Terengganu · 4 July 2018
14th Assembly, 1st session, 1st meeting · 279 turns · 27,970 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran bagi memberkati Persidangan kita ini. ....[Al-Fatihah] ...
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli - ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 4 Julai 2018:
1.
Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) 2.
Y.B. Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman (Wakil Seberang Takir) 3.
Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) 4.
Y.B. Haji Nawi bin Mohamad (Wakil Hulu Besut) 5.
Y.B. Haji Wan Hafandi bin Wan Nik (Wakil Sura)
6.
Y.B. Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi) 7.
Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading) 8.
Y.B. Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) 9.
Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir) 10.
Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman (Wakil Batu Rakit) 11.
Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) 12.
Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman (Wakil Kuala Besut) 13.
Y.B. Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) 14.
Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar) 15.
Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) Untuk memberi keadilan sebagaimana yang saya janjikan dalam ucapan saya, saya tidak mengikut susunan sebagaimana yang saya baca tadi, saya hanya nak sambung mana-mana Yang Berhormat yang belum sempat bertanya pada hari semalam. Oleh sebab itu saya persilakan Y.B. Wakil Rantau Abang untuk mengemukakan soalan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Dipertua, soalan saya nombor satu - Senaraikan bilangan Pusat Komuniti Ibu Tunggal yang ditubuhkan di Terengganu mengikut daerah?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, Yang Amat Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan.
Soalan yang pertama daripada Wakil Rantau Abang berbunyi: Senaraikan bilangan Pusat Komuniti Ibu Tunggal yang ditubuhkan di Negeri Terengganu mengikut daerah?
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menyediakan 2 buah Pusat Komuniti Ibu Tunggal :-i) Bangunan Ibu Tunggal di Serdang Baru, Kuala Nerus.
ii) Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu.
Soalan tambahan pertama: Dimaklumkan bahawa Kompleks Ibu Tunggal Chendering bakal menjadi Pusat Aktiviti Warga Ibu Tunggal Secara Berpusat yang utama di Negeri Terengganu. Mohon dimaklumkan berapakah kos keseluruhan pembinaan kompleks ini dan apakah fokus-fokus utama pembangunan kompleks ini kepada rakyat Negeri Terengganu, khusus ibu-ibu tunggal?
Terima kasih, Rantau Abang. Kos pembinaan Bangunan Ibu Tunggal Chendering adalah berjumlah RM4,425,500.00. Fokus utama yang pertama ialah bimbingan untuk bimbingan ekonomi dan kemahiran. Fokus yang kedua, bimbingan perundangan. Fokus yang ketiga, bimbingan kekeluargaan manakala fokus yang keempat, bimbingan kesihatan dan kemasyarakatan.
Soalan tambahan saya yang kedua: Dalam membantu memperkasakan ekonomi ibu-ibu tunggal di Negeri Terengganu, menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga, telah diwujudkan Program Pinjaman Jaya Diri bagi memberikan kemudahan dan bantuan secara langsung kepada ibu-ibu tunggal yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Soalan saya ialah mohon penjelasan sehingga 2018, kini berapakah bilangan pinjaman dan kos yang telah diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Program Pinjaman Jaya Diri ini?
Dato’ Yang Dipertua, Pinjaman Projek Jaya Diri ini majoritinya dibuat oleh golongan ibu tunggal yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bidang yang diceburinya rata- rata bidang kecantikan, pakaian dan perusahaan makanan. Bagi tahun 2018 sehingga berakhir Jun 2018, jumlah pinjaman bagi Program Jaya Diri Ibu-ibu Tunggal bagi seluruh Negeri Terengganu adalah seramai 52 orang, meliputi pinjaman sekitar RM474,000.00. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang ketiga: Mohon dinyatakan jumlah terkini bilangan ibu tunggal di seluruh Negeri Terengganu mengikut daerah? Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, soalan yang ketiga ialah bilangan-bilangan ibu tunggal seluruh daerah Negeri Terengganu. Kuala Terengganu 3,925 orang, Kemaman 5,279 orang, Dungun 4,182 orang, Besut 4,768 orang, Hulu Terengganu 2,987 orang, Marang 4,305 orang, Setiu 3,307 orang, Kuala Nerus 3,658 orang. Jumlah keseluruhan ibu tunggal seluruh Negeri Terengganu ialah 32,411 orang.
Manakala kalau dipecahkan mengikut DUN, boleh dikatakan majoritinya setiap DUN hampir 300 orang, 300 orang lebihlah kalau mengikut DUN. Kalau mengikut umur di Besut, kurang daripada umur 20 tahun - 3 orang, 21 hingga 30 tahun - 316 orang, 31 hingga 40 tahun - 740 orang, 41 hingga 50 tahun - 894 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,523 orang, lebih pada 61 tahun 1,292 orang. Di Setiu, kurang daripada umur 20 tahun - 4 orang, 21 hingga 30 tahun - 234 orang, 31 hingga 40 tahun - 546 orang, 41 hingga 50 tahun,- 657 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,059 orang, lebih pada 61 tahun - 807 orang. Di Kuala Nerus, bawah pada 20 tahun - 6 orang, 21 hingga 30 tahun - 202 orang, 31 hingga 40 tahun - 533 orang, 41 hingga 50 tahun - 679 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,066 orang, lebih pada 61 tahun - 1,172 orang. Kuala Terengganu, kurang daripada umur 20 tahun - 1 orang, 21 hingga 30 tahun -150 orang, 31 hingga 40 tahun - 546 orang, 41 hingga 50 tahun - 701 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,244 orang, lebih pada 61 tahun - 1,275 orang. Marang, kurang daripada umur 20 tahun - 4 orang, 21 hingga 30 tahun - 241 orang, 31 hingga 40 tahun - 579 orang, 41 hingga 50 tahun - 821 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,112 orang, lebih pada 61 tahun - 1,458 orang. Hulu Terengganu, kurang daripada umur 20 tahun- 2 orang, 21 hingga 30 tahun - 165 orang, 31 hingga 40 tahun - 465 orang, 41 hingga 50 tahun, 577 orang, 51 hingga 60 tahun - 844 orang, lebih pada 61 tahun - 933 orang. Dungun, kurang daripada umur 20 tahun - 2 orang, 21 hingga 30 tahun - 328 orang, 31 hingga 40 tahun - 377 orang, 41 hingga 50 tahun - 1,082 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,025 orang, lebih pada 61 tahun - 1,188 orang. Dan yang terakhirnya di Kemaman, lebih daripada umur 20 tahun - 5 orang, kurang daripada 20 tahun - 5 orang, 21 hingga 30 tahun - 366 orang, 31 hingga 40 tahun - 997 orang, 41 hingga 50 tahun - 1,095 orang, 51 hingga 60 tahun - 1,503 orang, lebih pada 61 tahun - 1,313 orang. Jumlah keseluruhannya ialah 32,411 orang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Detail Yang Berhormat jawab, bab ibu tunggal ni… (Dewan gelak)… Saya harap isu ibu tunggal ini bukan saja soal Kerajaanlah, tanggungjawab bersama, insyaAllah. Seterusnya saya jemput Wakil daripada Batu Rakit untuk kemukakan soalan.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Soalan saya soalan nombor satu - Apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mempelbagaikan sumber ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Wakil Rakyat dan pegawai yang hadir pada pagi ini. Soalan daripada Batu Rakit ni berkenaan dengan.... Saya bacalah: Apakah usaha usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan untuk mempelbagaikan sumber ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak? Yang semua kita tahu bahawa hasil negeri ini, yang banyak ialah hasil minyak. Itu semua kita tahu, lebih kurang kalau tahun ni 85% daripada hasil negeri adalah daripada hasil minyak. So, cara mana kita nak dapatkan hasil-hasil daripada sumber-sumber lain. Pertamanya, kerajaan telah, kerajaan dulu lagilah telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji cara-cara untuk menambahkan hasil negeri dan jawatankuasa itu sedang berjalan. Tumpuannya ialah kepada penyemakan semula peraturan-peraturan dan enakmen-enakmen yang ada berkenaan dengan fees yang kita caj kepada rakyat untuk mendapatkan hasil. Mungkin ramai tidak tahu bahawa, walaupun kita ada mineral banyak sepatutnya bila mineral silika dan juga yang lain tu patutnya dapat hasil banyak, tetapi rupa-rupanya hasil yang kita dapat, hasil negeri yang kita dapat daripada contoh daripada silika, kalau di silika tu dia RM1.50 jer se tan, kita caj. Makna kalau ada 1,000 tan kita boleh hanya RM1,500, itu tak patut. Dan ini telah berlarutan dan kita tahu bahawa deposit silika banyak di Negeri Terengganu sedangkan hasil kepada negeri tak seberapa. Itu sedang dikaji. Contoh lagi ialah tentang, tentang transaksi yang berlaku untuk urusan tanah. Urusan tanah ni, hasil dia untuk daftar saja, untuk daftar pindah milik contoh, walaupun dia harga sejuta, harga seribu, pindah milik tu kita caj RM40. Tak patut jugok. Patutnya bila harga mahal, kita caj mahal, yang banyak kita bayar dalam transaction tanah ialah bayaran dia panggil stamp fees, stamp duty yang itu boleh ke Federal, tidak boleh ke kita.
Jadi itulah antaranya perkara yang kita sedang buat untuk melihat kembali fees-fees yang dikenakan oleh Kerajaan dalam transaksi yang berbagai ini. Jadi kalau kita baiki itu mungkin kita boleh tambah lagi fees.
Kemudian, untuk mendapatkan hasil juga ialah tentang kita nak dapatkan hasil daripada penubuhan kilang-kilang atau industri-industri di seluruh negara, di seluruh negeri dan kita sedang rancak sebenarnya untuk menggalakkan mereka datang ke Terengganu untuk melabur. InsyaAllah, daripada hasil pelaburan itu kita boleh caj sebanyak benda lagi, termasuk penggunaan air. Dan juga kita sedang juga meneliti caj yang boleh dikenakan kepada penggunaan air oleh agensi agensi misalnya FELDA guna air, FELCRA guna air, yang agensi ni guna air, air tu air dalam tanah Terengganu pun kita nak caj jugak, untuk menambahkan hasil ini.
Tapi saya ingat, untuk setahun dua ni, untuk tahun ni saya ingat hasil negeri masih tidak berkurang sebab Federal dah janji nak beri balik pitih tu, nak teruskan bayaran royalti tu, insyaAllah takdok masalah lagilah setakat ni, tapi usaha memang berjalan untuk meningkatkan hasil negeri melalui perkara-perkara yang saya sebut tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan saya: Apakah keadaan prestasi pelaburan terkini?
Dia…yalah kalau nak kira dia dok berapa kait sangat dengan pelaburan ni dol? Tapi takpelah. Pelaburan ni, keadaan sekarang ni alhamdulillah. Kita merupakan negeri yang banyak menerima pelaburan yang dan telah diluluskan oleh MIDA ni banyak, kita yang tertinggi sekarang ni. Dapat kelulusan untuk pelabur yang dilulus untuk datang ke Malaysia sekarang ni, tahun ni 2018 ni, yang paling tinggi di sini. Dan memang kita melabur, memang kita menggalakkan pelabur datang, dan sebenarnya pada dulu memang ada satu task force yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang dipanggi T-Invest, zaman dulu. Tujuan dia untuk mencari pelabur dan T-Invest tu sekarang ni telah ditangguhkan dulu perjalanan mereka dan kita ada tubuh pulak U-Tent yang bekerjasama dengan MIDA dan semua agensi yang terlibat untuk mencari pelabur untuk menggalakkan pelabur datang ke Terengganu.
Apakah strategi Kerajaan untuk menarik pelabur daripada luar negeri. Strategi, bagaimana langkah-langkah?
Saya fikir strategi ni, kita kekal lagi yang dulu dan kita akan ada penambahbaikan untuk menarik pelabur dan sebagaimana biasa kita sediakan
segala kemudahan yang ada, dan memang sekarang pun boleh dikatakan setiap minggu pelabur datang untuk buat pelaburan, cuma kita berhati-hati, betul ke dok mari ni. So, bila kita tanya, tanya, tanya tu kadang-kadang dia dok jadi, dok jadi mari sebab napok dok sungguh mana. Tapi memang kita bersungguh-sungguh menarik, memberikan apa saja inisiatif yang boleh untuk menarik mereka datang ke sini.
Ya, sila, sila hok mana?
Boleh pakai lagi ko strategi Kerajaan hok lamo?
Strategi Kerajaan dulu untuk menarik pelabur, jadi bila .....
Strategi hok Kerajaan sekarang ni, hok kerajaan sekarang ni, apa strategi?
Doh dua-dua gitu nok jawab hok mana, duduklah dulu.
Jawab hok saya dululah, hok tu bangun saja ni.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Besut, duduk dulu…
Baru 50 hari.
Jawab hok cakap dulu, hok ni dia bangun cacang gini jah ni, sajo dio jah ni.
Langkap, baru 50 hari, sungguh benor.
(Sambil gelak)…Tak apalah. Kita pakai apa yang baik, hok dok berapa molek tu kita fikir semula, hok molek kita teruskan, takdok masalah, kalu nak bantu kita lagi pun kita terima. Kalau ada idea-idea baru yang lebih baik, khabor kita, kita wak sama.
Se lagi soalan Yang Berhormat deh, tadi pencelahan tadi. Okey nak tanya pihak Kerajaan, dimaklumkan sakning tentang usaha-usaha yang dibuat oleh pihak Kerajaan melibatkan hasil tanah, mende apa lagi tadi.... mineral silika belaka tadi dok dan bahan galian semua tu. Nak tanya ada tak, dalam perancangan pihak Kerajaan, sebab mesyuarat Exco buat doh, strategi lain, hasil kot lain pulok, kot pelancongan ke..perikanan ke…ataupun hasil strategi lain selain daripada sumber minyak dikatakan sebelum ni kita 85% pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada sumber minyak. Takut ada selain daripada dalam perancangan, dalam kepala pihak Kerajaan untuk kita mencari, mendapatkan hasil-hasil lain seperti daripada lain lagi daripada yang dirancang oleh Kerajaan dahulu, yang difikirkan oleh Kerajaan pada masa ini. Terima kasih.
Kerajaan dok sapa 100 hari lagi Yang Berhormat. Sila.
Nok tanya perancangan tu.
Macam yang saya sebut tadi tu…
Saja nak sebut, Speaker sebelum ni dok pernah beri lebih daripada tiga tapi terima kasihlah Tuan Speaker kita.
Dia pagi ni baik sikit kot.
Tak payah tambahlah biar dia jawab. ....(Dewan gelak)....
Dia …merancang ni sesuatu yang berterusan. Dia...mana yang baik dan kalau ada Yang Berhormat ada idea-idea yang lebih baik takdok masalah khabor jer kita. Setakat ni kita berjalan dengan baik, banyak lagi perancangan yang sedang dilaksanakan, insyaAllah akan kita laksanakan dengan baik. Dan sebagaimana yang saya sebut tadi sumbernya bukan hanya daripada minyak, daripada kilang, daripada pelaburan-pelaburan besar termasuk juga daripada perusahaan ikan kalau ada, ikan, pertanian, apa-apa sahaja yang boleh kita dapatkan pendapatan lebih kita akan teruskan, insyaAllah. Macam nak tanam perkara-perkara yang telah ditanam dulu, kita akan tanam lagi, insyaAllah. Kalau macam disebut dulu tanaman jagung yang tidak berapa jadi sebab takdok tanah,
tanah di Setiu tu katanya banyak dah bila tengok atas pelan tanah Kerajaan, tapi bila masuk dalam tu, atah tanah habis diambil orang belaka doh. Dan, ambil tu maknanya secara tidak betul, itupun nak kena kaji balik. Dan kita sedang berunding dengan pihak KPTG sebab ada tanah besar di Hulu Terengganu untuk orang Hulu ni, ada lebih kurang 5,000 ekar tanah yang kita akan berunding dengan pihak Persekutuan supaya tanah ini diberikan kepada kita untuk digunakan untuk tanaman..... Bakpe padam, habis dah? Terima kasih.
Okey, saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Berangan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan nombor satu - Apakah status pembinaan Projek Sekolah Menengah Imtiaz, Marang di Kampung Tok Muchong?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan wakil dan semua Pemerhati, muslimin dan muslimat sekelian. Soalan nombor satu pagi ini dari Wakil Pengkalan Berangan. Terima kasih. Yang ingin tahu berkaitan dengan muara Sungai Merchang. Soalannya berbunyi: Apakah bentuk penyelesaian .....
Yang Dipertua, saya rasa soalan 4hb tu. Status pembinaan projek Sekolah Menengah Imtiaz, Marang, hak tu untuk 3hb tapi kalu nak jawab dua, kita alu-alukan.
Balik pada soalan asallah Yang Berhormat.
Soalan berkenaan status projek Sekolah Menengah Imtiaz, Marang di Kampung Tok Muchong.
Yang Berhormat…(sambil gelak)... Ke Yang Berhormat Kuala Berang nak jawab?
Dah guaner dua-dua bangun ning?
Soalan banyak, sabar, sabar.
Bagus terik ning, berebut nak jawab.
Yang Berhormat Yang Dipertua, ni baru lagi, dokleh kata ke dia jugok, nok kata guaner, babah lagi.
Base dia doh……
InsyaAllah, esok moleklah. Baru Exco etek tu…
Tuan Yang Dipertua, soalan saya perlu dijawab oleh Yang Berhormat Exco Infrastruktur - Status pembinaan.
Okey, terima kasih. Jadi semalam pun ada juga soalan yang kita masih belum jawab. Hari ni soalannya berbunyi: Apakah status projek pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz, Marang di Kampung Tok Muchong, Wakaf Tapai dalam kawasan DUN Pengkalan Beranganlah. Jadi untuk makluman Wakil Pengkalan Berangan, status projek ini masih ditangguhkan lagi memandangkan masalah kewangan pada Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Exco. Untuk makluman Dewan yang mulia, Sekolah Menengah Imtiaz, Marang ini, sekarang ini menumpang untuk PMP di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, dan untuk asrama di Sekolah Menengah Wakaf Tapai. Jadi persoalannya ialah berapakah kapasiti yang boleh menampung tempat yang digunakan untuk PMP dan jugak asrama dan yang keduanya ialah sampai bilakah harus menumpang?
Terima kasih. Buat masa ini pelajar-pelajar memanglah tinggal di Asrama Sekolah Menengah Wakaf Tapai dan mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai yang lama, yang baru ada sebelah. So, kapasiti dia hanya setakat untuk 300 orang pelajar sahaja dan buat masa ini mereka ada seramai 113 pelajar merangkumi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Jadi tahun depan kita jangka 100 pelajar yang baru akan masuk dan kita akan menghadapi masalah tahun 2020, kerana ruang belajar tak cukup. Jadi sementara ini kita buat gitu dululah. Kita mungkin ambil tindakan yang lainlah apabila mengizinkan pada tahun depan atau dua tahun lagi. InsyaAllah.
Sekarang saya persilakan.... Ada lagi tak?
Ada se.
Okey, sila.
Kita sedia maklum bahawa pendidikan ini merupakan satu perkara yang perlu menjadi keutamaan untuk membina tamadun bangsa dan jugak rakyat. Jadi soalannya ialah berapakah anggaran kos yang perlu untuk membina Kompleks Pendidikan Imtiaz di Marang ini dan ianya perlu diberi perhatian yang serius kerana pendidikan merupakan satu perkara yang utama yang perlu diberi perhatian.
Terima kasih. Kita memang dah ada tanah, yang telah diambil daripada tanah orang milik individu, kemudian Kerajaan telah ambil tanah tersebut seluas hampir 16 hektar kawasan yang agak luas di Tok Muchong itu. Kemudian, kita jangka kewangan atau kos yang terlibat ialah sebanyak RM60 juta, melibatkan sekolah, kantin, asrama dan lain lain yang berkaitan. Jadi memang kita mengutamakan pendidikan ini tetapi oleh kerana kewangan kita ni masih tidak mengizinkan kita hold dulu dan yang untuk penyelesaian jangka pendek mungkin kita boleh tempatkan pelajar-pelajar yang seharusnya diletakkan di Wakaf Tapai ini, kita letaklah tempat-tempat lain dulu, Sekolah-sekolah Imtiaz yang lain dulu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Wakil Kuala Besut untuk kemukan soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua, soalan saya nombor dua.
Apakah perancangan dan program pembangunan belia Negeri Terengganu khususnya kepada warga belia yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS? Terima kasih.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut, yang telahpun mengemukakan soalan yang berbunyi:
Apakah perancangan dan program pembangunan belia Negeri Terengganu khususnya kepada warga belia yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS? Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan telahpun melaksanakan perancangan dan program-program pembangunan kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS melalui pusat-pusat kemahiran yang sedia ada, sama ada yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri mahupun yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat. Di antaranya ialah melalui institusi ataupun agensi TATI Universiti Kolej. Yang keduanya melalui Terengganu Skill Development Centre. Yang ketiga melalui Yayasan Pembangunan Usahawan. Yang keempatnya melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Bahagian Sosial Ekonomi. Yang kelima melalui Timber Terengganu Industry Training Centre. Dan yang keenam melalui Yayasan Terengganu. Adapun melalui agensi Pusat, pusat kemahiran yang sedia ada seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Wakaf Tapai), Institut Kemahiran Belia Negara (Kemasek), Giat Mara Negeri Terengganu dan Institut Latihan Perindustrian. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama, Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco menjawab soalan tersebut. Cuma nak mendapatkan penjelasan dan juga pencerahan daripada pihak Kerajaan, perancangan yang lebih spesifik, sebagai contohnya kita berada di negeri Terengganu dan betullah yang dijawab oleh Yang Berhormat Exco tadi. Kita masukkan ke Pusat Kemahiran dan sebagainya, ada tak perancangan yang lebih spesifik, sebagai contohnya kita di Terengganu ni, kita terkenal dengan industri pelancongan, memang banyak tempat-tempat tarikan pelancongan. Ada tak perancangan supaya belia-belia kita yang tidak dapat masuk ke IPT dan juga IPTS ni, kita memberi pengkhususan dalam bidang untuk kita melahirkan mereka ni, sebagai contoh sebagai Tourist Guide ke, ataupun sebagai Pemandu Pelancong ataupun sebagai apa-apa yang terlibat dalam industri pelancongan yang boleh memberi pulangan jugak kepada pihak Kerajaan secara tidak langsung dan juga kepada golongan belia itu sendiri jugak. Okey, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut atas soalan tambahan yang pertama. Untuk makluman baru baru ini, sebelum pada raya baru ni, portfolio saya telahpun mengadakan sesi percambahan minda ataupun brain storming dengan izin, dan beberapa program tambahan selain daripada apa yang telahpun saya jawab pada awal tadi khusus untuk belia-belia dan beliawanis Negeri Terengganu yang tercicir ataupun yang tidak dapat memasuki ataupun melanjutkan pelajaran ke IPT dan IPTS ini. InsyaAllah pihak portfolio saya akan
bekerjasama dengan portfolio daripada Pertanian contohnya dan jugak daripada Pembangunan Usahawan dan Pelancongan untuk kita menyediakan latihan-latihan dan juga kemahiran-kemahiran kepada belia-belia kita untuk menceburi bidang pertanian sepertimana yang disebut oleh ADUN Bukit Besi kelmarin yang menggesa supaya belia juga menceburi ataupun menjadi usahawan di bidang pertanian. Itu adalah di antara pelan tindakan yang telahpun kita selesaikan dan kita bersetuju dan insyaAllah kita akan laksanakan apabila tiba pada masanya, insyaAllah. Terima kasih.
Okey, terima kasih Tuan Yang Dipertua, se lagi soalan. Terima kasih di atas perancangan yang agak proaktif sebagaimana disebut oleh pihak Yang Berhormat Exco tadi. Soalan saya yang kedua: Di kawasan Kuala Besut, kawasan sayalah ni, ada satu kumpulan belia yang agak proaktif jugak yang telah mewujudkan satu kumpulan, kumpulan belia yang tidak dapat masuk U mana-mana ni, dia duduk kampung, duk jaga orang tua dia ni jugok, telah wujudkan satu kumpulan, kumpulan yang lebih bersifat keusahawanan niaga ni, dia niaga ada dekat 100 orang, dia mewujudkan kita panggil satu ‘downtown’ di Kuala Besut, tepi sungai, di belakang Stesen Bas Kuala Besut tu yang mana telah menarik minat rakan-rakan yang lain untuk membuatkan ‘downtown’ ini lebih besar lagi, golongan belia ni. Jadi ada tak perancangan oleh pihak Kerajaan khususnya di bawah portfolio belia ni untuk membantu mereka, agar memberi sokongan kepada mereka ni agar kumpulan ini akan lebih besar lagi, dan dapat berdiri dengan lebih teguh lagi dan memberi sokongan sekaligus dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada kumpulan usahawan belia dalam Kumpulan Downtown Kuala Besut ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut. InsyaAllah saya rasa kita akan mengadakan perjumpaan, perbincangan dengan pihak belia yang berkenaan dan sekiranya ianya adalah satu idea yang baik saya rasa tidak salah untuk kita berkongsi idea tersebut dengan rakan-rakan di daerah-daerah yang lain untuk menjamin belia-belia kita yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ini juga mendapat tempat di lapangan yang berbeza tetapi berjaya dalam kehidupan mereka di dunia ni. Terima kasih pada ADUN Kuala Besut. Terima kasih.
Seterusnya saya mempersilakan Wakil Bandar untuk kemukakan soalan.
Tuan Yang Dipertua, soalan saya, soalan nombor dua - Kesan-kesan yang dijangka timbul akibat dari
pembinaan “Draw Bridge” terhadap ekonomi sekitar dan terhadap ekosistem alam sekitar?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan nombor dua daripada Bandar ni bertanya tentang: Kesan-kesan yang dijangka timbul akibat dari pembinaan “Draw Bridge” terhadap ekonomi sekitar dan terhadap ekosistem alam sekitar?
Pembangunan “Draw Bridge’ ini masa dibuat tu telah diambil kira dan telah diluluskan oleh JPS dan juga Alam Sekitar. Jadi setelah diambilkira dan dibina dan dijangka apabila pembinaan ini siap, dia akan menarik, dia akan merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar itu dan juga Bandar Kuala Terengganu ini kerana jarak perjalanan daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Kuala Terengganu lebih dekat, lebih cepat. Kemudian oleh kerana dia, jambatan ini yang pertamanya di Asia agaknya, jadi merupakan ikon tarikan pelancong, pelancong mari nak tengok bridge tu. Di Asia Tenggara, dia yang pertama. Dan di atas Draw Bridge itu katanya akan ada ruang, dua ruang niaga akan dibina di atas menara Draw Bridge. Kemudian hasil daripada Draw Bridge ini ada di north ataupun di utara dan selatan, tanah itu akan dapat digunakan untuk berbagai perkara dan dijangka akan menarik pelaburan, dijangka, jangkaan lebih kurang RM5 bilion. Dan kemudian akan mewujudkan peluang pekerjaan lebih kurang 10 ribu orang. Jadi, yelah dia dok siap benar lagi kita tengoklah bila siap ni apa akan terjadi, mudah-mudahan yang dirancang itu terjadi dengan baik.
Soalan tambahan saya: Sejauh mana kebenaran paras air berbanding dengan ketinggian jambatan tersebut tidak menggangu laluan bot-bot nelayan sebab kita melihat ada bot nelayan yang tiangnya tinggi, lepas ke tidak dengan tiang, dengan paras air....
Yang Berhormat, kalau ikut Peraturan Dewan, soalan-soalan berbentuk andaian-andaian, anggapan ni tidak dibenarkanlah, macamana pun terpulang pada pihak Kerajaan ..…
Tak apalah Yang Dipertua, sebabkan .....
Sila.
Baru-baru ni kan, andai-andai dulu sebelum dapat fakta sebenar. Terima kasih pada soalan tu. Terima kasih Yang Dipertua. Saya ada dapat
rungutan daripada orang berniaga dalam ruang ini katanya bukan bot nelayan, yang bot ni yang membawa dia panggil ‘change crew’ yang nak bawa kru ke pelantar. Dulu daripada gas base sekarang ni banyak di dalam sini, dan nak bawa tu dan ada juga bot-bot besar katanya, yang mengatakan bot-bot besar, bot-bot besar mana saya pun dok tahu, dia ada mask, dia ada tiang, tiang tu kata dok lepas ketinggian, jadi tiang tu sakkok nak masuk. Hari tu saya ada dengar rungutan dan saya kata nak buat guaner, dok tahulah dia kata, takkan nak rombak pulok bridge tu. Jadi dia terpaksa ubah suai, katanya dia akan kerat tu, supaya jatuh, pahtu lepas pada tu angkat balik. Setakat mana kebenaran tu, tapi itulah yang diberitahu kepada saya setakat ni.
Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Dipertua, saya mencelahlah, sebab itu dia dipanggil ‘Draw Bridge’, macam kat London tu, Yang Dipertua. Kan dia boleh buka kan, bila kapal besar, bukalah, janganlah dia tutup sokmo, tutup dokleh lalulah, dia boleh buka.
Dok..katanya....
Doh sakok natang pende pulok?
Katanya bukan, dia bukan jenis binatang tu.... dia (Dewan gelak)…
Doh yelah…
Dia jenis..dia jenis…
Betullah sebab tu dia panggil Draw Bridge, saya ingat Exco Ladang lebih cerdik pada saya ..…
Tuan Yang Dipertua, soalan saya bukan cerita bab bot yang besar, persoalan saya bot nelayan yang keluar masuk…
Ye dok sakok langsung nelayan, besar mana nelayan kita .....
Tak apalah itu andaian yang dibuat. Kita akan dapat maklumat jelas,
takdok masalah, kita akan dapat maklumat jelas tentang perkara ini, dari segi teknikalnya, dari segi bot kecil ke besar, kite khabor semulalah.
Saya ingat cukuplah.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak tanya se lah, patutnya Exco, sebelum beri jawapan tu, panggil JPS dulu sebelum ni, guaner status dia jambatan tu kan kita ada pegawai kan, tanyalah dulu.
Nasihat Kerajaan nilah…
Hor, nasihat Kerajaan, bukan sebelum beri jawapan tu kita panggil pegawai dapatkan jawapan, tanya JPS betul dok yang mana sakok ni, kan dia boleh buka, buka-tutup, buka tutup. Saya rasa ADUN Ladang kerek gi London dulu, dokkan dok tahu jugok, dokkan dok rajin naik Dato’ Draw Bridge London.
Nok gi pulok ni.
Dia masalah bukan boleh buka-tutup, buka tutup tu memang boleh buka tapi boleh buka dokleh tutup masalah buat buat doh.
Doh mugo tok siap lagi key…
Oh, doh tu dokleh lalu tu, kalu ngaku gitu mudah, dok siap lagi, dokleh pakai…
Cukup…cukup.
Mintak, mintak Yang Dipertua, saya nok celah sikit.
Sebab saya ingat banyak-banyak .....
Saya rasa ada sedikit rasa salah faham di sini, sebab isunya sebenarnya ialah kerana yang crews change itu, dia ada mohon buat sementara kerana apabila pembinaan itu, maka terpaksa ditutup dulu laluan itu, maka kerana itu permintaan daripada crews change untuk dia nak buat dulu dia punya port tu di luar daripada Draw Bridge itu Itu saya ingat salah faham tu jer, selepas siap semua, dia tak ada isulah, kerana Draw Bridge ini boleh buka
setinggi mana kapal pun dan sebagainya tak ada masalah dan tak ada isu. Cuma isunya sedikit ialah ketika ini yang kerana apabila pembinaan untuk tower yang kedua itu, mereka terpaksa tutup dulu, jadi laluan tak boleh, jadi crews change itu menimbulkan masalah, jadi kerana itulah permohonan crews change kepada Kerajaan Negeri dahulu untuk membina port dia di luar untuk sementara. Itulah untuk makluman kepada hadirin sekalian. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Takpe…
Dato’ Yang Dipertua, saya fikir betul tu, hok yang disebut oleh bekas Menteri Besar tu memang betul, sebab tu dia ada permohonan untuk di luar dan south bahagian selatan untuk tempat crews change. Jadi betullah yang disebut tadi sebab sementara ini memang tak boleh nak lalulah. Jadi dua-dua jawapan tu betul belakalah. Okey, terima kasih.
Tak apa cukup, cukup, saya tak benarkan.
Yang Berhormat Seberang Takir sebab jambatan ni duduk dekat rumah dia, dia nampak, dia nampak lebih sikit kot. Okey, saya persilakan wakil daripada Kemasik.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor satu - Sejauh manakah pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri mematuhi kehendah syariah (‘Syariah Compliance’) dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mempastikannya?
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Dipertua, Wakil Kemasik bertanya: Sejauh manakah pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri mematuhi kehendah Syariah (Syariah Compliance) dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mempastikannya?
Yang Berhormat Yang Dipertua, Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Negeri telah mengamalkan dan mematuhi kewangan berlandaskan kehendak Patuh Syariah. Ini juga berdasarkan tahap kesedaran rakyat terhadap instrument kewangan Islam yang semakin meningkat. Jadi antara langkah-langkah yang telah diambil seperti yang pertama memastikan pelaburan Kerajaan Negeri (fix
deposit) adalah dalam bentuk pelaburan Patuh Syariah ataupun yang melibatkan Pelaburan Al Mudharabah.
Kerajaan Negeri juga menyediakan Skim Pinjaman Pembiayaan Pinjaman Kenderaan Dan Pinjaman Computer Tanpa Faedah kepada Anggota Perkhidmatan Awam ataupun Pinjaman Al-Qardhul Hasan. Juga sumber kewangan perbankan Kerajaan Negeri adalah menggunakan bank yang berlandaskan Prinsip Syariah seperti Bank Muamalat, Bank Islam dan tidak menggunakan sistem kewangan konvensional. Dan kita juga insyaAllah, dari masa ke semasa akan memperluaskan Patuh Syariah ini yang melibatkan pengurusan kewangan ini, melibatkan syarikat-syarikat GLC selepas pada ini supaya menggunapakai konsep Patuh Syariah. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama saya: Bagaimana pula untuk bidang pelancongan, dalam kita juga memastikan ia juga mematuhi kehendak syariah?
Yang Berhormat Yang Dipertua, kita juga sedia maklum Negeri Terengganu Darul Iman ni merupakan sejarahnya sendiri, dengan penemuan Batu Bersurat, dengan para ulama yang masyhur, Pusat Pendidikan Islam dan sebagainya yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Dan insyaAllah, kita cuba untuk menjadikan bidang pelancongan ini bukan sahaja sebagai satu industri yang dapat menarik masyarakat ke Terengganu dengan sumber-sumber kita yang sedia ada tetapi dalam masa yang sama insyaAllah kita cuba menawarkan kepada pelancong-pelancong yang hadir dengan pendekatan Kerajaan untuk memastikan insyaAllah, dengan pendekatan-pendekatan Patuh Syariah di dalam bidang pelancongan ini dapat diamal dan dipraktikkan lebih mesra muslim, insyaAllah. Khususnya, antaranya adalah untuk kita memastikan makanan halal supaya pelancong-pelancong yang hadir tidak merasa ragu dan bimbang apabila mereka datang ke Terengganu untuk membeli ataupun memakan makanan di Negeri Terengganu itu sendiri. Juga melibatkan kebersihan, melibatkan produk-produk yang sedia ada, contohnya kuliah, ulama, sejarah yang menggambarkan Negeri Terengganu yang masyhur dengan perkembangan Islam ini. Juga kita akan, insyaAllah memanfaatkan ruang kesempatan masjid, surau, majlis-majlis keagamaan dan juga kita insyaAllah mengurangkan program-program yang melibatkan hiburan yang melampau dan juga alkohol, judi dan sebagainya dan insyaAllah kita merasakan lebih mesra kepada pelancong. Sekarang ni banyak negeri-negeri termasuk negara-negara luar khususnya hatta negara-negara yang bukan Islam, kadang-kadang memperkenalkan Konsep Patuh Syariah ini di hotel- hotel mereka dan sebagainya supaya pelancong yang hadir, yang menjadi kebimbangan mereka, dia nak makan tu halal ke dok, halal ke dok. Dan mereka memberi orang panggil ruang yang agak selesa kepada
pelancong-pelancong muslim untuk hadir kepada negara-negara bukan Islam itu. Dan kita Negeri Terengganu Darul Iman ini, Malaysia yang merupakan majoriti Negara Islam, Negara muslim, insyaAllah kita merasakan kita dapat menawarkan suasana yang lebih selesa untuk hadir, selamat dan sesuai untuk beribadat dan sebagainya untuk kita perkenalkan kepada pelancong-pelancong kita insyaAllah. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Berhormat Exco, soalan tambahan kedua adalah berkenaan dengan: Bagaimanakah pula untuk kita memastikan juga tatatertib pemakaian juga kita dapat kawal ataupun kita dapat pastikan ia mematuhi kehendak syariah. Adakah kita ingin mengambil contoh apa yang dibuat di Kelantan antara lain adalah dengan mengenakan kompaun kepada mereka-mereka yang berpakaian tidak mematuhi syariah? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Dipertua, perkara ni insyaAllah kita masih lagi dalam perbincangan dan kita akan cuba menyediakan panduan untuk Patuh Syariah. Tapi sebagaimana biasa kita berjalan ke negara setengah tu seperti di Mesir dan sebagainya, bila orang non-muslim yang datang walaupun dengan skirt dan sebagainya nok masuk dalam masjid dia beri peraturan, sediakan pakaian yang menutup aurat dan sebagainya dan dia boleh masuk. Jadi kita perlu mendidik pelancong-pelancong supaya mereka doklah orang panggil salah faham. InsyaAllah pendekatan, kempen dan kita harap insyaAllah Exco Pelancongan akan ambil pendekatan-pendekatan seperti ini untuk lebih mesra pelancong khususnya kita untuk menarik pelancong-pelancong di sebelah Timur, Negara Jepun, Korea apa dan sebagainya yang mungkin hadir sini dan insyaAllah kita memberi penerangan, penjelasan tentang adat, budaya, masyarakat kita, termasuk juga apa yang menjadi peraturan-peraturan yang melibatkan Negeri Terengganu ni. Tapi bagi mereka yang muslim, mereka juga terikat dengan Enakmen Syariah ini sebagaimana kita sebutlah supaya pendekatan dakwah, penerangan, penjelasan sehingga semua mereka ni memahami, mengikut etika yang ada di negeri-negeri kita, bukan kita supaya tidak meliarkan orang panggil dan bidang pelancongan ni dengan masyarakat umum untuk hadir, mereka hadir seperti biasa di Negeri Terengganu tetapi menjadikan itu sebagai orang panggil tarikan pelancongan ke Negeri Terengganu ini sendiri. Apapun yang melibatkan seperti kompuan, saman, kesalahan dan sebagainya itu merupakan bawah PBT dan insyaAllah akan diambil perjalanan seterusnya. Terima kasih.
Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Tepoh untuk kemukakan soalan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, soalan saya nombor satu -
Apakah pendirian pihak kerajaan dalam menangani projek mega seperti Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir. Sejauh manakah laporan dengan izin feasibility study projek ini memberi pulangan lumayan untuk rakyat Terengganu?
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, soalan pertama daripada Yang Berhormat Tepoh berbunyi: Apakah pendirian pihak Kerajaan dalam menangani projek mega seperti Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir. Sejauh manakah laporan dengan izin, feasibility study projek ini memberi pulangan lumayan untuk rakyat Terengganu? Jadi pucuk kepimpinan baharu Kerajaan Negeri sebenarnya akan meneruskan dasar menjadikan Tasik Kenyir antara produk utama pelancongan Terengganu. Walau pun Tasik Kenyir mempunyai tarikan alam semulajadi yang tersendiri, Kerajaan Negeri perlu mewujudkan aktiviti sokongan yang lain yang unik bagi merancakkan lagi pelancongan Tasik Kenyir. Kerajaan Negeri akan mencari kaedah yang terbaik bagi menguruskan aset berkenaan dengan mengenalpasti operator yang berpotensi dalam menguruskan Kawasan Bebas Cukai sebagai pemangkin tarikan pelancongan di Tasik Kenyir. Kerajaan Negeri juga telah melantik pihak Universiti Teknologi Malaysia untuk membuat Kajian Pembangunan Pulau Bayas. Antara hasil kajiannya adalah: Yang pertama; membantu dalam menaikkan imej Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan destinasi wajib dilawati. Yang kedua, meningkatkan taraf pendapatan penduduk setempat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama, Yang Berhormat Exco, berkenaan dengan: Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir yang difahamkan masih lagi dok siap, jadi dengan jumlah yang tidak siap itu, saya pohon penjelasan berapakah kos yang masih berbaki untuk siapkan Pusat Bebas Cukai di atas asas untuk kita meneruskan perjalanan Pusat Bebas Cukai di Tasik Kenyir? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, status terkini kemajuan projek ataupun Zon Bebas Cukai Pulau Bayas sehingga 31 Oktober 2017, dia ada beberapa pakej, pertama sehinggalah ke 6 pakej.
Pakej 1 (Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama Jeti Penumpang, Jeti Servis Dan Kerja Berkaitan Di Pulau Bayas). Jadualnya 100%, sebenarnya 80.84%. Prestasi perbelanjaannya adalah RM58,892,300.
Pakej 2 (Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan Kerja Untuk Pembangunan KTC Di Pulau Bayas). Dari segi fizikalnya sepatutnya dah selesai 100% tetapi yang siapnya 55.04%. Perbelanjaannya RM34,631,834.23. Pakej 3 (Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Tinggi & Rendah Dan Kerja Berkaitan Berkenaan Tasik Kenyir Trade Centre Di Pulau Bayas. Dari segi fizikalnya mengikut jadualnya 100%, tapi sekarang ni yang sebenarnya 50% dengan perbelanjaannya RM3,923,000.00. Seterusnya Pakej 4 (Kerja Membina Jalan Servis, Laluan Pendaratan Bot, Hentian Rehat Bagi Stesyen, Bagi Lay Bay, Wakaf, Sistem Paip Air Kumbahan Dan Kerja-Kerja Berkaitan). Jadualnya 100%, sebenarnya 99.44%. Dengan prestasi belanjanya RM19,641,800.
Pakej 5 (Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air Dan Kumbahan Serta Kerja Berkaitan Untuk KTC Di Pulau Bayas). Sebenarnya, sepatutnya dari segi jadual fizikalnya 100%, sebenar 79.90%. Dengan prestasi belanja RM16,088,200.
Pakej 6 (Pembinaan Jalan Servis PPU Ke SSU Di Pulau Bayas, Tasik Kenyir). Fizikalnya sebenarnya siap dah 100% dengan peruntukan RM10,853,650. Peratus keseluruhannya 77%. Sepatutnya siap fizikalnya 100%. Sekarang ni Pulau Bayas dari segi sebenarnya 77.53% dengan peruntukan asalnya RM207,857,791.35. Prestasi sebenar sehingga sekarang 77.53% . RM144, 030,784.23. Sekian.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan saya yang kedua: Saya melihat pakej-pakej yang dibentangkan ini ada dua sahaja yang hampir 100%. Pakej yang ke 6, 100% dan Pakej ke 4, 99%. Adapun pakej-pakej yang lain nampaknya masih jauh untuk disiapkan dan membawa erti kita telah memberikan tempoh lanjutan masa yang begitu panjang kepada kontraktor-kontraktor ini untuk menyudahkan kerja di Pulau Bayas dan juga di Tasik Kenyir ini. Jadi soalan saya, apa justifikasi Kerajaan terdahulu yang telah menyebabkan extension of time ini dilanjutkan kepada semua kontraktor-kontraktor tersebut sehingga hari ini kita belum lagi dapat melihat komponen-komponen ini dapat disiapkan sepenuhnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua dan juga ADUN Tepoh. InsyaAllah pihak Kerajaan Negeri akan mengkaji balik oleh kerana prestasi yang ada ni dia melebihi 50% dan sememangnya kami telah berbincang di pihak Exco dan akan menilai satu persatu projek khususnya di Pulau Bayas ini yang menelan belanja
yang besar serta projek-projek lain di Tasik Kenyir dan penilaian akan dibuatlah berdasarkan satu persatu khususnya pakej per pakej di Pulau Bayas. Dan kami merancang sebenarnya oleh kerana dia telah melepasi 50% dari segi pakejnya sebaiknya kita selesaikan keseluruhan projek, walau bagaimanapun kita akan buat kajian secara yang lebih terperinci. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Bersama-sama kita yang mengikuti sidang dewan ada senarai Pemerhati yang dimaklumkan:
1.
Pelajar Pra Universiti SMK Tengku Lela Segara. 2.
Majlis Tindakan DUN Sura.
3.
Wakil Dewan Muslimat PAS Negeri.
4.
Pejabat DUN Ladang.
5.
Pejabat DUN Wakaf Mempelam.
6.
Pejabat DUN Kota Putera.
7.
Pejabat DUN Bandar.
8.
Pejabat DUN Cukai.
9.
Pejabat DUN Ajil.
10.
Pejabat DUN Manir.
11.
Pejabat DUN Jabi.
12.
Pejabat DUN Rhu Rendang.
13.
Petronas Wilayah Pantai Timur.
14.
Pejabat DUN Pengkalan Berangan.
15.
SMA Mahmudiah Kuala Berang.
16.
Pelajar Pra Universiti SMK Sultan Sulaiman. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekelian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pukul 11.00 pagi. DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 10.35 PAGI. PUKUL 11.15 PAGI
Perbahasan
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak berikan sedikit peluang lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat perbahasan ke atas Usul Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan kelmarin oleh kerana bangun serentak wakil daripada Ajil, jadi saya nak persilakan Wakil Ajil untuk membahaskan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi wahdah, sadaqo wahdah, asyhadu alla ilahaillallah, wahdahula syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahummas solli’ala Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Ammaba’.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, para Pemerhati dan tuan-tuan dan puan-puan semua. Salam pengenalan dan Salam Mahabbah, Selamat Hari Raya kepada semua. Dalam kesempatan menjunjung Ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ingin menarik perhatian akan ketidakmampuan prasarana yang disediakan oleh pihak Kerajaan berkenaan dengan pendidikan di Terengganu kita ni. Jadi pendidikan di Negeri Terengganu kita tengok semacam tidak ada keseimbangan di antara Sekolah-sekolah Harian Biasa dengan Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri di Terengganu khususnya.
Saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan berkenaan dengan Sekoloh-sekoloh Menengah Agama di Terengganu yang ada lebih kurang sembilan buah, bukan lebih kuranglah, sembilan buah sahaja Sekolah Menengah Agama di Terengganu, berbanding dengan seratus lebih Sekolah Menengah Harian Biasa dan pertambahan Madrasah Moden sebanyak tiga buah di Kuala Nerus, di Besut dan di Hulu Terengganu masih lagi belum mampu untuk menampung kehendak dan keperluan masyarakat kepada Sekolah-sekolah Agama di negeri kita, Negeri Terengganu.
Pada tahun 2017, permohonan ke Sekolah Menengah Agama di Terengganu, 4,396 permohonan, yang diterima hanyalah 1,603 bermakna 2,792 ditolak permohonan mereka untuk masuk ke Sekolah Menengah Agama. Tahun 2018 4,550 permohonan dan 2,945 permohonan yang ditolak, yang diterima hanyalah 1,605 orang pelajar sahaja. Dengan pembukaan Madrasah Moden pun tidak dapat mampu lagi, masih lagi belum mampu untuk menampung keperluan masyarakat hasrat ibu bapa khususnya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama dan kita tahu bahawa asas pendidikan agama merupakan keperluan asas yang utama untuk membangunkan modal insan di seluruh negara dan seluruh dunia khususnya kita lihat kepada negeri kita Terengganulah. Dan satu lagi ketidakseimbangan di Hulu Terengganu, saya cuba menarik perhatian Ahli Dewan kepada pendidikan di Hulu Terengganu. Tahun 70an dulu, sekolah menengah ada dua buah sahaja, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Sekolah Menengah Harian Biasa dah bertambah kepada 11 buah dan Sekolah Agama Mahmudiah, duduk sebuah situlah jadi macam mandur tak bertambah, jadi kita nampak situ macam tidak seimbang antara Pendidikan Sekolah Agama dengan
Pendidikan Sekolah Menengah Harian Biasa. Dan tidak seimbang lagi bagi penduduk Ajil, saya mewakili suara penduduk Ajil. Saya ingin menarik perhatian Y.B. Exco Pendidikan dan juga Y.A.B. Menteri Besar nampak semacam tidak seimbang mercu pendidikan di Hulu Terengganu. Di Telemong kita ada TTITC di Teris, ada ABM (Akademik Binaan Malaysia) di Jenagor, dan sekarang di dalam proses pembinaan Politeknik di Kampung Kuala Jeneris. Di Kuala Berang ada Sekolah-sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh), IMTIAZ dan juga SAHUT serta Sekolah Premier iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, tetapi di Ajil ni takdok, kesian ke orang Ajil. Takdok, yang ada hanyalah Sekolah Menengah Biasa aje, Sekolah Menengah Biasa dengan Sekolah Rendah. Maknanya mercu tanda pendidikan di Ajil tidak ada berbanding dengan Kuala Berang dan jugak Telemong. Saya tak sebut Manir, sebab dia Manir orang bandar, tapi duduk di hulu. Jadi saya mencadangkan kalau sekiranya ada dan saya harap akan ada perancangan dari pihak Kerajaan untuk membuka mana-mana mercu tanda pendidikan yang baru di Hulu Terengganu ataupun di Terengganu khususnya terutamanya Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan sama ada bawah SABK ataupun sebagainya supaya membina di Dewan Undangan Negeri Kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil sebagai satu ucapan terima kasih kepada penduduk Ajil yang menyumbangkan satu kemenangan kerusi kepada kemenangan PAS dalam PRU baru-baru ini. ...(Tepukan sokongan)..... Terima kasih orang yang tepuk meja. Jadi saya mengharapkan pihak Kerajaan mengambil perhatian yang seriuslah dalam hal ini.
Dan itu sahajalah dari saya pada hari ini dan saya mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan menjunjung kasih. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakil Ajil. Berapa orang lagi nak bercakap sakning? Sila Yang Berhormat Sura.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang Dipertua, yang saya hormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua ketua jabatan, para Pemerhati serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian. Alhamdulillah, pertamanya, marilah sama sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana pada hari ini kita diketemukan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Ke 14. Dan saya terlebih dahulu mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tuan Yang Dipertua juga kepada Menteri Besar Terengganu dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah diberikan amanah dan kepercayaan dalam mengurus negeri kita selepas PRU Ke-14 ini.
Saya juga mengambil peluang untuk merakamkan Ucapan Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan pada Perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Ke-14. Dan seterusnya, saya juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu yang telah memberikan kepercayaan dan amanah kepada kepimpinan PAS Negeri Terengganu untuk menerajui dan mengurus tadbir Negeri Terengganu dan saya mengharapkan kepada kita semua yang telah diberikan amanah ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dengan sebaik mungkin.
Tuan Yang Dipertua, saya mengambil peluang untuk mengingatkan kepada diri saya dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga kepada seluruh ketua-ketua jabatan bahawa kita adalah merupakan tenaga-tenaga, merupakan pekerja-pekerja kepada rakyat Negeri Terengganu yang mana sebagaimana kita faham bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita ini bukan sekadar ataupun berkisar di muka bumi ini sahaja malahan segala pertanggungjawaban itu akan dipersoalkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di hari akhirat nanti. Sebagaimana yang disebut: ◌ - Setiap kita adalah pemimpin, dan setiap kita akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinan kita.
Tuan Yang Dipertua, saya jugak mengambil peluang untuk mengingatkan kepada Kerajaan Baru di bawah pimpinan PAS untuk memastikan tawaran-tawaran yang disebut dalam manifesto dalam PRU Ke-14 yang lalu dapat kita merelaisasikan, dapat kita melaksanakan bagi membantu dan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan rakyat. Dan saya jugak ingin memohon kepada pihak Kerajaan untuk menyatakan pada kita, pada Sidang hari ini, setakat ini berapakah manifesto yang telah dapat kita laksanakan sebagaimana tawaran yang kita sampaikan kepada rakyat, sebanyak 20 janji-janji manifesto yang kita tawarkan. Dan saya mohon untuk diperjelaskan sehingga kini berapakah manifesto yang telah kita mampu laksanakan dan mungkin janji-janji dan manifesto itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan kemampuan yang ada di pihak Kerajaan.
Tuan Yang Dipertua, untuk melanjutkan perbahasan saya pada pagi ini, saya ingin menarik perhatian kepada para Pemerhati dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, tentang peringatan Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Haj, ayat 41:
ໂ
Yang bermaksud: Mereka-mereka yang diberikan kekuasaan, dan memerintah di muka bumi ini, mereka mendirikan solat, mereka menunaikan zakat, mereka menyuruh menyeru kepada perkara makruf dan mereka mencegah perkara-perkara mungkar; dan kepada Allah kembali segala urusan.
Tuan Yang Dipertua, apa yang perlu kita mengambil nasihat dan pengajaran daripada ayat ini ialah yang juga menjadi satu tanggungjawab kepada pihak Kerajaan, yang pertama, untuk memastikan bahawa rakyat kita bukan sahaja kepimpinan kita, malahan seluruh rakyat kita menunaikan solat yang menjadi tanggungjawab kepada orang-orang Islam, orang-orang yang beriman. Solat ini adalah merupakan satu asas dalam agama kita dan menjadi benteng untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka sebab itu saya menyeru pihak Kerajaan khususnya kepada Exco yang berkaitan untuk kita memperkasakan, mengadakan kempen-kempen solat sebagaimana yang dilakukan jugak oleh Kerajaan Negeri Kelantan contohnya, Kempen Bulan Solat dan berbagai-bagai kempen lagi untuk kita memastikan rakyat kita ni, kalau tak 100% pun, mungkin mencapai tahap yang semaksimumnya adalah mereka-mereka yang mampu dan melaksanakan ibadah solat kerana ini merupakan jaminan Allah Subhanahu Wata’ala Sesungguhnya solat itu akan mencegah segala bentuk kemungkaran. Maka bila mana rakyat kita, kita dapat melahirkan rakyat yang menunaikan solat, insyaAllah kita akan secara tidak langsungnya akan mengurangkan gejala-gejala buruk, gejala sosial, masalah kes kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat.
Yang kedua, Tuan Yang Dipertua, perintah menunaikan zakat yang mempunyai hubung kait dengan kehidupan manusia ‘Hablu minannas’. Dalam konteks ekonomi di mana saya jugak menyarankan kepada pihak Kerajaan khususnya pihak berkuasa, Pejabat Agama, MAIDAM yang mendapat sumbangan daripda pengeluaran zakat ini supaya dapat melaksanakan suatu program yang dapat mengeluarkan rakyat kita daripada tahap kemiskinan kerana mengikut angka angka yang dimaklumkan sebelum ini, Negeri Terengganu kita ni masih ramai lagi golongan fakir, miskin setiap tahun. Maka saya merasakan perlu kepada satu usaha untuk mengeluarkan rakyat kita daripada tahap kemiskinan ini melalui wang zakat yang ada, tinggal lagi kita perlu mengadakan suatu penyusunan oleh pihak Kerajaan dalam memastikan wang zakat ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam kita. Dan seterusnya dalam perkara ketiga yang disebut ialah kita perlu setiap orang perlu melaksanakan kerja kerja menyuruh dan menyeru kepada perkara makruf. Ini bukan sahaja tanggungjawab kepada para alim ulama, para daie, para ustaz-ustazah kita, malahan menjadi tanggungjawab kepada kita semua bermula daripada kepimpinan dan seluruh rakyat perlu menghidupkan suasana menyuruh dan menyeru kepada perkara makruf ini.
Dan saya juga menyeru kepada pihak Kerajaan supaya kita dapat memperkasakan peraturan-peraturan yang ada dalam memperkasakan syariat undang-undang yang boleh melahirkan rakyat yang lebih mendekati kehidupan beragama sebagaimana yang disaran oleh Wakil Ajil sebelum daripada ini dan juga terdapat dalam manisfesto pilihan raya yang lalu bahawa pihak PAS akan menubuhkan Sekolah- sekolah Menengah Agama di setiap kawasan dan Sekolah Rendah Agama di setiap DUN. Jadi ini satu usaha yang baik yang saya mengharapkan supaya pihak Kerajaan yang baru dapat merancang, dapat berusaha untuk melaksanakan perkara ini secepat yang mungkin mengikut kemampuan yang ada. Inilah adalah di antara aset kita dalam melahirkan rakyat dan masyarakat yang akan mampu melahirkan golongan-golongan yang beriman dan beramal soleh.
Dan yang akhirnya dalam ayat ini adalah kita juga bertanggungjawab dalam usaha untuk mencegah segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Jadi dua prinsip ini ‘al amru bil-ma'ruf wan nahyu anil-munkar’ adalah satu perkara yang tidak boleh dipisahkan, suatu perkara yang seiring yang perlu dilaksanakan maka saya jugak mengharapkan kepada Exco yang berkenaan untuk melihat perkara-perkara yang boleh kita bantu rakyat kita supaya dapat mengelakkan diri atau menghindarkan diri daripada gejala-gejala sosial yang berlaku yang kita lihat masih berterusan dan mungkin jugak disetengah-setengah tempat perkara-perkara seperti gejala dadah misalnya terus meningkat. Ini akan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah bukan sahaja kepada masyarakat malahan menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa khususnya pihak Kerajaan sendiri.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Ada satu, dua lagi Yang Dipertua.
Dah takdok masa dah ..…
Jadi, saya mengharapkan pihak Exco yang khususnya yang menyatakan bahawa kita ada Penguatkuasa seramai 100 orang yang saya rasa tidak mampu untuk mengawal gejala-gejala sosial yang tidak baik berlaku ini. Kita mencadangkan menubuhkan pasukan-pasukan sukarela yang disebut ‘Pasukan Amal Makruf Nahi Mungkar’ yang boleh kita wujudkan di setiap kawasan ataupun di setiap DUN dalam membantu usaha-usaha mencegah kemungkaran yang berlaku.
Dan seterusnya Yang Dipertua, saya kira apa yang saya nak sentuh ini Ucapan Titah Tuanku pada muka surat 6 dan 7 telah disebutkan sebelum ini, namun saya nak sebut secara sepintas lalunya iaitu Tuanku mengharapkan bahawa Kerajaan kita akan dapat mengatasi masalah kehidupan rakyat, bebanan sara hidup, yang disebutkan bukan sahaja oleh rakyat, malahan oleh kepimpinan kita.
Dan perkara-perkara seperti peluang-peluang pekerjaan yang disebut untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dengan sektor-sektor yang terlalu banyak yang ada di Negeri Terengganu kita, sektor pertaniannya, hasil hutannya, hasil galian, pelancongan, industri. Saya kira ini di antara sektor-sektor yang boleh menyumbang kepada pendapatan negeri untuk menjana segala program dan aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan.
Satu lagi yang sering ditimbulkan oleh Wakil Rakyat kita ialah berkaitan dengan Rumah Kediaman Mampu Milik yang mana saya rasa setiap Y.B. akan sentiasa dikunjungi oleh rakyat, bertanya dan meminta, menaruh harapan agar mereka dapat memiliki rumah kediaman. Ini suatu perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri dengan memperbanyakkan Rumah-Rumah Mampu Milik. Rakyat tidak berhajat untuk memiliki rumah RM200,000 - RM300,000 tetapi rakyat hanya mungkin sekadar rumah di bawah RM100,000 pun, boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat dan akhir sekali .....
Masa Yang Berhormat, secara ringkasnya.
Tuan Yang Dipertua, akhir dah. Akhir sekali saya ingin menyentuh isu-isu yang saya sering bangkit dalam Sidang yang lepas berhubung kait dengan kawasan Dungun, khususnya di DUN Sura iaitu masalah muara Sungai Dungun yang jugak saya timbulkan dalam Soalan Lisan dan jugak pasar borong yang masih tidak tersusun serta Industri Batu 7 yang tidak berkesudahan yang sudah melalui tiga Menteri Besar. Jadi saya mengharapkan dengan Kerajaan Baru dan Menteri Besar baru ini, insyaAllah akan dapat mengatasi isu-isu yang berlaku di kawasan Dungun khususnya di DUN Sura.
Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong Ucapan Titah Tuanku. Terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Wakil Sura. Saya nak jemput yang terakhir, sila Wakil Manir.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wassalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa'ala alihi wasahbihi ajma'in amma ba'ad. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco-Exco, Yang Berhormat- Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati sekelian.
Pertama sekali kita panjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas segala kurniaan yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita.
Yang Berhormat Yang Dipertua, menjunjung kasih Titah Ucapan Baginda Al-Sultan di dalam muka surat 15, menyentuh tentang cerita kejayaan pendidikan ataupun pembangunan modal insan. Dalam memperbahaskan isu ini, kita mungkin akan melihat di antara kejayaan yang penting di dalam sistem pendidikan di dalam negara kita ialah pencapaian yang baik di dalam peperiksaan Sijil SPM. Mengikut carta pada tahun 2014, seramai 360 orang pada tahun 2015 seramai 348 orang, yang mempunyai, memperolehi straight A+ dan straight A. Pada tahun 2016 sebanyak 306, pada tahun 2017 seramai 278 orang. Tetapi di dalam memperkatakan tentang Kerajaan yang lalu telah memberikan satu tumpuan yang baik kepada pembangunan modal insan tetapi apa yang telah kita perolehi daripada data-data yang kita yakini bahawa pada tahun-tahun yang berikutnya itu pada tahun 2014, Yayasan Negeri Terengganu hanya berjaya menghantar pelajar- pelajar kita yang cemerlang ini, pada tahun 2014 hanya 67 orang. Daripada bilangan kecemerlangan 360, pada tahun 2015, Kerajaan Terengganu yang lalu baru hanya mampu menghantar 50 orang pelajar-pelajar cemerlang yang seramai 348 orang. Pada tahun 2016, Kerajaan di bawah Yayasan Terengganu hanya berjaya menghantar seramai 59 orang daripada jumlah kejayaan pelajar pelajar kita, 306 orang. Dan pada tahun 2017, daripda keseluruhan pelajar-pelajar cemerlang ini seramai 278 orang, tetapi Kerajaan Negeri Terengganu yang lalu hanya mampu menghantar 35 orang sahaja. Inilah nilai yang sepatutnya Kerajaan Negeri pada kali ni jangan meneruskan tatacara ini kerana pembangunan modal insan ini adalah sesuatu yang sangat berharga, sangat berharga kepada negeri kita yang menjadi aset utama kepada pembangunan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya juga memperolehi beberapa maklumat terperinci dengan penghantaran-penghantaran pelajar-pelajar ini keluar negara, kalau dulu terkenal di negeri kita dengan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, Al-Azhar sebagai contohnya, tetapi apa yang menyedihkan pelajar-pelajar yang memperolehi tempat, pelajar-pelajar di Negeri Terengganu tidak diberi tawaran oleh Kerajaan Negeri yang lalu. Mengikut statistik yang saya dapat, pada tahun 2014 sebagai contoh saya ambil ke Mesir, hanya dihantar 2 orang pelajar. Pada tahun 2015, langsung tidak dihantar. Pada tahun 2016, juga tidak dihantar. Pada tahun 2017 dihantar seorang pelajar ke Mesir, yang mana terkenal di Mesir yang merupakan sebuah pusat pendidikan yang baik yang melahirkan cendikiawan- cendikiawan, ilmuan-ilmuan, dan inilah satu benda yang kita sebut dalam istilah pilihan raya baru-baru ini, ‘Lok Koho Punoh’. Inilah di antara benda-benda yang saya mampu bangkit pada pagi ini. Yang Berhormat Yang Dipertua, di antara aspek yang disebut oleh yang dititahkan oleh Tuanku Al Sultan, ialah bagaimana kos sara hidup yang tinggi, yang kalau kita ambil contoh sebagai perkara yang mudah diperbicarakan ialah ada di antara kalau kita tengok kos sara hidup yang tinggi disebabkan bahan-bahan mentah yang mempunyai harga-harga yang jugak tinggi dan mahal. Sebagai contoh kita buat satu perbandingan kalau orang-orang kampung, orang-
orang biasa kita makan ikan selayang sebagai contoh. Kalau di pasar Terengganu ni, RM10 - RM14 sekilo ikan selayang, yang pada asalnya kalau kita tanya di peringkat Tok Peraih, dia hanya jadi mungkin macam di Kedah dan seumpamanya hanya peringkat RM5 - RM6 sekilo. Tapi bila sampai ke tempat kita, dia jadi kepada, mencecah kepada RM14 sekilo. Itu baru satu contoh dalam keadaan Terengganu yang mempunyai pesisiran pantai yang agak panjang, saya kira-kira dalam 244 kilometer, sepanjang Negeri Terengganu tetapi apa yang malangnya bagaimana Kerajaan dahulu menguruskan permasalahan ikan di Negeri Terengganu. Data yang kita perolehi daripada Lembaga Ikan Malaysia, keperluan ikan di Negeri Terengganu sahaja mengikut jumlah tahunan kita memerlukan sebanyak 45,000 tan setahun. Tetapi apa yang mampu disediakan oleh Negeri Terengganu, oleh Pelabuhan Negeri Terengganu hanya mencecah sekadar 21 tan metrik setahun sahaja. Dan inilah di antara sebab-sebab yang menyebabkan harga-harga ikan melambung, harga-harga ikan yang tinggi ini kerana terpaksa diambil dari luar, daripada Tok Bali, daripada Thailand, daripada Johor dan inilah sesuatu keperluan yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri yang baru ini.
Yang Berhormat Yang Dipertua, kalau melihat kepada Buku Bajet Tahun 2017, pada muka surat 44, saya teruja dengan satu program yang telah diwar-warkan di dalam buku bajet. Mana doh buku bajet tadi .... Buku Bajet 2017 menyebut dengan jelas Program Akuapolitan Kuala Nerus. Dalam bajet tersebut kita juga menunggu apa yang berlaku tentang projek ini. Kalau dulu kalau sebelum semalam kita tengok Pembangkang menyentuh tentang manisfesto-manifesto, ini yang ada dalam Buku Bajet, bukan dalam manifesto, ada dalam Buku Bajet, boleh tengok. Tetapi tidak ada kejayaan yang kita dengar, tetapi kalau kita dengar jauh- jauh, kita dengar kawan-kawan kita daripada UMT, kita dengar daripada pegawai- pegawai kita, ada peruntukan yang telah dikeluarkan tetapi ianya tidak ada apa- apa impak dan kesan ataupun apa-apa kejayaan daripada projek-projek yang seumpama ini. Yang Berhormat Yang Dipertua .....
Dato’ Speaker…tadi Dato’ Speaker khabor..…
Saya dok beri, masa takdok.
Bagi laluan?
Saya dok beri laluan, duduklah.
Dalam Dewan tak boleh ada andaian-andaian, dengar-dengar gitu, kena ada fakta.
Yang Berhormat.
Andaian guaner, fakta ni, duk marah fakta tu sejak dulu, tak habis-habis. Yang Berhormat Yang Dipertua, melihat memperkatakan tentang perikanan. Masalah perikanan bila kita turun padang melihat sendiri beberapa aspek yang lain, kita jugak mempunyai lompang- lompang dari sudut keselamatan Perairan Negeri Terengganu, kalau dilihat daripada kelengkapan-kelengkapan yang ada bagi pihak yang mengawalselia Negeri Terengganu, perairan dan laut Negeri Terengganu, APMM, mereka mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang telah terlalu uzur, yang tidak melayakkan mereka untuk bertugas sebagai Penguatkuasa di lautan kita. Dan inilah apa yang lahir daripada sungutan dan rungutan nelayan-nelayan kita, bila kita turun padang, kita pergi berjumpa dengan nelayan-nelayan ini, ada setengah tu menangis, mula-mula nampak berucap, lepas tu nak marah, tiba-tiba bera air mata, sebab apa? Sebab dia kata kita orang rakyat Negeri Terengganu, nelayan Negeri Terengganu, tetapi apabila kita sampai di tengah laut, nelayan-nelayan asing bertindak kurang ajar kepada kita seolah-olah kita pulak pendatang, bukan dia pendatang. Ini yang menjadi satu masalah kepada masyarakat nelayan di Negeri Terengganu. Yang Berhormat Yang Dipertua…
Boleh ringkas sikit ya…
Yang terakhir dah kan? Yang terakhir istimewa sikit Yang Dipertua. Yang Berhormat Yang Dipertua, permasalahan pukat tunda yang merosakkan ekosistem Taman Laut kita, yang merosakkan hasil tangkapan nelayan-nelayan kita, saya mencadangkan agar Lesen lesen Pukat Tunda ini ditarik balik ataupun dibatalkan oleh pihak Federal dan saya mintak Kerajaan Negeri Terengganu yang baru ini dengan, dengan kapasiti yang ada membincangkan perkara ini dengan secara serius. Yang Berhormat Yang Dipertua, di antara permasalahan atau isu yang dititahkan oleh Baginda Al-Sultan adalah berkenaan dengan isu pertanian yang merupakan suatu isu yang dipandang berat oleh Baginda Al-Sultan. Di antara yang disebut dengan jelas tentang tanaman Melon Manis Terengganu yang pada tahun, dalam Ucapan 2016, dalam Bajet Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan bahawa ianya akan dieksport ke luar negara ke Singapura dan di Jepun. Saya tanya dalam Dewan yang sebelum tu, selepas daripada tu, saya tanya berapa tan dah eksport? Dia kata tak eksport lagi sebab tak berjaya lagi, haa... tak berjaya lagi. Apabila kita bertukar Kerajaan, saya turun dan bertanya kepada petani-petani, pengusaha- pengusaha dan jugak jabatan-jabatan yang berkaitan,
apa khabar dengan Melon Manis Terengganu. Saya mendapat perkhabaran yang menakutkan bahawa pihak FAMA tidak lagi mampu untuk membeli stok daripada Melon Manis ini, kerana tidak mempunyai pasaran, ataupun pasaran yang ada tetapi terlalu mahal. Inilah benda-benda yang sepatutnya kalau disebut tentang kejayaan yang sepatutnya dilihat kepada yang diperhalusi, kerana ia bukanlah satu perkara yang sebenar jika sekiranya kita lihat dengan perhalusi dia akan ada benda-benda yang sebenarnya disembunyikan.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Manir. Alhamdulillah, kita telah selesai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini. Saya mintak maaf di antara Yang Berhormat yang tak sempat untuk mengambil bahagian. Sekarang saya nak persilakan Wakil Kerajaan untuk membuat penggulungan. Saya jemput yang pertama Wakil Kota Putera.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi wahdah, sodaqo wa’dah, wannasoro ‘abdah, wa a’azza jundahu wa hazamal ahzaaba wahdah. Asyhadu an laa illaaha illallah, wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasulullah. Subhanakala ilmalana illama anlamtana inna ka’an tal’alimul hakim. Qalla, rabisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkahu qauli. Qalallahu ta’ala fil kitabil aziz. Auzubillahi minasyaitanir rajim. Bismillahir Rahmanir Rahim. Wa ta'awanu alal birri wattaqwa walaa ta'awanu alal itsmi wal'udwan. Sadaqallahu’azim.
Yang dihormati lagi dikasihi Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Dr. Menteri Besar, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan seterusnya Pemerhati hadirin- hadirat yang dirahmati Allah sekelian. Pertama tamanya marilah kita memanjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dalam kesempatan ini kita diberi masa untuk sama-sama menyatakan persetujuan ataupun sokongan kepada Perbahasan Penggulungan Ucapan Usul Menjunjung Kasih Kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Jadi saya memulakan bicara saya mewakili pihak Kerajaan untuk menyentuh beberapa perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Ucapan Usul Menjunjung Kasih Tuanku. Ada beberapa persoalan ataupun perkara yang dibangkitkan di sini yang sempat dan insyaAllah saya akan sentuh satu persatu kepada beberapa Yang Berhormat antaranya Yang Berhormat Bukit Besi, Yang Berhormat Batu Burok, Yang Berhormat Kemasik berkenaan dengan portfolio yang ditanggungjawabkan di bawah saya iaitu Keusahawanan.
Antara soalan-soalan atau pun perkara-perkara yang dibangkitkan bertanya berkenaan dengan: Apakah, adakah Kerajaan akan meneruskan skim-skim program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu? Mungkin dalam respon saya dalam jawapan lisan, saya telah menyatakan bahawa insyaAllah kita akan meneruskan perkara-perkara yang baik dan kita akan menilai dan kita akan perkasakan perkara-perkara yang dilihat yang boleh diperkasakan. Kerajaan akan meneruskan skim-skim dan menambah baik program-program sedia ada dengan wujudnya Tabung Usahawan. Dijangka had-had pinjaman mudah dan akan dinaikkan, beberapa inisiatif dan insentif baru keusahawanan akan diwujudkan contohnya kepada usahawan kecil dan sederhana, biotek dan usahawan produk hasilan pertanian seperti herba, kosmetik dan lain-lain. Kerajaan juga melalui YPU, Yayasan Pembangunan Usahawan mempunyai Skim Pinjaman Bisnes Online yang akan diteruskan bagi memanfaatkan usahawan-usahawan kita, insyaAllah.
Perkara yang kedua yang sempat saya catat, yang dibangkitkan adalah: Sejauh manakah tindakan Kerajaan untuk mendepani Revolusi Industri 4.0? Tuan Yang Dipertua, inisiatif usahawan digital boleh dirancang dengan wujudnya usahawan usahasama YPU dengan agensi-agensi di bawah Majlis MSPUT. Bagi maksud menyemarakkan lagi penggunaan TD1303, memandangkan Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan iaitu YPU sendiri, mempunyai data pemain industri perniagaan internet dan bisnes online. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan Dana Usahawan Belia Sejahtera ataupun nama lamanya adalah Program Transformasi Belia Niaga. Kita telah perbaharui dengan nama baru, Dana Usahawan Belia Sejahtera iaitu geran kepada belia-belia yang terlibat dengan perniagaan online.
Persoalan yang dibangkitkan juga adalah: Adakah Kerajaan akan menyediakan inisiatif terbaru bagi Portfolio Keusahawanan? Sebahagian daripadanya telah dijawab dalam soalan satu tadi tapi bagi menyemarakkan lagi inisiatif kepada penjaja, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Skim-skim Bantuan Peniaga Kecil Untuk Usahawan Kecil Penjaja sama ada Street Micro Entrepreneur ataupun Penjaja Pasar Malam ataupun pasar basah dan kering khas. Bantuan modal peralatan dan latihan boleh dipanjangkan kepada golongan ini dan sebelum ini tiada keutamaan daripada Kerajaan yang lepas diperuntukkan dalam sektor mikro ini. Jadi insyaAllah, ini perkara baru yang kita akan perkenalkan bawah usahawan. Di samping itu, kita sedang merancang Program Ganti Gerai Baru, iaitu penyediaan kanopi atau gerai mudah alih yang seragam di setiap daerah khususnya kepada peniaga-peniaga jalan yang sedia ada dan mempunyai kelulusan PBT dengan anggaran peruntukan lebih kurang dalam RM2 juta. Yang seterusnya, inisiatif baru yang kita kemukakan cadangan kepada pihak usahawan-usahawan kita adalah Bantuan Perniagaan Peniaga Kecil yang saya
sebutkan lebih kurang tadi, kadar maksimumnya RM5,000.00 dan peruntukan lebih kurang sebanyak RM1.6 juta. Seterusnya adalah Skim Bantuan Papan Tanda Perniagaan. Ini ditingkatkan sebagai kaedah mempromosikan dan mencantikkan perniagaaan di kawasan setempat dan supaya dilihat dapat ada daya tarikan tersendiri, insyaAllah.
Dan yang seterusnya adalah inisiatif yang kita nak kemukakan kepada usahawan kita adalah mengaktifkan semula Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) dengan had pinjaman daripada RM20,000 ke RM50,000. Dan insyaAllah, perkara-perkara ini kita akan sepertimana saya sebutkan semalam, kita akan turun ke daerah-daerah, kita akan adakan Hari Keusahawanan untuk mewarwarkan kepada usahawan-usahawan yang ada di kampung-kampung supaya mengambil inisiatif ini sebab sepanjang saya memegang portfolio ini, bertemu dengan entrepreneur-entrepreneur ataupun usahwan-usahawan mereka tertanya-tanya dan tidak tahu pun perkara-perkara seperti ini ada dicadangkan ataupun ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.
Tuan Yang Dipertua, soalan yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Batu Burok tak silap saya adalah: Adakah Kerajaan akan menyediakan kawasan untuk kegiatan keusahawanan setempat? Sememangnya Kerajaan Negeri telah menyediakan kawasan untuk kegiatan setempat ini seperti kilang bimbingan di Pulau Serai dan Ajil, turut disediakan juga adalah TD 1303 untuk Usahawan Digital. Kerajaan telah dan akan meneruskan projek pembinaan rumah-rumah kedai, gerai serta kiosk-kiosk menggunakan peruntukan yang disediakan di kawasan desa serta di kawasan-kawasan yang difikirkan strategik di setiap daerah di Negeri Terengganu ini, insyaAllah. Segala pembangunan ini akan dirangka berdasarkan cadangan-cadangan pembangunan daripada pihak YPU serta Pejabat-pejabat Daerah yang meningkatkan lagi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
Tuan Yang Dipertua, sebelum saya menamatkan ucapan saya, saya ada sedikit perkara yang nak dirangkumkan berdasarkan kepada hasil ucapan Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam ucapan-ucapan semalam dan hari ini. Yang pertama yang nak saya sentuh adalah rata-rata ucapan adalah daripada barisan Pembangkang ataupun Wakil Telemong semalam dia sebut, dia kata bukan Pembangkang, dia Penasihat. Agaknya inilah baru mereka sedar bahawa istilah Pembangkang tu tak sepatutnya ada kerana perkara ni telah lama kami di pihak PAS ni sedar bahawa kita bukanlah Pembangkang membuta-tuli, kita membangkang perkara-perkara yang dilihat tidak sesuai dan perlu penambahbaikan. Jadi apabila duduk sebelah sana tu baru dia rasa kan? Alhamdulillah lah. Cepat terasa menandakan hati kita masih lagi hidup untuk perubahan, insyaAllah. Dan rata-rata juga ucapan daripada pihak Pembangkang ataupun Penasihatlah saya mengambil, apa ni restu daripada perkataan yang dicadangkan itu, menyeru supaya Kerajaan baru meneruskan program-program
yang dibuat oleh Kerajaan lepas. Suka saya menarik perhatian Dewan, bahawa sebab itulah kita melancarkan Budaya Politik Matang Sejahtera kerana kita melihat apabila berlaku pertukaran Kerajaan pada tahun 2004, orang sebelah sana banyak tidak mengambil ataupun menjalankan projek-projek yang dijalankan oleh Kerajaan sebelumnya, tapi hari ni banyak bercakap untuk merayu untuk meneruskan. Adakah semasa 1999 dan 2004 dulu Kerajaan itu tidak pernah mengambil kebajikan rakyat, sehinggakan tanah-tanah yang telah dianugerahkan kepada rakyat dirampas semula dan tak cukup dengan tanah .....
Yang Berhormat Yang Dipertua, penjelasan.
Bagi laluan dok?
Ya.
Terima kasih Yang Dipertua. Sila buktikan berapa banyak lot tanah yang dirampas kerana semasa itu PAS memerintah dia hanya agihkan tanah tanpa melalui Pejabat Tanah. Tidak ada satu borang pun permohonan dikemukakan. Jangan cakap sedap jer.
Okey, bukan cakap sedap. Kalau LMS yang telah dikenalpasti di peringkat Pejabat Tanah pun dibatalkan itu bukan bukti lagi ke Yang Berhormat?
Yang Berhormat Yang Dipertua, penjelasan?
Mintak maaf Yang Berhormat, saya tak benarkan.
Saya pun tahu sebab saya kerja Pejabat Tanah. Jangan ek dengan sayalah, saya tahu undang-undang.
Dan saya jugak mendapat penjelasan daripada Pejabat-pejabat Tanah, nanti kita selesai, insyaAllah.
Dok betul, dok betul tu sebab tidak ada satupun. Kalau duit dah bayar, amanah dibayar Pejabat Tanah, Pejabat Tanah akan pulangkan kembali kepada pemohon. Ini
peraturan dia, kalau tidak diluluskan, dan LMS ini boleh dibatalkan bila-bila masa, sebut LMS, dia sementara.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sama-sama.
Betullah boleh dibatalkan dia sementara tetapi niat kita telah diberi kepada penduduk-penduduk yang berkemampuan, yang sepatutnya, sepatutnya bolehlah tengok kalau nak mengambil, saya nak mengambil roh kepada ucapan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada pihak Pembangkang supaya meneruskan, saya nak mengambil roh itu, maknanya dulu tak pernah pun tengok apakah kecenderungan Kerajaan sebelumnya nak beri kebajikan kepada rakyat. Tapi pada Sidang kali ini mintak, boleh dikatakan semua yang bercakap memohon untuk meneruskan projek-projek ataupun program-program, itu maksud saya.
Saya bagi salah satu contoh, dan tak cukup dengan itu, sampai surau orang dah buat, dirikan surau, roboh di Kijal .....
Sebab dulu kita Kerajaan sebab tu kita mintak teruskan.
Yang Berhormat, apabila nak kemukakan soalan tuju pada saya dulu, mintak laluan. Kalau diberi laluan baru jawab. Itu Peraturan Dewan.
Terima kasih Yang Dipertua. Dan akhirnya Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak menyentuh berkenaan dengan kadar pengangguran Negeri Terengganu. Yang terakhir tidak ada pun yang menyebut kadar pengangguran Negeri Terengganu. Kadar pengangguran Negeri Terengganu yang ditinggalkan oleh Kerajaan yang lepas adalah 4.4% dan kadar ini adalah lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara. Jadi, ini adalah satu cabaran baru kepada Kerajaan yang baru ini iaitu untuk menangani pengangguran ini kerana walaupun sehebat Kerajaan BN pun, tak boleh nak menurunkan kadar pengangguran, kita rasa kaget jugaklah macam mana kita nak buat dengan kadar ini. Tetapi kegusaran itu terubat apabila saya melihat sedikit sejarah dan pada tahun 1999, ketika PAS, Kerajaan PAS mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri, pada ketika itu Kerajaan BN juga meninggalkan kadar pengangguran sebanyak 4.0%. Dan alhamdulillah selepas daripada kita memerintah sehingga 2004, kita dapat mengurangkan kadar tersebut kepada 3.3%. Jadi dengan pengalaman yang lepas dan ditambah dengan kepimpinan yang baru, insyaAllah kita berkeyakinan
untuk menurunkan kadar pengangguran ini kepada kadar yang seminima mungkin, insyaAllah. Sekian, wallahua’lam. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Terima kasih, Wakil Kerajaan daripada Kota Putera. Saya persilakan Wakil Kuala Berang.
Bismillahhir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, ketua-ketua jawatan dan wakilnya, Pemerhati muslimin dan muslimat sekelian.
Saya dalam penggulungan ini, saya dapati ada lima daripada wakil-wakil yang membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Exco yang saya peganglah iaitu Infra. Pertamanya berkaitan dengan Public Private Partnership, ataupun berkaitan dengan bayaran secara tertangguh yang dibangkitkan oleh Wakil Tepoh. Yang Berhormat Tepoh telah mempersoalkan kenapa Kerajaan terdahulu melaksanakan 6 buah projek termasuk projek Bekalan Air Bukit Sah, Kemaman dan Skim Bekalan Air Kuala Terengganu yang menggunakan konsep bayaran secara Public Private Partnership yang mana kesannya akan membebankan kewangan kepada Kerajaan. Memanglah di sana kita lihat bahawa terutamanya projek bekalan air ini, yang melibatkan di Kemaman dan Terengganu Utara yang mana dua projek ini saja pun memakan belanja yang besar sekitar RM2 billon dan pada tahun 2015, kita tahu bahawa harga minyak petroleum jatuh dan kewangan kepada Kerajaan Negeri tidak mencukupi untuk mengatasi masalah yang kritikal pada ketika itu iaitu masalah air di Negeri Terengganu kita ini. Jadi untuk segeranya mereka berbincang dan bersetujulah untuk dibuat bayaran kepada kedua-dua projek air tadi secara differed project yang mana differed payment ini mengambil perbelanjaan yang lebih besar jika dibandingkan dengan secara bayaran berjadual. Selepas pada tahun 2017 itu, empat projek tadi, selepas daripada projek air tadi yang lain-lain tu dibuat secara berjadual bayarannya. Jadi Bayaran Secara Berjadual ini adalah lebih baik kerana dia tidak mengambil, kita kata macam bungalah ‘interest’ daripada projek tersebut. Jadi insyaAllah di lain masa ataupun di masa masa yang akan datang, kita tak buat dah secara differed payment ini hanya kita akan buat secara Bayaran Berjadual, insyalllah, kerana kita memandangkan kita terpaksa bayar secara mahal.
Keduanya daripada Wakil Jertih, bertanya berkaitan dengan kesesakan lalu lintas. Kita tengok boleh dikatakan tiap-tiap tahunlah jalan terutamanya di Bandar Jerteh dekat dengan jambatan tu dok? Ini jem teruklah sama ada beberapa hari terutama sebelum Raya Puasa dan selepas beberapa Hari Raya Puasa. Memang kita tengok kita nak gi Kota Bharu pun susah, dengan teruknya,
jadi memang ada keperluanlah untuk mengatasi masalah ini, cumanya tidak ada bajet, itu yang jadi masalah. Kerajaan melalui JKR dan sebagainya telah membuat kajian dan telah meneliti untuk membuat beberapa jalan termasuklah jugak jambatan terutamanya jambatan merentasi Sungai Besut ni. Kita pihak Kerajaanlah membuat anggaran sekitar RM440 juta untuk mengatasi masalah ini secara bersepadu tetapi malangnya bila bertukar Kerajaan Persekutuan projek ini terpaksa ditangguhkan. Jadi kita insyaAllah akan cuba berikhtiar untuk mendapatkan peruntukan balik untuk mengatasi masalah ini.
Seterusnya daripada Kuala Besut, yang bertanya berkaitan denga masalah banjir di Kuala Besut. Memang ya sungguh banjir, bukan di Kuala Besut saja, Kuala Berang pun banjir jugak dan tempat-tempat lain pun, memang banjirlah masalah. Jadi untuk mengatasi masalah ini Kerajaan Negeri melalui JPS telah melaksanakan beberapa Projek Tebatan Banjir Untuk Sungai Besut Fasa Pertama, Sungai Nil di Kuala Besut bermula pada tahun 2004 dulu dan telah siapnya pada tahun 2016 bulan 9 dengan kos sebanyak RM12.5 juta. Komponen utama projek tersebut melibatkan pembinaan parit konkrit, flood wall dan pembinaan kedua-dua belah tebing untuk kedua-dua belah tebing Sungai Nil. Jajaran sungai yang terlibat adalah sepanjang 3 kilometer bermula daripada muara Sungai Nil dan mengunjur ke Kg. Pacakan di sempadan Kelantan. Hak ni hak kita nak buat. Kemudian kita ada rancangan lain lagi iaitu Tebatan Banjir Besut-Sungai Nil Fasa Kedua yang melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta. Dan ada lagi iaitu menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Seri Intan, Kuala Besut melibatkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dan menaiktaraf sistem perparitan di Kg. Beris Pak Abu, Bukit Puteri melibatkan peruntukan RM1 juta. Jadi keseluruhan projek-projek ini, RM57 juta ini tidak berjaya lagi, tidak dapat daripada Kerajaan Pusat. Manakala ada jugak disebut masalah banjir di pulau, hak ni kita akan tengoklah iaitu di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Jadi pihak Kerajaan Negeri melalui JPS lah akan mengadakan lawatan tapak dan akan mengambil tindakan segera, insyaAllah.
Penjelasan Tuan Yang Dipertua, nak tanya sikit, saya ada bangkitkan berkenaan dengan culvert, pembetung merentasi jalan utama, tu antara yang kita panggil, bottleneck dengan izin, yang menyebabkan berlakunya banjir di Taman Seri Intan dan kampung beloh alek kiri jalan utama tu. Nok tahu tu, status cadangan pembinaan pembetung tu, sikit jer tu. Terima kasih.
Ya, yang ini pun tak dapat jugak, insyaAllah kita akan buat kajian dan kita akan mohon baliklah. Terima kasih, dan berkaitan dengan ADUN Batu Rakit, berkaitan dengan hakisan pantai. Hok ni saya pergi melawat dah, baru-baru ni dan memang agak seriuslah ekoran daripada pembinaan lapangan terbang. Dan saya lihat juga di sana ada Soalan Bertulis daripada Wakil Tepoh, benda yang sama saya
tengok, memang nampak kedua-dua wakil ini pun mengambil tindakan yang berat, tindakan berat, mengambil cakna kepada masyarakat di situ. Dan kita pun dari pihak negeri pun dah pergi tengok memang perlu diperbaiki segera, kalau tidak habislah kawasan tu beberapa meter kawasan pantai yang cantik akan habis termasuk dengan jalan raya sekali. Dan di sana untuk ringkaskan dah ada jawapan dia secara bertulis, kita boleh rujuk di situ untuk makluman kita semua. Berkaitan dengan satu lagi iaitu hal-hal masjid. Masjid Mengabang Lekar merupakan cadangan projek khas bagi DUN Batu Rakit. Mesyuarat Exco pada terakhir baru ni, pada 27hb Jun baru ni telah memutuskan supaya kaedah perolehan sebelum ini yang dilakukan secara Runding Terus dibatalkan dan dibuat semula secara Tender Terbuka supaya kos dia tu lebih rendah sikit dan mengikut spesifikasi daripada JKR. Yang itu belanja dianggarkan sebanyak RM7.5 juta. Kita lulus tetapi kaedah saja, kaedah tender. Kedua berkaitan dengan masjid di Padang Kemunting, hak ni Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50,000.00 sebagaimana permohonan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, hak ni lulus tak ada masalah. Ketiganya, berkaitan dengan di Masjid Maras di Batu Rakit yang memohon peruntukan untuk pengubahsuaian dan nak besor. Jadi hak nak besar ni kita tengok dululah pasal kita pun dok berapa banyok duit, jadi kalau ubahsuai saja tu boleh, insyaAllah tapi hak besar ni kerana peruntukan dia tinggi, kita akan kaji balik. Seterusnya hak terakhir, daripada Wakil Sura, berkaitan dengan sungai di Dungun, muara sungai di Dungun. Kita dapati bahawa secara umumnya Terengganu ini mempunyai pantai sekitar 244 kilometer daripada hujung Besut ke hujung Kemaman. Pantai yang terdedah kepada Monsun Timur Laut, hak ni bulan 10 dengan 11 kita kena standby sehinggalah bulan 1 dok? Lepas tu kita tengok bahawa banyak pantai-pantai yang terhakis dan sebagainya termasuklah muara-muara sungai yang menyebabkan muara sungai ini semakin tohor ataupun cetek dan menjadi halangan kepada nelayan-nelayan. Contohnya di Merang, di Dungun kalau dulu di Marang tempat saya, jadi masalah besar. Begitu jugsk kalu kita tengok di Merang, kesian kepada pelancong-pelancong ni, terutama pengusaha-pengusaha bot ni, terpaksa tolok terutama waktu air laut ni surut, terpaksa tolok. Dan memanglah bahaya terutama kepada dalam masa bulan Disember, ombak kuat kadang-kadang kalau ada beting di situ bot nak masuk ni dia boleh lekat dekat situ dan menyebabkan bot terbalik. Kalu kita tengok di Dungun baru-baru ni, tahun lepas empat orang meninggal, di Merchang sorang meninggal. Jadi hak ni memang kita kena ambil berat. Sebenarnya di muara Sungai Dungun ni telah ada kajian yang dibuat tahun 2010 lagi dan memang kita dapati ada masalah di sana dan beberapa langkah telah diambil daripada kajian tersebut dia kata dia perlu buat pemecah ombak, buat groyne, memperdalamkan ataupun dredging sungai tersebut. Selepas pada itu untuk jangka pendek waktu itu, tahun 2012 telah diawardkan untuk memperdalamkan sungai tersebut kepada satu syarikat dengan mengambil
perbelanjaan RM6.7 juta. Kemudian diluluskan kepada satu syarikat untuk mengambil pengambilan pasir untuk dikeluarkan daripada muara sungai tersebut. Untuk untuk jangka panjang selepas kajian tahun 2010 itu, maka dibuatlah anggaran perbelanjaan kira-kira dalam RM250 juta. Memanglah kita kira projek-projek berkaitan dengan pemeliharaan muara sungai ni besar-besar, kalau tengok di Kuala Besut tu RM225 juta, di muara Sungai Terengganu RM500 juta lebih dan hak ni, di Dungun RM250 juta. Dan memanglah pihak JPS mintak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang lalu tapi sehingga hari ni masih belum berjaya. Walau bagaimanapun, kita tak boleh putus asa dengan pertukaran Kerajaan Pusat yang baru ini, dengan kronologi sejarah yang lepas, tahun lepas kita lihat 5 kematian, dan kita haraplah Kerajaan Pusat menimbangkan pada Kerajaan Negeri untuk memperdalamkan muara sungai ini terutama kepada muara Sungai Merang, dan jugak termasuklah hak Yang Berhormat DUN Sura tadi, Sungai Dungun.
Sekian, terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Speaker .....
Dah habis dah, dah habis dah.
Berkait dengan, berkait dengan DUN Jerteh tadi .....
Ya?
Saya nak tambah, nak kongsi maklumat sikit .....
Kena bagi salam dulu.
Boleh.
Yang Berhormat nak bagi laluan lagi? Dah bagi salam dah tadi.
Nak bagi maklumat tambahan jer.
Dua puluh minit dah tu.
Dah cukup dah.
Lain kali neh. Terima kasih.
Dah cukup dah. Tak apa ada masa lagi, umur panjang, insyaAllah.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Wakaf Mempelam.
Bismillahhir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua Pemerhati yang dirahmati Allah sekelian.
Terlebih dahulu untuk permulaan, saya suka untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah pun memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO bersama-sama dengan Timbalan saya daripada Tepoh. Portfolio ini sangat penting kepada rakyat dan Negeri Terengganu kerana ia menjadi suatu cerminan kepada gambaran masa depan rakyat dan Negeri Terengganu pada masa yang akan datang.
Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Telemong, yang telahpun memberikan kesanggupan dalam ucapan beliau semalam untuk terus memberikan kerjasama dan membantu pihak Kerajaan untuk sama-sama memajukan sukan Negeri Terengganu. InsyaAllah, semua agenda-agenda dan perancangan yang baik, yang sedia ada akan kita teruskan, mana-mana yang kurang akan kita lakukan penambahbaikan atau mana-mana yang belum ada akan kita adakan, insyaAllah. Saya berterima kasih juga pada Tepoh, Bukit Besi, Telemong dan Jertih yang telahpun menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan portfolio saya ini.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, yang pertama berkenaan dengan belia. Belia adalah merupakan anugerah dan aset yang terpenting yang dikurniakan Allah Ta’ala kepada kita. Sayyidina Ali Karamullah Wajha pernah berkara: “ Jika kamu mahu melihat masa depan sebuah negara, maka lihatlah belia dan
beliawanisnya pada hari ini”. Justeru portfolio saya insyaAllah akan memberikan perhatian dan melaksanakan pelbagai program untuk melahirkan belia dan beliawanis yang akan menjadi kebanggaan kita semua serta menjamin masa depan yang cemerlang untuk rakyat dan Negeri Terengganu yang tercinta ini. Belia yang mahu kita lahirkan adalah belia yang mempunyai 10 sifat utama. Yang pertamanya, akidah yang bersih, dan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada yang bukan Islam. Yang keduanya, ibadah yang benar. Yang ketiganya, akhlak yang terpuji. Yang keempat, kekuatan tubuh badan. Yang kelima, intelek dalam berfikir. Yang keenam, mampu untuk melawan unsur negatif. Yang ketujuh, menjaga waktu. Yang kelapan, berdisiplin dalam kehidupan. Yang kesembilan, mampu untuk berusaha sendiri. Dan yang ke sepuluh, memberi manfaat kepada orang lain.
Yang Berhormat Bukit Besi telah menyebut tentang tawaran manifesto PAS berkenaan dengan pemberian Lesen Motorsikal Percuma. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Besi, kami telahpun mengadakan mesyuarat dengan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JPJ, Jabatan Pendidikan, pengusaha-pengusaha Institut Memandu Terengganu dan alhamdulillah kita telahpun berada di peringkat akhir, penyediaan kertas untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan, Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Manifesto sebelum diangkat kepada Exco untuk kelulusan dan pelaksanaan, insyaAllah.
Yang Berhormat Jertih juga menyebut tentang isu melahirkan usahawan belia dalam industri pertanian, dan ia juga sebenarnya telah berada seperti jawapan yang telah saya nyatakan kepada Seberang Takir rasanya, kepada Bukit Besi ataupun kepada Kuala Besut sebentar tadi, bahawa kita akan mengadakan kerjasama dengan pihak daripada Exco Pertanian dan Usahawan untuk merealisasikan perkara ini, insyaAllah. Yang keduanya, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, berkenaan dengan sukan pula, Nabi Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Seorang mukmin yang kuat lebih dikasihi dan disayangi oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah”.
Kita akan meneruskan insyaAllah, agenda kecemerlangan Sukan Terengganu ke peringkat nasional dan internasional, insyaAllah. Isu tabung seperti yang telah dibangkitkan, Tabung Pembangunan Sukan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepoh semalam, insyaAllah akan diuruskan semula dengan kadar yang lebih baik.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, beberapa segmen sukan telahpun meletakkan Terengganu di persada antarabangsa sepertu sukan berbasikal melalui Pasukan Terengganu Cycling Team ataupun (TSG). Bulan Jun lalu sahaja
dalam tempoh seminggu pelumba-pelumba kita telah empat kali menaiki podium dan yang terakhirnya ialah di Rusia dan juga Singapura.
Dalam sukan-sukan yang lain juga seperti Sukan Hoki Terengganu menjadi negeri yang membekalkan pemain dalam Pasukan Kebangsaan Negara. InsyaAllah, yang terdekat dalam sukan SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Perak, daripada 12 hingga 22 September 2018, Terengganu meletakkan sasaran menjadi Juara Keseluruhan, insyaAllah.
Tuan Yang Dipertua, sedikit demi sedikit dan secara beransur kita akan mengurangkan penglibatan dan juga pergantungan terhadap orang-orang politik dalam persatuan-persatuan sukan di Negeri Terengganu ini, insyaAllah. Seterusnya berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telemong tentang pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu. Suka saya jelaskan bahawa pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu adalah projek yang telahpun diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan terdahulu bersama-sama dengan cadangan pembinaan Veledrom Berbasikal di Dungun. Dan projek ini merupakan projek Kerajaan Pusat dan diuruskan terus oleh JKR Pusat. Projek ini pada dasarnya telah diluluskan oleh EPU dan untuk pembinaan. Proses penendaan telahpun dibuat namun ianya tidak dikeluarkan lagi sebelum PRU-14 yang lalu. Apabila Kerajaan baru mengambil alih pentadbiran Pusat, semua projek-projek yang lalu dikaji semula. Pihak MOF telahpun mengeluarkan surat arahan untuk mentawakufkan projek yang belum dikeluarkan lagi LAnya sebelum PRU yang ke 14 baru ini. Arahan ini juga melibatkan kedua-dua projek untuk Negeri Terengganu iaitu Kompleks Sukan Hulu Terengganu dan juga Veledrom Berbasikal di Dungun.
Kementerian Belia dan Sukan pula mendapat menterinya yang agak lambat apabila perlantikan yang keduanya baru dilakukan pada baru-baru ini pada 2 Julai yang lalu sewaktu Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri kita dan Majlis Sukan Negeri Terengganu menunggu keputusan yang baru daripada Menteri Belia Sukan yang baru, insyaAllah. Kita difahamkan bahawa KSU Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan semula cadangan dan status kedua-dua projek tersebut untuk penilaian dan keputusan semula. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu insyaAllah, akan membuat tindakan susulan dan gesaan semula kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara agar kedua-dua projek ini diteruskan walaupun di bawah pentadbiran Kerajaan baru.
Seterusnya Yang Berhormat Yang Dipertua berkenaan dengan NGO pula, kami bercadang untuk menjadikan Terengganu sebagai Hub NGO yang mengumpulkan semua NGO daripada pelbagai kluster yang menjadi peranan sebagai pihak yang menampung kekurangan yang mungkin terlepas pandang
oleh pihak Kerajaan. InsyaAllah, Kerajaan akan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua NGO demi melihat Negeri Terengganu kita menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera sepertimana motto Negeri Terengganu Darul Iman.
Tuan Yang Dipertua, sekian sahaja, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Kerajaan, daripada Wakaf Mempelam. Sekarang saya jemput Wakil Cukai untuk membuat penggulungan.
Assalamu’alaikkum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil’alamin. Assolatu wassalamu ‘ala asrofil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Yang Dipertua, yang pertamanya saya merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Baginda Tuanku Al Sultan pada baru-baru ini, yang insyaAllah telah banyak memberi nasihat kepada Kerajaan baru bagi memastikan kesinambungan Kerajaan lama dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pelantikan Yang Berhormat Dato’ Speaker yang insyaAllah akan mengemudikan Dewan ini selama 5 tahun dengan sebaik mungkin, insyaAllah.
Ada beberapa soalan yang dikemukakan oleh kawan-kawan saya daripada sebelah sana yang pertama ialah daripada Batu Rakit, Yang Berhormat Haji Bazlan yang menanyakan tentang: Bilakah lagi Kerajaan mahu melaksanakan Program Pemberian Pencen sebanyak RM50 kepada warga emas. Sesungguhnya cadangan pengurniaan pencen kepada warga emas ini selari dengan gagasan Kerajaan kasih sayang yang dilaungkan oleh Kerajaan dan insyaAllah kertas kerjanya ialah di peringkat akhir yang sudahpun kita buat dan akan dicadangkan dalam Exco. Walau macamanapun, ingin saya nyatakan bahawa antara syarat-syarat yang akan kita kemukakan kepada mereka-mereka yang layak untuk mendapatkan peruntukan RM50 sebulan ini ialah yang pertamanya ianya berumur 65 tahun ke atas. Yang kedua, rakyat Negeri Terengganu yang telah bermastautin di Negeri Terengganu melebihi daripada 15 tahun. Dan yang ketiga, keutamaan kepada mereka-mereka yang hidup bersendirian atau mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan. Yang keempat, tidak mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada MAIDAM. Yang kelima, tidak ada pencen daripada mana-mana pekerjaan yang lepas. Dan insyaAllah, selepas kertas ini diangkat, saya mengharapkan bahawa mulai tahun depan ini, insyaAllah pembayaran akan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Soalan yang kedua, yang juga dikemukakan oleh Batu Rakit, ialah bertanyakan tentang Dana Raya. Berapakah kos pengagihan Dana Raya bagi tahun 2018 baru-baru ini? Pada tahun 2018, semasa Kerajaan lama Dana Raya telah dikeluarkan dan permohonannya telah ditutup sebanyak 259,726 orang memohon dengan kos bantuannya sebanyak RM64,931,500. Apabila Kerajaan PAS mengambil alih Kerajaan, baru-baru ini maka Exco mencadangkan supaya permohonan ini dibuka semula kerana kajian-kajian yang dibuat didapati ramai lagi di kalangan orang-orang yang berkelayakan tidak mendapat bantuan tersebut. Maka Exco telah memutuskan untuk membuka permohonan rayuan dan sebanyak 17,892 orang yang melibatkan RM4,473,000.00 terpaksa ditambah peruntukan yang menyebabkan bantuan diluluskan oleh Kerajaan sebanyak 279,821 orang dengan kos RM69,955,250.00. Tetapi kenapakah bayaran dikurangkan? Dahulunya untuk orang sakit RM400, untuk warga emas dibayar RM300 tetapi Kerajaan telah mengambil suatu keputusan untuk menambahkan lagi peserta jadi Kerajaan untuk masa ini, untuk had ini, untuk tahun ini dengan kewangan yang ada Kerajaan hanya bersetuju untuk membayar RM250 kepada semua kategori. Namun begitu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar amat mengharapkan bahawa jika sekiranya Kerajaan mendapat royalti minyak pada tahun ini dan tahun hadapan maka akan dipertimbangkan semula pembayaran ini sebagaimana pembayaran tahun-tahun yang lepas, insyaAllah. Yang ketiga soalan yang telah dikemukakan Bukit Besi…
Laluan .....
Ada penjelasan daripada Tepoh.
Boleh? Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Cukai. Saya berhasrat menarik perhatian berkenaan dengan Dana Raya. Dalam tempoh beberapa tahun sumbangan Dana Raya ni telah diagihkan kepada rakyat, apakah Kerajaan tidak berhasrat untuk membuat satu kajian yang lengkap, positif dan negatif daripada sudut agihan Dana Raya ini supaya value for money untuk Kerajaan kita dapat untuk menterjemahkan dengan cara yang lebih baik. Jadi penjelasan saya ada ataupun tidak kajian untuk meneliti perkara ini? Terima kasih.
Ada lagi…
Yang Berhormat Yang Dipertua.
Sila.
Yang Berhormat Yang Dipertua, bila kita dapat Kerajaan ni, kitapun checklah senarai-senarai kontraktor, senarai-senarai taukeh kedai makan, dia boleh jugak Dana Raya ni kot mana jadi boleh hak fasa dulu, fasa pertama? Terima kasih.
Terima kasih kepada Tepoh dan juga Manir, insyaAllah Kerajaan sedar perkara ini berlaku dan kita akan mencadangkan supaya kajian dibuat bagi memastikan hanya yang layak saja pada tahun hadapan mendapat Dana Raya. Terima kasih. Soalan yang dikemukakan oleh Bukit Besi: Sejauh manakah pelaksanaan penubuhan Pusat Nurseri di setiap jabatan Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang Kerajaan umumkan dalam manifesto baru-baru ini. Setakat ini agensi yang telah memiliki Pusat Nurseri sendiri ialah hasil kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga yang mana beberapa agensi Kerajaan yang telah menubuhkan pusatnya ialah termasuk Majlis Perbandaran Kemaman, UNISZA, UiTM, UMT dan UTC. Mana-mana yang lain ini kita telah memberi arahan kepada mereka jika sekiranya mereka mempunyai premis mereka bolehlah memohon kepada kita untuk membuka Pusat Nurseri masing-masing di seluruh jabatan-jabatan Kerajaan yang ada sekarang ini. Setakat ini Kerajaan Negeri membelanjakan RM12 juta setahun bagi pengurusan kepada 65 buah Pusat Taska PERMATA yang melibatkan peluang pekerjaan kepada 720 beliawanis di seluruh Negeri Terengganu. Menerusi kerjasama ini YPK menyediakan khidmat guru pengasuh dan juga pengasuh di mana gaji mereka tadi ditanggung oleh Kerajaan Negeri manakala agensi-agensi terbabit bertanggungjawab menyediakan premis bagi dijadikan nurseri lengkap dengan standard keperluan taska. Jadi sekali lagi saya mengharapkan bahawa mana-mana jabatan Kerajaan yang mempunyai premis bolehlah memohon kepada kita untuk dijadikan pusat-pusat taska. Itu sahaja beberapa soalan yang telah dikemukakan kepada portfolio saya. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Wakil Cukai, sekarang saya jemput Wakil Alur Limbat untuk buat penggulungan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, seterusnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya dan semua yang hadir pada hari ini termasuk Pemerhati. Saya ada nampaknya menarik minat jugaklah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kepada isu yang berkait dengan pelancongan dan juga IT, ada beberapa soalan. Antaranya soalan daripada Yang Berhormat ADUN Bandar: Perancangan Kerajaan negeri
dalam menjadikan pantai dan sungai di negeri Terengganu sebagai satu tarikan pelancongan di Negeri Terengganu.
Sebagaimana yang kita diketahui bahawa Terengganu di semenanjung mempunyai pantai yang terpanjang dan yang terindah dengan pasir pantai yang putih dan cantik berbanding dengan di pantai barat. Dan insyaAllah dengan kurniaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala walaupun sudah ada usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang lalu, kami menyedari tentang kurniaan Allah Subhanahu Wata’ala ini dan insyaAllah kita akan meneruskan dan memperindahkan lagi, memperbaiki bagi menarik pelancong-pelancong daripada luar. Antaranya kita sekarang ni sudah ada .... Baru nak bercakap, nantilah dulu. Mukaddimah tak habis lagi. Sikit lagi, kejaplah deh. Mukaddimah baru ....(sambil gelak)… Kita ada river cruise, kita akan teruskan benda yang baik kita kata baik jugak tapi kita akan cuba perbaiki lagi, insyaAllah. Antaranya .....
Dengar river cruise tu nak tanya tu.
Oooo… Sila, sila.
Nak tanya Bas Amphibia tu guaner? Boleh guna ke dok untuk river cruise pelancongan tu. Hak mapuh tengoh air tu.
Kitapun oleh kerana bas tu untuk pengetahuan Dewan, Bas Amphibia Coach belum ada penyerahan lagi kepada Kerajaan Negeri kerana masalah kerosakan dia. Jadi pihak pembekal masih belum menyerahkan kepada Kerajaan Negeri ....
Rosak dah Y.B.?
Rosak dah.
Allahuakhbar…(gelak panjang)… dan syarikat ni kena denda sekarang ni.
Dua orang MB buat masa tu orr.....
Yalah, jadi soalan dia bila betul Amphibi Coach ni kira baik, elok, kita nak buat mende? Kami mencadangkan oleh kerana kos yang tinggi kita telah membelanjakan RM3 juta, kita masih belum bayar RM300,000.00 duit kepada pihak pembekal tapi oleh kerana denda seribu sehari yang dikenakan kepada pihak pembekal, kita
semacam tak perlu bayar dah harga RM300,000.00 tu. Kalau diserahkan, kita akan diserahkan kepada pihak yang berkenaanlah antaranya TTI, Taman Tamadun Islam untuk menjadikan Amphibi Coach ni sebahagian daripada tarikan pelancong. Benda ada doh, kalau takdok lagi mungkin kita dok beli. Wallahua’lamlah ni sebab asal tujuan tu kena tengok objektif asal beli tapi oleh kerana kita cadang untuk menyerahkan kepada pihak pelancongan untuk kita meneruskan…..
Yang Berhormat, asal beli nak buat selamat orang banjir saya ingat dulu.
Kena tanya hak sebelah sanalah gitu, saya berasa gitu jugak ....(sambil gelak).... tapi tak apalah. Jadi kita akan meneruskan oleh kerana kita menyedari bahawa pantai dan sungai kita pun yang menarik. Saya buat kajian di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak, sebenarnya kita tak kurang hebat kita dari segi pantai, kita ada kelebihan kitalah termasuk dengan sungai dengan pantai dan jugak pelbagai kelebihan tu. Maka antaranya lagi, kita ada pulau-pulau sebenarnya, pulau-pulau kita jugak antaranya Pulau Redang, Pulau Perhentian antara yang terindah di dunia. Jadi kita menyedari perkara ini dan kita akan majukan pantai dan pulau yang ada. Promosi juga akan dibuat supaya menjadi tarikan pelancong antaranya kita ada pantai di Bukit Keluang yang sudah ada, Rhu Sepuloh, Pulau Kekabu, Pulau Kekabu ni dia ada masalah, saya nak sebut kepada Ahli Dewan kerana Pulau Kekabu ni dia ada jalan masuk, jalan keluar, dia ada jambatan. Pulau Kekabu ni dia bukan pulau, dia pantai tapi dia ada alur yang tak boleh pergi dengan kereta. Jadi kita akan insyaAllah dalam masa yang terdekat, kita akan bina jambatan yang boleh keluar masuk daripada dua arah sebab sekarang ni memang sangat menarik pelancong ataupun penduduk tempatan khususnya hari Jumaat, hari Sabtu penuh tetapi kemudahan yang tidak dari segi fizikalnyalah ada masalah dari segi jambatan tu. InsyaAllah kita akan baiki dalam waktu yang terdekat. Kita akan bina yang lain.
Di Kerteh, Kemasek dan Teluk Mak Nik, masalah di pantai kita adalah yang jadi masalah dia tak sama dengan Pantai Barat Semenanjung, pantai kita tak banyak tempat yang boleh mandi. Kalau di pantai barat tu dia selut terus di Port Dickson, kalau kita pergi Port Dickson dan tengok kat kita jauhlah tapi sohor kat dia. Mintak maaf saya cakap Bahasa Terengganu.
Kemudian, jadi tempat kita pun kita menghadapi masalah tak banyak sepanjang pantai, walaupun sebenarnya sudah ada tempat-tempat yang boleh rakyat mandi, pelancong mandi tetapi kita akan cuba lihatlah macam mana kita nak memastikan keselamatan pengunjung. Penyediaan dan keselesaan infra untuk lokasi baru menerima pengunjung kita akan titik beratkan. Sebagai contoh acara promosi ni kita akan ada dalam bulan 9 ni iaitu Pesta Pantai. Pesta Pantai yang
tradisi yang kita akan buat dan kita akan cuba perbaikilah dengan beberapa pembaikian untuk menjadikan Pesta Pantai mengikut suasana ataupun Kerajaan yang ada pada hari ini.
Begitu juga kita ada Pekan Budaya di Rhu Sepuloh. Itu yang soalan daripada Yang Berhormat ADUN Bandar dan beliau jugak bertanya berkenaan dengan.... Ada lagi? Panjang dah ni Yang Berhormat Yang Dipertua.
Boleh?
Okey boleh.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya pohon penjelasan daripada pihak Exco Pelancongan, sepertimana yang kita tahu 2017, adalah Tahun Melawat Terengganu. Sasaran yang diletakkan adalah 5.5 juta. Tapi jawapan bertulis yang saya terima sangat mengecewakan kerana pelancong yang mari di Terengganu 4.9 juta sahaja secara gabungan pelancong dalam negara dan juga pelancong luar negara. Kita telah membelanjakan RM8.5 juta untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu Tahun 2017. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Exco, pihak Kerajaan, apakah punca yang menyebabkan kita tak boleh tarik pelancong walaupun itu adalah Tahun Melawat Terengganu malahan mengatasi tahun 2016, mengatasi pencapaian Tahun Melawat Terengganu Tahun 2017. Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Tepoh. Saya tak jawablah soalan ni sebab saya tidak jadi Exco kepada hok lama ....(sambil gelak).... Dan Kerajaan lama .....
Exco tidak dilaporkan sebab apa tidak boleh gitu?
Sila teruskan Yang Berhormat.
Okey, saya teruskan. Saya anggap sebagai satu fakta apa yang diberitahu oleh ADUN Tepoh. Yang kedua, soalan yang berkait dengan pengusaha tradisional. Oleh kerana dulu dari segi buat tembaga, batik, keris dia banyak sebelah Ladang dan Ladang ni telah diambil oleh Kerajaan di sebelah Chicken Cottage tetapi kita masih ada lagi Ladang Sekolah, Kampung Tanjung, walaupun sebahagiannya telahpun diambil oleh Kerajaan dan masih ada lagi industri tradisional pembuatan tembaga, batik, keris dan lain-lain. Kami insyaAllah akan melihat semula macam mana kita nak memajukan industri ini kerana Kampung Ladang
dan Tanjung dia sebelah dengan Bandar, dia masih area Bandar, kita akan lihat macam mana nak memajukannya, insyaAllah. Ini komitmen kamilah Kerajaan baru.
Dan kita akan buat kerjasama dengan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, YPU dan juga Kraftangan khususnya macam mana nak promosikan industri tradisional. Kita menghadapi masalah tembaga ni, kalau batik masih ramai pengusaha tapi pengusaha tembaga ni pakar yang buat tembaga tu macam mana nak mencantikkan dia, sebenarnya bila dibakar tu dia jadi tak lawa, lepas tu macam mana proses-proses dia jadi berkilat dan jadi comel. Sebab saya ada beberapa orang kampung saya yang memang dia daripada mula kerja dia sehingga dia mati, dia buat kerja tu tapi tradisi ini tidak disambung. Jadi perkara-perkara ni insyaAllah kita akan lihat.
Yang ketiga, kempen kebersihan. Saya ucap terima kasih kepada Ahli Parlimen, ADUN-ADUN di Kawasan Kuala Terengganu yang mengadakan kempen kebersihan di kawasan pelancongan khususnya di kawasan Kuala Terengganu, di Batu Burok, di Kuala Ibai dan mungkin dibuat di tempat yang lain. InsyaAllah, kami bercadang bersempena dengan bulan kemerdekaan, kita akan adakan Program Kebersihan ini di seluruh Negeri Terengganu, insyaAllah. Jadi Bulan Kemerdekaan ini bermula dari Ogos sehinggalah kepada pertengahan September kita akan jadualkan untuk mengadakan program yang baik, yang dibuat oleh Parlimen Kuala Terengganu, kita akan buat di seluruh negeri, insyaAllah. Kemudian daripada ADUN Bukit Besi, Perancangan TD1303. Jadi ramai mungkin yang tahu apa dia TD 1303 dan mungkin sebahagian ADUN ataupun pegawai dan Pemerhati yang tidak jelas apa itu TD 1303 kerana dia sebenarnya adalah sebuah syarikat yang baru. TD 1303 adalah Hub Kreativiti, saya jelaskan sikit jer dan Inovasi. Kreativiti dan inovasi kepada kelompok usahawan muda Terengganu. Seterusnya menggalakkan usahawan menjalin kerjasama dan rangkaian niaga dalam ruang niaga yang kondusif. TD 1303 ni menyediakan prasarana dan ekosistem yang komprehensif dengan kemudahan ruang kerja bersama dengan izin, co working space. Pelaksanaan Program Start Up Dan Entrepreneur Grooming. Pelaksanaan TD 1303 ni sebenarnya baru siap dengan kos RM12 juta, RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2 juta daripada Kerajaan Negeri dan mula beroperasi mulai 1 April 2018 di Perkedaian Ladang Tok Pelam. Sapa kenal Chicken Cottage, dia betul betul bersebelahan dengan Chicken Cottage. Tu dari segi sedikit maklumatlah.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan dan seterusnya menjana kepelbagaian aktiviti ekonomi di Negeri Terengganu, TD 1303 akan menjadi pusat pemangkin untuk pembangunan berkaitan ICT melalui pembiayaan dan latihan. Hub ini bukan sahaja bakal dijadikan pusat memupuk minat dan pusat latihan kepakaran tenaga kerja dan bakat baru ICT negeri
secara khususnya dan negara secara amnya melalui insentif TEVT Malaysia dan STAMP tetapi juga bakal dijadikan Pusat Incubation dengan izin pengeraman peniagaan baru berasaskan ICT di Malaysia.
Okey, kemudian saya ringkaskanlah, soalan Yang Berhormat Telemong berkait dengan Pembangunan Tasik Kenyir sudah dijawab sebelum ni. Kemudian yang terakhir Yang Berhormat Pengkalan Berangan mencadangkan agar pakej dan aktiviti menyelusuri Sungai Marang diperkenalkan. Buat masa ni tidak ada cadangan agar Kg. Jenang, Marang diperkenalkan sebagai Kampung Tradisional Melayu, boleh dijadikan tarikan terbaru pelancongan. Sebelum daripada ini Kampung Jenang memang terkenal khususnya daripada Barat pun mereka menyusuri Sungai Marang.
Mohon laluan, kita cadang kalau bas hak dua alam tu takdok tempat lagi hantar ke Marang tak apa.
Boleh dipertimbangkan. Marang River Cruise ini pernah kita laksanakan oleh pengendali pelancongan swasta, Kerajaan bersedia untuk menyelaraskan balik program macam ni dan menjadikan Kg. Jenang sebagai satu tarikan utama dalam Program Marang River Cruise. Infra dan kemudahan asas di sana akan diteliti dan akan ditambah baik insyaAllah.
Jadi perkara ni kita akan cuba tengok balik, kalau ada pihak-pihak swasta pelancongan swasta, pengendali dia nak buat balik dan kami jugak akan cuba carilah pengusaha-pengusaha ini untuk membangunkan Jenang dan jugak Marang River Cruise kita akan teruskan sebagaimana dulu. Itulah Yang Berhormat, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Alur Limbat. Sekarang saya jemput Wakil Ladang untuk buat penggulungan.
Bismilillahir Rahmannir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua dan semua yang hadir. Ada beberapa perkara yang telah disebut berkenaan dengan portfolio yang saya pegang ini oleh Wakil Telemong, Tepoh, Rantau Abang, Sura dan beberapa orang yang lain lagi. Khusus tentang Bandar Baru Kuala Ping, pah mane rasa takdok. Okey, ada, Telemong ada ari ni.
Kuala Ping duk di mana?
Tak nampak Ya Allah. Minta maaf, mintak maaf dik, dok tengok ke sini. Projek ini dia belanja dia RM30 juta, Yang Berhormat tahu kan? Dan projek ini diteruskan. Kita mula 20.2.2017 dan kemajuan fizikal dia agak baik, jadual 20% tapi sekarang ni dah 27%. Kemajuan kewangan dia 20.6%. Jadi kita terus ajelah, ucaplah terima kasih sikit.
Terima kasih.
Terima kasih banyak.
Terima kasih. Kemudian ada juga yang menyentuh tentang perkara macam mana nak menjana hasil negeri selain daripada hasil daripada petroleum? Sebenarnya kita ada satu jawatankuasa, satu Jawatankuasa Hasil Negeri, jawatankuasa untuk meningkatkan hasil negeri, untuk merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan hasil. Antara perkara yang kita bincang adalah tentang soal fees yang dikenakan mengenai transaksi tanah, pindah milik, gadaian dan sebagainya. Saya nak sebut sekali lagi bahawa pindah milik yang berlaku sekarang ini di Negeri Terengganu ialah Daftar Pindah Milik RM40 satu transaction. Daftar Duti Setem dia banyak tapi boleh ke Federal. Jadi cara mana kita nak meningkatkan hasil melalui pindah milik tanah, gadaian dan sebagainya kalau dulu RM40, ini telah dibincang oleh jawatankuasa ini dan cadangan-cadangan ini sedang, akan kita kemukakan kepada Kerajaan. Dia cadangan baru ni dia boleh sampai RM1,000.00. Melihat kepada jenis transaction dan juga jumlah yang terlibat dalam transaction ini. Itu adalah satu cara untuk meningkatkan hasil.
Kemudian berkenaan dengan perkara-perkara yang lain lagilah, berkenaan caj air mentah, caj penginapan dan sebagainya itu yang sedang dilaksanakan. Yang satu lagi ialah tentang pelaburan, kekurangan kakitangan di sektor pelaburan di jabatan Kerajaan. Sekarang ni cuma ada seorang buat kerja ni tapi dia dibantu oleh U-TENT. U-TENT ini adalah satu creation yang baru, satu agensi baru yang ditubuhkan melalui syarikat, didaftarkan melalui syarikat, akta-akta syarikat. Tujuannya adalah untuk membantu UPEN untuk merancakkan pelaburan dan insyaAllah kita akan terus mengadakan perbincangan bagaimana nak selaras kedua-dua ini supaya perjalanan proses meluluskan pemhononan-permohonan untuk melabur di sini boleh dipercepatkan, insyaAllah. Saya nak juga sebut di sini ianya pada yang lepas tentang projek-projek low hanging fruit, low hanging fruit? Benda apa dok tahu tu. Low hanging fruit, dia tak terjemah, dia letak begitu aje, projek low hanging fruit dia ada 13 projek. 7 projek telah beroperasi dan dalam pelaksanaan, 4 projek masih dalam perbincangan dan ditangguhkan. Dia kalau saya nak, kalau untuk makluman, untuk maklumanlah
kepada kawan-kawan dan juga semua yang hadir ni, antara projek-projek yang dikatakan low hanging fruit ini ialah projek tanaman jagung bijian untuk makanan haiwan, ni nak dibuat di Setiu, perlu tanah 2,000 hektar, dibuat oleh swasta tapi tak cukup di sana yang adanya di Merchang 987 hektar saja dulu, Cuma kita sedang berbincang bagaimana kita nak dapatkan tanah 5,000 hektar milik JKPTG, milik Federal di Hulu Terengganu. Kalau berjaya ni, kita tanam jagung ni di Hulu Terengganu pula. Kemudian jika kita tanya tentang MRO, bukan GRO. MRO ni ditanya oleh Tepoh dan dia termasuk dalam low hanging fruit ini. MRO ini kita terpaksa batalkan projek ini sebab dia tak boleh bayar apa yang kita mintak. Dok cukop pitih, jadi kita batalkan dulu dan kita memang menggalakkan siapa sahaja nak datang balik, silakan, kos dia lebih kurang RM229 juta. Dan kita terminate dulu nak buat maintenance, repair and overhaul projek ini yang dilaksanakan oleh Adman Sdn. Bhd. dibatalkan sebab gagal mematuhi terma-terma yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Kemudian satu lagi membangun Hub Kargo Udara Serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Projek ini besar jugak RM165 juta dan kalau berjaya boleh mewujudkan 725 pekerjaan. Dan ini juga tak bayar Jadual 5A, tuntutan untuk bayaran tanah telah luput dan tapi dia masih berminat, jadi kita kena bincang semula projek ini tapi tak bayar lagi. Ada masalah lain tu.
Panjang lagi ke Yang Berhormat, kalu panjang saya nak, saya benarkan untuk sambung selepas rehat nanti.
Kita sambunglah. Kita rehat dulu kita sambung lepas ni sebab panjang lagi.
Okey.
Okey, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pukul 2.30 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PADA PUKUL 1.00 TENGAH HARI.
PUKUL 2.30 PETANG
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian, saya persilakan Wakil Ladang mewakili Kerajaan bagi menyambung penggulungan. Dipersilakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, dan semua kawan yang hadir. Pertamanya nak ucapkan terima kasihlah kerana diberi peluang kedua. Cuma dok berapa sedap sikit nak cakap ni sebab macam takmboh dengar jer belah sana sebab takdok orang, seorang jer, ke kira wakillah tu dok? Okey, okey, tolong khaborlah.
Tadi saya bercakap, berhenti tentang dekat dengan status projek-projek low hanging fruit. Low hanging fruit ni rupanya macam buah pelam hak rendah-rendah tu boleh ambik anytime, jadi maknanya senang nok wak keje, dok payoh panjang-panjang, senang boleh hasil. Jadi daripada 13 projek low hanging fruit ni, 7 telah dilaksanakan dan 6 masih dalam perbincangan dan juga
ditangguhkan. Saya rasa tak perlulah saya baca projek tu panjang-panjang sebab nok khabor pun takut tak ingat sebab seorang jer tu, takut tak catit juga. Doksoh bacalah hak tu.
Cuma saya nak pergi seterusnya ialah kepada projek silika yang disebut oleh sahabat saya daripada Rantau Abang. Saya ni kesian sikit ke dia ni sebab silika ni banyak dinung, dia tengok jer lori bawa keluar sokmo, angkut bawa keluar. Tanah silika ni sebenarnya milik di Senyamuk, dia panggil? Bukit Senyamuk tu sebenarnya diluluskan kepada PMINT (SEDC). SEDC serah kepada syarikat, syarikat ni nampaknya melombong tu ambik dan hantar ke luar, ambik dan hantar. Jadi saya sedang melihat, mencari tak jumpa lagi apakah sebenarnya Dasar Silika Negeri Terengganu. Bukan kita boleh benarkan raw material keluar begitu ataupun macam mana? Tapi setakat ini tak jumpa yang tertulis betul-betul. Nak check balik bagaimana dasar sebenarnya. Ada satu lagi yang silika di sebelah Merang sana, hak ni dia proses tapi proses pun basuh, basuh, basuh. Dia ada tiga jenis kasar, sederhana kasar dan refine, very halus, halus sangat. Ini dia buat keluar jugak tapi ini boleh tahan juga tapi hak di Bukit Senyamuk tu pakai hantar gitu jer.
Saya difahamkan begitu. Jadi nak check balik tentang dasar dan proses untuk melihat semula dasar-dasar berkenaan dengan silika. Dan untuk menyemarakkan lagi industri silika ini, Kerajaan Negeri telah bercadang untuk membangunkan satu kawasan seluas 7,000 hektar, 7,000 hektar bukan ekar, 7,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang dan kita namakan cadangan projek ini Lembah Silika Terengganu. Dan dia bersepadu dan sekarang ni dia bukan hanya untuk silika tapi untuk quartz. Ini untuk makluman Dewan dan ada satu lagi mineral baru yang dijumpai yang bermutu dipanggil quartz. Quartz ni ada di Terengganu dan dia ni akan mewujudkan, kalau lembah ini terjadi akhirnya dia akan, anggaran pelaburan kita jangka lebih kurang RM13 bilion. Dan boleh mewujudkan pekerjaan lebih kurang 7,600 orang. Dan ini bersepadu maksudnya semua gasnya kita nak bawa daripada Kerteh sampai ke situ, TNB akan masuk electricity yang banyak di situ dan kemungkinan juga akan ada pelabuhan dan akan ada conveyor belt akan membawa barangan itu, silika itu ke port untuk dieksport. Dan MIDA sedang berusaha untuk mengadakan satu pakej insentif untuk pelabur-pelabur yang ingin melabur di kawasan itu. Maknanya kita boleh menjangkakan bahawa pelaburan di Jambu Bongkok itu akan besar dan akan membangunkan kawasan berkenaan. InsyaAllah.
Kemudian sikit lagi tentang 20,000 peluang pekerjaan nak cari mana? Tadi kalau duk baca-baca tu banyak dah hampir nak dapat dah kalau jadi semua sekali. Dan insyaAllah, kalau ikut perkiraan baru 2018 ni, projek telah diluluskan oleh MIDA untuk Negeri Terengganu ni ada 3, tahun lepas ada 4. Tahun ini saja dijangkakan pelaburan asing lebih kurang RM4 bilion. Dan semua ni akan mewujudkan pekerjaan yang banyak.
Jadi insyaAllah peluang untuk
mendapatkan 20,000 peluang pekerjaan itu akan tercapai dengan baik dan cepat, insyaAllah.
Satu lagi tentang portfolio yang diamanahkan kepada saya ialah tentang Kesejahteraan Pentadbiran. Dulu-dulu takdok ni, lening baru ada. Jadi hak saya ni Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan tambah se lagi Kesejahteraan Pentadbiran. Jadi bila Kesejahtaraan Pentadbiran ni benda apa gamok orr? Maksudnya semua kakitangan di Terengganu ni supaya sejahtera. Bila kita sejahtera tu mari selalu orang mengadu, kata saya dok sejahtera, kami tidak sejahtera kerana kami dinafikan hak kami. Nafi benda, nafinya bahawa mereka ini adalah guru-guru yang dinafikan untuk mendapat mendapat jawatan tetap setelah mengajar lebih daripada 20 tahun. Ada 24 tahun mengajar tetapi tidak diberi, tidak diserap kepada tetap. Dan ada yang 14 tahun juga masih sementara, tidak diberikan jawatan tetap walaupun jawatan kekosongan ni ada di Terengganu lebih daripada 120 jawatan. Tetap tetapi tidak diisi.
Yang Berhormat, ramai ke penjawat awam yang dok sejahtera masa ni?
Hak ada tu lebih kurang 54 orang. Guru saja baru tu, dok cara hak lain lagi, 47 atau 54 orang begitu, dan bagi mereka ini tidak sejahtera. Jadi untuk mensejahterakan mereka insyaAllah, kita telah berusaha dan perjalanan telah diambil dan dalam masa yang terdekat ini insyaAllah yang terlibat ini semuanya akan diserap menjadi tetap, insyaAllah. Mudah-mudahan sejahteralah kita. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada anggota Kerajaan, wakil daripada Ladang. Seterusnya saya nak jemput dan mempersilakan wakil Jabi untuk membuat penggulungan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat , ketua-ketua jabatan seterusnya Pemerhati yang dihormati sekelian.
Yang pertama saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah, menjunjung kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, keprihatinan yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada sektor pertanian dan industri asas tani dalam Titah Ucapan Baginda amat dihargai dan diambil berat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Allah mengurniakan kita di Negeri Terengganu dengan tanah yang luas dan subur, pantai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, kita ada 14 muara sungai, tasik yang luas dan beberapa lagi faktor semulajadi anugerah Allah yang menyediakan bumi Terengganu sebenarnya dalam keadaan terbaik untuk diusahakan. Lalu dituai hasilnya untuk faedah rakyat. Aset semulajadi ini sebenarnya belum lagi di manfaatkan secara optimum.
Yang Berhormat Manir menyentuh mengenai harga ikan yang mahal di Terengganu. Isu sebenar berkaitan dengan infrastruktur di jeti-jeti pendaratan dan masalah muara cetek adalah punca yang kita telah kenalpasti menyebabkan nelayan kita terpaksa mendaratkan hasil tangkapan kalau yang sebelah utara, nelayan Besut di Tok Bali, yang di sebelah selatan di Kemaman, di Kuantan. Ikan yang nak balik semula ke Terengganu memerlukan kos pengangkutan, walaupun ikan ini sebenarnya ditangkap oleh nelayan Terengganu dan hasilnya ikan jadi mahal. Tuan Yang Dipertua, masalah muara cetek dan kekurangan infrastruktur di pelabuhan atau jeti pendaratan ikan adalah isu besar dengan penyelesaiannya memerlukan usahasama antara pelbagai jabatan peringkat negeri dan pusat termasuklah ia melibatkan kos yang sangat besar. Kita dah buat pertemuan dengan masyarakat nelayan yang keluar masuk muara setiap hari mencari rezeki. Kita juga dah mendapat taklimat daripada jabatan bertanggungjawab berkaitan pelan tindakan bagi menangani isu ini, walaupun ini isu besar, tapi tiada yang lebih besar bagi sebuah Kerajaan lebih daripada mengutamakan kepentingan rakyat.
Yang Berhormat Yang Dipertua, isu penguatkuasaan di laut, pencerobohan nelayan asing dan isu pelesenan yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Manir adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi yang bertemu dan mendengar keluhan masyarakat nelayan di lapangan ialah kita. Nelayan kita sampai satu tahap hampir putus asa, letak unjam hari ni, esok hilang, kena kokok dengan bot pukat tunda. Dan komitmen pihak Exco Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil tanggungjawab untuk membincangkan secara serius isu ini bersama pihak Kerajaan Pusat, insyaAllah.
Projek Akuapolitan Kuala Nerus yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manir, suka saya maklumkan bahawa projek ini di bawah Kerajaan Pusat yang diserahkan kepada ECERDC, bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Jertih menyentuh tentang penglibatan generasi belia dalam sektor pertanian. Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian dengan Pengarahnya Encik Zulkifli Harun yang akan melalui tempoh persaraan bulan Disember ni. Dengan program SKB, Sumber Kekayaan Baru yang memfokuskan kepada tanaman Durian Musang King, Nenas MD2, Kelapa iaitu Kelapa Mantag dan Kelapa Wangi dan juga Jagung Bijian. Jagung
bijian ni bukan untuk kita makan, ni untuk ternakan, yang kita makan jagung manis.
Bantuan yang disediakan dibawah Program SKB ini termasuklah konsultasi teknikal serta khidmat nasihat, Bantuan Anak Benih dan Bantuan Kewangan. Saya lihat Nenas MD2 dan Jagung Bijian mempunyai potensi yang paling baik untuk golongan belia di negeri kita. Nenas MD2 contohnya kaedah penanaman sangat mudah. Penjagaan yang tidak cerewet dan bantuan sulur benih dibekalkan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, dan kawasan Yang Berhormat Langkap adalah kawasan utama sekarang ni di Terengganu yang menghasilkan Nenas MD2. Tempoh penuaian pula hanyalah sekitar 13 bulan dan harga yang stabil dipasaran sekitar RM5 sekilogram, dan permintaan di pasaran adalah tinggi. Orang muda biasa nak hasil cepat, tanam Durian Musang King lambat dapat hasil. Di samping kawasan penanaman yang sedia ada, saya telah duduk bersama dengan Jabatan Pertanian bincang, mengenalpasti kawasan baru yang berpotensi untuk dimajukan, insyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, walaupun begitu, pemilihan peserta bagi apa juga program asas tani mestilah dari kalangan yang benar-benar berminat, berkemahiran dan ada kesungguhan. Ini adalah kunci utama kejayaan atau kegagalan sesuatu projek atau program asas tani. Ada bidang-bidang asas tani seperti pembenihan ikan kerapu hibrid sangat-sangat teknikal. Dari induk kerapu yang menghasilkan telur, penetasan telur, nak hasilkan plankton untuk makanan anak kerapu, sehinggalah anak ikan ini membesar menjadi saiz beberapa sentimeter, penuh dengan aspek teknikal dan kemahiran. Dan saya telah melakukan tinjauan kepada beberapa projek pertanian dan penternakan berkelompok, didapati di antara punca utama projek tidak begitu berjaya ialah kerana pemilihan peserta yang tidak tepat. Bila bagi urusan kepada bukan ahli, maka ia akan menghasilkan natijah yang tidak baik. Orang kita suka terima bantuan, tapi ramai yang suka buat kerja suka-suka dan minda ini kita nak ubah kerana kita nak jadikan Terengganu Hub Pengeluaran Makanan Utama Negara. Yang bersungguh dan yang berpotensi wajib dibantu.
Penjelasan.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan sedikit untuk mencelah ini: Apakah kriteria pemilihan peserta yang mendapat bantuan tersebut sehingga menyebabkan banyak gagal daripada berjaya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Saya ambil satu contoh projek mega yang berkaitan dengan akuakultur, Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Sungai Como, Tasik Kenyir yang bernilai lebih RM19 juta. Asalnya matlamat projek ini diletakkan untuk membasmi kemiskinan di kalangan orang asli. Kita bagi orang asli bela ikan, dengan kos belasan juta ringgit, sedangkan mentaliti orang asli, dia nak ikan yang masak dah kita letak depan dia, menyebabkan projek ini gagal. Diambil alih oleh TADC juga gagal dan sekarang ni Jabatan Perikanan menyewakan sangkar itu kepada pengusaha. Ini contoh bagaimana pemilihan kriteria peserta yang tidak tepat. Terima kasih Yang Berhormat Tepoh.
Yang bersungguh dan berpotensi untuk maju wajib kita bantu, antaranya kita merancang untuk menguruskan pewartaan tapak pembinaan ikan kerapu hibrid di Pantai Air Tawar Besut yang diusahakan oleh orang kampung yang suatu ketika dulu keluar isu nak disodok. Kita nak wartakan kawasan ini sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan Di Bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara, supaya peserta orang kampung yang mengeluarkan modal, bekerja dengan bersungguh-sungguh boleh mencari rezeki dengan tenang, insyaAllah.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, pertanian adalah perniagaan, inilah industri yang mampu menjana ekonomi dan menyediakan sumber makanan kepada rakyat. Kawasan seperti kawasan saya di Jabi, kawasan Langkap, kawasan Hulu Besut, kawasan Telemong, kita boleh bina kemajuan dengan sektor pertanian dan industri asas tani sebab kemajuan perlu berpijak dibumi nyata. Kawasan saya di Jabi, kalau dibina rumah kedai tiga tingkat, kemungkinan untuk rumah kedai ini terbiar tanpa disewa adalah tinggi. Sebab itu kita sebut kemajuan perlu berpijak dibumi nyata, sesuai dengan realiti setempat. Dan kita kena ubah persepsi bahawa pertanian bermakna kita tak maju, kena ada industri, kena ada bandar baru, baru dikira maju. Ini adalah persepsi yang silap. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, kita menghargai usaha Kerajaan penggal lepas yang meletakkan beberapa asas perancangan yang baik untuk memajukan sektor pertanian Negeri Terengganu. Melon Manis Terengganu memang terbukti manis, dan kemanisannya kekal manis walaupun teraju Kerajaan berubah. Cuma isu harga Melon Manis yang agak mahal akan diperhalusi supaya orang kampung boleh turut sama menikmati kemanisannya. Kesinambungan usaha yang baik ini kita akan teruskan, insyaAllah. Kita telah teliti, kaji, senaraikan projek-projek pertanian yang dirancang pada penggal lepas untuk kita melihat semula dari segi keutamaan dan keperluannya kepada rakyat termasuklah berapa jumlah bajet yang diperuntukkan. Beberapa kelemahan yang memerlukan penambahbaikan sebahagiannya telah dikenalpasti untuk tindakan pembetulan dan dalam proses kajian semula ini, pandangan dari UPEN serta perincian dan ulasan teknikal dari jabatan-jabatan berkaitan telah dan akan diperhalusi sebaiknya. Kita juga mengambil pendekatan turun padang untuk bertemu sendiri dengan kelompok rakyat yang berkepentingan langsung dengan pelaksanaan sesuatu projek.
Akhirnya keperluan dan faedah kepada rakyat adalah faktor yang akan diambil kira sama ada projek ini wajar diteruskan ataupun dibatalkan. Kerajaan Baru akan meneruskan apa yang baik dan membuat perancangan baru yang lebih baik, insyaAllah..
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, berkaitan dengan Projek Lembah Kaprima, Tanjung Gadong, Marang yang disentuh oleh Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Lembah Kaprima Tanjung Gadong, Marang mula beroperasi pada tahun 2013, dioperasikan oleh sebuah syarikat bumiputera anak Terengganu berasal dari Kuala Nerus. Keluasan tanah 50 ekar, dengan kemudahan infrastruktur 5 unit kandang, ada bekalan air, ada bekalan letrik dan bangunan pejabat. Matlamat asal Projek Lembah Kaprima adalah untuk menjadikan Terengganu pengeluar utama kambing di Semenanjung. Tetapi status ternakan semasa di Lembah Kaprima Tanjung Gadong ialah 0 ekor kambing. Pengeluaran tahunan juga 0 ekor kambing. Kandang, bangunan pejabat dan infrastruktur lain terbiar, rosak dan ditumbuhi semak-samun. Tiada aktiviti penternakan yang dijalankan oleh pengusaha dari tarikh tandatangan perjanjian pada tahun 2013 sehingga Jun 2018. Kesimpulannya, Projek Lembah Kaprima Tanjung Gadong, gagal.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, antara punca kegagalan ialah: Yang pertama, komitmen pengusaha yang sangat terhad, pengusaha yang dipilih bukanlah operator yang benar-benar berkemampuan dalam bidang ternakan kambing. Ini satu lagi contoh menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepoh tadi. Yang kedua, Lembah Kaprima Tanjung Gadong, Marang tidak mampu menghasilkan impak dari segi sosio-ekonomi kepada masyarakat setempat, kerana itulah projek ini bagaikan terasing di tengah-tengah masyarakat setempat sehingga tidak wujud rasa kebersamaan di antara pengusaha dan masyarakat sekitar. Dan inilah antara punca kenapa ia terdedah kepada masalah pencerobohan dan kecurian, dan yang ketiga kos penyelenggaraan dan operasi yang tinggi terutamanya kos makanan ternakan yang menyebabkan pengusaha tidak kompetitif dan tidak berdaya saing akhirnya menyerah kalah dengan mudah.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Exco Pertanian bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kita telah bincang dengan teliti isu Lembah Kaprima dan di antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan Lembah Kaprima Tanjung Gadong ialah: Yang pertama, perjanjian dengan syarikat yang didapati gagal akan ditamatkan berdasarkan terma dan syarat. Syarikat ini bukan hanya gagal menternak, malah tidak pernah membayar sewa dari tahun 2013 sehingga 2018. Dua kali surat peringatan telah dihantar oleh Jabatan Veterinar, pada bulan 10, 2017 dan bulan 12, 2017. Dan saya telah memohon Jabatan Veterinar supaya menghantar surat peringatan ketiga beserta dengan notis penamatan kontrak. Selepas selesai proses
penamatan, kontrak baru pengurusan dan pembangunan Lembah Kaprima Tanjung Gadong akan dibuka kepada pengusaha yang benar-benar berminat dan berkemampuan. Yang Berhormat Kijal takdok dalam Dewan, kot-kot dia berminat. Yang ketiga, konsep Lembah Kaprima lama kelihatan agak rigid, kerana memberi fokus kepada kambing pedaging, baka Boar dan baka Jamnapari sahaja. Kita akan kembangkan kepada konsep baru yang dinamakan Kaprima Unggul dengan pengisiannya 70% penternakan kambing sebagai aktiviti utama serta tambahan lain-lain aktiviti seperti ternakan bebiri, rusa, lembu sado, lembu sado ni lembu besar, tanaman kontan dan kolam ikan. Dan pengusaha juga boleh mendapat hasil tambahan melalui produk susu kambing. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, akhir sekali yang disentuh oleh Yang Berhormat Permaisuri, menyentuh tentang penternakan siakap dan kerabu hibrid di Laguna, Setiu. Kerapu hibrid ni, mungkin nama dia agak asing dan harga dia pun mahal. Harga mentah dia dalam RM45 hingga RM50 sekilo. Kerabu hibrid ni sebenarnya kacukan antara kerapu harimau dan kerapu kertang, kerapu harimau dia tahan tetapi masalah tempoh pembesaran dia lama. Kerapu kertang tempoh pembesaran singkat, tapi daya ketahanan rendah. Lalu dia gabungkan antara kerapu harimau dengan kerapu kertang maka menghasilkan kerapu hibrid. Penternakan ikan air payau di Laguna, Setiu sebenarnya telah bermula sejak tahun 80an lagi. Dan sekarang terdapat seramai 59 orang pengusaha dengan 1,252 petak sangkar. Spesis utama yang diternak sebagaimana yang saya sebut tadi, siakap dan kerabu hibrid. Dan hasil bagi tahun 2015 saya ambil tiga tahun yang terakhir 92.31 metrik tan bernilai RM1.67 juta. Tahun 2016, 166.57 metrik tan bernilai RM2 juta lebih. Sementara untuk tahun 2017, pengeluarannya 132.84 metrik tan bernilai RM1.95 juta. Dan sehingga bulan Mei 2018, 41 metrik tan bernilai RM0.9 juta telah dihasilkan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan antaranya bantuan makanan ikan, bantuan penyelenggaraan sangkar dan mesin untuk penghancur makanan ikan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, bagi menjamin kelestarian Projek Penternakan Ikan Air Payau di Laguna, Setiu, Jabatan Perikanan mencadangkan supaya semua pengusaha dilesenkan dengan Lesen Sistem Kultur Laut (SKL) dan dipersijilkan di bawah Program Bio Sekuriti Perikanan dengan Sijil Malaysia Good Acuaculture Practise atau MYGET. Bagi tujuan eksport, sekiranya ada pasaran eksport pada masa depan, dan hal ini bagi memastikan aktiviti akuakultur dapat dijalankan secara sistematik tanpa memberi kesan buruk kepada perairan semulajadi selaras dengan Rancangan Kawasan Khas Tanah Bencah Setiu atau Setiu Wetland , dengan izin, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Wakil Jabi, seterusnya saya persilakan Wakil Bukit Tunggal untuk membuat penggulungan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wabihi nastain. Wassalatu wassalam’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Rabisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkahu qauli.
Yang Dihormati Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, Yang Dihormati dan Dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Dihormati dan Dikasihi rakan-rakan Ahli Mesyuarat Majlis Meyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, seterusnya ketua-ketua jabatan, para Pemerhati yang dikasihi sekelian.
Pertamanya saya mengucapkan tahniah, kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terpilih untuk sama-sama berada dalam Dewan ini dan menjalankan perkhidmatan kita kepada rakyat Terengganu seluruhnya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan kerana memberi keizinan dan peluang kepada saya untuk sama-sama menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Istiadat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14, pada hari Isnin, 2 Julai yang lalu.
Alhamdulillah dalam Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menitahkan beberapa perkara berkaitan dengan portfolio yang saya diamanahkan ini iaitu Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Perkara-perkara yang disentuh ataupun dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku antaranya ialah berkaitan dengan rumah kediaman B40 dan juga berkaitan dengan rumah kediaman untuk setiap rakyat yang layak. Yang kedua berkaitan dengan Kad Sejahtera. Ketiga berkaitan dengan Tabung Pinjaman Perumahan. Dan yang akhirnya berkaitan dengan Bandar Selamat dan Indah. Juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah begitu prihatin sama ada di pihak Kerajaan ataupun di pihak sana tak mahu sebut Pembangkang, saya sebut ‘Penegurlah’ saya nak sebut ‘Pelengkap’, ‘Penegur’ bolehlah yang telah bersedia bersama-sama dengan kita untuk memberi teguran-teguran yang membina, insyaAllah. Pengalaman saya dalam Dewan nampaknya memang telah diamalkan BBMS pada hari ini, bukan UG tu, BBMS. Dan semuanya seolah-olah memberi suatu harapan dan menyokong manifesto yang dikeluarkan oleh PAS dalam Pilihan Raya 14 lah yang baik, cuma tinggal masing-masing tak sabar-sabar bila nak buat. Kita Kerajaan ni baru dua bulan, hampir dua bulan. InsyaAllah, semuanya dalam perangkaan kita dan kita mengambil perjalanan-perjalanan yang sepatutnya tapi sudah semestilah tidak semuanya dapat kita selesaikan dalam masa yang singkat.
Namun begitu, saya sekali lagilah untuk mengkredit ataupun terima kasih kepada rakan-rakan terutamanya Bukit Besi, Bandar, Rantau Abang, Kemasek, Kuala Besut yang banyak menyentuh tentang portfolio yang saya pegang dan Seberang Takir sebut sikit-sikit sahaja berkaitan dengan perumahan dan juga peningkatan KDNK, tak ada isu yang besar. Pertamanya suka saya nak mengulas tentang Wad Kelas Ketiga yang memang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga wakil daripada Bukit Besi yang terdapat dalam manifesto PAS Pilhanraya Ke-14, Negeri Terengganu. InsyaAllah perkara ini sekarang dalam proses kita menyiapkan kertas untuk diangkat kepada pihak Kerajaan, kepada Exco khususnya untuk mendapat kelulusan. Kita telah berbincang dengan pihak hospital dan juga jawatankuasa kita untuk pelaksanaannya dan memang janji kita untuk memberi percuma kepada pesakit yang dimasukkan ke Wad Kelas Tiga seluruh hospital di Negeri Terengganu.
Setelah diambil kira, ditolak mereka yang telah dibiayai oleh sama ada oleh majikan masing-masing ataupun Kerajaan, kakitangan Kerajaan dan juga yang mendapat pengecualian daripada Kementerian Kesihatan sendiri bagi golongan-golongan tertentu yang memang sudah ada pengecualiannya, dan bakinya itu, bakinya itu akan dilunaskan oleh pihak Kerajaan Negeri kerana kita tidak ada hak dalam Kerajaan Negeri untuk mengecualikan bayaran. Bayaran ini hanyalah boleh dikecualikan oleh Kementerian Kesihatan. Hospital di bawah Kerajaan Pusat. Kita hanya tolong bayar, kita bayar bagi pihak mereka yang duduk di kelas ketiga ni memang rata-rata yang masuk kelas ketiga ni orang-orang yang berpendapatan rendah, ni yang kita nak bantu, orang-orang miskin bagi mereka yang sakit, tidak dibebankan dengan bil-bil yang membebankan mereka. Kerajaan akan menjelaskan bil in melalui satu kaedah, yang mungkin insyaAllah kita bercadang untuk menggunakan apa yang sudah ada pada hari ini, mungkin Tabung Darul Iman, diperluaskan sedikit lagi dari segi skop fungsinya. Yang keduanya berkaitan dengan Sejahtera jugalah merupakan… Sila…
Yang Berhormat Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tunggal kerana memberikan ruang. Tadi dalam jawapan yang diberikan berkait dengan perkara-perkara yang mahu disumbangkan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat Negeri Terengganu khususnya dari aspek kesihatan. Saya ingin bertanya apakah langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan tahap pusat-pusat kesihatan termasuklah doktor-doktor ke arah yang lebih baik di Negeri Terengganu ini untuk manfaat rakyat walaupun kita tahu ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tapi sudah tentu saya percaya bahawa pihak Kerajaan Negeri ada perancangan untuk memastikan sektor kesihatan ini dipertingkatkan di Negeri Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Batu Burok. Perkara berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan Terengganu sudah lama saya juga bangkit semasa menjadi penegur dulu, Pembangkang Kerajaan Negeri dah bincang dengan bekas Exco dahulu, dah arwah. Memang dari segi statistiknya kita dapati kemudahan kesihatan Terengganu ini memang ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain khususnya di Pantai Barat. Walaupun ada kelulusan untuk pembinaan hospital-hospital baru tapi tindakannya begitu lambat sekali, sekarang ni Dungun pun belum siap lagi, Kemaman pun belum, UniSZA masih dalam pembinaan dan yang paling malang sekali ialah post yang ada di hospital-hospital kita ini tidak bertambah. Itu menyebabkan bilangan doktor dan kakitangan seluruhnya tidak dapat ditambah kerana postnya tidak ada, tetapi pesakitnya bertambah hari ke hari. Ini adalah beban tugas yang sangat besar kepada mereka-mereka yang berkhidmat di sektor perubatan khususnya di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan. Maka tidak dinafikanlah bila ianya berlaku, waiting time, waktu menunggu yang begitu lama yang dihadapi oleh rakyat Terengganu. Itu sebab sebagai sebuah Kerajaan Negeri apa yang boleh kita bantu, kita akan insyaAllah, Menteri Kesihatan akan datang ke Terengganu 14 haribulan nanti, kita akan bincang, bagaimana supaya kalau hospital tidak boleh dibesarkanpun mungkin postnya boleh ditambah untuk meringankan beban kakitangan hospital yang ada sekarang. Dan supaya projek-projek dalam pembinaan ini dapat dipastikan ianya siap mengikut jadual yang ditetapkan, tidak berlaku lagi kelambatan, kelewatan dan sebagainya menyebabkan kita juga menerima masalah kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi.
Kita bantu contoh tadilah, memang nak besar hospital bukan kuasa Kerajaan Negeri, tapi untuk meringankan sebahagian kecil ialah dengan kita menyediakan bantuan kita beri percuma untuk Wad Kelas Tiga.
Dan satu lagi tambahan yang kita berikan ialah disebut juga sebagai Kad Sejahtera. Kad Sejahtera inilah kita akan beri kepada golongan berpendapatan rendah khususnya, warga emas, OKU supaya mereka ini boleh, dengan kad ini nilainya RM500 setahun, mereka boleh mendapat rawatan di klinik swasta, dah klinik Kerajaan dan penuh, tak cukup kakitangan, kita edar mereka kepada klinik swasta yang ada di seluruh pelusuk Negeri Terengganu daripada Kemaman sampai ke Besut. Dan klinik ini semestinya kita akan lantik, kita buka permohonan untuk menjadi panel kepada Kerajaan Negeri dan kita akan bayar, cadangan kita mungkin antaranya menggunakan seperti Kad Touch N Go, dia boleh pergi dan dia potong daripada kad itu setiap kali dia dapat rawatan sehingga habis nilai RM500 setahun. Kalau habis jugak dia kena bayar sendirilah lepas pada tu. Kalau… Sila Sura.
Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, saya ingin mendapat penjelasan
berhubungkait dengan Kad Sejahtera ini, sehingga kini berapakah anggaran kos yang dianggarkan oleh pihak Kerajaan untuk merealisasikan Kad Sejahtera? Terima kasih.
Terima kasih. Buat masa sekarang mereka yang layak ini kita akan guna dahulu apa yang berdaftar dalam e-Kasih dan juga PPRT. Mengikut rekod yang kita ada, bilangan golongan ini hanya sekitar 6,000 orang tapi insyaAllah, kita akan buat suatu penilaian baru, dengan syarat-syarat yang baru supaya lebih ramai lagi dapat menikmati kemudahan ini, maka jika 6,00 orang, RM500 sorang setahun, Yang Berhormat Sura boleh kalilah, lebih kurang RM3 juta setahun. Dia tidak banyak yang melibatkan kos sebenarnya tetapi insyaAllah bila kita buka, mungkin bilangan ini, yang layak ini akan meningkat, mungkin dua atau tiga kali ganda lagi. InsyaAllah, saya rasa Kerajaan Negeri bersedia untuk menanggung kos yang disebutkan itu. Semua ini, pesakit kelas tiga dibayar oleh Kerajaan Negeri, Kad Sejahtera sudah dalam siapkan kertas, cuma tunggu untuk kita bawa kepada pihak Kerajaan, Mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan dan tarikh bila kita akan mulakan, kuatkuasakan penggunaan kad dan juga bayaran untuk pesakit-pesakit yang layak, yang disebutkan tadi sama ada di hospital ataupun dapat Kad Sejahtera bernilai RM500 tersebut. Saya harap ia dapat diluluskan dengan cepat dan jangkaan saya mungkin di akhir tahun ini kita dapat beri kemudahan ini kepada rakyat seterusnya.
Yang seterusnya adalah berkaitan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar, Yang Berhormat Kuala Besut dan Seberang Takir juga, berkaitan dengan perumahan. Suka saya maklumkan Dewan Undangan Negeri ini memang Kerajaan, mana-mana Kerajaan di dunia pun tak semuanya dia berjaya buat dan tak semuanya dia gagal. Kita akui bidang pendidikan kita berjaya Terengganu, tapi ada tempat-tempat yang kita gagal yang kita perlu buat satu reformasi dan buat penambahbaikan yang bersungguh-sungguh kerana permohonan Rumah Mampu Milik yang dibuka sejak Januari 2014, kita online sehingga 3 Julai semalam, 2018, dan rekod kita ada 127,814 pemohon yang sedang standby, menunggu untuk dapat rumah sedangkan track record pembinaan rumah di Terengganu dari tahun 2008 hingga 2018, tepatnya 19 April 2018, yang siap hanya 7,742 buah rumah sahaja. Bermakna 10 tahun, hitung panjang hanya 774 buah rumah setahun. Jadi yang memohon 127,000 lebih, berapa ratus tahun nak selesai. Kalau kita mengikut cara yang sama ataupun phase yang telah dilakukan sebelum ini. Maka di sinilah suatu reformasi yang sedang kita fikirkan dan sudah ada beberapa idea yang boleh kita buat penambahbaikan dalam menyediakan rumah yang secukupnya insyaAllah dalam tempoh 5 hingga 6 tahun. Ada nak bangun? Sila.
Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat bolek tak bagi sebab agak-agak dari segi bilangan
yang kita capai 7,000, selama lebih kurang 10 tahun tu, kenapa angka itu terlalu kecil berbanding dengan permintaan?
Terima kasih Y.B. Bandar. Saya pun baru dua bulan, tak tahu ape benda sebenarnya tapi apa yang dapati ialah kebanyakan projek-projek ini lewat disiapkan, terbengkalai, sakit, macam-macam penyakit ada, ingat ke orang aje berpenyakit, rumah pun sakit jugak.
Dokdang habis jawab Bandar, Manir bangun, sila selalu.
Yang Berhormat Yang Dipertua, terima kasih. Bagaimana dengan permasalahan Projek Perumahan di Padang Setengir, apakah ia juga termasuk dalam kategori bermasalah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Memang Padang Setengir antara projek yang sakit, sakit parah jugaklah berkaitan dengan kontraktor yang ditamatkan kontrak, dianugerahkan kepada kontraktor lain, yang ditamat saman Kerajaan, sekarang masih dalam proses mahkamah, saman Kerajaan, RM10 juta rasanya saman. Jadi inilah masalah-masalah sebenarnya kontraktor-kontraktor sebahagiannya tidak menepati terma-terma ataupun syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan ada yang terpaksa ditamatkan kontrak dan sebagainya. Dan kemungkinan jugaklah, saya pun tak tahu jugok, ada beberapa pemaju beritahu Terengganu ni memanglah dia kata, kontraktor-kontraktor kita kurang competence, teknologinya ke belakang, tidak ada peralatan yang mencukupi menyebabkan inilah berlaku masalah-masalah, ini kita dah kenalpasti. Jadi oleh itu, untuk menjawab soalan yang sama yang dikemukakan oleh Rantau Abang, dia tanya berapa rumah yang ada kosong lagi buat masa ni. Jumlah yang ada hanya 79 buah rumah, ini pun nama sudah ada, cuma belum dipilih sahaja lagi. Yang ditanya Rumah Mampu Milik Batu 7 memang tidak ada kosong, 500 unit, 500 unit juga telah ditawarkan, cuma yang ada di Rumah Mampu Milik Paya Beris, ada kosong 6 daripada 290, ditawarkan 284. Maknanya yang adapun tak banyak dan senarai nama tu dah berjela-jela ada dengan kita untuk dibuat pemilihan dan penawaran. Kaedah yang telah dibuat sebelum ini ialah, antara kaedah-kaedah kita untuk memastikan rumah ini dapat disediakan dengan bilangan yang lebih baik, antaranya ialah kita menyediakan tabung .....
Laluan Yang Berhormat Yang Dipertua.
Silalah Manir.
Takmboh tengok terus. Yang Berhormat .....
Yang Berhormat, sekejap, sekejap Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang Dipertua .....
Yang Berhormat, sekejap, sekejap. Saya cuma nak beritahu Peraturan Dewan saja. Setiap pencelahan, mohon penjelasan, tuju pada saya dulu, saya akan tanya pada Yang Berhormat tu nak bagi ruang ke tidak. Biar kita buat cara teratur sikit, beretika.
Yang Berhormat Yang Dipertua, boleh? Yang Berhormat Yang Dipertua, sebagaimana yang disebut oleh Rantau Abang, dia kata rumah tu tidak diduduki tetapi mengikut pembahagian telah habis, pada atas kertasnya abis dah pembahagian tersebut. Adakah ia kerana penerima-penerima itu telah mempunyai rumah, dapat rumah pun dia tak duduk, ataupun perlu kepada pihak Kerajaan membuat penelitian semula kepada penerima-penerima yang telah menerima rumah dan ia perlu kepada pemutihan yang secepat mungkin, kerana lambakan orang ramai yang perlukan rumah. Terima kasih.
Terima kasih Manir. Ya, kita mengharapkan Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan masing-masing jika ada kes kes yang berlaku penyelewengan sebegitu, boleh maklum di pihak perumahan dan kita boleh buat siasatan. Kalau benarlah mereka ini menyewa kepada orang lain, ataupun dia ada rumah yang lain, itu akan diambil tindakan yang sewajarnya. Tapi yang tanpa aduan, maklumat daripada bawah sudah tentu kita tidak dapat mengesahkan andaian ataupun perkara-perkara yang disebutkan itu. Di antaranya ialah untuk memudahkan individu yang ada tanah sendiri untuk buat rumah, itulah kita sediakan Tabung Pinjaman Kerajaan RM50 juta, bagi mereka yang ada tanah sendiri tapi tidak ada pembiaya, tidak layak untuk buat, dengan izin ‘bankable’, tidak layak untuk dapat pinjaman bank ataupun pinjaman daripada Kerajaan, maka inilah yang kita sediakan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat RM50 juta ini ialah untuk tujuan seperti itu. Mereka-mereka ni dah ada tanah, cuma tinggalnya mereka tak ada
duit nak bina rumah. Jadi insyaAllah, ini pun sedang kita kaji dan dalam kertas telah kita sediakan kaedah mana yang nak kita gunakan supaya benda ni mudah dan tidak melibatkan riba dan bayarannya juga tidak menyebabkan sekiranya mereka ni terlewat bayar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ialah sampai rumah mereka dilelong. Kalau bank, mungkin ada had tertentu rumah dia kena lelong tapi kita cuba cari kaedah dan kaedah sudah ditemui, cuma saya, rasanya tak perlu saya tak boleh nak war-warkan di sini kerana belum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri supaya ianya tidak berlaku apa-apa masalah yang tidak dapat dielakkan, kita tidaklah sampai tahap rumah dia, tanah dia tu kena lelong. Itu kaedah yang kita gunakan untuk pinjaman bagi individu yang ada tanah sendiri kerana bahagian tanah, kita akan buka permohonan tanah untuk tapak rumah dan insyaAllah selepas itu, dia boleh buat pinjaman bina rumah masing-masing itu usaha individu.
Yang kedua, Bahagian Perumahan, Kerajaan Negeri dan SEDC juga, kita utamakan pembinaan Rumah Jenis A, iaitu rumah yang berkeluasan 800 kaki persegi, minimum tiga bilik yang harganya RM68,000.00 satu unit. Ini adalah rumah yang paling tinggi permintaan dan inilah yang akan kita utamakan. InsyaAllah sekiranya kita mendapatkan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Negeri, ini akan lebih banyak dibina sendiri di bawah Bahagian Perumahan, daripada SEDC anak syarikat Kerajaan Negeri. Yang lainnya adalah Tabung Amanah Warisan, di bawah GLC negeri sendiri akan dibina, di bawah Kerajaan Pusat, Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat, Rumah Idaman, Maju Swasta. Satu lagi perkara baru yang akan kita buat ialah berkaitan dengan Bandar Lestari. Dengan Bandar Lestari inilah juga akan kita bina insyaAllah tanah-tanah yang kita akan kita kenal pasti di seluruh Terengganu untuk menempatkan sekitar 2,000 sehingga 2,500 buah rumah di setiap bandar baru ini. Ini sudah tentu dapat menyelesaikan dalam jumlah yang begitu besar dan kita akan buat secara pengswastaan dengan cara tender terbuka kerana antara yang kita dapati yang gagal dahulu adalah kerana direct nego. Direct nego ni banyak masalah itu yang menyebabkan datang untuk tambah masa, tak siap dan sebagainya, cuba buat yang terbaiklah, insyaAllah, tender terbuka dengan keutamaan kepada rakyat Terengganu supaya ia lebih kompetetif, mereka lebih untuk bersaing dan akan membaiki kaedah dan teknologi pembinaan yang lebih baik supaya lebih cepat dan jugak harganya lebih kompetetif.
Yang seterusnya, kita cuba menyelesaikan masalah projek-projek sakit yang berlaku di seluruh Negeri Terengganu kerana ini pun melibatkan banyak buah rumah yang kalau selesai dapat membantu meningkatkan bilangan rumah yang dapat kita tawarkan kepada rakyat. Antaranya yang berlaku sekarang di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Padang Setengir yang disebutkan tadi, Taman Gemilang 2, Kerteh dan beberapa tempat lagi. Ini insyaAllah, saya sendiri sebagai Exco akan melawat sendiri projek-projek yang disebutkan itu untuk
mengenalpasti, berbincang dengan pihak pemaju dan juga pihak jawatankuasa bertindak masing-masing bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Ada juga pihak swasta yang ditipu oleh pemaju, buat rumah sekerat jalan, tinggal, datang syarikat nak menyelamatkan, kosnya sudah terpaksa dinaikkan, mengadu dengan kita supaya Kerajaan bantu untuk paling kurang menyediakan infra untuk mereka. InsyaAllah, ini pun dalam pertimbangan kita untuk kita bantu sekadar yang boleh kita bantu yang akhir matlamatnya pasti rumah itu siap dan rakyat dapat guna. Ini usaha-usaha yang dalam tindakan kita sekarang ini. Kita tinggal dulu pasal rumah, rumah ni dah semua orang hendak dan insyaAllah kita juga akan usaha sedaya upaya kita sama ada dari pihak Kerajaan dan juga daripada bantuan, pandangan jugak kita terima daripada sebelah pihak Penegur itu.
Yang disebut oleh seterusnya portfolio saya berkaitan dengan Kempen Terengganu Bersih oleh Yang Berhormat Bandar. Sebenarnya Yang Berhormat Bandar ni bagus. Dia ada buat satu kempen, Kuala Terengganu ni bersih pantai dan sebagainya dan baru-baru ni pun saya dapat maklum kes Denggi yang berlaku di kawasan pembinaan Draw Bridge, biasalah kawasan pembinaan ni dia banyak air bertakung, ada bekas bekas yang kosong, tanah yang digali tak dalam mana, tohor jer tapi bila mari hujan air bersih bertakung, dibiarkan begitu dalam dua tiga hari nyamuk Aedes pun mari membiak. Akhirnya boleh menyebabkan berlaku penyebaran demam Denggi. Inilah yang berlaku sebenarnya di tapak Draw Bridge. Kes positif setakat yang saya dapatlah semuanya adalah daripada pekerja asing di tapak pembinaan, tidak melibatkan orang lainlah di situ. Dan satu lagi 10 kes positif dan 1 kes negatif dan apa tindakan yang telah dibuat ialah semburan kabus seperti biasa, pemusnahan tempat pembiakan, active detection case, didakwa di mahkamah, dua kes sedang didakwa di mahkamah atas kes pembiakan nyamuk Aedes ini. Dan ditutup tapak pembinaan dari 19.6.2018 selepas lapan tempat pembiakan dijumpai dan dibuka semula setelah clear semula pada 28.6.2018. Y.B. Bandar bersama dengan Kesihatan buat bergotong-royong dan Pelancaran Combi, Combi ni apa benda pulak? Combi ke Kombi? Communication For Behavioural Impact suatu kerja bermasyarakat untuk membantu masyarakat menghadapi penyakit ataupun menjaga kebersihan di tempat tersebut yang dibuat di Dewan Sivik Kg. Nesan Empat, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Bandar. Tahniah ADUN Bandar.
Yang seterusnya yang saya sebutkan tadi Rantau Abang sebut pasal Rumah Mampu Milik yang kosong, berapa kosong saya dah jawab. Ini pelancong tapi saya suka juga untuk mengulas tentang Y.B. Pengkalan Berangan yang menyebut cadangannya supaya kampung-kampung tradisi dimajukan tetapi kekal keaslian untuk destinasi pelancongan. Saya sangat setuju dengan cadangan ini dan antara saya rasa tempat yang boleh kita ambil kira ialah dalam DUN saya Pulau Sekati sendiri, satu kawasan kampung yang belum lagi dicemari,
boleh kita preserved sebagai Kampung Tradisi Melayu yang cuma perlu diberi suatu, orang panggil suatu peruntukan bagi menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang munasabah dengan menjadikan kampung sebagai destinasi pelancongan dan insyaAllah saya akan bincang dengan Pejabat Perancang Bandar dan Desa untuk meneliti cadangan-cadangan seperti ini supaya kita bukan sahaja fokus kepada tasik dan pulau sebagai destinasi pelancongan dan kita ada kampung kampung tradisi yang boleh dijadikan contoh untuk menarik pelancong-pelancong untuk melawat Negeri Terengganu, insyaAllah.
Yang Berhormat Kemasek ada sebut tentang rawatan kesihatan swasta. Dia orang Kemaman ni, orang kaya-kaya, orang minyak dan gas. Dia dapat rawatan hospital tak masuk hospital Kerajaan, dia nak ke hospital swasta tapi kata Kemaman tidak ada hospital swasta terpaksalah pergi ke Kuantan yang dekat. Kuantan tak apa Yang Berhormat, kita ada KMC (Kuantan Medical Centre)di bawah Kerajaan Negeri TDM. Swasta dia nak buka hospital dia kena tengok pasaran, dia kira untung rugi dia, kalau tempat tu ada potensi dia buka, tak ada masalah dan kita sebagai Kerajaan sudah tentu bersedia membantu untuk memudahkan dan pihak swasta untuk nak membina hospital di mana-manalah di Negeri Terengganu yang dikira berpotensi untuk mereka menjalankan perniagaan yang boleh menguntungkan mereka di samping masa yang sama kita memajukan Negeri Terengganu Darul Iman ini supaya jadi Negeri Maju, Berkat Dan Sejahtera.
Saya rasa itulah perkara-perkara yang disebut dalam Titah Ucapan Tuanku dan juga rakan-rakan Yang Berhormat sama ada dari pihak Penegur dan pihak Kerajaan tentang portfolio yang diamanahkan kepada saya dan saya rasa semuanya telah saya beri penjelasan dan kalau tak puas hati lagi lepas ni kita kita jumpalah minum-minum air esok.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih, selamat hari raya, hari raya tak habis lagi. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Bukit Tunggal atas penggulungan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Paka untuk membuat penggulungan.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Alhamdulillahir rabbil 'alamin. Assalatu wassalamu asyrofil anbia iwal mursalin. Wa'ala alihi wa ashabihi waman tabi ahum bi ihsani ila yaumiddin. Ammaba’.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan Pemerhati sekelian. Pertamanya, alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Ta’ala diberi kesempatan ini dan juga sempena majlis merafak sembah ke atas Titah Diraja Tuanku Sultan bagi pembukaan penggal kali ini. Dan dikesempatan ini juga saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Dipertua yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat dan juga seluruh Ahli-ahli Dewan yang dipilih dalam pilihan raya yang lalu.
Alhamdulillah, kali ini merupakan kali yang ketiga Allah Subhanahu Wata’ala mengurniakan kepada PAS untuk memerintah pada tahun 1959, 1999 dan 2018. Dan sebenarnya dasar dan prinsip adalah sama saja dengan meletakkan Islam sebagai teras dan untuk melihat dan menyaksikan negara kita ini melaksanakan apa yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala bersumberkan Al Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas Muktabar. Sebab Wakil Seberang Takir pun takdok, jadi kerapkali menyebut tentang Kerajaan yang ada hari ni tak sama dengan Kerajaan ‘99, saya pun dok tahu dok sama lagu mana? Sebab dasar dan prinsip kita sama saja. Ada yang meletakkan dasar komunis, jadi dia akan memerintah dengan dasar dan cara komunis, ada yang meletakkan dasar kapitalis, ada yang meletakkan dasar nasionalis, ada yang meletakkan dasar liberal dan sebagainya. Kita dari dulu tegas meletakkan dasar Islam sebagai teras. Walaupun berbagai persepsi yang diwujudkan dalam kekangan media yang kita hadapi, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Terengganu yang masih lagi memberi kepercayaan kepada Parti Islam SeMalaysia PAS untuk dipilih memerintah dan menerajui Negeri Terengganu Darul Iman.
Terengganu dan Kelantan, walaupun orang kata Parti Tok Lebai ke apa dan sebagainya tapi setakat ini Negeri Kelantan mengakui, kita sendiri mengakui, masyarakat pun melihat bahawa Menteri Besar yang dilantik bersesuaian dengan Negeri Kelantan dan juga Negeri Terengganu Darul Iman walaupun orang kata Parti Tok Lebai, takdok golongan profesional dan sebagainya mengiktiraf Menteri Besar kita juga merupakan daripada kalangan tokoh profesional. Yang penting dasar dan prinsip kita sama, untuk meletakkan Islam sebagai teras dan meletakkan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak, Qiyas Muktabar ini sebagai panduan kita. Dan saya cukup yakin dengan saf kepimpinan Exco yang ada dengan fikrah yang ada, dengan kefahaman yang sama walaupun berbeza latar belakang dan sebagainya, insyaAllah kita bergerak ke arah hala tuju yang sama. Kadang-kadang persepsi macam-macam, acapkali hatta di Sidang akhir Dewan, ayat ‘Serik Doh Weh’, bagaimana menggambarkan bahawa Kerajaan dulu seolah-olahnya ambik kereta tengah jalan, saya check jugak kata hak mana gi ambik kereta Exco tengah jalan, tidak ada. Bahkan kereta Speaker kita dulu pernah dimintak pukul 2.00 malam. Tapi kita dok, orang panggil ajelah tapi disenaraikan sebagai contoh seolah PAS seperti itu. PAS dulu memerintah kunci Tadika, baru
ni saya jumpalah orang dia tu, dia kata: Yang Berhormat, sayalah dulu yang tukang kunci. Dah saya kata: Bakpe mu kunci? Masa tu dia jaga Penerangan. Dia kata dia beli kunci, lepas kunci ambik gambo. Sebab masa tu Kerajaan Pusat, Penerangan pun bawah dia jugak. Jadi dia boleh orang panggil manipulasikan benda seperti itu.
Gulung ke ceramah ni?
Ni ucapan dasar Titah Tuanku disebut oleh Seberang Takir, nanti giliran tu cakaplah pulak
Yang Berhormat beri ruang Kerajaan gulung dulu.
Ni giliran saya cakap dulu, kalau nak tanya penjelasan, tanya takdok masalah. Hah, guaner? ...(Sambil gelak) .... Saya sebut sakni nok kabo dok sama merupakan apa orang panggil sama saja antara Kerajaan sekarang dengan yang lepas, cuma persepsi yang diwujudkan, gambaran.
Begitu juga apa yang disebut oleh ADUN Kijal. Isu tanah tadi, ADUN Kijal pun takdok. Dia kata zaman PAS perintah dulu bagi tanah dok ikut Pejabat Tanah, ikut mana pulak dia pakai, tak patut kita pergi rintih bagi tanah macam tu aje. Ada RTB, lalu ikut Pejabat Tanah, dia kata tidak ada isu rampas tanah, macam mana takdok isu rampas tanah, bahkan tanah di Kijal sendiri, RTB Bujal sendiri telah dituntut di mahkamah dan mahkamah mengesahkan bahawa tindakan rampasan tanah itu tidak betul. Jangan kira hak lainlah, Paka tu hak kawasan hak saya acap kali sebut, tanah Sekolah Rendah Islam, bangunan cakkung depan, 650 orang pelajar, pun UMNO gi rampas, bagi ke JKK 5 orang depan tu, nak masuk ke sekolah pun tidak boleh. Jadi kita horlah jadi panaslah kadang-kadang. Apabila dok mengaku tapi benda tu berlaku macamtu. Tapi insyaAllah kita kalau nak sebut hal lama ni tak habis-habislah. Jadi insyaAllah kita buka buku baru, tak apalah hak lepas tu. Dia memerintah ke, bangkang ke, serupa je, kita mati ni sama jer, yang penting kita nak menghadap Allah Subhanahu Wata’ala. Masing-masing jawab masing-masing. Kaya miskin sama jer di sisi Allah Ta’ala tapi masa mu kaya, mu buat apa, masa mu miskin mu jadi apa. Begitu juga masa kita memerintah kita buat apa, masa kita jadi Penegur kita buat apa. Jadi semua kita akan kembali kepada Allah dan ada mahkamah satu lagi di depan Allah Subhanahu Wata’ala.
Yang kedua, kita meletakkan tema Maju, Berkat dan Sejahtera. Sebab tu kadang-kadang ditanya bila PAS memerintah ni, semua hak Kerajaan dulu buat, jalan ke sodok belaka jangan pakai. Semuanya ni kita sebagai pengurus sahaja,
milik Kerajaan, milik rakyat dan kita pelaksana dasar dan sampai satu masa orang lain pulak, gilirlah. : Allah taala beri kuasa kepada sesiapa yang dia hendak dan boleh tarik daripada sesiapa dia nak. Dulu saya pernah duduk dekat Pengerusi Back Benchers 1999, lepas tu duduk kat Pengerusi Ketua Penegur, masa ni duduk sini pula. Gilir, takdok masalah. Haa gitu dan ada berapa orang lagi sini.
Bangun, bangun Yang Berhormat, nak bercakap bangun.
Kuala Berang, Bukit Tunggal sini, masuk jugak Yang Dipertua Dewan, bekas Exco. Jadi dalam hal ni dia juga bermaklumat apa yang dilakukan pada tahun 1999 dan sebagainya. Cuma orang kata serupa ye jer, kita kata doh dok sama. Benda tu dok serupa macam Allah Ta’ala sebut dalam Al-Quran:
“Orang orang yang makan riba di akhirat kelak dibangkit di Padang Masyar macam orang dirasuk syaitan”. Kerana apa? Kerana mereka kata serupa ya jer, jual beli dengan riba ni sama jer sedangkan ada perbezaan di sana: ໂ
“Allah halalkan jual beli tapi Allah Ta’ala haramkan riba”. Jadi ada perbezaan. Adakah sama orang berpengetahuan dengan orang tidak berpengetahuan, nampak macam serupa tapi hakikatnya tidak sama. Apatah lagi orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman, tak sama. Kita meletakkan tema Maju dan juga Berkat, berkat ni mungkin kadang-kadang definisi ni tidak ada di barat tapi keberkatan ini dikaitkan dengan apa yang difirmankan oleh Allah: ◌ kalaulah sekiranya penduduk bumi itu beriman dan bertakwa, dia beriman dan takut kepada Allah, jalan apa yang diperintahkan oleh Allah, syariat dan sebagainya berjalan dengan baik, meninggalkan maksiat dan sebagainya, insyaAllah Tuhan akan buka pintu rezeki, langit dan bumi. InsyaAllah Allah Ta’ala akan memberi kejayaan dan yang lebih penting kesejahteraan bukan hanya di dunia, tapi ‘wasatad-dunnya wal akhirah’ keluasan bukan sekadar hanya di dunia tapi juga kita menyelamatkan diri kita, rakyat kita ‘ku anfu sakum wa ahlikum naro’ iaitu selamat dunia dan juga akhirat.
Saya juga merafakkan ucapan terima kasih kepada Titah Tuanku Al-Sultan yang juga menyebut supaya menjadikan fungsi masjid sebagai tempat yang relevan
untuk penyatuan ummah dan insyaAllah masjid sebagaimana zaman Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam sendiri, apabila baginda berhijrah dia buat Masjid Quba’. Dia masuk ke Madinah, buat masjid Madinah, dan itu menjadi pusat pentadbiran, pusat ilmu pengetahuan dan sebagainya. Dan insyaAllah fungsi masjid ini akan dipertingkatkan. Dan juga kita juga mengharapkan insyaAllah agar kekosongan yang melibatkan Imam, Bilal hampir 800, insyaAllah kita akan cuba penuhkan kerana inilah tenaga-tenaga yang akan memakmurkan masjid supaya berfungsi dengan baik, kuliah-kuliah dan sebagainya insyaAllah akan, kita harapkan terus subur. Dan juga masjid-masjid kita cuba, kita harapkan insyaAllah dapat dimakmurkan secara keseluruhannya tanpa ada apa-apa halangan yang kita rasa yang boleh menghalang fungsi sebenar masjid. Yang kedua, Tuanku Sultan menyebut tentang Madrasah Moden. Sebagai insyaAllah penyambung tenaga-tenaga yang akan meneruskan pembangunan ummah kita ni sendiri, insyaAllah kita akan cuba untuk memberi ruang, peluang kepada golongan ini, mereka ini menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan juga insyaAllah akan menjadi payung kepada pondok-pondok, institusi pondok-pondok persendirian di seluruh Negeri Terengganu juga maahad-maahad tahfiz yang kita rasa turut memainkan peranan. Apa yang telah dilalui dahulu, nak daftar Sekolah Rendah Islam melibatkan 10 tahun tunggu nak boleh ke lulus, insyaAllah kita akan permudahkan. Kita akan lebih mesra kepada pihak-pihak swasta dan sebagainya sebab ini merupakan tanggungjawab bersama, pendidikan yang kita merasakan sebagai pelaburan yang penting kepada generasi kita yang akan datang. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan juga bercadang untuk menggabungjalinkan ilmu pengetahuan mereka mahir di pondok, dengan ilmu kitab dan sebagainya ukhrawi tetapi juga dengan kemahiran teknikal, kemahiran aktiviti yang kita rasa mempersiapkan mereka untuk mereka mendapat peluang pekerjaan dan sebagainya yang kita rasa kita boleh manfaatkan TESDEC, MARA, Pusat-pusat Kemahiran dan sebagainya beberapa kolej untuk kita menggabungjalinkan tenaga-tenaga ini untuk sokongan, dokongan kepada mereka untuk mereka boleh menggabungjalinkan antara ilmu-ilmu duniawi dan juga ukhrawi.
Dan memang Kerajaan bercadang untuk menambahkan 32 DUN, 1 Sekolah Rendah Islam dan juga 1 Sekolah Menengah Islam di setiap Parlimen sebagaimana yang disebut oleh Wakil Ajil, permintaan yang tinggi dari kalangan masyarakat yang menggabungjalinkan antara ilmu-ilmu Islam dan juga modul konvensional yang ada pada hari ini, insyaAllah.
Dan kita sedia maklum pada tahun, pada era pemerintahan PAS 1999 – 2004, sebenarnya sudah ada sekolah-sekolah ini, yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Bersepadu tapi telah ditutup pada tahun 2004. Tinggal lagi
KOSTAT yang jadi IMTIAZ, Kolej Al-Quran Sains Terengganu. Sebab itu banyak persoalan-persoalan termasuk Wakil Seberang Takir tanya, nak tutup ke IMTIAZ ni, jadi KOSTAT ni beranak zaman 2004 dulu, dan insyaAllah kita tidak akan tutup malah akan suburkan. Di zaman tu kita asaskan Kolej Al-Quran Sains Terengganu walaupun tukar nama, tak apa tapi dasar atau prinsip dia, perjalanan dia berjalan sehingga ke hari ini insyaAllah. Dan kita hasratkan apabila Bandar Lestari nanti, sekolah menengah-sekolah menengah ini akan menjadi salah satu, mengisi kepada pusat pusat seperti ini, bukan hanya masjid, tempat tinggal, rumah dan juga bandar-bandar baru termasuk Sekolah Menengah-Sekolah Menengah Islam ini yang akan mengisi komponen dalam Bandar Lestari ini, insyaAllah.
Dalam masa yang sama pihak Kerajaan juga akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan di Terengganu ini dan banyak cerita-cerita kecemerlangan yang dicapai, insyaAllah kita akan memberi sokongan, dokongan untuk anak-anak Terengganu, pendidikan Terengganu terus maju dan cemerlang.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Menteri Besar dan juga pihak Kerajaan yang bersetuju memberi insentif kepada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut yang disebut tadi. Pihak Kerajaan telah bersetuju memberi insentif dalam bentuk sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pelajar dan pihak sekolah dan insyaAllah anugerah tersebut akan diberi pada hari besok. Jadi dok timbul maknanya tadi kita tak mengiktiraf, kita memberi sokongan, dokongan yang berterusan ke arah kecemerlangan itu dan segala kekurangan insyaAllah kita akan berusaha memberi penambahbaikan.
ADUN Batu Rakit juga bertanya tentang biasiswa RM5 juta ni. Apa beza dia kata biasiswa ni dengan Biasiswa Sultan Ismail Nasaruddin Shah, betul ke tu soalannya? Lama dah biasiswa tu zaman saya sekoloh dulu, tinggalan zaman dah ni, biasiswa ni.
Mintak laluan.
Ya.
Sila.
Sebab saya difahamkan ada biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang ke luar negeri ni, jadi hak ni hak kata RM5 juta ni hak mana pulok ni?
Hak mana dia kata biasiswa RM5 juta ni biasiswa zaman Sultan Zainal Abidin, apa Sultan Ismail Nasaruddin Shah, zaman ambe gi sekoloh dulu, lama dah tu Syeikh. Pahtu dia tukar nama sekarang ni Pinjaman Yayasan Terengganu. Jadi biasiswa ini, yang ada pinjaman, tapi tengoklah tengok kelulusan dia, kemungkinan dia akan tukar kepada biasiswa tapi hak ni RM5 juta ni setiap tahun, kita berikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang yang dapat menyambung pengajian dan insyaAllah kita bagi biasiswa ini sebanyak RM5 juta. Jadi tak timbul pelajar yang cemerlang sedar-sedar, bakpe dok gi sambung ngaji, takdok orang panggil takdok apa biasiswa, takdok penajaan dan sebagainya. Jadi hak ni kita khususkan kepada pelajar-pelajar cemerlang setiap tahun RM5 juta, RM5 juta, itupun berdasarkan kewangan. Dan insyaAllah kalau kewangan kita, Kerajaan negeri agak baik, kita akan perluaskan tanpa mengurangkan peruntukan yang telah diberikan sebelum pada ni, kepada Yayasan Terengganu, yang melibatkan pinjaman apa dan sebagainya ini merupakan sebagai khusus…
Laluan sekali lagi, selama ni ada dah ke, tambahan ke macam mana?
Takdok lagi ni, hak baru ni.
Hak baru, jadi selama ni hak hantar ke luar negara apa semua tu?
Hak tu pinjaman Syeikh.
Pinjaman guaner, ada jadi biasiswa macam ..…
Hak tu jadi biasiswa bila dia dah dapat keputusan, dia kena mohon, kena apa proses.
Dah hak RM5 juta, hak kata ni dok payoh doh.
Dok takdok, pakai biasiswa.
Pakai biasiswa terus?
Biasiswa terus.
Terima kasih.
Biar kemas gitu....(sambil gelak).... Sebab tu orang sokong PAS tu. Okey, kita ucap terima kasih.
Dan juga berkait dengan beberapa soalan lagi oleh Yang Berhormat daripada Manir. Dia nak tanya penghantaran pelajar ni, sebab apa kohor kurang? Antaranya kita mengambil kira kekurangan peruntukan kewanganlah yang lepas. InsyaAllah lepas pada ni kita akan teliti balik, macam mana pendekatan-pendekatan yang kita boleh lakukan dan juga ada beberapa perkara yang melibatkan dasar JPA dan juga MARA khususnya seperti di Mesir dan sebagainya melibatkan berlakunya keselamatan, isu selepas perang dan sebagainya. Setakat ini pelajar tajaan Yayasan Terengganu ke Mesir 2014 - 2 orang, 2015 - tiada, 2016 - tiada, 2017 - 1 orang sahaja. Jadi insyaAllah selepas pada ni kita akan bincang balik sebagaimana disebutlah Mesir, Jordan dan sebagainya antara pusat-pusat melahirkan kecemerlangan, insyaAllah kita akan bincang balik untuk kita pertingkatkan. Banyak yang pergi Medic tu secara persendirian dan juga ada pelajar Mesir yang apa ambil bidang Pengajian Islam banyak tajaan sendiri. Tapi setakat ni MAIDAM, alhamdulillah memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar ini di Jordan mahupun di Mesir dan di mana-mana, insyaAllah. Jadi untuk perubatan itu kerana faktor-faktor tadilah tapi selepas pada ni kita akan bincang semula.
Jadi saya rasa itu antara beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam ucapan. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucapkan Jazakumullah, terima kasih. Dan saya mahu menyokong cadangan, Titah Di Raja Ucapan Tuanku Sultan. Sekadar itu. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Paka, saya nak lewatkan sikit rehat kita, nak menjemput terus Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan, Dipersilakan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wabihi nastain. Wal'aqibatu lil muttaqin wala ‘udwana illa ‘aladz dzalimin. Asyhadu alla ila ha illallah. Wa asyhadu anna Sayyidina Muhammadan abduhu wa rasuluh. Qalallah bil kitabil karim. Auzubillahi minasyaitanir rajim: ʮ ɍ ʭ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Nabi Muhammad) dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai dari agensi-agensi, Pemerhati dan seluruh yang berada dalam Dewan yang mulia pada hari ini.
Alhamdulillah, pada hari ini saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana kita diberikan kesempatan berada dalam Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab membawa suara dan hasrat rakyat yang telah memilih kita dalam PRU Ke-14 yang lalu. Izinkanlah saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya pandangan yang bernas dan membina, kritikan yang membina sama ada dari pihak Kerajaan mahupun pihak rakan di sebelah sana. Begitu juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin. Sesungguhnya semua pandangan, teguran, ulasan akan dinilai dan dipertimbangkan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang kita cintai ini. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, para Ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis Kerajaan Negeri telah melakukan penggulungan masing-masing dan menjawab beberapa persoalan dan pandangan-pandangan yang telah diberikan sepanjang sidang pada kali ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Manir berkenaan dengan kelulusan tanah-tanah untuk dimiliki pada tahun 2014 sehingga Disember 2017 di mana terdapat 8 kategori penerima telah menerima kelulusan tanah seluruh Negeri Terengganu dalam tempoh tersebut. Sebanyak 2,622 kelulusan telah diberikan kepada individu. 168 kelulusan kepada agensi Kerajaan Negeri, 98 kelulusan kepada agensi Kerajaan Persekutuan, 53 kelulusan kepada syarikat-syarikat, manakala 35 kelulusan tanah kepada Pertubuhan UMNO. Manakala Koperasi mendapat 5 kelulusan, Persatuan mendapat 12 kelulusan dan 3 kelulusan tanah telah diberikan kepada IPTA.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri pada pentadbiran kali ini akan mengkaji dan meneliti tanah-tanah yang telah dirampas selepas pemerintahan yang lalu dan mana-mana yang dirampas dan diambil secara tidak sah oleh mana-mana pihak di sepanjang masa yang lalu dan kita akan membuka permohonan tanah baru dengan pemberian geran ataupun hak milik yang sah kepada rakyat yang layak menerimanya.
Yang Berhormat Yang Dipertua, menyentuh berkenaan dengan Majlis Petroleum Terengganu atau Terengganu Petroleum Council dengan izin, sebagaimana yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepoh dan Kemasek, berkait dengan usaha dan hasil yang dilalukan oleh TPC sepanjang penubuhannya. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, TPC telah mengenalpasti beberapa projek yang melibatkan kerja-kerja dan operasi di perairan Negeri Terengganu yang mampu dilaksanakan oleh syarikat Negeri Terengganu dengan anggaran projek bernilai sekitar RM5 bilion. Melalui rundingan ini juga, sebuah anak syarikat Kerajaan negeri telah dianugerahkan projek oleh Petronas dengan harga sekitar RM30 juta. Ianya adalah sebagai permulaan untuk kerja-kerja berkaitan yang lebih besar nilainya. Manakala berkenaan dengan Telaga Minyak Bertam, Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yang akan dipengerusikan bersama oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu akan bersidang bagi mendapatkan persetujuan bersama berkaitan dengan beberapa perkara berikut.
Yang pertama, mengkaji titik akhir sempadan darat Negeri Terengganu dan Negeri Pahang. Yang kedua, Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Pahang boleh memulakan rundingan sempadan maritim antara kedua-dua negeri. Dan yang ketiga menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran baki sempadan darat Negeri Terengganu dan Pahang ke titik akhir sempadan darat. Berkait dengan royalti petroleum pula, sebagaimana yang telah sedia maklum, kita berpegang kepada komitmen yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang secara prinsipnya bahawa royalti petroleum akan diberikan secara terus kepada Kerajaan Negeri tanpa melalui jabatan atau agensi yang lain. ....(Tepuk sokongan)....
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sekali lagi saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, berkenaan usaha Kerajaan Negeri terhadap mineral atau silika yang ada di Negeri Terengganu. Satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pembangunan Lembah Silika Negeri Terengganu telah dibentuk dan ianya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Antara keputusan yang lepas ialah meminta Pegawai Tanah dan Galian Negeri untuk mengkaji semula Enakmen Mineral Negeri Terengganu supaya memberi lebih keadilan dan perolehan yang lebih kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri juga telah mengenalpasti dan menyedari bahawa bahan mineral atau silika berpotensi besar sebagai penggerak ekonomi Negeri Terengganu dan penjanaan pendapatan Kerajaan Negeri. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri akan mengkaji semula enakmen dengan matlamat-matlamat berikut.
Yang pertama, menggalakkan pembangunan Industri Mineral Silika bagi menjadikan Terengganu sebagai Hub Galian Negara. Kajian ini akan melibatkan perubahan-perubahan polisi dan prosedur untuk menggalakkan pelaburan swasta dan kerjasama dengan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu. Penekanan utama adalah memaksimakan guna tenaga dari anak-anak Negeri
Terengganu sendiri. Yang kedua, mengukuhkan rantaian ekonomi industri mineral atau silika dengan sektor-sektor lain dalam pembangunan ekonomi Negeri Terengganu. Ini termasuklah menggerakkan pemprosesan hiliran dengan izin, downstrem produk-produk akhir yang berasaskan mineral silika di Negeri Terengganu. Dan yang ketiga meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri. Ini termasuklah perubahan kepada kadar bayaran Lesen Pajakan dan Royalti Bahan Mineral Silika kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu. Lembah Silika Terengganu ini adalah satu Kawasan Perindustrian Bersepadu khusus untuk industri berasaskan silika dan quartz. Kawasan perindustrian ini adalah tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika dan quartz. Lembah Silika Terengganu akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan paip gas dari Kerteh, sebuah bath terminal dan conveyer belt in the power plan dengan izin kawasan perumahan, bangunan komersil dan kemudahan-kemudahan lain dan semua aktiviti ekonomi akan boleh diikuti oleh rakyat Negeri Terengganu, insyaAllah.
Lembah Silika Terengganu akan berjaya menarik pelaburan langsung asing dari pemain-pemain utama dalam industri ini kerana kelebihan kualiti bahan mentah silika, penjimatan kos pengangkutan, ekosistem yang ditawarkan dan pakej insentif yang kompetetif oleh MIDA dengan izin, Malaysia Investment Development Authority atau lain-lain agensi yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri menjangkakan 7,600 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan dengan nilai anggaran pelaburan sebanyak RM13 bilion melalui industri ini.
Perkara ini sekaligus mempermudahkan urusan Kerajaan menunaikan manisfesto menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun. Di samping itu, sektor pembuatan minyak dan gas akan terus diberi penekanan bagi menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Fokus utama adalah kepada anak Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan peluang-peluang dalam sektor pertanian, keusahawanan serta potensi industri lain termasuk dalam bidang perkhidmatan, information technology sebagai contoh, sebagai contohnya online bisnes dan digital workers dengan izin, dan Revolusi Industri 4.0.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, bagi mendepani perjalanan sebagai Kerajaan Negeri, pada awal perlantikan saya sebagai Menteri Besar, kita telah memperkenalkan politik kasih sayang sebagai budaya politik Terengganu, politik yang dinatijahkan daripada pembudayaan politik matang dan sejahtera. Ini merupakan satu anjakan paradigma, memahamkan masyarakat supaya jangan takut melakukan perubahan, jangan takut dengan politik kerana kita mahu bahawa politik keharmonian kasih sayang tidak timbul kebencian. Tiada
pendekatan balas dendam, penuh kesederhanaan dan cakna kepada setiap permasalahan. Dalam masa yang sama semua jentera pentadbiran di semua peringkat haruslah melaksanakan tugas dengan penuh amanah, tegas dengan prinsip dan dengan integriti kerja. Sudah lama kita bermain politik sehingga berlaku ketegangan, bergaduh antara keluarga, tidak bertegur sapa, nafsu amarah dan sebagainya. Ini sekali-kali tidak membantu ke arah keharmonian negeri dan tanpa keharmonian maka timbullah masalah sosial yang lain. Kita harus berani, sama-sama melakukan perubahan dengan politik kasih sayang. Dengan politik baru ini, peralihan kuasa yang berlaku di Negeri Terengganu berlangsung dengan tenang dan lancar tanpa sebarang masalah. Dalam hal ini, saya sangat menyanjung tinggi dan amat berterima kasih di atas kesediaan Mantan Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir di atas kesudian menghadiri Majlis Serah Tugas baru-baru ini. Ini juga boleh menjadi contoh kepada mana-mana pihak di peringkat nasional.
Saya mengharapkan budaya ini akan menjadi satu panduan politik kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam memacu pembangunan Negeri Terengganu. Bahkan melalui budaya politik ini, kita tidak mengamalkan politik tergopoh-gapah dalam mengambil setiap keputusan. Bagi menjawab soalan tentang projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, Kerajaan akan melakukan kajian terperinci sebelum memutuskan, membuat sesuatu keputusan terhadap projek-projek tersebut, dengan mengambil kira situasi Kerajaan Negeri dan manfaat kepada rakyat Negeri Terengganu. Aspek pelaksanaan projek akan dipastikan berjalan dengan penuh esifien, berintegriti tanpa sebarang ketirisan yang boleh membebankan Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, bagi membangunkan Negeri Terengganu, Kerajaan sedang merangka satu pelan induk yang kita namakan sebagai ‘Pelan Induk Terengganu Sejahtera’ atau singkatannya PITAS 2030. PITAS 2030 ini merupakan model pembangunan yang dicadangkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merangkumi 3 Dasar, 7 Prinsip, 9 Strategi, 5 Bidang Utama, 10 Program Induk, 6 Sasaran dan 3 Teras Pelaksanaan. PITAS akan menjadi agenda Pembangunan Negeri Terengganu sesuai dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera. Pembangunan pelan ini akan mengambil beberapa fasa penting bermula dari sekarang sehingga tahun 2030. Kerajaan Negeri sangat optimis melalui PITAS 2030, pembangunan insan dan penjanaan ekonomi dapat ditingkatkan sesuai dengan pendapatan dan kuasa beli rakyat. Tuan Yang Dipertua, akhirnya saya juga ingin mengambil kesempatan pada hari ini, harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai dan hadirin yang hadir pada hari ini dan Selamat Berangkat Menunaikan Fardhu Haji
kepada mana-mana pegawai dan Yang Berhormat yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur.
Akhirnya saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan sepanjang Sidang DUN ini dijalankan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakil Rhu Rendang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, penggulungan dari pihak Kerajaan telah selesai, sekarang saya buka kepada undian - Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA. JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli
rakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik satu Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri menurut Fasal 103, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri daripada:
1. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan - Pengerusi 2. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim 3. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong 4. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamad 5. Yang Berhormat Abdul Razak bin Ibrahim 6. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim 7. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun 8. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said 9. Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul ini. Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA. JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan: Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik suatu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri menurut Fasal 110 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri daripada:
1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim - Pengerusi 2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi 3. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik 4. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim 5. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun 6. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili 7. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman 8. Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya mohon menyokong usul tersebut. Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA. PELANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong telah memaklumkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini ialah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Undangan Negara yang lepas dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Undangan Negara yang baru. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Undangan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu. Oleh itu, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia Mengikut Jadual Ketujuh. Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengemukakan cadangan. Sila Yang Amat Berhormat.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mencadangkan:
“Bahawa Dewan Undangan Negeri ini bersetuju memilih Dato’ Haji Husain bin Awang sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu di dalam Dewan Negara Malaysia menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan”.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya ingin juga menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara.
Biodata Calon Yang Berbahagia Dato’ Haji Husain bin Awang adalah merupakan anak tempatan daerah Besut, Terengganu. Dilahirkan pada tanggal 10 Ogos 1946 dan dikurniakan 10 orang cahayamata bersama isteri, To’ Puan Hajah Maliah binti Mohamad.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh dan seterusnya melajutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mendapat Ijazah Pertama, BA.
Beliau berpengalaman luas sebagai Yang Dipertua di Dewan Undangan Negeri Terengganu di mana beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Dewan Undangan Negeri dari tahun 1999 hingga 2004. Beliau juga mempunyai pengalaman bidang pendidikan, merupakan seorang mantan Pensyarah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan juga Pensyarah Kolej Islam Klang, Selangor.
Bergerak aktif dalam bidang politik di mana beliau merupakan seorang Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat yang dilantik sejak dari tahun 2013 hingga sekarang. Terkini beliau beliau telah dilantik pada tahun
2017 sebagai Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya mohon menyokong cadangan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, Cadangan Memilih Seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan kepada undian.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA. Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Haji Husain bin Awang, telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucaokan tahniah dan syabas. Selamat bertugas untuk kecemerlangan negeri dan rakyat Terengganu. Bagi menghormati pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara ataupun Senator bagi mewakili Dewan Undangan Negeri kita, saya pohon Yang Berhormat Dato’ Haji Husain bin Awang berdiri untuk diperkenalkan kepada hadirin.
[Y.B. Dato’ Haji Husain bin Awang berdiri dan diikuti oleh tepukan sokongan dari Dewan] Terima kasih.
TangguhanAdjournment
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, sebelum saya tangguhkan Dewan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada saya, selaku Yang Dipertua Dewan sepanjang Sidang ini berjalan. Saya juga memohon maaf di atas apa-apa kelemahan dan juga kekurangan yang ada.
Saya juga nak menyebutkan sebagai satu peringatan dan tanggungjawab bersama, supaya yang pertamanya, perkara-perkara yang berkait dengan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan sentiasa dijadikan rujukan oleh Ahli- Yang Berhormat. Begitu juga soal ketepatan menjaga masa untuk kita hadir dalam Dewan yang mulia ini. Begitu juga saya mengharapkan perkara-perkara yang lain yang berkait dengan perjalanan Dewan kita ini dapat diberikan satu perhatian untuk sama-sama kita hayati bersama. Akhirnya, marilah kita sama-sama tangguhkan Persidangan Dewan ini ke satu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.20 PETANG. MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 JULAI 2018 TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 9.1.1.