Terengganu · 28 November 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 218 turns · 24,099 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat ataupun sebelum kita, marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran Al-fatihah.
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan oleh Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada hari ini 28 November 2018 adalah sebagaimana berikut:-1. Y.B. Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) 2. Y.B. Haji Bazlan bin Abdul Rahman (Wakil Batu Rakit) 3. Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar) 4. Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman (Wakil Kuala Besut) 5. Y.B. Dato’ Abdul Halim bin Jusoh (Wakil Permaisuri) 6. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) 7. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) 8. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) 9. Y.B. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman (Wakil Seberang Takir) 10.
Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura) 11.
Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Mamat (Wakil Telemong) 12.
Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim
(Wakil Buluh Gading) 13.
Y.B. Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi) 14.
Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir) 15.
Y.B. Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) 16.
Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) Ahli Yang Berhormat sekalian, saya nak peringatkan kepada Ahli Yang Berhormat atas dasar kita nak mencari keberkatan, lebih-lebih lagi slogan negeri kita ini Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya nak baca sepatah hadis supaya soalan-soalan sama ada yang bertanya mahupun yang menjawab semuanya dalam keadaan ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala untuk mendapat keberkatan. Hadis daripada Saidina Umar yang lebih kuat bermaksud:
ໂ ໂ
Yang lebih kurang bermaksud: “Setiap amal adalah bermula dan bergantung dengan niat ataupun keikhlasan. Setiap orang akan mendapat ganjaran berdasarkan kepada apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka ia mendapat ganjaran pahala yang besar kerana Allah dan Rasul. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang dikahwininya, maka dia tidak akan mendapat apa-apa melainkan berdasarkan apa yang ia niatkan itu.” Saya sengaja membaca hadis ini dengan satu peringatan supaya masing-masing sentiasa meletakkan ia sebagai asas demi untuk keberkatan negeri kita ini. Yang Berhormat sekalian, kita dalam Sidang semalam berkait dengan Soalan Lisan yang terakhir daripada Wakil Langkap, saya rasa nak terus sambung, saya tak mula daripada awal, untuk itu saya nak persilakan yang pertamanya saya persilakan wakil daripada Batu Rakit.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Rakit dia ada musaqoh sikit, dia wakilkan saya untuk itu.
Silakan.
Soalan beliau soalan nombor 2. Terima kasih.
Soalan nombor dua ditolak Yang Berhormat. Saya ingat soalan nombor satu kan?
Ya, saya Dato’.
Adakah Kerajaan Negeri meneruskan bantuan persediaan ke institusi pengajian tinggi?
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ADUN Batu Rakit bertanyakan soalan:Adakah Kerajaan Negeri meneruskan Bantuan Persediaan Ke Institusi Pengajian Tinggi?
Jawapannya, ya.
Seterusnya saya persilakan Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua soalan saya yang pertama -
Adakah kerajaan berhasrat untuk membawa masuk industri atau kilang-kilang yang besar bagi meningkatkan ekonomi negeri dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan daripada Bandar berbunyi: Adakah Kerajaan berhasrat untuk membawa masuk industri atau kilang-kilang yang besar bagi meningkatkan ekonomi negeri dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Jawapannya, sudah pasti. Ya, dan memang kita berusaha untuk membawa pelabur-pelabur besar dan kecil dan ini juga akanmenyediakan pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya:Apakah bidang yang menjadi hasrat kepada Kerajaan untuk membawa masuk industri besar ataupun industri berat ini?
Ya, terima kasih. Di dalam usaha untuk kita bawa pelabur, kita tak kira sangat bidangnya, asalkan dia memenuhi syarat yang kita kenakan terutamanya tentang peluang lulus (EIA). Namun begitu saya ingin disebutkan di sini bahawa pada pagi ini saya mendapat khabar bahawa, insyaAllah pada tahun 2020 ada satu syarikat akan kembangkan perniagaannya di sini tapi saya oleh sebab-sebab teknikal saya tak boleh umumkan syarikat itu tapi mereka mengatakan bahawa pada tahun 2020 dijangka kilangnya akan memerlukan 2,000 pekerja lagi, insyaAllah.Nak sebut tu tak boleh lagi syarikat tu, tapi dah confirm kata dia, dia akan mengembangkan perniagaannya dan mewujudkan 2,000 pekerjaan tahun 2020.
Dalam masa yang sama juga malam kelmarin, walaupun bersidang ni pun buat kerja gok lagi. Malam kemarin kita dapat kunjungan syarikat daripada Taiwan juga berjanji hampir pasti, tapi belum pasti lagi, tapi hampir pasti akan datang ke Terengganu untuk melabur dalam bidang silika. Kali ini untuk memproses silika menjadi baju, pelik sikit baju silika,fiber dipanggil untuk buat eyang,untuk buat baju dia kata.Kalau baju ni luar negara moden tu dah pakai baju untuk orang-orang masuk dalam wad pakai baju ni doh, baju gitu dari silika,dan kalau demam dia akan beri notis baju dia akan menyala kata demam.Jadi saya kata dok rajin dengar tapi tu lah dan disebut kepada kita dan menjanjikan pelaburan yang agak besar.Dan insyaAllah kami akan membuat follow-up dan hampir pasti sebab dia dah hantar teknikal team dia untuk kaji dan nampaknya mereka berminat untuk melabur di sini. Itupun akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Di samping itu, ada dua tiga syarikat lagi yang sudah membuat appointment sebenarnya sehari dua ni untuk melabur dalam pelbagai bidang termasuk untuk buat hotel di pulau yang katanya harga hotel tu kalau jadi kelak tu dia akan charge satu malam paling kurang USD1,000.Itu pun dalam proses untuk pembuktian kita…..
Yang di-Pertua saya ada terbaca baru ni yang mengatakan bahawa betul ke, dok betul, dia kata kalau dibuat underware boleh rawat mati pucuk. ….(Dewan gelak)….
Sila ulang tapi dok berapa dengar yang kemudian tu.
Sekali lagi. Ada satu kenyataan mengatakan kalau silika ni dibuat underware ia boleh merawat masalah lelaki yang mati pucuk.
Yang Berhormat ambil daripada mana ni? …(Dewan gelak) ….Sila, sila.
Saya akan bekerjasama dengan Yang Berhormat untuk pergi ke mana sahaja untuk mendapat teknologi tu kerana silika kita banyak di sini boleh kita buat banyak underware sebenarnya.
Jadi insyaAllah nampaknya masa depan negeri kita ini agak, dalam bidang-bidang ini agak baik.Memang pertanyaan sentiasa ada, bahkan sehari dua ni pun ada berbagai orang datang dan dua tiga hari lagi saya akan berjumpa dengan lebih kurang ada 10 orang daripada India dan Bangladesh, dia akan datang untuk bertanya khabar tentang peluang-peluang pelaburan di Negeri Terengganu. Jadi itulah, doakanlah supaya kita akan dapat banyak pelabur-pelabur cuma kita berhati-hati.
Saya nak sebut juga di sini untuk makluman jerlah bahawa ada juga pelabur-pelabur yang datang dan telah kita luluskan, kita ambil masa yang panjang zaman Kerajaan dulu, masa yang panjang untuk planning untuk contoh membuat satu macam penempatan baru, bandar baru begitu dan tapi di saat-saat akhir bila kita tanya banyak sikit lagi mereka semacam membisu dan kemungkinan kita akan hantar surat untuk bertanya finalnya, nak buat tak, takmboh buat kita batal jer.Sebab janji dulu dia akan bayar segala permohonan pengambilan balik tanah dia akan bayar, janji komited untuk bayar, bila kita minta duit untuk bayar dia senyap, bila kita ajak melawat tempat yang dia kata untuk mari sini ajak mereka melawat, ajak kita pergi melawat bersama, dia kata nak suruh pergi kat lain.Jadi nampak tak serius mana. Ada satu lagi juga yang telah diluluskan dan Kerajaan telah berbelanja RM13 juta untuk membaiki keadaan sekitarnya dan sudah lulus tapi tak bayar. Banyak masa telah habis untuk ini, jadi kami agak berhati-hati. InsyaAllah kami akan memilih yang genuine sahaja yang kita akan teruskan untuk buat apa ni kunjungan hormat ke, apa ke, kita akan pergi untuk nak menentukan sama ada genuine atau tidak yang mereka sebut tadi.Saya kira itu untuk sementara, terima kasih.
Yang di-Pertuan soalan tambahan yang kedua. Bila kita sebut tentang industri
berat ataupun industri besar, kilang-kilang besar, ia bukan sahaja boleh membawa peluang pekerjaan memajukan kawasan-kawasan yang berhampiran, memajukan industri hiliran dan didalam masa yang sama juga dia boleh membawa kesan negatif kepada ekosistem, alam sekitar, bau, bahan-bahan sisa buangan.Adakah pihak Kerajaan telah merangka langkah-langkah yang bertepatan untuk mengatasi masalah-masalah ini?
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Bandar. Sememangnya kita sangat berhati-hati tentang soal environment ini, bahkan TSV, Terengganu Silica Valleyyang kita hendak rujukan di Jambu Bongkok itu akan melalui proses yang ketat sebenarnya sebab kita akan pastikan dia adalah green, hijau ada kalau ada jumpa kawasan-kawasan kita preserved, kita preserved. Soalnya contoh kalau ada bakau yang jumpa di kawasan itu misalnya maka elakkan kawasan itu, kita akan buat suatu yang akhirnya dia tidak memberi kesan yang buruk pada environment dan itu memang syaratnya.Tapi kadang-kadang ada juga masalah yang timbul tentang planning kita contohnya, misalnya berlaku di negeri kita ini syarikat dia nak kembangkan perusahaan dia dan perlu buat asrama dalam kawasan kilang. Kalau ikut planning yang ada sekarang ini dia takboleh buat dalam kawasan kilang kena ½ kilometre, 500 meter daripada kawasan itu baru boleh buat dan dia tidak mempunyai kawasan yang besar.Dan akhirnya kita kompromi dan kita tengok jiran kita dan akhirnya kita bersetuju supaya asrama itu akhirnya dia boleh buat dalam kilang di berhampiran dengan kilang sedia ada dengan syarat-syarat yang ketat. Itu kita ambil kira semua tu. Satu lagi saya telah dikunjungi oleh pelabur untuk merawat bahan-bahan sisa, sisa-sisa toksid ini kesemua jenis bahan untuk merawat supaya dapat dijadikan satu produk yang lain, jadi semua sisa buangan termasuk sampah sarap, plastik dan sebagainya juga sisa toksid yang ada itu akan dirawat supaya akhirnya dia jadi produk yang menghasilkan satu nilai tambah yang tinggi, itu pun kita sedang beruding untuk syarikat tu datang ke Terengganu. Jadi kita ambil take care lah tentang tu dan memang agak ketak EIA kita. Okey, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bandar. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua; Ikan Aya Ikan Ketutu, soalan saya nombor 1 - Apakah perancangan dan usaha untuk meningkatkan kehadiran pelancongan ke Terengganu tahun 2019?
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Ikan Ketutu, Ikan Ketutu, saya jawab nombor 1. Soalannya: Apakah perancangan dan usaha untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu pada tahun 2019?
Pelbagai program promosi dan acara untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu pada tahun 2019 kita akan lakukan insyaAllah. Kerajaan merancang menyertai EXPO Pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun Kebangsaan. Saya pasti Yang Berhormat yang bertanya oleh kerana beliau adalah bekas Timbalan Exco Pelancongan dan beliau pernah hadir ke beberapa acara promosi tahun-tahun yang lalu dan kita akan teruskan antaranya WTM, ITB, MATTA Fair dan MITA Fair dan lain-lainlah kalau adalah. insyaAllah. Sebenar adalah lagi yang tempat-tempat, Expo-Expo yang akan kita ikuti, insyaAllah. Kerajaan Negeri Terengganu juga meneruskan pengiklanan untuk mempromosikan Pelancongan Negeri Terengganu melalui platform KLIA. KLIA ini kehadiran orang yang hadir di KLIA dalam sekitar tahun lepas sekitar dalam 28 juta orang begitu juga KLIA 2 sekitar 30 juta dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor, Lapangan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Lapangan Sultan Ismail Petra Kota Bharu dan pelbagai promosilah yang akan kita adakan sama ada melalui akhbar, televisyen, radio
dengan pelbagai syarikatlah yang akan kita adakan. Dan juga kita menganjurkan kita tiga program utama yang dikategorikan sebagaiiconickepada Negeri Terengganu yang melambangkan budaya dan warisan yang sinonim dengan cara hidup masyarakat. Dan kekayaan alam sekitar eko-pelancongan yang terdapat Negeri Terengganu antaranya Festival Setiu Wetlandsyang satu tempat yang sangat menarik sebenarnya di Setiu. Yang kedua, Festival Gamelan Sedunia, Karnival Pantai Terengganu, dulu Pesta Pantai tapi sekarang kita ubah dengan nama Karnival Pantai Terengganu, dan juga yang melibatkan masyarakat bukan Islam Festival Mek dan Awang Terengganu, dan kita juga akan berkolaborasi dengan Ketengah, Festival Kenyir. Selain daripada tu, kita akan bekerjasama dengan NGO-NGO ataupun syarikat-syarikat swasta untuk mengadakan pengajuran bersama program untuk meningkatkan lagi promosi Negeri Terengganu ini. Wallahu’allam.
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya yang pertama: Baru-baru ini saya ada terbaca tentang pencemaran mikroplastik. Jadi apabila kita di Terengganu, kita menekankan tentang eko-pelancongan ataupun eco-tourism pelancongan. Kita mesti menitikberatkan tentang kestabilan ekosistem dan juga ekologi yang ada, khususnya di dalam negeri kita ni. Jadi, baru-baru ni saya terbaca ada satu kajian yang melibatkan pencemaran yang di panggil pencemaran mikroplastik dan kajian ni sampling dibuat di Sabah tapi sebab Sabah dengan kita ni menggunakan Laut China Selatan yang sama, jadi kita risau sekiranya pencemaran mikroplastik ni melibatkan apa dia tu,particle yang kurang daripada 5mm, memang halus, daripada ubat gigi, daripada pencuci muka dan sebagainya. Kita takut sustainability yang kita kekalkan selama ini, kalau kita tak jaga sebaik mungkin pencemaran mikroplastik ni boleh mengganggu-gugat ekosistem kita dan sekaligus boleh, mencemarkan alam kita, dan kita takut pelancongan yang berteraskan eko-pelancongan di negeri kita akan terganggu sedikit masa nanti. Jadi soalan saya adakah pihak Kerajaan aware tentang pencemaran mikroplastik yang telah dibuat kajian oleh Pensyarah-pensyarah, Penyelidik daripada Universiti
Malaysia
Terengganu ini. Apakah perancangan supaya perkara ni dapat kita atasi dan kestabilan sustainability ekosistem di negeri kita dapat kita kekalkan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut. Sebenarnya Kerajaan Negeri begitu prihatin, secara umumnya isu kebersihan dan khasnya di tempat-tempat pelancongan kerana sememangnya kita sebenarnya menerima hakikat bahawa Terengganu adalah negeri yang sangat cantik, terutamanya kita ada 244 kilometer panjangnya pantai, di seberang pantai dan juga pulau-pulau yang begitu indah antara yang terbaik di Malaysia. Jadi, pihak Kerajaan telah meluluskan, kalau kita lihat dalam Bajet RM4 juta untuk kebersihan, tentulah sebahagiannya bagi kita menyelesaikan isu-isu kebersihan dan juga pencemaran mikroplastik, kita akan bincang macam mana untuk menyelesaikan perkara ini. Tapi yang penting sekali, pihak Kerajaan akan melibatkan semua lapisan masyarakat sehinggalah di peringkat yang paling bawah iaitu MPKK. Jadi, bukan sahaja kita melantik syarikat-syarikat yang tertentu untuk menjaga kebersihan di Negeri Terengganu termasuk di pantai, pulau tetapi kita akan melibatkan komunitilah untuk tahun hadapan. InsyaAllah. Wallahu’allam.
Soalan tambahan Yang di-Pertua, terima kasih. Tadi, pihak Kerajaan ada sebut mengenai Setiu Wetland, dan boleh dikatakan, disetiap kali Persidangan dan di setiap kali mesyuarat mengenai pelancongan akan disebut mengenai Setiu Wetland. Saya nak tahu apakah rancangan jangka masa panjang untuk Setiu Wetland sebab kalau dibuat festival sahaja untuk menarik pelancong, mungkin ianya tidak memadai kerana biasa kalau kita buat festival kita tidak boleh nak promote Setiu Wetland, kerana festival kita ni dia akan end up atau berakhir dengan jual baju alek Golok lepas tu ada funfair, kemudian orang pun balik.Jadi kesan ilmu ataupun kesan pengetahuan mengenai Wetland itu tidak dapat diberi kepada pengunjung-pengunjung. Saya, nak tahu apakah rancangan jangka masa panjang? Kalau kerajaan belum ada idea, saya nak cadangkan supaya kita buatlah macam river cruise di Goldcoast, dengan
simple pontoon ada orang makan antara atas pontoonkemudian dia bawa berjalan river cruise kemudian melawat, spots-spotsyang ada di kawasan Wetland.
Dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu khususnya kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan kerana telah menggunakan gambar kampung saya, gambar Pantai Penarik yang dilekatkan atau ditampal di teksi Kota London. Terima kasih.
Terima kasih kepada Permaisuri.Sememangnya Setiu Wetland ni adalah merupakan khazanah yang sangat penting sebenarnya ataupun suatu yang sangat bernilai kepada Kerajaan Negeri.Apabila ianya digazetkansebagai Setiu Wetland sememangnya Kerajaan Negeri akan menjagalah dan sebenarnya kita ada perancangan kita, antaranya Boardwalk. Boardwalk dia ada sekitar 800 meter. Kita akan kaji balik, kemungkinan besar kita akan tambah, kalau pergi kedepan tu, kalau boardwalk sebelah kiri kita akan tambah sehingga sebelah kanan.Kemudian usaha sedang diadakan untuk menanam beribu-ribu pokok sebenarnya disana dan kita akan buat pelbagai program dan kita akan menyiapkan prasana yang sedang disiapkan sekarang ini antaranya medan ikan bakar, pusat pelancongan dan jeti dan pelbagailah. Sebenarnya bila siap dengan kos jutaan ringgit yang telah diadakan sekarang ni, sebenarnya mungkin sekarang kita tak merasa hebatnya Setiu Wetland tapi pada saya untuk generasi akan datang satu peninggalan yang sangat bernilailah kepada Kerajaan Negeri dan juga masyarakat Terengganu, amnya. Wallahu’alam.
Ada sikit lagi. Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berikutnya: Di Besut kita ada Pusat Peranginan yang dipanggil Bukit Keluang, ada pantai, ada bukit, jadi pada hujung minggu, pada cuti sekolah, cuti-cuti perayaan, Bukit Keluang ni memang pack, memang penuh sokmo orang. Jadi, menyebabkan jam dan kita di Daerah Besut saya didatangi ramai jugok oleh orang kampung supaya kita memperluaskan lagi tempat-tempat peranginan ni sebab kita semua sedia maklum bahawa di Terengganu kita ni
kekuatan kita, selain daripada flora dan fauna, pulau, kekuatan kita adalah keindahan pantai-pantai berpasir kita. Jadi, kita ingin mencadangkan supaya selain daripada Bukit Keluang, supaya pihak kerajaan mewujudkan lagi, menambahkan lagi infrastruktur-infrastruktur untuk pelancongan supaya dapat memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung mari ramai lagi ke tempat kita. Sebagai contohnya, kita di Kuala Besut ada Kampung Pacakan yang bersempadanan dengan Pasir Putih tu...
Ringkaskan soalan tu Yang Berhormat.
Kita wujudkan infrastruktur di Kampung Pacakan dan juga di Pantai Dendong. Di tepi Bukit Keluang tu ada Bukit Bubus pastu ada se lagi ada Bukit Dendong, kalau boleh antara Bukit Dendong dan Bukit Bubus tu kita wujudkan infrastruktur dan juga di Kampung Beting Lintang kita wujudkan juga infrastruktur kerana di kampung Beting Lintang lah satu-satunya kampung yang kita boleh mengadap ke Pulau Perhentian dan kita boleh nampak dua-dua Pulau Perhentian di tengah laut sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-PertuaDewan dan sahabat kita yang bertanya. Jadi insyaAllah pihak Kerajaan sebenarnya sedang membuat audit kepada seluruh pusat-pusat pelancongan kita yang melebihi daripada 200 tempat pelancongan. Dan kami akan pergi ke setiap daerah bertemu dengan pihak yang berkenaan dan mengenal pasti permasalahan paling kurang kita telah meluluskan dalam Bajet kita sebanyak RM2 juta untuk kita upgrade pusat-pusat pelancongan ini. Dan insyaAlah apa yang diberitahu tadi kita akan dan saya sendiri insyaAllah akan pergi ke sana. Di Bukit Keluang sebenarnya saya dah acap kali ke sana dan mendapati sememangnya sekarang ni sambutan di pusat-pusat peranginan khususnya di pantai-pantai yang cantik sekitar Negeri Terengganu termasuklah di Bukit Keluang kehadiran semakin bertambah dan saya juga mendapati ramai bukan saja di pantai tetapi di bukit contohnya di Bukit Besar, Bukit Maras dan pelbagai pusat-pusat peranginan di sebelah
bukan sahaja di pantai tetapi di tempat yang lain semakin hari semakin mendapat sambutanlah mutakhir ini. Wallahu a’lam.
Yang Berhormat.
Ya, ada? Seterusnya saya menjemput Wakil Permaisuri.
Assalamu’alaikum Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu - Berapakah peruntukan yang kerajaan akan berikan kepada Sekolah-Sekolah Menengah Elit dalam Negeri Terengganu?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. ADUN Permaisuri bertanyakan soalan: Berapakah peruntukan Kerajaan akan berikan kepada Sekolah Menengah Elit dalam Negeri Terengganu?
Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini tiada peruntukan khusus kepada Sekolah-sekolah Elit di Negeri Terengganu.Terima kasih.
Soalan tambahan saya nombor satu. Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Elit konsepnya sangatlah murni.Ianya bertujuan untuk memberi tempat kepada para pelajar yang cemerlang UPSR yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh tetapi masih mendapat peluang pendidikan di sekolah yang hampir setaraf dengan SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Jadi saya lihat kita ada dua Sekolah Elit di Negeri Terengganu. Sekolah Elit Lembah Bidong dan juga Sekolah Elit di Mak Lagam.Itu yang saya tahulah.Tapi kalau ada yang baru wallahu a’lam.Jadi kalau kita boleh
tempatkan 2,000 pelajar di sekolah ini, maka ianya bakal menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat menengah.
Yang Berhormat soalan benda apa?
Soalannya, sabar.
Ni sesi bukan syarah. Soal jer.
Ya, ya, ya.
Nak tanya kena kabor dulu.
Kena kabor dulu.
Teruskan, teruskan.
Jangan balloh. Sebab itulah betullah Dato’ M.B. masa gulung nanti kena royak pulok jangan balloh ni. Kita dok balloh dia nok balloh semacey.
Soalan Yang Berhormat.
Tengok, nok balloh pulok. Soalannya kalau tidak ada peruntukan yang diletakkan sekarang, saya menyeru supaya diletakkan peruntukan malahan saya mencadangkan supaya sekolah ini bukan setakat menjadi sekolah SBP, ciptalah rekod supaya Terengganu di samping kita ada Sekolah Imtiaz, kita ada dua Sekolah Elit
yang tarafnya atau pun standardnya mutunya lebih hebat daripada SBP. InsyaAllah Y.A.B. kita sebagai bekas Profesor boleh mengadakan Sekolah Elit yang akan memberi peluang kepada pelajar B40, N40 dan pelajar-pelajar lain belajar di sekolah ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sekolah-sekolah Elit ini berada di bawah JPN dan dia ada ayah dialah Kementerian. Jadi secara umumnya pihak Kerajaan Negeri memberi bantuan di bawah Program Pendidikan Anjung Ilmu kepada JPN Terengganu dan dia merangkumi semua sekolah bukan Sekolah Elit sajalah. Jadi antara program yang diuruskan oleh JPN Terengganu pada 2018 termasuklah berapa program melibatkan pelajar, percetakan, agihan barangan kecemerlangan dan sebagainya kepada semua sekolah. Termasuklah beberapa modul dan juga untuk perkembangan akademik para pelajar. Jadi pihak Kerajaan Negeri secara khusus tidak memberi peruntukan khas kepada Sekolah Elit ini tapi memberi secara umum kepada pihak JPN dan Sekolah Elit ini berada di bawah tanggungjawab JPN bukan bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan dia ada bawah Kementerian. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Soalan tambahan saya tapi berkenaan soalan saya tadi saya minta maaf terlewat sedikit. Adakah Kerajaan meneruskan bantuan pembelian komputer? Terima kasih. Itu soalan tak. Tak ceramah.
Ni bukan kait soalan itu dah. Semula sesi kekgi tanya pulak.
Dan maksudnya dia lari daripada soalan asallah. Itu terpulang kepada Yang Berhomat.
Betul tu Yang di-Pertua betul.
Yang Berhormat buat keputusan tidak payah jawab sebab tidak berkait dengan soalan asal.
Bukan payah sangat jawab, jadi macam nok balloh pulok.
Dah kita jumpa minum air kekgi Cikgu.
Itu yang sebaiknya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Kemasik.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu - Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik yang menggunakan peruntukan pinjaman kerajaan di kawasan-kawasan yang masih ramai rakyat susah dan miskin yang tidak layak meminjam melalui instrument pinjaman swasta?
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhomat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Penyokong Kerajaan dan juga pihak Pembangkang, rakan kita sebelah sana, ketua-ketua jabatan dan Pemerhati sekalian. Soalan daripada Kemasik berbunyi: Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina Rumah Mampu Milik yang menggunakan peruntukan pinjaman Kerajaan di kawasan-kawasan yang masih ramai rakyat susah dan miskin yang tidak layak meminjam melalui instrumen atau institusi pinjaman swasta?
Antara Manifesto PAS Pilihan Raya 14 ialah menyediakan Tabung Pinjaman Perumahan. Alhamdulillah bagi portfolio saya yang ada 6 Manifesto yang diamanahkan, 4 daripadanya insyaAllah akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Semua sudah sebut dalam Ucapan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.Oleh kerana beberapa kekangan kewangan dan perancangan kita memang ada untuk menyediakan RM50 juta Tabung Pinjaman Perumahan. Bila Bajet yang dibentangkan itu ada beberapa potongan yang dibuat maka kita untuk tabung ini insyaAllah sekiranya ada tambahan mendapat hasil dan memang kita harap Kerajaan Persekutuan akan menunaikan janji tentang royalti dan usaha-usaha kita melalui premium ataupun penjualan air mentah, silika dan pelancongan dapat menambah hasil kita akan laksanakan dalam masa yang terdekat. Kalau tidak pun insyaAllah Bajet tahun hadapan akan masuk untuk Tabung Pinjaman Perumahan. Untuk tahun ini belum ada lagilah. Itu sahaja terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan saya yang pertama:Apakah kriteria utama yang membolehkan satu-satu DUN layak dan terpilih untuk menerima projek rumah mampu milik ini?
Terima kasih. Kerajaan memang merancang untuk mengadakan Rumah Mampu Milik ini di setiap daerah atau setiap Parlimen. Memang dalam perancangan kita dan banyak rancangan-rancangan yang saya akan sebutkan nanti. Dari segi Rumah Mampu Milik adalah secara 100%. 100% Rumah Mampu Milik ini dibuat oleh dua agensi yang pertama oleh Kerajaan Negeri sendiri bawah SEDC dan yang kedua oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Kerajaan Persekutuan yang ada peruntukan untuk 100% Rumah Mampu Milik. Yang lain-lain ialah rumah yang dibuat dengan usahasama dengan pemaju dan kita tetapkan 20% mesti Rumah Mampu Milik juga yang dibuatkan oleh swasta. Untuk tahun ini oleh kerana Bajet kita terhad, kita akan laksanakan dua dulu Rumah Mampu Milik ini iaitu di Daerah Kuala Nerus dan di Hulu Terengganu. Kemaman dan Besut ada masuk dalam dalam dalam
apa ni, senarai kita tapi kita kemudiankan kerana masalah kewangan tadi dan pilihan kita yang pertamanya di samping jumlah permohonan yang ada di kawasan terlibat, yang kedua tanah yang telah siap makna dah tambun dah rata doh cuma gi buat rumah jer. Jadi kos infra kita tidak banyak kerana kita nak jimat dari segi peruntukan yang kita ada biar benar-benar mencukupi untuk projek-projek Rumah Mampu Milik itu. Kriteria yang paling penting ialah tapak yang tersedia yang tidak memerlukan infra yang besar.Itu saja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya yang kedua:Apakah kaedah dan sumber kewangan lain yang boleh diusahakan untuk memastikan projek rumah mampu milik ini dapat terus berjalan walaupun sebagaimana yang dimaklumkan dengan izin,worst case scenario nya kita tidak dapat duit royalti. Mungkinkan anak-anak syarikat Kerajaan lain mampu memainkan peranan utama dalam projek ataupun usaha besar ini.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bila sebut Rumah Mampu Milik ini ialah rumah yang disubsidi harga sebenar mencecah antara RM120,000 - RM180,000 sebuah tapi dijual kepada pemohon ataupun rakyat hanya RM68,000. Jadi kalau kos perbezaan yang begitu besar hendak ditanggung sepenuhnya oleh anak-anak syarikat,, mereka pun tak akan setuju. Sebab itulah dalam konteks itu kita buat secara kerjasama, usahasama ataupun JV dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ataupun swasta dengan menetapkan hanya 20% sahaja projek-projek itu adalah Rumah Mampu Milik yang lain dengan harga pasaran dengan harapan untung itu dapat mereka keluar subsidi terhadap Rumah Mampu Milik tadi. Namun begitu untuk Rumah Mampu Milik selain daripada Kerajaan Negeri yang saya sebutkan dalam perancangan kita empat kawasan, kita ada lagi peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pusat. Baru-baru ini dalam Mesyuarat Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), negeri telah diberi satu jaminan bahawa Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberi peruntukan oleh negeri-negeri yang dapat atau pun
yang memohon dan yang menyediakan tapak untuk dibina rumah di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini. Dan sehubungan dengan itu, Kerajan telah menulis surat rasmi kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk Kerajaan Negeri mengemukakan tapak-tapak cadangan bagi dibuat 100% Rumah Mampu Milik. Jadi kita telah mengemukakan kepada Kementerian Perumahan ini sebanyak enam tapak yang, insyaAllah akan melibatkan, akan membolehkan dibina 1,848 unit Rumah Mampu Milik, insyaAllah di bawah Kerajaan Pusat.Dan kita harap rancangan atau tapak yang kita kemukakan ini akan dapat dipersetujui dan peruntukan akan diberi kepada kita untuk tahun hadapan dan ini juga akan dapat menyelesaikan sebahagian besar kepada keperluan perumahan negeri tersebut di samping yang di bawah Kerajaan Negeri sendiri kita ada sebanyak 710 unit dan di bawah projek penswastaan dijangka di empat daerah temasuklah di Daerah Kemaman kita akan dapat menyiapkan dalam tempoh masa dua tahun ni, sebab biasa buat rumah ni siap dalam masa 18 bulan hingga 24 bulan sebanyak 2,151 unit dan rumah dalam pembinaan kita masih ada yang mungkin akan siap dalam masa yang terdekat ini di Seri Bandi dan juga di Pulau Redang disebut semalam, ini semua jumlah ini kalau dapat berjalan sebagaimana yang kita rancangkan akan dapat kita perolehi lebih kurang 5,000 lebih unit rumah untuk dalam tempoh masa 2 tahun ini, InsyaAllah. Itu saja Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh tak kita nak tahu lokasi enam tapak yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat?
Takdok masalah, kita boleh diberitahu. Yang pertama sekali di Kuala Abang, Dungun melibatkan 310 unit, di Mak Kemas, Marang 210 unit, Pulau Kerengga, Marang 396 unit, Bukit Puteri, Besut, Besut ada 300 unit, Bukit Gasing, Marang 190 unit dan Gong Medang Besut, Besut banyak ni 400 unit yang kita kemukakan kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berdoalah semoga diluluskan.Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sebelum saya nak jemput Wakil Tepoh mengikut giliran tapi saya nak raikan Wakil Sura sebab semalam dia tak sempat nak tanya soalan. Saya nak jemput Wakil Sura dulu selepas tu baru Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana mendahului soalan saya pada pagi ni sebagai ganti kelmarin. Terima kasih banyak. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua - Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan dalam mengatasi kegagalan Projek Kambing Kaprima?
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat. Terima kasih pada Yang Berhormat Sura soalan berkaitan dengan usaha yang diambil oleh Kerajaan dalam mengatasi kegagalan Projek Kambing Kaprima.
Projek Kaprima di seluruh Negeri Terengganu ada lapan. Yang berjaya, empat dan yang tak berjaya, empat. Yang Berjaya ialah di Hulu Seladang di Setiu, Mengabang Bakong di Kuala Nerus, Segading di Keruak, di Besut, Telaga Papan di Setiu. Sementara yang tak berjaya ialah Durian Mentangau di Dungun, Tanjong Gadoh, Marang, Kampung Chabang di Kerteh, Kemaman dan Payang Kayu di Kuala Berang, di Hulu Terengganu.
Untuk 4 Lembah Kaprima yang dikategorikan sebagai tidak berjaya, Payang Kayu telah ditamatkan perjanjiannya sementara tiga lagi Durian Mentangau, Tanjung Gadoh dan Kampung Chabang, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar deraf perjanjian kontrak di antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan penyewa dan Pejabat Penasihat
Undang-undang Negeri telah selesai membuat semakan Yang Berhormat Dato’ LA mencadangkan supaya dibuat penamatan kepada tiga penyewa Durian Mentangau, Tanjung Gadoh dan Kampung Chabang berdasarkan kepada perlanggaran syarat yang telah dibuat oleh pengusaha.Dan notis perlanggaran syarat ni telah dihantar kepada tiga pengusaha dan dijangkakan insyaAllah pada hujung Januari nanti proses penamatan akan selesai. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama:Apakah di antara punca-punca yang menyebabkan empat daripada Projek Kambing Kaprima ini menghadapi kegagalan? Terima kasih.
Ada pelbagai punca kegagalan Projek Lembah Kaprima tetapi di antara yang paling utama ialah pemilih peserta yang tidak tepat.Dengan makna peserta yang dipilih bukanlah syarikat atau individu yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk bertahan dalam industri ternakan kambing sehingga ada yang dapat Kawasan Lembah Kaprima,tandatangan perjanjian dari tahun 2013 dan gagal untuk memasukkan walaupun seekor kambing.
Yang kedua kita tengok, projek-projek yang gagal ini mereka gagal dalam memberikan impak sosio ekonomi kepada masyarakat setempat sehingga projek tu jadi terasing ditengah-tengah masyarakat dan terdedah kepada pencerobohan, kecurian dan sebagainya kerana masyarakat tidak bersama mereka.
Yang ketiga, kita tengok di antara punca kegagalan ialah Konsep Lembah Kaprima yang lama yang terlalu rigit kerana memfokuskan kepada ternakan kambing pedaging sahaja, kerana itulah kita mencadangkan supaya diubah daripada konsepKaprima yang lama yang terlalu rigit tu kepada konsep baru yang kita namakan Kaprima Unggul. Kita open sikit,kita buka daripada hanya ternakan kambing pedaging kepada kambing tenusu, ternakan rusa, ternakan lembu, kolam ikan dan beberapa tanaman kontan seperti jagung supaya pengusaha boleh memanfaatkan semaksimum mungkin prasarana yang ada
yang sangat luas. Tanah 50 ekar, kandang yang ada 5 buah kandang, rumah penternak lagi ada, pejabat kalau difokuskan kepada satu skop Kaprima sahaja dia jadi banyak ruang yang dibazirkan walaupun pengusaha diberikan dengan kadar sewa yang sangat murah. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan tambahan saya yang kedua: Oleh kerana kita melihat ada empat projek yang disebut tadi yang gagal dan satu daripadanya akan ditutup. Jadi apakah langkah-langkah yang berikutnya yang akan diambil oleh pihak Kerajaan dalam mengatasi ataupun memperbaiki empat daripada Projek Kaprima yang gagal ini. Dan satu lagi ialah apakah bekalan daging kambing di Negeri Terengganu kita ini masih berada di tahap saya rasa mungkin tidak mencukupi ke? Kalau tidak mencukupi berapakah pula anggaran yang perlu kita sediakan bagi penternak-penternak yang baru kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sura. Memang bekalan daging kambing di Negeri Terengganu masih tidak mencukupi. Cuma dari segi keperluan penduduk ataupun fokus kepada industri restoran, daging kambing segar tempatan bukan menjadi pilihan kerana ramai daripada pengusaha restoran, pengusaha kedai makan yang menggunakan kambing beku yang di import daripada Australia. Kerana itulah kita melihat bahawa industri ternakan kambing pedaging sahaja dalam konteks Negeri Terengganu kita tidak mampu untuk pergi jauh.Lantaran itu kita kembangkan kepada industri kambing tenusu dan alhamdulillah kambing tenusu memang kita nampak boleh pergi jauh dengan kita dalam proses untuk nak menyiapkan Pusat Pemprosesan Susu yang menggunakan teknologi moden di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang,Marang.InsyaAllah penternak kambing tenusu akan dapat memanfaatkan kemudahan yang ada di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang ini. Dari segi usaha untuk kita nak memanfaatkan empat Lembah Kaprima yang gagal, secara dasarnya kita bersetuju untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat terutamanya kelompok belia supaya segala prasarana yang ada kita dapat manfaatkan seoptimum yang mungkin dan keluhan orang-
orang muda nak menternak tak ada tempat, nak menternak tak ada kandang, nak menternak tidak ada kemudahan padang ragut yang mencukupi, kita boleh atasi dengan kita manfaatkan dulu apa yang telah ada ni. Kita raikan walaupun orang-orang muda ni tidak ada syarikat-syarikat besar tapi biar kita raikan orang muda daripada kalangan penternak kecil di kampung yang berjiwa besar untuk manfaatkan kemudahan Kerajaan dengan kadar sewa sebenarnya sangat murah. Bayangkan 50 ekar tanah, 5 unit kandang kambing, 2 rumah kakitangan, pejabat sewanya hanya RM1,100 sebulan. Sebab bukan menjadi matlamat Kerajaan untuk dapat hasil daripada sewa tapi yang menjadi matlamat Kerajaan ialah untuk mengembangkan industri ternakan kambing ke satu tahap yang lebih baik.Terima kasih.
Sila, wakil daripada Tepoh.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor satu - Terengganu Cycling Team (TSG) telah mencipta nama yang cukup baik mutakhir ini. Penyertaan ke negara luar begitu rancak dalam setiap acara seliaan UCI. Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan TSG sebagai satu produk pelancongan dan pasukan mereka menjadi duta memperkenalkan Terengganu buat pelancong di negara yang mereka kunjungi?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tepoh yang telahpun menanyakan soalan kepada saya, seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga Pemerhati yang dirahmati Allah
sekalian. Tepoh bertanyakan soalan tentang sukan: Terengganu Cycling Team (TSG) yang telah mencipta nama yang cukup baik mutakhir ini. Apakah Kerajaan berhasrat untuk menjadikan TSG sebagai satu produk pelancongan dan pasukan mereka menjadiDuta memperkenalkan Terengganu ke seluruh negara?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terengganu Cyling Team ataupun TSG sememangnya telahpun mempromosikan secara langsung kempen Beautiful Terengganu yang mana logo Beautiful Terengganu berada di dalam ataupun berada pada jersi yang dipakai oleh semua rider-rider ataupun rider-rider daripada TSG dan mereka ini mempromosikan secara tidak langsung nama Terengganu dan juga Beautiful Terengganu tersebut. Dan insyaAllah, daripada masa ke semasa TSG akan sentiasa mempromosikan Terengganu menerusi penyertaan mereka di dalam setiap pertandingan-pertandingan yang disertai sama ada dalam ataupun luar negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Exco yang telah memberikan penjelasan. Saya sebenarnya mengharapkan jawapan ini dikemukakan oleh Exco Pelancongan kerana apa yang kita timbulkan adalah hasrat untuk dijadikan TSG sebagai satu produk pelancongan pada masa yang akan datang. Ini berikutan kita tidak nafikan TSG telah membawa nama Terengganu tetapi tidak ada satu usaha yang dilihat constructive dimantara pihak Pelancongan dengan TSG. Mereka pergi di atas inisiatif sendiri membawa nama Terengganu tetapi tidak JV dengan pihak Pelancongan supaya mereka ke China membawa mesej Pelancongan untuk membawa pelancong datang ke Terengganu. Mereka ke Rusia untuk membawa mesej Pelancongan dalam bentuk tidak perlu modal yang banyak TSG telah pergi dalam masa yang sama Pelancongan memberikan satu sokongan kepada pihak TSG sebagai satu Cycling Team diperingkat Asia malahan diperingkat dunia. Jadi soalan saya berhubung dengan perkara ini: Boleh ataupun tidak untuk 2019 Pelancongan memainkan peranan secara joint venture bersama dengan TSG membawa nama Terengganu untuk dibawa ke pelancong-pelancong ke negeri yang tercinta ini?Terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Yang di-Petua Dewan, saya respon sikit soalan tambahan daripada Tepoh. Sememangnya, sebenarnya Pelancongan ni bukan sahaja apa yang ada di yang kita lihat tapi Pelancongan Sukan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kepada Kerajaan Negeri umpamanya ada event-event yang besar yang berlaku di Terengganu sememangnya kedatangan pelancong daripada luar kerana sukan inilah, lalu kami mengalu-alukan TSG sebenarnya secara tidak langsung walaupun dikatakan pihak kami, pihak Pelancongan tidak semacam tiada hubungan dan seumpamanya.Sebenarnya kami mengalu-alukan dan merasa bangga dengan kejayaan-kejayaan TSG dan mereka pergi ke luar negara dan insyaAllah untuk masa-masa depan terutamanya tahun hadapan kita akan sama-samalah bincang untuk perkara yang lebih baik macam mana kita nak mempromosikan Terengganu secara yang lebih khususperkara yang lebih baik macamana kita nak mempromosikan Terengganu secara yang lebih tersusun insyaAllah. Wallahu’alam.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput wakil daripada Batu Burok.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalah saya nombor satu - Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kemiskinan di Negeri Terengganu?
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua Pegawai-pegawai
Kanan Kerajaan. Soalan daripada Batu Burok berbunyi: Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kemiskinan di Negeri Terengganu?
Sebelum saya menjawab saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan lama kerana sebahagian besarnya langkah-langkah ini diikuti oleh kerajaan baru.Antaranya ialah program Perumahan Terengganuku Sejahtera di mana kita telah membina rumah baru pada tahun lepas sebanyak 55 buah di setiap daerah. Kuala Terengganu - 7, Kemaman - 2, Dungun - 5, Marang - 1, Hulu Terengganu - 2, Besut - 34, Setiu - 1, Kuala Nerus - 3. Kita juga membaik pulih rumah keseluruhannya ialah 1,845 buah. Kuala Terengganu - 515, Kemaman - 289, Dungun - 111, Marang - 137, Hulu Terengganu - 192, Besut - 213, Setiu -141, Kuala Nerus - 247.
Yang kedua, Bantuan Bekalan Air Percuma 25 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang berjumlah keseluruhan untuk Negeri Terengganu daripada e-Kasih 1,146 orang. Daripada Rumah PPRT 5,432 yang berjumlah 8,696 orang.
Yang ketiga ialah Bantuan Persekolahan pada tahun 2018 Kerajaan telah memperuntukkan RM 11,637,500 untuk Dana Persekolahan.
Yang keempat ialah Program Dana Bantuan Perayaan yang pada tahun lepas kita membelanjakan sebanyak RM69,952,250 di mana mengikut daerahnya Besut seramai 44,889 yang berjumlah RM11,222,250, Dungun RM8 juta lebih, Kuala Terengganu RM5 juta lebih, Hulu Terengganu RM10 juta lebih, Kemaman RM14 juta lebih, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu RM14 juta lebih, Marang RM7 juta lebih, Setiu RM4 juta lebih, Kuala Nerus RM7 juta lebih.
Yang keempat ialah Program Dana Remaja dan yang keenam ialah bantuan daripada MAIDAM. Daripada MAIDAM kita beri bantuan-bantuan kewangan saraan bulanan sebanyak RM300, Bantuan Persekolahan sebanyak RM500 seorang, Bantuan Sempena Ramadhan sebanyak RM400, Bantuan Kecemasan
atau bencana alam tidak melebih RM10,000, Bantuan Membina Rumah tidak melebih RM60, 000, Bantuan Membaik Pulih Rumah RM20,000, Bantuan Perubatan RM1,000, Bantuan Haemodialysis RM2,600 sebulan, Bantuan Tambang Haemodialysis RM650 sebulan, Bantuan Sara Hidup RM1,000, Bantuan Serta Merta tidak melebihi RM250, Bantuan Sewa Rumah tidak melebih RM300, Bantuan Modal RM3,000 dan juga bantuan daripada JKM.Itulah antara beberapa perkara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya nombor satu. Yang pertamanya saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Cukai yang telah memberikan jawapan yang terperinci tadi. Sebagaimana yang kita maklum, isu kemiskinan adalah isu yang sentiasa ada. Justeru mana-mana Kerajaan menjadikan agenda membasmi kemiskinan ini adalah agenda utama. Oleh kerana itulah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan antaranya ialah apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum daripada ini itulah prinsip yang kita ambil apa yang baik kita teruskan. Walaupun begitu kita ada mendengar desas-desus khabar angin antaranya ialah berkait dengan Bantuan Raya yang diberikan oleh Kerajaan pada fakir miskin, ada desas-desus yang berbunyi orang kaya pun dapat juga. Jadi kita nak mintak penjelasanlah daripada Yang Berhormat Cukai.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Memang tidak dinafikan pada musim-musim yang lepas, terdapat ketidak ketelusan pembahagian di peringkat bawah kadang-kadang kerana kawannya, kadang-kadang kerana anak-beranaknya dan yang kedua manipulasi slip gaji dan macam-macamlah yang berlaku yang menyebabkan Kerajaan terpaksa banyak belanja untuk Dana Raya. Maka yang saya rasa pada tahun lepas habis RM69 juta lebih. Maka pada tahun hadapan Yang Amat Berhormat telahpun mengisytiharkan sebanyak RM50 juta pembahagian Dana Raya dan saya mengharapkan di bawah sana MPKK membuat pemutihan kepada hanya mereka yang layak sahaja. Yang layak sahaja untuk dapatkan Dana Raya. Jadi sekarang ini Kerajaan baru-baru ini
memutuskan hak tahun lepas mana-mana mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah layak. Cuma kalau kita bandingkan dengan air, Yang di-Pertua air ni pendapatan mereka RM1,750 ke bawah baru dapat peruntukan air percuma. Hak ni RM2,500. Tapi saya akan cuba bawak lagi dalam mesyuarat supaya disamakan RM1,750 baru dapat Dana Raya. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang kedua Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam membasmi kemiskinan ini, kita bukan sahaja perlu melihat jumlah ataupun kuantiti bantuan yang kita berikan kepada fakir miskin, tetapi kejayaan itu diukur apabila kita berjaya mengurangkan jumlah rakyat yang miskin daripada satu angka kepada angka yang lain. Soalan saya: Adakah di sana program-program yang dilakukan oleh pihak Kerajaan yang mana kita berjaya mengeluarkan rakyat yang miskin ini kepada tahap yang tidak miskin? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, antara program yang ternyata baik dan membantu para pemohon dan penerima bantuan untuk keluar daripada garis kemiskinan ialah Two Years Exit Programme yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menggunakan pendekatan Productive Welfare. Program ini mensasarkan penerima bantuan kebajikan yang pro-aktif diberi peluang untuk berdikari dan hanya menerima bantuan kewangan bulanan kebajikan untuk tempoh maksimum dua tahun sahaja. Pendekatan Productive Welfare ini juga adalah satu bentuk usaha yang menyasarkan penerima Bantuan Kebajikan untuk melalui pembelajaran pelbagai kemahiran hidup agar tidak hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan buat selama-lamanya. Pendekatan ini sangat menekankan kepada pemerkasaan klien agar lebih bermotivasi dan memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Tujuannnya ialah untuk menjadi exit policy untuk menggalakkan penerima bantuan jabatan yang produktif agar mula berdikari melalui penglibatan secara aktif dalam apa jua keadaan sekalipun. Penerima-penerima yang terpilih diberi modal permulaan sebanyak RM2,700 bagi menguruskan pekerjaan atau perniagaan bagi menambahkan pendapatan mereka.
Alhamdulillah sejak program ini dilaksanakan seramai 110 orang daripada 300 orang klien berjaya keluar daripada garis kemiskinan melalui pelbagai perusahaan ataupun bidang kerja yang telah mereka usahakan. Terima kasih.
Penjelasan sikit Yang di-Pertua. Saya rasa dalam Bajet Menteri Besar ada disebut dengan jelas berapa jumlah yang nak dibayar untuk Dana Raya dan berapakah had pendapatan untuk Dana Raya. Saya minta supaya pihak Kerajaan semak semula dan bukan RM2,500.
Okey, Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguh saya nak ingatkan sekali lagi dari segi disiplin masa lah kita masuk semula ke Dewan supaya kita tidak menunggu lama untuk memulakan Persidangan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sidang ini dan kita sambung semula pada pukul 11.00 pagi. DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.42 PAGI. PUKUL 11.00 PAGI
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda Enakmen Perbekalan 2019. Hari kelmarin, lima orang Exco telahpun memulakan penggulungan bagi pihak Kerajaan iaitu Yang Berhormat Haji Khuzaini, Wakil Kota Putera, seterusnya Wakil Kuala Berang, Wakil Wakaf Mempelam, Wakil Cukai dan juga Wakil Alur Limbat. Kita banyak agenda-agenda yang mesti diselesaikan sebenarnya, bagi mengurangkan beban agenda untuk hari esok, daripada sekarang kita ada lebih kurang 120 minit (2 jam) kalau kita tak tamatkan lebih kurang
dalam pukul 1.00 lebih. Dalam tempoh 120 minit ni, kita nak bahagikan penggulungan kepada lima orang Ahli Berhormat Exco dan juga Menteri Besar sendiri. Jadi kalau boleh disesuaikan setiap Ahli Berhormat untuk membuat penggulungan, dan kalau dalam 20 minit, cukup-cukup masa yang berkenaan.Walau macam manapun, terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat. Kalau tak sempat juga dalam 120 minit ni, saya akan memberi masa yang lebih selesa kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan pada sebelah petang nanti. Macam mana pun, saya harap Ahli Yang Berhormat pihak Kerajaan dapat membuat penggulungan straight to the point apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan kita berhubung dengan Enakmen Perbekalan ini. Jadi, saya nak mulakan denganYang Berhormat Ladang untuk membuat penggulungan. Dipersilakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yang Berhormat Yang di-Pertua, rakan sekalian, pegawai-pegawai, dan Pemerhati yang masih ada. Menghormati gesaan daripada Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya akan mengambil masa yang pendek sahaja, insyaAllah.
Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengemukakan Bajet Berimbangdan saya fikir semua kita bersetuju dalam soal ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak rakan-rakan di sana yang telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam soal menuntut kembali hak royalti yang patut didapati oleh Negeri Terengganu. Dan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada media.
Ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.Izinkan saya untuk pergi satu-persatu secara ringkas. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Wakil Kemasik yang menyentuh tentang industri minyak dan gas perlu terus kita bangunkan dan dengan
membangunkan industri gas ini, ingin melihat apakah faedah-faedah yang boleh didapati oleh anak Terengganu terutamanya dalam bidang perusahaan yang berkaitan dengan gas, kontrak-kontrak bagaimana. Untuk rekod kita, setelah kita adakan satu Jawatankuasa Bersama, JWC (Joint Working Committee) dengan PETRONAS, antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri. Kita telah diberitahu sejak 2016, sehingga suku kedua tahun 2018, lebih kurang RM3.25 bilion nilai kontrak telah dianugerahkan kepada syarikat Terengganu, kepada syarikat Terengganu di dalam negeri, dan juga di luar negeri.Cuma bila kita kata syarikat Terengganu, apakah dia maknanya milik anak Terengganu?Bukan semestinya, bukan semestinya begitu.Jadi kita minta PETRONAS supaya menyediakan satu data lagi berkenaan anak Terengganu yang i.c. nya 11. Nombor 11. Berapa orang agaknya anak Terengganu yang terlibat dengan industri minyak dan gas ini.Bukan daftar syarikat Terengganu, orang luar datang daftar dan mengaku itu syarikat Terengganu, syarikat anak Terengganu. Dan alhamdulillah, perkara ini sedang mendapat perhatian serius kepada PETRONAS dan insyaAllah PETRONAS akan membekalkan kita data ini dalam masa terdekat. InsyaAllah. Dan kita juga lihat bahawa anak-anak syarikat negeri, contohnya EPIC Berhad sebenarnya telah menyertai PETRONAS, Vendor Development Programme (VDPX) yang dianjurkan oleh PETRONAS untuk mendorong dan mengembangkan penyertaan syarikat-syarikat tempatan di dalam industri minyak dan gas.Melalui platform Jawatankuasa Bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS juga, satu jawatankuasa kecil untuk kontrak dan pembangunan vendor telah dibentuk dan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhomat Pegawai Kewangan Negeri dan Pengurus Besar Pengurusan Perolehan PETRONAS. Jadi insyaAllah benda tu masih dalam perhatian kita dan mudah-mudahan ia akan medapat kerjasama yang erat daripada PETRONAS. Dan kita juga dimaklumkan bahawa lebih kurang 60% kakitangan di kalangan Juruteknik merupakan anak Terengganu. Manakala secara keseluruhan Juruteknik dan Eksekutif Pengurusan lebih kurang 40% kakitangan PETRONAS negeri ini merupakan anak Terengganu. Jadi nampaknya PETRONAS take care kita jugalah.
Juga kalau kita lihat dalam masa shutdown atau turn around syarikat-syarikat kilang-kilang di Terengganu ini berkaitan dengan gas, minyak dan gas, kebanyakan vendor-vendor minyak di negeri ini menggunakan anak-anak Terengganu sebagai pekerja semasa shutdown tempoh sebulan, dua bulan tu, kebanyakannya anak Terengganu. Itu berkaitan dengan oil and gas. Kemudian…
Assalamu’alaikum Tuan Yang Di-Pertua, minta mencelah.
Ya…ya…ya…
Keseluruhannya berkenaan dengan kerja-kerja shutdown ataupun kerja-kerja kontrak, ia merupakan salah satu daripada faktorlah yang menyebabkan terutama sekali pekerja-pekerja di Paka dan Kerteh, dia shutdown ni sebulan gitu jer, jadi sepuluh, sebelas bulan lagi tu tiada kerja. Mungkin setahun ada dua tiga shutdown, mungkin empat lima bulan dia bekerja. Selebihnya, dia tidak kerjalah. Dan kebanyakan yang mengadu ataupun yang datang berjumpa adalah mereka dari golongan-golongan tersebut.Golongan-golongan pekerja-pekerja kontrak.Kita maklum dan telah dimaklumkan berkenaan dengan staff-staff PETRONAS yang lebih kurang 60% adalah rakyat Negeri Terengganu. Tetapi cabaran ataupun keadaan semasa menyebabkan kontrak terutama sekali kontraktor-kontraktor-kontraktorlah yang ramainya, pekerja-pekerja Terengganu kurang ataupun macam tadilah empat bulan, lima bulan sahaja bekerja, selebihnya mereka tidak bekerja. Wallahu wa’alam.Terima kasih.
Okey Yang Berhormat, jelas sekali.
Terima kasih. Terima kasih. Itulah nasib bekerja dengan oil and gas. Masa shutdown tu memang ramailah, dan gaji pun mahal masa tu dia
terima, sebulan tapi gaji tu dua-tiga bulan agaknya nilai dia. Cuma, selepas pada itu, nak kerja benda, tu nanti kita bincang pula dengan PETRONAS, insyaAllah. Ada tak peluang-peluang boleh diberi kerja-kerja lain. Saya nak beralih pula kepada perkara yang dibangkitkan oleh Pengkalan Berangan berkenaan dengan beri keutamaan kepada rakyat Terengganu di dalam pelaburan.Bila ada pelaburan satu pelaburan itu sendiri. Yang keduanya, pekerjaan dalam hasil daripada pelaburan itu. Kita sering bertanya kalau pelabur datang, apa kita dapat? Dapat kilang, kilang itu milik siapa? Milik mereka.Pekerjanya kita minta supaya diambil daripada pekerja tempatan. So, nampaknya begitu sahaja setakat ini. Jadi, kita sedang berfikir supaya syarikat-syarikat besar yang datang ke Terengganu ini, biar ada local content di dalamnya. Maksudnya, kita mintak supaya dibuat kerjasama dengan anak-anak syarikat paling kurangnya ataupun syarikat tempatan supaya mereka bersama dapat beroperasi dalam syarikat yang baru ditubuhkan tadi.
Tentang pekerjaan dalam bidang silika ini, kalau rujuk kepada silika, setakat ini yang ramai pakai pekerjanya ialah di Bari ataupun di Setiu sebelah sana dan memang kita dapati bahawa pekerja-pekerja yang diambil itu kebanyakannya daripada anak Terengganu bahkan hampir 60% nya daripada anak tempatan iaitu sekarang dan akan datang pun kita akan perhatikan supaya dasar-dasar ini akan menghubungkan kita. InsyaAllah. Berkenaan dengan yang dibangkit oleh Tepoh berkenaan dengan deposit silika di Terengganu ini, bagaimana? Ada saya sebut dalam ucapan-ucapan sebelum ini bahawa deposit silika terdapat di seluruh negeri kecuali di Hulu jer tak dok, dok tahu pasal apa, nasib orang Hulu kot, bukan di Hulu, di Kuala Berang maknanya takdok. Yang lain itu dikatakan ada merata tapi di mana dan banyak mana. Contoh yang saya sebut hari itu, kalau di Rantau Abang sekarang ini yang adanya, katanya, katanya silika deposit silika yang masih ada itu bertahan cuma untuk 6 bulan sahaja lagi, 6 bulan hingga 1 tahun jer lagi habis di situ. Tapi di Setiu, deposit yang ada boleh bertahan kalau ikut report yang kita terima hampir 180 hingga 200 tahun lagi. Jadi, untuk itu kita
kena tahu sebenarnya berapa sebenarnya deposit yang ada di Terengganu ini dan di mana. Kita juga mempunyai beberapa option untuk buat kerja ini terutamanya kita boleh lantik syarikat untuk buat kajian untuk menentukan di mana dan banyak mana ada, tapi itu kos yang kita kena tanggung tinggi. Keduanya modal yang boleh kita pakai adalah untuk membuat blok-blok tertentu, model ini kita belajar daripada PETRONAS bagaimana dia memberikan procession minyak di laut jadi kita nak cuba apply di darat, mungkin kita akan buat blok-blok A, B, C. Kemudian kita tawarkan kepada sesiapa sahaja, kilang untuk proses dan mereka keluarkan modal sendiri untuk buat siasatan ataupun mungkin juga kita yang buat, menentukan berapa banyak deposit, kemudian datang panjat kepada mereka. Itu model-model yang sedang kita timbangkan dan insyaAllahapa pun kita buat, kita ambil kira bahawa sepatutnya memberi pulangan yang maksimum kepada Kerajaan Negeri. Itu yang sedang kita buat sekarang ini. InsyaAllah.Jadi, tunggu dululah banyak mana ada. Silika ini banyak tapi banyak mana?Tunggu dulu. InsyaAllah kita akan lapor kemudian.
Dan ada juga dibangkit oleh Yang Berhormat Batu Rakit berkenaan dengan kaedah untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu kerana untuk manifesto membuka lebih kurang 20,000 peluang pekerjaan. Ya, promosi untuk menarik pelabur ini memang kita buat dan setelah kita tubuhkan task force khas untuk tujuan ini. Saya mendapat laporan terkini bahawa dikatakan lagi bahawa kita tidak begitu agresif dalam membuat promosi dan disebut ada satu kes di mana pelabur datang tidak buat follow up kemudian pelabur terus pergi ke Singapore.Pergi Singapore, lepas seminggu, Kerajaan Singapore hantar wakil terus ke kilang kita, tanya nak benda apa lagi, apa yang diperlukan lagi. Jadi, pelabur terus pergi ke Singapore, makna agresif.
Jadi, kita mengambil pelajaran dari situ bahawa kita kena agresif untuk mempromosi barang-barang yang kita nak promosikan terutama silika ini. Jadi, kalau Yang Berhormat tengok, Yang Berhormat Industri tidak ada dalam negeri, maknanya dia buat kerjalahtu. Kalau dia ada dalam negeri makna tidak kerja mana. Jadi, dia akan membawa…
Bukan pergi makan angin Yang Berhormat?Bukan pergi ke luar negeri makan angin, dok?
Untuk maklumanlah, untuk makluman, nampak gaya kena ajak Speaker pergi sama supaya kita dapat buktikan benda itu.
Bertullah ….(Sambil gelak)…
Misalnya kita pergi ke China baru-baru ini….
Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi pihak Kerajaan ada sebut bahawasanya stok silika di Setiu ada 180 hingga 200 tahun. Jadi, kita naklah supaya impak ekonomi itu, ada juga kepada tuan tanah, kalau Silica Valleydibina di tempat lain dan ada kilang-kilang silika yang akan datang, maka saya harap pihak Kerajaan fikirlah kepada Daerah Setiu.
InsyaAllah, kesian pula ke Setiu merayu jer.
Bukan D.O. ke? Bukan D.O. ke?
Bukan D.O., D.O. di Besut kadang, bukan Setiu. Memang kita beri perhatian lebih kepada Setiu sebab di situ deposit yang paling besar. Melewengsikit deh.Tapi, kalau silika ini ada kat mana, dia orang kaborlah.Kalau tepi jalan tengok itu bawah-bawah pokok tak berapa hidup tu, kecil-kecil jer pokok, makna bawah tu silika sebab dia tak boleh hidupterutamanya pokok Gelang, kalau ada kecil-kecil jer tu, silika bawah tu, dok cayer galilah. Ada silika bawah tu.
Tengok pucuk, ke tengok batang, ke pokok?
Itu kena tanya Mad Said, tanya Kijal. Kijal ini nakal juga sebenarnya. Dia nak tunjuk seluar dalam silika dia. Saya kata, pening. Saya minta suruh buat masuk dalam ini tadi.….(Sambil gelak) …..
Teruskan Yang Berhormat, teruskan.
Okey, berkenaan dengan pelabur tadi. Jadi, insyaAllah kita telah mengikuti rombongan bersama MIDA, untuk maklumanlah baru-baru ini saya dan rombongan dihantar Kerajaan Negeri bersama dengan Menteri Perusahaan ke Tokyo, ke Seoul dan patutnya sebelum Dewan ini ada satu mission lagi ke Europe tapi dan dia sangat memerlukan kita untuk bersama dan kita juga memerlukan MIDA untuk bersama kita. Jadi, kita insyaAllah akan dalam masa terdekat ini telah membuat perancangan untuk pergi berjumpa dengan giant players dengan gergasi-gergasi dalam bidang silika yang berada di Taiwan, berada di Nagoya, Jepun dan juga di Perancis. Jadi, insyaAllah saya akan bawa pakar-pakar kita yang berkaitan dengan ini bersama-sama untuk pergi menjemput mereka untuk datang ke Terengganu.
Jadi, itulah yang sedang kita lakukan dan nanti kalau Kerajaan keluar, Kerajaan juga akan membawa players daripada sini. Syarikat-syarikat yang berminat boleh ikut sama, ikut kami untuk mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelaburan. Dan sebagaimana saya maklumkan, dua malam yang lepas syarikat Taiwan telah datang, thegiant players telah datang dan agaknya hampir pasti akan melabur di Negeri Terengganu, insyaAllah. Kita doakan supaya berjaya nanti.
Berkenaan peluang pekerjaan silika ini memang besar. Kalau giant company ni mari, kalau dia buat contohlah syarikat dipanggil mengeluarkan float glass, float glass ini maknanya dia produceglass dia nak tanah manjang, lepas itu
glass diukur-ukur dia potong, potong, potong katanya, katanya saya tak verify lagi, katanya kalau satu productionline sahaja dibuat dan kos pelaburan ialah RM1bilion. Kerajaan untuk satu production line itu 1,000 orang. Bayangkan kalau kita boleh dapat dua tiga company dapat sepuluh line akan kita cepat dapat peluang pekerjaan cuma kilang-kilang ini kalaupun datang dia boleh dibina kilang pertama boleh dibina di TSV ataupun Silica Valley kita itu bermula pada tahun 2020, bukan sekarang, mungkin akhir tahun 2020. Master plan kita sedang rancak diteliti.Maknanya kami seriuslah tentang soal silika ini.
Kemudian ada juga dibangkit oleh Sura, sebenarnya Y.B. Sura membangkitkan tentang soal status Kawasan Industri di Batu 7, sebenarnya soalan yang sama telah dikemukakan pada persidangan yang lepas, 24 Julai yang lepas secara bertulis telah dijawab tetapi tidak puas hati ke macam mana ataupun kesian kawasan itu tidak ada orang yang mari.Untuk makluman dia ada satu kawasan industri di Sura di Dungun dan mengikut rekod yang kita ada sudah ada 21 lot yang kita beri dan sebahagiannya kita telah keluarkan Borang 5A bermakna nak beri ke dia tapi sorang dok bayar. Tiada orang nak tanah itu, dia minta kita keluar Borang 5A suruh bayar tapi tak bayar sehingga sekarang. Dan ada yang minta izin untuk batal, dah tak mahu. Tak tahulah nasib Dungun tak tahu macam mana tak tahu apa tak kena di Dungun.Zaman buat Kawasan Industri Dungun ni masa saya jadi Pengarah UPEN lagi dulu tahun 90-an dulu, untuk buat plastik tapi sampai sekarang tak jadi. Begitulah nasib orang Dungun.
Yang Berhormat Yang di-Pertua mencelah sikit. Jadi sehubungan dengan masalah yang wujud di Kawasan Indusri Batu 7 ini saya kira sudah agak lama sebenarnya dia berada di kawasan Paka Batu 7 ini cuma isu ini saya selalu bawalah.Jadi saya rasa dengan Dasar Kerajaan yang baru khususnya dalam Industri Silika mungkin kita boleh buat industri yang bersifat hiliranlah bagi menghidupkan Kawasan Industri Batu 7 ini agak supaya tidak tinggal nama sahaja. Saya rasa sudah makan masa melebihi 15 tahun dah.Terima kasih.
Terima kasih. Betullah tu, 15 tahun lebih agaknya.Orang dok gi, nok wat gane, orang nok nega, ye takmboh gi kita payah jugak, dia orang ada pilihan untuk gi ke mana-mana. Cuma untuk silika ini kita dah kata kalau nak mari buat di Jambu Bongkok, Jambu Bongkok tu Dungun juga dok, Ke Marang? Dekat-dekat Dungunlah tu. Dungun jugaklah. Kita ganti di Jambu Bongkok. InsyaAllah, dengan 10,000 ekar yang kita kesan, yang kita dedicated untuk silika itu insya Allah banyaklah nanti kilang-kilang yang datang. Hatta ada sebuah syarikat itu, dia kata takpelah, infrastruktur takdok lagi, gas takdok api takdok takpe dia nok masuk juga, dia nak 50 ekar silika. Dia mari kabor gitu betul ke dok tak tahulah kita dok check lagi tapi dia nok segera dia kata. So, benda-benda banyak yang berlaku sekarang ini, insyaAllah dalam penelitian kita.
Tentang, ada satu lagi perkara yang tidak disentuh oleh mana-mana Yang Berhormat dalam Dewan ini tentang portfolio saya ialah tentang, untuk makluman saya ini ditulis panjang selain daripada Industri, Perdagangan, Regional Developmentada satu lagi Kesejahteraan Pentadbiran. Takdok orang nok tanya, nampak sejahtera belaka gamaknya. Tapi saya nak maklumkan sedikitlah bahawa bila Portfolio Sejahteraan ini dia agak makan masa yang panjang untuk melayan kakitangan. Banyak masa terhabis, bukan terhabislah maksud kita kena sebab ramai yang datang mengadu bahawa ada dia kata contoh, saya dah bekerja 24 tahun tapi saya tidak ditawarkan, bukan tidak ditawarkan saya telah minta tiga kali tapi saya tidak dapat jawatan tetap. Orang lain boleh tapi saya tak boleh. Ada 32 orang yang bekerja 24 tahun, 17 tahun, 14 tahun, 10 tahun tidak pernah dapat dan sesetengah itu datang bukan sekadar merayu tetapi menangis, bukan datang ke pejabat saja bahkan gi ke rumah mengadu. Jadi saya tanya pasal apa dok boleh dia kata orang pilih, bukan saya pilih. Orang pilih dan bila saya tanya dia kata, ni jawapan dia, sebab colour, masa tu sebab colour sebab warna. Saya kata oh bakpe nyaknye gitu. Oleh kerana sejahtera, nak suruh sejahtera ini dah ambil tindakan dan alhamdulillah insyaAllah dalam masa yang terdekat ini tahun ini juga insyaAllah akan selesai. 32 orang ini mudah-mudahan ini akan dapat dikekalkan dalam jawatan mereka. Itu sebahagian kecil daripada tentang
kesejahteraan banyak lagi yang saya nak cerita dan saya tidak ada masa panjang, itu boleh tanya masa lainlah tentang kesejahteraan ini mana-mana pegawai yang rasa tidak sejahtera mari jumpa insyaAllah kita bincang. Yang Berhormat pun rasa tak bahagia jumpa Speaker jangan jumpa saya. Jadi saya fikir itu sahaja saya nak sebut hari ini. Terima kasih banyak di atas peluang yang diberi terima kasih di atas kesudian untuk mendengar jawapan-jawapan daripada saya. Wallahuwa’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumusalam warahmatullah.
Terima kasih. Mana-mana yang nak jumpa saya tu bab-bab tertentu jerlah. Bukan semua bab. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jabi untuk membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati yang dihormati sekalian.
Yang pertama, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas keprihatinan dan perhatian yang diberikan kepada sektor pertanian Negeri Terengganu. Peruntukan kepada sektor pertanian Negeri Terengganu dalam Bajet 2019 akan diuruskan berdasarkan kepada Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Tahun 2019 – 2023 dengan peruntukan Bajet bagi tahun yang pertama sebanyak sekitar RM15juta. Untuk makluman Dewan, Pelan Strategik ini suatu pelan bertindak yang dirangka dalam satu bengkel yang mengumpulkan anggota Kerajaan Negeri sebagai pembuat dasar, kita gabungkan dengan pegawai-pegawai lebih 30 agensi dan jabatan yang berada di bawah Portfolio Pertanian Dan Industri Asas Tani. Kita juga undang ahli akademi daripada IPT-IPT, dalam masa yang sama kita gabungkan pengalaman dan kemahiran daripada penggiat dalam bidang pertanian dan industri asas tani yang mewakili individu dan juga yang mewakili syarikat dan kita undang juga veteran-veteran dalam bidang pertanian yang kaya dengan
pengalaman dan asam garam di lapangan dan hasilnya lahirlah satu pelan yang boleh saya istilahkan pelan daripada kita untuk kita.Bukan kita bayar satu konsultan untuk buat pelan kemudian bagi kepada kita tapi kita sendiri buat pelan untuk kita laksanakan. Fokus bagi tahun yang pertama 2019, yang pertama kita fokuskan untuk pemulihan dan memanfaatkan semula segala infrastruktur, kemudahan-kemudahan sektor pertanian yang ada di seluruh negeri yang dibina dengan membelanjakan ratusan juta wang rakyat. Yang kedua, kita nak senaraikan kemaskini dan buat pemutihan kepada rezab-rezab pertanian yang diwartakan dan direzabkan di bawah Seksyen 62 untuk kita manfaatkan penggunaan tanah-tanah rezab secara yang paling optimum.
Yang ketiga, kita nak cari peluang baru dengan memanfaatkan tanah-tanah kosong yang masih ada dan tentu sekali fokus kita ialah untuk memperkaya sumber ekonomi dari segi perikanan, perternakan dan juga pertanian. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini masa untuk kita nak rakyat nak menikmati buah.Masa untuk nak mempamerkan keindahan bunga-bungaan kepada rakyat telah berlalu. Rakyat tak nak dengar lagi bunga dan dalam sektor pertanian kita nak raikan semua sasaran jangan ada pemain yang tercicir daripada industri ini syarikat besar kita raikan tapidalam masa yang sama petani kecil yang berjiwa besar juga kita tidak lupakan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kejayaan program Road to MAHA yang diadakan buat pertama kalinya pada 25 hingga 27 Oktober baru ini. Dengan kehadiran yang melebihi target lebih daripada 50,000 orang dan nilai jualan juga melebihi target sebanyak RM725,000 dalam masa hanya tiga hari memberikan satu isyarat bahawa sektor pertanian Negeri Terengganu masih mempunyai tempat yang kukuh di hati rakyat, ini memberikan satu lonjakan semangat dan perangsang kepada kita bersama. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manir telah menyentuh dengan isu harga komuditi getah dan sawit. Kita tetap dengan pendirian bahawa harga lantai getah scrub adalah perlu pada kadar yang munasabah RM2.20 sekarang adalah terlalu rendah. Penoreh, pekebun kecil hanya mampu beli beras timbang kilo
sekampit beras 5 kilo tu kena buka penoreh beli sekilo-sekilo dengan harga lantai RM2.20 sekarang dan tuntutan masyarakat penoreh untuk mendapatkan harga lantai getah sekitar RM4.00 adalah bertepatan dengan keperluan minima kos kehidupan sekarang. Dan Kerajaan Negeri bersama dengan hasrat pekebun kecil dan juga penoreh dan kita akan terus bincang dan suarakan isu ini kepada Kerajaan Pusat sehinggalah penoreh, pekebun kecil kita mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Manir dan Batu Rakit juga membangkitkan isu bekalan sayur di Negeri Terengganu untuk makluman Dewan, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu sehingga kini telah membangunkan kawasan seluas 303 hektar di bawah satu program yang dinamakan Projek Peningkatan Hasil Sayur-Sayuran melibatkan seramai 400 orang peserta daripada kalangan petani.Dan Kerajaan menyediakan sedikit peruntukan dari segi untuk nak membangunkan kawasan, nak buat kerja-kerja pembersihan menyediakan infrastruktur lading, perolehan bahan input dan jentera dengan kadar maksimum 6,000 bagi setiap hektar, dia tidak banyak tidak besar bagi kita tapi besar bagi rakyat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manir juga menyentuh soal kawal selia, pentingnya soal kawal selia bagi kejayaan sesuatu projek pertanian.Memang benar, bukan setakat kawal selia malah perancangan yang baik pelaksanaan yang tepat disusuli dengan kawal selia sehingga menuai hasil dan pemasaran inilah sebenarnya fokus kita dari segi rantaian pertanian yang dia tidak berhenti sekerat jalan. Yang ini adalah di antara kunci penting kejayaan pelaksanaan sesuatu projek.Suka juga saya maklumkan kepada Dewan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sedikit kejayaan yang telah kita buat dalam tempoh 6 bulan pertama.Yang pertama kita telah berjaya menubuhkan Hub Pemprosesan Dan Pengembangan Cendawan yang pertama di Malaysia bertempat di Kampung Tempinis Besut yang kita rasmikan pada minggu lepas. Yang kedua kita juga telah mengasaskan Makmal Kualiti Madu yang pertama di Pantai Timur hasil daripada kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Universiti Malaysia Terengganu. Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM420,000 untuk melengkapkan makmal ini yang insyaAllah
boleh menjadi satu faktor untuk kita mengangkat lagi Hub Industri Madu Kelulut Dan Madu Lebah kita.Yang ketiga, kita dalam proses akhir untuk menyiapkan Pusat Pemprosesan Susu Kambing berteknologi moden terletak di Kompleks Pengembangan Veterinar di Jenang, Marang dengan kapasiti pemprosesan sekitar 1,000 liter sehari.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kuala Besut, berat satu tukun dasar lembut telah dilabuhkan perairan Kuala Besut pada bulan Julai lalu kira-kira 8.5 tan dengan kos satu bongkah tukun sekitar RM13,000.00 dan diletakkan pada jarak sekitar 4.5 hingga 5 batu nautika daripada pantai.Dengan tukun yang seberat ini dan saiz yang sebesar ini tukun konkrit ini boleh memainkan dua peranan serentak yang pertama sebagai rumah untuk mengumpulkan ikan dan yang kedua sebagai menghalang pencerobohan pukat tunda di kawasan Zon A, zon tangkapan pantai kalau di Jepun tukun konkrit digunakan sebagai sekatan yang menghalang kemasukkan kapal selam, di Kuala Besut tiada kapal selam. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua …..
Mencelah sikit Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Sila.
Berapakah bilangan, berapa biji hok kita letak tukun yang berat 8.5 tan baru ni Exco?
25.
25, okey.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih dan Pengkalan Berangan
menyarankan supaya Kerajaan memanfaatkan sekitar 12,000 hektar tanah terbiar bagi golongan belia menceburi bidang pertanian.Sebelum itu, saya perlu memberikan pencerahan tentang makna tanah terbiar yang dimaksudkan. Tanah yang terbiar yang dimaksudkan ialah tanah milik perseorangan atau milik syarikat yang ada geran dan tidak dimajukan atau diusahakan dalam tempoh tiga tahun. Ini yang dimaksudkan dengan tanah terbiar adapun tanah kerajaan yang masih kosong dikategorikan sebagai tanah terbiar.
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah mengambil beberapa inisiatif untuk memajukan tanah terbiar yang dah ada tuan dengan buat survey di lapangan dan kita jumpa tiga keadaan. Yang pertama bila cari tanah terbiar tuan dia tak dapat dihubungi yang pertama. Yang kedua, tuan dia jumpa, ditemui tapi tuan tak bersedia untuk nak memajukan tanah. Dan yang ketiga, tuan tanah ditemui dan tuan tanah bersedia untuk memajukan tanah yang inilah insyaAllah yang akan kita bantu untuk majukan tanah mereka. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adapun tanah Kerajaan yang kosong boleh dimanfaatkan untuk tujuan pertanian dengan empat cara.Yang pertama tanah Kerajaan dijadikan RTBPertanian.Yang kedua, kita boleh rizabkan wartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, kalau untuk pertanian kita namakan sebagai TKPM (Tanah Kekal Pengeluaran Makanan), untuk penternakan kita namakan padang ragut dan untuk perikanan kita namakan ZIA (Zon Industri Akuakaltur) yang dijaga sebagai pegawai pengawalnya oleh pengarah negeri masing-masing, Pengarah Pertanian, Pengarah Veterinar dan juga Pengarah Perikanan. Dari segi program pertanian untuk generasi muda yang kita namakan Usahawan Agroprenus Muda, pihak Exco Pertanian bersama dengan Pengarah-pengarah Jabatan berkaitan pertanian, veterinar, perikanan, LKIM, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia,kita telah sedang dan akan mengadakan Pogram Jelajah Belia Tani ke DUN-DUN dan ke kampung-kampung. Setakat ni yang telah kita turun dalam Program Taklimat untuk Belia Tani kita ada turun ke Bukit Payong, Batu Buruk, Batu Rakit, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Kuala Berang, Kemasik, Sura, Rantau Abang dan juga di Jabi tempat saya sendiri. Maklumat daripada Jabatan Pertanian
memaklumkan ekoran daripada program jelajah turun padang pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Pengarah-Pengarah Jabatan di bawah pertanian memang terdapat peningkatan sangat ketara dari segi permohonan ekoran dari segi permohonan golongan belia untuk menyertai Program Usahawan Agroprenus Muda, setakat 18 haribulan Oktober seramai 327 orang pemohon yang melibatkan peruntukan RM2.159 juta, RM1.634 juta telah dapat surat lantikan dan mereka ni telah diberikan peruntukan dalam bentuk IKC (In Kind Contribution) dengan izin Tuan Yang di-Pertua. RM0.5252 juta belum dapat surat lantikan yang insyaAllah akan diberikan surat lantikan segera. Dalam masa yang sama mulai tahun depan insyaAllah kita akan manfaatkan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Ucapan Bajet satu Skim Bantuan Dana Tani sebagai sokongan dana dalam bentuk pinjaman tanpa faedah kepada petani-petani, penternak, dan juga yang menceburi sektor perikanan dan industri asas tani.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kegagalan projek-projek pertanian di antara yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Air Putih.Saya sentiasa optimis dan berfikiran positif dan cuba mengelak daripada menggunakan istilah projek gagal, saya lebih suka menggunakan istilah projek yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya, bermakna objektif projek ini telah cukup baik, telah cukup teliti tetapi pelaksanaan dia tidak mencapai objektif. Gagal dengan makna kita tutup buku, projek-projek ini kita tidak ada hasrat untuk tutup buku malah kita bekerja keras dalam usaha untuk nak memulihkan. Dengan izin Dewan, saya senaraikan sedikit dari segi projek-projek yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaan:-TKPM, Taman Kekal Pengeluaran Makanan, tanah yang dirizabkan dan diwartakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan, jumlah keseluruhan 1,203 hektar. Daripada 1,203 hektar, 1,022 hektar kawasan yang boleh bertanam, manakala baki 180 hektar lagi kawasan paya atau diistilahkan sebagai tanah berendam.Dan daripada 1,022 hektar yang bertanam hanyalah 456 hektar, yang tidak bertanam 566 hektar, maknanya yang kosong dan terbiar lebih banyak daripada yang dimanfaatkan.
Rizab padang ragut di seluruh Negeri Terengganu ada 93 Rizab Padang Ragut yang diwartakan bawah Seksyen 62 sebagai Rizab Padang Ragut. Luas kesemua 93 Rizab Padang Ragut ini 4,837 hektar, luas yang dimajukan hanyalah 2,004 hektar sahaja dan ada yang disewa atau dipajakkan kepada pihak ketiga dengan keluasan 783 hektar, baki yang masih kosong ialah 2,832 hektar, sangat luas, macam tak munasabah bila banyak lembu kita berkeliaran di jalan-jalan raya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua adalah disenarai panjang projek-projek yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaan yang dalam tindakan kita untuk pemulihan. Antaranya Projek Kelapa Matag, di Kubang Puyuh di Langkap, Projek Rimbunan Kasih di Rantau Abang, Projek Ternakan Ikan Sungai Comor di Tasik Kenyir dan juga skim pengairan padi di Kampung Jelapang, di Langkap.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jertih menyentuh mengenai FMD, Foot Mouth Disease, penyakit kuku dan mulut. haiwan dia tak ada penyakit tangan, kaki dan mulut, haiwan ada Foot Mouth Disease.Dalam tahun 2017, kes yang dilaporkan di Negeri Terengganu ada 7 kes. 2018 alhamdullilah menurun setakat ini cuma ada 3 kes yang dilaporkan dan ubat pelali bagi Foot Mouth Disease ni sebenarnya diberikan percuma oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya dan daripada Januari 2017 sehinggalah Oktober 2018 sebanyak 27,573 ekor ternakan yang berisiko telah diberikan pelalian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu mewajibkan suntikan vaksin FMD sebanyak dua dos kepada setiap ternakan yang ingin dibawa masuk ke Negeri Terengganu. Ini menjadi SOP bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar.Setakat ini vaksin yang dibekalkan oleh Jabatan Veterinar memang terbukti berkesan untuk menghalang kemasukan virus dan wabak ini daripada Thailand tapi sekiranya ada berlaku insiden wabak ini di kampung-kampung, ia biasanya berpunca daripada kemasukan ternakan luar yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh jabatan. Antaranya kemasukan yang tidak mendapat permit pemindahan dan Jabatan Veterinar memang membuat pemantauan dan kawalan pergerakan di antara daerah
dan negeri bagi mengesan tanda-tanda klinikal wabak ini sebelum dibenarkan keluar daripada musim.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan menyentuh mengenai isu perumahan nelayan di Merchang. Untuk makluman Dewan, projek penempatan semula nelayan bagi tahun 2018 kita fokus dulu untuk bina dan siapkan apa yang telah ada dalam perancangan iaitu Penempatan Semula Nelayan di Benting Lintang di Besut, Penempatan Semula Nelayan di Seberang Penarik di Permaisuri dan yang ketiga di Pulau Sekepeng di Kemaman, kita fokus tiga ini dulu. Satu projek kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan LKIM, Kerajaan Negeri menyediakan tapak dan LKIM akan bina rumah sebanyak 200 unit rumah yang melibatkan kos keseluruhan tapak dan rumah kira-kira RM23 juta. Daerah-daerah lain, Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun insyaAllah destinasi yang selanjutnya selepas daripada kita siapkan yang tiga ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permaisuri jiran saya Jabi, menyentuh berkaitan penternakan ikan di Laguna Setiu, satu-satunya laguna dengan keadaan semulajadi yang paling unik dalam Malaysia. Sebenarnya penternakan ikan air payau di Laguna Setiu dah bermula sejak daripada tahun 80-an lagi dan sekarang terdapat seramai 50 orang pengusaha dengan jumlah petak 1,252 petak sangkar dan spesies utama yang diternak ialah siakap dan juga kerapu hibrid . Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua bagi menjamin kelestarian Laguna Setiu dan juga aktiviti ekonomi dalam bentuk projek penternakan ikan ini, Kerajaan mencadangkan supaya semua pengusaha-pengusaha sangkar ikan tadi dilesenkan dengan Lesen SKL dengan izin, Sistem Kultur Laut dan dipersijilkan di bawah Program Biosecurity Perikanan Malaysia dengan Sijil Malaysia Good Aquaculture Practice atau MyGAP dengan izin.Kalau sekiranya produk kita ini dihantar ke luar negara dengan sijil yang kita ada ini, produk kita layak untuk dieksport ke luar negara dan hal ini bagi kita memastikan apa sahaja aktiviti aquaculture dapat dijalankan secara sistematik tanpa memberi kesan kepada pengairan semulajadi selaras dengan Rancangan Khas Kawasan Tanah Bencah Setiu atau Setiu Wetland dengan izin.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, satu Program Komuniti Tanah Bencah Setiu bersama dengan Exco Pertanian telah diadakan pada 12 Ogos 2018 untuk membincangkan isu-isu berkaitan perancangan masa depan Setiu Wetland yang melibatkan wakil-wakil daripada Kampung Fikri, Kampung Gong Batu, Kampung Mangkuk, Kampung Saujana, Kampung Penarik, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Beris Tok Ku, yang turut sama dihadiri Pejabat Daerah Setiu, wakil JKR, Majlis Daerah Setiu, PETRONAS dan juga PLAN Malaysia Negeri Terengganu dan Laguna Setiu ni sebenarnya termasuk di antara kawasan yang telah digazettekan sebagai Taman Negeri. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang insentif kepada nelayan, petani dan penoreh yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Permaisuri, saya dah minta pegawai untuk tolong rujuk dengan LKIM dan Lembaga Getah Malaysia setakat ini memang belum ada sebarang hitam putih bahawa bantuan nelayan dan penoreh akan dihentikan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus bincang dengan Kerajaan Pusat untuk meneruskan apa jua insentif yang diberikan kepada nelayan dan petani sebelum ini. Alhamdullilah, setakat ini hubungan Negeri dan Pusat dalam semua sektor termasuklah sektor pertanian sangat baik.Kita percaya bukan semua perkara kita perlu selesaikan dengan konfrontasi dan ada banyak perkara yang boleh kita selesaikan dengan senyuman. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kecaknaan kita terhadap nasib petani, penoreh dan nelayan telah lama berlaku sejak daripada kita belum jadi Kerajaan lagi walaupun bukan atas nama Insentif Musim Tengkujuh. Mereka semua ni rakyat kita dan tentunya sekarang atas kapasiti sebagai Kerajaan, pelbagai bantuan kebajikan dapat kita tingkatkan lagi kepada rakyat di saat menghadapi hari-hari sukar seperti di musim tengkujuh melalui ADUN kita, melalui Pegawai Penyelaras DUN, melalui Penghulu-Penghulu kita kepada rakyat yang memerlukan, kepada Allah kita berserah segala urusan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Jabi atas penggulungan tadi. Seterusnya saya menjemput Wakil Bukit Payong, membuat penggulungan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Alhamdulillah hil qaa-il. Tabaa rakallazi bi-yadihil-mulk, wahuwa ‘ala qullisyai-inn qadir. Allazi qhalaqa mautawal hayata liyabluwaqum, ayyuqum ahsanu ‘amala. Wahuwal ‘azizul ghafur. Wassolatu wassalamu’ala rasulillah. Wa’ala alihi wa ashabihi wamanwa lah. Ammaba’. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati, hadirin dan hadirat sekalian. Firman Tuhan yang bermaksud Maha Berkat serta Maha Menguasai segala kelebihan. Tuhan yang padanyalah segala kerajaan dunia dan akhirat, dialah Tuhan yang menguasai segala sesuatu, Tuhan yang mecipta kehidupan dan kematian, untuk menguji siapakah dikalangan kamu yang paling teliti, paling cekap dan paling baik amalannya. Dan Dialah Tuhan yang maha mulia, lagi maha pengampun.
Suka saya mengambil kesempatan daripada sesi penggulungan kali ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang telah memperuntukkan Bajet khususnya di bawah portfolio saya dan meletakkan panduan yang jelas dalam merealisasikan dan menjayakan Bajet 2019, Negeri Berkat Rakyat Sejahtera.
Saya melihat teras yang digariskan sama ada teras yang pertama keberkatan sehingga teras yang keempat, kecekapan merupakan teras dan tunjang yang kukuh yang akan kita capai melalui strategi-strategi yang telah disusun. Sudah tentu lima strategi daripada lapan strategi yang disusun, sangat berkait rapat dengan pembangunan insan dan usaha-usaha bagi menjadikan negeri ini penuh keberkatan. Ia juga selaras dengan ayat yang saya baca pada pendahuluan, bagaimana Tuhan yang maha berkat akan mengurniakan keberkatan dengan kita mengingati dan memiliki kesedaran yang tinggi tentang Islam dan tujuan kita hidup diatas muka bumi ini. Moga-moga hasrat yang besar yang digariskan untuk melahirkan pemimpin, pegawai dan rakyat
yang memenuhi nilai dan budaya yang sangat unggul dan mulia iaitu ubudiyyah, pengabdian diri kepada Allah, mass uliyyah, sifat kebertanggungjawaban, itqal teliti dan cekap, islah pembaikian dan pengurniaan didalam seluruh sistem dan pengamalan, agar semua cita-cita ini akan kita capai dan kita perolehi dengan kerjasama dan ganding, sama kita daripada seluruh lapisan. Dalam menjayakan seluruh cita-cita yang murni ini, sudah tentu Kerajaan Negeri memiliki tanggungjawabnya, pemimpin dan pegawai Kerajaan memerlukan dan ada tanggungjawabnya semua agensi dan jabatan kerajaan dan ada tanggungjawabnya dan rakyat juga memiliki tanggungjawab dalam membangunkan insan sama ada belia, wanita, institusi keluarga dan masyarakat. Dan saya melihat bahawa asas kepada pembangunan insan ialah kesedaran Islam, dan ilmu kerana para ulama pernah menyebut salah seorang ulama yang terkenal Shahnun Aftahturi menyatakan: Maa aasiya Allah hubi maksiyatin.Tidak ada suatu maksiat yang sangat buruk melainkan ‘al-jahnu’ iaitu kejahilan. Di tanya kepada Sheikh apakah kejahilan? Hal ta’rifu asyaddaminhu? Adakah engkau tahu satu maksiat yang lebih dasyat daripada itu.
Katanya: Al-jahlubil jahni. Jahil tentang kejahilan, dia tidak sedar bahawa dia jahil.Oleh kerana itulah kita mengharapkan semua pihak menyambut baik usaha-usaha untuk menyebarkan ilmu, memperluaskan ilmu, mengembangkan ilmu, agar akhirnya masyarakat kita selamat daripada satu maksiat dan selamat daripada kejahilan dan kita berjaya mengurangkan kejahilan ini di dalam masyarakat. InsyaAllah Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memperbanyakkan medan ilmu dan akan meningkatkan peranan masjid, surau dan pendakwah-pendakwah yang ada.
Suka saya ambil peluang dalam ucapan saya untuk memberi respon khusus kepada beberapa Yang Berhormat di samping ulasan saya pada mukadimah tadi sudah cukup untuk menunjukkan respon saya secara umum terhadap keperihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menyebut persoalan kepentingan pembangunan insan dan usaha meningkatkan modal insan ini. Seperti Yang Berhormat Tepoh, Rantau Abang, Bandar, Ajil, Telemong, Bukit Besi, Seberang Takir, Batu Rakit, yang menunjukkan keperihatinannya dan saya ucap terima kasih dengan keperihatinan Yang Berhormat-Yang
Berhormat. Hanya saya akan menyebut secara khusus tentang beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat.
Yang pertama Yang Berhormat Tepoh, yang telah menyebut tentang kepentingan menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah. Dan itulah janji kita, dan insyaAllah kita akan berusaha untuk menunaikan janji tersebut. Hanya diperingkat awal ini kita sedang meneliti dan kita sedang membantu satu pusat Pengajian Tinggi ataupun UniSZA yang sedang mengadakan pusat latihan ini ataupun pusat pemulihan ini yang di namakan Pusat Saadah dan insyaAllah Pusat Saadah ini akan dikembangkan di daerah-daerah lain. Yang menjadi jalan pendahuluan ke arah kita mewujudkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah dalam bentuk satu perkampungan ke arah melahirkan masyarakat yang murni ini, insyaAllah.Di peringkat awal ini kita sedang menyiapkan modul yang lengkap. Kita sedang kenalpasti lokasi yang tepat untuk membina pusat pemulihan ini dan insyaAllah kita juga akan mengadakan latihan-latihan kepada fasilitator-fasilitator yang akan bertanggungjawab dalam menjayakan pusat pemulihan ini. InsyaAllah. Dengan doa semua pihak dan dengan bantuan daripada seluruh agensi Kerajaan yang ada kaitan dan ada usaha untuk memperbaiki dan menyelamatkan penyakit ummah ini seperti AADK, UniSZA, PEMADAM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan agensi-agensi lain yang terlibat untuk menyelesaikan penyakit ini, saya ucap terima kasih. InsyaAllah, janji ini akan kita tunaikan dan kita akan laksanakan.
Saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tepoh yang cuba untuk menjawab dan memurnikan ada usaha-usaha untuk memburukkan Kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu dengan menggambarkan seolah-olah Negeri Terengganu ini sangat ramai penagih dadahnya. Sedangkan statistik client berdaftar mengikut negeri, Negeri Terenganu adalah yang ke-11. Yang pertama Johor, yang kedua Kedah, yang ketiga Kelantan, yang keempat Melaka, tersorot kedudukan Negeri Terengganu pada sudut client berdaftar mengikut Negeri Terengganu yang ke-11. Demikianlah, kita melihat sebenarnya persoalan ini tidak boleh dipolitikkan dan persoalan ini sewajarnya bukan menjadi ruang untuk memburukkan mana-mana negeri tetapi ia
sebenarnya menjadi tanggungjawab bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi Kerajaan Pusat, bukan sahaja Kerajaan, media-media dan semua pihak bagi menyelesaikan penyakit ini. Jumlah penagih yang dikesan mengikut negeri, yang pertama Pulau Pinang, yang kedua Selangor, yang ketiga Kedah dan seterusnya. Ada senarai nama yang sepatutnya kita tidak mahu memburukkan mana-mana negeri tetapi penyakit ini menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelesaikan.
Yang kedua, persoalan yang berkait dengan pembinaan baru masjid.Yang pertama yang ditimbulkan dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Kuala Besut mengenai Masjid Gong Surau, Pengkalan Nangka, Kuala Besut. InsyaAllah, dalam Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Projek-projek Masjid Baharu diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, 1 Oktober 2018 telah bersetuju agar masjid ini diberi keutamaan untuk dibina pada tahun 2019, InsyaAllah.….[Tepukan Sokongan]….Adapun pembinaan baharu Masjid Alur Lintah, Jertih, Besut, ada isu yang berbangkit dan saya rasa itu, ini diketahui oleh ADUN Jertih. ADUN Jertih takdok, tak payah jawablah dok. ADUN Jertih takdok ni.
Kita terus kepada Masjid Kampung Mengabang Lekor, DUN Batu Rakit. Masjid ini InsyaAllah, Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang telah bermesyuarat 6 Disember 2016 telah lalu, meluluskan permohonan membina masjid baharu Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus. Kos yang terlibat jangkaannya RM5 juta telah diangkat kepada UPEN dan InsyaAllah kita tunggu tindakan selanjutnya, insyaAllah.
Adapun persoalan yang ditimbulkan yang terakhir oleh Yang Berhormat Batu Burok yang saya melihat itulah kehendak kita dan itulah hasrat kita akhirnya kita cadangkan dalam bajet kali ini dan disambut dan diluluskan, InsyaAllah, Akademi DU’AT Terengganu.Akademi ini tujuannya untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan Imam, Bilal dan semua pendakwah.Ia juga untuk melahirkan ulama yang fiqh kontemporari, yang InsyaAllah sekaligus ia akan membantu menyuburkan peranan Taman Tamadun Islam, insyaAllah.
Saya mengharapkan cita-cita ini akan tercapai dengan doa daripada seluruh yang hadir pada hari ini. Saya rasa cukuplah sekadar itu bagi mengulas persoalan-persoalan yang timbul, moga insyaAllah segala usaha ini akan dibantu oleh Allah dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak. Saya menyokong Bajet kali ini. Wassalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Walaikumussalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bukit Payong. Seterusnya saya menjemput Wakil Bukit Tunggal bagi membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin.Wabihii nastain.Wassalatu wassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin. Wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Rabisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qauli.
Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Dihormati dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada back benchers dan rakan-rakan daripada kira-kira, penegur yang positif. Dok ketinggalan ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan dan seluruh para Pemerhati yang dikasihi sekalian.
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua beri kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahas dan juga membuat penggulungan pihak Kerajaan tentang Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas Ucapan Bajet yang begitu komprehensif yang mencakupi boleh kata semua sektor lapisan masyarakat akan mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih juga kerana di bawah portfolio saya, Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar telah diberikan peruntukan sejumlah RM290 juta yang pecahannya bawah Pihak Berkuasa Tempatan RM230 juta, Perumahan RM50 juta dan Kesihatan sejumlah RM17 juta. Terima kasih semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai sebenarnya berminat ataupun yang ambil cakna tentang portfolio yang saya pegang ini. Antaranya ialah daripada Kuala Besut, Air Putih, daripada Bandar, Jertih, Sura, Batu Rakit, Permaisuri, Seberang Takir dan Batu Burok. Sembilan Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya ini.Untuk respons kepada ucapan-ucapan tersebut, saya lebih suka pergi mengikut isu, tidak mengikut Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ada isu-isu yang ditimbulkan oleh lebih dari seorang Ahli Yang Berhormat.
Yang pertama yang berkaitan dengan Pengecualian Cukai Pintu. Tahniah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu bawah pimpinan PAS yang telah mengotakan janjinya dalam Manifesto PRU-14 untuk memberi Pengecualian Cukai Pintu Rumah Kediaman kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu. Menjadi sedikit kebimbangan daripada Wakil Seberang Takir, bimbang kalau-kalau tidak dikutip Cukai Pintu Rumah Kediaman ini akan menjejaskan perkhidmatan pengangkutan sampah, bersih kawasan dan keceriaan bandar-bandar kita. Kerajaan kita sangat prihatin atas perkara ini. Kita tidak membiarkan Pihak Berkuasa Tempatan ini terkapai-kapai kekurangan hasil yang kita kira setiap tahun akan kehilangan RM14,636,606.19 sekiranya Cukai Pintu ini tidak dikutip. Begitulah kita tengok begitu besar peruntukan yang peruntukan dibawah PBT ini sejumlah RM230 juta.Diantaranya adalah juga untuk menampung ke atas defisit ataupun kehilangan hasil yang dialami oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang sedia ada seperti hari ini dapat diteruskan dengan sebaik-baiknya. Kita ucapkan tahniahlah kepada beberapa PBT Negeri Terengganu yang telah mendapat suatu penarafan yang saya kira sangat dibanggakan dan boleh dibanggakan yang dibuat penarafan dibawah MURNInets (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network on Sustainable Development) bagi tahun 2017. Antaranya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mencapai indeks kemampanan ataupun kelestarian 93%.Takdok orang nok tepuk ke 93% ini cemerlanglah, Datuk Bandar pun ada. Seterusnya Majlis Perbandaran Dungun, 92% …. (Tepukan sokongan)….. Majlis Bandaraya Kemaman 81%, Majlis Daerah Setiu, 84%, Marang 80%, cuma daerah dua lagi niinsyaAllah boleh diusaha untuk ditingkatkan iaitu Besut 74%, dan Hulu Terengganu 72%. Pah belaka, bukan kata dok lulus, cuma ada tinggi rendah, biasalah. InsyaAllah, harap-harap tahun ini, semua akan dapat markah, markah 92% ke atas semua insyaAllah belaka, kita doalah.
Yang kedua, berkaitan dengan Wad Kelas Tiga Percuma yang disuarakan oleh Sura dan Bukit Besi. Alhamdulillah, dalam buku Bajet pun ada disebutkan bahawa untuk kesihatan ini telah diberikan peruntukan sebanyak RM17 juta dan untuk menampung, WadKelas Tiga Percuma di hospital-hospital Kerajaan ini kita menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta.Mengikut rekod kita, kutipan daripada hospital-hospital seluruh Negeri Terengganu, hospitalKerajaan untukWad Kelas Tiga, tahun lepas berjumlah RM3,600,077,167.49 sen sahaja. Maka peruntukan yang diberi itu agaklah cukup lumayan. Dok abih dok apa tapi takut dok cukup jadi kita bagi RM5 juta. InsyaAllah lepas ni, pihak Kementerian Kesihatan Hospital, untuk Negeri
Terengganu takdok tunggakanlah sebab semua akan dilunaskan oleh pihak Kerajaan Negeri. Ni suatu sumbangan besar.…..(Tepukan sokongan)….. Dia dahlah sakit pergi hospital, dah sakit kalau Yang Berhormat Kerajaan bayar,kalau kerja buruh, gaji tak masuk charge hospital lagi kena, kita bagi dia percuma lagi, insyaAllah. Tapi janganlah sakit ramai-ramai susah nanti. Bukan nak menggalakkan sakit ni, cuma kita nak bantu orang yang dah ditakdirkan sakit apakan daya.
Yang seterusnya, ditimbulkan juga berkaitan dengan Kad Sejahtera, ini satu lagi yang di timbulkan oleh Sura dan juga saya rasa Bukit Besi ada kaitan juga sikit-sikit. Antara Manifesto PAS dan juga keprihatinan kita, memandangkan Negeri Terengganu ni waiting time dengan izin, waktu menunggu di Klinik-klinik Kerajaan dan juga di hospital out patient pesakit luar sangat panjang. Dan boleh dikatakan overload melebihi kemampuan menampung di premis-premis kesihatan yang ada di Negeri Terengganu. Maka dengan itu, kita membuat suatu kaedah bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah ini, khususnya yang kita kira mungkin akan mencecah sampai 20,000 keluarga yang akan dapat manfaat daripada sistem Kad Sejahtera ini, untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta private clinic yang ada di merata di seluruh Negeri Terengganu. Dengan nilaian RM500 satu keluarga, dan dia pergi dengan klinik swasta yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebagai panel, dia akan dapat percuma, sehingga habislah dengan nilai RM500 kalau sakit lebih pada tu, itu insyaAllah boleh ikhtiar dengan cara lainlah pulok, kalau boleh nak mintak dengan Yang Berhormat pun boleh juga. Jadi itu antara kita menyelesaikan masalah overload di Hospital Kerajaan di Klinik- klinik Kerajaan dan jugak yang dikatakan penjelmaan semula Klinik 1Malaysia ini. Jadi, jangan bimbang Bukit Besi bimbang, Klinik 1Malaysia di Dungun akan ditutup, sebuah sahaja di Terengganu akan ditutup tapi akan ada penjelmaan semula, tapi insyaAllah dengan terlaksananya Kad Sejahtera ini masalah ini saya yakin akan dapat diselesaikan. Ini satu manfaat yang besar oleh rakyat Negeri Terengganu khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Ini kita peruntukkan RM12 juta. Saya kira RM20,000 tu hanya perlu RM10 juta, tapi lebih sikit peruntukan untuk memastikan bahawa tidak ada nanti yang tercicir, yang terabai untuk mendapat kemudahan yang dijanjikan atau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman ini di bawah pimpinan PAS. InsyaAllah.
Seterusnya hari ni, terlalu ramai peminat, dan saya pun rasa-rasa berderai air mata, ramai Wakil Rakyat yang menimbulkan isu Rumah Mampu Milik, memang ramai yang memohon Rumah Mampu Milik ini, saya pun hari-hari didatangani bila nak dapat
rumah dan sebagainya. Oleh itu, ramai Yang Berhormat menimbulkan isu ini antara Besut, Kuala Besut, Air Putih, Bandar, Jertih, Sura, Batu Rakit dan Permaisuri. Permohonan yang kita ada sekarang, maaflah tapi permohonan ini tidak semestinya, mereka tidak ada rumah, kadang-kadang yang ada rumah ini mohon jugak itu macam-macamlah.Kita ada permohonan seluruh Negeri Terengganu, sehingga ke hari ini, adalah berjumlah… nak cari kejap,haa… sini ada, jangan bimbang, 126,899 permohonan Rumah Mampu Milik ramai dan yang telah mendapat ada tawaran 10,030 orang sahaja. Tetapi, mengikut…saya jawab selalu soalan, ada soalan yang ditimbulkan oleh Batu Rakit rasanya.Mengikut Bancian Penduduk Negeri Terengganu yang benar-benar tidak memiliki rumah di Negeri Terengganu ialah 31,983 orang sahaja. Jadi, kita dalam perangkaan kita ini, dalam jangkaan saya dalam rancangan, dibawah Rumah Mampu Milik Terengganu ini, kita mencadangkan untuk tempoh satu penggal ini, 20,000 buah rumah. Dan alhamdulillah saya dah jawab tadi panjang tentang Rumah Mampu Milik tadi, kita jangka untuk tahun depan kita boleh kick off lebih kurang 5,000 unit. Jadi cukup tahun cukuplah 20,000, itu schedule ataupun jadual pelaksanaan yang sedang kita rancang. Harapnya apa yang kita rancang ini, akan menjadi sebagaimana yang kita harapkan. Biar takdir bersama dengan harapan kita.InsyaAllah.
Yang rumah tarik balik tu? …(Dengan nada perlahan) ….
Ada.
Yang rumah tarik balik kemudian sikit. Yang kelima, ada dah rumah tarik balik ni, jangan bimbang. Yang Berhormat Paka bimbang, bising rumah ditarik balik ni nak jawab doh? Saya jawab insyaAllah, rumah yang dibatalkan sewaan, yang ditimbulkan oleh Kuala Besut dan Seberang Takir, sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat semua, saya mendapat maklumat daripada SEDC sendiri sekarang ni ada 55 buah rumah yang dalam proses untuk kita tamat sewa dengan berbagai-bagai kesalahan. Suka saya jelaskan disini bahawa dalam Jawatankuasa Penimbang Rayuan ini, kita proses bila dah ada aduan daripada bawah saya, samaada MPKK ataupun jiran-jiran. Orang yang di taman itu mendakwa rumah itu kosong dan terbiar, dan juga siasatan oleh pegawai kita. Saya yakin pegawai kita ni tidak ada bias, tidak ada pilih kasih, mana-mana parti politik sebab apabila dibentangkan kepada jawatankuasa
tidak boleh timbulpun soal colour hijau, biru ke, oren ke, takdok, diberi fakta mengikut apa yang berlaku di bawah sana. Diberi tempoh sebulan untuk buat rayuan, sebulan takdok rayuan, akan baru dikeluarkan notis 14 hari untuk serahkan kunci, ruang diberi begitu luas. Tapi orang kita ni kadang-kadang ma’ngal, masa diberi tempoh untuk buat rayuan, dia tak buat rayuan dah sampai notis serah kunci barulah sibuk-sibuk cari Yang Berhormat, cari Exco Perumahan, cari Yang Berhormat Kawasan, baru nak buat rayuan. Jadi, ini satu masalah, ni saya beri contoh antara perkara-perkara yang menyebabkan ditamatkan sebagai makluman di sini. Ada rumah tu dah dua tahun diserah kunci, bacaan air, meter TNB hanya 5 unit, bacaan air 134 unit, ni kalau duduk takkanlah setahun api tak luak, api tak bergerak, meter air pun tak bergerak, kalau manusia memanglah mandi dan guna elektrik, kalau jin saya tak tahulah, haa…. Tapi kalau manusia pasti guna. Ini antara hujah yang kemas dan diperhati kawasan rumah tu penuh dengan tahi kucing, semak samun, lalang, tak terurus, tak terjaga hingga jiran sebelah pun, merepek mengadu, apa ni rumah ni busuk bau dan sebagainya. Nak kata tiada orang, ada orang, bila ada orang mana orangnya. Ni timbulnya aduan-aduan kepada kita, jadi itulah pegawai-pegawai kita buat siasatan. Ada yang tak pernah duduk dari awal sampai akhir, meter air, meter api pun tak pasang lagi. Sewa pun tak bayar, sedangkan yang memohon beratus ribu, 126,000 mohon. Bayangkan kita diberi peluang, kita abaikan sedangkan kawan-kawan kita, yang menunggu duduk rumah sewa, ramai lagi.Disinilah kita kena fikir siapa yang zalim siapasebenarnya. Maknanya dia dok duduk sudah semestinya dia ada tempat lain nak duduk, tapi kawan kita yang lain beratus ribu memohon tu memang takdok, takdok rumah langsung. Satu keluarga duduk tiga satu rumah,duduk tiga keluarga, empat keluarga. Jadi inilah hak jawatankuasa terpaksa menimbang sama ada nak bertindak, orang kata kita zalim tetapi kalau kita tak bertindak apa hal yang memohon beratus ribu lagi ni. Ini perkara yang kita perlu rasional dalam menentukan sesuatu jangan duk tengok yang terlibat, yang lain mana macam mana?Kita jaga rakyat seluruh Negeri Terengganu bukan dia jer. Walau bagaimanapun atas dasar prihatin kita, marilah jumpa kita buat rayuan. Mana yang layak ditimbang rayuan kita akan timbang. Kita tidak akan menzalimi dengan sesiapa. Disebut tadi kita
buat tindakan tidak bergantung kepada sokongan parti politik, mana-mana yang tidak ada dalam pertimbangan kita tidak timbul soal itu. Yang seterusnya berkaitan dengan cadangan daripada Batu Burok penggunaan teknologi 3D printed home atau printed house, ini teknologi terkini yang terbaru. Setakat ini untuk Negeri Terengganu kita sedang monitor ataupun memberi membuat percubaan tentang Industrialized Building System dengan izin ataupun IBS di Mak Kemas sekarang ni dalam 50 unit. Janjinya IBS ni boleh siap dalam masa 120 hari, tapi malanglah Mak Kemas ni dah setahun lebih dah tak siap lagi. Itu yang pertama yang kita buat IBS untuk Rumah Mampu Milik di Mak Kemas, Bukit Payong,kawasan Yang Berhormat Bukit Payong dan insyaAllah setakat ini belum ada lagi syarikat-syarikat daripada yang nak mengemukakan proposal tentangteknologi 3D printed house ini, belum ada lagi. Kalau ada insyaAllah kita akan pertimbangkan. Yang ketujuh ini, Jertih ada?Jertih ada timbulkan masalah Jertih Square dan ada soalan untuk besok. Saya ingat kita jawab besoklah sebab hari ni dia takdok. Kalau soalan dia naik saya akan jawab pasal Jertih Square. Yang kelapan tentang Medical Tourism ditimbulkan Seberang Takir. Alhamdulillah sebagaimana disebutkan oleh Wakil Seberang Takir memang baru-baru ini sebuah hospital di Taiwan telah datang untuk buat suatu kerjasama dengan KTS untuk menjadikan kita sebagai sebahagian daripada err..apa yang dipanggil tu Medical Tourismdan kita dalam proses untuk buat suatu kerjasama yang baiklah. Ini satu perkara yang cukup-cukup menariklah bila KTS kita pun dalam keadaan yang begitu baik dan dengan Permai Hotel pun dekat di situ.Insya Allah,ini kita akan usahakan supaya berjayalah insya Allah, Seberang Takir. Terima kasih.
Berkenaan dengan Pusat Rehab Dan Hemodialisis yang disebutkan Seberang Takir.Saya dah beberapa kali berbincang dengan Pengarah Kesihatan dan juga dengan Menteri sendiri berkaitan dengan kedudukan khususnya kakitangan sebab Kerajaan Negeri memang tidak ada kakitangan Kesihatan.Kakitangan Kesihatan ini mesti datang daripada Kementerian
Kesihatan tapi mereka juga mempunyai bilangan kakitangan yang tidak mencukupi. Ini saya pun insya Allah akan buat appointment untuk jumpa dengan Menteri lagi kerana katanyalah mengikut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, hemodialisis yang dikendalikan oleh swasta ini dari segi…. minta maaflah sayapun nak sebutpun rasa tidak sedap juga.Dari segi kualitinya memang tidak setanding jauh daripada yang dikendalikan secara langsung oleh Kementerian Kesihatan sendiri kerana staff dia terlatih dan dia memonitor dengan baik. Sebab itulah saya walau bagaimanapun desak. Infra, Kerajaan Negeri boleh sediakan, utiliti kita boleh sediakan tapi kakitangan kita mohon sungguh supaya Kerajaan Pusat sediakan kakitangan kerana kita mahu sesuatu yang kita buat yang terbaik yang mempunyai suatu kepuasan dan juga natijahnya biarlah orang panggil apa tu, setelah kita life spend, jangka hayat tu biar sampai maksimumlah. Kalau kita ke swasta ni banyak masalah timbul, because infection, jangkitan kuman dan sebagainya, yang ini memang banyak berlaku di yang dikendalikan pihak swasta.Saya masih lagi berunding dan akan terus berunding dengan Kementerian Kesihatan supaya biar kakitangan itu kakitangan yang berkelulusan, yang lain-lain Kerajaan Negeri boleh uruskan dan memang kita tidak berhasrat untuk menutup Pusat-pusat Hemodialis dan Pusat Rehab yang ada di Terengganu.
Mohon saya mencelah Yang Berhormat Bukit Tunggal.
Silakan, Seberang Takir.
Yang Berhormat Bukit Tunggal, kalau bolehlah saya mohon supaya boleh diteruskan dengan kaedah dan cara yang kita laksanakan sebelum ini iaitu yang pertama sekali sebahagian ada yang menjadi ketua pada yang menguruskan hemodialisis ini adalah daripada Kementerian Kesihatan, dia ada staff nurse di situ.Cuma yang lain tu yang kita ambil daripada background medical yang ambil nursing dan sebagainya kita ambil dan dibayar secara kontraklah melalui Kerajaan Negeri. Jadi eloklah
kalau staf-staf atau pegawai-pegawai atau pun kakitangan yang sebegini dapat diberi latihan mungkin dibuat melalui Kementerian Kesihatan, tidak secara langsung kita dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Terengganu kita.Begitu juga kepada Pusat Rehabilitasi di Seberang Takir, dan sekarang ini Pusat Rehabilitasi Seberang Takir sepenuhnya adalah ditanggung sebahagiannya daripada peruntukan Kerajaan Negeri kerana sebelum ini kita ada menyediakan peruntukan sebab untuk pembiayaan kakitangan dan sebagainya. Dari segi bangunan tidak payah bayar sewa dah, kita bagi free cuma kegunaan dari segi peralatan untuk pengurusan dan sebagainya. Jadi saya mohonlah di sini supaya Pusat Rehabilitasi Seberang Takir juga agar dapat diberi peruntukan sebagaimana sebelum ini kerana perkhidmatan yang kita beri adalah secara percuma dan sekarang ini dari segi apa ni pesakit kita pun dah mencapai hampir 2,000 orang sekarang.Jadi saya haraplah perkara ini dapat diberi pertimbangan oleh Kerajaan.Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal.
Terima kasih, terima kasih, Seberang Takir.
Alhamdulillah, insyaAllah cadangan itu kita akan pertimbangkan dan saya dah kata tadi saya akan dari segi kualiti dia saya akan bincangkan dengan Kementerian Kesihatan supaya yalah Menteri Kesihatan pun bukan orang lain, Dr. Zul pun jadi rakan lama kita, jadi kita bincang, insyaAllah. Semoga berjayalah kita doa, insya Allah.
Yang kesepuluh berkaitan dengan balairaya. Seingat-ingat saya Seberang Takir sebut Balai Raya Kampung Jati kan? Yes, haa…. betul. Sebenarnya berkait dengan Balai Raya Kampung Jati ni, MPKK kita hanya ambil alih pada 22 November 2018. Jadi proses pengambilalihan ini sedang dibuat penyusunan semula dan juga pembaikan mana-mana yang rosak. Sementara itu, pemain ping pong yang ada ini dia boleh gunakan Dewan Sivik yang berdekatan dengan balairaya.Ini di kampung sebelah saja, dekat saja, tak jauh mana. Dan insyaAllah, selepas selesai semua penyusunan ini kita akan tengoklah apa keputusannya bagi nak buat bersepadu, ada kelas fardhu ain, kelas masakan dan sebagainya dan bila masa pula untuk digunakan untuk
main ping pong, bukan 24 jam main ping pong pun. Ini akan diuruskan oleh MPKK, insyaAllah. Saya rasa untuk rumah yang takdok saya jawab nanti deh, bilangan rumah daripada Bancian Penduduk dan juga permohonan yang kita terima.Itu dah menjawab soalan daripada Batu Rakit.Terima kasih. Saya rasa sekadar itulah respon saya tentang perkara-perkara yang ditimbulkan berkaitan dengan portfolio saya, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih yang sudi mendengar.Wabillahitaufik wal hidayah.Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Bukit Tunggal.Seterusnya saya mempersilakan Wakil Paka untuk membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wassalatu wassalamu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi waashabihi wamantabi ahum bi-ihsaani ila yaumiddin. Ammaba’.
Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sahabat-sahabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, Pemerhati dan seluruh hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Pertamanya,alhamdulillah kita memanjat syukur kepada Allah Ta’ala kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama meneliti Bajet yang dibentangkan buat pertama kali oleh Kerajaan pimpinan PAS yang bertemakan “Negeri Berkat Rakyat Sejahtera”. Dan inilah hasrat kita moga-moga bukan hanya negeri tu maju tetapi juga mendapat keberkatan dan juga kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat dan insyaAllah akan membawa negeri yang aman, tenteram dan juga rakyat yang beriman.
Alhamdullilah Bajet yang dibentangkan sebagaimana kita sedia maklum sebahagian besar masih lagi bergantung kepada sumber royalti dan kita sedia maklum bahawa isu royalti ini berpanjangan sejak tahun 1999 sehingga 2004. Dahulu Perdana Menteri yang sama kita hanya sempat sebahagian kecil merasai royalti pada tahun 1999, tahun 2000, dan kemudian diterik royalti sebagai satu balasan terhadap sebuah negara demokrasi yang rakyat diberi pilihan mengundi dan memilih Parti PAS untuk memerintah Terengganu.Dan kita harap untuk kali ini peristiwa ini tidak berulanglah sebagaimana janji-janji manifesto yang berlaku.Tetapi dari segi jangka panjang kerana itulah pimpinan sepatutnya mengambilkira mungkin apa yang kita buat hari ini kesannya kita tidak nampak tapi selepas kita mati berpuluh tahun barulah timbul kesan. Inilah akibatnya apabila isu royalti ini dicadangkan oleh pemimpin Negeri Terengganu sendiri supaya menarik sebagai hukuman kerana rakyat tidak memilih parti mereka pada tahun 1999-2004 dahulu dan kesannya hari ini akibatnya berpuluh tahun nama kita dicatat dan diingati oleh generasi rakyat.
Syaroh ke jawab ni?
Sama jer.
Yang Berhormat, bagi peluang, bagi peluang.
Giliran Exco bercakap ni. Nak tanya takdok masalah ada soalan?
Takdok soalan tapi nampak macam syaroh pulok.
Dok, sama jer bersyaroh.
Takdok hal, kita nak jawapan, bukan nak soalan, nak jawapan.
Kita sebut bab royalti ni.
Baru panas enjin ni Yang Berhormat,dengar, dengar dulu.
Bila dibentangkan, maka hak semua Dewan ni untuk bercakaplah.
Beri peluang kita bercakap pula.
Panas telinga, panas di telinga.
Sabor, takmboh balloh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, begitu juga kita tahun 2004 tu mengambil keputusan untuk membawa isu ini ke mahkamah supaya mahkamah menentukan dengan jelas hak rakyat Terengganu sebagaimana tercatat dalam perjanjian 1974 yang secara jelas 5% tu merupakan royalti yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri yang perlu masuk ke akaun Wang Yang Disatukan. Jadi seolah-olah kita pulapergi minta sedekah sedangkan 5% itu merupakan hak Kerajaan dan juga rakyat Negeri Terengganu.Tetapi yalah belum kita tahu keputusan mahkamah, jadi pihak Kerajaan Negeri dah tarik balik walaupun kita pernah buat pertemuan memberi penjelasan supaya jangan tarik isu ini di mahkamah supaya kita tahu mahkamah buat keputusan berdasarkan apa yang ada dokumen yang ada, orang-orang yang pernah orang panggil membentangkan Enakmen tersebut masih hidup, Menteri masih hidup, bekas Ketua Hakim masih hidup supaya diberi penerangan sejelas jelasnya dan
dibuat penghakiman yang sewajarnya berkait dengan hak itu.Tapi itu yang telah berlalulah apapun insyaAllah kita harap Negeri Terengganu ni terus jalan maju dan rakyat tidak menjadi mangsa InsyaAllah.
Negeri Terengganu Darul Iman ini juga mempunyai sejarah bukan hanya pertemuan Batu Bersurat 700 tahun lalu yang menyamai hampir menyamai Kerajaan Andalusia 700 tahun tetapi jatuh dan tumbang dibawah Kerajaan Hamro’ tetapi Terengganu alhamdullilah tok nenek kita dahulu sehingga sekarang masih lagi menjadikan Islam sebagai agama yang berdaulat.Dan alhamdullilah pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk mengingat kita kembali isu ataupun peristiwa dan juga seminar program mendedahkan kepada rakyat dan masyarakat iaitu berkait dengan Itqanul Muluk bi Ta’dil As-Sulukdengan apa Bajet yang dikhususkan supaya generasi kita ni mengetahui di mana itulah merupakan catatan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang secara jelas sejak1911 mencatatkan bahawa Negeri Terengganu merupakan Negeri Melayu Islam dan telah mewartakan pelaksanaan Syariah Undang-Undang Syariah Islam. Saya juga mengucapkan jazakumullah, terima kasih kepada Menteri Besar dan juga selaku Kerajaan yang telah meluluskan peruntukan RM11.5 juta bagi kearah pelaksanaan Syariah di Negeri Terengganu Darul Iman. InsyaAllah rakyat Terengganu ini mempunyai susur galur dan sejarah yang kukuh berkait dengan pelaksanaan Syariah dan kita sedia maklum apa yang tercatat di Batu Bersurat itu bukan hanya sekadar catatan tapi juga dipraktik dan dilaksanakan di Negeri Terengganu tapi selepas merdeka sehinggalah ke hari ini kita hanya membaca sejarah tidak dapat lagi melihat praktikalnya.Dan ada usaha-usahauntuk kita laksanakan apabila mengharapkan Kerajaan yang lalu meluluskan RUU 355 tapi tidak berlaku sehinggalah Kerajaan itu tumbang, jatuh dan diganti dengan Kerajaan lain.Kita tak berapa nampak RUU 355 ini bakal diluluskan dengan komposisi yang ada dalam Parlimen hari ini. Jadi kesempatan peluang yang lalu itu telah berlalu apa pun: Maa la yadrokul kulluq La yadroku kulluq.Apa yang kamu tidak boleh buat semua maka kita dok tinggal, kita buatlah semampu yang ada.Dan alhamdullilah, pihak Kerajaan Negeri memberi sokongan sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan apa yang termasuk dalam bidang kuasanya yang ada untuk melaksanakan
Undang-Undang Syariah yang sedia ada.Walaupun timbul isu dan sebagai insyaAllah kita akan merancakkan lagi penerangan, seminar dan sebagainya supaya rakyat menyedari bahawa Peraturan Undang-undang Syariah itu lebih adil dibanding dengan Undang-Undang Sivil yang sedia ada.Dan insyaAllah peruntukan ini akan manfaatkan bag memberi penerangan, penjelasan ke setiap peringkat dan insyaAllah kita mengharapkan ini akan meletakkan Negeri Terengganu untuk meraih keberkatan atas keyakinan dan kepercayaan kita kepada Syariah yang diturunkan oleh Allah Subahanahu Wata’ala.Jadi kita bukan hanya membaca Al-Quran tapi adalah untuk melaksanakan apa yangdiperintahkan oleh Allah Subahanahu Wata’ala dan insyaAllah ini merupakan ciri-ciri dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah Subahanahu Wata’ala.
Dan ada beberapa perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ramai yang menyentuh Tepoh, Rantau Abang, Pengkalan Berangan, Batu Rakit, Permaisuri, Seberang Takir, Batu Burok dan sebagainya terima kasih kerana memberi pandangan dan sebagainya menyentuh tentang apa berkait dengan pendidikan. Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih daripada RM106 juta untuk pendidikan bagi tahun 1999 ini dan saya rasa semua ni masuk dalam makluman kita tapi ada beberapa perkara yang ingin saya beri penjelasanlah.Yang pertamanya,RM1.1 juta untuk Takmim Hadhari.Setengah negara seperti di Mesir,di Jordan mereka melaksanakan disebut Takmim Usrah supaya masyarakat kita tak salah fahamlah sebenarnya ini merupakan yang berkait dengan Mahkamah Syariah apa-apa dari kalangan mereka yang diputuskan Mahkamah Syariah yang melibatkan kekeluargaan, penceraian dan sebagainyadalam tempoh waktu tertentu kadang-kadang ibu bapa ini tidak menunaikan nafkah kepada anak. Jadi tabung ini akan diambil, digunakan untuk membantu isteri untuk menunaikan nafkah itu. Ini bukan bermakna pihak lelaki boleh lari daripada membayar tuntutan nafkah itu. Ini sementara dalam proses mahkamah, apa dan sebagainya supaya tidak membebankan kepada isteri dan juga anak-anak tersebut. Mungkin kita akan bentang balik perjalanan ataupun beberapa kaedah antaranya insurans apa kepada bakal suami supaya berlaku kes-kes seperti ini, ada orang panggil hak yang
ditunaikan secara langsung dan si isteri serta anak-anak yang apa yang dicerai itu tidak orang panggil menjadi mangsa kepada penceraian. Juga Pusat Rehabilisasi untuk akhlak dan akidah, dia tidak sama dengan Pusat Pemulihan Dadah ataupun Pusat Pemulihan Akhlak biasa, tapi ia melibatkan Mahkamah Syariah yang diputuskan penghakiman melibatkan orang panggil dihukum pertahanan yang kurang daripada 6 bulan. Biasanya kita tumpang di Selangor, jadi pusat-pusat mereka ini pun mungkin dah penuh dan kita perlu membuat Pusat kita sendiri, tidak dicampurkan dengan penjara biasa dan sebagainya kerana mereka merupakan pelaku jenayah syariah sahaja. Jadi insyaAllah, di pusat-pusat ini akan ada program-program untuk memberi kesedaran, pendidikan, tarbiah dan sebagainya insyaAllah dan pihak Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM10 juta dan insyaAllah pusat kita ini akan kita tentukan tempat dia dan insyaAllah akan dapat beri manfaat dan juga memberi kemudahan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan tugas-tugas dia disamping kita harap jugalah pihak Mahkamah juga untuk terus mempertingkatkan kemampuan dan juga permasalahan-permasalahan yang timbul kita boleh selesaikan kerana juga ada kes-kes yang dilaporkan tertunggak yang melibatkan masa yang panjanglah, kadang-kadang melibatkan bertahun-tahun, apa dan sebagainya, ada aduan-aduan kita harap perkara ini dapat diperbaiki daripada masa ke semasa.
Juga ada banyak dari kalangan Wakil Rakyat menyentuh tentang SRIDI (Sekolah Rendah Islam Darul Iman).Memang janji dalam Mannifesto kita, 32 DUN, 32 Sekolah Rendah.Jadi dalam tempoh masa yang singkat ini, baru 6 bulan memerintah, kita memanfaatkan bangunan-bangunan yang sedia ada, milik bawah Kerajaan Negeri dan sebagainya untuk kita rasa mampu untuk kita mulakan dengan dua kelas, iaitu 25 maksima 25 dan juga makna dua kelas 50 pelajar dan sehingga sampai Tahun 6 daripada Tahun 1, Tahun 6, mereka akan pulang pukul 4.00 petang. Kita akan menggabungjalinkan integrator antara Pendidikan Islam menggunakan Bahasa Arab awal dan juga akan mengambil peperiksaan-peperiksaan awam lain termasuk UPSR, UPKK
dan juga UPSRI dan insyaAllah akan datang kita akan pastikan untuk semua 32 DUN ini. Inilah yang disebut oleh ADUN-ADUN Yang Berhormat supaya pendidikan ini dimulakan daripada peringkat awal. Jadi kita tengoklah pendaftaran setakat ini, sebagaimana disebut oleh Wakil Ajil, pendaftaran setakat ini cukup memberangsangkan.Ini menggambarkan kesedaran yang tinggi daripada rakyat kita untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding dengan diri mereka.
Saya juga ingin menyentuh tentang penggunaan e-Braille, ini yang Bukit Besi dok? Bukan Bible ork, e-Braille.…(Sambil gelak) … Dulu Braille, sekarang ini dipanggil e-Braille. Dipanggil e-Braille ini, Al-Quran Elektroknik yang telah dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan saya merakamkan dalam Dewan ini kepada PERTIS iaitu Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia yang Pengerusi dia, Mohamad Fauzi Mansor yang merupakan orang yang berusaha melaksanakan e-Braille Al-Quran di Terengganu ini. Kita berhasrat insyaAllah, kita berhajat supaya agensi Kerajaan seperti Yayasan Islam akan, orang panggil menyeliakan peruntukan sebanyak RM3 juta yang diluluskan oleh pihak Kerajaan ini untuk mewujudkan dua lagi e-Braille di Kemaman dan juga Besut. Biasa kalau di Mesir, mereka ini merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang walaupun mata mereka buta, tapi hati mereka celik.Pemidato-pemidato seperti Ibrahim Krisy yang mashyur, pensyarah-pensyarah merupakan kadang-kadang dari kalangan ramai pensyarah yang buta sebab mereka bila buta, kadang-kadang ibu bapa rasa rahmat pula, sebab mereka berikan Al-Quran, suara mereka sedap, hafalan mereka kuat.Kita harap pun macam inilah lepas pada ini supaya dari kalangan mereka ini boleh menjadi Imam, sebab bila dia buta jarang dia lari sikit, duduk jaga masjid dia, ini kadang-kadang Tok Imam tak ada, sebab kewangan, cari pendapatan lain…
Boleh nak celah sikit Yang Berhormat Paka, sebab yang kebetulan Yang Berhormat Paka tadi sebut yang PERTIS itu, kelas Quran itu berada di Seberang Takir. Jadi kebetulan ada perancangan untuk kita nak bina bangunan kerana kebetulan saya adalah Penaung kepada Persatuan ini,
kita dah dapat donation lebih kurang RM300,000dan ada dah tanah wakaf iaitu di kawasan Kg. Baru, Seberang Takir untuk kita binakan 4 tingkat bangunan ini, dan memandangkan peruntukan donation yang kita dapat ini tak cukup untuk kita nak bina 4 tingkat Kelas e-Braille ini.Jadi saya nak bertanyalah kot boleh kita buat secara joint venture denganKerajaan Negeri untuk Kerajaan Negeri juga menampung sebahagian dari segi pembinaan kelas Al-Quran e-Braille ini.Terima kasih Yang Berhormat Paka.
Kita boleh bincang, kita boleh pertimbang tapi buat setingkat-setingkat dulu, jangan buat 4 tingkat selalu. Takdok pitih…
Ini memang kehendak daripada persatuan itu sendirilah.
InsyaAllah.
Dia kata orang buta boleh naik 10 tingkat katanya.
Kita bincang, kita bincang, naik lif tak apa.
Teruskan, teruskan.
Ya, jadi insyaAllah hasrat kita bukan hanya sekadar boleh membaca Al-Quran tapi menghafal Al-Quran. Biasa kalau Malaysia buta ini kita bagi alat muzik, mereka menyanyi jadi apa dan sebagainya.Jadi kita harap kita boleh buat perubahan, alternatif yang baik, mereka boleh menjadi orang panggil Imam atau tokoh-tokoh ulama yang hebat walaupun mereka cacat penglihatan tetapi biasanya hati mereka ini celiklah, insyaAllah.
Satu lagi berkait dengan Yang Berhormat Pengkalan Berangan yang bertanyakan isu IMTIAZ di Marang.Jadi saya rasa perkara ini pernah dijawab dalam Dewan ini sendiri, pihak Kerajaan dulu pernah memberi jawapan bahawa IMTIAZ Marang ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan menggunakan Sekolah Rendah Wakaf Tapai dengan perjanjian selama tempoh 5 tahun dan Yayasan Terengganu telah memiliki tanah seluas 15 hektar di Kg. Tok Muchong untuk pembinaan Kompleks IMTIAZ Marang dengan kapasiti lebih kurang 600 orang pelajar. Cuma pembinaan itu ditangguhkan kerana berdasarkan kewangan yang tidak mengizinkan. Jadi isu kewangan ini sudah disebut dalam Sidang Dewan dahulu dan kita pun masih lagi tengok, masih lagi tidak diizinkan dan insyaAllah kalau kewangan mengizinkan, perkara-perkara ini insyaAllah kita dapat diselesaikan.
Yang lain saya rasa biasa saja, isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, jadi ucap terima kasih.
Saya rasa sekadar itu sahaja.Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Paka atas penggulungan yang dibuat tadi, cuma saya tengok pada masa sudah hampir pukul 1.00, macam manapun kita masih sebenarnya dalam agenda perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 ataupun Bajet. InsyaAllah pada petang ini kita akan ada, kita akan mendengar penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri, saya rasa klimaks penggulungan bagi pihak Kerajaan.Tapi pada masa yang sama saya nak peringatkan kita juga kena selesaikan banyak lagi agenda bagi membolehkan kita tidak mengambil masa yang begitu lama pada hari esok. Sekurang-kurangnya pada petang ini kita cuba habiskan selain daripada Enakmen Perbekalan 2019, kita ada 4 Enakmen lagi, Nama Lambang, Nama Gelaran, Enakmen Keluarga Islam, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, Enakmen Tanah Simpanan Bagi Orang Melayudisamping kita ada juga usul-usul.
Saya juga sebenarnya mengambil sikap terbuka dalam soal perbahasan sama ada Enakmen ataupun Usul-usul. Saya tidak mahu ajar dalam Persidangan
kita ini, kita gaduh nak balik ataupun kita duduk kejar nak balik awal. Ini kita kena ambil kembali semula kepada fungsi Badan Legislatif, kalau bercakap kita nak, kita jumpa empat bulan sekali, ada perkara penting yang hendak dibentangkan oleh Kerajaan dalam Enakmen ataupun usul, kita kena selesaikan secara teratur. Yang tak perlu bahas, kita tak perlu bahas, kalau kata ada benda yang sangat penting yang perlu ada perbahasan, kita buka kepada perbahasan tapi dengan syarat kita juga bersedia balik agak lewat sikitlah petang ini kalau mengambil masa. Dengan kata-kata itu, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Sidang Dewan kita ini pada pukul 2.30 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 TENGAH HARI. PUKUL 2.30 PETANG
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.Alhamdulillah kita telah selesai penggulungan daripada semua Ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sekarang sampai masanya kemuncak kepada penggulungan Enakmen Perbekalan 2019 ataupun Enakmen yang berkait dengan Bajet 2019 yang akan disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tanpa berlengah lagi dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan kepada Enakmen kita ini.Dipersilakan.
Terima kasih kepada Yang Berhomat Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan tetamu yang hadir dalam Persidangan kali ini. Alhamdulillah marilah sama-sama kita menyatakan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan
tugas dan amanah Allah Subhanahu Wa Taala dan tugas kita sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkanlah saya pada petang yang berbahagia ini dalam Dewan yang mulia ini untuk mengambil kesempatan bagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina sama ada daripada pihak Kerajaan atau rakan-rakan di sebelah sana. Begitu juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Enakmen Perbekalan 2019.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan, Pegawai Kerajaan, Pemerhati dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Persidangan kali ini. Tanpa penyertaan daripada semua ini tentulah Persidangan kita ini tidak akan dapat berjalan dengan jayanya terutama apabila membincangkan satu tajuk yang besar mengenai Enakmen Perbekalan 2019. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan terbaik sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung. Semoga penglibatan semua ini dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai suatu amal soleh di sisi Allah dengan kita memperingati apa yang disebut yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat kekal mereka di dalamnya.Demikian dijanjikan Allah janji yang tetap benar dan Dia jualah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua beberapa isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya mengenai tajuk yang menarik perhatian semua pihak di dalam dan di luar Dewan iaitu mengenai royalti dan sumber hasil negeri.Sebahagian daripadanya telah dijawab ketika sesi
SoalanLisan dan juga Soalan Bertulis. Walaupun begitu saya ingin menambah dan menyatakan komitmen jitu Kerajaan Negeri sebagaimana yang saya sebut dalam jawapan kepada soalan yang ditanya Soalan Lisan pada hari kelmarin bahawa kita akan membentuk satu jawatankuasa khas yang melibatkan Ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan bukan Kerajaan di atas kebersamaan untuk menyelesaikan isu dan memperjuangkan pembayaran royalti petroleum kepada Negeri Terengganu. Ini dicapai hasil daripada budaya politik matang dan sejahtera yang juga wajar diikuti oleh secara bersama oleh semua lapisan masyarakat.Bukan sekadar kepada pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat sahaja tetapi seluruh kalangan masyarakat dan juga inilah perkara yang juga kita minta dapat dilaksanakan oleh Kerajaan peringkat persekutuan dalam menyelesaikan segala masalah yang menimpa rakyat. Sehubungan dengan itu juga, saya merasa amat terharu dan teruja dengan tawaran daripada dua mantan Menteri Besar yang telah menyatakan komitmen untuk bersama Kerajaan Negeri bagi memperjuangkan hak royalti rakyat Negeri Terengganu. Semoga dengan kerjasama ini akan membuahkan hasil yang menguntungkan semua rakyat Negeri Terengganu.
Berkenaan dengan isu Telaga Minyak Bertam yang dibangkitkan oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat Seberang Takir, Kerajaan Negeri optimis bahawa berdasarkan kepada maklumat semasa dan fakta sejarah dan kajian yang dijalankan. InsyaAllah akan ada sinar di hujung terowong. Ianya masih lagi dalam perbincangan oleh Jawatankuasa Bersama Teknikal yang dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedar ada kebimbangan daripada semua pihak sama ada Wakil Rakyat atau pun rakyat di luar sana tentang kedudukan projek di bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kita amat berharap bahawa Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan komitmen pembangunan seimbang sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK Ke-11 baru-baru ini. Bahawa semua negeri-negeri dan yang disebut Negeri Terengganu dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya supaya pembangunan yang seimbang dapat dicapai.
Sehubungan dengan itu juga saya telah dimaklumkan mengenai beberapa status projek yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan dengan izin ketika RP Ke-3 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Menaiktaraf Menggantikan Jambatan Sedia Ada DFT 003/448/60 Dungun, Terengganu. Selain dari itu juga, Projek Jalan Raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang, Kuala Berang iaitu Pakej Ke-8 turut akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan tender terbuka pada tahun 2019. Ini berita yang baru kita terima sebenarnya. Selain daripada itu juga, kita baru menerima maklumat bahawa beberapa projek di bawah JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran juga akan dilaksanakan bagi tahun 2019 yang sebelum ini ditangguhkan oleh Kementerian Kewangan di atas sebab-sebab tertentu. Projek-projek berkenaan adalah:Yang pertama, Rancangan Tebatan Banjir Kemasik yang dengan anggaran RM60 juta.Yang kedua, Rancangan Tebatan Banjir Guntung Luar anggaran RM5 juta.Ketiga, Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat RM7 juta.Keempat, Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara, UMT dan kawasan sekitar dengan anggaran RM10 juta. Yang kelima, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman RM300 juta.Yang keenam, Projek Muara Sungai Setiu RM150 juta.Ketujuh, Projek Muara Sungai Merchang RM43 juta dan yang kelapan, Projek Menaiktaraf Pintu Air Taman Rakyat Dungun RM1.5 juta.
Saya juga merakamkan bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Terengganu ucapan terima kasih kepada Kerajaan di atas pertimbangan yang demikian dan kita berharap semua projek-projek ini dapat dilaksanakan dengan efisyen untuk kepentingan rakyat Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak FELDA Wilayah Timur, dan insyaAllah banyak perkara yang telah dibincangkan untuk kebaikan bersama antara Kerajaan Negeri, FELDA dan para peneroka sekalian.
Yang Berhormat Tuan Yang di-pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kemasik secara khususnya, industri hiliran ataupun downstream dengan izin, yang merupakan industri yang penting yang berkait juga dengan TSV (Terengganu Silica Valley) yang menggunakan bahan mentah atau raw material yang kemudiannya ditambah nilai value added dengan izin, untuk menjadi sesuatu yang lebih bernilai. Sebagai suatu contohnya, pasir silika yang dijual secara raw material sebelum ini dengan harga yang sangat rendah. Dan kita tidak akan membenarkan penjualanraw materials yang mendatangkan hasil yang rendah ini, namun sekiranya ia diproses menjadi perkara yang lebih bernilai, itulah yang akan kita tekankan kerana ianya adalah sebahagian daripada proses downstream dengan izin.Sebagai suatu contohnya kalau silika itu saya bawa samplenya di sini pada hari ini. Kalau pasir dengan harga yang begitu rendah daripada pasir itu secara minimanya boleh ditukarkan dalam bentuk pallet kaca kristal dan harganya boleh mencecah 50 kali ganda daripada harga pasir dengan kuantiti yang sama. Dan sekiranya downstream itu ditukar ganti dengan diproses lagi, ianya boleh menjadi suatu benda yang jauh lebih bernilai seumpama chandelier dengan izin, seumpama bahan-bahan kristal yang lain dan di situ juga ada satu contoh yang saya mintak Bentara bantu, Labu Sayong daripada kristal ini sebenarnya dihasilkan daripada pasir silika Negeri Terengganu. Bukan ambik tempat lainni, bukan daripada tanah tetapi dihasilkan daripada silika Negeri Terengganu. Ini satu contoh dan banyak lagi sebenarnya produk-produk yang lain yang boleh dijadikan downstream yang ditambah nilai dengan harga yang lebih baik daripada pasir semata-mata.
Proses ini juga secara tidak langsung akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dengan tumbuhnya syarikat-syarikat walaupun tidak diperingkat secara mega tetapi secara kecil-kecilan pun, ianya mampu untuk menyediakan ruang dan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Yang seterusnya ialah termasuk dalam usaha bagi Kerajaan untuk menarik pelabur dari industri hiliran masuk ke Negeri Terengganu. Tadi kita bercakap, saya menyebut mengenai industri-industri hiliran, maka ada beberapa perkara yang akan kita laksanakan bagi menarik para pelabur dari industri hiliran
untuk masuk ke Negeri Terengganu.
Yang pertama, mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur-pelabur sedia ada sebagai langkah menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan mereka dan menarik pelabur-pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka. Sebagai suatu contohnya, kilang kereta yang dibuka akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik.
Seterusnya menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysian Investment Development Authority(MIDA) di mana penyertaan Kerajaan Negeri dalam misi pelaburan ini amat penting kerana ia membuka ruang dan peluang kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan sesi business matching dengan izin, secara terus dengan pelabur-pelabur.
Yang ketiga, bekerjasama dengan MATRADE dalam mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara. Yang keempat, mengadakan hubungan yang baik dengan agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECERDC dalam usaha menarik para pelabur ke negeri ini dan saya ingin memaklumkan juga, berkenaan dengan ECERDC, saya juga telah menerima surat perlantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan ICC Negeri Terengganu yang bertarikh 8 November 2018 daripada Yang Amat Berhormat Tun Perdana Menteri. …..(Tepukan Sokongan)….. Terima kasih kita ucapkan kepada kepercayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kepercayaan ini dan kita percaya bahawa hubungan yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memungkinkan kita membawa Negeri Terengganu ke kedudukan yang lebih baik, insyaAllah.
Yang kelima ialah mengeratkan hubungan dengan NGO-NGO yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contohnya ialah Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina dan Dewan Perniagaan India Muslim Negeri Terengganu.Jalinan hubungan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mempelbagaikan industri di Negeri Terengganu dan tidak hanya terhad kepada pelabur-pelabur daripada asing sahaja.
Yang keenam, mengenalpasti potensi kawasan-kawasan industri baharu yang mampu menarik minat pelabur. Dalam hal ini Kerajaan Negeri akan mengenalpasti kawasan industri baharu yang berhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuhraya. Dan ini juga antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Oktober yang lalu. Yang seterusnya ialah menambahbaik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap dan efisyen.Dimana kita berhajat dan mempunyai komitmen yang serius untuk mengurangkan karenah birokrasi kepada syarikat-syarikat yang ingin melakukan pelaburan di Negeri Terengganutanpa meminggirkan kepentingan, memastikan ianya tidak mengganggu gugat kepentingan aset dan rakyat Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, sebagai langkah memperkukuhkan prestasi syarikat-syarikat berkait Kerajaan atau GLC dengan izin, kita telah mengenalpasti perkara yang perlu dipertingkatkan dan meneruskan proses Rasionalization and Segmentation Plan dengan izin. Pelan ini bertujuan untuk mengkategorikan anak-anak syarikat supaya mengikut sektor perniagaan supaya tidak ada persaingan dan tidak ada pertindihan fungsi atau tidak ada redundancy dengan izin, antara anak-anak syarikat. Pada masa yang sama, anak-anak syarikat dapat berkembang dan sekaligus meningkatkan ekonomi negeri serta memberi manafaat kepada rakyat. Bagi melaksanakan penambahbaikan terhadap anak-anak syarikat Terengganu Inc., Terengganu Incorporated ini dalam usaha untuk kita memperkukuhkan urus tadbir yang baik, good governance dengan izin, kita telah melantik perunding yang sedang melaksanakan kajian Terengganu Incorporated Group Organization Design and Corporate Transformation Exercise dengan izin, dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan organisasi syarikat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan juga bahawa keputusan UPSRakan diumumkan pada esok hari insyaAllah. Di kesempatan ini marilah kita mendoakan agar semua pelajar-pelajar anak Terengganu yang
telah menduduki UPSR beroleh kejayaan yang cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sejuta penghargaan terhadap segala dedikasi dan pengorbanan para guru, semua warga sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu-bapa dan guru dalam mendidik anak-anak Negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri juga amat menghargai peranan wanita dalam pembangunan Negeri Terengganu.Sumbangan mereka tidak dapat dinafikan bahkan sangat signifikan. Bagi memartabatkan lagi peranan kaum wanita maka Kerajaan telah memutuskan untuk membawa cadangan bagi melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita, berdasarkan Fasal 27(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang akan mewakili semua suara wanita Negeri Terengganu …..(Tepukan Sokongan)…..dalam sidang kali ini. Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali telah menukilkan satu nasihat kepada para pemimpin iaitu kita semua dalam kitabnya yang masyhur At-Tib Rulalmasbuktin Nasihat Al-Muluk untuk memberikan perhatian kepada tiga perkara.Yang pertama, apabila rakyat meminta belas kasih, maka pemimpin wajib memberinya.Kedua, apabila menghukumi rakyat maka pemimpin wajib berlaku adil. Ketiga, pemimpin mestilah melaksanakan apa yang telah dikatakan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan pada hari ini, untuk merakamkan ucapan tahniah pada semua Ahli Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama menghayati budaya perkhidmatan dan sejahtera dalam Perbahasan Bajet 2019 ini.Semoga budaya ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua pihak bagi melahirkan sikap taa’wun kerjasama dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan Negeri Terengganu. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Al-Quranul Karim Surah Al-Maidah, ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa yakni maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.
Akhir sekali, sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan, perbincangan dan apa jua saranan dan cadangan sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri ini dijalankan. Dari Kuala Besut belayar ke Tanjung Lipat, sampan berlabuh di Pulau Kapas, marilah kita bulatkan sepakat, jangan dikenang perkara yang lepas.
….(Tepukan Sokongan)…… Mencari sejarah di Tanjung Geliga, Untuk dibawa ke Teluk Bidara, Orang Terengganu hatinya mulia, Itulah Negeri Maju Berkat Dan Sejahtera.
….(Tepukan Sokongan)…… Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas ucapan penggulungan yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.Saya kira telah merangkumi semua isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang berhormat, siap dengan berpantun sekali.Alhamdulillah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah pun selesai membahaskan Enakmen Perbekalan 2019, sekarang saya buka kepada undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2019 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2019 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan Dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2019 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA
DAN DILULUSKAN.
Rang Enakmen ini telah diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2019. Alhamdulilah Enakmen Perbekalan 2019 telah diluluskan.
Enakmen Lambang-Lambang, Nama-Nama Dan Gelaran-Gelaran (Mencegah Salah Guna)(Pindaan) 2018Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda The Emblems, Names and Titles (Prevention of Improper Use) Enactment, 1976 [En.Tr.11/1976], dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA THE EMBLEMS, NAMES AND TITLES (PREVENTION OF IMPROPER USE) ENACTMENT, 1976, DIBACA KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda The Emblems, Names and Titles (Prevention of Improper Use) Enactment, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Emblems, Names and Titles (Prevention of Improper Use) Enactment, 1976 (“Enakmen 11”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan meminda tajuk panjang Enakmen 11 bagi meluaskan ruang lingkup pemakaian Enakmen selaras dengan Fasal 28 dan 29 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang memberi pengiktirafan kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai satu-satunya sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dan Baginda sahajalah yang berhak untuk menganugerahkan gelaran dan kebesaran dan mewujudkan Darjah dan Pingat Penghormatan dan Kebesaran dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Pindaan ini adalah perlu bagi membendung dan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kes-kes penyalahgunaan gelaran dan penghormatan tidak diiktiraf oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kerajaan Negeri Terengganu.Pindaan ini juga membolehkan pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen ini dengan lebih meluas berbanding dengan ruang lingkup Enakmen sedia ada. 4. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 1 Enakmen 11 dengan meminda tajuk ringkas. Pindaan ini bertujuan untuk mencerminkan ruang lingkup Enakmen yang diperluas berhubung dengan pencegahan salah guna gelaran dan penghormatan yang diwujudkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. 5. Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 2 Enakmen 11. Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan beberapa takrif baru ke dalam Enakmen 11 ekoran daripada perluasan ruang lingkup Enakmen 11. Takrif baru yang dimasukkan adalah takrif bagi investiture dan gratification.Manakala takrif specified emblem digantikan dengan takrif yang baru. Selain dari itu, takrif specified title juga digantikan dengan takrif specified titles and honours. 6. Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 3 Enakmen 11. Perenggan 3(1)(a) dan (b) sedia ada digantikan sepenuhnya dengan perenggan yang baru bagi merangkumi perbuatan membeli dan menggunakan lambang-lambang, nama-nama atau gelaran dan penghormatan bagi pelbagai tujuan termasuk untuk kepentingan peribadi atau apa-apa kelebihan lain serta menjadikan perbuatan membuat, memesan atau menghasilkan apa-apa lambang-lambang, nama-nama atau gelaran dan penghormatan hendaklah mendapat kebenaran daripada Raja dalam Mesyuarat. Kegagalan untuk mendapatkan kebenaran daripada Raja dalam Mesyuarat bagi perbuatan yang dinyatakan adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 3(4) yang baru diwujudkan.
7. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 4 Enakmen 11. Pindaan ini merupakan pindaan berbangkit daripada peluasan ruang lingkup Enakmen. 8. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 4A, 4B, 4C, 4D, 4E, 4F, 4G, dan 4H ke dalam Enakmen 11.
Seksyen baru 4A bertujuan untuk menetapkan bahawa apa-apa penghormatan, kebesaran, gelaran, Darjah Kebesaran dan Pingat Penghormatan dan Kebesaran yang tidak diwujudkan dan dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah penghormatan, kebesaran, gelaran, Darjah Kebesaran dan Pingat Penghormatan dan Kebesaran yang tidak diiktiraf dan tidak boleh digunakan dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Seksyen ini melarang sama sekali mana-mana orang daripada memberi, menerima atau memakai apa-apa gelaran penghormatan yang tidak diiktiraf dan sebarang pelanggaran peruntukan ini adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan. Seksyen baru 4B bertujuan untuk menjadikan tindakan meminta, menerima atau memberi rasuah bagi mendapatkan gelaran dan kebesaran tidak diiktiraf sama ada untuk dirinya atau melalui mana-mana orang lain sebagai suatu kesalahan di bawah Enakmen ini. Kesalahan ini juga meliputi mana-mana orang yang membantu dalam perbuatan sedemikian.Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan. Seksyen baru 4C pula memperkatakan tentang Majlis Istiadat Pengurniaan yang tidak diiktiraf. Mana-mana Majlis Istiadat Pengurniaan yang lain dari majlis yang dijalankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah Majlis Istiadat Pengurnian yang tidak diiktiraf dan apa-apa pengurniaan yang diberikan dalam majlis tersebut adalah pengurniaan yang tidak diiktiraf. Seksyen ini juga merangkumi kesalahan mana-mana orang yang sama ada mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Sultan, menghadiri, mempromosi, melibatkan diri, membantu atau mengadakan Majlis Istiadat Pengurniaan termasuk orang yang menyewa, menyediakan atau membenarkan mana-
mana premis digunakan untuk tujuan tersebut.
Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan. Seksyen baru 4D bertujuan untuk menjadikan tindakan meminta, menerima atau memberi rasuah bagi menganjurkan Majlis Istiadat Pengurniaan yang tidak diiktiraf sama ada untuk dirinya atau melalui mana-mana orang lain sebagai suatu kesalahan di bawah Enakmen ini. Kesalahan ini juga meliputi mana-mana orang yang membantu dalam perbuatan sedemikian.Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan. Seksyen baru 4E pula memperkatakan tentang kesalahan bagi mana-mana orang yang memakai, menggunakan, mempamerkan atau mengaku dirinya sebagai pemegang gelaran dan kebesaran yang sah yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan tetapi sebenarnya orang itu tidak pernah dikurniakan gelaran dan kebesaran sedemikian.
Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan. Seksyen baru 4F bertujuan untuk menjadikan tindakan menggunakan apa-apa gelaran dan kebesaran yang telah dibatalkan atau ditarik balik sebagai suatu kesalahan.Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan.
Seksyen baru 4G pula bertujuan untuk menjadikan tindakan mana-mana orang yang menggunakan apa-apa gelaran dan kebesaran yang tidak layak digunakan oleh orang itu sebagai suatu kesalahan.Seksyen ini juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang dinyatakan. Seksyen baru 4H pula memperkatan tentang percubaan dan persubahatan mana-mana orang dalam melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini akan dihukum mengikut seksyen yang berkenaan dengan kesalahan tersebut. 9. Fasal 8 bertujuan untuk memotong seksyen 5 Enakmen ibu.
10. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 6 dengan meletakkan syarat bahawa sebarang tindakan pendakwaan yang hendak dijalankan mestilah dengan kebenaran bertulis dari Timbalan Pendakwa Raya terlebih dahulu selaras dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah.
11. Fasal 10 bertujuan untuk meminda Jadual bagi memasukkan seksyen 4A yang menjelaskan tentang gelaran dan kebesaran yang dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.
12. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini adalah merupakan pindaan kecil atau berbangkit.
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan.Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?Sila.Oleh kerana tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berucap, kita telah selesai mengemukakan Rang Enakmen Lambang-Lambang, Nama-Nama dan Gelaran-Gelaran, Mencegah Salah Guna Pindaan 2018. Sekarang saya buka kepada undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA THE EMBLEMS, NAMES AND TITLES (PREVENTION OF IMPROPER USE) ENACTMENT, 1976 [EN.TR.11/1976], DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA THE EMBLEMS, NAMES AND TITLES (PREVENTION OF IMPROPER USE) ENACTMENT, 1976 [EN.TR.11/1976], TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang
Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang kali ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda The Emblems, Names And Titles (Prevention Of ImproperBill
USE) ENACTMENT, 1976 [En.Tr.11/1976]. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1.
Enakmen Ini BolehlaBill
H DINAMAK AN THE EMBLEMS , NAMES AND TITLES (PREVENT ION OF IMPROPE R USE) (AMENDM ENT) ENACTME NT 2018. ENAKMEN INI HENDAKL AH BERKUAT KUASA PADA TARIKH IANYA DISIARKA N DALAM WARTA.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen The Emblems, Names And Titles (Prevention Of Improper Use)(Amendment) Enactment 2018.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu)(Pindaan) 2018Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Terengganu 2017, dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017[En.Tr.1/2017](Selepas ini disebut “Enakmen”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuatkuasa Enakmen yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang kerana telah berlaku kesilapan dalam percetakan yang memberi kesan kepada maksud Enakmen ini.
4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda dengan memasukkan subseksyen4 dan 5 bagi membolehkan siasatan dan pendakwaan dibuat terhadap apa-apa perlanggaran Enakmen termansuh/terdahulu sebelum kuatkuasa Enakmen ini. 5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Jadual dalam Enakmen bagi menggantikan perkataan “”dengan perkataan “ .”
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang, saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Tidak ada? Jadi kita selesai Rang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) (Pindaan) 2018. Sekarang saya buka kepada undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Terengganu)Bill
2017.
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1.
ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU)(PIN DAAN) 2018. ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN TELAH MULA BERKUATKUASA PADA 1 JULAI 2017. ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) 1422/2001M Bacaan Kali Yang Pertama
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422 Hijrah/2001 Masihi, dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MEMINDA ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) 1422 HIJRAH/2001 MASIHI, DIBACA KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422 Hijrah/2001 Masihi, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1422 Hijrah/2001 Masihi.
2.
Fasal 1 Rang Undang-Undang ini mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuatkuasa Enakman yang dicadangkan. 3.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 5 dengan memotong perkataan “dan pengarah” dan memasukkan perkataan “Timbalan Pesuruhjaya dan seorang Setiausaha bagi Majlis”.
4.
Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dalam keanggotaan majlis dengan Ketua Pendakwa Syarie. 5.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 dengan menggantikan subseksyen 1 dengan subseksyen 1 yang baru.
6.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 29 dengan menggantikan Akta Syarikat 1965[Akta 125] dengan Akta Syarikat 2016 [Akta 777] kerana Akta 125 telah dimansuhkan.
7.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 84 dengan memasukkan kuasa penamatan perlantikan Imam oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Tidak ada. Jadi, kita telah selesai Rang Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2018. Sekarang saya buka kepada undian – Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Meminda EnakmenBill
PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM TERENGGANU 1422 HIJRAH/2001 MASIHI, BACAAN KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MEMINDA ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM TERENGGANU 1422 HIJRAH/2001 MASIHI,TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)Bill
1422H/ 2001M.
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1.
ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)(PIN DAAN) 2018. (2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUATKUASA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MELALUI PEMBERITAHUAN DALAM WARTA. ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360 [En.Tr.17/1360] Bacaan Kali Yang Pertama
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk
Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan BagiBill
ORANG-ORANG MELAYU 1360 [En.Tr.17/1360]. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda perenggan 9(iii) Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (En.Tr.17/1360] supaya Pelaburan Hartanah Berhad dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menjadi badan yang kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan.Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Tidak ada? Kita telah selesai Rang Enakmen Tanah
Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2018. Sekarang saya buka kepada undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang MelayuBill
1360 [EN.TR.17/1360], DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360 [EN.TR.17/1360], TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360 [EN.TR.17/1360]. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1.
ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKA N ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2018.
(2)
Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion
Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2019
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan
peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2019 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL: Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 5/2018. JADUAL Maksud Tajuk Maksud Negeri (RM) Diganti Oleh Persekutuan (RM) Pinjaman (Negeri) (RM) Pinjaman (Pusat) (RM) JUMLAH (RM) P.02 Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan 493,980,530.00 - - - 493,980,530.00 P.04 Pejabat Perbendaharaan 600,010.00 - - - 600,010.00 P.10 Jabatan Kerja Raya 2,020,110.00 - - - 2,020,110.00 P.11 Jabatan Pengairan & Saliran 2,000,030.00 - - - 2,000,030.00 P.12 Pejabat Daerah Besut 2,000,000.00 - - - 2,000,000.00 P.13 Pejabat Daerah Dungun 1,500,000.00 - - - 1,500,000.00 P.14 Pejabat Daerah Hulu Terengganu 1,000,000.00 - - - 1,000,000.00 P.15 Pejabat Daerah Kemaman 1,500,000.00 - - - 1,500,000.00 P.16 Pejabat Daerah Kuala Terengganu 2,500,000.00 - - - 2,500,000.00 P.17 Pejabat Daerah Marang 1,500,000.00 - - - 1,500,000.00 P.18 Pejabat Daerah Setiu 1,000,000.00 - - - 1,000,000.00 P.19 Pejabat Pengarah Tanah & Galian 50,000,000.00 - - - 50,000,000.00 P.29 Pejabat Perhutanan 300,000.00 - - - 300,000.00 P.30 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 350,080.00 - - - 350,080.00 P.31 Jabatan Pertanian 300,000.00 - - - 300,000.00 P.32 Pelbagai Pembangunan 37,345,110.00 - - - 37,345,110.00 P.35 Pejabat Daerah Kuala Nerus 1,500,000.00 - - - 1,500,000.00 JUMLAH BESAR: 599,395,870.00 - - - 599,395,870.00
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan.
Sekarang saya buka untuk perbahasaan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Tidak ada. Saya persilakan pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan sekiranya ada. Tidak ada. Sekarang saya buka kepada undian - Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA. Perbelanjaan Rancangan Kemajuan PerbekalanAir Negeri Bagi Tahun 2019
Bismillahir Ramanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2019 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:
JADUAL Tajuk Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pengurusan Perbekalan Air Pembangunan Perbekalan Air 803,540.20 1,000,070.00 - - 803,540.20 1,000,070.00 JUMLAH 1,803,610.20 - 1,803,610.20”
Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil.6/2018. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon meyokong Usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan.
Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa di kalangan Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap? Tidak ada. Sekarang saya buka kepada undian-Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan
Bismillahir Ramanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju untuk menubuhkan dan melantik suatu Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan menurut Fasal 103 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri daripada:
1. Y.B. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri - Pengerusi 2. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim 3. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi 4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik 5. Y.B. Haji Hilmi bin Harun 6. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili 7. Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Mamat 8. Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha” Yang Berhormat Yang di-Pertua, skop kerja dan tugas bidang tugas Jawatankuasa ini adalah:
-Menyemak dan menambahbaik pentadbiran, pengurusan dan peranan Dewan.
-Menyemak dan menambahbaik Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.
-Menyemak dan menambahbaik perjalanan Sidang Dewan. - Menyemak dan menambahbaik kebajikan Ahli-ahli Dewan. - Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil (seperti Panel Penyelidik) bagi membantu Jawatankuasa Terpilih ini termasuk meluluskan peruntukan yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon meyokong Usul itu. Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai semua Enakmen-Enakmen dan juga kita telah selesai sebahagian daripada Usul-Usul. InsyaAllah ada lagi Usul yang akan dikemukakan pada hari esok. Oleh kerana itu saya berhasrat untuk menangguhkan Persidangan ini pada hari esok, 29 November jam 9.30 pagi.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Berhormat sekalian marilah kita tangguh Persidangan kita ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surahtul ‘Asr.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala Wabarakatuh.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.05 PETANG.