Terengganu · 11 August 2020
14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 418 turns · 34,703 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat ataupun persidangan kita pada hari ini, bagi mendapatkan keberkatan marilah sama-sama kita mulakan dengan Ummul Quran Al-Fatihah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada hari ini 11 Ogos 2020 adalah seperti berikut;
1 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut
2 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
3 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
4 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
5 Yang Berhormat Wakil Jertih
6 Yang Berhormat Wakil Bandar
7 Yang Berhormat Wakil Langkap
8 Yang Berhormat Wakil Air Putih
9 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit
10 Yang Berhormat Wakil Ajil
11 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
12 Yang Berhormat Wakil Kemasik
13 Yang Berhormat Wakil Permaisuri
14 Yang Berhormat Wakil Wanita
15 Yang Berhormat Wakil Tepoh
16 Yang Berhormat Wakil Batu Burok
17 Yang Berhormat Wakil Sura
18 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir
19 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading
20 Yang Berhormat Wakil Telemong
21 Yang Berhormat Wakil Manir
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Hulu Besut untuk mengemukakan soalan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang Dewan, soalan saya soalan dua.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan yang hadir sekalian. Soalan Wakil Hulu Besut bertanyakan berapa jumlah pelajar Negeri Terengganu yang telah dihantar ke luar Negara?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bukan soalan nombor satu, soalan nombor dua.
Soalan nombor dua, bukan ditolak ke Yang Berhormat?
Soalan nombor dua Yang Berhormat ditolak.
Okay, soalan nombor satu-
Berapakah jumlah pelajar Negeri Terengganu yang dihantar ke Luar Negara oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2018 hingga tahun 2020?
Okey, jadi Wakil Hulu Besut bertanyakan jumlah pelajar Negeri Terengganu yang telah dihantar ke luar Negara oleh kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Untuk makluman sidang Dewan, setelah pilihan raya pada Jun 2018, jadi kita baru mengambil pentadbiran, pemerintahan dan sempena manifesto kita, kita bercadang untuk membuka kembali pinjaman pembelajaran Yayasan Terengganu, jadi pada 2018, seorang sahaja dihantar, kerana 2017 itu ikut pentadbiran ataupun keputusan kerajaan sebelum pada itulah, jadi 2018 setelah kita memerintah ini, kita pinda balik dan buka balik pinjaman Yayasan Terengganu jadi pada 2019 kita mula menghantar pelajar ke luar Negara iaitu 19 orang dan 2020 apabila isu COVID ini jadi tertangguh, untuk kita hantar ke luar Negara dan sebahagian juga masih ada lagi dalam pelajar yang kita taja buat A-level ataupun foundation tapi masih lagi belum tamat pengajian, setakat ini yang ada luar Negara sekarang ini 19 orang, satu campur yang 2018, 2020 ini kita anggar 40 orang tapi tertangguh sempena COVID ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, daripada 19 orang itu, kebanyakannya ke mana dihantar oleh kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, 19 orang pada tahun 2019 itu, seorang ke Ireland, dua orang ke Jepun untuk Kejuruteraan Kimia dan juga Kimia Gunaan, sepuluh orang Ijazah Perubatan di Jordan, tiga orang pergigian di Mesir dan tiga orang Islamic Banking Jordan. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Wakil Rantau Abang.
Yang Berhormat Dato’, soalan saya ialah soalan nombor satu-
Nyatakan jumlah terkini secara terperinci mengenai pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) yang telah dibina, sedang dibina dan akan dibina pada masa akan datang?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua jabatan, para pemerhati yang dikasihi sekalian.
Rantau Abang ingin tahu, saya kena sebut juga, sebab mungkin orang tidak baca lagi, gerak perlahan-lahan, nyatakan jumlah terkini secara terperinci mengenai pembangunan Rumah Mampu Milik yang telah dibina, sedang dibina dan akan dibina pada masa yang akan datang? Untuk jawapannya, rumah yang telah dibina maksudnya yang telah siap, ialah sebanyak 220 unit, Rumah Mampu Milik. Dalam pembinaan dan proses sedang berjalan sekarang, berperingkat 7,775 unit dalam perancangan, masih belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Negeri lagi, tapi sudah ada semua pemaju dan sebagainya adalah 4,560 unit, jadi jumlah sekarang 12,555 unit. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua Dato’, soalan tambahan saya yang pertama ialah: Projek Perumahan sudah tentulah tidak mampu digunakan peruntukan kerajaan Negeri sahaja, sudah tentu peruntukannya datang daripada usahasama daripada pihak swasta dan jugak pihak Persekutuan, tapi soalan sayanya ialah saya ingin tahu senarai projek pembangunan Rumah Mampu Milik yang menggunakan peruntukan Negeri, dan apakah status projek tersebut sehingga kini?
Terima kasih kekanda saya Rantau Abang, soalan ini sebenarnya ada kesamaan dengan Air Putih, Air Putih pun hadir hari ini, Air Putih baru sihat daripada kemalangan buat pembedahan, dan alhamdulillah hari ini telah sihat, boleh hadir Dewan. Jikalau nak tambah pun, Air Putih boleh tambah soalan tambahan dan saya akan jawab juga yang disoalkan oleh Air Putih. Untuk jawapan kepada kanda saya di Rantau Abang ini, kita ada projek peruntukan kerajaan Negeri, lapan projek, terutamanya yang telah siap, 100% adalah di Seri Bandi yang dibina zaman kerajaan dahulu lagi, dah siap pada tahun ini, dalam proses untuk diagihkan kepada peserta-peserta yang layak. Yang kedua, Rumah Mampu Milik di Pulau Redang, Kuala Nerus 160 unit. Ini projek sakit ini macam-macam ubat doh kita bagi ubat, juga ubat rumah dibina zaman sebelum kerajaan baru ini. Projek itu masih lagi dalam pembinaan dan status sekarang 88.7% yang berkaitan dengan
kes mahkamah dan sebagainya macam-macam. Jadi, agak sukar untuk dirawati tapi insya-Allah tapi sekarang telah dapat kita mulakan semula dan dijangka siap dalam, dijangka dapat disambung kerja-kerja dalam bulan Ogos nanti.
Yang seterusnya Rumah Mampu Milik Tajin Hulu Terengganu, ini memang projek baru kita. 250 unit, status projek sekarang adalah 35.97%, jadual 48.47%. Ini lewat kerana tiga bulan baru ini, PKP, tidak dapat kerja-kerja tidak dapat dijalankan. Begitu juga Rumah Mampu Milik Tok Jembal Kuala Nerus, 160 unit. Ini rumah flat ataupun high-rise, bertingkat. Status projek 20.87%, jadualnya ialah 37.92% juga kerana PKP. Rumah Mampu Milik Tempinis Besut, 100 unit. Status projek 2.45%, jadual 5.46%. Zon Chengal Dua, 200 projek. 2% unit status sekarang 1.36, ini baru nak lancar perasmian, pada 18 hari bulan ini insya-Allah. Tapi kerja-kerja telah berjalanlah sebab telah kita award. Rumah Mampu Milik Bukit Gasing Dua, 250 unit, dalam proses lantikan perunding. Rumah Mampu Milik Bukit Tumbuh Kuala Nerus 120 unit, juga dalam proses perlantikan perunding. Lapan projek yang sedang berjalan sekarang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Lepas dasar permohonan baru diperkenalkan oleh kerajaan. Pihak kerajaan masih lagi membina Rumah Mampu Milik melalui PMINT. Soalan saya, apakah kriteria pemilihan pembinaan rumah oleh PMINT di lokasi-lokasi yang dipilih. Terima kasih.
Sebelum itu, saya jawab dulu berkaitan dengan soalan asal daripada Air Putih yang dok tahu berapa sejak daripada penswastaan ini, berapa projek penswastaan yang telah kita luluskan daripada projek ini bermula di dasar baru ini bermula 1 September 2019. Kita telah lulus enam projek penswastaan, tiga di Kemaman, dua di Besut, dan satu di Hulu Telemong, enam projek. Berkaitan dengan kriteria, pertama sekali kriteria untuk projek JV ini. Syarat dia adalah kita mengutamakan tanah-tanah kerajaan. Tanah kerajaan yang memang dari segi pemilihan kita nak pilih tanah yang tidak bermasalah, tanah yang rata. Tapi untuk buat masa ini, untuk negeri Terengganu sudah kurang tanah. Yang kata hok molek iaitu hok tak payoh tambung tu takdok doh. Melainkan tanah dalam paya, tanah cerun dan sebagainya. Jadi, walau bagaimanapun, keutamaan kita tanah kerajaan. Bila tanah kerajaan, syarikat-syarikat termasuk PMINT dan apa-apa, dia akan hantar
cadangan, proposal kepada kita, untuk dia bangunkan tanah tersebut dan melalui proses-proses di peringkat kerajaan Negeri telah diluluskan dan diperhati apa yang hendak dicadangkan itu barulah tanah ini kita lupuskan pada PMINT untuk dijadikan SO kita untuk menguruskan tanah ini secara penswastaan melalui kerajaan Negeri. Syarat yang pertama mestilah tanah itu dah tanah kerajaan. Sebab kita tidak mampu dan kos ataupun kos untuk ambil balik tanah persendirian adalah sangat tinggi. Jadi tidak kos efektif, tidak berbaloi harganya, manakala tanah kerajaan kerana bila buat Rumah Mampu Milik Type A, kita lupuskan tanah ini satu lot hanya RM1,000 sahaja. Lebih kurang tanah persendirian yang kita ambil balik sudah tentu harga itu tidak akan dapat kita berikan. Kerajaan akan menanggung defisit yang sangat besar. Itulah syarat utama dia. Terima kasih.
Boleh tambah satu lagi? Okay. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah rakyat DUN Rantau Abang ini sedang menunggu Rumah Mampu Milik sekian lama. Jadi, pada Sidang DUN 2016, terutama sekali telah dijanjikan Rumah PR1MA di Kuala Abang. Tapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa respond dan baru-baru ini ada KPKT datang di kawasan Batu Tiong. Jadi, saya ingin tahu, status kedudukan projek di Kuala Abang dan Batu Tiong ini, untuk pengetahuan. Terima kasih.
Terima kasih Rantau Abang. Pertama sekali saya nak jawab berkaitan dengan Projek PR1MA di Kuala Abang. Memang projek ini pada asalnya PR1MA bersetuju untuk memajukan untuk buat Rumah Mampu Milik. Tapi akhirnya, PR1MA sudah tidak berminat lagi di bawah kerajaan Pusat. Mungkin kerana saya difahamkan kerana masalah kewangan. Begitulah diserah balik pada kerajaan Negeri dan kerajaan Negeri telah menyerah dilupuskan pada PMINT (SEDC) dan insya-Allah akan dimajukan oleh anak syarikat kerajaan Negeri iaitu PMINT, insya-Allah Mukim Rantau Abang diminta bersabar kita telah berurusan dengan PMINT untuk konsep pembangunan di Rantau Abang ini. Baru ini KPKT turun, memang itu atas, KPKT pula, bahagian Perumahan turun ke seluruh daerah, untuk mendapatkan cadangan tanah baru, untuk kita bina Rumah Mampu Milik yang lebih banyak lagi. Antara yang dicadangkan oleh Rantau Abang ialah Batu Tiong. Batu Tiong pada asalnya kerajaan Pusat bawah KPKT berminat untuk memajukannya Rumah Mampu Milik dengan peruntukan Pusat. Tapi akhirnya pusat juga telah tidak mahu meneruskan kerana soal, saya difahamkan soal bajet dan peruntukan juga sudah tidak ada dan insya-Allah kerajaan Negeri akan buat ini secara penswastaan JV insya-Allah dan setelah kita berhubung beberapa pemaju yang berminat untuk memajukan di Batu
Tiong. Insya-Allah ini semua dalam proses perundingan yang sedang kita buat, ini tidak masuk dalam perancangan kita dan kita akan mungkin tahun depan saya ingat tahun depan akan masuk dalam senarai kita untuk dilaksanakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya jemput …
Boleh soalan tambahan satu lagi? Berkait dengan Pulau Redang tadi…
Soalan apa tadi Yang Berhormat?
Soalan tambahan tentang Rumah Mampu Milik.
Ya
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya difahamkan tadi dalam bulan Ogos bermula sambung kerja-kerja kontrak ini. Jadi saya nak tahu jangka masa yang diberi kepada kontraktor. Berapa lama lagi, difahamkan lebih kurang 20% sahaja lagi kerja. Terima kasih.
Ya memang di Pulau Redang ini, masalahnya berkaitan dengan mahkamah. Syarikat ini telah tidak meneruskan sebagaimana dalam perjanjian. Kerajaan ambil keputusan untuk terminate. Tapi telah diappeal mahkamah, mahkamah membenarkan juga memberi kemenangan bagi pihak syarikat dan akhirnya kita buat keputusan cara rundingan dengan itu dan dibenarkan untuk meneruskan projek ini dan mula bulan Oktober dengan keadaan projek sekarang hanya 87% lebih kurang 88.7% dan kita jangka insya-Allah start bulan 8. Tapi oleh kerana Pulau Redang masalahnya bila sebut bulan 9, 10 berlaku musim tengkujuh. Tarikh tepatnya saya belum dapat lagi tapi dijangka dalam perundingan itu dalam hujung tahun depan akan siaplah rumah itu, insya-Allah. Memang progress di Pulau Redang terlalu perlahan, macam-macam masalah bila bulan 10, 11, 12 masalah musim laut bergelora dan sebagainya. Insya-Allah sabarlah Batu Rakit kita akan usaha tahun depan kita boleh bagilah rumah ini, insya-Allah.
Sekarang saya jemput wakil Bukit Besi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1-
Sila sebutkan jumlah nelayan mengikut pecahan daerah di Terengganu sehingga Februari 2020 dan apakah program yang dilaksanakan kerajaan Negeri bagi menangani isu kemiskinan di kalangan golongan berkenaan?
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang dihormati sekalian.
Terima kasih atas keprihatinan kekanda Yang Berhormat Bukit Besi di atas isu-isu yang berkaitan nelayan. Jumlah nelayan negeri Terengganu mengikut pecahan daerah sehingga Februari 2020;
Daerah Jumlah Nelayan Besut 1961 Setiu 832 Kuala Terengganu Utara 887 Kuala Terengganu Selatan 1635 Marang 1303 Dungun 921 Kemaman 1446 Jumlah Keseluruhan Nelayan Berdaftar 8985
Program yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri bagi menangani isu kemiskinan di kalangan nelayan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Bila disebut isu kemiskinan di kalangan nelayan ianya sinonim dengan nelayan pantai zon A. Nelayan laut dalam bot lesen C atau lesen B biasa tidak ada isu berkaitan dengan kemiskinan dan isu utama yang dihadapi oleh nelayan pantai kita ialah kekurangan hasil tangkapan kerana faktor rizab hasil laut di pengairan Terengganu telah berada pada tahap amaran warna merah ditambah lagi dengan ancaman pencerobohan. Kerana itulah usaha membasmi kemiskinan nelayan pantai antara langkah utama ialah program penambahan dan peningkatan sumber perikanan melalui pembinaan tukun dan unjang di pengairan Terengganu. Daripada tahun 2018 sehingga 2020 sebanyak 51 unit tukun konkrit telah dilabuhkan di seluruh negeri yang melibatkan kos RM1 juta manakala 245 unit unjang dengan kos RM190 ribu dan untuk rekod Terengganu satu-satunya kerajaan Negeri yang turut sama menyumbang dana bersama dengan dana kerajaan Persekutuan dalam program unjang dan tukun dan keberkesanan program ini dibuktikan melalui peningkatan hasil tangkapan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Laporan Sosio Ekonomi Terengganu 2019 antaranya menyebut sektor pertanian merekodkan pertumbuhan sebanyak 6% berbanding -2.5% pada tahun 2018 antaranya kerana disokong oleh peningkatan hasil tangkapan perikanan marin.
Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, isu kemiskinan nelayan juga berkait rapat dengan kedaifan hidup terutamanya rumah tempat tinggal. Kerajaan Negeri bersama LKIM akan melaksanakan projek penempatan semula nelayan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini melibatkan tiga tapak iaitu di Benting Lintang di Besut, Seberang Penarik di Setiu dan Pulau Sekepeng di Kemaman. Semua kerja-kerja tapak telah disempurnakan di atas tanah milik kerajaan Negeri dan pembinaan sebanyak 150 buah rumah termasuk kemudahan infrastruktur dan kos kerja-kerja tapak melibatkan kos keseluruhan RM34 juta. RM13 juta adalah peruntukan daripada kerajaan Persekutuan manakala baki sebanyak RM21 juta adalah peruntukan daripada kerajaan Negeri.
Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, kira-kira 800 buah sampan milik nelayan pantai Terengganu belum memiliki lesen. Isu lesen adalah isu lapuk memandangkan ramai nelayan yang telah turun kelaut sejak daripada usia muda sampai tua masih tidak diberi lesen. Ketiadaan lesen menyebabkan mereka tidak layak mendapat bantuan elaun sara hidup, subsidi minyak, bantuan bencana dan pelbagai kemudahan lain. Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa bertindak isu
lesen nelayan sampan yang melibatkan kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan, LKIM, persatuan-persatuan nelayan kawasan dan pemutihan telah dibuat untuk menyaring dan menyediakan senarai nelayan-nelayan tulen yang belum dilesenkan. Berdasarkan data yang telah dikemaskini, kerajaan Negeri mewakili semua para nelayan telah mengangkat permohonan kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan kira-kira dua bulan yang lepas. Dalam Dewan yang mulia ini, suka saya menyampaikan khabar gembira bahawa permohonan ini telah diluluskan oleh kementerian. Pihak kementerian juga memaklumkan bahawa Terengganu adalah negeri yang pertama yang menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu nelayan sampan dan ekoran daripada kelulusan yang diberikan kepada nelayan-nelayan Terengganu, Yang Berhormat Menteri Pertanian Dan Industri Makanan telah mengumumkan permohonan lesen nelayan sampan dibuka kembali untuk seluruh negara. Yang keempat Dato’ Yang di-Pertua, bantuan-bantuan biasa, bantuan touch point dalam bentuk bantuan pukat, bantuan mesin tarik bot, tong isolasi, alat GPS, kit keselamatan nelayan, kiosk jualan, bubu, malah kita juga menyediakan pinjaman mudah patuh syariah tanpa faedah untuk beli sampan dan juga enjin dan telah ada nelayan-nelayan sampan kita yang turun ke laut dengan berbekalkan bot dan enjin yang dibeli menggunakan pinjaman daripada skim bantuan modal tani. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Soalan tambahan saya, ramai yang kata harga ikan Terengganu agak mahal, semua mengatakan begitu. Atau mungkin sama dengan harga kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Jadi saya sebenarnya tidak tahulah sejauh mana benarnya tetapi sekali sekala saya ke pasar dakwaan itu seolah-olah benar. Jadi saya nak tahu apakah puncanya harga ikan di tempat kita ni, harga dia tu setara dengan bandar-bandar besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Besi. Bandingan ini dibuat kerana secara relatifnya Terengganu adalah negeri pesisir pantai. Kita ada pantai sepanjang 245 kilometer daripada Kemaman sehingga ke Besut, semua daerah ada pantai kecuali Hulu Terengganu itu pun ada Pantai Ali. Jadi sepatutnya negeri pesisir pantai ikan murah inilah gambaran orang. Isunya sekarang ini, nelayan-nelayan kita terutamanya nelayan bot C laut dalam. Dalam rekod kita ada sekitar 80 buah bot laut dalam yang berdaftar di Negeri Terengganu dan nelayan laut dalam inilah di antara sumber utama penyumbang kepada hasil tangkapan. Tetapi oleh kerana ada beberapa isu berkaitan dengan muara, berkaitan dengan pelabuhan dan berkaitan dengan jeti
yang belum diselesaikan menyebabkan nelayan kita mendaratkan hasil tangkapan di negeri orang. Kalau kita pergi ke Tok Bali, di pelabuhan perikanan Tok Bali berbelas-belas buah bot yang sedang mendarat kita akan tengok majoritinya adalah bot dengan warna rumah kemudi hijau. Rumah kemudi hijau itu bukan saya cat Yang Berhormat Bukit Besi, dia kod warna jabatan Perikanan untuk negeri Terengganu. Bermakna bot yang berwarna kemudi hijau adalah bot Terengganu. Kita pergi ke pelabuhan perikanan Kuantan pun kita jumpa banyak bot negeri Terengganu yang mendaratkan hasil tangkapan di sana menyebabkan hasil tangkapan itu kena naik lori pula untuk balik ke Terengganu dan menambahkan dari segi kos pengangkutan sebab itu dia jadi mahal. Cuba pergi buat tinjauan di beberapa pasar borong macam Pasar Borong Gong Pauh, tanya penjual ikan kebanyakan ikan daripada Endau dan daripada Rompin. Sebenarnya ikan daripada Endau dan Rompin ditangkap di perairan Terengganu, bukan ditangkap di perairan negeri mereka. Kerana peraturan membolehkan selepas daripada 12 batu nautika, mana-mana nelayan daripada mana-mana negeri pun boleh datang menangkap ikan. Sempadan negeri hanyalah sekadar 12 batu nautika ke bawah sahaja. Kerana itulah saya lihat di antara faktor yang kita perlu selesaikan, kita perlu bawa balik semua bot-bot nelayan kita yang berdaftar di Terengganu supaya kembali mendaratkan hasil tangkapan di negeri Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih.
Dah kalau hijau kita tukar biru pula ork? Kot-kot ada kemudahan maknanya boleh bawa balik ikan ke Terengganu. Tapi saya nak tanya, itu gurau saja Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya dari segi sebab-sebab kerana ikan mendarat di tempat lain. Apakah usaha kerajaan Negeri Terengganu untuk menangani masalah ini supaya nelayan-nelayan kita membawa balik hasil tangkapan ke negeri Terengganu. Apakah usaha kerajaan ke arah bagi memudahkan nelayan kita, usaha kerajaan untuk mendarat ikan-ikan hasil tangkapan mereka.
Sebahagian dah jawab dah tadi Yang Berhormat, tak apalah saya bagi peluang kepada EXCO jawab. Sebahagian dah jawab tadi.
Baik, isu yang menyebabkan nelayan kita terpaksa mendaratkan hasil tangkapan di negeri lain berkait dengan masalah mendapan dan kedalaman muara dan beberapa usaha sedang dibuat dan telah dibuat oleh kerajaan Negeri untuk proses mendalamkan
semula muara dan saya mohon supaya isu ini dapat dijelaskan oleh EXCO yang berkaitan dalam ucapan penangguhan nanti. Terima kasih.
Okey, saya harap kita berpindah kepada soalan lain. Sebab takut kesian orang lain.
Saya nak ambil satu soalan.
Jujuk hok nak tanya ini. Ini yang tak tanya lagi
[Menyampuk] Sebab dia berkait dengan projek sebelum inilah iaitu Akuapolitan di Seberang Pak Abu, Seberang Takir. Kerana projek ini sebelum ini telah diluluskan di bawah ECER dan di bawah peruntukan RM180 juta. Semua adalah duit daripada Federal dan pada masa itu juga telah diluluskan untuk pembinaan 200 unit rumah di kawasan itu untuk kemudahan nelayan. Dan projek ini adalah projek yang pertama di dunia kalau dapat dilaksanakan iaitu berkait dengan Sea Felda ataupun Felda Laut yang berkonsepkan koperasi dan sebagainya yang dapat dijadikan contoh untuk menangani permasalahan kemiskinan di kalangan nelayan. Jadi saya nak tahu di sini, ada atau tidak usaha kerajaan untuk mengembalikan semula projek ini kerana projek ini memang telah diluluskan, peruntukan telah disediakan tetapi selepas daripada pertukaran Kerajaan, projek ini dibatalkan. Jadi saya nampak kalaulah dapat pihak kerajaan Negeri berusaha untuk dapatkan kembali projek ini dan kalau dilaksanakan saya rasa negeri Terengganu akan menjadi satu contoh kepada negeri dan juga dunia bagaimana kita menangani permasalahan kemiskinan untuk nelayan ini. Jadi saya minta penjelasan daripada EXCO. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir. Benar sebagaimana yang disebut, projek itu telah dibatalkan dan saya berterima kasih di atas cadangan dan insya-Allah bersama dengan pihak UPEN kita akan panggil ECER untuk perhalusi semula perkara ini. Terima kasih.
Sekarang saya jemput wakil dari Pengkalan Berangan..
Dato’ Yang di-Pertua…
Cukup-cukup dulu, sebab kalau saya biarkan, ramai orang tak boleh nak tanya selepas ini. Kita masa terhad. Saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor 2-
Pohon jelaskan status terkini berkenaan tindakan kerajaan Negeri terhadap pemilik tanah kawasan perindustrian yang tidak mengusahakan tanah tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua jabatan.
Alhamdulillah soalan yang dikemukakan oleh Pengkalan Berangan berkenaan dengan tindakan kerajaan berkenaan dengan pemilik tanah kawasan industri yang tidak diusahakan.
Sebenarnya kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini dan telah bermesyuarat beberapa kali dan insya-Allah tindakan akan diambil termasuklah untuk tindakan pelucutan hak atau merampas tanah yang tidak diusahakan itu. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Melihat kepada banyak kawasan-kawasan industri yang telah pun diberi hak milik tapi tidak diusahakan, jadi persoalan saya adalah apakah perancangan kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah tersebut kerana ia merupakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.
Ya, untuk makluman kita ada 29 kawasan industri. Keluasannya lebih kurang 7,651 hektar dan mengikut Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu pada tahun 2018 didapati 776 lot (45%) daripada lot industri yang diberi milik tidak diusahakan. Daripada jumlahnya 1,705 lot. Sememangnya kita dapati kawasan-kawasan yang tidak diusahakan ini merata, bertaburanlah di seluruh negeri dan insya-Allah kalau mereka juga masih tidak usahakan tanah ini dalam masa yang dekat, kita akan menawarkan tanah ini, kita rampas dan kemudian kita tawarkan kepada yang berminat untuk mengadakan usaha di tanah-tanah yang telah dirampas itu. insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, melihat kepada suasana yang berlaku ini, apakah faktor yang mengakibatkan mereka-mereka ataupun industri ataupun syarikat-syarikat yang telah pun diberi hak milik ini untuk memajukan lot-lot tersebut tidak memajukan dan mengakibatkan tanah tersebut ataupun lot-lot tersebut terbiar. Jadi apakah faktor yang mengakibatkan perkara ini terjadi dan saya mengharapkan supaya faktor ini dinilai oleh pihak kerajaan Negeri dalam memberi lot-lot pada masa yang akan datang.
Kalau mengikut peraturan tanah KTN, tanah-tanah yang kita beri itu ada tempoh untuk diusahakan, biasanya dua tahun daripada tarikh diberi milik. Apabila mereka gagal melaksanakan syarat ini, kerajaan berhak untuk merampas balik. Begitu juga kalau tak bayar hasil. Mengapa mereka tidak usahakan tanah ini, kita tidak dapat kepastian tapi, wallahu a’lam mungkin tidak berminat ataupun mungkin tidak serius sebab setengah-setengahnya minta tanah ini tunggu untuk menjual kepada orang lain pula. Jadi kita memberi larangan, kita melarang mereka daripada menjual. Kalau memang ada niat menjual kita tidak benar. Jadi kosonglah situ. Ataupun, wallahu a’lam, ini business. Kita cuma beri apabila mereka nak, kita bagi peluang. Mengapa tu kita kena tanya mereka. Kajian belum dibuat sebenarnya mengapa mereka tidak usahakan. Cuma baru-baru ini bila kita war-warkan isu ini, ada yang datang untuk memberitahu bahawa mereka nak usahakan semula dengan cadangan-cadangan yang tertentu, ada. Takut kita ambil balik sungguh. Sebenarnya untuk memudahkan kerajaan mengetahui tentang kedudukan tanah-tanah industri ini di seluruh negeri, kerajaan telah bersetuju untuk mengadakan satu sistem yang dinamakan Smart Map. Smart Map ini akan
memberitahu kita tentang lokasi, tentang kedudukan, status dan sebagainya. insya-Allah kita akan usahakan dan insya-Allah pada tahun ini juga akan siap sistem Smart Map ini dan ini memudahkan kita untuk mengambil tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Saya jemput Wakil Jertih
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua-
Apakah program kerajaan untuk tahun 2021 ini, bagi menggalakkan golongan orang muda berkecimpung dalam sektor pertanian?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kekanda jiran saya Wakil Jertih. Perancangan tahun 2021 untuk menggalakkan orang muda berkecimpung dalam bidang pertanian.
Dato’ Yang di-Pertua,
Nak tarik minat orang muda, kita telah kenalpasti apakah isu-isu yang menyebabkan mereka tak minat bertani dan perancangan difokuskan kepada program untuk kita buat anjakan paradigma, perubahan minda daripada tak minat kepada minat. Yang pertama, orang muda melihat pertanian ini bidang orang gagal, tak boleh dijadikan sebagai suatu kerjaya untuk nak bina masa depan. Kerajaan telah dan akan terus turun padang bertemu dengan kelompok golongan sasar orang muda untuk mempromosi “Pertanian Adalah Satu Kerjaya”. Pelbagai program telah kita rancang untuk tahun 2021 di antaranya Program Kelab Pertanian Sekolah, Dialog dan Pendedahan Peluang Kerjaya Dalam Bidang Pertanian, Program Halaqah Veterinar, Program Mu Buat Kami Bantu, Program Jenguk-jenguk Kandang, Himpunan Lembu Sado, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, malah kita pernah hantar sekumpulan anak muda daripada Persatuan Penternak Ruminan Negeri Terengganu ke Jepun dengan sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan Negeri untuk mereka melihat sendiri potensi penternakan lembu wagyu di sana bagi kita buka minda mereka. Jadi minda orang muda kita perlu
buka supaya mereka rasa hebat untuk jadi seorang petani, untuk jadi seorang penternak dan untuk jadi seorang nelayan.
Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, Orang muda kita ini suka bermain dengan teknologi. Kerana itu way forward pertanian negeri ialah untuk mempelbagaikan lagi penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian antaranya tahun depan kerajaan merancang untuk mewujudkan sekumpulan anak-anak muda yang menjadikan pilot drone sebagai satu kerjaya. Kita di Terengganu, sawah padi saja kita ada 12 ribu hektar yang boleh memanfaatkan teknologi drone untuk kerja-kerja membaja dan meracun. Petani ataupun anak-anak muda tentu sekali tidak berkemampuan untuk nak beli nak dapatkan drone maka kerajaanlah yang perlu mempelopori dan menerokai lapangan ini.
Yang ketiga, orang muda kita minat bertani tapi tak ada tapak. Biasa saya dihubungi oleh anak-anak muda, tanya kat mana ada tanah. Bukan nak luas pun setengah ekar, seekar dah cukup. Kita ada TKPN seluas 1,262 hektar. Dalam tempoh dua tahun ini secara sangat intensif kita telah buat kerja-kerja pemutihan dengan menamatkan penyewa-penyewa yang tidak produktif yang tak mengusahakan tanah, kemudian kita masukkan penyewa baru daripada kalangan mereka yang bersungguh nak memanfaatkan tanah TKPN dan sebahagian besar daripada yang dimasukkan adalah anak-anak muda. Sekarang ini kita masih ada 290 hektar lagi tanah TKPN yang kosong, insya-Allah menjelang 2021 saya meletakkan sasaran semua tanah yang kosong ini akan diisi dan tentu sekali keutamaan kita adalah kepada anak muda.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, isu dana. Nak buat kerja, pitis tak ada. Ini yang biasa. Kerajaan Negeri menyediakan bantuan mudah dalam bentuk pinjaman patuh syariah Skim Bantuan Modal Tani dengan had maksimum RM50,000.00. RM50,000.00 ini sudah angka yang kira mencukupilah untuk anak muda memulakan satu usaha. Sejak dari ditubuhkan sehingga Julai 2020 seramai 243 orang telah mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Modal Tani ini dengan jumlah dana yang telah disalurkan RM5,067,628.00. Yang kedua, kita menggalakkan syarikat-syarikat untuk buat pertanian secara anchor bersama dengan anak muda. Syarikat yang stabil lebih mudah untuk dapat sokongan dana ataupun pembiayaan daripada institusi kewangan dan di bawahnya ada anak-anak muda yang bernaung untuk bina kerjaya dalam bidang pertanian.
Yang kelima, ciri orang muda ini dia nak duit cepat dan hasil mudah dipasarkan. Orang muda sifat ada sikit tidak sabar. Bila tanam hendak cepat dia kutip hasil kerana itulah kita tekankan dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri untuk kita perkasakan tanaman cash crop sebab cash crop ni hasil cepat, mudah hendak pasar, permintaan tinggi dan sumber makanan yang menjadi makanan keperluan harian orang-orang kita dan yang kelima banyaklah kursus-kursus kemahiran yang kita anjurkan daripada pelbagai jabatan dan agensi yang saya rasa tidak perlu saya senaraikan kesemua sekali di sini. Terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Yang di-Pertua. Alhamdulillah banyak program yang dibuat oleh pihak kerajaan. Cuma saya perlu penjelasan berapa banyakkah kemasukan ataupun import hasil pertanian daripada luar Terengganu ke Terengganu. Kalau boleh diberitahu dan apakah jenis tanaman atau pun bidang pertanian yang sesuai diceburi oleh golongan baru buat masa ini? Terima kasih.
Jumlah hasil tanaman saya mohon notis dan saya akan jawab dalam ucapan penggulungan nanti. Kalau mengikut kepada permohonan yang masuk untuk memohon Dana Skim Bantuan Modal Tani, majoriti anak muda kita sekarang ini berminat berkecimpung dalam pertanian fertigasi kemudian tanaman-tanaman yang kita kategorikan di bawah program sumber kekayaaan baru di antaranya Nenas MD2 ini antara yang menjadi tumpuan orang muda dan ramai juga orang muda yang terlibat dalam hatchery pembenihan Kelapa Hybrid. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan jenis-jenis tanaman yang dikategorikan dalam Program ataupun Projek Sumber Kekayaan Baru.
Sumber Kekayaan Baru sekejap dulu ia pernah berubah menjadi nama Sumber Rezeki Baru kemudian balik semula kepada Sumber Kekayaan Baru. Berubah Kerajaan dia berubah nama. Kita ada empat, yang pertama Nenas MD2, yang kedua kelapa, kelapa ini Kelapa Matag dan Kelapa Pandan. Yang ketiga Durian Musang King dan yang keempat jagung bijirin bukan jagung manis. Jagung bijirin untuk sumber makanan ternakan. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Wakil Bandar.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama-
Bolehkah pihak Kerajaan menyatakan mengenai implikasi memorandum persefahaman bagi Kolaborasi Strategik Perlaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur di antara Terengganu Incorporated, Malaysia Rail link Sdn Bhd dan China Communication Construction (ECRL) Sdn Bhd terhadap prestasi ekonomi kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua ketua–ketua jabatan.
Soalan ini berkaitan dengan perjanjian ataupun MoU (Memorandum of Understanding) antara Syarikat GLC Terengganu TI (Terengganu Incorporated) dengan Syarikat MRL ataupun Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan juga CCC (China Communications Construction Sdn Bhd) iaitu perjanjian berkaitan dengan persefahaman untuk melancarkan pembinaan railway ke Pantai Timur ini termasuklah di negeri kita ini Negeri Terengganu. Satu perjanjian telah dibuat pada bulan Februari baru-baru ini, 18 Februari 2020 antara TI dengan Syarikat MRL dan CCC dan telah diambil perjalanan dan antaranya apakah untungnya kepada kita? Secara ringkasnya saya sebut bahawa sudah tentu akan berlaku peningkatan peluang pekerjaan daripada buruh kasarnya sehinggalah kepada peringkat yang profesional, pakar-pakar dan sudah tentu juga akan meluas peluang-peluang perniagaan daripada peluang perniagaan yang bentuk baru ataupun peluang perniagaan yang sudah ada dan juga daripada jenis-jenis perniagaan pun akan bertambah seperti banking, perniagaan runcit, borong dan lain-lain dan sudah
tentu semuanya ini akan meningkatkan ekonomi kepada kerajaan Negeri. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya: Apakah ada langkah-langkah ataupun persiapan daripada pihak kerajaan hasil daripada peningkatan peluang pekerjaan dan juga skop perniagaan yang semakin meluas ini untuk memastikan rakyat Negeri Terengganu dapat memanfaatkannya.
Terima kasih ADUN Bandar. Untuk memastikan peningkatan peluang pekerjaan dan juga skop perniagaan. Dari segi projek, projek ini ia sekarang ini dalam bentuk kerja-kerja awalan. Jadi kerja-kerja awalan ini banyak kepada kerja-kerja di peringkat tanah, meratakan tanah, tambun, timbus, buat longkang, jadi sudah tentu kerja-kerja ini banyak dan dimaklumkan kepada saya kerja-kerja awalan ini sekitar RM1 billion lebih untuk Negeri Terengganu kita ini sahaja dan juga kerja-kerja akhir misalnya berkaitan dengan pemasangan infrastruktur seperti kabel dan sebagainya. Apabila siap nanti kerja-kerja berkaitan dengan maintenance dan kita lihat sudah tentu akan tumbuh pusat-pusat ataupun bandar-bandar di sekitar stesen kereta api ini. Apakah usaha kita apabila MoU ini dibentuk baru-baru ini kita telah mewujudkan satu pasukan kordinator ataupun pemantau berkaitan dengan projek-projek di negeri Terengganu ini. Kemudian kita telah pergi berjumpa dengan MRL berbincang apakah peluang-peluang yang kita dapat di sana. Kita juga telah berbincang antara tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan untuk menjadikan kita ini satu pasukan yang kuat untuk mendapat kerja-kerja daripada projek ini. Insya-Allah benda ini masih bergerak dan kita rasakan apabila kita tubuhnya working commitee di peringkat SUK dan juga monitoring commitee ini kerja-kerja akan jadi lebih senang, insya-Allah.
Terima Kasih Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, satu soalan tambahan dari saya. Boleh Dato’ Yang di-Pertua?
Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya hendak merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh MRL terhadap projek ECRL berkait dengan stesen baru untuk Kuala Terengganu. Jadi saya difahamkan bahawa stesen asal di Pengkalan Berangan itu dibatalkan dan telah diganti di Durian Guling walaupun dalam DUN yang sama. Jadi saya rasa agak tidak munasabahlah. Jadi saya pohonlah di sini supaya kerajaan, kita fight betul-betullah. Jadi suatu benda yang peliklah untuk Stesen Kuala Terengganu duduk di kawasan lain. Jadi saya bimbang hari ni dengan projek ECRL ini yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada ekonomi terutamanya kepada Ibu Negeri Terengganu tapi apabila stesen tidak ada di Kuala Terengganu satu benda yang pelik jadi saya pohon di sinilah kerajaan bersungguh-sungguh kerana saya difahamkan hari Khamis ini akan ada bengkel bersama dengan MRL, UPEN dan juga kerajaan Negeri supaya kita mintalah betul-betul supaya kalau tidak kalau boleh kita minta satu tambah lagi stesen terutama di Kuala Terengganu sendiri kerana dulu sebelum ini kita dah cadangkan iaitu untuk dijadikan One Stop Centre di Wakaf Mempelam jadi patutnya Yang Berhormat Wakaf Mempelam kena fight betul-betul kerana dengan tidak secara langsung akan jadi satu pemangkin dan akan menjadi satu kekuatan ekonomi terutama kawasan Bukit Besar dan juga Kuala Terengganu sendiri jadi sebelum ini ada cadangan daripada Wakil Kijal, dia secara seloroh bagitahu, payoh-payoh buat stesen gantung di Stadium Sultan Ismail kita ni. Jadi dia buat konsep dia kata konsep gantung senang dia kata. Boleh difikir-fikirkanlah supaya yang paling utama sekali paling besar ialah stesen perlu berada di Kuala Terengganu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Seberang Takir. Kalau kita tengoklah Lapangan Terbang KLIA tu tak duduk di Kuala Lumpur dia duduk dekat Sepang tapi takpelah itu satu cadangan yang baik. Sebenarnya ia berkaitan dengan pengecilan projek daripada 66 billion kepada 44 billion.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA, penjelasan. Tak logik langsung jawapan EXCO tu Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan keretapi. Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebab bangunan tinggi dokleh tu buh jauh, laluan keretapi kot bawah. Bahang rambang ngguh EXCO.
Yang Berhormat fokus kepada soalan asal. Fokus kepada soalan asal.
Okey. Pengecilan projek daripada 66 billion kepada 44 billion. Maka dari situ dia telah mencadangkan supaya stesen keretapi di Bukit Besar itu dibatalkan dan dicadang sebagaimana pada hari ini iaitu di sekitar Durian Guling dan oleh kerana stesen di Pengkalan Berangan amat hampir dengan Durian Guling jadi hok Pengkalan Berangan ini dibatalkan kita ganti di Permaisuri jadi kita ada enam stesen di negeri Terengganu kita ini dan ada dua kargo. Walau bagaimanapun kita telah berbincang dengan MRL supaya diadakan satu kemudahan dari Bukit Besar ini ke Durian Guling sama ada dalam bentuk keretapi atas ke LRT ke atau pun apa-apa satu kemudahan sistem untuk mengangkut kerana Bukit Besar ini dijadikan bandar baru maka perlu ada satu kemudahan sistem pengangkutan yang canggih untuk merapatkan hubungan antara Durian Guling dan Bukit Besar ini. Terima kasih.
Boleh tambahan dok, Dato’ Yang di-Pertua.
Sebab ramai lagi berjujuk nak tanya ni
Dok, penting ni, Dato’ Yang di-Pertua…
Sebab tu saya yang nak cadangkan kepada Yang Berhormat EXCO tadi kalau panjang, oleh kerana projek ECRL ini projek yang penting yang boleh menjana ekonomi negeri kita. Biar cakap banyak masa penggulungan kekgi. Apa-apa Yang Berhormat nak tanya kita gulung nanti bisik nanti.
Gulung?
Doh saya dok tanya lagi, nok gulung guane?
[Menyampuk] Saya minta supaya kita kalau boleh jumpa menteri, jumpa menterilah. Ini negeri kita nak bangun, kerajaan takyoh beri ah tanah buat stesen. Tak guna kita ada penganjuran pembangunan tapi dokleh bangun negeri kita. Kita
tuan tanah kedaung, kan kita ni, tok soh beri ah tapak tu. Biar kita pilih tapak, ini perancang masa depan kita, panggil semua wakil rakyat pergi jumpa menteri, bukan payah.
Okey Yang Berhormat.
Saya sanggup gi.
Okey. Saya jemput seterusnya Wakil daripada Air Putih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2-
Air Putih ni gabung dah tadi? Minta maaf Yang Berhormat. Tadi dah gabung dah jawapan tadi. Jadi saya persilakan Wakil Ajil.
Soalan saya nombor 1-
Apakah permasalahan sebenar yang berlaku dalam penempatan 35 peserta tambahan di PPSK Gunung Menerong, Ajil sehingga berlaku kelewatan selama lebih satu tahun?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih pada Wakil Ajil. Wakil Ajil ingin tahu kenapa berlaku kelewatan dalam memasukkan peserta seramai 35 peserta tambahan di PPSK Gunung Menerong, Ajil mungkin kita tidak tahu PPSK ini apa benda agaknya. PPSK ialah Projek Penyusunan Semula Kampung di Gunung Menerong, Ajil. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ajil ini, kelewatan dalam penempatan 35 peserta tambahan yang di PPSK Gunung Menerong, Ajil adalah kerana masalah mengenal pasti tapak ladang oleh setiap peserta tambahan tersebut. Projek ini adalah projek pakej dia tapak rumah dan juga tapak ladang jadi kalau kita bagi rumah saja, ladang tak dok nanti orang tak duduk tinggal rumah kosong jadi rumah berhantu jadi kita tunggu yang jadi lambat kerana nak
memastikan tapak ladang juga dapat disediakan bersama pada masa yang sama dengan rumah yang telah siap. Terima kasih.
Soalan tambahan saya:
Daripada pemantauan yang saya buat kepada pemohon-pemohon, kebanyakannya mereka sangat berhajat kepada rumah, jadi boleh dok kerajaan memutuskan satu keputusan baru supaya beri rumah dulu sebelum diberi tapak ladang sebab tapak ladang ni mungkin mengambil masa yang lama dan keperluan kepada rumah merupakan satu keperluan yang terdesaklah bagi kebanyakan pemohon. Terima kasih.
Untuk makluman Ajil lah ia memang projek ini projek pakej jadi memang dalam janji. Biasalah berjanji tu macam tu lah. Bila kita bagi rumah nak duduk dan sebagainya. Tapi banyak pengalaman kita. Bila kita beri rumah tidak ada pekerjaan di situ akhirnya dia akan tinggal juga rumah dia. Sebab dia terpaksa berulang jauh dan sebagainya. Jadi walau bagaimanapun insya-Allah perkara ini dalam proses penyelesaian. Yang menjadi lambat baru ni kerana ini lah berkaitan dengan ECRL juga dah dibuat racikan lot ladang tiba-tiba ECRL nok lalu kot situ terpaksa dipilih tempat lain kita banyak pengorbanan juga kepada beri laluan kepada ECRL tapi tanah itu dapat kita kenal pasti cuma tunggu kelulusan daripada PTG sahaja untuk tapak ladang ini insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat memasukkan 31 peserta sebab daripada 35 peserta yang memohon tambahan ini, 4 didapati tidak layak jadi 31 yang layak dan insya-Allah akan diberi dapat kelulusan daripada pihak kerajaan Negeri (PTG). Lot-lot ladang ini akan ditakrif dalam masa yang terdekat ini insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Kuala Besut.
Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Apakah usaha kerajaan dalam melancarkan aliran trafik khususnya aliran trafik melibatkan jalan Utama di sekitar bandar Jertih dan Kuala Besut?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Kuala Besut yang telah menanyakan soalan berkaitan usaha kerajaan bagi melancarkan aliran trafik khususnya melibatkan jalan utama di sekitar bandar Jertih dan Kuala Besut. Ini memang lah masalah laluan kita ini di Terengganu bukan sahaja di Jertih di mana-mana pun kita ada masalah trafik khususnya di musim-musim perayaan jadi untuk itu kita ada berapa langkah-langkah yang segera untuk di Jertih dan Kuala Besut ini ialah jabatan-jabatan JKR telah mewujudkan sistem aliran terus (true lane) bagi aliran trafik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu di lokasi lampu isyarat bandar Jertih bagi membolehkan kenderaan bergerak dengan lancar di lokasi tersebut. Manakala di musim perayaan pula, JKR akan bekerjasama dengan pihak polis daerah untuk menetapkan aliran trafik di lokasi berkaitan seperti menutup laluan keluar dari bandar Jertih ke jalan utama di persimpangan lampu isyarat manakala tindakan sebelum perayaan di bandar Jertih iaitu dengan membuka tiga lorong di atas jambatan Jertih di mana dua lorong dibuka kepada kenderaan di arah Kuala Terengganu ke Kelantan dan satu lorong dibuka kepada kenderaan dari arah Kelantan ke Terengganu. Semoga dengan cara itu dan juga meletakkan road barrier sebagai pembahagian jalan sementara bagi melancarkan laluan kenderaan. Yang kedua menempatkan anggota Point of Duty di tiga persimpangan lampu isyarat iaitu di lampu isyarat SKRJ (C) Chung Hwa Jertih, lampu isyarat Pekan Jertih, di hadapan CIMB Jertih dan juga lampu isyarat Seberang Jertih di hadapan Masjid Ulul Albab. Itu antara beberapa tindakan sebelum perayaan. Manakala selepas perayaan membuka tiga lorong di atas jambatan Jertih di mana dua lorong dibuka kepada kenderaan dari Kelantan ke Terengganu dan satu lorong dibuka kepada kenderaan dari arah Kuala Terengganu ke Kelantan dengan cara meletakkan road barrier sebagai pembahagi jalan sementara. Point of Duty juga disediakan di lampu isyarat SKRJ (C) Chung Hwa Jertih, lampu isyarat di hadapan CIMB Jertih dan juga lampu isyarat Ulul Albab. Itulah antara tindakan-tindakan sementara di bandar Jertih dan sementara di pekan Kuala Besut diletakkan anggota Point of Duty di bulatan Kuala Besut bagi mengawal pergerakan lalu lintas. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, pasal banyak kali duk sebut Jertih, Jertih tu. Apa yang diutarakan oleh pihak kerajaan tadi adalah merupakan langkah sementara. Sebenarnya benda ini dah lama, kaedah ataupun teknik yang dibuat seumpama itu, yang mana hakikatnya daripada Kuala Terengganu ke bandar Jertih, kita ada jalan empat lorong. Bila masuk ke Jambatan Jertih, jadi dua lorong,
itu jadi jammed. Tinggal lagi kaedah sementara kita buat daripada dua lorong, kita buka jadi tiga lorong. Okey, cuma…..
Soalannya?
Soalannya saya nak beritahu sebelum pilihan raya baru ini, kerajaan telahpun keluar tender untuk membina jambatan baru bagi mengatasi masalah trafik. Jadi, saya pohon supaya follow up dibuat, susulan dibuat supaya tender tubik doh Dato’ Yang di-Pertua, tiba-tiba macam mana batal, duit tak dok, makna kena ada usahalah dari pihak kerajaan supaya dah leni sekali dah, pihak kerajaan serupa dah supaya masalah yang berlarutan sekian lama dapat diselesaikan.
Okey, ada lagi?
Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua. Saya cadangkan supaya masalah kemasukan kenderaan-kenderaan ke bandar Jertih juga boleh menghalang kepada masalah kesesakan di jambatan. Jadi, dulu kita cadang supaya ada pengambilan balik tanah yang mana tanah yang kecil, jalan yang kecil diperbesarkan untuk kita masuk jadi ada empat laluan masuk, jalan ke bandar Jertih yang mana tidak melibatkan peruntukan yang agak besar daripada kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey.
Terima kasih Jertih. Memang dalam perancangan. Betullah yang dikatakan oleh Jertih itu. Oleh kerana bila bertukar kerajaan itu semua projek yang kurang 15% dibatalkan. So, inilah nasib juga. Walau bagaimanapun, untuk menyelesaikan masalah yang sebenar, memang kena besarkan jambatan. Maka, itulah yang dicadangkan untuk RMK-12 ini dicadangkan membina jambatan merentasi Sungai Besut di Jertih. Insya-Allah dah masuk dalam RMK-12 dan insya-Allah dengan kerajaan yang sebut tadi, yang sama antara Negeri dan Pusat, kita akan berundinglah untuk pastikan projek ini menjadi kenyataan dan barulah masalah sebenar itu akan dapat diselesaikan.
Okey.
Masalah yang dicadangkan oleh Jertih, tanah untuk diambil insya-Allah, nanti kita akan fikirkan dan akan kaji, kalau sesuai, insya-Allah akan buat tindakan yang segeralah. Terima kasih.
Saya jemput….
Nanti dulu, ada soalan.
Kalau lebih kurang benda yang sama, dok payohlah.
Lain. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Cuma, seperti yang disebut oleh rakan Jertih sakni, bila jammed di Jertih, dia akan mari ke Kuala Besut. Sebelum sampai ke Kuala Besut, boleh jammed juga. Cuma, beberapa tahun yang lepas dibina satu jambatan di atas Empangan Rendah Pengkalan Nangka, jadi atas pada gate empangan rendah Lowvier Pengkalan Nangka yang lebar jambatan tersebut selebar 8.4 meter. Cuma, yang perlu dibuat oleh kerajaan adalah pengambilan tanah sikit dalam dua kilometer di sebelah Kampung Raja dan juga menaik taraf jalan kampung di Kampung Baharu di Kuala Besut itu kira-kira dalam dua kilometer juga. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan boleh menjadi satu penyelesaian kepada isu penyuraian trafik aluran lalu lintas terutamanya pada waktu puncak, orang daripada Kelantan nak pergi ke Terengganu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih di atas cadangan insya-Allah kerajaan Negeri akan mengambil tindakanlah dan kajian dan sebagainya atas kesesuaian cadangan tersebut. Tapi, saya rasa ada satu lagi kalau baru ini kerajaan Pusat dah umumkan untuk buat LPT3. Mungkin dengan siap LPT3 nanti, masalah laluan ini akan dapat diselesaikanlah dan kita doalah supaya dapat dipercepatkan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sekarang, saya jemput Wakil Kemasik.
Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua belum jawab lagi.
Hok mana Yang Berhormat?
Saya yang kelapan tadi, soalan saya nombor dua.
Soalan nombor dua? Dah digabungkan doh, kan. Tadi dijawab secara gabungan? Bukan?
Yang gabungan nombor satu Dato’ Yang di-Pertua. Nombor dua.
Okey, okey, kita benarkan. Soalan nombor dua Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih. Kita ingat lepas dah, bereh.
Soalan daripada Yang Berhormat Air Putih tanya tentang dua perkara. Yang pertama, ramai mana penceraian pasangan muslim mengikut tahun? Soalan dia itu agak umum sikit, tapi saya minta izin daripada Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk jawab daripada 2015 sehingga 2019:
Tahun Perceraian 2015 2,682 pasangan 2016 2,715 pasangan 2017 2,758 pasangan 2018 2,553 pasangan
2019 2,449 pasangan
Soalan yang kedua yang berkait dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya.
Dalam mengatasi masalah penceraian ini ada tiga kategori sasaran. Sasaran yang pertama ialah pasangan sebelum kahwin, nak kahwin. Yang kedua, pasangan yang telah kahwin. Yang ketiga, pasangan yang ada konflik dalam perkahwinannya. Jadi, ketiga-tiga sasaran ini diuruskan untuk menyelesaikan dan mengatasi penceraian oleh Pejabat Agama, Yayasan Pembangunan Keluarga, i-MITS dan MPKK, khususnya berkait dengan hari keluarga. Pejabat Agama mengadakan Kursus PraPerkahwinan Islam dan Seminar Kekeluargaan Islam, kemudian YPK mengadakan beberapa program termasuklah kursus kepada pasangan yang telah berkahwin lima tahun ke atas. Ada pun, pasangan-pasangan yang ada masalah diberi khidmat nasihat, runding cara keluarga Islam bagi membantu menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput …. Ada soalan?
Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan ..…
Tuan punya soalan asal dulu.
Oleh kerana kita lihat selama lima tahun, hampir 13,000 penceraian berlaku di kalangan anak muda yang berkahwin ini. Jadi, adakah pernah pihak yang terlibat membuat kajian terperinci, apakah punca-punca berlakunya penceraian ini? Terima kasih.
Kita memang mengadakan kajian dan mendapat kenal pasti punca penceraian itu. Punca yang paling utama ialah tidak bertanggungjawab, sama ada si suami ataupun si isteri. Yang kedua, lemah didikan agama, yang ketiga, campur tangan pihak ketiga, yang keempat, perbezaan budaya, masalah seksual, yang kelima, masalah ekonomi, yang keenam, masalah kerjaya, yang ketujuh, masalah kesihatan, yang kelapan,
masalah akhlak ataupun sosial yang yang terakhir, masalah komunikasi di samping ada masalah-masalah lain yang kecil-kecil.
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, kita dapati hampir 12,000 janda atau ibu tunggal dalam tempoh lima tahun. Apakah kerajaan merancang untuk mengadakan program yang pernah kita adakan dulu, iaitu Bila Janda Bertemu Duda, boleh berkahwin ramai-ramai, yang pernah kita lakukan.
Pandangan Yang Berhormat sendiri?
Yes, kita pernah buat dulu, kita beri RM1,000.00 seorang, Janda Bertemu Duda. Minta teruskan projek inilah.
Insya-Allah, kita akan usahakan dan bincang melalui agensi yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sidang kita dan kita jumpa balik pukul 11.05 pagi.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.45 PAGI
PUKUL 11.20 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Cuma sebelum saya jemput Wakil Permaisuri, tidak ada? Ooo..ada. Saya bagi masa selama sepuluh minit lagi. Saya hendak sebutkan sedikit, saya sudah buat kajian dari segi untuk selesaikan Persidangan Dewan
sehingga esok, saya dapati dari segi masa kita agak terhad sebenarnya. Oleh sebab itu, selepas saya benarkan beberapa orang lagi Ahli Yang Berhormat bercakap, saya akan minta pihak kerajaan membuat penggulungan tengah hari ini juga sebab walaupun kita bersambung di sebelah petang tapi 10 orang EXCO dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya ingat akan makan masa seboleh-bolehnya kita hendak elakkan dari segi Usul Untuk Melanjutkan Tempoh Masa selepas daripada pukul 5.00 petang.
Jadi, saya buat keputusan untuk benarkan dua orang lagi Yang Berhormat daripada sebelah kanan saya bercakap dan hanya dua orang lagi Yang Berhormat di sebelah kiri saya selama 15 minit seorang dan saya tidak benarkan tambahan masa. Jadi, pakat sharelah dalam suasana Muafakat Nasional ini kita pakat share, kita pakat berkongsilah apa-apa maklumat yang ada di kalangan Ahli Yang Berhormat hendak bercakap tapi tidak sempat juga boleh share dengan Ahli Yang Berhormat yang akan bercakap. Ini semua adalah perkara yang saya gunakan di bawah Perkara 46, Ceraian 17, Standing Orders kita yang saya perlu bertindak demikian. Jadi, dengan tidak melengahkan masa, saya hendak jemput Yang Berhormat Permaisuri selama 10 minit sahaja sebab semalam bercakap dah sikit. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para hadirin yang saya hormati sekalian. Rekodlah sebab boleh berucap dua hari..
Ya lah.
Daripada kelmarin sampai hari ini.
Muafakat Nasional Yang Berhormat.
Muafakat Nasional. Hok ni baru betul. Dato’ Yang di-Pertua, saya semalam berhenti separuh jalan dekat dengan sektor pertanian. Jadi kita ini sektor pertanian kita banyak di Negeri Terengganu. Jadi ringkasnya kita sudah sampai pada masa di mana kita kena fokus kepada satu, katakanlah hasil tanaman yang boleh dilabelkan bahawasanya kalau ada hasil tanaman itu, ini memang daripada Terengganu. Contoh kita kata kalau Perlis, dia dah ada Harum Manis. Kalau Pahang, dia dah
ada Musang King. Tapi kita Terengganu ini takdok lagi hok kita kata bahawasanya benda ini kalau tengok di Kuala Lumpur ke, ni mesti Terengganu. Kepada saya yang paling bagus di Terengganu setakat hari inilah, MMT (Melon Manis Terengganu) ataupun Terengganu Sweet Melon. Itu adalah antara produk yang boleh pergi ke peringkat antarabangsa kalau kita tanam betul-betul. Satu lagi, dalam Titah Tuanku disebut juga untuk membantu B40. Pengalaman saya dengan petani-petani di tempat saya adalah B40 ini kalau kita bagi one-off punya bantuan, bila dia menanam dia dapat hasil, dia hendak masuk kepada cycle kedua itu, dia tiada modal dah. Sebab dia dapat untung tapi untung itu hanya memadai untuk dia, ada gaji sedikit dan menyara keluarga. Itu adalah isu-isu yang selalu kita tengok kalau kita bagi bantuan direct kepada B40. Jadi saya mencadangkan sebab TADC sekarang sudah diaktifkan semula, mungkin kalau ada sektor pertanian yang berpotensi, kenapa tidak kita lebihkan pelaburan kepada TADC dan biarlah B40 itu menjadi pekerja kepada TADC untuk menyara hidup mereka dan keluar daripada garis kemiskinan, insya-Allah. Saya juga mohon kerajaan mengkaji semula tanaman roselle di Setiu. Dulu, roselle ada di Setiu ini, tapi roselle itu berhenti bukan sebab roselle itu tidak bagus untuk ditanam, tetapi roselle itu berhenti kerana sektor hiliran yang berhenti proses roselle. roselle ini .....
Dato’ Yang di-Pertua, boleh celah tidak Dato’ Pengerusi. Ya, boleh ya.
Ya.
Boleh kalau diberi laluan.
Okey, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada disebut oleh Permaisuri tadi berkait dengan tanaman Harum Manis. Sebenarnya didapati bahawa pokok mempelam, pokok pauh kita telah berusia sampai 20 hingga 30 tahun tetapi bila Harum Manis ini diambil nama oleh Perlis, jadi kita rasa hok dia. Tapi apakah tidak boleh buat yang mana tanah pesisir pantai ini banyak tanah pantai, yang mana tanah pantai ini haba dia panas sesuai untuk tanaman mempelam. Kita ubahlah toksir nama Harum Manis bubuh nama lain kerana kita hendak supaya tanah pantai di sepanjang pengairan Terengganu ini dapat diusahakan dengan…..
Okey.
tanaman pauh mempelam ini.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat setuju deh dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat .....
Sangat setuju sebab dia sebut kawasan pantai, jadi ada relevan dengan kawasan saya, Permaisuri. [Ketawa]
Masa Yang Berhormat tidak banyak dah, enam minit lagi.
Dato’ Yang di-Pertua, berbalik kepada roselle tadi, saya menekankan kepada roselle sebab apa, sebab kawasan yang mana tanah luas-luas di kawasan kampung Saujana dan juga Rhu Sepuluh, tanahnya berpasir dan tidak berapa sesuai untuk tanaman lain. Jadi pada suatu ketika dahulu, amat sesuai untuk ditanam pokok roselle. Jadi kajian boleh dibuat semula sama ada kita boleh menghidupkan semula tanaman pokok roselle berserta dengan perusahaan di sebelah hiliran yang produktif dan menguntungkan. Saya juga memohon supaya fokus diberi kepada sektor akuakultur di daerah Setiu. Sektor ini memberikan keuntungan kepada lebih daripada 60 orang penternak terutamanya di Kuala Setiu. Jadi kosnya bukan sahaja benih dan juga makanan tetapi kos yang tidak boleh ditanggung oleh penternak adalah kos maintenance kawasan penternakan ikan yang memerlukan maintenance berkala setiap tahun. Jadi saya memohon kepada pihak kerajaan dalam masa menyediakan bajet untuk tahun hadapan, jadi kita kena masukkan kos maintenance berkala iaitu gabungan di antara kerajaan Negeri dan juga kerajaan Pusat untuk memastikan kesinambungan penternakan akuakultur di Setiu ini. Saya yakin dan percaya kalau kita boleh buat maintenance yang betul, di Laguna ataupun di Lagoon Setiu, kita boleh lipat gandakan hasil sehingga empat kali ganda kerana pada masa ini kita hanya boleh menternak ikan Siakap, suku sahaja
ataupun 25% sahaja daripada jumlah kawasan kerana kecetekan kawasan menternak Siakap di kawasan Kuala Setiu.
Dato’ Yang di-Pertua,
Akhir sekali perkara yang disebut, perkara yang dititahkan oleh Tuanku adalah mengenai khazanah alam Negeri Terengganu iaitu muara sungai dan juga persisiran pantai. Kita menghadapi masalah kerana kecetekan muara dan banyak lagi muara yang memerlukan kos yang banyak untuk dibaikpulih supaya laluan nelayan dan laluan sektor pelancongan dapat berjalan dengan baik. Dato’ Yang di-Pertua kita tidak boleh lagi melakukan perkara ini secara ad-hoc kerana kosnya terlalu besar. Satu projek baikpulih muara menelan belanja sebanyak RM150 juta sehingga RM250 juta. Apa lagi hakisan pantai, jadi kita ada universiti-universitii di sekitar kita dan kita ada jabatan yang mempunyai ahli teknikal yang cukup mengenai persisiran pantai dan juga muara. Jadi kita kena ada pemantauan supaya kita boleh buat sikit-sikit pemulihan ini, tidaklah menunggu kosnya RM250 juta baru kita nak buat sebab RM250 juta ini suku bilion. Bila dengar suku bilion kosnya besar jadi kita pun jadi negatif tidak boleh buat. Kalau kita buat sikit-sikit dan ada pemantauan insya-Allah kita boleh baik pulih muara-muara daripada masa ke semasa dan ianya tidak memberi gangguan kepada nelayan dan juga bot-bot pelancong yang menggunakan laluan tersebut.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana semalam saya dimaklum secara tidak rasmi oleh YB EXCO projek pemulihan muara Kuala Setiu iaitu di kawasan Kampung Mangkuk dan Fikri sekarang ini berada dalam proses atau berada dalam proses kajian iaitu fasa pra pembinaan dan insya-Allah akan ditenderkan tidak lama lagi untuk menjalankan pembinaan kerana telah diumumkan dalam Dewan yang mulia ini telah diluluskan bajet RM150 juta untuk projek tersebut.
Akhirnya ada satu perkara yang diluahkan oleh nelayan dan juga pelancong yang menggunakan laluan di muara Kuala Setiu, dia kata kalau hendak tunggu RM150 juta ini lama. Dia kata, dia minta supaya satu projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri iaitu projek gali pasir dan muat pasir dan alih ke tempat lain sama ada dijual ke tempat lain yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri dua tahun yang lalu masih lagi tidak dapat diteruskan iaitu projek gali pasir di muara Kuala Setiu. Jadi kita harap projek ini dapat diteruskan dengan segera kerana halangan untuk meneruskan projek ini hanyalah halangan teknikal di antara kontraktor dan
juga jabatan yang mengurus selia projek di muara Kuala Setiu ini. Jadi kita harap pihak yang terlibat boleh flexible sedikit berbincang supaya ianya dapat dijalankan segera. Ini akan membantu nelayan yang keluar masuk melalui terusan tersebut dan juga usahawan muda yang terlibat dalam sektor pelancongan iaitu membawa pelancong, kita kata balik harilah ke Pulau Redang dan balik semula yang berpangkalan di Kampung Penarik. Setiu mohon menyokong. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Wakil Permaisuri yang menggunakan masa dengan bijaksana. Saya jemput daripada wakil sebelah sini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan juga peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan dan juga merafak sembah serta menjunjung kasih bersama membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada sesi pembukaan Penggal Ketiga, 23 Mac yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya akan cuba seberapa cepat yang dapat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan ingatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa perkembangan ekonomi global telah memberi kesan pertumbuhan kepada ekonomi negara dan juga ekonomi negeri. Ianya dapat dilihat dengan penurunan KDNK pada tahun 2018 menurun sedikit. Walau bagaimanapun, kita juga telah
dikejutkan dan juga lebih parah lagi ekonomi negeri kita iaitu berkaitan dengan kita telah menghadapi satu fenomena baru iaitu masalah COVID-19 yang juga sedang melanda negara kita pada akhir tahun 2019. Ini secara tidak langsung ianya akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada negeri kita Terengganu dan juga negeri-negeri lain dalam negara kita ini. Walau bagaimanapun, kita bersyukur Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana bagi Negeri Terengganu alhamdullilah kita telah mencatat dapat menangani perkara tersebut dengan baik dan saya juga mengucapkan tahniah kepada semua jabatan-jabatan yang berkaitan atas kesungguhan untuk menghadapi gejala ini dengan begitu baik yang mana Terengganu hanya mencatat 114 kes. Cuma satu kes kematian dan juga 113 kes telah selesai.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dengan keadaan-keadaan tersebut maka sudah tentu bagi pihak kerajaan pada pandangan saya kita memerlu menggemblengkan tenaga kita dan juga perlu menyusun strategi-strategi baru bersama untuk memulihkan ekonomi negeri dan juga ekonomi rakyat yang lebih jelas dan juga bersepadu bersama dalam bentuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan juga jangka masa panjang. Oleh sebab itu, kita pada suatu masa dulu kita memang terkenal sebagai negeri jolokan dalam negara kita ini iaitu negeri Kuwait bagi Malaysia. Tetapi pada hari ini ianya sudah berubah dan juga sudah jauh negeri-negeri lain telah meninggalkan kita dalam sektor ekonomi ini dan juga ada setengah-setengah negeri telah meninggal kita lebih jauh maju daripada negeri kita pada sekarang ini. Oleh sebab itu pada pandangan saya adalah kebergantungan negeri kita kepada hasil minyak semata-mata ialah bukan menjadi satu strategi yang tepat pada masa ini. Oleh sebab itu saya ingin memberi pandangan bahawa kita juga perlu menyusun apa yang telah disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam muka surat 6 iaitu: “Beta menyeru supaya kerajaan Negeri memberi perhatian serius dalam usaha untuk membangunkan terutamanya dalam sektor pertanian”. Kita pun telah mendengar daripada semalam bahawa ramai rakan-rakan kita yang telah bercakap dalam soal sektor pertanian ini kerana ianya berkait rapat dengan pembangunan dan juga ekonomi kepada rakyat di peringkat bawah. Oleh sebab itu apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan iaitu telah melancarkan Pelan Induk Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 adalah satu perintis yang sangat baik tetapi ianya yang menjadi masalah sokmo–sokmo kepada kita adalah bila sampai ke peringkat pelaksanaan ianya akan memerlukan kepada pemantauan yang begitu ketat dan juga jelas bagi pihak kerajaan kerana ianya akan sentiasa
mengalami kegagalan di peringkat pelaksanaan dalam sektor pertanian di negeri kita ini. Pertanian ini bila kita tengok pada tahun 2021 kerajaan Negeri juga mencadangkan bahawa Terengganu akan dijadikan Tahun Pertanian Negeri Terengganu. Saya ucapkan tahniah dan syabas bahawa dengan perisytiharan Tahun Pertanian Negeri Terengganu ini ianya akan memberi dan juga akan membuka ruang yang lebih luas terutamanya di peringkat rakyat di akar umbi untuk sama-sama menggembleng tenaga dan juga sama-sama mendapat manfaat dari apa yang telah dirancang oleh pihak kerajaan ini. Oleh sebab itu, saya memohon kerajaan Negeri supaya peruntukan yang diberi kepada pertanian ini harusnya ditambah. Kalau kita tengok, kalau untuk persediaan kita Tahun Pertanian Terengganu pada tahun 2021, dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM 6.65 juta ini tidak mencukupi, apatah lagi kalau kita rasa kalau kita nak buat pertanian ini dalam bentuk skala yang besar kita haruslah menyediakan peruntukan yang secukupnya. Kalau nak kira, RM6 juta ini, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada pandangan saya nak beli baja pun tidak berapa dang sebenarnya. Oleh sebab itu, sebagaimana yang diberitahu oleh Yang Berhormat Pemaisuri tadi bahawa negeri-negeri lain sudah ada trademark pertanian negeri masing-masing. Negeri Kedah dengan negeri padinya, negeri Perlis dengan Harum Manisnya dan negeri-negeri lain dan begitu juga. Sebenarnya Terengganu ini banyak produk-produk yang boleh kita kembangkan dan juga kita susun balik supaya ianya menjadi satu pendapatan yang baik kepada rakyat di peringkat akar umbi kita.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Perkara yang kedua yang saya ingin cadangkan kepada pihak kerajaan ialah kerajaan negeri juga harus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pelancongan. Kalau kita melihat sektor pelancongan ini, kalau sejak pada akhir-akhir ini sedikit menurun. Ini mungkin disebabkan oleh masalah COVID-19 sebagaimana yang saya maklum tadi. Walau bagaimanapun ianya sekarang ini telah banyak perubahan-perubahan yang telah semakin positif dan ianya memerlukan kepada pemerhatian bagi pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi dan juga memberi tumpuan yang khusus kepada industri pelancongan ini. Saya ingin menarik perhatian apa yang berlaku di Tasik Kenyir. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memanglah kewujudan Tasik Kenyir ini kalau untuk pengetahuan kita semua bahawa ianya diwujudkan adalah untuk menjadikan Tasik Kenyir itu sebagai satu produk pelancongan yang baru dan juga bertaraf di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, pelaburan kerajaan pada masa tersebut agak besar dan ramai
suara-suara sumbang yang kita dengar di semua peringkat yang mengatakan ini merupakan satu pelaburan yang membazir. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita nak tengak pembaziran ini berlaku, sekiranya kalau kita buat perkara tersebut tidak sampai ke sut, memanglah kita akan nampak ianya akan menjadi membazir. Oleh sebab itu saya berharap kepada pihak kerajaan, apa yang telah ada di Tasik Kenyir itu harus diberi tumpuan walaupun kita faham dengan keadaan ekonomi yang kita ada pada hari ini. Walau bagaimanapun kita masih mampu dan juga boleh meneruskan perancangan-perancangan yang sedang dilaksanakan tersebut dengan sebaik mungkin. Kalau dulu kita ingin jadikan ianya sebagai menarik pelancong-pelancong daripada luar, kalau kita tengok daripada kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir ini, Yang Berhormat Dato’ di-Pertua saya nampak sangat baik sebenar, 2017 ada 800,000 orang yang mari ke Tasik Kenyir ini 2018, 700,000 lebih orang yang mari ke Tasik Kenyir. Ini data ni… 2019 ada 600,000 ribu orang mari, 2020 ini COVID sikit, ini pun 73,000 dah. Jadi saya tidak faham kalau ada orang yang mengatakan bahawa ini satu projek pembaziran. Saya tidak nampak sebab kawasan pelancongan di negeri Terengganu ini, tidak ada untuk pelancong mari begini ramai sebenarnya. Begini ramai orang yang mari dan ianya menyebabkan kalau kita kata perkara ini adalah projek yang membazir, tapi sebagaimana saya beritahu, bahawa kalau tidak sampai ke sut memang membazir. Macam kita tanam durian, tanam hari ini, bukan yer buah lalu, lima tahun buah, lima tahun buah pah dari tu kalau tidak cara tanam-tanam tidak cara, naik hutan, naik nape tidak yer buah gop, dan itu memang betul pembaziran. Tapi kalau kita manage dengan baik walaupun dengan keadaan ekonomi yang terhad kita gunakan peruntukan yang terhad tapi kita teruskan perjalannya, saya yakin dan percaya ianya akan menjadi satu destinasi tempat baru selain daripada tempat-tempat pelancongan yang lain di Negeri Terengganu. Terengganu ini banyak tidak kurang dengan produk-produk pelancongan dan kita dulu kita buat saya buat kajian dan juga pandangan-pandangan daripada agensi-agensi yang berkaitan terutamanya KETENGAH yang menyatakan orang yang datang sejak pada tahun 2017 ini adalah disebabkan pembukaan sedikit kedai bebas cukai. Baru buka sikit, baru, memang orang buat projek bebas cukai ini bazir, abis pitih memang betul, sebenarnya ini satu pelaburan kepada kerajaan memanglah rugi sikit, tapi pelaburan direct kepada rakyat dan kepada pengusaha-pengusaha yang mengusaha dalam bidang berkenaan, saya yakin dan percaya ianya akan memberi pulangan secara direct kepada pengusaha-pengusaha dan juga kepada mereka yang terlibat, ada ini walaupun kita buka sikit, baru pusat bebas cukai, kehadiran pelancong meningkat dengan begitu tinggi. Jadi satu lagi saya nak beritahu bahawa kalau kajian kita yang menyatakan bahawa pelancong luar negara
terutamanya daripada Europe, daripada China daripada mana-manalah daripada Australia ke, mari ke negara kita dan belanja besar, kita silap sebenarnya. Perbelanjaan yang besar ini kebanyakannya banyak yang kita dapat besar adalah terdiri daripada pelancong-pelancong domestic terutamanya orang negara kita, orang negeri kita, itu yang harus kita beri tumpuan kalau kita pergi mana-mana pun dalam dunia ini, dalam dunia ini, saya yakin dan percaya orang tahu bahawa pelancong Malaysia ini memang dia kuat beli sebenar, saya tidak tahulah sama ada dia ada pitih ke ye tak dok pitih ke dan memang dia suka beli ke saya tidak tahu tapi kalau kita pergi ke negara-negara luar Vietnam baik mana-mana baik, peniaga-peniaga kedai itu semua, pandai cakap melayu sebab dia nak tarik orang kita ini, boleh beli di kedai dia, sebab itu saya kata pembangunan dibuat di Tasik Kenyir ini saya nak nafikan bahawa ianya kalau dikatakan adalah satu pembaziran tapi pembelanjaan yang besar pada masa tersebut, itu dilihat pada masa kedudukan kewangan kerajaan pada masa tersebut, mungkin pada masa sekarang ini, kita faham dan kita tahu dengan kekangan, dengan masalah ekonomi global, masalah ekonomi negara, masalah ekonomi negeri, kita faham. Walau bagaimanapun, saya merayu kepada kerajaan negeri supaya ada juga spend duit sikit peruntukan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di Tasik Kenyir ini tuan-tuan dan puan-puan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Masa Yang Berhormat ada seminit lagi.
Haa
Ada seminit lagi.
Allah sabar sikit, Dato’ Yang di-Pertua, saya ini dang cakap ginilah masa mana tau, tempat, Dato’ di-Pertua ganggu gop. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua okey saya terus kepada laporan yang ketiganya yang seterusnya saya nak bercakap juga berkaitan dengan Maufakat Nasional. Ramai kawan-kawan kita cakap maring dah pun dan alhamdulillah bila ramai orang bercakap ini sebenarnya ramai orang yang sayang, saya yakin dan percaya dan saya harap kepada pihak kerajaan pun kena bersedia mendengar perkara ini dan apa yang telah dirintiskan oleh rakan-rakan saya ini, terutamanya semalam ada yang diberitahu oleh Yang Berhormat Ajil pun ada
sentuh dan Yang Berhormat Dato’ Seri Kijal pun ada sentuh. Saya harap perkara-perkara tersebut, diambil perhatian semoga dan supaya perkara ini akan berjalan dan juga diperbaiki untuk kebaikan dan juga kepentingan kita bersama. Kepentingan bersama daripada dulu pun saya memang bercakap benda ini jugak, tapi sekarang ini saya berharap ianya dapat direalisasikan dan juga dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya ianya memberi kebaikan kita bersama. Rakyat di bawah memang tidak jelas hari ini, tidak jelas sebab dia kata kita bercakap ini peringkat kita je pakat. Peringkat dia tidak tahu pale ekor, ye kata, kalau ikut ke deme macam Dato’ Seri Ahmad Said kata berlawan sokmo, ini saya nak kabor bahawa perkara ini demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kita harus melihat lebih jauh ke hadapan dan juga kita harus melihat perkara ini dengan lebih terbuka, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya, ialah panjang lagi kalau nak bercakap ini biarlah Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih banyak saya pohon menyokong ucapan usul yang dibawa pada pagi ini. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Telemong. Saya persilakan Wakil Seberang Takir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Rhu Rhendang, Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan media dan tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya saya merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan untuk saya menyertai perbahasan dalam sesi perbahasan pada hari ini. Saya akan bercakap beberapa perkara terutama macam rakan-rakan saya yang lain. Pertamanya saya nak melahirkan penghargaan kepada frontliner kita yang telah bertungkus-lumus memastikan ancaman penularan virus COVID-19 yang amat di luar jangkaan kita yang telah melanda dunia baru-baru ini dan kalau ikut kepada WHO, sehingga 8 Ogos 2020, lebih kurang 19 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus dengan 716,000 kematian dicatatkan. Alhamdulillah di negara kita dan juga terutama di negeri Terengganu terkawal dengan begitu baik, jadi saya seperti juga rakan-rakan yang lain nak mengucapkan tahniah dan terima kasih terutama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berani
melaksanakan PKP, PKPD, PKPP, walaupun dalam ketika ini banyak negara sedang mencari apakah formula yang terbaik. Sudah tentu tahniah dan terima kasih kepada frontliner kita yang telah bertarung nyawa, berkorban masa dan juga tenaga.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kita sedia maklum bahawa ini adalah norma baru kepada kita semua. Jadi di sini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan supaya kerajaan Negeri Terengganu juga perlu menyambut dengan proaktif kempen pembudayaan norma baru seperti mana yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lepas. Kita perlu libatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana hal ini yang bersangkutan dengan keselamatan rakyat dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Negeri yang telah menganjurkan Program Pembentangan Kajian Impak COVID-19 ke atas Sosio-Ekonomi Negeri Terengganu dan juga kajian-kajian yang telah dibuat yang telah berlangsung pada hari Ahad baru ini. Di samping itu, saya juga nak mengingatkan diri saya dan juga semua rakyat Terengganu khasnya supaya sentiasa ambil tindakan untuk cegah, amal, patuh dan pantau ataupun CAPP. Saya juga nak cadangkan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dalam situasi norma yang baru ini, saya tengok banyak billboard-billboard yang tertera gambar Yang Berhormat-Yang Berhormat bersama isteri dan sebagainya, saya rasa alangkah baiknya kalau billboard-billboard tersebut yang ada di seluruh negara ini kita isi dengan kata-kata “anda hebat, tahniah”, terutama penghargaan kepada wira yang terlibat sebagai frontliner dalam situasi yang begini.
Perkara yang kedua yang ingin saya sentuh di sini ialah berkait dengan perkembangan ekonomi. Jadi saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar berdasarkan laporan sosio-ekonomi 2019 yang terbaru, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu adalah antara tujuh negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik daripada sebelumnya iaitu 3.3% pada 2019 berbanding 2.5% pada tahun 2018. Kadar pengangguran juga menurun tapi mungkin disebabkan ramai rakyat Terengganu kerana COVID baru ini, ramai yang terlibat menjadi usahawan secara online. Jadi tahniah kepada EXCO yang berkaitan. Jadi dalam hal yang berkaitan saya juga menyambut baik pengumuman kerajaan Negeri mengenai cadangan pembinaan sebuah Eco-Cycle Industry Park dengan izin seluas 500 ekar di antara PMINT dengan Tar Wing Holdings Berhad dengan anggaran nilai RM2.4 bilion di Kemaman. Saya berharap usaha sama ini dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat Terengganu khasnya. Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan sekali lagi dan saya ulangi saranan saya dalam sesi Dewan yang dahulu bahawa kita masih belum nampak sebarang pelan ekonomi yang bersifat lestari atau dengan izin sustainable. Saya belum lihat sebarang inisiatif ekonomi baharu yang terancang ataupun yang berkait dengan pewujudan peluang pekerjaan. Kerajaan yang terdahulu pernah mewujudkan MEN-T ataupun Majlis Ekonomi Negeri Terenganu dan melaksanakan makmal transformasi ekonomi Negeri Terengganu. Ramai stakeholders dengan izin yang terlibat yang sama-sama merangka dan merancang pelan ekonomi untuk Negeri Terengganu. Betul mungkin pelaksanaan pelan itu tak berjaya sepenuhnya, tetapi soalannya sekiranya pelan itu melalui MEN-T tidak lagi diguna pakai oleh kerajaan Negeri sekarang, apakah pelan ekonomi yang baru untuk rakyat? Hal ini sangat penting kepada saya, Dato’ Yang di-Pertua kerana isu terbesar di kalangan rakyat khasnya di kalangan generasi millennium ini sama ada kerajaan Negeri ada sebarang perancangan ekonomi untuk mewujudkan peluang pekerjaan atau tidak. Setidak-tidaknya kerajaan Negeri ada ikhtiar terancang dalam membina ekosistem yang boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan lebih-lebih lagi apabila kita melihat daripada kajian yang dibuat oleh UMT baru ini. Kesan impak COVID-19 bahawa dalam aspek bantuan, Negeri Terengganu yang mendapat faedah pakej Rangsangan Terengganu, 38.8% setuju, 61.2% tidak bersetuju berbanding apa yang diberi oleh kerajaan Pusat 71.9% setuju, 28.1% tidak setuju. Jadi saya haraplah kerajaan Negeri perlu ambil langkah tertentu supaya memperbaiki semula bentuk bantuan-bantuan yang diberi terutama bantuan ekonomi untuk memberikan satu rangsangan ekonomi yang baik untuk memacukan negeri kita walaupun dalam keadaan yang kita sedia maklum dengan berlakunya COVID baru-baru ini.
Satu lagi saya nak sambung balik dengan isu ECRL. Jadi saya haraplah EXCO yang berkaitan berjuang habis-habisan. Tadi Dato’ Seri Kijal menawarkan diri untuk bersama. Saya pun tak ada masalah boleh bersama kerana kita sedihlah sebab Pahang di bandar Kuantan saja ada empat stesen yang telah dipersetujui. Di Kuantan saja ada empat. Kuala Terengganu tak dok se se. Di Kuantan Cherating, Kuantan Port Satu, Kuantan Port Dua dan juga KOTASAS. Jadi kalau Kuantan dapat empat, hasil perjuangan kerajaan Negeri jadi peliklah kalau Terengganu tak boleh nak perjuangkan sekurang-kurangnya mendapat satu stesen untuk ibu Negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Jadi saya harap kerajaan Negeri dan EXCO yang berkaitan perlu memastikan bahawa kita perlu berjuang kerana yang penting
hari ini apa yang kita buat ini adalah untuk masa depan rakyat dan juga anak-anak Terengganu.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, sama juga saya nak sambung sedikit dengan Wakil Telemong tadi, saya tahu dia banyak nak sebut tadi tentang isu Muafakat Nasional yang disebut oleh rakan-rakan sebelum ini. Jadi saya pun rasa terpanggil juga untuk menyebut perkara ini dan kita harap apa yang kita kemukakan ini akan memberikan satu kebaikan untuk kita bersama dan juga untuk rakyat kerana kita melihat apa yang berlaku baru ini, COVID-19 dan juga Malaysia pasca PRU-14 sama je, iaitu kedua-duanya membina norma baru dalam kehidupan kita. Kalau kita lihat kesan daripada apa yang berlaku dalam PRU-14, kita tengok sudah berubah dinamika politik kita berubah daripada kestabilan dan pemusatan berasaskan satu parti tunjang telah berubah kepada pemecahan pelbagai parti. Akibatnya, semua parti ini mempunyai kuasa tawar menawar ataupun bargaining power dengan izin, yang sama ada baik atau buruk wallahuallam, Dato’ Yang di-Pertua, tetapi apabila semua parti mempunyai dengan izin, bargaining power yang sama dan seimbang maka sudah tentulah kita boleh lihat kawan pada hari ini mungkin jadi lawan pada hari esok dan begitulah sebaliknya. Naratif Muafakat Nasional ini asasnya premis yang sama iaitu wadah kerjasama antara dasar ukhuwah islam dalam menentang musuh politik yang sama. Saya ulang, Muafakat Nasional ini adalah wadah kerjasama atas dasar ukhuwah islam dalam menentang musuh politik yang sama. Lama dah Dato’ Yang di-Pertua, berpuluh tahun dah, di antara PAS dan UMNO ini menjadi seteru tetapi kita disatukan dalam kerangka Muafakat Nasional. Di sinilah Negeri Terengganu inilah, bukan negeri lain Dato’ Yang di-Pertua, di sinilah better front dengan izin ataupun zon hadapan perang antara UMNO dan politik dan UMNO dan PAS berlaku. Mungkin generasi baru hari ini, generasi millennium ini tidak tahu, berpuluh tahun dah orang melayu Terengganu ini berpecah, bergaduh, bermusuh, solat dua imam, ada yang bercerai berai atas faktor perbezaan politik. Justeru tidak hairanlah apabila kepimpinan PAS dan UMNO duduk dan berdiri di atas pentas yang sama di bawah Muafakat Nasional saya tengok ramai yang menangis, menangis bersyukur dengan apa yang berlaku. Di sinilah Dato’ Yang di-Pertua kalau kita ingin terjemahkan Muafakat Nasional ini sebagai naratif baharu, hubungan dua parti umat islam terbesar di Malaysia, di sinilah tempatnya untuk diterjemahkan iaitu di Negeri Terengganu Darul Iman. Jadi point saya Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita benar-benar nak bermuafakat atau benar-benar bermuafakat kita akan lebih berjaya dalam menghadapi seteru politik yang sama. Sekiranya tidak Dato’ Yang di-Pertua, kita akan hilang segala-galanya, selama-lamanya. Justeru yang menjadi kerajaan,
jadilah kerajaan dengan mentaliti kerajaan. Mungkin kerajaan lama meninggalkan liabiliti tetapi kita perlu ingat bahawa mereka juga tinggalkan banyak aset. Jangan kita salahkan di antara satu sama lain, saya faham mana ada isteri yang sanggup berkongsi suami tetapi Dato’ Yang di-Pertua mana tahu suatu hari ini, suatu hari nanti esok lusa, mungkin hati isteri jadi lembut dan sanggup beri laluan dengan mengharapkan payung emas sebagai ganjaran.
Insya-Allah.
UMNO dan orang melayu ada sejarah berkongsi kuasa. Kerajaan Malaysia berkuasa dengan kaum-kaum lain dalam membentuk kerajaan pasca kemerdekaan kemudian ia menjadi norma yang baharu. Esok lusa kita belum tahu, dalam percaturan politik Malaysia yang serba dinamik pasca PRU-14, mungkin Dato’ Yang di-Pertua, duduk di atas tu, mana tahu suatu hari nanti mungkin lepas ini kot-kot duduk di tempat Yang Amat Berhormat pula, mana orang tahu. Molek ngangguk tu, Dato’ Yang di-Pertua. Bagi saya dan semua pendokong Muafakat Nasional, permuafakatan ini harus digembleng untuk berhadapan dengan seteru politik yang sama atas dasar Agama Islam yang maha suci. Perpaduan orang melayu adalah asas perpaduan nasional. Kita tidak perlu bersikap apologetic, kita perlu bergerak ke hadapan, moving forward, Dato’ Yang di-Pertua dengan izin, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan Negeri yang mempunyai banyak sumber dan kekuatan jangan hanya tumpu kepada usaha menguatkan parti sendiri sahaja sebaliknya marilah kita berikan tumpuan kepada usaha celik demokrasi atau dengan izin democracy literacy di kalangan rakyat khasnya mereka yang bakal berumur 18 tahun dan boleh mengundi dalam PRU-15. Hal ini saya melihat adalah sangat kritikal dalam usaha mengukuhkan Muafakat Nasional bukan mengukuhkan parti, baik parti UMNO mahupun parti PAS yang perlu kita berpakat dan perlu kita kukuh adalah Islam dan melayu itu sendiri. Saya sekali lagi memohon dan mengharap biarlah permuafakatan ini menjadi realiti. Mari kita sama-sama jadikan Terengganu ini sebagai contoh kepada negeri-negeri yang lain kerana di sini lah sebenarnya seperti yang saya sebut tadi, sebagai tempat hadapan ataupun peperangan di hadapan yang perlu kita tunjukkan. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan dengan ini saya menyokong usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas urusan Titah DiRaja. Sekian.
Terima kasih kepada Wakil Seberang Takir, sekarang saya jemput Wakil Kemasik.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Alhamdulillahirabbil Alamin Wassolatu Wassalamu „Ala Asyrofil Anbiya’i Wal Mursalin Saiyidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wa asha bihi ajmai’in, Amma Ba’d.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah memberi keizinan kepada kita untuk bersama-sama dalam Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas pada hari ini. Insya-Allah, alhamdullilah di kesempatan ini yang diberikan kepada saya izinkan saya untuk merakamkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah bertitah menyentuh pelbagai aspek pelaksanaan dan dasar-dasar Yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan bersempena dengan pembukaan Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini. Saya menyambut sebagaimana yang disebut Wakil Seberang Takir dengan sedikit gurindam Raja Ali Haji insya-Allah.
Pagi hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa, Permuafakatan ummah perlu dilaksanakan, Demi kesejahteraan agama, negara dan bangsa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan beberapa perkara antara lain perkara pertama yang ingin saya sebut adalah berkenaan walaupun telah banyak dibahaskan namun saya ingin sekali lagi menyebut berkenaan dengan pembangunan sektor pertanian. Ramai rakyat Terengganu terutama golongan B40 terlibat dengan sektor pertanian, mereka adalah golongan yang berpendapatan rendah. Ruang yang lebih besar perlu diberikan supaya mereka yang terlibat dapat terus berkembang kerana sebagaimana dimaklumi sektor pertanian ini mampu untuk memberi peluang ekonomi yang tinggi jika ia dilaksanakan dan dijalankan
dengan kaedah yang betul dan tepat. Kemudahan infrastruktur pertanian pengukuhan rantaian nilai antara sektor, aspek pemasaran dan sebagainya perlu diberi penekanan yang lebih serius terutamanya. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa atas kelulusan menambah baik padang ragut rakyat serta Projek Pembangunan Lembu Sado di Kampung Chabang, Kerteh sebagaimana yang terdahulu pada sidang Dewan lepas dijanjikan. Kami berharap agar usaha ini dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan sehabis baik kami percaya dengan komitmen dan panduan yang terbaik diberikan oleh pihak kerajaan serta pihak-pihak berkepakaran mampu memastikan kejayaan program-program yang dirancang dan diusahakan ini. Pemantauan dan sokongan berterusan diharap mampu membina budaya dan cara kerja yang betul untuk memastikan kejayaan pada program-program yang diusahakan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada para nelayan terutama nelayan pantai di Kertih dan Kemasik dalam Program Labuh Unjang di perairan pantai Kertih, Kemasik. Ia merupakan susulan daripada beberapa program-program yang telah dijalankan. Kami percaya usaha-usaha tersebut akan terus dijalankan bagi memastikan sumber perikanan negeri dapat terus diperkayakan. Susulan daripada beberapa program yang kita dituruti, kita dapati ada beberapa aset-aset ataupun kapal-kapal haram yang dimaklumkan telah selesai pendakwaan berkemungkinan besar kapal-kapal tersebut boleh dijadikan tukun-tukun yang mampu insya-Allah menjadi aset ataupun menjadi tempat pembiakan ataupun merancakkan lagi pembiakan ikan-ikan di perairan kita. insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di samping kita menyebut berkenaan eko-pelancongan, kita yakin agro-pelancongan juga merupakan salah satu aset yang perlu kita perkasakan. Banyak tempat-tempat yang menarik hasil daripada usaha agro oleh EXCO berkenaan mampu ditambahnilai untuk dijadikan sebagai satu lagi daya tarik pelancongan melalui program-program agro-pelancongan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hikmah mungkin daripada insiden ataupun ujian Allah terhadap COVID-19, kita dapat melihat ramai anak-anak muda dan pesara dalam bidang pertanian semakin meningkat. Momentum positif ini terus disusun dan diperkasa semoga nanti kita yakin mereka-mereka yang berkecimpung di dalam bidang pertanian ini terus berdaya saing dan insya-Allah kita juga yakin dengan kewujudan teknologi-teknologi baharu sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO berkenaan drone dan sebagainya, ia nanti bakal
merancakkan lagi dan memperdayakan lagi usaha ataupun pendapatan para petani, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk perkara yang kedua, disebut dalam tema Belanjawan Negeri Terengganu 2019 lalu, temanya iaitu Membina Generasi Terengganu Sejahtera. Sudah pasti antara unsur terpenting adalah pembangunan modal insan. Termasuk dalam aspek pembangunan modal insan juga disebut oleh wakil-wakil Ajil, wakil Sura, isu berkenaan dadah. Saya mengambil kesempatan di Dewan ini mengucapkan jutaan tahniah kepada PDRM kerana telah berjaya memutuskan rantaian pengedaran yang terbesar Negeri Terengganu dan yang kedua terbesar Negeri Terengganu dalam beberapa bulan lepas. Kita yakin COVID-19 boleh diputuskan dengan memutuskan rantaian penyebaran. Usaha-usaha mengawal ataupun mendidik ataupun membaik pulih mangsa-mangsa boleh terus kita jalankan namun root cause ataupun sebab utama perlu kita sama-sama kenal pasti dan perlu putuskan. Kita yakin dengan putusnya rangkaian pengedaran dadah dengan pelbagai jenis ini kita yakin dan percaya ia menjadi faktor terbesar untuk kita menangani masalah ini, insya-Allah dan kita yakin PDRM kita mampu melaksanakan dan ia terbukti dengan kejayaan mereka, orang kata berturut-turut dalam masa sebulan dua bulan itu, 1.9 juta dan seterusnya 1 juta lebih yang telah berlaku tangkapannya di Kemaman. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, rantaian dadah ini sangat besar. Semua maklum bukan sahaja dia merosakkan individu, malah dia juga merosakkan keluarga dan juga masyarakat seterusnya negara. Saya yakin kerjasama bukan sahaja dari pihak PDRM, malah seluruh agensi-agensi atau seluruh golongan masyarakat akan dapat bersama-sama dan seterusnya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya majoriti masalah supply. Sudah pasti apabila supply tiada, demand pun akan berkurangan, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk seterusnya perkara yang ketiga, mungkin susulan ataupun kesan daripada dadah juga, menyebabkan rosaknya struktur satu keluarga di Kemasik, Kertih. Antara lain yang biasa datang ke pejabat DUN adalah mereka-mereka ataupun isteri-isteri dan anak-anak yang ditinggalkan oleh ayah-ayah dia kerana ayah dia boleh makan free, boleh tidur sedap, ada orang jaga. Duduk dalam nung dua tahun, tubik, ye wat kerja pula. Boleh masuk pula, ada orang jaga pula. Jadi, yang menjadi kesannya, atau yang menanggung bebannya, sudah pasti anak-anak dan
isteri-isteri di luar. Anak-anak sudah pasti apabila tiada penjagaan yang baik, ia seterusnya menjadi rantaian yang terus merosakkan keadaan masyarakat kita. Justeru, penubuhan Raudhatul Jannah sebagaimana yang disebut amat-amat dialukan, sekurang-kurangnya kita tak boleh nak selesai ayah dia, kita boleh selesai anak-anak dia, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Perkara yang keempat yang mungkin saya ingin sentuhkan di sini adalah berkenaan dengan usaha untuk membantu, membangun dan memperkasakan para usahawan di Negeri Terengganu. Tahniah sekali lagi kepada kerajaan Negeri Terengganu atas Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang telah diperkasakan dan telah membantu 448 usahawan tempatan dalam memajukan perniagaan mereka. Di samping pelbagai inisiatif yang telah dijalankan, saya memohon untuk pertimbangan kerajaan dalam membangunkan infrastruktur kemudahan untuk para usahawan. Sebagai contoh di Kemasik, saya dapati masih ramai usahawan-usahawan menjalankan perusahaan mereka di tepi-tepi rumah dengan kekangan kawasan dan sumber sokongan. Para usahawan sederhana dan berat berkaitan minyak dan gas, memang ada kawasan dah dia, kita dah allocate kawasan dia. Namun bagi usahawan kecil dan sederhana, selain daripada minyak dan gas seperti bengkel kereta, kilang frozen food dan lain-lain, industri masih sangat sedikit. Justeru saya sekali lagi memohon pertimbangan kerajaan untuk membina kawasan perindustrian IKS baharu di kawasan DUN Kemasik bagi memastikan perkembangan dan peningkatan para usahawan supaya ia lebih berdaya saing. Ia sangat disokong dengan bakal wujudnya satu stesen penumpang dan kargo nanti di Kertih, insya-Allah. Termasuk juga ada LPT2 yang merupakan exit terhampir dengan pekan daripada exit ini, insya-Allah.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua,
Hasil daripada survey khas COVID-19, dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati, lebih daripada dua per tiga iaitu 68.7% daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada sebulan sahaja, dan isu ini bukan perkara baharu, ia isu pengurusan kewangan dalam kalangan peniaga yang bekerja sendiri adalah kritikal dan perlu dan berlaku sepanjang masa. Ia perlu ditambah baik agar usahawan-usahawan kita lebih berdaya saing untuk mendatangi apa juga, apa ujian di sepanjang perniagaan dan keusahawanan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk akhirnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang bakal merasmikan Rumah Mampu Milik DUN Chengal Fasa 2 sebagaimana disebut oleh EXCO berkenaan sebentar tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya ingin menyebut berkenaan dengan status Lapangan Terbang Kertih, dimaklumkan lapangan terbang ini akan diserahkan kepada kerajaan Negeri Terengganu pada akhir 2021, iaitu hampir setahun lagi lebih kurang. Hampir 300 orang pekerja, sama ada permanent staff ataupun contract staff dan hampir 30 ke 50 pemandu teksi yang bersangkutan langsung dengan Lapangan Terbang Kertih tersebut. Justeru, saya berharap agar penelitian dan perancangan terperinci dilakukan oleh kerajaan Negeri untuk memastikan Lapangan Terbang Kertih itu terus walaupun telah diserahkan oleh Petronas kepada kerajaan Negeri, namun ia terus dapat beroperasi seterusnya dapat mengekalkan peluang pekerjaan sebagaimana yang sedia ada sekurang-kurangnya dan sangat-sangat lebih baik jika ia terus dapat diperkembangkan, insya-Allah.
Saya rasa itu sahaja, terima kasih atas perhatian Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, serta Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh kepimpinan atas cadangan dan segala isu yang saya bangkitkan. Semoga kita terus mengorak langkah ke hadapan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam membina Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Yang Berhormat Tuan yang di-Pertua saya mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Wakil Kemasik yang merupakan wakil terakhir yang berucap bagi menjujung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sekadar itu sahaja masa yang saya boleh benarkan kepada Ahli-ahli Berhormat yang lain dalam Tertib Pekerjaan Dewan ini. Sekarang tiba masanya giliran wakil Kerajaan untuk berucap dan membuat penggulungan. Saya jemput untuk memulakan penggulungan, Wakil Kota Putera, silakan.
Alhamdulillahilladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq. Liyuzhhirohu 'alad dini kullihi walau kalihan musrikun, Ash-hadu anla ilaha illallah wa ash hadu anna muhammadan abduhu warasulluh. Subhanakala ilmalana, illa ma’alamtana innaka antal’alim mulhakim Robbis rohlii sodrii wa yassirlii amrii, wahlul „uqdatam mil lisaani yafqohu qouli.
Firman Allah subhana wata’ala,
Yang bermaksud, Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa.
Barang siapa yang mengharapkan, perjumpaan dengan tuhanNya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadat kepada tuhanNya.
Yang Dihormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, ataupun wakilnya. Wakil-wakil media seterusnya pemerhati yang mengikuti siaran live fb sidang kita pada hari ini dan sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk memulakan sesi penggulungan Ucapan Menjujung Kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Alhamdulillah pertama-tamanya marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kepada Allah subhana wata’ala kerana kita semua ini masih lagi diberi rezeki untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini, dengan mengecapi segala nikmat-nikmat yang ada, pada pagi yang berbahagia ini, dan hari ini kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil-wakil rakyat dalam
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Mudah-mudahan kehadiran kita ke dalam sidang DUN pada kali ini dijadikan amal soleh di akhirat nanti, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sepanjang penelitian terhadap ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sejak daripada petang semalam sehingga sebentar tadi, tidak banyak menyentuh portfolio yang telah diamanahkan kepada saya, cuma ada beberapa perkara yang disebut, orang kata sipi-sipi insya-Allah dalam ruang yang diberikan ini saya cuba untuk memberi jawapan dan penerangan dengan harapan ianya akan menjadi input baik kepada kita semua.
Dato’ Yang di-Pertua,
Antara perkara yang saya nak masukkan dalam ucapan saya ini seperti mana yang saya sebutkan semalam, di dalam jawapan soalan daripada Ahli Dewan berkenaan dengan penjelasan lanjut mengenai perniagaan emas yang diceburi oleh YPU. Sedikit masa saya ambil untuk menerangkan keadaan semasa dan sejarahnya sikit. Pada pertengahan tahun lepas, saya telah memohon izin dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, untuk mengeksport dengan izin dalam perniagaan emas ini. Alhamdulilah kebenaran saya telah dapat perolehi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya bersama-sama dengan YPU untuk meneroka bidang baru bagi kerajaan Negeri ini. Kemahuan ini timbul selepas beberapa kenalan dan peniaga-peniaga emas datang berjumpa saya bertanyakan kenapa kerajaan Negeri tidak ceburkan diri dalam bidang emas ini, sedangkan kita adalah negeri yang terkenal dengan melayu Islamnya, yang emas adalah sinonim dengan melayu Islam. Rakyat Terengganu antara rakyat yang sukakan emas, berbanding dengan negeri-negeri lain dan Terengganu, Negeri Terengganu dan Kelantan sentiasa menjadi testing market, dengan izin kepada satu-satu design baru barang-barang kemas, saya dimaklumkan begitu daripada pihak-pihak designer ingin melancarkan design-design baru, mereka bagi kepada pasaran Terengganu dan Kelantan dulu. Apabila pasaran itu meletup atau mendapat sambutan, barulah pihak designer ini akan membuat secara mass ataupun secara besar-besaran untuk dipasarkan di seluruh negara dan termasuklah di Lembah Klang. Atas informasi awal itulah, yang memulakan memberi semangat kepada saya untuk mencari dan menceburi info-info ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam perniagaan emas ini, selepas kita mendalami sedikit, ia mempunyai empat peringkat perniagaan, iaitu stage yang pertama, adalah berkenaan dengan
trading gold bar ataupun jual beli gold bar. Yang kedua, adalah stage yang kedua adalah producing coin dan dinar. Kita buat dinar ataupun coin kita. Yang ketiganya, stage yang ketiga adalah producing hallmark kita, di atas gold bar tadi tu ada trademark kita yang panggil hallmark untuk emas dan yang keempatnya, barulah kepada bidang barang kemas dan gold industry. Jadi ini empat stage yang kita telah dalam ini dan kita melihat keadaan ini ada kemampuan untuk kita menerokai. Atas sedikit kemampuan yang ada dan bimbingan daripada rakan strategik kita daripada AZ Group yang berpengalaman di peringkat global TMEx dalam masa terdekat ini, insya-Allah akan memulakan stage pertama iaitu kita akan mulakan dengan trading gold bar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar keuntungan pada setiap stage tadi adalah berbeza. Bermula daripada satu yang kecil sehinggalah yang keempat itu yang besar dari segi keuntungannya. Pihak syarikat telah membuat keputusan untuk mengikut stage itu secara turutan, insya-Allah. Sebagaimana semua maklum, harga emas sekarang ini berada di paras tertinggi dalam sejarah emas. Harga emas semalam melebihi RM275 se gram. Pada pertengahan Julai lalu, Julai 2020, pernah mencecah kepada RM284 se gram. Harga ini jika dibandingkan dengan Julai tahun lepas, kenaikan sebanyak 42%. Kenaikan dia, maknanya jika sekiranya kita membeli emas pada tahun lepas, Julai tahun lepas, kita simpan, kita dapat keuntungan 42% kalau kita jual sekarang. Dengan kadar ini, Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan bolehlah membuat galakan atau kempen kepada rakyat untuk menyimpan emas bermula daripada sekarang ini, walaupun kadar sekarang ini tinggi dan dijangka akan lebih tinggi mencecah kepada RM300 se gram, dalam masa terdekat ini.
Yang di-Pertua boleh celah sikit, saya nak tanya sikit ini kaitan dengan TMEx ini. Apakah hubung kait dia, TMEx dengan YPU itu, dalam kita nak membangunkan usahawan Terengganu ini, apakah usahawan-usahawan Terengganu ini, mengikut kajian berapa ramai usahawan Terengganu yang terlibat dengan perniagaan emas ini dan adakah usahawan-usahawan yang meniaga emas ini ada hubungan dengan TMEx yang dicadangkan oleh kerajaan Negeri. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Bukit Besi atas pertanyaan. Semalam saya telah jelaskan bahawa dalam TMEx, YPU mempunyai kepentingan sebanyak 20% kerana kita dalam industri ini, industri baru kepada kita dan kita belajar bertatih. Dari segi penglibatan usahawan di dalam industri emas ini, memang kalau dari segi daftar berkenaan dengan YPU tidak ada usahawan yang bergiat dalam industri emas,
tetapi insya-Allah apabila kita menerokai industri ini, insya-Allah kita akan boleh wujudkan usahawan-usahawan kita masa depan dalam bidang industri emas ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, jadi dengan keadaan itu, saya insya-Allah bercita-cita untuk menjadikan perniagaan emas ini boleh maju ke depan lagi dan kita harap dalam satu masa yang terdekat ini kita boleh sampai kepada stage dua iaitu producing coin dan dinar. Kita akan dan insya-Allah kita akan cadangkan pada kerajaan apabila kita berada di stage itu untuk beri anugerah APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan awam Negeri Terengganu berbentuk coin dan dinar emas, insya-Allah. Saya mengharapkan doa …
Dato’ Yang di-Pertua….
semua agar dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala…
Yang Berhormat, ada laluan dibenar…
Saya celah sikit saja, okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga tertarik dengan yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tentang TMEx ini, niaga emas ini, semua orang suka, cuma yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi, kepentingan YPU itu syarikat yang berasaskan berkepentingan kerajaan sebanyak 20%. Boleh maklumkan kepada kita tak, 80% lagi syer itu adalah milik siapa dan adakah perancangan kerajaan supaya maintain 20% dengan 80% ataupun akan berkembang mungkin jadi 50-50 ke dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut. Okay, semalam pun saya telah sebutkan 80% adalah dimiliki oleh Kumpulan AZ Group, AZ Group adalah rakan strategik kita dan di dalam perjanjian kita memang 20% itu tetap dan tidak akan berkurang walaupun equity syarikat itu ditambah nilai, maknanya kita sekurang-kurangnya 20% tetapi untuk kenaikan kita tidak ada syarat. Mungkin suatu masa hari nanti kita boleh minta untuk kita naikkan apabila kita mempunyai cukup kewangan, insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mencelah penjelasan, AZ Group itu daripada mana?
AZ Group ini adalah chairmannya adalah orang Malaysia, tetapi mempunyai 16 syarikat, anak syarikat di seluruh dunia dan mempunyai pelbagai perniagaan. Antaranya petroleum dan juga emas itu sendiri.
Yang Berhormat, selain dari isu emas ini, ada banyak lagi isu-isu lain lagi yang Yang Berhormat nak cakap?
Habis dah hak emas ini.
Habis dah, ada isu lain lagilah?
Ya ada isu lain lagi, banyak ada beberapa lagi.
Yang di-Pertua bimbang main emas. Kita berahi hal emas ini. Kita nak tanya lagi, sebab minat juga berniaga emas.
Kalau ikutkan nota saya dah habis dah untuk emas.
Habis dah? Sebab saya nak tanya setakat ini, prestasi TMEx ini. Betul dah dari segi pengagihan 20% - 80% itu, tapi setakat ini, sebab saya dimaklumkan lama doh TMEx ini beroperasi, tapi kita nak tahu ini prestasi dia, setakat mana dah pencapaian dia.
Okay, seperti mana yang saya sebutkan tadi kerana beberapa regulations yang kita perlu selesaikan di peringkat pembekal begitu juga dan baru setahun kita beroperasi dan tolak tiga bulan PKP baru ini, kurang daripada setahun, cuma apa yang kita ada sekarang ini, apabila kita ingin menceburkan diri dalam trading ini, kita telah mempunyai pembeli-pembeli yang setialah untuk berurusan dengan kita apabila perkara ini berjalan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua,
Daun palas dijual di pasar, Buat sate perlukan lidi, Tidak salah bercita besar, Nanti Terengganu insya-Allah ada dinarnya sendiri
Dalam ucapan berikutnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Yang Berhormat Kuala Besut ada menyentuh mengenai kadar pengangguran negeri semalam dan meminta untuk kita perincikan sektor-sektor yang berkaitan. Alhamdulillah kita telah wujudnya THRDC yang kita luluskan maklumkan dalam sidang yang lepas di bawah portfolio sumber manusia dan antara fungsinya untuk mendapatkan data-data seperti ini untuk kita ketengahkan dan kita mencari solusi-solusi yang baru, jadi insya-Allah dengan adanya THRDC ini ada pencerahan berkenaan dengan soalan yang dilontarkan oleh YB Kuala Besut. Seperti mana yang disebutkan pengangguran pada tahun 2018 berjumlah berkadar 4.8% dan pada 2019 dia menurun kepada 3.5%, tetapi yang terakhir ini Jabatan Perangkaan Negara kerana COVID-19 ini, pada suku kedua tahun ini baru kita dapat dan dia kongsikan maklumat dalam masa pembentangan impak COVID baru ini, kadar pengangguran negeri kita naik kepada 3.9% berbanding dengan kadar negara 5.3%. Kita masih rendah di bawah kadar kenaikan itu dan untuk makluman Yang Berhormat Kuala Besut berkenaan dengan pengangguran ini apabila nak tengok kadar pengangguran kalau mengikutkan formulanya adalah jumlah penganggur dibahagi dengan jumlah tenaga kerja, jadi untuk saya ambil untuk yang sampai 2019 sahaja, jumlah tenaga buruh yang ada adalah 470,000 dan telah naik kepada 488,200 pada tahun 2019. Jadi jumlah penganggur pula pada tahun 2018 telah menurun daripada 22,500 kepada 17,200 jadi dua kadar ini apabila kadar jumlah penganggur menurun, dan jumlah tenaga kerja bertambah itulah antara punca turunnya kadar pengangguran dalam negara kita dan disebut juga diminta juga untuk memperincikan sektor mana. Jadi sektor yang terlibat dengan kenaikan adalah sektor pembuatan sebanyak 14% kenaikan, sektor pembinaan sebanyak 11%, sektor perkhidmatan 5% dan sektor pertanian, perikanan dan perhutanan naik 2%. Manakala satu sektor menunjukkan penurunan iaitu sektor perlombongan dan pengkuarian, dia menurun kepada -6.5%. Dalam ucapan sebentar tadi Yang Berhormat Seberang Takir membangkitkan tentang soal isu usaha kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Saya mempunyai sedikit jawapan berkenaan perkara tersebut, mewujudkan peluang pekerjaan adalah tugas bersama di semua
sektor termasuk keusahawanan, mewujudkan usahawan baru kita ada dalam proses di peringkat Yayasan Pembangunan Usahawan ataupun sebelum ini dia sebut melahirkan usahawan baru di bawah Usahawan Belia Sejahtera dan Graduan Usahawan Terengganu Sejahtera, U-BES ataupun U-GATES.
Pencerahan Dato’ Yang di-Pertua, sebab tu saya tanya pasal pengangguran kelmarin dan sektor yang akan dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO. Cuma yang menarik perhatian saya kita beranggapan bila YPU niaga emas bersama dengan TMEx ini kita beranggapan bahawa banyak peluang-peluang perniagaan dan ramai juga usahawan-usahawan emas ini akan dilahirkan daripada sesama antara TMEx dengan YPU sebab fungsi YPU itu Yayasan Pembangunan Usahawan adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan di Terengganu. Jadi sebab tu, kita nampak menjadi satu kemusykilan apabila TMEx bekerjasama dengan YPU tidak dapat melahirkan usahawan khususnya dari segi bidang emas ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya dah jawab tadi, kan. Hari ni nikoh pahtu nok anok selalu mustahil Yang Berhormat. Dia ada masa tempoh period dia apabila kita berjalan.
Setahun doh, branok doh.
Teruskan, teruskan.
Ya.
Dari segi peraturan Standing Order Perkara 47 (a), sebenarnya hak Yang Berhormat, floor Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat nak respon boleh, takmboh respon pun dakpe. Sila, masa pun tak banyak dah kita sekarang ini.
Okeylah, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi usaha-usaha tersebut kita wujudkan usahawan baru, kita memperkasakan usahawan sedia ada dan kita membantu mempromosikan usahawan Terengganu kita, insya-Allah. Seterusnya
semalam Yang Berhormat Kijal ada menyebut berkenaan Terengganu Dredging, juga di bawah tanggungjawab atau seliaan saya, jadi saya ingin mengambil peluang sedikit untuk memberikan penerangan, cuma kepada Yang Berhormat Kijal, saya sangat hormat dengan Yang Berhormat Kijal dan penerangan ini bukanlah nak merendahkan ataupun nak menunjukkan siapa pandai, siapa tak pandai. Cuma apabila satu-satu perkara itu apabila dilihat daripada angle berbeza ia mempunyai cerakin yang juga dalam cerakin yang berbeza.
Jadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kijal semalam berkenaan dengan kenapa Terengganu Dredging melantik Asal Jasa untuk mengendalikan konsesi di muara Merang, untuk makluman Dewan yang mulia, dalam proses pasir ini dia ada dua kategori satu pemilikan konsesi dan satu lagi pemilik AP. Semua kerajaan Negeri telah anugerahkan kepada syarikat-syarikat ini untuk dapat konsesi pasir ini semuanya syarikat ini tidak ada AP. Apabila mereka dapat konsesi ini mereka perlu mencari AP-AP mana yang boleh menawarkan harga yang baik untuk bekerjasama dan untuk membuat perusahaan tersebut. Jadi kerajaan telah memberikan konsesi ini bukan sahaja kepada TDreg, beberapa syarikat-syarikat konsesi lain di seluruh Negeri Terengganu dan hak merekalah untuk mencari mana-mana konsesi yang menawarkan perkara baik dalam business mereka, dan untuk makluman Yang Berhormat Kijal tidak ada favor pun kerana syarikat ini daripada Kelantan kita lantik kerana proses yang dibuat oleh TMEx telah memanggil lima syarikat untuk dianalisakan kemampuan-kemampuan mereka dan insya-Allah kalau Yang Berhormat Kijal inginkan saya ada result tersebut keputusan daripada pihak ahli lembaga pengarah kenapa memilih Asal Jasa. Jadi saya rasa buanglah perkara yang katakan semua ini bagi pada Kelantan. Kita bagi pada yang layak dan untuk makluman Dewan juga yang datang tu tak ada satu pun syarikat daripada Terengganu yang memiliki AP pada waktu itu yang masuk lima tersebut. Jadi kita pilih itu berdasarkan kepada performance mereka, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Yang akhirnya sikit saya nak sebut berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Besut berkenaan tolak tanah yang dimohon oleh UMNO. Semalam ada ditanya oleh Yang Berhormat Manir tak silap saya, apakah perkara ini berlaku sebelum Muafakat Nasional. Yang Berhormat menjawab tidak, dah masa Muafakat Nasional. Saya nak betulkan fakta itu bahawa penolakan itu berlangsung pada mesyuarat kedua ataupun ketiga JKTD selepas daripada pilihan raya. Tidak ada lagi pada waktu itu Muafakat Nasional. Cuma selepas daripada penolakan tersebut,
fail itu tenggelam. Lama, 8 bulan, tenggelam. Terpaksa saya pergi menyelam pakai gas la, tak pakai gas la, cari fail itu. 8 bulan timbul tiba-tiba dah timbul isu Muafakat Nasional. Kat situ, berlaku sikit rok rak. Bakpe. Ni kita dah kerjasama dah ni. Kalau nak betul, katakan “awe masa tu mu dok jadi natu aku lagi” Kita kata gitu. Jadi, itulah..
[Mencelah] Dato’ Yang di-Pertua, boleh tak saya celah sekejap?
Sila, sila.
Laluan daripada sana.
Mohon laluan.
Tanah UMNO tu kita telah buat rayuan yang keempat. Keempat rayuan. Saya ambil semangat orang lelaki berani. Setakat empat rayuan. Takkan nak sampai kelima rayuan. Cukuplah empat kali, dan yang keempat tu saya ingat bulan..
[Mencelah] Tak apa Yang Berhormat. Okey faham.
Tahun 2020 rayuan keempat.
Dia tak bagi laluan dah. Setakat yang ada jelah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita rasa UMNO nak buat apa lagi, UMNO Besut nak buat apa lagi tanah. Mengikut apa yang data yang saya ada, tanah hok ada pun tak develop. Kita nak bagi beritahu satu, tanah di sebelah Supermas, hampir enam ekar. Tanah tu loni kalau tolak gajah pun tak nampak.
[Mencelah] Pohon pencelahan.
Beri laluan Yang Berhormat…
Boleh? Okey, tanah di sebelah Supermas tu untuk makluman kita tengah minta supaya tukar syarat nyata tanah yang mana syarat nyata tanah hanya membenarkan untuk kita guna bagi kegunaan pertubuhan. Jadi sekarang kita nak develop makna tukar syarat nyata tanah tu dulu jadi saya minta dalam Dewan ini supaya kelulusan dapat disegerakan untuk kita develop tanah tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, yang kedua tanah di Jertih. Ni kalau orang Besut tengok, di tapak di Jertih tu ada dulu ada orang jual mi, Jusoh, juga disuruh pindah peniaga tersebut dan ditukar milik kepada UMNO yang sekarang ni pun juga tidak develop dan yang paling tragis sekali…
[Mencelah] Saya pohon perjelas sikit lagi.
Atas Yang Berhormat.
Boleh YB?
Kalau nak teruskan, teruskan.
Sekarang ni floor kerajaan sana. Terpulang pada Yang Berhormat.
Okey, untuk develop tanah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, kita telah buat permohonan kepada Majlis Daerah Besut. Saya ingat setahun yang lalu untuk kita buka satu warung, wi dok? Naper wi? Tapi masih plan tu masih tak lulus. Jadi macam mana kita nak develop? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, dan yang ketiganya yang sangat tragis bagi saya adalah, Kem Seri Kluang. Kem Seri Kluang ini pada satu waktu dulu adalah duduk berada dalam peta perkhemahan pengakap dunia, juga telah dipindah milik kepada UMNO. Tanah itu 40 ekar dan jauh-jauh kita nampak sekarang ni dioperasikan oleh bukan bumiputera. Jadi atas tiga kawasan tersebut, saya rasa..
[Mencelah] mohon mencelah sikit.
Ya, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingat kita dan Dewan yang mulia ini telah meluluskan bahawa UMNO adalah pemegang dan diiktiraf sebagai bumiputera. Kalau betul begitu berlaku kena tengok semulalah.
Itu urusan perniagaan saya rasa cuma saya nak mengambil perhatian apabila tanah-tanah yang dah ada pun gagal ataupun tidak dapat untuk dimajukan..
[Mencelah] Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya nak celah sekali lagi?
Minta pada Yang Berhormat. Yang Berhormat beri laluan, dah lewat. Kita dekat pukul satu dah ni.
Pohon laluan. Ni floor Yang Berhormat, kalau benar, benar. Kalau tak benar, setakat tu je.
Saya teruskan. Ketiga-tiga tu pun gagal..
[Mencelah] Saya nak pohon sikit laluan untuk jelaskan.
Dia tak benar Yang Berhormat, dia tak benar.
Okey ambil, ambil tak apa. Kita Muafakat Nasional dok? Tak usah baloh, bercakap atas fakta.
Berkaitan Kem Seri Kluang, kita UMNO minta kerana kem itu terbiar. Api tak bayar dah sampai ke RM30 ribu. Terbiar tidak ada yang mengurus. Mana lebih baik ada agensi ataupun siapa-siapa yang boleh mengurus. Sebab itulah kita pohon. Kalau kita biarkan di situ, akhirnya tempat itu akan jadi gajah putih.
Okey cukup, cukup. Cukup Yang Berhormat. Jangan jadi perdebatan pula.
Bahaya kalau guna Hulu Besut punya ni. Kalau tengok mok-mok janda terbiar, dia kata ambil jadi dia.
Tidak sama Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Janda dengan terbiar. Api sapa RM30 ribu.
Takpe, takpe.
Kalau janda tak ni pun.. dia akan ni juga
Tak sama perbandingan tu. Tak boleh buat perbandingan.
Okey, tak pe.. tak pe.. duduk
Masa Yang Berhormat tak panjang dah sekarang ni, saya ingat baik..
[Mencelah] Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, atas informasi-informasi tersebut itulah yang kita mengambil keputusan, supaya insya-Allah. Lagipun perkara tu berlaku sebelum Muafakat Nasional saya nak perbetulkan itu tadi takut jangan jadikan benda tu alasan kerana Muafakat Nasional kita..
[Mencelah] Dato’ Yang di-Pertua, saya dah bagitau empat kali rayuan dibuat. Empat kali rayuan dibuat.
Okey, okey cukup. Cukup Yang Berhormat. Dia dah bagi laluan.
Kalau kita Muafakat Nasional nak diperkasakan, tak timbul.
Begini. Dia, benda perkara yang saya katakan tadi, kita kena ada satu titik. Janganlah benda-benda yang sebelum daripada ni pun kaut habis. Kalau itukan kalau PAS pun kalau nak kaut habis jadi tak jadi muafakat. Jadi kalau kita ambil, eloknya kita ambil daripada tarikh 14 September 2019..
[Mencelah] Yang di-Pertua, kalau nk pakat sungoti, tanah ni banyak Terengganu. Kalau tokse baloh, kalau nak baloh, lagu tulah caranya. Kalau takse baloh, nak baik, tanah di Terengganu ni banyak Dato’ Yang di-Pertua.
Cukup, cukup Yang Berhormat.
Tanah yang UMNO minta, PAS tolak, beri ke Koperasi Kota Putera. Ni namanya nak baloh la ni. Nak baloh. Yang tu saya pun naik angin ni.
Kita tak nak baloh la ni, tak nak baloh. Kita nak jadi molek.
Nak baloh la ni.
Jadi wakil pihak yang sebelah sini dah cakap panjang dah kelmarin. Saya tanya juga kelmarin masa makan, dah bakpe pakat senyap. Dia kata tak apalah. Beri peluang pada Yang Berhormat bercakap.
Saya bercakap..
Termasuk yang panglima perang bercakap lepas hawa. Maknanya adil dah tu. Kerana wakil kerajaan bercakap..
[Mencelah] Dato’ Yang di-Pertua, bukan pelepas hawa, saya cakap yang betul.
Tunggu, tunggu dulu. Nanti dulu Yang Berhormat.
Kalau Muafakat Nasional ni nak dikuatkan di Terengganu, tanah UMNO minta, bagilah kat UMNO. Tanah ni banyak Terengganu, bukan..
Yang Berhormat.
Ke setempat je tanah Terengganu ni?
Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk. Sila duduk, sila duduk. Kalau saya bercakap, dari segi Peraturan Dewannya Perkara 48, kena duduk. Baru jadi teratur. Okey saya jemput Wakil Kota Putera untuk menghabiskan.
[Mencelah] Saya bercakap dengan tak ada emosi. Jadi harap Hulu Besut juga tidak emosi. Kita boleh berbincang. Sebab tu saya kata..
[Mencelah] Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak emosi, saya bagitau. Tapi dalam keadaan rasa geram
Sabar Yang Berhormat. Mesej tu sampai dah tu. Sabar, sabar.
Jadi insya-Allah kalau kita tarikh saya cadangkan supaya tarikh 14.9.2019 itu menjadi satu titik untuk mula kerjasama dan kerajaan Negeri saya rasa menunjukkan perkara yang jelas selepas daripada pemuafakatan nasional itu ada penambahbaikan-penambahbaikan di peringkat Yang Berhormat-Yang Berhormat sendiri pun dapat manfaat daripada tu. Jadi kita mulakan satu hidup baru. Jangan kait lagi yang belakang. Jadi semalam pun Yang Berhormat sebut, mana yang dibenarkan, kita akan sentuh. Mana yang tak benar. Jadi saya dari pihak saya sendiri peringkat mencadangkan supaya kita ambil satu tarikh, 14.9.2019 bermula. Mana yang sebelum daripada tu kita hapus kiralah. Mana yang depan ni baru kita ambil. Contoh yang dibangkitkan tentang pembahagian apa semua tu, itu bagi saya perlu untuk kita perbincangkan. Cuma ada penilaian-penilaian yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Jadi tidak puas hati sebenarnya satu benda perkara biasa dan dalam Islam itu sendiri pun perbezaan itu satu rahmat, bukan satu percanggahan.
Dato’ Yang di-Pertua, perbezaan tu baloh ni bawak baloh, bukan satu rahmat, satu baloh.
Sabar Yang Berhormat. Sabar, sabar.
Itu yang silapnya. Macam mana kita memahami Islam itu sebenarnya yang mencorakkan kehidupan kita. Sebab itu kita rasa dalam bab ni UMNO kena ikut PAS.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Ada lagi
Ye betul. Nak boleh sakit ni. Dok kenal orang, mu.
Minta maaf abang Mat. Saya kata dah daripada awal tadi, mungkin abang
Mat kat luar. Saya kata ucapan saya ini adalah bukan untuk melihat dari angle yang berbeza. Jadi bukan satu perbezaan untuk kita terus jauh. Okeylah..
[Mencelah] Dato’ Yang di-Pertua, kita tak marah kalau you ambil balik. Itu hak kerajaan. Bila jadual 5A keluar, kita dah bayar seterusnya tak keluar geran. Okey itu hak kerajaan. Tapi bila you minta, serah balik duit, you beri ke koperasi PAS.
Bukan koperasi PAS. Tak ada nama PAS dalam tu. Koperasi Kota Putera dan keahliannya kepada semua pengundi-pengundi Kota Putera.
Okey. Tak apa Yang Berhormat.
Sekarang ni floor kerajaan, floor kerajaan.
Yang berhormat pecoh lebong. Mu dok kenal orang mu.
Yang berhormat, saya sebagai speaker, saya kena bertindak adil, saya tak kiralah panglima perang ke panglima mana ke saya tak kira. Sekarang ni floor kerajaan, Yang Berhormat dah diberi masa yang panjang kelmarin, sekarang ni masa penggulungan kerajaan. Saya ingat kita habiskan yang akhir kot. Dah pukul satu.
Ya, ini perenggan saya yang terakhir. Akhirnya saya suka untuk mengingatkan diri saya dan jika tidak keberatan peringatan ini kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, agar sama-sama kita jayakan Muafakat Nasional ini. Kita sebagai pemimpin mesti menunjukkan sikap berjiwa besar kita di hadapan ahli dan penyokong kita dan jangan kita pula yang lebih dahulu larut berbanding ahli dan penyokong kita. Hiduplah seperti akar yang rela memberi meskipun sang pohon tak pernah berterima kasih. Hiduplah seperti akar yang rela memberi tetapi tak pernah meminta kembali. Hiduplah seperti akar yang rela menjadi intisari meskipun tak pernah ada yang memuji. Hiduplah seperti akar yang menjadi penyebab setiap kebaikan meskipun tak pernah ada yang memberi penghargaan.
Di dalam satu hadis Nabi pernah bersabda:
“sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”
Dan di dalam pepatah Arab ada menyebut:
“jika engkau tidak mampu menjadi bunga, jangan kamu menjadi duri”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya sepertimana sahabat-sahabat lain juga, memohon menyokong untuk Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Wallahu a’lam. Akulu qauli haza astagfirullahal azim li walakum.
Terima kasih kepada Wakil Kota Putera. Panas-panas ni antara lain kes lapar perut sebenarnya. Kita sejuk dululah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara sidang Dewan kita ini dan kita sambung balik pada pukul 2.30 petang.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.10 PETANG.
PUKUL 2.30 PETANG
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sekarang saya nak jemput Wakil Kuala Berang untuk membuat penggulungan atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Berhormat yang lain. Dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato’, semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, semua Ketua–ketua Jabatan. Pertama saya ingin mengucap terima kasihlah di atas keizinan Yang di-Pertua berkaitan dengan pengulungan perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya daripada beberapa orang ADUN yang telah membangkitkan berkaitan dengan portfolio saya. Tak berapa ada belah kanan. Saya sebut secara ringkas jelah.
Anggap macam ada.
Pertama berkaitan dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sura. Yang Berhormat Sura membangkitkan berkaitan dengan Pantai Teluk Lipat yang mana mendapat hakisan yang amat teruk sehingga ke jalan raya dan sekarang ini masih dalam keadaan seperti yang ada pada hari ini. Untuk makluman kita bahawa projek ini di bawah ECERDC dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri meluluskan surat yang bertarikh 16 Mac lalu, surat kepada Ketua Setiausaha Perbendahaaran Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan peruntukan oleh ECERDC ini bagi melaksanakan projek ini dan sekarang jurutera perunding sedang menjalankan kerja-kerja pengesahan maklumat bathymatric survey di kawasan tersebut dan pelantikan kontraktor akan dimuktamadkan pada bulan September ini, bulan depan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat bermula pada bulan Oktober pada tahun ini juga. Jadi tempoh keseluruhan pembinaan projek ini mengambil masa kira-kira 22 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2022. Jadi pihak ECERDC dan jurutera perunding mengambil maklum berkaitan dengan keadaan semasa jalan pesisir pantai yang terjejas teruk akibat daripada hakisan ombak dan dia membuat dua fasa untuk menyiapkan projek ini. Fasa pertama iaitu berkaitan dengan projek perlindungan pantai dan membaik pulih jalan raya yang ini mengambil masa daripada bulan Oktober nanti sehinggalah ke bulan Jun tahun depan. Fasa kedua berkaitan dengan headland bersetuju membina empat unit headland yang baru di kawasan pantai tersebut dan ini mengambil masa 22 bulan. Kos keseluruhan ialah RM60 juta. Berkaitan dengan muara Sungai Dungun yang dibangkitkan oleh Sura tadi.
Dato’ Yang di-Pertua..
Ya, sila.
Mencelah sikit. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Infra tadi saya nak dapat kepastianlah sebab dimaklumkan RM80 juta, kan? Itu satu, kemudian yang kedua kalau boleh saya berharap supaya pihak kerajaan Negeri dapat menyegerakan kerana sudah berlaku beberapa kemalangan. Dua malam lepas sudah berlaku kemalangan yang agak teruk juga sikitlah. Jadi saya harap supaya dapat disegerakanlah.
Ya, terima kasih. Sebenarnya bajet awal RM80 juta. Tetapi saya dimaklumkan terakhir ini RM60 juta sudah mencukupi untuk membina empat biji headlane dan membaiki jalan raya tersebut dan membina struktur untuk menahan hakisan daripada ombak dan sebagainya. Jadi masalahnya projek ini nak buat dah iaitu bulan depan nak award, bulan sepuluh nak tender, jadi kalau kita nak suruh buat derah dipercepatkan siapa yang nak buat cepat kerana kita dah nak award dah kepada syarikat-syarikat tertentu nanti yang akan masuk tender. Jadi kena sabar la sikit Yang Berhormat Sura supaya benda ini boleh dibuat dengan lancarnya pada bulan Oktober nanti. Sekiranya ada apa-apa permasalahan untuk setakat ini bolehlah Majlis Perbandaran Dungun untuk menyelesaikannya. Berkaitan dengan muara Sungai Dungun, ini kawasan Yang Berhormat juga, saya dimaklumkan bahawa Projek Pemulihan Muara Sungai Dungun ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang ke-11 RP4 tahun 2020. Kos keseluruhan adalah RM250 juta, sekarang ini dah proses untuk melantik perunding dan dijangka selepas pada itu akan buat reka bentuk dan akan diawardkan mungkin setahun atau setahun setengah lagilah, ini jangkaan saya secara peribadi. Kita doakanlah supaya kedua-dua ini dapat berjalan dengan baik. Berkaitan dengan ECRL lalu ikut Rantau Abang. ADUN Rantau Abang pun rasa macam terima kasih dah syukur dah, baru lalu keretapi ikut depan rumah dia, pada kiranya tak berapa faedah mana lalu saja boleh tengok je keretapi lalu dan juga boleh dengar bisingnya dia tu. Tapi tak apalah yang pentingnya ialah stesen dia tu. Stesen ni kebetulan duduk di Batu Tujuh, ADUN Paka, saya rasa ni, kawasan industri Batu Tujuh, Dungun. Itu stesen yang ada untuk stesen penumpang dan juga untuk stesen kargo. Kita memanglah sentiasa berbincang di bawah staring community dan working community kita yang kita tubuh sentiasa berbincang dengan pihak MIDA, PLANM dan lain-lain jabatanlah untuk memajukan kawasan-kawasan stesen ini dengan dalam satu bentuk
organization yang kita panggil TOD (transit oriented development) yang mana kawasan ini tidak perlu digunakan kemudahan-kemudahan macam kereta persendiriannya hanya sekadar pembangunan di dalam lingkungan dalam satu kilometer yang mana perlu berjalan kaki dan dengan adanya sistem pengangkutan yang canggih, cepat seperti keretapi ini contohnya akan memajukan kawasan tersebut. Sebagaimana yang dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat ADUN Seberang Takir dan juga Kijal supaya kalau boleh stesen keretapi ini di bawa ke jajaran asalnya. Kita semua kalau boleh nak gitulah tapi MRL-CCC ini dia mempunyai kewangan yang terhad, diperkecilkan projek ini daripada RM66 bilion kepada RM44 billlion sahaja. Kalau kira saya nak letak stesen se Kuala Berang Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ boleh setuju ah YDP. Tapi gitu lah cadang saje boleh tetapi mesti ada sebab-sebab yang munasabah untuk di bawa ke sana. Jadi kalaulah tak boleh kita nak buat stesen keretapi di Bukit Besar ini, hanya cukup saja di Durian Guling jadi seolah-olah kita kena ada suatu benda satu perkara yang boleh kita contohnya pindahkan Bukit Besar ini ke Bukit Sawa ataupun ke Durian Guling iaitu melalui sistem perkhidmatan pengangkutan yang canggih yang cepat dan mudah didapati untuk mengangkut passengers dan kemudahan-kemudahan yang lain ke..
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Penjelasan.
Sila.
Kita jangan cepat mengalah seperti yang saya katakan tadi. Kita kena pergi jumpa menteri dia yang berkenaan. Bawa semua wakil rakyat dipimpin oleh Menteri Besar, kita pohon atas kepentingan Negeri Terengganu. Takkan ibu negeri jauh dari stesen kita buat keretapi ni bukan banyak kali. Sekali ni je. Berlawan, berlawan ah. Kita pergi apa salahnya macam kita buat lebuhraya dulu asal nak pergi Jerangau Jabur kita pergi berlawan menteri akhir boleh, pilihan alternatif.
Terima kasih.
Terima kasih Kijal. Sebenarnya, kita boleh cadangkan kepada MRL-CCC kalau tak boleh, kita boleh cadangkan juga kepada KSN kerana dia yang menjadi Pengerusi kepada MRL ini ataupun kepada Menteri Pengangkutan ataupun ke Perdana Menteri kita sendiri tapi kita kena tahu bahawa stesen keretapi ini bukanlah kekal begitu. Maksudnya di masa akan datang sekiranya ada berlaku apa-apa
pembangunan contohnya, saya nak beri contoh, contohnya kita ada pelabuhan di Pulau Kerenggalah contohnya Yang Berhormat Ladang, so kita boleh minta lain kali jajaran ke pelabuhan…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang sekarang ini hok tu belum tentu jadi tak jadi tak tahu lagi. Hok jadi doh ni kita gi jumpa dulu. Takut nak jumpa menteri, kita jumpa KSN kita pakat jumpa KSN, dia orang Terengganu. Mu kabo ke MB kita pakat rombongan gi belaka bukan payah sangat. Allah. Dok kan dok dang apa menda kalah doh kita ni.
Terima kasih.
Terima kasih cadangan. Kita ambil cadangan tersebut. Insya-Allah. Kemudian, sekiranya perlu di masa akan datang ini kita perlu menyediakan kemudahan daripada kawasan Durian Guling ini ke Bukit Besar contohnya saya sebut tadi berkaitan dengan MRT ke monorail ke so in future kita boleh contoh adakan monorail daripada Lapangan Airport kita pergi ke Kuala Nerus, pergi ke Bukit Besar, pergi ke Marang, pergi ke Bukit Payong dan tidak lupa pergi ke Ajil, Wakaf Tapai dan Kuala Berang. Kuala Berang jangan lupa. So, sebenarnya ECRL ini tidak akan sudah kerana ini projek yang besar dan kita perlu berbincang dari semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat Kijal.
Berkaitan dengan daripada Kuala Besut tadi lah berkaitan dengan elektrik di Pulau Perhentian. Sebenarnya baru-baru ni kita dah gi jumpa Menteri Tenaga dan berbincang berkaitan dengan keperluan kabel dasar laut bukan sahaja ke Pulau Perhentian bahkan juga di Pulau Redang dan dalam perbincangan tersebut kita nyatakan bahawa anggaran kasar untuk ke Pulau Perhentian ini dalam RM163 juta dan untuk ke Pulau Redang dalam RM170 juta, yang jadi masalahnya pertama bajetnya agak besar kemudian kita lihat dari segi sejarah memang dah ada satu ketika dahulu pada tahun, kalau tak salah tahun 2015 dicadangkan untuk membuat kabel dasar laut ini yang mana nak bagi iaitu daripada Tabung Amanah Industri Bekalan Elektrik 50% dan kerajaan Negeri 50% pahtu dibawa mesyuarat balik sana yang terakhir baru ni dia kata tak jadi, Tabung Amanah pun kata tak ada duit so bila saya pergi jumpa Menteri baru-baru ini dia cadang supaya kita mohon semula dan kita insya-Allah akan buat permohonan yang baru dalam masa yang terdekat. Kebetulan selepas post COVID-19 baru-baru ini berlakulah ledakan pelancong ke Pulau-Pulau di negeri kita ini. Jadi COVID-19 ni ada baiknya juga kita tidak boleh sangkal keburukan tapi ada kebaikan yang mana ramai pelancong yang
datang ke Negeri Terengganu kita ini ke pulau-pulau sehingga saya dimaklumkan bahawa seribu orang lebih yang datang ke Kuala Besut baru-baru ini, jadi dia minta supaya ditambah jeti dan sebagainya. Oleh kerana permintaan di Pulau Perhentian ni tinggi dan penggunaan elektrik pun tinggi melebihi keupayaan janakuasa elektrik di sana maka berlakulah trip pada hari Jumaat baru-baru ni. Boleh dikatakan seluruh Pulau Perhentian tidak ada punca tenaga elektrik tetapi alhamdulillah TNB telah mengambil satu langkah yang drastik dan dapat memulihkan tak sampai 24 jam dia kembali pulih seperti biasa dan pada pagi ini dimaklumkan pada saya telah dihantar 2 unit generator, 1 unit 300 kilowatt dan 1 unit lagi 500 kilowatt sebagai standby untuk musim pelancong ramai ketika ini. Jadi saya harap insya-Allah akan selesaikanlah masalah elektrik…
Dato’ Yang di-Pertua, celahan. Okey yang disebut oleh YB EXCO tadi terima kasih. RM163 juta tu mungkin perancangan jangka panjang cuma kita nak tahu juga jangka pendek dia apa dia jangka sederhana dia apa dia dan perkara yang berlaku baru ni juga dan mungkin akan berulang kembali terutama pada peak season nanti jadi kalau boleh biar kerajaan ada plan contingency sebab kita tak nak lah bila terhantuk baru kita terngadah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sebenarnya kita tak suka dengan Genny Genset ini kerana dia mengotorkan alam sekitar tetapi terpaksa jadi nak tak nak kita kena ada gitu juga. Jadi sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa dua genset yang baru telah dihantar pagi dengan barge ke Pulau Perhentian untuk macam standby lah. Penggunaan setiap hari adalah sekitar 480 kilowatt jadi dengan standby yang agak besar jumlah ini saya harap dapat menyelesaikan Kuala Besut. Berkaitan dengan jeti-jeti di muara sungai ini adalah di bawah Jabatan Laut jadi cadangan naik taraf jeti Kuala Besut ini telah dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Besut Tahun 2020 - 2035. Seterusnya berkaitan dengan…
Dato’ Yang di-Pertua...
Sila
Pencerahan. Kalau setakat dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah, bagi
saya dia tidak berapa kuat, yang kita nak dengarnya dimasukkan dalam rancangan-rancangan Malaysia kedua belas rolling plan ke berapa ke baru lah kita dapat realisasikan. Kalau setakat saya rancangan tempatan daerah tu masih lagi belum yang boleh menjadi realiti. Terima kasih.
Begitulah.
Kalau kita boleh nok belaka dok. Macam kita sebut tadi stesen keretapi nok juga di Kuala Berang. Dia bawah Jabatan Laut Yang Berhormat jadi kita kena bincang dari segi pertama berapa ramai penggunanya dan kena ada kajian dia
Kita bawa suara rakyat bukannya nak. Saja-saja bawak perkara ni. Perkara ini sangat diperlukan jadi tak manislah kalau pihak kerajaan jawab semua nok buat belaka. Memang keperluan satu keperluan yang perlu dilaksanakan tanggungjawab kerajaan.
Teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Memang kita ambil perhatian. Kena buat kajian dulu lah. Berapa jumlah pengguna dan sebagainya. Berkaitan dengan Yang Berhormat Permaisuri bangkit berkaitan dengan pantai dan muara kitalah. Sebenarnya kita memang berterima kasihlah kepada kerajaan Federal yang banyak membantu untuk menyelesaikan masalah muara sungai dan juga pantai-pantai kita. Saya suka baca sikitlah setakat ini, projek dalam tangan, makna on going, projek pengawalan hakisan. Projek pengawalan hakisan pantai di pantai Mengabang Telipot, RM8.5 juta. Projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Nerus, RM90 juta. Projek pemulihan muara sungai Besut, on going ini di RM224.5 juta. Projek pemuliharaan sungai Paka, RM132 juta. Projek pemulihan muara sungai Merchang yang insya-Allah akan tender dalam RM43 juta. Projek pemuliharaan muara sungai Setiu, hok ini Yang Berhormat nak dengar itu, ini RM150 juta. Jadi, keseluruhannya RM495 juta. Ini on going. Hok dalam Rancangan Malaysia ke-12, yang setengahnya dilulus untuk studies itu di Dungun tadi RM250 juta. Merang dah RM200 juta, hakisan pantai di Rhu Sepuluh, Setiu RM10 juta. Pemulihan muara sungai di Kuala Ibai RM30 juta. Pengawalan hakisan pantai di Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, RM5 juta. Jadi, keseluruhannya RM495 juta juga. Jadi, kira-kira besarlah angka yang dibuat oleh, yang diluluskan kepada kita. Seterusnya, berkaitan dengan kemudahan ataupun
macet jambatan Jertih, jammed. Yang Berhormat Pehimi tak ada, Jertih iaitu berkaitan dengan…
Boleh saya celah sikit?
Ya, sila.
Ini muara sungai Merang tadi, status dia macam mana ye? Setakat mana? Dan juga saya, kerana saya tak sempat bahas tadi, saya juga nak pasal hakisan pantai ini di jajaran pantai Batu Rakit ini, memang panjang. Jadi, dengan 7 juta ini hanya di Mengabang Telipot itu, tidak memadai. Lepas itu, adakah kerajaan membuat kajian, apakah kelangsungan sebab kita tengok memang selepas saja di Telipot akan terkenalah di ke depan lagi. Jadi, adakah kerajaan melaksanakan kajian dan apakah langkah-langkah yang kerajaan ambil untuk menyelesaikan masalah hakisan ini? Terima kasih.
Ya, terima kasih. Pertama, di Merang tadi dia dalam reka bentuk. Secara umumnya hakisan pantai ini, kalau kita lihat di sebelah utara daripada airport kita ini, dia seolah-olah satu penyakit yang berjangkit. Apa yang kita banyak buat di sana iaitu berkaitan dengan pembinaan rock revetment yang mana, kalau kita buat rock revetment ini, dia tidak menyelesaikan masalah hakisan pantai kerana pasir ini sentiasa bergerak daripada selatan ke utara. Setiap detik, tambahannya bertambah kuat kalau musim tengkujuh ataupun musim timur laut. Apabila kita membaiki secara kita kata emergency yang mana kita buat rock revetment itu secara emergencylah, dia menyebabkan tidak ada pasir di kawasan rock tersebut. Jadi, menyebabkan kawasan utara, just after rock revetment bahagian utara itu akan berlaku hakisan. Jadi, menyebabkan hakisan ini tidak selesai. Cara yang sebaiknya kalau kita tanya bahagian jurutera, pantai ini dia kata kena buat beach nourishment maknanya kena sedut pasir dekat lain, bubuh di pantai tersebut dengan secara automatik bila ada berlaku pergerakan pasir daripada selatan ke utara, maka dia boleh menyelesaikan masalah daripada hakisan. Sekiranya berlaku hakisan juga, kita tambahlah dari masa ke semasa mungkin lima tahun sekali ke, sepuluh tahun sekali ke buat beach nourishment di kawasan tersebut. Jadi, mereka mempunyai kepakaran, tetapi yang menjadi masalah ialah kita kekurangan dana untuk membuat hal-hal tersebut.
Yang Berhormat, panjang lagi ke?
Dok panjang doh. Tadi dekat LPT3 dah tadi.
Sila.
Jadi, kita nak sudah dah tu. Baru macet jambatan Jertih dua hala itu. Jadi, untuk jangka panjang LPT3 pun dah dilantik perunding baru-baru ini dan telah, kerajaan Federal telah meluluskan sekitar 30 juta untuk kerja-kerja awalan pada tahun ini. Jadi, kita berdoalah supaya projek LPT3 ini dapat dilaksanakan segera dengan secara automatik akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di atas jambatan Jertih. Tambahan pula, kalaulah siap ECRL ini, naik keretapi dekat Pasir Putih itu turun sahaja dekat Jertih, dekat lubuk kawah itu. Jadi, tidak perlu lagi menggunakan kenderaan sendiri lalu atas jambatan Jertih tadi. Jadi, itu berkaitan dengan LPT3. Saya rasa tak banyak dah berkaitan hok saya ini. Saya rasa sekadar itulah ucapan penggulungan daripada saya pada petang ini. Saya mendoakan supaya projek LPT3 tadi, projek ECRL tadi akan dapat dilaksanakan dan mudah-mudahan akan kuranglah jammed di jambatan Jertih kita ini. Jadi, saya Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Keempat Belas.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang. Saya tanya panjang lagi itu bukan apa, saya berhasrat untuk menghabiskan Tertib Pekerjaan Dewan termasuk penggulungan Ucapan Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Al-Sultan, nak habiskan pada petang ini jugalah. Jadi, kalau boleh tak perlu usul untuk tambah masa selepas pada pukul 5.00 petang. Macamanapun, terpulang pada Yang Berhormat untuk bagi masa supaya kita boleh habiskan agenda ini pada petang ini jugalah. Ini peringatan saya sajalah. Jadi, saya persilakan Yang Berhormat seterusnya. Yang Berhormat Wakil Wakaf Mempelam. Sila
Alhamdulillahirabbil`alamin Wassolatu Wassalamu „Ala Rasulillah Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain. Amma Ba’d.
Yang Berbahagia Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh pemerhati, pegawai-pegawai kerajaan yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada petang yang berbahagia ini saya dapat sama-sama mengambil bahagian dalam penggulungan sempena dengan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari ini dan esok. Sepanjang perbahasan yang telah pun diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada satu soalan pun yang melibatkan portfolio yang saya ketuai, pun begitu di sana ada 12 soalan lisan sebenarnya yang bila mengikut jadual-jadual yang telah pun dikemukakan oleh pihak Dewan. Jadi, dok kena ke tempat ataupun dok kena ke masa, jadi saya ambil peluang dalam perbahasan ini untuk memberikan beberapa jawapan secara kesimpulan daripada 12 soalan yang telah pun dikemukakan, walaupun saya tidak akan menjawab kesemua 12 soalan tersebut dan insya-Allah pihak UPDI akan menyiarkan menerusi viral dengan poster infografik terhadap soalan-soalan yang telah pun dikemukakan dan jawapan-jawapan yang telah pun disediakan. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah sekalian, portfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO baru sahaja selesai mengadakan satu Pelan Strategik Pembangunan Portfolio Belia, Sukan dan NGO 2020-2024. Pelan Strategik ini mempunyai 1 visi, 3 misi, 9 teras, 42 strategi dan 116 program dan insya-Allah bakal dirasmikan dalam masa yang terdekat. Sepatutnya telah pun dirasmikan tetapi oleh kerana pandemik COVID-19 maka insya-Allah ia akan dirasmikan dalam masa yang terdekat ini.
Dato’ Yang di-Pertua,
Segmen yang pertama yang suka untuk saya sentuh pada petang ini adalah berkenaan dengan pembangunan belia. Sepertimana yang kita semua tahu bahawa belia adalah merupakan satu generasi yang sangat penting yang menjadi pemangkin dan juga bakal pewaris kepada kepimpinan negara pada masa yang akan datang. Untuk itu, Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO telah pun merangka program-program yang khusus untuk menjadikan belia kita dan beliawanis kita sebagai belia dan beliawanis yang mampu dan boleh untuk
menggantikan tampuk kepimpinan pada masa yang akan datang. Sebanyak empat fokus utama bidang yang telah pun dikenalpasti oleh portfolio untuk kita berikan keutamaan, yang pertamanya kebajikan, kerjaya, pendidikan dan juga ekonomi. Lima pembangunan program untuk membina generasi muda yang kita beri nama PGM (Program Pembinaan Generasi Muda) bakal dilaksanakan, insya-Allah. Saya nyatakan yang pertamanya adalah Program Pembinaan Tunas yang kita akan tumpukan kepada belia ataupun remaja yang berumur 11 hingga 12 tahun. Kemudiannya Program Didik ataupun juga kita panggil dengan Programme School Potential Talent yang melibatkan anak-anak kita yang berumur 13 hingga 15 tahun. Seterusnya Program Bakat yang melibatkan peserta yang berumur 16 hingga 19, yang keempatnya Program Elit yang melibatkan belia yang berumur 20 hingga 25 dan yang akhir sekali Programme High Potential Talent iaitulah program yang kita beri nama Program Ikon yang melibatkan remaja ataupun belia yang berumur 26 hingga 30 tahun. Sesuai dengan Pindaan Akta 668, yang telah pun diluluskan di dalam Parlimen setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos 2019 yang lalu dan Akta 668 ini bakal berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 di mana dalam pindaan akta ini telah menyatakan bahawa had umur belia tidak lagi berumur 40 tahun tetapi telah dikurangkan kepada umur 30 tahun, antara 15 hingga 30 tahun dan di dalam Akta 668 Pindaan 2019 ini juga telah menyatakan bahawa syarat pemegang-pemegang jawatan juga mereka yang berumur sehingga 30 tahun. Sekarang ini kita berada dalam proses transisi peralihan daripada had umur 40 kepada umur 30 tahun dan insya-Allah dalam masa yang kita ada kurang lebih setahun lebih ini, kita akan berusaha untuk menjadikan persatuan-persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan belia kita sesuai ataupun bersedia untuk mengikuti pindaan akta yang telah pun diluluskan ini walaupun kita berharap kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan supaya dapat menganjakkan atau pun melanjutkan paling kurang satu tahun lagi kepada 2023 sebelum daripada pelaksanaan akta ini dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Dan untuk sebagai persediaan kepada pelaksanaan Akta 668 ini, kerajaan Negeri melalui Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu, urus setia Belia Sukan Negeri Terengganu dan juga Majlis Belia Negeri Terengganu, insya-Allah kita akan melaksanakan beberapa program pengukuhan kepimpinan dan juga tadbir urus pertubuhan belia seperti yang pertamanya, kursus-kursus Pengurusan Pertubuhan Belia (KPPB), Kem Kepimpinan Belia Terengganu Berkaliber dan yang ketiganya program-program untuk melahirkan kepimpinan belia Terengganu sebagai aset negara.
Seterusnya, yang keempat Dato’ Yang di-Pertua, sedikit perkembangan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera. Untuk makluman, pada program yang telah pun kita mulakan pada tahun 2019, sebanyak 25 ribu orang peserta telah pun kita senaraikan dan telah pun kita berikan menyertai program ini setelah mendapat permohonan sebanyak 49,566 orang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM6,842,823.50. Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah kita masih meneruskan program yang telah pun diluluskan dan telah pun diisytiharkan di dalam bajet sebelum daripada ini cuma kali ini dengan angka yang rendah berbanding tahun pertama sebanyak 25 ribu orang, tahun 2020 ini kita hanya mensasarkan sebanyak 15 ribu orang sahaja dengan peruntukan sebanyak RM5,900,500.00 dan insya-Allah bakal bermula pada 1 September 2020 yang akan datang dan sekarang ini sedang proses penyerahan baucer-baucer kepada peserta-peserta yang layak di semua DUN dalam Negeri Terengganu.
Seterusnya yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, sedikit berkenaan dengan sukan. Untuk makluman semua, SUKMA 2020 yang sepatutnya diadakan pada Julai yang lalu telah pun dipinda dua kali, kali yang pertama pindaan pada 6 hingga 14 Mac 2021 dan yang terkininya dipinda pada 2 hingga 10 April 2021. Walaupun SUKMA 2020 dipinda kepada 2021 namun dari sudut namanya masih dikekalkan kepada SUKMA 2020 walaupun dilaksanakan pada 2021. Pun begitu, tarikh terkini ini belum lagi dimuktamadkan secara pasti dan ianya hanya akan dimuktamadkan selepas daripada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA bersidang di Putrajaya dalam bulan September yang akan datang ini, insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, target ataupun sasaran kita untuk SUKMA 2020 ini adalah untuk mengekalkan kejuaraan kita walaupun kita sebenarnya mendapat halangan dan juga rintangan yang orang kata boleh tahan juga kerana disebabkan negeri tuan rumah Johor juga bersungguh-sungguh untuk muncul sebagai juara di tempat mereka. Pun begitu, insya-Allah kita sama dengan pasukan dalam Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan-Persatuan Sukan di Negeri Terengganu ini, insya-Allah kita akan memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk terus menjuarai SUKMA 2020 yang akan datang ini, insya-Allah. Seterusnya berkenaan dengan Sukan Olimpik Tokyo yang tarikh asalnya pada 24 Julai hingga 9 Ogos juga telah ditunda kepada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 tahun depan dan alhamdulillah setakat hari ini dua orang atlet anak Terengganu kita telah pun layak secara merit untuk menyertai kejohanan Sukan Olimpik Tokyo iaitulah atlet Mohd Azizulhasni Awang dalam sukan berbasikal dan juga atlet Khairul Anuar Mohamad dalam sukan memanah dan kerajaan Negeri Terengganu telah pun memperuntukkan satu
peruntukan khas sebanyak RM200 ribu untuk manfaat tambahan kepada mereka berdua untuk memberikan nilai tambah bagi pembiayaan latihan, peralatan dan sebagainya lagi.
Seterusnya yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, untuk meneruskan penguasaan sukan di Negeri Terengganu juga, kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Penasihat Think Tank yang dibarisi oleh otai-otai sukan negara seperti Dato’ Zolkples Embong, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, orang Terengganu juga, Datuk Zaiton Othman, bekas atlet tersohor negara, jawatan terakhirnya sebagai Pesuruhjaya Sukan di Majlis Sukan Negara juga Dato’ Syed Abu Bakar dan beberapa nama besar lain dalam Jawatankuasa Penasihat Sukan yang insya-Allah akan memberikan nasihat kepada kita bagi memastikan Terengganu akan terus kekal unggul sebagai negeri kuasa besar sukan dan yang terakhirnya yang suka untuk saya highlightkan juga dalam penggulungan ini ialah antara masalah yang dihadapi oleh atlet-atlet kita sama ada di peringat negara mahupun di peringkat negeri dan kita tumpukan kepada atlet di peringkat negeri di mana antara masalah utama mereka ialah apabila tidak lagi bergelar sebagai atlet. Ini merupakan satu masalah yang dihadapi bukan oleh satu-dua orang bahkan ramai para atlet khusus untuk meneruskan kehidupan dengan kewangan yang mencukupi dan juga kewangan yang selesa kepada mereka bersama dengan keluarga selepas daripada mereka tidak lagi aktif. Untuk itu jawatankuasa dalam mesyuarat kita yang terakhir telah pun membentuk satu jawatankuasa khas yang insya-Allah akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tepoh bagi memberikan cadangan kepada kita untuk membentuk satu program yang insya-Allah ianya bakal menjadi program yang akan ditawarkan kepada para atlet kita sebaik sahaja mereka bersara untuk meneruskan kehidupan dengan komitmen kewangan yang selesa supaya dengan itu mereka dapat hidup dan juga meneruskan kehidupan dengan selesa sepertimana ataupun sewaktu mereka bergelar sebagai atlet.
Yang ketiga dalam segmen NGO saya suka untuk merakamkan dalam ucapan penggulungan ini, setinggi-tinggi penghargaan kepada NGO-NGO Terengganu yang semasa pelaksanaan PKP yang pertama sehinggalah yang kedua dan seterusnya kita lihat bagaimana peranan yang dilakukan oleh NGO-NGO kita di dalam memberikan sokongan dan juga bantuan dalam pelbagai bentuk sama ada bantuan dalam bentuk makanan minuman kepada frontliners yang bertugas di barisan hadapan. Begitu juga dalam penyediaan peralatan-peralatan sokongan perubatan dan sebagainya sama ada kepada para doktor, jururawat termasuk kepada petugas-petugas keselamatan dan sebagainya yang merupakan barisan hadapan
yang telah pun diberikan secara percuma oleh NGO-NGO kita daripada pelbagai NGO bukan satu dua NGO. Saya hendak sebut nama-nama NGOnya pun kerana terlalu banyak NGO-NGO yang sebenarnya terlibat secara langsung di dalam memberikan service kepada frontliners kita sewaktu tempoh PKP yang bermula 18 Mac baru-baru ini. Untuk makluman semua juga sehingga kini jumlah NGO yang ada di negeri Terengganu adalah sebanyak 1,829 buah, sementara pertubuhan yang tadi adalah berdaftar di bawah ROS sementara yang mendaftar di bawah ROY ada sebanyak 680 buah dan insya-Allah perkembangan yang kita lihat sekarang ini pertambahan NGO sama ada yang berdaftar dengan ROS mahupun ROY sedang berlaku dan sedang rancak berjalan. Insya-Allah dengan ataupun semakin banyaknya NGO-NGO ini kita mengharapkan ianya akan memberikan kesan yang semakin baik ataupun positif kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga rakyat Terengganu.
Dan sedikit perkembangan Sukarelawan T-Volt sehingga Januari 2020 yang lalu kita telah pun mendaftarkan seramai 1,127 orang sukarelawan yang berdaftar di bawah T-Volt dan insya-Allah kita jangkakan target kita untuk mendapat 5,000 dalam tempoh empat tahun ini akan dapat direalisasikan apabila tiba pada masanya insya-Allah dan seterusnya yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa yang telah pun diucapkan ramai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di sebelah PAS mahupun di sebelah UMNO tentang Muafakat Nasional maka insya-Allah kita ataupun kami di pihak PAS ini akan terus mendokong Muafakat Nasional yang telah pun digagaskan dan telah pun menjadi suatu wardah seperti mana yang telah pun kita semua maklum dan apa-apa perkara yang membawa kepada pengukuhan Muafakat Nasional ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Untuk itu saya tidak bercadang untuk menjawab beberapa soalan yang telah pun dikemukakan walaupun nama saya disebut satu dua kali insya-Allah ianya akan digulung dan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar insya-Allah. Jadi Dato’ Yang di-Pertua saya rasa itu sahaja penggulungan daripada saya. Sekian.
Terima Kasih Wakil Wakaf Mempelam. Sekadar sebagai satu peringatan bersama, kerana kita dalam persidangan Soalan-soalan Lisan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis melainkan Yang Berhormat Kerajaan merasakan ada benda yang terlalu penting untuk dihighlightkan pada mana-mana Soalan Lisan yang hendak dijawab juga dalam masa penggulungan. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Cukai.
Alhamdulillahirabbil Alamin Wassolatu Wassalamu „Ala Asyrofil Anbiya’i Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat seterus seluruhnya ketua-ketua jabatan.
Alhamdulillah pada hari ini saya diberi peluang untuk turut serta mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Menjunjung Kasih Titah Tuanku sempena sidang DUN Kali Yang Keempat Belas Penggal Ketiga dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Walaupun tidak banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat mengemukakan soalan kepada portfolio saya dan saya menjangkakan mungkin portfolio saya telah menjalankan tugas dengan lebih baik mengikut KPI yang telah disediakan barangkali itulah tidak ada sebarang pertanyaan. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. [Ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Pertamanya, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan Negeri kerana dengan hasil usahasama jitu para pegawai dan pentadbiran negeri kita telah berjaya menubuhkan Urus Setia Wanita yang telah mula kita wujudkan akhir bulan lalu. Penubuhan Urus Setia Wanita ini selari dengan pengumuman Ucapan Belanjawan 2020 yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada akhir tahun lalu. Penubuhan Urus Setia Wanita ini juga dilihat dalam memperkasakan peranan golongan wanita di samping memelihara kebajikan wanita di negeri ini khasnya. Selain itu portfolio saya kini dalam fasa terakhir bagi mempersiapkan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang kita jangkakan pelancarannya menjelang awal tahun hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Menerusi portfolio saya ada beberapa isu yang dibangkitkan. Saya cukup tertarik dengan hasrat dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN
Wanita tentang cadangan penubuhan Pusat Penjagaan Khas Orang Kelainan Upaya (OKU). Untuk makluman, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terdapat hampir 47 buah PDK di seluruh negeri merangkumi setiap daerah yang berperanan dalam memberikan penjagaan dan pembangunan latihan dan kendiri golongan ini. Hampir 235 tenaga pengajar ataupun penjaga di samping 1,616 orang kanak-kanak OKU dan OKU dewasa ditempatkan di PDK ini. Pelbagai aktiviti dan program dengan kerjasama agensi jabatan mahupun swasta dan pihak NGO ada disediakan kepada golongan ini saban bulan. Namun kita akan melihat kembali secara terperinci dan menyambut baik hasrat dan cadangan tersebut dengan niat memperkasakan lagi kebajikan para OKU. Selain itu juga saya bersetuju dengan cadangan pemerkasaan golongan wanita di dalam bidang profesional diberikan lebih perhatian. Sesungguhnya hari ini jumlah Ahli Majlis TBT Wanita di Negeri Terengganu adalah seramai 19 orang sahaja iaitu sekitar 11 peratus, sedangkan hasrat dan standard yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sekitar 30 peratus, lantikan Ahli Majlis di kalangan wanita di setiap negeri. Justeru itu saya, mencadangkan agar perkara ini diteliti semula sebaiknya demi memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita ini untuk turut sama-sama menyampai dan menggemblengkan idea di peringkat atasan profesional dan tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua,
Selain itu juga saya ingin memberikan sedikit respond kepada ADUN Kijal yang pagi tadi menyatakan bahawa sebelum daripada ini kerajaan memberi sagu hati kepada ibu tunggal dan bapa tunggal bila mereka berkahwin dan alhamdulillah program ini sepatutnya berjalan pada tahun 2019 dan 2020 tetapi kerana COVID yang melanda kita ini, maka program ini yang kita letakkan nama Walimatul Urus yang kita masukkan sekali ibu tunggal dan juga bapa-bapa tunggal ini tidak dapat dilaksanakan, insya-Allah tahun hadapan selain daripada anak-anak muda berkahwin, bapa-bapa tunggal dan ibu-ibu tunggal juga boleh berkahwin, insya-Allah.
Saya juga ingin memberi respon kepada sahabat saya, ADUN Kijal mengenai tanah yang di Bujal, sebenarnya tanah tersebut telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah pada 12 Julai 2018, JKTD Bil. 4/2018 dan telah mendapat sokongan dalam mesyuarat tersebut dan kemudian dibawa ke mesyuarat MMKN Bil. 951/2018 bertarikh 14 November. Sekadar itulah sahaja.
Terima kasih kepada Wakil Cukai, seterusnya jemput Wakil Alur Limbat.
Alhamdulillahirabbil Alamin Wassolatu Wassalamu „Ala Asyrofil Anbiya’i Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir pada hari ini.
Saya ingin memulakan pengulungan ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas yang diadakan pada 10 hingga 12 Ogos 2020 ini, yang mana saya ucap terima kasih kepada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh dua portfolio besar saya, khususnya dua hari perbahasan yang diadakan bermula daripada semalam. Pada hari ini akan teknologi digital mempengaruhi kehidupan di segenap dimensi, sama ada daripada aspek perniagaan, pendidikan, pertanian, komunikasi, penyampaian perkhidmatan dan lain-lain. Terdapat sembilan teras utama dalam membangunkan dan menjayakan Revolusi Industri 4.0 seperti IOT, AR, Big Data, Cyber Security, Cloud Robotic System Integrasi Simulasi, 3D Printing. Ada beberapa soalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Manir dan juga YB Wanita, kerajaan Negeri amat committed dalam mewujudkan tadbir urus yang lebih sistematik dan juga terurus. Oleh kerana itu, agenda Pendigitalan Negeri Terengganu telah dirangka. Bidang utama yang menjadi fokus terpenting dan kemuncak dalam agenda Pendigitalan Negeri Terengganu ialah bagaimana sektor kerajaan dan swasta, sektor industri menjadi pengeluar produk serta manfaatkan penyelesaian yang berasaskan teknologi kepintaran buatan AI, (Artificial Intelligence). Bagi merealisasikan hasrat Pendigitalan Negeri Terengganu, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu entiti baharu yang diberi nama Terengganu Advanced Joint Digital Intelligent Development Corporation (TAJDID). TAJDID Corp ini bertindak sebagai badan yang akan menggerakkan agenda Pendigitalan Negeri Terengganu
dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) sebahagiannya telah saya sebutkan dalam ucapan saya jawapan saya semalam.
Berkait dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Besut dan juga Yang Berhormat Pengkalan Berangan berkenaan dengan capaian jalur lebar yang tidak seimbang di Negeri Terengganu dan usaha kerajaan untuk meningkatkan jalur lebar, khususnya di kawasan pedalaman dan juga industri. Untuk makluman semua kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dalam usaha untuk meningkatkan jalur lebar di Negeri Terengganu, dengan menambah baik dan meluaskan liputan rangkaian melalui pelan kesinambungan Fiber Kebangsaan (NFCP), di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) yang dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Untuk Negeri Terengganu, kerja-kerja pembinaan menara dan penyediaan rangkaian gentian optik di bawah program NFCP dilaksanakan secara berfasa. NFCP fasa yang pertama, telah pun bermula pada tahun 2019 dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2021 dengan melibatkan 13 lokasi. Sementara itu kerja-kerja pembinaan menara dan penyediaan rangkaian gentian optik bagi NFCP fasa kedua dijangka bermula pada tahun 2020 dan akan disiapkan pada suku keempat 2021 dengan melibatkan 34 lokasi maknanya jumlah 47 lokasi. Bagi meningkatkan jalur lebar khususnya MCMC ini menfokuskan di pedalaman saya tak sebut dalam Dewan yang mulia ini kerana bagi menjimatkan masa, jumlah 47 yang kesemuanya melibatkan kawasan pedalaman di Negeri Terengganu.
Bagi memastikan kesediaan kerajaan Negeri menghadapi era 5G dengan penambahbaikan liputan telekomunikasi di negeri Terengganu. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif, menyemak semula kadar fi permit sementara tahunan dan deposit perobohan melibatkan permohonan menara telekomunikasi melalui PBT di seluruh Negeri Terengganu. Sebelum daripada ini Negeri Terengganu, fi permit sementara tahunan yang tertinggi di Malaysia, dan fi perobohan ini tiada langsung di negeri lain tetapi hanya ada di Negeri Terengganu bermula daripada RM22,000.00 dan meningkat sehingga RM30,000.00 yang perlu dibayar apabila satu-satu menara yang ingin dibina di Negeri Terengganu. Ini merumitkan telco-telco yang ada dan player-player yang berkait dengan telekomunikasi yang ingin melabur di Terengganu kerana kos yang bermula daripada cadangan pada tahun 2013 lagi menyebabkan banyak telco yang kurang berminat untuk melabur di Negeri Terengganu. Oleh itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-22 tahun 2020 yang bersidang pada 29 Julai 2020 telah menimbang dan membuat keputusan seperti berikut, fi permit sementara bagi projek di bawah
SKMM, oleh kerana SKMM ini lebih kepada tidak bersifat keuntungan, struktur di atas tanah 2,600 setahun ataupun 1,300 bagi setiap enam bulan sebelum ini RM10,000.00, SKMM kena bayar bagi setiap menara. Fi permit sementara bagi tujuan komersial, telko dan juga pihak yang berkenaan, pihak industri yang ingin membina menara di Negeri Terengganu, struktur di atas tanah asalnya RM10,000.00 kita kurangkan sehingga RM5,200.00 setahun ataupun RM2,600.00 setiap enam bulan dan juga kita telah bersetuju kaedah alternatif bagi pengambilan wang tunai bagi deposit perubahan yang sebelum ini mereka terpaksa bayar secara tunai sehingga RM30,000 tetapi kali ini kita telah menukar kepada deposit perubahan yang melibatkan penggunaan bank guarantee dan insurance guarantee. Jadi tujuannya adalah untuk sebagai pemangkin kepada sektor teknologi maklumat yang ada di Negeri Terengganu insya-Allah rangkaian jalur lebar kita akan lebih maju di masa akan datang.
Saya ingin menjelaskan sedikit berkenaan dengan profil komunikasi supaya menjadi panduan kepada semua pihak khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada untuk perbahasan, sekarang ini untuk makluman dan juga perbahasan di masa akan datang, di mana kadar penembusan jalur lebar bagi 100 penduduk di negeri Terengganu berjumlah 99.5%.
Liputan di kawasan berpenduduk Peratusan 4G 87.7% 3G 95.5% 2G 97.8%
Suka saya sebut mengikut daerah;
LIPUTAN 4G Peratusan Kuala Terengganu 95.9%, Kemaman 84.4%, Dungun 87.9%, Marang 84.9%, Hulu Terengganu 80.0%, Setiu 74.3%, Besut 82.0%, TERENGGANU 87.7%
Dia tak sama kerana ada sebahagian di pedalaman dan juga di kawasan bandar. Saya nak maklumkan jumlah menara maknanya kita dah ada kesediaan ke arah untuk memajukan industri kita pada masa akan datang, mengikut sumber daripada PBT, jumlah menara telekomunikasi yang kita ada sebanyak 855 dan kita menganggarkan di masa akan datang kita akan bina lebih daripada 400 menara baru lagi kerana kita ketahui Terengganu antara negeri yang sangat tertinggal dari segi perkara ini kalau nak bandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Juga kita sudah ada pusat internet, saya nak kaitkan dengan apa yang telah ada melalui MCMC kita ada 64, KKMM kita ada 2, KPLB 31, PINTAR di bawah kerajaan Negeri yang sedang kita optimisekan dan insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan gantikan semua PINTAR ini dengan komputer yang baru, insya-Allah kita dah dalam proses tender. Sebanyak PINTAR kita ada 38. Dari segi komersialnya, menara dalam bentuk infra-telekomunikasi monopole, landpole, 3 legged, kita bercadang melalui T-KOM, target kita sebanyak 50 menara ataupun sebagaimana yang saya sebut monopole dan lain-lain sebanyak 50 site dengan izin selama setahun dan begitulah seterusnya berdasarkan kepada permintaan dan juga keperluan.
Saya pergi kepada soalan yang berkait dengan pelancongan. Antaranya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar memohon untuk menjenamakan lokasi yang menarik sebagai destinasi pelancongan. Sebelum itu saya jawab kepada soalan Yang Berhormat Rantau Abang yang memohon memperkasakan semula Rantau Abang yang telah dikenali dengan tempat penyu bertelur. Sememangnya pihak negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, melalui persatuan pelancongan telah mengeluarkan 20 pakej destinasi yang menarik. Kita ada 20 pakej sempena COVID baru-baru ini kita duduk, kita bersidang, kita bermesyuarat, maka lahirlah 20 pakej di mana di antara pakej yang ada termasuklah salah satu pakejnya adalah Terengganu Scenic Drive dengan izin di mana pakej ini memfokuskan perjalanan laluan pantai daripada Kemaman ke Kuala Terengganu, dan sebenarnya pakej Scenic Drive Tourism ini kita akan perkasakan lagi bengkel yang seterusnya kita akan adakan yang terdekat setelah kita bincang minggu lepas, untuk memperkasakan lagi tourism scenic drive ini. Bermula daripada Kemaman dan Terengganu dan salah satunya adalah Kuala Abang yang terletak di Daerah Dungun. Dalam masa yang sama Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang telah dinaiktaraf sebagai Hospital Penyu Negara. Penyu pun ada hospital juga. Penyu hok dok sihat, cedera, jadi tak dok tempat lain hok adanya di Rantau Abang, hok ada berubat tok bomoh ada di Rantau Abang ni. Jadi Yang Berhormat dia bolehlah gi bomoh penyu lepas ini. Pusat Santuari Penyu Rantau Abang juga
mempunyai galeri hidupan laut terancam yang menempatkan spesis dugong, paus, yu, ikan lumba-lumba yang terdapat di perairan Terengganu. Kehadiran pengunjung kalau Yang Berhormat ataupun pihak media dan lain-lain bahawa pengunjung di tempat ini mencecah 700 hingga 1,000 purata sebulan disebabkan tarikan yang ada di Santuari Penyu. Kita kadang tak sedar kita ingat penyu tak dok doh orang dok mari, rupanya 1,000 sebulan orang datang ke Santuari Penyu Rantau Abang. Rantau Abang juga diletakkan dalam lingkaran yang dipanggil turtle back daripada Pulau Redang hingga Kertih. Promosi melalui media sosial serta media penyiaran turut dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pengunjung dengan penjenamaan semula Rantau Abang. Pakej day trip dari Kuala Terengganu ditawarkan kepada pelancong yang ingin ke Rantau Abang serta melawat kawasan Tanah Beris Jambu Bongkok yang ada di sebelah itu, serta Kampung Nelayan Jambu Bongkok yang masih mengekalkan kehidupan cara tradisional Kampung Nelayan Terengganu.
Seterusnya saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Bandar yang memohon untuk menjenamakan lokasi yang menarik sebagai destinasi pelancongan. Negeri Terengganu yang menerima sebanyak 90% kedatangan pelancong domestik dari seluruh pelancong yang datang ke Negeri Terengganu. Alhamdulillah oleh kerana kita sebelum daripada COVID-19, ramai yang datang ke Terengganu pelancongnya adalah pelancong domestik, maka selepas daripada PKPP yang mana walaupun tak habis lagi, apabila dibenarkan pergerakan merentasi negeri, kehadirannya sangat luar biasa. Sehingga di hujung-hujung minggu penuh terutamanya di pulau, hampir semua chalet ataupun hotel bertaraf dua, tiga, empat, hatta lima bintang, semua chalet ini boleh dikatakan penuh. Tempahan ini apabila cuti sekolah yang dekat ini. Ramai yang menghubungi kami daripada Jabatan Pelancongan minta tolong dan kita check penuh, tiada tempat lagi dan daytrip yang tak pernah berlaku antaranya masalah di Pulau Kapas. Apabila kehadiran berkali ganda daripada biasa menyebabkan infra tidak mencukupi. Kita sedar perkara ini. Perkara yang tak pernah berlaku apabila kita ada hanya satu tandas awam. Alhamdulillah pihak Pegawai Daerah yang ada di belakang telah berusaha untuk menambahkan lagi dan sudah dalam proses untuk menambahkan satu tandas lagi. Kemudian berlaku pelbagai masalah misalnya sampah yang memang sebelum ini kita tak terfikir misalnya kalau di darat ini di drawbridge sampah yang sedang difikirkan sebenarnya diambil tanggungjawab bersama kerajaan melalui agensi-agensi yang berkenaan. Daytrip juga berlaku di Pulau Perhentian dan Pulau Redang, sehingga ada maklumat yang kita dapat bukan 1,000 bukan 2,000 sehingga ada sehari meningkat sehingga 1,000 orang dan ada yang menyatakan fenomena ini berlaku Comment [H1]: 9 september
sementara pelajar sekolah tidak bersekolah, mereka datang ke Terengganu tetapi apabila sekolah dibuka hampir sepenuhnya kehadiran masih lagi luar biasa, alhamdullilah.
Dok tepuk tangan sorang, [bunyi tepukan kedengaran] Alhamdullilah. Ini untuk kebaikan rakyat.
Yang Berhormat, kejut tandas ada satu je. Kejut tu yang senyap belaka tu
Ia tidak ada satu, macam dia ada satu, ada dua, tiga juga tandas tapi bukan kata satu, satu je maksud tu. Okey, jadi Tasik Kenyir sebagai contoh, Tasik Kenyir ini antaranya santuari apa ini KECV, gajah, tempat pemuliharaan gajah kita kalau sebelum ini malap sehingga mutakhir ini kehadiran lebih kalau sehari boleh mencecah 600 orang sehari. Begitu juga Zoo Kemaman pernah sampai ribuan orang hadir sehari. Ini tidak pernah berlaku lagi. ADUN Kijal terima kasih, tidak ada dia. Dulu jarang berlaku perkara ini, kemudian di Kenyir sendiri Tasik Kenyir mencatatkan tempahan, kalau saudara-saudara nak tempah hari ini ataupun minggu depan ini mahu naik houseboat, susah sebenarnya dan boleh katakan houseboat yang biasa ditempah sehingga September, Oktober baharu boleh tempah. Ini fenomena yang sedang berlaku di Negeri Terengganu.
Bagi pelancongan Bandar Kuala Terengganu kita mempunyai package road 224 scenic drive Kemaman ke Besut melalui jalan pantai. Sebab apa kita panggil road 224 kerana pantai kita sepanjang 244 kilometer yang mempunyai perhentian produk pelancongan yang menarik sepanjang jalan pantai. Fokus dalam Bandar Kuala Terengganu, alhamdullilah kami sedang bertungkus lumus, membina satu Kampung Budaya yang kita namakan Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Muzium Negeri, alhamdullilah kita ada pakej baharu Kampung Budaya, kita ada muzium sebelahnya, kita ada Taman Tamadun Islam dan insya-Allah mungkin Yang Berhormat Ustaz Satiful Bahari, EXCO Pendidikan yang telah meluluskan, kerajaan meluluskan sebuah edu-tourism pembinaan pondok moden tradisional, ini sebab saya kene sebut begitu, ada elemen tradisional ada elemen moden yang pengajian kitab turath yang akan bermula di Taman Tamadun Islam. Orang yang datang ke TTI mereka juga akan pergi insya-Allah ke pondok ini dan insya-Allah tahun depan akan beroperasi cuma sementara di Setiu dan tahun yang berikutnya 2022 akan beroperasi sepenuhnya insya-Allah di Taman Tamandun Islam bagi menarik pengunjung ke Terengganu. Jadi Kampung Budaya Terengganu ini berkonsepkan sebuah kampung lama Terengganu. Dengan mengetengahkan
sejarah rumah lama Terengganu sebenarnya di muzium itu dia sudah ada Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Galeri Pelayaran, rumah tak reti nak sebut, t.e.l.e, tele ,te’le ke tele. Saya takut ADUN Kuala Besut bangun soal pula, yang ini masing-masing sebut la. Rumah tele, Istana Tengku Long dan Laman Warisan selain itu akan diisi dengan pelbagai demonstrasi kesenian, silat, batik dan kebudayaan yang tertentu insya-Allah dan pelatih-pelatih kita sedang, mereka sedang berkursus selama, 40 orang sedang berkursus selama dua minggu. Ini baharu bermula beberapa hari dan akan tamat dan insya-Allah mereka akan terpilih, mana-mana yang layak akan terpilih berkhidmat di Kampung Budaya kita. Di samping itu produk pelancongan bandar pelancongan negeri Terengganu menyediakan pakej Ulama’ Trail dan lain-lain lagi insya-Allah. Berkenaan dengan sedikit yang berkait dengan Tasik Kenyir sebenarnya pihak kerajaan Negeri tidak tinggal sebenarnya Tasik Kenyir walaupun kita mengetahui beban yang sangat berat contohnya Pulau Bayas, insya-Allah kerajaan Negeri commit untuk menyelesaikan perkara ini. Oleh kerana ada sedikit masalah dengan kontraktor yang lama, kita telah terminate kontraktor yang lama dan insya-Allah kita akan kecilkan skop kerana kosnya sangat besar dan dijangka dengan projek baru nanti kos, ini jangkaan sahaja, kita tidak tahu kos sebenarnya ini sebagaimana yang dibentangkan oleh pihak UPEN, kita jangka projek baharu kita kalau tiada pertambahan projek baru yang ada tambahan bangunan dan lain-lain dengan pengecilan skop sebanyak RM65 juta terpaksa kita bayar dan insya-Allah kerajaan Negeri commit untuk menyelesaikan, menyudahkan projek Pulau Bayas dan apa yang kita nak buat itu insya-Allah kita akan kaji dan kita akan dalam proses perbincangan kita dan sudah ada cadangan-cadangannya insya-Allah. Begitu juga sebagai contoh perbelanjaan Tasik Kenyir oleh kerana Pulau Bayas ini kita tidak teruskan untuk beberapa tahun kerana masalah pembinaan, kita telah membelanjakan antaranya untuk hotel di Pulau Poh dan juga Marina Pulau Poh iaitulah jeti itu. Tahun 2018 kita sudah jadi kerajaan, kerajaan baru, kita membelanjakan RM30 juta. Tahun 2019 kita belanjakan RM21.1 juta dan tahun 2020 kita belanjakan RM23 juta. Insya-Allah kita akan selesaikan jangkaannya Marina Pulau Poh bulan Disember ini dan juga hotel kita, kita jangka paling lewat bulan Jun tahun depan kita akan selesai pembinaannya. Jadi inilah komitmen kerajaan Negeri.
Akhirnya saya nak sebut kita ada sebenarnya promosi bagi menjadikan Tasik Kenyir, kita sedar Tasik Kenyir menjadi tumpuan. Insya-Allah kerajaan sedang fikir bagaimana nak menyelesaikan ada jalan lebuh raya sehingga ke Gawi tu yang tak siap-siap. Insya-Allah saya rasa EXCO Infra telah ada peranan dia bersama Yang
Amat Berhormat Menteri Besar macam mana nak selesaikan perkara ini sebab pada kami sangat penting bagi membangunkan Tasik Kenyir. Antara pembangunan infra, cadangan memperbanyakkan papan tanda untuk kemudahan pelancong, memperbanyakkan lukisan mural 3D tujuannya untuk fotografi, bidding hok ni projek keluar susulan Kuala Jeneris LPT 2 yang saya sebut tadi. Pembangunan projek baharu dan sedia ada, cadangan mewartakan Bukit Lawit sebagai Kenyir Hornbil Valley sedang menambah baik nilai produk tarikan Kenyir Island Hoping, membuka semula KWP iaitu Kenyir Water Park yang tergendala sebelum ini, insya-Allah kita sedang usaha pihak berkenaan telah memohon kepada kerajaan untuk meneruskan Kenyir Water Park. Di antara programnya penganjuran acara signature event seperti Festival Kenyir Birds and Nature Quest dan Asian Monsoon Casting, menganjurkan acara sampingan dengan pihak swasta NGO seperti memancing, sukan air dan lain-lain dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai venue ProRider. Di antara promosi kita untuk Tasik Kenyir, Tasik Kenyir sebagai satu kluster utama promosi pelancongan Negeri. Kita ada lima kluster, Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan pesisir, pulau dan juga pantai alam semulajadi, seni budaya dan warisan termasuklah salah satunya Tasik Kenyir. Promosi melalui media cetak dan elektronik seperti RTM, TV3, Al-Hijrah, BERNAMA, Sinar Harian dan lain-lain sentiasa kita buat. Sebulan dua tiga kali sebenarnya kita dan hampir pernah sebulan dua kali kita masuk tv kerana mempromosikan. Promosi melalui media sosial Beautiful Terengganu Malaysia dan juga enggagement dengan bloggers, media influencers, instafamous dan lain-lain. Promosi pakej baru yang berbentuk edu dan eco-tourism seperti abs sailing dan flying fox di Air Terjun Sauk, dan juga pakej 3 hari 2 malam Kenyir Lake House Boat Adventures dan Kuala Terengganu dan Wonderful Kenyir Lake mempromosikan House Boat Experience dan Kelah Sanctuary sebagai unic selling product. Kita sebenarnya pihak Jabatan Pelancongan Negeri mencadangkan kepada pihak KETENGAH supaya melanjutkan masa Santuari Kelah kerana desakan daripada ramai pihak kerana masa yang diperuntukkan terlalu singkat dan jumlah orang yang dibenarkan masuk sehari terlalu sedikit walaupun kita sedar kelah ini, mereka nak berehat juga. Macam kita jugalah. Tak boleh bersidang sampai malam-malam. Mereka nak berehat juga. Walau bagaimanapun, perlu dibuat kajian balik kerana permintaan yang sangat luar biasa daripada masyarakat luar dan akhirnya Community Based Tourism. Kita mencadangkan mewujudkan homestay dan kampungstay di kampung Basung dan juga kampung Pasir Dula melibatkan sama kominiti setempat dalam aktiviti pelancongan dan juga kebudayaan ini sebagai beberapa jawapan secara ringkas kepada soalan-soalan yang ditimbulkan. Sekian.
Terima kasih Wakil Alur Limbat. Saya berhasrat untuk meneruskan persidangan. Kita break selepas selesai semua anggota kerajaan membuat penggulungan dan kemuncaknya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya persilakan Wakil Ladang.
Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai dan semua yang hadir. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dapat bersama hari ini. Saya cuba memenuhi soalan-soalan yang telah dikemukakan di dalam penggulungan tadi, dan saya dapati ada tujuh Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyinggung tentang portfolio saya, tetapi berkisar banyaknya tentang pelaburan, dan juga sedikit tentang pelaburan, kemudian tentang Lapangan Terbang Kertih pun ada disinggung, dan saya akan cuba insya-Allah jawab apa yang ada pada saya. Banyak usaha kita telah habiskan untuk mempromosikan silika sebenarnya, projek silika di TSV. Terengganu Sillica Valley ini telah kita lantik konsultan untuk buat study, kemudian kita ubah style kita kerana hasil daripada kajian itu memerlukan sepenuhnya pembangunan, Terengganu Sillica Valley memerlukan lebih daripada RM2 bilion perbelanjaan. Jadi kita tak setuju dengan cara itu, itu bukan priority kita, kemudian kita minta supaya TSV ini grow secara organik. Maksudnya siapa yang berminat, syarikat yang berminat untuk datang, insya-Allah kita akan bekerjasama menyediakan tanah-tanah yang raw untuk mereka bina dan sebenarnya itulah yang mereka kehendak. Kehendak supaya diberikan tanah dan cost of development itu ditanggung oleh mereka sendiri. Cuma mereka bila kita pergi jumpa the giant players berkenaan silika ini, mereka tidak berhasrat untuk datang ke Terengganu untuk membina kilang-kilang yang dikatakan untuk end-product. Kita telah pergi merata, ialah ke Korea, ke Jepun, ke mana-mana untuk jumpa mereka, tetapi mereka masih belum bagi jawapan yang konkrit. Malah mereka mengatakan bahawa setakat ini belum berminat untuk datang ke Terengganu. Contohnya bila glass making ataupun product glass, dia kata banyak sangat dah di dunia ini, mereka tidak berminat lagi untuk mengeluarkan glass
product. Jadi biar dulu dia kata. Ork dulu. Kemudian, bercakap pasal silika ada dua, satu downstream, satu upstream. Yang ramai berminatnya untuk ambil pasir kita buat keluar. Tu kata dok soh lagi la, biar dulu. Jadi, kerajaan membuat keputusan silika yang untuk downstream, ataupun upstream ini, wining ataupun dia panggil washing planable itu diserahkan hanya kepada sebuah syarikat, anak syarikat kerajaan Negeri, Permint Granite dan satu lagi ialah yang sudah diluluskan seperti di Setiu. Itu berkenaan silika.
Kemudian tentang pelaburan yang baru sahaja kita tandatangani dengan sebuah syarikat, Ta Win Holdings Bhd, kita form satu syarikat bernama Terengganu Ecocycle dan mereka telah bersetuju dan telah tandatangani untuk melabur lebih kurang RM2.4 bilion bermula pada tahun ini, insya-Allah, dan akhirnya akan memberikan peluang pekerjaan seramai 7,000 orang, insya-Allah. Yang menarik lagi tentang pelaburan ini ialah mereka bersetuju secara sukarela untuk memberikan saham percuma kepada kerajaan Negeri sebanyak 20%. Tanpa apa bayaran, kerajaan Negeri dapat twenty percent atau 20% daripada syarikat ini, guna syer, dan ini tidak boleh didilute, makna dia kekal 20%. Syarikat ini bersetuju untuk membenarkan atau menjemput dua orang wakil daripada kerajaan Negeri untuk menjadi Board of Director mereka dalam syarikat ini. Itu yang terakhir, dan kisah pelaburan di Terengganu ini telah keluar dalam berita di Jepun dan saya diberitahu mendapat maklum bahawa ada empat buah syarikat Jepun akan datang untuk melabur bersama dengan Ta Win Holdings ini di kawasan yang telah kita sediakan sebanyak 500 ekar di Perasing, Jabor. Itulah kejayaan kita yang terkini dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa pembinaan dan apa sahaja yang berlaku di kawasan ini, kita pastikan bahawa rakyat Terengganu, anak-anak Terengganu, syarikat-syarikat Terengganu dapat mengambil bahagian yang sama dalam pembangunan di sini. Insya-Allah kita akan pastikan begitu.
Berkenaan pelaburan di Terengganu umumnya, kita boleh bahagikan kepada empat jenis kategori ataupun empat kategori pelaburan. Pertama ialah yang berpotensi, keduanya yang komited, ketiga yang diluluskan dan direalisasi. Apa maknanya itu? Maknanya yang berpotensi ini projek baru menerusi pertanyaan awal pelabur yang belum dimuktamadkan lokasi pelaburan atau diluluskan tapak. Mereka datang bertanya sahaja. Ini ramai sebenarnya. Banyak syarikat yang bertanya. Yang berpotensi ini yang setakat kita sebut, ada lebih kurang jumlahnya RM4.2 bilion. Jumlah pelaburan yang mereka nak bawa itu, lebih kurang RM4.2 bilion termasuk daripada US, PETRONAS sendiri, daripada local dan banyak lagilah dan memberikan pekerjaan lebih kurang 400 orang. Ada satu lagi yang selalu
mereka tanya tentang Petroleum Hub ataupun Petroleum Village di Pulau Kerengga. Banyak syarikat yang bertanya dan ada yang telah kita jemput untuk membentangkan proposal mereka tetapi nampaknya tak jadi lagi. Di samping pada nak jadikan Petroleum Hub atau refinery yang mereka nak buat, ada juga yang datang bertanya untuk membuat harbour, pelabuhan. Katanya untuk mengalih kegiatan-kegiatan syarikat-syarikat daripada negeri China yang bertapak di Singapura hendak dialihkan ke sini. Itu juga ada pertanyaan kepada kita dan pelaburan mereka kata lebih daripada 10 bilion USD. Itu pertanyaan mereka. Belum direalisasikan lagi. Kemudian, ada juga yang bertanya tentang sedikit tentang pertanian iaitu tentang nak buat ladang ubi kayu. Pun ada dah kita beri tanah untuk mereka kaji. Itu di bawah Yang Berhormat Dr. Azman. Juga tentang tanaman rumput napier, dia nak lebih kurang 10,000 ekar. Itupun pertanyaan mereka yang berpotensi sebenarnya untuk mereka lakukan di Terengganu. Yang terakhirnya ada pertanyaan untuk mengadakan kilang pemprosesan buluh, nak buat kilang buluh di Terengganu, dan sebenarnya untuk makluman kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan satu tempat di Hulu Dungun sebagai tempat research buluh bagi negara dibuat di Terengganu. Itupun kawasan insya-Allah akan dilawati pada minggu depan. Kementerian akan datang untuk melihat kawasan itu. Itu yang berpotensi. Kemudian ada juga pelaburan yang sudah komited, komited maknanya mereka telah menunjukkan surat tunjuk minat atau permohonan tapak yang telah menandatangani macam-macam perjanjian dengan kita untuk awalannya dan ini yang komited ini, lebih kurang ada RM565.6 juta, tak banyak, tapi ada. Ini termasuklah juga tentang energy dan berbagailah, kadang-kadang dok reti nok sebut pengeluaran phosphorus dan ethoxylic nape tak tahu itu chemical, company datang. Memberikan pekerjaan dijangka 254 orang. Kemudian pelaburan yang diluluskan pada tahun ini, 2020 yang diluluskan adalah maksudnya telah mendapat kelulusan lesen pengilang (manufacturing licence) daripada MIDA atau telah diluluskan insentif pelaburan oleh MIDA atau ECERDC. Yang ini memberikan peluang pekerjaan lebih kurang 11,421 orang dan nilai pelaburan lebih kurang 4.46 billion. Itu yang diluluskan banyak jenisnya, chemicalnya ada, solarnya ada, dan macam-macam termasuk Ta Win Holdings tadi. Kemudian yang direalisasi, yang jadi sudah, maknanya ada tapak sudah, buat sudah, bina sudah itu oleh kerana COVID ini tak banyak lagi, tapi sudah ada pelaburan daripada dua buah syarikat, berbelanja lebih kurang 200 juta dan pekerjaan tambahan kebanyakan lebih kurang 20 orang sahaja.
Itu yang pelaburan yang insya-Allah datang ke Terengganu, dan dalam masa COVID ini pun, ada jugaklah mereka datang dan Alhamdulillah kita telah
tandatangani seperti yang kita sebut tadi eco-cycle Terengganu. Berkenaan dengan Lapangan Terbang Kertih, Lapangan Terbang Kertih ini, kita sebenarnya ada menerima surat bahawa mereka bercadang dipanggil shift offshore helicopter operation to Kuala Terengganu airport and discontinue Kertih Airport operation by 2022. Dia nak berhenti operasi pada tahun 2022 dan nak pindahkan semua operasi helikopter di Kuala Terengganu. Lepas tu, kita nak buat mende dengan lapangan terbang ini, selepas dia tinggal kita nak buat apa. Semua aset di situ akan diserahkan kepada kerajaan Negeri. Perkara ini masih dalam awalan, insya-Allah kita akan berbincang lagi dengan pihak-pihak yang terlibat untuk merancang suatu yang akan memberi faedah juga kepada kita, insya-Allah.
Berkenaan tanah insya-Allah saya akan jawab esok dalam soalan esok ada hal tanah, jadi tanah itu kita jawab esok, kita hormati waktu, jadi saya tak mahu ambil masa panjang petang ini, cuma tentang… tak dok lah hok tu jelah dulu.
Takdok doh Yang Berhormat?
tentang silika tadi ada orang tanya, Rantau Abang tanya berapa orang hok boleh kerja leni, sekarang ini tak banyak lagi, ada 17 orang saja baru, lepas itu mesin sedang dibina, kilang insya-Allah akan siap pada hujung tahun ini dan itupun tak banyak sebab dia machine, kebanyakan auto machine lepas itu tambah sepuluh orang lagi, apa yang ada saja. Jadi, kalau Dato’ Yang di-Pertua nak suruh saya duduk, saya duduk jelah. Cukuplah dulu. Boleh ah dok?
Terpulang kepada Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hormati waktu sebab nak balik balik pukul lima, jadi saya nak berhenti di sini dululah. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Ladang yang sangat meraikan, seterusnya saya jemput Wakil Jabi, sila.
Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang dihormati sekalian. Pertamanya, saya merakamkan ucapan merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin terutama atas keprihatinan Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku kepada sektor pertanian Negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks Negeri Terengganu, sektor pertanian adalah sektor yang amat strategik, tanpa kita menidakkan sumbangan sektor lain yang sedia menjadi engine of growth ekonomi Terengganu selamanya. Strategiknya sektor pertanian boleh dilihat dari beberapa aspek, yang pertama, hampir 70% rakyat Terengganu beragama Islam dan berbangsa melayu berada dalam sektor ini. Perkembangan sektor pertanian bermakna memberikan indikasi peningkatan pendapatan dan taraf hidup majoriti rakyat yang beragama Islam. Yang kedua meningkatkan tahap food security di dalam negeri dan menyumbang kepada tahap food security negara seterusnya meningkatkan self sufficient level kadar kecukupan sara diri bagi memenuhi keperluan negeri dan juga keperluan negara.
Yang ketiga, memaksimakan potensi tanah-tanah terbiar dan tanah-tanah kerajaan yang belum dieksploitasikan. Isu tanah terbiar ada disentuh oleh oleh Yang Berhormat Buluh Gading. Untuk makluman Dewan pada 6 Mei 2020, kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan jawatankuasa task force pemulihan tanah terbiar, bagi mencari solusi untuk memajukan kira-kira 8,000 hektar tanah terbiar yang ada di seluruh Negeri. Antara fungsi jawatankuasa task force ini ialah:-
1. Mengenal pasti tanah terbiar dan pemilikan data pemilikan di setiap daerah bagi tanah yang melebihi 0.4 hektar, satu ekar dalam satu kawasan. 2. Mengenal pasti punca dan faktor yang menyumbang kepada tanah-tanah tersebut terbiar tanpa diuruskan.
3. Menyediakan pengkalan data tanah terbiar.
4. Menyediakan pelan tindakan tanah terbiar.
5. Mengemukakan cadangan business model bagaimana pemulihan tanah terbiar perlu dilakukan termasuk dari segi aspek pemasaran dan penyertaan petani tempatan termasuk juga pelabur luar.
Milestone kerja jawatankuasa ini sekarang berada di peringkat akhir penyediaan pengkalan data.
Dato’ Yang di-Pertua,
Strategi perlu tepat kepada golongan sasar. Pelan Strategik Pertanian Negeri 2019 - 2023 sedang diterjemahkan, di tapak tanah pertanian, laut, kolam, tasik, kandang dan kilang. Kerja keras di peringkat pentadbiran disokong dengan arahan atasan yang jelas akan membawa sektor pertanian negeri melangkah ke hadapan dengan lebih kemas lagi, insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Rantau Abang menyentuh tentang isu tempat tinggal, rumah bagi nelayan. Saya telah memberikan penjelasan berkaitan projek penempatan semula nelayan dalam sesi soalan lisan tadi. Rumah yang bakal dibina dengan reka bentuk rumah patuh syariah berkeluasan 800 kaki persegi melibatkan kos RM130 ribu per unit, dan akan diberi milik kepada nelayan secara sewa beli dengan harga RM80,000.00 sahaja. Baki RM50,000.00 akan disubsidikan oleh kerajaan Negeri. Tempoh sewa beli selama 30 tahun dengan bayaran bulanan sekitar RM180.00. Kita kira masih lagi di dalam kemampuan nelayan kita yang berada dalam golong B40.
Dato’ Yang di-Pertua,
Rantau Abang, Bandar Sura, Manir, Telemong, Buluh Gading, menyentuh tentang pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian Negeri bagi memacu perkembangan ekonomi negeri. Kami sangat menghargai segala keprihatinan ini. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan sebagaimana yang disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat, KDNK Terengganu berkembang sebanyak 3.3% bagi tahun 2019 berbanding 2.8% untuk tahun 2018. Sektor pertanian menjadi antara penyumbang tertinggi dengan kadar pertumbahan sebanyak 6% berbanding -2.5% pada tahun 2018. Tentu sekali dengan bajet yang lebih besar, sebagaimana cadangan Yang Berhormat Telemong, Manir dan Bandar, kita yakin kita boleh melangkah dengan lebih jauh lagi.
Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih juga diucapkan kepada Kuala Besut dan Telemong, yang prihatin menyentuh berkenaan dengan isu pemerkasaan sektor pertanian dengan strategi
comprehensive selaras dengan pengiystiharan 2021 sebagai Tahun Pertanian Terengganu, agar dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Untuk makluman Dewan, Pelan Strategik Pertanian Negeri telah dibuat kajian semula selepas enam bulan pelaksanaan untuk kita melihat sejauh mana pencapaian yang telah berjaya dicapai dan apa isu-isu berbangkit sepanjang tempoh pelaksanaan yang lepas.
Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk YB Kemasik, kerajaan Negeri telah mengotakan janji untuk pembangunan projek Padang Ragut Rakyat, yang kedua Hub Lembu Sado dan juga Program Labuh Unjang bagi memperkayakan lagi sumber perikanan. Permohonan Kemasik untuk menenggelamkan bot nelayan asing bagi dijadikan tukun, akan diuruskan segera bersama APMN. Warga Kemasik tolong tanda dan ini janji yang boleh dituntut, insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua,
Rantau Abang ada menyentuh berkenaan dengan isu pemulihan Projek Rimbunan Kasih. Untuk makluman Dewan, Rimbunan Kasih Rantau Abang adalah satu-satunya daripada tujuh projek, Rimbunan Kasih di seluruh negara yang sedang dibaik pulih. Anak syarikat kerajaan Negeri, TADC bersama syarikat MCT Agriculture, telah membaik pulih sebahagian SPH (Struktur Pelindung Hujan) untuk dimajukan dengan tanaman Melon Manis Terengganu bermula daripada April 2020. Keluaran sulung, Melon Manis Terengganu daripada Ladang Rimbunan Kasih telah mula dipetik pada akhir Julai ini sebanyak lapan metrik tan bernilai kira-kira RM40,000.00.
Dato’ Yang di-Pertua,
Isu 100 keluarga asal penghuni rumah Rimbunan Kasih juga yang dibangkitkan dan sukacita dimaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk semua penghuni yang sedia ada dikekalkan. Tidak ada siapa yang dikeluarkan dan rumah tersebut menjadi hak milik mereka melalui kaedah sewa beli yang akan diuruskan oleh PMINT. TADC yang dilantik oleh kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Rimbunan Kasih telah mengambil 10 orang untuk bekerja dan dianggarkan seramai 30 orang lagi pekerja diperlukan apabila infrastruktur ladang beroperasi 100%. Dengan kapasiti saiz projek pertanian dan perikanan yang ada di Rimbunan Kasih,
pemaju tak mampu untuk nak ambil semua 100 orang pekerja dan mereka diberikan kebebasan untuk keluar mencari rezeki di tempat lain. Prihatin Rantau Abang sehingga penyu dalam laut turut disantuni. Santuari Penyu sebenarnya diuruskan Jabatan Perikanan dan akan terus diperkasakan bagi pemuliharaan penyu. Dalam masa yang sama, Enakmen Pemeliharan Penyu Terengganu sedang dalam proses pindaan bagi memperkukuhkan usaha-usaha kerajaan untuk melindungi spesis marin yang semakin terancam ini daripada kepupusan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Buluh Gading memohon penjelasan berkenaan dengan status terkini Jelapang Padi Fasa Ke 2 ataupun disebut KETARA Fasa 2. Untuk makluman Dewan, cadangan projek ini melibatkan pembinaan tali air utama sepanjang 40 kilometer dari empangan Paya Peda di Besut sehingga ke Setiu, bertujuan membekalkan pengairan untuk 5000 hektar lagi sawah padi yang berada di kawasan Besut dan Setiu yang sekarang ini berada di luar daripada jelapang padi negara, dan status terkini pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam proses untuk mendapatkan ulasan daripada pihak EPU, MOF dan juga Jabatan Peguam Negara bagi mendapat maklumbalas dari segi peruntukan dan juga perundangan. Kajian terperinci sistem pengairan utama dijangka siap pada akhir 2020. Kerja-kerja ukur tanah bagi penentuan Jajaran Pembinaan Tali Air Utama KETARA Fasa 2 telah siap. BPSP (Bahagian Saliran dan Pengairan Pertanian) di bawah Kementerian Pertanian telah menghantar permohonan pengambilan balik tanah bagi maksud kutipan awam Pejabat Daerah dan Tanah Besut pada 27.9.2019, dan dalam RMK-12, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan projek ini. Kita bertuah kerana negeri kita kaya dengan sumber air. Empangan Paya Peda dan Empangan Jajar yang ada di Besut sudah lebih daripada mencukupi untuk membekalkan sumber air bagi mengairi 12,000 hektar sawah padi yang ada terutamanya di daerah Besut dan juga daerah Setiu.
Dato’ Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Kijal menyentuh tentang penanam nenas di Bujal, yang kononnya telah dihalau sehingga mengakibatkan kerugian RM350,000.00. Dengan penuh rasa hormat, akan wibawa dan pengalaman Kijal dalam politik, izinkan saya anak muda yang baru belajar politik membetulkan kesilapan fakta ini kepada Dewan. Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya tuan tanah tak pernah ganggu atau halau Sofia
Pineapple Farm, pengusaha yang sedang mengusahakan 15 ekar tanaman Nenas MD2 di atas tanah milik beliau. Sewa tanahpun tuan tanah tak ambil daripada pengusaha, malah pengusaha telah menambah lagi 5 ekar keluasan kawasan bertanam menjadikan 20 ekar kesemuanya. Kebun nenas tersebut masih ada sampai hari ini, dan saya dapatkan gambar terkini petang kelmarin, nanti saya kongsi bersama dengan Yang Berhormat Kijal.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Betul sekarang ini tak halau lagi, tapi tanah itu telah diberi balik kepada anak kepada peneroka yang mendapat asal dan tidak dibawa kepada Mesyuarat Tanah Daerah dan terus ke Mesyuarat EXCO.
Bagi peluang untuk saya habiskan topik ini…
Sabar Yang Berhormat, Sabar…
kerana apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kijal ada dalam penjelasan berikutnya.
Ya, sabar Yang Berhormat…
Pengusaha telah menambah lima ekar keluasan kawasan bertanam menjadikan keseluruhan 20 ekar kesemuanya, dan kebun nenas masih ada sampai ke hari ini sebagaimana yang diakui sendiri oleh Yang Berhormat Kijal. Memang projek ini berada di dalam kawasan Kijal tapi atas kapasiti EXCO Pertanian, saya pernah jadi orang tengah bagi mencari titik persepakatan di antara tuan tanah dan pengusaha. Dalam masa yang sama, untuk makluman Dewan, Sofia Pineapple Farm telah diberikan lot tanah kerajaan secara LMS untuk tanaman Nenas MD2 di belakang Sekolah Menengah IMTIAZ Kijal dan projek itu sedang berjalan sekarang dan gambar-gambar projek pun ada bersama saya.
Dato’ Yang di-Pertua, proses bagaimana tanah tersebut dikembalikan kepada tuan yang berhak telah melalui prosedur yang sepatutnya. Tanah tersebut milik Hamdan Ahmad, Geran Pajakan Negeri nombor 1815 dengan tempoh pajakan selama 30 tahun, seluas 44.2 hektar. Tempoh pajakan tamat pada 18 Februari 2009. Pada tahun 2008 lagi, Hamdan sebagai tuan tanah yang berhak dah isi Jadual 1 untuk
angkat permohonan bagi tujuan sambung pajakan tapi tidak ada keputusan, malah sebahagian daripada tanah seluas enam ekar telah diberi milik kepada orang lain. Selepas pertukaran kerajaan pada Mei 2018 barulah permohonan diproses semula dan urusan permohonan tanah telah masuk Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kemaman sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dibuat keputusan dan saya telah mengesahkan berkali-kali fakta ini bersama dengan Tuan Pegawai Daerah Kemaman.
Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih atas keprihatinan Dato’ Seri kepada isu ini, tapi maaf saya anak muda dengan rendah diri memohon supaya, saya nak perbetulkan dua kenyataan yang telah mengelirukan Dewan. Yang pertama kenyataan bahawa peserta telah dihalau dan yang kedua kenyataan kononnya, permohonan tanah tak masuk Mesyuarat Tanah dan terus kepada Mesyuarat EXCO. Kalau Yang Berhormat Kijal ada apa-apa perkara berbangkit, silakan saya bagi laluan.
[Mikrofon tidak dipasang]
Pende, dok dengar kata..
Tak tak, sound sound system.
Semula, semula semula…
dan kita telah mengadakan perbincangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat tanaman Nenas MD2. Seramai sepuluh orang peserta telah dipilih tapi oleh kerana beliau ini duit banyak sikit, dia buat dulu. Surat ada semua, kita buat mesyuarat dengan Lembaga Nanas Negara, Pejabat Tanah, Pertanian dan sebagainya, bukan masuk secara haram. Betul sekarang ini dia tidak halau lagi, tapi bila dia tidak diberi peluang untuk mengusahakan ini, dia terpaksa cari tapak lain, betul saya akui diberi tanah lain untuk usahakan tapi dia habis RM350 ribu. Kalau hendak beri pun, saya kata hendak beri balik atas kuasa kerajaan Negeri, keluarkan yang
itu 10 ekar 15 ekar itu, tiada masalah keluarkan yang itu kerana orang dah usahakan RM350 ribu dah habis.
Okey Yang Berhormat…
RM350 ribu dah habis…
Okey, terima kasih.
anak muda yang begitu berpotensi..
Terima kasih.
yang ada modal, ada kemampuan, usaha. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kijal.
Apa salah kalau you kata tanah kerajaan, okey beri kerana kita tahu kalau tanah itu dah habis tempoh, kita nak bagi, dia nak bagi balik, okey takdok masalah.
Terima kasih, Yang Berhormat Kijal.
Tapi keluarkan yang 15 ekar itu.
Isu ini saya agak mendalami kerana saya di antara orang yang menangani isu ini daripada awal timbul ketika awal-awal lagi masuk ke Pejabat EXCO Pertanian. Sekarang ini, tanah yang dikembalikan kepada saudara Hamdan ialah tanah yang belum diberimilik kepada sesiapa. Maknanya tidak ada pertindihan. Yang telah diberimilik untuk dijadikan RTB sebanyak enam ekar yang ini tidak dipulangkan kepada Hamdan dan Hamdan bermurah hati untuk membenarkan pengusaha terus
duduk di atas tanah tanpa sebarang gangguan, tanpa dihalau dan saya mengesahkan beberapa kali tuan tanah bayar sewa ke tidak kepada Hamdan, dia kata saya…
Soal sekarang Dato’ Yang di-Pertua, soal belas ihsan ke soal rela hati tidak timbul. Sepatutnya hendak bagi okey yang you keluarkan 15 ekar itu bagi yang balance yang asal, takdok masalah sebab orang itu sudah usaha..
soalnya…
soal prihatin ke timbang rasa ke apa..
Isunya Yang Berhormat Kijal, sebelum daripada tanah ini tamat tempoh pajakan pada Februari 2019, 2008 lagi Hamdan telah mengemukakan Jadual 1 untuk mohon disambung, tetapi di situ ada pengeliruan yang telah dilakukan di mana perkara ini kalau boleh dilihat tapi saya kalau boleh tak nak tengok ke belakang macam mana permohonan tanah dalam Jadual 1 atas tujuan pertanian tiba-tiba di Pejabat Tanah dia jadi untuk tujuan perusahaan. Bila untuk tujuan perusahaan bermakna laporan dan kebenaran daripada UPEN diperlukan. Tuan tanah tidak pernah tahu pun bahawa permohonan dia telah ditukar daripada pertanian kepada perusahaan. Kemudian bila laporan UPEN tidak dikemukakan menyebabkan dianggap Hamdan ini tidak berminat sedangkan dia tidak tahu menahu pun bahawa tanah dia dalam proses hendak ditukar kepada perusahaan.
Macam mana daripada pertanian kepada perusahaan.
Itulah maksud saya bagaimana perkara ini dikelirukan tanpa pengetahuan tuan tanah. Saya melihat ada usaha untuk hendak menafikan hak Hamdan ini dengan cara ditukar kononnya hendak ditukar syarat tanpa pengetahuan tuan.
Takdok masalah, buat SPRM lah, kalau betul berlaku begitu.
Saya bagi penjelasan di dalam Dewan
Tidak, bukan.
SPRM kita bercakap di luar Dewan Yang Berhormat.
Bila bercakap sebegini, seolah-olah ada satu…
Yang Berhormat…
pihak yang cuba mengelirukan.
Yang Berhormat, kelmarin kita bagi masa panjang dah kepada Yang Berhormat
sebab kita dah ada, sebab
sekarang ini
30 tahun tidak buat benda satu
segala fakta kita akan sediakan
sekarang ini floor kerajaan, Yang Berhormat kena dengar
Baik
floor daripada pihak kerajaan pula
Jadi sekarang ini
Dato’ Yang di-Pertua, minta maaf, saya dengar tetapi kalau jawapan mengelirukan juga dokleh lah.
Mengelirukan, sangat jelas. Jawapan saya sangat jelas.
Keliru tidak keliru atas tafsiran.
dan fakta
Yang Berhormat sudah bercakap kelmarin, sekarang ini dengar apa yang hendak dijelaskan oleh kerajaan. Kalau rasa keliru pun, hendak buat macam mana kalau itu tafsirannya lah. Kalau seperti itu, kita bincang di luar Dewan pula lah. Sila Yang Berhormat.
Apa yang penting proses mengembalikan semula tanah kepada saudara Hamdan Ahmad sebagai tuan yang berhak telah melalui prosedur pemberian tanah sebagaimana yang tertakluk.
Tidak betul itu Dato’ Yang di-Pertua, kalau kata tuan yang berhak sebab ayah dia sudah meninggal dalam tanah itu sudah habis tempoh dah. Dia tiada hak dah bila dianugerahkan kerajaan balik, kena forward semula.
Tanah itu sudah ditukar nama kepada Hamdan Ahmad. Geran Pajakan Negeri dengan nama Hamdan bukan nama ayah dia.
doh dia kena angkat balik semula.
Dia memang dah angkat
Dia takdok hak dah.
Ya, dia dah angkat tahun 2008 lagi dia dah angkat.
Saya ingat cukup lah cukup lah.
Kita masa tidak banyak, majlis kita ini bukan majlis perdebatan.
Okey, saya teruskan.
Atas kita semua yang buat penilaian. Okey.
Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Permaisuri menyentuh supaya kerajaan fokus kepada produk pertanian yang boleh menjadi ikon pertanian negeri. Memang Melon Manis Terengganu adalah signature product untuk negeri Terengganu. Ada kriteria tertentu dalam SOP penanaman untuk kita mengekalkan kualiti MMT pada tahap premium dengan berat sekitar 2 kilogram sebutir. TKPM Peradong, TKPM Tok Dor dan Rimbunan Kasih Rantau Abang adalah lokasi fokus kerajaan Negeri untuk pengeluaran MMT. Menyentuh berkenaan dengan tanaman roselle yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permaisuri, sukacita dimaklumkan kerajaan Negeri baru meluluskan lot tanah di TKPM Rhu Tapai bagi tanaman roselle untuk dimajukan oleh pemaju swasta. Projek ini akan terus dipantau bagi memastikan kejayaan projek. Yang Berhormat Jertih menunjukkan keprihatinan kepada Mempelam Harum Manis dan ramai orang lain pun minat. Pilot project harum manis telah dibuat di Pusat Pertanian Rhu Tapai seluas tiga ekar dan ternyata terbukti tanah beris dan cuaca panas di kawasan pesisir Pantai Setiu sangat sesuai untuk harum manis dan kemanisan buah harum manis yang dihasilkan bila kita test dengan brix meter mencecah angka 23. 23 ini boleh diistilahkan manis leting sebab sebagai bandingan, kemanisan buah timun cina, buah tembikai sekitar 15 brix, kemanisan Melon Manis Terengganu 18 brix, bayangkan harum manis Terengganu yang ditanam di Rhu Tapai mencecah 23 brix. Jabatan Pertanian Terengganu telah membuat bancian di kawasan perumahan sekitar daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dan ditemui sekitar 100 pokok harum manis yang berusia di antara 30 sehingga 40 tahun di setiap daerah. Buah lebat tidak terjaga malah banyak buah luruh sebab tuan dia tidak sedar bahawa
yang ada di depan rumah itu adalah harum manis. Masyhur di kalangan orang bila tanya ini pokok apa dia kata pauh jabat sebab dulu benih Pejabat Pertanian bagi. Jadi kita tidak tahu khazanah berharga yang sebenarnya ada depan rumah kita di tempat lain dijual dengan harga RM30 lebih sekilo, di negeri kita luruh rata bawah pohon dan nilai yang ada ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Jabatan Pertanian.
Akhir sekali saya kemukakan Data Pengeluaran Hasil Pertanian Negeri yang dipohon oleh Yang Berhormat Jertih. Saya ambil beberapa contoh produk saja dengan saya nyatakan kuantiti pengeluaran dalam metrik tan kemudian berapa peratus dari segi SSL.
Produk Kuantiti Pengeluaran Self Sufficient Level (SSL) Beras 48.7 metrik tan 51% Buah 50.86 metrik tan 66.2% Sayur 16.9 metrik tan 48.7%
Jadi kalau dikira apa yang kita keluarkan dengan baki keperluan kita, itulah dia bahan yang dibawa masuk ke negeri kita sama ada yang diimport ataupun yang dibawa daripada negeri lain.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, marilah kita bersama bina masa depan untuk Negeri Terengganu tercinta. Kita belajar daripada pengalaman lepas melangkah ke hadapan dengan penuh optimis dan dalam Dewan yang mulia ini saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas asas kukuh kepada sektor pertanian yang telah diwarisi oleh kerajaan sebelum ini. Kami yang sekarang memikul tanggungjawab menggalas amanah bagi menyambung tugas-tugas yang belum selesai. Jabi mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih kepada Wakil Jabi. Saya teruskan minta Wakil Bukit Tunggal.
Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang dihormati Yang dikasihi Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang dihormati rakan-rakan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sama ada dari pihak sebelah sini atau sebelah sana. Yang dihormati dan dikasihi ketua-ketua jabatan dan pemerhati, wartawan yang dikasihi sekalian.
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya pada petang ini untuk sama-sama berbahas dan menggulung tentang Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah dititahkan pada hari Isnin, 23 Mac 2020 bersamaan 28 Rejab 1441.
Alhamdulillah, dalam teks yang disampaikan kepada kita semua, Baginda Tuanku dalam muka surat 16 telah menekankan berkenaan portfolio yang di bawah saya iaitu Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkaitan dengan Dasar Perumahan Baru Negeri Terengganu berkaitan dengan Perumahan Patuh Syariah. Alhamdulillah, sebagaimana yang telah saya jawab soalan dan juga yang dibahas oleh Ahli-ahli Dewan, antara yang menyentuh tentang portfolio saya ialah Tepoh, Rantau Abang, Hulu Besut, Pengkalan Berangan, Manir dan Yang Berhormat Wanita. Saya pergi kepada apa yang dititah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga disebut oleh Rantau Abang berkaitan Dasar Perumahan Penswastaan baru yang telah dilancarkan pada Ogos 2019.
Alhamdulillah, setelah pelancaran tersebut, kita telah menerima banyak permohonan-permohonan dari pihak swasta untuk membina rumah di Terengganu secara penswastaan. Oleh kerana dalam pakej kita ini ada satu keistimewaan bila mereka membina Rumah Mampu Milik (RMM) Type A yang keluasan 800 kaki persegi, satu lot tanah kita lupuskan, premium hanya RM1,000.00 sahaja. Ini antara galakan untuk mereka datang untuk buat. Dan masih banyak lagi sebenarnya dalam proses kita menganalisa pemaju-pemaju yang datang hantar proposal kepada bahagian saya, Bahagian Perumahan untuk dinilai dan untuk diberi sama ada lulus dan tidaklah. Boleh dikatakan setiap DUN ada tanah setakat ini yang telah kita kenal pasti tanah dan telah ada pihak pemaju yang bersedia untuk memulakan projek perumahan secara penswastaan ini. Memang kita tahu kerajaan dari segi menggunakan 100% peruntukan negeri dan pusat tidak mampu untuk mencapai target 20,000 unit untuk penggal ini iaitu sehingga 2022.
Yang keduanya berkaitan dengan Rumah Patuh Syariah. Ini satu jenama baru kita yang kita beri sebagai nama Rahman (Rumah Darul Iman). Keistimewaan rumah ini selain daripada kawasan 800 kaki persegi dan ada tiga bilik tidur yang boleh mengasingkan antara ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan, design dalamannya ialah kita pastikan pintu bilik itu tidak menghadap ruang tamu. Maksudnya kita nak meraikan kalau tetamu bukan mahram hadir dalam rumah tersebut, jikalau pintu bilik terbuka tak sengaja ataupun sengaja, maka dia terlindung daripada pandangan tetamu tersebut. Jadi aktiviti dalam bilik itu tidak akan terganggu hingga menyebabkan ternampak aurat dan sebagainya. Begitu juga kedudukan bilik air. Dalam bilik air, antara bilik air, sinki dan tandas kita asingkan supaya air daripada tandas itu tidak mengalir ke kawasan sinki ataupun tempat mandi untuk mengelakkan bila kita berwuduk nanti nak keluar daripada bilik air terpijak najis akhirnya bawa najis ke dalam rumah menyebabkan sembahyang kita tidak sah dan sebagainya.
Begitu juga kedudukan dapur juga terlindung daripada ruang tamu dan ruang makan. Jadi kalau tetamu nak makan pun tidak nampak aktiviti isteri kita ataupun anak perempuan kita di dapur. Begitu juga kita hasilkan juga tempat mesin basuh dan ampaian supaya terlindung pandangan. Ini antara faktor-faktor yang kita ambil bagi memastikan bahawa keselesaan tetamu dan juga keselesaan tuan rumah dalam masa yang sama mematuhi kehendak-kehendak agama kita, agama yang suci, agama Islam. Begitu juga kita besarkan pintu, ini yang orang tak suka. Tapi kita pun, suka tak suka semua orang akan pergi. Pintu utama kita besarkan saiz selesa untuk muat keranda, keranda keluar masuk sebab bila dah meninggal, nak bawa keluar daripada rumah kerana kalau sempit susah nak bawa keluar keranda. Jadi saiz 4 kaki memang selesa untuk bawa jenazah masuk ataupun keluar. Itu antara keistimewaan yang kita buat rumah yang disebut Rumah Rahman ataupun Rumah Patuh Syariah ini selain dari ciri-ciri keselamatan dan sebagainyalah, kalau saya pergi panjang pula.
Itu yang keduanya saya nak respon juga berkaitan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tepoh berkaitan dengan lori sampah macam sampah. Lori sampah, dia macam sampah. Perkara ni berlaku kerana dalam kontrak yang lama, yang ada sekarang ini dan insya-Allah akan tamat kontrak ini dalam bulan 12 nanti. Kita tidak mewajibkan mereka ini, ada dikatakan digalakkan mereka ini menyediakan lori compactor tapi sebahagiannya disewa daripada lori compactor yang ada di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan lori ini kebanyakan barang besar, umurnya 10 tahun ke atas makna buruklah. Jadi kontraktor baru ini dia
akan sewa lori tersebut. Dan ini insya-Allah akan kita atasi dengan kontrak baru kita yang telah, saya ingat dah keluar tender, kepada yang berminat boleh masuk. Untuk tahun depan kita syaratkan kontraktor mesti mereka ini menyediakan ataupun membeli atau menyewa compactor masing-masing yang baharu. Kita tetapkan warna supaya warna yang seragam. Ini antara syarat dalam kontrak nanti, dalam tender kita dan juga ditimbulkan soal tong sampah. Tong sampah sebenarnya bukanlah berkurangan sangat tetapi vandalisme kita ni tinggi. Tong sampah kita selalu dirosakkan, dibakar pun ada. Tong sampah dibakar. Ini kadang-kadang, Allahuakbar, saya tak tahulah macam mana sikap orang kita ni. Tong sampah kita nak guna, tiba-tiba dia bakar sampah dalam tong sampah, dengan tong-tong dia terbakar. Jadi insya-Allah untuk tahun depan, tender ini kita juga akan menyediakan tong yang lebih banyak mengikut bajet yang kita akan angkat sekali ganda dari tong yang sedia ada dan insya-Allah ini akan dapat kita selesaikan bila tender baru keluar.
So, ini tentang tanggungjawab ya, tanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Memang kita bertanggungjawab menjaga kebersihan yang sepatutnya tanggungjawab kita bersama dan Islam memang menggalakkan kita jaga kebersihan. Tapi malangnya, kalau kita pergi ke negara-negara yang tak Islam, lebih bersih daripada kita. Ini yang malu bagi kita. Tapi bagaimanapun pihak kerajaan Negeri di bawah PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) tetap mengambil program-program kempen untuk menganjur gotong-royong untuk jaga kebersihan kampung termasuk juga gotong-royong perangi Aedes, Hari Alam Sekitar Sedunia dan beberapa kempen-kempen lain yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa orang ramai ni mengambil tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan kawasan kita ataupun negeri kita. Insya-Allah kalau perkara ini berterusan, pihak penguatkuasaan akan kita pertingkatkan. Nanti kena marah di orang pula kena saman kekgi, tapi dah macam mana kalau dah degil sangat terpaksa jugalah kita berhadapan dengan risiko kena saman dan sebagainya. Begitu juga kita sedang dalam proses menguatkuasakan ataupun mengeluarkan arahan larangan penggunaan plastik sekali guna kerana antara yang banyak sampah adalah plastik sekali guna yang dibuang oleh penguna-pengguna, oleh kita semualah. Khususnya kalau beli makanan dibungkus dalam polisterine dan sebagainya antara jumlah sampah yang besar juga yang sukar untuk dilupuskan. Insya-Allah dari kempen ini yang akan kita kuatkuasakan tidak berapa lama lagi, jadi kempen ini melibatkan tahun 2018 sehingga 2020. Tahun 2021 kita akan kuatkuasa, insya-Allah supaya sampah daripada plastik sekali guna ini akan dapat kita kurangkan.
Seterusnya berkaitan dengan, saya pergi laju-laju sikit ni, Hulu Besut dan Hulu Besut ni tak ada? Tak ada tak apa. Tapi Hulu Besut ni ada kekeliruan sikit. Keliru kerana Kijallah buat keliru. Minta maaflah Kijal. Terkeliru berkaitan dengan Hasil Tanpa Pajakan MAIDAM, Hasil Parking. Apa yang disebut oleh Kijal, hasil 2015 parking bahu jalan MBKT memang betullah hampir RM4 juta, RM3,765,512.00, itu hasil tapi belanjanya berapa? Kita berniaga ada modal. Tak boleh kira yang laku tu masuk poket kita belaka. Kena tolak modal dahulu, baru betul kita berkira. Kita belanja tahun 2015, RM4,367,926.00 bermakna defisit RM622,414.00, Yang Berhormat Kijal. Jadi kita nak ambil laku saja, tak boh kira overhead kita ataupun OPEX kita (Operational Expenses) kita tak betullah. Itu kita kena ambil kira dua-dua jadi pada kita kerugian begitu juga tahun 2016. Hasil RM3.7 juta tapi belanja RM3.9 juta kurang. Begitu juga tahun 2017 hasil RM3.7 belanja RM4.2 juta. 2018 hasil RM3.2 juta belanja RM4.0 juta. 2018 hasil RM2.7 juta belanja RM3.6 juta jadi setiap tahun berlaku kekurangan, defisit hasil kurang daripada OPEX (Operational Expenses) dengan izin. Oleh itulah pihak Majlis Bandaraya kena buat kajian yang teliti analisa yang teliti dan sejak tahun 2019 dibuat pelbagai-bagai perubahan untuk memastikan hasil ini dapat dipertingkatkan. OPEX dapat dikurangkan tapi tidak berjaya. Jadi tidak manislah kalau kita hendak tuduh apa ni tidak cerdik buat keputusan. Kita dah buat beberapa inovasi, perubahan tapi tidak berjaya juga untuk mengurangkan kerugian ini. Maka itu kita cari jalan cara penswastaan dan penswastaan ini telah memberi jaminan walaupun Kijal kata RM110,000.00 sebulan jaminan akan diberikan kepada pihak MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu). Sedangkan katanya sekarang ini dapat RM4 juta. Itu RM4 juta dapat. OPEXnya berapa. Yang RM110,000.00 ini bersih sebab telah diswastakan segala OPEX ditanggung oleh swasta. So, RM110,000.00 bersih, kan beza banyak tu.
Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan.
Haah, sila.
[Suara tidak kedengaran]
Kita telah luluskan dan dipilih dan perjanjian tu dalam proseslah jadi nak sibuk hal perjanjian apasal pula.
sebab orang kata…
Sekarang ini sudah diluluskan, kan sudah ada award, proses perjanjian biasa kita buat kemudian perkara biasa.
Bermula bila bayaran daripada daripada syarikat berkenaan kepada MBKT?
1 Julai telah bermula award kepada syarikat ni.
Bayaran pertama kepada MBKT?
Baru sebulan. Sabar Yang Berhormat. Bulan Julai ni baru bulan Ogos.
Bukan…[Suara tidak kedengaran]
Nanti saya kena check hok latest macam mana cerita. Jangan la gaduh gitu mee noh. Maring hot doh. Saya nok jawab dok dang.
Dok gaduh… dok gaduh.
Hari ni bbuat pulok doh
Dok gaduh.. nok gaduh boleh.
Saya no problem. [ketawa]. Nelang kita, nelang orang dok kenal.
Teruskan terus Yang Berhormat.
Jangan lari daripada tajuk. Jangan lari daripada tajuk asal.
Saya ingat lagi, terkelirulah Hulu Besut. Hulu Besut pernah saya sergah dulu kata tanam kelapa sawit tiga batang dapat hasil RM450 sebulan. Saya sergah betul ke kira ni. Sekarang dikelirukan oleh Kijal. Terpengaruh pula oleh Hulu Besut.
gane saya kata pendapatan RM4 juta.
Yelah pendapatan RM4 juta dibanding dengan hasil sekarang RM110,000.00. Tak boleh banding gitu. Ini bersih itu OPEX tak kira lagi. Jangan hendak mengelirukan Dewan Yang Berhormat. Tak, ini betul. Eh ni tak ada apa-apa.
Dok betul gok Kijal pun.
Saya dah sebut, RM4 juta Yang Berhormat
Jangan bodoh sangat gak kita ni.
Eh, RM4 juta belanja. OPEX tak kira lagi.
rane rasa cerdik sorang diri tu
Bila swasta
tak dok hal bodoh.
Apa ni.
Guna perkataan yang tidak molek Dewan ni.
Yang berhormat.
malu budak-budak kita orang tua doh
saya tak naklah sampai peringkat kena tarik balik. Tapi elakkan..
Kita orang tua ni,kan.
Elakkan daripada bercakap-cakap
Saya pun lama sama macam Yang Berhormat. Jangan tunjuk gong sorang.
Okey Yang Behormat teruskan, teruskan Yang Berhormat. fokus.
Muafakat Nasional, Muafakat Nasional juga.
Sebab dia dalam Dewan kita ni dia ramai panglima-panglima perang belaka. Cuma tulah saya kata kena berhati-hati…
Saya kata dulu saya sergah.
Beres. Beres.
Minta maaf Kijal. Kita beres je. [ketawa]
Teruskan Yang Berhormat.
Tapi saya tak boh orang luar keliru dengan data-data yang diberikan. Tulah saya terpaksa betulkan. Maaf. Seterusnya daripada ADUN Wanita. Hok ni bagus wanita ni. Dia ambil cerita hal kesihatan. Tentang kesihatan mental. Mental health, sebenarnya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah banyak buat program-program bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kita mengetahui dan menjaga tentang kesihatan mental kita. Antara program-program yang dibuat ialah mengedarkan risalah, poster dan sebagainya. FB Jabatan Psikiatri juga selalu memaparkan tentang fakta-fakta ataupun kempen-kempen berkenaan dengan kesihatan mental ini. Komuniti Aurich dengan izin program di sekolah-sekolah juga dibuat dengan mengadakan program Mental Health Talk sepanjang tahun dibuat dan juga program mental health bersama dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional antaranya ialah Darul Syifa’. Itulah antara beberapa program yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi memastikan rakyat Terengganu aware ataupun cakna tentang penyakit mental ini. Kerana penyakit mental ini boleh juga membawa kepada benda yang lebih dahsyat lagi sama ada kalau rumahtangga boleh menyebabkan perceraian dan sebagainya. Tapi kita bimbang berlaku masalah mungkin berlaku bunuh diri dan sebagainya. Jadi insya-Allah dengan jumlah yang agak membimbangkan kita hampir 20% rakyat ini ada yang terlibat yang sedikit sebanyak terkena mental health cuma orang kita jadi negatif. Sebut je jumpa psikiatri dia kata gila selalu. Inilah satu masalah yang perlu kita betulkan mental kita sendiri pula. Tidak semuanya sebut jumpa pakar sakit jiwa tu orang gila. Dia orang yang depression pun perlu jumpa, orang yang ada masalah. Apa masalah rumahtangga, masalah pekerjaan perlu jumpa pakar psikiatri ini untuk mereka beri nasihat dan sebagainya, ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit tersebut. Insya-Allah kita semua ambil caknalah perkara-perkara ini supaya jangan ada di kalangan kita ramai ni 20% ada yang mental problem. Jadi bukan hok balohlah. Hok baloh tu bukan mental problem dia terlalu sihat. Jadi saya rasa sekadar itulah ucapan saya..
Dato’ Yang di-Pertua, ada sikit je..
Yang Berhormat nak bagi laluan dok lagi? Tak bagi laluan dah.
Saya nok berhenti doh..
Dia tak leh bagi laluan, tak leh.
Saya keliru
Dia tak bagi laluan tadi.Tak bolehlah macam tu, saya guna kuasa saya dalam Perkara 47A. kalau dia tak bagi laluan tak doklah.
Orang nak berenti baru nak tu. Budak-budak takleh layan gitu, kita orang tua ni dan saya menyokong Usul Titah Ucapan DiRaja. Sekian.
Minta maaf banyak-banyak.
Terima kasih kepada Wakil Bukit Tunggal. Sekarang saya persilakan Wakil Paka untuk membuat penggulungan. Sila.
Alhamdulillahi Rabbil „Alamin Wassalatu Wassalamu „Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi man tha bi a’ hom bi ih sa ni ila yau middin Amma ba’.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat MMKN dan juga EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan dan juga semua yang hadir. Pertamanya alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dapat berkesempatan sidang Dewan kali ini, dan saya juga ucap terima kasih dapat sama-sama untuk memberi ucapan sempena Usul Menjunjung Kasih Yang Mulia Tuanku Sultan. Ada beberapa perkara sahaja yang disebut oleh Yang Berhormat. Ringkas saja. Panas dah ni dok. Ni dekat pukul lima dah insya-Allah.
USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN DI BAWAH PERKARA 7 (1A) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU
Untuk itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan masa bersidang akan tamat tempoh 5 petang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun belum berucap lagi, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan ini dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan berkaitan usul menjunjung kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di dalam Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan menurut di bawah perkara 7 (1A) Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari ini. Oleh yang demikian, masa Persidangan Dewan ini dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan berkaitan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Tertib Pekerjaan Dewan bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Keempat Belas. Sidang diteruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang pertama saya ingin menyentuh tentang Pelaksanaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu. Jadi sebenarnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan berkaitan dengan Garis Panduan ini pada 12 Mac 2020 dan telah dilancarkan oleh bagi pelaksanaan bagi Garis Panduan Hiburan ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Garis Panduan ini akan dijadikan panduan kepada jabatan dan rujukan kepada masyarakat dan semualah insya-Allah. Jadi saya rasa saya ambil kesempatan ini ucap terima kasih pada Portfolio Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Belia, Sukan dan juga pihak Mufti Jabatan Hal Ehwal Agama dan semua yang terlibat yang menjayakannya dan setakat ini tidak ada isu-isu yang berbangkit kecuali baru ini sebentar isu pengasingan dalam panggung wayang. Jadi saya rasa sekarang ni dah difahami dan berjalan dengan baik. Yang kedua berkait dengan isu status penubuhan Kampung Ilmu ataupun
Pusat Tafaqquh Fiddin. Jadi saya rasa tadi Yang Berhormat Alur Limbat sudah memberi jawapan walaupun sepintas lalu tapi tu antaranya lah yang kerajaan telah bersetuju meluluskan RM20 juta kos pembangunan keseluruhan yang akan dibuat secara berfasa-fasa tiga peringkat dan insya-Allah akan dimulai pada tahun 2021 nanti. Cuma untuk pengambilan tahun depan kita akan buat sementara dulu di Setiu.
Yang ketiga berkait dengan Sukarelawan Syariah jadi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali yang ke 10 bertarikh 11 Mac 2020 telah meluluskan penubuhan Sukarelawan Syariah Negeri Terengganu dan diletakkan di bawah pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Bahagian Penguatkuasaan. Ini untuk membantu penguatkuasa syariah yang ada di peringkat kerajaan Negeri yang bilangannya agak terhad dan insya-Allah ianya akan dapat memudahkan ataupun menyalurkan maklumat serta membantu tugas-tugas untuk penguatkuasaan syariah di negeri Terengganu di masa-masa yang akan datang.
Yang terakhir yang keempat menyentuh tentang Mahkamah Syariah sebenarnya kegunaan e-syariah versi tiga, sistem dia dan juga peralatan termasuk 35 unit komputer dan juga komputer riba 7 unit untuk kegunaan mahkamah syariah daerah-daerah sudah diluluskan dan saya pun dalam rangka lawatan ke mahkamah-mahkamah termasuk di Kemaman, Dungun, Besut dan Setiu. Kita melihat bangunan ataupun binaan Mahkamah Syariah ini amat tidak sesuai lagilah zaman sekarang dan kita masih ada lagi Mahkamah Syariah di Setiu dan masih lagi menggunapakai rumah kedai. Dengan keadaan safety tank duk dalam lah dan macam-macam lah. Isu yang kita rasa untuk membuat penambahbaikan kita perlu kepada pembangunan-pembangunan baru dan dua yang telah diluluskan untuk menjadi Mahkamah Tinggi Syariah iaitu Kemaman dan juga Besut sampai sekarang masih belum dapat dilaksanakan kerana tidak ada tempat ataupun kamar perbicaraan. Jadi insya-Allah untuk bajet akan datang kot akan ada berita gembira buat Mahkamah Syariah dan termasuk Kuala Terengganu. Kuala Terengganu ini kira menumpang Mahkamah Tinggi Syariah yang sedia ada. Dia sendiri tiada bangunan baru, bangunan sendiri untuk keperluan Mahkamah Rendah di Kuala Terengganu. Itu tidak kira lagi Kuala Nerus, sebagai daerah baru yang kita rasa kita perlu fikir bersama. Jadi insya-Allah kita akan buat penambahbaikan bermula tahun depan insya-Allah bajet untuk akan datang. Saya rasa sekadar itu kot ucap terima kasih. Jazakumullah.
Terima kasih Wakil Paka. Sekarang tibalah masanya sebagai penggulungan terakhir yang melengkapkan tertib pekerjaan Dewan kita ini. Saya dengan rasa hormatnya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ataupun Wakil Rhu Rendang untuk membuat penggulungan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang hadir dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya mengambil ruang penggulungan Usul Menjunjung Kasih di sidang Dewan Undangan Negeri pada hari ini untuk menzahirkan perasaan terima kasih kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasaan Usul Menyembah Ucapan Menjunjung Kasih Perutusan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bersempena dengan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Penggal Ketiga Kali Keempat Belas Tahun 2020. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan jasa bakti petugas barisan hadapan frontliners dengan izin iaitu Majlis Keselamatan Negara, para Doktor dan seluruh petugas kesihatan, anggota keselamatan dan unit beruniform seperti Polis, Tentera, APM, Bomba dan Penyelamat, anggota Rela, MPKK, NGO-NGO dan orang perseorangan yang telah berkorban masa dan tenaga merisikokan diri untuk memastikan kawalan terhadap pandemik COVID-19 dapat diurus dengan baik. Terima kasih juga kepada seluruh rakan-rakan, sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah berusaha untuk memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan sekalian. Walaupun masa perbahasaan kita ada hadnya kandungannya ada berbagai, ada pedas, ada manis, ada kelat pada deria rasa kita tapi saya percaya di atas niat murni rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengutarakan cadangan, pandangan dan kritikan untuk kebaikan negeri kita yang tercinta ini. Di sinilah perlunya kita mempunyai jiwa besar dengan berbagai pandangan yang diutarakan. Saya percaya bahawa dalam Dewan yang mulia ini satu ketika dahulu pernah menjadi saksi perbahasan hangat yang bertalu-talu atas sebab-sebab yang mungkin tepat dan sesuai pada waktu itu. Kita juga sedar bahawa zaman beralih, musim bertukar. Pada masa ini adalah masa hadapan berada di tangan kita sama ada hendak kita bawa ke kiri atau ke kanan sendirian
atau kita pikul bersama. Peribahasa melayu ada mengungkap mengusut mudah, menyelesaikan susah. Maka ada baiknya sebagai kita Ahli-ahli yang berhormat ini menjadi resam pemimpin yang baik dengan menjadi tempat tuah rakyat kita di bawah mengadu nasib seperti kata bidalan melayu, ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya sedia maklum atas segala intipati yang telah diberikan sepanjang sesi perbahasan. Mana-mana yang bersifat kritikan atau teguran yang benar dan membina sudah tentunya saya dan rakan-rakan sekalian akan perbaikinya walaupun adanya kekhilafan fakta yang sebahagiannya sudah dijawab sahabat rakan-rakan dari MMKN namun saya memilih tidak mengungkitnya kembali dalam ruangan ini sebaliknya ingin terus melihat ke hadapan dan memberi fokus kepada agenda yang lebih besar demi penyatuan ummah. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin kita sepatutnya berjiwa besar, lebih matang dan rasional dan berupaya untuk memimpin ahli-ahli dan akar umbi kita demi objektif yang besar dan tidak hanya terkongkong dengan agenda setempat. Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud kepuasan atau persetujuan dari semua pihak manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Inilah juga kisah yang selalu kita baca mengenai Luqmanul Hakim yang berjalan kaki bersama anaknya dengan seekor keldai. Maka, ada benarnya juga sisi pandang ilmu Farabi yang hidup di Damsyik pada sekitar 872 sehingga 950 Masihi yang menjelaskan bahawa penguasa harus dapat mempertahankan kuasa dan tidak tunduk pada gagasan politik rakyat yang membingungkan. Apatah lagi dalam keadaan suasana kejahilan dan hingar bingar rakyat yang tidak memahami maslahat yang diperkatakan. Ini adalah kerana pemimpin yang bersabar sahaja dapat menyelesaikan masalah ummah dan layak menjadi ketua, maka benarlah Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Maksudnya, dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersifat sabar dalam menjalankan tugas itu serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. Surah As-Sajadah, Ayat 24.
Ibnu Katsir ada berkata iaitu tatkala mereka sabar dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan larangan-laranganNya, membenarkan para rasulNya dan mengikuti risalah yang diberikan kepada mereka, nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, memerintah yang makruf dan melarang kemungkaran.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian,
Kita semua tahu bahawa ketegangan dalam masyarakat kita di bawah akibat dari perbezaan fahaman yang bukan semata-matanya fahaman politik, tetapi juga sentimen pertembungan budaya setempat dan lain-lain telah membawa kepada sengketa-sengketa politik kepartian yang akhirnya memberi kesan yang mendalam kepada persekitaran masyarakat Terengganu dalam pelbagai aspek iaitu terhadap hubungan kekeluargaan, hubungan sosial penduduk kampung dan bandar, ketidakadilan dan sebagainya. Suasana berdekad ini menjalar berakar umbi menyebabkan hubungan dalam masyarakat turun naik dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Inilah juga tugas kita sebagai pemimpin untuk memahamkan rakyat akar umbi di bawah kita terhadap makna politik dan tanggungjawab. Sheikhul Islam yang terakhir bagi khalifah Uthmaniah, Sheikh Mustafa Sabri menganggap wajib dan perlu bagi umat Islam memahami politik dan menempatkan diri di persadanya jika berkelayakan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Setelah zaman berubah dengan pantas, tahun 2019 menyaksikan perubahan suasana politik yang sangat baharu di seluruh negara dalam bentuk Muafakat Nasional pada September 2019. Pada tahun 2020 ini pula, kita sama-sama mengalami kerjasama politik yang membawa ke peringkat Nasional sehingga berjaya menubuhkan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan dengan gagasan Perikatan Nasional. Manakala Wawasan 2020, yang asalnya bermatlamat untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 telah menjelmakan wajah muafakat politik baharu di peringkat Persekutuan yang tidak pernah kita gambarkan sebelum ini dan sekiranya kita mampu untuk menjaganya, insya-Allah akan melahirkan kekuatan umat Islam yang kita impikan. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada di dalam Dewan yang mulia ini sudah tentunya amat mengharapkan agar sinar baharu ini akan membawa rupa bentuk baharu dalam masyarakat kita di Terengganu. Realitinya semua ini tidak mudah dicapai dalam waktu yang singkat kerana akar yang mencengkam bumi ini perlu kita cermat dan bijaksana untuk merungkainya. Biarlah nanti generasi anak cucu kita berterima
kasih kepada kita kerana memulakan langkah penting ini dan mereka mendoakan kesejahteraan usaha amal kebaikan yang kita usahakan pada hari ini sebagai suatu amal soleh.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mungkin menyedari bahawa kita ada menambah baik pemberian bantuan dan peruntukan kepada semua Ahli Yang Berhormat sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini tanpa diberi kepada Penyelaras DUN seperti sebelum ini. Keputusan ini ada dilema dan kegusarannya yang timbul, tetapi kami mengambil pendekatan ini untuk bergerak setapak lagi bagi mencapai bigger picture dengan izin di hadapan kita. Semua kita juga tentu sedar bahawa memang hasrat kita semua untuk mencapai keharmonian muafakat politik ini secara overnight dengan izin. Itulah juga yang digambarkan dalam ucapan perbahasan oleh semua Ahli-ahli Dewan untuk mencapai keharmonian muafakat politik ini dengan segera, tetapi kita juga perlu insaf bahawa akar umbi juga perlu dididik dan diurus dengan penuh hikmah kerana perasaan ragu-meragui, curiga-mencurigai, cuit-mencuit, jeling-menjeling masih wujud di bawah sana. Sekiranya kita memetik buah yang tidak masak, mungkin isinya tidak manis atau kelat. Pada masa yang sama, secara fitrah tentunya akan ada pihak di luar kita ini yang sudah tentu merasa bimbang dan cemburu dengan muafakat kita ini, maka ditimbulkanlah jarum keraguan dari segenap sudut untuk menggagalkannya. Proses mendekat dan menyerasikan ini memerlukan komitmen kita semua dan juga orang-orang di bawah pimpinan kita sendiri. Ianya tidak mudah, tetapi kita mesti kuatkan azam dan meleraikan perasaan curiga-mencurigai baharulah matlamat yang kita impikan itu boleh dicapai. Apatah lagi dengan kewujudan struktur pentadbiran dan lantikan sistem sokongan kerajaan kita ini ada pelbagai peringkat, Majlis Komuniti Kampung, Ahli Majlis, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusinya dan sebagainya. Selaras dengan usaha kita untuk kita maju setapak lagi, bagi mengharmonikan hubungan dan menjelmakan semangat Muafakat Nasional yang sebenarnya. Saya juga telah berbincang dan memaklumkan kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu bahawa cadangan penambahan komposisi bilangan bersesuaian di kalangan ahli dari Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dalam Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri Terengganu ini. Insya-Allah akan dimuktamadkan dan dilaksanakan bermula pada awal tahun 2021.
Dalam debaran ini, kita mengharapkan keharmonian baru dapat diwujudkan dan ditambahbaik dalam JPKK yang dijenamakan semula nanti sekiranya ini dapat dicapai. Saya yakin kita mampu untuk membuka ruang di struktur pentadbiran masyarakat di segmen yang lain pula termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat, semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk dilibatkan dalam jawatankuasa-jawatankuasa khas bagi membincangkan pemerkasaan ekonomi dan industri di Negeri Terengganu ini, insya-Allah. Korban ini perlu dilakukan dengan cermat agar ianya tidak menyebabkan kejutan atau orang Terengganu kata, selok di bawah sana. Hal ini perlu dirundingi secara berlapang dada kerana parti-parti yang ada dalam Dewan ini juga perlu berkira-kira meninjau suasana rakan-rakan kita di negeri-negeri yang lain seperti Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Kita juga mestilah terus memperkukuhkan saluran pertemuan dan perbincangan sesama kita supaya mana yang kusut dapat dirungkaikan, mana yang terpendam dapat diluahkan, mana yang gembira dapat dikongsi-kongsikan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian,
Akhirnya sekali lagi saya berterima kasih di atas penglibatan semua Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri dalam sesi kali ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri, Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai yang telah membantu menyediakan fakta dan keterangan untuk kerajaan Negeri memberikan maklumbalas dan jawapan kepada pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang ini, Setiausaha Dewan dan pegawai-pegawai, pencatat, petugas-petugas yang telah membuat persiapan yang rapi dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk menjamin mesyuarat berjalan lancar dan mengikut peraturan mesyuarat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Wakil Rhu Rendang. Yang Berhormat sekalian, penggulungan daripada pihak kerajaan telah selesai. Sekarang saya buka kepada undian –
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhomat sekalian, sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan kita sehingga hari esok, 12 Ogos 2020, jam 9.30 pagi dan marilah kita tangguhkan dengan membaca Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.10 PETANG.