Terengganu · 25 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 150 turns · 11,060 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan semua Ahli Yang Berhormat, mesyuarat disambung semula. Bagi memberkati majlis ataupun persidangan kita, marilah kita memulakan dengan Ummul Al-Quran Al-Fatihah.

Sebelum saya memulakan persidangan pada pagi ini, saya ingin membuat sedikit rulling berkait dengan soal pakaian dalam persidangan besar ataupun persidangan rasmi seumpama ini. Saya harap selepas saya buat rulling berkait dengan pakaian ini tidak timbul lagi isu yang berbangkit kerana pakaian rasmi dalam persidangan besar ini adalah satu protokol yang telah distandardizekan di seluruh negeri yang lain. Cuma, Terengganu mungkin ada sikit yang kita buat pembaharuan berkait dengan pakaian Mandarin Collar. Yang pertama sekali saya nak pastikan Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir dalam persidangan Dewan Negeri mempunyai beberapa pilihan dalam soal pakaian. Yang pertama ialah berpakaian Long Suit lengkap yang sama warna bertali leher, Long Suit lengkap sama warna bertali leher dan boleh bersongkok ataupun berkopiah. Yang kedua, sebagaimana saya sebutkan tadi sebagai pilihan juga ini pembaharuan yang dibuat di Terengganu boleh memakai Long Suit Mandarin Collar sama warna tetapi tidak bertali leher, boleh bersongkok atau berkopiah. Yang ketiga ialah pakaian kebangsaan sama ada yang rasminya bersongkok atau berserban lengkap. Sebab itu, saya nak pastikan selepas pada ini tidak berbangkitlah ada pelbagai kaedah cara berpakaian termasuk pakaian Long Suit tapi pakai Baju Mandarin di dalam. Maknanya kalau nak pakai Long Suit biasa, mesti bertali leher. Tidak boleh pakai Baju Mandarin di dalam. Begitu juga kalau berbaju Melayu lawannya ialah bersongkok, tak boleh kalau sekadar nak berkopiah. Ini saya buat rullinglah ni untuk jangka panjang. Ini perkara-perkara yang telah dibincang dan juga distandardizelah dibuat di negeri-negeri lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita masuk kepada soalan-soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan soalan-soalan lisan pada hari ini 25 November 2020 adalah senarai berikut:

Yang Berhormat Wakil Tepoh

2 Yang Berhormat Wakil Batu Buruk

3 Yang Berhormat Wakil Sura

4 Yang Berhormat Wakil Telemong

5 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

6 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

7 Yang Berhormat Wakil Manir

8 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

9 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

10 Yang Berhormat Wakil Jerteh

11 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

12 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

13 Yang Berhormat Wakil Bandar

14 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

15 Yang Berhormat Wakil Air Putih

16 Yang Berhormat Wakil Ajil

17 Yang Berhormat Wakil Kemasik

18 Yang Berhormat Wakil Wanita

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk memulakan soalan-soalan lisan pada pagi ini. Dipersilakan.

Selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Soalan saya nombor satu-

Pohon penjelasan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penggunaan teknologi digital di Negeri Terengganu agar rakyat tidak ketinggalan dalam pembangunan digital di tempat lain.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu adalah pohon penjelasan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penggunaan teknologi digital di Negeri Terengganu agar rakyat tidak ketinggalan dalam pembangunan digital di tempat lain.

Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penggunaan teknologi digital adalah kita membangunkan dua pelan berimpak tinggi iaitu Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu 2021-2030, yang kedua Pelan Strategik Taman Maya AI (Artificial Intelligence) di mana Negeri Terengganu telah menubuhkan Terengganu Advanced Join Digital Intelligent Development Corporation (TAJDID) yang mana menjadi payung bagi pelaksanaan semua projek dan program Kerajaan Digital Terengganu. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana dalam Dewan yang mulia ini telah meluluskan RM5 juta kepada TAJDID ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti digital pada

tahun hadapan. Dua projek rintis yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah; 1. Pemasangan Artificial Intelligence (AI) CCTV di Masjid Jamek Pengadang Baru bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan pengunjung sebagai satu pecutan semangat ke arah pendigitalan.

2. Pemasangan smart traffic light dalam proses yang ini bagi mengawal aliran trafik dan lain-lain keperluan semasa.

Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan. Soalan tambahan saya yang pertama: Adakah Kerajaan telah membangunkan gerbang pembayaran secara online dan tanpa tunai di Terengganu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Tepoh. Seiring dengan pelaksanaan Kerajaan Digital, Kerajaan Negeri menerusi Bahagaian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) telah membangunkan satu gerbang pembayaran secara online yang dikenali sebagai Terengganu Pay bagi pembayaran bil-bil Kerajaan Negeri. Pembayaran ke atas pelbagai bil dapat dibuat hanya melalui satu traksaksi dengan caj satu perkhidmatan yang minima. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan dan melaksanakan cashless society dengan kerjasama Bank Negara di beberapa tempat:

i) Di Pulau Redang yang dikenali sebagai Cashless Redang ii) Pasar Payang cashless Pasar Payang iii) Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin cashless UniSZA

dan insya-Allah kita akan kembangkan di tempat-tempat yang lain pada tahun hadapan ni insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pembangunan IT Negeri Terengganu yang telah mengambil langkah-langkah yang cukup

proaktif di dalam membangunkan agenda digital di Negeri Terengganu. Bila disebut berkenaan dengan Artificial Intelligence (AI), bolehkah Dewan mengetahui Visi, Misi dan Objektif Taman Maya AI Terengganu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih.

Pembangunan Taman Maya AI visinya menjelang 2030 Terengganu akan menjadi pemimpin terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan AI yang berskala tinggi dalam sektor utama yang bernilai tinggi dan relevan dengan warga dan perniagaan di Terengganu.

Kemudian Misi kita adalah:

i.

Menggerakkan industri-industri AI dan memangkinkan pertumbuhan ekonomi ii.

Penggunaan dan penerimaan teknologi AI di dalam industri iii.

Pertumbuhan perniagaan dan pembangunan lestari iv.

Kepimpinan teknologi terkini dan mencipta nilai ekonomi baru v.

Memacu pertumbuhan ekonomi dan pengkomersialan vi.

Mengukuhkan ekosistem dan meningkatkan daya saing vii.

Meningkatkan kesedaran awam dan usaha pembangunan bersama

Dan di antara Objektif penubuhan Taman Maya AI adalah:

i.

Impak Produktiviti dan Pekerjaan • Produktiviti buruh akan bertambah apabila pekerja yang tinggal dapat menghasilkan lebih banyak output per jam menggunakan teknologi AI.

ii.

Impak Penambahbaikan Produk • Memperibadikan: Memahami pilihan dan tawaran yang dibuat untuk mengukur produk perkhidmatan.

• Penjimatan masa: Automasi tugas dan maklumat yang lebih baik meningkat masa lapang pengguna • Kualiti Produk: Fungsi produk diperluaskan dan kuantiti ketepatan fungsi dipertingkatkan

Komponen Strategi AI Terengganu:

• Projek AI Terengganu Berimpak Tinggi: Taman AI secara progresif akan mengenal pasti projek AI Terengganu dalam sektor utama yang berimpak tinggi dari segi ekonomi dan sosial dengan menggunakan kaedah ‘kitaran inovasi’. Projek ini akan membimbing pelaburan dalam penyelidikan AI, menjana permintaan dalam sektor utama untuk membangunkan bakat dan keupayaan di Negeri Terengganu, dan juga membimbing Terengganu membina infrastruktur digital sokongan.

• Ekosistem AI: Projek-projek AI Terengganu akan menjana momentum untuk penggunaan AI dan memberi nilai kepada teknologi AI untuk menikmati manfaat yang berterusan daripada teknologi AI, Taman AI akan mengukuhkan ekosistem maya yang memacu inovasi AI dan memastikan penerimaan teknologi AI merentasi sektor ekonomi.

Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Wakil Batu Burok.

Soalan saya nombor dua -

Apakah kaedah Kerajaan Negeri bagi menangani isu pembinaan kolam dan sangkar ternakan ikan secara haram di sungai, tasik dan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terima kasih Yang Berhormat Batu Burok. Langkah dan kaedah Kerajaan Negeri bagi menangani isu pembinaan kolam dan sangkar ternakan ikan secara haram di sungai, tasik dan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, pembinaan kolam sangkar secara haram di sungai, tasik dan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri adalah satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara. Ada peruntukan di bawah seksyen 425 KTN yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM500,000.00 dan penjara kurang daripada lima tahun, tapi Dato’ Yang di-Pertua, hasrat Kerajaan Negeri ialah untuk menyelesaikan isu ini secara harmoni bukan hasrat kerajaan untuk menghukum rakyat. Kita nak sebolehnya biarlah semua yang haram tu jadi halal dan rakyat kita boleh cari makan, boleh cari rezeki. Sebab itulah kerajaan berusaha untuk bagi LMS kepada pengusaha pembenihan kerapu hybrid di Kampung Air Tawar di Besut, kolam-kolam ternakan ikan di Kampung Pengkalan Gaduh di Keluang, Besut seluas lebih kurang 40 ekar, juga sangkar-sangkar ternakan ikan di Laguna Setiu serta di beberapa lokasi lain. Ini adalah usaha Kerajaan Negeri supaya apa yang diistilahkan sebagai pencerobohan haram tanah kerajaan, kita boleh halalkan mengikut peraturan yang ada.

Dato’ Yang di-Pertua,

Dasar Tanah Negeri Teregganu juga membolehkan pengusaha akuakultur seperti sangkar dan kolam untuk memohon LMS. Jadi rakyat perlu manfaatkan ruang yang ada di dalam dasar ini, syarat-syaratnya tertakluk kepada pandangan jabatan teknikal seperti JPS, Jabatan Alam Sekitar, PBT, Taman Negeri, Jabatan Perikanan, PlanMalaysia dan beberapa jabatan lain. Isu yang heboh di Paka baru ini, sangkar ikan tu dibina di kawasan projek JPS di kawasan Kuala Paka. Memanglah tak boleh. Sepatutnya bila ada perbincangan dan diberi ruang untuk berpindah, pengusaha perlu berpindah kerana bukan hasrat Kerajaan Negeri nak menyekat rakyat kita berusaha memajukan, buka peluang pekerjaan tetapi apabila timbul isu-isu berkait dengan jabatan teknikal, hal-hal ini perlu diselesaikan dengan baik.

Dato’ Yang di-Pertua,

Memang keterbukaan ini akan jadi satu dilema seolah-olah menggambarkan kita menggalakkan rakyat menceroboh tanah, kolam, tasik milik kerajaan secara haram. Hasrat kerajaan bukan begitu sebenarnya. Kita nak selesaikan kolam dan sangkar yang sedia ada sekarang ni dan pencerobohan baru akan diambil tindakan penguatkuasaan.

Bolehlah saya istilahkan kita lembut tapi tegas. Apa yang sedia ada perlu kita selesaikan dan pencerobohan baru kita tidak akan beri ruang lagi supaya isu ini tidak berlarutan. Keseriusan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini digambarkan dengan angka. Jumlah keseluruhan sangkar ikan yang ada di Negeri Terengganu 1,037 sangkar. Yang dah ada kelulusan LMS 180, LMS yang telah tamat tempoh 48, yang tiada kelulusan 134, yang dalam proses LMS 674, 674 ni suatu angka yang besar menggambarkan bagaimana intensifnya usaha kita untuk nak menghalalkan pencerobohan-pencerobohan haram, tambah-tambah lagi LMS adalah sangat penting untuk pengusaha memohon lesen di bawah SKL (Sistem Kultur Laut) kemudian kalau nak mohon myGAP (Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia) sekalipun memerlukan LMS. MyGAP tidak akan diberi kepada kolam ataupun sangkar yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan daripada soalan yang ditujukan tadi. Selari dengan polisi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil pertanian di antaranya ialah perikanan dan di antaranya ialah melalui memelihara ikan di dalam kolam-kolam, maka bagaimanakah cara rakyat untuk memohon kelulusan bagi tujuan perusahaan akuakultur yang ditimbulkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, permohonan LMS straight forward boleh dimohon di Pejabat-pejabat Tanah di mana projek itu hendak dibuat dan insya-Allah akan dipertimbangkan sebaiknya dalam Jawatankuasa Tanah Daerah diambil pandangan-pandangan teknikal yang berkaitan untuk dibuat keputusan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya jemput Wakil Sura.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor dua –

Apakah usaha-usaha dakwah yang dilakukan bagi menarik golongan belia lebih dekat kepad ajaran Islam?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, khusus Yang Berhormat Sura serta seluruh pegawai-pegawai. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sura, apakah usaha-usaha dakwah yang dilakukan bagi menarik golongan belia lebih dekat kepada ajaran Islam? Usaha dakwah merupakan satu usaha yang sangat sukar, sulit berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Oleh kerana itulah kita sentiasa melakukan satu usaha.

Yang pertama, setiap muslim mesti memiliki rasa kebertanggungjawaban untuk melaksanakan dakwah sama ada dia berada di mana-mana agensi, sama ada agensi yang berkaitan dengan dakwah ataupun agensi yang tidak ada kaitan dengan dakwah sekalipun, selaku muslim mereka mesti bersedia melaksanakan usaha-usaha dakwah di mana-mana sahaja. Yang kedua adalah agensi-agensi kerajaan yang khusus yang melaksanakan kerja-kerja dakwah. Sudah tentu pendekatan ataupun usaha dakwah yang dilakukan terhadap golongan belia ini sangat sulit. Maka, melalui dua kaedah yang pertama damping, yang kedua barulah secara langsung. Maksudnya damping ialah program-program ke arah mendampingi pemuda dan menjinakkan pemuda dan belia yang akhirnya kita dapat menyampaikan segala maudhu’, segala topik-topik dan tajuk-tajuk dakwah. Yang kedua ialah kerja dakwah secara langsung yang sudah tentu mesti dilakukan oleh agensi-agensi tertentu.

Yang pertama Yayasan Islam Terengganu melakukan berbagai-bagai usaha khususnya usrah melalui bentuk nafas baru yang diadakan bagi mendekati belia yang dinamakan usrah “Biar Santai Asal Sampai”, “Usrah Futsal” dan berbagai-bagai bentuk usrah bagi mendekati anak-anak muda. Mereka juga mengadakan Program Halaqah untuk mendekati anak muda dan meminatkan anak muda terhadap ajaran Islam. Yang kedua Jabatan Hal Ehwal Agama sendiri secara khusus melakukan berbagai-bagai pendekatan untuk menarik anak-anak muda secara langsung juga melalui masjid-masjid agar diimarahkan oleh belia dan beliawanis. Juga program secara kerjasama melalui agensi-agensi yang berkaitan contoh DUAT, i-MiTs, Yayasan Islam Terengganu seperti Kembara Itqan yang dinamakan Kalimat melibatkan remaja bermotosikal menelusuri makam-makam para ulama’ di Negeri Terengganu, mengadakan Seminar Daulatkan Islam Agama

Negara dengan kerjasa UniSZA. Mengadakan agihan makanan berbuka puasa dan bersahur di beberapa tempat melalui beberapa agensi melibatkan remaja dan anak-anak muda. Kem Ibadat Pelajar Sekolah dan Belia bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu juga secara khusus untuk anak-anak muda yang tidak terlibat di menara gading berkaitan dengan agama digalakkan menghadiri kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT).

Demikian juga program yang diadakan oleh Akademi Didik Ulama Amilin, khususnya program yang agak besar, mega yang mencecah kehadiran hampir 10,000 pengunjung iaitu Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera pada 8 Februari 2020. Walaupun demikian program terus dilakukan untuk mendekati anak muda seperti Eksplorasi Dakwah Bersama Daie Terengganu, Bicara Maulidur Rasul, Seni Pengucapan Awam Daie Muda, Bengkel Pembangunan Minda Daie Muda, Salam Chit Chat Santai Daie Bersama Selebriti dan berbagai-bagai lagi. Hanya di penghujung tahun ini kita agak berhadapan dengan pandemik COVID-19 maka pendekatan-pendekatan dakwah agak terbatas khususnya usaha hanya melalui online yang diadakan. Mudah-mudahan Allah Ta’ala memudahkan usaha dakwah ini. Terima kasih.

Terima kasih atas penjelasan yang telah diberikan oleh EXCO Dakwah. Alhamdulillah saya kira terlalu banyak usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memastikan masyarakat kita ini bukan sahaja dapat memahami dan mendekati ajaran Islam tetapi yang lebih penting ialah untuk beramal dengannya. Cuma kita melihat dalam masyarakat kita ini, institusi masjid dan surau-surau terlalu banyak menganjurkan berbagai-bagai aktiviti dan program-program tinggal lagi masalahnya ialah kehadiran ahli-ahli qariah setempat itu nampak tidak begitu menggalakkan terutama sekali di kalangan remaja. Jadi saya ingin mendapat penjelasan lanjut lagi. Apakah pendekatan ataupun langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan institusi masjid dan surau kita ini, diimarahkan terutama sekali kepada golongan remaja kita. Terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Dua perkara yang perlu diambil perhatian untuk mendekati anak-anak muda ini. Yang pertama golongan pendakwah itu sendiri urus dakwah. Bila kita bercakap tentang masjid sudah tentu ahli jawatankuasa masjid, pegawai-pegawai masjid mesti memiliki pemikiran dan memiliki semangat untuk menarik anak-anak muda. Oleh kerana itulah, Jabatan Agama Islam

bersama dengan agensi-agensi berkaitan insya-Allah akan menanamkan sifat semangat dan minat jawatankuasa masjid dan pegawai-pegawai masjid untuk mengadakan program-program bagi menarik anak-anak muda. Mereka mesti menyusun program-program yang agak meminatkan anak muda untuk menghampiri masjid dan mendatangi masjid. Yang keduanya juga kita menggalakkan mana-mana agensi yang ada hubungan dengan belia beliawanis seperti NGO-NGO Belia, Urusetia Belia, Sukan, NGO, Urusetia Wanita dan Beliawanis yang sepatutnya juga mengadakan program-program di masjid-masjid untuk mendekatkan anak-anak muda insya-Allah. Jadi, dengan pendekatan kesedaran semua pihak untuk menarik anak-anak muda ke masjid insya-Allah, masjid akan dapat diimarahkan dengan baik dengan suasana yang ada.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Telemong.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-

Setiap tahun golongan pekebun/pengusaha kecil dan sederhana menghadapi krisis lambakan hasil pertaniah serta kesulitan dalam pemasaran. Apakah kemudahan atau prasarana yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi perkara ini?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Telemong, seorang contoh usahawan tani dengan penternakan ayam kampung. Kemudahan dan prasarana yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pemasaran dan krisis lambakan hasil pertanian di negeri kita. Ayam Kampung Yang Berhormat okay dok, boleh pasar dok. Hasil pertanian Terengganu yang biasanya berhadapan dengan isu lambakan ini duku, duku Terengganu dan alhamdulillah dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, tidak lagi berlaku lambakan duku Terengganu apabila hal-hal berkaitan kita boleh tangani dengan baik. Sebenarnya duku Terengganu bukan tak laku kita gagal untuk sampaikan ke tempat orang nak beli kerana beberapa faktor. Di antaranya yang pertama duku ni jangka hayat dia terlalu singkat, dia perlu

dimakan dalam masa tiga hari saja. Yang kedua, duku tidak boleh disimpan dalam bilik sejuk. Kalau simpan dalam bilik sejuk, kulit dia akan bertukar jadi hitam dan yang ketiga, duku setakat ini tidak ada lagi produk hiliran yang berjaya dihasilkan walaupun pelbagai kajian nak buat cuka, nak buat jus, nak buat jeruk setakat ni belum berjaya lagi. Jadi yang ada pada duku hanyalah koyok dan makan gitu sahaja dan dia perlu dimakan dalam tempoh tiga hari. Sebab itu dalam tempoh tiga hari kita perlu kejar masa untuk sampaikan ke tempat-tempat di mana ada pelanggan yang nak beli terutamanya di kawasan sekitar Lembah Klang dan juga ke utara. Jadi isu kita ialah isu pengangkutan dan inilah yang kita tangani dalam tempoh tiga tahun ni, alhamdulillah nampak tidak lagi berlaku isu lambakan duku di Negeri Terengganu.

Yang kedua, saya syorkan petani-petani yang berhadapan dengan masalah pemasaran hasil maklumkan kepada kita kerana pihak FAMA memang sentiasa bersedia untuk buat contract farming dengan izin, untuk buat ladang kontrak dengan harga lantai yang tertentu yang ditentukan dan setakat ni semua petani-petani, pekebun-pekebun yang menandatangani perjanjian contract farming dengan FAMA, semua FAMA ambik hasil walaupun kadang-kadang pekebun kita ngelat jugok. Masa murah dia jual ke FAMA, bila mahal dia jual kokrang lain. Tak apalah. Yang ni kita terbuka kerana yang pentingnya rakyat kita boleh memasarkan hasil pertanian dengan baik.

Satu lagi saya nak kongsi dengan Dewan, bagaimana usaha kita mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian ketika kemuncak PKP pada pertengahan Mac lalu. Kebetulan pertengahan Mac, masa ni masa timun cina masak dan di antaranya 200 ekar daripada kebun tembikai di Telaga Papan di Setiu masak serentak dan ketika ni sepatutnya sekitar 30 hingga 40 buah lori akan keluar daripada Terengganu untuk hantar tembikai ke utara ataupun ke kawasan Lembah Klang. Jadi kita bayangkan, lori yang sepatut keluar 30 hingga 40 buah, tiba-tiba tak boleh keluar. Atas jalan raya tak ada orang. Premis-premis perniagaan tertutup. Orang tak boleh nak keluar dari rumah dengan bebas sedangkan tembikai sampai masa dia tetap perlu dipetik dan tempoh masa hayatnya juga singkat, dia akan rosak. Jadi Kerajaan Negeri melaksanakan satu langkah kecemasan mengeluarkan suatu peruntukan dan disalurkan kepada TADC dan kita aktifkan DC (distribution center) pusat pengumpulan TADC di Telaga Papan di Setiu. Bila kita iklankan kepada pekebun-pekebun tembikai untuk hantar tembikai mereka ke Telaga Papan, berpuluh-puluh buah lori mari, bersusun-susun. Tembikai yang dikumpulkan di DC Telaga Papan lebih tinggi dari saya lagi. Hampir beratus-ratus tan sedangkan kita tak

tahu ke mana tembikai tu nak dipasarkan. Apa yang menjadi hasrat kita nak tengok rakyat senyum je dulu. Rakyat senyum, biarlah kita menangis di belakang, tak apa. Lepas daripada tu barulah kita clear line dengan MKN, dengan PDRM, dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan Jabatan Kesihatan untuk kita buka kiosk-kiosk jualan di seluruh negeri dan alhamdulillah hasil tembikai kita tidak berlaku lambakan dan Terengganu adalah satu-satunya negeri yang tidak berhadapan dengan masalah serius pemasaran hasil pertanian dalam tempoh PKP. Negeri lain tertutup. Antara contohnya kita usahakan untuk hantar dua buah lori bawa tembikai ke Kedah, sampai di Kedah balik semula sebab takleh nak jual di Kedah kerana tidak ada inisiatif di peringkat bawah untuk buka. Alhamdulillah petani kita walaupun tak dapat harga RM1.30 sebagaimana yang disasarkan, bolehlah dapat RM0.80. RM0.80 pun tak rugi doh.

Jadi itu di antara beberapa contoh di samping kita ada banyak outlet. Yang Berhormat Telemong, outlet peruncitan kita ada Myfarm outlet, kita ada TADC Fresh Mart yang baru dibuka di Kompleks Paya Bunga, kita ada Pasar Borong Setiu juga yang baru dibuka di Telaga Papan, ada Agro Bazar, Kedai Rakyat, ada Agro Bazar Rakyat, ada gerai buah-buahan segar (GBBS) di bawah FAMA, ada pasar tani sama ada pasar tani tu di bawah FAMA ataupun di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Kita ada pasar tani kekal di Nyiur 7 yang kita akan buat transformasi kepada Agro Bazar insya-Allah menjelang tahun depan kita ada pasar tani kekal di Kerteh dan juga ada pasar tani kekal yang terbaru insya-Allah akan dibuka di Chukai.

Di bawah LKIM ada pasar nelayan, di bawah PPK (Persatuan Peladang Kawasan) kita ada pusat pengumpulan hasil pertanian, ada pusat pengumpulan dan pengedaran ikan, ada gerai-gerai pemasaran hasil pertanian, ada gerai jualan buah-buahan bermusim dan kita telah mengesyorkan supaya isu jualan buah-buahan bermusim ini ditangani dengan cara pihak PBT memberikan lesen sementara secara bermusim pada musim buah tu saja supaya peniaga durian kita, rambutan kita boleh buka gerai-gerai di tepi jalan dalam keadaan tersusun dan dia boleh menjadi satu daya tarikan kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, kita juga menganjurkan karnival kerana karnival ni dia mengzahirkan kemeriahan, orang mari ramai dan terbuka ruang pasaran yang lebih luas. Di antaranya di bawah FAMA kita ada My Best Buy (MBB), kita ada karnival buah-buahan tempatan, kita ada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Yang terakhir kita buat di Jabi dulu, suka dimaklumkan seorang peniaga yang jual anak pokok, anak pokok dalam cawan polisterin dalam tempoh tiga hari program boleh dapat hasil jualan melebihi RM50,000.00, bila

orang mari ramai. Kita ada program pasar ternakan yang tergendala pelaksanaan kerana PKP dan kita ada himpunan lembu sado. Dalam tempoh PKP baru ni, saya berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Pengarah Pertanian pergi daripada satu pasaraya ke satu pasaraya merayu kepada pemilik pasaraya supaya beli hasil-hasil keluaran daripada petani tempatan untuk dipasarkan di pasaraya-pasaraya mereka. Kalau biasa ambik sayur daripada Cameron Highland daripada tempat lain, musim PKP ini tolonglah ambik daripada petani-petani tempatan kita. Sampai begitu sekali kita bekerja demi untuk kita jaga rakyat kita.

Jadi kalau Yang Berhormat Telemong ada keperluan-keperluan khusus untuk pemasaran hasil-hasil pertanian daripada petani-petani di Telemong yang perlu kita beri perhatian khusus, mohon dimaklumkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh ya?

Yang di-Pertua

Ada lagi? Panjang EXCO jawab tadi.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Guane?

Yang di-Pertua

Sila, sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya mengucapkan terima kasih atas kecaknaan dan juga kerja kuat Yang Berhormat Exco Pertanian ni. Sepatutnya hok gini pun boleh beri anugerah, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Saya sokong.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

The Hero Agro Terengganu

Yang di-Pertua

Kita beri.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok, betul sepatut dia. Saya nak maklum Yang Berhormat EXCO, sebenarnya masalah saya di Hulu Terengganu ni, bukan di Telemong, keseluruhan orang Hulu Terengganu ini 70% bergantung kepada pertanian. Jadi, yang menjadi masalah kepada kita adalah bila nak sapa ke time nak jual tu. Kadang orang kampung ni maklumlah. Saya pun orang kampung juga. Bila sampai time nak jual, jadi dok tau nok hantor ke mana-mana. Jadi peranan di antara celoh, pengusaha dengan penjual tu jadi tengoh tu. Jadi orang kampung dia dokleh nok ambik masalah tengoh tu. Jadi saya kalau boleh GLC sebagaimana TADC yang di bawah Yang Berhormat kalau bolehnya kita memainkan peranan supaya ianya menjadi sebuah agensi yang boleh mengumpul sebagaimana Yang Berhormat kata tadi. Jadi saya nok kalu boleh, di Hulu Terengganu tu ada satu pusat pengumpulan. Kita daripada Sekayu nun nok gi tang ke Telaga Papan nun nok gi berkumpul situ jauh Yang Berhormat. Orang kampung ni jauh. Jadi kalu ada se di Hulu Terengganu, Yang Berhormat Manir sokong saya rasa. Buat di Hulu Terengganu sutir takdok ke cadangan? Buat sutir ada dengan kurung ada tempat molek biar mudoh orang kampung gi hantor. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Telemong. Saya luluskan segera untuk penubuhan sebuah pusat pengumpulan di Telemong, insya-Allah.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hok ni baru hero Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Hero sungguh la ning.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor 1-

Apakah pelan pembangunan yang telah atau sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi memacu peranan belia dalam memacu pertumbuhan modal insan dalam Negeri Terengganu?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Soalan daripada Buluh Gading. Apakah pelan pembangunan yang telah atau sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi memacu peranan belia dalam memacu pertumbuhan modal insan dalam Negeri Terengganu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan semua Ahli Dewan, alhamdulillah dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk i-MiTS, UBSNT, Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia Terengganu, insya-Allah kita menjangkakan program-program dan agenda pembangunan modal insan belia…

Yang di-Pertua

Kuat sikit Yang Berhormat, slow je pagi ini…

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Slow?

Yang di-Pertua

Ke sejuk? Kuat sikit.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Kita menjangkakan bahawa agenda pembangunan modal belia insan di Terengganu dengan kerjasama pihak-pihak yang telah saya nyatakan tadi akan lebih dirancakkan lagi. Pada bulan Ogos yang lepas, pihak U-BESNT telah pun mengadakan satu bengkel yang mana dalam bengkel itu telah pun menatijahkan perkara-perkara yang akan menjadi asas untuk merangka dasar belia Terengganu, iaitu bengkel sepuluh sifat Belia Terengganu Sejahtera

yang mana asas pada bengkel ini yang pertama sekali akan menjadi asas kepada dasar belia Terengganu. Yang kedua, sebagai satu rujukan kepada program-program belia yang akan dianjurkan dan juga yang ketiganya akan digunakan sebagai petunjuk kepada nilai di atas setiap program yang dianjurkan dan di antara program yang besar yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat sepertimana peruntukan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, iaitu pelaksanaan projek Generasi Al-Fateh ataupun Generasi Muda Terengganu Sejahtera (GMTS) yang insya-Allah akan mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak muda seawal umur 11 tahun lagi. Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang diberikan tadi. Dalam penjelasan tadi ada disebut berkenaan dengan GMTS (Generasi Muda Terengganu Sejahtera). Boleh Yang Berhormat EXCO membuat penjelasan dengan lebih detail, apakah yang dimaksudkan dengan GMTS ini? Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading. Program Generasi Muda Terengganu Sejahtera yang telah pun kita rancang kali ini terbahagi kepada lima peringkat; 1. TUNAS yang melibatkan belia yang berumur 11 hingga 12 tahun melalui program yang diberi nama Program School Potential Talent (SPT).

2. DIDIK untuk belia yang berumur 13 hingga 15 tahun melalui Program Teen Potential Talent 1 (TPT 1) dan T-Volt Junior 1.

3. BAKAT untuk belia yang berumur 16 hingga 19 tahun melalui Program Teen Potential Talent 2 (TPT-2) dan T-Volt Junior 2.

4. ELIT untuk belia yang berumur 20 hingga 25 tahun melalui program ADUN Belia, Program High Potential Talent dan T-VOLT, Program T-Mahir dan juga Program Rakan Muda 5. IKON untuk belia yang berumur 26 hingga 30 tahun melalui Program Mentor-Mentee, Anugerah WIRA, Anugerah BAKTI dan juga Anugerah PUTRA.

Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah kita nampak pelbagai usaha dalam memastikan

hasrat kerajaan tercapai dalam pertumbuhan modal insan di kalangan belia ini. Boleh Yang Berhormat EXCO menjelaskan dengan lebih lanjut apakah pengisian dan fokus dalam pelaksanaan GMTS ini? Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Ada empat fokus yang telah pun dirancang dalam program GMTS ini; 1. Kepimpinan dan teladan.

2. Pendidikan dan pembangunan insan 3. Ekonomi dan usahawan 4. Sosial dan kemasyarakatan.

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Soalan saya soalan satu-

Apakah Bantuan Penyakit Kronik dan Bantuan Masuk Hospital melalui Tabung Darul Iman (TDI) masih wujud atau tidak. Jika ada, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapa ramai yang telah mendapat faedah pada tahun 2020?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Hulu Besut. Soalannya apakah Bantuan Penyakit Kronik dan Bantuan Masuk Hospital melalui Tabung Darul Iman. Masih wujud ataupun tidak? Jika ada, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapa ramai yang telah mendapat faedah pada tahun 2020? Bantuan Penyakit Kronik

masih wujud. Bantuan Penyakit Kronik atau dikenali sebagai Bantuan Sara Diri Tahunan adalah bantuan untuk pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan sebagainya merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh Tabung Darul Iman. Bantuan Masuk Hospital ataupun bil hospital tidak disediakan kerana Tabung Darul Iman hanya menyediakan bantuan perubatan melalui Surat Jaminan atau GL. Bantuan perubatan ini adalah melibatkan bantuan implan, peralatan perubatan, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala, bantuan-bantuan yang telah pun berjalan daripada awal tahun sehingga ke hari ini, iaitu Bantuan Musibah kepada 174 orang yang melibatkan RM1,623,372,00.00. Bantuan Sara Diri Tahunan kepada 4,438 orang penerima yang berjumlah RM2,451,200.00. Bantuan Perubatan ataupun GL kepada 227 orang berjumlah RM322,475.00. Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang kepada 1,428 orang berjumlah RM960,646.00. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Tabung Darul Iman sehingga ke hari ini berjumlah RM5,357,695.37. Terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin tahu pasal ada penduduk kawasan saya jumpa saya. Dia kata sekarang ini, kalau kita pergi ke hospital, hospital perlu bayar segera, barulah rawatan dibuat. Selepas itu, bila dia pergi ke TDI, TDI kata GL tak boleh keluar sekarang ini dan beri bantuan pun separuh daripada keperluan yang sepatutnya. Jadi, apakah Tabung ini hanya diberi bantuan hanya separuh daripada keperluan perbelanjaan?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Saya rasa boleh dapatkan nama itu kepada saya kerana setakat ini semua yang masuk ke hospital, kita keluarkan GL dan kita menanggung keseluruhan perbelanjaannya termasuklah yang berada di IJN, yang memerlukan bayaran yang lebih banyak lagi, tapi hok ni, ni saya dok tahu, hospital mana ini dan kes apa ini. Boleh maklum kepada saya semula.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, maknanya sekiranya rakyat Terengganu memerlukan kos rawatan itu, maknanya Tabung ini akan membiayai sepenuhnya, gitu maksudnya?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Setakat yang termampu, insya-Allah kita akan laksanakanlah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Manir. Saya nampak soalan Wakil Manir dengan Wakil Bukit Besi itu macam lebih kurang dok? Boleh jawab sekali gus kot. Saya jemput Wakil Manir. Sila.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya yang pertama. Terima kasih.

Sila nyatakan usaha kerajaan bagi terus mengurangkan kadar pengangguran di Terengganu terutama pasca COVID-19?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Manir yang bertanya berkenaan nyatakan usaha kerajaan bagi terus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Terengganu terutama pasca COVID-19? Dato’ Yang di-Pertua, kadar pengangguran negeri pada tahun 2018 adalah berjumlah 4.8% iaitu tertinggi di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2019 kadar itu telah menurun kepada 3.5% pada suku pertama. Pada suku pertama tahun 2020, kadar itu terus menurun kepada 3.3% iaitu lebih rendah daripada kadar pengangguran di Malaysia iaitu 3.5%. Akibat penularan wabak COVID-19 ini, pada suku kedua tahun 2020, kadar pengangguran Terengganu meningkat kepada 3.8% tetapi masih rendah berbanding dengan kadar pengangguran Malaysia iaitu pada kadar 5.1%. Ini adalah petanda Negeri Terengganu sedang menuju ke arah satu arah yang betul dan kerajaan akan terus menggembleng tenaga berkolaborasi dengan pelbagai pemegang taruh dalam sektor pekerjaan ini bagi memastikan rakyat Terengganu dapat menikmati pembangunan dalam bentuk peluang pekerjaan yang baik. Kerajaan Negeri melalui T-HRDC telah mengadakan kolaborasi erat bersama PERKESO Negeri Terengganu bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan ekoran COVID-19. T-HRDC membantu majikan mendapatkan pelbagai insentif PENJANA bagi membolehkan mereka mengambil pekerja baru di samping mengelak daripada membuang pekerja sedia ada. T-HRDC juga membantu institusi latihan mendapatkan penempatan kerja dan dana latihan melalui kerjasama dengan majikan dan persatuan industri. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah kerajaan mempunyai angka ataupun bilangan agensi-agensi yang bekerjasama dengan T-HRDC dalam menangani permasalahan ini. Terima kasih.

Kerajaan berkolaborasi dengan pelbagai agensi dengan agensi Kerajaan Negeri sendiri dengan Kerajaan Pusat dan juga pemain-pemain industri dan agensi institusi-institusi latihan antaranya adalah PERKESO, JTK ataupun Jabatan Tenaga Kerja, Job Malaysia, Jabatan Statistik Malaysia, UC TATI, TESDEC, Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT), UMT, UNiSZA, Terengganu Timber Industry Training Center (TTITC) dan kita juga berkolaborasi dengan Terengganu O&G Council (TOGC) yang terdiri daripada 40 syarikat milik anak Terengganu untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat dalam bidang O&G ini (oil and gas). Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila tuan punya soalan asal dulu selepas itu kita bagi kepada Wakil Bukit Besi sebab soalan dia ada kaitan sebenarnya.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah program-program terkini yang boleh dikongsikan dalam Dewan yang mulia ini bagi menangani isu pengangguran ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manir. Dato’ Yang di-Pertua, Program terkini yang sedang dilaksanakan dalam program penempatan pekerjaan Place and Train Terengganu, kita namakan Place and Train Terengganu dalam program ini T-HRDC telah menemui sendiri majikan-majikan yang memerlukan pekerja dan berunding agar mengambil anak-anak Terengganu sebagai pekerja. Setakat ini sebanyak 500 peluang pekerjaan telah dikenalpasti melalui program ini. Pada bulan September yang lepas, satu kumpulan pilot project kita seramai 15 orang telah berjaya dilatih selama dua minggu sahaja dan dengan kerjsama ILP Kuala Terengganu. Pelatih ini telah pun masuk bekerja pada pertengahan bulan Oktober dan telah mendapat gaji pertama, alhamdulillah. Hasil daripada pilot project ini, T-HRDC dengan kerjasama UC TATI sedang melaksanakan program Place and Train secara besar-besaran. Bidang yang terlibat adalah; 1. Pembuatan kompenen automotif, 2. Pemasangan fiber optic,

3. Oil and gas construction crew and scaffolding 4. O&G part installation.

Program akan bermula seramai 150 perantis di UC TATI mulai bulan depan Disember dan bidang fiber optic dan oil and gas.

Yang keduanya projek sistem maklumat pekerjaan akar umbi. T-HRDC akan memasang sistem maklumat pekerjaan di pejabat-pejabat Pusat Khidmat DUN bagi memperkasakan penyampaian maklumat pekerja kepada masyarakat terutamanya yang tidak mampu mendapat akses maklumat melalui talian. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan mengenai soalan ini iaitu melalui sistem yang diwujudkan ini boleh tak saya dan mungkin juga orang ramai ingin tahu berapakah kadar upah kerja per hari bagi pekerja di Terengganu kerana saya rasa jika ada kajian data dibuat perkara ini pasti dalam pengetahuan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Kadar upah tiada pada saya setakat ini Yang Berhormat, mohon notis untuk saya kemukakan insya-Allah.

Yang di-Pertua

Ya

Dato’ di-Pertua soalan tambahan saya.

Yang di-Pertua

Sila.

Saya tertarik dengan isu pengangguran dan juga isu peluang pekerjaan yang dinyatakan oleh pihak kerajaan, cuma sebelum pada PRU ke-14 itu hari ada Manifesto Terengganu oleh pihak PAS yang menyatakan bahawa menyasarkan 20,000 peluang pekerjaan akan

disediakan dalam tempoh empat tahun iaitu sehingga pada tahun 2023. Jadi boleh tak pihak kerajaan memaklumkan sampai ke hari ini, sampai ke setakat ini berapakah daripada 20,000 peluang pekerjaan itu.

Kelmarin jawab dah. Yang Berhormat kelmarin ada dah.

Tak leh sekali lagi pula.

Arini pula berulang peseng soalan hok sama tu Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Saya hendak sebut benda yang sama juga sebab masa penggulungan Wakil Ladang kelmarin sudah dah jawab clear dah. Ya, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor 1-

Sila jelaskan prestasi semasa kewangan negeri ekoran pandemik COVID-19?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Rantau Abang kebetulan nama sama pula dah. Kanda saya ini nak supaya dijelaskan kerajaan menjelaskan prestasi semasa kewangan negeri ekoran pandemik COVID-19. Nampak terik ini soalan pandemik COVID-19 ni nampak rohok sikit. Pagi ini sejuk jer belaka. Untuk memenuhi jawapan tersebut untuk makluman Ahli Dewan sekalian, jumlah hasil yang diterima sehingga 31 Oktober 2020 ini, musim pandemiklah, pandemik kita, PKP start bulan Mac sehingga sekarang masih lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan lagi, adalah sejumlah

RM1,551,102,704.11 iaitu mencakupi 93.10% daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah belanjawan kita yang lepas kita anggaran adalah RM1 billion 666 juta, RM1.666 billion ringkas nak sebut. Sedangkan kita menerima hasil sehingga Oktober, belum habis tahun lagi ada bulan November, bulan Disember lagi ialah RM1.5 billion. Terimaan bukan hasil masih lagi, sampai kini menyumbang capai hasil yang mencakupi 97.22% kerana belum masuk lagi hasil-hasil cukai negeri yang belum dibayar sepenuhnya sehingga bulan dua belas nanti insya-Allah. Jumlah perbelanjaan mengurus pula, musim-musim COVID ini, tahun COVID kita kira ini, sebab Mac dah bermula COVID ialah RM1,098,474,452.60 iaitu lebih kurang 60% daripada anggaran Belanjawan 2020 yang mana kita anggarkan belanjawan, daripada 60% daripada anggaran belanjawan kita. Perbelanjaan ini terdiri daripada yang berhormat RM216,812,778.34 bekalan, perkhidmatan dan bekalan RM138,145,929.31 dan aset kita sebanyak RM4,668,667.97 dan berkenaan bayaran tetap RM738,393,274.31. Perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM423,210,305.70 iaitu 60.5% berbanding angaran Belanjawan 2020. Perbelanjaan ini melebihi jumlah terimaan yang hanya kita terima setakat ini ialah RM204,500,000.00. Perbelanjaan bekalan air ialah RM670,097.35 sahaja. Itulah antara prestasi kewangan Negeri Terengganu tahun 2020 hingga 31 Oktober ataupun kita sebut di musim pandemik COVID-19 untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Soalan tambahan yang kedua: Seperti yang kita maklum, belanjawan tahun ini adalah belanjawan defisit yang mana hasil dan perbelanjaannya berlaku tidak seimbang. Sudah tentulah tahun ini memerlukan suatu pendekatan yang teliti kerana pandemik COVID-19 ini masih menular dan tidak tahu bila tamatnya, jadi soalan saya ialah bagaimana kerajaan dengan kewangan yang ada untuk dibentangkan untuk tahun ini, kerajaan dapat mengawal perbelanjaan untuk memastikan kestabilan ekonomi terjamin. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih, Rantau Abang yang ingin tahu langkah-langkah apa yang patut kita laksanakan bagi mengatasi yang pertamanya bajet kita bajet defisit. Yang kedua, bajet kita juga merupakan bajet yang menguncup berbanding dengan bajet 2020. Perbelanjaan makin berkurang, hutang kita yang mesti dibayar scheduled payment dengan deferred payment bernilai lebih dari RM400 juta. Kita juga menghadapi kekangan ataupun tekanan daripada pandemik COVID-19 ini yang mana sudah tentulah pergerakan ekonomi kita akan menjadi lembab bukan sahaja Negeri dan juga di peringkat Persekutuan dan sehingga

kini kita masih lagi, sumber kita banyak bergantung kepada pemberian dana khas daripada Persekutuan melalui wang royalti ataupun hasil daripada petroleum. Ia sangat bergantung kepada ekonomi dunia, sekira minyak dunia meningkat, insya-Allah mungkin hasil kita lebih daripada apa yang kita jangkakan dan memang kita berdoa dan kita berharap minyak dunia akan meningkat dan kita akan mendapat bahagian yang lebih besar daripada duit petroleum ini dan usaha-usaha kita sebagaimana antaranya yang ADUN Kijal cadangkan kita berunding untuk dapat Bertam, sekiranya Bertam kita berjaya dengan kerjasama rakan kita Muafakat Nasional dan juga Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar berunding dengan Kerajaan Pusat saya yakin kita akan dapat sikit lagi tambahan pendapatan melalaui hasil daripada petroleum di Bertam ini insya-Allah dan juga sedang kita, cuma tidak masuk dalam bajet, benda belum tentu jadi usaha untuk kita dapat balik bayaran balik yang disebut oleh ADUN Kijal semalam pendahuluan kita LPT2 RM1.85 billion yang besar itu, mungkin kita runding untuk dapat bayar secara berjadual juga berapa ratus, RM200 juta contohnya setiap tahun begini akan menampung defisit kita. Ini sudah tentulah kita perlu bersepadu dalam Dewan ini khususnya rakan-rakan daripada UMNO, Muafakat Nasional untuk kita berunding Kerajaan Pusat bagi dapatkan kembali duit yang telah kita dahulukan semasa Barisan Nasional dahulu. Sekiranya kita akan dapat dua sumber ini, insya-Allah kita akan dapat menambah pendapatan kita di samping itu sudah tentulah langkah-langkah penjimatan juga harus kita laksanakan perbelanjaan secara berhemah sebagaimana yang telah dibentangkan dalam bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar antara beberapa pengurangan-pengurangan yang terpaksa kita buat demi untuk memastikan kita tidak nanti tidak dapat membayar perkara-perkara yang wajib kita bayar, emolumen, khidmat bekalan dan juga hutang yang telah kita terpaksa komitmen hutang kita yang RM400 juta itu kita mesti kita tunaikan kerana bukan berhutang dengan Kerajaan Pusat, hutang dengan kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja pembinaan dan juga pembaikian loji air dan juga Bandar Baru Kuala Nerus. Ini antara hutang yang kita terpaksa tanggung. Oleh itulah atas permintaan ini, kita minta kerajaan macam-macam nak naik bantuan one-off tetapi kita juga melihat kekangan-kekangan yang kita ada. Saya harap semua kita dapat memahami keadaan ini dan keadaan kita memang bukan sahaja individu mengalami kekangan kewangan, peniaga-peniaga, kerajaan sendiri pun mengalami kekangan kewangan juga, Kerajaan Negeri ataupun Pusat. Sama-samalah kita harap pandemik ataupun COVID-19 ini Allah akan angkat segera daripada bumi ini amnya, dan juga negeri kita. Semoga kita kembali kepada normal dan boleh kembali

berurusan seperti biasa. Itulah untuk makluman Dewan setakat yang kita usaha setakat ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada lagi tak?

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas…

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh tak tolong se Yang Berhormat

Yang di-Pertua

Tuan punya soalan

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Oo ada dah, lepas ini bagi kat saya satu Yang Berhormat boleh tak?

Yang di-Pertua

Sini Yang Berhormat, kena tanya di sini.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Okay, saya melihat bahawa kita sangat bergantung kepada petroleum jadi saya ingin tahu apakah langkah-langkah lain selain daripada usaha berbincang dengan Bertam dan sebagainya, apakah hasil-hasil lain yang kerajaan boleh memikirkan untuk menambah pendapatan hasil Negeri Terengganu. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang, setakat ini ada dua langkah besar yang kita insya-Allah saya rasa boleh kita laksanakan tapi mungkin menimbulkan beberapa ketidakpuasan juga antaranya sebagaimana yang disebut di bawah pelancongan, mengenakan beberapa caj-caj yang selama ini hasil daripada pelancongan, cukai pelancongan ini semua dapat kepada Kerajaan Pusat, kita akan telah lulus beberapa perkara supaya ada juga hasil daripada pelancong-pelancong ini masuk dalam kewangan negeri. Ini antara membantu menambah pendapatan.

Yang kedua, Enakmen Air kita yang telah kita buat baru-baru ini dan di bawah Lembaga Air Terengganu, kita akan menentukan berapa royalti air yang terpaksa dibayar air mentah bukan hanya air bersih tapi air mentah yang digunakan oleh syarikat-syarikat

supaya dapat dikenakan caj dan ini juga akan menambah kepada hasil Kerajaan Negeri insya-Allah.

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat ringkas sahaja sebab kita dah lewat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Ringkas ya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tunggal saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut sikitlah, sebab mungkin saya tertinggal. Saya nak tahu apakah yang menyebabkan Yang Berhormat kata Kerajaan Pusat mengguna duit kita RM1.8 billion itu tidak dibayar ke guana sekarang? Sebab dulu kita telah mendapat satu keputusan muktamad daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat bahawa hutang ini akan dibayar secara berskala dan kita setuju dah RM200 juta setahun, jadi kita buat projek dulu pun kita pun berlandaskan kita tahu pitis kita ada. Ini time kita susah dia nak minta hutang kita dengan dia, hutang dia dengan kita dia tak mahu kira, mana boleh jadi gitu. Jadi sekarang ini kita dah comelkan, Yang Berhormat Paka, Yang Berhormat Bukit Tunggal dah PM tu dah gini dah kan, bolehlah royat takkan tak boleh royat.

Yang di-Pertua

Okay Yang Berhormat, sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kita harap begitulah, kita harap begitu.

Yang di-Pertua

Jelas, jelas. Soalan jelas okey

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Jadi, selesai benda ini. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih adinda kita daripada Telemong, sangat prihatin ini. Sebenarnya malaslah nak kabo, sejak PH memerintah baru ini, dia tak bagi, tak bayar hok janji RM200 juta nak royat ceritanya. Jadi bila dia buat keputusan kerajaan dahulu, faham-fahamlah PH kan, dia memang hancing sikit. Dia janji, dia dah berhenti bayar dan insya-Allah kita terpaksa runding balik kerajaan baru, insya-Allah dengan abang kita ini yang ada di Kuala Lumpur, dengan hubungan baik antara Kerajaan Negeri, khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri

Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Kijal juga ada hubungan yang baik dengan Perdana Menteri ini kita bersama-sama berunding supaya dibayar semula sebagaimana dibayar zaman BN dulu RM200 juta, insya-Allah dan kita tambah hasil Kerajaan Negeri. Sama-samalah kita kerja Yang Berhormat Telemong deh, insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih, Yang Berhormat sekalian, saya cadang untuk menangguhkan sementara sidang kita dan kita bertemu balik pada pukul 11.10 pagi dan saya harap kita boleh masuk mengikut masa yang ditetapkan kerana banyak lagi agenda-agenda yang kita kena habiskan pada hari ini. Hari ini hari yang terakhir. Sekian, ditangguhkan.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI

PUKUL 11.20 PAGI

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat disambung semula. Sebelum kita sambung mesyuarat pada pagi ini, yang merupakan mesyuarat terakhir, saya nak sebutkan satu dua perkara. Tadi saya dah sebut berkait dengan ruling sayalah berhubung dengan soal pakaian Ahli-ahli Dewan, saya berharap apa-apa kekurangan dalam persidangan pada kali ini dapat diberi perhatian dalam persidangan yang akan datang kerana persidangan besar seumpama ini adalah persidangan rasmi dan kita mesti pastikan pakaian pun mesti berbentuk rasmi sebagaimana yang telah diputuskan oleh pihak Dewan.

Yang kedua, saya mendapat maklumat daripada beberapa orang Ahli Yang Berhormat di sesetengah kawasan oleh kerana sekarang ini musim hujan dan berlaku banjir, ada yang telah dipindahkan. Jadi marilah kita berdoa semoga rakyat negeri kita dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada malapetaka, banjir, semuanya selamat, insya-Allah.

Ya Allah, bebaskanlah kami daripada situasi yang sukar, wabak penyakit, dan perkara-perkara keji yang tidak mampu dibebaskan melainkan oleh-MU Ya Allah.

Yang kedua, saya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan ataupun Bajet 2021 saya telah berusaha untuk memberikan peluang setakat masa yang ada kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-Undang ini dan apabila saya check, tujuh orang daripada kawan-kawan kita sebelah sini, hanya lima orang sahaja yang sempat daripada kawan-kawan kita daripada sebelah kanan saya. Ini sebenarnya menggambarkan semangat Muafakat Nasional, Yang Berhormat. Kalau kata pasal persidangan lepas, zaman-zaman saya dululah, memang tidak ada peluang Ahli-ahli Parlimen daripada bukan kerajaan pada waktu itu mendapat peluang sebagaimana yang ada sekarang ini. Jadi saya harap, pendekatan yang saya ambil dalam persidangan ini juga diberi perhatianlah, maknanya kita tidak ada masalah dari segi siapa yang mahu bercakap, yang pentingnya kita rai-meraikan.

Yang kedua kalau saya boleh celah sikit, walaupun sebenarnya yang sepatutnya memberikan penjelasan jawapan daripada Yang Berhormat Kerajaan. Terutamanya saya tertarik dengan perbahasan daripada Wakil Hulu Besut, Wakil Hulu Besut sebut kelmarin, berkait dengan masalah PAS kahwin satu lagi. Jadi saya nak sebutkan dalam perkara inilah, pada pandangan saya kita kena berjiwa besar dan orang putih kata look to the big picture. Kita kena tengok ke depan, sebab kahwin satu orang lagi ni, dia ada maslahah yang lebih besar sebagaimana Sunnah Rasulullah ,Rasulullah berkahwin bukan orang kata kerana nafsu, tetapi mempunyai maslahah yang lebih besar.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapi kena adil.

Yang di-Pertua

Dalam nak menarik…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tuan Speaker, tapi kena adil.

Yang di-Pertua

Nanti dulu saya kata. Sabar Yang Berhormat. Yang Berhormat dok sabo sokmo. Cuba sabar sikit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kalau Tuan Speaker cakap ni jadi seriau sokmo.

Yang di-Pertua

Maksudnya, apa yang dibuat oleh Rasulullah ,pendekatan itu cukup baik dalam nak menarik lebih ramai lagi umat Islam ataupun lebih ramai lagi orang masuk Islam. Itulah pendekatan anak-anak ketua-ketua kabilah, anak-anak orang Yahudi. Jadi saya harap apa yang sedang berlaku sekarang ini, insya-Allah atas nama maslahah kepentingan umum ini, kita layari bersama. Insya-Allah. Okey, kelmarin saya telah beri peluang kepada pihak kerajaan membuat penggulungan sehingga kita terpaksa membuat usul menambah masa selepas pada pukul lima petang. Saya ingat kita berakhir kelmarin pun dah pukul enam lebih dah kelmarin. Ini satu perkara yang penting yang telah diambil perjalanan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Jadi sekarang tibalah masa yang kita tunggu-tunggu iaitu orang yang membentangkan bajet, sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, saya nak jemput Yang Amat Berhormat dengan sebuah pantun:

Muafakat kita perlu tulus Ikhlas dari harta yang relung Bajet 2021 menanti lulus Jemput Yang Amat Berhormat masuk menggulung

Dipersilakan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Dewan, para petugas dan pemerhati yang dihormati sekalian. Nampaknya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dengan baju yang baru, nampak ceria sikit pagi ini. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita sekali lagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk berada dalam Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan amanah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tanggungjawab kita kepada rakyat di Negeri Terengganu Darul Iman yang kita dikasihi. Kerajaan mendengar dan mencatatkan dengan penuh tekun segala pandangan daripada rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri di Dewan yang mulia ini. Termasuklah kita juga menghayati pelbagai ulasan ahli ekonomi, ahli akademik, ahli korporat dan pandangan rakyat awam terhadap Bajet yang dibentangkan. Termasuklah juga komen-komen di Facebook, Twitter, dan juga komen di kedai kopi, dalam group Whatsapp oleh Ayah Teh di Kemaman, Che’ Da di Marang dan Pak Lah di Besut. Saya ingin menzahirkan perasaan terima kasih yang sesungguhnya kepada semua pihak yang menyuarakan isi hati mereka atas semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Insya-Allah pihak Kerajaan akan menilai dan mengaturkan keutamaannya untuk dipertimbangkan dalam pelaksanaan Belanjawan Terengganu 2021 atau dimasukkan dalam perbekalan akan datang. Rakan-rakan pentadbiran, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah sedaya mungkin memberikan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan, dan dalam masa yang sama kami sudah tentu terbuka bagi semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini, untuk bertemu dan berbincang mengenai apa jua persoalan terutamanya dalam suasana kita sama-sama mendepani isu pandemik COVID-19. Termasuklah juga musim monsun yang sedang kita hadapi pada saat ini dan segala macam urusan yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Mendengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pada hari ini memperlihatkan kematangan politik dan kesepaduan tujuan dari kedua-dua belah pihak untuk kepentingan rakyat Terengganu. Sementelah lagi kita sedang berjuang untuk berdepan dengan COVID-19. Khususnya terima kasih kepada Yang Berhormat Kijal, Yang Berhormat Batu Burok, Telemong, Bukit Besi, Seberang Takir, ADUN Wanita, Batu Rakit, Pengkalan Berangan, Kemasik, Hulu Besut, Kuala Besut dan Manir. Belanjawan yang dibentangkan setiap tahun inilah yang menentukan halatuju dan keutamaan kerajaan, mempengaruhi aktiviti ekonomi yang melibatkan pelaburan, perindustrian, perusahaan perniagaan, menjamin kesejahteraan sosial dan menunaikan janji kepada rakyat. Setelah

mempertimbangkan faktor semasa dan unjuran jangka panjang, Kerajaan Negeri memilih untuk tidak membesarkan perbelanjaan pada tahun 2021 sebaliknya mengambil pendekatan untuk melaksanakan belanjawan berasaskan aulawiyat, keutamaan, prirority based budget dengan izin, dalam kerangka kapasiti yang kita ada sekarang ini. Kerana itulah Kerajaan Negeri konsisten mengehadkan deposit tidak melebihi 10% atau tidak lebih daripada RM125 juta. Setelah menilai dan menyusun keutamaan ini, Kerajaan Negeri yakin bahawa keseluruhan inisiatif ini mampu membentuk keseimbangan antara penawaran dan permintaan dalam ekosistem ekonomi negeri supaya lebih dinamik. Seterusnya pengguna dan peniaga saling mendapat manfaatnya. Menyentuh tentang inisiatif bantuan COVID-19, secara umumnya saya melihat bahawa inisiatif dalam Belanjawan Terengganu yang kita rangkakan ini adalah sokongan kepada Belanjawan Negara 2021 untuk menampung kepentingan rakyat sebagaimana pakej Ransangan Terengganu Cakna yang kita umumkan sebelum ini bagi menyokong pakej-pakej bantuan daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Manakala dalam soal bentuk bantuan kepada rakyat, saya melihat ada dua bentuk bantuan iaitu bantuan kewangan kepada rakyat yang sangat memerlukannya terutamanya melibatkan penyediaan makanan atau barang keperluan asas. Manakala satu lagi ialah bantuan berbentuk pemberian joran agar rakyat kita mampu berdikari untuk terus mencari makanan di masa sekarang dan masa hadapan. Oleh kerana itu, Belanjawan ini dibangunkan dengan inisiatif bantuan kewangan kepada rakyat dan juga bantuan lain-lain seperti pendidikan, kemahiran, perkembangan perniagaan dan pertanian dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan walaupun sebahagian besarnya telah dijawab oleh rakan-rakan pentadbiran, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka untuk saya tambahkan, ia telah dijawab oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal, saya nak tambah sikit, adalah berkaitan dengan Kumpulan Medic Iman atau KMI sebagai syarikat induk yang 99.29% nya adalah ekuiti dimiliki oleh negeri. Tidak pernah merancang untuk menjual pegangan sahamnya dalam Kuantan Medical Centre (KMC) di mana KMC 92.33% ekuitinya adalah Kerajaan Negeri Terengganu atau menjual mana-mana bangunannya. Apa yang ada ialah Program Ijarah antara KMI dan KMC, dua-dua ini hak kita belaka. Di mana proses ini akan menjana kemasukan tunai kepada KMC sebanyak RM94 juta, yang akan digunakan untuk memajukan lagi perniagaan KMC. Proses ijarah ini juga akan mengekalkan bangunan KMC dalam Kumpulan Syarikat KMI. Berkenaan penjualan

gudang Chicken Cottage UK atau CCUK di mana ianya adalah 100% ekuiti Negeri Terengganu, keputusan untuk menjual aset ini dibuat oleh Lembaga Pengarah pada tahun 2017 dan ianya telah dijual pada harga £722,400 dan Terengganu Incoporated telah menghantar juruaudit dalamannya untuk mengaudit transaksi ini dan mereka telah mengesahkan yang harga jualan ini telah diterima sepenuhnya pada 26 Februari 2019.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Alhamdulillah, tahun 2020 menyaksikan sejarah baru politik negara, hasil dokongan daripada tiga parti Melayu Islam dalam negara kita ini iaitu PAS, UMNO dan PPBM, di samping parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak. Penyatuan parti-parti Melayu Islam ini adalah dalam konsep Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, amat besar maknanya kepada rakyat dan negara kita, setelah melalui fasa pentadbiran di bawah kerajaan PH sebelum ini. Pun begitu, kita juga telah diduga dengan dugaan yang amat besar apabila pandemik COVID-19 menyerang seluruh dunia termasuklah yang terkesan adalah negara kita sendiri.

Terengganu tidak terlepas namun alhamdulillah situasi semasa memperlihatkan penularan pandemik di negeri kita ini masih terkawal. Insya-Allah, sinar baharu tahun 2021 akan menyaksikan penghasilan vaksin pandemik COVID-19 yang pada saat ini 90% efektif, yang sama-sama akan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat di Negeri Terengganu dan Malaysia secara umumnya. Justeru itu, kita mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bermula daripada rakyat barisan hadapan atau frontliners dengan izin, ahli-ahli politik dengan pelbagai latar belakang dan kepimpinan kerajaan untuk sama-sama kita menamatkan penularan virus COVID-19 ini. ‘Teguh Kita, Menang Bersama’. Oleh kerana itu kerjasama dan dokongan dalam kerajaan mestilah kita berikan sepenuh hati. Pastinya akan ada perbezaan dan perselisihan pandangan kerana itu adalah naluri, adalah satu fitrah yang senantiasa ada dalam mana-mana keluarga sekalipun. Namun, ianya haruslah diurus berpandukan kepada falsafah orang-orang tua. ‘Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu’. Walaupun saya bersama dengan rakan-rakan yang lain mungkin berdepan dengan tindakan yang tidak populist di kalangan ahli-ahli parti sama ada dalam Muafakat Nasional ataupun Perikatan Nasional dalam kita merangka hala tuju ke arah kerjasama dan penyatuan yang lebih erat ini, kami akan terus berusaha untuk mencari jalan bagi mengukuhkan kerjasama parti-parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Kerjanya susah, banyak cabarannya, hebat bisikannya, tetapi biarlah nanti kita sama-sama dapat menjawabnya

dengan tenang di hadapan Allah, tentang usaha kerja buat kita untuk membulatkan kerjasama rakyat melayu Islam yang membentuk bilangan majoriti dalam negara kita ini.

Saya ingin mengulangi apa yang saya pernah sebutkan sebelum ini, bahawa hasrat kita semua adalah untuk mencapai keharmonian muafakat politik secara overnight dengan izin secara singkat, tetapi kita juga harus insaf bahawa akar umbi juga perlu dididik dan diurus dengan penuh hikmah kerana perasaan ragu-meragui, curiga-mencurigai, cuit-mencuit, jeling-menjeling masih wujud. Ianya memerlukan iltizam, komitmen daripada kita sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk merangka kaedah strategi yang terbaik bagaimana membawa mesej yang begitu sejahtera ini, bukan setakat hubungan di peringkat atasan sahaja tetapi sampai ke akar umbi di bawah. Janganlah kita mengambil langkah ke belakang namun teruslah pandang ke hadapan dengan mengukuhkan pendirian kerjasama politik melayu Islam yang kita bina ini, dengan penuh cermat biarlah nampak perlahan tetapi senantiasa ada pergerakan ke hadapan. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ketua-ketua Jabatan, pegawai kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, pengamal media dan sebagainya dalam persidangan kali ini yang telah membuat liputan dan menyampaikan apa yang telah kita bincangkan selama tiga hari ini. Semoga penglibatan semua dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Berhormat,

Sebagai akhirnya saya tutup ucapan penggulungan saya ini dengan serangkap pantun:

Pandemik datang menguji kita Rakyat susah di sini sana Bukan masa mulakan sengketa Rangkul tangan bangun bersama

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah kita telah selesai membahaskan Enakmen Perbekalan 2021. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan Dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN 2021.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2021

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2021.

Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Pindaan) 2020Bill

Yang di-Pertua

Bacaan Kali Yang pertama

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca pada kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959 DIBACA KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 Enakmen Tr.7/59.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 1 Jadual Enakmen Tr.7/59 untuk mengadakan peruntukan baru bagi kenaikan gaji, elaun perumahan, elaun keraian, elaun mesyuarat, elaun temuduga, kemudahan cuti rehat dan perubatan kepada Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri

Implikasi kewangan

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

Yang di-Pertua

Kita telahpun selesai membahaskan Rang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 2020. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua

dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan Dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI (PINDAAN) 2020.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JULAI 2020

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Pindaan) 2020.

Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2020Bill

Yang di-Pertua

Bacaan Kali Yang pertama

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca pada kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda perengganu 9 (iii) Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu supaya Amanahraya Trustees Berhad, As-Salihin Trustee Berhad dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menjadi badan yang kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.

Implikasi kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan.

Yang di-Pertua

Kita telahpun selesai membentangkan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan Dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2020.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH PENYIARANNYA DALAM WARTA.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2020.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Yang di-Pertua

Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2021

Yang BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2021 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Maksud Tajuk Maksud Negeri (RM) Diganti Oleh Persekutuan (RM) Pinjaman (Negeri) (RM) Pinjaman (Pusat) (RM) JUMLAH

(RM) P.02 Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan

587,134,240.00 - - - 587,134,240.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 8/2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

P.04 Pejabat Perbendaharaan

50,000.00 - - - 50,000.00 P.10 Jabatan Kerja Raya

2,000,000.00 - - - 2,000,000.00 P.11 Jabatan Pengairan & Saliran

500,000.00 - - - 500,000.00 P.12 Pejabat Daerah Besut

200,000.00 - - - 200,000.00 P.13 Pejabat Daerah Dungun

200,000.00 - - - 200,000.00 P.14 Pejabat Daerah Hulu Terengganu

200,000.00 - - - 200,000.00 P.15 Pejabat Daerah Kemaman

200,000.00 - - - 200,000.00 P.16 Pejabat Daerah Kuala Terengganu

250,000.00 - - - 250,000.00 P.17 Pejabat Daerah Marang

200,000.00 - - - 200,000.00 P.18 Pejabat Daerah Setiu

200,000.00 - - - 200,000.00 P.19 Pejabat Pengarah Tanah & Galian

10,000,000.00 - - - 10,000,000.00 P.29 Pejabat Perhutanan

100,000.00

---100,000.00

P.30 Jabatan Perkhidmatan Veterinar

100,000.00

---100,000.00

P.31 Jabatan Pertanian

100,000.00

---100,000.00

P.32 Pelbagai Pembangunan

13,520,030.00 - - - 13,520,030.00 P.35 Pejabat Daerah Kuala Nerus

200,000.00 - - - 200,000.00

JUMLAH BESAR:

615,154,270.00 - - - 615,154,270.00

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA. Perbelanjaan Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2021

YANG BERHORMAT Dr. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2021 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Tajuk Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pengurusan Perbekalan Air 972,905.67 - 972,905.67 Pembangunan Perbekalan Air 19,200,000.00 - 19,200,000.00

JUMLAH

20,172,905.67

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 9/2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Ahmad Shah bin IbrahimPAS · PNBandar

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Tambahan Peruntukan Yang Pertama daripada Kumpulan Wang Bekalan untuk Perbelanjaan Bekalan Bagi Tahun 2019

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut Seksyen 13 (3) Akta Acara Kewangan 1957, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan tambahan peruntukan yang pertama daripada Kumpulan Wang Bakalan untuk perbelanjaan Bekalan bagi Tahun 2019 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL MAKSUD TAJUK TAMBAHAN (RM) T.04 Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu 000062 Rancangan Bekalan Air 000064 Pelbagai Maksud 000065 Ladang Awam PMINT 000067 Perumahan Awam Kos Rendah 000068 Pelaburan PMINT 000078 Pembangunan Hutan

321,056,183.87 27,961,055.19 42,980,474.56 23,631,220.32 4,440,219.21 194,719.74 JUMLAH TAMBAHAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN 420,263,872.89

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 10/2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan.

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Tambahan Peruntukan Yang Pertama daripada Kumpulan Wang Bekalan untuk Perbelanjaan Bekalan Bagi Tahun 2020

YANG BERHORMAT Dr. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut Seksyen 13 (3) Akta Acara Kewangan 1957, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan tambahan peruntukan yang pertama daripada Kumpulan Wang Bakalan untuk perbelanjaan Bekalan bagi Tahun 2020 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL MAKSUD TAJUK TAMBAHAN (RM) T.04 Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu 000062 Rancangan Bekalan Air

10,667,175.71 JUMLAH TAMBAHAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN 10,667,175.71

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 11/2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian?

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Usul Pembatalan Kumpulan Wang Amanah

Yang BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut subperenggan 10 (4)(b) Akta Acara Kewangan 1957, Akta 61, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju membatalkan Kumpulan Wang Amanah (Sebagaimana Lampiran A dalam Kertas DUN Bil. 27/2020)

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 27/2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

TangguhanAdjournment

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguh Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik, cukup padu dalam kita menyelesaikan agenda-agenda persidangan. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama dan tidak ketinggalan kepada semua wakil media yang terlibat dalam memberikan liputan sepanjang persidangan ini berjalan. Semuanya memberikan kerjasama yang cukup baik dalam persidangan selama 3 hari ini.

Saya ingin umumkan, seperti biasa ada jamuan makan tengahari di Damai Lounge untuk Ahli Yang Berhormat dan Perkarangan U2 untuk ketua jabatan dan saya juga nak minta kerjasama semua Ahli Yang Berhormat dimohon berada di dalam Dewan untuk sesi bergambar selepas daripada ini.

Sekian, marilah kita tangguhkan Persidangan kita kepada suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama menangguhnya dengan membaca tasbih Kaffarah dan Surah Al-‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.45 PAGI.