Terengganu · 26 November 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 186 turns · 26,596 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat atau persidangan kita marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran bagi memberkati mesyuarat dan juga persidangan kita ini. Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada hari ini iaitu 26 November adalah sepertimana berikut:-1. Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) 2. Y.B. Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) 3. Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman (Wakil Batu Rakit) 4. Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar) 5. Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman

(Wakil Kuala Besut) 6. Y.B. Ab. Razak bin Ibrahim (Wakil Air Putih) 7. Y.B. Dato’ Abd. Halim bin Jusoh (Wakil Permaisuri) 8. Y.B. Haji Maliaman bin Kassim (Wakil Ajil) 9. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) 10.

Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) 11.

Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) 12.

Y.B. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman (Wakil Seberang Takir) 13.

Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura) 14.

Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Mamat (Wakil Telemong) 15.

Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading) 16.

Y.B. Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi) 17.

Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir)

18.

Y.B. Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) Pada persidangan kelmarin saya dapati ramai Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat bertanya walaupun akan dijawab secara bertulis kerana kesuntukan masa. Untuk berlaku adil saya akan mulakan dengan soalan-soalan Yang Berhormat tak sempat nak tanya kelmarin mengikut giliran dan format dari segi soal jawab lisan saya fikir saya tidak perlu diulangi boleh dipilih hanya satu soalan kalaupun ada lebih daripada satu soalan dan juga soalan-soalan tambahan sebagaimana yang dibenarkan.

Yang Berhormat sekalian untuk menceriakan pagi ini saya mulakan dengan serangkap pantun:

Mari berjalan di Kampung Hiliran, Satenya enak sedap dimakan, Masing-masing Yang Berhormat tunggu giliran, Wakil Rantau Abang saya persilakan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang) Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhomat, Yang di-Pertua soalan saya soalan No. 1 - Nyatakan status terkini projek industri silika di Lembah Silika, Kampung Jambu Bongkok?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhomat, Yang di-Pertua dan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan Pemerhati sekalian. Soalan daripada Wakil Rantau Abang berkenaan dengan silika. Soalan satu: Nyatakan status terkini projek industri silika di Lembah Silika, Kampung Jambu Bongkok. Agaknya sebab duduk di Kampung Jambu Bongkok di kawasan dia, jadi dia tanya hal inilah. Status Kerajaan Negeri sedang menyediakan pelan induk

pembangunan projek Terengganu Silica Valley. Terengganu Silica Valley itu nama yang diberi kepada projek ini dan pelan induk dijangka akan disiapkan pada Januari 2019. Agak sebulan dua bulan lagi. Kerajaan Negeri sedang berusaha menyediakan infrastruktur di kawasan tersebut dan rundingan sedang dijalankan dengan Petronas. Pasal apa dengan Petronas? Sebab Petronas diminta untuk mengadakan laluan paip untuk membawa gas ke kawasan ini kerana perindustrian silika memerlukan gas yang banyak. Jadi Petronas kita sedang berunding dengan Petronas untuk Petronas membawa gas melalui paip daripada Santong ke kawasan Jambu Bongkok. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri sedang giat mempromosikan KSB kepada pelabur-pelabur asing. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Soalan tambahan saya pertama: Dilihat silika merupakan industri baru dan sudah tentulah dengan pengumuman Terengganu Silica Valley ini sudah tentu merancakkan pelabur-pelabur sama ada dalam atau luar negeri. Jadi soalan saya ialah berapa ramaikah pelabur dalam atau pun luar negara yang telah menunjukkan minat untuk melabur dalam industri silika ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Nampaknya kebelakangan ini minat terhadap pelaburan silika ini terlalu tinggi. Saya jangka mengikut rekod kita lebih daripada 50 pelabur sudah datang bertanya khabar tentang projek silika ini. Ada datang daripada luar terutama daripada Negara China, Taiwan, Korea, dan juga ada ramai datang daripada local daripada dalam negeri yang mewakili juga pelabur-pelabur daripada beberapa buah negara. Dan insyaAllah pada malam ini pun ada pelabur giant players daripada luar negara akan datang dan kita akan berjumpa pada malam ini dan mereka beminat tentang projek silika. Yang dikatakan yang mereka berminat itu sebab kita sudah sediakan kawasan 4,000 hektar atau 1,000 ekar kawasan untuk mereka datang dan buat kilang di sana. Jumlah itu yang disebut tadi lebih kurang 50 pelaburlah. Dan minat mereka memang untuk silika. Sama ada mereka bertanya tapi tanyalah dulu kemudian ada datang kembali ada yang janji nak datang lagi dan kita masih menunggu sebenarnya. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih soalan tambahan kedua daripada saya: Daripada jawapan apa yang kita dengar tadi terlalu ramai pelabur-pelabur daripada luar negara. Jadi dalam menentukan pemilihan sebab bila dah terlalu ramai ni sudah tentu kita perlu ada syarat-syarat. Jadi apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam industri ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita telah adakan dasar, dasar yang umum pertamanya silika ini, pasir silika itu tidak boleh di bawa ke luar negara. Maknanya ia mesti digunakan untuk industri di dalam negeri, dan sebagaimana yang saya sebut tadi, kita sedang sebenarnya menyediakan kawasan yang luas 4,000 hektar di Jambu Bongkok dan kawasan itu adalah hanya semata untuk pembinaan kilang. Jadi maknanya siapa yang hendak datang ke Terengganu untuk melabur dalam silika, pasal silika dia kena buat kilang di Jambu Bongkok. Jadi raw materialnya nak ambik di mana? Raw materialnya atau pasir silika itu boleh diambil daripada kawasan sekitar yang dikatakan di Terengganu ini, cuma Kuala Berang jer mintak maaf orang Hulu, cuma di Hulu Terengganu jer tak ada deposit silika, seluruh negeri kecuali Hulu Terengganu kata ada deposit. Tapi, deposit tu di mana, exactly di mana? Di satu kajian insyaAllah akan dibuat untuk menentukan berapa deposit yang ada dan dimana deposit itu ada. Kita dapati contoh ya di Rantau Abang silika yang ada itu cuma katanya boleh bertahan yang sedang dikerjakan itu cuma boleh bertahan lebih kurang enam bulan sehingga setahun sahaja. Di Setiu pula katanya, kerja yang sedang dibuat di sana dan deposit silika itu boleh bertahan sehingga 200 tahun, jadi ia tidak sama di semua tempat, jadi kajian perlu dibuat dan kita sedang menentukan siapakah yang akan buat kajian ini, sama ada pelabur sendiri ataupun agensi kerajaan. Jadi pokoknya siapa nak melabur datang ke Terengganu buat kilang di Jambu Bongkok. Nak mining raw material itu boleh tapi nak eksport barang mentah ke luar negara tidak dibenarkan, paling kurang mereka kena proses silika ini pada satu tahap yang membolehkan untuk kita benarkan dibawa ke luar negara. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh soalan no 1 - Berapakah jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Terengganu?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, seterusnya Pemerhati yang dihormati sekalian.

Terima Kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, yang bertanyakan soalan berkaitan dengan jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu? Jumlah keluasan tanaman padi di Negeri Terengganu 12,542 hektar, kita bahagikan kepada dua, 5,322 hektar kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar kawasan di luar jelapang, apa beza kawasan dalam jelapang dengan kawasan luar jelapang?

Kawasan dalam jelapang bermakna kawasan yang diberikan fokus oleh negara sebagai kawasan pengeluaran Padi Beras Negara dengan dilengkapkan segala keperluan, segala infastruktur untuk penanaman padi dua kali setahun dan kawasan dalam jelapang mempunyai bekalan air dan perairan yang mencukupi. Di seluruh negara kita ada 12 jelapang padi, di antara contohnya kalau di Kelantan ada IADA, SEMERAK, KEMASIN dan KADA kalau di Kedah ada MADA, dan kita di Terengganu ada IADA KETARA. Sementara kawasan di luar jelapang maknanya kawasan yang kurang diberikan tumpuan, bekalan air biasanya bergantung kepada musim hujan dengan tali air sokongan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan banyak daripada kawasan di luar

jelapang ni penanaman padinya sekali setahun walaupun ada sebahagiannya ditanam dengan dua kali setahun. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assamu’alaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan tambahan saya berkenaan dengan kawasan penanaman padi ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Jabi ialah berapakah jumlah hasil padi dan adakah ia mencukupi dengan kawasan yang ada untuk keperluan rakyat Negeri Terengganu?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Kita rakyat Terengganu ada lebih kurang 1.2 juta orang, keperluan beras dalam setahun dalam sekitar 98,000 metrik tan setahun, dengan kita ambik kira purata 82 kilogram untuk seorang rakyat dalam setahun, banyak juga kita makan nasi sebenarnya. Dan jumlah pengeluaran padi untuk mencukupkan SSL (Self Sufficient Level) dengan izin Tuan Yang Di-Pertua. Kadar kecukupan sara diri kita perlukan 164,000 metrik tan dengan kita ambik kira 60% daripada padi akan ditukar jadi beras, 40% lagi jadi sekam. Dalam Negeri Terengganu sekarang bila kita campur kawasan dalam jelapang dicampur dengan kawasan di luar jelapang, kita baru ada dalam sekitar 87,000 metrik tan padi yang bila kita proses jadi beras cuma menghasilkan sekitar 52,000 metrik tan. Jadi 52,000 metrik tan hanya sekadar memenuhi sekitar 53% dari segi SSL (Self Sufficient Level) kadar kecukupan untuk sara diri kita dengan makna kita masih memerlukan lagi sekitar 47% untuk mencukupkan keperluan rakyat Terengganu. Walaupun begitu, rakyat Terengganu tidak berhadapan dengan masalah tidak cukup beras kerana kita mendapat bekalan beras daripada luar Negeri Terengganu. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih Yang Berhormat dengan di atas penjelasan yang diberikan. Timbul kebimbangan kepada kita, bila mana beras adalah makanan utama dan kawasan-kawasan pertanian yang ada pada hari ini sebahagiannya telahpun ditukar syarat kepada perumahan dan kawasan-kawasan lain, jadi

kita ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan apakah langkah yang diambil untuk memastikan tanah pertanian yang ada ini cukup dan perlu ditambah untuk menampung keperluan padi dan beras dalam negara di peringkat Negeri Terengganu untuk awalnya?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kita ada satu plan besar untuk menambah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu yang kita namakan Projek Jelapang Padi Fasa Ke–2 ataupun dikenali juga sebagai KETARA Fasa-2 dengan kita nak tambah 5,046 hektar kawasan luar jelapang untuk dimasukkan ke dalam kawasan jelapang. dengan makna keluasan padi kita apabila projek jelapang fasa 2 ni selesai dia akan meningkat kepada 10,369 hektar dan untuk makluman Dewan permohonan kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk perluasan kawasan Jelapang Fasa Ke-2 ni dah diangkat oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian pada bulan April baru ni, dan setakat yang saya follow up dengan pihak Kementerian, dia berada di peringkat kertas dasar di kementerian.

Dari segi penukaran syarat tanah kepada syarat tanah pertanian kepada tanah bangunan ataupun untuk kediaman, sebenarnya tidak ada satu peraturan hitam putih yang melarang tanah pertanian ditukar kepada bangunan ataupun kediaman kerana kita perlu akui pembangunan, pertambahan penduduk, keperluan kediaman memerlukan ada ketikanya tanah pertanian ditukar kepada syaratnya untuk bangunan kediaman.

Walaupun begitu, penukaran syarat tanah-tanah pertanian kepada tanah kediaman ataupun bangunan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dan biasanya semua permohonan untuk tukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah bangunan akan melalui proses untuk mendapat pandangan dan ulasan teknikal daripada jabatan-jabatan berkaitan. Antaranya Jabatan Pertanian akan bagi ulasan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah ataupun Kerajaan Tempatan yang biasanya akan dirujuk kepada rancangan tempatan untuk setiap daerah, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa akan bagi

ulasan, Pejabat Tanah akan bagi ulasan dan juga Pejabat Tanah dan Galian juga akan bagi ulasan. Semua ulasan ini akan diambil kira oleh Pihak Berkuasa Negeri sama ada nak meluluskan atau tidak. Dan biasa berlaku bila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tak berpuashati dengan ulasan dan penjelasan arahan supaya diteliti semula secara lebih tepat di lapangan akan dibuat. Begitulah telitinya dari segi prosedur dan SOP untuk suatu tanah pertanian ditukar syarat kepada bangunan atau kediaman. Terima kasih.

Soalan tambahan boleh?

Yang di-Pertua

Sila-sila.

Assamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dapat maklumat bahawa disebabkan oleh pertukaran kerajaan di peringkat Pusat, ada beberapa perkara yang sehingga ke hari ini belum lagi mendapat ketentuan. Contohnya dari segi pertukaran beg baja, siapa dia yang dapat tender baja subsidi padi sama ada NAFAS lagi atau sebaliknya. Dan begitu juga adakah subsidi tenggala masih diteruskan. Jadi soalan saya apakah langkah Kerajaan Negeri bagi persediaan kemungkinan-kemungkinan supaya baja-baja padi sampai mengikut jadual yang telah dibuat oleh pihak IADA KETARA dan begitu juga kesanggupan pengusaha-pengusaha tenggala yang sanggup memberi pendahuluan kepada penanam-penanam padi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Kebetulan saya baru mendapat penjelasan daripada pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkaitan dengan Insentif Bajak Sawah dan dimaklumkan untuk musim pertama tahun ni, alhamdulillah Insentif Bajak Sawah dah selesai dibayar mungkin ada sedikit kelewatan disebabkan oleh pertukaran kerajaan, yang belum dibayarnya yang musim kedua yang tengah melalui musim menuai sekarang ni. Dan kita rasa apabila musim pertama baru ni dibayar tidak ada masalah dari segi Insentif Bajak Sawah ni walaupun

bertukar kerajaan. Urusan tender saya tidak dapat nak komen, biasalah apabila berlaku perubahan kerajaan dia akan berlaku perubahan dari segi pemberian tender dan sebagainya. Tapi rasanya tidak menjadi dasar walaupun dipihak Kerajaan Pusat setakat saya hadir mesyuarat bersama dengan kementerian berbincang dengan pegawai-pegawai tinggi kementerian, bantuan-bantuan untuk pertanian yang dah diberi sebelum ni akan diteruskan sebagaimana biasa. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bandar.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, Yang Berhormat Speaker, Soalan saya yang pertama - Sepanjang pemerintahan baru, bagaimana dengan minat pelabur asing terhadap Negeri Terengganu?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan daripada Bandar: Berapakah jumlah dan nilai pelaburan yang masuk ke Terengganu sejak pertengahan Mei 2018 hingga November 2018 spesifik antara Mei dan November? Untuk bulan Jun, pada bulan Jun ada satu pelaburan yang datang ke Terengganu dan melabur dengan nilai RM35,797,732 iaitu daripada Syarikat Elektro Serve di Paka, dalam bidang Oil & Gas. Terima kasih.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Boleh nyatakan bidang ataupun segmen yang diminati oleh pelabur asing setakat ini?

Terima kasih. Sebagaimana yang saya sebut terdahulu daripada ini

minat yang besar dari pelabur yang datang adalah bertanya khabar tentang projek silika, hampir 65% pelabur yang datang menanya adalah untuk melabur dalam bidang silika.

Sementara yang lain ada juga yang bertanya tentang nak buat projek waste management, nak manage waste kita. Ada juga nak datang nak dredging muara sungai dan terakhir dua tiga hari yang lepas ada pertanyaan tentang nak buat projek tissue paper yang belanjanya lebih daripada 1 bilion. Ini minat yang mereka tunjukkan dan yang mereka minat ialah kerana persiapan kita terutamanya industri silika itu kita ada industrial park yang kita namakan TSV dan akan dimanage oleh sebuah anak syarikat kerajaan. Dan insyaAllah jika siap master plan dan awal-awal pun mereka boleh datang ialah pada tahun 2020 akhir, kilang pertama insyaAllah akan dibina pada tarikh itu dan untuk menarik minat mereka, itu mereka yang datang, kita juga pergi kepada mereka dengan menyertai rombongan daripada MIDA.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah menghantar wakil bersama MIDA untuk ke Jepun, ke Tokyo, Osaka, dan juga Korea, ke Seoul untuk mempromosikan industri negara kita. Dan minat di kalangan mereka cukup baik dan setengah-tengahnya berjanji untuk datang kembali kepada kita. Begitu juga saya juga telah ke China, satu Frontwave di Xiang Chu mereka juga telah bersedia untuk datang menerima jemputan kita, untuk datang bertanya khabar tentang silika. Dua hari yang lepas satu rombongan daripada Shenzen dan juga Xi An dan juga daripada Beijing 15 orang datang, all the milionaires yang datang tu, saya rasa hebat-hebat, datang bertanya khabar dan menunjukan minat yang besar untuk melabur di Negeri Terengganu termasuk dalam bidang industri, pertanian dan pelancongan. Jadi nampaknya mereka datang dan kita di sini pula sudah menubuhkan task force tentang pelaburan, tentang promosi untuk buat promosi insyaAllah kita akan terus ke luar negara untuk mencari beberapa gergasi, players yang katanya pelaburan mereka paling kurang 1 bilion dan pekerjaan kalau 1 projek silika itu, 1 syarikat datang membawa pelaburan 1 bilion dan pekerjaan boleh diwujudkan sebanyak 1,000 orang. Itu satu production line sahaja. Bayangkan kalau ada 10 production line dan

ada 3 syarikat yang datang, maka insyaAllah janji kita untuk wujudkan pekerjaan yang banyak mudah tercapai. Dan insyaAllah ini akan dilakukan secepat mungkin untuk mengejar mereka dan pelabur-pelabur besar ini kalau mereka datang terutamanya dalam bidang silika akan membuatkan Petronas segera tidak tertangguh lagi katanya sebab mereka ini memerlukan gas yang banyak jadi Petronas sedia untuk membekalkan gas yang banyak ke Jambu Bongkok dan ini mempercepatkan proses menyediakan infrastruktur untuk TSV tadi.

Dan kita mengharapkan bila ramai datang hari ini mereka akan melabur cuma kita juga berhati-hati dalam menilai cadangan-cadangan diberi kerana pengalaman kita yang pendek ini menunjukkan ada projek-projek yang mereka cadangkan dulu dan sampai ke peringkat akhir kita minta mereka deposit sebahagian daripada wang untuk kita bayar untuk pengambilan balik tanah, mereka tidak bayar dan kita tunggu dan kita tunggu sehingga sekarang mereka tidak datang, sedangkan masa yang panjang telah diberikan untuk merancang kawasan yang berkaitan, itu pun satu hal yang perlu kita lihat. Dan ada juga yang datang dengan projek-projek yang mega contohnya Europolis nak buat satu projek besar, bandar lapangan terbang begitu, berpuluh ribu ekar mereka nak, kita kata marilah kalau boleh buat sungguh bagus lah tapi dia kena bagi confident ke kitalah sebab kita bimbang takut mari saja tapi tidak ada apa-apa. Jadi sekarang ini kalau mereka datang saya terus bertanya hendak apa sebenarnya, be direct sebab saya kata jangan kita habiskan masa, masa dia masa kita, biar betul-betul nak bagitahu betul-betul, dan kita buat betul-betul. Kalau sekadar bertanya mencari-cari tu habis masa kita pun bimbang juga. Cuma kita kata oleh kerana mereka hendak berniaga datanglah. Kalau mereka yakin benda itu boleh buat, datang tapi kita akan minta syarat yang agak ketat supaya benda tu memang betul-betul komited untuk datang ke sini. Saya kira itu sahaja yang dijawab.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang Berhormat di-Pertua, soalan saya yang kedua boleh tidak kita tengok sekarang ini, China memang merupakan sebuah negara besar yang

menguasai ekonomi dunia selain daripada China bagaimana dengan pelabur-pelabur daripada negara lain, ada tak menunjukkan minat untuk melabur di negeri kita?

Untuk makluman, sebenarnya dari awal-awal lagi pemerintahan kerajaan baru ni kita telah menghantar wakil kita ke Turki untuk berjumpa dengan pelabur di sana bukan hanya di Turki tapi ada players daripada, misalnya daripada Qatar yang berada di Turki kita jumpai mereka dan insyaAllah kami juga akan ke Perancis, ke France dan juga ke India, juga ke Taiwan untuk menemui pelabur-pelabur di dalam bidang silika insyaAllah. Nampaknya mereka berminat di mana kita pergi kita jumpa kita beritahu dia kata kami nak datang, kita kata welcome. Jadi bukan hanya di China tapi besarnya daripada negara China yang lain ada. Dan lain-lain negeri juga menunjukkan minat yang besar juga sebenarnya untuk melabur terutamanya dalam bidang silika tadi. Juga ada pelabur-pelabur yang sederhana yang datang nak melabur dalam bidang copper ada juga jadi berbagailah dan yang datang tu bukan hanya daripada China juga daripada Tokyo, daripada Seoul, daripada Jepun dan daripada negara Arab pun ada. InsyaAllah.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya persilakan seterusnya Wakil Kuala Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu - Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi hasil penanaman padi di Terengganu?

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Kuala Besut. Saya fokus dari segi penjelasan ni yang utama di kawasan Yang Berhormat Kuala Besut sendiri, berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri bagi

meningkatkan hasil penanaman padi di Negeri Terengganu. Di kawasan Yang Berhormat terutamanya di kawasan Kampung Baru, kawasan Pengkalan Nangka dan kawasan Tok Saboh. Kawasan penanaman padi yang kering apabila Empangan Lowvier Pengkalan Nangka runtuh pada tahun 2012, ini sudah sedia ada dalam maklumat Yang Berhormat kerana Yang Berhormat masa itu adalah Jurutera JPS Daerah Besut tapi untuk makluman Dewan. Jadi dalam tempoh enam tahun lebih kurang kawasan padi dalam DUN Kuala Besut kering dan alhamdulillah Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang baru dengan biaya daripada Kerajaan Pusat telah disiapkan dengan kos kira-kira RM34 juta dan mula berfungsi. Cuma yang menjadi masalahnya apabila kawasan penanaman padi ini terbiar agak lama dalam tempoh enam tahun tali air pun rosak, batas padi pun semua rosak dia memerlukan penyelenggaraan supaya para petani kita boleh memulakan kerja-kerja menanam dengan segera. Dan saya sudah minta Pengarah Jabatan Pertanian untuk turun berbincang dengan kelompok petani di Pengkalan Nangka, di Kampung Baru, di Tok Saboh dan memang mereka menyuarakan hasrat awal tahun 2019 mereka hendak mula bertanam. Hendak mula bertanam semula, cuma yang menjadi masalah adalah tali air secondary dan tertiary yang perlu diselenggara sebahagiannya telah diselenggara oleh IADA KETARA tapi kawasan yang di luar daripada IADA KETARA terutamanya di kawasan di Tok Saboh dan di kawasan Kampung Baru.

Saya minta supaya Pengarah Jabatan Pertanian mengadakan mesyuarat segera dengan jabatan-jabatan dan agensi berkaitan dan kita perlu angkat permohonan segera kepada UPEN untuk memohon bajet khas bagi kerja-kerja penyelenggaraan ini supaya hasrat-hasrat rakyat hendak mula menanam padi pada awal tahun 2019 kita dapat tunaikan. Dan saya sangat berterima kasih kepada kerja keras Pengarah Pertanian kita dan saya ambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan penghargaan kepada Encik Zulkifli Harun yang akan bersara pada 29 haribulan Disember nanti. Yang kedua, usaha kita untuk meningkatkan lagi hasil pertanian di Negeri Terengganu ialah plan jelapang padi atau KETARA Fasa Dua yang saya sudah

maklumkan dalam jawapan kepada Yang Berhormat Pengakalan Berangan tadi.

Yang ketiga, di antara masalah yang menghadkan perkembangan industri padi di Negeri Terengganu ialah masalah kilang padi. Kilang padi dalam negara ini sebenarnya bilangan dia sudah mencukupi, cuma taburannya tidak sekata. Di Kedah ada sampai 40 kilang, kita di Terengganu cuma ada tiga kilang yang beroperasi. Yang pertama Kilang Bernas di Bukit Kenak. Yang kedua Kilang Mutiara Timur di Kerandang dan yang ketiga Bukit Kor. Ini sahaja tiga kilang yang beroperasi menyebabkan selalu berlaku lambakan ketika kemuncak musim menuai, lori-lori yang bawa padi kadang-kadang perlu tunggu sehingga sehari semalam depan Bernas Bukit Kenak sebelum dapat buang padi dalam kilang. Dan alhamdulillah, insyaAllah, masalah ini sedikit sebanyak kita akan dapat atasi apabila Kilang LPP di kawasan Baroh Masin sempadan Jabi dan Hulu Besut akan disiapkan berada di peringkat akhir untuk dapat beroperasi dengan segera dan ini mengikut maklumat daripada LPP di antara kilang yang menggunakan teknologi paling moden dalam negara dengan kapasiti pemprosesan kira-kira 400 tan sehari dan kita harapkan supaya lambakan padi di kawasan terutamanya di kawasan IADA KETARA bila musim menuai akan dapat di atasi.

Dan satu lagi yang kita fokuskan untuk hendak meningkatkan lagi hasil padi di Negeri Terengganu ialah pembangunan tanah sawah di skim pengairan Jelapang. Yang ini Jelapang nama kampung di Langkap, ada 735 hektar projek yang telah dimulakan sejak 2009 lagi, cuma sekarang ni yang berjaya ditanam hanyalah 264 hektar kita ada 471 ekar yang kosong dan terbiar dan sebahagian daripada pengairan masih lagi perlu ditingkatkan terutamanya pembinaan secondary dan tertiary tali air. Saya telah minta UPEN, pegawai-pegawai UPEN untuk turun berbincang selepas kita buat mesyuarat yang pertama hari itu di antara keputusan dasar kitanya ialah 471 tanah sawah yang masih ada ini kita nak manfaatkan untuk penduduk kampung-kampung sekitar terutamanya penduduk Kampung Jelapang sendiri, Kampung Bukit Layat dan juga Kampung Bukit Putera, nak tengok seramai mana orang kampung di tiga buah kampung ini yang betul-betul nak jadi petani, kalau

sekiranya plan yang pertama ini tidak berjaya barulah kita fikir bagaimana nak memajukan dengan agensi-agensi lain termasuklah beberapa agensi kemajuan tanah yang menunjukkan minat untuk memajukan tanah padi di Jelapang. Terima kasih.

Terima kasih kepada pihak Kerajaan yang memberi pencerahan dan juga penjelasan sekaligus menceritakan apa jua usaha khususnya melibatkan tanaman padi khususnya di kawasan Kuala Besut. Cuma soalan tambahan saya yang pertama, di Daerah Besut kita ada satu skim penanaman padi yang di luar Jelapang iaitu Skim Penanaman Padi Pelagat yang mana isu untuk Skim Penanaman Padi Pelagat ini isu melibatkan punca atau sumber air yang berpunca daripada kawasan tadahan Hutan Pelagat iaitu berpunca daripada Hulu Sungai Pelagat. Kadang-kadang punca air ini memang tidak mencukupi untuk disalirkan untuk mengairi kawasan Skim Penanaman Padi Pelagat yang mana menyebabkan kadang-kadang air itu terpaksa dikitar semula, di recycle untuk skim penanaman padi di Kampung Pelagat sendiri. Lepas itu bila habis musim untuk mengairkan padi di Kampung Pelagat, recycle pula ke Kampung Dengir, lepas itu recycle pula ke Kampung Pusu Tinggi dan kawasan sekitar. Jadi ada tidak perancangan pihak Kerajaan supaya kaedah kita nak recycle itu kita dapat elakkan pada masa hadapan kerana kalau kita gunakan air yang tidak recycle, insyaAllah akan memberi kualiti padi yang lebih baik kepada penanam-penanam padi tersebut. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Kuala Besut, seorang jurutera JPS yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam hal ehwal pengairan. Kawasan padi di luar Jelapang bukannya setakat Pelagat malah juga kalau di sekitar Besut, Bukit Jeruk, Gong Machang, Gong Telikong, Padang Lengkuas, yang menjadi masalahnya kerana kawasan ini berpunca, punca air dia daripada sungai yang tidak disambungkan kepada empangan. Yang berada dalam Jelapang memang kita memanfaatkan bekalan air daripada Empangan Jajar yang menjadi sumber pengairan utama bagi IADA KETARA. Dan sebagaimana yang kita sedia maklum Empangan Paya Peda kita

telah disiapkan dengan kos RM300 juta lebih dan air daripada Empangan Paya Peda sebenarnya belum disalurkan ke mana-mana sawah padi dan air inilah yang akan dimanfaatkan untuk Projek Pengairan KETARA Fasa 2 ataupun Jelapang Fasa Dua yang termasuklah dalam itu di antaranya Pelagat, Bukit Jeruk yang saya sebut tadi Gong Telikong, Gong Machang dan sebagainya, dan insyaAllah bila sumber bekalan air berpunca daripada empangan ia tidak akan terkesan dengan perubahan cuaca. Sekarang ini bila cuaca panas air sungai kering, tidak berapa ada kemudian sepanjang laluan sungai itu ada tiga empat gate ataupun pintu air, yang atas dapat banyak sikit, yang bawah kurang sikit, yang bawah ini semakin kurang, yang bawah sekali ini kering terus sebab bekalan air itu sendiri tidak mencukupi. Saya yakin insyaAllah, kita cuba push sikit pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya paper KETARA Fasa 2 kita ini diangkat, letak di atas dan diberi keutamaan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Soalan saya yang berikutnya, tadi pun Yang Berhormat Exco ada sebut pasal status KETARA Fasa 2, memang kita di Besut secara khususnya petani-petani dan juga pesawah-pesawah khususnya melibatkan sawah-sawah padi atau pun Skim-skim Penanaman Padi Di Luar Jelapang amat mengimpikan supaya mereka ini dijadikan KETARA Fasa 2 kerana mereka sedia maklum apabila mereka dijadikan KETARA Fasa 2 ataupun dimasukkan dalam skim-skim IADA ini, mereka dapat manfaat yang lebih lagilah Jadi saya mohon supaya pihak Kerajaan dapat push lagi, desak lagi pihak Persekutuan supaya KETARA Fasa 2 ini dapat direalisasikan dengan segera.

Soalan saya berkenaan Skim Penanaman Padi Pengkalan Nangka pula, tadi Yang Berhormat Exco pun ada explain dah, saya pun ucapkan terima kasih banyak. Cuma saya selalu didatangi oleh satu kumpulan iaitu kumpulan unit padi, Unit Padi Kampung Tok Saboh yang mana walaupun hampir enam tahun Skim Penanaman Padi di Kampung Pengkalan Nangka tidak dapat diusahakan kerana gate yang rosak dan pelbagai masalah infrastruktur tapi mereka ini, kumpulan ini amat komited kerana tiap-tiap tahun mereka ini buat padi

menggunakan air tadahan dan menggunakan tube well yang ada di sekitar itu. Jadi saya mohonlah supaya pihak kerajaan mempercepatkan membaik pulih infrastruktur-infrastruktur seperti sistem pengairan, sistem nak memasukkan air ke sawah padi itu dan pelbagai lagi infrastruktur supaya pada musim pertama tahun 2019 nanti mereka ini dapat buat padi dan insyaAllah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi dalam jelapang dan luar jelapang, kalau campur-campur kita baru ada 87,000 metrik tan padi dan boleh dijadikan 52,000 metrik tan beras dan insyaAllah jika skim pengairan padi dapat di Pengkalan Nangka dapat diusahakan akan tambah lagi jumlah metrik tan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua.

InsyaAllah kita sama-sama doakan semoga urusan dipercepatkan dan atas dasar keprihatinan ini sebenarnya kita dah hantar yang saya sebut tadi, Pengarah Pertanian Negeri sendiri turun padang untuk berbincang dengan kelompok petani daripada tiga kampung yang memanfaatkan air daripada Lowvier Empangan kita di Pelagat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya persilakan seterusnya Wakil Air Putih kemukakan soalan.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamu’alaikum warahmutllahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu - Terdapat ramai pelajar-pelajar Negeri Terengganu yang sedang belajar diluar negara dalam bidang keagamaan, khususnya di Mesir. Adakah kerajaan atau agensi kerajaan membiayai pembelajaran pelajar tersebut dan apakah jenis pembiyaan yang diberikan?

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmutllahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih bertanyakan soalan: Terdapat ramai pelajar-pelajar Negeri Terengganu yang sedang belajar di luar negara dalam bidang keagamaan khususnya di Mesir. Adakah Kerajaan atau Agensi Kerajaan membiayai pembelajaran pelajar tersebut dan apakah jenis pembiayaan yang diberikan?

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Sidang Dewan sekalian, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu tidak lagi memberi penajaan kepada pelajar luar negara termasuk keagamaan khususnya di Mesir sejak tahun 2011 dan juga di Jordan dan Maghribi telah dihentikan mulai tahun 2015. Yang Berhormat Yang di-Pertua, tapi hari ini, kelmarin kita mendengar Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Jazakumullah kita ucap terima kasih dan rakyat yang menunggu-nunggu menanti sekiannya, alhamudulillah. Pihak Kerajaan Negeri sudah bersetuju berdasarkan Bajet yang dibentangkan kelmarin untuk yang pertama memberi biasiswa RM5 juta kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan insyaAllah akan diurus oleh pihak Yayasan Terengganu. RM5 juta sebagai biasiswa khususnya kepada pelajar cemerlang.

Yang kedua, pihak Kerajaan Negeri juga menyediakan RM10 juta untuk pinjaman yuran bagi pelajar-pelajar yang akan menyambung ke luar negara. Ini merupakan satu berita baiklah khususnya kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara bukan hanya untuk Pengajian Islam tetapi juga khususnya bidang-bidang perubatan yang mereka terpaksa membayar kos yuran yang agak tinggi yang kadang-kadang membebankan ibu bapa jadi pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk membayar kos yuran. Jadi untuk kehidupan dan sebagainya, saya rasa kita boleh berkolaborasi dengan pihak MAIDAM sebab sebelum pada ini pun, pihak MAIDAM memberi zakat yang kita rasa cukup untuk perbelanjaan harian ataupun bulanan mereka sehingga selesai pengajian dan yang menjadi kesukaran ibu-bapa adalah untuk pembayaran yuran. Jadi insyaAllah bermula tahun depanlah, tahun ini kita tidak sempat lagi, kekal lagi dengan dasar lama

2011 kerajaan yang lalu. Jadi tahun depan ni, insyaAllah kerajaan baru kita, kita akan start buka untuk permohonan.

Jadi bagi pelajar-pelajar khususnya yang hendak ambil SPM ini, kita haraplah dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mereka mendapat biasiswa RM5 juta yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Kalau mereka tidak dapat pun, insyaAllah ada peluang lagi untuk mereka membuat pinjaman yuran bagi pengajian mereka. Dan dalam masa yang sama walaupun macam itu, pihak Kerajaan masih lagi memberi Bantuan Awal Persediaan sebanyak RM1,000 kepada pelajar-pelajar yang mendapat tempat di Universiti ataupun Ijazah Pertama sama ada dalam ataupun luar negara. Jadi masih lagi pihak Kerajaan memberi sumbangan tersebut. Dan untuk makluman sebagaimana sedia maklum khususnya kepada pengajian agama, pihak MAIDAM memberi zakat kepada pelajar-pelajar ini sama ada di Sudan, Mesir, Jordan dan sebagainya. Alhamdulillah mereka boleh mendapat zakat daripada pihak MAIDAM insyaAllah. Terima kasih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paka atas ucapan tadi. Saya terima kasihlah kepada kerajaan baru kerana telah membuka pengajian semula selepas dihentikan bermula dalam 2011 hingga 2015. Ada anak-anak kita yang ingin melanjut pelajaran ke luar negeri, mereka bercita-cita untuk menyambung pelajaran sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Adakah pengajian ini terhenti di peringkat Ijazah ataupun disambung kepada peringkat lebih tinggi Master ataupun PhD? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih. Kelmarin pun kita tengok Pembentangan Bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, RM1.5 juta diperuntukkan untuk pengajian Master dan juga peringkat PhD jadi sebagai biasiswa. Kita ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan dalam masa yang sama ada beberapa syaratlah untuk mereka dapat menyambung peringkat Master dan PhD yang dipohon mesti paling kurang Ijazah Pertama mereka mendapat CGPA 3.5 ke atas dan juga di universiti-universiti yang diiktiraf. Maknanya untuk Master dan juga PhD diberi peluang selepas pada ini bermula bulan Januari tahun

depan insyaAllah, untuk pelajar-pelajar menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan saya yang kedua: Apakah kelayakan yang minimum untuk pelajar-pelajar mendapat pembiayaan di peringkat Ijazah?

Untuk kelayakan ataupun kriteria paling minimum mendapat pembiayaan tersebut yang pertamanya anak Terengganulah. Jadi kita beri fokus kepada anak Negeri Terengganu ataupun salah seorang daripada ibu-bapa mereka merupakan anak Terengganu.

Yang kedua, minimum dia 8A dalam SPM dan kalau STPM ataupun STAM 3.5 lah itupun dia ada jawatankuasa peringkat Yayasan Terengganu yang boleh membuat pertimbangan tapi diletakkan syarat-syarat seperti itulah dan juga mesti mendapat tempatlah. Jangan diminta pinjaman dahulu baru hendak cari tempat. Bila sudah ada tempat dah, offer buat dia dan insyaAllah dia boleh mohon dengan pihak Yayasan Terengganu dan dia akan dipertimbangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput Wakil Ajil untuk mengemukakan soalan.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Ajil bertanyakan: Apakah rancangan Kerajaan untuk memperkemaskan pendidikan di Madrasah Moden MAIDAM, khususnya yang ada di Kuala Nerus.

Apakah rancangan kerajaan untuk memperkemaskan pendidikan di Madrasah Moden MAIDAM, khususnya yang ada di Kuala Nerus?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menambahkan lagi Madrasah Moden MAIDAM ini dan tetapi kita akan kekalkan untuk tiga tempat yang telah wujud ini dan dalam proses untuk kita upgrade perelokkan infra yang ada sebab saya sendiri turun ke sekolah khususnya SMA Batu Rakit inilah tapak khas yang jadi Madrasah Moden ini. Kita rasa tidak munasabah sekolahnya, dengan persekitaran dia, atap melengkung begitu, bila-bila masa jatuh atas pelajar, boleh apa orang panggil membawa musibah, jadi kita minta jauhlah. Jadi nampak macam tidak terurus dari segi infra dan sebagainya. Jadi baru ini, pihak Kerajaan sudah bersetuju untuk mengambil alih sekolah ini dan akan ditadbir urus di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama (Bahagian Pendidikan). InsyaAllah kita akan selaraskan dan insyaAllah kita akan beri, kita cuba untuk perelokkan tiga institusi ini. Dan setakat ini memang permintaan itu agak tinggi untuk masuk tetapi kerana dulu dia macam mana tidak tahulah, dia ambil pelajar itu tidak tengok pada kadar kemampuan, jadi padan setahun penuh selalu. Jadi untuk tahun ini, hanya mungkin dibuka di Besut sahaja dengan kadar 60 orang sahaja walaupun permintaan tinggi. Jadi pihak Kerajaan Negeri akan fokus kepada manifesto yang kita janjikan, 1 Parlimen 1 Sekolah Menengah Islam yang akan menggabungkan antara Pendidikan Konvensional dan juga Arab sepenuhnyalah menggunakan pengajian khususnya teras daripada Universiti Al-Azhar dan insyaAllah sebagai kesinambungan kepada SRIDI yang telah kita buka enam ni nanti insyaAllah bermula pada tahun depan. Terima kasih.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Tidak ada soalan tambahan kerana saya sekadar hendak mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Paka kerana telahpun memperjelaskan berkenaan dengan kegusaran saya berkenaan dengan pengambilan baru yang tidak dapat dibuat untuk tahun 2019 ini kecuali hanya di Besut sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita ada satu lagi soalan yang terakhir untuk hari ini. Alhamdulillah, sedang molek semua yang bertanya, apa nama ini, dapat giliran masing-masing. Saya jemput Wakil Kemasik.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1 -

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Exco, Ahli-ahli sahabat-sahabat Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan dan Pemerhati sekalian. Soalan daripada Kemasik berbunyi: Haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya dan tempat awam. Apakah tindakan sewajarnya dilakukan oleh PBT-PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) bagi mengawal dan mengurangkan masalah ini?

Sebagaimana yang kita sedia maklum di jalan-jalan raya kita dan di LPT sendiri kadang-kadang kita jumpa dengan haiwan-haiwan yang berkeliaran dan sudah tentu haiwan ini dia ada tuannya sendiri, dia sebut ternakan mesti ada penternak. Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menangkaplah, buat tangkapan dari masa ke semasa pada haiwan-haiwan yang berkeliaran ini dan dikenakan denda, ataupun kompaun sebagai satu hukuman pada penternak-penternak yang melepaskan haiwan ini berkeliaran khususnya di jalan raya yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya dan juga di tempat awam yang boleh mengganggu keselesaan para pengunjung, pelancong dan sebagainya. Di samping sebelum tindakan dibuat memang hebahan dibuat dari masa ke semasa, kita tidak bertindak cara terus begitu mengambilkira juga kepentingan masyarakat, kita beri makluman, hebahan kepada mereka supaya kalau yang ada kandang bubuh di dalam kandang dan sebagainya, kalau perlu tambat, ditambat supaya benda ini tidak mengganggu orang awam untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

Terima kasih pada Yang Berhormat Seberang Takir….. Haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya dan tempat awam. Apakah tindakan sewajarnya dilakukan oleh PBT-PBT bagi mengawal dan mengurangkan masalah ini?

Yang di-Pertua

Bukan Seberang Takir…..

Bukit Tunggal. Minta maaf. Sedia maklum…..

Yang di-Pertua

Sayang lagi kepada Seberang Takir ya.

Sedia maklum masalah ini walaupun tindakan dan usaha yang telah berterusan dijalankan masih ia tetap tidak seakan-akan tidak dapat menyelesaikan masalah. Apabila kita bertanya pada penternak-penternak, alasan ataupun sebab utama kenapa mereka berbuat demikian adalah kerana kekurangan tempat untuk mendapatkan bekalan makanan kepada penternak-penternak. Sebagai contoh, di DUN Kemasiklah di kawasan Semanyo, Cabang dan Kampung Baru Kerteh, ramai penternak-penternak yang aktif dalam penternakan lembu dan kambing namun kawasan ragut sangat-sangat terhad. Adakah inisiatif ataupun mungkin dia lari sikit daripada Yang Berhormat Seberang Takir…. Batu Rakit…..

Kerek, guaner kerek ni… …(Dewan gelak) ….

Mungkin lari sikit tapi adakah inisiatif untuk menyediakan tempat-tempat ragut yang lebih banyak supaya tidak semata-mata kita membuat tindakan undang-undang tapi kita ada inisiatif selaku Kerajaan menyediakan tempat-tempat yang sesuai ataupun tempat-tempat yang baik untuk mereka menjalankan kerja-kerja penternakan tersebut. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Kemasik. Allah, guaner Kemasik salah line saja hari ini. Salah line takpe, Bukit Tunggal jawab.

Saya juga telah merujuk juga walau di bawah bidang PT, padang ragut ni bawah sahabat kita daripada Jabi tapi takpe saya boleh jawab bagi pihak Kerajaan. Terengganu sebenarnya banyak padang ragut, banyak padang ragut, dan sebahagian besar tidak dimanfaatkan dan sebahagian lagi diceroboh sama ada dia buat, tanam sawit dan sebagainya, jadi dan yang terbiar pun sangat banyak. Dan insyaAllah pihak berkenaan akan berbincang dengan EXCO yang berkenaan, kita akan buat pemutihan untuk memastikan benar-benar padang ragut ini dimanfaatkan oleh penternak-penternak di sekitar itulah.

Yang kedua, kita ada sistem kandang, atau fidlot memang harga makanan haiwan itu mahal tapi kalau kena tangkap lagilah tinggi kompaun dia. Jadi makanan boleh dibeli, dan kandang ini ada subsidi daripada Kerajaan sendiri supaya buat kandang memastikan haiwan-haiwan ini dikurung supaya tidak mengganggu, berkeliaran pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Dan kita juga ada sebenarnya senarai ladang integrasi yang diternak di dalam ladang sawit dan sebagainya tapi malanglah yang sebenar sikaplah, sikap penternak kita ini adalah yang ditepi lebuh raya dipotong kita punya fence, pagar lebuh raya supaya lembu dia boleh makan rumput dekat lebuh raya nampak lebih subur situ, memanglah subur situ sebab tidak dikacau. Jadi lembu pun bila buka jer terus bertempiaran ataupun berkejaran nak ambik rumput-rumput di tepi lebuh raya. Ini sikap orang kita sebenarnya, dari segi persiapan saya ingat padang ragut ini cukup untuk makluman dan kita ada fidlotnya, ada integrasi tapi inilah sikap penternak-penternak ini kita kena educate lah beri penerangan dari masa ke semasa supaya perkara ini tidak berterusan mengganggu orang awam sama-sama ambil tanggungjawablah. InsyaAllah, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal. Minta maaf banyak. Kenapa saya mengutarakan soalan tersebut adalah isu ini berlaku di depan mata sayalah di DUN Kemasik dan lawatan sendiri yang dibuat oleh Yang Berhormat Jabi berkenaan dengan ketidakcukupan bekalan makanan kepada pihak–pihak penternak. Mungkin sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit

Tunggal adalah lokasinya berlainan tetapi untuk di DUN Kemasik sendiri saya rasa perkara tersebut adalah sangat kritikal dan melihat kepada tanah yang masih lagi luas di sekitar DUN Kemasik untuk penternak-penternak, saya berharap tindakan sewajarnya ataupun tindakan yang lebih agresif ataupun lebih tertumpu boleh dibuat di Kemasik, insya Allah.

Soalan tambahan saya yang seterusnya adalah: Apakah inisiatif-inisiatif lain sebab sebagaimana yang kita sebut kita dah buat banyak tindakan tetapi masih lagi berkekalan. Betul, sikap adalah antara faktor yang sangat-sangat susah atau sukar untuk kita kawal tapi kita perlu menyelesaikan ataupun perlu mengenalpasti terus untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan kemalangan, kematian disebabkan penternak-penternak yang melepaskan ternakan yang berkeliaran. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Kemasik. Jadi insyaAllah kita ingat bahagian Exco Pertanian akan ambil tindakan sebab kita jawab ini bahagian umum seluruh Negeri Terengganu sebab masalah haiwan ternakan berkeliaran ini bukan di Kemasik sahaja daripada Besut sampai Kemaman memang ada kemalangan-kemalangan yang berlaku kerana terlanggar haiwan-haiwan ternakan ini dan insyaAllah untuk Kemasik boleh spesifik saya serahlah kepada Exco Pertanian untuk buat kajian di mana tempat yang sesuai. Tapi saya nasihatlah sementara tidak ada padang ragut diberi makan mesh/pallet yang banyak boleh beli di kedai, boleh buat fidlot dan sebagainya. Untuk tindakan merubah sikap ataupun mendidik penternak ini memang pihak Kerajaan melalui Pejabat Daerah telah mengambil tindakan dari masa ke semasa. Untuk yang pertama ini, membuat perjumpaan-perjumpaan dan taklimat kepada penternak-penternak yang dikenalpasti melalui kalau dulu JKKK ataupun J3K, sekarang MPKK kita akan kumpul penternak-penternak ini untuk diberi taklimat, penerangan tentang kepentingan masing-masing menjaga haiwan ternakan supaya tidak berkeliaran. Kerajaan bukan nak saman sangat, bukan nak kompaun sangat tapi kalau dah buat salah tu tidak ada pilihan tapi untuk tanggungjawab sebagai penternak dia kena ada tanggungjawab bersama apakah kita suka

melihat ada sahabat kita yang mengalami kecederaan ataupun kematian akibat melanggar haiwan ternakan kita. Apakah kita tidak merasa bersalah? Dan memang dibuat perjumpaan demi perjumpaan bagi memberi kesedaran kepada penternak-penternak ini. Di samping notis-notis juga ditampal di tempat-tempat awam di masjid dan sebagainya supaya ahli jemaah pergi tu baca notis ini bahawa bahayanya kita melepaskan haiwan ternakan kita berkeliaran di jalan-jalan raya.

Dan yang ketiga memang dari segi Pejabat Agama sendiri memang ada buat khutbah khas untuk dikhutbahkan kepada orang awam tentang pentingnya menjaga haiwan ternakan masing-masing. Itulah antara tindakan-tindakan yang telah diambil dan akan terus kita ambil. Ini memang sebenarnya kita tahu manusia ni memang sikapnya memang degil sikit sebab itulah Allah turunkan hukuman ada peraturan dan untuk yang itu kita kenakan tindakan. Yang tidak serik kita sama-samalah berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua supaya mengikuti peraturan yang ada sama ada peraturan Allah Subhanahu Wata’ala atau peraturan Kerajaan yang untuk menjamin kesejahteraan hidup kita semua. InsyaAllah. Wallahualam. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguh Persidangan ini untuk waktu rehat, saya nak sebutkan sedikit, Dewan Undangan Negeri Terengganu ini merupakan Dewan yang mulia. Di depan kita ini ada cokmar yang mewakili Institusi Beraja, saya dapati kelmarin apabila kita nak memulakan Persidangan balik pada rehat, saya terpaksa tunggu lima minit, oleh kerana sebahagian besar Dewan ini renggeh, tak ramai daripada kalangan Yang Berhormat dan juga termasuk pegawai-pegawai, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan yang hadir mengikut masa yang telah ditentukan. Melainkan kita ada komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan, itu soal lain. Jadi, saya harap untuk masa-masa akan datang sebagaimana ucapan saya dalam permulaan Persidangan kita jaga masa bagi menghormati Dewan yang mulia ini. Jadi dengan ini saya tangguhkan sementara Dewan ini dan sambung semula pada pukul 11.00 pagi.

DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 10.40 PAGI. PUKUL 11.00 PAGI

Rang Enakmen Perbekalan 2019Bill

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi kelmarin Rang Enakmen Perbekalan 2019 untuk bacaan kali yang kedua telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sebagai mukaddimah ataupun yang memulakan perbahasan ini, saya menjemput Yang Berhormat Tepoh sebagai penyokong usul dan saya memberi masa selama 20 minit dan kita mula menggunakan sistem timer sebagaimana yang saya sebutkan dalam ucapan aluan saya kelmarin. Dipersilakan.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahillazi faddolabani adamabil ilmi wal amar. Wassolatu Wassalamu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wa ashabih. Waman da’aibada’watihi ila yaumiddin. Ammaba’.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, saya merakamkan setinggi ucapan syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala yang memberi peluang untuk kita bersama-sama kembali bagi bermusyawarah demi menjaga kepentingan agama, rakyat dan negeri tercinta.

Kelmarin, kita semua telah mengikuti secara keseluruhan pembentangan ucapan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar secara keseluruhan, daripada awal sehingga akhir, dengan membawa tema ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’. Kita mengharapkan agar Terengganu akan terus

berdaya saing, dinamik dalam mengharungi cabaran yang mendatang. Ya, kita sedang mendepani cabaran ekonomi yang tidak memberansangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil dan tumbuh pada 4.8% bagi tahun 2018 dan juga 2019.

Perlu diingat, walaupun ahli ekonomi menyatakan kekal stabil dan tumbuh dengan kadar tersebut, kita tetap sedang berdepan dengan jangkaan risiko luaran yang lebih besar, berpunca daripada perang perdagangan di peringkat global. Kita turut mengambil maklum dan juga mengambil kira pertikaian antara Amerika Syarikat dan China serta kuantum kenaikan kadar faedah result Persekutuan Amerika Syarikat yang terus memberi impak kepada pertumbuhan global. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dijangka tidak akan berkurangan, dasar perlindungan perdagangan sudah pasti negatif di peringkat global. Ini membawa kepada risiko yang lebih besar terhadap ekonomi negara-negara yang berada di Asia yang didorong oleh eksport termasuk negara kita sendiri. Secara tidak langsung sebenarnya ia akan memberikan kesan dan tempias buat negeri-negeri yang berada di bawah Persekutuan seperti negeri kita, Terengganu Darul Iman. Di sinilah perlunya untuk kita semua sedar memberikan perhatian ketika menguruskan khazanah negeri kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebagai pendahuluan, saya merakamkan ucapan tahniah khusus buat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di atas usaha gigih memartabatkan Badan Legislatif melalui Dewan Undangan Negeri Terengganu. Keseimbangan antara kuasa Legislatif dan Eksekutif ini amat wajar diketengahkan, agar sesebuah kerajaan itu akan kukuh dan benar-benar memulangkan manfaat untuk rakyat jelata. Kini, Dewan telah memperkenalkan Portal e-Dewan buat semua Ahli Yang Berhormat untuk lebih memudahkan penyaluran maklumat, penghantaran soalan, menerima maklumat secara atas talian. Persidangan kali ini pula akan membentuk Jawatankuasa Pilihan Pengurusan Dewan agar Dewan Undangan Negeri benar-benar berfungsi dengan jayanya. Saya ucapkan sekali lagi tahniah buat Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua Dewan. Ucapan ini sama

sekali tidak mengharapkan masa yang lebih diberikan oleh Tuan Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Kerana saya melihat skrin sudah ada. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan atas pembentangan Bajet 2019 yang bersifat ‘Bajet Berimbang’. Dalam suasana kita semua ingin menguruskan sumber negeri yang terhad, untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat yang tidak terhad, ‘Bajet Berimbang’ adalah satu perkara yang sangat wajar diperkenalkan. Pun begitu, saya sedikit risau, dengan jangkaan hasil menerusi dana khas atau royalti, sebanyak RM1.4 billon yang merupakan sebagai penyumbang terbesar pendapatan negeri. Jika asasnya dibuat dengan anggaran purata crude oil USD70 per barrel, seperti yang dibuat di peringkat Pusat dalam Bajet 2019 tempoh hari, kemungkinan besar kita akan berdepan dengan defisit. Kerisauan ini saya rakamkan melalui Dewan yang mulia ini, agar kita semua bekerja dengan lebih gigih bagi memastikan hasil dapat ditingkatkan, bukan sekadar hanya melalui terimaan dana khas semata-mata, malah termasuk corak perbelanjaan di semua peringkat diurus dan diselia dengan cara yang lebih baik. Pun begitu, saya tidak mendapat maklum berapakah kadar satu tong yang diramalkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri. Kalaulah sekiranya USD60, saya mengira itu adalah suatu langkah yang tepat dan jika benar telahan yang saya sebut ini, maka saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Perbendaharaan Negeri. Malah gerak langkah Bajet 2019 ini akan meluncur ke depan untuk tahun 2020 dalam bentuk mempamerkan bajet lebihan atau surplus. Kalau mungkin itu dapat dilakukan oleh pihak Kerajaan, saya cukup yakin dan percaya pengurusan kewangan negeri untuk dinikmati rakyat akan dapat diketengahkan dalam bentuk yang lebih membanggakan.

Sebagai sebuah pasukan yang baru sahaja mengambil alih Kerajaan Negeri Terengganu, Bajet 2019 secara berimbang ini amat wajar diberikan

penghargaan. Saya merakamkan ucapan setinggi tahniah buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. …..[Tepukan Sokongan]…..

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang Bajet 2019 secara lebih mendasar, khususnya melalui empat teras utama yang menjadi tonggak Bajet 2019 iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan. Menariknya, keempat-empat teras ini diperkukuhkan pula dengan lapan strategi pelaksanaan iaitu mengukuhkan prinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangunkan kualiti modal insan, merancakkan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai Negeri berkebajikan, meningkatan kecekapan sistem penyampaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan. Dalam aspek keberkatan, tentu sekali melahirkan pemimpin dan rakyat beriman serta bertakwa menjadi kunci utama yang perlu diketengahkan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’raf ayat 96). Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, demi memperolehi keberkatan dan kemajuan, dalam aspek sukan contohnya Kerajaan Negeri dilihat tidak mengabaikan aspek pembangunan ini. Alhamdulillah SUKMA 2018 kita bergelar juara. Saya yakin, persediaan untuk mempertahankan kejuaraan sempena SUKMA 2020 akan lebih hebat untuk dilalui. Ketika kita bertandang ke Negeri Johor Darul Takzim, saya menyambut baik hasrat pihak Kerajaan untuk memperkenalkan polisi pakaian yang menutup aurat di kalangan atlet. Walaupun kita belum mengambil sikap penguatkuasaan enforcement dengan izin, cukuplah dimulai dengan awareness pemupukan kesedaran dan membimbing secara berterusan.

Ia adalah langkah yang cukup membanggakan, ia juga langkah menuju keberkatan.

Sebagai antara individu yang terlibat secara langsung dan berkecimpung dalam pembangunan sukan, saya yakin usaha ini akan berdepan dengan sedikit kesukaran untuk beberapa bidang dan acara sukan. Tetapi semua perkara yang akan bermula mesti dimulakan dengan tangga yang pertama. Kita tidak boleh dengan kesukaran tersebut langsung tidak mahu melangkah. Tetapi, langkahan yang kita buat ini insyaAllah akan membuka jalan dan peluang yang baik pada masa yang akan datang.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, saya terus untuk melakukan sedikit respond dalam menyahut saranan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan agar pemain-pemain kita akan berdepan dengan Musim Liga Malaysia 2019 dalam keadaan menutup aurat pada tahun hadapan. Alhamdulillah, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita menerima kerjasama yang baik daripada pihak Ketua Jurulatih setiap pasukan untuk menjayakan usaha ini. Lebih menarik, penaja kita pada musim depan iaitu Al-Ikhsan turut bersedia untuk menyediakan seluar tight bagi semua pemain di setiap pasukan. …..[Tepukan Sokongan]….. Walaupun ia bukan untuk terus dikuatkuasakan sebagai wajib dan mesti, cukuplah pendedahan ini sebagai proses memupuk kesedaran untuk semua pasukan bola sepak di Negeri Terengganu bagi lebih prihatin untuk mematuhi syariah dari sekecil perkara.

Kita juga telah membuka ruang di dalam Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, setiap kali menjelang waktu Maghrib, supaya penonton kita mengambil wudhu dan masuk ke dalam stadium di bahagian belakang tiang gol untuk menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah. Penerapan ini akan terus dilakukan sebagai konsep pendidikan dan memupuk budaya yang positif di kalangan umat Islam. Kita yakin, dengan membawa konsep menuju keberkatan ini, kita akan mendapat peluang yang lebih baik khusus daripada sudut memacu Negeri Terengganu di dalam menjayakan slogan yang dibawa iaitu “Maju, Berkat dan Sejahtera”. Bukan sahaja dalam aspek sukan sebenarnya, malah seluruh corak dan gaya kerja penjawat awam, pemimpin-pemimpin tertinggi negeri hendaklah dibina dengan konsep mencari keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Kita amat impikan sebuah

negeri yang disifatkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Baldatun Toyyibatun Wa Robbul Ghafur. “Negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ Ayat 15).

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi rasa gembira apabila meninjau teras kedua iaitu kemajuan melalui strategi pembangunan kualiti modal insan. Pembentukan modal insan dalam pelbagai aspek, dalam aspek kerohanian, untuk aspek OKU, belia, pelajar, mahasiswa, usahawan dan pelbagai golongan diperkenalkan oleh Kerajaan untuk tahun hadapan. Mewakili generasi anak muda, kami cukup berbangga dengan tawaran dan inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Negeri untuk rakyat Negeri Terengganu. Sejumlah besar peruntukan untuk tahun 2019 amat menitik beratkan soal pembangunan modal insan khususnya di kalangan belia negeri. Saya berharap, kerajaan akan terus memberikan fokus terhadap pembangunan modal insan ini tanpa menoleh ke belakang walaupun terganggu dengan persepsi daripada pihak lain. Sekadar suatu contoh, seperti yang berlaku tempoh hari, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mendedahkan bahawa Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis mendahului senarai penyalahgunaan dan penagih dadah yang paling ramai setakat di September 2018. Menurut kenyataan beliau, Pahang merekodkan seramai 16,150 penagih, Kelantan 16,918 penagih, Terengganu 10,576 penagih dan Perlis 2,123 penagih. Ya, kita belum melihat lagi statistik ini didedahkan oleh pihak AADK untuk tahun 2018.

Apapun, kalau kita menyaksikan statistik rasmi yang telahpun dikeluarkan oleh pihak AADK sehingga 2017, izinkan saya membaca data ini. Pulau Pinang bermula daripada tahun 2013 hingga 2017 jumlah penagihnya adalah seramai 19,028 orang. Selangor, 2013 hingga 2017 jumlah penagihnya adalah 12,815, Kedah, 2013 hingga 2017 jumlah penagihnya adalah 14,699, Terengganu, 2013 hingga 2017 adalah seramai 5,962. Dalam masa yang sama, Kelantan, 2013 hingga 2017 memiliki jumlah 11,221. Perak, 2013 hingga 2017 12,810.

Mengikut statistik ini, saya melihat Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak memiliki jumlah penagih yang tertinggi seluruh negara. Saya tidak bercadang untuk sinis kepada negeri-negeri lain yang tinggi, ini kerana isu dadah bukan untuk kita sinis kepada sesiapa atau negeri mana. Ia adalah isu modal insan yang terjerat dan menjadi mangsa. Kita bukan bermusuh dengan penagih, kita hanya bermusuh dengan najis dadah. Sikap pihak lain yang kaitkan isu penagihan dadah dengan usaha membantah ICERD adalah suatu perbandingan yang tidak juruh.

Saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini berasaskan data AADK dengan memberikan fokus terhadap Negeri, Terengganu berlaku peningkatan tinggi sejak 2016 dan 2017. Apakah trend menaik ini terus berlaku pada tahun 2018? Kita sama-sama menunggu data 2018 yang bakal dikeluar. Bukan untuk melihat dan membandingkan kita tinggi atau rendah tapi untuk merangka penyusunan yang lebih serius, menangani isu penagihan dadah di kalangan rakyat Terengganu.

Saya menggesa pihak Kerajaan agar bersegera menubuhkan pusat pemulihan penagih dadah secara holistik melalui penyegeraan pembangunan modul secara kolaborasi di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, AADK, UniSZA dan PEMADAM. Walaupun ia dijangka beroperasi tahun 2020 pendekatan segera sekitar 2019 hendaklah disusun melalui pusat pemulihan yang sedia ada di Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua izinkan saya menyentuh sedikit beberapa isu berkait dengan perkembangan yang berlaku dalam kawasan yang saya wakili hari ini dan juga persekitaran. Kita berada pada musim tengkujuh tentu sekali antara perkara yang menjadi kerisauan banyak pihak adalah bencana banjir yang berlaku. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan melalui Bajet 2019 untuk mencapai sebagai Urban Resilience Terengganu berdaya tahan bencana dengan memperuntukkan sebanyak RM30.7 juta.

Saya ingin menarik perhatian Dewan tentang status Projek Tembatan Banjir Baruh Tok Jiring yang sekarang ini terus diberikan lanjutan tempoh masa dalam keadaan sepatutnya ia telahpun disiapkan dan boleh untuk beroperasi, boleh digunakan bagi mengelakkan berlakunya bencana banjir. Saya berharap, agar tembatan banjir ini dapat disegerakan dapat disiapkan secepat mungkin sebolehnya tidaklah menjengok tahun 2020 dalam keadaan projek ini belum lagi disiapkan. Dalam aspek yang lain saya mewakili kawasan yang lama yang saya wakili saya yakin Wakil daripada Batu Rakit juga akan timbulkan isu yang sama tidak mengapa untuk memperkuatkan hujahan dan juga membawa nasib penduduk dalam Dewan ini tidak lain dan tidak bukan isu hakisan pantai yang terus merebak. Bagi penduduk, pemakluman yang dipanjangkan oleh pihak Kerajaan Pusat yang membatalkan projek pengawalan hakisan yang bernilai RM90 juta seperti yang dimaklumkan dalam Dewan ini adalah merupakan suatu perkara yang amat mendukacitakan. Ya, Dewan yang mulia ini pernah dimaklumkan projek tersebut telahpun diawardkan telah dianugerahkan pada kontraktor untuk menjalankan projek tersebut. Adakah ketika dimaklumkan dalam Dewan ini satu ketika dahulu ia benar-benar telah diawardkan atau sebaliknya? Yang mendukacita kita adalah projek melibat kepentingan awam ini begitu mudah ditangguhkan apatah lagi kita berdepan di musim tengkujuh ini, saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat menguruskan usaha melakukan rundingan bersama dengan pihak Kerajaan Pusat mendesak dan berusaha memujuk bagi memasti agar projek ini kembali sepertimana yang dirancang.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, saya kira inilah sahaja ucapan yang boleh saya sampaikan sebagai ucapan perbahasan sokongan untuk Bajet 2019. Sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu di atas inisiatif yang ditawarkan melalui Bajet 2019, ucapan terima kasih khusus mewakili golong belia dan anak muda di atas inisiatif-inisiatif yang cukup menarik untuk dibekalkan kepada semua anak muda, semua golongan belia yang berada dalam Negeri Terengganu ini. Sekali gus saya merakamkan ucapan tahniah di atas pembentangan Bajet 2019 yang saya kira bersifat holistik dan benar-benar menepati apa yang dimahukan oleh rakyat Negeri Terengganu, saya berdoa agar Allah

Subhanahu Wata’ala agar mengurniakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Tepoh pohon menyokong. Wabillahi taufik wahidayah, Assalamu’alaikum warahmahtullahi warbarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Tepoh yang telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya sehingga alarm pun belum berbunyi sebenarnya. Seterusnya saya persilakan Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang ingin mengambil bahagian. Sila Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

15 minit Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih. Alhamdulillahir Rabbil’alamin. Wal’aqibatulil muttaqin wala ‘udwana illa ‘alazzolimin. Asyhadu alla ila ha ilallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah. Qala rabisyrahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkahu qauli.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati yang dihormati Allah sekalian. Alhamdullilah syukur kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana pada hari ini kita dapat bersama dalam suatu Dewan yang mulia ini untuk kita membicarakan berkaitan dengan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam yang mana bajet ini merupakan bajet untuk Negeri Terengganu 2019 dan dirangka bajet berasaskan kepada kepentingan dan keperluan rakyat. Maklumat-maklumat daripada semua golongan samada golongan profesional ataupun lapisan-lapisan masyarakat daripada pegawai-pegawai kerajaan dan juga daripada rakyat biasa dikumpulkan dan dirangka untuk kita bentang dalam sidang pada hari ini.

Alhamdullilah, terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengemukakan Bajet Berimbang yang mana pendapatan menyamai dengan perbelanjaan. Dan oleh itu apabila bajet ini merupakan Bajet Berimbang menjadi tanggungan jawab yang besar kepada kita semua sama ada pihak Wakil-wakil Rakyat mahupun pegawai-pegawai Kerajaan di bawah jabatan-jabatan yang diamanahkan dengan peruntukan-peruntukan yang dibekalkan semoga peruntukan ini dapat dinilai dapat dilaksanakan sebaik mungkin supaya ianya tidak terlanjur daripada apa yang diperuntukan. Kita nak bahawa apa yang telah diperuntukan ini dinilai dengan sebaik mungkin supaya kita dapat melaksanakan program-program yang telah dikemukakan oleh jabatan-jabatan dengan meminimakan peruntukan yang ada supaya ianya tidak berlaku lebihan perbelanjaan. Sebaik-baiknya peruntukan yang diberi ini perlu ada sedikit bajet untuk kita imbangkan di masa-masa kecemasan.

Jangan bajet yang diperuntukan ini kita menggunakan dengan tidak kita mengambilkira kepntingan-kepentingan rakyat yang menjadi halatuju kita untuk kita memberi kesejahteraan kepada masyarakat di Negeri Terengganu ini sesuai dengan slogan kerajaan baru Terengganu ini meletakkan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. Kita mengamalkan kemajuan yang kita akan laksanakan ini sesuai dengan kehendak Islam, segala penyelesaian kita mesti letakkan penyelesaian Islam. Segala penyelesaian kita mesti letakkan penyelesaian Islam kita kena letak Perlembagaan Al-quran dan As-sunnah ini sebagai panduan kita supaya apa sahaja yang kita melaksanakan program kita, apa yang hendak kita rancang mesti tidak lari daripada kehendak Islam. Kita perlu ingat dan dalam Dewan ini seratus peratus adalah terdiri daripada orang Melayu beragama Islam kita perlu ingat Al-Islamu ya’lu wala yu’la alaih. Islam itu tinggi tidak ada yang lebih tinggi. Ketinggian Islam ini siapa yang nak meninggikannya siapa yang nak jaga ketinggian Islam ini? Kitalah orang Melayu yang beragama Islam mesti menggunakan peruntukan sebaik mungkin selari dengan kehendak syariat Allah supaya kita dapat keberkatan daripada Allah dan empat teras yang telah kita kemukakan Yang Amat Berhormat Menteri kemukakan dalam

Dewan ini. Yang pertama ialah keberkatan, yang kedua kemajuan, yang ketiga kebajikan dan yang keempat kecekapan.

Keberkatan dengan bajet yang disediakan ini kita mengharapkan kita dapat memartabatkan Islam kalau kita jaga Islam insyaAllah Negeri Terengganu terjamin majunya dan berkatnya dan sejahtera rakyatnya. Dalam masa yang sama Negeri Terengganu beruntung kerana pada 27.10.2003 lagi, Tuanku telahpun menandatangani Enakmen Syariah Negeri Terengganu yang mana telah diwartakan dan sepatutnya mesti dilaksanakan oleh sesiapapun yang memerintah selepas Enakmen ini diwartakan. Dan kita mengharapkan hari ini dengan mencari keberkatan daripada Allah kita sedaya upaya mendaulatkan Enakmen Syariah Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Ibu Perlembagaan Negeri Terengganu. Dan dalam masa yang sama kita perlu memberi keadilan menjaga keharmonian Undang-undang Islam ini dan alhamdulillah beberapa bulan yang lalu, salah satu daripada Enakmen ini telahpun dilaksanakan dan ahamdulillah kita akan teruskan memperkasakan enakmen ini dan kita mengharapkan seluruh Ahli Dewan yang berada di sini mesti menyahut supaya syariat Islam dapat ditegakkan dan peruntukan yang diberikan insyaAllah mencukupi untuk kita meneruskan program-program yang akan dilaksanakan nanti.

Untuk mendapat keberkatan ini ianya perlu dilaksanakan dan melalui penerangan-penerangan dan dakwah. Sebab itulah dalam peruntukan Bajet 2019, bajet untuk memperkasakan syariat Allah ini diberi keutamaan yang besar untuk kita melihat bukan sahaja rakyat biasa tetapi kita juga mengharapkan kita dapat menanamkan suatu tanaman untuk kita mendapatkan modal insan daripada seawalnya sebab itulah kita memperkasakan juga Sekolah-sekolah Agama bermula daripada serendah-rendahnya. Kita mengharapkan bajet yang diberi iaitu dengan terbentuknya Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang sekarang ini dimulakan untuk enam kawasan dahulu untuk permulaan dan insyaAllah setiap DUN selepas ini akan kita wujudkan SRIDI ini. Bagi menambahkan lagi untuk Sekolah Menengah insyaAllah setiap kawasan ada satu Sekolah Menengah Islam kerana kita perlu mewujudkan modal insan untuk mengurus tadbir di masa

akan datang. Kita nak melahirkan anak-anak apabila keluar daripada alam pendidikan mereka selepas mereka keluar daripada pusat-pusat pengajian tinggi, kita nak melahirkan kalau ianya aliran doktor kita nak mereka faham tentang Al-Quran, doktor yang faham Al-Quran, engineer yang faham Al-Quran, arkitek yang faham Al-Quran, akauntan yang faham Al-Quran dan pelbagai bidang lain lagi supaya apabila mereka mendapat pengajian Al-Quran seawal mungkin insyaAllah Negeri Terengganu akan terus maju, berkat dan sejahtera dengan kita meletakkan Islam di hadapan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya hanya ambil daripada empat ini, saya ambil satu sahaja lagi berkaitan dengan teras kebajikan. Alhamdulillah, nampaknya Bajet Berimbang tahun ini banyak memberi peruntukan untuk kebajikan rakyat. Untuk mensejahterakan hidup rakyat, yang pertama ialah dengan peruntukan RM1 juta diberi peruntukan kepada Program Hari Keluarga Peringkat DUN. Tujuannya ialah untuk kita rapatkan silaturahhim di kalangan ahli-ahli masyarakat dalam DUN-DUN berkenaan. Kita ada 32 DUN dan dalam DUN kita ada pelbagai kaum mudah-mudahan dengan peruntukan yang ada dengan program yang direncanakan kita mengharapkan kita dapat menyatupadukan masyarakat yang ada dalam DUN kita.

Yang kedua peruntukan berjumlah RM50 juta untuk bantuan perayaan yang telahpun dimulakan baru-baru ini. Kita ada tambahan daripada senarai yang sedia ada kita buka untuk tambahan kepada penerima-penerima yang layak tetapi tidak mendapat peluang ini dan telahpun kita buka dan alhamdulillah kali ini kita peruntukan RM50 juta untuk bantuan raya dengan setiap orang mendapat RM200.

Yang ketiga, kita tidak lupa kebajikan kakitangan yang senatiasa memberi khidmat yang baik untuk melihat Negeri Terengganu ini maju, berkat dan sejahtera. Jadi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukan RM1.5 juta untuk kita binakan pusat-pusat nurseri di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri. Ini sebenarnya kita nak menjaga muslihah kakitangan Kerajaan yang mana mempunyai anak-anak dan biasanya kalau tidak ada nurseri yang berdekatan menyulitkan mereka untuk menghantarkan anak-anak mereka, menyebabkan berlaku kelewatan datang

ataupun awal pulang. Dan ini merupakan suatu inisiatif yang baik yang perlu disambut oleh pegawai-pegawai Kerajaan yang mempunyai anak-anak kecil. Seterusnya ada juga sumbangan kepada keluarga yang terabai yang berpisah dengan suami, maka diperuntukan peruntukan RM1 juta. Ianya perlu kerana biasanya ibu tunggal terabai ini jarang masyarakat ambil kira mereka. Nak cari masalah, nak menyusahkan mereka ada, tetapi kita memperuntukan RM1 juta untuk ibu-ibu yang terabai ini dan alhamdulillah mudah-mudahan menjadi harapan kepada kita ibu-ibu ini dapat menjaga anak mereka dengan baik dan dapat meyengolahkan anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak terabai daripada pendidikan.

Seterusnya dalam masa yang singkat ini, okey satu saja lagi, untuk kebajikan anak muda mengikut manifesto yang telah kita janjikan untuk kita memberi Lesen Motosikal Percuma sebanyak RM300. Dan alhamdulillah mudah-mudahan apa yang saya utarakan dalam kesempatan yang sedikit ini mudah-mudahan dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kerajaan sekarang ini di bawah kerajaan baru ini sentiasa mengambil kepentingan menjaga kepentingan rakyat jelata.

Yang di-Pertua

Habiskan ayat yang terakhir Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Saya akhiri dengan menyokong Bajet 2019 dan saya memohon menyokong. Wabilahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumusalam warahmatulah.

Yang Berhormat sekalian saya buka kepada mana-mana Yang Berhormat yang hendak mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ucapan Bajet. Sila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang

Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan dan seluruh Pemerhati yang hadir pada pagi ini. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subahanahu Wata’ala di atas segala kurniaan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Dewan yang mulia ini dapat melihat dan mendengar bagaimana bajet yang saya kira bajet yang besar yang ada pada tahun ini dan sebenarnya ialah satu rahmat yang tidak terhingga kepada rakyat Negeri Terengganu. Dengan penerusan doa kita agar harga minyak dunia terus stabil dan juga pendirian Kerajaan Pusat juga tidak berubah dengan melaksanakan pemberian royalti sebagaimana yang dijanjikan. Tuan Yang di-Pertua Dewan, rakyat Terengganu lebih kurang 1.2 juta mengharapkan perubahan daripada Kerajaan. Saya mungkin sempat membicarakan beberapa isi perbincangan sahaja dengan kadar yang termampu yang mengambilkira dan ingin menekankan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu harus bergerak kehadapan mendepani masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh anak-anak muda bukan sahaja di Negeri Terengganu tetapi di seluruh negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kadar pengangguran yang terdapat di Negeri Terengganu adalah di antara 4.2 hingga 4.5 peratus kadar pengganguran yang ada dalam Negeri Terengganu ini, adalah salah satu di antara kadar pengganguran yang besar dan ianya merupakan satu permasalahan yang serius dan dalam bajet kali ini, kita melihat usaha-usaha Kerajaan menampakkan halatuju Kerajaan yang sangat jelas dengan dana-dana yang diperuntukkan kepada belia dan beliawanis. Untuk memposisikan mereka dengan posisi halatuju Kerajaan yang jelas Kerajaan mestilah mewujudkan satu mekanisma kajian ke arah perincian yang tersusun sama ada menggunakan mekanisma yang telah sedia ada ataupun mewujudkan mekanisma yang baru. Ianya bertujuan mendapatkan kadar keperluan sebenar negeri dalam semua sektor dan industri ianya memerlukan satu kajian agar sumber manusia yang kita lahirkan daripada kursus-kursus, daripada bajet yang dibentangkan itu supaya ianya memenuhi keperluan semasa Kerajaan Negeri dan ianya tidak menjadi satu lambakan sumber manusia yang dilahirkan daripada kursus-kursus yang ditawarkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, jika sekiranya kajian yang terperinci ini dapat dilahirkan dapat diwujudkan berkemungkinan besar peratus pengganguran ini dapat dikurangkan secara peringkat demi peringkat untuk mengisi kekosongan yang ada di semua sektor dan peringkat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bila mana kita lihat bagaimana masyarakat kita, menjadi suatu ikutan bila mana di setengah-setengah tempat itulah orang buka kedai runcit sebagai contoh, kedai runcitnya berjaya maka akan tumbuhlah kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan kedai tersebut. Begitu juga dengan bidang pelajaran, bidang kursus-kursus yang tertentu menjadi trend ikutan mengikut kawan-kawan mereka sebaya bukan melalui keperluan kerajaan yang telah menetapkan berapa keperluan sebenar pada bidang-bidang tertentu.

Manakala negara-negara maju kita melihat bagaimana bukan sahaja keperluan-keperluan teknikal yang penting kalau kata engineering berapa orang yang diperlukan, akautan berapa orang yang diperlukan dalam masa setahun dalam masa tahun tersebut bahkan sehingga kepada tukang gunting, kepada tukang masak kepada mekanik semuanya ada peratusan-peratusan yang specific dengan izin, supaya Kerajaan tidak membazirkan sumber manusia yang dilahirkan daripada bajet-bajet yang telah kita sediakan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di sana kita melihat suatu kebimbangan bilamana kejatuhan harga komoditi getah dan sawit yang tidak seimbang yang berikan suatu kesan yang sangat negatif kepada kehidupan bukan sahaja kehidupan petani ataupun pengusaha, tetapi memberikan kesan yang sangat besar kepada dunia perniagaan negeri kita. Kita pernah kita menaruh kebimbangan bilamana sawit dan getah ini harganya naik dan turun dengan terlalu drastik. Bilamana kita sebut perkara ini, kita boleh melihat kebun-kebun getah mula naik semak, orang tak nak menoreh lagi tambah-tambah lagi orang-orang yang kita gelarkan dengan MGL, Menoreh Getah Lah. Bukan sahaja laporan yang kita perolehi mereka tidak ada tuntutan getah-getah yang ditoreh kerana sedikit sangat. Nak tuntut pun nak buat claim pun, baru dalam RM70 sekali claim. Tetapi bilamana claim-claim ini tidak berlaku sebagaimana

yang dijadualkan, maka ianya menambah lagi masalah kepada penoreh-penoreh ini. Apa yang saya nak bangkitkan di sini ini ialah kita dalam erti kata bukan sahaja digalakkan dan diwar-warkan supaya menanam kelapa sawit dan getah untuk dieskport ke luar negara. Keperluan sawit yang kita tahu sekarang ini bagaimana krisis kelapa sawit, minyak kelapa sawit kita kurang dibeli oleh negara-negara luar bukan terhenti setakat itu sahaja tetapi kita melihat bagaimana satu kelompongan yang ada pada kita.

Kita cuba mengeluarkan sesuatu yang diperlukan oleh orang lain tetapi dalam masa yang sama, kita mengabaikan keperluan kita sendiri. Sebagai contoh yang kita lihat bagaimana keperluan makanan, keperluan-keperluan yang kita sebut sebagai Food Security kita sebagaimana yang dibangkitkan oleh Pengkalan Berangan dalam soalan berkenaan dengan beras yang tidak mencukupi. Bagaimana yang kita boleh letakkan di sana suatu statistik ataupun kita buat satu rangka bagaimana keperluan asasi kita ini perlu dirancang dan perlu dirangka untuk kita mendapat statistik keperluan sebenar.

Berapa padi kita perlu tanam, berapa ekar, berapa ekar timun kita kena perlu tanam, segala keperluan ini hendaklah dibuat satu statistik supaya kita boleh mengarahkan petani-petani kita menanam dan membuat tumpuan kepada perkara-perkara yang perlu supaya tidak berlakunya lambakan dan tidak berlakunya kita mengimport barang daripada orang. Ini kalau kita sebut sebelum daripada ini pun makna kata kita Negeri Terengganu ni bukan sahaja benda-benda besar tetapi kalau kita cakap bab sawi pun makna kata keperluan 4 tan sehari, hak boleh supply nya 2 tan sehari daripada rakyat Negeri Terengganu. Itu baru satu benda dan tidak masuk dengan benda-benda yang lain lagi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ianya satu benda yang sangat penting kerana bila mana, harga lada meningkat, bila mana harga timun meningkat orang duk tumpu kepada satu benda. Dalam keadaan tidak ada keseimbangan tanaman-tanaman ini daripada petani-petani dan tidak ada kawal selia daripada pihak berwajib.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, di samping itu Bajet pada kali ini kita juga melihat bagaimana Kerajaan Negeri yang sebenarnya masih lagi dalam tempoh peralihan yang kita boleh sebutkan sebagai tempoh peralihan yang mana kita sendiri menyaksikan bagaimana Bajet pada kali ini yang sebenarnya 86.58% adalah sesuatu yang kita kata bergantung kepada Terimaan Bukan Hasil. Kalau dengan bahasa yang lain ialah dengan royalti minyak. Jadi oleh kerana itu, jika sekiranya perkara ini berterusan dengan ulasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua-tiga hari baru-baru ini berkenaan dengan sedikit kebimbangan kita dengan hasil royalti yang mungkin diterima atau mungkin tidak diterima oleh Kerajaan Negeri. Kita perlu mencari satu mekanisme yang lain dan saya juga menyokong perkara yang telah diusul dan yang telah diutarakan oleh Tepoh sebagaimana tadi bahawa Terimaan Bukan Hasil ini sangat membimbangkan kita. Saya juga dapat mencatat sebahagian daripada ucapan pihak Kerajaan berkenaan dengan TSV ataupun kita sebut Terengganu Silica Valley di mana di sana adanya kebimbangan daripada pihak kita yang mendengar ini, Dewan yang mendengar ini tentang kajian sebenar isi bumi Negeri Terengganu yang sebenarnya masih lagi dalam peringkat kajian dan ini adalah sesuatu yang sepatutnya bila mana adanya pelabur bila mana di sana adanya pelaburan-pelaburan atau pihak pelabur yang berminat untuk melabur di dalam industri silika ini, sepatutnya kita di peringkat Kerajaan Negeri ini telah mempunyai suatu mekanisme mengetahui berapakah sebenarnya isi kandungan silika yang sebenar berapa tahun bertahan sebagai contoh.

Jadi oleh kerana itu kita mengharapkan dengan apa yang telah dibentangkan kepada kita ini daripada pihak Kerajaan bahawa bila mana kebergantungan kita kepada hasil royalti ini adalah sesuatu perkara yang sangat menggerunkan kita. Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bila mana kita memperkatakan tentang Bajet Kerajaan ini, maka di sana perlulah kita mekanismakan supaya ianya menjadi suatu yang benar-benar nyata untuk sama-sama kita rasai keberkatan Maju, Berkat, Sejahtera ini bersama-sama dengan rakyat seluruhnya.

Jadi oleh kerana itu, apa yang pastinya ialah kita juga di sana adanya GLC-GLC yang sepatutnya memberikan pulangan yang baik kepada kepada Kerajaan Negeri dan berperanan dengan peranan yang terbaik dan ia semoga ianya tidak memberi bebanan kepada Kerajaan Negeri pada masa-masa yang akan datang. Oleh kerana itu, saya menyokong Bajet Ucapan Bajet 2019 dan insyaAllah kita berusaha ke arah kebaikan. Terima kasih. Assamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya persilakan Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini. Sila Yang Berhormat Wakil Kemasik.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wassolatu wassalamu’ala asrofil ambiya iwal mursalin Saidina Muhammadin wa’ala alihi wasohbihi aj ma’in. Robbisy rohli sodri wa yassirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qouli. Amma ba’du. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati, muslimin, muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah pada hari ini kita dapat terus bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini dalam memacu Terengganu kepada sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih ke atas pembentangan yang ditawarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dengan segala inisiatif yang ditawarkan pada Bajet 2019 ini. Dengan suatu Bajet yang berimbang, keterlibatan dan komitmen tinggi yang akan diberikan oleh setiap pihak jabatan, agensi dan seluruhnya bagi memastikan kejayaan atas Bajet yang dibentangkan, ini juga didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus kepada perkara sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Teras Kedua perencanaan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah berkenaan dengan kemajuan. Teras ini diperkukuhkan dengan 8 strategi pelaksanaan antaranya adalah merancakkan pertumbuhan ekonomi. Sebahagian daripada usaha tersebut adalah termasuk untuk memakmurkan ekonomi negeri. Usaha Kerajaan mengembangkan sumber mineral yang sangat tinggi nilainya kepada Kerajaan Negeri termasuk sumber baharu iaitu silika sangat baik dan sangat dialu-dialukan. Pembangunan kawasan industri baharu yang melibatkan kos sebanyak RM200 juta ini diharap mampu menjana peluang baharu dalam perkembangan ekonomi ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sumber mineral lain termasuk yang telah lama kita bangunkan dan telah kita terima faedah yang banyak daripadanya iaitu minyak dan gas juga perlu untuk terus dikembangkan. Sebahagian hasil daripada royalti minyak dan gas ini perlu diperuntukkan kembali ke dalam sektor ini bagi memastikan industri tersebut terus meningkat dan berkembang dengan lebih baik. Peningkatan prasarana dan infrastruktur kawasan industri ini perlu terus dipertingkatkan bagi memangkin perkembangan industri tersebut. Pelaburan-pelaburan baharu perlu dicari dan dikembangkan. Inisiatif baharu dan lebih baik untuk menarik pelabur-pelabur hiliran baharu perlu dirancakkan. Kami percaya usaha ini mampu memberi kesan gandaan kepada perkembangan ekonomi serta memberi manfaat yang baik kepada negeri dan rakyat keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, usaha berterusan untuk menuntut pihak Petronas dalam memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja serta kontraktor-kontraktor tempatan perlu terus dipergiatkan sebagai contoh yang boleh mungkin saya bawa pada Dewan ini adalah untuk kerja-kerja mahir seperti drilling rig dengan izin, perigi-perigi minyak yang baru tiada syarat atau keutamaan diberikan kepada syarikat dan pekerja Terengganu sebaliknya sebagai contoh yang berlaku di Sabah dan Sarawak syarikat-syarikat anak tempatan telah diberi keutamaan dan pengambilan pekerja juga diberi keutamaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak sehinggakan untuk kerja-kerja di Terengganu dan Kelantan itu juga

mereka menggunakan syarat dan keutamaan yang sama. Syarikat pembekal tenaga kerja Terengganu dalam bidang sebagai contoh drilling rig ini tidak diberi keutamaan walaupun sudah hampir 30 tahun dalam bidang ini. Syarikat-syarikat ataupun kerja-kerja baru yang diaward mutaakhir ini juga diterima ataupun dilantik kepada kontraktor-kontraktor daripada Sabah dan Sarawak. Dan mereka kontraktor tersebut juga meneruskan inisiatif ataupun keutamaan walaupun kerja di Terengganu dan Kelantan, keutamaan masih tetap diberi kepada pekerja-pekerja dari Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan untuk meningkatkan kapasiti dan lokasi baharu perlu terus dikenalpasti sebagai contoh penambahbaikan prasarana untuk kerja-kerja industri berat dan maritim di muara dan Sungai Kemaman. Kita maklum, muara dan Sungai Kuala Terengganu sekarang lebih menumpu kepada sektor pelancongan. Justeru, penumpuan untuk muara dan Sungai Kemaman menjadi sebagai sebuah hub industri berat minyak dan gas serta maritim perlu terus dipergiatkan. Tumpuan perlu terus diberikan supaya ia mampu memberi impak yang lebih besar terhadap pembangunan industri yang sudah sekian lama bertapak di Negeri Terengganu ini. Di samping peningkatan dan penumpuan kepada lokasi kerja dan operasi, keperluan untuk meningkatkan kemudahan asas seperti tempat-tempat rekreasi dan sebagainya bagi pekerja-pekerja sektor-sektor tersebut juga perlu dipergiatkan. Sebagai contoh yang mungkin saya boleh bawa dalam Sidang Dewan yang mulia ini adalah Bandar Baru Kerteh. Bandar Baru Kerteh seharusnya diberi wajah baru dan ditambah baik. Usaha lain menyediakan keselesaan dan keadaan yang lebih baik amat diperlukan. Terima kasih atas beberapa tumpuan yang Kerajaan Negeri berikan terhadap peruntukan bagi mempertingkatkan infrastruktur dan kualiti pengurusan bencana negeri supaya menjadi Terengganu berdaya tahan bencana terutama di beberapa lokasi di Kemaman.

Tuan Yang di-Pertua, menjadikan Terengganu sebuah destinasi pelaburan yang mesra pelabur juga merupakan suatu usaha yang sangat dialu-alukan. Kami yakin industri-industri yang telah lama bertapak di Negeri Terengganu

termasuk industri minyak dan gas serta petrochemical dan biopolymer akan memberi impak yang baik dan dapat terus berkembang. Birokrasi permohonan pelaburan yang dipermudahkan dan mesra pelabur tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Negeri Terengganu juga bakal menyediakan ekosistem yang baik dan mampu menarik kehadiran pelabur-pelabur berskala besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terengganu juga tidak ketinggalan dalam pembangunan ke arah Revolusi Industri 4.0 yang terus berkembang. Usaha Kerajaan untuk mendigitalkan sistem penyampaian Kerajaan akan mampu untuk menjadikan operasinya lebih efisien dan efektif. Program-program untuk meningkatkan kemahiran multimedia, teknologi baharu infrastruktur internet serta memperkasakan inisiatif Terengganu Digital 1303 (TD1303) perlu terus dijalankan. Seterusnya, meluaskan capaian internet percuma kepada rakyat dengan memperkenalkan PINTAR bagi memperkasakan bestari.com keseluruhannya sebanyak 40 lokasi yang sedia ada di seluruh Negeri Terengganu sangat-sangat dialu-alukan. Kelihatan pusat-pusat internet bestari.com yang sedia ada sangat uzur dan saya yakin PINTAR mampu untuk menambahbaik fasiliti tersebut dan seterusnya menjadikan ia suatu One Stop Centre dengan izin, bagi aktiviti berasaskan internet yang lebih baik.

Pusat pendidikan dan penyelidikan juga perlu diperkasakan ke arah Industry Revolution 4.0 dengan izin, ini memandangkan I.R. 4.0 ini adalah berkenaan dengan digitalization and automation of the system dengan izin, institusi pendidikan teknikal negeri sebagai contoh TATIUC boleh dijadikan sebagai hub robotik dan inovasi terbaik ke arah menjayakan I.R. 4.0 ini. Saya rasa itu sahaja mungkin daripada saya sekian terima kasih. Tuan Yang Di-Pertua, Kemasik mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih wakil daripada Kemasik.

Saya nampak setakat ni tidak berapa balance, senget sebelah. Sebelah ini saja cakap. Saya takut nanti kalau masa esok terkejar-kejar takut tak sempat nak

bercakap. Yang Berhormat daripada sebelah kiri saya nak bercakap untuk ambil bahagian dalam perbahasan bajet ini. Sila, sila Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wahuas samiul ‘alim. Rabbisy rohli sadri wayasirli amri wahlul uqdatan minlisani yafqauhu qauli. Amin. Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Menteri Besar kelmarin.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan seterusnya sidang Pemerhati, dan tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Merujuk kepada Buku Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kalau kita tengok dalam buku bajet tersebut saya bercerita teruslah ni. Sebelum pada itu, Tuan Yang di-Pertua saya nak rujuk yang ini dahulu Penyata Rasmi yang baru sahaja diedarkan sementara saya teringat ni. Muka surat 103 Penyata Rasmi. Hijau molek buku. 103 yang mana saya ingin mencadangkan kepada Dewan buat pembetulan sikit. Muka surat 107 minta maaf. Okey perenggan yang kedua muka surat 107 Tuan Yang Di-Pertua, ayat yang terakhir dalam perenggan yang ketiga perwakilan dalam Washington Youth Congress di St. Petersburg Rusia nanti. Yang saya sebut waktu Sidang yang lalu iaitu perwakilan dalam Rosatom Youth Congress di St. Petersburth. Rosatom nama tempat di St. Petersburg di Rusia. Berasa takut benda ini kalau saya tak perbetulkan jadi maksud lain sebab ia merupakan Penyata Rasmi dan juga handsard yang akan digunakan untuk pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Maksud Yang Berhormat berdasarkan apa yang diucapkanlah. Mungkin lidah Yang Berhormat pada masa itu tidak berapa tepat kot.

Hor, mungkin ada itu sikit.

Yang di-Pertua

Okey teruskan, teruskan.

Baik terima kasih. Sebab ia tempat yang berlainan Yang di-Pertua. Okey saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kalau merujuk kepada muka surat 38, buku bajet ia ada menyentuh tentang subsektor pelancongan iaitu pelancongan berasaskan sukan iaitu Sports Tourism. Saya ingin menyuarakan suara-suara, penggemar-penggemar dan juga peminat-peminat sukan. Mungkin bukan sukan teras tapi sukan ini mula digemari di Terengganu khususnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah iaitu sukan kriket. Kalau kita tengok di India, di Bangladesh, di Sri Lanka, di Australia, di Afrika Selatan dan banyak lagi negara-negara lain. Dan kalau tengok dalam Astro pun, sukan kriket ini amat popular sekali. Dan sukan ini walaupun bukan sukan teras saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan melalui Portfolio Sukan dan juga boleh bekerjasama dengan Portfolio Pelancongan supaya boleh memperkasakan lagi sukan kriket khususnya kita di Negeri Terengganu. Sepertimana negara-negara jiran kita dan juga negeri-negeri jiran kita menganjurkan sukan kriket sebelas sebelah ataupun enam sebelah, six side dan eleven side boleh menarik pelancong-pelancong dan juga pemain-pemain mari main di Negeri Terengganu sekaligus peminat-peminat, penyokong-penyokong dan juga pemain-pemain bukan sahaja daripada negeri-negeri lain tapi juga daripada negara-negara lain boleh mari melancong di negara kita.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat pandai tak main kriket ini?

Bolehlah hodoh-hodoh. Ini kerana pada minggu lepas saya sempat menghadiri Kejohanan MCA MOE Championship School di Kinrara Over di Kuala Lumpur. Ataupun Bahasa Melayunya Kejohanan Adiwira untuk pelajar-pelajar sekolah rendah kita iaitu pelajar-pelajar bawah 12 tahun. Dan kita dapat lihat bahawa skill dan juga kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar kita di sekolah di Negeri Terengganu ini. Sebab itu kita terima kasih kepada pihak JPN, kepada pihak MSN, kerana sentiasa memberi galakan kepada pemain-pemain kriket khususnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Pada kejohanan yang lepas pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Kertih untuk makluman telah berjaya masuk ke semi final. Yang mana telah berjaya mengalahkan sekolah-sekolah yang dikira gergasi dalam sukan kriket daripada Pulau Pinang, daripada Kuala Lumpur dan juga daripada Selangor. Dan kita rasa sayang sekiranya sukan kriket ini kalau kita tidak membuat satu kesinambungan khususnya apabila pelajar-pelajar ini meningkat kepada sekolah menengah dan juga lepasan sekolah. Itu kategori lelaki dan juga kategori wanita pun ada juga. Pakaiannya tutup aurat, pakai tudung, seluar panjang belaka dan main dengan penuh sopan. Pemain-pemain sukan kriket perempuan bawah 12 tahun pula diwakili oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Nail Kuala Besut. Itu yang nak khabornya. Dan juga telah berjaya mendapat Naib Johan Plate. Walau pun berlatih dalam tempoh kurang daripada sebulan tetapi juga telah menempa nama di peringkat kebangsaan. Alright, itu berkenaan sukan kriket. Kalau boleh kita perkasakan lagi sukan kriket di Terengganu dan sekaligus kita menjadikan sukan kriket sebagai salah satu lagi elemen dalam Sports Tourism ataupun sukan berasaskan pelancongan.

Perkara yang kedua Tuan Yang Di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu berkenaan untuk memperkasakan dan juga membantu nelayan-nelayan dari segi pembinaan lebih banyak lagi tukun-tukun tiruan dan juga cold storage. Dan semalam saya ada bertanyakan dalam soalan tambahan berkenaan kepada Yang Berhormat EXCO iaitu berapakah jumlah berat tukun tiruan yang

diperturunkan dan apabila saya menanyakan soalan yang sebegitu rupa sebenarnya jumlah berat itu memberi reflect ataupun memberi secara tidak langsung dan juga langsung kepada saiz tukun tiruan yang kita daratkan, yang kita labuhkan atau pun yang akan kita labuhkan nanti. Ini kerana kalau kita boleh labuhkan tukun tiruan yang bersaiz ataupun yang mempunyai berat 12 tan dan mungkin ke atas, ianya menjadi igauan ngeri ataupun mimpi ngeri kepada bot-bot pelancong asing dan juga nelayan-nelayan asing. Kadang-kadang ada juga yang duduk atas bot kita ini. Kerana apabila tukun tiruan yang mempunyai berat dia 12 tan ke atas dan saiz dia besar, dia boleh meranapkan pukat-pukat kokok, pukat tunda yang dikuasai oleh bot-bot asing dan sekaligus boleh menjadi benteng pertahanan bukan sahaja dari segi rumah-rumah ikan, bukan sahaja dari segi jumlah kehidupan marin yang ada di kawasan Perairan Antarabangsa kita tapi juga boleh menjaga perbatasan yang ada di kawasan kita. Dan sekiranya tukun tiruan yang sebesar yang saya maklumkan itu, bukan sahaja menjadikan berita gembira kepada nelayan, tapi saya yakin menjadikan berita gembira juga kepada pihak-pihak keselamatan yang menjaga pertahanan di Perairan Antarabangsa kita seperti Maritim dan sebagainya.

Tuan di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meneruskan Projek Kuala Besut Square yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar Kuala Besut khususnya yang berada di dalam Mukim Kuala Besut kerana saban tahun walaupun ekonomi kita di peringkat global menguncup, walaupun pertumbuhan ekonomi kita tidak mencapai suatu yang positif, tapi kehadiran pelancong ke Pulau Perhentian melalui Jeti Kuala Besut masih lagi dalam keadaan yang stabil. Sebab itu kita memerlukan infrastruktur yang lebih efisien lagi di Kuala Besut agar pelancong-pelancong yang datang membawa limpahan ekonomi ke Negeri Terengganu kita secara amnya akan memberi kesan yang sangat positif kepada penduduk dan juga kepada Negeri Terengganu yang kita sayangi ini.

Tuan di-Pertua, rujuk pula kepada muka surat 18 Buku Bajet, yang mana pihak kerajaan juga meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu iaitu

memperkasakan masjid dan surau, seperti yang termaktub dalam prinsip TTB, lapan prinsip TTB yang digagaskan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu. Cuma saya di Kuala Besut, saya menerima rintihan, khususnya daripada penduduk di kawasan Kampung Gong Surau kerana masjid yang ada yang telah berusia lama dah tu dan struktur bumbung .....

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Laluan Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Masa merah dah nak habis dah tu.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Banyak lagi tu…. banyak lagi.

Tak apa biar pihak Kerajaan yang gulung, nanti tunggu jadi kerajaan nantilah.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Saya bukan nak gulung, nak tanya jer.

Tak apa nak habis dah tu, nanti Speaker akan bagikan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Dia tak bagi laluan Yang Berhormat.

Hor, mana dah satning? Masjid dan surau. Jadi masjid di Kampung Gong Surau memerlukan pembaikan atau penstabilan khususnya struktur bumbung kerana apabila kita melawat baru-baru ini, struktur itu semakin lama semakin uzur, dan menjadi perkara yang sangat tidak elok, khususnya kita ni Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan pun boleh dikatakan orang Islam belaka ni, kerajaan pun Kerajaan Islam kalau berlaku kejadian yang tidak kita

ingini. Jadi marilah kita elak perkara yang kita tidak ingini itu jangan berlaku runtuh ke apa ke supaya kita baik pulih segera masjid tersebut.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Boleh beri laluan sikit?

Tak apa, kita bagi peluang sikit lagi.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dia tak beri laluan.

Perkara yang berikutnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya suka mendengar perkara yang disebutkan oleh Menteri Besar. Okey, muka surat 50, perkara 112: Kerajaan Negeri juga akan memperkukuhkan budaya politik matang dan sejahtera dalam Pentadbiran Negeri bagi memastikan penstabilan politik di negeri ini. Paradigma dan pemikiran yang sewajarnya ditingkatkan bagi memajukan Negeri dan Menteri Besar beritahu, tinggalkanlah budaya politik berbalah yang tidak berkesudahan barulah politik kasih sayang yang menguntungkan kita semua untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membina negeri kita. Dan apabila merujuk pada frasa tersebut, suka saya ingin membawa ke pengetahuan Dewan yang mulia ini, kerana saya juga dihujani dan didatangi oleh ramai penduduk-penduduk yang telah menduduki Rumah Mampu Milik. Saya rasa dalam facebook pun ada keluar jugak ni. Rumah Mampu Milik kita di Kuala Besut, kita ada rumah mampu milik di Gong Tengah dan juga Rumah Pangsa Mampu Milik di Mengabang Besar, yang mana mereka ni mendapat notis menyuruh keluar dengan segera sedangkan ada dalam kalangan mereka ni adalah golongan orang-orang bawah lagi dari B40, ada yang kerja nelayan, ada yang keluar ke laut dengan menyertai bot nelayan laut dalam. Kadang-kadang tiga minggu tak balik, kadang-kadang berlabuh di Kuala Besut, kadang-kadang berlabuh di Tanjung Lumpur, kadang-kadang berlabuh di Sedili, kadang-kadang berlabuh di Kuala Pahang, kadang-kadang sebulan tak balik lagi. Dan apabila mereka ni mendapat notis supaya mengosongkan rumah dengan segera sudah tentulah

menjadi berita yang sangat menyedihkan kepada mereka kerana nak mendapatkan rumah ini bukannya mudah. Dan untuk mendapatkan rumah tersebut proses temuduga, proses tapisan yang dilaksanakan oleh jabatan amat-amat ketat sekali. Jadi, saya mohonlah supaya pada pihak kerajaan selaras dengan yang disebutkan oleh pihak kerajaan tinggalkanlah budaya politik berbalah ni… kalau boleh, bukan level atas jer ni, sampai ke akar umbi tinggalkanlah budaya politik berbalah ini dan dengarlah keluhan, berilah peluang kepada rakyat kita memberi luahan dan juga berilah mereka supaya ruang-ruang mereka dapat kita dengari kita sebagai kerajaan supaya mereka ini dapat menikmati apa dia nikmat yang telah…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Boleh berikan penjelasan sedikit. Kuala Besut nak minta penjelasan boleh?

Ooo.. kerajaan boleh.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Haa … Kerajaan ni. Kuala Besut kata tadi ada yang ditarik balik rumah kerana kelaut dalam. Kalau boleh nak minta maklumat tu biar tepat. Ada dakwaan tu kadang-kadang bila kita siasat, ceritanya lain. Nanti bagi ke saya, kita boleh rundinglah apa yang sebenarnya yang berlaku.

Okey alright. Okey. Saya rasa itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua, dan marilah sekali lagi, kali ketiga ni, saya harapkan supaya slogan ataupun orang panggil impian yang diimpikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat kita selaraskan bukan sahaja di atas ni tapi sampai ke akar umbi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut masa masih ada lagi sebenarnya. Kalau nak layan yang pencelahan pun tak ada masalah terpulang pada Yang Berhormat. Saya minta seorang lagi,

sebelum kita tangguh Persidangan pada tengah hari ni. Saya minta seorang lagi. Sila.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamu’alaikum …..

Yang di-Pertua

Sila Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ’alamin. Wassala tu wassala mu ‘ala asyrofil anbiya iwal mursalin Saidina Muhammaddin wa’ala alihi wassohbihi ajmain. Rabbisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qouli. Ammaba’d.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan serta para Pemerhati sekalian. Alhamdullilah syukur kepada Allah Ta’ala pada hari ini kita sama-sama berada dalam Dewan ini buat hari yang kedua bagi membahaskan Pembetangan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pada semalam. Bajet Negeri Terengganu pada 2019, dengan tema Negeri Berkat Rakyat Sejahtera telah selesai dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan ianya merupakan suatu Bajet yang dijangka dapat menjana kehidupan, yang selesa dan harmoni di kalangan masyarakat. Empat teras yang penting iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan merupakan tunggak Bajet yang memperuntukan sejumlah RM2.05 bilion. Tuan Yang di-Pertua, melalui Bajet ini saya merujuk kepada teras yang ketiga iaitu kebajikan. Kebajikan merupakan suatu keperluan yang melibatkan makan minum, pakaian dan tempat tinggal iaitu rumah kediaman. Perkara-perkara asas yang sebegini dapat menjamin kehidupan yang sejahtera di samping faktor-faktor lain. Untuk mencapai maksud ini, sejumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Projek Perumahan Terengganuku Sejahtera dan Projek Perumahan Mampu Milik. Rumah merupakan keperluan asas idaman

pertama selepas insan berumahtangga dan berkeluarga. Rakyat yang berpendapat rendah menaruh harapan tinggi kepada pihak kerajaan untuk memiliki rumah di samping lot-lot tanah untuk perumahan. Tidak dapat dinafikan sudah banyak rumah-rumah telah dibina oleh kerajaan melalui SEDC dan juga rumah pemaju perumahan dan sehingga kini masih belum mencukupi nisbah penduduk yang semakin bertambah. Masih ramai rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak memiliki rumah sendiri walaupun sudah bekerja dan berumahtangga. Pihak pemaju lebih mementingkan keuntungan yang mengutamakan rumah-rumah yang hanya mampu dilihat yang menjangkau harga RM250 ribu ke atas berbanding dengan Rumah Mampu Milik yang dibina oleh kerajaan. Di sini peranan kerajaan untuk merancak lagi pembinaan Rumah-Rumah Mampu Milik di seluruh daerah khususnya di DUN yang saya wakili yang sekarang sudah tiada lagi rumah-rumah yang mampu diberi kepada rakyat yang layak. Saban hari rakyat yang miskin datang menagih Rumah Mampu Milik. Kita hanya mampu menjawab dengan jawapan yang tidak enak didengar oleh mereka. Hanya bersabarlah sahaja tunggu masa.

Tuan Yang di-Pertua, DUN yang saya wakili sekarang ini tidak mempunyai rumah lagi untuk diberi kepada rakyat yang memerlukan rumah. Saya telah mengambil inisiatif sedikit kajian keperluan Rumah Mampu Milik oleh penduduk di sekitar DUN yang saya wakili DUN Air Putih. Kita telah mengedarkan borang kajian keperluan rumah hampir 4 ribu helai borang kepada MPKK untuk diagihkan kepada mereka yang berkeperluan untuk mendapatkan rumah. Hasil daripada kajian ini sebanyak 1,614 orang penduduk yang berumur 21-30 tahun yang sudah berumahtangga tetapi mereka belum memiliki rumah, dan 1,572 orang berumur 31-40 tahun juga masih belum memiliki rumah.

Kedua, kategori ini menunjukkan seramai 3,186 orang di DUN yang saya wakili masih belum memiliki rumah kediaman. Walaupun mereka sudah lama bekerja dan berumahtangga mereka masih belum mampu memiliki rumah kediaman. Di mana daripada 3,186 itu sebanyak 2,143 respondan ini masih lagi tinggal bersama ibu bapa atau mentua, manakala 1,801 orang tinggal di

rumah sewa. Hampir 80% daripada 3,186 orang ini telah memilih untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik dan 20% lagi untuk mendapatkan lot-lot tapak kediaman. Manakala dari sudut pendapatan pula 56% atau 2,084 respondan berpendapatan RM1,100 sehingga RM2,000 sebulan. 27% iaitu 1,056 respondan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan. Selebihnya 18% berpendapatan di bawah daripada RM1,000 sebulan. Hasil daripada kajian ini seramai 3,186 orang yang sedang menunggu giliran untuk memiliki Rumah Mampu Milik.

Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah Kerajaan Islam yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat keperluan golongan yang berada pada garis kemiskinan ini perlu diutamakan. Projek-projek perumahan mampu milik hendaklah diperhebatkan di setiap daerah (maknanya setiap DUN). Kerajaan juga telah membuka kembali ruang, peluang memiliki lot-lot tanah perumahan agar rakyat dapat membina sendiri rumah masing-masing dengan kos yang mereka mampu. Di samping menyediakan satu tabung pinjaman perumahan kepada golongan yang berkemampuan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk Dana Usaha Usahawan Belia Sejahtera yang baru dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam memperuntukkan sebanyak RM2 juta. Peluang ini perlu direbut oleh para belia Terengganu masih banyak tanah yang belum diterokai, beri peluang kepada para belia memajukan tanah dengan tanaman kontang di samping memenuhi permintaan dalam negeri sumber hasil yang menampung keperluan negara. Walaupun diwujudkan perusahaan hiliran sehingga boleh ekspot ke luar negara.

Untuk menjayakannya, para belia perlu dibekalkan dengan tiga perkara iaitu modal, ilmu dan bimbingan. Para belia yang berminat untuk menceburi aktiviti ini perlu terlebih dahulu diberi ilmu melalui kursus-kursus kerana tanpa ilmu sesuatu yang diusahakan kemungkinan tidak tercapai, hasil tidak optimum. Dan lebih malang sekali tanpa bimbingan kemungkinan apa yang diusahakan akan berhenti sekerat jalan. Kerajaan perlu mengkaji dan mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek pertanian yang

dijalankan sebelum ini. Kita tidak mahu masalah itu berulang sehingga hilang keyakinan para belia untuk menceburinya. Sewajarnya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Terengganu berjaya menjadi role model dalam bidang pertanian menghasilkan usahawan-usahawan tani di kalangan belia yang berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, kemudahan infrastruktur sedang berjalan di DUN Air Putih di mana projek menaik taraf jalan bermula Exit Chukai daripada LPT 2 ke Bandar Chukai dan ke Air Putih. Projek naik taraf ini ianya melibatkan pengambilan tanah milik dan sebagainya melibatkan rumah kediaman rakyat dan tanah kerajaan Kampung Pasir Gajah. Lebih kurang 70 buah rumah yang terlibat dengan naik taraf jalan ini berada dalam tanah kerajaan. Mereka mendiami rumah ini sudah lama dan hampir 60 tahun. Hasil daripada tinjauan kita rata-rata mereka yang terlibat ini menyatakan pihak kerajaan yang terdahulu membenarkan mereka membina rumah di atas tanah tersebut. Keadaan ini menyulitkan disebabkan jika perubahan rumah kediaman hendak dilakukan dan tidak dibayar apa-apa bayaran pampasan kepada mereka sudah tentu rakyat akan memprotes. Saya merasa amatlah tidak adil sekiranya rakyat yang tinggal berpuluh-puluh tahun di sini dikehendaki keluar meninggalkan rumah kediaman mereka begitu sahaja. Diharapkan melalui Bajet 2019 yang menelan kos RM2.05 bilion sudi kiranya saya sebagai wakil kawasan ini, pihak kerajaan dapat menyediakan sedikit peruntukan sebagai pampasan atau apa-apa bayaran pun dengan harapan rakyat akan rasa selesa dan harmoni dengan keadaan yang berlaku.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membentangkan Bajet semalam oleh kerana Air Putih ini satunya kawasan yang sinonim dengan banjir berlaku, jadi Kerajaan Negeri juga akan membina Pusat Pemindahan Banjir di kampung Seberang Tayor. Terima kasih sekali lagi saya mewakili penduduk DUN saya, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membina sebuah Pusat Pemindahan Banjir di kampung Seberang Tayor.

Saya kira setakat ini sahajalah sedikit sebanyak yang saya sebutkan di sini. Akhir kata saya mohon menyokong Bajet 2019. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Air Putih. Alhamdulillah kita telah selesai daripada rehat tadi 6 orang ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Bajet 2019 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin. Kita akan sambung selepas daripada rehat nanti.

Sebelum pada itu di meja Yang Berhormat ada satu surat jemputan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempersilakan semua Ahli Yang Berhormat ke Majlis Jamuan Makan Tengah Hari di Damai Lounge dan sementara pegawai-pegawai di tempat yang biasa disediakan iaitu di Perkarangan U2. Dan sebelum daripada itu saya nak sebutkan juga kepada Ahli Yang Berhormat sebenarnya dari segi perancangan masa yang saya buat sepatutnya kita mempunyai masa yang mencukupi dan sememangnya saya nak tengok semua Ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan Ucapan Belanjawan ini dan saya harap jangan ambil masa yang lama untuk masing-masing tengok siapa dulu yang hendak berucap. Ada peluang terus ambil bahagian.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguh sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.50 TENGAH HARI.

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat di sambung semula. Perbahasan Bajet 2019 diteruskan, cuma sebelum saya jemput mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap, saya hendak tahu berapa ramai yang hendak bercakap hari ini, sila angkat tangan. Okey. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bandar untuk memulakan Ucapan Perbahasan Bajet pada petang ini, dipersilakan.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarokatuh. Alhamdulillahibini’matihi tatimussaliha, asyhadu alla ila haillallah wahdahulaa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluh. Allahummasollim wasollim a’ala habiibina wa syafi’na wazuhrina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi wataabiin na lakum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco-Exco, Ahli -ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai seterusnya Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Saya mulakan ucapan pada petang ini dengan membaca Surah Al-‘Asr:

ໂ

Yang bermaksud: ”Demi masa sesungguhnya manusia itu pasti berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan orang yang beramal solih, yang saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”

Saya mengambil peluang pada petang ini, dalam Majlis Dewan yang mulia ini untuk sama-sama membicarakan tentang Bajet 2019. Yang Berhormat Speaker, kita sama-sama bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan kurnia yang telah dikurniakan kepada kita sehingga kita dapat bersama-sama pada petang ini. Ucapan ulung tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri yang telah membentangkan Bajet 2019.

Perkara yang pertama yang saya ingin tekankan daripada Bajet yang disifatkan sebagai Bajet Seimbang yang mana pendapatan bersamaan dengan perbelanjaan yang melibatkan jumlah RM2.015 bilion. Ini menggambarkan keupayaan dan kesungguhan pihak kerajaan dalam memastikan negeri kita Terengganu Darul Iman menuju objektifnya maju, berkat dan sejahtera. Yang Berhormat Speaker …..

Yang di-Pertua

Saya tegur sikit, di Terengganu penggunaan rasmi bukan Speaker, Yang di-Pertua Dewan. Sesetengah-tengah negeri dia guna istilah Speaker, Ahli Berhormat pun guna Speaker. Kita di Terenganu, Yang di-Pertua Dewan.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan. Yang di-Pertua Dewan, Bajet yang berasaskan

kepada kepentingan dan keperluan bersandar kepada pendapat dan cadangan daripada 2,260 yang melibatkan aspirasi semua peringkat. Daripada pegawai tinggi sehingga kepada rakyat, saya amat yakin dan percaya Bajet yang seperti ini akan dapat memacu negeri kita ke arah yang lebih baik di masa yang akan datang. Bukan senang untuk kita membuat suatu Bajet yang boleh menyentuh seluruh lapisan masyarakat. Kali ini saya melihat Bajet ini memang benar-benar menyentuh semua segmen dan semua lapisan masyarakat. Dan di antara perkara yang amat menarik ialah berhubung dengan empat teras yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat di dalam perbentangan Bajet pada pagi kelmarin. Di antara yang disebut teras keberkatan, kemudian kemajuan, kemudian kebajikan dan kecekapan. Saya yakin mana-mana negeri ataupun negara, teras yang kedua dan ketiga serta yang keempat memang sudah tidak asing iaitu memastikan negara ataupun negerinya maju, kebajikan rakyatnya terjamin, kecekapan jentera kerajaan di dalam menyampaikan hasrat untuk menjadikan negeri ataupun negaranya sebuah negara atau negeri yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, kemajuan tidak bererti sekiranya hanya sebahagian rakyat yang kecapi. Kita mahu melihat kemajuan yang kita bina ini dikecapi oleh semua peringkat masyarakat. Sehingga rakyat merasa hidup di dalam negeri-negeri kita ini, Negeri Terengganu Darul Iman ini benar-benar memberi suatu keadaan yang selesa, sejahtera. Begitu juga unsur teras kebajikan yang diutarakan dalam Bajet ini perlu sampai kepada sasaran, kepada mereka yang memerlukan dan sasaran yang dikenalpasti hendaklah kita pantau. Sekiranya kebajikan itu tidak beralir dengan cara yang betul maka kebajikan hanyalah tinggal kebajikan. Saya amat yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat serta pegawai-pegawai yang berada di belakang pentadbiran dapat memastikan kebajikan akan sampai kepada sasaran.

Seterusnya, berhubung dengan teras kecekapan juga disentuh supaya kerajaan kita kali ini benar-benar memaksimakan tenaga, kepandaian dan kepakaran, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai kata kepakaran yang ada ini tidak diletak pada tempat yang betul maka kecekapan seseorang itu

tidak dapat diguna. Yang Berhormat Tuan Speaker, yang paling saya agak tertarik iaitu teras yang pertama iaitu keberkatan. Walaupun mungkin negeri lain ada menyebut tetapi tidak menjadikannya teras.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, keberkatan selalu kita ungkap dan memang kita orang Islam khususnya amat-amat memerlukan keberkatan dan keberkatan itu tidak akan datang melainkan dengan kerja yang betul dan betul itu hanya datang daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Tuan Speaker, Tuan Yang di-Pertua, selalu dok ingat, ringkas etek. Sepertimana yang telah disebut di awal-awal Ucapan Bajet, Yang Amat Berhormat membaca ayat yang bermaksud:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri, beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka, berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka, disebabkan perbuatan-nya." Keberkatan yang disebut ada dua syarat iaitu memerlukan kepada orang yang bertakwa dan juga orang yang beriman, dua syarat, aamanu wataqau, beriman dan bertakwa, adalah menjadi satu tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kerajaan yang kita dukung ini berada di atas landasan beriman dan bertakwa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan berhubung dengan apa yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat di dalam pembentangan Bajet berhubung dengan infrastruktur dan kebajikan. Kita melihat di dalam Bajet 2019 ini penekanan yang amat jelas untuk memastikan infra kita dan kebajikan kita berada ditahap yang tinggi. Mana mungkin kita mencapai kemajuan kalau sekiranya infra kita tidak sempurna. Oleh kerana itulah, kerajaan dan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat serta barisan EXCO memastikan infra ini perlu berada di tahap yang benar-benar mencapai kepada permintaan bukan sahaja untuk kita rakyat Negeri Terengganu tetapi juga untuk memastikan pelabur-pelabur asing datang ke negeri kita ini dan mereka merasa senang, selesa kerana mempunyai infrastruktur yang lengkap, yang menggalakkan kepada pelaburan mereka.

Tuan Yang di-Pertua begitu juga kebajikan, kebajikan yang kita nak sampaikan kepada rakyat semestinya sampai kepada sasaran, saya melihat sekiranya kita berganding bahu dan berkerjasama, insyaAllah kebajikan dapat disalur dengan cara yang betul. Sepanjang enam bulan Kerajaan Baru memerintah, melalui Yang Berhormat, melalui MPKK, kita turun kampung, kita masuk lorong-lorong, kita pastikan jalan-jalan yang tidak sempurna, kita sempurnakan, kita baiki, kita adakan. Begitu juga rumah-rumah yang hampir tumbang, walaupun mungkin orang kata orang bandar ni senang tetapi tak sebegitu rupa. Masih banyak lagi rumah-rumah yang perlu kita baiki yang perlu kita bantu. Ini yang kita nak capai dan kita selama enam bulan ini kita berusaha keras memastikan golongan-golongan yang perlu dibantu ini dapat dibantu. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kebajikan ini dapat disalurkan dengan cara yang baik, insyaAllah motto ataupun objektif kita untuk menjadikan negeri kita sejahtera akan tercapai.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang permasalahan rumah seperti mana sahabat saya ADUN Air Putih merintih merayu. Masalah rumah ini bukan masalah baru, ia merupakan masalah yang sekian lama yang kita perlu tangani secara serius. Saya masih ingat lagi pada kali yang pertama Sidang Dewan kita bersidang, saya pernah menegaskan dengan secara serius masalah rumah untuk rakyat perlu diutamakan. Saya berterima kasih bagi pihak Bandar dan rakan-rakan Yang Berhormat dengan peruntukan sebanyak RM50 juta yang diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, peruntukan untuk Projek Perumahan Terengganu Sejahtera dan Rumah Mampu Milik. Yang di-Pertua, seingat saya angka mereka yang memerlukan rumah yang sudah mendaftar online tidak kurang daripada 100,000, begitu serius rakyat memerlukan rumah. Oleh yang demikian, RM50 juta ini perlu diguna dengan cara yang betul-betul efisien bagi memastikan mereka ataupun rakyat yang memerlukan rumah ini tercapai.

Saya juga rasa tertarik dengan apa yang diungkap ataupun disebut oleh Yang Berhormat Kuala Besut berhubung dengan beberapa insiden termasuk

penarikan. InsyaAllah dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan barisan EXCO, kita akan melaksanakan kerja-kerja, tugasan-tugasan kita tanpa ada lagi perasaan dendam kesumat dan inilah yang kita dokong sekarang. Mungkin di sana ada maklumat yang tidak berapa lengkap, yang perlu kita sama-sama teliti. Mungkin yang datang kepada Yang Berhormat Kuala Besut dia lain sikit, yang datang kepada Yang Berhormat EXCO kita berlainan. InsyaAllah saya rasa Yang Berhormat EXCO akan memastikan mereka yang patut diberi perlu diberi dan pada mereka yang tidak perlu, kita tidak perlu beri. Ada beberapa insiden yang saya sendiri berhadapan dan maklumat yang kita terima berkait dengan rumah, yang dah ada dua tiga rumah tapi dapat lagi. Ini menghalang orang-orang yang memang benar-benar perlu. InsyaAllah saya yakin di bawah Kerajaan yang ada sekarang, dibantu oleh pegawai-pegawai kita, kita akan beri hak kepada yang memang berhak dan mereka yang tak perlu kalau boleh secara sukarela menyerahkan hak mereka. Ini di antara perkara yang penting bagi memastikan keadilan dapat kita terima.

Yang Berhormat Yang di-Pertua …..

Yang di-Pertua

Ringkaskan lah Yang Berhormat.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Tidak ada apa lagi yang saya nak panjangkan, apa yang penting satu lagi ialah, saya juga agak tertarik juga dengan agenda memperkasakan Islam dengan program-program yang diatur. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan yang melengkapi segala sudut dan mencakupi seluruh segmen serta boleh dirasai oleh semua peringkat rakyat. Ikan kembung, ikan selayang, sebab kelmarin sebut ikan selayang, manakan sama si ikan sembilang, Bajet ini Bajet Berimbang, semoga Allah Subhanahu Wata’ala perkenankan. …..[Tepuk Sokongan]….. Bandar mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bandar.

Kita teruskan Ahli Yang Berhormat, saya kalau boleh macam saya sebut tadilah, dia biar nampak Bajet dah berimbang, cara bercakap tu tidak berimbang. Saya

persilakan Ahli Yang Berhormat sebelah kiri saya, sila sebab kalau semua nak bercakap esok jadi bolo’.

Bismiillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala Wabarakatuh. Salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua sekalilah.

Terima kasih kerana memberi kesempatan pada saya untuk sama-sama membahaskan dalam pembentangan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin. Dan apabila kita dengar angka RM2 bilion, kita rakyat Terengganu merasa gembira kerana rupanya Terengganu masih lagi ada banyak duit. Walau bagaimanapun ialah sebagaimana yang dijanjikan, saya masih ingat dalam Bajet tahun lepas ada parti pembangkang masa tu, Ahli Dewan Undangan Negeri parti pembangkang menyatakan bahawa kalau Barisan Nasional ditumpaskan, Kerajaan Negeri Terengganu bakal mendapat 20% royalti. Okey, jadi kita juga nak tahu setakat mana perundingan dibuat antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat berkait dengan janji yang dibuat dalam Dewan semasa pembentangan pada tahun lepas. Dan kita tengok sebagaimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Tepoh dalam ucapan menyokong pagi tadi, Yang Berhormat ada sebut bahawa kita kena berhati-hati kerana memanglah daripada dulu semasa sebelah sana pembangkang pun, kita diberitahu bahawa sumber pendapatan utama kita adalah hasil daripada minyak, daripada royalti minyak. Kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya cuma suara-suara rakyat dengar bahawa Kerajaan Terengganu kita hari ini, mendapati kesukaran bukan sahaja untuk nak mendapat 20% tetapi untuk nak dapat 5% itu sendiri. Jadi dengan belanja yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak RM2.015 bilion ini kita kena ambil kira juga andai kata perancangan perolehan itu tidak dapat kita perolehi ataupun tidak dapat kita terima mengikut masa.

Okey, yang kedua, saya juga melihat bahawa pembentangan yang dibuat, banyak perkara-perkara lain yang kecil-kecil yang menjadi kehendak rakyat juga perlu diambil kira kerana hari ini kita dapati harga barang semakin meningkat. Kononnya apabila Barisan Nasional kalah, harga barang akan turun tapi tidak turun juga. Kita tengok peluang-peluang pekerjaan makin tidak banyak, makin tidak ada kita tengok bukan sahaja rakyat yang tidak ada sijil tetapi yang ada sijil juga susah nak dapat

kerja kerana budaya orang Melayu masih lagi nak kepada kerja makan gaji. Masih lagi apa nama ni, nak supaya kerja itu tidak ada risiko. Nak makan gaji, apabila cukup umur pencen masih lagi ada pendapatan. Okey, jadi dengan sebab itu, saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri kena fikir sumber-sumber pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu kerana kita tengok hari ini ialah secara tidak langsung, saya dapat perhatikan telah ramai di kalangan belia-belia sendiri telah berjinak-jinak semula dalam sektor pertanian. Dan sebenarnya sektor pertanian ini tidak susah sangat kalau dia belajar sikit, ada modal sikit, setidak-tidaknya boleh menjadi sumber pendapatan mereka daripada mereka tidak ada kerja langsung.

Jadi dengan sebab itu, saya pohonlah supaya di bawah Exco Pertanian ini kena bagi banyak sikit peruntukan kerana saya melihat banyak sebenarnya peluang-peluang pekerjaan yang ada dalam sektor pertanian yang boleh menjadi sumber pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu. Okey, dan saya juga melihat ada keperluan-keperluan kecil yang dikehendaki oleh rakyat yang mungkin kita terlepas pandang contohnya kita tengok kepada penternak-penternak lembu. Kepada penternak lembu baru-baru ni mereka menghadapi masalah penyakit kuku dan mulut. Tahun lepas dia ada masalah penyakit hawar berdarah dan penyakit ini masalahnya dibantu oleh Kerajaan melalui ubat pelali yang dibekalkan oleh Kerajaan secara percuma. Tetapi untuk penyakit kuku dan mulut ni, bila tidak ada wabak maka Kerajaan tidak memberi tumpuan untuk nak membantu. Bila saya tanya mereka, mereka kata kosnya tidak besar, satu botol ubat tersebut harganya lebih kurang RM300 jer dan satu botol boleh dipakai untuk 30 ekor kambing, 30 ekor lembu, kambing atau lembu maknanya RM10 jer seekor. Tapi bila saya tanya kepada mereka, mereka kata sebab sumber ini tidak dibekalkan oleh Kerajaan. Maka dia cari sumber ini, ubat ini daripada negara jiran daripada Thailand, yang kita tidak tahu dos dia berapa, kita takut besok-besok ubat ini dah jadi dah lali dah kepada penyakit kuku dan mulut ini. Dan saya tanya dia kata dia tidaklah menyalah kepada Kerajaan kerana dulu Kerajaan telah buat benda ni tapi orang kampung tak rasa serius bila buka ubat ni, dia tidak boleh guna berkali-kali, bila buka kira habis dah. Jadi mungkin pihak Veterinar, pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan rasa tidak ada sambutan maka mungkin bantuan ini dihentikan tetapi hari ini suara daripada mereka, mereka kata bayar pun tak apa kerana dia ada dua jenis yang diperlukan, satunya untuk nak mengubati penyakit kuku dan mulut ni, yang keduanya untuk mencegah, jadi yang diminta oleh mereka adalah untuk mencegah. Yang dibeli di negara sebelah negara jiran adalah untuk mengubati…..

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Minta laluan?

Dia dua benda berbeza.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Minta laluan.

Okey. Sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kuala Berang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, terima kasih ADUN Jertih. Saya nak tanyalah maklumat sikit berkaitan dengan penyakit kuku dan mulut yang dikatakan tadi sebenarnya ia berpunca daripada virus. Jadi pelalian ini hanya untuk virus tertentu sahaja sedangkan di sana ada 7 jenis virus untuk penyakit kuku dan mulut ni. Jadi kalaulah kita cucukpun ataupun membuat pelalian dia tidak keseluruhan dapat diselesaikan, hanya 1 daripada 7 sahaja. Itu sahaja.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yalah dia sebenarnya kaedah yang dibuat oleh Jabatan Haiwan ini sebenarnya telah berjaya kerana ubat yang dibekalkan oleh Pejabat Haiwan apabila disuntik haiwan kita berada dalam kandang yang sama dengan haiwan yang berpenyakit yang tidak dijangkiti. Maknanya ubat kita lagi baguslah tapi dia kata mungkin ianya terlepas pandang, maksud saya nak cerita ini, benda-benda kecil seumpama ini, ada disebut tadi, wakil daripada Bandar, dia kata satu orang dapat dua buah rumah. Saya baru-baru ini ada agihan gerai di Jertih Souq, di bandar Jertih tu, ada gerai peniaga baru siap, kita nak pindah. Ada juga saya dengar cerita tapi kena checklah sebab cerita-cerita ini tak boleh pakai sangat. Ada seorang dapat dua kedai, guna dua nama, jadi benda-benda ini benda-benda kecil yang perlu Kerajaan ambil dalam kita nak membelanjakan Bajet Kerajaan ini.

Dan seterusnya saya nak berterima kasihlah kepada Kerajaan kerana dalam Sidang Dewan yang lalu apa yang disuarakan oleh Jertih disambut baik oleh Kuala Berang iaitu berkait dengan Stesen Bas Jertih dan sebenarnya saya tengok pagi tadi tidak berjumpa tapi nasib baik Yang Berhormat Kuala Besut tengok tadi berjumpa ada dilulus di bawah Menteri Besar iaitu sebanyak RM1 juta. Cuma saya terfikir jugak RM1 juta cukup ke tidak cukup. Jadi walau bagaimanapun mungkin ini adalah langkah awal jadi saya terima kasihlah kerana rungutan daripada banyak daerah ini hanya Jertih tidak ada stesen bas lagi. Saya ingat rakyat DUN Kota Putera juga bersuara dalam EXCO itu kerana menggunakan stesen bas yang sama jugak.

Saya juga dapat berita bahawa dua-tiga hari yang lalu Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga turun ke Besut dan ada lawatan iaitu berkait dengan hakisan Sungai Jertih ataupun Sungai Besut sebenarnya, dia ada dua di Jertih, satu Sungai Jertih dan satu lagi Sungai Besut. Yang mana hakisan Sungai Besut, saya rasa kalau banjir besar setahun-dua lagi mungkin ianya akan menjadi masalah kepada Surau Pakistan. Jadi langkah awal telah diambil sebenarnya oleh JPS untuk buat kajian kemungkinan kaedah mana untuk hendak mengatasi perkara tersebut. Tapi mungkin disebabkan oleh kekangan-kekangan kewangan maka projek itu tidak dapat direalisasikan lagi. Jadi saya juga pohon supaya Kerajaan Negeri mengambil kira kerana walaupun ianya merupakan surau dan di sebelah kiri kanannya ada Masjid Hadhari dan juga Masjid Ulul Albab yang tidak jauh tetapi Surau Pakistan ini adalah merupakan satu surau yang agak sinonim dengan Bandar Jertih dan ianya telah lama dan ianya boleh dijadikan satu ikon Bandar Jertih itu sendiri. Dan kalau kita serah tanggungjawab ini kepada Kerajaan Pusat betullah bagi sungai, ianya di bawah tugas dan tanggungjawab Kerajaan Pusat tapi saya serahlah pada Kerajaan Negeri untuk difikirkan bagaimana kaedah untuk mengatasi perkara tersebut.

Dan seterusnya ada juga projek-projek terbengkalai yang dibuat oleh Kerajaan dulu yang adalah mungkin disebabkan masalah kontraktor dan sebagainya yang mana suka saya utarakan dalam Dewan ini yang mana dulu

ada lawatan daripada pucuk pimpinan Federal datang ke Besut ada permohonan daripada kita untuk dapat bajet daripada Federal untuk mendirikan masjid di Kampung Alor Lintah. Bajet yang diluluskan daripada Federal sebenarnya tidak mencukupi jadi Kerajaan Negeri berpendapat bahawa apabila tanah disediakan oleh Kerajaan Negeri maka masjid itu sepenuhnya di bawah tanggungjawab Kerajaan Federal tetapi Kerajaan dulu ambil kira untuk nak mendirikan masjid maka campur-campurlah duit lebih kurang. Tetapi dukacita ada masalah berkait dengan kontraktor, masalah perniagaan dia antara anak beranak dia jadi selepas daripada pilihan raya baru ini, kebetulan projek itu terhenti dan sehingga hari ini terbengkalai. Saya ingat dah lapan bulan, jadi orang ingatkan sebab beralih Kerajaan dia terhenti, jadi saya pohonlah supaya ada perbincangan dibuat antara JPP sebab saya dapat laporan daripada JKR bahawa projek ini telah diangkat semula untuk penilaian di peringkat ibu pejabat dan pihak JPP kata dia ada duit setakat hak baki yang tidak digunakan oleh kontraktor sahaja. Jadi kalau tidak difikir kaedah mana antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat maka saya rasa lamalah penghuni atau penduduk kampung Alor Lintah menggunakan masjid sementara yang sekarang ini kalau saya tunjuk gambar sangat daiflah macam seolah-olahnya sembahyang dalam kotak. Sebab apabila dia pindah tu, kita buat masjid sementara yang mana satu per tiga daripada masjid asal digunakan untuk mendirikan termasuk Solat Jumaat. Jadi kalau tidak ada usaha segera mungkin juga bangunan yang telah didirikan sebahagiannya jugak akan rosak dan akan merugikan Kerajaan juga sebenarnya.

Masa pun tidak panjang, saya ada satu perkara lagi berkait dengan sukan tadi, saya rasa tumpang gembira kerana Kerajaan Baru memulakan inisiatif supaya pakaian sukan menggunakan pakaian mengikut ajaran agama kitalah, hukum-hakam kita yang mana baik lelaki ataupun perempuan dengan menutup aurat. Dan ramai daripada rakan-rakan saya minta tolong tanya, tutup aurat ini bukan sahaja bagi lelaki contohnya bukan sahaja daripada pusat ke lutut, ianya juga kena ambilkira ketat ataupun longgar. Ke lagu mana? Jadi, tak tahulah saya harap supaya usaha yang dibuat, usaha baik yang dibuat oleh Kerajaan Negeri akan berjaya, insyaAllah.

Jadi, saya ingat itu sahaja, terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sekian, Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Saya persilakan Yang Berhormat Sura.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahas Ucapan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari kelmarin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, izinkan saya memulakan ucapan saya dengan Firman Allah Subhanahu Wata’ala dari Surah Al-Isyra’ Ayat 30:

Sadakallahul azim. Yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyempitkannya, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas pembentangan Bajet Berimbang 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar. Alhamdulillah dengan pembentangan Bajet yang meletakkan empat teras utama iaitu yang pertama ialah berdasarkan kepada keberkatan. Yang kedua kepada kemajuan. Teras yang ketiga ialah kebajikan. Dan teras yang keempat ialah kecekapan.

Alhamdulillah, saya melihat teras-teras yang telah diletakkan dalam Bajet ini merangkumi seluruh segmen yang saya kira menyentuh seluruh lapisan masyarakat di Negeri Terengganu kita ini. Dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kepimpinan Kerajaan Negeri dan seluruh para pendokong Kerajaan kerana dalam tempoh pentadbiran yang sekitar 6 bulan lebih ini, kita telah berjaya melaksanakan manifesto yang telah kita janjikan dalam PRU Keempat Belas yang lalu yang mana 12 daripada 20 manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat.

Alhamdulillah, sebahagian daripadanya telahpun dilaksanakan dan insyaAllah pada tahun 2019 sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melengkapkan manifesto yang kita tawarkan. Yang mana saya melihat dengan 12 manifesto yang telah kita laksanakan ini, kita telah berjaya mencapai 60 peratus dalam tempoh yang saya kira singkat tetapi alhamdulillah kita dapat memberikan apa yang kita tawarkan kepada rakyat sebagaimana yang telah disebutkan banyak dalam buku Bajet kita ini yang merangkumi tawaran-tawaran kepada belia, kepada masyarakat, kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Antaranya saya sebut antara ialah lesen percuma, penubuhan SriDi, Wad Kelas Tiga Percuma, menghapuskan Cukai Pintu Rumah Kediaman dan juga mengadakan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik serta menubuhkan nurseri di setiap jabatan Kerajaan. Dan juga Kerajaan juga dalam manifestonya untuk mengadakan Kad Sejahtera yang bernilai RM500 kepada mereka-mereka yang tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, ini adalah satu usaha yang baik yang saya kira menyentuh kepada golongan-golongan masyarakat yang berpendapatan rendah.

Terima kasih sekali lagi kerana kita juga mendengar ada pihak yang mengatakan bahawa janji-janji manifesto ini bukan kitab suci, tetapi kita hendaklah ingat bahawa ajaran kitab suci itu sendirilah yang mengajar kita supaya menepati janji. Alhamdulillah, kita melihat apa yang kita janjikan itu insyaAllah kita dapat sempurnakan tidak sebagaimana rakan kita sebelah sana khususnya Kerajaan Pusat yang kita semua maklum janji-janji yang begitu menarik perhatian rakyat. Sehingga hari ini mereka tidak mampu untuk menunaikan. Jadi kita bimbang janji-janji mereka ini akan memakan diri mereka sebagaimana kita pernah dengar dalam hadis Nabi Salallahu Alaihi Wassalam menyebut bahawa sifat munafik ini antaranya ialah bila bercakap mereka dusta, bila mereka berjanji mereka mungkiri dan bila mereka diberikan amanah mereka khianati. Alhamdulillah kita di Negeri Terengganu manifesto yang kita sediakan alhamdulillah kita berjaya melaksanakan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengingatkan khususnya kepada Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Pakatan Harapan agar tidak melakukan diskriminasi kepada negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang khususnya di Negeri Terengganu ini. Dan saya juga melihat bahawa pemberian hak yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri dan juga peruntukan yang sepatutnya diberikan, kita melihat Kerajaan Pakatan Harapan masih bersifat sorong-tarik khususnya dalam memberikan hak royalti kepada Terengganu. Saya juga ingin menyatakan bahawa saya mendapat makluman persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Dungun pada tiga hari yang lalu yang bertanya kepada Menteri Kewangan berhubung kait dengan jumlah royalti yang diberikan kepada negeri-negeri yang ada yang mengeluarkan minyak. Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan ialah RM1.6 bilion telah diberikan kepada Sabah dan RM1.7 bilion telah diberikan kepada Negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini telahpun memperolehi bayaran royalti tetapi malangnya negeri di semenanjung ini, Terengganu dan juga Kelantan seolah-olah dinafikan hak yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri dan juga oleh rakyat Negeri Terengganu. Dan lebih malang lagi saya juga melihat daripada jawapan yang diberikan, seolah-olah Kerajaan Pusat ingin menafikan hak bahawa telaga minyak itu berada di Perairan

Negeri Terengganu. Ini satu perkara yang saya kira amat serius bagi Kerajaan Terengganu yang mana kita perlu menyatakan pendirian kita dan mendapatkan hak kita sebagai Kerajaan Negeri dan untuk rakyat Negeri Terengganu kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berhubung kait dengan Perkara 46 dan 47 di muka surat 24 yang menyentuh generasi muda yang kita maklum bahawa generasi muda adalah merupakan aset kepada negeri dan negara kita. Dan dalam pembentangan Bajet ini, kita melihat alhamdulillah banyak insentif-insentif yang diberikan kepada golongan tersebut. Cuma saya ingin sebut di sini ialah kita bimbang remaja-remaja kita hari ini yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial, masalah dadah, yang terbaru masalah LGBT, masalah pergaulan bebas, dan berbagai-bagai masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak muda remaja kita hari ini. Jadi sebab itu saya mengharapkan kepada pihak Kerajaan kita pada hari ini supaya kita menambahkan lagi penguatkuasaan ataupun usaha untuk mencegah segala bentuk kemungkaran ini supaya tidak berleluasa dan menjadi bebanan kepada pihak Kerajaan dan juga pada masyarakat sendiri. Gunakanlah segala agensi dan jabatan yang ada pada kita, sehinggalah ke peringkat MPKK sekalipun, kita boleh menggerakkannnya untuk berusaha mengawal dan membendung segala punca-punca yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, keruntuhan moral dan juga akidah mereka. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, seterusnya saya ingin juga menyentuh apa yang telah disentuh oleh saudara saya sebentar tadi berkaitan dengan isu perumahan, yang saya kira semua DUN, semua Wakil Rakyat menghadapi isu yang sama. Saban hari, rakyat akan mengunjungi Pejabat-pejabat ADUN untuk menyatakan hasrat memiliki rumah kediaman/Rumah Mampu Milik yang mana angka yang dibentangkan oleh Kerajaan, permohonon untuk memiliki Rumah Mampu Milik ini berjumlah 126,899 orang, sementara mereka yang ditawarkan untuk memiliki rumah ini hanyalah 10,030 orang. Dari segi peratusnya, hanya 8% sedangkan rakyat kita sangat-sangat berhajat kepada tempat kediaman ini. Maka saya bersama dengan Yang

Berhormat kita sebentar tadi mengharapkan supaya pihak Kerajaan bukan sahaja Kerajaan yang mengambil peranan, malahan agensi-agensi lain turut sama mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan berhubung kait dengan kawasan Dungun dan juga khususnya DUN saya, di mana perkara ini juga adalah perkara yang biasa kita nyatakan kepada Dewan yang mulia ini, iaitu di kawasan Dungun juga perlu kita wujudkan sebuah pusat pentadbiran berpusat, sebagaimana ada di Daerah Kemaman, di Daerah Besut, di Daerah Kuala Terengganu yang kita namakan Wisma Persekutuan yang menghimpunkan jabatan-jabatan yang akan memberi kemudahan kepada rakyat, berurusan dengan pihak Kerajaan. Maka saya juga mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, di bawah pentadbiran Kerajaan baru kita untuk berusaha menyediakan pusat pentadbiran berpusat di Daerah Dungun. Dan juga saya menyatakan bahawa Majlis Perbandaran Dungun juga perlu menaiktaraf dari segi stesen bas sebagaimana yang disebut oleh Jertih tadi, Yang Berhormat Jertih yang inginkan stesen bas yang lebih sesuai, bagi Dungun pun sama, daripada dahulu saya nyatakan bahawa kita perlu kepada suatu terminal bas yang lebih sempurna daripada apa yang ada pada hari ini. Yang seterusnya, saya juga ingin menyatakan bahawa Industri Batu Tujuh yang sekian lama, sejak Menteri Besar dahulu lagi, tidak dapat kita atasi masalah Kawasan Industri Batu Tujuh ini, dengan maksud makna tidak dimajukan, maka dengan bajet yang ada, yang dibentangkan ini insyaAllah mengharapkan supaya Kawasan Industri Batu Tujuh itu dapat dimajukan dan diusahakan.

Dan yang akhir juga saya ingin mengucapkan tahniah, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana telah memberikan peruntukan kepada Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dengan jumlah RM15 juta yang akan membantu usahawan-usahawan di Terengganu kita dalam memajukan perniagaan masing-masing. Semoga dengan peruntukan yang diberikan itu

akan memberikan manfaat dan dapat merubah suasana kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan lebih sempurna.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan, saya kira itu sahajalah beberapa perkara yang saya ingin sebut pada petang ini, dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga bajet yang dibentangkan ini akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kehidupan rakyat. Saya mohon menyokong dan saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Sura. Bagi menyegarkan Persidangan kita ini, saya tangguh dulu Persidangan kita sehingga pukul 3.45 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PADA PUKUL 3.25 PETANG. PUKUL 3.45 PETANG

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Perbahasan Bajet 2019 diteruskan dan saya persilakan Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Saya jemput Yang Berhormat Wakil Ajil, sila.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahillazi lam yalid walam yulad walam

yakullahu kufuan ahad. Asyhadu alla ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluh. Allahumma solli ala Muhammad. Wa’ala alihi wasohbihi ajmaiin. Amma ba’.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati dan semua yang hadir dalam Dewan yang mulia ini, yang nampak renggeh dah. Biasalah petang-petang ye dok? Campur dengan kenyang, ngan ngatuk, ngan nok tidor pulok.

Walau bagaimanapun kita alhamdulillah yang dapat hadir ni, bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan untuk kita meneruskan perbahasan Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat pada kemarin. Dengan peruntukan yang banyak yang dibelanjakan, insyaAllah dibelanjakan oleh Kerajaan kita dalam usaha peningkatan pembentukan modal insan khususnya maka kita yakin dan penuh kepercayaan bahawa Kerajaan sangat serius untuk membentuk insan ke arah kesejahteraan rakyat selaras dengan tema Negeri Berkat Rakyat Sejahtera. Ini menunjukkan bahawa modal insan merupakan suatu harga yang sangat mahal dalam pembangunan dan pembentukan negara yang sejahtera, negeri yang sejahtera yang selamat dunia dan akhirat, dan saya nak memfokuskan pada apa yang saya nak ucap berkenaan dengan pendidikan yang kita nampak suatu bentuk pendidikan yang holistik yang diberi tumpuan oleh pihak Kerajaan yang kalau sebelum ni mungkin pendidikan pondok tidak berapa diambil hirau. Alhamdulillah, Kerajaan kita telah memperuntukkan suatu peruntukan yang banyak dan membantu golongan OKU yang buta melalui sistem Braille yang mana peruntukan sebanyak RM3 juta untuk mencelikkan orang yang buta ni dengan Al-Quran.

Jadi suatu pengajaran yang kita patut ambil dalam sistem ni, kalau orang buta diberi ruang untuk belajar Al-Quran, kalau orang celik tak belajar, jadi berat pada orang butalah …..(sambil gelak)….. Jadi mudah-mudahan kita ni orang yang celik Al-Quranlah, dan melalui proses pembelajaran dan pendidikan.

Terima kasih juga kepada pihak Kerajaan kerana memperuntukkan RM7.8 juta untuk pembangunan memulakan persekolahan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di lima buah. Satu telahpun diwujudkan di bawah Yayasan Islam Terengganu dan lima yang baru diwujudkan pada Sesi 2019 ini termasuklah satu SRIDI di Ajil. Saya sangat berbesar hati lah sebab saya orang Ajil. Orang Ajil ni sebelum ni agak ketinggalan dari sudut mercu tanda pendidikan. Jadi walaupun sekadar sekolah rendah tetapi merupakan satu daripada hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Ajil kerana selama ni dalam empat DUN di Hulu Terengganu, Ajil hak nampak tertinggal sikit ni. Kot tertinggal banyok dok tahulah berbanding dengan Kuala Berang, Telemong yang ditarik pembangunannya oleh Yang Berhormat yang sebelum ni di Kuala Berang, Telemong dan juga Manir. Jadi Alhamdulillah, pendidikan awal di Sekolah Rendah SRIDI ini merupakan turning point dengan izin, titik mula kepada usaha kita untuk memajukan Ajil yang merupakan pintu masuk kepada LPT daripada K.L. dan juga Kuantan. Dan untuk pendidikan ni merupakan satu daya pecut, daya pecutan yang insyaAllah yang akan membina manusia yang tentunya akan dimanfaatkan oleh pelbagai sektor sama ada sektor pertanian, sektor industri ataupun sektor-sektor lain yang berpunca ataupun yang bermula daripada benih yang kita tanam dalam diri para pelajar yang merupakan aset yang utama dan SRIDI ini insyaAllah akan menjadi orang kata sebagai titik-titik mula dan sangat mendapat sambutan yang sangat menggalakkanlah.

Pendaftaran untuk SRIDI di seluruh negeri sekarang ni menerima permohonan sebanyak 450 orang. Tarikh tutupnya 30 November ni. Maknanya dok tutup lagi ni tapi permintaannya sangat menggalakkan. Ini merupakan satu daripada keyakinan rakyat dan orang ramai untuk memulakan pendidikan anak-anak mereka ke dalam Pendidikan Islam.

Dan tahniah juga kepada Kerajaan yang menghidupkan kembali biasiswa Yayasan Terengganu untuk pelajar-pelajar yang belajar di Timur Tengah, di Mesir, di Jordan, Maghribi dan sebagainya khususnya untuk Pendidikan Islam yang merupakan satu daripada isi yang utama dalam kehidupan kita kerana

orang-orang yang terdidik dalam pendidikan agama ini merupakan lampu kepada masyarakat yang insyaAllah dapat menyinarkan ilmu mereka di masjid-masjid dan surau-surau dan ini merupakan satu aset, satu harga yang sangat berharga untuk kita insyaAllah kita mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghidupkan institusi masjid dengan orang-orang yang berilmu agama.

Dan untuk arus pendidikan formal, Kerajaan juga nampak tidak meninggalkan fokus kepada pendidikan formal di sekolah-sekolah kementerian dan jugak sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui KPP, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan. Di mana Kerajaan memfokuskan kepada dua-dua institusi pendidikan negeri dan juga Kerajaan Pusat melalui skim-skim yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet kita seperti program pendidikan untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga apa yang dinamakan Generasi Program Fateh yang melibatkan 8,000 pelajar tingkatan tiga di seluruh negeri Program Generasi Islam Falah Terengganu dan juga Program Transisi Personaliti Remaja.

Ini merupakan satu daripada kesungguhan Kerajaan kita untuk berusaha kepada semua anak Negeri Terengganu walaupun mereka berada di institusi pendidikan milik Kementerian Pendidikan. Cuma musykil sikit kalau nak kata terkilanpun boleh, kalau nak kata musykilpun boleh. Kedudukan kita sekarang ni Wakil Rakyat hak ada di Negeri Terengganu ni kalau kira-kiranya berbanding dengan Kerajaan Pusat semua pembangkang belaka, hok lek ni pun pembangkang belaka. Jadi Kerajaan Pusat dok tahulah diarah lagu mana dia selalu hantar surat ke kita, kepada saya sendiri pun, hantar surat nak mintak bantuan mintak sponsor Cikgu nak buat jamuan akhir tahun mintak sponsor kita beri. Pelajar-pelajar UPSR nak buat lawatan ke Kuala Lumpur selepas UPSR kita beri, kami beri belaka ni, lepas PT3 nak buat program diberi. Baru ni sekolah rendah di Hulu Terengganu dia mintak tikar getah dengan saya, saya kata tak munasabah kalau saya nak beri tikar getah musim lening sebab getah pun tak mahal, getah murah. Saya kata beri karpetlah. Oh, dia kata terima kasih banyaklah. Saya kata dah terima kasih saja, dah berilah

saya masuk sekolah etek cakap-cakap dengan mak ayah di sekolah. Akhirnya dia beri. Kalau gitu kena beri karpet dulu rupanya baru dia beri, beri kita masuk dan saya ucap terima kasihlah kepada JPN. Timbalan Pengarah yang hadir petang ni kirim salam banyaklah kepada Pengarah kerana masih lagi memberi kerjasama yang erat. JPN Terengganu saya ucapkan tahniah kepada JPN Terengganu tahniah kepada Pengarah dan jugok Timbalan Pengarah yang hadir ni kerana masih lagi menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan kita walaupun kami ni Wakil Rakyat Pembangkang berbanding dengan Pusat. Mintaklah, tak apa insyaAllah kita beri, tapi di sebuah sekolah mintak hak sikit-sikitlah, hak banyak-banyak mintak dengan ayahanda di Pusat nunlah. Baru ni di sekolah sebuah sekolah rendah di daerah Dungun, toksey sebutlah sekolah mana-mana. Dia ajak saya untuk satu event sayapun kata boleh insyaAllah saya akan hadir. Dia pun senarai hak nak mintak-mintak tu adalah hak sikit-sikitlah nak jumpa insyaAllah tapi esokkan majlis nak berlangsung Guru Besar dia mari jumpa saya dia kata mintak maaf Y.B. tak boleh nak jemput PPD Dungun tak beri. Wallahua’lam tu hak dia. Dia sebutlah saya kata tak apalah kalau gitu takdok masalah tapi sekolah di Hulu Terengganu ada sebuah yang jemput saya takdok masalah saya rasa. Pelajar-pelajar dia masih lagi boleh makan nasi seperti biasa, boleh sekolah serupa sekala. Jadi tidak ada tidak ada suatu renjatanlah bila kita masuk saya rasanya bahkan warna-warna pendidikan ini sepatutnya gitulah jangan kira politik, untuk kemajuan pendidikan sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan kita Kerajaan Terengganu insentif-insentif, penghargaan-penghargaan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang terbaru baru ni pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin. Dan sebelum tu pelajar Sekolah Menengah Kuala Besut menerima insentif dan hadiah daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Sekolah Sains Hulu Terengganu yang menang tempat kedua writing essay di Korea dulu. Jadi bila kita beri bermakna kita di pihak Parti PAS ni tidak menjadikan politik itu sebagai satu halangan untuk tujuan memajukan alam pendidikan sama-sama berkongsi. Jadi kita mengharapkan semua pihaklah bersetuju dengan saya supaya dalam pendidikan tidak ada political boarderless. Jadi takdok politik makna boleh masuk belaka dengan syarat untuk tujuan yang baiklah. Dan beberapa perkara masalah yang ada di sekolah-sekolah kita ni khususnya di sekolah Kementerian sebab sayapun

bekas guru saya nampak pelajar-pelajar Melayu kita ramai yang tercicir dan saya penuh yakin bukan masalah pendidikan sangat, bukan masalah kurikulum, bukan masalah sistem sekolah yang menyebabkan pelajar tercicir yang banyaknya ialah masalah di rumah. Pelajar-pelajar dibuai dengan sistem aplikasi yang ada di gajet yang ada di rumah dengan handset dengan video, telefon, motor dan sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar kita yang ada di alam pendidikan ni dia lebih suka duduk di rumah daripada ia pergi ke sekolah. Duduk di rumah dia boleh aplikasi pelbagai gajet untuk menghiburkan hati dia walaupun dia duduk sorang rumah, dia tidak rasa puas tidak rasa boring. Jadi hak ni kita mengharap semua pihaklah, pihak Kerajaan sama ada Wakil-wakil Rakyat, sama ada Wakil Rakyat Kerajaan ke, Pembangkang yang ada, ketua-ketua jabatan supaya kita pakat-pakat memberi kesedaran yang tinggi kepada penjaga khususnya untuk mereka menjaga anak-anak supaya tidak bebas berkeliaran, bila bebas berkeliaran maka sudah tentulah walaupun kita asuh, kita didik banyak mana di sekolah asuhan yang kita tanam di sekolah dalam diri pelajar yang masih lagi antibodinya kurang kuat bila masuk dalam masyarakat dengan bebas. Maka isi pengajaran yang kita isi dalam dada mereka akan roboh, terhakis dan akhirnya habis gitu saja jer menyebabkan kes-kes dadah di Hulu Terengganu 2018 dapat 4 kes yang pelajar positif dadah khususnya pil kuda berbanding dewasa 545 orang.

Mekasih juga kepada Dewan, kepada Yang di-Pertua kerana mengaktifkan timer kita dengan izin. Assalamualaikum.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ajil.

Sekarang saya perhatikan Yang Berhormat daripada Kerajaan hampir semua sudah bercakap. Saya nak bagi masa yang panjang kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang tapi saya nak bagi besok, nak bagi masa panjang tapi saya nak mintak dua lagi masa yang ada ni daripada kawan-kawan kita ni untuk bercakap dulu. Sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Alhamdullilahir rabbil ’alamin. Wassalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan, para Pemerhati yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua yang telah memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama untuk membahaskan pembentangan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi semalam. Saya pun sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, anggar-anggarnya nak esok juga tapi oleh kerana rakan-rakan kita sudah selesai jadi saya mengisi kekosongan yang ada pada hari ini untuk sama-sama untuk membahaskan Enakmen Perbekalan yang telah dibentangkan pada semalam. Dan saya juga mengambil kesempatan di sini kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 semalam dan juga yang mana telah dihidangkan kepada kita dan juga seluruh rakyat Negeri Terengganu yang merupakan satu pembentangan Bajet yang saya kira boleh tahan kiralah iaitu lebih daripada 2 bilion yang akan dihidangkan kepada rakyat Negeri Terengganu pada…..

Yang di-Pertua

Kalau beri markah berapa Yang Berhormat? Kalau beri markah berapa boleh tahan kira tu?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kalau beri Yang di-Pertua markah 98 lah.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hak 100 masa BN dulu. …(Dewan terus gelak) ….

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pembentangan Bajet semalam memang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dan seluruh rakyat Negeri Terengganu kerana ini merupakan pembentangan Bajet yang pertama kali oleh pihak Kerajaan yang baharu di bawah kepimpinan PAS untuk rakyat Negeri Terengganu pada tahun-tahun yang akan datang. Kalau lepas-lepas kita memang pembentang Bajet lebih kurang begini jugalah. Lebih kurang maksud saya dalam RM2 bilion, RM1.9 bilion. Ada tekah-tekah banyak sikit tu banyak sikit tetapi bagi saya walaupun kita duduk di pihak Pembangkang bagi pihak Kerajaan Negeri kita menyambut baik pembentangan Bajet ini yang paling penting kepada saya dan juga rakan-rakan saya bagaimana kita nak usahakan supaya Bajet yang begini besar sebenarnya dapat direalisasikan untuk capai kepada sasaran sebenar-benarnya pada tahun hadapan. Kita dengar memang sedap belaka, dengar bersyarah tulis ni memang sedap belaka tetapi bagi tugas pelaksana saya tahu bukan satu kerja yang mudah dan juga bukan satu kerja yang senang untuk mencapai objektif tersebut.

Oleh sebab itu, saya berharap kepada rakan-rakan juga pihak Kerajaan berusaha kena lebih apatah lagi apabila kita melihat Bajet yang dibentang ini sebenarnya kita banyak lagi bergantung kepada royalti minyak kita dengan Kerajaan Pusat. Walaupun kita cuma berharap dan berdoa semoga apa yang telah dijanjikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan akan diberi lunas dan juga akan menepati janji kepada Kerajaan Negeri sebagaimana yang termaktub dan juga janji sebelum pada ini. Kalau janji ni tidak ditunai mapuh neleh kita jawapannya tahun depan, saya kabor terus terang jadi oleh sebab itu sama-sama kita usaha. Saya yakin dan percaya dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga rakan-rakan kita yang lain insyaAllah, saya mendoakan semoga perkara ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan dalam tempoh sekarang ini kita kena melihat kepada Bajet yang telah dibentang ini

sesungguhnya ianya telah mencakupi segala-galanya kalau kita tengok. Walaupun ianya tidak besar kita faham tapi ianya sebahagian besarnya ia merupakan satu kesinambungan bajet-bajet yang telah dibentangkan oleh Kerajaan yang terdahulu sebelum padanya. Terima kasih tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana ada kesinambungan itu sebenarnya sepatutnya berlaku. Walaupun nama kita nak panggil nama lain kot takpelah. Nak panggil Kassim, pahtu nok bubuh nama Dollah pulak hak tu takdok hal tapi yang penting pada saya adalah Bajet ini merupakan Bajet kesinambungan daripada bajet-bajet yang terdahulu. Contohnya, dalam meningkatkan syiar Islam, kita dulu pun begitu juga, begitu juga dengan memperkasakan kedudukan Islam dulu pun sama juga cuma dulu kita panggil Sekolah Imtiaz, Sekolah Rendah Pondok dan sebagainya. Tapi dalam proses pelaksanaan tersebut mungkin adalah kekurangan-kekurangan sebagaimana yang dimaklum oleh rakan saya daripada Sura kelmarin. Dia kata bangunan renyok hoktu biasalah kita mula-mula start memang lagu tulah keadaannya tapi kalau dah nampak renyok gi betullah takdok masalah. Jadi tuan-tuan hadirin yang saya hormati sekalian sebab itu saya kata saya melihat Bajet yang dibentang semalam anggaran perbekalan tahun 2019 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam merupakan Bajet kesinambungan daripada pelaksanaan yang telah lepas.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk ucap terima kasih dan tahniah ah kepada Pasukan SUKMA Negeri Terengganu walaupun dah lama dah tetapi saya tidak berkesempatan nak ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri dan juga Exco dan juga Yang Berhormat yang berkaitan atas kesungguhan mereka untuk meneruskan apa yang telah dilegasikan oleh Negeri Terengganu ini yang mana memang kita terkenal sebagai negeri yang melahirkan dan akan melahirkan ramai atlet-atlet sukan bukan sahaja di peringkat negeri, di peringkat negara dan juga di peringkat antarabangsa. Ini tidak ada orang boleh nafi sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu saya mengambil kesempatan ucap tahniah kepada semua ketua-ketua kontijen kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua kontijen,

kepada atlet dan juga kepada para pegawai yang terlibat bukan mudah untuk mencapai kejayaan dan juga merealisasikan win back mission yang telah kita lancarkan untuk kepentingan dan juga rakyat Negeri Terengganu ini. Selain daripada itu juga Yang Berhormat Yang di-Pertua saya juga mengambil kesempatan….

Yang Berhormat Telemong. Sekejap.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon masukkan rakaman tahniah saya ini dalam ucapan saya di peringkat awal tadi, tahniah ini juga ditujukan kepada bekas Exco ADUN Telemong yang telah menyumbang untuk kejayaan SUKMA 2018 tempoh hari. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih. Saya tu tak penting mana sebenarnya saya pun macam Yang Berhormat juga, macam Exco juga tiada masalah yang pentingnya …..

Takdok Pembangkang dah nampak dalam DUN kita ni. Astaghfirullahal azim. Dok sedak duduk doh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Mu dengar dulu. Sabar dulu. Dok masuk lagi baru start gear.

Borang ada dalam beg ni ….(Sambil gelak) ….

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sabar dulu. Yang Berhormat Yang di-Pertua, hak ni lah dia nak ajok balloh dengan saya Yang di-Pertua. Saya sebenarnya menyahut seruan Menteri Besar, Menteri Besar kata takmboh doh politik balloh-balloh etek. Beloh lekning dok baloh, beloh leknung kuat balloh ….(Sambil ketawa) ….

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua sekali, pengurusan tertinggi Pasukan Bola Negeri Terengganu TFC 1, 2, 3, 4 dan 5 dan saya melihat setelah perubahan struktur yang kita buat, walaupun kita dikecam hebat dulu hampir-hampir kita pun goyah dan juga akhirnya kita melihat pada sepanjang tahun 2018 ini kita telah mecapai kejayaan yang sangat cemerlang. Ini pun berkat dan juga terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Presiden dan juga Timbalan Presiden dan seluruh sekali Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu yang telah bekerja keras. Tanpa sokongan dan juga kerja keras dokleh nak gi ke mana kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua selain daripada tu juga yang lebih penting kepada kita sebenarnya. Yang lebih penting kepada kita selepas pada ini adalah bagaimana kita hendak mengekalkan kecemerlangan dan juga kehebatan ini supaya dapat bertahan sampai bila-bila, hak ni yang paling payah, hak ni cukup payah. Jadi saya berharap kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan memberi perhatian yang secukupnya terutamanya dalam proses-proses pembangunan sukan di Negeri Terengganu ini, aspek-aspek pembangunan dari segi akademi dan juga pembangunan kemudahan-kemudahan sukan mesti dipertingkat dan juga diupgradekan setiap masa. Kerana tanpa sokongan-sokongan ini walaupun kita lambak pitih besar, lambak pitih banyak kalau strategi kita tidak kena maka kita tidak akan ke mana. Oleh sebab itu, saya suka mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mempercepatkan berkaitan dengan kemudahan-kemudahan bagi membantu teknik termoden untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet di Negeri Terengganu.

Selain daripada itu juga, Yang Berhormat Yang di-Pertua negeri kita ini adalah terkenal sebagai negeri dapat melahirkan bakat-bakat dalam bidang sukan berbasikal. Semua acara berbasikal daripada acara treknya, acara lebuh rayanya, acara gunungnya, acara bukitnya, acara hutannya kita semua memenangi dan nama-nama besar dalam sukan berbasikal ini seperti Azizul Hasni Awang, Fatihah Mustaffa, Adik Husaini, Muhamad Haris dan sebagainya ramai lagi. Mereka ini saya rasa sudah mencapai ke tahap maksima. Oleh sebab itu, apa persediaan kita Exco Belia dan Sukan dan juga kepada yang berkaitan, kepada Majlis Sukan Negeri, kepada pihak TSG apa persiapan kita untuk melahirkan jaguh yang sebagaimana ada pada hari ini. Bukan kerja mudah sebenarnya hendak melahirkan jaguh di peringkat dunia ni dan kalau kita tengok atlet-atlet sukan kita yang ada pada hari ini termasuk Azizul ke, Fatihah ke dan sebagainya Muhamad Haris ke, Adik Husaini ke, Haris Salleh ke, semuanya adalah mereka-mereka yang telah lahir daripada akademi dan juga banyak berlatih di luar negara. Apakah kita bersedia di dalam negeri, kalau kita tidak mempunyai peruntukan yang secukupnya maka kita perlu menyediakan satu tempat dan juga proses untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan dalam negeri kita yang terbaik. Kalau tidak dalam tempoh tiga tahun akan datang confirm kita mati dalam bidang ini. Oleh sebab itu saya berharaplah pada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari ini memberi perhatian yang secukupnya. Begitu juga saya ingin bertanya bila kita dah tinggal ni, dulu orang tanya kita sokmo ni kita nak tanya belah alik nun pulak, apa sudah jadi dengan velodrome di Dungun, apa sudah jadi Kompleks Sukan di Hulu Terengganu. Kita dulu dah usaha rapat “jit” dah, saya bawa masa tu bekas Menteri Besar pun saya bawa ke Kementerian. Saya heret dua kali bekas Menteri Besar supaya boleh dibawa balik ke Terengganu. Jadi bila tukar dindong-dindong ni apakah usaha kita dan apakah jaminan kita untuk mempastikan apa yang telah dijanji dan juga telah sampai ke peringkat orang kata pecah tanah dah dapat dilaksanakan kerana ini bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan sesiapa untuk kepentingan anak-anak Terengganu. Kita dak kira bukan hak tu hak ni, takdok, untuk kepentingan anak-anak Terengganu dan

nama boleh ke Yang Berhormat pun nak buat guana tak apa tak ada masalah. Kita buat ini untuk kepentingan rakyat Negeri Terengganu. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin menyentuhlah sedikit berkaitan dengan kawasan saya. Saya ni kawasan Telemong, jauhlah sikit daripada sini tapi sekarang dekat dah tak jauh mana. Saya mengucapkan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana menyebut khusus dalam pembentangan Bajet semalam yang mana akan meneruskan projek yang dalam pelaksanaan iaitu Pusat Komersial di Kuala Ping. Terima kasih Yang Amat Berhormat, sebenarnya kita buat perkara ini adalah melihat kepada kawasan Telemong ni tiada kawasan-kawasan pertumbuhan yang begitu orang kata begitu tersusun. Maka kita memohon sejumlah peruntukan Kerajaan Negeri dan diberi lulus minta sokmo sebenarnya, tapi bukan mudah nak lulus tu. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih juga kepada bekas Menteri Besar dan ianya meneruskan. Sebenarnya ia akan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat sekitar dan juga sekeliling tersebut untuk meningkatkan daya saing dan juga ekonomi kepada mereka. Kalau kita tengok pada hari ini pun, saya melihat perubahan wajah di kawasan tersebut sangat menarik dan berpotensi yang sangat besar pada masa-masa yang akan datang apatah lagi ianya akan menjadi satu pemangkin kepada pembangunan di Tasik Kenyir, pemangkin kepada pembangunan Politeknik yang sedang dalam proses pembinaan sekarang ini, insyaAllah kawasan tersebut ….[Buzzer Timer berbunyi]…… Habis dah?

Yang di-Pertua

Tak apa teruskan, teruskan.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Allah, teruskan sikit lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua. Selain daripada itu juga saya mengucapkan dan juga berharap yang pentingnya saya berharap kepada pembangunan di Tasik Kenyir. Memang saya nampak di Tasik Kenyir ini semakin kuranglah sekarang ini. Minta maaf saya cakap semakin kurang. Jadi saya berharap sebab perkara itu telah berjalan dah lebih separuh jalan. Saya harap ianya dapat diteruskan oleh Kerajaan Negeri dan juga bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan ianya juga untuk kepentingan bukan

sahaja masyarakat setempat, sebenarnya impaknya sangat besar kepada Negeri Terengganu dan juga kepada rakyat secara keseluruhannya. Kalau kita tengok pada hari ini rata-rata kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir semakin menurun. Ini memerlukan usaha yang lebih gigih dan usaha yang lebih daripada pihak Kerajaan untuk melihat Tasik Kenyir ini sebagai satu destinasi pelancongan dan juga destinasi boleh kunjung oleh orang ramai sama ada di dalam dan juga luar negara untuk dijadikan salah satu daripada pusat pelancongan yang selain daripada tempat-tempat lain di Negeri Terengganu ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya sekali lagi merakamkan.....

Mohon mencelah?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sila, sila.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Telemong ada sebut berkait dengan penurunan pelancong ke Tasik Kenyir. Jadi adakah ia disokong oleh fakta ataupun persepsi semata-mata?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Batu Burok, persepsi apanya saya duduk Kenyir juga. Saya nampak hari-hari. Tak persepsi sebenarnya tapi fakta memang boleh tulis tak ada masalah, ni saya cakap realiti. Realiti ni sebab saya sentiasa bersama begitu juga dengan masyarakat setempat yang mengusahakan perniagaan-perniagaan di situ. Sebenarnya keadaan sekarang ini letih sikit bukan kata tutup terus, makna semakin menurun dengan semakin menaik, jadi saya berharap usaha-usaha ini dapat diteruskan dengan lebih baik.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Tak berapa faham Yang Berhormat, sekali menurun, sekali menaik?

Yang di-Pertua

Tidak berapa faham itu, sekejap turun sekejap naik.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dah memang gitu, bukan naik sokmo. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekarang ni memang kita boleh tahu bahawa pelancong di Tasik Kenyir ini semakin berkurang dan saya lebih bimbang pada masa-masa akan datang, takut orang dok ingat terus, takut orang semakin kurang, jadi kita dah banyak pelaburan-pelaburan dan juga kita telah banyak lakukan pelaburan di Tasik Kenyir ini. Jadi kalau kita tidak beri tumpuan ini merupakan satu kerugian bukan sahaja kepada pihak kita malah ianya kepada Kerajaan Negeri itu sendiri.

Yang di-Pertua

Yang terakhir Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya mengambil kesempatan supaya Persatuan-persatuan Belia di seluruh Negeri Terengganu ini diberi perhatian walaupun saya telah melihat banyak Bajet yang telah disediakan pada tahun hadapan ini iaitu RM6.3 juta untuk pengurusan dan juga pentabiran belia di Negeri Terengganu ini telah disediakan oleh pihak Kerajaan. Dan juga ianya memerlukan kepada ia juga untuk dibekalkan juga kepada NGO-NGO dan juga Persatuan-persatuan Kebudayaan dan juga PIBG di seluruh Negeri Terengganu ini. Jadi kalau banyak sangat ni saya rasa peruntukan ini tidak cukup dan perlu ditambah lagi sebab RM6.3 juta ni kalau nak beri bantuan pentadbiran kepada Persatuan-persatuan Belia Negeri Terengganu yang ada lebih kurang 600 dan mungkin sekarang ini bertambah kepada 700-800 dan kalau ada NGO-NGO lagi, kalau ada badan-badan yang NGO yang berdaftar lagi, Badan-badan Kebudayaan lagi, PIBG seluruh Negeri Terengganu ini saya rasa bukan peruntukan ini tidak mencukupi untuk belia-belia menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Terima kasih banyak saya mewakili dan juga bagi pihak rakan-rakan saya, saya rasa Bajet ini amat banyak kena kepada orang-orang muda terima kasih banyak.

Jadi saya mengambil kesempatan dengan ini untuk menyokong dan juga menyokong Ucapan Bajet yang telah dibentangkan pada pagi semalam. Wallahua’lam wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Telemong. Saya nak bagi markah A tolak dari segi point-point ucapan Yang Berhormat sebentar tadi. Cuma hulu kurang sikit, Bahasa Hulu kurang sikit petang ni. Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana kita ada masa sikit lagi sebelum garis merah pukul lima petang, saya nak persilakan Yang Berhormat Bukit Besi ya. Sila Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat Exco, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati, takdok seorang Pemerhati? Tuan-tuan, puan-puan yang saya kasihi sekalian. Jadi, petang yang penuh dengan kesunyian ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk turut sertalah dalam membahaskan pembentangan Bajet Bagi Tahun 2019. Dan pada saya sebenarnya saya ingin merakamkan ucapan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta pimpinan Kerajaan Negeri yang telah membuat satu keputusan yang terbaik bagi memastikan tema Bajet Bagi Tahun 2019 akan dapat dilaksanakan dengan yang terbaik iaitu Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera. Dan di kesempatan ini saya ingin mengambil pendekatan dengan empat teras yang telah dikemukakan iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan. Jadi keempat-empat teras ini pada saya menjuruskan ke arah negeri maju untuk masa-masa yang akan datang. Kita sedar bahawa peruntukan yang disediakan untuk tahun 2019 merupakan satu peruntukan sama ajelah sepertimana yang Telemong kata, yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Negeri Terengganu apatah lagi peningkatan daripada tahun lepas iaitu tahun lepas RM1.996 dok? Kalau dok silap saya sebab saya pun tujuannya nak cakap esok tapi dah Tuan Speaker bagi saya peluang hari ini, jadi saya ambil

peluang juga pada petang ini. Jadi ada peningkatan, jadi ini merupakan satu perkara yang boleh dirasai oleh rakyat Negeri Terengganu dari pembentangan Bajet yang akan dibuat pada tahun hadapan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa empat teras ini boleh menampakkan bahawa kalau Kerajaan melaksanakan peruntukan yang akan diperuntukkan untuk tahun 2019 ini, ini merupakan satu perkara yang amat baik. Dan apabila Kerajaan melaksanakan peruntukan yang nak disediakan ini dengan cara yang terbaik dan berhemah, insyaAllah, insyaAllah Negeri Terengganu kita akan dapat keberkatan. Kerana kita nak tengok bahawa rakyat kita hidup dalam keadaan yang sempurna, yang diberi perhatian khusus oleh Kerajaan, dok kira lah kerajaan dulu ke, ataupun kerajaan hari ini, memang rakyat senantiasa menunggu-nunggu akan apa yang mereka akan dapat daripada pembentangan Bajet yang dihidangkan.

Dan yang keduanya kemajuan. Kalau peruntukan Bajet 2019 adalah Bajet yang berimbang, saya nak tengok jugaklah supaya kerajaan baharu kita ni supaya dapat juga membuat ataupun memberi perkhidmatan kemajuan yang berimbang jugak yang terbaik kepada rakyat dan juga daerah-daerah. Kita ada 8 daerah ke 9 doh lening. 8 ork? Dok bubuh dalam kepala. 8 daerah dalam Negeri Terengganu kita ni minta kita seimbangkanlah supaya jangan daerah-daerah ada yang tertinggal dari segi kemajuan dan pembangunan yang akan disediakan oleh Kerajaan.

Dan yang ketiga ingin saya sentuh dari segi kebajikan-kebajikan rakyat apabila kita ni sebagai Wakil Rakyat dan Kerajaan memang tidak lain dan tidak bukan ialah kebajikanlah hak yang paling utama sekali sebenarnya. Jadi saya petang ini saya nak minta supaya kerajaan apatah lagi kerajaan hari ini menyuarakan Negeri Berkebajikan bukan gitu? Sebagai negeri yang berkebajikan. Jadi kebajikan-kebajikan ni kalau kata pada saya kita hulur tu biar kita tengoklah apa yang sepatutnya yang terbaik dan kena pada sasaran dia. Sebab pagi tadi ada kawan-kawan kita ada menyuarakan tentang dah dapat duduk dah boleh rumah semua sekali tapi hari ini sebenarnya tidak berlaku di Jertih ataupun di mana tadi? Di Telemong dan di Bukit Besi pun begitu juga. Jadi saya mintalah kepada Kerajaan supaya kenal pastilah sebab

apa pemilihan kita dulu pun memang berasaskan kepada kelayakan-kelayakan yang telah diputuskan oleh Bahagian Perumahan. Jadi janganlah apabila kita ambil alih ni, kita cuba buat suatu yang boleh sikit sebanyak akan memberi kesan…

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Laluan. Laluan sekali?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Memberi kesan kepada rakyat dalam Negeri Terengganu …..

Yang di-Pertua

Okey, Manir minta laluan boleh Yang Berhormat?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sila Manir, tak ada masalah.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Tuan Yang di-Pertua, tadi Kuala Besut, ni Bukit Besi pula. Kita tarik rumah takdok fakta bawalah borang-borang tu ada. Masalahnya pemutihan yang dibuat oleh pihak jabatan, rumah itu naik rumput sama tinggi dengan pintu. Dok duduk, tarik balik marah. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okeylah, kita boleh terima juga yang Manir sebutkan tadi. Memanglah ada beberapa orang hak yang kata di Bukit Besi ni yang saya boleh katakan ada beberapa orang senantiasa kita tegur tetapi hak yang duduk tu ada jugak hak yang terlibat. Sebab saya kata yang saya sebutkan pada petang ni…..

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Tidak faham.

Guaner bolo’. Hak betul ke salah kita kabor ni?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ada betul ada tidak.

Laluan sikit Bukit Besi.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

MasyaAllah.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Betullah tu, ada betul ada tidak.

Yang di-Pertua

Jangan gitu, satu-satu, biar Yang Berhormat Bukit Besi jawab dulu yang daripada Manir tadi lepas tu baru Kuala Besut.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, Manir.

Jadi saya pula Exco jawab deh.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Saya bukan minta tolong jawab.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sebab saya ada pengalaman juga.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Saya tengok janggut comel dah Bukit Besi tu. Ke nak borang gok? …(Sambil gelak) ….

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Berkat, Sejahtera boh. ….(Dewan gelak) …. Sunah, sunah. Memang ada dan juga tidak tepatlah. Tu saya sebut sebab saya sebut ni kerana ada beberapa aduan walaupun hari ini kita tidak ada kuasa tetapi walau macam mana pun, rakyat masih lagi berhubung dengan Wakil Rakyat yang tidak ada kuasa. Jadi, oleh sebab itu, sedikit sebanyak kita dapatlah maklumat-maklumat mengenai perkara yang saya sebutkan tadi. Sila Besut.

Yang di-Pertua

Sila.

Okey, terima kasih kepada Bukit Besi. Terima kasih juga kepada Yang di-Pertua. Okey, maklumat yang saya bangkitkan tadi saya dah sampaikan kepada Yang Berhormat Exco untuk makluman Dewan. Saya boleh sebut nama ini, nama dia Rosmawati binti Mohd Yusof, nombor rumah A2-17, Rumah Pangsa Mampu Milik Mengabang Besar. Kes ini adalah kes yang genuine, dia dapat 21 November 2018. Masa pemilik ini boleh rumah sebagai contohnya, boleh rumah dia mempunyai suami. Lepas pada itu, tidak lama lepas pada itu, suaminya dipanggil mengadap Ilahi, meninggal, dia jadi ibu tunggal. Lepas itu, dia bekerja di Kampung Pacakan, sempadan sikit deh, dia kerja di kedai makan. Dia tidak boleh bawa motor, dia tumpang orang, dia dengan anak-anak dia terpaksa duduk di kedai itu. Tapi, dia ada bil api semua, memang dia duduk dah semasa suami dia ada. Jadi, bila dia tak boleh nak bergerak gi mari gi mari, dia tumpang dulu di kedai itu. Jadi, saya pohonlah supaya pihak Kerajaan tengok case by case. Kes yang genuine yang perlu kita tolong, kita tolong. Tapi, kalau ada yang rumah banyak tu, gape ke, okeylah. Orang kata, orang putih kata be fair to them. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila sambung Yang Berhormat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang ada rumah banyak dah tu boleh juga zaman apa?

Siasatlah, sebab dia melibatkan interview oleh Bahagian Perumahan dulu.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Takpelah Manir, kita kena akur juga dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tadi, penutup tadi. Kita toksoh sangatlah banyak ambil nak tu, kan kita nak pakat molek kan? …..(Dewan gelak)….. Jadi, biarlah dengan cara yang molek.

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Apa yang kita sebut tu, ada kaitanlah dan kecekapan. Memang kalau nak kata dulu pun nak kata cekap, memang adalah kelemahan-kelemahan dia. Jadi, kita harapkan bahawa Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baru serta kepimpinan, barisan Exco-nya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cepat di samping sokongan dan kerjasama daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang ada. InsyaAllah dengan cara yang terbaik kita boleh melakukan demi untuk kepentingan rakyat Negeri Terengganu kita.

Dan saya juga tertarik dengan 8 strategi dalam pembentangan Bajet dan saya bolehlah sebut beberapa perkara yang mungkin ada kaitan juga iaitu antaranya membangunkan kuantiti, kualiti model insan. Apabila saya cuba belek-belek untuk saya nak bahas esok, jadi saya cuba catit, saya tengok dia lebih memfokuskan kepada kaitannya macam kata apa hok Mus’ad bin Omar ke Paka? Ya? Umai. Hor, jadi dengan peruntukan RM5 juta, okey, comel sebenarnya. Bukan kata benda itu dok comel, benda ini benda baru yang itu. Lepas itu, kepada yang cacat mata, kita guna bible apa, bible pulak …. (Dewan gelak) ….

Braille Yang Berhormat, bukan bible. ….(Sambil ketawa)…..

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, terima kasih Paka, tolong betul saya deh. Hor, braille.

Yang Berhormat, nak tanya ser, satu soalan. Lencana mende Yang Berhormat pakai, sebab nampak dalam skrin tu, nampak…..?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Bukan TTB.

Dok, bukan, nampak macam hijau bulat sebab tu tanya.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Mungkinlah maknanya, takpe kita bincang.

Okey, okey.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Maknanya Yang Berhormat Paka, Exco pergi jumpa saya, insyaAllah kita boleh bincang, boleh jadi bulat sajapun boleh jadi juga. Okey, Yang Berhormat Speaker, tu buat kelakar sikit petang-petang hari ni deh.

Jadi, modal insan ini sebenarnya dia sebenarnya luas yang boleh saya katakan. Cuma, saya nak hok benda molek, moleklah. Cuma, saya nak cadangkan supaya kita juga jangan lupa bahawa hari ini rakyat Negeri Terengganu terutamanya anak-anak muda kita mengeluh, mengeluh dari segi nak cari pekerjaan. Jadi, maksud sayanya peluang pekerjaan. Jadi, minta tolonglah barisan Exco serta pegawai-pegawai Kerajaan tolong sama memikirkan apakah yang boleh yang sesuai untuk kita nak melakukan, menjayakan apa yang diharapkan oleh anak-anak muda kita iaitu peluang-peluang pekerjaan.

Jadi, oleh sebab itu, dalam hal ini saya nak cadangkanlah beberapa perkara penting dari segi usahawan saya duduk tengok tadi RM15 juta ini satu peruntukan yang memang saya pun memang boleh katakan yang baiklah untuk membantu usahawan-usahawan kita. Tetapi kepada golongan-golongan muda juga, bukan kata sebenarnya dulu pun kita bimbing, apa ni, lepasan pelajar-pelajar lepasan ijazah semua sekali ini memang kita dah bimbing. Tetapi dari segi percent anak-anak kita ini nak menjuruskan kepada perniagaan ini, dia kurang minat lagi, kurang rasa minat lagi untuk itu. Jadi, oleh sebab itu saya merasakan bahawa TESDEC juga kita perlu perkasakan, beri latihan kepada anak-anak kita supaya apabila dia ada latihan yang cukup, kursus-kursus yang cukup mungkin anak-anak kita boleh ditempatkan ke tempat-tempat yang baik. Ini juga antara yang saya fikir boleh kita laksanakan dalam perancangan kita untuk tahun 2019, insyaAllah.

Jadi, merancakkan pertumbuhan ekonomi antara yang saya cuba kerangka untuk saya cakap. Jadi, merancakkan pertumbuhan ekonomi ni memang satu benda yang memang kita tunggu-tunggulah sebab peluang ekonomi kepada rakyat Negeri Terengganu kita, perlu kita kena selaraskan dengan cara yang baik kerana kalau kita tengok hari ini perniagaan bukan kata di Telemong, tetapi boleh katakan di tempat saya pun juga mungkin di mana-mana pun juga di Negeri Terengganu kita ini dari segi dalam konteks perniagaan ini nampak malap sungguh lening. Saya rasa bahawa rakyat Negeri Terengganu kita ini memang doksoh ambik kira kitalah yang makan gaji, rakyat kita di bawah memang saya sendiri merasakan saya geleng kepala sebenarnya apabila tengok kedai-kedai ini tiada orang, saya rasa rakyat kita ini memang tidak ada duit, jadi malap. Jadi, saya mintalah supaya barisan Yang Amat Berhormat serta barisan Exco serta pegawai-pegawai Kerajaan ini cuba ambil perhatian juga dalam perkara ini. Jadi…..

Yang di-Pertua

Habiskan point yang terakhir Yang Berhormat sebab kita dah dekat pukul 5.00 petang.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Point yang terakhir. Terima kasih Yang Berhormat Dato’, eh Yang Berhormat Yang di-Pertua, dok Dato’ lagi dok?

Jadi, yang terakhir ni saya nak sebut ada empat jer, tapi saya tidak sempatlah. Jadi, saya nak sebut tentang kampung sayalah, kawasan saya. Kalau kita tengok Bukit Besi ini satu masa dulu memanglah satu tempat yang boleh dikatakan sumber ekonomi Kerajaan Negeri. Jadi selepas pada itu, memang selepas tutup lombong Bukit Besi ini memang kita tidak ada benda yang boleh kita fikirkan. Tetapi masa saya itu sempatlah, setelah saya fikir-fikir macam mana saya nak kembalikan Bukit Besi ini supaya nama dia itu disebut-sebut. Oleh sebab itulah Kerajaan Negeri dulu telah meluluskan, telah gazet bahawa Bukit Besi kita itu kita nak jadikan Bukit Besi Bandar Bersejarah. Jadi, hari ini kita dapat lihatlah, tengok itu pun tak boleh buat macam mana juga dengan KETENGAH duduk buat sikit-sikit buat lampu merah tu, Paka ada

pergi tengok? Bukit Besi Bandar Bersejarah ada lampu sikit, lepas itu ada buat pintu gerbang sikit, adalah sikit-sikit yang KETENGAH buat. Jadi dalam hal ini, saya nak mengharapkanlah Kerajaan Negeri hari ini cuba melihat sama tentang Pembangunan Bukit Besi, kita nak kembalikan supaya menjadi Bukit Besi ini disebut balik macam yang dulu-dulu.

Jadi, saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri tolonglah, turun tengok membantu saya Yang Berhormat yang tiada kuasa tolong tengok apa-apa yang boleh kita fikirkan untuk cepat sikit sebab dari segi perancangannya memang dah lengkap dah. Jadi, kita jangan harap ke KETENGAH saja sebab Bukit Besi itu kawasan kita, negeri kita juga, jadi biar Kerajaan Negeri juga turut sama memainkan peranan untuk menaikkan balik imej Bukit Besi yang lama diabai dan ditinggalkan.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, itu sahaja. Jadi, saya rasa itulah sikit sebanyak dan saya Bukit Besi juga turut menyokong Bajet yang telah dibentangkan. Terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Besi. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 ataupun Perbahasan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Oleh kerana kita masih lagi dalam perbahasan, insyaAllah kita akan sambung pagi esok.

Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Sidang Dewan kita pada hari esok, 27 November 2018, jam 9.30 pagi dan sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG.