Sarawak · 14 May 2026
19th Assembly, 5th session, 1st meeting (unedited) · not final · 358 turns · 35,219 words · official PDF ↗
ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, I have granted a leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Datuk Francis Harden anak Hollis, Deputy Minister for Education, Innovation and Talent Development (Talent Development) and Honourable Member for N.32 Simanggang for yesterday, today and tomorrow’s sitting.
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan LisanQuestions
Yang Berhormat Encik John anak Ilus, Simunjan. Bukit Semuja. Sorry, Bukit Semuja.
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Speaker, mohon Dato Sri Menteri menjawab soalan nombor 127.
Soalan nombor 127.
Pemutihan Warganegara Tanpa Dokumen
(127) YB Encik John anak Ilus bertanya kepada Premier Sarawak: Berapakah jumlah kes yang telah dikenal pasti dan telah diselesaikan di seluruh Sarawak dan kawasan DUN Bukit Semuja dalam operasi atau Program Pemutihan Warganegara yang tiada dokumen melalui Pasukan Petugas Khas (PPK) bersama pihak JPN yang diadakan dalam tahun 2024?
Okay. Assalamualaikum W.B.T, selamat pagi, Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Bukit Semuja, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pasukan Petugas Khas ataupun PPK yand dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 20 Januari 2026 telah meluluskan sejumlah 5,776 permohonan daripada 13,224 permohonan pelbagai dokumen pengenalan diri daripada seluruh bahagian di Sarawak.
Bagi kawasan Bukit Semuja ataupun bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja yang meliputi daerah Serian dan juga daerah Siburan, sebanyak 339 permohonan diterima dan telah diproses. Daripada jumlah tersebut sebanyak 84 permohonan telah diluluskan dan akan dikeluarkan dengan dokumen pengenalan diri, 242 permohonan tidak berjaya manakala 13 permohonan lagi masih lagi di peringkat siasatan lanjut. Sekian, terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Menteri. Soalan tambahan saya ialah, apakah sebab kenapa permohonan khususnya di Bukit Semuja 242 itu tidak diluluskan?
Terima kasih, Yang Berhormat bagi Bukit Semuja. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan satu-satu permohonan itu dilulus dan tidak diluluskan. Kategori-kategori permohonan dokumen pengenalan diri ada pelbagai iaitu:
(a) Kategori 1: Tanpa dokumen pengenalan diri; (b) Kategori 2: Pemegang sijil lahir lebih daripada 12 tahun; (c) Kategori 3: Pemegang sijil lahir kurang daripada 12 tahun; (d) Kategori 4: Pemegang MyKAS; (e) Kategori 5: Pemegang MyPR ataupun pasport; (f) Kategori 6: Tiada dokumen lahir (luar Sarawak); dan (g) Kategori 7: Lain-lain hal.
Jadi, daripada jumlah untuk seluruh Sarawak daripada sejumlah 13,224 permohonan yang telah diterima di seluruh Sarawak; seramai 5,776 ataupun 44% telah diluluskan seperti apa yang saya maklumkan kepada soalan yang pertama tadi manakala 6,733 (51%) telah ditolak dan selebihnya sebanyak 715 ataupun 5% memerlukan siasatan lanjut.
Daripada kategori-kategori yang ditolak itu, saya dapat melihat bahawa yang menyebabkan penolakan adalah ekoran daripada sijil lahir kurang daripada 12 tahun yang mana jumlah yang ditolak adalah sebanyak 1,118 dan kategori yang kelima iaitu pemegang MyPR ataupun pasport iaitu jumlahnya adalah 2,018 orang.
Ekoran daripada itu jadi ada sebab-sebab tertentu kadang-kadangnya memang tidak ada dokumen untuk mengesahkan bahawa seseorang itu ada perhubungan, ada berkaitan untuk disahkan sebagai warga dan sebagainya. Sebab itulah, kepada ibu-ibu, bapa-bapa terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar jauh di pedalaman, apabila anak dilahir, anak lahir memerlukan supaya dipercepatkan pendaftaran kelahiran itu supaya ia tidak akan menyebabkan kesulitan kepada anak tersebut untuk menjadi seorang warganegara. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang, Pujut.
Tuan Speaker, my question is number 128.
Laluan Penerbangan Antarabangsa Miri
(128) YB Encik Adam Yii Siew Sang to ask the Minister for Transport: In line with efforts to enhance international connectivity in Sarawak, are there any initiatives or plans to introduce direct international flight routes into Miri, and what progress has been made in this regard?
Terima kasih, Tuan Speaker. Thank you to the Honourable Member for Pujut.
Tuan Speaker, for the information of the Honourable Member for Pujut, the Sarawak Government is committed to enhancing air connectivity, including exploring the potential air connectivity, including exploring the potential for direct international flight routes into Miri. At the same time, the Sarawak Government continues to actively engage airlines operators in close collaboration with the Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Sarawak Tourism Board (STB) and other relevant agencies in order to facilitate and encourage the exploration of new international routes in Sarawak, including Miri based on commercial viability and market demand. In addition, the Sarawak State Government through AirBorneo is evaluating opportunities for direct international routes to Sarawak, of course including Miri, particularly within ASEAN and nearby regional markets.
No supplementary questions, Yang Berhormat Allan Siden Gramong, Machan?
(Supplementary Question) Excuse me, Tuan Speaker, I have two supplementary questions…(Laughter)…Sorry…(Laughter)…Okay, thank you, Ahli Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip anak Susil, the Deputy Minister for Transport.
(a) Are there any incentives provided to airlines to encourage new international routes? (b) What are AirBorneo's plans to increase connectivity between Miri and other urban centres in Sarawak?
Thank you.
Thank you, Honourable Member for Pujut, and thank you, Tuan Speaker.
Currently, the incentives are provided to align through a collaborative approach involving Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), as well as the Tourism Malaysia and Sarawak Tourism Board. These incentives generally include route development support, such as airport charges, rebates, joint marketing and promotional assistance, as well as other facilitation measures to encourage airlines to commence and sustain new international routes. On your second question, Honourable Member for Pujut, AirBorneo is currently evaluating the potential commercial routes serving Miri as part of its broader network planning.
The focus is on strengthening connectivity between main cities and towns in Sarawak, namely Kuching, Sibu, Bintulu and Miri to enhance overall accessibility and economic integration within Sarawak. This is subject to aircraft availability and commercial viability, and these routes are expected to commence from the third quarter of 2027 onwards. Thank you, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong, Machan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 129.
Penyaluran Bantuan Mangsa Banjir
(129)
Apakah sebab proses untuk penyaluran bantuan mangsa banjir mengambil masa yang agak lama dan adakah Kementerian akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses tersebut?
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Machan.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Machan, kerajaan amat prihatin terhadap isu tersebut dan mengakui bahawa terdapat cabaran yang signifikan dalam proses penyaluran bantuan semasa bencana banjir berlaku. Dalam situasi tertentu terdapat kawasan penempatan yang tidak dapati diakses melebihi 48 jam sekali gus menjejaskan kelancaran penghantaran bantuan kepada mangsa.
Antara cabaran utama yang dihadapi ialah kekangan logistik apabila laluan darat tidak dapat digunakan akibat dinaiki air dan penghantaran bantuan terpaksa dilaksanakan menggunakan pengangkutan air. Pada masa yang sama, jumlah bot operasi agensi yang terhad serta keutamaan penggunaannya bagi operasi menyelamat dan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut memberi kesan kepada proses pengagihan bantuan termasuk penghantaran makanan bermasak ke PPS dan kawasan yang terjejas.
Sehubungan itu, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah (JPBB) dan (JPBD) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan memastikan bantuan bencana dapat disalurkan dengan lebih cepat, teratur dan berkesan melalui inisiatif-inisiatif yang berikut: (a) Program latih amal dan simulasi – program latih amal dan simulasi telah dilaksanakan di bahagian Sibu, Kuching dan Bintulu dengan penglibatan pelbagai agensi di bawah JPBB dan JPBD. Melalui program ini, kempen pendaftaran awal maklumat mangsa ke dalam sistem info bencana turut dijalankan bagi mempercepatkan proses pengurusan dan penyaluran bantuan semasa bencana berlaku. Pelaksanaan program ini telah melibatkan seramai 1,175 orang peserta dan petugas. Selain meningkatkan tahap koordinasi antara agensi, latihan ini turut memperkukuhkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa pengurusan bencana. Program simulasi ini juga menjadi platform untuk menguji keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP), mengenal pasti kelemahan yang perlu ditambah baik serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan;
(b) Penyediaan bekalan makanan dan keperluan asas – pada tahun 2025, seramai 32 pembekal makanan dan keperluan asas telah dilantik di bahagian Sibu bagi menyokong pengurusan bantuan bencana serta memastikan keperluan mangsa dapat disalurkan secara teratur dan berterusan. Bagi tahun ini setakat bulan April 2026, jumlah tersebut telah ditingkatkan kepada 34 pembekal melalui penambahan dua pembekal baharu sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian bantuan semasa bencana berlaku; dan
(c) Mini depo – sebagai langkah kesiapsiagaan tambahan, sebuah mini depo kontena telah ditempatkan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daerah Song yang terletak berhampiran kawasan DUN Machan. Kemudahan ini diwujudkan bagi membolehkan kelengkapan bantuan dan keperluan asas disimpan lebih hampir dengan kawasan yang berisiko sekali gus mempercepatkan proses mobilisasi bantuan semasa bencana berlaku. Selain memenuhi keperluan penduduk di daerah Song, kelengkapan yang disimpan di mini depo kontena ini turut boleh digunakan bagi membantu mangsa yang terjejas di kawasan DUN Machan dan yang berhampiran.
Terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.
(a) Apakah jenis bantuan yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mangsa banjir?
(b) Apakah jenis bantuan semasa bencana kemarau yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat bagi Machan.
Untuk menjawab soalan ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Machan, terdapat dua jenis bantuan untuk bencana banjir yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
(a) Bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) – bagi mangsa banjir yang terjejas dan telah berpindah ke PPS, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan makanan sama ada bermasak atau bungkus dengan kadar RM50 seorang, sehari. Jika penyediaan makanan bermasak diperlukan, PPS yang tidak mempunyai kelengkapan memasak akan disediakan dengan kelengkapan dapur dengan kadar maksimum RM5,000 untuk sebuah PPS. Mangsa banjir yang berpindah ke PPS juga turut dibekalkan dengan bantuan kelengkapan asas dan keperluan harian seperti tikar, kelengkapan tidur, hygiene kit dan lain-lain lagi. (b) Bantuan kepada mangsa yang terputus hubungan – jika berlaku banjir yang menyebabkan kawasan di sekitar rumah mangsa terkepung, maka bantuan makanan kering boleh disalurkan kepada mangsa yang tidak berpindah dan terputus hubungan. Kadar bantuan ini tidak melebihi RM100 satu pek, bagi satu orang untuk tempoh satu minggu.
Manakala untuk menjawab soalan yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat bagi Machan, pada musim kemarau, terdapat dua jenis bantuan air bersih yang disediakan kepada mangsa, iaitu bantuan air tangki dan bantuan air minuman botol. Syarat kelayakan ini diberi kepada mangsa di kawasan yang tidak mendapat bekalan air paip atau air bersih daripada pihak berkuasa bekalan air semasa kemarau atau musim panas yang berpanjangan. Dalam situasi tertentu, bantuan ini juga disalurkan apabila punca atau sumber air telah tercemar dan tidak selamat digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato Sri Huang Tiong Sii, Repok.
Thank you, Tuan Speaker. My question is number 130.
Cadangan Dewan Konvensyen Sarikei
(130) YB Dato Sri Huang Tiong Sii to ask the Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts: What plans does the State Government have to construct a Convention Hall in Sarikei to host official programmes, community events and cultural activities given Sarikei’s rapid social and economic growth?
Thank you, Honourable Member for Repok for your question. Tuan Speaker, for the information of the Honourable Member for Repok, Sarikei’s rapid social and economic growth presents a promising opportunity for future development, including the potential of establishing of a convention hall to support official programmes, community events, and cultural activities. However, any such initiative must be carefully assessed for actual needs, appropriate scale and long-term sustainability to ensure it delivers meaningful value to the community and Sarawak.
Presently, the government has no plan to construct a convention hall in Sarikei. The future development of a convention hall in Sarikei would be approached in a measured and forward-looking manner, guided by careful planning and thorough needs assessment to ensure it effectively serves the community and support Sarikei’s continued growth.
Currently, the government is giving priority to optimise the use of existing facilities particularly Dewan Suarah Sarikei. Dewan Suarah Sarikei is already equipped to host official programmes, community events, cultural activities, seminar and public gatherings with a significant capacity approximately 700 seats and can accommodate 55 tables for banquet style arrangement. Based on the records from the year 2023 until April 2026, Dewan Suarah Sarikei recorded 90 bookings involving about 98,267 visitors and users. Out of these bookings, only 36 events about approximately 40% utilise the main hall. Due to the nature of most activities such as music events, food festivals, bazaars and community events that require open space, they were held mainly at the parking area and lobby space.
Therefore, the government will continue to strengthen and maximize the use of existing infrastructure while assessing the future demand before considering the need of a new convention hall in Sarikei. Thank you.
(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker. Thank you Datuk Yang Berhormat Deputy Minister. I have two supplementary questions.
(a) What are the factors to be considered in setting out of a convention hall? (b) What are the requirements to be for an international business event?
Thank you.
Thank you, Tuan Speaker and Thank you, Ahli Yang Berhomat bagi Repok for the two supplementary questions.
For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Repok, a convention hall is generally defined as a purpose-built venue designed to host large-scale meetings, conferences, conventions and exhibitions. The provisions of such facilities with substantial and flexible event spaces, multiple breakout rooms as well as areas suitable for exhibitions or trade shows will be based on the market demand.
In addition, the location must also be supported by an ecosystem of international-standard hotel, convenient transportation access and adequate visitor services. Together, these components distinguished a true convention hall from ordinary event halls, enabling it to effectively host national and international business events.
The answer for supplementary question number two, Tuan Speaker, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Repok, international business events typically gather hundreds, if not thousands, of delegates over several consecutive days, and such events come with very specific requirements. To successfully bid for an international business event, a destination must demonstrate its readiness by offering complete and capable ecosystem. This includes:
(a) adequate meeting venues; (b) strong flight connectivity; (c) international rated hotel accommodation; (d) reliable transportation and logistics; (e) skilled and trained manpower; (f) professional industry expertise; and (g) comprehensive event support services.
As beyond the physical infrastructure of a convention hall, an equally crucial factor is the readiness of the local hosts. In the context of business events, the term ‘local host’ refers to the collective ecosystem of associations, government agencies, academia and the private sector.
These groups are the ones who lead bids, organise events and provide the continuity needed to sustain national and international programmes. Without active, capable, and committed local hosts, international associations and global event owners will not view a destination as viable, even if it has world-class infrastructure.
Therefore, it is essential for the local host ecosystem to be strong, well-coordinated and ready to champion bids, mobilise expertise and deliver events that meet global standards. Thank you.
Yang Berhormat Encik Friday anak Belik, Krian.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 131.
Pemerkasaan PKS Luar Bandar
(131) YB Encik Friday anak Belik bertanya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan: Adakah kerajaan mempunyai inisiatif khusus untuk memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya di kawasan luar bandar di Sarawak? Apakah jenis-jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada para belia yang ingin memulakan (start-up) perusahaan kecil-kecilan terutama dalam bidang penghasilan produk berasaskan pertanian dan kraftangan?
Thank you, Tuan Speaker. Very good morning. Buenos dias. Ohayo gozaimassu. Dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai insentif untuk memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di luar bandar yang merangkumi:
(a) Program peningkatan kapasiti usahawan melalui latihan keusahawanan dan bimbingan teknikal;
(b) Program bantuan kewangan seperti Geran Usahawan Teknikal dan Vokasional, geran Graduan ke Arah Keusahawanan, Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana dan Skim Kredit Mikro Sarawak;
(c) Program pemasaran produk seperti showcase Usahawan Sarawak, pameran, ekspo, misi perdagangan serta platform untuk mempromosikan produk di pasaran domestik dan antarabangsa; dan
(d) Program Pendaftaran dan Pemudahcara Perniagaan seperti Jum Regista Bisnes bagi memudah cara serta menggalakkan peniaga dan usahawan tempatan untuk mendaftar perniagaan mereka dan mendapat akses kepada bantuan, insentif, dan pembiayaan kewangan serta akses pasaran yang ditawarkan oleh institusi kerajaan dan swasta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan juga melaksanakan program pembangunan keusahawanan khas untuk belia seperti Youth Entreprenuer Setup, BeliaGoBiz dan Sarawak Youth StartUP yang menumpukan kepada peluang pitching, jaringan perniagaan dan akses pasaran.
Manakala, Kerajaan Persekutuan melalui agensi seperti SME Corp., INSKEN, dan Amanah Ikhtiar Malaysia turut menawarkan program yang memfokuskan kepada latihan, bimbingan dan pembiayaan untuk meningkatkan kapasiti usahawan, antaranya Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, INSKEN Bumiputera Business Coaching dan Sahabat Usahawan.
Selain itu, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Sarawak Entrepreneur Development Coordination Committee (SEDCC) bagi menyelaras strategi dan memantau pelaksanaan inisiatif pembangunan keusahawanan agar dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, tersusun dan mampan. Penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan memperkukuh koordinasi dan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, bagi mengelakkan pertindihan dalam pelaksanaan inisiatif pembangunan keusahawanan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, semasa RMK-12, SEDCC telah berjaya menyelaras dan melaksanakan sebanyak 1,891 program pembangunan kapasiti yang memanfaatkan 113,228 peserta. Bagi bahagian Betong termasuk kawasan Krian, sebanyak 34 program yang melibatkan 1,650 peserta telah dilaksanakan. Thank you.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri di atas jawapan. It is a very enlightening answer, however I have two supplementary questions.
(a) Bagaimanakah kerajaan memastikan usahawan belia di luar bandar dapat akses kepada pasaran yang lebih luas termasuk ke peringkat nasional dan antarabangsa?
(b) Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu meningkatkan kualiti produk luar bandar?
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat bagi Krian. Tuan Speaker, jawapan untuk soalan tambahan pertama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, Kerajaan Sarawak menggalakkan usahawan termasuk usahawan belia di luar bandar untuk meluaskan pasaran mereka melalui:
(a) Program Eksport Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan usahawan bagi menembusi pasaran eksport serta memperluaskan produk tempatan ke pasaran antarabangsa, termasuk dalam industri halal;
(b) Program Sarawak Digital Mall untuk menggalakkan penglibatan belia dalam platform e-commerce; dan
(c) meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa melalui Pejabat Perdagangan dan Pelancongan di Singapura, STATOS dan Brunei STATOB.
Untuk jawapan bagi soalan tambahan kedua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, Kerajaan Sarawak memberi penekanan dalam meningkatkan kualiti produk tempatan termasuk produk dari kawasan luar bandar dengan:
(a) memberi latihan dan sokongan untuk meningkatkan kesedaran usahawan mengenai keperluan dan prosedur good manufacturing practice dan pensijilan halal dalam aspek jaminan kualiti, piawaian dan amalan audit;
(b) memberi pendedahan mengenai pelabelan dan pembungkusan produk yang berkualiti; dan terakhir sekali
(c) memberi khidmat nasihat kepada usahawan untuk bekerjasama dengan agensi yang menawarkan perkhidmatan dalam meningkatkan kebolehpasaran produk.
Thank you.
Yang Berhormat Encik Royston bin Valentine, Tellian.
Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat suap dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 132.
Status Projek Pembangunan Mukah
(132) YB Encik Royston bin Valentine bertanya kepada Premier Sarawak: Apakah status pelaksanaan projek-projek berikut?
(a) Benteng Hakisan Tebingan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian; (b) Waterfront Mukah; dan (c) Projek RADDA;
(i) Mukah Integrated Market; (ii) Pengawalan Hakisan Pantai Petanak; (iii) Anjung Ria Senaga, dan (iv) Medan Selera Kala Dana Mukah.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, bagi kepada Yang Berhormat bagi Tellian. Sebelum saya menjawab soalan bagi Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, saya mengambil kesempatan, Tuan Speaker, untuk mengalu-alukan kehadiran kumpulan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta Jawatankuasa PBB dari Cawangan N.4 Pantai Damai yang hadir di Aras 9 ... (Applause)... Selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, status pelaksanaan enam projek pembangunan termasuk projek-projek di bawah seliaan Rajang Delta Development Agency ataupun RADDA. Pengerusi RADDA ada di sebelah saya di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian adalah seperti berikut; empat projek yang sedang dalam proses reka bentuk kejuruteraan ialah:
(a) Proposed New Mukah Integrated Market and Supporting Facilities; (b) Pembinaan Anjung Ria Senaga; (c) Pembinaan Medan Selera Kala Dana Mukah; dan (d) Waterfront Mukah.
Kesemua empat projek ini dijangka akan ditender pada suku keempat pada tahun 2026. Manakala projek yang kelima, iaitu Cadangan Pengawalan Hakisan Pantai Petanak masih lagi dalam proses mengutamakan jajaran dan reka bentuk awal. Projek ini juga dijangka akan ditender pada suku keempat tahun ini. Dan yang keenam, projek Benteng Hakisan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian akan dimuktamadkan pelaksanaannya dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan April tahun 2028. Terima kasih.
(Soalan tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya ada dua soalan tambahan.
(a) Bilakah projek ini, projek-projek yang telah dibentangkan tadi akan dimulakan, dan bilakah ia dijangka siap?
(b) Apakah perancangan pihak RADDA untuk memastikan perancangan yang telah dibuat akan dilaksanakan dengan baik?
Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih rakan Yang Berhormat bagi Tellian. Untuk menjawab soalan yang pertama, proses tender dimuktamadkan pada tahun ini dan seterusnya projek-projek ini akan memulakan pembinaannya pada suku pertama tahun 2027 dan kesemua projek ini mengambil masa dalam tempoh 24 bulan ataupun dua tahun. Dan projek-projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2029.
Untuk menjawab soalan kedua bagi Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, RADDA atau Rajang Delta Development Agency akan membuat pemantauan secara berkala bersama dengan agensi-agensi yang terlibat dan yang pentingnya memastikan bahawa tiada Notice of Change ataupun NOC dibuat setelah projek ini bermula bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut pelaksanaan yang telah pun dirancangkan, khasnya oleh pihak RADDA. Terima kasih, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh, Bawang Assan.
Thank you, Tuan Speaker. My question is number 133.
Kekurangan Pakar Perubatan Sarawak
(133) YB Dato Sri Wong Soon Koh bertanya kepada Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Given the persistent shortage of medical specialists in Sarawak, what plans are in place to improve healthcare accessibility in both urban and rural areas?
Thank you, Tuan Speaker. And thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan for the question. For the information only Yang Berhomat Bawang Assan, at present, Sarawak ratio for the total population at present is 1:590. Comparing to Malaysian National Doctor to population ratio is 1:406. So, which you can see that Sarawak is on the high side for the ratio. And for the existing approved posts, we are still facing 5,738 vacancies unfilled. And furthermore, on top of these approved posts by the Ministry of Health, Sarawak also in need of another additional 18,814 posts need to be created in order to meet our healthcare demands.
Tuan Speaker, the government acknowledges the persistence shortage of medical specialist in Sarawak and its addressing this through a comprehensive system-based approach aligned with current Ministry of Health Malaysia (MOH) policies including the health white paper reform agenda which emphasizes equitable access digital transformation and strengthening primary healthcare.
Firstly, telemedicine is being expander as a core strategy to optimize specialists which in line with MOH Digital Health agenda, remote consultation and enable patients in peripheral facilities to access specialist care without unnecessary referrals to tertiary centers. Thereby reducing waiting times, travel burden and congestion in urban hospitals. This is particularly important in Sarawak, since we have a very vast geography.
Secondly, rural healthcare delivery is being strengthened through upgrading of klinik kesihatan, expansion of outreach services such as mobile clinics and flying doctor services. An implementation of task shifting, aligns with MOH policy again, to empower primary care team, allowing medical officers and alliance of health personnel to manage cases locally with structured specialist support, thus improving continuity of care and service capacity.
Thirdly, infrastructure and digitalization remain key priorities. To date, 176, that is 65.2% of our primary healthcare facilities in Sarawak, have been digitalized through systems such as the Cloud Based Clinic Management System (CCMS) with 94 facilities pending implementation. In supporting the success of healthcare digitalization, the Sarawak Government has also contributed RM10 million for ICT hardware and infrastructure strengthening across healthcare facilities. This strong collaboration has accelerated implementation of CCMS, improved access to electronic medical records, enhanced service efficiency and strengthened continuity of care, particularly in remote and hard to reach areas.
Sarawak’s border digitalization policy and investment in connectivity infrastructure were also created, enabling ecosystem for telehealth integration, data sharing and more efficient healthcare delivery statewide. This integrated approach reflects MOH policy direction to move from a hospital-centric motto towards a people-centered digitally enabled and more equitable healthcare system across Sarawak.
Apart from that, the ministry has also implemented several strategic measures to strengthen healthcare accessibility and specialist service delivery across both urban and rural areas in Sarawak. Among the key initiatives is a Sarawak hospital cluster concept whereby lead hospitals typically tertiary referral centers, provide structured specialist outreach services to non-lead hospitals which are a primary non-specialist facility. This motto improves access to specialist consultations, enhances continuity of care and reduces the need for patients in rural areas to travel long distances to tertiary centers. In parallel, the global surgery initiative has been introduced to expand access to surgical services in peripheral hospitals. Under this initiative, surgeons from lead hospitals conduct scheduled visits to non-lead hospitals to perform surgical procedures locally for patients who are already receiving follow up care at those facilities. This approach improves timely access to surgery, reduces referral congestion at tertiary hospitals and minimizes patients’ displacement from the communities.
The ministry has also strengthened the credentialing and privileging programme for medical officers, particularly in essential surgical competencies. Through structured training and supervised clinical exposure at lead hospitals, medical officers are accessed based on competency standards before being granted credentials and privileges to perform selected procedures independently at their respective district or non-specialist hospitals. This initiative enhances local service credibility, optimizes workforce utilization and helps reduce a bad log of surgical cases in rural facilities.
In addition, infrastructure strengthening remains a critical enabler for specialist retention and service sustainability. Adequate upgrading of hospital infrastructure, medical access, diagnostic facilities and operating environment is necessary to ensure specialists are able to practice effectively and safely at district hospitals. The provision of well-maintained and sufficient staff quarters is equally important in improving workforce retention, particularly in rural and hard-to-reach areas where accommodation and living conditions remain significant challenges.
Now, Tuan Speaker, there is another move by Sarawak that is to establish Sarawak Medical Committee (SMC) under delegated authority for the Malaysian Medical Council (MMC), represent a significant milestone in strengthening Sarawak capacity to address its own healthcare workforce and regulatory challenges in a more responsive and context specific manner. The SMC provides a platform to facilitate workforce planning, and expedite regulatory processes related to medical practitioners and specialists serving in Sarawak.
Now often the case, as we see there are many doctors including Malaysians trained overseas and through private pathways, they wish to come back to Sarawak, to Malaysia to serve, but they always face obstacles of SPM Bahasa Malaysia and History requirements for them to pass in order to enter into public hospital services. Moreover, we also noticed that international medical students graduated in Malaysia, there are thousands are generally not allowed to do housemanship in Malaysia even they were trained in Malaysia.
Now, according, this is according to MMC Regulation that restrict them to do housemanship in Malaysia. And, in view of all these numbers of profession medical doctors, Sarawak is ready to take them in, and we are now proposing to MMC to allow us; to delegate us with authority to recruit all these crew of talents to come to Sarawak to serve or to do their housemanship. And SMC also facilitates the insurance or limited practicing licenses for qualify foreign medical practitioners and those returning Malaysia’s specialist with internationally recognize qualification but may not yet be formally recognized locally.
And more importantly, the establishment of the SMC demonstrates why the ongoing pursued or greater healthcare autonomy under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) is both necessary and strategically important for Sarawak. Sarawak faces unique healthcare realities, including vast geographical distances, dispersed rural populations, difficult terrains and long-standing shortages of medical specialist and healthcare personnel. And these challenges require more flexible, practical, and locally responsive policy implementation mechanisms that reflect Sarawak's operational realities.
In this regard, Tuan Speaker, the SMC represents a practical example of how greater devolved authority can accelerate solutions to critical healthcare workforce gap while remaining aligned with national regulatory standards and oversight by the SMC. Greater healthcare autonomy under the MA63 does not imply separation from the national healthcare system but rather empowers Sarawak to implement context-specific solutions more efficiently, particularly in workforce planning, specialist deployment, and healthcare delivery for rural and undeserved communities. Ultimately, these integrated efforts reflect south government's commitment to build a more resilient, people-centred, and equitable healthcare system, while ensuring that healthcare governance and workforce strategies are sufficiently adaptive to Sarawak's unique demographic and geographical challenges.
(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker. Thank you, Deputy Minister for Health, Housing and Local Government. I have two supplementary questions. By the way, the Deputy Minister has answered very well, a very lengthy answer, and in fact, more than what I have asked for. However, I have two supplementary questions:
(a) How many mobile health teams in Sarawak, and how many localities have been covered by such mobile teams?
(b) Given the current level of digitalisation, what infrastructural challenges have been identified in implementing such digitalisation systems in Sarawak?
Thank you.
Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan for these two supplementary questions.
Tuan Speaker, the answer for the first supplementary question is that there are 97 mobile health teams and cover 1,005 localities in Sarawak. This service covers a total of 102,267 populations living in the rural and remote regions of Sarawak.
Now, the answer to the second supplementary question, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan, the implementation of digital health systems across Sarawak is being strengthened through focused improvement in infrastructure. At the facility level, efforts are underway to enhance hardware availability, server capacity, and power reliability, particularly in older clinics that were not originally designed for digital operations. To support this, the Sarawak Government has allocated RM10 million for the procurement of essential hardware required for digitalisation.
In addition, upgrades are being carried out to ensure that facilities are better equipped to support system requirements and maintain consistent performance. Maintenance and technical support mechanisms are also being reinforced to ensure the sustainability of this digital infrastructure, especially in hard-to-reach areas. Overall, Tuan Speaker, these ongoing infrastructure enhancements are critical in enabling a more stable, efficient, and scalable digital health system across Sarawak. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Encik Billy anak Sujang, Opar.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Pasukan Liverpool masih nombor 4, Manchester United pula terus di depan; Soalan saya nombor 134, Mohon Menteri memberi jawapan.
Naik Taraf Jalan Kendaie-Sedaing
(134) YB Encik Billy anak Sujang bertanya kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan: Projek menaik taraf jalan raya berbatu ke jalan raya berturap dari Kampung Kendaie ke Kampung Sedaing-Jalan Biawak adalah sangat diperlukan. Kelulusan telah diberikan namun bilakah projek ini akan dilaksanakan?
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Opar. Mohon maaf tidak dapat menjawab pantun sebab saya bukan penyokong Manchester United. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Opar, jalan yang menghubungkan Kampung Kendaie ke Kampung Sedaing merupakan sebahagian daripada skop kerja dalam projek menaik taraf Jalan Biawak ke Kampung Kendaie, Lundu bahagian Kuching yang telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Rolling Plan 4 (RP4) dalam Rancangan Malaysia ke-12 bulan lepas. Projek Jalan Biawak ke Kampung Kendaie ini telah ditanda prakelayakan (Pre-Q) peringkat pertama dan akan dibentangkan di Lembaga Perolehan KKDW untuk perakuan senarai kontraktor yang lulus pra-kelayakan.
Dan seterusnya, tender untuk kerja, iaitu prakelayakan peringkat kedua, akan dipelawa pada bulan Jun ini, dan akan tutup tender pada bulan Ogos tahun ini, 2026. Sekian terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Timbalan Menteri yang telah memberi penjelasan. Jalan ini sebenarnya telah lama ditunggu oleh penduduk setempat. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.
(a) Apakah skop kerja bagi projek menaik taraf jalan dari jalan Biawak ke Kampung Kendaie ini?
(b) Berapakah anggaran kos bagi kerja-kerja menaik taraf jalan ini?
Sekian, Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Opar untuk dua soalan tambahan. Yang pertama, skop kerja bagi projek menaik taraf jalan dari Biawak ke Kampung Kendaie merangkumi:
(a) Menaik taraf jalan tanah batu yang sedia ada sepanjang 11 kilometer ke jalan berturap dengan lebar 6 meter mengikut spesifikasi piawaian JKR R1;
(b) Menggantikan dua buah jambatan sedia ada dengan jambatan konkrit ataupun RC (reinforced concrete bridge) dan membina sebuah jambatan konkrit yang baru; dan
(c) Membina sistem perparitan, pembentung dan perabot jalan.
Untuk soalan tambahan yang kedua, anggaran kos bagi projek naik taraf jalan ini adalah dianggarkan berjumlah sebanyak RM77 juta. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato Rolland Duat anak Jubin, Meluan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 135.
Pembangunan Tanah NCR oleh SLDB
(135) YB Dato Rolland Duat anak Jubin bertanya kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah: Sejauh manakah Sarawak Land Development Board (SLDB) membangunkan Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar? Berapa hektar NCR yang telah dibangunkan dan apakah jenis bantuan yang telah diagihkan kepada penduduk luar bandar melalui SLDB?
Terima kasih, Tuan Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat bagi Meluan. Sebelum saya menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Meluan, saya ingin membuat satu pengumuman. Pengumuman kempen "Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan".
Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian, dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Sarawak bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) akan mengadakan kempen "Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan" Edisi Ke-3 bersempena dengan penutupan Persidangan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas. Program ini akan diadakan pada 20 Mei 2026, jam 5 petang bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kempen ini merupakan inisiatif Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha menggalakkan rakyat negeri Sarawak untuk mengutamakan pengambilan buah-buahan tempatan di samping menyokong pembangunan industri pertanian serta pengusaha buah-buahan tempatan negeri ini. Sehubungan itu, saya menjemput semua Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk memeriahkan program tersebut. Jangan risau, semuanya FOC.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Meluan, Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Land Development Board (SLDB) telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan Tanah Adat Bumiputera (NCR) melalui model estet mini kelapa sawit dan inisiatif komuniti tanaman berkelompok bagi meningkatkan sosial ekonomi penduduk luar bandar. Sehingga kini, sebanyak 1,247 hektar tanah NCR telah berjaya dibangunkan, yang melibatkan:
(a) Projek tanaman kelapa sawit di Pedanum, Pakan, Sarikei seluas 437.22 hektar dengan penyertaan 125 orang peserta;
(b) Projek tanaman getah di Sri Aman, Pakan, Kapit dan Lubok Antu seluas 577.2 hektar melibatkan 295 orang peserta; dan
(c) Projek tanaman kopi di Simunjan, Samarahan dan Sri Aman seluas 232.6 hektar melibatkan 180 orang peserta. Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat adalah seramai 600 orang.
Selain itu, SLDB turut membangunkan tanah milik individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri seluas 275.37 hektar bagi tanaman kelapa sawit di Kampung Teh, Mukah yang melibatkan 116 orang peserta.
Antara manfaat utama yang diterima peserta dan komuniti setempat adalah pendapatan berterusan melalui bayaran sewa dengan kadar RM1,440.00 per hektar setahun bagi projek tanaman kelapa sawit. Bagi projek tanaman getah dan kopi pula, projek ini akan diserahkan kepada pemilik tanah selepas tempoh pembangunan tamat dan tanaman tersebut telah mula mengeluarkan hasil. Di samping itu, penduduk setempat mempunyai peluang untuk bekerja di estet mini serta menikmati kemudahan infrastruktur seperti jalan dan jambatan yang disediakan. Terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Timbalan Menteri yang sudah memberi penerangan yang jelas sekali. Namun begitu, saya ada dua soalan tambahan.
(a) Dalam RMK-12, berapakah perbelanjaan yang terlibat bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah NCR oleh SLDB?
(b) Adakah kawasan Meluan termasuk dalam sasaran bagi pemegang Tanah Adat Bumiputera (NCR) secara berkelompok pada masa akan datang atau RMK-13 ini?
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Meluan atas dua soalan tambahan. Untuk menjawab soalan tambahan yang pertama, sehingga kini SLDB telah melaksanakan tiga projek pembangunan tanah NCR menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Yang Kedua Belas. Projek-projek tersebut serta jumlah peruntukannya adalah seperti berikut:
(a) Projek Pembangunan Mini Estet Getah di Sri Aman dan Pakan dengan peruntukan RM9.7 juta;
(b) Projek Pembangunan Tanaman Getah Secara Berkelompok di Sri Aman, Pakan dan Kapit dengan peruntukan RM12 juta; dan
(c) Projek Pembangunan Tanaman Kopi Secara Berkelompok di Simunjan dan Sri Aman dengan peruntukan RM8 juta.
Untuk menjawab soalan yang kedua, SLDB mengalu-alukan permohonan daripada para pemilik tanah di seluruh Sarawak termasuk dari kawasan Dewan Undangan Negeri Meluan. SLDB akan memproses dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada kementerian yang berkenaan. Setakat ini, SLDB belum menerima permohonan yang lengkap daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Meluan dan kita mengalu-alukan permohonan pada Rancangan Malaysia Yang Ketiga Belas ini. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, question time is up.
Supplementary Supply (2025) Bill, 2026Bill
Good morning, Tuan Speaker. Tuan Speaker, I beg to move that the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026 as contained in Command Paper No. 1 of 2026 laid on the Table on 12th May 2026 be read a second time.
Tuan Speaker, the Third Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2025 as contained in Command Paper No. 1 of 2026 comprising an additional sum of RM167,808,725 is laid before the House in pursuant to Article 32 of the State Constitution. This additional expenditure is to meet the cost of various services incurred by various Ministries and Departments for which the funds were not provided for or insufficiently provided for in the 2025 Estimates. Details of the additional expenditure is provided in Command Paper No. 2 of 2026. Tuan Speaker, I beg to move.
Another Minister to second.
I beg to second.
Ahli-ahli Yang Berhormat, the question is that the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026 be read a second time. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Bill is read a second time. Bill is read a second time
Usul Untuk Membawa Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2025 Kepada Jawatankuasa PerbekalanMotion
Tuan Speaker, I beg to move that the following Motion be referred to the Committee of Supply, “That this Dewan resolves to refer to the Committee of Supply the Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2025 as contained in Command Paper No. 3 of 2026 laid on the Table on 12th May 2026.”
Command Paper No. 3 of 2026 is laid before the House in pursuant to Section 4(2) of the Development Funds Act, 1966. As presented therein, there are 51 Sub Activities and 73 Sub-sub Activities for which the additional provisions are required. The total additional allocation required is RM26,089,146. The amount required had been vired from savings among the subheads concerned and/or advanced from the Contingency Reserves. The additional allocation is to meet the following Heads of Expenditure:
Heads of Expenditure Amount (RM)
Head P.001 – Land Infrastructure 150 Head P.002 – Riverine Infrastructure 30 Head P.003 – Government Buildings 40 Head P.004 – Public Buildings 1,767,350 Head P.005 – Public Utilities 60 Head P.007 – Land Compensation and Residential Extension 30 Head P.009 – Industrial Development 10 Head P.011 – Local Authorities and Housing Development 60 Head P.013 – Public finance 60 Head P.014 – Planning and Development 30 Head P.015 – Knowledge Society 6,386,806 Head P.016 – Drainage and Irrigation 10 Head P.017 – Forestry 10 Head P.018 – Tourism 10 Head P.021 – Crop Agriculture 30 Head P.026 – Housing Redevelopment 20 Head P.027 – Women and Family Development 10 Head P.028 – Natural Resources and Environment 195,000 Head P.029 – Special Projects 17,739,400 Head P.031 – Development of Transport Sector 30
Total 26,089,146
The total amount is RM26,089,146. Details on the additional expenditure has provided in Command Paper No. 4 of 2026. Tuan Speaker, I beg to move.
Another Minister to second.
Tuan Speaker, I beg to second.
Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Motion standing in the Order Paper in the name of the Second Minister for Finance and New Economy be referred to the Committee of Supply. As many as are the opinion say “Yes”. Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Motion is agreed.
The Dewan shall now resolve into the Committee of Supply to consider the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026 and the Motion on the Second Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2025.
Committee Of Supply
[Tuan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, we are now considering Command Paper No. 1 of 2026 and No. 3 of 2026 together with the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026.
Honourable Members, we shall now consider Command Paper No. 1 of 2026. The question is that the amount of all Heads as set forth in the Third Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2025 be approved. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Third Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2025 is approved.
Ahli-ahli Yang Berhormat, we shall now consider Command Paper No. 3 of 2026. The question is that the amount in all Heads as set forth in the Second Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2025 be approved. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Second Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2025 is approved. We shall now consider the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026.
The Schedule
The question is that the Schedule be ordered to stand part of the Bill. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Schedule is ordered to stand part of the Bill.
Clauses 1 and 2
The question is that Clauses 1 and 2 be ordered to stand part of the Bill. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. Clauses 1 and 2 are ordered to stand part of the Bill.
Enacting Schedules, Clauses and Title
The Dewan shall now resume.
House Resumed
[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Speaker, I wish to report that the Committee of Supply has considered the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026. The Third Supplementary Estimates of the Ordinary Expenditures, 2025 and the Second Supplementary Estimates of the Development Expenditures, 2025 and agreed to without amendment.
Supplementary Supply (2025) Bill, 2026Bill
Tuan Speaker, I beg to move that the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026 be now read a third time and do pass.
Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Supplementary Supply (2025) Bill, 2026 be read a third time and do pass. As many of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”. Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it, the Bill is read a third time and passed.
Bill is read a third time and passed
Usul Untuk Melulus Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2025Motion
Tuan Speaker, I beg to move that this Dewan resolve to approve the Second Supplementary Estimate of Development Expenditure, 2025 as contained in the Command Paper No. 3 of 2026 as laid on the Table on 12th of May 2026.
Another Minister to second.
Tuan Speaker, I beg to second. Thank you.
The question before the Dewan is that the Dewan resolves to approve the Second Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2025 as contained in Command Paper No. 3 of 2026 as laid on the Table on the 12th of May 2026 be approved. As many of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it, the Motion is approved.
Supplementary Supply (2026) Bill, 2026Bill
Tuan Speaker, I beg to move that the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026 as contained in Command Paper No. 5 of 2026 as laid on the Table on 12th May 2026 be read a second time. The First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2026 as contained in Command Paper No. 5 of 2026 comprising an additional sum of RM1,323,340,000.00 is laid before the House in pursuant to Article 32 of the State Constitution. This additional expenditure is to meet the following:
(a) The sum of RM13,000,340.00 is required by the Ministry of Public Health, Housing and Local Government of which RM7,990,000.00 is to cater for increase and special fixed monthly allowances and provision of medical services for counsellors in 27 local councils which has been approved by the Cabinet on 18th November 2025. While RM5,350,000.00 is a special financial assistant to cater for 50% discount on rental of markets and stalls under the jurisdiction of local authorities;
(b) The sum of RM188,000,000.00 is required by the Ministry of Utility and Telecommunication for provision of 25% discount on electricity bills for domestic consumers as a measure to ease the impact of the rising costs of living resulting from the ongoing conflict in the Middle East;
(c) A sum of RM20,000,000.00 is required by the Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development for the preparation and participation in Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor Darul Ehsan 2026;
(d) A sum of RM90,000,000.00 is required by the Department of Premier of Sarawak of which RM40,000,000.00 is to cater for the revision in the allowances for the Ketua Kaum and Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) which was approved by Cabinet on 18th November 2025, while RM50,000,00.00 is for rental of government office building;
(e) A sum of RM12,000,000.00 is required by State Social Welfare Department for preparation and participation Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor Darul Ehsan 2026; and
(f) A sum of RM1,000,000,000.00 is required by State Financial Secretary Office for the appropriation to statutory funds to cover for development expenditure.
Details on the additional expenditure are provided in Command Paper No. 6 of 2026. Tuan Speaker, I beg to move.
Another Minister to second.
Tuan Speaker, I beg to second.
Ahli-ahli Yang Berhormat. The question is that the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026 be read a second time. As many of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are of the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it, the Bill is read a second time.
Bill is read a second time
Usul Untuk Membawa Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2026 Kepada Jawatankuasa PerbekalanMotion
Tuan Speaker, I beg to move that the following Motion, be referred to the Committee of Supply, that this Dewan resolves to refer to the Committee of Supply the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 as contained in Command Paper No. 7 of 202 laid on the Table on the 12th of May 2026.
Command Paper No. 7 of 2026 is laid before the House in pursuant to Section 4(2) of the Development Fund Act 1966. As presented therein, there are 5 sub-activities and 7 sub-sub activities for which the additional provision of RM391,000,000 is required. The details are as follows:
(a) A sum of RM50,000,000.00 is required by the Ministry of Infrastructure and Port Development to meet contractual payment for emergency response work or damage public infrastructure in Sarawak;
(b) A sum of RM66,000,000.00 is required by the Ministry of Utility and Telecommunication to meet the following:
(i) RM46,000,000.00 for contractual payment of Serian Regional Water Supply Phase 2; and
(ii) RM20,000,000.00 for the contractual payment of proposed new Lundu Water Treatment Plant, Kuching Division;
(c) A supply of RM100,000,000.00 is required by the State Financial Secretary office for Special Development Assistance Fund to implement various social programs and project throughout the state;
(d) A sum of RM35,000,000.00 is required by the Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development to meet contractual payment for the implementation of naik taraf dan baik pulih Stadium Sarawak;
(e) A sum of RM140,000,000.00 is required by the Department of the Premier of Sarawak, comprises the following:
(i) RM100,000,000.00 for the implementation of various ongoing Projek Rakyat throughout the State; and
(ii) RM40,000,000.00 to cater for the increase in Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) to the eligible target group to ease the burden of the rising living cost brought about by the ongoing Middle East conflict.
Details on the additional expenditure are provided in Command Paper No. 8 of 2026. Tuan Speaker, I beg to move.
Another Minister to second.
Tuan Speaker, I beg to second.
Thank you. Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Motion standing in the Order Paper in the name of the Second Minister for Finance and New Economy be referred to the Committee of Supply. As many as are the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Motion is agreed.
The Dewan shall now resolve into the Committee of Supply to consider the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026 and the Motion of the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026.
Committee Of Supply
[Tuan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat]
Honourable Members, we are now considering Command Paper No. 5 of 2026 and No. 7 of 2026 together with the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026. Honourable Members, we shall now consider Command Paper No. 5 of 2026.
The question is that the amount in all Heads as set forth in the First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2026 be approved. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2026 is approved. Honourable Members, we shall now consider Command Paper No. 7 of 2026. The question is that the amount in all Heads as set forth in the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 be approved. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 is approved. We shall now consider Supplementary Supply (2026) Bill, 2026.
The Schedule
The question is that the Schedule be ordered to stand part of the Bill. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Schedule is ordered to stand part of the Bill.
Clauses 1 and 2
The question is that Clauses 1 and 2 are ordered to stand part of the Bill. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. Clauses 1 and 2 are ordered to stand part of the Bill.
Enacting Schedules, Clauses and Title
The Dewan shall now resume.
House Resumed
[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Speaker, I wish to report that the Committee of Supply has considered the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026; the First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure, 2026 and the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 and agreed to without amendment.
Supplementary Supply (2026) Bill, 2026Bill
Tuan Speaker, I beg to move that the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026 be now read a third time and do pass.
Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Supplementary Supply (2026) Bill, 2026 be read a third time and do pass. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinion say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Bill is read a third time and passed.
Bill is read a third time and passed
Usul Untuk Melulus Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2026Motion
Tuan Speaker, I beg to move that this Dewan resolves to approve the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 as contained in Command Paper No.7 of 2026 is laid on the Table on 12th May 2026.
Another Minister to second.
Tuan Speaker, I beg to second.
Thank you. Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Dewan resolves to approve the First Supplementary Estimates of Development Expenditure, 2026 as contained in Command Paper No.7 of 2026 is laid on the Table on 12th May 2026 be approved. As many as are of the opinion say “Yes”.
Government: Yes… (Resounding “Yes”)
As many as are the contrary opinions say “No”.
Opposition: No… (Murmuring “No”)
The “Yes” have it. The Motion is approved.
Sambungan Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri SarawakMotion
Ahli-ahli Yang Berhormat, under Standing Order 31(8) are hereby limit the Members speeches on the Head of State’s address to a maximum of 20 minutes. I shall now call upon Honourable Member for Meluan.
Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi Mesyuarat Penggal Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Universiti Tun Abdul Razak sempena Istiadat Konvokesyen UNIRAZAK ke-24.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi N.26 Gedong atas pelantikan semula sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Nur Azhar bin Bujang atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Dewan Negeri Sarawak.
Tuan Speaker, saya merakamkan setinggi penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama yang begitu jelas menggariskan hala tuju pembangunan Sarawak dalam mendepani cabaran global, mengukuhkan ekonomi baharu dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Ucapan TYT amat tepat pada masa nya. Dunia hari ini sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik, perubahan ekonomi global, tekanan kos sara hidup dan persaingan teknologi yang semakin sengit. Namun Sarawak terus stabil kerana kepimpinan berwawasan YAB Premier Sarawak.
Merealisasikan PCDS 2030
Kita kini memasuki fasa paling penting dalam menjayakan PCDS 2030. Tempoh berbaki menuju tahun 2030 tidak panjang. Maka tumpuan kita hari ini bukan lagi kepada merancang semata-mata, tetapi memastikan pelaksanaan yang cekap, cepat dan berimpak tinggi. Seperti yang disebut TYT, setiap kementerian dan agensi mesti mempunyai sense of urgency and sense of ownership. Kita tidak boleh hanya membuat pengumuman dan demi pengumuman tanpa hasil yang sampai kepada rakyat. Rakyat di luar bandar mahu melihat perubahan yang nyata.
Bila kita bercakap tentang Sarawak maju dan makmur, kemajuan itu mesti sampai ke rumah panjang, ke kebun lada, ke kebun sawit, ke sekolah pedalaman dan seluruh pelosok negeri hingga tiada yang tertinggal dan terpencil. Itulah matlamat utama GPS.
Agenda Tenaga Bersih
Tuan Speaker, saya menyokong penuh ucapan Tuan Yang Terutama berhubung usaha mengukuhkan agenda tenaga bersih di Sarawak yang kini semakin menyerlah sebagai peneraju ekonomi hijau dan tenaga boleh baharu di rantau ini. Langkah kerajaan memperluaskan penggunaan tenaga hidro, solar, biotenaga serta pembangunan teknologi rendah karbon bukan sahaja mampu menjamin keselamatan dan kestabilan bekalan tenaga negeri, malah membuka ruang ekonomi baharu yang berdaya saing dan mampan.
Pendekatan ini amat penting dalam menarik pelaburan strategik dari negara maju yang kini memberi utama kepada pembangunan hijau dan industri rendah karbon. Dengan kekuatan sumber asli, kestabilan politik dan serta kepimpinan kerajaan yang berwawasan, Sarawak mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab tenaga bersih bertaraf antarabangsa.
Oleh itu saya berharap agenda ini terus diperkasa melalui pembangunan teknologi hijau, latihan modal insan berkemahiran tinggi serta penyertaan aktif masyarakat luar bandar agar matlamat pembangunan tenaga bersih ini dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh rakyat Sarawak.
Pembangunan Luar Bandar dan Infrastruktur
Tuan Speaker, TYT menegaskan pembangunan luar bandar mesti terus diperkasa. Selari dengan hasrat ini, Kerajaan GPS saban tahun konsisten membentangkan belanjawan rural development biased untuk merapatkan jurang pembangunan dan juga memastikan keterangkuman pembangunan yang tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
Bagi DUN Meluan pembangunan asas masih menjadi keutamaan. Sejak hari pertama saya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Meluan, saya bekerja keras untuk membawa seberapa banyak yang mungkin untuk membangunkan infrastruktur asas di Meluan. Berkat pimpinan YAB Premier, kita bertuah kerana langkah revenue re-engineering beliau yang bagi saya adalah satu mesra stroke yang berjaya menghasilkan dana berbilion-bilion untuk merancakkan pembangunan luar bandar. Banyak yang telah kita berjaya siapkan namun kerja belum selesai.
Untuk Meluan, saya sekali lagi memohon perhatian kerajaan untuk menyambung grid elektrik ke rumah-rumah panjang berikut.
(a) Rumah Panjang Thersa, Batu 15 Jalan KJD; (b) Rumah Panjang Lumbok, Merurun; (c) Rumah Panjang Engkiau, Serau; (d) Rumah Panjang Steven Jenggut, Serau; (e) Rumah Panjang Buking anak Imang, Tanjung Nibong Ulu Kakub; (f) Rumah Panjang Dudum anak Usit, Ulu Kakub; dan (g) Rumah Panjang Manggie anak Naong, Ulu Kakub
Tuan Speaker, “rumah panjai urang tuk lamak udah siap tang lalu nadai api. Nadai api maksud nadai grid electricity jadi aku minta Kementerian tanggungjawab ngambik tindakan jampat agi ngambik rumah panjai tuk jampat agi terang badu agi gelap lebih agi maya nyambut perayaan Gawai”. ... (Applause)... Ini bukan lagi kehendak mewah, Tuan Speaker. Ini adalah keperluan asas. Saya memohon agar projek-projek ini diberikan keutamaan segera.
Meluan Sebagai Hab Pertanian Moden
Tuan Speaker, TYT menekankan pemodenan pertanian melalui automasi, dron pertanian, fertigasi dan teknologi pintar. Meluan bersedia menjadi model pertanian moden Sarawak terutama untuk pemodenan amalan pekebun lada dan juga produk tanaman nilai tinggi yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan. Kawasan kita adalah pengeluar utama lada, sawit dan sawit pekebun kecil, hasil sayur-sayuran dan tanaman makanan. Saya sekali lagi memohon agar Meluan diberi perhatian khusus di bawah RMK-13 untuk:
(a) Pembangunan tanah NCR berkelompok untuk tanaman makanan bernilai tinggi berkonsepkan ladang rakyat; (b) Collecting Processing dan Packaging Centre (CPPC); (c) Precision Farming Park and Agropark; dan (d) Menambah pembangunan jalan ladang.
Pekebun kecil kita di Meluan amatlah rajin. Mereka ada tanah. Mereka ada semangat. Yang mereka perlukan adalah sokongan modal seperti geran dan skim mikrokredit, infrastructure dan jaminan pasaran. Jika ini kita laksanakan, Meluan mampu menjadi food basket utama wilayah tengah Sarawak.
Di kesempatan ini, saya ingin bertanya, apakah status Sarawak Venture Capital yang telah ditukar nama kepada Sarawak Agro Fund (SAF) yang diamanahkan kepada Sarawak Land Development Board? Apakah perkembangan dan hasil program ini yang asalnya untuk membangunkan usahawan tani kecil untuk menjadi usahawan berdaya saing yang mampu sampai ke tahap komersial dan menyumbang kepada status Sarawak sebagai new food exporter menjelang 2030.
Saya juga ingin bertanya, apakah status Programme Agriculture Facilitation Fund yang juga diamanahkan di bawah SLDB. Program AFF Fund amat popular dan satu program yang touch point yang amat berkesan untuk petani kecil dan berjaya menaikkan minat petani muda untuk menceburi bidang perniagaan tani. Saya mohon sokongan untuk kedua-dua program yang amat baik dan berkesan ini jika dilaksanakan dengan cekap. Tuan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Industri Makanan Komuniti dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) kerana berjaya membentangkan Rang Undang-undang Lembaga Padi dan Beras Sarawak, 2026.
Pembangunan Modal Insan
Tuan Speaker pelaksanaan pendidikan tinggi percuma oleh Kerajaan Sarawak adalah satu kejayaan untuk rakyat Sarawak. Ini satu pelaburan besar untuk masa depan negeri. Namun manfaat ini mesti benar-benar sampai kepada anak-anak luar bandar. Agenda modal insan pemacu masa depan amat dekat di hati saya sebagai bekas pendidik. Agenda ini menyentuh pemerkasaan pendidikan STEM, TVET dan Teknologi. TYT menekankan kepentingan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi. Anak-anak luar bandar juga mempunyai potensi besar yang sama. Namun, potensi ini disekat oleh kekangan infrastruktur yang daif.
Bagaimanakah anak-anak kita mahu menguasai kecerdasan buatan AI sedangkan mereka masih belajar di dalam bangunan yang usang. Ekonomi digital memerlukan talian internet dan elektrik yang stabil. Infrastruktur fizikal yang lengkap adalah asas utama keadilan pendidikan. Di kawasan Meluan banyak sekolah daif yang memerlukan perhatian.
Sekolah-sekolah ini memerlukan peruntukan segera untuk dinaik taraf. Sekolah SK Nanga Ju, SK Tapang Punggu, SK Nanga Merurun, SK Nanga Ensiring, SK Nanga Kelangas, SK Ulu Entaih, SK Nanga Maong. Sekolah-sekolah ini merlukan blok bilik darjah baharu untuk murid dan kuarters guru yang selesa dan selamat. Begitu juga kemudahan makmal sains, bilik komputer juga amat mendesak. Kita tidak boleh membiarkan anak luar bandar tercicir daripada arus pemodenan. Pembangunan modal insan mesti bermula dengan persekitaran sekolah yang kondusif. Saya menggesa pelan tindakan tuntas diambil demi masa depan anak-anak Meluan. Kita mahu melihat anak-anak dari rumah panjang di Meluan satu hari nanti menjadi jurutera aeroangkasa, pakar AI, saintis tenaga hijau, profesional global, mohon perhatian Kementerian Pendidikan.
Tuan Speaker, TYT menyentuh tentang cabaran kos sara hidup luar bandar akibat faktor logistik dan geografi. Kos penghantaran barang ke pedalaman amat meningkat. Ini akan menyebabkan peningkatan kos dan harga barang yang mungkin memberi kesan besar adalah harga baja dan racun, input pertanian. Saya ingin memohon penjelasan daripada kementerian, adakah kita bersedia menghadapi peningkatan kos input pertanian. Apakah data terkini tentang kesan geopolitik global terhadap kos input pertanian di Sarawak dan apakah perancangan dan intervensi oleh kementerian terutamanya untuk melindungi pekebun-pekebun kecil.
Tuan Speaker, saya ingin mengangkat seruan TYT agar kita terus menjaga kestabilan politik dan keharmonian Sarawak. Ini adalah kekuatan utama kita. Kita seluruh GPS berdiri teguh bersama kepimpinan YAB Premier. Kita yakin dengan kebijaksanaan beliau membina Sarawak yang lebih maju makmur. Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, lalu kena ku ngujung ke jaku aku, aku meri Selamat Ari Gawai Dayak ngagai semua bangsa dayak ti deka nyambut ari Gawai Dayak 2026 ti deka datai. Besampi ke semua kitai diberi pengelantang, penyenang ngau pengerai. Minta Petara selalu ngemata ke kitai belama-lama awa ke kitai sama bela panjai umur nguan menua. Gayu Guru Gerai Nyamai Senang Lantang Nguan Menua... Oooha. Saya mohon menyokong…(Applause)…
Ahli Yang Berhormat bagi Jepak.
Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirahmannirahim. Salam Ibu Pertiwiku, Salam Sarawakku Sayang dan Salam Sarawak Maju Makmur. Syukur kepada Allah S.W.T kita dapat bersidang dalam suasana harmoni dan sejahtera untuk Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri kali Ke-19 ini. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk serta membahasakan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Yang di-Pertua Negeri, bagi pembukaan persidangan ini.
Ucapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, ketika perasmian Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 menekankan mengenai kesan ketidaktentuan global ketika ini turut dirasai rakyat melalui peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan kos pengangkutan yang memberi tekanan kepada ekonomi isi rumah.
Namun, Sarawak masih mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pengurusan kewangan berhemah, dasar pembangunan yang jelas serta pentadbiran yang cekap. Ini dibuktikan dengan kestabilan politik di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak adalah tonggak utama dalam kesinambungan perancangan dan pembangunan ekonomi Sarawak serta menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. YAB Premier telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak bagi membantu mengurangkan beban rakyat melalui pelbagai bantuan dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Oleh itu strategi pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) terus menjadi panduan utama dalam menentukan hala tuju pembangunan Sarawak ke arah wilayah maju, mampan dan berpendapatan tinggi. Hala tuju YAB Premier Sarawak berfokus kepada transformasi ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan mampan dan kebajikan rakyat menjelang 2030 dan ianya disokong oleh transformasi sektor awam. Sarawak ini kini memacu pembangunan melalui tenaga bersih, ekonomi hijau dan transformasi digital menjadikan keadaan negeri sebagai peneraju.
Tuan Speaker, izinkan saya terus menyentuh isu dan pembangunan di kawasan saya yang masih memerlukan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Berikut adalah isu yang hendak kita ungkitkan.
Perumahan untuk Golongan M40 di Jepak
Di sini saya mohon kepada kerajaan untuk membina perumahan bagi golongan M40 di Jepak, Bintulu. Ini kerana golongan ini sering terlepas pandang tentang keperluan mereka untuk memiliki rumah sendiri. Maka dengan itu, disyorkan agar projek perumahan bagi golongan M40 ini menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) yang lebih moden dan efisien sebagai mana Model Saphire 1 yang dibina oleh LCDA di SPK Gedong baru-baru ini.
Model ini dipilih kerana LCDA berjaya menyiapkan lima rumah berkembar dua tingkat dalam tempoh 27 hari dengan mutu kerja yang memuaskan. Model ini juga dilengkapi dengan sistem panel solar berkonsepkan Net Energy Metering (NEM) bagi menjanakan tenaga elektrik sendiri mengurangkan kebergantungan grid serta membolehkan lebihan tenaga dikreditkan ke bil elektrik. Inisiatif ini seiring dengan usaha Kerajaan Sarawak memperluaskan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga bersih dan lestari, dan mengurangkan kos bagi golongan M40 serta menyokong matlamat negeri ke arah pembangunan hijau dan neutral karbon. Selain daripada itu, pihak saya menerima pertanyaan dari warga DUN Jepak, iaitu:
(a) Status terkini permohonan SPK Jelutong bagi Fasa 1; dan
(b) Status Rumah Urban Development yang melibatkan Kpg. Sinong, Kpg. Masjid, Kpg. Datuk dan Kpg. Sebiew.
Mohon pihak terbabit untuk memberi penjelasan di atas pertanyaan ini.
Pembinaan Litar Lumba Pemotoran di Jepak, Bintulu
Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa baru-baru ini telah berlaku lumba haram di jalan selepas Jambatan Tun Taib Mahmud yang menimbulkan kebimbangan serta melanggar undang-undang, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Gejala ini amat membimbangkan terutama melibatkan belia yang merupakan pelapis untuk pemimpin di masa akan datang.
Sebelum ini, pihak saya pernah memohon dalam Persidangan DUN terdahulu agar kerajaan dapat membina litar lumba pemotoran di Bintulu. Ini sebagai langkah pencegahan ke atas belia-belia yang sering terlibat dengan rempit dan lumba haram.
Dengan adanya litar ini, Sarawak akan mampu melahirkan pelumba dalam bidang pemotoran hingga ke peringkat antarabangsa. Ini dibuktikan bagi kes yang serupa dihadapi oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Dengan terbinanya Litar Pemotoran Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus, terbukti ia adalah inisiatif yang berkesan mengatasi gejala lumba haram atau rempit di negeri tersebut. Kalau kita lihat kemudahan itu dilengkapi dengan Litar Club Prix sepanjang 1.35km dan Sprint Test sejauh 0.95km, trek ujian pecut dan gelanggang drift. Di sini Terengganu telah berjaya melahirkan pelumba yang berbakat.
Contohnya, Qabil Irfan Azlan, pelumba muda sensasi yang terkenal kerana memenangi kejohanan dunia Pocket Bike di Eropah (FIM MiniGP World Series) dan merupakan wira cilik pemotoran negara. Berikutnya Hakim Danish Ramli, pelumba berbakat besar yang berasal dari Kuala Terengganu, pernah beraksi di European Talent Cup (ETC) dan terpilih ke Moto3 dan ramai lagi senarai-senarai yang saya ada di sini yang mana menunjukkan Terengganu terkenal dengan negeri yang berjaya melahirkan ramai bakat dalam sukan pemotoran, khususnya dalam kejuaraan Club Prix.
Bekalan Air Luar Bandar di Samarakan, Annau, Sg. Kemana dan Serupai
Disini juga kita memohon agar kerajaan memberi keutamaan isu bekalan air merupakan permasalahan utama yang dihadapi penduduk luar bandar. Dicadangkan satu pendekatan jangka pendek perlu dilaksanakan dalam menangani masalah bekalan air terutamanya di kawasan Samarakan, kawasan Annau, kawasan Sg Kemaan dan Kuala Serupai Bahagian Bintulu.
Oleh itu, saya mohon agar kerajaan dapat membina loji mini rawatan air (mini water treatment plant) atau sistem acute merupakan salah satu strategi utama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak untuk menangani isu bekalan air di kawasan tersebut tadi. Tindakan adalah seperti berikut:
(a) Bagi kawasan Samarakan, Sg. Kemana dan Serupai perlu dibina projek tangki aras tinggi beserta booster water pump untuk meningkatkan lagi kualiti bekalan air; dan
(b) Bagi kawasan Annau, Tatau perlu dibina projek Mini Loji iaitu Water Treatment Plant dengan menggunakan sumber air dari sungai berdekatan.
Pasar Ikan Jepak
Merujuk kepada temubual TVS pada 31 Oktober 2023 sebelum PRK ke atas peniaga di Pasar Ikan Sebiew di mana para peniaga mohon untuk dibina satu pasar ikan baru di Jepak yang lebih sistematik. Pasar ikan sistematik merujuk kepada pengurusan pendaratan, jualan, dan kebersihan yang teratur dengan konsep kering dan bersih. Ini merangkumi kompleks pendaratan ikan bersepadu, pemantauan transaksi pendaratan ikan, pengurusan sisa sampah yang teratur dan platform untuk peniaga dan nelayan unruk memasarkan tangkapan mereka.
Salah satu permintaan dari peniaga adalah mohon agar pihak berkuasa menawarkan kadar sewa yang berpatutan bagi ruang yang disediakan.
Projek Jalan Berkembar dari Jepak ke Balingian
Pembinaan jalan berkembar dari Jepak ke Balingian membawa manfaat besar kepada penduduk dan pembangunan negeri. Antara faedah utamanya ialah:
(a) Peningkatan mobiliti dan keselamatan yang mana jalan berkembar meningkatkan kecekapan sistem perhubungan, mengurangkan kesesakan, dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya;
(b) Memendekkan masa perjalanan – projek seperti jalan raya berkembar dari Jepak ke Balingian dijangka memendekkan perjalanan ke destinasi utama (contohnya bagi mereka yang bekerja di Kawasan Perindustrian di Kidurong atau di Bintulu), iaitu mereka boleh melakukan secara day trip untuk pergi ke tempat bekerja;
(c) Merancakkan ekonomi tempatan – peningkatan infrastruktur ini membuka peluang perniagaan baharu dan mengurangkan kos logistik;
(d) Pembangunan wilayah – ia bertindak sebagai nadi baharu untuk membangunkan wilayah dan meningkatkan akses ke kawasan luar bandar serta pekan-pekan kecil; dan
(e) Fasiliti moden – jalan baharu ini akan dilengkapi dengan trek basikal dan disiapkan untuk menampung kemudahan masa depan, seperti Sistem Aliran Transit Automasi.
Projek Jalan Tatau ke Kuala Tatau
Pihak saya mohon agar Projek Jalan Tatau ke Kuala Tata bagi Fasa 1 sepanjang 6.574 kilometer dari simpang Lebuh Raya Pan Borneo ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau dapat dinaiktarafkan kepada jalan berturap bagi keselesaan penduduk yang menggunakan kemudahan tersebut.
Di sini juga saya mohon agar Projek Jalan Fasa 2 daripada Annau ke Kuala Tatau dapat dilaksanakan dalam kadar segera di bawah RMK13 bagi Rolling Plan 1. Ianya penting untuk menghubungi penduduk dari Pekan Tatau ke Kuala Tatau atau sebaliknya, serta amat memberi manfaat kepada penduduk khususnya meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat dan elemen-elemen keselamatan dapat ditingkatkan. Contoh, Jika berlaku kebakaran atau kecemasan akan memudahkan pihak BOMBA atau Ambulan datang ke lokasi kejadian dalam masa yang singkat dan cepat.
Penyelenggaran dan Pembesaran serta Naik Taraf Sistem Pemparitan di Taman Perumahan dan Kampung Serta Penempatan Luar Bandar
Pihak saya mohon penyelenggaraan dan pembesaran serta naiktaraf parit di kawasan DUN Jepak diambil serius untuk memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik dan mencegah masalah persekitaran yang serius. Terdapat aduan dari penduduk di kawasan DUN Jepak tentang isu parit di penempatan mereka yang perlu diselenggara dan dibesarkan serta dinaik-taraf dalam kadar segera. Berikut kawasan penempatan yang terlibat.
(a) Kampung Baru Darat/ Tengah/Laut; (b) Kampung Kemunting; (c) RPR Sebiew; (d) Kampung Sebiew; (e) Kampung Datuk; (f) Kampung Masjid; (g) Kampung Sinong; (h) Kampung-kampung di Jepak; (i) Kampung Kuala Segan; (j) Parit di sepanjang jalan pesisir pantai; (k) Parit di sepanjang jalan Ulu Sebauh; dan (l) Parit di sapanjang jalan Samarakan.
Kepentingan utama penyelenggaraan dan pembesaran serta menaik taraf sistem perparitan dibuat adalah seperti berikut:
(a) Untuk mengelakkan banjir kilat; (b) Untuk mencegahkan pembiakan nyamuk; (c) Mengekalkan Kesihatan awam; (d) Memudahkan Kerja Penyelenggaraan; dan (e) Melindungi Infrastruktur.
Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.
Anak merpati terbang melata, Hinggap sebentar di dahan jati, Gabungan Parti Sarawak Bersatu sekata, Membina negeri maju dan berbakti.
Akhir kata, kita doakan agar semua hasrat rakyat yang disuarakan melalui Dewan yang mulia ini akan diambil tindakan dan dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan segara rintihan dan denyut nadi rakyat berjaya disantuni dan saya menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin dan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Terima kasih, Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, we have a short break. Sitting resumes at 11:40 a.m.
(Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:17 pagi)
(Mesyuarat dimulakan pada jam 11:59 tengah hari)
[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, I shall now call upon the Honourable Member for Tanjung Batu.
Tuan Speaker, thank you for giving me this opportunity to take part in the debate on the Motion of Appreciation to His Excellency, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, for His Excellency’s wife and comprehensive Opening Address at the First Meeting of the Fifth Session of the 19th Sarawak State Legislative Assembly. Before I proceed, Tuan Speaker, with your kind permission, I would like to acknowledge the presence of around 80 students from Bintulu who have travelled all the way to Kuching to observe the sitting of this august House today…(Applause)… They are sitting at the public gallery on the upper floor. So, thank you and welcome to our august House and welcome to Dewan Undangan Negeri Sarawak, I hope today’s visit will inspire our young people from Bintulu to understand the importance of democracy, public service and responsible leadership.
Tuan Speaker, His Excellency’s address has given us a clear direction on Sarawak’s future. A future built on political stability, clean energy, digital economy, better connectivity, human capital development, public welfare and efficient service delivery. I would like to place on record my appreciation to His Excellency for the wise address, and also to the Sarawak Government under the leadership of Yang Amat Berhormat Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, for continuing to steer Sarawak with confidence, stability and vision. Sarawak today is moving forward with stronger ambition. We are no longer talking only about basic development. We are now talking about hydrogen, green energy, aerospace, digital economy, artificial intelligence, free tertiary education, better connectivity and a high-income future.
These are important directions, and I support them. But at the same time, Tuan Speaker, as wakil rakyat, our duty is also to make sure that the big vision of Sarawak can be felt by the rakyat on the grounds. For Bintulu, this is very important. Bintulu is not only an ordinary town. It's one of Sarawak's major economic engines. We have port activities, oil and gas, petrochemical industry, Samalaju, Industrial Park, investors and a growing population. Therefore, when Sarawak talks about PCDS 2030, clean energy, industrial growth and regional connectivity, Bintulu must not be left behind. In fact, Bintulu must be one of the key players where these policies are translated into real improvement for the rakyat.
Housing, Homebuyer Protection and Affordability
Tuan Speaker, first I wish to raise the issue of the delayed occupation permit for the Treetops Apartments project in Bintulu. This issue has caused much concern among purchasers and future occupants. Many of them have waited for a long time and many are waiting when they can finally get what they have paid for. I take note of the latest statement by the Ministry of Public Health, Housing and Local Government, where it was stated that the remaining works required for the issuance of the Occupation Permit for Blocks A and B are targeted for completion by the third quarter of 2026, subject to no unforeseen circumstances.
I welcome the Ministry’s firm action and close monitoring. The decision to impose interim regulatory measures shows that the government is serious in protecting homebuyers. However, Tuan Speaker, the…(Interruption)…
Tuan Speaker, have we satisfied with the quorum for the meeting, which is 26?
I’ll ask, I’ll direct the Secretary to count.
Ya, I believe we have not, tak cukup. Call more to come in.
Okay. Secretary. You count. If not enough, you buzz.
Ada injury time kah? … (Laughter)…
Buzz. If after buzzing, still not enough, we’ll adjourned.
(Loceng dibunyikan selama 5 minit)
Ahli-ahli Yang Berhormat we have enough quorum. Member for Tanjong Batu, please proceed.
Tuan Speaker, I got injury time…(Laughter)… So, Tuan Speaker, I continue. The rakyat do not only want statements, but they want delivery and they want to see actual progress on the ground. If there are technical issues, resolve them. Compliance issues? Enforce the law. Coordination issues? Bring all the parties together and push for solutions. As one of the wakil rakyat in Bintulu, my team and I will also be monitoring this matter closely.
So, the focus must remain on the purchasers and future occupants in Bintulu. This should not become a political show. The priority must be solution, timeline and accountability. Homebuyers deserve protection. Developers must be responsible and government agencies must ensure that what has been promised can be delivered.
Tuan Speaker, still on housing, I would also like to raise the concern of housing affordability in Bintulu. With construction costs of rising by about 40%, many first-time homebuyers are becoming increasingly worried. For young families, workers and fresh graduates in Bintulu, owning a home is become more difficult. Bintulu is growing as an industrial and economy hub. But as development grows, housing prices must not have beyond the reach of ordinary working families.
Therefore, I respectfully ask the Minister for Public Health, Housing and Local Government, what plans does the government have to ensure that housing remains affordable in Bintulu, particularly for first-time homebuyers? We need to look at more affordable housing schemes, better planning of residential areas, timely infrastructure support and stronger cooperation with developers so that the rakyat can still afford to own homes in the town where there live and work. Development must not only create buildings. Development must also create the opportunity for our people to live with dignity and stability.
Healthcare and Sarawak Cancer Centre
Tuan Speaker, I would like to ask about the latest status of the proposed Sarawak Cancer Centre. This is an important matter to all many families in Sarawak. Cancer treatment is not only a medical issue. It is also a family issue, a financial issue and an emotional burden. When patients have to travel far for the treatment, the whole family suffers. For people from Bintulu and the central region of Sarawak or even northern regions access to specialist healthcare is very important. I, therefore, respectfully ask the relevant ministry to update this august House on the latest status of the Sarawak Cancer Centre, including its planning, timeline and expected implementation.
At the same time, I also hope that healthcare planning for Sarawak will also continue to look at the needs of Bintulu Hospital. Bintulu population has grown. The industries around Bintulu have grown too. The number of workers and families depending on Bintulu Hospital has also increased. If Bintulu is expected to continue supporting Sarawak’s industrial growth, then our healthcare capacity must also grow together.
Flood Mitigation Master Plan for Bintulu
Tuan Speaker, I now come to an issue that is very close to the heart of the people in Bintulu, flooding. The big flood in February 2025 last year has left a deep impact on our people. Many families still remember the fear, the damage and the uncertainty. Some lost their belongings, some lost vehicles, some are still worried every time heavy rain comes. To put it simply, Tuan Speaker, the people now have phobia. Whenever the sky turns dark, many residents start asking, will it flood again? Will the water rise again? Will our home be safe tonight? This is why the people of Bintulu are asking, what is the major long-term solution? We understand that drainage works, desilting and local improvements are being carried out from time to time. We appreciate these efforts. But the people want to know the bigger plan.
Therefore, I urge the government to present and implement a comprehensive Flood Mitigation Master Plan for Bintulu, especially for urban areas and older residential areas that are repeatedly affected. This masterplan should look into drainage capacity, river flow, sub stone, retention ponds, tidal influence, land development, climate change impact, early warning systems and inter-agency coordination. In Bintulu, flood mitigation cannot be handled in small pieces only. It requires BDA, DID, JKR, local authorities, utility agencies and developers to work together under one clear plan. The people do not expect floods to disappear overnight. But they need confidence that there is a serious, structured and long-term master flood mitigation plan.
Traffic Congestion, Public Transport and Urban Management
Tuan Speaker, another daily issue faced by the people of Bintulu is traffic congestion. Bintulu’s population has increased. More workers travel in and out daily. More vehicles are on the road. During peak hours, many roads in Bintulu are already under pressure. We can widen roads. We can build new junctions. We can improve traffic lights. These are necessary.
But we must also be honest: roads can only be widened to a certain limit. If every solution depends only on more cars and wider roads, then one day we will face the same problem again. For Bintulu, there is still no decent or reliable public transportation system for daily use. This is a major gap. If we want Bintulu to grow as a modern industrial city, we must start planning proper public transport. We can start with a proper bus system, and even propose passengers and cargo trains, strategic routes, reliable schedules, affordable fares and connections between residential areas, schools, workplaces, hospitals, airport, town centre and industrial zones. A good public transport system can reduce congestion.
Therefore, I urge the local authority and relevant agencies to seriously look into public transportation planning for Bintulu. Traffic congestion is getting worse by the day. If we only react when the situation becomes unbearable, it may be too late and much more expensive to solve.
Bintulu's Future Development Must Include Proper Urban Mobility Planning
Tuan Speaker, while speaking about traffic and urban management, I also wish to raise the issue of public car park abuse in Bintulu. In certain commercial areas, public parking spaces are occupied for long periods by workers travelling to Samalaju Industrial Park. I understand that these workers also need proper parking arrangements. However, public car parks in commercial areas are meant to serve the public, customers, shop operators and nearby residents. When these spaces are occupied for the whole day or for extended periods, it affects local businesses and causes frustration among the people.
Therefore, I urge the local authority to look into a better parking management system, including stricter enforcement, proper zoning, time-limited parking where suitable, and designated parking arrangements for workers who travel to industrial areas. This may look like a small issue, but it affects the daily convenience of the rakyat and the business environment in Bintulu.
At the same time, I would also like to suggest that for new shophouse and commercial building approvals, the relevant authority should consider requiring proper awning design and CCTV installation as part of the approval conditions.
A proper awning can improve pedestrian comfort, especially under hot sun and heavy rain all year round, while CCTV can improve public safety, discourage crime, and help enforcement agencies when incidents happen. As Bintulu continues to grow, our commercial areas must not only be built for business, but also designed to be safer, more practical and more people friendly.
Public Safety and Upgrade of IPD Bintulu
Tuan Speaker, I also wish to raise again the need to upgrade IPD Bintulu from Grade B to Grade A. This is not a small request. This is about public safety. Bintulu has changed tremendously over the years. Our population has increased. Our industrial activities have increased. We have more workers, more housing areas, more commercial activities, more visitors and more movement of people.
But the capacity of enforcement must also grow together with the town. The rakyat have raised concerns about crime, drugs, social problems and public safety. These are real concerns. The police are doing their best, and we respect their commitment. But if manpower and resources are insufficient, then enforcement becomes more difficult. Upgrading IPD Bintulu to Grade A will help strengthen manpower, improve operational capacity and give our police better support to serve a fast-growing division.
Public safety must match this level of development. I hope the relevant ministry and authorities will give serious consideration to this request. The voice of the rakyat must be heard. The safety of the people cannot wait until problems become worse.
Domestic Connectivity and Flight Frequency
Tuan Speaker, His Excellency also touched on domestic and regional connectivity. This is very relevant to Bintulu. For Bintulu, air connectivity is not a luxury. It is a necessity. Bintulu is an industrial town. Businesspeople travel frequently. Government officers travel for duty. Students travel for education. Patients travel for medical treatment. People travel between Bintulu and Kuching and Bintulu - Kota Kinabalu, and other parts of Sarawak and Malaysia. But flight frequency remains a concern.
Therefore, I request our national carrier Malaysia Airlines or MAS, our national carrier, to consider reinstating its domestic flight services within Sarawak and nearby regional routes, especially to improve the Bintulu-Kuching route and the Bintulu-Kota Kinabalu route besides Air Asia. If MAS is unable to do so, then I hope Air Borneo can seriously look into operating the Bintulu-Kuching and Bintulu-Kota Kinabalu routes, as well. Better flight frequency will reduce travel difficulty, support business movement, improve government service delivery and strengthen Bintulu's role as an economic centre. At the same time, better air connectivity will also support tourism, investment and family mobility. If Bintulu is expected to play a bigger role in Sarawak and Malaysia’s economy, then Bintulu must be better connected and have better competitive fares.
Governance and Service Delivery
Tuan Speaker, the TYT’s speech also rightly emphasised good governance, efficient service delivers and a sense of urgency among public servants. I fully support this. In Bintulu, many issues faced by the rakyat involve more than one agency.
Flood involves drainage, roads, rivers and development planning. Traffic involves road design, enforcement, local authority planning and public behaviour. Housing issues involve developers, technical agencies and regulators. Public complaints often move from one department to another. When coordination is weak, the rakyat suffer. Therefore, I urge all relevant agencies to strengthen coordination, improve response time and take greater ownership of public issues. The rakyat do not always understand which agency is responsible for which part. What they know is simple. When there is a problem, they want someone to solve it.
This is why the spirit of sense of urgency and sense of ownership as mentioned in the TYT’s speech must be translated into daily government service. A file on this table may not look like paperwork, but behind that file, there may be a family waiting for their house, a community waiting for flood mitigation plan, a road user waiting for the safe traffic flow or a public servant waiting for approval to deliver better service. That is why delivery matters.
In conclusion, Tuan Speaker, I once again express my appreciation for His Excellency, the Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak for His Excellency’s wise opening address. I also commend the Sarawak Government under the leadership of Yang Amat Berhormat Premier for continuing to lead Sarawak with stability, confidence and vision. Sarawak has big dreams. We want to be advanced. We want to be high income. We want clean energy, digital economy, better education, stronger industries and better quality of life.
But as we move forward to these big goals, we must ensure that development is not measured only by major announcements, but also by timely deliver on the ground. For Bintulu, this means resolving housing delays, keeping housing affordable, strengthening flood mitigation, improving traffic and public transport, managing public parking more effectively, improve commercial area design, upgrading public safety capacity, enhancing healthcare access and good monitoring on air pollution and ensure better connectivity and convenience to our people.
It also means giving our enforcement agencies the manpower and resources they need, while preparing our young people in Bintulu to take part in Sarawak’s future economy. These are practical matters, but they are also the foundation of public confidence. When the rakyat see the problems are followed up, timelines are respected and agencies work together, they will be having greater trust in the government development agenda.
Before I end, I would like to wish all our Dayak brothers and sisters a joyful and meaningful Selamat Hari Gawai. May this Gawai bring happiness, unity, good health and renewed strength to every family. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. To our Muslim friends, I also wish Selamat Hari Raya Aidiladha. May our celebrations continue to strengthen the harmony and unity that make Sarawak special. I would also like to wish every parent Happy Mother’s Day and Happy Father’s Day. With that, Tuan Speaker, I fully support the Motion of Appreciation. Thank you, terima kasih, xie xie.
Honourable Member for Baleh.
Terima kasih, Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam Sarawakku Sayang dan salam Sarawak Maju Makmur.
Tuan Speaker, ribuan terima kasih saya ucapkan di atas peluang ini untuk membahaskan usul penghargaan di atas ucapan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 pada hari Isnin, 11 Mei 2026 yang lalu. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas ucapan sempena perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ucapan tersebut amat jelas menggambarkan visi dan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan Sarawak terus bergerak maju, mampan dan inklusif demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Dunia kini berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan ekonomi global dan konflik antarabangsa yang memberi kesan kepada perdagangan, harga barangan serta rantaian bekalan dunia. Dalam konteks ini, Sarawak perlu bersedia dengan dasar ekonomi yang fleksibel dan berdaya tahan supaya pembangunan negeri tidak terjejas oleh faktor luar. Langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi domestik amat penting bagi memastikan kestabilan ekonomi rakyat.
Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 ataupun PCDS 2030 menjadi panduan utama dalam menentukan hala tuju pembangunan Sarawak. Fokus terhadap pembangunan mampan, pendapatan tinggi dan kesejahteraan rakyat menunjukkan kerajaan negeri mempunyai perancangan jangka panjang yang jelas. Pelaksanaan PCDS 2030 juga dapat membantu mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar sekiranya semua projek dan perancangan dilaksanakan dengan berkesan.
Kerajaan Sarawak dilihat serius dalam meneroka sektor ekonomi baharu seperti ekonomi digital, teknologi tinggi dan inovasi. Transformasi digital amat penting bagi memastikan Sarawak mampu bersaing dalam ekonomi global. Penggunaan teknologi bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah membuka peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda. Namun demikian, aspek kemahiran digital rakyat juga perlu dipertingkat supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat transformasi ini.
Sarawak mempunyai potensi besar sebagai hab tenaga bersih melalui pembangunan tenaga hidro dan tenaga boleh diperbaharui. Projek HEP seperti Murum, Bakun dan Baleh membuktikan Sarawak mempunyai kelebihan dalam sektor tenaga hijau. Langkah ini bukan sahaja menjamin keterjaminan tenaga, malah mampu menarik pelabur asing yang memerlukan sumber tenaga bersih dan stabil. Walau bagaimanapun, pembangunan tenaga ini perlu diseimbangkan dengan penjagaan alam sekitar dan kepentingan komuniti setempat.
Pembangunan luar bandar melalui pembinaan jalan raya, kemudahan asas dan pembangunan ekonomi tempatan amat penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Infrastruktur yang baik dapat membuka akses kepada pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi. Selain itu, pembangunan sektor pelancongan dan pertanian dapat membantu masyarakat luar bandar menjana pendapatan secara lebih mampan. Fokus ini menunjukkan kerajaan tidak mahu pembangunan hanya tertumpu di kawasan bandar.
Penekanan terhadap jaringan pengangkutan darat dan udara menunjukkan kepentingan sistem logistik yang efisien untuk merangsang ekonomi. Bandar baharu Tunoh yang berpotensi menjadi hub pelabuhan darat boleh membuka peluang perdagangan baharu terutama dengan kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan dan ibu kota Nusantara Indonesia. Ini mampu meningkatkan aktiviti ekonomi serta menjadikan Sarawak sebagai pintu perdagangan utama di rantau Borneo.
Pendidikan diberi perhatian besar sebagai asas pembangunan negeri. Bantuan pendidikan, pendidikan tinggi percuma dan penubuhan sekolah antarabangsa membuktikan komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti. Inisiatif membantu pelajar B40 pula dapat mengurangkan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah. Selain itu, keperluan menyediakan kuarters yang selesa untuk guru dan staf sokongan serta menaik taraf sekolah amat penting bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.
Kerajaan turut memberi perhatian terhadap aspek kesihatan, kebajikan dan perlindungan sosial rakyat, khususnya golongan warga emas. Inisiatif seperti Kenyalang Gold Card dan Senior Citizen Health Benefit menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Langkah ini penting kerana peningkatan kos sara hidup dan perubahan struktur masyarakat memerlukan sistem sokongan sosial yang lebih kukuh.
Tadbir urus yang cekap dan sistematik sangat penting bagi memastikan dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penjawat awam memainkan peranan utama dalam memastikan setiap projek dan dasar Kerajaan dapat dinikmati rakyat. Oleh itu, integriti, komitmen dan profesionalisme penjawat awam perlu sentiasa diperkukuhkan demi kejayaan agenda pembangunan negeri. Ancaman era digital seperti jenayah siber dan penyebaran berita palsu boleh menggugat keharmonian masyarakat. Penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan bagi menangani ancaman ini. Keselamatan awam bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, tetapi juga keselamatan maklumat dan perpaduan masyarakat. Kestabilan politik merupakan faktor penting dalam memastikan keyakinan pelabur terhadap Sarawak. Keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang diamalkan di Sarawak menjadi kekuatan utama negeri ini. Sikap saling menghormati dan toleransi perlu dipelihara supaya keamanan dan kestabilan dapat dikekalkan demi pembangunan negeri yang berterusan. Tuan Speaker, hasrat menjadikan Sarawak sebagai hub aeroangkasa dan teknologi tinggi menunjukkan kerajaan negeri berfikiran jauh ke hadapan. Bidang ini berpotensi membuka peluang ekonomi bernilai tinggi serta meningkatkan daya saing Sarawak di peringkat antarabangsa. Namun, kejayaan sektor ini bergantung kepada penyediaan tenaga kerja mahir melalui pendidikan dan latihan teknikal yang berkualiti.
Penekanan terhadap ekonomi digital, tenaga bersih, pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat serta kestabilan politik menunjukkan Kerajaan Negeri berusaha membawa Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi. Pendekatan ini menggambarkan visi pembangunan Sarawak yang menyeluruh dan berpandangan jauh. Namun, kejayaan semua agenda ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat.
Tuan Speaker, izinkan saya mengutarakan isu-isu di kawasan saya, N.64 Baleh.
Isu Kelewatan Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat
Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, khususnya, para Tuai Rumah yang terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran di akar umbi. Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat merupakan tulang belakang kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di peringkat komuniti. Mereka berperanan sebagai penghubung antara rakyat dengan pihak pentadbiran, selain membantu dalam urusan kebajikan, pengesahan dokumen, serta pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.
Apabila jawatan ini kosong atau pelantikan tertangguh terlalu lama, beberapa masalah biasanya akan timbul. Urusan pentadbiran harian seperti pengesahan dokumen, pengurusan kebajikan, dan penyelarasan bantuan kerajaan menjadi perlahan kerana tiada pemimpin sah yang boleh membuat keputusan segera di peringkat kampung atau rumah panjang. Wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan Tuai Rumah sedia ada atau calon yang menunggu pelantikan, kerana proses yang tidak jelas atau terlalu lama boleh menimbulkan persepsi kurang telus. Kelewatan ini juga boleh melemahkan keberkesanan penyampaian dasar Kerajaan di peringkat akar umbi, sedangkan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.
Bagi mengatasi isu ini, beberapa langkah boleh juga dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan:
(a) Menetapkan tempoh masa yang jelas bagi proses pelantikan, contohnya had maksimum selepas kekosongan berlaku;
(b) Mewujudkan garis panduan pelantikan yang lebih telus dan mudah difahami oleh masyarakat setempat;
(c) Mempercepatkan proses tapisan dan pengesahan calon melalui jawatankuasa khas di peringkat daerah atau bahagian;
(d) Melantik pemangku sementara ataupun acting dengan kuasa yang jelas supaya pentadbiran tidak terganggu; dan
(e) Mengadakan sesi libat urus bersama komuniti bagi mengurangkan salah faham dan memastikan calon yang dilantik diterima oleh masyarakat.
Saya percaya bahawa penyelesaian segera terhadap isu ini akan memperkukuhkan sistem pentadbiran akar umbi serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Tuan Speaker, saya boleh mengambil contoh, Tuai Rumah Nerampoh anak Gawing, dari Nanga Suwa, Baleh. Beliau memiliki 26 pintu dan bilangan penduduk adalah 150 orang telah wujud dalam tahun 2008 akibat pecahan dari Rumah Mawan Emboh pada 2015 hingga kini. Dan saya rasa isu ini sudah hampir melebihi 15 tahun. Hingga kini beliau belum lagi menerima lantikan. Melalui syarat, saya rasa cukup ataupun kelayakan beliau mungkin tidak dapat dinafikan. Dari jumlah pintu, mencukupi. Dan saya mohon agar isu seperti ini dapat diselesaikan dan terdapat beberapa buah lagi rumah panjang yang masih mempunyai isu yang sama di bahagian Baleh.
Sekolah Daif
Tuan Speaker, saya juga tidak meninggalkan isu sekolah daif. Isu sekolah daif masih menjadi antara cabaran utama di kawasan pedalaman N.64 Baleh. Masih terdapat sekolah yang berdepan dengan keadaan bangunan uzur, kemudahan pembelajaran yang tidak mencukupi, masalah bekalan elektrik dan air serta kekurangan kemudahan asas yang selesa untuk pelajar dan tenaga pengajar. Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, keselamatan pelajar dan juga guru, motivasi pelajar serta kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.
Selaras dengan ucapan Tuan Yang Terutama berkaitan pembangunan modal insan dan berkualiti, usaha menaik taraf sekolah daif perlu dipercepat, khususnya di kawasan pedalaman Baleh. Kerajaan juga perlu memberi perhatian terhadap pembinaan kuarters guru yang lebih selesa, penyediaan akses internet, kemudahan makmal dan teknologi serta infrastruktur asas sekolah. Pendidikan merupakan asas utama pembangunan masa depan rakyat luar bandar dan tidak seharusnya berlaku jurang pendidikan yang terlalu besar antara kawasan bandar dan pedalaman.
Jalan Jiwa Murni
Tuan Speaker, terdapat juga isu berkenaan dengan Jalan Jiwa Murni. Program Jalan Jiwa Murni amat penting kepada penduduk pedalaman kerana ia menjadi laluan utama masyarakat untuk bergerak, membawa hasil pertanian, mendapatkan rawatan kesihatan dan menghantar anak ke sekolah. Namun begitu terdapat beberapa bahagian Jalan Jiwa Murni di kawasan N.64 Baleh yang tidak diselenggara secara berkala sehingga mengalami kerosakan teruk, permukaan jalan berlubang, cerunan runtuh dan sukar dilalui terutama ketika musim hujan. Malah pada awal tahun ini, jalan ini telah meragut nyawa apabila sebuah kenderaan tergelincir di jalan yang licin sebelum terjatuh ke dalam gaung.
Keadaan ini memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat serta merencatkan aktiviti ekonomi dan pembangunan luar bandar. Selaras dengan agenda kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan luar bandar, penyelenggaraan jalan luar bandar perlu diberikan perhatian serius. Infrastruktur asas yang baik akan membuka lebih banyak peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di pedalaman.
Jalan Akses ke Baleh HEP
Tuan Speaker, keadaan jalan akses ke Baleh HEP kini berada pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Jalan ini merupakan laluan penting kepada penduduk setempat, namun banyak bahagian jalan mengalami kerosakan serius, berlubang dan terdapat beberapa kawasan mengalami keadaan cerun runtuh serta tidak selamat dilalui terutama pada waktu malam dan musim hujan. Keadaan ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, malah boleh menjejaskan kelancaran pergerakan dan pembangunan di kawasan tersebut. Tindakan segera perlu diambil untuk membaiki kerosakan jalan, membersihkan sistem saliran dan menstabilkan cerun bagi mengelak kejadian yang lebih serius berlaku pada masa hadapan. Keadaan jalan yang kritikal bukan sahaja menyukarkan pergerakan rakyat, malah turut memberi kesan kepada;
(a) Penghantaran barang dan bekalan ke tempat pembinaan; (b) Akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan; dan (c) Aktiviti ekonomi masyarakat
Sekiranya Sarawak mahu memperkukuh pembangunan luar bandar dan meningkatkan kesalinghubungan domestik seperti yang digariskan dalam ucapan Tuan Yang Terutama, maka infrastruktur jalan raya di kawasan pedalaman seperti Baleh perlu menjadi keutamaan dalam pembangunan negeri.
Bekalan Elektrik melalui Program SARES
Tuan Speaker, program Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES) merupakan inisiatif yang sangat baik dalam menyediakan bekalan elektrik kepada kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun begitu, terdapat rungutan dalam kalangan penduduk di kawasan N.64 Baleh berkaitan proses penggantian bateri sistem SARES yang mengambil masa terlalu lama apabila mengalami kerosakan atau penurunan prestasi. Kelewatan penggantian bateri menyebabkan penduduk berdepan masalah:
(a) Ketiadaan bekalan elektrik; (b) Gangguan pembelajaran anak-anak pada waktu malam; (c) Kesukaran menjalankan aktiviti harian; (d) Bekalan makanan mentah agak sukar disimpan; dan (e) Gangguan komunikasi.
Memandangkan bekalan elektrik merupakan keperluan asas rakyat masa kini, pihak berkaitan perlu mempercepat proses penyelenggaraan dan penggantian bateri supaya rakyat luar bandar tidak terus terbeban. Selain itu, satu sistem pemantauan dan penyelenggaraan berkala perlu diwujudkan bagi memastikan keberkesanan program SARES dapat dikekalkan dalam jangka panjang.
Keterjaminan Makanan (Food Security)
Tuan Speaker, saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak berhubung perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan di Sarawak. Daerah Bukit Mabong, khususnya kawasan Sungai Tunoh mempunyai keluasan tanah dan kesesuaian yang tinggi untuk pembangunan sektor pertanian. Melalui pelan pembangunan Sungai Tunoh, masih terdapat tanah pertanian kerajaan (state land) yang belum dibangunkan. Difahamkan sebelum ini, projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi tanaman nanas pernah dicadangkan di bawah RMK-12, namun tidak dapat diteruskan disebabkan kekangan infrastruktur jalan dan jambatan. Saya berharap peruntukan untuk membina jambatan melintasi Sungai Tunoh mendapat kelulusan untuk menampung penggunaan mesin dan jentera pertanian ke tapak TKPM. Diharapkan projek TKPM tersebut dapat diaktifkan semula mulai tahun 2027.
Agropelancongan dan Impak Ekonomi
Tuan Speaker, kawasan Sungai Tunoh sememangnya mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam sektor pertanian, malah dalam industri pelancongan berasaskan alam semula jadi kerana keindahan khazanah alam yang masih terpelihara. Antara lokasi yang berpotensi menjadi tarikan pelancong ialah air terjun Panchur Gelanggang dan Panchur Mabong yang memiliki keunikan serta pemandangan semula jadi yang menarik.
Sekiranya pembangunan sektor pertanian dapat digabungkan dengan pembangunan agropelancongan secara terancang, ia mampu mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada penduduk setempat melalui aktiviti seperti inap desa, produk pertanian tempatan, kraftangan rekreasi alam semula jadi dan ekopelancongan. Pendekatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar, malah turut membantu mempromosikan keunikan budaya dan alam semula jadi kawasan pedalaman Baleh. Oleh itu, sokongan kerajaan dari segi pembangunan infrastruktur asas, kemudahan jalan perhubungan, promosi pelancongan serta bantuan kepada komuniti setempat amat penting bagi memastikan potensi besar kawasan Sungai Tunoh dapat dibangunkan secara mampan dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat setempat.
Bantuan Baja dan Makanan Ternakan
Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar pengagihan bantuan baja dan makanan ternakan tidak hanya disalurkan melalui persatuan peladang semata-mata, sebaliknya diperluaskan kepada kumpulan petani, penternak dan individu yang benar-benar aktif dalam sektor pertanian dan penternakan di kawasan luar bandar. Hal ini kerana terdapat sebahagian petani dan penternak yang tidak berdaftar atau tidak terlibat secara langsung dengan persatuan perladangan, namun mereka masih aktif mengusahakan tanaman dan ternakan sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Sekiranya bantuan hanya disalurkan melalui satu saluran tertentu, dikhuatiri terdapat golongan yang layak dan memerlukan akan tercicir daripada menerima manfaat tersebut.
Cadangan Projek Jagung Bijirin Sebagai Sumber Makanan Ternakan
Tuan Speaker, selain itu, kawasan Sungai Tunoh dilihat amat berpotensi dan sesuai untuk pembangunan tanaman jagung bijirin sebagai sumber makanan ternakan. Cadangan pembangunan tanaman jagung bijirin ini wajar diberi perhatian serius kerana ia mampu membantu memperkukuh industri penternakan serta mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan dari luar negara. Projek ini juga berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat melalui penglibatan dalam sektor pertanian komersial dan berskala besar. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak kerajaan dan agensi berkaitan dapat menyediakan dasar, garis panduan serta sokongan teknikal yang sewajarnya bagi memastikan projek ini dapat direalisasikan demi manfaat rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
Penutup
Tuan Speaker, saya yakin dengan kepimpinan Kerajaan Sarawak serta pelaksanaan agenda pembangunan yang inklusif, kawasan N.64 Baleh juga akan terus menikmati arus pembangunan yang lebih pesat dan seimbang. Yang penting adalah memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar sampai kepada rakyat di akar umbi agar tiada kawasan luar bandar yang tercicir daripada agenda kemajuan Sarawak.
Dengan ini, saya menyokong penuh Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang jelas menggambarkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan yang inklusif, mampan dan seimbang sehingga ke kawasan pedalaman. Sebelum mengakhiri ucapan saya, pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat Muslim di mana-mana jua berada dan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua kepada kaum Dayak yang akan menyambut Hari Gawai tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, we have a break, sitting resumes at 2:30 p.m.
(Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:46 tengah hari)
(Mesyuarat dimulakan pada jam 2:45 petang)
[Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, I am pleased to see there is enough quorum. There are 28 of us. But as much as I like to refrain from making comments, I would like to say that I have a duty, as much as you all have a duty to safeguard the sanctity and honour of this House. So, the first step is actually to ensure that there is enough quorum for us to proceed like in any other meeting. If there is not enough quorum, then the lack of ramification and speculation.
But I appreciate Ahli-ahli Yang Berhormat have other duties too. They have commitments and of course, not all can be in this place all at the same time. So, there are variations in our reasons of not, what we call that, coming up to present ourselves now. By the way, I am pleased we have the quorum and we can proceed, Ahli-ahli Yang Berhormat. Can I call upon Yang Berhormat Tamin to start his speech, followed by Yang Berhormat Tellian, Machan and Yang Berhormat Kota Sentosa, please.
Thank you, Tuan Speaker for giving me an opportunity to debate on the Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sarawak’s address which held in this august House on 11th May 2026. I rise today to express my full support and deepest appreciation for the address delivered by His Excellency, the Governor of Sarawak in the conjunction with the opening of this sitting of the Sarawak State Legislative Assembly.
First of all, I would like to place on record my highest appreciation to His Excellency, Tun Pehin Seri for delivering a very comprehensive, visionary and forward-looking address which clearly reflect the aspirations and future direction of Sarawak towards 2030 and beyond.
Tuan Speaker, the world today is facing multiple uncertainties, geopolitical tensions, global economic instability, supply chain disruptions and rapid technological change are reshaping the international landscape. What happens in Middle East, Europe or United States can directly affect the economy of Asia including Sarawak.
The global economy is becoming increasingly interconnected and unpredictable. The people are also feeling the pressure through rising costs of living, food prices, logistics and transportation costs. However, despite these global uncertainties, Sarawak continues to remain stable, progressive and economically resilient. This did not happen by coincidence. It is the result of stable leadership, prudent financial management and clear long-term policies implemented by the Sarawak Government. Under the leadership of the Right Honourable Premier of Sarawak, Sarawak is now increasingly recognized as a future-driven region with the strong economic vision and politic stability.
PCDS 2030 as the Future Blueprint of Sarawak
Tuan Speaker, the Post COVID-19 Development Strategy 2030, or PCDS 2030, is more than just a policy document. It is a major blueprint that will continue the future of Sarawak as a developed, sustainable and high-income region. What is most significant is that Sarawak is now moving from a resource-based economy towards a knowledge and technology-driven economy. Sarawak no longer wishes to depend entirely on traditional economic sectors. Instead, Sarawak is building a new strength in digital economy, artificial intelligence, aerospace, hydrogen economy, renewable energy, biotechnology, and high-skilled talent development. This is the right direction for the future economy. I believe Sarawak is now on the right path to become one of the most advanced regions in this part of the world.
Digital Economy, AI and Aerospace
Tuan Speaker, I am particularly impressed by the government’s focus on aerospace and advanced technology development. Artificial intelligence, satellite technology, drone ecosystems and digital economy will become among the most dominant industries in the coming decade. If Sarawak prepares itself from now, I believe can emerge as the “Digital and Aerospace Hub of Borneo and ASEAN”.
The government’s initiative to venture into the aerospace industry is highly strategic and visionary. This industry will create high-income employment opportunities for Sarawakians especially in the fields of robotics, avionics, drone technology, satellite communications, software engineering, AI systems and aerospace engineering. As an engineer myself, I view this transformation as a major step towards elevating Sarawak into a high technology economy.
Green Energy and Future Economy
Tuan Speaker, Sarawak is now positioning itself as a regional clean energy powerhouse. The government’s efforts to strengthen hydropower, hydrogen economy, solar energy, biomass and low carbon technology are strategic measures to attract high quality investments into Sarawak.
Today, advance economies are placing strong emphasis on green economy and sustainable development. Sarawak is in a very strategic position to become a major player in the renewable energy ecosystem in Asia. This will create enormous opportunities for foreign investments, technology transfer, industrial growth and high-income employment for Sarawakians.
Human Capital and Education
Tuan Speaker, no transformation can succeed without quality human capital. No development can succeed without highly skilled and quality human resources. That is why I strongly support the government’s efforts to strengthen STEM, TVET and advanced technological education. The implementation of the Sarawak Free Tertiary Education Scheme beginning in 2026 is a highly transformative initiative. This clearly demonstrates that the Sarawak Government is serious in ensuring better education opportunities for our younger generation.
I also welcome assistance programmes such as laptop assistance, book vouchers, living allowances, as well as the development of Yayasan Sarawak International School. This is not merely expenditure. This is a long-term investment for the future of Sarawak. The younger generation of Sarawak today no longer wants to become merely users of technology. They want to become creators of technology. They aspire to become engineers, data scientists, AI specialists, aerospace professionals and digital entrepreneurs capable of completing globally.
Specific Issues In Tamin Constituency
Tuan Speaker, apart from supporting the broader development agenda of Sarawak, I would like to raise several important issues affecting the people in Tamin constituency.
Infrastructure and Development Project in Tamin and Selangau
Tuan Speaker, I would like to highlight several important development projects currently planned and implemented in Tamin and Selangau. Among the major project under RMK-13 state funded road projects are:
(a) Proposed New Road from Rh. Ejah to Rh. Meroda, Ulu Bunau, Selangau valued at RM23 million; and
(b) Proposed New Road from Ng. Sekuau Access Road to SK Ng. Pakoh/ Rantau Lumbang, Ulu Oya valued at RM204 million.
In addition, under MiRRDA projects, the government also planned:
(a) Construction of New Road from Nanga Pakoh to Ulu Bunau Bekikik, Selangau valued at RM164 million; and
(b) Upgrading and construction of new road from Rh. Sabeli to Rh. Emong, Ng. Who, Ulu Mukah valued at RM175 million.
These projects are extremely important in improving accessibility, mobility and economic activities in rural areas. While I appreciate the government’s commitment in approving many major infrastructure projects in Tamin and Selangau, I would like to strongly appeal for the implementation project to be accelerated.
Many of these projects have already been announced for several years, but yet some are still on the various stages. The people in rural areas are waiting not only for announcement, but for actual implementation on the ground. Therefore, I humbly ask all the relevant ministries, agencies, implementing authorities to improve coordination and expedite the approval and implementation processes for all the approval projects in Tamin and Selangau. For rural communities, a pre-delay project may delay development opportunities.
Building and Public Facilities
Tuan Speaker, I would also like to thank the government for several building projects currently under implementation and planning stages in Selangau, including:
(a) Proposal Selangau Mini Sport Complex valued at RM11.5 million; (b) Proposed New State Government Quarters in Selangau valued at RM48 million; (c) Construction of a new SMK Selangau valued at RM81 million; (d) Construction of a new Selangau District Education Office valued at RM35 million; (e) Rebuilding and upgrading works for the SMK Ulu Balingian valued at RM26 million; (f) Tepus Health Clinic valued at RM7 million; and (g) Sekuau Health Clinic upgrading project valued at RM3 million.
These projects clearly demonstrate the government's commitment towards balanced rural development. I humbly appeal to the ministries and implementing agencies to continue monitoring this project closely to ensure there are no unnecessary delays and that all projects can be completed according to the schedule for the benefit of our people in Tamin.
Water Supply Issues
Tuan Speaker, water supply remains among the biggest challenges affecting several areas in Tamin and Selangau. I would like to seek clarification from the government regarding when the Selangau Water Supply project will be fully implemented. At the same time, the Stapang and Sekuau water supply project is long overdue and the people still waiting for the implementation. I would like also to know the government's short-term and long-term measures to address water shortage issue in area such as Pasai Siong, Sebintek, Batu 36, along the Pan Borneo Road, Selangau to Balingian. In addition, residents in the Dijih area are still facing a low water pressure problem. Water is not a luxury. Clean and stable water supply is a basic necessity for the people.
Internet Connectivity
Tuan Speaker, I would also like to thank both the State and Federal Governments for their continues efforts in improving internet connectivity in Tamin and Selangau. Many telecommunication towers have already been established, and most areas are now covered by internet service. However, there are still frequent coverage disruptions and unstable internet connectivity in several rural areas. As Sarawak moves towards a digital economy and AI-driven future, stable internet connectivity is no longer optional. Therefore, I hope telecommunication providers will continue improving the quality and stability of internet services in the rural areas. NCR Land Survey and Economic Development
Tuan Speaker, I would also like to appeal to the State Government to allocate additional funds to accelerate the surveying of Native Customary Rights (NCR) land under Section 6 and Section 18 in Tamin and Selangau. This matter is extremely important because land ownership security is one of the biggest concerns among the rural communities.
The issuance of the land titles through proper surveying and legal recognition will safeguard the ownership rights of individuals and families for the future generations. Without proper land titles, many rural landowners face difficulties in securing the ownership recognition, obtaining financial assistance, developing their land commercially and participating in the largest economic activities. Therefore, I strongly urge the government to intensify and expedite the NCR land surveying programmes, particularly in rural and interior areas, such as Tamin and Selangau.
At the same time, I would also like to propose the surveyed NCR land to be systematically developed in productive economic sectors and commercial agriculture projects. Among the sectors with the potential are bamboo plantation, oil palm plantation, coffee plantation, agro-based industries and other high-value commodities suitable for the rural areas. I believe this approach can transform rural land into a sustainable economic asset capable of generating long-term income for the local communities.
With a proper planning, investment and cooperation between the government, private sector, and NCR landowners, rural communities can become active participants in Sarawak's future economy. These are not only about the land development. These are about empowering rural communities economically while preserving their right ownership over NCR land.
Affordable Housing Development in Selangau
Tuan Speaker, with the rapid development currently taking place in Selangau, I would like also to highlight the increasing demand for affordable housing, especially among the young families, civil servants, and the young generation who wish to continue living and working in Selangau. As more government projects and economic activities are implemented in this area, the need for proper and affordable residential development will continue to be increased. Therefore, I would like to appeal to the State Government to consider implementation of Affordable Housing Projects in Selangau town.
This housing project is important not only to accommodate future population growth, but also to support the long-term economic and social development of Selangau. Affordable housing will:
(a) Provide better living conditions for local families; (b) Attract young professionals and civil servants to remain in Selangau; (c) Support local economic growth; and (d) Improve the quality of life for the people.
I also believe that proper township planning, together with housing development, commercial facilities and public amenities, can transform Selangau into a more organised and progressive regional growth center in the central of Sarawak. Therefore, I humbly appeal to the government to seriously consider affordable housing development as part of the broader development masterplan for Selangau and surrounding areas.
Small and Medium Industrial Area in Pekan Selangau
Tuan Speaker, I would also like to propose the establishment of a Small and Medium Industrial Area in Pekan Selangau. With the rapid development currently taking place in Selangau, I believe the time has come for Selangau to grow not merely a transit town, but also a new economic growth center in the central of Sarawak.
The establishment of a small and medium industrial zone can attract investment in sectors such as agro-based industries, food processing, timber downstream activities, logistics, digital entrepreneurship and light manufacturing and rural SMEs. This will create more employment opportunities for the younger generation in Selangau and Tamin.
Pig Farming Industry in Selangau
Tuan Speaker, I would like also to express my appreciation to the Sarawak State Government, for selecting Selangau as one of the areas for the development of the pig farming industry in Sarawak. I believe this project has strong potential to stimulate economic growth and create employment opportunities for the local community.
With the implementation of this industry, it has the potential to create job opportunities for local resident as well as stimulate supporting economic activities in the Selangau area. However, I would like to seek clarification regarding the current progress of implementation and the overall development plan for this project.
Matters as, such as employment opportunities for the local people, environmental management, biosecurity measures, waste management systems, and the long-term sustainability of the industry must be given serious attention by the government and implementing agencies. At the same time, engagement with local communities is important also to ensure that the project can be implemented smoothly, responsibly and harmoniously.
Status of New Delineation Seats in Sarawak
Tuan Speaker, I would also like to seek clarification regarding the status of the proposed delineation of new electoral seats in Sarawak. As this august House is aware, the proposal to increase and create new seats in Sarawak was already approved by this august House in 2025.
However, until today, there appears to be no clear progress with no or visible action from the Election Commission regarding the implementation of the delineation exercise. For the constituencies such as Tamin and Kakus and the wider Selangau parliamentary area, the geographical coverage is extremely large and challenging. The creation of additional seats is not merely a political exercise. It is about improving governance, strengthening service delivery and ensuring better representation for the people, especially in the rural areas of Sarawak.
Conclusion
Tuan Speaker, Sarawak today possesses all the necessary ingredients to emerge as one of the most progressive and respected regions in this part of the world. We possess political stability, natural resources, visionary leadership, talented young generation and united people. Sarawak cannot afford to think small in a rapidly changing world. The future will not wait for those who move slowly. If we continue to move forward with courage, strategic vision unity, I believe Sarawak will not only achieve the aspirations of PCDS 2030 but will emerge as a modern, green, prosperous and high-income region respected internationally.
Sarawak is no longer waiting for the future. Sarawak is building the future. And our responsibility in this august House is to ensure that all Sarawakians, including those in rural areas, move together in this great wave of development. With that, once again I express my full support and deepest appreciation for the address delivered by His Excellency the Governor of Sarawak. Before I conclude Tuan Speaker, I would like to extend my heartfelt greetings to all Muslim Selamat Hari Raya Aidiladha and to the Dayak celebrating the upcoming Gawai Dayak 2026. Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Thank you, Tuan Speaker.
Thank you, Yang Berhormat Tamin. Next, I would like to humbly call upon, Yang Berhormat Tellian.
Thank you. Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sarawak Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada TYT Tun Pehin Sri atas ucapan yang penuh wibawa, berpandangan jauh serta sarat dengan agenda pembangunan demi masa depan Sarawak yang lebih maju dan makmur.
Tuan Speaker, ucapan TYT jelas menggambarkan bahawa Sarawak berada di landasan yang tepat dalam mendepani cabaran global seperti ketidaktentuan ekonomi geopolitik dan peningkatan kos sara hidup. Di bawah kepimpinan Kerajaan GPS yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Sarawak terus mengekalkan kestabilan ekonomi melalui pengurusan yang cekap atas dasar pembangunan yang jelas dan tersusun.
Sarawak bukan sekadar merancang untuk hari ini, tetapi sedang membina masa depan generasi yang akan datang. Hari ini, Sarawak bergerak pantas menerokai ekonomi digital, Artificial Intelligence, tenaga hijau, aero angkasa, teknologi satelit dan industri berteknologi tinggi. Transformasi ini meletakkan Sarawak sebagai antara peneraju ekonomi baharu dan tenaga bersih di rantau ini melalui pembangunan hidro, solar, hidrogen dan teknologi rendah karbon. Dalam masa yang sama, Kerajaan Sarawak turut memperkasa digitalisasi dan penggunaan AI dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi serta penyampaian perkhidmatan kerajaan, membuktikan Sarawak bersedia menghadapi revolusi industri pada masa hadapan.
Tuan Speaker, saya melihat segala inisiatif ini amat penting kepada pembangunan luar bandar khususnya di Mukah dan Tellian. Pembangunan infrastruktur, internet dan ekonomi digital akan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat luar bandar untuk menikmati hasil pembangunan Sarawak. Tellian juga mempunyai potensi besar dalam pelancongan budaya, agro-pelancongan, pertanian moden dan perusahaan kecil tempatan. Dengan sokongan kerajaan melalui pembangunan digital dan infrastruktur, rakyat luar bandar juga mampu menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi baharu Sarawak.
Selain itu, saya dan seluruh warga Tellian menyambut baik usaha kerajaan memperkasa pendidikan melalui FTES, STEM dan TVET bagi melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dalam bidang teknologi tinggi, AI dan tenaga hijau. Tellian juga menyokong usaha memperkukuhkan kesalinghubungan wilayah melalui pelaksanaan projek ART dan penubuhan Air Borneo yang diyakini mampu meningkatkan mobiliti rakyat serta merancakkan industri pelancongan, perdagangan dan pembangunan ekonomi Sarawak secara menyeluruh.
Tuan Speaker, masa saya belum berjalan lagi, Tuan Speaker. Saya ada extra la, ya? Tuan Speaker, seterusnya saya akan sampaikan perkara berkaitan suara dari akar umbi di kawasan N.57 Tellian. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan di bahagian Mukah terutamanya Pejabat Residen Bahagian Mukah yang sebelum ini diketuai oleh Datu Kueh Lei Poh selaku residen yang kini sudah pun bersara dan semua agensi kerajaan yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan sangat baik dan dalam tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kerajaan dengan penuh komited untuk kawasan DUN Tellian khasnya. Kerjasama dan perkhidmatan cemerlang anda semua amatlah dihargai dan diharapkan sentiasa berterusan.
Pelan Pembangunan Pusat Bandar Mukah 2030
Tuan Speaker, saya ingin mengetahui status terkini Pelan Pembangunan Pusat Bandar Mukah 2030 atau Mukah Local Plan 2030, memandangkan sesi penyertaan awam bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh telahpun dilaksanakan pada 16 Mac 2023 di Kingwood Hotel Mukah. Saya mengutarakan perkara ini kerana saya mempunyai perancangan untuk membangunkan pasar baharu Mukah yang turut merangkumi hotel dan kemudahan perniagaan lain berpandukan pelan pembangunan tersebut. Oleh itu, saya memohon maklum balas daripada kementerian yang bertanggungjawab berkaitan status terkini pelan berkenaan agar perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.
Bekalan Air Terawat
Saya mohon maklum balas daripada pihak kementerian berkaitan Projek Bekalan Air Terawat di kawasan Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban yang telah diluluskan pada tahun 2019 dan sampai ke hari ini pun masih belum lagi dilaksanakan. Begitu juga projek Bekalan Air Terawat di kawasan Ulu Baoh dan Ulu Sebakong yang berada di bawah pakej bersama dengan kawasan Sungai Arip, Selangau, yang telah diluluskan tetapi masih belum kelihatan juga pelaksanaannya sama seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tamin sebentar tadi.
Saya amat berharap projek-projek ini dapat diteruskan dengan lancar memandangkan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penyerahan kuasa pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak bagi memudahkan proses pelaksanaannya. Bak kata pepatah “air adalah sumber kehidupan” maka keperluan asas ini tidak boleh lagi tertangguh terlalu lama.
Jaringan Jalan Raya
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan usaha untuk menaik taraf kemudahan jalan perhubungan sedia ada yang ketika ini merupakan jalan ladang kelapa sawit di kawasan Bukit Inkerbai, Lubok Bemban, Ulu Sebakong, Ulu Baoh, Ulu Dijih dan Nanga Baoh. Dicadangkan supaya dilaksanakan satu inisiatif kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan pemilik ladang bagi menaik taraf jalan-jalan ladang tertentu agar dapat digunakan bersama demi kesejahteraan rakyat setempat.
Selain itu, Kerajaan Sarawak juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih sebahagian daripada jalan ladang yang menghubungkan rumah-rumah panjang terutamanya untuk diwartakan sebagai jalan awam. Saya percaya pendekatan ini adalah jalan terbaik dan paling praktikal bagi mempercepat akses ke kawasan pedalaman tanpa melibatkan kos yang terlalu besar untuk membina jalan-jalan baharu.
Perkhidmatan Kesihatan
Tuan Speaker, seperti yang pernah saya suarakan dalam beberapa persidangan sebelum ini, isu kekurangan doktor di Hospital Mukah masih lagi berlaku. Sebelum ini, saya difahamkan kekosongan yang ada telah diisi secara berperingkat, namun kini jumlah doktor kembali berkurangan. Saya sering menerima rungutan dan aduan daripada keluarga pesakit belakangan ini. Oleh itu, saya memohon pihak bertanggungjawab untuk memastikan bilangan doktor-doktor di Hospital Mukah sentiasa mencukupi supaya rakyat mendapat akses rawatan yang sewajarnya. Dalam soal kesihatan rakyat, kita tidak boleh mengambil pendekatan sudah terhantuk baru tengadah.
Isu Penyalahgunaan Dadah dan Judi Online
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terlebih dahulu kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang dan NGO-NGO yang begitu aktif seperti PDRM, AADK, SKUAD Antidadah dan PEMADAM yang terus komited dalam membanteras gejala sosial yang tidak sihat di Sarawak ini. Usaha bersama antara semua pihak amat penting dalam membendung masalah yang telah merosakkan, yang boleh merosakkan, masa depan masyarakat dan generasi muda kita.
Namun, apa yang membimbangkan ketika ini ialah aktiviti pengedaran dadah didakwa banyak melibatkan warga asing ataupun bukan warganegara. Ia adalah berdasarkan aduan orang awam khususnya di sekitar bahagian Mukah dan saya yakin berlaku juga di bahagian-bahagian lain. Mereka ini berkeliaran di sekitar pasar, pasar Mukah, berlagak seperti orang tempatan dengan melakukan urusan jual beli secara terang-terangan.
Manakala bagi isu judi online, kedai-kedai runcit, convenience store yang beroperasi 24 jam semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan pencegahan di peringkat awal terhadap isu ini. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pemilik premis kedai yang disewa untuk tujuan ini. Saya berharap tiada premis hak milik kerajaan ataupun GLC yang terlibat dalam memberi sewa premis kepada kumpulan ini. Sila semak secara mendalam sebelum memberikan premis anda disewa untuk tujuan yang menjurus kepada perkara yang tidak sihat ini.
Saya mohon juga agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera serta konsisten terhadap isu penyalahgunaan dadah dan judi online ini. Selain daripada menangkap penagih, pengedar, inilah yang sebenarnya perlu dibanteras habis-habisan. Selain daripada menangkap pemain, mastermind dan penyedia platform judi onlinelah yang perlu dicantas terlebih dahulu. Dadah dan judi online ibarat api dalam sekam, jika tidak dibendung dari awal, kesannya mampu menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan.
Perkara Berkaitan dengan Tanah
Tuan Speaker, tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak atas pelaksanaan penyerahan surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Batang Oya, Dalat yang melibatkan seramai 40 orang penerima rumah panjang di bawah Penghulu Ambau anak Anchong dan Pewartaan Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 bagi kawasan Sungai Sebakong Mukah (Area A dan B) serta kawasan Batang Mukah yang melibatkan 23 orang penerima rumah panjang di bawah Penghulu Mawar anak Awang, yang telah berjaya dilaksanakan pada awal bulan Januari tahun ini.
Inisiatif ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja memberikan pengiktirafan terhadap hak pemilikan tanah rakyat, malah turut menjamin masa depan dan kesejahteraan generasi yang akan datang. Dalam masa yang sama, saya ingin mendapatkan maklum balas berhubung status permohonan penyukatan tanah NCR dan Kampung Tradisi bagi beberapa kawasan lain di DUN N.57 Tellian khususnya di kawasan Nanga Baoh dan Ulu Baoh.
Selain itu, saya juga memohon penjelasan berkaitan status permohonan tanah secara berkumpulan di kawasan Hulu Sungai Simai, Sungai Tellian, Mukah yang diketuai oleh Encik Basir bin Megok bersama 42 orang lagi ahli kumpulan beliau yang telah dikemukakan permohonannya lebih lima tahun yang lepas. Permohonan ini diharapkan dapat diberikan perhatian agar hasrat rakyat untuk memiliki tanah secara sah dapat direalisasikan terutamanya untuk tujuan pengembangan ekonomi penduduk melalui sektor pertanian.
Di samping itu, saya juga ingin mendapatkan maklum balas berhubung satu kes pertikaian tanah yang telah dibawa ke mahkamah di kawasan Batang Mukah yang melibatkan Syarikat Rinwood Pelita (Mukah) Plantation Sdn. Bhd. Saya berharap agar perkara ini dapat ditangani dengan penuh hikmah, adil dan telus demi menjaga kepentingan semua pihak serta memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.
Skim Pembesaran Kampung (SPK)
Tuan Speaker, saya ingin mendapatkan status terkini daripada pihak kementerian berkaitan permohonan Skim Pembesaran Kampung di kawasan Tellian seperti SPK Petanak Fasa 2, SPK Kampung Datuk, SPK Kampung Penakub Hilir serta SPK-SPK lain yang telah dipohon sebelum ini. Sekiranya ada antara SPK berkenaan sudah diluluskan, bilakah permohonan lot akan dibuka?
Manakala, bagi SPK Kampung Judan dan SPK Kampung Penat yang telahpun diagihkan lot tanah kepada penduduk yang layak selepas tapisan dan ada yang sudah pun mendirikan rumah masing-masing, saya memohon agar kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan sistem perparitan juga dapat disediakan dalam SPK berkenaan, sama seperti skim baharu yang dilaksanakan ketika ini lengkap dengan infrastruktur asas.
Isu Perumahan
Satu lagi isu yang membelenggu rakyat di kawasan Mukah ketika ini dan saya percaya turut berlaku di kawasan lain di seluruh Sarawak ialah kegagalan pemaju perumahan untuk menyiapkan rumah mengikut jadual, malah ada projek yang langsung tidak disiapkan walaupun pembeli telah pun mula membuat bayaran ansuran sejak sekian lama. Aduan yang saya terima adalah projek perumahan dibawah syarikat pemaju KS Tiong Sdn. Bhd. di Mukah yang melibatkan puluhan orang pembeli. Kalau saya boleh sebutkan nama di sini, nama pembeli seperti Awang Mohamad Azizi, Dayang Nurfarizam, and then Andrew Loh Tek Liong, Nur Aliza binti Suhaili, Hafiz Lee Abdullah, Wong Kee Yee, Mohamad Ismail Yusuf dan panjang lagi senarai ini.
Jadi, saya menggesa pihak kerajaan melalui agensi dan tribunal berkaitan agar dapat membantu pembeli rumah yang terkesan dan mengambil tindakan tegas bukan sahaja terhadap syarikat pemaju, tetapi juga pemilik syarikat terbabit supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi melalui penubuhan syarikat baharu. Cadangan pembayaran ganti rugi yang setimpal kepada pembeli juga harus dipertimbangkan dalam kes seumpama ini. Pembeli tidak seharusnya terus menjadi mangsa keadaan dalam kes seperti ini, Tuan Speaker.
Selain itu, isu harga rumah yang mahal juga menjadi masalah kepada keluarga yang ingin memiliki rumah sendiri. Saya mencadangkan agar Kerajaan Sarawak melaksanakan lebih banyak Skim Rumah Mampu Milik di bawah syarikat milik kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Di samping itu, campur tangan berkaitan penetapan harga pasaran rumah ketika ini pun kita memerlukan campur tangan pihak kerajaan.
Isu Pelaksanaan Projek RTP
Tuan Speaker, berkaitan pelaksanaan projek RTP, terdapat beberapa masalah di peringkat pelaksanaan apabila ada kontraktor yang lepas tangan dan gagal menyiapkan projek disebabkan masalah dalaman syarikat, ada pula yang missing in action di tengah-tengah pelaksanaan projek.
Perkara seperti ini amat mengecewakan, Tuan Speaker kerana projek yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat akhirnya tertangguh. Saya mencadangkan agar tindakan tegas diambil terhadap pemilik syarikat kontraktor yang jelas gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, tindakan perlu diambil terhadap pemilik ataupun penama yang berdaftar dalam syarikat bermasalah berkenaan bukan hanya kepada badan syarikat itu sendiri.
Tindakan mengenakan denda dalam bentuk kewangan dan penggantungan seumur hidup dalam mendaftarkan perniagaan boleh dikenakan sekiranya kesalahan yang dilakukan adalah dengan sengaja dan berulang. Pada masa yang sama, saya juga ingin menggesa pihak kerajaan untuk, mengkaji semula SOP pelaksanaan RTP supaya ianya dapat dilaksanakan secara lebih efektif.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengetahui proses dan tempoh yang diperlukan oleh agensi teknikal dan Pejabat Peguam Besar Sarawak (SAG) untuk mengambil tindakan dalam penamatan kontraktor yang bermasalah ini. Ini adalah disebabkan kes berkaitan proses ini yang berlaku bagi projek RTP di kawasan saya telah berlarutan. Saya mohon proses seumpama ini dapat dilakukan dalam tempoh yang relevan agar projek yang bermasalah tidak terus terbengkalai sehingga menimbulkan isu integriti dalam perkhidmatan awam kita.
Peluang Penanaman Padi di Kawasan DUN Tellian
Saya juga ingin mencadangkan agar penanaman padi berskala besar dapat dilaksanakan di kawasan DUN Tellian memandangkan terdapat kawasan yang berpotensi seperti di Skim Saliran Terkawal Tanjung Tiong Blok A dan B serta Tanjung Tiong Blok 2 yang diselenggara dengan baik secara berkala selama ini oleh pihak DID. Kawasan ini dilihat amat sesuai untuk kita meletakkan projek penanaman padi berskala besar di kawasan DUN Tellian ini. Saya percaya langkah ini mampu memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan Sarawak serta membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat setempat selain daripada penanaman rumbia, sawit dan nanas.
Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah
Tuan Speaker, saya juga ingin mengetahui status penyerahan hak milik dan pengurusan Kompleks Sukan Komuniti Mukah daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah federal kepada Kerajaan Sarawak. Perkara ini telah berlarutan hampir dua tahun dan sehingga kini kemudahan Dewan KSK yang lengkap serta yang telah dinaik taraf sebelum ini masih belum dibuka untuk kegunaan orang awam kerana isu penyerahan hak milik belum diselesaikan. Saya mohon jasa baik kedua-dua pihak sama ada KBS di peringkat Persekutuan mahupun SSC ataupun MYSED di peringkat Sarawak untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera demi manfaat rakyat.
Kesiapsiagaan Menghadapi Penyakit Zoonotik
Tuan Speaker, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkaitan tahap kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan dan Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) dalam menghadapi kemungkinan penularan penyakit zoonotik seperti Hantavirus. Walaupun kes Hantavirus di Malaysia jarang dilaporkan berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat dan China, namun ia tidak bermakna risiko tersebut tiada, khususnya di kawasan luar bandar, penempatan berhampiran hutan dan kawasan yang mempunyai populasi tikus yang tinggi.
Oleh itu, saya ingin mengetahui sama ada pihak kementerian dan SDMC mempunyai pelan kesiapsiagaan, sistem pemantauan awal serta langkah pencegahan tertentu bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit tersebut di Sarawak sama seperti penyakit Rabies. Dalam soal keselamatan kesihatan awam, langkah pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat apabila keadaan sudah menjadi parah.
Tuan Speaker, akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Setiausaha Dewan dan seluruh warga Dewan Undangan Negeri Sarawak atas komitmen yang begitu mengagumkan dalam memastikan persidangan kali ini berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan serta rakan-rakan media yang begitu komited mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan dalam persidangan kali ini untuk diambil tindakan sewajarnya. Saya juga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jururawat, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Wesak, Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.
Dengan ini, saya mewakili seluruh rakyat Tellian menyokong penuh Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Semoga Tuhan Allah memberkati segala usaha kita untuk membangunkan Sarawak yang lebih aman dan harmoni. May God bless Sarawak. Nya aja jaku aku, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tellian. Seterusnya, saya dengan hormatnya memanggil Yang Berhormat Machan untuk memberi ucapan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Salam sejahtera dan Salam Sarawaku Sayang. Terima kasih, Tuan Speaker, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berucap pada hari yang indah ini. Saya ingin menzahirkan rasa bersyukur kerana telah diberikan peluang serta ruang dalam sesi perbahasan di Dewan yang mulia ini sempena Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19.
Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang isu dan cabaran terkini yang terjadi di Sarawak. Tuan Yang Terutama telah menekankan kepentingan kestabilan ekonomi, pembangunan teknologi tinggi, tenaga hijau dan pembangunan modal insan sebagai asas kemajuan Sarawak menuju PCDS 2030.
Walaupun di dunia ini sedang berhadapan dengan cabaran global dan kos sara hidup yang meningkat, Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan hasil pentadbiran yang cekap dan dasar pembangunan yang jelas. Kerajaan terus memberi fokus kepada ekonomi digital, aeroangkasa, tenaga bersih, STEM dan TVET bagi melahirkan tenaga kerja mahir serta menarik pelaburan berkualiti tinggi.
Tuan Speaker, pembangunan luar bandar, infrastruktur, pelancongan, pertanian moden serta akses internet perlu diperkasakan supaya rakyat luar bandar tidak tercicir dari arus pembangunan. Selain itu, inisiatif pendidikan seperti FTES membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan lebih baik kepada anak-anak Sarawak.
Kesejahteraan rakyat khususnya warga emas, OKU dan golongan rentan juga perlu diberi perhatian melalui sistem kebajikan, kesihatan dan kemudahan awam yang lebih mesra rakyat. Dalam masa yang sama, tadbir urus yang cekap, integriti penjawat awam serta penyampaian perkhidmatan yang pantas amat penting bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini membuktikan kestabilan politik, keselamatan dan keharmonian kaum yang menjadi kekuatan utama Sarawak perlu dipelihara agar negeri ini kekal aman, maju dan diyakini pelabur demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Tuan Speaker, izin saya mengetengahkan isu-isu di kawasan saya, N.50 Machan.
Bina Baru Jalan dari Rumah Dian, Ng. Uchau, Ng. Penanggoh, Ulu Poi, Kanowit
Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap keperluan pembinaan jalan baharu dari Rh. Dian, Nanga Menalun ke Rh. Uchau, Nanga Penanggoh, Ulu Poi, Kanowit. Jalan ini penting memandangkan penduduk di kawasan tersebut pada masa ini masih bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan sungai yang sering terjejas oleh keadaan cuaca dan paras air.
Saya difahamkan DID (Jabatan Pengairan dan Saliran) merupakan agensi yang melaksanakan projek pembinaan jalan menuju ke Ulu Poi. Saya juga telah dimaklumkan bahawa budget untuk meneruskan fasa-fasa pembinaan tidak mencukupi untuk menghubungi jalan yang sedia ada ke Ulu Poi. Oleh itu, saya berharap agar Kerajaan Sarawak boleh menampung bajet untuk pembinaan jalan tersebut.
Pembinaan jalan ini bakal memberi manfaat besar kepada lebih kurang 1,440 penduduk rumah panjang serta sebuah sekolah rendah yang berada di kawasan terbabit. Selain menyediakan akses yang lebih selamat dan efisien ke bandar Kanowit, projek ini juga akan membuka ruang kepada pembangunan ekonomi luar bandar khususnya dalam sektor pertanian dan perladangan. Saya berharap agar kerajaan dapat memberi kepentingan sewajarnya dan mempercepatkan pelaksanaan projek ini demi kesejahteraan rakyat di kawasan Ulu Poi.
Bina Baru Jalan Sg. Machan (Rumah Henry Ajol) ke Geremai (Rumah Boniface Giri)
Tuan Speaker, I have been knocking doors for these projects, including MIRDA. I hope today, I have knocked the correct door.
Tuan Speaker, projek ini bukan sekadar pembinaan jalan raya semata-mata, tetapi merupakan satu keperluan asas untuk penduduk yang mempunyai tanah yang terbiar di sepanjang kawasan Germai ke kawasan Nanga Machan. Penduduk yang berada di kawasan tersebut mempunyai tanah terbiar yang luas, tapi mereka tidak mampu membangunkan tanah tersebut kerana tidak mempunyai akses jalan. Pembinaan jalan bukan saja memudahkan pergerakan, ia juga merupakan sebuah talian hayat penduduk kawasan tersebut untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan membuka peluang sosio-ekonominya.
Tuan Speaker, saya telah dimaklumkan oleh JKR bahawa projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 12km serta sebuah jambatan konkrit sepanjang 50 meter yang menghubungkan Nanga Machan ke Nanga Geremai. Dengan pelaksanaan projek ini, penduduk rumah panjang dan kampung di kawasan Ulu Machan serta Nanga Machan akan menikmati hubungan yang lebih selamat dan lebih cepat ke Nanga Machan ke Pekan Machan.
Ini bukan sahaja membuka laluan fizikal, malah membuka ruang pembangunan sosial dan ekonomi rakyat, selari dengan sasaran YAB Premier untuk meningkatkan pendapatan isi rumah menjelang tahun 2023. Saya percaya projek ini mempunyai nilai strategik yang besar kepada pembangunan luar bandar. Ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian termasuk perladangan kelapa sawit berskala kecil dan besar, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan rakyat serta membasmi kemiskinan di kawasan pedalaman.
Bina Baru Jalan Nanga Jerangku ke Rumah Panjang Lajang Ulu Machan
Tuan Speaker, pada masa ini, penduduk di kawasan Nanga Jerangku dan rumah panjang Lajang Ulu Machan masih bergantung dengan sungai sebagai laluan utama harian mereka. Keadaan ini bukan sahaja tidak selamat, malah sangat bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air juga. Oleh itu, pembinaan jalan baharu sepanjang empat kilometer merupakan satu keperluan asas, bukannya kemewahan.
Projek ini bakal memberi manfaat secara tak langsung kepada tiga buah rumah panjang dengan jumlah penduduk sekitar 700 orang, dan dengan adanya jalan raya ini yang lebih selamat dan sistematik, penduduk luar bandar akan dapat bergerak dengan lebih mudah ke Pekan Machan dan Pekan Kanowit untuk mendapatkan rawatan, menghantar anak sekolah, menjalankan urusan ekonomi dan urusan harian.
Tuan Speaker, tidak kira di mana jua kawasan luar bandar yang tidak mempunyai jalan, apabila jalan dibina maka peluang ekonomi turut terbuka. Ini akan meningkatkan pendapatan rakyat serta membantu usaha pembasmian kemiskinan di kawasan tersebut.
Tuan speaker, projek ini merangkumi pembinaan jalan baharu sepanjang empat kilometer, kerja saliran dan pembetung, siasatan tanah, mengambil tanah serta pemasangan papan tanda dan pengurusan trafik. Ini menunjukkan bahawa projek ini dirancang secara teliti demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Segala terperinci teknikal tersebut telah dikemukakan melalui perbincangan dan input daripada pihak agensi pelaksanaan. So, saya percaya ia akan memberi manfaat kepada penduduk Ulu Machan untuk jangka masa yang panjang.
Bina Baru Jabatan Batang Rajang Kanowit
Tuan Speaker, pada masa ini penduduk di kawasan Machan dan Ngemah masih bergantung kepada perkhidmatan feri yang sedia ada untuk menyeberangi Sungai Batang Rajang, ia mengambil masa yang agak lama untuk sebuah feri menyeberangi sungai. Saya juga setuju dengan cadangan Yang Berhormat N.49 Ngemah kalau boleh ditambahkan satu lagi feri.
Tuan Speaker, I quote “Dare to Dream” tak salah bermimpi, tetapi kadang-kadang mimpi pun boleh jadi kenyataan. Saya mengharapkan mimpi ini boleh direalisasikan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier.
Tuan Speaker, sekarang ini saya ingin minta satu permintaan istimewa dari Kerajaan Sarawak. Saya berharap Kerajaan Sarawak boleh menunaikan permintaan ini, kerana ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kanowit. Saya ingin memohon pembinaan baru jambatan Batang Rajang. Jika ada nya jambatan ini, ia menyediakan hubungan yang kekal dan lebih efisien antara Pekan Kanowit dan Ngemah. Jambatan ini juga akan menghubungkan rangkaian jalan sedia ada dan membuka peluang pembangunan kepada penempatan luar bandar di sekitarnya. Ia selaras dengan agenda pembangunan jangka panjang Sarawak dan menekankan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Tuan Speaker, jambatan ini akan memberi impak besar kepada rakyat, antaranya ia menyediakan hubungan terus merentasi Sungai Rajang, mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan feri, mengurangkan gangguan perjalanan akibat cuaca, serta meningkatkan mobiliti penduduk dan perkhidmatan kecemasan. Ini secara tidak langsung, ia meningkatkan sosia-ekonomi penduduk tempatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Bekalan Air Bersih Wilayah Kanowit Bahagian Sibu
Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada satu projek penting di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), iaitu cadangan projek bekalan air wilayah Kanowit, bahagian Sibu. Projek ini akan memberi manfaat bukan saja pada DUN Machan tetapi kepada DUN Ngemah. Projek ini ialah untuk keseluruhan kawasan Kanowit.
Tuan Speaker, projek ini merupakan sebahagian daripada kesinambungan pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dengan jangkaan nilai projek lebih RM200 juta ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada 8,143 isi rumah sedia ada di kawasan Kanowit dan sekitarnya. Antara skop utama kerja bagi projek ini adalah pembinaan enam tangki aras tinggi (High-level Tank) baharu di lokasi-lokasi berikut:
(a) Kanowit Baharu; (b) Batu Luking; (c) Nanga Dap; (d) Nanga Ngungun; (e) Simpang Kanowit; dan (f) Ulu Bawan.
Serta pembinaan dua stesen pam penggalak (Booster Pump Station) di Nanga Dap dan Batu Luking. Selain itu, projek ini turut melibatkan pembinaan saluran paip utama, sistem sambungan antara takungan, serta pelbagai kerja infrastruktur sokongan lain bagi memastikan sistem agihan air di seluruh kawasan dapat beroperasi secara efisien dan mampan.
Tuan Speaker, ketika ini projek ini berada di peringkat penilaian tender. Saya menyeru agar proses ini dapat dipercepatkan dengan memastikan pemilihan kontraktor yang berpengalaman, serta pelaksanaan mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan seperti yang sering berlaku dalam projek berskala besar.
Apabila siap kelak, projek bekalan air wilayah Kanowit ini akan menjadi pemangkin utama dalam memperkukuhkan sistem bekalan air bersih, bukan sahaja di kawasan Kanowit tetapi juga kawasan sekitar seperti Machan, Bukong Jagui dan Nibong Tada, yang sebelum ini sering menghadapi gangguan bekalan air terutama pada musim kemarau.
Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa inisiatif seperti ini amat penting bagi meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar. Dalam konteks pembangunan Sarawak menuju negeri maju menjelang 2030, kemudahan asas seperti bekalan air bersih bukan lagi satu kemewahan, ia satu keperluan asas yang wajib disediakan secara menyeluruh dan mampan. Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan negeri terus memberi keutamaan kepada projek-projek bekalan air luar bandar seperti di Kanowit ini, supaya jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat terus dirapatkan.
Isu Tekanan Air Rendah Serta Sumber Bekalan Air Bersih
Tuan Speaker, saya telah diberitahu bahawa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar pada mesyuarat yang lepas bahawa ada sebuah projek yang diberi nama Proposed New Kanowit Water Treatment Plant telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak. Saya ingin tahu apakah status terkini projek tersebut kerana ia berada di kawasan saya.
Tuan Speaker, pada persidangan DUN bulan Mei yang lalu, saya telah mengadakan pertemuan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai tempoh pelaksanaan projek. Berdasarkan maklumat yang diterima, projek ini sedang menunggu proses menunggu value management kerana kos keseluruhan melebihi RM50 juta. So, semasa Taklimat Projek Pembangunan di kawasan saya, Projek Bekalan Air ke Majau, Mam, Batu Luking, Poi dan Menalun, di bawah Rolling Plan 5, RMK12 oleh JBALB, telah diluluskan oleh KKDW.
Namun Tuan Speaker, rakyat di kawasan ini sudah lama menunggu kemudahan air bersih. Jika projek ini dilaksanakan, ia memberi manfaat kepada 754 isi rumah, meliputi 43 rumah panjang dan tiga buah sekolah. Kawasan ini telah terlalu lama menanti bekalan air bersih stabil dan mencukupi.
Tuan Speaker, rakyat di kawasan Majau, Mam, Batu Luking, Poi dan Menalun telah lama bergantung kepada sumber air alternatif. Pada musim perayaan, kemarau dan banjir, mereka berdepan kesukaran yang serius kerana bekalan air bersih tidak mencukupi, dan juga antara kawasan tersebut langsung tidak mempunyai sumber air. Sudah tiba masanya penyelesaian sebenar dibawa kepada mereka. Saya mohon agar projek ini diberi keutamaan yang tertinggi dan dipercepatkan pelaksanaannya. Ini merupakan jalan penyelesaian jangka panjang untuk kawasan Majau, Mam, Batu Luking dan Poi dan Menalun.
Naik Taraf Jalan Raya
Tuan Speaker, penduduk Kampung Muhibah mengadu keadaan jalan utama ke kampung semakin rosak. Keadaan bertambah buruk apabila lori-lori besar menggunakan laluan sama semasa kerja-kerja projek pembinaan berdekatan sedang berlangsung. Demi keselamatan penduduk, saya berharap tindakan segera dapat diambil. Jangan sampai jalan tersebut menjadi seperti permukaan bulan.
Tuan Speaker, saya selalu mendengar keluhan rakyat saya terutama yang tinggal serta menggunakan jalan seperti di Kawasan Bukong Jagoi Lesih, Jalan Kampung Bedil, Jalan Mam Batu Luking, Jalan Penyulau Lukut dan Jalan Kanowit-Song, Jalan Mission Kanowit, serta Jalan Sekuau Rantau Kemiding Melipis Lipus, yang amat memerlukan perhatian kerajaan negeri terhadap permintaan penduduk kawasan tersebut supaya kerja-kerja menaik taraf dan membaiki jalan-jalan tersebut dengan segera kerana sering terjejas setiap kali berlaku banjir kilat. Oleh sebab itu, penduduk di sekitar kawasan tersebut tidak boleh keluar dari rumah, dan terpaksa menunggu bantuan dari kebajikan atau wakil rakyat untuk memberi bantuan makanan kepada mereka.
Tuan Speaker, saya harap isu banjir di kawasan ini dapat ditangani secepat mungkin. Banjir kilat tidak akan memberi tahu siapa-siapa bila ia akan datang. Bagus kita bersedia payung sebelum terlambat. Saya menyeru agar Kerajaan Sarawak akan menilai semula permintaan saya ini.
Tuan Speaker, ada sebuah akses yang perlu diperingatkan juga, walaupun kecil tetapi ia penting. Akses dari Klinik Menalun ke Rumah Simon Anak Klerk. Tuai Rumah ini amat mengimpikan akses jalan yang menghubungkan mereka dengan Klinik Menalun. Adakah kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk membantu mereka untuk memudahkan urusan harian penduduk di kawasan rumah panjang tersebut?
Conclusion
So, Tuan Speaker, conclusion saya dengan sukacitanya menyatakan bahawa saya menyokong penuh ucapan Tuan Yang Terutama di-Pertua Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan dengan kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidikan dan saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 kepada semua saudara-mara serta sahabat handai yang beragama Islam dan Selamat Hari Gawai Dayak tahun 2026 ngagai kitak semua, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua. Semoga semua yang menyambut selamat pergi pulang dan selamat sampai menuju ke kampung halaman masing-masing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat bagi Machan. Seterusnya, may I call upon Yang Berhormat bagi Padungan. May I know any other Ahli-ahli Yang Berhormat want to speak today after Padungan? We have Kota Sentosa and we have Stakan. Alright, Honourable Member for Padungan.
Thank you, Tuan Speaker, for giving me this opportunity to speak in support of the Motion of thanks to our His Excellency the Governor’s address in this House. There are few issues I wish to raise la, in my debate.
Issue No. 1: Free Tertiary Education System Scheme (FTES)
There are still a few number of students who are entitle or promise with this stipend under this scheme but yet, received the stipend and they are under financial constraints and I have in the last few days received their keluhan, their appeal for me to raise it in this House and hopefully the government kill expedite the disbursement of the stipends for the students.
Tuan Speaker, no doubt we are in full support of the free tertiary education Sarawak scheme but I called for the government to extend the benefits to not only those students, identified students studying in the four universities owned by the State Government but also to extend the benefits to the students studying in public universities and if possible if financial ability allows to extend it to even diploma courses students and also students studying in private universities. After all we are all anak Sarawak.
Issue No.2: AirBorneo.
Tuan Speaker, when the State Government proposed to purchase MASwings to establish AirBorneo and to purchase it from Malaysia Aviation Group, Sarawakian were promised the sky, literally promised the sky, with cheaper air fare, better connectivity. However, that remains an illusion that has been shattered two months ago or a month ago when there is, during Hari Raya holiday, AirBorneo tickets from Kuching to Sibu were, then, more expensive than AirAsia tickets. Why is it so? AirBorneo instead of flying from Kuching to Sibu directly, AirBorneo has to fly from Kuching to Miri and back to Sibu, taking the passengers for free ride, not free ride, expensive ride throughout the whole of Sarawak. So, my question to the government:
(a) How much did the State Government paid to Malaysia Aviation Group to take over Maswings to establish this AirBorneo airline?
(b) When were the promise to people, i.e. cheaper flights and better connectivity be realized?
These are the two questions.
Issue No. 3: The Implementation of ART Project by KUTS
Tuan Speaker, last sitting on 27th November 2025, I spoke about China contractors flouting our laws and regulations in the carrying out implementation of the construction works, one of which is the ART projects under the KUTS project.
Tuan Speaker, it seems that matter on the ground has not improved since I last spoke about it, last year. The diversion roads at the site there, at the construction site providing alternative access or passes for the road users are still fill with potholes and uneven. We can’t even have a smooth ride around Kuching nowadays. The road signs, the lights are not clear enough. It is unsafe to drive not only at night but also during daytime. Worst still, worst still, lately, lately, we have residents in Kuching suffer water outage. Why? The reasons being, the water pipes underground water pipes were broken while this project was carried out. Some of the traders, some of the residents, suffer one or two days without water. Disrupting not only their life but also their businesses.
Is the government going to make these contractors pay for negligence or the omission to have regards to the underground pipes? Why in the implementation of such a huge project such a mega project? Why did, why was there no expiate drawing showing where the pipes are laid so that, they can, when the excavation works done, these pipes work can be avoided and not causing damage to the pipe and causing a lot of disruption to the life of the residents.
There was, I remember, Tuan Speaker, there was one video clip that went viral a month ago that is filmed by the dashcam of a driver passing along Jalan Tun Jugah. As he drives past along Tun Jugah, the welding flame was dropping from above. Obviously, there are some welding works being done for the ART project and the flames were dropping onto the floor. These are very dangerous and how could that happen, Tuan Speaker.
So, my question to the government, what is the government going to do to make these contractors comply with our construction standards and to ensure that safety first in the implementation of the projects and how long do we have to suffer for all these uneven road rides, bumpy road rides.
Issue No. 4: Crime Fighting
Tuan Speaker, on this, I would like to congratulate our police force, PDRM, on a job well done. On 15th April 2026, the PDRM executed Operasi Khas named Ops Pusak Merah. Whereby, 21 individuals involved in what was called Gang 24 was arrested and many of them have records of extortion, causing grievous bodily harm to others, robbery and even drugs. They are also investigated for possession of firearms.
Tuan Speaker, just now I heard also one of the Honourable Members here has said that perjudian is so rampant and that he urged the government to sterns action against aktiviti perjudian.
Tuan Speaker, these are the gangs who are also involved in all these illegal activities and that I would like to congratulate the police for a job well done and hopefully they can continue because not only perjudian but also drugs abuse is killing our society and our future generation.
But, what came, what was shocking in this arrest was that an individual whose name just caught my attention…[expunged]… Either as a sponsor or a part organizer … (Interruption)…
Hold on…(Interruption)…
Or as a donor …(Interruption)…
Hold on, Yang Berhormat…(Interruption)…
Yes, Tuan Speaker? …(Interruption)…
Do you need to mention the name? …(Interruption)…
Yes. I am ready to mention the name, and I ready to stand by what I said today, Tuan Speaker.
Because he is not here to defend himself? …(Interruption)…
No. No …(Interruption)…
That is why you bring his name up? …(Interruption)…
No, he was arrested…(Interruption)…
Okay …(Interruption)…
And I have proof to show that. He is one of the Instagram. An e-invoice …(Interruption)…
... (Inaudible)...
May I have your point of order? …(Interruption)…
... (Inaudible)...…
An e-invoice of 2.1 seminar …(Interruption)…
Yang Berhormat, point of order …(Interruption)…
... (Inaudible)...
…[expunged]…
... (Inaudible)...
…[expunged]…
Yang Berhormat …(Interruption)…
Sponsored by him…(Interruption)…
Yang Berhormat. Hold on. Point of order from Honourable Member for Kota Sentosa …(Interruption)…
... (Inaudible)...
... (Inaudible)...
What point? What point? He has to cite his point first…(Interruption)…
Are you reading the point of order? …(Interruption)…
Standing Order. What point?
... (Inaudible)...
No. I don’t allow that. Let me finish, and then you can ask clarification. I am holding the floor.
... (Inaudible)...
Ya …(Interruption)…
If he is seeking clarification, he has to be. You see…[expunged]…
Hold on now …(Interruption)…
They are associated…(Interruption)…
Let me clear this up…(Interruption)…
And closely associated with this gang…(Interruption)…
Yang Berhormat…(Interruption)…
Gang 34…(Interruption)…
Yang Berhormat, Yang Berhormat, cool down. Let me clear this up…(Interruption)…
Yes.
Kota Sentosa, you must raise a point of order, then I will allow you, otherwise …(Interruption)…
He raised. He raised.
The point of order is that it is a ... (Inaudible)...
Hold On.
... (Inaudible)...no what is your point, jangan cakap …(Interruption)…
That is clarification.
... (Inaudible)... He is going into improper motives.
where got.
... (Inaudible)... carrying on and you are leading in that direction to improper motives…(Interruption)…
... (Inaudible)...let him show you…(Interruption)…
I will show you proof, Tuan Speaker here …(Interruption)…
Yes... (Inaudible)...
Okay…(Interruption)…
Ya. And, and, and who is …(Interruption)…
I rule that you know …(Interruption)…
I am a SUPP Member myself…(Interruption)…
He has to substantiate somehow …(Interruption)…
Yes. Let me substantiate. Let me substantiate, and you can. After I substantiate, you can add on to it. Alright, one of the event, e-invoice free seminar. We have a list of organisers at …(Interruption)…
Anyway …(Interruption)…
…[expunged]…
Yang Berhormat. Let it be clear, okay…(Interruption)…
Yes…(Interruption)…
Why do you want to bring this up in this Dewan? …(Interruption)…
Tuan Speaker…(Interruption)…
When you have other avenues? …(Interruption)…
No…(Interruption)…
Can you give us …(Interruption)…
No. This is the best avenue. Why? …[expunged]…
yes…(Interruption)…
What message are you sending …(Interruption)…
Hold on …(Interruption)…
To the society? …(Interruption)…
Hold on. I think to be fair, you cannot drag a political party.
can…(Interruption)…
And what do you call that? …(Interruption)…
Okay, then I drag individual…(Interruption)…
And connect it to an individual …(Interruption)…
Okay…(Interruption)…
It could be Member of the party, but not the party itself …(Interruption)…
Alright, okay…(Interruption)…
There are two things here …(Interruption)…
…[expunged]…
Okay, hold on …(Interruption)…
…[expunged]…
Hold on. Hold on Yang Berhormat for Padungan. Hold on now. I have got to stop you here. The thing is you are mentioning all these individuals whatever, by that name or some other names, and connect with a political party ya, obviously you are hitting at SUPP ya. The thing is you need to really get all these verification …(Interruption)…
It’s here.
No. No. That is only on the face. Value actually, is not a real verification. So, the man whatever it is has not been convicted, has he? He is still under investigation, has he? Even the police have not verified it. Okay. So, in that case, I think you better stop there, and you have made it your point enough ya, to alert whatever. The thing is, be fair because the one that you are hitting at, the SUPP will have no chance to rebut unless someone else wants to speak afterwards ya. Okay, you have Kota Sentosa to, okay? Alright.
... (Inaudible)... let him speak after me.
Okay, I think you, well just abandon that particular point alright?
Tuan Speaker, these are all, you say on the face, they are connected, closely connected…[expunged]… And it reflects…(Interruption)…
Hold on …(Interruption)…
Very badly …(Interruption)…
Hold on. Hold on …(Interruption)…
On GPS also. Tuan Speaker ... (Inaudible)...
Point of order, alright.
... (Inaudible)...
Point of order.
Point of order. I think you cannot …(Interruption)…
Cite the Standing Order first…(Interruption)…
... (Inaudible)...cite the point first.
... (Inaudible)...tak ada point.
... (Inaudible)...
I don’t think you can. No problem. You are not allowed. Point of order.
You are not allowed to mention names. If you want to, you recite the Member. Member from where? Member from where? You do not, okay you give me a few minutes. I will look at the Order for you.
... (Inaudible)...
Okay, I stand you down. Padungan.
... (Inaudible)...
Padungan. Yang Berhormat Padungan. I think is, firstly, I would like to rule that you stop that point. Don’t ever mention any further. You have had it. Enough. First, I did not demand to do the verification from these whatever sources you got from the media. None of that day, as I said, is only on the face. Then, even the police could still be investigating. It is not proven in court. So, I think it would be enough damage towards any parties that you are hating at. Alright. So, I think to be fair. I would let Kota Sentosa rebut whatever points that you have.
... (Inaudible)...
Ya, in his speech of course. You have the chance.
... (Inaudible)...
... (Inaudible)...
Tmbalan Speaker: Okay, point of order, point of order. Alright.
Yes, you challenge me on the point of order. Okay, the point of order that I am using is under Standing Order 32(5). No Member shall refer to any other Member by name. You specifically mentioned two names, and I think that is out of order. Two Members from this House. You do not mention their names…(Interruption)…
I think …(Interruption)…
Standing Order 32(6), no Member … (Interruption)…
I think that …(Interruption)…
No Member … (Interruption)…
I think that one, you refer to my rule Yang Berhormat …(Interruption)…
No Member shall impute improper motives, 32(6).
... (Inaudible)...
That may be close.
... (Inaudible)...
By the way, Kota Sentosa you will have chance to rebut.
... (Inaudible)...
Okay, hold on. Honourable Member for Tupong…(Interruption)…
Thank you…(Interruption)…
Point of order…(Interruption)…
Tuan Speaker. Thank you Member from Padungan. I would like to seek two clarifications:
(a) Do you have any information of this said person admitting to SUPP “look I am a notorious gangster”. Number one whether they know or not? And
(b) Don’t you think it isn’t fair for us to implicate one action to a party? For instance, we have other DAP Members in Semenanjung, got charges and convicted. Don’t you think it is not fair for us to implicate the party for one individual … (Interruption)…
Anyway Tupong… (Interruption)…
Action of member’s party. Thank you…(Interruption)…
Yang Berhormat Tupong. Anyway, Yang Berhormat Tupong, I would not allow your question for clarification because that will give him the chance to even make more damage towards whatever he wants to hit. So, the thing is, I am going to stop him there and not go any further on this point, right? Point of order?
... (Inaudible)...
... (Inaudible)...
Is it point of order?
... (Inaudible)...
... (Inaudible)...
No? If you don’t have it then it is his floor.
... (Inaudible)...
... (Inaudible)...
Okay Honourable Member for Padungan, carry on.
Carry on... (Inaudible)...
Carry on. Okay. Thank you …(Interruption)…
Free School Bus Programme for SJK Chung Hua Kuching No.6
Thank you Tupong for trying to assist me but the Tuan Speaker saw through you. Tuan Speaker, issue number five, Free School Bus Programme by the state for SJK(C) Chung Hua Kuching No.6.
Tuan Speaker, this is a good project. This is a good programme to help the students, to help the parents of the students to provide free bus service for the students to attend school. But there are some shortcomings in the programme. Why I say so, because in that programme that was launched by Yang Amat Berhormat the Premier. There were 12 school buses engaged to provide regular free school bus service to ferry the students to and fro schools. But out of the 12 school buses, five of them are more than 30 years old. And why I say 30, is important because that is the rules and regulations that school buses should not exceed the age of 30 years, and after it exceed the age of 30 years are deemed to be unsafe. And two or three of them even is age, even were aged 37 years, imagine Tuan Speaker.
Therefore, I called upon the government for they continue, to continue the implementation of the school bus and to provide facilities and financial assistance for the replacement of all school buses or vans with the new ones. Help the drivers to change their buses, replace them with the new ones. After all Tuan Speaker, the State Government, can spend hundreds of millions, RM100 million buying a plane, a private jet for our Cabinet, for Yang Amat Berhormat Premier. You can surely spare some money to help the operators to change, replace their buses.
TPM’s Announcement of Introducing the Fleet Card System Last Month
Issue number six, Tuan Speaker, issue number six is, what was, is regarding what was announced by TPM (Timbalan Perdana Menteri), Fadillah Yusuf recently introducing the fleet card system last month to some of the transporters.
Tuan Speaker, they are rationale for the implementation of the fleet card. But what worries me is that maybe the prelude, prelude floating the diesel prices in Sarawak. And as what happened or what was implemented in West Malaysia.
Tuan Speaker, I must state my position here. We Sarawak, we produce a lot of oil and gas which benefited the national coffer, at the very least for diesel consumption, diesel prices. We should generally cross the board. Enjoy what currently was provided to us and the prices should not be floated.
I will make my stand clear, in my party and in Pakatan Harapan’s presidential meeting. But I also call appoint the five GPS Federal Ministers and Yang Amat Berhormat the Premier to make the stand clear that we want to maintain, we in Sarawak want to maintain the diesel prices as it is now and not follow what was implemented in West Malaysia.
I would like to have the assurance from the Yang Amat Berhormat Premier, that a directive be given to the five GPS Federal Ministers, to voice it out in the cabinet meeting. I am prepared to break rank for the interests of Sarawak. Then, what is the stand of GPS?
So, Tuan Speaker, hopefully we will not be faced with such a situation where we have to pay diesel at market price. I know there are smugglings of diesel because of the subsidised price across the board. But I think all efforts, the government, rakyat, station operators, should come together and treat such smugglers' syndicates as the enemy of the state, and stop this smuggling activity. So, that less we suffer the same fate of our counterparts in West Malaysia, whereby, they have to pay diesel price at RM5 plus per litre. So, Tuan Speaker, I urge that the government, the GPS play its part on this issue and stop the Federal Government from floating our diesel prices in Sarawak.
The last issue, this is about the persistent delay in payments to consultants. Consultants undertaking the construction work for State Government. Their consultant fees were delayed, and a lot of them are still being owed by the State Government. This issue has been raised many times. It was raised even by the Yang Berhormat bagi Batu Kitang, but until today, it has not been resolved. It also raises further pressing question. Is the State Government currently facing cash flow constraints that are contributing to these persistent delays? If not, what are the root causes behind a payment issue that has continued for many years? Many years. Are existing financial management systems sufficient to support the scale of the ongoing and planned development?
So, Tuan Speaker, with all these seven issues, I support the Motion of Thanks to our TYT's address.
Alright, Yang Berhormat Padungan. Thank you.
…(Inaudible)…
Point of order. Now, right.
…(Inaudible)…
Eh, Batu Lintang. Sorry, Batu Kitang, sorry.
Thank you. Thank you, Honourable Member for Padungan. Yes, 32(5), 32(6). No Member shall refer to any other Member by name. No Member shall impute improper motives to any other Member or make any statement or allegation which the said Member is not prepared to substantiate.
Tuan Speaker, an arrest is not a conviction. Investigations are for the authorities and the courts to determine, not for politicians to exploit in order to create political narratives against SUPP or GPS. What is troubling is the selective nature of this argument. Whenever an individual associated in any way with GPS is investigated, the opposition immediately attempt to pan the entire coalition as compromise. Yet, when individuals link to their own circle-fest controversies, suddenly they resist in due process an individual responsibility. This is double standard, okay. The GPS and SUPP have consistently supported law enforcement agencies in carrying out their duties independently and professionally. And so, if any individual has committed wrongdoings, let the law take its course…(Interruption)…
Okay.…(Interruption)…
But this House must not become a platform for character assassination…(Interruption)…
Okay, Yang Berhormat, you got a point.
Political smearing or trial by association.
Okay Yang Berhormat, thank you. Okay, Padungan. I think your time is up Padungan…(Interruption)…
Okay… (Interruption)…
Your time is up. Anyways, I think I will rule. Somehow, with the point of order and the points raised by Batu Kitang, it is quite fair to say you cannot impute whatever or cast any idea, what do you call that?
…(Inaudible)…
Cast the character of other people. Hold on, hold on, hold on, hold on. When investigation, whatever, is still underway, there is no finality yet in terms of guilt or whatever it is. And to associate it with some other party, or in this case, SUPP, I think it’s quite, not fair. So, I think …(Interruption)…
…(Inaudible)…
No, with my powers under... (Interruption)…
…(Inaudible)…
Okay, before I make the... (Interruption)…
Tuan Speaker, you see, this is not what I say it. It's from the police official statement. These people are involved in inflicting grievously bodily harm, racketeering …(Interruption)…
Okay…(Interruption)…
Extortion… (Interruption)…
They are individuals… (Interruption)…
Yes, but you see, Tuan Speaker… (Interruption)…
And you're connecting it to some other party…(Interruption)…
No, but the point. It's not me connecting it. They are connecting themselves.
No, no, no …(Interruption)…
The point that I'm trying to bring here is, should political leaders be …[expunged]… This is not a good practise …(Interruption)…
Hold on.
And this is not good for the society.
That is where improper motive comes in with your statement. I think, Padungan, Padungan, Padungan, listen to me, listen up. The thing is, I think I have to make a ruling. To be fair. I mean, being human, you don't know who is the devil, who is an angel.
…(Inaudible)…
Sometimes, you know, they could behave like both.
…(Inaudible)…
The thing is, hold on, it's not fair for whoever SUPP leaders to be casted with such character.
…(Inaudible)…
Hold on. No, no, no. I make a ruling.
…(Inaudible)…
I would like the statement by the Yang Berhormat Padungan in as far as it has mentioned SUPP and SUPP leaders to be expunged. I'm taking this view by virtue of my powers under Standing Order 89, read with Commonwealth practice, which is in Lok Sabha, India, under Rule 380 and also Rule 353, that this allegation, whatever, mentioning all these names just now, be expunged. Be expunged. You got it? Yeah, be expunged. I think to be fair.
…(Inaudible)…
The thing is …(Interruption)…
…(Inaudible)…
I think these individuals are to be judged with his own action. I think that particular individual be judged with their own action. You cannot…(Interruption)…
…(Inaudible)…
You cannot associate it with, I mean, the action with that of another party. All right? So, that is my ruling.
…(Inaudible)…
So far, that's final. Sorry, Yang Berhormat Padungan. You can do it some other time, some other place. Alright? Next, may I call Kota Sentosa. You have the chance to rebut if you may, if you may, unless, but you don't refer to the expunged portion.
…(Inaudible)…
In general, he can, but not in detail. Otherwise, you will be bringing up the details up. Kota Sentosa.
Thank you. Thank you, Tuan Speaker. I wholeheartedly support the Motion of thanks to His Excellency the Yang di-Pertua Negeri for his visionary and statesmanlike address. The speech delivered by His Excellency was not merely ceremonial, it was a clear roadmap for the next phase of Sarawak’s journey. A journey toward greater autonomy, stronger economic resilience, institutional maturity and a future where Sarawak stands with confidence and dignity as an equal partner within the Federation of Malaysia.
I stand in this august House carrying not only the hopes of my constituents, but also the aspirations of ordinary Sarawakians who worked tirelessly every single day to build better lives for their families. The people are not asking for political drama like what we have seen just now. The people are also not asking for endless press releases or press conferences which they are very good at, the opposition are very good at. The people are not asking for social media outrage or outrage in this august House manufactured for political clicks.
The people are asking for results. They want road that do not collapse after heavy rain. They want drains that functions properly. They want affordable housing. They want quality healthcare. They want water supply that is clean and reliable. They want jobs for their children. They want a government that plans beyond the next headline. That is the fundamental difference between governance and political theatre.
Tuan Speaker, today unfortunately, unfortunately we continue to witness an opposition that thrives on noise but that one that struggles to deliver solutions. Every week, they rush to social media with dramatic statements, recycled accusations and manufactured outrage, pretending as though governance can be achieved purely through press statements, and press conferences and drama. But let us speak honestly. If problems could be solved by the thing we saw just now, Sarawak would have become the most advanced region in Asia decades ago.
Tuan Speaker, the people of Sarawak did not elect actors. They elected representatives to solve problems. They elected representatives to manage resources responsibly. They elected representatives who understand that governing requires discipline, planning, negotiation, and long-term execution. That is precisely why the people placed their trust in Gabungan Parti Sarawak.
GPS is not perfect, and we should never behave as though we are beyond criticism. But what distinguishes GPS is that we do not run away from responsibility like what we are saying now. The Honourable Members of Padungan and Pending running away when I am speaking. We govern. We execute. We build institutions. We negotiate firmly for Sarawak’s rights. And most importantly, we place Sarawak First.
Tuan Speaker, let me address one issue that the opposition has deliberately distorted for political mileage - the proposed increase in state and parliamentary seats. The opposition has attempted to portray this exercise as though democracy itself is under attack. They speak as though constituency redelineation is a sinister conspiracy orchestrated by GPS behind closed doors. But facts matter. Under Article 114 of the Federal Constitution, the Election Commission is an independent constitutional body. Its members are appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister.
And who leads the Federal Government today? It is the Pakatan Harapan. It is the collision that DAP itself belongs to. So, when DAP leaders attempt to accuse GPS of manipulating boundaries, they are essentially accusing their own federal partners of misconduct. The truth is this, GPS supports increased representation not because we are obsessed with political arithmetic but because we are committed to restoring Sarawak’s rightful position under Malaysia Agreement, 1963.
For too long Sarawak and Sabah had been structurally underrepresented in Parliament. For too long national policies affecting Sabah and Sarawak had been determined disproportionately by political forces from Peninsular Malaysia. For too long, Sarawak’s voice could be diluted whenever federal political winds shifted. That is why the fight for greater parliamentary representation is not a partisan issue. It is a constitutional issue. It is a historical issue. It is an issue of protecting Sarawak’s future.
We, in GPS understand that if Sarawak does not strengthen its institutional representation now, future generations may once again find themselves politically marginalised within the federation. The opposition opposes these efforts because they remain politically tied to parties headquartered in Kuala Lumpur. GPS answers to Sarawak, the opposition answer to their puppet master from Malaya. That is the difference.
Tuan Speaker, let me now turn to the economy. The opposition often questions Sarawak’s economic transformation agenda. They cast doubt on approved foreign direct investments, implying that the numbers announced by the GPS Government are merely paper projections designed for publicity. But the economic realities on the ground tell a different story. Sarawak’s revenues have reached historic levels, consistently exceeding RM13 billion annually. This is not imaginary wealth. This is not propaganda. This is real revenue generated through strategic economic management, energy reform, resource control, and investor confidence.
Unlike administrations in Malaya or elsewhere that spend recklessly for short-term popularity, Sarawak has taken the responsible path by establishing a Sovereign Wealth Future Fund. It demonstrates that Sarawak is no longer thinking from election cycle to election cycle. We are planning for the next generation. We are safeguarding wealth for our children and grandchildren.
Tuan Speaker, global investors are not coming to Sarawak out of charity. They are investing because Sarawak offers political stability, policy consistency, green energy capacity, and long-term strategic planning. These investments are creating thousands of engineering, technical, and high-skilled jobs for young Sarawakians.
For decades, our brightest students were forced to leave Sarawak because opportunities were concentrated elsewhere. The opposition have always been harping on this issue, in Mandarin if I may, rén cái wài liú, which means the best of our people are leaving for better, greener pastures overseas. But today, for the first time in generations, Sarawak is building an ecosystem capable of bringing our talent home.
Tuan Speaker, as a GPS government backbencher representing the urban constituency of Kota Sentosa, I also believe that accountability must accompany economic success. If we celebrate approved investments publicly, then we must also provide periodic updates on implementation status, job creation outcomes, SME participation, and project timelines. Transparency strengthens confidence. Transparency improves governance. Transparency ensures that economic growth translates into meaningful opportunities for ordinary Sarawakians. The GPS do not fear accountability. Good governments welcome accountability because accountability improves delivery.
Tuan Speaker, economic transformation means very little if ordinary people continue struggling with unresolved local problems. That is why I wish to speak directly about the bread-and-butter issues affecting my constituency of Kota Sentosa. Every time heavy rain hits Kuching, opposition politicians suddenly appear wearing boots, carrying cameras, and pretending as though flash floods are a newly discovered phenomenon. But let us be truthful with the people. Many of the drainage failures, flash floods, sinkholes, and road subsidence problems in Kota Sentosa are not new.
These are long-standing structural problems accumulated over many years and during the years when the opposition DAP, the current Honourable Member for Padungan when he was in charge of this constituency. So, my question is what happened? Were the long-term drainage masterplans implemented? Were major mitigation systems upgraded? Were aging urban infrastructures comprehensively rehabilitated? And if he was here, I think I can tell him that the answer is no. What we saw instead was politics built around blame shifting and finger-pointing. They are very good at it.
Today, GPS inherited these structural challenges, and instead of weaponizing them politically, we are addressing them systematically through cooperation with MBKS, MPP, JKR, DID, and other relevant agencies. Retaining walls damaged by monsoon and erosion are being repaired. Drainage upgrading works are being accelerated. Sinkholes and uneven roads in commercial zones are being rehabilitated. Traffic flow improvements are being studied. Water supply disruptions and water quality complaints are being escalated aggressively to the relevant authorities. I know, these are not glamorous projects. They do not produce viral social media posts or political videos, but they improve daily life. That is what responsible governance looks like.
Tuan Speaker, I must also raise another important question. Why is the Sarawak Government repeatedly forced to use state resources to resolve matters that should fall under federal responsibility? The opposition DAP sits comfortably within the Federal Government. They speak loudly about reform. Yet where are the major federal allocations for urban infrastructure rehabilitation in Sarawak? Where are the large-scale federal investments to modernise drainage systems in Kuching? Where are the comprehensive federal urban renewable initiatives? What are the substantial federal healthcare upgrades for the growing populations?
The people are tired of excuses. If the opposition representatives claim they possessed influence in Putrajaya, like the Honourable Member for Padungan trying to claim credit for the good work of PDRM because PDRM is under the purview of the Federal Government. Then, the people have the right to ask; where are the results to the questions that I just put forward.
Tuan Speaker, Sarawak’s future ultimately depends on one fundamental principle, our ability to protect and exercise our sovereign rights over our own resources. For decades, Sarawak contributed enormously to national development especially through our oil and gas. Yet despite our contributions, development gaps persisted. Infrastructure gaps persisted. Revenue imbalances persisted. That era is changing due to GPS.
Today, Sarawak is asserting its constitutional rights with confidence and clarity. We are strengthening our control over gas distribution. We are expanding our role within the energy sector. We are pioneering the hydrogen economy. We are positioning Sarawak as a regional leader in renewable energy. This is not extremism. This is not separatism. This is responsible federalism.
A strong Malaysia cannot be built by weakening Sarawak. A stable federation cannot be sustained by treating Sarawak merely as a resource supplier. True national strength comes from partnership based on equality, respect, and constitutional fairness. That is what GPS continues to fight for.
Tuan Speaker, since my time is running out, I will skip a few paragraphs. Tuan Speaker, as we approach the next state election, the political contrast before the people becomes increasingly clear. On one side stands Gabungan Parti Sarawak (GPS) a coalition built upon the principle of Sarawak First. A coalition focused on stability, autonomy, economic transformation, and long-term planning. On the other side stands an opposition DAP of Pakatan Harapan increasingly trapped within the politics of outrage. They criticise every initiative. They oppose structural reforms. They mock strategic investments. They politicise every issue. But beyond criticism, that is why I was hoping that the Honourable Member for Padungan and Honourable Member for Pending was here to listen to me. But beyond criticism, what is their long-term vision for Sarawak?
Can they explain how Sarawak should strengthen its negotiating position under Malaysia Agreement, 1963? Can they explain how Sarawak should achieve greater economic independence? Can they explain how Sarawak should safeguard future revenues? Can they explain how Sarawak should compete globally in renewable energy and high-technology industries? Do they have any constructive criticism? Do they have any constructive suggestion? I have never heard it in my nearly four years in this Dewan. The people deserves more than slogans. The people of Sarawak deserve substance.
Tuan Speaker, as representatives elected by the people, we must never become complacent. Power is not permanent. Trust is not automatic. Every election is a reminder that legitimacy must continuously be earned through service and delivery.
Tuan Speaker, Sarawak is entering a historic phase. We are no longer merely discussing basic development. We are discussing energy sovereignty. We are discussing strategic industries. We are discussing institutional reforms. We are discussing the future structure of the federation itself. This requires maturity, not the kind of issues that was raised by the Member for Padungan. This requires seriousness. This requires leaders willing to think beyond social media cycles and online media.
Tuan Speaker, the people of Sarawak are politically wise. They can distinguish between leaders who merely create noise and leaders who create outcomes. They can distinguish between temporary outrage and long-term vision. They can distinguish between political opportunism and genuine commitment. GPS may not always move perfectly. But GPS has consistently demonstrated one unwavering principle, Sarawak First. We will continue defending Sarawak’s constitutional rights. We will continue strengthening Sarawak’s economy. We will continue improving public infrastructure. We will continue demanding fair treatment within the Federation. We will continue building opportunities for future generations and we will continue ensuring that development leaves no Sarawakian behind — whether in the urban heart of Kuching or in the most urban remote interior communities…(Interruption)…
Kindly wind up, Yang Berhormat.
I, this is actually a point that I wish to raise due to the point of order raised by the Member from Padungan in the previous, before the break. I wish to, Tuan Speaker, I wish to briefly respond to the issue raised by the Member for Padungan... (Interruption)…
Not in detail, okay …(Interruption)…
Yeah.
Because we have expunged, that part.
Yeah, no. This is about his quorum one because after he made this point of order quorum, he posted it onto his Facebook, so I think the public need to know because it affects the quorum of this House.
Firstly, the Standing Orders of the State Legislative Assembly clearly provides the procedure when quorum is called into question. The public don’t know this. But we need to explain to them, and I hope the press will pick it up. The Speaker directed the bell to be rung, Members entered the Chamber, quorum was established, and proceedings continued accordingly. Therefore, the matter was fully resolved in accordance with parliamentary procedure and established Westminster practice reflected in Erskine May.
Secondly, I find it regrettable that the Honourable Member for Padungan is attempting to convert a routine procedural mechanism into a political spectacle, as though the temporary calling of quorum somehow invalidates the proceedings of this august House. Now that interpretation is simply incorrect and we need to make it clear because the people outside there, they do not know Erskine May, they do not know about the Standing Orders.
And thirdly, if the Opposition genuinely respected this institution, they would focus less on exploiting temporary procedural moments and more on participating constructively in the debate with credible policy alternatives. Not the kind of thing that he raised, associating in individual and basically associating at whole entity comprising more than a hundred thousand members to the action of a single individual or two.
And lastly Tuan Speaker, what is important is that the august House complied with procedure, quorum was duly established, and the business of the House proceeded lawfully and that is the fact, and no amount of political spin can and should alter this. And with those remarks Tuan Speaker, I once again express my full support for the Motion of Thanks to the TYT’s address and I would like to wish all my Muslim friends, Selamat Hari Raya Aidiladha and to my Dayak brothers and sisters, Selamat Hari Raya, Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Thank you.
Thank you, Yang Berhormat Kota Sentosa. I would like to humbly call Yang Berhormat Stakan, please.
Assalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih, Tuan Speaker, kerana memberi ruang untuk saya turut serta dalam sesi Usul Penghargaan Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak baru-baru ini.
Tuan Speaker, amanat yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini, bukanlah sekadar satu ucapan rasmi dalam ucapan tradisi Dewan yang mulia. Bagi saya, ia merupakan satu doktrin kemajuan dan peta jalan (roadmap) yang sangat jelas, strategik serta inklusif untuk panduan kita semua dalam mengemudi bahtera Sarawak menuju wawasan masa depan. Izinkan saya mengupas beberapa inti pati utama amanat TYT yang menjadi pasak kepada naratif pembangunan wilayah kita.
Kestabilan Politik sebagai Aset Strategik
Kestabilan politik di bawah pimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah harta paling bernilai buat kita. Keharmonian ini menjadi perisai utama yang membolehkan kita memacu agenda pembangunan mega tanpa gangguan polemik politik yang tidak produktif. Dalam landskap global yang kian tidak menentu, takbir urus yang telus dan stabil inilah yang menarik keyakinan pelabur antarabangsa untuk datang melabur ke negeri ataupun wilayah kita hari ini. Persekitaran yang kondusif ini bukan sahaja meletakkan Sarawak di peta pelaburan utama, malah menjadikan kita sebagai role model terbaik bagi integrasi nasional dan pertumbuhan ekonomi yang fokus. Pendek kata, politik yang stabil adalah prasyarat mutlak bagi kemakmuran jangka panjang Sarawak.
Dimensi Antarabangsa melalui ASEAN Power Grid
Peranan Sarawak kini kian terserlah melalui agenda Asian Power Grid yang sedang memacu fasa aktif untuk menjadi battery of ASEAN. Keberhasilan kita membekalkan tenaga ke Kalimantan Barat serta penyambungan interkoneksi ke Sabah pada Disember lalu adalah bukti nyata solidariti tenaga wilayah.
Rundingan strategik ke Brunei Darussalam, Singapura serta potensi sambungan ke Filipina Selatan menunjukkan bahawa Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai kapasiti terpasang sebanyak 10 gigawatt menjelang tahun 2030 dan 15 gigawatt menjelang tahun 2035. Ini bukan sekadar perdagangan tenaga, ini adalah tentang kedaulatan dan kedudukan geopolitik Sarawak sebagai paksi kestabilan Asia Tenggara.
MA63: Tuntutan 1/3 Kerusi Parlimen dan Autonomi Kesihatan dan Pendidikan
Tuan Speaker, saya menyentuh sikit tentang MA63. Satu perkara yang menuntut keberanian, politik kita adalah tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen bagi wilayah Sarawak dan Sabah. Ini bukan sekadar tentang angka tapi tentang hak veto untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda secara bersendirian oleh pihak Semenanjung tanpa persetujuan wilayah Borneo. Ia adalah benteng terakhir menjamin identiti dan hak Sarawak di bawah MA63 tidak dicabuli.
Selain itu, kita mesti konsisten mendesak desentralisasi kuasa pendidikan dan kesihatan. Sarawak tidak boleh terbelenggu oleh birokrasi Putrajaya dalam menangani isu sekolah dan klinik daif. Kita menuntut kuasa penuh dalam pengambilan guru melalui dasar 90% anak jati Sarawak, 10% daripada luar, serta autonomi pentadbiran bagi memastikan sistem perkhidmatan disesuaikan dengan keperluan unik geografi dan demografi rakyat kita. Perjuangan ini adalah tentang maruah dan kedaulatan, Tuan Speaker.
Isu-Isu Kawasan N.17 Stakan
Isu Kritikal Bekalan Air di Taman Samarindah
Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan beberapa isu masalah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Stakan. Isu kritikal bekalan air di Taman Samarindah. Saya memaklumkan bahawa telah diluluskan satu projek khas daripada Kerajaan Negeri, terima kasih Yang Amat Berhormat Premier, telah diluluskan satu projek high-level water tank, tapi sehingga kini, saya mohon jasa baik daripada kementerian berkenaan supaya mempercepatkan proses pelantikan kontaktor. Dan juga sebagai sokongan sementara, saya juga mohon Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi mempertimbangkan pembinaan tangki air sementara di Taman Samarindah bagi memastikan kestabilan bekalan air dapat dinikmati penduduk, sementara menunggu projek utama siap sepenuhnya.
Keperluan Jalan Akses Kedua Taman Samarindah
Yang kedua, keperluan jalan akses di taman yang sama sebab di taman tersebut, Tuan Speaker, ada lebih 5,000 buah rumah. Cuma kita mempunyai jalan akses utama hanya sebuah. Jadi saya mohon pihak berkenaan, pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan jalan dan sebagainya, dapat mencari alternatif jalan-jalan tersebut supaya memberi kemudahan kepada penduduk setempat sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya, dapat menggunakan jalan alternatif dan sebagainya. Ini telah disuarakan oleh saya beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Speaker.
Isu Kesesakan Lalu Lintas di Kawasan Samarahan
Isu kesesakan lalu lintas di kawasan Samarahan memerlukan satu pendekatan yang kreatif dan jangka panjang. Sehubungan ini, saya minta juga agensi dan kementerian berkenaan mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan, saya yakin dan percaya untuk menidakkan jam adalah mustahil. Tapi untuk mengurangkan jam dalam kawasan Samarahan, saya percaya kementerian berkenaan dapat mencari solusi yang terbaik kepada penduduk khususnya dalam kawasan Samarahan untuk mencari jalan, ada jalan alternatif lain untuk kita mencari akses ke bandaraya Kuching kerana di kawasan Samarahan sudah semestinya, Tuan Speaker, semua harus maklum itulah antara jalan yang paling jam di Sarawak pada masa hari ini.
Mitigasi Banjir Kilat Batu 12 dan Batu 13, Jalan Kuching-Serian
Tuan Speaker, jalan ini adalah hasil daripada Jalan Pan Borneo. Cuma masalahnya Jalan Pan Borneo ini agak tinggi daripada kawasan penduduk kampung di sekitarnya. Bila kita bercerita dengan pihak berkenaan, Pan Borneo adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tapi apabila kita bercakap, ia melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri di sebelah luarnya. Jadi saya minta Kerajaan Negeri hari ini, dapat duduk dengan Kerajaan Federal, di bawah Kementerian Kerja Raya, dalam masa yang sama, Menteri Kerja Raya adalah daripada Sarawak juga, carik jalan macam ne nak nyelesei masalah banjir di sepanjang Jalan Batu 12 dan Batu 13, kerana Tuan Speaker, apabila banjir kilat berlaku, air akan naik cepat dan ia akan memudaratkan, khususnya penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan sekitar tersebut. Ini harapan saya.
Pencahayaan Jalan Akses Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)
Yang seterusnya Tuan Speaker, ada satu jalan akses Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menuju ke kawasan Jalan Datuk Mohammad Musa. Ya, terima kasih pihak kerajaan kerana telah membina, banyak telah mengurangkan kesesakan yang berlaku dalam kawasan saya. Tapi pada hari ini, cuma ada sedikit kekurangan, Tuan Speaker. Kita kekurangan lampu jalan. Jalan yang bagus, kita sudah semestinya gembira memandu. Tapi masalah, apabila berlaku sebelah malam, tidak ada lampu. Banyak berlaku kemalangan. Kemalangan melibatkan orang sebelah, pihak kenderaan lain. Ada juga kemalangan yang melibatkan diri sendiri, dan ada juga kemalangan kadang-kadang terkejut dengan binatang-binatang tepi jeraya, Tuan Speaker. Sik tauk ya antu kah apa? Jadi kalau ada lampu, perkara ini dapat dielakkan, Tuan Speaker. Jadi harapan saya supaya Kerajaan Negeri dapat menambahkan sedikit peruntukan untuk membuat lampu di sepanjang jalan tersebut.
Pemerkasaan Sumber Manusia: Penambahan
Tuan Speaker, di dalam kawasan Samarahan, saya juga menimbulkan satu isu tentang pemerkasaan sumber manusia, iaitu penambahan kakitangan di Majlis Perbandaran Kota Samarahan. Saya percaya wakil rakyat dalam kawasan tersebut, termasuk di kawasan Muara Tuang dan sebagainya ataupun Asajaya dan juga Sadong Jaya, kita realise kita maklum bahawa kakitangan di majlis perbandaran tidak cukup. Saya difahamkan setakat hari ini, sebanyak hanya 95 orang, Tuan Speaker, yang melibatkan empat ataupun lima kawasan Dewan Undangan Negeri ini memang tidak cukup, Tuan Speaker.
Jadi, saya mengharap kementerian berkenaan mengkaji semula pasal penambahan kakitangan di dalam majlis perbandaran ini supaya mereka dapat menjalankan tugas yang lebih konduktif dan proaktif bagi menjamin tugasan mereka dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan memajukan Samarahan setanding dengan bandaraya Kuching pada satu hari nanti, Insya-Allah.
Status Pembinaan Klinik Kesihatan Samarindah
Di kawasan Samarindah ini ada sebuah klinik, saya sendiri pernah pergi ke klinik tersebut. Alangkah begitu kesiannya, Tuan Speaker, klinik tersebut didirikan dalam sebuah rumah kedai dan kedatangan pesakit pada hari setiap hari melangkaui kapasiti kekuatan para doktor dan nurse yang bertugas di kawasan tersebut. Bayangkan Tuan Speaker, untuk wad, untuk bilik yang membuat lawatan susulan ibu yang bersalin berada di tingkat atas, Tuan Speaker. Bayangkan ompuan tok udah beranak, seminggu kak beranak nait tanggak. Sik kesian ka kitak, ,Tuan Speaker. Beban ditanggung oleh ompuan yang selepas melahirkan anak nekik tanggak sik ada lif. Saya kesian sebagai lelaki yang budiman, Tuan Speaker pun sama juak, kita harus memperjuangkan wanita yang lepas bersalin tok diberi hak yang sepatutnya. Diberi khidmat terbaik, mun dapat di tempat rawatan yang lebih sesuai.
Saya rasa Yang Berhormat lain semua setuju nak? ...(Laughter)…Jadi harapan saya, Tuan Speaker, Kerajaan Negeri yang terlibat dalam urusan kesihatan ini membantu walaupun tanggungjawab ini dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, dapat berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mencari jalan yang terbaik dan saya difahamkan sudah dikhususkan perancangan untuk memindahkan klinik tersebut kepada tapak yang baharu tapi sehingga hari ini belum ada berita. Jadi harapan saya pihak Kerajaan Negeri dapat mencari solution. Iboh nunggu nak Kerajaan Federal ya jadi kita empun molah klinik kita empun supaya yang pentingnya rakyat kita terbela dan terjamin disegi kesihatannya yang selepas ini.
Skim Penempatan Baharu dan Skim Penempatan
Tuan Speaker, saya juga meminta kerajaan pada hari ini kerana sebelum ini saya telah memohon Skim Penempatan Baharu dan Skim Penempatan Semula. Kampung-kampung baru, minta supaya pihak yang berkenaan mempertimbangkan permohonan saya kerana dalam DUN Stakan tok susah kita nak memperbesarkan kampung, kampung yang nak di extend kita kerana tanah-tanah di dalam kawasan DUN Stakan tok terlalu berharga. Hanya kerajaan sahaja dapat mengatasi masalah ini dengan mengambil tanah tertentu untuk dijadikan kampung-kampung baru. Kerana kawasan tersebut telah ditumbuhi perumahan umpama cendawan selepas satu hujan dan rumah dalam kawasan tersebut saya rasa, Tuan Speaker, tidak semua orang mampu meli rumah kinek tok. Walaupun dua laki bini bekerja, belum tentu dapat meli rumah.
Rumah kita di Sarawak tok, minta maaf, Tuan Speaker, sama rega di KL nun kinek tok. Walaupun negeri kita luas, rumah kita masih juak saya rasa agak terlalu mahal. Dan kami di kawasan Stakan ini banyak anak muda yang baru mendirikan rumahtangga saya rasa mereka kurang berpeluang untuk membeli rumah dalam kawasan tersebut. Jadi, saya mohon kerajaan pada hari ini, agensi yang terlibat pada hari ini mempertimbangkan permohonan saya untuk mendapatkan kampung-kampung Skim Penempatan Kampung Baru selepas ini.
Isu Tiket Penerbangan Musim Perayaan
Tuan Speaker, saya menyentuh sedikit isu yang sering diutarakan oleh rakan-rakan saya di kedai kopi, di kaki lima, di masjid, di surau, di gereja, di kuil, di tokong dan sebagainya. Apabila musim perayaan tidak kira Hari Raya, tidak kira Hari Gawai, tidak kira Tahun Baru Cina, Krismas ataupun sedikit Deepavalilah, tambi sik banyak di Kuching tok, adalah sik banyak. Isu utama yang sering dikelaka urang di kaki limak, tiket terlalu mahal. Apabila kita nak pulang Hari Raya, Hari Gawai dua minggu lagi isunya adalah tentang tiket penerbangan terlalu mahal. Apabila tiket terlalu mahal, ini adalah menjadi satu masalah kepada anak rantau keluarga kita nak pulang berhari raya.
Saya tidak faham Tuan Speaker, kadang-kadang apabila saya duduk di kaki limak duduk dengan orang kampung, telefon berbunyi, Jang, kemaia dik pulai Gawai tuk? Nda ulih Indai, mar mai tiket tuk keno ya. Dik enggai pulai kah? Ukai aku nda pulai. Tiket mar, mbih duit aku. Nadai utai ka beliku bai pulai ila. Ya, sering kita dengar Tuan Speaker, ertinya setiap kali perayaan, tiket mahal. Jadi, kenapa MAS tok, Malaysian Airlines System tok, kenapa kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan tidak mencari solution yang betul? Kenapa harga tiket setiap kali perayaan melonjak? Bukan lagi RM1,000 kadang-kadang RM2,000, RM3,000, Tuan Speaker. Kesian dengan adik kakak kita di Malaya nun nak pulang. Harap ati nak pulang, sik ada duit nak pulang. Nak berjumpa dengan mak bapak, silap-silap mak bapak lepas Raya alu ninggal, sik sempat nangga.
Jadi, kenapa sistem kerajaan ini yang sebuah syarikat Malaysia Airlines System yang bila nya susah, kerajaan merik duit. Bila nya operation, nya ngecas rakyat mahal. Sedangkan duit yang diberik kepada MAS ya, duit rakyat. Jadi saya minta Kerajaan Negeri, dipolah surat secara bantahan ataupun mohon supaya Kerajaan Persekutuan, di bawah kementerian pengangkutan mempertimbangkan, carik solution supaya dibuat satu program khususnya anak Sarawak dan Sabah apabila waktu perayaan berik tiket ya, boleh mahal jangan jak terlalu mahal. Tok nama jak MAS, adakah tiket nya ngekot harga emas kah nait? Kalau tiket ngekot rega emas bagus MAS ya tukar jadi tembaga. Tembaga Airline, jadi nya mura ataupun tanah? Pasir? Pasir Airline.
Jadi, saya harap Kerajaan Negeri buat satu permohonan khusus kepada pihak Kerajaan Pusat, beriklah muka dengan kita Sabah dan Sarawak tok. Tok sik, minyak kita diambik nya, tiket kita mahal. Jadi Tuan Speaker, saya bukan sekadar menyuarakan benda tok tapi saya ada solution:
(a) Pemantapan harga siling. Mohon Kerajaan Negeri berbincang dengan pihak berkuasa penerbangan untuk menyelaras mekanisme harga siling dengan lebih awal bagi mengelakkan lonjakan harga mendadak waktu perayaan kerana perayaan tok tiap-tiap tahun;
(b) Penambahan bilangan pesawat. Nya dah tauk tahun depan ada raya, nya dah tauk taun depan ada gawai, tambahlah belon; dan
(c) Penambahbaikan subsidi bersasar. Pihak Kerajaan Persekutuan beriklah subsidi kepada Syarikat penerbangan tok supaya diberik khusus perkhidmatan terbaik ataupun merik kita di Sabah Sarawak tok tiket yang agak murah, khususnya sewaktu perayaan dan sebagainya.
Ini adalah solution yang saya cadang, Tuan Speaker.
Tuan Speaker, sebagai penutup saya menegaskan sekali lagi sokongan penuh saya terhadap amanat Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Amanat tersebut adalah cerminan tekad kita untuk melihat Sarawak terus Berdaulat, Maju dan Makmur. Memandangkan kita bakal merayakan dua perayaan tidak lama lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya buat warga Stakan dan Sarawak amnya. Dan sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya bercakap pada petang ini, dan terimak kasih juak kepada semua adik kakak yang ada di dalam Dewan tok yang sanggup mendengar hujahan daripada pihak kami di sebelah tok. Sekian, terima kasih…(Applause)…
Terima kasih, Yang Berhormat Stakan. Seterusnya, saya dengan hormat memanggil Yang Berhormat Tupong. Are you going to be the last speaker? Are there any Yang Berhormat wants to speak? Tak ada? Okay. Yang Berhormat Tupong, silakan.
Boleh injury time tok. Terima kasih, Tuan Speaker, kerana memberi ruang kepada saya untuk juga turut serta dalam perbahasan Usul Penghargaan terhadap ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Saya akan mulakan dengan membawa beberapa isu kawasan. Sebelum itu, saya ingin memulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.
Tuan Speaker, di kawasan N.6 Tupong banyak kawasan-kawasan perumahan yang telah wujud sejak tahun 80an. Ada kedak nya 70an, jadi bermaksud lebih 40 lebih tahun. Jadi, kita boleh bayangkan betapa banyak nya infrastruktur- infrastruktur yang perlu diselenggara. Antara infra yang penting perlu diselenggara adalah perparitan belakang rumah tok ataupun backlane drainage termasuklah laluannya dan pencahayaannya. Ini akan memastikan bukan sahaja keselesaan tetapi keselamatan penduduk terjaga. Oleh itu, saya, dan antaranya tempat-tempat yang saya maksudkan adalah Taman Matang Jaya, Taman Malihah dan Taman Heng Guan. Jadi, untuk itu saya mohon agar peruntukan tahunan yang disalurkan kepada Majlis Perbandaran Padawan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara bagi tujuan ini ditambah setiap tahun.
Tuan Speaker, isu vandalism terhadap infrastruktur telekomunikasi bukan lagi isu kecil. Kita semua tahu kesannya jika talian internet terputus. I don’t have to elaborate on the effect of the people if we don’t have internet line. Di kawasan seperti N.6 Tupong sendiri, kita melihat bagaimananya kebergantungan rakyat terhadap internet semakin tinggi. Sebab itu saya menyokong tindakan kerajaan untuk terus memperkukuhkan keselamatan aset telekomunikasi dan mempercepatkan pembaikan kerosakan. Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan agar kesedaran masyarakat dipertingkatkan. Infrastruktur telekomunikasi hari ini sama penting seperti jalan raya dan bekalan air. Kalau paip air tok pecah, orang marah, dan menara telekomunikasi pun sama juak, perlu dianggap sebagai aset penting negeri.
Saya ingin memohon agar kerajaan mempertimbangkan inisiatif ataupun pendekatan yang lebih tersusun untuk mempertimbangkan program komuniti yang lebih tersusun bagi membantu menjaga infrastruktur telecommunication ini. Kadang-kadang komuniti setempat lebih cepat mengetahui jika berlaku kecurian kabel, kerosakan atau pencerobohan. Maka pendekatan community ownership sangat penting.
Dan mungkin kerajaan dengan penglibatan telco boleh mempertimbangkan bagi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Insentif kecil kepada jawatankuasa kampungnya kah, rukun tetangga ataupun persatuan penduduk untuk membantu menjaga aset kerajaan ini, ataupun mungkin membentuk Pasukan Penjaga Infrastruktur Komuniti yang berdaftar di bawah pejabat daerah dengan dana khas, dibantu juga oleh telco-telco seperti yang disebutkan tadi dan juga mungkin ada aplikasi aduan khas untuk infrastruktur dengan response support system yang structured. Jadi, aplikasi ajak sik penting, but the whole ecosystem. Jika orang membuat aduan menggunakan sistem, the system can respond immediately dengan pasukan-pasukan yang turut untuk mencegah vandalisme atau membaiki vandalisme.
Jadi saya pasti, cadangan-cadangan ini tidak melibatkan kos yang besar jika dibandingkan kepada kerugian yang kita alami merepair-merepair ataupun membaiki ataupun managing the vandalism issue ini. Saya pasti kerugian yang kita alami lebih besar daripada kos cadangan ini.
Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana jalan, pembinaan Jalan Matang, hampir siap dan ia sudah mula digunakan. Dan ia telah banyak meringankan ataupun mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Tetapi dalam masa yang sama juga, kita memohon agar Kerajaan melihat dengan teliti kelulusan-kelulusan untuk membina perumahan-perumahan baharu di sepanjang Jalan Matang.
Walaupun kita molah jalan besar nie pun, jika kawasan-kawasan perumahan diluluskan dengan kadar yang begitu cepat sekali, maka at the end of the day, ia akan balik semula kepada masalah asal. Jadi, saya ingin mencadangkan selain daripada kita membesarkan jalan sedia ada Jalan Matang tersebut, kita juga harus membina akses yang lain untuk menuju ke pusat bandar. Jadi dengan ini, kita boleh mengurangkan tekanan jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Matang ini.
Selain daripada itu juga, kita perlu ingat bahawa sepanjang Jalan Matang tersebut merupakan, di dibahnya, merupakan saluran paip utama, membekalkan air di kawasan Petra Jaya dan paip ini sudah pun berumur lebih 40 tahun, Tuan Speaker. Jadi, jika apa-apa berlaku, memandangkan jalan sudah besar, paip berada di bawah jalan dan kenderaan-kenderaan berat bakal melalui jalan-jalan ini, suatu hari nanti ia akan memberi kesan kepada paip di bawah tanah dan kita tidak mahu kerosakan ataupun kebocoran paip yang akan mengakibatkan terputusnya bekalan air di seluruh Petra Jaya, bukan sahaja di kawasan N.6 Tupong.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kelulusan pembinaan yang sedang dalam pembinaan waterfront di sepanjang Kampung Seberang Ulu, Kampung Tanjung, Sinjan dan Tupong Batu dan ia dalam pembinaan. Ia berjalan dengan lancar sekali dan saya memohon agar sambungkanlah waterfront ya sampeilah ke Kampung Tupong Jaya.
Tuan Speaker, di Sarawak tok kita ada sebuah sahaja sekolah sukan, iaitu SMK Tabuan Jaya. Sebagai pelajar sekolah sukan, mereka melaksanakan intensive training everyday jadi pemakanannya sik sama dengan sekolah boarding yang lain. Mereka memerlukan pemakanan yang lebih dengan nutrition dan zat-zat yang lebih.
Jadi, saya ingin mohon dan bertanya adakah bajet untuk makanan sekolah sukan SMK Tabuan tok sama dengan sekolah-sekolah boarding yang lain? Dan adakah bajet bagi makanan sekolah sukan ini sama dengan sekolah sukan di Semenanjung? Jadi saya difahamkan mereka mempunyai cabaran untuk memastikan prestasi atlit-atlit ini kerana bajet pemakanan yang begitu rendah sekali.
The Missing Middle
Tuan Speaker, rakan-rakan saya menyebut tentang cabaran untuk penduduk kita membeli rumah. Saya menyentuh juga perkara ini, dan saya menggelar isu ini adalah the Missing Middle. Sarawak already supports B40 buyers through low-cost and affordable housing. For example, we have Rumah Spektra for B40, with one unit generally below RM200,000.00 and Sarawak’s Housing Deposit Assistance Scheme gives 10% deposit help, capped at RM10,000.00 for eligible first-home buyers.
However, many M40 families are trapped in the missing middle: They earn too much to qualify for the B40, but not enough to buy open-market houses priced above RM500,000.00. Many can only obtain loans of RM250,000.00 to RM400,000.00 with suitable family homes in urban areas that are above RM500,000.00. Not only the urban area, di luar sikit pun RM500,000.00 juak. So, I appeal to the government to look into a mechanism to address this issue. I can share a few approaches which require fine-tune and deep research by the relevant agencies.
We can give gap financing or second loan by the state. Jika rumah berharga RM500,000.00 dia dapat loan approved RM400,000.00 dia bayar deposit RM25,000.00 ataupun RM50,000.00. Jadi RM50,000.00 lagi yang diperlukan, mungkin kerajaan boleh memberi loan kepada pembeli-pembeli ini dan loan tersebut maybe interest fee ataupun 1% interest or similar to the Assistance Financial Modul from the bank or we can even afford deferred payment for five years.
Jadi, this will help buyers’ cross the affordability gap without forcing government to fully subsidies the house. We can start a pilot project of 1,000 eligible buyers and this is not a handout as we would not want to end up being a well festive whether it’s a breach to assist those in need.
Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan GPS telah mencapai pelbagai kejayaan, pelbagai insentif kepada rakyat Sarawak. Saya selalu katakan kita bukan perfect, tetapi, dan tetapi, tiada kerajaan yang perfect dalam dunia ini, tetapi GPS is the best for Sarawakian. Persoalan yang penting, tetapi mempunyai jawapan yang begitu jelas. Siapa yang benar-benar mampu menjaga hak Sarawak dan membawa pembangunan untuk rakyat? Jawapannya jelas, hanya Kerajaan GPS yang telah membuktikannya dengan tindakan dan bukan sekadar slogan. Dulu orang selalu berkata perjuangan MA63 ini mustahil. Ada yang kata ia cuma retorik politik. Ada yang memperlekehkan perjuangan Sarawak untuk menuntut haknya kembali. Tetapi hari ini satu demi satu, kita buktikan bahawa apabila Sarawak bersatu, apabila kepimpinan negeri tegas dan stabil perkara yang dahulu dianggap mustahil akhirnya menjadi kenyataan.
Pindaan besar Article 160 (2) Perlembagaan Persekutuan ialah perjuangan GPS. Dengan itu, MA63 bukan lagi sekadar dokumen lama yang disimpan di dalam muzium, tetapi ia menjadi benteng undang-undang yang melindungi hak yang diperjuangkan oleh GPS. Kita tidak hanya bercakap soal emosi kenegerian, tetapi berlandaskan undang-undang dan perlembagaan, dan kita membawa hasil yang nyata.
Oleh sebab itu, hari ini rakyat Sarawak semakin sedar, hak tidak datang melalui jeritan di media sosial, melalui jeritan isu-isu yang tidak menentu dalam Dewan yang mulia ini. Ia datang melalui kestabilan politik, kebijaksanaan rundingan dan kepimpinan yang dihormati di peringkat nasional dan kestabilan politik inilah yang kita perlu pertahankan. Tuan Speaker, dolok tahun 2012, ada Deklarasi Kuching ditandatangani oleh pihak pembangkang, kononnya akan memperjuangkan hak Sarawak. Rakyat Sarawak tidak mudah lupa. Rakyat masih ingat Deklarasi Kuching yang pernah dijaja dahulu, masih ingat janji kononnya 20% royalti minyak boleh diperoleh ”tanpa perlu meminta-minta”. Bunyinya sedap semasa pilihan raya. Tepuk meja, sorak kuat, slogan hebat. Tetapi apabila mereka berada dalam Kerajaan Persekutuan, mana hasilnya? Mana 20% itu? Mana kuasa yang dijanjikan? Yang berlaku akhirnya hanyalah retorik politik dan alasan semata-mata. Sehingga kini masih lagi menggunakan taktik yang sama, menggambarkan Kerajaan GPS tiada integriti, menuduh yang bukan-bukan seperti yang kita saksikan tadi, asal bunyinya kuat tapi tiada asas dan hasil, hanya untuk populariti. Sedangkan GPS tanpa banyak drama politik, memilih jalan yang lebih sukar tetapi berkesan.
Kita bina kekuatan undang-undang kita, kita perkasakan kuasa negeri kita, kita laksanakan SST, kita tubuh PETROS, kita ambil alih agregator gas, kita tambah hasil negeri kita berbilion ringgit. GPS tok juak yang tunggang terbalik kata orang tua. Turun nait ke Kuala Lumpur untuk memperjuangkan hak minyak kita. Ya, Yang Berhormat dari Satok ya, kuang-kuit kuang-kuit ke KL. Bukan senang nya nak merondeng dengan sidak sinun, Tuan Speaker.
GPS melaksanakan tanggungjawab, bukannya retorik sahaja. Itulah bezanya dengan retorik dengan hasil sebenar. Ada juak dolok, Menteri Kewangan Malaysia dari DAP, menakut-nakutkan rakyat, kononnya Sarawak akan bankrap. Bukan orang biasa ya, Menteri. Apabila Menteri Kewangan memberi satu kenyataan, ia akan effect the investors, effect the whole world whether they want to decide to invest in Sarawak or not. Bila udah nengar macam iya, of course investors akan takut, tidak mahu melabur. Jika tidak melabur, yang affectnya ialah rakyat Sarawak. Menteri Kewangan balik Semenanjung. Yang affectnya rakyat Sarawak dan rakyat tidak lupa, Tuan Speaker.
Oleh sebab itulah, dengan apa yang berlaku, macam-macam cabaran tetapi Sarawak sedang menuju ke era yang begitu positif sekali. We have PCDS2030. Ini baru tahun 2026, tetapi kita telah mencapai pelbagai kejayaan. GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier telah mencapai pelbagai kejayaan, halfway through, belum agik 2030. Jadi, maksudnya kita harus continue, kita harus menyambung perjuangan ini, Tuan Speaker.
Ada juak, yalah kitak tok sik lamak lagik election, insya-Allah dan kita akan habis tempoh dalam bulan dua, bulan dua mungkin sambung lagi, dua bulan perlu ada election. Pembangkang udah takut, takutnya diberik telur dalam election kita. Udah madah bahawa kita perlu ada check and balance, menggambarkan bahawa mereka memainkan peranan semak dan imbang di Dewan yang mulia ini, tetapi, itu bukan hakikatnya.
Sebenarnya Tuan Speaker, sistem semak dan imbang atau check and balance dalam pentadbiran moden, bukan hanya bergantung kepada jumlah kerusi pembangkang semata-mata. Hari ini keputusan kerajaan dipantau oleh pelbagai institusi dan mekanisme seperti Jabatan Audit Negara, PAC, proses tender dan kewangan yang ketat, even to the extend, rakyat menjadi pemerhati melalui sosial media.
GPS pula mempunyai budaya perbincangan dalaman yang terbuka. Tidak semua perkara dipersetujui bulat-bulat. Ada perbahasan, ada perbincangan, ada pandangan yang berbeza dan ada proses penambahbaikan sebelum sesuatu dasar diperkenalkan. Jangan kita gambarkan seolah-olah tanpa pembangkang yang kuat atau tanpa pembangkang, maka hilanglah demokrasi. Rakyat mahu kerajaan yang stabil dan membawa hasil kepada rakyat, bukannya politik tin kosong yang bising semata-mata tapi tiada hasil. Masa udah pendek tok.
Transformasi ekonomi dan politik tidak boleh berlaku dengan kerajaan yang bertukar-tukar setiap lima tahun. Semua orang sudah faham, everybody understood this already. Ia tidak boleh berlaku dengan kerajaan yang bertukar-tukar lima tahun, ia memerlukan kesinambungan dasar. Ia memerlukan kekuatan dan kestabilan politik dan ia memerlukan kepimpinan yang tahu hala tuju dan mempunyai rekod pencapaian. Oleh sebab itulah penting untuk memastikan kesinambungan ini. The continuity. PCDS2030, visi jadi realiti. Tok baruk 2026, pelbagai realiti telah kita nampak on the ground, Tuan Speaker.
Ini adalah pilihan sama ada kita mahu meneruskan momentum pembangunan ini atau kembali kepada politik yang penuh retorik, janji kosong dan eksperimen politik yang gagal ditunaikan. Dan saya yakin rakyat Sarawak cukup bijak untuk menilai. Satu lagi point saya sebelum saya habis, minta beberapa minit, Tuan Speaker.
Perpaduan ialah perkara yang begitu penting sekali and it is always taken for granted, Tuan Speaker. Sekarang kita melihat di media sosial, Tuan Speaker, yalah, maklumlah kita kan election sik lama lagik. Ada unsur-unsur yang hendak memecahbelahkan perpaduan yang telah kukuh di Sarawak tok. Keluarlah video-video mereka trying to pick its kaum to each other yang cuba untuk, apa kata orang Melayu tek, menghasut satu-satu kaum ini terhadap kaum yang lain. Sudah mula berleluasa, Tuan Speaker dalam media sosial. Maka oleh sebab itulah, kita harus menjaga perpaduan yang sedia ada ini kerana unsur-unsur ini hanya untuk memecahbelahkan perpaduan yang berada di Sarawak dan merencatkan pembangunan ekonomi kita.
Tuan Speaker, banyak kejayaan yang telah kita capai. Kerajaan GPS telah membuktikan sebelum 2030 kita telah mencapai negara berpendapatan tinggi. Yang Amat Berhormat Premier juga mengatakan the next step adalah untuk memastikan pendapatan tersebut dirasai oleh the household, dirasai oleh rakyat. Maka itulah perjuangan kita yang seterusnya menghadapi 2030 ini, Tuan Speaker. Perjuangan kita ini belum selesai, seperti puisi yang pernah dilakarkan oleh Tuan Speaker sendiri, perjuangan yang belum selesai dan masa depan terbaik Sarawak masih berada di hadapan kita.
Jadi, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang akan menyambut Hari Raya dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Speaker dan Timbalan Speaker di atas pengurusan sidang Dewan yang begitu baik sekali. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum W.B.T. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tupong. Satu ucapan yang begitu bernas dan baik sekali. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana masih berada di sini, lebih-lebih lagi the backbenchers dan semuanya. Kerana korum kita masih ada cukup 30, so nothing to worry ya. Anyway,
Kain songket tenunan lama, Disimpan rapi dalam peti, Bersurai kita buat sementara, Pagi esok bermesyuarat lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, the sitting is now adjourned. House shall resume its sitting at 9:00 a.m. tomorrow.
(Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:34 petang)