Terengganu · 29 November 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 120 turns · 9,109 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat ataupun Persidangan kita pada pagi ini, marilah sama-sama untuk mendapat keberkatan kita membaca Ummul Quran, Al-Fatihah.

Alhamdullilah, semalam ataupun kemarin, selain dari kita luluskan Enakmen Perbekalan 2019 ataupun Enakmen Bajet, kita juga mengambil masa yang agak singkat dan pantas tanpa bahas sebenarnya, untuk meluluskan empat Enakmen yang lain iaitu Enakmen Lambang-Lambang, Nama-Nama Dan Gelaran-Gelaran (Mencegah Salah Guna) Enakmen 1976 (Pindaan) 2018.Yang kedua, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu)(Pindaan) 2018.Yang ketiga, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Pindaan) 2018, dan yang keempat Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2018. Dan pada masa yang sama juga semalam kita telah meluluskan tiga usul iaitu Usul Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri 2019, Usul Perbekalan Air 2019 dan Usul Pelantikan Jawatankuasa Pilihan,Select Committee Pengurusan Dewan.

Oleh itu, Tertib Pekerjaan Dewan kita pada hari ini saya rasakan kita agak selesa, agak relaks sebab tidak banyak Tertib Pekerjaan lain. Sebelum saya meneruskan Soalan-soalan Lisan, saya nak umumkan di antara Pemerhati yang datang untuk mengikuti Persidangan kita pada pagi ini termasuklah rombongan daripada Kelantan antaranya:

1.

Yang Berhormat Hajah Mumtaz Mohd Nawi, EXCO Negeri Kelantan, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat).

2.

Yang Berhormat Hajah Rohani Ibrahim berserta rombongan daripada Kelantan dan juga Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Dan selain daripada itu ada juga Pemerhati yang datang pada hari ini daripada:

Pejabat ADUN Rantau Abang, Pejabat ADUN Bukit Besi, Dewan Muslimat Marang, Dewan Muslimat Setiu dan; PAS Alor Setar, Kedah.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini pada 29 November 2018 adalah sebagaimana berikut: 1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Razif bin Abdul Rahman (Wakil Seberang Takir) 2. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura) 3. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading) 4. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir) 5. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) 6. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) 7. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) 8. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman (Wakil Batu Rakit) 9. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar)

10. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman (Wakil Kuala Besut) 11. Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh (Wakil Permaisuri) 12. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) 13. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) 14. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Wakil Seberang Takir untuk mengemukakan soalan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuhdan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua soalan saya soalan yang kedua - Adakah kerajaan mempunyai satu petanda aras atau KPI di dalam mempastikan tahap kebersihan bandar-bandar dan pulau-pulau berada di tahap yang baik bagi memastikan tahap kesihatan dan keselesaan pelancong?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, Pemerhati yang dikasihi sekalian. Soalan daripada Wakil Seberang Takir berbunyi:Adakah Kerajaan mempunyai satu petanda aras ataupun KPI di dalam mempastikan tahap kebersihan bandar-bandar dan pulau-pulau berada di tahap yang baik bagi memastikan tahap kesihatan dan keselesaan pelancong.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang Kerajaan, mana-mana Kerajaan pun termasuklah Kerajaan Terengganu Darul Iman ini ada meletakkan petanda aras ataupun KPI bagi memastikan tahap kebersihan di bandar-bandar dan juga di pulau-pulau supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan pemantauan juga dibuat secara berkala dari masa ke semasa. Hasil daripada itulah yang sebagaimana yang saya sebutkan semalam kita telah mendapat penarafan yang amat membanggakan kita. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama: Jadi sebelum ini Kerajaan yang terdahulu ada menyediakan satu peruntukan yang agak besarlah untuk kebersihan ini, terutama kepada PBT dan juga disamping itu menyediakan peluang-peluang pekerjaan di mana ramai rakyat-rakyat Terengganu hari ini dapat peluang untuk menjadi kakitangan ataupun menganggotai peluang-peluang pekerjaan yang telah kita sediakan berasas kepada kontrak-kontrak kebersihan yang telah kita laksanakan sebelum ini. Adakah kontrak ini masih akan diteruskan untuk tahun hadapan? Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Seberang Takir. Kalau diperhatikan dalam Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 25hb yang lalu, peruntukan untuk PBT diberi sampai RM230 juta dan khas untuk kebersihan kawasan-kawasan rekreasi pelancongan RM4 juta.

Dan kita masih meneruskan kontrak-kontrak angkut sampah dan pembersihan kawasan seperti biasa. Cuma kita buka tender baru untuk tahun hadapan dan telah dibuka dan akan dipilih dalam masa yang terdekat ini untuk meneruskan supaya kebersihan bandar dan pulau-pulau kita dapat dijaga dengan baik untuk menjaga tahap kesihatan dan juga keselesaan kepada pelancong supaya datang ke Negeri Terengganu, insyaAllah. Terima kasih.

Soalan tambahan saya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua.Kalau ikut kepada Bajet kita yang lepas, kita Kerajaan yang terdahulu memperuntukkan lebih kurang RM50 juta hanya untuk memastikan kebersihan terutama di kawasan-kawasan PBT. Yang ini menjadi kebimbanganlah kepada saya kerana peruntukan yang dimaklumkan tadi

hanya RM4 juta dan lebih-lebih lagi keupayaan PBT apabila tidak lagi mereka dapat mengutip Cukai-cukai Pintu dan ini juga mengakibatkan akan timbul permasalahan kewangan di peringkat PBT-PBT.Jadisaya dalam soalan saya ini adalah saya nak dapatkan makluman daripada pihak Kerajaan, apakah alternatif-alternatif yang akan dilaksanakan supaya yang paling penting sekali adalah kita nak memastikan dengan kebersihan yang sekarang ini, yang memang Terengganu sekarangamat dikenali sebagai antara negeri yang terbersih terutama di Kuala Terengganu sehingga mendapat banyak anugerah-anugerah ini. Jadi ini menjadi satu kebimbangan kepada sayalah kerana apabila berlakunya ada keadaan kewangan yang sebegini, mampu atau tidak untuk kita meneruskan ataupun memastikan ini dikekalkan. Dan yang akhir sekali, saya mohonlah Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Kerajaan apabila membuat kontrak baru, pastikanlah bahawa pekerja-pekerja yang memang mereka bergantung sepenuhnya dengan pekerjaan yang kita wujudkan ini untuk memberi peluang mereka supaya mereka ini juga jangan dipinggirkan. Jadi apabila dapat sahaja kontrak kepada mana-mana syarikat yang baru, pastikan pekerja-pekerja atau kebajikan pekerja yang lama ini mereka akan juga akan diambil oleh majikan-majikan yang baru. Okey, terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Seberang Takir yang sangat prihatin tentang kebersihan. Memang kita semua rakyat Terengganu ini menginginkan satu bandar yang bersih dan juga sejahtera. Kebimbangan Seberang Takir itu telah saya jawab semalam, di mana walaupun kita kehilangan kutipan cukai rumah kediaman dalam sekitar RM14 juta lebih setahun, ia akan ditampung,memang kita buat Bajet begitu.Akan ditampung oleh Kerajaan bagi memastikan kontrak-kontrak kebersihan dan pengangkutan sampah ini dapat berjalan seperti biasa supaya tidak timbul isu soal tidak cukup peruntukan untuk memastikan bandar-bandar kita ini terus mendapat kontrak-kontrak yang baik untuk menjaga kebersihan dan juga pengangkutan sampah tadi. Soal berkaitan dengan pekerja-pekerja kontrak, ini diluar kemampuan Kerajaan sebab bila kontraktor baru mungkin, sambung yang lama pun mungkin, yang baru pun mungkin, maka dia ada hak untuk memilih pekerja-pekerja mereka sendiri. Tapi saya yakin, kontraktor-kontraktor baru pun, dia akan cari bekas-bekas pekerja lama yang berpengalaman untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan itu menjadi bertambah baik dari masa ke semasa. Dan saya harap ini terpulanglah kepada kontraktor baru untuk dia memastikan bahawa pekerja-pekerja lama daripada kontrak asal itu dapat diteruskan

dan Kerajaan tidak boleh campur banyak sangat dalam soal menentukan pekerja-pekerja yang akan diambil oleh kontraktor. Tugas kita hanya memberi kontrak kepada kontraktor yang layak setelah dibuat pemilihan oleh Jawatankuasa Tender kita, insyaAllah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Buluh Gading untuk mengemukakan soalan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Y.B. pah mana ni? Uzur, mc?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Yang Berhormat Buluh Gading bagi mengemukakan soalan, soalan saya nombor 1 - Nyatakan perkembangan terkini usaha dan langkah Kerajaan dalam mengatasi pembangunan Taman Ilmu di Kampung Tembila, Besut?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Buluh Gading bertanyakan soalan: Nyatakan perkembangan terkini usaha dan langkah Kerajaan dalam mengatasi pembangunan Taman Ilmu di Kampung Tembila, Besut.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya sendiri pernah turun ke lapangan meninjau perkembangan Taman Ilmu di Kampung Tembila, Besut ini. Sebagaimana sedia maklum, apa yang berlaku dengan Tembila ataupun Taman Ilmu ini dimaklumkan kepada kita kalau kita nak baiki semua kos keseluruhan projek ini menelan belanja RM350 juta. Kalau kita nak baiki balik dia akan menelan belanja RM400 juta. Jadi orang panggil mahal tali pada kerbau dah ni. Tapi apapun, kita tidak akan membiarkan projek ini menjadi orang panggil Projek Gajah Putihlah. InsyaAllah Kerajaan akan berusaha dan membuat kajian untuk membangunkan Taman Ilmu di Tembila, Besut ini mengikut, itupun kita mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Dan setakat ini sebagaimana yang sedia maklum, ada melibatkan kes mahkamah, tuntutan terhadap Kerajaan Negeri sebelum pada ini melibatkan POSTI dan Kerajaan Negeri pun terpaksa membayar POSTI Sdn Bhd berjumlah RM45

juta. Dahlah projek tak siap, Kerajaan Negeri kena bayar pula RM45 juta. Dan telah kita pun tak tahu macam mana keputusan yang lalu, bila selesai RM45 juta tu, kita ingat habis situ doh, Kerajaan bersetuju pula nak beri LOI kepada 17 kontraktor itu. Ini menyebabkan orang panggil pembangunan yang akan berlaku di kawasan Taman Ilmu tu akan agak terenjat lah. Dan apa-apa pembangunan tanpa melalui ni, akan ada pula saman baru pula kepada Kerajaan Negeri. Dan kita dapat makluman macam jujuk pula nak saman Kerajaan Negeri ini. Tapi apa pun…..

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Laluan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Setakat ini UniSZA telah…..

Yang di-Pertua

Sekejap Yang Berhormat, sekejap.

Yang di-Pertua

Sekejap. Kita teruskan. Sambung dulu.

UniSZA menggunakan 2 blok bangunan asrama Parcel B dan juga 4 tingkat dan juga UniSZA diberikan pengecualian sewalah bangunan selama 10 tahun dengan syarat kos baikpulih bangunan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh UniSZA. Makna UniSZA dah ambil 2 blok bangunan dan kos baiki tu pun ditanggung oleh pihak UniSZA. Kita dimaklumkan dalam lebih kurang RM10 juta juga. Habis kalau 2 blok pun RM10 juta, bayangkanlah. Dan sebelum pada ini, pada bulan 1 dahulu, ada permohonan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan ASMARA, eh, minta maaf, ASWARA minta maaf…..(Sambil gelak) .... [Dewan terus gelak]....

Yang di-Pertua

Jauh beza tu Yang Berhormat.

Minta maaf Yang di-Pertua, minta maaf. Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Dia balik ‘W’ tu. Untuk menggunapakai bangunan pusat belajar dan juga asrama di Parcel D dan juga H-6 tapi setakat ini belum ada apa-apa baikpulih bangunan yang hasratnya akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paka yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan Taman Ilmu, Tembila. Saya tertarik dengan beberapa maklumat yang dikemukakan kepada Dewan sebentar tadi berkait dengan usaha-usaha untuk menyaman Kerajaan Negeri. Selain daripada POSTI yang telah kita selesaikan pembayaran RM45 juta di luar mahkamah, apakah di sana masih banyak syarikat-syarikat yang berusaha untuk menyaman seperti dakwaan Paka sebentar tadi dan apakah kesilapan yang telah dilakukan dalam terma kontrak sehingga menyebabkan saman-saman ini bakal dimulakan oleh pihak syarikat sepertimana yang disebutkan sebentar tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat Tepoh, setakat ini 6 lagi syarikat hok tunggu nak saman Kerajaan Negeri. Dah POSTI tu kes dia selesai, ingat masuk dalam POSTI tu sekaliguslah habislah RM45 juta. Mari pula hak lain ni jujuk ni. ....(Sambil gelak)... Mampus Kerajaan Negeri lagu ni. Tapi tak apalah, tapi kita dokleh ulas lanjutlah sebab ni melibatkan mahkamah. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Soalan terakhir Tuan Yang di-Pertua. Kita mengikuti perkembangan universiti-universiti yang didakwa dalam Dewan sebelum daripada ini yang berminat untuk menduduki Kampus Tembila, jadi kita ingin mendapatkan maklumat selain daripada ASWARA yang berminat, adakah universiti-universiti lain yang juga berminat untuk menduduki Kampus Tembila atau sebenarnya Tembila saya pohon secara jujurnya sedang menuju gajah putih? Terima kasih.

Setakat ini tidak ada permohonan baru tapi banyak permohonan-permohonan dan juga yang kita sedang apa panggil teliti termasuklah daripada luar negara untuk membaikpulih. Jadi kita akan maklumkan kemudian. Dan setakat ini takdok lagi universiti-universiti lain yang memohon untuk apa beroperasi di kawasan Taman Ilmu ni. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ni di antara benda-benda yang berlaku sebelum daripada pilihan raya, PRU yang ke-14 dulu. Di antara slogan yang keluar dengan ‘Lok Kohor Punoh’. Jadi adakah dengan kos yang begitu tinggi ini, Kerajaan kata mungkin nak tengok nak baiki apa semua itu, apakah sejauh mana structure yang ada tu boleh di sambung semula ataupun kena rombak terus, buang terus ke macam mana? Terima kasih.

Hok ni bukan kepakaran saya Yang Berhormat, ni kena tanya JKR ni. Tapi sepanjang yang kita lihat, kita rasa ada sebahagian besar bangunan itu dari segi structure dia tu kita boleh pakai, doklah macam apa, stadium kita tu luruh terus atap ork? Tapi secara keseluruhan tu memang rosaklah, berapa termasuklah apa dewan besar apa sebagainya tapi apa yang mampu Kerajaan baik pulih dulu termasuk padang apa sebagainya untuk kegunaan segera bagi pihak pelajar-pelajar UniSZA, ada yang kita boleh manfaatkan, insyaAllah. Cuma sebagaimana saya sebut kelmarin, itu harilah, kita hendak ungkit banyak pun ini cerita lama Kerajaan dulu, jadi kita tahu dah bila kahwin janda ni dah ada anak, ada apa, jadi liabiliti tu kita kena tanggunglah. Nak buat macam mana ork? Ke guaner Telemong?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Nak ke takmboh?

Tok laki lama ada nok lagi ke? Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Pihak kerajaan tidak boleh mengeluh, apabila dah menjadi Kerajaan ni, dia kena ambil tanggungjawab sepenuhnya tanggungannya. Hutang ke, saman ke, biasa dia doh. Boleh setuju gitu Yang Berhormat dengan saya? Boleh bersetuju dok? Baik. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi HarunPAS · PNManir

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 - Berapakah jumlah hasil yang diperolehi dari pasir silika di Negeri Terengganu dari Januari 2014 September 2018?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, dan rakan-rakan sekalian. Soalan 1 daripada Manir: Berapakah jumlah hasil yang diperolehi dari pasir silika di Negeri Terengganu dari Januari 2014 sehingga September 2018? Dalam lebih kurang 5 tahun.

Banyak soalan sebenarnya yang berkisar di sekitar silika kali ini, cuma hasil yang diterima sejak daripada 2014 sehingga September 2018 cuma berjumlah RM385,840.31. Okey, itu jawapan kita.

Yang di-Pertua

Okey, sila Yang berhormat ada soalan tambahan.

Haji Hilmi HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh kerana kita melihat hasil yang telah diberitahu itu, saya mengganggarkan ia adalah satu hasil yang sedikit. Jadi sejauh mana, apa nama ni, polisi ataupun hasil tersebut boleh dikembangkan oleh Kerajaan mungkin terlibat dengan polisi-polisi yang cara kutip tu jadi dapat sikit kepada Kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih. Hasil yang saya sebut tadi tu adalah dari dua sumber. Satunya, dia sebut tribute yang dibayar kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dan satu lagi ialah daripada hasil royalti yang diterima oleh PTG. Untuk makluman, jumlah hasil ini ialah berdasarkan kepada kadar royalti yang lama iaitu RM1.50 setiap tan. Kalau selori tu kalau 6 tan lebih kurang RM9. Harga silika mahal tetapi royaltinya terlalu rendah. Dan ini berlaku berterusan dan tidak dipinda. Jadi apabila kita melihat bayaran royalti ini terlalu rendah maka Kerajaan telah membuat pindaan baru. Kerajaan baru ni membuat pindaan baru kepada kadar baru, kadar royalti yang dikenakan kepada pasir silika. Kalau dulu RM1.50 se tan, insyaAllah MMKN telah bersetuju untuk menggunakan kadar baru, iaitu RM5.00 setiap tan. RM5 itu kalau pasir itu digunakan dalam negeri, tapi kalau dieksport kena bayar sekali ganda RM10 se tan. Itu yang berlaku. Satu lagi bayaran ialah pengalihan pasir silika dari satu tempat ke satu tempat yang dipanggil doket. Orang buat kerja tanah ni tahu sangat tentang doket. Tapi malangnya kalau kita lihat setiap lori yang keluar daripada kawasan itu dicaj RM1, sama ada selori, satu van, satu beca semuanya dicaj RM1 belaka se lori. Ini sangat tidak betul. Jadi kita bercadang untuk memindanya lagi. Kadar baru ini akan

berkuatkuasa setelah diwartakan dan dijangka pada bulan Disember ini, InsyaAllah diwartakan, kadar baru yang saya sebutkan tadi, royalti tadi. Dan hasil juga kita dapati daripada bayaran tanah itu sendiri, untuk tanah ni kita kalau di Bari tu, dia ada dua petak yang kita keluarkan daripada mereka itu yang berjumlah 919 hektar, hasil yang dibayar kepada kita ialah RM228,930.00 sahaja. Dan consession ini tamat pada 2035 di Bari. Di sebelah sini Bukit Senyamuk kita berikan tanah seluas 68.03 hektar dan akan tamat pada 2021.

Dan kalau boleh saya terangkan sikit lagi pengeluaran banyak mana pengeluaran silika selama ini. Daripada Januari 2014 sehingga Ogos 2018 pengeluaran silika ialah 240,579.50 metrik tan. Saya kira itu sahaja jawapan pada soalan tambahan itu tadi.

Haji Hilmi HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini antara sumber baru Kerajaan Negeri Terengganu, jadi sejauh mana Kerajaan Negeri boleh menjadikan dia sumber yang mungkin mengurangkan kebergantungan kita dengan royalti minyak selama ini. Terima kasih.

Kerajaan Negeri mempunyai harapan yang tinggi kepada pengeluaran silika ini dan hasil yang akan kita akan dapati kelak. Itulah yang saya sebut semalam itu, berkenaan dengan bagaimana kita nak berikan kawasan ini kepada pelabur-pelabur dalam bentuk yang mana. Bukan kita nak jual begitu saja, dengan kita kata, okey ambil tanah ini, kita pun minta berapa bayaran daripada mereka ataupun kita nak buat siasatan dahulu, kita tetapkan di mana adanya kawasan ini dan kita jual dengan data dan kawasan yang telah diperlukan itu sahaja, mungkin lebih mahal. Jadi, itu sedang kita lakukan, insyaAllah selepas pada ini kita akan buat satu dasar tetap mengenai mengenai industri silika ini supaya jelas untuk pelabur mengetahui apakah sebenar kehendak negeri berkenaan dengan industri pasir silika ini. Dan saya jangka kalau ini berlaku, kalaulah insyaAllah pelabur-pelabur datang, dia akan memberi pulangan yang besar kepada negeri dalam bentuk royalti dan juga tribute dan sebagainya dan juga hasil pekerjaan nanti akan dapat dinikmati oleh penduduk sekitar. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang ketiga. Dalam perbahasan Yang Berhormat Ladang semalam ada menyebut berkait dengan kuantiti pasir silika di Bari yang boleh bertahan antara 180-200 tahun. Soalan saya ialah: Berapa banyakkah ia boleh bertahan jika sekiranya dikeluarkan dalam jumlah yang tertentu pada setiap tahun?

Yalah, mengikut kajian yang mereka buat, dia kata bertahan sehingga 180 tahun dengan kadar yang ada sekarang ini. Kita kata, kalau dia double up, maknanya tambah sekali ganda, kemungkinan dia akan bertahan lebih kurang 100 tahun iaitu sudah cukup lama. Isu yang mungkin tidak ditanya ialah bagaimana dengan kawasan-kawasan yang telah diambil, bagaimana dengan keadaan tahap muka bumi nanti, gali, gali, gali jadi…jadi apa ni, kolam besar, nak buat guaner pula itu. Saya bertanya kepada mereka. Katanya, dia ada beberapa pilihan. Sebahagian besarnya akan ditambun semula lebih kurang 30%. Yang lain itu, dan bentuk kolam itu, dia kata kita boleh buat, dan dia akan buat untuk perusahaan solar, solar energy maknanya panel solar itu dia letak dalam air. Jadi tutup kolam itu, dan ini satu lagi perusahaan yang boleh dijanakan melalui kolam-kolam yang telah selesai diambil tanah silika itu. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Jertih.

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua - Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi pampasan kepada peniaga-peniaga di Pasar Jertih yang menunggu (tidak dapat berniaga) sementara mendapat lot niaga di Jertih Square, Besut?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat Pegawai Kerajaan dan Pemerhati sekalian. Terima kasih Jertih yang telah bertanya kepada Kerajaan soalan yang berbunyi: Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi

pampasan kepada peniaga-peniaga pasar malam Jertih yang menunggu, yakni tidak dapat meniaga sementara mendapat blok meniaga di Jertih Square, Besut?

Untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membayar pampasan kepada peniaga yang tidak dapat berniaga adalah kerana peniaga tersebut merupakan mereka yang tidak layak untuk disewakan premis selepas dibuat pemutihan. Pemutihan dibuat berdasarkan, pertamanya, ada beberapa peniaga yang memiliki lebih daripada satu premis. Yang kedua, yang tidak membayar sewa dan yang ketiga, yang tidak aktif berniaga, berniaga sekali sekala. Terima kasih.

Okey, soalan tambahan pertama. Ada sedikit kesilapan maklumat tu. Sebenarnya yang ditanya itu adalah mereka yang layak, yang mana apabila gerai baru yang disiapkan 100, saya pun tak tahu jumlah tepatlah, kata 130, kata 136 yang terbaru. Tapi, ada lagi berbaki dalam 40 orang yang layak sebenarnya. Tetapi apa nama ini, mereka terpaksa menunggu gerai sementara siap untuk memulakan perniagaan di tempat baru, makna ini yang layaklah ni, yang telah ditapis oleh Ahli Majlis Daerah Besut dan juga pihak Pengurusan Daerah. Jadi, sementara menunggu tempoh gerai sementara siap, adakah Kerajaan Negeri bercadang, cuma soalan ni dikemukakan kerana dulunya kita jangkakan nak siap gerai sementara ini, 2 bulan. Tapi, saya difahamkan katanya hari ini dah masuk api dah, maknanya dalam 3 minggu siap, tahniahlah 3 minggu siap. Tapi, dalam proses tersebut mereka ataupun peniaga ini tidak berurus niaga. Jadi, adakah Keraajan bersimpati untuk memberi saguhati kepada beberapa peniaga yang layak ni, yang layak kerana mereka telah 3 minggu tak berniaga. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Jertih yang prihatin dengan rakyat. Baguslah, bagus. Maklumat yang sebenar jumlah peniaga yang menyewa di Pasar Jertih adalah 218 orang. Walau bagaimanapun, setelah proses pemutihan dibuat terhadap penyewa seperti saya sebutkan tadi lebih 100 premis ataupun yang tidak bayar sewa melebihi 3 bulan ataupun yang tidak aktif meniaga tinggalnya 136 orang sahaja. Maknanya 82 ini dikira yang tidak aktif. Daripada 136 yang aktif ini telah dipindahkan semuanya di Jertih Square, dia sudah meniaga di Jertih Square. Walau bagaimanapun, bagi yang…apa tadi…yang tidak aktif tadi,

ataupun yang tidak bayar sewa tadi, kita akan menempatkan mereka, 40 orang itu di bangunan sementara yang dijangka disiap, disebut tadi memang dijangka siap hujung November dan awal bulan depan boleh kita masuk seramai 40 orang ini bila mereka menjelaskan tunggakan sewa itu, insyaAllah akan ditempatkan di situ. Sementara 16 orang telah pun ditempatkan di Jertih Souq bangunan lama yang sedia ada. Jadi, tidak timbul masalah yang dikatakan tidak ada tempat untuk meniaga. Untuk makluman Dewan dan juga Wakil Jertih, pasar baharu, Pasar Jertih kita panggil, yang dalam pembinaan, ada 98 unit belum siap, dijangka siap November tahun hadapan. Bila siap kesemuanya itu, insyaAllah masih ada baki lagi setelah kita akan ambil semua yang layak, tak layak untuk meniaga masih ada baki 33 unit dan ini akan ditawarkan kepada usahawan-usahawan ataupun peniaga baru yang nak memulakan menceburi dalam bidang perniagaan. InsyaAllah, dalam soal ini kita begitu prihatin mengambil tanggungjawab memastikan semua mereka ini yang telah bayar sewa pun, kita akan tempatkan di tempat baharu nanti. InsyaAllah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan kedua. Jadi, tak apalah, kita tanya hasrat nak bayar ke tak saguhati, tapi tak apa mungkin…..

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Tadi jawab dah, tidak ada hasrat pun sebab tidak timbul masalah dia tak boleh niaga.

Okey, tak apalah. Soalan tambahan kedua: Yalah maknanya tempoh yang mereka tidak meniaga pun tak lama sangat dalam 3 minggu, cuma saya juga dapat berita kalau bolehlah kita buat yang terbaik iaitu Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah kerana kita dapati yang pertamanya, telah ada mereka yang dapat gerai tak meniaga lagi telahpun jual, telah ada. Dan dengar cerita jual pulak, jual kepada rakan kita nun, daripada Pasir Putih. Jadi, benda-benda ni ialah makna cerita ni dia susah nak tadbir sebuah….tapi kalau boleh ada kaedah dibuat, cara mana langkah supaya kalau nak jual jugak, juallah kepada orang tempatan dan sebagainya.

Yang kedua, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada jugak daripada peniaga baru, dia tak meniaga lagi tapi telah dapat, jadi kalau boleh sementara kita menunggu pasar basah yang siap ataupun masih ada lagi di gerai tingkat 2

Jertih, Souq yang kosong maka, kalau peniaga nak baru, baiklah kita bagi yang tingkat 2 ataupun yang kita tunggu pasar basah tu tapi ada suara-suara dari peniaga lama, dia kata dia hok lama gi duduk, gi pindah di gerai sementara tapi tetapi ada penama baru mendapat gerai baru. Jadi saya pun tak dapat maklumat yang tepat sebenarnya, jadi kalau boleh mintak Kerajaan pantaulah untuk kita nak elak suara-suara ni berada dalam masyarakatlah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dan yang terakhir, yang terakhir ni tak berkait dengan soalan ni, tapi dia jiran, iaitu saya menghadapi masalah berkait dengan pertanyaan dipanggil JTC (Jertih Trade Centre). Dia ada masalah antara Kerajaan dengan kontraktor, jadi kalau tidak ada langkah yang diambil maka saya ingat, bangunan yang telah 95% siap tu dia akan terbengkalailah. Kita kena buat keputusan walaupun pahit setara mananya untuk pastikan supaya JTC tu, yang dulunya kita cadang untuk dijadikan Pusat Bowling, petang ni kita main bowling, supaya dapat disegerakan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Jertih, dari segi yang ditimbulkan oleh Jertih masalah orang kita beri kedai tidak berniaga jual, jugak yang lot tapak tanah, lot tapak rumah jual. Ini satu sikap yang sukarlah untuk kita bendung dan tapi walau bagaimanapun pihak Majlis akan siasat kalau dapati benda ni, kita akan tarik balik lah. Kita akan batalkan kerana benda tu dah menyalahi perjanjian kita, dia kena meniaga sendiri. Dan yang disebutkan tadi, untuk peniaga-peniaga yang masih berminat berniaga, masih ada kosong sebelum disiap pasar baharu nanti, Pasar Jertih 98 unit ni, masih ada kekosongan 37 unit yang boleh kita tempatkan peniaga-peniaga baru, insyaAllahlah.

Dari segi JTC ni, insyaAllah, ini kita akan tengok perkara ni supaya memastikan bangunan yang dalam pembinaan dapat disiapkan dengan baik. Yang satu lagi, soal Jertih pun tak pasti, dia kata yang isu tadi. Jadi insyaAllah kita akan siasat supaya dakwaan-dakwaan yang dibuat itu betul atau pun tidak dan kalau betul, kita akan bertindaklah mengikut macam peraturan yang sedia ada. Terima kasih di atas keprihatinan terhadap peniaga-peniaga kita. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamu’alaikum Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan no 1 - Berapakah jumlah anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Terengganu?

Yang di-Pertua

Soalan ni bukan ada doh ke sebelum ni?

Tak apa, saya jawab jerlah. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Pengkalan Berangan dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Soalan yang ditanya hari ini ialah: Berapakah jumlah syarikat anak di bawah Kerajaan Negeri Terengganu?

Soalan ini telah sebenarnya, ditanya telahpun dijawab ditanya oleh Yang Berhormat Haji Hilmi Harun daripada ADUN Manir, pada 27 November. Tapi tak apa saya beri sedikit lagi penjelasaan berkenaan dengan ini.

Yang di-Pertua

Kalau boleh, ringkaskanlah Yang Berhormat sebab soalan-soalan yang dijawab itu kita tak perlu panjang sangat.

Dah, kalau nak ringkas kita jawab gini jerlah, kita jawab dia ada 153 syarikat yang dormant, yang tak berjalan molek 46 dan daripada jumlah tadi ada 104 yang diletakkan di bawah Terengganu Inc. (Terengganu Incorporated), okey. Dan dua daripada anak syarikat ini adalah Listed Company, Public Listed Company iaitu TDM dan juga Golden Pharos. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya persilakan Wakil Batu Rakit untuk mengemukakan soalan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya,soalan no 1 - Kerajaan sebelum ini begitu komited dalam membantu Pendidikan di Negeri Terengganu, termasuk menyalurkan bantuan kewangan dan kemudahan infrastruktur kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah termasuk peruntukan sambutan perbelanjaan hari guru, sukan, sebagainya. Adakah kerajaan hari ini, akan memberi komitmen yang sama bagi perkara tersebut demi mermartabatkan Pendidikan Negeri Terengganu?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Pak Wahab tu nok ketutu, saya jawab soalan no. 1. Sebab orang sebelah dia pantun hari tu ….(Sambil gelak kecil)… Dua hari baru jawab. Soalan No. 1, Yang Berhormat DUN Batu Rakit bertanyakan: Kerajaan sebelum ini begitu komited dalam membantu Pendidikan di Negeri Terengganu, termasuk menyalurkan bantuan kewangan dan kemudahan infrastruktur kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah termasuk peruntukan sambutan perbelanjaan Hari Guru, sukan, sebagainya. Adakah Kerajaan hari ini akan memberi komitmen yang sama bagi perkara tersebut demi mermartabatkan Pendidikan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita acap kali jugaklah soalan seperti ini berbangkit dan pihak Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa akan membuat penelitian dan penambahbaikan dan apa-apa yang baik kita akan teruskan, dan apa-apa yang kita rasa perlu untuk kajian dan penelitian, insyaAllah kita akan menambah baik untuk memartabatkan kegemilangan Pendidikan Negeri Terengganu. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan saya: Adakah Kerajaan juga akan meneruskan bantuan kepada PIBG dan sekiranya ada berapakah nilai jumlah yang akan diberi. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa perkara tersebut telah disebut dalam Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Dah sebut Yang Berhormat, dah sebut, ada dalam Bajet.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Seterusnya adakah Kerajaan memikirkan untuk memberi perkara-perkara baru, ataupun bantuan-bantuan baru kepada Pendidikan selain daripada yang kebiasaan diberi takut Kerajaan PAS ni takut mikir pulok nok wi menda pulok, hok pelik-pelik sikitlah kot. Terima kasih.

Benda apa pelik Yang Berhormat nok tu, kaborlah? …..(Sambil gelak kecil)…. Yang di-Pertua, kita sedia maklum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ni ada ayah dia, Kementerian… ork? Dan kita Pihak Negeri, kita ada juga jabatan bahagian-bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama, ada kolej-kolej di bawah Kerajaan Negeri, ada pusat-pusat teknikal dan sebagainya, TESDEC, TATI apa sebagainya. Jadi, kita juga mempunyai kos bebanan untuk pendidikan. Dan apatah lagi dalam melaksanakan manifesto baru, PAS Negeri Terengganu ni, kita sebagaimana disebut akan mewujudkan 32 Sekolah Rendah Islam, 8 Sekolah Menengah, dan juga apa kolej yang telah diserahkan oleh Kerajaan dahulu kepada pihak Pusat, UniSZA. Jadi kita nak buat balik KUSZA. Jadi semua ni memerlukan kos. Jadi, insyaAllah kita akan teliti hak mana auliad dia, keutamaan dia dan sebagainya dan kita tidak pernah berkompromi dalam memastikan Pendidikan Negeri Terengganu terus cemerlang, gemilang, terbilang. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kita faham tapi maksud saya, jangan pula hak ada dah ni akan tertinggal sehinggakan kita utamakan hak baru menyebabkan yang asasnya tertinggal. Itu pesanan saya. Terima kasih.

Terima kasih atas peringatan daripada Yang Berhormat Batu Rakit. Terima kasih. Assalamu’alaikum.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Wakil Bandar untuk kemukakan soalan.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Assalamualaikum, Yang di-Pertua, soalan yang pertama – Apakah perancangan Kerajaan untuk menghidupkan aktiviti atau perniagaan petang dan malam sekitar Pasar Chabang Tiga yang kini hanya berfungsi pada waktu pagi sahaja?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh ketua jabatan dan Pemerhati. Bandar bertanya, ni soalan Bandarlah: Apakah perancangan Kerajaan untuk menghidupkan aktiviti atau perniagaan petang dan malam sekitar Chabang Tiga yang kini hanya berfungsi pada waktu pagi sahaja.

Ni ADUN Bandar, Cabang Tiga dalam Bandar. Bakper pulok yang Pasar Cabang Tiga ini aktif pagi sahaja. Maka Kerajaan bercadang bagi menghidupkan aktiviti perniagaan Pasar Cabang Tiga akan menjalankan pendekatan secara holistik seperti terutamanya mengadakan aktiviti jualan waktu malam sebab dah pagi jer jual, petang dan malam tak ada, kita buat jualan waktu malam dan juga antara isu yang timbul di Pasar Cabang Tiga ialah infrastruktur dan pasar ni agak ke dalam bukan di laluan utama. Kita akan bina semula infrastruktur untuk memastikan bahawa akses atau jalan masuk ke pasar menjadi lebih mudah. Dan juga kemudahan-kemudahan baharu bagi memastikan ianya dapat beroperasi bukan saja pagi, tengah hari, petang dan juga malam. Juga melalui aktiviti-aktiviti bersama dengan persatuan-persatuan peniaga di kawasan tersebut. Memanglah kalau Kerajaan buat jalan molek ke, buat bangunan ataupun fasiliti baharupun kalau peniaga tak ada, tak hidup jugak. Jadi yang fungsi nak menghidupkan perlu kepada kerjasama daripada persatuan-persatuan peniaga di sekitar Bandar

Kuala Terengganu. Jadi insyaAlah ini kita akan buat dalam masa yang terdekat nanti. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang di-Pertua, soalan tambahan pertama: Sepertimana yang dimaklum oleh Yang Berhormat Exco tadi, Pasar Chabang Tiga ni memang kalau kita ikut sejarah tu, dia lebih kurang hebat macam Pasar Payang jugak, tetapi setelah dialih kedudukannya memang terlindung duduk ke dalam. Maknanya kalau tengok hak dulu memang tebbeng tepi jalan lebih kurang jolor la Kuala Berang kata. Jadi kalau ikut pada keperluan sekarang memang perlu kepada akses baru yang boleh kita tengok daripada luar kerana hak jalan ada lening ni memang tak nampak. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Exco kalau ada hasrat tu setakat ni ada-ada nampak tak jalan nak kita nak biar napok tebbeng.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih. Kalau kita kata gok yang bertanya lebih arif patutnya kawasan dia. Dan insyaAllah perkara ni dalam penelitian kita supaya mungkin ADUN Bandar lebih nampak, maknanya dia boleh kabor ke kitalah hak mana dia nak. Kita memang merancang nak buat jalan baharu akses supaya memudahkan pengunjung-pengunjunglah khususnya untuk mengunjungi Pasar Chabang Tiga. Sebagai tambahannya itu dari segi infra Kerajaan boleh buat tapi dari segi nak menarik pengunjung-pengunjung ini kena ada aktiviti-aktiviti perniagaan.

Antara yang kita cadang adalah untuk mengadakan perniagaan pasar malam dua kali seminggu. Dua kali seminggu dan juga untuk mengadakan beberapa penambahan dan tempat berniaga untuk kita menarik lebih ramai lagi peniaga-peniaga untuk membuka peluang perniagaan mereka di Pasar Chabang Tiga demi untuk menarik pengunjung-pengunjung yang baharu ke pasar tersebut. Dan juga ditimbulkan soal juga di situ waktu petang dan malam, malamlah khususnya kurang ceria dan kurang pencahayaan. Ini insyaAllah pihak Majlis akan menambah pencahayaan di kawasan tersebut khususnya di waktu malam bagi menarik kehadiran peniaga-peniaga dan juga kepada pengunjung-pengunjung nanti. Dan yang paling penting sekali ialah kerjasama daripada Persatuan Peniaga Chabang Tiga sendiri untuk mereka ini buat promosi dan juga menarik lebih ramai rakan-rakan niaga mereka untuk sama-sama menghidupkan Pasar Chabang Tiga khususnya di waktu petang hingga malam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua: Ada rungutan daripada peniaga setengah-setengah peniaga ni dia memerlukan ruang yang lebih besar sikit, contohnya macam peniaga buah kelapa terpaksa dia buat kotak besar di tepi jalan, kita nak tanya ada tak hasrat untuk nak sedikit nak susun balik ke ataupun rancangan yang seumpama itu bagi peniaga yang memerlukan ruang yang besar.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Dewan dan juga ADUN Bandar, memang dalam perangkaan kita ialah untuk membuat bangunan baharu dan insyaAllah bila siap bangunan baru di kawasan tersebut dan dapat beroperasi sepenuhnya, kita akan melihatlah keluasan-keluasan yang sesuai untuk jenis-jenis perniagaan. Ini akan disesuaikan untuk memastikan bahawa keselesaan peniaga itu sendiri dan kesesuaian dengan jenis perniagaan masing-masing supaya tidak terencatlah usaha-usaha mereka untuk mengembangkan perniagaan dan juga untuk menarik lebih ramai pengunjung-pengunjung ke gerai-gerai mereka ataupun ke kedai-kedai mereka insyaAllah, ini dalam perancangan kita khususnya apabila siap bangunan baharu ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.

Terima kasih TuanYang di-Pertua, soalan saya nombor satu – Apakah usaha Kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan di Terengganu?

Tuan Yang di-Pertua, assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut. Soalan nombor satu berbunyi: Apakah usaha Kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri Terengganu?

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kita melihat ataupun mengikuti sepanjang Persidangan Dewan ini, beberapa cadangan-cadangan ataupun pelan-pelan untuk mewujudkan usaha peluang-peluang pekerjaan, cuma pada hari ini saya mengambil tanggungjawab untuk pendetailan kerana untuk peluang

menghasilkan ataupun mewujudkan peluang-peluang pekerjaan ini banyak apa ni portfolio ataupun Exco-Exco yang terlibat. Tapi saya mengambil tanggungjawab pada pagi ini untuk mendetailkan berkenaan dengan peluang pekerjaan yang kita wujudkan khusus di bawah portfolio saya iaitu Keusahawanan Dan Sumber Manusia.

Yang berkenaan dengan sumber manusia telah saya nyatakan dalam Ucapan Penggulungan saya tempoh hari, dan saya tak bercadanglah untuk ulang semula semua saya rasa dah jelas dah terang. Cuma apa yang saya nak sentuh pada hari ini adalah berkenaan dengan dalam portfolio keusahawanan, di mana Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MASPUT) ataupun nama baru yang dijenamakan diberi dalam Bajet kita adalah PEUTER iaitu Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu yang akan memperhebatkan usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan negeri melalui program-program keusahawanan.

Langkah ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan keusahawanan ini sebagai kerjaya pilihan berbanding dengan makan gaji. Antara yang telah dibuat adalah sebanyak lima program yang dipanggil Usahawan Graduan Terengganu. Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) telah dilaksanakan oleh YPU sehingga setakat ini menjadikan graduan dan siswazah sebagai usahawan. Sehingga kini kita mengikut data yang kita ada, kita telah memberi kursus seramai 135 peserta dan 119 daripada peserta ini kita ikuti rapat dan telah berjaya menjadi usahawan, alhamdulillah. Kalau diikut peratusannya adalah 88% daripada peserta-peserta yang kita latih dalam program ini berjaya menjadi usahawan. Dan insyaAllah PUGT ini kita akan teruskan dan dalam Bajet yang lepas juga kita, apa ni ada bajetnya dan kita jenamakan PUGT ini kepada UGET (Usahawan Graduan Terengganu) dan manakala melalui Job Malaysia dan YPU, Program Jom Kerja kita teruskan juga. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya yang pertama: Tahniah juga kepada Kota Putera menceritakan tentang 135 tadi peserta berjaya menjadi usahawan 119. Okey, saya percaya bila bercakap tentang peluang pekerjaan di dalam situasi ekonomi yang agak sejuk lening, ramai orang nak dengar tentang peluang-peluang pekerjaan dan kita semua sedia maklum bahawa Sidang kita juga didengari, ditengok oleh secara live

oleh rakyat mungkin ribu, mungkin berpuluh ribu, mungkin lebih pada itu lagi. Jadi, soalan saya masa PRU yang lalu dalam Manifesto PAS ada 20,000 peluang pekerjaan akan disediakan oleh pihak PAS sekiranya menjadi Kerajaan Negeri Terengganu dan alhamdulillah PAS telah berjaya membentuk Kerajaan Negeri Terengganu. Jadi saya juga didatangi oleh penduduk-penduduk, dihujani dengan pelbagai soalan dan mereka meminta saya mengajukan kepada pihak Kerajaan tentang peluang pekerjaan yang telah dijanjikan dalam manifesto tersebut. Dan kalau ikut 20,000 yang dijanjikan, kalau ikut dalam tempoh 5 tahun contohnya dalam 5 tahun dalam pemerintahan jadi secara puratanya setahun itu dalam 4,000 peluang pekerjaan yang sepatutnya disediakan oleh pihak Kerajaan dan sekarang ini dah 6 bulan jadi kita menjangkakan kalau ikut logik puratanya 2,000 lah peluang pekerjaan telah disediakan oleh pihak Kerajaan. Jadi boleh tak maklumkan kepada kita dan juga kepada rakyat di luar sana yang sedang mendengar Sidang kita pada hari ini berapakah statistiknya peluang dan pekerjaan bukan peluang deh pekerjaan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat Terengganu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Kuala Besut. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang berbentuk statistik sepatutnya saya boleh mengambil notis untuk menjawab soalan tersebut. Tetapi kebetulan data tersebut ada dengan saya, jadi saya boleh kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah dan akan Kerajaan buat untuk menghasilkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu. Apa yang ada di tangan saya ini berikut adalah industri dan juga pelaburan-pelaburan baru yang dijangka akan menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu.

Yang pertama dalam bidang Industri Kimia iaitu produk bio-teknologi. Bio-teknologi telahpun beroperasi dan telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 600 peluang. Kedua……

Tuan Yang di-Pertua yang tu dalam jangkaan. Kita nak hok ada dah lening. Hok telah bekerja.

Yang di-Pertua

Tak apa Yang Berhormat. Saya ingat tak perlu detail sangat. Tak perlu detail sangat. Yang disebutkan dalam manifesto itu ialah komitmen Kerajaan untuk berusaha mewujudkan 20,000

peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun. Ni baru 6 bulan Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Ladang tadi pun semalam pun dah cakap panjang lebar pelaburan-pelaburan, hak jadi, hak mengambil masa. Jadi saya fikir tak perlu panjang sangatlah, sehinggalah kepada suatu tempoh yang munasabah, Yang Berhormat boleh ulang balik soalan ni. Okey.

Terima kasih Yang di-Pertua…..

Yang di-Pertua

Saya nak raikan ada soalan-soalan lain saya nak habiskan beberapa orang lagi yang akan bertanya ni. Saya ingat cukup setakat tu dulu.

Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Wakil Kemasik untuk kemukakan soalan.

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya soalan yang pertama - Bagaimana kerajaan membantu industri kecil terutama pemprosesan makanan segera sejuk beku untuk mendapatkan sijil halal bagi melayakkan mereka menjual ke pasaraya besar?

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Kemasik atas soalan nombor satu yang berbunyi: Bagaimana Kerajaan membantu industri kecil terutama pemprosesan makanan segera sejuk beku untuk mendapatkan sijil halal bagi melayakkan mereka menjual di pasaraya besar?

Tuan Yang di-Pertua, melalui Majlis Sekretariat Usahawan Terengganu (MASPUT) ataupun nama barunya PEUTER. Yayasan Pembangunan Usahawan menjadi urus setia, sentiasa mengadakan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan juga Jabatan Kesihatan Malaysia dan juga Agensi-agensi Keusahawanan yang lain dalam proses mempercepatkan permohonan halal. Kebiasaannya setiap permohonan akan diadakan lawatan

tapak secara bersama agar segala kekurangan dapat dibantu oleh agensi-agensi ini. Rentetan daripada itu juga pihak Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Terengganu melalui Jabatan Halal sekarang ini telah mempermudahkan lagi urusan permohonan tersebut. Kalau sebelum daripada ini semua usahawan-usahawan kita mestilah mempunyai premis perniagaan ataupun kilang mereka sendiri barulah mereka layak untuk memohon sijil halal. Tetapi dalam pendekatan yang baru ini pihak Jabatan Halal telah mempermudahkan kerana banyak usahawan-usahawan kecil kita yang tak mampu lagi dalam perniagaan dia untuk sewa premis kerana keuntungan yang kecil. Jadi dia buat ni di rumah-rumah, di belakang rumah, di dapur rumah sahaja. Kalau ikutkan yang dulu memang tak lepaslah tak dapat pensijilan halal. Tetapi alhamdulillah atas budi bicara dan saya terima kasih banyak kepada Jabatan Halal Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu juga sekarang ini kita pertimbangkan untuk memberi sijil halal kepada pengusaha-pengusaha kita yang tidak ada premis ini. Yang buat di belakang rumah, di tepi rumah dengan syarat dapur ataupun tempat pembuatan itu mestilah diasingkan daripada kegunaan harian dia. Maknanya walaupun dia buat di rumah, tapi dapur tak bolehlah dapur tu juga goreng ikan, dapur tu jugak goreng karipap untuk kita jual. Itu tak boleh. Dia kena allocatekan satu tempat yang isolate untuk buat kerja dia dan bila cukup syarat bersih, apa semua tu, insyaAllah akan dipermudahkan dapat sijil halal. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama, Yang di-Pertua: Apakah kaedah yang telah dan akan dibuat oleh agensi-agensi bawah IKS bagi menyelaras pengeluaran dan pengumpulan produk-produk yang dihasilkan supaya ia dapat memasuki pasaraya besar atau boleh berkembang kepada pasaran yang lebih besar dan menguntungkan?

Terima kasih Kemasik.

Jawapan pada soalan itu setakat ni kita tidak ada satu kaedah kursuslah yang digunakan oleh agensi-agensi keusahawanan dalam menyelaraskan pengeluaran dan pengumpulan produk yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, banyak program-program yang telah kita adakan bagi memastikan produk-produk ataupun produk-produk usahawan Terengganu ini dapat memasuki pasaran besar. Antaranya adalah Program TP3 iaitu Teroka Pasaran Pasaraya yang disertai oleh Sabasun Hyper Runcit, Pasaraya Giant, Mydin dan Xiri.

Program yang kedua antaranya adalah program pembangunan produk iaitu macam pelabelan, pembungkusan, barcode dan fakta nutrisi juga kita sediakan kepada usahawan-usahawan kita.

Dan yang ketiganya, program-program promosi dan pasaran meliputi Groombig, pemadanan perniagaan, bantuan pengiklanan dan penembusan pasaran kita adakan. Adapun pendapat Yang Berhormat Kemasik untuk dijadikan cadangan tersebut insyaAllah kita jadikan sebagai panduan kita untuk dikaji dan dibincangkan di peringkat Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER). Terima kasih Kemasik.

Yang Berhormat Yang di Pertua, soalan saya yang kedua: Adakah Kerajaan merancang untuk mewujudkan hub usahawan dengan kemudahan perkongsian ruang kerja ataupun dengan izin sharing working space, internet dan kemudahan asas lain supaya kos operasi lebih kecil dan lebih kompetitiflah memandangkan sekarang semua dah globalkan? Jadi kos-kos tersebut insyaAllah dapat membolehkan mereka berdaya saing.

Ya. Terima kasih soalan tambahan kedua tu. Sepertimana semalam kita dengar daripada Yang Berhormat Alur Limbat menyatakan bahawa akan bekerjasama dengan Portfolio Usahawan dalam isu ini. Dan kita akan gunakan manfaat tu sepenuhnya fasiliti yang ada kursusnya kalau yang dah sedia tersergam ada iaitu TD 1303 itu kerana keusahawanan dan Revolusi Industri (IR) 4.0 ni tidak dapat kita pisahkanlah memang sekarang ini pasaran terbuka luas di dalam industri ini. Jadi di tempat TD 1303 adalah model perkongsian ruang niagalah atau pun co-working space dengan izin, dengan penyelesaian kelajuan internet yang sangat tinggi. Kita tidak berhasrat untuk menyediakan hub usahawan yang baru tetapi kita akan menambahbaik infrastruktur-infrastruktur keusahawanan yang ada atau mengenalpasti infrastruktur yang sedia ada untuk dijadikan hub usahawan. Saya merasakan jugalah cadangan yang baik bagi pihak Yang Berhormat Kemasik dan insyaAllah kita jadikan satu asas untuk kita melangkah ke depan insyaAllah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput soalan terakhir wakil dari Batu Burok.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan yang ketiga.

Yang di-Pertua

Soalan yang pertama ke ketiga Yang Berhormat? Yang pertamakan?

Maaf soalan yang pertama - Berapakah projek-projek infrastruktur yang masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan lama?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil ketua-ketua jabatan, muslimin dan muslimat Sidang hadirin sekalian. Terima kasih di atas soalan daripada Wakil Batu Burok yang berbunyi: Berapakah projek-projek infrastruktur yang masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan lama?

Sebenarnya banyak projek-projek yang kita jalankan yang kita buat pada masa ini yang kita teruskan daripada Kerajaan lama Kerajaan Barisan Nasional. Secara umumnya Kerajaan Negeri akan mementingkan semua projek-projek yang telah dikeluarkan Surat Setuju Terima atau pun Letter Of Acceptance oleh Kerajaan terdahulu manakala bagi projek-projek yang belum dilaksanakan ataupun belum terima surat SST ini projek-projek tersebut akan dikaji balik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang. Di dalam senarai projek-projek yang disambung balik oleh pihak Kerajaan Negeri baru ini ada atau pun tidak projek yang dinilai semula daripada sudut terma yang ada daripada sudut kos, daripada sudut kaedah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih berpihak kepada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih daripada Wakil Tepoh. Secara umumnya kita kaji balik contohlah iaitu Projek Bandar Baru Kijal yang mana kosnya RM250 juta yang telah diberi kepada satu Syarikat Hexatrend rasanya. Projek ini kita buat secara schedule payment, kita pinjam dan kita akan bayar dalam masa beberapa tahun lagi. Dulunya projek ini RM250 juta kemudian kita kaji balik, kita kaji balik kerana skop kerja kalau yang dulunya double atau dua carriage way iaitu enam lorong, enam lorong untuk dibuat jalan raya di Bandar Baru Kijal ini. Apabila kita kaji balik, kita jadikan dia empat lorong, skopnya diubah kepada empat lorong ataupun empat lane yang mana kosnya selepas dikaji balik adalah RM189 juta. Jadi ini satu penjimatanlah kira-kira RM61 juta dari projek asal. Jadi dia menjimatkan duit Kerajaan Negeri dan juga kalaulah RM61 juta ini boleh kita buat tempat-tempat lain insyaAllah. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan tambahan: Kalau kita perhatikan projek-projek infra yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu, banyak projek-projek yang sakit antaranya ialah Taman Ilmu yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Paka sebentar tadi. Di samping itu Projek Bebas Cukai di Kenyir, mungkin Yang Berhormat Kuala Berang boleh jelaskan dan terangkan sikit.

Yang di-Pertua

Soalan terakhir Yang Berhormat ya, soalan terakhir.

Ya.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih. Sebenarnya banyak projek tetapi dari segi kewangan kita luluskan baru-baru dalam Dewan sehari dua ini RM600 juta untuk projek pembangunan. Kira-kira projek hok baru sikit jer tak sampai RM200 juta, hok lama-lama ni banyak kita teruskan dan lebih kurang dalam RM400 juta. Itu anggaran kasarlah. Memang di sana ada projek-projek yang dalam pelaksanaan dan kita lihat projek-projek ini agak sakit sebagaimana dikatakan tadi salah satunya Taman Ilmu. Oleh kerana projek ini di bawah court case, jadi saya taknaklah kita panjangkan tetapi semasa lawatan saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar satu ketika dulu, saya bertanya kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk memperbaiki semula projek ini yang terbengkalai dan rosak infrastrukturnya mengambil kos kira-kira RM400 juta. Jadi ini satu angka yang besar yang Kerajaan Negeri terpaksa tanggung untuk

memperbetulkan balik kos supaya projek ini ataupun prasarana ini jadi molek semula.

Kemudian kita lihat di Tasik Kenyir, kawasan Telemonglah tu dok? Di sana ada beberapa projek antaranya Kawasan Bebas Cukai, jambatan untuk menghubungkan Pulau Sah Besar kemudian hotel. Itu projek-projek yang besar. Di sana memanglah kita lihat projek-projek mega ini agak nak kata keterlaluan memanglah agak keterlaluan dan kalau dibandingkan dengan kewangan yang kita ada kerana kita terpaksa pinjam ataupun kita kena buat schedule payment yang mana menyusahkan, menambahkan liabiliti kepada Kerajaan Negeri kita ini.

Sebagaimana yang saya sebut dalam penggulungan saya dua hari lepas, dalam beberapa tahun sahaja lagi, Kerajaan menanggung liabiliti sebanyak RM400 juta satu tahun dan ini amat-amat mengganggu kepada kewangan Kerajaan Negeri kita dan untuk nak buat projek-projek baru yang lain, kita menghadapi masalah kewangan. Saya rasa itulah jawapan daripada saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih balik Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekalian, saya fikir saya telah berlaku adil pada hari terakhir ni dengan memberi peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat yang kemukakan soalan pada hari ini walaupun terpaksa mengambil masa yang lebih daripada biasa.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.25 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.05 PAGI. PUKUL 11.25 PAGI

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Dipersilakan Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka untuk mengemukakan Usul yang ke-4.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Fasal 27(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju memilih Hajah Zuraida binti Md. Noor, No. Kad Pengenalan 800801-11-5170 sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kaum wanita di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu menurut Fasal 27(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.”

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih .

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekalian, oleh kerana Usul ini merupakan perkara baru dalam Dewan Undangan Negeri kita, saya ingin memaklumkan mengikut Fasal 27(2) Undang-Undang Diri Bagi Kerajaan Terengganu ataupun Undang-Undang Tubuh, usul ini memerlukan tidak kurang daripada 7 orang Ahli Yang Berhormat untuk menyokongnya. Sekarang saya buka kepada undian - Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak. (Kesemua Wakil Kerajaan dan Penyokong Kerajaan bangun menyokong).

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Hajah Zuraida binti Md. Noor telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kaum wanita di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Saya dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Hajah Zuraida binti Md. Noor untuk mengangkat sumpah dan mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik menurut Fasal 27(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dipersilakan.

[YANG BERBAHAGIA HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR

MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MENURUT FASAL 27(2) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU DI HADAPAN YANG DI-PERTUA DEWAN]

Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Hajah Zuraida Md. Noor mengambil tempat duduk sebaris dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Dipersilakan. Alhamdulillah, bertambah serilah Dewan ini dengan kehadiran Ahli Yang Berhormat kita yang baru. …..(Tepukan sokongan)….

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor. Ini merupakan satu sejarah kepada negeri kita di mana kita telah bersetuju untuk melantik seorang wanita dalam Dewan ini mengikut Fasal 27(2) tadi tanpa melalui proses pilihan raya. Ini merupakan satu penghormatan kepada kaum wanita.

Pelantikan Ahli Dewan Negara

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini ialah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara yang lepas dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Negara yang baru.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu. Oleh itu Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembangan Malaysia Mengikut Jadual Ketujuh.

Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengemukakan cadangan. Sila Yang Amat Berhormat.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan:

“Bahawa Dewan Undangan Negeri ini bersetuju memilih Yang Berbahagia Puan Noridah binti Mohd Salleh sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu di dalam Dewan Negara Malaysia menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan.”

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya ingin juga menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai dengan calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara. Biodata Calon Yang Berbahagia Puan Noridah binti Mohd Salleh dilahirkan pada tanggal 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buluh, Pekan Pahang dan dikurniakan 10 orang cahayamata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang (KIK). Setelah mendapat keputusan yang cemerlang beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pendidikan beliau meneruskan dalam Diploma Pendidikan di Universti Islam Antarabangsa Malaysia dan seterusnya meneruskan pengajian dalam Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa. Beliau sekarang ini bertugas sebagai Pentadbir dan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Bukhari dan merupakan pendakwah bebas. Beliau juga bergiat cergas dalam politik sebagai Ketua Dewan Muslimah PAS Malaysia dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Permerkasaan Parti PAS Pusat. Beliau juga merupakan Ketua Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit

Bintang, bekas Calon Parlimen Sungai Buluh dalam PRU Ke-14, bekas Calon Parlimen Rompin PRU Ke-13 dan juga sebagai bekas Calon Dewan Undangan Negeri Tahan dalam PRU Ke-14.

Beliau berpengalaman sebagai peserta misi kemanusiaan gempa bumi di Lombok dan Palu Indonesia, peserta misi kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech. Peserta Misi Food Flotilla for Rohingya, juga merupakan peserta Misi Dakwah di Pulau Cristmas Australia, peserta Misi Kemanusiaan Bencana Tsunami Acheh Indonesia, Misi Kemanusiaan Dan Dakwah ke seluruh Malaysia dan Mutawif Umrah Tarbawi Dewan Muslimat PAS Malaysia. Beliau juga bergerak aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO sebagai Timbalan Pengerusi PAS Relief, Penasihat NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia atau PERAMAH, Penasihat NGO Khadimah Care.

Saya kemukakan latar belakang ini semoga dengan penyertaan beliau sebagai Wakil Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan juga negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia Mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Puan Noridah binti Mohd Salleh telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas. Selamat bertugas untuk kecemerlangan negeri dan rakyat Terengganu. Saya ingin menjemput Yang Berbahagia Puan Noridah bangun untuk memperkenalkan diri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Sidang sekalian. Terima kasih.

[Yang Berbahagia Puan Noridah binti Mohd Salleh bangun memperkenalkan diri] TANGGUHAN

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguh Persidangan ini saya nak sebutkan satu dua perkara. Yang pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya

kepada Pihak Kerajaan yang telah meluluskan Usul Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini insyaAllah akan berusaha bagi membantu Badan Legislatif kita bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang dilantik bagi menggerakkan usaha untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan Dewan Undangan Negeri kita kearah yang lebih baik dari segi pentadbiran Dewan, perundangan Dewan, kebajikan Dewan dan peranan Dewan Undangan kita ke arah yang lebih baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam Sidang ini untuk memohon berbanyak-banyak maaf atas apa sahaja kelemahan dan juga kekurangan sepanjang lima hari kita bersidang. Saya fikir yang paling lama dalam keadaan saya tidak ada pembantu setakat ini. Walau bagaimanapun, kita masih lagi bersama selepas ini disebabkan ada Pertandingan Persahabatan Bowling di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk rakan-rakan di sebelah kiri saya daripada Pembangkang untuk kita terus membina hubungan ukhwah sesama kita. Sebelum pada itu saya juga ingin menjemput walaupun kita break lewat pagi tadi sebenarnya ada Jamuan Makan Tengahari. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.00 TENGAHARI.