Sarawak · 15 May 2026
19th Assembly, 5th session, 1st meeting (unedited) · not final · 79 turns · 25,204 words · official PDF ↗
ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T., Selamat pagi dan Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Datuk Henry Harry anak Jinep, Deputy Minister for Transport (Riverine and Marine) and Honourable Member for N.2 Tasik Biru for today’s sitting.
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan LisanQuestions
Yang Berhormat Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor, Lingga.
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebelum saya bertanya soalan, izinkan saya berpantun.
Kalau ke Lingga membeli selasih, Singgah sebentar di Tanjung Bijat, Soalan nombor 191 sudah dipilih, Maka saya mohon jawapan yang tepat.
Bantuan dan Kelangsungan SME
(191) YB Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor bertanya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan: SEDC mempunyai pelbagai program untuk memperkasakan golongan SME. Setakat ini, berapakah bantuan yang telah diperuntukkan bagi membantu SME dan berapa peratus SME yang berjaya serta sustain setelah bantuan diberikan?
Thank you, Tuan Speaker. Malangnya, saya tidak ada bakat berpantun, saya cuma pandai menari ye …(Laughter)… Walaupun demikian, selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Lingga, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang akan ditukarkan kepada Sarawak Economy Development Corporation, I think, merupakan salah satu agensi pelaksana bagi program-program keusahawanan di Sarawak. Pada tahun 2025, SEDC telah melaksanakan pelbagai inisiatif kementerian dengan jumlah peruntukan RM6 juta yang memberi manfaat kepada 579 orang usahawan merangkumi:
(a) 327 orang penerima geran Usahawan Teknikal dan Vokasional dengan nilai bantuan RM2.5 juta;
(b) 218 orang penerima geran Graduan ke Arah Keusahawanan dengan nilai bantuan RM1.9 juta;
(c) 26 orang penerima Skim Kredit Mikro Sarawak dengan nilai bantuan RM660,000.00; dan
(d) Lapan orang penerima Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana dengan nilai bantuan RM980,000.00.
Selain itu, SEDC turut melaksanakan program pembiayaan kewangan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan berjumlah RM8.4 juta kepada 65 orang usahawan pada tahun yang sama merangkumi:
(a) 62 orang penerima Bantuan Skim Perkhidmatan Kontraktor Kecil Bumiputera dengan nilai bantuan RM8.4 juta; dan
(b) Tiga orang penerima Program Pembangunan Usahawan Kotej dengan nilai bantuan RM30,000.00.
Pelaksanaan program ini turut memberi manfaat kepada 41 orang penerima dari bahagian Sri Aman termasuk usahawan di daerah Lingga. SEDC bersama Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian dan agensi-agensi berkaitan seperti Sarawak Digital Economic Corporation, Institut Koperasi Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat juga telah melaksanakan sebanyak 122 program bimbingan serta latihan upscaling and rescaling dan promosi di seluruh Sarawak yang melibatkan seramai 6,235 orang peserta. Inisiatif ini turut merangkumi pelaksanaan empat program di bahagian Sri Aman yang melibatkan 289 orang peserta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Lingga, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak merekodkan kadar penutupan yang rendah, iaitu hanya 3.2% dan kadar lima tahun survival bagi enterprise yang ditubuhkan pada 2019 dan masih beroperasi pada tahun 2024 adalah sebanyak 77.3%. Ini menunjukkan bahawa inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak adalah berkesan. Terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, YB Datuk Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan:
(a) Apakah inisiatif Kerajaan Sarawak membantu usahawan dalam aspek pendigitalan dan pemasaran dalam talian?
(b) Adakah inisiatif Program Keusahawanan ini akan diteruskan oleh kerajaan di Bahagian Sri Aman pada tahun ini?
Terima kasih, Yang Berhormat bagi Lingga. Tuan Speaker, jawapan untuk soalan yang pertama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Lingga, kementerian dengan kerjasama Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) telah melaksanakan program Sarawak Digital Mall dan Go Digital. Sarawak Digital Mall bertujuan untuk melatih usahawan dengan kemahiran dalam menggunakan platform eCommerce, manakala Go Digital merupakan geran yang ditawarkan kepada usahawan bagi pembelian peralatan digital. Kedua-dua program ini akan meningkatkan daya saing dan keupayaan usahawan dalam era ekonomi digital.
Untuk jawapan soalan yang kedua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Lingga, Kerajaan Sarawak melalui Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP) dan SEDC telah menganjurkan Kursus Sistem Baru UPKP and My Digital ID di Sri Aman pada Februari 2026 dengan penyertaan seramai 100 orang peserta. SEDC bersama agensi strategik seperti SDEC and Institut Koperasi Malaysia akan melaksanakan 37 program peningkatan kapasiti melibatkan kira-kira 1000 orang peserta. Inisiatif ini memberi fokus kepada pengurusan perniagaan, literasi kewangan, pendigitalan operasi dan strategi pemasaran bagi melahirkan usahawan yang berdaya tahan, inovatif dan bersedia untuk diskalakan ke peringkat seterusnya selaras dengan aspirasi pembangunan usahawan yang inklusif dan mampan. Thank you.
Yang Berhormat Encik Johnichal Rayong anak Ngipa, Engkilili.
Selamat pagi, Tuan Speaker. Saya ada empat rangkap pantun.
Burung Kenyalang terbang tinggi, Hidup sebentar di pohon jati, Soalan 192 penuh strategi, Demi rakyat setia di hati.
Soalan saya nombor 192…(Laughter)…
Peruntukan MDLA dan Engkilili
(192) YB Encik Johnichal Rayong anak Ngipa bertanya kepada Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dan berapakah yang telah disalurkan kepada kawasan DUN N.33 Engkilili sepanjang tahun 2024, 2025 dan 2026?
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi N.33 Engkilili.
Tuan Speaker, Majlis Daerah Lubok Antu ataupun lebih dikenali sebagai MDLA covers two DUN constituencies, namely N.33 Engkilili dan N.34 Batang Ai with its headquarters located in Engkilili Town. For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi N.33 Engkilili for the year 2024, 2025, and 2026, MDLA has received a total allocation of RM57.3 million for the purpose of implementing various infrastructure projects under RMK, MARRIS, RTP, Regional Development Projects under Sri Aman Development Agency ataupun SADA, as well as federal projects under BP1. These projects include upgrading of roads and drains, upgrading of council buildings, jetties, concrete footpaths, concrete open spaces, public toilets, solar lighting, upgrading of soft and hard landscape, longhouse repairs, as well as dumping grounds. Out of the total RM57.3 million allocated to MDLA, a sum of RM20.8 million has been apportioned to DUN N.33 Engkilili, i.e. RM7.5 million in 2024, RM6.2 million in 2025, and RM7.1 million in 2026.
(Supplementary Question) Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri. Jawapan yang sungguh komprehensif. Tuan Speaker, I have two supplementary questions.
(a) How many projects are approved under DUN N.33 Engkilili?
(b) What is the status of the projects from 2024 till 2026?
Thank you.
Terima kasih sekali lagi, Tuan Speaker. For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili, a total of 145 projects has been approved from 2024 to 2026. Out of these, 46 projects were approved under the RMK-12, 47 under the Rural Transformation Programme (RTP), 15 under federal-funded projects (BP1), one under Sri Aman Development Agency (SADA), and 36 under MARRIS. Out of this total, only 37 projects have been completed, while the remaining projects are in various stages of implementation. Thank you.
Yang Berhormat Encik Iskandar bin Turkee, Jepak.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada pantun.
Makan sate Samuri di Kajang, Pergi naik Proton Saga, Datuk Len asal orang Rajang, Soalan saya 193.
Pewartaan Tanah NCR Jepak
(193) YB Encik Iskandar bin Turkee bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar: Apakah status pewartaan tanah NCR dan kampung di kawasan DUN Jepak, berapa keluasan yang telah diwartakan setakat ini, serta apakah langkah kerajaan mempercepatkan proses pengukuran dan pengiktirafan hak milik penduduk?
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat bagi Jepak. Minta maaf, saya seperti Yang Berhormat bagi Batang Ai tadik, dia pandai berpantun, tapi boleh juak jawab dua rangkap pantun ajaklah... dua kerat.
Ikan buntal, ikan bekut, Jawapan soalan dari Yang Berhormat bagi Jepak seperti berikut.…(Laughter)…
Sebelum saya, Tuan Speaker, sebelum saya menjawab soalan dari Yang Berhormat bagi Jepak, saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan, kehadiran 40 orang ahli-ahli PBB dari cawangan Kuala Rajang untuk mengikuti persidangan kita pada kali ini…(Applause)…Harap kehadiran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Jepak, sehingga 30 April 2026, sebanyak 11 kawasan di Dun Jepak berkeluasan lebih kurang 3,372 hektar atau 8,333 ekar telah diluluskan untuk diukur perimeter melalui Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baru. Daripada jumlah tersebut, lapan kawasan berkeluasan 2,984 hektar atau 7,373 ekar telah siap diukur dan telah diwatarkan sebagai rizab komunal Bumiputera Pertanian di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak. Bagi tiga lagi kawasan berkeluasan 175 hektar atau 432 ekar melibatkan kawasan Kilometer 15 Jalan Ulu Sebauh (area B, C dan D) belum dapat dimulakan pengukuran memandangkan Tuai Rumah dan penuntut tanah tidak hadir semasa Sesi Dialog Meja Bulat tahun 2012.
Tiada makluman balas diterima daripada penuntut tanah kawasan tersebut walaupun pelbagai usaha Jabatan Tanah dan Survei bahagian Bintulu telah dibuat termasuklah menghubungi mereka melalui surat, telefon dan juga pesanan melalui radio tempatan. Sebagai langkah mempercepatkan proses pengukuran, Kerajaan Sarawak juga telah menambah kapasiti sedia ada di Jabatan Tanah dan Survei dengan keluasan pengambilan seramai 467 orang pegawai pelbagai kategori yang melibatkan tambahan pembelanjaan sebanyak RM30 juta setahun. Selain itu, perkhidmatan juruukur swasta juga turut digunakan dalam menambah kapasiti pasukan ukur Jabatan Tanah dan Survei.
Jabatan Tanah dan Survei turut mengambil pendekatan melaksanakan kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti kaedah serta teknologi pengukuran yang lebih bersesuaian dan efisien. Pendekatan ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kerja ukur di lapangan tanpa menjejaskan tahap ketepatan serta kualiti data yang diperolehi. Namun demikian, kejayaan pengukuran tanah NCR di lapangan amatlah bergantung kepada kesediaan penuntut tanah ini. Mereka hendaklah hadir semasa pengukuran di lapangan, menanda sempadan tanah mereka dengan jelas dan mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar. Terima kasih.
(Soalan Tambahan). Terima kasih, Timbalan Menteri atas penerangan yang terperinci dan usaha-usaha kakitangan di lapangan bagi merealisasikan pewartaan tanah NCR dan kampung. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.
(a) Sehingga kini, berapakah keluasan tanah NCR yang telah siap diukur lot individu di DUN saya dan berapakah jumlah geran tanah yang telah dikeluarkan hasil daripada pengukuran tanah NCR tersebut?
(b) Di kawasan DUN saya, terdapat beberapa keadaan, iaitu penuntut tanah asal telah meninggal dunia dan tanah mereka belum dikeluarkan geran. Adakah geran masih dikeluarkan kepada penuntut tersebut?
Terima kasih, Tuan Speaker.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.41 Kuala Rajang (YB Datuk Haji Len Talif Salleh): Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat bagi Jepak. Untuk menjawab soalan pertama, soalan tambahan pertama, sehingga 30 April 2026, sebanyak empat kawasan seluas 1736 hektar atau 4290 ekar di DUN Jepak sedang dalam proses pengukuran lot individu di bawah program pengukuran NCR Inisiatif Baru. Daripada jumlah tersebut, seluas 347 hektar atau 857 ekar telah siap diukur, melibatkan 375 lot; dan baki seluas 1389 hektar atau 3432 ekar pula dalam proses pengukuran. Selain itu, sebanyak 90 lot telah didaftar dengan surat hak milik tanah Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak.
Untuk menjawab soalan tambahan kedua, surat hak milik tanah akan dikeluarkan kepada penuntut tanah walaupun penuntut telah meninggal dunia. Waris boleh menguruskan perkara berkaitan dengan pewarisan melalui proses ”probate”. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato Mohd Chee bin Kadir, Kabong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 194.
Ban Pecah Sungai Seblak
(194) YB Dato Mohd Chee bin Kadir bertanya kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah: Apakah perancangan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran berkaitan ban pecah di tebingan Sungai Seblak setelah ia dibiar begitu sahaja untuk sekian lama tanpa apa-apa tindakan untuk membaik pulih?
Terima kasih, Tuan Speaker dan selamat pagi kepada rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini. Untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, kementerian saya mengambil maklum akan isu ban pecah di tebingan Sungai Seblak tersebut. Justeru, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak (DID) dijangka akan mempelawa tawaran tender bagi projek baik pulih koridor Sg. Seblak di Kpg. Sg. Benang, daerah Kabong, Bahagian Betong bagi Fasa 1 pada suku ketiga tahun 2026.
Manakala bagi Fasa 2, DID akan mengemukakan permohonan projek baharu di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-13. Di samping itu, DID Sarawak juga telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi Projek Naik Taraf dan Penambahbaikan Ban Tanah di Skim Kabong, Nyabor, Kabong bahagian Betong di bawah peruntukan Betong Division Development Agency (BDDA). Projek ini dijangka akan ditender pada suku kedua tahun 2026, sekaranglah, tertakluk kepada kelulusan tapak. Projek ini bertujuan untuk mencegah kemasukan air masin dari Sg. Seblak ke kawasan pertanian serta mengurangkan jarak perjalanan dari pekan Kabong ke kawasan Sesang di mana jaraknya sejauh 6.8km.
Berhubung dengan kawasan ban pecah di Sg. Empayang, pihak DID Sarawak telah mengambil maklum perkara tersebut dan akan menjalankan siasatan tapak sebelum melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang sewajarnya. Terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:
(a) Apakah skop kerja bagi projek baikpulih koridor Sg. Seblak di Kpg. Sg. Benak, daerah Kabong, bahagian Betong?
(b) Berapakah kos terkini yang telah diluluskan oleh kerajaan?
Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih pada Ahli Yang Berhormat bagi Kabong. Untuk menjawab soalan tambahan yang pertama, untuk makluman pada Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, projek ini dibahagikan kepada dua fasa, dengan skop seperti berikut:
(a) Melibatkan pembinaan struktur perlindungan tebingan sungai menggunakan rock revetment sepanjang 425 metre; dan
(b) Fasa kedua akan melibatkan pembinaan struktur perlindungan tebingan menggunakan rock revetment sepanjang 535 meter.
Bagi soalan kedua, kos terkini yang digunakan sekarang, bagi projek ini dibahagikan kepada dua fasa juga:
(a) Fasa pertama, 20.., makan belanja sejumlah RM21 juta; dan (b) Fasa kedua RM38 juta.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Encik Chieng Jin Ek, Bukit Assek.
Thank you, Tuan Speaker. My question is number 195.
Vaping Ban and Enforcement
(195) YB Encik Chieng Jin Ek to ask the Minister for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development: Does the Sarawak Government have plans to impose a complete ban on vaping products, and what enforcement measures are being considered to curb vaping among youths?
Tuan Speaker, for the information of the Honourable Member for Bukit Assek, the Sarawak Government recognizes vaping, especially among youths as a serious and growing public health concern, particularly due to its increasing links to drug abuse and synthetic substances.
At this stage, the government is focusing on prevention, public awareness and early intervention to ensure that youths, parents and the wider community fully understand the dangers and long-term effects of vaping. Various awareness and intervention programmes on vaping are being strengthen through schools, communities and collaboration with relevant agencies. These programmes focus on educating youths on nicotine addiction. The health effects of a vaping and the dangers associated with drug-laced vape products.
From the enforcement aspects, efforts are being intensified particularly against illegal vape related activities involving drug abuse and criminal syndicates. Enforcement actions are be carried out in closed collaboration by the Royal Malaysia Police through the Sarawak Narcotics Criminal Investigation Department, together with Sarawak State Health Department. These include targeted operations against that device containing prohibited substances, monitoring illegal distribution networks, and stricter enforcement against the sale and supply of vape products to minors. Statistics from the Narcotics Criminal Investigation Department indicate a significant increase in vape related drug cases rising from four cases in 2023, to 14 cases in 2025.
Meanwhile, the first four months of 2026 alone, the value of ceases has exceeded 700 thousand. At the same time, enforcement under Control of Smoking Products for Public Health Act 2024, Act 852 is also being strengthened. Particularly in relation to sales to minors, advertising promotion and access to smoking products by youths.
On the issue of completes ban, the Sarawak Government does not rule out such a measure in the future. At the present moment, government focus on prevention, public awareness and early intervention. The government believes that public awareness prevention and community readiness must first be strengthened to ensure that future complete ban can be implemented effectively and received wider public support. The government will continue to monitor the situation carefully based on public health concerns enforcement, effectiveness and the well-being of the rakyat especially the younger generation.
(Supplementary Question) Thank you, Yang Berhormat Minister. Tuan Speaker, I have two supplementary questions:
(a) How many enforcement actions have been taken against minors and vendors selling vape products to minors as of 2026?
(b) How intervention programmes have been implemented so far to address the vaping issues among youths and what may issue have been taken to prevent youth involvement in vaping?
Tuan Speaker, the answer to the two supplementary questions from Bukit Assek. For the information of the Honourable Member for Bukit Assek, between January and May 2026, four minors were issued compounds under Section 13(3) for the illegal purchase of smoking products.
During the same period, 253 minors were charged under Section 17(1) for smoking or vaping offences while three vendors were charged under Section 13(1) for selling smoking products to minors. Meanwhile throughout the year of 2025, a total of 34 intervention programmes were implemented statewide focusing on prevention, education and awareness initiatives, aim at discouraging youth involvement in vaping activities.
These programmes included advocacy campaigns, school and community outreach activities, health awareness talks and collaborative programmes involving enforcement agencies, educational institutions and community organizations. The implementation of these programmes reflects the government ongoing commitment to protect our youths from nicotine addiction and other harmful effects associated with vaping. Thank you.
Yang Berhormat Dato Paulus Palu Gumbang, Batu Danau.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 196.
Pembinaan Klinik Long Napir
(196) YB Paulus Palu anak Gumbang bertanya kepada Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Bilakah kerajaan akan meneruskan pembinaan Klinik Long Napir yang sudah terlalu lama terbengkalai?
Thank you, Tuan Speaker. Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau for the questions. Tuan Speaker, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau, this project is currently under direct negotiations process by the Sarawak Public Works Department and the project expected to commence by the third quarter of 2026.
(Supplementary Question) Terima kasih, Tuan Speaker.Tterima kasih, Timbalan Menteri. I have two supplementary questions.
(a) What is the revised project ceiling cost for the Klinik Kesihatan Long Napir; and (b) What are the project components for Klinik Kesihatan Long Napir.
Terima kasih.
Tuan Speaker, for the information of Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau, the answer to first supplementary question is that the revised project ceiling cost is RM 9.523 million from the original RM3 million and the answer to the second supplementary question is that, the project components for Klinik Kesihatan Long Napir include a Type 6 clinic building and eight Class G residential unit. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Mong anak Dagang, Bukit Begunan.
Thank you, Tuan Speaker. My question is number 197.
Permanent Police Station at Lachau
(197) YB Datuk Mong anak Dagang to ask the Premier of Sarawak: Whether there is any plan to build a permanent Police Station at Pekan Lachau, Sri Aman?
Yang Berhormat, Tuan Speaker. For the information of the Honourable Member for Bukit Begunan, the proposed construction of the Lachau Police Station, which is under the Sri Aman district, police headquarters has been approved.
This project is authorised under the Ministry of Home Affairs’ border project for Sabah and Sarawak, which is within the Fifth Rolling Plan of the 12th Malaysia Plan. The proposed site has been, which have been identified for the Lachau police station is located at Lot 1252, Block 12, Selanjan Land District comprising of 3.2 hectares under the Federal Land Commissioner and is designated for the construction of both administrative buildings as well as residential quarters. The Sarawak Public Work Department or JKR has been appointed as the implementing agency for this particular project, thank you.
(Supplementary Question) Tuan Speaker, I have two supplementary questions. Thank you, Honourable Minister.
(a) What is the scope of work to be undertaken in the police station? (b) When it is expected to commence, that is my question number two and the estimated cost of the project?
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Begunan kepada kedua-dua soalan tambahan yang saya akan jawab, kalau dapat dalam satu jawapan sahaja, ya. The total approved project for this, particular police station which I have mentioned earlier on is RM40,703,880.00 and the scope of work includes the following component, among others;
(a) Administrative building A, Administrative building B; (b) A class F quarters (14 units); (c) Class E quarters (two units); (d) Electrical substation; (e) Electrical block; (f) Sewage treatment plant; (g) A prayer room or a surau; (h) Water tank tower and pump house; (i) On site detention or retention pond; (j) A garage, vehicle garage; (k) A guardhouse; and (l) Defensive bunker or fortification.
I think that would answer both questions. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Duri, Kalaka.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 198.
Pendapatan Pekebun dan Nelayan Kalaka
(198) YB Tuan Haji Mohamad bin Duri bertanya kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah: Sejauh manakah keberkesanan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil, nelayan dan petani di DUN Kalaka, dan apakah indikator pencapaian yang digunakan?
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kalaka, Jabatan Pertanian Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM1.12 juta sepanjang RMK-12 bagi membangunkan kawasan pertanian yang melibatkan 136 pekebun kecil di DUN Kalaka dengan keluasan kawasan 16.2 hektar serta pembinaan 4km jalan ladang. Projek ini menghasilkan 29,000 metrik tan hasil pertanian dengan nilai 200,000 sepanjang pelaksanaan projek tersebut.
Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaksanakan tiga strategi utama untuk pekebun kecil sawit iaitu melalui pemerkasaan koperasi, penanaman sawit mampan, pembangunan infrastruktur dengan mekanisasi serta bantuan bagi meningkatkan kesejahteraan.
Prestasi yang diukur melalui impak skim bantuan dan peningkatan kesejahteraan yang berada pada tahap memuaskan, peningkatan hasil melebihi 15.5 tan per hektar dan pemantauan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan jaminan kelestarian pengeluaran melalui Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC). Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut membangunkan kawasan di DUN Kalaka melalui estet Kelapa Sawit Roban Utara dengan keluasan 6,633 hektar yang melibatkan seramai 1,791 peserta dengan jumlah pembayaran lebihan bersih NPP sebanyak 71. juta setakat ini.
Dalam sektor penternakan pula, inisiatif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) meningkatkan pendapatan dan produktiviti penternak melalui bantuan infrastruktur dan sokongan teknikal. Keberkesanan diukur melalui peningkatan pendapatan, populasi dan produktiviti ternakan, penglibatan peserta, pemantauan amalan baik serta sumbangan kepada ekonomi tempatan.
Bagi sektor perikanan di Betong, beberapa inisiatif dilaksanakan termasuk bantuan peralatan nelayan bernilai RM300,000. Projek Agriculture Facilitation Fund (AFF) sebanyak RM355,000 serta elaun sara hidup RM250 sebulan kepada 61 nelayan dengan jumlah bayaran setakat pada tahun 2025 sejumlah RM183,000 dan RM40,750 pada suku pertama 2026. Sekian, terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada dua soalan tambahan:
(a) Apakah kekerapan penilaian keberhasilan outcome dilaksanakan terhadap Projek Pembangunan Bahagian Tanaman di bawah RMK-13 selepas projek siap?
(b) Apakah bentuk bantuan khusus yang disediakan kepada penternak kecil di DUN Kalaka untuk beralih kepada penternakan komersial?
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat bagi DUN Kalaka yang mengemukakan dua soalan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi DUN Kalaka, Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan Bahagian Tanaman Jabatan Pertanian Sarawak, di bawah RMK-13 menetapkan bahawa penilaian keberhasilan ataupun outcome secara berkala hendaklah dilaksanakan setiap enam bulan bagi tempoh tiga tahun selepas projek siap.
Bagi soalan kedua, bantuan merangkumi pemberian input asas seperti baka, bahan makanan ternakan, bahan kayu, bahan binaan, khidmat nasihat teknikal, latihan serta akses kepada pembiayaan dan program pembangunan bagi meningkatkan skala operasi penternak. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi, Balingian.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Pergi ke pekan membeli ikan, Ikan dibeli ikan terusan, N.58 Balingian minta jawapan, Soalan saya nombor 198.
199.
Sorry. 199…(Laughter)…(Applause)…
Status Projek RADDA Balingian
(199) YB Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi bertanya kepada Premier Sarawak: Apakah status pelaksanaan projek-projek RADDA di kawasan DUN N.58 Balingian?
Hebat pantun daripada Balingian. Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih bagi Yang Berhormat bagi Balingian atas soalan yang telah disampaikan.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Berhormat bagi Balingian, terdapat enam projek yang diselaraskan oleh Rajang Delta Development Agency (RADDA) dengan kos projek berjumlah RM102.5 juta yang akan dilaksanakan di bawah DUN N.58 Balingian. Kesemua projek ini berstatus dalam perancangan seperti berikut. Tiga projek iaitu:
(a) Projek Cadangan Menaik Taraf Taman Tanjung Pedada Eco Park; (b) Projek Dataran Baru di Tapak Pesta Bedurun; dan (c) Projek Cadangan Pemuliharaan Tebingan Sungai di Kampung Suyung, sedang dalam proses pertapakan.
Manakala, dua lagi projek iaitu Projek Taman Botanikal Balingian dan Projek Pembinaan Pusat Latihan Pertanian Balingian masih dalam proses penyediaan reka bentuk dan projek yang keenam yang bakal dilaksanakan dalam DUN Balingian ialah Projek Cadangan Jalan SK Sungai Liuk ke Kuala Balingian Fasa 3 yang masih dalam proses tender. Terima kasih.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang padat dan jelas. Saya ada dua soalan tambahan:
(a) Bilakah projek-projek yang dinyatakan tadi akan bermula dan bilakah jangka masa ia nya akan disiapkan?
(b) Apakah peranan RADDA untuk memastikan kesemua projek-projek ini berjalan dengan lancar nanti dan dapat disiapkan mengikut jadual?
Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, ahli Yang Berhormat bagi Balingian. Untuk jawapan soalan pertama, soalan pertambahan pertama dari ahli Yang Berhormat Balingian.
Terdapat dua projek iaitu Projek Cadangan Jalan SK Sungai Liup ke Kuala Balingian (Fasa 3) dan Projek Tambahan Botanical Balingian. Kedua-dua projek ini dijangka dapat menyiapkan proses tendernya pada tahun ini. Dan seandainya siap, pembinaan projek ini akan bermula pada suku pertama tahun 2027 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2029. Manakala, empat projek lagi, iaitu Projek Menaik Taraf Taman Tanjung Pedada Ecopark, Projek Dataran Baharu di Tapak Pesta Bedurun, Projek Pemeliharaan Tebing Sungai di Kampung Suyong dan Projek Pembinaan Pusat Latihan Pertanian Balingian akan ditender pada suku pertama tahun 2027 dan pembinaan projek-projek ini akan dijangka bermula pada suku kedua tahun 2027. Tempoh masa pelaksanaan kesemua projek ini mengambil masa antara 18 hingga 30 bulan.
Untuk soalan yang kedua daripada Ahli Yang Berhormat bagi Balingian. Rajang Delta Development Agency akan membuat pemantauan secara berkala dengan agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan kesemua projek ini. Umpamanya, agensi yang terlibat ialah Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Sarawak Rivers Board dan beberapa agensi-agensi lain untuk bekerjasama apabila dilantik konsultan dan kontraktor logi ini bagi memastikan kesemua projek ini berjalan dengan lancar.
Yang keduanya, seperti yang saya maklumkan semalam bahawa kita ingin memastikan bahawa tiada Notice of Change (NOC), satu elemen yang boleh melewatkan pelaksanaan sesuatu projek. Jadi, saya bersama dengan Pengerusi RADDA, yang bersama dengan saya sebelah, memastikan bersama dengan jawatankuasa RADDA untuk memastikan bahawa tiada Notice of Change untuk mana-mana projek yang telah pun dicadangkan untuk dilaksanakan di seluruh kawasan RADDA termasuk di kawasan Balingian. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dr Simon Sinang @ Sinang anak Bada, Tebedu.
Hello. Thank you very much, Tuan Speaker. A very good morning to everyone. I always begin my question with a pantun also, Tuan Speaker.
Burung Kenyalang terbang di awan, Hinggap sebentar di hujung titi, Wahai pak Menteri tolong jawabkan, Soalan saya yang bernombor 200 ini.
Youth Unemployment in Sarawak
(200) YB Dr Simon Sinang @ Sinang anak Bada to ask the Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development: What is the unemployment rate of youth in Sarawak and what are the steps taken to improve the situations?
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Keusahawanan); dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.72 Lambir (YB Datuk Dr. Ripin bin Lamat): Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat bagi kawasan Tebedu. Saya cuba jawab pantun ringkaslah.
Burung kenyalang terbang di awan, Saya di sini ingin memberi jawapan. …(Laughter)…
For the information of the Honourable Member for Tebedu, based on the Sarawak Quarterly Principal Labour Force Statistic released by the Department of Statistic Malaysia (DOSM). Sarawak recorded an unemployment rate of 3.1% in the third quarter of 2025. This is consistent with data from the Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK) which recorded a comparable rate of 3% for 2025. reflecting a stable labour market environment in the state. As youth in Sarawak are defined within 15-40 years age group, this figure suggests a steady improvement in youth employability.
In strengthening youth employability, the ministry works closely with relevant federal and state agencies such as PERKESO, through strategic employment platforms, MYFutureJob and the Sarawak e-Recruitment system and the newly introduced JobSarawak to enhance job marketing, talent placement and employer access. At the same time, under Sarawak Government initiatives the Graduate Enhancement Training Sarawak Work Readiness Program (GETS-WRP) further enhanced graduate marketability through structured work readiness training, industry exposure and direct employer engagement. The impact of this initiative was clearly demonstrated during Sambutan Minggu Belia Sarawak 2025 in Bintulu where 56 out of 196 participants secured on the spot employment offer, while another 48 progresses to second stage interview.
Tuan Speaker, to compliment this effort, the ministry also prioritises youth entrepreneurship as a career and create more job opportunities through flagship programs such as Sarawak Youth StartUp (SYstartup), Youth Entrepreneur Startup (YES), Belia Go Biz (BeliaGoBiz) and Sarawak Youth Business Idea and Competition (SaYBIC), as well as strategic collaboration with higher learning institutions and industry players. Overall, the ministry adopts a comprehensive and coordinated approach centred on skill development, industry collaboration, effective job placement and entrepreneurship to ensure Sarawakian youth remain resilient, employable and future ready not just a job seeker but also a job creator. Thank you.
(Supplementary Question) Thank you very much once again, Yang Berhormat Datuk Dr Timbalan Menteri and also thank you very much, Tuan Speaker. I have two other complementary questions.
(a) How does the Ministry plan to expand awareness and participation in Technical and Vocational Education and Training (TVET), a programme among youth in rural areas?
(b) What are the nonfinancial barriers affecting youth participation in government initiatives related to entrepreneurship, employability, skills development and economic empowerment?
Thank you.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Keusahawanan); dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.72 Lambir (YB Datuk Dr Ripin bin Lamat): Thank you, Tuan Speaker. Thank you for the supplementary questions from Yang Berhormat Tebedu.
To answer the supplementary question number one, the ministry is strengthening strategic collaboration with relevant agency, training institution, industry players, school, community leaders and local authorities through a more inclusive and decentralized outreach approach to bring Technical and Vocational Education and Training (TVET) opportunities closer to rural communities. This is implemented through outreach programme, career expo, mobile engagement initiatives, digital awareness campaigns and by embedding TVET element into the Ministry flagship youth programmes such as Sambutan Minggu Belia Sarawak, Jelajah Belia Sarawak dan BeliaGoBiz.
While Sambutan Minggu Belia Sarawak served as a centre engagement platform. Jelajah Belia Sarawak expand outreach across division and district enabling direct engagement with youth at the grassroots level and increasing awareness, participation, and access to industry relevant skill development opportunities. BeliaGoBiz Program integrate entrepreneurship, TVET, leadership initiatives and community-based activities. Through this coordinated effort the Ministry aims to develop more skill competitive and future ready Sarawakian Youth including those in rural and interior areas.
To answer the supplementary number two, for the information of Yang Berhormat Tebedu; despite the government continuous effort to expand access to training, financing, mentorship, digital platform and employment opportunities, one of the key nonfinancial challenges remain is mindset and attitude. In short, we called it wilful ignorance. Ya, we called it wilful ignorance. Meaning, where opportunities, information, guidance and support are readily available, yet some choose not to see, not to listen, not to learn and not to act. In today’s digital era, information is no longer scarce, therefore the real, the real challenge is no longer access or accessibility but awareness, ownership, discipline and the willingness to step out of one’s comfort zone. Thank you.
Yang Berhormat Dato Fazrudin bin Haji Abdul Rahman, Tupong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 201.
Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi
(201) YB Dato Fazzrudin bin Haji Abdul Rahman bertanya kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi. Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan program yang lebih berstruktur dengan bantuan dana agar pihak komuniti boleh membantu untuk menjaga infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi yang terdedah kepada vandalisme?
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebelum menjawab soalan Yang Berhormat bagi Tupong, ingin saya sampaikan ucapan tahniah kepada Kuching City atas kejayaan melangkah ke final (FA)…(Applause)…Piala Malaysia. Maafkan saya. Lebih besar, lebih gah lagi. We are proud of you. We are proud of your team. We support you, maybe we are not there, but in sprit we are always with you…(Applause)…
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Tupong, bagi menangani kegiatan vandalisme dengan lebih aktif, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Anti Vandalisme yang melibatkan pelbagai jabatan, agensi yang berkaitan, menyelaras strategi pencegahan kegiatan vandalisme. Maka antaranya termasuk memperkukuhkan kerjasama dan penglibatan komuniti setempat melalui program kesedaran anti vandalisme dengan menggalak masyarakat melapor sebarang aktiviti yang mencurigakan di kemudahan utiliti dan telekomunikasi.
(b) Mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pelaku vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan telekomunikasi serta infrastrukturnya; dan
(c) Menjalankan operasi bersepadu dikatakan Ops Lusuh, sebab barang ini barang lusuh, berkala di premis barang lusuh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguatkuasa utiliti dan telekomunikasi di seluruh Sarawak.
(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas ucapan semangat tadi. Jadi, mohon doa dan semangat daripada semua, agar kita menjadi juara Piala Malaysia... (Applause)...Soalan tambahan saya, Tuan Speaker:
(a) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat apabila berhadapan dengan vandalisme ini?
(b) Berapakah kos anggaran kos kerugian akibat vandalisme ini?
Terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Tupong.
Tuan Speaker, bagi soalan tambahan yang pertama, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu bagi melaporkan kes-kes vandalisme. Selain itu, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan melalui talian khidmat pelanggan, aplikasi mudah alih atau laman web rasmi syarikat tersebut. Aduan rasmi juga boleh dikemukakan kepada MCMC melalui portal aduan dalam talian iaitu aduan.mcmc.gov.my, panggilan ke talian bebas tol 1-800-188-030 atau mengemukakan aduan melalui portal talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke 082-555999 untuk tindakan selanjutnya dan untuk soalan yang kedua, vandalisme ini telah melibatkan banyak kerugian dan banyak gangguan, banyak keresahan bila berlaku. Maka, sehelai fiber yang terputus akan mengakibatkan banyak gangguan, banyak rungutan, banyak complaint. Maka kerugian kalau dianggarkan dalam nilai ringgit adalah berjumlah RM11.34 juta pada tahun yang lalu, 2025 di seluruh Sarawak. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, question time is up.
Sambungan Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri SarawakMotion
Ahli-ahli Yang Berhormat, under Standing Order 31(8), I hereby limit speeches to maximum of 20 minutes. I shall now call upon Honourable Member for Opar.
Tuan Speaker, Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang dan Salam Sarawak Maju Makmur. Sebelum saya memulakan, bersama kita di Dewan yang mulia ini, terdapat lebih kurang 35 orang pelajar dan juga Pengetua daripada SMK Luke Sri Aman. Pengetua ini merupakan classmate saya dulu. Mereka berada di dewan bersama kita...(Applause)...
Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-19 di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya titah ucapan Tuan Yang Terutama, Tun amat bermakna, penuh dengan aspirasi, inspirasi, wawasan serta mesej yang jelas mengenai halatuju Sarawak menuju sebuah wilayah yang maju, mampan dan juga berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Titah ucapan tersebut bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan keprihatinan seorang pemimpin unggul di Sarawak, malah memperlihatkan keyakinan terhadap kemampuan Sarawak untuk terus berdiri megah di persada nasional dan juga antarabangsa.
Tuan Speaker, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar akibat ketidaktentuan geopolitik, konflik antarabangsa, perubahan ekonomi global dan revolusi teknologi, Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik hasil kepimpinan berwawasan, telus dan pengurusan kewangan yang berhemah oleh Kerajaan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Kita harus bersyukur kerana Sarawak hari ini berada pada landasan yang kukuh untuk merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 tahun 2030 ataupun PCDS 2030. Fokus kerajaan terhadap ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital, kecerdasan buatan ataupun AI, Internet of Things (IoT) dan juga pembangunan modal insan dan industri berskala tinggi adalah langkah strategik yang tepat untuk memastikan Sarawak terus berdaya saing di persada antarabangsa.
Saya amat tertarik dengan penekanan Tun terhadap agenda tenaga bersih dan ekonomi hijau Sarawak. Sarawak kini semakin dikenali sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui melalui pembangunan hidro, solar, hidrogen dan teknologi rendah karbon. Ini merupakan satu peluang besar untuk Sarawak muncul sebagai hab tenaga hijau serantau dan seterusnya menarik lebih banyak pelaburan besar dan berkualiti tinggi dari negara-negara maju untuk melabur di Sarawak. Begitu juga dengan usaha kerajaan meneroka bidang aeroangkasa, teknologi tinggi yang moden dan ekonomi digital. Langkah ini membuktikan bahawa Sarawak tidak lagi hanya bergantung kepada ekonomi tradisional sebaliknya sedang bergerak ke arah ekonomi masa hadapan yang lebih moden, inovatif dan berteknologi tinggi. Saya percaya anak-anak Sarawak mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat global sekiranya diberi peluang, pendidikan yang sempurna dan latihan yang sewajarnya.
Tuan Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas komitmen luar biasa dalam memperkasakan pendidikan serta membangunkan modal insan bertaraf dunia. Pelaksanaan Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES) bermula tahun 2026 bukan sekadar satu dasar pendidikan, tetapi merupakan satu lonjakan sejarah yang bakal mengubah landskap masa depan anak-anak Sarawak. Tiada lagi alasan bagi anak-anak Sarawak yang berkelayakan untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah selepas tamat sekolah menengah.
Inilah bukti nyata bahawa Kerajaan Sarawak bukan hanya bercakap tentang masa depan, tetapi sedang membinanya dengan penuh keberanian dan visi yang tinggi. Fokus terhadap bidang strategik seperti STEM, TVET, teknologi digital, perubatan dan kesihatan serta undang-undang mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk melahirkan generasi muda yang bukan saja berilmu, tetapi juga berkemahiran tinggi, kompetitif dan mampu menjadi peneraju di peringkat global. Saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya kampus CENTEXS Lundu telah memberi ruang dan peluang kepada anak-anak tempatan untuk mendalami bidang seperti yang saya nyatakan tadi, khususnya Teknologi Aeroangkasa yang hanya terdapat di kampus ini. Ayuhlah anak-anak muda datang ke CENTEXS Lundu untuk belajar kemahiran teknikal dan teknologi terkini. Mun kitak sik ngambik peluang tok, kitak rugi, kitak akan menyesal kelak.
Tuan Speaker, dalam dunia semakin dipacu oleh kecerdasan buatan atau Artificial Inteligence, kita tidak lagi boleh bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Dunia masa hadapan menuntut generasi yang kreatif, inovatif, berfikiran kritis, kompetitif serta mampu menyesuaikan diri dengan arus perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh sebab itu, kerjasama erat antara institusi pendidikan, pemain industri dan agensi kerajaan amat penting agar graduan yang dilahirkan benar-benar relevan dengan kehendak industri masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan graduan yang hanya memiliki sijil di tangan, tetapi tidak mampu melahirkan anak Sarawak yang mempunyai nilai, daya saing dan keupayaan tinggi untuk memimpin dunia baharu yang semakin mencabar. Sesungguhnya, pelaburan terbesar sesebuah kerajaan bukanlah pada bangunan atau infrastruktur semata-mata, tetapi pada pembangunan modal insannya. Hari ini, Sarawak sedang membuktikan bahawa masa depan Sarawak kini sedang dibina melalui ilmu, inovasi, kemahiran dan keberanian untuk berubah ke arah yang lebih positif.
Tuan Speaker, saya sangat menyambut baik, penegasan Tuan Yang Terutama Tun berhubung agenda pembangunan luar bandar dan usaha untuk merapatkan jurang pembangunan, antara kawasan bandar dan pedalaman. Hakikatnya, kemajuan sesebuah negeri tidak boleh diukur hanya melalui bangunan pencakar langit di bandar besar, tetapi mesti dirasai sehingga ke kampung-kampung dan pelosok desa di luar bandar. Tidak maju Sarawak kalau Opar dan lain-lain kawasan di luar bandar tidak maju. Rakyat di luar bandar juga berhak menikmati pembangunan yang setara, peluang ekonomi yang lebih luas serta kemudahan asas yang sempurna. Oleh itu, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan capaian internet berkualiti tinggi tidak boleh lagi dianggap sebagai satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu asas rakyat yang wajib diberi keutamaan dan dinikmati oleh rakyat.
Tuan Speaker, dalam era ekonomi digital dan teknologi tanpa sempadan hari ini, rakyat luar bandar tidak boleh terus dibiarkan ketinggalan. Pembinaan jalan raya yang baik membuka laluan ekonomi, jambatan menghubungkan kehidupan, bekalan elektrik menerangi masa depan, air bersih menjamin kesejahteraan, manakala internet pula membuka peluang dan pintu ilmu seluas-luasnya kepada generasi muda berhubung di persada dunia. Jika benar-benar mahu melihat Sarawak maju secara kolektif, inklusif dan seimbang, maka pembangunan luar bandar mesti menjadi satu agenda utama, bukan sekadar slogan menjelang pilihan raya. Pembangunan yang sebenar ialah apabila setiap rakyat, tanpa mengira lokasi, kaum, agama dan latar belakang, dapat menikmati kemajuan secara adil dan saksama. Izinkan saya membawakan isu-isu yang belum selesai di DUN N.1 Opar.
ISU-ISU YANG BELUM SELESAI Dl DUN N.1 OPAR
Tuan Speaker, izinkan saya membangkitkan beberapa isu penting yang masih menjadi denyut nadi dan keresahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri N.1 Opar. Sebagai wakil rakyat yang diberi amanah oleh rakyat, saya memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Sejak hari pertama dipilih sebagai wakil rakyat sehingga hari ini, saya sentiasa bersemangat dan komited dalam menjalankan tugas menyantuni rakyat, mendengar denyut nadi rakyat, menyelami kesusahan mereka serta memastikan setiap keperluan asas rakyat tidak dipinggirkan. Ibarat tak Iekang dek hujan, tak lapuk dek panas, semangat untuk berkhidmat kepada rakyat kekal utuh sepanjang masa.
Saya percaya, tugas seorang wakil rakyat bukan sekadar hadir di Dewan yang mulia ini untuk berbahas, tetapi lebih besar daripada itu, menjadi suara kepada rakyat yang mahu didengar, menjadi jambatan antara kerajaan dan masyarakat, serta memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar sampai kepada rakyat di akar umbi. Justeru itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak atas komitmen berterusan dalam memperjuangkan agenda pembangunan luar bandar serta membantu kawasan-kawasan yang masih memerlukan kerajaan.
Jalan Akses ke Jambatan Selampit
Isu yang pertama Jalan Akses ke Jambatan Selampit. Perkara pertama ini saya bangkitkan ialah keperluan mendesak pembinaan jalan akses menuju ke Jambatan Selampit serta jalan penghubung selepas Jambatan Selampit menuju ke Kampung Selampit. Walaupun projek pembinaan jambatan kini berjalan dengan baik dan amat dihargai oleh penduduk setempat, namun hakikatnya pembangunan tersebut masih belum lengkap sekiranya penghubung jalan akses yang sempurna tidak disediakan. Apa gunanya jambatan yang gah dibina jika rakyat masih berdepan kesukaran untuk menggunakannya dengan sepenuhnya. Apa ertinya pembangunan jika manfaatnya tidak dapat dirasai secara menyeluruh oleh masyarakat setempat.
Jalan akses bukan sekadar laluan fizikal, jalan akses ialah nadi kehidupan rakyat. Jalan membuka peluang ekonomi, memudahkan urusan harian penduduk, mempercepatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan pembiayaan segera bagi projek jalan akses di bawah Projek Rakyat dengan anggaran kos sebanyak RM22 juta mengikut anggaran daripada pihak JKR.
Menaik Taraf Jalan Kampung Selampit
Isu yang kedua adalah menaik taraf jalan Kampung Selampit itu sendiri. Tuan Speaker, perkara kedua saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap keperluan menaik taraf jalan Bitokan-Selampit, dari simpang Pan Borneo Highway hinggalah ke Kampung Bintokan pada jarak lebih kurang 6km. Jalan Kampung Selampit merupakan laluan utama yang menghubungkan beberapa kampung seperti Kampung Selampit 1, Kampung Selampit 2, Kampung Perian, Kampung Bintokan 1, Kampung Bintokan 2, dan juga Kampung Kendaie yang melibatkan lebih kurang 3,500 penduduk setempat. Namun, keadaan jalan sedia ada masih sempit dan sering kali dinaiki air ketika musim tengkujuh dan tidak mampu menangkung, menampung peningkatan trafik khususnya dengan siapnya pembinaan Jambatan Selampit kelak.
Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya malah memberi kesan kepada pergerakan rakyat, terutama sekali perkhidmatan kecemasan serta kegiatan ekonomi penduduk setempat. Paras banjir yang mencecah sehingga tiga kaki yang menyebabkan jalan terputus dan akses sangat sukar. Sehubungan dengan itu, projek menaik taraf jalan Kampung Selampit amat diperlukan bagi meningkatkan kapasiti dan keselamatan jalan, menyediakan jalan yang lebih tahan banjir, memperkukuhkan hubungan antara kampung-kampung serta merancakkan pembangunan sosial dan ekonomi di tampat, di tempat tersebut. Jumlah dan kos yang dinyatakan oleh pihak JKR pada jajaran 6km ini adalah sebanyak RM55 juta.
Pengurusan Tanah NCR
Yang ketiga, Pengurusan Tanah NCR. Tuan Speaker, penyukatan tanah perimeter lot pertanian dan lot tradisi. Isu penyukatan tanah bagi perimeter lot pertanian dan lot tradisi masih belum dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan di kawasan luar bandar bukan sahaja di Kawasan DUN N.1 Opar tetapi juga telah dibangkitkan oleh Balingian, Pelagus, Tamin, Tellian dan Murum. Perkara ini telah banyak kali disuarakan dalam Dewan yang mulia ini, namun rakyat masih menunggu penyelesaian iaitu surat hak milik tanah. Isu ini amat dekat di hati rakyat di luar bandar kerana ia melibatkan sumber ekonomi, warisan keluarga, tapak untuk membina rumah, bagi kelangsungan hidup berkeluarga, keperluan untuk memohon bantuan dana membina rumah dan untuk masa depan generasi yang akan datang.
Beberapa buah kampung dalam DUN N.1 Opar telah pun dibuat penyukatan tanah di bawah Program Dokumentasi Tanah melalui inisiatif DBNA. Namun sehingga hari ini, belum ada pengeluaran surat hak milik tanah dikeluarkan.
Hak Milik Tanah di bawah Kerjasama dengan Pemaju ataupun GLC
Memandangkan Kawasan DUN Opar ini terletak dalam kawasan luar bandar, banyak kawasan pertanian diserahkan oleh government, melalui government link company seperti SALCRA, FELDA, FELCRA, LCDA-PJP Pelita dan juga pihak Ladang Dafa. Ada di antaranya telah tamat tempoh penanaman satu penggal, satu pusingan. Dalam perjanjian asal, pihak pemaju akan mengeluarkan surat hak milik tanah sebelum tamatnya pusingan pertama khususnya yang melibatkan SALCRA dan LCDA-PJP Pelita di mana konsep penanaman adalah secara joint venture. Apa yang terjadi hari ini, walaupun sudah tamat pusingan penanaman pertama 25 tahun bagi SALCRA dan 30 tahun bagi LCDA-PJP Pelita, namun surat hak milik tanah yang ditunggu oleh penduduk, pemilik masih belum muncul lagi. Seramai 741 orang penduduk terlibat dengan LCDA-PJP Pelita di kawasan Selampit dan Kendaie dan setelah tamat pusingan pertama selama 30 tahun, apa yang diberikan oleh pihak LCDA-PJP Pelita hanyalah sekeping kertas berwarna biru iaitu Land Ownership Certificate Letter.
Bekalan Elektrik Luar Bandar: Program ALAF
Perkara yang keempat adalah bekalan elektrik luar bandar ataupu ALAF. Tuan Speaker, Program Additional and Late Applicant Fund ataupun ALAF merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan prihatin oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bagi memastikan rakyat di luar bandar dapat menikmati bekalan elektrik. Program ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir dari pembangunan. Namun begitu, pelaksanaan program ini dilihat semakin perlahan sejak kebelakangan ini. Bagi kawasan Opar sebanyak 243 permohonan telah dikemukakan kepada MUT di bawah program ALAF bagi tempoh 2022 hingga 2025, tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas positif. Ini melibatkan Kampung Bokah, Kampung Jangkar, Kampung Pasir Ulu, Kampung Pasir Tengah, Kampung Perundang, Kampung Judin, Kampung Jampari, Kampung Serayan Hulu, Kampung Temaga Melayu, Kampung Jugan, Kampung Stenggang dan juga Kampung Tembawang Sauh.
Pinjaman Perumahan: Untuk Masyarakat di Rumah Persendirian
Yang kelima, pinjaman perumahan untuk masyarakat di rumah persendirian. Tuan Speaker, Program Pinjaman kepada Perseorangan Rumah Panjang (PKPRP) sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat yang mendiami rumah panjang khususnya masyarakat Orang Ulu dan masyarakat Iban. Melalui kemudahan ini, mereka berpeluang mendapatkan bantuan kewangan yang lebih baik membesarkan serta meningkatkan keselesaan kediaman masing-masing tanpa dibebani kos yang terlalu tinggi. Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat rakyat di luar bandar, malah turut memastikan warisan dan identiti rumah panjang terus terpelihara sebagai lambang dan budaya perpaduan masyarakat Sarawak.
Namun demikian, terdapat juga masyarakat lain di kawasan kampung yang mendiami rumah persendirian sederhana, bukan banglo termasuklah masyarakat Bidayuh, tidak mempunyai akses kepada kemudahan pinjaman seumpama ini hanya kerana mereka tidak tinggal di rumah panjang. Hakikatnya, ramai penduduk kampung yang berdepan cabaran kewangan untuk membaik pulih rumah lama, menukar bumbung yang uzur, menaik taraf sistem bekalan air dan elektrik, mahupun membesarkan rumah demi keselesaan keluarga.
Timbul persoalan, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu skim pinjaman khas yang lebih inklusif bagi penduduk rumah persendirian di kampung-kampung di luar bandar, khususnya yang melibatkan masyarakat Bidayuh, Salako, Rara dan lain-lain agar mereka turut mendapat peluang yang sama untuk menikmati bantuan seperti PKPRP ini. Pembangunan luar bandar harus bersifat adil dan menyeluruh agar tidak wujud persepsi bahawa bantuan hanya tertumpu kepada satu bentuk penempatan sahaja.
Hospital Daerah Lundu
Tuan Speaker, memandangkan masa mencemburui saya tidak akan menyentuh kesemua isu. Namun, satu lagi isu yang sangat penting di kawasan saya dengan jiran saya di N.3 adalah berhubung dengan Hospital Daerah Lundu, kesihatan rakyat bukan sekadar isu kebajikan tetapi asas kepada pembangunan negeri yang mampan, jika rakyat sihat, ekonomi dapat berkembang, namun jika kesihatan terabai, pembangunan turut terjejas. Oleh itu, saya ingin membangkitkan keperluan mendesak pembinaan baharu Hospital Lundu. Hospital sedia ada yang telah berusia lebih 60 tahun tidak lagi mampu memenuhi keperluan semasa rakyat. Kemudahan yang terhad, ruang rawatan yang sempit dan kapasiti yang semakin tidak mencukupi, maaf menuntut tindakan segera. Persoalannya, sampai bila rakyat Lundu perlu menunggu? Rakyat luar bandar juga berhak menikmati kemudahan kesihatan moden dan berkualiti seperti di bandar. Kita tidak mahu wujud jurang pembangunan kesihatan yang ketara antara bandar dan luar bandar.
Projek GKCDA
Tuan Speaker, projek GKCDA merupakan antara yang terbaik bagi kami di kawasan N.1 Opar dan saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khasnya Yang Amat Berhormat Premier atas kelulusan penubuhan Greater Kuching Coordinated Development Agency ataupun GKCDA yang telah banyak mempercepatkan pembangunan di luar bandar khususnya penyediaan kemudahan asas yang benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat.
Kita melihat sendiri bagaimana projek jalan raya, jalan pertanian, bekalan air, elektrik, dewan serbaguna dan kemudahan awam yang lain dilaksanakan di luar bandar. Bagaimanapun, apa yang harus, apa yang berlaku sekarang ini adalah pengumuman projek telah dibuat tetapi proses pelaksanaan mengambil masa yang agak panjang, di mana ia melibatkan agensi-agensi yang harus lebih cekap dan telus dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan saranan Tuan Yang Terutama Tun.
Tuan Speaker, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas ucapan yang penuh inspirasi dan wawasan. Sesungguhnya ucapan tersebut menjadi panduan penting kepada kerajaan dan seluruh rakyat Sarawak untuk terus bergerak seiringan sebagai sebuah wilayah yang maju, moden dan progresif, harmoni, aman dan makmur.
Dengan semangat segulai sejalai, marilah kita bersama-sama berganding bahu memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kualiti diri, memperkasakan daya saing dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru khususnya khasnya isteri saya Cikgu Luyah Diman…(Applause) …, itu wajib tu, sebab saya tidur dengan cikgu, okay, dan semua guru-guru dan bekas guru dalam kalangan Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Wesak dan yang paling utama Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang akan menyambut Hari Gawai tidak lama lagi.
Burung kenyalang terbang tinggi, Hinggap sebentar di pohon jati, Sarawak gemilang megah berdiri, Rakyat sejahtera pemimpin dihormati.
Ampus ka uma mebet padi, Nyamur banih ka tangah payak, Napat selesai napat baranti, Ada jawapan baruk picayak.
Terbang tinggi burung kenari, Singgah sekawan di pohon jati, Terima kasih saudara saudari, Memberi perhatian sepenuh hati.
Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong sepenuhnya Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan yang mulia ini. Tuhan marakatik diri samuhe’ey, kandiak ngan sa’ama-amaey. Koa ajak umpat di aku. Terima kasih.
Honourable Member for Tebedu.
Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, sukacitanya saya memaklumkan sidang Dewan ini bahawa di Galeri Awam kita ada tetamu seramai 25 orang, Ketua Ranting Parti PBB didatangkan dari Tebedu menyaksikan persidangan kita pada pagi ini. Saya ucapkan selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Saya berharap anda dapat mempelajari proses mesyuarat untuk menggubal Rang Undang-Undang Sarawak secara demokratik. Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang, Salam Sarawak Maju Makmur, Salam Segulai Sejalai.
Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada saya mewakili rakyat N.21 Tebedu untuk membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang telah bertitah pada 11 Mei 2026 di Dewan yang mulia ini semasa pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19.
Tuan Speaker, sesungguhnya ucapan Tuan Yang Terutama mencerminkan hala tuju yang jelas, progresif dan berpandangan jauh demi memastikan Sarawak terus maju sebagai wilayah yang stabil, makmur dan berdaya saing di peringkat global. Sarawak hari ini, yang ditadbir oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak ataupun GPS berada pada landasan yang amat kukuh untuk muncul sebagai sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
Dalam mendepani pelbagai cabaran global yang semakin kompleks, Kerajaan Sarawak telah memperlihatkan kepimpinan yang pragmetik, stabil dan berpaksikan kepentingan rakyat yang sesuai dengan slogan keramat GPS “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan bukan sahaja bertujuan memperkukuh ekonomi Sarawak, malah memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara tanpa ada yang tercicir daripada arus pembangunan.
Saya yakin bahawa visi dan hala tuju yang digariskan dalam ucapan Tuan Yang Terutama akan terus membawa Sarawak ke tahap yang lebih cemerlang, maju dan berdaya tahan. Saya yakin dengan kepimpinan yang berwibawa, dasar yang progresif dan komitmen semua pihak, Sarawak akan terus melangkah maju sebagai sebuah wilayah yang makmur, inklusif, dan berdaya saing di persada dunia.
Mendepani Cabaran Global dan PCDS 2030
Tuan Speaker, dunia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran global seperti ketidaktentuan ekonomi, konflik geopolitik, perubahan iklim dan perkembangan teknologi yang sangat pantas. Dalam menghadapi cabaran ini, Sarawak tidak boleh berada di takuk lama. Oleh sebab itu, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) menjadi landasan penting untuk mentransformasikan Sarawak menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. PCDS 2030 bukan sekadar pelan pembangunan, tetapi merupakan visi besar yang memberi fokus kepada kemakmuran ekonomi, kelestarian alam sekitar, dan kesejahteraan sosial rakyat. Pendekatan ini amat tepat kerana pembangunan yang berjaya bukan hanya diukur melalui angka pertumbuhan ekonomi tetapi juga melalui kualiti hidup rakyat.
Agenda Tenaga Bersih, Ekonomi Baru dan Transformasi Digital
Tuan Speaker, Sarawak memiliki kekuatan besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui khususnya tenaga hidro, hidrogen dan tenaga hijau. Agenda tenaga bersih yang diketengahkan oleh Kerajaan Sarawak bukan sahaja menjadikan Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini, malah membuka peluang pelaburan baharu serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat. Usaha membangunkan ekonomi hidrogen dan tenaga lestari membuktikan bahawa Sarawak bersedia menjadi pemain utama dalam ekonomi hijau global. Ini sejajar dengan tuntutan dunia yang semakin memberi penekanan kepada pembangunan rendah karbon dan kelestarian alam sekitar. Tuan Speaker, transformasi digital merupakan keperluan masa kini. Kerajaan GPS Sarawak telah mengambil langkah proaktif dalam memperkukuhkan ekonomi digital melalui pembangunan infrastruktur internet, aplikasi teknologi pintar, dan sistem perkhidmatan digital. Langkah ini amat penting bagi memastikan rakyat, khususnya generasi muda dan usahawan tempatan dapat bersaing dalam ekonomi global. Digitalisasi bukan sahaja meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan, tetapi turut mempercepatkan pertumbuhan sektor e-dagang, inovasi teknologi dan industri kreatif.
Modal Insan Sebagai Pemacu Masa Depan
Tuan Speaker, pembangunan Sarawak tidak akan berjaya tanpa modal insan berkualiti. Pendidikan, latihan teknikal dan kemahiran digital perlu terus diperkasakan agar generasi muda Sarawak mampu memenuhi keperluan industri masa depan. Kerajaan Sarawak juga perlu terus memberi penekanan kepada pembangunan bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik ataupun STEM supaya Sarawak mempunyai tenaga kerja kompetitif dan berkemahiran tinggi.
Kerajaan GPS Sarawak harus dipuji kerana memperkenalkan dan melaksanakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak ataupun Free Tertiary Education Scheme (FTES). Ini adalah inisiatif yang sangat berani dan berwawasan dan dianggap sebagai “game changer” untuk masa depan Sarawak yang dilaksanakan oleh Kerajaan GPS Sarawak. Melalui skim ini, anak Sarawak yang belajar di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak, i-CATS University College akan mendapat pendidikan percuma.
Selain daripada itu, penubuhan lima buah sekolah, Yayasan Sarawak International Secondary School ataupun YSISS yang menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa kepada anak Sarawak, khususnya golongan B40 dan pelajar luar bandar yang menggunakan kurikulum Cambridge IGCSE adalah satu langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Sarawak. Sekolah ini membuka akses pendidikan antarabangsa kepada rakyat biasa, mengurangkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar, meningkatkan daya saing pelajar Sarawak dan membantu melahirkan modal insan untuk menyokong ekonomi digital Sarawak. Inisiatif lain yang seperti penubuhan CENTEX, ILP dan kolej-kolej vokasional sudah pasti berpotensi menyediakan modal insan untuk memacu pembangunan masa depan Sarawak.
Kestabilan Politik
Tuan Speaker, kestabilan politik merupakan faktor utama kepada kemajuan Sarawak. Kita bersyukur kerana Sarawak telah ditadbir dengan baik oleh Gabungan Parti Sarawak dan telah mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata. Ini membenarkan Kerajaan Sarawak dapat berfungsi dengan efisien dan dapat mentadbir dengan lancar. Rakyat pula dapat hidup dalam keadaan harmoni tanpa konflik. Kestabilan politik amat penting kerana ia mempengaruhi ekonomi, keamanan, perpaduan rakyat dan imej negara di peringkat antarabangsa.
Apabila politik stabil, pelabur asing lebih yakin untuk melabur dalam negara. Negara yang aman dan stabil menjadi pilihan syarikat antarabangsa untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama termasuk pihak pembangkang, untuk mengekalkan kestabilan politik demi kesejahteraan dan kemakmuran Sarawak. Hasilnya, Sarawak dapat melangkah ke hadapan negeri-negeri lain di Malaysia dengan segala pencapaian yang kita banggakan. Oleh yang demikian, saya mengajak rakyat Sarawak supaya terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak pada pilihan raya yang akan datang demi kesinambungan kesejahteraan dan kemakmuran Sarawak.
Tuan speaker, izinkan saya untuk menyuarakan isu-isu yang masih membelenggu rakyat di kawasan DUN N.21 Tebedu dan dalam masa yang sama, berkongsi tentang pencapaian dan kejayaan kita di DUN N.21 Tebedu. Agenda pembangunan Sarawak kita angkatkan, suara rakyat kita perjuangkan, kebajikan rakyat kita utamakan, aspirasi rakyat kita realisasikan, dan kesejahteraan rakyat kita perkukuhkan. Pendekatan kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat membuktikan bahawa pembangunan negeri ini berteraskan rakyat dan bukannya keuntungan semata-mata. Sesungguhnya, pelbagai masalah yang telah sekian lama dihadapi rakyat kini berjaya ditangani secara berperingkat melalui komitmen berterusan Kerajaan Sarawak. Dalam persidangan DUN yang lepas, saya telah mengangkat beberapa isu dan beberapa masalah seperti bekalan air bersih, yang sebelum ini menjadi keluhan utama di kawasan N.21 Tebedu, khasnya di kawasan Jalan Baki-Riih.
Hari ini, rakyat dapat menikmati bekalan air yang lebih baik hasil pelaksanaan projek-projek bekalan air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Melalui Laporan Status Projek Pembangunan Rancangan Malaysia ataupun RMK-13, DUN Tebedu melalui “Proposed Upgrading Serian-Kuching Pipeline” bahagian Serian yang bermula pada 1 Disember 2025 telah diperuntukkan sebanyak RM250 juta dan projek naik taraf dan program penggantian batang paip lama telah diperuntukkan sebanyak RM3,499,800.00 untuk kawasan Baki-Riih sedang dilaksanakan.
Projek penggantian batang paip di Kampung Krusen Siu menelan belanja sebanyak RM2 juta, Kampung Mawang Tahup RM203,610.00 juta, Kampung Sebintin RM302,076.00, Kampung Jenan RM1 juta, sedang dilaksanakan dan ada juga yang telah siap dilaksanakan. Saya berharap dengan terlaksananya projek-projek ini nanti masalah bekalan air bersih terawat yang telah dialami oleh rakyat di kawasan dan masalah non-revenue water yang dialami oleh jabatan dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.
Masalah Bekalan Elektrik
Masalah ini juga telah saya ketengahkan setiap kali persidangan di Dewan yang mulia ini dan saya merayu agar pihak SESCO dan SEB untuk membuat pembersihan belukar dan tumbuhan menjalar, mencantas dahan dan menebang pokok-pokok di sepanjang Jalan Serian-Tebedu, Jalan Tebakang-Mongkos yang telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, permintaan dan permohonan tersebut sudah ditunaikan dan telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak berwajib ini.
Oleh yang demikian, dengan kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Utiliti, SEB dan SESCO Serian kerana mendengar keluhan, mendengar rintihan dan seterusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan baik sehingga menstabilkan bekalan elektrik di kawasan saya, iaitu kawasan DUN N.21 Tebedu.
Buah mengkudu buah selasih, Diucapkan thank you dan terima kasih.
Tuan Speaker, we give credit when it is due, we criticize when it is necessary. We are not merely “pak turut” as claimed by certain quarters.
Capaian Internet
Tuan Speaker, dalam persidangan DUN yang lepas juga, saya juga mengetengahkan masalah capaian internet di kawasan saya. Masalah ini, sehingga hari ini, masih kurang memuaskan. Isu masalah signal yang lemah dan kadang-kadang terputus ibarat “chipsmore”, sekejap ada, sekejap tidak ada. Masih menjadi tanda tanya, masih menjadi igauan, kegusaran dalam kalangan rakyat sehingga ke hari ini dan memerlukan penyelesaian supaya rakyat kita dapat menikmati manfaat ekonomi digital serta akses kepada maklumat dan pendidikan tanpa sempadan.
Walaupun ada usaha pihak kerajaan melalui SDEC, kini giat melaksanakan projek Smart600, Multi Core Network, dan naik taraf MySRBN di kawasan N.21 Tebedu untuk meningkatkan ketersambungan rangkaian dan capaian internet di kawasan saya, akan tetapi masalah ini belum dapat diselesaikan. Saya merayu agar agensi-agensi yang berkaitan berusaha mencari punca dan penyelesaian yang bersesuaian dan berpatutan. Merapatkan Jurang Infrastruktur Luar Bandar
Tuan Speaker, pembangunan yang inklusif yang dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa lokasi adalah terlalu penting. Oleh itu, usaha kerajaan memperkasakan pembangunan luar bandar amat wajar dituntut oleh rakyat. Pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air bersih, elektrik dan capaian internet di kawasan pedalaman akan membantu merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Penduduk luar bandar juga berhak menikmati kemudahan asas yang setara demi meningkatkan taraf hidup mereka.
Pembinaan jaringan jalan raya baru menghubungi Tebedu ke kawasan Padawan melalui Kampung Temong, Kampung Tepoi hingga ke Kampung Sadir yang dilaksanakan oleh MIPD dan jalan perhubung desa dari Kampung Kuhom ke Kampung Belimbing melalui Greater Kuching Coordinated Development Agency adalah bukti dan testimoni kesungguhan Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier dalam usaha kita memperbaiki dan merapatkan jurang infrastruktur luar bandar.
Dalam aspek pembangunan sosial dan keagamaan, saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri melalui UNIFOR atas peruntukkan yang diberikan bagi pembinaan gereja baru serta kerja-kerja menaik taraf beberapa buah gereja di Kawasan DUN N.21 Tebedu. Bantuan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memelihara keharmonian dan kebebasan beragama di negeri ini.
Tuan Speaker, saya masih mempunyai banyak isu-isu dari kawasan yang ingin disampaikan. Atas kekangan masa, saya tidak dapat menyampaikan kesemuanya. Akan tetapi, saya akan membawa perkara ini, membawa isu dan masalah ini ke jabatan-jabatan yang berkaitan, jabatan-jabatan yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Tuan Speaker, memandangkan Dewan ini sudah meluluskan Lembaga Padi dan Beras Sarawak, saya cadangkan kepada Kementerian, saya rasa saya perlu ucap juga iaitu, dulu kita sudah membentuk Lembaga Industri Getah. Dulu kita sudah membentuk Lembaga Nipah dan sebagainya. Akan tetapi, saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pertanian supaya menimbang, supaya mengkaji dan melihat samada, boleh kah tidak, Lembaga Industri Ternakan ditubuhkan untuk mengawalselia industri penternakan di Sarawak ini supaya membantu pihak kerajaan mencapai SSL yang tinggi dari segi keperluan masyarakat kita.
Dan, untuk, dan sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan dan juga kepada pimpinan Kerajaan Sarawak dan juga kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya atas lantikan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee), Ombudsman. Amanah yang dipikul ini akan saya laksanakan dengan penuh integriti, komtmen demi memastikan prinsip, keadilan, ketelusan serta kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan yang beragama Islam, Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat dan Selamat Hari Gawai kepada semua kaum dayak yang meraikannya. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Selamat Andu Bahas Gawai. Tera kita simua …Eiiiiiii Eeeeeee…!
Tuan Speaker, dengan ini Tebedu menyokong penuh Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat bagi Krian.
Tuan Speaker, di atas permintaan dan juga saranan rakan-rakan saya terpaksa berbahas pada hari Jumaat.
Terima kasih, Tuan Speaker, kerana memberi Krian peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 11 Mei 2026 yang lalu.
Dikesempatan ini Krian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas Ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang merupakan satu ucapan yang amat komprehensif dan bukan sahaja menggambarkan aspirasi Kerajaan Sarawak tetapi juga harapan dan ekspektasi rakyat Sarawak kearah masa depan yang lebih progresif, inklusif dan mampan. Ucapan berkenaan juga berpaksikan kestabilan, kemampanan ekonomi, keadilan sosial, dan selari dengan agenda dan halatuju Negeri Sarawak yang terkandung di dalam PCDS 2030.
Intipati Ucapan Tuan Yang Terutama
Tuan Speaker, jika dirumuskan, intipati ucapan Tuan Yang Terutama, ianya telah menyentuh banyak perkara termasuklah isu-isu antarabangsa yang mempengaruhi perdagangan luar Sarawak. Ini termasuklah konflik, dan ketegangan geopolitik di antara beberapa negara, yang memberi kesan kepada kestabilan pasaran dan rantaian bekalan dunia.
Tuan Yang Terutama Tun juga menyentuh mengenai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 yang menjadi panduan Kerajaan Sarawak untuk menentukan halatuju Pembangunan Sarawak ke arah sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 dimana Sarawak kini memasuki fasa yang amat penting dalam merealisasikan agenda tersebut melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.
Selain itu, Tuan Yang Terutama Tun juga, menyanjung tinggi Yang Amat Berhormat Premier kerana telah memperkenalkan beberapa langkah dan inisiatif berani yang telah berjaya membawa transformasi kepada sktruktur ekonomi Sarawak kepada yang paling dinamik di Malaysia. Sarawak pada hari ini bukan saja dilihat sebagai wilayah yang kaya dengan sumber asli tetapi dikenali dan diiktiraf sebagai hub tenaga hijau, ekonomi berasaskan digital dan inovasi di rantau ini.
Tuan Speaker, salah satu kejayaan yang amat signifikan yang turut menjadi kebanggaan kita ialah Sarawak sekarang telah berjaya menjadi pengeluar tenaga bersih di rantau asean dan telah digelar sebagai ‘The Battery of ASEAN’. Tuan Yang Terutama Tun juga menyentuh mengenai inisiatif Sarawak untuk meneroka bidang aeroangkasa dan teknologi tinggi yang menurut beliau berpotensi menjadi industri baharu yang berasaskan kepada kepakaran dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa di rantau ini.
Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama Tun juga, menyeru supaya kerajaan terus mempergiatkan usaha untuk merapatkan jurang dalam bidang infrastruktur di dalam bandar dan luar bandar di Sarawak. Beliau menyarankan agar kerajaan terus membina jalan raya, jambatan dan keperluan asas yang lain supaya jurang perbezaan ini dapat dikurangkan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar. Beliau juga menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan beberapa buah Agensi Pembangunan Wilayah ataupun (RDAs) di setiap bahagian yang membantu untuk mempercepatkan proses transformasi luar bandar di Sarawak.
Langkah Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan syarikat penerbangan nya sendiri iaitu AirBorneo turut mendapat perhatian Tuan Yang Terutama Tun. Menurut beliau ini akan membantu memperbaiki dan mempercepatkan sistem perhubungan diantara wilayah di rantau ini disamping memperbaiki dan meningkatkan sistem perhubungan domestik terutama sekali di sektor luar bandar di Sarawak. Pada masa yang sama, dengan siapnya sistem perkhidmatan Autonomous Rapid Transit (ART) nanti akan membantu mentransformasikan sistem pengangkutan bandar yang lebih moden dan cekap.
Tuan Speaker, pembangunan modal insan di Sarawak turut mendapat perhatian Tuan Yang Terutama Tun. Beliau menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak yang telah memberi fokus yang amat berat ke atas pembelajaran STEM dan TVET dikalangan pelajar kita. Menurut beliau Sarawak amat memerlukan tenaga mahir dalam bidang ekonomi baharu, AI, ekonomi digital dan sebagainya untuk memacu Sarawak mencapai wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Beliau juga menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan FTES ataupun Free Tertiary Education Sarawak, untuk pelajar kita yang menuntut di universiti kepunyaan Sarawak dalam bidang STEM. Adalah menjadi harapan kita supaya, semoga masyarakat kita akan hidup dengan sejahtera aman dan damai. Dengan adanya kestabilan politik dan kerajaan yang stabil serta tadbir urus yang baik, dengan keadaan keselamatan yang terjamin maka masyarakat kita akan hidup dalam harmoni.
Isu-Isu Pembangunan Di N.39 Krian
Tuan Speaker, selanjutnya saya ingin mengutarakan beberapa isu yang masih memerlukan perhatian dari kerajaan di kawasan DUN N.39 Krian.
Isu Pertama: Rural Road and Connectivity
Tuan Speaker, masih banyak jalan akses di ke beberapa rumah panjang yang perlu dibaiki dan dinaiktaraf di antaranya:
(a) Jalan ke Ulu Sebetan, Saratok; (b) Jalan ke Ulu Gerenjang, Ulu Krian; (c) Jalan ke Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik; (d) Jalan Kawang, Krian; (e) Jalan ke SK Lubok Kepayang, Awik; (f) Jalan ke Ulu Kabo/ Sungai Jirak/ Merujie, Kabo; (g) Jalan ke Rumah Anthony, Sungai Sarang, Licok; (h) Jalan ke Rumah Dius, Kedoh; dan (i) Jalan ke Rumah Nyambar, Dabai, Roban.
Isu Kedua: Fly over di Lebuh Raya Pan Borneo di Simpang Saratok
Tuan Speaker, sekali lagi saya membawa ke Dewan yang mulia ini tentang keperluan untuk membina satu flyover di jalan Pan Borneo di simpang Saratok. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, perkara ini juga telah dibangkitkan di Persidangan Dewan Negara di mesyuaratnya pada bulan Mac 2026. Menurut jawapan daripada Menteri Kerja Raya Malaysia, pihaknya menyarankan agar kerajaan Sarawak melalui JKR Sarawak mengemukakan permohonan melalui Unit Perancang Ekonomi Sarawak memohon supaya cadangan pembinaan flyover berkenaan dimasukkan didalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang.
Untuk itu, Tuan Speaker, saya dengan ini mewakili rakyat Krian dan Saratok keseluruhannya serta pengguna Lebuhraya Pan Borneo yang lain, memohon dan merayu kepada pihak JKR Sarawak supaya mengambil tindakan sewajarnya seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Isu Ketiga: P-turn di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sektor Daerah Saratok iaitu di Antara Bukit Kayu Malam hingga ke Simpang Pusa
Tuan Speaker, masalah jarak P-Turn yang sedia ada yang terlampau jauh pun satu isu yang menjadi rungutan pengguna Lebuh Raya Pan Borneo, khasnya masyarakat Saratok. Perkara ini pun pernah saya utarakan di dalam Dewan yang mulia ini pada persidangan yang lepas. Ianya juga pernah dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Negara dalam bulan Mac 2026 yang lepas, dan jawapan yang sama telah diberikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, iaitu dengan menyarankan supaya Kerajaan Sarawak, melalui JKR, mengemukakan cadangan melalui Unit Perancang Ekonomi Sarawak supaya dimasukkan di dalam senarai keutamaan negeri di bawah ruling plan yang akan datang. Maka dengan ini Tuan Speaker, saya juga merayu kepada pihak JKR untuk membuat kajian ke atas P-Turn yang sedia ada dan yang perlu diubah suai, ditambah dan mengemukakan permohonan melalui EPU Sarawak kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk dipertimbangkan sewajarnya.
Isu Keempat: Internet dan Telecomunication
Tuan Speaker, masih terdapat beberapa kawasan yang masih belum mendapat liputan internet dan telefon yang memuaskan di kawasan DUN N.39 Krian dan Saratok keseluruhannya.
(a) Kawasan Rumah Silin, Dabai Sebelak, Roban; (b) Di kawasan Lempa, Kabo; (c) Di Kawasan Kerupok, Saratok - untuk makluman, Kerupok ni is just a few kilometers away from Bandar Saratok tetapi menghadapi masalah liputan; (d) Begitu juga dengan kawasan Rumah Panjang Semurin.
Dan, in these areas memang terdapat menara-menara telekomunikasi yang sedia ada tetapi masalahnya masih berlaku dari segi liputan internet dan juga liputan telefon. Jadi, kita mohon kepada pihak MCMC untuk membuat permeriksaaan dan jika perlu ditambah menara atau peranti yang sesuai.
Isu Kelima: Agriculture and Food Industry
Tuan Speaker, pada 12 Mei yang lepas di Dewan yang mulia ini telah diluluskan Rang Undang-undang penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sarawak sebagai sebuah entiti yang akan bertanggungjawab ke atas pembangunan industri padi dan beras di Sarawak. Sebagai menyahut matlamat kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai wilayah pengeluar makanan di Malaysia dan di rantau ini, maka saya dengan ini ingin memohon supaya diwujudkan kawasan penanaman padi secara moden di DUN N.39 Krian, meliputi kawasan seperti berikut:
(a) Di kawasan Sebetan, Saratok; (b) Di kawasan Ilas Karangan Tabaung, Saratok; dan (c) Kawasan Supok, Beratong, Roban.
Juga penanaman komoditi sawit di N.39 Krian. Tuan Speaker, kelapa sawit masih menjadi golden crop dalam kalangan penduduk luar bandar, terutama sekali di kawasan Krian. Kita menerima banyak permohonan daripada penduduk untuk mendapatkan bantuan untuk menanam baharu kelapa sawit secara pekebun kecil. Untuk itu, saya memohon supaya skim menanam baharu sawit ini dihidupkan semula.
Selain itu, kita juga memohon supaya peruntukan di bawah Agriculture Facilitation Fund (AFF) disalurkan semula untuk membantu pekebun kecil membina baharu atau menambah membaik pulih jalan kebun sedia ada, dan juga bantuan dari segi input pertanian seperti baja dan racun. Ini akan membantu untuk mengurangkan kesan daripada kenaikan harga barang akibat daripada ketidaktentuan ekonomi global yang berlaku pada ketika ini.
Isu Keenam: Healthcare Services
Di kawasan DUN N.39 Krian, Tuan Speaker, terdapat tiga klinik kesihatan, iaitu Klinik Kesihatan Nanga Budu, Klinik Kesihatan Nanga Atoi, dan Klinik Kesihatan Roban. Ketiga-tiga klinik ini memainkan peranan yang amat signifikan untuk memastikan keadaan kesihatan orang awam adalah terjamin. Namun demikian, masih terdapat kekurangan dari segi kemudahan dan peralatan, dan juga dari segi kakitangan. Ini telah menyebabkan klinik-klinik ini menghadapi kekangan dan juga dari segi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Untuk itu, kita mohon supaya pihak yang berwajib mengambil tindakan untuk menaik taraf dan menambahkan fasiliti dan kakitangan yang masih kekurangan di klinik-klinik tersebut.
Isu Ketujuh: Education Facilities
Tuan Speaker, keadaan ekosistem pembelajaran yang baik menentukan kejayaan seseorang itu dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian kerana telah meluluskan projek pembangunan semula beberapa buah sekolah daif di kawasan DUN Krian. Namun, masih banyak yang perlu dibangunkan semula seperti mengikut keutamaan:
(a) SK Praja; (b) SK Ulu Kabo – SK Ulu Kabo pernah dilanda bencana banjir yang agak teruk pada tahun 2025. Dan difahamkan, tapak baharu untuk menempatkan SK Ulu Kabo telah diperoleh dan sekarang hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia; (c) SK Supok, Roban; (d) SK Mudong, Roban; dan (e) SK Kalaka Central, Saratok.
Isu yang kelapan, Tuan Speaker, saya mohon supaya pihak Jabatan Tanah dan Survei meneruskan penyukatan tanah NCR di kawasan Krian dan seterusnya mengeluarkan surat hak milik menggunakan Seksyen 18 kepada tanah individu. Ini adalah untuk mengelakkan pertikaian dan juga untuk memastikan tanah-tanah tersebut mempunyai nilai komersial yang lebih baik daripada yang ada sekarang.
Tuan Speaker, sebagai pengakhiran, ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada 11 Mei yang lepas merupakan satu endorsement ke atas segala inisiatif, perancangan dan langkah-langkah positif yang telah diambil dan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, yang telah berjaya meletakkan Sarawak pada landasan yang betul sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi di Malaysia. Oleh sebab itu, marilah kita meneruskan usaha ini dan sama-sama berganding bahu menyokong apa jua inisiatif yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Premier demi Sarawak yang kita cintai ini.
Akhir sekali, sekali lagi Krian mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas ucapan perasmian yang telah disampaikan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Selamat Hari Gawai Dayak 2026, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua kepada yang akan meraikan Gawai nanti. Dan dengan ini Tuan Speaker, Krian menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, I would like to remind Ahli-ahli Yang Berhormat when debating, you debate on the subject matter when the Bill is introduced. Let’s say, the Rice and Paddy Board, it is at that time you put forward your point. You wished your areas to be included in that scheme. And when the Ministerial Motion on Ombudsman was debated, it is at that time you would speak about good governance, integrity, accountability and transparency. Those Bill or Motion had been debated and passed. You cannot reopen it under Standing Order 32(3). It is at that material time when the subject matter is discussed under the specific Bill or Motion, then you put forward the point. Not after it is all over, that Dewan has passed, voted had been made, then you talk about it, reopen it. This will contravene Standing Order 32(3).
Today being Friday, we have an early break. Dewan resumes, sitting resumes at 2:30 p.m.
(Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:26 pagi)
(Mesyuarat dimulakan pada jam 2:44 petang)
[Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, we continue the debate of the Address of the Tuan Yang Terutama Tun Governor. Yang Berhormat Pujut, silakan.
Thank you, Tuan Speaker. Thank you for giving me this opportunity to participate in the debate on the Motion of Appreciation to the Address by His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sarawak at the Opening Address First Meeting of the Fifth Session of the 19th Sarawak Legislative Assembly.
Tuan Speaker, with your kind permission, I would like to acknowledge the presence of about 20 students from Curtin University Miri who are visiting this august House for the first time today and they are now in the gallery watching us.
Tuan Speaker, firstly, I would like to commend the visionary leadership of the Gabungan Parti Sarawak (GPS) Government under the leadership of the Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Today, Sarawak is no longer merely discussing development plans — we are witnessing the real transformation taking place across Sarawak.
Tuan Speaker, one of the clearest indicators of Sarawak’s remarkable progress under the leadership of the GPS Government can be seen through the extraordinary growth of the state budget over the past decade. In 2016, Sarawak’s budget stood at approximately RM5.97 billion. Over the years, the budget steadily increased — surpassing RM10 billion in 2018, reaching RM13.6 billion in 2024, and recording a historic RM15.8 billion for the 2025 budget. For 2026, Sarawak continues to maintain a strong expansionary budget at approximately RM12.91 billion despite global economic uncertainties. This clearly demonstrates how far Sarawak has progressed within just one decade. From a state budget of below RM5 billion in 2015 to nearly RM15 billion today, Sarawak has successfully strengthened its financial position, expanded its revenue base, and increased its development capacity significantly.
Tuan Speaker, this extraordinary achievement did not happen by coincidence. It is the result of political stability, prudent financial management, disciplined governance, and strategic long-term planning consistently implemented by Sarawak Government, together with the strong trust and mandate given by the rakyat of Sarawak to the GPS Government. Because of this stability and strong public support, Sarawak today is able to focus on long-term development strategies, strengthen economic resilience, attract international investments, expand infrastructure development, and venture confidently into high-value industries such as clean energy, digital economy, aerospace, artificial intelligence and advanced technology, without being distracted by prolonged political instability and uncertainty.
Tuan Speaker, today, Sarawak is gaining increasing recognition both nationally and internationally for its progress in green and renewable energy, digital transformation, high-tech industries, and now even the aerospace sector. This transformation is timely and necessary as the global economy evolves rapidly. Sarawak must move beyond relying solely on traditional industries and instead equip the younger generation with the knowledge and skills needed to compete in a technology-driven global economy.
In this regard, I strongly welcome the emphasis placed by Tuan Yang Terutama on human capital development, STEM education, TVET and free tertiary education. For constituencies such as N.74 Pujut and the city of Miri, this direction is highly relevant and deeply meaningful. Miri is home to many young families, students, professionals, entrepreneurs and an expanding middle-class community. Increasingly, parents today are concerned not about the rising cost of education, but also whether their children will have access to quality career development opportunities in the future.
This is why initiatives such as the Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES), which commenced this year in 2026, are extremely significant to the rakyat of Sarawak. This is not merely an education policy; it is a long-term investment into the future of Sarawak. It reflects the commitment of the Sarawak Government to ensure that no capable Sarawakian child is denied the opportunity to pursue higher education because of financial hardship. These initiatives demonstrate that the Sarawak Government is not only focused on economic growth but is equally committed to developing quality human capital and creating opportunities for the next generation to succeed.
Tuan Speaker, I wish to highlight TYT’s emphasis on the importance of infrastructure development and the continuous improvement of public facilities throughout Sarawak, especially in rapidly growing urban constituencies such as N.74 Pujut. Today, the rakyat no longer want to hear promises alone — they want to see tangible improvements that directly improve their daily lives, including better roads, efficient drainage systems, upgraded public amenities, reliable public transport, cleaner surroundings and safer neighbourhoods.
In this regard, I fully agree that government agencies, local authorities and implementing bodies must continue to improve their delivery efficiency, coordination and responsiveness. Very often, the challenge is not the absence of policies, but the speed and effectiveness of implementation on the ground. Delays, poor coordination and slow responses can undermine public confidence even when good policies are introduced. Therefore, while planning remains important, what matters most to the rakyat is effective implementation and whether development genuinely improves their quality of life.
Tuan Speaker, allow me to also take this opportunity to put forward several suggestions and proposals for the consideration of this august House, particularly in relation to infrastructure development, public safety and service delivery for the benefit of the rakyat of Sarawak.
Firstly, I would like to touch on the implementation of LED street lighting projects in my constituency of N.74 Pujut. Over the past couple of years, many conventional streetlights in residential areas throughout N.74 Pujut have gradually been upgraded to LED streetlights through my RTP funding initiatives. The outcome has been very positive and encouraging. Residential areas are now significantly brighter, which has improved visibility and enhanced the sense of safety and comfort among the residents at night. In addition, the use of LED lighting has also contributed to substantial energy savings, with the electricity consumption reduced by approximately 50% as compared to the conventional street lighting systems.
This initiative not only improves the living environment for the people but also supports the government’s broader commitment towards energy efficiency, sustainability and smarter urban infrastructure development. In view of these benefits, I would like to propose that the Sarawak Government consider expanding the implementation of LED street lighting throughout the whole of Miri, and eventually across the whole of Sarawak. This initiative would not only improve public safety and visibility, but would also support Sarawak’s commitment towards energy efficiency, environmental sustainability and smart city development. In the long run, it would also help reduce operational expenditure for local authorities and utility providers.
Secondly, I would like to raise the issue of flooding, which has become increasingly serious in recent years, particularly during periods of king tide and heavy rainfall. Climate change is undoubtedly one of the major contributing factors behind this situation. Rising global temperatures have resulted in higher sea levels, more unpredictable weather patterns, and increasingly intense rainfall occurring within shorter periods of time. As a result, urban drainage systems are often unable to cope with the sudden increase in water volume, especially in low-lying coastal areas such as certain parts of Miri. During king tide periods, the situation becomes even more critical as the high sea levels reduce the effectiveness of drainage discharge systems, leading to flash floods and prolonged water stagnation in residential areas.
Therefore, I would like to request the august House to consider allocating more funds and resources to local councils and relevant agencies for flood mitigation projects, including the upgrading drainage systems, construction of flood retention facilities, river maintenance works, and the implementation of long-term climate adaptation measures. Flood mitigation should no longer be viewed merely as a seasonal issue, but as an urgent long-term infrastructure priority in view of changing climate conditions.
Tuan Speaker, I would like to touch on the recent announcement by the Federal Minister for Transport regarding the approval of approximately RM445 million under the 13th Malaysia Plan for the upgrading of the Miri Airport. This is certainly welcomed news and will play an important role in strengthening tourism, connectivity, economic activities and the overall development of Northern Sarawak. The upgrading project will further reinforce Miri’s position as a key gateway to Northern Sarawak.
Tuan Speaker, while we acknowledge and appreciate the continued allocation and approval of development projects by the Federal Government, one concern frequently raised by the rakyat is the long delay between project approval and actual implementation on the ground. In many instances, projects are announced and allocations approved, yet years later, the rakyat still do not see any visible progress. One example is the proposed upgrading project at the roundabout in front of GK Supermarket at Pujut 3, Miri, which involves upgrading the existing roundabout into a six-lane traffic light intersection. This project had already received approval several years ago due to the increasing traffic congestion in the area. However, until today, the project has yet to commence.
In this regard, I would like to propose for the consideration of this august House that Sarawak Government explore a mechanism whereby strategically or financed in advance by the Sarawak Government, with reimbursement or claims to be made from the Federal Government subsequently. This approach is similar to what has already been successfully carried out for the repair and upgrading of schools and clinics in Sarawak, where Sarawak Government took the initiative to fund the projects first in order to avoid unnecessary delays affecting the rakyat.
I believe such an approach would greatly improve project delivery efficiency, accelerate implementation timelines, and most importantly ensure that development projects promised to the people can be delivered without prolonged delays. Ultimately, the rakyat judge us not by announcements alone, but by our ability to implement and deliver tangible results effectively and efficiently.
Tuan Speaker, I would also like to raise an issue concerning the implementation of the resettlement scheme involving residents at Pujut Corner, Miri. I understand that approximately 231 households had previously received approval letters from the Land and Survey Department for the allocation of residential lots under the Skim Penempatan Semula Kampung Lusut. However, until today, many affected residents are still facing various practical difficulties and uncertainties regarding the implementation of the resettlement process.
Firstly, many residents still do not know the exact location and boundary of the lots allocated to them. Although approval letters have already been issued since August 2025, many recipients are still waiting for the Land and Survey Department to conduct proper site identification and verification on the ground.
Secondly, there are complaints that some of the allocated lots are already being occupied illegally, including the construction of structures as well as agricultural activities such as planting of vegetables and fruit trees. This has created confusion and concern among the rightful recipients.
Thirdly, some of the allocated areas still lack basic accessibility and infrastructure. In most locations, there are no proper access roads, and some areas are uneven, steep or unsuitable for immediate housing construction without further land improvement works.
Most importantly, many of the affected households come from lower income groups. Even receiving land allocation, many families simply do not have the financial capability to immediately build new houses and relocate. Tuan Speaker, therefore, I sincerely hope that the Land and Survey Department can give serious attention to this matter and strengthen the implementation process. Among the matters that may require consideration include:
(a) Expediting site verification and lot identification for recipients; (b) Resolving encroachment or overlapping occupation issues; (c) Improving basic infrastructures and accessibility to the allocated lots; and (d) Exploring suitable assistance schemes or phased support for low-income families to build their homes.
Tuan Speaker, before I conclude my debate, I would like to express my full support towards the emphasis by His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak on the importance of maintaining political stability, harmony and unity in Sarawak.
Sarawak’s strength has always been our unity in diversity, moderation in leadership, and long-term political stability. These values have not only ensured continued development and economic growth but also strengthened investor confidence in Sarawak. Investors are more willing to commit a long-term investment when there is stable leadership, consistent policies and a conducive environment for growth. Without political stability, development efforts may be disrupted, investor confidence weakened, and economic progress slowed. Therefore, it is important for all parties to continue safeguarding the harmony and stability that Sarawak is known for.
Lastly, I would like to express my sincere appreciation to the rakyat of Sarawak for their continued trust and strong mandate to the government. Sarawak’s achievements today are the result of rakyat’s choice for stability, practical development policies and long-term planning. Through this strong partnership between the government and the rakyat, Sarawak is steadily progressing towards becoming a high-income and developed region, a leader in clean energy, a competitive digital economy player, and globally recognised state in emerging industries and future technologies. With that, Tuan Speaker, I fully support the Motion of Appreciation to the Address by His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Thank you.
Thank you, Yang Berhormat Pujut. Seterusnya, can we call upon the Yang Berhormat Tanjong Datu, a young voice. Silakan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera.
Thank you Tuan Speaker for, I think, stating my age here, sik juak lah mudak ney, dah 30 lebih juak dah umor tok... (Laughter)... Thank you, Tuan Speaker, for allowing me to debate on the Motion of Appreciation to the Speech from His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
This speech presents a brave, forward-looking for Sarawak, combining visions of high-tech industry with grassroots socio-economic development. It sees the region as not only just a participant in the Malaysian economy but a sovereign minded leader in the green energy and aerospace sectors. Furthermore, it outlines a bold future forward roadmap for Sarawak. The Address focuses mainly on dealing with global volatility by stepping up investments in the Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) and I have identified among five key pillars:
(a) The green and high-tech frontier namely creating a regional hub for clean energy, hydro, solar, and hydrogen, and exploring the aerospace sector namely satellite technology, drone manufacturing and aircraft maintenance for Sarawak;
(b) Digital and connectivity revolution such as launching of AirBorneo, the Autonomous Rapid Transit (ART), and advocating for Data Sovereignty to ensure price stability and regional access; (c) Human capital investment which will see with a historic commitment to the free tertiary education in STEM, medicine and law in state-owned institutions from 2026;
(d) Rural empowerment which is bridging the urban and rural divide with massive infrastructure projects, coastal roads, and bridges, particularly Jambatan Rambungan in my area, and revolutionising agriculture through smart farming and other modern methods; and
(e) Last but not least, the social safety nets. We are getting ready for an ageing society by 2028 with inclusive infrastructure and strong governance.
Tuan Speaker, two days ago, we have debated on the Sarawak Padi and Rice Board Bill, 2026. And I would like to congratulate all my fellow backbenchers to get this Bill passed. This landmark legislation represents a strategic pivot towards food sovereignty and aiming to reduce Sarawak’s dependency on imported rice, and federal-led initiatives that have historically struggled to meet local needs. I’m sure this is a welcoming news for my constituent staying in the area of Tanjung Purun as they will see a more systematic approach in developing the paddy area in that region.
Tuan Speaker, still in this topic of agriculture, saya hendak menyentuh sedikit isu yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan saya dan mungkin juga di kawasan-kawasan lain iaitu isu dividen ataupun pulangan kepada peserta-peserta FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority). Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2/2025 yang dibentangkan pada bulan Julai 2025, terdapat beberapa dapatan kritikal dan ketidakteraturan serius yang melibatkan FELCRA Berhad. Laporan ini memberikan gambaran yang agak membimbangkan mengenai tadbir urus syarikat tersebut terutama sekali di dalam aspek perolehan. Audit juga sering menekankan ketidakcekapan di dalam pengurusan aktiviti perladangan, di antaranya:
(a) Kegagalan mematuhi jadual pembajaan dan pusingan penuaian; (b) Isu tenaga kerja asing yang tinggal melebihi tempoh sah laku; dan (c) Ketidakupayaan mencapai sasaran pengurangan kos pentadbiran.
Dan pada Mac 2026, FELCRA Berhad telah mengumumkan agihan keuntungan yang sangat memberansangkan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2025. Antaranya adalah:
(a) Kadar dividen yang telah ditetapkan pada 15% bagi Koperasi Peserta FELCRA; dan (b) Jumlah agihan akhir sebanyak RM302.9 juta yang dibayar kepada 71,680 peserta di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, di sebalik angka jutaan ringgit tersebut, peserta di Sarawak sering kali menyuarakan rasa tidak puas hati kerana jumlah dividen bersih yang diterima kadang-kadang sangat kecil. Antara punca utamanya adalah:
(a) Potongan hutang pembangunan iaitu banyak projek FELCRA di Sarawak masih berada di dalam fasa membayar balik kos pembangunan ladang yang tinggi dan dividen yang sepatutnya besar menjadi kecil selepas ditolak hutang tersebut;
(b) Skala projek kecil dan bertaburan. Perkara ini pernah dibahaskan di parlimen oleh Ahli Parlimen Igan iaitu Yang Berhormat Ahmad Johnie Zawawi yang pernah membangkitkan isu projek yang bersaiz di bawah 50 hektar dan bertaburan. Dan ini menyukarkan pengurusan kos dari segi logistik dan juga sistem pengairan dan mengurangkan margin keuntungan;
(c) Terdapat laporan daripada peserta contohnya di kawasan Sibu yang mendakwa mereka hanya menerima dividen beberapa kali sahaja dalam tempoh puluhan tahun operasi yang menimbulkan persoalan tentang kecekapan tadbir urus ladang; dan
(d) Peserta-peserta FELCRA ini selalunya ataupun tidak terus diberikan penyata akaun dan tidak tahu di mana perginya keuntungan ataupun kerugian daripada ladang masing-masing.
Tuan Speaker, memandangkan Sarawak sedang memaju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 ini yang menekankan kepada pertanian moden, isu FELCRA ini menjadi satu isu yang boleh dikatakan amat kritikal. Antara langkah-langkah yang kita boleh buat adalah dengan:
(a) Penyatuan tanah, iaitu memastikan tanah NCR ataupun Native Customary Rights ini diurus dengan lebih produktif tanpa pencerobohan;
(b) Memperbaiki sistem pengairan di kawasan sawah dan ladang yang bermasalah;
(c) Menyalurkan agihan interim dan bulanan untuk membantu aliran tunai peserta; dan
(d) Pemantauan rapi dan berjanji untuk mengurangkan ketirisan pengurusan melalui audit yang lebih ketat pada tahun-tahun yang mendatang.
Secara ringkasnya isu dividen di Sarawak ini bukan semata-mata kerana FELCRA tidak untung tetapi kerana struktur kos dan hutang lama yang membelenggu pembangunan di ladang-ladang tersebut. Bagi Sarawak yang bercita-cita untuk menjadi pusat pertanian yang berteknologi tinggi, isu model pengurusan tanah seperti ini perlulah dirombak agar keuntungan syarikat selari dengan kemakmuran poket rakyat di luar bandar.
Pembangunan Sukan
Tuan Speaker, ingin saya beralih kepada isu ataupun topik pembangunan sukan. Sarawak pada masa kini sememangnya dikenali sebagai the Sports Powerhouse in Malaysia. Oleh itu, sudah tentu kita hendak melihat pembangunan sukan ini sentiasa diberikan perhatian yang tinggi. Dan pada masa yang sama, saya juga bersama rakyat Sarawak yang lain hendak melihat Sarawak sekali lagi menjadi juara pada SUKMA tahun 2026 ini yang diadakan … (Applause)… di negeri Selangor. We are all behind the Sarawak team to ensure a back-to-back overall champion in SUKMA 2026.
Tuan Speaker, kita telah banyak melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa. Oleh itu, pembangunan di peringkat akar umbi haruslah dipertingkatkan dengan lebih giat lagi. Antara cadangan yang pernah saya ajukan di dalam Dewan ini pada persidangan yang lepas adalah untuk kita mewujudkan sebuah sekolah sukan yang setaraf dengan sekolah sukan di Bukit Jalil dan juga di Bandar Penawar di Johor. Jika kita lihat lokaliti di antara Kompleks Sukan di Petra Jaya dengan Yayasan Sarawak International School, tidak mustahil sekiranya Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) boleh bekerjasama dengan Yayasan Sarawak di mana atlet-atlet ini disekolahkan di sekolah tersebut dan pada masa yang sama boleh menjalankan latihan di Kompleks Sukan di Petra Jaya. Ini dapat memberikan para atlet pendidikan bertaraf antarabangsa serta pada masa yang sama boleh mengharumkan nama negeri di dalam bidang sukan dan saya pasti pihak SSC dan Yayasan Sarawak serta kementerian yang berkaitan boleh mencadangkan modul pembelajaran yang khas kepada atlet-atlet kita.
Tuan Speaker, sukan pelayaran juga merupakan salah satu sukan yang membuahkan banyak hasil dan menyumbangkan kepada pingat-pingat untuk negeri Sarawak di kejohanan SUKMA mahupun di Sukan SEA. Daerah Lundu dan Sematan amat terkenal dengan pantainya yang luas dan lautnya yang tenang dan pada pendapat saya, ia merupakan antara lokasi yang strategik dan sesuai untuk dipertimbangkan sebagai salah satu lagi pusat latihan kecemerlangan bagi sukan pelayaran. Saya berharap, agar pihak SSC boleh mempertimbangkan cadangan ini. Dan yang ketiga, Tuan Speaker, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) mengenai status terkini kerja-kerja baik pulih serta naik taraf fasiliti-fasiliti sukan yang terlibat di dalam Sukan SEA 2027 dan apakah tahap kesiapsiagaan Jawatankuasa SEA Games kluster Sarawak di dalam memastikan kelancaran sukan ini kelak? Tuan Speaker, ingin saya menyentuh sedikit mengenai isu-isu di kawasan saya sendiri. Saya ingin berterima kasih dengan pihak kerajaan di mana di bawah projek RMK-12 yang lepas, Projek Rakyat dan juga projek GKCDA dalam melaksanakan projek-projek infrastruktur yang telah dan sedang giat dijalankan di kawasan saya. Boleh dikatakan bahawa DUN N.3 Tanjong Datu telah mencapai sebanyak 85% connectivity ataupun perhubungan jalan raya. Walau bagaimanapun, saya ingin melihat lagi penambahan-penambahan jalan pertanian di kawasan saya, terutama sekali di kawasan-kawasan baru seperti Kuala Bandang dan Telok Nibong dan juga Kampung Matang Terap. Kampung Sungai Limo dan Sungai Langgir di zon Sampadi dan juga di zon Sematan terutamanya Kampung Sebat Dayak, Siru Dayak, Kampung Pueh dan Kampung Pueh Kenek. Jalan pertanian ini boleh membuka akses kepada tanah-tanah penduduk kampung yang sebelum ini hanya dapat dilalui dengan jalan-jalan tanah yang kecil serta sempit.
Bagi zon Sampadi pula, saya juga ingin mencadangkan untuk pihak kerajaan mempertimbangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk membina sebuah kawasan marina yang boleh ditempatkan di kawasan bersebelahan di mana Jambatan Rambungan berada sekarang. Marina yang berkonsepkan tempat penyimpanan bot dan pusat aktiviti komuniti ini dapat merancakkan lagi aktiviti di zon Sampadi dan pada masa yang sama dapat menarik pelancong tempatan mahupun antarabangsa yang berminat di dalam bidang memancing sungai ataupun laut dalam.
Tuan Speaker, saya juga berpendapat bahawa sebuah jalan persisir daripada Sematan ke Telok Melano juga boleh dipertimbangkan sebagai salah satu jalan perhubungan dan jalan akses kepada pemilik-pemilik tanah bergeran yang kebanyakannya terletak di persisir pantai. Ini disebabkan tanah-tanah di persisir pantai ini, sekiranya diakses melalui Jalan Pan Borneo yang sedia ada, mereka terpaksa merentasi atau melalui taman negara. Sememangnya kita sedia maklum bahawa taman negara ini tidak boleh direntas dan dicerobohi. Saya percaya bahawa jaringan jalan ini sekiranya siap, boleh dijadikan tarikan pelancong untuk dijadikan road trip seperti contoh, the Atlantic Highway A39 yang menghubungkan Pekan Devon and Cornwall di United Kingdom.
Tuan Speaker, saya turut berterima kasih dan amat menghargai usaha Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di bawah kepimpinan ADUN N.27 Sebuyau di dalam meningkatkan pencapaian telco di seluruh Sarawak. Walau bagaimanapun, melalui aduan yang saya sering terima, saya mendapati bahawa masalah pencapaian ini belum selesai sepenuhnya. Salah satu kekurangan yang saya lihat adalah sistem amaran awal yang tidak ada di dalam polisi syarikat-syarikat telco ini. Ia berbeza dengan agensi air dan elektrik, di mana masyarakat umum boleh mengetahui bila bekalan ini akan terganggu dan mereka akan bersedia. Oleh yang sedemikian, keadaan ini merumitkan keadaan masyarakat di kawasan sekiranya mereka perlu menghubungi sesiapa untuk hal-hal kecemasan ataupun isu-isu penting yang lain. Saya juga berharap kita boleh mempertingkatkan liputan serta menambahkan lebih banyak tower di bawah Projek Jendela II dan hopefully one day Sarawak can be considered to be given the authority to manage the spectrum by the Federal Government especially by the Ministry of Communication.
Selain itu, saya juga turut memohon kepada service provider seperti Celcom, Maxis dan UMobile untuk menambah lagi coverage di kawasan-kawasan seperti Pekan Lundu dan Sematan, di mana tempat ini cepat membangun di kawasan selatan negeri Sarawak. Sekali lagi, saya berharap pihak MCMC dapat melihat perkara ini dengan lebih mendalam dan mencari solusi untuk jangka masa yang panjang demi kesejahteraan masyarakat secara amnya.
Tuan Speaker, dengan itu, inilah sedikit sebanyak yang saya rasa perlu diperlihatkan di kawasan N.3 Tanjong Datu. In closing, I would like to once again congratulate Tuan Yang Terutama Tun di dalam memberi the Royal Address earlier this week and this speech is a masterclass in regional branding. By framing Sarawak as a region rather than a state and focusing on sectors like aerospace and hydrogen, the leadership is attempting to decouple Sarawak’s economic fate from national fluctuations. However, the real test isn’t in the launching of satellites or airlines, it’s in the maintenance. If the sense of urgency doesn’t reach the district level civil servants, the gap between the digital economy and rural reality will only widen. The success of this plan hinges entirely on the sense of urgency once again mentioned in the closing and if the bureaucracy moves slower than the technology, the 2030 goals will remain on paper.
With this closing remark, I would like to wish, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua masyarakat Muslim yang akan menyambut pada penghujung bulan ini. Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua masyarakat Dayak yang akan menyambut perayaan ini dan juga Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negeri kita. Sekian, terima kasih, dengan itu saya menyokong, Tuan Speaker. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Datu. Seterusnya, Yang Berhormat Serembu, please. Silakan.
Salam Sejahtera, Salam Sarawak Maju dan Makmur dan Salam Perpaduan, Segulai Sejalai. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar atas ucapan penuh bermakna sempena pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Ucapan TYT bukan sahaja, mencerminkan aspirasi besar Kerajaan Sarawak, malah menjadi panduan penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan rakyat Sarawak akan terus diperkasakan.
Sesungguhnya, kestabilan politik yang dinikmati oleh Sarawak hari ini telah membolehkan Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar progresif demi kepentingan rakyat. Kejayaan ini tidak datang secara kebetulan tetapi hasil kepimpinan yang berwawasan, berpandangan jauh serta kerja berpasukan yang tinggi yang dibawa dan diterapkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, pemimpin unggul kesayangan warga Sarawak.
Kita juga menyambut baik penekanan terhadap usaha meningkatkan ekonomi negeri melalui sektor strategik seperti memperkukuhkan agenda tenaga bersih dan hijau, kesinambungan pembangunan luar bandar, pertanian moden dan pembangunan industri hiliran serta pembangunan modal insan dalam terus membawa Sarawak ke tahap kerancakan pembangunan yang memberi manfaat kepada semua rakyat. Kesemua agenda ini amat penting bagi memastikan Sarawak akan terus kekal berdaya saing dan mampu berdiri sebagai sebuah wilayah maju menjelang 2030.
Tuan Speaker, sebagai wakil rakyat, kita memikul amanah besar untuk memastikan segala dasar dan perancangan yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat secara keseluruhan. Di kesempatan inilah, saya membawa beberapa isu-isu yang menjadi persoalan yang perlu dijawab dan diperjelaskan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan.
Yang pertama, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai isu pengukuran tanah-tanah NCR yang sehingga kini masih menjadi antara perkara yang paling dekat di hati rakyat, khususnya masyarakat Bidayuh dan juga bumiputera lain terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar berkaitan pengukuran tanah NCR, namun realitinya di banyak kawasan Bidayuh di Bau, Padawan dan Serian, proses tersebut masih dilihat terlalu perlahan, tidak menyeluruh dan belum mencapai tahap yang diharapkan oleh rakyat. Seringkali isu ini menjadi beban besar kepada kami wakil rakyat yang seolah-olah tidak bertindak dan melakukan apa yang perlu dalam membawa isu ini ke peringkat pentadbiran yang lebih tinggi. Hakikatnya, ramai penduduk kampung masih menunggu bertahun-tahun untuk proses pengukuran selesai walaupun permohonan telah lama dikemukakan.
Ada kawasan yang telah dikenal pasti, ada yang telah dipetakan secara awal tetapi proses seterusnya mengambil masa yang terlalu panjang sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pemilik tanah-tanah NCR ini. Apa yang menjadi persoalan rakyat hari ini ialah mengapa proses pengukuran oleh Jabatan Tanah dan Survei dilihat jauh lebih perlahan jika dibandingkan dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak DBNA dalam beberapa inisiatif pengukuran dan pemasangan peg sempadan yang telah dilaksanakan di banyak kawasan dan kampung-kampung Bidayuh. Proses seterusnya ialah untuk pihak Jabatan Tanah dan Survei untuk masuk, mengukur dan memeta berdasarkan dokumentasi DBNA yang telah dilaksanakan terdahulu dan mengakui persempadanan antara tuan-tuan tanah adalah sah.
Tuan Speaker, kelewatan ini memberi implikasi besar kepada rakyat. Tanpa geran atau pengiktirafan rasmi, penduduk sukar untuk mendapatkan pinjaman pertanian, sukar membangunkan tanah secara komersial dan berdepan ketidakpastian hak milik mereka sendiri. Perkara ini amat penting kerana tanah NCR bukan sekadar aset ekonomi semata-mata dan bagi kebanyakkan kita, tanah adalah warisan turun-temurun, identiti komuniti dan lambang kesinambungan budaya serta adat resam. Rakyat bukan meminta sesuatu yang baharu, mereka hanya mahu hak yang diwarisi turun-temurun diberikan pengiktirafan sewajarnya secara cepat, adil dan telus.
Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan satu lagi perkara yang sering menjadi rungutan kami sebagai wakil rakyat serta agensi pelaksana pembangunan di peringkat akar umbi, iaitu kelewatan proses kelulusan teknikal dan penyelarasan projek pembangunan wilayah yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Walaupun Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak telah berkali-kali menegaskan supaya semua projek pembangunan dipercepatkan pelaksanaannya, namun di peringkat pelaksanaan masih wujud pelbagai kelewatan prosedur yang akhirnya menjejaskan keberkesanan projek serta keyakinan rakyat.
Kita dapat melihat banyak projek di bawah agensi pembangunan wilayah seperti GKCDA, HDA, URDA dan lain-lain menghadapi kelewatan bukan kerana kekurangan peruntukan, tetapi akibat proses kelulusan yang terlalu perlahan, khususnya melibatkan urusan siting, semakan teknikal oleh agensi teknikal, pengesahan status tanah dan pengambilan tanah, utiliti, kelulusan alam sekitar serta koordinasi antara jabatan. Antara agensi yang sering dikaitkan dengan kelewatan ini ialah Jabatan Tanah dan Survei, ESPA, SBDC serta beberapa agensi teknikal lain yang terlibat secara langsung dalam proses kelulusan awal projek. Kita harus akui bahawa setiap projek pembangunan mempunyai prosedur dan piawaian yang perlu dipatuhi. Namun dalam keadaan hari ini, rakyat mahu melihat budaya kerja yang lebih pantas, responsif dan berorientasikan penyelesaian. Apa gunanya pengumuman projek dibuat begitu dengan begitu gah, jika akhirnya projek tertangguh bertahun-tahun hanya kerana proses kelulusan meja ke meja yang mengambil masa terlalu panjang. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan rakyat, malah memberi imej kurang baik kepada kerajaan kerana bagi rakyat, siapnya projek menggambarkan kerajaan yang efisien.
Tuan Speaker, yang ketiga dalam usaha kita memastikan Sarawak terus maju dan berdaya saing dalam masa hadapan, saya ingin menyentuh mengenai keperluan memperluaskan konsep digital classroom khususnya di sekolah-sekolah rendah luar bandar sebagai satu pelaburan besar untuk melahirkan generasi celik teknologi dan berkemahiran tinggi. Hari ini dunia sedang bergerak pantas ke arah ekonomi digital, automasi, kecerdasan buatan atau AI, robotic dan teknologi pintar. Maka, asas pendidikan anak-anak kita juga mesti berubah mengikut keperluan zaman. Justeru, pengenalan konsep digital classroom amat penting terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar agar jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar dapat dikurangkan. Melalui konsep digital classroom, proses pembelajaran menjadi lebih interaktif, menarik dan mudah difahami. Murid bukan sekadar membaca buku teks tetapi dapat melihat simulasi sains, pembelajaran visual, eksperimen digital dan aplikasi teknologi secara langsung.
Saya berpandangan bahawa konsep digital classroom ini wajar diberi keutamaan segera demi masa depan pendidikan anak-anak Sarawak khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun, jika pelaksanaannya di peringkat persekutuan masih bergerak perlahan atau tiada kelancaran langsung, maka, saya percaya Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak boleh tampil menerajui inisiatif ini secara lebih agresif dan tersusun. Sarawak hari ini mempunyai kemampuan kewangan, visi pembangunan yang jelas serta komitmen politik yang jelas dalam memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan. Oleh itu, tidak mustahil untuk Sarawak menjadi peneraju utama pendidikan digital luar bandar di Malaysia.
Tuan Speaker, yang keempat, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sarawak mempertimbangkan penubuhan sebuah entiti khusus yang dikenali sebagai Sarawak Livestock Industry Board seperti yang telah diperkatakan oleh rakan saya daripada Tebedu juga bagi menerajui pembangunan industri ternakan secara lebih tersusun, moden dan berskala besar di Sarawak. Penubuhan lembaga ini amat signifikan dan tepat pada masanya memandangkan Sarawak masih berdepan dengan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap import daging lembu, kambing serta produk ternakan dari luar negara. Dalam dunia yang semakin tidak menentu dari segi keselamatan makanan, kenaikan kos import dan gangguan rantaian bekalan global; Sarawak perlu mempunyai strategi jangka panjang yang lebih agresif untuk membangunkan industri ternakan sendiri.
Kita mempunyai tanah yang luas, sumber semula jadi mencukupi dan potensi besar untuk membangunkan industri ruminan seperti lembu, kerbau dan kambing secara komersial. Namun, sehingga hari ini pembangunan industri ternakan masih bergerak secara berpecah-pecah tanpa sebuah entiti khusus yang benar-benar fokus membangunkan keseluruhan ekosistem industri. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak ataupun (DVSS) pada masa ini lebih tertumpu kepada fungsi regulatori, contohnya kawalan penyakit ternakan, pensijilan ladang-ladang ternakan, penguatkuasaan undang-undang, rabies, biosecurity dan kawalan import. Maka, Tuan Speaker, kita memerlukan sebuah lembaga pembangunan yang lebih fokus kepada aspek ekonomi, pelaburan dan pembangunan industri ternakan secara menyeluruh.
Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian kerajaan mengenai potensi besar industri penanaman kopi di kawasan DUN Serembu, khususnya di kawasan Tringgus, Krokong dan Gumbang yang sememangnya mempunyai sejarah panjang serta kesesuaian tanah dan cuaca untuk pengeluaran kopi liberica yang berkualiti tinggi. Hari ini, kita dapat melihat semakin ramai pekebun kecil mula kembali memberi perhatian kepada tanaman kopi sebagai sumber pendapatan baharu, selari dengan peningkatan permintaan terhadap kopi tempatan dan produk kopi premium.
Untuk makluman Tuan Speaker, keseluruhan kawasan penanaman kopi di DUN Serembu buat masa ini telah ditanam dengan lebih dari 75,000 pokok kopi liberica. Namun demikian, untuk memastikan industri ini benar-benar mampu berkembang secara komersial dan berdaya saing, para penanam kopi memerlukan sokongan yang lebih menyeluruh daripada pihak kerajaan. Antara keperluan paling utama yang sering dibangkitkan oleh pekebun kopi ialah bantuan subsidi baja bagi membantu para pekebun kopi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman mereka. Pemberian subsidi baja secara bersasar amat penting bagi membantu para pekebun meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka. Kita mahu melihat petani kopi luar bandar bukan sekadar mampu menampung kehidupan keluarga tetapi juga berjaya menjadi usahawan pertanian moden yang mampu menjana ekonomi komuniti setempat.
Tuan Speaker, yang keenam, saya juga ingin menyentuh mengenai keperluan mendesak untuk mempertingkatkan serta memperbanyak kemudahan stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Sarawak sebagai langkah strategik menyokong peralihan kepada penggunaan teknologi pengangkutan yang lebih moden, mesra alam dan ekonomi. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu hari ini, termasuk turun naik harga minyak global akibat konflik geopolitik dan ketegangan antarabangsa, penggunaan EV sebenarnya boleh menjadi satu alternatif penting kepada rakyat.
Hari ini, penggunaan kenderaan EV semakin berkembang di seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun antara kebimbangan utama pengguna di Sarawak ialah kekurangan rangkaian stesen pengecas khususnya di kawasan luar bandar dan laluan antara bandar adalah jauh. Keadaan ini menyebabkan ramai pengguna masih kurang yakin untuk memiliki kenderaan EV walaupun mereka berminat terhadap teknologi tersebut. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Sarawak bersama agensi berkaitan sektor swasta mempercepat beberapa langkah berikut:
(a) Menambah stesen EV di sepanjang laluan Pan Borneo; (b) Menyediakan kemudahan pengecas di pekan kecil dan luar bandar; (c) Menggalakkan pemasangan pengecas di pusat-pusat beli-belah, hotel dan stesen minyak; (d) Memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta yang membangunkan infrastruktur EV; (e) Memperkenalkan pelan pembangunan rangkaian EV Sarawak secara menyeruruh; dan (f) Mengintegrasikan penggunaan tenaga hijau dalam pembangunan stesen pengecas.
Tuan Speaker, yang ketujuh, saya mencadangkan penubuhan satu pusat penjagaan warga emas atau Geriatic Care Centre di daerah Bau yang pada saya amat relevan dan bertepatan dengan keperluan semasa masyarakat, khususnya apabila jumlah warga emas semakin meningkat serta perubahan struktur keluarga yang menyebabkan anak-anak bekerja di bandar dan tidak dapat menjaga ibu bapa mereka sepenuh masa.
Cadangan ini juga mampu membuka peluang ekonomi dan pekerjaan kepada golongan wanita B40 melalui latihan serta penyediaan perkhidmatan penjagaan profesional yang lebih diyakini, tersusun dan berperikemanusiaan. Rasional di sebalik idea ini adalah bahawasanya di daerah Bau dan mungkin juga di seluruh Sarawak, berlaku peningkatan mendadak populasi warga emas. Rasionalnya:
(a) Bau dan sekitarnya mempunyai ramai penduduk berumur yang memerlukan penjagaan harian, pemantauan kesihatan dan sokongan emosi;
(b) Kekurangan pusat penjagaan khususnya di kawasan luar bandar dan kebanyakan pusat penjagaan warga emas ini tertumpu di kawasan bandar. Dengan adanya pusat seperti ini, warga-warga emas luar bandar mampu untuk mendapatkan perkhidmatan berkualiti dan mampu milik;
(c) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan wanita B40 wanita daripada keluarga berpendapatan rendah boleh dilatih sebagai penjaga warga emas, pembantu jururawat komuniti, pengendali fisioterapi ringan, di samping menjadi penyedia makanan dan mengurus urusan harian warga emas di pusat tersebut; dan
(d) Meningkatkan keyakinan keluarga dengan latihan dan pensijilan yang sesuai, keluarga akan lebih yakin menghantar ibu bapa mereka ke pusat penjagaan yang selamat dan profesional.
Pusat seperti ini merupakan satu pendekatan untuk menjaga komuniti sambil membina ekonomi rakyat, selaras dengan aspirasi pembangunan inklusif dan masyarakat penyayang di Sarawak. Pada kesempatan ini juga saya mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti mempertimbangkan satu mekanisme khas bagi menyediakan dan menyalurkan dana bantuan tahunan kepada NGO-NGO wanita di seluruh Sarawak dalam usaha memperkasakan peranan wanita sebagai penggerak pembangunan komuniti, ekonomi dan kesejahteraan sosial. Dengan sokongan dana yang tersusun dan berterusan daripada kementerian, NGO wanita di seluruh Sarawak akan lebih berupaya melaksanakan pelbagai program berkualiti demi manfaat rakyat, khususnya golongan wanita, kanak-kanak, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.
Tuan Speaker, sebelum mengakhiri perbahasan, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas segala usaha dan perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Sesungguhnya, rakyat menaruh harapan besar agar Sarawak terus maju bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi keadilan pembangunan, peluang pendidikan dan kesejahteraan sosial untuk semua lapisan masyarakat. Akhir kata, Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik dan Selamat Hari Jururawat buat misi-misi walau di mana-mana juga berada. Kepada seluruh umat Islam, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga sambutan ini membawa pengertian pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan dalam masyarakat kita. Selamat Hari Gawai Dayak, Sramat Onu Gawea, buat semua masyarakat Dayak. Semoga sambutan Gawai tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan, hasil tuaian yang baik serta terus mengeratkan perpaduan dan keharmonian rakyat. Dengan ini, saya menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Serembu. Seterusnya, saya memanggil Yang Berhormat Batu Lintang. Silakan.
Thank you, Tuan Speaker. Thank you for giving me this opportunity to participate in this debate to express my support on a Motion of Thanks to His Excellency the Governor’s Address in this august House delivered on 11th May 2026.
Tuan Speaker, what Sarawak is today, what Sarawak is undergoing, what we Sarawakians are experiencing and what Sarawakians are enjoying, I can only say that the present moment of Sarawak is an unimaginable future. This year, we have kicked off the Free Tertiary Education Scheme (FTES), this year. Yang Berhormat Datuk Deputy Minister for Education, Innovation and Talent Development (Higher Education and Innovation) had disclosed in this august House on the second day of our current sitting that this year, 4,694 students from four higher education institutions in Sarawak were offered this free education. We are not to forget that contribution of Sarawak Skills and CENTEXS as well, which have provided free tuitions and stipends to students and trainees who have chosen their programmes and benefitted from them.
Through the various industry-led upskilling programmes implemented and ongoing, Sarawak Skills had trained 2,170 participants through their Digital Economy Track, Green Energy Track, Oil & Gas Track, Heavy Industry Track and the Construction and Infrastructural Track. On the other hand, from CENTEXS, a total of 10,415 trainees had graduated from the following sectors: Oil & Gas, Energy, welding and manufacturing, aerospace, telecommunication, digital technology, semiconductor and electronics, data centre, agriculture, creative media, Internet of Things (IoT), and artificial intelligence. All these efforts, giving opportunities and incentives for education and training for our Sarawakian students, particularly in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) fields, are expected to strengthen the future talent pipelines and contribute skilled manpower through strategic industries in support of Sarawak’s economic development agenda and PCDS 2030 aspirations.
The opportunities for FTES Sarawak Skills and CENTEXS through which our younger generation received their tertiary education, training and upskilling, are at no cost for the families. Conversely, most of them are and will receive stipends when they are studying and are undergoing training. All these are savings for the families and parents particularly who otherwise may or would have to exhaust their savings, sell their properties or mortgage their land and properties to pay for their children’s tertiary education, training and upskilling. The FTES etc, together with the Senior Citizens Health Benefits, SKAS, Free School Bus project etc, just to name a few, are all initiatives by the Sarawak government to bring direct benefits to our Sarawakian homes. In addition, the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund, the building of bridges and road by the Sarawak government to connect all the rural areas that will ensure sustainable development for the benefit of all Sarawakian families in the future.
Tuan Speaker, owing to the war and resultant crisis and uncertainties in the Middle East, the world is in turmoil due to soaring oil and gas prices and market volatility. Greenpeace has correctly articulated the crisis, that when the global economy is dependent on a centralized combustible resource, missiles do more than just cut off power or disrupt shipping. They rock the very foundation of global stability. We know it, Malaysia is suffering from it. Therefore, renewable, sustainable energy sources, such as hydropower, solar, wind and geothermal and hydrogen, of course, are now increasingly viewed as crucial tools to reduce the risk of war by weakening the geopolitical, economic, and security tensions driven by reliance on fossil fuels. That’s why all countries are accelerating the transition to domestically generated renewable clean energy which are seen as offering the most sustainable and resilient long-term hedge against geopolitical risks and volatile fossil fuel prices, creating an urgent need for structural policy shifts.
This includes Europe. The arm conflict in Ukraine and ongoing tensions in the Middle East have forced European families to switch to solar and heat pumps to avoid being held hostage by global fossil fuel prices, turning their homes into independent power stations. Reportedly, Europe is said to have saved up to €12 billion post-2022 from reducing its gas demand by about 90 terabyte hours by adding 50 terabyte hours of wind and solar generation. Renewable and sustainable energy production are, therefore, no longer just about carbon emissions and climate targets but are now seen as crucial for a country’s resilience, sovereignty, independence and defense. It is about security and survival. Indeed, renewable-led transition is a path toward vital protection and economic security because renewables are the best and much needed way to build energy systems that are as resilient as the people who rely on them.
During conflicts, supply chains inevitably collapse. A country that produces its own power from its own sun, wind and rivers cannot be held hostage by disrupted shipping lanes or volatile oil markets. With renewables, we safeguard our economics sovereignty. As prices soar, nations relying on imported fuels face crippling inflation. Transitioning to local renewables acts as a “hedge” against war driven shocks, keeping costs predictable for families when they are most vulnerable.
The Sarawak Government, with our able Right Honourable Premier at it whelm, was the first to see this coming. Through the Sarawak Energy Transition Policy (SET-P), our Post COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030), the Sarawak Sustainability Blueprint 2030 and Sarawak Hydrogen Economy Roadmap (SHER) 2025, and more, Sarawak has developed her own comprehensive transition strategy, positioning Sarawak as a regional renewable energy powerhouse, targeting a 60% renewable energy capacity mix by 2030 with a strong focus on hydropower, solar and green hydrogen.
I am proud to play a role and be a part of this project to make Sarawak resilient, sovereign, independent and secured. The future for Sarawak is bright, but we cannot achieve all our aspirations overnight. We will need to work hard and harder, but we can certainly do it. Indeed, all Sarawakians can tell our future generations that we are proud that Sarawak has undergone changes and transformation and we have our achievements, improving the life and livelihood of all Sarawakians.
Tuan Speaker, indeed, our present moment may be or used to be the unimaginable future. But Sarawak’s future is not written. Sarawak’s future is ours to create. It’s for all Sarawakians to work hard to create. Let us get to work together. Thank you, Tuan Speaker.
Terima kasih. Thank you, Yang Berhormat Batu Lintang. I have on record Yang Berhormat Bukit Begunan and Batu Danau on my list. Is there any other Yang Berhormat who wish to speak after them? It seems that we have two more, alright. Dipersilakan, Yang Berhormat Bukit Begunan. Silakan.
Thank you, Tuan Speaker. Thank you very much for giving me the opportunity to participate in the debate on the Motion of Appreciation on the Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak’s Opening Address during the First Meeting of the Fifth Session Nineteenth Sarawak State Legislative Assembly Meeting.
But foremost, and along with the other Honourable Members of this august House, I would like to congratulate Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak to Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar on being awarded the Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan by the Universiti Tun Razak in conjunction with the university’s 24th convocation on the 13th of December 2025. Similarly, Tuan Speaker, tahniah to the Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, who is the Dewan Undangan Negeri for N.26 Gedong on re-appointment as a Pro-Chancellor of Universiti Malaysia Sarawak on the 13th of March 2026.
Tuan Speaker, in his Address, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri touched on matters of importance and concerned affecting Sarawak and its people. This shows Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri is well informed on Sarawak development agenda. At the same time, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri also acknowledged the tremendous achievements under the visionary of leadership of Yang Amat Berhormat Premier.
Tuan Speaker, Sarawak enjoyed strong credit rating of A3 (triple three) by the international rating agency that is Moody Rating Agency in a manner by standard and poor global both carrying stable outlook. A3 rating is the prime of the highest-grade rating by any global rating agency.
Tuan Speaker, we may ask why the need to be rated by global rating agency? So, in my opinion, rating by global rating agency is important since assessment is definitely vigorous covered all aspects such as the overall financial standing, governance and economic standing of a country and not many countries in the world would want their economy subject to the scrutiny of the rating agency. Rating by reputable independent international rating agency, will not only boost Sarawak’s image, but will set universally recognized benchmark of creditworthiness that could also unlock deep international capital market.
A sovereign rating will open doors to foreign direct investments and international bond markets. Favourable rating will validate good governance, global recognition of solid financial position, reinforced large international corporation confidence towards the country. Another thing is, Tuan Speaker, foreign countries will be more confidence in dealing and investing in Sarawak. So, to sum up, Tuan Speaker, scrutiny by international credit rating agency is akin to passing international examination with flying colours. This is made possible because of the outstanding economic performances in Sarawak visionary leader under Yang Amat Berhormat Premier, Abang Jo. Thank you, Yang Amat Berhormat Premier. Sarawakian are proud of your leadership and the achievements thus far. For the information of this august House, no states in West Malaysia are rated by international credit rating agencies and Sarawak are the only region in the entire country that actively maintain standalone international credit rating.
Tuan Speaker, on agriculture, I must acknowledge the effort made by the government in particular the ministry to modernize the agriculture sector through the use of mechanization and application of internet of thing; to increase efficiency and productivity. Hopefully the younger generation will be attracted to the programme particularly in food production and related downstream activity. As we all aware of, the younger generation tends to shy away from the agriculture activities. So, Tuan Speaker, to create awareness and cultivate interest in agriculture sector, in my opinion is through education. If I recalled well, Tuan Speaker, in the olden days, at secondary school, there was a subject called husbandry. Those who are interested in agriculture activity have the privilege to take this subject and it is a hands-on program or subject.
So, Tuan Speaker, currently there is a program at secondary school level called Program Vokasional Menengah Atas or what they called PVMA. In Sarawak, the program is offered at 21 selected secondary schools and one of the schools selected for the program is SMK Melugu in Sri Aman. I was informed all subjects are related to agriculture activity. Students are taught modern farming such as fertigation, hydroponic and farm management. The programs are offered to students from form four and form five only. To enrol into the program, the students need to apply. There is no automatic admission into the program. So, only those students having interest in agriculture activities will choose the program. And I was being informed, the response to the program is encouraging and some interested students have to be turned down due to limited places. And upon completion of the program, students also have the opportunity to pursue further study at public universities in areas of agriculture science, agrotechnology and horticulture.
Tuan speaker, with the approval from relevant departments or ministry, it would be good if the relevant ministry or department related to agriculture could in a way extend support and assistance or even collaborate with the school to further enhance the program. The program is the first important step forward to create awareness and interest among younger generation not only in farming activities, but hopefully the first step to change the younger generation’s perception about agriculture sector. If this can be done, maybe in future more young people will venture into the sector or become agropreneur. At the moment, even the, in my constituency Bukit Begunan in which SMK Melugu is located, I do not see also much younger generation involved in farming apart from oil palm cultivation.
Now on other thing, Tuan Speaker, now I would like to touch on other matters relating to my constituency.
Water Supply
Tuan speaker, supply of clean treated water is perennial issue until and unless proposed water supply grid system is completed and water connected to longhouses and kampung. The following longhouses and kampung are yet to be supplied with treated water from the grid:
(a) Selepong, Gua, Ran, Pungu. These are longhouses along the Pan Borneo highway; (b) All longhouses are located along Jalan Lachau, Kara, Sungai Besai up to Sebemban and Inchia which is about, nearly 40 longhouses; (c) All longhouses are located along Jalan Bukit Balau; and (d) Kampung Bakong, Kampung Stirau, Antik and Sunga, along Jalan Lingga.
All these longhouses get supply of raw water from gravity feed water supply system. In times of prolonged dry period, most of the water sources dry up leaving people with no water at all. So, Tuan Speaker, while waiting for the water supply from the proposed grid, I would suggest the relevant authority should set aside funds to repair old pipes used for the gravity feed water systems. Because some of the pipes have been there for the past 10 or even as long as 20 years.
Improvement of Rural Road
Tuan Speaker, for the convenience of longhouse dwellers, I am appealing to the relevant authority to consider upgrades road leading to the following longhouses. I am compelled to bring this matter in this august House as the conditions of this road has deteriorated and in dire needs of repair. The roads are as follows:
(a) Roads leading to Tuai Rumah Teria at Stutong, Sri Aman; (b) Roads leading to Tuai Rumah Alia, Kandis, Lachau; (c) Roads leading to Tuai Rumah Saba, Tuai Rumah Senabong, Tuai Rumah Ulie, all of Kampung Kubau, Lachau; and (d) Road under Kampung Cina Bangkong at Lachau.
Now, Tuan Speaker, I would like to bring to attention this House the Klinik Kesihatan Tanjung Bijat.
Klinik Kesihatan Tanjung Bijat
Tuan Speaker, saya ingin membangkitkan isu-isu berkaitan keadaan Klinik Kesihatan Tanjung Bijat yang semakin memerlukan perhatian serius daripada pihak kementerian. Untuk makluman Tuan Speaker, Klinik Tanjung Bijat telah siap dibina pada tahun 1979 dan dirasmikan pada 30 April 1980. Ini bermakna usia klinik ini telah menjangkau lebih 40 tahun dan sudah tentu berhadapan dengan pelbagai isu kemudahan serta infrastruktur yang semakin uzur. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, klinik ini masih beroperasi dengan komitmen tinggi melalui 11 orang kakitangan kesihatan yang diketuai oleh seorang doktor. Klinik ini menerima purata antara 700 hingga 800 pesakit setiap bulan dan memberi perkhidmatan kepada penduduk dari 67 buah rumah panjang serta kampung-kampung Melayu di kawasan sekitar Gran Stumbin.
Tuan Speaker, klinik ini bukan sahaja menyediakan rawatan asas, malah menawarkan pelbagai perkhidmatan penting termasuk pemeriksaan kesihatan, saringan Penyakit Tiada Berjangkit or Non-Communicable Diseases (NCD), kesihatan ibu dan anak, kesihatan warga emas, kesihatan mental serta pelbagai lagi perkhidmatan kesihatan komuniti. Namun begitu, terdapat beberapa masalah utama yang perlu diberikan perhatian serius dan diambil tindakan dengan segera:
(a) Bangunan klinik dibina dengan kayu is wooden structure, Tuan Speaker, dan bukan dengan konkrit. Keadaan bangunan klinik sudah uzur dan daif dengan kerosakan pada struktur utama bangunan yang boleh menjejaskan keselamatan kakitangan dan juga pesakit;
(b) Berek kakitangan yang tidak lagi selamat dan kurang sesuai untuk didiami khususnya bagi petugas yang perlu bertugas lebih masa atau menerima pangillan kecemasan;
(c) Pagar keselamatan klinik yang rosak dan mudah diceroboh sehingga menimbulkan risiko keselamatan dan kemungkinan berlaku kecurian;
(d) Kemudahan parkir yang terlalu terhad dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan pesakit yang datang mendapat rawatan; dan
(e) Masalah bekalan air yang sering terputus dan memberi kesan langsung kepada operasi harian klinik.
Dan yang paling membimbangkan, Tuan Speaker, ialah ketiadaan ambulans, there is no ambulance, untuk menghantar pesakit ke Hospital Sri Aman sekiranya berlaku kecemasan atau kes yang memerlukan rawatan lanjut. Sepatutnya semua klinik patut dibekalkan sebuah ambulans.
Tuan speaker, saya percaya rakyat di kawasan luar bandar juga berhak menikmati kemudahan kesihatan yang selesa, selamat dan berkualiti seperti masyarakat di bandar. Oleh itu, saya memohon agar pihak kementerian berkenaan dapat mempertimbangkan peruntukkan segera bagi menaik taraf klinik ini termasuk membaiki bangunan, menyediakan ambulans, menaik taraf berek kakitangan serta menyelesaikan masalah utiliti dan keselamatan yang dihadapi. Saya berharap relevant ministry tidak pandang ringan perkara tersebut yang saya sebut tadi kerana ia melibatkan kebajikan rakyat dan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar lebih lagi dikawasan Tanjung Bijat, Gran Stumbin dan Bakong di Bukit Balau, Banting.
Tuan Speaker, I was given to understand, the management have brought, the clinic management have brought all the issues mentioned earlier but unfortunately until today they are still waiting for the respond from the relevant authority or ministry. So, I hope the relevant ministry can highlight what are the actions taken to rectify some of the issues that they have raised just now with regards to the clinic at Tanjung Bijat.
So, before I conclude, Tuan Speaker, I wish all muslim friends selamat menyambut Aidiladha atau Hari Raya Haji. That is, I hope I pronounce it correctly. As Gawai is approaching, so I wish all Dayak friends selamat menyambut Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua. With the above comments, Tuan Speaker, I fully support the Motion of Appreciation on the Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak’s Opening Address. Thank you very much.
Thank you, Yang Berhormat Bukit Begunan. Seterusnya, Yang Berhormat Beting, Batu Danau, Batu Danau then Beting Maro. Batu Danau, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas pada 11 Mei yang lepas.
Tuan Speaker, I would like to take this opportunity to join your good self and other Honourable colleagues to congratulate His Excellency Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar for being awarded the Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan by Universiti Tun Abdul Razak in conjunction with its 24th Convocation on 13th December last year. Saya juga mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Hj Openg, Premier Sarawak dan Ahli N.26 Gedong atas perlantikan semula sebagai Pro-Cancellor Universiti Malaysia Sarawak pada 15 Mac 2026 yang lepas.
Tuan Speaker, allow me also to take this opportunity to on behalf of the people of N.80 Batu Danau to join other Honourable colleagues to convey our sincere condolence and deepest sympathy to the bereaved family of the late Dato Sri Bo' Tajang Laing, former member of the State's Cabinet Minister and Member of the State Legislative Assembly for Belaga yang telah meninggal dunia pada 23 April 2026 dan keluarga mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Wong Soon Kai, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan yang mulia ini yang meninggal pada 25 April 2026. May their souls rest in eternal peace.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di atas ucapan yang disampaikan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-19, pada 11 Mei yang lalu. Tuan Yang Terutama Tun dalam ucapan telah menyentuh sebanyak 11 perkara pokok mengenai pelbagai isu dan cabaran semasa termasuk pendidikan, ekonomi baru dan transformasi digital, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur, kesejahteraan rakyat serta pentingnya kestabilan politik dan perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat majmuk di negeri ini. Tuan Yang Terutama Tun juga telah menyeru kepada kita untuk terus berganding bahu di dalam usaha mengekalkan kestabilan politik yang sedia ada kerana kepimpinan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier terbukti mempunyai visi dan keupayaan bagi memacu pembangunan serta ekonomi negeri ke satu tahap yang lebih tinggi.
Jalan Perhubungan Desa
Tuan Speaker, allow me now to touch on issues and problems affecting my constituency. Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak penduduk kawasan Ulu Lubai ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan amnya dan Kerajaan Negeri khasnya yang telah meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf Jalan Simpang Sagan ke Ulu Lubai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pembinaan jalan ini sedang giat dilaksanakan. Sungguhpun demikian, saya ingin mendapat update berhubung dengan pembinaan Jalan Simpang Kubong ke Ulu Pandaruan yang difahamkan pada ketika itu telah diluluskan bersekali dengan Jalan Simpang Sagan Ulu Lubai yang saya nyatakan sebentar tadi. Malangnya sehingga kini, kita belum nampak tanda-tanda ianya akan dilaksanakan. I hope to see this project taking off as soon as possible, as this particular road provides an alternative route for residents living up-river from Nanga Medamit especially when the current Nanga Medamit Semena road is not passable due to floods.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapat kepastian tentang jajaran Jalan Nanga Medamit, Kampung Pulau Brunei terutamanya di kawasan Sungai Awang hingga ke persimpangan Jalan Kampung Kuala Medalam. Looking at the land clearing works which had been carried out, it looks like that the alignment for this new dual carriage road is passing through the same often flooded stretch. I hope I am wrong, but if it’s true, then I hope the new road level would be made higher than the usual recorded highest flood level to ensure that the road is passable at all times. Perkara ini adalah penting kerana jalan yang dimaksudkan ini nanti akan menjadi sebahagian atau bersambung dengan (Package 4) Sarawak/ Sabah Link Road 2 yang kini sedang dalam pembinaan.
Tuan Speaker, pada kesempatan ini juga saya sekali lagi memohon supaya jalan-jalan perhubungan desa seperti berikut turut dinaik taraf:
(a) Simpang Jalan Kpg Tanjung Ungar; (b) Jalan Kpg Bambangan Braong; (c) Naiktaraf simpang Jalan Kpg Tubai Baru; (d) Naiktaraf simpang Jalan Kpg Ukong; dan (e) Naiktaraf simpang Jalan Sungei Lumbong.
Bekalan Air Bersih
Tuan Speaker, on treated water, I am indeed grateful to the State GPS Government for continuously implementing and connecting our people with bekalan air bersih terawat. However, of late, particularly during the last few months, there had been quite a lot of issues on water supply affecting my constitutency. Supplies to certain areas have been from "intermittent to zero supply" to which at times stretched to a few days. This problem, I was given to understand was purportedly due low water pressure. Among the areas badly affected were the Tedungan area which included Kpg. Tedungan, Kpg. Anak Bukit, Kpg. Belading, and Kpg. Kuala Awang. Other affected areas included those kampongs and longhouses along Medamit Road which included SMK Nanga Medamit as well as Pekan Medamit. Untuk mengatasi masalah ini adalah dicadangkan supaya a “dedicated” line be installed to both areas.
Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi memohon supaya pemasangan dan penyambungan paip air terawat ini juga dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan seperti berikut:
(a) Rh. Tangai, Kpg. Lubok Tuan yang terletak tidak jauh dari kawasan "high-Level Tank" yang sedia ada; (b) Rh. Demong, Kpg. Lubok Tuan Asal; (c) Kampung-kampung dan Rh. Panjang sepanjang jejaran Jalan Simpang Ukong ke Tanah Merah; dan (d) Rumah-rumah Panjang sepanjang jalan Simpang Sagan ke Ulu Lubai, iaitu Rh. Eyai, Kpg. Staie, Rh. Letan, Kpg. Tinting Melanjar, Rh. Ijou, Sg. Munti dan dua buah klinik iaitu Klinik Nanga Merit dan dua buah sekolah, iaitu SK Nanga Merit dan SK Ulu Lubai.
Bagi kawasan-kawasan yang jauh daripada sistem ritikulasi, saya sekali lagi mohon supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan untuk pembinaan lebih banyak lagi logi-loji berstatus "standalone" dilaksanakan. Di antaranya adalah:
(a) Kpg. Long Rayeh dan Long Sulong; (b) Rh Jampong, Melaban dan SK Melaban; (c) Rh Lembong, Kpg. Entakong; (d) Kpg. Long Sebayang; dan (e) Rh. Rima, Kpg. Selidong.
Tuan Speaker, I have recently noticed that works has started on the laying of pipes to supply treated water to Kuala Medalam. Therefore, I wish to inquire if supply to Kpg. Kerangan Ma and Kpg. Meruyu is also included in this package. I also wish to know the status of the implementation of pipe laying works for the supply of treated water from Simpang Kpg. Pengkalan Jawa to Kpg. Ukong as well as to Kpg. Tanah Merah.
Bekalan Letrik
Tuan Speaker, saya juga berterima kasih kepada Kerajaan GPS amnya dan SESCO khasnya kerana telah berjaya membekal eletrik 24 jam kepada sebahagian besar rumah-rumah panjang dan juga kampung di kawasan N.80 Batu Danau. Sungguhpun demikian, masih lagi ramai yang tercicir atau tertinggal semasa pelaksanaan projek di kawasan masing-masing sebelum ini. Tidak kurang juga mereka yang tercicir ataupun belum menerima bekalan adalah mereka yang membina rumah yang baru.
Dalam pada itu, kita masih menerima banyak sungutan bahawa masa menunggu untuk penyambungan terutamanya dibawah skim ALAF adalah terlalu lama. Oleh yang demikian, saya mohon pihak kementerian supaya menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada pihak SESCO bahagian Limbang untuk membolehkan mereka mengatasi masalah ini. Saya difahamkan, sejak tahun 2024 sehingga kini terdapat, sebanyak 278 permohonan yang telah diterima oleh pihak SESCO dan pejabat daerah Limbang dan belum dapat diselesaikan disebabkan kekurangan peruntukan.
Pembinaan Klinik Long Napir di Ulu Limbang
Tuan Speaker, on medical facilities, I am happy to note that the response to my question on the status of the long-standing issues affecting the construction of Klinik Long Napir by our Deputy Minister for Public Health, Housing and Local Government this morning. Doa saya ialah supaya pembinaan klinik ini dapat dilaksanakan dan siap mengikut apa yang telah dirancang dan sepertimana yang telah dinyatakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain daripada Klinik di Long Napir, terdapat juga sekurang-kurangnya tiga buah klinik lain yang masih daif di kawasan Batu Danau. Klinik yang dimaksudkan adalah Klinik Nanga Merit, Klinik Nanga Medamit dan Klinik Penganan. Semua bangunan klinik ini adalah dibina di dalam tahun 70an dan ianya dibina daripada kayu dan oleh yang demikian, sudah tentu keadaannya adalah amat memerlukan pembaikan ataupun yang baru. Saya berharap pihak yang berkaitan akan dapat melihat dan memberi pertimbangan serta keutamaan kepada pembinaan bangunan baru bagi mengganti bangunan-bangunan yang sedia ada.
Selain daripada itu Tuan Speaker, saya juga memohon supaya kerja-kerja menaiktaraf kepada bangunan dan perkhidmatan di Hospital Limbang terutamanya penambahan jumlah doktor-doktor pakar di dalam pelbagai disiplin. Harapan kita adalah supaya dengan ruang yang lebih luas dan kemudahan yang lebih baik serta jumlah tambahan doktor pakar ini, pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan pakar tidak lagi perlu ke Hospital Umum Miri ataupun hospital lain seperti Hospital Queen, Kota Kinabalu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk mendapatkan rawatan lanjutan.
Tuan Speaker, last but not least, I would like to know the current status of the construction of two bridges spanning two rivers in my constituency in which funding under the Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah was approved for quite some time ago. The bridges referred to are:
(a) Jambatan Sungei Enseriban, Medamit; dan (b) Jambatan Sungei Semena
Conclusion
Tuan Speaker, sebelum saya duduk, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai dan staf Dewan Undangan Negeri dan semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan yang telah bekerja keras bagi menjayakan persidangan pada kali ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah Tuan Speaker dan Timbalan Speaker, your goodself Sir, kerana telah mengendalikan perjalanan prosiding Dewan yang mulia ini dengan cemerlang.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan yang beragama Islam, selamat menyambut Hari Wesak kepada rakan-rakan yang beragama Buddha dan Selamat Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai kepada rakan-rakan yang berketurunan Dayak. Dengan ini saya menyokong sepenuhnya Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena perasmian Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima kali ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau. Seterusnya, I think our last speaker for the day and for the week, Yang Berhormat Beting Maro. Silakan, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 ini.
Pertama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di atas ucapan sempena pembukaan persidangan Dewan ini pada 11 Mei 2026 yang lalu. Ucapan Tuan Yang Terutama cukup jelas dan penuh aspirasi mengenai hala tuju pembangunan Sarawak menuju wilayah maju dan makmur menjelang tahun 2030. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua juga menyentuh pentingnya kestabilan politik, perpaduan rakyat serta membina ketahanan ekonomi dalam mendepani ketidaktentuan dunia hari ini, di samping terus mengekalkan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan Sarawak.
Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama juga turut menegaskan kepentingan kecekapan penyampaian ekonomi digital, keterjaminan makanan dan perlindungan kebajikan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar yang lebih mudah terkesan oleh tekanan kos dan kelemahan infrastrukur asas. Penekanan terhadap pembangunan industri bernilai tinggi, ekonomi hijau dan tenaga bersih seperti hidrogen, solar, aeroangkasa, drones, AI dan microchip, transformasi digital, dan pembangunan modal insan menunjukkan bahawa Sarawak sedang bergerak dengan visi yang jelas selari dengan strategi PCDS 2030. Dalam ketidakstabilan ekonomi global, kawasan luar bandar seperti Beting Maro, tidak boleh terus bergantung kepada keadaan lama. Kita perlu memperkukuh asas ekonomi kawasan, menjamin sumber makanan, memperbaiki infrastruktur asas, dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat supaya kawasan kita lebih berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan semasa.
Tuan Speaker, dalam kita melangkah menuju pembangunan moden dan ekonomi digital, masih terdapat beberapa isu asas yang perlu diberi perhatian khusus terutama di kawasan luar bandar seperti Beting Maro.
Liputan Internet yang Belum Stabil
Tuan Speaker, antara isu utama ialah masalah liputan internet yang masih belum menyeluruh dan stabil di beberapa kawasan. Dalam era digital ini, internet bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan asas khususnya untuk pendidikan anak-anak, urusan ekonomi, komunikasi dan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Saya berharap usaha memperluaskan liputan telekomunikasi di Beting Maro dapat dipertingkatkan.
Projek Bekalan Air Bersih
Tuan Speaker, saya ingin membangkitkan isu kelewatan Projek Bekalan Air Bersih Kampung Batang Maro yang sehingga hari ini masih belum disiapkan walaupun projek di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2021. Apa yang menyedihkan ialah projek ini lewat kritikal dan belum disiapkan. Penduduk Kampung Batang Maro masih menunggu bekalan air bersih yang sepatutnya menjadi hak asas setiap rakyat di negeri ini. Kelewatan seperti ini memberi gambaran seolah-olah masalah rakyat luar bandar tidak diberi perhatian wajar. Apakah sebenarnya masalah yang menyebabkan projek ini lewat disiapkan? Apakah punca sebenar kelewatan? Siapakah yang bertanggungjawab atas kelewatan ini? Dan, bilakah projek ini benar-benar akan disiapkan?
Tuan Speaker, sementara itu, bekalan air di kawasan Pusa dan Beladin pula amat tidak stabil dan kualiti airnya rendah, keruh dan berwarna. Kekurangan bekalan air dan tekanan air rendah sering berlaku di Pusa dan Beladin terutamanya pada musim panas dan musim perayaan seperti bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Walaupun kerajaan telah membina loji system acute di Meludam bagi membekal air khusus untuk Kampung Beladin, masih berlaku kurang air kerana sumber air dari Loji Kaki Wong tidak mencukupi. Kerajaan dan JBLAB adalah diminta untuk mengambil perhatian serius ke atas masalah ini kerana air adalah keperluan asas yang penting kepada rakyat. Bagi mengatasi masalah tekanan air dan kekurangan bekalan air terawat di kawasan ini, saya cadangkan supaya kerajaan membina high-level tank di Pusa, Beladin dan Spinang di samping menaik taraf Loji Rawatan Air Pusa kepada 15MLD.
Projek Ladang Sawit Tabung Haji
Izinkan saya membangkitkan satu perkara yang amat dekat di hati rakyat di kawasan saya dan juga seluruh Sarawak, yang melibatkan Pembangunan Ladang Kelapa Sawit oleh Tabung Haji dengan kerjasama PELITA, menggunakan tanah milik penduduk tempatan. Nasib peserta projek ini sama seperti peserta projek ladang sawit FELCRA yang telah dibangkitkan oleh ramai wakil rakyat di dalam Dewan ini termasuklah YB Lingga, YB Daro, YB Kabong, YB Opar, pada hari sebelum ini.
Pada asalnya, rakyat telah diberi harapan bahawa projek pembangunan ini dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui pembayaran dividen serta peluang ekonomi yang lebih baik. Malangnya, setelah lebih 20 tahun projek dilaksanakan, ramai tuan tanah melahirkan rasa tidak puas hati kerana pulangan dividen yang dijanjikan tidak pernah diterima seperti diharapkan. Mereka cuma dibayar insentif sebanyak RM60 sehektar sebulan, satu jumlah yang saya rasa rendah berbanding hasil sebenar jika diusahakan sendiri dengan betul.
Keadaan ini menimbulkan persoalan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana tanah merupakan aset paling berharga bagi penduduk luar bandar. Apabila tanah diserahkan untuk tujuan pembangunan, rakyat mengharapkan pengurusan yang telus, cekap dan memberi manfaat yang adil kepada peserta. Mengambil kira kepentingan rakyat dan peserta, saya mencadangkan pihak kerajaan mengambil alih Projek Ladang Sawit Tabung Haji ini di kawasan DUN Beting Maro daripada Tabung Haji dan seterusnya menyerahkan balik tanah kepada kerajaan ataupun diserah terus kepada pemilik tanah untuk diusahakan sendiri.
Kompleks Pendaratan Ikan LKIM dan Slipway Beladin
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh secara khusus tentang Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Beladin dan Projek Slipway Beladin. Pembinaan Kompleks Pendaratan LKIM Beladin diluluskan dengan objektif membangunkan RGC Beladin sebagai pusat pendaratan ikan yang maju disokong oleh nelayan Kampung Beladin dan Pusa. Nelayan ini ialah nelayan yang berani serta cekal dan merupakan pembekal ikan utama untuk Sarawak sejak tahun 1970-an hingga kini.
Kompleks pendaratan ikan yang dibina khas khusus untuk nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka sepatutnya dilengkapkan dengan kemudahan yang perlu untuk menyokong aktiviti perikanan seperti kilang air batu, bilik sejuk, pusat pemprosesan dan pusat minyak bersubsidi. Dukacita, kemudahan penting dan perlu ini tidak disediakan. Lebih sedih, infrastruktur yang dibina 12 tahun yang lalu dengan kos melebihi RM20 juta sehingga hari ini masih belum dioperasikan dan menjadi gajah putih. Rentetan masalah ini dan kelewatan mengoperasikan kemudahan sepenting ini, bukan sahaja telah menafikan nelayan, kemudahan, tetapi juga telah menghindarkan kemajuan aktiviti pemasaran dan pemprosesan, termasuk industri hiliran berkaitan yang berpotensi meningkatkan pendapatan komuniti nelayan.
Bagi Slipway Beladin pula, projek ini telah lama siap oleh PELITA-LCDA tetapi sehingga hujung tahun 2025, usaha masih tertumpu kepada mencari pengusaha dan operator yang sesuai untuk menguruskannya. Pada saya, inilah contoh yang sangat jelas tentang bagaimana sesuatu prasarana boleh menjadi peluang besar, tetapi apabila operasi tertangguh terlalu lama, ia bertukar menjadi satu missed opportunity yang merugikan rakyat. Sehubungan itu, saya memohon agar kerajaan, khususnya kementerian berkaitan LKIM dan LCDA memastikan kemudahan ini dioperasikan dengan segera. Kompleks pendaratan ikan, slipway, jeti dan kemudahan sokongan bukanlah projek pinggiran. Di kawasan seperti Kampung Beladin, sebuah perkampungan nelayan terbesar di Malaysia, projek ini merupakan nadi kepada ekonomi nelayan.
Perumahan dan Skim Pembesaran Kampung
Tuan Speaker, sepanjang 15 tahun sejak tahun 2011, sebanyak enam skim pembesaran kampung dan tiga projek perumahan telah diluluskan bagi DUN Beting Maro. Enam SPK tersebut ialah SPK Beladin, SPK Pusa, SPK Batang Maro, SPK Spinang, SPK Tambak dan SPK Kalok dan tiga projek perumahan ialah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan Beladin, Projek Perumahan Mesra Rakyat Pusa dan Projek Perumahan Spektra Permata Beladin. Namun demikian, enam projek SPK yang diluluskan belum dilaksanakan untuk manfaat penduduk di enam perkampungan di DUN Beting Maro. Lebih sedih lagi SPK Batang Maro, SPK Sepinang, SPK Tambak dan SPK Kalok belum ada peruntukan walaupun untuk pengambilan tanah. Rakyat di lapangan masih menunggu saat untuk melihat kerja sebenar bermula dan lot perumahan yang disediakan dapat dimiliki untuk membina rumah sendiri. Saya ingin tahu apakah sebab-sebab kelewatan pelaksanaan projek ini? Dan saya juga ingin tahu bila SPK seperti ini boleh dilaksanakan? Mohon pencerahan.
Sehubungan itu, saya bagi pihak penduduk di enam kampung ini merayu dan memohon kepada Kerajaan supaya segera menyediakan peruntukan di bawah RMK-13 bagi membolehkan enam SPK ini dapat dilaksanakan. Rakyat Beting Maro sudah terlalu lama menunggu. Bagi ramai keluarga muda, SPK bukan lagi sekadar satu nama projek tetapi sebuah impian dan harapan yang masih tinggal dalam bentuk angan-angan, sementara kos hidup meningkat, harga tanah dan bahan binaan terus meningkat, dan peluang memiliki rumah sendiri semakin menjauh. Pada saya, keadaan ini tidak wajar dibiarkan berlarutan.
Jalan Raya Penghubung Desa
Tuan Speaker, Projek Perumahan Mesra Rakyat Pusa yang telah diluluskan pada tahun 2021 dengan peruntukan RM20 juta masih lagi belum dimulakan. Saya ingin tahu apakah sebabnya dan bilakah projek ini dapat dilaksanakan?
Jalan Raya Penghubung Desa
Tuan Speaker, Jalan Penghubung Desa Batang Maro/ Paloh/ Perpat telah diluluskan dengan peruntukan RM117 juta oleh Kementerian Kemajuan Desa Wilayah dalam RMK-11, tetapi sehingga hari ini belum dilaksanakan. Saya mohon kerajaan dapat segera melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Batang Maro ini. Dalam masa yang sama, saya juga ingin memohon pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina jalan bagi menghubungkan Kampung Beladin dengan Kampung Buda dan seterusnya dengan bandar Betong. Pembinaan jalan ini akan memendekkan perjalanan ke Betong di samping membuka kawasan di sepanjang jalan tersebut untuk pembangunan pertanian.
Pembangunan Agropark
Tuan Speaker, saya memohon supaya kerajaan dapat mewujudkan dan membangunkan sebuah agropark moden di kawasan Kampung Beladin, Tanjung Tebal, Kampung Beladin, Kampung Buda di kawasan seluas 10,000 hektar yang telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2025 yang lalu. Agropark ini akan showcase sistem pertanian moden dan teknologi canggih dan terkini di samping memfokuskan R&D serta pertanian komersial berskala besar dan intensif.
Kerajaan boleh menyewa tapak agropark kepada syarikat agro yang memiliki modal, teknologi, R&D dan rantaian bekalan yang lengkap. Syarikat ini boleh berperanan sebagai anchor company, bekerjasama dengan petani tempatan. Dengan sokongan teknologi, peralatan moden, kemahiran dan R&D, agropark boleh membuka peluang kepada belia untuk menggunakan teknologi digital dan aplikasi IoT dalam smart dan precision farming. Pembangunan agropark berteknologi dan bersaiz besar akan menarik pemain industri untuk melabur dan seterusnya dapat menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran hasil pertanian khususnya produk makanan untuk keperluan domestik dan pasaran eksport, di samping dapat membantu mengukuhkan keterjaminan makanan Sarawak.
Tambahan Jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung
Tuan Speaker, Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam melicinkan pentadbiran di peringkat kampung dan rumah panjang. Sejak tahun 2012, telah beberapa kali dikemukakan cadangan penambahan lapan jawatan Penghulu dan 11 jawatan Ketua Kampung bagi 11 perkampungan di DUN Beting Maro dalam Dewan yang mulia ini. Namun sehingga hari ini, masih belum mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Pada masa ini, terdapat hanya tiga jawatan Penghulu dan 12 jawatan Ketua Kampung.
Jawatan Penghulu dan Ketua Kampung di DUN Beting Maro wajar ditambah bagi memudahkan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada penduduk sebanyak lebih 20,000 orang di 11 perkampungan. Sehubungan itu, saya merayu dan memohon sekali lagi agar jawatan Penghulu dan Ketua Kampung perkampungan di DUN Beting Maro dapat dipertimbangkan dan diluluskan segera.
Penutup
Tuan Speaker, sebagai penutup, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua bagi rakan-rakan Dayak yang meraikannya. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan Muslim dan semoga perayaan yang kita sambut bersama-sama mendatangkan kegembiraan dan kemakmuran kepada kita semua. Saya akhiri ucapan saya dengan empat rangkap pantun.
Duduk bersila tepi perigi, Mekar harum daun selasih; Tajam madah mengusik hati, Senyuman manis pengikat kasih.
Tuan Yang Terutama Tun payung junjungan negeri, Yang Amat Berhormat Premier pemimpin berwawasan; Sarawak Maju Makmur berpendapatan tinggi, PCDS2030 teras gapai impian.
Negeri Sarawak Ibu Pertiwi indah berseri, Gunung Santubong hikayat dua puteri; Tuan Speaker tegas bijak bestari, Perbahasan Penghargaan TYT setulus hati.
Daun selasih permainan budak, Bunga melur berbau wangi; Bertaut kasih bercerai tidak, Panjang umur persidangan bajet jumpa lagi.
Tuan Speaker, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.
Waalaikumussalam W.B.T., terima kasih, Yang Berhormat Beting Maro, pembahas kita yang terakhir rupanya. Terima kasih kepada semua yang masih ada di dalam Dewan ini dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua kakitangan kerajaan.
Berehat sebentar menunggu subuh, Doa dan harapan semoga dikabulkan; Mesyuarat kita kini ditangguh, Minggu depan pula kita sambungkan.
Dengan itu, we adjourn this sitting until 9:00 a.m. on Monday, 18th May 2026.
(Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:51 petang)