untuk Bandar raya. Kategori Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Sekian sahaja, terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas pembentangan tadi, saya gembira bila mana banyak aplikasi yang diguna pakai untuk memudahkan rakyat mengemukakan aduan kepada PBT-PBT ini. Cuma, soalan saya apakah pihak Kerajaan Negeri memantau sama ada dia berbaloi antara kos dengan manfaat, sebab semua ini digunakan vendor untuk menyediakan aplikasi, apakah Kerajaan ada audit mengenainya sebab dia berkaitan dengan pertama kecemerlangan kos versus manfaat, yang kedua ialah tentang PDPA, tentang rahsia peribadi pengguna, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal. Memang di PBT kita dah gunakan sistem semua pendigitalan dan sebagainya supaya kita ke arah Smart Selangor, semua PBT kita semua melangkah ke arah itu, ada apps nya, ada aplikasinya dan sesungguhnya kalau ada apps, ada aplikasi, kita akan gunakan vendor, vendor-vendor yang digunakan kita akan tapis dan akan pastikan mereka ini perform dan dari segi kos yang terjangkau maknanya harga yang munasabah dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk PBT.

Saya yakin pihak perolehan dari PBT, mereka sentiasa dan Kerajaan Negeri melalui UPEN SPBT, kita sentiasa memantau semua vendor-vendor yang diguna pakai oleh PBT ini, adalah antara harga yang munasabah dan berkesan, prestasi dan boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan semua stake holder dan pada masa yang sama dia memberi manfaat iaitu mempermudahkan semua akses dan permudahkan urusan di lapangan supaya semua pembayar-pembayar cukai ataupun semua pelanggan-pelanggan, mereka merasai pendigitalan di negeri Selangor ini memang antara yang terbaik, antara terkedepan dan mencapai aspirasi Smart Selangor. Jadi dari soal rahsia kerahsiaan, kita juga pantau supaya butiran-butiran itu tidak bocor sewenang-wenangnya. Ini kita akan pantau dari masa ke semasa, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih. Yang Berhormat EXCO, Gombak Setia ingin menyatakan bahawa perkhidmatan perbandaran yang cekap, ini adalah hak rakyat kerana setiap bayaran cukai taksiran ataupun cukai tanah adalah pelaburan bagi setiap rakyat untuk menjamin kehidupan yang harmoni dan juga kehidupan yang mampan dan berkualiti pada masa-masa hadapan.

Saya dengar soalan tambahan ataupun apa yang dinyatakan oleh Sungai Ramal yang menyebut bahawa hari ini memang PBT kita ada macam-macam aplikasi di mana rakyat dapat mengadu masalah, tetapi bila rakyat membayar cukai ini, expectation dia tinggi dan masih ramai lagi rakyat di luar sana yang tak tahu bagaimana nak buat aduan kepada PBT, sebab aduan itu berdasarkan PBT-PBT tersebut.

Ada juga rakyat yang dia tak tahu dia duduk di kawasan itu, dia sebenarnya di selenggara oleh PBT yang mana, macam kawasan saya ini, kadang dia orang confuse di selenggara oleh MPAJ ke MPS, dia tak faham. Jadi akhirnya aduan ini dia sampai kepada wakil rakyat, dia sampai kepada wakil rakyat. Cuma, apakah saya nak bertanya, apakah kerajaan negeri ada bercadang untuk adakan satu platform aduan yang intergrade, di mana aduan itu disalurkan kepada satu saluran dan kemudian saluran Kerajaan itu akan pecahkan kepada PBT-PBT dan boleh memberi maklum balas secara efektif dan cepat kepada pengadu-pangadu? Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Gombak Setia atas soalan tambahan berkaitan dengan perkhidmatan perbandaran yang cekap oleh PBT. Memang kita sedia maklum Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Aplikasi-aplikasi ini memang kita bangunkan. Tujuan nak mempermudahkan selaras dengan Smart Selangor, Smart City dan yang paling pentingnya kita kena saya ambil maklum daripada cadangan Yang Berhormat bahawa memang ada terdapat masih golongan-golongan termasuk warga emas dan sebagainya yang mereka tidak cerdik IT dan sebagainya. Tidak begitu familiar dengan IT-IT dan mereka mungkin tidak menggunakan apps. Ini mungkin menyusahkan mereka. Jadi, dalam proses kita pendigitalan ini kita kena ambil masa sikit dan tidak boleh sekali gus kita budus dan supaya sekali semua apps dan tak ada gunakan menu dan sebagainya. Jadi, kita akan minta pihak PBT supaya adakan kaunter-kaunter dan sebagainya supaya mereka boleh datang berurusan secara manual di kaunter dan sebagainya dan boleh ajar mereka kalau mereka belum download lagi dengan apps kita dan sebagainya mereka boleh buat dan ajar. Kena didik. Ada kasih sayang, didikan, dedikasi dan sebagainya. Tak boleh semua kalau tidak melalui aplikasi no way, tak boleh berhubung dengan berinteraksi dengan media. Ini satu masalah kalau kita gunakan kaedah menekan seperti sedemikian. Bukan menggalak dan bukan mendidik. Saya ambil maklum tentang cadangan Gombak Setia dan baru-baru ini kita juga terima antara ada suara-suara aduan daripada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan JPJ, berurusan KDN, berurusan dengan pendaftaran MOT dan sebagainya.

Banyak apps. Setiap tempat satu apps, dua apps, tiga apps. Semua dah jadi seluruh dengan apps. Jadi, kadang-kadang mereka pun confuse. Ini antara masalahnya. Jadi, di negeri Selangor ini kita telah bercadang untuk kita membangunkan satu aplikasi supaya semua PBT boleh menggunakan satu aplikasi yang di mana aduan, perkhidmatan dan sebagainya melalui aplikasi ini mesti dikongsi bersama dengan semua 12 PBT. Itu antara cadangan kita tengah membangunkan supaya kita ke arah dapat mengintegrasikan semua perkhidmatan pendigitalan ini. Saya yakin dengan kaedah yang kita guna pakai setiap hari penambahbaik-penambahbaik kelemahan memang ada tapi kita tambah baik akhirnya satu super apps akan dibangunkan dan kita akan berurusan cepat, pantas, cekap dan menjimatkan masa untuk semua pelanggan. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Satu lagi Speaker, mohon.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 61.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Dasar Dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024–2026Questions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah pencapaian pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 hingga 2026? b) Adakah semua indikator prestasi (KPI) mengikut teras dicapai? c) Apakah strategi selepas tamat pelan pada 2026?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lanjan. Soalan bagi pencapaian pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor bagi tahun 2024 hingga 2026. Kerajaan Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor sebagai agensi pelaksana utama telah melaksanakan dasar dan pelan tindakan wanita Negeri Selangor bagi tahun 2024 hingga 2026 yang mengandungi lima titik tumpuan dan tujuh matlamat strategik. Matlamat tersebut meliputi aspek pengarusperdanaan gender, ekonomi dan kehidupan, perwakilan dan kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan serta

kreativiti dan inovasi. Dasar ini dibangunkan selaras dengan dasar dengan Rancangan Selangor Pertama, Dasar Wanita Negara serta Matlamat Pembangunan Lestari atau pun Sustainable Development Goals bagi memastikan agenda pembangunan wanita dilaksanakan secara menyeluruh, inklusif dan responsif gender. Dalam pelaksanaannya Kerajaan Negeri bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program tetapi turut menjalankan pemantauan, penilaian dan penambahbaikan secara berterusan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif kekal relevan, dapat diperluas dan memberikan impak yang lebih berkesan kepada wanita di Selangor. Antara pencapaian utama mengikut matlamat adalah seperti berikut, matlamat pertama, menggalakkan kerangka pembangunan yang peka gender bagi memastikan perubahan berlaku secara sistematik supaya dasar, polisi dan operasi pihak pembuat serta pelaksana dasar lebih sensitif dan responsif gender. Kerajaan Negeri melalui WBS telah memperluas pelaksanaan, pengarusperdanaan gender ataupun gender mainstreaming serta belanjawan responsif gender. Pelaksanaan ini dijalankan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai agensi Kerajaan Negeri, Anak Syarikat Menteri Besar Selangor, pemerbadanan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan. Melalui usaha ini, agensi yang terlibat telah melaksanakan audit gender bagi menilai amalan sedia ada dan mengenal pasti jurang yang perlu ditangani. Berdasarkan hasil audit tersebut, Pelan Tindakan Gender turut dibangunkan sebagai panduan kepada pihak pengurusan tertinggi dalam melaksanakan merangka dasar program dan penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif gender. Pelaksanaan ini turut diperluas secara berperingkat kepada lebih banyak agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya prinsip responsif gender dapat dibudayakan dalam keseluruhan sistem perancangan belanjawan dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Matlamat kedua, meningkatkan status sosioekonomi dan autonomi wanita yang terpinggir. Antara inisiatif utama yang dilaksanakan di bawah matlamat ini adalah Program Usahanita Digital yang kini telah memasuki ke kohot ketiga. Program yang memberikan fokus kepada pendigitalan, perniagaan, pemasaran digital dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan daya saing usahawan wanita dan program ini tidak dilaksanakan secara statik sebaliknya terus ditambah baik berdasarkan perkembangan pasaran dan keperluan peserta. Bagi keperluan kohot ketiga, skop latihan telah diperluas kepada pemasaran ke pihak Antarabangsa dan pengenalan modul, eksport produk ke luar negara dengan kerjasama MATRADE. Penambahbaikan ini bertujuan membantu usahawan wanita bukan sahaja mengukuhkan perniagaan di pasaran tempatan tetapi juga membina keupayaan untuk bersaing di peringkat serantau dan global.

Matlamat ketiga, merapatkan jurang gender di semua peringkat dalam aspek pasaran buruh. Selain memperkasa wanita melalui bidang keusahawanan, Kerajaan Negeri melalui WBS turut melaksanakan Career Comeback Programme dengan kerjasama TalentCorp bagi menggalakkan wanita untuk kembali, kekal atau menyertai pasaran pekerjaan. Pelaksanaannya dijalankan dalam bentuk siri jelajah di beberapa zon bagi

memudahkan wanita di seluruh Selangor mendapatkan akses kepada latihan, maklumat pekerjaan, peningkatan kemahiran dan jaringan bersama majikan. Pendekatan jelajah ini turut merupakan antara penambahbaikan yang dilaksanakan supaya program tidak hanya tertumpu di satu lokasi sebaliknya dibawa lebih hampir kepada masyarakat setempat. WBS dengan kerjasama PERKESO turut menganjurkan Karnival Kerjaya Wanita 2026 bagi memperkukuhkan proses pemadanan pekerjaan di lima zon di Selangor. Setakat pelaksanaannya di dua zon iaitu Petaling dan Hulu Langat, program ini telah menarik penyertaan seramai 250 pencari kerja termasuk lelaki dan daripada jumlah tersebut 101 wanita dan 54 lelaki telah menerima tawaran pekerjaan secara terus manakala 42 peserta dipanggil menghadiri temu duga secara peringkat kedua. Kerajaan Negeri akan terus menilai keberkesanan pendekatan ini termasuk dari segi kadar penempatan pekerjaan dan keupayaan peserta untuk kekal dalam pasaran buruh supaya intervensi yang dilaksanakan dapat diperkukuh dari semasa ke semasa.

Untuk matlamat keempat iaitu penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita, terdapat dua inisiatif utama di bawah matlamat ini iaitu pertama Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) dan kedua adalah Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) di mana Akademi Kepimpinan Wanita telah memasuki kohot yang kelima selaras dengan usaha meningkatkan mutu dan pengiktirafan program AKW sedang diperkukuh melalui kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia bagi memperkenalkan Sijil Profesional Kepimpinan Wanita. Penambahbaikan ini membolehkan peserta bukan sahaja memperoleh latihan dan pendedahan kepimpinan tetapi juga menerima pengiktirafan profesional yang dapat meningkatkan kredibiliti serta kebolehpasaran mereka. SIWANIS pula menyediakan ruang kepada wanita untuk membina keyakinan, meningkatkan pengetahuan tentang proses membuat keputusan dan mendapat pendedahan secara langsung kepada perjalanan sidang Dewan Negeri. Kedua-dua program ini akan terus diperkasa bagi membentuk kumpulan pelapis wanita yang lebih bersedia untuk memimpin dalam masyarakat, organisasi pentadbiran dan politik.

Matlamat kelima, meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan mobiliti wanita. Matlamat ini dilaksanakan antaranya melalui pengukuhan pembangunan komuniti wanita menerusi pusat wanita berdaya di kesemua 56 kawasan Dewan Negeri. Pusat Wanita Berdaya terus berperanan sebagai platform pemerkasaan wanita di peringkat akar umbi melalui pelaksanaan program-program berbentuk pembangunan kapasiti, keusahawanan, kesejahteraan keluarga, kesihatan, kepimpinan dan pembangunan komuniti. Kerajaan Negeri juga terus memperkukuh peranan PWB agar ia bukan sekadar menjadi penganjur program tetapi berfungsi sebagai pusat jaringan, sokongan dan pembangunan wanita di peringkat komuniti.

Matlamat keenam, menggalakkan penyediaan persekitaran selamat kepada wanita. Bagi mencapai matlamat ini, WBS telah melaksanakan dan memperluaskan kempen kesedaran, keganasan berasaskan gender atau gender-based violence. Sebelum ini

kempen berkaitan lebih tertumpu kepada tempoh 16 hari activism menentang keganasan berasaskan gender iaitu bermula pada 25 November hingga 10 Januari setiap tahun, 10 Disember setiap tahun. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menambahbaik pendekatan tersebut dengan melaksanakan program kesedaran sepanjang tahun. Malah kempen ini diintegrasikan dalam siri jelajah Wanita Berdaya Tahan supaya maklumat berkaitan bentuk keganasan, saluran bantuan, hak mangsa dan jaringan sokongan dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Peluasan ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Negeri bahawa usaha menangani keganasan terhadap wanita tidak seharusnya bersifat bermusim tetapi perlu dilaksanakan secara konsisten, berterusan dan dekat dengan komuniti.

Matlamat ketujuh, memupuk bakat kreatif, budaya digitalisasi dan inovasi. Pelbagai program telah dilaksanakan khususnya di peringkat Pusat Wanita Berdaya bagi meningkatkan kemahiran digital, kreativiti dan keupayaan inovasi dalam kalangan wanita. Antara inisiatif utama ialah program wanita dan AI yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2026 di mana ia memberikan penekanan kepada peningkatan literasi teknologi dan inovasi melalui latihan berkaitan digital serta kecerdasan buatan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 hingga 2026 menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan sebuah ekosistem yang menyokong wanita secara menyeluruh. Pendekatan Kerajaan Negeri bukan sekadar melaksanakan sejumlah program untuk memenuhi sasaran dasar tetapi setiap inisiatif turut dipantau, dinilai, diperluas dan ditambah baik berdasarkan pencapaian, maklum balas peserta, perubahan keperluan masyarakat serta perkembangan semasa. Melalui pendekatan penambahbaikan berterusan ini, Kerajaan Negeri berhasrat memastikan setiap program bukan sahaja mencapai jumlah penyertaan yang ditetapkan tetapi benar-benar memberikan perubahan yang bermakna dan berkekalan kepada kehidupan wanita di Selangor.

Bagi soalan (b), pelaksanaan tindakan dan dasar wanita. Pelan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor masih melalui proses pemantauan dan penilaian secara berkala sehingga penghujung tempoh pelaksanaannya. Secara keseluruhannya sebahagian besar indikator prestasi menunjukkan kemajuan yang positif dan berada pada landasan ditetapkan tetapi terdapat beberapa indikator yang telah mencapai sasaran lebih awal manakala beberapa lagi masih dalam pelaksanaan dan dijangka dapat disempurnakan menjelang akhir tahun 2026. Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor sentiasa melaksanakan pemantauan bersama agensi pelaksana bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan mengikut sasaran serta mengambil tindakan penambahbaikan sekiranya terdapat kekangan atau perubahan keperluan dari masa ke semasa.

Bagi soalan (c), selepas tamatnya Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 hingga 2026, Kerajaan Negeri akan meneruskan agenda pemerkasaan wanita melalui penyediaan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2027 hingga 2031 di mana

penyediaan pelan baharu ini akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama. Pertama, melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap dasar semasa. Kerajaan Negeri akan menilai pencapaian setiap matlamat dan indikator prestasi, keberkesanan program, impak kepada kumpulan sasaran serta kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan. Penilaian ini penting bagi mengenal pasti inisiatif yang wajar diteruskan, diperluas atau ditambahbaik serta program yang perlu disusun semula agar lebih berkesan. Yang kedua, memastikan dasar baharu dibangunkan secara berasaskan bukti, data driven ataupun evidence-based dan melalui libat urus yang menyeluruh. Kerajaan Negeri akan menggunakan analisis data semasa termasuk data berpecah mengikut jantina atau sex disaggregated data, hasil kajian terdahulu serta dapatan pemantauan program sebagai asas kepada pembentukan dasar. Sesi libat urus akan dilaksanakan bersama agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Akademia, Pertubuhan Masyarakat Sivil, sektor swasta dan komuniti wanita. Dapatan daripada siri Round Table Discussion Gender Outlook 2026 turut akan dijadikan input utama supaya pelan baharu benar-benar responsif terhadap perubahan keperluan, cabaran dan aspirasi wanita di Selangor. Ketiga, memperkukuh intervensi yang memberikan kesan langsung kepada kehidupan wanita. Antara fokus utama yang sedang dipertimbangkan ialah meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh melalui Program Kembali Bekerja, Pekerjaan Fleksibel, Amalan Pekerjaan Mesra Keluarga dan Pengukuhan Ekonomi Penjagaan. Kerajaan Negeri juga akan memperkasakan ekonomi wanita dengan memperluaskan akses kepada pembiayaan pasaran teknologi dan peluang keusahawanan termasuk membantu usahawan wanita memanfaatkan pendigitalan serta kecerdasan buatan. Pada masa yang sama pelaksanaan pengarusperdanaan gender dan belanjawan responsif gender akan diperluaskan supaya perspektif gender diterapkan dengan lebih menyeluruh dalam perancangan dasar, penyediaan belanjawan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri.

Penggunaan data berpecah mengikut jantina juga akan diperkukuh bagi memastikan setiap program dirancang berdasarkan keperluan sebenar kumpulan sasaran dan impaknya dapat diukur dengan lebih tepat. Selain itu, dasar baharu akan memberikan perhatian kepada isu-isu yang semakin berkembang termasuk agenda wanita, keamanan dan keselamatan atau women peace and security di peringkat tempatan, sekian dimaklumkan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Speaker

Kampung Tunku, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 62.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Digitalisasi Perkhidmatan Kerajaan NegeriQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Setakat manakah usaha digitalisasi perkhidmatan Kerajaan Negeri berdasarkan sasaran Rancangan Selangor 1 (RS-1)?

b) Nyatakan visi Kerajaan Negeri untuk aplikasi Selangkah dan Nine, dan sinergi antara 2 aplikasi jika ada.

c) Berapakah kos pembangunan dan pelarasan aplikasi Nine?

Baik, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku, saya menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Soalan mengenai digitalisasi perkhidmatan Kerajaan Negeri bahagian (a). Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan agenda pendigitalan sebagai salah satu teras penting dalam RS-1. Sejajar dengan hasrat membangunkan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, berdaya huni dan makmur. Dalam hal ini transformasi digital bukan sahaja tertumpu pada penggunaan teknologi semata-mata tetapi lebih penting lagi ialah memperkukuhkan sistem penyampaian Kerajaan agar menjadi lebih cekap, pantas, mudah dicapai dan mesra rakyat. Dengan itu usaha digitalisasi perkhidmatan negeri ini sudah berada pada tahap yang semakin matang kerana ia telah bergerak daripada peringkat perancangan kepada peringkat pelaksanaannya yang lebih menyeluruh.

Antara lain bukti jelas komitmen Kerajaan Negeri ialah penubuhan pelbagai platform digital dan portal perkhidmatan dalam talian termasuk portal e-perkhidmatan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif pendigitalan pentadbiran di bawah negeri. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sedang membina ekosistem digital yang menyeluruh bukan sekadar mendigitalkan proses tertentu secara berasingan. Pendekatan ini juga selaras dengan matlamat RS-1 untuk mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran dan memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Untuk bahagian (b), bagi aplikasi SELANGKAH, visi Kerajaan Negeri adalah jelas iaitu SELANGKAH akan terus diperluaskan melalui modul-modul baharu mengikut keperluan semasa. Ini termasuk integrasi perkhidmatan yang berkaitan dengan kebajikan, kesihatan awam dan pelbagai urusan berkepentingan rakyat. Maknanya, visi SELANGKAH adalah bersifat dinamik, berkembang dari semasa ke semasa dan berperanan sebagai wajah digital Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Bagi aplikasi NINE pula, ianya dibangunkan sebagai sebuah platform digital bersepadu atau single digital window, yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan Negeri dan rakan strategik dalam satu aplikasi bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan digital. Bagi memperkukuhkan ekosistem digital negeri, MBI Selangor dan Selgate Corporation telah mengadakan perbincangan bagi meneroka sinergi strategik antara aplikasi NINE dan SELANGKAH. Di antara skop yang telah dikenal pasti ialah integrasi perkhidmatan kesihatan digital Selangkah ke dalam ekosistem NINE melalui pendekatan microservices di samping manfaatkan keupayaan e-dompet dan teknologi kewangan bagi menambah nilai kepada pengalaman pengguna SELANGKAH. Pendekatan ini bertujuan melengkapkan fungsi kedua-dua aplikasi berdasarkan kekuatan masing-masing sekali gus meningkatkan kemudahan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan digital kepada rakyat Selangor.

Untuk bahagian (c), anggaran kos pembangunan penuh bagi aplikasi NINE adalah sebanyak RM1.03 juta yang dibangunkan pada tahun 2025 yang merangkumi pembangunan aplikasi reka bentuk antara muka pengguna, UI atau UX, pembangunan infrastruktur backend, integrasi sistem serta pelaksanaan teknikal. Untuk makluman kos ini ditanggung sepenuhnya oleh rakan strategik MBI Selangor dan tidak melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri.

Sebarang pelarasan atau penambahbaikan aplikasi selepas pelaksanaan akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keperluan operasi integrasi perkhidmatan dan keutamaan perniagaan. Kos berkaitan adalah tertakluk kepada skop kerja yang diluluskan dari semasa ke semasa.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan saya nombor 63.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Taman Awam Di Taman MedanQuestions

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah perancangan MBPJ untuk membangunkan taman awam-awam baru di Petaling Jaya?

b) Adakah perancangan MBPJ untuk menambah baik dan mengguna pakai tanah lapang di DUN Taman Medan untuk tujuan rekreasi dan ruang awam?

c) Adakah tebing Sungai Klang akan di bangun sebagai taman linear?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Taman Medan yang bertanyakan dengan isu yang berkaitan taman awam di Taman Medan. (a) apakah perancangan MBPJ untuk membangunkan taman awam baru di Petaling Jaya. MBPJ telah memperkukuhkan penyediaan kawasan rekreasi awam yang berkualiti, inklusif dan mampan melalui pelaksanaan pembangunan taman awam secara berfasa di seluruh Petaling Jaya selaras dengan apresiasi pelan strategik Petaling Jaya 2030 dan Majlis Bandar raya Petaling Jaya telah menyediakan pelan induk landskap Taman Rakyat Damansara Damai sebagai hala tuju pembangunan 5 taman bandar yang menekankan aspek rekreasi, pemuliharaan alam sekitar, biodiversiti, penglibatan komuniti dan pembangunan bandar rendah karbon.

Sehubungan dengan itu, perancangan pembangunan taman awam baharu adalah seperti berikut. Satu, Taman Damai Setia, Urban Park 1, telah mula diiktiraf dinaik taraf secara berfasa pada tahun 2026 dan akan diteruskan pada tahun 2027. Pembangunan taman ini memberi tumpuan kepada penyediaan ruang rekreasi keluarga, dewan serba guna, wakaf, saliran bioswale, pusat kompos, ruang CSR, kawasan gerai serta kemudahan yang mengamalkan konsep reka bentuk universal dan infrastruktur hijau. Dua, Taman Damai Belantara Urban Park 3 pula dirancang untuk dibangunkan secara berfasa, secara berfasa mulai tahun 2027, taman ini akan menjadi sebuah taman berkonsep pendidikan, alam semula jadi yang menampilkan elemen seperti sekolah belantara, pusat pertanian bandar, mini teater, ruang cabaran, galeri informasi dan kawasan gerai bagi menyokong aktiviti pembelajaran luar kelas, rekreasi, komuniti serta pemuliharaan alam sekitar.

Tuan Speaker, untuk (b), adalah MBPJ (Majlis Bandar raya Petaling Jaya) sentiasa komited untuk menambah baik serta mengoptimumkan penggunaan kawasan yang lapang di seluruh Petaling Jaya termasuk di kawasan DUN Taman Medan. Bagi menyediakan kemudahan rekreasi dan ruang awam yang berkualiti, selamat serta memberi manfaat kepada komuniti setempat. Bagi tujuan tersebut, Majlis telah merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan di kawasan lapang, tapak bekas air IWK PJS1/30 yang terletak di DUN Taman Medan pada tahun 2027 tertakluk kepada kelulusan peruntukan Majlis. Cadangan projek ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM400 ribu. Pelaksanaan projek ini bertujuan satu untuk menaik taraf kawasan lapang supaya lebih selamat, kondusif dan mesra pengguna. Dua, menyediakan ruang rekreasi dan aktiviti riadah yang dapat dimanfaatkan oleh semua seluruh lapisan masyarakat. Tiga, meningkatkan kualiti landskap serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau berdaya huni dan mampan. Dan yang keempat, mengoptimumkan penggunaan tanah lapang sebagai ruang awam yang menyokong kesejahteraan komuniti.

Untuk (c), berdasarkan pelan induk landskap Petaling Jaya, bagi blok perancangan landskap BPL 13 kawasan rizab Sungai Klang bersama Sungai Penchala telah dikenal pasti sebagai kawasan fokus pembangunan landskap yang dicadangkan untuk dinaik taraf sebagai koridor hijau green corridor dan kawasan rekreasi awam yang berkonsepkan people place dengan izin. Perancangan ini bertujuan mewujudkan ruang awam yang lebih berkualiti, selamat, berfungsi dan mudah diakses oleh penduduk setempat. Antara cadangan utama yang digariskan dalam pelan PiLAN PJ. Petaling Jaya ialah satu, membangunkan persisiran sungai sebagai riverfront atau pun taman linear yang diintegrasikan dengan kawasan yang rekreasi dan kawasan hijau sedia ada. Dua, menghubungkan kawasan persisiran sungai dengan pusat perniagaan, kawasan kediaman dan laluan penjalan kaki bagi meningkatkan kemudahan sampaian. Tiga, memulihara serta memelihara Sungai Klang sebagai sebahagian daripada rangkaian hijau bandar melalui pendekatan liveable riverfront. Penanaman riparian dan penggunaan kaedah phytoremediation bagi meningkatkan kualiti air dan landskap sungai. Yang keempat, melaksanakan usaha pemulihan dan menaiktarafkan rizab sungai melalui kerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Selangor Maritim Gate Way (SMG). Walau bagaimanapun, cadangan ini merupakan hala tuju pembangunan jangka panjang yang telah digariskan dalam FLAN PJ Pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada penyeliaan peruntukan, keutamaan pembangunan Majlis, kelulusan agensi berkaitan serta penyelarasan bersama pemilik rizab sungai dan pihak berkepentingan, sekian saja, terima kasih.

Speaker

Ya, Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan, saya mendengar dengan teliti apa Yang Berhormat Sekinchan sampaikan tadi, tapi dengar daripada awal sampai habis tak ada satu angka pun yang dipetik. Angka yang kita hendak dengar adalah berapa peruntukan yang disediakan, saya akui bahawa MBPJ telah menaiktarafkan beberapa fasiliti awam atau taman awam di Taman Medan. Dan saya juga mengalu-alukan pengumuman RM400 ribu untuk membangunkan tapak kosong bekas tapak IWK di Jalan PJS1/30. Tapi saya boleh beritahu dengan EXCO bahawa tak cukup peruntukan RM400 ribu itu sebab kawasannya luas dan saya merasakan perlu ada tambahan pertama. Keduanya untuk makluman Yang Berhormat EXCO, saya hendak ucapkan terima kasih penghargaan dan merakamkan dalam Dewan kepada pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor) kerana telah membantu orang Taman Medan dengan membawa peruntukan dan membina satu denai baru di sepanjang Sungai Klang, sepanjang 800 meter, denai ini dibuat dengan crushion dan juga konkrit, Insya-Allah akan siap bulan September ini. Tapi ini peruntukan daripada JPS Negeri, Yang Berhormat. Daripada tapak pembangunan sampah haram sekarang ini kita akan ada denai sepanjang Sungai Klang di Taman Medan, jadi saya hendak mengajaklah semua ADUN-ADUN yang ada dalam Dewan ini untuk datang bersama dengan saya melihat sendiri keindahan kawasan ini. Ketika lawatan itu saya di sungai itu, ada

memerang dekat situ. Maknanya ekosistemnya baik, cumanya ianya tidak bercantum Yang Berhormat, dia tidak sambung dengan Seri Setia, dia tak sambung dengan Bukit Gasing dia tak sambung, dengan Kuala Lumpur tak sambung. Jadi Yang Berhormat perancangan Yang Berhormat yang sebut itu cantik, tapi berapa duitnya yang ongkos nya berapa hendak diletakkan, fulusnya berapa, jadi mohon perhatian Yang Berhormat EXCO tentang perkara ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Taman Medan. Memang Kerajaan Negeri khususnya melalui PBT, Majlis Bandar raya Petaling Jaya amat prihatin dan kita akan fokus semua taman di kawasan bandar ini, kita hendak jadikan bandar itu indah, sejahtera dan ada rekreasi riadah oleh keluarga dan sebagainya termasuk di Taman Medan. Kita akan cuba bantu yang terbaik ya, sebab Taman Medan sekarang dia lain sikit, daripada dulu-dulu lain, sekarang Taman Medan dia lain sikit sebab apa, dia ada puji juga JPS bagi peruntukan 800 meter, ada memerang, ini petunjuk baik. Sebab dia ada kita tidak sangkallah, dalam Dewan kita tidak sangkallah, semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam ini semua saya yakinlah semua kerja kuat. Dia bukan sahaja ada memerang, saya dimaklumkan oleh EXCO Infra, buaya kadang-kadang pun ada di situ. Buaya, buaya pun ada, Tuan Speaker, memerang satu, buaya pun ada ini petunjuk apa, petunjuk ekosistemnya semakin kembali pulih dan sebagainya. Jadi ada datang semua ya, buaya darat itu lain ceritalah, dengan izin. Buaya darat lain cerita, tapi memerang, buaya ada. Jadi kita akan usahakan, pulihkan semua biodiversiti ini ekologinya lebih baik dan paling penting peruntukan, saya akan minta lagi, saya akan minta Datuk Bandar yang baharu, Datuk Bandar kita ucapkan tahniah kepada Datuk Bandar yang baharu, Dato’ Yazid bin Sairi yang datang untuk memegang jawatan beliau. Saya yakin melalui UPEN beliau yang sesungguhnya yang akan tahu bagaimana hendak membangunkan taman-taman ini dan menggunakan peruntukan yang ada boleh keluarkan peruntukan tambahan kepada Taman Medan, tak ada masalah, saya sokong, seluruhnya terima kasih.

Speaker

Sabak.

Tuan Speaker soalan saya nombor 64.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Program Iltizam Selangor SihatQuestions

64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Nyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan Program Iltizam Selangor Sihat sehingga Jun 2026.

b) Adakah pembayaran kepada klinik panel Program Iltizam Selangor Sihat dibuat mengikut jadual yang ditetapkan?

c) Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan pembayaran kepada klinik panel dibuat tepat pada masanya?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak dan Tuan Speaker. Soalan Sabak berkenaan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan Program Iltizam Selangor Sihat sehingga Jun 2026 dan adakah pembayaran kepada klinik panel Program Iltizam Selangor Sihat dibuat mengikut jadual dan juga tindakan kerajaan sekiranya pembayaran kepada klinik panel tersebut tidak menepati masa dan sebagainyalah. Jadi pertamanya, jumlah perbelanjaan keseluruhan perbelanjaan Program Iltizam Selangor Sihat bermula 1 Januari 2026 hingga 30 Jun 2026 adalah sebanyak RM17,148,959.00. Pembayaran kepada klinik panel Program Iltizam Selangor Sihat, dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan di dalam prosedur operasi standard ataupun SOP dan perjanjian sedia ada. Jadi tempoh ini memang dipersetujuilah oleh panel-panel klinik yang telah mempunyai perjanjian tersebut dan tempoh pembayaran mengikut SOP dan perjanjian adalah antara 60 sehingga 90 hari bekerja. Berikut adalah juga tindakan semasa Kerajaan Negeri bagi memastikan pembayaran kepada klinik panel dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Jadi, pertamanya adalah pemantauan berkala terhadap status tuntutan dan pembayaran bagi memastikan setiap tuntutan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan. Kedua, adalah memperkukuhkan penyelarasan antara Selcare Management, Pentadbir Tuntutan dan Jabatan Kewangan bagi mempercepatkan proses semakan, kelulusan dan pembayaran mengikut SOP dan perjanjian sedia ada. Yang seterusnya, adalah mengadakan platform komunikasi bagi tindakan susulan secara berterusan dengan agensi terlibat bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan tuntutan ataupun pembayaran dengan segera. Jadi, daripada masa ke semasa memang daripada pejabat kami pun ada memantau secara berkala dan sekiranya apa-apa aduan diterima kami akan melihat kepada kes-kes tersebut secara terperinci.

Speaker

Ya, Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat atas, EXCO atas jawapan. Untuk pengetahuan, pejabat saya masih lagi didatangi oleh beberapa klinik-klinik swasta ini yang mengadu pembayaran. Kadang dalam tempoh 6 bulan masih lagi belum selesai pembayaran dibuat. Jadi, adakah pemantauan tentang bayaran-bayaran berkala ini dibuat secara menyeluruh? Kemudian, saya nak bertanya juga kepada Yang Berhormat EXCO,

adakah telah dibuat satu kajian bebas terhadap impak dan keberkesanan ISP ini. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Berkaitan dengan 2 soalan tersebut. Yang pertamanya, seperti yang saya katakan, memang kami ada pantaulah daripada semasa ke semasa. Jadi, setiap kali pemantauan akan dijalankan dalam tempoh beberapa bulan dan ada di antaranya juga kami mendapat maklum balas daripada Ahli Dewan Negeri yang ada. Jadi sekiranya Yang Berhormat mempunyai kes-kes yang terperinci boleh maklumkan kepada pejabat kami, kerana ada juga kadangkala ada isu di antara persetujuan dan juga percanggahan komunikasi dan sebagainya yang kami boleh selaraskan sekiranya mempunyai isu-isu sebegitu. Cuma perlu maklumkan, sebab kita mempunyai banyak klinik-klinik panel. Jadi sekiranya perlu fokus kepada sesuatu kes, kami perlu tahu kes yang manalah yang mempunyai isu dan setakat ini semua kes yang telah kami terima telah pun diadakan penyelesaiannya dan yang kedua berkaitan dengan kajian, memang kita ada bertanyakan tentang maklum balas daripada pengguna ataupun orang kata, pendaftar kepada kad ISS secara berkala. Tetapi sekiranya di jalan oleh third party mungkin kita akan pertimbangkan selepas inilah. Tetapi memang kita ada tanyakan sama ada perkhidmatan itu memuaskan ataupun tidak dan sebagainya.

Soalan tambahan Speaker.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat EXCO bila bercakap tentang ISS saya ingat ada satu perkara yang mungkin kita boleh sama-sama perhatikan. Kebanyakan mereka, pengguna-pengguna ISS ini dia akan datang ke klinik apabila sakit. Adakah kita boleh juga kembangkan program ISS itu kepada program saringan. Sebab saya percaya di bawah Yang Berhormat kita ada Saring Selangor dan itu dibuat secara berkala tetapi nak tunggu giliran DUN Batu Tiga ini pun tak tahu bila datang. Kita pernah buatlah tahun lepas, tetapi tahun ini belum ada lagi. Saya percaya itu rotation nya akan jadi lebih jauh. Adakah kita boleh kembangkan ISS itu kepada satu program saringan dan mereka ini mungkin boleh gunakan peruntukan yang kita berikan itu untuk kita buatkan saringan di klinik-klinik panel yang kita tetapkan. Itu yang pertama. Yang kedua, adakah juga kita boleh pertimbangkan penambahan. Saya setakat ini kadar yang kita tetapkan ialah RM300.00 dan RM500.00. Betul ya Yang Berhormat? RM300.00 dan RM500.00, mungkin kita boleh pertimbangkan bagi mereka yang mempunyai bilangan tanggungan keluarga yang lebih ramai. Kita naikkan sedikit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebahagiannya mungkin telah ada anak dua orang, praktikal dengan kadar RM500.00 setahun. Adakah kita boleh pertimbangkan kalau mereka ada anak 5 ataupun 6 yang mungkin kita boleh naikkan kepada kadar yang lebih reasonable. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertamanya adalah berkenaan dengan saringan. Jadi memang ada sebab-sebab tertentu mengapa kita juga di bawah Kerajaan Negeri Selangor kita mempunyai program yang khusus untuk Saringan Kesihatan Selangor. Sebenarnya bagi menggunakan kad klinik ISS ada juga orang kata saringan asaslah ataupun basic seperti saringan urine dan darah dibenarkan untuk dijalankan di klinik. Cuma mengapa kita jalankan Saringan Selangor di setiap DUN kerana saringan yang kita jalankan itu adalah saringan yang lebih terperinci daripada saringan asas. So, termasuk contohnya, saringan mammogram dan sebagainya. Saringan mata yang memerlukan machine-machine tertentu mungkin dia tidak ada access pada klinik-klinik berkenaan. Jadi untuk saringan asas, memang dibenarkan melalui kad ISS lah. Oleh kerana itu saya ingin juga ingin mengambil ruang untuk menggalakkan Pusat Khidmat ataupun Ahli Dewan Negeri serta penyelaras yang belum menetapkan waktu untuk jalankan program Saringan Selangor itu supaya hantar masa yang sesuai kepada pihak SELCARE ataupun SELGATE supaya mereka dapat merancang bagi menjalankan program Saringan Selangor ini, kerana mereka perlu menyusun jadual untuk memastikan setiap DUN boleh mendapat manfaat tersebut dan juga warga penduduk di setiap DUN boleh mendapatkan saringan secara percuma, kerana sekiranya kita jalankan saringan seperti di hospital ataupun di klinik swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM1,000.00 untuk setiap individu yang menjalankan saringan. Jadi saya pun gembira Yang Berhormat tanyakan perkara ini supaya kita dapat memperingatkan Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menjalankan program ini secepat mungkin. Yang keduanya, tentang syaratlah, terma dan syarat untuk setiap mereka yang memohon, pemohon dan juga sekiranya kita boleh meluaskan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan Negeri, sebenarnya kita benarkan sehingga 100,000 pemohon dan di dalam permohonan ini bukan sahaja untuk kad klinik kesihatan malah juga ia nya melibatkan inhospitaliasi ataupun sekiranya orang kata pesakit dalam yang perlu ke hospital up to dengan izin, RM10,000.00 setiap tahun dan juga ada coverage dengan izin daripada segi dialisis dan sebagainya. Jadi kita boleh memantau, oh bukan, kita boleh meneliti semula namun saya cuma ingin ingatkan kos untuk program ini ataupun bajet yang di bajet kan untuk program ini adalah dalam anggaran RM20 juta. Ini merupakan satu bajet yang sangat besar. Jadi sekiranya kita mahu memperluaskan lagi skop dia akan ada kesan-kesan tertentu. Antaranya mungkin kita perlu mengurangkan jumlah penerima. Jadi itu juga perlu dimasukkan dalam apa itu pertimbangan aspek-aspek yang akan terkesan, sekiranya kita mengubah terma dan syarat. Jadi kita akan teliti semula, terima kasih.

Speaker

Soalan ke 65 telah pun dijawab bersekali dengan soalan yang ke 13 sebelum ini. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 66.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC)Questions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah peranan yang telah dimainkan oleh Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) sejak penubuhannya pada tahun 2025, serta apakah pencapaian utama yang telah direkodkan setakat ini terutamanya dalam memperkukuh ketersediaan Negeri Selangor menghadapi ancaman perubahan iklim?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan dan Tuan Speaker, soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan adalah tentang peranan yang telah dimainkan oleh Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) sejak penubuhannya pada tahun lepas, iaitu tahun 2025 serta apakah pencapaian utama yang telah direkodkan setakat ini terutamanya dalam memperkukuh ketersediaan Negeri Selangor bagi menghadapi ancaman perubahan iklim. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor ataupun (SCAC) yang telah dilancarkan pada 19 Mei tahun lepas berperanan sebagai pusat rujukan, penyelarasan dasar serta pelaksanaan tindakan adaptasi perubahan iklim di negeri Selangor. Jadi terdapat beberapa peranan utama pusat ini dan ia nya merangkumi 3 perkara. Iaitu berkaitan dengan polisi, pembangunan kapasiti dan perkongsian strategik. Bila kita sentuh tentang polisi, ia ini adalah tanggungjawab utama bagi menjalankan kajian dan penyelidikan bagi menyokong pembangunan dasar, garis panduan dan instrumen pelaksanaan perubahan iklim negeri Selangor. Pembangunan kapasiti pula dijalankan dengan melaksanakan bengkel dan program pembangunan kapasiti untuk sektor awam termasuk pegawai dari Jabatan, Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan. Sektor swasta dan industri serta masyarakat seperti golongan belia dan pelajar sekolah dan perkongsian strategik adalah bagaimana kita menjalinkan kerjasama strategik di peringkat domestik dan antarabangsa bagi mendapatkan pembiayaan, kepakaran teknikal dan sokongan pelaksanaan projek tindakan iklim. Jadi, antara pencapaian SCAC sejak ditubuhkan, sebenarnya ada beberapa perkara utamalah, termasuk lah penterjemahan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor dan juga agenda Sustainable Development Goals kepada agensi dan PBT. Jadi kita bukan

sahaja telah mempunyai dasar seperti itu malah SCAC telah mengadakan 4 siri bengkel bersama dengan PBT dan Agensi termasuk pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor serta Konsep Sustainable Development Goals ataupun SDG kepada para pegawai di pelbagai agensi dan jabatan. Supaya kita dapat pastikan para pegawai dan pihak Kerajaan memang faham tentang erti dan mempunyai kesedaran terhadap dasar Kerajaan Negeri dan juga Konsep Sustainable Development Goals. Pada masa ini SCAC sedang menyokong PBT dan membangunkan juga Pelan Tindakan Iklim PBT bagi mengenal pasti profile risiko, kawasan berisiko serta tindakan mitigasi dan adaptasi di peringkat tempatan. Jadi ia ini adalah berpandukan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor yang telah kita wujudkan pada penggal ini dan penyelarasan projek yang dibiayai dana antarabangsa juga mempunyai salah satu peranan utama, merupakan salah satu peranan utama Pusat Adaptasi Perubahan Iklim ataupun SCAC dan SCAC kini sedang menyelaras 3 projek antarabangsa bernilai hampir RM20 juta. Iaitu yang pertamanya, projek di Decarbonization and Sustainable Cities For Net-Zero Future In Malaysia yang dibiayai oleh Global Environment Facility Kitaran 8 di bawah program Sustainable Cities Integrated Programme yang bernilai USD4.3 juta iaitu kira-kira RM17.6 juta. Jadi pelaksana utama projek ini adalah Malaysia Industry Government Group for High Technology dan United Nations Industry Development Organisation dan SCAC sebagai fokal point bagi pelan pelaksanaan projek di Selangor. Keduanya, adalah projek Building Climates-Resilient Communities Through Integrated Water Energy, Food Environment, Nexus Model dan projek ini dilaksanakan di bawah Geran Antarabangsa Climates Actions for Resilient Asia yang dibiayai oleh Kerajaan United Kingdom dengan nilai geran bernilai berjumlah lebih daripada RM1 juta melalui kerjasama antara Monash University Malaysia dan SCAC yang bakal dilaksanakan pada tahun 2027 dan projek ini merangkumi pelaksanaan fasa 2 di lembangan Sungai Selangor bagi mengenal pasti projek-projek penyelesaian berasaskan alam ataupun Nature-based Solutions untuk menyokong tindakan adaptasi dalam sektor tenaga, air dan makanan dan seterusnya adalah projek Selangor Rever Basin As Nature-based Solutions Agriculture Climate Nexus yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah melalui program Technical Assistance Facility Green Team European Initiative bernilai RM1 juta dalam bentuk bantuan teknikal. Jadi projek ini kini berada di peringkat awal pelaksanaan melalui penyelarasan bersama agensi berkaitan bagi pembangunan penyelesaian berasaskan alam dalam sektor perhutanan dan pertanian. Dan penyelarasan sokongan Antarabangsa juga suatu yang penting ini telah dilaksanakan oleh SCAC dan turut dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Selangor dan kedutaan Belanda di Malaysia ke arah pemeteraian memorandum kerjasama bagi memperkukuhkan pertukaran kepakaran dalam bidang pengurusan air dan perubahan iklim. Dan seterusnya adalah pelaksanaan inisiatif Kerajaan Negeri di mana SCAC turut menyelaras pelaksanaan dan pemantauan beberapa kajian serta program Kerajaan Negeri dan di antaranya adalah kajian Inventori Gas Rumah Kaca Negeri Selangor yang dijangka siap sebelum penghujung tahun 2026 iaitu tahun

inilah. Dan kajian Kerentanan Risiko dan Adaptasi Iklim, what we known as climax Climate Vulnerability, Risk and Adaptation Assessment yang dijangka bermula sebelum Oktober 2026 bagi menilai tahap kerentanan dan profil risiko di setiap PBT.

Dan selain daripada itu juga salah satu program yang popular iaitu program SELKitar dengan KDEB Waste Management sebagi agensi pelaksana utama bagi kutipan bahan kitar semula dari rumah ke rumah di kawasan perumahan terpilih di negeri Selangor. Dan akhirnya adalah berkaitan dengan Program Sekolah Rakan Bumi, untuk sekolah menengah Kerajaan di Selangor yang merangkumi Pertandingan Penceritaan Iklim Suara BUMI dan Cabaran Tindakan Iklim Rakan BUMI yang selesai dilaksanakan pada 4 Ogos yang lepas dan penyertaannya juga cukup memberangsangkan di mana kita ada lebih daripada 120 buah sekolah yang menyertai dan lebih daripada 700 penyertaan oleh para sekolah, para pelajar.

Speaker

Kuang.

Soalan saya nombor 67.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Isu Bekalan Air Di Dun KuangQuestions

67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Merujuk jawapan soalan dewan 2024/Sesi3/#372, Air Selangor telah merancang pelan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi isu bekalan air di DUN Kuang. Apakah status terkini pelan-pelan tersebut?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya Yang Berhormat Kuang, Tuan Speaker. Kuang bertanyakan soalan berhubung dengan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani isu bekalan air di DUN Kuang. Untuk makluman Yang Berhormat Kuang, bekalan air daripada untuk Kuang ini sebenarnya diperoleh daripada kolam yang berada di Batu Arang. Dengan jarak melebihi 15 kilometer daripada loji yang berhampiran iaitu loji Rawatan Air Sungai Rasa. Jajaran paip di kawasan Kuang ini yang menghubungkan daripada loji dan juga daripada Batu Arang ini adalah daripada jenis asbestos cement dengan izin, yang telah pun berusia lebih 30 tahun, 30 tahun ini kalau korek saya ingat setengah bahagian itu tidak ada paip dah, tinggal lubang saja. Jadi merupakan satu usia yang agak panjang bagi sebuah paip yang jenis AC ini ya.

Bagi pelan jangka pendek, Air Selangor telah menyiapkan penyambungan paip agihan 300 bilion meter ke paip pam utama 1,400 bilion milimeter pada tahun 2024. Terdapat agihan telah pun disambung yang telah meningkatkan tekanan air di kawasan tinggi sekitar lorong Orkid Kuang. Injap pengurangan tekanan atau pun pressure redusing vault (PRV) dipasang bagi mengurang risiko untuk isi paip ini terpaksa kita letak PRV ini atau pun pressure redusing vault ini untuk mengawal tekanan supaya tidak meningkat, dia kalau tinggi saja, dia akan menyebabkan kebocoran.

Bagi pelan jangka panjang Air Selangor sedang melaksanakan kerja-kerja awal Program Menaiktaraf Sistem Retikulasi (Reticulation Upgrading Works Programme) dalam peningkatan kapasiti takungan air dan kapasiti takungan air. Kerja pemasangan paip baru di kawasan-kawasan lorong terus sehingga Lorong Orkid dijangka akan bermula pada tahun 2027 dan dijangka siap pada Jun 2028. Memang tahun ini kita masa kita one year, satu tahun lebih awal, kita gunakan untuk mendapatkan kelulusan dan permit semua. Jadi sedang diusahakan pada tahun ini dan dilaksanakan pada tahun hadapan. Yang tahun ini kerja-kerja penggantian paip ini yang tahun lepas, yang kita luluskan tahun ini kita laksanakan.

Selain itu Air Selangor turut merancang pembinaan tangki sedutan rumah pam dan tangki air menara di Lorong Orkid bagi meningkatkan tekanan bekalan air. Projek ini masih di peringkat awalan kerana melibatkan proses pengambilan balik tanah persendirian. Sekiranya semua proses berjalan dengan lancar, kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan. Air Selangor juga sedang melaksanakan projek pengaktifan semula kolam air imbangan Batu Arang berkapasiti 54 juta liter secara berperingkat di mana keseluruhan projek dijangka akan disiapkan pada tahun 2028. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan kebocoran kolam, pemasangan pengagihan paip baru, penggantian injap-injap kawalan dan kerja-kerja lain yang berkaitan bagi membolehkan pam tersebut beroperasi semula, terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 68.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Sumber Manusia/ PengangguranQuestions

68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan graduan universiti yang diserap kerja dalam sektor pekerjaan mendapat gaji permulaan

antara RM2,500 dan sejauh mana polisi ini diguna pakai dalam anak syarikat kerajaan?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Sungai Burong. Bertanyakan tentang mohon Kerajaan menyatakan program khusus bagi menyokong majikan yang dikenal pasti berhadap dengan masalah ketidaktentuan ekonomi bagi mengurangkan bilangan individu hilang kerja di Selangor. Tuan Speaker, Yang Berhormat, Ahli-ahli Mesyuarat, Ahli-ahli Dewan ini berdasarkan statistik PERKESO bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Julai 2026, sebanyak 212,124 kekosongan jawatan direkodkan di negeri Selangor. Dalam tempoh yang sama, seramai 14,768 orang di rekodkan berada dalam transisi kerjaya dan daripada jumlah tersebut seramai 4,263 orang telah berjaya memperoleh pekerjaan semula melalui pelbagai inisiatif padanan pekerjaan dan intervensi pasaran buruh yang telah dilaksanakan. Dalam program dan langkah yang khusus yang dilaksanakan bagi menyokong majikan serta mengurangkan bilangan individu yang kehilangan pekerjaan adalah seperti berikut. Pertama, mengukuhkan intervensi pasaran buruh melalui PERKESO termasuk pelaksanaan sesi profiling dan padanan pekerjaan melalui portal Myfuture Jobs bagi memastikan pengisian jawatan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, berkesan dan mengikut keperluan majikan serta kemahiran pencari pekerja.

Kedua, melaksanakan program peningkatan kemahiran upskilling dan latihan di sekeliling bagi membantu pekerja, memperoleh kemahiran baharu yang selaras dengan kehendak industri semasa. Sekali gus, membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang kompeten dan bersedia menemui keperluan pasaran.

Ketiga, menyediakan pelindungan sosial melalui Skim Perlindungan Akta Kerjaya Akta 800 yang menawarkan faedah elaun mencari pekerjaan, elaun pendapatan berkurangan, pembiayaan elaun latihan kepada individu yang layak bagi mengurangkan impak kewangan akibat kehilangan pekerjaan yang membantu mereka kembali memasuki pasaran buruh.

Keempat, meluaskan pelaksanaan program Jobs Care Selangor termasuk Jelajah Jobs Care Daerah, Jobs Care Istimewa dan Program Kerjaya Selangor sebagai platform padanan pekerjaan secara terus antara majikan dan pekerja. Program ini turut menyediakan perkhidmatan semakan resume, bimbingan kerjaya, khidmat nasihat, kebolehan pasaran dan peluang peningkatan kemahiran bagi mempercepatkan proses pendapatan pekerjaan.

Kelima, melaksanakan langkah-langkah pengukuhan ekonomi negeri melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 Fasa 1 dan Fasa 2 berjumlah RM355 juta yang merangkumi pelbagai inisiatif untuk menyokong kesejahteraan rakyat, memperkukuh Pusat Mikro Kecil dan Sederhana, merangsang aktiviti ekonomi serta mengekalkan keyakinan pelabur. Langkah ini secara tidak langsung membantu

mengekalkan perniagaan dan peluang pekerjaan di negeri Selangor. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan PERKESO, pihak industri, majikan dan agensi yang berkaitan bagi memastikan setiap individu yang terkesan dapat dibantu melalui peluang pekerjaan, latihan dan intervensi yang bersesuaian.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif bagi memastikan perniagaan terus berkembang, pelaburan terus meningkat dan peluang pekerjaan berkualiti dapat diwujudkan di negeri Selangor kepada rakyat negeri Selangor. Saya juga ada maklumat tambahan, Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan Negeri Selangor memang mempunyai beberapa inisiatif untuk membantu syarikat khususnya usahawan mikro dan perusahaan kecil sederhana. Berdasarkan jawapan rasmi daripada Dewan Negeri bagi tahun 2026, pendekatan bukan sekadar bantuan tunai tetapi meliputi modal dan peralatan digitalisasi pasaran dan peningkatan produktiviti. Antara isu utama ialah pertama Dana Usahawan Madani Selangor iaitu DUMS peruntukan sebanyak RM2 juta pada tahun 2026, bantuan sehingga RM30 ribu setiap usahawan, bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Ini di bawah saya pun ada satu program Bantuan Blue Print di mana kita akan juga bantu kepada peniaga atau pun usahawan dengan membekalkan peralatan untuk memajukan perniagaan mereka.

Kedua U-PLATS, program pembangunan usahawan U-PLATS membantu peniaga kecil dan mikro melakukan digital dan latihan pemasaran digital, kandungan media sosial serta strategi jualan. Membantu mendapatkan persijilan halal serta mengembangkan pasaran sehingga ke peringkat eksport. Ini adalah penting sebab saya percaya setiap business memerlukan pasaran atau pun business model di mana mereka memerlukan satu unit di mana marketing itu sangat penting untuk memajukan perniagaan dan sebagainya.

Ketiga, SAYLID dan SAYFIRE melalui Selangor Community SAYS, peruntukan sekitar RM200 ribu untuk program SAYS, expired dan SAYLID, SAYS program mengembangkan business untuk syarikat yang telah bersedia untuk menembusi pasaran global dan strategi eksport, manakala SAYLID meningkatkan penyertaan orang OKU dan bilangan keusahawanan. Keempat, Skim Perniagaan Darul Ehsan (NADI) pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,00.00 untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun. Dan seterusnya kelima, Skim I-Business modal tambahan sehingga RM50,00.00 kepada mereka yang sudah menjalankan perniagaan bertujuan membantu syarikat dan mengembangkan operasi mereka. Keenam, ekspo dan pameran keusahawanan. Kerajaan Negeri membantu usahawan mendapatkan akses kepada pasaran baru termasuk ekspo tempatan dan antarabangsa. Ini penting apabila permintaan domestik lemah kerana syarikat boleh mencari pelanggan baru dan peluang untuk eksport di luar negara. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekiranya fokus diberikan kepada syarikat yang

sedang berdepan dengan cabaran ekonomi semasa, saya berpandangan bahawa sokongan Kerajaan Negeri perlu terus dilihat melalui 5 aspek utama iaitu modal, kos operasi produk dan pasaran serta pekerjaan. Pendekatan satu menyelesaikan untuk semua tidak lagi sesuai kerana keperluan setiap syarikat adalah berbeza.

Ada syarikat yang memerlukan akses kepada pembiayaan yang mudah dan fleksibel, ada yang memerlukan bantuan mengurangkan kos operasi manakala sebahagian yang lain memerlukan sokongan pendigitalan, peningkatan produktiviti, akses pasaran dan peluang eksport. Pada masa yang sama, usaha memperkasakan syarikat dan PKNS perlu dilihat seiring dengan agenda pembangunan modal insan. Kelangsungan sebuah syarikat atau pun perniagaan bukan saja penting kepada pemilik syarikat tetapi turut membantu mengekalkan pekerjaan yang sedia ada, mengekalkan peluang mengelakkan pengurangan tenaga kerja dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negeri Selangor.

Dalam menghadapi ketidakketentuan global, Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu syarikat dan PKNS berjuang sendiri. Kita akan terus memperkukuhkan ekosistem sokongan yang merangkumi akses kepada pembiayaan, bantuan peralatan pendigitalan, meningkatkan produktiviti, membuka pasaran baru serta peluang eksport. Akhirnya kekuatan ekonomi Selangor bukan hanya diukur melalui jumlah pelaburan atau pun penumbuhan ekonomi tetapi juga melalui kemampuan kita memastikan syarikat terus berdaya tahan, bekerja terus mempunyai pekerjaan dan rakyat terus menikmati peluang ekonomi yang saksama, sekian terima kasih.

Speaker

Ya Sungai Burong.

Ya, terima kasih Tuan Speaker dan EXCO yang telah menjawab soalan tadi. Sungai Burong melihat satu kajian yang pernah di respons oleh Tuan EXCO sebelum ini mengenai keperluan negeri atau pun keperluan-keperluan negara dan majikan yang perlu di dapati data dan maklumat, barulah kita tahu apakah keperluan itu boleh disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri atau pun inisiatif-inisiatif yang boleh ditimbulkan. Tetapi sekadar respons yang lalu tidak lagi mempunyai data yang suit keperluan negeri dengan izin, keperluan negara atau pun majikan ini dengan permasalahan yang ada. Jadi saya masih menekankan bahawa bukan kita bertindak berdasarkan masalah baru bertindak tetapi kita mengambil data daripada awal, apakah keperluan negari atau majikan ini dengan permasalahan yang ada. Jadi saya masih menekankan bahawa bukan kita bertindak berdasarkan masalah baru bertindak tetapi kita mengambil data daripada awal apakah keperluan negeri, keperluan majikan untuk disediakan lebih awal. Itu yang pertama. Minta komen.

Yang kedua adalah tentang keusahawanan yang kita nampak kebanyakannya pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan ini dia boleh tukar kerja bila-bila masa pada

agensi-agensi ataupun badan-badan, company-company yang lain kerana apa? Sebab itu adalah bernilai rendah tetapi apabila mereka nak pergi kepada kepakaran menilai tinggi, untuk gaji yang lebih bermaruah, kita tidak dapat lihat itu berlaku. Jadi oleh sebab itu keperluan bernilai tinggi ini perlu diwujudkan dengan lebih lagi lah supaya peluang-peluang atau kelompongan pekerjaan itu dapat wujud. Jadi saya nak bertanya tentang kepakaran bernilai tinggi itu bagaimana data dia untuk suit kepada permasalahan yang sedia ada. Yang ketiga mungkin jalan yang terbaik adalah keusahawanan lah. Dan awareness tentang keusahawanan ini adalah satu yang dipandang masih rendah. Mereka masih sanggup beratur 2 kilometer berbanding mandiri. Jadi keusahawanan ini yang dilihat lebih kepada menyediakan tetapi tidak kepada persiapan awal daripada peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk mencipta kerja sendiri dalam konteks keusahawanan. Jadi apa komen Tuan EXCO? Terima kasih.

Terima kasih Sungai Burong atas soalan tambahan itu. Pertama saya ingin respons bahawa kajian di peringkat baik Kerajaan Negeri atau Persekutuan, kita telah menyerahkan kepada PERKESO untuk membuat sebarang kajian tentang kehilangan pekerjaan ataupun pemadaman dan sebagainya. Memang saya bersetuju dengan kita tidak dapat satu data yang tepat tetapi kajian itu memang dijalankan oleh mereka. Saya rasa setiap kali saya merujuk kepada mereka angka-angka ataupun data yang dibagi kepada saya sangat memuaskan. Jadi mungkin kita boleh katakan bahawa PERKESO telah menjalankan tugas dengan baik cuma predicament dengan izin Yang Berhomat Tuan Speaker ataupun kebarangkalian ke hadapan tu memang sukar untuk kita meramalkan perkara itu. Yang kedua tentang changing jobs ataupun profesion tu. Saya tidak nafikan memang ramai pemuda kali ini mereka telah menjejak kaki kepada bidang keusahawanan tetapi kita melihat apabila mereka menjalankan perniagaan itu komitmen itu ada atau pun tidak. Kadang-kadang mereka ni remaja ni mereka suka memilih pelbagai jenis perniagaan. Kadang-kadang mereka jual burger, kadang-kadang mereka nak jual apa, menjadi petani, apa tu agro culture dan sebagainya tetapi konsisten itu sangat penting kepada seseorang usahawan itu meningkatkan taraf beliau dalam setiap industri itu. Jadi saya juga tidak nafikan pemuda di masa ini mereka sangat memilih dan mereka kadang-kadang mereka tu baik, mereka memilih berfikir out of box, dengan izin Tuan Speaker, jadi mereka juga berjaya, saya tidak nafikan tapi konsisten tu penting. Bagi saya seorang EXCO yang membawa Portfolio Sumber Manusia saya menasihatkan kepada semua pengusaha tu commit yourself dan memang ada kemajuan di sana. Dan kepada usahawan, kita actually, soalan ni bukan boleh dicipta atau diradiantkan. Kadang-kadang mereka itu mengikut apa tu arah tunjuk daripada keluarga dan sebagainya. Kadangkala mereka minat dan sebahagian mereka itu tidak minat. Mereka lebih suka seperti mana yang Yang Berhormat minta high profile job dan sebagainya. Sekiranya mereka ada pendidikan yang setaraf dengan apa keperluan pekerjaan itu saya tidak nafikan sebab saya boleh janji di mana baru-baru ini kita adakan Mega Job Fair pada 8 dan 9 hari bulan yang lalu di SACC Mall di mana kita

telah mempelawa dan kehadiran lebih daripada 20 ribu orang. Itu ialah satu Job Fair yang paling berjaya dalam karier saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahi Dewan, agensi pelaksana, MBI dan juga PERKESO yang telah memainkan peranan penting dalam untuk mendapatkan jumlah yang begitu besar dalam sejarah dan maklumat terperinci ialah sebanyak 4,400 calon telah mendapat kerja. Antaranya 1,621 telah berjaya mendapat kerja on the spot, interview dan dapat kerja. Satu angka yang sangat besar dalam usaha ini di mana 1,641 orang dan kemudian 2,774 calon telah pergi ke second layer interview di mana mereka perlu di interview ke jawatan-jawatan yang memerlukan interview yang lebih mendalam dan sebagainya. Cuma apa yang saya ingin menekankan ini usaha murni Kerajaan Negeri di mana kita sentiasa membantu rakyat kita, rakyat negeri Selangor supaya mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan dan pekerjaan sebab saya percaya selain kita membekalkan bantuan baik daripada BINGKAS dan sebagainya tetapi mendapatkan memberi peluang pekerjaan semula kepada mereka ini dapat menjamin kesejahteraan keluarga dan sisi ekonomi setempat mereka. Dan saya rasa usaha ini akan diteruskan oleh pejabat dan juga team saya bagi daripada IPPS dan juga PERKESO akan memainkan peranan yang dalam pada masa yang akan datang supaya kita kekal sebagai negeri yang termaju dalam negara kita. Sekian terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Kota Damansara, soalan nombor 69.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Pertanian BandarQuestions

69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Bagaimanakah Kerajaan menggalakkan untuk masyarakat bandar untuk bertani?

b) Apakah perkembangan terkini berkenaan projek IPR pertanian dan berapa ramai peserta telah berjaya dilahirkan?

c) Adakah Kerajaan akan meneruskan projek IPR pertanian untuk kelangsungan keterjaminan makanan?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Tuan Speaker, Kota Damansara bertanya soalan berhubung dengan pertanian bandar dan kaitan dengan projek IPR. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan masyarakat bandar untuk menceburi aktiviti

pertanian melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan di bawah Jawatankuasa Tetap Pertanian termasuklah Program Pertanian Bandar, Kebun Komuniti serta bantuan khusus yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Melalui program Pertanian Bandar, bantuan daripada Kerajaan Persekutuan disalurkan kepada komuniti dan individu bagi menggalakkan pengeluaran makanan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Bantuan yang disediakan boleh mencapai sehingga RM20 ribu bagi setiap komuniti di bawah Jabatan Pertanian, di bawah Kerajaan Persekutuan dan RM500.00 bagi setiap individu untuk program bandar, pertanian bandar. Program ini membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran makanan sendiri di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan. Di peringkat negeri juga ada juga disediakan peruntukan melalui UPEN dan juga melalui Jabatan Pertanian sehingga bantuan sendiri RM5,000.00 bagi setiap kebun komuniti bagi pembelian input pertanian seperti baja benih, tanaman benih ikan serta peralatan pertanian bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pertanian secara berkelompok. Bantuan ini bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat memperkukuh pengeluaran makanan di peringkat komuniti serta menggalakkan bandar yang mampan. Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga kita dari masa ke semasa melaksanakan program-program khusus bagi membantu pertanian bandar ini terutamanya melibatkan kebun komuniti dan juga individu yang berminat di dalam pertanian antaranya kita telah laksanakan untuk dua tahun berturut-turut iaitu tanaman melon bernilai tinggi di 11 lokasi dengan kerjasama Kebun Komuniti yang menerima bantuan RM35 ribu hingga RM50 ribu bagi setiap lokasi bagi pembinaan Sistem Perlindungan Hujan (SPH) serta penyediaan kemudahan Sokongan Sistem IOT untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tanaman produktiviti dan pengeluaran tanaman bernilai tinggi. Kerajaan Negeri juga kita sedang meneliti dan telah dilaksanakan beberapa projek rintis untuk pelaksanaan projek tanaman sayur daun secara fertigasi major bagi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran tempatan menggunakan teknologi moden di kawasan yang agak kecil terutamanya di kawasan bandar dan juga di peringkat Persekutuan juga kita mempunyai beberapa lagi ruang dan juga inisiatif bagi menangani ataupun membantu melaksanakan program pertanian bandar dan antaranya ialah Sejati Madani itu sendiri iaitu Sejahtera Komuniti Madani yang mana Persatuan Penduduk dan juga persatuan-persatuan lain masyarakat boleh memohon sehingga RM100 ribu dan ramai di Selangor ni setakat Oktober 2025 daripada 300 lebih permohonan, 112 adalah melibatkan pertanian dan sebahagian besar adalah pertanian bandar yang melibatkan perbelanjaan RM9.9 juta telah diluluskan dan kalau kita ambil secara purata makna hampir RM88 ribu setiap projek telah dilaksanakan berkaitan dengan pertanian bandar. Untuk makluman juga Yang Berhormat, sambutan yang memberangsangkan ini kita dapat lihat dalam pelaksanaan ataupun pengurusan Kebun Komuniti yang telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Jabatan Pertanian

Kerajaan Negeri bagi kita membantu. Kalau kita lihat pada tahun 2024, 270 Kebun Komuniti yang telah berdaftar sehingga kini telah mencapai hampir 400 iaitu 391 Kebun Komuniti menunjukkan peningkatan yang ketara dalam usaha atau minat daripada penduduk kawasan warga bandar untuk terlibat langsung dalam pertanian terutama pertanian moden di dalam Kebun Komuniti. Sebab tu hasil pun meningkat daripada 33,640 kilogram hasil pengeluaran mereka sebelum ini tahun 2024 telah meningkat telah meningkat hampir 50,000 kilogram pengeluaran sayur-sayuran dan juga buah-buahan di kawasan Kebun Komuniti. Jadi kita akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memperkasakan lagi penyertaan masyarakat melalui Kebun Komuniti bagi pertanian-pertanian bernilai tinggi. Untuk bahagian (b), pelaksanaan projek IPR atau inisiatif pendapatan rakyat ini yang berkerjasama Kementerian Ekonomi setakat ini masih 1 lokasi sahaja di Pelangi Damansara. Sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini melibatkan penanaman timun dan juga cili dengan 16 peserta untuk yang terlibat di dalam program ini dan mempunyai masih berjalan iaitu dengan jumlah keseluruhan hasil yang dikeluarkan ialah 80 metrik tan. Kerajaan tidak bercadang untuk menambah atau meneruskan projek ni lagi, kita masih dalam memastikan di Pelangi ini berjaya dengan baik sebab ada kekangan-kekangan tertentu melalui projek IPR ini dan kita akan lihat kalau kita berjaya, kita selesaikan isu-isu berkaitan ini mungkin kita akan diperluaskan lagi di tempat-tempat lain di bawah program IPR. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan. Kota Damansara

Terima kasih atas maklum balas atau jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Cuma Kota Damansara ingin bertanyakan berkenaan soalan tambahan. Kalau kita lihat di kawasan-kawasan bandar ini khususnya kawasan izin lalu, atau kawasan-kawasan rintis kebanyakannya ialah diterokai oleh mereka warga-warga asing. Ini yang menjadi masalah utama bilamana pertanian bandar bila kita lihat penduduk buat secara kecil-kecilan mengikut kawasan yang begitu kecil tetapi kawasan-kawasan yang rintis ini kebanyakannya dia dikuasai oleh warga-warga asing sebab itu saya bertanya kepada Yang Berhormat EXCO bahawa adakah Yang Berhormat EXCO atau Kerajaan Negeri mencadangkan untuk kawasan-kawasan rintis ini diberikan kepada PKPS untuk mereka membuat program seakan-akan seperti IPR bahawa ini secara tidak langsung dia juga membantu masyarakat yang berada di bandar menguasai atau manfaatkan tanah-tanah kosong ini kalau tidak dia akan dimasuki oleh warga asing. Kita tau kalau dia orang semua tutup ini Selangor tidak ada sayur. Kita pun faham ada sebahagian seperti di Selayang dan sebaginya ambil sayur dari warga-warga asing menanam di kawasan rintis ni sebab tu saya nak tanya kepada Yang Berhormat, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk tanah-tanah di kawasan ini adakah diserahkan atau dipajakkan kepada PKPS untuk dibuat program seakan-akan seperti IPR. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Sebenarnya Kerajaan Negeri telah meminta supaya Pihak-pihak Berkuasa Tempatan mengenal pasti tanah-tanah rintis ini dan membuat permohonan untuk pajakan supaya tempat itu dibuat sewaan dan tempat itu dibuat Kebun Komuniti dan juga kepada agensi swasta lain dan ada juga Pihak-pihak Berkuasa Tempatan seperti Petaling Jaya yang telah melaksanakan program ini secara berperingkat-peringkat. Saya faham, saya akur banyak kawasan rintis ini ditanam terutama di Johan Setia, di Cyberjaya merupakan tempat pengeluaran sayur-sayuran yang besar tetapi itu la Kerajaan Negeri mengharapkan lebih teratur lebih tersusun kalau diusahakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang membuat permohonan dan lepas itu menggunakan untuk Kebun Komuniti atau secara swasta yang mereka-mereka yang berminat masuklah PKPS dalam melaksanakan program-program pertanian supaya lebih teratur dan lebih tersusun. Ini ada antara agenda untuk kita perkemaskan supaya kawasan bandar ini kawasan yang kecil tetapi sebenarnya boleh dihasilkan pertanian yang bernilai tinggi telah berjaya kita laksanakan dan saya yakin perkara ini boleh dapat ditingkatkan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan waktu telah pun menunjukkan pukul 11.30 pagi jadi saya tangguhkan Sesi Pertanyaan ini untuk urusan seterusnya.

Usul Nombor 12 Tahun 2026. Usul Rancangan Selangor Kedua (RS-2)Motion

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya. Usul Nombor 12 Tahun 2026. Usul Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Speaker

Saya menjemput Pelabuhan Klang terlebih dahulu kemudian Hulu Kelang selepas itu yang lain saya cut.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat sabar, lambat lagi dekat sini sabar sikit sahaja lagi.

Speaker

Selepas itu saya buka kepada semua ADUN mengikut Peraturan Tetap 35(2). Pelabuhan Klang sikit lagi ya.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor Maju Bersama. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Selangor Ke-2 Tahun 2026-2030 (RS-2). Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Negeri serta seluruh pasukan yang terlibat dalam penyediaan Rancangan Selangor Ke-2 yang telah berjaya dibentangkan pada 7 Ogos yang lalu. RS-2 merupakan dokumen Rancangan Pembangunan lima tahun Selangor yang menggariskan 6 isi, 25 bidang keutamaan dan 98 inisiatif meliputi pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, pengangkutan, kesejahteraan, modal insan, kelestarian serta keberkesanan Pentadbiran Kerajaan

Negeri. Pelabuhan Klang tidak berhasrat untuk mengulangi perkara-perkara yang telah dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua semasa Pembentangan RS-2 sebaliknya Pelabuhan Klang ingin menggunakan ruang perbahasan ini untuk memberikan tumpuan kepada beberapa perkara yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat khususnya di kawasan Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang merupakan sebuah kawasan yang mempunyai kepentingan besar kepada ekonomi Negeri Selangor dalam masa yang sama Pelabuhan Klang mempunyai kawasan perindustrian, kawasan kediaman, kawasan tradisi serta komuniti yang mempunyai keperluan pembangunan yang tersendiri. Justeru itu Pelabuhan Klang mahu memastikan pembangunan yang dirancang melalui Rancangan Selangor Ke-2 bukan sahaja membawa pertumbuhan kepada Negeri Selangor secara keseluruhan tetapi turut akan memberikan kesan yang nyata kepada pembangunan kawasan dan kehidupan rakyat di Pelabuhan Klang. Atas dasar itu Pelabuhan ingin membawa beberapa perkara untuk perhatian dan pertimbangan Kerajaan Negeri sepanjang pelaksanaan Rancangan Selangor Ke-2 bagi tempoh 2026 sehingga 2030. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Pelabuhan Klang ingin memulakan perkara pertama dengan melihat kedudukan Pelabuhan Klang di dalam ekonomi Selangor dan Negara. Pelabuhan Klang hari ini bukan sahaja menjadi pusat perdagangan dan pusat logistik utama Negara malah telah berkembang menjadi salah sebuah pelabuhan kontena utama di dunia. Pada tahun 2025 Pelabuhan Klang merangkumi West Port dan North Port telah mengendalikan sebanyak 15.14 juta TEU kontena meningkat kepada 14.64 juta TEU pada tahun 2024. West Port mengendalikan 11.33 juta TEU manakala North Port mengendalikan 3.8 juta TEU lebih membanggakan Pelabuhan Klang telah berada di kedudukan ke - 10 dalam senarai 100 pelabuhan utama dunia oleh Lloyd’s List pada tahun 2025. Pencapaian ini menunjukkan kebolehan daya saing Pelabuhan Klang di peringkat Antarabangsa. Pada tahun 2024 sahaja Pelabuhan Klang telah berjaya mengendalikan kira-kira 47.7% daripada keseluruhan pengendalian kontena di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Pelabuhan Klang bukan sekadar pelabuhan di negeri Selangor sahaja tetapi merupakan salah satu nadi penting kepada perdagangan Negara Malaysia. Kekuatan ini pula berada dalam negeri yang menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2025, ekonomi negeri Selangor bernilai RM460.1 bilion meningkat daripada RM432.9 bilion dengan pertumbuhan sebanyak 6.3%. Bagi Pelabuhan Klang persoalannya bukan lagi sama ada kawasan ini penting kepada ekonomi perkara ini telah jelas, persoalan yang perlu kita jawab ialah bagaimana kekuatan ekonomi Pelabuhan Klang boleh memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat dan perniagaan tempatan. Apabila aktiviti Pelabuhan berkembang, aktiviti ekonomi di sekelilingnya juga sepatutnya berkembang, ekosistem pelabuhan bukan hanya melibatkan kapal, crane dan kontena yang turut melibatkan syarikat logistik, penggudangan, pengangkutan, penyelenggaraan, perkhidmatan maritim, kontraktor pembekal makanan, peruncitan dan pelbagai jenis perniagaan-perniagaan

yang l ain. Pelabuhan Klang mahu melihat lebih banyak syarikat tempatan mendapat peluang daripada ekosistem ini. Kerajaan Negeri tidak perlu pun campur tangan dalam keputusan komersial syarikat swasta tetapi apa yang Kerajaan Negeri boleh buat ialah memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk menghubungkan syarikat-syarikat tempatan dengan peluang yang tersedia dalam sektor pelabuhan dan logistik. Dalam masa yang sama Pelabuhan Klang mahu membawa ke Dewan mulia ini suara komuniti perniagaan di Klang. Komuniti usahawan dan ahli-ahli perniagaan di Klang baru-baru ini telah menyuarakan bahawa keadaan perniagaan semakin mencabar dengan kos operasi yang meningkat, pasaran yang lebih perlahan dan keuntungan syarikat yang semakin tertekan. Kerajaan Negeri perlu mengadakan dialog dengan komuniti-komuniti ini bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas. Pelabuhan Klang mengambil perhatian terhadap pandangan ini kerana di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang terbesar terdapat banyak syarikat kecil dan sederhana yang perlu menanggung gaji pekerja, sewa premis, utiliti, bahan mentah, pengangkutan dan pelbagai kos operasi yang lain. Sebab itu apabila kita bercakap mengenai pertumbuhan ekonomi Selangor kita bukan sahaja perlu melihat berapa banyak pelaburan baru yang masuk kita juga perlu memastikan perniagaan yang sudah berada di negeri Selangor mempunyai ruang untuk terus bertahan dan berkembang. Pelabuhan Klang memahami bahawa sebahagian tekanan kos datang daripada keadaan ekonomi dunia dan juga dasar-dasar di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan tetapi dalam perkara yang berada di dalam kemampuan Kerajaan Negeri kita masih boleh membantu komuniti ini melalui urusan PBT yang lebih cekap, akses kepada peluang perniagaan, program pembangunan usahawan dan penyertaan syarikat-syarikat tempatan di dalam rantaian ekonomi yang sedang berkembang. Pandangan komuniti perniagaan Klang membawa satu message yang mudah apabila syarikat mampu bertahan mereka mampu mengekalkan pekerjaan. Apabila syarikat berkembang, mereka boleh menambah pekerja dan membuat pelaburan yang baru dan apabila kegiatan perniagaan berkembang ekonomi Negeri juga akan secara automatik mendapat manfaat. Justeru itu Pelabuhan Klang mencadangkan supaya dalam pelaksanaan RS-2 Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan satu program padanan perniagaan yang menghubungkan operator pelabuhan, syarikat logistik dan pemain-pemain industri dengan perusahaan mikro kecil dan sederhana atau PMKS Selangor melalui pendekatan ini syarikat-syarikat tempatan boleh mengetahui peluang kontrak, keperluan industri dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan dipatuhi untuk menjadi vendor kepada syarikat-syarikat yang lebih besar. Jika syarikat tempatan belum memenuhi standard yang diperlukan agensi Kerajaan Negeri boleh membantu mereka meningkatkan kemampuan dan tahap kesiapsiagaan. Pelabuhan Klang juga mengambil perhatian bahawa akses kepada pembiayaan masih menjadi antara cabaran penting kepada PMKS. Ada syarikat mempunyai peluang untuk berkembang tetapi kekurangan modal untuk membeli peralatan meningkatkan operasi atau mengambil kontrak yang lebih besar sebab itu syarikat tempatan yang berpotensi juga perlu mempunyai akses kepada skim pembiayaan agensi-agensi Kerajaan berkaitan atau institusi-institusi

kewangan yang sesuai. Matlamatnya mudah apabila ekonomi Pelabuhan Klang berkembang lebih banyak perniagaan tempatan juga perlu mendapat peluang untuk berkembang bersama. Perkara ini penting kerana PMKS merupakan sebahagian besar daripada ekonomi Negara. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa pada tahun 2024 PMKS telah menyumbang sebanyak 39.5% kepada KDNK Malaysia dengan nilai ditambah sebanyak RM652.4 bilion. Maka PMKS tidak boleh dilihat sebagai pemain sampingan dalam pembangunan ekonomi. Pelabuhan Klang mahu kelebihan mempunyai salah sebuah pelabuhan utama dunia di manfaatkan untuk membesarkan lebih banyak syarikat tempatan. Kita mahu syarikat kecil mempunyai peluang menjadi vendor yang lebih besar dan lebih ramai usahawan Selangor memasuki sektor logistik serta maritim yang mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan. Inilah Pelabuhan Klang maksudkan dengan limpahan ekonomi bukan mengambil keuntungan Syarikat Pelabuhan untuk dibagikan kepada masyarakat tetapi memastikan pertumbuhan pelabuhan membuka peluang lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan kontrak kepada ekonomi di sekelilingnya. Dalam masa yang sama Pelabuhan Klang turut mengambil perhatian terhadap satu lagi perkara yang dibangkitkan komuniti perniagaan Klang iaitu keperluan memastikan persaingan dalam pasaran berlaku secara adil. Pelabuhan Klang mengalu-alukan pelaburan asing yang membawa modal, teknologi, pekerjaan dan nilai ekonomi kepada Negara tetapi sama ada kepada syarikat tempatan atau asing semua yang menjalankan perniagaan perlu mematuhi lesen, cukai, undang-undang buruh dan syarat yang telah ditetapkan. Kita mengalu-alukan pelaburan tetapi pelaburan juga perlu mematuhi undang-undang, kita mengalu-alukan persaingan tetapi persaingan perlulah berlaku secara adil. Pelabuhan Klang juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat kesan pertumbuhan pelabuhan kepada ekonomi tempatan dengan lebih baik. Selama ini prestasi pelabuhan banyak diukur berdasarkan jumlah kontena, kapasiti terminal dan kedudukan Antarabangsa. Semua ukuran itu penting tetapi dari sudut pembangunan negeri kita juga perlu melihat berapa banyak syarikat terlibat dalam rantaian ekonomi pelabuhan, berapa banyak peluang perniagaan diwujudkan dan sejauh mana pertumbuhan sektor ini memberikan manfaat kepada ekonomi setempat. Tujuannya bukan untuk menambahkan birokrasi. Data ini boleh membantu Kerajaan mengenal pasti dan menyusun program-program bantuan dengan lebih tepat. Peluang ini akan menjadi lebih besar pada masa hadapan. Rancangan Selangor Ke-2 sendiri menyebut pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Selangor dalam sektor logistik. Kerajaan Negeri juga turut memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberikan kelulusan rasmi terhadap pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey melalui Keputusan Jemaah Menteri pada bulan Mac 2026. Dalam masa yang sama West Port pula sedang melaksanakan perkembangan Terminal CT10 hingga CT17 yang dijangka akan meningkatkan kapasiti terminal dari sekitar 14 juta TEU kepada 27 juta TEU apabila keseluruhan pembangunan West Port yang baru disiapkan. Apa yang ingin ditekankan ialah besarnya peluang ekonomi yang sedang terbentuk apabila kapasiti pelabuhan

meningkat aktiviti ekonomi juga akan berkembang dan permintaan terhadap perkhidmatan sokongan akan bertambah. Pelabuhan Klang tidak mahu 5 atau 10 tahun akan datang kita hanya bercakap tentang berapa juta lagi kontena yang akan berjaya dikendalikan. Pelabuhan Klang mahu kita juga bercakap berapa banyak syarikat tempatan akan berkembang, berapa banyak peluang perniagaan berjaya diwujudkan dan berapa ramai rakyat mendapat manfaat daripada pertumbuhan tersebut. Dalam hal ini pandangan Komuniti Perniagaan Klang mengenai keperluan persekitaran perniagaan yang lebih cekap juga perlu diberikan perhatian. Prosedur yang terlalu rumit atau berulang boleh menambah kos kepada syarikat. Dalam perkara yang berada dalam bidang kuasa negeri dan PBT, proses yang boleh dipermudahkan perlu dipermudahkan dan urusan yang boleh dilakukan secara digital dan cepat perlu terus diperluaskan. Pelabuhan Klang tidak mencadangkan supaya syarat penting dikurangkan apa yang Pelabuhan Klang ingin cadangkan ialah proses yang lebih mudah tanpa mengurangkan pematuhan. Justeru itu Pelabuhan Klang mencadangkan beberapa perkara untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Pertama wujudkan mekanisme padanan perniagaan antara pemain utama sektor pelabuhan dan logistik dengan MPKS Selangor yang berkelayakan. Kedua, kenal pasti sektor sokongan pelabuhan yang mempunyai potensi besar untuk disertai oleh syarikat-syarikat tempatan. Ketiga, bantu syarikat tempatan yang berpotensi untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan dan program peningkatan kemampuan. Keempat, ukur kesan pertumbuhan pelabuhan kepada ekonomi setempat supaya kejayaan Pelabuhan Klang bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah pengendalian kontena, tetapi turut mengambil kira penyertaan dan perkembangan perniagaan tempatan. Kelima, dalam perkara yang berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan PBT teruskan usaha memudahkan urusan perniagaan tanpa mengurangkan syarat-syarat keselamatan undang-undang dan pematuhan. Pelabuhan Klang percaya semua perkara ini boleh melengkapkan aspirasi ekonomi Rancangan Selangor Kedua (RS-2). Kerajaan Negeri tidak perlu menggantikan peranan pasaran, Kerajaan Negeri hanya perlu menjadi pemudah cara supaya peluang yang lahir daripada pertumbuhan ekonomi akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pemain-pemain tempatan. Pelabuhan Klang mempunyai sebuah aset ekonomi yang sangat besar. Hari ini, nama Pelabuhan Klang sudah berada di kelompok pelabuhan-pelabuhan kontena utama dunia. Pencapaian ini, perlu dipertahankan dan terus dipertingkatkan tetapi bagi Pelabuhan Klang kejayaan yang lebih bermakna ialah apabila kedudukan antarabangsa tersebut turut menghasilkan ekonomi tempatan yang semakin kuat, syarikat tempatan yang lebih berdaya saing dan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Pelabuhan Klang yang semakin besar, perlu membuka lebih banyak peluang kepada ekonomi tempatan. Aktiviti perdagangan yang semakin tinggi perlu memberikan ruang kepada lebih banyak syarikat dan usahawan Selangor untuk berkembang. Dengan cara itu, pertumbuhan Pelabuhan Klang akan benar-benar menjadi salah satu kekuatan yang membantu Selangor mencapai aspirasi ekonomi di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang melihat Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026-2030 sebagai satu perancangan penting untuk menentukan arah pembangunan Selangor bagi tempoh lima (5) tahun yang akan datang. Rancangan Selangor Kedua (RS-2) membawa satu hala tuju yang jelas bahawa pembangunan negeri perlu terus bergerak. Ekonomi perlu terus berkembang dan pada masa yang sama kehidupan rakyat juga perlu terus diberikan perhatian. Pelabuhan Klang melihat tempoh lima (5) tahun ini sebagai satu tempoh yang penting kepada Negeri Selangor. Kita sedang berhadapan dengan perubahan ekonomi yang sangat pantas. Pertambahan penduduk yang mendadak, peningkatan keperluan terhadap kemudahan awam serta cabaran untuk memastikan pembangunan sekeliling kawasan pembangunan Pelabuhan itu berlaku secara seimbang. Dalam keadaan ini, Kerajaan Negeri perlu mempunyai perancangan yang jelas supaya setiap keputusan yang dibuat mempunyai arah dan setiap peruntukan yang dibelanjakan secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Penyediaan sebuah rancangan untuk tempoh lima (5) tahun bukan satu tugas yang mudah. Ia perlu mengambil kira keadaan ekonomi negeri, kemampuan kewangan Kerajaan Negeri, keperluan setiap daerah yang ada di dalam Negeri Selangor serta, cabaran yang mungkin kita akan hadapi sehingga tahun 2030. Bagi Pelabuhan Klang, selepas Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dibentangkan perhatian kita selepas ini perlu diberikan kepada kerja-kerja pelaksanaan. Rakyat akhirnya tidak akan menilai sebuah dokumen rancangan berdasarkan ketebalan dokumen tersebut atau berapa banyak sasaran yang kita senaraikan. Rakyat akan menilai berdasarkan perubahan yang mereka akan lihat sendiri dalam kehidupan mereka. Sebab itu, apa yang telah dirancang perlulah diterjemahkan kepada tindakan mengikut keutamaan, kemampuan kewangan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa kita semua juga kena berlaku adil dalam menilai pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2). Tidak semua perkara boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, dan tidak semua perkara berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ada yang memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi teknikal Kerajaan, pihak-pihak swasta, dan masyarakat itu sendiri. Apa yang penting ialah Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan untuk menyelaras, merancang dan memastikan perkara yang berada di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri akan dapat dilaksanakan dengan cepat dan sebaik mungkin.

Dalam konteks Pelabuhan Klang, kawasan ini mempunyai peranan yang besar kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor. Pelabuhan Klang merupakan antara pintu utama perdagangan negara dan kalau dilihat Pulau Indah pula yang terletak di dalam kawasan Pelabuhan Klang, terus berkembang sebagai kawasan p pelabuhan, perindustrian dan logistik. Perkembangan ini memberikan peluang yang besar kepada Selangor. Pelabuhan Klang mahu peluang tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya supaya pertumbuhan ekonomi yang berlaku bukan sahaja memberikan manfaat kepada negeri, tetapi akhirnya akan dapat dirasai oleh masyarakat yang tinggal di kawasan ini. Pada masa yang sama, Pelabuhan Klang

memahami bahawa RS-2 merupakan rancangan untuk seluruh Negeri Selangor, setiap daerah dan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mempunyai keperluannya masing-masing. Sebab itu, Pelabuhan Klang tidak meminta supaya pembangunan hanya tertumpu kepada kawasan Pelabuhan Klang sahaja atau pun sesetengah kawasan DUN. Apa yang Pelabuhan Klang harapkan ialah setiap kawasan Dewan Undangan Negeri perlulah diberikan perhatian berdasarkan keperluan, keadaan dan peranan masing-masing kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor.

Bagi kawasan yang sedang menerima pembangunan yang pesat, perancangan kemudahan awam, pendidikan dan utiliti serta perkhidmatan perbandaran perlu bergerak seiring dengan perkembangan tersebut. Pelabuhan Klang juga, mahu sepanjang tempoh RS-2 ini, hubungan di antara Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan penjawat-penjawat awam akan terus diperkukuhkan. Wakil rakyat berada dekat dengan masyarakat dan boleh membawa keadaan sebenar di lapangan kepada kerajaan. Wakil rakyat boleh membantu untuk menyalurkan pandangan dan permintaan rakyat kepada Kerajaan Negeri. Penjawat awam pula, perlu mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran untuk melaksanakan dasar. Apabila kedua-duanya dapat bekerja dengan baik, banyak masalah boleh dikenal pasti dan dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang saya sentiasa mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua agensi-agensi kerajaan dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang, pihak PBT, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan juga Daerah Klang begitu juga dengan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor dan juga Klang, begitu juga dengan Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan begitu juga dengan semua agensi-agensi Kerajaan yang lain termasuklah Lembaga Pelabuhan Klang yang banyak memberikan kerjasama kepada kawasan Pelabuhan Klang dan banyak kita telah berjaya capai menyelesaikan masalah infrastruktur, sistem saliran dan juga beberapa kemudahan-kemudahan awam yang lain dan saya harap ianya akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa hadapan demi masyarakat khususnya di kawasan Pelabuhan Klang.

Sebagai wakil rakyat Kerajaan, Pelabuhan Klang juga melihat bahawa, tanggungjawab kita bukan hanya untuk mempertahankan dasar-dasar Kerajaan, tanggungjawab kita ialah untuk memastikan dasar yang baik akan dapat dilaksanakan dengan baik. Kalau ada perkara yang boleh diperbaiki kita perlu bawa dalam perbincangan untuk dibaiki. Kalau ada pelaksanaan yang boleh dipercepatkan kita kena bantu untuk mempercepatkannya. Kalau ada masalah yang memerlukan penyelarasan, di antara agensi-agensi kerajaan, kita kena bantu mencari jalan penyelesaian. Pendekatan seperti ini akan membantu kerajaan menjadi lebih baik dan akhirnya akan memberikan manfaat kepada rakyat. Pelabuhan Klang percaya sesebuah kerajaan yang kuat, bukan kerana kerajaan yang mengatakan semuanya sempurna. Sebuah kerajaan yang kuat, ialah kerajaan yang mempunyai arah yang

jelas melaksanakan apa yang telah dirancang, melihat keadaan sebenar di lapangan dan membuat penambahbaikan apabila ianya diperlukan. Pelabuhan Klang percaya pendekatan inilah yang perlu kita gunakan dan teruskan sepanjang tempoh Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Pelabuhan Klang juga mahu rakyat menjadi sebahagian daripada perjalanan lima (5) tahun ini. Pembangunan negeri bukan tanggungjawab kerajaan sahaja semata-mata, masyarakat, pihak industri, peniaga, persatuan penduduk, JPKK, anak-anak muda dan semua pihak mempunyai peranan masing-masing. Kerajaan menyediakan dasar dan kemudahan tetapi masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga kawasan, mematuhi peraturan dan memainkan peranan dalam membina komuniti yang lebih baik pada masa hadapan. Menjelang tahun 2030, Pelabuhan Klang berharap kita dapat melihat sebuah Selangor yang ekonominya lebih kukuh, peluang pekerjaan yang lebih luas, pembangunan yang lebih teratur dan perkhidmatan kerajaan yang semakin baik tetapi lebih penting daripada semua itu Pelabuhan Klang mahu rakyat dapat merasakan bahawa kemajuan Selangor juga turut membawa perubahan kepada kehidupan mereka sehari-harian. Bagi Pelabuhan Klang, itulah perkara yang paling penting. Kita boleh bercakap mengenai pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan pembangunan bernilai berbilion ringgit, tetapi akhirnya semua itu perlu mempunyai hubungan dengan kehidupan rakyat. Kalau ekonomi berkembang, kita mahu lebih banyak peluang pekerjaan. Kalau pelaburan bertambah, kita mahu lebih banyak peluang perniagaan. Kalau hasil negeri bertambah, kita mahu perkhidmatan kepada rakyat kena terus dipertingkatkan. Kalau sesuatu kawasan berkembang, kita mahu masyarakat yang tinggal di situ turut bergerak maju bersama pembangunan tersebut.

Pelabuhan Klang percaya, Rancangan Selangor Kedua (RS-2) akan memberikan asas dan hala tuju yang jelas untuk kita bergerak ke arah tersebut. Selepas ini, tanggungjawab kita bersama adalah untuk memastikan apa yang telah dirancang di dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) ini akan benar-benar dapat dilaksanakan dengan disiplin, dipantau dengan baik dan ditambah baik apabila diperlukan. Pelabuhan Klang juga percaya, kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2030 untuk menilai kemajuan, setiap tahun kita boleh melihat apa yang telah berjaya dilakukan. Apa yang masih berjalan, dan apa yang memerlukan perhatian tambahan. Kalau terdapat kelemahan, kita perbaiki. Kalau terdapat pendekatan yang memberikan hasil yang baik kita teruskan. Dengan cara ini, Rancangan Selangor Kedua (RS-2) akan menjadi sebuah rancangan yang sentiasa bergerak bersama-sama dengan keadaan sebenar di lapangan di dalam negeri dan juga yang paling penting akan dapat memenuhi keperluan rakyat Negeri Selangor.

Pelabuhan Klang berharap, apabila kita sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor kembali ke Dewan Yang Mulia ini pada tahun-tahun yang akan datang kita boleh melihat satu demi satu sasaran di dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) ini akan berjaya diterjemahkan kepada tindakan dan apabila sampai ke penghujung tahun 2030 kita boleh melihat kembali tempoh lima (5) tahun ini dengan hasil yang lebih jelas.

Pelabuhan Klang yakin, Selangor mempunyai kemampuan untuk mencapainya. Kita mempunyai kekuatan ekonomi, kedudukan yang sangat strategik, pentadbiran-pentadbiran yang sangat berpengalaman, tenaga kerja yang sangat besar serta kawasan-kawasan pertumbuhan yang mempunyai potensi untuk berkembang. Apa yang diperlukan selepas ini, ialah pelaksanaan yang baik, kerjasama yang baik antara semua pihak dan tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting yang akan memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Pelabuhan Klang berharap lima tahun yang akan datang bukan sekadar menjadi tempoh kita melaksanakan sebuah rancangan tetapi akan menjadi tempoh kita untuk menunjukkan bahawa perancangan yang baik apabila dilaksanakan dengan betul mampu membawa perubahan yang nyata kepada negeri dan rakyat. Dengan itu, Pelabuhan Klang menyokong Rancangan Selangor Kedua, 2026, 2030 dan berharap segala perancangan yang telah digariskan di dalam Rancangan Selangor Dua akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taalahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan anggota perkhidmatan awam. Pagi ini kita membahaskan Rancangan Selangor Kedua untuk tempoh tahun 2026 sehingga 2030.

Tuan Speaker, Selangor mempunyai beberapa kekuatan asas yang membezakannya dari pada negeri-negeri lain. Selangor adalah hab sektor pembuatan dan perkhidmatan, Selangor mempunyai infrastruktur moden dan kelebihan logistik, Selangor memimpin transformasi digital negara dan mempunyai ekosistem digital maju. Selangor juga adalah hab semikonduktor nasional. Walau bagaimanapun Selangor menghadapi tekanan ekonomi serius dalam persekitaran global yang tidak menentu. Konflik geopolitik yang berterusan menjadi risiko utama bagi pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan rantaian bekalan industri eksport Selangor. Kenaikan harga bahan bakar, minyak dan inflasi adalah satu cabaran yang, sasaran yang amat mencabar. Kebergantungan tinggi kepada import adalah kelemahan struktural utama menyebabkan Selangor terdedah kepada volatility harga import. Kekurangan inovasi dan produktiviti rendah dalam industri Selangor perlu ditangani segera. Perbelanjaan kasar untuk penyelidikan dan pembangunan atau Gross Expenditure on Research and Development kepada KDNK hanya 1.01% pada tahun 2022, jauh di bawah sasaran negara maju.

Setelah tiga tahun saya memberikan pandangan yang kritis dan ada kalanya tajam, sudah tiba masanya saya berdiri pada pagi ini untuk mendukung usaha Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan ekonomi dan menjana pertumbuhan melalui

gagasan ekonomi rakyat. Without growth there will be no distribution. Tiada pertumbuhan maka yang diagihkan adalah kemiskinan. Tanpa perancangan kita akan terpenjara dalam pemikiran yang jumud, jeritan naratif perkauman yang sempit, bertopengkan agama kerana nafsu politik kuasa yang melampau. Politics of fear mesti ditolak. Mari kita bersama mendukung falsafah politics of hope. Saya telah meneliti teks ucapan Rancangan Selangor Kedua, RS-2 dan mendapati terdapat percanggahan nilai ekonomi yang disasarkan dalam RS-2. Usul RS-2 mendukung usaha supaya Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia dengan ekonomi bernilai RM500 bilion tetapi di Para 12, dalam teks yang sama disebut bahawa dalam tempoh Rancangan Selangor Kedua, nilai ekonomi Selangor mampu mencecah nilai RM600 bilion. Perbezaan unjuran RM100 bilion adalah satu jumlah yang besar. Justeru saya mohon penjelasan dari Kerajaan Negeri mengenai percanggahan ini.

Tuan Speaker, pencapaian keseluruhan RS1 pada umumnya nampak segar 79.11% tetapi tiada satu pun sasaran utama RS1 yang mengesahkan sama ada rakyat menerima manfaat atau sebaliknya hasil dari pembangunan yang pesat di Selangor. Malahan pencapaian ini disumbangkan oleh tiga teras yang bukan bersifat ekonomi iaitu teras sosial 83.5%, teras alam sekitar 87.12% dan teras tadbir urus 87.8 %. Teras ekonomi menyumbang hanya 58.89% sahaja. Sepanjang tahun 2022 hingga 2024, KDNK Negeri Selangor meningkat 6% setahun namun rakyat Selangor tidak mendapat manfaat yang sewajarnya dari pertumbuhan ini. Pendapatan rakyat hanya meningkat 3.7% setahun. Insiden kemiskinan di Selangor pada tahun 2024 adalah pada kadar 0.9% tetapi ramai yang tidak dapat hidup dengan wajar dan bermaruah. Untuk tidak hidup miskin di Selangor, satu keluarga perlu mempunyai pendapatan lebih dari RM2,949 sebulan. Namun untuk hidup bermaruah satu keluarga di Selangor dengan empat ahli isi rumah memerlukan sekurang-kurangnya RM6,491 sebulan untuk hidup dengan wajar dan selesa. Maka pada pagi ini Tuan Speaker saya ingin mencadangkan supaya RS-2 mempunyai dua indikator iaitu insiden kemiskinan dan peratusan rakyat Selangor yang tidak dapat hidup dengan wajar. Saya juga ingin mencadangkan mengenai dasar gaji wajar Negeri Selangor dan menekankan supaya GLC Negeri Selangor melaksanakan gaji wajar minimum RM3,100 sebulan mengikuti langkah 34 GLIC dan GLC Nasional yang telah berjaya membantu 15,3000 pekerja dalam institusi masing-masing.

Tuan speaker, RS-2 juga menyasarkan kadar pengangguran kekal stabil pada 2.2% menjelang 2030, namun kadar pengangguran yang rendah tidak bermaksud rakyat dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan masing-masing. Kadar unemployment, maaf kadar underemployment di Selangor 34.6% adalah lebih parah ketimbang Negeri Pulau Pinang 32% dan Kuala Lumpur 22.8%. Maka RS-2 mesti memantau indicator underemployment sebagai sebahagian dari sasaran utama. RS-2 juga menggariskan usaha mempelbagaikan aliran hasil negeri melalui mekanisme pembiayaan inovatif meningkatkan penglibatan GLC untuk meningkatkan kecekapan kos dan pulangan kepada kerajaan negeri. Sebagai contoh program THRIVE 28 oleh

kumpulan MBI dimulakan sejak tahun 2024. Yang menumpukan kepada penjajaran peranan anak-anak syarikat kumpulan MBI dengan sasaran mencapai RM8 bilion pendapatan terkumpul kumpulan MBI menjelang tahun 2028. Maka pada pagi ini saya mengajak Dewan untuk melihat prestasi kewangan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Anak syarikat milik penuh MBI seperti yang dilaporkan oleh credit rating agency, RAM Ratings yang diterbitkan dalam bulan Ogos 2025. Jumlah hasil yang diaudit dalam tahun 2023 adalah RM2.54 bilion dan meningkat kepada RM2.88 bilion tahun 2024, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13%, kerugian sebelum cukai pada tahun 2023 ialah RM595.49 juta dan terus meningkat dalam tahun 2024 kepada RM697.48 juta. Air Selangor mencatatkan keuntungan sebelum cukai dalam suku tahun pertama tahun 2025 sebanyak RM157 juta. Namun RAM Ratings melaporkan keuntungan yang kecil ini disumbang sebenarnya oleh Grandspan, geran NRW yang diterima daripada SPAN. Tanpa geran ini Air Selangor merekodkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM190 juta dalam suku tahun pertama 2025. Ram Ratings juga melaporkan gearing ratio Air Selangor semakin meningkat dan terlalu berisiko. Bagi tahun 2023, adalah 4.75 kali dan 5.94 kali bagi tahun 2024, Air Selangor dijangka mencatatkan kemuncak gearing ratio sebanyak 9.6 kali dalam tahun 2027 iaitu setahun daripada sekarang untuk menampung keperluan CAPEX. Dan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker untuk tempoh 5 tahun yang akan datang 2025 hingga 2029 unjuran CAPEX Air Selangor adalah hampir RM10 bilion bersamaan RM2 bilion ataupun angka yang digunakan RM1.9 bilion setahun untuk pembangunan loji rawatan air LRA Rasau penggantian paip lama dan inisiatif mengurangkan NRW, manakala kalau kita melihat kepada indicator that coverage untuk Air Selangor masing lemah dan kekal rendah pada 0.04 kali yang membawa maksud tunai yang dijana oleh operasi Air Selangor masih kecil berbanding dengan obligasi untuk membayar hutang, dalam bahasa mudah hutang berkembang dengan lebih cepat daripada kemampuan tunai untuk menanggung hutang Air Selangor. Maka persoalan yang timbul pada pagi ialah adakah sukuk yang dibuat oleh Air Selangor untuk tujuan OPEX semata-mata, kerana terpaksa menanggung perbelanjaan operasi atau operating expenditure yang sangat tinggi. Dalam tahun kewangan 2024 dan 2025 masing-masing merekodkan RM2.13 bilion dan RM2.31 bilion berbanding dengan jumlah perbelanjaan modal atau capital expenditure atau CAPEX yang berjumlah hanya RM738.38 juta pada tahun 2024 dan RM959.03 juta pada tahun kewangan 2025. Saya juga ingin bertanya apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyuntik sebahagian daripada reserve ataupun simpanan Kerajaan Negeri bagi meringankan bebanan hutang Air Selangor. Sekiranya trend ini berterusan, apakah Air Selangor mempunyai keupayaan untuk membayar dividen kepada MBI dan bagaimana pula MBI boleh mencapai RM8 bilion pendapatan terkumpul menjelang tahun 2028 seperti sasaran yang diletakkan dalam RS-2?

Seterusnya, saya juga ingin bertanya bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengembangkan potensi Air Selangor, untuk memenuhi permintaan masa depan termasuk Pembangunan Pusat Data, permintaan domestik dan juga Industri lain di

negeri Selangor. RAM Ratings melaporkan data yang memberi sedikit ruang untuk terus menambah baik prestasi operasi Air Selangor antaranya tahap NRW mencatatkan pengurangan daripada 27.7% pada tahun 2023 kepada 27% pada tahun 2024 berbanding national average pada tahap 34.3% dalam tahun 2024. Berita baik juga mencatatkan reserve margin meningkat dari 15.3% kepada 18.6%. Persoalan saya, apakah reserve margin 18.6% ini sudah mengambil kira pembangunan 39 pusat data di Selangor dan juga keperluan domestik dan industri yang lain dan apakah kejayaan yang sedikit ini dapat menampung kos operasi Air Selangor yang sangat capital intensive? Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian kepada Pembangunan Loji Rawatan Air Rasau Fasa 1 yang sepatutnya siap pada tahun 2026. Saya difahamkan kejadian tambak runtuh dalam projek LRA Rasau dalam bulan September 2024 telah melengahkan kemajuan pembinaan LRA Rasau. Projek ini bersambung semula hanya pada bulan Julai 2025 dan dijangka siap hanya pada tahun 2027 untuk Fasa 1 yang membekalkan 700 MLD manakala Fasa 2 dengan kapasiti 700 MLD dijangka siap hanya dalam tahun 2031. LRA Rasau mengalami kelewatan lebih setahun, maka timbul persoalan apakah remedy Kerajaan Negeri untuk memastikan milestone yang telah ditetapkan oleh pihak industri tidak terganggu dan mencacatkan pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dalam RS-2. Dalam konteks RS-2, risiko yang kita bincangkan pada pagi ini ialah Air Selangor tidak mampu berkembang sepantas ekonomi Selangor mahu berkembang. Tuan Speaker, izinkan saya beralih kepada topik yang sangat dekat di hati saya iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Menurut RAM Ratings, keuntungan sebelum cukai PKNS pada tahun kewangan 2023 adalah RM148.81 juta tetapi keuntungan ini tidak bertahan lama. Pada tahun 2024 setelah diaudit, PKNS mengalami kerugian berjumlah RM67.15 juta dan dalam enam bulan pertama tahun 2025, kerugian PKNS melonjak kepada RM103.69 juta. Dalam tempoh yang sama, PKNS mencatatkan jumlah hutang terus meningkat. Hutang PKNS berjumlah RM4.96 bilion dalam tahun 2023, terus meningkat kepada RM5.44 bilion dalam tahun 2024 dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, hutang PKNS melonjak kepada RM6.1 bilion. Inilah dapatan yang terkandung dalam laporan RAM Ratings yang diterbitkan pada Januari 2026. Lebih malang lagi, profit margin PKNS menyusut dari 22.8% dalam tahun 2023 kepada 14.31% tahun 2024 dan hanya 1% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025. Maka persoalan yang perlu kita bincang dan bicara di Dewan ini ialah bagaimana PKNS mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri, apabila pada hari ini PKNS sedang mencatatkan hutang yang membengkak, pulangan semakin menguncup dan keupayaan membayar hutang sangat lemah. Sekiranya diteliti debt protection ratio PKNS juga, sangat lemah dan terus mengecil dari 1.62 kali kepada 0.79 kali dan pada enam bulan pertama 2025 hanya 0.08 kali. Tuan Speaker, PKNS sedang mengalami risk of diversification. Mandat kepada PKNS sangat besar termasuk perumahan, pembangunan waste to energy, hospital dan

rawatan kesihatan, urban regeneration, tenaga, pembangunan zone industry, pelabuhan dan sebagainya tetapi PKNS sedang mengalami kerugian. Hutang semakin membebankan. Apakah PKNS masih boleh berdiri dan menyumbang kepada matlamat RS-2? Saya pernah menegur PKNS yang sering mengambil jalan mudah dengan menjual tanah bagi memperkukuhkan aliran tunai PKNS. Walaupun PKNS masih berdegil dan terus menjual tanah, namun pengurusan PKNS tidak cekap dan culas dalam menjalankan tanggungjawab untuk bertindak bagi menjaga kepentingan PKNS. Sekali lagi, di dalam laporan RAM Ratings yang diterbitkan pada Januari 2026, melaporkan pada tahun 2019, PKNS menjual 3,390 ekar tanah di Bernam Jaya dengan harga RM1.17 bilion kepada Eastern Ecotourism City Sdn. Bhd. atau EEC. Namun, sehingga akhir 2024, EEC hanya membayar sejumlah 21% daripada harga jualan yang dipersetujui dan sehingga kini, baki sebanyak RM920.7 juta masih gagal dikutip oleh PKNS dan tiada sebarang perjanjian untuk melunaskan baki yang gagal dibayar oleh EEC, maka semakin lama tertangguh, semakin rendah kemampuan PKNS untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan RS-2. Tuan Speaker, PKNS masih mempunyai tanah di Bernam Jaya seluas 2,000 ekar untuk pembangunan industri dan ekosistem sektor perkilangan dan pembuatan kenderaan elektrik, memandangkan tapak ini sangat strategik dan berhampiran dengan Proton City. Tuan Speaker, pada Ogos 2025, saya mendedahkan dokumen penting dalam Dewan ini mengenai keputusan PKNS melantik perunding untuk menjalankan Kajian Impak Sosial atau SIA untuk membangunkan padang golf dan rumah kelab di atas tanah seluas 167.47 ekar di Sepang. Hujah saya sangat kuat bahawa permohonan PKNS untuk meminda pelan susun atur daripada lot industri kepada padang golf 18 lubang itu, menafikan hak rakyat di Sepang, yang merupakan daerah mencatatkan permintaan perumahan yang tertinggi dalam sesi penggulungan, Kerajaan Negeri menjawab bahawa cadangan ini masih di peringkat awal dan akan diteliti semula. Tetapi, Tuan Speaker pagi ini, saya ingin membuktikan bahawa pembangunan padang golf oleh PKNS di Sepang diteruskan. Bunting telah mula dipasang di sepanjang persiaran Cyber Valley 3, berdekatan projek PKNS Residensi Aurora dan perumahan mampu beli RSKU Idaman yang saya usahakan sebelum ini. Bunting ini memaparkan tema Destinasi Pilihan Pencinta Golf. Tuan Speaker, saya pergi sendiri ke persiaran Cyber Valley 3. Saya ambil gambar ini yang sedang dipasang secara besar-besaran dengan tajuk Destinasi Pilihan Pencinta Golf. Pemajunya ialah PKNS dengan talian 03-5022 0187. Pencinta golf sila hubungi talian berkenaan. Bagaimana dengan pencinta perumahan mampu milik di kalangan pasangan baru dan rakyat Selangor? Ini yang saya tegur hampir setahun yang lalu dan diberi maklum bahawa akan teliti semula tetapi sudah naik bunting. Berapa kerat di kalangan kita yang pencinta golf, sama ada di kalangan backbenchers mahupun di kalangan pembangkang. Boleh dikira dengan jari. Tetapi permintaan untuk perumahan mampu milik yang saya bahaskan pada Ogos 2025 dengan keluasan tanah 167.47 ekar itu, kita boleh meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 20 ribu unit rumah mampu milik. Mengapa ini tidak menjadi pertimbangan PKNS untuk menyumbang kepada pembangunan

hartanah dan menyediakan perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat Selangor tetapi memilih dengan sedikit keuntungan atau kerugian yang dicatatkan hampir setiap tahun untuk memberikan layanan istimewa kepada pencinta golf? Tuan Speaker, sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif PKNS yang sedia ada, saya berharap Kerajaan Negeri akan menjalankan saringan yang paling ketat dalam pemilihan CEO baru yang berintegriti, yang mempunyai pengalaman kewangan dan pembangunan hartanah, yang cakna dan prihatin rakyat dan menyumbang kepada kemakmuran negeri Selangor. Bukan di kalangan mereka yang mengampu dan sering mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Tuan Speaker, RMK-13 mengenal pasti sepuluh keutamaan kerencaman ekonomi yang amat relevan untuk Selangor. Antaranya ialah, industri High Value High Technology. Strategi Semikonduktor Nasional yang memperuntukkan RM46.5 bilion untuk industri semi konduktor bagi melahirkan bakat tempatan dalam reka bentuk litar bersepadu. Cuma Tuan Speaker, industri semikonduktor di Malaysia dan juga di negeri Selangor, menghadapi masalah tenaga pakar bahasa perisian tahap rendah, low level language. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya RS-2, perlu memberikan keutamaan untuk menyediakan kurikulum pendidikan tinggi dengan memberi fokus kepada low level language seperti C Language dalam kursus IT dan komputer untuk menghasilkan tenaga pakar untuk mengawal perkakasan atau pun hardware cip semikonduktor. Sekiranya Kerajaan tidak memberi perhatian, kesan kepada industri adalah kekangan untuk membangunkan (IC) atau pun Intergrated Circuit atau pun System on Chip (SoC) tempatan. RS-2 tidak menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan sumbangan sektor ekonomi bernilai tinggi. Sumbangan KDNK Sektor pembuatan telah menurun dalam tempoh RS-1 dari 31.2% pada tahun 2021 kepada 28.5% pada tahun 2025 disebabkan oleh penyahindustri awal atau pun pre mature deintrialisation.

Ekonomi Digital dan AI. Tuan Speaker, AI adalah revolusi teknologi. Semakin banyak industri dan syarikat melabur tinggi dalam AI. Maka timbul perbahasan pekerja akan dibuang, dan hilang pekerjaan secara besar-besaran. Kepada mereka yang takut hilang pekerjaan kepada AI, sepatutnya mempelajari AI. Kamu tidak akan hilang pekerjaan kepada AI tetapi kamu akan hilang pekerjaan kepada mereka yang belajar dan menguasai AI. Sebagai contoh, apabila personal computer muncul dalam pasaran, PC tak mengambil alih tugas seseorang pekerja. Kita tidak hilang pekerjaan semata-mata kerana PC. Tetapi ada yang ketinggalan kerana gagal mengusai personal computer. Maka, saya ingin mengingatkan don’t allow yourself to be left behind by AI. Syarikat yang mempunyai cita-cita akan menjadi lebih produktif will do things better, Become larger and increase velocity and as a result become larger and profitable and employ more people using AI, dengan izin, Tuan Speaker. Cita-cita sebuah syarikat industri dan negeri mesti ditingkatkan dengan teknologi semasa. Segera adaptasi dengan teknologi AI. Tingkatkan produktiviti dan prosperity dan

kemakmuran. Inilah AI, yang mampu mencipta peluang kepada lebih ramai pekerja dan bukan sebaliknya.

Industri Halal, sumbangan industri halal kepada KDNK mencapai 7.7% pada tahun 2024. Dengan nilai RM149 bilion. Eksport industri halal mencatatkan RM61.8 bilion. Selangor perlu memperkukuh kedudukan sebagai hab halal antarabangsa. Dalam RS-2, para 201 disentuh secara lalu sahaja. Bahawa, industri halal mempunyai potensi pasaran yang besar melalui program pembangunan kapasiti serta hab Halal Selangor 2.0 yang akan memberi peluang kepada syarikat PKS untuk meluaskan pasaran ke peringkat ASEAN. Saya ingin menambah dan menegaskan supaya Kerajaan Negeri harus berani untuk memimpin PKS Selangor, meneroka pasaran-pasaran baru dalam kerangka RCEP dan juga CPTPP. Dalam misi kedua RS-2, iaitu pembangunan seimbang dan peluang saksama merentasi daerah, Kerajaan Negeri menggariskan antara asas pembangunan adalah merapatkan jurang antara wilayah atau daerah melalui kerangka sistem pengangkutan awam. Perkhidmatan LRT dan MRT telah menghubungkan beberapa PBT. Kos pembangunan Projek Jajaran Rel Kita Selangor akan membebankan keadaan kewangan Kerajaan Negeri dan masih belum dapat direalisasikan untuk menghubungkan kawasan pesisir Pantai Barat Selangor ke Lembah Klang.

Justeru itu, saya ingin menarik perhatian Dewan, kepada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang secara langsung mengubah landskap ekonomi Selangor. Tetapi malangnya, Tuan Speaker, tidak ada sebarang para atau pun sebarang kupasan mengenai ECRL di dalam dokumen RS-2. Saya sedar bahawa ini adalah projek Persekutuan tetapi kita juga menyedari sebahagian besar daripada projek-projek yang disenaraikan dalam RS-2 itu memerlukan sokongan dan dukungan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Mengapa Kerajaan Negeri tidak mengambil manfaat yang pantas melalui pembangunan ECRL di negeri Selangor. Persoalannya ialah, bagaimana Selangor berupaya mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk menjadikan ECRL bukan sahaja sebagai projek pengangkutan, tetapi pemangkin transformasi ekonomi yang memberi impak berganda kepada Selangor, dalam beberapa dimensi utama termasuk pembangunan TOD, pembangunan berorentasikan transit di sepanjang jajaran ECRL di negeri Selangor yang merentasi lebih kurang 120 kilometer. Ini merupakan satu jajaran yang panjang. Yang pastinya, boleh memberikan manfaat kepada ekonomi negeri Selangor. Kita juga mengambil maklum bahawa jajaran ECRL merentasi 4 daerah. Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang. Dan ada lima stesen utama. Saya ingin mencadangkan supaya setiap satu stesen, dirancang dengan fungsi ekonomi yang berbeza. Sebagai contoh, stesen di Kuala Selangor menjadi gerbang institusi pendidikan utara Selangor, gateway kawasan pelancongan dan sokongan pelancongan warisan. Puncak Alam sudah pun dikenal pasti sebagai hotspot pelaburan hartanah Selangor Barat. Ekoran pembangunan stesen ECRL dan juga kesan perbandaran. Stesen di Gombak berfungsi sebagai pusat TOD Wilayah Pantai Barat. Interchange dengan LRT Kelana

Jaya. Dan mungkin boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah Gombak. Stesen di Klang menjadi gerbang antarabangsa dan pusat logistik dengan tumpuan industri halal dan maritim.

RS1 meletakkan pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey yang disebut oleh Pelabuhan Klang sebentar tadi. Tetapi Pelabuhan Klang masih lagi di peringkat perancangan awal. Dengan Kementerian Pengangkutan berhubung konsep, kaedah, serta hala tuju pembangunan untuk meningkatkan posisi Selangor dalam sektor logistik. RS-2 mengulangi kenyataan yang sama tanpa memperlihatkan sebarang anjakan dan kemajuan. Diulang. Diulang. Diulang. Saya ulang, pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey masih lagi di atas kertas, dan tidak dapat memberi manfaat kepada rakyat. Mengapa Kerajaan Negeri tidak tangkas melihat potensi dan keupayaan pembangunan fasa 2 ECRL? Yang menghubungkan Gombak, terus ke North Port dan West Port melalui rel kargo. Jadi Hulu Kelang akan berhubung terus dengan Pelabuhan Klang. Bermakna, kontena daripada Pantai Timur dapat dihantar terus ke Pelabuhan Klang. Dan dalam RMK-13 telah pun merancang pembinaan terminal ketiga di Pulau Carey. Dan West Port 2 yang menggabungkan ECRL dengan pengembangan Pelabuhan untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab logistik paling kompetitif di Asia Tenggara. RS-2 menyentuh secara lalu mengenai inisiatif karbon Selangor.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Hulu Kelang. Saya mengikuti ucapan Hulu Kelang pada tengah hari ini. Yang saya lihat, berbanding dengan Rancangan Selangor Ke-2 yang disediakan ini, nampaknya cadangan-cadangan Hulu Kelang ini lebih komprehensif dan lebih melihat, visionary. Kerana saya difahamkan proses libat urus dilaksanakan dalam nak menyediakan Rancangan Selangor Ke-2 ini. Tetapi input-input seperti ini tidak hadir daripada sebahagian proses libat urus tu, itu pertama. Keduanya, saya difahamkan ada juga consultant yang telah diambil untuk menyediakan RS-2 ini. Tetapi kenapa gagal pihak consultant dan juga Kerajaan Negeri melihat kepada apa yang disebut oleh, kepentingan-kepentingan yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi? Adakah kerana Kerajaan Negeri tidak melibatkan kita di bahagian pembangkang ini untuk bersama dalam libat urus daripada awal. Maka menyebabkan penyediaan Rancangan Selangor Ke-2 ini dilihat agak lompong dan tidak komprehensif seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Sebab itu daripada awal tadi saya telah memberikan komitmen bahawa pagi ini saya akan berdiri dan mendukung segala usaha Kerajaan Negeri

demi kemakmuran rakyat. Dan peranan kita adalah untuk compliment. Mungkin ada kekurangan atau pun ada kecuaian di sesuatu pihak. Tetapi sekarang saya dan rakan-rakan bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri bagi membangunkan negeri yang kita cintai ini. Saya nak tanya pendirian Kerajaan Negeri mengenai impak langsung kepada Selangor dengan pembangunan ECRL yang dijangka mengalihkan 30% muatan kargo daripada jalan raya kepada rel. Maknanya sebelum ini di atas jalan raya, kontena dibawa daripada Pantai Timur ke Pelabuhan Klang. Hari ini 30% dialihkan kepada sistem rel kargo dan sekali gus mengurangkan 1.2 juta tan pelepasan karbon tahunan. Kerajaan Negeri seharusnya pantas melihat pembangunan ECRL ini berupaya mengurangkan kos logistik, dan emisi karbon. Bagi industri pembuatan di Selangor, pengurangan kos logistik secara langsung meningkatkan daya saing produk eksport terutama dalam industri E&E, automotif dan produk halal. Apakah peluang pekerjaan yang mampu dicipta oleh pembangunan ECRL dalam tempoh pembinaan dan juga pekerjaan tetap, dalam hab logistik dan destinasi terminal khususnya di kawasan luar bandar. Hulu Selangor, Kuala Selangor dan bagaimana potensi pembangunan ECRL ini dapat mencipta peluang-peluang baru bagi rakyat di daerah Klang?

Tuan Speaker, Misi Kedua RS-2 menyentuh pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sebagai mercu tanda sukan di Selangor. Itu sahaja kenyataan rasmi daripada Kerajaan Negeri dalam RS-2. Satu baris ayat sahaja. KSSA sebagai mercu tanda sukan di Selangor. Tidak pernah kami dispute ataupun mempertikaikan pembangunan KSSA itu sebagai mercu tanda sukan. Bukan sahaja di negeri tetapi mungkin menjadi mercu tanda di seluruh negara. Tetapi persoalannya di mana laporan kemajuan? Tidak ada laporan impak ekonomi. Tidak ada sebarang komitmen untuk menyegerakan pembangunan KSSA. Oleh kerana saya tak dapat sebarang maklumat dalam dokumen RS-2, saya telah mengemukakan soalan bertulis kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pencerahan apakah status KSSA? Ini jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sehingga hari ini 10 Ogos 2026, pihak MBI masih lagi meneliti sumber pembiayaan projek pembangunan KSSA yang berjumlah melebihi RM3 bilion. Masih meneliti sumber pembiayaan. Sumber pun tak ada ni, Pelabuhan Kelang. Bila nak siap? Sumber pembiayaan sedang diteliti dan kaedah pembiayaan melalui pertukaran tanah (land swap) masih belum dikenal pasti tanah untuk maksud ini oleh Kerajaan Negeri dan pihak MBI. Saya dah bangkitkan isu KSSA ni dah 3 tahun. 3 tahun masih gagal mengenal pasti tanah-tanah untuk tujuan pertukaran tanah atau land swap. Nilainya sekarang ini kalau mengikut perjanjian hanya RM200 juta. Ini saya nak tanya Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh nak bangunkan KSSA atau tidak? Kalau dilengah-lengahkan masuk kerajaan baru esok susah kami nak tanggung. Mungkin tak berapa lama lagi. Jadi jangan bebankan kegagalan Kerajaan Negeri pada hari ini untuk mengenal pasti tanah pun gagal, untuk mengenal pasti sumber pembiayaan pun gagal. Projek pun gagal. Sampai bila KSSA boleh menjadi mercu tanda sukan di negeri Selangor?

Akhirnya Tuan Speaker, saya bertanggungjawab untuk membawa suara rakyat Gombak, khususnya Hulu Kelang dan berusaha untuk membawa pembangunan yang lestari demi kesejahteraan rakyat. Saya mendapat rungutan daripada penduduk Taman Melawati bahawa kawasan parkir di pusat bandar Taman Melawati tidak mencukupi untuk menampung kehadiran pengguna yang membuat pelbagai urusan harian termasuk untuk menjalankan pemeriksaan doktor di klinik, urusan bank, urusan keselamatan di balai polis serta urusan jual beli dan perkhidmatan makanan di kedai makan, di restoran, di pusat bandar Taman Melawati. Saya menggesa supaya pihak MPAJ, supaya segera melihat perkara ini. Cukai pintu dah naik. Cukai tanah dah naik. Rakyat dah bayar. Tapi tolong sediakan perkhidmatan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat dan saya menggesa supaya pihak MPAJ segera melihat secara serius untuk membangunkan tempat-tempat parkir yang selamat dan mudah akses untuk pengunjung pusat bandar Taman Melawati. Dalam perkara yang sama, saya mendesak Kerajaan Negeri melalui MPAJ untuk mengambil tindakan segera membina lot parkir kereta di hadapan Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati. Pihak masjid telah kemukakan permohonan seawal Februari 2026. Saya menyusulkan surat tambahan menyokong pengurusan masjid pada 15 Jun 2026 tetapi sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan MPAJ untuk menyediakan lot parkir yang selamat dan teratur bagi mengelakkan kesesakan trafik pada waktu puncak khususnya di hari Jumaat dan majlis ilmu anjuran masjid. Saya pernah bangkitkan sistem pengangkutan awam daripada Taman Melawati dan Taman Permata mesti diberikan perhatian segera untuk menampung keperluan populasi mukim Hulu Kelang yang sudah melepasi 108,000 orang penduduk berdasarkan statistik DOSM.

Tuan Speaker, sebagai penutup, kita mahu Kerajaan Negeri menjamin kesejahteraan untuk semua rakyat Selangor. Melayu dibela, Cina disantuni, India di peduli. Kita adalah satu keluarga (bercakap dalam Bahasa Cina) dengan izin, Tuan Speaker. Maksudnya, Taman Medan tengok, dia tidak tahu maksud dia dah tepuk. Maknanya dia yakin dengan Hulu Kelang. Ha, itu bezanya. Maksudnya, kita ini adalah keluarga besar di Negeri Selangor. Kita mahu membina Negeri Selangor yang lebih gagah dan makmur, memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan dalam bingkai kepelbagaian bangsa, budaya dan warisan. Dalam Dewan Yang Mulia ini, saya pernah mengupas peranan BERSATU menggubal satu dasar yang komprehensif untuk menjamin kestabilan dan keharmonian semua rakyat Malaysia iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)2030. Teras WKB adalah agenda ekonomi bumiputera melalui usaha yang bersungguh-sungguh untuk menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan etnik, pembangunan wilayah dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan semua keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan. Yang ini saya bentangkan awal lagi dan inilah satu contoh di mana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan RS-2 mengikuti jejak langkah saya. Ha, ini satu contoh saja Taman Medan di mana Dato’ Menteri Besar menyebut dalam ucapannya, no one will be left behind and no district will be left behind. Inilah tema BERSATU dalam membentangkan dokumen ekonomi pada satu ketika dahulu. WKB

2030 telah dibentang dalam Parlimen, di bahas dan diluluskan dan menjadi teras kepada Rancangan Malaysia ke-12 dan RMK ke-13. Begitu juga RS-2. Saya yakin Kerajaan Negeri bertekad untuk menjamin kesejahteraan semua rakyat Selangor. Membangun sebuah ekonomi yang dinamik dan mampan adalah satu kemestian demi memberi kesejahteraan kepada semua rakyat. Namun, pembangunan tidak hanya dinilai berdasarkan pertumbuhan KDNK semata-mata. Sebaliknya, Kerajaan Negeri mesti mengambil kira petunjuk sosial dan pengagihan ekonomi yang inklusif agar semua rakyat mendapat manfaat dan limpahan ekonomi negeri. Kejayaan sesebuah negeri tidak sekadar bertunjangkan kemapanan ekonomi dan pembangunan fizikal tetapi turut terangkum karamah insaniah, pemerintahan manusiawi dan memenuhi pelbagai tuntutan keadilan, kesederhanaan, progresif dan fokus perbincangan masa depan. Marilah kita melahirkan rakyat Selangor yang tertanam nilai ihsan, rahmah dan kasih sayang. Saya pernah membawa tema ketika saya duduk di sebelah sana iaitu prinsip fastabikul-khairat iaitu kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan di dalam negeri Selangor ini. Selangor mesti tumpu pembangunan yang lestari dan berkualiti. Wujudkan peluang pekerjaan yang berkemahiran untuk anak-anak dan pekerja kita. Bina mereka dengan bakat dan kepakaran bertepatan dengan permintaan teknologi AI, wujudkan lebih banyak perumahan dalam livable city, hapuskan kemurungan dalam keluarga, tarik pelaburan yang berteknologi, pastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, infrastruktur yang baik dan selesa, selesaikan masalah dan insiden banjir kilat di beberapa kawasan hotspot dan jamin keselamatan rakyat dan keluarga.

Tuan Speaker, Selangor mesti memimpin politik nilai, prinsip dan politik yang bermaruah, politik governance yang tinggi, dalam keadaan negeri lain banyak bercakap soal kaum, Selangor banyak bertindak dan memimpin untuk masa depan. Selangor tidak ada ruang untuk politik perkauman yang sempit. Selangor tidak ada ruang untuk politik identiti. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan, bukan lagi soal dasar, bukan lagi soal prinsip, tetapi ada pihak yang dengan izin Tuan Speaker, harbor hatred and racial bigotry, semata-mata ingin mendapat kuasa, culture of fear menjadi asas perjuangan mereka.

Timbalan Speaker

Batu Tiga, bangun nak mencelah.

Alang-alang nak habis ada 3 minit lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, satu minit sahaja.

Yang Berhormat Hulu Kelang, saya sangat bersetuju apabila Yang Berhormat Hulu Kelang sebutkan tentang, Negeri Selangor sepatutnya membawa politik nilai dan governance. Kalau apa Yang Berhormat sebut tentang Negeri Sembilan itu telah pun berlaku dengan keadaan yang tidak dipersetujui sendiri oleh Hulu Kelang, apakah kita boleh sama-

sama membina naratif itu, sebab hari ini kerajaan memainkan peranan itu, sedang kita laksanakan itu, saya percaya usaha untuk melaksanakan politik identiti dan mewujudkan suasana yang tidak baik itu mungkin akan berlaku pada masa akan datang, apakah Yang Berhormat boleh turut bersama kita bawakan naratif yang baik untuk Negeri Selangor.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Batu Tiga, apa juga usaha yang baik untuk membangunkan umat atas prinsip kemakmuran dan keadilan, Hulu Kelang menyokong penuh untuk masa depan.

Tuan Speaker, demi penyatuan Melayu dan ummah, sokong aku, jangan sokong mereka. Ini ayat mereka, kumpulan yang melaungkan penyatuan Melayu, ketuanan Melayu, kumpulan ini juga yang meruntuhkan institusi Melayu, membankrapkan FELDA, merampok simpanan pendeposit Tabung Haji (LTAT) dan terpalit dengan skandal kewangan 1MDB. Hidup Melayu! Keadaan politik bertambah gila apabila ada pula kumpulan yang menghalalkan kleptokrasi, mengiakan keboborakan dengan fatwa baru. Ini adalah proses memperbodohkan rakyat keseluruhannya. Atas nama penyatuan Melayu kononnya, Melayu kini berpecah. Apabila Melayu berpecah, mereka salahkan kaum lain untuk menutup kepalsuan sendiri.

Wahai Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, jangan gundah gulana. Jangan benarkan fahaman ini bertapak di Negeri Selangor. Teruskan langkahmu untuk membangun Negeri Selangor. Anda tidak berseorangan. I’m always here for Selangor. Selangor mesti terus membangun atas nama penyatuan yang membangun, bukan penyatuan yang sarat dengan kepalsuan, fahaman karut dan kepura-puraan yang membawa kehancuran umat dan negara. Saya mahu KDNK Selangor kekal tinggi untuk memastikan limpahan ekonomi dimanfaatkan oleh rakyat Selangor. Komunikasi yang betul dan tepat penting untuk rakyat memahami dan menerima dasar baik Kerajaan Negeri. Tingkatkan penerangan dan unit media Kerajaan Negeri. Saya bersedia untuk menyampaikan fakta ekonomi yang tepat kepada rakyat dalam memastikan kejayaan kita Negeri Selangor yang maju dan makmur.

Amirudin adalah adindaku. Ng Suee Lim adalah sahabatku. Gunaraj George adalah temanku. Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku. Marilah kita bersama wujudkan Selangor. Kak Yam kenalanku. Marilah kita wujudkan Selangor yang semakin sukses dan baik di masa depan. Maju negerinya. Sejahtera rakyatnya. Bersatu kita rakyat Selangor. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan kita sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Petang. Kita sambung semula sesi perbahasan kita pada petang ini mengenai usul yang telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, iaitu usul Rancangan Selangor Kedua 2026 – 2030. Saya mempersilakan Yang Berhormat Ijok untuk teruskan perbahasan.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok berdiri dengan semangat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Kedua RS-2 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada Jumaat lepas.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh misi kedua iaitu pembangunan seimbang dan peluang saksama merentasi daerah khususnya berkaitan mobiliti dan pengangkutan awam. Tuan Speaker, Ijok bukan lagi kawasan luar bandar, luar bandar kecil seperti suatu ketika dahulu, kedudukannya semakin strategik, berhampiran pusat Puncak Alam dan menerima limpahan pembangunan yang pesat. Hari ini, semakin banyak taman perumahan, kawasan industri, pusat logistik, malah pusat data dibangunkan di sekitar Mukim Ijok. Pertambahan penduduk juga semakin ketara, tambahan pula Ijok mempunyai akses kepada dua jalan raya utama iaitu Latar dan WCE, yang menjadikan kawasan ini semakin terbuka.

Namun persoalannya, adakah sistem pengangkutan awam berkembang seiring dengan pembangunan. Ramai penduduk Ijok bekerja di luar Selangor, di luar, antaranya di Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, dahulu pernah ada perkhidmatan bas awam terus dari Ijok ke Kuala Lumpur yang menjadi antara nadi pengangkutan penduduk. Hari ini, perkhidmatan tersebut hampir tiada. Akibatnya, rakyat semakin bergantung kepada kenderaan persendirian, mereka yang tidak mempunyai kenderaan pula terpaksa bergantung kepada ahli keluarga, menunggang e-hailing, dengan kos yang tinggi atau menunggang motosikal dalam jarak yang jauh untuk mendapatkan akses kepada pengangkutan rel.

Tuan Speaker, kalau RS-2 bercakap mengenai peluang saksama merentasi daerah, maka akses kepada mobiliti juga mesti saksama. Sebab itu Ijok mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji perluasan perkhidmatan bas pengantara atau figure yang hubungkan kawasan seperti Parit Mahang, Bukit Badung, Ijok, Bestari Jaya dengan rangkaian MRT yang bersesuaian. Prinsipnya mudah Tuan Speaker, bawalah

pengangkutan awam lebih dekat kepada rakyat, jangan senantiasa rakyat yang terpaksa mencari pengangkutan awam.

Ijok ingin bertanya, dalam pelan induk mobiliti negeri Selangor di bawah RS-2, pertama adakah kawasan Ijok dan kawasan sekitarnya telah dimasukkan dalam perancangan perluasan jaringan pengangkutan awam? Kedua, adakah Kerajaan Negeri telah berbincang dengan Rapid Bas, APAD dan kementerian pengangkutan untuk mengkaji laluan figure yang sesuai? Ketiga, adakah Kerajaan Negeri bersedia mengkaji semula keperluan perkhidmatan bas dari Ijok ke Kuala Lumpur ataupun sekurang-kurangnya menyediakan hubungan yang lebih baik ke rangkaian MRT?

Tuan Speaker, apabila Kerajaan Negeri meluluskan ribuan unit perumahan, kawasan industri dan pembangunan berimpak tinggi, maka perancangan mobiliti awam mesti bergerak seiring dengan pembangunan tersebut. Tuan Speaker, kalau RS-2 benar-benar mahu membawa pembangunan seimbang dan peluang saksama merentasi daerah, maka sistem mobiliti yang baik jangan hanya tertumpu di bandar-bandar utama. Biarlah Selangor mobiliti sampai juga ke Ijok. Ijok tidak meminta semuanya dilaksanakan esok, tetapi berikan kami perancangannya, berikan garis masanya, dan nyatakan bila rakyat Ijok boleh merasai hasilnya. Itulah pembangunan seimbang yang kita mahu lihat daripada RS-2 ini.

Tuan Speaker, seterusnya Ijok ingin menyentuh misi ketiga, negeri penyayang dan berdaya huni, khususnya berkaitan perumahan dan infrastruktur asas di luar bandar. Ijok mengucapkan tahniah atas saranan Kerajaan Negeri yang menyediakan 200,000 unit rumah Selangorku Harapan dan rumah Selangorku Idaman menjelang tahun 2030. Berdasarkan angka yang dibentangkan, sebanyak 64,188 unit telah siap dan 69,014 unit sedang dibina, menjadikan keseluruhannya 133,202 unit. Namun Tuan Speaker, kejayaan dasar perumahan jangan hanya diukur daripada berapa banyaknya rumah yang kita bina, tetapi berapa banyak rakyat yang akhirnya berjaya memegang kunci rumah mereka sendiri.

Mengikut jawapan Kerajaan Negeri pada tahun 2026, masih terdapat 10,643 pemohon rumah Selangorku dalam senarai menunggu. Sebab itu Ijok mencadangkan, supaya Lembaga Perumahan Hartanah Selangor mempunyai satu piagam pelanggan yang jelas. Permohonan yang lengkap mesti mempunyai tempoh pemprosesan dan keputusan yang munasabah. Saya ingin bertanya, apakah sebenarnya tempoh standard daripada seseorang mengemukakan permohonan lengkap sehingga keputusan kelayakan dikeluarkan dan saya ingin mencadangkan, sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat dan disahkan layak diberikan kelulusan kelayakan lebih awal tanpa menunggu sesuatu projek ataupun kuota terlalu lama. Dengan kelulusan awal ini, permohonan, pemohon boleh membuat persediaan kewangan, menyemak kelayakan pinjaman dan menyusun komitmen lebih awal. Janganlah rakyat tertanya-tanya dengan satu perkataan dalam sistem dalam senarai menunggu.

Tuan Speaker, Ijok juga mahu rumah Selangorku diperluaskan dengan lebih agresif ke luar bandar, di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan kawasan luar bandar yang lain. Ramai generasi kedua dan ketiga, kampung telah berkeluarga, tetapi masih meninggal bersama ibu bapa mereka kerana tidak mampu membeli rumah. Mereka tidak semestinya memerlukan rumah yang bertingkat ataupun jenis kondominium, mereka perlukan sebuah rumah yang sederhana di atas tanah yang sesuai dengan harga yang mereka mampu bayar. Justeru itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan konsep rumah Selangorku , rumah Selangorku Desa. Dengan memanfaatkan tanah Kerajaan yang bersesuaian mengikut keperluan setiap daerah.

Malah, satu lagi pendekatan yang boleh dipertimbangkan, skim lot tapak rumah kepada keluarga yang layak, disertai kemudahan pembiayaan sekitar 50,000 hingga 100,000. Rakyat boleh membina secara berperingkat mengikut kemampuan, Kerajaan tidak perlu menanggung keseluruhan kos pembangunan tersebut, manakala anak-anak kampung mempunyai peluang untuk terus tinggal dan membina kehidupan di tempat mereka di besarkan.

Tuan Speaker, dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu melihat penempatan lama yang berada di rizab sungai dan kawasan bagan dan persisiran pantai. Sebahagiannya telah wujud sejak sekian lama, tetapi hari ini kedudukannya boleh menyukarkan kerja-kerja tebatan banjir, penyelenggaraan sungai dan pemulihan rizab sungai. Ijok mencadangkan supaya diwujudkan pelan penempatan semula secara berperingkat dan berperikemanusiaan, bukannya sekadar tindakan pengosongan. Tawarkan rumah Selangorku ataupun kawasan penempatan baharu yang sesuai. Penduduk mendapatkan kediaman yang lebih selamat sementara rizab sungai boleh dikembalikan kepada fungsi asalnya. Inilah yang saya faham sebagai sebuah negeri penyayang dan berdaya huni.

Tuan Speaker, saya juga tertarik dengan hasrat supaya infrastruktur di kampung-kampung turut dipertingkatkan. Saya mahu Kerajaan Negeri melihat satu masalah yang masih membelenggu beberapa kawasan di luar bandar, contohnya di Ijok iaitu bekalan elektrik voltan rendah, dengan izin low voltage. Voltan yang tidak stabil boleh memberi kesan kerosakan peralatan elektrik di rumah, peniaga kecil pula boleh mengalami gangguan operasi dan kerosakan peralatan, akhirnya rakyat yang menanggung kerugian. Hasil perbincangan dan lawatan saya bersama pihak TNB, antara keperluan bagi mengatasi masalah ini ialah penyediaan tapak strategik untuk infrastruktur elektrik, antaranya sekitar antaranya ialah tapak sekitar lima meter kali tujuh meter bagi kemudahan pengagihan yang bersesuaian selain keperluan tapak yang lebih besar bagi infrastruktur bekalan elektrik utama.

Contohnya, di Parit Mahang terdapat keperluan tapak sekitar empat puluh enam meter kali empat puluh enam meter bagi cadangan pembinaan pencawang pembahagian

utama (PPU) atau infrastruktur pembahagian elektrik dan terdapat beberapa tanah Kerajaan yang sebenarnya berpotensi untuk dipertimbangkan. Justeru itu, saya memohon kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, dapatlah apa kiranya bekerjasama dengan pihak TNB mengenal pasti tanah Kerajaan yang sesuai dan mempercepatkan proses kelulusan tapak tersebut. Jangan sampai TNB ada peruntukan dan bersedia untuk membina tetapi projek tertangguh kerana kita gagal menyediakan tanah.

Tuan Speaker, Selangor boleh bercakap tentang Smart State, pusat data industri berteknologi tinggi dan ekonomi masa hadapan tetapi dalam masa yang sama jangan adalah rumah rakyat di kampung yang masih berhadapan dengan masalah voltan rendah. Sebab itu, Ijok ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bersama TNB untuk memperkukuhkan bekalan elektrik di kawasan pinggir bandar dan luar bandar seperti di Ijok khususnya bagi menghadapi pertumbuhan perumahan industri dan pembangunan baharu? Tuan Speaker, bagi Ijok maksud negeri penyayang dan berdaya huni sangat mudah, iaitu rakyat ada rumah mampu milik, kampung mempunyai infrastruktur yang baik, bekalan elektrik stabil, persekitaran selamat dan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

Tuan Speaker, saya seterusnya ingin menyentuh berkenaan dengan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM12 juta dalam belanjawan Selangor 2026 bagi pelaksanaan program tuisyen rakyat Selangor dan program didik kasih yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 140,000 murid di seluruh negeri. Kedua-dua program ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik serta mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan murid. Memandangkan kedua-dua program melibatkan pelaburan kewangan yang besar dan telah dilaksanakan sejak beberapa tahun penilaian keberkesanan secara sistematik amat perlu dan memastikan objektif tersebut benar-benar tercapai. Selain menjadi asas kepada penambahbaikan dasar, penilaian impak juga dapat memastikan setiap peruntukan awam memberi pulangan yang optimum kepada rakyat.

Justeru itu, Ijok juga ingin bertanya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai keberkesanan program tuisyen rakyat ini? Kedua, nyatakan kaedah penilaian yang digunakan bagi mengukur keberkesanan program tuisyen rakyat Selangor. Ketiga, nyatakan dapatan penilaian yang telah diperolehi bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025. Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk kepada Kerajaan Negeri yang akan menubuhkan Majlis Kemahiran Pekerjaan Selangor supaya industri, pihak akademik, penggubal dasar serta pekerja sendiri dapat merangka hala tuju yang adjektif untuk mengatasi isu ketidaksepadanan kemahiran yang wujud pada hari ini.

Tuan Speaker, Selangor terus menarik pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran khususnya kejayaan pelaburan ini bukan sahaja bergantung kepada insentif ekonomi, malah kepada keupayaan negeri

menyediakan bakat tempatan yang memenuhi keperluan industri. Oleh itu, perancangan pembangunan bakat melalui TVET dan pendidikan kemahiran perlu diselaraskan dengan unjuran permintaan tenaga kerja bagi memastikan manfaat pelaburan dapat dinikmati oleh rakyat Selangor.

Ijok juga ingin bertanya, pertama bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan pembangunan bakat melalui TVET, dengan strategik menarik pelaburan dan keperluan tenaga kerja, industri di Selangor? Kedua, apakah Kerajaan Negeri mempunyai unjuran keperluan tenaga kerja bagi sektor strategik sebagai asas kepada perancangan pembangunan bakat dan TVET di Selangor? Jika ada, bagaimanakah unjuran tersebut diterjemahkan ke dalam pewartaan penawaran program latihan dan pendidikan? Ketiga, bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaras peranan institusi TVET, institusi pengajian tinggi dan pihak industri bagi memastikan pembangunan bakat memenuhi keperluan pelaburan strategik di Selangor? Keempat, sebagaimana, sejauh manakah institusi pendidikan tinggi ini bawah Kerajaan Negeri mampu mengambil peluang menerokai ero angkasa dalam keadaan Selangor merupakan negeri terkehadapan dalam aktiviti ero angkasa? Kelima, apakah perancangan UNISEL, UIS dan ekspedisi dalam merangka strategik untuk menyediakan para graduan bagi mengisi lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam rantaian sektor semi konduktor menjelang tahun 2030?

Tuan Speaker, jurang pendidikan antara daerah, walaupun Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia, pembangunan pendidikan tidak semestinya berkembang secara seimbang antara semua daerah. Perbezaan dari segi akses kepada program pendidikan berkualiti, kemudahan pembelajaran, peluang penyertaan, program STEM dan TVET serta penyampaian akademik boleh mewujudkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar. Jurang ini berpotensi menjejaskan prinsip kesamarataan pendidikan serta peluang murid untuk mencapai potensi mereka tanpa mengira lokasi. Sehubungan itu, pendekatan pembangunan pendidikan yang lebih besar berdasarkan keperluan setiap daerah amat penting bagi memastikan semua murid di Selangor mendapat akses kepada peluang pendidikan yang berkualiti. Ijok juga ingin bertanya apakah strategi Kerajaan Negeri bagi mengurangkan jurang pendidikan antara daerah di Selangor serta memastikan akses pendidikan yang lebih saksama kepada semua murid?

Tuan Speaker, UNISEL merupakan universiti milik Kerajaan Negeri Selangor yang berperanan penting dalam pembangunan modal insan negeri. Dalam landskap pendidikan negeri, dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, kecemerlangan sebuah universiti lazimnya dinilai melalui pelbagai indikator seperti kualiti akademik, keboleh pasaran graduan, penyelidikan, jaringan industri serta pengiktirafan dalam sistem penarafan antarabangsa seperti QS World University Rankings dan Time Higher Education (THE).

Sebagai institusi yang menerima sokongan dan pelaburan berterusan daripada Kerajaan Negeri, UNISEL wajar mempunyai aspirasi yang jelas untuk meningkatkan daya saing serta memperkukuhkan reputasi akademiknya. Cadangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Majlis Kemahiran Pekerjaan Selangor dan Selangor University Network Council seharusnya menjadi platform penting yang perlu dimanfaatkan oleh UNISEL dalam menyediakan tenaga kerja yang sesuai kepada pihak industri. Oleh itu, adalah amat penting untuk pengurusan UNISEL memahami, menghayati dan pergerakan seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam merancakkan lagi perkembangan industri di Selangor lebih-lebih lagi ia merupakan satu-satunya universiti industri di Malaysia.

Ijok juga ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukan UNISEL dalam penarafan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa? Jika ya, apakah sasaran tersebut? Apakah indikator prestasi utama yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menilai kecemerlangan dan daya saing UNISEL sebagai universiti milik negeri? Apakah strategi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan daya saing UNISEL agar setanding dengan institusi pengajian tinggi yang cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa? Keempat, sejauh manakah UNISEL berjaya memanfaatkan kewujudan pelbagai industri yang telah sekian lama melabur di Negeri Selangor terutamanya dari segi jalinan kerjasama, kepakaran mahupun inovasi? Yang terakhir Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada ketahanan iklim dan pengurusan bencana dan menarik perhatian kepada Kerajaan Negeri terhadap isu Urban Heat Island (UHI) atau pulau haba bandar yang semakin ketara di Selangor.

Tuan Speaker, apabila kawasan bandar dipenuhi dengan konkrit, permukaan berturap manakala kawasan hijau semakin berkurangan, suhu bandar makin meningkat, tanah kehilangan keupayaan menyerap air dan akhirnya meningkatkan risiko banjir kilat apabila hujan lebat berlaku. Justeru itu, selain membina longkang, kolam takungan dan tebatan banjir Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian kepada nature based solutions atau penyelesaian berasaskan alam semula jadi. Antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah memperluaskan kawasan hijau bandar melalui penanaman pokok, pemulihan tanah, kawasan tadahan semula jadi green roof dan vertical green. Ini bukan sahaja menyejukkan bandar malah meningkatkan resapan air hujan dan mengurangkan aliran permukaan.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri memperkenalkan Miyawaki Forest Method iaitu kaedah membangunkan hutan mini menggunakan spesies tempatan yang mampu tumbuh dengan cepat, menurunkan suhu persekitaran, meningkatkan diversiti dan membantu menyerap penyerapan air hujan. Kaedah ini sesuai dilaksanakan di tanah rizab kerajaan, kawasan lapang PBT, kawasan industri dan rizab sungai. Negara seperti Singapura telah membuktikan bahawa pelaburan dalam penghijauan bandar melalui green roof vertical green dan penanaman pokok

secara sistematik berjaya mengurangkan kesan Urban Heat Island serta menjadikan bandar lebih selesa dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah Selangor mempunyai dasar ataupun pelan tindakan khusus bagi menangani Urban Heat Island melalui penambahan kawasan hijau bandar? Kedua, adakah Kerajaan Negeri bercadang memperkenalkan green roof dan vertical green sebagai syarat ataupun intensif bagi pembangunan baharu?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Adakah Kerajaan Negeri bersedia..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat. Landing ya?

Sikit lagi. Adakah Kerajaan Negeri bersedia melaksanakan projek perintis hutan Miyawaki di bawah PBT sebagai sebahagian daripada strategi mitigasi banjir dan perubahan iklim? Adakah amalan penyelenggaraan landskap oleh PBT akan dikaji semula supaya lebih menumpukan kepada fungsi ekologi dan resapan air bukan sekadar aspek kosmetik? Tuan Speaker, saya percaya jika benar-benar mahu mengurangkan banjir di bandar kita bukan sahaja perlu membina lebih banyak saliran tetapi kita perlu banyak kawasan hijau. Setiap pokok yang ditanam hari ini bukan sekadar memberi teduhan malah menjadi sebahagian daripada sistem tebatan banjir, pelaburan bagi masa depan Selangor. Tuan Speaker, sikit lagi Tuan Speaker. Yang terakhir.

Timbalan Speaker

Penutup teruslah Yang Berhormat.

Tinggal satu helai lagi.

Timbalan Speaker

Okay.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

30 saat Yang Berhormat.

Sikit lagi Tuan Speaker. Pada sesi Dewan yang lepas, Ijok telah membangkitkan berkenaan dengan make room for river iaitu beri ruang kepada sungai untuk berlimpah secara terkawal di rizabnya. Kembalikan fungsi rizab, sungai dan nature based solutions atau penyelesaian berasaskan alam semula jadi. Ijok ingin bertanya, apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kembalikan rizab Sungai Buloh? Ijok melihat timbunan sampah masih berkekalan dan memenuhi rizab sungai. Yang kedua, adakah

Kerajaan Negeri tidak boleh merampas tanah-tanah ini untuk dikekalkan menjadi rizab sungai yang boleh berfungsi mengurangkan risiko banjir?

Tuan Speaker, yang terakhir, Ijok dimaklumkan bahawa RTB Sungai Buloh Fasa 2 telah diluluskan dengan jumlah projek bernilai RM44 juta. Justeru itu, sebelum kerja-kerja reka bentuk ini dijalankan Ijok berharap sangat-sangat beberapa perkara yang Ijok ingin kongsikan diberi perhatian.

Pertama, Ijok ingin memberi cadangan. Pertama, naikkan taraf ban di jajaran sebelum jambatan Bukit Mayong yang menjadi salah satu punca air masuk ke kawasan Ijok.

Yang kedua, tambah log bom di beberapa lokasi di hulu atau di anak sungai agar bebanan sampah tidak tertumpu di kawasan Ijok.

Yang ketiga, tolong ambil kira keseluruhan sumbangan air bukan sekadar dari hulu tetapi juga daripada pembangunan di Puncak Alam, Tasik Puteri, Caledonia serta pembangunan baharu di sekitarnya.

Yang keempat, pulihkan rizab sungai di kawasan sampah haram sebagai zon penampan air.

Yang kelima, laksanakan libat urus yang menyeluruh bersama penduduk setempat sebelum reka bentuk dimuktamadkan. Jangan syok sendiri. Saya mengharapkan konsultan yang dilantik ini ambillah kira pandangan orang-orang kampung, mangsa-mangsa banjir. Rajin-rajinlah turun ke site untuk terima pandangan orang kampung supaya masalah ini tidak berulang. Harapan saya RTB Sungai Buloh Fasa 2 menjadi penyelesaian yang lebih menyeluruh, mampan dan benar-benar memenuhi keperluan rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Sekarang giliran Yang Berhormat Dusun Tua.

Speaker.

Timbalan Speaker

15 minit ya, Yang Berhormat.

Lebih kurang 15 minit. Bismillah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Tuan Speaker, Dusun Tua bangun untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Rancangan Selangor Kedua 2026 – 2030 berserta Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Rancangan Selangor Kedua ini digubal dengan kesedaran. Ia bukan sekadar sumbangan RS-1 tapi satu penjelasan dasar yang lebih matang tentang bagaimana Kerajaan Negeri mahu menterjemahkan falsafah keadilan kepada dasar yang boleh dirasai daripada bayaran sewa rumah kepada tambang bas

kepada peluang pekerjaan anak muda dan juga apabila RS-1 dibentangkan sebelum ini dunia sedang bergelut dengan kesan perang dan lonjakan harga makanan asas.

Namun, dalam suasana yang mencabar itu nilai ekonomi Selangor tetap berjaya meningkat sebanyak RM133.3 bilion iaitu pertumbuhan 28.97% sepanjang tempoh RS-1. Daripada 16 indikator utama yang ditetapkan, sembilan telah berjaya dilepasi. Pertumbuhan KDNK mencapai 7.5% secara konsisten melebihi sasaran asal 6.5 hingga 7.0%. Pendapatan median isi rumah Selangor turut melepasi sasaran mencecah 10,726 sebulan berbanding sasaran 9,290. Lebihan hampir 1,500 sebulan yang dirasai secara langsung oleh keluarga di negeri ini. Kadar kemiskinan relatif turut berjaya dikurangkan daripada 8.5% dan Skim Jaringan Air Mentah yang direncanakan dalam RS-1 telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya menjadikan 2025 tahun pertama dalam sejarah Selangor tanpa gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai.

Tuan Speaker, kita juga mengakui bahawa tujuh petunjuk lain masih belum mencapai sasaran termasuklah kualiti udara, kadar kitar semula dan kadar kemiskinan mutlak. Kejujuran ini penting kerana ia menunjukkan bahawa RS-2 bukan dokumen yang mengagungkan pencapaian semata-mata tetapi satu pelan yang belajar daripada kelemahan untuk terus diperbaiki. Kadar kemiskinan yang ada khususnya dalam kawasan Dusun Tua merujuk kepada laporan dalam Mesyuarat Fokus Grup bersama Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat menunjukkan masih terdapat golongan rentan yang sangat memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan kehidupan mereka. Selangor terus bangkit dengan insentif kepada rakyat seperti Baucar Kita Selangor (BKS), BINGKAS, Bantuan Makanan Sekolah, Mama Kerja dan beberapa insentif tambahan yang dapat memberi kelegaan poket rakyat di kala ini.

Tuan Speaker, Dusun Tua ingin menyentuh beberapa perkara penambahbaikan sistem pengangkutan awam menerusi Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor. Dengan sasaran meningkatkan penggunaan pengangkutan awam daripada 40% kepada sekurang-kurangnya 60% amat saya sokong. Dusun Tua ingin memohon laluan daripada Batu 9 Cheras sehinggalah ke Pangsun. Ini agar dapat ditambah keperluan bas. Ini kerana golongan yang memerlukan terdiri daripada golongan B40 ke bawah. Para pelajar sekolah yang terkesan akibat kenaikan harga tambang bas yang menggunakan khidmat pengangkutan awam, bas awam, ketika ini, laluan bas sedia ada tidak mampu menampung keperluan pengguna sasaran.

Saya sangat berharap perkara ini dapat diperhalusi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana aduan melibatkan para pelajar yang sering terlewat untuk ke sekolah dan lewat pulang ke rumah akibat kekurangan khidmat bas awam ini sangat membimbangkan. Jika kita menyentuh isu keselamatan anak-anak ini, bayangkanlah mereka terpaksa menunggu bas sehingga lewat petang dan sampai ke rumah pada hampir jam 8.00 malam pada setiap hari. Keadaan ini menimbulkan keresah ibu bapa

yang memikirkan soal keselamatan anak mereka. Namun, mereka terpaksa memilih pengangkutan bas awam akibat faktor kenaikan tambang bas persekolahan.

Tuan Speaker, seterusnya izinkan saya menyentuh perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkenaan kos sara hidup, perumahan mampu milik, kesihatan awam dan kesejahteraan warga emas. Sasaran pembinaan hampir 200,000 unit Rumah Selangorku menambah penambahan unit Skim Smart Sewa kepada 3,000 unit serta pembangunan indeks kehidupan bermaruah Selangor adalah antara usaha konkrit untuk memastikan kemajuan ekonomi turut dirasai dari segi kualiti hidup harian.

Dusun Tua sangat positif dengan cadangan ini kerana dengan sokongan bantuan ini dapat memberi sedikit harapan, kelegaan kepada warga Selangor yang ingin memiliki rumah idaman pertama mereka dengan harga yang mampu milik. Sejajar dengan arus semasa, cadangan penubuhan Majlis Kemahiran Pekerjaan Selangor dilihat signifikan bagi menangani jurang antara kemahiran graduan dengan keperluan industri terutamanya dalam era kecerdasan buatan yang mengubah bentuk pasaran kerja amat membantu golongan graduan yang masih lagi mencari peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Tuan Speaker, projek infrastruktur banjir yang komprehensif termasuk Selangor Flood Mitigation Plan adalah relevan kepada kawasan-kawasan yang kerap terjejas akibat banjir kilat. Dusun Tua berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam melihat kawasan yang kerap terkesan akibat banjir ini seperti Kampung Dusun Tua, Sungai Lui, Pekan Batu 18, Dusun Nanding, Sungai Serai, Kampung Batu 10. Satu rangka pembaikan secara quick win yang melibatkan kawasan ini juga dilihat mampu membantu mengurangkan kesan banjir yang bakal merosakkan harta benda penduduk.

Tuan Speaker, sesungguhnya musibah ini adalah ujian daripada Allah, Tuhan yang maha esa, namun kita sebagai pelaku kepada alam ini juga mencari dan cuba menyelesaikan masalah akibat banjir ini adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama. Tuan Speaker, banjir besar pada tahun 2021, masih lagi memberi impak kepada geografi dan kerosakan infrastruktur khususnya di Dusun Tua. Jambatan, kemudahan jalan, saliran air, sistem perparitan, aset kemudahan awam, mahupun kediaman penduduk masih banyak dan perlu diperhatikan untuk dinaik taraf dan juga dibaik pulih.

Menyentuh soal ini, Dusun Tua ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar agar kemudahan di pusat pemindahan sementara PPS yang menempatkan mangsa bencana alam ini dapat dinaik taraf dan di selenggara dengan baik demi keselesaan bersama. Seperti yang kita tahu PPS ini merupakan kawasan sekolah awam dan juga mereka berkongsi fasiliti yang sama bagi kegunaan pelajar sekolah dan mangsa bencana ini. Namun begitu, keselamatan dan keselesaan

bangunan dan fasiliti ini amat perlu dititik beratkan bagi memastikan semua PPS ini berada dalam bersiap sedia menerima apa jua bentuk keadaan mangsa pada bila-bila masa.

Saya baru pergi ke Sekolah SK Sungai Serai minggu lepas. Dan selepas perasmian program saya dibawa oleh guru-guru dan inilah salah satu sekolah yang ada di PPS yang berhampiran dekat tempat selalu banjir iaitu di Sungai Serai, iaitu SK Sungai Serai ini. Saya terkejut melihat bumbung PPS ini dah hampir nak roboh, so beberapa agensi dah hadir tetapi masih tidak dibaiki sampai hari ini. Saya risau mungkin dalam 3 bulan, 4 bulan lagi musim mungkin bertukar musim tengkujuh, jadi kalau PPS ini hendak dilakukan untuk buat pemindahan, manakah tempat orang-orang khususnya Dusun Tua serta Kampung Sungai Serai yang berdekatan, mana tempat PPS yang nak pergi kalau siling bumbung ini roboh. Jadi saya rayu Kerajaan Negeri supaya dapat pertimbangkan untuk menaik taraf PPS ini dengan kadar yang segera.

Tuan Speaker, Dusun Tua melihat program PLATS Growth dan U-PLATS wajar diperluaskan capaiannya kepada peniaga kecil dan usahawan mikro di kawasan luar bandar dan separa bandar supaya manfaat pertumbuhan ekonomi negeri bukan sekadar tertumpu di pusat bandar. Baru-baru ini Dusun Tua telah menerima rintihan keluhan para peniaga kecil yang terkesan dengan beberapa isu seperti masalah tapak perniagaan, masalah kiosk PBT yang dilihat kurang efisien. Kiosk ini panas pun terik, dia zink dan rendah dan juga kalau musim hujan air pun boleh masuk dalam itu, saya pun dah melihatnya. Dan akibat para peniaga ini terus dibelenggu dengan tanggungan kewangan, bayaran bulanan sewaan tetapi bergelut juga dengan kaedah mencari pelanggan untuk hasil jualan mereka.

Dusun Tua ingin mencadangkan sekiranya pihak agensi terlibat dapat mencari satu usaha alternatif agar golongan peniaga ini dapat berniaga secara sah, pemberian lesen dan penempatan tapak perniagaan yang sesuai sangat penting agar tidak wujud peniaga jalanan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jika faktor ini dapat dipertimbangkan, Dusun Tua yakin pencapaian hasil PBT atau agensi terlibat juga akan bertambah dan masalah yang acap kali sering dibangkitkan dapat diselesaikan satu persatu.

Dan saya juga menyeru kepada pihak PBT jika ingin melakukan operasi-operasi tentang gerai-gerai ini, biarlah ada notis yang sempurna. Baru-baru ini terdapat aduan di Hulu Langat khususnya perobohan gerai-gerai kecil ini, setengah saya rasa dah viral dah, telah pun kena ambil 40 biji dan diharamkan makan katanya, ini berlaku di Hulu Langat. Jadi saya rayulah kepada agensi PBT, mana sesuai dengan RS-2 ini, kita nak memastikan Selangor ini maju dan kesempitan rakyat nak meniaga secara kecil-kecilan ini dibagilah lesen yang sebenar-benarnya mereka boleh meniaga. Mereka nak meniaga. Jadi saya rayu supaya notis yang proper selepas ini perlulah dibagi. Perobohan ini juga berlaku hingga ke waktu malam, satu kejutanlah pada peniaga-peniaga kecil ini.

Tuan Speaker, Dusun Tua berterima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui program yang dijalankan seperti Rumpun Selangor yang telah membawa Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor ke Dusun Tua baru-baru ini. Seiring dengan kedudukan Dusun Tua yang hampir dengan Lembah Klang, pembangunan dan juga kemajuan infrastruktur perlu selari agar keseimbangan dapat dimanfaatkan bersama. Dalam siri lawatan ini, beberapa isu seperti naik taraf dan pembaikan Hutan Lipur Sungai Gabai di mana Hutan Lipur Sungai Gabai ini digazetkan dalam Geopark Selangor. Selain daripada Gombak, Hulu Langat ada Hutan Lipur Sungai Gabai ini masuk, capaian jaringan jalan raya dan usaha menaik taraf Dusun Tua sebagai satu hub agro pelancongan semakin menampakkan hasilnya. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas-atas inisiatif tersebut.

Namun begitu, isu permasalahan sampah di kawasan kampung, dilihat masih lagi belum dapat ditangani dengan berkesan. Dusun Tua berharap satu pelan khas berkenaan dengan perkara ini dapat dirangka dengan segera, isu sampah ini semakin kritikal kerana Dusun Tua merupakan kawasan agro pelancongan tetapi masalah pembuangan sampah secara tidak sah dilihat masih berleluasa. Penguatkuasaan yang tegas perlu diambil agar pihak ini tidak sewenang-wenangnya memandang enteng pada undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Terutamanya kawasan-kawasan yang perlu saya sebutkan di sini iaitu yang kritikal sangat jalan pun dah hancur, depan masuk pintu kampung iaitu Kampung Haji Palil, di sebelah KTBN.

Dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, aduan saya diterima dan satu bajet yang saya difahamkan dah diturunkan kepada KDEB atau PBT saya tak pasti, ianya untuk permohonan saya ini untuk menaik taraf pelupusan sampah atau pun mengurus sampah kawasan kampung. Tetapi perkara ini bajet dah turun, perkara ini tak selesai. Kampung Haji Palil ini khususnya penduduknya memang merayu, fasal pintu masuk kampung itu dekat situlah tempat membuang sampah dan bila lori licik ini merosakkan jalan ini dan air bertakung dan jadi menjejaskan imej kampung bau busuk dan sebagainya. Saya harap kepada seterusnya pihak PBT atau pun KDEB dapat merancang menyusun kerana bajetnya telah diturunkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun lepas. Jadi saya rayulah untuk selesaikan masalah Kampung Haji Palil ini.

Tuan Speaker, saya berkeyakinan Rancangan Selangor Kedua ini dapat dilaksanakan dengan bersyarat. Semua agensi dapat disepadukanlah, jika ada isu-isu di kawasan daerah tertentu dapatlah duduk bincang dengan segera. Isu yang saya hendak bangkitkan iaitu tentang isu anjing liar. Saya harap PBT atau pun Pejabat Daerah dapat merancang, ada contoh-contoh di Melaka yang proper, anjing liar ini dah pun menggigit kepala, berjahit, ibu-ibu, anak-anak jadi isu ini dah berleluasa. Kalau kita ambil tindakan video gambar, macam-macam. Jadi apa usaha ini saya harap agensi dapat melakukan sesuatu, bincanglah dengan baik, kita dapat mengatasi masalah

anjing liar ini yang mana ibu-ibu, keluarga anak-anak ini takut, takut untuk pergi ada kedai runcit, depan kedai runcit pun ada, tengah malam di bawah flat pun ada.

Jadi saya haraplah kepada pihak berwajib dapat mengatasi masalah anjing liar ini. Saya berkeyakinan Rancangan Selangor Ke-2 disokong oleh Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor adalah kompas yang tepat untuk membawa Selangor melalui cabaran global masa kini sambil turut memastikan rakyat mendapat manfaat sebaik mungkin. Tuan Speaker, saya menyokong usul Rancangan Selangor Ke-2 2026 hingga 2030 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Dusun Tua. Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah merancang dan melancarkan Rancangan Selangor Ke-2 negeri satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai rancangan berstruktur sepanjang tempoh 5 tahun. Dan saya harap negeri-negeri lain di Malaysia pun boleh ambil contoh daripada Negeri Selangor dan ikut teladan ini.

Saya sangat mengalu-alukan 98 inisiatif yang terkandung di dalam buku ini, walaupun mungkin info grafik-info grafik yang ada di WhatsApp, di laman web dan di sosial media tidak menggambarkan keseluruhan inisiatif dan Rancangan Kerajaan Negeri Selangor, saya harap rakyat boleh ambil sedikit masa untuk melihat 98 inisiatif yang ada di sini yang rata-ratanya baik dan membawa kebaikan kepada penduduk Negeri Selangor.

Pada petang ini saya ingin mengulas beberapa inisiatif yang dicadangkan. Saya tidak akan menyentuh kesemua 98 inisiatif, hanya saya target untuk ulas 6 daripada inisiatif tersebut. Dan saya juga ingin bawa cadangan untuk 4 inisiatif tambahan supaya membawa kemakmuran kepada Negeri Selangor. Untuk yang pertama, kita rujuk kepada misi pertama memacu kepimpinan Selangor dari segi ekonomi. Saya menyokong target Kerajaan Negeri Selangor supaya pertumbuhan KDNK sebanyak 6.1% untuk 5 tahun ini. Ini adalah satu angka yang munasabah, boleh dicapai dan juga cukup ambition dengan izin supaya kita dapat melonjakkan ekonomi Negeri Selangor ke hadapan selepas 5 tahun pasti kita akan rasai satu perbezaan dan satu peningkatan jika kita betul-betul boleh mencapai 6.1% secara konsisten.

Saya ingin mencadangkan pada hari ini, ini cadangan baru untuk mewujudkan satu EXCO Pembangunan Ekonomi. Di negeri Selangor ini kita ada 10 EXCO untuk membantu Menteri Besar tetapi kita ada EXCO Pelaburan, tetapi kita belum ada satu EXCO Pembangunan Ekonomi. Kalau kita nak serius untuk target pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat ini, saya cadang kita ada satu EXCO yang fokus

khususnya kepada semua inisiatif-inisiatif yang perlu berjaya supaya pertumbuhan ekonomi 6.1% ini dapat di capai. Dia tak boleh jadi kerja part time, dia kena jadi satu kerja fokus dan full time oleh seorang Ahli MMKN.

Jadi saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pilihlah mana satu, mungkin Kinrara yang paling sesuai dan hendak pilih Bukit Gasing pun boleh, saya kena belajar daripada Hulu Langat ini Parlimen. Kalau dia cadangkan satu jawatan, dia tawarkan diri dia. Hari ini saya bukan tawarkan diri saya kalau mana-mana satu dipilih, itu tidak ada masalah tetapi yang penting seorang dipilih supaya fokus dia ada. Fokus dia ada, saya rasa semua Ahli MMKN kita cukup berkaliber, so bukan pentingnya siapa yang dipilih tetapi pentingnya seorang dipilih, jangan diberi portfolio ini auto pilot dengan izin.

Saya ingin, saya menyambutlah dia ada cadangan-cadangan untuk Timbalan EXCO nanti dalam ucapan, tolong bangun dan sebutlah kalau hendak bangun dan sebut. Ok, tetapi kita masuk kepada inisiatif-inisiatif yang pertama yang saya hendak ulaskan ialah Subang Airport Regeneration Plan. Saya menyambut baik cadangan ini memang rakyat yang tinggal berhampiran dengan Subang Jaya, Petaling Jaya dan di DUN Bukit Gasing akan menghargai satu lapangan terbang yang lebih dekat yang lebih dekat dengan Pusat Ekonomi dan ini akan menyenangkan urusan-urusan di Ibu Kota dan menyenangkan urusan berjalan daripada negeri-negeri lain di Malaysia ke Kuala Lumpur.

Akan tetapi kita perlu satu perubahan yang drastik daripada apa yang ada pada masa ini. Satu kapal terbang jet yang berterbang setiap satu jam memang tidak boleh jadi standard. Kita perlu membenarkan kekerapan yang lebih frequence, jika tidak ada economic of skills, jika Air Asia hanya dibenarkan berlepas setiap satu jet, setiap satu jam, pasti dia tidak menarik kepada operator untuk pindah daripada KLIA ke Lapangan Terbang Subang. Jika kita nak serius, terminal yang sedia ada, Terminal Skypark ini pun terlalu kecil. Tak dapat menampung bilangan gate yang mencukupi untuk operasi ini. Laluan train yang sudah wujud ke Lapangan Terbang Subang dah tak frequent dan tak operate. Kalau kita nak dia operate semula, kita perlu penumpang yang lebih banyak. Jadi jika kita serius, saya harap Kerajaan Negeri akan usahakan supaya frekuensi kapal terbang ini ditingkatkan dan kita bagi facilitation yang mencukupi supaya syarikat-syarikat penerbangan kembali ke Lapangan Terbang Subang.

Stesen Komuter yang ada di Lapangan Terbang ini perlu dihidupkan semula dan tempat letak kereta yang berdekatan dengan stesen ini boleh dijadikan hab pengangkutan. Cukup maklum di sekeliling kawasan Lapangan Terbang Subang ini, satu pembangunan perumahan yang pesat. Saya harap Seri Setia duduklah MMKN, ini kawasan kamu, bersebelahan kawasan kamu, tolong bangkitkan.

Kita hendak majukan satu hab pengangkutan di sana. Bukan sahaja kapal terbang di sana, tetapi boleh jadi hab bas dan hab pengangkutan untuk bahagian serantau di

sana untuk kawasan Ara Damansara ke Kampung Melayu Subang sehingga ke Seksyen U5, Shah Alam, kawasan itu berpotensi. Laluan train yang sampai ke sana tak harus henti di sana, laluan bas, mungkin 10 laluan bas boleh keluar daripada hab tersebut kepada semua kawasan persekitaran. Jadi saya harap inisiatif ini diambil serius bukan setakat kita buat sesuatu atas tajuk, tetapi nampak hasil itu perlu.

Yang kedua, ekonomi kreatif. Saya juga amat tertarik nak ingin tahu siapa Ahli EXCO yang akan terlibat untuk menjaga cadangan ekonomi kreatif. Saya menyokong inisiatif untuk memberikan tumpuan kepada ekonomi kreatif. Di mana zaman automasi sekarang semakin meningkat, semakin kurang pekerja di perlukan di kilang, semakin kurang pekerja diperlukan di sektor servis, kita harus memberi tumpuan kepada ekonomi penjagaan dan ekonomi kreatif.

Ekonomi kreatif adalah nadi hidup kita, it is a soul of our live. Kita perlu entertainment, kita perlu entertainment yang healthy. Bukan entertainment yang bukan-bukan, tetapi entertainment yang healthy ini pun perlu dibangunkan. Ekosistem yang bersesuai diperlukan dan ini adalah kenapa saya cakap, satu EXCO khusus untuk pembangunan ekonomi adalah penting supaya boleh memberi tumpuan yang khusus untuk semua isu-isu ini supaya ekonomi betul-betul melonjak ke hadapan.

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri kalau boleh huraikan apalah rancangan Kerajaan Negeri untuk cukai hiburan. Kerana cukai hiburan sering menjadi rungutan, di mana cukai hiburan ini menyusahkan artis tempatan. Artis tempatan yang tidak untung besar, ini bukan Taylor Swift. Taylor Swift datang ambillah cukai hiburan daripada dia. Kalau pawagam tunjuk Spiderman, ambillah cukai hiburan daripada mereka. Tetapi untuk artis tempatan kita kena fikirkan semula, adakah wajar kita kenakan cukai hiburan 25% ke atas mereka. Saya harap Kerajaan Negeri boleh huraikan dalam penggulungan nanti. Saya harap kita juga boleh permudah kan urusan pembayaran cukai hiburan, di mana tidak perlu bayar cukai hiburan sebelum acara itu dilangsungkan. Ini menjejaskan cash flow mereka jika mereka perlu bayar duti hiburan lebih awal sebelum tiket dijual. Tapi jika mereka boleh bayar selepas tiket dijual, ini akan membantu industri ini. Jadi saya harap boleh dengar ulasan Kerajaan Negeri, siapa yang akan ambil, lead untuk membangunkan ekonomi kreatif. Apa sasaran untuk membangunkan ekonomi kreatif?. Apakah garisan benchmark hari ini dan kita nak tumbuhkan dia berapa besar?. 3 kali ganda, 5 kali ganda atau mungkin 20% kali ganda. Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh bagi sedikit pencerahan di dalam Dewan yang mulia ini.

Cadangan baru saya, ialah pertanian teknologi tinggi. Saya perhatikan kita tak memberi tumpuan di dalam dokumen RS-1 ini untuk pertanian teknologi tinggi dan saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri juga memberi fokus terhadap pertanian teknologi tinggi. Kita perlu menarik generasi muda dan syarikat pemula Agritech startups. Kalau tengok negara yang tak ada tanah seperti Singapura pun menarik syarikat Agritech dan saya rasa cukup masanya Selangor memberi satu tumpuan

yang khusus, kita mempunyai satu keseimbangan yang cukup cantik. Tanah pun ada, bukan dia tak ada tanah, mungkin tak ada tanah yang beribu-ribu hektar seperti Kelantan. Tetapi tanah pun cukup banyak dan cukup dekat dengan Pusat Bandar di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana anak muda dan teknologi dan dunia kewangan ada.

Dengan kita boleh mencantumkan kedua-dua ini, saya harap Negeri Selangor menjadi pemacu kepada syarikat Agritech, syarikat pemula, syarikat startups dalam bidang teknologi pertanian untuk mengembangkan sektor pertanian. Pertanian hari ini hanya 1% daripada GDP Selangor. So, Sekinchan mungkin bangga kebanyakannya datang daripada kawasan Sekinchan. Tetapi bukan sahaja Sekinchan boleh maju dari segi pertanian, pertanian yang mempunyai produktiviti yang tinggi boleh wujud di seluruh Selangor. Kita cukup banyak tempat, cukup banyak tanah. Saya harap juga Kerajaan Negeri boleh melantik satu agensi untuk menjadi agensi yang bertanggungjawab untuk menjadi matching partner untuk tanah yang kosong. Kebanyakan tanah kosong ini mungkin jadi pemilik peribadi ataupun pemilik individu. Tetapi kadang-kadang tanah kosong ini adalah tanah milik agensi kerajaan atau GLC.

Jadi, satu agensi boleh menjadi matching agency untuk kumpulkan semua tanah kosong ini, iklankan keluar, tarik pelabur, tarik petani datang dan memulakan pertanian. Jangan biar tanah itu ada semak samun dan lalang. That’s is not productive. Jadi, demi memacu pertumbuhan ekonomi di satu lagi arena tanpa ganggu industri dan servis di mana kita fokus kita juga boleh bangunkan sektor pertanian moden.

Yang kedua ialah ekonomi syarikat pemula. Saya cadang Kerajaan Negeri mengambil satu pendirian untuk menarik syarikat pemula untuk bertapak di Negeri Selangor. Jika kita tengok di dunia ini, kita bukan top ten, di mana kita menarik ekosistem syarikat pemula, syarikat startups. Kalau tengok syarikat startups di Selangor yang sudah menjadi sangat besar, syarikat Grab bermula di Selangor tetapi berhijrah ke Singapura. Sekarang saya harap Kerajaan Negeri Selangor untuk Rancangan Selangor Kedua ini, untuk 5 tahun ini 2026 hingga 2030 mengambil satu pendekatan yang serius untuk menjadi magnet untuk menarik syarikat pemula daripada seluruh rantau Asia untuk datang bertapak di Petaling Jaya, datang bertapak di Negeri Selangor. Saya harap kita mengukur usaha kami berbanding dengan negeri-negeri lain di dunia ini yang menjadi negeri top ten untuk menarik syarikat pemula. Tempat seperti Boston, tempat seperti Singapura dan sebagainya kita harus bersaing dengan mereka.

Antara satu faktor yang penting untuk menarik mereka ialah kita kena menarik syarikat VC untuk datang bertapak di Malaysia. Syarikat VC yang operate venture capital yang melabur duit di dalam syarikat ini kebanyakan semua di Singapura, di Hong Kong, di Jepun, di Korea Selatan. Kita kena tarik mereka untuk buka satu cawangan di Petaling Jaya untuk mereka melabur dalam syarikat pemula di Malaysia dan juga syarikat

pemula di Cambodia, di Myanmar, di Thailand, kita tarik mereka semua bertapak di Petaling Jaya. Saya hari ini menjadi satu ADUN Bukit Gasing untuk promosikan Petaling Jaya. Petaling Jaya, Bandar yang paling bahagia, Datuk Bandar kita kerap bercakap. Jadi saya harap cadangan menarik ekonomi pemula ini menjadi sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk 5 tahun yang akan datang.

Seterusnya, saya ingin melihat misi kedua pembangunan seimbang dan peluang saksama merentasi daerah terutamanya Cadangan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor. Saya sangat-sangat mengalukan. Saya memang suka sangat mobiliti, saya memang suka sangat pengangkutan awam dan saya gembira dengar Kerajaan Negeri hendak memacu penggunaan pengangkutan awam ke hadapan.

Saya cadang supaya kita boleh capai sasaran ini, satu agensi khusus, harus dibentuk untuk menjaga pengangkutan awam. Kalau kita nak 60%, kita nak 60% rakyat Selangor menggunakan pengangkutan awam, ia memerlukan satu perkhidmatan yang jauh lebih luas daripada perkhidmatan yang ada sekarang. Untuk perkhidmatan yang jauh lebih luas, kita perlu satu agensi yang fokus untuk merancang dan untuk bekerja ke arah menambahkan perkhidmatan bas, perkhidmatan DRT dan juga perkhidmatan train ataupun perkhidmatan MRT dan LRT tambahan. Untuk merancang semua ini, saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan satu Perbadanan Pengangkutan Awam Selangor.

Betul, kalau kita nak bayar semua mungkin tak mampu di sini, Kerajaan Negeri, Agensi Perbadanan baru ini harus berunding dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat melabur duit yang mencukupi supaya pengangkutan awam yang sempurna dapat dilaksanakan. We are not get 60% just by wishing it. Kalau dulu Hulu Kelang pun kata dia nak 60%, dia cakap, tapi lepas 5 tahun tak buat, tak sampai. Saya harap dalam 5 tahun ini kita tak pakai resepi yang sama. Betul kita mempunyai azam tersebut tetapi selepas itu kita perlu ada tenaga kerja yang mengusahakan kejayaan ini. Bukan sahaja kita berunding dengan Kerajaan Persekutuan, kita juga mungkin boleh berunding dengan pelbagai pelabur lain seperti Asian Development Bank dan Asia Infrastructure Bank yang kerap melabur dalam infrastruktur pelabur pengangkutan awam di rantau Asia.

Yang seterusnya, cadangan misi ketiga, Negeri Penyayang dan Berdaya Huni. Cadangan untuk naik taraf dan penyelenggaraan rumah. Saya berharap Tanjong Sepat boleh ambil perhatian. Ini satu nilai yang murni yang ada di dalam inisiatif ini saya menghargai Kerajaan Negeri hendak membuat yang terbaik bagi mereka-mereka yang tinggal di flat kos rendah. Saya nak kehidupan mereka bermaruah, saya nak kehidupan mereka selesa walaupun itu flat kos rendah. Cadangan Kerajaan Negeri untuk naik taraf dan menyelenggara rumah ini saya harap kita boleh gerak ke arah kerajaan mengambil alih penyelenggaraan flat. Selagi kita letakkan penyelenggaraan flat di bawah JMB dan MC, agak sukar bagi ramai flat-flat ini untuk

menyelenggara dengan sempurna, tetapi untuk flat yang mungkin nak sangat untuk uruskan sendiri, bagi mereka uruskan sendiri.

Tetapi jawapan di Dewan ini terdapat 500 skim strata kos rendah yang tidak mempunyai pengurusan, di mana penduduk tak nak tubuhkan JMB. 500, bukan 5, 500. Dan ini adalah jawapan dalam Dewan ini, di mana saya harap Kerajaan Negeri bagi 500 flat ini di mana penduduk kos rendah tak mampu untuk tubuhkan JMB mereka, Kerajaan Negeri akan melantik satu anak syarikat Negeri Selangor untuk ambil alih penyelenggaraan dan bagi anak syarikat ini satu KPI. KPI ialah maintenance, taraf dia kena setanding HDB di Singapore. Kalau Singapura boleh melakukannya untuk flat HDB dia, kita juga boleh melakukannya di Negeri Selangor. Kita tunjuk Negeri Selangor menjadi contoh kepada seluruh Malaysia di mana penduduk flat kos rendah mempunyai keadaan atmosfera hidup yang bermaruah.

Saya juga ingin membawa seterusnya kepada cadangan nombor 5 saya. Pelaburan kepada ekonomi penjagaan. Setakat ini saya lihat kita boleh mengawal selia, kita beri lesen kepada operator swasta dalam sektor ekonomi jagaan. Itu adalah penting, kita kena facilitate pembangunan ekonomi jagaan yang baru, yang semakin berinovatif dan semakin diperlukan oleh rakyat. Penduduk T20 di Negeri Selangor tiada masalah, mereka mampu untuk bayar untuk pelbagai perkhidmatan dalam ekonomi jagaan. Saya tak berapa risau untuk penduduk-penduduk saya yang dalam kategori T20 ini.

Tetapi untuk golongan menengah, untuk golongan B40, Kerajaan Negeri harus memikirkan macam mana kita nak selesaikan kos ekonomi penjagaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang tidak bernasib baik. Kami semua tidak tahu hari ini tubuh badan saya sihat, esok mungkin dalam satu kemalangan jalan raya dan saya jadi OKU dan saya terlantar dan mungkin saya memerlukan penjagaan 24 jam. Kami tidak tahu, hari ini sihat, tetapi esok kena strok dan memerlukan rehab yang berterusan selama beberapa bulan. Jika kita hendak bergantung kepada simpanan wang individu, yang T20 tak ada masalah, tetapi yang M40 dan B40 ini akan susah dan kebanyakan mereka tidak akan ada jalan keluar.

Dalam keadaan kita nak bangunkan ekonomi penjagaan adalah sampai masanya satu skim seperti PERKESO wujud untuk ekonomi jagaan. Jika rakyat terkena dalam sesuatu accident ke, satu masalah kesihatan yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada jagaan, walaupun jagaan separuh masa ataupun jagaan sepenuh masanya, perlu ada satu skim untuk bayar. Tak apa, kita boleh carum setiap bulan seperti mana kita buat untuk PERKESO. Jadi saya harap Kerajaan Negeri akan pro aktif untuk memikirkan macam mana kita hendak wujudkan satu skim di mana kita boleh mencarum setiap bulan satu angka yang kita mampu bayar dan di sebaliknya malang tidak berbau sesiapa yang terkena yang memerlukan perkhidmatan daripada ekonomi jagaan ini penjagaannya boleh di biayai daripada tabung ini. Taman Templer saya harap Taman Templer bersedia untuk ambil cabaran ini sebab ini adalah cabaran generasi ini, ini adalah cabaran generasi dekad ini.

Seterusnya saya ingin gerakkan kepada mini 5 Negeri Lestari yang juga tidak kurang pentingnya. Saya hanya menyentuh satu inisiatif dalam Negeri Lestari iaitu banjir. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri kita sudah ada satu EXCO yang khusus untuk menjaga banjir tetapi saya ingin mencadangkan kepada nya hari ini supaya kita mengembangkan dashboard banjir yang ada. Saya ucapkan terima kasih kepada JPS yang ada dashboard banjir supaya rakyat Selangor boleh lihat hot spot-hot spot tersebut di bawah seliaan JPS. Tetapi banjir di bawah seliaan JPS hanya sebahagian daripada banjir yang datang ke Negeri Selangor kalau saya lihat di kawasan Petaling Jaya kebanyakan kejadian banjir tidak disenaraikan sebab mereka adalah isu-isu yang berkaitan dengan PBT bukan dengan JPS. Tetapi rakyat terkesan juga dengan banjir tersebut.

Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh kembangkan dashboard banjir sama ada JPS buat atau UPEN buat tidak apa saya serahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan Negeri tetapi yang pentingnya dalam dashboard banjir ini biar kami lihat senarai semua hot spot banjir. Hot spot banjir yang mengikut definisi Kerajaan Negeri berlaku tiga kali dalam tempoh tiga tahun yang sebelum ini. Jika pernah berlaku tiga kali tempat itu dikira sebagai hot spot banjir setiap hot spot banjir perlu disenaraikan, setiap hot spot banjir perlu disenaraikan cadangan penyelesaiannya. Apa cadangan teknikal yang bakal di lakukan oleh PBT ataupun JPS untuk selesaikan kejadian banjir dan garis masa untuk penyelesaian.

Dengan ini rakyat tidak akan cakap Kerajaan tidak buat apa-apa dia boleh melihat rancangan, dia boleh melihat taman perumahan saya kena banjir penyelesaiannya adalah ini, dia boleh lihat apa skop kontrak yang bakal di buat untuk selesaikan banjir dia, dia boleh lihat tahun apa kontrak itu akan dilaksanakan. Adakah dia akan dibuat serta-merta tahun ini ataupun tahun hadapan atau tahun 2028. Saya harap dengan ada dashboard seperti ini tidak terjadi kejadian banjir yang tertinggal atau terlepas pandang. Tujuan saya cakap perkara ini pada hari ini adalah kerana saya tanya satu soalan dewan untuk minta senaraikan semua hot spot banjir di DUN Bukit Gasing, terima kasih Sekinchan kerana bagi saya jawapan dengan pantas.

Saya hargai jawapan bertulis tersebut tetapi dalam jawapan bertulis tersebut tertinggal dua tiga hot spot banjir dan saya telah maklumkan kepada pihak MBPJ hot spot mana yang tertinggal yang sebenarnya berlaku penduduk ada buat aduan banjir air masuk ke dalam rumah mereka tetapi kalau ada dashboard ini seluruh rakyat Negeri Selangor boleh bantu memantau untuk make sure insiden banjir di taman perumahan mereka tidak terlepas pandang dan sedang ada penyelesaian dan penyelesaian itu on the way untuk sampai ke mereka.

Seterusnya di misi ke enam Kerajaan Efektif Mesra Rakyat dan Mesra Perniagaan. Ini adalah satu misi yang cukup baik saya mengalu-alukan 13 inisiatif yang disenaraikan dalam buku ini. Saya tidak huraikan inisiatif-inisiatif ini kerana lampu sudah warna merah tapi saya ingin bawa dua cadangan baru. Tadi saya sudah bagi

dua cadangan baru kini dua lagi cadangan baru dalam inisiatif di bawah misi enam. Yang pertama ialah cadangan untuk transparent spending. Jika Kerajaan Negeri membelanjakan duit, Kerajaan Negeri membelanjakan duit setiap tahun berbilion-bilion ringgit hampir RM3 bilion kita belanjakan setiap tahun, kita harus paparkan di dalam satu laman web apa yang kita belanjakan duit ini.

Setiap perbelanjaan Kerajaan, setiap kontrak Kerajaan kita butirkan di sana. Rakyat Selangor boleh pergi lihat dalam JPS belanja untuk apa, JKR belanja untuk apa, Geran kepada PBT belanja untuk apa. Rakyat Selangor juga boleh lihat DUN Bukit Gasing dapat berapa sikit ke adil ke terlalu banyak. DUN Kuang dapat projek apa tahun ini rakyat juga boleh lihat kontraktor mana yang dapat, rakyat juga boleh lihat tarikh kontrak itu diberi tarikh kontrak itu disiapkan, mana kontrak sakit, mana kontrak yang di sempurnakan on time. Perbelanjaan open data ini bukan satu perkara yang aneh banyak Negara maju telah lakukan. Di Malaysia semua Negeri tidak buat lagi. Tidak apa Negeri Selangor jadi Ne geri pertama, kan kita Negeri pertama yang buat pelbagai jenis barang kita Negeri kita pertama buat FOI, kita Negeri pertama buat Jawatankuasa-Jawatankuasa di Dewan untuk memantau Jawatankuasa PBT, PADAT dan sebagainya. Kita sekarang jadi Negeri yang pertama, kita transparent tentang perbelanjaan Negeri, after all kita nothing to hide kan dengan izin.

Yang cadangan baru saya yang terakhir ialah kita perlu ada usaha untuk mempercepatkan lesen dan kebenaran merancang bagi pelbagai jenis perniagaan. Saya dengar jawapan Sekinchan pada pagi ini tetapi disebabkan saya ada hujah dalam perbahasan saya tidak tanya soalan tambahan saya huraikan lebih di sini kalau pagi tidak dapat huraikan. Banyak jenis perniagaan daripada hari dia sewa premis sehingga hari pertama dia boleh beroperasi jangka masa itu beberapa bulan. Dia sewa satu hari bulan Januari tidak boleh buka kedai dua hari bulan Januari. Kalau dia sewa pusat tuisyen satu hari bulan Januari dia kena mohon kebenaran merancang untuk buat pusat tuisyen lepas itu kena lulus kebenaran merancang dia kena buat renovation baru boleh mohon lesen perniagaan. Dia kena tunggu paling kurang empat lima bulan sebelum memulakan perniagaan dia secara sah.

Sama macam tadika, dia kena sewa premis baru boleh submit application, lepas submit application, PBT hendak ambil fitback daripada penduduk sekitar sama ada bantahan atau tidak proses ini ambil enam bulan sebelum dia boleh buka kedai dia, buka perniagaan mereka. Yang cepat enam bulan yang lambat mungkin sampai sembilan bulan sebelum. So sewa itu di bayar tiap-tiap bulan tanpa ada satu pendapatan atau tanpa tahu akan dapat lesen ke tak dapat lesen. Saya harap kita boleh fikirkan proses-proses di mana kita boleh pendekkan kita bagi kepastian mungkin hendak buka di sini boleh bagi tahu PBT, saya berhasrat buka tadika di taman ini bagi kelulusan baru saya sewa kita kena terbalikkan proses kita.

Jadi saya harap satu agensi untuk memudahkan semua urusan ini yang menyebabkan pelaburan yang mungkin tidak perlu daripada peniaga kena sewa lima,

enam, tujuh bulan sebelum dapat buka kedai. Saya harap kita boleh abolish perkara ini kita jadi business friendly sejajar dengan impian misi ini Kerajaan Efektif Mesra Rakyat dan Mesra Perniagaan.

Bukit Gasing sikit sahaja.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ya boleh.

Tajuk yang Bukit Gasing bentangkan. Bukit Gasing saya hendak minta pendapat dari Bukit Gasing sebab isu-isu utama kadang-kadang kenapa orang memilih untuk tidak berdaftar adalah kerana proses birokrasi yang melampau sebab kadang-kadang ada setengah operator ini dia terpaksa sewa dahulu setiap rumah ini tidak dikira sebagai kalau andai kata Persatuan Penduduk menolak mereka pertama.

Kedua dia terpaksa buat renovation yang mungkin akan mengambil sehingga RM200 ke RM300 ribu sebab dia nak kena pastikan rumah yang tempat nak menjadi premis untuk jadikan tadika dan sebagainya itu selamat untuk kanak-kanak. Tapi setelah mereka lakukan semua ini mereka still tidak dapat lesen. Saya ada beberapa contoh tadika di kawasan Klang yang mana dah dua tahun dia cuba memohon tetapi tidak dapat atas faktor penolakan daripada Persatuan Penduduk, kedua daripada faktor-faktor birokrasi dan akhirnya dia terpaksa menutup satunya walaupun dia telah buat renovation, dia terpaksa tutup juga sebab dah tahu tidak boleh dapat lesen dah hampir give up. Dan akhirnya tertinggal satu lagi dan satu lagi terpaksa naikkan harga untuk dapatkan balik kos yang pertama itu dan ini yang akan menyebabkan ibu bapa menghantar ke tempat yang tiada lesen dan apabila berlaku Kerajaan Negeri terpaksa menanggung sekali lagi dan akhirnya kita adalah EXCO atau ADUN terpaksalah melawat kalau kata ada apa-apa terjadi kepada anak-anak. Jadi saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Bukit Gasing sebenarnya apa yang menjadi isu utama apa sebenarnya di kalangan PBT kita menyebabkan kita ada masalah di kalangan tadika ini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Kota Damansara membantu saya untuk memberi hujah tambahan untuk point saya ini tidak apa nanti Sekinchan akan jawab masa dia gulung. Saya yakin Sekinchan boleh jawab dengan cukup lengkap soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Kota Damansara. Untuk landing Tuan Speaker, perancangan yang hebat tanpa susulan yang tegas hanya akan kekal sebagai angan-angan di atas kertas. Rancangan Selangor Ke-2 membentangkan 98 inisiatif yang cukup complete tetapi ia tidak akan bermakna tanpa Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang mendesak jelas dan boleh diukur. Dan ini adalah satu perkara yang saya ingin tegaskan pada hari ini kerana bila kita lihat 98 inisiatif ini rata-ratanya dia adalah satu kenyataan yang cukup murni, cukup bagus.

Saya rasa tidak ada Ahli Dewan hari ini akan memetik mana satu daripada 98 inisiatif ini dan kata ini inisiatif yang tidak bagus, batalkan. Saya yakin kesemua 56 ADUN di Dewan ini akan menyokong kesemua 98 inisiatif yang ada tetapi cabarannya ialah inisiatif-inisiatif yang tersenarai ini tidak mempunyai satu kayu ukur, tidak mempunyai KPI contohnya jika kita ingin membangunkan ekonomi kreatif, nak bangunkan berapa banyak? Kita hendak tambah tiket jualan sebanyak lima tiket atau kita hendak tiga kali gandakan sektor ekonomi kreatif. Bagi banjir, kita hendak selesaikan banjir tetapi kita hendak selesaikan berapa banyak banjir? Kita kena ada satu kayu ukur baru kita boleh tahu menjelang tahun 2030 sama ada Rancangan Selangor Ke -2 berjaya atau tidak berjaya.

Jika sekadar topik di atas kertas pasti ke 98 akan berjaya kerana semua 98 kita boleh gerak tiga langkah ke hadapan tetapi adakah tiga langkah ke hadapan cukup atau kita kena letak satu cabaran cukup-cukup besar 20 langkah ke hadapan. Jadi saya ingin mohon kepada Kerajaan Negeri sebelum akhir tahun ini sebelum akhirnya tahun pertama RS-2 ini tolong umumkan bagi semua 98 inisiatif ini apa KPI menjelang tahun 2030. Kita realistik kita tidak minta selesai semua mungkin semua banjir tidak dapat selesai sebelum tahun 2030 kita realistik tetapi kita kena ada satu kayu ukur yang diumumkan sekarang tahun ini 2026 supaya menjelang tahun 2028 di pertengahan jalan kita boleh ukur sama ada inisiatif ini bergerak dengan lancar atau tidak ataupun ini adalah inisiatif sakit dan kita boleh ukur pada tahun 2030 sama ada kita telah berjaya atau tidak untuk capai matlamat yang kita kejar.

Akhir sekali Tuan Speaker, Bukit Gasing berharap empat inisiatif cadangan baru daripada Bukit Gasing akan di terima. Saya sedih kerana tidak mempunyai peluang kami-kami ADUN back ventures tidak mempunyai peluang untuk hadir mana-mana sesi rundingan libat urus sebelum Rancangan Selangor Ke-2 ini dibentuk tetapi tidak apa kita ada pada Dewan pada hari ini cukup bertenaga untuk bagi cadangan walaupun tidak ada peluang sebelum ini untuk bagi cadangan hari ini bagi cadangan saya harap masa gulung EXCO boleh bagi satu jawapan cadangan-cadangan baru daripada Bukit Gasing, daripada Pelabuhan Klang daripada rakan-rakan saya daripada Dewan yang mulia ini adakah di terima atau tidak dan adakah Kerajaan terbuka untuk considure cadangan-cadangan tambahan ini yang kita bawa dengan niat yang baik demi membawa kemakmuran kepada Negeri Selangor yang kami cintai. Sekian terima kasih saya menyokong usul RS-2.

Speaker

Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker, Kuang tidak akan ambil masa lama ada dua perkara yang Kuang hendak sentuh. Yang pertamanya saya telah mendengar dengan teliti pembentangan Rancangan Selangor Ke-2 dibuat pada 7 Ogos yang lepas, saya juga ada dengar pembentangan daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, saya nak sentuh perkara pertama berkenaan dengan WTE, Jadi Yang Berhormat Sekinchan hari ini terlibat dengan

banyak perbahasan kita yang mungkin kita memerlukan fokus lebih daripada Yang Berhormat Sekinchan. Projek WTE ini untuk makluman semua baru-baru ini telah pun mendapat kelulusan EIE, ianya diperolehi selepas enam kali percubaan, lima kali ditolak cuma sehingga hari ini kita belum mendapat jawapan kenapa ianya ditolak untuk lima permohonan awal.

Kalau kita rujuk kepada dashboard Jabatan Alam Sekitar, permohonan 22 hari bulan empat 2025 tidak diluluskan, 31 hari bulan sepuluh 2025 tidak diluluskan, permohonan ketiga, perlu kemas kini, selepas dikemaskini, submission keempat, tidak diluluskan, submission kelima, perlu kemas kini dan keenam baru diluluskan. Saya nak minta Yang Berhormat EXCO jawab dalam masa penggulungan nanti apakah faktor dan sebab-sebab kenapa permohonan ini ditolak lima kali sebelum itu. Itu yang pertama.

Yang kedua saya juga nak mintak penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, sebab baru-baru ini, semalam sebenarnya hari Ahad saya telah berjumpa dengan penduduk-penduduk di kawasan tersebut yang menzahirkan rasa dukacita dan risau dengan projek ini jadi mereka bawa saya pergi sampai ke Jeram lalu tengok kawasan yang terlibat dan lima kilometer daripada kawasan WTE Jeram kita dah nampak serombong dia, dan kita nampaklah asap yang keluar bersih putih. Walau bagaimanapun kawasan tersebut sangat suram. Kita boleh lihat kawasan area itu, pertama-tamanya jalannya semua rosak, yang kita nak bina di Batu Arang ini saya nak minta Yang Berhormat periksa berapakah jarak terdekat projek WTE di Batu Arang dengan kawasan perumahan terdekat. Dalam radius tiga kilometer daripada projek tersebut saya di maklumkan ada lebih kurang 13 sekolah. Jumlah lori yang akan keluar dan masuk ke WTE Batu Arang selepas ini adalah 240 lori masuk dan 240 lori itulah juga yang akan keluar setiap hari. Laluan paling dekat ke WTE ini adalah melalui Bandar Tasik Puteri jaraknya lebih kurang satu perpuluhan tiga kilometer. Sedangkan laluan yang digazetkan oleh kerajaan untuk pergi ke WTE terpaksa pusing 15 kilometer yang saya khuatir adalah pemandu-pemandu lori ini akan mengambil jalan pintas untuk sampai ke WTE ini apabila dia siap nanti dan ini akan menganggu penduduk-penduduk dalam kawasan tersebut.

Saya juga perlukan jaminan sebab Yang Berhormat bagi tahu kat saya sebelum ini, ini adalah teknologi yang paling canggih. Saya percaya dengan Yang Berhormat Sekinchan, Cuma kalau boleh Yang Berhormat Sekinchan bawalah Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Kuang, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terjejas yang terlibat dengan projek ini untuk kami sendiri pergi melihat kecanggihan projek WTE yang bakal dibina ini supaya kami mempunyai keyakinan untuk kami berhujah dengan penduduk-penduduk dalam kawasan kami. Saya dengar perbahasan daripada rakan-rakan Yang Berhormat lain semua orang minta cat bangunan, infra jalan yang lebih baik, mobiliti, semua tapi sampah-sampah mereka akan dihantar kepada wakil rakyat-wakil rakyat di Rawang dan juga Kuang. Jadi mereka nak keindahan mereka nak kecantikan, mereka nak semua kita tak marah, betul semua orang nak.

Tapi berlaku adillah juga kepada wakil rakyat-wakil rakyat di pinggir bandar yang akhirnya semua masalah ini akan sampai kepada kami dan lebih dikhuatiri sekiranya berlaku insiden keluar bau dan sebagainya, maka nilai hartanah dalam kawasan-kawasan yang terbabit akan jatuh, sedangkan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain mahukan segala infra dan kecantikan supaya nilai hartanah dalam kawasan mereka meningkat dengan baiknya. Itu yang pertama, saya minta Yang Berhormat semasa penggulungan mungkin boleh menjawab.

Keduanya, dalam membincangkan RS2 ini kita bercerita tentang pembangunan dan sebagainya, saya nak maklumkan ada projek baru di Tasik Puteri, Elmina North, Elmina North ini melibatkan 1,556 ekar tanah kawasan kelapa sawit yang akan dibangunkan 4,107 unit rumah dan 2,738 unit rumah Selangorku. Di dalam cadangannya, ia jugak akan melibatkan pembinaan empat unit stesen minyak, lima buah tanah digazetkan sebagai tanah sekolah, pasar, balai polis, balai bomba, pusat komuniti, klinik kesihatan, masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, perkuburan islam dan perkuburan bukan islam. Semua fasiliti ini akan disediakan tanahnya. Masalah yang kita hadapi hari ini ialah sekolahnya tak pernah cukup, 20 tahun Bandar Tasik Puteri, nak mintak tambahan satu sekolah, 20 tahun belum dapat lagi sampai hari ini. Ini nak bawa masuk lagi empat ribu, enam ribu buah rumah ke Kuang, tetapi tidak ada sekolah baru yang dibina.

Saya nak tanya dengan Kerajaan Negeri, saya telah berbincang dengan Sime Darby yang akan membangunkan projek tersebut, yang boleh bersetuju untuk membina sekolah dan menyerahkan sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor atau Kementerian Pelajaran yang selepas itu hanya perlu mencari guru untuk sekolah itu beroperasi, walau bagaimanapun kuantiti sekolah yang akan diserahkan mungkin berkuranglah daripada lima, mungkin dua tanah lagi sacrifice back, atau kalau tak perlu balai bomba, maka tak perlulah balai bomba sebab di Tasik Puteri pun saya ada lima tanah sekolah lagi, tanah yang digazetkan sebagai tanah sekolah tapi hutanlah sebab tak di selenggara pun. Ini nak bagi lagi lima tanah sekolah. Sekolahnya mungkin lagi 80 tahun la baru kita dapat bina.

Jadi saya cadangkan atas keperluan kepada sekolah-sekolah ini sekarang kita cari satu jalan penyelesaian kalau boleh kita swap tanah-tanah yang kita ada yang tak pakai tu untuk kita bina sekolah terlebih dahulu supaya apabila pembangunan itu tersedia, sekolah itu juga dah ada. Jadi ini dua perkara je saya nak bawak saya yakin rakan-rakan yang lain akan bawa isu-isu lain. Saya mohon pertimbangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sikit, sikit Yang Berhormat Kuang.

Silakan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Kuang menyentuh tentang isu pendidikan dan tapak sekolah. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuang, perlu tak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor membekalkan maklumat kepada kita Ahli-ahli Dewan Negeri tentang statistik kawasan-kawasan yang mempunyai murid yang ramai dan saya difahamkan ada juga kawasan-kawasan Negeri Selangor ini yang sekolahnya kurang murid dan yang tidak memerlukan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut sebab ada kawasan-kawasan yang bandarnya menua. Tetapi kita dekat dalam Dewan Negeri Selangor ini mungkin sebab pendidikan ini di bawah Kerajaan Persekutuan tapi saya kira perlu Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk membekalkan kalau boleh mengikut statistik kawasan DUN, 56 DUN Negeri Selangor ini tentang di mana sekolah yang mempunyai apa, pertambahan murid yang mendadak dan di mana sekolah-sekolah yang kurang murid sebab dia ada isu perjawatan Guru Besar, kalau sekolah menengah ada jawatan Pengetua, ada jawatan Guru Penolong Kanan, ada jawatan guru. Lepas itu guru-guru subjek apa yang kurang di negeri Selangor.

Sebab kita ini negeri yang ramai rakyat berhijrah daripada negeri-negeri yang lain. Kadang-kadang kita tak boleh nak kawal statistik itu sebagai contoh macam dalam kawasan saya, sekolah rendah dah tak cukup bilik darjah sebab kita boleh menerima 400 orang murid sebagai contoh di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah tapi sekarang permohonan dah sampai 500 orang murid. Yang lagi 100 orang murid untuk tahun 2027 masuk darjah satu ini nak letak kat mana? Kan? Ini Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Jadi ini satu contoh, apa pandangan Yang Berhormat Kuang.

Saya setuju sangatlah macam sekolah saya di SK Kuang kapasitinya 2,000 tapi sekarang dah 2,600. Itu belum lagi apabila Yang Berhormat Menteri buat keputusan enam tahun masuk darjah satu. Jadi kalau kita pergi ke sekolah-sekolah ini kita tengok dah mula ada padang-padang bola sepak yang diubah menjadi, dibina bangunan baru, kelas-kelas baru itu maknanya sekolah-sekolah itu semua dah overloaded. Dia terpaksa buat kabin-kabin yang ditukar menjadi kelas-kelas baru. Ini mungkin tidak berlaku masalah ini tidak berlaku di kawasan-kawasan yang dah menua tetapi kawasan-kawasan pinggir bandar yang sedang membangun.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Kuang.

Ya, silakan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya dengar dengan teliti apa yang Yang Berhormat Kuang sebutkan sebentar tadi tentang isu pendidikan, begitu juga Pelabuhan Klang bila mana hari ini memang kapasiti sekolah-sekolah di kawasan-kawasan, sebahagian besar kawasan-kawasan khususnya kawasan bandar, ini dah mencapai satu jumlah yang luar jangka dan hal ini mengakibatkan

keperluan mendesak untuk pembangunan. Ambik contoh yang mudah saja. Kalau dulu satu sekolah itu mungkin ada 800 orang tapi di kawasan saya misalnya, Sekolah Kebangsaan Seri Gombak 1, Seri Gombak 2, muridnya dah lebih 1,500 ke 1,800 orang. Kalau dulu sekolah kita nak pakai dewan hari kecemerlangan sekolah misalnya, dia boleh buka tu, partition antara kelas-kelas untuk dihimpunkan murid-murid. Hari ini kalau nak dihimpunkan murid-murid yang berjaya dengan cemerlang saja pun dewan itu dah tak mencukupi.

Jadi memandangkan kita sedang membahaskan Rancangan Selangor Kedua, satu rancangan jangka panjang dan jangka sederhana, apakah Yang Berhormat Kuang merasakan bahawa sudah sampai dan tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor juga membantu pembangunan di sekolah-sekolah kerajaan dalam negeri kita ini memandangkan keperluan-keperluan pembangunan yang amat mendesak pada hari ini. Terima kasih.

Baik terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya betul. Ini yang kita tengah bahaskan dan kita bincangkan. Apa kaedah yang boleh Kerajaan Negeri guna pakai untuk menyelesaikan masalah ini segera kerana kebergantungan kita kepada Kerajaan Pusat mungkin akan mengambil masa yang terlalu lama. Adakah kita sebagai Kerajaan Negeri nak hanya melepaskan masalah ini, oh, kita tak boleh buat apa sebab sekolah ini kena dibina oleh Kerajaan Pusat atau kita mahu melangkah ke depan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat negeri itu sendiri.

Jadi saya minta Yang Berhormat EXCO kalau ada nanti sebab saya juga bagi solution, solusi, maknanya ada developer-developer yang buat perumahan-perumahan baru bersedia bukan setakat untuk membina dan menyerahkan tanah sahaja tetapi dia boleh bina juga sekolah dan serahkan sekolah tetapi akan ada implikasi kewangan yang menyebabkan dia mungkin akan mengurangkan penyerahan tanah-tanah yang kalau kita rasa tak perlu, kita tak perlu ada sebab kalau kita ada tapi kita tak bina apa-apa pun menjadi masalah kepada kita seperti mana saya menghadapi masalah di Bandar Tasik Puteri, kita juga ada tanah balai bomba yang tak pakai sampai sekarang. Kita ada tanah IPD, kita ada tanah sekolah lima tak pakai, jadi kita mesti mencari satu jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Kuang. Saya ingat isu sekolah ini agak kritikal terutamanya tapak-tapak sekolah baru untuk difikirkan ini. Saya melihat di kawasan saya Sekolah Kebangsaan Kebun Baru. Hari ini para pelajarnya sudah melebihi 3,000 orang dan sekolah, Pra Sekolahnya adalah Pra Sekolah yang mempunyai pelajar teramai, ada sepuluh kelas Pra Sekolah. Dan saya ingat ini juga bukan sahaja untuk kita jadikan bahan perbahasan tetapi dalam sudut perancangan terutamanya di peringkat PBT dalam menyusun rancangan tempatan sebab saya tengok ini berlaku bukan mungkin rancangan tempatan 20 atau 30 tahun yang lalu, satu rancangan tempatan yang saya ingat dalam 2010, selepas

2010 lah, yang mana kawasan daripada Kebun Baru, ini sebahagian besarnya diwartakan sebagai kawasan kependudukan. Dan saya lihat tidak ada kawasan untuk kemudahan awam termasuklah sekolah dan sebagainya. Kita maklum bahawa kawasan itu adalah kawasan kampung kalau hendak inquire tanah orang-orang kampung tetapi bersebelahan daripada itu adalah kawasan tanah yang masih lagi kosong.

Speaker

Yang Berhormat Kuang boleh duduk sementara menunggu.

Saya ingat ini harus dilihat secara menyeluruh supaya Perancangan Kerajaan Tempatan terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemudahan awam termasuklah sekolah itu dapat di rancang apabila kita warta satu kawasan yang besar untuk kependudukan sudah tentu ia akan menimbulkan soal tempat-tempat atau untuk kemudahan awam termasuklah sekolah saya kira antara perkara yang sangat penting mungkin boleh berikan comment.

Baik terima kasih. Semua perbahasan-perbahasan ini saya masukkan kan juga dalam perbahasan saya dan saya nak minta mungkin Yang Berhormat EXCO semasa penggulungan nanti boleh mendapatkan data-data daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berhubung tanah-tanah sekolah yang masih ada tapi tidak dibangunkan dan mengikut DUN kalau boleh supaya semua Yang Berhormat ADUN tahu sama ada masih ada tanah-tanah yang di gazette kan sebagai tanah sekolah dan apakah perancangan Kerajaan Negeri ataupun JPNS itu sendiri di dalam membangunkan sekolah-sekolah baru di dalam Negeri Selangor di bawah perancangan lima tahun akan datang. Silakan.

Terima kasih Kuang kerana memberi laluan. Oleh kerana sebahagian kawasan adanya berlaku pembangunan bersekala kecil kita panggil pocket development itu adalah satu kekangan ataupun cabaran kita dalam untuk penduduk menghantar anak-anak ke sekolah kerana pertambahan penduduk yang mendadak.

Untuk mensyaratkan sesuatu pembangunan itu untuk dibina sekolah atau menyediakan sekolah adalah pembangunan yang bersekala besar seperti Sime Darby dan sebagainya seperti ELMINA, Setia Alam tetapi banyak juga pocket-pocket development yang diluluskan, contohnya di Meru banyak ratusan ada pocket development menyebabkan kurangnya ataupun sekolah menjadi padat kerana pertambahan penduduk, itu satu. Kedua ialah kemungkinan ini sebab kepada pertambahan penduduk dan pertambahan pelajar ialah pendatang dan penghijrahan pekerja daripada luar Selangor. Baru-baru ini kalau saya masuk dalam pasar raya-pasar raya yang baru buka saya rasa macam saya duduk kat Kota Baharu. Pekerja-pekerjanya datang dari Kelantan kita tidaklah menyebut perkara tidak sensitif kerana mereka mencari rezeki

tapi mereka akan duduk di rumah-rumah sewa yang ada di kawasan-kawasan kampung. Jadi persoalan saya adakah Kuang bersetuju bahawa kajian juga perlu dibuat dalam sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan ini dari segi kepadatan, penyediaan sekolah dan juga kajian mengawal pembangunan yang berskala kecil ini oleh pihak-pihak PBT. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat, ini semua masalah luar jangkalah sebab dia datang dalam plot-plot kecil tiba-tiba dah jadi ramai. Itu mungkin satu masalah kepada kitalah. Tapi kadang-kadang kita dah tahu dah nak buat 2,400 atau 4,000 lebih rumah akan dibina dan kita tahu akan ada 2,700 Rumah Selangorku akan di bina. Orang akan masuk Rumah Selangorku ini favourite tetapi kita nampak daripada sekarang yang hendak masuk ini dekat enam, tujuh ribu orang yang akan masuk pindah sekolah tidak ada, sekolah yang ada semua sudah melebihi kapasiti dan kemampuan. Tapi kita masih duduk meluluskan juga perancangan tersebut dan mengetahui masalah ini akan datang. Kita tidak selesaikan pun jadi saya minta, Kuang bila berhujah, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Kuang. Saya tertarik dengan hujahan daripada Kuang berkenaan sekolah tadi ini. Saya kira dalam satu pembangunan development yang baharu kita boleh meletakkan syarat tambahan dalam kebenaran merancang. Di Seri Serdang juga jadi perkara yang sama kawasan Equine sebagai contoh ribuan, puluhan ribu housing yang dibina dan akan dibina tetapi sekolah hanya ada satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah. Apa pandangan Yang Berhormat Kuang kalau setiap pembangunan kebenaran merancang di majlis itu mesti dilibatkan ADUN-ADUN dan juga penyelaras di kawasan supaya kita tahu syarat-syarat tambahan yang perlu disertakan sebab kita tak boleh kira kecil atau besar tapi kita kira kalau high risk contohnya. Kalau 1,000 unit kali dengan satu rumah tiga orang sudah 3,000 orang tetapi kalau yang kita lihat sekarang ini huge development tapi yang development yang dekat atas ini sebenarnya menyumbang kepada pertambahan penduduk di situ. Jadi saya kira apa pandangan Kuang supaya setiap kebenaran merancang ini sebelum diluluskan dilibatkan juga ADUN-ADUN kawasan dan juga Penyelaras DUN. Terima kasih.

Yang itu saya setuju 100% cuma ada developer-developer yang bertanggungjawab dia libatkan juga ADUN-ADUN pergi jumpa, turun dan bercerita dan bentangkan. Setengah developer hanya fikir dia hantar ke PBT, PBT lulus, dia jalan. Kita hanya dapat berita selepas ia diluluskan. Jadi kalau kita dapat buat satu dasar, kita kat sini pun buat dasarlah semua perancangan-perancangan yang baru.

Speaker

Yang Berhormat Kuang masa sebenarnya sudah tamat Yang Berhormat Kuang harus landing.

Ya saya landing. Kita boleh buat dasar sebarang pembangunan baru kebenaran merancang baru mesti

mendapat sekurang-kurangnya sedikit comment daripada semua ADUN-ADUN dalam kawasan sendiri maka itu akan dapat membantu untuk kita menyelesaikan masalah. Dan kedua, kita kena cari jalan dan kalau boleh di jadikan dasar semua pembangunan baru melebihi kapasiti tertentu bukan hanya bagi tanah sekolah tapi bina sekolah itu sendiri. Sekian dulu terima kasih Tuan Speaker memberi ruang kepada Kuang.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam sejahtera, Salam Kajang Bersih Kajang Dihatiku, Salam Kita Selangor dan Salam Malaysia Madani. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Kajang untuk membahaskan Rancangan Selangor Ke-2. Tuan Speaker, Kajang sangat gembira apabila membaca Laporan Prestasi Rancangan Selangor Pertama di mana Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Sungai Tua telah melepasi sasaran bagi sembilan indikator daripada 16 dalam Rancangan Selangor Pertama. Manakala tujuh indikator lagi berada di prestasi yang memberangsangkan. Kajang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar dan barisan EXCO atas pencapaian ini. Kita melihat daripada KDNK Selangor telah merasai kenaikan KDNK secara purata 7.5% daripada tahun 2021 hingga 2025 dan ini melepasi sasaran iaitu antara 6.57%.

Ini menunjukkan bahawa ekonomi Negeri Selangor berkembang disaat ekonomi dunia berada dalam keadaan krisis dan kurang stabil. Perkara ini menunjukkan bahawa asas ekonomi dibina selama ini telah memastikan rakyat Selangor hanya menerima kesan negatif di tahap minimum sahaja disaat ekonomi luar tidak stabil. Penghargaan kepada Jabatan Kejuruteraan MPKJ, Kajang ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kajang atas komitmen kerjasama serta tindakan pro aktif dalam menyelesaikan pelbagai isu penyelenggaraan dan infrastruktur di DUN Kajang.

Penghargaan khas kepada Ir. Puan Hajah Fadhilah binti Razali, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Tuan Abdul Halim bin Samad, Timbalan Pengarah Penyelenggaraan, Tuan Asfazi bin Hamzah, Penolong Pengarah dan Tuan Muhammad Zarif bin Shaharil, Penolong Jurutera berkenaan pelaksanaan Projek Menaik Taraf Sistem Perparitan Untuk Isu Banjir yang telah berlarutan lebih 30 tahun. Terima kasih kerana sanggup melakukan mesyuarat dan lawatan tapak sebanyak 14 kali dalam bulan tujuh tahun ini. Semoga kerjasama erat antara DUN Kajang dan MPKJ terus di perkukuhkan demi manfaat seluruh warga Kajang.

Industri perlu difokuskan, Selangor merupakan Negeri mempunyai nilai ekonomi terbesar di Malaysia. Kita sedar bahawa asas kepada pembangunan ekonomi ini banyak berlaku di Lembah Klang dan Kajang amat gembira apabila kepimpinan Kerajaan Negeri sedar bahawa pembangunan ekonomi seimbang antara wilayah

perlu digerakkan. Slogan “no districtwill be left behind”, dengan izin menunjukkan bahawa pembangunan Negeri mesti dirasai oleh semua daerah di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan beberapa polisi dan dasar dalam Rancangan Selangor Ke-2 untuk memastikan integrasi antara daerah bukan hanya melibatkan pergerakan rakyat sahaja tetapi juga sektor fokus yang bersesuaian mengikut daerah.

Kajang juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan beberapa perkara dalam Perancangan Selangor Ke-2 ini untuk di pertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Pertama adalah mengenai segmen pelancongan. Walaupun data pecahan sumbangan sektor pelancongan Negeri kepada KDNK Negeri tidak di terbitkan secara rasmi tetapi indikator lain yang boleh digunakan menunjukkan sumbangan besar sektor ini kepada ekonomi Negeri adalah melalui kehadiran pelancong dalam dan luar Negara. Berdasarkan data di keluarkan oleh EXCO pada tahun 2021, kehadiran pelancongan secara keseluruhan adalah sebanyak 3.2 juta dan telah meningkat kepada 7.7 juta pada tahun 2024. Jumlah inilah bukti sebenar bagaimana sektor pelancongan telah meningkat ekonomi Selangor dan sudah pasti kepada ekonomi usahawan kecil di Selangor juga.

Kajang ingin mencadangkan agar Rancangan Kerajaan Negeri lebih mempergiatkan promosi barangan lokal Negeri dan barangan kraf tangan orang asal kepada pelancong yang hadir ke Negeri ini. Kita ingin memastikan bahawa dengan peningkatan kehadiran pelancong memberi sumbangan ekonomi terus kepada rakyat Selangor terutama usahawan-usahawan kecil di Selangor.

Perkara kedua yang Kajang ingin cadangkan adalah mengenai teknologi digital dalam urus tadbir Kerajaan Negeri. Berdasarkan laporan prestasi Rancangan Selangor Pertama digitalisasi dalam urus tadbir Kerajaan Negeri belum mencapai sasaran iaitu 85%. Setakat tahun 2025, digitalisasi hanya mencapai dalam 3.8%. Kajang melihat dalam memastikan pengurusan di peringkat Negeri lebih efisyen dan pantas, digitalisasi mesti dipergiatkan bukan hanya di peringkat Negeri tetapi juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Kajang ingin mencadangkan untuk Kerajaan Negeri untuk mewajibkan agar PBT menggunakan teknologi digital dalam urusan yang melibatkan interaksi antara PBT dan rakyat. Ini bagi mengurangkan birokrasi. Bukan itu sahaja, Kajang juga berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan ini dapat berinteraksi dengan rakyat melalui teknologi terkini iaitu media sosial. Kita berada dunia yang rakyat ingin melihat secara langsung bagaimana duit mereka di gunakan demi kepentingan mereka. Kajang percaya perkara ini mampu sedikit sebanyak untuk meningkatkan kepuasan hati rakyat kepada Kerajaan Negeri.

Cadangan penambahbaikan rangkaian laluan Bas Rapid dan Bas Selangorku, Tuan Speaker, Kajang ingin menyentuh satu perkara yang amat penting dalam ekosistem pengangkutan awam iaitu keberkesanan rangkaian Bas Rapid dan Bas Selangorku. Pada pandangan Kajang kejayaan sesebuah sistem MRT tidak hanya bergantung

kepada landasan rail tetapi juga kepada rangkaian bas yang menjadi penghubung first mile dan last mile. Kerajaan telah melaburkan berbilion ringgit membangunkan Rangkaian MRT dan Sistem Rail bandar malah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menetapkan sasaran 40% perkongsian modul share pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang tahun 2030 berbanding pencapaian sekitar 25.9% pada tahun 2024. Sasaran ini hanya boleh dicapai sekiranya rangkaian bas benar-benar menyokong Sistem Rail secara menyeluruh.

Persoalannya, adakah rakyat enggan menggunakan pengangkutan awam ataupun rangkaian yang disediakan masih belom memenuhi keperluan perjalanan harian mereka. Pada pandangan Kajang kita tidak boleh menyalahkan rakyat kerana memilih memandu kenderaan sendiri, ramai yang berbuat demikian bukan kerana tidak mahu menaiki pengangkutan awam tetapi kerana mereka terpaksa. Ini kerana laluan bas yang tidak menyeluruh, kekerapan perkhidmatan yang rendah, sambungan yang kurang lancar antara bas dan MRT serta akses yang terhad ke kawasan perumahan. Institusi pendidikan dan pusat pekerjaan menjadikan penggunaan kereta lebih praktikal. Cuba bayangkan apabila kita sampai di satu stesen untuk kita pergi ke tempat atau kawasan yang lebih dalam kita perlu berjalan kaki dan masalah utama juga di Malaysia ini adalah kemudahan pejalan kaki bukan berada di tahap yang memuaskan. Maka tidak pelik jika rakyat lebih memilih kereta daripada pengangkutan awam kerana lebih memudahkan jika tempat tinggal mereka berada jauh daripada stesen LRT atau MRT sedia ada.

Oleh itu, Kajang mencadangkan agar Rapid Bus, Prasarana dan pihak berkaitan struktur pada sistem sedia ada yang menggunakan data perjalanan sebenar taburan penduduk lokasi pusat pekerjaan, institusi pendidikan serta pembangunan baharu supaya laluan bas sentiasa di semak mengikut percubaan perubahan corak pembangunan bukannya kekal statik selama bertahun-tahun. Langkah ini bukan sahaja mampu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam malah mengurangkan kesesakan jalan raya, pengurangan bahan api, pelepasan karbon, beban kos sara hidup rakyat dan mengelak pembaziran duit Kerajaan Negeri disebabkan penggunaan minyak bersubsidi. Ia juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani Rancangan Selangor Kedua serta matlamat pembangunan mampan. SDG 11 yang mengutamakan bandar yang inklusif, mampan dan mempunyai sistem mobiliti yang cekap.

Kajang juga telah melakukan mesyuarat dengan Rapid pada bulan tujuh lalu untuk menyemakkan senarai laluan bas bagi DUN Kajang. Kajang juga telah meminta data daripada Rapid bagi jumlah penggunaan bagi setiap laluan diwujudkan. Rapid akan disediakan data yang Kajang minta. Kajang percaya apabila rangkaian bas rancang mengikut keperluan sebenar rakyat, pengangkutan awam akan menjadi pilihan bukan paksaan. Itulah pelaburan yang benar-benar memberi pulangan kepada negara dan manfaat kepada rakyat.

Jalan pintasan Kajang-Semenyih dua tahun lalu, Kajang telah membangkitkan isu pewartaan jalan pintasan Kajang-Semenyih di Dewan ini maka soalan Kajang kepada Kerajaan apakah status mengenai pewartaan jalan pintasan Kajang-Semenyih ini selepas dua tahun. Harap Kajang dapat jawapan mengenai perkara ini.

Isu gelandangan dan pemulihan semula kehidupan. Tuan Speaker, Kajang ingin menyentuh satu isu yang sering dipandang sebagai isu kebersihan bandar sedangkan hakikatnya ia merupakan satu kemanusiaan dan pembangunan sosial. Iaitu isu gelandangan dan serta individu yang telah selesai menjalani hukuman tetapi gagal kembali menjalani kehidupan secara normal. Kajang melihat bilangan gelandangan di beberapa kawasan bandar semakin membimbangkan. Mereka bukan sahaja berada di jalan kaki lima, hentian bas atau kawasan pekan malah sebahagiannya tadi daripada individu yang pernah menjalani hukum penjara, mengalami masalah keluarga, kehilangan pekerjaan atau berdepan masalah kesihatan mental.

Persoalan Kajang ialah selepas seseorang selesai menjalani hukuman siapakah yang benar-benar membimbing mereka kembali ke pangkuan masyarakat? Adakah kita hanya melepaskan mereka selepas tamat hukuman atau kita memastikan mereka benar-benar mendapat peluang kedua. Pada pandangan Kajang proses pemulihan tidak sepatutnya berakhir di pintu penjara, mereka memerlukan kaunseling, latihan kemahiran, bantuan mendapatkan pekerjaan, pemantauan berkala dan sokongan psychosocial sehingga benar-benar mampu berdikari. Jika tidak mereka berisiko kembali menjadi gelandangan atau mengulangi kesalahan yang sama. Oleh itu, Kajang mencadang agar Kerajaan Negeri bersama Jabatan berkaitan mewujudkan satu Program Pemulihan dan Integrasi Semula Komuniti.

Program ini hendaklah menyediakan pengurusan kes secara berterusan termasuk penempatan pekerjaan, kaunseling berkala serta lawatan susulan sehingga individu tersebut benar-benar stabil dan mampu berdikari. Ini juga selaras dengan nilai Malaysia Madani yang menekankan ihsan, kemanusiaan, kecekapan dan masyarakat yang inklusif. Sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor yang menyeru supaya masyarakat menghayati nilai ihsan terhadap makhluk. Kajang percaya nilai yang sama perlu diterjemahkan kepada manusia yang sedang berusaha membina semula kehidupan mereka. Memberi peluang kedua bukan bererti mengabaikan keselamatan awam tetapi memperkukuhkan masyarakat agar lebih sejahtera dan berdaya tahan. Tuan Speaker, pengurusan pangsapuri dan flat murah di Kajang antara perkara yang Kajang sedang berusaha sebaik mungkin adalah meningkatkan mutu kehidupan rakyat yang tinggal di pangsapuri atau flat murah. Sebelum ini Kajang sudah bangkitkan mengenai keperluan untuk Kerajaan untuk menyediakan peruntukan khusus kepada pangsapuri dan flat murah bagi menaik taraf kehidupan mereka. Peruntukan itu mesti berfokus untuk membaiki kemudahan sedia ada seperti bumbung, paip, jalan raya, landskap yang sesuai untuk penghuni dan anak-anak, penyediaan tong sampah di sekitar kawasan komuniti ini dan Kajang percaya bahawa

usaha kita tidak boleh hanya berhenti di peruntukan sahaja selepas siap semua pembaikan dan tambah baik Kajang perlu masuk dan menggalakkan komuniti ini untuk mewujudkan Management Community dengan izin kerana sebelum ini tiada siapa berminat untuk mewujudkan MC di sebabkan duit diperlukan adalah banyak untuk penambahbaikan dan tiada peruntukan untuk menggerakkan sebarang aktiviti atau pun program. Tujuan MC ini di wujud adalah untuk memastikan program dan aktiviti kemasyarakat dapat di susun dan seterusnya dilakukan oleh mereka tetapi sebelum aktiviti ini digerakkan kemudahan-kemudahan penting perlu dibaiki dan ditambah baik dahulu.

Pengurusan pokok perlu berasaskan keselamatan bukan penebangan semata-mata. Tuan Speaker, Kajang ingin menyentuh satu lagi perkara yang berkait rapat dengan kualiti kehidupan rakyat iaitu pengurusan pokok di kawasan awam pada pandangan Kajang pengusaha pokok perlu dilaksanakan secara berkhidmat profesional dan berasaskan penilaian aburi kruto yang jelas bukannya mengambil pendekatan mudah dengan menembang atau memangkas secara besar-besaran. Perkara ini masih berlaku di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Kajang nak semua maklum apabila kita hanya mencantas pokok begitu sahaja, menggalakkan pertubuhan pucuk baru yang tidak kuat dan apabila dahan besar akan menyebabkan mudah sekar, merencatkan penyembuhan kesan luka di tempat pemotongan, risiko jangkitan penyakit dan serangan perosak lebih tinggi dan mengakibatkan pereputan berlaku. Mengubah struktur asal pokok yang menyebabkan pokok-pokok tersebut kelihatan tidak cantik, pucuk-pucuk baru yang tumbuh kelihatan tidak kemas dan memerlukan kos lain untuk di selenggara. Menanggung proses fisiologi pokok dengan ketiadaan daun dalam jumlah yang besar mengakibatkan terganggu proses membuat makanan dan penyerapan air dan nutrien. Ini mengakibatkan penurunan tahap kesihatan dan daya tahan pokok terhadap sebarang penyakit. Prinsipnya mudah, tangkas apabila perlu, pelihara apabila boleh, jika nak cantas sampai botak buat apa kita tanam pokok dari awal. Hanya membazir duit rakyat sahaja.

Tuan Speaker, penjaja di Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang sebelum ini Kajang telah membuat satu surat pada tahun 2023 untuk memberi laporan kepada Majlis Perbandaran Kajang mengenai keberadaan penjaja warga asing di kawasan bahu Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang. Mereka telah mendirikan infrastruktur kekal malah membahayakan penduduk sekitar dengan menggunakan elektrik tanpa mengikut pendawaian yang betul. Melalui laporan Kajang MPKJ telah merobohkan infrastruktur haram tersebut dan perkara ini dianggap telah selesai tapi selepas lebih dua tahun kita dapat melihat penjaja tempatan pula memulakan kawasan yang sama secara tidak sah MPKJ baru sahaja membuat serbuan dan sitaan kepada penjaja warga tempatan pada Rabu yang lalu.

Kajang tidak mempunyai masalah apabila PBT menyita barangan penjaja tempatan ini, tetapi apa yang Kajang tidak faham adalah jika PBT tahu bahawa penjaja tempatan sedang menggunakan rizab jalan untuk berniaga kenapa MPKJ tidak buat perancangan dan mewujudkan tempat alternatif agar penjaja-penjaja tempatan boleh berniaga di tempat lebih sesuai. Kajang percaya kita sebagai Kerajaan mesti mempunyai semangat kemanusiaan yang selaras dengan semangat Malaysia Madani dengan menyediakan tempat alternatif agar penjaja tempatan ini mampu berniaga bagi menampung kehidupan mereka. Contoh terbaik yang boleh kita ikuti adalah bagaimana PMX selalu memastikan semua rakyat mempunyai peluang sama rata dalam berniaga. Tugas utama kita adalah memastikan keadilan dalam bentuk peluang dirasai semua rakyat tanpa mengira latar belakang.

Penyeliaan tong roro, terakhir Kajang ingin membawa isu penyediaan tong roro di kawasan Kajang. Kajang melihat agak sukar mana-mana komuniti untuk mendapatkan kemudahan tong roro. Kajang dan pasukan bertungkus-lumus dalam menggerakkan Kempen Kajang bersih, Kajang di hatiku dalam memastikan komuniti tempatan bersama menjaga kebersihan di Kajang. Di saat komuniti bersemangat dalam menggerakkan kempen ini, tiba-tiba mereka susah untuk mendapatkan tong roro untuk aktiviti gotong-royong mereka. Kajang percaya kita sebagai pembuat dasar mesti memudahkan kerja komuniti yang sanggup bergotong royong dalam memastikan keadaan sekitar bersih dan selamat. Kajang berharap perkara ini mendapat perhatian oleh PBT agar membantu komuniti ini dengan hanya menyediakan tong roro sahaja untuk memudahkan kerja pembersihan yang mereka lakukan.

Penutup, izinkan Kajang mengakhiri perbahasan ini dengan satu renungan ada ungkapan yang menyebut serialization is built all the little things. Sesungguhnya taman DUN tidak dibina hanya melalui bangunan yang mekar atau projek bernilai berbilion ringgit tetapi melalui perkara-perkara kecil dan dilakukan dengan penuh amanah dan tanggungjawab setiap hari. Apabila soalan kontraktor menyiapkan kerja mengikut standard yang ditetapkan itu dah tamadun, apabila seorang pegawai turun padang tanpa menunggu arahan kerana rasa tanggungjawab kepada rakyat itulah tamadun.

Apabila rakyat menjaga kebersihan persekitaran dan menghormati kemudahan awam itulah tamadun dan apabila pemimpin mendengar denyut nadi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan itulah tamadun. Apabila Kerajaan menguruskan setiap sen, wang rakyat dengan penuh integriti, akauntabiliti dan ketelusan itulah asas sebuah negeri yang maju dan bermaruah. Pada khidmat Kajang masa depan Selangor bukan hanya bergantung kepada projek-projek mega tetapi kepada sejauh mana kita berjaya membina sebuah masyarakat yang berintegriti, berilmu, berdisiplin dan saling menghormati antara kita semua.

Marilah kita bersama-sama membina Selangor yang mudah sahaja terus menjadi penerajui ekonomi negara tetapi juga menjadi contoh terbaik dari segi tadbir urus yang baik. Penyampaian perkhidmatan yang cekap, pembangunan yang lestari dan masyarakat yang benar-benar bertamadun dan juga negeri yang berbilang kaum yang mampu hidup secara harmoni bersama kerana akhirnya tamadun bukan sesuatu yang diwarisi tamadun dibina sedikit demi sedikit melalui setiap keputusan yang dibuat dengan hemah setiap amanah yang ditunaikan dengan jujur dan setiap tindakan yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

Sekian, terima kasih dan Kajang menyokong Rancangan Selangor Kedua ini. Salam Kajang bersih, Kajang di hatiku.

Speaker

Ya, Pandamaran...

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker, mungkin suara dan nadi rakyat di Pandamaran. DUN Pandamaran ingin bangun hari ini untuk turut berserta dalam sesi perbahasan Rancangan Selangor Kedua RS-2. Ini adalah satu dokumen holistik yang bukan sahaja menentukan hala tuju pembangunan fizikal malah menjadi kompas, sosial ekonomi negeri bertuah ini untuk lima tahun akan datang.

Tuan Speaker, terlebih dahulu Pandamaran ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dusun Tua eh Sungai Tua. Dato’ Menteri Besar Selangor, barisan MMKN serta seluruh jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri atas komitmen jitu dalam merangka RS-2 ini. RS-2 bukan sekadar kesinambungan tetapi merupakan satu lonjakkan strategi untuk meletakkan Selangor sebagai sebuah wilayah pintar, berdaya huni dan makmur bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita memandang ke hadapan, eloklah kita menoleh ke belakang untuk melihat sejauh mana track rekod yang telah kita bina melalui Rancangan Selangor Pertama RS-1 yang lalu, Selangor telah membuktikan ketahanan ekonomi yang luar biasa. Walau berdepan dengan badai, pandemik global dan ketidak tentuan geopolitik dunia Selangor tetap menjadi agen pertubuhan utama Malaysia.

Speaker

Yang Berhormat Pandamaran sambung besoklah eh. 15 minit dah. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah pun menunjukkan pukul 4.30 petang maka saya menangguhkan Persidangan Dewan ini ke hari Selasa 11 Ogos 2026 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)