Terengganu · 27 November 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 282 turns · 27,051 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat bagi memberkati Persidangan marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran. Al-Fatihah.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada hari ini, 27 November 2018 adalah sepertimana berikut:-1. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) 2. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) 3. Y.B. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman (Wakil Seberang Takir) 4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura) 5. Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Mamat (Wakil Telemong) 6. Y.B. Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi) 7. Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir) 8. Y.B. Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) 9. Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) 10.

Y.B. Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor (Wakil Langkap) 11.

Y.B. Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) 12.

Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman (Wakil Batu Rakit) 13.

Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed

(Wakil Bandar) 14.

Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman (Wakil Kuala Besut) 15.

Y.B. Ab. Razak bin Ibrahim (Wakil Air Putih) 16.

Y.B. Dato’ Abd. Halim bin Jusoh (Wakil Permaisuri) 17.

Y.B. Haji Maliaman bin Kassim (Wakil Ajil) 18.

Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tepoh untuk mengemukakan soalan.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhomat, Yang di-Pertua soalan saya nombor 1 - Difahamkan projek pengawalan hakisan pantai di pantai kg.

Kolam, Pengkalan Maras telah dibatalkan oleh pihak kerajaan pusat. Apakah faktor pembatalan dan apakah persediaan kerajaan negeri untuk mendepani hakisan pantai di kawasan tersebut yang dijangka lebih parah pada tahun ini?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhomat, Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil ketua-ketua jabatan dan hadirin sekalian.

Pertama saya nak ucap terima kasihlah di atas soalan Yang Berhormat daripada Wakil Tepoh. Kalau kita lihat Mesyuarat Yang Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada 1 hingga 4 Julai yang lepas soalan yang hampir sama Wakil Tepoh telah bertanya dan telah dijawab secara bertulis di dalam hansard ini. saya hendak ucap dan tahniah dan syabaslah, Wakil Tepoh ini ialah seorang cakna kepada masyarakat kepada ADUN dia mudah-mudahan saya doakan di masa yang akan datang akan dapat menjadi seorang Exco yang baik. InsyaAllah.

Soalannya berbunyi: Difahamkan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kampung Kolam, Pengkalan Maras telah dibatalkan oleh pihak Kerajaan Pusat. Apakah faktor pembatalan dan apakah persediaan Kerajaan Negeri untuk mendepani hakisan pantai di kawasan tersebut yang dijangka lebih parah pada tahun ini.

Selaras dengan arahan Kerajaan Pusat baru-baru ini, apabila berlaku pertukaran Kerajaan cadangan Projek Kawalan Hakisan Pantai di Kampung Kolam di Pengkalan Maras ini telah dibuat kajian semula oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia iaitu mana-mana projek yang belum dilancarkan atau yang kurang daripada 15% pembinaannya akan dikaji semula.

Secara umum, proses kajian semula ini dilaksanakan untuk membolehkan Kerajaan Pusat membuat penilaian secara menyeluruh terhadap projek-projek pembangunan di seluruh negara terutamanya yang melibatkan aspek keberkesanan kos dan keutamaan dalam pelaksanaan projek dalam suasana kekangan kewangan yang sedang dihadapi sekarang ini. Kerajaan Negeri dimaklumkan projek yang dianggarkan menelan belanja RM90 juta yang sedang dalam peringkat rekabentuk terperinci oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan dijangka dapat dilaksanakan pada tahun hadapan iaitu tahun 2019. Kita terima keputusan secara lisan yang telah diperolehi menyatakan bahawa cadangan projek ini telah ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2019 di atas justifikasi kewangan dan keutamaan di peringkat Pusat. Di antara langkah segera yang telah diambil bagi menangani isu

hakisan ini maka Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu telah melaksanakan satu lagi projek bagi mengawal hakisan pantai terhakis di Pengkalan Maras dengan kos RM500,000 melalui peruntukan Pusat. Memandangkan masalah hakisan di kawasan berkenaan semakin kritikal Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan peruntukan melalui sesi perundingan di peringkat tertinggi bagi membolehkan objek ini dilaksanakan dengan kadar segera. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri akan berusaha untuk melaksanakan projek-projek kawalan hakisan di kawasan berkenaan walaupun dalam skala yang agak kecil selaras dengan kemampuan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Yang di-Pertua

Saya ingat ada soalan tambahan tadi. Bukan soalan tambahankan?

Tiada soalan tambahan. Terima Kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat wakil Batu Burok.

Yang Berhormat, Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3 - Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan-usahawan kecil dalam bidang kraftangan seperti songket, batik, tembaga dan lain-lain?

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang

Berhomat, Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seterusnya rakan-rakan Exco dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Burok yang telah mengajukan soalan nombor 3 yang berbunyi: Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan-usahawan kecil dalam bidang kraftangan seperti songket, batik, tembaga dan lain-lain.

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, melalui Yayasan Pembangunan Usahawan, Kerajaan Negeri telah mendaftarkan di Perbadanan Harta Intelek, (Myipo) di bawah Geographical Indication dengan izin, Petunjuk Gerak Geografi bagi produk tembaga, ukiran kayu, batik dan songket. YPU juga telah mengadakan program kerjasama dengan Yayasan Di Raja Sultan Mizan (YDSM) bagi mencari pelapis-pelapis pengusaha tembaga. Melalui YDSM juga telah ditubuhkan satu Persatuan Tembaga Terengganu bagi mewujudkan penyelarasan pengusaha-pengusaha tembaga ini.

YPU juga telah menyenaraikan pengusaha-pengusaha tembaga ukiran kayu dan pengusaha produk tradisional yang lain melalui sistem e-SDSI di bawah MITI dan ICU Jabatan Perdana Menteri. Itu dari segi dalam Kraf Tembaga. Dalam Kraf Songket melalui YPU juga telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek (Myipo) cap dagangan bagi logo Songket Asli Tenun Tangan Terengganu (SATTT). Program ini merupakan kerjasama YPU dengan Perbadanan Kemajuan Kraf Malaysia, Cawangan Terengganu. Logo ini didatangkan dalam dua bentuk iaitu label dan juga certificate tag, label ini akan dijahit pada setiap kain songket dan pada certificate card terdapat nombor sirinya tersendiri. Label dan SATTT ini diberikan secara percuma hanya kepada 28 usahawan songket yang telah melakukan Ujian Keaslian Songket di PKKM Cawangan Terengganu. Usaha ini merupakan salah satu cara bagi membantu pengguna agar dapat membeli dan membezakan Songket Asli Tenunan Tangan Terengganu dengan songket luar.

Dalam Kraf Batik pula YPU juga mewujudkan bantuan pinjaman blok batik kepada usahawan-usahawan batik yang masih meneruskan teknik pembuatan batik blok. Batik blok merupakan kaedah pembuatan batik secara tradisional

yang semakin kurang diusahakan, ini kerana pembuatan batik melalui teknik blok melibatkan kos yang agak tinggi dalam menghasilkan blok batik yang diperbuat daripada tembaga. Oleh yang demikian, YPU mengambil pendekatan dengan mewujudkan peminjaman blok batik bagi membantu usahawan mikro dalam perusahaan ini. Usaha ini diwujudkan bagi mempopularkan semula pembuatan batik secara tradisonal kerana permintaan yang tinggi terhadap batik blok. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan tadi oleh Yang Berhormat Kota Putera. Kita semua menyedari bahawa industri yang melibatkan perkara-perkara yang disebutkan tadi kebanyakkannya terdiri daripada kalangan usahawan Melayu yang terkenal di Negeri Terengganu ini bukan sahaja di peringkat Negeri Terengganu bahkan juga di peringkat nasional, maka adakah Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman mudah atau bantuan peralatan kepada usahawan dalam industri ini?

Terima kasih Yang Berhormat Batu Burok, berkenaan dengan menyediakan pinjaman mudah, Kerajaan Negeri yang pastinya akan terus mempertahankan industri seni, kraf dan warisan. Alhamdullilah, insyaAllah, bermula Disember tahun ini YPU bersama dengan SME CORP akan menyediakan bantuan berbentuk geran kepada usahawan yang layak dengan kriteria yang telah ditetapkan. Geran adalah dalam bentuk pembelian mesin, peralatan pembungkusan, pelabelan, latihan, berbentuk pensijilan dan inovasi. Dan pada tahun hadapan insyaAllah antara sektor baru yang akan ditambah dalam pemberian pinjaman ini adalah dalam Industri Seni Kraf Warisan termasuk juga dalam sektor pelancongan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sendiri. Terima kasih.

Soalan tambahan saya yang kedua: Produk berasaskan songket, batik dan tembaga adalah sinonim dengan sektor pelancongan Negeri Terengganu. Usahawan dalam sektor tembaga dan kraf khususnya semakin berkurang sebagai contohnya di dalam kawasan saya sendiri, kawasan Batu Burok. Sekarang ini hanya terdapat dua pengusaha songket dan tiga pengusaha batik, jadi adakah Kerajaan sedar perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Batu Burok. Memang kita sangat menyedari kekurangan pengusaha-pengusaha ataupun usahawan-usahawan dalam sektor kraf ini. Tidak dinafikanlah perkara ini berlaku dan sekarang ini pun kita agak jarang boleh lihat ada kedai-kedai ataupun pengusaha-pengusaha di tempat-tempat yang mudah dilihat kecuali kita perlukan satu maklumat daripada info-info tempatan barulah kita jumpa pengusaha-pengusaha yang mengusahakan perusahaan ini. Oleh itu kerjasama dengan semua pihak amat kita perlukan dan akan diteruskan bagi memartabatkan kembali industri ini. Biasanya ukiran kayu diukir di Besut di Kota Putera sendiri dalam kawasan Kota Putera, insyaAllah akan ditambah baik dalam aspek menjadikan pelapis ukiran kayu untuk menjadi usahawan, tempatnya cantik, indah cuma agak sunyi kebelakangan ini. InsyaAllah saya akan mencari usaha-usaha untuk memajukan tempat yang indah itu, berada di tepi sungai pandangannya indah, untuk menaikkan industri ukiran kayu insyaAllah. Kita juga dalam kerangka untuk membuat satu showroom supaya boleh jadikan tempat lawatan-lawatan hasil kraf kita itu, hasil ukiran kayu kita kerana kalau sekarang ni kalau orang nak pergi nak tengok tidak ada tempat hanya tempat bengkel sahaja, tidak ada tempat yang kita boleh letakkan produk-produk kita yang telah dihasilkan oleh usahawan-usahawan kita itu sendiri.

Manakala dalam lain-lain produk, kajian secara holistik, insyaAllah dalam Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun ada diperuntukkan untuk Geran Penyelidikan Perusahaan Kecil Dan Sederhana sebanyak RM2 juta. InsyaAllah kita akan gunakan sebaiknya untuk buat kajian secara holistik dalam industri ini, insyaAllah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya persilakan…

Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan, boleh ser?

Yang di-Pertua

Okey.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, boleh tak pihak Kerajaan memaklumkan kepada Sidang Dewan dan juga kepada kita semua, apakah situasi ataupun senario IKS ataupun PKS, sektor PKS dan juga IKS yang ada di Terengganu sekarang ini sama ada semakin berkembang ataupun suasananya sejuk ke ataupun macam mana senario keadaan ni dan apakah faktor-faktor yang menyumbang ke arah ini? Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut berkenaan dengan situasi ataupun keadaan IKS ataupun PKS di Terengganu kita sekarang ni. Alhamdulillah, setakat hari ini kita masih meneruskan usaha-usaha ini dan sebenarnya kita tidak kurang melahirkan usahawan-usahawan daripada usahawan-usahawan Terengganu ni. Cuma yang hadapi masalah sekarang ni adalah rata-rata orang berkata, bercakap berkenaan dengan pasaran. Kita mempunyai produk, banyak juga produk-produk kita yang baik tetapi untuk menembusi pasaran sama ada pasaran tempatan ataupun pasaran luar negeri ataupun luar negara itu masih lagi mempunyai kesulitan. Tetapi insyaAllah, kita sedang merangka untuk bawa mereka ini ke satu era yang insyaAllah boleh dibanggakan oleh Negeri Terengganu insyaAllah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Wakil Seberang Takir untuk mengemukakan soalan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu - Adakah Kerajaan Negeri membuat pelan kontigensi atau pelan B sekiranya wang ehsan atau hasil petroleum daripada pihak pusat tidak diperolehi?

Terima kasih.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seberang

Takir yang mengemukakan soalan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan seluruh hadirin dalam Dewan yang mulia ini.

Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Takir, soalannya adalah mengenai: Adakah Kerajaan Negeri membuat pelan kontigensi atau pelan B sekiranya Wang Ehsan atau hasil petroleum daripada pihak pusat tidak diperolehi?

Kita berharap agar soalan ini adalah saya rasa harapan kita semua dalam Dewan yang mulia ini, bahawa soalan ini bersifat hipotetikal kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Perdana Menteri, yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri telah membuat keputusan dan pertimbangan hasil daripada pandangan Yang Amat Berhormat Tun Perdana Menteri bahawa negeri-negeri yang menerima hasil petroleum dan gas yang disebut dalam mesyuarat berkenaan, ada 4 negeri yang secara khususnya iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu untuk menerima terus hasil wang royalti ini ke dalam akaun negeri masing-masing. Itu apa yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada bulan Julai yang lalu. Walaupun begitu, kita menganggapkan bahawa selagi sepenuhnya wang royalti ini atau dalam soalan disebut sebagai Wang Ehsan atau hasil petroleum ini tidak sampai sepenuhnya maka Kerajaan Negeri akan mengubahsuai semula Bajet Negeri berdasarkan hasil sebenar yang diterima pada tahun semasa. Pendapatan hasil negeri selain daripada petroleum atau Wang Ehsan ini adalah dalam lingkungan RM395 juta setahun. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri akan melaksanakan kawalan perbelanjaan yang ketat bagi memastikan perbelanjaan dilakukan dengan lebih berhemah, menyenaraikan keutamaan bayaran seperti emolumen agar ianya tidak terjejas, menyenaraikan keutamaan bayaran seperti dan perkhidmatan bekalan tidak terjejas dan Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan hasil dengan melakukan beberapa pendekatan.

Yang pertama ialah memperkasakan kutipan hasil dan tunggakan hasil dengan memastikan jabatan atau agensi mengutip hasil, membuat penguatkuasaan secara agresif terutamanya kepada premis perniagaan dan industri yang berkait dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri serta menggesa agensi membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten.

Yang kedua, pihak Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sedang meneliti kertas cadangan peningkatan hasil berkait urusniaga tanah dan kadar fee galian kerana kadar semasa yang ada sekarang ini adalah kadar yang terlalu rendah hatta kita bandingkan dengan negeri-negeri lain juga, ia berada dalam kedudukan yang rendah. Dan kita percaya ianya mampu meningkatkan sedikit sebanyak hasil daripada peningkatan kadar fee galian ini.

Yang ketiga ialah mengenakan caj bekalan kayu mentah dan yang keempat, Kerajaan Negeri juga telah membentuk satu Jawatankuasa Meningkat Hasil Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan dianggotai oleh UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri), PTG dan semua Yang di-Pertua Majlis. Jadi dengan pendekatan itu kita berharap ianya dapat merungkai dan meringankan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh negeri. Pun begitu, sebagaimana yang saya ucapkan diawal tadi bahawa kita berharap persoalan ini dan suasana sebegini merupakan suatu hipotetikal, suatu jangkaan yang tidak berlaku. Sekian.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat sekalian. Soalan tambahan saya, penjelasan: Setakat ini pembayaran kali kedua Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat, berapa diterima oleh Kerajaan Negeri dan sepatutnya berapa yang akan diterima? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ajil yang mengemukakan persoalan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kijal…

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Ehh.. sorry, sorry, Kijal, Ajil pulak dah.

Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat, soalan tambahan daripada Kijal sebenarnya berkait dengan soalan yang berikutnya dalam senarai soalan yang timbul pada hari ini daripada ADUN Sura. Jadi saya rasa saya ambil kesempatan untuk jawab terus soalan Sura.

Yang diterima oleh Kerajaan Negeri sehingga daripada Januari hingga November 2018 adalah berjumlah RM1,123,965,000.00, sorry, 960,000, RM1,123,960,000.00. Terima kasih.

Berasaskan Bajet yang lepas, berapa lagi baki yang belum dibayar oleh Kerajaan Pusat?

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada Kijal. Baki sebenar yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri, kita tidak mempunyai rekod ataupun jumlahnya berdasarkan baki yang sebenar, kita hanya mempunyai anggaran berdasarkan pada pengiraan dan komunikasi dengan pihak Kementerian Kewangan kerana yang membuat pengiraan itu adalah hasilan daripada Petronas dihantar kepada Perbendaharaan. Sebagaimana yang kita semua tahu dan kita menjangkakan baki yang tinggal adalah lebih kurang dalam RM400 juta lagi untuk tahun 2018 ini.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sura ada soalan tambahan?

Saya, Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua

Tuan punya asal soalan, sila… Ballik pulak jadi.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan yang saya ingin kemukakan sebagai soalan tambahan ialah apakah langkah pihak Kerajaan untuk memastikan bahawa duit Wang Ehsan ini akan kita perolehi, bukan itu sahaja, kerana perjuangan Pembangkang sebelum ini sewaktu Barisan Nasional menjadi Kerajaan, inilah perkara utama yang menjadi perjuangan mereka, termasuk yang menjadi Timbalan Menteri sekarang ini yang telah, apa ini, pergi ke merata tempat dengan Hilux kemudian memohon atau mendesak Kerajaan memperjuangkan royalti ataupun Duit Ehsan, bukan itu sahaja malah berkait dengan Bertam sekali.

Jadi dalam soalan saya: Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mendesak dan kami di pihak Pembangkang memang bersedia untuk bersama-sama terutama mendesak kepada Pembangkang yang telah menjadi Kerajaan di peringkat Federal sekarang ini, yang telah memperjuangkan kerana mereka ini termasuk ADUN Bandar dan juga ADUN Batu Burok sebelum ini yang sentiasa dalam Dewan, saya rasa akan sentiasa sebaik sahaja Dewan bersidang sudah pasti perkara ini menjadi keutamaan. Dan kerana mereka sudah menjadi Kerajaan, eloklah kalau saya cadangkan di sini supaya pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak Pembangkang untuk bersama-sama mendesak mereka kerana mereka sudah menjadi Kerajaan dan sepatutnya mereka mengotakan perjuangan yang telah mereka perjuangkan selama ini supaya hak rakyat Negeri Terengganu tidak dinafikan terutama berkait dengan Duit Ehsan dan juga isu tentang royalti Bertam itu sendiri?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

PAS sokong juga dulu itu, masa isu ni PAS sokong juga tu.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Memang doh Batu Rakit.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa, kita jawab dulu yang tuan punya soalan.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Seberang Takir. Tentunya soalan ini yang berkait dengan royalti petroleum dan gas ini adalah suatu soalan yang besar dan senantiasa ditanya bukan sahaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahkan menjadi suatu persoalan yang ditanya hampir setiap hari, setiap minggu oleh para wartawan dan rakyat di luar sana dan kita menyedari tentang kepentingan ini. Saya sepenuh hati merasa terima kasih di atas kesediaan Yang Berhormat Seberang Takir bersama rakan-rakannya, rakan-rakan kita semua untuk turut sama mengambil inisiatif dan menawarkan diri bagi sama-sama kita berusaha menyelesaikan …..

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat …..

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Nanti, saya jawab dulu.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Nak tanya soalan ser.

Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu, biar selesai dulu.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Nanti dulu, tak jawab lagi ni.

Yang di-Pertua

Biar selesai dulu, baru ….

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Nak celah jer sikit sebelum MB gi jauh, tentang soalan tu. Tentang soalan ni dia yang tukang tarik, lepas itu dia minta pulak. Jadi yang mana satu, hak jadi PM dulu yang tukang tarik ni.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa, Ayah pun tukar dah lening.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Takpe, okey, soalan semasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manir tu, tak apalah kita take note pandangan itu, sekarang ni apa yang penting adalah bagaimana untuk kita move forward dengan izin, bagaimana untuk kita bergerak secara bersama bagi menyelesaikan perkara ini. Tentunya senario politik semasa yang ada ini adalah suatu senario yang sangat unik selepas daripada negara mencapai kemerdekaan, suasana yang baharu, bukan sahaja pada Negeri Terengganu bahkan pada negeri-negeri yang lain yang mempunyai suasana politik yang berbeza apatah lagi berlaku perbezaan yang ketara di peringkat Kerajaan Pusat.

Pun begitu pendekatan yang ingin kita laksanakan daripada awal adalah secara memperkukuhkan hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di atas Konsep Federalisme yang ada dalam Perlembagaan negara kita. Oleh kerana itu, saya telah mengambil pendekatan sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Terengganu bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa kali untuk melakukan perbincangan dan perundingan sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi. Dan saya menyambut baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Seberang Takir dan saya sebenarnya boleh bersetuju supaya kita boleh membentuk suatu Jawatankuasa, Adhoc Committee secara bersama di antara wakil daripada kerajaan dan wakil daripada rakan-rakan sebelah sana supaya dapat kita duduk bersama dan berfikir dan bergerak secara bersama ke Putrajaya untuk berbincang dengan pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah sedikit.

Yang di-Pertua

Ya.

Saya bersedia menawarkan diri untuk bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ….(Tepukan Sokongan)….

…..

untuk bertemu dengan Tun Mahathir untuk mendapatkan hak Kerajaan Negeri Terengganu. Perkara inilah yang sama perjuangkan selama ini sehinggakan saya tersingkir dari jawatan. Terima kasih.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Saya pun bersedia jugak. Barang yang lepas jangan dikenang.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih. Terima kasih.

Dah bakpe dok kenang?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Saya menyokong Wakil Kijal. Sokong kuat ni.

Dok kenang pulok doh. Jangan main-main. Hok kenang sedap ni.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Rileks…. rileks….

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya tiba-tiba terasa seriau, rasa naik rhaa bila mendengar pandangan rakan-rakan daripada sebelah sana dan sebelah sini. InsyaAllah kita akan membentuk jawatankuasa itu dengan segera dan kita akan bergerak secara bersama dan ini merupakan suatu mesej yang sangat jelas daripada Negeri Terengganu bahawa kami boleh duduk secara bersama di Negeri Terengganu walau apa jua parti politik kerana inilah yang ingin kita perjuangkan untuk rakyat Negeri Terengganu dan bukan untuk kepentingan parti politik di Negeri Terengganu dan saya berharap dan saya yakin bahawa inisiatif yang sedemikian akan dilihat sebagai suatu perkara yang sangat kuat kesannya terutama kepada Kerajaan Pusat di Putrajaya. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Amat Berhormat Wakil Rhu Rendang.

Yang Berhormat…..

Yang di-Pertua

Saya ingat cukup.. cukup… Soalan tambahan tak banyak, saya ingat dah lebih daripada hadnya sebab ramai lagi …..

Saya nak tambah sikit sahaja.

Yang di-Pertua

Tak …. tak …..

Saya nak beri pandangan, Yang di-Pertua, saya nak mohon supaya kita buat secara agresif kerana soalnya sekarang ini soal royalti ini atau Duit Ehsan ini amat penting kerana kalau sekiranya Duit Ehsan ini kita tak perolehi maka segala pembentangan Bajet kita pada kali ini sebagai retorik sahaja. Jadi kerana itu maka saya nak minta, nak pohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita buat desakan secara agresif kerana masalahnya sekarang ini, kita yang sedia, kita dapat setiap tahun, bulan 10 sepatutnya kita dah selesai dari segi Dana Duit Ehsan ini pada setiap tahun tetapi sekarang ini masih terhutang jadi kita bimbang perkara ini. Jadi kita bimbang satu lagi ialah RM200juta hutang yang telah diberi komitmen ataupun advance ataupun pendahuluan yang diberi komitmen oleh Kerajaan Pusat untuk bayar kepada kita sehingga tahun 2020. Ini satu hal lagi, dan satu lagi hal, Bertam. Jadi kalau bolehlah saya cadangkan di sini, kita buat memorandum ataupun kita mendesak supaya rakyat kita semua sekali untuk mendesak Kerajaan Pusat untuk mengembalikan hak kita kerana ini adalah suatu perkara yang bukan kecil dan ini kita merasa sedihlah kerana hak kita ini sedang dinafikan. Terima kasih.

Haji Hilimi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, baru kejut tidur, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir. Yang Amat Berhormat Menteri Besar …..

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Agresif tu kena demonstrasi ke?

Yang di-Pertua

Cukup…. cukup ….. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah beri komitmen tadi, don’t worry.. don’t worry.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Telemong ……

Yang Berhornat …..

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat tadi dah dijawab tadi, sebab tu saya tunggu tadi. Saya tunggu Yang Berhormat mencelah, saya dah sebut dah tadi tapi Yang Berhormat tak ambil kesempatan.

Mencelah bukan soalan tambahan ni.

Yang di-Pertua

Soalan-soalan yang asal tadi dah dijawabkan. Ni soalan mana lagi?

Ini giliran saya Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Betullah, Yang Berhormat nak tanya soalan mana lagi?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Guaner Yang di-Pertua? Hok tu ke hok ning Yang Di-Pertua ni? Saya dok faham ni..

Saya nak tanya soalan berkaitan petroleum..

Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut soalan yang berkait dengan royalti petroleum dijawab sekaligus. Sebab tu saya tanya sekarang Yang Berhormat nak tanya soalan mana ni?

Soalan tambahan saya.

Yang di-Pertua

Tambahan dah saya beri tadi, saya dah beri tadi.

Saya tak sempat.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tak ambil peluang.

Yang di-Pertua

Jadi dalam Dewan ni kena cekaplah, kena cekap. Kalau Yang Berhormat tak ambil peluang, kena tinggal. Okey, saya persilakan Yang Berhormat Telemong untuk mengemukakan soalan.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan. Soalan saya yang pertama - Bola sepak merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat di Terengganu. Untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sukan ini, apakah perancangan PBSNT dalam perkara ini?

Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan sekalian Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.

Yang Berhormat Telemong bertanyakan soalan berkenaan dengan sukan bola sepak yang menjadi sukan nombor satu di Negeri Terengganu dan apakah perancangan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu untuk terus mengekalkan kecemerlangan sukan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kerajaan insyaAllah akan terus memastikan sukan nombor satu ini disokong. Jadi, ianya berada di landasan yang baik pada masa-masa yang akan datang, insyaAllah. Dan seperti yang kita semua telah tahu bahawa pada Sesi 2018 baru-baru ini, sukan bola sepak Malaysia telahpun mencatatkan kecemerlangan yang telahpun dihasilkan oleh pasukan-pasukan Terengganu sama ada daripada TFC satu, dua, tiga, empat dan juga lima yang mana pasukan-pasukan kita telahpun berjaya sama ada menjadi Juara mahupun Naib Juara termasuk berada di peringkat suku akhir di dalam kejohanan-kejohanan yang telahpun diadakan sebelum daripada ini. Klimaks ataupun kemuncaknya baru-baru ini dalam sukan pertandingan Bola Sepak Piala Malaysia dimana pasukan TFC telahpun berjaya menduduki Naib Juara. Walaupun Naib Juara tetapi pasukan kita telah berjaya memaparkan satu persembahan yang begitu membanggakan semua pihak dan ramai juga pada malam itu walaupun daripada negeri-negeri yang lain tetapi memberi sokongan kepada Negeri Terengganu. Alhamdulillah. Dan untuk itu juga pihak Kerajaan telahpun memberikan komitmen jaminan kewangan yang agak besar juga dengan bantuan sokongan daripada GLC’s untuk terus menyokong pembangunan sukan Bola Sepak di Negeri Terengganu. Dan untuk itu juga, persatuan telah melakukan dan juga merancang dengan beberapa perancangan seperti transformasi pengurusan, kemudahan prasarana, liga bola sepak tempatan, kursus kejurulatihan, pembangunan belia dan akar umbi

untuk memastikan kecemerlangan sukan Bola Sepak Terengganu ini terus konsisten, insyaAllah. Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan berkaitan dengan kecemerlangan Sukan Bola Sepak Negeri Terengganu pada hari ini. Walau bagaimanapun, setiap kali perlawanan-perlawanan penting, bola sepak negeri kita ini yang menjadi isunya ialah berkaitan dengan masalah penjualan tiket yang tidak pernah selesai sejak daripada dulu lagi. Bukan sekarang saja, sejak daripada dulu lagi. Jadi, ini adalah masalah yang kita lihat ianya menimbulkan ketidakpuasan hati pihak peminat kepada pihak pengurusan kita. Jadi oleh sebab itu saya ingin tahu daripada pihak Kerajaan apakah cadangan kita pada masa-masa yang akan datang untuk memuaskan hati peminat-peminat kita apabila timbul perlawanan-perlawanan penting sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima Kasih kepada Yang Berhormat Telemong. Ya, saya akui bahawa isu penjualan tiket untuk pertandingan baru-baru ini adalah satu isu yang agak besar juga yang telahpun berlaku dalam negeri kita ini dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Telemong bahawa isu ini adalah isu yang berlaku sekian kali terutamanya apabila melibatkan pertandingan-pertandingan yang kita berada di peringkat akhir pertandingan ataupun kejohanan. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat juga untuk pertandingan yang terakhir baru-baru ini, pihak persatuan masih lagi mengekalkan kaedah pembahagian atau penjualan yang sama seperti sebelum daripada ini dengan penambahbaikan yang baru yang dilakukan di antaranya ialah kuota atau peruntukan tiket-tiket kepada persatuan-persatuan bola sepak di peringkat daerah-daerah suatu yang saya dimaklumkan tidak berlaku sebelum daripada ini. Cumanya kita mendapati bahawa kaedah penjualan tiket yang telahpun diagihkan kepada persatuan bola sepak daerah-daerah ini tidak berlaku dengan cara yang sepatutnya sepertimana yang dilakukan di sesetengah negeri di mana persatuan-persatuan daerah sekiranya mereka menjual tiket-tiket yang diperuntukkan kepada mereka di tempat-tempat yang umum

seperti di Mini Stadium ke ataupun di Pejabat Daerah ke ataupun di tempat-tempat tertentu. Saya rasa ini boleh serba sedikit melegakan peminat-peminat bola sepak berbanding apabila pihak persatuan yang diagihkan peruntukan tiket itu kepada mereka, mereka menjualnya atau membahagikan dengan cara yang kita terlepas pandang. Maka itu yang saya rasa mengundang kemarahan daripada peminat-peminat. Pun begitu perlu kita akui juga hakikat bahawa tiket yang dibekalkan kepada kita hanya 30,000 keping sahaja berbanding jumlah penonton yang ingin membeli menyaksikan secara live di stadium itu jumlahnya lebih daripada peruntukan tiket yang diberikan kepada kita. Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia masalah tiket ini sebenarnya pada pandangan saya kerana masalah dia beri 30,000 itu padan dah dengan stadium kita tapinya masalah kita adalah bilakah Kerajaan Negeri nak start semula main di stadium yang baru kita di Gong Badak? Kerana saya rasa kalau di Stadium Gong Badak ini kita boleh menyelesaikan masalah ini sebahagian besar daripadanya, cuma sekarang ni kita nak tunggu bilakah persediaan Kerajaan Negeri untuk membantu untuk pindah perlawanan ini ke Stadium Gong Badak? Terima Kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih Yang Berhormat Telemong. Seperti yang telah saya nyatakan dalam jawapan awal tadi bahawa di antara perancangan yang Kerajaan akan ambil iaitulah termasuk pembangunan dari sudut kemudahan prasarana dan kita juga faham bahawa di antara aset yang sedia ada yang kita miliki yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya pada kali ini ataupun sehingga hari ini ialah kemudahan Stadium Sultan Mizan yang jauh lebih besar berbanding dengan stadium yang kita ada sekarang ni. Dan pun begitu seperti yang juga semua maklum bahawa isu yang utama yang kita ada di Stadium Sultan Mizan itu adalah isu yang berkaitan dengan padang yang tidak sesuai untuk digunakan bagi pertandingan-pertandingan yang besar sifatnya. Dan alhamdulillah, untuk makluman Dewan bahawa Malaysia Football League atau MFL telahpun berunding dengan pihak Kerajaan Negeri baru-baru ini dan

insyaAllah kita mengharapkan agar inisiatif ataupun usaha yang dilakukan oleh pihak persatuan dengan MFL yang sudi untuk membantu membaiki dan menyediakan padang yang sesuai di Stadium Sultan Mizan itu insyaAllah akan dapat kita lihat ataupun realisasikan pada 2019 ini. InsyaAllah.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2 - Apakah persiapan yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir di seluruh Negeri Terengganu yang berkemungkinan berlaku tidak lama lagi?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Exco, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Yang Berhormat daripada Bukit Besi menanyakan soalan nombor 2: Apakah persiapan yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir di seluruh Negeri Terengganu yang berkemunginan berlaku tidak lama lagi.

Pihak Kerajaan telahpun membuat persiapan awal dalam usaha menangani masalah banjir di Negeri Terengganu. Persiapan ini bermula pada suku tahun 2018 lagi melalui suatu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir ataupun JPBN Terengganu yang telahpun bersidang dan bermesyuarat sebanyak dua kali. Mesyuarat yang pertama ialah pada 5 April 2008, membincangkan post-mortem pasca bencana banjir. Manakala mesyuarat yang kedua ialah pada 26 September, membincangkan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir. Di samping itu juga, kesemua Pejabat Daerah telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di daerah masing-masing bagi menyelaraskan persiapan menghadapi bencana banjir di peringkat daerah. Di peringkat daerah juga, Mesyuarat Penyelarasan Persiapan di peringkat DUN

dan sektor yang berkaitan turut dilaksanakan. Komuniti di peringkat daerah melalui Pejabat Daerah, Sekretariat Daerah, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MTKK telahpun diberi taklimat serta pendedahan berkaitan dengan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir seperti latihan asas, keselamatan, simulasi menyelamat ketika banjir, dan sebagainya oleh semua agensi ataupun jabatan yang terlibat. Makluman serta hebahan melalui media cetak serta media elektronik telahpun dilaksanakan secara berterusan dan proaktif bagi menyedarkan masyarakat berkaitan dengan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut ataupun Monsun Tengkujuh pada tahun 2018 ataupun menjelang 2019. Taklimat Khas Pengurusan Banjir juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco, Ahli Parlimen dan ADUN Terengganu telah dilaksanakan pada 12 September di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Taklimat Khas Sokongan Bantuan Bencana Banjir Negeri Terengganu juga telah diadakan pada 25 Oktober 2018 di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman dan juga Pejabat SUK Terengganu. Di setiap daerah juga, ada telah melaksanakan latihan, seminar, kursus bersama secara integrasi berkaitan dengan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir pada tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Tambahan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Seterusnya…ya?

Dato’ Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Ada tak pihak Kerajaan membuat anggaran atau membuat kajian berapakah kos ataupun implikasi terhadap harta-harta rakyat, aset-aset Kerajaan, infrastruktur yang sedia ada dan juga kos yang diperuntukkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir setiap tahun di daerah-daerah yang terlibat dengan banjir? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Panjang Yang Berhormat tu. Sila.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Setakat ini belum ada lagi. Tetapi Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan berapa sebenarnya kos yang akan dibayar kepada bencana banjir. Contohnya, Duit Ehsan. Sebahagian Duit Ehsan selepas daripada mangsa kena banjir itu yang dibayar oleh Kerajaan Pusat RM1.7 juta tetapi yang dibayar oleh Kerajaan Negeri sekitar dalam RM371 juta. Dan begitu juga dengan sebahagian barang-

barang ini juga dibeli, sebahagian besar oleh Kerajaan Pusat dan sebahagian kecilnya oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa Wakil Cukai silap sebut tadi. Kalau RM310 juta banyak tu. Check balik.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

RM317 ribu. Sorry…

Haaaa……..

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Bagus.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Titik perpuluhan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kijal. Kita dalam Sidang Dewan ni baguslah saling ingat-memperingati, perbetul-memperbetulkan. Tiada masalah. Seterusnya saya jemput Wakil….

Dato’ Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Yang Berhormat Yang Di-Pertua….

Yang di-Pertua

Cukuplah..masa tak banyak. Saya nak persilakan wakil daripada Manir

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 - Nyatakan bilangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan yang ditanya oleh

Manir ialah soalan 1: Nyatakan bilangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu?

Jumlah anak-anak syarikat yang masih ada di bawah Kerajaan Negeri Terengganu adalah 153 buah syarikat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berapakah bilangan daripada keseluruhan jumlah anak syarikat tersebut yang aktif dan yang tidak aktif? Terima kasih.

Terima kasih. Daripada 153 syarikat itu, syarikat-syarikat ini termasuk yang terletak di bawah MBI, di bawah TI, TI itu bermakna Terengganu Incorporated, MBI tu MB Incorporated, dan anak syarikat di bawah PTB, di bawah Yayasan Terengganu, di bawah SEDC semua tu 153. Dan yang dormant, yang maknanya yang tidak berjalan dah, ada lebih kurang 46 buah. Yang dormant, yang tak aktif, yang nak digulungkan dan sebagainya dan yang lain tu aktif. Aktif tu bukan maknanya untung. Ada juga yang aktif tapi rugi. Dan Kerajaan telah melantik anak syarikat ini, Ahli Lembaga yang akan menyeliakan semua perkara yang berkaitan dengan syarikat masing-masing. Dan kita juga sedang memerhati dengan baik apakah ada syarikat-syarikat yang perlu kita hentikan operasinya kerana kerugian yang amat besar. Contohnya, sekadar contoh, ada sebuah syarikat yang tak mahu dinamakan namanya, kerugian berniaga sejak berniaga dua tiga tahun lepas sehingga 31 Disember 2017, rugi RM2.6 juta. Pada tahun 2017, rugi RM1.2 juta setahun. 2018 tak habis lagi ni, sikit lagi ada, tapi dijangka akan rugi lebih kurang RM2.5 juta, maknanya RM200 ribu sebulan rugi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah. Kenapa nak rahsia sangat, kabor yang rugi tu senang kita tutup. Royat molek yang mana rugi tu tutup selalu.

Yang di-Pertua

Jangan marah Yang Berhormat, tanya molek.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Kemah…kemah.

Molek jugak kalau boleh kabor tapi ialah kerana dia ada Ahli

Lembaga dia masing-masing, kita mungkin minta Ahli Lembaga sendiri disclosed. Tapi kalau nak tahu, kalau dengan izinlah, ada sebuah syarikat yang beroperasi di Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu, nama dia Chicken Cottage, gitu. Figure-figure yang saya sebut tadi ialah figure daripada Chicken Cottage.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Tapi saya rasa untung dulu dengar cerita.

Saya pun rasa untung juga, tapi dia tak untung, nak buat macam mana, kita tak tahu tapi tak apalah, itu orang niaga, kita sekarang ni kita niaga, kita serahkan kepada Ahli Lembaganya atau boardnya dia untuk menentukan hala tuju seterusnya. Tak apa, tiada masalah, berniaga ni ada rugi, ada untung, tiba-tiba rugi tak apalah kita terima, itu sebagai hakikat yang kita terpaksa terima. No problem. Okey, itu sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Langkap.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 - Adakah Kerajaan Pusat telah membayar kos pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan LPT 2 kepada Kerajaan Negeri?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Wakil Langkap. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan. Soalan daripada Wakil Langkap berbunyi: Adakah Kerajaan Pusat telah membayar kos pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan LPT 2 kepada Kerajaan Negeri?

Setakat ni, Kerajaan Negeri tidak menerima apa-apa jumlah ataupun kos untuk pengambilan daripada tanah hak tanah Kerajaan Negerilah. Tidak ada. Tetapi kalau tanah berkaitan dengan pemilikan sama ada individu ataupun

syarikat, Kerajaan Negeri ada menerima sejumlah iaitu RM163.548 juta. Silap point jugak tu. Silap titik. RM163.548 juta yang mana lot yang terlibat adalah 1,752 lot pemilikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya: Oleh kerana baru ni kadar tol tak jadi nak turun baru ni, adakah Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menjadikan LPT 2 ni bebas daripada tol? Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Pertama, LPT 2 ini bukan hak milik Kerajaan Negeri. Walaupun kalau kita dari segi sejarah kita buat kajian dari segi sejarah dulu ada saham daripada Kerajaan Negeri melibatkan wang royalti, wang ehsan sebanyak RM1.85 bilion untuk nak buat lebuh raya tersebut. Jadi, oleh kerana bukan hak milik LPT 2 ini hak Negeri Terengganu, jadi kita tidak bercadanglah untuk menjadikan bayaran tol itu sifar kerana pertama, kita tidak ada kepakaran untuk mengutip yuran ataupun tol tersebut. Kemudian kita jugak tidak mempunyai kepakaran untuk maintenance LPT 2 ini. Jadi kita serahlah kepada kerajaan ataupun kepada konsesi untuk…..

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencelah Yang Berhormat?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Kalau nak kata kita tidak ada kepakaran saya tak setuju sebab kita pernah buat Jambatan Sultan Mahmud bertol satu ketika dulu. Dan benda ni boleh kita belajar kalau kita hendak. Kalau kata jawapan kata tidak ada kepakaran saya tak setuju. Kena cari jawapan lain. ....(Dewan Gelak)…..

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih, terima kasih .

Yang di-Pertua

Bagus Yang Berhormat Kijal hari ni.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih. Maksud saya kepakaran kutip tu senang. Tetapi kepakaran dari segi

maintenance, kita tidak mempunyai engineers ataupun kepakaran-kepakaran tertentu…..

Tuan Yang di-Pertua, mencelah, mencelah. Kita pernah buat maintenance jalan melalui syarikat Negeri Terengganu joint venture dangan syarikat lain. Jadi tidak timbul soal tidak ada kepakaran. Cari jawapan lain juga. …..(Dewan Gelak)…..

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih, terima kasih. InsyaAllah kita akan kaji, dan kita akan carilah kerana benda ni highly… kepakaran yang tinggi, jadi kita akan kena kaji baliklah.

Yang di-Pertua

Okey terima kasih Yang Berhormat.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan dulu sementara Persidangan kita ini pada pukul 11.05 pagi. DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.38 PAGI.

PUKUL 11.10 PAGI

Enakmen Perbekalan 2019Bill

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kita masih lagi dalam sesi perbahasan ke atas Enakmen Perbekalan 2019 ataupun Bajet dan rekod yang ada pada saya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet ini daripada Yang Berhormat Kerajaan ada tiga orang iaitu Pengkalan Berangan, Batu Burok, Buluh Gading. Buluh Gading saya difahamkan masih lagi di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS). Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala sembuhkan beliau lebih cepat. Ahli Yang Berhormat daripada Pembangkang seramai 6 orang. Yang Berhormat Kijal, Hulu Besut, Batu Rakit, Langkap, Permaisuri dan juga Seberang Takir.

Sebelum saya teruskan sesi ini, saya nak tahu berapa ramai Ahli Yang Berhormat yang nak bercakap. Berapa ramai Ahli Yang Berhormat yang nak bercakap untuk perbahaskan Enakmen Perbekalan 2019 ini? Sebelah sini takdok? Okey kita teruskan. Saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Sila.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Allazi arsala rasulahu bilhuda wa inilhaq. Liyuzhirahu ala diini kullih walau karihal musyrikun. Asyhadu alla ilaha illallahu wahdahu la syarikalah. Wa asyhadu anna Muahammadan abduhu warasuluh. Wa’ala alihi wa ashabihi waman tabi ahu bi ihsani ila yaumiddin. Amma Ba’.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi izin dan laluan kepada saya bagi menyampaikan ucapan sempena perbahasan Bajet 2019 di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang

di-Pertua, saya cuba untuk menarik perhatian berkenaan dengan pendidikan. Pendidikan adalah satu elemen penting yang menjadi asas dan dasar kepada ajaran Islam sesuai dengan ayat pertama dari kerasulan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Firman Allah Subhanahu Wata’ala: Ba’da Auzubillahi minassyaitonirrajim. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu yang mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Yang mengajar manusia apa yang tidak diketuhui. Ayat-ayat pertama, yang telah diturunkan Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi yang ummi, menjadi fundamental yang kukuh bahawa pendidikan dan pembelajaran mestilah dibaca dan diajar dengan nama Allah Subhanahu Wata’ala yang Maha Agung. Mentauhidkan Allah mestilah menjadi tunjang dasar kepada pendidikan manusia. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pendidikan hendaklah diurus dengan penuh berhikmah bagi mencapai natijah ilmu dalam melahirkan masyarakat madani yang hidup mendaulatkan syariat dan menjunjung tinggi mukjizat Al-Quran yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman. Sebagai sebuah kerajaan yang didokong oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berteraskan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias, saya berpandangan dan berpendapat satu peruntukan yang menyeluruh dan komprehesif perlu disediakan. Penekanan dan pendekatan budaya ilmu yang menghormati ilmu adalah sangat penting untuk memastikan kesucian dan kemurniaan ajaran Islam terus menjadi agenda kehidupan rakyat. Rakyat mesti diberi kefahaman yang jitu bahawa ilmu adalah asas kepada kejayaan kehidupan sama ada di dunia ataupun di alam akhirat nanti. Keyakinan yang mesti dipasak kukuh kepada semua generasi agar Terengganu mampu melahirkan masyarakat dan rakyat yang senantiasa menepati kehendak ummah yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad olehMu wahai Muhammad, wahai Tuhan pemilik kekuasaan engkau berikan kekuasaan kepada sesiapapun yang engkau kehendaki dan engkau menarik kekuasaan daripada sesiapapun yang engkau kehendaki, engkau muliakan sesiapapun yang engkau kehendaki dan engkau menghinakan sesiapapun yang engkau kehendaki. Ditangan engkaulah segala kebaikan sesungguhnya engkau Tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pengalaman memerintah Negeri Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004 perlu menjadi pengajaran dan pengiktibaran kepada kita disaat kita dengan segala kesungguhan yang ada dalam melestarikan pendidikan dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) tetapi takdir Allah mendahului takdir manusia apabila tampuk pemerihtahan beralih arah bagaimanakah nasib SRAB Sekolah Agama Bersepadu selepas itu semua sudah sedia maklum. Nasib anak-anak yang telah dididik dengan acuan pra Islam SRAB ini tidak mampu untuk mencapai visi penubuhannya, hilang tanpa khabar berita, berkubur tanpa pusara dibiarkan berakhir dengan penuh trajis dan kesedihan. Tidak salah untuk membina sekolah baharu ia bukan sahaja sebuah janji manifesto bahkan ia merupakan kewajipan Kerajaan yang mesti dilakasanakan namun begitu perhatian juga perlu diberi kepada warisan tinggalan yang telah banyak mencipta sejarahnya sendiri. Saya mencadangkan agar peruntukan yang lebih besar dan setimpal dengan kehendak semasa perlu diberi kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Agama bukan hanya angka yang tercatat dalam Belajawan 2019.

Tuan Yang di-Pertua, kerenah Birokrasi Pendaftaran dengan Jabatan Hal Ehwal Agama perlulah dilihat dengan lebih dinamik dan konstruktif kaedah dan prosedur serta kerenah Birokrasi perlu dipermudahkan agar penyaluran peruntukan dapat diagihkan dengan lebih berkesan kerana setiap rakyat mempunyai hak yang sama untuk memilih sekolah atau tempat pengajian yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izin saya untuk menyentuh berkenaan Imtiaz, khususnya Imtiaz Marang. Pembinaan sekolah Imtiaz Marang yang telah dirancang pembinaannya perlu diberikan fokus khusus keadaan sekolah sementara yang sangat tidak sesuai disebabkan alih kemampuan untuk menampung pelajar perlu disegerakan penyelesaian. Cuba kita bayangkan

bagaimana perasaan para pelajar terpaksa berulang-alik dari asrama dan sekolah dengan bas sedikit sebanyak menggangu waktu pembelajaran mereka. Keadaan asrama yang tidak mempunyai infra yang sesuai bagi menampung pelajar dilihat mengganggu pertumbuhan emosi dan sosial serta tumpuan pembelajaran. Saya berharap agar Kerajaan melihat secara serius keperluan dan perancangan ini agar hasrat kita bagi melahirkan ukhwah terbilang mampu dicapai dengan jayanya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kesungguhan Kerajaan dalam membela dan mempertingkatkan nasib nelayan sangat-sangat dialukan. Namun begitu saya juga berharap agar nasib nelayan Pantai Mercang dan kawasan sekitarnya juga tidak dilupakan, walaupun sudah ada perancangan bagi membina semula muara Sungai Mercang untuk kemudahan nelayan, namun di sana masyarakat-masyarakat nelayan masih dilihat menjalani kehidupan yang serba kedhaifan dengan penempatan yang tidak berstuktur dan tersusun. Saya memohon agar Kerajaan dapat melakukan suatu tindakan agar mampu untuk menyelesaikan penempatan nelayan Pantai Mercang dan kawasan sekitarnya dalam membina masyarakat sejahtera yang lebih tersusun selaras dengan motto Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, industri pertanian adalah industri terpenting Negeri Terengganu, tanah subur dan berpotensi adalah anugerah Allah kepada rakyat yang mesti disyukuri dengan diusaha hasilkan secara maksima. Namun begitu terdapat seluas 12,309.22 hektar tanah terbiar sebagaimana statistik Jabatan Pertanian 2014 yang perlu dibangunkan saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dengan kerjasama seluruh agensi terlibat terutama Jabatan Pertanian membangunkan tanah terbiar tersebut dengan perkasakan Skim Belia Tani dalam membantu menyediakan peluang kerja kepada belia menganggur yang berjumlah 4.2% Kadar Pengangguran Terengganu 2014.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana telah berupaya untuk mencari sumber kekayaan baharu dengan membangunkan industri silika di Jambu Bongkok yang sudah tentu akan memberi pulangan lumayan kepada Kerajaan. Namun, saya berharap agar peluang yang saksama diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu untuk terlibat sama dalam industri ini dengan jumlah keseluruhan jangkaan pulangan pelaburan sebanyak RM13 bilion. Saya memohon agar Kerajaan Negeri mempunyai satu dasar jelas

kepada pelabur-pelabur agar memastikan keutamaan diberi rakyat tempatan serta anak Terengganu, khususnya Pengkalan Berangan dalam mengusaha hasilkan sumber alam tersebut. Kita tidak lagi mahu melihat rakyat asing yang datang mengaut keuntungan sedang anak negeri hanya mampu melihat dan menjadi penonton seumpama ayam di kepok mati kelaparan. Kerajaan perlu ada satu dasar jelas berkaitan guna tenaga dan tenaga kerja dengan penglibatan tenaga tempatan yang lebih komited.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Pelancongan. Pelancongan adalah sumber kedua terpenting yang beri pulangan hasil kepada Negeri Terenganu, dengan kekayaan sumber alam semula jadi pantai, lautan, flora, fauna, tasik, sungai dan seumpamanya yang merupakan anugerah Allah kepada Negeri Terengganu, ianya hendaklah digembleng dengan penuh bertanggungjawab dengan menjemput segmen baharu pengguna, industri player dengan izin, perlu membawa dimensi baharu kepada pelancongan seperti memperkasakan Pelancongan Masjid yang telah mula mendapat perhatian daripada pelancong luar dan juga produk pelancongan holistik yang memberi saham membentuk masyarakat yang lebih menghargai anugerah Allah ini dalam merealisasikan Negeri Cantik Budaya Menarik faktor dan aspek kebersihan perlu dititik beratkan. Kerajaan Negeri melalui PBT, Pihak Berkuasa Tempatan boleh menganjurkan Hari Kebersihan Secara Bulanan dalam memupuk membina kesedaran rakyat bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman dan Islam.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah membawa keyakinan kepada pihak operator penerbangan untuk menambah jumlah destinasi penerbangan ke Terengganu dan dari Terengganu dan tahniah juga kepada Yang Berhormat Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Teknologi dan Teknologi Maklumat atas komitmen ini.

Saya juga berharap agar satu garis dasar pelancongan dan hiburan dapat digubal supaya industri hiburan yang sangat sinonim dengan anak muda dan remaja dapat dipupuk dengan lebih harmoni.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, golongan anak muda adalah di antara aset penting yang akan mewarisi kepimpinan masa hadapan, pembentukan sahsiah dan jati diri anak muda perlu diberi penekanan yang lebih stimulatif dan inovatif. Mereka terdedah kepada dunia luas tanpa sempadan yang sangat mengujakan. Saya berharap agar perancangan pembangunan belia

tidak hanya tertumpu kepada pembangunan sukan dan rekreasi sahaja. Mereka perlu diberi input yang membina insan dan pekerti mulia mewarisi Al-Fateh anak muda yang telah berjaya menakluki Constantinople dengan kekuatan ilmu yang luar biasa.

Saya suka mencadangkan agar anak muda ini diberi ruang yang lebih bagi melahirkan inovasi mereka dengan menubuhkan institusi yang lebih advance dan mungkin satu institut atau pusat kemahiran berasaskan robotik dan aero angkasa yang menjadi kepakaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh dilaksanakan dan dibangunkan.

Persatuan Belia perlu dipandu dan dipupuk dengan semangat kerjasama dalam persaingan sihat membela nasib golongan belia dan anak muda. Rakyat sepatutnya tidak ada istilah menganggur kerana Nabi Salallahu Alaihi Wassalam menyatakan yang maknanya: Bahawa kamu mencari kayu api dan dipikulkan di atas belakang kamu lalu kamu jual di pasar adalah lebih mulia daripada kamu meminta. Al-Iman Hassan Al-Banna dalam risalahnya sangat menekankan kepentingan generasi pemuda belia diurus dan dididik dengan keyakinan diri dan kekuatan sendiri tanpa bergantung dan berharap kepada orang lain.

ARC dan Jabatan Amal adalah antara kejayaan PAS dalam membentuk dan membina jati diri anak muda dan memupuk semangat dan minat tinggi kepada kerja amal dan permotoran. Kerajaan perlu melihat peluang yang ada bagi melibatkan dan memperkasakan mereka dalam membaiki dan membina semula anak muda dan belia yang terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak, sosial dan moral yang sangat berleluasa.

Yang Berhormat Tuan Yang di Pertua, wanita adalah golongan rakyat yang tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk dan mewarnai kemajuan negeri. Mereka adalah golongan yang sangat mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Peranan mereka dalam menjadi asas kepada pendidikan awal kanak-kanak sangat penting. Mereka perlu dibimbing dan diajar dengan teknik dengan kaedah yang tepat dalam mendidik anak-anak di peringkat awal usia dengan segala input penting pembinaan insan. Dalam menghasilkan ibu yang berketerampilan saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan satu

institusi bagi melatih ibu dan bakal ibu menjadi nobel mother dengan izin, agar peranan mereka lebih efektif dan efisien.

Dengan apa-apa yang saya cadangkan dan kemukakan pada pagi ini saya mohon untuk menyokong pembentangan Bajet yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Sekian wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan betul-betul menepati masa. Saya persilakan Wakil daripada Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wabihi nastain. Amma ba’. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil, Pemerhati dan semua yang hadir. Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah, dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam Ucapan Bajet 2019. Pertama kali saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih atas Bajet yang cukup besar yang mana kita lihat ada sedikit pertambahan iaitu sebanyak RM19 juta daripada Bajet 2018. Cuma persoalannya apakah Bajet yang dibentangkan ini dapat direalisasikan sekiranya punca-punca hasil yang diharapkan tidak dapat diterima atau pun sebaliknya. Jadi apakah inisiatif yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menangani sekiranya apa yang dijangkakan punca-punca pendapatan ini tidak dapat diterima sebagaimana yang diharapkan.

Oleh sebab itu kita berharap Kerajaan perlu memikirkan inisiatif-inisiatif baru untuk menjana pendapatan Kerajaan Negeri. Dan dalam Bajet ini juga, macam saya nyatakan tadi iaitu berlaku pertambahan RM19 juta dan kita dapati ada pertambahan perkara-perkara baru Yang Amat Berhormat Menteri

Besar umumkan. Dan di dalam Bajet ini juga menyatakan bahawa perkara-perkara lama yang telah dijalankan akan diteruskan bermakna dengan RM19 juta pertambahan ini sudah tentu tidak cukup dengan pertambahan pengumuman baru yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Adakah dengan pertambahan ini ia akan mengurangkan bahagian-bahagian tertentu, sektor-sektor tertentu yang telah dijalankan di masa-masa yang lalu. Ini juga kita kena perhatikan mungkin mengakibatkan dana-dana bantuan-bantuan kepada rakyat terpaksa dikurangkan dan sebagainya. Dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kerajaan Negeri, pasukan-pasukan terutamanya dalam SUKMA, bola sepak, hoki, pendidikan dan sebagainya. Cuma kita rasa kecewalah sikit kerana kejayaan hari ini adalah kerana diletakkan asas yang kukuh oleh Kerajaan yang terdahulu tapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tak sebut sikit pun terima kasih kepada Kerajaan dahulu kerana kalu hok dok molek Kerajaan dulu, hok molek senyap, yang ni jadi masalah.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Hok hilang royalti tu hok kerajaan BN tu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hok dok molek dakpelah hok molek tu biar ingat etek.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada Kerajaan dulu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Haa… Terima kasih banyak. Dan ada juga rungutan-rungutan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni payah sikit nak sebut terima kasih. Saya buat contoh guru-gurulah, cikgu-cikgu kata terima kasih ke anok murid jer, cikgu-cikgu dok sebut, sekoloh-sekoloh dok sebut, JPN dok sebut, itu contoh. Jadi dia rasa macam sedihlah sikit. Jadi kita tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni orangnya baik nampaknya.

Dan saya juga nak menyebut tentang beberapa soalan saya ditolak. Saya pun hairan jugak bakpe soalan saya 4 ditolak tapi dok belit balah mana saya tengok. Jadi soalan saya berbunyi tanaman sara hidup dan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi saya cuma nak tanya apakah langkah-langkah baru ataupun insentif yang Kerajaan Negeri fikirkan untuk menjaminkan sektor ini berdaya maju kerana kita lihat dalam soal pertanian ini dia tidak dapat memberi menjana ekonomi sebenarnya di negeri kita ni kurang, tidak menjadi pendapatan utama kepada penduduk, kepada rakyat kita sebagai pendapatan sambilan sahaja. Jadi bagaimana Kerajaan Negeri memikirkan supaya pertanian ini boleh menjana pendapatan utama kepada rakyat negeri kita. Dan soalan saya yang seterusnya ialah dalam manifesto menyebut lot tanah tapi Yang Amat Berhormat Menteri dalam Bajet ni pun tak sebut bagaimana lot tanah kepada setiap rakyat ini, cuma dalam soalan saya berapa ramaikah rakyat Terengganu masih belum memiliki rumah sehingga Disember 2017 ini, jadi bagaimana perkiraaan kita kepada lot-lot tanah ini yang dijanjikan dalam manifesto, begitu juga….

Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya bilangan orang nak rumah pahtu nak suruh jawab bilangan lot tanah, saboh orang tolak pun…..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dah dia lot tanah tapak rumah sama jer ni….hok tu ler jer.

Dok sama Yang Berhormat, rumah dengan lot tanah lain. Lot tanah ni, tanah….

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok eh, Dewan tolak ke deme tolak ni?

Lot rumah ada tanah bawah…

Yang di-Pertua

Tak apa, saya ingat kita teruskan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Takpe saya teruskan…

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Banyak penggal doh dok jadi…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Exco boleh jawab dalam gulung kekgi…

Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Wak bolok eh. pah kita. …..(Dewan gelak)…. Okey, yang seterusnya, yang ketiga kita Kerajaan Negeri mewujudkan Sekolah Imtiaz dan Elit. Saya duk nampak Sekolah Imtiaz memang kita nampak caknalah juga tapi nampaknya Sekolah Elit ni kita ada dua buah nampak ke terbelakang sedikit . Dulu kita lihat permulaan dulu memang berlumba-lumba yang tidak dapat masuk ke asrama penuh memang berlumba-lumba minta ke Sekolah Elit tetapi sekarang ini kita tengok Sekolah Elit ni seolahnya status dia turun sikit. Jadi saya berharaplah Kerajaan Negeri perkasakan Sekolah Elit ini sebagaimana Sekolah Imtiaz supaya dia sedikit sebanyak menampung pelajar-pelajar yang cemerlang yang tidak dapat ke asrama penuh memilih untuk ke Sekolah Elit dan insyaAllah kita boleh melahirkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang cemerlang. Dan yang keempatnya ialah peluang pekerjaan juga tidak disebut dalam Bajet kali ini yang mana dalam manifesto PAS menyebut nak mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan, jadi kita tidak nampak apakah pelaburan-pelaburan….

Berapa ribu Yang Berhormat?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

20,000.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

20,000.

Hor, okey.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tersalah ke tak ingat?

Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

Betul…betul…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Main dok patut celoh, celoh Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jawab dalam gulung nantilah.

Dok, nak tahu Yang Berhormat ni baca sungguh ke dok Manifesto PAS ni?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jadi Kerajaan Negeri juga perlu memikirkan langkah-langkah tertentu untuk menarik pelabur-pelabur ataupun bagaimana untuk kita tunaikan manifesto ini. Untuk Kerajaan Negeri tunaikan manifesto bagaimana peluang pekerjaan 20,000 kepada rakyat Terengganu.

Dan saya berbalik kepada DUN sayalah, pertama soal hakisan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tepoh. Terima kasih banyak Yang Berhormat Tepoh juga berjuang walaupun baru-baru ini tiga PDM yang terlibat dengan hakisan ini sebenarnya dalam DUN Tepoh tetapi telah beralih ke DUN Batu Rakit. Jadi saya berharaplah jangan kita hendak mengharapkan peruntukan Persekutuan sahaja baru kita hendak ambil cakna saya bimbang sebab banyak kali dah saya sebut dalam Dewan ini tentang hakisan ini yang akan melarat ke kawasan yang di hadapan, hadapan lagi. Jadi oleh sebab itu, kita berharaplah Kerajaan Negeri memikirkan memberi peruntukan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah hakisan ini yang semakin teruk saya duk nampak termasuklah memberi masalah kepada nelayan dan juga peniaga-peniaga di sekitar itu.

Dan saya juga berterima kasih lah dalam bajet ada menyebut membina dan membaikpulih masjid baru sebanyak RM30 juta, RM30.5 juta dan saya haraplah masjid yang saya sebut selama ini yang telah diperjuangkan lama dah, uzur sangat dah Masjid Mengabang Lekor yang mana dalam Dewan yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjanji bahawa Masjid Mengabang Lekor akan dilaksanakan dan saya harap tahun depan ni bolehlah dan ada 2 buah lagi Masjlid dalam Batu Rakit yang cukup uzur yang kita juga angkat Bajet untuk baikpulih tapi Yang Amat Berhormat sebut dalam Dewan yang lepas, hok ni dak layan sikit jadi saya harap tolong perhatilah, hok ni baikpulih jer Masjid Maras dan Padang Kemunting…..

Sama sendiri baham jugok.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sama sendiri guaner pulok kita dengan minta Kerajaan, penggal lepas saya sebut dah, Sidang lepas sebut dah, bakpe Paka marah sangat kawan ni, benda apa dok kena?

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dan masalah Rumah Pangsa Mampu Milik di Pulau Redang, kita dah bagi tapi saya dengar macam nak bagi semula. Hok ni sebenarnya dipilih oleh temuduga diadakan oleh Pejabat Daerah, jadi teruskanlah kita tak pilih bulu pun. Dan begitu juga dengan di tanah Pulau Redang penempatan yang ada sekarang ini juga kita dah keluarkan Borang 5A, tapi bunyi kata nak kaji semula. Saya harap dapat teruskan, orang dah duduk lama dah kita beri jerlah. Di samping itu juga tanah di Bukit Wan, kata nak kaji semula kita dah bagi dan sebagainya orang dah tahu dah, kita takmboh berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di dalam kampung. Dan saya juga mintalah sebab dalam Bajet tidak disebut juga tapi sukan mungkinlah iaitu gelanggang futsal yang telah diwujudkan oleh Kerajaan terdahulu, dan sekarang ni banyak yang rosak dah. Kita baik pulihlah yang telah ada ni, jangan pula kita nak buat baru sedangkan yang lama terbengkalai, kita baikpulihlah yang baru. Dan saya ingat setakat tu dulu, terima kasih banyak. Cuma saya nak tanya Yang Amat Berhormat Menteri Besarlah, semalam dalam Bajet ni, pesanan

tinggalkan politik balloh ni, cuma siapa hok balloh sebenarnya? Yang Amat Berhormat Menteri Besar pesan ke sapa sebenarnya. Jadi saya ingat setakat tu dulu.

Terima kasih.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil daripada Batu Rakit, cuma saya nak tarik perhatian Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, berkait dengan soalan-soalan yang dikemukakan, terutama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lama-lamalah, oleh kerana kita ada Buku Standing Orders yang telah disebutkan secara jelas berhubung dengan soalan-soalan, walaupun kita kata dalam Sidang Dewan Negeri, lebih kurang 4 bulan sekali kita jumpa, banyak kita nak tanya, dari segi cara kita nak bertanya tu mesti diambil kira supaya jangan sampai pada peringkat penyalahgunaan hak bertanya daripada hak asalnya. Umpamanya, saya tarik perhatian dalam Perkara 26(2). Dalam Perkara 26(2) tu ada 17 perkara-perkara yang disentuh dalam Standing Orders yang tak sepatutnya, apa ni disentuh, ataupun cara bertanya yang tidak melayakkan soalan itu diterima.

Begitu jugak dalam Perkara 26(4)(a). 26(4)(a) ni disebut secara jelas apa nama ni, dengan tidak menyentuh kewarasan kalimah sesuatu soalan itu, adalah satu penyalahgunaan hak bersoal dalam erti perenggan 4 jika, ia bertujuan mendapatkan butir-butir, perincian-perincian, statistik-statistik atau data-data yang begitu panjang lebar hinggakan kerja yang terlibat dalam membekalkannya tidak seimbang dengan kebergunaannya yang mungkin bagi ahli yang membuat soalan itu. Itu saya sebut sebagai contoh, sekadar saya nak peringatkan Ahli Yang Berhormat, selain daripada semangat nak tanya tu, semangat nak tanya soalan tu, cara bertanya pun mestilah diambil kira supaya kita mengambil kira peraturan-peraturan yang berada di hadapan kita. Seterusnya saya nak beri peluang, ada lagi tak di kalangan Ahli Yang Berhormat yang nak bercakap? Sila Wakil Permaisuri.

Dato’ Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Bismilahir rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para hadirin yang saya hormati dan dikasihi sekalian. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet 2019 yang mana ada peningkatan berbanding dengan Bajet tahun yang lalu.

Yang di-Pertua Dewan, saya ingin menarik perhatian kepada perkara yang agak ketara sekarang ini iaitu pengganguran di peringkat negeri kita dan juga pengangguran diperingkat nasional. Dalam makluman saya, kadar siswazah menganggur setiap tahun adalah lebih kurang 30 peratus. Tahun 2015 siswazah Terengganu yang menganggur adalah 3,323 orang. Tahun 2016 siswazah menganggur di Negeri Terengganu adalah 3,204 orang. Tahun 2017, siswazah menganggur adalah seramai 3,187 orang. Average nya lebih kurang dengan izin 30 peratus untuk setiap tahun. Bilangan ini nampak agak kecil untuk tahunan tetapi secara kumulatifnya kalau dibiarkan berpanjangan ianya akan meningkat kepada 15,000 untuk sepanjang penggal ke-14 ini. Jadi saya nak tahu apakah inisiatif yang Kerajaan akan ambil untuk mengurangkan bilangan siswazah menganggur dalam Negeri Terengganu. Contohnya skim-skim seperti skim siswazah menganggur ataupun skim peningkatan skill kepada siswazah-siswazah ataupun Kerajaan juga perlu melihat secara holistik adakah wajar kita terus menekankan supaya anak-anak kita belajar ke Peringkat Ijazah tetapi memandang TVET tidak penting untuk memberi jaminan terhadap kerajaan mereka pada masa-masa yang akan datang. Jadi kajian perlu dibuat secara terperinci siswazah dalam bidang apakah yang menganggur dan bidang-bidang TVET yang bagaimanakah perlu diperkasakan sama ada mengadakan institusi ataupun menambah baik institusi yang ada di negeri kita ataupun menghantar pelajar-pelajar kita supaya belajar di institusi-institusi yang telah ada di negeri-negeri lain supaya bilangan pengangguran ini akan berkurangan. Kepada saya, producing ataupun menghasilkan graduan yang tidak mendapat pekerjaan adalah akan merugikan Kerajaan kita sendiri.

Yang kedua, saya ingin menarik perhatian kepada perumahan di Daerah Setiu. Dalam DUN saya, kali terakhir rumah dibina di DUN Permaisuri adalah pada tahun 2002 iaitu 16 tahun yang lalu. Dan tahun 2002 adalah RKR Binjai Manis. Saya dimaklumkan bahawasanya Kerajaan ada perancangan untuk membangunkan perumahan di DUN Permaisuri tetapi meletakkan alasan bahawasanya kawasan tersebut ada rentahan haram dan juga kos penambakan tanah agak tinggi. Jadi saya mencadangkan supaya PBT atau pihak berwajib di Daerah Setiu memberi fokus kepada DUN Permaisuri dan memberi lokasi yang baru kepada Kerajaan Negeri supaya perumahan dapat

diadakan dan menambah bilangan penduduk seterusnya dapat menjana ekonomi yang lebih baik kepada Daerah Setiu khususnya di Dun Permaisuri dan khususnya berpusat di kawasan Bandar Permaisuri.

Perkara ketiga adalah mengenai penjanaan ekonomi oleh nelayan di DUN Permaisuri. Saya dimaklumkan bahawasanya Kerajaan sama ada melalui Persekutuan ataupun Negeri bersama negeri akan memajukan projek muara sungai iaitu dengan breakwater di kawasan Mangkuk, Permaisuri, Setiu di bawah NRE. Jadi saya berharap projek ini dikekalkan dan tidak dipindahkan ke kawasan lain supaya ianya dapat meningkatkan hasil ikan siakap, hasil kerapu hybrid yang diternak di kawasan Laguna Setiu. Dan sukacita saya memaklumkan kepada Dewan, Laguna Setiu adalah merupakan satu-satunya lagun yang masih lagi aktif, yang masih lagi mempunyai ekosistem yang baik yang ada di Semenanjung Malaysia. Dulu kembarnya ada di Kelantan tetapi kembarnya tak dijaga dengan baik maka ianya tidak memberi penjanaan ekonomi kepada kawasan tersebut. Kalau Laguna Setiu tidak dijaga dengan baik dan kalau projek-projek yang tidak dibenarkan di kawasan Wetland terus diadakan, maka ianya juga akan memusnahkan ekosistem di kawasan Laguna Setiu ini.

Dua lagi perkara yang saya nak sebut adalah mengenai insentif kepada petani-petani. Bila saya berada di kawasan, kita dapati petani merungut kerana harga kelapa sawit jatuh, harga getah jatuh, insentif nelayan mungkin ada, mungkin tiada. Insentif penoreh getah mungkin ada mungkin tiada. Walaupun sebelum ini insentif ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mereka ini adalah rakyat kita, rakyat Negeri Terengganu. Kalau mereka tak dicakna oleh Kerajaan Persekutuan, ianya adalah menjadi tugas kita, tanggungjawab kita untuk menjadi sebuah negeri yang berkat untuk kita terus memberi insentif kepada nelayan dan juga petani-petani. Begitu juga saya baru menerima whatsapp daripada kawasan saya untuk bertanya ada tak insentif untuk pembajakan ataupun insentif untuk jumlah hasil tangkapan, dan juga hasil pertanian akan diteruskan oleh Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri.

Akhirnya rakan-rakan saya sebut dan mereka mengatakan bahawasanya sudah viral di luar sana yang whatsapp kepada Wakil-wakil Rakyat kita, dia kata alhamdulillah dia kata dalam Bajet Menteri Besar sebut bahawasanya peruntukan RM32 juta akan diberikan melalui ADUN-ADUN. Jadi sekarang ini mereka merasa gembira kerana sebelum ini peruntukan diberi melalui Penyelaras dan ADUN-ADUN. Dalam Bajet semalam telah diputuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawasanya RM32 juta, RM 1 juta setiap DUN diperuntukkan dan akan dibelanjakan melalui ADUN-ADUN tempatan. Kita harap Menteri Besar dapat kekallah dengan stand semalam supaya kita ADUN-ADUN di sini juga dapat membahagikan Bajet diperuntukkan kepada rakyat yang telah mengundi kita. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua Dewan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Permaisuri. Saya menganggap tidak ada lagi wakil daripada pihak sebelah kiri saya yang nak bercakap melainkan Ketua Pembangkang. Tak ada ya? Apabila Ketua Pembangkang bercakap ni, saya tak bagi peluang dah. Jadi oleh kerana menghormati kedudukan Ketua Pembangkang Wakil Seberang Takir dan juga menghormati kedudukan beliau sebagai bekas Menteri Besar saya nak bagi masa lama sikit, setengah jam untuk Ketua Pembangkang bercakap pada pagi ini. Dipersilakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat rakan-rakan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, para Pemerhati, sidang media, tuan-tuan, puan-puan dan saudara-saudara dan saudari-saudari yang dihormati sekalian.

Pertamanya, saya nak merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah beri masa yang agak panjanglah kepada saya sampai setengah jam. Dan saya akan cuba memanfaatkan sebaik-baiknya masa yang diberi dan dalam perkongsian idea ataupun

pandangan pendapat ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa hak rakyat kita dan juga akan memberi kepentingan kepada rakyat kita terutamanya.

Saya ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu yang telah membentangkan satu Bajet yang seimbang dan juga Bajetnya menyeluruh dan juga yang telah memberi banyak inisiatif dan komitmen terutama dalam memajukan Negeri Terengganu serta menjaga kebajikan rakyat kita. Alhamdulillahlah sebab yang paling penting hari ni saya melihat banyak kesinambungan apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan yang terdahulu terutamanya Kerajaan Barisan Nasional. Jadi program-program ini telah diteruskan dan sudah pasti bahawa program-program ini akan memberikan impak yang baik dan juga memberi manfaat terutamanya kepada rakyat kita. Kerana apa yang penting saya berharap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS adalah berbedalah atau berbeza dengan Kerajaan yang sentiasa memberikan harapan kepada rakyat tetapi akhirnya dia kencing rakyat atas darat hari ni. Jadi bagi Kerajaan Pakatan Harapan manifesto bukanlah kitab suci dan kerana itu mereka tanpa segan silu menjadi Kerajaan yang membohongi rakyat. Jadi saya berharap kerajaan baru Terengganu ini tidak seperti itu dan alhamdulillah dalam Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya melihat komitmen dan kesungguhan beliau dan juga rakan-rakan yang lain untuk memastikan janji manifesto tersebut ditunaikan.

Dan amat menggembirakan kami terutama di pihak Pembangkang ini kerana dalam Ucapan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut tentang latar belakang pertumbuhan ekonomi Terengganu sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila Terengganu mencatat pertumbuhan kadar dalam Negeri Kasar atau KDNK padar kadar 5.9% pada tahun lalu dan menyamai kadar pertumbuhan di Peringkat Nasional. KDNK per kapita Negeri pula menunjukkan peningkatan daripada RM 27,272 pada tahun 2016 kepada RM 29,347 tahun yang lalu. Lebih membanggakan apabila kadar kemiskinan juga turun pada 0.4% pada tahun 2016. Perakuan Kerajaan Negeri terhadap

kemampuan dan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional dahulu mengenai data dan fakta tersebut telah membuktikan bahawa kami ketika diberikan mandat dan kuasa oleh rakyat sentiasa berada di atas landasan yang betul. Jadi apa yang kami bawa dalam Transformasi Terengganu Baharu dan Terengganu Molek Doh itu adalah sebagai satu bukannya satu retorik dan memang itu adalah berada pada landasan dan ini menyangkal apa yang dibawa Pembangkang sebelum ini dikatakan bahawa ‘kohor lok kohor punoh’. Jadi ,dengan tidak secara langsung saya menampakkan bahawa…..

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, tadi Batu Rakit kata hok dok molek dulu tak payah sebutlah.

Dok, bukan, kita bukan maknanya nak menyangkal menyatakan bahawa kepersamaan sedang berlaku di antara Kerajaan sekarang dengan Kerajaan yang terdahulu. Di mana, di atas asas inilah maka saya dan rakan-rakan yang ada di barisan Pembangkang ini di atas pengalaman dan kepakaran kami, kami sentiasa terbuka tangan untuk menawarkan kerjasama untuk sama-sama kita majukan Negeri Terengganu yang tercinta ini. Jadi, patut dengar habis dulu Wakil Manir. Baru jadi itulah sebenarnya saya nak maksudkan itu.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Dokdang, takdok bendalah, sebelum habis celah.

Tapi walau bagaimanapun, saya ingin juga sedikit sebanyak untuk menambah ataupun dengan izin, value added untuk kita sama-sama memastikan bahawa Bajet 2019 ini kita dapat laksanakan dengan sebaik-baiknya dan juga akan memberi manfaat kepada rakyat kerana dalam keseluruhan yang saya lihatlah dalam Bajet ini dia memang kita melihat banyak yang betul-betul mementingkan kebajikan rakyat terutama kepada golongan miskin dan B40. Tetapi walau bagaimanapun, apabila dilihat secara

mendalam saya nampak ada sedikit sebanyak yang perlu kita perbaiki dan perlu kita tambahbaik terutama dari segi program-program yang berkonsepkan kepada merubah nasib rakyat untuk membolehkan kita mengatasi masalah kemiskinan. Cuma yang agak di pihak kamilah merasakan ialah Bajet atau peruntukan yang disediakan agak tidak berapa realistik kerana saya difahamkan ada sebahagian daripada program-program yang dicadangkan hanya diperuntukkan antara RM1 – RM2 juta. Kerana saya bimbang dengan kadar ataupun dengan peruntukan yang sebegitu tidak sebegitu besar kita bimbang kerana peruntukan itu akan habis di peringkat perancangan dan mesyuarat sahaja. Jadi, tidak dapat dilaksanakan aktiviti sebenar di lapangan kerana dengan peruntukan yang disediakan itu jadi tidak dapat kita salurkan sepertimana yang kita rancangkan. Jadi, kami dan saya sendiri nak mencadangkan supaya program-program yang kecil ini kita cantumkan ataupun kita jadikan program yang lebih besar supaya peruntukan yang dapat, kita agihkan adalah mencukupi dan memberi impak yang lebih baik.

Dan satu lagi elok jugalah kalau kita dapat juga menggunakan GLC, NGO, MAIDAM dan pihak swasta, korporat dan sebagainya dalam membantu mengatasi apa yang kita sedang laksanakan terutama untuk mengubah nasib golongan miskin atau asnaf atau B40 ini kerana kita sedia maklum untuk menjadikan negeri yang maju terutama menjelang 2020 bahawa perjuangan kita, kita kena pastikan bahawa kumpulan B40 ini perlu dibangunkan dengan apa cara sekali pun terutama dalam masa yang terdekat ini. Maka, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menggerakkan GLC-GLC negeri dan pihak-pihak korporat dan sebagainya lebih aktif membantu rakyat dan juga membantu Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipeliharakan. Dan satu lagi saya juga ingin melahirkan rasa kebimbangan kerana dalam keadaan kewangan yang tidak jelas lagi ini keberanian Kerajaan Negeri sekarang ini membuat pengecualian cukai-cukai. Kerana saya berpandangan dengan tindakan drastik untuk menghapuskan dan juga mengecualikan cukai-cukai ini akan memberi kesan terutama kepada PBT kerana saya bimbang bahawa adakah PBT-PBT ini mampu untuk mereka bergerak dan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan keadaan

pendapatan yang dah berkurang ini. Jadi, bebanan Kerajaan akan semakin tinggi kerana dengan tidak secara langsung maka kebergantungan PBT ini adalah secara sepenuhnya kepada Kerajaan sedangkan Kerajaan sebelum ini, kita sedang melaksanakan satu kaedah supaya akhirnya PBT ini dia boleh bergerak atau berdikari dengan organisasi mereka sendiri tanpa berharap daripada bantuan ataupun geran dan peruntukan daripada Kerajaan Negeri kerana kita bimbang terutama PBT ini adalah terutama dari segi memastikan dari segi aspek kebersihan. Jadi, saya sangat bimbang kerana pernah berlaku sebelum ini apabila berlaku kekurangan kewangan di pihak PBT, maka akhirnya Negeri Terengganu kita akan mengalami masalah terutama dari segi menyelesaikan masalah kebersihan yang akhirnya akan memberikan kesan yang tidak berapa bagus kepada industri pelancongan kita sebenarnya. Jadi, perkara itu saya harap dapat diperlihatkan dengan sebaik-baiknya supaya pihak Kerajaan dapat juga memberikan alternatif kepada PBT ini bagaimana mereka boleh menambah hasil dengan tindakan penghapusan cukai pintu yang telah dilaksanakan dalam Bajet 2019 ini.

Dan saya juga tertarik dengan apa yang telah laksanakan dalam Bajet ini kerana kita menampakkan banyak pembangunan modal insan dan saya harap bahawa Kerajaan Negeri juga dalam kaedah memberikan fokus kepada fardhu ain tetapi jangan lupa juga kepada fardhu kifayah kerana dengan peruntukan yang diberi kepada Pusat Bahasa Al-Azhar RM2.5 juta, Institusi Pendidikan Islam RM3 juta ini memang bagus, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu membangun pembangunan modal insan dalam pelbagai bidang pengajian berasas kepada keperluan dengan izin, Industrial Revolution 4.0. Jadi, perkara ini juga perlu diberi perhatian dan diberi penelitian kerana ini jugalah yang kita lihat boleh membantu terutama golongan-golongan graduan-graduan yang menganggur sekarang ini kerana Kerajaan sebelum ini kita ada melaksanakan, kita juga telah melaksanakan program TGTP iaitu dengan izin, Terengganu Graduate Tranformation Programme di mana dalam program ini dalam pilot project kita telah melatih 275 graduan dan dalam Bajet 2018 kita memperuntukkan RM10 juta di mana peruntukan ini kita dapat daripada sumbangan GLC, korporat dan juga daripada pihak-pihak swasta tidak langsung menggunakan duit Kerajaan untuk kita melatih 1600 graduan.

Jadi, eloklah kalau perkara-perkara sebegini dapat diberi perhatian kerana kita sedia maklum bahawa ramai graduan-graduan kita sekarang ini mengganggur. Jadi, kita bimbang bahawa nanti graduan-graduan kita ini terpaksa berhijrah ke negeri-negeri yang lain kerana di Negeri Terengganu mereka tak dapat ataupun tak diberi peluang untuk memberi sumbangan terutama untuk mereka membantu balik Kerajaan kita dalam aspek pembangunan negeri kita dan dalam masa yang sama juga saya nak mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kerana tadi sahabat saya Wakil Batu Rakit menyatakan rasa gundah-gulana terutama golongan pendidikan kepada Yang Amat Berhormat kerana dalam Ucapan Bajet tahun ini tak disebut ucapan tahniah kepada golongan-golongan pendidikan. Tetapi, saya nak ucap terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Besar Menteri Besar walaupun tak diumumkan, tapi dalam Bajet ini ada peruntukan disediakan untuk pendidikan Program Anjung Ilmu sebanyak RM5.3 juta. Jadi, cuma mungkin Yang Amat Berhormat terlepas pandang tadi. Jadi, kadang-kadang kena kabor yang ini. Jadi, golongan pendidik ini bertalu-talu tanya pulak saya: “Doh guaner ni?” Program Anjung Ilmu, tidak ada ke hari ini? Menyebabkan dari segi skop percetakan, kos untuk buat kelas tambahan dan sebagainya. Jadi, bila saya teliti balik saya rasa, saya kata ada, tiada masalah. Cuma mungkin terlepas pandang dan saya hari ini juga mewakili sahabat-sahabat saya hari ini nak juga ingin mengucapkan tahniah kepada golongan pendidik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Guru-Guru, PIBG, dan juga terima kasih kerana meneruskan sumbangan kepada PIBG. Kerana Kerajaan kita yang lalu juga kita ada sediakan peruntukan untuk PIBG. Alhamdulillah dalam Bajet 2019 ini juga ada bantuan kepada PIBG dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan kita amat prihatin dan amat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kita. Dan saya juga nak ucapkan tahniah kepada anak-anak kita yang saya tengok tiap-tiap minggu ada saja kejayaan-kejayaan dalam bidang pendidikan ini. Jadi saya rasa sangat bangga dan inilah kejayaan yang telah dihasilkan oleh anak-anak Terengganu kita dan memang sesuai benarlah kalau kita juga memastikan bahawa mereka itu nanti apabila balik, sudah selesai belajar, mereka kita pastikan balik ke Terengganu untuk memberi sumbangan bagi membangunkan Negeri Terengganu Darul Iman kita.

Dan juga nak ucap tahniahlah seperti kawan-kawan saya lain atas kejayaan sukan kita SUKMA, bola sepak kita dan kita harap bahawa kejayaan ini akan dapat teruskan dan juga kejayaan dalam bidang pelancongan. Sebenarnya Negeri Terengganu ini kekuatan dia adalah berasaskan kepada tiga perkara itu iaitu pendidikan, sukan dan juga pelancongan. Jadi kalau digandingkan ketiga-tiga ini maknanya asasnya pelancongan, pelancongan berasas sukan, pelancongan berasas pendidikan, dengan tidak secara langsung dia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga akan meningkatkan pendapatan kepada Negeri Terengganu kita sendiri. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian dan perlu diberi priority oleh kerajaan dalam kita nak memastikan supaya sepertimana yang kita lancarkan sebelum ini dengan izin, Visit Beautiful Terengganu dan saya juga merasa bangga apabila buku berkaitan Beautiful Terengganu telah mendapat perhatian yang begitu tinggi dan baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Teregganu telah melancarkan Buku Beautiful Terengganu dalam lima bahasa. Dan saya difahamkan buku ini sudah mula diedarkan di Jerman dan juga diedarkan di Jepun. Jadi saya nampak bahawa hari ini orang-orang di luar negara sudah mula mengenali Negeri Terengganu. Maka kita kena pastikan penyediaan aspek pelancongan di Terengganu itu kita perlu buat dengan cara yang terbaik bagi memastikan agenda membangun Negeri Terengganu kita akan dapat kita capai. Dan dalam masa yang sama juga saya juga nak mohonlah supaya program-program yang kita telah laksanakan sebelum ini contohnya program Pondok Moden. Program Pondok Moden ini sebenarnya untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian adalah asasnya kita nak membantu mereka yang kurang berjaya dalam sistem pendidikan. Kerana kita melihat bahawa tumpuan kita sebelum ini kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A dan sekarang ini 6A. Kita banyak fokus kepada sekolah Elit, Imtiaz kemudian dan sebagainya. Tetapi jarang kita beri tumpuan kepada anak-anak kita yang kurang cemerlang. Yang mungkin tidak dapat satu A pun, mungkin dapat E sahaja. Di mana mereka ini sebenarnya ada potensi yang boleh kita bina dan kita bangunkan mereka. Dan kerana itu maka kita mula wujudkan Pondok Moden kerana kita nak memastikan hari ini bahawa sekurang-kurangnya mereka ini apabila mereka keluar daripada sekolah, mereka juga boleh

menjadi orang yang hebat. Kalau tidak hebat kepada pendidikan biasa mereka akan hebat dalam pendidikan agama dan tidak secara langsung juga dalam asas pondok moden ini kita juga memberikan dalam konsep skill training ataupun kemahiran sama ada kemahiran buat kuih, kemahiran gunting rambut, kemahiran berkebun dan sebagainya. Jadi itu matlamat kita. Jadi saya haraplah program Pondok Moden ini walaupun hendak diberi nama apa pun takdok hal doh, Cuma kalau boleh diteruskan dan diperbanyakkan sebagaimana juga diperuntukkkan untuk buat Sekolah Rendah Islam ini. Jadi eloklah kadang-kadang bila dah buat sekolah rendah, sekolah menengah tu kena sambung. Dan alhamdulillah saya nampak ada cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program bagi menggantikan KUSZA kerana kita sebenarnya Kerajaan Negeri dahulu dah bercadang nak menjadikan nak menaiktaraf IQ Al-Quran itu kita dah menaiktarafkan dia menjadikan Kolej IQ dan kita bercadang selepas ini menaikkan Kolej Universiti dan akhirnya menjadi universiti penuh sehinggakan kampus di Kuala Berang pun sudah kita beli melalui Tabung Warisan dan kita haraplah supaya Kerajaan Negeri meneruskan dan akhirnya nanti insyallah Negeri Terengganu akan mempunyai sebuah Universiti Al-Quran yang pertama. Ini adalah sebenarnya perancangan yang telah kita buat dan kita harap perkara ini dapat direalisasikan.

Dan selain daripada itu, saya juga berharaplah dalam aspek pelancongan yang saya sebut tadi. Saya nak minta Yang Amat Menteri Besar melihat balik gerbang pelancongan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kerana kita sebenarnya kita telah membelanjakan tidak kurang daripada RM2.1 juta. Saya tahu ada beberapa masalah yang dihadapi di situ tetapi perkara itu telah diselesaikan atas nasihat Penasihat Undang-Undang kita Yang Berhormat LA kita yang telah memberi pandangan dan sebenarnya tidak ada masalah. Dan saya harap pihak YPU dapat meneruskan di mana kita nampak itu prospek yang agak tinggi. Kerana kita melihat selama ini pelancong-pelancong yang datang daripada luar negara terutama daripada Negara China. Apabila mereka pergi ke pulau mereka tidak akan bermalam di Kuala Terengganu. Mereka akan bila balik daripada Pulau Redang atau Pulau Perhentian mereka akan

singgah di lapangan terbang dan mereka akan duduk di situ empat hingga lima jam. Jadi mereka tak buat apa-apa. Jadi eloklah kalau dibangunkan gerbang pelancongan ini boleh dijadikan sebagai satu hub untuk mereka hari ini membeli belah ataupun mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan spa dan sebagainya. Dengan tidak secara langsung kita boleh membangunkan industri pelancongan kita walaupun mereka tidak menginap tetapi mereka boleh membelanjakan di tempat yang telah kita sediakan kerana kita bimbang hari ini ramai yang datang ke Terengganu tapi mereka berbelanja di Kuala Lumpur. Mereka hanya sekadar menginap, tidur, makan di hotel dan selepas itu mereka balik di Kuala Lumpur dan shopping di Kuala Lumpur. Jadi elok benarlah kalau kita jadikan selain daripada kita ada di Kenyir pusat shopping kita dan kita jadikan juga di gerbang pelancongan Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini sebagai satu hub yang boleh kita jadikan dan kalau perlu hari ini mungkin kita boleh mohon daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan bahawa di gerbang pelancongan itu sebagai satu lagi sepertimana Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai. Jadi perkara ini boleh dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Dan yang kedua saya mohon jugalah kerana kita dalam kaedah menjadikan Negeri Terengganu sebagai hub pelancongan termasuk pelancongan perubatan dengan izin, medical tourism kerana sebelum ini Kerajaan sebelum ini telah mengadakan satu pusat rehabilitasi di Permai Hotel dan belanjanya bukan sedikit kerana di situ kita telah menempatkan banyak equipment-equipment atau mesin-mesin yang agak canggih termasuk anti gravity treadmill ada robotic assisted yang high reputation kemudian sport yang orthopedic kita ada dan bermacam-macam lagi. Dan elok benarlah kerana dulu perancangan Kerajaan Negeri dulu nak jadikan KTS Hotel Permai itu sebagai satu hub medical tourism. Kita jadikan sebagai KTS Kuala Terengganu Specialist itu hotel dalam hospital. Jadi tidak secara langsung hari ini orang yang hantar keluarga dia untuk menjalani rawatan di KTS. Secara tidak langsung akan dapat juga menggunakan Hotel Permai Park Inn. Dan Hotel Permai Park Inn juga ada Pusat Rehab. Kerana saya yakin dan percaya apabila kita buka saja Pusat Rehab yang telah mempunyai peralatan yang paling canggih ini, maka kita akan menjadi tempat yang ketiga, terbaik di

Malaysia, kerana yang pertama setakat ini adalah di Melaka, yang kedua di Cheras dan insyaAllah kalau kita buka di Permai ini kita akan menjadi tempat yang ketiga, dan sudah pasti berduyun-duyun orang yang nak menjalani rawatan rehabilitasi ini akan menggunakan Permai Park Inn sebagai tempat untuk mereka menginap dan seterusnya menjalani rawatan dan ini akan memberi impak yang baik kepada pelancongan kita.

Yang di-Pertua

Okey, mencelah Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Seberang Takir. Sekadar untuk mendapatkan sedikit penjelasan yang berkait dengan rehab yang berada di Permai Hotel. Adakah Yang Berhormat Seberang Takir sedar bahawa Pusat Rehab tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Baik, dia biasa macam tu Yang Berhormat Tepoh, dia memanglah sebelum kita apa ni dalam keadaan kita nak laksanakan tu adalah perkara-perkara yang perlu kita tambah baik sepertimana yang Pusat Rehab di Seberang Takir. Pusat Rehab di Seberang Takir macam tu juga mula-mula, hari ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah memberi penarafan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kijal kita. Jadi hari ni kalau kita tanya Kementerian, dia beritahu yang Seberang Takir ni adalah yang terbaik di Pantai Timur. Dulu memang dia kata tidak itu, dan sekarang ni pesakit di Pusat Rehab di Seberang Takir sedang menjangkau 2,000 orang sekarang ini. Tapi, untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar setakat ini kita bagi percuma lagi kerana kita ada lagi lebihan bantuan dari Kerajaan Negeri. Tetapi saya difahamkan bila tengok dalam Bajet tu tak ada dah bantuan daripada Kerajaan Negeri. Jadi kalau bolehlah dapat diberi pertimbanganlah, kalau tidak maka Pusat Rehab di Seberang Takir itu tidak mampu boleh beroperasi kerana belanja kita sekarang sudah menjangkau RM20,000 sebulan. Jadi, yang ini kita bagi free termasuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan, ambik patient daripada rumah, yang ini yang kita laksanakan dan satu lagi kita ada Pusat Hemodialysis. Jadi saya rasa tak ada masalah, kerana yang bagusnya Yang Berhormat Tepoh, di situ juga boleh dijadikan tempat rawatan kepada atlet-atlet dan juga kepada pemain-pemain bola sepak kita. Kerana saya yakin dan percaya bahawa peralatan yang ada itu

memang adalah yang tercanggih. Cuma satu lagi yang kita belum berjaya buat iaitu Hydrotherapy, mengadakan kolam renang iaitu menggunakan konsep perubatan menggunakan kolam renang. Ini adalah lebih efektif kerana kolam renang itu dia akan masuk dengan air panas dan ada treadmill under water dengan izin. Yang ini sebenarnya antara rawatan-rawatan yang amat bertepatan dengan pesakit-pesakit strok ataupun yang mengalami permasalahan dalam aspek psychomotor kita. Jadi, saya haraplah perkara ini dapat diberi perhatian, kerana sayanglah sebab kita belanja bukan sedikit dan untuk mendapatkan kelulusan, saya rasa tak ada masalah kerana saya difahamkan Institut Sains Negara dia dah mari buat lawatan dan dia berkenan. Dan saya difahamkan dulu, dia sendiri pun hantar atlet untuk menjalani rawatan di situ. Dengan tidak cara langsung, Hotel Permai Inn akan mendapat tarikan. Bila dah buat rawatan, secara automatik mereka akan menginap di hotel kita dan bila ada rawatan seterusnya akan mereka adakan di Hotel KTS sehinggakan dulu perancangan Kerajaan Negeri kita nak buat jambatan dulu, kita nak buat jejantas daripada KTS ke Hotel Permai Park Inn, kerana kita juga bercadang untuk menyediakan rawatan plastic surgery, kadang-kadang orang plastic surgery ni dia tak mahu duduk di hospital, jadi dia nak duduk di hotel, jadi dia duduk di hotel, lepas tu kita akan bawa rawatan ataupun pembedahan itu berlaku di KTS. Ini adalah antara cara yang kita nak laksanakan bagi memastikan medical tourism itu kita dapat laksanakan dengan cara yang terbaik. Ada sikit lagi dok Yang di-Pertua ya?

Yang di-Pertua

Ada sikit lagi Yang Berhormat.

Dan satu lagi, saya juga nak mohonlah sepertimana sahabat-sahabat saya yang lain, berkait dengan Rumah Mampu Milik dan saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana dalam Bajet ni ada Projek Rumah Mampu Milik di Tok Jembal Seberang Takir. Terima kasih banyak-banyak kerana telah meluluskan satu Projek Perumahan Mampu Milik di Seberang Takir. Cuma yang saya nak mengemukakan sama macam sahabat-sahabat saya yang lain ialah berkait dengan penghuni-penghuni yang telah memiliki rumah mampu milik di kawasan saya di Kampung Batin. Kerana sekarang ini ada sebahagiannya telah menerima surat untuk dikeluarkan. Tetapi saya haraplah supaya kita buat satu penyiasatan yang teliti kerana sebahagian daripada mereka telah upgred dah rumah tu. Ada yang dah pasang tile, ada yang dah tambah kabinet, jadi mereka keluar

jadi siapa pulak yang akan nak membayar balik perbelanjaan yang telah dibelanjakan.

Jadi, saya haraplah atas pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya melihat balik dan membuat suatu penitian kerana nanti akan timbul pula dari segi aspek kezaliman kerana mereka adalah sebabnya ada setengah tu yang terpaksa balik semula duduk rumah mak ayah, kerana mak ayah dia sakit. Jadi, untuk menjaga mak ayah mereka terpaksa balik semula ke rumah mak ayah jaga mak ayah, jadi menyebabkan ada rumah tu yang mereka tak duduk. Mereka dah duduk tapi mereka terpaksa tinggalkan. Jadi, perkara-perkara yang begini perlu di pertimbangkan. Dan saya setuju kalau sekiranya sepertimana yang disebut oleh Wakil Manir sebelum ini kalau kata rumput dah panjang tak dok duduk pun, meter pun tak pasang, itu tak ada masalah. Kita pun amat bersetuju kerana sebelum ini pun kita pun tak campur sangat kerana urusan temu duga dan juga urusan pembahagian dibuat oleh jawatankuasa di bawah Perumahan Negeri Terengganu.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat …..

Saya nak perhabis dulu.

Yang di-Pertua

Dia tak bagi laluan Yang Berhormat.

Dan akhir sekali, saya juga nak mintalah ini berlaku di kawasan Balai Raya Kampung Jati Seberang Takir di bawah MKK kerana dulu Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut bahawa balai raya-balai raya ni, siapa nak guna boleh dan mintak kebenaran daripada Pejabat Daerah. Cuma saya nak mohonlah, ini permohonan permintaan daripada satu kumpulan yang telah menggunakan balai raya ni begitu lama untuk berlatih main pingpong. Jadi eloklah saya ingat Yang Berhormat Wakaf Mempelam pun setuju sebab nak latih atlet kita ni. Jadi, dia berlatih tiap-tiap minggu. Tetapi sekarang ni dah tak boleh tak dibenarkan oleh MKK kerana dia kata bahawa dah berlaku pertukaran Kerajaan jadi tak dibenar. Jadi dia mintak saya menyampaikan perkara ini, dia mintak saya bawak dia berjumpa dengan Menteri Besar, saya kata tak bolehlah, nanti saya akan beritahu ni supaya dapat diberi pertimbanganlah atas asas kerana mereka dah guna sebelum ini,

untuk berlatih dan mereka ini ada sebahgian daripada mereka ini memang mewakili, mewakili kelab, mewakili negeri, untuk berlatih saya rasa kita teruskanlah dan dapat diberi perhatianlah tentang perkara begini. Dan sekali saya ucapkan tahniah, terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan Bajet yang begitu baik sekali meneruskan apa yang telah kita laksanakan sebelum ini. Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kita yang telah memberi ruang yang begitu panjang kepada saya untuk bercakap pada hari ini dan semoga apa yang kita laksanakan ini akan mendapat manfaat yang baik, terutama kepada rakyat Negeri Terengganu kerana perjuangan kita adalah perjuangan yang sama demi kepentingan rakyat kita.

Jadi, saya menyokong Bajet yang telah dibentangkan dan saya akhiri dengan wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Berhormat Seberang Takir yang saya kira telah memanfaatkan masa yang telah diperuntukkan.

Saya ada sebutkan tadi sebagaimana unsur-unsur pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan khususnya dari segi pihak Eksekutif, di peringkat Legislatif perlu juga cuba membuat satu anjakan paradigma supaya peranan daripada pihak Pembangkang kita akan ambil kira dalam konteks memajukan negeri kita ini, insyaAllah. Jadi, saya ucap terima kasih.

Seterusnya, saya nak jemput Yang Berhormat yang terakhir Yang Berhormat daripada Wakil Batu Burok untuk menyampaikan ucapan perbahasan, yang terakhir. Dipersilakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Wassolatu wassolamu’ala Rasulillah. Ammaba’. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, wakil-wakil media, Pemerhati-pemerhati yang dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala sekalian. Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Maksudnya: “Orang-orang yang kami berikan kepada mereka berkuasa di atas muka bumi ini, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah kembali segala urusan”.

Saya mengambil berkat dengan memetik ayat di atas sebagai asas untuk menyokong Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertajuk “Negeri Berkat Rakyat Sejahtera”. Sesungguhnya keberkatan yang didambakan tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan tuntutan dalam ayat di atas dan itulah yang menjadi intipati kepada Bajet pada kali ini yang saya lihat bukan sahaja Bajet berimbang dari sudut pendapatan menyamai perbelanjaan bahkan juga berimbang dari sudut jasmani, rohani dan akal. Dalam masa yang sama ia memenuhi ketiga-tiga aspek penting Al-Maqasiddur Syari’ iyyah iaitu Adhorurriyyat, Al-Hajiyyat dan Al-Tahsinniyat.

Belanjawan adalah polisi fiskal Kerajaan bagi menjana hasil untuk diagihkan secara adil kepada seluruh rakyat. Hasil yang dikutip mestilah tidak membebankan rakyat malah hasil daripada cukai adalah yang paling rendah dalam keseluruhan sumber pendapatan Kerajaan Negeri. Ini sebenarnya satu tindakan bijak yang berlandaskan kepada Syariat Islam berasaskan kepada sabda Nabi Salallahu Alaihi Wassalam berkait dengan ibadah zakat:

Bermaksud: “Diambil daripada orang-orang kaya dan dikembalikan kepada orang-orang fakir miskin.” Bukan cukai itu diambil daripada rakyat yang tidak berkemampuan. Maka di sini ia adalah satu Bajet yang betul-betul bertepatan dengan tuntutan yang disarankan oleh Nabi Salallahu Alaihi Wassalam di dalam hadis yang disebutkan tadi. Walau pun kita tahu apabila kita kurang kutip cukai yang mana hasilnya akan masuk kepada Kerajaan Negeri tetapi kita meyakini itulah dia keberkatan yang kita mahu daripada Allah Subhanahu Wata’ala supaya kita memanfaatkan betul kekayaan yang ada di bumi Negeri Terengganu yang sangat bertuah ini. Semoga Kerajaan Negeri dapat memacu perjalanan negeri dengan kestabilan politik dan ekonomi demi kemaslahatan rakyat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kira di antara semangat dan roh yang diambil daripada Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ialah semangat dan roh apa yang baik kita teruskan dan kita tingkatkan. Apa yang kurang dan lemah serta tidak baik kita buang dan kita perbaiki. Saya mengucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada pihak Pembangkang yang telah mengucap terima kasih dan tahniah kepada Bajet yang telah dibentangkan menunjukkan bahawa politik di Negeri Terengganu sudah berada satu tahap yang baru, kita telah melakukan satu anjakan paradigma kepada politik matang dan sejahtera bukan lagi politik berdendam. Itulah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Politik jangan kita pakat balloh tetapi politik kita pakat untuk bekerjasama. Itu yang kita nak supaya kita bekerjasama bagi memajukan Negeri Terengganu supaya ianya betul-betul menepati gelaran Negeri Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman. Walau pun begitu bukan mudah untuk kita perbaiki kerana di sana banyak perkara-perkara yang rosak, perkara-perkara yang perlu kita perbaiki dan kita pertingkatkan. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dari sudut penjagaan kepada agama, penegasan untuk terus menyambung semula kesinambungan kedaulatan Syariat Islam serta menyemarakkan kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap keadilan dan keharmonian Undang-undang Islam sangat dialu-alukan. Sebagai contoh ketegasan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri khususnya oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah LGBT beberapa bulan lepas yang menjatuhkan hukuman ke atas pesalah LGBT dengan sebatan mengikut Syariat Islam. Ia adalah satu contoh bagaimana komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan pelaksanaan Syariat Islam yang menjadi asas yang sangat penting yang telah terpahat dalam sejarah Negeri Terengganu. Isu ini bukan saja isu untuk kita menjatuhkan hukuman ke atas orang yang bersalah tetapi ia lebih kepada mendidik untuk kita mendedahkan kepada rakyat bagaimana perbezaan hukuman dalam Syariat Islam dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Konvensional. Sehingga kita melihat isu ini bukan saja menjadi satu isu yang menarik kepada media nasional bahkan media antarabangsa sehingga dilaporkan dalam BBC, The Guardian dan lain-lain lagi. Saya juga sangat tertarik dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan Pusat Rehabilitasi Dan Pemulihan Akidah. Ia adalah satu tindakan yang tepat dengan masanya khususnya umat Islam pada hari ini menghadapi ancaman-ancaman baru terhadap akidah Islam seperti fahaman Islam Liberal yang sangat membimbangkan khususnya kepada golongan muda yang mudah terpengaruh lebih-lebih lagi dengan zaman langit terbuka,

maklumat yang ada di tangan masing-masing, maka idea-idea baru yang dilihat menarik dengan melabelkan nama Islam. Ia sedikit sebanyak sangat mudah untuk mempengaruhi golongan muda kepada agenda-agenda yang sesat lagi menyesatkan ini. Islam Liberal, Islam Pluralisme, Islam Moderate dan lain-lain lagi. Ini semua adalah merupakan racun-racun yang pada zahirnya adalah manisan yang manis tetapi di dalamnya adalah racun yang boleh merosak akidah umat Islam.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, menyedari cabaran kebanyakan sosial pada hari ini saya bersetuju pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengukuhkan langkah-langkah preventive supaya pintu-pintu kemungkaran dapat dibendung secara serius semoga penubuhan Akademi DU’AT juga mampu melahirkan barisan Kader Dakwah yang berani berdepani cabaran dan menampilkan pendekatan dakwah yang kreatif dan efektif kepada masyarakat. Institusi masjid di Negeri Terengganu mesti menjadi tarikan utama masyarakat setempat. Pelbagaikan aktiviti menarik untuk menambat hati anak-anak muda mendekati dan mencintai masjid. Saya juga menyarankan Kerajaan Negeri untuk meneliti perkembangan operasi masjid supaya mencapai objektif pembangunan ekonomi ahli qariah. Kita perlu belajar daripada negara-negara lain bagaimana mereka menjadikan masjid bukan sahaja pusat beribadah tetapi juga ia adalah pusat ilmu, pendidikan dan ekonomi. Sebagai satu contoh kalau kita lihat di Negara Turki yang mempunyai sejarah yang sangat hebat dari sudut tamadun islam. Bagaimana di Turki wujudnya Grand Bazar yang menghubungkan dengan masjid salah satu masjid yang bersejarah di Istanbul. Bukan sahaja masjid itu hidup dengan ibadah tetapi juga pasarnya hidup semenjak ratusan tahun dahulu. Kita boleh laksanakan perkara sebegini di Negeri Terengganu ini contohnya ialah Masjid Putih, kita boleh hubungkannya dengan Pasar Kedai Payang, yang mana bukan sahaja akan menjadi salah satu tarikan baru pelancong bahkan juga ia akan membuka peluang-peluang perniagaan baru kepada anak-anak Negeri Terengganu.

Yang Berhormat, Yang di Pertua, tidak dinafikan Kerajaan Negeri Terengganu, diunjur akan memperoleh sebanyak RM1.745 bilion daripada sumber Terimaan Bukan Hasil, ia merangkumi 86% daripada unjuran keseluruhan hasil Kerajaan Negeri Terenganu pada tahun 2019. Royalti petroleum dianggap sebagai sumber yang utama dalam kategori ini, perlu juga diingatkan trend harga minyak mentah akhir-akhir ini, menunjukkan

kejatuhan di bawah paras USD60 setong disebabkan oleh pengaruh geopolitik.

Saya menyarankan agar pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkukuh prestasi syarikat berkaitan Kerajaan Negeri GLC. GLC seharusnya menjadi pemacu utama untuk membantu Kerajaan memenuhi agenda kebajikan terhadap rakyat. Selain itu pihak Kerajaan Negeri mesti meneroka sumber-sumber baharu daripada sektor isytima’i dengan mengambil inisiatif pembiayaan atau pelaburan alternatif rakyat dan juga Konsep Indomen atau Wakaf Korprat beberapa aplikasi sektor isytima’i boleh dilaksanakan di antaranya Tabung Wakaf Pendidikan, Skim Sukut Al-Ijarah untuk pembelian rumah, Wakaf Tunai untuk pembinaan klinik dan pembelian ambulan rakyat dan infra untuk pakaian serta makanan bagi golongan asnaf. Selain membantu masyarakat, kita juga telah membuka ruang yang luas untuk rakyat membuat amal kebajikan kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Inilah dia Konsep Kerajaan Berkebajikan bukan Konsep Kerajaan Kebajikan. Konsep Kerajaan Kebajikan Rakyat, Kerajaan yang memberikan kebajikan kepada rakyat sepenuhnya sebagaimana yang berlaku di beberapa buah negara Eropah. Konsep Berkebajikan Kerajaan itu ialah konsep yang pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Islam dahulu. Kerajaan mempunyai tanggungjawab tetapi di dalam masa yang sama rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk memperbanyakkan amal soleh dan amal kebajikan kepada Allah Subhanahu wata’ala.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil banyak inisiatif untuk membangunkan kualiti modal insan rakyat Terengganu. Saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif untuk membuka Akademi Fiqh Terengganu ekoran banyak isu kontemporari memerlukan Ijtihad Fiqh selain itu ia juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh Fuqaha yang mahir dengan Ilmu Turash dan kontemporari serta memberi latihan mengenai Infaq Fatwa dalam masalah-masalah baru yang berlaku. Cabaran baru yang dihadapi pada hari ini ialah meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Saya kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang memansuh serta memotong banyak peruntukan kepada golongan petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah tambahan pula harga komoditi utama negara semakin jatuh dan menjejaskan pendapatan mereka. Saya mengharapkan agar Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu memberikan perhatian berhubung perkara ini dan memantapkan proses memodenisasi input pertanian.

Yang Berhormat, Yang di Pertua, di sini saya juga ingin mencadangkan kepada Exco Sukan dan Belia. Di samping kita melihat inisiatif-inisiatif yang telah dikemukakan di dalam Bajet …… (Buzzer Timer berbunyi) ….

Yang di-Pertua

Sila terusan. Sila teruskan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberikan ruang masa.

Di samping itu, kita juga perlu memberi perhatian kepada sukan-sukan tradisional contohnya sukan memanah, silat olahraga dan lain-lain lagi. Supaya kita boleh mencungkil seni dan juga kemahiran rakyat Negeri Terengganu, bukan sahaja untuk berjaya di peringkat negeri bahkan juga di peringkat nasional dan antarabangsa.

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, institusi keluarga sangat penting ia adalah nukleus dalam pembentukan masyarakat. Generasi Terengganu bergantung kepada keutuhan rumahtangga dan penghayatan agama dalam keluarga. Saya ingin menekankan aspek Tarbiyatul Aulad supaya pendidikan generasi Terengganu bermula dari rumah. Bagaimana ingin menerapkan modul pentarbiyahan anak-anak di rumah, kemahiran keibu bapaan yang luas perlu disemai setiap isi rumah di Negeri Terengganu.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Terengganu Volunteers (T-Volt) untuk memfokus kepada aspek pengurusan bencana khususnya banjir sistem pengurusan yang sistematik perlu ditekankan bermula daripada langkah preventive sehinggalah pengurusan pengagihan bantuan termasuk penyediaan kelengkapan yang sesuai di Pusat Penempatan Bencana. Sistem pengurusan bencana mestilah cepat, sistematik dan efektif. Mengenai sektor perumahan, tadi kita dengar banyak juga pandangan dan cadangan berkait dengan sektor perumahan di samping permasalahan-

permasalan yang rata-riti di Negeri Terengganu ini boleh dikatakan di setiap DUN. Saya mencadangakan Kerajaan Negeri untuk meneroka teknologi 3D Rented Housing. Teknologi ini telah dibangunkan di Jakarta dan Thailand malah saya difahamkan beberapa Universiti di Malaysia seperti UiTM dan USM telah membangunkan teknologi ini. Pembinaan rumah yang cepat dan dalam kos yang lebih murah, teknologi ini boleh dimulakan dalam Projek Rumah Mampu Milik di Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perlu difahami setiap Bajet yang dibentang, isu yang paling utama yang perlu diberi perhatian bukanlah angka Bajet itu semata-mata akan tetapi pelaksanaan yang penuh integriti dan tadbir urus yang berakauntabiliti. Kita tidak mahu hanya berbangga dengan projek mega yang akhirnya menjadi bebanan yang terpaksa dipikul. Kesilapan lalu perlu dijadikan iktibar, saya percaya Kerajaan pada hari ini akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Terengganu bukan sahaja maju daripada sudut lahiriah bahkan bersih dan telus dalam mengurus harta rakyat. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya bersetuju sebagaimana yang telah disebut oleh rakan saya, Yang Berhormat Sura semalam, Bajet yang telah dibentangkan insyaAllah berjaya menunaikan 60% atau 12 tawaran Manifesto PAS dalam PRU yang lepas dalam enam bulan kita telah berjaya menunaikan 60% atau 12 tawaran Manifesto PAS. Jadi kalau ikut markah kira lebih daripada lulus, berbanding apa yang kita lihat Kerajaan Persekutuan pada hari ini yang dipimpin oleh Pakatan Harapan yang jelas mengkhianati rakyat dengan janji 100 hari. Ini menunjukan bahawa PAS yang memimpin Negeri Terengganu pada hari ini bukan sekadar menabur janji kosong untuk meraih undi rakyat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, secara kesimpulannya marilah kita sama-sama berdoa agar Negeri Terengganu menjadi sebuah Model Pentadbiran Islam yang gemilang di Malaysia dan di rantau ini dengan bertemakan Maju, Berkat dan Sejahtera, saya mengakhiri ucapan bahas dengan pesan Rasullahi Salallahu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin

dan setiap kamu bertanggungjawab dengan apa yang dipimpinnya”. Terima kasih Yang Berhormat tuan Yang di-Pertua, Batu Burok menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Batu Burok, sebagai pembahas terakhir perbahasan ke atas Enakmen Perbekalan 2019. Daripada 21 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang di dalam Dewan ini tak termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya dapati 17 orang yang telah terlibat mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet ini, daripada pihak Ahli Yang Berhormat Kerajaan 10 orang, seorang masih mc, sakit. Daripada Yang Berhormat Pembangkang ada 7 orang, 3 orang tidak ambil bahagian. Jadi dengan masa yang ada pada kita sekarang ini saya berhasrat untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak Kerajaan untuk menggulung perbahasan mulai petang ini, selepas kita rehat nanti dan seterusnya sebelum pada kita tangguh, saya nak jemput semua Ahli Yang Berhormat ke Majlis Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Yang di-Pertua Dewan sendiri pagi ini di Damai Lounge dan sebagaimana biasalah, pegawai-pegawai, Ketua Jabatan Kerajaan di Perkarangan U2.

jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan atau Persidangan ini dan disambung semula pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.53 TENGAHARI.

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tadi kita telah selesai perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat berhubung dengan Enakmen Perbekalan 2019 ataupun perbahasan berhubung Bajet. Jadi sekarang giliran pihak Kerajaan untuk menggulung semua ucapan-ucapan daripada Yang

Berhormat. Oleh sebab itu saya ingin terus kepada Yang Berhormat Kota Putera, menggulung bagi pihak Kerajaan, dipersilakan.

Tuan Yang di-Pertua, tak pernah berlaku sejarah Pembangkang tak ada seorang ni, Pembangkang dulu tak begini.

Yang di-Pertua

Itu di luar kawalan sayalah, saya dah sebut sebelum pada ini, lagi pun sebelum semasa rehat rasa dah sebut tadi, ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat saya kata, petang ni jangan tak mari. Ini giliran kita mari dengar pula. Tak apa kita teruskan agenda, ia tidak menjadi masalah dari segi Peraturan Dewan, jadi saya persilakan Yang Berhormat Kota Putera untuk membuat penggulungan, silakan.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Alhamdulillahilladzi hadana lihadza wama kunna linahtadiya laula an hadanAllah. Asyhadu Alla Ilaha Illallah, wa ashhadu anna Muhammadan abduhhu wa rasulluluh. Subhanaka la ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antaal-‘alimul-hakim. Qala; Rabisyrahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qauli.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sahabat-sahabat Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua dan wakil jabatan daripada Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil media seterusnya Pemerhati dan sidang hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sekali lagi terima kasih kepada Yang di-Pertua yang memberi ruang ini kepada saya untuk memulakan sesi penggulungan kepada perbahasan Ucapan Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 25 hari bulan yang lepas.

Alhamdullilah semua Ahli Dewan daripada sebelah sini dan sebelah sana yang tak ada orang lagi tu, telah menyambut baik Pembentangan Bajet 2019 pada kali ini. Semoga kandungan Bajet yang telah dibentangkan ini benar-benar menjadikan Bajet Rakyat yang merangkumi dan mencakupi segenap aspek kehidupan rakyat Negeri Terengganu yang kita cintai ini. Suasana Dewan seharmoni ini telah lama saya impikan walaupun saya baru sepenggal ini, tetapi dalam perbahasan-perbahasan Dewan sebelum ini saya mengikutinya dengan agak rapat. Dan alhamdullilah suasana ini berlaku dalam Sidang Bajet pada kali ini. Ucapan daripada pihak Bukan Kerajaan secara ikhlas dan terus terang menyokong Bajet ini adalah suatu sangat yang sangat mensejahterakan saya. Kenyataan daripada Yang Berhormat Telemong memberi markah 98% sokongan kepada Bajet ini mempunyai satu makna yang tersirat yang sangat mengembirakan saya. Mudah-mudahan hasrat tema Bajet kali ini benar-benar sampai ke lubuk hati nurani pimpinan dan rakyat sejahtera rakyat semua.

Negeri Berkat Rakyat Sejahtera, Tema bajet tahun ini, Ahli Dewan semua gembira, Berpuas hati rakyat disantuni.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sepanjang penelitian saya dalam terhadap ucapan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet kali ini, saya teliti ada beberapa orang yang telah menyentuh secara terus portfolio yang telah dipertanggungjawabkan di bawah saya. Antaranya Portfolio Usahawan yang disebut yang disentuh oleh Yang Berhormat Air Putih mengenai Dana Usahawan Belia Sejahtera (U-BES). Yang Berhormat Sura dan Bukit Besi menyentuh mengenai jumlah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS). Manakala di bawah Portfolio Sumber Manusia disebut secara tidak langsung iaitu Yang Berhormat Manir mengenai kadar pengangguran-pengangguran negeri antara 4.2% sehingga 4.5%, Yang Berhormat Jertih yang membangkitkan kurang peluang pekerjaan. Begitu juga Yang Berhormat Bukit Besi supaya membuka peluang kepada anak-anak muda menganggur dan juga yang hari ini daripada Yang Berhormat Permaisuri yang telah pun ada di dalam Dewan ini yang mencadangkan supaya Kerajaan sediakan inisiatif-inisiatif bagi mengurangkan pengangguran. Dan

satu lagi portfolio yang disebut pada pengakhiran perbahasan tadi oleh Yang Berhormat Batu Burok berkenaan dengan Koperasi Masjid. Koperasi juga berada di bawah penyeliaan sayalah, insyaAllah. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang prihatin terhadap portfolio ini dan insyaAllah saya akan cuba menjawab ataupun mengulas perkara-perkara yang dibangkitkan agar kita dapat maklumat dengan jelas. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi respon kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi, sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memperuntukkan sejumlah besar Bajet pada kali ini kepada keusahawanan pada Bajet tahun 2019 ini berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya dan sekali gus telah menunaikan janji manifesto kita kepada rakyat iaitu mewujudkan dana khusus kepada usahawan negeri. Jumlah yang disebut dalam manifesto adalah berjumlah RM10 juta tetapi apa yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan berjumlah RM15 juta. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. InsyaAllah saya dan pasukan saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dan kami khususnya di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memastikan dengan Bajet ini bukan sahaja kita melahirkan usahawan-usahawan baru tetapi insyaAllah kami akan lahirkan usahawan-usahawan yang berjaya. KPI kami bukan sahaja bilangan usahawan yang dilahirkan tetapi keberjayaan usahawan itu sendiri dalam bidang yang diceburi akan kami tingkatkan, insyaAllah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perkara-perkara yang dibangkitkan, saya suka mulakan dari Portfolio Keusahawanan. Antaranya yang disebut oleh Yang Berhormat Air Putih menyentuh mengenai U-BES dan cadangan mewujudkan usahawan hiliran dan bekalkan ilmu khusus, ilmu ataupun kursus ataupun bimbingan kepada usahawan-usahawan muda ini. InsyaAllah Yang Berhormat, perkara ini sudah berada dalam kerangka besar kami. Peringatan daripada Yang Berhormat akan kami jadikan suatu keutamaan dalam pelaksanaannya nanti. Untuk maklumat Yang Berhormat, sekarang ini kita telah wujudkan ramai usahawan hiliran ini. Tetapi masalah utama mereka sepertimana yang saya sebutkan dalam soalan tambahan tadi adalah untuk memasarkan produk-produk mereka. Dan inilah menjadi topik utama usahawan ini dan isu ini bukannya baru, telah berlaku sejak sekian lama. Apabila kami melihat isu ini secara mikro, saya dapat simpulkan usaha ini kurang menarik untuk diselesaikan berbanding dengan mewujudkan infra-

infra yang besar dan megah kerana di situ mungkin ada sedikit laba yang diperolehi. Isu mewujudkan pasaran ini tidak mendapat pulangan yang menarik kerana peneraju ataupun yang membawa isu itu berbanding dengan mencadangkan bangunan yang besar dan indah. Saya cuba mencari jalan penyelesaian sejak saya diamanahkan ini dan alhamdulillah dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala sekarang kita telah menemui sinar untuk menyelesaikan masalah ini di mana mutakhir ini kita telah menemui dan telah bersetuju dalam perbincangan iaitu menemui dua pengimport yang establish di tempat masing-masing iaitu di dua negara yang agak besar pasarannya. Satu dari Australia iaitu di Melbourne dan satu lagi di Arab Saudi iaitu Makkah. Kedua-dua pengimport ini telah datang ke Malaysia dan Terengganu. Setelah mereka melihat dan kita bawa untuk melihat dan merasa, memegang produk-produk yang kita ketengahkan dan mereka alhamdulillah telah menunjukkan minat dan bersetuju untuk menempah produk-produk ini dengan satu jumlah yang agak memberangsangkan. Dan insyaAllah saya berhasrat untuk menjadikan Yayasan Pembangunan Usahwan (YPU) benar-benar sebagai hub pemasaran kepada produk usahawan-usahawan Terengganu, insyaAllah. Kita akan mula menghantar produk-produk ini yang pertama ini insyaAllah sebelum berakhirnya tahun 2018 ini. Dalam penelitian produk, kami temui suatu lagi permasalahan. Dari usahawan itu sendiri iaitu mereka …..

Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Boleh celah sikit. Saya ingin mendapat penjelasanlah khususnya daripada EXCO berkaitan dengan produk-produk tadi, nak tahu juga apa jenis produk tadi?

Yang di-Pertua

Apa?

Produk yang nak kita eksport. Terima kasih.

Kita punyai banyak produk-produk kita. Mungkin saya akan jawab selepas

daripada saya habiskan perenggan yang seterusnya ini iaitu berkenaan dengan permasalahan yang menyebabkan jumlah produk kita terbatas. Iaitu permasalahan yang saya maksudkan ialah usahawan-usahawan kita ni mempunyai produk yang bertaraf international. Tetapi jiwa usahawan itu sendiri masih di peringkat local. Sebagai contoh produk-produk mereka telah mendapat tempahan daripada pengimpot tetapi usahawan ini sendiri takut untuk menyahut peluang ini antara masalah ataupun yang mereka takutkan adalah perlu besarkan premis atau kilang-kilang mereka yang menyebabkan mereka perlu membuat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan dan mereka ini takut dengan bebanan hutang dan disebut terus terang bahawa: “Yang Berhormat saya takut mati dalam hutang”. Sedangkan produk mereka berdaya saing dan di peringkat international. Boleh diiketengahkan dengan packaging yang ada, dengan rasa yang sedap tetapi apabila minda seperti ini ada yang menyekat untuk kita terus, sepatutnya kita kena terangkan kepada mereka bahawa jangan takut kepada hutang, jangan takut mati dalam hutang. Yang kita perlu takut gagal menguruskan hutang itu yang perlu kita takutkan. Kalau kita nak berjaya hampir 95%lah yang berjaya ini semuanya menggunakan duit-duit daripada institusi-institusi kewangan. Tak berapa banyak usahawan-usahawan yang berjaya yang menggunakan duit hasil daripada simpanan mereka sendiri.

Jadi, inilah yang menjadikan cabaran kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk kita lahirkan bukan sekadar produk yang bertaraf international, kita juga nak membangunkan usahawan, kita nak lahirkan usahawan-usahawan yang seiring dengan produk mereka. Dan insyaAllah kami di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telahpun mempunyai unit pembangunan usahawan dan kami akan optimumkan unit ini dalam tahun 2019 nanti, insyaAllah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhomat Sura tadi berkenaan berapa jumlah, kita telah mengemukakan banyak produk-produk yang kita telah saringkan. Di peringkat Yayasan Pembangunan Usahawan kita telah menilai mana kategori-kategori produk yang kita rasa berdaya saing, yang boleh diketengahkan. Yang ini kita ada lebih daripada 20 produk tetapi apabila dapat tempahan seperti itu, itulah menjadikan sekarang ini tidak lebih daripada 5 produk yang berjaya kita ketengahkan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Yang di-Pertua, mencelah sikit?

Silakan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Saya faham sangat sedikit sebanyak tentang produk-produk apatah lagi dengan usaha Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), memang satu kejayaan yang cukup memberangsangkan. Tapi kita nak tahulah 20 produk yang dinyatakan sama ada bengkang, ke bepang ke yang boleh diterima di Melbourne, yang boleh diterima di Makkah itu, boleh tolong jelaskan.

Terima kasih Bukit Besi. Antara produk yang saya ingat ialah produk rempah daripada keluaran Adik Su, hampir 9 jenis rempahnya telahpun berada di Melbourne sekarang ni dan juga telah mendapat tempahan untuk ke Arab Saudi nanti. Begitu juga kita ada keropok yang berperisa, keropok lekor sebab di Melbourne ini ramai rakyat Malaysia di sana dan disebut tak silap saya lebih 80,000 orang. Dan mutakhir ini permintaan produk-produk Malaysia ini khususnya yang ada halal mendapat permintaan yang tinggi. Jadi, pengimport ini dia datang ke Malaysia walaupun dia memang asal Malaysia tapi dah lama migrate di sana, dia datang ke Malaysia dan cari produk-produk orang Islam dan bertemulah dengan wakil kita Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan kita ketengahkan produk-produk yang banyak ini. Macam-macam, sambal ada, belacan ada yang itu yang apabila kita kategorikan tidak mampu untuk disupplykan separuh kontena pun tidak mampu usahawan kita. Yang inilah yang kita perlu lihat di masa akan datang untuk mengatasi masalah-masalah ini, insyaAllah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai yang disebut oleh beberapa ADUN seperti Manir dan Bukit Besi juga mengenai dengan peruntukan kepada Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera iaitu TUGAS yang berjumlah RM15 juta ini, insyaAllah dengan dana-dana yang baru diwujudkan dan kombinasi dengan dana yang sedia ada akan dapat kami agihkan kepada usahawan-usahawan yang benar-benar layak. Cuma untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam pelaksanaan pemberian dana-dana ini saya telah tekankan kepada pegawai-pegawai saya supaya menggunakan professionalisme dan kepakarannya yang semaksimum mungkin dalam melaksanakannya. Cerita-cerita dongeng yang ada sebelum ini, seperti perlu beri kepada puak ini sahaja dan jangan diberi kepada puak itu telah saya noktahkan dan insyaAllah saya akan hanyutkan ke Laut China Selatan satu masa nanti. Inilah antara punca balloh yang

dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapannya. Yang Berhormat-Yang Berhormat Pembangkang lening duk tuding hala ke sini jer kalau bak balloh. Suka balloh, dia tuding ke sini, padahal puncanya daripada mereka sebelum daripada ini. Sebagai contoh, berlaku diskriminasi yang amat dahsyat di bawah sana itulah yang menyebabkan kita pertahankan di dalam Dewan yang mulia ini jadi balloh. Jadi apabila kita sebagai pemimpin perlu menunjukkan sikap yang matang dan sejahtera kepada rakyat bawah, jangan kita pulak jadi batu api untuk membakar semangat yang sedia ada di bawah sana. Diskriminasi…..

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya nak cuba dapat penjelasanlah sebab kaedah pendekatan yang kita bawapun ke arah kebaikan bersama, kan? Jadi saya nak tahu jugaklah yang menjadi punca perbalahan di bawah itu kat mana berlaku tu?

Terima kasih Bukit Besi. Saya ada beberapa bukti dan data, yang itu saya sebut dongeng tadi itu sebab di bawah sana, kalau bunyi orang PAS tidak akan dapat apa-apa bantuan pun sebelum daripada ini. Minta maaf bercakap.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tak betul maklumat ini, ada setengah-tengah tempat betul berlaku gitu, tapi kita tak boleh nak pukul rata. Kalau nak tuding sebelah sana sebelah sini gitu, dok jadi kakah kita, balloh pulak kita kesudahan. Jadi, saya rasa Yang Berhormat, perkara ini berlaku di mana-mana, sekarang pun berlaku perkara yang sama tapi saya tak mahu ungkitlah, tak apa, kita terima apa Yang Berhormat kata kita tu kita terima sebagai satu perkara yang telah lalu dan insyaAllah kita akan baiki. Terima kasih.

Tunggu saya habis ayat saya dulu nak terima pun, jangan terima sekerat jalan nanti jadi pocong, nan bo ti nang …..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok sekerat-sekerat ni, penuh. Kita terima penuh.

Dok …..

Yang di-Pertua

Tak apa, takk apa, kita dengar penjelasan.

Sebab yang itu yang dicadangkan oleh pimpinan kita supaya jangan balloh, kita buang, kita sebagai pemimpin yang buang, bukan nak harap orang bawah ni, kalau kita yang tidak buang sikap ini, kita sebagai pemimpin ni, sebelum ini tidak ada pun dari pimpinan kita, Kerajaan sebelum daripada ini mencadangkan perkara yang sama seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Yang Berhormat, nok tunding sape dia tu? Sebab kita menyambut baik sebenarnya, pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, beloh kita ni memang kita ada bincang untuk cari pendekatan ke arah kebaikan.

Alhamdulillah.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tapi janganlah maknanya Yang Berhormat cuba nak mengapi-apikan kita supaya kita nak jadi marah pulok.

Bukan nok suruh maroh …..

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tapi Yang Berhormat Menteri Besar,

Kita nak cerita …..

Yang di-Pertua

Saya ingat isu ni kita tak boleh panjanglah.

Okey.

Yang di-Pertua

Maknanya Yang Berhormat sebut secara umum, kalau ada, adalah. Kalau takdok, takdoklah. Kita buka buku baru.

Yang di-Pertua

Okey, teruskan. Kita buka buku baru. Teruskan.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih. Jadi, itu juga yang saya sebutkan dalam Program Sembang Santai Bersama Exco Usahawan, yang kita turun ke daerah-daerah sekarang ini. Saya juga meminta usahawan-usahawan di bawah sana, yang jika ada di kalangan pegawai-pegawai kita yang masih mengamalkan cerita-cerita dongeng ini, saya sebutkan kepada mereka, sila datang terus ke pejabat saya dan dengan bukti dan insyaAllah saya akan ambil tindakan sewajarnya kepada yang terlibat. Bahawa nak menunjukkan bahawa kita nak buang sungguh, kalau ada Yang Berhormat lek sebelah sana pun ada maklumat, sila kongsikan dengan kita, insyaAllah. Tapi dalam keadaan macam tu adalah rakyat datang jumpa saya dengan wajah yang agak tidak puas hati. Mereka kata: Sedap ke dia sokmolah Y.B., masa dia memerintah dia jer dapat, masa kita perintah kita tak pilih bulu. Jadi dia sokmo hok boleh, untungnya. Tapi ada yang datang bertemu dengan saya bila saya ucapkan di beberapa tempat perkara seperti ini, tapi saya jawab kepada mereka itulah beza antara kita dengan dia. Kalu kita serupo jugak buat serupo dia, takdok bezalah kita dengan dia seperti mana yang kita lihat hari ini di peringkat Kerajaan Pusat. Apabila orang tu naik

orang tu hentam orang tu, orang tu jatuh, orang tu naik, buat pulok ke orang tu. Tak sudah-sudah. Inilah kes yang saya nak tunjukkan, nak tonjolkan di Negeri Terengganu ini kita nak mulakan satu lipatan sejarah baru kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai portfolio saya yang seterusnya iaitu berkaitan dengan sumber manusia, secara umumnya jawapan saya ialah dengan Bajet yang diperuntukkan ini juga insyaAllah kita akan sediakan beberapa kursus dan cadangan daripada Permaisuri tadi, memang telah pun ada di peringkat kita untuk kita sediakan kursus-kursus profesional dan separa profesional. Kita ada dua sasaran yang kita telah gariskan sekarang ini iaitu: Satu, lepasan universiti yang belum mempunyai pekerjaan dan satu lagi golongan belia yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau pun IPTS atau pun dengan kata lainnya lepasan SPM yang gagal untuk melanjutkan pelajaran mereka. Dan kita juga telah mengenal pasti modul-modul yang dapat yang mendapat permintaan dan mempunyai pasaran kerja yang baik, di samping itu juga kita akan bekerjasama dengan beberapa syarikat-syarikat besar yang memerlukan tenaga profesional dan separuh profesional dalam bidang-bidang tertentu dan kita akan latih tenaga atau sumber-sumber manusia kita ini untuk kita salurkan kepada mereka. InsyaAllah dengan usaha ini kita dapat membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu. Yang Berhormat Yang di-Pertua, cuma satu masalah yang saya dimaklumkan oleh beberapa agensi tenaga kerja selepas kita berbincang perkara ini iaitu berkenaan dengan sikap anak-anak muda Terengganu kini, mereka sangat tidak berminat untuk kerja di luar Terengganu. Malah yang lebih teruk lagi tidak mahu keluar daripada daerah atau pun kampung mereka atau dengan kata lain masih nak duduk di bawah ketiak mak lagi. Jika benarlah masalah ini, maka ianya mungkin berkait rapat dengan jumlah pengangguran yang agak tinggi sekarang ini. Saya telah minta agensi-agensi berkenaan untuk mengemukakan satu data kepada kita untuk kita buat analisa dan insyaAllah kita akan dibekalkan dengan data-data tersebut sedikit masa lagi. Cuma bukti yang ada pada mereka sekarang ini adalah rungutan daripada syarikat-

syarikat besar yang berada di luar Terengganu, di Lembah Kelang, di Penang, di Kedah, di Kulim, Kedah yang telah datang ke Negeri Terengganu dalam Karnival Jom Cari Kerja, dalam kempen-kempen untuk mendapatkan pekerja baru, rungutan daripada mereka mutakhir ini adalah syarikat -syarikat besar ini dah malas dah nak mari ke Terengganu nak buat interview kerana mereka mendapat jumlah kedatangan yang interview itu ramai, tetapi apabila ditawarkan kerja itu kepada mereka di mana lokasi tempat kerjanya di luar Negeri Terengganu, ramai yang tidak menyahut seruan itu. Ini saya lihat kalaulah benar perkara ini berlaku, juga di bawah tanggungjawab kita untuk memberi kesedaran atau pun membuat kempen-kempen kepada anak-anak muda kita ini supaya berani keluar daripada negeri ini untuk mencari rezeki. Dan yang akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkenaan yang disebutkan akhir tadi oleh Yang Berhormat Batu Burok berkenaan dengan Koperasi Masjid. Memang dalam koperasi ini saya melihat satu peluang untuk kita wujudkan lagi usahawan-usahawan kita tetapi tidak ramai daripada kalangan rakyat kita yang mempunyai pengetahuan mengenai koperasi. Dan kalau disentuh kepada koperasi masjid, kita di seluruh Negeri Terengganu ni kita ada 19 buah koperasi masjid setakat hari ni tetapi yang aktifnya hanya 9 sahaja yang ada aktiviti yang lain tu selepas pendaftaran tidak ada aktiviti-aktiviti kerana kita tidak ada idea untuk menjalankan koperasi di peringkat tempatan kita. Jadi ini juga salah satu daripada cara untuk kita ketengahkan kepada masyarakat kita khususnya rakyat Negeri Terengganu, selain daripada berjinak-jinak dengan usahawan kita juga menarik mereka supaya buat koperasi di peringkat kampung, di peringkat keluarga dan kita akan salurkan maklumat-maklumat untuk mereka bergiat aktif dalam koperasi. Dan alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan terima kasih banyak kepada SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Cawangan Negeri Terengganu yang mengikuti rapat dan tidak segan silulah untuk membantu mengembangkan koperasi-koperasi di Negeri Terengganu ini. Dan saya juga nak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini satu tindakan yang saya lihat baik untuk koperasi untuk makluman kita, adalah dua koperasi di pulau. Satu, di Pulau Perhentian, dan satu koperasi di Pulau Redang yang telah dibantu secara terus oleh SKM yang telah berjaya membina Kilang Air Batu di

pulau masing-masing dan sekarang hari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk-penduduk pulau dan menjadikan ianya satu perniagaan yang berdaya saing di pulau masing-masing.

Jadi itulah sahaja yang saya dapat kongsikan Yang Berhormat Yang di-Pertua, cuma saya melihat Kuala Besut ada saya nak tambah sedikit berkenaan apa yang disebutkan oleh Kuala Besut mengenai Rumah Mampu Milik di Gong Tengah. Nak beritahunya, bukan sahaja Kuala Besut sahaja terima surat-surat minta bantuan ini, saya di Kota Putera juga dapat. Dan saya telah membuat penelitian dan kes ini ialah dia ada dua kes, memang diarahkan keluar pada 27 November ini, tetapi apabila kita buat semakan di PERMINT, dia ni tak duduk lama, tak duduk lama kerana masa dia datang ke rumah saya dia tidak menceritakan isu sebenar hanya diceritakan bahawa tunggakan sahaja. Tunggakan dia tidak masuk dalam satu bayaran tersebut. Tetapi apabila kita buat semakan, PERMINT ada data yang menyatakan bahawa rumah ini tak duduk dengan bil elektrik dan bil air yang kurang. Jadi di situlah baru saya dapat maklumat dengan pengadu sendiri, bahawa dia sekarang ini berulang ke rumah mak mertua dia yang sakit. Jadi kes-kes yang sebegini kita akan pertimbangkan dan insyaAllah saya akan bincang dengan Exco Perumahan supaya memberi kelonggaran kepada mereka. Begitu juga saya nak mengharapkan tidak melihat ini perkara ini secara pukal kita nak mengeluarkan penghuni-penghuni ini. Cuma kita buat pemutihan dan bagi yang ada masalah, sila datang berjumpa dengan kita dan kita akan pertimbangkan permasalahan-permasalahan mereka dan insyaAllah mereka boleh terus kekal tinggal di rumah tersebut.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, untuk akhirnya:

Batang selasih permainan budak, Berdaun sehelai diikat tali, Bercerai kasih, bertalak pun tidak, Di lain masa bersua lagi.

Aquluqaulihaza astaghfirullah hal ‘azim li walakum. Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikummussalam warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kota Putera yang telah membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan. Saya sebenarnya tidak, setakat ini saya tidak menghadkan ataupun memperuntukan masa kepada setiap Ahli Yang Berhormat Kerajaan ataupun Exco, cuma saya minta pandai-pandailah jaga masa. Tadi dah ambil masa setengah jam. Saya dari segi perancangan pengurusan masa, petang ini saya nak cuba habiskan 6 ataupun 7 orang, supaya besok kita tidak terkejar-kejar, tambah-tambah oleh kerana kita dah ubah masa main bowling ini dari 8.00 malam kepada 3.00 petang ini, jadi kita harap kita boleh habis hari terakhir itu sehingga tengaharilah. InsyaAllah. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kuala Berang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dr. M.B., Ahli-ahli Yang Berhormat, semua ketua-ketua jabatan, muslimin dan muslimat sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan yang memberi peluang kepada saya pada petang ini untuk menggulungkan berkaitan dengan portfolio saya. Saya cuba ringkaskan Yang Di-Pertua. Pertama, kalau kita lihat secara keseluruhan daripada perbentangan Bajet kita ini, saya dapati daripada peruntukan RM2.015 bilion ini, khusus untuk pembangunan sekitar RM600 juta. Daripada RM600 juta ini, di sana ada liabiliti iaitu RM186 juta yang terpaksa Kerajaan Negeri bayar setahun mulai tahun hadapan. Dan kalau kita lihat dari semasa ke semasa, angka liabiliti ini bertambah. Di sana ada dua payment yang perlu Kerajaan Negeri buat. Pertama, berkaitan dengan Scheduled Payment. Scheduled Payment ini melibatkan beberapa projek iaitu berkaitan dengan muara Sungai Terengganu, berkaitan dengan Bandar Baru Kuala Nerus, dan lain-lain lagi.

Jadi, angkanya sebanyak RM186 juta pada tahun hadapan yang kita perlu bayar. Belum lagi yang berkaitan dengan Deferred Payment, Yang di-Pertua. Deferred Payment ini ialah berkaitan dengan projek air, yang kita terpaksa tanggung iaitu Kuala Terengganu Utara, Projek Air Kuala Terengganu Utara dan juga Projek Air di Bukit Sah, Kemaman. Kedua-dua projek tersebut kita terpaksa membayar sebanyak RM230 juta apabila projek tersebut siap. Jadi dalam masa jangka beberapa tahun lagi, liabiliti ini terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM416 juta setahun. Jadi saya rasa ini suatu angka yang amat besar, yang mana Kerajaan Negeri saya rasa tidak dapat membayar hutang-hutang tersebut dalam masa yang ditentukan. Jadi saya suka mencadangkan, seolah-olah saya mencadangkan diri saya sendirilah, iaitu kita kena refinancing balik, kita kena refinancing balik, macam kita pinjam rumahlah. Kita beli rumah terlampau besar, lepas tu dokrok nak bayar gaji kecil. Jadi kita kena…..

Yang Berhormat, nikah dengan janda gitulah pesen dia dah. Kena tanggunglah …(sambil gelak) … Jangan diungkit yang lama.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih. Terima kasih Wakil Paka. Jadi kita mohon supaya kena refinancing balik.

Seterusnya, saya tertarik wakil daripada Tepoh berkaitan dengan projek iaitu Membina Dan Menyiapkan Projek Tebatan Banjir Di Baruh Tok Jiring, Batu Rakit. Yang mana projek ini telah diluluskan pada tahun 2015 dan dijangka siap pada akhir tahun hadapan. Sekarang ini projek ini dalam kemajuan sekitar 64% dan kesiapan yang sebenarnya 62%, jadi agak kemajuan dia -2% sahaja. Jadi rasanya tidak banyaklah. Dan insyaAllah kalau ada pun insyaAllah pada tahun 2020 dia akan siaplah. Jadi berkaitan dengan banjir di sekitar Tok Jiring, Kuala Nerus ini kita haraplah tahun 2020 dapat diselesaikan.

Kemudian saya tertarik juga berkaitan dengan Masjid di Gong Surau oleh Kuala Besut. Wakil Kuala Besut, ini masjid ke surau, Kuala Besut?

Dia masjid tapi di Kg. Gong Surau.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Pasal dia sebut masjid, lepas tu Gong Surau, ingat ke surau.

Molek juga kita jemput Exco mari sekali ke kampung kita.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

InsyaAllah, tapi saya tengok dalam whatsapp ini comel lagi, bagus lagi, molek lagi.

Sebab itu kita jemput EXCO mari tengok sekali.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Tak apa, insyaAllah, kalau buat masjid, buat surau ini kita orang Islam ni, ada satu kaedahlah yang mana kita pakat, sebagaimana yang kita tahu, kita baca sokmo dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261:

ໂ ໂ ໂ

Bermaksud:

Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan

ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah maha luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. Inilah dasar kita sebagai orang Islam, kita harus menderma, tambahan lagi nak buat benda yang baik, masjid dan surau. Kerana di sana dalam Bajet ini, sekitar RM30 juta sahaja Kerajaan Negeri cadangkan dan kita dapati banyak masjid yang kita nak buat, masjid yang uzur pun kita nak baiki dan macam-macam lagilah berkaitan dengan masjid ini. Boleh gitu Kuala Besut?

Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Seterusnya…

Celah sikit, Yang Berhormat Speaker.

Sebenarnya yang saya bangkitkan ini juga adalah memang tempat lain pun ada yang memerlukan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Exco, tapi yang saya sebutkan di Masjid Gong Surau tu dari segi luarannya memang nampak okey lagi, tapi dari segi structurenya, struktur atap, kekuda dan sebagainya, itu yang kita minta, sebab ini melibatkan keselamatan, Tuan Yang di-Pertua. Moleklah kita minum air sekali di Kampung Gong Surau.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

InsyaAllah, insyaAllah, terima kasih Wakil Kuala Besut. Kemudian tadi kita lihat juga wakil dari Jertih, berkaitan dengan Masjid Alor Lintah, yang mana dia kata lama dah buat, dan tak siap-siap lagi. Memang kita lihat bahawa projek ini telah diberi milik tapak pada tahun lepas, bulan Jun 2017 dan dijangka siap asalnya pada bulan November tahun ini. Tetapi sepatutnya dah siap, hanya siap sekarang ini 56%, jadi dia kena dendalah. Setakat hari ini, kena denda hari ini hari yang ke-16, sebanyak RM682 sehari dia kena

denda. Dan ini dalam proses penamatan oleh JKR Negeri Terengganu.

Isu yang agak besar iaitu berkaitan dengan pengambilan balik tanah di seluruh Negeri Terengganu kita ini, terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Wakil Air Puteh. Untuk makluman kita semua bahawa projek ini iaitu Cadangan Pengambilan Tanah Untuk Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT237 dari Exit Cukai LPT2 menuju ke FT003 Kemaman, Mukim Binjai dan Pasir Semut, Daerah Kemaman. Di sana ada tanah milik daripada sama ada syarikat ke ataupun individu sebanyak 90 lot dan tanah kerajaan sebanyak 25 lot. Dan baru-baru ini telah dibawa kepada pengetahuan kita bahawa bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM8.42 juta dan apa-apa bayaran yang dituntut berhubung dengan pengambilan tanah ini dibayar daripada peruntukan Kementerian Kerja Raya Malaysia kerana jalan ini Jalan Persekutuan. Bayaran pampasan ini hendaklah mengambil kira bangunan yang bertentangan dengan Syarat-syarat Nyata Tanah bagi bangunan rumah kedai dan bangunan kediaman. Perkara ini tertakluk juga kepada penyewa bangunan berkenaan iaitu syarat-syarat tanah ni kadang-kadang dia langgar syarat. Tanah untuk kedai kadang-kadang dia buat atas tanah pertanian dan sebagainya. Jadi yang ini, kena ambil kira jugalah dan juga kepada penyewa-penyewa kerana ada sebahagian kedainya disewa oleh orang-orang tertentu, oleh peniaga-peniaga, jadi kena ambil kira kepada penyewa-penyewa juga. Kemudian kita lihat apa-apa binaan di sepanjang jalan struktur memasuki tanah Kerajaan tanpa sebarang kebenaran yang sah, semua binaan tersebut berada diatas garisan Right Of Way ataupun kita panggil ROW bagi cadangan projek ini dan perlu dirobohkan.

Agensi pemohon telahpun menyediakan senarai binaan yang terlibat beserta dengan pelan kedudukan binaan tersebut seperti yang dilampirkan ini untuk tindakan penguatkuasaan selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara oleh Pentadbir Tanah Kemaman.

Binaan-binaan tersebut tidak dibuat apa-apa bayaran dan bayaran tidak juga termasuk mana-mana tanah yang direntah atas tanah kerajaan. Jadi kalau kita lihat sebagaimana yang telah diarahkan kepada kita tadi, saya suka membaca apa kata Seksyen 425 Kanun Tanah Negara ini, iaitu pendudukan secara tak sah dan lain-lain tanah kerajaan, tanah rezab atau tanah perlombongan: “Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah iaitu menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rezab atau tanah perlombongan ataupun membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya. Memotong ataupun memindah apa-apa kayuan atas atau hasil atas atau dari tanah sedemikian adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh jika disabitkan dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun.” Itu dia punya Akta Seksyen 425, kalau salah minta Yang Berhormat Dato’ LA betullah. Jadi kalau kita lihat lot-lot yang terlibat daripada tanah-tanah tersebut, di sana ada notis yang dikeluarkan sebanyak 123 kepada mereka-mereka ini yang duduk atas tanah ROW. Jadi termasuklah juga pondok-pondok bas ataupun kita kata bus stand lah. Jadi bus stand ini apabila Kerajaan ataupun pemaju nak buat, nak ambil, nak buat jalanlah dia kena bina semula kerana dia untuk kepentingan awam jadi Kementerian Jabatan Kerja Raya akan bina semula pondok-pondok bas ini. Kita bimbang kerana sebagaimana ADUN atau Wakil Air Putih mintak supaya dibayar mana-mana yang duduk di atas tanah Row ini dia nak suruh bayar ex gratia ke, apa ke, jadi kita bimbanglah kalau kita beri dia akan menjadi precedent case dan memburukkan lagi kewangan negeri. Kita banyak projek sebenarnya termasuklah Projek Bypass, Projek Bukit Besar, Projek Lembangan Sungai Kemaman, banyak kita nak ambil tanah. Jadi kalaulah kita benarkan benda ini maka menjadi satu masalah penyakit yang berjangkit dan boleh merosakkan Kerajaan Negeri seterusnya. Seterusnya iaitu berkaitan dengan masalah yang agak besar berkaitan dengan pantai kita dan hakisan ke atas pantai. Yang Berhormat Yang di-Pertua

Dewan, penyakit ini penyakit hakisan ni dah lama dah kerana kita tahu bahawa negeri kita ini pantai nya indah, cantik, panjang sehingga ke 244 kilometer dan mempunyai 14 sungai utama. Yang mana merupakan pantai yang agak panjanglah kalau kita bandingkan di Malaysia kita ni. Kalau kita lihat di Besut kita ada Sungai Besut, Sungai Keluang. Di Setiu ada Sungai Setiu, Sungai Merang. Di Kuala Terengganu, Sungai Terengganu, Kuala Ibai, Sungai Marang Sungai Mercang sampailah ke Dungun, Sungai Dungun, Sungai Paka, Kertih, Kemasik Sungai Kijal dan Sungai Kemaman.

Jadi kita pun nak ucap terima kasihlah dulu kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu kita di dalam masalah berkaitan dengan pantai dan muara-muara sungai dan jugok kepada Kerajaan yang lalu kita ucap terima kasih ni. Dan jangan kata tak ucap terima kasih pula, kita nak ucap terima kasih kerana membantu rakyat menyelesaikan banyak masalah berkaitan pantai dan muara sungai. Dan hak tak selesai lagi tu pihak-pihak kitalah pula akan cuba menyelesaikan, insyaAllah. Kalau kita lihat di Besut nun hari ni projek yang agak besar dilaksanakan di sana iaitu membuat breakwater sebanyak RM225 juta dalam bentuk pelaksanaan. Di Setiu, insyaAllah ni next year, tahun 2019 Projek Pemulihan Sungai Setiu dalam RM150 juta. Kemudian Sungai Merang, yang ni sedih sikit takdok dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kita akan mintak lain kali, insyaAllah. Seterusnya di Kuala Nerus, Kuala Terengganu ni Muara Sungai Kuala Terengganu ni kita dah siap dulu sebanyak RM530 juta. Kemudian di Kuala Ibai pun takdok lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Batu Burok takdok lagi. Seterusnya di Sungai Marang dah ada dah hanya kita perlu maintenance sebanyak RM5 juta secara berkalalah dalam masa lima tahun, lima tahun, kita kena persiapkan kena buat maintenance supaya sentiasa dalam. Kemudian Sungai Mercang, ADUN Pengkalan Berangan yang ini pun dalam pelaksanaan sebanyak RM43 juta. Kita nak ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari pertama ke atau hari kedua gitulah bila saja kita tubuh kerajaan kita ini Menteri Besar dah pergi melawat Sungai Mercang, ucap terima kasih. Seterusnya Dungun, Dungun pun ada iaitu di Paka mana Y.B. Paka? Paka kita dah macam nak buat dah iaitu RM130 juta projek ni. Di Dungun, di Dungun ni takdok lagi, insyaAllah di masa akan datang yang tak buat lagi insyaAllah kita akan buat. Di Kemaman, di Kemaman ni besar RM84.6 juta telah siap kemudian di Kijal hak ni kena buat penyelanggaraan secara berkala. Jadi sebenarnya banyak, banyak kewangan yang kita habis daripada sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri kerana hakisan sungai dan juga masalah di muara sungai. Seterusnya, seterusnya …..

Tuan Yang di-Pertua, celah sikit petang-petang ni ngantuk. Nak tanya Yang Berhormat Exco sebab difahamkan di setiap pantai di Malaysia ni dia ada macam master plan dia, dia ada yang dipanggil ISMP, Intergrated Shore Line Management Plan yang mana melibatkan pembaikan pantai menggunakan structure dan juga non-structure, ada yang melibatkan structure ada yang dok melibatkan structure. Jadi nak tahu sejauh manakah pihak kerajaan mengguna pakai khususnya melibat non-structure khususnya pantai-pantai yang dikatakan sepanjang 20%, 44 kilometer termasuk pantai-pantai kita di pulau-pulau di Terengganu. Terima kasih Yang di-Pertua.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta laluan.

Yang di-Pertua

Berkait ke? Biar se-se dok? Berkait selalu nok tanya?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Biar sekaligus selalu. Jadi sebut ni sebut hak nak baiki, yang mustahak ni hak kena selalu ni, jadi hak Tepoh, Batu Rakit tak berapa sebut ni, guaner Yang Berhormat Tepoh?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Dok sudah lagi, ada lagi Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Ada lagi Yang Berhormat, sabar, sabar.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Sekejap, baru introductory.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dah macam mati ayat dah tadi, jadi cerita hok buat, jadi hok kena, hok takmboh buat ni lagu mana?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Kuala Besut ni dia engineer, tanya kita kita,kita ni Doktor bahagian cucuk orang, jadi agok bezalah, tak apa di belakang saya ada Pengarah JPS, insyaAllah. Kita tahu bahawa Daerah Kuala Nerus mempunyai perkampungan nelayan merangkumi Kampung Kolam, Kampung Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan Pengkalan Maras sehinggalah ke kawasan Batu Rakit di mana meliputi pantai sepanjang kira-kira 11.5 kilometer. Oleh kerana kawasan ini terletak menghadap Laut Cina Selatan maka ianya sangat terdedah kepada ombak yang kuat terutamanya pada musim tengkujuh iaitu pada hujung bulan Oktober sehinggalah bulan Februari yang menyebabkan hakisan pantai berlaku pada kadar 10 hingga 20 meter setahun. Ini baru introductory berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Batu Rakit dan Tepoh. Kemudian saya masih ingatlah pada tahun ‘99 iaitu masa itu Yang Amat Menteri Perdana Menteri mari pecah, pecah tanahlah nak buat lapangan terbang bila kita menang pada tahun ‘99 tu dok jadi, ke guaner Yang di-Pertua Dewan masa tu kita sama.

Yang di-Pertua

Janji, janji saja.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Tapi terima kasihlah akhirnya dibuat, tahun 2008 rasanya siap. Yang menjadi masalah kepada kita kalau kita lihat dalam google tu kita tengok di sana bahawa Lapangan Terbang ini landasan dia, Lapangan Terbang takdok masalah landasan dia tu terjulur keluar. Haa… jolor keluar. Jadi bila jolor ke laut ni dia menjadi masalah….

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Benda apa jolor tu? Main jolor keluar tu benda apa? …(Dewan gelak)….

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Cuba tanya Wakil Telemong takut dia faham.

Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Di sanalah bermulanya masalah hakisan muara sungai kita ini. Hak biasanya kita dapati bahawa masalah kecil-kecilan iaitu kita kata masalah biasa sahaja hakisan, normal erosion sekitar pantai. Sebagaimanalah juga orang Melayu selalu sebut: Bila bah pantai pun berubah. Makna itu biasalah bila ada

peribahasa ke, maka benda ini banjir ke sikit, pantai atau pun sungainya, pasirnya berubah. Tapi apabila kita buat landasan yang keluar ini dia mendatangkan masalah. Kita lihat di sana pertamanya bila ada masalah besar selepas sahaja daripada itu kita lihat bahawa JKR membina satu breakwater kalau kita lihat kita tengok dalam google tu ada breakwater selepas ke utara daripada lapangan terbang tersebut. Kosnya dimaklumkan kepada saya sekitar RM29.9 juta, baiki.

Kemudian sebelah timur ataupun kita kata belakang UMTlah dia buat juga beberapa unjuran kita kata hak ni kita panggil groin. Groin ni bukan groin ‘celah peha’, makna lainnya celah peha groin tu. Hak ni groin ni bentuk yang biasa kita pakai dalam bahasa JPS gok berkaitan dengan sesuatu benda yang dibuat di sekitar laut untuk mengurangkan hakisan pantai ni. Dia buat lima buah groin dan beserta dengan lain-lain training walls dan sebagainya lebih kurang RM97.8 juta.

Kemudian yang lebih spesifik sikit kerja-kerja membina struktur lapis win lindung rock revetment di Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot siap pada Ogos 2017 iaitu tahun lepas sebanyak RM477,000.00. Kemudian buat lagi kerja-kerja membina rock revetment di Kampung Telipot siap pada Februari tahun 2018, RM481,000.00. Kemudian buat lagi kerja-kerja darurat mengawal hakisan pantai di Kampung Mengabang, Kuala Nerus siap pada Mac 2018, RM1.6 juta. Kemudian kerja pengawalan hakisan pantai di Pantai Tok Jembal Fasa Ke-2 dan perjanjian tambahan melibatkan kos RM 80.5 juta anggaran siap awalnya bulan Julai 2018 tetapi ada EOT dan dijangka siap akhir tahun ini.

Dan dalam permohonan, hak ni lulus dah dalam RMK Ke-11 iaitu permohonan sebanyak RM90 juta untuk kerja-kerja tambahan tadi dan juga RM8 juta untuk beach nourishment untuk kawasan tersebut tetapi sehingga hari ini nampaknya tahun depan tiada lagi projek ini. Mungkin ditangguhkan tetapi Kerajaan Negeri Terengganu memang amat berharap supaya benda ni dibuat juga walaupun kita katakan dia tangguh, dan baru ini kita tengok baru ini bahawa Dato’ SUK pun ada tulis surat kepada KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Kuala Lumpur untuk kita minta juga daripada Kerajaan Pusat. Kalau tiada arah juga kita ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam Bajet itu dia ada bubuh sikit iaitu RM30 juta untuk kerja-kerja darurat berkaitan dengan kesusahan atau kepayahan rakyat di masa-masa tertentu. Jadi kalau kita kira sini kira sini

memang amat banyak peruntukan yang dibelanjakan oleh sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri untuk membaiki pantai-pantai kita ini dan juga membaiki muara-muara sungai.

Dan kalau kita pergi yang terakhirnya berkaitan dengan Muara Sungai Merchang yang diutarakan oleh Wakil Pengkalan Berangan sekejap tadi. Untuk Merchang ni lulus dahlah, hanya dalam proses untuk nak buat. Muara Sungai Mercang sekarang ini sedang dalam mengalami masalah mendapan yang serius di mana menyebabkan bot-bot nelayan tidak dapat menjalankan aktiviti keluar masuk ke laut. Jadi melalui menyelesaikan masalah ini JPS melalui peruntukan Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM43 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 bagi menjalankan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, status sekarang ini adalah proses rekabentuk oleh pihak perunding yang dilantik oleh JPS Malaysia yang dijangka siap rekabentuk tersebut pada bulan Jun pada tahun depan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat panjang lagi?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Nak habis dah.

Yang di-Pertua

Kalau panjang lagi nak suruh sambung lepas pada rehat ni.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Seminit dua lagi insyaAllah. Dan projek ini dijangka akan dapat ditenderkan pada Ogos tahun hadapan. Jadi oleh kerana Yang di-Pertua Dewan dah beri warning tu jadi saya sudahlah dulu. Saya memanglah ada beberapa perkara lagi, insyaAllah kita akan bangkitkan kemudian. Yang pertamanya saya nak sebut sikit lagi Yang di Pertua boleh?

Yang di-Pertua

Sila, sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Iaitu berkaitan dengan apabila kita buat lapangan terbang ni kita holor lapangan

terbang ni …(sambil tergelak kecil) … ke depan, dia mendatangkan satu masalah berkaitan dengan ekosistem.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Kuala Berang, kalau kata kita beloh leknung Paka, jeng doh kita tu main holor saje. Maaf Yang di-Pertua.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Faham dok holor tu? Bahasa hulu tu. Kalau tak percaya tanya Hulu Telemong. Jadi apabila kita buat binaan gitu dan kita dapati bahawa kalau kajian hidrologi, pasir ni ataupun pantai ni dia tak duduk diam, dia sentiasa berubah pasir ni dari sebelah selatan ke utara, sentiasa berubah maksudnya butir-butir pasir ni berpindah. Jadi apabila kita halang dia menyebabkan sebahagian utara ni akan terhakis. Kita lihatlah misalnya di sana dok, utara sikit saja dah buat breakwater ke utara lagi dia akan terhakis. Buat lagi binaan maka ke bahagian utara lagi terhakis dan benda ni kata sebagaimana diberitahu tadi oleh Batu Rakit macam penyakit berjangkit. Dia berjangkit jiran dia tu sehinggalah ke utara dan benda ni memang agak sukar untuk diatasi dan satu pandangan dia kata kena buat tambun pasir, beach enrichment yang mana kita kena tambun pasir macam kita buat sekarang ni kita tambun, rock revetment dulu dok, lepas pada tu kita kena tambun pasir, pertama nampak comel sikit, nampak cantik sikit, bila tambun pasir doklah nampak batu jongor gitu, bahasa orang hulu. …(Dewan gelak) …. Kemudian, kita buat beach enrichment, kita sedut pasir kita tambun maka dia terlindunglah batu-batan tersebut. Kemudian apabila datang musim tengkujuh, pasir-pasir tersebut ini akan terhakis dia akan bawa ke bahagian utara. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini kita letakkan ke hadapan butir-butir pasir ini supaya dibawa ke bahagian utara dan ini insyaAllah akan mengurangkan masalah hakisan pantai tersebut. Kemudian selain daripada kita pam pasir tersebut, kita boleh memperelokkan sekitar itu menyebabkan pandangannya menjadi cantik dan bagus. Jadi saya nasihatkanlah walaupun kita ni Doktor biasa sahaja, kita nasihatkanlah kepada Kerajaan Negeri kalau kita nak buat apa-apa struktur berkaitan dengan pantai ini kita kena kaji dulu, kita kena kaji EIA dia iaitu Evironmental Impact

Assessment kerana kalau kita tak buat kajian ini akibatnya jadi rosak pantai kita ni.

Yang di-Pertua

Ada lagi Yang Berhormat?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Sikit lagi iaitu berkaitan dengan pengambilan pasir. Kadang-kadang kita nak eksport pasir ke, ape ke, di kawasan muara ini, dia akan memberi kesan juga sebagaimana saya ceritakan tadi iaitu dari segi perpindahan pasir yang mana pantai ini sebenarnya seolah-olah hidup. Jadi kita kena hentikan eksport pasir atau pengambilan pasir secara berlebihan nak ambil sikit-sikit takpe, tiada masalah.

Dan seterusnya saya kita kena sama-samalah mendengar nasihat pandangan daripada orang awam yang pandai misalnya daripada Coastal Engineer ke, daripada Pakar-pakar JPS supaya memberi nasihat yang berkaitan dengan pantai kita. Kita janganlah buat orang panggil ‘buat bodoh’ atau gitu sahaja, orang kata nak lulus dah ada peruntukan buat lapangan terbang, kita pun brumm… buat dalam laut. Jadi ini satu kesan yang negatif yang beri effect yang besar dari segi kewangan dan dari segi buat dari segi jangka panjang. Itu sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan saya ucap terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam warahmatullah.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang sebenarnya saya takdok bagi signal pun, tak ada warning apa-apa, cuma saya kata kalau panjang, sambung balik lepas pada rehat, itu jer. Jadi Yang Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan dulu Dewan ini kepada pukul 4.05 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.45 PETANG PUKUL 4.05 PETANG

Yang di-Pertua

Bismilahir Rahmanir Rahim. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Macam saya katakan tadilah supaya kita boleh menghabiskan penggulungan esok dalam keadaan masa yang agak selesa untuk memberi peluang selain daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Exco juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam waktu yang tidak lewat sangat. Jadi saya harap walaupun saya tidak menghadkan masa, minta Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya boleh menjaga masa dengan sebaik-baiknya. Sekarang ni saya persilakan Yang Berhormat Wakaf Mempelam membuat penggulungan. Dipersilakan…

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berbahagia Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan dan semua Pemerhati muslimin, muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Dalam dalam ruang penggulungan ini saya suka untuk menggulung perkara-perkara yang telahpun ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan sekurang-kurangnya ada 9 Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan portfolio yang saya ketuai. Yang pertamanya daripada Tepoh, Rantau Abang, Kuala Besut, Jerteh, Telemong, Pengkalan Berangan, Batu Rakit, Seberang Takir dan juga daripada Batu Burok. Saya, insyaAllah akan cuba untuk menghabiskan ataupun mengambil masa yang paling ringkas insyaAllah. Saya ambil kurang lebih 10 minit sahaja barangkali insyaAllah. Kalau lebih dari 10 minit Yang Berhomat boleh buat teguran….

Yang di-Pertua

Tak apa, Yang Berhormat teruskan.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang pertama daripada Yang Berhormat Tepoh berkenaan Polisi Patuh Syariah. Alhamdulillah sebaik sahaja kenyataan yang telah saya lakukan di Dewan yang mulia ini saya terus mendapat feedback yang cukup baik daripada persatuan-persatuan sukan. Sekurang-kurangnya dua pasukan yang telahpun menghantar pesanan melalui whatsapp segera kepada saya iaitulah daripada Pasukan Ragbi dan juga daripada Pasukan Hoki yang telahpun menyatakan komitmen mereka dan pemain-pemain mereka untuk terus melakukan Polisi Pematuhan Pakaian Patuh Syariah kepada semua pemain-pemain untuk Pasukan Ragbi dan juga Pasukan Hoki yang mewakili Negeri

Terengganu baik lelaki mahupun wanita. Dan dalam masa yang sama juga saya juga mendapat feedback yang cukup baik daripada tokoh-tokoh masyarakat dan juga tokoh-tokoh sukan termasuk tokoh-tokoh agama yang di antara mereka juga menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama termasuk memberikan cadangan-cadangan garis panduan dan sebagainya lagi untuk melengkapkan lagi proses kita menjadikan atlet-atlet kita ni sebagai atlet yang mematuhi pemakaian patuh syariah di dalam Negeri Terengganu mahupun di luar. Walaupun, isu ini juga mendapat reaksi segera daripada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, namun insyaAllah saya rasa ianya bukanlah satu isu yang besar kerana ia sebenarnya hanya melibatkan atlet-atlet daripada Negeri Terengganu sahaja.

Yang keduanya, berkenaan dengan persediaan SUKMA 2020, seperti juga yang telah kita ketahui bahawa mempertahankan kejuaraan jauh lebih berat berbanding dengan mencari kejuaraan. Dan untuk itu, sepertimana jawapan yang telahpun saya nyatakan dalam ucapan ataupun dalam jawapan lisan tempoh hari merupakan perkara-perkara yang kita akan lakukan sebagai persediaan untuk menghadapi SUKMA 2020 yang akan diadakan di Johor Darul Takzim.

Seterusnya, daripada Rantau Abang, berkenaan dengan kebajikan anak muda yang akan insyaAllah menikmati Lesen Percuma Lesen Motor Percuma yang telahpun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat dalam pembentangan Bajet dua hari yang lepas dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telahpun membentangkan Bajet dan memperuntukkan RM7 juta untuk program ini. Kita mensasarkan tidak kurang daripada 20,000 orang pemuda ataupun para belia, beliawanis yang akan dapat menyertai program pemberian Lesen Motor Percuma ini InsyaAllah. Yang ketiganya daripada Kuala Besut, berkenaan dengan sukan kriket. Untuk makluman sukan kriket adalah termasuk dalam kategori sukan pilihan dalam SUKMA dan sukan yang sukan kriket ini juga adalah jenis sukan yang agak kurang popular sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat Kebangsaan dan Kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telahpun membantu untuk membangunkan sukan ini bila mana ianya dipertandingkan di dalam SUKMA. Dan dalam SUKMA 2018, Pertandingan kriket juga dipertandingkan dan kita telahpun mengambil jurulatih daripada Sri Lanka untuk melatih pemain-pemain kita untuk Pasukan Kriket ini. Namun sehingga ataupun sehingga ini, pendedahan masih lagi perlu dipertingkatkan kepada

pemain-pemain kita dalam sukan kriket ini memandangkan ianya masih lagi sukan yang baru dan agak tidak terkenal di Negeri Terengganu sekarang ini. Dan insyaAllah kita akan membangunkan ataupun akan memperbaharui sukan kriket ini daripada masa ke semasa InsyaAllah. Dan Kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu bersedia untuk membangunkan sukan ini dengan lebih agresif sekiranya pihak persatuan dapat memperkasakan lagi aktiviti ataupun sukan ini tanpa bergantung kepada satu dua orang individu sahaja di dalam sukan kriket ini. Dan kalau kita ingin melihat sukan ini lebih maju dan dapat mencipta kecemerlangan di masa-masa akan datang maka kita harus lebih agresif. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bawah 12 tahun daripada Sekolah Kebangsaan Nail yang telahpun berjaya mencipta kejayaan dalam kejohanan tersebut dan ini mungkin boleh dijadikan satu asas yang kukuh untuk membangunkan sukan ini lebih agresif untuk masa yang akan datang. Seterusnya yang keempat daripada Yang Berhormat Jertih, tentang isu pemakaian atlet kita yang katanya ketat atapun longgar ni perlu juga diambil perhatian dan ya betul, kita juga mengambil kira isu bukan sahaja menutup tubuh badan dengan pakaian tetapi isu yang berkaitan dengan ketat dan sebagainya juga menjadi ukuran kepada pematuhan syariah yang sebenarnya. Dan itu juga insyaAllah kita akan dapatkan pandangan dan juga nasihat daripada penasihat kita yang telah saya nyatakan Yang Berbahagia Dato’ Sahibus Samahah Dato’ Mufti, yang merupakan salah seorang daripada panel ataupun ahli Lembaga Pegarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Dan kalau kita lihat contoh yang diperlihatkan dalam dunia olahraga, salah satu contoh atlet daripada Bahrain yang bernama Ruqaya Al-Ghasara yang telahpun menunjukkan satu contoh bagaimana dengan pemakaian yang patuh syariah beliau masih lagi mampu untuk memenangi sukan di peringkat Olimpik, dunia. Jadi ini bukanlah satu perkara yang pelik sebenarnya bahkan seperti yang juga kita semua maklum bahawa pakaian sama sekali tidak menganggu prestasi sukan seseorang atlet tersebut.

Seterusnya yang kelima daripada Yang Berhormat Telemong. Yang Berhormat Telemong agak banyak juga soalan-soalan beliau berkenaan dengan sukan ini dan ini biasa sebenarnya memandangkan beliau sebelum ini adalah bekas Exco yang memegang portfolio berkaitan dengan Belia dan Sukan. Yang pertama sekali berkenaan dengan dengan kemudahan teknik moden untuk melahirkan atlet yang berjaya untuk masa yang akan datang. Seperti yang telahpun saya nyatakan dalam jawapan dalam Soalan Lisan sebelum daripada

ini bahawa atlet untuk melahirkan atlet yang hebat memerlukan program latihan yang bersepadu secara jangka panjang dan menggunakan atlet yang berpotensi tinggi yang boleh diperolehi melalui proses pengenalpastian bakat yang betul dari peringkat umur muda ataupun pemilihan yang tepat bagi atlet-atlet umur selepasnya. Mereka ini perlu didedahkan kepada sistem latihan yang lengkap termasuk menyertai pertandingan yang cukup dan berkualiti secara berprodusi dan di antara komponen latihan yang perlu dilatih secara bersistem adalah seperti yang pertama yang Endurance Training, Movement Economy Training ataupun Bio Mechanic. Yang ketiganya strength ataupun Power Training, Speed Training, Mental Fitness Training dan Recovery Regeneration Training.

Komponen latihan yang lengkap ini telah dijadikan sebagai strategi latihan atlet-atlet negeri ke arah persiapan SUKMA 2020 di Johor dan dalam melengkapi komponen latihan ini, Kerajaan Negeri akan menerokai dalam bidang teknologi sukan secara serius. Antara peralatan teknologi yang akan disediakan untuk atlet-atlet negeri bagi kegunaan semua sukan termasuk atlet berbasikal adalah alatan-alatan yang dicadangkan oleh kerajaan lama yang terdahulu tetapi belum dilaksanakan di antaranya High Altitude Chamber dan juga Ice Lab. High Altitude Chamber adalah alat latihan simulasi yang memberi kesan latihan dataran tinggi dan Ice Lab pula adalah alat yang dapat memberi pemulihan yang segera kepada atlet yang cedera atau yang telah menerima tekanan latihan yang tinggi di samping berfungsi untuk enhance performance ataupun meningkatkan prestasi atlet. Kerajaan Negeri bukan sahaja menerokai aliran, menerokai alatan teknologi yang tidak sempat disiapkan oleh kerajaan lama, tetapi juga insyaAllah kita akan melabur dalam alatan Sains Sukan yang lain yang akan memberikan kelebihan kepada atlet-atlet kita yang melibatkan komponen-komponen seperti yang pertamanya domain, pengujian yang melibatkan alatan vertical jump, skinfold, callipers dan sebagainya. Lagi yang keduanya, domain latihan yang melibatkan Software Performance Analysis High Altitude Chamber. Yang ketiganya, Domain Rehalibitasi yang melibatkan alat Anti Gravity Treadmill dan juga Force Platform. Yang keempatnya Domain Recovery yang melibatkan Ice Lab Contrast Bath Foam dan Recovery Juice. Kesemua peralatan-peralatan teknologi Sains Sukan ini telahpun diperuntukkan Bajet yang khusus oleh Kerajaan Negeri dalam komponen Bajet Tahunan 2019 ini. Dan sebahagian besar daripada peralatan ini akan memberikan kesan yang besar insyaAllah kepada sukan-sukan yang berbentuk endurance iaitu sukan-sukan yang memerlukan daya tahan yang tinggi terutama Sukan Berbasikal termasuk juga

bagi pelumba-pelumba daripada Pasukan TSG. Sepertimana pelumba-pelumba kita yang berlatih di Pusat Latihan Negara di Melbourne, Australia yang berpengalaman mendapat latihan yang lengkap di sana, mereka selepas ini juga akan mendapat kemudahan latihan saintifik yang sama tetapi di sini insyaAllah. Peralatan ini juga insyaAllah akan memberikan kesan tambahan kepada semua atlet daripada semua jenis sukan dan ianya akan menjadi satu strategi tambahan bagi persiapan Kontinjen Terengganu 2020 yang sudah pasti akan banyak membantu atlet-atlet negeri dalam misi mempertahankan kejuaraan SUKMA 2020 nanti insyaAllah.

Seterusnya dalam isu berkaitan dengan pembinaan Velodrom Dungun dan juga isu Kompleks Sukan Hulu Terenganu. Untuk pembinaan Kompleks Velodrom, cadangan projek ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Telemong telahpun agak lama beberapa kali diletakkan batu asas, lawatan dan sebagainya lagi tetapi masih lagi tertanggguh. Dan seingat saya dalam tiga kali saya bermesyuarat dengan Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan, kali yang pertama telahpun saya bangkitkan isu ini dan alhamdulillah kita telah mendapat respon yang cukup baik daripada pihak Kementerian dan cadangan untuk pembinaan velodrom yang mempunyai keluasan 63 meter panjang 40 meter lebar ini dan dengan cadangan komponen asas pembangunan adalah terdiri daripada trek utama yang berkeluasan 2,643 meter persegi dan ruang dalam trek berkeluasan 3,198 meter persegi. Manakala cadangan komponen tambahan adalah seperti ruang pejabat, stor penyimpanan basikal dan peralatan, surau lelaki wanita, tandas lelaki wanita, bilik persalinan, pagar perimeter, pondok pengawal dan juga terowong basikal.

Projek ini telahpun diluluskan pembinaannya bagi tahun 2019 di bawah Rolling Plan 4 ataupun RP 4 bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan Jabatan Kerja Raya adalah agensi pelaksana bagi pembinaan projek ini. Dan status terkini adalah dalam proses memuktamadkan skop projek dan perancangan proses perolehan dijangka akan dilaksanakan pada Mac 2019. Manakala perancangan pengeluaran Surat Setuju Terima SST akan dilaksanakan pada Jun 2019. Itu berkenaan dengan Projek Velodrom.

Ada pun Kompleks Sukan Hulu Terengganu , Kompleks Sukan Hulu Terengganu akan dibina di atas lot tanah PT 14125 dengan keluasan 2.475 hektar di Mukim Hulu Telemong dengan kos projek sebanyak RM6 juta. Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi pelaksana bagi pembinaan Kompleks

Sukan Hulu Terengganu dan pihak JKR telahpun mengiklankan projek tersebut pada melalui akhbar Berita Harian pada 15.10.2018 yang lalu dan tarikh tutup pada 21 November lebih kurang beberapa hari yang lepas telahpun ditutup dan taklimat dan lawatan tapak telahpun diadakan pada 17 Oktober yang lalu. Saya telah dimaklumkan bahawa jangkaan surat setuju terima SST akan dikeluarkan oleh pihak JKR pada akhir Februari 2019. Dan skop kerja dalam pembinaan Kompleks Sukan adalah terdiri daripada sebuah padang bola sepak berserta dengan astaka tanpa trek larian, satu pejabat pengurusan, satu gelanggang serba guna berbumbung dan berpagar, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, pondok pengawal, tandas, rumah sampah dan juga tempat letak kenderaan dan tempoh kontrak projek ini adalah selama 18 bulan.

Seterusnya daripada Pengkalan Berangan. Daripada Pengkalan Berangan merupakan cadangan-cadangan beliau untuk yang pertama sekali cadangan pembinaan Pusat Robotik dan juga Aero Angkasa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Berangan untuk ditubuhkan di Negeri Terengganu begitu juga dengan perancangan pembangunan belia perlu diperluaskan bukan sahaja dalam bidang sukan katanya tetapi juga dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pembinaan insan dan sebagainya dan insyaAllah ini juga adalah di antara perkara yang telahpun dibentangkan bajetnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Seterusnya yang ketujuh daripada Batu Rakit. Yang Berhormat Batu Rakit saya rasa tidak ada apa yang serius di sini cuma Yang Berhormat Batu Rakit hanya bangkitkan isu ucapan terima kasih ye tak? Ucapan terima kasih beliau katanya Kerajaan tak terima kasih doh kepada kerajaan hok lama ni bila dah berjaya dan sebenarnya……

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Mintak laluan?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Sila, sila.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya ada sebut gelanggang futsal.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Ada ni nombor dua ni bawah tu ….(Sambil gelak)…..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okey, sebab kata dok serius. Dok tahulah jadi gelanggang futsal dok serius ke guaner?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Nombor 2.

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Jadi apa ni berkenaan dengan ucapan terima kasih tadi, ya lah, insyaAllah kita sebenarnya sangat-sangat berterima kasih di atas apa-apa yang telah pun dilakukan oleh kerajaan terdahulu dalam apa juga bahagian sebenarnya. Bahkan dalam sewaktu kita menjuarai SUKMA 2018 di Perak baru-baru ni apabila kita merancang untuk mengadakan perarakan pulang daripada Perak ke Terengganu, saya telah minta pada Yang Berhormat Tepoh untuk berhubung dengan Yang Berhormat Telemong untuk kita join sekali dalam perarakan itu tapi kebetulan Yang Berhormat Telemong tidak berada dalam kawasan. Kalau ada, boleh naik truck sekalilah macam dia naik di Kuala Berang baru-baru ini itu. Comel baru ini. Yang kedua berkenaan dengan baikpulih gelanggang futsal yang sedia ada, saya bersetuju dengan cadangan daripada Batu Rakit dan insyaAllah perkara ini kita akan ambil perhatian. Seterusnya yang kelapan, daripada Seberang Takir isu penggunaan Dewan Ping Pong di Seberang Takir, ini insyaAllah akan dijawab oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal.

Dan yang terakhirnya daripada Batu Burok tentang T-Volt ataupun Sukarelawan Terengganu yang insyaAllah kita akan rasmikan perasmiannya selepas daripada inilah dalam satu tarikh yang akan kita sebut selepas daripada pada ini, insyaAllah. Dan Yang Berhormat Batu Burok minta supaya T-Volt ini fokus kepada isu berkaitan dengan pengurusan banjir dan sebenarnya isu pengurusan banjir ini telah pun diambil perhatian oleh melalui portfolio kebajikan dan juga beberapa kali pertemuan dan juga mesyuarat sebenarnya telahpun diadakan di peringkat Pengurusan Banjir Negeri Terengganu untuk menguruskan isu-isu berkaitan dengan pengurusan banjir

ini. Dan insyaAllah T-Volt setelah daripada dirasmikan, kita akan melibatkan juga dengan jawatankuasa ini supaya mudah untuk proses menggunapakai tenaga-tenaga yang ada di setiap tempat-tempat kejadian yang berlaku dalam musim-musim bencana seperti banjir dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekian sahaja penggulungan daripada saya. Terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Berhormat Wakaf Mempelam atas penggulungan yang telah diberikan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Cukai.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ’Alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmai’n. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Yang pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet yang sangat berjaya yang menjuruskan terus kepada rakyat yang ada di bawah yang selama-lama ini menunggu apakah perkara-perkara yang akan diberikan oleh kepada rakyat. Hari ini alhamdulillah rakyat menerima baik Kerajaan yang ada dan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Besar. Yang kedua, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wakil Pembangkang daripada Seberang Takir dan Kijal yang hari ini menyatakan pendirian untuk bersama-sama dengan Kerajaan bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk sama-sama memastikan bahawa duit royalti minyak ini akan sampai kepada Negeri Terengganu. Saya mengharapkan bahawa inilah dia satu jawatankuasa yang menghubungkan sebelah sini dengan sebelah sana untuk sama-sama berjuang bagi memastikan rakyat Negeri Terengganu terbela.

Yang ketiga, Yang Berhormat sekalian, hari ini ataupun dua hari lepas Yang Berhormat daripada Kerajaan dan Yang Berhormat daripada Pembangkang telah membahaskan beberapa perkara. Dalam perbahasan ini tidak ada perkara-perkara yang ditimbulkan mengenai kebajikan, mengenai pembangunan wanita, mengenai Perbadanan Nasional. Jadi, saya merasakan bahawa portfolio saya ini mungkin tersangat excellent barangkali kerana tidak ada….(Sambil tergelak)….

Yang di-Pertua

Yang Berhormat nilai sendiri ke ni?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Saya terasalah mungkin begitulah kot barangkali pasal tidak ada orang comment, tidak ada sentuh. Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dan saya mengharapkan bahawa portfolio saya ini akan berjaya daripada semasa ke semasa.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. ….(Dewan gelak dan tepukan sokongan)….

Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Cukai di atas penggulungan yang sangat ringkas. Saya harap apa Yang Berhormat puji diri sendiri itu, kita terimalah, insyaAllah sebagai gurauan jerlah. Okey, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Alur Limbat untuk membuat penggulungan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabbil ’alamin. Wassalatu wassalamua’la asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmai’n. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya kepada Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan Pemerhati sekalian. Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini bagi pihak saya ada 10 soalan yang ditanya, banyaklah tapi

perbahasan tak banyak sangat. Jadi, saya akan ulas beberapa perkara yang ditimbulkan.

Yang pertama, berkenaan dengan data kedatangan pengunjung di Tasik Kenyir. Saya ingin respon sikitlah daripada Telemong. Data kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir dari Januari hingga Oktober 2018, sememangnya ada penurunan 3.9% jika dibandingkan pada bulan yang sama pada tahun 2017 iaitulah 637,309 dan pada tahun 2018. Manakala 663,084 pada tahun 2017. Maknanya kekurangannya 25,775 orang. Sebenarnya ada beberapa faktor yang kita dapati kekurangan ini yang pertama sekali, pilihan raya umum dan juga bulan Ramadhan pada bulan Mei yang menyebabkan kejatuhan mendadak iaitulah hanya 25,917 orang sahaja yang datang ke Kenyir berbanding 30,853 orang. Jadi, sebenarnya inilah faktor utama yang menyebabkan kita tak dapat achieve dengan izin, data sebagaimana tahun 2017. Manakala, bulan-bulan yang selebihnya kita mendapat peningkatanlah dari segi kehadiran tetapi apabila dibandingkan dengan tahun 2016, hanya 413,000 orang sahaja kehadiran dan sekarang ini 637,000 orang maknanya peningkatan tidaklah menakutkan sebagaimana yang Telemong sebut macam tidak ada orang dah.

Jadi, insyaAllah kita masih ada 2 bulan lagi, sebenarnya sebulan lagi, tapi dari segi angkanya 2 bulan lagilah yang akan kita, insyaAllah, kita akan kejarlah untuk kalau tak ada masalah kita boleh mencapai angka tahun 2017. Cuma, kita kena ingat Ahli Dewan dan semua pada hari ini bahawa tahun 2017 adalah Tahun Melawat Terengganu 2017. Tentulah satu cabaran untuk mencapai angka ini. Walaupun begitu, yang kedua faktor kekurangan ini Piala Dunia. Memang Piala Dunia ini biasanya orang tak berapa nak jalan, biasanya. Walaupun begitu, terdapat peningkatan pengunjung ke Sanctuary Kelah pada bulan Mac hingga Oktober kerana November, Disember ini tutup, peningkatannya sebanyak 39% jika dibandingkan pada tempoh yang sama pada tahun 2017. Jadi, kita kenalpasti Kenyir ini antara tarikan utama sekarang ini, peningkatannya dari segi Sanctuary Kelah, iaitu sebanyak 19,940 orang pada tahun 2018 manakala hanya 14,371 orang pada tahun 2017.

Begitu juga menurut prinsip Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir terdapat peningkatan jualan houseboat juga peningkatannya sangat luar biasa 10% pada tahun 2018 jika dibandingkan dengan tahun 2017. Maksudnya kita masih ada lagi produk-produk yang semakin meningkatlah dari semasa ke semasa dan ada soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Pengkalan Berangan isu yang berkait dengan masjid-masjid pelancongan di mana kita ada Program Muslim Tour Guide (MTG) antaranya Masjid Kristal, kehadiran tahun 2017, 2,901. Masjid Abidin 266 kerana programnya barulah kepada Masjid Abidin. Masjid Tengku Tengah Zaharah kita tiada angka kerana bermula pada September 2017. InsyaAllah statistik kita akan keluarkan kemudian. Dan kita akan perluaskan kepada Masjid Ulul Albab Jerteh Besut, Masjid Ar-Rahman Pulau Perhentian Besut dan beberapa buah masjid lain yang kita akan kenal pasti.

Kemudian isu yang seterusnya daripada Pengkalan Berangan juga berkenaan dengan dasar kesenian, di mana pihak Kerajaan sedang merangka dasar kesenian ini bagi mengemaskini dan memperincikan Dasar Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Terengganu. Sebenarnya sudah kita adakan beberapa siri bengkel yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik, pegawai kerajaan dan penggiat seni. Antaranya bengkel ke arah membetulkan Dasar Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Terengganu Siri Yang Pertama pada 9 Ogos hingga 11 Ogos Tahun 2018. Kemudian yang kedua, pada 11 Oktober hingga 12 Oktober dan dasar ini sedang….. sebenarnya kami telah mengadakan mesyuarat pada 21 November tahun 2018.

Kita selaraskan bersama-sama dengan Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi serta Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar kerana ianya melibatkan Syariah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan empat orang Exco lah yang berkenaan.

Seterusnya, saya ingin membentangkan yang perkara yang berkait dengan teknologi maklumat. Saya mengucap ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana ada peruntukan-peruntukan khusus dalam Belanjawan kali inilah. Di mana antaranya Latihan Usahawan Maya dengan

peruntukan RM2 juta bersama dengan Exco yang berkait dengan usahawan Yang Berhormat Kota Putera di mana Kerajaan akan mempelopori Business Internet Solution. Sebenarnya Negeri Terengganu kita sudah ada TD1303 Hub Digital Terengganu. InsyAllah kita akan cuba manfaatkan sepenuhnya. TD1303 kalau kita lihat sekarang ini, launching dia ataupun dibuka secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Tapi sekarang ini dilihat seolah-olah hidup segan mati tak mahu. InsyaAllah Kerajaan Negeri akan menggunakan sepenuhnya dan akan sebenarnya kita sedang berbincang macam mana kita nak menghidupkan TD1303 dan insyaAllah dengan bajet dan peruntukan RM2 juta ini kita akan cuba menghidupkan sepenuhnya tempat tersebut. Memang kalau kita buat kajian bagaimana pembelian dalam talian ini sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya juga mendapati maklumat sebagai contoh Ali Baba dengan izin, sehingga day sales record iaitulah selama 24 jam pada yang disebut sebagai 11.11, iaitulah 11 November Tahun 2018. Di mana jualan yang dicatatkan oleh Ali Baba sebanyak USD30.8 Bilion dalam masa sehari menunjukkan bahawa sememangnya dalam pembelian dalam talian ini memang sangat luar biasa sekarang ini. Pihak Kerajaan Negeri juga dari segi teknologi maklumat kita sebenarnya tidak begitu tergesa-gesa untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai Negeri yang berkait digital state dan seumpamanya kerana kami didatangi oleh pelbagai pihak yang mahu menjadikan Negeri Terengganu dengan pelbagai aplikasi. Kita tidak mahu sebagaimana, minta maaflah kepada pihak Pembangkang yang ada pengalaman-pengalaman yang lalu misalnya contoh E-Book kita akhirnya selepas 10 tahun kita mengalami kegagalan. I-Class, Kelas Maya jugak sepi walaupun saya membaca handsard yang lama dan saya terlibat dalam Dewan Undangan Negeri pada sesi yang lalu, yang mana cadangan Kelas Maya dengan I-Class ni sehingga di setiap sekolah tapi sekarang ini oleh kerana pelbagai masalah. Itulah macam hidup segan mati tak mahu jugak. Jadi sebab itulah pihak kami sedang merangka State IT agenda ringkasannya SITA yang melibatkan tiga komponen. Yang pertama sekali, main power iaitulah sumber manusia. Kita sebenarnya sudah ada petugas-petugas e-Book dulu EIO dan TSO, insyaAllah kita akan manfaatkan sepenuhnya. Dan kita ada pusat maklumat kita, UPMN yang

memang berfungsi untuk mengendalikan urusan Kerajaan Negeri yang berkait dengan teknologi maklumat. Begitu juga yang kedua info structure yang kita sebut di dalam Belanjawan ini PINTAR. PINTAR ini adalah wajah baru kepada Bescom, Bestari.com yang akan kita mewajah barukan BESCOM ini. Kemudian kita ada T@Wan ada free wifi dan insyaAllah kita akan cuba analisa kesemuanya. Dan insyaAllah Terengganu akan menuju ke arah Ditigal State dan juga Digital Village dan juga kita akan menggunakan konsep dan pendekatan I.R., Industry Revolution 4.0 meliputi tiga structure sektor kerajaan, ekonomi dan sosial.

Akhir sekali saya nak sebut sikitlah berkenaan dengan I.R. 4.0. Kita tidak dapat menafikan perkembangan teknologi telah mentransformasikan pelbagai urusan Revolusi Industry 4.0 ini telah mengubah sistem kehidupan ke arah penggunaan internet of things effience intelligence dan pengeksploitasian data raya atau pun Big Data. Beberapa kajian induk telah dibuat sebelum ini seperti Development of the Terengganu Creative Content Industries and Imaging Technology Transformation Roadmap oleh Roland Berger dan Terengganu Tech Hub dan Catalyst For Industry 4.0 oleh AGM Planning and Urban Design Group (APUDG). Kerajaan Terengganu akan meneliti kajian…

Celah sikit Yang Berhormat, Roland menda tadi?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Roland Berger.

Okey.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dia boleh pakai belaka petang-petang ni. Hak tadi bahasa Kuala Berang ni Bahasa Alur Limbat pulak. Kalau alik kuala Roland Berger, kita teringat ke burger gok, tapi boleh tafsir belaka sebab nama orang kan? Kerajaan Negeri akan meneliti kajian tersebut dan berkerjasama dengan pelbagai agensi Kerajaan

Persekutuan dan juga swasta sebagaimana yang saya sebut ramai peminat yang datang untuk membantu Kerajaan Negeri insyaAllah. Kita akan sama-sama membangunkan teknologi maklumat atau pun industri ICT di Terengganu. Bagi menarik pelaburan berimpak tinggi yang sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 saya berharap golongan belia dapat menyediakan diri bagi menghadapi perubahan ini. Jadi itulah sebenarnya saya terpaksa ringkaskan kerana masa yang tidak mencukupi cukuplah sekadar itu. Wallah hu allam Assalamu’alaikum warahmatuallahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alur Limbat memandangkan masa kita sudah hampir pukul 5.00 saya bercadang untuk menangguhkan persidangan kita pada hari esok, hari Rabu 28 November. Marilah sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.45 PETANG.