Terengganu · 27 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 473 turns · 34,420 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua'laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula, sebelum kita memulakan persidangan kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummu Quran Al-Fatihah untuk memberkati majlis kita. Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan soalan-soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan soalan-soalan lisan pada hari ini, iaitu 27 November 2019 adalah sebagaimana berikut;

1.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

2.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

3.

Yang Berhormat Wakil Jertih

4.

Yang Berhormat Wakil Bandar

5.

Yang Berhormat Wakil Air Putih

6.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

7.

Yang Berhormat Wakil Ajil

8.

Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

9.

Yang Berhormat Wakil Kemasik

10.

Yang Berhormat Wakil Wanita

11.

Yang Berhormat Wakil Tepoh

12.

Yang Berhormat Wakil Batu Burok

13.

Yang Berhormat Wakil Kijal

14.

Yang Berhormat Wakil Sura

15.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

16.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

17.

Yang Berhormat Wakil Telemong

18.

Yang Berhormat Wakil Manir

19.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

20.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

Yang di-Pertua

Bagi memulakan soalan lisan pada pagi ini, saya jemput Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri dalam membantu penanam anggur di Terengganu dan apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap potensi penanaman buah berkenaan yang dianggap menarik banyak pihak.

Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Besi yang mengajukan soalan berkaitan dengan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu penanam anggur di Terengganu dan cadangan Kerajaan Negeri terhadap potensi penanaman anggur. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Bajet 2020 tiada sebarang peruntukan yang diperuntukkan untuk penanaman anggur. Walaupun kita mengakui bahawa anggur mempunyai potensi untuk sektor agro pelancongan tetapi kita tidak setakat ini, tidak galakkan untuk penanaman secara komersial disebabkan oleh faktor kos yang tinggi untuk penanaman dan juga penjagaan. Sebenarnya seiring juga di peringkat MOA, di peringkat Persekutuan juga tidak ada sebarang insentif, ataupun bantuan untuk penanaman anggur. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Jabi dan saya sebenarnya difahamkan dulu Kerajaan ada berhasratlah untuk tanaman anggur ini. Jadi oleh kerana tiada, apa ini bajet untuk tujuan itu, jadi apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memaklumkan balik kepada rakyat tentang hasrat Kerajaan Negeri, takkan nak beritahu tiada bajet sebab benda ini satu, pada sayalah, satu perkara yang cukup baik. Sekurang-kurangnya kalau kata, orang tengok Yang Berhormat Jabi, guane mata biru tu, makan anggur. Ha… sekurang-kurangnya ada juga benda yang itu. Jadi dalam hal ini soalan saya, apakah perancangan seterusnya sebab kita dah ada cadangan. Jadi apakah perancangan Kerajaan seterusnya untuk memastikan program yang dihasrat, yang dicadangkan ini akan terus diadakanlah.

Yang di-Pertua

Makan anggur mata jadi biru ke Yang Berhormat?

Okey terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Bukit Besi. Sebenarnya dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu untuk 2019-2023 kita memfokuskan kepada tanaman cash crop tanaman kontang yang boleh memberikan pulangan ekonomi segera sebagai keutamaan untuk dikomersialkan dan disalurkan bajet dan tidak ada dalam perancangan kita sebenarnya sebagaimana yang dikatakan oleh Bukit Besi bahawa kita pernah mencadangkan, kita tidak ada cadangan. Cuma kalau sekiranya jumlah penanam anggur yang ada di Negeri Terengganu ini memerlukan dari segi sokongan teknikal, insya-Allah kita boleh bincangkan untuk diadakan kursus-kursus. Adapun dari segi bantuan dan peruntukan, Kerajaan melihat sebagai keutamaan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat terbanyak terlebih dahulu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamu’alaikum Warahmatullhi Ta’ala Wabarakatuh. Soalan nombor 1-

Berapa buah syarikatkah yang diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk kerja-kerja menyedut dan memperdalamkan sungai di seluruh Negeri Terengganu dan berapakah hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya cadang beri ke orang lain dulu sebab EXCO tidak datang lagi.

Yang di-Pertua

Okey-okey, kita tangguh dulu sekejap ya. Saya berpindah kepada Yang Berhormat Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya nombor 1-

Berapakah jumlah terkini rakyat Terengganu yang termasuk di dalam senarai e-Kasih dan nyatakan mengikut daerah?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua. Soalannya berbunyi berapakah jumlah terkini rakyat Terengganu yang termasuk di dalam senarai e-Kasih dan nyatakan mengikut daerah. Jumlah terkini yang termasuk dalam e-Kasih sehingga 31 Oktober 2019 ialah 56, 884 orang manakala mengikut daerah:

DAERAH JUMLAH Setiu 4,925 Kuala Nerus 7,081 Besut 9,844 Marang 7,142 Hulu Terengganu 4, 844 Kemaman 5,040 Kuala Terengganu 12,008 Dungun 6,000 JUMLAH 56, 884

Terima kasih.

Ab Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan tambahan pertama saya berbunyi, berapakah pendapatan isi rumah yang tergolong dalam istilah rakyat miskin serta berapakah bilangan terkini rakyat Terengganu yang berstatus miskin bagi seluruh Negeri Terengganu. Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua, pendapatan isi rumah yang tergolong dalam istilah rakyat miskin bagi Negeri Terengganu adalah pendapatan di bawah RM1,036.00 manakala bilangan rakyat Terengganu yang berstatus miskin adalah seramai 5,547 orang berdasarkan data yang dijana menerusi e-Kasih sehingga 31 Oktober 2019. Terima kasih.

Ab Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan tambahan saya yang kedua berbunyi- kita sedia maklum adalah menjadi tanggungjawab jua bagi Kerajaan Negeri dalam menanggani isu kemiskinan di negeri kita. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi membantu menyelesaikan isu kemiskinan di Negeri Terengganu. Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Air Putih.

Bagi memastikan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menanggani masalah kemiskinan ialah:

1. Program Perumahan TerengganuKu Sejahtera ataupun PPTS, 2. Bantuan Bekalan Air Percuma 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah 3. Program Bantuan Persekolahan, 4. Skim Bantuan Utama MAIDAM, 5. Bantuan-bantuan daripada JKM.

Terima kasih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan tambahan yang ketiga berbunyi Program Bekalan Air Percuma merupakan salah satu program serta Manifesto Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan kepada rakyat Terengganu yang miskin dan memerlukan bantuan. Mohon penjelasan berkaitan status terkini pelaksanaan program ini. Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Air Putih. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman, dalam memenuhi salah satu intipati Manifesto Pilihan Raya yang ke-14 yang lalu, Kerajaan Negeri telah memulakan, melaksanakan Program Bekalan Air Percuma ini sejak akhir tahun 2018. Program ini berkisarkan dalam memberi bekalan air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah iaitu senarai pemilik rumah PPRT, miskin dan miskin tegar e-Kasih serta penerima bantuan daripada MAIDAM. Jumlah penerima akaun yang menerima subsidi air percuma ialah seramai 10,005 orang akaun sebagaimana pecahan berikut.:

Penerima Akaun Yang Menerima Subsidi Air Percuma Jumlah MAIDAM 2,015 e-Kasih 1168 PPRT 5,575.

Pendapatan isirumah 1,217 Jumlah keseluruhan 10,005

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak pindah balik pada soalan daripada Wakil Pengkalan Berangan tadi. Sila Pengkalan Berangan.

Sulaiman SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamua’laikum warahmatullhi ta’ala wabarakatuh. Pulangan soalan nombor 1-

Berapa buah syarikatkah yang diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk kerja-kerja menyedut dan memperdalamkan sungai di seluruh Negeri Terengganu dan berapakah hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih kepada YB Pengkalan Berangan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon maaf kerana kelewatan. Sebenarnya saya dikunjungi oleh MBKT dan Persatuan Penjaja Kecil Kuala Terengganu kerana menyelesaikan isu permasalahan pejabat mereka di Payang 2 sekarang ini.

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

Okey, soalan daripada ADUN Pengkalan Berangan berbunyi, berapa, berapa buah syarikatkah yang telah diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk kerja-kerja menyedut dan mendalamkan sungai di seluruh Negeri Terengganu dan berapakah hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri? Soalan itu, ada dua bahagian. Yang pertama, kalau menyedut, pasir di sungai kita ada dua. Satu di apa ini, jajaran sungai dan satu lagi di muara. Jadi, kalau untuk di semua sungai di Negeri Terengganu, jumlah syarikat ataupun pengusaha yang telah diluluskan sehingga 31 Oktober 2019 adalah sebanyak 66. Itu di semua apa ini, di semua sepanjang sungai yang ada di Negeri Terengganu. Untuk muara sahaja, sehingga 31 Oktober, sebanyak 12 syarikat ataupun pengusaha yang telah diluluskan dan dari segi jumlah hasil kutipan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, kalau di sepanjang sungai, berjumlah RM771,666.77. Untuk muara sebanyak RM2,362,097.65. Jadi, total keseluruhannya adalah RM3,133,764.42. Sekian, terima kasih.

Sulaiman SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih di atas penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO dan saya tidak bercadang untuk mengadakan soalan tambahan.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya terus kepada, saya jemput Yang Berhormat ADUN Jertih.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua’laikum warahmatullhi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama itu, ditolak. Tapi, saya tengok dalam Bajet itu, ada disediakan peruntukan berkait dengan Taman Ilmu. Jadi, kalau boleh ada sedikit pencerahan semasa penggulungan oleh pihak Kerajaan. Jadi, soalan saya,

soalan yang kedua telah dihurai sedikit sebanyak kelmarin oleh Kuala Berang. Tapi tak apalah, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya teruskan dengan soalan ke 2-

Apakah Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat untuk membina jalan pantai dua lorong daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Besut?

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih ADUN Jertih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan ini kelmarin telah dijawab pertanyaan daripada Kuala Besut, ADUN Kuala Besut. Jadi, nampaknya soalan ini agak panas jugalah. Dua-dua daripada ADUN berminat nak tahu berkaitan dengan apakah Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat untuk membina jalan pantai dua lorong daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Besut?

Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat, sebab sudah jawab semalamkan.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya. Saya rasa sebenarnya atas dalam keadaan sekarang ini, memang sudah dua lorong, tapi dipanggil Single Carriage Way Two Lane. Jadi, saya rasa tidak berbangkit sudah atau ada silap faham sikit soalan itu.

Tak, dia sekarang, dia masih lagi satu lorong. Maknanya satu hala perlukan dua lorong yang muat Dato’ Yang di-Pertua untuk penjelasan.

Yang di-Pertua

Ini masalah istilahlah ini.

Istilah saja.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Istilah saja, istilah. Itu sebenarnya dipanggil Single Carriage Way Two Lane. Jadi, yang dia nak ini, fahaman saya ialah Dua Carriage Way Four Lane. Okey, so itu sebagaimana saya jawab semalam bahawa jalan tersebut ialah jalan Persekutuan di bawah FT 3685. Jarak dia 90km. Memanglah telah diangkat ke Kerajaan Federallah ataupun Kementerian Kerja

Raya even pada Rolling Plan Malaysia yang ke-3 dan ke-4 pun telah diangkat. Tapi, kedua-duanya tidak berjayalah. Walau bagaimanapun, kita cuba minta lagi pada RMK-12 nanti. Tetapi, untuk makluman kita semua, sebagaimana yang saya telah sebut semalam bahawa kita nak buat LPT yang ketiga yang mana sudah tentu dapat menyelesaikan sebahagian daripada kesesakan lalu lintas di atas jalan FT 3685. Dengan adanya yang sudah ada sekarang ini, melalui Sungai Tong ke Jertih terus ke Kota Bharu dan melalui jalan pantai pun sudah ada. Jadi, yang ketiga LPT3 ini, saya rasa dapat menyelesaikan. Tambahan pula, ECRL daripada Jertih ke Kuala Terengganu, insya-Allah akan dibuat. Jadi, saya rasa dari segi keutamaannya sudah menurun. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, semalam disebut oleh Yang Berhormat Kuala Berang, anggaran kos jalan ini berjumlah RM742,000,000 dan saya cuba bandingkan dengan Bajet untuk jambatan atau flyover di Jerteh dengan harga RM600 juta. Makna saya masih, saya perlu penjelasan kalau RM600 juta adalah jumlah yang agak lebih pada setengah billion untuk dibuat flyover di Jerteh. Saya rasa mungkin Kerajaan ataupun kita menghadapi kesukaranlah untuk nak dapat duit yang begitu banyak. Jadi kalau boleh, adakah Kerajaan berhasrat untuk buat kajian, kita ubah, kita ubah jambatan je tak perlu flyover taklah melibatkan jumlah, sebab saya ingat bajet yang kita buat dulu dalam RM160 juta je. Maknanya bila kita pohon dengan Federal tu doklah sampai setengah billion takut dia tengok banyak keperluan-keperluan lain lagi takut yang kita minta tu hanya tunggu buah yang tidak gugur, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih.

Sebenarnya kita dah bincang dengan peringkat JKR Negeri tentang keperluan penyelesaian jangka panjang untuk bandar Jertih ini. Kalau kita buat jambatan sahaja dia tidak menyelesaikan masalah keseluruhan, jadi dia cadang nak ambil daripada dekat traffic light yang ada ni sebelum kita sampai ke Maybank bandar Jertih itu, daripada situ dia nak start sehinggalah ke traffic light sebelah sana. Jadi untuk jangka panjang kita rasa inilah jalan penyelesaian sepatutnya dibuat, tetapi sebenarnya saya rasa Kerajaan Pusat dia tidak pandang dari segi harga juga, sebab kadang-kadang yang mahal diberi keutamaan yang murah dia kata sikit je untung, maka dia tak berapa nak buat. Jadi, harga tidak menjadi masalah kepada Kerajaan Pusat saya rasa. Itu saja, terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih.

Harga yang menjadi masalah. Tu je..

Yang di-Pertua

Saya ingat cukup setakat tu-lah. Ini masalah teknikal. Jadi saya persilakan wakil Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya soalan nombor 2-

Untuk tahun 2019, berapakah yang telah disumbang oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Trengganu (JPNT) untuk pelaksanaan program Anjung Ilmu?

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat ADUN Batu Rakit berbunyi untuk tahun 2019, berapakah yang telah disumbang oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk pelaksanaan program Anjung Ilmu? Jadi pihak Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM617,385.26, terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan saya, boleh dok dimaklumkan pecahan terperinci bahagian-bahagian sumbangan tersebut.

Minta notis ah, Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan seterusnya, apakah dalam sumbangan Program Anjung Ilmu ini keutamaan antara ada perbezaankah keutamaan di antara sekolah bandar dan luar bandar?

Yang Berhormat, menda apa sebenarnya yang dalam makluman Yang Berhormatlah Program Anjung Ilmu?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Program Anjung Ilmu ini ialah program-program yang diberi kepada sekolah-sekolah kepada JPNT untuk meningkatkan kecemerlangan. Jadi oleh sebab itu, ada doh perkiraan Kerajaan ada perbezaankah sumbangan ini di antara sekolah luar bandar dengan sekolah di kawasan bandar? Kerana sekolah di luar bandar memang keperluan dia amat-amat memerlukan kerana kita tahulah kekurangan-kekurangan di sekolah luar bandar ini. Terima kasih.

Sebab Kerajaan kita, try tengok EXCO jawab guane. Muafakat Nasional-lah.

Yang di-Pertua

Okey okey Yang Berhormat.

Sebenarnya kita memberi kerjasama kepada pihak JPNT untuk mengangkat ataupun mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajar di Negeri Terengganu ini. Dan setakat ini kita lihat perkembangan keputusan peperiksaan dan sebagainya dan juga pendidikan Negeri Terengganu masih lagi terus berjalan dengan baik. Jadi sebenarnya Program Anjung Ilmu ni berkait dengan Modul Perkembangan dan Pembelajaran (MPP3) untuk 2019 termasuk modul SPM dan juga modul UPSR. Juga untuk Modul Intervensi Pembelajaran 2019 termasuk SPM dan juga UPSR. Antaranya adalah bantuan untuk menyediakan kertas peperiksaan percubaan dan sebagainya kos yang banyaklah. Kalau tidak kos tu dibebankan kepada ibu bapa, dan biasanya pihak JPNT akan apa panggil membuat percetakan dengan yayasan, dan akan diedarkan ke seluruh negeri Terengganu lah tanpa mengira sekoloh bandar ataupun luar bandar. Jadi, perkara ini dapat diarasai oleh semua pelajarlah. Dan saya rasa kos tu tidak berkurang daripada yang lepas, bahkan pada tahun ini kita membayar RM3.8juta. Sebab hok orang lepas-lepas tu dia cetak saja dok bayar, tahun ni baru start bayar. Jadi peruntukan tu debbok zaman kite lah. Wallahhualam.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Ajil.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah status terkini cadangan Kerajaan untuk mewujudkan pusat penternakan rusa di pusat penternakan haiwan, kampung Pak Kancil, Setiu?

Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, terima kasih kepada kekanda Yang Berhormat Ajil yang mengajukan soalan berkaitan dengan status terkini cadangan Kerajaan untuk mewujudkan pusat penternakan rusa di pusat peternakan haiwan, Kampung Pak Kancil, di Setiu. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini masih di peringkat kajian oleh Kerajaan Negeri terutamanya dari segi kos dan business model dengan izin modal perniagaan dan hasil daripada kajian kita dapati bahawa projek ini ada beberapa faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat khususnya masyarakat penternak. Yang pertama dengan adanya projek ini kita mampu merakyatkan penternakan rusa dan kita buka peluang untuk peluang penternakan ni diceburi secara komersial apabila pusat ini boleh menjadi satu daripada sumber untuk agihan baka rusa kepada penternak. Yang kedua berpotensi sebagai ikon untuk agropelancongan dan yang ketiga Terengganu boleh menuju ke arah satu sasaran sebagai pembekal daging rusa segar dan juga sebagai destinasi food tourism. Dan kita sebenarnya mempunyai kekuatan kerana kita mempunyai pakar dan pegawai yang rujukan yang telah sedia dibangunkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Contoh amalan penternakan baik untuk penternakan rusa pun kita ada di daerah Lenggong dan yang ketiga rusa ni sejenis haiwan yang lasak boleh makan semua rumput dan juga daun, tahan penyakit dan jimat makanan kerana makanan yang dimakan oleh 10 ekor rusa menyamai makanan yang dimakan oleh seekor lembu. Dan akhir sekali daripada seekor rusa kita boleh dapat pelbagai produk di samping daging, di antara produk yang bernilai tinggi ialah tanduk lembut ataupun velvet. Rusa ni tanduk dia akan luruh pada setiap lapan bulan hingga satu tahun dan tanduk yang mula tumbuh yang dipanggil tanduk yang lembut sangat bernilai tinggi dalam dunia perubatan China. Yang kedua tanduk antlers yang orang buat hiasan …

Yang Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan. Khasiat tanduk ni amende? Ce kabo gok.

Yang ni nanti saya maklum kat luor.

Yang di-Pertua

Lari jauh doh soalan tu.(ketawa)

Saya tahu tapi mintok EXCO jawap. Saya boleh jawap tapi EXCO kena jawap ah.

Yang di-Pertua

Kena gi berguru tu Yang Berhormat. Bawa pisang sikat malam-malam.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kijal boleh cerita kita dok lepas ni.

Dato’ Yang di-Pertua saya boleh jawab, tapi saya mintok EXCO jawab.

Lebih kurang gitu lah, khususnya dalam…

Yang di-Pertua benar jawab ni..

Yang di-Pertua

Dakpelah, saya bagi peluang, bukan Yang Berhormat je untuk semua Pemerhati Dewan sekali lah

Dia lebih kurang dengan khasiat Maajun Turki la lebih kurang. Di samping kulit dan juga ekor jadi inilah kita tengok beberapa potensi yang ada dalam industri rusa menyebabkan untuk tahun 2020 Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta bagi Pembangunan Projek Rusa dan tiga lokasi telah kita kenal pasti yang berpotensi, yang pertama ialah Pusat Ternakan Haiwan Di Chalok Setiu, yang kedua, Ladang Informasi Veterinar di Bari dan yang ketiga, Pusat Latihan Veterinar di Cermin Kiri di Dungun, insya-Allah kita akan putuskan salah satu daripada tiga pusat ini untuk dijadikan Ladang Ternakan Rusa. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Tambahan sikit, saya setuju dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Jabi tadi bekenaan dengan rusa ini merupakan satu jenis ruminan sangat tahan lasak dan kurang risiko penyakit, apatah lagi pasaran rusa untuk restoran dan restoran-restoran yang kira high classlah dan juga hotel mempunyai potensi yang sangat besar. Jadi soalan saya adakah ada cadangan daripada Pihak Kerajaan untuk menjadikan penternakan rusa ini sebagai satu alternatif baru menggantikan kambing, sebab kalau berbanding dengan kambing, kambing sangat berisiko dan manja sikit, kambing ini. Terima kasih.

Yang Berhormat, kita tidak boleh nak gantikan rusa dengan kambing kerana rusa tak boleh nak buat korban, tak boleh buat aqiqah. Tapi kita jadikan rusa ini sebagai satu daripada alternatiflah, kambing tetap perlu dikekalkan.

Yang di-Pertua

Terima kasih

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Satu lagi

Yang di-Pertua

Sila

Maliaman bin KassimPAS · PNAjil

Oleh kerana cadangan di peringkat kajian banyak dan sekarang ini di Terengganu pun, macam di Hulu Terengganu sendiri ada enam penternak rusa secara sendiri-sendiri, adakah ada usaha daripada Pihak Kerajaan untuk mengupgrade ataupun untuk meningkatkan pengetahuan maklumat dan sebagainya kepada penternak-penternak rusa ini supaya penternakan rusa ini di peringkat awal sekarang ini pun boleh menjadi satu usaha yang berdaya saing, terima kasih.

Ya, ada, untuk tahun 2020 kita ada insya-Allah beberapa kursus untuk penternakan rusa dan kita fokus kepada rusa daripada spesis timorensis yang paling banyak sekali diternak di Malaysia dan paling kurang berisiko sekali insya-Allah di samping Ladang Ternakan Rusa yang akan kita wujudkan, jadi bolehlah kalau kita instilahkan tahun 2020 ini kita mula untuk mengorak langkah bagi menceburi industri ternakan rusa. Terima kasih.

Soalan tambahan sikit, daging rusa ni berapa riyal sekilo? Nak tau.

Yang di-Pertua

Allah, tanya dalam Dewan juga Yang Berhormat?

[ketawa]

Tak mahal untuk Yang Berhormat Langkap, dalam RM 60 hingga RM 70 sekilo.

Yang di-Pertua

Okey, cuma untuk pengetahuan Ahli Berhormat Kijal saya dengar cerita jauh-jauh je. Khasiat yang paling tinggi tanduk rusa ini untuk ahli-ahli kelab, setakat tu jelah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh jelas sikit, Ahli Kelab guana tu?

Yang di-Pertua

Yang berhormat Kijal lebih tahu. Okey kita pindah kepada soalan seterusnya, iaitu daripada Wakil Kemasik.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Harimau menangis bukitnya cantik, Soalan kedua dari Kemasik.

Bagaimanakah Kerajaan memastikan guru-guru SRIDI dan SMDI dapat mengadaptasi korikulum baharu pendidikan?

Main pantun saja, Yang Berhormat Kemasik bertanyakan bagaimanakah Kerajaan memastikan guru-guru SRIDI dan juga SMIDI dapat mengadaptasi kurikulum baharu pendidikan. Sebenarnya Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Bahagian Pendidikan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan SRIDI dan juga SMIDI inilah. Untuk menggabungjalinkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan juga kurikulum agama serta menggunapakai Kurikulum Bersepadu Dini bagi sekolah menengah. Jadi

mereka ini akan sekolah rendah khususnya akan mengambil tiga peperiksaaan iaitu UPSRI, UPKK dan juga UPSRI dan setakat ini, alhamdulillah perkembangan berjalan dengan baik dan mereka ini pulang pukul empat dapat memenuhi secara keseluruhan, panggil modul yang telah kita aturkan, susunkan dan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan dalam melaksanakan pendidikan yang lebih efisien dan juga teratur, Unit Pengurusan Akademik Bahagian Jabatan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama telah melaksanakan beberapa kursus untuk meningkatkan tahap penguasaan kurikulum semua guru dan untuk sesi akan datang ini biasa kita akan mengambil guru-guru pada bulan Disember dan kursus akan diadakan sebelum buka pada awal Januari lah, dan kita memilih guru-guru yang terbaik la contohnya kita nak guna 70 orang guru pada tahun, awal tahun depan ini, yang memohon hampir 2 ribu dan kebanyakan mereka graduate dan kadang-kadang sudah siap ada Diploma Pendidikan dan sebagainya. Jadi ini akan memudahkan mereka untuk mengadaptasikan kurikulum baru pendidikan. Antaranya Kursus Induksi Guru-guru Baharu SRIDI, SMIDI, Madrasah Moden, Maahad Tahfiz yang lebih fokus kepada pedagogi dan juga kurikulum. Kita juga mengadakan Bengkel Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahun (RPT) dan juga kurikulum (KSSR) untuk tahun satu pada tahun 2018. Juga mengadakan Bengkel Penyediaan Rancangan Pengajaran bagi Kurikulum Diniyah dan termasuk juga penyediaan Modul Mursyid Mu’allim, panduan guru dalam sukatan mata pelajaran Diniyah bagi tahun satu dan juga tahun dua untuk 2019. Juga mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan KAFA/Sekolah Agama Negeri/SMAN/Tahfiz/Pondok pada tahun 2019. Kursus Bimbingan Guru bagi penyerapan ilmu PKJR dalam PdP Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah Agama di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama dalam menggunakan kurikulum kebangsaan.

Bengkel Miftahul Al Durus (Latih Tubi) untuk tahun satu dan dua pada tahun 2019, juga mengadakan penyeliaan pengurusan akademik secara berkala dan juga membuat pemantauan dalam pelaksanaan PdPC guru-guru SRIDI secara berkala dan pihak jabatan sentiasa memerhati dan juga mengambil berat bagi meneruskan kursus-kursus ataupun yang perlu bagi kesinambungan untuk meningkatkan tahap mereka daripada masa ke semasa. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan pertama saya, selain menekankan content KSSR dan Diniyah untuk Sekolah Rendah serta KSSM dan KBD untuk sekolah menengah apakah aspek kokurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab, Persatuan dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah akan diterapkan ke dalam silibus pengajian SRIDI dan SMIDI?

Ya, antaranya, kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah biasa akan diperkenalkan di dalam sekolah SRIDI dan juga SMIDI dan antara teras kepada SMIDI ini adalah penguasaan terhadap Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arablah dan insya-Allah kita akan cuba memanfaatkan sebaik mungkin program-program di bawah kelas di luar kelas untuk meningkatkan ataupun mencapai hasrat kita insya-Allah, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan kedua. Adakah Kerajaan mengkaji impak yang akan diterima oleh Sekolah Agama Rakyat atau Sekolah Agama Swasta lain dengan penubuhan SRIDI terutamanya di sebagaimana manifesto untuk diadakan ataupun untuk dibangunkan di setiap DUN.

Kita, Negeri Terengganu mengalu-alukan penglibatan semua pihak. Bukannya pihak Kerajaan dan juga pihak-pihak swasta, Sekolah Agama Rakyat dan sebagainya kerana itulah pihak Kerajaan Negeri memberi sumbangan kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ataupun Sekolah-Sekolah Agama Swasta yang kita rasa pihak Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang turut memberikan sumbangan dalam membina modal insan Negeri Terengganu ini dan kerjasama ini kita merasakan tidak akan memberi kesan negatif kepada sekolah-sekolah yang lain. Contohnya sekolah DAR sebab kita membuat penambahbaikan dengan modul dan kita juga memanggil mereka untuk turut berkolaborasi dengan pihak Kerajaan dan sebagainya dan setakat ini Kerajaan akan meneruskan apa orang panggil tiga sahaja untuk tahun ini dan kita akan hold dulu untuk sementara untuk memastikan pembangunan ke setiap apa orang panggil SRIDI yang ada untuk lebih baik, setelah stabil barulah kita akan teruskan ke DUN-DUN yang lainlah dan kita rasa tidak memberi impak, kesan yang agak tinggilah, contohnya di Besut. SRIDI yang diwujudkan di Besut yang mungkin peringkat awal dia taruh kebimbangan kepada pihak DAR di Besut tetapi realitinya dua-dua itu meningkat bahkan permintaan kita hadkan 50 dulu untuk pengambilan pertama lebih pada 50 permintaan yang ada dan bahkan ia orang panggil mendorong masyakarat untuk menghantar anak mereka, pilihan juga kepada sekolah-sekolah swasta yang mengabungjalinkan integrasi antara modul yang disediakanlah jadi merupakan perkembangan yang baiklah. Dan kita sedia maklum bagi sekolah menengah saya rasa masih lagi agak kuranglah. SMAN, Sekolah Menengah Agama Negeri yang sedia ada kekadang seat, tempat yang ada hanya sekadar 300

sahaja tetapi permintaan kadang-kadang mencecah 1,000. Maknanya masyarakat kita telah memberi kepercayaan kepada pendidikan agama ini tapi bukan makna yang terasing tetapi integrated yang kita mengabung-jalinkan kurikulum konvensional yang sedia ada dan juga kurikulum DINI.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang ini saya pindah kepada Wakil Tepoh.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama, yang pertama-

Dalam usaha menambahkan keceriaan dan kebersihan khususnya di dalam kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak MBKT untuk menjayakannya?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera. Alhamdulillahir rabbil „alamin. Assalatu wassalam. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh Pegawai Kerajaan dan para Pemerhati sekalian. Tepoh ingin tahu dalam usaha menambahkan keceriaan dan kebersihan, jadi Tepoh ini duduk di Kuala Nerus, ditanya dalam kawasan Kuala Terenganu dan Kuala Nerus. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak MBKT, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk menjayakannya.

Terima kasih ADUN Tepoh yang begitu prihatin tentang kebersihan, keceriaan bandar Bandaraya kita. Untuk menjawab soalan ini, bagi menjayakan vision atau visi dan misi, Bandaraya Kuala Terengganu termasuk jugalah kawasan Kuala Nerus kerana Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus hanya ada satu PBT iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang diistilahkan Kuala Nerus sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Bahagian Utara. Kita telah mengambil pendekatan 6K1P standardlah yang digunakan oleh mana-mana PBT kita.

1. „K’ yang pertama ialah menjaga Kebersihan. Dengan kita meningkatkan tahap kebersihan di semua zon di Daerah Kuala Terengganu dan juga di Daerah Kuala Nerus.

2. Kesihatan. Menambahbaikan dan meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan pencegahan serta kawalan penyakit berjangkit iaitu kita minta peruntukan-peruntukan untuk dikhususkan bagi peningkatan tapak pelupusan sisa pepejal kita khususya di Sungai Ikan yang sudah begitu penuhlah. Alhamdullilah Kerajaan telah lulus peruntukan untuk naik taraf atau meluaskan lagi tempat pelupusan sisa pepejal.

3. Keselamatan. Menekankan tahap keselamatan dengan penukaran tong sampah yang bersesuai dengan lokasi penempatan tong sampah tersebut.

4. Memastikan Keceriaan. Dengan menambahbaikkan selenggaraan bangunan lama, tandas awam, lori sampah, tapak-tapak tong sampah dan tong sampah itu sendiri. Hendak sebut tong sampah tidak berapa sedap tapi yang itulah kalau tidak ada susah semua orang.

5. Keindahan. Mengekalkan dan menambahkan di kawasan hijau dengan lanskap yang menarik.

6. Kesedaran. Membuat hebahan media untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan insya-Allah dengan itu dapat mengubah sikap bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar kita iaitu dengan membuat hebahan media dan papan tanda-papan tanda berkaitan pentingnya kita menjaga kebersihan persekitaran kita.

Dan akhir sekali, kalau ada yang degil-degil juga, hok babir ini memang ada sokmo di mana-mana maka penguatkuasa akan dilaksanakan dengan tindakan kompaun pada operasi-operasi gerai-gerai di tepi jalan yang gagal mematuhi lesen dan operasi haiwan berkeliaran.

Alhamdullillah untuk makluman Dewan, Terengganu ataupun khususnya MBKT masih mengekalkan keadaan yang baik mengikut penarafan MURNInets iaitu untuk menilai kemampanan dan sesuatu bandar raya. Bandaraya Kuala Terengganu telah mencatat markah 92% mengatasi Kuantan 90% dan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri hanya 82%. Jadi alhamdullilah dengan usaha yang gigih daripada seluruh kakitangan kita telah menempatkan Bandaraya-bandaraya Kuala Terengganu khususnya dan juga bandar-bandar lain, Kemaman, Dungun, Marang dan sebagainya dalam keadaan bandar yang mampan. Jadi memang kita kadang-kadang ada tidak puas hati sebab kita menilai satu

sudut sampah tertinggal belum dikutip. Bukan tidak dikutip, belum dikutip, diviralkan tetapi penilaian yang sebenarnya dia buat secara keseluruhan, 6K1P tadi, maka kita alhamdullilah tahniahlah pada Bandaraya masih mengekal kemampanan bandar raya kita. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya, perkembangan kebersihan dan juga keceriaan ini dinilai pada mata rakyat di depan. Yang pertama, kita dapat melihat lori sampah macam tidak cukup. Yang kedua, lori sampah sendiri pun tidak ceria. Tengok lori sampah pun susah hati dah. Yang ketiga, lori sampah ini setiap kali melintas meninggalkan bau yang sangat busuk. Kita faham kerana lori sampah ini umur dia telah begitu lanjut dan hanya ada beberapa buah sahaja yang baru. Kemudian, seterusnya selain daripada lori sampah, tong sampah pun tidak cukup sebab itu sampah duduk di luar. Oleh kerana itu kita harap, kita ingin tanya soalan kepada pihak Kerajaan apakah perancangan untuk menambahkan seluruh perkara-perkara yang saya sebutkan tadi seperti lori sampah. Kalau perlu kepada kita buat sewaan dengan third party, saya rasa itu perkara yang boleh untuk kita ketengahkan supaya pengurusan sampah dilihat lebih cekap. Begitu juga tong sampah, saya kira ia perlu ditambah kerana pertambahan yang dibuat hanya 100 biji, 100 utir pada tempoh hari dan dia sebenanya sangat tidak mencukupi. Kita akan gagal untuk pergi kepada „K’ yang keenam, kesedaran sebab rakyat akan beritahu macam mana kita hendak buang sampah dalam keadaan tidak ada ada tong sampah dan seumpamanya. Kita juga akan gagal untuk pergi kepada „P’ - Penguatkuasaan sebab macam mana kita hendak kuatkuasakan sedangkan kita sendiri pun tidak menyelesaikan beberapa tuntutan yang sepatutnya. Jadi apa pandangan pihak Kerajaan berhubung dengan perkara ini.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Tepoh, itulah kita kadang kita menilai satu sudut penilaian yang menyeluruh mengikut sudut pandang yang lain. Dan kita kadang-kadang memanglah hasrat kita nak yang terbaik tetapi kemampuan kita juga terhad terutamanya dengan peruntukan. Untuk makluman ahli dewan sekalian, pengurusan sampah ini telah kita swastakan dengan kontrak pembersihan sampah dan menjaga kebersihan kawasan. Kontrak kita tu tahun lepas RM50 Juta, tahun depan bajet kita naik RM70 Juta. Di antaranya ialah memastikan setiap kontraktor-kontraktor pungutan sampah itu menyediakan compactor masing-masing, bukan tanggungjawab Kerajaan lagi sebab ia telah diswastakan. Dan ada dalam agreement kita untuk menyambung kontrak itu

dimestikan lepas 3 tahun dia mesti menyediakan compactor yang cukup. Tapi malangnya, sepertimana yang sediamaklumlah kita juga bermasalah dalam menguruskan kontraktor-kontraktor yang telah diberi kelulusan ini. Janji tetapi tidak berapa ditunaikan. Begitu juga kita telah menambah tong-tong sampah tapi saya sebut dah tadi masalah kewangan. Insya-Allah tahun depan dengan penambahan bajet RM27 Juta tambahan itu perkara ini dapat kita selesaikan. Kita cuba nak menjaga keselamatan tong sampah kita dengan mengurangkan saiz. Sekarang ini kita guna 660 liter, kita kurangkan saiz kepada 240 liter supaya ia tidak menganggu keselamatan jalan raya, lebih kecik dan juga dari segi kerosakan tayar bawah tu kurang rosak sebab dia lebih ringan. Dan mudah diangkut ke atas lori-lori Roro kita, compactor kita. Ini antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan kita lebih baik, memang kalau hasrat saya nak dapat markah 100%, tapi saya duk perati dalam ni tidak ada bandaraya dalam negara dicapai markah 100%. KL sendiri pun hanya 80%. Takpelah kita bukan nak banding dengan soal itu, memang hasrat kita nak menjadikan yang terbaik tapi itulah keperhatinan Kerajaan tahun 2020 kita tambah lagi RM20 juta untuk memastikan kita mencapai taraf bandaraya yang jauh lebih bersih dengan apa yang kita ada pada hari ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila.

Soalan tambahan.

Di bawah bidang kuasa apakah Kerajaan Negeri tidak memungut Cukai Pintu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Soalan lain plok ni Yang Berhormat. Dok kait doh ni.

Soalan tambahan saya eh…

Sebab soalan saya maring dok dang jawab..

Yang di-Pertua

Takpe. Jawab masa penggulunganlah, sentuh masa pergulungan neh. Ada lagi soalan tambahan?

Ada satu lagi Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Soalan asal?

Ya, soalan asal. Tadi disebut oleh Yang Berhormat EXCO. Ia diserahkan kepada pihak kontraktor dan ada masalah dengan pihak kontraktor. Saya mencadangkan supaya kuatkuasakan dulu terhadap kontraktor ini untuk kenakan tindakan atau adakah agreement tersebut sangat longgar sehingga menyebabkan kita tak boleh nak buat apa-apa. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat ADUN Tepoh, memang kita ada penguatkuasaan antaranya memotong kalau didapati tidak menepati kehendak kita ada beberapa percentage penilaian kita, kita potong bayaran dia, tuntutan dia, itu antara tindakan yang dibuat. Tapi untuk kita menamatkan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas menamatkan kontrak ini dia menyebabkan panjang cerita dari segi undang-undang. Dan ini kita cuba setakat ini kita cuba berundinglah dengan kontraktor ni supaya mereka mengikuti perjanjian yang telah ditetapkan. Insya-Allah kalau degil juga akan datang, dia tidak akan dapat kontrak lagilah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Wakil Batu Burok. Okay saya pindah. Saya jemput Wakil Sura.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Sehingga kini adakah Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan, tempat pelancongan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Dan berapakah kes yang telah diambil tindakan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil daripada Sura. Saya kena pantun jugok agaknya.

Baba Nyonya masuk wad (sakit masuk wad tu), Sura tanya Bukit Tunggal jawab

[Dewan ketawa]

Yang di-Pertua

Jaddi ke dok Yang Berhormat, betul ke..

Dato’ Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pantun doktor ke pantun nape ni?

Yang di-Pertua

Takpelah, masing-masing reka je, Yang Berhormat. Sila teruskan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Soalan yang dikemukakan pada kita ialah…..

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang di-Pertua… Yang di-Pertua.. Ada kaitan dengan soalan Rantau Abang lah. Ada sekali?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Rantau Abang? Ini soalan berkaitan dengan…

Yang di-Pertua

Dok maksudnya dia nak gabungkan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Rantau Abang kut mana pulok? Soalan bila tu Rantau Abang?

Yang di-Pertua

Hari inilah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Takdok ni dengan saya. Macam mana boleh ada. Dakpe saya jawab yang ini dululah.

Doktor saloh beri pil ni.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Salah doh, masuk wad doh, sakit tu. Saloh lorong dah ni.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sehingga kini adakah Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan ditempat pelancongan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan beberapakah kes yang telah diambil tindakan. Setakat ini memang, mana-mana pusat-pusat hiburan, pelancongan yang melanggar peraturan kita telah ambik tindakan. Dan Kerajaan Negeri telahpun mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pusat hiburan tempat pelancongan yang ditentukan Kerajaan Negeri dan bilangan kes pada 2019 sebanyak 32 kes telah diambil tindakan untuk seluruh Negeri Terengganu. Dan kalau untuk saya beri lebih detail sikit, di bawah undang-undang atau kuasa.

BIL PBT 2018 2019 1.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - 4 kes 2.

Majlis Perbandaran Kemaman - 8 kes 3.

Majlis Perbandaran Dungun 5 kes - 4.

Majlis Daerah Besut - 5 kes 5.

Majlis Daerah Hulu Terengganu - - 6.

Majlis Daerah Marang - - 7.

Majlis Daerah Setiu - 1 kes 8.

JHEAT 17 kes (2018 -2019) - 9.

PDRM 22 kes 14 kes

JUMLAH 44 32

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan yang pertama. Daripada 32 kes yang telah dinyatakan tadi apakah jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemilik pusat hiburan dan juga di kawasan pelancongan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Sura, payah jugak soalan ni. Patut kita minta notis ni. Antara kes-kes yang diambil tindakan ialah pengoperasian lebih masa yang ditetapkan, 13 pusat hiburan telah diambil tindakan

dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan hukuman yang telah dijatuhkan denda RM2,000 dibayar dan jika tidak dibayar 2 hingga 6 bulan penjara. Dibayar denda belaka. Satu kes pusat pelancongan tiada lesen iaitu di Pulau Perhentian, Besut. Denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah iaitu RM7,000 – RM8,000 jika denda tidak dibayar penjara 6 – 10 bulan. Bayar denda belaka. Statistik pada tahun 2019, 21 pusat hiburan beroperasi lebih masa. Hiburan ni dia suka melanjutkan masa iaitu telah dikenakan denda. Begitu juga satu pusat pelancongan di Pulau Perhentian juga dengan tiada lessen, ini 2018, atas tadi 2019. Oleh kerana tak dok notis ini kita jawabpun mengikut tahun yang disoal-lah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Cuma saya nak jemput.. ada lagi? Sila.

Soalan tambahan yang kedua, apakah pendekatan bagi Pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut sebelum sesuatu penguatkuasaan ataupun tindakan yang diambil oleh pihak penguatkuasa.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Ahli Dewan, Dato’ Yang di-Pertua, memang semasa nak dikeluarkan lesenpun telah diberi penjelasan tentang syarat-syarat pengoperasian pusat hiburan, pusat-pusat pelancongan dan sebagainya. Maknanya mereka dah tahu, langgar syarat itu salah. Bila berlanggar syarat pegawai kitapun ada buat pemantauan dan beri nasihat tapi dah degil nasihat maka akhirnya terpaksa didenda dan dihukum. Tapi memanglah di mana-mana pun kalau kita tengok pusat hiburan dan sebagainya, kebiasaan mereka suka melepasi syarat-syarat yang telah kita tetapkan. Insya-Allah perkara ini akan dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan mereka mematuhi syarat-syarat dalam lesen yang telah kita keluarkan itu. Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, cuma nak meraikan soalan Wakil Rantau Abang tadi yang bertanya isu yang sama sebenarnya yang daripada apa nama ni soalan sekarang ini berkait dengan soal penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan, yang Rantau Abang ini berkait dengan dasar hiburan, apa nama ni saya minta Yang Berhormat Paka terus soalan daripada Rantau Abang tadi yang buat pencelahan untuk digabungkan tadi.

rasa jawab doh.

Yang di-Pertua

Dah jawab?

Ho, jawab doh.

Yang Berhormat Yang di-Pertua hadir,kan?

Yang di-Pertua

Okey, saya jemput Wakil Seberang Takir.

Bismillahi Rahmanir Rahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1-

Mutakhir ini, sudah sangat berkurang cerita-cerita kejayaan (success stories) tentang pendidikan di Negeri Terengganu sedangkan ianya sentiasa dinanti malah menjadi inspirasi kepada pelajar, ibubapa dan guru untuk mencipta lebih banyak cerita kejayaan. Apakah keutamaan (priorities) Kerajaan Negeri dalam bidang pendidikan ini?

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Wakil Seberang Takir bertanya mutaakhir ini sudah sangat berkurang cerita-cerita kejayaan (success stories) tentang pendidikan di Negeri Terenggganu sedangkan ianya sentiasa dinanti malah menjadi inspirasi kepada pelajar ibu bapa dan guru untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Apakah keutamaan (priorities) Kerajaan Negeri dalam bidang pendidikan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bukan bermakna kita tidak mewar-warkan tentang kejayaan ataupun success stories ni menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri tidak mengambil berat ataupun bukan keutamaan di dalam bidang pendidikan, tetapi sebenarnya Kerajaan Negeri berterusan memberi sokongan, dokongan, kerjasama kepada semua pihak dalam mengangkat ataupun mengekalkan kejayaan di Negeri Terengganu ini dalam peperiksaan khususnya untuk terus cemerlang, cuma sebagaimana sedia maklumlah dahulu masa Yang Berhormat jadi Menteri Besar, Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan semua ni merupakan di bawah satu pentadbiran. Sekarang ini kita dah sedia dengarlah apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Ajil dan sebagainya, kekangan-kekangan untuk kita dari segi media dan sebagainya untuk kita

sama-sama apa orang panggil memaklumkanlah, tetapi hakikatnya untuk sebagai maklumatlah contohnya SPM pada tahun lepas, gred purata 4.90 antara tertinggi dalam lima tahun Negeri Terengganu ni, tahun lepas yang paling tinggi, tapi ialah kita nak masuk cerita dalam sekolah tak bolehlah sekarang Yang Berhormat, saya rasa dah ada pekeliling larangan itupun pekeliling tu digunapakai tahun 2008, masa Yang Berhormat dulu juga ia guna pekeliling tu dia hantar ke sekolah-sekolah tidak membenarkan orang-orang politiklah tapi kita harap kita tidak mengambil tindakan yang sebaliknyalah sebab sekolah, guru dan sebagainya ini merupakan rakyat Terengganu agar kita terus membantu kerana kecemerlangan itu adalah kembali kepada rakyat Terengganu, jangan gajah sama gajah berlawan rumput mati di tengah-tengah. Jadi begitu juga kita tengok lulus semua 55.24%, semua A 1.58% dan layak mendapat sijil SPM 90.04% meningkat daripada tahun 2017, 88.5%. Ada 36 sekolah mencapai 100% pada tahun lepas berbanding 32 sekolah 2017. Dalam STPM, PNGK 2.99 antara juga tertinggi dalam tempoh lima tahun bagi Negeri Terengganu, lulus penuh 99.79% dan juga peratus PNGK 4.0 iaitu 2.02% dan dalam STAM, GPS 2.14 dan mumtaz 20%- 16 daripada 80 orang calon. Jadi ni kejayaan-kejayaan yang ada tapi kita tengok apa pihak Kementerian sendiri nampak mengutamakan kadar lulus ataupun meminimakan kadar gagal makna bukan hanya menceritakan tentang kejayaan tetapi sebuah sekolah tu mengambil kira supaya semua pelajar itu tidak gagal dan itu menjadi keutamaan, kita tengok keputusan UPSR baru-baru ni pun tidak diwar-warkan, jadi apa pun pihak Kerajaan Negeri masih lagi orang panggil cuba memberi sokongan antaranya dengan mengekalkan memberi hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Kita masih lagi memberi pengiktirafan kepada mereka-mereka yang cemerlang untuk mereka sebagai galakan kepada yang lainlah dalam masa yang sama pihak Kerajaan juga membuat penambahbaikan antaranya termasuk hasrat Kerajaan Negeri dalam membuat penubuhan kepada beberapa sekolah SRIDI, SMIDI dan sebagainya adalah untuk menggambarkan apa hasrat Kerajaan sendiri memberi keutamaan kepada bidang Pendidikan ini. Terima kasih.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum tu saya nak ucapkan tahniahlah kepada Kerajaan kerana meneruskan kecemerlangan dan juga program-program kecemerlangan untuk pendidikan di Negeri Terengganu tapi di pihak saya ini sebenarnya sebagai ingatanlah sebab kita sudah berada atas landasan yang baik yang kita tidak mahu sesuatu berlaku kepada pendidikan Terengganu sebab kita dari dulu

pernah 10 tahun berturut-turut menjuarai apa ni UPSR dan sebagainya dan biarlah yang akan datang ini akan lebih baiklah jadi ini perlu sokongan daripada semua pihaklah.

Soalan tambahan saya yang pertama ialah dalam Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini dalam muka surat 47 perenggan 93 ada menyebutkan bahawa Terengganu Skills Enhancement Programme for School Leavers atau TSEPS telah dilaksanakan dengan penyertaan daripada 26 orang peserta siri pertama dan 13 orang siri kedua. Soalan saya, bolehkah pihak Kerajaan berkongsi dalam Dewan ini secara terperinci mengenai program ini dan hasil yang telah dicapai oleh 39 orang peserta tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya harap EXCO Belia Dan Sukan akan membuat jawapan dalam penggulungan nanti, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan sidang cuma saya nak peringatkan kita balik lepas rehat nanti kita nak fokus pada penggulungan daripada Wakil Kerajaan, jadi saya harap boleh menepati masa, dengan ini saya tangguhkan persidangan dan kita balik semula pada pukul 11.05 minit.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.

PUKUL 11.00 PAGI

Perbahasan

Yang di-Pertua

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kelmarin kita telah selesai perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat dan diikuti dengan penggulungan daripada wakil Kerajaan yang sempat seramai dua orang iaitu Wakil Kota Putera dan juga Wakil Kuala Berang. Saya berhasrat untuk nak menghabiskan agenda ini iaitu berkait dengan Rang Undang-Undang Pembekalan 2020 beserta dengan OSOL Pembangunan dan juga Perbekalan Air 2020 pada hari ini juga, insya-Allah. Jadi, saya nak mempersilakan wakil Kerajaan untuk buat penggulungan dengan serangkap pantun;

Namanya disebut rakyat percaya Bersama rakyat menyingsing lengan Orangnya segak lagi bergaya Yang Berhormat Wakaf Mempelam mulakan penggulungan

Saya harap dengan apa yang saya sebutkan tadi, pandai-pandailah Yang Berhormat menggunakan masa untuk kita habiskan apa yang saya sebutkan tadi, dipersilakan.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga rakan-rakan Muafakat Nasional sekalian seterusnya Ketua-ketua Jabatan, hadirin dan hadirat pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Ada enam Ahli Yang Berhormat yang telahpun menyentuh portfolio yang berkaitan dengan Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, di antaranya yang pertama ADUN Tepoh yang telahpun menyentuh berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan sport tourism. Seperti yang kita semua tahu bahawa Negeri Terengganu adalah negeri yang sangat maju dalam isu yang berkaitan dengan sport tourism ini dan ada beberapa sukan yang dikaitkan dengan pelancongan yang sangat maju dan diungguli secara bersungguh oleh rakyat Terengganu di antaranya iaitu sukan berbasikal dan dalam rekod sepanjang tahun 2019, ada beberapa acara sukan berbasikal yang berorientasikan pelancongan yang telahpun diadakan di Negeri Terengganu, di antaranya iaitu adalah Program Tour Of Peninsular (TOP) yang diadakan pada sebulan yang lepas, pada Oktober yang lepas yang melibatkan 20 pasukan dengan penglibatan 18 kelab dan

dua pasukan negara yang telahpun dilancarkan di Duyong Marina Resort di mana semua peserta dan juga krew telahpun hadir dua hari lebih awal daripada pelancaran dan di antara manfaat yang telahpun kita di negeri ini dapat daripada penganjuran Tour Of Penisular ini iaitulah di mana program Tour Of Penisular ini telahpun disaksikan secara live streaming penuh sepanjang kejohanan berlangsung dan dicatatkan seramai 60 ribu tontonan sepanjang program berlangsung dan ulang siar ditonton lebih daripada 10 ribu tontonan dan apa yang menarik kejohanan ini berlangsung di lima daerah daripada lapan daerah yang ada di Terengganu. Ertinya, ia benar-benar berjaya menarik perhatian masyarakat kepada Negeri Terengganu dan termasuk mereka yang menontonnya melalui live streaming.

Seterusnya selain daripada itu juga, kita juga mendapat sokongan yang begitu hebat dan baik daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan perbankan contohnya daripada Bank Muamalat yang telahpun menganjurkan Kayuhan Bank Muamalat Nite Ride yang telah mengundang lebih daripada 2,000 orang peserta. Begitu juga dengan Kayuhan Bank Rakyat lebih daripada 1,000 orang dan baru-baru ini Kayuhan De’ Perasing yang disertai lebih daripada 2,000 orang peserta dan insya-Allah kita mengharapkan agar lebih banyak lagi termasuklah yang dianjurkan oleh Pasukan TSG Yellow Ride, pasukan TSG menerusi Kejohanan TSG Yellow Ride yang juga menerima penyertaan lebih daripada 2,000 dan lain-lain agensi dan syarikat termasuk XIRI Fun Ride lebih daripada 500, kayuhan Mental Health lebih daripada 1,000 dan juga kayuhan yang diadakan di peringkat daerah-daerah oleh majlis-majlis apa nama ni Kerajaan Tempatan dan lain-lain lagilah dan yang terbarunya pada awal 2020 iaitu ialah pada 6 hingga 15 Februari satu kejohanan iaitu ialah Program Le Tour De Langkawi bakal diadakan di negara ini dan Terengganu telahpun dipilih oleh Kementerian Belia Dan Sukan untuk menjadi salah satu daripada stage yang akan dikunjungi oleh peserta dan juga semua krew LTDL dan menerusi cakap-cakap dan juga perbincangan awal di antara kita dengan pihak penganjur LTDL yang menyatakan bahawa kemungkinan besar permulaan stage di semenanjung akan dimulakan daripada Negeri Terengganu sebelum atau sebelum daripada itu dimulakan di Sabah dan Sarawak. Ada pun di peringkat semenanjung insya-Allah akan diadakan di Terengganu, pun begitu ianya akan dimuktamad dalam mesyuarat penganjuran LTDL yang wakil daripada negeri akan juga turut berbincang dalam mesyuarat tersebut dan ini insya-Allah akan meningkatkan lagi apa orang kata sport tourism di Negeri Terengganu ini. Selain daripada itu juga berkenaan dengan pusat squash, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada pihak Kerajaan yang telah pun meluluskan cadangan pembinaan satu gelanggang squash di Kompleks Sukan Negeri

Terengganu dengan anggaran RM10 juta dan tahun ini didahulukan sebanyak RM5 juta dengan komponen yang utamanya iaitulah tadi daripada lapan court yang akan dibina yang insya-Allah dengan lapan court tersebut ianya akan memungkinkan kita untuk mengadakan kejohanan-kejohanan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa dan menerusi program ataupun menerusi pembinaan gelanggang squash ini juga Kerajaan juga berharap untuk mengadakan program-program sampingan. Sebagai satu contoh program Road To USA yang ada kerjasama dengan pendidikan insya-Allah untuk kita melahirkan pelajar-pelajar Terengganu yang orang kata mempunyai pengetahuan yang tinggi dan dalam masa yang sama menguasai sukan squash dan dapat menempatkan diri mereka di universiti-universiti terutama di Amerika Syarikat dan berkaitan dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin seperti yang kita semua tahu MFL telahpun menaja pembaikian padang bola yang telahpun siap dan kita jangkakan insya-Allah akan dapat digunakan pada sesi ataupun pada tahun 2020 yang akan datang pun begitu untuk orang kata menjadikan ataupun untuk merealisasikan perlawanan dilangsungkan di stadium tersebut, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan terlebih dahulu di antaranya adalah pembaikian komponen-komponen yang tertentu di Stadium Sultan Mizan untuk kegunaan bukan saja penonton tetapi juga peserta ataupun pihak yang bertanding yang menggunakan padang tersebut jadi insya-Allah perkara ini kita akan panjangkan kepada pihak Kerajaan khususnya dengan pihak UPEN dan Jawatankuasa Infra untuk lebih menjadikan perkara ini sebagai suatu apa nama ini, satu kenyataan insya-Allah. Seterusnya berkenaan dengan Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan juga pembangunan Pusat Latihan TFC pihak Kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan pembangunan bola sepak di Terengganu ini dan temasuklah cadangan untuk mengadakan satu akademik latihan untuk melahirkan pemain-pemain bola yang apa nama ini mempunyai kelebihan yang tersendiri di Terengganu Darul Iman ini insya-Allah. Kita mengalu-alukan mana-mana pihak untuk sama-sama bekerjasama dengan pihak Kerajaan insya-Allah.

Seterusnya soalan daripada Buluh Gading, daripada Buluh Gading berkenaan dengan T-Vot. Untuk makluman semua T-Vot ini telahpun dilancarkan secara lebih awal pada Disember 2018 yang lalu, pun begitu pelancaran keahliannya hanya dilakukan pada Oktober yang lepas iaitu pada 17 Oktober yang lepas disebabkan kerana yang apa nama ini, yang menguruskan T-Vot ini ataupun Terengganu Volunteers adalah merupakan satu agensi yang baru sahaja diwujudkan di Negeri Terengganu iaitulah Urus Setia Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu yang pengambilan penjawat-penjawatnya baru sahaja selesai walaupun tidak sepenuhnya pada 15 Ogos yang lalu dan alhamdulillah mereka

telahpun melakukan perancangan dan juga telahpun menggerakkan gerakan-gerakan awal untuk melancarkan gerakan mengumpul keahlian dan sehingga November 2019 telahpun terdapat 600 orang anak-anak muda kita yang berdaftar dengan T-Vot ini. Di mana T-Vot ini tujuan ataupun objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Terengganu khususnya muda-mudi menyertai badan sukarelawan bagi meningkatkan kemahiran insaniah mereka dan juga sifat dinamis dan juga sikap prihatin dan melalui T-Vot ini juga insya-Allah kita akan apa nama ini melahirkan pemuda-pemuda ataupun remaja, para remaja pemuda dan pemudi Terengganu yang mampu untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga luar daripada negara insya-Allah dan kita mensasarkan minima 5000 orang T-Vot akan didaftarkan pada Januari 2025 insya-Allah dan satu Program Kem Kemahiran Keahlian Terengganu Volunteers akan diadakan 30 November nanti di Majlis Daerah Marang yang kita mensasarkan seramai 800 orang peserta iaitu daripada Buluh Gading.

Seterusnya daripada Sura berkenaan dengan kemudahan padang bola di Dungun. Untuk pengetahuan ADUN Sura perkara ini kita telahpun ambil perhatian dan dalam satu mesyuarat dua kali mesyuarat yang diadakan berkaitan dengan penyediaan apa nama ini bajet ataupun penyediaan suatu program untuk kita berikan kepada pihak Kerajaan Pusat untuk dimasukkan dalam RMK yang Ke-12 telahpun dibincangkan dan isu yang berkaitan dengan apa dinyatakan oleh ADUN Sura telahpun diambil kira dan telahpun disubmit kepada pihak yang berkenaan.

Seterusnya yang terakhir daripada yang seterusnya daripada Batu Burok, Batu Burok berkenaan dengan bajet RM22 juta, RM22.2 juta dalam ucapan beliau untuk portfolio berkaitan dengan portfolio saya berkaitan dengan sukan. Untuk makluman ADUN Batu Burok pecahan kepada angka RM22.2 juta itu adalah merangkumi program-program seperti yang pertamanya peruntukan sebanyak RM300 ribu yang kita peruntukkan kepada Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu. Untuk makluman Dewan saya telahpun melawat Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu ini dan memang keadaan suasana fasiliti yang ada di Sekolah Sukan Bukit Nenas ini sangat daif sebenarnya dan saya diberi taklimat oleh Pengetua dan juga guru-guru di sana begitu menyedihkan sehingga ada program-program yang tertentu yang asalnya ada terpaksa dibatalkan disebabkan kerana kekurangan kewangan dan diberi contoh kepada saya, dia kata kalau bola badminton tu tinggal kepala saja bulu habis dia kata, bulu tangkis itu habis bulu tinggal kepala saja, itu nak bagitahu daifnya keadaan yang ada di Sekolah Sukan Bukit Nenas dan alhamdulillah

Kerajaan telahpun meluluskan dalam apa yang disebut oleh kenyataan Menteri Besar dalam bajet baru-baru ni sebanyak RM300 ribu. Begitu juga dengan yang keduanya peruntukan sebanyak RM4.5 juta yang melibatkan Program Liga Sukan DUN dan juga melibatkan sukan-sukan teras seperti takraw, bola jaring, badminton dan lain-lain yang dianjurkan bukan sahaja di peringkat DUN tetapi juga peringkat Kampung dan juga di peringkat Negeri. Selain daripada itu Sukan extreme seperti motorcross, road bike, skate board dan lain-lain lagi termasuk program berbasikal dan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud juga termasuk dalam peruntukan ini dan sebahagiannya RM4.2 juta adalah untuk Urus Setia Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu untuk menganjurkan program-program yang berkaitan dengan sukan-sukan massa dan juga program-program belia serta NGO dan bakinya sebanyak RM13.2 adalah untuk facilities dan juga kemudahan-kemudahan sukan termasuklah gelanggang futsal yang perlu dibaikpulih yang insya-Allah kita berusaha untuk mengambil sebahagiannya daripada peruntukan Kementerian Belia dan Sukan termasuklah arena sukan menembak dan juga gelanggang squash yang telahpun saya sebut awal tadi.

Seterusnya saya pergi kepada Batu Rakit, Batu Rakit bertanya berkenaan dengan lesen motosikal. Setakat mana apa nama ini kemajuannya ataupun kalau tak silap saya Batu Rakit kata mengapa jumlah berapa jumlah yang telahpun diberikan kepada setiap DUN. Untuk makluman jumlah yang kita setuju dengan bajet yang telahpun diberikan kepada kita dalam tahun yang lepas iaitu sebanyak RM7 juta dan dengan RM7 juta tersebut kita boleh untuk agihkan kepada 25,000 orang peserta sahaja dan untuk dapat jumlah 25,000 orang ini kita telahpun mengambil kira yang pertama sekali jumlah penduduk yang ada dalam setiap daerah dan kita mengambil 5% daripadanya, jadi keluarlah angka seperti berikut. Besut kita peruntukkan seramai 3200 orang, Setiu 1800, Kuala Nerus 2400, Kuala Terengganu 4800, Marang 2800, Hulu Terengganu 2200, Dungun 3800 dan Kemaman 3800. Namun apa yang saya suka nyatakan di sini bahawa di Setiu ertinya hanya 1800 orang sahaja jadi kalau 1800 orang ni lebih kurang 500 oranglah di setiap DUN dan kalau kita kali kalau setiap satu DUN itu ada dalam contohnya 25 kampung, lebih kurang 20 ke 25 oranglah satu kampung. Mungkin kalau Yang Berhormat kata kenapa 20, 25 orang sahaja sekampung tidak cukup nak lebih, ertinya program ini insya-Allah akan berterusan pada setiap tahun jadi hok mana dok dang tahun ini tahun depanlah itu kemampuan setakat yang ada kepada pihak Kerajaan kalau rezeki kita lebih kita boleh tingkatkan lagi, pun begitu apa yang saya agak bimbang juga ialah kerana sikap penerima-penerima lesen percuma ini yang apa nama ini tidak seperti tidak bersungguh untuk menghadiri kelas dan ujian amali yang telahpun ditetapkan oleh pihak Institut Pemandu. Untuk

makluman sehingga November sehingga sekarang jumlah peserta yang hadir untuk fasal yang pertama iaitu telah fasal sehingga mereka lulus ujian memandu ujian komputer ni yang kita panggil sebagai fasal yang pertama jumlah mereka yang hadir kelas sebanyak 17,298 orang dan jumlah mereka yang lulus 9,872. Yang kandas 7,678 orang. Besar jugak yang kandas ini, jadi menyebabkan mereka yang berjaya masuk ke fasal yang kedua iaitulah untuk fasal amali yang selepas daripada itu mereka akan dapat lesen P ataupun lesen penuh, jumlah mereka hanya 4,246 orang. Dan daripada jumlah tersebut, yang telah lulus habis ataupun hok yang dapat lesen dah, hanya 1,733 orang sahaja untuk satu Negeri Terengganu. Kalau di Setiu tu, 105 orang je hok boleh lesen dah. Ha, jadi kebanyakan mereka belum lagi masuk ke fasa yang kedua dan ramai lagi juga yang belumpun pergi ke institut memandu untuk mengambil ujian lesen, ataupun ujian komputer.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Celah sikit ya.

Apabila tidak lulus, adakah bajet itu akan jadi bertambah dan sebagainya?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Ya, sekiranya mereka tidak lulus, maka mereka dikehendaki untuk bayar, bayar bayaran untuk sambung ujian seterusnya. Jadi hok bayar tu, mereka kena bayar sendiri. Hok bayar hok sebab gagal tu, kena bayar sendiri. Lepas pada tu, mereka teruskan, sekira mereka berjaya, mereka boleh terus ke pertimbangan biasa. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telahpun bermesyuarat pada Rabu lepas dan kita telah bersetuju untuk melanjutkan program yang sepatutnya tamat untuk sesi 2019 pada November 2019 ini hingga kepada Mei 2020. Disebabkan ramai lagi yang belum sempat masuk untuk fasal yang pertama dan juga menyudahkan untuk fasal yang kedua. Dan yang terakhirnya Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhirnya berkenaan dengan, sikit berkenaan dengan sukan..... kegemilangan sukan di Negeri Terengganu yang suka saya nyatakan di sini. Alhamdulillah, untuk tahun 2019 ini, kita telahpun mencatatkan beberapa kejayaan yang sangat cemerlang dalam sukan di Negeri Terengganu dan sekiranya kita berbelanja lebihpun, ia adalah sesuatu yang berbaloi, kerana dengan kejayaan ini melonjakkan nama negeri dan juga sebahagiannya melonjakkan nama negara kita. Di antaranya yang paling cemerlang adalah sukan berbasikal menerusi pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team, yang mana pasukan TSG, Terengganu Inc. TSG Cycling Team ini telahpun muncul sebagai pasukan benua terbaik dunia untuk musim 2019. Di samping itu juga, pasukan TSG juga telah berjaya mendapat tempat yang pertama, ranking yang pertama di seluruh Asia yang kali terakhirnya kita dapat pada tahun 2012, itulah tujuh tahun sebelum. Dan

ini adalah carta ataupun kali yang kedua kita berjaya menduduki carta yang pertama di peringkat Asia Tour Ranking. Dan yang ketiganya, TSG juga berjaya menempatkan diri di ranking yang ke-28 dunia daripada 214 pasukan yang bertanding dalam kalendar UCI, merangkumi pasukan bertaraf pro-continental dan juga pro-tour. Dan alhamdulillah juga TSG berjaya memenangi sebanyak 92 podium untuk keseluruhan musim 2019 dengan mendapat 2,658 mata jauh meninggalkan pasukan yang kedua dengan perbezaan mata sebanyak 800 lebih. Itu yang pertama. Yang keduanya sukan angkat berat. Sukan angkat berat Terengganu juga telah berjaya untuk tahun 2019 ini muncul juara keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Junior dan Senior Kebangsaan Circuit yang kedua di Johor pada 2 Oktober baru-baru ini. Dan yang ketiga, yang ketiganya, yang terkini, iaitulah pasukan ragbi yang telahpun berjaya menjadi juara Piala Agong 2019 pada hari Sabtu yang lepas selepas 7 tahun menanti untuk mendapatkan kejuaraan selepas berjaya menewaskan juara bertahan daripada Sabah. Jadi tiga sukan ini telahpun berjaya menjadi juara untuk tahun 2019.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pohon laluan sikit, Dato’ Yang di-Pertua. Boleh minta penjelasan dok Yang Berhormat EXCO?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Ya, sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya tertarik dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang mencipta banyak kecemerlangan-kecemerlangan sekarang ini, cuma dalam usaha untuk mengekalkan kecemerlangan sukan di Terengganu ini Yang Berhormat, oleh kerana kita dah berada di hadapan, sekarang ini terutamanya di peringkat antarabangsa tu yelah, di peringkat sukan SUKMA. Kita faham, biasa-biasa hok lepas-lepaslah, biasa hok lepas-lepas ni, orang sentiasa cemburu dengan kejayaan-kejayaan sukan Terengganu. Jadi berbagai strategi yang dia orang buat terutamanya menjelang kejohanan besar seperti SUKMA. Jadi banyak acara-acara sukan yang kita..... sukan ini kita pupuk lama, dan leni telah menuai hasil yang saya kira sangat baik. Sebagaimana yang dimaklum, sukan angkat berat contohnya, angkat berat ni dulu tak dok pun orang Terengganu ni, kalau orang puang, nape sekarang ni orang puan pun sampai peringkat antarabangsa boleh gi, jadi..... saya bimbang, saya takut-takutlah, saya pun dok tahu lening sebab saya tidak dalam mesyuarat. Sampai ke peringkat pertandingan antarabangsa, kebanyakan sukan-sukan

yang dipelopori oleh Negeri Terengganu yang kita didik, basikal, kayak, kenu, angkat berat tidak dipertandingkan di peringkat tersebut. Sebab orang kita ni, kalau main politik pelik sikit. Dalam sukan pun main politik jugak. Sebab tu saya kata, nak terima kewarasan kita ni payah, jadi saya harap apakah langkah strategi Kerajaan Negeri dan EXCO Belia dan Sukan hari ini dalam usaha nak pertahankan apa yang ada ini, bukan sahaja pertahan beri pitih, apa yang kita kena sedia, tapi strategi kita nak bersaing dengan yang disekat oleh pihak-pihak, setengah-setengah pihak. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih sahabat saya daripada Telemong. Memang wujud apa yang telahpun dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Sebagai satu contoh, dalam sukan SUKMA 2020 yang akan berlangsung pada Julai 2020 yang akan datang, kita telahpun mendapat satu berita yang agak menyedihkan kita apabila pihak sukan angkat berat, apabila pihak Majlis Sukan Negara menerusi Jawatankuasa Teknikal, kejap ya saya tengok..... menerusi Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, Jawatankuasa Teknikal yang telahpun bersidang pada 17 November yang lepas, yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, di mana dalam mesyuarat ini, 13 buah negeri telahpun bersetuju untuk meneruskan acara sukan angkat berat dengan 16 acara melibatkan 32 kategori. Tetapi yang menyedihkan kita, selepas daripada mesyuarat tersebut, walaupun 13 buah negeri telahpun bersetuju, tetapi Pengerusi Mesyuarat telah membuat beberapa keputusan yang sebaliknya untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2020 yang dijangka akan bersidang pada Januari 2020, di mana di antara keputusannya ialah, daripada 32 acara yang telahpun dipersetujui oleh 13 buah negeri untuk dipertandingkan dalam sukan angkat berat, telah dipotong separuh daripadanya, tinggal 16. Daripada 32, tinggal 16 sahaja. Jadi, ada dua kategori yang agak pelik sekali yang telahpun dibuat keputusan oleh Pengerusi Mesyuarat, di mana yang pertamanya, kategori berat badan rendah untuk lelaki, dan kategori berat badan tinggi untuk wanita. Yang kategori berat rendah ini biasalah memang begitupun sebenar tumpuan kita khususnya kita kata, rakyat di Asia ini Malaysia ini yang memang kita kata mempunyai berat yang tidaklah seperti di negara-negara luar. Begitu juga dengan wanita, tetapi untuk kategori untuk wanita, Pengerusi telah mengumumkan bahawa kategori berat badan tinggi yang akan dipertandingkan, dan ini memang bercanggah dengan apa yang kita kata komitmen dan juga penguasaan atlet negara untuk ke sukan antarabangsa. Sebagai salah satu contoh,

saya ambil adalah atlet Terengganu yang akan mewakili negara ke Sukan SEA di Manila pada November dan Disember yang akan datang ini. Atlet iaitulah saudari Nurul Afikah binti Zamzuri, daripada Seberang Takir ini, daripada apa nama ini Seberang Takir, baru berusia 19 tahun yang merupakan atlet negeri yang akan mewakili negara dalam kategori berat badan rendah dan dia adalah atlet yang berpotensi untuk mendapatkan pingkat di Sukan SEA di Manila dalam ketegori berat badan rendah, tetapi yang dipilih untuk dipertandingkan di SUKMA 2020 adalah kategori berat badan tinggi iaitulah kategori yang kita tidak, apa orang kata tidak memberikan penekanan di dalam sukan di peringkat SUKMA mahupun di peringkat Sukan SEA jadi, inilah perkara-perkara yang sangat pelik dan kita menjangkakan bahawa ini adalah strategi yang digunakan oleh pasukan tuan rumah untuk menguasai ataupun untuk mungkin kita kata nak mengurangkan pingat-pingat, kerana semua tahu seperti yang telah saya umumkan tadi Terengganu telahpun menjuarai sukan angkat berat sama ada di peringkat senior mahupun di peringkat junior yang diadakan di Johor baru-baru ini. Jadi ini taktik yang saya rasa menghapuskan semangat kesukananlah, dan kita alhamdulillah kelmarin saya telah buat satu press conference sama dengan Tuan Pengarah Majlis Sukan Negara menuntut supaya 32 acara itu dikembalikan semua dan dipertandingkan semula di peringkat SUKMA. Jadi saya rasa itu sahaja, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dan sebelum daripada itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas serta selamat berjuang kepada 57 orang atlet Terengganu yang akan mewakili negara ke Sukan SEA di Manila pada November dan Disember 2019 yang akan datang, yang terdiri daripada 41 orang lelaki dan 16 orang wanita yang mewakili 30 jenis sukan termasuk 7 orang jurulatih daripada Terengganu yang akan ke Manila dalam Sukan SEA nanti, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih wakil daripada Wakaf Mempelam yang membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan, seterusnya saya jemput Wakil Cukai.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-yang berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para Pemerhati sekalian.

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan suatu Bajet Negeri Terengganu 2020, yang dinamik dan berimbang di mana Kerajaan dan rakyat berganding tangan dalam menjayakan setiap rancangan dan aktiviti bersesuaian dengan moto Bajet Membina Generasi Terengganu Sejahtera.

Kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan taraf kualiti hidup terbaik demi memastikan kesejahteraan dan kehidupan rakyat yang comprehensive, dan harmoni.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi Portfolio saya Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Serta Perpaduan Nasional, pelbagai inisiatif telah dirangka dan dicadang bagi dilaksanakan pada tahun hadapan bagi memastikan kehidupan rakyat yang lestari, lagi terjamin. Alhamdulillah sebilangan besar inisiatif sedia ada yang besar berimpak positif seperti Program Sagu Hati Kelahiran, Skim Simpanan Permata Sejahtera, Program Walimatul Urus Perdana, terus dilaksanakan pada tahun 2020 setelah mendapat reaksi dan terimaan positif daripada orang ramai. Program, selain daripada itu, program Home Manager dan kemudahan pinjaman menerusi Tabung Siti Khadijah juga diteruskan untuk tahun hadapan bagi memberikan pilihan kerjaya kepada kaum wanita terutamanya golongan ibu tunggal dan beliawanis dalam memelihara kelangsungan ekonomi mereka. Itulah di antara beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Belanjawan 2020 yang melibatkan portfolio saya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan beberapa program dan inisiatif baru sepanjang Belanjawan 2020 tempoh hari, antaranya penubuhan Rahdatul Janah, Pusat Transit Pelindungan Wanita dan Kanak-kanak, pewujudan taska baru Program Terengganu Brilliant Kids, Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak ataupun PEKA serta pewujudan Urus Setia Hal Ehwal Wanita, sebuah agensi baru bagi memberi khidmat nasihat yang berimpak tinggi kepada seluruh permasalahan dan penyelesaian wanita Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Urus Setia Hal Ehwal Wanita ini dilihat sangat tepat dalam memperkasakan peranan golongan wanita di samping memelihara kebajikan wanita di Negeri ini. Sepanjang tahun ini pelbagai program kewanitaan telah kita laksanakan dalam mendampingi serta menyediakan medium terbaik kepada mereka dalam membentuk jati diri serta personaliti muslimah yang unggul. Justeru program-program seperti Sambutan Hari Saidatina Aishah, Wanita Bijak Wang, Jelajah Untuk Mu Wanita, Wanita Pintar Al-Quran dan Ziarah Kebajikan Wanita, melibatkan kerjasama setiap Parlimen dan seluruh DUN diaktifkan untuk dilaksanakan. Menerusi portfolio saya juga, kita sedang dalam rangka dan bengkel terakhir menyediakan Pelan Dasar Wanita Negeri Terengganu untuk dibentangkan kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri menjelang tahun hadapan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa gerak kerja pewujudan Pelan Dasar Wanita Terengganu ini kita libatkan juga tenaga-tenaga professional, yang mahir daripada IPTA serta golongan-golongan profesional yang dilantik menerusi satu NGO

yang bernama Mawaddah. Sebuah penubuhan wanita yang berperanan dalam menasihati dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dalam memperkasakan golongan wanita di negeri ini. Mawaddah ini telah dilancarkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ketika hari Pelancaran Saidatina Aisyah 2019 peringkat Negeri Terengganu. Saya juga, demi menjaga pembangunan-pembangunan jasmani dan rohani kaum wanita di negeri ini, justeru itu saya mewakili kaum wanita di negeri ini melahirkan kesyukuran dan cukup berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah merestui dan bersetuju dengan cadangan penubuhan Urus Setia Hal Ehwal Wanita, syabas dan terima juga saya ucapkan kepada jabatan yang berada di bawah portfolio saya, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi teras portfolio saya, dengan gerak kerja yang cukup baik dalam melaksanakan pelbagai program dan bantuan bagi tahun ini kepada masyarakat bermula usia bayi, kanak-kanak, remaja, belia dan beliawanis serta para ibu bapa, golongan OKU, ibu-ibu tunggal dan akhirnya kepada golongan warga emas. Apa pun tanpa kerjasama daripada agensi-agensi portfolio dan Kerajaan yang lain sudah pasti program ini agak sukar dijayakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik akan pengumuman Bajet berjumlah RM5,000,000 kepada Sekretariat Tabung Darul Iman, suka saya nyatakan di sini tabung ini cukup dekat di hati rakyat. Umum juga mengetahui tentang peranan besar yang dipikul oleh Tabung Darul Iman tahun saban tahun, demi tahun. Saya juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jertih, kelmarin kita sebenarnya senada, sedia maklum dengan keperluan bajet yang diperlukan oleh Tabung Darul Iman, di mana Yang Berhormat Jertih semalam memohon supaya Kerajaan menaikkan lagi bantuan kepada Tabung Darul Iman kerana perbelanjaan Tabung Darul Iman mencecah RM700,000 sebulan, di mana setahun hampir RM8.5 juta, kita belanjakan untuk rakyat Negeri Terengganu. Justeru itu, saya juga mencadangkan peruntukan daripada anak-anak Syarikat Kerajaan GLC kepada Tabung Darul Iman ini hendaklah lebih sedikit daripada sumbangan-sumbangan kepada agensi-agensi yang lain. Harus diingatkan bahawa kitalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang memiliki kemudahan seumpama ini yang menimbulkan iri hati oleh masyarakat di negeri lain. Jadi demi memastikan kelangsungan khidmat agensi ini, saya menyeru kepada semua agar sama-samalah kita menyumbang kepada Tabung Darul Iman. Apapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahi-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan kakitangan awam, serta orang ramai yang telah sudi melaksanakan potongan gaji serta sumbangan kepada Tabung Darul Iman. Insya-Allah kita akan

perkasakan lagi dan kita akan promosikan lagi demi untuk kita mencapai sasaran kita pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang diutarakan oleh Rantau Abang berkaitan dengan pembinaan Taska Permata Keluarga di Majlis Perbandaran Dungun. Insya-Allah cadangan mula operasi Taska Permata Keluarga terbabit pada 2020 akan kita teruskan dengan pengisian segera kelengkapan barangan perabot, peralatan dan permainan kanak-kanak di taska tersebut dengan kadar yang segera. Insya-Allah, terdapat enam buah lagi taska yang akan dibuka di Jabatan-jabatan Kerajaan, Taska Permata Keluarga di Wisma Darul Iman, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pejabat Daerah Besut dan juga UniSZA Kampus Tembila dan Pusat Pentadbiran Baru Kuala Nerus. Ia bakal menjadikan jumlah Taska Permata Jabatan Kerajaan kepada 11 buah setelah lima buah taska telah sedia beroperasi. Saya juga ingin memberikan penjelasan kepada Yang Berhormat Bukit Besi yang menanyakan mengenai persiapan atau jumlah peruntukan dan tenaga kerja yang bakal digerakkan oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi musim banjir yang bakal tiba.

Sesungguhnya Kerajaan Negeri telah melakukuan persiapan yang kemas, insya-Allah dalam menghadapi musim banjir ini menerusi gerak kerja jitu beberapa jabatan iaitu Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menerusi APM sebagai persiapan awal, Mesyuarat Pengurusan Bencana peringkat daerah dan negeri telah dilaksanakan melibatkan Jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan. Selain daripada taklimat kesiap-siagaan dan latihan simulasi turut dijalankan melibatkan agensi-agensi Kerajaan, MPKK dan penduduk setempat di setiap daerah. JKM pula telah mengenalpasti dan menyenaraikan Pusat Perpindahan Banjir di seluruh negeri. Mereka juga berperanan penting di pusat pemindahan di samping menyediakan pembekalan makanan di setiap daerah. Bagi peruntukan pula, jumlah peruuntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 2019 adalah sebanyak RM1 juta. Manakala Kerajaan Pusat ialah RM413,500.00. Tenaga kerja pula ialah seramai 1,062 orang daripada Kakitangan JKM, sukarelawan dan juga Kakitangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, LPPKM, serta Kementerian Kesihatan yang mempunyai kelulusan Ijazah Psikologi dalam Kaunseling.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat 134 inisiatif Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, sememangnya cukup menyeluruh dan antara yang terbaik. Dari sekecil-kecil bayi

disediakan Skim Simpanan Permata Sejahtera hinggalah penyediaan kemudahan aktiviti-aktiviti di Pusat-pusat Aktiviti Warga Emas di setiap daerah. Alhamdulillah Belanjawan 2020 ini berbagai inisiatif telah diwujud dan diteruskan demi masyarakat Terengganu di segenap peringkat umur. Sesungguhnya semua perancangan ini memerlukan kerjasama kita semua. Jika kita sayang Negeri kita usaha ganding bahu di antara rakyat dan Kerajaan akan membawa keuntungan pembangunan masa depan Negeri kita. Saya yakin insya-Allah dengan sikap yang ada kepada majoriti rakyat dan pendekatan yang dicipta oleh Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta semangat kerjasama Muafakat Nasional PAS dan UMNO kita akan hebat dan maju sebagaimana hasrat dalam perancangan kita. Akhir sekali saya mohon menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Wallahu Wa’alam.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Cukai di atas penggulungan sebentar tadi. Sekarang saya persilakan Wakil Alur Limbat untuk membuat penggulungan atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil „Alamin, Wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwal mursalin. Wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Kerajaan serta Pemerhati sekalian. Pertama sekali saya mengucap ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana membentangkan Belanjawan yang sangat unik dan sangat baik pada beberapa hari yang lalu. Sebelum saya meneruskan ucapan saya izinkan saya berpantun, tak pernah lagi, ini kali pertama berpantun sejak duduk dalam Dewan ini,

Terengganu Drawbridge tersergam indah, Gah di muara menyambut semua, Terengganuku comel tersedia sudah, Untuk Kemajuan Keberkatan Kesejahteraan Terengganu jua.

Telemong jadi dok? Terima kasih

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh tahan daripada Bukit Tunggal tadi. ....[Dewan ketawa].....

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Kerajaan yang mana saya nak kaitkan dengan Portfolio Pendidikan yang menubuhkan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Syeikh Duyong yang berkonsep Edu-Tourism di TTI yang pertama sekali dengan kerjasama juga dengan Jabatan Pelancongan serta terima kasih kerana menempatkan di Taman Tamadun Islam kerana dapat menyemarakkan lagi Taman Tamadun Islam khususnya kepada pengunjung ataupun pelancong di dalam dan juga di luar negara.

Ada persoalan daripada Buluh Gading dan juga Tepoh berkait dengan Masjid Kristal. Jadi saya kait teruslah di mana Masjid Kristal ni pernah dinobatkan sebagai masjid yang ketiga tercantik di dunia. Pemandangan pada waktu malam yang begitu indah sekali. Walau bagaimanapun, setelah lebih daripada sepuluh tahun masjid ini dibina, terlalu banyak kerosakan yang berlaku. Perkara yang paling utama sekali sebenarnya kita tutup kerana isu keselamatanlah, bimbang bumbungnya jatuh, kubahnya, yang sebenarnya masjid ini terlalu unik. Beberapa kali usaha untuk pembaikian antaranya saya sebut kerja pembinaan dan pembaikian kecacatan tambahan di masjid. Tahun 2012 lagi telah ada kerja pembaikian kemudian pada tahun 2015 kerja pembaikian sistem pendawaian elektrik, sistem penghawa dingin, GRC, LED di empat buah menara. Seterusnya pada tahun 2018 kerja pembaikian ke atas Masjid Kristal ini telah diadakan antaranya dia lebih kepada kerja-kerja yang besar-besarlah, dulu peringkat awal dia kecil-kecil jer, antaranya kerja-kerja waterproofing slab atas Masjid Kristal. Kemudian penggantian cermin kubah Masjid Kristal di mana ada krontraktor yang kita telah luluskan kepada mereka untuk membaiki ini tetapi kerja tidak dapat dijalankan kerana mereka menarik diri kerana tak mampu sebenarnya untuk menyiapkan sebagaimana yang kita putuskan. Setelah kami ataupun pihak pengurusan Taman Tamadun Islam mengkaji, sebenarnya untuk baiki Masjid Kristal ni khususnya di bumbung ataupun kubah Masjid Kristal memerlukan belanja yang sangat besar iaitulah RM2 juta keseluruhannya. Bukan dengan projek sebagaimana yang kita luluskan RM300,000.00 sahaja. Lalu sekarang ini pihak Kerajaan sedang berbincang dengan sebuah syarikat multinasional untuk CSR. Jadi insya-Allah doakanlah kita akan mendapat bajet ini dan juga perkembangan positiflah untuk perkara ini.

Seterusnya di bawah Teras yang Kedua, Menjana Pertumbuhan Ekonomi di bawah Strategi yang Kelima Merancakkan Pelancongan dan Kebudayaan. Pelbagai insentif yang disediakan oleh Kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan memberikan

pelbagai insentif kepada pihak pelanconganlah di mana ada isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat yang berkait dengan Tasik Kenyir misalnya ADUN Telemong. Tadi saya dah betul dah dekat dia, saya tak pernah keluarkan kenyataan Tasik Kenyir nak ditutup kerana kami menyedari bahawa Tasik Kenyir ada didatangi oleh pengunjung daripada luar daripada Terengganu yang paling banyak sekali. Saya bagi contoh peningkatan antara Januari hingga Ogos 2018, kehadiran pengunjung ke Tasik Kenyir 397,085 orang sementara Januari hingga Ogos 2019, 440,137 orang. Peningkatan sebanyak 10.8% yang merupakan tempat mainland dengan izin yang paling ramai sekali dikunjungi oleh pelancong. Yang kedua adalah Taman Tamadun Islam lebih daripada 500,000. Jadi memang wajar pihak Kerajaan memberikan peruntukan antaranya RM3 juta, tujuannya antaranya untuk pengurusan Taman Orkid, Taman Rama-Rama, Tabung Amanah Gajah, Bayaran Kawalan Keselamatan dan kebersihan di kuarters dan bangunan pentadbiran Kastam, bil-bil utiliti dan juga insya-Allah pelbagai perkara yang akan kita gunakan untuk pengurusan Tasik Kenyir bagi memajukan lagi Tasik Kenyir. Dan juga Kerajaan masih komited untuk membangunkan Tasik Kenyir khususnya di Pulau Poh, Pulau Poh ada jambatan ke Pulau Poh di sebelah Pengkalan Gawi yang sepatutnya siap hujung tahun ini dan juga hotel yang lapan tingkat dijangka pertengahan tahun depan akan siap. Dan insya-Allah dengan selesainya hotel dan juga jambatan ini akan memangkinkan lagi pertumbuhan dan kepesatan pelancongan di Tasik Kenyir, insya-Allah. Kerajaan Negeri sentiasa…..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, minta laluan sekali.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ya, sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh dok Yang Berhormat?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Boleh-boleh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih dululah kepada Yang Berhormat EXCO, saya sebenarnya kita faham bila media ini, kita bila Yang Berhormat kabor dalam Dewan ni sahihlah. Makna benda itu sahih bagi pihak Kerajaan bahawa Tasik Kenyir

bukan nak tutup. Saya nak jawapan itu saja, saya tahu doh. Jadi sebab banyak keliru di luar. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang keduanya, sabar dulu, yang keduanya sebab sakning itu telah dimaklum bahawa Tasik Kenyir ini ramai pengunjung walaupun berbagai-bagai persepsi negatif yang kita terima, hakikat yang kita kena terima bahawa Tasik Kenyir ini menerima pengunjung daripada luar Negeri Terengganu yang paling ramai 800,000 orang setiap tahun 700,000, 500,000. Tempat-tempat lain pun dok sehebat ini tapi nama glamour tapi saya nak tahu Yang Berhormat, boleh ke tidak sekarang ini kita dah ada, saya nampaklah kita dah ada, dah kata Pulau Bayas itu ada masalah, kita faham ada masalah itu dan kita cuba sah dari segi jangka masa panjang cuma sekarang ini kita dah dapat dah lesen untuk bebas cukai. Why not kita tarik benda tu dan kita buka di apa ni, di pontoon biar comel saya tengok pontoon tu, hok depan-depan itu panggil apa jeti hok comel itu, menda apa dok tahu hok gelembung-gelembung itu, saya pun dok faham gok benda itu. Jadi kita pindah situ supaya orang boleh niaga bebas cukai situ dulu. Sesuai kita pun buat hotel, hotel pun ada, kalau kita dok buat sesuatu orang dok duduk di hotel. Akan berlaku sebagaimana hotel DRB tu takut esok-esok hotel kita buat itu pun takdok, nothing yang buat orang nak mari dan nak duduk situ. Jadi kita why not kalau dengar dah masalah dulu, kita hold sementara, bukan tolak, kita hold sementara, kita tarik dan fokus ke tempat tu suruh orang niaga di situ supaya benda itu pun tidak akan terbengkalai sebab Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, benda comel dah, kalau kita dok duduk takut hantu pula duduk lepas pada ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Okey.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Telemong. Sebenarnya memang itu hasrat kita bila siap sahaja hotel insya-Allah dan telah digazetkan sebelum ini memang Pulau Poh, Pengkalan Gawi sebagai Pusat Bebas Cukai. Cuma isu Pulau Bayas, kita Kerajaan bersedia untuk membuka kepada mana-mana player-player luarlah yang berhasrat untuk meneruskan projek, nak sudahlah projek di Pulau Bayas ataupun untuk mengadakan apa sahaja kegiatan bagi memajukan Tasik Kenyir ini. Okey, terima kasih kepada Telemong.

Seterusnya saya pergi kepada soalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Pulau Bidong yang diberikan peruntukan RM1 juta sebagai Culture Tourism dan juga Heritage Tourism di mana pernah satu ketika semasa, ada 250,000 pelarian Vietnam di sini. Dan pihak

Kerajaan walaupun kita beri RM1 juta, pihak Kerajaan tidak bersedia untuk membina ataupun siapa-siapa diberikan kebenaran untuk membina hotel dan seumpamanya kerana kita bercadang untuk memelihara tempat tersebut kerana tempat ini di bawah pengurusan Lembaga Muzium Terengganu dan kita bercadang hanya day trip maksudnya mereka tidur di sini, pagi mereka bertolak ke Pulau Bidong, petang mereka balik. Untuk makluman, hampir sepanjang tahun sekitar 4,000 orang pelancong datang. Kita berasa takdok orang tapi sebenarnya walaupun kita tidak menyediakan apa-apa prasarana, lebih ataupun sekitar 4,000 orang datang setahun khususnya keluarga-keluarga yang kita istilahkan sebagai orang hanyut ataupun bekas pelarian Vietnam dan ada sebahagiannya pelarian Kemboja dulu dan mereka yang sudah berjaya yang tinggal di Amerika di negara maju dan ada yang balik ke Vietnam dan mereka melihat kubur datuk nenek moyang mereka. Jadi wajarlah Kerajaan Negeri memberikan peruntukan yang seumpama itu.

Dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih, apa ini kami sebagai pihak Kerajaan dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan penubuhan Kampung Budaya di Perkarangan Muzium. Insya-Allah kita akan buka perkampungan budaya ini pada awal tahun hadapan insya-Allah kerana kerja-kerja yang peringkat awal ini sudah kita buat dan kita telah mengenalpasti antaranya di sana ada rumah-rumah tradisional, adanya istana lama yang sangat unik, pembuatan batik, songket, keris, acara kebudayaan, makanan tradisional dan lain-lain yang telah kita rangka, kita telah mengadakan sesi perbincangan, sumbang saran, apa yang perlu kita buat perkampungan budaya ini. Jadi saya mengharapkan kepada semua pihak memberikan sokonganlah nanti.

Kita akan mempertimbangkan sebagaimana soalan yang dikemukakan ataupun cadangan daripada ADUN Batu Burok, insya-Allah kita akan mempertimbangkan mengadakan Hari Batik Sedunia kerana batik kita memang sangat unik dan batik Terengganu dan songket Terengganu mempunyai kelainan berbanding dan juga kualiti yang sangat tinggi berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Begitu juga dengan cadangan supaya mengadakan perbincangan sekolah-sekolah dia ada hari pemakaian batik, insya-Allah perkara ini kita akan jumpa JPN mencadangkan perkara ini.

Kemudian ada daripada Bukit Besi, produk pelancongan baru khususnya Bukit Besi, Muzium dan seumpamanya. Bukit Besi memang merupakan bandar yang bersejarah, jadi Kerajaan Negeri dan KETENGAH sebenarnya Muzium Bukit Besi ini di bawah KETENGAH-lah. Jadi Kerajaan Negeri saya dah berbincang dengan Pengarah Muzium Negeri

Terengganu, mereka sebenarnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan KETENGAH dan juga agensi pelancongan telah dan sentiasa mempromosikan produk pelancongan Bukit Besi, Bukit Besi sebagai bandar bersejarah seperti Tasik Puteri Bukit Besi, Kelab Golf Bukit Besi, Bukit Besi Agro Exotic Farm dan Warisan Sejarah Perlombongan Bijih Besi. Jadi pelbagai pakej pelancongan telah disediakan dan ini termasuk yang sedang dalam pengemaskinian iaitu pakej Warisan Sejarah Bukit Besi. Pakej ini bermula di bandar Bukit Besi sehinggalah ke Pasir Raja. Promosi serta bahan-bahan promosi Muzium Bukit Besi pula akan dilancarkan insya-Allah saya dimaklumkan pada awal Januari 2020 bagi diselarikan dengan penyiapan Muzium dan pengisian rekabentuk dalaman yang dijangka siap pada bulan Mac 2020.

Begitu juga sebenarnya produk Negeri Terengganu ini terlalu banyak sebab itulah kami telah mengadakan lawatan kerja ke daerah-daerah. Yang pertama sekali bagi memastikan setiap daerah menubuhkan Jawatankuasa Pelancongan Daerah dan membaik pulih serta ambil tahu ataupun cakna produk-produk yang ada di daerah masing-masing yang sangat bernilai. Antaranya kami pergi ke daerah Marang, kami pergi ke perkampungan Jenang yang terkenal sedikit masa dahulu dan sekarang ini insya-Allah kita akan baik pulih balik perkampungan Jenang ini. Kita melihat penternakan ikan sangkar di sepanjang Sungai Marang, ke bangsal memproses gula melaka, orang Terengganu panggil nisang. Kemudian kita melihat sendiri pengusaha atap nipah, kemudian kita pergi ke bangsal Pok Mang Warisan Tok Nyadat, melihat proses air tuak nira segar dan yang terakhir kita pergi ke Dataran Batu Putih yang pada asalnya tiada apa-apa di sana. Alhamdulillah, hasil daripada beberapa siri pertemuan kami dengan penduduk Batu Putih, kita buat perasmian dan yang terbaru dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Menteri Besar, dengan.. kita ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah memberikan bajet segera sebanyak RM100 ribu semasa lawatan tersebut. Kemudian di Kuala Nerus juga kita pergi ke Stadium Tertutup. Jadi banyak, saya tak baca semua. Sebenarnya di setiap daerah termasuk yang dikemukakan oleh Kuala Besut berkenaan dengan Besut saya sebut sikitlah. Yang Besut, kita pergi ke Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut. Memang terkenal di Terengganu ini ukiran kayu di Besut. Kemudian kita pergi ke Lata Tembakah, Lata Kolam Air Deru Ecopark yang asalnya tiada apa-apa di situ. Sekarang ini Alhamdulillah. Untuk makluman Dewan, Terengganu ini menjadi tumpuan rakyat Negeri Kelantan untuk datang. Lebih daripada separuh Lata Kolam Air Deru, Lata La Hot Spring, memang seolah-olah Negeri Kelantan di situ. Sama juga apabila kita pergi ke Setiu, ke beberapa tempat, kita dimaklumkan di sana memang ramai sangat orang Kelantan

datang ke sini. Sebab itulah kalau di sebelah Setiu dan Besut, orang Kelantan datang ke tempat pelancongan. Di Kuala Terengganu ini sendiri, ramai juga orang Kelantan datang, sebab itulah PB Hotel kita alhamdulillah setakat ini, kalau hujung minggu Jumaat Sabtu, hari cuti memang tak ada bilik kosong, susah untuk kita booking kalau tidak booking awal hatta hari-hari biasa. Cuma ramai di kalangan mereka antaranya tengok wayang, main boling. Tapi okeylah. Maksudnya, menjadi satu tarikan yang baru dan antaranya mereka pergi ke drawbridge kita, kemudian pergi ke TTI dan insya-Allah apabila adanya perkampungan budaya, kita mengharapkan supaya mendapat sambutan yang samalah. Insya-Allah.

Kemudian, masa depan pemandu pelancong, insya-Allah. Tadi masa soal jawab tu kita dah bincang panjang cuma saya nak maklum memang Kerajaan Negeri sedar bahawa pentingnya pemandu pelancong. Saya bagi contoh, bayaran yang dikenakan kepada pendaki ke Chemerong, dia ada Gunung Chemerong, ada.. cantiklah di sana, RM50 seorang manakala permit masuk RM5 seorang yang diuruskan oleh pemandu arah ataupun pemandu pelancong yang dikenali sebagai malim, malim gunung. Penyediaan Pakej 3 hari 2 malam oleh malim secara berkumpulan maksima 12 orang. Pendapatan malim sekitar RM600. 2 hari, 3 hari je dapat RM600. Memang penting sebenarnya pemandu pelancong ini.

Sidang rakan-rakan Ahli Dewan sekalian, seterusnya saya ringkaskan berkenaan dengan isu yang berkait dengan pembangunan teknologi maklumat di Negeri Terengganu. Ada pertanyaan berkenaan dengan AI Park dan juga Smart Citylah. Jadi saya nak baca sedikit berkenaan dengan perkara ini sebagai penjelasan untuk Negeri Terengganu. Smart City ataupun Digital State yang akan dibangunkan adalah berteraskan kepada konsep kerajaan digital sebagaimana digariskan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030, (PITAS 2030). Kalau ada soalan berkenaan dengan apa sebenarnya PITAS yang tidak diketahui ataupun kurang mendapat maklumat jadi dalam isu ICT ataupun teknologi maklumat ini, ini adalah sebahagian daripada perancangan PITAS. Smart City, Digital State ini akan menggunakan teknologi IR 4.0 bagi membolehkan komponen insan (people), berinteraksi antara satu sama lain melalui perkongsian data dan perkhidmatan digital yang bersepadu bukan sahaja melibatkan perkhidmatan kerajaan tetapi juga perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta dan komuniti. Hasil daripada interaksi antara syarikat dan juga insan ini secara digital akan mewujudkan ekosistem penciptaan nilai yang berterusan seterusnya menjana ekonomi digital yang mampan ke arah pembentukan masyarakat digital yang sejahtera yang berasaskan nilai-nilai Islam.

Kerangka kerja Smart City, Digital State ini akan menggunapakai kerja Smart City yang telah dilancarkan di peringkat pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ni. Berasaskan kepada kerangka ini, Kerajaan Negeri akan membangunkan Blueprint Smart City, Digital State Negeri Terengganu yang akan disesuaikan mengikut fokus dan akan menangani isu-isu setempat mengikut bandar-bandar dan kampung-kampung Negeri Terengganu. Oleh kerana projek Smart City ni besar, kita akan melalui kepentingan negeri, dan juga Kerajaan Negeri, kita akan pilih mana-mana yang sesuai. Bagi sesetengah isu tersebut, Kerajaan Negeri akan menggunakan penyelesaian yang ditawarkan oleh Teknologi IR 4.0 seperti AI (kecerdasan buatan), big data analytic, RPA (robotic process automation), Internet of Things (IOT) blockchain, automated virtual reality dan lain-lain. Oleh yang demikian, sebagai kejayaan segera (quick win), Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa projek sebagaimana yang diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar seumpama smart traffic light, automatic boom gates, smart CCTV, smart parking dan insya-Allah ada beberapa perkara lain yang saya, yang kita akan buatlah. Saya bagi contoh untuk pengetahuan, apa beza smart traffic light dengan smart traffic light yang ada? Sekarang ni sebenarnya sudah smart traffic light. Umpamanya bila jalan tu takde orang, dia hijau sebab dia ada sensor di depan tu, dia ada garis tu, kan.. Dia hanya smart di tempat tu je. Sekarang ni smart traffic light kita boleh mengenalpasti Yang Berhormat mana yang lalu jalan ni, kereta apa yang dia lalu, berapa orang ada dalam tu sebagai contoh. Jenis apa kereta. Apabila ambulan lalu, dia boleh stop habis, hok lain merah, ambulan saja boleh gi dan bila berlaku kecurian ke, apa benda, semua.. sebenarnya atas kita, kita nak apa. Sebab AI project ni, smart traffic light terlalu besar ataupun terlalu banyak perkara yang boleh kita selesaikan dan kalau kita nak supaya selesai masalah trafik, maka dia juga boleh selesai masalah trafik. Begitulah dengan perkara yang lain.

Pelaksanaan projek yang merupakan sebahagian daripada komponen smart city di digital state ini akan disokong oleh Taman AI yang akan membuat R&D bagi menghasilkan human capital (modal insan) produk dan penyelesaian berteraskan Teknologi IR. Sebelum daripada saya tutup saya nak sikit lagi nak bincang berkenaan dengan Taman AI. Sebagai penutup, Taman Maya Kecerdasan Buatan Terengganu atau singkatannya Taman AI, dulu kita bincang Technology Park. Pada saya Technology Park sudah ketinggalan sebab dia lebih kepada fizikal. Taman AI ni lebih kepada virtuallah dan juga fizikal. Singkatannya Taman AI akan memenuhi inspirasi ini dengan menyelaraskan teknologi, pemahaman, pengurusan mindset dan institusi pada abad yang ke-21. Taman AI adalah program AI peringkat Negeri Terengganu untuk memupuk keupayaan negeri

dalam inovasi kecerdasan buatan AI dan juga 12 teknologi utama IR 4.0. Dengan itu, mewujudkan impak sosial dan ekonomi, mengembangkan bakat tempatan, membina ekosistem AI dan menempatkan Terengganu di peta dunia, insya-Allah. Pejabat program ini akan dihoskan oleh Terengganu Digital 1303 dan akan menyatukan semua institusi penyelidikan di Malaysia, insya-Allah. Kita dah ada perbincangan dengan hampir.. banyaklah universiti di Malaysia ini dan ekosistem keusahawanan berasaskan AI untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan inspirasi AI, pengembangan ekonomi berasaskan pengetahuan dan pembangunan bakat tempatan.

Tiga tiang utama Taman AI yang pertama sekali Penyelidikan AI, Teknologi AI dan Inovasi AI. Teras yang pertama, penyelidikan AI ni berteraskan keupayaan institusi untuk mengesan gelombang inovasi dan penemuan sains terbaru. Sebagai contoh, matlamat utama abad ke-21 untuk AI termasuk membantu autonomous machinery seperti kereta tanpa pemandu untuk menavigasi dunia fizikal. Sekarang ini kereta sudah tanpa pemandu telah dibuat dan insya-Allah, kita mampu buat sebenarnya dan membantu manusia dan mesin untuk saling berinteraksi contohnya terdapat keperluan yang tinggi untuk menggunakan autonomous tractor di negeri yang bergantung kepada hasil pertanian. Ini kita akan bantu bawah agro. Untuk mencapai hasrat ini, Taman AI akan memainkan peranan untuk merealisasikan impian ini dengan membangunkan autonomous tractor untuk memenuhi permintaan petani tempatan. Teras yang kedua, Teknologi AI cuba menangani cabaran utama yang memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat Terengganu dan juga Malaysia dan dengan itu mempromosikan idea berani dan aplikasi teknologi AI inovatis autonomous tractor sebagai contoh adalah teknologi idea yang berani untuk menyelesaikan masalah petani tempatan. Pembangunan autonomous tractor bukan sahaja akan membangunkan ekosistem komponen autonomous tractor tetapi juga teknologi autonomous vehicle di Negeri Terengganu yang akan memberi impak ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu. Dengan idea ini, pertanian malam dapat dilaksanakan. Petani ni, malam, petani boleh tidur tapi traktor mereka boleh berjalan. Jadi esoknya, dia gi cucuk,cucuk, cucuk gitu je. Haa.. gini. Insya-Allah benda ini tak mustahil. Rakan-rakan kita boleh buat. Kami dah bincang, kita ada pakar-pakar bahkan pakar-pakar yang akan bantu kita, anak Terengganu sendiri. Insya-Allah.

Tiang yang ketiga last skali, memberi tumpuan kepada memperluaskan penggunaan AI di Terengganu dan Malaysia dan membangunkan bakat-bakat AI tempatan untuk menyokong pertumbuhan industri. Taman AI akan memperkenalkan inisiatif pensijilan AI

yang bertujuan untuk menyediakan laluan pembelajaran berstruktur untuk warga Terengganu untuk belajar tentang AI dan berpeluang menjadi jurutera bertauliah AI di Malaysia. Taman AI akan berkolaborasi dengan industri tempatan untuk menyokong inisiatif ini untuk mengenalpasti dan mencari lebih banyak jurutera AI untuk menyelesaikan masalah industri yang mencabar. Dengan program ini, warga Terengganu dan Malaysia boleh memilih untuk berdaftar dalam program pembangunan bakat sedia ada dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara progresif. Dianggarkan AI akan menyumbang sebanyak USD15.7 trillion kepada ekonomi global pada tahun 2030. Kesimpulannya, AI adalah game changer yang boleh membantu meningkatkan ekonomi Negeri Terengganu. Kita berhasrat Terengganu menjadi pelopor AI yang terulung di Malaysia dan smart traffic light, saya difahamkan kalau kita buat tahun ini, merupakan yang pertama di Malaysia sebenarnya. Wallahu A’lam. Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua

Yang di-Pertua

Habis dah, habis dah. Sedang molek dah.

Saya nak penjelasan sikit

Yang di-Pertua

Dah abis dah. Masa tadi tak apa. Masa bercakap dah habis dah. Saya nak jaga masa, jadi saya persilakan Yang Berhormat wakil Ladang. Sila.

Soalan saya tak jawab Dato’ Yang di-Pertua tadi. Ada satu soalan tak jawab daripada saya. Soalan saya yang saya bahas kemarin tidak dijawab oleh EXCO.

Ni bukan sesi jawab soalan. Sepatutnya penggulungan. Penggulungan.

Tu yang saya nak penjelasan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Oo.. se lagi.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Hor pakai songkok semula. Tak ingat tu. Sebab tadi banyak cerita pasal AI, smart city..

Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat, ringkaskan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Boleh, boleh.. Tak apa, tak apa kita boleh jawab. Takde masalah. Isu yang berkait dengan EIO, TSO. EIO ni memang projek kerajaan yang lalu untuk Bestari.Com dan juga pada tahun 2009 untuk apa ini ebooks. Apabila ebook ditiadakan, maka seramai 362 orang ini masih lagi berkhidmatlah sebagai EIO dan TSO dan mereka ditempatkan di pelbagai jabatan Kerajaan dan juga di sekolah-sekolahlah. Lalu, kami buat kajian balik dengan menemuduga kesemua di kalangan mereka ini, dan kami dapati teramat ramai yang sudah terlibat dengan admin dan tidak berminat dengan kerja-kerja yang berkait dengan ICT. Lalu, kami buat apa ini, keputusan untuk tidak menyambung kontrak. Dok habis lagi, bangun doh. (Ketawa kecil).

Takdelah, dengarlah.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Untuk menyambung saya terus sikit lagi, sebab penerangan ini. Untuk tidak meneruskan kontrak mereka sebanyak 51 orang dan Kerajaan menjimatkan Bajet daripada RM8.8 juta kepada RM7.7 juta. Bayangkan selama ini kita menanggung RM8 juta, sepatutnya mana-mana syarikat yang mereka ada satu projek bila habis projek itu, tidak disambunglah sebab mereka tak dok, dok tahu dah nak buat apa. Jadi, masih lagi ada 300 orang lebih yang kita tolaklah, 362 tolak 51 orang yang masih lagi berkhidmat dan insya-Allah dari semasa ke semasa, kami telah merancang untuk memberikan latihan demi latihan mereka supaya lebih mantap dari segi terutamanya dari era teknologi maklumat ini. Sekian, Wallahua’lam. Assalamua’laikum warahmatullhi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih.

Sebab gini, Dato’ Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat EXCO…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini floor wakil Kerajaan bukan tujuan Perbahasan ini…

Ya, bukan nak…

Yang di-Pertua

Apa yang diperjelaskan itu…..

Cuba…

Yang di-Pertua

Kita setuju ke tidak setuju ke, terpulang…

Yalah…

Yang di-Pertua

Ini bukan tujuan Perbahasan.

Bukan nak bahas, nak maklumkan juga, dalam Manifesto PAS, kita bercadang untuk sediakan 20,000 peluang pekerjaan. Jadi, 51 orang daripada 20,000 ini hanya 0.0025% saja. Jadi, mohonlah, mohon jasa baik pertimbangan pihak Kerajaan.

Yang di-Pertua

Takpe, takpe.

Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Ladang, sila.

A'uzu billahi samiul 'alim minashaitanir rajim. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil „Alamin Wassalatu Wassalamu „Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang Berhormat pegawai Kerajaan dan Pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah,

syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dapat bersama hari ini. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam menggulung perbahasan ini dan bila saya meneliti ucapan Belanjawan 2020 ini, saya cukup yakin bahawa kita berada di landasan yang benar, landasan yang betul untuk mencapai satu negeri yang “Maju, Berkat dan Sejahtera”, insya-Allah dan perbahasan mengenai Portfolio saya ini banyak menekan pada soal pelaburan dan ada juga bertanya cakap je dok, boleh dok sebut pelaburan mana agaknya yang sudah, yang dapat kita laksanakan. Mengikut rekod yang diberi oleh ECER pada kita, ada 21 sektor atau 21, ya 21 sektor yang telah dimainkan oleh pemain-pemain industri ini. Contoh, contoh ya, kalau bidang manufacturing ada 12 syarikat yang telah terlibat dalam bidang ini yang telah beroperasi di Negeri Terengganu. Antaranya, banyak ini, saya baca sikit-sikit sudahlah. Ni betul ni, bukan kita reka-reka, dok. Dia memang betul ada. Optimistic Organic Sdn. Bhd., Xorix Sdn. Bhd., Malaysian Energy Chemical & Perkhidmatan Sdn. Bhd., Bensteel Sdn. Bhd., Benflex Sdn. Bhd., dan banyak lagi Berhad-Berhad yang lainlah, itu dalam bidang manufacturing, dalam bidang agriculture pun ada, education pun ada, dalam oil and gas ada, servis ada, ada belaka ini. Jumlah dia ada 21 sektor dan semuanya itu berjumlah RM3.59 bilion, ada sungguh ini dan yang akan datang ini, ada lagi insya-Allah, telah ada beberapa syarikat berjanji untuk datang ke Terengganu dan insya-Allah dapat kita tengoklah dalam masa yang terdekat ini, yang paling dekat ialah di Wakaf Tapai. Insya-Allah akan dimulakan pada tahun depan di mana ada 10 lot kita sediakan untuk industri berdasarkan pada kayu-kayan dan banyak-banyak industri ini bagaimana pula dengan pelaburan, dengan pekerjaan? Janji 20,000 setakat ini, banyak mana gamoknya. Data yang kita dapat berkenaan dengan jumlah pekerjaan ini, kita ambil daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu. Ini adalah rasmi daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu ada 21 sektor yang menyumbang kepada pekerjaan dan setakat ini, Alhamdulillah. Saya pun nok caya dok caya, tapi inilah data yang ada memberitahu pada tahun 2018, pekerjaan telah menunjukkan ialah 9,147 peluang. 9,147. Pada tahun 2019 sehingga Oktober, ada 9,706 pekerjaan. Maknanya, dalam masa dua tahun ini, kita ada, sudah mewujudkan appointment ini sebanyak 18,853 orang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan.

Yang di-Pertua

Sila.

Bolehkah pihak Yang Berhormat nyatakan di mana peluang pekerjaan itu paling ramai?

Dia ada-ada…

Dia ada satu kilang 2,000 ke 1,000 ke, di mana?

Sabarlah sikit. Baguslah, Kijal nak tahu selalu. Maknanya, setakat ini kita telah mencapai 94.3% daripada hasrat kita, ada baki lagi 1,147 orang peluang pekerjaan nak kena cari, itu mudah sajalah, insya-Allah. Jadi, kerja saya mudah sikitlah. Alhamdulillah syukur, ini berkat doa daripada kekawan semua inilah. Kalau di bidang pertanian, kalau nak baca panjang, tapi dia ada 21 sektor, di bidang pertanian, perhutanan dan perikanan ada tahun lepas 238, tahun ini ada 276 dan perlombongan kuarian, kuari kosong, takdok benda. Pembuatan daripada 966 tahun lepas, tahun ini jadi 3,274. Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara tahun lepas takdok seorang, tahun ini ada 14 orang. Bekalan air, pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan tahun lepas takdok, tahun ini ada 19 orang. Pembinaan dok tahu macam mana, dulu 460 orang, sekarang ada 202 orang saja. Maknanya, tambahan 202. Tahun lepas lebih banyak pada ini. Perdagangan borong dan runcit, pembaikian kenderaan bermotor dan motorsikal tahun lepas kita menunjukkan 4,649 peluang. Tahun ini ada 3,311, nombor molek ini. 3,311 peluang.. nombor ini. Pengangkutan dan penyimpanan, dulu 356 orang, tahun ini jadi 201 orang. Minta maaf, duk tengok sini, sebab dia tanya tadi, sepatutnya saya tengok merata ork.

Yang di-Pertua

Dari segi peraturan Yang Berhormat, kena banyak pandang ke saya.

Okey, okey. Saya tengok Speaker.

Yang Berhormat, yang saya minta tadi, berikan [Audio tidak kedengaran].

Itu kena, boleh kita beri, tapi perlu notislah sebab kalau tidak, besar panjang pula cerita dia.

Tadi cakap tadi, kata, paling banyak senarai, sepatutnya ada dalam kepala kita dohlah nok kabo ni.

Dok eh, memang ada doh.

Macam periksa juga, ada soalan-soalan hok kita jangka keluar.

Ni bawah sektor je, 21 sektor je ni, kalau kabo tu, dia jadi ratus, dok cakak nok syarah hari ini. Dakpe, kita beri kepada Abang Mat kita, Adik Mat kitalah. Insya-Allah. Nok dengor lagi ke? Jadilah dok? Banyak dah ni. Cukup deh? Cerita hal lain pulak.

Yang di-Pertua

Okey, sila.

Okey, terima kasih. Boleh dok? Kijal, boleh eh?

Tapi, kalau kira dok puas hati, dok puas hati. Tapi, takdok arah nok pakat perang doh hari ni. (Dewan ketawa).

Yang di-Pertua

EXCO boleh pertimbangkanlah secara bertulis.

Kalau nak, kita beri sajalah, insya-Allah. Tapi, nok kabonya bahawa pekerjaan yang kita kata 20,000 itu hampir tercapai. Tinggal 1,000 lebih saja lagi, insya-Allah. Tapi, kita tidak akan berhenti pada 20,000 insya-Allah, kita akan teruskan lagi supaya semaksimum mungkin kita akan wujudkan pekerjaan untuk anak-anak Terengganu. Berkenaan dengan benda lain sikit-sikit lagi itu, kita sudah jawab tentang Besut duduk complain, Gong

Medan takdok orang tu, memang kita beri ada 67 lot dah. Semua diberi title belaka. Tapi, yang usahanya cuma 37 orang. 37 kilang saja dibuka. Hok lain itu kita beri belaka, tapi dok buka. Yalah, pelabur, dia nok mari, mari. takmboh mari, nak buat guane, dokkan nok panggil pulak suruh mari. Begitu juga di Dungun, di Batu 7, takmboh mari. Payah juga kita tu. Kemudian, cadangan daripada Kemasik supaya diadakan rangkaian internet. Memang ada belaka dah semuanya. Tapi, semua nak pakai satu itu saja, daripada satu syarikat saja. Hok lain pun ada jugak, tapi dok berapa nak pakai. Tapi, capaian internet tu sudah ada, insya-Allah di semua kawasan industri. Berkenaan dengan anjuran supaya kita bekerjasama dengan pihak seperti PETRONAS untuk mendapatkan peluang-peluang di bidang hiliran termasuk CEO, itu yang banyak ada itu, insya-Allah kita akan teruskan. Memang sekarang ini, saya diberitahu ada dah syarikat-syarikat yang membotolkan CO2, saya pun dok reti macam mana untuk dijual untuk dieksport, ada dah.

Saya fikir tentang pelaburan sudah banyak bercakap, tentang kawasan-kawasan sudah disebut, saya nak beralih sikit kepada soal tanah. Ramai yang complain, lambat. Pejabat tanah ini lambat atau Kerajaan lambat memberikan milik kepada mereka yang terkilan. Insya-Allah, kita sedang berusaha sungguh-sungguh untuk memberikan kembali kepada mereka yang patut dapat dan antara perkara yang telah kita baiki, pertamanya ialah tanah yang terkilan ini, RTB terutamanya, Pentadbir Tanah telah diberi kuasa terus mengeluarkan notis borang 5A setelah mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Tanah Daerah saja, tak perlu kepada EXCO dah. Itu bila Jawatankuasa Tanah setuju, terus keluar 5A. Okey, boleh kita? Okey, angguk itu maknanya insya-Allah, sokonglah tu. Begitu juga tentang tanah-tanah RTB ini, pertanian. Kalau dulu kita beri LMS Sementara, Lesen Menumpang Sementara. Sekarang ini, kita takdok doh Lesen Menumpang Sementara, kita beri terus hakmilik. Okey? Alhamdulillah. Kemudian tanah-tanah yang dimiliki, yang dipohon oleh individu melalui permohonan tanah biasa ataupun tanah haram tetapi dibatalkan kelulusan oleh Kerajaan Barisan Nasional selepas pemerintahan tahun 2004 dulu UMNO menang dia batal banyak benda sekarang ni kita beri kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk meluluskan semula tanah yang dimohon oleh mereka itu. Kita ambil perjalanan itu, kemudian pembukaan semula permohonan tanah haram. Bila kita cakap tanah haram kepada orang-orang luar di Terengganu ini, dia pelik macam mana tanah haram nak beri, kan tanah haram kita ambil tindakan, kan, ni tak, tanah haram Terengganu kita nak halalkan. Jadi kita buka semula dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember tahun 2020. Nak memberi peluang kepada mereka yang menduduki secara tanah secara haram ada dasar dia, kita buka semula, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan, tanah haram ini yang boleh kita tahu ke tidak tahun bila?

Tempoh penerokaannya, sejak tahun bila? Ikutkan tanah haram baru kelmarin dulu baru buka kan.

Yang dia teroka sebelum 2014.

2004 sorry, 2004 bukan 2014 salah, 2004 bukan 2014.

Tanaman macam biasalah?

Yang di-Pertua

Okey, sila, teruskan.

Kemudian kita ada sedikit masalah tentang ukur ini, ukur ini dulu kita guna konsortium, jurukur dan jadi cepat terbukti cepat, kalau pakai yang Pejabat Tanah lambat. Tapi masalah sekarang ini ialah masalah kos yang tinggi kalau masa kita buat dulu, masa perintah dulu, sekejap dulu, masa itu saya PTG, tanah yang kita ukur dulu kalau tanah tapak rumah harga dia RM200.00 satu lot, yang kalau Kerajaan ukur. Kalau jurukur swasta, masa tu kita pakat-pakat dia kata kita ambil RM500.00 sudah. Dia ambil RM500.00 kemudian, dia dimarahi oleh Lembaga Jurukur Malaysia sebab murah sangat dia kata. Jadi tahun ini rupa-rupanya memang murah sungguh dulu RM500.00 saja, tahun ini dia naik sampai RM4,090.00. Kerajaan ukur RM200.00, jurukur swasta ukur

masa kita dulu RM500.00, sekarang ini dia naik sampai RM4,090.00 untuk keluar title, final title. Jadi kita pening sikit nak tolong orang kampung ini macam mana cara nak cepat ini. Kemudian, begitu juga tentang tanah pertanian. Dulu kita caj RM50.00 saja satu lot, Kerajaan caj, dan kita juga bersetuju swasta dulu supaya dia ukur, kita bayar RM850.00 dulu. RM850.00 sahaja satu lot dan ramai orang setuju, sekarang dia buat naik sampai RM4,020.00 untuk ukur. Nyaknyer ke orang kita ini. Jadi kita tengok-tengok teliti kita kata kalau begitu, kita minta swasta ni ukur doksoh ukur sampai habis. Doksoh ukur sampai keluarkan Title FT, Final Title, cukup untuk Qualified Title, QT ataupun HSM itu sahaja. Itupun sudah cukup untuk kita buat transaksi dan sebagainya pada tanah itu. Jadi dengan cara itu kita boleh kurang harga daripada RM4,090.00 itu kepada RM2,560.00 itupun masih mahal. Doh nak buat guane, kite nak ukur sendiri kita tak mampu, bukan tak mampu, lambatlah. Jadi kita sedang mencari, jadi lambat sikit itu sebab duduk fikir cara mana nak buat supaya tu, insya-Allah kita akan usaha jugalah supaya tanah-tanah ini diberikan cepat. Kemudian untuk mempercepatkan proses kita ada lantik task force, MMKN baru ini setuju untuk lantik satu task force untuk membincang cara mana nak mempercepatkan semua benda, macam mana nak pertimbangkan supaya cepat itu semua kita uruskan dan insya-Allah pada tahun ini sebagaimana saya sebut kita akan buat, Terengganu akan mengadakan, dia panggil projek e-tanah, elektronik tanah, insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun 2020. Semua ini dibuat adalah untuk mempercepatkan proses mampu milik tanah kepada mereka yang berhak untuk dapat. Yang lain-lain tu saya ingat saya, takdok doh hok lain mo’oh. Jadi saya ingat wi situ doh banyak doh kita cakap masa soal jawab tadi.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya minta sekejap saja. Saya dengar tadi ada jawatan hampir 18,000 peluang kerja. Jadi saya cadang kepada Kerajaan supaya boleh turun ke setiap daerah untuk memberitahu kepada anak muda mengisi jawatan ini kalau kira-kira tu lebih 500 orang satu jam.

Saya ingat, saya ingat dok brape faham mo’oh.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ada jawatan kosong 18,000…

Hok ni hok kita kabo ni hok orang telah tempatkan makna takdok doh kerja hok ada 18,000 ini isi blake doh.

Yang di-Pertua

Kerja yang telah disempurnakan.

Telah diisi, yang lain tu insya-Allah bila dapat lagi 18,000 lagi kita akan kabo pulok.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Okey, terima kasih, terima kasih banyak. Saya ingat sampai di sini sahaja dahulu untuk tahun ini. Insya-Allah kita jumpa lagi di tahun depan. Wallahhu’alam, Assalamua’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Wakil Ladang. Saya jemput Wakil Jabi untuk membuat penggulungan atas isu-isu yang dibangkitkan, sila.

Assalamua’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan tuan-tuan yang dihormati sekalian. Dato’ Yang di-Pertua, saya perlukan masa sekitar 30 minit, kalau rasa lapar nasi tu Dato’ Yang di-Pertua suruh berhenti sahajalah, saya berhenti kita sambung selepas rehat. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Yang bermaksudnya: “Kamu tidak diberikan rezeki dan tidak ditolong oleh Allah melainkan kerana adanya orang-orang yang lemah di kalangan kamu”. Keutamaan Bajet 2020 bagi sektor pertanian ialah untuk menyantuni rakyat di bawah secara langsung contohnya terdapat seramai 5,075 orang nelayan pesisir pantai di negeri kita, majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa bergantung kepada pinjaman modal daripada tauke untuk membeli peralatan dan bekalan bagi turun ke laut. Akibatnya mereka yang bergadai nyawa di tengah lautan, tetapi orang lain yang makan untung besar sebagai orang tengah. Dan mereka tak dapat nak cakap banyak kerana mereka turun ke laut dengan modal dan hutang yang dipinjam daripada orang lain. Kerajaan Negeri wajib untuk membela saudara-saudara kita para nelayan ini dan untuk tahun hadapan 2020 kita peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi

tujuan penyediaan bantuan peralatan nelayan pesisir pantai walaupun sebenarnya saudara kita para nelayan berhak untuk mendapat angka yang lebih besar daripada itu, tetapi sedikit yang kita uruskan dengan baik insya-Allah akan mendatangkan berkat dan memberi manfaat kepada kita bersama.

Dato’ Yang di-Pertua, tabung bencana pertanian di antara tajuk baru dalam Bajet 2020. Walaupun angkanya tak begitu besar, buat permulaan ianya memadai untuk kita urus sebaiknya bagi memberi manfaat kepada warga tani, warga nelayan, penternak yang mengalami musibah dan bencana. Biasa berlaku tanaman kena banjir, ribut, kemarau, ternakan mati kerana wabak penyakit, bot di laut pecah dan tenggelam, ikan dalam sangkar mati secara berjemaah dan pelbagai lagi risiko yang biasanya ditanggung oleh saudara kita masyarakat tani. Mereka semua perlu disantuni walaupun bukanlah dengan jumlah ganti rugi dan kita perlukan sejumlah peruntukan yang disalurkan melalui satu tabung bencana dengan proses birokrasi pengurusan yang boleh dipercepatkan supaya bantuan boleh disalurkan segera apabila bencana menimpa. Inilah hasrat kami daripada penubuhan Tabung Bencana Petani yang direalisasikan buat julung kalinya di Negeri Terengganu Darul Iman.

Dato’ Yang di-Pertua, kekanda saya Yang Berhormat Hulu Besut membangkitkan isu lepas tukar Kerajaan, JKK kena tukar, RTB sebelah Besut dan Setiu semua dibatalkan. Dato’ Yang di-Pertua, JKK yang kemudiannya telah dijenamakan sebagai MPKK ialah pelaksana dasar Kerajaan di peringkat yang paling bawah. Biasa saja bagi mana-mana Kerajaan untuk mempastikan bahawa organisasi yang di bawah adalah selari dengan yang di atas supaya flow urusan pentadbiran berjalan lancar. Semasa kita menyusun MPKK pada Julai 2018, Muafakat Nasional belum wujud lagi, kita baru lepas perang dalam Pilihanraya. Kalau sekiranya Muafakat Nasional ini sudah wujud, situasi akan jadi lain. Walaupun begitu saya nafikan dakwaan bahawa semua MPKK ini orang PAS, ada ramai saudara-saudara kita orang UMNO yang dilantik dalam MPKK. Malah ada empat MPKK di Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh orang Cina, dua di Kemaman, satu di Kuala Terengganu dan satu lagi di Kuala Nerus. Dato’ Yang di-Pertua…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Orang Cina, bukan orang UMNO. Ada boleh nyatakan MPKK yang ada orang UMNO?

Ada.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh nyatakan?

Ada, di Jabi…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jangan ada,ada barang takdok.

Ada, di Kemaman ada, di Jabi ada.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok eh, acu kabo se mana MPKK hok ada orang UMNO dalam.

Ada banyak, Yang Berhormat Batu Rakit boleh pergi ke MPKK Anak Ikan Dalam, boleh pergi ke….

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Batu Rakit tak dok ber se ni, guana ni?

Tak dok orang UMNO dah ke Batu Rakit?

Haji Alias HarunPAS · GSRantau Abang

Tak dok Muafakat Nasional ke Batu Rakit?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bukan masalah tak dok, masalah tak lantik.

Yang di-Pertua

Tak apa Yang Berhormat

Tak apa Yang Berhormat

Ya.. Yang Berhormat Batu Rakit

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tak, saya takut cakap saja je

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya takut cakap saje je.

Yang Berhormat Batu Rakit, kita selesaikan dulu tempoh dua tahun yang telah dilantik ini, untuk perlantikan pada tempoh akan datang kita bincang semula, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, dakwaan kononnya semua RTB telah dibatalkan perlu dimurnikan semula, Yang Berhormat Hulu Besut. Saya ambil contoh RTB Petai Patah di Kerandang Jabi, sebanyak 15 lot tanah kita telah luluskan dan saya proses untuk bagi milik kepada peserta asal yang 100% adalah orang UMNO Jabi dan tiada seorang pun yang dibuang. Jadual 5A telah diagihkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada 14 Februari 2019 sempena dengan Perasmian Jalan Jebak Puyuh di Kerandang. Satu lagi contoh RTB Bukit Tasik di Kampung Apal, kita kekalkan semua peserta asal. Saya cuma tambah peserta baru untuk lot-lot yang masih kosong sahaja. Tidak ada seorang pun yang dibuang. RTB Sungai Tarom 2, dalam DUN Permaisuri memang kita terpaksa batalkan kerana terlibat projek PPRT Kerajaan Negeri bersama dengan FELCRA. Meneruskan RTB ini bermakna kita berhadapan dengan implikasi undang-undang kerana Kerajaan Negeri ada perjanjian dengan FELCRA.

Dalam kes RTB kategori terkilan seperti RTB Pengkalan Merbau di Langkap tentu sekali Yang Berhormat Hulu Besut dan Yang Berhormat Langkap setuju untuk kita kembalikan kepada tuan asal yang telah dinafikan hak pada tahun 2004. Bukan orang lain pun, anak beranak kita belaka. Itupun hanya tinggal beberapa lot kosong sahaja untuk kita kembalikan, bakinya telah diberi milik kepada orang lain oleh Kerajaan lepas dan kita tidak usikpun kerana semua ini rakyat kita belaka. Bab bagi kerusi Yang Berhormat Hulu Besut, jangan gadduh sangat. Kita baru baca Al-Fatihah, belum sampai ayat Al-Kursi lagi. Duduk dulu baru berlunjur, kalau berlunjur sebelum duduk terrembah punggung. Dato’ Yang di-Pertua…..

Yang Berhormat minta pencerahan, bagaimana dengan RTB di Sungai Tong?

RTB di Sungai Tong? RTB di Sungai Tong, saya perlukan notis untuk saya tengok berapa yang dibatalkan dan kalau boleh dapatkan, tolong kemukakan maklumat.

Dato’ Yang di-Pertua, industri penternakan bagi golongan belia disentuh oleh Kemasik dan juga Jertih. Memang fokus Kerajaan Negeri kepada belia antara yang utamanya adalah untuk terlibat dalam industri lembu sado. Sehingga menghasilkan suatu cadangan untuk mewujudkan hub lembu sado dan kita telah kenal pasti padang ragut yang sesuai untuk dijadikan hub lembu sado yang pertama dalam Malaysia dan minat belia kita kepada penternakan lembu sado diterjemahkan dengan kejayaan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur yang diadakan di Jabi pada 3-5 Oktober 2019 yang lalu. Ada beberapa program yang menggambarkan bagaimana lembu sado Terengganu ini menjadi tarikan, di antaranya dalam program Karnival Usahawan Desa di Putrajaya, Pameran MAHA di Serdang, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Johor, lembu sado Terengganu yang diundang untuk menjadi daya tarikan utama pengunjung program. Tak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Terengganu adalah Negeri yang paling terkehadapan sekali dalam industri lembu sado dan bagi tahun 2020 Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM550 ribu bagi program penggandaan induk lembu sado dalam bentuk matching grant dengan izin

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, lembu sado ni hok dia kira lagu mana gok hok juara ini?

Lembu sado ini ada tiga jenis.

Yang pertama Charolais, yang kedua Limousine dan yang ketiga Belgian Blue. Dia baka daripada Australia tapi IC dia 11 dia lahir di Terengganu. Baik, bagi tahun 2020 Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM550 ribu untuk program penggandaan induk lembu sado dalam bentuk matching grant untuk setiap ekor induk yang kita nak agihkan kepada penternak sasar, Kerajaan biaya separuh dan separuh lagi dibiayai oleh penternak dan lembu tu kita bagi terus kepada penternak untuk dikembangkan baka dan Kerajaan tidak berhasrat untuk mengulangi semula Program Lembu Pawah yang telah terbukti gagal. Untuk makluman Dewan, pengeluaran daging di Terengganu setakat ini hanya mampu memenuhi kira-kira 30% sahaja daripada SSL- Safe, Suffient Level dengan izin atau kadar sara diri. Masih terlalu jauh dan masih terlalu banyak lompang dan kekosongan yang perlu diisi. Kita ada tanah, kita ada padang ragut yang masih banyak terbiar, mari

bersama kita majukan industri lembu sado kita dengan slogan yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri „Mu Buat Kami Bantu’.

Akhir sekali sebelum kita berhenti rehat, Kerajaan juga telah memasukkan dalam perancangan tahun 2020 untuk mengadakan kursus kemahiran special cut supaya penternak kita ada kemahiran potong daging dengan cara yang betul. Sebenarnya atas seekor lembu ada daging yang bernilai RM500 sekilo, ada daging yang bernilai RM300, ada yang bernilai RM100. Target kita, orang kaya yang makan steak di hotel, di restoran-restoran ternama. Bukan kita nak makan, kita nak jadi yang tukang jual, yang dapat duit dan penternak kita dapat nilai tambah kepada produk yang sedia ada. Inilah yang dinamakan kita bagi nilai tambah dengan produk yang sedikit kita cuba maksimakan dari segi hasil tapi oleh kerana sebelum ini kita tiada kemahiran semua daging daripada seekor lembu cincang halus masuk dalam kawah dengan harga RM30 sahaja sekilo, ini satu kerugian bagi kita.

Dato’ Yang di-Pertua,

Pergi Jabi makan sate ikan, Cicah dengan kuah kacang, Sektor pertanian kita perkasakan, Demi kelangsungan bekalan makanan.

Saya berhenti setakat itu dulu Dato’ Yang di-Pertua, kita sambung selepas rehat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Candat awal-awal ini.

Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hok mana Yang di-Pertua ni?

Yang di-Pertua

Tak apa la, tu cadangan dia

ke tukar ni?

Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bakpe? Rasa hati tak?

Yang di-Pertua

Tak dok berasa hati

Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kalau berasa hati saya nak marah

Yang di-Pertua

Nak terima nak tolak atas saya. Yang Berhormat sekalian, kita macam saya katakan tadi saya berhasrat nak habiskan semua agenda sampai pada penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga apa nama ini, Usul Pembangunan dan juga Perbekalan Air 2020 pada petang ini juga. Sebab itu saya kata tadi, pandai-pandai jaga masa. Jadi saya akan beri peluang pada Yang Berhormat Jabi untuk sambung sikit lagilah, jangan panjang sangat dan sementara itu jemput makan tengahari semua yang dihostkan oleh Speaker pada hari ini. Saya tangguhkan Persidangan. Kita masuk semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.52 TENGAHARI

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Saya persilakan Wakil Jabi untuk menghabiskan penggulungan yang saya fikir insya-Allah tidak memakan masa yang panjang. Sila.

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, Tuan puan yang dihormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang bercakap dalam topik untuk memperkasakan sektor pertanian. Kita perlu bekerja dengan cara yang luar biasa demi untuk menggapai hasil yang luar biasa dan tanpa perlu terjebak dalam sindrom penafian deny syndrome dengan izin. Kita perlu jujur untuk mengakui bahawa prestasi pertanian Negeri Terengganu belum lagi mencapai tahap yang sepatutnya.

Dato’ Yang di-Pertua, Dasar Pertanian Terengganu sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 memfokuskan kepada pertanian bagi maksud penghasilan makanan atau food security dengan izin. Permohonan baru tanah Kerajaan untuk tujuan penanaman komoditi getah dan sawit tidak akan dipertimbangkan lagi. Pemohon yang berminat untuk memohon tanah Kerajaan perlu melihat kepada apa sahaja jenis tanaman yang boleh menghasilkan makanan sama ada tanaman kontan atau tanaman kekal. Untuk getah dan sawit kita teruskan mantain dengan keluasan kebun dan ladang yang telah sedia ada dan tiada lagi pembukaan kawasan tanah baru.

Dato’ Yang di-Pertua, dasar ini sebenarnya seiring dengan hala tuju pertanian di peringkat MOA, yang menumpukan kepada cash crops dengan izin atau tanaman kontan yang memberikan pulangan ekonomi segera kepada rakyat dan bergerak selaras dengan dasar ini, yang menjawab isu yang dibangkitkan oleh Bukit Besi yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit beralih kepada sektor pertanian lain yang lebih berdaya maju dan isu yang sama turut dibangkitkan oleh Batu Rakit.

Pekebun kecil, sawit dan getah boleh memanfaatkan pelbagai geran yang ada di bawah kluster tanaman kontan. Ada di bawah kluster buah-buahan dan ada juga geran di bawah kluster sayur-sayuran, yang berminat dengan tanaman nanas kita ada bantuan sulur. Kelapa kita ada peruntukan geran di bawah program SKB “Sumber Kekayaan Baru” dan sumber daripada SBMT (Skim Bantuan Modal Tani) juga, boleh dimanfaatkan untuk pekebun-pekebun kecil, getah dan sawit menceburi satu sektor yang lain dalam bidang pertanian yang lebih berdaya maju.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Wanita mencadangkan supaya diwujudkan satu skim khusus untuk petani wanita. Untuk makluman Dewan, Skim Bantuan Modal Tani terbuka untuk dipohon oleh semua rakyat Terengganu yang ingin terlibat dalam sektor pertanian tanpa mengira jantina dan sektor pertanian ini bila kita sebut pertanian bermakna dia melangkaui kesemua empat teras utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan juga industri asas tani. Setakat bulan Oktober tahun 2019 seramai 201 orang pemohon telah memohon SBMT, 35 daripadanya ialah pemohon wanita dan kita telah luluskan seramai 118 orang pemohon yang melibatkan dana 2.46 juta. 23 daripada 118 orang yang diluluskan ialah pemohon wanita yang melibatkan dana RM337,151.00. Baki 12 orang bukan kita tidak lulus kita akan proses dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk SBMT yang terakhir pada pada 30 November ini. Boleh saya simpulkan 100% wanita kita minta kita lulus belaka 100% jadi kita tidak memerlukan satu skim khusus untuk wanita yang boleh kita istilahkan banyak mangkuk pinggan yang menyusahkan dari segi pengurusan kita.

Dato’ Yang di-Pertua dan kita jangan ingat, wanita yang memohon dana dalam Skim Bantuan Modal Tani ini sekadar nak buat kerepok lekor jangan ingat begitu, kerana ada wanita yang memohon dana untuk penternakan lembu cuma lembu sado tidak adalah Dato’ Yang di-Pertua ada lembu biasa sahaja. Mungkin tidak berani dengan kesadoan lembu. Ada yang mohon untuk penternakan kambing, ada yang mohon untuk penternakan ayam kampung, aquaculture penternakan pertanian secara fertigasi dan kita ada ikon wanita yang berjaya dalam bidang pernternakan kambing dan juga pembenihan kelapa hybrid.

Yang Berhormat Bukit Besi hendak tahu berapakah pengagihan SBMT mengikut daerah. Besut RM795,442.00. Besut ini banyak sikit sebab kita lancarkan skim ini di Besut jadi orang Besut yang paling awal sekali memohon. Setiu RM373,000.00, Kuala Nerus RM165,000.00, Kuala Terengganu RM130,000.00, Marang RM509,781.00, Hulu

Terengganu RM310,000.00, Dungun RM106,000.00 dan Kemaman RM69,000. 00. Bukan Kemaman sikit cuma masih ada lagi baki pemohon daripada Kemaman bernilai RM470,000.00 yang akan kita pertimbangkan di akhir bulan ini. Insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan pertanian bandar yang juga disentuh oleh ADUN Wanita sebenarnya ada geran yang disediakan di bawah kluster pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian samada untuk individu, untuk komoditi, untuk sekolah, ataupun juga untuk institusi. Geran ini mencecah sehingga RM5,000.00, Kalau kita tengok sedikit statistik tahun 2017 sebanyak RM60,000.00 diperuntukan untuk pertanian bandar, 2018, RM316,000.00 diperutukkan untuk kluster pertanian bandar menurun sedikit untuk tahun 2019 kepada RM242,000.00. Menurun ini bukan kerana peruntukan kita terhad tetapi kerana berkurangnya jumlah pemohon yang memohon. Terima kasih Yang Berhormat Jertih di atas keprihatinan untuk mewujudkan rasa persamaan dalam masyarakat dan melupakan perselisihan yang telah lampau. Saya selaku Wakil Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap MPKK, kita selalu tekankan kepada MPKK supaya berlaku adil:

Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan takwa. Saya selalu ulang bahawa Pengerusi MPKK dianggap gagal kalau sekiranya bila ada rakyat yang mari minta bantuan tok penghulu tanya mengundi baru ini deme pangkah gapo, ini kita anggap sebagai Pengerusi MPKK yang gagal dan perubahan ini sedang berlaku di Jabi contohnya bila ada rumah bekas Pengerusi JKK kena ribut Pengerusi MPKK naik sapa atas rabung baiki atap dan fenomena ini tidak pernah berlaku sebelum daripada ini, cuma perlu difahami bahawa adil bukan bermakna sama banyak. Keadilan bermakna kita beri kepada yang berhad dan kita beri kepada yang paling layak di antara yang layak. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jertih juga menyentuh tentang topik SKB (Sumber Kekayaan Baru), Kerajaan Negeri serius untuk menjayakan program SKB, di antaranya ialah fokus tanaman durian Musang King D197 sebagai statistik sedikit perbandingan tahun 2017 kawasan baru yang ditanam Musang King seluas 42 hektar, yang melibatkan agihan sebanyak 2,995 anak pokok durian kepada petani. Meningkat tahun 2018 kepada 69 hektar dengan sebanyak 4,576 agihan anak pokok kepada petani dan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2019, sebanyak 122 hektar kawasan baru ditanam Musang King yang melibatkan jumlah agihan anak pokok sebanyak 8,572 dengan kepadatan kira-kira 70 pokok bagi setiap 1 hektar.

Dato’ Yang di-Pertua, tanaman kelapa juga diberikan tumpuan dalam Program Sumber Kekayaan Baru. Selain daripada usaha untuk memulihkan ladang Kelapa matag di Kubang Puyu di Langkap dan ladang kelapa pandan Tebing Tembah di Paka. Pembukaan kawasan baru untuk penanaman kelapa difokuskan kepada kelapa pandan bagi tujuan penghasilan kelapa muda dan kelapa mataq untuk penghasilan santan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Terengganu kita memiliki pusat penghasilan benih kelapa pandan yang terletak di Paka, Dungun.

Untuk makluman Dewan, keluasan tanaman kelapa di Terengganu sekarang ini sejumlah 3,093 hektar yang hanya mampu menghasilkan kira-kira 9,476 matrik tan kelapa setahun berbanding dengan keperluan sebenar. Kelapa di Negeri Terengganu kira-kira 22,800 matrik tan kita masih kekurangan dalam 13 ribu matrik tan lebih lagi. Kalau mengikut anggaran data kebangsaan seorang rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 19 kilo santan setahun. Ini data kebangsaan. Data Negeri Terengganu, parok lagi, orang Terengganu guna 25 kg santan setahun. Kita, nasi lemak santan, nasi dagang santan, bekang santan, laksa santan, lompat tikam santan, cendol santan, sebab itu orang Terengganu ni banyak sikit lemak dia.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan menyedari akan beban kos makanan ternakan sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jerteh yang terpaksa ditanggung oleh penternak kita sama ada penternak rominan atau penternakan unggas disebabkan ketiadaan kilang makanan ternakan bukan setakat di Terengganu malah di pantai timur, kerana itulah kita meletakkan sasaran dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu untuk mewujudkan sebuah kilang makanan ternakan di negeri ini. Bahan asas seperti sisa isi ron kelapa sawit palm kernel extract dengan izin, dan ikan baja untuk kita gantikan tulang yang biasanya digunakan oleh pengilang-pengilang makanan ternakan di sebelah pantai barat kita telah sedia ada. Kita telah sedia ada dan Kerajaan Negeri ada menerima beberapa cadangan proposal daripada pelabur yang berminat untuk menanam jagung bijian secara besar-besaran seterusnya merealisasikan hasrat ke arah pembinaan sebuah kilang makanan ternakan di negeri kita insya-Allah.

Satu lagi GLC Negeri Terengganu Agrotec Development Cooperation (TADC) sekarang sedang bergiat dalam bidang penghasilan Silaj Napier yang dibekalkan kepada para penternak dengan harga yang lebih rendah sebagai satu lagi sumber makanan altenatif, dan kekurangan isu makanan ternakan ini kita juga cuba selesaikan secara berperingkat melalui Plan Pemulihan Padang Ragut. Dalam Bajet 2020, Kerajaan telah memperuntukan

sebanyak 100 ribu untuk pemulihan 5 buah Padang Ragut Rakyat di antaranya salah satu ialah Padang Ragut Rakyat di Kampung Chabang di Kerteh, sebagaimana yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Kemasik, insya-Allah selesai masalah di DUN Kemasik. Ada peruntukan sebanyak 200 ribu lagi yang diperuntukan untuk pembukaan Padang Ragut baru di kawasan-kawasan yang masih terbiar, dan untuk rekod masih terdapat kira-kira 2,000 hektar rezab Padang Ragut dalam keadaan terbiar yang akan dipulihkan secara berperingkat demi peringkat demi manfaat masyarakat penternak setempat.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Besi menekankan tentang penggunaan teknologi moden berasaskan kejuruteraan pertanian. Terima kasih banyak Yang Berhormat. Saranan Yang Berhormat seiring dan sejalan dengan satu teras utama yang kita gariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu iaitu Teras Ketiga yang berbunyi Teknologi dan Inovasi sebagai Pemangkin Produktiviti dan Peningkatan Hasil Kualiti. Saya kemukakan kepada Dewan beberapa contoh bagaimana petani kita sebenarnya telah memanfaatkan kemajuan teknologi dalam industri pertanian di antaranya di KPA Awek di Hulu Besut, petani dah guna drone untuk meracun padi. Yang kedua, pihak KETARA menggunakan transplanter untuk tanam padi. Yang ketiga, perataan tanah sawah menggunakan teknologi laser leveller. Yang keempat, penggunaan rotor slasher untuk memotong jerami padi. Yang kelima, penggunaan teknologi solar untuk sistem pengairan durian musang king di Besut, dan yang keenam, contoh yang keenam, penggunaan Nutrient Film Technique (NFT) untuk penanam salak di Kerteh, Kemaman.

Dato’ Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Telemong, di samping isu modal, isu utama petani kita ialah pemasaran. Kita dah ada pelbagai kaedah pamasaran. Ada Pasar Tani, Pasar Segar, Pasar Nelayan, Gerai Buah-buahan Segar, Program Ladang Kontrak, Pasar Ternakan, Pasar Borong, macam-macam pasar kita dah ada, di samping itu ada program berkala anjuran Kerajaan Negeri seperti Road to MAHA, Hari Peladang Penternak dan Nelayan yang menyediakan ruang pasaran yang sangat menggalakkan. Sebenarnya masalah kita yang utama ialah yang paling ketara duku, cuma Alhamdulillah sejak tiga tahun kebelakangan ini lambakan duku yang berlaku tidaklah seteruk sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 2016 sehingga upah naik duku lebih mahal daripada harga duku masa itu, dan duku banyak yang dibiarkan luruh jadi baja saja. Duku Terengganu kita ni sebenarnya, bukan orang tak nak beli tapi kita gagal untuk menyampaikannya ke tempat di mana orang nak beli kerana faktor masa. Sebab duku, selepas dia petik paling lewat tiga hari mesti dimakan dan penyimpanan duku kita tak

boleh nak simpan dalam bilik sejuk. Masuk dalam bilik sejuk masuk dalam peti kulit dia akan berubah jadi hitam. Duku nak duduk dalam keadaan natural macam biasa. Dan setakat ni, percubaan untuk buat produk hiliran samada jus, sama ada cuka, sama ada jeruk, belum berjaya lagi. Saya tak kata tidak berjaya belum berjaya lagi, dan satu-satunya kegunaan duku ialah koyok dan makan, itu saja satu-satu kegunaan duku, dan duku ini bila makan banyak sakit urat. Jadi untuk penyelesaian jangka pendek, pihak kami telah berbincang banyak kali, sakit urat tanduk rusa ada untuk penyelesaian jangka pendek, pihak kami telah berbincang banyak kali dengan Pihak FAMA dan FAMA dah ambil langkah untuk buat program ladang kontrak dengan satu kadar harga lantai yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk tampungan harga duku. Tak cukup lori kita minta FAMA sewa lori untuk hantar duku ke Lembah Klang dan destinasi-destinasi lain di mana duku Terengganu ini menjadi permintaan. Peruntukan sewa lori pun mintak dengan Kerajaan Negeri lagi, Abih teh doh kita buat supaya duku Terengganu kita ni laku, tapi belum habis ikhtiar lagi Yang Berhormat Telemong, kita tambah dengan langkah untuk kita upgrade Pusat Pengumpulan Duku, kita juga bagi kursus kepada pengusaha-pengusaha duku kaedah pengendalian lepas tuai supaya kita boleh mengurangkan apa yang kita namakan dengan izin post hour losses, dan kita juga memohon peruntukan daripada MyGap bagi menambahkan peralatan untuk jaga kualiti duku selepas dipetik dan pihak UMT telah ada datang jumpa dengan pihak kami mencadangkan proposal penyelidikan untuk menghasilkan produk-produk daripada duku. Kita tunggu insya-Allah, mudah-mudahan ada sesuatu dan apa kajian duku ni tidak senasib dengan kajian ubi gadong sebelum daripada ini.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batu Rakit, bekalan benih padi di bawah bidang kuasa MOA. Ada sembilan (9) syarikat yang diberikan kontrak untuk membekalkan benih padi kepada petani maknanya bukan kita sembarangan boleh bekalkan benih padi kepada petani kerana ada dasar di peringkat Kementerian dan mereka ada kontraktor yang telah dipilih. Masalah, saya dah teliti masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit, timbul sedikit masalah di kawasan padi di Batu Rakit secara kursusnya dan di Kuala Nerus secara amnya kerana kawasan ini adalah kawasan penanaman padi sekali setahun. Bila sekali setahun dan bekalan benih padi ini diuruskan di peringkat kawasan oleh PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) biasanya dalam mesyuarat bersama-sama dengan agensi di bawah MOA di peringkat Daerah, isu bekalan benih padi mesti diselaraskan enam bulan sebelum supaya maklumat ini boleh disalurkan kepada urus setia di peringkat MOA dan diambil tindakan jadi kelewatan tindakan di pihak PPK telah dikenalpasti sebagai punca yang mengakibatkan lewatnya

benih padi ini sampai dan kita akan panggil untuk bincang bagi menyelesaikan isu ini insya-Allah. Satu lagi untuk makluman biasanya bulan Oktober ialah musim persediaan tanaman padi di kawasan MADA di Kedah yang merupakan jelapang padi utama negara jadi pada masa ni benih-benih padi diperlukan dengan kuantiti yang banyak untuk memenuhi keperluan petani kita di Kedah jadi tanpa perancangan yang betul kita akan terpaksa bersaing dengan petani-petani daripada kawasan MADA untuk nak mendapatkan benih. Ini lah insya-Allah isu-isu dan saya cuba dapatkan makluman daripada kawasan Ketara kawasan-kawasan lain alhamdulillah masalah bekalan benih padi tidak berlaku.

Akhir sekali yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit juga berkaitan dengan situasi nelayan di sekitar Batu Rakit yang kita tahu nelayan di sekitar Batu Rakit ini ialah nelayan pesisir pantai dan saya telah jelaskan dalam jawapan Soalan Lisan bagaimana langkah-langkah yang telah kita ambil untuk membantu meningkatkan nelayan pesisir pantai dalam konteks enjin bot, peralatan, bot dan sebagainya. Sebenarnya bantuan modal tani pun boleh dimanfaatkan dan ada nelayan kita yang turun ke laut dengan enjin bot yang dibekalkan dengan dana daripada bantuan modal tani. Akhir sekali kita renung firman Allah, Bismillahir Rahmanir Rahim.

Siapakah menjadikan langit dan bumi siapakah yang menurunkan hujan daripada langit, lalu hujan yang turun ini menumbuhkan tanam-tanaman yang membentuk kebun-kebun yang indah kamu tidak akan mampu menumbuhkan tanam-tanaman ini maka adakah lagi Tuhan yang selain daripada Allah tetapi mereka adalah kaum yang berpaling dari kebenaran. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada wakil Kerajaan, Wakil Jabi yang telah menggulung satu persatu semua jenis tanaman masuk belaka saya ingat hari ini jadi saya ingat puas hati dok tadok tertinggal dah tu. Jadi sekarang ini saya mempersilakan Wakil Bukit Payong untuk menggulung isu-isu yang berbangkit. Sila.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Alhamdulillahil qail wa maa kanarabbukal yuhlikal qura bil zulmin wa ahluha muslihun wanusalli wanusalin ala rasulihi karim wa ala alihi wasohbihi ajmain. Amma ba’d.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan, para Pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian. Saya tidak akan mengambil ruang yang panjang hanya untuk berkongsi sama dalam sesi penggulungan pada petang ini. Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih Jazakumullah Khairan Jazak kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah meletakkan tema yang sangat penting untuk difahami membina generasi Terengganu Sejahtera dengan meletakkan fokus kepada pembangunan insan dan memartabatkan agama Islam. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah menyatakan pandangan, saranan dan teguran khususnya yang berkait dengan portfolio saya dan saya mengambil berat terhadap segala cadangan dan saranan serta teguran yang dinyatakan. Hanya saya mahu menyebut tiga perkara secara ringkas. Ayat yang saya baca pada muqaddimah tadi Allah Ta’ala menyebut dengan maksudnya, tidaklah Tuhan kamu akan membinasakan sesebuah negeri dengan sebab sesuatu kezaliman sedangkan penduduk-penduduknya terus cuba untuk melakukan pembaikian dan pembangunan dalam semua kebaikan. Pembangunan insan dan memartabatkan agama ini merupakan satu usaha yang memerlukan masa yang agak panjang. Ia tidak sama dengan projek-projek fizikal seperti jalan raya yang kemungkinan ada tempoh dia, bagi peruntukan tahun 2020 kemungkinan projek itu siap pada penghujung 2020 nampak jalan raya. Selesa orang lalu tetapi pembangunan insan ini mengambil masa yang panjang dan sukar dalam membina manusia ini.

Kalaulah perjalanan ini ada habuannya yang dekat perjalanannya yang hampir nescaya mereka akan ikut engkau tetapi perjalanan khususnya pembangunan insan dan perjuangan bagi memartabatkan agama ini jauh dan terpaksa berhadapan dengan halangan dan cabaran yang begitu banyak sama ada cabaran luaran ataupun cabaran dalaman. Oleh kerana itulah dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar terus mengulang dalam usaha untuk memartabatkan agama Islam bukan bermakna sebelum ini tidak ada usaha untuk memartabatkan agama Islam dan

pembangunan insan, bukan, tetapi ia mesti diteruskan kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini mesti disempurnakan oleh sebab itulah biasanya orang arab dia akan sebut Bila kamu sentiasa ulang maka dia akan mencapai apa yang kamu kehendaki. Kita ulang kita ulang kita ulang bagi nak menyatakan yang pertama perkara ini besar. Yang kedua, kita mahu menyatakan bahawa ia mesti diteruskan dan yang ketiga kita harapkan ia akan mencapai sebagaimana yang kita harapkan. Sebab itu bila kita sembahyang Batu Rakit, Tok Imam akan ulang sokmo bila kita sembahyang untuk lurus saf sembahyang asar lurus saf sembahyang maghrib lurus saf kita tak akan kata ke Tok Imam, lurus saf sokmo. Dok, sebab nak menunjukkan supaya kita ambil berat tentang persoalan itu, kita ulang kita ulang supaya ia menunjukkan kepentingan kita insya-Allah. Yang kedua, Muafakat Nasional.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Main sebut Batu Rakit guane pulok? Tengok Speaker, sepatutnya cakap tengok speaker

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Sayang ke Batu Rakit..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

jadi main tuding ke Batu Rakit ini.

Yang di-Pertua

Takpe dia sayang, dia sayang

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Batu Rakit perasan orrr..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sayang dakpe.

Takut macam nak marah.

Yang di-Pertua

Saya menepati ucapan, dia tidak marah. Dia sayang ke Yang Berhormat.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Sebab Batu Rakit menyebut saya tidak sebut tadi. Tapi dalam perbahasaan Batu Rakit, Batu Rakit menyebut, kenapa ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut memartabatkan agama Islam, kenapa sebelum ini tidak berlaku ke, tidak buat ke sebab tu saya sebut bahawa benda ni buat tetapi kita nak mengulanginya.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Baru jelas.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Kita nak mengulanginya, nak mengingatkannya sebab itu saya buat contoh mudah, bila Batu Rakit pergi sembahyang jemaah dan Batu Rakit rajin sembahyang jemaah di masjid, Tok Imam akan kata sokmo, lurus saf, lurus saf, Tok Imam, Batu Rakit dok kata aku mari sembahyang sokmo.

Yang di-Pertua

Hok tu betul

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hok tu sedap dengor tu. Jangan sebut hok dok sedap dengor

Yang di-Pertua

Batu Rakit mengesahkanlah rajin gi masjid surau. Betul doh tu dok?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang kedua, Muafakat Masional ini adalah satu agenda yang dibuat oleh parti maka kita harapkan semua perkara yang berkait dengan action, tindakan, formula, halatuju Muafakat Nasional, diputuskan oleh parti kita, pemimpin-pemimpin. Kita hok duduk dalam ini, kita taat apa sahaja keputusan parti kita. Yang kedua, pemimpin-pemimpin kita sudah tentu memiliki pandangan yang jauh dan luas. Kita tidak tengok Hulu Besut sahaja, minta maaf Hulu Besut dok mari, kita dok tengok DUN-DUN tertentu je, kita dok tengok Negeri Terengganu je, kite tengok Penang, kita tengok Johor, jadi semua pandangan yang begitu luas tentang Muafakat Nasional. Apa dia formula, apa dia action, apa dia tindakan, semuanya kita putuskan kepada pemimpin kita. Betul sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Jabi tadi, kita bahagian baca Al-Fatihah dulu, dan kita tengok orang baca Al-Fatihah dulu, bab kerusi bab benda apa tu, kita serah kepada pemimpin-pemimpin kita yang putuskan. Insya-Allah kita harap Muafakat Nasional yang kita adakan ini kita teruskan dan kita harap pemimpin-pemimpin di semua peringkat menjadi contoh dalam menjayakannya agar agenda penyatuan ummah ini dapat menjadi kukuh, menjadi kuat, insya-Allah. Langsung 1 Disember, insya-Allah hari Ahad ini program perasmian Itqan Al Muluk. Saya harap pimpinan-pimpinan kita pakat turun apa sahaja program-program Kerajaan. Betul dok? Jangan program Kerajaan, wakil rakyat daripada Kerajaan je ada. Semua mari, dan kita kerahkan supaya mereka meramaikan majlis-majlis, insya-Allah,

boleh Batu Rakit, 1 Disember ni? Ha..... hadir ramai-ramai, beritahu ramai-ramai di Taman Tamadun Islam, insya-Allah dan apa sahaja Maulud Nabi, program apa dia Maal Hijrah .....

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kerek sebut Batu Rakit? Ke ada rumah Batu Rakit?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Ada. Ada rumah.

Rumah orang lainlah. Yang ketiga tentang Jawatankuasa Masjid. Alhamdulillah, Kerajaan yang ada ini bersikap sangat harmoni dan mengambil tindakan yang agak tadarrus, berperingkat-peringkat. Dalam tempoh setahun lebih, alhamdulillah tamat Jawatankuasa Masjid, dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berusaha Pesuruhjaya dan pihak Jabatan Agama yang telah mengurus pelantikan Jawatankuasa Masjid yang baru. Yang pertama melalui hasrat dan kehendak rakyat yang mahu melihatkan perubahan kepimpinan. Kita bagilah ruang untuk perubahan yang ada ini. Yang kedua, melalui rundingan. Pejabat Agama runding, bincang dengan semua pihak, campur. Sebab itu saya dok nilai. Dok nilai siapa sahaja yang menjadi Jawatankuasa Masjid tu. Bukan orang PAS sahaja, orang UMNO, orang hok tak dok pagar, orang hok atas pagar, ada belaka, berbagai-bagai, bahkan ada di antaranya yang kemungkinan dok pernah pergi masjid, dilantik jadi Ahli Jawatankuasa Masjid. Kita bagi peluang, kemungkinan selepas dia jadi Jawatankuasa Masjid, dia menjadi ahli masjid. Dia akan buat pengurusan yang baik tentang masjid. Berilah ruang, baru dilantik dalam tempoh sebulan ini, sehingga mereka boleh bergerak dalam tempoh dua tahun dan jika berlaku sesuatu kekurangan, kita boleh perbaiki untuk di masa depan, insya-Allah. Saya harap tiga perkara yang saya sebut ini sebagai asas untuk ucapan saya. Saya ucap terima kasih terhadap segala cadangan-cadangan dan saranan-saranan sama ada yang berkait dengan pusat pemulihan dadah. Saya nak sebut balik tentang Yayasan Tok Ku Paloh yang ditimbulkan oleh Seberang Takir, tapi Seberang Takir tak dok, saya tak mboh timbul balik dah, sebab saya jawab dah sebelum ini, mudah-mudahan Kerajaan ini terus bergerak dan kita pastikan agar Pentadbiran Kerajaan ini terus bergerak ke hadapan. Kita jangan jadikan seolah-olah dengan Muafakat Nasional ini orang tengok kita ini macam ge PH jugak. Sibuk nak jadi Perdana Menteri je. Perdana Menteri hok sendiri ada, Perdana Menteri tepi ada, sibuk tentang Kabinet. Sibuk tentang mung satu, aku satu, mung dua, aku dua. Dok. Kita teruskan agenda pentadbiran kita dengan baik. Insya-Allah, ada orang yang bekerja, ada orang yang menyokong dan ada orang yang memberi nasihat, insya-Allah Negeri kita

terus Maju, Berkat, Sejahtera, insya-Allah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Bukit Payong di atas penggulungan tadi. Seterusnya saya jemput wakil daripada Bukit Tunggal.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil „alamin. Wabbihi nasta’im. Wassolatu wassalamu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Rabbishrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Dihormati, Dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Dato’-Dato’ Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati yang saya kasihi sekalian. Sebelum saya mula, nak minta izin YDP untuk pantun sekali. Tadi pantun dua kerat, tak faham.

Yang di-Pertua

Pantun dua kerat ke pantun empat kerat ni?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ni pantun empat kerat pula.

Yang di-Pertua

Pantun molek Yang Berhormat.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Burung cenderawasih burung tempua, Singgah hinggap di dahan berangan, Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Izinkan saya memulakan penggulungan

Yang di-Pertua

Sila, sila.....

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Jadi dok?

Yang di-Pertua

Jadi, jadi dah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ha....itu tadi saja….. buat acah-acah, ngantuk mata.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh la, tapi dokleh wi 10. Dokleh wi 10, Bolehlah.....

Yang di-Pertua

Sila.....

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet yang agak besar walaupun dalam kita kesempitan kewangan kerana pemotongan Dana Khas ataupun wang royalti daripada Kerajaan Pusat. Bawah Portfolio saya, telah saya kira-kira telah diberi peruntukan sejumlah RM194 juta atau RM194.11 juta. Satu jumlah yang agak besarlah. Ini memberi gambaran kepada kita bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sangat prihatin tentang masalah kesejahteraan rakyat kerana ia melibatkan yang pertama, adalah perumahan yang mendapat RM44.5 juta untuk perumahan rakyat untuk tahun hadapan. Insya-Allah duit ini kita manfaatkan untuk bina Rumah Mampu Milik dan juga Rumah PPRT ataupun Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS). Itulah antara keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan dan insya-Allah saya akan ulaslah bagaimana projek-projek yang akan dilaksanakan untuk yang sudah berlaku sekarang dan akan dilaksanakan untuk tahun hadapan. Yang kedua yang besar juga dan yang paling besar saya rasa ialah kontrak kebersihan yang bernilai RM70 juta. Saya kena bersyarah panjang sikit hal kebersihan ini. Kita terpaksa membelanjakan begitu besar perbelanjaan kebersihan bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan selesa dan sejahtera. Kontrak kebersihan ini termasuklah bersih kawasan, potong rumput, pungut sampah dan melupuskan sampah di tempat pusat-pusat pelupusan sampah. Ia dah bertambah RM20 juta berbanding tahun lepas. Cuma yang saya nak ingatkan kita semua sebagai pemimpin dan juga rakyat yang di luar sana, kalau kita semua menjaga, pakat jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata, maka sudah tentulah tugasan yang akan dilaksanakan oleh sama ada pihak swasta ataupun oleh Majlis-majlis PBT sendiri akan dapat dikurangkan, kosnya akan dapat berkurangan. Begitu juga peralatan-peralatan yang disediakan, tong sampah kadang ada saje ada vandalisme, pecah dan sebagainya. Ini semua merupakan kos yang terpaksa kita tanggung, begitu juga bila ada buang sampah merata-rata tempat, drawbridge yang menjadi tumpuan orang hari ini pun ditinggalkan sampah begitu sahaja. Maka terpaksa kita mengeluarkan peruntukan

overtime dan sebagainya untuk kakitangan kita pungut sampah untuk dibuang dan dimasukkan ke dalam tong sampah tadi dan dilupuskan di pusat pelupusan pepejal kita. Ini antara perkara kalau kita semua dapat beri kerjasama, beri kerjasama pada pihak Kerajaan khususnya, kos kita dapat kita kawal dan kita akan meningkat tahun hadapan pula. Contoh sampah yang paling besar adalah makanan, sisa makanan kita, ini sudahlah dalam agama kita juga tidak membenarkan. Dato’ Yang di-Pertua, membazir makanan, kalau orang tua-tua kita, sebiji nasi pun suruh kutip dulu, tapi sekarang kita tengok orang makan kuis-kuis tinggal separuh, dan restoran dia terpaksa buang, bila buang bulk ataupun jumlah sampah akan menjadi banyak, 80% sampah kita makanan, apatah lagi bulan puasa, dan kalau kita mengambil makanan yang secukupnya tak membazir, maka kuranglah sampah kena buang, tong sampah kita taklah penuh melimpah-limpah dan tempat pelupusan sampah kita tahan hayat dia panjang, kalau buat dalam 40 tahun kalau jimat boleh panjang hayat dia sampai 15 tahun, jimat kos Kerajaan, kita boleh buat pahala kalau ikut sunah nabi tidak membazir. Saya syarah ini orang dengar luar ramai lagi nung, online kita kena faham benda ini. Bukan sahaja kita berdosa dengan Allah Ta’ala, kita menyusahkan dan merugikan kewangan Kerajaan, itu yang saya nak syarah panjang tu, sampai RM30 juta sampah sahaja kalau buat rumah berapa unit rumah boleh buat RM20 juta.

Beri sekolah pendidikan…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Buat Pendidikan lagi banyak, kerana kecuaian kita tidak kerjasama kita terpaksa gunakan jumlah yang lebih besar kalau tidak tambah apa ni peruntukan sampah, Dato’ komplen pula, sampah tak angkutlah, melimpah, macam-macam komplen, yang buang sampah siapa? Kita juga, minta maaflah Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, nak bagi sampai macamana ya…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya…

Yang di-Pertua

Nak bagi sampai Yang Berhormat sebut tadi macamana, pada golongan sasaran macamana tu?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Kita pemimpinkan, bila ceramah itu, rasmi sebut hal bersih ini,

Sekolah kena beri perhatian…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Saya pernah pergi sekolah, sekolah tapi kena izin la, ini YB nak masuk sekolah tak bagi, ini yang masalahnya, duit minta tapi masuk bercakap tak boleh. Saya kalau bercakap pun hal sampah saja, dengan budak-budak, tak main politik, saya…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, teruskan…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Jadi kalau Yang Berhormat pun ada majlis-majlis apa-apa dengan rakyat, highlightkan perkara ini, bukan sahaja menyebabkan sampah tadi, bila air bertakung nyamuk aedes pula mari, demam denggi pula, Kerajaan berbelanja untuk fogging saja hampir ratus juta setahun untuk bila ada wabak terpaksa kena fogging kawasan itu, sembur asap itu la, kos tinggi kalau tiada kes wabak tak payahlah nak fogging, jimatlah duit kita. Ini antara implikasi yang kita tidak sedar rakyat ini, ingat hari ini Kerajaan yang tanggung semua. Masalahnya duit itu duit kita semua, jadi peruntukan lain terpaksa kita potong, sekolah dan sebagainyalah, Paka nak minta sekolah dia saja, jangan minta sukan sudah. Okey, saya nak pergi kepada, nak respon satu perkara berkaitan dengan yang ditimbulkan olah Yang Berhormat-Yang Berhormat, terima kasihlah Yang Berhormat daripada Bandar, Hulu Besut, Pemaisuri, Jertih, Rantau Abang, Kuala Besut, Sura, Batu Rakit, ADUN Wanita tidak kecuali, ada seorang disebutlah ADUN Wanita dan ADUN Seberang Takir kerana menyentuh tentang Portfolio yang saya pegang inilah. Pertama berkaitan dengan Bandar ini, Allah, Bandar cara hal Pasar Chabang Tiga, pertama saya nak jelaskan bahawa Pasar Chabang Tiga itu, dah fizikal dia begitu, duduk di belakang orang jadi payah nampaklah, lindung, dia duduk belakang lot, lot yang kedua jadi di depan dah ada kedai orang semua, ada rumah orang, duduk atas sungai pula, memang masalah bagi kita dah pikir panjang bagaimana nak menyelesaikan masalah ini, takkan nak robohkan rumah depan itu. Antara yang diusahakan oleh pihak MBKT ialah pertama dah pasang dah lampu limpah nak suruh cerah, yang bising-bising yang lepas dah pasang dah, cerah dah Pasar Chabang ini, tapi orang dok mari juga, orang bukan kattu pasang lampu dia mari selalu, kalau kattu sungguh jadi manusia tak mari, jadi

ejas jalan Yang Berhormat…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Nak buat jalan atas sungai, jadi masalah belaka, kita ADUN Bandar ini buat pasar tak kena tempat kot. Yang kedua akan diusahakan untuk kita buat pasar malam. Pasar malam pula supaya biasa orang Terengganu ini minat dengan pasar malam ini, jadi kita cuba perkenalkan Pasar Chabang Tiga ini ada pasar malam, dia lebih meriah lagi pada di waktu malam nanti, insya-Allah. Itu antara inisiatif-inisatif yang diambil oleh pihak Majlis Bandaraya bagi memastikan Pasar Chabang yang seadanya itu dapat dimeriahkan lagi insya-Allah, insya-Allah ADUN Bandar sama-sama kita bincang bagaimana lagi nak buat penambahbaikan khususnya jalan masuk dan sebagainya, ini melibatkan rumah orang, ambil tanah orang, ini masalah baloh dengan saya pula, Yang Berhormat ambil tanah orang nak pindah mana orang ini, rumah pula hok minta tak ada rumah, ini masalah, jadi kita buat dengan berhati-hati, supaya jangan selesai satu masalah, timbul sepuluh masalah lain pula.

Berkaitan dengan Hulu Besut, Hulu Besut dia tidak apa, cuma dia ucap terima kasihlah dia antara DUN yang mendapat Perumahan JVlah keswastaan yang pertamalah, untuk dasar perumahan baru ini. Terdapat 348 rumah kediaman dan 8 rumah kedai, itu makluman sahajalah, tak ada benda, cuma dia nak masjid itu minta dengan Ustaz Mohd Nor plok, Bukit Payong. ADUN Permaisuri membangkitkan pertama ialah berkaitan tidak ada Rumah Mampu Milik di Permaisuri, insya-Allah Permaisuri jangan bimbang tahun depan sudah ada syarikat yang datang hantar proposal untuk buat rumah di Putera Jaya, Bukit Pak Kancil, Putera Jaya ini Permaisuri, kan, betul, ya betul. Insya-Allah akan ada. Jertih, Wakil Jertih sebut pasal RnR Padang Luas, RnR Padang Luas ini dia ada sedikit masalah Yang Berhormat, yang pertama kedudukan dia itu agak dekat dengan apa ini Jertih, Bandar Jertih, 1.4km sahaja, jadi bila kita nak cari pelabur-pelabur ini, kalau kita nak baiki dia melibatkan RM800,000.00, Majlis Daerah Besut harus tanggung. Makna kalau kita nak buat secara penswastaan, penswastaan pula, mari seorang tengok, Mcdonald mari tengok akhirnya tak jadi, sekarang ini Sabasun pula masuk dan beberapa syarikat lagi yang sedang apa panggil minanglah, insya-Allah kita sedang usaha supaya adalah nanti yang terima pinangan ini untuk memajukan balik RNR Padang Luas ini, insya-Allah dalam usaha kita ini untuk baiki, sebab kos dia tinggi oleh kerana kita tak tahulah kenapa sudah jadi semua wayar-wayar cabut habis dah, inilah bangunan

Kerajaan kalau tinggal sahaja, wayar nombor satu hilang, apa yang dia buat dengan wayar saya tak tahu. Orang kata nak ambil tembaga dalam tu, entah berapa sen boleh Wallahua’lam, tapi itulah fenomena yang berlaku dalam negeri kita tadi sampah, ini khianat barang Kerajaan. Jadi kita tanggungjawab pemimpin semua ini kita kena betullah, kena dakwah molek, kena lebih lagi kita apa ini, mendidik rakyat kita supaya menghormatilah harta-harta orang ini. Berkenaan dengan Padang Tapung, RnR Padang Tapung di Jertih, dia Dasar Pusat, Dasar Kerajaan Pusat ini saya cerita panjang sikit, Dato’ Yang di-Pertua, pertama dia bab bila Kerajaan baru ini mari, dia kata tidak ada lagi peruntukan ataupun Projek Perumahan Mampu Milik Kerajaan Pusat tanah swasta, okey, tak apa, swasta tak ada, dia nak pindah tanah Kerajaan maka diminta daripada Negeri Terengganu tanah Kerajaan dicadangkan untuk pembangunan Rumah Mampu Milik, kita bagi enam tapak yang cantik yang dah tambun dan sebagainya pada mereka untuk buat Rumah Mampu Milik di bawah peruntukan Kerajaan Pusat. Dia nak tanah Kerajaan, kita beri tanah Kerajaan, maka bincang punya bincang, dia mari ke sini , saya pergi ke sana, maklumlah kita jaga belaka hubungan ini, nak baik belakakan kita „Budaya Politik Matang Sejahtera’ (BPMS), termasuklah Muafakat Nasional, kita pakat belaka dengan BN pun kita pakat, dengan PH pun kita pakat, sebab kita Kerajaan, pakat dari segi G to G la, parti to parti antara kita dengan UMNO, Muafakat Nasional, tapi antara Kerajaan, Kerajaan kita terpaksa berhubung sebab kita faham feodalisme ini, kita dengan buat macam itu, macam Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besarlah, Menteri Besar kita jumpa dengan Tun Dr. Mahathir, nak kira payah dah, lama dah baloh, tetapi kerana kepentingan rakyat, malu, malu tebal muka pergi juga, malu juga nak jumpa orang ini, orang yang duk lawan, tiba-tiba nak pergi mengadap, tapi kita berjiwa besar, kepimpinan negeri ini berjiwa besar, mana mana yang perlu untuk rakyat, malu ke susah ke, tetap mengadap juga. Okey, kita pergi enam tanah, enam kawasan, dia kata tahun ini saya lulus dua projek, satu di Marang, satu di Besut. Okey, tak apa peruntukan RM150 juta bagi, Menteri bagitahu. Kita pun alhamdulillah syukur. Cuba mari tengok sebelum kenal. Okey beres. Setuju dua. Empat tahun depan. Bila setuju. Baru ini dalam awal bulan, mari surat baru Kerajaan Pusat dengan banyaklah alasan suksuksuk tidak sanggup lagi bagi subsidi gedung gedang gedung gedang. Kita tak buat lagi peruntukan dari KPKT. Nak swasta. Swasta ini saya kata macam hok terengganu wat leni lah swasta. Tanah diberi harga RM1000 satu lot dan swasta bangunkan rumah tu jual dengan harga RM80,000.00. Dia cadang pulok serah tanah ke dia percuma. Selepas itu dia buat swasta nak buat rumah 900 kaki persegi kita 800 kaki persegi dia, 900 kaki persegi harga RM90,000.00. Swasta jugak jual gitu jugak jadi tak dok bezalah, memanglah saya 800 kaki, RM80,000.00, awak 900 kaki, RM90,000.00. RM100 sekaki persegi biasalah tu. Maka kita fikir-fikir tak

payahlah kalau gitu gop kita putus di situ sahajalah. Cukup sekadar [ketawa] cukuplah sekadar itu. Habis di sini. Kita buat sendirilah untuk projek perumahan untuk Negeri Terengganu ini insya-Allah. Takleh haraplah pada orang lain untuk bantu kita. Begitu juga dengan perumahan, dia sebut sambung selalu. Memang target kita..

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Cerai talak tiga ke ni, Yang Berhormat? Perumahan tadi tu cerai talak tiga ke?

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Dok dok cerai talak tiga Yang Berhormat, cuma untuk masa ni cukup sekadar itulah, rehat dulu tengok [tahun depan takut ada peruntukan baru. Sampai di sini sajalah [ketawa] kita cara lain pulalah. Macam di projek yang kita target lima ribu unit setahun. Memang tahun ni di bawah negeri ada 12 projek melibatkan 2,730 unit yang bawah pusat KPKT janji 690 unit, SPNB 2,157 unit maka jumlahnya 2,151 unit jumlahnya 5,571 unit. Jadi hak dua, 690 campur 2,151 tak berjalan sampai hari ini maka, yang ada hanya 2,730 yang hak state buat, sebab itu saya kata sampai di sini sajalah kita agaknya, tahun depan insya-Allah dengan cara baru kita ni sudah ada dalam, Mak Lagam 3 projek, Tembila, Putera Jaya, Setiu, Hulu Telemong dan Tok Dor insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di- Pertua, penjelasan.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya, sila.

Saya minta Pandangan Yang Berhormatlah, agak-agak boleh capai tak 20 ribu dalam masa lima tahun ni.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Insya-Allah Yang Berhormat Kijal, memang itu hasrat kita. Sebab itu kita telah ubah dasar kita. Tahun depan selain daripada peruntukan yang RM44.5 juta tadi untuk rumah, kakitangan kerajaan, penswastaan hari ni dah ramai syarikat-syarikat besar mari jumpa kita. Insya-Allah, ada syarikat tawarkan nak buat 10 ribu sekaligus tapi kita kata sabar dululah. Nanti saya bincang. Awak ada duit ke dok nih 10 ribu. Janji seperti Yang Berhormat Kijal sebutlah, janji pelabur ni macam-macam. Tapi time nak buat tu ada masalah. Jadi tahun depan sudah ada dalam tiga, empat, lima, enam, tujuh syarikat yang sudah jumpa kita

untuk memulakan projek pada tahun hadapan insya-Allah doa. Kita doa, tawakkal Alallah. Sebab rezeki ini Allah bagi insya-Allah kita dengan kita bertakwa Allah akan beri buka ruang-ruang untuk kita buat projek untuk rakyat bukan untuk kita. Insya-Allah. Jadi Padang Tapung itulah nasibnya begitulah Yang Berhormat Jertih, tidak dapat diteruskan dan hak yang kita beri ke dia di Tok Has tu pun nak minta tanah saja dia nak swasta. So kita pun rasa tak payahlah. Kita akan buat sendiri di Tok Has, insya-Allah.

Rantau Abang tentang Mamogram baguslah, dia puji je, tak dok apa. Mamogram bagus. Sebab antara penyebab kematian kaum wanita adalah kanser payudara. Kanser payudara antara penyebab kematian dan biasanya perkara ni, ialah benda-benda macam ini memang nak jumpa doktor lewat sokmo dia tak nak pergi awal. Suruh tok laki cek tak pandai jugak. [ketawa]. Jadi suruh doktor memanglah, nak-nak kalau doktor laki ke dia rasa seganlah. Jadi insya-Allah dengan suatu projek Kerajaan Negeri, Mamogram ini dapat kita kesan kanser di pada peringkat yang paling awal dan insya-Allah di peringkat awal dapat dikesan dapat dirawat.

Yang Berhormat Yang di- Pertua, minta penjelasan.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya silakan.

Oleh kerana EXCO Wakil Bukit Tunggal doktor, jadi pandangan doktor apa punca utama penyebab penyakit payudara ini.

Yang di-Pertua

Sungguh Yang Berhormat tanya.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sungguh teh [ketawa]. Setakat ini punca sebenar tidak dapat diketahui.

Ibu susuan. Kita cadang Ibu susuan.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Itupun bukan saintifik. Saya pun tak tahulah. Paka kata ibu susuan boleh menyelesaikan masalah ni.

Pada pendapat saya sebab dok wi susu anak apabila anak tak susu ayah pun tak susu juga. Sebab tu mudah kena.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Itu pendapat hipotisis. Hipotisis belum dibuktikan lagi. Insya-Allah ada kajian dibuat. Tapi kalau nak pakai ubi gadung boleh juga kot, dok (ketawa). Okey. Itu kejadian yang setakat ni doktor pon pening kepala apa sebab dia tak tahu. Insya-Allah dengan ada Mamogram ini dapat kesan lebih awal dan dapat kita rawat dengan lebih cepatlah tanpa perlu mamektomi buang semua payudara tu. Kita boleh buang dia punya kanser tu saja insya-Allah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya.

Yang di-Pertua

Panjang lagi nak cakap ni dok?

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Nak suruh panjang boleh panjang. Nak suruh berenti pun saya berenti. Saya tak dok masalah. Boleh ejas belaka.

Yang di-Pertua

Yalah kalau ada point-point lagi yang saya nak..

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ada banyak lagi ni.

Yang di-Pertua

Saya nak tangguh dulu.....

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Baru sampai Jertih baru. Ada enam lagi

Yang di-Pertua

Saya nak tangguh dulu. Kita sambung, minum air.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Hor boleh Ya Allah. Sangat-sangat dialukan.

Yang di-Pertua

Saya kebetulan seorang etek ni, atas ni sorang je, jadi Yang Berhormat sekalian kita tangguh dulu persidangan kita. Kita masuk balik pukul 3.50 sebab lepas ini kita nak perabis agenda kita.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.27 PETANG

PUKUL 3.55 PETANG

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala hiwabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Sebagaimana saya katakan tadi kita ada 2 orang setengah sebab Yang Berhormat tengah bercakap Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal, lepas tu Yang Berhormat Paka, akhir sekali Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan membuat penggulungan dan kita harap kita boleh selesaikan agenda ini kalau boleh sebelum pukul 5.00 lah, kalau boleh, itu kalau terpaksa makan masa kena ada usul lanjutan tempoh masa-lah. Saya persilakan Yang Berhormat Bukit Tunggal untuk meneruskan penggulungan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kita sambung balik lah perbahasan saya ni. Saya sambung yang Rantau Abang tadi, tadi mungkin ada silap sebut kot, mamektomi, mamektomi pulok, mastektomi yang buang buah dada tu bukan mamektomi, tersasul tadi. Tentang RMM Kuala Abang yang ditanya oleh Wakil Kuala Abang, sebenarnya itu ada tapak yang kita cadang kepada KPKT untuk dia buat tahun hadapan. Jadi bila jadi kes macam ini, insya-Allah kita akan cuba buat secara penswastaan di peringkat Negeri la pulok, semoga berjayalah Rantau Abang deh.

Tentang Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Santong dan sebagainya sebagaimana yang dicadangkan juga oleh Kuala Besut untuk buat alternatif kepada land field ni, memang saya dah bincang dengan Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida, kita sedang merancang untuk membuat

secara menggunakan teknologi antaranya yang dalam cadangan kita ialah menggunakan incinerator dan untuk Terengganu dicadangkan satu pusat pelupusan sampah yang besar incinerator dan di daerah ini kita adakan kita panggil Pusat Transfer Station, dia kecil lah, sampah dia kumpul situ dulu sebelum dihantar kepada Pusat Pelupusan Sisa Pepejal ini. Jadi tak perlu kita buat banyak kerana sampah sehari tak sampai 1,000 tan pun. Jadi kalau kita buat di setiap Majlis tu agak merugikan, kita buat pelupusan besar dan yang lainnya akan ditransfer ke sana lah. Itu antara cadangan yang dibincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bandar Lestari, Sura..

Yang Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya, sila.

Memang hasrat Kerajaan Negeri nak buat sanitary nak buat apa incinerator?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya, keputusan Kementerian begitulah lebih kurang.

Malaysia takdok lagi incinerator.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ada doh..

Malaysia dok wat lagi.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Baru ni saya dah tengok di Cameron Highland, dia okey, cuma kos sahajalah…

Hok tu hok peseng lama, kecik cepeh tu.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

besor tu RM1 bilion kos tu Yang Berhormat Kijal

hok Malaysia..

Hok Malaysia saya gi rombongan dengan Menteri lagi dulu, pah sekarang dok wat lagi…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Hok dulu zaman dulu

hok 1,300 tan

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

dia kalau di China, 10 bilion dia punya kos.

dok sapa..

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Di Cameron Highland RM1 Billion.

China dok sapa, saya gi doh. China murah sekali. Terima kasih Yang di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Dok dia punya tapak besar dia, kita baru balik. [ketawa]. Jadi Cameron Highland lah yang paling dekat dengan kita tapi kos dia sangat besar. Di KPKT, kalau dia boleh keluarkan peruntukan insya-Allah lah kita boleh kerjasama, takdok masalah.

Bandar Lestari yang dicadangkan ada lapan tapak. Antara cadangan kita adalah di Panggung Telebak, Putera Jaya, Bukit Seraya, Bukit Seraya ini sudah tanah tu telah dapat kelulusan MMKN dah untuk tukar syarat daripada minta maaf-lah Pertanian daripada padang ragut kepada tapak perumahan.

Yang di-Pertua

Daerah mana Yang Berhormat

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya..

Yang di-Pertua

Daerah, daerah mana, daerah..

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ooo daerah.. Ini yang Bukit Seraya di Kuala Nerus, Puterajaya Setiu, apa ni menda lagi, Bukit Cahat di Hulu Terengganu, Lestari Bukit Anak di Marang dan Rasau di Dungun, Mak Lagam di Kemaman, Mak Lagam dah bermula, MMKN telah lulus projek ini untuk dilaksanakan pada tahun ini lah, lulus tahun ni, insya-Allah tahun depan awal-awal tahun dia boleh start buat di Mak Lagam. Dan yang akhirnya Bandar Baru Lestari Hala Medan di Kemasik, itu antara cadangan kita lah. Dan ada yang telah bermula sebenarnya di.. saya beri pendek lah, dok dan ni. Seterusnya daripada Batu Rakit ingin tahu tentang perkembangan Kad Sejahtera, Wad Kelas 3 Percuma dan Tabung Pinjaman Perumahan. Kad Sejahtera telah kita telah berjalan cuma kita baru memulakan dengan lebih kurang 5,000 yang kita ambil senarai daripada e-Kasih. 5,000 telah berjalan dengan penyertaan daripada 40 buah klinik setakat ini dan kita masih lagi cari klinik yang masih dibukalah klinik untuk menyertai projek Kad Sejahtera ini dan insya-Allah nama untuk 12,000 lagi sedang proses kita untuk buat kad dan untuk diedarkan secara berperingkat-peringkat-lah mengikut kepada DUN-DUN masing-masing. Itu Kad Sejahtera dan tahun ini pun kita tengok Kad Sejahtera masih diteruskan dengan peruntukan RM10 juta dan yang kedua berkaitan dengan Wad Kelas 3 Percuma, Wad Kelas 3 Percuma ini ada masalah kita dengan samalah dengan Kerajaan Pusat, bila ada kuasa dia tu, dia pegang. Hok ni Kad Sejahtera dok gantung dengan Pusat, kita dengan klinik swasta je.

Ada beberapa cadangan, cadangan pertama yang pihak Pentadbiran Negeri pun jumpa, saya pun pergi jumpa Menteri, mencadangkan supaya Kerajaan Terengganu menjadi penjamin kepada pesakit-pesakit untuk rakyat Terengganu untuk yang masuk wad kelas 3, Kerajaan akan bayar tapi tidak dipersetujui. Dia kata susahlah macam-macamlah, kita kata sama je MyInsurance pun macam tu juga, yang kakitangan Kerajaan pun sama juga cara dia tapi dah dok setuju nak buat macam mana, hok orang. Yang kedua kita cadang supaya kalau tidak setuju, kita beri duit. Kita letakkan satu peti besi kita, duit mengikut kadar harian berapa biasanya hospital tu gunakan apa ni buat bayaran untuk kelas 3 cuma diuruskan oleh dialah. Bila doh orang sakit mari, bayar, boleh discharge, dia ambil duit daripada peti besi kita, masuk dalam peti besi dia, bubuh bil dalam peti besi kita supaya kita boleh tally, hutang berapa baki, juga tidak dipersetujui dan cadangan yang terakhir dalam proses sedang berunding kita letakkan pegawai kita sendiri dengan duit untuk bayar cash di kaunter-kaunter tersebut. Insya-Allah ini dalam proses kita nak selesaikan, harap benda ni tidak ada halanganlah. Kita bagi pihak Kerajaan berusaha sesungguh-sungguhnya nak membantu rakyat kita tapi apakan daya tangan kita tak capailah bunganya terlalu besar, insya-Allah kita akan selesai.

Tabung Pinjaman Perumahan ini memang kita bercadang untuk RM50 juta dengan Kementerian Perumahan daripada peruntukan yang kita jangka bayaran balik LPT 2, namun begitu setelah bertukar Kerajaan Pusat ni, duit ni tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri maka kita sedang mencari sumber-sumber lain dan kaedah yang sedang kita cari sekarang ialah melalui kita kerjasama dengan bank supaya kelulusan perumahan ini dapat dilonggarkan sedikit untuk pemohon-pemohon Rumah Mampu Milik.

Tentang Vape yang dibangkitkan oleh ADUN Wanita, jangan saloh sebut pulok, V A P E, Vape, ye saloh, maroh saya pulok kekgi. Setakat ini tidak ada kelulusan yang diberi oleh Kerajaan Negeri tentang penjualan vape ini, tidak ada kita beri dan kita telah bertindak antaranya 12 peniaga tanpa lesen vape di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah diarah tutup dan dikenakan kompaun, 7 di Kemaman, Dungun tidak ada, Besut ada 2 yang kita ambil tindakan, di Hulu Terengganu 2 kita ambil tindakan, di Daerah Marang 3, 1 di Setiu, jumlah 27 premis yang kita kenalpasti telah diambil tindakan denda mengikut bawah Akta di bawah Undang-Undang di bawah Kementerian Kesihatan, Pemantauan dan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Racun 1952. Itu Akta yang kita gunakan untuk bertindak keatas-keatas penjualan vape di Negeri Terengganu kerana vape ni telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2015 dan pihak pakar-pakar telah menetapkan bahawa ianya merbahaya kepada kesihatan manusia. Jadi siapa yang hisap rokok ke hisap vape ke berhentilah, takdok pekdohnya, nyakit je dapat. Dok leh lebih kuat-kuat kekgi orang maroh..

Dato’ Yang di-Pertua, bakpe yang slow ngat bunyi (ketawa) dok jelas..

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Takut orang maroh..

Dok jelas, dok jelas, jelas gok sikit sebut

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sebab dalam Dewan ni ramai juga hisap rokok tu..

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Hok tu masalah (ketawa) kita slow-slow bisik jauh-jauh, jangan wi dengor ke orang, kita berdua je (ketawa) Okey itu tentang vape ya. Yang kita sedihnya hisap vape ke asap dia dan hisap rokok yang menghisap tu tak apa lah dia cari pasal, tapi orang sekitar dia, anak dia, isteri dia, yang tak pasal-pasal sedut asap rokok dapat bahaya, kalau dekat orang awam pula orang yang sebelah dia, jadi tak baguslah, tak bagus. Baik kita hentikan perkara-perkara yang membazir itu dan yang akhir sekali saya nak ringkas je la ni, ni daripada Seberang Takir berkaitan dengan PITAS dan M10 apa ini, dia panggil bukan M10 apa nama tu, MEN-T, MEN-T tidak diganti oleh PITAS, MEN-T adalah satu Jawatankuasa Khas yang dibentuk oleh Kerajaan terdahulu untuk menetapkan halatuju dan strategi pembangunan ekonomi negeri. Dia ada 71 entri point projek tetapi yang boleh diteruskan, yang lain itu semua gagal, hanya ada enam campur dua, yang enam ini diteruskan terutamanya;

1. Pembangunan Fasa II Kerteh BioPolimer Park, 2. Pembinaan Kilang Sarung Tangan Getah oleh Encompass Industries Sdn Bhd, Kerteh, 3. Pembangunan Setiu Wetland, 4. Pembangunan TD1303, 5. Pembangunan Projek Jagung Bijian oleh Green World Technologies Sdn. Bhd., 6. Pembangunan Fasa Kedua CJ Bio, 7. Projek Kemudahan Crewchange bagi Sektor Minyak dan Gas oleh Epic Berhad di muara selatan, ini ada masalah teknikal, jangan campur itu, 8. Pembangunan Hotel Movenpick Resort & Spa di Pantai Pandak Chendering juga mengalami masalah,

jadi yang betul-betul berjaya diteruskan adalah enam, dua lagi dalam apa ini ada masalah, yang lain itu gagal.

Pencerahan, Yang di-Pertua, yang Kuala Besut rasa Yang Berhormat EXCO tak sebut tadi itu yang perjanjian sewa beli itu Rumah Mampu Milik, saya ingat EXCO gi DUN by DUN tadi.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sabar sabar sabar…

Takut dang habis…

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya..ya..ya..nak laju laju. Saya jawablah hok yang takut lupa. ADUN Kuala Besutkan, tadi jawab sampah saja, tak jawab hal rumah. Pertama tawaran sewa beli Rumah Mampu Milik Gong Tengah masih dalam proses saringan memandangkan geran baharu sahaja diperolehi dan perlu dibuat siasatan di tapak semula untuk melihat status semasa, yang itu jadi lambat itu. Yang kedua tawaran sewa beli untuk RMM Mengabang Besar belum dikeluarkan kerana masih menunggu Geran Strata. Kelewatan disebabkan terdapat penyewa yang membuat tambahan belum lagi dibuat sewa beli, dia dah buat tambahan perlu dikembalikan kepada keadaan asal dahulu sebelum dikeluarkan Geran Strata tersebut.

Okey, terima kasih Yang Berhormat EXCO cuma senarai nama tu ada doh dok?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ye dah ada.

Terima kasih adinda Kuala Besut, kita akan pergi satu persatu mana yang boleh kita tolong, kita tolong. Insya-Allah. Okey, terima kasih Kuala Besut. Dan last sekali PITAS tadikan, PITAS sebenarnya adalah merupakan yang berlainan dengan disebutkan tadi Allah apa nama tadi, MEN-T. PITAS ini kita mempunyai matlamat yang kita ada lapan pemacu, lapan pemacu strategi, tujuh pembudayaan, antaranya ialah komponen kita tiga pemacu yang penting bandar baru lestari saya sebut tadi pelancongan dan juga pertanian. Yang kita jangka dengan berjayanya pelaksanaan ini, kita dapat mengurang kadar pengangguran daripada 4.8% kepada 3% dan menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan, tadi dah berjaya dah 18,000 dah Dato’ Ku, campur 20,000 lagi, insya-Allah, Terengganu akan mengurangkan kadar pengangguran, juga menjana pendapatan baharu selain sektor minyak dan gas juga menjana pendapatan melalui sektor pelancongan. Itu antara strategi penting dalam PITAS ini, dan cumanya sekarang ini kita peringkat memberi penerangan kepada jabatan-jabatan dalam 80% sudah mereka sudah dapat penerangan yang kita berikan dan tahun depan bengkel terakhir kita dan insya-Allah selepas itu execute kita apa-apa yang kita putuskan Ahli Jawatankuasa kita, dan doalah semoga kita berjaya terutamanya menambahkan hasil negeri selain daripada royalti, peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan ekonomi rakyat Negeri Terengganu.

Semoga hasrat yang besar ini Allah kabulkan semua. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalmu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Tunggal, sekarang saya jemput Wakil Paka untuk membuat penggulungan atas isu-isu berbangkit, dipersilakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalati Wassalamuala Ashrafil Ambia Iwalmursalin Waalaalihi Waashabihi Wamantabiahum Biihsanin Ilayaumiddin, Amma Ba’d. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO, Ketua-ketua Jabatan, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan juga seluruh hadirin hadirat yang hadir pada petang yang berbahagia ini. Pertamanya alhamdulillah sekali lagi kita berada dalam Sidang Dewan ini untuk meluluskan Pembentangan Belajawan 2020 yang bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan ucapan Belanjawan 2020 ini dan yang menjadi teras kepada pembinaan Generasi Terengganu Sejahtera ini yang merupakan lima Teras tersebut dan asasnya sudah barang pasti tapaknya merupakan pendidikan ilmu dan pengetahuan. Sebagaimana Rasulullah Sallallahu’Alaihiwasalam sendiri hadir di atas muka bumi ini, Surah yang pertama Iqra’ dan itulah 13 tahun Rasulullah Sallallahu’Alaihiwasalam membina para sahabat membina Jailul Quran sehinggalah kepada hari ini melahirkan manusia yang beriman bertakwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jadi insya-Allah semoga Teras yang diletakkan itu dengan segala peruntukan kita harap berdoa semoga tercapai hasrat dan dan cita-cita kita bersama sebagai menunaikan amanah yang diberi kepercayaan untuk memimpin Terengganu oleh rakyat satu juta rakyat Terengganu ini, insya-Allah. Saya juga ingin menyentuh tentang beberapa pandangan-pandangan komentar para sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang portfolio yang saya jagalah Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Yang pertama terima kasih kepada Yang Berhormat Tepoh yang menyentuh tentang Pusat Tafaquh Fiddin yang selari dengan Kampung Budaya yang akan diwujudkan dan ini merupakan seumpama kampung ilmu Tok Syeikh Duyung ataupun Pusat Tafaquh Fiddin Terengganu yang kita adakan sebagai konsep edu-tourism yang sebenarnya kita mengakui dan mengiktiraf bagaimana Terengganu dahulunya merupakan antara pusat pendidikan sebagai Serambi Madinah yang melahirkan ramai tokoh-tokoh ulama-ulama silam seperti Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis,

Tok Ku Tuan Besar, Syeikh Abd Kadir, Tok Syeikh Duyung dan sebagainya. Tetapi mutakhir ini mungkin kita rasa teras ataupun sumber, method pendidikan itu kita rasa mungkin agak hilang bahkan dengan perkembangan-perkembangan pusat-pusat pengajian yang sedia ada seolah tidak dapat menjangkaui permintaan atau tuntutan semasa, tapi mutakhir ini kita melihat ada perkembangan baru dan masyarakat umat Islam juga membuka mata antaranya bagaimana peranan pendidikan tradisional pondok atau pesentren ini juga bakal melahirkan tokoh-tokoh yang hebat antaranya kita pernah mendengar Doktor Afifi Aqiti ataupun Doktor Aiman Aqiti, dua orang adik beradik yang hanya mendapat pendidikan UPSR sahaja, kemudian menyambung pengajian ke pesentren pondok tradisional mendalami pengajian Kitab Turath dan sebagainya, akhirnya seperti Afifi ini, pergi menyambung pengajian di Belfast Universiti, BA dan Master serta Sarjana ataupun PHDnya di Oxford Universiti ataupun adik dia Aiman juga sama, hanya ada UPSR sahaja kemudian menyambung pengajian ke pesentren mendalami, menguasai kitab-kitab Turath dan sebagainya akhir menyambung pengajian ke..

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Penjelasan, pesentren ni Indonesia, kat mana? Dia banyak pesentren Indonesia.

Jawa Timur…

Yang paling tepat, Jawa Timur luas…

Nanti saya check semula pula…

Kalu tahu nak pergi tengok.

Boleh, insya-Allah boleh. DUAT sentiasa menganjurkan di sana ataupun dalam negeri kita, cuma nak bagi tahu latar belakang begitu dan akhirnya menyambung pengajian ke Master di Casablanca dan juga PHD di Al-Qarawiyyin antara universiti tertua di dunia. Ini antara langsung akan membuka mata begitu juga kita tengok perkembangan pondok-pondok ini akhir akan

mati. Dulu biasanya ada menantu, menantu yang akan meneruskan pengajian tapi nampak tidak ada perkembangan akhir nanti tidak ada tokoh-tokoh yang mahir dalam kitab-kitab Turath ini. Jadi inilah hasrat Kerajaan antaranya adalah untuk menjadi pusat penyambung pengajian mereka khususnya dalam kitab Turath, antaranya lulusan pelajar di pondok moden ataupun PDI Yayasan Islam dan kita akan juga buka kepada seluruh pusat-pusat pengajian di Terengganu ataupun di luar untuk menyambung pengajian di pusat ini, insya-Allah yang akan telah diluluskan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri yang meluluskan sebanyak RM6 juta peruntukan dan kita juga akan menyambung ataupun mengadakan hubungan dengan Maghribi lepas pada ini insya’-Allah untuk pelajar-pelajar ini menyambung kepada pusat pengajian Turath di Rabat di Maghribi, insya’-Allah dan pusat ini juga akan menjadi sebagai konsep edu-tourism di mana ada galeri ulama memperingatkan kembali peranan mereka dan juga suasana persekitaran dengan mewujudkan pusat ini berlatarbelakangkan apa orang panggil pembinaan tradisional sebagai sebuah kampung ilmu dan sebagainya dan insya-Allah juga antara peranannya sebab sebelum pada ini kita tengok Masjid Kristal tapi lepas pada ini kita harap dia baikilah. Sebab Masjid Kristal ini tidak boleh buat Sembahyang Jumaat dia tiada penghuni yang bermukim di situ, jadi insya-Allah kalau pusat ini wujud dengan seratus pelajar yang kita sediakan juga kita spare untuk warga emas untuk apa panggil menadah kitab dan sebagai Pusat Daurah ramai ulama-ulama luar datang insya-Allah penduduk Terengganu persekitaran itu akan berada dalam suasana yang orang panggil kondusif dengan pendidikan turath ini insya-Allah akan dapat mengisi atau pun menjadikan Masjid Kristal itu akan boleh kita akan buat Sembahyang Jumaat masa akan datang, insya-Allah.

Yang kedua, Bukit Besi ada bertanya tentang kes-kes pelanggaran dasar syariah yang telah dikenalpasti ada 25 keslah, sebabnya dah telah disabitkan melibatkan penghakiman Mahkamah Syariah Terengganu statistiknya iaitu;

BIL KES 2018 2019 1 Minum Minuman yang Memabukkan 5 kes 8 kes 2 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam (Berpeluk Cium, Beromen Tepi Pantai) 8 Kes 10 kes

untuk makluman Yang Berhormat Bukit Besilah.

Yang Berhormat Buluh Gading bertanyakan tentang Program Celik Al-Quran. Jadi, alhamdulillah kita telah apa sekali dengan Batu Rakit jadi Pintar Al-Quran ataupun kita namakan Mus’ab bin Umair, sebab Mus’ab bin Umair ini seorang sahabat yang dihantar oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam sebelum Rasulullah hijrah untuk mengajar dan mendidik al Quran dan pihak Kerajaan telah mewujud meluluskan peruntukan sebanyak RM7.8 juta untuk memperkasakan lagi Pintar Al-Quran ini dan di samping kita meneruskan apa yang sedia ada di Tadika Kemas dan juga Tadika Perpaduan tetapi kita juga mewujudkan 1,154 orang lagi yang kita beri sumbangan elaun yang di bawah Yayasan Islam Terengganu. Jadi semuanya dalam lebih kurang 1,800. Jadi, alhamdulillah kita harap perkara ini akan terus meningkatkan tahap kemampuan anak-anak kita dalam mengenal Al-Quran, celik Al-Quran insya-Allah. Yang Berhormat Buluh Gading juga menyentuh tentang...

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya celah sikit..

berkait..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang Berhormat EXCO, saya celah sikit pasal pemotongan elaun...

Ya, Yang Berhormat memang asal RM500, kita potong RM400, potong RM100, minta maaf potong RM100 tinggal RM400 jadi RM400 ini selaras dengan apa kelas Al-Quran di bawah Yayasan Islam Terengganu dan Kemas ini sendiripun dia bawah ada ayah dia kan bawah Pusat, Tadika Perpaduan dah di bawah Pusat dah ada ayah dia dah, jadi kita kurang sikit, jangan napok hok kurang itu sebab hok kita tambah ini 1000 orang lagi, kita bayar RM300 saja hok tu, kita ingat sepatutnya Yang Berhormat bangun kenapa bagi RM300 patut bagi RM400 sedap juga dengar

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya tak kisah, saya cadang samalah hok tu jangan potong lepas tu tambah lagi RM200 hok RM300 tu

Tak apa kita tengok kewangan kita jadi…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Walaupun dia ada ayah, dia bawah kita hok tu, ayah tak bagi dah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bukan kata kita tambah jadi makna kesianlah daripada RM500 lening nak makan mende bos...

Yang Berhormat..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tak apalah, fikirlah. Kerajaan fikir lah. Itu pandangan saya

Terima kasih..

terima kasih..sebahagian mereka ada dah orang panggil khidmat tu ada tambahan untuk kelas Al-Quran dan juga kita kata dah kita ada sikit kita ecer sikit, kalau kita turun banyak lagi kita ecer banyak sikit, yang penting boleh merasa dan mengecapilah, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Tentang Mahkamah Syariah, Kerajaan telah memperuntukkan RM400 ribu untuk tahun ini bagi kerja-kerja pembaikan Mahkamah Daerah Kemaman yang sebelum pada ini menyewa di bangunan milik MAIDAMlah. Untuk bangunan baru memang sudah ada cadangan di Rancangan Malaysia Ke-12 lah untuk mahkamah apa Besut dan juga mahkamah di Kemaman, insya-Allah. Jadi tentang berkait dengan computer, jadi tahun 2019 Kerajaan telah meluluskan 10 unit komputer untuk kegunaan mahkamah bagi operasi di kaunter-kaunter setempat di semua daerah. Saya pun tanya juga dah kenapa 10 saja, dia kata dah dia minta 10 YB, doh tak apalah 10. Maknanya kita dah menunaikan 100% permintaan daripada Mahkamah Syariah. Dan akan dibuat kajian dan akan diganti baki berdasarkan keperluan secara berperingkat-peringkat insya-Allah.

Yang Berhormat Wanita ada juga menyentuh tentang ada lagi program yang dok ikut atau pun dok patuh syariahlah, insya-Allah kita berperingkat-peringkatlah. Jadi banyak dah sebenarnya kadang-kadang program wanita ini dok sebut wanita kalau sekolah itu ada sudah wanita dalam cikgu ada anak murid ada, ada wanita belaka dah. Jangan anggaplah maknanya Kerajaan nak diskriminasi wanita, tidak, sudah termasuk dah di dalam tu. Jadi yang patuh syariah ini insya-Allah kita berperingkat-peringkat kita buat penambahbaikan dan sebagainya dan cadangan-cadangan barulah macam ada cadangan

rumah transit kadang-kadang saya tak berapa setuju sangat sebab kadang-kadang semua banyak guna kos Kerajaan Negeri. Kita cuba program-program yang kita rasakan semua boleh ambil amanah dan tanggungjawablah macam Kelantan baru ini dia perkenalkan dia minta Kerajaan bagi insentif bagi orang yang nape ada kelebihan supaya tanggung apa ibu tunggal-ibu tunggal baki lagi tu. Saya rasa bab ini Kijal setuju dengan saya. Bagi insentif kepada suami untuk tambah lagilah makna berpoligami tapi mesti..

Yang di-Pertua...

Orang maroh sikit bab ini...

Minta penjelasan, ada wanita tanya mengenai poco poco dengan kehadiran aerobik ini. Dari segi pakaian patuh syariah ada dah garis panduan...

Saya rasa tak..ada ke Terengganu ini...

Ada poco poco ada, saya rasa aerobik pun ada..

saya pun duk...

Panduan, panduan pakaian syariah ini...

Kita pun dok tengok lagilah tapi untuk akan datang ini saya sebut dah kan...

Hari itu dia sebut dia kata...

Kita akan lancar pada awal Januari ini...

Hari itu, dia juga sebut poco-poco dengan tarian...

Saya sebut Zumba, Sheikh...

Zumba, zumba lebih kurang juga...

Sama lebih kurang juga...

Ya ke dok? Kijal reka je. Zumba tu memang ada apa Mufti Sabah beri dah fatwa haram.

Poco-poco ganas lagi..

ohh begitu deh...

Nanti mari kita nak tengok dulu guaner, saya tengok dulu insya-Allah kita akan maklum baliklah. Jadi asasnya saya dah sebut dah jawab sebelum pada inikan. Insya-Allah sebagaimana yang kita sebut itulah. Pusat Bahasa Arab Terengganu jadi kita pun dah ada kelulusan di peringkat MKKN insya-Allah dalam proses apa orang panggil buat renovation kepada apa tempat tersebutlah dan kita akan insya-Allah kita cuba tahun hadapan ini akan bermula beroperasilah.

Yang Berhormat Jertih menyebut tentang berkaitan baju sekolah. Maksud ada berapa Yang Berhormat, saya dok tahu berapa, saya rasa dok berbangkit doh dok tahu. Memang hok tahun lepas kita dah start masuk memerintah itu, mari selalu baju sekolah memang ada sikit permasalahan sikitlah, tapi lepas pada ini kita dah buat penambahbaikan, semua senarai nama-senarai nama tahun lepas kita dah susun balik bagi kepada orang panggil MPKK dan sebagainya supaya dapat ditengoklah siapa yang perlu, wajib yang kita dapat laksanakan ataupun berikan mereka yang berhak. Cuma tolak yang tingkatan lima je ataupun masuk hok baru. Jadi kita, saya dapat maklumat ini, hok tahun ni kita gi ukur dulu. Jadi saya rasa dok berbangkit sikitlah. Yang kedua, lapan hok terakhir ni 85 ribu. Jadi 85 ribu ini kalau kita bagi DUN averagelah walaupun dok sama, 2600 orang untuk setiap DUN. Kalau kita rasa dok cukup lagi maknanya hok dulu buat kata doh orang miskin koho sikit, koho takdok bakpe yang ramai sangat. Sepatutnya golongan sasar tu. 2600 saya rasa dah terlalu ramai untuk setiap DUN kalau ada orang miskin betul dan kita dah turun ikut hok pusat RM1100 sekarang ini. Pendapatan dia RM1100.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang Berhormat

Ye.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Satu lagi pasal rungutan kena dua kali gi. Maknanya sekali dia panggil ukur. Pahtu kekgi sekali lagi nok gi ambik plok. Jadi dua kali. Dia kata ah nyusoh. Pahtu masa tu plok kebetulan ada peperiksaan.

Bila periksa?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Masa orang panggil ukur tu.

Ye, okey.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ha.. jadi kena tengoklah.

Kita dah check doh.

JPN dah beri surat. Masa tu masa habis periksa doh. Jadi masing-masing dok.. apa orang panggil dok tindan dok timbun manalah. Yang kedua, dok timbul dua kali ni. Dia mari ukur. Lepas pada tu kecuali ada YB nak wak majlis sikit, kita dok suruh panggil 2000 mari belaka. Dia berilah 10 orang, 100 orang ke kawasan dekat. Hok wakil kita MPKK gi bagi rumah ke rumahlah sebab nama siap dah. Bila ukur ni dok timbul hok lepas. Kadang-kadang salohlah, apalah. Sekarang makna dengan kasut kita bagi, RM100 kos kita. Baju, seluor, beg sekolah, stokin, kasut. Nok cari duane lagi? Kalu kita wi pitis RM100 dok jadi stabuk kang? Saloh buat, rokok se, (ketawa) jadi menda lain pulok kan? Jadi kita beri barang ni yang kita rasa sampai kepada apa orang panggil sasaranlah. Insya-Allah. Bulan 12 ni kita start bagi. Saya rasa itu lebih capai-lah hasrat kerajaan nak membantu yang melibatkan pakaian sekoloh. Insya-Allah. Bereh Yang Berhormat. Jadi, kalau kira tu Kerajaan reserve untuk 10 jutalah. Kalau 85 ribu Kerajaan jimat sikit lagilah. Insya-Allah. Berbanding tahun-tahun lepas.

Jadi pondok moden SMIDI, saya rasa dok berbangkit doh, orang faham doh ni kan? Pondok moden yang sedia ada kita teruskan dan Kerajaan habis RM9.9 juta pengurusan untuk pondok moden dengan kitab turath dia. Adapun apa, SMIDI ni dia KBD, kurikulum baru orang panggil diniah dan setakat ni kita dimaklum oleh Pejabat Pendidikan, kita buka tahun ni SMIDI ni 100 je 100 orang saja dan dimaklumkan yang mohon 400 doh. Jadi begitulah bagaimana hasrat rakyat ini untuk dapatkan pendidikan alternatif yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh terang sikit beza pondok moden, Imtiaz, SMIDI. Jadi nape ada perbezaan.

Yang di-Pertua

Panjang pulok tu Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok apalah. Sebab..

Zaman kerajaan kita..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok maksud saya, takut benda yang sama saja. Pertindihan berlaku. Kalau benda tu berlainan, okeylah tadok masalah.

Doh hok lepas tu Yang Berhormat tahu belaka doh sebab Yang Berhormat pun memerintah jugok tahun lepas. Kita royat ni SMIDI je ni. SMIDI.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Doh SMIDI nape beza dengan Imtiaz apa semua ni?

YANG BERHORAT SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Sakni kita kabo doh

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Nape? Mungkin saya dok dengor

Korikulum KSSM, KDD..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Pastu dia ngajor menda apa

Dia pondok ni thurat pulok

Yang di-Pertua

Panjang soalan Yang Berhormat ni. Penjelasan jadi panjang.

Kena gi pasentren pulok ni

Yang di-Pertua

Panjang soalan Yang Berhormat ni. Penjelasan jadi panjang.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok apalah dia panjang dalam dewan yang diperlukan, patut panjanglah.

Yang di-Pertua

Dok apa Yang Berhormat. Gini, kalau pencen, boleh cari lagi.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Esok ada sehari lagi

Kita nak baru buka Taman Tamadun ni, Yang berhormat gi ngaji pulok situ

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok kita, masalahnya kalau saya nak tahu sorang dok apa. Supaya rakyat tahu. Saya tanya dalam dewan ni supaya rakyat tahu, jadi rakyat akan tanya Pondok Moden lagu mana, SMIDI lagu mana pulok ni, Imtiaz dok sama ke dengan Imtiaz dan sebagainya. RM30 juta pulok tambah. Kalu sama doh, dok payohlah. Terus jelah.

Yang di-Pertua

Okey, boleh Yang Berhormat ye? Tadi dah ada penjelasan tadi kan?

Hor tu kata.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tidur ke tadi?

Hor tu kata.

Yang di-Pertua

Ada penjelasan dah tadi.

Tidur.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok tido. Saya straight ni. Yang Berhormat EXCO straight tuju ke saya sokmo. Kecuali masa dia jawab hok wanita baru dia tengok ke wanita. Tidak dia cakap hok lain pun dia tengok ke saya jugok.

(Ketawa) Mung wak fitnah sokmo ke aku. Dok baik tu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok, saya perati

Mati dosa tu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kalu jawab hok wanita..

Okeylah SMIDI ni.. lebih. SMIDI ni..

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tu mungkin mata memandang hati takut tidur.

Okeylah, SMIDI ni lebih kurang sama dengan SMASZA konsep dia, ada asrama penuh. Tingkatan satu sehingga lima. Tapi kurikulum dia KSSM dan juga KBD. Ada hafazan lebih kurang 10 juzuk. Tidak memberi penekanan kepada, apa, 30 juzuk. Imtiaz ni 30 juzuk. Ambik sains dan sebagainya. Dia ada channel-channel lain-lain lah tu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok apalah.

Sebab tu tanya.

Okey, Terima kasih.

Jelas dok? Pondok moden tu sebagaimana Yang Berhormat tahulah. T-Help. Memang betullah sekarang ni dia bawah Yayasan. Tahun depan kita akan perluaskan ke SMIDI dan juga insya-Allah kita akan tengok dulu sejauh mana hasrat permintaan tu atau akan datang akan perluaskan juga kepada SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri).

Pengkalan Berangan. Berkait tentang Imtiaz. Yang Berhormat pantun bukan main Imtiaz Marang dia ini. Jadi pihak MMKN telah meluluskan projek pembangunan baharu Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Marang, Lot PT 17827 Kampung Tok Muchung, Marang dengan keluasan 15.97 hektar yang kos pembangunan RM80 juta dan tahun depan akan start kerja-kerja tanah untuk tahun 2020. Yang Berhormat, Imtiaz. Seberang Takir tanya TSEP ork? Dok mari doh Seberang Takir ni. Dok mari dok payah jawab Yang Berhormat?

Yang di-Pertua

Hor betul. Dok mari dok payoh jawab.

Yang Berhormat Batu Buruk berkait dengan makanan halal. Memang kita pun, saya pun ada bincang jugak macam mana kita nak bagi keselesaan orang mari di Terengganu ini confirm makanan ataupun produk yang kita buat di Terengganu ini halal. Walaupun dibuat oleh apa orang panggil orang asing, orang luar dan sebagainya supaya dia dapat orang panggil sijil halal. Setakat ini sijil halal ini pilihan volunteer sahaja. Jadi orang nak dapat sijil halal, dia buat ataupun dokpun, dok. Sekarang mungkin kita berbincang dengan Kerajaan Tempatan boleh meletakkan syarat, apabila melibatkan produk makanan, dia perlu kepada sijil halal-lah supaya orang mari Terengganu ini dia boleh makan, halal tanpa was-was. Insya-Allah. Itu yang kita hasratkanlah. Sebab ada jugak Negeri Terengganu, cop halal tapi dok halal. Saya pernah jumpa sendirilah. Ada daging bakar salai yang dibuat oleh non-muslim. Cop halal tapi rupa dok halal. Tidak ada pun apa tu halal tapi kita ingat orang Terengganu buat ni, halal-lah mok’or. Dok mesti jugak. Jadi insya-Allahlah kita akan cuba untuk membuat penambahbaikanlah. Insya-Allah. Saya rasa saya dah sentuh semua. Satu lagi sebelum tu saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar, guru-guru termasuk Jabatan Pendidikan dan juga semualah yang terlibat yang telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas kecemerlangan pelajar-pelajar kita yang baru diumumkan keputusan periksa UPSR 2019 baru-baru ini. Jadi pada 2019 ni ada 20,028 pelajar yang mengambil UPSR seluruh Negeri Terengganu berbanding pada tahun lepas 19,620 maknanya lebih 1000-lah. Dekat-dekat 1000 untuk pelajar-pelajar yang mengambil UPSR. Jadi, daripada bilangan tersebut, tahap minimum dia, iaitu tahun ini 13,935 maknanya lebih baik daripada tahun lepas. Tahun lepas hanya 13,137 (66.96%) tahun ini 69.58%. Lebih baik daripada tahun 2018. Calon 2019 daripada 20,028 itu, di mana calon gagal semua mata pelajaran gerak belaka mok oh nye ork? Gagal belaka. Daripada 20,000 itu, hanya 161 tahun ini, 0.80%. Ramai juga itu, berbanding daripada tahun lepas 2018, 175 makna 0.89%, makna kita berjaya menurunkan kadar gagal semua matapelajaran. Inilah yang dikempen oleh pihak Kementerian mensasarkan supaya bilangan kadar semua gagal ini makin menurunlah. Jadi, gred purata negeri pada tahun 2019, JPN dia, 2.88 berbanding dengan 2018, JPN dia 2.90. Maknanya, Negeri Terengganu untuk peperiksaan kali ini meningkat dengan daripada 2.90 kepada 2.88. Makna, dia angka lebih kecil itu lebih baiklah. Jadi, saya ucapkan tahniah, pihak Kerajaan Negeri ucap tahniah kepada semua yang terlibat, moga-moga dapat mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan ini, insya-Allah. Saya rasa sekadar itu, ucap terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Paka di atas Penggulungan sebentar tadi. Sekarang, sampai masanya yang ditunggu, kita jemput Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk membuat Penggulungan keseluruhan apa yang kita bentangkan dan juga yang dibahaskan oleh apa nama ini, Yang Berhormat sekalian. Saya persilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan seluruh hadirin, para Pemerhati yang dihormati dan dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana memberikan kita ruang dan peluang untuk berada dalam Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan amanah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tanggungjawab kita kepada rakyat dan Negeri Terengganu Darul Iman. Izinkanlah saya pada petang yang berbahagia ini untuk mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina daripada semua pihak sepanjang kita berada dalam Dewan yang mulia ini. Begitu juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Enakmen Perbekalan 2020. Ucapan terima kasih juga kepada semua Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, Pemerhati dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Persidangan pada kali ini termasuklah rakan-rakan media yang memberikan liputan sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung. Semoga penglibatan semua pihak ini dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, beberapa pandangan dan cadangan-cadangan dan teguran telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dalam sesi Persoalan ataupun sesi Perbahasan yang telah berlangsung beberapa hari ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tepoh yang telah memberikan pandangan supaya pihak Kerajaan merundingkan dengan pihak Kerajaan Pusat agar pemotongan 25% amaun bayaran tunai Petroleum dikurangkan supaya hanya membuat pemotongan pada hutang yang telah matang sahaja. Sebenarnya pihak Kerajaan sendiri sudahpun membuat permohonan kepada pihak Kerajaan Pusat supaya memberikan pertimbangan semula dengan terhadap kadar pemotongan 25% ini. Insya-Allah kita akan terus berusaha untuk berunding, follow up dengan izin dengan Kerajaan Pusat. Begitu juga dengan isu yang diutarakan oleh Yang

Berhormat Tepoh berkenaan dengan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.431 bilion bagi kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2, LPT2. Saya sendiri telah menghantar surat pada 12 Mac yang lalu dan mengadakan beberapa siri pertemuan dan perundingan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini juga kita akan terus berusaha supaya hutang RM1.43 bilion itu dapat diperolehi oleh Kerajaan Negeri dan dapat kita gunakan untuk manfaat Negeri dan rakyat Negeri Terengganu. Ada beberapa soalan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang kebanyakannya telah dijawab oleh rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bermula daripada petang kelmarin sampai pada saat tadi. Antaranya ialah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Telemong, Sura, Batu Rakit dan lain-lain berkaitan dengan kebergantungan hasil Kerajaan Negeri terhadap sumber asli, gas dan petroleum serta hal yang berkait dengan hasil tambahan bagi Negeri Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan sedang membuat kajian dan penelitian supaya peranan Tabung Amanah Warisan yang ada adalah selari dengan peranan Sovereign Fund dengan izin sebagaimana yang ada di luar negara yang juga untuk menjana hasil daripada hasil petroleum dan gas daripada negara-negara yang berkenaan. Kita mahu Negeri Terengganu supaya kita dapat menguruskan sebahagian hasil petroleum dan gas ini menerusi Sovereign Fund dengan izin atau Tabung Amanah ini sebagaimana yang dilakukan oleh negara yang menjadi contoh yang dapat kita lihat dari segi governornya dari segi cara pengurusan urus tadbir kewangan seperti Norway dan sebagainya. Contohnya, apabila kita melihat pengurusan Tabung Amanah atau Sovereign Fund di negara Norway yang mempunyai sebanyak pada waktu ini adalah terbesar dalam dunia pada simpanan 1 trilion USD dengan nilai pelaburan dalam 9,158 buah syarikat di seluruh dunia di 73 buah negara. Bayangkan bagaimana mereka mempunyai suatu mekanisma, pengurusan kewangan dan pelaburan yang begitu prudent dengan izin yang mempunyai cara pengurusan governornya yang sangat cekap sehingga mampu untuk mengurus dana-dana mereka ini di 73 buah negara di seluruh dunia dan lebih daripada 9,000 buah syarikat. Menariknya, Norway Sovereign Fund ini ditubuhkan pada tahun 1990, sedangkan kita di Terengganu telah menerima hasil petroleum sejak daripada tahun 1970-an lagi. Dalam masa yang sama, selain daripada pengurusan kewangan yang lebih baik dalam Tabung Amanah Warisan kita ini, kita juga berhasrat dan sedang melakukan inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan syarikat-syarikat berkait Kerajaan atau GLC terhadap dana dari Kerajaan supaya GLC yang ada ini tidak memerlukan suntikan dana yang banyak daripada pihak Kerajaan sebagaimana yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Hasilnya apabila GLC ini memberikan, mampu untuk memberikan aturan perbelanjaan yang baik dan berdaya maju, mereka juga mampu

untuk menyumbang balik kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Terengganu. Hal berkaitan dengan GLC ini, saya akan sebut di akhir Penggulungan saya sekejap lagi. Termasuk juga kaedah kita bagi mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas ini adalah usaha untuk meningkatkan keupayaan industri dan penyelidikan anak negeri yang secara tidak langsung adalah berkait dengan peningkatan pendapatan bagi anak-anak Negeri Terengganu dengan meningkatnya pendapatan mereka, maka kuranglah kebergantungan rakyat terhadap dana daripada Kerajaan. Bagi menampung pula keperluan hasil Negeri, maka Negeri menyasarkan sebanyak 15% pendapatan tambahan yang bakal dijana melalui tiga sektor utama iaitu yang pertama adalah pelancongan, yang kedua adalah air dan galian dan kita tahu bahawa sektor pelancongan ini ada dua kaedah, yang pertama adalah kaedah penjanaan kepada pendapatan Negeri dan yang kedua ialah penjanaan kepada pendapatan rakyat yang berniaga atau berurusniaga yang berkait dengan pelancongan dan keperluan pelancong. Bagi sektor pelancongan, kita sudah mengkaji untuk memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai warisan dan cukai pemeliharaan. Kita akan tengok beberapa model yang ada di negeri-negeri di Malaysia ini dan apa yang dilaksanakan dalam ruang lingkup atau skop yang dibenarkan dalam negara kita ini. Manakala, untuk sektor bekalan air, kita akan menggubal Enakmen Pembekalan Air Mentah bagi membolehkan Kerajaan Negeri menjana pendapatan melalui penggunaan air mentah oleh pihak industri. Perkara ini sudah melalui proses di MMKN dan telah dipersetujui, diluluskan di peringkat MMKN dan insya-Allah akan dibawa ke Dewan Yang Mulia ini di dalam Sidang yang akan datang. Bagi sektor galian pula Kerajaan Negeri akan menyemak semula caj-caj yang dikenakan untuk pengeluaran bahan galian supaya paling tidak ia setanding dengan apa yang dilaksanakan oleh negeri-negeri lain dan memberi hasil yang baru tambahan kepada Kerajaan.

Berkenaan dengan aspek ekonomi sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan projek di bawah deferred and scheduled payment yang tidak disiapkan mengikut jadual, sememangnya kelewatan pelaksanaan projek-projek deferred and scheduled payment ini merugikan Kerajaan Negeri dari sudut penggunaan projek-projek berkenaan untuk kepentingan rakyat dan Negeri. Namun demikian kelewatan ini berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah faktor cuaca, isu-isu pengambilan tanah, kelewatan bayaran projek ekoran kedudukan aliran tunai Kerajaan, kelewatan kontraktor dan sebagainya. Persoalan sama ada kerugian ini ditanggung oleh kontraktor atau Kerajaan Negeri adalah berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani. Jika punca kelewatan itu adalah hasil daripada kelemahan pihak kontraktor sendiri maka denda LAD akan dikenakan kepada kontraktor. Ada pandangan

dan persoalan dari beberapa Ahli Yang Berhormat antaranya daripada Permaisuri dan lain-lain tentang tindakan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan Kerajaan Persekutuan membawa lebih banyak projek-projek bagi memajukan Negeri Terengganu. Kita sedar bahawa ini antara cabaran yang perlu kita hadapi dalam keadaan Negeri ditadbir urus oleh parti yang tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan. Antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan secara berterusan daripada hari pertama sehinggalah ke saat ini adalah;

1. Mengadakan engagement dengan izin, pegawai-pegawai di Kementerian-kementerian untuk membina hubungan yang baik walaupun berbeza dari segi pentadbiran Kerajaan.

2. Membuat permohonan projek kepada Kementerian berdasarkan keperluan yang ada di Negeri Terengganu.

3. Mengalu-alukan kedatangan para Jemaah Menteri dan pegawai-pegawai ke Negeri Terengganu untuk berbincang mengenai kemajuan Negeri Terengganu.

4. Tidak mewujudkan jurang dengan Jabatan-jabatan Persekutuan di peringkat Negeri walaupun berlainan parti yang meneraju Kerajaan. Malah kita mengalu-alukan hubungan yang sillaturahim yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Agensi daripada Kerajaan Persekutuan.

5. Mengadakan inisiatif untuk penyediaan cadangan-cadangan Projek RMK-12 berdasarkan kepada 10 fokus group discussion di bawah portfolio Kerajaan Negeri.

Projek-projek tersebut disusun mengikut senarai keutamaan setiap portfolio dan akan dipanjangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan di Kementerian yang berkaitan. Kembali kepada hal yang berkait dengan mengembangkan syarikat-syarikat berkait Kerajaan bagi memulihkan ekonomi Terengganu, sebahagian besarnya sebenarnya sudah dijawab dalam soalan-soalan yang berkait dengan pemerkasaan GLC ini, yang saya sendiri ada jawab soalan daripada Manir cuma saya nak tambah beberapa perkara yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Terengganu Incorporated bagi memulihkan ekonomi dan memperkasakan syarikat-syarikat ini;

1. Memperkasakan peranan Terengganu Incorporated sebagai State Investment Am dengan sistem urus tadbir yang lebih baik dan lebih cekap.

2. Penstrukturan semula Anak Syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc. mengikut kluster perniagaan yang saya sebut dalam sebelum ini bahawa proses penstrukturan, secturing dan re-alignment syarikat-syarikat ini, di mana penstrukturan ini menfokuskan kepada lima sektor utama iaitu;

i.

Perladangan atau plantation dengan izin ii.

Tenaga dan sumber asli atau energy and natural resources iii. Infra, Pembinaan dan Kejuruteraan iv. Minyak dan Gas v. Penjagaan Kesihatan

Pengkelasan mengikut sektor ini akan mewujudkan sinergi serta menjadikan Terengganu Incorporated berdaya saing dalam sektor pelaburan yang strategik. Penstrukturan ini juga akan melibatkan corporate exercise dengan izin seperti penggabungan dan pengambilalihan serta penutupan entiti perniagaan yang terlibat, yang saya rasa telah diperjelaskan sebelum ini.

Satu perkara yang menarik minat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah tajuk Muafakat Nasional. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdullilah saya juga ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyambut agenda Muafakat Nasional dalam ucapan perbahasan pada Sidang Dewan kali ini. Hampir keseluruhan Ahli Yang Berhormat telah menyebut mengenai Muafakat Nasional. Ada satu pantun, Dato’ Yang di-Pertua,

Makan roti john di pagi hari Sambil naik kereta terbang Muafakat Nasional nama diberi Membawa cahaya terang benderang

Yang Berhormat daripada Telemong, Jertih dan Hulu Besut ada menyentuh soal pemerkasaan Muafakat Nasional di peringkat akar umbi dan persoalan yang berkaitan dengannya. Kita sedar bahawa isu Muafakat Nasional ini bukan sahaja perlu dihadam

oleh seluruh kepimpinan, anggota pentadbiran dan Ahli-Ahli Yang Berhormat tapi yang besar yang pentingnya ialah ia haruslah difahami, ditekuni dan dihayati oleh seluruh akar umbi atau grass root yang ada dalam masyarakat kita. Inilah cabaran yang besar yang perlu kita hadapi terutama kepada pemimpin-pemimpin parti politik daripada kedua-dua belah pihak, bagi membawa satu agenda yang sangat besar ini ke dalam masyarakat. Sudah tentu perkara-perkara yang baharu sebegini memerlukan political will dengan izin, kehendak politik, tindakan yang cermat dan kadang kala memerlukan ketegasan untuk memastikan agenda yang besar yang bukan sahaja agenda di Negeri Terengganu, tetapi agenda di peringkat nasional kerana apa yang akan kita capai di peringkat Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan masa Persidangan akan tamat tempohnya pada pukul 5.00 petang, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan ini dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan. Kaitan Enakmen Perbekalan 2020 serta usul-usul yang telah diberi notis. Iaitu pertama Usul Pembangunan 2020, yang kedua Usul Perbekalan Air 2020. Sebagaimana yang telah ditetapkan menurut di bawah Perkara 7 (1A) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima satu usul, saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa Persidangan Dewan pada hari ini. Oleh yang demikian, masa Persidangan Dewan ini dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan berkaitan Enakmen Perbekalan 2020 serta usul-usul yang telah diberi notis iaitu Usul Pembangunan 2020, Usul Perbekalan Air 2020 sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Tertib Pekerjaan Dewan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri yang ke-14, Persidangan Dewan diteruskan. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat rakan-rakan sekalian, saya jelaskan sebentar tadi bahawa ianya memerlukan political will suatu ketegasan dan cermatnya kita berurusan dalam masyarakat yang telah berdepan dengan pelbagai perkara sejak puluhan tahun yang lampau. Walaupun begitu sebagai pemimpin saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat terhadap satu peribahasa Melayu yang menyebut, „kayu

besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar’, yang memberi makna pemimpin seperti kitalah yang akan menjadi tempat rakyat bagi mengadukan nasib mereka dan kitalah yang bertanggungjawab untuk mengaturkan untuk menjalankan urusan agenda yang besar ini. Bagaimana kita menjadi pemimpin yang berjiwa besar untuk membawa agenda besar Muafakat Nasional tentunya akan berdepan dengan rungutan dan pelbagai pandangan rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang mereka. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat kerana mereka sudah tentu adalah pihak yang berdepan dengan pelbagai tatacara yang berlaku dalam pengalaman mereka sama ada tatacara ketidakadilan, sama ada tatacara apa jua yang berlaku sepanjang sejarah pertembungan politik kepartian di Negeri Terengganu dan dalam semua negara yang bernama Malaysia ini. Tugas kita sebagai pemimpin ini adalah sedikit demi sedikit untuk memberikan penjelasan agenda besar ini kepada rakyat dan penyokong masing-masing supaya apa yang kita mahu capai di peringkat nasional bagi menyelamatkan ummah, menyelamatkan agama dan negara kita tidak terjejas dan matlamat membina Terengganu tercinta ini tidak akan terencat. Bediuzzaman Said Nursi seorang tokoh yang terkenal dari Turki pernah menyebut musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan. Permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan kita sebenarnya tidak mempunyai waktu untuk bermusuh, untuk bermusuhan sesama sendiri sekiranya kezaliman di zaman Aparteid di Afrika Selatan 25 tahun lalu boleh ditamatkan dengan truth and reconciliation commission. Kita tahu apa yang berlaku semasa Aparteid tidak tergambar oleh kata-kata, tidak dapat dibayangkan oleh sebarang lukisan ataupun sebarang penceritaan, tetapi akhirnya berjaya ditamatkan. Sekiranya penyatuan German dengan runtuhnya tembok Berlin pada bulan ini, pada bulan November pada tahun 1991 iaitu 28 tahun yang lalu, yang telah memisahkan sempadan n yata dan adik beradik serta anggota keluarga boleh yang terjadi akibat daripada tirani politik dan kemurungan ekonomi yang akhirnya boleh disatukan maka kenapa kita, pemimpin dan rakyat di Negeri yang sangat bertuah ini, tidak boleh bersama untuk membina bangun Negeri kita dan seterusnya menjadikan Negeri kita sebagai contoh terbaik keharmonian hubungan dalam bermasyarakat, tiada yang mustahil peribahasa Melayu menyebut „pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang’, kata janji muafakat kita perlu sebaik-baiknya seperti juga kata peribahasa Melayu, „Mengebat erat-erat, membohol mati-mati’, dan „Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari’. Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak pemimpin dan rakyat, dan daripada kedua-dua belah parti. Walau bagaimanapun, saya percaya isu ini boleh

diselesaikan dengan perbincangan, perancangan dan sebagainya, dan melalui Jawatankuasa Muafakat Nasional Peringkat Negeri Terengganu yang telah ditubuhkan secara bersama antara kedua-dua belah pihak di peringkat Negeri Terengganu dan di peringkat Malaysia. Kita juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan di peringkat Nasional untuk melakukan yang terbaik. Walaupun di peringkat Nasional, saya sendiri adalah Naib Presiden, tetapi kita menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk sama-sama berbincang, berunding bagi mencari jalan yang terbaik bagaimana kita membawa suatu agenda Muafakat Nasional di Negeri Terengganu tanpa menjejaskan apa yang ingin kita bawa di peringkat Nasional seterusnya membina Terengganu, membina Malaysia dan menyelamatkan ummah, rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pesanan yang diberikan oleh Yang Berhormat Seberang Takir untuk kita memberikan penumpuan kepada pendidikan demokrasi terutamanya kepada remaja-remaja yang berusia 18 tahun agar mereka lebih celik politik dan isu-isu semasa adalah satu perkara yang perlu diberikan penekanan. Dalam PRU yang lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa seramai 3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas masih lagi tidak mendaftar sebagai pengundi. Angka ini menunjukkan anak muda tidak berminat mengambil bahagian dalam politik. Dalam satu kajian yang lain menunjukkan bahawa anak-anak muda ini terutama daripada negeri-negeri sebelah Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) yang kita tahu siapa di kalangan mereka ini, daripada etnik mana, juga tidak menunjukkan minat yang lebih berbanding dengan anak-anak muda yang berada di sebelah Pantai Barat. Oleh itu, peranan pendidikan politik terutamanya anak muda sejak di peringkat remaja perlu diambil perhatian oleh semua pihak sama ada pihak Kerajaan, rakan-rakan, masyarakat, sekolah dan ibu bapa. Kita mengharapkan pendekatan damai melalui Muafakat Nasional yang telah kita gagaskan secara bersama ini akan menarik semula anak muda bagi menyertai dan mengambil tahu tentang apa jua isu yang berkaitan dengan mereka dalam negeri ini dan dalam negara kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sikit lagi. Dalam Belanjawan 2019, saya ingin simpulkan, 2019 ya, yang dahulu, Kerajaan Negeri telah meletakkan sasaran sebanyak 12 daripada 20 manifesto untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah membuat penambahan 2 lagi manifesto, agenda manifesto untuk dilaksanakan pada tahun 2020, sekali gus menjadikan 14 agenda telah terlaksana dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Dua manifesto pada tahun 2020 adalah pertama, sebagaimana yang telah

diperjelaskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sepanjang perbahasan dan sesi soal jawab. Yang pertama adalah penubuhan Pusat Pemulihan Penagih Dadah secara holistik dan yang kedua adalah penubuhan Kolej Universiti Quran Terengganu. Kita mengharapkan sebelum berakhirnya penggal ini, kita berjaya untuk melunaskan agenda manifesto yang telah dijanjikan, insya-Allah apa jua yang kita buat ini kita mohon diberikan panduan, diberikan bantuan oleh Allah Subhanu Wa Ta’ala. Sebagai akhirnya, saya tutup ucapan penggulungan saya ini dengan satu lagi pantun:

Sungguh indah irama gamelan, Lagu dialun selembut sutera, Belanjawan 2020 kita jayakan, Membina Generasi Terengganu Sejahtera.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah, demikian tadi penggulungan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menyempurnakan keseluruhan penggulungan berhubung dengan Enakmen Perbekalan 2020 yang telah kita bincangkan. Jadi, setelah kita selesai penggulungan Enakmen Perbekalan 2020, sekarang saya buka kepada undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2020 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2020 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan Dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2020 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2020. Alhamdulilah Enakmen Perbekalan 2020 telah diluluskan.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Yang di-Pertua

Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2020

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen 4 (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2020 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Maksud Tajuk Maksud Negeri (RM) Diganti Oleh Persekutuan (RM) Pinjaman (Negeri) (RM) Pinjaman (Pusat) (RM) JUMLAH

(RM) P.02 Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan

615,450,490.00 - - - 615,450,490.00 P.04 Pejabat Perbendaharaan

500,010.00 - - - 500,010.00 P.10 Jabatan Kerja Raya

1,500,030.00 - - - 1,500,030.00 P.11 Jabatan Pengairan & Saliran

1,500,040.00 - - - 1,500,040.00 P.12 Pejabat Daerah Besut

1,500,000.00 - - - 1,500,000.00 P.13 Pejabat Daerah Dungun

1,200,000.00 - - - 1,200,000.00 P.14 Pejabat Daerah Hulu Terengganu

800,000.00 - - - 800,000.00 P.15 Pejabat Daerah Kemaman

1,200,000.00 - - - 1,200,000.00 P.16 Pejabat Daerah Kuala Terengganu

2,000,000.00 - - - 2,000,000.00 P.17 Pejabat Daerah Marang

1,200,000.00 - - - 1,200,000.00 P.18 Pejabat Daerah Setiu

800,000.00 - - - 800,000.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 9/2019.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sila, ada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap atau membuat perbahasan? Sila Wakil Tepoh.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pegawai-pegawai yang turut bersama pada petang ini.

Saya terus ingin menarik perhatian Dewan, merujuk Kertas Dewan Bil.9/2019 pada halaman 228;

Butiran Tajuk Jumlah 04906 Pembinaan Jalan dan Jambatan Dari Jeram Ke Kg.Tok Kong Ke Bukit Guntong Kuala Terengganu RM3,100,000.00

Dimaklumi umum jalan dan jambatannya telah siap. Adakah masih ada saki-baki yang belum diselesaikan?

P.19 Pejabat Pengarah Tanah & Galian

20,000,000.00 - - - 20,000,000.00 P.29 Pejabat Perhutanan Negeri

250,000.00 - - - 250,000.00 P.30 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

250,000.00 - - - 250,000.00 P.31 Jabatan Pertanian Negeri

250,020.00 - - - 250,020.00 P.32 Pelbagai Pembangunan

49,690,070.00 - - - 49,690,070.00 P.35

Pejabat Daerah Kuala Nerus 1,200,000.00

1,200,000.00

Merujuk Jadual P02 dan lanjutan perincian di dalam Buku Belanjawan 2020 pada halaman 229;

Butiran Tajuk Jumlah 06904 Infrastruktur Bandar Baru Kijal, Kemaman RM44,000,000.00 06909 Kerja-kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Loji Rawatan Air Di Bukit Sah, Kemaman RM80,000,000.00 06910 Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara RM113,940,000.00 15934 Pembinaan Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu RM24,710,000.00 16940 Pembangunan Daerah Kuala Nerus RM105,000,000.00 16945 Pembangunan Muara Sungai Terengganu RM21,200,000.00

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM388,850,000.00

Soalan yang ingin dikemukakan, berapakah jumlah Bayaran Berjadual untuk pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus? Difahamkan komitmen pembayaran tahunan adalah sebanyak RM70 juta setahun. Seolahnya ada projek lain yang menumpang sama dalam butiran 16940. Dijangka projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring yang paling munasabah berada dalam butiran tersebut. Jika benar, baki selepas pembayaran RM70 juta untuk 2020 adalah sebanyak RM35juta.

Walaupun begitu, rekod sepanjang 5 tahun Belanjawan, butiran 16940 sentiasa menerima lebih RM70juta melainkan pada tahun 2016. Untuk perbandingan;

2016 2017 2018 2019 2020 70,000,000.00 90,000,000.00 90,000,000.00 95,000,000.00 105,000,000.00

Ertinya untuk Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring untuk 2017 menerima RM20 juta, 2018 juga menerima RM20 juta, 2019 menerima RM25 juta dan tahun 2020 bakal menerima RM35juta. Jumlah keseluruhan adalah RM100 juta. Berapakah jumlah sebenar projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring kerana tiada butiran yang memperincikan peruntukannya.

Atau adakah Butiran 16940 itu sememangnya untuk Bandar Baru Kuala Nerus tanpa ada projek lain yang kongsi bersama. Jika benar, jumlah keseluruhan mencecah

RM369,000,000.00 bermula 2016-2020. Difahamkan, komitmen pembayaran ini bermula tahun 2016 dan akan berakhir pada tahun 2024. Persoalannya, mengapakah pembayaran berjadual secara tahunan RM70 juta ini dibuat pembayaran melebihi kadar tahunan? Saya telahpun memberi notis kepada EXCO Infrastruktur.

P32: Pelbagai Pembangunan pada halaman 253.

Butiran Tajuk Jumlah 16203 Projek-projek Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat Di Dalam Kawasan MBKT RM 80,000.00

Persoalannya, kenapakah MBKT sebagai PBT yang mengawal selia ibu negeri diperuntukkan dengan jumlah paling rendah dibandingkan PBT lain. Lihat butiran:

Butiran Tajuk Jumlah 16199 Majis Daerah Hulu Terengganu RM400,000.00 16201 Majlis Perbandaran Kemaman RM400,000.00 16204 Majlis Daerah Besut RM600,000.00 16205 Majlis Daerah Marang RM280,000.00

Sedangkan MBKT hanya menerima RM80,000.00.

Butiran Tajuk Jumlah 30940 Bangunan Pusat Pentadbiran MBKT RM30,000.00

Berapakah kos pembinaan bangunan Pusat Pentadbiran MBKT yang dahulunya butirannya memperincikan sebagai Bangunan Baru Pentadbiran Negeri Terengganu? Pohon maklum balas daripada pihak Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Tepoh. Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang ingin turut sama dalam perbahasan Usul Pembangunan 2020? Kalau tidak ada saya minta Wakil Kerajaan untuk membuat penggulungan.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati Yang di-Pertua Dewan, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ringkasnya apa yang diperkatakan oleh

Pengerusi BBC tadi berkaitan dengan Buku Bajet kita iaitu berkaitan dengan Kertas DUN Bil.9/2019.

Pertamanya, berkaitan dengan projek jalan raya yang telah siap dan jambatan dari Jeram Ke Kg. Tok Kong. Projek ini memang dah siap tetapi pembayarannya belum siap sebab itulah kita lihat di sana ada RM3.1 juta untuk diperuntukkan pada tahun hadapan untuk menyelesaikan semua statement final account yang akan dibuat nanti.

Keduanya, berkaitan dengan butiran muka surat 233, Projek 16940 iaitu Pembangunan Daerah Kuala Nerus. Sebenarnya projek ini 16940 ini dia ada dua projek:

Pertamanya, Projek Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Pusat Pentadbiran Baru Daerah Kuala Nerus iaitu kita panggil Schedule Payment RM600 juta yang kita perlu bayar RM70 juta setiap tahun. Dan di dalam sana ada satu lagi projek iaitu Membina Dan Menyiapkan Projek Tebatan Banjir Baruh Tok Jiring di Batu Rakit Fasa Pertama yang ini sebanyak RM80 juta yang tidak disebut di dalam vot. Jadi kedua-dua projek ini perlu sebanyak RM105 juta yang kita peruntukkan untuk tahun hadapan dan insya-Allah akan siaplah projek di Tok Jiring ini. Yang mana setakat ini kita bayar sebagaimana yang disebut tadi peruntukan yang telah diberi daripada tahun 2017sehingga 2020 iaitu RM100 juta sedangkan projek ini hanya RM87 juta. Dekat mana? Jadi sebenarnya Bajet yang kita peruntukkan tahun 2017, RM20 juta itu hanya sebahagian sahaja yang digunakan sebab itulah kalau kita lihat macam seolah-olah over budget tapi sebenarnya bajet itu ada tapi kita guna duit kurang daripada itu. Setakat ini RM61.5 juta telah kita bayar untuk projek di Tok Jiring. Jadi kita melebihi peruntukan sebanyak RM35 juta, jadi sudah mencukupi projek keseluruhan dalam RM87 juta.

Seterusnya, berkaitan dengan PBT. Hak ni sepatutnya Dr. Alias ini, tapi tak apalah saya jawab ajelah, ringkas sahaja iaitu berkaitan dengan Projek Majlis Daerah yang mana dibangkitkan tadi sebanyak RM80,000 sahaja untuk MBKT. Tetapi apabila kita perhatikan betul-betul di sana, sebenarnya RM800,000 setiap Majlis Daerah iaitu MBKT - RM800,000, MPK - RM800,000, Dungun - RM800,000 semuanya RM800,000. Tetapi apa yang ditulis di sana, apa yang disebut tadi adalah sebahagian daripada peruntukan. Contohnya, kita ambil di MBKT, MBKT ada RM800,000. Pertama, Projek Perdagangan Dan Perindustrian di bawah MBKT iaitu Projek 03975 - Peruntukan RM150,000. Program Pencahayaan Dalam Kawasan MBKT, Projek 16159 - RM70,000. Binaan Longkang - RM150,000. 16166 RM100,000 - Lanskap dan Kawasan MBKT. Kemudian, Kemudahan Bangunan MBKT

RM150,000. Projek Majlis Tempatan Dan Kebajikan Masyarakat Di Dalam MBKT RM80,000. Jadi kita tak bacalah RM80,000 itu saja. Dan Projek Perkhidmatan Am di bawah MBKT - RM100,000. Sekiranya kita campur keseluruhannya itu memang RM800,000. Jadi tidak ada kurang dan tidak ada lebih setiap Majlis Daerah diberi RM800,000 hanya kita baca sahajalah hanya sebahagian daripada itu. Seterusnya, apa yang dibangkitkan tadi berkaitan dengan Projek MBKT kita atau Bangunan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, setakat ini …

Yang di-Pertua

Majlis Bandaraya, Yang Berhormat.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Haa… Majlis Bandaraya, minta maaf Yang di-Pertua Dewan. Setakat ini kita telah bayar sebanyak RM150.809 juta iaitu daripada tahun 2013 - RM7.8 juta, 2014 - RM12 juta lebih. Akhirnya, RM150 juta setakat tahun 2019. Jadi projek ini keseluruhannya RM180 juta. Jadi dah belanja RM150, tahun ini kita nak beri lagi RM30 juta, insya-Allah. Bangunan tersebut akan siap pada tahun hadapan. Itulah jawapan ringkas daripada saya di dalam pertanyaan daripada Pengerusi BBC tadi. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan, Wakil Kuala Berang di atas penggulungan isu-isu yang dibangkitkan oleh Wakil Tepoh. Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Perbelanjaan Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2020

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Ramanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan:

“Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2020 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL

Tajuk Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pengurusan Perbekalan Air 828,710.03 - 828,710.03 Pembangunan Perbekalan Air 800,070.00 - 800,070.00 JUMLAH

-1,628,780.03

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil.10/2019.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon meyokong Usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa di kalangan Ahli Yang Berhormat yang bercadang untuk berucap atau membuat perbahasan? Tidak ada. Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana kita telah mengambil sebahagian daripada agenda yang kita bincang sehingga lewat petang, jadi esok kita cuma ada hanya satu agenda sahaja iaitu Soalan-soalan Lisan. Sebenarnya, jadi lima hari ini kerana mengambil kira ada Rang Undang-Undang yang lain. Walau macamanapun ini adalah suara rakyat, Soalan-Soalan Lisan adalah penting dan kita harap tidak ada Ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir melainkan yang uzur syari’e. Ada yang dah maklumkan kepada saya dan walaupun tak masuk dalam Agenda Persidangan, kita ada Sukan Memanah sempena dengan Sidang Dewan kita pada kali ini, jadi sedang moleklah, kita mari pagi dan habis tengah hari, waktu petang kita pakat memanah belaka.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan kita dan kita sambung semula pagi esok, 28 November 2019 pada jam 9.30 pagi. Kita tangguhkan dengan baca Tasbih Kafarah dan Surah Al „Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 6.00 PETANG.