Terengganu · 28 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 126 turns · 7,499 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua'laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula dan kita mulakan dengan Ummul Quran Al-Fatihah.

Sebelum saya pergi kepada agenda terakhir sebenarnya pada hari ini dan juga merupakan hari terakhir persidangan kita, saya nak baca satu hadis, daripada Abu Hurairah radliyallaahu „anhu, dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau bersabda: “Tujuh golongan yang dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari di mana tidak ada naungan, kecuali naunganNya”:

1. Imam yang adil 2. Seseorang yang hatinya bergantung ke masjid.

3. Seseorang pemuda yang dibesarkan dalam beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala 4. Dua golongan yang saling mencintai di jalan Allah, keduanya berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya.

5. Seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata „Aku benar-benar takut kepada Allah’ 6. Seseorang yang bersedekah dengan satu sedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya 7. Seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan yang sepi lalu ia menitiskan air matanya.

Mudah-mudahan peringatan daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita terutamanya kita sebagai pemimpin, kita mahu menjadi pemimpin yang adil, . Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dalam hadis yang ke-4, betapa pentingnya hubungan sesama kita ini dibina di atas kecintaan dan juga atas agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu sendiri.

Hadirin sekalian, kelmarin kita telah selesai meluluskan Enakmen Perbekalan 2020 dan juga dua Usul, iaitu Usul Pembangunan 2020 dan juga Usul Pembekalan Air 2020. Jadi

pada hari ini hanya tingggal Soalan-soalan Lisan sahaja, oleh kerana kita ambil masa lebih lewat daripada masa biasa, kita lanjutkan masa sampai pada pukul 5.00 dan saya mengharapkan walaupun agenda kita hanya Soalan-soalan Lisan sahaja, kita dapat meneruskan agenda ini dengan baik dan saya harap apa-apa soalan, sebelum pada ini telah dijawab oleh Wakil Kerajaan dan tidak diulang lagilah. Jadi saya nak teruskan, Soalan-soalan Lisan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini iaitu pada 28 November 2019, adalah sebagaimana berikut:

1.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

2.

Yang Berhormat Wakil Manir

3.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

4.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

5.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

6.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

7.

Yang Berhormat Wakil Jertih

8.

Yang Berhormat Wakil Bandar

9.

Yang Berhormat Wakil Air Putih

10.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

11.

Yang Berhormat Wakil Ajil

12.

Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

13.

Yang Berhormat Wakil Kemasik

14.

Yang Berhormat Wakil Wanita

15.

Yang Berhormat Wakil Tepoh

16.

Yang Berhormat Wakil Batu Burok

17.

Yang Berhormat Wakil Sura

18.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

Sekarang saya persilakan Wakil Buluh Gading untuk kemukakan soalan.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 1-

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Assalamua'laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading. Soalan 1 berbunyi:

Sebagaimana kita tahu Negeri Terengganu terkenal dengan tempat pelancongan dan resort-resort. Namun begitu akhir-akhir ini kita dapati, homestay ataupun rumah sewa sedang semakin banyak. Namun begitu homestay-homestay ini adalah tidak berlesen dan merugikan kepada pendapatan Kerajaan Negeri. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan

Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan industri pelancongan di Negeri Terengganu menerusi penubuhan Jabatan Pelancongan Negeri, Tourism Terengganu. Jadi kita bekerja rapat sebenarnya dengan pihak PBT terutamanya untuk mengenalpasti aktiviti perniagaan rumah tumpangan ini. Konsep homestay yang digariskan dan diwartakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitulah MOTAC amat berbeza dengan aktiviti perniagaan rumah tumpangan ini. Sebenarnya, homestay dan rumah tumpangan ini dia berbeza. Jadi Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk mengemaskini Enakmen Rumah Tumpangan Negeri Terengganu yang telah ada sebelum ini dan Enakmen ini sebenarnya perlu dikaji semula dan dimurnikan semula sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat. Selain itu pihak MOTAC sendiri juga dalam proses untuk mengenalpasti langkah terbaik dalam mengatasi masalah. Masalah ini bukan sahaja di Terengganu bahkan seluruh di Malaysia. Sekian.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat EXCO ada menyebut, ada perbezaan di antara homestay dan rumah tumpangan ini. Jadi boleh Yang Berhormat EXCO menjelaskan dengan lebih lanjut perbezaan antara homestay dengan rumah tumpangan yang tumbuh dan tidak berdaftar ini. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada ADUN Buluh Gading. Program Homestay merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC. Kita ada sebenarnya memang homestay kita, syaratnya mesti berdaftar dengan MOTAC dan di mana pelancong tinggal bersama. Pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan di antara syarat Program Homestay;

1. Sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah bagi setiap kluster homestay, maknanya kalau Teluk Ketapang dia lebih daripada sepuluh dan di Setiu ada di Besut ada, di pelbagai tempat, di Kemaman dan seumpamanya. Mesti syaratnya sepuluh buah rumah.

2. Maksimum empat buah bilik yang disediakan untuk pelancong bagi setiap pengusaha homestay.

3. Mempunyai kemudahan sampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan 4. Menjaga tahap kebersihan rumah kediaman 5. Menjaga keselamatan pelancong.

6. Melibatkan pelancong dalam aktiviti-aktiviti masyarakat kampung yang selalunya homestay ini mereka buat aktiviti kebudayaan yang tidak melanggar syaraklah, silat dan seumpamanya yang sesuai untuk melambangkan Negeri Terengganu. 7. Melibatkan pelancong dalam sukan permainan tradisional.

Rumah tumpangan pula menggunakan konsep sewaan rumah bilik dalam beberapa tempoh masa yang singkat.

i.

Tidak berlesen.

ii. Tiada perjanjian khusus dan tiada berdaftar dengan mana-mana agensi. Sekian.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua. Adakah Kerajaan bercadang untuk mendaftar dan mengenakan cukai terhadap rumah-rumah tumpangan yang tidak berdaftar ini. Terima Kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kerajaan memang bercadang untuk terutamanya sekali akan kenal pasti berapa jumlah di setiap daerah dan sedang kita kenal pasti sebenarnya dan yang kedua memang sepatutnya mereka selepas kenal pasti berdaftar dan dikenakan cukai. Sebenarnya menjadi suatu cabaran kepada hotel-hotel yang pelbagai bentuk ataupun perkara yang dikenakan terhadap hotel yang ada di Negeri Terengganu ni melalui PBTnya, cukai pelbagai cukailah yang dikenakan terhadap hotel tapi rumah tumpangan yang ada mereka disewakan kepada pelancong tapi mereka tiada dikenakan sebarang cukai. Jadi insya-Allah pihak Kerajaan Negeri akan buat kajian kita akan berbincang dengan pihak LA sejauh mana kita dapat mengambil cukai ini dan insya-Allah kalau kita dapat ambil cukai ini, ianya akan jadi sebahagian daripada hasil negeri. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat. Saya teruskan dan saya jemput Yang Berhormat Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan 1-

Program Sumber Kekayaan Baru di bawah Kementerian dan Asas Tani (MOA) , berapakah peruntukan yang telah yang telah diterima oleh Terengganu dan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan sehinggan tahun 2019

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Hulu Besut yang mengajukan soalan berkaitan dengan SKB (Sumber Kekayaan Baru), berapakah jumlah peruntukan dan berapakah jumlah yang petani yang mendapat faedah sehingga tahun 2019. Untuk makluman dewan, SKB mula dilancarkan pada tahun 2018 sehingga kini sebanyak RM5,650,405.00 peruntukan telah diperuntukkan untuk Negeri

Terengganu dan seramai 2,374 orang petani yang telah mendapat manfaat. Saya perincikan;

Tanaman Tahun Bil. Petani Peruntukan (RM) Durian 2018 684 RM1,066,530.00 2019 760 RM2,851,000.00 Kelapa (Mataq dan Pandan) 2018 930 RM1,732,875.00 2019 - -

Terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima Kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat. Saya teruskan dengan menjemput Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2-

Sila nyatakan jumlah pusat tahfiz yang berdaftar di Terengganu serta apakah langkah-langkah yang diambil dalam memastikan pusat-pusat tahfiz ini mematuhi peraturan atau piawaian yang ditetapkan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan juga Pemerhati sekalian. ADUN Bukit Besi bertanyakan sila nyatakan jumlah pusat tahfiz yang berdaftar di Terengganu serta

apakah langkah-langkah yang diambil dalam memastikan pusat-pusat tahfiz ini mematuhi peraturan atau piawaian yang ditetapkan. Untuk makluman Dewan, jumlah pusat tahfiz yang telah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan berdaftar dengan Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM adalah sebanyak 31 buah dan dalam memastikan pusat-pusat tahfiz ini mematuhi peraturan ataupun piawaian yang ditetapkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah menetapkan langkah-langkah sebagaimana berikut;

1. Melibatkan sokongan bertulis daripada Agensi Bomba dan Penyelamat dan juga Pejabat Kesihatan Negeri semasa dalam proses kelulusan pendaftaran.

2. Membuat penilaian kurikulum yang digunakan di setiap pusat-pusat tahfiz dengan melibatkan pegawai-pegawai daripada bahagian pendidikan dan Jabatan Mufti.

3. Lawatan berkala oleh pegawai Bahagian Pendidikan sekurang-kurangnya dua kali setahun ke setiap tahfiz dan pondok yang berdaftar, dan

4. Memastikan semua pengurusan pondok dan tahfiz membuat laporan dalam bentuk format yang diberikan oleh jabatan untuk setiap peruntukan bantuan daripada JAKIM ataupun Kerajaan Negeri.

Terima Kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima Kasih Yang Berhormat Paka, EXCO. Saya ingin tahu jugalah, menurut rekod Kerajaan Negeri berapa banyakkah pusat yang berkenaan yang tidak berdaftar. Jadi kita tahu 31 buahlah. Adakah semua tu berdaftar dan sejauh manakah prosedur yang ditetapkan untuk menubuhkan sesebuah pusat tahfiz. Terima kasih.

Untuk maklumat ahli dewan, kita telah buat apa orang panggil survey-lah di Terengganu ni ada lebih kurang 140 buah institusi SAR yang kalau JAKIM dikategorikan tahfiz pondok dan sebenarnya dikategorikan satu kategorilah. Jadi ada yang tahfiz, ada yang sekolah rendah ada yang sekolah menengah, ada yang dipanggil pondok dan sebagainya, institusi-institusi persendirian. Apapun Kerajaan Negeri mengambil pendekatan, untuk

mempermudahkan membantu mereka untuk berdaftar dan Pihak Kerajaan Negeri orang panggil sikap mesra kepada institusi-institusi pendidikan ini yang telah berusaha membantu apa orang panggil turut sama berkolaberasi dalam pendidikan rakyat Terengganu kita ini dan kerana itu pihak Kerajaan Negeri pada tahun lepas telah memberi bantuan RM3.8 juta untuk institusi-institusi ini dan kita mensyaratkan supaya mereka mula berdaftarlah dan kita apa untuk akan datang ini, kita tengok dan ada perkembangan, makin ramai yang berdaftar dan kita akan teruskan lagi supaya hasrat kita, mereka yang berdaftar itu akan kita beri apa orang panggil peruntukan perkapita dan alhamdulillah tahun ini pihak Kerajaan Negeri menambah lagi peruntukan kepada RM5 juta dan kita juga pun dah melancarkan program kemahiran kepada mereka kerana mereka bukan hanya orang panggil alim, mampu menguasai bidang agama tetapi juga kita membekalkan ilmu kemahiran untuk mereka boleh survive ataupun untuk kendiri mereka di masa-masa akan datang. Setakat ini kita cuba untuk mewujudkan satu daerah satu kemahiran dulu sama dengan institusi-institusi ini. Jadi kalau berdasarkan maklumat ini ada yang dapat apa orang panggil bantuan ada lebih kurang 31lah tahfiz dan juga yang melibatkan tahfiz saja. Jadi kita pun mengambil kira sebab kadang-kadang bila orang tu duit banyak, tanah luas dia kira nak buat tahfiz je sebagai bekalan akhirat dia, kita tak dapat nafi lah niat dia kadang-kadang bila banyak sangat tumbuh yang tanpa terurus dan sebagainya, kurikulum, kadang-kadang bila dia akan apa orang panggil menimbulkan permasalahan juga dan pihak Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan fast track SPM. Tahun lepas kita lebih kurang 74 orang pelajar bersama dengan TATI Skill di mana mereka dalam satu tahun tu apa orang panggil belajar untuk mendapat sijil awam SPMlah dan insya-Allah lepas pada itu dia boleh untuk membuat pilihan pada institusi-institusi yang mereka boleh menyambung pengajian mereka dengan sijil-sijil awam yang mereka peganglah. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, terima kasih pada pihak Kerajaan dan saya sebenarnya dok nok sangat mempersoalkan tentang kurikulum ini, nanti orang kata saya tak bersetuju dalam soal tahfiz ni. Cuma saya nak tanya sikit berkenaan dengan keselamatan. Apakah Kerajaan membuat pemantauan terhadap pusat tahfiz yang wujud dalam Negeri Terengganu kita ni maksud saya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan sebagainya sebab kita tidak mahu baru-baru kita ada dengar satu kejutanlah di sebelah negeri kita ini. Jadi saya ingin tahulah apakah…..

Kejutan mende tu Yang Berhormat, biar jelas sikit.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Yang berlaku di Pahang baru inilah..

Pahang?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Dok kan dok dengar cerita?

Bukan negeri kitalah?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Bukan di negeri kitalah, sebelah negeri kita.

Sebelah? Hahaha (ketawa), okey.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Jadi saya nak tahu apakah pihak Kerajaan Negeri memainkan peranan jugaklah dari segi keselamatan pusat-pusat tahfiz yang wujud dalam Negeri Terengganu kita. Terima kasih.

Sebut sebelah tu ingat sebelah Bukit Besi, Paka tu yang debor itu. (ketawa). Yang Berhormat Yang di-Pertua, biasa isu bomba ni apa kurang berbangkit sikitlah sebab bomba ni nampak mereka juga pro-aktif dia banyak pergi ke pusat-pusat seperti ini. Sekolah, sekolah menengah ataupun pondok ataupun tahfiz untuk membuat orang panggil penyeliaan ataupun macam mana menghadapi kebakaran dan sebagainyalah. Memang tak dapat nafilah tengok pondok dan sebagainya sistem orang panggil wiring dia tu „Tawakal Alallah’ nampak wayar lintang pukang sekali. Sebab itu apabila berlaku kebakaran di Selangor, pihak Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk memastikan orang panggil sistem wiring ini lebih baiklah tapi kadang-kadang tidak sampai juga ke setengah pusat-pusat tersebut. Jadi sekarang ini untuk pendaftaran ataupun melayakkan mereka

menerima bantuan peringkat JAKIM dan sebagainya dan memang disyaratkan untuk mendapat satu kesihatan apa panggil sijil sokongan daripada Pejabat Kesihatan untuk memastikan makanan apa dan sebagainya untuk berlaku apa orang panggil mende yang merbahayakanlah yang kedua melibatkan bomba, tangga, apa sebagainya keselamatan dan yang ketiga melibatkan CF-lah, Majlis. Biasanya Kesihatan dan juga Bomba ini tidak ada masalah mana tetapi melibatkan CF ini apa ni Majlis ni payah sikitlah sebab ialah pelan, bangunan apa dan sebagainya tapi kita Terengganu ini kita cuba untuk mempermudahkanlah yang penting supaya mende tu dapat berjalan sebagaimana yang kita hasratkan, adapun isu-isu berbangkit tu saya rasa benda terpencillah. Tapi kita akan sentiasa membuat pemantauan daripada masa ke semasa lah, jangan satu kes tu menyebabkan kita nak apa panggil nak tutup saja kalau giliran tahfiz ini eh nak tutup selalu macam kes perkahwinan bawah umur di Kelantan dahulu menyebabkan nak pinda terus tak benar melainkan umur 18. Sekarang ini usaha pihak Kerajaan untuk pinda perkahwinan umur 18 bagi perempuan, bawah tu dia kira under age kalau kahwin maknanya salah. Boleh dihukum sebagai rogol pula jadi kita hairan kadang-kadang bila ngundi sekarang ni umur 18 dulu umur 21 turun 18 makna umur 21 dulu nak jadi calon umur 21 baru boleh jadi calon ni umur 18 boleh jadi calon dah makna mungkin dianggap sebagai kohor matanglah zaman kita dulu darjah satu baru start belajar a,b,c duk darjah dua, darjah tiga baru pandai baca lening umur empat, lima tahun kadang-kadang pandai baca dah jadi tapi bab kahwin daripada umur kita Terengganu maintain lagi lah daripada 16 nak angkat kepada 18. Terengganu ni dia boleh dapat orang panggil keizinan wali dia, ibu bapa dan juga mahkamah. Jadi bolehlah jadi kalau tidak kita tutup-tutup lubang ni akhir dia berzina tapi kita sedia maklum di apa sekolah-sekolah rendah ada dah berlaku di Terengganu pun ada masih lagi sekolah rendah bawah umur 12 tahun yang mengandung anak luar nikah. Jadi apabila kita payahkan kahwin maka dia akan cari jalan keluar dengan berzina apa pun kita akan cuba apa orang panggil membuat pemantauan masa ke semasa. Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pohon penjelasan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pohon penjelasan sekali, Yang Berhormat Paka. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melonggarkan

apa ni peraturan dan juga enakmen memudahkan perkahwinan di Negeri Terengganu? Terima kasih.

Yang Berhormat, ini bab lain pula ni saya kabo kait dengan Bukit Besi. Soalan tahun depan-lah, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Dah bakpe Yang Berhormat tanya, Wakil Telemong? Wakil Telemong tujuan tanya tu ada niat, cita-cita ke?

Dok, tadi Dato’ Yang di-Pertua, saya tanya tu sebabnya nampak macam orang tutup dia kata, ada dok cadangan kita. Dok tahulah kalau ada cadangan, kita rakyat Terengganu ini nak tahu juga kan.

Dakpe-dakpe Yang Berhormat…..dakpe

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Berkaitan dengan saya ni cita-cita tu ada tapi gitulah Dato Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua

(ketawa)

Keberanian takdoklah. Tapi Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, kita Terengganu ini dia undang-undang melibatkan agama ini bawah Kerajaan Negeri, jadi kita setakat ni Terengganu masih lagi tak bersetujulah. Antara tujuh negeri yang dikata masih lagi tu, antaranya Terengganu. Setakat ni kita bawah MAIDAM.

Dato’ Yang di-Pertua, saya cadang 15.

Oo….muda lagi,ganas Ajil, er….. Kijal, tapi sungguh kalau mak-mak kita dulu 13 kahwin dah.

Ha…berapa?

13. 13 kahwin doh tak dok masalah. Jadi kalau kita bubuh umur 18 seolah-olah kita discredit wanita seolah-olah orang perempuan ni bodoh sangat. Umur 18 baru boleh nak tentu. Patutnya kita bagi. Umur ni kita caya.

Setuju ah 15 op.

Setuju 15.

Ehh…..setakat ni 16 lah.

Okey, okey 16.

Dan dia perlu dapat keizinan wali dia, apa ayah dia.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Ke ada calon dah tu?

Dan juga mahkamah. Kita menyakini mahkamah kita dalam membuat penilaian ni. Kijal semangat lalu, okey terima kasih Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang Berhormat….. Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Ada lagi? Panjang tajuk ni…..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua

Okey

Terima kasih.

Yang Berhormat, lima dah ni, tiga kan dok?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang ketiga ni, hok nung dok masuk hok nung. Bakpe dok berapa nak jawab?

Jangan marah

Yang di-Pertua

Takpelah. Kita kita kira hari akhir dah hari ni, takpe lah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jadi sakok dah pulok. Okay deh. Soalan saya adakah yang berdaftar ini kita selaras modul dia dan yang tidak berdaftar ini kita buat pemantauan dok? Mungkin ada ancaman ke dan sebagainya unsur-unsur yang tidak sihat? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Rasa macam jawab dah tadi.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok lagi hok tu.

Saya perhati. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jangan buat saya pening pula.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok lagi hok tu.

Hok tu dok, saya perati. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jangan buat saya pening pulok. Sebab saya perati hok dia jawab ni jadi hok saya ni memang dia dok jawab lagi.

Yang di-Pertua

Itu yang saya kata kelmarin, mata memandang hati tidur.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Nanti saya reka pantun se.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita nak selaraskan modul ini tu jugok, cuma kita buat orang panggil, apa, panduan dan sebagainya supaya, sebab Tahfiz Quran ini dia kadang-kadang berbeza, orang panggil modul dia, sistem dia, cara dia. Ada jugok hok ngafal dari belakang pilih surah. Jadi kita nok selaraskan dok boleh. Ini pang dia, seni dia, faham. Masing-masing untuk dia mencapai apa hasrat ataupun matlamat penubuhan itu. Cuma, kita sebut ini supaya mereka ini dapat, sebab dia ada peruntukan di bawah JAKIM apa sebagainya, supaya mereka ini dapat secara keseluruhan dan mereka ini boleh orang panggil survive membina bangunan yang selesa, kondusif dengan apa perkembangan pendidikan yang sedia ada. Adapun yang tidak berdaftar itu, kita masih lagi orang panggil, galakkan mensyaratkan supaya mereka datang untuk kita beri, bantu, sebab banyak bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan, pihak JAKIM dan sebagainya untuk memberi menyokong mereka untuk dapat, apa orang panggil, suasana persekitaran pendidikan yang lebih baiklah. Tapi, buat makluman setakat ini tidak ada orang panggil agenda-agenda luar yang membahayakan rasa, saya rasa dok berbangkit mana lah. Kalau ada maklumat, boleh maklumkan kemudianlah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pindah kepada Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Soalan yang pertama:

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam memaklumatkan berkenaan konsep Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera kepada rakyat?

Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam memaklumatkan berkenaan konsep Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera kepada rakyat?

Konsep Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera (TMBS) adalah perincian daripada Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030. Langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memaklumatkan berkenaan konsep TMBS, (Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera) secara ringkasnya dalam empat langkah ringkas. Yang pertama, Majlis Ucap Negeri Terengganu yang diadakan pada 17.7.2018 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam membicarakan tentang PITAS 2030. Yang kedua melalui lirik-lirik lagu TMBS (Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera). Yang ketiga melalui ucapan-ucapan yang disampaikan oleh, secara khususnya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam perasmian-perasmian program-program tertentu. Dan yang keempat melalui perialisasian ataupun pelaksanaan 20 janji Manifesto yang kita tawarkan. Sebagai contoh, kad sejahtera, lesen motosikal percuma bagi membentuk kesejahteraan hidup anak-anak muda. Yang terakhir program-program Kerajaan seperti karnival TMBS, karnival sejahtera di setiap DUN, Program MB Mari Kampung Kite, Dialog bersama EXCO. Pemerkasaan penerangan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memahami konsep Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Payung di atas jawapan yang diberikan berkenaan dengan memaklumatkan TMBS, Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. Persoalan saya ialah, di peringkat rakyat kita telahpun menjelaskan berkenaan dengan TMBS ini dan apa yang saya cuba untuk bangkitkan juga ialah pemahaman ataupun sejauh manakah kefahaman di peringkat pelaksana dasar dalam melaksanakan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera ini, supaya tidak timbul lagi perkara-perkara yang seumpamanya viral dalam media massa berkenaan dengan poster-poster ataupun banner-banner ataupun apa yang diviralkan berkaitan dengan ketidaksejahteraan yang ada. Jadi kita nak tanyanya ialah kefahaman ataupun sejauh manakah kefahaman kita tentang konsep Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera supaya kita sejahtera dan pelaksana dasar yang ada ini memahami kehendak TMBS itu, dan apakah kesan-kesan yang diperolehi setelah kita memberi kefahaman atau telah difahami oleh pelaksana dasar di peringkat Kerajaan Negeri. Wallahualam.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Secara ringkasnya untuk kefahaman pegawai-pegawai pelaksana kepada Kerajaan kita melalui Majlis Ucap Negeri Terengganu, saya ulang balik Majlis Ucap PITAS yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar,

yang keduanya kita telah mulakan satu program kepada semua pegawai-pegawai yang kita dahulukan dengan Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri yang kita namakan Halaqah Tawasi’, iaitu pertemuan pesan memesan dialog secara bersemuka melalui Pegawai-pegawai Tinggi dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Dato’ Seri akan memberikan kefahaman dan apa sahaja pandangan-pandangan oleh pegawai-pegawai secara langsung bersemuka dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dalam menjayakan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera, insya-Allah. Dan yang seterusnya jugak bagi mempastikan kesejahteraan ini, Yang Berhormat Paka telah menyatakan garis panduan yang akan kita lancarkan pada bulan Januari nanti bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat kita. Dan perlu difahami oleh semua agensi kerana garis panduan yang ditetapkan ada kaitan dengan pelancongan, ada kaitan dengan kerajaan tempatan, ada kaitan dengan sukan, ada kaitan dengan beberapa portfolio yang ada. Yang ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, kita juga melihat kesannya walaupun kesan dia tidak boleh kita terlihat secara sepenuhnya, kita lihat bahawa hasil daripada kefahaman terhadap konsep ini, saya melihat pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan Kerajaan dapat melaksanakan dengan baik melalui dasar-dasar yang kita susun. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Pengkalan Berangan. Saya berpindah kepada Wakil Jertih.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya kelmarin duk bincang panjang doh maring ini, boleh? Dia berkisar benda yang sama.

Yang di-Pertua

Kalau…Ustaz jawab doh?

Soalan satu ditolak, tak apalah, kita ada soalan tambahan. Okey, soalan saya soalan yang kedua-

Berapakah bilangan Pondok Moden milik Kerajaan Negeri di Terengganu dan bilangan pelajar di pondok tersebut?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Jertih bertanyakan berapakah bilangan pondok moden milik Kerajaan Negeri di Terengganu dan berapa bilangan pelajar di pondok tersebut. Untuk makluman sidang Dewan, ada tiga Madrasah Moden Negeri Terengganu.

1. Madrasah Moden Besut 2. Madrasah Moden Kuala Nerus 3. Madrasah Moden Hulu Terengganu.

Ketiga-tiga itu mempunyai pelajar 686 orang secara keseluruhan. Terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama, saya dapat maklum bahawa PT3 ini tidak ada peperiksaan PT3 di, kepada pelajar pondok moden, pohon penjelasan.

Daripada awal penubuhan macam itulah. Tapi bermula tahun ini sudah disediakan untuk PT3. Terima kasih.

Soalan tambahan yang kedua, jadi kelmarin, semalam pihak Paka, Wakil Paka dah beri penjelasan berkait dengan perbezaan antara pondok moden dengan SRIDI ini tapi kelmarin dalam masa yang agak terhad saya rasa. Jadi hari ini saya perlu penjelasan sedikit lagi hendak tahu beza Sekolah Rendah Islam Darul Iman dengan Sekolah Pondok Moden ini untuk memberi kefahaman kepada masyarakat atau ibu bapa untuk hendak pilih sekolah mana yang lebih baik? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Kerajaan Negeri setakat ini berhasrat untuk membantu sebagaimana konsep pendidikan dalam Islam, Minna Mahdi I’la Lahdi, daripada buai sampai liang lahad, daripada Kits Coding yang diluluskan sampai kepada akhir. Ingat tahun lepas Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi kits untuk apa kematian. Saya rasa yang lain kalau DUN saya lah habis belaka, tidak cukup bantuan ini. Hok tu satu-satunya yang masih orang takmboh. Pejabat saya banyak lagi ada, saya offer ambillah sekotak kits itu. Dia ada kain mayat, mandi mayat kits yang dibagi oleh Dato’ Seri Menteri Besar. Ada lagi. Nak bagi tidak

mahu juga. Maknanya Kerajaan caknanyanya bantu daripada buai sampai liang lahad ini. Ini menyusu pula, awal lagi kekgi kohor menyusu sampai mati. Jadi dah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri hendak pastikan generasi Terengganu kita ini sejahtera.

Jadi persoalan yang ditanya oleh ADUN Jertih tu jauh sangat, kalau ibu bapa tidak boleh buat pilihan rasa gelap gambar ibu bapa. SRIDI adalah sekolah rendah, darjah satu sehingga enam. Pondok Moden ini jangan tertukar begitu, SMIDI lain. SMIDI ialah Sekolah Menengah, SRIDI - sekolah rendah. Jadi Pondok Moden ini hasrat ditubuhkan adalah, ada mungkin kelulusan yang kurang baik sikit dia masuk Madrasah Moden. Alternatifnya iaitu dia based kepada kitab turath, KSSM dan juga kitab turath, kitab lama. SMIDI ini dia KBD, Kurikulum Baru Dinni’yah yang ada modul dia, apa dan sebagainya yang berbezalah daripada dua-dua ini dan dia ada PT3, dia ada SPM dan sebagainya. Juga ada SMU dan SPM. Terima kasih dan tempat pun berbeza.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Wakil Bandar.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Assalamua’laikum Warahmatulah. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 1 -

Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung gejala-gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat di Terengganu?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Assalamu’alaikum warahmatullah. Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada ADUN Bandar, Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung gejala-gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat Terengganu?

Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam membendung masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat di Terengganu melalui kerjasama inter-agensi, antaranya;

1. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu i.

Program Fityah Terengganu ii.

Program Generasi Islah Falah Terengganu

2. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu i.

Program Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah „Street Dakwah’ ii.

Program Seminar Pencegahan Jenayah Syariah iii.

Pemasangan banner-banner dan billboard di tempat-tempat yang bersesuaian dan juga program-program, kem-kem kesedaran dan kuliah-kuliah di masjid-masjid.

3. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu i.

Program Ziarah Cakna ke sekolah-sekolah ii.

Program Generasi Terengganu Sejahtera iii.

Program Insaniah GEN-T Sejahtera dan Program GEN-T Solehah iv.

Program Kemenjadian Murid Asrama Bebas Dadah

4. Polis Diraja Malaysia i.

Rondaan berkala oleh Unit Kereta Beronda Polis dan Unit Rondaan Motorsikal.

ii.

Lawatan pihak Polis melalui pegawai-pegawai.

iii.

Kempen berkaitan dengan kesedaran penggunaan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) iv.

Menjadikan beberapa sekolah sebagai Sekolah Angkat. v.

Mengadakan ceramah dan penerangan berkaitan pencegahan di sekolah, IPTA dan IPTS.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Soalan tambahan yang pertama, oleh kerana Bandar ini banyak pusat-pusat perniagaan, pusat pelancongan, tempat-tempat lepak, bagaimana pendekatan pihak Kerajaan dalam membendung masalah pergaulan bebas, pakaian yang mencolok mata dan juga khalwat yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat ADUN Bandar, dia kita laksanakan dalam dua perkara. Yang pertama, pendidikan dan kesedaran. Pendidikan dan kesedaran ini melalui program-program dakwah kita, contoh seperti Street Dakwah dan program ini juga mesti mendapat kerjasama daripada semua pihak, MPKK bahkan melalui pembangunan agama, kita peruntukkan agar wujudkan

Skuad Hisbah dan dalam Bajet yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar ada satu peruntukan bagi melaksanakan Skuad Amar Maruf Nahi Mungkar, insya-Allah. Termasuk juga dalam melaksanakan itu semua ialah kita melaksanakan melalui penguatkuasaan. Penguatkuasaan kalau berlakunya betul-betul kesalahan-kesalahn, pihak Pejabat Agama akan mempastikan agar ia dikenakan tindakan yang sewajarnya. Wallahu a’alam.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Satu masalah yang mungkin terlepas dah dan mungkin akan berlaku akan datang. Musim bulan Ramadan, kebiasaan bulan Ramadan ini ada kumpulan-kumpulan yang memang mengaku uzurlah. Awal-awal lagi dah bersarapan pagi, pukul 9.00, pukul 10.00. Ada kedai yang beroperasi untuk mereka. Saya rasa bukan ini masalah di Bandar sahaja tapi tempat lain pun ada juga tetapi di Bandar memang banyak. Dan bila kita maklum kepada Pihak Berkuasa mereka datang buat serbuan, serbuan dibuat. Ada ambil nota, ada tangkap tapi sempat sekejap sahaja, esok datang pula kedai itu buka, beroperasi balik, hak mari makan pun mari balik. So, apa cara ataupun langkah yang pihak Kerajaan boleh buat untuk mengatasi masalah ini.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang pertama, dalam memastikan buka kedai berniaga bulan Ramadan ini bukan kesalahan pada sudut gejala sosial sebenarnya, jenayah syari’e. Kesalahan berniaga dan membeli untuk berbuka puasa ataupun tidak berpuasa sebelum pukul 3.00 petang. Bukan bermakna selepas pukul 3.00 petang itu boleh berbuka, tak. Pukul 3.00 baru boleh start berniaga. Kesalahan dalam Enakmen peniaga, pelanggan dan pemilik premis perniagaan dilarang membuka mana-mana perniagaan sebelum pukul 3.00 petang, mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Mana-mana peniaga, pengusaha, pemilik dan pelanggan yang berniaga sebelum pukul 3.00 boleh dikenakan tindakan melalui penguatkuasaan Pejabat Agama dengan hukumannya tidak lebih daripada satu tahun penjara atau denda ataupun kedua-duanya. Itu pada sudut hukuman dan penguatkuasaan. Cuma yang keduanya, kadang-kadang orang ini bukan nak makan buka, dia janji doh ikut belakang masuk nak jual tahulah kadang-kadang. Macam mana yang pertama melalui kesedaran masyarakat. Masyarakat mesti ada kesedaran untuk melaksanakan Amal Ma’aruf dan Nahi Mungkar dan kita harap pelaksanaan Amal Ma’aruf Nahi Mungkar ini dilaksanakan juga oleh MPKK, Ahli Jawatankuasa Masjid dan masyarakat yang memilikli keprihatinan termasuk Sukarelawan Dakwah yang kita lancarkan. Kita harap dengan Sukarelawan Dakwah yang

ada, sukarelawan bagi melaksanakan Skuad Hisbah dan Amal Ma’aruf Nahi Mungkar ada dan juga melalui billboard-billboard yang kita hendak beri kesedaran kepada masyarakat agar jangan melakukan jenayah ini. Dia bukan berkaitan dengan gejala sosial walaupun soalan asal Yang Berhormat Dato’ yang berkaitan dengan gejala sosial tapi saya meraikan ADUN Bandar, persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ADUN Bandar ialah berkaitan dengan Jenayah Syariah yang akan dilakukan oleh Kerajaan melalui pencegahan dan penguatkuasaan, insya-Allah.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Terima kasih Yang Berhormat, Soalan tamat tahun depan pula.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah badan yang mengutip dan mengurus zakat. Nyatakan berapakah jumlah asnaf yang mendapat khidmat bantuan dari wang zakat dan mereka ini sudah terkeluar daripada paras garis kemiskinan?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih. Tidak dengar pantun dahulu sepatutnya. Soalannya Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu adalah badan yang mengutip dan mengurus zakat. Nyatakan berapakah jumlah asnaf yang mendapat khidmat bantuan daripada wang zakat dan mereka ini sudah terkeluar daripada paras garis kemiskinan?

Setakat ini asnaf zakat tidak berubah lagi, lapan jenis itulah. Tidak berubah lagi. Lapan kumpulan itu. Jumlah asnaf yang mendapat khidmat bantuan daripada wang zakat tahun 2019 sehingga 31 September.

ASNAF BIL. PENERIMA Fakir 5,013 orang Miskin 43,409 orang Jumlah keseluruhan 48,422 orang

Bantuan zakat yang diberikan adalah bagi menampung perbelanjaan keperluan hidup. Dalam memastikan asnaf mampu berdikari dan keluar daripada kemiskinan, MAIDAM memperkenalkan Skim Bantuan Modal Berdikari. Pemantauan sentiasa dibuat pada setiap tahun bagi menilai kemajuan dan pencapaian penerima. Peratusan prestasi kemajuan penerima adalah antara 9% sehingga 10% setahun dan mereka ini telah untuk mampu berdikari setelah bantuan diterima.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Berapakah jumlah bantuan kepada asnaf fakir dan miskin. Nyatakan jenis-jenis bantuan yang telah diberikan pada tahun 2019? Terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Soalan perlu notis Yang Berhormat Dato’. Tapi maklumat itu ada. Jawab secara notislah, tulis sahaja, mudah. Wallahua’hlam.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat, ada lagi soalan tambahan. Yang tadi perlu notis.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Tambahan saya yang kedua dan yang terakhir. Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh MAIDAM dalam membantu asnaf fakir dan miskin?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Usaha MAIDAM dalam membantu asnaf fakir miskin. MAIDAM sentiasa peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di Negeri Terengganu. Langkah yang diambil bagi memastikan mereka ini tidak tercicir dalam menerima bantuan adalah dengan menyeru masyarakat di semua peringkat untuk melaporkan kes-kes kemiskinan sama ada melalui telefon, facebook, laman web dan sebagainya. Yang kedua, Pegawai Siasatan MAIDAM disaran untuk meninjau dan memerhati golongan yang memerlukan daripada semasa ke semasa

untuk menyelesaikan masalah ini. Yang ketiga, Amir-amir Zakat juga telah dilantik dan telah digerakkan supaya memastikan pemasalahan kemiskinan di kawasan masing-masing dan dilaporkan ke bahagian zakat. Yang ke empat, MAIDAM turut menjadi ahli dalam Mesyuarat Focus Group daerah-daerah yang membincangkan masalah kemiskinan dan juga menjadi Ahli Jawatankuasa Penimbang JKM di peringkat daerah masing-masing. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dato’ Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan saya?

Yang di-Pertua

Sila-sila.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum saya soal ni, saya janji nak pantun se sakni. Nok jawab

Yang di-Pertua

Silakan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

ADUN Paka seorang yang sado, Dato’ Yang di-Pertua orang yang bijaksana, Mata buka hati tak tidur, Tapi sentiasa peka dan cakna.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Puji diri…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okaylah soalan tambahan saya. Sebab kadang-kadang orang kata lambat tindakan. Jadi, berapa lama masa yang diambil untuk siasatan dan sebagainya sehingga kita boleh bantu orang. Kadang-kadang dua bulan tiga bulan, kadang-kadang orang perlu masa yang cepat. Dia mintok ni kerana dia perlu pada masa itu. Tapi dang dua bulan mungkin masa tu dia dok perlu doh. Jadi, berapa lama masa yang diambil. Terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang pertama kita melihat kepada bantuan yang dipohon. Kalau bantuan rumah amik masa panjang sikit.

Bantuan untuk asnaf fakir miskin ni, bantuan yang berkaitan dengan kewanganlah, biasanya dalam tempoh sebulan tetapi melihat kepada Mesyuarat Focus Group dulu. Kalau misalnya dia lewat untuk berhadapan dengan Mesyuarat Focus Group kita kena masuk dalam Mesyuarat Focus Group dulu untuk mempastikan dia ni termasuk dalam senarai e-kasih ataupun tidak. Kadang-kadang ada kaitan dengan agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun demikian, kes-kes tertentu boleh diselesaikan dengan cepat, kalau ada Batu Rakit ada kes-kes tertentu boleh maklum ke kita secara langsung. Insya-Allah. Tetapi SOP kita ada kita tidak akan menangguhkan untuk membantu masyarakat yang memang layak untuk menerima bantuan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Wakil Wanita.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 1 –

Selain Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Apakah peranan bagi agensi-agensi Kerajaan di Terengganu di dalam agenda mempromosikan lagi Pelancongan di Negeri Terengganu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Wanita. Soalannya berbunyi selain Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Apakah peranan bagi agensi-agensi Kerajaan di Terengganu di dalam agenda mempromosikan lagi Pelancongan di Negeri Terengganu? Untuk makluman Dewan dan juga ADUN Wanita, selain daripada Jabatan Pelancongan Negeri, agensi-agensi Kerajaan Negeri, yang terlibat adalah di peringkat daerah kita ada menubuhkan Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan di Peringkat Daerah. Di mana agensi Kerajaan di peringkat daerah yang dilantik ni merupakan ahli kepada majlis berkenaan dan tujuan Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Peringkat Daerah ditubuhkan adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pelancongan di peringkat daerah masing-masing. Majlis juga bertindak untuk mempromosikan produk pelancongan di peringkat daerah kerana terlalu banyak produk pelancongan di daerah yang perlu diperbaikpulihkan dan diperkenalkan di peringkat pelancong-pelancong di luar daripada Terengganu. Sekian.

Soalan tambahan saya yang pertama. Memang kita tahu Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan di semua daerah sebenarnya memang sangat penting dalam usaha untuk kita membantu pembangunan terutamanya sektor pelanconganlah sebab kita tahu setiap daerah ini ada keunikannya masing-masing. Contohnya, Hulu Terengganu terkenal dengan Tasik Kenyir, Kuala Terengganu kita ada batik, ada songket. Tapi nak kait soalan saya ini, sebenarnya berapa doh Majlis Tindakan Pembangunan yang ada di setiap daerah, sebenarnya ada berapa doh. Dan sebenarnya dia adakah, apakah prosedur nak menubuhkan Majlis Tindakan ini adakah melibatkan implikasi kewangan. Mohon pencerahan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kita dah menubuhkan di setiap daerah, 8 daerah di Terengganu. Implikasi kewangan memanglah setiap Pejabat Daerah sebenarnya dipengerusikan oleh Tuan DO sendiri setiap daerah. Dan pihak Jabatan Pelancongan Negeri memberikan bajet tahunanlah yang terhad kepada mereka dan mereka akan cari duit sendirilah untuk mengadakan aktiviti ataupun program yang berkait dengan pelancongan di peringkat daerah masing-masing. Sekian.

Soalan tambahan saya kedua. Terima kasih di atas pencerahan sebab saya dapat makluman setakat ini ada hanya Kuala Nerus yang orang kata yang menubuhkan Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan. Dan Alhamdulillah kalau selesai 8 daerah tu. Soalan saya yang kedua, dalam usaha kita mencapai sasaran 6.5 juta pelancong pada tahun 2025, apakah adakah cadangan daripada pihak Kerajaan untuk menambah duta pelancongan mengikut segmen. Contohnya kita ada melibatkan tokoh, ataupun orang yang professional atau wanita sendiri boleh jadi tokoh, boleh jadi duta pelancongan selain daripada Mat Dan. Jadi, apakah boleh Yang Berhormat bagi pencerahan pada kita.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kita sedang mempertimbangkan selain daripada Mat Dan kerana kita ada selebriti-selebriti yang terkenallah yang datang daripada Terengganu. Insya-Allah kita akan bincang. Cuma duta pelancongan kita yang lain adalah semua perantau yang ada di seluruh negara termasuklah yang ada di luar negara, di dunia ini, di seluruh negara, negeri-negeri, dan pihak kami telah bertemu sebenarnya peringkat yang pertama pada tahun lepas. Setiap negeri dah kita pergi dan mungkin ada-lah satu, dua negeri yang kita tak sampai lagi tapi

hampir semua. Dan pusingan yang kedua, kita akan adakan pertemuan pada tahun lepaslah. Tujuannya, adalah untuk mengeratkan lagi dan memberikan informasi dan juga maklumat tentang Negeri Terengganu dan khususnya produk-produk pelancongan yang mereka sendiri akan sebar melalui media sosial, Whatsapps, Internet yang berkait dengan Facebook dan lain-lainlah. Wallahua’lam.

Dato’ Yang di-Pertua, satu soalan tambahan. Nak tanya EXCO Pelancongan. Hasil Kerajaan Negeri menghantar, menghadiri program-program di WTM (World Travel Mark), ITB, dan juga program-program lain di luar negara. Promosi di luar negara. Apakah hasil dia dan impact dia kepada Kerajaan Negeri sehingga ke setakat ni. Dan yang berikutnya, ni kaitkan jugok ni dengan penurunan wang ringgit ataupun nilai Ringgit Malaysia. Apakah strategi Kerajaan Negeri nok wi ramai lagi pelancong-pelancong mari ke Negeri Terengganu. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dari segi kita tak dapat, misalnya, orang berniaga dia tahu kalau jual goreng pisang, hari ini dapat berapa ringgit berapa ringgit. Sebenarnya peranan kita pergi ke WTM, ITB dan tempat-tempat yang lain di luar, dan juga MATTA yang dibuat dua kali setahun di KL. Sebenarnya mempunyai fungsi ataupun peranan yang sangat besarlah untuk kita perkenalkan Terengganu. Mungkin hasilnya tidak kalau kita pergi tahun ini tahun depan mungkin tak dapat hasil lagi. Tapi percayalah saudara-saudara kita yakin untuk masa-masa akan datang sebenarnya dia akan membuahkan hasillah. Dia makan masa yang panjang. Alhamdulillah, WTM yang kita hadir di UK baru ni kita dapat mengadakan temujanji lebih daripada 20 pihak yang berkenaanlah. Bukan individu yang nak datang ke Terengganu, ke Malaysia tapi, group-group yang mereka ni mempromosikan Terengganu. Lebih daripada 20 temujanji yang kita buat. Dan ini usaha yang kita buat bukan pada hari tersebut tapi temujanji sebelum daripada kita pergi ke WTM kita mengadakan promosi dan alhamdulillah kita adakan lebih daripada 20 temujanji ni satu perkembangan yang baik. Wallahua’lam.

Yang di-Pertua minta maaf. Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kertas aturan susunan untuk soal ini. Dia tulis berkenaan dengan ADUN Kemasik gabung untuk Bandar dan Kuala Abang pada 25. Saya semak pada susun atur ni tak dok dimaksudkan ataupun dicatat ADUN Kemasik

terlibat dalam semasa perbahasan ataupun soalan Ustaz Ahmad Syah ADUN Bandar dan juga Rantau Abang. Mohon untuk giliran Kemasik.

Yang di-Pertua

Maksudnya, Wakil Kemasik ada soalan yang belum dijawab.

Ya, sebab dia tulis sini

Yang di-Pertua

Takpe. Takpe. Teknikallah. Saya terus persilakan. Terus.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pantai Tampin cantik berbatu, Soalan saya nombor 1 –

Dimaklumkan banyak tukun-tukun tiruan dilabuhkan Kerajaan di Marang, Setiu dan Besut. Adakah kerajaan merancang untuk turut melabuhkan tukun tiruan di Dungun dan Kemaman?

Dato’ Yang di-Pertua, dia ada pantun rupanya tapi dok beri notis bab pantun tu. Dimaklumkan tukun-tukun tiruan dilabuhkan oleh Kerajaan di Marang, Setiu dan Besut dan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melabuhkan di Dungun dan Kemaman. Ya, kita mempunyai perancangan sebenarnya program melabuhkan tukun ini kita ada kitar dia, kitaran secara giliran, tahun 2017 kita telah mulakan di Kemasik dengan Kuala Abang di Dungun dan kita tak boleh nak buat sekaligus untuk satu tahun ke semua daerah kerana program melabuhkan tukun memerlukan kos yang sangat besar di antara RM400 ribu hingga RM500 ribu untuk satu program dan suka saya maklumkan kepada Dewan, sebenarnya hanya Negeri Terengganu sahaja yang turut bersama dengan Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan untuk Program Labuh Tukun, negeri-negeri lain hanyalah bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sahaja. Bagi tahun 2019 kita ada peruntukan untuk tukun sebanyak RM300 ribu dan insya-Allah kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan akan top up dengan jumlah yang hampir samalah bermakna kita akan ada dalam sekitar RM600 ribu, jadi 2017 kita dah buat di Kemasik dan Kuala Abang di Dungun, 2018 kita mari ke Kuala Besut untuk Program apa Tukun Dasar Lembut, 2019

kita ke atas sikit lagi di Merang dan Kuala Nerus dan untuk tahun 2020 kita naik lagi ke atas Kuala Terengganu kemudian Marang dan kita akan pergi ke Dungun dan Kemaman. Memang sasaran Kerajaan Negeri, semua daerah yang ada pantai kita nak labuhkan tukun kecuali Pantai Ali di Hulu Terengganu je kita tidak masukkan dalam senarai. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan yang pertama, dilihat untuk jawapan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO, 20 unit tukun tiruan rekreasi dilabuhkan di Kemasik, Kemaman pada 2017 iaitu tiga tahun yang lepas namun hasil daripada tinjauan ataupun kita duduk sembang-sembang dengan nelayan-nelayan di Kerteh dan Kemasik antara alasan ataupun antara aduan yang diberi adalah kekurangan sumber ikan. Justeru saya mohon untuk diconsider ataupun dipertimbangkan untuk 2020 adakan satu program terutama sekali melabuhkan tukun di kawasan Kemasik ataupun Kemaman, mungkin kita boleh juga adakan sedikit kerjasama dengan Yayasan Petronas memandangkan mungkin aset-aset yang boleh dilupuskan untuk dijadikan tukun. Terima kasih.

Ya, kita ada perbincangan Yang Berhormat dengan pihak Petronas dalam program Rig to Reef dengan izin untuk kita labuhkan pelantar minyak yang telah dinyah tauliah yang telah habis tempoh khidmatnya sebagai tukun dan secara dasarnya kita sangat memohon supaya pelantar-pelantar minyak yang beroperasi di Perairan Terengganu apabila sudah tidak digunakan lagi tidak dihantar untuk dijadikan tukun ke perairan negeri lain di atas alasan kawasan pelantar minyak ini 0.5 kilometer di sekelilingnya merupakan kawasan larangan tangkapan ikan bagi nelayan, jadi sepanjang pelantar minyak beroperasi nelayan kita sebenarnya kehilangan kawasan tangkapan ikan jadi bila dah tak beroperasi kita anggap sebagai ganti baliklah, ganti balik kawasan yang hilang itu dan dilabuhkan di perairan Terengganu. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, Marang Daerah Sentuari Penyu Pantai Tampin Hujung Kuala Selesai Sudah Soalan Tambahan Satu Soalan Tambahan Dua Menyusul Pula

Dato’ Yang di-Pertua, kita maklumi berkenaan dengan kehilangan ataupun kepupusan penyu, saya nak tanya Yang Berhormat EXCO berkenaan adakah tindakan kawalan ataupun penguatkuasaan bagi membendung apa penjualan telur penyu berleluasa di pasar-pasar, Pasar Payang dan sebagainya.

Yang di-Pertua

Ini soalan lain doh Yang Berhormat. Tapi tak apalah terpulang kepada EXCO.

tak apalah kita jawab kerana isu telur isu penyu yang di jual di Pasar Payang ni banyak ditimbulkan di media-media sosial seolah-olah Kerajaan Negeri tak nampak ataupun terlepas kawalan terhadap penjualan. Sebenarnya Enakmen Penyu Terengganu 1951 dengan pindaan 1986 hanyalah telur Penyu Belimbing yang tidak boleh dijual. Telur penyu yang lain daripada Belimbing boleh dijual. Dan sebenarnya yang dijual di Pasar Payang dan tempat-tempat lain tu telur Penyu Agar. Kita boleh bezakan dengan mudah di antara Telur Belimbing dan Telur Agar tu pada saiz dia. Telur Belimbing dia besar dan sebenarnya Penyu Belimbing sudah lama tidak mendarat di Pantai Terengganu, mengikut rekod kali terakhir pada tahun 2017 ada dua ekor Penyu Belimbing yang mendarat, lepas tu tak naik-naik dah, yang naik sekarang ini ialah Penyu Agar. Kita sedang mengkaji perkara ni dan kita mendapat beberapa pandangan daripada organisasi-organisasi yang terlibat dalam pemuliharaan hidupan liar kerana sekarang ni hanya Terengganu sahaja yang membenarkan telur penyu dijual, jadi macam kita beri lesen kepada orang tapi dalam masa yang sama kita rasa tidak adil juga kalau nikmat Allah sehingga tidak dapat dikecapi dan tidak nak dapat dirasa langsung dengan kita tutup kemah keming tak leh rasa. Pada Oktober baru ini Jabatan Perikanan bersama dengan pelbagai pihak telah mengadakan satu bengkel untuk mencadangkan kita nak buat beberapa pindaan kepada Enakmen Penyu Negeri Terengganu dan di dalam itu ada beberapa cadangan pindaan jadi insya-Allah akan dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk penelitian dan pertimbangan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kemasik. Saya anggap tu soalan terakhirlah dan saya harap tidak ada lagi soalan-soalan yang tertinggal kerana sidang pada kali ini kita mula memperkenalkan apa kita katakan menjawab secara menggabungkan soalan-soalan yang berkaitan, jadi dari segi pihak Urus Setia Soalan

Dewan kita cadangkan gabungan soalan-soalan supaya dia lebih menjimatkan masa jadi ini terpulanglah kepada pihak Wakil Kerajaan supaya lebih alert, lebih concern, lebih peka soalan-soalan yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Saya.. sila Setiausaha.

TangguhanAdjournment

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan sidang ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan banyak terima kasih di atas kerjasama yang begitu baik daripada semua Ahli Yang Berhormat bagi menjayakan sidang pada kali ini dan juga saya minta maaf di atas apa-apa kekhilafan dan sebelum saya tangguh saya nak sebutkan yang pertama sekali saya nak beri peringatan dari segi penggunaan QR Code (Quick Response Code) jadi ia lah benda-benda baru ini macam tulah kadang-kadang kita macam terlepas pandang tapi saya nampak dari segi kehadiran Ketua-ketua Jabatan atau pun Wakil, saya nak sebut macam mana macam tidak memuaskanlah. Sebab daripada hari pertama yang sepatutnya hadir 152 orang, rekod saya cuma 142 sahaja kemudian semalam jadi 104. Saya nak ingatkan bahawa secara konvensionalnya kehadiran Ketua-ketua Jabatan adalah wajib sebenarnya sama ada Pegawai-pegawai daripada Kerajaan Negeri ataupun Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, sebab ini melibatkan persidangan yang rakyat hendak tahu mende-mende perkembangan yang berlaku jadi maklumat-maklumat semasa sangat penting jadi kehadiran tuan-tuan sekalian bukan sekadar pemerhati sahaja tetapi dia ada kaitan dengan perkara-perkara yang menjadi kepentingan rakyat.

Jadi saya harap penggunaan QR Code ini dapat diperbaiki, diperkemaskanlah pada sidang-sidang akan datang. Yang kedua, ada permintaan daripada pihak Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri, doh kita pakat molek ni Muafakat Nasional ni ada sesi bergambar sekejap lepas pada sidang ini ditangguhkan, kemudian petang ini juga ada pertandingan memanahlah di kalangan Ahli Yang Berhormat melainkan uzur syarielah,

ada yang beritahu saya dan saya juga ada jamuan selepas pada sidang kita ditangguhkan. Jadi Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan kita ke suatu masa atau tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita tangguhkan dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul „Asr.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.50 PAGI